Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua, saya minta dua minit, saya ada masalah di kawasan saya. Dua minit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Padang Serai ingin sampaikan masalah-masalah rakyat di kawasan, terutama sekali PKPD telah dilanjutkan di Taman Bayam, Taman Kangkung 1 dan 2, Taman Cekur Manis, Taman Sedeli Limau, Taman Bayam Indah, Taman Halia dan Taman Kubis di kawasan Paya Besar. Parlimen Padang Serai hingga 24 Disember 2020 iaitu selama empat minggu.
Kini, penduduk setempat berhadapan dengan beberapa masalah seperti bantuan makanan seperti susu untuk kanak-kanak, pampers dan lain-lain keperluan asas dan urusan pembelian makanan juga dihadkan. Ada pasar tani yang dibuka di kawasan PKPD. Namun, saya mendapat aduan bahawa penjual mengambil kesempatan dengan menjual barangan dengan harga yang mahal.
Oleh sebab PKPD dimulakan pada 27 November 2020, ramai pekerja swasta tidak dapat pergi ke bank untuk mengeluarkan wang gaji bagi membeli barangan keperluan kerana bayaran gaji hanya dibuat pada hujung bulan tersebut. Saya memohon agar kementerian yang berkenaan bertindak dengan segera bagi mengatasi masalah ini.
Saya juga mohon agar bantuan RM300 diberi kepada setiap keluarga yang tinggal di kawasan berkenaan. Oleh sebab rakyat tidak boleh keluar. Rakyat susah. Kanak-kanak terseksa di situ. Saya minta, saya rayu, saya minta tolong pada kerajaan. Bantulah di kawasan saya. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Dewan bersimpati dengan semua kesulitan yang dialami. Saya harap Yang Berhormat Padang Serai boleh berjumpa Yang Berhormat Menteri yang berkenaan dan saya harap ia dapat diselesaikan dengan segera. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang– Tuan Setiausaha, sekarang Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri kah? Setiap pertanyaan oleh Yang Berhormat akan diperuntukkan masa selama satu minit dan jawapan oleh Yang Berhormat Menteri diperuntukkan selama dua minit dengan tiada sebarang pertanyaan tambahan.
Saya mempersilakan Yang Berhormat Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli.
1. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan strategi jangka pendek kementerian bagi memastikan aktiviti pelancongan domestik dapat dioptimumkan semula sepenuhnya dalam fasa ini susulan kebenaran rentas negeri dan daerah oleh MKN.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dungun.
Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan keputusan kerajaan memperkenalkan gelembung perjalanan domestik zon hijau serta kebenaran rentas daerah dan negeri
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
baru-baru ini, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) giat merangka dan melaksanakan pelbagai inisiatif jangka pendek untuk kembali merancakkan pelancongan dalam negara.
Pertama, yang paling utama kita mahu bina keyakinan di kalangan rakyat kita iaitu bahawa adalah selamat untuk melancong di dalam Malaysia. MOTAC sentiasa bekerjasama rapat dengan penggiat industri pelancongan dalam berbincang mengenai SOP-SOP yang perlu kita amalkan pada waktu ini dan kepentingan untuk memastikan pematuhannya. Oleh sebab itulah kita yakin bahawa penggiat industri pelancongan kita telah pun bersedia dalam aspek ini dari awal dan terus bergerak sepenuhnya sebaik sahaja aktiviti pelancongan dibenarkan. Apabila rakyat melihat semua langkah berjaga- jaga dilaksanakan, mereka akan berasa selamat untuk melancong.
Kedua Tuan Yang di-Pertua, kita beri galakan untuk rakyat kita melancong.
Untuk ini, kita tawarkan kepada rakyat insentif dan promosi dalam bentuk baucar rebat, e-baucar, cashback dalam bentuk e-wallet dan diskaun untuk tempahan pakej pelancongan penginapan dan pengangkutan. Dalam erti kata lainnya, kerajaan memberikan bantuan kewangan atau membayar sebahagian atau, dengan izin, certain portion dalam perbelanjaan untuk rakyat kita melancong dalam negara.
Ini sekali gus akan membantu industri perhotelan dan lain-lain yang berada dalam rantaian industri pelancongan seperti pengangkutan dan F&B. Ketiga, kita di MOTAC teruskan kerjasama dengan penggiat-penggiat industri dan semua kerajaan negeri dalam membangun dan menawarkan pakej-pakej pelancongan baharu yang menarik melalui platform digital. Kita perkenalkan dan promosikan destinasi pelancongan di luar bandar atau hidden gems kerana pelancong kini lebih cenderung memilih destinasi yang selamat, kurang orang dan udara segar.
Selain itu Tuan Yang di-Pertua, MOTAC akan teruskan siri Jelajah Semarakkan Pelancongan Domestik. Kita akan pergi ke seluruh negara lagi sekali untuk mempromosikan pelancongan domestik, memperkenalkan produk baharu pelancongan dan juga memberi nafas baharu kepada produk sedia ada. Pada masa yang sama, dilaksanakan juga promosi melalui pelbagai slot pengiklanan media massa sama ada fizikal mahupun digital, termasuklah saluran radio, TV dan media sosial.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
MOTAC akan meneruskan kesinambungan fokus-fokus jangka pendek ini.
Antaranya termasuklah memperuntukkan sebahagian besar peruntukan di bawah Belanjawan 2021 menerusi Pelan Pemulihan Pelancongan dan Kebudayaan seperti yang telah saya jelaskan semasa sesi penggulungan. Di samping itu, penekanan kepada agenda pembangunan sosial dan ekonomi rakyat diberikan menerusi pemerkasaan industri kraf negara dengan tema Kraf Memperkasa Sosioekonomi Rakyat bermula tahun 2021. Semua inisiatif ini diyakini dapat merangsang dan menyuntik perbelanjaan domestik secara konsisten dan seterusnya, mewujudkan kesan gandaan ekonomi, khususnya yang berantaian dengan sektor pelancongan, seni dan budaya.
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita semua mahu ekonomi ini dapat berterusan secara mampan, kita perlu menjadi pelancong yang bertanggungjawab. Sama-sama kita menjaga kita, diri sendiri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Tuan Hassan bin Abdul Karim.
2. Tuan Hassan bin Abdul Karim [Pasir Gudang] minta Perdana Menteri menyatakan bilakah 25 usul undi tidak percaya dan dua usul undi percaya kepada YAB Ahli Parlimen Pagoh sebagai Perdana Menteri Malaysia akan dibentangkan, dibahaskan dan diundi di Dewan Rakyat.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Takiyuddin bin Hassan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada rakan terpelajar saya, Yang Berhormat Pasir Gudang, seorang peguam kanan, tentang soalan mengenai usul undi tidak percaya dan usul undi percaya kepada Yang Amat Berhormat Pagoh.
Tuan Yang di-Pertua, suka saya menarik Dewan yang mulia ini bahawa di dalam Perlembagaan Negara kita, berdasarkan kepada Perkara 43, particularly Perkara 43, fasal (2)(a) menjelaskan bagaimana seorang Perdana Menteri dilantik. Saya mohon izin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Takiyuddin bin Hassan
untuk membaca. “Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik seorang sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri, seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat itu”.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan peruntukan Perlembagaan ini lah, Perkara 43, fasal (2)(a) ini lah Perdana Menteri di Malaysia dilantik. Antaranya, Perdana Menteri ke-7, Yang Berhormat Langkawi telah dilantik sebagai Perdana Menteri pada 10 Mei 2018. Setelah parti Pakatan Harapan telah mendapat 135 kerusi daripada 222 kerusi.
Namun demikian, pada 24 Februari 2020, Yang Berhormat Langkawi telah meletakkan jawatan.
Berdasarkan pada satu kenyataan rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri bertarikh 24 Februari, saya mohon izin untuk membaca, “Tun Dr. Mahathir Muhammad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia hari ini, 24 Februari 2020.” Ekoran daripada itu lah, pada 1 Mac 2020, Yang Amat Berhormat Pagoh yang telah mendapat sebanyak 114, melebihi daripada 111 iaitu 114 sokongan Ahli Dewan Rakyat telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8.
Ekoran daripada itu, Yang Berhormat Port Dickson telah mendakwa bahawa beliau telah mempunyai sokongan yang cukup untuk menjadi seorang Perdana Menteri sehingga Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan beliau menghadap pada 13 Oktober 2020.
Namun demikian, saya mohon izin untuk membaca satu kenyataan dari Istana Negara, “Dalam sesi yang berlangsung selama lebih kurang 25 minit ini, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim telah mengemukakan jumlah Ahli-ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau. Walau bagaimanapun, beliau tidak mengemukakan senarai nama Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaan tersebut. Sehubungan dengan itu, Sultan Abdullah telah menasihatkan Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan”.
Itu dari segi pelantikan Perdana Menteri yang sehingga sekarang ini tidak boleh dipertikaikan, Yang Amat Berhormat Pagoh sebagai Perdana Menteri.
Satu lagi perkara Tuan Yang di-Pertua, pihak pembangkang khususnya mengatakan bahawa sekiranya Rang Undang-undang Perbekalan ataupun Bajet 2021 tidak diluluskan, ia adalah reflection ataupun satu andaian bahawa Perdana Menteri telah hilang kepercayaan majoriti. Namun demikian, seperti mana yang kita semua sedia maklum, pada 26 Disember 2020 baru-baru ini, Bajet 2021 telah diluluskan secara sebulat suara. Manakala, kurang daripada Ahli Parlimen yang tidak bersetuju. Itu adalah rekod di dalam Dewan Rakyat ini.
Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, tidak timbul langsung soal kononnya ada kekurangan ataupun kehilangan sokongan majoriti terhadap Yang Amat Berhormat Pagoh. Namun yang demikian, bukanlah menjadi suatu halangan kepada mana-mana pihak untuk mengemukakan apa-apa juga bentuk yang menunjukkan sokongan kepada mana-mana orang di kalangan Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk menjadi seorang Perdana Menteri. Mungkin Perdana Menteri Malaysia yang ke-9.
Kita di pihak kerajaan terbuka kalau sekiranya ada mana-mana Ahli Parlimen boleh mengemukakan statutory declaration kepada Yang di-Pertuan Agong, melebihi daripada 112, kita akur sebagai satu proses demokrasi di dalam negara kita ini. Adapun mengenai 25 usul tidak percaya dan juga dua usul percaya yang dibentangkan disenaraikan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.
Namun demikian, walaupun usul-usul ini telah dikemukakan mengikut peraturan iaitu Peraturan Mesyuarat 26(1) dan 27(3). Saya suka menjelaskan bahawa kita tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 14 dan Peraturan Mesyuarat 15. Peraturan Mesyuarat 15(1) dengan jelas menyatakan bahawa urusan kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain.
Memandangkan tidak ada langsung bentuk yang menggambarkan Yang Amat Berhormat Pagoh hilang kepercayaan, kerajaan berpandangan bahawa usul-usul tidak percaya dan juga usul-usul percaya merupakan satu usul yang melibatkan sesuatu yang tertentu dan kepentingan orang ramai. Saya percaya Dewan menganggap itu bukanlah satu perkara yang perlu disegerakan. Oleh sebab itu, usul-usul ini akan kekal di dalam Aturan Urusan Mesyuarat tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 14 dan Peraturan Mesyuarat 15. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Seterusnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Puan Nurul Izzah binti Anwar.
3. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Permatang Pauh] minta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan langkah kementerian untuk melindungi Ulu Muda iaitu sumber air mentah bagi keperluan 4.2 juta rakyat Kedah, Perlis dan Pulau Pinang daripada kesan pencemaran toksik sekiranya diteruskan penerokaan Rare Earth Elements (REE) di Kedah seluas 163,000 hektar.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Persilakan Yang Berhormat Menteri.
Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Bismilahirrahmanirrahim. Alhamdulillah wassolatuwassalam wa’ala Rasulillah. Tuan Yang di-Pertua, pertama saya ucap terima kasih kepada soalan yang dibangkitkan.
Kementerian Alam Sekitar dan Air ingin memaklumkan bahawa aktiviti perlombongan merupakan aktiviti yang ditetapkan di bawah Perintah Kualiti Kawalan Alam sekeliling iaitu aktiviti yang ditetapkan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling 2015.
Ia memerlukan pemaju projek atau sesiapa yang berhasrat untuk menjalankan sebarang aktiviti yang ditetapkan hendaklah mengemukakan Laporan EIA
(Environmental Impact Assessment) kepada Jabatan Alam Sekitar untuk pertimbangan kelulusan di bawah seksyen 34(A), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) sebelum sebarang kerja di tapak dimulakan. Untuk makluman Dewan yang mulia, sehingga kini JAS masih belum menerima sebarang permohonan untuk kelulusan Laporan EIA.
Aktiviti perlombongan Rare Earth Elements (REE) adalah di bawah kawalan dan pemantauan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KETSA) iaitu melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG). Sekiranya aktiviti perlombongan ini diteruskan, KASA akan memastikan Laporan EIA yang dikemukakan akan dipertimbangkan dengan profesional dan teliti bagi memastikan kelestarian alam sekeliling dapat terjamin.
Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Kementerian memandang serius akan impak yang ketara kepada alam sekitar dan menyarankan supaya kawasan sensitif alam sekitar ini dilindungi dan dipelihara sepenuhnya bagi menjamin kesinambungan ekosistem tersebut bagi bekalan air yang selamat, pengairan bagi jaminan sumber makanan, perlindungan ekosistem dan flora dan fauna.
Justeru itu, KASA sebagai agensi utama dalam memastikan kelestarian alam dan air, ingin menegaskan bahawa melindungi alam sekitar bagi kelangsungan fungsi ekosistem bagi jangka masa panjang perlu diutamakan demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara. Kawasan Hulu Muda merupakan kawasan tadahan bagi tiga negeri sebagaimana yang disebutkan dalam persoalan, yakni melibatkan negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Kerajaan Negeri Kedah berkorban untuk tidak meneroka kawasan tersebut.
Untuk makluman, hingga setakat ini saya baru mengesahkan dengan Menteri Besar bahawa dia memberi jaminan kawasan tadahan air tidak akan diterokai. Mana- mana kawasan pembalakan yang sekiranya telah diluluskan sebelum ini yang melibatkan kawasan tadahan air, beliau akan jamin bahawa kawasan itu akan diganti dengan tempat-tempat yang lain.
Untuk makluman, atas pengorbanan besar Kerajaan Negeri Kedah, alangkah baiknya kalau Pulau Pinang yang mendapat manfaat banyak itu dapat memberikan ataupun menyumbang dalam bentuk kewangan kepada negeri Kedah yang telah korbankan hutan dari kawasan tadahan air untuk memastikan negeri-negeri yang memerlukan dapat terjamin sumber bekalan air.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, kementerian melihat semua kawasan tadahan air di seluruh negara perlu dilindungi daripada sebarang aktiviti yang boleh mengganggu gugat kawasan tadahan sumber air. Dalam pada masa yang sama, satu perbincangan perlu diadakan bersama kerajaan negeri yang terlibat dalam pemuliharaan kawasan tadahan air ini bagi meneliti mekanisme pelaksanaan dan kewangan.
Saya sebut kewangan kerana negeri itu telah korban kawasan tadahan air untuk tidak ditebang pembalakan dan sebagainya. Maka, satu perbincangan perlu dibuat dan bagi pihak kementerian, kementerian bersedia pada bila-bila masa untuk kita mengadakan perbincangan dengan pihak kerajaan negeri bagi memastikan
Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
kelangsungan kawasan tadahan sumber air kita dapat dipelihara dengan selamat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Sebelum saya tanya soalan Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sekali lagi memberi pandangan untuk reform Parlimen, sir.
Saya pernah membangkitkan soal kamera di Parlimen ini. Hari ini masih lagi berlaku.
Setelah dua minit ke tiga minit kita berbahas, barulah nampak muka pembahas. Suara ada, orang tak ada, Tuan Yang di-Pertua. Saya minta ini dapat diperbetulkan secepat yang mungkin untuk memastikan setiap pembahas dapat coverage daripada awal di medsos, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan lihat perkara itu.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
1. Dato’ Jalaluddin bin Alias [Jelebu] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah terdapat sebarang perancangan oleh pihak kementerian untuk melaksanakan sebarang Projek Perumahan Mampu Milik di Negeri Sembilan dan di Jelebu khususnya bagi tahun 2021.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Sri Dr. Hj Ismail bin Abd Muttalib
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Jelebu. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyelaraskan pelaksanaan Rumah Mampu Milik (RMM) bagi memenuhi keperluan rakyat di seluruh negara, termasuk di Negeri Sembilan. Program perumahan yang diselaraskan di bawah KPKT adalah seperti berikut:
(i) Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Transit;
(ii) Perumahan Penjawat Awam (PPAM);
(iii) Perumahan PRIMA; dan
(iv) Program Perumahan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Status pelaksanaan Rumah Mampu Milik yang diselaraskan oleh KPKT sehingga September 2020 bagi Negeri Sembilan, terdapat sebanyak 4,719 unit rumah dalam perancangan, 4,782 unit dalam peringkat pembinaan dan sebanyak 594 unit telah siap di pelbagai lokasi di bawah program perumahan yang diselaraskan oleh KPKT.
Bagi pelaksanaan Program Perumahan Rakyat (PPR) sehingga 30 September 2020, sebanyak tiga projek PPR yang melibatkan 670 unit rumah telah siap dibina di Negeri Sembilan. Selain itu, terdapat dua lagi Projek PPR yang melibatkan 592 unit rumah masih dalam fasa pembinaan dan terdapat satu Projek PPR dengan 200 unit rumah dalam fasa perancangan di Labu, Seremban.
Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini tiada sebarang perancangan baru untuk membina PPR di Daerah Jelebu untuk tahun 2021. Walau bagaimanapun, kementerian ini tiada halangan sekiranya pihak Yang Berhormat dan kerajaan negeri mempunyai cadangan untuk melaksanakan Projek PPR di kawasan Jelebu dan boleh mengemukakan cadangan tapak yang sesuai kepada KPKT untuk pertimbangan bagi kita membangunkan rumah PPR ini.
Namun begitu, ianya tertakluk kepada kelulusan dan peruntukan kewangan oleh Kerajaan Persekutuan. Saya rasa atas kepentingan rakyat, kerajaan tidak mengorbankan masa depan rakyat untuk memberikan pertimbangan kepada peruntukan ini. Untuk makluman Yang Berhormat juga, buat masa ini tiada Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia di kawasan Jelebu.
Walau bagaimanapun, pelaksanaan PPAM di Negeri Sembilan sehingga Oktober 2020 adalah seperti di bawah iaitu ada 15 lokasi. Di Jempol ada 56. Di
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Sri Dr. Hj Ismail bin Abd Muttalib
Seremban, Tampin, Kuala Pilah yang jumlah semuanya ialah 1,041 unit. Sebahagian besar dah siap, 11 projek dah siap. Hanya empat projek lagi yang belum siap.
Selanjutnya bagi Perumahan PR1MA, status sehingga Oktober 2020 bagi projek-projek PR1MA sedia ada di Negeri Sembilan adalah seperti berikut:
(i) Residensi Port Dickson – dalam pembinaan sebanyak 697 unit;
(ii) Residensi Rantau (Fasa I) Seremban sebanyak 796 unit; dan
(iii) Residensi Seremban Sentral sebanyak 1,504 unit.
Bagi tahun 2021, PRIMA akan memfokuskan untuk menyiapkan projek-projek sedia ada di Negeri Sembilan. Bagi tahun 2021 dan seterusnya, SPNB merancang untuk melaksanakan Rumah Mesra Rakyat dan bagi 419 permohonan di dalam senarai menunggu di Negeri Sembilan, di mana 59 pemohon adalah dari kawasan Jelebu.
Namun demikian, pelaksanaannya adalah tertakluk kepada peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan kepada KPKT. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Silakan, soalan tambahan.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Yang di-Pertua, saya teliti jawapan Yang Berhormat Menteri. Jawapan standard seperti jawapan soalan yang lepas. Saya nak maklumkan di Dewan yang mulia ini, untuk makluman Yang Berhormat Menteri, saya sudah hantar permohonan bina rumah PPR di Jelebu, permohonan kali yang kedua ketika waktu dua bulan yang lalu apabila pihak kementerian minta di dalam Dewan, Tuan Yang di-Pertua.
Saya dah hantar permohonan untuk Rumah Mampu Milik, PPR di Kampung Geylang, Terusan DUN Pertang sebanyak 300 unit. Saya dah hantar permohonan untuk bina rumah PPR di Kampung Jelin, Kuala Klawang untuk 22 unit dan saya juga sudah hantar permohonan untuk rumah PPA (penjawat awam), Tuan Yang di-Pertua.
Maknanya, permohonan sudah dihantar dan jawapan di dalam Dewan juga sudah dikemukakan yakni akan diberi perhatian jika ada peruntukan. Hari ini masih lagi minta permohonan. Jadi, saya nak minta Yang Berhormat Menteri dan kementerian lihat semula permohonan ini. Kalau perlu permohonan baharu, esok saya akan submit semula permohonan ini, itu pertama.
Kedua Tuan Yang di-Pertua, harga rumah di bawah Dasar Perumahan Mampu Milik Negara ini, kementerian menyasarkan RM150 ribu dan RM300 ribu. Di beberapa kerajaan negeri menyasarkan harga ini RM80 ribu dan RM40 ribu. Kenapa tidak ada standardise ataupun diselaraskan harga rumah mampu milik untuk menampung keperluan ratusan ribu rakyat lagi yang memerlukan kediaman ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Dr. Hj Ismail bin Abd Muttalib
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Saya memang simpati dengan Yang Berhormat Jelebu. Sebenarnya untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Jelebu ini antara kawasan- kawasan yang agak istimewa kita bagi projek-projek perumahan seperti Rumah Mesra Rakyat dan sebagainya.
Atas pengorbanan Yang Berhormat Jelebu, insya-Allah saya akan bawa Yang Berhormat, cadangan ini. Saya kira seperti mana yang saya sebutkan tadi bahawa kita bersedia, dengan syarat kerajaan negeri menyediakan tapak. Oleh kerana terdapat setengah-setengah projek yang dicadangkan tidak dapat kita laksanakan kerana masalah tanah dan sebagainya. Jadi, saya tengok komitmen Yang Berhormat Jelebu amat tinggi dan insya-Allah...
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Timbalan Menteri, tapak sudah ada, Yang Berhormat Menteri ya. Dah ada tapak dah.
Dato’ Sri Dr. Hj Ismail bin Abd Muttalib
Okey, okey. Tak apa. Kalau dah ada, nanti kita bincang. Berkenaan dengan harga rumah ini Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya memang sebahagiannya tertakluk kepada lokasi di mana rumah itu dibina. Jadi sebab itulah, kita tak nak membebankan pemilik-pemilik rumah supaya rumah dibina sesuai dengan kemampuan yang boleh mereka membiayai pembelian rumah tersebut. Oleh sebab itulah kadang-kadang sesetengah kerajaan negeri berbeza dengan kerajaan negeri yang lain. Jadi, yang penting ialah bagaimana kita pastikan supaya harga itu mampu untuk dibiayai oleh pembeli-pembeli rumah dan pemilik rumah. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
2. Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail [Kulim-Bandar Baharu] minta Menteri Kewangan menyenaraikan semua jenis bantuan kepada rakyat kelompok B40 dan M40 dan jumlah sebenar perbelanjaan dibiayai kerajaan.
Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baru.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, pembiayaan kerajaan merangkumi subsidi, insentif dan bantuan adalah berdasarkan kepada keprihatinan kerajaan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat. Penerima subsidi, insentif dan bantuan ini bukan sahaja golongan B40, malah M40. Pemberian dan agihan subsidi secara bersasar merupakan antara matlamat kerajaan untuk membantu golongan yang benar- benar memerlukan dan mengurangkan ketirisan yang berlaku.
Untuk makluman Yang Berhormat, perbelanjaan sebenar pemberian kerajaan sehingga suku ketiga, tahun 2020 adalah berjumlah RM34.6 bilion iaitu RM18.2 bilion dibiayai di bawah Peruntukan Belanjawan 2020 dan RM16.4 bilion dibiayai di bawah Kumpulan Wang COVID-19 merangkumi pelbagai sektor. Antaranya sektor pertanian, sektor kepenggunaan, sektor pengangkutan, sektor keselamatan, sektor komuniti dan keagamaan, sektor kesihatan dan pendidikan, termasuklah Bantuan Sara Hidup dan Kebajikan Masyarakat, Bantuan Faedah Pinjaman serta pemberian elaun.
Untuk makluman Yang Berhormat, perbelanjaan ini juga termasuk Bantuan Prihatin Nasional, tambahan Bantuan Sara Hidup, tambahan kepada Bantuan Golongan Mudah Terjejas seperti OKU dan ibu tunggal serta bantuan secara one-off yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi. Sekian, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih atas jawapan tadi. Soalan tambahan saya, saya ada baca satu hasil kajian oleh UM Research Agencies yang dibentangkan oleh ahli ekonomi, Mohd Khalid atas kajian kepada 500 orang responden. Mereka yang paling terjejas musim COVID-19 ini ialah ibu tunggal. Hilang pendapatan sebab dah kena buang kerja, kemudian ada tanggungan anak, tujuh tahun, sembilan tahun, 11 tahun.
Jadi, dengan bantuan one-off, melegakan. Akan tetapi bila dia hendak belanja, dia akan potong belanjaan pendidikan. Dia tak akan beli data online anak dia yang belajar ini. Dia akan beli telur, dia akan beli mi segera. Okey, jadi, poin saya ketika bantuan one- off itu memberikan sedikit kelegaan untuk kelompok ini, yang mereka perlukan satu penyelesaian yang bersifat sustainable, peluang kerja, misalnya ya. Ini saya percaya memerlukan sedikit lagi penjelasan oleh Yang Berhormat Menteri. Ikhtiar untuk kumpulan sasar ini. Ini real ini, hari-hari kita temui di tengah masyarakat sekarang. Mohon sedikit lagi penjelasan. Terima kasih.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
Terima kasih Yang Berhormat Kulim- Bandar Baru. Seperti mana Yang Berhormat membangkitkan, perkara sebentar tadi merupakan dalam makluman pihak Kementerian Kewangan. Kita akui seperti mana Yang Berhormat sebutkan tadi, golongan-golongan terjejas seperti OKU, ibu tunggal dan yang hilang pekerjaan. Itu sebabnya kerajaan melalui Kementerian Kewangan sentiasa mendengar apa permasalahan rakyat. Walaupun kita mempunyai pelbagai bantuan one- off tetapi untuk makluman Yang Berhormat, seperti mana Yang Berhormat Menteri Kewangan umumkan dalam Belanjawan 2021 tempoh hari, kita mahu mengambil pengalaman di antara Bantuan Sara Hidup dengan Bantuan Prihatin Nasional yang kita gabungkan. Kita mewujudkan satu kaedah yang baharu iaitu Bantuan Prihatin Rakyat.
Dahulunya kita hanya memperuntukkan kepada RM4,000 ke bawah isi rumah tetapi dengan kita mengambil kira Bantuan Prihatin Nasional dan Bantuan Sara Hidup, kita telah mengubah sedikit dan membesarkan julat sehingga ke RM5,000. Saya yakin dan percaya Yang Berhormat, Kementerian Kewangan amat memahami apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat iaitu social protection net, dengan izin, yang harus dilihat secara menyeluruh, bukan hanya tertumpu pada perkara-perkara yang melibatkan makanan di atas meja seperti mana Yang Berhormat selalu sebutkan.
Insya-Allah Yang Berhormat, segala pandangan Yang Berhormat sebutkan tadi, saya akan bawa kepada pihak Kementerian Kewangan. Terima kasih Yang Berhormat.
3. Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [Parit] minta Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan:
(i) sehingga kini, berapa jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu
(TRM) yang terdapat di seluruh negara; dan
(ii) adakah terdapat sebarang kerjasama di antara Kerajaan Pusat dan setiap kerajaan negeri dalam menyemak semula pengurusan dan pembangunan Tanah Rizab Melayu (TRM) di seluruh negara.
Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Tuan Ali anak Biju
Selamat pagi, salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Parit. Untuk makluman, maklumat terperinci berhubung jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah data eksklusif pihak berkuasa negeri masing-masing.
Adalah lebih sesuai untuk pihak Yang Berhormat membangkitkan perkara ini dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang berkenaan kecuali di negeri Pulau Pinang dan Melaka kerana kedua-dua negeri tersebut tidak mempunyai Tanah Rizab Melayu.
Untuk isu yang kedua, isu-isu yang berkaitan dengan Tanah Rizab Melayu dibincangkan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri melalui platform Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pengurusan Tanah Rizab Melayu Semenanjung Malaysia yang diurussetiakan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli. Sekian, terima kasih.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, kuasa beli orang Melayu yang rendah, dan status pemilikan tanah yang bertindih menyebabkan banyak pemaju, termasuk kalangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) enggan mengambil risiko membangunkan Tanah Rizab Melayu. Keadaan ini mungkin menyebabkan wujudnya perbezaan nilai tanah yang ketara bagi kawasan Rizab Melayu dan kawasan tanah berstatus terbuka.
Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah dasar kementerian mengenai peningkatan atau pengurangan Tanah Rizab Melayu? Adakah semua Tanah Rizab Melayu yang digunakan bagi infrastruktur awam diganti semula?
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Silakan.
Tuan Ali anak Biju
Terima kasih Yang Berhormat Parit atas soalan tambahan tersebut. Selaras dengan Senarai Kedua, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan berkaitan pelupusan dan pengusahaan tanah dan Perkara 89, Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan Tanah Rizab Melayu adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa negeri. Tindakan pewartaan dan pembatalan sesuatu Tanah Rizab Melayu oleh pihak berkuasa negeri perlulah selaras dengan Enakmen Rizab Melayu negeri masing-masing dan Perkara 89, Perlembagaan Persekutuan di mana setiap tanah rizab yang dibatalkan perlulah diganti dengan saiz dan keadaan yang sama.
Pihak Kementerian Tenaga dan Sumber Asli berpegang dengan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan Tanah Rizab Melayu dan berharap bahawa pihak berkuasa negeri mengikuti peraturan-peraturan yang disediakan, yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai Tanah Rizab Melayu iaitu Perkara 89, Perlembagaan Persekutuan. Apa-apa perkara yang berkaitan dengan data-data Tanah Rizab Melayu dibincangkan oleh pihak kementerian dan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri melalui platform Mesyuarat Jawatankuasa PEMANDU, Pengurusan Tanah dan Rizab Melayu Semenanjung Malaysia yang diurussetiakan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.
Selaras dengan Perkara 89, Perlembagaan Persekutuan, setiap pembatalan Tanah Rizab Melayu perlu digantikan oleh pihak berkuasa negeri dengan sesebuah kawasan yang sama saiz dan sama sifatnya. Urusan pembatalan dan penggantian Tanah Rizab Melayu adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa negeri masing-masing mengikut Enakmen Tanah Rizab Melayu negeri masing-masing. Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) merupakan entiti yang memegang tanah-tanah infrastruktur awam bagi Kerajaan Persekutuan. Dalam semua Enakmen Tanah Rizab Melayu di Semenanjung Malaysia, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan diiktiraf sebagai Melayu di setiap negeri. Ini bermaksud PTP boleh memegang tanah di dalam kawasan Tanah Rizab Melayu.
Sehubungan dengan itu, tiada keperluan bagi mana-mana kawasan Tanah Rizab Melayu yang mempunyai infrastruktur awam Kerajaan Persekutuan perlu
Tuan Ali anak Biju
dibatalkan. Walau bagaimanapun, perkara ini masih tertakluk kepada dasar-dasar yang ditetapkan oleh pihak berkuasa di negeri masing-masing. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Tuan Kesavan a/l Subramaniam.
4. Tuan Kesavan A/L Subramaniam [Sungai Siput] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan perancangan ekonomi, infrastruktur dan sosial dalam Parlimen Sungai Siput bagi Masyarakat Orang Asli untuk tahun 2020.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Sungai Siput. Tuan Yang di-Pertua, dalam tahun 2020 JAKOA meneruskan pelaksanaan Fasa 3 Program Pembangunan Bersepadu Sungai Siput iaitu menyiapkan Kompleks Orang Asli One Stop Centre, di Kampung Bawong, Sungai Siput dan telah siap pada bulan November 2020.
Penyiapan kompleks ini dapat menyediakan ruang niaga kepada usahawan Orang Asli di Sungai Siput. Selain itu, ia juga dapat membantu penanam koko di kawasan tersebut untuk mengumpulkan dan memproses hasil koko dengan tersedianya pusat pemprosesan koko di kompleks ini.
Penduduk Orang Asli Sungai Siput juga dapat berurusan dengan pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran, Jabatan Pengangkutan Jalan, Suruhanjaya Pilihan Raya serta perkhidmatan pos dan utiliti melalui penyediaan kaunter berpusat di kompleks ini. JAKOA juga melaksanakan lapan projek pembangunan infrastruktur melibatkan kerja-kerja menurap jalan, membina longkang dan membina tangki air yang bernilai RM416,000.
Bagi merancakkan lagi pembangunan ekonomi Orang Asli di Sungai Siput, JAKOA turut menyediakan peruntukan bagi meneruskan pelaksanaan tiga projek ladang masyarakat Orang Asli iaitu tanaman getah melibatkan tiga buah kampung di Pos Piah iaitu Kampung Teras, Kampung Gentes, Kampung Chat. Ladang ini disertai oleh 103 orang dengan kelulusan 125.04 hektar.
Selain projek PLMOA, JAKOA juga melaksanakan Projek Hands Holding melibatkan tanaman lada hitam di kampung Orang Asli, Beswok dengan memberikan kursus kepada peserta dan memberikan bantuan input pertanian. Manakala penduduk di Kampung Kembok, Pos Piah disediakan bantuan benih pokok-pokok buah-buahan sebagai punca pendapatan sampingan.
Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM34.0 juta melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli pada tahun 2020 melalui Skim Bantuan Galakan Pendidikan
(SBGP) JAKOA sebagai insentif bantuan sokongan pendidikan Orang Asli melibatkan peringkat tabika, sekolah kebangsaan, sekolah menengah dan institut pengajian tinggi dalam negara.
Kerajaan telah memberikan bantuan SBGP, JAKOA ini dengan sewajarnya kepada Orang Asli bagi pembangunan modal insan daripada aspek pendidikan tanpa mengira suku etnik, lokaliti dan tertakluk kepada dasar kerajaan iaitu memberi keutamaan kepada kelompok yang berpendapatan ekonomi rendah, B40 di dalam institusi peruntukan yang terhad. Malah kerajaan juga menyediakan beberapa alternatif bantuan pendidikan yang turut boleh membantu Orang Asli dalam meneruskan pendidikan selain JAKOA seperti bantuan pinjaman boleh ubah, Majlis Amanah Rakyat dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.
Dengan itu saya merumuskan bahawa perancangan untuk tahun 2020 ini telah pun dilaksanakan dengan jayanya.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi yang berkaitan dengan projek mini Pusat Transformasi Luar Bandar, Kampung Orang Asli Bawong.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, salah satu isu yang sering diluahkan oleh masyarakat Orang Asli sewaktu siri lawatan ke kampung-kampung Orang Asli ialah isu rumah di mana mereka terpaksa kongsi kelamin hingga tiga atau empat keluarga.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya difahamkan setiap tahun JAKOA diberi kuota di bawah program PPRT namun kuota yang diberikan kepada Parlimen Sungai Siput hanyalah enam unit sahaja berbanding dengan keperluan semasa dianggarkan 700
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
keluarga. Jadi saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah langkah-langkah kementerian dalam membantu menambahkan kuota membina rumah baru untuk masyarakat Orang Asli di Parlimen Sungai Siput? Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih, Yang Berhormat Sungai Siput. Dalam siri lawatan saya ke kawasan-kawasan Orang Asli, kebanyakan memang inilah perkara yang dibangkitkan, seperti Yang Berhormat Sungai Siput. Sudah pastilah kita terpaksa mengagih-agihkan peruntukan tersebut memandangkan kita mempunyai lebih 52 ribu ketua isi rumah.
Sebahagiannya telah didapati bahawa kita mempunyai kelengkapan yang agak baik dan inilah sedang diusahakan bagaimana saya merumuskan bahawa kita di JAKOA akan memohon lebih peruntukan untuk membantu daripada segi perumahan, jalan, air dan elektrik yang terpaksa kita menggunakan sistem-sistem berlainan di kampung- kampung berhampiran.
Oleh sebab sistem-sistem ini disebabkan oleh terlalu jauh ke dalam umpamanya di Kelantan, di Perak, di Pahang. Ini merupakan kawasan Orang Asli yang mempunyai hubungan yang amat jauh sekali dan terpaksa kita lalui pelbagai rintangan dan terpaksa menggunakan kenderaan ekstrem untuk memasuki ke kawasan-kawasan ini.
Jadi dalam soal ini, sebenarnya masyarakat Orang Asli ini dia suka berpindah- randah, Tuan Yang di-Pertua. Dia suka berpindah-randah dan dalam keadaan inilah sebenarnya kita terpaksa mengeluarkan peruntukan yang lebih lagi untuk membina rumah-rumah mereka ini kerana bila mereka berkeluarga sahaja, mereka akan buka penempatan baru.
Ini yang kalau kita takrifkan sebagai 52 ribu ketua isi rumah tetapi sebenarnya yang berpindah ini telah melebihi angka itu yang terpaksa dari semasa ke semasa kita lalui untuk membuat siasatan-siasatan tertentu. Terima kasih, Yang Berhormat membangkitkan perkara ini dan ini amat prihatin bagi pihak JAKOA sebenarnya. Terima kasih.
5. Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [Libaran] minta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan, apa status pembinaan bangunan asrama baharu di SMK Libaran semasa perjanjian lawatan kerja Timbalan Menteri Kewangan dulu demi kesejahteraan pelajar di sekolah itu.
Timbalan Menteri Pendidikan II - Tuan Muslimin bin Yahaya
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Libaran atas rasa tanggungjawab, rasa komitmen dan kepedulian kepada pembangunan pendidikan di kawasan Parlimen Libaran.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus komited dalam usaha menyediakan prasarana dan kemudahan infrastruktur pendidikan yang selamat dan selesa kepada murid di seluruh negara.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Projek Pembinaan Bangunan Gantian Penuh SMK Libaran, telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas- RP1, tahun 2016 dengan kos projek berjumlah RM29.6 juta. Skop bagi projek ini meliputi pembinaan baharu 24 buah bilik darjah dan lain-lain kemudahan. Namun, skop pembinaan bangunan asrama murid tidak dapat diluluskan bersamaan dalam projek pembinaan bangunan SMK tersebut.
Sehingga 30 November 2020, projek SMK Libaran telah berada pada peringkat pembinaan dengan status kemajuan projek sebanyak 95.5 peratus berbanding jadual yang sepatutnya sebanyak 100 peratus. Berdasarkan penelitian KPM, terdapat keperluan untuk membina bangunan asrama baharu di SMK Libaran, ini adalah bagi mengatasi kekangan pengangkutan ke sekolah bagi murid yang tinggal jauh dan masalah ketidakhadiran murid ke sekolah yang sangat-sangat tinggi.
Sehubungan dengan itu, dalam RMKe-12, RP1, tahun 2021 pihak kerajaan khususnya KPM, telah meluluskan pembinaan bangunan asrama baru di SMK Libaran.
Tahniah kepada Yang Berhormat Libaran. Sekian, terima kasih. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana memberi jawapan yang diberikan serta komitmen KPM dalam mengemukakan permohonan
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
pembinaan bangunan asrama baru di SMK Libaran yang telah dimasukkan dalam RMKe- 12, Rolling Plan 1, tahun 2021.
Apa skop kerja yang berkaitan dengan pembangunan bangunan asmara baru di SMK Libaran yang dimasukkan dalam RMKe-12, Rolling Plan 1 bagi tahun 2021?
Bagaimana pula pengagihan jumlah wang sebanyak RM750 juta seperti yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kanan Pendidikan supaya sekolah-sekolah di negeri Sabah termasuk juga di Parlimen Libaran dapat manfaat.
Di Libaran memang terdapat beberapa buah sekolah daif yang memerlukan dan juga untuk pembinaan asrama desa dan ini diperlukan di kawasan Libaran demi kemudahan pembangunan sekolah serta kepentingan para pelajar khasnya di kawasan.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Muslimin bin Yahaya
Terima kasih kepada Yang Berhormat sahabat saya, Yang Berhormat Libaran. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Menjawab kepada soalan Yang Berhormat Libaran yang berkaitan dengan skop kerja berkaitan dengan kelulusan pembinaan asrama baru pada RP satu tahun 2021.
Saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat cadangan skop kerja adalah pembinaan bangunan asrama berkapasiti 200 orang murid iaitu 100 orang untuk murid lelaki dan 100 orang untuk murid pelajar perempuan, sebuah dewan makan, rumah warden dan lain-lain kemudahan yang berkaitan.
Untuk makluman Yang Berhormat, kos yang dianggarkan ialah sebanyak RM17 juta yang belum ditenderkan dan dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2021. Berkaitan dengan soalan yang kedua daripada Yang Berhormat, kami di Kementerian Pendidikan, berkaitan dengan bajet penyelenggaraan, sama ada melibatkan pengurusan aset ataupun pembangunan.
Untuk makluman Yang Berhormat kami di Kementerian Pendidikan akan menyalurkan peruntukan penyelenggaraan ke sekolah di seluruh negeri Sabah terutamanya di kawasan Parlimen Libaran berasaskan kepada permohonan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Libaran.
6. Puan Wong Shu Qi [Kluang] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada kerajaan Perikatan Nasional akan melaksanakan semula cukai GST ataupun cukai kekayaan (wealth tax) untuk meningkatkan pendapatan kerajaan.
Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat daripada Kluang.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sedang mengkaji kesesuaian untuk melaksanakan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) atau apa-apa model cukai kepenggunaan dengan mengambil kira semua aspek termasuk kelemahan sistem cukai jualan dan cukai perkhidmatan sekarang serta kelemahan sistem GST yang dilaksanakan pada tahun 2015.
Tuan Yang di-Pertua, kajian ini akan meliputi kesan ke atas ekonomi, kos sara hidup, kesan cukai ke atas harga barang serta keupayaan menangani kegiatan ekonomi gelap. Untuk makluman Yang Berhormat, cukai baharu perlu bersifat mudah ditadbir dan tidak meningkatkan kos perniagaan di samping dapat mengukuhkan keadaan fiskal negara.
Untuk makluman Yang Berhormat, berhubung dengan cukai kekayaan dengan izin, wealth tax, kerajaan tidak mempunyai sebarang cadangan untuk melaksanakan pada masa ini. Sekian, terima kasih.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih atas jawapan. Soalan tambahan saya, dalam satu memo dikeluarkan oleh Maybank Investment Bank Research bertarikh pada 23 November selepas satu dialog dengan Menteri Kewangan. Maybank IB Research kata bahawa Menteri telah mengumumkan dalam dialog itu bahawa, “MoF telah menubuhkan satu jawatankuasa khusus untuk mengkaji pelbagai langkah supaya meningkatkan pendapatan kerajaan termasuk pelaksanaan semula GST”.
Yang Berhormat Menteri sendiri pula mendedahkan dalam satu wawancara dengan Institut Strategik dan Integriti Terengganu pada satu hari kemudian berkata bahawa, “Cukai baharu akan dilaksanakan apabila ekonomi pulih”. Jadi saya ingin tahu.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Bila laporan kajian dan penyelidikan ini akan diakhirkan? Adakah kerajaan telah tetap satu timeline untuk pelaksanaan semula GST?
Apa yang paling penting sekali ialah apa yang dimaksudkan pemulihan ekonomi di dalam kenyataan Yang Berhormat Menteri. Sekiranya pemulihan ekonomi ditafsirkan sebagai pulih ke tahap sebelum COVID-19 iaitu tahun 2019, pelaksanaan semula GST ini sebenarnya tidak akan memanfaatkan sesiapapun. Ini kerana kita sudah tahu apa kesilapan ketika itu. Majoriti rakyat Malaysia, pendapatan mereka masih tidak sampai tahap membayar cukai income tax mereka lagi. Jadi, kesilapan akan diulangi lagi kalau kita mentafsirkan pemulihan ekonomi balik ke tahap sebelum COVID-19. Terima kasih.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan
Mesyuarat] Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
Terima kasih, Ahli Yang Berhormat Kluang.
Tuan Yang di-Pertua, yang paling pentingnya adalah kita mesti memahami bagaimana hasil yang patut berkeadaan langsung dengan prestasi ekonomi.
Ahli Yang Berhormat, kita akui pertumbuhan KDNK kita betul, menguncup 17.1 peratus ketika suku tahun kedua tetapi ia meningkat kepada -2.7 peratus. Itu yang saya sebutkan tadi, kita harus balance di antara spending dengan pendapatan. Itu sebabnya kita mewujudkan task force di dalam kerajaan sebelum ini apabila mereka memansuhkan GST, ada shortfall berlaku, jumlah kutipan hasil.
Akan tetapi yang paling pentingnya ialah kita tidak akan membuat sebarang langkah baru cukai sekiranya ia akan membebankan rakyat, itu yang pertama.
Keduanya, kita mesti melihat bagaimana kaedah-kaedah lain sepertimana yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan semasa Belanjawan 2021, kita memantapkan pematuhan percukaian. Kita memperkasakan lagi agensi pelbagai bidang yang dinamakan multi-agency task force. Oleh kerana apa, kalau kita mewujudkan cukai yang baru, ia hanya meningkatkan hasil tetapi membebankan rakyat. Ia tidak akan memberikan kesan.
Pemulihan ini kita amat positif dan optimis bahawa peningkatan 5.5 peratus ke 6.5 peratus KDNK akan berlaku pada tahun 2021. Ini berdasarkan kepada asas-asas dan indikator-indikator yang kita ada pada hari ini menunjukkan prestasi yang amat-amat baik dan kita berada di landasan yang betul.
Oleh kerana apa? Oleh kerana kita telah menggunakan RM305 bilion suntikan pakej melalui empat pakej. Kalau kita lihat seperti mana yang saya sebutkan di awal tadi, menguncup 17.1 peratus dan berlaku penambahbaikan kepada -2.7 peratus. Ini semua adalah impak daripada pelaksanaan pakej stimulus yang kita sedang lakukan.
Saya yakin Yang Berhormat juga bersetuju dengan saya, kita mesti bersama- sama dalam memastikan pemulihan ekonomi ini akan berasaskan melalui lulusnya Belanjawan 2021 sehingga ke peringkat Jawatankuasa. Ini kerana inilah step yang kelima sebelum kita melancarkan Rancangan Malaysia Kedua belas pada bulan Januari tahun 2021 bagi melengkapkan strategi 6R yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terima kasih, Yang Berhormat.
7. Puan Rubiah binti Haji Wang [Kota Samarahan] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan pencapaian dan tindakan terkini kementerian untuk menambah infrastruktur kawasan luar bandar seperti bekalan air, bekalan elektrik, ameniti sosial, jalan perhubungan khasnya di Kota Samarahan.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II - Dato’ Henry Sum Agong
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Samarahan.
Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian telah diluluskan peruntukan berjumlah RM285.6 juta untuk pelaksanaan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BLB) di negeri Sarawak bagi tahun 2020 melibatkan 16 buah projek yang akan memberikan bekalan kepada 3,200 buah rumah. Untuk makluman juga, selain daripada KPLB, projek BLB bagi negeri Sarawak turut dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri.
Mengenai projek bekalan air luar bandar (BALB) di Parlimen Kota Samarahan, terdapat satu projek BALB yang telah siap sepenuhnya pada 19 Mac 2018 iaitu Projek Saluran Paip Utama dari Paip Loji Batu Pitang ke tangki Bukit Entingan dan ke tangki
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II - Dato’ Henry Sum Agong
Batu 9 serta sebuah tangki air di Batu 9, Kuching yang melibatkan kos projek sebanyak RM92 juta.
Bagi pelaksanaan projek jalan luar bandar (JALB), di negeri Sarawak sebanyak 64 projek telah diluluskan dan akan dilaksanakan di negeri Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11). Daripada jumlah tersebut, sebanyak 39 projek sedang dalam peringkat pelantikan perunding dan reka bentuk, tiga projek sedang dalam peringkat perolehan, sembilan projek dalam pembinaan dan 13 projek telah siap sepenuhnya.
Untuk makluman Yang Berhormat, pihak kementerian juga telah meluluskan pelaksanaan empat projek jalan perhubungan desa (JPD) berjumlah RM1.57 juta di Parlimen Kota Samarahan bagi tahun 2020. Setakat Oktober 2020, dua daripada projek tersebut telah siap sepenuhnya manakala dua lagi projek sedang di peringkat pelaksanaan.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II - Dato’ Henry Sum Agong
Bagi Program Ameniti Sosial (PAMS) pula, sebanyak tiga projek berjumlah RM1.25 juta telah diluluskan di Parlimen Kota Samarahan bagi tahun 2020. Setakat 25 Oktober 2020, satu daripada projek tersebut telah siap sepenuhnya manakala dua lagi projek sedang di peringkat pelaksanaan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan. Sila Yang Berhormat Kota Samarahan.
Puan Rubiah binti Wang - Kota Samarahan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang begitu bermaklumat tadi dan saya merasakan peruntukan berkenaan dengan bekalan elektrik luar bandar yang telah meningkat dengan begitu ketara sekali daripada RM48 juta tahun ini kepada RM135.32 juta pada tahun hadapan.
Soalan tambahan saya, saya ingin hendak mengetahui apakah perancangan pihak kementerian berkaitan dengan permohonan RES di Kota Samarahan. Adakah ada apa-apa pelan tindakan dan projek-projek yang diluluskan untuk tahun hadapan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.
Dato’ Henry Sum Agong
Ya terima kasih pada Yang Berhormat di atas soalan tambahan. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, bagi pelaksanaan Projek RES di Sarawak. Projek-projek yang dilaksanakan adalah berdasarkan kepada perancangan yang dibuat oleh pihak kerajaan negeri dan dikemukakan kepada kementerian melalui Kementerian Utiliti Sarawak iaitu KUS. Bagi negeri Sarawak, selain daripada pelaksanaan Projek RES juga turut dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri melalui projek rakyat di bawah Skim Last Miles yang dilaksanakan oleh pihak Sarawak Energy Berhad (SEB).
Berdasarkan maklum balas yang diterima daripada pihak KUS bagi kawasan Kota Samarahan, kampung-kampung atau rumah-rumah yang masih belum menerima bekalan sedang dalam pelaksanaan projek rakyat tersebut yang dijangka siap selewat- lewatnya pada awal tahun 2020. Sekian. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih ahli Yang Berhormat.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan II [Tuan Mohd Shahar bin Abdullah]; dibaca kali yang pertama, akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Cukai Perkhidmatan 2018; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan II [Tuan Mohd Shahar bin Abdullah]; dibaca kali yang pertama, akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Cukai Jualan 2018; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan II [Tuan Mohd Shahar bin Abdullah]; dibaca kali yang pertama, akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Zon Bebas 1990; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan II [Tuan Mohd Shahar bin Abdullah]; dibaca kali yang pertama, akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Eksais 1976; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan II [Tuan Mohd Shahar bin Abdullah]; dibaca kali yang pertama, akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Kastam 1967; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan II [Tuan Mohd Shahar bin Abdullah]; dibaca kali yang pertama, akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pelancongan 2017; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan II [Tuan Mohd Shahar bin Abdullah]; dibaca kali yang pertama, akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2021 dan Anggaran Pembangunan 2021 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kelapan] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Kementerian Belia dan Sukan.
Kepala Bekalan B.45 dan Kepala Pembangunan P.45 di bawah Kementerian Belia dan Sukan terbuka untuk dibahas sekarang.
Saya ada senarai. Saya ingin menjemput yang pertama Yang Berhormat Johor Bahru, kemudian diikuti Yang Berhormat Kuala Krai. Persilakan Yang Berhormat Johor Bahru, lima minit.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Saya mulakan dengan merakamkan ucapan takziah buat keluarga Saudara Shafiq Ahmad, pemain bola sepak kebangsaan dan juga pasukan JDT yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ini.
Bagi memulakan perbahasan, saya ingin merujuk Butiran B.45, 02000 Pembangunan Belia dan Sukan. Kita ambil maklum bahawa COVID-19 ini memberi kesan yang menyeluruh kepada semua industri, sukan tidak terkecuali. Jadi saya harap pihak KBS mengambil maklum desakan daripada penggiat-penggiat sukan supaya disegerakan dalam soal sport bubbles dengan izin sebagai contoh dan cari jalan untuk meneruskan kelangsungan aktiviti sukan.
Cuma dalam perbahasan hari ini saya hendak menarik perhatian Yang Berhormat Menteri ada dalam Dewan ini soal jaringan keselamatan sosial. Saya ambil contoh dua, tiga hari yang lepas tular satu kisah melibatkan seorang negarawan kita, Karamjit Singh, Tuan Pengerusi mesti kenal, Tuan Pengerusi iaitu pelumba rally yang bukan hanya mengharumkan nama negara, beliau merupakan pelumba pertama negara Asia ini memenangi pertandingan dunia FIH. Sebagai contoh hari ini terpaksa jual kereta untuk meneruskan kelangsungan hidup beliau yang mana kalau kita tengok dari segi
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
jaringan keselamatan sosial yang kita ada sekarang ini, kerajaan ada Skim Penghargaan Pencen tetapi hanya terhad kepada pemenang pingat dalam Sukan Olimpik.
Kalau sebagai contoh juara dunia sekalipun, kalau sukan itu tidak dipertandingkan, tidak dapat apa-apa. Kita ada tokoh yang lain, sukan squash sebagai contoh, juara dunia. Tapi adakah sistem jaringan keselamatan sosial ini dipanjangkan kepada mereka. Kedua, perkara yang sama Yang Berhormat Menteri, iaitu ada juga atlet kita mewakili dalam Sukan Olimpik ini bukan sekali, bukan dua kali malah empat kali, 16 tahun beliau mendedikasikan kehidupan untuk mengharumkan nama negara.
Maka saya rasa sudah sampai masanya untuk Yang Berhormat Menteri teliti perkara ini, kita lebar luaskan lagi jaringan. Tidak cukup cadangan kalau ada Yang Berhormat Timbalan Menteri pun ada, cetak duit dan sebagainya tidak cukup.
Kita kena tengok kaedah yang sebaiknya. Yang kedua Butiran 030800 dalam pembangunan belia dan sukan. Saya mendapat maklum daripada peringkat persatuan- persatuan sukan di peringkat akar umbi, mereka menghadapi, sebelum COVID lagi pun menghadapi cabaran dalam soal untuk mendapatkan dana. Jadi bagi saya, saya percaya di bawah KBS ini ada peruntukan untuk NGO-NGO.
Saya harap Yang Berhormat Menteri yang tiada bebanan politik, bukannya mewakili sayap mana-mana parti sepatutnya kita mereformasikan dana ini supaya diagihkan kepada persatuan yang betul-betul memerlukan dan bebanan untuk melahirkan bakat-bakat yang akan mewakili negara ini. Jangan hanya diserahkan kepada ibu bapa, jangan hanya diserahkan kepada sekolah ataupun persatuan-persatuan kecil ini kerana percayalah ramai individu, olahragawan kita ini terbina ataupun digilap daripada akar umbi.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Kalau di Johor Bahru sebagai contoh, kita ada atlet peninju yang menang peringkat Asia. Kita ada pelumba basikal cilik. Budak kecil basikal BMX yang menang SUKMA. Akan tetapi, bila dalam soal latihan terpaksa bergantung kepada NGO untuk membantu dalam soal mendapatkan dana. Jadi, yang ini saya mohon pihak daripada KBS untuk teliti supaya dalam soal pembangunan ini kita jaga juga kebajikan bakal-bakal atlet kita ini.
Perkara yang ketiga, buat pengetahuan Yang Berhormat Menteri, Butiran 030400 – Penyelenggaraan Pejabat dan Kompleks Belia dan Sukan. Di Johor Bahru, di Larkin terdapat satu Kompleks Belia dan Sukan. Akan tetapi, keadaannya uzur dan usang. Memang sudah sampai masanya untuk dipulihkan dan di-upgrade. Cuma ura-ura yang kami dengar selama ini- bertahun-tahun sebenarnya cerita ini, iaitu kompleks ini akan dipindahkan ke tempat yang lain. Kalau hendak bina di tempat yang baharu itu teruskan. Bagi saya ia akan manfaatkan komuniti di sana.
Akan tetapi, yang saya mohon pertimbangan daripada Yang Berhormat Menteri yang saya anggap sebagai abang saya untuk kita kekalkan lokasi kompleks itu di Larkin supaya manfaat kepada penduduk sekitarnya. Dengan izin Tuan Pengerusi terakhir di Larkin itu juga terdapat stadium yang penuh sejarah dan terdapat kolam renang- Yang Berhormat Menteri pun sudah turun. Jadi saya harap KBS kekalkanlah Kompleks Belia dan Sukan di Johor Bahru. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai diikuti pula dengan Yang Berhormat Muar. Sila.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Pengerusi, terima kasih kerana memberi kesempatan dan peluang kepada saya untuk bersama dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Belia dan Sukan.
Saya ingin menyentuh Butiran 031100 – Program Latihan dan Pembangunan Sukan (Majlis Sukan Negara). Tahniah kepada Kementerian Belia dan Sukan atas kenaikan peruntukan pada butiran ini. Apakah KBS sedia mengkaji semula senarai sukan yang dimasukkan dalam senarai sukan teras dan juga Program Podium? Apakah hasil program tersebut telah memberikan pingat kepada negara dalam temasya yang disertai?
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kedua Tuan Pengerusi, Butiran 02007 – Kompleks Sukan Komuniti. Fasiliti sukan di Kelantan khususnya masih berada pada tahap yang kurang memuaskan.
Tidakkah KBS bercadang untuk menyediakan kompleks sukan mini di setiap daerah ataupun kawasan Parlimen bagi kegunaan belia dan komuniti? Kompleks sukan mini ini amatlah diperlukan untuk memupuk semangat kesukanan dalam kalangan anak muda serta akan memberikan nilai tambahan untuk memperkukuhkan semangat kebersamaan antara komuniti.
Apakah indikator utama yang diambil kira oleh pihak kementerian untuk pembinaan sesebuah kompleks sukan mini tersebut? Dalam masa yang sama, saya ingin mencadangkan kompleks sukan mini untuk Kuala Krai dan sebuah tapak yang sesuai telah dikenal pasti. Hanya tunggu Yang Berhormat Menteri turun melihat sendiri tapak tersebut, insya-Allah. Tuan Pengerusi, butiran yang ketiga ialah Butiran 010200 – Perbadanan Stadium Malaysia. Kelantan bakal menjadi tuan rumah SUKMA 2026. Soalan yang saya ingin kemukakan di sini ialah apakah status terkini Stadium Bukit Merbau dan juga kompleks serta infrastruktur sukan yang melibatkan penganjuran SUKMA tersebut?
Apakah pihak kementerian yakin ia akan dapat disiapkan dan dapat digunakan sepenuhnya menjelang SUKMA 2026 di Kelantan?
Selain itu, adakah kerajaan akan membaik pulih Stadium Sultan Muhammad Ke-IV yang sudah terlalu lama dan uzur serta perlukan perhatian segera. Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 020100 – Belia dan Sukan, e-sports semakin menjadi perhatian dalam kalangan remaja, apakah kementerian telah atau akan membuat kajian kesan sukan dalam talian ini akan menyebabkan penurunan minat belia kepada sukan konvensional yang ada?
Saya melihat e-sports memberikan kesan yang sangat besar terutama kepada golongan remaja terutamanya yang masih lagi bersekolah. Saya bimbang jika ia tidak dipantau dengan sebaiknya, bukan sahaja kepada sukan konvensional malah akan memberi kesan kepada pembelajaran mereka. Bagaimanakah pula dengan ketagihan terhadap dunia sukan atas talian yang ada juga sesetengah terlibat dengan wang pertaruhan dan perjudian?
Adakah pihak kerajaan bercadang menyekat beberapa aplikasi dalam talian yang ternyata memberi kesan buruk seperti GTA dan sebagainya yang boleh mempengaruhi pemikiran anak-anak muda untuk melakukan keganasan. Merujuk butiran yang sama seperti kita sedia maklum, SUKMA 2020 yang dijadualkan berlangsung di Johor pada Julai lepas telah dianjak pada bulan April tahun 2021 akibat pandemik COVID-19.
Persoalan saya adakah KBS tidak bercadang menganjurkan kejohanan- kejohanan lain selain SUKMA? Ini memandangkan atlet pelapis ini tidak ada kejohanan kompetitif untuk disertai dalam tempoh masa ini.
Butiran yang terakhir Tuan Pengerusi ialah Butiran 030600 – International Youth Centre. Saya ingin bertanyakan tentang International Youth Centre yang sebelum ini menjadi perhatian kementerian. Namun, belanjawan kali ini langsung tiada peruntukan untuk program tersebut. Apakah status terkini International Youth Centre ini dan apakah keberkesanan program ini setakat yang telah pun dilaksanakan? Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Tuan Pengerusi. Ada beberapa perkara yang hendak saya bangkitkan. Pertama sekali kod bidang Butiran 20000 – Perkhidmatan dan Pembekalan. Untuk kita melaksanakan program, bukan program jangka masa pendek tetapi jangka masa panjang, perlu ada kelangsungan khususnya daripada segi status kewangan kementerian.
Sebelum ini ada cadangan yang telah pun dipersetujui di peringkat Kabinet dan dapat kelulusan khas daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada peringkat tersebut, Tun Dr. Mahathir untuk kita ada carve out bagi sugar tax. Setiap tahun Kementerian Belia dan Sukan akan dapat dana khas sebanyak RM30 juta untuk kegunaan sukan bola sepak ataupun industri bola sepak.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Oleh sebab itu ada penambahan yang amat besar daripada RM15 juta setahun dinaikkan kepada RM45 juta pada belanjawan tahun lepas. Persoalan saya adakah dasar yang sama akan diteruskan? Ini kerana, pada hari ini kita masih belum lihat lagi jumlah keseluruhan dana bola sepak khususnya bagi peringkat akar umbi.
Kedua, dalam bab yang sama juga keperluan untuk KBS bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri untuk perangi judi haram berhabis-habisan. Kenapakah saya kongsi perkara ini? Hal ini kerana, sebelum ini lagi sekali telah pun dipersetujui di peringkat Kabinet untuk kita memperketat undang-undang untuk menekan mereka yang mengamalkan judi haram dengan naikkan jumlah hukuman yang harus dikenakan kepada mereka.
Kenapakah ini penting? Pada tahun 2000, at its height KBS dapat setiap tahun dalam RM100 juta daripada private sector khususnya Sports Toto. Akan tetapi, kerana peningkatan judi haram paling rendah kita terima dua tahun lepas iaitu dalam RM30 juta setahun. Ini pengurangan sebanyak RM70 juta setahun yang akhirnya menyebabkan MSN terkesan dengan begitu teruk. Adakah KBS akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri untuk memastikan dasar yang telah pun dipersetujui dan diluluskan akan dilaksanakan?
Kedua, adalah berkenaan kod bidang Butiran 031000 – Malaysia Future Leader School (MFLS). Apabila Malaysia Future Leader School (MFLS) digagaskan ia menggantikan Biro Tatanegara (BTN) yang sebelum ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri tetapi diletakkan kini kepada KBS. BTN sebelum ini dikenali sebagai badan indoktrinasi khususnya bagi tujuan politik. Saya yakin banyak anak muda akan ingat jasa BTN kepada diri mereka bukan pada tahun 1980 tetapi beberapa tahun yang lepas.
Persoalan saya apabila ada penurunan bajet yang begitu ketara, adakah ia bermaksud bahawa BTN akan kembali dihidupkan semula dan akhirnya MFLS perlu mencari tempat lain untuk bertapak. Hal ini kerana, laporan-laporan telah pun menunjukkan bahawa kerajaan berniat untuk mengembalikan semula bukan sahaja BTN yang merupakan salah satu badan indoktrinasi politik tetapi juga PLKN yang memakan dana sebanyak RM700 juta hingga RM800 juta setahun daripada dana tahunan kementerian. Secara keseluruhan perkara ini perlu diperjelaskan.
Selepas itu, saya ingin membangkitkan isu model gelembung sukan.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Saya kena ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apabila saya bangkitkan isu ini beberapa hari yang lepas dan mendapat sokongan yang agak besar daripada mereka yang berada dalam industri sukan, mereka telah pun melawat padang-padang yang teruk terkesan. Saya berharap bukan setakat melawat padang tersebut tetapi keluarkan SOP baharu secepat mungkin dan bentangkan hala tuju. Kalau betul pada tahun depan, bila? Tarikhnya apa?
Kalau boleh bekerjasama dengan bank-bank untuk memastikan mereka yang terkesan mendapat lanjutan moratorium dan pada masa yang sama terus diberikan secara direct bantuan dana yang telah pun dijanjikan oleh TEKUN yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebelum ini. Gelembung sukan ini bukan sahaja bagi industri bola sepak tetapi bagi semua sukan yang berlainan.
Keempat, saya ingin bangkitkan isu penganjuran SUKMA. Saya ingin tanya kepada kementerian, adakah kementerian ingin meneruskan dasar di mana kita ingin mengembalikan penganjuran SUKMA kepada negeri Kelantan? Sebelum ini saya ingat apabila saya berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan, walaupun kita berada di kedudukan politik yang berbeza, parti yang berbeza, tetapi buat pertama kali dalam sejarah, kita telah pun bersetuju untuk mengembalikan hak penganjuran SUKMA kepada Kelantan kerana setelah lebih 20 tahun, tidak pernah sekalipun SUKMA dikembalikan ke Kelantan. Kalau dikembalikan, ia akan dapat dana dalam RM200 juta untuk pembangunan infra sukan yang sudah lama dinanti-nantikan.
Terakhir, saya kena ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana berjiwa besar sanggup meneruskan projek infra sukan khususnya di kawasan saya Muar, hab anak muda, hab Tengku Mahkota. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Cuma, saya berharap, sebelum ini dana yang diperuntukkan adalah RM25 juta.
Apabila saya lihat pelan pembaharuannya, sudah tidak ada lagi elemen kolam renang.
Kolam renang ini sangat penting, Yang Berhormat Menteri, kerana kalau tanya Yang
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Amat Berhormat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin, beliau akan ingat kerana beliau orang Muar.
Pada tahun 1980, tahun 1990, ada kolam renang di Muar tetapi telah pun dihapuskan. Oleh sebab itu ada cadangan untuk kembalikan kolam renang ini yang telah pun lama dinanti-nantikan oleh orang Muar. Sebelum ini telah pun dimasukkan ke dalam pelan tetapi dalam pelan yang baru tiada lagi. Either way, saya kena ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, berjiwa besar. Terima kasih.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Yang Berhormat Muar, boleh?
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Kalau ia pergi ke undian, saya janji saya tidak akan tolak. Kalau boleh kena sokong. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Boleh minta celah sikit, Yang Berhormat Muar?
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Muar. Yang Berhormat Bandar Kuching, tidak sempat. Masuk celahan yang lain.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Jerai. Kemudian diikuti Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Butiran 020000 – Pembangunan Belia dan Sukan, Butiran 020100 – Belia dan Sukan. Pelanggan belia berumur 15 sehingga 30 tahun. Jadi, perubahan ini memerlukan pihak kementerian untuk melihat kepada kematangan para belia untuk memimpin. Dana yang diperuntukkan hampir RM96,509,800. Sejauh manakah program Skim Perantisan Nasional yang dikatakan dapat memberi peluang pekerjaan kepada 10,000 orang belia di negeri ini telah diusahakan dan akan dirancang untuk mengurangkan pengangguran dalam kalangan belia?
Seterusnya, Butiran 020200 – Pembangunan Kemahiran Belia. Dana yang diperuntukkan sebanyak RM189 juta di mana dalam pembangunan kemahiran belia ini, Tuan Pengerusi, kebolehpasaran graduan latihan kemahiran, saya percaya 10,000 orang belia tenaga mahir dalam tempoh COVID-19 ini. Apakah peluang-peluang jangka pendek yang dibuka untuk belia meraih sumber pendapatan seperti mana usahawan belia niaga dan sebagainya?
Seterusnya, Butiran 030800 – Program Belia dan Sukan. Dana yang diperuntukkan RM20 juta. Sejauh manakah program belia dan sukan ini dapat melahirkan belia yang hebat di bidang sukan? Di Parlimen Jerai, saya berterima kasih kerana saya difahamkan telah pun diluluskan permohonan menaik taraf gelanggang futsal bagi merancakkan lagi kehadiran para belia bersukan di luar bandar. Harapan saya Yang Berhormat Menteri, segeralah dapat mempercepatkan usaha tersebut dan memberi satu saham yang hebat bagi mengekang belia terbabit daripada melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.
Sehubungan itu juga, mungkin permohonan saya juga ada kaitan dengan Butiran 02400 – Gelanggang Sukan yang melibatkan peruntukan RM32,712,900.
Seterusnya, Butiran 04007 – Kajian Pembangunan Belia. Peruntukannya RM2,250,000. Dengan peruntukan sebanyak itu, apakah perincian program pembangunan yang dimaksudkan? Sehubungan itu juga, adakah kajian pembangunan sebanyak itu dana peruntukan melibatkan pembangunan belia di luar bandar?
Seterusnya, Butiran 020300 – Majlis Sukan Negara. Sebanyak RM14 juta yang diperuntukkan untuk menambah bilangan atlet di peringkat pelapis dan senior. Daripada segi atlet pelapis untuk pembangunan bola sepak, apakah langkah kementerian bagi meningkatkan skill pemain pelapis bagi mewujudkan pemain yang terhebat dalam kancah bola sepak negara? Ini kerana sekarang ini ranking bola sepak Malaysia berada dalam 154 di peringkat dunia.
Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bukit Mertajam, diikuti oleh Yang Berhormat Setiu.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mohon untuk berbahas di peringkat jawatankuasa untuk perbelanjaan KBS.
Pertama sekali, saya ingin merujuk kepada Kod 10000 – Emolumen dan juga Kod 20000 – Perkhidmatan dan Bekalan sebab kedua-dua ini merujuk kepada emolumen kakitangan tetap dan juga kakitangan kontrak di bawah Kementerian Belia dan Sukan.
Saya perhatikan bahawa dalam kedua-dua butiran ini sama ada di bahagian pembangunan belia dan sukan di Butiran 020000 ataupun dalam bahagian pembangunan kemahiran belia iaitu melibatkan, saya percaya institut kemahiran belia dan sukan iaitu di Butiran 020200, semua ini mengalami pemotongan daripada segi jumlah berbanding dengan tahun lepas.
Adakah ini bermaksud gaji dan juga kebajikan termasuk tuntutan overtime dan sebagainya penjawat awam akan dipotong? Adakah ini juga menunjukkan bahawa akan berlaku pengurangan bilangan staf sama ada kakitangan tetap ataupun kontrak di peringkat Kementerian Belia dan Sukan? Saya harap perkara ini tidak berlaku sebab dalam keadaan ekonomi lembap, pasaran kerja lembap, jangan kita memangsakan penjawat awam kita.
Saya juga ingin...
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Minta celah.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Saya juga ingin memohon kepada Yang Berhormat Menteri yang ada di sini, kawan baik saya dari Kepala Batas, pegawai belia dan sukan, pegawai S terutama di peringkat daerah, kita mohon supaya diselaraskan semua gred pegawai belia dan sukan di peringkat daerah supaya mereka setara dengan pegawai peringkat daerah kementerian-kementerian dan jabatan lain.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Boleh minta pencelahan?
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Keduanya, Butiran 030800 – Program Belia dan Sukan. Saya nampak ada pemotongan lebih 50 peratus. Sebenarnya program belia dan sukan bukan setakat buat event. Saya faham mungkin kerana ada yang berpendapat bahawa kena potong sebab tidak dapat buat event tetapi program belia dan sukan bukan setakat buat event malah persatuan-persatuan belia, sama ada kebangsaan ataupun setempat, melaksanakan banyak aktiviti kesukarelawan terutamanya dalam bantuan bencana termasuk musim COVID-19 ini.
Saya mohon supaya diberi perhatian. Saya sudah beri 10 cadangan kepada kementerian termasuk pemberian RM100,000 kepada setiap persatuan belia kebangsaan sebagai dana pengurusan COVID-19.
Butiran 020300 – Majlis Sukan Negara. Saya mohon supaya peruntukan dinaikkan supaya boleh memberikan dana kepada persatuan sukan kebangsaan. Ini juga termasuk dalam cadangan saya termasuklah RM3 juta kepada YAKEB iaitu Yayasan Atlet Kebangsaan yang menjaga kebajikan bekas-bekas atlet negara.
Akhir sekali, saya nampak Butiran 02400 – Gelanggang Sukan diturunkan daripada RM55.8 juta kepada RM32.7 juta. Saya memohon supaya kalau boleh kita tingkatkan sebab dalam keadaan ekonomi lembab, kerajaan perlu berbelanja untuk memastikan pasaran, memastikan pekerjaan dan sebagainya merangsang ekonomi.
Ini mungkin untuk kepentingan kawasan saya. Yang Berhormat Menteri pun sudah kata setuju untuk membina sebuah pusat e-sport di Bukit Mertajam. Saya mohon supaya ini tidak dimansuhkan.
Saya beri peluang kepada Yang Berhormat Bandar Kuching.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Okey, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Bukit Mertajam. Kita lihat satu bajet yang paling besar dalam sejarah negara kita tetapi kita melihat satu penurunan yang sangat ketara di dalam bajet untuk anak muda ini sampai sebanyak RM215 juta.
Pada pandangan Yang Berhormat, apakah mesej yang ingin dihantar oleh kerajaan ini dan saya faham walaupun musim COVID-19 ini mungkin ada temasya sukan yang mungkin tidak dapat dijalankan. Adakah ia lebih baik jika peruntukan tersebut disalurkan untuk pembinaan dan pembangunan kemahiran belia? Akan tetapi, kita lihat juga ada penurunan. Apakah pandangan Yang Berhormat?
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Saya bersetuju dan saya minta masukkan dalam ucapan saya dan saya percaya saudara Yang Berhormat Menteri akan cuba untuk memberikan perhatian yang sewajarnya.
Satu lagi perkara terakhir Butiran 030600 – International Youth Centre (IYC).
Saya nampak peruntukan daripada sebanyak RM1 juta jadi ‘0’. Saya harap kementerian sedar bahawa IYC walaupun dia merujuk kepada banyak membuat aktiviti-aktiviti antarabangsa tetapi dalam keadaan COVID-19 ini. Kita tidak terhad hanya kepada aktiviti-aktiviti sedemikian.
Sebenarnya pada zaman di bawah pentadbiran Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan Yang Berhormat Muar, kita telah membuat perancangan untuk melatih belia- belia kita untuk mempunyai kesedaran dan pemahaman sustainable development goals
(SDG). Jadi saya harap peruntukan boleh dipulangkan kepada IYC supaya mereka melaksanakan program-program dalam negeri, memperkasakan belia Malaysia untuk berdepan dengan cabaran antarabangsa. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Sekarang silakan Yang Berhormat Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Berucap dalam bahasa Arab]* Tuan Pengerusi, saya terus kepada Butiran 020100. Belia menjadi golongan terbesar menerima kesan pandemik COVID-19 kerana mereka berusia antara 15 hingga 40 tahun. Menyumbang sebanyak 46.8 peratus atau sebanyak RM15.25 juta daripada jumlah penduduk negara pada tahun 2019.
Selain itu, berdasarkan tinjauan dalam Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia sebanyak 83 peratus golongan belia menyatakan terkesan sepanjang tempoh COVID-19. Tidak dinafikan pelbagai insentif telah disediakan melalui Pelan Rangsangan Ekonomi 2020 dan Belanjawan 2021 negara agar dapat membantu seramai mungkin golongan belia memperolehi peluang pekerjaan baharu dan pengekalan pekerjaan sedia ada.
Namun begitu sehingga kini, sejauh manakan insentif tersebut dapat membantu golongan tersebut? Apakah langkah kerajaan dalam menggalakkan lebih ramai belia memanfaatkan insentif-insentif yang disediakan?
Kedua, Butiran 00100 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Institut Kemahiran Belia Negara merupakan satu institusi penting bagi melahirkan belia yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang yang diperlukan oleh industri di negara ini.
Secara purata setiap negeri hanya terdapat satu atau dua IKBN sahaja termasuklah di Terengganu ia di Kemasik dan di Wakaf Tapai.
Saya ingin memohon pada pihak kerajaan agar dibina sebuah IKBN di Setiu memandangkan IKBN yang sedia ada iaitu di Wakaf Tapai dan Kemasek terletak agak jauh daripada Setiu. Pohon dipertimbangkan.
Ketiga, Butiran 02400 – Gelanggang Sukan. Saya ingin memohon pada pihak kerajaan supaya menaik taraf Kompleks Sukan Sungai Tarom dengan meng-upgrade- kan padang biasa kepada padang sintetik. Selain itu gelanggang futsal dan gelanggang- gelanggang sukan lain yang sedia ada di kompleks tersebut juga perlu diselenggara dan dibaik pulih dengan segera.
Hal ini kerana fasiliti-fasiliti sukan sedia ada di kompleks sukan tersebut telah sekian lama tidak diselenggara. Saya juga ingin memohon pihak kerajaan untuk melengkapkan Kompleks Sukan Sungai Tarom ini dengan beberapa kelengkapan lain seperti gelanggang tertutup untuk sukan bola jaring dan beberapa gelanggang sukan lain terutama kemudahan sukan yang belum disediakan di tempat, di kompleks tersebut.
Seterusnya Butiran 02007 – Kompleks Sukan Komuniti. Di bawah butiran ini, saya mencadangkan agar Kompleks Sukan Sungai Tarom Setiu dibina bersekali dengan Pejabat Belia dan Sukan Setiu. Hal ini bagi memudahkan pengurusan dan kawal selia kompleks sukan tersebut sekali gus mampu mengelak dari kompleks sukan terbengkalai tanpa pengawasan.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Seterusnya Butiran 010200 – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM). Merujuk kepada butiran ini, saya ingin memohon pihak kerajaan untuk mempertimbangkan pembinaan satu mini stadium di Kampung Sungai Bari Langkap. Kawasan tersebut tidak mempunyai apa-apa kemudahan sukan yang besar. Tambahan pula, kemudahan mini Stadium Sungai Tarom agak jauh dari lokasi ini. Perkara ini menyusahkan penduduk terutama golongan belia untuk bersukan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Sepang, diikuti oleh Yang Berhormat Bachok.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih pada Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya terus kepada Butiran 020000 – Pembangunan Belia dan Sukan. Di mana jumlah peruntukan telah dikurangkan dari zaman PH sebanyak RM101 juta kepada sebanyak RM96 juta sahaja.
Saya ingin bertanyakan, kenapakah jumlah ini dikurangkan Yang Berhormat Menteri sedangkan kita tahu bahawa belia dan sukan ini tidak boleh kita hendak asingkan dan saya rasa Yang Berhormat saya juga merasa hairan di manakah– tadi kita telah dengar ada Yang Berhormat Kuala Krai kalau tak silap saya berkata tentang e-sports ataupun e-sukan yang merupakan sekarang trend terkini.
Saya difahamkan memang kementerian juga sebenarnya memang ada membuat satu Pelan Strategik Pembangunan e-Sukan Malaysia 2020-2025. Akan tetapi, kalau kita lihat dalam butiran dalam buku belanjawan ini tidak ada satu pun butiran khas mengenai e-sukan. Seperti mana yang Yang Berhormat ketahui bahawa e-sukan ini dilaporkan bahawa menjelang 2023, mungkin mempunyai jumlah penonton, viewers lebih kurang sebanyak 648 juta.
Pada Sukan Asia 2022 yang akan diadakan di China, dikatakan bahawa e- sukan mungkin juga akan diperkenalkan sebagai sukan yang akan diperkenalkan secara beransur-ansur. Jadi, menunjukkan betapa e-sukan ini satu yang trendy sekarang ini.
Walaupun saya akui Yang Berhormat memang ada perbahasan panjang, adakah e- sukan ini satu sukan atau tidak kerana ia tidak melibatkan aktiviti fizikal.
Kalau dahulu kita tahu bahawa orang yang bersukan ini kita boleh lihatlah dari segi mereka ini secara umumnya dari segi penampilan fizikal mereka mungkin nampak lebih sihat dan sebagainya sedangkan sekarang ini kemungkinan orang terlibat dengan e-sukan ini mungkin memakai kaca mata yang begitu tebal. Mungkin seorang yang mungkin agak subur dari segi perkembangan badannya tetapi mereka terlibat e-sukan.
Apa lagi yang kita tahu bahawa dalam e-sukan ini ada satunya dipanggil satu fenomena interconnected junkies yang mereka terlalu ketagih dengan e-sukan ini e- games ini yang mengakibatkan ada dia punya kesan buruknya iaitu ada yang kata ibu bapa kata mereka tak sembahyang, mereka ini kurang bersukan. Walaupun mereka terlibat dengan e-sukan tetapi mereka tidak bersukan, tidak berpeluh dan sebagainya.
Jadi ini ada dia punya downside lah.
Jadi saya mengharapkan perkara-perkara ini juga diambil kira dan ada juga terdapat laporan mengatakan ada belia yang sampai meninggal dunia kerana terlalu ketagih dengan e-sukan ini. Akan tetapi apa yang hendak dikatakan bahawa e-sukan ini sesuatu yang memang kita kena ambil berat dan saya harap segala yang dibangkitkan itu dapat perhatian daripada Yang Berhormat Menteri.
Saya juga ingin minta supaya kerajaan juga memikirkan tentang sekarang kita tahu belia ini mereka tidak suka sangat macam generasi yang sebelum sebab mereka sekarang ini dipanggil Generasi Z. Mereka-mereka yang lahir selepas 1995 dipanggil Generasi Z, dahulu Generasi Y sekarang Generasi Z. Yang mana Generasi Z ini generasi yang memang agak unik dari segi penampilan mereka dan mereka ini dari segi kerjaya pun mereka tidak begitu suka kerja macam kita office hour sebab itu wujudnya apa yang dipanggil gig economy ataupun ekonomi gig ini yang mana mereka-mereka ini tidak mahu tersekat dengan waktulah, terhad dengan waktu bekerja.
Akan tetapi, ada masalah sedikit dari segi ekonomi gig ini kerana tidak ada satu dipanggil safety net ataupun tidak ada satunya keselamatan dari segi sosial mereka iaitu macam mana dari segi contohnya caruman KWSP tak ada, SOCSO tak ada dan sebagainya.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Jadi ini pun menjadi satu masalah kepada golongan belia, tidak ada jaminan masa depan. Walaupun dalam masa yang sama, mereka merasakan bahawa inilah bidang yang mereka paling suka. Mereka tidak tertakluk kepada satu rejim yang agak ketat. Akan tetapi, mereka juga dalam masa yang sama mahukan satu keselamatan sosial ataupun jaringan keselamatan (safety net). Jadi saya mengharapkan Yang Berhormat Menteri dapat mengambil kira perkara ini, sama ada kita hendak memperkenalkan satu skim, macam mana kah, itu Yang Berhormat Menteri boleh fikirkanlah.
Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya hendak tanya apakah rasionalnya kita masih lagi ingin mengadakan terus Biro Tatanegara ini? Ini sebab kita lihat dalam Butiran 00119, ada peruntukan mengenai Biro Tatanegara. Seperti apa yang diperkatakan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Muar tadi bahawa Biro Tatanegara ini selalunya dijadikan sebagai tempat indoktrinasi politik. Oleh sebab itulah pada zaman Pakatan Harapan memerintah kita telah memperkenalkan satu skim baharu yang dipanggil Sekolah Kepimpinan Masa Hadapan Malaysia (MFLH) yang saya rasa sepatutnya kita ke arah itu.
Akan tetapi malangnya peruntukan mengenai Sekolah Kepimpinan Masa Hadapan Malaysia ini telah dikurangkan begitu banyak, hampir RM37 juta. Akan tetapi, ada peruntukan mengenai Biro Tatanegara. Jadi sebagai penutup, saya hendak katakan, kita mesti cuba memperkasakan belia ini Yang Berhormat Menteri, kerana belia ini ataupun golongan muda ini kata Bung Karno, “Kalau kamu beri saya 10 orang pemuda saya boleh goncangkan dunia”.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Membaca sepotong ayat al- Quran] Itu Ashabul kahfi. Jadi kita harap pemuda ini diberikan satu penekanan. Saya harap Pemuda UMNO dan Pemuda PAS pun beranilah cakap perkara yang benar.
Cakaplah yang kerajaan pintu belakang tidak boleh. Sepatutnya pemuda kena berdiri begitu.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Ini pemuda lembab ini buang masa.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Provoke ini.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Saya jemput sekarang Yang Berhormat Bachok, diikuti oleh Yang Berhormat Sepanggar dan yang terakhir Yang Berhormat Parit. Sila Yang Berhormat Bachok.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok
Terima kasih Tuan Pengerusi. *Bismillahi Rahmani Rahim.
[Membaca sepotong ayat al-Quran]* Tuan Pengerusi, saya terus kepada Butiran 020100 – Belia dan Sukan. Saya sudah sering kali membangkitkan mengenai isu penagihan dadah di kalangan belia dalam Dewan yang mulia ini. Dalam tempoh lima tahun daripada tahun 2014 hingga 2018, sebanyak 85,000 kes-kes penagihan dadah berlaku yang melibatkan umur belia 19 tahun sehingga 39 tahun.
Jumlah kes yang berlaku ini terlalu besar untuk kita tangani. Maka sewajarnya isu ini sentiasa menjadi keutamaan oleh kerajaan setiap tahun dan kita tidak boleh sesekali merasa selesa dan berpada dalam keadaan situasi yang semakin meruncing.
Oleh itu saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak kementerian.
Seperkara lagi, saya turut terbaca mengenai Program Empowering Youth for Drug-Free Community yang telah dianjurkan oleh JAKIM dengan kerjasama agensi- agensi lain. Ini salah satu daripada program yang penting bagi mengadvokasi isu-isu pencegahan dadah dalam kalangan belia pada hari ini.
Saya ingin bertanya, mengapa tiada peruntukan yang jelas bagi menangani isu dadah dalam mana-mana butiran di bawah Kementerian Belia dan Sukan? Kedua, sejauh mana kementerian melaksanakan program-program seperti Kempen Belia Benci
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok
Dadah dan sebagainya bagi memperkasakan kempen mencegah belia daripada terlibat dengan jenayah dadah.
Butiran 020300 – Majlis Sukan Negara. Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh perkara di bawah butiran Majlis Sukan Negara kerana ia berkaitan dengan soal prestasi atlet di peringkat tertinggi selain penganjuran sukan di pelbagai peringkat. Kita melihat banyak acara sukan di peringkat domestik dan antarabangsa yang terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan pada tahun ini disebabkan oleh pandemik virus COVID-19 yang melanda global pada hari ini.
Saya difahamkan pada tahun hadapan, ada beberapa kejohanan antarabangsa yang akan dijalankan termasuklah beberapa acara olahraga bagi kelayakan Olimpik. Ini termasuk juga kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 dan kelayakan Piala Asia AFC 2023 yang turut ditunda pada tahun hadapan.
Begitu juga pasukan-pasukan bola sepak tempatan yang mewakili Malaysia dalam AFC Champion League dan AFC Cup pada tahun hadapan. Kesemua acara-acara ini bukan sahaja melibatkan kehadiran atlet dan pasukan daripada luar datang bertandang ke negara kita di Malaysia, bahkan ada juga melibatkan atlet pemain negara yang perlu beraksi di luar negara. Saya ingin bertanya.
Apakah langkah pihak kementerian bagi memastikan atlet-atlet negara dapat diberikan peluang untuk kembali menyertai acara-acara di peringkat yang lebih tinggi ini serta langkah yang terperinci bagi memastikan dalam masa yang sama stamina dan juga kesihatan mereka terjamin daripada sebarang ancaman kesihatan dan sebagainya?
Mohon penjelasan. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Bachok, boleh saya mencelah?
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Sepanggar.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok
Boleh, boleh.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya ada lagi satu minit 35 saat. Yang Berhormat Bachok pun dan beri kebenaran untuk saya mencelah, saya khuatir saya tidak dapat peluang. Boleh ya Tuan Pengerusi?
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ya, boleh.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Mengenai kemahiran tinggi. Pembangunan Kemahiran Belia adalah penting saya kira belia ini dijadikan bangsa usahawan. Mereka menjadi tauke syarikat-syarikat online di IKS-IKS misalnya supaya dengan kemahiran tinggi maka gaji mereka akan bertambah tinggi. Seterusnya mengenai MFLS dan BTN.
Saya menyokong kewujudan semula BTN ini. BTN ini adalah suatu latihan sikap berteraskan sistem nilai yang mulia. Ia berdasarkan kepada falsafah jatuh bangun sebuah negara bangsa itu berteraskan nilai-nilai murni. Jika nilai-nilai mulia yang ditanamkan kepada rakyat, maka negara bangsa itu akan maju. Akan tetapi jika nilai sebaliknya, negara bangsa itu akan mundur.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Oleh kerana itu saya menyokong diwujudkan semula BTN sebagaimana yang ada dalam perkara Projek Pembangunan Biro Tatanegara di Butiran 00119. Dia adalah program yang amat mulia dan kepada mereka yang tidak pernah hadir kursus BTN ini, menuduh macam-macam.
Akan tetapi pada mereka yang hadir BTN membawa banyak kebaikan. Saya bekas pegawai BTN.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Saya hadir, memang tidak bermanfaat.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya bekas pegawai BTN, kita pergi ke negara Jepun...
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Saya hadir, saya dengar apa yang mereka cakap.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
...ke negara Jerman dan juga ke negara Indonesia untuk membuat segala modul yang baik untuk BTN ini.
Tujuannya ialah untuk menanamkan nilai-nilai yang murni dan menjadikan rakyat yang patriotik. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ini floor Yang Berhormat Bachok tadi. Sila sambut Yang Berhormat Bachok.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok
Saya setuju, yang baik. Tak baik kita tambah baik. Insya-Allah. Masukkan ucapan Yang Berhormat Pontian dalam ucapan saya.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik-baik. Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sepanggar dan yang terakhir Yang Berhormat Parit. Sila, lima minit.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Nanti, minta Tuan Pengerusi terakhir, dua tiga minit sahaja, Yang Berhormat Ledang.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Okey, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus menyentuh Butiran 02400 – Gelanggang Sukan di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, ramai di kalangan belia di negeri Sabah yang memiliki bakat yang terpendam dalam sukan bermotor ini, baik motokar atau motosikal.
Akan tetapi sedihnya, bakat mereka tidak dapat diketengahkan kerana mereka tidak disediakan dengan platform untuk aksi kemahiran mereka dalam sukan permotoran.
Kalau saya boleh merujuk kepada dialog belia bersama dengan Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Muar ke negeri Sabah pada masa itu. Ada diutarakan tentang masalah ketiadaan fasiliti sukan permotoran di Sabah dan saya difahamkan di Sarawak juga tiada.
So, bayangkan dua negeri yang terpisah dengan tanah Semenanjung ini langsung tidak ada fasiliti sukan permotoran di dua negeri ini.
Jadi, saya minta Yang Berhormat Menteri melalui Kementerian Belia dan Sukan dapat mempertimbangkan fasiliti sukan seumpama ini agar ianya bermanfaat untuk anak- anak muda kita khususnya dalam musim pandemik COVID-19 ini. Sukan permotoran merupakan sukan yang saya rasa boleh dianjurkan kerana ada SOP-SOP yang boleh menepati SOP untuk mengelak penularan COVID-19.
Mengenai dengan Butiran 00601 – Naik taraf Kompleks Belia dan Sukan di Negeri-negeri. Pada bulan November tahun lepas, Kerajaan Negeri Sabah menerusi Lembaga Sukan Negeri Sabah telah memperkenalkan sistem e-booking yang membolehkan pengguna Kompleks Sukan membuat tempahan gelanggang serta peralatan sukan hanya melalui aplikasi yang diberi nama GoNet.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Penggunaan e-booking tersebut dilihat sebagai medium terbaik buat anak-anak muda di negeri Sabah untuk membuat tempahan gelanggang serta peralatan sukan tanpa melibatkan sebarang interaksi fizikal di kaunter yang boleh merisikokan mereka.
Seperti yang diharap oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah sebelum ini, sistem e-booking ini akan diperluaskan penggunaannya di kesemua 15 kompleks sukan di Sabah sekiranya Kerajaan Negeri Sabah masih mentadbir pada masa itu.
Berkenaan hal ini, saya minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan pertama, dengan peruntukan sebanyak RM27.89 juta bagi butiran ini, adakah kementerian berhasrat untuk memberi monetary support dengan izin, bagi meluaskan penggunaan sistem e-booking di negeri Sabah di kesemua Kompleks Belia dan Sukan termasuklah gelanggang-gelanggang takraw dan futsal milik Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri.
Keduanya apakah aspek keselamatan yang akan diberikan penekanan oleh kementerian bagi membangunkan semula atau menaik taraf kompleks-kompleks belia dan sukan di negeri Sabah lebih-lebih lagi kamera litar tertutup atau CCTV tidak dipasang di kebanyakan kompleks-kompleks sukan ini.
Ketiga, memandangkan tiada satu pun peruntukan di bawah KBS dikhususkan untuk negeri Sabah, saya ingin bertanya berapakah anggaran peruntukan yang akan dikhaskan untuk menaik taraf setiap satu Kompleks Belia dan Sukan di Sabah terutamanya yang terletak berdekatan dengan kawasan luar bandar. Sekiranya ada special allocation dengan izin, untuk tujuan tersebut, saya minta agar kementerian dapat mempertimbangkan pembinaan pusat khas bagi anak-anak muda luar bandar untuk melibatkan diri dalam sukan e-sports.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Seperti Yang Berhormat Menteri sedia maklum, penglibatan dalam e-sports memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan anak-anak kampung di Sabah sememangnya tidak mampu dari segi aspek kewangan. Jadi saya fikir dalam keadaan kita dibataskan untuk melakukan aktiviti sukan yang melibatkan sentuhan fizikal, pewujudan sebuah pusat khas esports di kompleks-kompleks belia dan sukan di Sabah dapat menarik minat belia luar bandar untuk melibatkan diri baik secara amatur ataupun profesional dalam bidang e-sports ini.
Tuan Pengerusi, yang terakhir Butiran 031100 – Program Latihan dan Pembangunan Sukan Majlis Sukan Negara. Memandangkan kejohanan SUKMA dan Para SUKMA ditangguhkan pada tahun 2022, segala bentuk persiapan atlet harus diberi tumpuan, khususnya atlet para. Berkenaan dengan persiapan atlet para, saya ada tiga persoalan untuk respons Yang Berhormat Menteri. Pertama, apakah bentuk pemantauan daripada kementerian terhadap rutin latihan atlet para Sabah khususnya sukan individu yang turut berhadapan dengan SOP latihan yang baru, di mana atlet harus menjalani latihan secara bersendirian.
Kedua, adakah kementerian menerusi Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri Sabah akan mewujudkan sistem interaksi latihan sukan secara digital ataupun e- training yang membolehkan pengendalian latihan harian antara jurulatih dan atlet para dapat dilakukan menerusi aplikasi digital yang mengandungi modul latihan mengikut jenis sukan dan jika tiada, inisiatif sebegitu bagaimanakah aspek kejurulatihan bagi atlet para dapat diberi pemfokusan memandangkan adanya SOP baru yang terpaksa mengubah training method dengan izin, seseorang jurulatih berdasarkan had atau limitation yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara.
Terakhir, yang ketiga dengan masalah-masalah seperti logistik serta kekangan pergerakan yang disebabkan oleh PKPB dan PKPD yang mungkin akan dikuatkuasakan semula bila-bila masa pada tahun hadapan, adakah KBS mempunyai perancangan untuk mewujudkan pusat latihan khas di kompleks sukan yang berdekatan dengan atlet para yang terpilih untuk mewakili Sabah dalam SUKMA 2022 khususnya mereka yang tinggal di luar bandar. Sekian Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Parit.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang. Saya akan menyentuh Butiran 020100. Saya melihat peruntukan belia dan sukan ini telah pun mengalami kekurangan RM101.58 juta.
Jadi menurut statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan, seramai 18,986 orang belia telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah sepanjang tahun 2019. Jika kita lihat angka ini adalah besar dan satu tindakan segera harus dilaksanakan oleh kementerian bagi memastikan belia tidak terjebak di dalam aktiviti yang tidak bermoral ini.
Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah bentuk program yang akan dilaksanakan kepada belia bagi mengelakkan belia dari terjerumus ke dalam masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah. Sejauh mana keberkesanan program belia sedia ada dalam mengurangkan jumlah belia dari terjebak ke dalam masalah ini.
Saya juga menyentuh Butiran 030800 dan 010300. Pepatah ada menyatakan anak muda pewaris kepimpinan negara. Belia adalah tonggak masa depan negara. Jadi, saya hendak tahu setakat mana sebenarnya soal ketidakserataan gaji setimpal dengan jawatan yang dipohon, kekurangan kemahiran dalam kalangan pekerja baru, kekurangan program latihan yang benar-benar berkesan untuk memenuhi keperluan industri dan sebagainya. Jadi saya hendak tahu kualiti pendidikan serta penstrukturan semula akademik dengan mengambil kira penekanan bidang TVET untuk memenuhi keperluan industri perlu dititikberatkan dan ia bakal menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Saya juga ingin tahu, apakah yang dilakukan oleh Institut IYRES kerana sepatutnya mereka ini bertindak sebagai think tank dalam pembangunan polisi dan dasar berkaitan pembangunan belia. Saya juga ingin tahu, setakat manakah sebenarnya IYRES ini yang melaksanakan penyelidikan berimpak tinggi, benar-benar menggunakan hab data belia untuk membantu belia negara terutama soal pengangguran, pendidikan, kos sara hidup dan peluang serta penciptaan pekerjaan yang baharu. Perkara ini perlu dilihat secara serius dan tidak hanya kita berpeluk tubuh sahaja.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Butiran 020300. Saya juga melihat Majlis Sukan Negara ini. Saya ingin tahu bagaimanakah persiapan atlet negara bagi menghadapi Sukan Olimpik 2020 yang telah ditangguhkan ke tahun 2021 serta apakah langkah yang akan diambil oleh kementerian.
Butiran 030500 – Penyelenggaraan Peralatan Latihan dan Bangunan IKBN.
Institut Kemahiran Belia Negara telah menawarkan sijil beberapa kursus. Saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah peruntukan yang sedia ada ini mencukupi menaik taraf serta menyelenggara IKBN yang berada di seluruh Malaysia. Berapakah jumlah peruntukan yang akan disediakan oleh kementerian bagi menaik taraf serta menyelenggara peralatan bagi IKBN Sri Iskandar bagi meningkatkan kualiti IKBN Sri Iskandar di dalam kawasan Parlimen Parit.
Seterusnya Butiran 02007 – Kompleks Sukan. Seiring dengan pertambahan penduduk di kawasan saya, saya melihat ada keperluan untuk membina baru sebuah kompleks sukan bagi memastikan rakyat di Parit turut juga mendapat impak akses kemudahan sukan yang berkualiti. Melalui peruntukan tahun 2021 ini, saya pohon agar kementerian dapat mempertimbangkan pembinaan kompleks sukan khususnya di kawasan saya.
Seterusnya yang terakhir, Butiran 02400 – Gelanggang Sukan. Melalui butiran gelanggang sukan ini, saya melihat kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM32.71 juta. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, melalui peruntukan yang sedia ada ini, berapakah jumlah peruntukan yang akan disediakan kepada Parlimen Parit bagi menyelenggara gelanggang-gelanggang sukan yang sebenarnya begitu perlu untuk diperbaiki kerana dalam bentuk maintenance dan sebagainya, bagi kemudahan anak- anak belia kita dan juga masyarakat.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Sedikit Yang Berhormat Parit. Terima kasih Yang Berhormat Parit. Terima kasih Tuan Pengerusi. Cuma saya hendak tambah tadi, naik taraf kompleks sukan tadi, saya juga mahu bahawa Jempol juga tidak terkeluar daripada naik taraf kemudahan sukan di Kompleks Sukan Jempol kerana sehingga kini tidak banyak naik taraf itu dilakukan malah untuk anak-anak muda kawasan, khususnya di Jempol kemudahan yang ada ini tidak terpelihara dengan baik dan banyak benda- benda games yang lain-lain tidak boleh digunakan. Jadi, saya pohon supaya ia dimasukkan dalam perbahasan Yang Berhormat Parit. Terima kasih.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Saya setuju kerana keperluan-keperluan sukan ini ataupun kompleks sukan ini memang kita memerlukan khususnya di kawasan- kawasan kita untuk kemudahan-kemudahan. Elok sekiranya di mana-mana kawasan, tempat...
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Yang Berhormat Parit sedikit, boleh Yang Berhormat Parit?
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
...Yang...
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Yang Berhormat Parit mencelah sedikit boleh?
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
...Sekejap-sekejap. Keperluan- keperluan di mana-mana tempat untuk kita melihat potensi-potensi belia, remaja dan anak muda kita ini menggunakan akses yang sedia ada ini bagi manfaat kepada mereka.
Ini sekali gus, sebagaimana yang saya sebut awal tadi dapat mengekang daripada segi perkara-perkara yang tidak bermoral seperti penyalahgunaan dadah dan sebagainya.
Melalui aktiviti-aktiviti sukan juga kemudahan-kemudahan ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Okey, Terima kasih Yang Berhormat Parit. Menyentuhi soal menaiktarafkan stadium ataupun kemudahan sukan. Di Kimanis Yang Berhormat Tuan Pengerusi telah pun luluskan sebelum ini sebuah stadium mini, tetapi oleh sebab barangkali banyak kekangan, ia tidak dapat diteruskan. Akan tetapi, saya telah berbincang dengan Yang Berhormat Menteri sendiri dan saya berharap pembinaan stadium mini Kimanis itu akan dapat dilaksanakan pada masa yang telah pun dibincangkan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Ledang hendak mencelah kan? Saya dimaklumkan.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Ya, singkat sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tadi juga ingin membangkitkan berkenaan dengan isu gelanggang
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
sukan di bawah Butiran 02400 – Gelanggang Sukan yang menunjukkan anggaran pada tahun 2021 kurang dari tahun 2020. Ini mungkin kerana ia pembangunan. Akan tetapi, saya mohon Yang Berhormat Menteri untuk terutamanya memberi fokus dan tumpuan kepada penyelenggaraan. Ini kerana, sebenar daripada segi gelanggang sukan ini, gelanggang futsal ini saya sudah bangkitkan pada sesi yang lepas juga yang mana banyak gelanggang sukan kita ini terlampau- sangat daif, teruk sangat.
Ini bermakna, kalau mereka bermain pun di gelanggang ini, sudah tentu mereka akan cedera dan luka dan sebagainya. Sedangkan banyak dari gelanggang-gelanggang berada di peringkat luar bandar dan anak-anak muda ini bangkit main itu kerana mereka hebat itu kerana mereka bermain di luar bandar, di kampung. Mereka menjadi pemain- pemain hebat, main untuk- contohnya ada satu gelanggang futsal di kawasan saya Taman Tangkak Jaya itu ada pemain JDT III Saudara Syamim bermain di gelanggang tersebut. Daripada situlah mereka bangkit. Akan tetapi, gelanggang-gelanggang ini tidak di baik pulih. Ada yang telah dihempap pokok pagar misalnya pokok durian. Di kawasan saya, kawasan Parit Bunga, Jalan Masjid gelanggang futsal dihempap dengan pokok durian pagarnya sehingga ke hari ini belum lagi di baik pulih.
Begitu juga dengan gelanggang yang lain yang mana lantai yang rosak dan sebagainya. Pada tahun lepas kita boleh mengeluarkan peruntukan untuk baik pulih. Ada saya keluarkan untuk gelanggang futsal untuk sepak takraw dan sebagainya. Akan tetapi, saya rasa, saya percaya dan saya minta sangat kepada Yang Berhormat Menteri untuk benar-benar melihat berkenaan dengan penyelenggaraan gelanggang futsal terutamanya dalam keadaan yang mana kita ada COVID-19 sekarang. Jadi, kita ada masa yang baik untuk kita selenggarakan serta kita jadikan gelanggang ini sebagai gelanggang yang baik untuk kegiatan anak-anak muda kita. Itu sahaja daripada saya, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Akhir sekali Yang Berhormat Parit.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Okey, terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Kimanis dan Yang Berhormat Ledang menyebut tentang betapa pentingnya gelanggang-gelanggang sukan ini, memang tidak dapat dinafikan. Memang permohonan-permohonan itu biasa untuk kita mohon di kawasan kita tetapi bagaimana kita hendak mengurus tadbirnya atau bagaimana daripada segi maintenance. Itu perlu difikirkan oleh kementerian dan saya harap kepada Yang Berhormat Menteri kita yang cukup hebat ini akan dapat memberikan perhatian khususnya gelanggang-gelanggang sukan dalam kawasan-kawasan yang perlu untuk kita naik taraf, begitu juga dalam bentuk kawal selia. Ini supaya kita dapat meningkatkan daripada segi kemudahan dan sebagainya. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Terima kasih semua. Yang Berhormat Menteri jangan lupa Pengerang untuk naik taraf gelanggang sukan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Selama 15 minit.
Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan Pengerusi terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 Peringkat Jawatankuasa yang menyentuh perincian-perincian yang spesifik butiran di bawah tanggungjawab Kementerian Belia dan Sukan.
Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. Setiap persoalan, syor, cadangan, saranan, teguran dan kritikan mahupun harapan yang di zahir atau pun dibahaskan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat akan menjadi pedoman ataupun panduan oleh Kementerian Belia dan Sukan.
Sekali lalu ingin saya sebut di sini bahawa Kementerian Belia dan Sukan diperuntukkan sejumlah anggaran perbelanjaan secara keseluruhan berjumlah RM940,580,900. Daripada jumlah keseluruhan tersebut, RM614,136,800 iaitu sebanyak 9.6 peratus adalah bagi tujuan perbelanjaan mengurus. Ia peningkatan sebanyak 9.6 peratus berbanding dengan peruntukkan yang diterima pada tahun 2020. Manakala, sebanyak RM326,444,000 untuk perbelanjaan pembangunan yakni peningkatan sebanyak 19.5 peratus berbanding pada tahun 2020. KBS sebagaimana yang diketahui
Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
mempunyai tiga bidang tumpuan ataupun sektor teras yang diberi keutamaan iaitu ialah sektor sukan, belia dan juga pembangunan kemahiran (TVET).
Dalam sektor sukan, secara imbasan awal daripada keseluruhan peruntukan mengurus B.45 sebanyak RM614,136,800 yang diperuntukkan di bawah anggaran Belanjawan 2021 kepada Kementerian Belia dan Sukan, sejumlah RM107,261,570 yakni 17 peratus telah dikhususkan untuk pelaksanaan semua program sukan baik sukan berprestasi tinggi mahupun sukan untuk semua di peringkat akar umbi.
Untuk sektor belia, berasaskan peruntukan yang sama sejumlah RM31,999,000 ataupun sekitar enam peratus daripada B.45 telah dikhususkan untuk pelaksanaan program belia. Bagi sektor TVET, pelaksanaan program TVET ataupun pembangunan kemahiran di bawah seliaan KBS telah menerima peruntukan sejumlah RM113,467,900 ataupun 18.48 peratus daripada B.45 menyaksikan peningkatan sebanyak 3.27 peratus berbanding tahun 2020. Saya hendak jelaskan secara keseluruhan bajet KBS belanja mengurus dan pembangunan bagi tahun 2020 hakikatnya meningkat sebanyak 12.9 peratus berbanding dari tahun 2020.
Izinkan saya untuk menjawab dan memberi respons serta menjelaskan apa yang saya sebut tadi. Ramai Ahli Parlimen, Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan berkaitan dengan soal penurunan jumlah peruntukan belanjawan daripada ‘1.14’ kepada ‘RM940 juta’. Saya hendak jelaskan bahawa Belanjawan 2020 disediakan berdasarkan unjuran yang dibuat pada tahun 2019. Unjuran itu berdasarkan kepada pendapatan yang bakal dijana oleh pihak kerajaan dan juga pendapatan melalui pungutan cukai dan sebagainya.
Namun pada tahun 2020, sebagaimana semua kita sedia maklum, kita telah berdepan dengan penularan COVID-19 yang menyebabkan beberapa perkara berubah.
Dinamik dunia berubah, malahan daripada segi harga minyak mentah berubah. Ini tentu sekalilah unjuran yang dibuat pada tahun 2019 untuk Belanjawan 2020 juga berubah.
Keduanya ialah, kerana dalam tahun 2020 disebabkan oleh COVID-19 kerajaan terpaksa memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi dan pelbagai lagi inisiatif bagi tujuan untuk menangani penularan COVID-19 serta bagi memastikan kelestarian, kemampuan dan juga the livelihood of rakyat dapat diteruskan. Antara sumber yang diperoleh oleh kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi selain daripada fiscal injection ataupun daripada borrowing melalui penjimatan ataupun rekaliberasi peruntukan-peruntukan yang diberikan kepada kementerian.
Jadi, saya hendak jelaskan, walaupun dilihat hakikatnya Belanjawan 2020 diperuntukkan sebanyak ‘1.15’, namun peruntukan sebenar setalah berlaku sekatan yang dipulangkan semula kepada Kementerian Kewangan adalah berjumlah RM833,306,000.
Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
Ini bermaksud, RM940 juta ini merupakan pertambahan hampir lebih daripada RM100 juta. Jadi ini juga bagi menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat sebentar tadi.
Demikian juga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam berkaitan dengan emolumen. Ingin saya jelaskan bahawa emolumen yang berlaku pengurangan ini disebabkan oleh pendekatan yang digunakan oleh Kementerian Kewangan, outcome-based budgeting. Di mana pada dahulunya, peruntukan untuk perjawatan (emolumen) dibuat berdasarkan kepada waran yang dikeluarkan.
Namun, jumlah waran yang dikeluarkan dengan jumlah jawatan yang diisi adalah jumlah yang berbeza. Manakala pada tahun 2021, peruntukan disediakan hanya untuk mereka yang mengisi jawatan. Bererti, kerisauan khuatir kalau ada kekurangan ataupun kalau ada pekerjaan ataupun mereka yang diberhentikan kerja kerana berlaku pengurangan itu, sebenarnya tidak berlaku. Akan tetapi ia hanyalah hasil penjimatan ataupun melalui proses OBB seperti saya sebutkan tadi. Ya.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya merasa lega mendengar penjelasan Yang Berhormat Menteri terutamanya tentang tidak akan berlaku pengurangan staf. Akan tetapi, saya mohon penjelasan, sama ada perkara ini, pengurangan staf ini tidak berlaku setakat pekerja tetap ataupun termasuk juga pekerja kontrak? Kalau ada pengurangan pekerja kontrak, berapa orang yang terlibat? Terima kasih.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
Pada waktu ini, yang saya sebutkan tadi adalah butiran yang disebutkan oleh Yang Berhormat iaitu di bawah Jabatan Belia dan Sukan dan di bawah itu tidak ada pengurangan. Kalau hendak ada jawatan kontrak di bawah butiran lain, mungkin ada tetapi itu berdasarkan kepada keperluan. Akan tetapi pada waktu ini, tidak ada jawatan yang dikurangkan dan tidak ada pegawai yang diberhentikan.
Seterusnya...
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Yang Berhormat Menteri, just satu perkara.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
Ya.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Terima kasih. Saya juga ada sebut tadi Butiran 030200 iaitu Emolumen Kakitangan Kontrak. Jadi, saya minta kalau tidak ada butiran ataupun tidak ada maklumat sekarang, saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh beri dalam bentuk bertulis tentang perkara ini.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
Untuk butiran Yang Berhormat sebut tadi, tidak ada. I can give you right now.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Okey, thank you. Terima kasih.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
Baik. Yang Berhormat Johor Bahru juga tadi membangkitkan berkaitan dengan Karamjit. Saya memang juga merasakan― ya lah, kerana Karamjit ini adalah seorang yang kita semua sedia maklum telah mengharumkan nama negara dan terpapar dalam akhbar-akhbar berkaitan dengan apa yang telah beliau lalui. Ini sebenarnya bukan hanyalah beliau seorang tetapi ramai lagi mereka yang terkesan disebabkan oleh this unprecedented period of challenges that kita kena lalui. Namun, saya akan berjumpa dengan Karamjit dan YAKEB telah pun melakukan dan berjumpa dengan Karamjit.
Cuma, saya hendak maklumkan kerana terdapat dakwaan bahawa Karamjit dijanjikan pencen. Saya masih melakukan semakan kerana pada waktu ini, yang ada skim pencen hanyalah mereka yang memenangi pingat di Olimpik. Ini dimulakan oleh Yang Berhormat Pengerang sendiri ketika beliau Menteri Belia dan Sukan, di Olimpik di Athens. Kemudiannya diteruskan dan diperluaskan pada zaman Yang Berhormat Rembau menjadi Menteri Belia dan Sukan iaitu diperluaskan kepada paralimpik.
Di pihak KBS, kita masih lagi juga untuk menerima pandangan-pandangan daripada persatuan sukan terutamanya Majlis Olimpik Malaysia dalam mereka memperjuangkan untuk hendak pastikan bukan hanya pemenang pingat tetapi the Olympian, mereka yang melakukan dan mendapat kelayakan juga boleh dipertimbangkan untuk mendapatkan pencen. Ini adalah di antara yang sedang diperjuangkan oleh KBS. Insya-Allah, bila mana semua siap, saya akan bawa perkara ini ke Jemaah Kabinet.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Sedikit, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya menyambut baik pendekatan yang agak segera untuk berjumpa sendiri dengan Saudara Karamjit. Cuma, seperti Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi, ia bukannya kes terpencil. Nampak gayanya perkara jaringan keselamatan sosial, dasar itu perlu dipertimbangkan semula sebab mereka yang berkecimpung dalam memperjuangkan, mengharumkan nama negara, ramai yang terpaksa mengeluarkan modal sendiri.
Jadi, bagi saya, sebab itu saya kaitkan juga dengan persatuan-persatuan di peringkat akar umbi yang kebanyakannya mereka bermula dengan keluarga berkorban.
Kalau kita baca cerita Nicol Ann David, sebagai contoh, beliau berjaya atas bermulanya dengan keluarga membantu. Jadi, saya mohon dasar perlindungan jaringan keselamatan sosial dalam saya memperjuangkan untuk Grab driver dan sebagainya di bidang gig economy, saya rasa ada keperluan untuk Yang Berhormat Menteri mereformasikan untuk buat perlindungan untuk atlet-atlet negara kita. Terima kasih.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
Terima kasih. Saya terima pandangan Yang Berhormat. Sememangnya kalau mereka yang masih lagi berada dalam status atlet, mereka dilindungi oleh skim insurans dan ada skim yang― saya tidak ada details di sini. Akan tetapi, skim insurans ini to cover in many aspects of eventuality, kalau berlaku.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
Inilah juga yang dilakukan oleh pihak KBS. Baru-baru ini pun saya baru serahkan cek berjumlah RM104,000 kepada seorang pemain sepak takraw yang mengalami kecederaan. Dalam soal mereka yang berstatus atlet, mereka memang sentiasa dilindungi oleh― Cuma, yang menjadi persoalan ialah bekas atlet. Oleh sebab itulah saya pada peringkat awal ketika memikul tanggungjawab sebagai Menteri Belia dan Sukan, saya melihat penting untuk saya mengupayakan lebih YAKEB dan pendanaan kepada YAKEB pun dahulunya di waktu zaman Yang Berhormat Muar menjadi Menteri, mereka memperoleh secara langsung daripada Kementerian Kewangan sejumlah RM3 juta.
Jadi setakat ini, saya telah salurkan hampir RM600,000 dan saya difahamkan permohonan saya sebanyak RM1.5 juta juga telah diluluskan. Saya juga mohon daripada Menteri Kewangan agar dapat ditambahkan kepada YAKEB kerana peranan YAKEB setakat ini amat baik dan tidak ada seorang pun bekas atlet-atlet yang terkesan yang tidak mendapat lawatan daripada YAKEB termasuklah Karamjit.
Baik. Yang Berhormat Muar tadi ada dua atau tiga perkara Yang Berhormat Muar bangkitkan berkaitan dengan gelembung sukan. Saya mengucapkan terima kasih atas apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Muar ketika dalam Soal Jawab Lisan.
Cuma, saya hendak perjelaskan, sebenarnya padang komersial ini sudah pun dibenarkan.
Ia bermula daripada gelombang ketiga COVID-19 bila mana PKPB dilaksanakan pada saya kira 14 Oktober. Pada peringkat mulanya, semua aktiviti sukan juga dihentikan. Akan tetapi hasil perjuangan KBS, pada 19 hari bulan iaitu lima hari selepas itu, sektor-sektor sukan tertentu telah dibuka balik terutamanya, sebagaimana yang saya sebutkan, gimnasium.
Saya kata gimnasium ini adalah satu aktiviti yang for me ya, mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat, tentu sekalilah mereka akan menjadi pematuh SOP yang cukup hebat dan tinggi. Demikian juga kalau dilihat daripada segi gimnasium yang ada di seluruh negara, tidak ada langsung kluster gimnasium. Malahan saya pernah buat tinjauan di lapangan, Yang Berhormat, salah satunya ialah Fitness First yang mempunyai rantaian yang luas ataupun terbesar di Malaysia dengan Celebrity Fitness.
Mereka memaklumkan kepada saya dalam tempoh PKPP sehinggalah PKPB dilaksanakan, terdapat 600,000 visits, only two cases of COVID-19 positive. Itu pun daripada luar. Bererti memang dalam soal sektor sukan agak terjamin daripada segi mereka menjaga dan tidak ada berlaku penularan.
Cuma, daripada segi bola sepak yang saya dapat ceritakan sedikit ialah kerana ada SOP yang agak ketat. Di mana selagi for as long as dia tidak bersifat noncontact, maka saya perjuangkan supaya dibenarkan juga waima latihan sekali pun. Bukan kerana untuk mereka bermain, tetapi untuk membolehkan operator itu buka. Saya turun. Saya turun ke Radia di Bukit Jelutong, saya turun ke Arena dan saya lihat memang mereka dibuka dan at least mereka akan sustain the operation with some income. Namun, sebagaimana yang disebutkan sebelum ini bahawa Kementerian Belia dan Sukan sedang membangunkan gelembung sukan model yang baharu. Ini disebabkan kita lihat ada kemungkinan yang mungkin kita dapat perkenalkan kepada MKN. Sebab, pada akhirnya, it is beyond my call. It is the call by MKN and KKM. Kita lihat ada di luar negara yang mana mereka menggunakan ujian-ujian yang RTK, ujian- ujian yang seperti mana saya sebut dulu, breathalyser, yang mana you test, you play; you test, you’re going to watch; you test, you can fly kalau dalam tourism.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
Jadi, mungkin kalau kaedah itu satu hari nanti diterima and it can bring the sense of normalcy balik kepada rakyat dan mungkin ia akan menjadikan sukan ini – tetapi saya dapat berikan jaminan Kalendar 2021, insya-Allah saya akan pastikan tidak akan ada a pause button to push on sports, berdasarkan model ini.
Kemudian, berkaitan dengan kompleks Muar hab ya? Ya, sememangnya kita pernah berbual, memang menjadi amalan saya, benda yang telah pun dirancang di peringkat awal akan diteruskan, demikian juga dekat ‘BM’ . Cumanya ia dibuat setelah mengambil pandangan semua. So, pandangannya ialah bila mana – termasuk saya mengambil pandangan daripada Yang Amat Mulia Tengku Mahkota Johor kerana Tuanku telah diberi peranan untuk mengetuai dan juga menggembleng belia di negeri Johor.
Pada pandangan Tuanku pada waktu itu, bahawa biarlah ia bercirikan kompleks belia dan program-program yang ada kaitan dengan belia. Ini kerana swimming pool itu
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
lebih kepada sukan. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Muar kerana banyak membantu dan demikian juga kepada Kerajaan Negeri Johor dan tentu sekalilah kepada Tuanku yang banyak membantu, yang akhirnya dapat merealisasikan. Insya- Allah untuk makluman, tendernya akan dikeluarkan pada 24 Disember ini. Kalau tiada aral mungkin 29 Disember akan dibuat pecah tanah.
Baik, saya rasa, yang lain tadi ada berkaitan perkara-perkara yang bersifat spesifik, yang mohon untuk saya tengok kawasan kompleks masing-masing, saya fikir itu saya akan jawab secara bertulis. Yang Berhormat Ledang, bangkitkan berkaitan dengan kompleks, penyelenggaraan. Saya hendak maklumkan sedikit sahaja, bila tengok kompleks sukan ataupun gelanggang-gelanggang, tidak semuanya dimiliki dan di bawah KBS. Ada kalanya, KBS buat, KBS serah kepada majlis daerah, KBS serah kepada majlis-majlis perbandaran, local government. Pada lazimnya, pengendalian penyelenggaraan harus dilakukan oleh the local government. Namun begitu, itu tidak bererti bahawa KBS akan melepaskan tangan.
Dalam keadaan-keadaan bila mana dilihat ada permohonan, insya-Allah kita akan pastikan bahawa semua fasiliti sukan yang ada, terutamanya di peringkat akar umbi akan dapat diberikan perhatian.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Sikit sahaja, saya faham apa yang telah disebutkan Menteri tadi berkenaan dengan penyelenggaraan ataupun penyelarasan yang perlu dilakukan dengan majlis- majlis daerah, yang juga menyelenggarakan gelanggang-gelanggang sukan termasuk gelanggang futsal, sepak takraw dan sebagainya.
Akan tetapi, perkara ini telah lama berjalan. Bukan baru tahun lepas tetapi telah bertahun-tahun. Jadi, saya rasa sesuatu perlu dilakukan supaya ada satu kesegeraan, ada satu penegasan yang dibuat dari segi pelaksanaan penyelenggaraan tersebut, execution. Oleh sebab saya nampak sangat perkara ini dan saya bimbang, saya tidak mahu menuduh tetapi saya khuatir sekiranya ada berlaku ketirisan.
Audit ataupun siasatan perlu dilakukan supaya tidak ada ketirisan menyebabkan gelanggang itu kononnya dikeluarkan kewangan, penyelenggaraan, sama ada oleh KBS ataupun oleh majlis daerah tetapi tidak berkualiti. Akhirnya mudah rosak dan kemudian terbengkalai. Itu sahaja masalah, terima kasih.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Yang itu, tetapi dalam soal penyelenggaraan ini, saya fikir ia tidak akan berlaku dalam soal sebagaimana yang disebut. Oleh sebab, sentiasa dipantau oleh ICU dan it will be under a very strict scrutiny by also Ketua Audit Negara. Cuma, sebagaimana saya sebut tadi lah, itulah kekangan. Akan tetapi, kalau ada di tempat Yang Berhormat Ledang, I think you boleh forward kepada Kementerian Belia dan Sukan.
Insya-Allah, saya akan lihat berdasarkan – sebab saya sebut dalam perbahasan peringkat dasar, salah satu yang saya ingin lihat ialah saya panggil bahagian pembangunan, saya minta supaya dibuat pecahan secara keseluruhan daripada tahun 2016 ke tahun 2020 dalam RMKe-11.
Tengok secara demografi, bagaimana taburan program ataupun projek-projek pembangunan yang telah dilakukan di seluruh negara. Adakah ia uneven? Bagaimana keadaan? Alhamdulillah, setakat ini luar bandar masih mendapat tempat, hampir 42 peratus keseluruhan daripada program pembangunan ditumpukan kepada luar bandar.
Namun, ada negeri-negeri yang mempunyai keupayaan lebih. Saya maklumkan ini seperti negeri Sarawak, banyak yang membelanjakan daripada kerajaan negeri sendiri. Namun, negeri seperti Sabah tadi dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepanggar, saya memang sudah sebut bahawa sukan permotoran ini ialah sukan yang akan diberikan penekanan. Insya-Allah, dalam pendemokrasian sukan, melalui perataan kemudahan-kemudahan sukan secara lebih menyeluruh, insya-Allah saya akan lihat dalam RMKe-12 agar ia dilaksanakan dan dapat dinikmati oleh semua, termasuklah yang berada di Sabah...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Menteri...
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Menteri, saya ada lagi dua kementerian yang belum lagi habis.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya sikit lagi...
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Sedikit sahaja...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Sikit sahaja Yang Berhormat Menteri. Menteri sudah menjawab...
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
Saya bagi satu Yang Berhormat, lepas itu saya habis.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Maknanya Yang Berhormat Muar lah?
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
Ya.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Lepas itu, Yang Berhormat Menteri kena selesaikan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Menteri, Pontian pun ingin menimbulkan perkara juga.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Yang Berhormat. Kalau boleh ada tiga perkara. Kalau tidak boleh jawab secara lisan, secara bertulis pun saya harap boleh membantu.
Pertama sekali bagi NFDP, sebelum ini peruntukan adalah sebanyak RM45 juta, saya ingin tahu bagi tahun hadapan berapa peruntukan yang akan diberikan khususnya apabila ada perjanjian dengan Kementerian Kewangan, sebanyak RM30 juta daripada sugar tax akan disalurkan kepada kementerian. So, berapa peruntukan pada tahun hadapan? Kedua, adakah BTN akan dihidupkan semula?
Ketiga, adakah hak penganjuran SUKMA akan dikekalkan bagi negeri Kelantan? Terakhir, cuma saya mahu katakan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri senang hendak jumpa, senang hendak berdiskusi. Saya berharap bagi Menteri- menteri lain sama juga. Oleh sebab itu, saya harap rakan-rakan pembangkang tidak lagi buat undi bahagi. Terima kasih.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Menteri, berkaitan. Kuala Krai.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Sikit sahaja Menteri.
Menteri yang berkaitan, ya.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Sikit sahaja, sikit sahaja.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya menyokong BTN dihidupkan semula saya amat menyokong BTN dihidupkan semula.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
Baik, terima kasih banyak.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Kedua, kemahiran tinggi, budaya usahawan di kalangan belia ini perlu ditingkatkan. Terima kasih.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Untuk Kuala Krai saya harap Yang Berhormat dapat jawab secara bertulis. Pada isu yang saya bangkitkan termasuk SUKMA dan yang lain-lain isu. Terima kasih.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
Semua yang berkaitan dengan spesifik saya akan jawab bertulis kerana terlalu banyak. Berkaitan dengan Kelantan, memang Kelantan akan dapat hak penganjuran tahun 2026. NFDP, untuk tahun 2021, kita diperuntukkan sebanyak RM20 juta daripada keseluruhan RM110 juta. Bererti, melalui di bawah peruntukan DE. Jadi, Tuan Pengerusi, saya fikir itu sahajalah yang dapat saya jawab.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
Terima kasih banyak.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM614,136,800 untuk Kepala B.45 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2021 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.45 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.45 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2021 hendaklah diluluskan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.45 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Kepala Bekalan B.46 dan Kepala Pembangunan P.46 di bawah Kementerian Sumber Manusia terbuka untuk dibahas.
Saya diberi maklumat, 45 minit untuk Ahli-ahli Parlimen diberikan masa untuk membahas dan 15 minit untuk Menteri menjawab. Jadi, dalam senarai saya akan sebut lima daripada pembangkang dan empat daripada pihak kerajaan.
Jadi, nama-nama yang akan saya sebut Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Permatang Pauh. Pihak kerajaan, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Jerantut. Saya menjemput Yang Berhormat Ipoh Barat.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tuan Pengerusi, kenapa empat sahaja daripada kerajaan ? Mintalah tambah, masuk Pontian yang last pun tidak apa.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Pontian, peraturan mesyuarat mana ini?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tidak ada peraturan.
[Ketawa] Saja hendak tanya.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Tidak apalah, nanti kita jumpa makan tengah hari kah?
[Dewan riuh]
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Okey, tambah satu lagi.
Tambah satu, Pontian. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat, tidak boleh Yang Berhormat. Arahan 45 minit. Kalau sempat, sempat. Silakan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Terima kasih. Belanjawan 2021 untuk Kementerian Sumber Manusia dibanjiri dengan angka tetapi kekurangan visi mengenai isu-isu berkaitan dengan decent work, masa depan kerja atau future work, keharmonian perindustrian, keselamatan dan kesihatan, pengurangan perbelanjaan modal insan dan kekurangan asas untuk membina tenaga kerja teknologi yang mahir.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Daripada Bajet 2021 didapati istilah decent work hanya termasuk kadar kemalangan dan kematian di tempat kerja, peratusan penempatan pekerja dalam pekerjaan dan perjanjian kolektif. Mengikut ILO, “decent work sums up the aspirations of people in their working lives. It involves opportunities for work that is productive and delivers a fair income, security in the workplace and social protection for families, better prospects for personal development and social integration, freedom for people to express their concerns, organize and participate dan sebagainya.
Nampaknya decent work yang diutarakan dalam laporan agak kekurangan dan ‘cetek’. Contohnya ia tidak mempunyai tentang pekerjaan fleksibel dan sistem pekerjaan yang menghormati partnership dan bukan master-servant relationship seperti sekarang.
Ia juga tidak menyentuh tentang gaji yang adil. Keadaan dunia pekerjaan sekarang lebih memihak kepada perkongsian (partnership). Apakah langkah kementerian untuk mencapai matlamat decent work seperti yang diutarakan oleh ILO yang mana kita bersetuju kepada perkara tersebut?
Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerja yang efektif. Menurut laporan perbelanjaan, peratusan peningkatan confidence kepada orang yang mempunyai keselamatan dan kesihatan pekerjaan hanya 17 peratus. Adakah ini didapati bahawa pengurusan keselamatan dan kesihatan tidak meliputi pekerja yang melindungi pekerja,
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
keganasan dan gangguan di tempat kerja? Mengikut Konvensyen 190 ILO perlu mempunyai satu rang undang-undang untuk melindungi pekerja yang mengalami sedemikian.
Dalam anggaran Bajet 2021, future of work tidak diberikan perhatian yang cukup. Reskilling dan upskilling dinyatakan tanpa arah tujuan atau visi. Tuan Pengerusi, saya ingin memberitahu bahawa skilling, reskilling, upskilling and cross-skilling adalah sangat mustahak. Berjuta-juta ringgit telah diagihkan tetapi bagaimana pekerja-pekerja mendapat manfaat ini? Mari kita tengok apa Brickfields Asia College (BAC) buat?
Semasa saya menjadi Menteri telah menandatangani satu perjanjian dengan mereka.
Apakah ia telah dilanjutkan? Adakah ia diguna pakai? Mereka kata dapat train 20,000 orang pekerja di Malaysia tanpa kos. Apakah kementerian boleh belajar dalam hal ini?
Adakah kita perlu bayar, bayar, bayar untuk semua perkara ini? Ini satu yang kita perlu ingat.
Dalam perkara ini juga Tuan Pengerusi. Baru-baru ini Khazanah Research Institute telah mengeluarkan Work in an Evolving Malaysia: The State of Households 2020 Part II. Ini mengenai pekerja-pekerja informal dan gig economy. Semasa PH menjadi kerajaan, kita telah mendapatkan principal approval daripada Kabinet untuk melindungi pekerja-pekerja ini. Sekarang sudah hampir 10 bulan. Apakah yang telah dibuat mengenai perkara tersebut? Saya dengan tegas ingin mengatakan Akta Pekerjaan di sana khususnya, meliputi dan sekali gus akan diguna pakai di SIP. Sekarang SIP hanya untuk pekerja yang menyumbang tetapi informal worker dan pekerja-pekerja dalam gig economy sangat-sangat tidak mendapat perlindungan langsung. Jadi apakah yang dibuat?
Saya difahamkan Menteri mengatakan bahawa akan membawa undang- undang itu tidak lama lagi. Ia seperti perlu disegerakan. Sepatutnya diberikan perhatian serta-merta. Sepatutnya di bawah undang-undang sekarang sahaja. Ini sangat mustahak kerana you missed an opportunity. Ini perkara yang mustahak pada masa sekarang.
Tuan Pengerusi, selain itu saya ingin juga membangkitkan mengenai Konvensyen 87 iaitu freedom of association di mana kerajaan, semasa saya di sana telah mendapat kelulusan prinsip mengenai hal ini. Apakah yang sedang dibuat mengenai hal ini? Bilakah ia akan ditandatangani dengan ILO? Kita jangan lupa Tuan Pengerusi bahawa freedom of association and protection of the right to organize convention. Tahun 1948, sudah 70 tahun. Jadi kita perlu memberikan penekanan kepada perkara ini. Kita perlu ingat bahawa semasa saya - sekarang hanya empat peratus sahaja pekerja-pekerja di Malaysia yang dilindungi oleh trade union. Sebanyak 94 peratus tidak dilindungi.
Mereka tidak menjadi member dan sebagainya. Apakah yang dibuat oleh kementerian supaya kita dapat meningkatkan peratusan pekerja-pekerja untuk menjadi anggota- anggota dalam trade union di Malaysia ini?
Semasa kita berada di sini, kita mengagihkan wang untuk lebih aktiviti union activities di negara ini supaya lebih ramai anak muda kita terlibat, diberikan keutamaan, peluang dan sebagainya. Saya harap – selain daripada itu Tuan Pengerusi, akhir sekali ialah Institut Latihan Perindustrian (ILP). Beberapa naik taraf, saya hendak secara terperinci, apakah naik taraf tersebut. Kita jangan lupa sekarang kapasiti di kementerian adalah lebih kurang 22000, hanya 16 kepada 18 orang penuntut sahaja diberikan peluang. Setiap tahun terdapat lebih kurang 30 peratus vacant di sana yang tidak diisi.
Apakah tindakan yang diambil oleh kementerian supaya semua anak-anak kita di negara ini diberikan peluang? Institusi-institusi ini bukan sahaja mendapat agihan berbilion ringgit untuk training, skilling, reskilling, upskilling tetapi banyak di antaranya semua vacant dalam Institut Latihan Perindustrian. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Berselawat]* Tuan Pengerusi, saya terus kepada Butiran 030100 – Tenaga Kerja. Saya kira salah satu elemen yang amat penting untuk menjadikan pekerja lebih bersemangat dalam melakukan pekerjaan ialah dengan memastikan setiap kakitangan menikmati keseimbangan di antara kehidupan dan pekerjaan, work-life balance dengan izin Tuan Pengerusi.
Setakat ini tiada satu peraturan mahupun undang-undang yang mewajibkan sektor swasta supaya melaksanakan keseimbangan di antara kehidupan dan kerja. Oleh itu, saya mencadangkan agar Akta Pekerjaan dikaji semula bagi membolehkan pelbagai kaedah dan pendekatan dapat diambil, malah turut diwajibkan.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Antaranya berkenaan pengamalan sistem waktu kerja anjal, selain membenarkan pekerja bekerja daripada rumah terutama golongan wanita. Bagi memenuhi keperluan kaum bapa pula, saya mencadangkan agar pemberian cuti paternity sektor swasta bagi golongan lelaki yang sudah berkahwin selama sekurang- kurangnya tujuh hari dikuatkuasakan. Pemberian cuti ini sama sekali tidak akan menjejaskan produktiviti golongan itu, sebaliknya akan membuatkan mereka kembali bekerja dengan lebih bersemangat dan efektif.
Justeru, sejauh manakah pihak kementerian memandang serius terhadap perkara ini dan sejauh manakah kajian telah dilakukan terhadap cadangan-cadangan tersebut? Saya memohon agar cadangan ini dibentangkan kepada Kabinet secepat mungkin.
Seterusnya, butiran yang sama, Belanjawan 2021 - Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri, caruman penuh oleh kerajaan untuk 100,000 orang pekerja daripada kumpulan bersasar seperti anggota sukarelawan angkatan tentera, sukarelawan simpanan polis, sukarelawan pertahanan awam Malaysia, pekerja sektor awam berstatus contract for service and delivery riders dengan izin Tuan Pengerusi yang melibatkan peruntukan sebanyak RM24 juta.
Oleh itu, saya ingin memohon supaya perlindungan Skim PERKESO ini diperluaskan kepada lebih ramai lagi rakyat yang bekerja sendiri. Di samping itu juga, ia mampu membantu mereka yang terjejas daripada segi kewangan, kesihatan dan sosio rakyat.
Butiran 020200 – Pembangunan Kemahiran dan Pengiktirafan. Tuan Pengerusi, dalam mendepani kekurangan pekerja di sektor perladangan dan pembangunan terutamanya, kementerian seharusnya meningkatkan permintaan pekerja tempatan bagi sektor-sektor yang terkesan. Namun begitu, kebanyakan pekerja tempatan merasakan ketidakselesaan apabila mereka merupakan bukan majoriti berbanding pekerja asing dan juga tiada fasiliti asas seperti tempat berehat, makan dan solat yang selesa. Selain itu, isu penawaran gaji yang berpadanan juga perlu diambil kira.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Oleh itu saya mencadangkan agar kerajaan mewajibkan kepada majikan di setiap kawasan kerja sektor ini mempunyai ruang rehat atau asrama yang selesa pada pekerja bagi memastikan kebajikan dan keselesaan pekerja terjamin. Selain pengurangan cukai diberikan kepada majikan yang mengambil ke semua pekerja di bawah sektor ini adalah pekerja warga tempatan. Selain itu saya juga ingin membangkitkan berkenaan kerjasama pihak kerajaan dan pihak swasta dalam memastikan proses pemulihan ekonomi negara dapat berjalan lancar. Kerjasama ini juga mampu menyediakan banyak peluang pekerjaan sekali gus mengurangkan pengangguran di kalangan rakyat. Namun begitu soalan saya sejauh manakah penerimaan serta persediaan agensi swasta yang terlibat dalam memastikan isu pengangguran terutamanya dapat ditangani.
Seterusnya Butiran 030200 - Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Saya mencadangkan agar anggota penguat kuasa diperkasakan dan ditambah bagi memastikan penguatkuasaan yang efektif terhadap kesalahan dan pengabaian SOP keselamatan di tempat kerja. Selain itu penyediaan PPE yang bersesuaian, yang mencukupi hendaklah disediakan oleh majikan dan pemakaian PPE ini hendaklah dikuatkuasakan secara efektif. Oleh itu apakah peranan Kesatuan Majikan-majikan dan Pekerja dalam memastikan kepatuhan kepada SOP dipatuhi sepenuhnya.
Perkara terakhir berkait butiran ini adalah berkenaan cadangan bagi membuka satu cawangan PERKESO di Besut atau Setiu supaya rakyat di sana boleh mendapatkan perkhidmatan dengan segera. Untuk makluman Dewan, di Terengganu hanya terdapat tiga pejabat PERKESO iaitu di Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman. Perkara ini menyukarkan penduduk Setiu dan Besut untuk mendapatkan perkhidmatan PERKESO kerana kedudukan pejabat yang terdekat di Setiu adalah di Kuala Terengganu yang terletak 55 kilometer daripada Setiu.
Butiran terakhir 040700 - Karnival Kerjaya. Merujuk pada butiran ini, Program Aspirasi Job Malaysia dan Outreach masing-masing mendapat peruntukan pada tahun 2020 sebanyak RM2.71 juta dan RM860,000. Namun begitu bagi kedua-dua program ini tidak ada dalam Bajet 2021 sedangkan dalam pembentangan bajet, Yang Berhormat Menteri Kewangan ada menyebut untuk mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan baru.
Adakah kerajaan sekelompok mereka ini semai lain dalam menyediakan peluang pekerjaan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Izinkan saya untuk menyentuh B.46 Kementerian Sumber Manusia. Pertama saya hendak menyentuh 030100 - Tenaga Kerja. Saya hendak mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri khususnya berkaitan dengan jumlah pemberhentian pekerja, isu-isu pemberhentian pekerja ini. Baru-baru ini jawapan Yang Berhormat Menteri, semalam kalau tidak silap saya hampir 100,000 yang berasaskan kepada rekod di PERKESO iaitu rekod yang ada di PERKESO hampir 100,000 pemberhentian pekerja.
Walaupun jawapan Yang Berhormat itu cuma untuk menggambarkan bahawa penempatan pekerjaan lebih daripada 120,000 yang telah berjaya dibuat melalui program yang dianjurkan oleh PERKESO.
Tetapi apa yang saya hendak dapatkan penjelasan, penempatan pekerjaan 120,000 lebih itu saya fikir sudah tentu bukan 100,000 yang diberhentikan itu telah pun didapati, ditempatkan dalam pekerjaan baru. Jadi saya hendak minta penjelasan, berapa daripada hampir 100,000 yang diberhentikan itu telah pun mendapat pekerjaan semula yang dapat ditempatkan melalui program yang dianjurkan oleh PERKESO dan juga oleh program-program yang lain.
Kemudian kita telah melihat soal pandemik COVID-19, ramai orang bercakap sebelum ini malah pihak kerajaan sendiri pun komen daripada Yang Berhormat Menteri Kanan Pertahanan, beliau mengatakan bahawa inilah masa yang terbaik untuk kita mengurangkan pekerja-pekerja asing untuk ditempatkan dengan pekerja-pekerja tempatan. Ini masa yang terbaik kerana didapati bahawa antaranya hujah disebut bahawa pekerja asing inilah yang banyak terlibat membawa COVID-19. Tapi bagi saya itu bukan isu untuk kita hendak menempatkan pekerja tempatan kerana pekerja asing ada kes COVID-19.
Akan tetapi saya fikir bahawa menjadi satu tanggungjawab dan keperluan untuk negara kita ini lebih mengutamakan pekerja tempatan daripada pekerja asing. Dari sudut kebenaran yang telah pun dibuat oleh pihak kerajaan ialah pengambilan pekerja asing ini tidak boleh melebihi 15 peratus daripada jumlah tenaga kerja keseluruhannya. Baik, saya hendak tanya bahawa dalam sepanjang tempoh PKP sejak daripada Mac yang lalu itu, sudah berapa banyak pekerja asing ini, kita telah berjaya kurangkan dan berapa banyak pekerja tempatan yang telah pun mengganti tempat pekerja asing. Ini sangat penting untuk kita mengukur sejauh mana dalam tempoh COVID ini, dalam tempoh PKP kita telah berjaya untuk menempatkan pekerja asing di tempat-tempat yang telah dimonopoli oleh pekerja-pekerja asing itu sendiri.
Jadi ini sangat penting sebab bagi saya bahawa tidak menjadi satu hujah yang kuat untuk mengatakan bahawa sektor-sektor yang dimonopoli oleh pekerja asing ini tidak diminati oleh pekerja tempatan. Bagi saya ini bukan hujah yang kukuh kerana bagi saya bahawa bagaimana kita hendak menarik, meyakinkan pekerja-pekerja tempatan itu untuk mengambil tempat-tempat pekerja asing. Contoh, lebih daripada 600,000 kalau tidak silap saya rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara ini, di Singapore khususnya yang kebanyakannya, sebahagian besarnya dalam sektor 3D. Jadi kenapa mereka boleh bekerja di luar negara dalam sektor 3D dan kenapa mereka tidak boleh bekerja di dalam negara kita. Ini mungkin kerana soal penjenamaan pekerjaan, soal gaji yang ditawarkan yang mungkin lebih rendah daripada apa yang ditawarkan di Singapore.
Jadi saya mencadangkan supaya dijenamakan semula. Contoh dalam sektor keselamatan, pengawal keselamatan. Kita banyak ambil daripada luar negara tetapi sedangkan kalau di peringkat setengah-setengah syarikat itu menjenamakan pengawal keselamatan itu dengan polis bantuan. Ramai pula orang tempatan yang hendak bekerja. Jadi soal penjenamaan ini merupakan satu perkara yang penting untuk dijenamakan kembali pekerjaan-pekerjaan dalam sektor 3D. Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya hendak sentuh 120100 berkaitan dengan pembangunan kemahiran. Ini berkaitan dengan soal TVET. Jadi saya lihat bahawa banyak rungutan daripada pusat- pusat bertauliah yang di dalam kawasan-kawasan PKPB ini yang masih belum boleh beroperasi sekarang ini, yang masih belum boleh beroperasi. Mereka lihat bahawa walaupun kita dibenarkan untuk online, pengajaran dan pembelajaran melalui online ini tetapi ramai pelajar mereka yang berada di kawasan-kawasan pedalaman ini tidak mempunyai kemudahan-kemudahan yang cukup. Apatah lagi mereka ini terdiri daripada golongan anak-anak dalam golongan B40 umpamanya.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jadi apa salahnya kalau kita benarkan mereka beroperasi dengan dikecilkan jumlah di dalam satu-satu kelas. Kalau sebelum ini tidak boleh lebih daripada 28 orang yang ditetapkan oleh JPK, kita bahagi dua, dua kumpulan. Jadi akan berlaku penjarakan, akan berlaku penjarakan sebab kalau online, pembelajaran melalui online hanya melalui teori sahaja tetapi untuk praktikal tidak boleh dibuat melalui online. Dia mesti secara fizikal, bersemuka baru boleh diberikan pengajaran yang lebih baik.
Jadi ini saya fikir suatu yang lebih penting untuk dilihat sebab target kita tahun 2035 kita hendakkan 35 percent tenaga kerja mahir khususnya yang berkemahiran tinggi.
Jadi kalau dalam keadaan begini kita masih berterusan tidak mencari jalan bagaimana SOP yang boleh membolehkan pengoperasian pusat bertauliah dan juga institut latihan awam itu dapat digerakkan, saya fikir kita akan gagal untuk mencapai 35 peratus pada tahun 2035 nanti. Jadi saya mengharapkan ini dan sudah sampai masanya saya fikir Kementerian Sumber Manusia untuk mendesak pihak kerajaan khususnya pihak Menteri Kewangan untuk memastikan supaya program pengajian TVET ini diberikan percuma untuk sampai kepada SKM 3.
Kalau di ILKA, umpamanya di ILP, mereka percuma sampai SM 3, SKM 4 sahaja baru dapatkan pinjaman melalui Tabung Pembangunan Kemahiran. Sedangkan yang masuk ke pusat bertauliah swasta ini, mereka ini juga anak-anak B40 yang sepatutnya tidak dibebankan dengan kos pinjaman, lebih baik untuk diberikan secara percuma. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam peringkat Jawatankuasa di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Butiran 030100 – Tenaga Kerja. Fungsi Kementerian Sumber Manusia antara lainnya adalah perlu melindungi kepentingan dan kebajikan pekerja swasta. Dalam suasana COVID-19 hari ini, rakyat bukan sahaja berdepan dengan ancaman kehilangan kerja dan pemotongan gaji, golongan yang masih bekerja pula perlu bekerja dari rumah dalam keadaan sekolah belum dibuka.
Oleh itu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang masih berkuat kuasa serta bilangan kes jangkitan COVID-19 yang masih belum menunjukkan tanda-tanda penurunan, apakah inisiatif baharu kerajaan dalam konteks work-life practices (WLP) terutamanya bagi pekerja wanita dalam memastikan keseimbangan yang lebih baik antara integrasi kerja dan kehidupan. Ini juga bagi membantu mereka mendapat persekitaran kerja yang lebih baik ketika di rumah.
Seterusnya Butiran 040200 – Emolumen Kakitangan Kontrak. Jumlah peruntukan yang telah dikurangkan. Walau bagaimanapun salah satu daripada jaminan kerjaya ialah berjawatan tetap. Sebelum kita melihat kepada penilaian tenaga kerja luar, sepatutnya kita melihat kepada kakitangan dalaman kementerian sendiri.
Penilaian mestilah dibuat supaya mana-mana kakitangan kontrak yang layak dan lepas penilaian ditawarkan ke jawatan tetap. Ini supaya ia menjadi satu jaminan kerja kepada mereka dan memungkinkan untuk mereka mendapat motivasi bekerja dengan lebih tenang dan lebih bersemangat.
Butiran ketiga iaitu 040700 – Karnival Kerjaya. Sebelum ini rakyat juga telah banyak manfaat melalui penganjuran karnival kerjaya yang diadakan secara berkala dari semasa ke semasa oleh JobsMalaysia. Memandangkan Belanjawan 2021 tidak menyediakan peruntukan bagi karnival kerjaya, saya ingin tahu apakah rancangan dan strategi lain yang pihak kementerian akan lakukan dalam menyediakan platform alternatif bagi pencarian pekerjaan yang lebih fleksibel kepada rakyat selain daripada akses kepada portal JobsMalaysia.
Seterusnya Butiran 041000 – Program Latihan Kemahiran. Kaji selidik yang dijalankan pada Mei membabitkan lebih seramai 5,000 orang ahli JobStreet di negara ini telah mendapati industri berkaitan teknologi maklumat (IT), perkilangan, perbankan, runcit dan penjagaan kesihatan masih mencari pekerja walaupun di tengah-tengah penularan wabak.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Hal ini menunjukkan bahawa sementara sesetengah perniagaan dan industri terjejas, ada industri yang berkembang maju dan kemunculan perniagaan-perniagaan baharu. Susulan daripada itu, apakah kerajaan berhasrat untuk memperkenalkan jenis- jenis latihan baharu yang berbeza dengan program-program yang pernah diadakan sebelum ini sepanjang proses negara sedang beradaptasi dengan COVID-19.
Akhirnya Butiran 041200 – Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja. Pengurangan bajet dan peruntukan butiran ini dalam keadaan pekerja ramai yang menghadapi masalah, maka bolehkah dinyatakan apakah program-program yang dirancang di bawah program ini oleh pihak kementerian. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Kapar.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Merujuk kepada Butiran 030200 – Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan. Saya ingin mengembalikan peristiwa COVID-19 yang sedang berlaku yang mana kita dalam keadaan yang banyak mempelajari keadaan yang sedang kita hadapi ini.
Saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian supaya mengkaji semula kedudukan SIP ini supaya ditambah baik dalam kadar potongan 0.2 peratus pekerja dan majikan itu dapat dikaji dan dipertimbangkan. Ini kerana, ia telah memberikan respons yang keterlaluan daripada pihak pekerja yang mengharapkan Skim Insurans Pekerja
(SIP) dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Saya percaya ia boleh membantu iaitu untuk persiapan dan kerangka masa depan kalau sekiranya berlaku dalam proses kita menghadapi keadaan yang penuh kritikal ini. Saya juga ingin menyinggung Butiran 030400 – Perhubungan Perusahaan bersekali dengan Butiran 030500 – Mahkamah Perusahaan.
Saya ingin mengheret Yang Berhormat Menteri supaya merenung sepertimana yang saya bicarakan semalam untuk direkodkan dalam Dewan ini, supaya segerakan Akta Perusahaan yang telah dipinda itu yang telah pun diwartakan untuk diimplementasikan dengan kadar segera.
Hal ini kerana ratusan ribu orang pekerja daripada pihak kumpulan pejabat awam dalam kategori berkanun tidak membolehkan mereka pergi ke Mahkamah Perusahaan dan ini akan memberi kesan beban yang keterlaluan kepada mereka, sekiranya mereka diambil tindakan terhadap ketidakadilan dalam proses untuk mereka hendak mempertahankan diri mereka dalam syarikat-syarikat berkanun tersebut.
Jadi, saya minta Yang Berhormat Menteri supaya disegerakan dan tidak boleh kita berlengah waktu kerana telah pun diluluskan di dalam Dewan yang mulia ini. Saya tidak mahu Kementerian Sumber Manusia berlengah waktu untuk membiarkan proses ini dibiarkan dan kesengsaraan pihak kakitangan berkanun yang jumlahnya seramai ratusan ribu orang ini memberikan kesan buruk kepada mereka.
Saya terus ingin menyinggung Butiran 040200 – Emolumen Kakitangan Kontrak yang berjumlah RM2.3 juta. Saya ingin hendak mendapat maklumat daripada Yang Berhormat Menteri. Pekerjaan kontrak itu apa maksudnya? Ini supaya ia tidak terkesan dengan lanjutan daripada pekerja kontrak yang melebihi 15 tahun yang mana membolehkan mereka itu diberi kerja tetap. Ini supaya tidak berlaku diskriminasi terhadap dua jawatan yang sama satu tetap dan satu kontrak.
Saya mohon Kementerian Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan untuk menyenangkan pihak mereka yang terbabit secara langsung dalam proses yang melayakkan mereka untuk mendapatkan pekerjaan tetap.
Seterusnya saya ingin menyinggung Butiran 041000 – Program Latihan Kemahiran yang berjumlah RM3.517 juta. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri tentang baru-baru ini iaitu saya telah mendapat perkhabaran dan maklumat terperinci daripada pihak pengurusan Top Glove, yang memberikan maklumat kepada saya bahawa pada awal tahun depan dia akan mengambil seramai 2,000 orang pekerja daripada universiti-universiti tempatan dan memberikan ruang kepada mereka dalam segi kemahiran.
Saya nampak bahawa keperluan seperti syarikat-syarikat besar ini manfaatkan, dalam proses kita hendak memperkasakan TVET supaya pekerjaan kemahiran ini tidak hanya berlenggok dalam golongan dasar, tetapi tidak dipecahkan dalam konteks untuk syarikat-syarikat. Ia memainkan peranan untuk mereka juga memastikan bahawa
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
mengambil peluang dan ruang untuk pekerja-pekerja yang seperti mana yang telah dilakukan oleh Top Glove ini. Pada asalnya diberi maklum bahawa mereka telah pun mengurangkan seramai 3,000 orang pekerja asing dan mereka telah mengisi untuk pekerja tempatan.
Malah, yang mengejutkan saya Top Glove juga mengambil pelajar-pelajar universiti yang telah pun menyelesaikan pengajian mereka dan meletakkan dalam latihan kemudian mereka di-permanent. Inilah salah satu ciri yang sepatutnya kementerian harus fokus dan memberikan rangsangan serta mendukung syarikat-syarikat ini supaya syarikat lain juga memberikan peranan yang sama serta memberikan tanggungjawab yang sama untuk kita kongsi, untuk mengangkat martabat, darjat dan harakat pekerja dalam negara ini. Inilah satu tuntutan yang saya lihat boleh kita kerangkakan. Semoga ia menjadi satu konsep kerajaan untuk mengetengahkan pekerja tempatan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya terus merujuk kepada Butiran 030100 – Tenaga Kerja berkaitan pengurusan perburuhan negara. Saya ingin membangkitkan persoalan kepada Yang Berhormat Menteri berkaitan aktiviti kawalan terhadap pekerja asing khususnya suatu pernyataan yang telah dikeluarkan oleh PAC Parlimen pada 24 November yang lalu ketika mana PAC bersama dengan Laporan Ketua Audit Negara mendapati ada beberapa perkara yang perlu penelitian daripada Kementerian Sumber Manusia dan juga Kementerian Dalam Negeri.
Telah dicatatkan bahawa PAC Parlimen mendapati integrasi yang tidak menyeluruh antara sistem ePPAx di bawah Kementerian Sumber Manusia dan MyIMMs di bawah KDN yang telah menyebabkan data dan dokumen permohonan kuota pekerja asing tidak dapat dikongsi sepenuhnya.
PAC Parlimen mendapati kelulusan melalui permohonan khas adalah lebih tinggi berbanding dengan kelulusan melalui permohonan biasa dan ia merupakan amalan yang tidak sihat. Amalan ini juga tidak menepati tujuan asal proses permohonan kuota pekerja asing iaitu bagi menyediakan saringan kelayakan yang ketat. PAC Parlimen mendapati wujud peranan perantara yang jelas membelakangi sistem sedia ada sama ada ePPAx ataupun MyIMMs.
Cadangan yang diberikan oleh PAC perlu diberi penekanan oleh kementerian iaitu perlu ada sistem bersepadu dalam pengurusan dan kawalan pekerja asing supaya adanya kelangsungan data dari satu medan ke medan operasi yang lain untuk merentasi kementerian dan jabatan.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] Tuan Pengerusi, seterusnya saya merujuk juga butiran yang sama iaitu cadangan beberapa pihak untuk pendaftaran bagi pelarian bekerja di Malaysia di ketika mana dilaporkan lebih 170,000 pelarian yang didaftarkan di bawah UNHCR yang mereka ketika ini bekerja secara tidak sah. Adakah pihak kementerian melihat ada keperluan untuk mengambil mereka sebagai pekerja asing yang didaftarkan di ketika mana mereka ketika ini sudah pun bekerja namun dalam keadaan yang tidak sah dan kita tidak ada data berkaitan maklumat pekerjaan mereka seperti di mana mereka bekerja? Kita kehilangan sumber daripada kutipan cukai daripada pekerja-pekerja asing melalui pelarian yang kita lihat ia tidak dapat diselaraskan dengan baik.
Tuan Pengerusi, saya juga ingin membangkitkan berkaitan dengan Butiran 020100 – Pembangunan Tenaga Manusia. Saya ingin bertanya, bagaimana kerajaan memastikan bahawa program latihan pra pekerjaan yang disediakan benar-benar berkesan dan mampu meningkatkan kebolehkerjaan di kalangan mereka yang menganggur pasca COVID-19 ini? Bagaimana kementerian melihat untuk meningkatkan taraf kemahiran pekerja yang sedia ada khususnya di sektor perindustrian yang dilakukan secara bersasar?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Seterusnya, terakhir, Butiran 020200 – Pembangunan Kemahiran dan Pengiktirafan. Saya ingin bertanya pihak kementerian, bagaimana melihat graduan institusi pengajian tinggi yang bekerja dengan kelayakan yang tidak setimpal dengan imbuhan yang mereka perolehi? Adakah pihak kementerian melihat masalah ini dengan pelan jangka panjang dan jangka pendek yang perlu diberi satu keputusan yang tuntas?
Begitu juga dalam program pengarusperdanaan program TVET. Apakah kementerian melihat untuk sasaran pada tahun 2020 ini? Begitu juga berdasarkan anggaran perbelanjaan, dilihat peratusan lepasan sekolah yang memasuki TVET berkurangan daripada 32 peratus iaitu anggaran pada tahun 2020 kepada hanya 15 peratus yang dianggarkan pada tahun 2021. Jadi, adakah pihak kementerian melihat ini adalah isu bahawa lepasan sekolah TVET ini sudah lagi tidak diminati oleh para pelajar kita dan belia-belia kita di seluruh negara?
Tuan Pengerusi, itu sahaja. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Silakan Yang Berhormat Klang.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri.
Saya terus kepada Butiran 030000 – Pengurusan Perburuhan Negara khususnya berkait dengan Skim Insurans Pekerja (SIP). Yang Amat Berhormat Perdana Menteri beberapa hari yang lalu mengatakan setakat Disember 2020, lebih kurang 50 peratus daripada permohonan pampasan Skim Insurans Pekerja adalah pekerja yang mendapat gaji bulanan bernilai RM2,000 atau kurang. Ini jelas menunjukkan bahawa satu kumpulan mangsa COVID-19 adalah pekerja miskin. Pampasan yang diberikan oleh Skim Insurans Pekerja untuk pekerja yang hilang kerja tidak mencukupi untuk menampung keluarga mereka.
Misalnya, pampasan yang diberikan oleh SIP adalah 80 peratus daripada gaji terakhir mereka untuk bulan pertama dan diikuti dengan 50 peratus, 40 peratus, 40 peratus, 30 peratus dan 30 peratus untuk bulan-bulan selanjutnya. Ini bermaksud bahawa seseorang yang bergaji bulanan RM2,000 boleh mendapatkan pampasan sebanyak RM1,600 untuk bulan pertama tetapi untuk bulan seterusnya, mereka akan dibayar gaji kemiskinan atau poverty wages iaitu sebanyak RM1,000 untuk bulan kedua, RM800 untuk bulan ketiga dan keempat, dan RM600 untuk bulan kelima dan keenam.
Jumlah ini jauh rendah berbanding dengan pendapatan garis kemiskinan ataupun poverty line index (PLI) sebanyak RM2,208 dan gaji minimum sebanyak RM1,100.
Implikasinya, Tuan Pengerusi, ialah keluarga miskin terpaksa makan nasi goreng telur setiap hari seperti yang dinyatakan oleh Laporan UNICEF, kanak-kanak miskin di negara ini sudah menghadapi masalah stunted growth. Krisis COVID-19 ini termasuk mekanisme perlindungan sosial yang lemah ini akan mewujudkan keadaan yang semakin buruk di kalangan kanak-kanak di negara ini. Jelas kalau keluarga kita dimiskinkan, mangsa ialah kanak-kanak.
Tuan Pengerusi, SIP atau Skim Insurans Pekerjaan ditubuhkan sebagai mekanisme perlindungan sosial bagi pekerja pada masa krisis. Ini bermaksud bahawa kualiti hidup pekerja harus dilindungi. Akan tetapi, ironinya ialah skim SIP memberikan kemiskinan ataupun gaji atau pampasan kemiskinan kepada satu kumpulan yang terdesak and this defeats the purpose of social protection. Ternyata bantuan ini tidak mencukupi.
Saya minta kerajaan untuk memahami tujuan SIP. Pembayaran SIP sepatutnya berfungsi sebagai tali keselamatan yang penting untuk menjamin standard kehidupan yang minimum sehingga golongan penganggur dapat mencari pekerjaan baharu.
Tuan Pengerusi, oleh itu, saya minta kerajaan untuk ulang kaji terma-terma dan syarat-syarat kelayakan SIP yang sedia ada agar lebih ramai daripada golongan pekerja yang terjejas dapat memanfaatkan dana SIP. Saya cadangkan kerajaan memberikan pampasan sebanyak 80 peratus daripada gaji terakhir kepada golongan pencarum SIP yang kehilangan pekerjaan untuk enam bulan iaitu daripada Januari 2021 hingga Jun 2021.
Kementerian Sumber Manusia telah memberitahu kepada kita bahawa PERKESO mempunyai RM1.3 bilion sebagai reserve daripada SIP. So, wang ini boleh digunakan oleh pihak kementerian untuk tukar syarat-syarat dan juga terma-terma untuk memberi pertolongan kepada lebih banyak pekerja yang hilang kerja.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Isu dengan butiran yang sama, Tuan Pengerusi, ialah berkait dengan sustainability of ‘safe’ company. Semalam Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa kerajaan telah menyelamatkan 300,000 buah syarikat dan sebanyak 2.72 juta orang pekerja daripada pengangguran melalui inisiatif kerajaan seperti Program Subsidi Upah, SIP dan sebagainya.
Saya menyeru agar Yang Berhormat Menteri menjelaskan pecahan dan butiran yang lebih spesifik berdasarkan industri atau sektor perniagaan, tempoh bantuan yang diberikan dan bilangan syarikat yang mengalami kemuflisan, gulung tikar walaupun mereka telah menerima bantuan kerajaan. Saya juga minta Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan tentang sustainability of these companies. Sama ada syarikat- syarikat ini boleh survive atas daya saing mereka atau akan masih bergantung kepada kerajaan untuk survival mereka?
Informal workers. Butiran yang sama, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Saya mencadangkan supaya kerajaan mengiktiraf pekerja tidak formal dalam sistem perlindungan sosial negara kita. Golongan pekerja ini paling terdesak oleh wabak COVID-19 kerana mereka tidak mempunyai akses kepada sistem perlindungan sosial.
Golongan ini mewakili lebih kurang sebanyak 40 peratus daripada pekerja Malaysia iaitu lebih kurang sebanyak 6.5 juta orang pekerja.
Saya mencadangkan keran mendaftarkan mereka melalui aplikasi mudah alih ataupun mobile apps untuk mendapat sokongan segera. Saya mencadangkan kerajaan untuk mendirikan satu dana pampasan pekerja tidak formal yang bernilai sebanyak RM1 bilion. Hal ini penting untuk memastikan pekerja tidak formal yang berdaftar di mobile apps boleh memohon dan mendapat pampasan daripada dana tersebut. Saya cadang kerajaan memberikan sebanyak 70 peratus daripada gaji terakhir kepada semua pekerja informal pada enam bulan dan diulang kaji selepas tempoh tersebut tamat.
Akhir sekali Tuan Pengerusi yang berkait dengan akta perumahan pekerja iaitu Butiran 041000 – Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Kluster Teratai yang berkaitan dengan pengeluar sarung tangan terbesar di dunia Top Glove telah menjadi penyumbang utama dalam peningkatan kes positif COVID-19 akibat keadaan perumahan pekerja asing yang teruk dan sesak.
So, saya hendak minta kepada pihak kerajaan, apakah tindakan kerajaan untuk mengimplementasikan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446] dan juga beberapa majikan telah didakwa dan diheret ke mahkamah?
Apakah tindakan kerajaan untuk menentukan supaya semua warga majikan dapat mengikut standard yang telah ditetapkan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja? Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih, Yang Berhormat Jerantut.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan saya ruang untuk berbahas dalam bajet untuk Kementerian Sumber Manusia. Saya terus pergi kepada Butiran 020100 – Pembangunan Tenaga Manusia.
Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan tahniah kepada kementerian khususnya Majlis Pembangunan Sumber Manusia yang telah berjaya mengadakan pelbagai kursus segera bagi menangani sebahagian daripada kumpulan khususnya B40 dalam mempelbagaikan kemahiran mereka dalam usaha untuk menjana pendapatan tambahan di musim COVID-19 ini.
Keduanya, saya mengucapkan tahniah kepada kementerian juga kerana menambah peruntukan untuk pembangunan sumber manusia sehingga hampir sebanyak RM12 juta untuk tahun 2021. Saya ingin mencadangkan agar kementerian membentuk sebuah program latihan baharu yang mungkin mampu untuk membantu meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan keupayaan pekerja supaya dapat memenuhi dalam pelbagai situasi.
Misalnya macam sekarang ini tiba-tiba berlaku COVID-19, jadi kemahiran yang diberi pada mereka, mereka dapat adaptasi dan dapat melaksanakan dengan sebaik mungkin dalam suasana sebegini. Kalau boleh biarlah program ini dilaksanakan secara berterusan dan sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris
Saya juga ingin bertanya kepada kementerian, adakah mempunyai perancangan untuk mewujudkan semula latihan khusus di bawah Kementerian Sumber Manusia seperti latihan SL1M iaitu Skim Latihan 1Malaysia yang memfokuskan kepada latihan komprehensif dalam bentuk reskilling dan upskilling. Jadi, kedua-dua bentuk latihan ini pada hemat saya sangat diperlukan dan ketika sedang berhadapan contohnya dengan pandemik COVID-19 ini, menyaksikan ramai para pekerja kita kehilangan pekerjaan.
Jadi mohon Yang Berhormat Menteri agar dapat memberikan statistik yang terbaharu mengenai graduan-graduan kita yang masih lagi tak dapat pekerjaan walaupun mereka telah pun tamat pengajian mungkin setahun, setahun lebih dan sebagainya.
Termasuk juga ada sesetengah latihan itu dahulunya diperlukan oleh kerajaan tetapi sekarang tak dilantik pada mana-mana jawatan.
Kedua ialah Butiran 030200 – Keselamatan dan Kesihatan Pekerja. Program Subsidi Upah ternyata banyak membantu kepada golongan pekerja apabila hampir seramai 3 juta mendapat pekerjaan ataupun dapat diteruskan pekerjaan mereka sepanjang tempoh enam bulan yang lalu dengan peruntukan- dengan melibatkan hampir sebanyak 300 ribu buah syarikat.
Dalam keadaan yang penuh mencabar sekarang ini pada saya peruntukan sebanyak RM1.5 bilion untuk Program Subsidi Upah ini memberi keyakinan kepada sumber tenaga kita secara tak langsung bagi menjamin peluang-peluang pekerjaan di negara kita. Namun, saya juga mendengar ada juga rungutan daripada para pekerja kita yang ada di antara mereka diarah bercuti tanpa gaji meskipun syarikat telah perlu di bantuan upah.
Jadi, pekerja ini dalam dilema kerana tidak dapat memohon Skim Insurans Pekerjaan kerana mereka tidak lagi bekerja kerana telah diberhentikan. Namun, mereka juga tak dapat gaji. Jadi saya harap, pihak kementerian meneliti mengenai perkara ini.
Oleh itu, saya hendak bertanya juga kepada kerajaan dan kementerian, apa mekanisme yang dilaksanakan oleh kementerian untuk mengesan dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan ataupun menyalahgunakan dana Program Subsidi Upah ini.
Saya juga minta kementerian menyatakan statistik penyalahgunaan dana program ini yang telah dilaporkan dan apakah status kes mereka? Oleh sebab kita lihat penganiayaan kepada golongan pekerja berlaku. Kalau ini benar, maka kerajaan atau kementerian perlu mengadakan satu tindakan yang lebih tegas agar tidak ada mana- mana pihak mengambil kesempatan atas pekerja-pekerja kita.
Jadi, Tuan Pengerusi itu sahaja, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi
Waalaikummussalam. Dipersilakan Yang Berhormat Permatang Pauh.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk terus kepada Maksud Bekalan 46 Butiran 020000 – Pembangunan Modal Insan.
Sebelumnya setelah dibangkitkan di hadapan Yang Berhormat Menteri, beberapa kebimbangan selepas wujudnya rumusan daripada Laporan PAC dan Ketua Audit Negara kerana sekarang kita bercakap tentang keperluan penjanaan pekerjaan Yang Berhormat sendiri maklum tetapi kementerian dan agensi-agensi ya di bawah tanggungjawab tempat para pekerja Malaysia bergantung.
Kebimbangan saya kalau kita lihat pertamanya daripada segi prestasi TalentCorp. 2011 sehingga 2019 lebih kurang sebanyak RM125 juta untuk bajet mengurus, sebanyak RM368 juta untuk bajet pembangunan, hanya enam daripada 11 program yang mencapai sasaran.
Jadi, persoalan saya sekarang TalentCorp. dikira sebagai pengantara institusi, industri dan juga kerajaan,ada juga diwujudkan Majlis Pekerjaan Negara. Apakah yang akan dikenalkan untuk mengatasi masalah-masalah utama dihadapi secara systemic oleh TalentCorp?
Keduanya, Tuan Pengerusi dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat Sik tadi penemuan dalam PAC bahawa kementerian antara KSM dan KDN yang sepatutnya
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh
mengintegrasikan data tetapi memberi juga laluan kepada hampir sebanyak 20 ribu peluang pekerjaan yang sepatutnya bagi maksud pekerja tempatan tetapi diberi laluan kepada pekerja asing ya, yang sepatutnya dibekukan pada awal. Jadi, langkah-langkah ini penting supaya target sebanyak 500 ribu peluang pekerjaan baharu mampu diwujudkan dengan menepati sasaran pekerja, kemahuan dan juga keupayaan mereka.
Kedua, Tuan Pengerusi saya juga ingin bertanya di bawah maksud dan butiran yang sama. Sebelum ini Yang Berhormat Menteri menyatakan kesediaan untuk membantu melebarkan jaringan sosial keselamatan atau social coverage. Ada permohonan menerusi carian dan kajian The Centre, kemahuan daripada pekerja gig sendiri, pekerja gig ini pelbagai dan bukan hanya food delivery workers. Mereka meminta kalau boleh bentuk caruman diberi lebih fleksibel, sama ada harian atau mingguan dan mengambil kira bagaimana, adakah golongan-golongan contohnya yang tidak mempunyai tahap penguasaan bahasa Inggeris yang baik, mempunyai latar belakang keluarga, pendapatan, pendidikan yang berlainan.
Bagaimana kerajaan dapat menyasari hubung kait kerana mereka menyatakan menerusi survey dan maklum balas yang sama. Mereka seolah-olah tidak tahu mana mahu mendapatkan bantuan dan juga latihan daripada pihak kerajaan.
Jadi semua yang diminta oleh Yang Berhormat Klang tadi pun penting supaya kita boleh tahu secara menyeluruh dan terperinci program latihan mana yang diterima ataupun yang mendapat peluang pekerjaan yang setimpalnya.
Seterusnya saya pergi kepada Butiran 050000 dan di bawah Butiran 06400 – Naiktaraf Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia di Pulau Pinang.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh
Saya hanya minta Yang Berhormat Menteri kalau menyatakan status projek, memandangkan perbelanjaan RM1.3 juta dan di Pulau Pinang kita merekodkan begitu banyak syarikat dan entiti swasta yang terpaksa ‘gulung tikar’ dan akhirnya pekerja hilang peluang untuk bekerja dalam tempoh COVID-19.
Seterusnya juga bawah Butiran 040200 – Emolumen Kakitangan Kontrak. Saya tidak perlu ulang, banyak kali telah disebut dan sekarang ini hanya ingin mengingatkan lagi saranan jaringan pekerja kontrak kerajaan. Mereka minta supaya ada kemahuan, iltizam politik untuk melindungi kebajikan pekerja kontrak sokongan termasuklah pembersih hospital kerajaan, sekolah, bangunan kerajaan lain melalui pemansuhan sistem kontrak dan pengambilan golongan ini sebagai pekerja tetap.
Saya tahu ada keterbatasan, tetapi bila kita rangkumkan dalam Majlis Pekerjaan Negara yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Perdana Menteri, saya fikir jangan sampai kita terlepas pandang kumpulan-kumpulan yang memang tidak ada jaringan sosial keselamatan dengan mengambil kira masalah struktural, iaitu ketidakpadanan pendidikan dan juga sistem buruh.
Ini digariskan dalam tinjauan ekonomi, hanya saya simpulkan bila ada kelompongan itu wujud menerusi kepincangan sebagaimana didedahkan dalam laporan PAC dan juga audit. Apakah langkah-langkah kementerian untuk menanganinya? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Akhir sekali saya jemput Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih Tuan Pengerusi. Alhamdulillah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Yang Berhormat Menteri ada menyebut bahawa kadar pengangguran negara kita menurun daripada 5.3 peratus kepada 4.6 peratus, seramai 826,100 orang pada bulan Mei 2020 turun kepada 737,500 pada bulan September 2020. Walaupun demikian, kadar pengangguran di negara kita ini selalunya berada pada tahap guna tenaga penuh, iaitu tiga peratus. Ini bererti kita kena kurangkan daripada 4.6 peratus pengangguran kepada tiga peratus dalam tempoh yang terdekat.
Kita menggesa agar 500,000 peluang pekerjaan yang akan dijana pada tahun hadapan itu ada kaedahnya dan kita ingin tahu apakah pecahan-pecahannya dan bidang-bidang utamanya. Ini bererti kaedah untuk mengurangkan pengangguran saya kira adalah merupakan fokus utama pihak kementerian ketika era COVID-19. Saya ingin
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
bertanya. Adakah sektor tidak formal termasuk dalam pengiraan 737,500 yang tidak bekerja? Apakah yang dimaksudkan sektor tidak formal itu?
Contohnya ialah IKS yang tidak berdaftar di kampung-kampung. Mereka mengeluarkan produk-produk IKS daripada tujuh orang pekerja misalnya. Oleh kerana COVID-19, turun daripada tujuh orang pekerja menjadi hanya empat orang pekerja. Ini bererti tiga orang menganggur. Adakah kadar pengangguran itu termasuk? Saya kira sukar untuk dikira tentang PKS yang majoritinya adalah mikro. Daripada seramai 15.5 juta pekerja di Malaysia iaitu sebanyak 68.7 peratus pekerja, ada 31.3 peratus yang di luar tenaga buruh seperti suri rumah, pelajar, pesara dan yang menariknya ada yang tidak minat untuk bekerja, Tuan Pengerusi.
Presiden CUEPACS ada menyebut mengenai satu perkara yang menarik bahawa, “Gaji tidak cukup, salah satu punca tekanan darah tinggi”. Ini dilapor oleh Presiden CUEPACS, saudara Adnan Mat. Beliau menjawab kos kehidupan menyebabkan terpaksa mencari pendapatan sampingan. Ini yang disebut sebagai dua dan tiga kerja. Ini kerana gaji minimum di negara kita yang terlalu rendah. Gaji RM1,200 itu dianggap rendah kerana menurut kajian oleh Bank Negara Malaysia, kita memerlukan RM2,480 sebulan. Manakala kajian daripada KWSP pula, kita memerlukan RM2,700 sedangkan gaji minimum kita adalah sebanyak RM1,200 sebulan. Adakah kementerian...
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Boleh mencelah?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Adakah kementerian berhasrat untuk meningkatkan gaji minimum? Ketika saya bercakap, silakan bercakap, saya boleh mendengar ya.
[Dewan ketawa]
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Keempat, sesuatu yang popular yang patut diteruskan. Silakan mencelah. Sesuatu yang popular patut diteruskan. Saudara bercakap, saya bercakap Yang Berhormat Setiawangsa, saya boleh menjawab, kita sekali bercakap ya.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Saya hendak mencelah sedikit sahaja. Saya hendak sokong Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya, ya. Silakan.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Okey, adakah Yang Berhormat setuju...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Sesuatu yang popular patut diteruskan...
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Adakah Yang Berhormat setuju bahawa kita berhadapan dengan majikan yang sangat kedekut, yang sukar...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya, terima kasih.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
...kerana MEF sendiri bila naik daripada RM1,150 kepada RM1,200 pun, mereka bising. Riuh sekampung. Tidak setuju dengan kenaikan gaji minimum.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya, terima kasih atas pandangan itu. Itu sebab kita cadang gaji minimum diteruskan, ditingkatkan dan dibuat kajian. Sesuatu yang sangat popular patut diteruskan Yang Berhormat Menteri iaitu Karnival Kerjaya. Apabila kita mengumpul anak-anak muda di tempat-tempat yang tertentu, dibuat di daerah-daerah, anak-anak muda hadir temu duga-temu duga terbuka. Sepatutnya Karnival Kerja ini tidak dikosongkan peruntukannya pada tahun hadapan. Ia patut ditambah.
Institut Latihan Keusahawanan, dinaik taraf dan sebagainya itu bagus. Kita hendak tahu dari sudut apa. Berapa peratus kebolehpasaran lepasan-lepasan institut ini? Ini kerana kita inginkan kemahiran yang tinggi itu boleh menyebabkan mereka mendapat gaji yang tinggi. Subsidi upah sebagaimana kawan-kawan saya sebut tadi, penipuan subsidi upah hari ini kita ambil tindakan supaya majikan-majikan tidak menipu.
Dalam tajuk pengurusan am ini berhubung dengan KWSP, Tuan Pengerusi.
Pekerja-pekerja yang mendapat KWSP dan pekerja ingin KWSP itu dikeluarkan. Saya ingin - pihak kementerian, membantu Kementerian Kewangan untuk memastikan KWSP yang patut dikeluarkan itu dikeluarkan dan kita tahu bahawa ia telah ditambah baik sebab sekurang-kurangnya tiga kali daripada sudut kebenaran mengeluarkan KWSP ini. Paling penting, pihak KWSP mesti memberi jaminan bahawa semua permohonan perlu diproses dan dipertimbang mengikut situasi ahli dan juga terlalu banyak sangat syarat-syarat yang terlalu sukar untuk mereka mengeluarkan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya difahamkan seramai 7.7 juta pekerja boleh mengeluarkan KWSP untuk kategori satu. Bagus. Akan tetapi ada lagi lebih kurang 1 juta kategori dua yang sukar untuk mengeluarkan. Saya harap dipermudahkan syarat-syaratnya. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Pontian, saya dengan ini menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Silakan.
Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu Kementerian Sumber Manusia ingin merakamkan ucapan setinggi-tingi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam Perbahasan Belanjawan 2021, Kementerian Sumber Manusia di peringkat Jawatankuasa. Dalam memastikan kesejahteraan dan kelangsungan hidup pekerja-pekerja dengan izin, life and livelihood sentiasa terjamin dan terpelihara, kerajaan sejak pertengahan bulan Mac yang lalu telah memperkenalkan pelbagai inisiatif dalam pakej-pakej rangsangan untuk mencapai hasrat murni ini.
Pada masa yang sama, kerajaan sentiasa berusaha mempraktiskan amalan tidak membezakan pekerja tempatan dan pekerja asing di dalam perundangan pemburuhan negara ini di samping memastikan standard antarabangsa dengan izin, international best practices dipatuhi Tuan Pengerusi.
Kerajaan juga sedang sedaya upaya memastikan pekerja-pekerja asing yang bekerja di Malaysia tidak ditindas dalam usaha negara membanteras elemen buruh paksa ataupun pemerdagangan manusia. Pihak kementerian amat komited dalam membersihkan nama negara di persada antarabangsa. Oleh yang demikian, Belanjawan 2021 adalah amat penting bagi kementerian dalam menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan supaya dapat mencapai hasrat kerajaan dalam membantu pekerja dan majikan di negara kita meneruskan kehidupan dengan lebih terjamin dan sejahtera.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya sedikit Tuan Pengerusi dengan izin. Mengenai tidak ada perbezaan di antara pekerja asing dan pekerja negara ini. Itu bagus dari segi undang-undang and ILO. Akan tetapi saya hendak tanya, apakah usaha dalam membanteras forced labour yang semasa Pakatan Harapan menjadi kerajaan, kita telah memberi perhatian yang luar biasa dan kita juga mendrafkan dalam Akta Pekerja mengenai forced labour. Apakah pendirian Yang Berhormat Menteri sekarang mengenai forced labour?
Datuk Seri M. Saravanan
Saya - tunggu sebentar, saya akan jawab.
Kementerian melalui agensi-agensi seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial
(PERKESO), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Pembangunan Sumber Manusia Berhad dan lain-lain jabatan di bawahnya akan sentiasa menerima cadangan dan teguran daripada Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi, memandangkan seramai 10 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berhujah pada petang ini. Ada juga beberapa perkara merupakan sebagai cadangan, ada juga beberapa perkara yang dibangkitkan merupakan sebagai pandangan dan ada juga beberapa perkara yang perlu saya jawab dalam Dewan ini.
Maka segala pandangan dan cadangan yang telah diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat akan dikaji secara mendalam. Kementerian Sumber Manusia akan mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut peraturan-peraturan sedia ada dan mengikut kedudukan kewangan negara.
Datuk Seri M. Saravanan
Seterusnya izinkan saya terus menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang pertama adalah rakan seperjuangan saya, mantan Menteri Sumber Manusia, Yang Berhormat Ipoh Barat mengenai Program Pengurusan Sumber Manusia, Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerja yang efektif dan juga mengapa peningkatan orang yang kompeten keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dicapai pada tahun 17 peratus sahaja.
Tuan Pengerusi, merujuk kepada petunjuk prestasi utama (KPI) bagi Outcome 2 Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang efektif di bawah Program 3:
Pengurusan Negara. Pencapaian pada tahun 2019 ialah peningkatan sebanyak 17 peratus berbanding dengan tahun 2018. Setakat November 2020, terdapat seramai 68,501 orang yang kompeten keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berdaftar
Datuk Seri M. Saravanan
dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja. Ini merupakan peningkatan 17 peratus bilangan orang yang kompeten yang dicapai pada tahun 2019 berbanding dengan tahun sebelumnya.
Peningkatan bilangan orang yang kompeten ini adalah berdasarkan permintaan daripada pihak industri dan keperluan kehendak perundangan. Sebagai langkah ke hadapan, Rang Undang-undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2020 yang dicadangkan Kementerian Sumber Manusia akan memasukkan peruntukan pelantikan penyelaras keselamatan dan kesihatan pekerjaan selanjutnya akan meningkatkan lagi bilangan orang yang kompeten keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Tuan Pengerusi, seterusnya satu lagi isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat adalah bagaimana meningkatkan penyertaan dalam kesatuan.
Tuan Pengerusi, program-program KSM melalui Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja
(JHEKS), Program Geran Pengurusan Kesatuan Sekerja berjumlah RM1.1 juta bagi tahun 2021. Geran ini akan dapat membantu meningkatkan tahap pengurusan kesatuan agar lebih baik dan cemerlang dan menarik minat pekerja menyertai kesatuan.
Tuan Pengerusi, seterusnya promosi penyertaan dan kesedaran menyertai kesatuan di kalangan pekerja dan majikan, Program Labour Enrichment and Professionalism (LEAP). Program LEAP yang akan mengukuhkan pegawai-pegawai kesatuan agar kesatuan sekerja lebih berdaya saing.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat.
Datuk Seri M. Saravanan
Biar saya habiskan dahulu.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ya.
Datuk Seri M. Saravanan
Seterusnya Tuan Pengerusi, mengenai mereka yang gagal mencarum PERKESO. Majikan yang gagal mendaftar dan mencarum boleh dikompaun dan didakwa di bawah seksyen 95A Akta 4. Manakala pengakuan boleh diambil dan disabitkan kesalahan boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.
Satu lagi isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat adalah Konvensyen 87 Tuan Pengerusi. Malaysia sebagai member state of ILO perlu mematuhi atau perincian-perincian yang ditetapkan di bawah Konvensyen 87.
Seterusnya mengenai isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat decent work. Malaysia telah menandatangani MoU on decent work dan ILO sentiasa bekerjasama untuk membantu Malaysia dalam pelaksanaan bidang-bidang prioriti seperti rights of work, future work dan decent work. Ada juga isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat meminta perincian projek naik taraf Institut Latihan KSM dan strategi meningkatkan pengambilan pekerja memandangkan Yang Berhormat telah menyatakan bahawa dari segi kebolehan adalah 22,000 tetapi hanya 18,000. Buat masa sekarang, saya ingin beri jaminan dengan bajet yang telah diluluskan pada tahun 2021 Kementerian Sumber Manusia akan menaik taraf semua ILP yang sedia ada mengikut keperluan semasa. Apabila kita lihat hala tuju negara kita adalah ke arah – bukan sahaja hala tuju negara kita, hala tuju dunia adalah ke arah IR 4.0, maka kementerian akan pastikan semua ILP-ILP sedia ada akan dinaik taraf mengikut keperluan semasa.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat, saya hendak balik kepada – saya belum dapat jawapan mengenai forced labour. Saya harap pegawai- pegawai dapat memberi jawapan tersebut. Saya cenderung mengenai masalah kesatuan sekerja di negara ini. Ini kerana kita dalam satu situasi yang serius di mana anggota- anggota yang sedia ada adalah hanya kurang dari lima peratus pekerja di negara ini diliputi oleh kesatuan sekerja. Maka inisiatif-inisiatif perlu diberi, saya tahu pengagihan kewangan dan sebagainya, is one aspect. Akan tetapi saya memohon jangan mengadakan mesyuarat-mesyuarat di five-star hotel, you wear tie, you’re very professional, itu tidak mencapai hasratnya. Yang kita perlu adalah berjumpa mereka di tempat-tempat kerja di mana kita memberitahu mereka apakah manfaat menjadi anggota kesatuan atau yang lain.
Kedua adalah ILP. Yang saya maksudkan Yang Berhormat, kita naik taraf saya setuju, yang itu wang yang kita ada kapasitinya 22,000. Ini bukan baru Yang Berhormat.
Bila saya pergi ke Kemaman bulan Januari, kita nampak ada occupancy-nya hanya lebih kurang 70 peratus. Yang Berhormat, bila saya menyiasat perkara itu dengan KP di sana, dia kata Yang Berhormat, minta maaf tak cukup katil lah, tak cukup bantal lah, jadi maka kita tidak boleh dapat lebih pelajar masuk ke ILP. Ini menjadi very serious situasi. You’re
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
only occupying 70 percent, whereas the staff and other people are 100 percent. Kita boleh beri sedikit kelonggaran.
Kementerian Sumber Manusia is the best in the whole country kerana kita praktikal 70 peratus, kita teori 30 peratus berbanding dengan lain-lain kementerian. Saya harap sedikit mengambil tindakan tegas supaya kita meningkatkan. Semasa saya ada di sana, kita tingkatkan dari 16 ke 17, ke 18, ke 19,000. Maka saya harap kita boleh naikkan ke 22,000.
And also online training. Apa jadi? Kita– semasa saya Menteri, saya approved online training. Sekarang anak-anak kita di rumah tidak buat apa-apa online training, tell your KP to do it, implement it immediately. Tell you should know bahawa dia lambat, give necessary actions. Action to be taken immediately.
Datuk Seri M. Saravanan
Tuan Pengerusi, terima kasih di atas segala cadangan Yang Berhormat. Memandangkan kita dalam proses mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan menambahkan talent negara kita dan dengan usaha kerajaan yang telah menubuhkan jawatankuasa untuk pekerja ke arah 500,000 pekerja tempatan, segala cadangan yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat akan dipandang serius dan saya pastikan kita menggunakan ILP-ILP yang sedia ada sepenuhnya untuk mencapai hasrat.
Bagi isu terakhir mengenai forced labour Tuan Pengerusi, telah dicadangkan pindaan Akta Kerja 1955 dan akan diedarkan untuk mendapatkan kelulusan Jemaah Menteri dalam masa yang terdekat. Antara pendekatan ialah meningkatkan penalti kepada mereka yang terlibat dalam buruh paksa dan sebagainya.
Tuan Pengerusi, memandangkan masa yang singkat dan perlu menjawab lagi soalan, saya beri laluan kepada mana-mana pihak...
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Tuan Pengerusi, boleh saya minta penjelasan sedikit tentang satu perkara ringkas sahaja, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri M. Saravanan
Tuan Pengerusi, saya cuma ada tiga minit sahaja untuk menggulung. Maka saya teruskan dengan jawapan-jawapan yang penting kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah...
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Soalan ringkas sahaja.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya, silakan.
Datuk Seri M. Saravanan
Seterusnya Tuan Pengerusi, isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Setiu. Kementerian Sumber Manusia menerusi Pembangunan Sumber Manusia Berhad telah melancarkan inisiatif PENJANA HRDF dengan objektif untuk menyokong agenda kerajaan di dalam pemulihan semula ekonomi negara yang terkesan disebabkan oleh COVID-19.
Lima skim yang telah diperkenalkan melalui inisiatif ini yang terdiri daripada Place & Train, B40 Development, SME Development, Industrial Revolution 4.0 dan Gerak Insan Gemilang. Skim-skim ini diwujudkan dengan tujuan untuk membantu rakyat dalam mendapat penempatan pekerjaan self-employed sector, menambah dan meningkatkan kemahiran mereka. Setakat 27 November 2020, Pembangunan Sumber Manusia Berhad telah meluluskan sebanyak 62,255 orang pelatih bagi mengikuti skim-skim yang melibatkan penempatan pekerjaan dan pekerjaan kendiri ini.
Tuan Pengerusi, seterusnya isu– satu lagi isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Setiu adalah mengenai peruntukan Karnival Kerjaya, Program Inspirasi JobsMalaysia dan Outreach yang tidak diperuntukkan pada tahun 2021. Kementerian menyedari akan keperluan untuk menjalankan dua program tersebut bagi tahun 2021.
Sehubungan dengan itu, kementerian telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kewangan untuk peruntukan tambahan berjumlah RM3.5 juta bagi tujuan dua program berkenaan pada tahun hadapan.
Datuk Seri M. Saravanan
Kementerian Sumber Manusia akan mengendalikan MYFutureJob Portal kerana pihak Majlis Tindakan Ekonomi telah memutuskan ia akan bertindak sebagai portal pekerjaan kebangsaan.
Tuan Pengerusi, seterusnya Yang Berhormat Pokok Sena telah membangkitkan tentang berapakah penempatan pekerjaan bagi mereka seramai 100,000 yang telah diberhentikan. Untuk makluman Yang Berhormat, seramai 30,997 orang berinsurans telah berjaya ditempatkan daripada jumlah seramai 100,000 orang yang telah diberhentikan setakat 4 Disember 2020. Manakala, seramai 93,204 orang
Datuk Seri M. Saravanan
telah ditempatkan melalui hiring incentive dan juga melibatkan pekerja yang diberhentikan.
Satu lagi isu...
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Tuan Pengerusi, saya minta pencelahan just 30 saat sahaja, very short.
Datuk Seri M. Saravanan
Tuan Pengerusi, satu lagi – biar saya habiskan...
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Tuan Pengerusi, saya mohon mencelah...
Datuk Seri M. Saravanan
...Tuan Pengerusi, satu lagi isu yang telah dibangkitkan...
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
...30 seconds, I promise.
Datuk Seri M. Saravanan
...Mengenai pekerja-pekerja tempatan yang menggantikan pekerja asing. Kerajaan juga telah meluluskan...
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Ini berkaitan...
Datuk Seri M. Saravanan
...Inisiatif...
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Tarikh berkuat kuasa untuk pindaan, pindaan Akta Perhubungan Perusahaan yang diluluskan pada masa Pakatan Harapan...
Datuk Seri M. Saravanan
Tuan Pengerusi, saya cuba habiskan. Saya akan bagi laluan.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Okey baik, terima kasih.
Datuk Seri M. Saravanan
Saya cuma risau saya tidak sempat jawab yang betul-betul sudah bangkitkan isu. Kerajaan juga akan meneruskan inisiatif pengambilan pekerja di bawah PERKESO yang kini dikenali PENJANAKerjaya dengan beberapa penambahbaikan.
Pertama, insentif untuk pekerja bergaji RM1,500 ke atas akan dinaikkan daripada kadar RM800 sebulan kepada 40 peratus daripada gaji bulanan terhad kepada insentif maksimum RM4,000 sebulan.
Kedua, bagi menggalakkan peluang pekerjaan kepada golongan OKU, penganggur jangka panjang dan pekerja yang diberhentikan, majikan akan diberikan insentif tambahan sebanyak 20 peratus kepada majikan. Keseluruhan insentif majikan berjumlah 60 peratus.
Ketiga, bagi sektor dan kebergantungan tinggi kepada pekerja asing seperti pembinaan dan perladangan, insentif khas sebanyak 60 peratus daripada gaji bulanan disediakan dengan 40 peratus disalurkan terus kepada majikan dan 20 peratus kepada pekerja tempatan yang menggantikan pekerja asing. Insentif ini akan diberikan untuk tempoh selama enam bulan.
Keempat, bagi mereka yang telah diambil bekerja di bawah PENJANAKerjaya, kos maksimum program latihan yang layak dituntut majikan dinaikkan daripada RM4,000 kepada RM7,000 bagi menjalani Program Kemahiran Tinggi atau Sijil Profesional.
Kelima, Program Perantisan Belia. Kerajaan akan menyediakan insentif kepada majikan swasta sebanyak RM1,000 sebulan sehingga tiga bulan bagi setipa graduan baharu yang menyertai Program Perantisan. Sebagai tambahan, majikan juga boleh menuntut geran sehingga RM4,000 untuk program latihan bagi perintis tersebut. Program ini dijangka memanfaatkan sehingga seramai 5,000 orang graduan baharu dengan peruntukan sebanyak RM250 juta. Pada masa yang sama, kita minta semua majikan untuk memberi iklan dalam MYFutureJob Portal untuk memastikan peluang itu diberikan kepada pekerja tempatan.
Tuan Pengerusi, seterusnya...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat, Yang Berhormat, sikit sahaja.
Datuk Seri M. Saravanan
Bagi Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Okey, terima kasih. Yang Berhormat memang baik. Saya tidak akan haramkan Yang Berhormat ataupun parti Yang Berhormat...
[Ketawa]
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Fuh, Dahsyat. Terbaik.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Itu kawan Yang Berhormat Pendang yang hendak haram parti Yang Berhormat.
Tuan Haji Awang bin Hashim
Tok sah divide and rule-lah. Kami tak berpecahlah Yang Berhormat Pokok Sena. Please-lah. Bajet untuk kandaq apa ni petai tak dak tahun ni.
Seorang Ahli
Hey, Timbalan Menteri diam.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Baik. Saya hendak dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat. Tadi ni, berapakah jumlah saya katakan daripada PKP – sebelum, sebelum ini berhenti sehingga sekarang ini, pekerja asing yang telah pun dihantar pulang ataupun dikurangkan dan tempat mereka diambil alih oleh pekerja tempatan. Sudah berapa banyak?
Saya hendak tanya juga bahawa berapa unjuran Program Rekalibrasi Tenaga Kerja iaitu antara Jabatan Imigresen dan juga Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung ini, antara KDN dan juga kementerian Yang Berhormat ini yang di – unjuran dia berapa? Iaitu Pekerja Asing Tanpa Izin (PATI) yang akan diambil bekerja. Jadi, saya fikir bahawa keadaan ini tidak akan dapat mengurangkan pekerja asing dalam negara kita. Walaupun di sektor 3D, Yang Berhormat kata banyak insentif kita berikan, tetapi apabila kita nak ambil pekerja tanpa izin ini untuk masuk dalam sektor pekerjaan, hendak legalise kan mereka, jadi, macam pekerja-pekerja tempatan kita? Jadi, saya minta penjelasan.
Datuk Seri M. Saravanan
Tuan Pengerusi, mengenai jumlah yang dipohon boleh Yang Berhormat saya akan bagi secara bertulis, memandangkan terlalu awal untuk program – Program Rekalibrasi Tenaga Kerja baru diumumkan dan kita dalam masih di peringkat awal daripada segi menerima permohonan, mengkaji dan meneliti. Itu perlu melalui satu proses. Maka, saya perlukan masa untuk beri secara bertulis.
Mengenai seramai 100,000 orang yang telah hilang kerja dan pekerja asing, saya akan beri secara bertulis kepada Yang Berhormat sebab ini melibatkan dua kementerian, bukannya hanya bergantung kepada Kementerian Sumber Manusia.
Walaupun ada Ahli-ahli Yang Berhormat telah membangkitkan termasuk Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Dungun mengenai integrasi antara Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri – Saya ingin umumkan di Dewan yang mulia ini kini kedua-dua kementerian telah bersetuju untuk kongsi data berkaitan segala urusan antara kedua-dua kementerian ini.
Segala data yang ada di Kementerian Sumber Manusia akan berkongsi dengan Kementerian Dalam Negeri. Ini adalah satu langkah yang positif yang kerajaan telah ambil untuk mengurangkan kekangan bagi meneruskan usaha mengendali pekerja asing.
Tuan Pengerusi, seterusnya isu yang telah...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Menteri perlu berapa minit lagi Yang Berhormat?
Datuk Seri M. Saravanan
...Dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dungun.
TalentCorp Malaysia melalui Career Comeback Programme (CCP) akan memperluaskan intervensi kepada semua wanita yang berehat daripada kerjaya termasuk wanita yang kehilangan pekerjaan, pengangguran dan terpencen.
Kerjasama awam dan swasta juga untuk memastikan kelestarian program ini yang berfokus kepada penyelesaian untuk meningkatkan kemampuan dan kesediaan untuk kembali bekerja. Sebagai pelengkap TalentCorp Malaysia juga akan mempromosi, memacu flexible working arrangement sebagai norma baharu yang turut merangkumi penglibatan dalam ekonomi gig iaitu kerja separuh masa dan berasaskan kontrak projek.
Langkah ini dilihat berkesan dalam mengekang dan memperluaskan peluang pekerjaan dan tenaga kerja wanita.
Tuan Pengerusi, seterusnya – ini saya sudah jawab.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Kapar macam mana, Yang Berhormat Kapar macam mana?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Forced labour. Ada priority oleh kementerian atau tidak lagi? Forced labour?
Datuk Seri M. Saravanan
I had answered.
Tuan Pengerusi
Sudah jawab tadi.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Belum jawab lagi.
Datuk Seri M. Saravanan
Saya sudah jawab Yang Berhormat.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Kapar punya bertulis lah, Kapar punya bertulis.
Datuk Seri M. Saravanan
Yang Berhormat Kapar boleh bertulis?
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, tiga minit.
Datuk Seri M. Saravanan
Menjawab soalan Yang Berhormat Klang.
Datuk Seri M. Saravanan
Okey, sebentar.
[Dewan riuh]
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat Menteri steady- nya.
Datuk Seri M. Saravanan
Tuan Pengerusi, seterusnya Yang Berhormat Klang telah meminta apakah jenis kesalahan di bawah Akta 446 dan berapakah jumlah penalti yang telah ditetapkan. Tuan Pengerusi, kesalahan utama di bawah Akta 446 ialah kegagalan majikan atau penyedia penginapan berpusat untuk mendapatkan perakuan penginapan yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK).
Majikan yang gagal mendapatkan perakuan penginapan melakukan kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000. Manakala penyedia penginapan berpusat yang gagal mendapatkan perakuan penginapan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM30,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali. Tuan Pengerusi, yang penting di sini adalah RM50,000 ini untuk setiap pekerja. Baru-baru ini ada satu sektor yang melibatkan seramai1,800 orang pekerja jumlahnya akan mencapai sehingga RM90 juta, sekiranya mengikut peraturan.
Majikan atau penyedia penginapan berpusat gagal memberikan notis pendudukan pekerja dalam penginapan dalam tempoh masa 30 hari dan tarikh pendudukan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.
Majikan atau penyedia penginapan berpusat yang gagal mematuhi undang-undang pihak berkuasa tempatan melakukan kesalahan di bawah seksyen 24(h) Akta 446 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 jika sabit kesalahan.
Tuan Pengerusi, setelah beberapa isu yang telah dibangkitkan, saya akan beri jawapan secara bertulis.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri M. Saravanan
...Termasuk isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh tentang prestasi TalentCorp Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat baru-baru ini Kementerian Sumber Manusia telah melantik ahli lembaga baharu dan yang cukup berwibawa. Saya percaya dengan adanya ahli lembaga yang baharu kita dapat mengatasi daripada segi prestasi.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
TalentCorp Malaysia Yang Berhormat Menteri. Isu yang saya hendak bangkit adalah ialah berkaitan...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Directed to that, TalentCorp Malaysia tidak dibayar [Tidak jelas] – Director TalentCorp Malaysia.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
...Adakah kerajaan akan menukar syarat ...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Menteri, hendak beri laluan kepada Yang Berhormat Sungai Buloh?
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
30 saat sahaja Yang Berhormat Menteri. Soalan saya...
Datuk Seri M. Saravanan
Yang Berhormat Klang dahulu.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Klang dahulu.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri, tadi saya telah mencadangkan supaya skema SIP ditukar, diulang kaji supaya untuk memberi kebaikan untuk ramai pekerja yang sedia ada.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Sekarang kita gunakan satu skema yang limit the number of workers yang boleh mengambil bahagian dalam SIP ini. So, minta pandangan Yang Berhormat kalau kementerian akan mengulang kaji skema-skema ini dan juga syarat-syarat dan terma- terma supaya lebih pekerja boleh mengambil kesempatan untuk mendapat bantuan daripada pihak kerajaan.
Datuk Seri M. Saravanan
Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Klang telah mencadangkan supaya bantuan SIP daripada 80 peratus, 50 peratus, 40 peratus macam itu ditukar supaya kita dapat memberi satu pulangan yang munasabah kepada pencarum. Ini perlukan sedikit kajian yang secara mendalam sebab benda ini melibatkan kos yang begitu tinggi. Maka saya perlukan masa...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Apa masa, Yang Berhormat Menteri?
Datuk Seri M. Saravanan
Tidak, tidak. Untuk menukar daripada― setakat ini, sumbangan daripada PERKESO adalah 80 peratus bagi bulan pertama, seterusnya 50 peratus, 40 peratus, 40 peratus dan akhirnya 30 peratus. Ini adalah kadar yang ditetapkan. Sekiranya cadangan Yang Berhormat untuk memberikan satu pulangan yang lebih banyak, bagilah sedikit masa kita kaji sama ada perkara ini praktikal mengikut peraturan dan juga mengikut kedudukan kewangan sedia ada.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Buat sementara, boleh dapat satu peruntukan dari kerajaan...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri, bolehkah ini dibawa ke sesi Parlimen akan datang untuk dibahas?
Datuk Seri M. Saravanan
Boleh, Tuan Pengerusi
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, sudah dijawab. Yang Berhormat Sungai Buloh...
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Terima kasih. Just...
Datuk Seri M. Saravanan
Tuan Pengerusi, akhirnya sebelum saya akhiri ucapan saya, saya ingin berikan peluang kepada Yang Berhormat Sungai Buloh memandangkan...
Tuan Pengerusi
Ya, lama dia tunggu.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Baik, terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.
Soalan saya adalah berkaitan pindaan kepada undang-undang pekerja yang telah diluluskan di Parlimen khususnya Akta Perhubungan Perusahaan yang telah diluluskan pada masa Pakatan Harapan. Bilakah pindaan ini akan diwartakan dan dikuatkuasakan?
Kedua ialah ada juga cadangan dulu meminda Akta Kerja dan juga Akta Kesatuan Sekerja yang telah dirunding oleh beberapa pihak. Saya hendak tanya sekarang dan dapatkan penjelasan, apakah status pindaan itu sekarang? Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Menteri, saya bertanya banyak soalan. Daripada Pontian. Saya harap Yang Berhormat Menteri kasihankan, berilah jawapan juga walau sebaris dua.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sik juga mohon jawapan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri M. Saravanan
Tuan Pengerusi, segala perubahan peraturan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Buloh, kita cuba sedaya upaya. Kita sedar itu satu perubahan yang penting tetapi kemungkinan besar kita akan memasukkan dalam Dewan yang mulia ini pada bulan Mac tahun hadapan.
Seterusnya mengenai...
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Akta Perhubungan Perusahaan yang sudah diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara?
Datuk Seri M. Saravanan
Akan dikuatkuasakan pada bulan Januari.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Terima kasih.
Datuk Seri M. Saravanan
Seterusnya, Tuan Pengerusi, sahabat saya daripada Pontian telah membangkitkan isu-isu mengenai kadar pengangguran dan
Datuk Seri M. Saravanan
pecahan 500,000 peluang pekerjaan yang akan dilahirkan. Untuk 500,000 peluang pekerjaan, ia masih dalam perbincangan dan perlu diperhalusi dan diteliti sebelum kita buat sebarang pengumuman mengenai jumlah yang mengikut pecahan. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tahniah, tahniah. Hidup MIC.
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM823,755,800 untuk Kepala B.46 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2021 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.46 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.46 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2021 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.46 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Abd Rahim bin Bakri
Terima kasih Tuan Pengerusi. Merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 57(2), saya mohon mencadangkan bahawa fasal 2 dalam teks bahasa kebangsaan dan teks bahasa Inggeris rang undang-undang dipinda dengan menggantikan perkataan “satu ratus enam puluh empat bilion satu ratus lima puluh satu juta enam ratus lima puluh enam ribu lapan ratus ringgit (RM164,151,656,800)” dengan perkataan “satu ratus enam puluh empat bilion satu ratus enam juta enam ratus lima puluh enam ribu lapan ratus ringgit
(RM164,106,656,800)”.
Saya juga mohon mencadangkan agar Jadual kepada rang undang-undang dipinda di bawah ruang “Amaun” –
(a) bagi Maksud B.47, dengan menggantikan perkataan “1,242,464,900” dengan perkataan “1,197,464,900”; dan
(b) pada JUMLAH, dengan menggantikan perkataan “164,151,656,800” dengan perkataan “164,106,656,800”.
Tuan Pengerusi, pindaan ini berbangkit daripada pengurangan jumlah wang yang diperuntukkan bagi Maksud B.47 yang dinyatakan dalam Jadual kepada rang undang-undang iaitu mengurangkan sebanyak RM45 juta daripada jumlah yang diperuntukkan di bawah Kepala Bekalan B.47 di bawah Butiran 050100 – Perluasan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, terima kasih. Sebelum kita teruskan dengan perbahasan, ada usul Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Takiyuddin bin Hassan
Tuan Yang di-Pertua, “Tanpa mengambil kira Usul Peraturan Mesyuarat 12(1) terdahulu iaitu pada hari Khamis, 5 November 2020 dan mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan dalam peringkat Jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2021 dan Usul Anggaran Pembangunan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Isnin, 14 Disember 2020.” Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Ada sokongan?
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Tuan Pengerusi, saya mohon menyokong.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera dalam Kertas Pindaan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas.
Untuk memulakan perbahasan, saya menjemput Yang Berhormat Pasir Puteh.
Tiga minit, Yang Berhormat.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Berkenaan dengan usul yang dikemukakan yang menyentuh Butiran 050000 dan juga Butiran 050100, saya menganggap peruntukan yang diuntukkan untuk perluasan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) adalah suatu peruntukan yang sangat berpatutan kerana kita perlu menyedari bahawa hubungan di antara rakyat dengan kerajaan merupakan satu aspek ataupun satu perkara yang sangat mustahak.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Banyak negara yang rakyat tidak memahami hasrat yang dibawa oleh pihak kerajaan menyebabkan berlakunya agenda kerajaan ini gagal. Lantaran itu, untuk memastikan rakyat memahami segala agenda yang dibawa oleh kerajaan untuk kepentingan rakyat dan untuk kepentingan negara ini, mesti difahami oleh semua rakyat yang ada di dalam negara.
Jadi sebab itu, peruntukan yang disebut itu adalah satu peruntukan yang sangat relevan dan di samping kita memperkasakan rakyat di dalam negara kita mengikut hala tuju dan juga acuan yang telah dibentuk oleh pihak kerajaan. Bagi saya, saya merasakan bahawa kerajaan yang dibentuk ini adalah kerajaan yang sangat profesional, yang tidak memberi keutamaan kepada parti politik tertentu...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Minta laluan...
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
...Tetapi ia adalah suatu yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan secara menyeluruh.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Pasir Puteh, minta laluan.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Saya ingin tanya ulasan Yang Berhormat Pasir Puteh, apakah manfaat JASA kalau kita ada Menteri Besar, macam Menteri Besar Kedah yang begitu celopar, yang tidak menghormati perasaan kaum dan membangkitkan isu-isu yang boleh menyentuh sensitiviti kaum? Bukankah kita patut mendidik Menteri Besar begitu?
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Yang Berhormat, itu bukan tajuk perbincangan kita pada hari ini. Itu boleh bincang di luar Parlimen.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bukan, kita bincang di sini. Menteri Besar Kedah yang celopar, yang...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, Yang Berhormat, ini tiada kena mengena dengan apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Pasir Puteh.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Pasir Puteh, sila teruskan. Masa sebanyak dua minit.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Yang Berhormat Pasir Puteh, boleh saya tanya berkenaan dengan apa yang dibangkitkan?
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Beberapa Ahli
Microphone...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Yang Berhormat Pasir Puteh, minta laluan Yang Berhormat Pasir Puteh.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Itu adalah suatu tanggapan yang sangat tidak baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terdapat Ahli Parlimen yang celopar juga, macam mana ini?
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Topik yang berlainan Yang Berhormat Pasir Puteh.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Yang Berhormat Pasir Puteh, topik yang berlainan. Bukan yang sama.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Tuan Pengerusi...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Boleh saya diberikan laluan, boleh Yang Berhormat Pasir Puteh?
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Masa saya sudah hampir-hampir tamat...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Just sekejap, just beberapa saat Yang Berhormat Pasir Puteh.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Ya, sila, sila, sila.
Sekejap 30 second.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Boleh, boleh, boleh. Yang Berhormat Pasir Puteh membangkitkan berkenaan dengan peruntukan untuk JASA ini.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Ya.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Peruntukan itu amat besar, amat banyak. Bukankah itu boleh disalurkan untuk tujuan yang lebih bermanfaat dalam masa COVID-19 sekarang untuk membanteras masalah yang kami hadapi.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Ya, okey faham.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Bukankah itu tujuan untuk bajet COVID-19 ini sekarang?
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Saya faham. Saya faham, nanti saya jawab.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Apa pandangan Yang Berhormat Pasir Puteh?
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor. Yang Berhormat Bukit Gelugor mesti kena tengok peruntukan yang besar yang diuntukkan oleh pihak kerajaan kerana agenda daripada pihak kerajaan itu besar. Agenda yang besar ini perlu kepada peruntukan yang besar. Kerajaan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kenapa? Kalau begitu Rukun Tetangga buat apa? Rukun Tetangga...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat tolonglah, Yang Berhormat. Silakan.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Ya, kerajaan dia nak menguruskan rakyat, ada rakyat ini macam Yang Berhormat Jelutong. Ini peruntukkan sepatutnya...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Gunalah Rukun Tetangga, Rukun Tetangga untuk apa?
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
...Nak fahamkan Yang Berhormat Jelutong ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri Besar macam Kedah*...
[Pembesar suara dimatikan]*
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, Yang Berhormat ini sesi perbahasan bukan sesi pertengkaran. Yang Berhormat Pasir Puteh sudah habis? Sikit lagi?
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Sedikit lagi. Satu minit saya diganggu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kena didik Menteri Besar, Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Jelutong...
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Insya-Allah, kita sekolahkan Yang Berhormat Jelutong. Kita sekolahkan orang yang sama sebagaimana Yang Berhormat Jelutong. Walaupun pihak kerajaan ini dia perlukan suatu peruntukan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sekolahkan Menteri Besar Kedah dulu. Celopar dia.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Namun, pemerkasaan rakyat di bawah peruntukan ini adalah suatu yang sangat perlu dan sangat mustahak...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Pasir Puteh,
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
...Dan saya kira semua pihak perlu terbuka untuk menerima peruntukan yang diuntukkan oleh pihak kerajaan.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Pasir Puteh, sedikit lagi...
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Sekian, terima kasih.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Pasir Puteh...
Tuan Pengerusi
Seterusnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Shah Alam...
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Tuan Pengerusi, boleh saya mohon penjelasan sedikit Tuan Pengerusi?
Tuan Pengerusi
Saya.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Saya sedikit keliru mengenai proses ini. Sebentar tadi kita mendengar satu usul daripada pihak Kementerian Kewangan untuk meminda jumlah belanjawan untuk kementerian ini.
Tuan Pengerusi
Ya.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Pada waktu yang sama, kita juga ada usul-usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9). Jadi, sekiranya usul daripada Kementerian Kewangan itu diluluskan, adakah usul-usul kami juga akan dibahas?
Tuan Pengerusi
Ya, sebab mengikut peraturan Yang Berhormat, kita perlu mulakan dengan usul untuk memotong yang paling sedikit, kemudian yang seterusnya.
Saya persilakan Yang Berhormat Shah Alam, tiga minit Yang Berhormat.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Baik, terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahirobbil alamin, washolatu wassalamu 'ala Sayidina Muhammad wa 'ala alihi wasahbihi ajma'in. Apa yang telah dilakukan dan dicadangkan oleh pihak kementerian berhubung dengan potongan itu adalah too little and too late. Terlalu sedikit dan terlalu lewat.
Hakikatnya, JASA ini memang tidak perlu ada. Di bawah Kerajaan Pakatan Harapan, kita telah tutup JASA kerana telah pun semua mengetahui dan telah pun perakui dan diakui oleh pimpinan UMNO sendiri khususnya saudara Puad Zarkashi, yang merupakan bekas Pengerusi JASA sendiri, bahawa JASA ini adalah alat politik. Ia adalah satu badan yang digunakan untuk digajikan semua proxy dan penyokong-penyokong politik.
Peranannya adalah untuk menyampaikan propaganda daripada pihak kerajaan.
Kita semua tahu bahawa di dalam bajet yang sedia ada, Jabatan Penerangan telah pun diperuntukkan sebanyak RM158 juta dan untuk penyiaran bagi RTM ia sudah berjumlah RM479 juta. Maka, dari segi alat dan segala machinery, pihak kerajaan untuk memberikan penerangan, penjelasan, mengenai kerajaan tebuk atap dan kenapa pintu belakang ini sah dan halal dan mengapa pengkhianat perlu disokong dan diterima dan dipuji? Kalau tidak cukup dengan Jabatan Penerangan dan RTM, maka amat memalukan.
Kita semua memahami bahawa JASA itu adalah satu alat propaganda oleh kerajaan untuk whitewash the current government, dengan izin. Akan tetapi ia memang tidak cukup, Tuan Pengerusi. Jumlah yang diperuntukkan asalnya sebanyak RM81.5 juta, tidak cukup. Nak tipu rakyat untuk mengatakan kerajaan tebuk atap ini sah, bahawa Perdana Menteri sekarang ini ada sokongan majoriti. Itu memerlukan satu usaha pembohongan dan penipuan yang lebih besar.
Maka apabila diberikan peruntukan sebanyak RM81.5 juta pun tidak cukup, apatah lagi RM40 juta? Lalu, saya menyeru kepada Kerajaan Perikatan Nasional, bertindak secara profesional dan bertanggungjawab. Jangan guna duit rakyat untuk mencapai matlamat politik sempit perkauman kamu. Ia merupakan satu pengkhianatan dan pecah amanah. Ini duit rakyat yang perlu digunakan untuk membantu rakyat menghadapi ancaman COVID dan sebagainya dan bukan digunakan untuk kepentingan politik.
Saya mengesyorkan peruntukan JASA dikosongkan dan jabatan ini ditutup dengan serta-merta. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih, saya ingin menjemput Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bismillahir Rahmanir Rahim. Tuan Pengerusi, pertama sekali saya sedih kerana Menteri Kewangan telah mengurangkan peruntukan daripada RM85.5 juta kepada RM40.5 juta. Ini bererti pengurangan sebanyak RM45 juta.
Beberapa Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kita tahu bahawa pada tahun 2015, JASA diperuntukkan sebanyak RM52 juta. Pada tahun 2016 sebanyak RM47 juta,
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
pada tahun 2017 sebanyak RM53 juta, pada tahun 2018 – maaf, pada tahun 2016 – saya silap, saya baca balik.
Pada tahun 2015, sebanyak RM74 juta, tahun 2016 sebanyak RM70 juta, tahun 2017 sebanyak RM76 juta, tahun 2018, sebanyak RM81 juta. Kemudian kita telah dimansuhkan selama dua tahun oleh kerajaan ‘gagalkrasi’ iaitu pada tahun 2019, kosong dan tahun 2020, kosong.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kemudian 2021 dinaikkan RM 85 juta. Memang ada kenaikan biasa. Akan tetapi sekarang ini pada tahun 2021, tinggal RM40.5 juta. Saya sedih kerana perkara ini boleh berlaku kerana kita terpengaruh dengan pemikiran-pemikiran daripada pihak pembangkang yang selama ini hendak menimbulkan huru-hara. Kita tahu selama dua tahun kerajaan gagal untuk menyebarkan berita yang betul.
Akhirnya berita yang palsu tersebar menyebabkan berlakunya huru-hara politik dan huru-hara pemikiran manusia kerana tidak ada satu badan kerajaan yang mampu untuk menerangkan kebenaran. Sekarang ini kita lihat apabila JASA belum berfungsi, berlaku huru-hara politik kerana pembohongan demi pembohongan berlaku.
Pada tahun 2003 - supaya Yang Berhormat Shah Alam yang short memory ini ingat ya. Tahun 2003, dunia telah ditipu oleh Amerika Syarikat mengatakan bahawa Iraq menyimpan senjata yang berbahaya iaitu senjata nuklear.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia tipu.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Selepas itu dengan menggunakan penipuan...
Seorang Ahli
Butiran mana?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...berita ini, Iraq telah diserang dan dizalimi sampai ke hari ini.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sekarang ini, saya bagi contoh di Parlimen ini sahaja.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Di Parlimen sahaja, saya berkata mantan Menteri Kesihatan. Akan tetapi portal tertentu yang akan saya saman nanti mengatakan Yang Berhormat Pekan, Menteri Kesihatan dan selepas itu orang pun ikut ramai-ramai berita palsu tersebut. Itu berlaku di Parlimen dengan Yang Berhormat Pekan dengan mantan itu. Maaf mantan Yang Berhormat Pekan, dengan bekas. Saya sebut bekas Menteri Kesihatan. Hal ini Yang Berhormat Pekan, Menteri kesihatan. Dia tipu.
Berita palsu sendiri berlaku di Parlimen. Apakah cara untuk membetulkan berita? Satu agensi yang mesti menceritakan kebenaran.
Saya hendak beritahu bahawa pengambilan pegawai bukan dibuat melalui parti, dibuat melalui JPA, melalui SPA. Jadi, kenapa pengambilan yang dibuat dengan tulus ikhlas ini dipertikaikan? Jadi...
Tuan Pengerusi
Masa hampir tamat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Sebagai Ahli Parlimen yang setia dengan kerajaan, kita menyokong supaya dikurangkan kepada RM40.5 juta tetapi biarlah J-KOM yang baru ini mampu untuk menegakkan kebenaran. Bangsa yang mulia apabila kita mendapat cerita yang benar. Negara yang mulia akan menjadi negara mulia kalau kita cerita kebenaran. Akan tetapi kalau cerita hiruk pikuk menuduh Menteri Besar Kedah celopar, Ahli Parlimen 100 persen lebih celopar daripada Menteri Besar Kedah.
Kita tidak kata dia tidak boleh bercakap di Parlimen ini, kita kata dekat dia, kalau berani mari kita berdepan. Siapakah yang celopar? Celopar ini ramai daripada Ahli Parlimen yang celopar.
Tuan Pengerusi
Masa sudah tamat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sekarang harap tidak sangat.
Jadi mereka banyak yang celopar kerana membawa isu-isu contohnya macam Yang Berhormat Shah Alam, tidak ada pasai-pasai tajuknya JASA...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Kerajaan tebuk atap. Ya, sila Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Pengerusi
Masa sudah tamat.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Puad Zarkashi kata. Puad Zarkashi kata. Bekas Pengerusi JASA sendiri mengatakan JASA alat politik.
Tuan Pengerusi
Masa sudah tamat. Masa sudah tamat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, orang seperti Yang Berhormat Padang Rengas sebut orang yang mempunyai pemikiran bahawa perkara itu mungkin boleh ditipu, otak mereka memang penipu. Mereka selalu mengambil pemikiran itu untuk menipu. Contohnya Tuan Pengerusi, akhir sekali siapa yang mengambil pegawai khas? Ambil pegawai khas termasuk Menteri Wilayah. Bekas, bekas ya, mantan bukannya kata pekan pula ni. Bekas Menteri Wilayah pakai outrider bukan main.
Bolehkah outrider Wilayah pergi ke seluruh rata pelosok?
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tanya Menteri Wilayah sekarang lah, dia pakai outrider kah tidak?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Macam mana Menteri– jadi, dia menyalahgunakan kuasa dan menteri-menteri mereka banyak mengambil pegawai khas termasuk Yang Berhormat Bagan.
Tuan Pengerusi
Masa sudah tamat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Mengambil pegawai khas yang mempunyai gaji JUSA C...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Padahal...
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Tidak ada kaitan.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tak sampai RM40 juta, tak sampai RM40 juta, berapa ribu sahaja.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi
Cukup, cukup.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Akan tetapi JUSA C, RM10,000.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Mereka mendapat gaji mahal, suruh kami diam. Ini hendak ambil pegawai- pegawai...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Sekarang, tidak ada?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Yang di peringkat....
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
...Yang sekarang, tidak ada?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Yang...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
...Yang sekarang tidak ada?
Menteri-menteri sekarang, tidak ada?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak, supaya...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Jangan menipulah!
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Menteri Kewangan fikir supaya ambil bekas-bekas pegawai JASA.
Tuan Pengerusi
Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...yang berwibawa untuk berkhidmat semula dan saya minta supaya JASA tidak perlu ditukar kepada kementerian lain kerana Menteri ini cukup berwibawa. Dia bekas Menteri Luar yang mampu seimbangkan nama baik Malaysia walaupun di bawah PH tetapi bukan kerana PH kerana ia sebagai peribadi. Jadi sekarang ini dia pula pegang kementerian ini, saya cadangkan supaya JASA, J-KOM ini terus berada di bawah kementerian ini.
Tuan Pengerusi
Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya menyokong dengan hebatnya. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Yang Berhormat Tanjong Malim.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menolak dengan hebatnya usul ini. Tadi Yang Berhormat Arau ada menyebut bahawa pegawai-pegawai JASA dilantik daripada kalangan orang politik tetapi oleh JPA ataupun SPA dan lain-lain. Saya hendak tanya kalaulah betul pegawai ini tidak dilantik di kalangan orang politik, kenapa pula kita perlu mewujudkan satu lagi jabatan seperti JASA ini, sedangkan kita ada RTM, Jabatan Penerangan dan lain-lain. Adakah ini bermakna....
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bangun]
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Adakah Yang Berhormat Arau hendak mengatakan pegawai yang sedia ada ini tidak mampu untuk menjalankan tugas mereka. Saya tidak ada masa, saya minta maaf.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, tetapi...
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Saya tidak hendak bagi...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penutupan JASA...
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Saya tidak hendak bagi laluan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya rasa...
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Tuan Pengerusi...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ada sifat perkauman.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Mentang-mentanglah. [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat. Yang Berhormat Tanjong Malim tidak bagi laluan. Maaf, maaf. Teruskan ya.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Tuan Pengerusi, semalam kami menyaksikan satu debat usul untuk menolak bajet PeKT. Semalam hanya melibatkan peruntukan RM8.6 juta sahaja. Hari ini melibatkan peruntukan RM85 juta untuk mewujudkan satu perkakas propaganda politik dan untuk menjaga kepentingan politik bagi sesetengah parti politik.
Tuan Pengerusi, bajet ini adalah bajet COVID-19. Kita patut memberikan fokus dan penekanan kepada COVID-19 untuk membantu barisan hadapan kita yang bertungkus-lumus menjaga nyawa kita dan bermati-matian memerangi wabak pandemik ini.
Tuan Pengerusi, bagilah peruntukan RM85 juta kepada mereka untuk menjamin keselamatan mereka. Bukan kita hendak bagi duit untuk sebuah Jabatan JASA sedangkan kita ada agensi-agensi sedia ada yang cukup berwibawa dan berkeupayaan untuk menjaga propaganda ataupun penyebaran maklumat seperi JKKK, PBT, Rukun Tetangga dan persatuan penduduk.
Tuan Pengerusi, ini jelas adalah satu agenda politik dan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Shah Alam, bekas Pengarah JASA sendiri pun mengakui bahawa JASA adalah sebuah alat politik dan JASA ini sudah pun dihapuskan pada tahun 2018.
Kenapa kita hendak mewujudkan lagi pada masa ini yang mana kita harus memberikan penekanan kepada COVID-19? Bagaimanakah kita dapat membantu anak-anak muda Melayu yang hilang pekerjaan? Bagaimana kita hendak membantu barisan hadapan kita, pekerja pembersihan untuk mendapatkan bantuan? Bagaimana kita hendak membantu doktor-doktor, jururawat, pemandu ambulans yang bertungkus-lumus di barisan hadapan membantu kita?
Tuan-tuan dan puan-puan.
[Ketawa] Ahli-ahli Yang Berhormat, saya dengan ini menolak usul ini dengan tegas dan dengan hebat. Saya minta, saya pohon supaya kita menolak dan memotong peruntukan RM85 juta ini kepada kosong. Sekian terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Oh, Yang Berhormat, dua minit boleh? Maaf, maaf Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Kota Raja.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Tuan Pengerusi, usul daripada pihak kerajaan, saya nampak, saya tidak mahu Perdana Menteri kita under hostage. Perdana Menteri kita macam dipegang...
Seorang Ahli
Pegang di mana?
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Saya tidak mahu sebut pegang di mana – apabila tak ditarik balik moratorium, kami akan undi menolak, akhirnya ditarik balik.
Apabila tidak menarik balik RM10,000 EPF, boleh dikeluarkan daripada Ahli-ahli Parlimen pemerintah, akhirnya ditarik balik hal itu.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Ini pun begitu juga. Bila dia tidak ditarik balik. Kami akan undi menentang.
Ertinya Perdana Menteri ‘under hostage’ menyebabkan rating kerajaan kita jatuh setiap hari.
[Tepuk] Apa hendak jadi kepada dunia yang melihat keadaan Kerajaan Malaysia bila Perdana Menteri ‘under siege’ Ini yang paling tidak baik sekarang ini. Saya mahu Perdana Menteri yang berwibawa...
[Dewan Riuh]
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Perdana Menteri yang cakapnya itu disegani oleh lawan dan kawan. Ini Perdana Menteri sekarang, kawan pun tidak hormat. Lawan lagi tidak hormat.
[Dewan riuh]
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kami sokong Perdana Menteri.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Bagaimana terus mentadbir kerajaan seperti ini.
Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu
Sokong.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Sebab itulah rating makin jatuh, makin jatuh, pelabur-pelabur makin ke Vietnam, makin ke Kampuchea, makin ke Indonesia. Apa hendak jadi kepada Malaysia kerana Perdana Menteri tidak dihormati oleh rakan dan lawan.
[Tepuk] Kalau kami tidak hormat Perdana Menteri tidak apa, kami parti pembangkang.
Tapi yang pihak pemerintah pun saya dengar macam-macam. Tengok apa yang berlaku di Perak, apa yang berlaku di Parlimen ini menandakan Perdana Menteri di bawah siege, dikepung oleh rakan-rakan mereka sendiri. Oleh itu saya tolak usul ini.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi
Terima kasih, silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi.
Datuk Abd Rahim bin Bakri
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Pengerusi. Sini lebih satu, sini lebih satu ya.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Tanjong Karang pun.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Kami baru dua, sana tiga.
Tuan Pengerusi
Dua minit.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Boleh.
Tuan Pengerusi
Dua minit.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Okey, terima kasih banyak.
Tuan Pengerusi
Last ya, last, last.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Saya seperti Yang Berhormat Arau, kita menyokong supaya bajet JASA ini diwujudkan dan jabatan ini diwujudkan semula yang telah pun ditutup oleh Kerajaan PH. Akibatnya ramai yang tidak dapat kerja.
Buka ini esok, ramai yang balik dapat kerja. Salah satu mendirikan peluang, peluang pekerjaan. Yang kedua, jabatan JASA ini...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan
Minta penjelasan, boleh?
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Masa.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Kerja lain banyak. Boleh buat kerja lain.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan
Yang Berhormat Tanjong Karang, semasa PH memerintah, dia aniaya beratus-ratus, hampir beribu pekerja dengan memansuhkan JASA ini dan sekarang ini kerajaan ini bertanggungjawab mengembalikan mereka semula, maruah mereka.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Betul.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya Yang Berhormat Tanjong Karang, kita hanya setuju jika pekerja lama itu diambil semula.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Sebab itu mereka, PH kata bahawa JASA ini ialah JASA ini pegawai kerajaan. Jadi bila dilantik dia merupakan penjawat awam. Sebagai penjawat awam, tentulah mereka menyokong kerajaan yang ada. Tidak ada unsur politik. Kalau kata PH wujud dulu, silapnya PH dia tidak berapa reti.
Dia pergi padam JASA. Itu yang kerajaan terus tutup itu.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Kita tidak guna duit rakyat untuk tujuan politik.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Jadi, maksudnya ialah bila JASA ini menjadi penjawat awam...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Jangan guna duit rakyat untuk tujuan politik.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Shah Alam. Okey Yang Berhormat Shah Alam. On kan microphone.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Penjawat awam tentulah dia bekerja menyokong dan menerangkan dasar-dasar kerajaan...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Betul kita ada RTM, kita ada penerangan.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Tanjong Karang sedikit penjelasan.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tetapi JASA ini Tuan Pengerusi, saya lihat dia. Mereka ini kerja 24 jam. Hari minggu, hari cuti, mereka datang, gaji berapa saja. Sebab apa...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Tanjong Karang, sedikit penjelasan.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Hendak menerangkan kepada rakyat cerita yang sebenar, dasar kerajaan yang kata rakyat ada tidak puas hati...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Hendak kelirukan rakyat.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Dengan khidmat jabatan kerajaan.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Tanjong Karang sedikit penjelasan. Yang Berhormat Batu Kawan sini.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Dengan dasar kerajaan yang dikelirukan oleh pembangkang. Seperti contoh hari ini, bagaimana sahabat saya ini dari Kota Raja. Dia bila, sekarang bagi saya ini satu Perdana Menteri yang open-minded, yang mendengar masalah rakyat...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Bukannya Perdana Menteri kuku besi. Kalau dulu bila tidak dengar masalah rakyat, pun marah juga Perdana Menteri.
Oh! Ini Perdana Menteri kena hukum...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Kena ugut saja memanjang.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tidak dengar masalah rakyat.
Bila Perdana Menteri yang open-minded, yang mendengar masalah rakyat, berbincang dengan baik...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Pun dihina dan dikutuk. Sebab itulah Kerajaan PH ini tidak lama memerintah dan akan terus hilang dalam dunia...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Ditolak oleh pengkhianat, bukan oleh rakyat.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi
Saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri. Silakan.
Lima minit ya.
Datuk Abd Rahim bin Bakri
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih kepada semua Ahli-ahli Parlimen yang terlibat dalam perbahasan Usul Pindaan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 meminda Jadual di bawah PM57/2 bagi mengurangkan peruntukan kepada Bekalan B.47 Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Bagi pihak kerajaan, saya dengan rendah hati memohon persetujuan dan sokongan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini untuk meluluskan bajet Jabatan Komunikasi Komuniti ataupun yang dikenali sebelum ini sebagai JASA iaitu sebuah agensi J-KOM yang telah dijenamakan semula daripada agensi asal ataupun Jabatan Hal Ehwal Khas ataupun JASA.
Jika mengambil kira daripada permohonan asal yang telah dibuat oleh kementerian berjumlah RM128 juta melibatkan 948 orang kakitangan dan diperakukan oleh Kementerian Kewangan sebanyak RM85.5 juta bagi 500 kaki tangan kontrak.
Pengurangan yang saya bentangkan hari ini iaitu sebanyak RM40.5 juta adalah pengurangan yang cukup besar iaitu pengurangan sebanyak RM45 juta. Saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, penolakan usul ini akan menyebabkan jumlah yang diluluskan kembali kepada jumlah yang asal iaitu RM85.5 juta.
Oleh sebab itu sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat adalah sangat penting bagi membolehkan penubuhan J-KOM dengan perbelanjaan yang cukup kos efektif sebanyak RM40.5 juta. Pada mulanya JASA telah ditubuhkan. Sejarah JASA telah ditubuhkan pada tahun 1959 atas nama Bahagian Hal Ehwal Khas dan telah dijenamakan semula pada tahun 2004 dengan nama JASA dan telah dibubarkan pada tahun 2018 oleh Kerajaan Pakatan Harapan.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Abd Rahim bin Bakri
Melalui Mesyuarat Jemaah Menteri...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Abd Rahim bin Bakri
Yang telah dibuat pada ketika itu dan digantikan dengan satu inisiatif Komuniti Harapan Malaysia oleh Menteri pada ketika itu.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat hendak beri laluan?
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Penjelasan.
Datuk Abd Rahim bin Bakri
Bagaimanapun kerajaan Perikatan Nasional pada 25 Mac 2020...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
[Ketawa] Penjelasan.
Datuk Abd Rahim bin Bakri
Di bawah pengawasan telah menubuhkan JASA dengan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Walau bagaimanapun terdapat maklum balas, maaf ya, sekejap ya Yang Berhormat. Maklum balas yang memerlukan perhatian terhadap perwujudan semula JASA atau J-KOM dari pelbagai pihak dan hasil kompromi maka agensi ini telah dijenamakan dan di struktur semula dan dikenali sebagai Jabatan Komunikasi pada 20 Disember 2020 dengan matlamat tertentu.
Matlamat agensi ini iaitu J-KOM ialah bertujuan untuk membangunkan komuniti khususnya di peringkat akar umbi yang mengamalkan budaya ilmu, berkemahiran digital
Datuk Abd Rahim bin Bakri
dan menghayati makna dan fokus patriotisme dengan menggunakan pendekatan pengupayaan komuniti atau community empowerment. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebentar lagi ya Yang Berhormat.
Peranan J-KOM ini adalah untuk membina ekosistem komuniti digital seperti yang pertama mempercepatkan migrasi. Ini fungsi J-KOM yang akan ditubuhkan ini iaitu mempercepatkan migrasi ke dunia digital bagi mereka yang telah, yang belum menceburinya.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Abd Rahim bin Bakri
Yang kedua meningkatkan kemahiran digital bagi mereka yang telah menceburinya. Yang ketiga meningkatkan pencapaian digital bagi...
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Minta laluan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Abd Rahim bin Bakri
Mereka yang telah memiliki kemahiran. Yang keempat...
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Abd Rahim bin Bakri
Melonjakkan dengan sepenuhnya bakat-bakat tempatan dan yang kelima melaksanakan program masyarakat pintar di kalangan akar umbi.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Abd Rahim bin Bakri
Keenam adalah menyedarkan komuniti tentang disinformation dan keselamatan siber.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh. Tanya satu soalan.
Datuk Abd Rahim bin Bakri
Yang Berhormat Shah Alam sahabat saya.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Yang Berhormat Shah Alam dulu.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih kerana membuktikan bahawa dakwaan Yang Berhormat Arau adalah tidak berasas kerana dia menyatakan bahawa tidak ada JASA, maka perang Iraq dulu telah menimbulkan banyak kekeliruan. Sedangkan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi menjelaskan bahawa pada ketika itu JASA telah pun ada, sudah lama sudah ditubuhkan dan hanya dinamakan sebagai JASA, penjenamaan baru pada tahun 2004.
Maka hujah Yang Berhormat Arau itu saya minta ditarik baliklah kerana mengelirukan Dewan. Yang kedua saya ucapkan tahniahlah kepada Yang Berhormat Menteri yang banyak mereka ya, macam-macam punya alasan untuk mewujudkan JASA ya sedangkan kita semua tahu yang soal hendak buat digital punya komuniti lah, apa lah, apa lah, bukan dalam tugasan JASA.
JASA yang diberikan di dalam sini, penjelasannya adalah untuk hendak ada hubungan dengan komuniti di antara kerajaan dengan rakyat. Itu peranan JASA. Hendak menjalankan propaganda kerajaan yang mereka rasa, kerajaan rasa, Jabatan Penerangan tidak efektif, RTM tidak efektif, semua pegawai penerangan semua tidak efektif kerana mereka bukan anggota parti. JASA telah memperuntukkan berapa...
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Tanya soalan.
Tanya soalan...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
...puluh juta sebagai bawah...
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ceramah ada lagi kah? Boleh beri sambung ceramah lagi kah?
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
...Perkhidmatan, bekalan perkhidmatan. It will be outsourced...
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Penceramah Shah Alam kah?
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Penjelasankah apa itu?
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
...To cybertroopers from UMNO dan inilah...
[Pembesar suara dimatikan]
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Penceramah Shah Alam kah?
Tuan Pengerusi
Alright, Yang Berhormat Shah Alam.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Boleh...
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat Shah Alam yang tidak faham. Yang Berhormat Shah Alam ini tidak faham beza bersemuka dengan siaran. Ini tidak faham.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Okey, Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekali. Lebih kurang sama. Saya cuma hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kami memang fahamlah apa yang dikata fungsi-fungsi JASA. Akan tetapi, saya ada satu soalan...
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Kalau faham baguslah.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Ya. Adakah hendak pewujudan semula JASA ini bermaksud kerajaan rasa jabatan-jabatan ataupun agensi-agensi yang sedia ada ini tidak dapat menjalankan tugas mereka? Adakah ini satu penghinaan kepada penjawat awam sekarang?
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, macam Rukun Tetangga.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Timbalan Menteri, tamat?
Datuk Abd Rahim bin Bakri
Tuan Pengerusi, ingin saya nyatakan di sini bahawa matlamat yang telah ditentukan bagi jabatan yang baharu ini yang telah dijenamakan semula iaitu daripada JASA kepada J-KOM sebenarnya adalah berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara sebagai teras utama.
Matlamat utama J-KOM adalah untuk membangunkan komuniti, khususnya di peringkat akar umbi yang mengamalkan budaya ilmu, berkemahiran digital iaitu merupakan satu era baharu yang terdapat dalam negara kita dan dunia global hari ini dan menghayati makna dan fokus patriotisme dengan menggunakan pendekatan ‘penghakupayaan’ komuniti (community empowerment).
Dalam erti kata sebenar, peranan J-KOM adalah untuk membina dan mengukuhkan ekosistem komuniti digital.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Abd Rahim bin Bakri
Yang Berhormat bangkitkan tadi bahawa agensi- agensi lain tidak berkesan, itu bukanlah merupakan satu kebenaran. Ini kerana, yang penting sekali ia bersifat complementary kerana apa yang penting ialah kerajaan bukan sahaja dapat mewujudkan polisi-polisi yang baik untuk rakyat...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
[Ketawa] Tak cukup berkesan.
Datuk Abd Rahim bin Bakri
Bukan sahaja dapat melaksanakan strategi- strategi untuk membangunkan negara kita dengan baik tetapi yang penting haruslah difahami oleh rakyat di bawah sana kerana ketidakfahaman...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat.
Datuk Abd Rahim bin Bakri
...Terhadap perkara-perkara ini akan menyebabkan kekeliruan ...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Abd Rahim bin Bakri
...Seperti mana yang berlaku iaitu satu ketika kita ada pelaksanaan GST tetapi memandangkan ia tidak difahami sebaiknya oleh rakyat, maka akhirnya GST terpaksa dibatalkan. Ini telah memberikan kesan kepada situasi negara kita...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Harap kerajaan sekarang laksanakan baliklah. Perkenalkan baliklah GST.
Datuk Abd Rahim bin Bakri
...Terima kasih. Saya ingat itu sahaja Tuan Pengerusi...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Silakan.
[Ketawa]
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Timbalan Menteri sedikit dari Batu Kawan. Sedikit sahaja.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Abd Rahim bin Bakri
...Dan saya menutup– Minta ucapkan terima kasih. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Timbalan Menteri saya hendak tahu sahaja.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi
Masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat, terdapat lima usul untuk pindaan yang telah diberi pemberitahuannya untuk diputuskan di bawah kepala ini. Usul-usul itu dicadangkan oleh Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Kuantan dan Yang Berhormat Jerlun.
Usul-usul tersebut adalah serupa dan daripada segi kesan dan natijahnya ialah untuk memotong jumlah wang sebanyak RM85,549,200 dengan syarat dikurangkan sebanyak RM4 juta daripada peruntukan Kod Program Hal Ehwal Khas (JASA), Butiran 021000 dan sebanyak RM81,549,200.00 daripada peruntukan Kod Program Hal Ehwal Khas (JASA), Butiran 050100 di dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021.
Peraturan mesyuarat tidak memperuntukkan tatacara untuk mempertimbangkan usul-usul yang sama maksudnya. Maka saya menggunakan kuasa- kuasa dalam perkara-perkara lain residuary powers di bawah Peraturan Mesyuarat 100 untuk membahaskan dan mempertimbangkan kelima-lima usul tersebut bersekali dengan hanya dikemukakan satu masalah untuk diputuskan oleh Dewan ini.
Perkara yang sama telah pun dilakukan semalam apabila empat usul daripada Program Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang telah diputuskan bersekali. Sebagai penerangan, tadi pindaan telah diluluskan yang mana RM45 juta dipotong, tetapi usul-usul yang kita akan bahaskan ini ialah mengenai peruntukan yang asal, bukan peruntukan yang telah dipinda.
Untuk memulakan pencadangan usul-usul ini saya menjemput Yang Berhormat Tuaran untuk mencadangkan dan membahaskan usul beliau. Silakan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Tuaran mencadangkan bahawa jumlah RM1,242,464,900 untuk Maksud B.47 di bawah Kementerian Multimedia di bawah Rang Undang-undang- undang-undang Perbekalan 2021 (D.R.16/2021), hendaklah dipotong sebanyak RM85,549,200 dengan syarat dikurangkan sebanyak RM4,000,000 daripada peruntukan di bawah Butiran 020000 (Kod Program Hal Ehwal Khas (JASA)/ Aktiviti No. 021000 dan sebanyak RM81,549,200 di bawah peruntukan di bawah Butiran 050000 di dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021.
Unit JASA telah pun diberi nama baharu J-KOM seperti yang dijelaskan oleh Timbalan Menteri sebentar tadi. Itu telah dibuat setelah menerima tentangan hebat daripada rakyat Malaysia dan juga Ahli-ahli Politik daripada pelbagai parti termasuk daripada Perikatan Nasional sendiri. Saya tidak setuju dengan penubuhan semula JASA, J-KOM atau nama apa sekalipun atas empat sebab utama.
Pertama, JASA atau J-KOM merupakan agensi bertindih dalam beberapa buah agensi kerajaan yang telah pun wujud. Sebenarnya untuk menjelaskan dasar-dasar kerajaan di peringkat kementerian. Kita ada Unit Komunikasi Korporat yang diketuai oleh seorang DG54 dan dibantu oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Penerangan.
Selain itu, Jabatan Penerangan dengan kerjasama Jabatan Penyiaran khususnya Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) memainkan peranan penting dalam memberi penjelasan tentang dasar-dasar kerajaan selama ini. Di peringkat akar umbi pula KEMAS memainkan peranan menjalankan aktiviti penjelasan tentang dasar-dasar kerajaan. Perlu juga diingatkan bahawa setiap agensi dan jabatan mempunyai Unit Komunikasi Korporat masing-masing.
Sebab yang kedua, peruntukan untuk Butiran 020300 – Komunikasi Strategik telah dikurangkan sebanyak RM3 juta daripada RM10 juta pada tahun 2020 kepada RM7 juta untuk tahun depan.
Butiran 020600 – Penerangan (JaPen) telah dikurangkan sebanyak RM10 juta daripada RM170 juta pada tahun 2020 kepada RM150 juta untuk tahun 2021. Ini bererti duit untuk komunikasi korporat dan penerangan telah diambil untuk berpolitik di bawah JASA ataupun J-KOM.
Sebab ketiga, misi JASA atau J-KOM adalah berunsurkan propaganda politik.
Sungguh tidak wajar dan tidak adil kepada rakyat bagi kerajaan membelanjakan duit rakyat dan duit pembayar cukai untuk menyebarkan propaganda politik bertujuan mempertahankan kedudukan kerajaan yang ada. Lebih teruk lagi kerajaan masih berniat berpolitik pada ketika negara kita mengalami pandemik COVID-19 yang sangat serius.
Apa yang menyedihkan ialah pada waktu rakyat susah dan menghadapi pelbagai kesulitan untuk hidup dan memerlukan perbelanjaan keluarga, Kerajaan Perikatan Nasional tergamak menggunakan duit rakyat dan pembayar cukai untuk memperkukuhkan kedudukan mereka.
Sepatutnya duit yang ada digunakan sebaik-baik mungkin untuk meringankan beban hidup rakyat pada ketika mereka kehilangan sumber pendapatan dan memerlukan perbelanjaan untuk sesuap nasi, perbelanjaan ke sekolah, perbelanjaan ke hospital dan perbelanjaan pelbagai untuk mendapatkan kemahiran baharu yang boleh digunakan untuk meneruskan kelangsungan hidup di norma yang baharu pasca COVID-19.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Sebab keempat saya menentang JASA dan J-KOM adalah kerana saya mempunyai cadangan peruntukan yang lebih berguna, lebih berkesan dan lebih adil dan lebih saksama. Cadangan untuk menghidupkan semula JASA adalah dimansuhkan sepenuhnya. Ini sekali gus peruntukan sebanyak RM85.5 juta yang dicadangkan untuk peruntukan JASA hendaklah dipotong. Peruntukan RM85.5 juta ini mestilah disalurkan kepada Kementerian Kesihatan seperti yang dijelaskan dalam usul-usul saya yang lain.
Demi integriti dan nama baik Ahli-ahli Parlimen sebagai lawmaker, nama baik Dewan yang mulia ini yang diharapkan oleh rakyat untuk mewakili dan menjaga duit
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
mereka, maka Tuaran berharap agar setiap Ahli Dewan yang mulia ini tidak kira penyokong kerajaan mahupun pembangkang akan menyokong penuh usul Tuaran ini.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Petaling Jaya. Tiga minit.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Terima kasih Tuan Pengerusi. Perlukah saya baca usul? Kerana itu adalah sama dengan Yang Berhormat Tuaran.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya, teruskan usul. Baca dan bahas.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Ya, saya terus untuk bahas.
Saya rasa peruntukan untuk JASA perlu ditolak keseluruhan kerana kakitangannya adalah pelantikan politik. Kalau kita nampak sejarah JASA, ia menunjukkan yang mana komunikasi daripada institusi ini hanya fokus kepada politik perkauman dan politik memecahkan perpaduan dan juga memecahkan pergerakan NGO.
Saya rasa kita tidak perlukan JASA kerana ini adalah berlebihan. Ini kerana di dalam Kementerian Komunikasi dan Multimedia sudah ada Jabatan Penerangan Negeri.
Kita sudah ada JaPen. JaPen dapat memainkan peranan untuk komunikasi masyarakat melalui program seperti Info on Wheels (IOW) di mana mereka mengelilingi kawasan komuniti di dalam van dan membuat komunikasi atau melalui program-program sembang warung di mana mereka duduk di kafe untuk menyebarkan maklumat.
Saya rasa agensi ini juga mempunyai peralatan komunikasi dan 1,000 personel yang ditempatkan di 159 daerah untuk menyampaikan komunikasi kepada masyarakat.
Kalau kita hendak bincangkan community building, saya rasa JaPen sudah ada dan kita boleh guna perkhidmatan dan juga pegawai-pegawai di JaPen yang sedia ada.
Oleh sebab itu, saya cadangkan agar RM85 juta ini...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Petaling Jaya.
Sini Batu Kawan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Batu Kawan, ini masih usul dan perbahasan daripada...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Perbahasan. Boleh sedikit?
Sebab tadi saya hendak mencelah Yang Berhormat Timbalan Menteri, tiada siapa yang bagi saya laluan tetapi isu penting juga.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik. Sila celah. Masa yang terhad.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Saya ingin bertanya, setuju kah Yang Berhormat Petaling Jaya bahawa peruntukan untuk JASA ini disalurkan terus ke Kementerian Kesihatan? Memandangkan DG kita hari-hari buat PC untuk memberi maklumat kepada masyarakat. Juga, Yang Berhormat Bera hari-hari buat PC juga. Jadi, peruntukan tersebut baik kita salurkan terus ke Kementerian Kesihatan sebab DG buat kerja JASA. Setuju kah Yang Berhormat Petaling Jaya? Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Batu Kawan. Sila. Yang Berhormat Petaling Jaya.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Saya setuju dan boleh masuk dalam perbahasan saya.
Saya juga cadangkan kalau ada lain-lain kementerian yang kita boleh salurkan RM85 juta ini, iaitu kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk mengembangkan SME dan memastikan pekerja terus bekerja. Kalau kita setuju Belanjawan 2021 ini adalah untuk membantu rakyat dan juga menumbuhkan ekonomi, itu adalah prioriti kita.
Saya juga harap kementerian boleh tengok ya kalau kita kata pegawai yang berada di JaPen bahawa kapasiti mereka tidak cukup, saya rasa kita boleh menyalurkan dana daripada JASA untuk meningkatkan kapasiti pegawai yang berada di JaPen.
Kapasiti ini termasuk digital training juga. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Lembah Pantai. Tiga minit.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tidak mahu ulangi hujah-hujah yang telah dibangkitkan oleh sahabat-sahabat yang lain.
Cuma, saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, selain daripada apa yang telah kita bawa pada hari ini, kita lihat daripada pengumuman demi pengumuman antara pengumuman yang dibuat dan kemudiannya ada backtracking ataupun U-turn ataupun patah balik. Kita dengar semalam contohnya, Yang Berhormat Tanjong Karang bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, adakah pelantikan-pelantikan bagi PeKT akan dibatalkan tidak dijawab dan dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian dan juga Yang Berhormat Tanjong Karang tadi.
Adakah pelantikan-pelantikan JASA yang dahulu akan diambil semula in total, keseluruhannya dalam J-KOM nanti. Kita lihat bagaimana apabila diasak tentang KWSP, tentang moratorium, sering kali usaha yang dilaksana akhirnya tidak memadai. Lebih “indah khabar daripada rupa”.
Maka, saya berpandangan hujah paling kukuh yang mungkin dapat kita lihat dari kalangan kawan-kawan di pihak pemerintah sekarang ini adalah adakah wujud kepercayaan khusus mungkin di kalangan setengah parti untuk melaksanakan apa yang telah disebut atau adakah terpaksa mereka lakukan langkah seperti yang kita lihat di negeri Perak sehingga menimbulkan kacau bilau dan teguran keras daripada Sultan Perak pada hari ini?
Maka, saya ingin nasihatkan sahabat-sahabat yang meminta― memang amaun ini telah dikurangkan tetapi adakah perkara-perkara lain yang telah dibangkitkan oleh sahabat-sahabat saya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah ia juga akan ditepati ataupun dikhianati? Awas, budaya itu telah menular dan telah mengakar dalam sesetengah parti di sebelah sana. Jadi, saya tidak ingin berhujah lebih dari itu. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kuantan.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Izinkan saya untuk menegaskan bahawa potongan RM45 juta untuk JASA tidak patut dan tidak wajar malah harus kita potong keseluruhan peruntukan untuk JASA iaitu sebanyak RM85,549,200.
Kenapa saya berkata demikian? Ini kerana tidak ada justifikasi untuk JASA terus diwujudkan walaupun telah dijenamakan semula dengan nama baru J-KOM atau Jabatan Komunikasi Komuniti yang mana Yang Berhormat Menteri menjanjikan bahawa ini adalah untuk community empowerment.
Tuan Pengerusi, sebelum ini di bawah JaPen, kita sudah ada Komuniti 1Malaysia. Sewaktu Pakatan Harapan, kita ada Komuniti Harapan. Kemudian kita ada Komuniti Bestari, Komuniti Prihatin. Ini semua untuk community empowerment dan ia diletakkan di bawah JaPen. Kenapa perlu diwujudkan satu lagi jabatan kalau ia tidak untuk menjalankan aktiviti politik, untuk propaganda politik kerajaan yang ada?
Di bawah J-KOM ini juga dikatakan bahawa antara tugasnya ialah mewujudkan komuniti digital, komuniti berbudaya ilmu, komuniti patriotik. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri, kita ada di depan saya ini ada carta organisasi Jabatan Penerangan Malaysia di mana di dalam carta organisasi itu, seorang timbalan ketua pengarah yang bertanggungjawab untuk kandungan digital di mana jawatan beliau ialah bertaraf JUSA.
Kenapa kita perlu wujudkan satu lagi sedangkan di bawah JaPen sudah ada untuk kandungan digital ini? Sudah ada Komuniti Harapan, Komuniti Prihatin, hendak wujudkan lagi. Jadi, tidak ada justifikasi langsung untuk mewujudkan J-KOM ini walau apa pun hujah yang diberikan oleh pihak kementerian, pihak kerajaan.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Sama sahaja dengan menggunakan Yayasan Kebajikan Malaysia dengan menggunakan penggerak komuniti. Ini semua kerja-kerja politik yang bertopengkan jabatan yang baharu.
Tuan Pengerusi, saya dimaklumkan bahawa staf kita di klinik pakar berhadapan dengan keadaan di mana mereka juga perlu melakukan saringan COVID-19 tetapi mereka tadi dikira sebagai frontliners. Saya juga dimaklumkan pekerja-pekerja makmal kita terpaksa kerja overtime untuk membuat ujian ke atas memberi keputusan kepada swab test kita. Mereka juga tidak dikira sebagai frontliners. Kenapa kita patut salurkan di situ peruntukan yang ada ini, seluruh peruntukan yang ada ini untuk COVID-19 dan untuk frontliners kita.
Di masa yang sama tidak harus diberikan justifikasi untuk wujudnya J-KOM atau JASA kah, dalam apa nama sekalipun. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Jerlun.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya juga untuk mengemukakan usul yang lebih kurang sama. Kita semua sedia maklum bahawa JASA ini yang sebelum ini dinamakan sebagai JHEK sekarang ini dicadangkan untuk dijenamakan semula. Pada waktu yang sama, kita juga tahu bahawa peranannya sama sahaja, tukarlah apa nama pun, berilah jenama baharu sekalipun tetapi sebenarnya tujuannya tak lain tak bukan ialah untuk membuat kerja-kerja propaganda politik parti memerintah pada ketika ini.
Kita juga faham bahawa JASA sebenarnya mempunyai satu kelebihan berbanding dengan JaPen iaitu dengan mempunyai satu jentera penerangan yang wujud sampai setiap ke pelosok negara, termasuklah di pekan-pekan kecil, di kampung- kampung. Ini satu jentera yang sangat berkesan untuk buat kerja-kerja kerajaan kalaulah ia diberi arahan yang baik-baik ya.
Akan tetapi ia nya tercemar apabila ia menjadi satu alat politik untuk menggambarkan seolah-olah apa juga yang tak betul dilakukan oleh parti yang memerintah itu pun tetap betul juga. Jadi oleh sebab itu, saya mencadangkan supaya belanjawan untuk kementerian ini dipotong seperti mana yang disebutkan tadi.
Sebaiknya, diperkasakan pula JaPen dan sekiranya boleh dilantik pegawai- pegawai JaPen sampailah di peringkat akar umbi untuk mereka membuat kerja-kerja yang sepatutnya. Mereka ini tentulah mesti tidak boleh diberi arahan untuk buat kerja- kerja politik, sebaliknya hanya untuk menyebarkan maklumat yang tepat dan benar yang datangnya daripada kerajaan yang berwajib.
Sebentar tadi saya terdengar ada komen daripada Yang Berhormat Pontian bertanya adakah lantikan ini lantikan yang lama ataupun yang baharu? Apa yang saya dengar setakat ini ialah bahawa lantikan-lantikan JASA yang lama itu akan digugurkan, lantikan baharu datangnya daripada parti baharu. Jadi ini nampaknya seolah-olah ada pengambilalihan daripada UMNO mungkin kepada BERSATU pula.
Oleh kerana itu, saya rasakan bahawa jumlah tersebut sekiranya boleh dipindahkan kepada JaPen yang mana kita lihat dalam bajet ini peruntukan JaPen diturunkan dan tidak dinaikkan. Jadi, saya harap ini boleh dipertimbangkan sewajarnya oleh Dewan Rakyat. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Ahli-ahli Yang Berhormat, usul sebagaimana yang dikemukakan oleh lima orang Yang Berhormat tadi, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Kuantan dan Yang Berhormat Jerlun bagi Maksud Bekalan B.47 Kementerian Komunikasi dan Multimedia terbuka untuk dibahas.
Saya minta– ada sebanyak lima senarai daripada sebelah sini, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Tambun, Yang Berhormat Tanjong Karang dan Yang Berhormat Arau. Saya mulakan dengan Yang Berhormat Rompin. Silakan Yang Berhormat Rompin.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Tuan Pengerusi, saya sama-sama menyokong supaya jabatan ini terus dikekalkan dan saya tidak fikir dengan sistem komunikasi yang terbuka, keluasan penggunaan teknologi maklumat yang disebar luas, Jabatan Komunikasi yang hendak ditubuhkan oleh kerajaan ini boleh menyebarkan berita-berita yang tidak benar.
Kalaulah JASA itu berpengaruh, takkanlah Barisan Nasional boleh kalah dalam pilihan raya yang lalu kerana JASA telah wujud semasa Kerajaan Barisan Nasional tetapi kalah juga. Bermaknanya perkembangan-perkembangan terkini dalam dunia komunikasi dan maklumat di hujung jari setiap orang daripada kita dalam negara kita ini membolehkan mereka menilai maklumat dengan lebih baik.
Jadi, Jabatan Komunikasi Komuniti ini sebenarnya adalah untuk membolehkan rakyat di semua peringkat mengetahui ilmu yang benar, tepat, padat, yang betul dan pengetahuan-pengetahuan terkini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat luar bandar seperti pengetahuan digital, memperkasakan lagi komuniti ilmu di luar bandar dan memberikan lagi semangat patriotik kepada masyarakat di luar bandar dan juga di bandar.
Jadi, tidak benar kalau kita katakan J-KOM ini adalah propaganda politik semata-mata tetapi ia adalah satu rangkaian sistem yang disokong oleh Jabatan Penerangan yang mempunyai– boleh disampaikan kepada jabatan ini yang mempunyai maklumat-maklumat yang lebih banyak selari dengan tertubuhnya jabatan ini memudahkan lagi jabatan ini untuk menyalurkan maklumat-maklumat kepada semua peringkat masyarakat.
Jadi, kalau dikatakan hanya semata politik saya tidak percaya bahawa jabatan ini boleh mengubah politik senario politik negara dengan propaganda-propaganda yang tidak benar dan tepat kepada masyarakat. Jadi, jabatan ini di tubuh dengan satu keadaan di mana supaya segala maklumat sampai dengan betul dan benar, tepat ilmunya, maklumatnya dan menimbulkan kesedaran kepada masyarakat dalam usaha kita untuk membina negara Malaysia ini di kalangan pelbagai kaum dan agama.
Saya menyokong supaya jabatan ini diteruskan dan menjadi alat yang penting dalam memberi maklumat, pengetahuan ilmu, komunikasi yang benar, tepat kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya menyokong Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Padang Rengas. Tiga minit.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Tuan Pengerusi, Padang Rengas menolak kelima-lima usul yang telah dibawa oleh pembangkang sebentar tadi. Saya rasa bahawa perbahasan di peringkat Jawatankuasa dan juga di peringkat Dasar telah banyak membangkit berkenaan dengan soal peruntukan yang telah diberikan kepada jabatan ini.
Saya rasa kerajaan mendengar dan bukan setakat mendengar dan juga mengambil tindakan seperti mana usul Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan sebentar tadi menunjukkan oleh kerana kita juga mendengar pandangan daripada Ahli- ahli Parlimen sebelah sini dan juga sebelah sana, kita telah mengurangkan iaitu daripada sebanyak RM80 juta kepada sebanyak RM40 juta. Itu mendengarlah.
Akan tetapi, kita harus ingat iaitu dalam kita bersetuju kita mesti memberikan peruntukan yang besar kepada frontliners dan juga kepada kerja-kerja untuk kita menentang COVID-19 ini.
Dalam masa yang sama, peranan-peranan daripada jabatan-jabatan yang lain tidak boleh dihentikan. Bermakna kita kena move on ya. Kita tidak boleh hanya mengatakan semua peruntukan itu harus diberikan kepada Kementerian Kesihatan, yang lain itu mesti bergerak. Jadi oleh kerana itu, saya rasa bahawa untuk hendak mengatakan bahawa semuanya diberi kepada COVID-19 saya ingat itu akan menyusahkan kita.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Jadi, jabatan-jabatan lain harus berjalan dan mereka juga memerlukan kepada peruntukan.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Kedua saya hendak sebut, kita mendengar pandangan daripada pihak pembangkang iaitu JASA ini dia ada stigma. Namanya itu JASA, maka ia bekerja untuk kerajaan. Saya juga sama macam rakan saya, Yang Berhormat Rompin, iaitu bahawa macam mana sekalipun guna propaganda kah apa kah, kalau rakyat tidak hendak, dia tolak juga. Jadi jangan bimbang, rakyat tidak bodoh, rakyat cerdik.
Kita menjaga sensitiviti JASA ini, kita tukar kepada Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM). J-KOM ini di bawah Yang Berhormat Menteri KKMM. Jadi Menteri KKMM ini, saya tidak tahu jawatan dia dengan parti baharu ini. Akan tetapi kalau hendak dikatakan guna untuk kepentingan Perdana Menteri, dia tidak diletak di bawah JPM. Ini kerana JPM itu Presiden Parti yang memerintah bersama dengan parti lain pada hari ini.
Akan tetapi sekarang kita tengok ia diletak di bawah seorang Menteri. Ini bermakna kesungguhan untuk membina digital komuniti ini adalah betul. Tidak ada apa- apa agenda politik dan sebaliknya. Jadi oleh kerana itu, saya merasakan bahawa kita telah pun mendengar pandangan daripada kedua-dua pihak dan kita mengambil tindakan sampai pun kita membenarkan nama ditukar. Nama ditukar itu memang betul kerana sinerginya jabatan ini dengan Kementerian KKMM ini dan tidak di bawah JPM.
Jadi saya menolak usul yang dibangkit oleh pihak pembangkang dan saya terus menyokong supaya jabatan ini dikekalkan dan memainkan peranan yang sebenarnya, iaitu untuk menjadi penghubung di antara dasar-dasar kerajaan dengan rakyat yang di bawah. Tuan Pengerusi, saya menyokong. Bukan menyokong usul, menyokong supaya jabatan ini diteruskan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tambun, tiga minit.
Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu - Tambun
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Yang Berhormat Tuan Pengerusi.
KKMM telah pun berkali-kali menerangkan kepada kita tentang matlamat penubuhan Jabatan Komunikasi Komuniti iaitu untuk mewujudkan komunikasi dua hala dia di antara kerajaan dan rakyat. Ianya juga penting untuk menyampaikan maklumat kerajaan yang tepat, sahih dan maklumat yang berguna kepada rakyat.
Selain itu juga Tuan Pengerusi, ianya juga merupakan medium bagi mendengar suara dan maklum balas daripada rakyat. Kaedah yang digunakan adalah dengan cara membangunkan komuniti khususnya di peringkat akar umbi, di peringkat paling bawah untuk mengamalkan budaya ilmu, berkemahiran digital dan menghayati makna. Jabatan Komunikasi Komuniti ini juga bakal memperkasa dan memberi fokus kepada peningkatan semangat patriotisme dengan menggunakan pendekatan penghakupayaan komuniti.
Tuan Pengerusi...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Tambun, ada soalan.
Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu - Tambun
Saya ada tiga minit sahaja.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sikit sahaja, sikit sahaja.
Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu - Tambun
Perkara yang saya sebutkan itu tadi jelas berbeza dengan Jabatan Hal Ehwal Khas.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bolehkah JASA membantu kita?
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Jelutong.
Yang Berhormat Tambun teruskan.
Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu - Tambun
Saya teruskan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Supaya tidak mengkhianati, tidak menderhaka? Supaya tidak mengkhianati, tidak menderhaka.
Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu - Tambun
Saya tahu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bolehkah JASA membantu kita? Sifat-sifat kemanusiaan.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Supaya tidak khianat, tidak menderhaka.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Jelutong.
Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu - Tambun
Tuan Pengerusi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tindakan kena ambil pada Ahli Parlimen yang celopar.
Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu - Tambun
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, ianya amat berbeza.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Soalan saya. Bolehkah JASA membantu kita tentang sifat-sifat asas kemanusiaan?
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Jelutong.
Yang Berhormat Jelutong tahu Peraturan Mesyuarat? Yang Berhormat Jelutong tahu peraturan mesyuarat? Silakan Yang Berhormat Tambun.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tuan Pengerusi, ini terlampau ya.
Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu - Tambun
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tuan Pengerusi kena ambil tindakan yang tegas, saya hendak beritahu.
Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu - Tambun
Tuan Pengerusi, perkara yang saya sebutkan tadi jelas berbeza dengan Jabatan Hal Ehwal Khas. Saya tahu. Kenapa? Saya juga adalah mantan panel pemikir JASA dulu. Cukup berbeza. Kerja kami, masuk pejabat, termenung, fikir. Jangan main-main panel pemikir, ahli pemikir.
[Dewan tepuk]
Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu - Tambun
Jadi saya tahu ianya berbeza dan antara unit yang penting Tuan Pengerusi, yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana Menteri Komunikasi dalam sejarah negara kita sebelum ini ialah menubuhkan Unit Komunikasi untuk orang kurang upaya (OKU). Jadi ramai orang kurang upaya ini memerlukan bantuan, tetapi mereka terlalu banyak kemudahan dan bantuan kerajaan yang disediakan kepada mereka. Akan tetapi mereka tidak tahu tentang perkara-perkara ini. Saya juga hendak ucap tahniah kepada Yang Berhormat Menteri KKMM yang telah melantik seorang pegawai khas daripada kalangan orang yang boleh menggunakan bahasa isyarat. Terima kasih. *Thank you. I love you.
[Ketawa]* Jadi ini satu perkara pendekatan yang baik. Tuan Pengerusi, Program Penghakupayaan Komuniti oleh J-KOM ini juga pasti akan membuka peluang latihan kepada pelbagai pihak dan dalam komuniti. Sebagai contoh, komunikasi untuk pihak OKU itu sendiri, latihan bahasa isyarat dan pelbagai latihan lain yang akan dapat diusahakan demi untuk memperkasakan golongan OKU. Justeru Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya berpandangan usul untuk memotong keseluruhan peruntukan kepada J-KOM mesti ditolak oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tambun. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Saya dah bagi laluan kepada Yang Berhormat Kinabatangan. Saya sudah bercakap tadi.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh Tuan Pengerusi?
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Boleh.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Kinabatangan langsung tidak bersetuju cadangan daripada pihak rakan-rakan di sana. Ini sebab cadangan ini merupakan provokasi berterusan kepada mereka yang dulu berkhidmat dengan JASA. Kalau JASA diandaikan sebagai tali barut kerajaan dan menjalankan aktiviti politik.
JASA ini sebetulnya mereka adalah mata dan telinga kerajaan. Kerja mereka ialah menyampaikan informasi, maklumat dan dasar-dasar kerajaan yang diputar belit oleh mana-mana pihak. Ini kerja dia, tidak kan salah? Oleh sebab itu, walau bagaimanapun sebetulnya saya bersetuju supaya bajet itu banyak, sebab lag ramai orang yang kita bagi peluang bekerja. COVID-19 tetap kita bagi keutamaan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya setuju dengan rakan saya Yang Berhormat Padang Rengas, tetapi tidak boleh pula semua bajet kita pergi COVID-19, sampai rakyat lapar. Tidak boleh. Itu sebab Pakatan Harapan jatuh, sebab dia tiada fokus satu pun. Dia jatuhlah. Akan tetapi kita cuba mengurus negara ini dengan mengembalikan keyakinan rakyat. Jadi saya minta juga Menteri yang bertanggungjawab, beri keutamaan kepada mereka yang telah dikhianati oleh Pakatan Harapan dulu, yang telah dibuang pekerjaan. Bagi mereka peluang dulu, kita bela mereka, kita untung nasib. Mereka sekarang tiada kerja, anak bini ada, laki ada.
Seorang Ahli
Siapa mahu kasi makan? [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Siapa mahu kasi makan?
Pakatan Harapan telah musnahkan harapan mereka. Oleh sebab itu Perikatan Nasional ingin memartabatkan mereka semula. Walaupun bukan semua, tetapi mungkin ada di kalangan mereka yang mempunyai karisma, yang mempunyai kepimpinan, perlu kita beri peluang.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Yang Berhormat Kinabatangan, boleh saya menyokong?
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya, sila-sila.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Jerlun.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Terima kasih.
Sebenarnya saya mendengar hujah-hujah daripada Yang Berhormat Kinabatangan.
Saya dapati sangat menarik kerana apa yang dikatakan tadi ialah untuk memberikan balik pekerjaan kepada pegawai-pegawai JASA yang dilantik sebelum ini. Sebenarnya itu satu perkara yang sangat menarik kerana saya dengar, kalaupun JASA ini dihidupkan semula, lantikan-lantikan baharu yang akan dibuat, bukan daripada kalangan mereka yang memegang jawatan JASA dulu ya. Sebentar tadi pun ada, saya tidak ingat yang mana satu tadi menyatakan bahawa tidak mungkin JASA ini buat kerja politik.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Ini kerana, kalau JASA buat kerja politik, tidak mungkin Barisan Nasional boleh...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Kinabatangan, ambil ubat COVID-19.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Jadi sebenarnya, pengalaman saya di Kedah dulu. Memang pun pegawai-pegawai JASA yang banyak membantu kami...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Faham-faham.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
.... untuk memenangi pilihan raya. Terima kasih.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Jerlun, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Hujah saya tadi, ada mereka yang berpotensi yang berkelayakan dan perlu diambil kira. Jangan pula ambil semua yang baharu. Kalau Menteri ambil semua yang baharu tanpa mempertimbangkan yang berkelayakan, itu tidak adil dan tidak patut. Saya selaku Ahli Parlimen di sini tetap akan menyuarakan masalah dan membela rakyat di luar sana. Terima kasih. Usul daripada pihak pembangkang, saya tidak setuju.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan atas floor Yang Berhormat Tanjong Karang. Terakhir, saya menjemput Yang Berhormat Arau, masa tiga minit.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Pengerusi, pertama sekali sepatutnya dari segi peraturan saya tidak tahu peraturan boleh kah tidak boleh.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Pembangkang mencadangkan supaya RM85 juta itu ditiadakan. Tadi kita telah mengundi. Kita mengundi kita bersetuju daripada RM85 juta turun kepada RM40.5 juta dan bila mereka membawa usul mereka baca usul lama, dari RM85 juta. Padahal kita sekarang sudah tinggal RM40.5 juta.
Kalau hendak kira-kira itu, kami boleh ganggulah, tetapi kami tidak mahu jadi celopar macam kawan-kawan di sana. Mereka tuduh Menteri Besar Kedah celopar, yang celopar sangat ingatlah mereka sebab apa, mereka bercakap yang bukan-bukan terutamanya kepada orang yang tidak boleh mempertahankan diri di Parlimen ini. Kalau berani, bagi tahu dahulu kepada kami, kami berhujah dengan mereka. Menteri Besar Kedah bukan Ahli Parlimen, cukup yang itu ya.
Kedua ialah seperti yang Yang Berhormat Kinabatangan cakap tadi, saya setuju. Bukan kita ambil semua secara total. Kita ambil orang yang layak, kita kena bagi pertimbangan. Benda yang besar sekarang ini kerajaan sedang menangani masalah orang-orang yang telah dibuang kerja oleh Kerajaan PH. Kerajaan yang kejam ini sanggup ambil orang baru, JUSA C menjadi Pegawai Khas bergaji RM10,0000.
Akan tetapi orang yang bergaji RM2,000 dan RM3,000 itu telah dihentikan terutamanya pegawai-pegawai JASA. Sampai mereka hendak cuba bandingkan kononnya mereka cuba – kelmarin hendak cuba kurangkan RM8.5 juta. Karang saya cerita pada rakyat Malaysia, elaun Ahli-ahli Parlimen. Rakyat Malaysia kena tahu.
Rakyat Malaysia lagi marah kepada Ahli Yang Berhormat yang sebenarnya mendapat gaji yang cukup tinggi tetapi tidak pernah kita sebut, kita hendak suruh buang orang-orang yang gaji RM2,000 dan RM3,000. Sudahlah buang, kita hendak ambil balik, dipertikaikan. Cukup setakat itu ya. Saya hendak beritahu bahawa rakyat juga sedang melihat kita berbahas untuk yang betul-betul memperjuangkan rakyat, bukan memperjuangkan diri kita sahaja.
Keduanya ialah apabila kita melantik pegawai-pegawai ini, mereka juga frontliners. Frontliners untuk menerangkan benda-benda yang betul berhubung dengan COVID-19. Saya beritahu bahawa kerajaan mungkin terpaksa berbelanja mungkin RM20 bilion untuk membeli vaksin COVID-19. Ini kena diterangkan, terdapat rakyat Malaysia yang – 18 persen daripada rakyat Malaysia yang telah dibuat survey, tidak mahu ambil vaksin ini. Di Amerika lagi tinggi. Jadi kita kena terang dengan betul, kalau mereka tidak mahu ambil vaksin, apakah kehadiran mereka boleh membahayakan orang lain.
Ini kerana ada fakta yang menunjukkan bahawa orang yang ambil vaksin juga tidak terjamin mereka boleh kena COVID-19. Jadi makna kata rakyat kalau mereka hendak ambil vaksin, kena 100 peratus ambil vaksin dan jangan ada kumpulan yang anti vaksin. Siapa hendak terang? Hendak suruh Ahli Parlimen terang? Tidak, dia kerja bantai kerajaan. Kita kena ada agensi kerajaan yang mampu untuk memberi penerangan yang betul maka ini lah kita perlukan JASA ataupun J-KOM ya.
[Tepuk] Yang ketiganya ialah rakyat Malaysia sekarang, kalau ikut bancian dahulu.
Kalau bancian hari ini, mungkin sudah sampai 38 ke 40 juta. 32.4 juta orang Malaysia, 28.7 adalah pengguna Internet iaitu sebanyak 88.6 peratus di antara yang tertinggi di dunia. Makna kata mereka ini kalau tidak dapat fakta yang betul, mereka hanya dapat fakta melalui internet, ini bahaya. Sebab apa banyak fakta yang boleh diselewengkan seperti mereka selewengkan fakta saya sebut bekas Menteri Kesihatan. Mereka selewengkan menjadi Pekan, Menteri Kesihatan. Itu benda yang kecil sahaja yang telah diselewengkan.
Kita perlu sebuah agensi yang akan bercerita benar berhubung dengan kerajaan. Sebab kerajaan ini kerajaan bagus. Ini kerajaan hebat, bajet hebat, siapa hendak terang? Pembangkang seorang– cuba tengok mereka cuba tentang, buat undi.
Tidak perlu buat undi, sokong sebab bajet ini bajet rakyat. Tak, dia sokong. Suruh bilang undi konon nak tunjuknya kerajaan ini lemah.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Masa habis.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Gangguan ini tak boleh ini ya.
Yang Berhormat Kinabatangan, awak Timbalan Ketua Menteri Sabah ya. Jadi mai tajuk ini balik. Kita mesti ada satu badan yang mampu untuk memberi penerangan yang sebenarnya dan kita akan menggunakan komuniti digital ini yang harus pihak JASA, pihak JAKOM harus menggunakan komuniti digital ini untuk menerangkan fakta yang sebenar.
Akhir sekali kita tahu bahawa semangat patriotisme di kalangan kita agak rendah. Agak rendah. Di kalangan pembangkang saya ingat mungkin lagi kurang lah.
Kira kami ini kira tinggi juga. Pembangkang mungkin kurang. Mereka– ada di kalangan
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
mereka yang sanggup pergi ke luar negara menceritakan buruk tentang negara. Jadi saya rasa melalui JASA ini, kita boleh tingkatkan balik semangat patriotisme, cintakan kepada negara ini. Mesti diterapkan. Yang Berhormat Jelutong kena faham bahawa dia ini rakyat Malaysia, sayang kepada Malaysia, sayang kepada pemimpin, kena macam itu.
Kalau kita hendak – kita memikirkan bahawa sesuatu yang berlainan, kita cakap fasal negeri lain. Tuan-tuan pergilah negeri mana pun, rakyatnya sayang dan cinta kepada negara mereka. Akan tetapi di Malaysia ini ada sedikit-sedikit kurang sana, kurang sini maka inilah J-KOM diperlukan untuk menjadi badan yang boleh memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Masa habis Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Demikianlah ucapan saya yang agak hebat pada hari ini. Terima kasih.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Arau, tubuh JASA untuk sokong UMNO.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tak makan ubat kah, tak makan ubat?
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Tubuh JASA... [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato’ Saifuddin Abdullah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi, pertama sekali saya cukup terkilan apabila ada Ahli Yang Berhormat yang menyebutkan Perdana Menteri Malaysia ‘under hostage’ atau ‘under siege’. Bila ada Perdana Menteri yang tidak boleh orang hendak bincang, yang itu satu bab. Akan tetapi apabila ada Perdana Menteri yang terbuka, berlapang dada, consultation – ini pun dikatakan under siege. Jadi susah. Kalau tidak faham makna consultation, tidak faham makna musyawarah, payah hendak bincang dengan orang macam ini.
[Tepuk] Kebanyakan hujah yang saya dengar daripada pihak sebelah sana ialah berlatarbelakangkan maklumat dan persepsi mereka terhadap JASA. Kita bincang J- KOM. Dua perkara yang berbeza dan Yang Berhormat Tambun tadi sudah jelaskan antara perbezaannya. Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan telah dengan panjang lebar di samping beberapa orang teman dari sebelah sini tadi, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Tambun, Yang Berhormat Kinabatangan dia memang lain daripada yang lain dan Yang Berhormat Arau yang menjelaskan tentang J-KOM.
Jadi kita bercakap tentang suatu masa dahulu JASA, masa sekarang dan akan datang ialah J-KOM.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Bagi mereka– saya minta Yang Berhormat Pasir Puteh tengok terjemahan saya, kalau salah tolong betulkan. “Bagi mereka yang telah berbuat pahala dan amal kebajikan untuk mereka”. Jadi kita terima kasih kepada semua yang telah berjasa dalam JASA, termasuk 776 orang yang dibuang dengan kejam dan zalim oleh pentadbiran PH.
[Tepuk]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri, masa itu siapa jadi Menteri di sebelah sana?
Dato’ Saifuddin Abdullah
Menteri dia dari parti sana...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jangan main tuduh, you are in the Cabinet. Jangan main tuduh.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Masa itu kamu juga dalam Kabinet yang buat keputusan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yeah! You are in the Cabinet. Have some shame lah!
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Jangan sekadar bising. *You are...
gentleman.*
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Malu lah sedikit.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ini orang yang...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tak malu khianat! Tak malu khianat!
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Orang yang buat keputusan dalam Kabinet, sekarang datang memalukan diri sendiri. Apa ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tak malu khianat.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Cukup dah.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Dulu Perdana Menteri lain, ini Perdana Menteri baru.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini Perdana Menteri lain. Lain Perdana Menteri.
Dato’ Saifuddin Abdullah
Sekarang ialah cerita J-KOM. Cerita J-KOM, baik.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Menteri, saya hendak hadkan 10 minit boleh? 10 minit. Baik.
[Dewan riuh]
Dato’ Saifuddin Abdullah
Peruntukan telah dikurangkan...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Teruskan Yang Berhormat Menteri. Teruskan. Menteri ini hebat!
Dato’ Saifuddin Abdullah
Peruntukan telah dikurangkan dan ini sudah pun kita luluskan dalam usul yang tadi. Kerangka kerja J-KOM pun telah dibincangkan dengan panjang lebar dan saya ucap berbanyak-banyak terima kasih kepada teman- teman. Kita telah menyebutkan tentang pendekatan penghakupayaan yang telah kita jelaskan.
Saya juga tela menyebut tentang kerjasama antara agensi-agensi kementerian dari waktu saya menggulung di peringkat dasar dahulu lagi. Saya hendak sebutkan di sini juga, saya sudah sebut secara ringkas semasa penggulungan dasar dahulu bahawa banyak agensi di bawah KKMM ini dia cuma ada di peringkat kebangsaan dan di peringkat negeri. Contohnya, ialah SKMM, MDEC, MYNIC, CSM dan FINAS.
Dato’ Saifuddin Abdullah
Tuan Pengerusi, ada waktunya sebahagian daripada tugasan dan termasuk memberi kesan kepada sebahagian daripada peruntukan yang disediakan itu, tidak sempat dibelanjakan pada masa yang ditetapkan, bukan kerana ketidakpandaian atau kelemahan pegawai-pegawai yang sedia ada. Akan tetapi, mereka memang tidak ada foot soldier di peringkat daerah. SKMM, MDEC, MYNIC, CSM, FINAS boleh buat lebih banyak daripada yang telah mereka laksanakan. Kalau kita boleh mengakarumbikan agensi-agensi ini di peringkat daerah. Ini antara perkara yang bakal dilakukan oleh J- KOM.
[Tepuk] Unit Komunikasi OKU kita tubuhkan sebab kalau kita kira jumlah OKU dalam negara, yang berdaftar ialah lebih seramai 500,000 orang. Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab ada di depan saya Yang Berhormat Titiwangsa. Kalau mengikut laporan WHO dan ini disahkan oleh DOSM kita, sepatutnya yang didaftarkan itu antara 10 peratus hingga 15 peratus daripada penduduk. Ini masalah komunikasi, bukan masalah kelemahan JKM, ini masalah komunikasi.
Komunikasi ini di bawah tanggungan saya sebagai Yang Berhormat Menteri KKMM. Ini antara tugasan untuk J-KOM berkomunikasi dengan OKU di peringkat akar umbi dan di peringkat daerah. Ini yang kita hendak buat. Akan tetapi, kalau pembangkang tidak setuju maknanya dia tak nak lah kita melipat gandakan komunikasi dengan OKU.
Itulah maksudnya.
Tuan Pengerusi, saya dengar tadi beberapa orang sahabat pembangkang yang menyebutkan ini bajet COVID-19. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Padang Rengas yang telah menerangkan...
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Yang Berhormat Menteri mencelah sedikit boleh?
Dato’ Saifuddin Abdullah
...Yang telah menerangkan bahawa...
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Yang Berhormat Menteri boleh celah sikit?
Dato’ Saifuddin Abdullah
...Bahawa ini bukan sahaja soal kesihatan.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Boleh celah sedikit?
Dato’ Saifuddin Abdullah
...COVID-19 ialah juga soal...
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
...Yang Berhormat Menteri sebut semua agensi. Yang Berhormat Menteri tidak sebut JaPen.
Dato’ Saifuddin Abdullah
...Memacu kapasiti digital.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
JaPen, JaPen tidak boleh buat kah kerja J-KOM ini? Yang Berhormat Menteri sebut semua agensi yang lain. Itu yang saya hendak tanya. Kenapa JaPen tidak boleh buat?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Lynas, duduklah Lynas. [Dewan riuh]
Dato’ Saifuddin Abdullah
Tuan Pengerusi, saya hendak sebutkan bahawa dia bukan hanya soal kesihatan. Kita semua tahu bahawa soal COVID-19 juga ialah soal mata pencarian, soal pekerjaan, soal memacu ekonomi dan sebagainya. Oleh sebab itu, kita harus meningkatkan kesiapsiagaan kita di peringkat akar umbi lagi.
Kita ada Majlis Digital Negara dan 4IR dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Boleh sikit Kuala Selangor?
Dato’ Saifuddin Abdullah
...Di situ kita bercerita soal bagaimana hendak mengakarumbikan– Ini dasar di Putrajaya...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Kuala Selangor sedikit sahaja...
Dato’ Saifuddin Abdullah
...dasar yang begitu baik di peringkat Pusat tapi hendak disampaikan di peringkat akar umbi.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Saifuddin Abdullah
...Ini persoalan dia. Saya ada sebanyak 873 buah Pusat Internet Komuniti yang di bawah MCMC dan SKMM. Ini saya tidak masuk yang di bawah KPLB dan sebagainya. Daripada jumlah 873 ini, ia seharusnya merangkumi populasi sebanyak seramai 15.4 juta. Akan tetapi, jumlah penyertaan untuk program PIK baru seramai 2.6 juta dan jumlah penggunaan perkhidmatan PIK baru sebanyak 1.2 juta.
Ini bukan salah dan kelemahan pengurus setiap satu 873 buah PIK itu. Dia menguruskannya dengan content dan sebagainya.
Soalnya ialah hendak membawa rakyat ke PIK itu. Itu memerlukan satu kerja yang berbeza. Itu antara tugas yang kita harus berikan dan mengapa kita harus tubuhkan J-KOM ini.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Tuan Pengerusi, saya minta penjelasan kerana Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Saifuddin Abdullah
Tuan Pengerusi...
Puan Hannah Yeoh - Segambut
...Bagi contoh JKM tadi, saya rasa kita perlu rekodkan dalam Hansard bahawa JKM mempunyai unit komunikasi sendiri dan KPWKM mempunyai unit komunikasi mereka sendiri. Sudah ada dua layer. Kenapakah sekarang perlu subkontrak kepada KKMM? Tadi Yang Berhormat Menteri ada mengatakan bahawa KKMM perlu membantu Yang Berhormat Menteri KPWKM untuk promote produk mereka dan perkhidmatan mereka. I can tell you, no repackaging can help a bad content, thank you.
Dato’ Saifuddin Abdullah
Tuan Pengerusi, ini yang bercakap ini bekas Timbalan Menteri, patutlah kerajaan itu tidak lama.
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Siapa yang khianat?
Siapa yang khianat? Malulah sikit, malulah sikit.
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Apa Yang Berhormat Jelutong terasa pula ini Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Malulah sikit!
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Duduklah Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Minta laluan dahulu, minta laluan.
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, bercakap secara yang sopan boleh? Cakap cara yang sopan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Pengerusi, ini kah standard Menteri?
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Ikut peraturan Dewanlah.....
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Orang main, tuduh, tuduh tuduh sahaja. Orang yang tidak kenal malu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Menteri betul, teruskan Yang Berhormat Menteri, teruskan, betul, betul. Kami sokong.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Inilah standard pintu belakang.
Dato’ Saifuddin Abdullah
Kita berkhidmat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Pengerusi, she was also Cabinet colleague, she was your Cabinet colleague. Have some shame.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Yang Berhormat Menteri, teruskan. Teruskan...
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Yang Berhormat Menteri telah selamatkan kerajaan, selamatkan negara ini daripada kehancuran.
Dato’ Saifuddin Abdullah
Tuan Pengerusi, insya-Allah saya berdoa...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Kerajaan pintu belakang.
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ayat-ayat yang lain tanpa gangguan. Saya minta Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Kuala Selangor.
Dato’ Saifuddin Abdullah
Saya berdoa tidak adalah pegawai J-KOM yang perangai macam Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya berdoa tidak ada di sebelah sini [Merujuk kepada blok Pembangkang] perangai macam Yang Berhormat, pengkhianat.
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Menteri, on kan balik mic.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Saifuddin Abdullah
Saya sebentar tadi...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Peraturan Mesyuarat 36(6), apakah boleh perkataan ‘pengkhianat’ digunakan di Parlimen ini?
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri, Kuala Selangor Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Dia menuduh satu orang pengkhianat, boleh atau tidak boleh? Padahal dia sendiri adalah penyamun tarbus.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri...
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Menteri teruskan. Ada tinggal lima minit.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri, Kuala Selangor.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Arau kurang siumanlah
Dato’ Saifuddin Abdullah
Saya...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Awak gila.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Dato’ Saifuddin Abdullah
Saya sebut sebab.
[Ketawa]
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri. We were former Cabinet Members Yang Berhormat Menteri. Kalau saya boleh.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Jelutong hentikan komunikasi. Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Jelutong minta hentikan komunikasi ini. Mungkin kita perlukan J-KOM.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri, Kuala Selangor. Kalau diizinkan just 30 seconds from me...
Dato’ Saifuddin Abdullah
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya sebutkan sebab kita bercerita soal...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri kalau ada keberanian tolong berikan. Hanya 30 saat.
Dato’ Saifuddin Abdullah
...the whole of government...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Whatever you call it, JASA kah, J-KOM, as long it is deep state that you keep saying in the… [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri, saya minta Yang Berhormat Menteri merumuskan kerana saya tidak benarkan perkara seperti ini berlaku.
Dato’ Saifuddin Abdullah
Kita baru membuktikan mengapa kita harus ada J- KOM Tuan Pengerusi. Sebagai kesimpulannya, saya rasa kita harus reset dengan izin pemikiran kita. Pertama, bukan tujuan kita hari ini dan bukan tujuan saya untuk menyelesaikan semua perbezaan pendapat dan tindakan termasuk dengan Yang Berhormat Puchong dan sebagainya. Memang ada perbezaan baik tidak kira – saya tahulah. Saya sebut J-KOM apa pun, ini akan ada perbezaan.
Kedua, hakikatnya ialah, ini bukan JASA dan ini adalah J-KOM.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Saifuddin Abdullah
Ketiga, untuk J-KOM kita harus mempunyai pandangan sarwa yang baharu. Kita harus realistik, rasional dan matang termasuk dalam menangani perbezaan-perbezaan pendapat antara kita. Keempat, untuk kita membangunkan pemikiran baharu tentang kepentingan dan keperluan sebenar Dasar Digital Negara dan mengapa kita harus menubuhkan J-KOM ini.
Tuan Pengerusi, saya tamat di sini sahaja. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bagi diputuskan. Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9) bagi Maksud Bekalan B.47 Kementerian Komunikasi dan Multimedia oleh Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Petaling Jaya, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Kuantan dan Yang Berhormat Jerlun seperti kertas pemberitahuan mengenai “Bahawa jumlah sebanyak RM1,242,464,900 untuk Maksud B.47 di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam Jadual kepada Rang Undang-undang Perbekalan 2021
(D.R.16/2020), hendaklah dipotong sebanyak RM85,549,200.00 dengan syarat dikurangkan sebanyak RM4,000,000.00 daripada peruntukan di bawah Butiran 020000
(Kod Program Hal Ehwal Khas (JASA)/Aktiviti No. 021000) dan sebanyak RM81,549,200.00 daripada peruntukan di bawah Butiran 050000 (Kod Program Perluasan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)/Aktiviti No. 050100) di dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021 (Kertas Perintah 26 Tahun 2020)” hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan tidak disetujukan]
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala Bekalan B.47 dan Kepala Pembangunan P.47 di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia terbuka untuk dibahas.
Yang Berhormat, saya ada senarai pembahas-pembahas. Saya mulakan dengan Yang Berhormat Pulai, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Jelebu, kemudian Yang Berhormat Puchong dan kemudian Yang Berhormat Jerai. Dipersilakan Yang Berhormat Pulai, lima minit.
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Bismillahi Rahmani Rahim. Saya bermula dengan B.47 Butiran 050000 dan juga saya bersekali dengan Butiran 020600.
Tuan Pengerusi, apa-apa pun nama yang diberikan, ‘J-COB’ kah ataupun J- KOM atau apa pun, JASA dan seumpamanya, saya rasa apa yang penting adalah bagaimana kita memandu minda rakyat terhadap perpaduan yang harus kita pupuk untuk hidup dalam sebuah negara yang bernama Malaysia.
Saya yakin dan percaya bahawa kita semua ini mahu hidup dalam negara ini.
Kita tidak mendengar laporan tepi jalan. Kita mendengar daripada mulut bekas Pengerusi JASA yang memang memperakui bahawa JASA ini adalah untuk politik dan sebahagiannya adalah di sanalah, tadi disebut oleh rakan-rakan, bahawa bukan masalah menang atau kalah. Isunya adalah apa yang disemai, doktrin apa yang ditanam. Ini kerana, Tuan Pengerusi, in the long run, dengan izin, kalaulah semangat perkauman dan agama itu ditanam, maka negara kita dalam keadaan yang sangat bahaya.
Tuan Pengerusi, sebagai orang Islam, apabila kita menunaikan ibadah haji di dua Tanah Suci selama 40 hari dengan gembiranya, dengan rasa berlinangan air mata, tetapi selepas itu kita rindu untuk balik ke negara ini, kampung halaman kita. Rakan- rakan kita daripada kaum ataupun yang beragama Kristian, ataupun yang beragama Sikh, ataupun yang beragama Hindu, apabila mereka pergi ke Vatican City, Kuil Amritsar ataupun Sungai Ganges, mungkin seminggu dua minggu rasa gembira, tetapi akhirnya hendak balik semula ke dalam negara kita. Home sweet home. Ini adalah negara kita.
Oleh itu, saya rasa Jabatan Penerangan lebih bertanggungjawab pada masa akan datang untuk memastikan negara ini negara yang selamat untuk kita tinggal oleh semua bangsa dan agama. Bukan disemai dengan semangat perkauman yang melampau dan agama yang melampau.
Tuan Pengerusi, satu agama satu bangsa bukan menjamin kita selamat.
Negara Arab hampir seratus peratus beragama Islam satu kaum tetapi dengan pemikiran takfiri, mereka membunuh antara satu sama lain. Dalam negara kita, kita menyaksikan di sebelah sana hampir 99 peratus Melayu dalam Kerajaan Perikatan Nasional. Adakah masih aman, masih sejahtera? Itu bukan menjamin untuk kita ada satu kefahaman.
Melainkan kita faham untuk hidup dalam sebuah negara yang mengamalkan mutual respect, hidup berkongsi kuasa dalam negara ini.
Malaysia boleh menjadi model yang terbaik, Tuan Pengerusi. Unity in diversity. Kita boleh menjadi model terbaik, lebih baik daripada negara Arab dan negara-negara lain. Indonesia cuba untuk meng’Indonesia’kan semua orang. Rudi Hartono, Idris Hardi.
Kristian, Hardy Nata. Melayu kah, Islam kah, Kristian, semuanya mahu di-Indonesia-kan, mengamalkan konsep melting pot. Akan tetapi, setiap bulan berlakunya huru-hara, pembakaran di Indonesia. Tidak boleh juga.
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Oleh itu, bagi saya, nama apa pun, JASA kah, apa pun nama nak diubah, selagi mana sikap ataupun pengajaran tentang perkauman dalam negara kita ini tidak dibendung, negara kita akan menjadi huru-hara. Kuil akan dibakar, masjid akan dibakar dan kita takkan hidup lagi dalam sebuah negara sekiranya, insya-Allah...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Boleh bagi sikit? Nak celah sikit.
Yang Berhormat setuju tidak, bukan sahaja berkaitan dengan perbezaan kaum tapi dalam satu kaum pun kita lihat bahawa berbagai-bagai? Hanya kerana politik, usul percaya Menteri Besar Perak, siapa yang tak sokong usul, UMNO tak sokong usul, PAS anggap kata pengkhianat dan penderhaka. La ini patah balik dekat pengkhianat. Macam mana?
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila. Rujuk butiran mana ya?
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Saya rujuk balik kepada Butiran 050000.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Butiran yang berbutir-butir.
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Butiran itu dan di mana disebut Yang Berhormat Pokok Sena tadi, saya sudah sebut tadi, satu agama satu bangsa itu pun belum tentu...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ataupun salah DAP juga kah?
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Belum tentu lagi menjamin perpaduan antara kita. Kita masih lagi boleh berbeza. Sebab itu adalah penting untuk kita saling hormat.
Saya akhiri dalam satu minit, Tuan Pengerusi. Saya tersentuh dengan...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Setujukah yang di Perak itu bukan J-KOM tapi jebon?
[Ketawa]
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Saya tersentuh dengan rakan saya Menteri di sebelah sana yang membaca ayat...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Betul, apa yang kita buat, kita dapat, dan Allah tak persoalkan apa yang kita tidak buat.
Akan tetapi apabila kita sama-sama dalam Kabinet dahulu, kita bertanggungjawab bersama.
Beberapa Ahli
Ya.
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Hendak lari, larilah. Saya tak marah.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Hendak khianat.
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Hendak pergi, pergilah. Kita tak marah. Akan tetapi, jangan hina sahabat saya Yang Berhormat Segambut tadi. Itu tidak boleh itu. Bila kita buat salah, kita akui kita buat salah. Hendak lari, lari. Saya tak marah. Saya tak pernah kata dalam Facebook. Akan tetapi, tanggungjawab kita pada waktu itu adalah untuk membentuk sebuah negara. Kalau lemah pun PH― masa kami, kami lemah. Kamu hari ini jauh lebih lemah sebenarnya. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Sikit, sikit. Kuala Selangor sikit.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Dah tak boleh. Dah habis dah, Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya dah bagi cukup masa. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Jelebu.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
PH tak lemah. Khianat.
Pengkhianat.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Pengerusi, saya ingin sentuh Butiran 31000 – Projek Jalur Lebar. Jumlah peruntukan RM50 juta. Bagi butiran pembangunan ini, sebanyak RM50 juta telah diperuntukkan untuk tujuan projek jalur lebar.
Saya tidak membantah, Tuan Pengerusi. Malah saya ucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana telah sentiasa bersedia untuk memperuntukkan jumlah kewangan yang begitu besar untuk mempertingkatkan capaian internet di Malaysia khususnya
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
daripada taraf 4G kepada 5G kerana kita tentunya dalam perkembangan new norms sekarang ini, kita tidak boleh ketinggalan dalam soal perkembangan teknologi.
Namun begitu, apa yang saya harapkan adalah sebelum pihak kerajaan berbelanja puluhan dan ratusan juta ini, Tuan Pengerusi, untuk menaik taraf daripada 4G kepada 5G ini, perbaiki dan tingkatkan capaian internet yang sedia ada ketika ini terutamanya bagi kawasan luar bandar dan juga pedalaman. Saya sering sebut bahawa usaha untuk merapatkan jurang ekonomi dan juga pendapatan di antara kawasan bandar dan luar bandar, dalam pada masa yang sama, jurang capaian akses internet antara dua kawasan ini jauh berbeza.
Kerana itu, untuk makluman Dewan yang mulia ini, dalam masa sebulan yang lalu, dalam tempoh sebulan, Tuan Pengerusi, saya telah menjalankan sedikit kajian dan survei di dalam kawasan Parlimen Jelebu yakni daripada 40 kawasan penempatan masyarakat dalam kawasan Parlimen saya yang end to end, dengan izin, hanya satu jam 20 minit sahaja yang merangkumi kawasan pekan, kampung tradisi dan juga kawasan penempatan FELDA.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Daripada kajian yang dilakukan, Tuan Pengerusi, daripada empat telco utama di Malaysia, yakni Celcom yang pertama, Tuan Pengerusi, Maxis, Digi dan U Mobile.
Daripada 40 kawasan yang telah dijalankan kajian ini tidak sampai 15 peratus, hanya enam kawasan sahaja yang mencapai capaian Internet yang boleh dikatakan baik bagi keempat-empat telco utama.
Bagi kawasan yang selebihnya, Tuan Pengerusi kebanyakan kawasan hampir semua mengalami masalah capaian Internet yang sampai ke peringkat sangat mendukacitakan. Oleh sebab itu Tuan Pengerusi, ini memberikan masalah kepada mereka terutamanya bagi usahawan-usahawan golongan pertengahan, bagi masyarakat pelajar, golongan universiti yang mana sudah menjadi budaya dan new norm ini untuk menjalankan perniagaan dan pengajian serta pendidikan melalui atas talian.
Jadi, kerana itu saya ingin bertanya kepada pihak kementerian daripada jumlah keseluruhan peruntukan Tuan Pengerusi, peruntukan yang disediakan untuk tahun 2021, terutamanya yang pertambahan sebanyak RM50 juta tadi, berapakah jumlah sebenar yang akan dibelanjakan untuk meningkatkan capaian internet dan komunikasi di kawasan luar bandar terutamanya bagi kawasan Parlimen Jelebu?
Saya mohon pihak kementerian, nyatakan kawasan-kawasan selain daripada Parlimen Jelebu yang saya maksudkan, nyatakan mana lagi kawasan parlimen luar bandar yang terlibat dalam pengagihan peruntukan ini? Dalam keadaan ini, Tuan Pengerusi, kita membiasakan diri untuk norma baharu ketika pandemik COVID-19.
Ketika semua sedia maklum, bahawa Internet ini adalah merupakan antara perkara asas dan penting untuk kita pertingkatkan bagi kemudahan dan keselesaan bagi golongan yang terlibat.
Kita harus berlaku adil bagi masyarakat bandar dan masyarakat luar bandar kerana masyarakat bandar bayar servis telco atau bayaran laluan internet dan juga telefon ini sama banyak dengan masyarakat luar bandar. Bandar dapat kelebihan yang sebegitu dan masyarakat luar bandar juga harus mendapat kelebihan dan juga keistimewaan yang sama, Tuan Pengerusi.
Satu perkara lagi Tuan Pengerusi, dalam Kepala yang sama, saya hendak cadangkan kepada pihak kementerian, satu ketika dulu kalau tidak silap saya ketika Barisan Nasional menjadi kerajaan, kita ada perkenalkan yakni, pemberian komputer riba
(laptop) kepada pelajar-pelajar. Ketika itu, hampir kesemua pelajar golongan B40 dan murid-murid sekolah kebangsaan dan sekolah rendah diberikan kemudahan laptop ini untuk kemudahan pembelajaran mereka. Masa itu Tuan Pengerusi, kita tidak ada pengajian dan pendidikan atas talian.
Ketika itu, kita tidak ada perniagaan– bukan tiada tetapi sedikit peratusannya, perniagaan yang diamalkan oleh peniaga-peniaga melalui atas talian. Akan tetapi, sekarang ini, hampir keseluruhan pelajar menengah rendah, pelajar universiti, pengajian- pengajian, di kolej-kolej, termasuk pengusaha-pengusaha dan usahawan-usahawan yang menjalankan pengajian dan pendidikan secara atas talian.
Capaian internet, kita sudah sebut, capaian internet, kita ada sejumlah peruntukan untuk meningkatkan capaian Internet dan akses data. Akan tetapi, hardware nya Tuan Pengerusi, di kawasan saya Tuan Pengerusi, saya nak sebut dan saya tahu ramai Ahli Parlimen pun sama. Ramai pelajar datang jumpa Ahli Parlimen minta
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
peruntukan nak beli laptop, ramai pelajar universiti datang minta peruntukan nak beli laptop kerana mereka tidak mampu Tuan Pengerusi.
Kita boleh bagi pun hanya dengan sejumlah dan segelintir bilangan pelajar yang sedikit. Saya nak cadangkan kepada pihak Yang Berhormat Menteri yang sentiasa fikir tentang bagaimana untuk meningkatkan pencapaian teknologi digital. Baru-baru ini saya tengok iklan Yang Berhormat Menteri sebut... “Saya sudah bermula dengan era digital, anda bila lagi?” Orang kampung jangan tinggalkan Yang Berhormat Menteri.
Orang kampung pun lapar dan harapkan digital menjadi budaya hidup mereka.
Maka dengan itu, saya mengambil kesempatan ini Tuan Pengerusi, supaya Yang Berhormat Menteri dapat mempertimbangkan untuk memberikan semula bantuan komputer riba (laptop) kepada semua pelajar menengah rendah. Kepada semua pelajar yang masuk universiti bermula pada tahun 2021 dan bantu juga golongan usahawan yang memerlukan bantuan untuk memulakan budaya hidup dalam era digital ini.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Jelebu, masa sudah tamat Yang Berhormat Jelebu.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Jelebu sentiasa menyokong. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Puchong.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi merujuk kepada beberapa tajuk. Saya mula dengan Butiran 030100 – Infrastruktur dan Aplikasi. Tuan Pengerusi, saya dengar apa yang disebut oleh Yang Berhormat Jempol tadi. Beliau memang menitikberatkan perkara kekurangan infrastruktur yang diperlukan.
Ini adalah satu perkara yang saya rasa perlu diberikan penekanan. Justeru itu, saya rasa ada mungkin silap sasar di dalam apa yang disebut sebagai fokus Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam bajet ini.
Ini di mana, kita lihat bagaimana peruntukan yang cukup besar diberikan untuk JASA atau J-KOM ataupun apa sahaja nama yang mereka mahu gunakan sekarang, di mana kita lihat sebanyak RM40 juta ataupun RM45 juta, lebih kurang ya, disalurkan untuk tujuan itu. Mendirikan J-KOM, yang sebenarnya tugas mereka boleh dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia. Ini adalah satu perkara yang kita kena lihat.
Jumlah RM40 juta itu boleh digunakan untuk kita agihkan, infrastruktur. Misal kata, kalau kita lihat kepada masalah COVID-19 sekarang, kita perlu cari jalan bagaimana kita boleh dengan izin, connect people yang perlukan connectivity ini untuk tujuan keselesaan mereka. Jadi, kenapa perlu kita ada sebanyak RM45 juta bagi JASA ini? Saya dengar apa yang disebut oleh Menteri tadi, beliau kata, “Oh! Di peringkat luar dan sebagainya on the ground, daerah-daerah dan sebaginya tidak ada.” Disebut berkenaan dengan MCMC, FINAS, BERNAMA dan sebagainya.
Akan tetapi, penerangan ada di situ. Jadi, soalnya kenapa kita perlu menubuhkan satu agensi di mana apa yang disebutkan tadi, terus dilakukan oleh mereka bertindih dengan apa yang dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan?
Tuan Pengerusi, saya dalam kementerian dulu, saya tahu apa sebenarnya kekuatan Jabatan Penerangan, mereka ini ada agensi di seluruh negara. Mereka ini ada keupayaan untuk menyalurkan maklumat kepada semua rakyat Malaysia di merata tempat. Ini adalah satu perkara. Kalau kita nak benar-benar, kita nak perkuatkan, perkasakan KKMM, harusnya kita melaksanakan melalui Jabatan Penerangan yang sudah ada. Akan tetapi, soalnya kenapa kita perlu wujudkan satu agensi yang baharu?
Seorang Ahli
Cyber trooper...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Mereka ini sudah tentunya mempunyai matlamat yang tertentu. Kita boleh dengar apa yang dijelaskan oleh Ketua JASA dulu di mana beliau sendiri mengatakan bahawa sebenarnya JASA ini adalah satu agensi yang ditubuhkan buat tujuan politik. Kita tahu. Jadi, soal yang berbangkit kalau kita lihat kepada masalah khususnya RTM yang saya tanya dulu, berkenaan dengan kenapa tidak ada penyelesaian kepada masalah-masalah pekerja RTM, piecemeal dan sebagainya?
Itu satu. Ini juga sama dengan di dalam penerangan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Jadi, Tuan Pengerusi, saya hendak juga menjelaskan di sini. Yang Berhormat Menteri tadi bila memberi jawapan kita lihat apa yang beliau kata, bahawa keputusan untuk kita menutup JASA masa dulu itu, kononnya dibuat oleh Menteri. Tuan Pengerusi, tidak perlu beliau lari daripada kenyataan bahawa Menteri pun dulu adalah seorang Menteri Jemaah dalam Kerajaan Pakatan Harapan. Keputusan yang dibuat – Tuan Pengerusi pun sama juga, daripada PH dulu.
[Dewan riuh]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Itu kebenaran...
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Bukan komunikasi ya.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Itu kebenaran ya. Akan tetapi orang yang tidak boleh dipercayai langsung, Tuan Pengerusi. Bukan Tuan Pengerusi tetapi Menteri. Dulu UMNO, kemudian masuk PH, kemudian keluar daripada PH, apa jua dia hendak buat, boleh pergi, tidak apa. Disebut soal pengkhianat, betul pun pengkhianat.
Bukan sahaja pengkhianat, kalau nak tipu dalam Dewan yang mulia ini.
Tuan Pengerusi siapa yang menjadi Ketua Komunikasi PH masa itu? Siapa, siapa?
[Dewan riuh]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Dialah. Siapa yang buat keputusan PH? You know yourself, Tuan Pengerusi. Dia yang buat keputusan. Akan tetapi sekarang datang ke Dewan ini nak persalahkan orang lain.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kalau kita hendak sebut, kita hendak tubuhkan, sekarang kita hendak lawan berita palsu, inilah berita palsu dalam Dewan oleh Menteri sendiri.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ini satu perkara yang saya rasa perlu dinyatakan.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Puchong.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Saya tidak hendak bangkitkan...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Puchong.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Akan tetapi kalau hendak serang saya, baik saya sebut dengan jelas dalam Dewan ini. Pengkhianat sebenar, penipu sebenar duduk di situ.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Ya.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Menteri.
[Tepuk]
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Puchong.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Selepas sesi ini selesai, maklumat akan datang dari sana. Saya hendak bagi...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Puchong.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
...Nasihat kepada sebelah sana...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Kuala Selangor sedikit Yang Berhormat Puchong..
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
...Jaga-jaga siapa duduk di situ.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Ya.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Sebenarnya banyak maklumat dari situ datang daripada orang-orang kamu sendiri. Ini masalahnya.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Puchong, Kuala Selangor.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Jadi kita sebut berkenaan dengan apa yang perlu, apa keputusan-keputusan yang telah pun dibuat. Saya rasa kita kena lihat kepada kebenarannya. Ya, sila Yang Berhormat.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Sedikit Berhormat Puchong. Just 30 seconds sahaja. Yang Berhormat Puchong, bersedia kah Yang Berhormat Puchong untuk menerima hakikatnya JASA kah namanya, J-KOM kah tetapi
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Menteri yang bertanggungjawab ini Yang Berhormat Puchong dalam setiap hari kita bermesyuarat dalam Kabinet PH, inilah Menteri yang kerap menyebutkan tentang deep state dan inilah dia Menteri yang hari ini berpaling tadah terhadap kita. Terima kasih Yang Berhormat Puchong.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Ini Menteri yang deep state.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta rumuskan Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ini yang saya hendak sebut sebagai penggulungan. Sebenarnya yang bawa kononnya tohmahan ada deep state dalam kerajaan, hendak runtuhkan kerajaan PH, yang beri statement kepada media dan sebagainya, siapakah? Siapakah dia? Siapakah yang salahkan kakitangan kerajaan semasa itu untuk PH? Siapakah yang bawa? Nah itu duduk di sana, Menteri lah.
Akan tetapi hari ini datang ke Dewan kata kita ini hendak bawa maklumat yang sahih, yang benar. Kalau hendak bawa maklumat yang sahih dan benar, mula di sini.
Bangkit beritahu apa kebenaran, jangan menipu untuk mendapat sokongan dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Saya jemput Yang Berhormat Jerai.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 020700 – Penyiaran RTM. Antara fungsi RTM ialah mendukung warisan dan budaya. Melihat kepada peruntukan sebanyak RM479 juta, apakah perincian program bagi meningkatkan kefahaman dan rasa menjiwai warisan di negara ini? Antara warisan yang perlu diberikan perhatian ialah tulisan jawi, saya amat berbesar hati dan mewakili golongan penggiat seni khat jawi agar kesenian yang hebat ini perlu diprogramkan dengan sebaik-baiknya dan disiarkan secara bersiri, insya-Allah kita boleh berbincang bagi menjayakan program tersebut.
Sehubungan itu, saya memohon agar RTM mempelbagaikan program kerohanian yang boleh menarik perhatian anak generasi selain daripada hiburan-hiburan yang disiarkan sepanjang masa. Selain program stereotaip sifatnya, perlu disiarkan drama yang membentuk minda generasi muda untuk menguruskan kehidupan yang serba mencabar ini.
Selain daripada itu, pada masa ini saya mohon kepada pihak kementerian agar bekerjasama dengan radio IKIM untuk memeriahkan lagi aktiviti nasyid. Saya mohon agar kementerian dapat mengorak langkah ke depan untuk memeriahkan semula industri yang agak suram ini.
Seterusnya Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) sebanyak RM35 juta. Banyak inisiatif telah diberikan kepada pengeluar filem tempatan, potongan 50 peratus kepada iklan di TV, Penguatkuasaan Syarat Wajib Tayang 1991 dalam membangunkan industri perfileman Malaysia. Sehubungan itu, dalam tempoh COVID-19 ini, apakah tanggungjawab sosial FINAS terhadap penggiat seni yang uzur dan hilang pendapatan. Semoga dalam tempoh ini, peruntukan yang ada sedikit dapat melapangkan penggiat seni yang terlibat dalam industri dan mengangkat martabat perfileman di Malaysia.
Mereka juga Tuan Pengerusi, menyumbang bahkan bagi memeriahkan industri hiburan di negara in. Sedihnya, masih lagi terdapat para penggiat seni merintih di media massa tentang keperitan hidup di sebabkan tenaga kudrat mereka tidak lagi mampu atau tidak diberi tawaran berlakon dan sebagainya.
Seterusnya Butiran 31000 – Projek Jalur Lebar, RM50 juta. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Jelebu. Saya memohon bersungguh-sungguh agar projek jalur lebar ini dilebarkan ke kawasan luar bandar kerana liputan yang sangat lemah setakat ini terutamanya dalam Parlimen Jerai. Suara saya ini kerap diberikan perhatian – saya minta supaya suara yang masukkan dalam Dewan ini diberikan perhatian bagi menjawab rungutan rakyat di bawah sana. Sekian, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Hulu Selangor. Diikuti oleh Yang Berhormat Jempol.
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya terus kepada Kepala Bekalan B.47, Butiran 020600 – Penerangan (JaPen) dengan jumlah peruntukan sebanyak RM158 juta dikurangkan sebanyak RM12 juta berbanding tahun 2020.
JaPen memainkan peranan di peringkat komuniti dan sering menganjurkan pelbagai program berimpak baik untuk masyarakat. Amat penting untuk kementerian membantu jabatan ini. Hulu Selangor mencadangkan Menteri untuk menyemak balik semula dan memperkasakan Jabatan Penerangan yang sedia ada.
Tuan Pengerusi, seterusnya Butiran 021000 – Hal Ehwal Khas (JASA) dan Butiran 050100 – Peluasan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dengan keseluruhannya jumlah peruntukan yang bernilai tadi yang dibincangkan sebanyak RM40.5 juta. Hulu Selangor tetap dengan pendirian bahawa perbelanjaan ini tidak diperlukan pada masa sekarang dan negara masih bergelut dalam memerangi pandemik COVID-19. JASA ataupun J-KOM ini adalah pembaziran wang rakyat oleh pihak kerajaan. Tidak perlu ditubuhkan jabatan khas hanya untuk menjalankan satu fungsi yang jelas. Ia memang perbelanjaan yang sia-sia untuk masyarakat.
Tuan Pengerusi, Butiran 060000 – One-off dengan izin dengan peruntukan RM118 juta. Mohon Yang Berhormat Menteri terangkan untuk apakah perbelanjaan sebesar ini? Mengapa dilihat seperti ada pertindihan butiran yang membawa maksud yang sama. Apakah komitmen kerajaan dalam memastikan tiada ruang untuk berlakunya sebarang ketirisan melalui peruntukan ini?
Beralih ke Kepala Pembangunan P.47 iaitu Butiran 31000 – Projek Jalur Lebar dengan peruntukan yang berjumlah RM50 juta dan Butiran 31003 – National Fiberisation and Connectivity Plan (NFCP). Peruntukan berjumlah RM500 juta, Hulu Selangor mengucapkan terima kasih kerana meneruskan pembangunan jalur lebar ke seluruh negara. Hulu Selangor memohon diutamakan pembangunan di kawasan luar bandar kerana luar bandar ini sangat kritikal. Semenjak PKP, negara kita telah membudayakan dengan izin work from home, online learning, online shopping dan sebagainya. Namun permasalahan timbul apabila capaian Internet luar bandar amat mendukacitakan.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Yang Berhormat Hulu Selangor.
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
Tuan Pengerusi, kebanyakan pekerja...
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Yang Berhormat Hulu Selangor, boleh mencelah Yang Berhormat Hulu Selangor? Ledang.
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
Silakan.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Saya ada tersenarai tetapi saya bimbang tidak cukup masa. Saya ingin mencelah berkenaan dengan yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Hulu Selangor Butiran 31000 – Projek Jalur Lebar iaitu sebanyak RM50 juta disebutkan di sini.
Sebenarnya daripada segi jumlah ini yang saya ingat dalam ucapan bajet, belanjawan yang dibuat oleh Menteri Kewangan, beliau menyebutkan bahawa SKMM akan memperuntukkan RM7.4 bilion untuk tahun 2021 dan 2022 untuk meluaskan perkhidmatan jalur lebar.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] Jadi, jumlah ini ialah RM7.4 bilion untuk dua tahun. Akan tetapi dalam butiran ini menyebutkan RM50 juta. Saya faham bahawa ini adalah belanjawan di bawah SKMM dan bukan terkandung di dalam belanjawan kita. Cumanya, kerana jumlah ini satu jumlah yang sangat besar iaitu RM7.4 bilion dan ia menggunakan satu tabung USP fund yang saya tahu datangnya daripada sumbangan yang dibuat oleh telco yang ada tetapi saya bimbang kita tidak ada satu kaedah pendekatan untuk kita semak dan imbang berkenaan dengan penggunaan dan pelaksanaan perkara ini.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Mungkin ada dalam laporan SKMM, laporan tahunan yang boleh kita teliti di sini tetapi saya minta supaya pihak kementerian mengambil kira supaya ini boleh dibawa dan diteliti juga di dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih.
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
Masukkan dalam teks ucapan saya. Tuan Pengerusi, kebanyakan pekerja di Lembah Klang terutamanya di Kuala Lumpur, mereka ini tinggal di pinggiran bandar. Malah ada yang sanggup ulang-alik setiap hari kerana memilih untuk tinggal di luar bandar. Jadi, apabila diberikan arahan untuk bekerja di rumah, ia amat menyulitkan para pekerja kerana capaian internet yang lemah. Ada juga terima daripada pengilang dan industri mengenai masalah yang sama.
Maka Yang Berhormat Hulu Selangor fikir ini amat penting sekiranya pihak kementerian dapat mengutamakan pembangunan jalur lebar di luar bandar terlebih dahulu.
Tuan Pengerusi, seperkara lagi, kerana tidak ada butiran khusus, mohon kementerian menyemak juga dengan telco sedia ada. Perkhidmatan telekomunikasi makin hari makin teruk khususnya di Hulu Selangor. Gangguan rangkaian telco ini juga perkara yang mendukacitakan. Jika dikatakan di kawasan Hulu Bernam, hendak dapatkan satu bar line pun agak-agak susah. Ia juga mohon Yang Berhormat Menteri lihat dan bantu dalam isu ini.
Butiran 33000 - Malaysia Digital Economy Corporation. Dengan peruntukan RM37 juta, semasa penggulungan Yang Berhormat Menteri di peringkat dasar, telah digariskan beberapa program dan inisiatif yang berguna bagi menggalakkan PKS dan usahawan mikro menggunakan teknologi digital dalam perniagaan.
Yang Berhormat Hulu Selangor menyokong usaha ini. Namun mohon pihak kementerian lihat juga bagaimana untuk memperkasa dan melibatkan usahawan di luar bandar dengan usaha sama rentas kementerian, pentingnya Yang Berhormat Menteri untuk turun padang ke kawasan luar bandar membantu usahawan yang berpotensi melalui pendekatan outreach dengan izin dengan memberikan bimbingan buat mereka memasuki ke dunia ekonomi digital.
Yang terakhir, jika dirujuk dengan ucapan Yang Berhormat Menteri Kewangan ada peruntukan RM1.5 bilion untuk program jalinan prihatin tetapi tidak dilihat butiran khusus di bawah kementerian ini. Mohon Yang Berhormat Menteri menerangkan secara terperinci bagi perbelanjaan ini. Bagaimanakah mekanisme pelaksanaan program yang akan dijalankan. Tuan Pengerusi sebagai penutup, besarlah harapan Yang Berhormat Hulu Selangor agar masalah telekomunikasi dan infrastruktur jalur lebar di negara kita dapat dibangunkan dengan lebih baik dan cepat terutamanya di kawasan luar bandar.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Saya persilakan Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih kerana membenarkan saya dalam Jawatankuasa, Komunikasi dan Multimedia 2021.
Butiran 31000 - Projek Jalur Lebar. Menerusi belanjawan kali ini, sebanyak RM50 juta telah pun diperuntukkan pada tahun hadapan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kementerian telah berusaha untuk memastikan setiap kawasan di Malaysia ini mempunyai akses internet. Walau bagaimanapun, perkara yang utama yang perlu diberikan perhatian oleh kementerian adalah memastikan kemudahan internet sedia ada khususnya di kawasan luar bandar terus diperkasakan.
Daerah Jempol terdapat 16 lokasi pusat Internet yang terdiri daripada 13 TM dan tiga Maxis. Walau bagaimanapun kelajuan internet adalah antara 20 megabait hingga 24 megabytes per second. Bagi pelanggan telco pula, saya difahamkan syarikat telco yang ada pada hari ini sukar untuk menyediakan kelajuan Internet sehingga 20 megabait di kawasan luar bandar. Dalam hal ini pusat Internet, pelanggan telco di kawasan luar bandar mempunyai kekurangan dari segi manfaat kelajuan internet berbanding kawasan bandar yang memperoleh nikmat kelajuan internet sehingga 800 megabait.
Masalah kelajuan internet di luar bandar telah menyebabkan penglibatan masyarakat luar bandar dalam aktiviti e-dagang, e-learning terbatas. Hal ini sekali gus telah menyebabkan rakyat, masyarakat luar bandar tercicir daripada arus pemodenan, perkembangan Revolusi Industri 4.0 yang sedang berlangsung dalam negara.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Soalan saya, bilakah masalah kelajuan internet di luar bandar ini akan dapat diselesaikan oleh pihak kementerian dan apakah usaha yang dilakukan oleh kementerian bersama syarikat telco untuk memberi keadilan kepada penduduk luar bandar yang tidak mendapat liputan 4G dan hanya menikmati kelajuan internet tidak sampai 24 megabait tetapi perlu membayar perkhidmatan yang sama seperti penggunaan telco di bandar.
Pada hemat saya, perkara ini pihak kementerian perlu mengambil tindakan terhadap isu ini kerana masyarakat di luar bandar seolah-olah teraniaya dengan sistem yang digunakan pada hari ini. Saya pohon kepada Yang Berhormat Menteri selaku Menteri yang begitu prihatin dengan rakyat, selesaikan lah masalah rakyat ini kerana mereka di luar bandar bila keadaan COVID berlaku, soal mereka ini tidak dapat belajar, iaitu sistem Google Classroom, e-learning dan sebagainya terbatas.
Jadi, haruskah kementerian hari ini membiarkan saja anak-anak yang berada di luar bandar ini tidak dapat akses yang cukup, malah pembelajaran juga turut mundur.
Jadi, perkara ini biarlah seadil yang mungkin, selaku Menteri, berlaku adil lah untuk semua orang terutama di luar bandar. Butiran 020600 - Penerangan. Saya dapati peruntukan bagi Jabatan Penerangan Malaysia telah berkurangan sebanyak RM11 juta pada tahun hadapan iaitu RM170 juta bagi tahun sebelumnya kepada RM159 juta.
Saya ingin mendapat penjelasan lebih mendalam daripada pihak kementerian berhubung pengurangan peruntukan tersebut untuk tahun hadapan. Apakah pengurangan peruntukan bagi Jabatan Penerangan Malaysia ini disebabkan penubuhan semula JASA pada tahun hadapan.
Selain daripada itu, saya juga ingin bertanya berapakah bilangan kekosongan perjawatan di Jabatan Penerangan Malaysia setakat hari ini dan apakah pengambilan tenaga baru telah dibekukan oleh kementerian sepanjang tahun ini. Hal ini berlaku kerana Pejabat Penerangan Daerah Jempol masih belum menerima kemasukan juru audio visual semenjak jawatan tersebut kosong pada Mac 2020 yang lalu.
Saya pohon supaya di Jempol ini kenderaan pun tidak ada.
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Sedikit Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Ditambah supaya ianya dapat sama rata antara bandar dan luar bandar. Sikit lagi. Cuma yang terakhir saya ingin memberi sokongan juga kepada penubuhan JASA. Kita tahu banyak kali disebut soal JASA, tapi kita kena tahu mereka yang teraniaya. Mereka yang teraniaya seramai 782 orang kakitangan kontrak yang ditamatkan. Yang ini mereka teraniaya.
Hari ini mereka berdoa bilakah kerja dapat semula. Jadi saya pohon supaya kementerian di bawah 021100 - Hal Ehwal JASA ini mempertimbangkan semula mereka- mereka yang berkelayakan, mereka ini boleh dibimbing bersama, apakah hala tuju bersama. Kerana pihak pembangkang menganggapkan persepsi-persepsi buruk kepada pegawai JASA. Ini tidak betul. Kalau satu, dua orang buat salah, takkan lah semua orang dapat dia punya bahananya. Okey, Yang Berhormat Kimanis celah.
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Saya tadi tertarik dengan poin, butiran Jabatan Penerangan. Saya menerima beberapa pucuk surat daripada kakitangan kontrak yang dilantik di bawah Jabatan Penerangan sebagai artis PENTARAMA yang mereka ini tugasnya menyanyi, menari tetapi unit dalam Jabatan Penerangan. Cuma mereka apabila sudah mencapai umur 35 tahun, mereka ini akan ditamatkan perkhidmatan mereka.
Jadi, ke mana arah mereka selepas itu. Mereka tulis surat kepada saya minta mohon kepada Yang Berhormat Menteri pertimbangkan. Kalau boleh barangkali mereka juga punya tanggungan, keluarga, anak dan sebagainya tetapi mereka tidak ada sumber bagaimana untuk kelangsungan hidup mereka. Minta barangkali Yang Berhormat Menteri boleh pertimbangkan, di-absorb, diserapkan mereka ini kepada unit-unit lain juga. Terima kasih.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Okey, terima kasih Yang Berhormat Kimanis. Saya sikit lagi hendak simpulkan bahawa apa yang berlaku pada hari ini, 22 bulan yang tempoh hari, mereka yang teraniaya tadi mungkin daripada penerangan juga, yang kontrak juga ditamatkan, mereka ini dalam kesusahan, COVID. Kita jangan fikir COVID ini untuk kita membasmi COVID tapi akhirnya mereka yang terkesan sudah lama sudah, 22 bulan lalu perlu pembelaan kepada kerajaan yang ada pada hari ini diterima semula. Jadi, saya pohon agar, segala apa yang saya sampaikan sebentar tadi mendapat perhatian oleh Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Yang Berhormat Jerlun tidak ada. Yang Berhormat Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana izinkan saya ambil bahagian dalam perbahasan ini. Saya terus merujuk kepada Butiran 021000 – Hal Ehwal Khas dan juga Butiran 050100 – Perluasan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dalam Perbelanjaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia iaitu penubuhan semula JASA atau kini dijenamakan semula sebagai J-KOM.
Saya tidak akan ulangi point-point yang telah disebut dan dibangkitkan oleh rakan-rakan tadi. Saya hanya hendak kata di sini bahawa saya faham sepenuhnya kenapa kerajaan sekarang yang sedang berdepan ketidakstabilan politik dan pelbagai kritikan. Baik dari dalam kerajaan mahupun dari luar. Maka, berpendapat bahawa perlu ada sebuah agensi komunikasi strategik kerajaan.
Walau bagaimanapun penubuhan sebuah agensi yang sudah pun mempunyai persepsi yang buruk dalam kalangan rakyat ialah langkah kurang cerdik. Saya menasihatkan Yang Berhormat Menteri supaya lebih baik jangan teruskan. Persepsi rakyat terhadap penubuhan semula agensi ini adalah sangat negatif. Padahal agensi ini sebenarnya ditubuhkan semula dengan tujuan membantu kerajaan menawan hati rakyat ataupun meningkatkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan. Namun, langkah ini tidak membantu pihak kerajaan malah dipertikai oleh semua orang.
Sebelum saya masuk ke butiran seterusnya, saya hendak minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan bahawa selepas perbelanjaan untuk Butiran 050100 itu diturunkan iaitu jumlah sekarang RM36 juta. Berapa akan disalurkan untuk emolumen, perkhidmatan dan bekalan aset, pemberian dan lain-lain? Minta senaraikan.
Butiran seterusnya, Butiran 47000 – FINAS yang berjumlah RM41 juta di bawah Perbelanjaan Pembangunan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada seorang anak Malaysia yang baru menang Anugerah Kuda Emas- Golden Horse Award, dengan izin, sebagai Pengarah Baru Terbaik tahun ini dengan filemnya, "The Story of Southern Islet’’.
Saya ingin menyatakan di sini bahawa filem ini merupakan karya buatan Malaysia. Hasil kerja anak Kedah 100 peratus.
Walau bagaimanapun penghasilan filem ini bermula dengan kemenangan dalam projek promosi filem di Taiwan. Dengan RM130 ribu yang disalurkan kepada pengarah ini untuk buat kajian sebelum perfileman dan hasilnya sebuah filem cereka panjang yang amat popular semasa ditayangkan di luar negara. Saya berharap FINAS mengkaji formula ini iaitu kerajaan bukan sahaja membantu dalam proses perfileman malah menyediakan bantuan pada peringkat reka cerita filem.
Kita tidak perlu menyalurkan bantuan kewangan berjuta-juta ringgit untuk menghasilkan sebuah skrip yang baik. Apa yang diperlukan oleh penulis skrip dana untuk menjalankan kajian cerita. Tanpa, skrip filem yang baik tidak akan terhasil sebuah filem yang menarik.
Akhirnya saya minta Yang Berhormat Menteri jelaskan apakah sasaran yang ditetapkan oleh FINAS bagi tahun 2021 dengan peningkatan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM10 juta.
Butiran seterusnya, Butiran 53000 – Dasar Industri Kreatif Negara yang jumlahnya RM159 juta meningkat sebanyak 127 peratus. Adakah projek yang akan dilaksanakan dalam tahun hadapan untuk membantu penggiat seni selain daripada Dana CENDANA yang banyak dipertikaikan oleh penggiat seni lebih dahulu.
Butiran 26000 – Kajian Sektor Komunikasi dan juga Butiran 11031 – Kajian Pembangunan Dasar Muzik dan Filem Negara. Untuk dua kajian ini, saya minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan, siapa yang akan laksanakan kajian ini. Adakah pihak kerajaan akan laksanakan kajian ini ataupun kajian ini akan dilaksanakan dan dijalankan oleh pihak ketiga iaitu kontraktor?
Untuk Kajian Sektor Komunikasi minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan apa objektif kajian ini untuk dilaksanakan dan jangka masa kajian ini berakhir dan sama ada laporan ini akan dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini. Sekian terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Setiu tidak ada. Yang Berhormat Bachok.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok
Bachok ya?
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Bachok. Silakan.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok
*Bismillahi Rahmani Rahim...
[Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW]* Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya terus kepada Butiran 040700 – Malaysia Digital Economy Cooperation
(MDEC). Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap pelbagai langkah proaktif bagi memastikan pendigitalan ekonomi dalam kalangan PKS dan usahawan mikro dapat berjalan dengan efektif. Tempoh pelaksanaan PKP beberapa bulan yang sebelum ini telah membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada para usahawan untuk mengoptimumkan penggunaan aplikasi digital bagi memasarkan produk mereka. Pendigitalan ekonomi telah berlaku secara rancak dalam tempoh yang tersebut.
Perkara ini turut menjadi teras utama pihak Kementerian Kewangan yang direncanakan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi (PENJANA). Dalam isu ini, saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut kementerian mengenai langkah kementerian untuk menggalakkan lagi PKS dan usahawan mikro untuk mengaplikasikan teknologi digital khususnya di wilayah desa dan luar bandar.
Berdasarkan jawapan kementerian di peringkat dasar tempoh hari, terdapat pelbagai inisiatif telah digerakkan dalam aspek digital ekonomi ini seperti Program e- Usahawan, Kempen e-Dagang untuk PKS dan usahawan mikro serta kempen Shop Malaysia Online.
Namun, persoalan saya tadi sejauh mana kementerian meneliti langkah- langkah ini turut melibatkan secara optimum usahawan dan PKS desa dan di bahagian luar bandar? Sejauh mana MDEC dapat memainkan peranan yang lebih terperinci bagi proses pendigitalan ekonomi dapat berlaku secara rancak pada tahun hadapan?
Butiran 31000 – Projek Jalur Lebar. Tuan Pengerusi, saya telah membangkitkan mengenai isu internet desa dalam perbahasan peringkat dasar sebelum daripada ini. Kita sedia maklum masih terdapat pelbagai kawasan di bahagian luar bandar yang mengalami capaian internet yang lemah meskipun selepas pelbagai perancangan dan penaiktarafan dilakukan oleh pihak kementerian.
Dalam perkara ini saya ingin memohon penjelasan kementerian mengenai langkah terperinci dan rangka masa depan yang dirancang oleh kementerian dalam menaik taraf pusat desa Internet terutamanya di kawasan saya Bachok.
Kedua, persoalan yang saya bangkitkan sebelum ini, apa perkembangan terkini status Projek Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB), serta Projek Jalur Lebar Luar Bandar
(RBB)? Mohon jawapan daripada pihak kementerian.
Butiran 35000 – Pusat Pengajian Islam Oxford (OXIS), United Kingdom. Saya meneliti peruntukan pembangunan di bawah butiran ini telah mengalami peningkatan kepada RM1.5 juta. Saya ingin mendapatkan penjelasan kementerian mengenai apakah rancangan kementerian dengan peningkatan peruntukan yang disalurkan kepada OXIS United Kingdom ini. Mohon penjelasan pihak kementerian.
Akhir sekali, Butiran 040400 – CyberSecurity Malaysia. Tuan Pengerusi, sebelum ini terdapat laporan oleh media antarabangsa yang mendedahkan kebocoran sebanyak 250 ribu data individu dalam sebuah tempat menyimpan pangkalan data yang menyimpan maklumat sebanyak 2.4 juta data lain. Dalam laporan tersebut mendedahkan data rakyat Malaysia yang terlibat adalah berjumlah 1,400 data.
Dalam maklum balas isu tersebut, pihak CyberSecurity Malaysia menjelaskan tiada laporan dikemukakan membabitkan dakwaan 1,400 data rakyat Malaysia tersebut.
Oleh itu, saya ingin tahu, apa perkembangan terkini mengenai isu tersebut setakat ini.
Saya juga ingin mendapatkan penjelasan kementerian mengenai langkah mewujudkan persekitaran keselamatan siber bagi mencegah jenayah-jenayah berkaitan kebocoran maklumat supaya ia tidak berlaku di negara ini pada masa akan datang.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok
Perkara kedua mengenai laporan 7,154 insiden keselamatan siber dengan 5,319 insiden berkait dengan jenayah penipuan. Meskipun pelbagai langkah bersepadu dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi mengatasi isu scammers seperti jobs scam,
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok
Macau Scam dan sebagainya, namun masih terdapat kes-kes jenayah penipuan dalam talian terus berlaku. Masih ada pihak yang melaksanakan jenayah tersebut dalam talian serta masih ada rakyat Malaysia yang terus tertipu dan menjadi mangsa jenayah scammers tersebut.
Saya mahu mendapatkan penjelasan pihak kementerian, apa langkah yang lebih fresh, lebih segar daripada pihak kementerian bagi menangani kebejatan jenayah penipuan dalam talian yang berlaku ini? Apakah kementerian meneliti langkah yang lebih strategik dan meluas bagi meningkatkan kesedaran awam terhadap perkara ini? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tuan Pengerusi, berilah tiga minit sahaja.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Ada lagi beberapa orang tadi, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Akan tetapi, Yang Berhormat Ledang dahulu sebenarnya.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Ledang sudah berucap.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan
Bagi sedikit, Tuan Pengerusi, kalau boleh.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Terus kepada Shah Alamlah. Yang Berhormat Ledang sudah berucap.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Belum, belum. Terima kasih.
Tidak mengapa, tidak lama. Nanti saya bagi masa untuk Yang Berhormat Shah Alam.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan
Saya pun mahu, Tuan Pengerusi, kalau boleh.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tiga minit, Yang Berhormat hendak bagi berapa?
Tuan Pengerusi
Dua minit sebab Yang Berhormat Ledang sudah berucap tadi.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingin sentuh tentang Butiran JASA ini dan saya sudah buat kiraanlah berkenaan dengan perjawatan 52 orang, berapa ribu sebulan. Akan tetapi, saya rasa sia-sia. Jadi saya tidak payah bangkitkan lagi sebab saya pun berasa kecewa dengan jawapan Yang Berhormat Menteri tadi.
Seterusnya saya pergi kepada Butiran B.47, Butiran 040700 – Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) berjumlah lebih RM5 juta ini. Saya mohon Yang Berhormat Menteri jelaskan, adakah peruntukan bagi MDEC ini memadai bagi MDEC melaksanakan objektif dan peranan selaku agensi kementerian bagi fokus ekonomi digital? Saya rasa banyak kementerian rentas kementerian yang melaksanakan ekonomi digital. Apakah MDEC mempunyai satu peruntukan yang memadai untuk melaksanakan objektif tersebut?
Seterusnya berkenaan dengan Butiran 31006 – Menaiktaraf Infrastruktur Pusat Internet Desa. Ada RM1.4 juta yang telah disebutkan sebagai anggaran belanjawan.
Saya ingin Yang Berhormat Menteri mungkin memberikan penjelasan sedikit berkenaan dengan PID dan PIK.
Tadi saya dengar jawapan Yang Berhormat Menteri semasa penggulungan usul tadi, ada 873 PIK. Akan tetapi, kita tahu ada juga PID. Manakah satu yang sebenarnyalah yang di bawah kementerian berkenaan? Apakah peruntukan ini berkenaan dengan PID atau PIK? Jadi, saya minta penjelasan.
Seterusnya ialah Butiran 02015 – Pembangunan Semula Kompleks Angkasapuri Sebagai Bandar Media (Media City). Diperuntukkan sebanyak RM125 juta.
Minta Yang Berhormat Menteri jelaskan perkembangan projek ini dan jelaskan kewajaran peruntukan dengan jumlah yang besar dalam keadaan ekonomi sekarang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terakhir ialah berkenaan dengan Butiran 70000 – Projek Public Private Partnership sebanyak RM76 juta yang diperuntukkan. Ini satu jumlah yang besar sebagai projek Public Private Partnership. Saya mohon untuk Yang Berhormat Menteri, jika boleh, sebutkan projek-projek yang disenaraikan. Kalau tidak boleh, jawapan bertulis. Apakah projek ini memberi fokus kepada projek jalur lebar dan projek pertubuhan PKS?
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Tidak sampai satu minit. Dengan izin Tuan Pengerusi.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Silakan Yang Berhormat Hulu Langat.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan
Minta untuk Kinabatangan, Tuan Pengerusi, sekejap.
Tuan Pengerusi
Nanti. Selepas itu Yang Berhormat Shah Alam. Kemudian saya hendak jemput Yang Berhormat Kinabatangan untuk habiskan.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Yang Berhormat Hulu Langat sekejap boleh?
Tuan Pengerusi
Seminit. Selepas itu Yang Berhormat Shah Alam.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Terima kasih. Saya ingin merujuk kepada Butiran 06508 – Membangun dan Menaiktaraf Bangunan Wisma BERNAMA. Saya lihat tahun ini peruntukan itu RM500 ribu sahaja tetapi sekarang ini telah meningkat kepada RM8 juta. Apabila saya tengok Butiran 06515 – Bangunan Biro- biro BERNAMA, RM1.4 juta.
Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Ledang, kalau kita lihat agensi berita lain selain BERNAMA, mereka boleh menyampaikan berita benar dan tepat tanpa bangunan dan wisma yang canggih. Jadi, boleh tak kita membantu kerajaan untuk mengurangkan dan menjimatkan duit pada benda-benda yang seumpama ini? Terima kasih.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Masukkan dalam ucapan perbahasan saya. Terima kasih. Saya serah kepada Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tuan Pengerusi, saya rujuk kepada Butiran 050100 iaitu berhubung dengan JASA atau J-KOM sekarang ini. Ramai di sebelah sana bising 782 orang pekerja hilang kerja. Kenapakah hilang kerja? Ini kerana selama ini mereka diberikan kerja jalan mati- dead-end job, yang mana dibelanjakan berpuluh juta setiap tahun untuk mengajikan mereka menjadi sebagai pencacai kerajaan, dan propagandist.
Kalau jumlah RM40 juta ini digunakan untuk 782 orang pekerja, mereka setiap seorang boleh diberikan RM50 ribu sebagai bajet untuk memulakan perniagaan, mencari kepakaran daripada menjadi propagandist yang memutarbelitkan fakta. Dan perbelanjaan ini telah digunakan oleh Barisan Nasional untuk bertahun-tahun.
Ini seminit atau tiga minit, Tuan Pengerusi? Sudah hendak habis sudah ini...
[Menunjuk ke arah jam]
Tuan Pengerusi
Tiga minit, tiga minit.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Ini satu minit ini. Sepatutnya tiga minit. Okey, okey. Ini hendak buat aku panik sahaja.
So, daripada kita keluarkan belanja itu untuk JASA, lebih baik kita gunakan seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Jempol iaitu mempertingkatkan Jabatan Penerangan yang mana kita boleh berikan kerja yang profesional yang dapat jelas- kita boleh ukur hasilnya.
Jangan hendak nafikan. Ketua Bahagian UMNO Batu Pahat telah menyatakan, “Don’t be apologetic.” Say it with pride, dengan izin. Say it with pride, JASA is a propaganda machine bagi Kerajaan Perikatan Nasional...
[Tepuk] That is the fact.
Mereka menjadi victims of your policy. Mereka yang dianiayai oleh kamu kerana kamu mengekalkan mereka dalam satu jenis pekerjaan dead-end yang mana bila
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
diberhentikan, dia tidak boleh buat kerja lain. Dia sudah tidak tahu hendak buat kerja lain.
All they have been doing is doing propaganda.
Beberapa Ahli
Betul, betul!
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Butiran 010800 – Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak telah dikurangkan peruntukan daripada RM11.5 juta turun RM10.4 juta. Ia pusat kecemerlangan latihan dalam industri kreatif kejuruteraan penyiaran dan komunikasi strategik. Send them there. Biar mereka dilatih.
Tambahkan peruntukan Jabatan Penerangan, Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak. Biar dia cari kerja, berdikari. Bukan jadi sebagai pencacai UMNO, Barisan Nasional...
[Disampuk] Perikatan Nasional sekarang ini dua kali lima, lima kali dualah.
Akan tetapi hanya lagi banyak tikam menikam antara satu sama lain.
Butiran 47000 – FINAS. Tadi disebut ramai seniwan seniwati kita tidak ada kerja, minta sumbangan, dapat RM50 sebulan daripada Persatuan Seniman. Sedangkan peruntukan untuk FINAS ini sebanyak RM41 juta bagi pembangunan dan RM35 juta bagi perkhidmatan. Can you justify where did the money go? Terakhir, Private Public Partnership. Tahun 2019, tahun 2020, zero. Bagi tahun 2021, RM76 juta. Hendak buat apa ini, Private -Public Partnership apa, hendak gajikan cybertrooper lagi?
Last, Butiran 53000. Last of the last. Dasar Industri Kreatif Negara. Peruntukan RM159 juta, dua kali- ganda kenaikan berbanding dengan tahun 2019, tahun 2020.
Apakah KPI nya sejak dilancarkan pada tahun 2013? What have you achieved?
Peruntukan keseluruhan RM1 bilion dilancarkan oleh Rais Yatim, kalau tidak silap, pada tahun 2013. What have you done? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Bintulu. Lima minit.
Bukan Yang Berhormat Bintulu. Yang Berhormat Kinabatangan. Maaf [Ketawa]
Dato’ Sri Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan
Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 030000 – Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital. Saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat Menteri, apakah hala tuju telekomunikasi negara kita ini? Kenapakah 5G itu dibatalkan?
Dato’ Sri Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan
Negara-negara lain menjangkau kepada 5, 6, 7 gig, tetapi kita masih 4- 4 ini pun tengah-tengah bercakap jadi 3, kalau di Sabah- 4 bertukar jadi 2. Jadi macam mana hendak mempertingkatkan hala tuju ini? Kenapa tender yang telah dilaksanakan, dibatalkan? Saya mahu tanya.
Kedua, kenapakah juga NFC itu juga dibatalkan? Dimasukkan dalam JENDELA ataupun dalam spektrum, yang pemegang lesen spektrum ini cuma empat buah syarikat Tuan Pengerusi, sedangkan mereka yang telah mengikuti tender ini belanja berjuta-juta.
Jadi, saya ingin mendengar apa yang dirancang oleh kementerian ini untuk memastikan bahawa negara kita seperti juga negara jiran kita Filipina, Indonesia dan Thailand – Thailand sudah 6 hingga 7G Tuan Pengerusi.
Kita dalam Dewan Rakyat ini pun kadang hilang talian kita. Nasib talian hayat belum lagi hilang. Jadi, ini...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Ia 12G lah, 12G...
[Ketawa]
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Ketawa]
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Terima kasih Tuan Pengerusi...
[Disampuk] Tak apa.
Ini mengenai infrastruktur telekomunikasi dan ekonomi digital ini. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, ini Telekom kita nampak, hendak naik taraf ini infrastruktur langsung tiada rancangan macam dekat Bintulu ataupun dekat negara kita, rancangan tak ada.
Walaupun dalam PH kita nampak kata- copper punya tukar pergi kepada fiber optic, saya difahamkan kontrak sudah- tetapi sampai hari ini apa sudah jadi? Bukan Kinabatangan sahaja, Bintulu pun sama. Daripada batu, outside daripada- memang apa
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
pun telekomunikasi tiada. Sampai hari ini rancangan pun tidak ada. So, saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Kinabatangan, bagaimanakah?
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Masukkan ucapan Yang Berhormat Bintulu sebagai sebahagian daripada ucapan saya dan Yang Berhormat Menteri boleh ambil perhatian yang sewajarnya. Jadi, saya meminta penjelasan yang tepat dan sewajarnya sebab rakyat bising Tuan Pengerusi, kenapakah dua perkara ini telah tidak dilaksanakan?
Kedua, Butiran 31006 – Menaiktaraf Infrastruktur Pusat Internet Desa. Ini pun betul-betul Tuan Pengerusi menjadi kekangan dan halangan sebab di luar bandar pun mereka juga ingin menikmati infrastruktur Internet yang dijanjikan. Akan tetapi, sampai hari ini teraba-raba dapat sehingga kita terdengar macam-macam isu, naik pokok kayu lah, buat Internet sendirilah dan sebagainya. Ini pada saya merupakan satu malapetaka kepada pembangunan Internet di negara kita.
Akhir sekali Butiran 050100 – Perluasan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). Sekali lagi saya ingin menjelaskan yang membuatkan lebih kurang sebanyak 720 orang itu menjadi dead end- hujung kerja mereka, disebabkan spesies macam Yang Berhormat Shah Alam lah, daripada Pakatan Harapan.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Belajar apa-apa, tak belajar apa- apa, tak ada kepakaran.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Oleh sebab mereka yang menamatkan, merekalah yang merupakan dead end kepada semua pekerja ini. Mereka tidak memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah mereka yang dibuang pekerjaan ini serta-merta. Seharusnya mereka merangka struktur yang baik. Buatlah cadangan awal-awal, selama 21 bulan tiada perancangan apa-apa dan menyalahkan kerajaan.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Ada macam-macam program.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Mereka bukan pencacai, mereka adalah panglima-panglima yang menghalang pencacai macam Yang Berhormat Shah Alam yang membuat putar belit, membuat janji palsu, janji...
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Biasa itu, Yang Berhormat Shah Alam hari-hari pergi ‘pau’ punya.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
...Akan tetapi, sampai hari ini tidak juga selesai. Ini yang berlaku apabila pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan, pemikiran dia cetek, tidak memikirkan keseluruhan maka ini yang berlaku. Jadi, Kerajaan PN yang sedia ada ini mereka ingin mengembalikan institusi ini untuk...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Kembalikan pencacai...
[Ketawa]
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
...Untuk membentuk benteng-benteng penghalang daripada spesies macam Yang Berhormat Shah Alam dan rakan-rakan dia, daripada membolak-balikkan kerajaan yang ada ini. Tuan Pengerusi, saya mengucapkan terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Sekarang kita dengar Yang Berhormat Menteri.
Silakan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato’ Saifuddin Abdullah
Tuan Pengerusi, ada spesies-spesies pula ini. Saya hendak ucap terima kasih kepada Ahli- ahli Yang Berhormat yang berbahas dalam usul ini. Saya hendak ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Pulai, dan saya tadi ada sebut Yang Berhormat Segambut tetapi itu bukan untuk merendahkan beliau.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi
Teruskan, teruskan.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi
Kita bagi peluang kepada Yang Berhormat Menteri.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Suruh JASA bagi penerangan, boleh kelentong.
Tuan Pengerusi
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Saifuddin Abdullah
Saya tadi, ada konteks apa yang saya sebutkan tadi tetapi sekiranya – tetapi saya terima pandangan Yang Berhormat Pulai yang bercakap dengan lemah lembut, bertenang bukan macam Yang Berhormat Shah Alam.
Saya hendak minta maaf kepada Yang Berhormat Segambut, mungkin cara saya, konteks saya cakap tadi itu tak begitu tepat. Jadi saya minta maaf kepada Yang Berhormat Segambut. Jadi saya sangat sanjung sahabat saya Yang Berhormat Pulai.
Yang Berhormat Puchong walaupun dia keras tetapi dia masih bertertib lagi, itu pun saya terima kasih juga dia menegur dengan keras tetapi itu memang stail dia.
Baik, bagaimana sebenarnya Yang Berhormat Pulai menyebutkan soal yang sangat besar, tak sempat kita hendak bincang di sini. Soal bagaimana memacu minda rakyat, tidak boleh soal perkauman. Saya fikir ini perkara-perkara Tuan Pengerusi yang harus kita di dalam Dewan ini menganggap ingatan Yang Berhormat Pulai dengan serius.
Berkaitan dengan mereka yang daripada JASA yang saya sebutkan tadi itu, dia begini Tuan Pengerusi, apabila kita berada di luar kerajaan, ada waktunya kita melihat dengan berbeza. Saya sebutkan itu tadi sebanyak 776 orang ini kerana bila saya dalam pentadbiran sekarang, saya yang kena menjawab soalan itu. Baharu saya tahu rupa- rupanya dia jadi begitu.
Jadi, ini masanya kita kena faham memang ketika kita jadi pembangkang, kita melihatnya dengan pandangan yang berbeza tetapi bila kita sudah masuk dalam kerajaan baharu kita tahu ada sebanyak 776 dan ini bukan sebanyak 776- mulut. Dia ada keluarga dia, kalau kita darab sahaja dengan tiga, dengan lima, itu yang saya maksudkan. Berkaitan dengan...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Saifuddin Abdullah
...Yang Berhormat Jelebu dan beberapa orang ahli wakil rakyat, Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyebut tentang...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Saifuddin Abdullah
...Infrastruktur tadi...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Penjelasan.
Dato’ Saifuddin Abdullah
...Saya hendak sebutkan bahawa, Tuan Pengerusi...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Saifuddin Abdullah
Saya tak bagi Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Baik, saya faham, faham fasal tak ada JASA hendak bantu.
Dato’ Saifuddin Abdullah
Ini lah jenis Yang Berhormat Shah Alam, siapakah hendak bagi orang macam ini?
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Ramai yang bagi, ramai yang bagi.
Yang Berhormat Menteri ini sahaja yang tak berani hendak bagi...
[Dewan riuh]
Dato’ Saifuddin Abdullah
Disebutkan soal jalur lebar, maksudnya saya telah jelas dengan panjang lebar dalam perkara ini.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Maksudnya, creating the job for them. Tak ada keperluan...
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
...Ada yang kena buang kerja maka diwujudkan kerja ini.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Shah Alam duduk.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Is that the justification?
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Shah Alam, okey. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Saifuddin Abdullah
Saya telah jelaskan dalam Dewan ini beberapa kali tentang JENDELA sebagai road map, dengan izin, untuk kita meningkatkan pencapaian Internet, saya sedar ada kelemahan-kelemahan di sana-sini.
Ada dua kelemahan utama yang kita bincang juga dalam Kabinet, soal blind spot yang berlaku, bukan sahaja di luar bandar yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Bintulu dan Yang Berhormat Kinabatangan, dalam bandar pun kita ada blind spot. Memang, dengan izin, the last mile itu memang sangat sukar dan sebab itu kita sebenarnya ada perancangan untuk kita meningkatkan lagi, mempercepatkan.
Walaupun sudah ada JENDELA tetapi kita sedang memikirkan bagaimana untuk mempercepatkan lagi pencapaian sebagaimana yang telah disebutkan di dalam JENDELA.
Yang Berhormat Jelebu tadi menyebutkan tentang peranti untuk pelajar, yang ini di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia tetapi saya faham maksud Yang Berhormat Jelebu itu. Kalau di bawah kementerian saya ia juga boleh dilihat tetapi perkara ini sudah kita bincangkan, saya tak dapat menjelaskannya dengan lanjut di sini tetapi mungkin saya boleh jawab secara bertulis.
Dato’ Saifuddin Abdullah
Yang Berhormat Puchong juga saya sebutkan tadi. Sebahagian daripada soalan Yang Berhormat Puchong itu, soal infrastruktur itu ialah berkaitan dengan JENDELA. Piecemeal yang saya sebut semasa kita di peringkat dasar dan ingin saya laporkan, sehingga bulan November 2020 terdapat 653 orang yang terlibat di bawah apa yang dipanggil piecemeal di RTM. Antara perkhidmatan khusus yang dilaksanakan mereka adalah sebagai Penerbit Rancangan, Pengacara, Stringer, Penyunting Visual, Penyampai Berita, Penterjemah, Juruhebah, Penulis Skrip, Wartawan, Pereka Grafik dan lain-lain. Kita sudah berbincang dengan RTM, JPA, Kementerian Kewangan dan juga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Mesyuarat terakhir adalah pada 4 Disember yang lepas.
Secara prinsipnya kita bersetuju dengan cadangan menambahbaikkan piecemeal yang melibatkan dua kategori seperti berikut. Pertama ialah pelantikan 397 orang secara Contract of Service. Pegawai ini akan berstatus penjawat awam serta tertakluk kepada semua peraturan sebagai penjawat awam. Seramai 34 orang stringer, dan seramai 222 orang piecemeal yang sedia ada, masih kekal sebagai piecemeal kerana pelbagai faktor. Contohnya, ada yang memang mereka prefer kerana mereka ada kerja lain, dan sebagainya. Akan tetapi ini pada peringkat awal. Saya akan laporkan kepada Dewan Tuan Pengerusi, apabila kita ada perkembangan lanjut tentang perkara ini...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Minta penjelasan
Dato’ Saifuddin Abdullah
Saya kena..
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Isu piecemeal ini, if I may
Dato’ Saifuddin Abdullah
Ya, sure
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Saya ucapkan terima kasih kerana kita lihat ada pergerakan berkenaan dengan isu piecemeal ini. Boleh saya tanya Yang Berhormat Menteri, berkenaan pakej yang diberikan ini. Adakah ia juga sama dengan those that I retain. Maknanya dengan overtime dan sebagainya, mereka juga akan diberikan those benefits, dengan izin.
Dato’ Saifuddin Abdullah
Ya. Terima kasih Tuan Pengerusi. Ini masih dibincangkan dan saya akan laporkan ini. Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Saya kena laju sikit Tuan Pengerusi sebab tinggal lapan minit.
Yang Berhormat Jerai tentang seni khat. Ini saya ambil maklum dan kita akan tingkatkan. Terima kasih kerana Yang Berhormat Jerai menyebut tentang nasyid. Insya- Allah pada 27 Disember 2020 ini kita akan ada Anugerah Nasyid Malaysia. Ini kerjasama antara Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (MUNSYID) dengan disokong oleh kementerian saya, dan Bahagian Hal Ehwal Agama, Jabatan Perdana Menteri disiarkan oleh RTM. Insya-Allah tahun hadapan kita akan adakan Anugerah Nasyid Antarabangsa bertepatan dunia menganggap Malaysia sebagai, dengan izin, the home of contemporary nasyid. Ini kita akan pergiatkan dari semasa ke semasa.
Dato’ Saifuddin Abdullah
Di bawah FINAS, dan di bawah MyCreative Ventures dan juga di bawah CENDANA, kita membantu penggiat-penggiat seni dalam pelbagai cara sebagaimana pernah saya laporkan di sini. Akan tetapi saya sedia untuk menjawab secara bertulis dengan lebih detil kepada Yang Berhormat Jerai.
Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Jempol dan juga beberapa orang yang lain. Soal JENDELA, soal kelajuan Internet yang perlahan, saya ambil maklum itu. Saya terima peringatan daripada Yang Berhormat Jempol. Sebenarnya SKMM selalu turun padang, tetapi beliau mencadangkan supaya Menteri dan Timbalan Menteri juga turun padang. Insya-Allah kita akan melihat dengan lebih jelas lagi. Kita juga sedang merancang untuk membantu pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SPM dan STPM pada tahun hadapan. SPM dan STPM tahun ini yang dibawa ke awal tahun hadapan.
Kita akan mengambil maklum tentang artis-artis Pentarama yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kimanis.
Yang Berhormat Kluang, saya menganggap Yang Berhormat Kluang sangat prihatin tentang perkembangan dan kemajuan bakat-bakat muda. Saya juga hendak tambah di samping disebut Yang Berhormat Kluang tadi. Dua orang lagi anak muda iaitu Wan Azmi dan Daim yang merupakan video games yang terkenal. Mereka pada bulan Ogos 2020 lalu melancarkan game yang bernama “No Straight Roads”, dan kelmarin “No Straight Roads” ini didominasi dan dicalonkan oleh Playstation kalau saya tidak silap, untuk dua awards iaitu best indie games dan best soundtrack.
Ini antara perkara-perkara yang FINAS dan MyCreative Ventures dan CENDANA sedang cuba pacu, untuk memacu anak-anak muda ini dapat mereka meluaskan lagi talent. Sebenarnya di Johor ada seorang lagi anak muda wanita, saya tak ingat nama, saya takut hendak sebut. Pada umur 22 tahun sahaja, tetapi dia menang another international award. Dia pelukis komik yang sangat terkenal. Ini adalah- sebenarnya Tuan Pengerusi, kita ada banyak talent. Kita harus facilitate mereka.
Tentang dana untuk industri kreatif ini ada beberapa perkara saya hendak jelaskan dengan ringkas sahaja. Pertama ialah, kita melihat industri kreatif dengan cara yang lebih besar sekarang, the big pictures, dengan izin.
Oleh sebab itu kita sudah tubuhkan Majlis Industri Kreatif yang dipengerusikan bersama oleh saya, dan Yang Berhormat Menteri MOTAC untuk melihat bagaimana kita benar-benar menjana dan memacu bakat-bakat yang ada. Contoh untuk filem di bawah FINAS, kita letakkan beberapa kategori perbelanjaan itu. Satu untuk mereka yang baharu berjinak dan baharu membuat filem. Kedua, untuk memajukan mereka yang sudah bermula. Ketiga ialah kategori kenegaraan.
Ini filem-filem yang penting untuk negara, filem yang bersifat nasionalis dan sebagainya yang harus dibangunkan yang dalam kadar biasa mungkin seorang produser tak hendak buat. Ini sebab dia kata kalau bawa kat panggung tidak laku. Akan tetapi, ini ialah filem-filem yang penting yang harus kita lakukan. Dan yang lagi satu ialah Road to Oscar. Ini tidak mungkinlah dicapai dalam masa setahun dua, tetapi kita harus mengorak langkah untuk mencapai kejayaan di peringkat tersebut.
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Bachok bertanya tentang pendigitalan dan juga disambung oleh Yang Berhormat Ledang tadi, bertanya dengan MDEC. Memadai atau tidak ini relatiflah Yang Berhormat Ledang, tetapi kita cuba berbelanja dengan sebaik-baiknya untuk kita meningkatkan pencapaian rakyat kita daripada segi e-dagang, daripada segi kebolehan mereka mengoptimumkan kehadiran mereka sebagai anggota komuniti digital.
Berkaitan dengan Oasis yang ditanya oleh Yang Berhormat Bachok, ini adalah berkaitan dengan janji kerajaan Malaysia untuk membina dan sudah pun dibina dan sekarang ini untuk penyelenggaraan sebuah auditorium di Oasis. Ini melibatkan pembaikpulihan, menambah di mana yang belum cukup dan sebagainya menggunakan kayu-kayu tempatan dari Malaysia, dan ukiran-ukiran tempatan. Saya kebetulan pernah melawatnya dulu semasa kapasiti yang sebelum ini . Memang pusat ini digunakan- maaf, pusat saya tidak boleh sebut digunakan. Pusat ini memang cantik. Ia memberikan makna daripada segi identiti Malaysia di sebuah universiti yang terkenal seperti Oxford.
Bab keselamatan siber. Ini termasuk dalam rancangan rangka kerja Majlis Digital Negara dan 4 IR yang mana memang kerjasama antara NACSA, CSM dan sebagainya harus dipertingkatkan. Tuan Pengerusi, saya berterima kasih kerana Yang Berhormat Bachok sebut tentang keselamatan siber, sebab ini bukan isu yang main-
Dato’ Saifuddin Abdullah
main. Ia bukan sahaja soal fake news, tetapi ini soal keselamatan sistem-sistem yang digunakan oleh kerajaan. Termasuklah sistem-sistem yang digunakan oleh Ahli-ahli Parlimen. Walaupun bunyinya mudah, email bunyinya mudah, Facebook dan sebagainya, tetapi kita juga harus memastikan ia selamat daripada hacking dan sebagainya.
Yang Berhormat Ledang bertanya tentang Pusat Internet Desa. Itu merujuk kepada yang di bawah KKMM, yang 873 saya sebut pada awal tadi ialah di bawah MCMC atau SKMM. Kita ada 191 lagi di bawah KPLB dan kita sedang cuba menyeragamkan.
Jadi, sebab itu saya selalu sebut angkanya ialah 1,101. Maknanya dicampurkan di bawah MCMC KKMM dan KPLB.
Dua buah agensi kita arah untuk melihat kesemua ini. MCMC atau SKMM untuk melihat daripada segi aset dan keperluan-keperluan yang perlu di-upgrade, dengan izin, dan sebagainya. MDEC daripada segi content dan sebagainya. Media City saya sudah jawab semasa Dasar, tetapi kalau diperlukan saya boleh jawab secara bertulis. Tentang BERNAMA. Ini ada dua, satu ialah penambahbaikan di peringkat ibu pejabat dan satu lagi di peringkat biro-biro.
Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Bintulu juga mengulang soal JENDELA. Akan tetapi khusus untuk negeri Sabah dan Sarawak, memang masalahnya lebih luar biasa.
Dato’ Saifuddin Abdullah
Oleh sebab itu kita harus melihat untuk the last mile, dengan izin, ialah penggunaan satelit dan sebagainya. Kita telah berbincang dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan kita juga telah mula berbincang dengan Kerajaan Negeri Sabah. Saya rasa untuk kedua-dua ini, Sabah dan Sarawak ini memang perlukan, dengan izin, treatment yang agak berbeza kerana isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Bintulu itu memang- bukan sekadar yang berlaku di Pitas dan di Kampung Gusi. Saya bimbang ia lebih besar daripada itu, dan saya tahu ia lebih besar daripada itu, dan kita harus menanganinya dengan secepat mungkin dan dengan sebaik- baiknya.
Yang Berhormat Shah Alam tadi dia- banyak disebut itu. Tak apa lah, saya tak payah jawablah.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Masa pun sudah habis.
Dato’ Saifuddin Abdullah
Sebab Yang Berhormat Shah Alam pun sudah tahu jawapan saya. Jadi....
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Datuk Zahidi bin Zainul Abidin
Yang Berhormat Shah Alam. Putar alam. Putar alam.
Dato’ Saifuddin Abdullah
[Ketawa]
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tak mengharapkan jawapan.
Dato’ Saifuddin Abdullah
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Shah Alam ini kan, dia kalau dia baik, dia baik macam ini. Aman dunia. Bila dia ganas itu yang tak larat itu. Tengok, dia dah bangun.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang- Tuan sentiasa tak baik [Ketawa]
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin
Putar alam. Putar alam.
Dato’ Saifuddin Abdullah
Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam. Tak apa lah Yang Berhormat Shah Alam. Kita minum kopi selepas ini.
Tuan Pengerusi, saya ucapkan terima kasih kepada semua. Assalamualaikum.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat-Yang Berhormat semua. Masalah ialah bahawa wang sejumlah RM1,197,464,900 untuk Kepala B.47 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2021 seperti yang dipinda jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan]
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Lebih 15 orang Ahli bangun minta diadakan Belah Bahagian]
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh sebab lebih daripada 15 orang bangun meminta diadakan Belah Bahagian. Maka mengikut Peraturan Mesyuarat 46(4), saya memerintahkan supaya suatu Belah Bahagian diadakan sekarang. Sila bunyikan loceng selama dua minit.
[Loceng dibunyikan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti Petua saya pada 5 November 2020, saya tempohkan mesyuarat Dewan selama 10 minit. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 4.55 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 5.05 petang]
Tuan Yang di-Pertua
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya rasa tidak perlu lagi saya maklumkan nama-nama penghitung dan nama-nama pemerhati. Saya meminta penghitung semua mengambil tempat masing-masing.
Saya ingin mengingatkan bahawa pemerhati perlu mengundi kepada penghitung blok masing-masing sebelum mengambil tempat masing-masing. Silakan.
Baiklah, undian dijalankan sekarang.
[Dewan berbelah bahagi]
Tuan Pengerusi
[Pengundian dijalankan]
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat, keputusan undian Belah Bahagian adalah seperti berikut:
Bersetuju 107...
[Tepuk] Tidak bersetuju 100...
[Tepuk] Tidak hadir 13.
[Masalah disetujukan] [Kepala B.47 sebagaimana dipinda, diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
YAB. Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin (Pagoh) 2. YB. Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak) 3. YB. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Bera) 4. YB. Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof (Petrajaya) 5. YB. Dato' Takiyuddin bin Hassan (Kota Bharu) 6. YB. Dato' Seri Hamzah bin Zainudin (Larut) 7. YB. Datuk Seri M. Saravanan (Tapah) 8. YB. Datuk Seri Mohd Redzuan bin Yusof (Alor Gajah) 9. YB. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Beluran) 10. YB. Puan Zuraida binti Kamaruddin (Ampang) 11. YB. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad (Mersing) 12. YB. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa (Ketereh) 13. YB. Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican (Kepala Batas) 14. YB. Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah (Lenggong) 15. YB. Dato' Sri Hajah Nancy Shukri (Batang Sadong) 16. YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi (Kapit) 17. YB. Dato' Sri Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (Santubong) 18. YB. Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) 19. YB. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz (Tanah Merah) 20. YB. Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali (Bagan Serai) 21. YB. Datuk Abd. Rahim bin Bakri (Kudat) 22. YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said (Kuala Krau) 23. YB. Tuan Jonathan bin Yasin (Ranau) 24. YB. Dato' Mohd Rashid bin Hasnon (Batu Pahat)
YB. Dato' Sri Azalina Othman Said (Pengerang) 26. YB. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam) 27. YB. Datuk Seri Panglima Dr.Maximus Johnity Ongkili (Kota Marudu) 28. YB. Datuk Seri Rina binti Mohd Harun (Titiwangsa) 29. YB. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed (Jeli) 30. YB. Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Kubang Kerian) 31. YB. Dato' Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) 32. YB. Dato' Dr. Noraini Ahmad (Parit Sulong) 33. YB. Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Rembau) 34. YB. Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein (Sembrong) 35. YB. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique (Kota Tinggi) 36. YB. Dato’ Eddin Syazlee bin Shith (Kuala Pilah) 37. YB. Dato' Kamarudin Jaffar (Bandar Tun Razak) 38. YB. Tuan Muslimin bin Yahaya (Sungai Besar) 39. YB. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Hj. Samsudin (Masjid Tanah) 40. YB. Dato' Seri Dr. Santhara (Segamat) 41. YB. Dato' Mansor Othman (Nibong Tebal) 42. YB. Tuan Ali bin Biju (Saratok) 43. YB. Tuan Willie Anak Mongin (Puncak Borneo) 44. YB. Dato' Rosol bin Wahid (Hulu Terengganu) 45. YB. Datin Mastura binti Mohd Yazid (Kuala Kangsar) 46. YB. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya (Tasek Gelugor) 47. YB. Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad (Lipis) 48. YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib (Maran) 49. YB. Tuan Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) 50. YB. Dato' Hajah Hanifah Hajar Taib (Mukah) 51. YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah (Jasin) 52. YB. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin (Padang Besar) 53. YB. Dato' Henry Sum Agong (Lawas) 54. YB. Datuk Aaron Ago Dagang (Kanowit) 55. YB. Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah (Limbang) 56. YB. Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Rantau Panjang) 57. YB. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary (Pengkalan Chepa) 58. YB. Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi. (Tumpat) 59. YB. Tuan Haji Awang bin Hashim (Pendang) 60. YB. Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim (Kuala 61. YB. Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng (Tanjung Piai) 62. YB. Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan (Keningau) 63. YB. Tuan Che Alias bin Hamid (Kemaman) 64. YB. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir (Setiu) 65. YB. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni (Sibuti) 66. YB. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi (Igan) 67. YB. Dato' Sri Hasan bin Arifin (Rompin) 68. YB. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz (Padang Rengas) 69. YB. Tuan Sabri bin Azit (Jerai) 70. YB. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman (Sik) 71. YB. Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa (Sipitang) 72. YB. Tuan Yusuf bin Abd Wahab (Tanjong Manis) 73. YB. Puan Rubiah binti Wang (Kota Samarahan) 74. YB. Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) 75. YB. Datuk Mohamad bin Alamin (Kimanis) 76. YB. Tuan Ramli Bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) 77. YB. Tuan Jugah Ak Muyang @ Tambat (Lubok Antu) 78. YB. Tuan Anyi Ngau (Baram) 79. YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi (Bagan Datuk) 80. YB. Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu (Tambun) 81. YB. Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang (Marang) 82. YB. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim (Arau) 83. YB. Dato' Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem (Serian) 84. YB. Dato' Seri Mahdzir bin Khalid (Padang Terap) 85. YB. Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor (Putrajaya) 86. YB. Tan Sri Noh bin Haji Omar (Tanjong Karang) 87. YB. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz (Bachok) 88. YB. Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh (Pasir Puteh) 89. YB. Dato' Seri Tiong King Sing (Bintulu) 90. YB. Dato' Sri Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan) 91. YB. Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh (Besut)
YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan (Pontian) 93. YB. Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim (Batang Lupar) 94. YB. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub (Machang) 95. YB. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim (Baling) 96. YB. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari (Pasir Mas) 97. YB. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli (Dungun) 98. YB. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman (Kuala Krai) 99. YB. Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun (Beaufort) 100. YB. Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong (Hulu Rajang) 101. YB. Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh (Sabak Bernam) 102. YB. Dato' Haji Jalaluddin bin Alias (Jelebu) 103. YB. Dato' Haji Salim bin Sharif @ Mohd Sharif (Jempol) 104. YB. Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria (Parit) 105. YB. Datuk Zakaria bin Mohd Edris (Libaran) 106. YB. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris (Jerantut) 107. YB. Datuk Robert Lawson Chuat (Betong)
YB. Tuan Kesavan a/l Subramaniam (Sungai Siput) 2. YB. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji (Jelutong) 3. YB. Puan Wong Shu Qi (Kluang) 4. YB. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching) 5. YB. Tuan Steven Choong Shiau Yoon (Tebrau) 6. YB. Puan Vivian Wong Shir Yee (Sandakan) 7. YB. Puan Hajah Natrah Binti Ismail (Sekijang) 8. YB. Puan Rusnah Binti Aluai (Tangga Batu) 9. YB. Tuan Cha Kee Chin (Rasah) 10. YB. Tuan Teh Kok Lim (Taiping) 11. YB. Puan Noorita Binti Sual (Tenom) 12. YB. Tuan Haji Ahmad bin Hassan (Papar) 13. YB. Datuk Rozman bin Isli (Labuan) 14. YB. Tuan Baru Bian (Selangau) 15. YB. Dr. Maszlee bin Malik (Simpang Renggam) 16. YB. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman (Muar) 17. YB. Tuan Su Keong Siong (Kampar) 18. YB. Dr. Azman bin Ismail (Kuala Kedah) 19. YB. Tuan Sim Chee Keong (Bukit Mertajam) 20. YB. Tuan Chan Ming Kai (Alor Setar) 21. YB. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh (Bukit Gelugor) 22. YB. Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus (Hulu Langat) 23. YB. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh (Ledang) 24. YB. Puan Kasthuriraani a/p Patto (Batu Kawan) 25. YB. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad (Setiawangsa) 26. YB. Tuan Wong Kah Woh (Ipoh Timur) 27. YB. Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (Julau) 28. YB. Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli (Lumut) 29. YB. Tuan Khoo Poay Tiong (Kota Melaka) 30. YB. Datuk Christina Liew Chin Jin (Tawau) 31. YB. Tuan Charles Anthony Santiago (Klang) 32. YB. Tuan Sim Tze Tzin (Bayan Baru) 33. YB. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan (Segambut) 34. YB. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor) 35. YB. Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik (Balik Pulau) 36. YB. Tuan Chan Foong Hin (Kota Kinabalu) 37. YB. Puan June Leow Hsiad Hui (Hulu Selangor) 38. YB. Tuan Wong Hon Wai (Bukit Bendera) 39. YB. Tuan Hassan bin Abdul Karim (Pasir Gudang) 40. YB. Tuan Oscar Ling Chai Yew (Sibu) 41. YB. Tuan Noor Amin bin Ahmad (Kangar) 42. YB. Datuk Dr. Hasan bin Bahrom (Tampin) 43. YB. Tuan Wong Tack (Bentong) 44. YB. Puan Maria Chin binti Abdullah (Petaling Jaya) 45. YB. Tuan Awang Husaini bin Sahari (Putatan) 46. YB. Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Farkharudy (Kota Belud) 47. YB. Tuan Mordi anak Bimol (Mas Gading) 48. YB. Tuan Prabakaran a/l M. Parameswaran (Batu) 49. YB. Tuan Pang Hok Liong (Labis)
YB. Datuk Wira Haji Mohd Anuar Mohd Tahir (Temerloh) 51. YB. Tuan Wong Ling Biu (Sarikei) 52. YB. Tuan Karupaiya a/l Mutusami (Padang Serai) 53. YB. Tuan Ma'mun bin Sulaiman (Kalabakan) 54. YB. Tuan Tan Kok Wai (Cheras) 55. YB. Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail (Pandan) 56. YB. Puan Nurul Izzah binti Anwar (Permatang Pauh) 57. YB. Tuan M. Kulasegaran (Ipoh Barat) 58. YB. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew (Wangsa Maju) 59. YB. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) 60. YB. Dr. Lee Boon Chye (Gopeng) 61. YB. Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa (Parit Buntar) 62. YB. Datuk Ignatius Darell Leiking (Penampang) 63. YB. Tuan William Leong Jee Keen (Selayang) 64. YB. Tuan Loke Siew Fook (Seremban) 65. YB. Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena) 66. YB. Tuan R. Sivarasa (Sungai Buloh) 67. YB. Puan Alice Lau Kiong Yieng (Lanang) 68. YB. Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid (Kapar) 69. YB. Tuan Ong Kian Ming (Bangi) 70. YB. Tuan Wong Chen (Subang) 71. YB. Puan Yeo Bee Yin (Bakri) 72. YB. Puan Nor Azrina binti Surip (Merbok) 73. YB. Tuan Lim Lip Eng (Kepong) 74. YB. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (Port Dickson) 75. YB. Tuan Haji Mohamad bin Sabu (Kota Raja) 76. YB. Tuan Lim Guan Eng (Bagan) 77. YB. Tuan Lim Kit Siang (Iskandar Puteri) 78. YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail (Kulim Bandar Baharu) 79. YB. Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub (Pulai) 80. YB. Tuan Gobind Singh Deo (Puchong) 81. YB. Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam (Kuala Langat) 82. YB. Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) 83. YB. Dato' Johari bin Abdul (Sungai Petani) 84. YB. Tuan Chang Lih Kang (Tanjong Malim) 85. YB. Tuan Nga Kor Ming (Teluk Intan) 86. YB. Tuan Chong Chieng Jen (Stampin) 87. YB. Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir (Johor Bahru) 88. YB. Puan Fuziah binti Salleh (Kuantan) 89. YB. Tuan Khalid bin Abd. Samad (Shah Alam) 90. YB. Tuan Tony Pua Kiam Wee (Damansara) 91. YB. Dr. Michael Teo Yu Keng (Miri) 92. YB. Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji (Raub) 93. YB. Datuk Mohd Azis bin Jamman (Sepanggar) 94. YB. Puan Teo Nie Ching (Kulai) 95. YB. Datuk Seri Shamsul Iskandar @Yusre bin Mohd Akin (Hang Tuah Jaya) 96. YB. Dato' Ngeh Koo Ham (Beruas) 97. YB. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil (Lembah Pantai) 98. YB. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin (Sepang) 99. YB. Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (Tuaran) 100. YB. Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (Batu Gajah)
YB. Datuk Seri Dr. Adham bin Baba (Tenggara) 2. YB. Tuan Arthur Joseph Kurup (Pensiangan) 3. YB. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (Pekan) 4. YB. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) 5. YB. Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman (Pasir Salak) 6. YB. Dato' Masir Kujat (Sri Aman) 7. YB. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Langkawi) 8. YB. Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir (Jerlun) 9. YB. Dato' Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah (Kubang Pasu) 10. YB. Datuk Dr. Shahruddin Bin Md. Salleh (Sri Gading) 11. YB. Datuk Mohamaddin bin Ketapi (Lahad Datu) 12. YB. Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) 13. YB. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal (Semporna)
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Pengkhianat! Pengkhianat!
Pengkhianat!
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Soalan bocor, soalan bocor.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah seterusnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.47 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2021 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.47 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Pengkhianat!
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Kasihan Yang Berhormat Padang Serai, kasihan.
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Sudah kalah itu kalahlah.
[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Sudah kalah, kalahlah. Apa pengkhianat!
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Menang pun tidak berani buat undi tidak percaya. Apalah.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
18-0.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Pengkhianat!
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 14 Disember 2020. Assalamualaikum.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.19 petang]