Dec172020

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
USUL
MENANGGUH BACAAN KALI KEDUA DAN KETIGA RANG UNDANG-UNDANG DI BAWAH P.M. 62

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato' Takiyuddin bin Hassan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang

final • 10:04 AM

di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, saya mohon D.R.

24/2020 - Rang Undang-undang Levi Keuntungan Luar Biasa

(Pindaan) 2020; D.R. 13/2020 - Rang Undang-undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2020; D.R. 14/2020 - Rang Undang-undang Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2020; D.R.

15/2020 - Rang Undang-undang Lembaga Angkasa Malaysia 2020; dan D.R. 12/2020 - Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 seperti yang tertera di nombor 6 hingga nombor 10 dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini ditangguhkan bacaan kali kedua dan ketiga dan dibawa ke Mesyuarat akan datang”.

final • 10:04 AM
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato' Takiyuddin bin Hassan

Tuan Yang di-Pertua; “Tanpa mengambil kira usul Peraturan Mesyuarat 12(1) terdahulu iaitu Selasa, 15 Disember 2020 dan mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan D.R. 18/2020 - Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019

(COVID-19)) (Pindaan) 2020; D.R. 22/2020 - Rang Undang-undang Cukai Jualan (Pindaan) 2020; D.R. 23/2020 - Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2020; D.R. 25/2020 - Rang Undang- undang Cukai Pelancongan (Pindaan) 2020 dan D.R. 11/2020 - Rang Undang-undang Koperasi (Pindaan) 2020 di nombor 1 hingga 5 serta usul Menteri Kewangan di nombor 11 hingga 14 seperti yang tertera di dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga suatu tarikh yang akan ditetapkan”.

final • 10:05 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 10:05 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 10:05 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, beberapa hari yang lepas, saya telah menghantar satu- petisyen dalam bentuk rayuan kepada pejabat Setiausaha Dewan Rakyat dan juga untuk perhatian Tuan Yang di-Pertua juga.

Kandungan rayuan tersebut adalah seperti berikut.

Saya membawa sebuah rayuan kepada Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 19. Rayuan ini adalah daripada seramai 512 orang warganegara Malaysia. Mereka meminta agar Majlis Mesyuarat ini mengambil maklum tentang perkara-perkara berikut:

(i) bahawa seramai satu pertiga wanita dan satu daripada enam lelaki di Malaysia mengalami gangguan seksual;

(ii) bahawa terdapat kelemahan yang serius dalam undang- undang sedia ada bagi menangani gangguan seksual. Akibat daripada kelemahan undang-undang, pemandiri tersekat untuk mendapatkan keadilan, pemangsa dapat mengelak tindakan undang-undang dan undang-undang sedia ada bukanlah penghalang kepada gangguan seksual. undang-undang dan polisi kerajaan perlu diperbaiki untuk antara lainnya merangkumi ciri-ciri berikut:

(a) satu definisi gangguan seksual yang lebih jelas dan lengkap digunakan, yang memberikan perlindungan daripada gangguan visual, psikologi, dalam talian, lisan dan fizikal;

(b) kes gangguan seksual diputuskan atas prinsip imbangan kebarangkalian yang lebih bersifat kemanusiaan;

(c) pertubuhan awam dan swasta wajib mengamalkan piawai dan mekanisme pengawasan yang minimum; dan

(d) satu Tribunal Khas ditubuhkan untuk antara lain memudahkan kes-kes gangguan seksual diadili menerusi prosedur sivil dengan dasar kos minimum.

Oleh itu, perayu-perayu yang menandatangani rayuan ini ingin memohon Majlis Mesyuarat untuk mengambil maklum bahawa gangguan seksual merupakan satu isu dan masalah kritikal yang menggugat keselamatan warganegara dan penduduk Malaysia.

Perayu-perayu juga memohon Majlis Mesyuarat untuk menuntut agar kerajaan membentangkan dan membahaskan undang-undang yang baru pada sesi Parlimen yang akan datang bagi mengatasi kelemahan dan kekurangan dalam undang-undang sedia ada untuk memastikan keadilan ditegakkan bagi mangsa gangguan seksual.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, lebih 17,500 orang rakyat Malaysia telah menandatangani sokongan mereka untuk rang undang-undang ini di laman web change.org setakat bulan Oktober tahun ini anjuran All Women’s Action Society Malaysia

(AWAM).

final • 10:05 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Peraturan berapakah ni?

final • 10:05 AM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, adalah mustahak bahawa perkara ini diberikan kepentingan yang sewajarnya, yang akan melindungi mangsa gangguan seksual dan memastikan keadilan dan kedaulatan undang-undang dapat dipelihara dan diperjuangkan.

final • 10:05 AM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Selepas lebih 20 tahun dibincangkan di luar Dewan Rakyat akan keperluan satu akta untuk menangani jenayah gangguan seksual, hari ini sejarah terukir dengan kebenaran Tuan Yang di-Pertua untuk saya membaca rayuan ini di Dewan yang mulia.

Maka saya ingin mengemukakan satu usul untuk mencadangkan supaya rayuan ini dibacakan.

Saya memohon agar usul berhubung perkara ini dapat dikemukakan dan diputuskan oleh Tuan Yang di-Pertua pada satu tarikh yang sesuai agar rang undang- undang ini dapat dibentangkan dan dibahaskan pada sidang yang akan datang. Saya ingin dapat petua dan keputusan daripada Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:05 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyatakan...

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Peraturan berapa, Tuan Yang di- Pertua yang boleh kita pakai.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

...Bahawa sokongan kepada kenyataan Yang Berhormat Batu Kawan mengenai akta baharu menangani jenayah gangguan seksual untuk sidang Dewan Rakyat yang akan datang. Ini perkara yang baik dan merentasi isu politik. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Kawan...

final • 10:10 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua minta izin dua minit sahaja, dua minit sahaja. Ada masalah, masalah kawasan.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, maaf ya, maaf, maaf. Maaflah.

final • 10:10 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Dua minit, dua minit.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, tolong saya hendak beri komen saya tentang ucapan Yang Berhormat Batu Kawan yang disokong oleh Yang Berhormat Pontian. Saya mengambil maklum tentang petisyen tersebut. Saya mengesahkan bahawa pejabat saya telah menerima petisyen tersebut dan saya sekarang sedang mempertimbangkan petisyen tersebut. Saya juga ingin mengatakan bahawa isu mengenai akta ini telah pun ditanya dan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri sebelum ini.

Saya mempunyai satu jawapan bertulis juga penjelasan daripada pihak Menteri mengenai perkara ini yang akan saya berikan kepada Yang Berhormat berdua nanti.

Saya akan teliti petisyen ini sama ada ia mematuhi peraturan atau tidak dan saya akan menjawab. Tuan Setiausaha- terima kasih ya.

final • 10:10 AM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan pada Yang Berhormat Pontian.

final • 10:10 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tak ada masa Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Dua minit, dua minit.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor - Putrajaya

Tuan Yang di- Pertua...

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, setiap pertanyaan oleh Yang Berhormat akan diperuntukkan masa selama satu minit dan jawapan Yang Berhormat Menteri diperuntukkan selama dua minitlah seperti biasa dengan tiada sebarang pertanyaan tambahan. Dengan tidak melengahkan masa saya ingin menjemput Yang Berhormat Bagan.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor - Putrajaya

Tuan Yang di- Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta pendapat Tuan Yang di-Pertua. Saya telah difahamkan bahawa hari Khamis lepas Yang Berhormat Batu telah disahkan- ada selepas dia buat pemeriksaan saringan COVID-19. Akan tetapi dia masuk dalam Dewan untuk bahas berkenaan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Jadi saya hendak tahu the guidance of Tuan Yang di-Pertua. Thank you, Sir.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Saya terlupa tentang perkara itu. Sebenarnya semasa...

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan - Dato’ Seri Dr. Santhara

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua boleh saya ini Segamat?

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Santhara

Segamat, saya hendak tambah sedikit.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ringkas, ringkas ya.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Santhara

Ya sebab saya difahamkan bahawa beliau telah hadir dan juga HSO telah diberikan sebelum pukul 11 pagi, pada Khamis yang lepas. Ini kerana abangnya atau saudaranya positif tetapi dia telah hadir selepas itu untuk berbahas ataupun mengundi. Kalau dia tak hadir maknanya ada orang lain telah mengundi untuk dialah. Saya minta untuk semak dokumennya dan membuat satu- petua.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya. Terima kasih Yang Berhormat-Yang Berhormat semua. Sebenarnya pada hari Khamis itu saya tidak- saya dan bentara tidak sedar bahawa perkara itu terjadi. Cuma selepas hari Khamis itu apabila disemak, senarai yang mengundi itu kita nampak Yang Berhormat telah mengundi. Seperti mana yang saya katakan pada masa lepas, kuasa untuk menghukum atau mengkompaun sesiapa yang melanggar apa-apa perintah KKM atau MKN mengenai COVID-19 ini bukanlah di bawah kuasa saya. Maka saya tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk berbuat demikian.

Jadi saya ingin menasihatkan kepada sesiapa yang ingin bawa perkara ini kepada satu tahap yang lebih daripada ini, maka saya nasihatkan Yang Berhormat-Yang Berhormat membuat laporan kepada pihak yang berkuasa yang berkenaan Yang Berhormat. Terima kasih.

Saya mempersilakan Yang Berhormat Bagan.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, you dulu okey *no problem.

You* mantan Menteri Kewangan.

final • 10:10 AM
JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, tentang kos, keberkesanan dan liputan penduduk untuk vaksin Pfizer, khususnya tempoh imuniti, bila ia akan dilaksanakan dan jaminan perubatan ke atas kesan sampingan negatif agar meyakinkan rakyat menerima dua- dos dengan selamat.

Nyatakan juga mengapa Pfizer dipilih dan bukan vaksin daripada syarikat lain termasuk di Amerika Syarikat, China, Rusia serta perbandingan kos dan keberkesanan vaksin- vaksin tersebut. Tambah lagi, adakah Ahli Parlimen akan menjadi yang pertama menerima vaksin ini supaya menjadi satu contoh kepada semua negara.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, ini kes Yang Berhormat Batu ini kita tak boleh ambil mudah sebab benda ini kalau tiba-tiba ada berlaku jangkitan di kalangan Ahli Parlimen, dia membahayakan kita. Jadi pelanggaran ini pelanggaran syarat yang luar biasa, maka saya minta Tuan Yang di-Pertua sendiri merujuk dia kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Hukuman daripada Kementerian Kesihatan lain tetapi di pihak Parlimen sendiri mesti dibawa kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Bilakah you bercakap- how come you do that?

final • 10:10 AM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan Yang Berhormat Batu.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, saya akan teliti perkara ini sama ada saya mempunyai kuasa untuk refer dia ataupun satu usul mesti diberi pemberitahuan.

final • 10:10 AM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Saya beri sedikit penerangan.

final • 10:10 AM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong cadangan Yang Berhormat Arau. Kalau perkara ini dalam Parlimen, Parlimen kita ada imun tak ada siapa boleh dakwa kita. Kita ada imuniti, mana-mana pihak tak boleh ambil tindakan kepada kita kecuali Parlimen sendiri.

final • 10:10 AM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Jadi Jawatankuasa Hak Kebebasan ini seperti mana Yang Berhormat Arau cadang patut kita ambil tindakan. Nobody boleh ambil tindakan kepada kita.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya faham.

final • 10:10 AM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Ini kita buat apa pun di dalam Dewan ini tak ada siapa boleh ambil tindakan kepada kita.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tak apa, saya ambil maklum perkara ini. Saya akan teliti dan kita akan lihat apa yang boleh kita buat.

final • 10:10 AM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Tuan Yang di-Pertua, ini sebab ini...

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat tolong kita hendak sambung. Yang Berhormat Menteri, silakan.

final • 10:10 AM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Tuan Yang di-Pertua, ini perkara pokok. Sebab Yang Berhormat Batu ini bukan semua ahli keluarga mesti dikuarantin dan dianggap sebagai kontak rapat. Jadi ada definisi kontak rapat mengikut Kementerian Kesihatan.

Jadi bukan kerana abangnya sudah kena COVID-19, dia automatically menjadi kontak rapat.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Santhara

Masalah dia Yang Berhormat...

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat kita tidak mahu berbahas tentang kuasa-kuasa Tan Sri DG dan kuasa-kuasa KKM dan sebagainyalah.

Maaf-maaf...

final • 10:10 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Tak, saya tak boleh kata, salah atau tak salah. Saya hendak minta...

final • 10:10 AM

Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor - Putrajaya

Bahas...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tak apa Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Menteri, terima kasih semua. Saya akan teliti perkara ini.

final • 10:10 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Bagan dan Dewan, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia telah menandatangani perjanjian pembelian awal dengan Syarikat Pfizer pada 24 November 2020. Pemilihan vaksin ini adalah berdasarkan kepada laporan interim ujian klinikal dan ia telah diterbitkan di The New England Journal of Medicine pada 10 Disember 2020 yang menunjukkan bahawa vaksin berkenaan didapati mempunyai tahap keberkesanan 95 peratus dalam mencegah jangkitan COVID-19.

Kerajaan turut mendapat akses data untuk menilai kualiti, keselamatan dan tahap keberkesanannya. Vaksin ini juga telah mendapat Emergency Use Authorization daripada tujuh buah negara termasuklah United Kingdom, Amerika Syarikat, Bahrain, Kanada, Saudi Arabia, Mexico dan Singapura. Walau bagaimanapun keputusan penggunaan vaksin tersebut di Malaysia masih tertakluk kepada pendaftaran dan kelulusan daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan. Proses ini telah bermula dan semua data yang dibekalkan oleh pihak Pfizer akan diteliti oleh NPRA.

Bekalan vaksin COVID-19 daripada syarikat Pfizer ini dijangka akan mula diterima pada suku pertama tahun 2021 merangkumi 12.8 juta- dos bagi menampung keperluan imunisasi 20 peratus atau 6.4 juta- rakyat Malaysia. Jawatankuasa Khas Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) telah ditubuhkan dengan objektif untuk memastikan bekalan vaksin COVID-19 diperoleh dengan segera, selamat dan sempurna. JKJAV bertujuan menyediakan rangka kerja dan pelan perolehan serta pengagihan vaksin COVID-19 apabila ia diluluskan untuk kegunaan di Malaysia. Jawatankuasa ini dipengerusikan bersama oleh saya dan Yang Berhormat Menteri Kesihatan serta dianggotai oleh pelbagai kementerian dan jabatan.

Selain vaksin COVID-19 daripada Pfizer, Malaysia juga telah menyertai fasiliti COVAX yang menjamin akses bekalan vaksin sebanyak 10 peratus populasi negara.

final • 10:10 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Jawatankuasa JKJAV ketika ini sedang mempertimbangkan calon-calon vaksin lain yang berada di fasa tiga ujian klinikal untuk digunakan di Malaysia. Pengumuman mengenai ini dan juga senarai keutamaan siapa yang akan menerima vaksin dahulu akan diumumkan dalam masa yang terdekat. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan Yang Berhormat.

Soalan tambahan. Oh, tidak ada soalan tambahan. Maaf, maaf.

final • 10:20 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Semudah sahaja. Adakah semua Ahli Parlimen akan mendapat itu dosage ini sebagai langkah untuk menunjukkan ada kepimpinan melalui teladan. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, ya. Maaf, sebenarnya tidak ada.

final • 10:20 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Ini penting, boleh tambah soalan.

final • 10:20 AM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Dengan cadangan daripada Yang Berhormat Bagan, cadangan yang baik yang akan kita pertimbangkan dan umumkan nanti.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kesilapan saya tadi...

[Ketawa] Yang Berhormat Parit.

final • 10:20 AM

Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya membaca soalan saya nombor 2, saya ingin membacakan kata-kata mutiara pada pagi yang mulia ini. Apa- apa pun yang kita lakukan, pastikan dengan niat yang baik. Sebab, setiap sesuatu yang kita lakukan dengan niat yang baik pasti akan membuahkan hasil yang baik. Untuk menjadikan dunia kita lebih baik, kita sendiri perlulah berubah menjadi lebih baik.

final • 10:20 AM

2. Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [Parit] minta Menteri Kewangan menyatakan, adakah kerajaan bercadang untuk memberikan pengecualian duti setem untuk pindah milik hartanah daripada ibu bapa kepada anak serta adakah terdapat sebarang kaedah lain bagi mengelakkan permasalahan bagi pindah milik hartanah tersebut di kemudian hari.

final • 10:20 AM

Menteri Kewangan - YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Parit. Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini kerajaan tidak bercadang untuk memberikan pengecualian duti setem untuk pindah milik hartanah daripada ibu bapa kepada anak. Mengikut ketetapan sedia ada, pengecualian duti setem sebanyak 100 peratus diberikan atas pindah milik antara suami dan isteri sahaja.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di dalam Belanjawan 2020, kerajaan telah mengumumkan peremitan duti setem sebanyak 50 peratus diberikan ke atas surat cara pindah milik bagi urusan pindah milik harta tanah atas dasar kasih sayang antara ibu bapa kepada anak atau sebaliknya. Hasrat peremitan duti ini diberikan adalah bagi menggalakkan urusan pindah milik harta antara ibu bapa dan anak dilakukan semasa hidup bagi mengelakkan berlakunya permasalahan tuntutan harta setelah berlaku kematian antara salah satu pihak yang berkenaan.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengurangkan kes tuntutan harta pusaka di mahkamah pada masa akan datang. Peremitan duti setem ini terpakai bagi surat cara pindah milik harta tidak alih yang disempurnakan pada atau selepas 1 Januari 2020 dan terhad bagi penerima harta tanah yang bertaraf warganegara Malaysia sahaja. Kerajaan dari semasa ke semasa akan menilai keberkesanan langkah-langkah ini dan mengkaji kesesuaian sebarang cadangan tambahan berdasarkan keperluan. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mulakan dengan serangkap pantun, ringkas sahaja.

*Tinggi-tinggi Gunung Pulai; Tinggi lagi Gunung Ledang.

Mohon Menteri jawab jangan longlai; Kerana ini soalan terakhir sidang.*

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Jadi, Ledang minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri...

[Disampuk]

final • 10:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat di atas...

final • 10:20 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Saya belum kemukakan soalan lagi [Ketawa]

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 10:20 AM

3. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang] minta Perdana Menteri menyatakan, pendirian kerajaan dalam menangani penularan wabak COVID-19, antara tidak mahu menyekat pergerakan rakyat seperti kenyataan Menteri Kanan

(Keselamatan), kenaikan kes COVID-19 dan pembukaan ekonomi serta apakah perbezaan pelaksanaan PKP di beberapa buah negeri akan mengelirukan rakyat malah boleh menyebabkan sikap sambil lewa.

final • 10:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Tuan Yang di-Pertua, dalam menangani pandemik COVID-19 kerajaan mengambil langkah-langkah mengekang penularan jangkitan wabak tersebut berdasarkan peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]. Kerajaan pada setiap masa akan membuat penelitian terlebih dahulu dari pelbagai aspek sebelum sebarang keputusan pelaksanaan sekatan pergerakan dibuat sama ada di peringkat daerah, negeri atau keseluruhan di seluruh negara.

Penelitian ini dibuat melalui perbincangan menyeluruh yang melibatkan kementerian-kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan khususnya melalui mekanisme sidang khas MKN iaitu Pengurusan COVID-19 dan Mesyuarat Khas Menteri- menteri mengenai pelaksanaan PKP yang diadakan hampir setiap hari sejak pandemik ini melanda negara kita. Penilaian risiko jangkitan COVID-19 yang dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia memainkan peranan terpenting dalam menentukan tahap keseriusan jangkitan kes yang berlaku di sesuatu tempat. Antara faktor yang diambil kira dalam penularan risiko jangkitan ini termasuklah kadar peningkatan kes, taburan kes positif, kepadatan penduduk, kewujudan tempat-tempat awam dan keadaan sosio-demografik penduduk.

Satu lagi penelitian yang dibuat oleh kerajaan sebelum keputusan PKP dibuat ialah penilaian daripada segi analisis kos, kemampuan tenaga kerja dan faedah pelaksanaannya yang tertumpu pada aspek kesihatan awam. Antara perkara-perkara yang diambil kira dalam analisis ini adalah seperti berikut; Persediaan dan kemampuan fasiliti seperti makmal dan hospital atau klinik kerajaan, keperluan Personal Protective Equipment (PPE) dan sanitasi, kos tujuan saringan COVID-19, penempatan Person Under Surveillance dan Patient Under Investigation di stesen-stesen kuarantin yang libatkan kos makan minum, kebajikan, aspek pembersihan dan penyelenggaraan dan kepada petugas yang terlibat secara langsung dalam menangani COVID-19.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah melaksanakan tindakan pengurusan pandemik COVID-19 secara menyeluruh dan bersepadu melibatkan tindakan di peringkat jentera kerajaan serta menggembleng peranan rakyat dalam memelihara diri, keluarga dan juga komuniti. Kerajaan Persekutuan telah menetapkan pelbagai SOP yang sama di seluruh negara sebagai garis panduan untuk mencegah penularan wabak ini.

Namun begitu, atas permintaan negeri-negeri tertentu SOP tersebut boleh diubahsuai secara pentadbiran mengikut kesesuaian dan penilaian di negeri-negeri terbabit dengan mengambil kira penilaian-penilaian yang saya sebutkan tadi.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan kita supaya agar bersama-sama mendukung kempen pembudayaan norma baharu supaya peranan setiap pihak terutamanya orang awam dapat dimainkan demi memelihara diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Tindakan ini diambil agar pendekatan yang seimbang bagi tujuan memelihara nyawa dan kehidupan, life dan livelihood dapat berlaku. Keseimbangan ini amat perlu agar keselamatan kesihatan awam dapat dilaksanakan. Namun dalam pada masa yang sama, kemakmuran ekonomi, kesejahteraan sosial dan keselamatan negara terus dapat dijamin. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat semua, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih semua.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

final • 10:20 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG LANGKAH-LANGKAH SEMENTARA BAGI PEMBIAYAAN KERAJAAN (PENYAKIT KORONAVIRUS 2019 (COVID-19)) (PINDAAN) 2020 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengemukakan masalah kawasan. Tuan Yang di-Pertua, dua minit.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bukan masanya sekarang Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Nanti bahas.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 10:20 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Datang esoklah.

final • 10:20 AM

Menteri Kewangan - YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan

(Penyakit Koronovirus 2019 (COVID-19)) 2020 dibaca kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, peruntukan tambahan perbelanjaan di bawah Kumpulan Wang COVID-19 ini dibentangkan bagi memperoleh kelulusan terhadap perbelanjaan tambahan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi kita Prihatin dan langkah-langkah Belanjawan 2021 yang berkaitan oleh Dewan yang mulia ini. Saya ingin menekankan bertapa pentingnya peruntukan tambahan ini merupakan kesinambungan kepada usaha kerajaan dalam menjamin kesejahteraan rakyat, kelangsungan kerajaan dan ketahanan ekonomi.

final • 10:29 AM

Menteri Kewangan - YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Ia akan memastikan kerajaan dapat memberikan sokongan berterusan yang diperlukan oleh semua pihak termasuk frontliners dan agensi-agensi kesihatan kita dalam memerangi penularan wabak COVID-19.

Ia akan memastikan golongan B40 dan rakyat yang terkesan mendapat bantuan bagi meringankan beban mereka. Ia akan menyumbang kepada usaha mengekalkan pemulihan ekonomi negara yang dicapai sejak bulan Mac demi kesejahteraan bersama kita. Dalam kata mudahnya, peruntukan tambahan tidak kurang pentingnya daripada Belanjawan 2021 yang telah diluluskan dua hari lalu oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Tuan Yang di-Pertua, Anggaran Perbelanjaan Tambahan Kumpulan Wang COVID-19 yang dibentangkan adalah berjumlah RM20 bilion untuk membiayai perbelanjaan Pakej Rangsangan Ekonomi KITA PRIHATIN dan inisiatif Belanjawan 2021 di bawah Kumpulan Wang Kumpulan COVID-19.

Anggaran perbelanjaan yang dipohon untuk diluluskan di bawah fasal 2 rang undang-undang yang dibentangkan ini adalah sebanyak RM20 bilion yang boleh diringkaskan pecahannya seperti berikut:

(i) sebanyak RM14 bilion adalah bagi menampung pemberian Bantuan Prihatin Nasional;

(ii) sebanyak RM4 bilion adalah bagi menampung perbelanjaan berkaitan COVID-19;

(iii) sebanyak RM1.5 bilion adalah bagi menampung keperluan melanjutkan Program Subsidi Upah; dan

(iv) sebanyak RM500 juta adalah bagi pemberian Geran Khas Prihatin.

final • 10:30 AM

Menteri Kewangan - YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, pindaan rang undang-undang ini hanya akan melibatkan pindaan seperti berikut; Pindaan had amaun butiran 1, Program Subsidi Upah dari RM16.8 bilion kepada RM18.3 bilion. Ini berikutan langkah penambahbaikan seperti yang diumumkan dalam KITA PRIHATIN dan Belanjawan 2021.

Pindaan had amaun Butiran 2, Bantuan Prihatin Nasional dari RM11.2 bilion kepada RM25.2 bilion. Ini melibatkan keperluan pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 sebanyak RM7 bilion, bayaran Bantuan Prihatin Rakyat bagi tahun 2021 dan bayaran bantuan tunai lain yang berkaitan dengan kebajikan masyarakat sebanyak RM7 bilion.

Kesemua bantuan ini diletakkan sebagai sub program kepada Bantuan Prihatin Nasional.

Pindaan had amaun Butiran 6, Geran Khas Prihatin dari RM1.9 bilion kepada RM2.4 bilion mengambil kira pembukaan semula permohonan Geran Khas Prihatin

(GKP) yang meningkatkan jumlah penerima mencecah 800 ribu.

Pindaan nama dan had amaun bagi butiran 8. Peruntukan bagi Kementerian Kesihatan bagi perbelanjaan berkaitan COVID-19 berjumlah RM1 bilion kepada peruntukan bagi perbelanjaan berkaitan COVID-19 berjumlah RM5 bilion mengambil kira komitmen kerajaan dalam menyediakan vaksin COVID-19.

Tuan Yang di-Pertua, kesimpulannya pindaan rang undang-undang ini perlu diluluskan. Pelbagai inisiatif yang kritikal untuk kesejahteraan dan kehidupan rakyat hanya dapat dibiayai melalui peningkatan siling RM20 bilion bagi Kumpulan Wang COVID-19.

Ini termasuk BPN 2.0 yang mana pembayaran fasa kedua sebanyak RM2 bilion yang akan dibayar pada bulan Januari 2021. Selain itu BPR atau Bantuan Prihatin Rakyat yang telah ditambah baik dari Program Bantuan Sara Hidup yang dibiayai di bawah kumpulan wang ini.

Kerajaan juga telah memberi komitmen penuh dalam menyediakan vaksin COVID-19 dan peruntukan tersebut memerlukan peningkatan siling Kumpulan Wang COVID-19 yang dibentangkan. Kerajaan telah menandatangani perjanjian dengan pihak GAVI pada 24 November 2020 bagi memuktamadkan penyertaan Malaysia dalam COVAX Facility. Kementerian Kewangan telah pun membuat bayaran sumbangan kerajaan kepada GAVI sebanyak USD22 juta atau RM94 juta. Bayaran ini dibiayai melalui Kumpulan Wang COVID-19. Kerajaan memerlukan peningkatan siling untuk membiayai bayaran sepenuhnya kepada GAVI serta bayaran kepada pembekal vaksin yang lain termasuk Pfizer. Kelangsungan program-program pekerjaan termasuk Program Subsidi Upah, Insentif Pengambilan Pekerja dan Program Kemahiran di mana peningkatan dan penambahbaikan juga bergantung kepada peruntukan di bawah Kumpulan Wang COVID-19.

Ahli Yang Berhormat sekalian, pada kesempatan ini izinkan saya mengulas mengenai satu soalan yang saya pasti akan berbangkit iaitu mengapa kerajaan tidak menaikkan sahaja peruntukan tambahan sebanyak RM45 bilion. Ini adalah antara perkara yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat.

Berhubung perkara ini, saya ingin menyatakan bahawa pertama, peruntukan Kumpulan Wang COVID-19 sebanyak RM45 bilion dan insya-Allah bakal ditambah kepada RM65 bilion merupakan suntikan fiskal langsung. Kita harus ingat bahawa keseluruhan Pakej Rangsangan bernilai RM305 bilion, manakala Belanjawan 2021 bernilai RM322.5 bilion.

Jumlah ini termasuk sumbangan daripada pelbagai sumber seperti Bank Negara Malaysia, GLC dan agensi-agensi kerajaan, skim-skim jaminan dan insentif percukaian. Saya menekankan perkara ini kerana usaha melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memulihkan ekonomi melibatkan sektor awam, swasta, NGO dan rakyat sendiri. Ia haruslah dilihat secara keseluruhannya.

Kedua, di samping inisiatif-inisiatif Belanjawan 2021 yang bakal bermula pada tahun depan. Masih ada pelbagai bantuan di bawah Pakej Prihatin, PENJANA dan KITA PRIHATIN yang masih berjalan seperti Program Subsidi Upah, BPN 2.0 dan JKP 2.0. Ini bermaksud masih ada peruntukan di dalam Kumpulan Wang COVID-19 yang masih tersedia.

final • 10:30 AM

Menteri Kewangan - YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Ketiga, usaha kerajaan mengimbangi disiplin fiskal dan keperluan semasa serta ruang untuk menambah rangsangan pada masa depan. Tambahan RM20 bilion Kumpulan Wang COVID-19 ini menjadikan jumlah keseluruhan RM65 bilion tidak akan berlanggar had statutori hutang 60 peratus KDNK untuk tahun 2021.

Keempat dan akhir sekali, pendirian kerajaan dalam isu ini adalah jelas dan konsisten. Saya pernah menyebut sebelum ini bahawa kerajaan sentiasa memantau situasi semasa dan jika ada keperluan, kerajaan akan meneliti saranan untuk menambah peruntukan Kumpulan Wang COVID-19 dari semasa ke semasa dan menerima mana- mana cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian yang memanfaatkan rakyat.

Pembentangan rang undang-undang pindaan peruntukan tambahan hari ini merupakan komitmen saya dan kerajaan untuk memenuhi janji kepada Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Jika keperluan untuk meningkatkan peruntukan dan had statutori berbangkit, insya-Allah kerajaan bersedia untuk menghadap Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sekali lagi.

Tuan Yang di-Pertua, pada September lepas Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan ini telah meluluskan Rang Undang-undang Pembiayaan COVID-19 yang pertama bernilai RM45 bilion. Ini telah membolehkan kerajaan membiayai dan melaksanakan tidak kurang daripada 31 inisiatif dan bantuan yang telah dinyatakan dalam Jadual Akta COVID-19 tersebut.

Justeru, saya ingin menyeru Ahli-ahli Dewan untuk bersama-sama sekali lagi memberi sokongan penuh bagi rang undang-undang ini supaya dapat meneruskan perjuangan bagi menangani impak COVID-19 demi kebajikan rakyat, kelangsungan perniagaan, pertumbuhan ekonomi, kelestarian kehidupan dan juga pemantapan perkhidmatan awam.

Langkah negara ke arah pemulihan penuh sedang menyaksikan satu momentum yang perlu diteruskan. Pasaran kita terus aktif dan kedudukan ringgit baru- baru ini telah mencecah paras tertinggi sejak dua tahun ini.

Kelmarin kita baru sahaja memeterai komitmen lapan modal teroka antarabangsa untuk hampir RM1 bilion untuk membangunkan syarikat-syarikat pemula kita. Ini satu petanda jelas akan keyakinan terus pihak pelabur antarabangsa antara potensi pertumbuhan ekonomi dan industri di Malaysia.

Maka jangan momentum kita terhenti. Biar setapak semalam, kita lanjutkan selangkah hari ini. Biarlah Dewan ini berkumandang dengan kata setuju dari semua untuk rang undang-undang ini diluluskan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, ada sesiapa yang menyokong?

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Mohd Shahar bin Abdullah

Saya mohon menyokong.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli- ahli masalah di hadapan majlis ialah rang undang-undang bernama satu Akta untuk meminda Akta Langkah-langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020 dibacakan kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Saya menetapkan perbahasan selama satu jam dan lima minit seorang dan digulung oleh Yang Berhormat Menteri selama lebih kurang 20 minit. Dipersilakan Yang Berhormat Bagan dahulu.

final • 10:30 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk berbahas pindaan ke atas Akta Langkah-langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020.

Dengan peningkatan RM20 bilion menjadikan tabung ini kepada RM65 bilion.

Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat, apakah jumlah yang telah pun dibelanjakan daripada tabung asal sebanyak RM45 bilion?

final • 10:38 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Memandangkan bahawa jumlah ini akan melimpah pada tahun depan, adakah pihak kementerian bercadang untuk tambah lagi RM25 bilion untuk menjadi RM90 bilion sepertimana yang disyorkan oleh pihak kami. Memandangkan bahawa kita menghadapi satu krisis yang agak luar biasa, yang tidak pernah dialami ataupun dihadapi oleh generasi sebelum ini.

final • 10:38 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Daripada jumlah ini, disyorkan bahawa kita harus menjaga atau membela mereka yang menganggur kerana kalau kita lihat bulan Oktober, kadar pengangguran telah naik balik kepada 4.7 peratus daripada 4.6 peratus pada bulan September. Pada masa yang sama, itu Industrial Production Index (IPI) telah, dengan amat di luar jangkaan, telah dikurangkan ataupun telah kucup sebanyak 0.5 peratus apabila ia telah pun menambah ataupun bertumbuh dalam secara positif untuk selama tiga bulan sebelum ini. Ini merupakan satu petanda yang kurang baik dan juga mencerminkan bahawa mungkin untuk suku yang keempat ini, pertumbuhan ekonomi dari GDP mungkin tidak dapat mencapai ruang positif seperti yang diharap-harapkan.

Oleh itu, adalah penting bahawa kita perlu ada langkah-langkah fiskal untuk bukan sahaja suntikan dana tetapi untuk mencergaskan ekonomi yang saya rasa agak lembap oleh sebab MCO dan juga kebimbangan dengan kedudukan COVID-19 sekarang di mana kita lihat jangkitan telah naik melebihi hampir 2,000 kes dan dijangka pula tahun depan, ada kajian-kajian yang menyatakan boleh sampai 3,000 kes jangkitan.

Apakah itu prospek dalam keadaan sedemikian? Bolehkah kita menjaga mereka yang menganggur dengan memberikan bayaran kebajikan sebanyak RM1,000 sebulan untuk mereka yang menganggur? Itulah akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM12 bilion setahun. Akan tetapi, sekiranya krisis ini berakhir, dengan adanya vaksin, jumlah ini saya rasa jauh lebih kurang.

Di samping itu, selain daripada bayaran kebajikan sebanyak RM1,000 sebulan, di samping itu, kita pun harus menjana peluang pekerjaan. Di sini sungguhpun ada program-program yang lain, saya lebih berpandukan Malaysians@Work atau #MalaysiaKerja di mana kita memberikan insentif kepada pihak majikan dan juga kepada pekerja-pekerja tempatan setiap bulan iaitu sebanyak RM500 kepada pekerja dan sebanyak RM300 kepada majikan yang akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM13 bilion. So, itu bukan untuk tempoh satu tahun tetapi untuk tempoh selama dua tahun setengah.

Di samping itu, kita pun harus menghadapi itu krisis pendidikan. Saya rasa Yang Berhormat pun ambil maklum bahawa pelajar-pelajar kita hanya pergi ke sekolah untuk tempoh empat bulan tahun ini. Ini merupakan satu krisis. Itulah sebabnya kita cadangkan sebanyak RM4 bilion dibelanjakan untuk membeli komputer riba supaya kita ada opsyen untuk membuat online education sekiranya tidak pergi ke sekolah.

Akhirnya, tentulah moratorium. Harap boleh dilanjutkan secara automatik seperti mana yang dijanjikan. Ini bukan untuk semua, hanya untuk 80. T20, yang top 20, teratas 20, tidak ada. Hanya yang 80. Terakhirnya, apabila kita menyebut tentang tabung ini, tadi Yang Berhormat menyebut ini akan merangkumi pembelian itu vaksin. Itu sesuatu yang akan disokong oleh semua pihaklah. Kita harap ia memang cukup.

Akan tetapi, satu perkara yang terakhir yang saya hendak bangkitkan ialah kita perlu membantu itu sektor pelancongan yang menghadapi masalah yang kedudukannya yang amat tenat sekali. RM54 bilion daripada segi kutipan pelancongan telah pun dikurangkan kerana krisis COVID-19 untuk sembilan bulan pertama ini. Saya berharap bahawa bantuan yang lebih secara langsung boleh diberikan termasuk suntikan dana dan juga itu loan credit dan yang paling penting, sebagai seorang bekas CEO CIMB, harap boleh meminta bank untuk janganlah ketat sangat. Longgarkan pinjaman kerana banyak itu peniaga membuat aduan tidak mendapat pinjaman.

Terakhir ini, memang terakhir ini...

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Berapa kali, ‘terakhir’?

final • 10:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Iaitu tentang feri. Ya, sorry. Feri itu Pulau Pinang. Diharap Yang Berhormat Menteri bolehlah ambil berat tentang perkara ini kerana semasa saya, saya telah pun memberikan itu insentif tunai sebanyak RM30 juta dengan syarat feri Pulau Pinang mesti dikekalkan. Saya berharap perkara ini boleh dipertimbangkan supaya dikekalkan kerana ia tidak melibatkan satu jumlah yang besar.

final • 10:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Yang Berhormat Kota Bharu pun setuju dengan saya, bahawa feri dapat dikekalkan supaya kita yang berusia ini- bukan macam Yang Berhormat, mudalah, tidak apa. Kita yang berusia ini, kita hendak kenang-kenangan yang manis khususnya apabila kita pergi ke Pulau Pinang dan naik feri. Itu merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan sama sekali. Kekalkanlah feri untuk warisan, untuklah itu sejarah seperti mana yang dilakukan oleh Hong Kong, Kanada dan negara asing iaitu warisan ini sesuatu yang tidak boleh dibeli dengan wang dan ia harus dikekalkan untuk generasi akan datang.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Diharap Yang Berhormat boleh selamatkan feri Pulau Pinang demi rakyat Pulau Pinang.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Bagan. Yang Berhormat Bagan, saya minta penjelasan.

final • 10:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Sila, sila.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Feri ini saya menyokong sebab hidup saya adalah pada zaman feri. Apakah Yang Berhormat sedar bahawa feri dan juga keindahan Pulau Pinang itu gah di merata dunia semasa Kerajaan Barisan Nasional memerintah?...

final • 10:40 AM

[Dewan riuh]

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya rasa Yang Berhormat dari Arau berangan- anganlah. Ini kerana apabila Yang Berhormat Arau melawat saya semasa saya jadi Ketua Menteri, beliau cakap lain pula. Tidak apa. Sekarang ini duduk di sana, marilah kita bersama-sama bekerjasama untuk selamatkan feri Pulau Pinang. Ini bukan satu isu politik. Itu isu warisan dan sejarah. Saya harap perkara ini boleh diberikan perhatian kepada semua kerana ini tuntutan daripada semua 1.7 juta orang rakyat Pulau Pinang kecuali daripada pihak Yang Berhormat Menteri Pengangkutan sahaja.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat...

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akan tetapi untuk tujuan rekod Parlimen, semasa saya melawat banjir bersama Yang Berhormat Bagan Datuk di Pulau Pinang, kami memberi ruang kepada Yang Berhormat untuk dapat publisiti tetapi yang sebenarnya kami yang menolong untuk menyelesaikan banjir di Pulau Pinang. Jadi, itu cerita sebenarnya. Itu fakta ya.

final • 10:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Akan tetapi, Yang Berhormat Arau lupa apabila Yang Berhormat hadiri upacara...

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, ya. Itu saya tahu.

final • 10:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Upacara graduan Yang Berhormat punya anak perempuan menjadi doktor, itu perbualan yang kita...

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, bagi peluang kepada orang lain.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, ya.

final • 10:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Jangan lupa masa itu.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tidak lupa. Thank you very much, Yang Berhormat. Itu terima kasih banyak ya.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Teratas dalam senarai ialah Yang Berhormat Pontian.

Silakan.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Terima kasih.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan ini.

Kita tahu bahawa di seluruh dunia sekarang ini, Tuan Yang di-Pertua, berita yang tidak baik ialah 74.1 juta kes COVID di seluruh dunia. Kematiannya ialah 1.65 juta orang warga dunia sudah meninggal dunia kerana COVID. Ada satu berita baik iaitu 41.9 juta yang sembuh. Kes 74.1 juta, yang sembuh 41.9 juta.

Di negara kita pula, berita yang tidak baik ialah kes semalam adalah kes yang ke-87,913, yang sudah meninggal dunia 429 kes. Kita ucapkan takziah kepada keluarga yang meninggal dunia ini.

final • 10:47 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Berita baik iaitu daripada 87,913 kes itu, ada 72,733 yang sembuh. Ia merupakan satu usaha yang cukup baik yang dibuat oleh pelbagai pihak yang menyebabkan angka sembuh itu tinggi.

Soalan saya yang pertama kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan ialah sejauh manakah keberhasilan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin dan PENJANA ini untuk membantu rakyat dan menggerakkan pertumbuhan ekonomi? Kita tahu bahawa kesan gandaan ataupun multiplying effect daripada RM1 yang dibelanjakan, ia boleh berganda kepada lima atau enam atau tujuh kali- ganda. RM1 tidak bermakna RM1 juga nilainya di pasaran ekonomi tetapi ia berganda begitu banyak. Jika puluhan bilion telah dilaburkan di ekonomi negara, tentulah kesan gandaannya begitu hebat. Harapan kita untuk pertumbuhan V-curve itu boleh dicapai.

Perkara kedua ialah apabila kita ada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada tahun hadapan, pertanyaan saya adalah sama ada Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan diteruskan? Itu satu pertanyaan penting. Apabila kita tahu bahawa BPR itu maksimumnya ialah RM1,800 kepada keluarga yang punya dua orang anak atau lebih, RM1,800 ini mungkin dianggap banyak tetapi kalau kita lihat RM1,800 dibahagi 365 hari, ia cuma RM4.93 sehari.

Tuan Yang di-Pertua, RM4.93 sehari ini tidak tahulah boleh beli apa ya. Walau bagaimanapun, tentulah ada gabungan-gabungan bantuan-bantuan yang lain.

Perkara ketiga yang saya hendak tanya kepada Menteri Kewangan ialah Geran Khas Prihatin (GKP) 1.0 dan 2.0 kepada PKS, ia merupakan satu perkara yang bagus.

final • 10:47 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Kita beri RM3,000 kepada mereka yang berniaga di bawah PKS. Akan tetapi yang saya ingin tanyakan di sini mengenai laporan yang dibuat dan dinyatakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi bahawa di Malaysia ini ada dua juta orang peniaga kecil ataupun sektor informal yang tidak berdaftar, Yang Berhormat Menteri. Yang daftar lebih kurang 900 ribu tetapi ada dua juta yang tidak berdaftar. Jadi bagaimana kah yang tidak berdaftar itu boleh mendapatkan segala bantuan ini, adakah pendaftaran secara pantas boleh dilakukan. Bagaimana kempen-kempen oleh pihak yang berkaitan untuk memastikan ia didaftarkan.

Perkara yang keempat, moratorium. Kita tahu bahawa bank ada yang mudah, itu bank yang besar. Akan tetapi bank-bank yang kecil ini sukar untuk memberikan moratorium lagi banyak bulan. Moratorium ini juga sebagaimana Yang Berhormat Bagan Datuk pernah menyebut bahawa ia juga patut diberi kepada syarikat kewangan berlesen.

Saya hendak tahu setakat mana usaha-usaha ke arah itu dan agensi-agensi Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN, PTPTN dan lain-lain.

Seperkara lagi yang kelima, tentulah tentang KWSP. Tidak sah kalau saya tidak menyebut tentang perkara ini. Kelayakan kategori satu sehingga 7.7 juta orang ahli. Ya, ramai kelihatan tetapi hendaklah mengalami pengurangan gaji 30 peratus ke atas dan selepas Mac 2020.

Ada kes-kes yang dikurangkan pada Februari, Januari 2020 kerana faktor-faktor ekonomi dan lain-lain yang sebelum itu walaupun COVID belum ada, adakah mereka juga boleh merayu? Berapa dijangka daripada 7.7 juta itu yang akan dapat? Dia bukan 7.7 juta dapat, mungkin 60 peratus daripada 7.7 juta. Kalau kita tengok i-Lestari Akaun 2, hanya 40 peratus iaitu 4.8 juta orang ahli daripada 12.5 juta orang ahli. Satu lagi ialah tentang i-Sinar. Kita boleh panggil i-Sinar 3.0 lah ya sehingga 0.7 juta orang ahli kategori dua. Saya harap kategori dua ini tolonglah dibantu oleh pihak KWSP.

Yang akhir Tuan Yang di-Pertua ialah mengenai vaksin daripada RM4 bilion naik jadi RM5 bilion. Hari ini di dalam surat khabar disebut, Australia membatalkan tempahan 51 juta dos vaksin CSL Limited dan Universiti Queensland kerana masalah ujian teknikal. Jadi kita ada cabaran-cabaran tentang vaksin ini. Pfizer dan Moderna serta World Health Organization mengadakan rundingan untuk tambahan vaksin.

Cuma saya ingin ayat yang terakhir ini, ada berlaku pasaran gelap vaksin Tuan Yang di-Pertua. Vaksin itu patut mengubat, tetapi vaksin itu tidak lagi mengubat. Ia jadi vaksin tiruan. Jadi saya ingin mengesyorkan kepada Menteri Kewangan supaya bukan hanya MOSTI dan Kementerian Kesihatan yang terlibat tentang vaksin ini tetapi juga agensi penguatkuasaan dan masukkan juga Kementerian Kewangan yang memberikan wang. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 10:50 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Yang di-Pertua, atas kesempatan untuk berbahas untuk Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) (Pindaan) 2020. Kita tahu bahawa pandemik ini telah mendatangkan kesan yang signifikan ke atas sistem kesihatan, ekonomi, kewangan malah politik negara kita.

Bagi saya, COVID-19 ini merupakan satu stress test, dengan izin, kepada sistem di negara kita da telah mendedahkan jurang ataupun ke kelemahan sistemik yang harus diatasi terutamanya daripada segi sistem kesihatan dan juga rangkaian keselamatan sosial di negara kita. Isu ini haruslah ditangani dan diatasi secara holistik kerana kita tahu bahawa COVID-19 bukan satu pandemik yang pertama yang telah melanda negara kita dan bukan pandemik yang terakhir yang akan melanda negara kita.

Oleh itu, kita kena melakukan pembaharuan reformasi dalam sistem yang sedia ada terutamanya supaya Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara seperti ini untuk pandemik pada masa hadapan tidak reaktif ataupun firefight sahaja, dengan izin, tetapi proaktif lebih lestari dalam jangka masa yang panjang.

Izinkan saya mencadangkan kepada Kementerian Kewangan untuk melihat keperluan dan untuk ada political will untuk menyediakan peruntukan khas bersama dengan Kementerian Kesihatan dan semua kementerian lain yang berkenaan untuk menubuhkan satu Health Reform Commission untuk menyediakan satu pelan atau road map jangka masa panjang contohnya 10 tahun tentang reform kesihatan yang sangat diperlukan oleh negara kia. Ini penting untuk membentuk satu sistem kesihatan yang utuh, kukuh dan holistik yang dapat menampung tekanan yang dibawa oleh satu pandemik atau kesan mungkin disebabkan populasi kita yang semakin tua atau the silver tsunami, dengan izin.

Komisi ini berperanan sebagai satu buah kenderaan yang tetap, yang konsisten untuk jangka masa yang panjang untuk merangka reformasi yang diperlukan terutamanya daripada segi pembiayaan kesihatan, tenaga kerja, infrastruktur dan lain- lain. Ia haruslah dianggotai oleh Menteri Kesihatan, Ketua Pengarah, teknokrat, pakar- pakar bidang dan juga mungkin bekas Ketua Pengarah Kesihatan dan lain-lain yang berkenaan untuk merangka hala tuju reformasi jangka masa panjang sistem kesihatan kita dan juga ekosistem kesihatan kita.

Isu yang kita hadapi sekarang merupakan reformasi atau pembaharuan yang biasa dibawa berpunca daripada kepimpinan politik atau Menteri Kesihatan pada masa itu. Isunya kepimpinan tersebut tidak tetap, bertukar-tukar malah kebanyakan masa fokus adalah untuk jangka masa pendek, lima tahun di mana kadangkala ada kepentingan politik sesuatu individu tersebut.

Sejak tahun 1955, kita ada 22 Menteri Kesihatan dan secara puratanya mereka bertukar setiap tiga tahun. Setiap daripada mereka membawa ideologi dan idea tersendiri malah ada yang membatalkan reform atau pembaharuan yang dibuat oleh Menteri yang sebelumnya. Malah, KP bertukar-tukar dan kadangkala ini mengganggu reform yang ingin dibuat terutamanya untuk long term. Jadi kebaikan kenderaan atau komisi ini ialah ia merupakan sebuah badan yang tetap dan menerima mandat untuk road map atau jangka masa panjang untuk mengurangkan risiko reformasi yang dibawa oleh politik yang berubah-ubah. Reform yang berlandaskan politik persendirian, pergolakan kuasa yang kebanyakan masa fokus tentang keperluan masa pendek.

Ini kerana ia dianggotai oleh teknokrat dan bukan ahli politik, perbincangan adalah lebih tertumpu kepada reform dan lebih mementingkan kepentingan negara untuk jangka masa panjang. Selepas menyiapkan laporan tersebut, komisi ini bukan sahaja akan melaporkan kepada kementerian, tetapi juga kena melaporkan kepada Parlimen selepas ia diluluskan, komisi itu dapat memainkan satu peranan untuk memantau reform yang diketengahkan tersebut. Mereka juga dapat memainkan peranan sebagai regulator supaya KKM dapat menumpukan fokus dan peranan mereka sebagai service provider dan purchaser di mana sebelum ini KKM memainkan semua peranan sebagai regulator, service provider dan juga purchaser. Bagi saya itu tidak efisien.

Tuan Yang di-Pertua, pandemik COVID-19 ini menunjukkan kepentingan kita mengukuhkan sistem kesihatan kita dan ia tidak tertumpu hanya kepada Kementerian Kesihatan, tetapi political will dari Kementerian Kewangan dan kementerian yang berkenaan. Kita tahu daripada segi kesihatan, polisi haruslah berpandukan jangka masa panjang, tidak haruslah berubah-ubah mengikut kesukaan ahli politik tersebut.

final • 10:53 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Jika langkah ini dibuat dengan betul- long-term, it will be more economically viable, dengan izin, sustainable for the country kerana perbelanjaan adalah lebih tersusun, targeted dan benar-benar menangani isu yang ada supaya tidak menjadi satu beban ekonomi yang berlebihan kepada negara apabila kita dilanda satu pandemik sekali lagi.

Tuan Yang di-Pertua, poin yang terakhir saya ingin membangkitkan isu tentang elaun khas untuk frontliners kita. Saya masih menerima aduan bahawa ada yang menerima kelewatan elaun tersebut. Saya tidak mahu menghuraikan panjang isu tersebut tetapi saya harap Kementerian Kewangan akan mengambil maklum isu tersebut dan memastikan mereka mendapat pada masa yang sepatutnya. Saya juga menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan memberikan bonus khas, bukan sahaja elaun untuk menghargai pengorbanan frontliners kita semasa menghadapi pandemik ini.

Satu lagi, tadi Menteri ada berkata kita telah menyertai program vaksin COVAX.

Saya ingin meminta satu penjelasan mungkin daripada kementerian lain boleh beri penjelasan daripada jawapan bertulis tetapi ada laporan Reuters yang menyatakan bahawa, dengan izin, “COVAX scheme risk failures, leaving poor countries with no vaccine until 2024”. Jadi saya hendak tanya apakah update tentang berita tersebut, apakah kesan kepada negara kita dan what is our second plan for that? Sekian, terima kasih.

final • 10:53 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Arau dan selepas Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Subang. Atau Yang Berhormat Arau hendak bagi?

final • 10:53 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, boleh tidak Yang Berhormat Jelebu ganti?

final • 10:53 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 10:53 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Jempol, Jempol.

final • 10:53 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya nombor tiga.

final • 10:53 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Dungun. Yang Berhormat Jempol.

final • 10:53 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Arau kerana memberi laluan.

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19))

(Pindaan) 2020 pada hari ini.

final • 10:59 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Rang undang-undang ini telah dibentangkan sekali lagi kerana terdapat keperluan kerajaan untuk menambah sejumlah wang iaitu sebanyak RM20 bilion di bawah Pakej Rangsangan dan Pelan Pemulihan Ekonomi untuk mengurangkan kesan COVID-19. Pindaan ini melibatkan perbelanjaan program subsidi Bantuan Prihatin Nasional, Geran Prihatin PKS dan perbelanjaan berkaitan dengan COVID-19.

Oleh itu, rang undang-undang ini hendaklah disokong dan diluluskan dengan sebulat suara supaya segala usaha daripada pihak kerajaan untuk menyejahterakan rakyat dan memulihkan ekonomi negara dalam tempoh krisis ini dapat diselesaikan.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan Bantuan Prihatin Nasional fasa pertama dan kedua setelah pembiayaan fasa pertama berjumlah RM4.5 bilion telah berjaya disalurkan lebih 9.86 juta orang penerima merangkumi 7 juta orang penerima daripada kategori B40 dan RM2.8 bilion juga menerima daripada kategori M40.

Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak kerajaan yang telah memperuntukkan sejumlah RM7 bilion bagi meringankan beban seramai 7.5 juta orang penerima B40 dan 3.1 juta orang penerima M40 menerusi fasa kedua. Bantuan tunai ini sememangnya adalah amat ditunggu-tunggu dan diharapkan oleh rakyat dalam suasana ekonomi yang tidak menentu.

final • 11:00 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Sebelum ini telah timbul berbagai-bagai isu berbangkit berkenaan status kelayakan bantuan ini membabitkan individu yang berdaftar dengan SSM. Status bukan pelajar dan sebagainya. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian berhubung langkah cross-checking dengan data Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Sejauh mana kah perkara tersebut telah membantu menyelesaikan isu-isu berbangkit berhubung status kelayakan Bantuan Prihatin Nasional bagi fasa kedua.

Berapa ramai individu yang telah membuat permohonan baru BPN fasa kedua yang telah dibuka pada 15 Oktober sehingga 15 November 2020 yang lalu, dan jumlah permohonan baru BPN fasa kedua diluluskan oleh pihak kementerian, dan akan dibayar sekali gus pada bulan Januari 2021, nanti?

Pada hemat saya, pihak kementerian perlu mempunyai satu sistem pangkalan data yang sentiasa dikemas kini merangkumi agensi kerajaan, institusi kewangan dan sebagainya. Menerusi pangkalan data tersebut, rakyat tidak perlu lagi bersusah payah untuk membuat sebarang permohonan dan rayuan bagi mendapatkan bantuan daripada pihak kerajaan pada masa yang akan datang. Hal ini juga memudahkan urusan pihak kementerian sendiri untuk menyalurkan sebarang bantuan kepada rakyat secara terus dengan lebih efisien dan efektif.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan penarafan Fitch ratings. Sebelum ini negara telah dikejutkan dengan berita keputusan Fitch ratings yang menyemak turun naik penarafan kemungkinan penerbitan IDR mata asing jangka panjang Malaysia kepada BBB+ daripada A-. Agensi penarafan antarabangsa tersebut menyatakan penurunan IDR adalah disebabkan krisis COVID-19 yang telah menjejaskan beberapa- kredit metrik utama negara.

Hal ini termasuklah langkah kerajaan dalam menangani pandemik dengan memberi bantuan kewangan kepada rakyat dan peniaga menyebabkan peningkatan beban fizikal negara. Metrik hutang kerajaan juga dikatakan telah merosot disebabkan COVID-19 dan dijangka melonjak kepada 76 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2020 berbanding 65.2 peratus pada tahun 2019.

Terdapat banyak faktor utama yang membolehkan penarafan tersebut kembali positif pada masa hadapan termasuklah membabitkan kewangan awam dengan kecenderungan penurunan hutang kerajaan atau KDNK. Walau bagaimanapun, penarafan untuk IDR negara boleh menurun ke peringkat negatif sekiranya berlaku peningkatan nisbah hutang kerajaan dalam tempoh jangka masa sederhana.

Soalan saya, apa dasar yang akan dirangka oleh pihak kementerian untuk memulihkan kembali kadar penarafan kredit negara. Adakah penurunan kadar penarafan kredit tersebut boleh menjejaskan kedudukan mata wang negara. Adakah langkah yang akan diambil oleh pihak kementerian supaya penarafan yang terus oleh Fitch rating akan mendatangkan keputusan yang baik. Saya mohon perkara ini dijelaskan dengan sebaik mungkin supaya isu ini tidak menjadi mangsa politik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Berkaitan dengan vaksin COVID-19, umumnya mengetahui bahawa COVID-19 buatan Pfizer dengan kerjasama Biotek secara rasmi telah menjadi vaksin pertama mendapat pengiktirafan dunia. Antara negara yang telah mengiktiraf vaksin tersebut Amerika, Britain, Kanada, Arab Saudi, Mexico dan sebagainya. Malaysia juga merupakan salah sebuah negara yang sedang berunding untuk mendapatkan akses kepada vaksin tersebut supaya digunakan dengan secara secepat mungkin.

Berdasarkan perenggan 16(9) Perintah Fi (Perubatan) 1982, tiada caj suntikan vaksin yang boleh dikenakan kepada warganegara Malaysia di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia semasa berlaku wabak COVID-19. Selain itu COVID-19 juga telah diisytiharkan di bawah Akta Pencegahan...

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat, Yang Berhormat Jempol, lama lagi?

final • 11:00 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Sedikit lagi.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Masa 30 saat.

final • 11:00 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Tadi lama sebelum ini, boleh.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Tidak boleh Yang Berhormat sebab hari Khamis kan? Semua hendak balik cepat.

final • 11:00 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

[Ketawa] Sebab hari Khamis. Ya malam Jumaat. Betul, betul. Okey, okey. Saya akan cepat, sebab malam Jumaat.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Bagan kata malam Jumaat. Saya tidak tahu maksudnya. Jadi Yang Berhormat, boleh Yang Berhormat?

final • 11:00 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

[Ketawa] Boleh, boleh. Jadi, maka ini saya menuntut penjelasan pihak kementerian dengan sejelas-jelasnya, sama ada vaksin ini akan diberi kepada rakyat secara percuma ataupun dibayar. Terakhir tentang...

final • 11:00 AM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Jempol, Tuan Yang di- Pertua, saya ambil sedikit sahaja, masa yang sangat pendek Tuan Yang di-Pertua kerana saya tidak dapat peluang untuk berbahas tentang COVID-19 ini. Persoalan saya Tuan Yang di-Pertua, semalam kita sudah bincang, bahas Rang Undang-undang Kewangan tentang pelepasan cukai COVID-19 ini.

Ini bermakna COVID-19 ini tidak secara percuma kepada rakyat. Persoalan saya kepada pihak kementerian, apa maksud pelepasan cukai ini. Kita sedia maklum, banyak negara telah memberi dan bersetuju untuk memberikan suntikan vaksin secara percuma kepada rakyat. Bagaimanakah kedudukan negara kita? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu.

Terima kasih. Saya sedikit hendak bertanya dengan Yang Berhormat Menteri soal mereka yang terjejas oleh COVID-19 ini. Contohnya pemandu teksi, kereta sewa, penarik beca. Mereka ini tidak dapat bantuan dan juga kepada pemandu pelancongan. Masalah kredit yang terpaksa dibayar kenderaan-kenderaan mereka.

Jadi, harus kah atau wajib kepada kementerian memikirkan mereka ini yang tidak dapat pendapatan kerana kedudukan mereka pada hari ini tidak ada pelanggan.

Mereka yang ada dalam keadaan ini tidak keluar dan tidak pakai kereta sewa, teksi, penarik beca dan sebagainya. Saya mohon supaya one-off juga difikirkan kepada mereka yang mengusahakan kereta sewa dan juga teksi ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Subang.

final • 11:00 AM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan rang undang-undang ini.

Berkenaan pindaan Kumpulan Wang COVID-19, saya melihat tambahan RM20 bilion dan saya sokong ya, straight to the point kita sokong tetapi semasa perbahasan Belanjawan 2021 Yang Berhormat Menteri Kewangan hanya menerbitkan angka Kumpulan Wang COVID-19 sebagai RM17 bilion sahaja seperti yang ada dalam Buku Tinjauan Fiskal Persekutuan, muka surat 33.

Jumlah RM17 bilion ini merupakan jumlah carry forward dari tahun ini ke tahun 2021. Jadi, apa yang diminta dalam pindaan ini, pada hari ini merupakan tambahan fiskal baru dan tidak pernah tertulis dalam dokumen-dokumen Belanjawan 2021. Dengan izin, this is a case of under reporting of the fiscal intention of this government. Ini merupakan satu amalan yang tidak elok dan boleh mengelirukan Dewan yang mulia ini sebab pada hakikatnya isu yang penting ialah defisit kerajaan dalam belanjawan RM85 bilion. Hari ini kalau pinda, diluluskan akan tambah RM20 bilion.

Sebenarnya defisit kerajaan ini RM105 bilion. Ini pandangan sayalah, sebab saya bukannya rangka belanjawan.

final • 11:08 AM

Tuan Wong Chen - Subang

Saya mintalah Yang Berhormat Menteri, adakah pandangan saya ini situasi benar sekarang? Minta Yang Berhormat Menteri jelaskan situasi ini. Semalam semasa perbahasan saya, saya minta Yang Berhormat Menteri Kewangan recalibrate bajet pada tahun depan untuk unjuran hasil. Hari ini kalau pandangan saya itu betul dan tepat, saya repeat recalibrate untuk Tabung COVID-19 juga- Kumpulan Wang COVID-19 juga ya.

Yang Berhormat Menteri Kewangan the government, dengan izin, has to be more transparent and accountable and most importantly communicate better.

Baik, perkara kedua. Saya perhatikan bahawa kerajaan memberi penambahan untuk Program Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM14 bilion iaitu tahun original sebanyak RM11.2 bilion tahun ini ya- masa COVID-19 punya original bil sebanyak RM11.2 bilion naik ke sebanyak RM25.2 bilion.

final • 11:10 AM

Tuan Wong Chen - Subang

Maknanya tambahan sebanyak RM14 bilion. Saya tahu seminggu lagi Krismas tetapi Yang Berhormat Menteri janganlah jadi Santa Claus. Daripada segi ekonomi apa yang penting subsidi upah tetapi Yang Berhormat Menteri tambah subsidi upah sebanyak RM1.5 bilion sahaja. Kenapakah berat sebelah sangat dengan populis cash handout Bantuan Prihatin Nasional ini?

Dengan izin sekali lagi ya. We are in a crisis. Instead of trying to help the companies to survive to prevent unemployment, you are giving excessive handouts to people. Saya tertanyalah macam kita ini orang politik di sini ya tetapi yang hairannya Yang Berhormat Menteri Kewangan bukan orang politik. Saya tertanya-tanya, tahun depan ada pilihan raya kah ini?...

[Disampuk] Mana tahu betul [Ketawa] Secara prinsipnya saya tidak ada isu dengan kerajaan menambah sebanyak RM20 bilion ke Kumpulan Wang COVID-19. Kalau hendak tambah lagi pun kita akan sokong ya. Akan tetapi, bahagikanlah sebanyak RM20 bilion ini dengan baik. Saya cadangkan kerajaan tambah sebanyak RM6 bilion kepada subsidi upah bukan sebanyak RM1.5 bilion tetapi sebanyak RM6 bilion dan kurangkan daripada sebanyak RM14 bilion untuk Bantuan Prihatin Nasional ke sebanyak RM9.5 bilion. Bagaimana boleh kerajaan tambah subsidi upah sebanyak RM1.5 bilion sahaja tetapi cash handout terlalu populis.

Saya cadangkan kerajaan buat rebalancing allocation antara subsidi upah dan Bantuan Prihatin yang lebih munasabah. Itu adalah lebih logikal dan saya berharap dengan sincere atau dengan ikhlas Yang Berhormat Menteri Kewangan akan berani untuk membuat pindaan yang betul. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Bintulu.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Kuala Selangor sedikit nanti ya.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Yang Berhormat Arau.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengenai langkah-langkah sementara bagi pembiayaan kerajaan membantu dalam masa ini COVID-19. Memang ini satu rang undang-undang yang terbaik untuk membantu rakyat semua tetapi saya sebagai Ahli Parlimen saya berasakan on the other hand kita mestilah mahu tengok kita punya kawalan macam mana. Kita boleh nampak kawalan kita punya negara jiran.

Ini contoh macam di Cambodia ada sebanyak 15 juta- rakyat. Dia punya COVID- 19 baru sebanyak 362, kematian kosong. Vietnam kita ada 95 juta- rakyat tetapi dia punya COVID-19 baharu sebanyak 1,405 orang, kematian 35 orang. Negeri China ada 1.4 bilion tetapi COVID-19 sebanyak 86,777 orang, kematian baru 4,434 orang.

Akan tetapi Malaysia kita ada COVID-19 punya patient 87,913 orang, kematian ada 429 orang. So, rakyat di bawah ada disoalkan pembiayaan memang tidak [Tidak jelas] tetapi kita kalau kawalan tidak ada menjaga baik, beberapa pembiayaan memang pun tidak mencukupi. Ada punya bank cakap kita tidak selesai ini, lama-lama bank pun bankrap juga.

Jadilah kita mestilah more alert kita sendiri macam mana kita buat kawalan.

Macam contoh ada hotel quarantine site workers. Ada seberapa hotel? Berapa ratus orang confirmed cases? Akan tetapi tiada umum kepada orang awam. Ada punya hotel separuh untuk COVID-19 untuk kuarantin, separuh untuk orang awam pun duduk di hotel itu tetapi banyak orang dia orang tak tahu itu hotel ada terlibat dalam ini COVID-19.

Pada masa yang sama, kita dalam ini COVID-19 punya laporan ini saya rasa kita mahu kaji balik semula. Rakyat sekarang pun keliru. Hari-hari kita ada umum berapa ribu ada tetapi masalah kita ada separuh kemungkinan sebahagian daripada foreign workers. Orang tempatan seberapa? Kita sepatut mahu announce it separately.

Janganlah bagi kita hari-hari announce ribu-ribu, orang tempatan pun panik. Orang meniaga pun pening.

Itulah bank-bank pun dia orang banker pun semua orang pening. Dia orang nampak kalau sebegini dia orang tak ada esok punya cara. Tadilah kita saya hendak minta Yang Berhormat Menteri Kewangan mesti akan kemungkinan ada punya terlibat sama Kementerian Kewangan tolonglah berbincang sama lain-lain punya kementerian.

final • 11:13 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Saya rasa termasuklah Kementerian Kesihatan. Dia punya akta dalam sana memang bukan kuasa Yang Berhormat Menteri. Saya minta kalau boleh ini kuasa hantar balik Parlimen semula, kita kuasa mesti mahu kembali balik kepada Yang Berhormat Menteri bertanggungjawab kepada rakyat terutama dalam Dewan Rakyat ini.

final • 11:13 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Saya sokong Yang Berhormat, saya sokong.

final • 11:13 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Last sekali mengenai isu vaksin ini.

Vaksin ini isu saya baru berbincang sama negeri China punya penduduk-penduduk di sini ataupun dia punya companies ada dekat Malaysia. Dia orang sepatut mahu bawa satu medical team bawa itu vaksin untuk inject untuk dia punya rakyat negeri China sahaja. Akan tetapi sampai akhir sampai sekarang Malaysia daripada Kementerian Kesihatan tidak bagi kelulusan. Kalau kita- sikap semua tidak mahu...

final • 11:13 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Yang Berhormat.

final • 11:13 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Kita mahu mesti mahu...

final • 11:13 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Yang Berhormat, boleh sebut nama syarikat China yang terbabit?

final • 11:13 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Ini kerajaan tidak sebut daripada mana- mana. Lu hari-hari mahu minta wang sahaja buat apa? You fikir hari-hari rasuah, ini bukan rasuah. Ini negeri China dia orang mahu minta kelulusan daripada kerajaan. Dia orang mahu datang inject untuk dia punya rakyat di Malaysia faham tak? Kalau tak faham, jangan bising.

final • 11:13 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Yang Berhormat Bintulu makan cili.

final • 11:13 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Saya minta kalau boleh- saya kata negeri China lah. Lu ada faham kah? Memang sekali sekala dia pun kepala kongkalikung punya.

Kita mestilah bagi peluang kalau kita belum ada depan lagi kalau negeri China di pun ada berapa banyak penduduk sini, bagilah dia orang jalankan. Dia orang bawa dia punya doktor sendiri medical team sendiri, bagilah dia orang kelulusan.

So, kita reduce the risk of rakyat kena COVID-19. Sekian, terima kasih

final • 11:13 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Selepas ini saya dimaklumkan...

final • 11:13 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Kuala Selangor.

final • 11:13 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Rasah kan? Yang Berhormat Rasah ada tak ada?

final • 11:13 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang Berhormat Rasah ada.

final • 11:13 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Rasah kan?

final • 11:13 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ya, ya.

final • 11:13 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Selepas Yang Berhormat Rasah?

final • 11:13 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Kuala Selangor.

final • 11:13 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Bahagian sini- Yang Berhormat Arau, kemudian Yang Berhormat Padang Serai.

final • 11:13 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Padang Serai dua minit.

final • 11:13 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Padang Serai tetapi Yang Berhormat Rasah dahulu. Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Padang Serai.

final • 11:13 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Minta Kuala Selangor sedikit Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:13 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Silakan Yang Berhormat Rasah.

final • 11:13 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana peluang yang diberikan untuk saya terlibat dalam perbahasan pada pagi ini.

Pertama, kami menyambut baik ada penambahan sebanyak RM20 bilion di bawah pindaan kepada akta ini. Mungkin ia tidak mencapai tambahan sebanyak RM45 bilion yang pernah dicadangkan oleh pihak kami ketika RUU ini dibincangkan kali pertama beberapa bulan yang lepas tetapi bagi saya sekurang-kurangnya apa yang kami cadangkan sebahagian daripadanya telah pun diterima oleh pihak kerajaan.

Saya berharap- sebab hari ini takwim untuk tahun depan baru keluar. Mungkin nanti bulan Mac hingga April kita boleh tambah sebanyak RM25 bilion lagi iaitu mencapai hasrat asal daripada pihak kami untuk tambahan sebanyak RM45 bilion tersebut.

final • 11:19 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Perkara pertama yang saya hendak sebutkan Tuan Yang di-Pertua, adalah berkenaan dengan Bantuan Prihatin Nasional. Kita nampak daripada RM11.2 bilion yang diperuntukkan sebelum ini, kini tambahan RM14 bilion kepada jumlah RM25.2 bilion.

Daripada jumlah itu, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan berapakah jumlah besar, jumlah keseluruhan keluarga B40 yang dapat dan berapakah daripada isi rumah M40 yang dapat Bantuan Prihatin Nasional di bawah peruntukan ini.

Oleh sebab, saya rasa kedua-duanya penting dan saya hendak mohon sebab saya ada dengar sejak BPN ini dilancarkan terdapat masalah di mana ada pemohon yang dia kata dia layak dan memang kalau ikutkan kisahnya pemohon tersebut layak, cuma kenapa tidak dapat bantuan. Jadi, saya mohon supaya pihak kerajaan terutamanya Yang Berhormat Menteri menyemak semula apakah prosedur mekanisme yang telah dilakukan supaya tiada keciciran tidak kira mereka ini siapa. Janji mereka dalam kategori B40 dan M40 dan mereka mohon, kita pastikan tiada keciciran.

Oleh sebab, saya rasa itulah hasrat yang kita mahukan daripada kedua-dua pihak daripada semua Ahli Yang Berhormat yang ada di sini. Satu lagi untuk mereka yang tiada akaun, sebelum ini berlaku masalah berlaku kelewatan menyampaikan bantuan. Oleh sebab bantuan ini kalau kita lengah-lengahkan, kita lewatkan akhirnya tujuan asal untuk memberikan bantuan tunai one-off secara segera akan terjejas. Tujuan asal tidak akan tercapai sekiranya berlaku kelengahan ataupun kelewatan yang disebabkan hanya pemohon yang layak tersebut tidak mempunyai akaun.

final • 11:20 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Yang Berhormat Rasah. Yang Berhormat Rasah sedikit?

final • 11:20 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ya, Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Ya, Yang Berhormat Rasah. Terima kasih, Yang Berhormat Rasah. Saya hendak penjelasan kepada kerajaan mengenai RUU ini. Apakah sebabnya RM20 bilion ini tidak dimasukkan dalam Bajet bagi tahun 2021 yang baru diluluskan? Apa rasional, adakah ini overlooked, dengan izin, daripada kementerian terbabit? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Okey, terima kasih, Yang Berhormat Kepong.

Minta apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kepong dimasukkan sebahagian daripada ucapan saya.

Perkara seterusnya yang saya hendak sebutkan adalah berkenaan dengan subsidi upah. Subsidi upah tadi Yang Berhormat Menteri Kewangan mengatakan bahawa terdapat penambahan sebanyak RM1.5 bilion untuk subsidi upah. Saya nampak ia sangat kecil jumlahnya kalau pada asalnya sebanyak RM16.8 bilion diperuntukkan, kali ini hanya sebanyak RM1.5 bilion. Padahal, banyak lagi syarikat yang memang masih terjejas perniagaan mereka, pendapatan mereka, urusan harian mereka disebabkan pandemik COVID-19 dan sebagainya.

Jadi, saya mohon penjelasan yang lebih lanjut daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan kenapa hanya sebanyak RM1.5 bilion sahaja untuk membantu subsidi upah ini sebab kalau subsidinya lebih dengan syarat bahawa syarikat tidak boleh membuang pekerja sekiranya mereka mengambil inisiatif di bawah subsidi ini maknanya kita boleh selamatkan rakyat kita daripada dibuang kerja, daripada menganggur.

Kita tahulah sudah beratus ribu hampir mencecah sejumlah 1 juta orang rakyat kita menganggur dan kita hendak mengurangkan masalah ini. Jadi, subsidi upah ini bagi saya sepatutnya lebih daripada itu supaya kita dapat selamatkan rakyat kita daripada dibuang kerja.

final • 11:20 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Perkara terakhir yang saya hendak sebutkan adalah berkenaan dengan tambah sebanyak RM4 bilion untuk vaksin. Saya rasa itu satu langkah yang diperlukan sebab pihak-pihak yang tertentu, pakar-pakar perubatan dalam usaha terakhir untuk menghasilkan vaksin yang stabil. Cuma saya hendak tanya, adakah kerajaan boleh mempertimbangkan supaya semua rakyat, semua rakyat Malaysia diberikan vaksin ini suatu hari nanti dengan tempoh yang tertentu. Mungkin frontliners kita bagi dahulu, golongan tertentu kita bagi dahulu.

Boleh tidak kerajaan menetapkan satu tempoh, satu jangka masa supaya semua rakyat kita akan diberikan vaksin secara percuma. Oleh sebab, saya rasa ini merupakan satu keperluan yang kita kena hadapi dengan pandemik ini dijangka akan berterusan untuk satu tempoh yang lama. Jadi, pemvaksinan tersebut akan membolehkan kita kembali kepada urusan harian kita supaya kehidupan kita setakat terjejasnya akan berkurangan. Jadi sekian sahaja, saya mohon Yang Berhormat Menteri boleh jawab. Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Arau.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kerana bagi peluang. Bismillahi Rahmani Rahim. Pertama sekali, saya- ini benda betul kita kena cakap, saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan yang cukup prihatin tentang kemasalahan yang berlaku dan terus mengambil tindakan sebelum bajet ini habis. Ini hari yang penghabis tetapi Yang Berhormat telah melihat tentang perkara-perkara yang harus dilakukan serta-merta untuk menangani masalah COVID-19.

Jadi semua peningkatan yang telah dibagi itu peningkatan kepada bantuan yang dibagi itu telah disenaraikan dan sekejap lagi saya akan sentuh. Jadi, saya hendak ucap tahniah Yang Berhormat Menteri Kewangan kerana prihatin dan kepada Yang Berhormat Bagan yang juga telah menyokong kerana dia tidak dapat berbuat demikian pada masa yang lepas [Ketawa] Jadi, terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan kena terima hakikat bahawa antara kegagalan PH itu ialah tidak dapat menangani...

[Disampuk]

final • 11:25 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Bukan tidak mahu buat. Sudah rampas macam mana hendak buat...

[Tepuk]

final • 11:25 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kemudian- saya cakap benda betul, kita bising. Jadi tidak bagus ya, ini fakta. Kehadiran Kerajaan Perikatan Nasional ini telah menyelesaikan masalah negara yang hebat dan semua pihak semua rakyat berpuas hati atas apa yang berlaku.

Saya bagi contoh, Bantuan Prihatin Nasional sekarang ini telah minta ditambah dan kerajaan bukan sahaja menambah tetapi menurunkan had daripada RM4,000 kepada RM5,000, jadi RM5,000 ke bawah boleh mendapat Bantuan Prihatin Nasional yang dinaikkan daripada RM450 kepada RM1,000. Ini adalah satu yang cukup baik, semua rakyat mendapat manfaat. Saya ingat semua kita...

[Disampuk]

final • 11:25 AM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya minta penjelasan, Yang Berhormat Arau.

final • 11:25 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Patut ucap terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan yang bagi perhatian mengenai perkara ini.

final • 11:25 AM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Arau boleh?

final • 11:25 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Daripada sebanyak RM450 itu dinaikkan sebanyak RM1,000, rakyat bergembira. Ini kita saya ingat DAP, semua parti PKR, daripada PH menyokong, kata menyokong tentang keprihatinan pihak kerajaan.

Sebut perkataan itu siapa yang hendak berucap kejap lagi...

[Disampuk]

final • 11:25 AM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Arau, boleh?

final • 11:25 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini akan menunjukkan bahawa kita sehati sejiwa menyokong pertambahan peruntukan ini.

final • 11:25 AM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh?

final • 11:25 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, silakan.

final • 11:25 AM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih, Yang Berhormat Arau dan Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin menyemarakkan semangat Yang Berhormat Arau di mana bajet ini telah diluluskan dan bagaimana pula adakah Yang Berhormat Arau akan memberi penekanan kepada agensi-agensi pelaksana sebab perancangan sudah cantik.

Akan tetapi, penerimaan pelaksanaan itu harus diambil kira. Adakah Yang Berhormat Arau yakin bahawa kesemua ini akan sampai ke sasaran, ke target group, kalau tidak sia-sia bajet yang cantik tetapi pelaksanaannya tidak cantik.

final • 11:25 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya hendak sentuh benda itu termasuk sebahagian daripada ucapan saya tetapi nampaknya Yang Berhormat Kinabatangan ini cepat membaca hati saya, maka ia menjadi sebahagian daripada ucapan saya.

final • 11:25 AM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

[Bangun] Kita minta supaya agensi kerajaan memastikan supaya Menteri Kewangan kalau boleh benarkan perbelanjaan minggu pertama bulan Januari lagi, kita kena benarkan. Akan tetapi jangan tunggu bulan Januari sebab COVID-19 ini berjalan terus, saya ingat kita kena mulakan serta-merta untuk membolehkan kumpulan sasar mendapat manfaat daripada apa yang telah kita lakukan.

Jadi, saya ucap terima kasih.

final • 11:25 AM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Yang Berhormat Arau.

final • 11:25 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Berapa minit lagi tinggal ini?

final • 11:25 AM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Boleh? Sekejap sahaja.

final • 11:25 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak bagi nanti merajuk.

Dipersilakan [Ketawa]

final • 11:25 AM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

[Ketawa] Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Seri Arau dan Tuan Yang di-Pertua. Kita memang setuju itu bajet kita memang tersedia membantu rakyat, pembiayaan daripada kerajaan itu semua. Yang Berhormat Arau setuju atau tidak kita punya kelemahan perturunkan itu peruntukan terutama macam dalam COVID-19 ini punya masa, kita frontliners punya barang-barang itu sepatut kita hospital turun peruntukan mesti mahu cepat. Selalu kita punya peruntukan begitu lambat.

So, dari hospital punya frontliners macam dia orang tidak terjaga daripada kerajaan. Setuju kah tidak?

final • 11:25 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Setuju. Yang Berhormat, setuju.

Tidak boleh tak setuju. Jadi walau bagaimanapun, kita kena ingat di peringkat awal dulu, memang ada masalah. Akan tetapi, sekarang ini ia telah masuk dalam sistem.

Jadi, saya juga hendak ucap terima kasih sebab seluruh peniaga rakyat Malaysia yang majoriti kawan-kawan saya yang berniaga di Perlis ini terdiri daripada orang Tionghoa, mereka ucap terima kasih kerana kerajaan telah membantu menyelamatkan mereka terutamanya melalui Program Subsidi Upah. Jadi kalau sekiranya saya hendak bagi tahu pilihan raya yang dijalankan serta-merta, semua kawan saya daripada orang Cina akan menyokong saya dalam pilihan raya akan datang. Ini kerana mereka puas hati. Mereka tidak puas hati apa yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Bagan dahulu.

final • 11:30 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Jangan ambil pisanglah, Yang Berhormat Arau.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang seterusnya saya minta supaya Shop Malaysia online, ini bagus, RM70 juta untuk bangunkan sistem supaya barangan Malaysia boleh dipasarkan. Cuma, saya hendak minta supaya barangan Malaysia ini mestilah dimasukkan sebanyak mungkin barangan dari luar bandar macam pekasam, Che Kiah Pekasam dan juga lain-lain barang yang boleh kita selaraskan supaya Shop Malaysia online ini akan menjanakan pendapatan kepada rakyat Malaysia.

Kemudian, berhubung dengan projek-projek mega, dulu masa Barisan Nasional, kita perkenalkan sistem di mana penyertaan Kelas F kepada projek-projek mega. Saya minta Yang Berhormat Menteri Kewangan supaya dimasukkan Kelas F ini semula sebab Kerajaan PH telah hentikan benda itu.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sekarang kita masukkan balik supaya apa pun kita buat, semua orang dapat manfaat. Sistem keadilan yang luar biasa yang dibuat oleh kerajaan sekarang ini akan disokong dengan hebatnya oleh pelbagai pihak. Pastikan semua pihak dapat menyertai.

Sekarang ini kita sudah bagi Kelas F semua mendapat projek-projek kecil melalui rundingan terus dan sebagainya tetapi kita minta mereka juga dapat menyertai program- program untuk projek-projek yang besar.

Jadi akhir sekali, saya minta supaya beberapa perkara diberi perhatian. Yang pertamanya, pengambilan anggota perubatan secara kontrak sebab kalau kita hendak ambil cara tetap, sudah pasti mengambil masa. Akan tetapi kerajaan boleh fikirkan supaya pengambilan secara kontrak dipercepatkan untuk membolehkan mereka memberi sumbangan kepada usaha-usaha untuk menangani COVID-19.

Saya juga bersetuju dengan kawan-kawan tadi iaitu berhubung dengan apa yang berlaku. Yang Berhormat Bintulu telah membuat perbandingan tadi iaitu berhubung dengan kes-kes yang sekarang ini 82,246, kes sembuh 68,084. Yang saya hendak tengok ini kes sembuh. Kes sembuh ini yang meningkat dari semasa ke semasa. Ini menunjukkan bahawa sistem kita telah berjalan baik dan lancar. Kita minta diteruskan walaupun kes yang masih aktif ada 13,751. Saya harap tak termasuk Yang Berhormat Batu ya. Jadi kita minta supaya kerajaan tingkatkan usaha untuk kes sembuh ini dibaiki dari semasa ke semasa.

Jadi sekali lagi saya hendak beritahu bahawa kami menyokong penuh. Cuma, saya minta supaya kawan-kawan lain yang hendak berucap sebut kita menyokong sepenuhnya. Kalau boleh kerajaan tingkatkan daripada RM20 juta kepada RM45 juta.

Kenapakah tidak berbuat demikian daripada sekarang? Ia untuk membolehkan kita belanjakan sekiranya masalah berbangkit pada tahun hadapan. Jadi saya bukan sahaja menyokong tetapi minta kalau boleh ada pertambahan dibuat untuk membolehkan kita hadapi COVID-19 ini dengan baik dan hebatnya dan dalam masa yang sama, rakyat Malaysia dapat ditolong semasa mereka menghadapi krisis ini. Terima kasih. Saya menyokong.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Padang Serai.

final • 11:30 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin berbahas atas Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) (Pindaan) 2020.

Saya menyokong.

Di samping itu, saya rasa Yang Berhormat Menteri Pertahanan pun ada sini, saya ingat nak sampaikan masalah yang hadapi di kawasan saya. Saya ingin mengemukakan masalah yang dihadapi ketika PKPD oleh penduduk di Taman Bayam, Taman Kangkung 1 dan 2, Taman Cekur Manis, Taman Seri Limau, Taman Bayam Indah, Taman Halia dan Taman Kubis di kawasan Paya Besar, Parlimen Padang Serai hingga 24 Disember 2020 iaitu selama empat minggu berturut-turut.

Kebanyakan penduduk di kawasan PKPD merupakan pekerja swasta dan bekerja di Pulau Pinang dan juga di kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech Park.

Memandangkan tempoh PKPD dilanjutkan hingga sebulan, maka ramai yang tiada pendapatan untuk tempoh berkenaan. Perlu diberi perhatian bahawa penduduk yang terkesan ini perlu menyediakan wang perbelanjaan bukan sahaja untuk membiayai bil dan pembelian barang rutin malah mereka juga perlu bersiap sedia bagi perbelanjaan persekolahan anak-anak untuk sesi 2021 pada bulan Januari nanti.

Dengan ini, saya sangat berharap dan merayu agar pihak kementerian yang berkenaan dapat menamatkan PKPD di kawasan tersebut secepat mungkin jika tiada atau kurang kes baharu kerana ramai penduduk yang sudah tidak memakai gelang putih atau gelang pink lagi. Juga, sekiranya mereka tidak hadir kerja di negeri yang lain, maka mereka kena buang kerja. Yang Berhormat Menteri Kewangan pun ada sini, saya rasa boleh bantu di kawasan saya. Di samping itu, Yang Berhormat Gombak pun boleh setuju dengan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:34 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Dungun.

final • 11:34 AM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19))

(Pindaan) 2020.

Pertamanya, saya menyokong wujud keperluan untuk penambahan peruntukan bagi item-item seperti program subsidi upah, insentif pengekalan pekerjaan dan pengambilan pekerja dan bantuan latihan, Bantuan Prihatin Nasional dan Geran PRIHATIN PKS.

Persoalannya ialah apabila dimaksudkan dengan langkah-langkah sementara, maka tentulah ada waktu dan tempoh tamatnya. Jadi pada jangkaan bilakah dapat kita menyelesaikan permasalahan yang melibatkan COVID-19 ini? Supaya kita dapat melihat bagaimana kesan kepada apa yang ingin dicapai iaitu memulihkan kembali kehidupan rakyat daripada segi ekonomi dan kehidupan. Ini kerana semua yang telah diberikan daripada segi subsidi upah, insentif pengekalan pekerjaan dan pengambilan pekerja merupakan langkah-langkah sementara.

Jadi, pohon penjelasan kerana keperluan demi kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi negara dalam keadaan yang sangat mencabar ini mungkin mengambil masa yang lebih lama daripada anggaran-anggaran yang dilakukan.

Seterusnya yang melibatkan peruntukan bagi perbelanjaan berkait COVID-19, pohon dinyatakan jumlah yang melibatkan pembekalan vaksin kepada petugas barisan hadapan. Adakah peruntukan tersebut bagi tujuan pemberian vaksin kepada petugas barisan hadapan sahaja atau akan turut melibatkan kelompok masyarakat yang lain?

Adakah peruntukan tambahan itu cukup memandangkan ia akan turut melibatkan perbelanjaan-perbelanjaan lain yang berkait dengan COVID-19?

Mengenai vaksin COVID-19, sebelum ini kerajaan ada menyatakan bahawa keutamaan untuk vaksin dibekalkan adalah kepada petugas barisan hadapan meliputi sektor kesihatan dan keselamatan seperti doktor, jururawat, polis, petugas penjara dan imigresen. Hal ini adalah sejajar dengan amalan global ketika ini iaitu untuk mengutamakan pemberian vaksin kepada kumpulan berisiko.

Namun begitu, saya berpandangan kerajaan perlu mempertimbangkan beberapa kelompok masyarakat yang layak dikategorikan sebagai kumpulan berisiko.

Sebagai contoh, media melaporkan bahawa di Amerika Syarikat, golongan pertama yang akan menerima vaksin ialah kira-kira 21 juta orang kakitangan dalam bidang perubatan dan kesihatan serta tiga juta orang kakitangan Pusat Jagaan jangka panjang.

final • 11:36 AM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Golongan pekerja sektor penting yang tidak boleh bekerja dari rumah seperti polis, bomba dan pekerja perkhidmatan makanan juga turut dimasukkan dalam kelompok awal yang bakal menerima vaksin, di samping warga emas yang berisiko tinggi kerana penyakit-penyakit yang serius. Banyak negara juga meletakkan keutamaan vaksin kepada rumah jagaan orang tua memandangkan gelombang pertama COVID-19 telah mengorbankan begitu banyak nyawa di institusi tersebut.

Selain itu banyak pakar menyarankan agar vaksin juga perlu diutamakan kepada masyarakat miskin yang tinggal di lingkungan padat dan kurang memiliki akses untuk perubatan sebagai satu keperluan asas awam. Wujud juga persoalan sama ada kerajaan bersedia untuk memberi vaksin kepada setiap keluarga di Malaysia melalui pemilihan salah seorang anggota keluarga dianggap paling berisiko tinggi untuk dijangkiti virus.

Dari satu sudut yang lain pula, peruntukan yang terlampau tinggi bagi pengedaran vaksin COVID-19 juga dikhuatiri akan menjejaskan perkhidmatan kesihatan dalam tempoh jangka masa panjang terutamanya bagi pesakit-pesakit kritikal lain yang memerlukan rawatan seperti pesakit kanser di mana laporan negara lain menunjukkan peningkatan kematian pesakit kanser selepas pandemik COVID-19 merebak di negara tersebut.

Akhir sekali saya ingin untuk bertanya. Apakah selain daripada petugas-petugas barisan hadapan? Adakah apa-apa strategi terperinci kerajaan untuk mengedarkan vaksin secara efektif dan bersasar berdasarkan kepada penambahan peruntukan yang diberikan berkaitan dengan COVID-19? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Sebelum Yang Berhormat Menteri menjawab saya jemput Yang Berhormat Kuala Selangor lima minit sahaja tolong, boleh ya? Selepas itu Menteri.

final • 11:40 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Satu lagi.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, atas peluang ini. Pertama, saya juga sama-sama menyokong dan memberi pengiktirafan kepada tambahan RM20 bilion dalam peruntukan tabung Akta Langkah-langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019

(COVID-19)) 2020.

Meskipun, saya rakamkan sekali lagi betapa wajarnya ia harus dibawa bersama dalam bajet tempoh hari kerana sekali gus ia melihatkan ini meletakan satu dent dengan izin, satu kesan kepada fiskal defisit kita yang sudah melonjak ke paras RM105 bilion.

Apa pun kita perlu beri rekalibrasi kemudian. Saya yakin Menteri Kewangan mampu buat sedemikian.

Kedua, saya tekankan dengan penambahan begini, antara lainnya penambahan untuk program yang dikatakan sebagai Program Subsidi Upah. Dapat kiranya kerajaan melihat untuk menimbang akan pemberian subsidi upah ini dipertingkatkan kerana majikan-majikan nampaknya tidak terbantu dan mereka langsung menutup peniagaan dan enterprises mereka dengan kata lain 33 ribu lebih syarikat- syarikat khususnya kecil dan sederhana yang terpaksa tutup atau gulung tikar, sekali gus menjadikan jumlah yang menganggur adalah kian tinggi.

Jadi itu satu perkara kalaulah dapat ditambahkan- telah pun ditambahkan peruntukan ini, maka sewajarnya program PSU atau Program Subsidi Upah ini mestilah kurang lebih sama dengan jiran kita- tak mula saya sebutkan yang memberikan subsidi setinggi 75 peratus daripada gaji penengah.

Seterusnya, rakamkan yang termasuk saya yakin merupakan peruntukan untuk vaksin. Kalaulah saya boleh sebut beberapa perkara yang lain vaksin khususnya. Kita memandang kepada untuk mendapatkan pelalian komuniti ataupun herd immunity, dengan izin. Kita perlu untuk memberikan vaksinasi imunisasi kepada 50 peratus daripada penduduk kita yang kurang lebih. Kalau saya lakukan sedikit back-of-the- envelope calculation dengan izin, hisabnya atau matematiknya kita mungkin berbelanja sebanyak untuk 50 peratus daripada 32 juta- penduduk kita 16 juta dan dengan dua- dos.

Maka 32 juta- dos yang diperlukan. Kalaulah kita kembali mengambil COVAX sebagai sandaran kita, dengan COVAX mengenakan kita USD10 satu dos ataupun dengan itu kita akan berbelanja USD320 juta ataupun RM1.2 bilion, Menteri.

Kalau kita ambil pula daripada Pfizer yang mengenakan USD20 satu- dos.

Maka ia merupakan USD640 million ataupun RM2.56 bilion. Dengan kata lain kita mampu menampung semua pelalian ini atau imunisasi kepada rakyat kita dengan percuma sebenarnya. Itu yang saya ingin tekankan.

Sikit lagi dalam waktu yang ada ini. Saya tekankan sekali lagi kepentingan untuk kita beralih kepada RTKAg yang merupakan satu untuk- bukan seperti mana kita guna PCR untuk diagnosis dan confirmation tetapi ia adalah satu yang sangat penting untuk kita gunakan RTKAg ini untuk- kalau kita ambil sahajalah 50 peratus daripada populasi kita, kita akan dapat 1.6 juta yang boleh kita lakukan kerana kepentingan untuk bertindak segera isolate dan ini akan dilakukan dalam program Prevention of Outbreak on Ignition Sites (POIS) khususnya kalau kita tengok kluster tempat kerja itu.

Jadi saya tekankan supaya perkara ini dapat dilakukan, disegerakan dan akhir sekali menyokong pandangan sahabat saya atas apa dikatakan suruhanjaya reform kesihatan ataupun suruhanjaya reform atas sektor kesihatan ini adalah sangat perlu dan saya seketika memimpin KKM juga telah cuba untuk melaksanakan ini dan saya harap perkara ini dapat diberikan perhatian oleh Menteri. Dianjurkan supaya dapat kita lakukan bukan sahaja sekali air bah, sekali pasir berubah tetapi akan dapat kita lakukan satu reform yang bersifat jangka tengah atau jangka jauh. Terima kasih sekali lagi Tuan Yang di-Pertua.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 11:42 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat...

final • 11:42 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Satu lagi Tuan Yang di-Pertua?

Seminit.

final • 11:42 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Saya ingin menjemput sekarang Menteri untuk menjawab 20 minit.

final • 11:42 AM

Menteri Kanan Kewangan - YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Dungun dan juga yang terakhir tadi Yang Berhormat Kuala Selangor kerana mengambil bahagian dalam perbahasan dalam peringkat dasar.

Jadi saya mulakan jawapan saya dengan soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Bagan. Tuan Yang di-Pertua, soalan pertama Yang Berhormat Bagan tadi mengenai jumlah yang telah dibelanjakan setakat ini. Sehingga kini sejumlah RM38 bilion daripada RM45 bilion telah dibelanjakan bagi semua 31 inisiatif yang disenaraikan dalam Akta 830, Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020.

Soalan kedua Yang Berhormat Bagan, ini berkenaan isu meningkatkan peruntukan. Dalam ucapan bacaan kedua tadi, saya telah memberikan empat sebab kerajaan mengambil pendekatan penambahan RM20 bilion. Jadi secara ringkasnya, pertama peruntukan Kumpulan Wang COVID-19 sebanyak RM45 bilion dan insya-Allah bakal ditambah kepada RM65 bilion merupakan suntikan fiskal langsung. Kira harus ingat bahawa keseluruhan pakej rangsangan bernilai RM305 bilion. Manakala Belanjawan 2021 bernilai RM322.5 bilion.

Kedua, di samping inisiatif Belanjawan 2021 yang bakal bermula pada tahun depan, masih ada lagi pelbagai bantuan di bawah pakej-pakej yang diumumkan.

Soalan ketiga Yang Berhormat Bagan tadi, mengenai soalan pengangguran.

Saya sudah jawab dua tadi Yang Berhormat Bagan. Jumlah yang tadi- sehingga kini RM38 bilion daripada RM45 bilion.

Soalan ketiga, daripada Yang Berhormat Bagan tadi mengenai pengangguran.

Terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Bagan berhubungan isu pengangguran di Malaysia. Ekoran langkah yang diambil oleh kerajaan melalui pakej rangsangan ekonomi sebenarnya telah bermula pada tahap yang agak tinggi pada bulan Mei 5.3 peratus dan ia turun kepada 4.7 peratus.

Namun, kita masih lagi di tahap tinggi daripada tahap guna tenaga penuh. Ini tahap yang saya rasa paling tinggi sejak 1980-an. Dengan itu seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, kerajaan telah mengumumkan dalam Belanjawan 2021 inisiatif skim jaminan pekerjaan atau Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan atau JanaKerja yang melibatkan 500 ribu peluang pekerjaan baharu melalui perbelanjaan kerajaan yang sebanyak RM3.7 bilion.

final • 11:47 AM

Menteri Kanan Kewangan - YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Antara program di bawah usaha ini termasuk PenjanaKerjaya di bawah PERKESO yang akan dibiayai melalui pindaan RUU yang dibentangkan hari ini. Jadi, Yang Berhormat Bagan juga telah membangkitkan berhubung dengan Malaysia@Work.

Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat ciri-ciri Malaysia@Work yang telah dimasukkan ke dalam program PenjanaKerjaya. Seperti yang dicadangkan di bawah Malaysia@Work, insentif yang diberikan kepada majikan dengan insentif khas di antara 40 hingga 60 peratus daripada gaji bulanan untuk enam bulan.

Selain itu seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Bagan PenjanaKerjaya juga mempunyai cirit untuk memberi insentif 20 peratus daripada gaji kepada pekerja tempatan yang menggantikan pekerja asing dalam sektor dengan kebergantungan tinggi kepada pekerja asing seperti pembinaan dan perladangan.

final • 11:50 AM

Menteri Kanan Kewangan - YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Yang Berhormat Bagan juga telah mencadangkan ditingkatkan bantuan kepada golongan penganggur sehingga RM1,000 sebulan. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, kerajaan menambah baik Bantuan Prihatin Rakyat dan juga bantuan kebajikan.

Antara bantuan Jabatan Kebajikan, kadar bantuan kanak-kanak pun telah dinaikkan sehingga RM1,000 sebulan untuk sekeluarga. Di samping itu khusus untuk golongan menganggur, kerajaan juga telah mengumumkan pelanjutan Sistem Insurans Pekerjaan

(SIP) di mana kadar elaun mencari kerja bagi enam bulan pertama adalah pada kadar minimum 50 peratus.

Dengan itu seorang yang sebelum ini berpendapatan lebih daripada RM2,000 sebulan akan menerima bantuan mencari kerja lebih dari RM1,000 sebulan seperti yang dipohon. Penambahbaikan ini akan dibiayai sebenarnya melalui Kumpulan Wang COVID-19. Dengan itu Yang Berhormat Bagan, silalah menyokong RUU ini bagi memastikan perkara ini dapat dilaksanakan.

Satu lagi soalan daripada Yang Berhormat Bagan mengenai feri, mengenai feri di Pulau Pinang. Isu feri ini seperti mana Yang Berhormat Bagan sedia maklum, kerajaan sebelum ini pun telah meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta untuk pihak Penang Port mengambil alih perkhidmatan feri Pulau Pinang. Saya ingin mengesahkan bahawa peruntukan tersebut seperti yang diluluskan sebelum ini akan dibayar dalam dua ansuran tahunan, peruntukannya RM15 juta untuk tahun 2021 termasuk dalam peruntukan yang telah diluluskan dalam RUU Perbekalan 2021, baki RM15 juta akan disediakan. Kerajaan akan memastikan supaya pihak Penang Port akan disyaratkan untuk meneruskan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang ikonik dan berwarisan...

[Tepuk]

final • 11:50 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih, terima kasih atas persetujuan.

Saya ingat Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua sebagai bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang pun akan sokong dan setuju. So, saya ucapkan terima kasih. Harap diteruskan dan minta Yang Berhormat Menteri Pengangkutan untuk laksanakannya.

Satu lagi berkaitan dengan krisis pendidikan kerana sekarang seperti yang saya sebut, kita kehilangan masa persekolahan untuk anak-anak pelajar kita. So, bolehkah kita peruntukan satu jumlah wang RM4 bilion untuk beli komputer riba supaya kita boleh buat online learning. Lagi satu adalah berkaitan dengan moratorium. Terima kasih.

final • 11:50 AM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Ya, soalan Yang Berhormat Bagan kalau saya boleh jawab sedikit mengenai moratorium itu dahulu dan seperti yang diumumkan sebelum ini, golongan B40 akan menerima secara automatik asalkan mereka membuat permohonan. Golongan M40 buat pada masa ini ialah mereka hanya perlu membuat self-declaration untuk mendapat kelulusan, tidak perlu membuat dokumen.

Akan tetapi, saya prihatin dengan perkara yang dibangkitkan kerana mungkin ada masalah-masalah administratif yang kita perlu memantau. Jadi, saya dengan pihak Bank Negara akan cuba sedaya upaya untuk make sure pihak-pihak bank tidak membuat moratorium ini dengan sukar.

final • 11:50 AM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Pasir Mas. Boleh saya mohon. Pasir Mas sikit.

final • 11:50 AM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Ya, Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 11:50 AM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Yang Berhormat Menteri, dalam isu moratorium bank yang diumumkan oleh kerajaan dalam supaya bersasar ini, terdapat sebenarnya aduan yang begitu banyak bahawa sedikit kerenah daripada pihak bank yang menolak penentu kesahan yang telah dibuat oleh pihak peminjam. Jadi, sebenarnya adakah cadangan kerajaan supaya pihak peminjam dapat memberikan atau membuat aduan secara mudah kepada kerajaan supaya keluhan mereka dapat didengar. Terima kasih.

final • 11:50 AM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Terima kasih. So, bagi pihak yang perlu membuat aduan di Bank Negara telah membuat talian khas untuk mereka untuk mereka membuat aduan. Akan tetapi, saya di pihak Kementerian Kewangan juga akan memantau perkara ini. Memang ada kes tidak banyak yang buat kompelin pada masa kini. Lebih kurang 98 peratus kadar kelulusan telah diberikan.

Saya hendak jawab lagi satu Yang Berhormat Bagan, ini mengenai komputer riba. Setakat dalam pengumuman belanjawan lepas, kita telah membuat komitmen untuk memberi seramai 150 ribu orang pelajar daripada 500 buah sekolah di bawah Tabung Cerdik di mana GLIC akan membuat- contribution ini akan menjadi pilot kepada usaha kita.

final • 11:50 AM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Satu lagi soalan saya hendak terus kepada Yang Berhormat Pontian. Yang Berhormat Pontian soalan pertamanya ialah mengenai sejauh mana...

[Disampuk]

final • 11:50 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat, minta laluan.

final • 11:50 AM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Ya, silakan.

final • 11:50 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Sikit sahaja, dua perkara.

Pertama sekali terima kasih kerana memasukkan dana khas bagi orang muda yang ingin mendapatkan komputer riba. Cuma, ada dua perkara di sana. Pertama sekali bahawa kalau kita lihat kajian yang dikeluarkan menunjukkan khususnya bagi anak muda di Sabah dan Sarawak lebih setengah daripada mereka tidak ada akses langsung kepada laptop atau smartphone untuk adakan kelas pembelajaran atas talian dan jumlah RM150 juta tersebut sebagai pilot program sangat kecil. Kalau kita lihat bawah pemerintahan BN sebelum ini pun mereka berjaya memperuntukkan RM450 juta untuk kegunaan laptop.

Akan tetapi, this is a big reduction, itu yang pertama.

Kedua, saya mohon Yang Berhormat Menteri untuk semak semula salah satu perkara yang telah diputuskan sebelum ini tetapi daripada segi pelaksanaan masih belum dilaksanakan dengan baik iaitu paid internship. Sebelum ini telah pun diperuntukkan RM10 juta- dana khas untuk memastikan internship berbayar khususnya di sektor kerajaan dan KSN dan JPA telah pun pinda SOP yang mewajibkan sektor-sektor kerajaan membayar interns mereka sebelum ini RM300 sebulan ke sekarang lingkungan RM850 sebulan. Saya rasa perkara ini sangat penting khususnya dalam kita mendepani wabak COVID-19. Saya harap dua perkara ini boleh diperhalusi. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Muar.

final • 11:50 AM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Yang Berhormat Menteri, boleh saya tambah kerana ada kaitan dengan apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Muar.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apabila kita bicarakan tentang pembelajaran dalam talian saya akur dengan kecaknaan ramai pihak terhadap ketidakmampuan para pelajar maka dicadangkan komputer riba dan sebagainya. Terima kasih kerana memberikan peruntukan untuk seramai 150 ribu orang pelajar.

Walau bagaimanapun kita tidak dapat melupakan para guru juga. Saya tidak ingin meminta komputer riba untuk para guru tetapi dalam ucapan saya ketika baru-baru ini, ketika kita membincangkan di peringkat jawatankuasa Kementerian Pendidikan Malaysia saya ada mencadangkan bahawa para guru yang terpaksa melakukan kelas dalam talian anak-anak mereka juga melalui kelas dalam talian, mereka terpaksa menggunakan data yang lebih, menggunakan elektrik yang lebih. Jadi, saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan supaya diberikan sama ada insentif one-off kepada para guru ataupun diberikan pengecualian cukai untuk mereka kemukakan atas data-data yang mereka telah gunakan, internet dan lain-lain.

Kedua, ramai guru yang mengajar di Sarawak dan mereka berasal dari Semenanjung mengadu bahawa mereka dikenakan apabila pulang ke Sarawak nanti selepas cuti sekolah, sepanjang tempoh kuarantin mereka terpaksa membayar sendiri kos kuarantin tersebut. Jadi, saya minta Kementerian Kewangan dapat berbincang dengan Kerajaan Negeri Sarawak untuk mengangkat kos tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 11:50 AM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Yang Berhormat Menteri Kewangan.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 11:50 AM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Boleh saya jawab Yang Berhormat Muar dengan Yang Berhormat Simpang Renggam yang mana saya boleh buat pada masa kini lah. Saya juga menerima cadangan itu. Jadi, kita telah buat pengumuman juga mengenai program Jaringan Prihatin JENDELA.

Kerajaan juga akan memperuntukkan selain daripada komputer riba itu RM500 juta bagi memastikan ke saling hubungan 430 buah sekolah seluruh negara. SKMM akan memperuntukkan sejumlah RM70.4 bilion bagi tahun 2021 dan juga tahun 2022 bagi memperluaskan perkhidmatan jalur lebar.

final • 11:50 AM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Jadi, bagi memastikan kelangsungan pembelajaran anak-anak kita, kerajaan juga komited untuk membuka semula sekolah pada 20 Januari 2021 dengan SOP bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pelajar terjamin. Mengenai guru-guru itu saya ambil maklum dan saya akan berbincang dengan Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

final • 11:50 AM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Yang Berhormat Menteri Kewangan, Yang Berhormat Menteri Kewangan. Kulai.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

On the left here.

final • 11:50 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri Kewangan.

final • 11:50 AM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Sini, sini [Ketawa]

final • 11:50 AM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Oh, okey, okey.

final • 11:50 AM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kewangan.

Saya hendak tanya sikit tentang peluang pekerjaan. Telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan bahawa akan lancarkan MySTEP. Jadi, di mana 50 ribu pekerjaan akan ditawarkan. Sebanyak 35 ribu daripada kerajaan untuk jururawat, guru sementara, medical attendance dan juga pegawai daripada JKM. Saya hendak minta breakdown untuk keempat-empat pekerjaan ini dan saya juga hendak tanya apa itu salary package untuk mereka yang ditawar di bawah guru sementara kerana peruntukan yang disediakan adalah sebanyak RM700 juta.

final • 11:50 AM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Jadi kalaulah untuk seramai 35 ribu orang pegawai ataupun pekerja secara kontrak untuk selama 10 bulan, gaji maksimum adalah sebanyak RM2,000 sebulan.

Akan tetapi, untuk guru, gaji mereka sebulan sekurang-kurangnya sebanyak RM3,000.

Jadi, saya hendak tanya breakdown untuk keempat-empat jawatan tersebut dan juga gaji untuk mereka. Itu sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kewangan.

final • 12:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri, saya cuma hendak merakamkan setinggi-tinggi...

final • 12:00 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Yang Berhormat Jelutong, biar saya jawab Yang Berhormat Kulai itu. Nanti saya lupalah. Okey.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Biar Yang Berhormat Menteri jawab.

final • 12:00 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Yang Berhormat Kulai, ini mengenai MySTEP sebenarnya. Pekeliling MySTEP akan dikeluarkan oleh JPA dalam masa terdekat dan pecahan bidang sedang dimuktamadkan. Nanti kita akan kongsikan dengan Yang Berhormat Kulai. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri, sebagai seorang Ahli Parlimen dari Pulau Pinang, saya juga ingin turut merakamkan penghargaan saya kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan yang telah memberi komitmen kepada Yang Berhormat Bagan bahawa perkhidmatan feri Pulau Pinang akan diteruskan. Yang baik, kita puji. Saya ucapkan ribuan terima kasih.

final • 12:00 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Terima kasih, Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Minta Yang Berhormat Menteri terus menjawab.

final • 12:00 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Kalau boleh saya hendak jawab Yang Berhormat Pontian tadi. Yang Berhormat ada banyak soalan. Saya hendak teruskan.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila teruskan sebab masa pun terhad. Ya.

final • 12:00 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Jadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat terutamanya Yang Berhormat Pontian, kerajaan telah mengumumkan yang pakej-pakej stimulus ekonomi itu, PRIHATIN, PENJANA dan sebagainya, secara keseluruhannya terdapat lebih daripada 80 inisiatif yang telah diumumkan di bawah pakej-pakej tersebut.

final • 12:00 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Bagi pakej PRIHATIN dan PRIHATIN PKS Tambahan yang bernilai RM260 bilion, bantuan yang telah disalurkan adalah seperti berikut. Pertamanya, bagi bantuan bersifat one-off seperti Bantuan Prihatin Nasional dan Geran Khas Prihatin, jumlah penyaluran adalah pada kadar 94 peratus. Bagi bantuan bersifat medium-term seperti Program Subsidi Upah dan Skim Pengekalan Pekerja, jumlah penyaluran adalah pada kadar 98 peratus. Manakala bagi bantuan bersifat long-term seperti Pinjaman Mikro Kredit TEKUN, jumlah penyaluran adalah pada kadar 99.8 peratus dan peruntukan kepada Kementerian Kewangan bagi perbelanjaan berkaitan COVID-19 telah mencapai 96.1 peratus.

Bagi PENJANA pula, jumlah penyaluran dan nilai keseluruhan RM35 bilion adalah seperti berikut. Bagi bantuan bersifat one-off seperti e-Penjana, jumlah penyaluran adalah pada kadar 76 peratus. Bagi bantuan bersifat medium-term seperti Program Subsidi Upah, jumlah penyaluran adalah pada kadar 77 peratus dan penyedia internet untuk pembelajaran dan peningkatan produktiviti telah mencapai 84 peratus penyaluran. Manakala bagi bantuan bersifat long-term seperti Pinjaman Mikro Kredit PENJANA, jumlah penyaluran adalah pada kadar 81 peratus dan jumlah pinjaman PKS PENJANA pada 75 peratus.

Bagi pakej PRIHATIN yang diumumkan pada 25 September sebanyak RM10 bilion adalah seperti berikut. Bantuan Prihatin Nasional 2.0, bayaran fasa pertama telah disalurkan pada kadar 96.9 peratus manakala fasa kedua akan disalurkan pada bulan Januari 2021. Geran Khas Prihatin 2.0 sebanyak lebih RM856 juta telah berjaya disalurkan kepada sejumlah 285,626 orang penerima setakat ini, manakala rayuan masih dibuka dari 7 hingga 21 Disember. Program Subsidi Upah 2.0 pula, sebanyak RM239 juta telah disalurkan kepada 39,203 orang majikan memanfaatkan seramai 307,420 orang pekerja.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Sikit saja, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri...

final • 12:00 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Ini mengenai sejauh manakah keberhasilan pakej-pakej ini. Saya juga hendak mengambil peluang ini untuk...

final • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Menteri, peluang untuk saya mencelah sikit.

final • 12:00 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

...Menjawab soalan Yang Berhormat Pontian mengenai bayaran BPR yang adakah akan menggantikan BSH ya.

Bayaran BPR menggantikan BSH untuk tahun 2021 akan ditambah-baik secara keseluruhannya.

Berkenaan Bantuan Prihatin Nasional 2.0, bayaran untuk fasa dua akan dibayar pada bulan Januari 2021. Nilai BPN ini ialah sebanyak RM2 bilion.

Selain BPN dan BPR, ada pelbagai bantuan lain tersedia di bawah Belanjawan 2021 seperti berikut. Program i-Sinar ada disebut tadi. Bantuan kebajikan yang ditambah baik bagi golongan rentan. Program Jaringan Prihatin untuk bantuan kredit telekomunikasi dan juga bantuan-bantuan lain.

Akan tetapi, sebarang penambahbaikan inisiatif untuk mengurangkan bebanan aliran tunai individu dan isi rumah bergantung kepada keperluan dan keadaan semasa dan kerajaan akan sentiasa bersedia untuk melindungi rakyat.

Ada lagi soalan daripada Yang Berhormat Pontian mengenai GKP pengenalan semula. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan amat prihatin akan cabaran yang dihadapi oleh peniaga mikro di seluruh negara. GKP pertama diperkenalkan sejak bulan April yang lepas merupakan bantuan one-off sebanyak RM3,000. Ia bagi meringankan beban kewangan perniagaan yang dihadapi ekoran penularan wabak COVID-19. Jadi, setakat ini, hampir 850 ribu PKS mikro telah menerima GKP dan GKP 2.0 dengan jumlah bantuan kewangan sejumlah RM2.55 bilion setakat ini. Jumlah ini masih belum lagi termasuk yang rayuan yang saya sebut tadi yang masih lagi dibuka sehingga 21 Disember.

Ada juga persoalan mengenai Fitch Ratings tadi daripada Yang Berhormat Jempol. Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang diketahui, agensi penarafan Fitch Ratings telah membuat semakan semula penarafan kredit Malaysia daripada A- kepada BBB+, namun dengan peningkatan tinjauan yang lebih baik daripada negatif kepada stabil.

final • 12:00 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, kebanyakan agensi penarafan kredit antarabangsa telah pun mengenakan lebih 220 tindakan penarafan negatif sejak awal Mac lepas termasuk tindakan penurunan penarafan kepada lebih 100 buah negara seperti UK, Hong Kong, Chile dan Laos.

Oleh itu, walaupun semakan semula penarafan Malaysia tidak menentang arus penarafan global, namun, kerajaan telah menyuarakan pendirian rasmi bahawa keputusan tersebut tidak cukup mempertimbangkan keberhasilan pelaksanaan pakej- pakej rangsangan yang telah mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan ekonomi.

Tuan Yang di-Pertua, perlu ditekankan bahawa perubahan penarafan ini tidak akan membantutkan usaha Malaysia menuju ke arah pemulihan ekonomi pada tahun 2021. Tambahan pula, sejak pengumuman tersebut, there has not been a knee-jerk reaction ya, dengan izin, kepada pasaran.

Tuan Yang di-Pertua, setelah ekonomi pulih semula, usaha memperkukuhkan ekonomi negara akan diteruskan. Kerajaan komited untuk melaksanakan langkah konsolidasi dan kemapanan fiskal berpandukan kepada rangka kerja fiskal jangka sederhana serta penggubalan satu akta tanggungjawab fiskal yang bertujuan untuk menambah baik pengurusan dan pelaburan fiskal.

Ada soalan daripada Yang Berhormat Jelebu juga tadi. Ini saya hendak cuba jawab. Ini mengenai vaksin. Insentif cukai berhubung dengan vaksin berbanding dengan komitmen menyediakan vaksin.

Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada soalan Yang Berhormat Jelebu yang juga disentuh sebenarnya oleh Yang Berhormat Dungun tadi dan juga Yang Berhormat Bintulu. Yang Berhormat Rasah pun sebut dan juga Yang Berhormat Kuala Selangor sebentar tadi.

Untuk makluman Yang Berhormat, cadangan Belanjawan 2021 telah meningkatkan had pelepasan cukai dari RM5,000 kepada RM8,000 untuk rawatan perubatan ibu bapa. Pelepasan ini tidak semata-mata untuk tujuan rawatan COVID-19 tetapi dicadangkan bagi membantu pembayar cukai yang membantu menjaga ibu bapanya. Sebenarnya cadangan ini telah diterima semasa sesi libat urus saya dengan parti politik.

Selain itu, Belanjawan 2021 telah mengumumkan pelepasan cukai sehingga RM1,000 ke atas perbelanjaan vaksin yang dilakukan pembayar cukai termasuk bagi pasangan dan anak yang meliputi pneumococcal, influenza, tetanus dan juga COVID-19.

Ini tidak bercanggah dengan komitmen kerajaan untuk menyediakan vaksin COVID-19 untuk sehingga 70 peratus penduduk secara percuma.

Diharap Ahli Yang Berhormat sebulat suara dapat meluluskanlah pindaan rang undang-undang ini kerana termasuk kelulusan untuk membiayai kos vaksin yang dianggarkan pada masa ini lebih kurang RM3 bilion.

final • 12:00 PM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

Yang Berhormat Menteri Kewangan, boleh sikit? Yang Berhormat Menteri Kewangan, MP Kimanis. Boleh sikit? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Cuma, barangkali saya ingin menyampai beberapa pesanan daripada rakyat di bawah sana bahawa adakah pakej rangsangan ataupun apa jua yang telah pun diumumkan selama ini akan dapat membantu untuk menyeragamkan kos ujian COVID- 19, COVID-19 test? Sebab, apabila kita ingin membuat COVID-19 test di mana-mana pusat perubatan tertentu, kita akan dicaj dengan harga yang berbeza-beza. Ada yang mahal, ada yang murah. Akan tetapi, ini akan membebankan rakyat sebenarnya. Jadi, adakah pakej rangsangan ini juga akan membantu untuk menyeragamkan kos? Kita minta untuk ia dapat diseragamkan. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kimanis. Sila.

final • 12:00 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Mungkin saya hendak habiskan jawapan soalan tadi dahulu.

final • 12:00 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Menteri...

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Masa pun sudah tamat. Saya minta rumuskan. Sila rumuskan.

final • 12:00 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri...

final • 12:00 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Berkenaan strategi pengenalan...

final • 12:00 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Menteri, saya fasal tadi disebut vaksin yang fasal, kalau tidak silap saya, saya meneliti jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, yang 70 peratus itu adalah secara percuma dan ada 30 peratus lagi. Apa justifikasi yang 30 peratus ataupun kategori golongan masyarakat yang dikenakan bayaran ini, Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

final • 12:00 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Terima kasih. Sebenarnya saya tidak habiskan lagi hendak jawab soalan ini tadi.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya, sila.

final • 12:00 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Tadi ada soalan juga mengenai pengedaran vaksinnya juga. Pengedaran vaksin ini, dasar ini sedang disediakan oleh Kementerian Kesihatan dan kita nantikan pengumuman mereka.

Kementerian Kesihatan Malaysia menjangkakan vaksin akan diperoleh dan sedia digunakan pada penghujung suku pertama tahun 2021.

Ada satu lagi soalan mengenai soalan harga vaksin sama ada RM4 bilion atau RM5 bilion. Jawapan saya adalah seperti berikut. Untuk makluman, dalam Akta 830, rang undang-undang ini, sejumlah RM1 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan bagi menampung pembayaran perbelanjaan berkaitan COVID-19 termasuk pembelian aset dan peralatan perlindungan PPE, reagen dan consumable.

final • 12:00 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Justeru itu, sebaik-baiknya saya telah maklumkan dalam ucapan saya sebentar tadi, kerajaan akan menambah lagi RM4 bilion melalui pindaan ini antaranya ialah RM1 bilion kepada peruntukan bagi perbelanjaan berkenaan COVID-19 dan RM3 bilion lagi bagi menampung komitmen kerajaan dalam menyediakan vaksin COVID-19. Jadi keseluruhannya buat masa ini ialah RM5 bilion. Kalau diperlukan, kita akan datang balik untuk meminta tambahan untuk ditambahkan kepada keperluan COVID-19.

Soalan yang terakhir itu saya sebenarnya bukan subject matter expert dalam hal ini, tetapi pada fahaman saya 70 peratus itu memberi kita herd immunity tetapi tidak semestinya apa target itu. Terima kasih, saya- sampai setakat ini lah.

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Boleh saya, one last question.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Tak ada, dia tutup dah.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini jawab bertulis yang lain ya.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jawab bertulis ya? Kalau jawab bertulis, saya hendak ucapkan terima kasih.

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Pasir Salak hendak bertanya sedikit boleh?

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dan saya nampak banyak permohonan daripada pihak pembangkang tadi telah diluluskan.

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Arau ini hari-hari bercakap tak puas lagi kah.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi termasuk daripada Yang Berhormat Bagan. Jadi saya ingat semua orang bergembira dengan tambahan ini. Yang Berhormat Bagan pun sokong. Mana boleh jumpa Menteri Kewangan, permohonan daripada pembangkang semua dia lulus.

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Bintang filem tak boleh keluar hari-hari. Jemu orang.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, tahniah.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Sila Yang Berhormat Pasir Salak. Terakhir, sila.

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di- Pertua, hendak tolong tanya Menteri Kewangan ini. Peruntukan untuk beli vaksin ini RM8 bilion, is it? RM5 bilion. 10 percent RM500 million. Siapakah dapat itu?

[Ketawa]

final • 12:10 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Tak dengar lah. Yang Berhormat, boleh..

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Menteri minta ulang, Yang Berhormat Pasir Salak. Dia kurang jelas.

final • 12:10 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Saya tak dengar.

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya kata bajet RM5 billion, 10 percent RM500 million. Siapakah dapat itu?

[Ketawa] Apa RM3 million?

final • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Soalan mala fide.

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Vaccine budget RM5 billion according to Yang Berhormat Pontian.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Jawab bertulis lah, jawab bertulis.

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Apa tulis, tulis, sekarang boleh jawab.

final • 12:10 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Komisen, komisen. Dia boleh tanya komisen siapa dapat?

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

10 percent itu siapa dapat daripada RM5 bilion? RM500 million. It’s not a small sum of money. Kita melalak dalam ini, orang di luar yang untung.

final • 12:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Ya, mungkin dulu UMNO lah, sebab itu.....

final • 12:10 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 12:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ini sangkaan jahat.

final • 12:10 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Kos vaksin dalam permintaan...

final • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat Pasir Salak tarik balik, dia buat sangkaan jahat terhadap Menteri Kewangan.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya minta selepas ini- saya minta terus Menteri...

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

...Pun cuak ini.

final • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya sebagai pembangkang tak bersetuju kenyataan itu dibuat terhadap Menteri Kewangan. Saya minta dia tarik balik.

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ini bukan pembangkang atau kerajaan. Saya bertanya dengan Menteri Kewangan.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Menteri, Menteri Kewangan. Kuala Selangor. Saya minta benar-benar, dulu pernah dijanjikan bahawa procurement atau perolehan vaksin ini tidak akan melibatkan orang tengah atau middle man. Itu satu janji yang perlu diberikan jaminan dalam Dewan yang mulia ini.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Menteri jawab dan rumuskan.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Kalau tidak kita akan bangkitkan perkara ini lagi.

final • 12:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua, hendak dapat penjelasan dari Kampung Gajah, adakah itu cara masa UMNO menjadi kerajaan, rent- seeking- mesti ada komisyen 10 percent?

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya tak benarkan selain dari Menteri untuk terus. Masa telah habis.

final • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Soalan. Menteri Kewangan, mengenai penggunaan-penggunaan vaksin. Siapa yang akan...

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Point of order. Point of order. Dia menuduh UMNO, dia sangkaan jahat dia menuduh UMNO mendapat 10 percent.

final • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, sini tak salah. Yang tanya Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Pasir Salak parti mana? Parti komunis?

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kita tahu bahawa yang suka ambil persen ini ialah Kerajaan PH dan DAP.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tak benarkan celahan-celahan. Saya hendak minta..

final • 12:10 PM

Seorang Ahli

Gulung lah, tutup lah, okey, okey.

final • 12:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya tanya sahaja. Kampung Gajah buat penjelasan, adakah iaitu kebiasaannya semasa UMNO menjadi kerajaan. Itu saya- pertanyaan.

final • 12:10 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Celaru, celaru. Siapa pembangkang, siapa kerajaan pun tak tahu dah.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik. Saya minta Menteri.

final • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, saya ada soalan. Saya ada soalan.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Itu bukan UMNO, sebenarnya DAP.

final • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri Kewangan, mengenai penggunaan vaksin ini. Kita untuk rekod di Dewan ini ada Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Pasir Gudang yang telah menawarkan diri untuk digunakan vaksin. Persoalan saya, bagaimanakah kita hendak memutuskan siapakah vaksin itu akan diberikan? Penggunaan, percubaan. Saya setuju dengan Yang Berhormat Kinabatangan. Apakah penjelasan Yang Berhormat? Kalau tidak berjaya, no comment lah. Kalau berjaya kita gunakan.

final • 12:10 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Menteri Kewangan, kita bagi sokongan penuh Menteri Kewangan ini adalah orang jujur dan ikhlas. Kita salute sama you. Teruskan.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Menteri, tamatkan.

Saya tak benarkan yang lain. Menteri,

final • 12:10 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, mungkin saya hendak cuba juga jawab Yang Berhormat Pasir Salak tadi. Sebenarnya harga vaksin itu RM3 bilion, jumlah RM5 bilion ini termasuk RM2 bilion kos kesihatan dan keperluan barisan hadapan.

Yang Berhormat Kuala Selangor, saya memberi komitmen di sini kerajaan hanya akan berunding secara terus dengan pembekal vaksin tanpa orang tengah.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Menteri. Kita akan terus memantau insya-Allah.

final • 12:10 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Okey. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, tak betul itu. Sebab tiada suara kata tak bersetuju. Yang Berhormat kena sebut sebulat suara.

Bukan lebih suara. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, Terima kasih Yang Berhormat Arau.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

[Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

final • 12:10 PM

Fasal 1 hingga 2 – Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Fasal-fasal. Sila Yang Berhormat Arau.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Fasal 1 dan 2 tadi saya hendak sentuh satu iaitu di bawah program lain-lain inisiatif. Lain-lain inisiatif dia bagi RM14.1 bilion tetapi tambahan tidak ada. Jadi saya hendak bertanya, kenapa tambahan ini tidak dimasukkan kepada pegawai-pegawai yang telah dibuang kerja seperti pembantu- pembantu guru, pegawai-pegawai daripada PLKN, JASA. Kita bagi subsidi upah dan sebagainya. Ini kita telah cadangkan dahulu supaya lain-lain inisiatif ini dimasukkan. Ini langsung tidak dimasukkan Lain-lain inisiatif.

Sekurang-kurangnya kita bagi, katakan RM20 juta sudah cukup untuk menampung kos pembuangan guru-guru, pembantu guru semasa Kerajaan PH dahulu.

Yang bagi saya ini merupakan satu perbuatan yang agak kejam. Jadi kita perbetulkan balik masa tambahan COVID-19. Itu sahaja. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Menteri kalau hendak menjawab.

final • 12:10 PM

Menteri Kewangan - YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Okey Yang Berhormat Arau. Nanti kita akan melihatnya sekali lagi. Saya tidak ada jawapan untuk buat masa ini lah. Kita kena lihat pecahan itu, mungkin ada tetapi saya tidak boleh memberi komitmen pada pagi ini berkenaan pecahan itu. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Menteri Kewangan.

[****Fasal 1 hingga 2** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga; disokong oleh Timbalan Menteri Kewangan II (Tuan Mohd Shahar bin Abdullah)dan diluluskan]

final • 12:10 PM
RANG UNDANG-UNDANG CUKAI JUALAN (PINDAAN) 2020 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Abd Rahim bin Bakri

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Cukai Jualan 2020 dan dibacakan kali kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Cukai Jualan (Pindaan) 2020 yang dicadangkan adalah merupakan pindaan susulan kepada pindaan yang telah dilaksanakan ke atas Akta Kastam 1997. Di samping itu, pindaan ini juga adalah dibuat bagi memperkemaskan pelaksanaan dan layanan cukai jualan antaranya dengan menambah baik peruntukan berkaitan pemberhentian tanggungan untuk berdaftar dan pembayaran balik cukai jualan secara tidak wajar.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menghuraikan setiap fasal dalam rang undang-undang ini dan rang undang-undang ini mempunyai 13 fasal seperti berikut.

final • 12:20 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Abd Rahim bin Bakri

Fasal 1 adalah mengandungi tajuk ringkas dan tarikh permulaan kuat kuasa akta seperti yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 17 bagi memperuntukkan bahawa kaedah untuk menentukan nilai barang bercukai bagi mana-mana pengilang berdaftar yang telah berhenti bertanggungan atau berhenti mendaftar sebagai pembayar cukai jualan untuk berdaftar adalah berdasarkan nilai jualan barang bercukai pada bulan itu dan 11 bulan sebaik sebelum bulan itu iaitu kaedah sejarah atau historical method. Fasal 3, fasal 4 dan fasal 5 bertujuan meminda subseksyen 27(1), perenggan 31(1)(b) dan subseksyen 32(2), masing-masing sebagai pindaan berbangkit daripada penomboran semula dalam Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2019.

Keempat, fasal 6 bertujuan memasukkan seksyen baharu 35A bagi membolehkan mana-mana pengilang berdaftar untuk memotong jumlah pembayaran balik cukai jualan di bawah perenggan 35(3)(c) atau di bawah seksyen 23 atau seksyen 41A dengan jumlah cukai yang kena dibayar daripada penyatanya dalam seksyen 26 sekiranya terdapat baki di atas amaun pembayaran balik, baki tersebut hendaklah dibayar balik kepada pengilang berdaftar. Dalam pindaan ini Ketua Pengarah Kastam boleh memegang keseluruhan atau sebahagian amaun yang boleh dibayar dan tidak perlu refund balik sebagai kredit untuk bayaran cukai pada masa hadapan.

Fasal 7 bertujuan meminda seksyen 69(1) untuk memberi pegawai cukai jualan yang hak kuasa untuk membuat penyitaan di mana-mana premis.

Fasal 8 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu iaitu seksyen 69A bagi memberi pegawai cukai jualan yang hak kuasa untuk mengelak to seal barang-barang, dokumen, artikel atau benda atau tempat, premis, bekas muatan, bungkusan atau pengangkut yang di dalamnya barang dokumen, artikel atau benda itu dijumpai.

Fasal 9 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu iaitu seksyen 72B bagi memperuntukkan kuasa kepada pegawai cukai jualan yang hak mempunyai segala kuasa sebagai seorang pegawai polis berpangkat koperal dan lebih rendah dan kuasa seorang pegawai penjara berpangkat sarjan dan lebih rendah di bawah Akta Penjara 1995 apabila membawa dan menjaga orang dalam tahanan. Fasal ini juga bertujuan untuk memberi kuasa sebagai seorang penjaga balai polis kepada seorang pegawai cukai jualan yang di mana pejabat pegawai jualan tersebut hendaklah disifatkan sebagai balai polis.

Fasal 10 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 74A untuk mengadakan peruntukan bagi kebolehpercayaan keterangan ejen provokasi dan kebolehterimaan sebagai keterangan apa-apa pernyataan yang diberi kepada ejen provokasi oleh seseorang yang kemudiannya dipertuduh atas suatu kesalahan.

Fasal 11 bertujuan meminda seksyen 88A untuk menjadikannya sebagai satu kesalahan bagi mana-mana orang yang mendapatkan pemotongan cukai jualan secara tidak wajar di bawah seksyen 23, seksyen 35A dan seksyen 41A.

Fasal 12 bertujuan meminda seksyen 97 bagi menghendaki pelikuidasi atau liquidator satu buah syarikat yang bertanggungjawab ke atas cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar untuk memberikan notis penggulungan syarikat kepada Ketua Pengarah Kastam.

Fasal 13 bertujuan meminda seksyen 98 untuk menghendaki penerima bagi harta-harta mana-mana orang yang masih bertanggungan ke atas apa-apa cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar yang dilantik untuk memberikan notis mengenai pelantikan itu kepada Ketua Pengarah Kastam. Penerima juga hendaklah sebelum melupuskan apa-apa aset orang itu mengetepikan jumlah wang daripada aset untuk membayar cukai jualan yang menjadi genap masa dan kena dibayar ke atas barang bercukai yang telah dijual, dikilangkan, dibeli atau diperoleh dan fasal-fasal lain yang tidak dinyatakan secara spesifik adalah merupakan pindaan kecil atau consequential in nature. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Siapakah yang menyokong? Seorang Menteri, Timbalan Menteri. Siapakah yang menyokong?

final • 12:20 PM

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi II - Tuan Willie anak Mongin

Saya menyokong.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih. Ahli- ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

suatu akta untuk meminda Akta Cukai Jualan 2018 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.

Saya ada dua senarai nama daripada sebelah sini. Daripada sebelah sini, saya tidak ada senarai. Saya tengok siapa bangun. Saya jemput sebelah sini dahulu Yang Berhormat Tebrau dahulu, sila. Kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Pontian. Sila.

Saya bagi tiga minit seorang.

final • 12:20 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tidak banyak. Dalam rang undang-undang ini, terdapat pindaan di bawah fasal 2 untuk mengadakan peruntukan bagi kaedah sejarah dalam mengira jumlah nilai jualan semua barang bercukai pengilang berdaftar yang tidak bertanggungan untuk berdaftar dalam tempoh 12 bulan. Sebelum ini kaedah adalah lain.

Jadi saya hendak tanyalah Kementerian Kewangan apa sebab hendak tukar cara pengiraan ini. Adakah kerana kaedah yang lama merugikan kerajaan kerana tidak dapat mengutip cukai jualan yang sepatutnya dikutip? Jadi kalau itu adalah betul dan benar, berapa banyakkah hasil kutipan dijangka akan dapat dikutip setiap tahun sekiranya kita tukarkan kepada kaedah yang baharu berbanding dengan kos penguatkuasaan yang akan dijalankan?

Kedua, dan juga terakhir merupakan saya ada cadangan untuk memperuntukkan bahawa selepas pengilang berdaftar membuat potongan di bawah subseksyen 35A(1) yang dicadangkan, baki dalam amaun pembayaran balik, baki itu hendaklah dibayar balik kepada pengilang berdaftar oleh Ketua Pengarah Kastam. Ini adalah satu pindaan yang baik tetapi saya juga dapati Ketua Pengarah Kastam diberi kuasa untuk memegang keseluruhan atau mana-mana bahagian amaun pembayaran balik untuk dikreditkan kepada mana-mana tempoh bercukai berikutannya atau seterusnya. Ini saya berharap kerana kuasa ini diberi kepada Ketua Pengarah Kastam, tiada salah guna kuasa akan dilakukan untuk memegang baki kredit yang sepatutnya dibayar balik oleh apa-apa sebablah.

final • 12:27 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Jadi saya berharap semua pindaan ini akan dilakukan dengan cara yang terbaik supaya tidak ada pembayar cukai yang dibebankan dengan tidak mengambil balik atau dipulangkan balik bagi cukai yang terlebih bayar. Sebagai seorang akauntan, saya memang masih rindu GST yang kita lakukan. Walaupun Akta Cukai Jualan ini sudah dilakukan, tetapi bagi saya sistem GST lebih baik berbanding dengan Akta Cukai Jualan dan Perkhidmatan. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Saya jemput Yang Berhormat Pontian.

Kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Beruas untuk berucap.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Adalah satu yang amat menarik apabila mendengar daripada Yang Berhormat Tebrau yang mengatakan bahawa sistem GST adalah lebih baik. Di mana baharu-baharu ini Persatuan Pengilang- pengilang Malaysia (FFM) juga menyatakan supaya sistem GST patut dikembalikan. Apa yang saya ingin hujahkan di sini bahawa cukai jualan ini diambil dari kilang tempatan yang pertama. Kedua, daripada barangan import. Apa yang berlaku dengan kadar 10 peratus, 20 peratus, lima peratus dan kadar spesifik itu berlaku kebocoran Tuan Yang di- Pertua.

Pertama, bocor di kilang, sebab ada kilang-kilang yang tidak berlesen, sejumlah yang tertentu. Kedua, bocor penipuan kontena. Pemeriksaan kita dibuat secara rawak dan tidak dibuat 100 peratus. Oleh sebab itu, ejen provokasi yang ada dalam rang undang-undang ini kerjanya ialah untuk memastikan supaya kilang-kilang perlu berlesen supaya pihak kastam boleh mengambil cukai jualan dari kilang tersebut. Satu lagi ialah supaya tidak ada penipuan kontena.

Kadang-kadang dalam kontena itu di declare barang-barang yang dikecualikan cukai jualan, walhal di dalamnya penuh dengan barang-barang yang patut dikenakan cukai jualan. Ini dimaklumkan oleh saya oleh rakan-rakan kastam ya.

final • 12:31 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Seterusnya, kebocoran juga berlaku, ini saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri dan pegawai-pegawai kastam mengetahui sangat mengenai transfer pricing. Apa yang berlaku Tuan Yang di-Pertua, katakanlah satu produk- A itu harganya ialah RM100, maka cukai jualannya kalau 10 peratus dapatlah kastam RM10. Akan tetapi, barangan produk A yang RM100 itu dijual kepada syarikat pemasaran yang merupakan anak syarikat kilang tersebut dengan hanya RM50. Jadi, dalam invois itu kastam hanya boleh kenakan cukai jualan terhadap RM50 dan kastam hanya mendapat RM5. Sepatutnya dapat RM10, tetapi bocor di situ akibat apa yang dipanggil sebagai transfer pricing.

Saya harap rang undang-undang boleh mengatasi transfer pricing dan kita harapan bahawa deklarasi kepada kastam itu hendaklah tepat dan hendaklah transfer pricing ataupun syarikat-syarikat pemasaran anak syarikat ini dihapuskan, tidak dibenarkan melalui undang-undang suatu masa dan suatu ketika.

Saya ingin bertanya, apa jumlah kutipan tahun 2019 dan tahun 2020 cukai jualan ini berbanding kutipan GST tahun 2017 dan tahun 2018. Kita tahu bahawa GST dikutip sebanyak RM41.2 bilion pada tahun 2016 dan RM44.3 bilion pada tahun 2017 sehingga 1 Jun 2018 sebanyak RM20.3 bilion jumlah kutipan GST. Untuk makluman rakan-rakan semua pada 1 April 2015 hingga 1 Jun 2018 ialah sebanyak RM133.1 bilion bersih setelah ditolak refund sebanyak RM67.8 bilion. Terima kasih.

final • 12:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Beruas.

final • 12:31 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat risau tentang trend undang-undang yang sekarang diperkenalkan di mana undang- undang ini berat sebelah dan memberi kuasa kepada kerajaan untuk menindas rakyat.

Saya merujuk kepada pindaan yang dicadangkan iaitu seksyen 35A, Akta Cukai Jualan ini. Dikatakan, director-general may withhold the whole or any part of amount refundable kepada pembayar cukai. Maksudnya, sekarang ini kita hendak berikan kepada kerajaan hutang kerajaan kepada rakyat tidak perlu dibayar balik.

Tuan Yang di-Pertua, saya nampak trend ini amat membimbangkan kerana di bawah banyak undang-undang termasuklah pindaan yang dibuat kepada Akta Setem semalam dan juga lain-lain undang-undang di mana setiap assessment ataupun pengiraan yang dibuat oleh pihak kerajaan mesti dibayar tanpa boleh dipertikaikan. Kalau tidak dibayar akan dikenakan penalti tambahan. Semalam di bawah pindaan seksyen 50, Akta Setem 1949 dikatakan a certificate issued by the income tax department, itu konklusif tidak boleh dipertikaikan di mahkamah. Jadi, kita ada keadaan di mana pihak kerajaan kata anda mesti bayar sekian banyak cukai, kalau tidak bayar dalam masa ditetapkan akan dikenakan penalti.

Hari ini kita nampak kalau terlebih bayar, kerajaan tidak perlu bayar balik kepada rakyat. Semua peniaga akan mati kalau kerajaan tidak bayar balik kelebihan yang dibayar itu ada masalah cash flow problem. Juga, kita nampak kuasa tambahan diberikan kepada pihak penguat kuasa dan saya harap semua Ahli-ahli Parlimen ini tidak boleh membenarkan kerajaan berbuat demikian atas enam prinsip ini.

Pertama, kerajaan mesti dilayan sama adil dengan rakyat, bukan kerajaan boleh gunakan undang-undang menindas rakyat.

Kedua, kerajaan bukan melampaui undang-undang. Kerajaan mesti ikut undang-undang. Kalau kita luluskan undang-undang, kerajaan tidak payah bayar balik hutang kepada rakyat. Ini sudah melampau.

Ketiga, kerajaan mestilah menghormati institusi demokrasi, tidak boleh dengan izin, ousting the judiciary. Dikatakan, certificate konklusif, kalaupun salah mahkamah tidak boleh mempersoalkan kesahihan pengiraannya. I will go to simple one.

Keempat, kerajaan boleh salah gunakan kuasa dengan peruntukan keputusan itu tidak boleh dicabar. Jadi, kalau kita tidak boleh pergi ke mahkamah atau pergi ke mahkamah, mahkamah tidak boleh pertimbangkan fakta-fakta sebenar dan kuasa ini akan disalahgunakan oleh pegawai-pegawai.

Kelima, keadilan mesti ditegakkan melalui keadilan fakta yang sebenar. Kita mesti benarkan setiap pihak menegakkan keadilan dengan fakta-fakta dan kebenaran.

Akhir sekali, kerajaan tidak boleh jadi prosecutor and judge ataupun plaintif dan hakim untuk membuat keputusan.

final • 12:34 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Jadi, harap cadangan ini supaya kerajaan tidak perlu bayar balik cukai tambahan yang diterima itu kerana kesilapan itu tidak boleh dibenarkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Arau, saya bagi peluang kepada Yang Berhormat Subang dahulu, tiga minit.

final • 12:34 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, terima kasih.

final • 12:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Subang dulu.

final • 12:34 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Arau?

final • 12:34 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, pertama sekali.

final • 12:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Arau, saya bagi Yang Berhormat Subang dulu.

final • 12:34 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Subang dulu?

final • 12:34 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Yang Berhormat Arau tak apalah, kita kawan.

Okey ya? Tiga minit sahaja.

final • 12:34 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, okey.

final • 12:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Subang dahulu.

final • 12:34 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih. Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Cukai Jualan Pindaan 2020 ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak akan berbincang tentang pindaan-pindaan terperinci dalam isu cukai jualan ini. Itu untuk peringkat jawatankuasalah. Saya akan bahas isu dasar dan isu dasar yang saya akan bahas serba sedikit adalah tentang Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales and Service Tax) dan isu kemungkinan kerajaan akan berubah balik kepada sistem GST. Ini macam movie ‘Back to The Future’ lah.

Baharu-baharu ini saya ada terbaca bahawa kerajaan ingin mengkaji semula implementasi GST. Saya juga seperti Yang Berhormat Pontian merujuk kepada The Edge dan Berita Harian (BH) bahawa Federation of Malaysian Manufacturers mengalu- alukan pengenalan semula GST. Saya cuma hendak tambah bahawa sekiranya kerajaan hendak mengkaji semula dasar untuk memperkenalkan GST ini, ia kena dilaksanakan pada tahap yang rendah iaitu pada tahap tiga peratus. Pastikan tahap tiga peratus ini terikat bagi tempoh masa sekurang-kurangnya lima tahun supaya penjual dan juga pengguna dapat membiasakan diri selama lima tahun pada tahap yang rendah ini.

final • 12:38 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Apa yang berlaku semasa pentadbiran Yang Berhormat Pekan, dengan izin, his fundamental fatal mistake was to introduce GST pada tahap sebanyak enam peratus tanpa apa-apa komitmen terma masa pelaksanaan. Jadi, sekiranya kerajaan ingin memperkenalkan semula GST, saya berharap agar pihak kerajaan akan mengambil kira pesanan-pesanan saya ini ya.

Dalam keadaan wabak COVID-19 sekarang ini, jelaslah bahawa kerajaan perlu ada sesuatu cukai penggunaan atau consumption tax yang lebih stabil daripada SST supaya hasil kerajaan stabil dan terpelihara. Sekiranya GST dikembalikan, kerajaan perlu memastikan dasar income tax juga berubah menjadi lebih progresif dan bantuan cash handout ditingkatkan dan gaji minima ini kena dinaikkan sebagai living wage, bukan minimum wage lagi. Supaya, kalau cukai GST dibalikkan ini, yang regresif, dia akan tidak menindas yang termiskin. Bukan sahaja bawa balik GST- ia boleh bawa. Saya akan tengoklah dahulu ya, tetapi kena tingkatkan cash handout, kena buat income tax itu lebih progresif dan juga pastikan gaji minimum naik kepada living wage.

final • 12:40 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Sekiranya benar kerajaan berhasrat untuk mengkaji perkara ini dengan lebih mendalam, saya bersedia untuk memberi pandangan lanjut saya. Saya minta Yang Berhormat Menteri Kewangan sila berikan jawapan yang ikhlas- tak payahlah cakap ini, cakap itu, betul kah tak nak ya- sama ada kerajaan akan melaksanakan semula sistem GST untuk mengganti sistem SST. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Arau, tiga minit.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Secara dasar, saya setuju bincang secara dasar.

Pertama sekali, kenapakah sistem SST ini terpaksa dibuat pindaan? Kerana banyak lubang dan ruang harus diperbaiki dari semasa ke semasa. Bila kita tukar daripada GST mari SST, pertama sekali, cukai kita kurang daripada RM42 bilion tinggal RM20 bilion.

Keduanya, kita terpaksa pinda kerana penipuan boleh berlaku dari semasa ke semasa. Contohnya, kita terpaksa memasukkan seksyen baharu 73A bagi menjadikan satu kesalahan bagi mana-mana orang yang mendapatkan pemotongan cukai secara tidak wajar di mana hukuman yang akan diberi ialah RM50 ribu denda ataupun penjara tidak lebih daripada tiga tahun dan seterusnya.

Jadi, ini menunjukkan bahawa ada kelemahan sistem ini. Saya berterima kasih dan mengucap tahniah kepada PH terutamanya Yang Berhormat Tebrau yang menyokong supaya GST diadakan semula dan juga Yang Berhormat Subang yang nampaknya bersedia untuk berbahas kecuali kawan-kawan kita yang lain yang tidak faham tentang sistem percukaian ini. Kita cakap berbagai-bagai lebih kepada untuk mengelirukan rakyat. Sekarang ini rakyat sengsara di antaranya kerana SST ini diperkenalkan dan dalam masa yang sama, SST ini banyak lubang yang boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem itu sehingga kita terpaksa buat pindaan.

Semasa kita perkenalkan GST dahulu, kerajaan telah mengutip RM133.3 bilion seperti Yang Berhormat Pontian sebut tadi. Dia telah membolehkan kerajaan belanja balik kepada rakyat. Itu sebab masa PH, mereka tak boleh buat apa langsung sehingga mereka boleh bagi secara nyata ialah sebanyak RM30. Itu sahaja ya. Akan tetapi sekarang ini walaupun SST dalam keadaan payah tetapi kerana Yang Berhormat Menteri Kewangan pandai menguruskannya, kita telah dapat apa yang telah kita dapat melalui perbincangan kita dari semasa ke semasa.

Saya hendak sebut satu ini iaitu semasa perubahan daripada GST kepada SST, tiga bulan kerajaan tidak mengutip cukai. Yang diceritakan kepada kita bahawa lebih daripada RM10 bilion- kerajaan terpaksa menanggung kerugian kerana cukai tidak dikutip, tax holiday. Jadi, sekarang ini tak akan kita hendak membiarkan benda itu berlalu begitu sahaja? Orang yang bertanggungjawab menyebabkan cukai tidak dikutip seharusnya mendapat hukuman dan mereka mesti dibicarakan di Parlimen ini kenapa cukai tidak dikutip.

Bekas Menteri Kewangan kena ambil tanggungjawab kenapa cukai tak dikutip dan kita rugi RM10 bilion. Kalau sekiranya saya menyebut perkataan RM10 bilion ini hendak rujuk saya pada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, boleh. Sebab saya hendak tanya, berapa sebenarnya kerajaan tak kutip cukai?

final • 12:42 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

final • 12:42 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Adakah kita hendak biarkan begitu sahaja, kerajaan biarkan begitu sahaja orang yang telah melakukan kesalahan?

final • 12:42 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Arau, minta laluan.

final • 12:42 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini bukan benda yang kecil.

RM10 bilion, kita boleh dapat pelbagai perkara untuk bantu rakyat. Ini merupakan kenyataan. Itu sebab Yang Berhormat Tebrau...

final • 12:42 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Minta laluan, minta laluan.

final • 12:42 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Tebrau, terima kasih sebab dia seorang yang berfikiran bernas, hebat. Walaupun dia pembangkang, dia menyokong supaya sistem GST dikembalikan semula. Yang Berhormat Jelutong dengan Yang Berhormat Kangar tidak sokong.

final • 12:42 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Arau, adakah ini masa yang sesuai untuk kita perkenalkan GST?

final • 12:42 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, very good.

final • 12:42 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Di waktu rakyat sedang menghadapi banyak kesusahan?

final • 12:42 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, saya setuju. Yang kedua?

final • 12:42 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Tak, tak. Saya nak bahas nanti.

final • 12:42 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Oh! Tak boleh bahas ya. Saya penghabis. Saya yang penghabis.

Saya tahu sekarang ini tidak sesuai diperkenalkan sistem percukaian baharu tetapi saya hendak sebut bahawa ada kelemahan kepada sistem ini, kita terpaksa buat pindaan. Saya setuju bahawa kita teruskan cukai yang ada sekarang, mungkin sampai masanya kita akan perkenal GST tetapi itu perbincangan kemudian.

Akan tetapi, semasa tax holiday, semasa kerajaan tidak kutip cukai itu, siapakah yang hendak tanggungjawab? Adakah bekas Perdana Menteri? Adakah bekas Menteri Kewangan? Atau Yang Berhormat Jelutong? Ataupun semua kumpulan PH? Tetapi susah jugalah sebab sebahagian daripada PH bersama dengan kita sekarang ya. Jadi siapakah yang harus ambil tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah RM10 bilion ini? Orang yang sewajarnya dicukai tak dicukai tetapi kerajaan terus bagi perkhidmatan melalui tentera, polis, perkhidmatan awam. Sekarang ini siapa hendak ambil tanggungjawab?

Rakyat kena diberitahu satu kaedah bahawa mereka yang telah melakukan kesalahan ini mesti dipertanggungjawabkan. Kalau kita tak suruh dia bayar- hendak suruh dibayar, tak mungkin dia boleh bayar. Cuma, dia mohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak mengutip cukai sebanyak RM10 bilion. Kena ingat, ini bukan duit keluarga kita. Ini duit yang rakyat berhak untuk mendapatkannya tetapi kita tak kutip cukai.

Jadi, saya menyokong rang undang-undang ini dengan hebatnya untuk membetulkan sistem sales tax dan juga service tax yang kita tengok banyak lubang.

Sekarang ini rakyat ingin bertanya, kalau GST kita kenakan enam percent tetapi sales tax dengan service tax ini kita kenakan antara 15 percent sehingga 16 percent iaitu 10 percent campur lima percent ataupun 10 percent campur dengan enam percent, jadi rakyat hendak bertanya kenapa SST ini cukainya tinggi tetapi kutipannya rendah?

Kenapa GST dikenakan enam persen, kutipannya tinggi? Rakyat yang hendak tahu benda yang mudah ini supaya difikirkan bersama kenapa jadi demikian rupa.

Jadi, terima kasih. Saya menyokong supaya dipercepatkan semua rang undang-undang kewangan ini untuk membolehkan kita balik kepada rakyat untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat untuk memberi mereka baju sekolah, untuk memberi bantuan bagi mereka yang terkesan daripada COVID-19 dan juga mereka yang menghadapi banjir. Terima kasih.

final • 12:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Arau.

final • 12:42 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Kangar, Kangar.

final • 12:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Saya jemput satu lagi. Yang Berhormat Bukit Bendera. Yang lain, kita tengok masa. Mungkin boleh mencelah kemudian. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera. Sila. Tiga minit.

final • 12:42 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Tiga minit sahaja.

final • 12:42 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya turut ingin menyertai perbahasan terhadap pindaan Akta Cukai Jualan 2018.

final • 12:49 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Undang-undang percukaian merupakan undang-undang yang penting kerana setiap perkataan perlu diteliti kerana ia akan- certainty dalam drafting undang-undang percukaian adalah penting.

Saya merujuk kepada fasal 2 yang bertujuan untuk meminda seksyen 17 akta ini. Terdapat satu perubahan daripada segi pengiraan sales tax iaitu sebelum ini kaedah masa depan, the future method dan dalam cadangan pindaan ini digunakan kaedah sejarah, historical method. Seperti yang kita maklum bahawa future method mengirakan current month plus 11 months in future.

final • 12:49 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Historical methods, eleven months in the past plus current month. Oleh itu satu departure daripada pengiraan cukai jualan ini saya ingin dapatkan penjelasan lanjut daripada Yang Berhormat Menteri apakah pandangan daripada business committee, adakah consultation dengan business committee.

Bagaimana dengan syarikat baharu yang tiada historical data yang syarikat baharu yang ditubuhkan tidak ada historical data so, apa look around ataupun apakah pindaan ini mempertimbangkan terhadap syarikat-syarikat yang baharu yang tiada historical data. Saya juga ingin membangkitkan isu Fasal 6 di mana bahawa satu seksyen baharu 35A telah disertakan di mana Ketua Pengarah Kastam boleh selepas pengilang berdaftar membuat potongan yang dicadangkan terdapat apa-apa baki dalam amaun pembayaran balik- refund. Baki itu hendaklah dibayar balik kepada pengilang berdaftar oleh Ketua Pengarah Kastam. Itu adalah- tetapi saya rasa shall be refunded to the register manufacturer by the Director General of Customs. “Shall be refunded” iaitu satu perkataan yang mandatori perlu Ketua Pengarah Kastam untuk mengembalikan wang itu apabila terlebih bayar. Perlu di refund balik.

Pada saya kekurangan daripada seksyen ini ialah bahawa tiada tarikh atau tiada satu tempoh masa yang ditetapkan. Kalau sebelum ini kalau kita sedia maklum bahawa di bawah rejim GSA/GST sebelum ini, regim percukaian GST ada satu time frame 14 hari telah dinyatakan dalam GST refund. Akan tetapi dalam Sales Tax Refund ini tidak dinyatakan hanya nyatakan- shall be refunded. Ia mungkin satu bulan, mungkin 12 bulan, mungkin tiga tahun dan lebih lama.

Oleh itu perundangan tidak menyatakan secara jelas, tidak memihak, tidak mempertimbangkan business cash flow oleh syarikat-syarikat yang membayar sales tax.

Saya lihat bahawa ada kepincangan walaupun digunakan perkataan ‘mandatori’ ‘shall be refunded’ tetapi tiada tempoh dinyatakan dan tambahan 35A(3) pula memberikan kuasa Ketua Pengarah Kastam untuk menggunakan pembayaran balik itu untuk dikreditkan kepada mana-mana tempoh bercukai berikutnya atau seterusnya. Kuasa yang amat besar kepada Ketua Pengarah Kastam. Tiada tarikh refund tetapi Ketua Pengarah Kastam boleh menggunakan kuasanya untuk menggunakan wang refund itu untuk guna dikreditkan kepada bahagian tempoh percukaian berikutnya.

Saya rasa ini keseimbangan kuasa yang memihak terlalu besar kepada Ketua Pengarah Kastam. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri dan saya rasa...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Masa sudah tamat, Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Itulah soalan saya. Sekian, terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Tiga minit.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Saya sekarang menjemput Menteri untuk menjawab, yang lain saya minta mencelah. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya bagi 10 minit.

final • 12:50 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Abd Rahim bin Bakri

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah terlibat dalam perbahasan berkaitan dengan Rang Undang-undang Cukai Jualan (Pindaan) 2020.

Seperti mana yang Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum bahawa pengukuhan Undang-undang Cukai Jualan ini adalah penting kerana ini akan dapat memberikan ruang yang lebih luas kepada KDRM untuk mendapatkan cukai yang lebih dan ini akan dapat memberikan kesan yang positif terhadap pembangunan negara kerana hasil-hasil ini sudah tentulah ianya akan dapat disalurkan bagi maksud mengurus negara kita dan juga membangunkan negara kita.

Ahli-ahli Yang Berhormat, antara isu yang paling popular yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ialah berkaitan dengan GST. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa GST telah pun dilaksanakan pada tahun 2018 dari tahun sebelum itu tahun 2014 selepas itu pada 2018 ia telah dimansuhkan pada 1 September 2018.

Sudah tentulah ada pro dan kontra, ada yang berpihak untuk mengatakan bahawa GST adalah lebih baik kerana ia dapat memberikan pulangan hasil yang lebih tinggi kepada kerajaan seperti mana semasa pelaksanaannya ia telah dapat memberikan pulangan hasil kepada kerajaan sebanyak RM133 bilion dan dalam masa yang sama, apabila SST dilaksanakan hasil tersebut telah pun berkurang iaitu GST RM44 bilion bagi setahun dan SST dalam lebih kurang RM21 bilion.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Pengurangan ini bagaimanapun haruslah dilihat daripada kedua-dua perspektif.

Pelaksanaan GST itu walaupun nampaknya meningkatkan hasil kepada kerajaan tetapi dalam masa yang sama ia juga mengurangkan disposable income kepada rakyat kerana jumlah yang harus dibayar untuk cukai GST itu menyebabkan rakyat kehilangan disposable income.

Manakala SST apabila ia dilaksanakan ia telah memberikan kelegaan sedikit sebanyak kepada rakyat kerana ia dapat disposable income dan dalam masa yang sama mereka juga kenaikan harga juga dapat dikawal dengan baik kerana lazimnya seperti mana yang kita sedia maklum, SST adalah single-tier tax manakala GST adalah multitier tax iaitu melibatkan walaupun SST dikenakan 10 peratus, GST enam peratus tetapi apabila kita melihat kepada pelaksanaannya yang berdasarkan kepada multi-tier tax maka kos yang terpaksa dibayar adalah lebih tinggi.

Oleh sebab itu, kalau kita juga melihat daripada segi barang yang dikenakan cukai dalam pelaksanaan GST barangan yang dikenakan cukai itu adalah jauh lebih besar iaitu lebih kurang 11,197 barangan manakala SST hanyalah 6,405. Itu sebabnya kerajaan harus berhati-hati dan membuat kajian yang lebih terperinci sama ada ingin melaksanakan GST atau mengekalkan SST sedia ada dan menambah baik sistem untuk membolehkan ia dapat menambahkan hasil kerajaan tetapi dalam masa yang sama, ia tidak membebankan kepada rakyat.

Oleh sebab itu, saya ingin memberi assurance kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan begitu juga Ahli Yang Berhormat Subang misalnya dan juga Yang Berhormat Tebrau.

Mereka ini bersetuju supaya GST dilaksanakan semula tetapi telah mengemukakan cadangan-cadangan tertentu. Akan tetapi apa yang kerajaan lakukan ialah untuk menilai semula cadangan-cadangan ini daripada semua pihak kerana yang penting sekali akhirnya ia akan dapat membantu meningkatkan pendapatan negara dan dalam masa yang sama tidak menjejaskan kepentingan rakyat.

Macam saya katakan tadi apabila GST dilaksanakan mungkin satu pihak senang hati atau bersetuju tetapi di satu pihak yang lain tidak bersetuju kerana ianya menjejaskan khususnya kesan-kesan sampingan seperti kenaikan harga barang yang berpunca daripada pelaksanaan GST kerana sudah tentulah GST yang dilaksanakan itu rate yang dikenakan adalah jauh lebih tinggi dan barangan yang dikenakan cukai GST juga adalah lebih banyak.

final • 12:53 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh celah? Tebrau. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sebut sistem GST itu dia multitier dan akibatnya cukai akan bertambah tetapi itu merupakan satu fahaman yang salah. Sebagai seorang akauntan saya mesti beritahu walaupun ia multitier tetapi ia guna satu sistem input tax atau output tax.

final • 12:53 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Dia sepatutnya ada satu consumer tax. Yang kena cukai punya adalah konsumer, yang terakhir punya. Yang sebelum itu kalau A dia kenakan cukai GST kepada pelanggan dia B, B dijual kepada C itu output tax. Akan tetapi yang diberi daripada pembekal A itu jadi input tax. Jadi dia bayar kepada kastam adalah yang kita katakan terbahagi perbezaan antara cukai output tax dengan input tax. Jadi dia akhirnya cukai itu hanya enam peratus, bukan seperti apa orang kata 10 peratus bertambah enam peratus.

Kalau ada tiga peringkat dia akan enam peratus dapat tiga kali, tidak.

Dia hanya enam peratus dikenakan kepada konsumer pada harga yang akhir.

Mengapa saya kata itu lebih baik kerana ini merupakan satu sistem tiada siapa-siapa boleh melarikan diri dari apa membayar cukai. Satu sistem yang kita memberi kemudahan kepada LHDN atau kastam untuk mengawal selia dengan baik supaya tak ada orang boleh lari daripada pembayaran GST. Itu sebab di kalangan akauntan memang sokong sistem GST berbanding dengan Akta SST.

Ini kerana SST dia tak boleh dikawal selia dengan baik. Terima kasih.

final • 1:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Tebrau, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menambah sedikit...

final • 1:00 PM

Datuk Abd Rahim bin Bakri

Terima kasih Yang Berhormat...

final • 1:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

...Yang Berhormat Timbalan Menteri sementara Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat jawapan daripada pegawai-pegawai yang di belakang agaknya kalau ada. Apabila disebut kenaikan harga wujud kepada GST dibandingkan dengan SST saya ingin memaklumkan satu kefahaman yang penting. Bahawa apabila SST diambil di kilang dan juga di barang import, 10 peratus, 20 peratus, lima peratus, apa yang berlaku kepada pengilang dan pengimport mereka tidak menyerap 10 peratus, 20 peratus, lima peratus itu. Mereka masukkan 10, 20, lima peratus itu dalam harga yang akhirnya pengguna kena bayar.

Jadi ketika SST ini kenaikan harga barang adalah lebih daripada 10, 20, lima peratus kerana berlaku cukai atas cukai. Saya kira perkara ini memerlukan pengkajian yang lebih. Saya dan Yang Berhormat Tebrau boleh menjadi ahli jawatankuasa yang dibentuk oleh Menteri Kewangan untuk memberikan sedikit sebanyak nasihat berdasarkan perkara-perkara yang berlaku. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua saya mengambil PhD sekarang dalam bidang GST di UM. Jadi saya tahu GST jauh lebih baik daripada SST. Terima kasih.

final • 1:00 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Ya, tambahlah sokong perhatian.

Persefahaman yang betul.

final • 1:00 PM

Datuk Abd Rahim bin Bakri

Terima kasih Yang Berhormat. Kedua-duanya telah mengemukakan pendapat. Seperti mana yang saya katakan tadi bahawa perkara ini ada pros and cons. Cuma yang saya ingin nyatakan di sini bahawa GST adalah merupakan satu comprehensive consumer tax yang sudah tentulah ia lebih- daripada segi ketelusan memang kita tidak dapat nafikan ia merupakan satu sistem yang telus.

Akan tetapi dalam masa yang sama ada juga kelemahan-kelemahan. Mungkin pelaksanaan yang telah dilaksanakan sebelum ini ada perkara-perkara yang tidak begitu kemas dan menyebabkan ia akhirnya telah gagal dan juga tidak dapat memenuhi kehendak rakyat sehingga rakyat menolaknya.

Oleh sebab itu yang saya katakan tadi bahawa- Yang Berhormat katakan tadi bahawa akhirnya sebenarnya hanya enam percent yang dibayar. Itu pada theoretically- nya memang begitu. Akan tetapi mereka yang dikenakan input tax itu pun mereka boleh mendapatkan refund tetapi ada juga dispute dalam perkara tersebut yang sehingga menyebabkan perkara itu akhirnya ia lebih kompleks. Pelaksanaan GST itu adalah lebih kompleks kerana ia multitier dan berbanding SST tetapi yang penting sekali seperti mana yang saya katakan tadi bahawa apakah faedahnya kepada rakyat.

Kalau rakyat dicukai bererti mereka kehilangan disposable income yang banyak. Betul kita dapat hasil tambahan RM20 bilion lebih melalui pelaksanaan GST tetapi rakyat akan kehilangan juga RM20 bilion lebih disposable income.

final • 1:00 PM

Datuk Abd Rahim bin Bakri

Perkara-perkara ini bukan saya tidak menyokong GST ini dilaksanakan, malah ia adalah merupakan satu kaedah yang perlu dikaji dengan lebih terperinci kerana ia akan dapat memberikan hasil kepada kerajaan kerana kalau sekiranya kita berterusan berhutang untung laksanakan pembangunan kita khususnya melaksanakan projek- projek pembangunan melalui development expenditure yang kita laksanakan sekarang ia adalah merupakan sesuatu yang tidak baik dalam jangka panjang untuk ekonomi kita.

Okey saya teruskan Yang Berhormat. Yang Berhormat Tebrau juga ada meminta penjelasan tentang hasil jualan tempatan dari import yang dikutip bagi tempoh 13 Disember 2020 ialah RM15,289,827,685. Yang Berhormat Tebrau juga ada meminta penjelasan berkaitan dengan pelaksanaan historical method seperti mana yang telah saya sebutkan dalam akta ini ialah pengiraan ini adalah bertujuan untuk menentukan kaedah pengiraan nilai ambang atau threshold untuk membatalkan pendaftaran. Ini bagi memudahkan syarikat untuk memaklumkan kepada ketua pengarah bahawa nilai jualan syarikat bagi 12 bulan ke belakang tidak mencapai nilai ambang atau threshold RM500 ribu.

Kebiasaannya ada syarikat-syarikat yang memohon untuk membatalkan pendaftaran cukai jualan mereka. Oleh sebab itu dalam peruntukan baharu ini ia menggunakan historical method berbanding sebelum ini. Akan tetapi bagi mereka yang tidak ada historical, mungkin mereka ini boleh dikecualikan. Akan tetapi kebiasaannya mereka ini merupakan syarikat-syarikat yang telah pun menjalankan perniagaan dan memohon untuk berhenti sebagai pendaftar cukai jualan ataupun cukai jualan yang berdaftar. Oleh sebab itu kita menggunakan kaedah ini.

Yang Berhormat Pontian ada membangkitkan tentang berlaku kebocoran adat pengilang tidak berdaftar pemilikan tidak dibuat secara rawak. Untuk makluman Yang Berhormat, tindakan pengauditan oleh KDRM akan dibuat dari semasa ke semasa terhadap mereka yang berdaftar dengan- yang terdaftar sebagai pembayar cukai jualan di KDRM.

final • 1:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, dua minit lagi Yang Berhormat.

final • 1:00 PM

Datuk Abd Rahim bin Bakri

Sama ada audit lejar ataupun melalui audit lapangan.

final • 1:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat dua minit lagi ya.

final • 1:00 PM

Datuk Abd Rahim bin Bakri

Yang Berhormat Tebrau juga ada bertanya tentang isu- Yang Berhormat Beruas menyatakan tentang hutang kerajaan tidak boleh bayar balik ia berat sebelah. Peruntukan ini adalah bertujuan untuk memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk membuat offset amaun bayaran balik atau refund, dengan cukai yang perlu dibayar atau tax due dan payable atau oleh pengilang berdaftar bagi tempoh bercukai yang akan datang.

Yang Berhormat Subang yang telah membangkitkan berkaitan cukai jualan tadi dan Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Arau kenapa cukai GST rendah.

Ini saya sudah jawab tadi.

Yang Berhormat Bukit Bendera berkaitan berkenaan fasal 2 kenapa ada perubahan kaedah menentukan nilai penjualan boleh bercukai. Untuk pengiraan ini bertujuan untuk menentukan kaedah pengiraan nilai ambang untuk membatalkan pendaftaran. Ini saya sudah jawab tadi, Yang Berhormat.

Mengapakah tidak ada tempoh refund dibuat dalam masa 14 hari sebagaimana yang telah dibuat dalam GST?

final • 1:00 PM

Datuk Abd Rahim bin Bakri

Tiada tempoh pulang balik yang ditetapkan di bawah Akta Cukai Jualan 2018.

Bagaimanapun, JKDM atau kastam sentiasa mengambil tindakan untuk mempercepatkan bayaran balik tersebut sekiranya dokumen tuntutan yang dikemukakan adalah lengkap dan teratur. Jadi itu sahaja Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya ucapkan terima kasih atas penglibatan Yang Berhormat dalam perbahasan ini. Terima kasih.

final • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

final • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

final • 1:10 PM
Fasal-fasal 1 hingga 13 -

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Dua minit sahaja. Oleh sebab belum lulus, saya sudah bangun minta penjelasan tentang pindaan kepada seksyen 35A sangat penting. Satu perkara perundangan.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada pindaan yang dicadangkan iaitu tambahan seksyen 35A(3), dikatakan dengan izin, “The Director General may withhold the whole or any part of any amount refundable under subsection (2) to be credited to any following or subsequent taxable period and the Director General shall treat the amount credited as payment or part payment received from the registered manufacturer.” Tadi saya sudah nyatakan dengan peruntukan ini, tidak ada masa ditetapkan di mana hutang kerajaan kepada pengilang ini mesti dibayar. Satu masalah akan timbul Tuan Pengerusi ialah di bawah Government Proceedings Act, tuntutan mana-mana pihak kepada kerajaan mesti dituntut dalam tiga tahun.

Jadi, kalau bilakah when is the amount due to the manufacturer? Daripada segi undang-undang, biasanya kalau terlebih bayar mesti dibayar balik bila-bila masa. So, it is payable anytime when a debt is due. Akan tetapi, kalau di sini director general kata tunggu tahun depan, mungkin ada keuntungan kita tolak jumlah yang perlu dibayar dan kalau kilang itu tiga tahun berturut-turut dia tidak ada keuntungan bolehkah hutang ini masih boleh dituntut atau time-barred, dengan izin.

Jadi bagi saya hutang kerajaan mesti dibayar. Kalau kerajaan lambat bayar mesti campur bunga, faedah seperti kerajaan buat apabila kita lambat kepada kerajaan ini kita dikenakan denda dan macam-macam lagi hukuman. Jadi, kalau boleh pihak kerajaan mesti berlaku adil kepada taxpayer manufacturer overpaid you dan tadi sudah katakan, ikut undang-undang cukai ini kalaupun silap dikira oleh pihak kerajaan, kita mesti bayar dulu. Kalau tidak ada, denda.

Jadi, berlaku adillah kepada pengilang yang kerja kuat untuk negara dan juga untuk bayar cukai. Jadi, boleh dapat penjelasan.

final • 1:11 PM

Tuan Pengerusi

Sebenarnya saya perhatikan tadi perkara itu telah dibahaskan dan dibentangkan...

final • 1:11 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Time-barred. Adakah selepas tiga tahun boleh lagi dituntut? Di bawah Government Proceedings Act dikatakan hanya dituntut dalam masa tiga tahun kalau kerajaan hutang kepada kita.

final • 1:11 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Timbalan Menteri sila menjawab. Dua minit.

final • 1:11 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Abd Rahim bin Bakri

Terima kasih Yang Berhormat berkaitan dengan overpaid sales tax yang di-offset untuk sales tax tahun ke hadapan yang telah diberikan kuasa kepada Ketua Pengarah JKDM untuk membawa ke hadapan.

Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa sebelum ini memohon refund ini mengambil proses yang sukar dan panjang. Oleh sebab itu, offset ini adalah sebenarnya bagi memudahkan semua pihak. Contoh, kalau ada lebihan RM10 ribu pada tahun ini, maka ia dibawa ke hadapan untuk mengurangkan sales tax bagi tahun hadapan. Itu sahaja sebenarnya kuasa yang diberikan dalam akta yang telah dipinda ini.

Akan tetapi, bagaimanapun ia kalau sekiranya ada permohonan untuk mendapatkan refund for certain reason perkara ini saya percaya ia boleh dipertimbangkan.

final • 1:16 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Abd Rahim bin Bakri

Jadi bagaimanapun, saya beri kepada Yang Berhormat jawapan yang lebih tepat secara bertulis Yang Berhormat. Okey, terima kasih.

[Fasal-fasal 1 hingga 13 *diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi II

(Tuan Willie anak Mongin) dan diluluskan]*

final • 1:16 PM
RANG UNDANG-UNDANG CUKAI PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2020 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Abd Rahim bin Bakri

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dibacakan kali kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Rang undang-undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2020 yang dicadangkan adalah merupakan pindaan susulan kepada pindaan yang telah dilaksanakan ke atas Akta Kastam 1967. Selain itu, pindaan ini juga dibuat bagi memperkemaskan pelaksanaan dan layanan cukai perkhidmatan antaranya dengan menambah baik peruntukan berkaitan pemberhentian tanggungan untuk berdaftar mewajibkan pemakluman sekiranya orang yang berdaftar tidak lagi memberikan perkhidmatan bercukai bagi apa-apa perkhidmatan bercukai yang telah didaftarkan dan pindaan bagi membolehkan pulangan balik kepada orang kena cukai dibuat secara potongan melalui penyata.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menguraikan setiap fasal dalam rang undang-undang ini. Rang undang-undang ini mempunyai 21 fasal seperti berikut.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas tarikh permulaan sesuatu akta yang dicadangkan.

final • 1:19 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Abd Rahim bin Bakri

Fasal 2 bertujuan meminda seksyen 2 untuk mengadakan peruntukan bagi takrif baharu bagi “barang” dan “pengangkut”. Fasal ini turut bertujuan untuk meminda takrif “foreign service provider” dalam teks bahasa Inggeris untuk menjadikan selaras dengan teks bahasa kebangsaan.

Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 18 bagi memperuntukkan bahawa kaedah untuk menentukan nilai perkhidmatan bercukai bagi mana-mana orang berdaftar yang telah berhenti bertanggungan untuk berdaftar adalah pada bulan ini dan 11 bulan sebaik sebelum bulan itu iaitu kaedah sejarah- historical method.

Fasal 4 bertujuan untuk meminda perenggan 19(1)(a) untuk menjelaskan bahawa mana-mana orang berdaftar di bawah seksyen 13 atau 14 yang berhenti menjalankan perniagaan yang memberikan apa-apa perkhidmatan bercukai untuk memberitahu Ketua Pengarah Kastam secara bertulis dalam tempoh 30 hari daripada tarikh pemberhentian itu.

Fasal 5 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 20A untuk mengadakan peruntukan bagi perubahan pendaftaran dan butir-butir pendaftaran orang berdaftar dan tarikh kuat kuasa perubahan itu.

Fasal 6, 7 dan 8 adalah bertujuan meminda subseksyen 27(1). Perenggan 31(1)(b) dan subseksyen 32(2) masing-masing sebagai pindaan berbangkit dalam penomboran semula dalam Akta Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2019.

final • 1:20 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Abd Rahim bin Bakri

Fasal 9 bertujuan memasukkan seksyen baharu 34A bagi membolehkan Ketua Pengarah Kastam mengarahkan mana-mana orang berdaftar untuk memotong jumlah pembayaran balik dari jumlah cukai perkhidmatan yang perlu dibayar di bawah perenggan 34(3)(b) atau di bawah seksyen 23 dan 39 dengan jumlah cukai yang kena dibayar daripada penyatanya di bawah seksyen 26.

Sekiranya terdapat baki ke atas amaun pembayaran balik, baki tersebut hendaklah dibayar balik kepada orang berdaftar. Ketua Pengarah Kastam boleh memegang keseluruhan atau sebahagian amaun yang boleh dibayar balik sebagai kredit untuk bayaran cukai pada masa hadapan.

Fasal 10 bertujuan meminda seksyen 40 untuk meluaskan pemakaian seksyen ini kepada orang berdaftar asing berhubungan dengan peremitan cukai perkhidmatan surcaj yang terakru atau penalti fi atau wang lain kena dibayar.

Fasal 11 bertujuan memotong seksyen 56A Bahagian IX Akta 807 dan memasukkan sebagai seksyen baharu 63B Bahagian VIII.

Fasal 12 bertujuan memasukkan subseksyen (4A) di bawah seksyen 56A Bahagian IXA untuk memberikan Ketua Pengarah Kastam kuasa atau permohonan untuk meluluskan cukai perkhidmatan berkenaan dengan perkhidmatan digital yang diberikan oleh orang berdaftar asing menjadi genap masa pada masa invois itu dikeluarkan.

Fasal 13 bertujuan untuk memastikan seksyen baharu 56GA untuk membenarkan orang berdaftar asing iaitu membuat potongan atau tambahan cukai perkhidmatan dalam penyatanya jika nota kredit dan nota debit dikeluarkan di bawah hal keadaan dan syarat yang ditetapkan.

Fasal 14 bertujuan memasukkan subseksyen baharu (4A) dalam seksyen 56H untuk menghendaki orang berdaftar asing yang berhenti daripada bertanggungan untuk didaftarkan di bawah seksyen 56D untuk mengemukakan penyata kepada Ketua Pengarah Kastam.

Fasal 15 bertujuan untuk meminda seksyen 62 untuk memberi pegawai cukai perkhidmatan yang hak kuasa untuk membuat penyitaan di mana-mana premis. Pindaan ini juga dibuat bagi meluaskan pemakaian seksyen ini kepada penyitaan apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda bagi semua kandungan apa-apa pengangkut yang di dalamnya barang, dokumen, artikel atau benda itu dijumpai.

Fasal 16 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu iaitu seksyen 62A bagi memberi pegawai cukai perkhidmatan yang hak kuasa untuk mengelak atau to seal barang-barang, dokumen, artikel atau benda atau tempat premis, bekas muatan, bungkusan atau pengangkut yang di dalamnya barang dokumen, artikel atau benda itu dijumpai.

Fasal 17 bertujuan memasukkan seksyen baharu 63A bagi memperuntukkan kuasa kepada pegawai cukai perkhidmatan yang hak mempunyai segala kuasa sebagai pegawai polis berpangkat koperal dan lebih rendah dan kuasa seorang pegawai penjara berpangkat sarjan dan lebih rendah di bawah Akta Penjara 1995 apabila membawa dan menjaga orang dalam tahanan.

Fasal ini juga bertujuan memberikan kuasa seorang penjaga balai polis kepada seorang pegawai cukai perkhidmatan yang di mana pegawai cukai perkhidmatan tersebut hendaklah disifatkan sebagai balai polis. Fasal ini juga bertujuan untuk memasukkan seksyen 56 yang telah dipotong sebagai seksyen baharu 63B.

Fasal 18 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 65A untuk mengadakan peruntukan bagi kebolehpercayaan keterangan ejen provokasi dan kebolehterimaan sebagai keterangan apa-apa penyataan yang diberi kepada ejen provokasi seorang yang kemudiannya dipertuduh atas sesuatu kesalahan.

Fasal 19 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 73A untuk menjadikannya satu kesalahan mana-mana orang yang mendapatkan pemotongan cukai secara tidak wajar.

Fasal 20 bertujuan untuk meminda seksyen 82 untuk menghendaki pelikuidasi atau liquidator sesuatu syarikat yang bertanggungan ke atas cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar untuk memberikan notis penggulungan syarikat kepada Ketua Pengarah Kastam.

final • 1:20 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Abd Rahim bin Bakri

Fasal 21 bertujuan untuk meminda seksyen 83 untuk menghendaki penerima bagi harta mana-mana orang yang bertanggungan ke atas apa-apa cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar yang dilantik untuk memberikan notis mengenai pelantikan itu kepada Ketua Pengarah Kastam.

Penerima juga hendaklah, sebelum melupuskan apa-apa aset orang itu, mengetepikan sejumlah wang daripada aset sebagai mencukupi untuk mengadakan peruntukan bagi membayar cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan bercukai yang diberikan atau perkhidmatan bercukai diimport yang diperoleh yang menjadi genap masa dan kena dibayar.

Selanjutnya fasal-fasal lain yang tidak dinyatakan secara spesifik adalah merupakan pindaan kecil atau consequential in nature.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 1:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada sesiapa yang menyokong?

final • 1:20 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Saya menyokong. Terima kasih.

final • 1:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Saya menjemput Yang Berhormat Ipoh Timur dahulu. Kemudian Yang Berhormat Pontian, disusuli dengan Yang Berhormat Kangar dan Yang Berhormat Arau.

final • 1:20 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyertai dalam perbahasan rang undang-undang meminda Akta Cukai Perkhidmatan 2018.

Secara dasarnya, Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya baca daripada berita dan juga mendengar daripada penjelasan daripada Timbalan Menteri Kewangan tadi, berkenaan dengan perbincangan untuk menghidupkan semula cukai GST. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan pihak kerajaan bahawa cukai GST bukan sesuatu cara yang betul untuk meningkatkan hasil, khasnya rakyat di luar sana masih sengsara.

Sekiranya kita membandingkan impak GST dan SST, apa yang saya dapat daripada jawapan dari Parlimen adalah semasa dalam zaman pelaksanaan SST, indeks harga pengguna telah pun di-normalized-kan pada kadar 1.4 hingga 1.5 peratus pada tahun 2019. Kadar inflasi pula pada tahun 2019 adalah lebih kurang pada kadar 0.7 peratus iaitu purata kadar inflasi berbanding dengan tahun 2016 ialah 2.09 peratus dan tahun 2017 semasa pelaksanaan GST ialah 3.87 peratus.

Maka adalah jelas bahawa SST ini adalah amat penting untuk memastikan bahawa rakyat di luar sana tidak akan berasa tertekan dan tidak akan sengsara akibat daripada tindakan-tindakan ataupun polisi-polisi daripada kerajaan.

final • 1:28 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Memang tidak dinafikan bahawa penurunan pelaksanaan SST akan menyebabkan penurunan kutipan hasil. Akan tetapi, sekiranya pengurusan kewangan boleh diperbaiki, maka, kita boleh memastikan hasil yang dikutip itu boleh digunakan dengan sebaiknya.

Saya memberikan dua cadangan di sini Tuan Yang di-Pertua, untuk memperbaiki bagaimana kita boleh mengoptimumkan hasil yang dikutip. Nombor satu, kita hendak memperbaiki cara perolehan kerajaan dan untuk memastikan bahawa ia dilaksanakan dengan lebih telus dan terbuka. Ini termasuk proses rundingan terus yang dilaksanakan haruslah dikurangkan dan sekiranya perlu dilaksanakan secara dengan ketat dan berpaksikan peruntukan-peruntukan yang ketat.

Saya boleh nampak dalam Laporan Ketua Audit Negara yang telah pun dibentangkan setiap kali kita ada sidang Parlimen, kita nampak apabila kontraktor- kontraktor yang dilantik secara rundingan terus, ada banyak yang menimbulkan masalah tidak siap, masalah lambat dan sebagainya.

final • 1:30 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Nombor dua adalah berkenaan dengan isu surat sokongan. Saya berasa bahawa sudah sampailah masanya untuk pihak kerajaan memastikan bahawa surat sokongan tidak lagi digunakan dan dikeluarkan oleh mana-mana Yang Berhormat Menteri ataupun mana-mana penjawat pentadbiran tertinggi.

Ini juga yang tertera dalam National Anti-Corruption Plan tahun 2019 hingga tahun 2023 yang menyatakan bahawa dengan izin, to prohibit members of administration from issuing any supporting letter for any project and application. Ini adalah amat penting.

Point yang terakhir, cadangan yang terakhir dan nombor tiga adalah berkenaan dengan pengurusan kontrak.

Kita sememangnya, sekiranya hasil tidak mencukupi, sekiranya kita boleh mengurangkan ketirisan dalam pengurusan kontrak, maka, ia akan merupakan penjimatan dan juga boleh membantu untuk mengukuhkan status kewangan negara.

Saya bagi dua contoh di sini yang mana nombor satu, dalam Laporan Ketua Audit Negara yang baru dibentangkan, untuk PR1MA sahaja, projek PR1MA yang mana Ketua Audit Negara mendapati faedah ke atas kelewatan berjumlah RM53 juta telah pun dituntut oleh kontraktor. Ini merupakan akibat daripada kelalaian dalam pengurusan kontrak.

Kedua, termasuk berkenaan dengan perolehan sebanyak enam buah Kapal Peronda Generasi Kedua- Littoral Combat Ship, denda lewat sejumlah RM116 juta tidak dikenakan ke atas syarikat. So, sekiranya pengurusan kontrak ini boleh dilaksanakan dengan lebih teliti dan dengan lebih baik, maka, tidak perlulah kita untuk mencari hasil yang lebih banyak yang mana akan menekan kepada kehidupan rakyat.

So, dengan itu, saya menghabiskan perbahasan saya dengan ketiga-tiga cadangan tersebut. Sekali lagi, saya berterima kasih kepada pihak Tuan Yang di-Pertua.

Sekian, terima kasih.

final • 1:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sebelum kita teruskan. Saya rasa kita tidak perlu discuss GST pada perbahasan ini kerana kita, perbahasan ini mengenai cukai perkhidmatan dan GST belum pun diperkenalkan.

Saya mempersilakan Yang Berhormat Pontian.

final • 1:30 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Tuan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Kita bincang ialah SST.

final • 1:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 1:33 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Tadi kita berbincang sales tax dan sekarang kita berbincang service tax. Sales tax sebanyak 20 peratus, 10 peratus dan lima peratus. Service tax ini sebanyak enam peratus. Enam peratus ini, Tuan Yang di-Pertua, ia sama saja dengan GST. GST sebanyak enam peratus, service tax sebanyak enam peratus.

Kalau kita pergi ke restoran-restoran besar dan restoran francais misalnya dan hotel-hotel, di bil kita itu akan ditulis cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus ataupun service tax sebanyak enam peratus. Lantas, orang yang menerima resit itu, “Aik, bukankah GST sudah dimansuhkan? Kenapakah ada lagi sebanyak enam peratus?” Ini ada satu kekeliruan dalam kalangan rakyat mengenai *service tax.

Service tax* ini jumlahnya sama dengan GST. Apa pun service tax dalam SST ini, tidak ada input tax credit. Apabila ia tidak ada input tax credit, ia tidak boleh membantu untuk mengurangkan kos perniagaan. Itu keburukan service tax yang boleh saya nyatakan di sini. Jadi, saya ingin bertanya cukai perkhidmatan digital yang ada dalam rang undang-undang ini, berapakah kutipan dan digital platform manakah yang dikenakan cukai? Adakah hanya Netflix dan segala apa yang kita lihat di kaca TV itu yang dikenakan cukai? Bagaimanakah tentang digital provider yang lain? Adakah ia juga dikenakan cukai SST?

Mungkin selepas ini, apabila kita Google macam-macam menggunakan handphone kita atau laptop kita, ada bayaran-bayaran tertentu yang kita tidak perasan.

Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, ada satu lagi yang berkaitan dengan servis ini. Kita cerita ini, service tax. Ada satu lagi yang mengelirukan dan lebih tinggi ia punya percentage iaitu service charge. Service charge ini adalah sebanyak 10 peratus ke-lima peratus.

Sebanyak lima peratus ke-15 peratus sehingga ke-20 peratus.

final • 1:33 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Akan tetapi, kelihatan service provider seperti hotel dan restoran, ia menggunakan sebanyak 10 peratus. Perkara ini adalah untuk menggantikan tips kepada pekerja. Walau bagaimanapun, kadang-kadang majikan, dia tidak beri pun kepada pekerja yang 10 peratus itu. Ini satu kesilapan yang berlaku dan saya berharap Kementerian Kewangan dengan juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia mestilah, memastikan kalau hendak dikenakan service charge, bukan service tax, service charge sebanyak 10 peratus, ia hendaklah dipastikan diberikan kepada pekerja.

Satu lagi, kita tahu bahawa apabila GST dimansuhkan, satu cukai itu digantikan dengan enam cukai baharu. Pertama, cukai jualan, kedua, cukai perkhidmatan, ketiga, cukai digital, keempat, cukai pelepasan, kelima, cukai petak dan keenam, cukai soda, CKHT dinaikkan, duti setem dinaikkan dan cukai PBT dinaikkan.

Jadi, kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi sebut, wujud SST memberikan kelegaan disposable income, ia tidak betul kerana ia digantikan dengan sembilan perkara baharu walaupun dibuang satu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 1:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Kangar, kemudian, Yang Berhormat Beruas selama dua minit. Selepas itu, Yang Berhormat Arau, akhir sekali.

final • 1:33 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Apa yang kita bincangkan hari ini, cukai jualan, cukai perkhidmatan adalah sebenarnya sebahagian daripada kerangka besar. Itu dasar fiskal kita iaitu penggunaan cukai dan juga perbelanjaan untuk mempengaruhi ekonomi negara.

Jadi, saya mungkin berbeza pendapatlah mengatakan GST tidak ada kena mengena. Kali pertama, saya menulis tentang GST pada tahun 2009. Pada waktu itu, saya nyatakan bahawa kejayaan GST ini bergantung kepada cara kita mengendalikannya dan kita harus menerima hakikat bahawa rakyat memberi respons yang sangat negatif sehingga menolak kerajaan yang lama.

Ini kerana kita tahu telah ditunjukkan di dalam Dewan ini bahawa pulangan balik cukai GST tidak diberikan sehingga hampir RM20 bilion dari tempoh tahun 2015 hingga tahun 2018. Jadi, alasan-alasan ini pun telah dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam jawapan semasa kita berbahas tentang cukai jualan sebelum ini.

Perbezaan sebenarnya cukai SST dan GST sebenarnya hanyalah sekitar lebih kurang dalam RM9 bilion kalau kita mengambil kira pulangan balik yang sepatutnya diberikan kepada rakyat. Apabila GST gagal, ia memberikan kesan kepada cash flow peniaga, harga barang naik dan harga dipindahkan kepada pengguna.

Oleh sebab itu, rakyat menolak GST dan kita mesti menerima hakikat bahawa walaupun kita mengaku bahawa sistem GST ini baik dan saya sentiasa mempertahankan GST ini baik sebelum pilihan raya, selepas menang pilihan raya malah di Dewan ini juga tetapi kita mesti membezakan kesannya dan juga apakah nilai di dalam sebuah sistem cukai yang mesti kita perbaiki? Saya bersetuju apabila kementerian mahu melaksanakan perubahan-perubahan ini, Saya cuma ingin bertanya tentang berapakah oleh sebab kita perlukan broad- based untuk menampung perbelanjaan kerajaan. Berapakah jumlah pembayar cukai mengikut tahap-tahap bayaran cukai yang ada sekarang ini? Ini disebabkan, kita tahu sebelum ini, hanya jumlah pembayar cukai tertinggi ini hanya lebih kurang dalam 11 peratus sahaja.

Jadi, adakah perbelanjaan negara ini akan terbeban kepada hanya kelompok ini? Jadi, apakah langkah kerajaan untuk memastikan pembayar cukai ini ia semakin broad-based? Kedua ialah kita tahu dalam negara kita ini banyak yayasan yang diberikan pengecualian cukai dan sebahagian yayasan ini sudah tentulah termasuk di mana yang kini sudah didakwa di mahkamah.

Jadi, saya hendak tahu berapa banyak kah institusi yang diberikan pengecualian cukai ini? Apakah alasan-alasan mereka ini layak diberikan pengecualian cukai? Berapa banyakkah tuntutan yang yayasan-yayasan ini telah buat kepada kerajaan untuk pengecualian cukai tahunan? Saya fikir kerajaan patut menapis semula semua institusi, tidak kira badan sukan kah atau yayasan kebajikan kah kerana saya tengok ada juga banyak yang tidak membuat laporan yang proper dan sebelum ini saya telah bangkitkan misalnya Yayasan Kebajikan Haiwan ini.

final • 1:37 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Kita tidak tahu apakah aktiviti mereka? Mereka mendapat pengecualian cukai, dan apakah yang mereka membelanjakan? Saya juga hendak tanya tentang model lama perniagaan. Sekarang ini, ramai orang telah beralih kepada perniagaan atas talian di media sosial dan sebagainya.

Jadi, sebahagian duit negara kita ini keluar kerana platform-platform ini didaftarkan di luar negara. Jadi, apakah langkah yang kerajaan akan laksanakan untuk memastikan aliran perbelanjaan rakyat kita melalui pembelian di platform-platform ini akhirnya memberikan manfaat kepada negara?

final • 1:37 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Berapakah kutipan yang dibuat oleh kerajaan dalam inisiatif-inisiatif yang diambil sebelum ini? Terakhir yang saya hendak bangkitkan ialah tentang remittance. Kita hari ini banyak pekerja asing, dari tiap-tiap bulan mereka ini menghantar wang balik ke pelbagai negara yang mana daripada asal mereka. Berapakah jumlah remittance yang telah dihantar ke luar negara dan berapakah kutipan daripada perkhidmatan remittance yang kita kutip daripada pindahan wang ke luar negara ini? Itu sahaja yang hendak saya bangkitkan, Tuan Yang di-Pertua. Sekian. Assalamualaikum.

final • 1:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Beruas.

final • 1:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua, saya memang faham kerajaan perlukan pendapatan dan biasanya kerajaan dapat melalui cukai. Akan tetapi saya berharap pihak kerajaan dapat menukar sikap bagaimana kita hendak dapat revenue yang lebih dan boleh belajar dari Singapura. Tuan Yang di-Pertua, apabila mana-mana jenis cukai dikenakan seperti cukai perkhidmatan, ia akan menambah kos perniagaan dan kita akan jadi lebih tidak begitu kompetitif.

Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan secara am di Singapura cukai korporatnya hanya 18 peratus tetapi mana-mana perniagaan yang berpangkalan di Singapura tetapi berniaga di luar Singapura cukai pendapatannya hanya sembilan peratus sahaja kalau ia menggaji orang-orang tempatan dengan kuota yang ada. Kalau tidak memenuhi kuota menggaji orang-orang tempatan dengan gaji yang lebih lumayan, dia akan mengenakan cukai 11 peratus sahaja.

Satu contoh yang berlaku baru-baru ini, di mana sebuah syarikat Bursa Saham Kuala Lumpur yang berpangkalan di Ipoh telah membeli tanah berpuluh ribu ekar tanah di Indonesia daripada agensi Kerajaan Negeri Perak. Akan tetapi syarikat yang digunakan oleh syarikat Bursa Saham Kuala Lumpur ini menggunakan syarikatnya di Singapura. Mesti ada sebabnya. Jadi kalau orang Perak beli dari orang Perak atau orang Malaysia beli daripada orang Malaysia, sesuatu perniagaan di luar Malaysia tetapi mereka berpangkalan di Singapura atau Hong Kong kerana cukainya memang rendah.

Jadi, harapan saya ialah kerajaan carilah jalan untuk dapat pendapatan lebih dengan menggalakkan lebih banyak syarikat berpangkalan di Malaysia daripada senantiasa cuba mengenakan cukai ke atas rakyat sendiri. Terima kasih.

final • 1:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Arau.

final • 1:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, tadi dalam ucapan saya tadi itu saya sudah bercakap sebenarnya untuk cukai perkhidmatan iaitu bila saya sebut perkara 73A tadi ialah di bawah cukai perkhidmatan. Maka dengan itu, oleh sebab Menteri tidak jawab tadi, saya ambil balik ucapan saya tadi hat pertama tadi, masuk ke ucapan sekarang. Kalau Yang Berhormat tidak jawab juga, jadi Yang Berhormat masih ada rekod tentang apa yang saya masukkan tadi di bawah cukai jualan.

Ini cukai perkhidmatan.

Cuma saya hendak ulang balik sekali lagi, iaitu berhubung dengan apa Yang Berhormat Pontian sebut yang orang confused itu, kita hendak bagi penjelasan secara detailed, orang tak nak dengar. Akan tetapi orang hendak tahu kenapa cukai perkhidmatan enam percent itu yang sama dengan GST, tidak termasuk dengan cukai jualan. Tiba-tiba kurang, Yang Berhormat Pontian dah jawab tetapi Yang Berhormat Pontian jawab dia bukan kerajaan lagi.

final • 1:43 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, saya minta Yang Berhormat jawab yang itu supaya rakyat tahu bahawa ini lah kemasalahan yang kita hadapi di mana cukai jualan dan cukai perkhidmatan ini di bawah SST sebenarnya menimbulkan masalah. Akan tetapi ini bukan masa untuk kita memperkenalkan GST tetapi sebenarnya GST ialah sistem yang terbaik. Jadi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat. Dalam dunia ini, dahulu kita ada 136 buah negara yang melaksanakan GST, cuma tinggal lebih kurang lima ke-enam sahaja yang tidak laksanakan GST dan mengamalkan sistem SST.

Saya hendak tanya, sekarang ini jumlah negara lagi yang masih mengamalkan SST ini berbanding GST? Akan tetapi bukan hendak laksanakan sekarang ya. Kita hendak laksanakan kemudian kerana sekarang biarlah perkara pertama- menghadapi COVID-19. Kita tahu tadi Menteri Kewangan telah pun menunjukkan sikap yang luar biasa kepada pihak pembangkang. Pembangkang minta dia luluskan serta-merta.

Padahal sepatutnya masa PH lagi patut pertimbangkan perkara ini.

Contohnya fasal feri. Kalau PH masa itu luluskan peruntukan, feri tidak rosak.

Sekarang feri sudah dua tahun di Pulau Pinang rosak. Hendak cari alat ganti yang cukup susah. Akan tetapi Menteri Kewangan dengan rela hati menyetujukan permohonan.

Sebenarnya permohonan diminta oleh MCA. MCA yang minta sebenarnya. Ini DAP cuma tolong tambahkan. MCA telah timbulkan benda ini dan mereka cuma tolong percepatkan...

[Disampuk] Jadi, saya bercakap ini sebenarnya mengikut teks. Contohnya macam Yang Berhormat Jelutong, kita cakap tajuk lain, dia bangkit-bangkit Jho Low, 1MDB, Jho low.

Seolah-olah macam itu mimpinya sampai bila-bila. Kita cakap tajuk apa pun dia akan bangun. Padahal dia seorang peguam yang tahu bahawa memang terkeluar tajuk.

Sekurang-kurangnya saya masih di bawah tajuk iaitu menyetujukan cadangan Kementerian Kewangan tadi.

Cuma di bawah 73A ini saya hendak tanya, kenapa ia diperkenalkan. 73A ini kenapa diperkenalkan kerana ia akan merupakan beban tambahan kepada pembayar cukai. Akan tetapi sekiranya itu wajar diperkenalkan, Yang Berhormat kena cerita kenapa 73A ini dibuat pindaan. Jadi saya menyokong rang undang-undang ini dan sama seperti semua pihak bahawa kerajaan telah membuat yang terbaik untuk rakyatnya.

final • 1:43 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 1:43 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Abd Rahim bin Bakri

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah terlibat dalam perbahasan bagi meminda Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2020 yang telah pun berlangsung sebentar tadi. Sebenarnya banyak daripada pindaan-pindaan ini adalah bersifat consequential daripada akta ibu iaitu Akta Kastam dan ia adalah untuk menyelaraskan akta-akta ini dapat diselaraskan dan juga dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Ahli-ahli Yang Berhormat ada membangkitkan beberapa isu yang saya hendak jawab dahulu Yang Berhormat Arau mungkin sebab Yang Berhormat Arau tadi tidak ada di sini yang sebenarnya saya telah jawab tadi pun bahawa GST- kenapa kadar cukai GST rendah namun kutipan lebih rendah daripada SST ataupun Yang Berhormat Pontian juga ada mengatakan tadi kadar SST bagi cukai perkhidmatan enam peratus, bagi cukai GST enam peratus. Jadi kenapa- apa bezanya?

Untuk makluman Yang Berhormat, cukai yang dikenakan bagi GST adalah seperti yang saya katakan tadi merupakan pelbagai peringkat. Ada yang dikenakan ke atas semua barang dan perkhidmatan yang bersifat value-added dan manakala cukai jualan hanya dikenakan secara seperingkat oleh pengilang dan pengimport ke atas barang-barang tertentu sahaja.

Yang Berhormat Ipoh Timur ada membangkitkan tadi meminta supaya GST- menghidupkan semula GST adalah bukan cara yang betul dan beliau ada mencadangkan beberapa pandangan-pandangan bagaimana kerajaan dapat menggunakan hasil-hasil sedia ada dengan baik iaitu misalnya tidak menggalakkan projek-projek runding terus yang masih lagi mengikut beliau sebenarnya projek-projek runding terus ini adalah terbatas kepada sektor-sektor tertentu.

final • 1:47 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Abd Rahim bin Bakri

Sepertimana saya pernah jelaskan di Dewan yang mulia ini iaitu hanya kepada contohnya projek-projek keselamatan yang melibatkan keselamatan single supplier dan beberapa kriteria-kriteria yang lain. Memang kerajaan telah pun memberikan perhatian terhadap perkara ini dan kita pun memang berhasrat untuk memastikan supaya setiap perbelanjaan kerajaan adalah dalam keadaan yang berhemat.

Oleh sebab itu kita juga telah- kerajaan telah menubuhkan Jabatan Integriti yang sudah tentu adalah bertujuan bagi memastikan bahawa pelaksanaan kaedah-kaedah perolehan kerajaan dan kaedah-kaedah yang lain akan dapat di- mematuhi protokol- protokol integriti sepertimana yang telah ditetapkan yang akan ditambah baik dari semasa ke semasa.

final • 1:47 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Abd Rahim bin Bakri

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Timur atas cadangan-cadangan tersebut. Memang kerajaan ini begitu determined untuk memastikan bahawa setiap perbelanjaan wang kerajaan itu dapat dibelanjakan dengan baik dan dapat memenuhi kehendak dan kepentingan rakyat di negara ini.

Yang Berhormat Pontian ada menyoal tentang kutipan digital service tax. Setakat ini 11 Disember 2020 hasil kutipan cukai perkhidmatan digital adalah sebanyak RM427,647,643.51 iaitu cukai yang dikenakan kepada digital service provider yang beroperasi di negara ini. Ia melibatkan banyak. Ini merupakan satu hasil baru akibat perkembangan daripada perkembangan multimedia dan juga IT dan ini memberikan pulangan yang baik kepada masa depan ekonomi negara kita. Ini kerana banyak service provider dari luar negara ini juga menjual perkhidmatan mereka di Malaysia dan mereka ini akan dikenakan cukai. Ini merupakan hasil kepada kerajaan.

Yang Berhormat Kangar ada membangkitkan berapakah jumlah pembayar cukai mengikut tahap pembayar cukai. Pembayar cukai yang ada setakat ini GST dahulu ialah lebih daripada 567,000 orang yang berdaftar dan cukai jualan 19,636 orang dan cukai perkhidmatan 46,134 orang berdaftar.

Apa langkah-langkah kerajaan memastikan aliran wang tunai ke luar negara dapat dimanfaatkan oleh rakyat. Kenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital yang disediakan oleh foreign service provider termasuk kepada penyedia digital platform yang telah mencapai nilai ambang atau threshold RM500 ribu.

Berapa jumlah remittance dihantar oleh pekerja asing keluar negara? Perkara ini adalah tidak di dalam biang kuasa JKDM. Ia tidak berkait dengan rang undang-undang ini.

final • 1:50 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

[Bangun]

final • 1:50 PM

Datuk Abd Rahim bin Bakri

Yang Berhormat Arau menyatakan bahawa 190 buah negara telah mengamalkan GST. Berapa buah negarakah lagi yang masih belum mengamalkannya?

final • 1:50 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

[Bangun]

final • 1:50 PM

Datuk Abd Rahim bin Bakri

Sejumlah 190 buah negara PBB, hanya 41 buah negara yang masih belum mengamalkan sistem percukaian GST ini.

final • 1:50 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh saya celah sedikit?

final • 1:50 PM

Datuk Abd Rahim bin Bakri

Ya.

final • 1:50 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Tadi jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa remittance maksudnya yang dihantar, duit-duit yang dihantar keluar oleh pekerja-pekerja asing tidak termasuk dalam Akta Perkhidmatan. Saya agak ragu sedikit dengan jawapan ini kerana saya percaya kita mengenakan caj-caj tertentu untuk setiap penghantaran wang keluar daripada negara. Oleh sebab itu, saya tanyakan soalan ini.

final • 1:50 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Yang Berhormat Timbalan Menteri, 20 saat hendak celah sedikit. Saya hendak dapatkan sedikit penjelasan dan pengesahan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, jumlah GST bersih yang dikutip dari tahun 2016 hingga tahun 2018.

Tadi ada dinyatakan adalah lebih kurang RM133 bilion tetapi dalam satu jawapan bertulis daripada kerajaan yang diberikan kepada saya jumlahnya RM105 bilion sahaja. Boleh dapatkan pengesahan.

final • 1:50 PM

Datuk Abd Rahim bin Bakri

Yang Berhormat, nanti saya bagi the exact.

Mungkin ada perbezaan di antara kita daripada segi duration itu. Nanti saya bagi yang the exact. Akan tetapi yang saya dibekalkan sepanjang itu RM133.1 bilion.

Bagaimanapun, mungkin saya boleh sampaikan kepada Yang Berhormat selepas ini.

final • 1:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Timbalan Menteri, itu jawapan yang saya terima hasil bersih RM133.1 bilion, refund RM67.8 bilion.

Jadi, kalau kita campur hasil keseluruhan ialah RM133.1 campur RM67.8 bilion. Akan tetapi RM67.8 bilion ini kita refund bagi kepada syarikat balik. Syarikat juga rakyat, syarikat juga pengguna.

final • 1:50 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Untuk rekod Yang Berhormat Timbalan Menteri, jawapan yang saya dapat merupakan jumlah kutipan bersih cukai GST setelah ditolak refund. So, itu adalah amat jelas.

final • 1:50 PM

Datuk Abd Rahim bin Bakri

Nanti sepertimana yang saya katakan tadi, saya akan bagi the exact because I don’t have the amount now. Apa yang saya ada sepertimana yang saya sebutkan tadi.

Akan tetapi yang penting di sini ialah sepertimana yang kita sedia maklum bahawa pelaksanaan GST itu adalah lebih complicated sedikit sifatnya kerana apabila kita memungut cukai kita harus lagi membayar balik kepada input tax yang patut dituntut oleh pihak-pihak yang lain.

Ahli Yang Berhormat, berkaitan dengan isu yang lain Yang Berhormat Arau, berapakah kutipan hasil cukai perkhidmatan? Jawapannya ialah sebanyak RM11.78 bilion sehingga tahun 2020. Bererti kita dapat mengutip cukai jualan ini setiap bulan lebih kurang plus minus lebih kurang sebanyak RM100 juta. Ia menghampiri sejumlah RM12 bilion bagi menghampiri Disember 2020.

Pindaan seksyen 73A yang perlu dibuat pindaan ini untuk makluman Yang Berhormat bagi memastikan orang-orang berdaftar sepertimana dibangkitkan Yang Berhormat Arau bagi memastikan orang berdaftar tersebut membuat potongan mengikut amaun yang layak sahaja. Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa kita menghendaki supaya mereka tidak membuat penipuan untuk memastikan bahawa kerajaan dapat memungut cukai dengan lebih berkesan. Kenapa soal...

[Disampuk]

final • 1:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kamu, saya tidak pernah kacau pun. Saya bangun, semua diganggu. Yang Berhormat Timbalan Menteri, menjadi satu kesalahan daripada seksyen 73A bagi mana-mana orang yang cuba mendapatkan pemotongan cukai.

Saya hendak tanya, di mana seksyen, atau mana peraturan kalau sekiranya pegawai ataupun kerajaan gagal kutip cukai, apakah hukuman yang akan dikenakan?

Seperti Kerajaan Pakatan Harapan dahulu tidak kutip cukai tiga bulan. Jadi, sejumlah RM10 bilion di bawah peraturan mana hendak dipersalahkan. Adakah rakyat boleh kita hukum tetapi kerajaan sendiri yang melakukan kesalahan tidak dapat dihukum. Itu persoalan saya. Yang Berhormat Jelutong, sila jawab soalan ini.

final • 1:50 PM

Datuk Abd Rahim bin Bakri

Okey terima kasih Yang Berhormat. Saya ada jawapan yang diberikan oleh pegawai di sini berkaitan dengan itu adalah semasa tax holiday tiga bulan iaitu dari bulan Jun sehingga bulan Ogos 2018 sebelum GST dimansuhkan. Jadi, itulah jawapan Yang Berhormat.

final • 1:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Timbalan Menteri, siapakah bagi holiday dekat kerajaan ini? Siapakah bagi holiday? Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya minta tolong jawab kata ini kesalahan dan kami akan ambil tindakan undang-undang kepada...

final • 1:50 PM

Datuk Abd Rahim bin Bakri

Jadi saya ingat itu sahaja. Saya telah pun menjawab sebahagian besar daripada persoalan itu. Jika ada perkara-perkara yang saya belum dapat jawab, saya akan berikan jawapan bertulis berkait dengan kementerian saya. Terima kasih.

final • 1:50 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh saya tanya? Sudah habis.

final • 1:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

final • 1:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

final • 1:50 PM
Fasal-fasal 1 hingga 21 -

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Fasal-fasal 1 hingga 21 diminta pada masa hadapan nanti dimasukkan satu seksyen iaitu merupakan menjadi kesalahan kepada pihak kerajaan kalau sekiranya mereka tidak mengutip cukai, selepas itu mengisytiharkan tax holiday macam itu sahaja. Terima kasih.

final • 1:59 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Menteri mahu menjawab atau tidak perlu jawab. Terima kasih.

final • 1:59 PM

Seorang Ahli

Government of the day lah!

[Fasal-fasal 1 hingga 21 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) (Datuk Haji Shabudin Yahaya) dan diluluskan]

final • 1:59 PM
RANG UNDANG-UNDANG CUKAI PELANCONGAN (PINDAAN) 2020 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Mohd Shahar bin Abdullah

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pelancongan 2017 dibacakan kali kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Cukai Pelancongan (Pindaan) 2020 yang dicadangkan ini adalah bagi meminda Akta Cukai Pelancongan 2017 [Akta 791] dengan tujuan untuk melaksanakan langkah cukai yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2021 iaitu memperluaskan skop kenaan cukai pelancongan ke atas premis penginapan yang ditempah melalui pemberi perkhidmatan platform digital bagi menyamaratakan layanan cukai pelancongan sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menghuraikan setiap fasal dalam rang undang-undang ini. Rang undang-undang ini mempunyai 21 fasal seperti berikut.

Fasal 1 dan 2 mengandungi tajuk ringkas dan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan ini serta pemakaian akta dan semua perundangan subsidiarinya di dalam dan di luar Malaysia termasuk ke atas pemberi perkhidmatan platform digital.

Fasal 3 bertujuan mentakrifkan maksud “pemberi platform digital” sebagai mana-mana orang yang memberi perkhidmatan berhubung dengan tempahan premis penginapan dalam talian.

Fasal 4 bertujuan meminda seksyen 9 bagi memberi kuasa kepada Menteri untuk mengecualikan mana-mana pemberi perkhidmatan platform digital daripada berdaftar dan memungut cukai pelancongan.

final • 2:02 PM

Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Mohd Shahar bin Abdullah

Fasal 5 bertujuan meminda seksyen 13 bagi memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Kastam untuk membatalkan pendaftaran pengendali premis penginapan sekiranya pengendali telah berhenti mengendalikan premis penginapan.

Fasal 6 dan 7, Tuan Yang di-Pertua, bertujuan meminda seksyen 14 dan 15 berhubung peruntukan memberi pengeluaran invois, resit atau dokumen lain kepada pelancong oleh pengendali premis penginapan dan pemberi perkhidmatan platform digital.

Fasal 8 bertujuan meminda seksyen 18 bagi memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Kastam untuk meminda tempoh bercukai yang dipohon oleh pengendali premis penginapan dan menentukan apa-apa tempoh bercukai yang lain.

Fasal 9 bertujuan meminda seksyen 20 bagi memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Kastam untuk menaksir amaun cukai pelancongan dan penalti yang kena dibayar oleh pemberi perkhidmatan platform digital.

Fasal 10, Tuan Yang di-Pertua, bertujuan memasukkan bahagian baharu VA yang mengandungi seksyen baharu 20A hingga 20K.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Fasal 11 bertujuan untuk meminda seksyen 24 bagi membolehkan Ketua Pengarah meluluskan permohonan pemberi perkhidmatan platform digital untuk memotong daripadanya penyata cukainya amaun cukai pelancongan yang telah dibayar tetapi kemudiannya dibayar balik kepada pelancong.

Fasal 12, Tuan Yang di-Pertua, bertujuan meminda seksyen 24 bagi membolehkan Ketua Pengarah memungut cukai pelancongan, penalti, surcaj atau wang lain daripada mana-mana orang yang berhutang wang kepada pemberi perkhidmatan platform digital.

Fasal 13 bertujuan meminda seksyen 29 bagi membolehkan cukai pelancongan, penalti, surcaj atau wang yang lain yang kena dibayar oleh pemberi perkhidmatan platform digital didapatkan balik dengan hutang sivil yang kena dibayar kepada kerajaan.

Fasal 14, Tuan Yang di-Pertua, bertujuan meminda seksyen 30 bagi mendapatkan balik cukai pelancongan daripada mana-mana orang yang bukan pemberi perkhidmatan platform digital tetapi terbukti telah menyediakan perkhidmatan penginapan.

Fasal 15 bertujuan untuk meminda seksyen 33 bagi memberi kuasa kepada pegawai kastam untuk mengakses tempat atau premis di mana pemberi perkhidmatan platform digital memerikan perkhidmatan tempahan premis penginapan dalam talian.

Fasal 16, Tuan Yang di-Pertua, bertujuan untuk meminda seksyen 41 bagi memperuntukkan bahawa tiada mana-mana orang boleh memungut cukai pelancongan melainkan dia bertanggungan untuk memungut cukai pelancongan.

Fasal 18, Tuan Yang di-Pertua, bertujuan untuk meminda seksyen 65 bagi menetapkan tiada orang boleh menjalankan apa-apa urusan cukai pelancongan bagi pihak pemberi perkhidmatan platform digital kecuali tentang perkara berkaitan pembayaran balik, peremitan, pengecualian atau perkara lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Kastam.

Tuan Yang di-Pertua, fasal 19 bertujuan untuk meminda seksyen 69 yang mengehendaki penerima harta yang dilantik oleh pemberi perkhidmatan platform digital hendaklah memberi notis kepada Ketua Pengarah Kastam dalam tempoh 14 hari selepas pelantikan.

Fasal 20 bertujuan untuk meminda seksyen 70 akta bagi memberi kuasa kepada Menteri untuk menetapkan apa-apa perkara berhubung dengan pemberi perkhidmatan platform digital.

Tuan Yang di-Pertua, fasal 21 memperuntukkan tempoh peralihan bagi tempahan premis penginapan dalam talian yang telah dibuat sebelum tarikh efektif akta yang dicadangkan ini, tiada cukai pelancongan yang akan dikenakan.

final • 2:02 PM

Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Mohd Shahar bin Abdullah

Tuan Yang di-Pertua, pindaan lain yang tidak diperkatakan secara khusus adalah pindaan kecil atau berbangkit.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 2:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ada siapa yang menyokong? Yang Berhormat Menteri lain? Minta seorang Menteri lain.

final • 2:02 PM

Menteri Pengajian Tinggi - Dato’ Dr. Noraini Ahmad

Saya menyokong.

final • 2:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pelancongan 2017 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

final • 2:02 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 2:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Saya ada terima beberapa senarai nama. Saya mulakan dulu dengan Yang Berhormat Jelutong, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Dungun.

Silakan dulu Yang Berhormat Jelutong, tiga minit sahaja.

final • 2:02 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya memulakan perbahasan, memandangkan ini ialah hari yang terakhir kita akan bersidang untuk sesi pembentangan belanjawan kali ini, mungkin saya boleh gunakan kesempatan ini untuk merakamkan takziah kepada Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Rahim. Seorang pendeta yang terkenal, di mana saya juga pernah membaca karya beliau semasa saya bersedia untuk menduduki peperiksaan SPM pada suatu ketika dahulu.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengungkapkan satu karya di sini yang telah dicipta oleh Allahyarham.

*Kelapa puan di dalam jalur; Kelapa jantan dibuat titian.

Usaha pembangunan hendaklah jujur; Supaya kemiskinan dapat kita hapuskan.* Saya mengambil kesempatan ini untuk berbahas dalam cukai pelancongan.

Tuan Yang di-Pertua, pada asalnya dari Pulau Pinang. Kita tahu bahawa rata-rata dewasa ini, banyak hotel yang telah tutup. Kalau saya boleh gunakan istilah telah pun lingkup boleh dikatakan. Banyak hotel besar- malahan di Pulau Pinang, kita menghadapi banyak masalah kerana difahamkan dukacitanya, projek cable car di Bukit Bendera juga ditamatkan.

Pembesaran naik taraf di Lapangan Terbang Pulau Pinang juga akan diberhentikan. Dan kita dengar ada berita bahawa lapangan terbang baharu akan dibuka di Kulim. Kita juga dengar bahawa projek LRT tidak akan diteruskan. Dan rata-rata penjaja-penjaja di Pulau Pinang menghadapi banyak masalah kerana tidak ada langsung pelancong.

final • 2:08 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

So, saya di sini merayu kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya tidak mengenakan cukai pada masa sekarang walaupun ia adalah untuk syarikat-syarikat digital. Saya ingin cadangkan kalau boleh ia dikenakan kepada syarikat-syarikat luar negara, Agoda dan sebagainya.

Akan tetapi kepada service provider digital di tanah air kita yang berkecimpung membuka kepada perniagaan sekarang memandangkan kita juga mengalu-alukan supaya semua urusan dibuat melalui talian bukan kendiri supaya kita dapat membendung wabak COVID-19. Jangan lagi mengenakan cukai pelancongan.

Pada kala industri pelancongan sedang pun sarat dengan macam-macam masalah, in fact they cannot survive. Apakah rasionalnya kita mengenakan cukai pada masa sekarang? Rakyat di luar sana terutamanya yang terlibat dalam industri pelancongan pemandu bas, pengusaha-pengusaha hotel, pemandu teksi, penarik beca, semua mereka ini bergantung kepada pelancong-pelancong. Pulau Pinang merupakan destinasi pelancong.

final • 2:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

So, saya di sini Tuan Yang di-Pertua memohon beberapa minit lagi kalau boleh saya merayu supaya kita memberhentikan, tidak mengenakan semua. Cukai lain saya tidak berbahas. Saya telah serahkan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat lain.

Akan tetapi cukai pelancongan bukan sahaja di Pulau Pinang, di Melaka.

Malaysia dikenali dengan banyak tarikan. So, apa rasionalnya kita mengenakan cukai pelancongan, bilakah tidak ada pelancong langsung? Industri pelancongan baharu sahaja mula hidup semula. Kita lihat saya gembira kerana kelmarin Yang Berhormat Menteri Pertahanan telah mengumumkan bahawa beberapa sektor akan dibuka semula.

Pada masa sekarang rakyat kita sedang berdepan dengan macam-macam masalah. So, mungkin tempahan-tempahan sudah mula datang ke tanah air kita. Hotel- hotel akan mula ditempah semula, bukan sahaja di Pulai Pinang, di Kuala Lumpur, di Kelantan umpamanya. Banyak tempat tarikan di Terengganu, di Melaka umpamanya, di Johor.

So, saya di sini merayu supaya Yang Berhormat Menteri dapat mempertimbangkan semula kalau kita ingin mengenakan cukai kepada digital provider, jangan kenakannya ke atas syarikat-syarikat tempatan.

So, saya di sini supaya ia nya dikenakan kepada syarikat di luar negara itu pun bukannya ke atas rakyat Malaysia yang membuat tempahan tetapi ke atas syarikat- syarikat digital provider di luar negara yang datang bertapak di sini berniaga di sini. Ini kerana kalau kita asyik mengenakan cukai, cukai pelancongan, cukai ke atas itu dan ini, saya rasa kita membebankan rakyat Tuan Yang di-Pertua.

Saya berterima kasih atas kesempatan yang diberikan, cuma rayuan saya adalah supaya pertimbangkan semula perkara ini Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas kesempatan yang diberikan.

final • 2:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Dungun.

final • 2:10 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya dalam membahaskan Rang Undang-undang Cukai Pelancongan (Pindaan) 2020.

Industri pelancongan merupakan industri yang mudah pecah, fragile industry, dengan izin. Jadi, saya mengharapkan kalau sekiranya kelulusan diberi kepada pindaan Akta Cukai Pelancongan ini, ia hendaklah dilihat waktu pewartaannya. Ini kerana kalau kita boleh membuat perbandingan daripada 1 Januari 2019 hingga Disember 2019, hasil sebelum COVID-19 dengan 1 Januari 2020 hingga Disember 2020, kita akan boleh melihat perbandingan hasil pelancongan bagi negara kita.

Oleh itu, saya mengharapkan supaya dengan kelulusan yang diberi kepada Akta Cukai Pelancongan (Pindaan) ini ia tidak merencatkan penglibatan kehadiran pelancong-pelancong ke negara kita kerana kita mesti melihat kepada kemasukan pelancong luar dan antarabangsa setelah daripada adanya kerancakan semula industri ini, maka baharulah kita laksanakan apa yang telah kita luluskan dan kita wartakan.

Ini kerana hakikat daripada industri pelancongan dalam negara atau luar negara, penggunaan internet kini menjadi sumber utama maklumat industri pelancongan.

Pelancong tempatan atau luar negara setelah mendapat maklumat, maka pendaftaran atas talian bagi tempahan premis penginapan akan dibuat.

Bagaimana kementerian akan mengutip cukai pelancong-pelancong luar yang sebahagiannya, sedangkan laman-laman web pelancongan yang dibina adalah di luar negara. Sila berikan penjelasan.

Kemudian seterusnya yang terakhir ialah ada implikasi kewangan yang rang undang-undang ini akan melibatkan kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya belum dapat ditentukan sekarang ini. Bolehkah dijelaskan, apakah implikasi kewangan ini? Adakah pertambahan perjawatan-perjawatan akan berlaku?

Adakah sistem-sistem maklumat yang melibatkan pengkomputeran dan lain- lain? Ada apa-apa jawatankuasa atau tribunal yang ditubuhkan yang memerlukan perbelanjaan kerajaan? Saya pohon penjelasan diberikan supaya ia menjadikan aktiviti yang melibatkan pelancongan ini akan dapat menjana hasil yang besar bagi negara kita pada masa yang akan datang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.

final • 2:13 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya turut ingin menyertai perbahasan Rang Undang-undang Cukai Pelancongan

(Pindaan) 2020 dan saya meneliti dan juga mendengar ucapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tersebut dan terdapat beberapa perkara yang saya ingin tambah.

Fasal 2, memasukkan satu seksyen baharu di mana terpakai juga peluasan skop cukai pelancongan untuk di dalam dan di luar Malaysia, termasuk ke atas pemberi perkhidmatan platform digital walau apa pun kerakyatan atau kewarganegaraannya.

Maksudnya bidang kuasanya melangkaui sempadan Malaysia extraterritorial jurisdiction. Persoalan saya, bagaimana enforcement atau penguatkuasaan dapat dilakukan terhadap pemberi perkhidmatan platform digital ini sekiranya ingkar atau pun telah mengutip cukai tersebut tetapi ingkar untuk membuat pembayaran kepada autoriti.

Apakah bidang kuasa kita untuk terhadap memberi perkhidmatan platform digital?

Perkara kedua, fasal 4 dalam meminda seksyen 9 memberikan Menteri kuasa untuk mengecualikan pemberi perkhidmatan untuk memungut cukai pelancongan.

Bidang kuasa ini besar. Kenapa kita berikan kuasa ini kepada Yang Berhormat Menteri untuk memberi pengecualian, apakah rasional?

Kita tidak dalam pindaan ini. Kita tidak memberikan panduan kepada Yang Berhormat Menteri untuk melaksanakan tugasnya. Kita bagi satu blank cheque kepada Yang Berhormat Menteri bahawa beliau boleh guna kuasa untuk pengecualian.

Dalam perundangan sedemikian, sepatutnya ada satu guideline supaya Yang Berhormat Menteri boleh melakukan kerjanya mengikut guideline tersebut. Akan tetapi, fasa ini memberikan satu kuasa yang mutlak kepada Yang Berhormat Menteri untuk membuat pengecualian.

Seksyen 20A. Cukai pelancongan hendak dikena ke atas levi ke atas pelancong yang menginap di mana-mana premis penginapan yang disediakan melalui perkhidmatan yang berhubungan dengan tempahan premis penginapan dalam talian.

Tadi ada sebut Agoda, Airbnb juga.

Soalan saya, ini undang-undang percukaian dikenakan yang di-introduced oleh Kementerian Kewangan. Apakah garis panduan untuk kawal selia terhadap Short-Term Residential Accommodation (STRA)?

final • 2:16 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

final • 2:16 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Saya pernah menanya soalan itu kepada Yang Berhormat Menteri Pelancongan.

final • 2:16 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

final • 2:16 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Yang Berhormat Menteri Pelancongan mengatakan bahawa STRA adalah di bawah kerajaan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

final • 2:16 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Bukit Bendera.

final • 2:16 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Ya.

final • 2:16 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bolehkah saya tanya pendapat Yang Berhormat atas isu yang sama. Kalau kerajaan boleh mengambil inisiatif untuk mengutip cukai-cukai yang masih belum dibayar tak kira individu atau syarikat- syarikat?

Daripada kita mengenakan cukai-cukai yang lain, kutipkan cukai daripada pihak-pihak yang belum bayar lagi daripada mengenakan cukai ini ke atas cukai pelancongan dan sebagainya. Apakah pendapat Yang Berhormat atas isu ini?

final • 2:16 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Ini merupakan satu cukai tambahan.

final • 2:16 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Point of order. Untuk Tuan Yang di-Pertua, kenapa dia sudah habis berucap, jam tak jalan?

final • 2:16 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Jam baharu mula. Okey.

final • 2:16 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tak jalan, cakap tanpa had?

final • 2:16 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Itu satu percukaian baharu terhadap yang diperkenalkan untuk mengenakan cukai terhadap Airbnb, Agoda, dan sebagainya, platform-platform digital yang lain.

final • 2:16 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Persoalan saya, where is your STRA guideline? Apakah guideline untuk Short- Term Residential Accommodation? Saya menanya soalan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan masih dalam peringkat pendrafan, masih belum ada garis panduan untuk kawal selia terhadap Airbnb. Pada masa ini, kita keluarkan satu undang- undang percukaian untuk tax Airbnb dan juga pelancong-pelancong yang duduk dalam Airbnb. Ini bukan sahaja pelancong-pelancong asing, pelancong-pelancong domestik juga, orang KL pergi melancong di Penang duduk Airbnb yang booking melalui Agoda juga akan dikenakan ini cukai tambahan. Tidak ada satu guideline pun untuk kawal selia Airbnb. Tidak ada satu guideline untuk memberikan lesen kepada Airbnb tetapi kita mengenakan cukai kepada Airbnb. Itulah kita meletakkan percukaian prioriti tetapi kita tidak ada satu garis panduan untuk pelesenan, tidak ada satu garis panduan untuk memberi kawal selia dan sebagainya.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Itu satu kelemahan yang amat sangat kerana kita introduce satu percukaian tetapi tiada garis panduan untuk kawal selia industri ini. Saya rasa ini satu perkara yang perlu diberikan penjelasan kerana ketidakselarasan kerajaan antara kementerian.

Saya menanyakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, masih draf tetapi Kementerian Kewangan mengeluarkan atau introduce cukai baharu ke atas digital platform dan sebagainya. Ini satu cukai baharu dan saya ingin mendengar dan adakah seperti tadi Yang Berhormat Jelutong menanyakan adakah ini masa yang sesuai untuk mengenakan, memperkenalkan cukai baharu ini.

Apabila industri pelancongan sedang menghadapi masalah yang besar, ada krisis yang besar tetapi kerajaan pula memperkenalkan satu cukai yang baharu terhadap kategori-kategori digital platform. Ini akan memberikan satu impak, memberikan satu signal kepada pelancong-pelancong bahawa ini membebankan mereka juga, mengenakan cukai ke atas mereka..

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera.

final • 12:50 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Saya juga ingin menanyakan soalan tadi, apa hukuman ke atas digital platform provider ini yang telah mengutip cukai tetapi gagal menyerahkan cukai pelancongan yang dikutip ini kepada kerajaan. Apa tindakan penguatkuasaan kerana tadi saya kata extraterritorial jurisdiction.

Kalau mereka servernya di United States, bagaimana kuasa undang-undang Malaysia boleh mengenakan hukuman ataupun tindakan penguatkuasaan kepada service provider ini yang mempunyai alamat website, alamat pendaftaran di negara- negara di luar Malaysia. Itulah persoalan yang saya ingin bangkitkan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Bendera. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Arau, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Hang Tuah Jaya selepas daripada ini. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

[Bangun]

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya, satu sahaja saya hendak sentuh. Pertama sekali saya ucap tahniah sebab kerajaan mengambil pendekatan berhati-hati kepada apa sahaja usaha untuk mengenakan cukai.

Sekarang ini kita tahu bahawa pelancongan luar ambil kita habis, pelancongan dalaman ini ada sedikit peningkatan dan hotel sudah macam ada satu kesepakatan menurunkan harga bilik dan juga lain-lain seperti harga makanan dan lain-lain lagi.

final • 2:23 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akan tetapi bila pelancongan mula meningkat sedikit, harganya berubah tetapi semasa mereka mengurangkan harga bilik, mereka ada sedikit peningkatan untuk harga- harga yang lain, makanan dan sebagainya.

Bila ditanya kenapa nampaknya ada tinggi sedikit harga yang dikenakan, jawapan mereka, mereka terpaksa menanggung kos semasa tidak ada orang yang datang. Jadi seolah-olahnya kita menghukum kepada orang yang datang. Jadi, orang yang datang terpaksa menanggung kos semasa tidak ada orang yang datang. Jadi, saya minta supaya hotel meneruskan pendekatan menurunkan harga untuk menggalakkan pelancongan.

Sekarang ini pelancongan tempatan sudah mula meningkat.

final • 2:23 PM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

Yang Berhormat Arau, sedikit, Yang Berhormat Arau.

final • 2:23 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

final • 2:23 PM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

Kimanis, Kimanis.

final • 2:23 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, Yang Berhormat Kimanis, silakan.

final • 2:23 PM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

Terima kasih, Yang Berhormat Arau.

Dalam satu pautan berita pada 5 Jun 2020, di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan pengecualian cukai pelancongan telah pun dikuatkuasakan bermula 1 Julai 2020 sehingga 30 Jun 2021. Ini satu tindakan yang cukup baik tetapi adakah pengecualian ini, Yang Berhormat Arau ia berkonsepkan merata dan melebarkan kepada semua bukan sahaja kepada pemain-pemain industri tetapi semua yang terlibat dengan pelancongan termasuk pelancong itu sendiri juga.

Oleh sebab kita mahu ini dapat dikuasakan dan dapat dirasai oleh semua dalam pandemik COVID-19 ini yang cukup hebat di mana pelancongan kita telah merudum begitu teruk. Apatah lagi di Sabah sangat teruk. Jadi kita mahu pelaksanaan pengecualian cukai ini biar melebar.

Berkenaan dengan pindaan RUU ini, cukai pelancongan yang baharu ini..

final • 2:23 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

final • 2:23 PM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

...Kita mahu selepas diluluskan nanti pada hari ini tarikh penguat kuasa itu harus difikirkan semula, bila masa yang paling sesuai kita kuatkuasakan. Terima kasih.

final • 2:23 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

final • 2:23 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Arau, saya ada sedikit soalan.

final • 2:23 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Itu masuk sebahagian daripada ucapan saya.

final • 2:23 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Boleh saya tanya soalan?

final • 2:23 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya hendak cakap sekarang ini tajuk itu.

final • 2:23 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Arau.

final • 2:23 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Iaitu berhubung dengan fasal 1, tarikh...

final • 2:23 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Arau.

Boleh tanya soalan?

final • 2:23 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

final • 2:23 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pada masa industri pelancongan sudah pun mati dan sekarang hanya mula merangkak, adakah ini masa sesuai untuk kita mengenakan cukai ke atas industri pelancongan? Itu soalan saya.

final • 2:23 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, saya akan jawab bagi pihak kerajaan untuk soalan ini ya...

final • 2:23 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Pertama, ini mengenai tajuk ringkas dan tarikh permulaan kuat kuasa akta. Jadi ini menunjukkan Menteri boleh menetapkan tarikh efektif bagi mengenakan dan melevikan cukai pelancongan ke atas premis penginapan yang disediakan melalui pemberi perkhidmatan platform digital.

Jadi, sekarang ini kuasa Menteri untuk perkhidmatan platform digital iaitu dia hendak tentukan tarikh bila. Saya ingat Menteri kena tangguh, isytiharkan akan menangguhkan. Yang Berhormat, boleh jawab untuk menangguhkan penguatkuasaan sehingga difikirkan sesuai. Akan tetapi atas permintaan kawan-kawan tadi, semua sekali levi ataupun cukai yang dikenakan di bawah akta baharu ini ditangguhkan sehingga masa yang sesuai apabila COVID-19 nampak ada pengurangan dan kita sudah berada dalam keadaan yang lebih selesa, barulah kita fikir untuk mengenakan cukai ini.

Sekarang Yang Berhormat jawab- tidak payah jawab banyak apa yang kami cakap. Jawab kata kerajaan akan menangguhkan pelaksanaannya pada tahun depan sehingga masa yang sesuai sebab ini kuasa telah dibagikan kepada pihak kerajaan iaitu Menteri berkuasa untuk menangguhkan. Kalau Yang Berhormat jawab lain daripada itu, kami akan ramai-ramai tidak akan menyetujukan. Terima kasih.

final • 2:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sekarang saya jemput, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Sila.

final • 2:23 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya bangun untuk membangkitkan beberapa isu berkaitan dengan pindaan Rang Undang-undang Cukai Pelancongan 2017.

Pertama saya ingin bangkitkan tentang cukai pelancongan, khusus untuk tempahan premis penginapan dalam talian. Sepertimana yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat yang lain, saya senada dengan mereka bahawa industri pelancongan sekarang ini kita berhadapan dengan cabaran yang getir. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah mengumumkan penangguhan cukai pelancongan dari bulan Julai tahun depan sehinggalah bulan 12 kalau tidak silap saya, stand corrected, dengan izin.

Cuma saya ingin bertanyakan kepada Yang Berhormat Menteri, bila perancangan untuk mengenakan cukai bagi tempahan premis penginapan dalam talian ini daripada segi masanya. Ada juga yang membangkitkan tadi sewaktu perbahasan, cukai-cukai seperti ini wajar kita tangguhkan kerana ia akan membebankan terutamanya pelancong-pelancong di dalam negara.

Akan tetapi saya ingin mengajak Ahli-ahli Dewan untuk bersama-sama memikirkan beberapa pandangan di peringkat negeri yang memberikan fokus kepada pelancongan. Misalnya sepertimana yang kita difahamkan, cukai-cukai ini akan dipulangkan balik kepada negeri. Negeri akan nantinya menggunakan pendapatan ini untuk mempromosikan produk-produk pelancongan di dalam negeri mereka.

final • 2:48 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Kita tahu negeri-negeri misalnya macam seperti negeri Melaka bergantung sepenuhnya kepada pendapatan hasil daripada pelancongan. Sekarang ini kerajaan sedang mengupayakan pelancongan domestik tetapi sudah pasti tidak cukup dana untuk mempromosikan produk pelancongan dan mereka tentunya perlu kepada sokongan dan bantuan daripada Persekutuan.

Jadi, dengan cukai-cukai ini akan membantu negeri-negeri melakukan promosi pelancongan. Jadi saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah pendirian- stance kerajaan dalam hal ini? Adakah ingin diteruskan dan kalau tidak bagaimana dengan dukungan di negeri-negeri daripada segi promosi produk pelancongan.

Saya juga terus kepada isu yang seterusnya iaitu semalam saya bangkitkan tentang pengecualian Cukai Pendapatan yang telah pun diluluskan dalam Rang Undang- undang Kewangan. Saya percaya Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan juga semalam memberikan komitmen untuk menjawab perkara ini kerana dalam pengecualian Cukai Pendapatan itu hanya diberikan kepada warganegara yang menggunakan perkhidmatan pelancongan dalam negeri melalui hotel-hotel yang berdaftar.

Jadi bagaimana yang tidak berdaftar seperti homestay? Macam dalam kawasan saya, banyak sangat homestay dan mereka tidak berdaftar.

final • 2:30 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Adakah kemudahan ini ataupun leeway ini, dengan izin, diberikan kepada mereka kerana dalam keadaan sekarang mereka tentunya memerlukan kepada suatu sokongan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Setiu, kemudian yang terakhir saya bagi peluang kepada Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 2:30 PM

Tuan Shahrizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

[Membaca sepotong doa]* Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan peluang pada Setiu untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Cukai Pelancongan 2020.

Dalam konteks Malaysia, pelancongan antara kegiatan ekonomi dan sosial yang penting.

Ia antara penyumbang besar pendapatan negara selepas pengindustrian. Oleh itu, pelancongan domestik pilihan terbaik bagi Malaysia sebagai langkah memulihkan ekonomi.

Namun begitu, walaupun aktiviti pelancongan kembali dibenarkan, keyakinan pengguna untuk melancong masih lagi pada tahap rendah. Untuk perancangan masa depan bagi memastikan Malaysia menjadi destinasi pelancongan ideal, isu keselamatan dalam industri pelancongan merupakan aspek kritikal yang perlu diberikan perhatian serius.

Umum mengetahui, penggunaan platform digital amat selari dengan Revolusi Perindustrian 4.0 dan penggunaan pada saat pandemik COVID-19 melanda amat bertepatan. Hal ini kerana perkhidmatan atas talian merupakan satu norma baharu dalam kalangan masyarakat hari ini bagi membendung penularan akibat sentuhan.

Perkhidmatan ini mampu mengurangkan sentuhan, malah mampu mengelak pelanggan untuk berada di tempat yang sesak seperti berkumpul di lobi bagi urusan pendaftaran. Sekali gus meningkatkan keyakinan pengguna terhadap sektor pelancongan. Buktinya Airbnb yang menawarkan perkhidmatan platform penginapan atas talian mencatatkan keuntungan kira-kira sebanyak RM899 juta dalam suku kewangan terakhir walaupun ketika krisis COVID-19.

Walau bagaimanapun, platform digital mengecilkan fungsi agensi-agensi pelancongan ini. Dalam Bajet 2021, kerajaan telah menyalurkan bantuan kepada industri perhotelan dan penerbangan. Namun, peranan agensi pelancongan sama sekali tidak sentuh. Lebih-lebih lagi bantuan yang disalurkan kepada industri perhotelan dan penerbangan membuka ruang kepada pelanggan untuk berurusan secara terus dengan syarikat terbabit tanpa menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan.

Rakyat akan cenderung menggunakan semua tempahan melalui platform digital sekali gus menyebabkan peranan agensi pelancongan ke tahap sifar. Perkara ini tidak mustahil membawa kepada lebih banyak agensi pelancongan ‘gulung tikar’ walaupun aktiviti pelancongan dalam negara telah mula dibenarkan.

Oleh itu, saya menyarankan kerajaan agar perkhidmatan platform digital ini tidak mengetepikan agensi-agensi perkhidmatan yang semakin tersepit. Namun begitu yang menjadi kebimbangan saya ialah jika cukai ini dilaksanakan, besar kemungkinan caj perkhidmatan akan meningkat menyebabkan pengguna semakin terbeban. Oleh itu saya memohon agar cukai ini tidak dilaksanakan dalam waktu yang terdekat ini. Sekurang- kurangnya sehingga jurang kemerosotan industri ini dapat dikecilkan. Hal ini kerana mengikut...

[Disampuk]

final • 2:31 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Setiu, steady, steady.

final • 2:31 PM

Tuan Shahrizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

...Kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyatakan sektor pelancongan memerlukan tempoh selama empat tahun untuk pulih seperti sedia kala setelah terkesan akibat pandemik COVID-19. Ini satu tempoh yang cukup panjang. Bantuan yang disalurkan perlu diteruskan, pada masa yang sama insentif bagi menggalakkan masyarakat untuk terus yakin dengan sektor pelancongan amat diperlukan.

final • 2:31 PM

Tuan Shahrizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Saya juga ingin membangkitkan isu berkenaan keselamatan maklumat pengguna yang disalurkan melalui perkhidmatan digital ini, lebih-lebih lagi perkhidmatan ini majoritinya disediakan oleh syarikat asing. Sejauh manakah maklumat yang diberikan benar-benar terjamin selamat? Apakah inisiatif kerajaan dalam memastikan maklumat yang diberikan oleh pengguna tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak? Sekian, terima kasih.

final • 2:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 2:31 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih atas peluang yang diberikan oleh Tuan Yang di-Pertua untuk mengizinkan saya mengambil bahagian dalam usul yang dibentangkan iaitu Rang Undang-undang Cukai Pelancongan (Pindaan) 2020.

Tuan Yang di-Pertua, saya hanya hendak minta kementerian bolehkah memberikan data menunjukkan kepada kita keberkesanan cukai pelancongan ini.

Bagaimana ia membantu industri pelancongan lebih-lebih lagi dalam tempoh pandemik COVID-19 ini. Jadi saya meminta sama ada kementerian bolehkah memberikan jawapan bertulis kepada saya untuk menunjukkan setakat ini sejak ia dilaksanakan, jumlah cukai pelancongan telah dikutip dan bagaimana ia telah diagihkan kepada setiap negeri, jumlahnya?

Apakah projek ataupun bagaimana kutipan cukai tersebut dibelanjakan? Cukai pelancongan ini ialah sebanyak 50 peratus akan kembali ke negeri dan sebanyak 50 peratus kekal di peringkat Persekutuan. Jadi, bagaimanakah ia diguna pakai? Itu lebih penting khasnya terutamanya pada waktu ini kita hendak supaya cukai pelancongan ini betul-betul dapat bantu industri ini.

final • 2:36 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Yang Berhormat Kota Melaka, boleh saya celah sedikit ya?

final • 2:36 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya boleh, silakan.

final • 2:36 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Apa soalan Yang Berhormat Kota Melaka tanya, saya pun setujulah. Dewan ini memerlukan data ini untuk mengkaji pelaksanaan Akta Cukai Pelancongan. Akan tetapi, saya cuma nak tanya kerana ada satu seksyen 20D yang baru. Ini adalah untuk memastikan sesiapa yang gunakan platform digital itu akan didaftarkan. Jadi soalan saya, bagaimana Ketua Pengarah akan dapat tahu siapa yang gunakan digital platform untuk memberi perkhidmatan tetapi belum didaftarkan. Sila Yang Berhormat Menteri bagi penjelasan.

Saya juga hendak tambah adalah terdapat satu lagi permintaan atas seksyen 25. Di sini saya hendak tahu macam mana ini boleh dilakukan oleh Ketua Pengarah kerana di sini memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk memungut cukai pelancongan daripada mana-mana orang yang berhutang wang kepada pemberi perkhidmatan platform digital. Dalam segi perundangan, kalau nak kutip mesti ada contractual agreement. Saya tidak dapat Ketua Pengarah ada contractual agreement ataupun contractual relationship dengan mana-mana orang yang disebut di bawah seksyen ini.

Terakhir, saya juga hendak tanya kerana ada permintaan atas seksyen 41. Di sini adalah untuk memastikan tiada orang yang tidak berdaftar memungut dari mana- mana pihak cukai pelancongan.

final • 2:36 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Akan tetapi, saya tidak nampak kerana ini ada satu kesalahan kalau sesiapa yang tidak berdaftar mereka memungut, tetapi saya tidak nampak apa akan dikenakan kepada pesalah sekiranya disabit salah di sebuah mahkamah. Kalau ada, apakah denda akan dijatuhkan? Adakah kesalahan ini boleh dikompaunkan? Itu sahaja daripada saya.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Tebrau, ini floor Yang Berhormat Kota Melaka. Sila.

final • 2:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Tebrau dimasukkan dalam ucapan saya. Itu sahaja.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Masa 10 minit.

final • 2:40 PM

Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Mohd Shahar bin Abdullah

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat seramai tujuh orang yang mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Cukai Pelancongan

(Pindaan) 2020 iaitu Yang Berhormat daripada Jelutong, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Setiu dan yang terakhir Yang Berhormat Kota Melaka dan ada celahan daripada beberapa Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberikan sedikit penjelasan atas masa yang ada. Sekiranya ada perkara-perkara yang tidak sempat saya perjelaskan, saya minta kerjasama daripada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk saya membuat jawapan secara bertulis.

Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa kekeliruan daripada perbahasan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat. Ingin saya jelaskan, apa itu yang dinamakan cukai pelancongan. Cukai pelancongan merupakan satu cukai yang dikenakan ke atas pelancong yang menginap di premis penginapan yang berdaftar di bawah Akta Cukai Pelancongan 2017. Ramai Yang Berhormat tadi menyatakan kenapa kita mengenakan rang undang-undang ini kerana tidak bersesuaian dengan keadaan semasa dalam tempoh kita menghadapi pandemik COVID-19 dan industri yang sangat terjejas iaitu industri pelancongan.

Kita akui, kita setuju dan ini memang dalam makluman Kementerian Kewangan.

Kita amat mengetahui dari semasa ke semasa, dari hari ke hari bagaimana prestasi industri pelancongan sepertimana yang telah diluahkan dan dinyatakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang sudah pasti pandangan-pandangan ini datang daripada rakyat yang sedang menghadapi masalah, khususnya industri pelancongan.

Cumanya, yang saya ingin nyatakan, cukai pelancongan yang kita buat pindaan ini adalah untuk memberi layanan yang saksama. Ini kerana cukai pelancongan ini kita kenakan kepada pelancong di bawah Akta Cukai Pelancongan 2017 yang ketika ini sebelum akta ini dibawa untuk pindaan, semua hotel dikenakan cukai RM10 satu malam.

Maknanya satu malam RM10 dikenakan kepada pelancong tetapi di bawah jadual pengecualian, ini hanya tertakluk kepada pelancong asing. Tidak ada kena mengena dengan pelancong tempatan atau pelancong yang bermastautin secara tetap di negara kita.

Jadi apa yang kita buat, hasrat kita adalah untuk memastikan pelancong- pelancong asing juga dikenakan cukai yang dikutip oleh pemberi perkhidmatan platform digital. Cukai itu bukan kita ambil duit daripada syarikat. Kita mengenakan cukai dan syarikat akan meremitkan kutipan itu kepada Kementerian Kewangan melalui Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Ada juga yang membangkitkan, adakah kita kenakan pada syarikat. Syarikat, kita gunakan, Yang Berhormat Jelutong, cukai korporat yang telah saya nyatakan semalam dalam perbahasan di bawah Rang Undang-undang Kewangan. Cukai pelancongan, sekali lagi saya beritahu, kita hanya kenakan kepada pelancong dan pelancong ini merupakan pelancong asing, tidak ada kena mengena dengan rakyat Malaysia.

Saya ingin pergi kepada Yang Berhormat Kota Melaka yang terakhir tadi sebelum saya pergi kepada isu-isu yang berkaitan. Yang Berhormat Kota Melaka bertanyakan berkaitan bagaimana efektifnya cukai pelancongan yang telah diperkenalkan pada tahun 2017 dibawa oleh Yang Berhormat Padang Rengas, ketika itu Menteri Pelancongan.

Untuk makluman Yang Berhormat, jurisdiction cukai semua di bawah Kementerian Kewangan. Akan tetapi, pada ketika itu, Yang Berhormat Menteri Kewangan telah memberi satu pandangan untuk memberi kebenaran Menteri Pelancongan ketika itu untuk membawa Rang Undang-undang Cukai Pelancongan ke Dewan yang mulia ini dan alhamdulillah, telah diluluskan dan prestasi kutipan cukai pelancongan setelah kita laksanakan pada 1 September 2017 ialah RM39.9 juta.

final • 2:40 PM

Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Mohd Shahar bin Abdullah

Pada tahun 2018, RM216.6 juta dan tahun 2019, RM26.7 juta. Apa yang saya nyatakan di sini merupakan prestasi yang dilakukan kutipan cukai kepada mereka yang melancong secara asing.

Namun demikian, seperti mana Yang Berhormat Kimanis sebutkan tadi, di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA), kita memahami bahawa industri ini industri yang terkesan. Bukan sahaja pelancong tempatan yang datang ke hotel tetapi juga pelancong-pelancong asing yang masih berada di negara kita. Itu sebabnya kita memberi pengecualian cukai di bawah Pelan PENJANA di bawah pakej stimulus ekonomi pada 1 Julai 2020 sehingga 30 Jun 2021.

Untuk makluman Yang Berhormat, akta pindaan ini adalah untuk menyamaratakan kepada semua pemberi perkhidmatan platform digital seperti Airbnb, Traveloka, Booking.Com dan sebagainya.

Paling pentingnya iaitu daripada kutipan tadi, Yang Berhormat Kota Raja, 50 peratus kita berikan kepada mereka yang berada di negeri-negeri. Walaupun saya nyatakan tadi kutipan RM219 juta tetapi kerajaan-kerajaan negeri menikmati 50 peratus daripada kutipan-kutipan yang dibuat oleh Kementerian Kewangan. Setakat hari ini, kita telah salurkan peruntukan ke dalam akaun amanah.

Akan tetapi, prestasi penggunaan duit ini mesti mencapai 70 peratus supaya- inilah tujuan kita, Tuan Yang di-Pertua. Kita salurkan duit daripada Persekutuan supaya kerajaan negeri menggunakan duit yang kita salurkan kepada akaun amanah untuk mereka menggunakan kepada tiga perkara, Yang Berhormat.

Pertama, penyelenggaraan tempat-tempat tarikan pelancongan. Kerana apa, kita tahu tempat-tempat tarikan pelancongan di negeri-negeri ini mempunyai keadaan yang ada yang memuaskan, ada yang tidak memuaskan. Jadi kita minta duit ini digunakan untuk menaik taraf kawasan-kawasan hotspot, kawasan-kawasan tarikan pelancongan.

Kedua untuk promosi, Yang Berhormat. Promosi ini amat penting sekali kerana inilah antara usaha sama di antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri. Itu sebabnya ada juga yang kita lihat ada orang bertanya kenapa hanya bagi 50 peratus, tak bagi 100 peratus terus kepada negeri. Kerana apa, dalam industri pelancongan, industri ini melibatkan dua iaitu Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Saya harap sangat promosi yang kita salurkan kepada negeri mesti digunakan 70 peratus dalam akaun amanah supaya pemberian untuk tahun berikutnya mesti berasaskan kepada 70 peratus.

Ketiganya Tuan Yang di-Pertua, duit ini juga boleh digunakan untuk buat data collection sebab kita hendak tahu hari ini prestasi. Sebab apa, Kementerian Kewangan hari ini adalah berasaskan kepada data dan fakta yang tepat. Dalam kita mengunjurkan sesuatu dasar yang baharu, kita mengunjurkan sebuah Pelan Tindakan Ekonomi yang baharu mesti berdasarkan data. So, duit ini juga boleh digunakan untuk membuat data collection supaya kita dapat menambah baik sistem data yang ada.

Ketiga-tiga cabang inilah duit ini yang patut disalurkan kepada kerajaan negeri sebanyak 50 peratus dan setakat hari ini bagi kutipan tahun 2019 bagi tahun 2020, kita telah salurkan RM67 juta kepada kerajaan-kerajaan negeri.

Akan tetapi, Yang Berhormat, kita juga dapat maklumat daripada kerajaan- kerajaan negeri. Mereka beritahu dalam keadaan pandemik COVID-19, kita hadapi juga masalah bagaimana untuk menaik taraf kawasan-kawasan tarikan pelancongan, macam mana kita hendak buat promosi, macam mana kita hendak buat data collection.

Saya ingin memaklumkan ke Dewan yang mulia ini, Kementerian Kewangan juga telah membuat keputusan sekiranya kerajaan-kerajaan negeri tidak dapat membelanjakan 70 peratus daripada jumlah duit yang disalurkan 50 peratus tersebut, mereka boleh menghantar surat kepada Kementerian Kewangan untuk merayu diberi pengecualian atau pelanjutan supaya prestasi 70 peratus itu tidak akan diambil kira untuk kita salurkan duit pada tahun-tahun akan datang....

final • 2:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

[Bangun]

final • 2:40 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah

Sila Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 2:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih atas jawapan yang diberi.

Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada mengatakan ada wang tersebut boleh digunakan ke atas tiga perkara iaitu selenggara, promosi dan data collection.

final • 2:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Jadi, bolehkah saya memberi cadangan kepada pihak kerajaan, memandangkan pandemik COVID-19 ini sekiranya saya percaya masih ada dana yang belum dipakai, bolehkah dalam pandemik COVID-19 ini dalam tempoh dua tahun ini, wang yang tak dipakai itu kita gunakan untuk bantu pengusaha pelancongan? Mereka yang terlibat dalam industri pelancongan, contohnya penarik beca di Melaka. Selama ini mereka hanya sekadar dapat RM600 sahaja sejak Mac sehingga sekarang. Kalau boleh, wang ini kita gunakan untuk bantu mereka dan juga tour guide dan juga lain-lain. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya bersetuju.

final • 2:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Timbalan Menteri jawablah, Tuan Yang di-Pertua. Ini bukan Timbalan Menteri. Ini Yang Berhormat Arau bukan Menteri, kenapakah dia hendak jawab pula?

final • 2:40 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah

Okey, saya benarkan Yang Berhormat Arau untuk mencelah.

final • 2:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya percaya Timbalan Menteri dia boleh jawab. Dia memang capable untuk menjawab.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 2:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tidak payahlah Yang Berhormat Arau hendak masuk campur.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Semoga Allah merahmati semua sampai tidak faham peraturan mesyuarat ini hendak bercakap.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Yang Berhormat Arau ini, semua hendak mencelah.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya bangun mencelah bukan hendak menjawab. Kalau saya hendak jawab, saya tidak akan jawab Yang Berhormat Kota Melaka punya ya. Okey.

Tentang tiga perkara tadi iaitu untuk selenggara, promosi dan juga data collection Yang Berhormat. Jadi, kita tahu bahawa semua ini didasarkan kepada perkhidmatan terakhir mana tahu mereka duduk di hotel itu makna kata kita akan dapat caj mereka. Akan tetapi kena ingat, negeri-negeri yang menjadi pangkalan kepada pengakhiran tadi contohnya Kuala Perlis, tempat mereka naik feri kemudian mereka tidur di Langkawi. Jadi, akhirnya yang dapat ialah Kerajaan Negeri Kedah. Saya sokonglah Kedah- kawan saya.

Akan tetapi mereka terpaksa melalui Perlis, dan Perlis memberi perkhidmatan tetapi tidak dapat cukai pelancongan. Jadi, ada negeri-negeri yang tidak boleh belanja, adakah kita kena ambil kira bahawa negeri pangkalan- untuk mereka ke negeri itu supaya dapat juga sekurang-kurangnya mungkin 30 persen, dan sebagainya.

Boleh tidak Yang Berhormat supaya minta kerajaan negeri- inilah masa untuk kita buat penyelenggaraan. Masa pelancong tidak ramai kita selenggara semua tempat pelancongan yang sekarang ini agak daif. Beri perhatian kepada benda ini, dan saya percaya semua negeri perlu beri perhatian kepada penyelenggaraan. Walaupun kita ada tiga perkara tetapi mereka boleh belanja yang lebih, yang mana satu.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Okey Yang Berhormat Arau. Sila Timbalan Menteri.

final • 2:50 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah

Terima kasih Yang Berhormat Kota ‘Raja’ dan Yang Berhormat Arau. Pandangan Yang Berhormat Kota ‘Raja’ satu pandangan yang saya rasa...

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Kota Melaka.

final • 2:50 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah

Saya selalu- sorry, minta maaf. Yang Berhormat Kota Melaka, sahabat saya.

final • 2:50 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah

Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka tersebut Tuan Yang di-Pertua, saya akan bawa kepada pihak Kementerian Kewangan kerana kita kena lihat berapa duit yang sudah ada di Kerajaan Negeri Melaka. Sekiranya ada berbaki dan perkara ini tidak melanggar mana-mana peraturan kewangan yang telah ditetapkan di bawah akaun amanah di setiap kerajaan negeri, saya kira patut kita memberi satu pandangan yang baharu kerana duit ini juga patut dibelanjakan.

Kalau kita menaiktarafkan sepertimana Yang Berhormat sebutkan tadi juga merupakan satu perkara yang lebih baik kerana kita beri terus kepada rakyat sepertimana yang Kerajaan Perikatan Nasional memberi peruntukan lebih kepada Bantuan Prihatin Nasional berbanding kepada Program Subsidi Upah.

Apa yang pentingnya Yang Berhormat Arau, saya sudah pergi ke Perlis Tuan Yang di-Pertua, tiga bulan yang lepas. Saya memahami sangat apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Arau berkaitan negeri-negeri yang melalui- menjadi laluan kepada tempat-tempat tarikan pelancongan, Kementerian Kewangan saya bagi komitmen kepada Yang Berhormat Arau kita memang mengetahui dan meneliti perkara ini. Sudah pasti segala agihan duit Belanjawan 2021 mengambil kira pandangan yang disebut oleh Ahli-ahli Parlimen dari negeri Perlis. Yang Berhormat, izinkan saya meneruskan berkaitan isu-isu. Saya ada berapa lama lagi?

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Perlu berapa minit lagi? Saya bagi lima minit lagi.

final • 2:50 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah

Boleh Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Lima minit lagi.

final • 2:50 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah

Ada Yang Berhormat bangkitkan berkaitan bagaimana kita hendak membezakan antara pelancong tempatan dengan pelancong luar negara menggunakan portal. Itu sebabnya, apabila portal-portal dipanggil pemberi perkhidmatan platform digital ini berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, kita akan minta mereka menaiktarafkan sistem mereka. Ini kerana apabila mereka menaikkan taraf sistem mereka di situlah dapat kita bezakan di mana pelancong tempatan, di mana pelancong luar negara.

Sekiranya Yang Berhormat- ada beberapa Yang Berhormat bangkitkan tentang kalau mereka tidak cuai, mereka tidak membayar balik kutipan hasil, kutipan cukai pelancongan, kita akan kenakan denda tidak kurang daripada RM30 ribu, atau penjara tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Yang Berhormat Dungun juga membangkitkan tentang implikasi kewangan.

Untuk makluman Yang Berhormat memang ada implikasi kewangan. Apabila kita menaiktarafkan sistem TTx- Tourism Tax, tetapi hanya untuk menaikkan taraf sistem Yang Berhormat. Jumlahnya kita akan maklumkan di Dewan yang mulia ini kemudian selepas kita dapat perancangan yang lebih luas. Berkaitan implikasi kewangan penambahan jawatan Yang Berhormat, tidak ada. Implikasi kewangan untuk penambah jawatan kerana kita memberi kelebihan kepada pegawai-pegawai yang sedia ada untuk menguruskan TTx ini, Tourism Tax.

Yang Berhormat juga bangkitkan tentang bagaimana kita melihat beberapa perkara yang harus kita lihat. Untuk makluman Yang Berhormat, cukai pelancongan pemberi perkhidmatan platform digital ini akan berkuat kuasa pada 1 Julai 2021.

Sepertimana yang saya sebutkan tadi, pada 1 Julai 2021 barulah sistem ini akan terguna pakai dan sekiranya kita menimbang ketika itu, keadaan masih berada dalam keadaan yang sama.

Itu sebabnya Yang Berhormat Bukit Bendera bangkitkan tadi kenapa tidak ada satu pendetilan berkaitan kuasa Menteri di bawah fasal 4. Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Bendera, kita juga laksanakan Cukai Pelancongan Hotel. Maknanya mereka berurusan dengan hotel mereka juga kena cukai RM10, dan fasal 4 ini memberi kuasa kepada Menteri dua perkara. Satu, untuk menangguhkan tarikh kuat kuasa dan keduanya untuk memberi pengecualian kepada pelancong tempatan dan pelancong pemastautin yang berada di negara kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang pentingnya adalah walaupun kita hanya memberi tumpuan kepada pelancong-pelancong untuk kita kutip cukai, tetapi Kementerian Kewangan sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dalam industri pelancongan ini. Itu sebabnya langkah cukai yang kita beri kepada pengusaha- pengusaha hotel semasa pandemik di bawah PENJANA iaitu pertama kita bagi pengecualian Cukai Perkhidmatan.

final • 2:50 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah

Kedua, kita bagi pengecualian cukai pelancongan. Ketiga, kita mengiktiraf mereka untuk melayakkan mereka untuk menerima Program Subsidi Upah di mana Program Subsidi Upah ini kita beri duit kepada majikan untuk membayar gaji kepada pekerja-pekerja mereka. Keempat, ada juga pekerja-pekerja di bawah langkah cukai pekerja-pekerja hotel diberi moratorium cukai pendapatan sehingga Oktober 2020.

Secara prinsipnya, apa yang saya sebutkan pada hari ini adalah bagaimana kita melakukan hasil ini disalurkan sepertimana Yang Berhormat Hang Tuah Jaya bangkitkan tadi adalah bagaimana kita membuat perancangan cukai pada premis perniagaan tempatan yang tidak berdaftar.

Di bawah perundangan sedia ada Yang Berhormat, ada beberapa homestay dan kampung-stay yang berdaftar di bawah MOTAC kita kecualikan juga daripada cukai pelancongan. Itu sebabnya kita- akan tetapi apabila mereka berdaftar, mereka berdaftar dengan penyedia platform seperti Airbnb, mereka juga akan dikenakan cukai. Kerana apa bagi kita pada pertimbangan kita, sekiranya mereka mampu untuk berdaftar dengan Airbnb atau Traveloka ataupun booking.com mereka mempunyai faktor kewangan yang kuat untuk kita meremitkan sebahagian daripada keuntungan mereka.

Yang Berhormat Setiu membangkitkan terdapat kenaikan harga. Harga premis ditetapkan oleh MOTAC manakala kadar cukai yang telah saya sebutkan tadi RM10 untuk satu malam. Untuk makluman Yang Berhormat Setiu, pindaan ini tidak ada berkaitan dengan keselamatan maklumat pengguna kerana perkhidmatan platform digital ini telah digunakan oleh pengguna sebelum pindaan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya kira ada beberapa perkara yang mungkin agak teknikal yang saya memerlukan sedikit pen-detil-an daripada segi jawapan. Saya mohon kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bangkitkan berkaitan teknikal supaya saya dapat memberikan keabsahan kepada jawapan yang saya sampaikan. Saya mohon untuk jawapan secara bertulis.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, apa yang pentingnya, kita akan memastikan sebarang apa yang kita lakukan, dasar-dasar cukai tidak membebankan rakyat. Sekian, terima kasih.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

final • 2:50 PM

Fasal-fasal 1 hingga 21 - Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Terima kasih, Tuan Pengerusi, saya ingin bangkitkan mengenai fasal 8. Yang mana dalam fasal 8 ini bertujuan untuk meminda seksyen 18 akta ibu untuk memasukan subseksyen baharu yang bertujuan memberikan ketua pengarah kuasa untuk mengubah tempoh bercukai dan juga memberikan Ketua Pengarah kuasa untuk menentukan apa- apa tempoh bercukai yang lain.

Saya ingin tanya kepada Kementerian Kewangan, apakah yang dimaksudkan dengan tempoh bercukai yang lain untuk pengendali ini kerana ia membabitkan kuasa Ketua Pengarah yang sewajarnya kita semak dengan lebih teliti lagi?

final • 3:00 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Tuan Pengerusi, satu lagi adalah berkaitan dengan fasal 20 yang bertujuan untuk meminda seksyen 70 akta ibu iaitu sekali lagi untuk memberikan Menteri kuasa untuk menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan pemberi perkhidmatan platform digital.

Saya ingin tanya kepada Menteri Kewangan, apakah kuasa yang diberikan kepada Menteri dalam undang-undang ini? Apakah perkara-perkara yang perlu berhubungan dengan pemberi perkhidmatan platform digital ini? Ini kerana perkara ini membabitkan kuasa Menteri dan saya percaya ia perlu pencerahan daripada Kementerian Kewangan. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ya, sila. Satu lagi dari Yang Berhormat Dungun. Sila Yang Berhormat Dungun.

final • 3:00 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Terima kasih Tuan Pengerusi, fasal 5 mengenai cadangan pemindaan seksyen 13 akta bagi memasukkan seksyen baharu berkaitan dengan pemberian kuasa kepada Ketua Pengarah Kastam untuk membatalkan pendaftaran pengendali premis penginapan sekiranya pengendali telah berhenti mengendalikan premis perkhidmatan.

Berdasarkan kepada seksyen baharu yang dicadangkan saya melihat bahawa kuasa budi bicara yang diberikan kepada Ketua Pengarah Kastam terlalu luas. Justeru itu, apakah mekanisme kawalan ini di bawah fasal 5 ini?

Saya mencadangkan agar perlu ada mekanisme atau syarat-syarat diperincikan dalam seksyen ini sebelum Ketua Pengarah Kastam boleh membatalkan pendaftaran pengendali premis perkhidmatan.

Merujuk kepada fasal 9 iaitu cadangan untuk meminda seksyen 20 akta bagi memberi kuasa Ketua Pengarah untuk mentaksirkan amaun cukai pelancongan dan penalti. Saya ingin bertanya, mengapakah amaun cukai dan penalti itu tidak dinyatakan secara jelas kadarnya dalam seksyen ini? Pada pendapat saya, kadar penalti itu perlu dinyatakan secara jelas supaya ada penyeragaman dan menjamin ketelusan dan keadilan kepada pemberi perkhidmatan platform digital.

Ia juga boleh membendung permohonan semakan kehakiman di mahkamah sekiranya pemberi perkhidmatan platform digital tidak berpuas hati dengan kadar ditetapkan oleh Ketua Pengarah Kastam memandangkan ia sudah dinyatakan secara jelas dalam akta. Terima kasih Tuan Pengerusi, mohon penjelasan.

final • 3:02 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Dungun. Sekarang Timbalan Menteri untuk menjawab.

final • 3:02 PM

Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Mohd Shahar bin Abdullah

Terima kasih, Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya dan Yang Berhormat Dungun.

Izin saya memberi sedikit penjelasan kepada perkara yang umum. Perkara yang melibatkan teknikal seperti mana yang disebutkan kedua-dua Yang Berhormat nanti.

Saya juga minta juga jawapan bertulis.

Pertama, Yang Berhormat, Tuan Pengerusi apabila disebutkan kuasa ketua pengarah tempoh cukai tersebut. Kita memerlukan 14 hari sebagai satu tempoh dan sekiranya ada rayuan di peringkat pelaksana iaitu di peringkat Ketua Pengarah, kita memberi kuasa kepada ketua pengarah untuk menimbang berdasarkan keadaan semasa syarikat atau keadaan semasa individu yang kita telah nyatakan perkara ini.

Ini juga merupakan rentetan daripada pindaan-pindaan sebelum ini supaya ia selaras di mana selepas tidak lepas di peringkat Ketua Pengarah, baharu ia pergi kepada satu tahap lagi iaitu Yang Berhormat Menteri Kewangan.

Ini perkara-perkara yang melibatkan perkara-perkara yang prosedur yang agak umum dan selebihnya Yang Berhormat saya minta memberi jawapan yang lebih detil berbentuk teknikal kepada Yang Berhormat.

final • 3:03 PM

Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Mohd Shahar bin Abdullah

Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dungun tadi Tuan Pengerusi adalah, bagaimana kuasa yang diberikan untuk membatalkan premis-premis ini. Sudah pasti apabila kita hendak membatalkan pemberi perkhidmatan platform digital ini ialah adalah berasaskan kesalahan-kesalahan mereka. Sudah pasti Yang Berhormat Dungun kita bukan kerajaan yang zalim. Kita akan menimbang semua fakta kes kepada apa sahaja yang dilakukan dan kita akan meneliti setiap kes yang tersebut.

Berkaitan pentaksiran dan penalti ini Yang Berhormat Dungun, saya sudah pasti ia termasuk dalam Jadual yang sudah pasti nanti insya-Allah saya akan memberi jawapan secara bertulis supaya maklumat-maklumat yang saya sampaikan ini ada keabsahan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

[Fasal-fasal 1 hingga 21 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) (Datuk Haji Shabudin Yahaya) dan diluluskan]

final • 3:03 PM
RANG UNDANG-UNDANG KOPERASI (PINDAAN) 2020 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” [5 November 2020]

final • 3:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Minta Yang Berhormat Menteri menyambung menjawab.

final • 3:03 PM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, saya berhenti menggulung peringkat dasar pada 5 November 2020 pada jam 1.01 tengah hari.

final • 3:07 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Saya bagi 15 minit.

final • 3:07 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Jadi Yang Berhormat, sebenarnya saya melihat pada ketika itu kita tidak boleh menyambung perbahasan selepas pukul 1, tidak ada usul pada ketika itu. Itulah saya berhenti. Kalau tidak, sebenarnya ringkas hendak habiskan ini.

Saya menyentuh apa yang disoal oleh Yang Berhormat Sik memohon penjelasan perbezaan pindaan ke atas seksyen 5(1)(a), dan seksyen (8)(1). Seksyen 8 ialah memberi kebenaran kepada golongan spesifik pendaftaran koperasi yang mana seksyen 1 merupakan koperasi secara umumnya mohon dipinda daripada 50 kepada 20 orang Ahli untuk menubuhkan.

Akan tetapi, seksyen 8 ini merupakan keputusan yang spesifik untuk kumpulan- kumpulan yang tertentu. Model yang diadaptasi oleh koperasi Malaysia merupakan model apa dipanggil worker cooperatives seperti Mondragon’s cooperative di Sepanyol di mana ia ditubuhkan pada tahun 1956 oleh graduan daripada kolej teknikal.

Jadi kumpulan-kumpulan macam ini yang kita hendak. Contohnya impak kepada pindaan akta ini akan melahirkan lebih banyak koperasi dianggotai oleh golongan profesional seperti akauntan, peguam, arkitek, saintis, ahli sukan, ataupun orang kurang upaya dan sebagainya.

Yang Berhormat Sik juga bertanya penjelasan kementerian mengenai bilangan dan peratusan koperasi yang telah mencapai kejayaan dalam negara.

final • 3:07 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Berdasarkan maklumat pada 31 Disember 2019, sebanyak 10,238 buah koperasi daripada 14,625 buah koperasi aktif atau sebanyak 70 peratus dianggap sebagai berjaya. Ini kerana berupaya untuk memenuhi keperluan sosial dan ekonomi

final • 3:10 PM

anggotanya. Contoh, Tuan Yang di-Pertua ialah

(i) Koperasi Bank Rakyat;

(ii) Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad; dan

(iii) Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad.

Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Padang Serai dan Yang Berhormat Pontian memohon penjelasan mengenai bantuan kepada koperasi terjejas kesan daripada pandemik COVID-19. Bantuan post-COVID-19, Suruhanjaya Koperasi, antara bantuan yang diberi adalah seperti berikut:

(i) Tabung Modal Pusingan Bercagar berjumlah RM300 juta;

(ii) Program Geran Sempadan Koperasi ataupun Matching Grants sebanyak RM2 juta;

(iii) Pembiayaan tanpa cagaran melalui Tabung Modal Pusingan sebanyak RM15 juta; dan

(iv) Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi Khas Akibat Pandemik COVID-19 sebanyak RM1 juta.

Untuk penjelasan, Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi Khas Akibat Pandemik COVID-19 diwujudkan di bawah Peraturan Koperasi Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi 2010 untuk memberi kemudahan bantuan kewangan kepada koperasi yang terjejas aktiviti perniagaannya akibat daripada bencana alam, faktor luar kawalan termasuk akibat penularan pandemik COVID-19.

Sumber kewangan bagi tabung ini adalah daripada Kumpulan Wang Pusat Koperasi di mana sebanyak RM1 juta telah diperuntukkan setiap tahun bagi tujuan pelaksanaan tabung tersebut. Yang Berhormat Kemaman, Tuan Yang di-Pertua, memohon jawapan daripada pihak kementerian mengenai jumlah koperasi yang terpaksa ditutup oleh sebab impak ekonomi.

Ini soalan secara umum dan bukannya berhubung dengan COVID-19 sahaja Tuan Yang di-Pertua. Berdasarkan kajian kementerian ke atas usahawan dan koperasi, pasca COVID-19 yang dijalankan dalam tempoh 15 Julai hingga 17 Ogos 2020 menunjukkan hanya sebanyak 16.66 peratus operasi perniagaan koperasi terpaksa menggulung tikar.

Yang Berhormat Batu Gajah dan Yang Berhormat Kemaman memohon penjelasan jumlah kes pecah amanah yang melibatkan koperasi dalam tempoh selama 10 tahun dan mekanisme yang diguna pakai oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk mengurangkan amalan pecah amanah selain daripada undang-undang sedia ada.

Pertama, Suruhanjaya Koperasi Malaysia mempunyai kuasa untuk menjalankan pemeriksaan di bawah seksyen 64, Akta Koperasi 1993 dan penyiasatan di bawah seksyen 45, Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 berikutan aduan yang diterima.

Kedua, dari tahun 2016 sehingga Oktober 2020, sebanyak 164 pemeriksaan telah dijalankan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia atas pelbagai aduan yang melibatkan kes pecah amanah, penipuan dan penyelewengan.

Mana-mana kesalahan melibatkan tadbir urus dan salah laku Ahli Lembaga Koperasi telah diambil tindakan dengan:

(i) membubarkan Lembaga Koperasi;

(ii) membekukan akaun koperasi; dan

(iii) menggantung dan memecat mana-mana Ahli Lembaga Koperasi yang terlibat mengikut tahap kesalahan yang dilakukan hasil daripada pemeriksaan di bawah seksyen 64, Akta Koperasi 1993.

final • 3:10 PM

anggotanya. Contoh, Tuan Yang di-Pertua ialah

Dalam tempoh tersebut, sebanyak 676 Kertas Siasatan telah dibuka yang melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Koperasi 1993. Kementerian melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia turut menjalinkan kerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia dan atau SPRM supaya kesalahan tersebut dapat disiasat di bawah Kanun Prosedur Jenayah dan Kanun Keseksaan yang mana hukumannya telah lebih berat berbanding dengan hukuman yang ada dalam Akta Koperasi 1993.

Pengurangan bilangan Lembaga kepada tiga orang membantu tindakan penguatkuasaan suruhanjaya terhadap koperasi yang mempunyai bilangan minimum anggota Lembaga Koperasi atau Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Terakhir Tuan Yang di-Pertua, skop penyiasatan bagi mengenal pastikan orang yang disyaki dalam kalangan Ahli Lembaga Koperasi yang sedikit adalah lebih mudah dibandingkan dengan bilangan maksimum seramai 15 orang.

Yang Berhormat Batu Gajah memohon penjelasan mengenai pinjaman melebihi had maksimum 60 peratus. Potongan ke atas pendapatan anggota ANGKASA.

Pertama, ANGKASA sentiasa memastikan arahan kerajaan dipatuhi iaitu sekatan potongan sebanyak 60 peratus daripada gaji penjawat awam.

Kedua, sekatan ini dibuat melalui sistem yang telah dibangunkan oleh pihak ANGKASA. Selain daripada itu, ANGKASA juga, kerajaan melalui Jabatan Akauntan Negara, turut memberikan kemudahan potongan gaji kepada mana-mana entiti yang berkelayakan seperti bank...

final • 3:10 PM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua, kita cadangkan Yang Berhormat Menteri menjawab mana-mana Ahli Yang Berhormat yang tidak berada di dalam Dewan, dijawab secara bertulis ya. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya, bukan sudah hendak habis, sudah habis Yang Berhormat.

[Ketawa] Sebagai penutup Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sajalah penjelasan yang dapat pada saya beri mengenai isu yang telah dibangkitkan...

[Tepuk] Saya berharap daripada penjelasan tersebut ia telah dapat menjawab semua soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 11 *diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

(Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin) dan diluluskan]*

final • 3:10 PM
USUL-USUL MENTERI KEWANGAN
AKTA KASTAM 1967

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Abd Rahim bin Bakri

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang ditetapkan padanya oleh subseksyen 11(2), dan subseksyen 163R(2), Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bilangan ST.128, ST.129, ST.130, ST.131, ST.132, ST.133 dan ST.134 bagi tahun 2020 disahkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 11, Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut ST.128, ST.129, ST.130, ST.131, ST.132, ST.133 dan ST.134 bagi tahun 2020 disahkan.

Pertama, Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan Sementara) 2020 P.U.(A) 228/2020 bertarikh 13 Ogos 2020, Kertas Statut Bilangan ST.128/2020. Perintah ini diwartakan susulan daripada hasil siasatan penentuan awal yang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bagi menunjukkan bahawa berlaku lambakan import gulungan rata keluli bukan aloi disalut aluminium dan zink yang berasal atau dieksport dari Republik Rakyat China, Republik Korea, dan Republik Sosialis Vietnam yang telah mengakibatkan kemudaratan material kepada industri tempatan. Siasatan ini dimulakan pada 17 Mac 2020 dan berdasarkan petisyen yang telah dikemukakan oleh pempetisyen daripada kalangan pihak industri tempatan kepada MITI.

Perintah ini telah diwartakan pada 13 Ogos 2020 bertujuan untuk mengenakan duti anti-lambakan sementara ke atas import keluaran seperti yang telah dinyatakan yang berasal atau diimport dari Republik Rakyat China pada kadar 6.51 peratus hingga 18.88 peratus, Republik Rakyat Korea pada kadar 9.98 peratus kepada 34.94 peratus dan Republik Sosialis Vietnam pada kadar 3.94 peratus hingga 37.14 peratus.

Duti anti-lambakan sementara digunakan ke atas import keluaran dagangan subjek yang berasal berdasarkan kepada siasatan yang menunjukkan bahawa dagangan subjek telah mengakibatkan kemudaratan material kepada industri tempatan.

Pengenaan Duti Anti-Lambakan ini dibuat selaras dengan peraturan di bawah seksyen 24 Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 [Akta 504] dan subseksyen 11(1) Akta Kastam 1967 [Akta 235] dan berkuat kuasa bagi tempoh mulai 14 Ogos 2020 hingga 11 Disember 2020.

Kedua, Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) 2019 (Pindaan) 2020 P.U.(A) 285/2020 bertarikh 29 September 2020, kertas status bilangan ST.129/2020. Perintah ini diwartakan susulan daripada penentuan muktamad alternatif yang telah dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ke atas import produk gulungan rata besi aloi ataupun keluli bukan aloi disadur atau disalut zink menggunakan proses celupan panas- gegelung/kepingan besi bergalvani atau gegelung kepingan keluli bergalvani, galvanized iron, yang berasal atau dieksport dari Republik Rakyat China atau Republik Sosialis Vietnam.

Berdasarkan keputusan semakan semula kehakiman yang telah dibuat, kadar duti anti-lambakan yang dikenakan terhadap Bengang Steel Plates Co. Ltd. dan BX Steel POSCO Cold Rolled Sheet Co. Ltd. telah dipinda kepada NIL atau kosong peratus berkuat kuasa selama lima tahun mulai 8 Mac 2019 hingga 7 Mac 2024.

Ketiga, Perintah Duti Kastam (Barang-barang di bawah Perjanjian Rangka Kerja Kerjasama Ekonomi Komprehensif antara Negara-negara Anggota ASEAN dan Republik Korea) 2020 iaitu P.U.(A) 202/2020 bertarikh 13 Julai 2020, Kertas Statut Bilangan ST.130/2020. Perintah ini telah diwartakan selaras dengan Perjanjian Rangka Anggota ASEAN dan Republik Korea yang ditandatangani pada 24 Ogos 2006 dan juga berkuat kuasa pada 1 Jun 2009. Ia merupakan satu perjanjian di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Korea (AKFTA).

final • 3:21 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Abd Rahim bin Bakri

Antara provisions utama yang terdapat dalam perjanjian ini adalah modaliti untuk pengurangan tarif, rules of origin, pengubahsuaian dalam konsesi, removable of non-tariff barriers dan safeguard measures termasuk balance of payment. Peringkat pertama pengurangan tarif atau tariff reduction ataupun elimination telah bermula pada 1 Jun 2007.

Perintah yang diwartakan ini merupakan salah satu komitmen di bawah perjanjian tersebut di mana negara pejanji perlu membuat proses transposisi peraturan spesifik produk- product specific rules – PSR, di mana di bawah lampiran Peraturan Tempasal ataupun rules of origin daripada kod Harmonised System (HS) atau HS 2012 kepada HS 2017. Melalui transposisi ini, akan berlaku perubahan kepada bilangan dan kadar tarif produk. Perintah ini telah berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2020.

Keempat, Perintah Duti Kastam (Barang-barang di bawah Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif antara Kerajaan Negara-negara Anggota ASEAN dan Jepun) 2020, P.U.(A) 191/2020 bertarikh 29 Jun 2020, kertas statut bilangan ST.131/2020. Perintah ini telah diwartakan selaras dengan Perjanjian Perkongsian Komprehensif antara ASEAN dan Jepun ataupun ASEAN-Japan Comprehensive Economic Partnership (AJCEP) yang telah ditandatangani pada 14 April 2008 dan mula berkuat kuasa pada 1 Februari 2009.

AJCEP memberi nilai tambah kepada Perjanjian Perkongsian Ekonomi Malaysia-Jepun atau Malaysia-Japan Economic Partnership Agreement (MJEPA) yang ditandatangani pada 13 Disember 2005. Antara bab di dalam Perjanjian AJCEP adalah berkaitan perdagangan barangan, perkhidmatan, pelaburan, peraturan tempasal atau rules of origin, mekanisme penyelesaian pertikaian- dispute of settlement mechanism dan langkah-langkah sanitary dan phytosanitary.

final • 3:21 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Abd Rahim bin Bakri

Di bawah komitmen AJCEP negara anggota ASEAN dan Jepun telah bersetuju melaksanakan Jadual Pengurangan Tarif atau Tarif Reductions Schedule (TRS) menggunakan kod Harmonised System (HS 2017). Sehubungan dengan itu, TRS telah diwartakan dalam HS 2017 sebagai Perintah Duti Kastam yang baru bagi AJCEP.

Pelaksanaan TRS dalam HS 2017 bagi AJCEP ini akan meminda dan menggantikan Perintah Duti Kastam sedia ada. Perintah ini telah berkuat kuasa mulai 1 Julai 2020.

Kelima, Perintah Duti Kastam (Barang-barang di Bawah Perjanjian Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas Antara ASEAN, Australia, New Zealand) atau (Pindaan)

(No. 2) 2020 P.U (A) 246/2020) bertarikh 28 Ogos 2020 Kertas Statut Bilangan ST.132/2020.

Perintah ini bertujuan untuk membuat pindaan editorial kepada kod tarif yang terdapat di dalam Jadual Kedua Perintah Duti Kastam (Barang-barang di Bawah Perjanjian Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas Antara ASEAN, Australia, New Zealand 2019) yang telah diwartakan pada 27 September 2019.

Perintah tersebut merupakan pelengkap kepada proses transposisi untuk 2,702 baris tarif versi Harmonised System (HS 2017) selaras dengan komitmen Malaysia di bawah AANZFTA. Pindaan ini tidak melibatkan penambahan atau pengurangan pada duti asal pada Perintah Duti Kastam tersebut. Perintah ini telah berkuat kuasa mulai 1 September 2020.

Keenam, Perintah Duti Kastam (Barang-barang Berasal Dari Negeri-negeri ASEAN) (Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN dan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN) (Pindaan) (No. 3) 2020 P.U(A) 271/2020) bertarikh 18 September 2020 kertas statut bilangan ST.133/2020.

Perintah ini bertujuan untuk membuat pindaan kepada Artikel 38, Sijil Tempasal atau Certificate of Origin kepada bukti tempasal, proof of origin di dalam Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN atau ASEAN Trade in Goods Agreement (ATIGA) dan Lampiran 8, Prosedur Pensijilan Operasi atau Operational Certification Procedure bagi memperincikan pelaksanaan Bab 3, Peraturan Tempasal atau Rules of Origin ATIGA.

Pindaan kepada perjanjian asal ATIGA yang telah pun ditandatangani pada Februari 2009 dan berkuat kuasa mulai 17 Mei 2010 akan memberi impak positif kepada inisiatif fasilitasi perdagangan Malaysia dengan negara-negara ASEAN Wide Self- Certification (AWSC) terutamanya dalam memudah cara pergerakan barangan dan mendapatkan layanan tarif keutamaan melalui proses yang lebih pendek dan mesra pedagang serta meminimumkan birokrasi. Perintah ini telah berkuat kuasa mulai 20 September 2020.

final • 3:30 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Abd Rahim bin Bakri

Ketujuh, Perintah Duti Kastam (Barang-barang di Bawah Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-New Zealand 2020) P.U(A) 286/2020) bertarikh 29 September 2020 Kertas Statut Bilangan ST.134/2020.

Perintah ini telah diwartakan selaras dengan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-New Zealand (MNZFTA) yang telah ditandatangani pada 26 Oktober 2009 dan telah berkuat kuasa pada 1 Ogos 2010.

Perjanjian ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan perdagangan dan ekonomi dua hala sedia ada di antara Malaysia dan New Zealand. Malaysia dan New Zealand telah bersetuju untuk membuat pindaan terhadap Artikel 1, bagi Annex 3:

procedures and verification di bawah perjanjian MNZFTA bagi membenarkan rangkaian perniagaan selain MNZFTA untuk terlibat dalam rantaian bekalan produk dari Malaysia dan New Zealand dan keperluan untuk memasukkan klausa yang membenarkan amalan invois daripada pihak ketiga, atau *third party invoicing.

[Tuan Yang di-Pertua* mempengerusikan Mesyuarat] Pindaan ini secara langsung akan dapat membantu mengukuhkan lagi peranan syarikat subsidiari atau pejabat wakil pengeksport di negara serantau untuk memasarkan jualan barangan di samping melancarkan aktiviti perdagangan di antara kedua-dua negara. Perintah ini berkuat kuasa mulai 1 Oktober tahun 2020.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada sesiapa yang menyokong?

final • 3:30 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Saya menyokong.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas.

[Tiada perbahasan]

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau tidak ada perbahasan, maka sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di nombor 11 iaitu bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang ditetapkan padanya oleh subseksyen 11(2) Akta Kastam 1967 supaya Perintah Kastam yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bilangan ST.128, ST.129, ST.130, ST.131, ST.132, ST.133 dan ST.134 bagi tahun 2020 disahkan hendaklah disetujukan.

final • 3:30 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

AKTA PENDANAAN KERAJAAN 1983 [AKTA 275]

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Abd Rahim bin Bakri

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Majlis ini mengambil ketetapan supaya kerajaan memindahkan sebanyak RM11,598 juta iaitu baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dari Julai hingga Disember 2020 sebanyak RM5,166 juta, dan Bil Perbendaharaan Islam (MITB) sebanyak RM6,432 juta ke Kumpulan Wang Pembangunan seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 3(1) Akta Perbadanan Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275] bagi maksud Kumpulan Wang Disebutkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan satu resolusi berkaitan ketetapan pemindahan Wang Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dan Bil Perbendaharaan Malaysia (MITB) daripada akaun pinjaman yang disatukan kepada Akaun Kumpulan Wang Pembangunan mengikut seksyen 4(b), Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275].

final • 3:36 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Abd Rahim bin Bakri

Resolusi ini dibentangkan supaya kerajaan memindahkan wang terimaan Akaun Pinjaman Disatukan daripada baki semasa MGII dan Bil Perbendaharaan Malaysia (MITB) sebanyak RM11,598 juta yang pada masa ini berada dalam Akaun Pinjaman Yang Disatukan kepada Kumpulan Wang Pembangunan untuk menampung keperluan perbelanjaan pembangunan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kumpulan Wang Pembangunan ialah satu kumpulan wang amanah kerajaan yang ditubuhkan mengikut Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1996 bagi tujuan membiayai projek pembangunan. Salah sumber dana yang terdapat dalam Akaun Kumpulan Wang Pembangunan melalui pindahan daripada dari Akaun Pinjaman Yang Disatukan. Seksyen 4(b) Akta 275 memperuntukkan bahawa terimaan daripada terbitan pelaburan kerajaan (MGII) hanya boleh dipindahkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan setelah mendapat kelulusan Dewan Rakyat dengan resolusi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sekuriti pinjaman berasaskan syariah ini telah diterbitkan oleh kerajaan di bawah Akta Pendanaan Kerajaan 1983 dan antara tujuan utama terbitan berasaskan syariah adalah bagi meningkatkan pembangunan pasaran kewangan Islam.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya memohon mencadangkan resolusi berkaitan ketetapan pemindahan baki wang terimaan MGII dan Bil Perbendaharaan Malaysia (MITB) sebanyak RM11,598 juta daripada Akaun Pinjaman Yang Disatukan kepada Kumpulan Wang Pembangunan untuk diluluskan oleh Dewan Rakyat.

final • 3:36 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Ada yang menyokong?

final • 3:36 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Saya mohon menyokong.

final • 3:36 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas. Kalau tidak ada perbahasan, maka sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan [Tiada perbahasan]

final • 3:36 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau tidak ada perbahasan, maka sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul Yang berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di nombor 12 hendaklah disetujukan.

final • 3:36 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

AKTA BIL PERBENDAHARAAN (TEMPATAN) 1946 [AKTA 188]

Timbalan Menteri Kewangan I [Datuk Abd Rahim bin Bakri] Tuan Yang di- Pertua, saya memohon mencadangkan supaya Majlis ini mengambil ketetapan supaya kerajaan memindahkan baki wang terimaan Bil Perbendaharaan Malaysia (MTB) sebanyak RM4,438 juta ke Kumpulan Wang Pembangunan sepertimana diperuntukkan dan bawah seksyen 2(1) Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946 atau Akta 188 bagi maksud kumpulan wang tersebut diluluskan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk membentangkan satu resolusi berkaitan ketetapan mengenai pemindahan wang Terbitan Bil Perbendaharaan Malaysia

(MTB) daripada Akaun Pinjaman Yang Disatukan kepada Akaun Kumpulan Wang Pembangunan mengikut keperluan seksyen 2(2)(b) Akta Bil Perbendaharaan

(Tempatan) [Akta 188]. Resolusi ini dibentangkan supaya kerajaan memindahkan wang terimaan Akaun Pinjaman Disatukan daripada baki semasa Bil Perbendaharaan sebanyak RM4,438 juta yang pada masa ini berada dalam Akaun Pinjaman Yang Disatukan kepada Kumpulan Wang Pembangunan untuk menampung Kumpulan Wang Perbelanjaan Pembangunan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kumpulan Wang Pembangunan ialah satu kumpulan wang amanah kerajaan yang ditubuhkan mengikut Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1996 bagi tujuan membiayai projek pembangunan.

final • 3:40 PM

Salah satu- sumber dana yang terdapat dalam Akaun Kumpulan Wang Pembangunan melalui pindahan daripada Akaun Pinjaman Yang Disatukan. Seksyen 2(2)(b) Akta 188, memperuntukkan bahawa terimaan daripada Terbitan Bil Perbendaharaan Malaysia hanya boleh dipindahkan kepada kumpulan Wang Pembangunan setelah mendapat kelulusan Dewan Rakyat dengan resolusi.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya mohon mencadangkan resolusi berkaitan ketetapan pemindahan baki wang terimaan Bil Perbendaharaan Malaysia sebanyak RM4,438 juta daripada Akaun Pinjaman Yang Disatukan kepada Kumpulan Wang Pembangunan untuk diluluskan oleh Dewan Rakyat.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada yang menyokong?

final • 3:40 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Saya menyokong.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas.

[Tiada perbahasan]

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau tidak ada, sekarang saya kemukakan masalah kepada majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di nombor 13 hendaklah disetujukan.

final • 3:40 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

AKTA PENDANAAN KERAJAAN 1983 [AKTA 275]

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Abd Rahim bin Bakri

Tuan Yang di- Pertua, saya memohon mencadangkan supaya majlis ini mengambil ketetapan supaya kerajaan memindahkan baki wang terimaan MGII dari bulan Julai hingga Disember 2020 termasuk Sukuk Prihatin sebanyak RM18,000 juta ke Kumpulan Wang COVID-19 sepertimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 4(2) Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020 [Akta 830] bagi maksud kumpulan wang tersebut diluluskan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk membentangkan suatu resolusi berkaitan ketetapan mengenai pemindahan wang Terbitan Pelaburan Kerajaan (MGII) daripada Akaun Pinjaman Yang Disatukan kepada Akaun Kumpulan Wang COVID-19 mengikut keperluan seksyen 4(2) Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020 [Akta 830].

Resolusi ini dibentangkan supaya kerajaan memindahkan wang terimaan Akaun Pinjaman Disatukan daripada baki semasa MGII sebanyak RM18 ribu juta yang pada masa ini berada dalam Akaun Pinjaman Yang Disatukan kepada Kumpulan Wang COVID-19 untuk menampung keperluan pakej rangsangan dan pelan pemulihan ekonomi.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kumpulan Wang COVID-19 telah ditubuhkan di bawah Akta 830 pada bulan Oktober 2020. Sumber dana Kumpulan Wang COVID-19 ini diperoleh melalui pindahan terimaan kertas hutang Sekuriti Kerajaan

(MGS) yang ditadbir di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 [Akta 637] serta Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB) di bawah Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275]. Seksyen 4(b) Akta 275 memperuntukkan bahawa terimaan daripada Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia hanya boleh dipindahkan kepada Kumpulan Wang COVID-19 setelah mendapat kelulusan Dewan Rakyat dengan resolusi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sekuriti pinjaman berasaskan syariah ini telah diterbitkan oleh kerajaan di bawah Akta Pendanaan Kerajaan 1983. Antara tujuan utama terbitan berasaskan syariah adalah bagi meningkatkan pembangunan pasaran kewangan Islam.

final • 3:43 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Abd Rahim bin Bakri

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya mohon mencadangkan resolusi berkaitan ketetapan pemindahan baki wang terimaan MGII sebanyak RM18 ribu juta daripada Akaun Pinjaman Yang Disatukan kepada Kumpulan Wang COVID-19 untuk diluluskan oleh Dewan Rakyat.

final • 3:43 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada yang menyokong?

final • 3:43 PM

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

Saya mohon menyokong.

final • 3:43 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas.

[Tiada perbahasan]

final • 3:43 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau tidak ada perbahasan, maka sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di nombor 14 hendaklah disetujukan.

final • 3:43 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum kita tangguhkan Ahli-ahli Yang Berhormat, sidang Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas 2020 telah berlangsung selama 29 hari. Mulai dari hari Isnin, 2 November 2020 hingga hari ini Khamis, 17 Disember 2020. Sepertimana yang kita maklum, persidangan kali ini diadakan ketika kes wabak COVID-19 semakin meningkat, di mana beberapa perubahan terpaksa dilakukan berkaitan urusan Dewan ini. Ini semua adalah untuk menjamin kesihatan dan keselamatan kita semua. Saya berdoa agar kita sentiasa dilindungi oleh- Nya dan berharap wabak ini tidak lagi menjadi ancaman kepada kita tidak lama lagi.

Ahli Yang Berhormat, sebagai Tuan Yang di-Pertua dan mewakili kedua-dua timbalan, saya ingin mengucapkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi kerjasama bagi membolehkan perjalanan majlis Mesyuarat dapat disempurnakan sepanjang tempoh 29 hari ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua pegawai kerajaan, kakitangan Parlimen Malaysia khususnya Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat, wakil media massa serta semua pihak yang turut terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pengendalian urusan majlis Mesyuarat sepanjang tempoh Dewan kali ini bersidang.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan secara awal, Selamat Hari Krismas yang akan disambut pada 25 Disember 2020 ini kepada semua saudara kita yang beragama Kristian dan Selamat Tahun Baru 2021 yang bakal menjelang tidak lama lagi kepada semua Ahli Yang Berhormat dan warga Parlimen Malaysia.

Saya ingin menasihatkan semua Ahli Yang Berhormat untuk sentiasa mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan agar kita dapat sama-sama mengekang penularan wabak COVID-19 yang masih belum ada kesudahan ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf kalau ada yang tersilap, terkasar bahasa dan tertinggi suara. Marilah kita sama-sama memaafkan antara satu sama lain.

Akhir kalam, saya ingin mengucapkan kepada semua, selamat pulang dan selamat sampai ke destinasi masing-masing. Semoga Ahli-ahli Yang Berhormat sentiasa sihat walafiat di samping keluarga tersayang. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan kali ini ditangguhkan sehingga suatu tarikh yang tidak ditetapkan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera semua.

final • 3:43 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 3.50 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026