Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****]
1. Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem [Serian] minta Menteri Luar Negeri menyatakan status terkini bilangan rakyat Malaysia yang dipenjarakan di luar negara dan apakah usaha/langkah kementerian untuk membantu mereka.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Kamarudin Jaffar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum, salam sejahtera. Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Serian kerana telah menanya soalan berkaitan dengan jumlah warga Malaysia yang ditahan di luar negara dan peranan Kementerian Luar Negeri untuk berkhidmat kepada mereka ini.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, daripada maklumat yang kita peroleh daripada perwakilan-perwakilan Malaysia di seluruh dunia, pada hari ini terdapat 2,742 orang warganegara Malaysia sedang ditahan di luar negara atas pelbagai kesalahan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, perwakilan-perwakilan Malaysia di luar negara berperanan untuk menghulurkan bantuan konsular selaras dengan Konvensyen Vienna mengenai hubungan konsular1963. Bantuan konsular yang termaktub di bawah akta ini termasuk memaklumkan penahanan mereka kepada pihak keluarga atau waris serta memastikan kebajikan, keselamatan dan kesihatan tahanan sentiasa terpelihara.
Perwakilan Malaysia juga boleh membantu mengemukakan senarai firma guaman tempatan untuk dilantik oleh tahanan atau waris sekiranya diperlukan. Setelah tahanan selesai menjalani hukuman mereka, perwakilan Malaysia akan menguruskan proses dokumentasi termasuk mengeluarkan sijil perakuan cemas sekiranya diperlukan sebagai dokumen perjalanan sementara untuk pulang ke Malaysia. Perwakilan Malaysia juga akan membantu dalam memastikan semua urusan berkaitan dengan pihak berkuasa tempatan diselesaikan dengan lancar bagi membolehkan bekas tahanan tersebut pulang ke Malaysia dengan selamat.
Kerajaan Malaysia dan Kementerian Luar Negeri sentiasa prihatin terhadap kebajikan setiap warganegara Malaysia di luar negara dan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan yang sewajarnya. Walau bagaimanapun, perwakilan Malaysia perlu menghormati proses perundangan tempatan dan tidak boleh mencampuri hal ehwal perundangan sesebuah negara. Seseorang individu yang ditahan di negara asing perlu bersedia untuk melalui proses perundangan di negara tersebut.
Kementerian Luar Negeri sentiasa menasihatkan warga Malaysia yang berada atau akan mengadakan perjalanan ke luar negara untuk sentiasa berwaspada serta memahami peraturan dan undang-undang negara berkenaan bagi mengelakkan mereka terjebak dalam perkara yang tidak diingini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri (Dr.) RichardRiot anak Jaem[Serian]
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Daripada bilangan sejumlah 2,742 orang rakyat Malaysia yang dipenjarakan di seluruh dunia, saya ingin tahu apakah jenis-jenis kesalahan yang dilakukan?
Dato’ Sri (Dr.) RichardRiot anak Jaem[Serian]
Kedua, berapakah dari jumlah atau bilangan 2,742 ini yang dipenjarakan seumur hidup dan juga dihukum gantung sehingga mati? Sekian, terima kasih.
Dato’ KamarudinJaffar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Serian. Maklumat yang saya ada berkaitan dengan jenis kesalahan yang dilakukan oleh rakyat kita sehingga membawa kepada penahanan mereka ialah yang utamanya:
(i) kesalahan dadah yang melibatkan lebih daripada separuh jumlah 2,742 itu iaitu 1,434 orang;
(ii) kes-kes penipuan berjumlah 406 orang;
(iii) kes kad kredit palsu yang melibatkan 132 warga kita;
(iv) kesalahan Kastam yang melibatkan 89 orang; dan,
(v) kesalahan Imigresen yang melibatkan 66 orang.
Jadi itu yang utamanya. Berkaitan dengan hukuman-hukuman mati atau hukuman penjara sepanjang tahun, setakat maklumat yang ada dengan saya, kita tidak ada statistik tersebut. Akan tetapi dalam jangkaan dan perkiraan saya mungkin kesemua ini hanya melibatkan hukuman yang berbentuk penjara dalam jumlah masa yang tertentu.
Kalau ada maklumat lebihan, nanti saya akan sampaikan secara direct kepada Yang Berhormat Serian.
2. Tuan Ma'mun bin Sulaiman [Kalabakan] minta Menteri Kesihatan menyatakan tahap kesiapsiagaan dan tindakan-tindakan yang telah diambil dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 dan penanganan perawatan pesakit-pesakit yang semakin meruncing di Sabah. Adakah kelengkapan peralatan perubatan dan ubat- ubatan di pusat-pusat kesihatan seperti hospital dan juga bilangan kakitangan kesihatan mencukupi dalam menghadapi krisis wabak COVID-19 di seluruh Sabah.
Timbalan Menteri Kesihatan II - Datuk Aaron Ago Dagang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil pelbagai tindakan bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan respons bagi membendung penularan aktif COVID-19 terutamanya di negeri Sabah seperti melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Timbalan Menteri Kesihatan II - Datuk Aaron Ago Dagang
Ini adalah untuk memastikan koordinasi bagi aktiviti pengesanan kes dan kawalan pencegahan COVID-19 dapat dijalankan secara sistematik dan berkesan.
Begitu juga kerajaan telah mengambil langkah-langkah seperti berikut, khususnya di Sabah:
(i) mempertingkatkan aktiviti pengesanan kes dan kontak secara aktif di lapangan bagi memastikan kesemua yang terlibat disaring dan diasingkan daripada komuniti;
(ii) menjalankan aktiviti nyah kuman dan nyah cemar dan juga mempertingkatkan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang melibatkan pelbagai agensi;
(iii) penggunaan aplikasi MySejahtera, pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan sebagainya;
(iv) memberi pendidikan kesihatan kepada masyarakat termasuklah nasihat-nasihat Kementerian Kesihatan melalui pelbagai agensi seperti Majlis Keselamatan Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), kerajaan tempatan dan lain-lain;
(v) mempertingkatkan komunikasi risiko termasuk maklumat situasi terkini COVID-19 melalui kenyataan akhbar dan sidang media oleh Menteri Kanan Pertahanan dan juga Ketua Pengarah Kesihatan;
(vi) meningkatkan kapasiti dan mobilisasi tenaga sumber manusia, perubatan dan kesihatan awam. Sehingga 6 Disember 2020, sejumlah 2,023 petugas kesihatan telah dimobilisasikan untuk membantu usaha saringan di lapangan dan juga rawatan perubatan. Petugas kesihatan
Timbalan Menteri Kesihatan II - Datuk Aaron Ago Dagang
yang dimobilisasikan adalah daripada seluruh negara termasuk daripada kawasan pedalaman negeri Sabah; dan
(vii) aspek logistik dan penghantaran sampel juga ditambahbaikkan bagi membolehkan keputusan ujian dapat diperolehi dengan lebih cepat.
Pelbagai usaha untuk meningkatkan kapasiti-kapasiti hospital dan mobilisasi aset serta sumber manusia dilakukan. Usaha-usaha ini dilaksanakan bagi memastikan sistem rawatan kesihatan di negeri Sabah terus mampan dalam membendung penularan COVID-19. Kemudahan kesihatan dibahagikan kepada dua, iaitu pelan tindakan pengurusan bagi pesakit COVID-19 dan juga pesakit bukan COVID-19. Bagi pesakit COVID-19, Kementerian Kesihatan telah meningkatkan kapasiti katil di hospital COVID- 19 serta Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), katil ICU, ventilator,kapasiti ujian makmal dan sebagainya, termasuk sumber manusia juga semua dipertingkatkan.
Pada masa kini sehingga 7 Disember 2020, Sabah mempunyai sebanyak lapan hospital COVID-19 dan 36 PKRC ataupun katil hospital untuk kuarantin di seluruh negeri Sabah dan jumlah katil telah banyak meningkat daripada 410 kepada 7,031 buah katil.
Sekarang tahap penggunaan adalah cuma 30 peratus. Katil ICU juga ditambahkan daripada- kalau dahulu 60 buah katil pada bulan September 2020, sekarang sudah meningkat kepada 130 buah katil ICU.
Bagi menampung peningkatan penggunaan katil ICU di Sabah...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Timbalan Menteri, ringkaskan jawapan. Ringkaskan sedikit.
Datuk Aaron Ago Dagang
Ya, okey. Juga kita meningkatkan jumlah ventilator di Sabah dan sekarang penggunaan ventilator daripada 193 cuma 32 peratus. Kapasiti ujian makmal juga dipertingkatkan. Sekarang di Sabah kita dapat membuat ujian dalam lingkungan 2,600 dalam empat ataupun lima buah hospital telah pun dilengkapkan dengan makmal. Sekian, jawapan saya setakat ini. Terima kasih.
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapannya yang menyeluruh. Seperti yang kita tahu, setakat kelmarin kes kumulatif ialah 31,057, yang aktif sebanyak 4,438 dan yang sudah meninggal dunia seramai 224 orang. Jadi, menjadi kerisauan kepada kami di Sabah bila tiba-tiba rentas negeri dan rentas daerah pun dibenarkan.
Adakah KKM bersetuju dengan langkah-langkah yang diambil? Ini seolah-olah kita disuruh untuk hidup dengan COVID-19, menjalankan ekonomi dan menjaga kesihatan? Jadi soalan saya di sini, adakah bentuk kerjasama antara KKM dengan pihak- pihak hospital swasta jika kes meningkat? Terdapat juga keluhan daripada pegawai- pegawai kesihatan di sana iaitu mengenai lambakan sampel COVID-19 yang masih belum diuji di makmal, khususnya sampel-sampel yang diambil di klinik-klinik kesihatan luar bandar. Mohon jawapan. Terima kasih.
Datuk Aaron Ago Dagang
Terima kasih atas soalan tambahan. Memanglah di seluruh negara sekarang ini kerajaan telah cuba untuk meredakan masalah COVID- 19 ini dan beberapa langkah telah dijalankan. Seperti yang diketahui oleh Yang Berhormat, di Sabah rentas daerah telah pun diluluskan. Ini saya ingat daripada kajian yang kita melihat, even di Semenanjung pun dari semalam, rentas daerah dan rentas negeri pun telah dibenarkan.
Ini adalah daripada kajian saya ingat daripada kes yang walaupun meningkat sekarang ini, kita ketahui bahawa ianya untuk menimbangkan di antara kesihatan dan juga keadaan ekonomi. Oleh sebab itu, kalaulah ia masih diperketat, saya ingat masalah ini memang hidup dengan keadaan COVID-19 di negara kita. Akan tetapi apa yang kita mahu adalah untuk mencegah seboleh mungkin.
Daripada segi kerjasama dengan swasta, memanglah di Sabah kita telah pun membuat perjanjian dengan beberapa buah hospital swasta dalam hal-hal bukan COVID- 19. Ini juga daripada segi rawatan pesakit-pesakit bukan COVID-19 di kebanyakan hospital di Sabah supaya masalah kesihatan di Sabah dapat ditangani dengan baiknya.
Datuk Aaron Ago Dagang
Berkenaan dengan sampel yang dikatakan belum dapat result, saya ingin menyemak balik sama ada ini betul atau tidak dan berapakah sampel-sampel ini. Ini disebabkan saya pun tidak ada data dengan saya sekarang ini. Terima kasih.
3. Dato' Haji Mohd. Salim Sharif [Jempol] minta Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan usaha yang dilakukan untuk meneroka bidang baharu pekerjaan seiring dengan perkembangan semasa pandemik COVID-19 dan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) sebagai langkah mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Lim Ban Hong
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Jempol yang menunjukkan keprihatinan beliau terhadap peluang pekerjaan dan juga Revolusi Industri 4.0.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk meneroka bidang baharu yang menjana pekerjaan dan kebanyakan usaha tersebut adalah seperti yang terkandung dalam Belanjawan 2021. Memandangkan Yang Berhormat Jempol menyentuh tentang IR.4.0, jadi saya akan memberikan lebih penekanan kepada IR 4.0.
Tuan Yang di-Pertua, Dasar Industri IR 4.0 atau dinamakan sebagai Industry Forward yang telah dilancarkan oleh kerajaan bertujuan menggalakkan syarikat-syarikat tempatan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk mengaplikasikan pendigitalan dan teknologi Industri 4.0 di dalam proses pembuatan serta sistem pengurusan syarikat.
Peralihan kepada Industri 4.0 akan meningkatkan permintaan terhadap kumpulan sumber tenaga berkemahiran tinggi yang berteraskan teknologi Industri 4.0 di mana ia akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Ini seterusnya akan mengurangkan kebergantungan industri terhadap bidang pekerjaan yang berkemahiran rendah yang kebanyakannya terdiri daripada tenaga buruh asing. Di samping meningkatkan produktiviti, kecekapan kos, pengukuhan keupayaan inovasi dan pembangunan teknologi tempatan, dasar ini juga menyediakan kerangka ke arah menyediakan tenaga mahir bagi pekerjaan-pekerjaan yang diwujudkan.
Dalam konteks ini, kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha melalui program dan inisiatif berikut. Penubuhan Jawatankuasa Teknikal Kerja Industry Forward
(TWGs) telah ditubuhkan di bawa dasar tersebut yang diletakkan di bawah seliaan kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk melaksanakan inisiatif bagi memperkukuhkan tenaga mahir sedia ada dan menghasilkan bakat baharu untuk masa hadapan.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Lim Ban Hong
Sejak tahun 2019, MITI dengan kerjasama pelbagai kementerian telah berjaya melaksanakan program latihan industri 4.0 yang memanfaatkan seramai 7,301 orang tenaga kerja dan tenaga pengajar dalam bidang Industri 4.0. Dua program khusus juga telah diperkenalkan untuk PKS iaitu Readiness Assessment (RA) dan Industry 4WRD Intervention Fund (Dana Intervensi) untuk membantu PKS dalam Transformasi IR.
Bagi tempoh 2019 hingga 2020, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM22 juta untuk melaksanakan Program RA yang merangkumi latihan untuk penilai- penilai, program seranta dan lain-lain. MITI juga telah mencapai sasaran dalam pelaksanaan Program RA bagi tahun 2019, di mana sebanyak 508 buah syarikat PKS telah menyertai program ini. Manakala bagi tahun 2020, kerajaan menyasarkan 373 buah syarikat PKS. Setakat ini, sebanyak 808 buah PKS telah dipilih menjalani Program RA.
Untuk Dana Intervensi, sejumlah RM35 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2019 dan tahun 2020. Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, sehingga bulan November 2020 tahun ini, sebanyak 138 permohonan Dana Intervensi telah diterima dan 63 syarikat PKS telah diluluskan dengan geran pemadanan tersebut.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Soalan tambahan. Sila, Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab cukup lengkap.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Cuma, daripada hasil kajian oleh McKinsey Global Institute (MGI) pada awal tahun lalu mendapati bahawa revolusi industri 4.0 menyebabkan sekitar 75 hingga 375 juta tenaga kerja di dunia akan digantikan oleh tenaga seperti robot, kecerdasan buatan menjelang tahun 2030. Perkembangan revolusi industri 4.0 bukan sahaja mendorong kepada pertumbuhan ekonomi, mencipta profesional baru tetapi juga mempunyai kos lepas pengganti dan pengecilan tenaga kerja.
Berdasarkan rekod Sistem Insurans Pekerja (SIP), bermula bulan Januari sehingga 27 November tahun ini, seramai 9,906 orang telah hilang pekerjaan akibat penularan COVID-19.
Soalan saya. Apakah strategi kementerian untuk memastikan perkembangan revolusi industri 4.0 ini tidak mendatangkan kesan yang lebih buruk terhadap rakyat, negara dan tempoh krisis ini? Apakah penstabilan antara penggunaan teknologi dan tenaga sumber manusia dalam sesuatu industri boleh dilakukan bagi mengelakkan peningkatan kadar pengangguran terus berlaku di masa hadapan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu minit.
Datuk Lim Ban Hong
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya revolusi industri 4.0 seperti yang saya terangkan dalam jawapan tadi, walaupun industri 4.0 ini kita nampak ialah penggunaan teknologi yang kita katakan teknologi yang canggih, dalam industri perkilangan, perkhidmatan dan lain-lain, tetapi ia juga akan menciptakan kerja-kerja yang kita katakan berkemahiran tinggi. Ini di mana kita nampak hala tuju pembangunan negara kita pada masa depan dalam sektor perkilangan dan juga pembangunan industri, kita menuju ke hala mendapatkan pelaburan yang berteknologi tinggi. Kita juga harap pekerja-pekerja dalam bidang ini akan mempunyai pendapatan yang tinggi.
Maka, industri 4.0 ini ia memberikan satu peluang kepada kita untuk kita katakan melahirkan generasi pekerja yang baharu yang boleh menggunakan, mengaplikasikan teknologi baharu dalam sektor perkilangan dan perindustrian. Ia sebenarnya akan menambah pekerjaan kepada rakyat tempatan kerana yang digantikan ialah industri- industri seperti tenaga buruh dan tenaga kerja yang kita bergantung kepada tenaga buruh asing sekarang.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
4. Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [Tampin] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan apakah pelan tindakan yang strategik dan bagi menggalakkan golongan belia untuk terlibat dengan industri penternakan terutama industri daging, bagaimana ia dilaksanakan dan bila ia akan dimulakan bagi mengatasi masalah tersebut.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II - Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi
Waalaikumsalam warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tampin. Banyak pertanyaan dalam satu soalan. Jadi, jawapannya mungkin panjang sikit.
Tuan Yang di-Pertua, dalam industri penternakan terutamanya industri daging, kementerian melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menyediakan dua pelan strategi utama iaitu Pelan Strategik Pembangunan Industri Daging Negara yang menggariskan 12 hala tuju strategik dan Pelan Pembangunan Industri Tenusu Negara yang menggariskan lapan hala tuju strategik. Penglibatan belia adalah sangat digalakkan untuk menyertai program-program ini.
Di antara program-program yang dilaksanakan di bawah dua pelan strategi ini ialah, pertamanya, Program Pembangunan Industri Ruminan yang diperkenalkan pada tahun 2019 menggunakan kaedah pelaksanaan geran pemadanan 70:30 di mana kerajaan pada awalnya menanggung 90 peratus kos belian ternakan dan 10 peratus lagi ditanggung oleh penternak. Seterusnya, penternak dikehendaki membayar balik kos 20 peratus kepada kerajaan melalui corporate social responsibility (CSR) ternakan menjadikan tanggungan kepada penternak sebanyak 30 peratus. Sehingga kini, terdapat 10 orang peserta PROPER terdiri daripada golongan belia.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II - Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi
Kedua, Projek Taman Kekal Pengeluaran Ruminan (TKPR) yang menggalakkan penglibatan pelaburan swasta dalam penternakan dengan menyediakan infrastruktur yang memberikan fokus kepada pengusaha komersial dan semi-komersial termasuk golongan belia.
Ketiga, Projek Rintis Tenusu. Projek ini mula dilaksanakan pada tahun 2017 melalui insentif geran pemadanan 70:30 untuk penternak skala kecil termasuk golongan belia iaitu pembiayaan sebanyak 70 peratus daripada kerajaan, manakala 30 peratus adalah daripada penternak. Manakala usahawan berskala besar pula ialah 30:70 iaitu pembiayaan sebanyak 30 peratus daripada kerajaan manakala 70 peratus adalah daripada usahawan. Sehingga kini, seramai 41 penyertaan daripada golongan belia telah ditawarkan untuk program ini.
Tuan Yang di-Pertua, manakala khusus untuk menggalakkan anak-anak muda, Program Agropreneur Muda telah diperkenalkan yang merangkumi sektor ternakan di samping sektor tanaman, perikanan dan industri makanan. Skop ternakan adalah terbuka kepada hampir semua jenis projek ternakan, baik ternakan ruminan seperti lembu, kambing dan bukan ruminan seperti ayam kampung, itik dan lain-lain unggas selain perkhidmatan sokongan dan input pertanian.
Secara keseluruhannya bagi sektor penternakan, seramai 1,259 orang agropreneur muda seluruh negara telah menerima kelulusan Geran Agropreneur Muda dari 1 Januari 2016 sehingga 15 November 2020 yang berjumlah RM26.3 juta.
Selain itu, program geran pemadanan Change Upgrade Product, program geran pemadanan High Impact Product yang diperkenalkan pada tahun 2014 bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran usahawan industri makanan termasuk produk berasaskan daging yang juga boleh dimanfaatkan oleh usahawan-usahawan muda.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan terima kasih di atas jawapan yang agak lengkap.
Saya yakin dan percaya sekiranya belia diberikan ruang secukupnya, mereka akan boleh menjana pendapatan sendiri, mengurangkan isu pengangguran, meningkatkan pengeluaran daging, mengurangkan kebergantungan kita kepada pengimport daging dari luar negara serta menjana ataupun membangunkan padang rumput yang terbiar dan boleh diguna pakai oleh para belia.
Persoalannya, apakah kementerian telah berupaya mengurangkan import dan meningkatkan pengeluaran daging negara? Apakah insentif kementerian dalam memastikan golongan belia terlibat dalam bidang ternakan? Berapa banyak peruntukan yang telah dan akan diberikan kepada golongan belia? Apakah kementerian mempunyai data lengkap keterlibatan belia dalam industri ternakan? Apakah kementerian berhasrat untuk membentuk usahawan ternakan daging berskala besar di kalangan belia dan bagaimana ia hendak dilakukan? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ada tujuh soalan tadi. Banyak sungguh soalannya.
Cuma, saya mempunyai keyakinan yang sama dengan Yang Berhormat Tampin bahawa belia, insya-Allah, mampu untuk keluar sebagai usahawan-usahawan yang berjaya dengan program-program yang telah disusun, diatur dan diadakan oleh kerajaan ini. Bagi mereka yang istiqamah atau mereka yang bersungguh-sungguh dengan bimbingan kerajaan ini, kita yakin akan mampu untuk lahir sebagai usahawan yang berjaya.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi
Berkenaan SSL, import daging dan sebagainya, mengikut rekod yang ada sehingga tahun 2019 menunjukkan trend turun naik. Namun, agak stabil yang mana kadar sara diri sehingga tahun 2019 ialah sejumlah 21.72 peratus dengan pengeluarannya sebanyak 44,020 metrik tan pada tahun tersebut.
Daripada segi insentif kerajaan pula, banyak yang saya telah sebut dalam jawapan asal tadi. Kementerian memang mempunyai data yang lengkap seperti mana
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi
yang dipohon oleh Yang Berhormat Tampin dan, insya-Allah, kalau perlu― makna pendetilan itu, saya boleh berikan secara bertulis.
Manakala daripada segi statistik belia yang terlibat dalam ternakan ruminan, seperti mana yang saya sebut tadi, daripada segi Program PROPER, seramai 10 orang peserta daripada 12 orang peserta ini terdiri daripada anak-anak muda. Manakala daripada segi Program Rintis Tenusu itu tadi, seramai 41 orang peserta daripada 100 orang peserta adalah terdiri daripada belia. Manakala dalam Program Agropreneur Muda, itu sudah terdapat seramai 64 orang peserta yang telah diluluskan dalam sektor penternakan dan perusahaan daging. Terima kasih.
5. Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub [Machang] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan berapa jumlah pekerjaan yang terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kali kedua yang bermula 14 Oktober lalu dan sejauh mana pelaksanaan PKPB ini memberi impak kepada industri pekerjaan dan ekonomi buruh secara menyeluruh.
Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Data kementerian menunjukkan jumlah pemberhentian pekerja yang dilaporkan oleh Sistem Insurans Pekerja (SIP) di bawah PERKESO sehingga 27 November 2020 adalah seramai 99,696 orang. Sementara itu, seramai 120,296 orang daripada 372,934 pencari kerja pula telah berjaya mendapat pekerjaan.
Negara telah melalui tujuh bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penyebaran pandemik COVID-19 sejak 10 Jun 2020. PKP Pemulihan telah membenarkan lebih banyak sektor ekonomi beroperasi walaupun perniagaan tidak dapat beroperasi paras optimum. Pada masa yang sama, Tuan Yang di-Pertua, pelbagai pakej rangsangan telah disediakan oleh kerajaan bagi membantu mengurangkan impak negatif pandemik ini terhadap ekonomi termasuk pasaran buruh.
Oleh yang demikian, penambahbaikan berterusan dapat diperhatikan dalam kedudukan tenaga buruh walaupun pada tahap sederhana. Perkara ini dicerminkan oleh pertumbuhan positif bulan ke bulan dalam guna tenaga sejak Jun 2020 serta kadar pengangguran yang menunjukkan trend penurunan.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan Survei Tenaga Buruh (STB) oleh DOSM, pekerja-pekerja dalam sektor penerbangan dan perhotelan dan pelancongan yang amat terjejas akibat pandemik COVID-19. Berdasarkan STB juga, kadar pengangguran tertinggi pada tahun 2020 telah dicatatkan pada bulan Mei 2020 iaitu sebanyak 5.3 peratus dengan bilangan penganggur seramai 826,100 orang.
Pemulihan pasaran buruh Malaysia dapat diperhatikan dengan kadar pengangguran menurun daripada paras tertinggi iaitu 5.3 peratus kepada 4.9 peratus iaitu seramai 773,200 orang pada Jun 2020. Kadar pengangguran terus turun kepada 4.7 peratus pada Julai dan kekal pada kadar 4.7 peratus pada Ogos 2020. Data terkini STB pada September 2020 pula menunjukkan kadar pengangguran telah menurun kepada 4.6 peratus dengan bilangan penganggur seramai 737,500 orang. Adalah dijangka bahawa kadar pengangguran pada Disember 2020 akan melihat penurunan kepada 4.5 peratus dan trend penurunan kadar pengangguran ini akan berterusan sehingga tahun 2021.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri telah menyatakan kadar pengangguran ini semakin menurun dan dijangka terus menurun untuk Disember sehingga 4.5 peratus.
Sebagaimana yang diketahui umum, akibat daripada pandemik COVID-19 ini, banyak syarikat telah ditutup dan mengakibatkan pekerja-pekerja terpaksa diberhentikan kerja.
Begitu juga apabila kerajaan telah pun mengumumkan pakej di bawah PENJANA yang mana terdapat Subsidi Upah tetapi masih ada syarikat yang terus memberhentikan pekerja.
Apakah langkah yang telah diambil oleh pihak kementerian untuk membantu mereka ini yang telah kehilangan kerja ini agar dapat kembali mendapat pekerjaan?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri M. Saravanan
Tuan Yang di-Pertua, kita lihat kita berada dalam satu keadaan yang cukup luar biasa dengan krisis ekonomi, krisis kesihatan dan sedikit sebanyak krisis politik di sana sini. Maka, dengan keadaan ini, pencapaian yang kita capai daripada sejumlah 5.3 peratus kepada 4.7 peratus adalah satu angka yang cukup luar biasa dan memang satu inisiatif kerajaan yang begitu teratur.
Kalau kita lihat perkara ini, kejadian ini bermula daripada inisiatif-inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan mulai daripada Program Pengekalan Pekerja (ERP) yang mana di peringkat awal PKP apabila kerajaan sedar majikan sudah mula minta pekerja mengambil cuti tanpa gaji. Dengan kadar serta-merta, kerajaan telah mengumumkan pelbagai program bermula daripada Program Pengekalan Pekerja (ERP) yang mana kerajaan membayar mereka yang telah diminta ambil cuti tanpa gaji sebanyak RM600.
Seterusnya kita memperkenalkan satu lagi Program Subsidi Upah yang mana apabila syarikat-syarikat tidak dapat meneruskan operasi, kerajaan telah membantu membayar gaji RM1,200 kepada majikan supaya majikan terus kekalkan pekerja tersebut. Dengan usaha ini, kita sempat menyelamatkan sebanyak 300,000 buah syarikat yang melibatkan seramai 2.72 juta orang pekerja. Dengan Program Subsidi Upah yang diperuntukkan sebanyak RM18 bilion, Tuan Yang di-Pertua, kita telah menyelamatkan hampir seramai 2.72 juta orang pekerja di negara ini. Ini satu inisiatif yang cukup berkesan.
Seterusnya, kita telah menambah baik portal JobsMalaysia kepada MYFuture Jobs dan juga program insentif. Kita bagi insentif kepada majikan. Apabila majikan ambil pekerja tempatan, kita bagi insentif. Insentif ini berbeza kepada golongan bawah 40 tahun dan 40 tahun ke atas supaya kita menggalakkan lebih banyak peluang diberikan kepada kumpulan yang penting seperti 40 tahun ke atas dan juga orang OKU.
Ini adalah inisiatif-inisiatif yang telah diambil oleh pihak kerajaan yang telah menyelamatkan warga kerja dan juga sempat menurunkan kadar pengangguran daripada sejumlah 5.3 peratus kepada 4.8 peratus. Terima kasih.
6. Dr. Lee Boon Chye [Gopeng] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilangan pesakit COVID-19 yang berasal daripada penjara serta depot tahanan imigresen.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan kepada statistik Jabatan Penjara Malaysia, jumlah banduan dan tahanan yang telah diuji atau disaring dari 29 Ogos 2020 sehingga 8 Disember 2020 adalah seramai 60,583 orang. Statistik pada 8 Disember 2020 menunjukkan seramai 829 orang banduan didapati positif COVID-19.
Manakala di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), mulai 1 Mei 2020 sehingga 8 Disember 2020, seramai 1,355 orang didapati positif COVID-19 di depot tahanan imigresen. Daripada jumlah tersebut, Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil telah mencatatkan jumlah tahanan positif COVID-19 yang tertinggi iaitu seramai 650 orang.
Diikuti dengan tahanan Depot Tahanan Imigresen Langkap iaitu seramai 481 orang, Depot Tahanan Imigresen Semenyih seramai 127 orang dan Depot Tahanan Imigresen KLIA dengan jumlah seramai 77 orang. Baki seramai 20 orang lagi tahanan direkodkan di Depot Tahanan Imigresen Belantik, Putrajaya, Machap Umboo, Lenggeng dan juga Juru.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberi jawapan yang begitu tepat dan ringkas.
Soalan saya. Oleh sebab kita adakan SOP untuk menggelakkan jangkitan berlaku, bagaimanakah kementerian untuk memantau agensi di bawah bidang kuasa kementerian untuk mematuhi SOP sendiri?
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Sebagai contoh, apabila ada tahanan yang di- orang kena tahan ditahan tetapi tidak ada jarak sosial yang diperketatkan untuk memastikan supaya jangkitan itu tidak menular. Jadi, bagaimana memantau agensi mematuhi SOP? Setakat mana
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
kementerian memantau ataupun membuat saringan berkenaan COVID-19 di kalangan banduan penjara? Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu minit.
Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Tuan Yang di-Pertua, memang arahan daripada KKM dan juga kerajaan kita, KDN sentiasa memantau dan mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh KKM. Apa yang kita tahu, tiga perkara tersebut iaitu menjaga penjarakan fizikal, face mask dan juga mencuci tangan atau sanitizer. Selain daripada itu, untuk pengetahuan, kita ada dua keadaan untuk menerima banduan atau orang yang kena tahan. Pertama, proses penerimaan. Kedua, proses semasa kita mengeluarkan banduan sama ada hendak mendapatkan rawatan kesihatan atau pergi ke mahkamah. Jadi, proses penerimaan, kita ada proses 14 hari. Contoh di penjara, lima hari kita asingkan di dalam bilik tahanan sementara untuk kita buat saringan, swab test dan kalau positif, kita hantar terus ke hospital. Kalau negatif, kita hantar lagi pada satu lagi bilik tahanan selama sembilan hari. Kalau betul-betul dalam tempoh 14 hari ini negatif, baru kita asingkan kepada penjara yang besar bersama dengan banduan yang lain.
Ini kita pastikan bahawa semua pegawai dan anggota penjara kita mesti mematuhi syarat-syarat ini. Tentang penjarakan fizikal, mesti kita pastikan. Contoh, kalau kita berada di tahanan atau depot GIM juga, SOP yang sama, 14 hari kita asingkan.
Bila ada positif, kita akan hantar ke hospital. Kalau negatif selepas 14 hari baru kita masukkan dalam bilik tahanan yang bersama dengan tahanan-tahanan yang lain.
Seperti juga di lokap polis. Di lokap polis, proses juga begitu juga ada dua iaitu penerimaan dan ketika kita menghantar orang kena tuduh (OKT) itu ke mahkamah. Jadi, kita pastikan terutama sekali penjarakan fizikal dan juga kepenggunaan gari-gari. Kalau tidak ada keperluan mendesak, kita akan kenakan gari secara individu. Akan tetapi kalau ada keperluan yang diperlukan, kita akan pastikan gari itu kita letakkan jaraknya satu meter di antara satu OKT di antara OKT yang lain. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris, Yang Berhormat Jerantut.
Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya menyampaikan serangkap pantun.
Gelora perbahasan MP kadang-kadang merimaskan; Kebijaksanaan Tuan Yang di-Pertua berjaya meredakan; Tuan Yang di-Pertua yang terbukti meyakinkan; Soalan tujuh Jerantut mohon jawapan yang meyakinkan.
7. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan inisiatif kementerian dalam mengatasi isu margin rizab air terawat negara yang kini berada pada tahap rendah dan apakah perancangan jangka panjang bagi menambah punca air.
Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato' Dr Ahmad Masrizal Muhammad
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Nazlan dari Jerantut yang membangkitkan soalan yang cukup penting kepada semua, berkenaan dengan margin rizab air di seluruh negara dan juga perancangan jangka masa panjang KASA bagi menangani isu ini.
Tuan Yang di-Pertua, suka saya maklumkan kepada semua bahawasanya kadar rizab margin air terawat di seluruh negara bagi tahun 2019 adalah sebanyak 11 peratus iaitu bersamaan dengan 1,832 juta liter sehari. Sehingga suku kedua (Q2) 2020, kadar rizab margin air terawat adalah pada tahap 11.5 peratus bersamaan dengan 1,943 glh.
Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato' Dr Ahmad Masrizal Muhammad
Kementerian Alam Sekitar dan Air melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang bertindak sebagai badan kawal selia industri perkhidmatan air negara telah menetapkan key performance indicator,dengan izin, ataupun KPI rizab margin yang perlu dipatuhi oleh semua operator negeri bagi setiap negeri di seluruh negara adalah pada kadar sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus. Dalam hal ini, untuk menjawab pertanyaan lebih lanjut kepada Yang Berhormat Jerantut, sehingga suku kedua 2020 terdapat sebenarnya enam negeri yang merekodkan kadar rizab margin air terawat yang di bawah daripada 15 peratus:
(i) Johor Darul Takzim dengan kadarnya 11.3 peratus;
(ii) Sabah dengan kadar 8.3 peratus;
(iii) Perlis dengan kadar 7.1 peratus;
(iv) Selangor dengan kadar 1.5 peratus;
(v) Kelantan dengan kadar -0.2 peratus; dan
(vi) Kedah dengan kadar -2.3 peratus.
Jadi, dalam konteks Selangor ini, Loji Langat 2 belum siap sepenuhnya. Jikalau siap fasa satu pada tahun 2023, kita menjangkakan bahawasanya kadar rizab margin air terawat di Selangor akan meningkat kepada 10 peratus. Insya-Allah. Kementerian juga mengharapkan Loji Kampung Teluk di Kelantan dengan kapasiti 30 glh dijangka siap pada tahun 2021 akan meningkatkan lagi rizab margin kepada 4 peratus sebagaimana yang kita inginkan. Di dalam hal ini, kementerian mengharapkan lima loji yang dalam proses, kita sudah pun lulus tender untuk melantik kontraktor. Apabila dijangka siap pada tahun 2023 akan meningkatkan rizab margin kepada 21 peratus, insya-Allah.
Kepada soalan yang kedua Tuan Yang di-Pertua iaitu tentang apakah langkah jangka masa panjang yang diambil oleh pihak kementerian. Di antara pendekatan yang telah dilaksanakan bagi meningkatkan kadar rizab air terawat bagi negeri-negeri tersebut adalah seperti berikut:
(i) pembinaan loji rawatan air baru dan juga menaik taraf loji rawatan air sedia ada;
(ii) pelaksanaan Program NRW dengan melibatkan kerja-kerja penggantian paip yang usang dan membaiki tangki-tangki perkhidmatan yang telah rosak; dan
(iii) melaksanakan pengurusan permintaan air, di mana tumpuan diberikan bagi mengurangkan permintaan bekalan air melalui pelbagai kaedah seperti penggunaan mandatori, produk cekap air, penerokaan air, alternatif audit, kecekapan penggunaan air dan juga penggunaan sumber air yang lebih efisien di semua sektor.
Untuk makluman semua Yang Berhormat, begitu juga dengan kebanyakan loji rawatan air Malaysia di seluruh negara yang menggunakan air sungai sebagai punca utama sumber air mentah. Sejajar dengan faktor perubahan iklim bagi meningkatkan sumber air mentah kerajaan telah menetapkan dasar baru penerokaan sumber air. Ini di mana pembinaan kolam takungan di kawasan hilir sungai melalui kaedah takungan air pinggiran sungai (TAPS) dan juga pembinaan empangan jajar (barrage), penggunaan horizontal collecter well dan lain-lain akan dilaksanakan. Sekian, terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Soalan tambahan, sila Yang Berhormat Jerantut.
Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberi jawapan yang begitu meyakinkan. Cuma persoalan saya ialah saya ingin bertanya lebih lanjut lagi, apakah perancangan dan tindakan pihak kementerian, termasuk tindakan bersama dengan kerajaan-kerajaan negeri sama ada dari segi mengetatkan undang-undang dan sebagainya untuk memastikan rizab itu terjamin?
Kalau kita tengok tadi negeri yang negatif, ini amat menakutkan kita dari segi bekalan airnya. Termasuk dari segi perundangan untuk memastikan bahawa sumber bekalan air kita tidak dicemari oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab seperti yang berlaku kekerapan di Lembah Klang dan juga di Selangor. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu minit.
Dato' Dr Ahmad Masrizal Muhammad
Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Sebenarnya kita mempunyai Majlis Air Negara, di mana di dalam majlis inilah kita kumpulkan dan kita bincangkan segala permasalahan berkenaan dengan air, termasuklah isu-isu berkaitan dengan rizab air margin negara dan rizab air terawat dan sebagainya ini.
Makanya, untuk makluman semua Yang Berhormat, segala permasalahan yang dibangkitkan ini, ada hubung kait dengan negeri ini, dibawa ke majlis ini dan dibincangkan dan diputuskan secara bersama. Cuma tinggal lagi dalam konteks pelaksanaan kadang- kadang ianya mengalami sedikit permasalahan dan itu adalah merupakan satu cabaran untuk kita memperbaiki daripada semasa ke semasa. Sekian, terima kasih Yang Berhormat.
8. Dato' Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah [Kubang Pasu] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan sebab caruman inisiatif Penjana Gig terlalu mahal sehingga memakan kos caruman RM69.80. Sekiranya kos ini adalah kos paling rendah yang diberikan oleh PERKESO, mengapa kerajaan tidak memberi subsidi lebih tinggi misalnya 90 peratus supaya lebih murah.
Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada 5 Jun 2020, kerajaan telah mengumumkan Program Penjana Gig melalui Program Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi memberikan perlindungan keselamatan sosial dan kebajikan kepada orang bekerja sendiri (OBS) yang melibatkan platform penyedia perkhidmatan.
Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan
Di bawah Penjana Gig, kerajaan membiayai sebanyak 70 peratus bayaran caruman manakala baki 30 peratus dibayar oleh OBS melalui platform penyedia perkhidmatan di bawah caruman pelan kedua iaitu sebanyak RM232.80 untuk tempoh perlindungan setahun. Pendapatan yang diinsuranskan di bawah pelan kedua adalah sebanyak RM1,550 di mana OBS hanya perlu membayar sebanyak RM69.80 sahaja manakala baki 70 peratus iaitu RM163 ditanggung oleh kerajaan. Caruman sebanyak 30 peratus atau RM69.80 yang dikenakan kepada setiap pencarum ekonomi gig adalah kadar yang berpatutan di bawah pelan kedua dengan mengambil kira pendapatan yang diinsuranskan melepasi kadar gaji minimum negara RM1,200.
Kadar RM69.80 Tuan Yang di-Pertua adalah untuk setahun. Kadar RM5.82 sebulan atau RM69 setahun adalah lebih murah berbanding penyedia insurans konvensional di pasaran sebagai contoh RM7.12 sebulan ataupun RM85.44 setahun dengan kadar paling rendah bagi penyedia insurans konvensional untuk perlindungan personal accident. Selain itu, faedah yang disediakan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri adalah lebih baik dan komprehensif. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan.
Sila.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya ialah sehingga kini coverage ataupun OBS yang mengambil bahagian dalam coverage ini masih rendah iaitu dalam sekitar, saya difahamkan hanya tujuh peratus iaitu 28,000 daripada 400,000 yang dikenal pasti. Jadi, apakah tindakan kementerian untuk memastikan bahawa mereka ataupun OBS ini lebih ramai yang takepart dalam liputan ini, itu yang pertama. Ini termasuk juga freelancer iaitu juru video, photographer yang sekarang makin ramai dalam masyarakat kita.
Keduanya Tuan Yang di-Pertua ialah tentang faedah-faedah lain, coverage yang diberikan. Saya tengok di situ ada disebut faedah pendidikan. Boleh tolong elaborate kan faedah pendidikan apa yang diberikan kepada mereka yang mendapat coverage ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Sila Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri M. Saravanan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam tempoh PKP ini, kita lihat satu masalah besar dalam negara adalah golongan B40 yang sebahagian besarnya terdiri daripada– terlibat dalam gig ekonomi, tidak mempunyai sebarang simpanan dan tiada sebarang safety net ataupun jaringan keselamatan. Maka kerajaan telah mengkaji secara mendalam dan memastikan kita menunjukkan keprihatinan kita dan telah memperkenalkan program ini di mana 70 peratus subsidi akan disalurkan melalui kerajaan dan 30 peratus akan ditanggung oleh orang yang berinsurans.
Walaupun sepertimana disebutkan oleh Yang Berhormat, kita lihat sasaran kita sebanyak 300,000 orang tetapi setakat ini cuma 6,175 orang telah mencarum dalam program gig ekonomi. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat, kita akan memperbanyakkan daripada segi promosi bagi memastikan golongan ini– kalau tidak Tuan Yang di-Pertua, kita lihat sebahagian besar rakyat Malaysia, golongan ini tiada jaringan keselamatan sekiranya apa-apa berlaku kepada mereka. Maka kita sedang berusaha menjadikan program PERKESO sebagai “household name” dengan izin, di warga kita.
Daripada segi bantuan pendidikan, dari segi faedah apabila mereka mencarum dengan keadaan tanpa sebarang safety net ataupun jaringan keselamatan, dengan adanya program ini Tuan Yang di-Pertua, mereka akan mendapat pelbagai bantuan seperti:
(i) faedah perubatan;
(ii) faedah hilang upaya sementara;
(iii) faedah hilang upaya kekal;
(iv) elaun layanan sentiasa;
(v) faedah orang tanggungan;
(vi) faedah pengurusan mayat;
(vii) faedah pinjaman pendidikan dan
(viii) kemudahan pemulihan jasmani dan vokasional.
PERKESO juga memberi bantuan untuk pendidikan mereka yang betul-betul memerlukannya. Terima kasih.
9. Dato' Seri TiongKing Sing [Bintulu] minta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan:
(a) apakah hasil kajian menyeluruh dan pelan pembangunan Jabatan Pengairan dan Saliran mengenai sistem perparitan negara ini; dan
(b) apakah pendekatan yang akan diambil untuk memperbaiki sistem saliran terutama di kawasan bandar yang sering banjir.
Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Begitu concern tentang masalah sungai dan juga masalah banjir.
Saya kagum dengan Yang Berhormat Bintulu ini.
[Dewan riuh]
Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad
Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, berdasarkan kepada Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133], tanggungjawab untuk membangunkan sistem saliran adalah di bawah pihak berkuasa tempatan ataupun PBT. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) selaku jabatan di bawah KASA hanya berperanan sebagai jabatan teknik untuk membantu menyediakan khidmat nasihat teknikal dalam pelaksanaan projek dan juga menjalankan analisis hidraulik dengan penyediaan PISMA sebagai asas panduan bagi pihak berkuasa tempatan untuk mengenal pasti titik saluran ataupun point of discharge dengan izin, yang sesuai dengan sistem perparitan sesebuah kawasan ke sungai.
Kementerian melalui JPS juga melaksanakan satu kajian. Untuk makluman Yang Berhormat Bintulu, kajian ini dipanggil sebagai kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) yang merupakan satu kerangka tindakan yang menggunakan konsep
Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad
kawalan di punca seperti yang termaktub dalam manual saliran mesra alam bagi pengurusan air larian hujan. Kajian PISMA ini perlu dilaksanakan terlebih dahulu untuk mengenal pasti punca-punca kejadian banjir yang berlaku dan sebagai rujukan dalam merancang infrastruktur saliran serta mengenal pasti langkah-langkah penyelesaian jangka pendek dan juga jangka panjang secara komprehensif bagi menangani kejadian banjir kilat di sesebuah kawasan sebagai satu contohnya.
Bagi jawapan soalan yang kedua untuk makluman Yang Berhormat Bintulu, kementerian melalui JPS telah melaksanakan beberapa pendekatan dalam usaha untuk memperbaiki sistem saliran terutamanya di kawasan bandar yang sering dilanda banjir.
Antaranya dengan melaksanakan kerja-kerja pembinaan dan menaik taraf infrastruktur saliran seperti membina dan menaik taraf kolam takungan serta menaik taraf sistem perparitan yang sedia ada.
Kementerian mengesyorkan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) yang disediakan oleh JPS ini untuk diguna pakai secara menyeluruh bagi mengurangkan impak pertambahan jumlah air larian akibat daripada semakin banyak permukaan tanah tidak telap air terhasil selepas pembangunan dijalankan. Ini bermakna, diharapkan agar PBT memastikan dapat menggunakan kaedah-kaedah yang telah pun disarankan melalui Manual Saliran Mesra Alam ini.
Antara langkah yang disyorkan oleh MSMA untuk menampung air larian ini adalah dengan membina kolam takungan akan menakung seketika dan kemudiannya mengalirkan perlahan-lahan air tersebut ke sungai selepas dari hujan. Kementerian juga berpandangan kerjasama di antara JPS dan juga PBT amat diperlukan bagi kita bersama-sama berusaha menangani masalah banjir kilat yang berlaku di seluruh negara yang mana kita harapkan ia dapat dizahirkan dengan memantapkan lagi mekanisme pematuhan ulasan saliran oleh JPS dalam proses permohonan kebenaran merancang bagi sesebuah pembangunan.
Kepentingan kerjasama PBT ini telah pun ditekankan dalam beberapa kertas yang dibentangkan dalam Majlis Air Negara. Manual saliran mesra alam juga telah lama diluluskan untuk pemakaian oleh PBT sejak tahun 2000 lagi melalui Majlis Negara Kerajaan Tempatan. Sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Bintulu soalan tambahan.
Dato’ Seri TiongKing Sing - Bintulu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih atas jawapan yang hebat tetapi jangan kongkalikung, kita tengah ini...
[Dewan riuh]
Dato’ Seri TiongKing Sing - Bintulu
Bukan, kita selalu jawapan bagus tetapi melaksanakannya macam mana?
Pelaksanaan macam mana? Kita, memang pelaksanaan– ini Yang Berhormat Putrajaya pun satu hal juga, dia kasi pusing.
Beberapa Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Bintulu bagi soalan tambahan.
Dato’ Seri TiongKing Sing - Bintulu
Kita memang dengar sudah lama Yang Berhormat Timbalan Menteri, bilakah kita boleh dapat merealisasikan,on the ground, bilakah? Kita sudah dengar tiga penggal, saya dalam Dewan ini. Cerita sahaja, kita memang cerita banyak syok sendiri tetapi akhirnya berkali-kali banjir kilat, banjir kilat, banjir kilat, tidak pernah habis. Baru-baru ini Bintulu, separuh tenggelam pada minggu lepas. Sila tolong...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Dato’ Seri TiongKing Sing - Bintulu
...Yang Berhormat Timbalan Menteri, jangan jawab syok sendiri ya, jawab betul-betul bila.
Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad
Terima kasih Yang Berhormat Bintulu berkenaan dengan pertanyaan bilakah kita melaksanakan ini.
Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad
Untuk pengetahuan Yang Berhormat Dato’ Seri Tiong, sebenarnya kajian yang dibuat ini sebenarnya untuk negeri Sarawak, sebagai satu contoh...
[Disampuk] Yang Berhormat Bintulu. Minta maaf saya. Sorry.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Kena sebut Yang Berhormat Bintulu ya.
Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad
Kita telah pun melaksanakan sebenarnya beberapa kajian untuk membolehkan― bahawasanya sebarang bentuk penambahbaikan ataupun sebarang bentuk projek dilaksanakan, kajian perlu dilaksanakan terlebih dahulu.
Untuk makluman Yang Berhormat Bintulu, sebenarnya kita telah pun membuat kajian bermula dari tahun 2021 sehinggalah ke tahun― di Limbang, Tanjong Lumpur, Lawas, Sri Aman, Serian, Betong, Saratok, Sebauh, Debak dan sebagainya. Kita mengharapkan daripada kajian ini akan dibawa kepada projek sebenar melalui perancangan yang dilaksanakan dalam RMKe-12. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi tidak bolehkah? Genapkan 10 soalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Dia sebab setakat pukul 11 pagi.
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
Tidak pernah dapat pun.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2021 dan Anggaran Pembangunan 2021 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Ketujuh] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala Bekalan B.42 dan Kepala Pembangunan P.42 di bawah Kementerian Kesihatan terbuka untuk dibahas. Kali ini kita beri masa yang double, panjang sedikit iaitu selama satu jam 30 minit atau 90 minit. Mungkin saya jangka seramai 16 orang atau pun 18 orang boleh berbahas.
Kita mulakan dahulu dengan Yang Berhormat Gopeng, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Jelebu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terbaik Tuan Pengerusi.
Kita puji. Yang baik kita puji. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila, Yang Berhormat Gopeng. Lima minit.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya bermula dengan Butiran 03000 – Kesihatan Awam khususnya berkenaan dengan kawalan pandemik COVID-19.
Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada KKM khususnya dan juga MKN kerana usaha yang berterusan untuk melindungi rakyat daripada wabak COVID- 19. Pihak di sebelah sini pula membantu untuk menyebarkan maklumat yang sahih agar krisis COVID-19 ini tidak menjadi isu politik.
Baru sahaja EMCO telah dilaksanakan di Taman Pinji Mewah di kawasan Parlimen Gopeng mulai 1 Disember yang mana 407 buah rumah dan 324 orang penghuni terlibat. Saya berpeluang untuk melawat ke situ dan terima kasih kerana pelaksanaan EMCO ini jauh lebih sempurna daripada segi penjagaan keperluan penghuni di kawasan EMCO dalam aspek keperluan makanan, keperluan harian dan juga keperluan kesihatan. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan sekali lagi.
Saya juga mengalu-alukan kelonggaran daripada segi pelaksanaan EMCO dan RMCO supaya pematuhan kepada SOP lebih mudah diikuti dan lebih sustainable daripada aspek ekonomi dan sosial. Akan tetapi, usaha tersebut mesti disusuli dengan pengesanan kontak rapat yang cekap dan efektif.
Soalan saya. Berapa lamakah diperlukan oleh kesihatan awam untuk pengesanan kontak apabila kes indeks dikenal pasti? Ini kerana kalau usaha untuk mengasingkan setiap kontak rapat dalam masa 48 jam selepas kes indeks dikenal pasti, ini akan mengakibatkan jangkitan berterusan dan kluster tidak terkawal.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Kebetulan munculnya ada kluster baharu setiap hari adalah bukti bahawa pengesanan kontak rapat masih ketinggalan. Saya sekali lagi menyeru Kementerian Kesihatan Malaysia supaya menambah jumlah anggota dalam kesihatan awam untuk membolehkan peningkatan dalam pengesanan kontak.
Saya juga menyeru supaya KKM membentuk satu pasukan pengesanan kontak di setiap daerah yang terdiri daripada kakitangan KKM, agensi kerajaan yang lain serta pemimpin masyarakat setempat. Pasukan ini boleh membantu dalam pengesanan kontak dan juga membantu program vaksin apabila vaksin itu diluluskan.
Saya beralih kepada Butiran 080200 – Emolumen Kakitangan Kontrak sebanyak RM1.9 bilion. Ini satu penambahan. Soalan saya. Sama ada penambahan emolumen untuk pengambilan kakitangan kontrak ini meliputi penambahan dalam kakitangan kesihatan awam untuk COVID-19?
Terakhir, Butiran 00800 – Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT). Kos projek tersebut adalah sebanyak RM391 juta. Pada tahun 2019 sebanyak RM15 juta, tahun 2020 sebanyak RM30 juta dan untuk tahun depan sebanyak RM62 juta.
Peruntukan RM62 juta untuk tahun depan lebih kepada penggantian dan upgrade sistem ICT yang sedia ada. Kebetulan, 90 peratus fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan masih tidak ada ICT yang lengkap dan tidak ada elektronik medical record.
Semalam semasa Taklimat RMKe-12, Yang Berhormat Menteri Ekonomi telah menyatakan rancangan kerajaan untuk melancarkan pendigitalan perkhidmatan kerajaan. Jadi, saya menyeru supaya Kementerian Kesihatan mengkaji semula peruntukan untuk ICT tersebut. Ini supaya peruntukan itu boleh ditambah dan
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
keutamaan harus diberikan untuk pendigitalan rekod perubatan di kesemua kemudahan KKM secara berperingkat. Untuk mencapai tersebut, peruntukan projek ini harus dilipatgandakan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Jelebu.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin masuk kepada Butiran 080600 – Perkhidmatan Sokongan Klinik. Pada tahun 2020, Tuan Pengerusi, sebanyak RM137.29 juta telah diperuntukkan tetapi bagi tahun 2021, peruntukan untuk butiran ini adalah kosong. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian perincian mengenai butiran ini. Apakah perkhidmatan sokongan klinik yang telah ditiadakan bagi peruntukan tahun 2021 ini tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada rakyat?
Bercakap soal klinik ini, saya ingin membangkitkan berkenaan dengan Klinik 1Malaysia, Tuan Pengerusi, ataupun yang telah dijenamakan semula menjadi Klinik Komuniti sejak zaman pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan. Tidak mengapalah, Tuan Pengerusi, ubah daripada 1Malaysia pergi ke 1Komuniti kan ataupun apa kah― tidak apa. Tetapi yang penting, Tuan Pengerusi, yang hendak saya sebutkan pada pagi ini ialah ketika waktu Klinik 1Malaysia dahulu, Tuan Pengerusi, sebanyak 346 klinik kita buka. Keratan akhbar pada 2 September, Yang Berhormat Menteri Kesihatan pada ketika itu mengumumkan bahawa lebih kurang 34 buah Klinik 1Malaysia ditutup.
Saya hendak tanya kepada pihak kementerian. Apakah kedudukan atau keputusan Kerajaan Perikatan Nasional yang berpegang kepada mewakafkan usaha dan juga urat nadi bagi kepentingan rakyat untuk mengatasi masalah ini? Ini kerana Klinik 1Malaysia ini, Tuan Pengerusi, adalah merupakan satu perkara yang sangat penting bagi rakyat.
Saya hendak beritahu Tuan Pengerusi pada hari ini bahawa di Jelebu, salah satu Klinik 1Malaysia yang bakal ditutup pada bulan Februari tahun depan ialah Klinik 1Malaysia Bukit Kempas Kuala Kelawang, Jelebu.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada dua minggu lepas, rutin saya ialah ziarah kasih kepada mereka yang tidak sihat di dalam kawasan Parlimen saya. Ini adalah merupakan satu pandangan yang saya tidak pernah dengar, Tuan Pengerusi, bahawa kebanyakan rakyat, orang Cina, orang Melayu, orang India, Orang Asli memberikan satu kredit yang sangat baik kepada Klinik 1Malaysia ini.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Mereka meletakkan setinggi harapan supaya Klinik 1Malaysia di Taman Bukit Kempas ini tidak ditutup. Kerajaan merubah keputusan itu dan tidak tutup klinik ini. Ini kerana mereka mengatakan bahawa petugas dan juga peranan klinik ini kepada keseluruhan rakyat di dalam kawasan Parlimen saya sangat baik.
Saya ingin menterjemahkan, mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini untuk memberikan setinggi penghargaan kepada pegawai perubatan Dr. Ravi a/l Rajaratnam dan juga petugas-petugas, Taufiki, Siti Fatimah, Juliati, Zul dan Habibah kerana mereka telah memberikan perkhidmatan yang sangat baik kepada rakyat saya.
[Tepuk] Jadi kerana itu, Tuan Pengerusi, saya hendak minta pada pagi ini supaya Yang Berhormat Menteri Kesihatan bagi pihak kerajaan untuk mengumumkan secara rasmi di dalam Dewan yang mulia ini untuk membatalkan penutupan Klinik 1Malaysia khususnya di kawasan Parlimen Jelebu dan kawasan-kawasan Parlimen yang lain yang telah dibuat keputusan untuk ditutup, Tuan Pengerusi.
[Tepuk]
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Minta, Yang Berhormat Jelebu.
Dato' Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Masuklah Yang Berhormat Jempol.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Terima kasih. Tempat saya Yang Berhormat Jelebu dah ambil, jadi saya mencelah sedikit.
Cuma di Jempol ini, berlaku juga keadaan yang klinik luar bandar ini tidak terurus. Saya hendak menyatakan bahawa ada tujuh buah klinik kesihatan, 22 buah klinik desa yang perlu diberikan perhatian. Masalah air― di klinik, masalah air pun tidak ada. Di Palong 4, 5, dan 6 tidak ada air. Jadi tidak tahulah macam mana mereka ini buang air dan sebagainya. Masalah ambulans. Ambulans pun tidak mencukupi. Macam
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
manalah ambulans ini? Pegawai perubatan di Jempol ini lain sikit. Kalau boleh nak sorok, sorok bawah karpet. Yang ini ada masalah.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Jelebu.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Keduanya, Klinik Kesihatan Palong 9.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Jempol, saya hendak mencelah Yang Berhormat Jempol yang mencelah Yang Berhormat Jelebu.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Tidak apa. Saya celah ini tidak cukup. Tidak cukup. Klinik Kesihatan Palong 9, ini kawasan FELDA ini, tiada kemudahan ambulans sendiri. Tidak ada ambulans.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Jelebu.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Penduduk di situ lebih kurang ada dekat 700,000 orang.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Okey.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Dan keadaan tidak dilengkapi, bumbung pun bocor.
Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Lepas Yang Berhormat Pontian, Cameron Highlands sedikit saja.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Jadi, mana pergi peruntukan yang ada yang tidak mencukupi? Begitu juga kuarters. Di Hospital Jempol, Majlis Perbandaran Jempol, majlis perbandaran dengan Kuala Pilah.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya, habis waktu dah tu.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Kuala Pilah hanya majlis daerah, cukup kelengkapan. Manakala di Jempol, tidak ada kelengkapan yang cukup.
Dato' Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Lama.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
[Ketawa]
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Jelebu, sedikit sahaja.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Itu saya mohon supaya dimasukkan dalam Yang Berhormat Jelebu.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Jelebu, sedikit sahaja. Dua, tiga patah.
Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
[Bangun]
Dato' Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Pengerusi, celah lagi lama dari principal, ini masalah.
[Ketawa]
Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Cameron Highlands sedikit sahaja lepas Yang Berhormat Pontian.
Dato' Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Pontian, cepat Yang Berhormat Pontian.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Patutnya Jempol yang bahas tapi Yang Berhormat Jelebu dah ambil.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tadi Yang Berhormat Jempol ada menyebut...
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Jelebu ini memang tidak ada masalahlah kalau ada orang ambil hak Yang Berhormat?
Dato' Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Saya tidak ada masalah tetapi Tuan Pengerusi pun tidak ada masalah untuk memberi kebenaran kepada saya memberi laluan kepada Yang Berhormat Pontian. Sila, Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya, tadi Yang Berhormat Jelebu ada bercerita tentang...
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat.
Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Jelebu, lepas Yang Berhormat Pontian, Cameron Highlands.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Tidak boleh macam ini, Yang Berhormat. Susah saya hendak buat kerja.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Masa sudah habis.
Dato' Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Boleh bagi sikitlah Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Sikit saja.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Last, last. Tiga puluh saat Yang Berhormat Pontian, kemudian Yang Berhormat Jelebu akan bungkuskan semua.
Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Tuan Pengerusi, sedikit Cameron.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tadi Yang Berhormat Jempol ada menyebut bahawa bagaimana projek di Jempol dibatalkan. Ia juga berlaku di Pontian. Pembesaran Hospital Pontian telah dibatalkan ketika era PH. Maka saya harap era PN ini pembesaran Hospital Pontian boleh diteruskan. Itu sahaja pun.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Akhirnya.
Dato' Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Pengerusi, dua-dua masuk dalam ucapan saya.
Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Cameron sedikit sahaja.
Dato' Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Pengerusi, saya hendak rumus, saya hendak bungkus sekarang, Tuan Pengerusi. Saya hendak sebut satu sahaja, Tuan Pengerusi.
Dulu saya sebut dalam Dewan yang mulia, ketika Kerajaan Pakatan Harapan, tentang mental illness. Dalam bajet Butiran 022700 – Psikiatri dan Kesihatan Mental, peruntukan dikurangkan RM31 juta, Tuan Pengerusi, walhal penyakit mental (mental illness) ataupun mental disorder sekarang ini bertambah. Apatah lagi ketika masalah COVID-19 melanda negara, Tuan Pengerusi.
Jadi kerana itu, saya hendak minta sangat kepada pihak kementerian supaya consider, dengan izin, peruntukan ini dapat ditambah lagi bagi mengatasi masalah bunuh diri, bagi mengatasi masalah mental illness yang rata-rata dihidapi oleh semua rakyat tidak kira kaum dan bangsa.
Terima kasih Tuan Pengerusi di atas pertimbangan khas pada pagi ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Kuala Selangor.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mulakan dengan menyebutkan betapa saya tegaskan Bajet 2021 gagal mengambil kesempatan memperkasakan sistem kesihatan negara. Ingat kata-kata Ketua Audit Negara yang diulang oleh Ketua Pengarah Kesihatan sebagai underfunded, understaff overwork, dengan izin, khasnya di Jabatan Kecemasan. Apa yang dibentangkan ialah bajet business as usual, bajet biasa dalam suasana yang luar biasa yang sangat malang dan mengecewakan.
[Tepuk] Meskipun Yang Berhormat Menteri Kewangan telah menjelaskan bahawa tidak ada penurunan dalam kesemua peruntukan 29 buah program perubatan di bawah Butiran 020000 termasuk nefrologi, kardiotorasik, kanser, perubatan dan pembedahan am, farmasi dan pergigian kerana disusun semula dalam program khusus Butiran 080000 di bawah Butiran 080700 sebanyak RM2.9 bilion bersekali dengan RM1.4 bilion atas perubatan dan konsesi penswastaan makmal, namun yang jelas adalah tidak ada peningkatan. Itu yang mengecewakan.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Itu yang telah mengecewakan badan-badan seumpama The Academy of Medicine Malaysia, Malaysian Medical Association dan Malaysian Health Coalition yang menyebutkan mereka mengatakan the health budget is not enough, bajet tak cukup.
[Tepuk] Memanglah ada kenaikan peruntukan 4.3 peratus secara menyeluruh tetapi kalau diperhatikan perincian― dan bagaimana pula akan ditingkatkan prestasi sektor kesihatan kalau nadi program perubatan tidak diambil peluang untuk dipertingkatkan?
Tambahan, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, bagaimana pula agihan ini akan diperuntukkan? Bagaimana ketelusannya? Bagaimana pengurusannya?
Yang dulunya sudah baik, mengapa dikacau dan hari ini menjadi kacau bilau kerana mereka tidak ada peruntukan secara khusus.
Dalam kenyataan akhbar mereka, badan-badan ini telah menyebutkan harapan mereka untuk menyaksikan peruntukan itu dinaikkan kepada empat peratus KDNK. Hari ini kekal sebagai dua peratus. Itu kalau dimasukkan bersekali dengan swasta, barulah mencecah empat peratus. Oleh sebab itu, ketika kami mentadbir dahulu, kita sasarkan empat peratus hanya sumbangan daripada awam.
Tuan Pengerusi, saya jelaskan sekali lagi, saya mahukan perkara ini difahamkan kerana cabarannya bukan hanya COVID-19, cabaran sebenarnya juga adalah penyakit-penyakit tidak berjangkit. Bukan sahaja penyakit-penyakit berjangkit seperti denggi dan tuberculosis dan hari ini COVID-19, tetapi penyakit tidak berjangkit yang membunuh.
Kalau saya sebutkan bagaimana NCD adalah cabaran utama yang membawa maut secara pra matang kepada warganegara Malaysia yang berumur 41 hingga 59 tahun at the productive age. Mereka mati kerana apa? Paling besar utama kematian adalah kerana serangan jantung, ischemic heart disease(IHD) dan juga seperti apa yang dikatakan sebagai serangan ahmar ataupun Cerebrovascular Accident (CVA) atau strok.
Kedua-dua ini sahaja menyumbang 23 peratus kematian. Hampir satu dalam lima kematian adalah kerana kematian oleh NCD.
Justeru kerana itu, ketika kita menyaksikan betapa― ini adalah yang disebutkan oleh DOSM terkini ya. Kalaulah hingga kini kematian COVID-19 adalah kurang lebih 350 tetapi kematian terkini NCD tahun 2019 sahaja, Tuan Pengerusi, adalah sebanyak 16,325 kematian atau dengan kata lain, 50 kematian serangan jantung setiap hari. Oleh kerana itu, kegagalan bajet ini untuk memperkasakan sektor atau memperkasakan aspek NCD adalah sangat mengecewakan.
Saya beralih kepada― saya tidak mahulah untuk membandingkan dengan Vietnam. Vietnam membelanjakan enam peratus KDNK mereka. Oleh sebab itu Vietnam mendapat pujian daripada WHO dan bersiap-siaga untuk berdepan. Mereka hanya ada 35 kematian dalam COVID-19 dan hanya seribu lebih saja kes positif COVID- 19 dalam penduduk yang berjumlah 90 juta, Tuan Pengerusi.
Saya beralih kepada Butiran 081000 – PeKa B40 yang alhamdulillah diberikan peruntukan RM80 juta pada kali ini. Saya minta supaya ini terus diperkasakan. Kita telah membebankan KK kita, klinik-klinik kementerian dan staf kita. Justeru, saya meminta supaya Yang Berhormat Menteri dan KKM melibatkan pengamal-pengamal swasta, klinik-klinik swasta, GP swasta supaya mereka dapat bukan sahaja membuat screening dalam PeKa B40 tetapi terus untuk memperkukuhkan lagi the primary healthcare yang merupakan the preventive promotive dan preventive predictive healthcare yang telah saya tekankan 22 bulan yang lalu.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Justeru itu, kita minta supaya PeKa B40 ini melibatkan sama GP-GP swasta ini.
Akhir sekali, saya beralih sedikit daripada Yang Berhormat Jelebu dan Yang Berhormat Jempol sebutkan tentang Klinik 1Malaysia tadi.
Oleh sebab itu, kita memperkukuhkan Klinik-klinik 1 Malaysia itu dengan Klinik Komuniti kerana kita mahu ia diperkasakan dengan mewujudkan infrastruktur dan ekosistem dengan doktor dan sebagainya. Bukan untuk menyampingkan ataupun menyudutkan Klinik-klinik 1 Malaysia. Ia punya sebab dan punya tujuan yang jelas untuk memperkasakan primary healthcare.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Akhir sekali Tuan Pengerusi, kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi ICT. Saya gagal menyaksikan peruntukan untuk EMR. Electronic Medical Record(EMR) yang Vietnam, sekali lagi saya sebutkan sudah memacu dan negara-negara yang dahulunya di belakang kita sudah memacu infrastruktur seperti ini, Lifetime Heart Record dan Electronic Medical Record dan Master Patient Index yang sangat penting bukan sahaja untuk NCD’s tetapi juga untuk infection disease gagal untuk kita perkasakan.
Ini merupakan satu yang saya sekali lagi tegaskan kegagalan Bajet 2021.
Business as usual sementara sepatutnya kita memberikan segala pemerkasaannya.
Saya minta Yang Berhormat Menteri menjawab semua ini. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Serian.
Dato' Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya mulakan dengan sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada frontliners Kementerian Kesihatan Malaysia kerana telah bertarung nyawa membantu membendung penularan COVID-19.
[Tepuk] Tuan Pengerusi, saya pergi ke Maksud Bekalan B.42 Butiran 080200 – Emolumen Kakitangan Kontrak yang diperuntukkan RM1.9 bilion. Saya ingin tahu, berapakah orang doktor yang sedang berkhidmat secara kontrak dan apakah usaha- usaha kementerian untuk mengambil mereka berkhidmat daripada perkhidmatan secara kontrak kepada perkhidmatan tetap?
Seterusnya, Tuan Pengerusi, saya pergi ke Maksud Pembangunan P.42 Butiran 00300 – Kemudahan Hospital yang diperuntukkan RM2.8 bilion. Menurut data National Renal Registry tahun 2016, terdapat seramai 39,711 orang pesakit buah pinggang menjalani rawatan dialisis di seluruh negara. Angka ini Tuan Pengerusi, dijangka meningkat kepada seramai 106,000 orang pesakit menjelang tahun 2040.
Saya ingin tahu apakah usaha-usaha yang bakal diambil oleh kementerian untuk menyediakan mesin-mesin dialisis di hospital di seluruh negara? Tuan Pengerusi, saya mengambil contoh di daerah Serian jumlah pesakit buah pinggang yang berdaftar dan mendapat rawatan dialisis adalah seramai 124 orang. Mesin dialisis di Hospital Serian hanya sebanyak 14 unit manakala mesin reprocessornya adalah hanya sebanyak 4 unit.
Tuan Pengerusi, sememangnya ini tidak mencukupi. Oleh yang demikian, saya mohon kepada kementerian melalui peruntukan tahun ini supaya melihat akan keadaan ini dan membekalkan beberapa unit lagi dialysis machine dan juga mesin reprocessor. Di sini saya cadangkan untuk mesin dialisis brand Fresenius ejaannya f.r.e.s.e.n.i.u.s. dipertimbangkan. Untuk reprocessor machine saya cadangkan supaya Automated Dialyzer Reprocessor (ADR) disediakan.
Tuan Pengerusi, saya pergi ke Maksud Pembangunan P.42. Pada bulan Ogos yang lepas, di Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat Menteri Kesihatan telah memaklumkan bahawa Klinik Kesihatan Jenis 3 (KK3) di Serian dijadualkan siap dibina pada Jun 2022. Saya nampak kerja-kerja sudah pun bermula. Kerja-kerja projek membina Klinik Kesihatan Jenis 3 di Serian pun sudah bermula. Saya ingin tahu di Dewan yang mulia ini, sama ada Klinik Kesihatan Kelas 3 ini akan dapat siap dibina mengikut jadual, iaitu siap dibina dan mula beroperasi pada Jun tahun 2022.
Dengan itu, Tuan Pengerusi itu sahaja. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Kampar.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya bangun untuk bahas Kepala Pembangunan P.42 dalam Butiran 00400 – Hospital Baharu.
Hospital baharu Kampar – Saya hendak bangkitkan isu di dalam pembentangan Bajet 2020, Kerajaan Pakatan Harapan telah memperuntukkan wang untuk pembinaan hospital baharu di Daerah Kampar. Walaupun satu tahun telah berlalu, projek pembinaan Hospital baharu Kampar masih belum diumumkan oleh kerajaan sehingga hari ini.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, saya telah pada bulan Februari tahun 2020 telah menghadiri satu mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Datuk Seri KSU Kementerian Kesihatan berkenaan dengan projek pembinaan hospital baharu Kampar di mana dua lokasi cadangan tapak yang bersesuaian telah pun dikenal pasti dan tindakan selanjutnya akan diambil untuk memuktamadkan lokasi untuk pembinaan hospital baharu Kampar tersebut. Namun begitu, lokasi tapak masih belum dimuktamadkan dan saya telah beberapa kali menulis kepada Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan status ataupun perkembangan seterusnya.
Pada 17 November 2020, saya telah dimaklumkan oleh pihak KSU bahawa kementerian masih dalam proses pertimbangan bagi menentukan tapak cadangan alternatif yang bersesuaian untuk tapak cadangan bagi pembinaan Hospital Kampar yang baharu tersebut. Saya juga amat bergembira dan berterima kasih kepada pihak kementerian apabila dimaklumkan bahawa tapak cadangan yang dipilih tidak akan melibatkan implikasi kewangan yang tinggi kepada pihak kerajaan mengambil kira kemampuan kewangan kementerian pada masa ini.
Saya juga amat bersetuju bahawa salah satu faktor kos yang akan membebankan kewangan pihak Kementerian Kesihatan adalah daripada segi kos tanah untuk perolehan tapak hospital tersebut. Oleh itu, saya berharap Kementerian Kesihatan akan mengambil pertimbangan yang sewajarnya berkenaan lokasi tapak hospital tersebut daripada segi kos tanah yang perlu ditanggung oleh pihak kerajaan.
Saya ingin maklumkan Dewan yang mulia ini bahawa dalam mesyuarat pihak Kementerian Kesihatan tersebut yang dihadiri oleh saya, salah satu tapak daripada dua lokasi yang bersesuaian telah dikenal pasti ia tidak akan melibatkan sebarang kos tanah kepada kerajaan yang mana ia tidak akan melibatkan sebarang proses pengambilan tanah oleh pihak kementerian daripada mana-mana pihak. Ia adalah bertempat di lokasi yang strategik untuk pembinaan hospital baharu Kampar tersebut.
Oleh yang demikian, saya ingin mohon pihak kerajaan memaklumkan kepada rakyat Kampar mengenai perkembangan terkini berkenaan dengan pembinaan hospital baharu Kampar tersebut. Saya juga berharap kementerian akan memuktamadkan lokasi hospital tersebut dengan secepat mungkin berdasarkan kepentingan dan kesejahteraan masyarakat Kampar dengan kadar segera. Ini agar pembinaan Hospital Kampar baharu ini tidak dilengah-lengahkan lagi.
Kemudian saya juga ingin membahaskan Kepala Bekalan B.42 di bawah Butiran 010400 – Pengurusan Latihan, iaitu Latihan Pengiktirafan Graduan Perubatan dan Farmasi. Graduan khusus perubatan terutamanya termasuk Kursus Pergigian dan Farmasi ada menjalankan beberapa latihan praktikal (housemanship)selepas mereka tamat pengajian mereka.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Saya terima aduan daripada graduan-graduan ini kerana mereka terpaksa menunggu berbulan-bulan lamanya, malah bertahun-tahun untuk mendapatkan peluang menjalani latihan profesional hospital. Keadaan ini amat mengecewakan ramai graduan perubatan profesional kerana mereka tidak dapat membuat apa-apa dalam tempoh ini.
Sesetengah mereka malah terpaksa menggugurkan latihan profesional mereka dan menceburi bidang yang lain. Ini amat merugikan bagi diri dan permohonan mereka dari segi pembelajaran dan cita-cita untuk menjadi seorang doktor bertauliah. Keadaan yang amat menyusahkan lagi merugikan graduan dan negara kerana pengetahuan dan kemahiran mereka tidak digunakan untuk berkhidmat untuk rakyat dan juga pembangunan negara.
Selain itu, memandangkan banyak hospital dan klinik kerajaan tidak dapat menampung houseman bagi pelajar perubatan, pergigian dan farmasi walaupun nisbah doktor pelatih murid yang tinggi. Saya ingin mencadangkan supaya Kementerian Kesihatan membenarkan para graduan, khususnya perubatan ini untuk menjalankan pengamalan latihan profesional mereka dilakukan di hospital swasta dan kerajaan untuk mengiktirafkan housemanship mereka dan mengehendaki hospital swasta untuk berkongsi beban latihan graduan perubatan tersebut sebagai salah satu langkah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh graduan, khususnya perubatan ini.
Selanjutnya, saya ingin memaklumkan- satu minit sahaja. Untuk memaklumkan bahawa terdapat graduan-graduan yang biasiswa JPA untuk kursus perubatan ini telah
Tuan Su Keong Siong - Kampar
mengambil kesempatan ini untuk menerima tawaran pekerjaan di hospital-hospital Australia kerana mereka tidak ingin menunggu masa yang lama untuk menerima tawaran latihan profesional di hospital tempatan.
Monash University yang merupakan satu-satunya universiti swasta di Malaysia di mana graduannya boleh mendaftar dan menjalankan latihan housemanship di Australia selepas tamat kursus perubatan mereka. Dengan berbuat demikian, graduan biasiswa JPA dari Monash University ini telah gagal mematuhi dan atau melaksanakan tanggungjawab dan obligasi masing-masing mengikut terma-terma yang tertera dalam kontrak biasiswa JPA yang mewajibkan mereka bekerja dengan kerajaan sehingga 10 tahun selepas tamat pengajian. Antara masalahnya individu-individu ini tidak perlu mendaftar dengan MMC selepas tamat pengajian. Dengan itu, tiada rekod berkenaan dengan keperluan mereka untuk menunaikan tanggungjawab dan obligasi di bawah biasiswa JPA tersebut. Saya difahamkan dalam bulan ini sahaja terdapat sebanyak 16 graduan biasiswa JPA dari Monash University telah melanggar kontrak biasiswa JPA dengan mengambil keputusan dan kesempatan untuk menjalankan latihan housemanship mereka di hospital-hospital swasta di Australia kerana mereka tidak diberi tempat untuk latihan housemanship di negara kita.
Saya percaya mereka ini tidak akan pulang ke tanah air untuk berkhidmat di negara ini selepas mereka menjalani latihan housemanship mereka di Australia. Kita harus memperbetulkan keadaan ini kerana individu-individu ini yang telah mengambil biasiswa JPA, selepas tamat pengajian kursus perubatan gagal menunaikan tanggungjawab dan obligasi mereka di bawah kontrak JPA tersebut. Ini menyebabkan kerugian yang amat besar...
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
...kepada kerajaan dan membiayai yang telah membiayai kursus mereka.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Saya ramai lagi Yang Berhormat.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Oleh itu, saya ingin hendak tahu apakah tindakan KKM untuk mengatasi masalah ini? Di mana graduan biasiswa JPA ini telah pun keluar daripada kontrak mereka dan bekerja di negara lain selepas pengajian ini dan kita yang menampung membiayai pembelajaran mereka. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, [Kata-kata aluan dalam bahasa Arab] Tuan Pengerusi, saya terus kepada Butiran 01100 – Peralatan dan Kenderaan. Untuk makluman Dewan, Klinik Kesihatan di Setiu setiap klinik hanya mempunyai satu ambulan dan semuanya telah berusia sembilan hingga sepuluh tahun kecuali sebuah ambulan di Klinik Kesihatan Permaisuri. Ada yang masih di bengkel dan ada yang telah dilupuskan iaitu di Klinik Kesihatan Sri Langkap. Di mana ambulan telah dilupuskan pada tahun 2018 dan sekarang ini masih belum diganti lagi. Saya mengharapkan supaya kementerian dapat mengambil satu inisiatif bagi menyelesaikan perkara ini.
Kedua, Butiran 00904 – Pejabat dan Jabatan Kesihatan. Pejabat Kesihatan Daerah Setiu masih lagi menyewa dan bangunan yang disewa itu pula merupakan laluan air ketika musim banjir yang menyebabkan berlaku kerosakan kepada peralatan dan terpaksa dipindahkan ke tempat lain. Saya mencadangkan supaya Pejabat Kesihatan Daerah Setiu dibina baharu dan sudah ada tanah yang di reserve kan untuk pembinaan baharu tersebut.
Ketiga, Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar. Klinik Kesihatan Permaisuri merupakan salah satu klinik yang sering menjadi tumpuan masyarakat dan warga Setiu. Akan tetapi disebabkan ia menjadi tumpuan, keadaan sekarang sudah sampai ke peringkat teramat crowded, dengan izin Tuan Pengerusi. Saya cadangkan supaya dibina baharu dan dibina sekali di tanah yang di reserve untuk Pejabat Kesihatan Daerah Setiu yang baharu.
Seterusnya, Butiran 010500 – Pengurusan Maklumat. Saya ingin menzahirkan rasa khuatir di atas sikap tidak bertanggungjawab sesetengah individu yang sering menyebarkan berita palsu, malah mereka tanpa rasa bersalah mengeluarkan poster mahu pun bahan sebaran sama seperti yang dikeluarkan oleh pihak kementerian.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Perkara ini bukan sahaja mengelirukan masyarakat, malah ia juga membawa kesan psikologi kepada kesejahteraan mental sesetengah individu. Oleh itu, apakah tindakan yang dijalankan oleh pihak kementerian dalam memastikan masyarakat tidak boleh sewenang-wenangnya menyebarkan berita palsu? Adakah terdapat mekanisme khusus dalam memastikan berita tersebut hanya dikeluarkan oleh KKM dan tidak boleh dipalsukan?
Seterusnya, Butiran 022700 – Psikiatri dan Kesihatan Mental. Memetik statistik yang dikeluarkan oleh Mental Health Psychosocial Support (MHPSS) Kementerian Kesihatan Malaysia sepanjang tempoh PKP sehingga PKP Pemulihan (PKPP) dilaksanakan seramai 64,366 orang mendapatkan perkhidmatan psikologi. Iaitu sebanyak 55 peratus mendapatkan perkhidmatan Psychological First Aid (PFA) dan sebanyak 22.5 peratus membabitkan isu kesihatan mental. Jelas sekali isu kesejahteraan mental semakin meruncing dan jumlah ini bukanlah satu jumlah yang kecil, malah kesihatan mental merupakan isu global yang semakin meruncing akibat pandemik COVID-19.
Saya mencadangkan supaya Institusi Kesihatan Mental ditubuhkan bagi mengubah pemahaman dan rawatan penyakit mental melalui penyelidikan asas dan klinikal selain mampu membantu kerajaan mengkaji dan merancang pembangunan kesihatan secara keseluruhan. Saya juga ingin mencadangkan agar kerajaan memperbanyakkan lagi kemudahan untuk pesakit mental seperti pelindungan insurans, memberi cukai pendapatan untuk ibu bapa atau saudara mara yang memberikan perlindungan kepada pesakit mental dan memberi insentif cukai kepada syarikat swasta sebagai galakan kerana memberi peluang pekerjaan kepada pesakit mental yang telah pulih.
Akhir sekali Tuan Pengerusi, 030400 – Pemakanan. Saya ingin merujuk kepada butiran ini, keperluan nutrisi kanak-kanak di Malaysia semakin membimbangkan, terutama kanak-kanak miskin bandar. Kali ini berdasarkan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) 2018 ada melaporkan kes di kalangan kanak-kanak miskin bandar iaitu seramai 23 peratus. Seramai 23 peratus golongan itu mengalami masalah pembesaran terbantut, manakala sebanyak 15 peratus pula berdepan masalah kurang berat badan. Malah, berdasarkan Kajian Nutrisi Kanak-kanak Malaysia, sebanyak 1 daripada 3 keluarga Malaysia kekurangan nutrisi penting, terutama vitamin C, zat besi dan kalsium. Pelaksanaan PKP turut memberikan implikasi kepada kanak-kanak ini. Kanak-kanak dari isi rumah berpendapatan rendah, terutamanya yang kebiasaannya mendapat nutrisi daripada pemakanan di sekolah dan tadika, tidak lagi memperolehnya. Malah, sebahagian ibu bapa langsung tidak menghiraukan aspek pemakanan sihat, selagi terdapat makanan, itu sudah memadai walau pemakanan tersebut tidak mengandungi apa-apa nutrisi.
Tekanan kos sara hidup serta faktor kewangan yang semakin terhimpit menyebabkan aspek pemakanan sihat diketepikan. Oleh itu, sejauh manakah pihak Kementerian Kesihatan memandang serius akan perkara tersebut? Apakah pelan jangka masa pendek dan panjang yang telah disediakan oleh kementerian bagi menangani isu tersebut? Mohon penjelasan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk membahasakan Bajet 2021 di peringkat Jawatankuasa bagi maksud Pembangunan dan Bekalan 42, Kementerian Kesihatan. Seperti apa yang sering dipetik dari pemikiran ahli falsafah John Rawls sesebuah masyarakat yang bersifat adil dan saksama adalah bagaimana masyarakat membela golongan yang terpinggir.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Begitu juga dengan sifat kerajaan, Sabah adalah negeri yang di antara termiskin. Bukan sahaja kekurangan infrastruktur tetapi pakar-pakar yang boleh menjamin kesihatan dan kesejahteraan masyarakat. Masalah kesihatan negeri Sabah
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
bukan sahaja COVID-19 yang berleluasa tetapi juga penyakit berjangkit yang lain.
Sebelum COVID-19 melanda, pada awal tahun ini negeri Sabah menemui semula jangkitan polio yang sudah lama terpupus di tanah air kita. Baharu-baharu ini sehingga 6 Disember 2020, kes denggi di Sabah tercatat sebanyak seramai 3,895 kes iaitu rekod yang tertinggi.
Malangnya saya mendapati peruntukkan untuk kawalan penyakit pada Butiran 030300 berkurangan. Terutamanya di bawah Kod 20000 – Perkhidmatan dan Bekalan.
Berkurangan sebanyak RM14.3 juta berbanding dengan tahun ini. Penyakit tidak menular ataupun non communicable diseases juga antara pembunuh utama dan masalah besar di Malaysia. Kerajaan perlu serius dan tegas menghapuskan penyakit berjangkit tersebut.
Untuk tujuan tersebut, kerajaan perlulah menambah kakitangan untuk menangani masalah-masalah kesihatan awam.
Untuk program Kesihatan Awam di Butiran 030000 hendaklah diperkasakan dan ditambah. Seterusnya Tuan Pengerusi, izinkan Tuaran untuk mengemukakan tiga soalan. Pertama, untuk tujuan pembangunan Kementerian Kesihatan terdapat 17 butiran anggaran perbelanjaan. Apa yang saya lihat Tuan Pengerusi ialah kesemua butiran anggaran perbelanjaan tersebut merupakan butiran stand alone. Tidak ada kaitan antara satu sama lain.
Pertanyaan Tuaran adalah di mana peruntukkan untuk makmal di dalam 17 butiran tersebut? Berapakah peruntukkan ditetapkan di bawah Butiran 00600 – Ubahsuai, Naik taraf dan Pembaikan ataupun Butiran 00904 – Pejabat dan Jabatan Kesihatan ataupun Butiran 00300 – Kemudahan Hospital.
Kedua, Tuaran juga ingin bertanya kenapa butiran anggaran perbelanjaan tersebut kelihatan berserabut dan tidak tersusun rapi mengikut bahagian seperti hospital, makmal kesihatan awam, kemudahan kuarters dan sebagainya.
Ketiga, Tuaran juga mendapati bahawa Butiran 01100 iaitu anggaran untuk peralatan dan kenderaan telah dimasukkan di dalam anggaran pembangunan. Bukankah ini pembekalan yang memerlukan perolehan? Bukankah ini sebenarnya perbelanjaan mengurus? Mengapa peningkatan sebanyak ‘1,900 peratus’ untuk kategori peralatan dan kenderaan dari RM31 juta ke RM589 juta? Daripada ini berapakah peruntukkan untuk negeri Sabah?
Tuan Pengerusi, Tuaran bangkitkan perkara ini dalam perbahasan kerana semasa dalam perbahasan peringkat dasar Yang Berhormat Menteri sendiri tidak jelas berkenaan dengan anggaran perbelanjaan yang telah diperuntukkan untuk menaik taraf makmal-makmal kesihatan di Sabah.
Contohnya Yang Berhormat Menteri ada menyatakan bahawa sejumlah RM1.6 juta telah diperuntukkan untuk menaik taraf makmal-makmal kesihatan dan perubatan di Sabah. Akan tetapi beliau sendiri keliru dan tidak jelas berapakah peruntukan yang diperlukan untuk memastikan agar Jabatan Kesihatan Sabah mempunyai keupayaan untuk mengendalikan uji kaji sampel COVID-19 melebihi sebanyak 7,000 sampel sehari.
Tuan Pengerusi, sebahagian daripada sampel ujian PCR pada ketika ini masih perlu dihantar ke Semenanjung dengan menggunakan pesawat TUDM. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, pernah kah kementerian membuat anggaran kos penghantaran sampel tersebut? Sedar kah Yang Berhormat Menteri bahawa kos penghantaran ini juga melibatkan duit rakyat? Tidak efisien dan mengambil masa yang lebih lama.
Apakah tidak berhemah baik kerajaan untuk mempertingkatkan lagi kapasiti uji kaji di Sabah itu dan menaik taraf makmal-makmal yang ada di Sabah. Ini tentunya boleh mengurangkan perbelanjaan, mempercepatkan proses untuk mendapatkan keputusan ujian dan meningkatkan keberkesanan intervensi kesihatan awam yang berlandaskan keputusan ujian yang tepat pada masanya.
Oleh sebab itulah Tuan Pengerusi, saya telah menghantar notis usul agar cadangan untuk menghidupkan balik Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan diperuntukkan sebanyak RM85 juta untuk tujuan ini dimasukkan Kementerian Kesihatan khususnya untuk menaik taraf makmal-makmal kesihatan di Sabah. Namun, usul penguntukan semula itu telah ditolak oleh Tuan Yang di-Pertua dalam Kamar...
[Tidak jelas] Seterusnya, bagi Butiran 09000 – Pelancongan Kesihatan. Saya minta Yang Berhormat Menteri kesihatan menjelaskan apakah tujuan RM15 juta yang telah diperuntukkan untuk tujuan ini? Semasa tempoh pandemik ini, lebih wajar untuk kita memberi peruntukkan untuk menjaga kebajikan rakyat Malaysia. Bukan untuk membuka hospital swasta untuk pesakit di luar negara Malaysia. Kos untuk Malaysian Healthcare
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Travel Council boleh dibiayai oleh hospital-hospital swasta di Malaysia yang sejujurnya mempunyai insentif dan dorongan untuk membiayai MSTC ini. Peruntukkan RM15 juta ini juga boleh disalurkan ke makmal di negeri Sabah khususnya dan untuk Kementerian Kesihatan secara amnya. Sekian dan terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Kota Samarahan.
Puan Rubiah binti Wang - Kota Samarahan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada frontliners kesihatan yang begitu komited dalam menangani pandemik COVID-19.
Saya terus kepada Butiran 00904 – Pejabat dan Jabatan Kesihatan. Di daerah Samarahan, Klinik Kesihatan Kota Samarahan dan Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan berada di blok bangunan yang sama yang mempunyai keluasan kira-kira seluas 0.56 ekar. Berdasarkan tinjauan dan komen masyarakat dan media sosial, hampir setiap hari keadaan Klinik Kota Samarahan sangat sesak sehingga pihak klinik terpaksa mengatur jadual-jadual pesakit mengikut temu janji bagi memastikan bahawa pesakit tidak bersesak-sesak dan terpaksa menunggu lama. Seorang pesakit terpaksa menunggu sehingga lima jam sebelum tiba giliran bagi menerima rawatan.
Saya percaya perkara ini boleh diatasi sekiranya blok bangunan Klinik Kesihatan Kota Samarahan digunakan sepenuhnya untuk tujuan rawatan dan konsultasi perubatan. Manakala bahagian pentadbiran PKD dan PKB Bahagian Samarahan perlu diletakkan di blok bangunan lain. Sehubungan itu, saya mencadangkan agar pihak kementerian supaya membina blok bangunan tambahan baharu di kawasan Klinik Kota Samarahan. Masih ada mempunyai ruang supaya kesesakan pesakit dari daerah Samarahan yang berpopulasi seramai kira-kira seramai 100,000 penduduk yang bergantung harap pada perkhidmatan Klinik Kesihatan di Kota Samarahan.
Tuan Pengerusi, seterusnya saya merujuk kepada Butiran 022000 – Pengimejan Diagnostik. Pada 22 November 2017, saya pernah membawa ke perhatian Dewan yang mulia ini berkenaan usaha mewujudkan perkhidmatan x-ray di Klinik Kesihatan Asajaya. Ketika itu saya dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Menteri Kesihatan telah memberi kelulusan peruntukkan bagi membawa perkhidmatan x-ray di Daerah Asajaya.
Namun sehingga kini perkhidmatan x-ray di Klinik Kesihatan Asajaya menjadi tanda tanya dan belum lagi diwujudkan. Keperluan perkhidmatan x-ray ini bukan sahaja untuk pengesanan segera, punca-punca penyakit ataupun seumpamanya. Namun ia diperlukan oleh bakal-bakal siswazah yang bakal melanjutkan pengajian ke universiti dan mereka yang bakal menerima perkhidmatan di sektor awam mahupun swasta. Oleh itu, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan perkara ini.
Tuan Pengerusi, seterusnya saya merujuk Butiran 021500 – Nefrologi. Untuk makluman, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak merekodkan seramai 3,317 pesakit buah pinggang di negeri Sarawak pada tahun 2019. Saya juga dimaklumkan bahawa seramai 1,183 orang pesakit menjalani hemodialisis di pusat rawatan kerajaan, seramai 702 orang di pusat rawatan swasta dan 1,035 orang di pusat rawatan yang dikendalikan oleh badan-badan kerajaan, NGO.
Saya menjangkakan hampir separuh pesakit buah pinggang di Sarawak akan mengalami kesulitan. Ini kerana sejak tahun lalu dilaporkan bahawa beberapa pusat dialisis yang dikendalikan NGO dan Swasta khususnya di daerah Serian, Samarahan dan Kuching sudah tidak beroperasi. Hal ini sudah tentu akan lebih merosot sejak tercetusnya pandemik COVID-19 pada bulan Mac 2020 yang lalu. Sehubungan dengan itu, saya mohon pertimbangan daripada pihak kementerian supaya pusat hemodialisis turut diadakan di Klinik Samarahan dan juga di Asajaya.
Puan Rubiah binti Wang - Kota Samarahan
Tuan Pengerusi, saya terus kepada Butiran 020000 – Perubatan. Bilangan penjawat pada tahun hadapan dianggarkan seramai 153,642 orang berbanding pada tahun ini seramai 153,412 orang dengan pertambahan sebanyak 230 orang untuk perkhidmatan perubatan. Walaupun belanjawan untuk butiran ini menyusut sebanyak RM2.90 bilion, tetapi saya percaya bahawa komitmen kerajaan untuk sektor kesihatan tinggi menerusi usaha mewujudkan beberapa dana khas bagi menghadapi COVID-19 dalam tahun ini.
Sehubungan itu, saya mohon agar pihak kementerian mempertimbangkan supaya doktor, jururawat dan petugas-petugas kesihatan khususnya yang berkhidmat dengan penuh komitmen bagi memerangi COVID-19 yang kini berkhidmat secara kontrak agar diserapkan masuk ke perkhidmatan awam dengan lantikan secara tetap.
Difahamkan kini terdapat 3,899 petugas kesihatan ambilan baharu berkhidmat secara kontrak tidak termasuk petugas-petugas yang dilantik sejak sebelum berlakunya pandemik COVID-19. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Jerlun.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan Pengerusi, saya turut membahaskan peringkat Jawatankuasa Kementerian Kesihatan bermula dengan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua kakitangan pasukan barisan hadapan yang telah mendedahkan diri mereka kepada penyakit COVID-19 dan penyakit-penyakit lain sewaktu menangani krisis ini.
Saya lihat bahawa bajet ini sebenarnya bukannya sebuah bajet COVID-19 dan sememangnya mereka yang terdedah kepada jangkitan di hospital-hospital khususnya, perlu kita lindungi. Kita perlu selamatkan pasukan penyelamat kita. Akan tetapi, bajet ini tidak banyak membantu. Walaupun jumlah naik dari segi keseluruhannya tetapi peruntukan untuk bekalan penyakit-penyakit lain pula kita nampak dikurangkan.
Butiran 020000 – Perubatan. Kalau kita lihat senarai program-program dan aktiviti dalam bekalan perubatan ini, jelas sekali bahawa jumlahnya menurun dengan begitu mendadak sekali. Antara lain, sebagai contoh, ialah Butiran 021900 – Radioterapi dan Onkologi menurun daripada RM328 juta kepada RM136 juta. Butiran 022200 – Farmasi dan Bekalan menurun dengan begitu mendadak daripada RM1.9 bilion kepada RM512 juta. Butiran 022400 – Kardiotorasik menurun dua per tiga daripada RM180 juta kepada RM60 juta. Jadi ini saya lihat sebagai membimbangkan. Saya sebut dalam perbahasan peringkat dasar hari itu bahawa walaupun kita mengalami masalah ataupun krisis COVID, ia tidak bermaksud penyakit-penyakit lain tiba-tiba hilang begitu sahaja.
Saya juga lihat bahawa peruntukan untuk Butiran 022700 – Psikiatri dan Kesihatan Mental. Seperti mana yang disebut dalam Aktiviti 27, jumlahnya menurun sedikit tetapi saya kira inilah antara peruntukan yang sepatutnya diberi tumpuan dan ditingkatkan lagi. Ini kerana dalam mengalami krisis COVID ini, kita dapati ramai rakyat kita yang menghadapi keadaan kemurungan dan sebagainya dan mereka memerlukan bantuan kesihatan mental. Saya mengesyorkan supaya peruntukan ini ditingkatkan.
Selain daripada itu, kita lihat juga di bawah kesihatan awam...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Jerlun.
Cuma sedikit sahaja. Menarik perhatian kepada peruntukan respiratori iaitu dikurangkan daripada RM38 juta ke RM34 juta. Mohon pandangan Yang Berhormat Jerlun. Masa COVID ini, ramai yang juga akan mengalami masalah respiratori.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Tolong masukkan dalam ucapan saya. Memang benar, kita dapati laporan-laporan yang menyentuh mengenai kesan-kesan yang berpanjangan kepada pesakit-pesakit COVID dan mendapati bahawa walaupun mereka tidak lagi bergejala, tetapi kesan kepada respiratori sebenarnya panjang.
Saya ingin sentuh mengenai Butiran 030000 – Kesihatan Awam iaitu penurunan daripada RM5.6 bilion kepada RM4.9 bilion, khususnya dalam soal Farmasi dan Bekalan Kesihatan Awam yang menurun secara mendadak di Butiran 030500 yang berjumlah RM1.1 bilion kepada RM284 juta. Apa sebabnya ini berlaku?
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Seterusnya, Tuan Pengerusi, Butiran 060000 – Penyelidikan dan Sokongan Teknikal. Saya ingin mengesyorkan bahawa peruntukan ditambahkan, kalau boleh berlipat ganda, kepada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Dahulu IMR ini merupakan satu institusi penyelidikan yang unggul di ASEAN ini. Merekalah yang mendapati ataupun membuat kajian terhadap semua jenis penyakit tropikal dan sekarang ini mereka memerlukan bantuan yang sebanyak mungkin.
Saya ingin bertanya mengenai Butiran 990000 – Komitmen Kewangan iaitu RM1.4 bilion. Apakah tujuan Konsesi Penswastaan Makmal Ubat dan Stor? Minta perincian mengenai peruntukan ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Bukit Gantang.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Bismillahi Rahmani Rahim. Innalhamdalillah. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Salam sejahtera.
Pertamanya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua frontliner KKM khususnya di Parlimen Bukit Gantang yang sentiasa memberikan kerjasama sebaiknya bersama-sama dengan NGO dan sukarelawan Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang dalam menangani pandemik COVID-19 ini.
Saya terus ke Butiran 080900 – Perolehan Aset Harta Modal Kenderaan di bawah Maksud Bekalan 42 dan dibaca bersekali dengan Butiran Projek 01200 – Projek Public Private Partnership (PPP) di bawah Maksud Pembangunan 42 yang mana saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai perolehan dan penyelenggaraan peralatan perubatan di lebih 1,000 klinik kerajaan di bawah projek Medical Equipment Enhancement Tenure (MEET) yang dilaksanakan pada tahun 2014.
Cuma, pelaksanaan ini hanya berjalan di beberapa negeri di Pantai Barat seperti Perak, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Akan tetapi, bagi negeri-negeri Pantai Timur, Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan juga Perlis, masih belum dilaksanakan menyebabkan berlakunya double standard perolehan di peringkat pusat-pusat kesihatan menyebabkan ada yang kekurangan peralatan yang patutnya mereka dapat.
Pertanyaan saya. Mengapakah ia tidak dilaksanakan sepenuhnya kesemua klinik kesihatan di seluruh negara? Padahal syarikatnya telah pun dikenal pasti. Sejauh manakah jaminan serta perancangan semasa bagi pihak kementerian dalam memastikan peralatan perubatan di klinik kerajaan di seluruh negara khususnya di kawasan luar bandar diselenggara dengan baik dan dapat digunakan sepenuhnya di bawah projek MEET ini?
Saya juga turut ingin mendapatkan penjelasan mengenai kadar penilaian prestasi kontraktor yang terlibat dalam program MEET sebelum ini dan sejauh manakah aktiviti penyelenggaraan yang dijalankan oleh kontraktor telah mengikut kekerapan dan jadual yang telah ditetapkan.
Seterusnya bagi Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar di bawah Maksud Pembangunan 42dengan peningkatan sebanyak RM14.709 juta berbanding peruntukan bagi tahun 2020.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Ini merupakan satu langkah yang baik dari pihak kementerian untuk terus memperkasakan perkhidmatan kesihatan di kawasan luar bandar, melalui klinik-klinik desa dan klinik kesihatan di saat kita masih lagi bergelumang dengan pandemik COVID- 19. Dengan mengukur tahap kegentingan kita dalam mengekang penularan wabak COVID-19 ini, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai sejauh manakah perancangan pihak kementerian untuk menambah baik keuzuran fasiliti klinik-klinik desa di seluruh negara? Berapakah jumlah atau berapa bilangan klinik desa serta klinik kesihatan yang bakal ditambah baik bagi tahun 2021 menerusi peruntukan ini?
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Sejauh manakah juga pihak kementerian berhasrat untuk menyediakan lebih banyak klinik kesihatan di kawasan luar bandar khususnya di Parlimen Bukit Gantang dan di negeri Perak bagi tujuan penyaringan pensampelan COVID-19 secara bersasar bagi memudahkan masyarakat luar bandar untuk menjalani swab test sekiranya diperlukan? Terima kasih.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan
Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, sekarang saya jemput Yang Berhormat Papar.
Seorang Ahli
Yang Berhormat Papar, tiada.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Papar tidak ada. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Saya bagi pihak Parlimen Hang Tuah Jaya merakamkan rasa kesal terhadap peruntukan yang telah dikurangkan secara drastik dalam Belanjawan Kementerian Kesihatan, tahun depan. Memandangkan terdapat lapan program ataupun aktiviti dalam Perbelanjaan Mengurus di mana peruntukan tersebut dikurangkan dengan agak signifikan. Misalnya, seperti mana yang disebutkan tadi, bagi Butiran 021500 – Nefrologi.
Pada tahun 2020 adalah sebanyak RM252 juta yang dikurangkan kepada RM56 juta bagi tahun 2021. Manakala Program Farmasi dan Bekalan, Butiran 022200 – Tahun 2020, sebanyak RM1.9 bilion dikurangkan kepada RM512 juta bagi tahun 2021. Bagi Program Kardiotorasik Butiran 022400 tahun 2020, sebanyak RM180 juta dikurangkan tahun 2021 sebanyak hanya RM60 juta. Manakala, Radioterapi dan Onkologi Butiran 021900 tahun 2021, sebanyak RM328 juta dikurangkan pada tahun hadapan sebanyak RM136 juta. Selain itu juga, Program Perubatan Am Butiran 020500 dikurangkan kepada RM1.4 bilion berbanding sebelum ini sebanyak RM1.7 bilion.
Bagi Anestesiologi dan Rawatan Rapi, Butiran 021000 dikurangkan kepada RM449 juta daripada RM499 juta. Perubatan Respiratori, Butiran 022600 juga dikurangkan daripada RM38 juta kepada RM34 juta serta Program Sekretari dan Kesihatan Mental, Butiran 022700 dikurangkan sebanyak RM344 juta kepada hanya RM313 juta.
Kita semua sedia maklum bagi berhadapan dengan pandemik COVID-19 ini, kita memerlukan suntikan dana yang mencukupi untuk memastikan program yang saya sebutkan di atas tadi dapat dijalankan, dapat dirawat dengan baik. Sebagai contoh, statistik Kementerian Kesihatan, pada tahun 2016 menunjukkan lebih 40,000 kes baharu dikesan berkaitan masalah kardiovaskular. Ini di mana, setiap tahun 4,000 kes dikenal pasti menghidap penyakit jantung.
Untuk makluman kementerian, seperti mana Yang Berhormat Menteri juga sedia maklum, perkara ini memerlukan sekurang-kurangnya 160 orang pakar bedah kardiotorasik. Sekarang ini kita hanya ada 57 orang pakar bedah kardiotorasik. Nisbah seorang pakar bedah untuk 500,000 orang penduduk yang pada saya amat mengesankan buat kita rakyat Malaysia. Begitu juga dengan Nefrologi mengikut Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan, mereka menjangkakan menjelang tahun 2040 akan ada 106,000 orang pesakit buah pinggang dan kita kurangkan peruntukan sebanyak 77 peratus. Di mana rasional Yang Berhormat Menteri? Begitu juga bagi Sekretari dan Kesihatan Mental seperti yang dibangkitkan ramai ahli wakil rakyat.
Dilaporkan oleh pihak polis, sebanyak 266 kes bunuh diri yang dilaporkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 30 Oktober yang lalu, dan kita kurangkan perbelanjaan ini.
Jadi, saya ingin tanya kementerian, apakah nasional yang cuba ditunjukkan dari segi pengurangan belanjawan ini?
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Perkara seterusnya, Tuan Pengerusi, ialah berkaitan dengan Butiran 080300 – Sumbangan Kepada Badan-badan Lain. Saya ingin tanya kerana di situ kod yang ditulis adalah bayaran tetap. Jadi, apakah bayaran yang dibuat kepada badan-badan lain ini?
Ini kerana berlaku peningkatan daripada RM55 juta kepada RM72 juta? Jadi, apakah bayaran tetap yang dikenakan?
Seterusnya, bagi Butiran 00400 – Hospital Baru yang diperuntukkan sebanyak RM366 juta. Kita mengambil baik peruntukan ini, saya ingin tanya secara khusus perkembangan Hospital Wanita dan Kanak-kanak di negeri Melaka yang telah pun diumumkan, apakah perkembangan, apakah termasuk dalam peruntukan ini? Apakah senarai kalau boleh diberikan secara bertulis, program-program projek naik taraf Hospital Melaka yang kita tahu, Yang Berhormat Menteri pun tahu, telah lama, perlu ada naik taraf, apakah ada peruntukan disediakan dalam bajet pada tahun hadapan?
Perkara yang seterusnya ialah sumbangan ataupun belanjawan untuk ICT, Butiran 00800. Daripada RM30 juta kepada RM62 juta, 100 peratus peningkatan.
Apakah di sana terdapat perancangan yang terperinci dari segi aspek digitalisasi dalam sektor kesihatan ini? Apakah program yang telah pun di rancang dan sebagainya?
Terakhir yang ingin saya tanya kepada Yang Berhormat Menteri, adalah berkaitan dengan Butiran 08600 – Perkhidmatan Sokongan Klinik. Dulu, RM137 juta dalam bajet ini kosong. Apakah langsung tidak ada lagi perkhidmatan sokongan klinik untuk rakyat Malaysia pada tahun hadapan?
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Libaran.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan peluang kepada saya untuk membahas Belanjawan 2021 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Kesihatan. Saya terus merujuk kepada Butiran 08110 – Malaysia HealthcareTravel Council (MHTC). Kita sedia maklum, bahawa sektor pelancongan kesihatan Malaysia adalah bertaraf dunia dan berdasarkan rekod pada tahun 2019, sektor ini telah mengaut keuntungan sebanyak RM1.7 bilion. Saya ucapkan syabas kerana Malaysia sekali lagi merangkul Anugerah Pelancongan Kesihatan dan Perubatan Destinasi Terbaik. Akan tetapi hakikatnya, ancaman wabak COVID-19 telah memberikan impak besar terhadap pelancongan kesihatan sehingga susut 70 peratus tahun ini.
Namun, sektor ini kini berada dalam pasca pemulihan. Kita difahamkan selepas kerajaan membenarkan pintu sempadan dibuka bagi tujuan ini, mulai 1 Julai. Semasa pembentangan Belanjawan 2021 oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, sebanyak RM35 juta diperuntukkan untuk industri pelancongan kesihatan. Namun, daripada Butiran 081100 didapati hanya RM20 juta diperuntukkan. Justeru, minta Menteri memberikan penjelasan dengan pengurangan RM15 juta ini?
Seterusnya, bagi Butiran 030000 – Kesihatan Awam. Kita tahu bahawa sejumlah besar belanjawan bagi maksud kesihatan diperuntukkan bagi vaksin serta perbelanjaan COVID-19, bayaran secara one-off kepada frontliners dan pelepasan cukai perbelanjaan perubatan. Namun, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya mempertimbangkan lagi untuk memberikan peruntukan kepada pesakit-pesakit hospital awam untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta memandangkan hospital awam telah dijadikan pusat rawatan kes COVID-19, sementara rawatan bagi mereka yang bukan COVID-19, ditangguhkan kerana wabak Corona Virus.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Bagi Butiran 20000 – Perkhidmatan dan Bekalan. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada kementerian kerana memberikan peruntukan untuk menaik taraf bangunan lama yang dibina iaitu bangunan lama Hospital Duchess of Kent, Sandakan yang dibina pada tahun 1951 semasa pemerintahan British di Borneo Utara. Sekali lagi saya maklumkan Dewan yang mulia ini, pada bulan September yang lalu, saya telah mengiringi Yang Berhormat Timbalan
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Menteri Kesihatan ke hospital tersebut dan Pengarah juga telah memberi taklimat yang terperinci kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Selain daripada itu, keperluan di kawasan ini amat memerlukan bahawa sebuah klinik akan dicadangkan untuk dibina di kawasan PPR Batu Putih kawasan Parlimen Libaran. Ini memandangkan bahawa kawasan ini begitu ramai yang diduduki dan rakyat memerlukan supaya sebuah klinik diberi atau dibina di kawasan ini demi kesejahteraan dan demi kepentingan rakyat di kawasan ini. Sekian Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Papar.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mulakan dengan bersekali Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar, Butiran 00300 – Kemudahan Hospital.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, selain mengamalkan minum air suam sebagai amalan kesihatan kendiri yang baik, [Tepuk] perkhidmatan kesihatan awam juga wajar diberikan keutamaan oleh pemerintah lebih-lebih lagi dalam keadaan negara kita berhadapan dengan bencana COVID-19.
Di Parlimen Papar, terdapat sebuah hospital awam yang menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk pesakit luar dan dalam dengan hanya dilengkapi kurang daripada sejumlah 100 buah katil. Sebagai wakil rakyat Papar, saya tidak rasa Hospital Papar mampu menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkelas ‘A’ kepada rakyat Papar terutamanya perkhidmatan pemeriksaan kesihatan serta perubatan.
Memandangkan belanjawan bagi Kementerian Kesihatan Malaysia tidak langsung mengandungi peruntukan khas untuk negeri Sabah, saya minta penjelasan
Yang Berhormat Menteri berkenaan lima perkara berikut
Pertama, apakah aspek-aspek yang akan diberikan tumpuan oleh kerajaan bagi mewujudkan penambahbaikan perkhidmatan kesihatan di Hospital Papar yang buat masa ini tidak langsung mempunyai perkhidmatan pemeriksaan dan rawatan dan pergigian yang merupakan perkhidmatan penting khususnya buat anak-anak kecil dan warga emas yang merupakan golongan tumpuan dalam dental key services.
Kedua, daripada sejumlah 24 buah hospital awam di negeri Sabah, berapa buahkah hospital yang akan diberi fokus oleh kerajaan bagi tujuan penaiktarafan fasiliti- fasiliti hospital? Berapakah anggaran penyediaan peruntukan dan apakah aspek penaiktarafan yang difikirkan terbaik untuk Hospital Papar yang sedia ada pada tahun 2021? Saya juga ingin bertanya tentang status Hospital Papar yang sedang dibina.
Daripada pengamatan saya, status pembinaan hospital ini amat lambat dan sangat merugikan rakyat. Kalau perlu, tukarlah kontraktor yang tidak mampu membuat kerja dengan baik dan mengikut jadual.
Ketiga, daripada empat buah klinik kesihatan KKM di Papar, adakah kementerian bercadang untuk mewujudkan sebuah specialist clinic bagi perkhidmatan pemeriksaan jantung dan buah pinggang memandangkan rakyat dari kawasan-kawasan kampung berhadapan dengan masalah logistik untuk bergerak ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu ataupun Hospital Beaufort hanya semata-mata untuk melakukan pemeriksaan jantung dan hemodialisis. Hospital Papar bukanlah sebuah specialist hospital untuk makluman Yang Berhormat Menteri.
Keempat, bagaimanakah kementerian dapat memastikan bekalan ubat-ubatan di farmasi Hospital Papar serta empat buah klinik kesihatan awam di Papar benar-benar cukup setiap bulan mengikut jenis rawatan pesakit? Apakah bentuk penyelesaian daripada kementerian terhadap masalah insufficient medical supplies yang selama ini merupakan masalah serius yang sering dihadapi oleh klinik-klinik kesihatan luar bandar di seluruh negeri Sabah?
Kelima, sebagai cadangan dan saranan berikutan kenaikan kes demam denggi di negeri Sabah, saya minta Yang Berhormat Menteri dapat menyediakan peruntukan khas untuk penyediaan wad-wad khas bagi pesakit-pesakit demam denggi yang dirawat di Hospital Papar. Dengan itu, saya menggesa agar jumlah katil di Hospital Papar dapat ditambah dengan beberapa ubahsuai dilakukan bagi tujuan penambahan wad-wad baharu, khususnya wad-wad tertentu yang menerima jumlah pesakit yang ramai dalam satu-satu masa lebih-lebih lagi pesakit daripada kalangan warga emas dan kanak-kanak.
Yang Berhormat Menteri berkenaan lima perkara berikut
Aspek pembangunan ini wajar dititikberatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia memandangkan Kerajaan Negeri Sabah pimpinan Datuk Hajiji Noor tidak mempunyai kementerian khas yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kesihatan negeri.
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Papar, mencelah sedikit boleh Yang Berhormat Papar?
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Terakhir, Butiran 010200 – Sumber Manusia...
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Yang Berhormat Papar, sedikit.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Bulan Oktober lalu, Yang Berhormat Menteri menyatakan seramai 150 orang pegawai perubatan kontrak akan diserap menjadi...
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Yang Berhormat Papar, kawan, kawan dari Kimanis.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Pegawai lantikan tetap untuk negeri Sarawak.
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Boleh?
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Dalam keadaan hari ini, yang mana negeri Sabah memerlukan tumpuan daripada aspek human resources dalam perkhidmatan kesihatan. Penempatan pegawai kesihatan di hospital-hospital kritikal di Sabah amat penting bagi...
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Yang Berhormat Papar, sebelum tutup. Sedikit Yang Berhormat Papar.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Memastikan setiap pesakit khususnya pesakit...
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Pencelahan.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
COVID-19 dapat diberikan focus treatment seperti kebanyakan hospital-hospital di Semenanjung.
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Penting, penting. Tumpang, tumpang, tumpang ruang.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Oleh itu soalan saya...
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Papar, masa sudah habis dah. Minta rumuskan.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Berapakah jumlah pegawai kesihatan lantikan kontrak di hospital-hospital awam di negeri Sabah yang akan diberi perjawatan tetap pada tahun 2021? Apakah alasan kementerian pelantikan tetap tidak boleh diberikan secara automatik kepada pegawai-pegawai kesihatan lantikan kontrak yang terlibat secara langsung dalam perkhidmatan rawatan COVID-19 pasca pilihan raya negeri Sabah? Sekian Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Papar.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Tuan Pengerusi, saya hendak minta penjelasan sedikit. Tuan Pengerusi, saya hendak minta penjelasan, kenapakah Menteri Kesihatan tidak ada di dalam Parlimen semasa perbahasan bajet melawan COVID-19 untuk Kementerian Kesihatan? Saya rasa Tuan Pengerusi perlu menyarankan kepada semua Yang Berhormat Menteri kerana sekarang ini di luar, situasi luar biasa. Banyak program telah pun dibatalkan. Saya rasa tidak ada program yang lebih penting ataupun mesyuarat yang lebih penting daripada perbincangan di dalam Dewan Rakyat untuk para Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih Yang Berhormat Segambut. Kementerian diwakili oleh Timbalan...
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tuan Pengerusi, Timbalan Menteri yang akan menjawab.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, yang akan menjawabnya adalah Yang Berhormat Timbalannya. Baik, sekarang saya jemput Yang Berhormat Beaufort. Sebelum Yang Berhormat Beaufort berucap, saya hendak memaklumkan, Yang Berhormat Menteri atau Yang Berhormat Timbalan Menteri akan menjawab pada pukul 12.30 tengah hari. Silakan Yang Berhormat Beaufort.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Tuan Pengerusi, saya tahu...
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Tuan Pengerusi, boleh tambah sedikit masa?
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Tuan Pengerusi, saya tahu Yang Berhormat Timbalan Menteri akan menjawab, tetapi persoalannya mana Yang Berhormat Menteri Kesihatan?
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Jangan ambil masa saya ya.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Tuan Pengerusi tidak tahu di mana Yang Berhormat Menteri Kesihatan?
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya tidak boleh jawab sekarang. Dia tidak ada dalam Dewan.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Okey, tolong berikan jawapan bertulis.
Terima kasih.
Beberapa ahli
[Ketawa]
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Tuan Pengerusi, saya ingin memohon...
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Tuan Pengerusi.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Tuan Pengerusi, jika boleh saya mohon masa dipanjangkan sebab kesihatan ini sangat penting.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya sudah beri dah.
Doublethetime.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Banyak yang kena hendak bahas.
banyak isu yang saya hendak bawa.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tuan Pengerusi.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Tuan Pengerusi, sila beri pertimbangan. Terima kasih.
Seorang Ahli
Kita tunggu Yang Berhormat Menteri balik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ramai yang menunggu.
Ramai yang menunggu untuk berbahas. So,tolong panjangkan masa.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri ada di dalam kawasan Parlimen. Yang Berhormat Menteri ada di pejabat.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya panjangkan, double the time. Saya rasa Yang Berhormat Beaufort.
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Tuan Pengerusi, terima kasih...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kenapa ada di pejabat?
Datang ke Dewan Rakyat.
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Stop the time, stop the time.
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Sudahlah, dia ikuti sidang jugalah Yang Berhormat Jelutong.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya tidak benarkan celahan- celahan. Saya minta Yang Berhormat Beaufort teruskan dengan lima minit.
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Pertamanya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan kesihatan yang bertungkus-lumus dan komited dalam menjalankan tugas pada masa pandemik ini. Khususnya kepada mereka yang datang dari Semenanjung membantu kami di Sabah dalam gelombang yang ketiga ini dan seluruh penjawat dan juga petugas kesihatan di negeri Sabah. Kami sayang kamu.
[Menunjukkan simbol hati menggunakan tangan]
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Justeru itu, saya ingin mengambil kesempatan ini terus merujuk kepada Butiran 00300 – Kemudahan Hospital, Butiran 01100 – Peralatan dan Kenderaan. Ingin saya menyatakan di sini bahawa khusus untuk Hospital Beaufort yang sekarang ini sedang dinaikkan taraf untuk menjadi hospital minor pakar yang dijangka akan siap pada pertengahan 2021.
Saya ingin memohon supaya keperluan peralatan perubatan dan bukan perubatan untuk Pusat ICU di Hospital Beaufort ini dapat diberikan pertimbangan.
Perbelanjaannya hanyalah anggaran pada RM4.9 juta sahaja, sedikit tetapi amat diperlukan untuk rakyat, bukan sahaja di daerah Beaufort tetapi juga untuk daerah- daerah yang berdekatan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Papar tadi, mereka pun datang ke Hospital Beaufort juga.
Seterusnya, untuk Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar. Saya memohon supaya stesen pengambilan sampel, dan decontamination untuk bersihkan diri untuk semua petugas setelah selesai mengambil sampel penyakit berjangkit seperti COVID-19 dan lain-lain penyakit yang berjangkit supaya para petugas yang balik ke rumah masing-masing dalam keadaan yang bersih. Stesen ini mestilah dilengkapkan dengan pembersih, pencuci dan juga pengering pakaian yang diperlukan di Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang dan juga di lain-lain daerah di negeri Sabah dan juga di seluruh negara kita Malaysia. Ini adalah untuk kebaikan para petugas kita yang bekerja bertungkus-lumus untuk membantu kita di luar sana.
Saya juga ingin meminta supaya beberapa perkara diberi pertimbangan iaitu klinik-klinik desa di daerah Beaufort di Kampung Bia, di Daerah Kuala Penyu, di Kelugus dan juga di Batu Linting, di Kuala Penyu untuk dibina bersama dengan tempat tinggal untuk petugasnya. Saya juga meminta supaya sebuah kompleks kesihatan di Bandar Baru Selagon, Beaufort untuk dibina bagi menggantikan pejabat yang sedia ada yang terdedah kepada masalah banjir. Tapak untuk kompleks kesihatan di Bandar Baru Selagon ini telah pun tersedia.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan bahawa kita sekarang menghadapi masalah di Hospital Beaufort di Unit Hemodialisis. Hospital Beaufort ini terdapat 102 orang pesakit yang terpaksa setiap hari untuk datang ke sana tetapi unit ini sudah tidak mencukupi, terlalu sempit dan kecil. Kita hendak menambah mesin pun tidak ada tempat, terpaksa seramai 12 orang daripada pesakit ini dihantar keluar daerah, ke Kota Kinabalu tempatnya agak jauh dan ini akan memudaratkan pesakit sambil juga menambah perbelanjaan mereka.
Oleh itu, saya memohon supaya diberikan peruntukan untuk kita menaik taraf lagi unit ini untuk memastikan kita dapat menampung semua pesakit ini, termasuk dalam Butiran 00600 – Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan...
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Yang Berhormat Beaufort, sedikit boleh Beaufort?
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Ini adalah amat diperlukan oleh pesakit di daerah Beaufort dan di daerah-daerah yang berdekatan. Sehingga kini...
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Sedikit Yang Berhormat Beaufort.
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
...Kita menghadapi masalah untuk terpaksa menghantar mereka ke lain daerah. Butiran...
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Sedikit Yang Berhormat Beaufort, boleh sedikit?
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Butiran 00400 – Hospital Baru...
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Yang Berhormat Beaufort, sedikit, sedikit.
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Alamak! Sikit masa.
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Sikit, sikit, sekejap sahaja. Okey, terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Oleh sebab Kimanis sebahagian daripada- Kimanis ini daerah Papar dan sebahagian lagi Kimanis ini daerah Beaufort. Tadi saya minta ruang Yang Berhormat Papar, dia tidak bagi tetapi saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Beaufort kerana bagi.
Saya tidak punya ruang untuk bercakap dalam Jawatankuasa Kesihatan. Cuma saya ingin menyelitkan concern rakyat Kimanis tentang klinik kesihatan di Bongawan juga harus dinaiktarafkan. Sudah lama wujud tetapi tidak mempunyai kuarters para pegawai dan juga doktor yang bertugas. Jadi, saya minta juga diselitkan permintaan untuk buat naik taraf untuk membina kuarters. Terima kasih.
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Masukkan dalam hujah-hujah saya.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta Yang Berhormat Beaufort rumuskan.
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Akhirnya Tuan Pengerusi ialah hospital baru. Kita lihat apabila berlakunya COVID-19 ini, walaupun di Kota Kinabalu itu Hospital Queen Elizabeth I, Hospital Queen Elizabeth II dan satu lagi Hospital Kanak- kanak dan Wanita, namun dalam keadaan COVID-19 baru-baru yang melanda ini kita dapati bahawa keperluan untuk hospital itu adalah perlu untuk ditambah lagi untuk kawasan kita di Kota Kinabalu yang melibatkan daerah Kota Kinabalu, daerah Penampang dan juga daerah Putatan yang mempunyai hampir sejuta penduduknya.
Jadi oleh sebab itu, saya mohon supaya kementerian mempertimbangkan membina sebuah lagi hospital untuk daerah Kota Kinabalu ini, mungkin boleh diletakkan di Putatan bagi menampung ramai lagi keperluan rakyat kita. Oleh sebab semasa COVID-19 itu, terpaksalah ramai pesakit-pesakit yang lain ditahan dahulu, ditangguhkan dahulu supaya kita dapat mengatasi masalah COVID-19. Terima kasih banyak-banyak.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Sarikei.
Tuan Wong Ling Biu - Sarikei
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 010000 - Pengurusan, Butiran 020000 - Perubatan, Butiran 030000 – Kesihatan Awam.
Pertama sekali, dengan hormatnya saya ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan barisan hadapan, terutama kepada para doktor dan jururawat yang mengenakan PPE yang lengkap semasa bertugas semenjak COVID-19 melanda negara kita. Saya sendiri juga telah melalui pengalaman ini, di mana saya telah dimasukkan ke Hospital Sibu selama 79 hari, termasuk selama 42 hari saya berada dalam keadaan koma.
Tuan Pengerusi, berdasarkan laporan, negara kita akan membeli vaksin Pfizer sebanyak RM12.8 juta dan akan diedarkan pada suku pertama tahun 2021. Soalan saya kali ini adalah, adakah vaksin tersebut telah diuji di kawasan beriklim tropika seperti di Malaysia? Saya difahamkan bahawa vaksin tersebut perlu disimpan di bawah suhu negatif 70 darjah celsius dan kita perlu menyediakan alat penyejuk beku yang khusus untuk menyimpan vaksin tersebut.
Adakah kita sudah mempunyai fasiliti tersebut? Adakah pengamal perubatan dan kesihatan kita sudah bersedia untuk berhadapan dengan kesan sampingan vaksin tersebut? Adakah kita mempunyai kepakaran dan ilmu mengenai kesan sampingan vaksin tersebut serta lain-lain kesan akan datang? Sebagai contoh, masalah mungkin akan berlaku sewaktu membuat penghantaran dan penyimpanan vaksin tersebut sama ada bagi hospital atau klinik di Sarikei yang sedia maklum ia merupakan sebuah bandar kecil dan banyak kawasan pedalaman.
Tuan Wong Ling Biu - Sarikei
Tuan Pengerusi, sebelum saya disahkan positif COVID-19, saya berkesempatan berjumpa dengan doktor di Sarikei dan doktor tersebut telah memberitahu bahawa saya hanya mengalami demam biasa sahaja. Seminggu kemudian, saya masih merasa curiga dengan keadaan kesihatan saya dan mengambil keputusan untuk pergi berjumpa dengan doktor pakar di salah sebuah hospital swasta di Sibu. Malangnya doktor pakar tersebut juga memberitahu bahawa saya hanya mengalami demam biasa.
Saya masih lagi tidak percaya dan merujuk semula ke Hospital Umum Sarikei untuk memohon ujian saringan COVID-19. Malangnya saya diberitahu pada masa itu bahawa hospital tersebut belum mempunyai kemudahan atau fasiliti untuk ujian saringan COVID-19.
Saya masih bertegas untuk mengambil ujian tersebut kerana saya berasa ragu dan merasakan bahawa saya mempunyai simptom-simptom dijangkiti COVID-19.
Selepas itu, pada hari berikutnya, saya pergi ke Hospital Sibu tetapi mereka juga enggan melakukan ujian tersebut terhadap saya kerana saya tidak ada kontak secara langsung dengan pesakit COVID-19. Pada malam saya dimasukkan ke Hospital Sibu, saya telah berada dalam keadaan koma. Bayangkan sekiranya saya tidak bertegas untuk membuat ujian saringan COVID-19, saya mungkin sudah meninggal dunia di rumah.
Oleh sebab pihak doktor mengesahkan saya hanyalah mengalami demam biasa. Pada masa itu, keadaan agak kucar kacir selepas COVID-19 merebak di negara kita.
Selepas saya disahkan positif COVID-19, isteri berserta anak-anak saya dengan segera menjalani ujian saringan di Hospital Sarikei. Sampel darah telah diambil dan terus dihantar ke Hospital Kuching untuk ujian dan pengesahan.
Tuan Wong Ling Biu - Sarikei
Namun begitu, pihak Hospital Kuching menolak untuk membuat ujian terhadap isteri saya dengan alasan bahawa isteri saya tidak mengalami simptom gejala COVID- 19. Jadi, isteri saya telah pergi ke hospital swasta di Sibu untuk menjalani ujian saringan tersebut dan isteri saya disahkan positif.
[Disampuk] Bayangkan pada masa ini, situasi yang kami sekeluarga alami amat huru-hara dan mengelirukan.
Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya.
Tuan Wong Ling Biu - Sarikei
Anak saya Jackie Wong yang juga merupakan atlet negara telah menjalani ujian saringan. Pada awalnya dia disahkan positif tetapi kemudian dia disahkan pula negatif. Keputusan ujian anak saya tidak konsisten kerana virus tersebut telah mati di dalam badan beliau. Tempoh kuarantin beliau sepatutnya tamat lebih awal tetapi sebenarnya dia telah ditahan agak lama iaitu selama 73 hari sebelum dibenarkan pulang.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta rumuskan. Yang Berhormat Sarikei, minta rumuskan Yang Berhormat Sarikei.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Wong Ling Biu - Sarikei
Ya, saya gulung. Minta 30 saat lagi. Saya merasakan ahli keluarga saya termasuk saya sendiri telah dijadikan bahan kajian semasa kami telah disahkan positif COVID-19. Jika kita sudah mempunyai vaksin tersebut, siapakah yang akan menjadi bahan kajian seterusnya? Rakyat di luar sana mengesyorkan bahawa vaksin tersebut perlu diuji terlebih dahulu pada ahli politik ataupun pemimpin negara untuk memastikan keberkesanan vaksin itu sebelum ia diberikan kepada rakyat. Adakah kita sudah bersedia?
Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sarikei. Masa sudah menunjukkan 12.30...
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Boleh beri Bandar Kuching, juga bekas pesakit COVID-19.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya perlu adil.
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sini lapan orang, sini baru tujuh.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Lima minit sahaja.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya bagi Yang Berhormat Kinabatangan lima minit, kemudian...
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Bandar Kuching.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang BerhormatBandar Kuching tiga minit.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Kemaman.
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Hulu Rajang tidak boleh, Tuan Pengerusi?
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Kinabatangan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Tuan Pengerusi, hari ini kita ada dua buah kementerian sahaja. Dipanjangkan kerana dua kementerian ini sebab Kementerian Kesihatan itu penting.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Pengerusi, ini melibatkan wabak COVID-19, kami semua hendak berbahas. Tolong bagi peluang. Satu minit pun cukup.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Teruskan Yang Berhormat.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil peluang untuk membahaskan Butiran 020200 – Pengurusan Hospital, Butiran 020300 – Kawalan Penyakit, Butiran 00300 – Kemudahan Hospital dan lain-lain.
Untuk menyahut cabaran Yang Berhormat Sarikei tadi, saya menawarkan orang pertama untuk di test vaksin ini kalau ada. Saya tidak takut sebab saya mahu sihat.
[Disampuk] Panglima perang kena dahulu.
[Ketawa] Tuan Pengerusi, saya ingin bercakap dalam konteks Sabah dan Kinabatangan iaitu hospital-hospital kita di Sabah ini semenjak serangan virus COVID-19 dilihat agak tidak stabil sebab kebanyakan yang disyaki diserang COVID-19 ini dihantar ke mana- mana. Contohnya di Tawau, ada hospital swasta yang menawarkan untuk disewa tetapi Kementerian Kesihatan tidak mengambil langkah-langkah untuk mempermudah pesakit- pesakit ini bahkan mereka akan dihantar ke daerah-daerah yang lain dan daerah-daerah yang lain pun terdedah dengan serangan COVID-19 ini.
Jadi bagaimana pengurusan sebegitu tidak dapat diatasi dengan sebijak- bijaknya? Sebab kalau ada hospital-hospital swasta menawarkan, sudah tentu ini membuka peluang yang baik dan pesakit-pesakit boleh diuruskan dengan baik. Sebab pesakit COVID-19 seharusnya diasingkan dengan pesakit-pesakit yang bukan sakit disebabkan serangan COVID-19. Kalau dicantum, sebab itulah merebaknya beratus- ratus setiap hari yang positif, positif. Jadi ini harus dilihat oleh pihak kementerian, oleh Pengarah Kesihatan sebagai satu perkara yang perlu diambil kira.
Kedua, di Hospital Kinabatangan ini, hospitalnya cantik tetapi malangnya kelengkapan, equipment dia, doktor dia berkurangan. Pusat dialisisnya, saya telah melawatnya, Tuan Pengerusi, amat sedih saya lihat. Ia macam kotak-kotak kecil.
Sedangkan peruntukan sudah diminta tetapi saya tidak tahu kenapa susah sangat hendak memberikan peruntukan kepada hospital yang terpencil seperti di Kinabatangan ini.
Jadi ini yang juga saya ingin minta supaya dilihat oleh pengarah ataupun KSU untuk memberikan keutamaan. Beri keadilan kepada rakyat Malaysia yang jauh di luar bandar. Jangan tengok di bandar sahaja. Kalau di bandar sahaja saya nampak asal ada masalah, selesai. Akan tetapi di luar bandar, macam tidak nampak. Jadi ini merupakan
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
satu penganiayaan kepada rakyat saya di Kinabatangan. Saya punya rakan-rakan di belakang pun bersetuju.
Jadi saya meminta pihak kementerian, Yang Berhormat Menteri sendiri tolong pandang serius perkara ini. Di Sarawak pun begitu. Tengoklah betul-betul peruntukan yang kerajaan bagi, lihat sebaik mungkin. Jangan hanya difikirkan hospital bandar, hospital utama. Hospital di luar bandar juga kena diambil kira.
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Penyokong tegar kita.
Penyokong tegar kita luar bandar.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Bagus, bagus. Ini isu yang dihadapi. Saya juga mendengar khabar bahawa vaksin ini sudah ada dan Indonesia sudah memanterai perjanjian dengan China dan negara-negara lain. Kenapakah Malaysia belum? Kalau ada vaksin ini, keluarkanlah! Kalau perlu di test awal-awal seperti tadi, sayalah orang pertama menawarkan diri. Test lah, saya tidak takut pun.
Saya mahu sihat.
Saya beritahu rakyat di luar sana jangan bimbang sebab pembekal vaksin ini memberikan jaminan bahawa ia adalah vaksin yang tulen dan bukan tiruan. Bukan palsu.
Kalau ada vaksin ini, bermakna kita boleh membebaskan masyarakat kita dari menghadapi positif COVID-19 ini.
Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Bandar Kuching, tiga minit.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Tiga minit?
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya akan cepat-cepat. Banyak butiran yang saya hendak sentuh.
Saya ingin mulakan dengan Butiran 080700 di mana saya ingin bertanya tentang pembelian vaksin pneumococcal yang dikatakan berjumlah RM90 juta. Bagi saya, ini satu keputusan yang baik. Ini dibuat semasa PH. Akan tetapi, saya hendak bertanya, sebab apakah kerajaan sekarang telah membuat keputusan untuk membeli vaksin PCV10 dan bukannya PCV13?
Saya ingin berkongsi satu keratan daripada 2019WHO Position Paper on Pneumococcal conjugate vaccines in infants and children under 5 years of age yang jelas menunjukkan bahawa the economic evaluation of including PCV13, dengan izin, as part of the National Immunization Program (NIP), dalam masa lima tahun PCV13 was estimated to safe an additional 696 million compare to the used of PCV10. Jadi ini menunjukkan satu signifikan penurunan, cost saving and cost effectiveness of including PCV into NIP. Selain itu, PCV13 adalah satu vaksin pneumococcal conjugate yang paling luas digunakan di seluruh dunia. Ia disertakan dalam Program Imunisasi Nasional di 127 buah negara, bukan 500 buah negara dan eksklusif di 120 buah negara kerana PCV memberikan perlindungan yang lebih luas, mengandungi serotype 3, 6A and 19A. Di Malaysia, PCV13 covers 86.1 peratus daripada IPD berbanding 62.9 peratus yang cuma coveredby PVC10 mengikut data IMI yang dikeluarkan.
Di Malaysia, serotype 19A accountsfor 11.8 percentof IPD. Jadi kita melihat― banyak saya hendak cakap tetapi kita melihat bahawa serotype 6A dan 19A sebenarnya adalah serotype pneumococcal yang paling banyak dikesan di Malaysia namun tidak dilindungi di bawah PCV10 yang dipilih oleh kerajaan. Banyak lagi kelebihan PCV13 di mana ada reduce the saturated of the penicillin, impact to community acquired pneumonia. Pneumonia masih punca utama kematian under five mortality di Malaysia.
Penurunan signifikan otitis media dengan PCV, juga indirect protection heart effect, dan banyak lagi kebaikan.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Oleh itu, saya ingin menunggu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri termasuk syarikat mana yang mendapat tender tersebut. Adakah ia dibuat secara terbuka? Berapa yang kita bayar untuk setiap dos PCV10 ini?
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Saya tidak mahu disebabkan keputusan ini, kita dengan izin, ‘penny wise, pound foolish’ dan kesannya tidak dapat mencapai target perlindungan yang kita ingini dan rakyat kita mendapat vaksin yang inferior dan tidak berkesan. We should not be stingy when it comes to the life of our people, dengan izin. Dengan Butiran 30 - Perubatan.
Banyak disentuh oleh rakan-rakan seperjuangan saya. Kita tidak dapat melihat sama ada penambahan atau pengurangan dari segi butiran di Clinical Department. Memang Yang Berhormat Menteri ada membuat penjelasan bahawa ia telah diconsolidate atau disatukan dalam program khusus.
Akan tetapi isu ini akan menyebabkan day to day clinical practice of our doctors and pharmacist mengikut anggaran mereka, actually up to July, mereka mungkin kehabisan peruntukan. Mereka kena menunggu disebabkan paperwork dan birokrasi yang ada untuk memohon daripada peruntukan program khusus ini. Siapa yang membuat keputusan? Siapa yang akan meluluskan peruntukan ini? Berapa masa yang akan diambil? Kita tidak mahu melihat seorang doktor memberitahu pesakit bahawa saya minta maaf, saya tidak tahu sama ada boleh merawat kamu kerana kena tunggu kelulusan peruntukan ini.
Kita tidak mahu melihat perkara ini. Oleh itu saya minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan kenapa ada satu accounting yang baru untuk bajet ini daripada segi kesihatan, if it is not broken, why fixed it? Sekian, saja, Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya minta yang lain boleh membuat celahan semasa Yang Berhormat Menteri atau Yang Berhormat Timbalan Menteri sedang menjawab. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri atau Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab dalam masa tiga puluh minit.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
[Membaca sepotong doa] Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih kepada semua lima belas Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan yang penting ini.
Sudah tentu waktu yang diberikan untuk perbahasan ini, semua orang setuju tidak cukup, oleh sebab perkara ini sangat penting.
Isu-isu yang tidak sempat saya jawab nanti, kita akan jawab secara bertulis.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua frontliners yang telah berkorban, frontliners daripada KKM dan juga daripada kementerian lain dan juga daripada agensi-agensi NGO dan swasta tentang pengorbanan, komitmen, kesabaran, ketahanan, keredaan di atas ujian yang Allah SWT bagi pada kita.
Tuan Pengerusi, ada banyak isu yang dibangkitkan. Sudah tentu ada isu-isu yang sangat-sangat penting yang kita perlu ketengahkan dahulu. Perkara pertama yang saya hendak ceritakan di sini ialah tentang Belanjawan 2021. Sudah tentu ia akan menjawab soalan-soalan daripada Yang Berhormat dari Kuala Selangor, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya dan juga Yang Berhormat yang terakhir tadi tentang perbelanjaan yang dikatakan mengelirukan. Bagaimana dan kenapa ada dilihat butiran- butiran yang tinggal kosong, yang sekupang pun tidak ada. Apa sudah jadi? Sehingga ada yang mengatakan it’s underfunded. Sehingga ada yang mengatakan bahawa ianya satu pengurangan, bukan satu penaikan.
Tuan Pengerusi, kerajaan menyediakan sebanyak RM31.94 bilion peruntukan berbanding sebanyak RM30.6 bilion pada tahun lepas. Ini ialah peningkatan sebanyak 4.38 peratus, RM1.34 bilion kenaikan. Daripada jumlah ini, RM27.2 bilion disediakan untuk belanja mengurus dan RM4.72 bilion disediakan untuk pembangunan. Seperkara yang saya hendak nyatakan bahawa 10 tahun dulu kita hanya RM15 bilion, hari ini RM31 bilion. Itu sudah kenaikan yang sangat tinggi. Sektor kesihatan ini bukanlah tertumpu pada KKM saja,
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Pengerusi.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
...malah tumpuan kerajaan lebih menyeluruh..
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Contohnya pengecualian cukai perbelanjaan kesihatan disediakan.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tuan Pengerusi.
Seorang Ahli
Bagilah jawab.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Timbalan Menteri, masa jawapan Yang Berhormat Menteri pendek. Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri jawab terus kepada persoalan Ahli-ahli Parlimen. Tidak payah berceramah.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Itu saya setuju. Tidak perlulah membanding-bandingkan peruntukan itu. Jawab apa yang kita tanya.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Jawab Yang Berhormat jawab.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Soalan peruntukan ini amat penting kerana...
Seorang Ahli
Jangan retorik sangat.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Yang Berhormat Timbalan Menteri baca skrip saja. Yang Berhormat Timbalan Menteri baca skrip.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Setelah...
Seorang Ahli
Jawab terus.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Pusing, pusing Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jawab apa kita tanya.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Pembentangan belanjawan ini pada enam hari bulan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Pengerusi, minta Yang Berhormat Menteri datang jawab. Suruh Yang Berhormat Menteri datang jawab.
Seorang Ahli
Minta Yang Berhormat Menteri jawab.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tidak mahu dengar Yang Berhormat Timbalan, kita minta Yang Berhormat Menteri datang jawab.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Saya telah dimandatkan oleh Yang Berhormat Menteri.
Seorang Ahli
Yang Berhormat Timbalan Menteri baca teks itu, saya tahu.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri mana?
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Minta yang lain...
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Maka saya berhak untuk menjawab bagi pihak Kementerian Kesihatan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri mana?
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Tuan Pengerusi.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Kenapa you berdiri?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Mana Yang Berhormat Menteri?
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat...
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Kenapa you berdiri?
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Jelutong.
Boleh, Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh menjawab. You know the rules. Sila, minta.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh menjawab. Cumanya jawablah kepada persoalan yang ditimbulkan oleh Ahli Parlimen.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Kita hendak jawab pada persoalan.
Yang saya wujudkan ialah persoalan-persoalan yang penting. Maka kalau tidak ada kebenaran daripada saya, duduk!
[Dewan riuh]
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Jangan garang sangat. Ini Jawatankuasa hendak minta lulus.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Inikah standard Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Duduklah.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jangan sombong Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Why are you disturbing me?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
We are not disturbing you. You are an unanswer. You are not answering.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
You are disturbing me.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik, saya beri masa. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila on balik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Janganlah sombong, bongkak.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Silakan.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tuan Pengerusi.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Kasihan Yang Berhormat Timbalan Menteri ini.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tuan Pengerusi, kalau mereka minta lebih masa untuk perbahasan, sebenarnya saya pun perlukan juga lebih masa untuk menjawab.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Kalau tidak, memang tidak boleh jawab.
Total health, saya bagi contoh total health expenditure bagi tahun2018 sebanyak RM60.1 bilion. Sebanyak 5.2 peratus daripada public sources dan 4.8 peratus daripada private sources. Daripada 5.2 peratus ini, sebanyak 4.2 peratus daripada KKM dan 8 peratus daripada agensi-agensi lain.
Oleh sebab itu saya hendak bagi tahu dalam belanjawan ini kerajaan terus komited. Contohnya, ujian mamogram sebanyak RM5 juta dan saringan kanser serviks sebanyak RM5 juta telah disediakan. Contohnya hospital pengajar diberi RM1.5 bilion, hospital ATM RM108.7 bilion dan juga MySalam diberikan RM2 bilion dalam tempoh lima tahun.
Tuan Pengerusi, belanja mengurus KKM di bawah Butiran 20000 - Objek Am, Perkhidmatan dan Bekalan yang dilihat seolah-olah kosong. Ini yang dibentangkan. Ini yang ditanya oleh tiga orang tadi. Tiada peruntukan disediakan bagi setiap disiplin di bawah Program Perubatan dan Kesihatan Awam. Pengurangan ini berlaku berikutan butiran bekalan perubatan telah distrukturkan semula dalam Belanjawan 2021 dan ingin saya tekankan...
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Apa perlu buat begitu?
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
...bahawa penstrukturan ini tidak melibatkan...
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Boleh minta pencelahan.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
...sebarang pemotongan peruntukan.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Boleh minta pencelahan.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Tidak perlu begitu, mengelirukan.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Malah terdapat peningkatan kepada peruntukan yang disediakan.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Boleh buat penjelasan.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Menyusahkan pengurusan di bidang perubatan itu.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Butiran bagi perubatan keperluan hospital elit kesihatan....
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Orang lain yang akan menentukan ke mana hendak dibelanja, bukan jabatan tersebut.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Aktiviti disiplin masing-masing berjumlah RM49 bilion..
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Ini tidak perlu.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
...dan dipindahkan kepada butiran bekalan
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Lumut
This is not the usual practice. Saya tahu ini kerana hendak menguntungkan kuasa kepada seseorang di kementerian.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Lumut. Yang Berhormat Lumut dengar. Nanti kita minta laluan untuk bagi penerangan. Dia tidak boleh mencelah begitu. Kalau...
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Boleh saya minta laluan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tadi Yang Berhormat Tuan Pengerusi telah mengatakan yang tidak berpeluang untuk berbahas, diberi peluang untuk mencelah, sebab itu Yang Berhormat Lumut mencelah.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Boleh saya minta pencelahan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Timbalan Menteri kena dengarlah.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Tunggu dapat kebenaran.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sabarlah, dengar kepada Yang Berhormat Lumut.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik, baik.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Boleh saya minta penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Bagi peluang celahan.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Saya hendak tanya, berapa dalam belanjawan ini peruntukan untuk nefrologi. Kalau ada dalam ini, berapa, berapa untuk nefrologi?
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tuan Pengerusi, saya belum sampai lagi situ. Saya baru mukadimah.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Tidak ada. Bila tidak ada macam mana kita hendak merancang?
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Saya belum sampai lagi di situ.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Lumut
...di tempat masing- masing.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Lumut. Bagi peluang. Saya akan pastikan dapat peluang untuk celahan.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Tuan Pengerusi.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Perkara ini ditanya dengan begitu panjang lebar oleh Yang Berhormat Hang Tuah Jaya tadi. Jadi saya spotted this important question.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik, silakan.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Okey, boleh minta penjelasan.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Biar saya habiskan dulu bahagian.
Bukan saya tidak bagi pencelahan.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Biar dia habiskan dulu. Yang Berhormat Bandar Kuching, tunggu kejap.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Boleh bagi pencelahan. Bagi saya habiskan bahagian-bahagian ini dulu.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Okey, terima kasih.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Sebanyak...
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Berapa banyak untuk nefrologi? Cuba jawab. Berapa banyak untuk nefrologi?
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
...bagi pelaksanaan...
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Jawablah.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Konsesi penswastaan..
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Berapa banyak untuk internal...
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Lumut. Saya bagi amaran. Yang Berhormat Lumut tidak boleh terus bangun tanpa dapat kebenaran.
Saya akan aturkan urusan untuk memastikan dapat celahan. Itu saja. Yang Berhormat Jelutong sila duduk, Yang Berhormat Lumut sila duduk.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Saya akan bagi celahan. Bagi saya habiskan dulu mukadimah ini.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik, silakan.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tuan Pengerusi....
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Saya bagi. I just started.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Mukadimah itu lama sangat, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Sudah, sudah. Dengar dulu, dengar dulu. Benda ini penting.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Ya Yang Berhormat Tuan Pengerusi saya mohon lanjutkan masa untuk Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab...
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Batu Kawan.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
...sebab akan ada banyak pencelahan memandangkan ramai Ahli Parlimen tidak dibenarkan untuk berbahas, maka...
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya tidak benarkan Yang Berhormat Batu Kawan bercakap. Saya hendak minta teruskan supaya ada jawapan daripada Yang Berhormat Batu Kawan.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tuan Pengerusi saya mohon untuk dilanjutkan masa. Ramai doktor di sini, Ahli-ahli Parlimen yang ingin bertanya.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Duduklah Yang Berhormat Batu Kawan!
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila duduk, sila duduk.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tahu sudah.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Dengarlah dulu.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Batu Kawan sila duduk.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Sedikit pertua dari Tuan Pengerusi untuk lanjutkan masa.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
30 minit this is double than the times sebelum ini.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
This is a COVID-19 budget Tuan Pengerusi, as you know.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya tahu tapi kalau diganggu...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Kita kena tahu soalan daripada Yang Berhormat Lumut seorang doktor. Takkan lah soalan itu pun dari doktor-doktor lain, pakar-pakar, Ahli-ahli Parlimen yang lain daripada sebelah sana juga. *Please use your discretion...
[Sistem pembesar suara dimatikan]*
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat sedang menjawab.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Saya sedang menjawab saya belum sampai pada tahap itu. Untuk sampai pada tahap itu Yang Berhormat kena faham apa yang saya cuba hendak cakapkan. Kalau tidak faham nanti Yang Berhormat nanti berkata bajet ini berlaku penurunan which is totally wrong!
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Tidak apa teruskan.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Tuan Pengerusi saya mohon...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta intonasi itu cool kan.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Jangan kuat sangat. Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi saya...
Seorang Ahli
Perlahanlah sikit.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Berilah Yang Berhormat Timbalan Menteri bentang dulu, tidak apa. Kita dengar dulu.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Sikit sahaja sikit. Saya mohon supaya jawapan itu mengikut pertanyaan tadi itu. Jadi tidak payah cerita panjang-panjang.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Bandar Kuching.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Ini bukan bajet, ini Jawatankuasa butiran.
Jadi jawab satu-satu
[Dewan riuh]
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bercakap tanpa menggunakan sistem pembesar suara] [Sambil menunjukkan senaskah buku]
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
[Bercakap tanpa menggunakan sistem pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang lain duduk dulu.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tuan Pengerusi, masa diberikan memang pendek. Saya sedang menjawab Yang Berhormat Kuala Selangor dan juga Yang Berhormat Hang Tuah Jaya...
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Silakan.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tentang penurunan. Malah Yang Berhormat Hang Tuah Jaya menyatakan ada lapan butiran yang kurang dan ada yang dikosongkan.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Minta penjelasan.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Boleh saya mencelah? Boleh saya mencelah Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Saya baru mula, saya baru mula. Let me do something.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Saya tidak kata penurunan itu begitu. Jangan silap faham, saya kata tidak ada, telah pun dijelaskan perkara itu dalam program khusus.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Okey tidak apa saya betulkan.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Akan tetapi tidak ada peningkatan bukan tidak ada penurunan itu persoalannya.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tidak payah, tidak payahlah...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Apakah ada peningkatan?
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Boleh tanya sikit Yang Berhormat Bagan Serai? Isu yang...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Ada peningkatan. Tuan Pengerusi, ada peningkatan bagi saya sambung Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik silakan terus.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Ini tidak boleh.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta Yang Berhormat Bandar Kuching duduk dulu.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Perubahan ini yang saya sebut awal tadi merupakan satu strategi untuk menurunkan ketetapan keberkesanan perbelanjaan...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Peningkatan program-program, 29 program-program perubatan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Untuk mengurangkan birokrasi terutamanya apabila melibatkan pembayaran di bawah AP58 iaitu pembayaran di bawah belanja mengurus yang memerlukan kelulusan khas daripada Kementerian Kewangan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Bagi menyelesaikan tanggungan yang kena bayar tahun sebelumnya menggunakan peruntukan semasa. Dengan ini tiada lagi kelewatan membayar.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Timbalan Menteri, farmasi dan bekalan kenapa ada penurunan.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Minta penjelasan.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Selain daripada itu penambahbaikan dalam belanjawan ini akan membolehkan kementerian mengawal dan memantau
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
peruntukan secara menyeluruh dan lebih efisien dan ini akan membantu kementerian bagi mengoptimumkan sumber kewangan dan supaya lebih dapat menjimatkan lagi contohnya melalui pool procurement dengan izin.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Pengerusi, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab farmasi dan bekalan kenapa ada penurunan dari RM1.5 bilion ke RM512 juta. Kenapa ada penurunan?
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Akan sampai, akan sampai sorry.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Boleh tanya?
Seorang Ahli
Dengarlah semua.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Mohon penjelasan.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Selain peruntukan RM31.4 bilion yang diluluskan...
Seorang Ahli
Dia belum jelas bila hendak selesai.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Saya hendak beritahu bahawa Yang Berhormat Menteri Kewangan telah mengumumkan tambahan peruntukan RM79.6 juta yang melibatkan KKM. Pertama, agenda Nasional Malaysia Sihat sebanyak RM19 juta, ubat biologik sebanyak RM6 juta, peritoneal dialysis sebanyak RM25 juta, Program Kesihatan Mental sebanyak RM24.6 juta, saringan kanser serviks malah ada sukuk PRIHATIN berjumlah RM100 juta.
Jadi tambahan daripada itu KKM juga turut disediakan peruntukan khas di bawah Kumpulan Wang COVID-19 pada tahun 2020 sebanyak RM1 bilion dan RM800 juta pada tahun 2021 yang melibatkan bermacam-macam fasiliti yang diperlukan.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Minta penjelasan.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Tuan Pengerusi.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Program-program 2020...
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Okey baik silakan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya beri kebenaran untuk Yang Berhormat Lumut mencelah one by one.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri saya hendak bertanya mengenai claim Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi bahawa tujuan penyusunan semula ini untuk melicinkan pentadbiran dan pengurusan.
Tolong rujuk pada penyata perbelanjaan mengurus bagi tahun berakhir 31 Disember yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan dalam buku ini [Sambil menunjukkan senaskah buku]. Cuba tengok prestasi setiap bahagian dalam bidang perubatan.
Seorang Ahli
Power.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Ia punya prestasi 99 percent.
Seorang Ahli
99 percent.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
99 percental most every department dengan izin [Tepuk] apa logiknya sekarang ini?
Seorang Ahli
No need.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Oleh sebab itu kalau saya tanya sekarang ini Yang Berhormat Timbalan Menteri berapa peruntukan di bawah 20000 untuk Nefrologi tolong jawab berapa.
[Tepuk]
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Tambah isu yang sama, isu yang sama.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Kalau dulu ada, sekarang tidak ada.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik terima kasih Yang Berhormat Lumut.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Yang Berhormat Timbalan Menteri kata ada dalam projek khas, dalam projek khas ada detail kah berapa?
Ini bajet, ini bajet di peringkat kementerian kena ada detail.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Isu yang sama saya hendak tambah.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Bandar Kuching tadi. Yang Berhormat Lumut terima kasih Yang Berhormat Lumut. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tidak payah bagi bertimpa-timpa soalan kena jawab.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Boleh saya tambah sikit isu yang sama.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Sebagai contoh tadi Nefrologi. Kita tengok Nefrologi saya sudah beritahu tadi bahawa...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Tidak apa, tidak apa.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Butiran itu dipindahkan kepada program khusus dan juga komitmen kewangan. Jadi apabila kita bentangkan...
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Ini isunya...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Sebagai contoh...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Contoh? Memang sudah ada dipindahkan tapi tidak ada peruntukan secara jelas!
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Macam mana hendak... how to answer?
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Sikit lagi saya hendak tambah.
Isu sama, isu yang sama.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
How to answer when you interrupted me?
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Bandar Kuching dan Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Isu sama. Isu yang sama.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Tolong benarkan Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab dulu.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Sudah tidak payah, tidak payah. I want to answer.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Isu yang sama minta...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
You tidak boleh jawab sebab tidak ada peruntukan khusus secara jelas berapa jumlahnya that is the point.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Isu yang kami bawa bukan jumlah keseluruhan tapi kenapa...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Apabila ada yang tidak faham maka dia akan mengelirukan ramai orang lagi.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau ada butiran...
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Siapa yang mengelirukan?
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
[Tidak jelas] Nefrologi Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Kalau ada butiran perbelanjaan khusus, kalau ada butiran. Dalam program khusus kalau ada butiran boleh kongsi dengan Dewan.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Ini isu yang dibawa oleh doktor dan pharmacies they are working on the ground. Mereka yang keliru. Kenapa kita hendak ubahkan sistem yang sudah berfungsi. Why changed something that is already working? Sekarang doktor, pharmacies mereka bertanya apakah peruntukan, apakah bajet untuk tahun seterusnya.
Mereka tidak dapat buat perancangan, mereka kena memohon daripada program khas ini. Ini akan tambah birokrasi, ini tambah peruntukan [Tepuk] . Siapa yang akan membuat keputusan? Siapa yang ada kabel yang lagi kuat kah, ada kertas kerja yang lagi cantik kah yang dapat peruntukan? Ini kita kena bantu the clinicians they are on the ground, do not confuse them, do not make things tough Let’s appreciate our doctors by making their life easy [Tepuk] . Sila jelaskan.
Bukan hanya we have to look at the granular data bukan sahaja the total amount tetapi sila jelaskan kenapa ia diubah.
Tuan Pengerusi
Okey Yang Berhormat Bandar Kuching. Tolong sekejap.
Saya perhatikan kepanasan perdebatan ini daripada monitor sini. Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri perlu diberi peluang untuk beliau menjawab satu persatu dengan tenang. Kita pun kena dengarlah jawapan dia sebab perbahasan...
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi
Kamu semua tidak hendak dengar saya bercakap pun. Masa perbahasan...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tuan Pengerusi, boleh jam diberhentikan sementara kami menunggu pertua?
Tuan Pengerusi
Sekejap, sekejap.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Can we stop the clock?
Tuan Pengerusi
Sekejap please.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Oleh sebab tidak cukup masa nanti.
Tuan Pengerusi
Tidak apa.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
And we need penambahan masa Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Tolong.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
So can we stop the clock terima kasih.
Tuan Pengerusi
Tolong sekejap. Masa perdebatan soalan-soalan telah ditanya so sekarang giliran Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Jadi kita beri peluang kepada beliau untuk menjawab.
Kalau kita tidak setuju dengan jawapannya maka kalau tidak boleh diberi penerangan yang selanjutnya maka kena agree to disagree lah. Sebelah sini kata macam ini, sebelah sini kata macam itu tidak akan selesai kalau terus berbalah itu. So, saya hendak jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab ya. Silakan.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Tuan Pengerusi. Semasa saya memberikan sebab perkara ini dibuat, bising mereka tidak dengar jadi tidak tahulah apa saya cakap
[Dewan riuh]
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
.
Beberapa Ahli
Jawablah.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Saya hendak ulang sekali lagi, saya hendak ulang sekali lagi. I have to repeat. Ini merupakan itu soalan tadi, soalan tadi kenapa, kenapa, kenapa. Saya cuba bertenang untuk menjawab.
Jawapannya ialah ini merupakan strategi kerajaan dalam meningkatkan kecekapan, keberkesanan perbelanjaan di samping mengurangkan birokrasi terutama apabila melibatkan pembayaran. Pembayaran tanggungan yang kena bayar pada tahun sebelumnya menggunakan peruntukan kewangan tahun semasa. Jadi tidak ada lagi isu kelewatan pembayaran, satu.
Selain itu, penambahbaikan dalam belanjawan yang baharu ini juga akan membolehkan kementerian mengawal dan memantau peruntukan secara menyeluruh dan lebih efisien dan ini membantu kementerian untuk mengoptimumkan sumber kewangan melalui kaedah perolehan sedia ada supaya lebih menjimatkan peruntukan kerajaan secara keseluruhannya contohnya melalui pool procurement dengan izin. Jadi saya hendak bagi contoh tadi, contohnya...
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Mohon mencelah. Terima kasih.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Saya menjawab soalan tadi. Saya bagi contoh tentang perubatan am, contoh yang disebut tadi perubatan am juga.
Sebagai contoh Perubatan AM Bilangan 5, terdapat peningkatan sebanyak 1.43 peratus apabila ditambah dengan bekalan perubatan sebanyak RM272.073 juta, yang ini ditambah daripada butiran yang dikeluarkan tadi.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Ini tidak lagi termasuk tambahan yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2021 mengenai ubat biologi sebanyak RM6 juta. It’s not included yet. Jadi maknanya ini penambahan.
Saya hendak sebut tentang nefrologi. Saya bagi contoh. Tak boleh bagi jawab semua lapan. Contoh, aktiviti nefrologi, terdapat peningkatan sebanyak 2.33 peratus apabila ditambah dengan bekalan perubatan sebanyak RM201.54 juta. Ini belum lagi termasuk perbelanjaan pembentangan belanjawan mengenai peritoneal dialysis sebanyak RM25 juta. Jadi, kalau kita campur, ini menjadikan aktiviti nefrologi sebenarnya sebanyak RM282.9 juta berbanding dengan tahun 2020 sebanyak RM222.1 juta.
Ini satu contoh lagi. Saya hendak sebut tentang...
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Boleh tanya sedikit? Minta penjelasan.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Sebentar. Saya hendak sebut tentang...
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Boleh tunjuk di mana datanya?
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tentang disiplin psikiatri dan kesihatan mental yang disebut tadi. Ini pun sama juga. Penambahan sebanyak RM3.89 juta. Jadi penambahannya adalah sebanyak RM44.8 juta yang mana jumlahnya sekarang adalah RM358.2 juta, melebihi dari tahun 2020 iaitu RM344.81 juta.
Jadi kebanyakannya kepada objek am yang kita dapati kosong itu, cuba tengok kosong itu, apabila dimasukkan balik wangnya itu dan dicampurkan, sebenarnya ia adalah tinggi daripada peruntukan pada tahun 2020. Itu saya boleh― masa tidak mencukupi. Jadi mungkin saya boleh bagi secara bertulis selepas ini kalau memerlukan...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Angka itu tidak menunjukkan sebenarnya.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Angka itu di mana sebenarnya?
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Kita juga sudah membuat kira-kira kita. Tidak betul itu.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tuan Pengerusi...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi
So, itu jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita bukan hendak cari consensus. So, sebelah sini bertanya, yang sebelah sini menjawab setakat mengikut belanjawan itu.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Boleh saya tanya sedikit?
Penjelasan.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Ya, itu yang kita pertikaikan. Mana angka-angkanya? Semua perbelanjaan mesti dipertanggungjawabkan, Tuan Pengerusi.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya Yang Berhormat.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tuan Pengerusi, saya memberi jawapan sebab tadi dan memberikan jawapan macam mana saya hendak nyatakan dengan jelas tentang bagaimana ia adalah peningkatan dan bagaimana di butiran yang kosong itu terjawab.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Pengerusi...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tuan Pengerusi...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tuan Pengerusi kena beri saya peluang sebab saya ada banyak hendak jawab ini. Tadi Yang Berhormat Jelebu minta, banyak hendak jawab tentang perkara lain. Saya kena...
Tuan Pengerusi
Teruskan.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tuan Pengerusi, mengenai isu butiran...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tinggal sembilan minit. Kena jawab.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak bagi lorong untuk mencelah. Jadi, tolong.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tuan Pengerusi...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih. Untuk jawapan umpamanya tidak jelas atau mahukan, saya akan berikan jawapan secara bertulis berkenaan dengan bab ini. Kepada yang bertanya...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tuan Pengerusi, sedikit mengenai isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Penurunan dalam Butiran 022700...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terutamanya Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Tuan Pengerusi, sedikit lagi saya hendak sentuh. Mengambil kira...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, Yang Berhormat, macam mana Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak jawab kalau hendak mencelah? Kemudian tidak diberi laluan pun hendak mencelah juga. Kita sekarang berikan peluang kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tolong, tolong.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tuan Pengerusi, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri kata untuk kesihatan naik tetapi dalam belanjawan turun.
Saya tidak nampak kenaikan itu. Saya mohon penjelasan. Itu sahaja. Muka surat yang mana?
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak mengambil kira peruntukan pengurus dan pembangunan KKM. Peruntukan tambahan yang diumumkan semasa pembentangan Bajet 2021, Kumpulan Wang COVID-19 termasuk yang disebutkan perolehan vaksin COVID-19, jumlah keseluruhan
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
peruntukan yang akan dibelanjakan oleh KKM pada tahun 2021 adalah sebanyak RM35.82 bilion sebenarnya.
Apabila kita campurkan RM31.94 bilion, campur RM79.6 bilion, campur RM800 juta dan juga RM3 bilion yang dikatakan akan dibelanjakan untuk vaksin ini, ini menjadikan peratusan peruntukan KKM tahun 2021 berbanding peruntukan Persekutuan adalah sebanyak 11.11 peratus, meningkat sebanyak 0.88 peratus berbanding tahun 2020. Hakikatnya, ada satu peningkatan dan bukan 9.9 peratus daripada KDNK.
Jadi, ini yang saya cuba hendak menyatakan, Tuan Pengerusi, apa yang tersirat dan apa yang tersurat. Ini memerlukan sedikit ketenangan untuk kita menerima. Kalau tidak, tidak faham.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh jawab soalan saya? Boleh jawab soalan saya?
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Bajet mana boleh tersirat. Ia yang kena tersurat belaka. Baru boleh kita bahas. Sudah tersirat, hendak bahas macam mana?
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi
Tolong. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila teruskan.
Tuan SimTzeTzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini bajet.
You kena lapor kepada Dewan yang mulia ini. Tidak boleh tersurat, tersirat itu. Ya...
[Pembesar suara dimatikan]
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Pengerusi...
[Pembesar suara dimatikan]
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi
Please-lah, tolong. Timbalan Menteri, saya jemput untuk menjawab. Kalau tidak diberi laluan, tolong duduk. Kita kena decorum-lah sedikit kan.
Silakan.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Pengerusi, boleh tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri? Bersetuju kah Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa this is off-budget spending?Ia bukan daripada anggaran perbelanjaan.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya nak meneruskan sebab masa agak suntuk. Kalau saya tidak diberikan masa, nanti semua jawapan kena secara bertulis. Saya belum lagi...
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi
Tolonglah. Biar Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab. Kalau tidak setuju, tidak setujulah. Akan tetapi, kita kena dengar jawapan dia ya.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Tuan Pengerusi, ini bukan isu setuju atau tidak setuju. Ini isu ketelusan.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi
Ini isu soalan ditanya dan jawapan hendak diberikan, ya.
Silakan.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Pengerusi, boleh?
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Persoalannya adalah apakah ini adalah off-budget spending?
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mencuba sehabis baik untuk menjelaskan bahagian pertama ini menjawab soalan untuk tiga Ahli Parlimen yang diberikan khususnya kepada Yang Berhormat Hang Tuah Jaya
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
yang tanya begitu detil. Saya hendak meneruskan sebab ada banyak lagi ini. Ada seramai 15 orang. Sudah tentu kalau tidak sempat nanti, semua kena hantar secara bertulis.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Timbalan Menteri kena akui sahajalah perkara-perkara yang disebutkan tadi itu adalah off-budget spending. Yang Berhormat Timbalan Menteri akui dahulu.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Tuan Pengerusi.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Yang Berhormat Gopeng bertanya tentang pengesanan...
Tuan Pengerusi
[Mengetuk tukul]
Seorang Ahli
Betul. Halau dia keluar...
Tuan Pengerusi
Bila hendak habis kalau macam ini?
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi
Saya hendak minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menggulung dan menjawab semua persoalan. Kalau tidak diberi peluang, macam mana dia hendak jawab? Kalau tidak setuju, kita tidak setujulah. That is how it works.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Kalau jawab yang tersirat, payahlah. Hendak bahas macam mana?
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Gopeng bertanya tentang pengesanan kontak kes positif iaitu berapa lama diperlukan. Kalau lambat nanti ada banyak lagi kes ini yang akan merebak.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat Gopeng, apabila notifikasi diberi mengenai COVID-19, pasukan kesihatan akan digerakkan ke lapangan secepat yang mungkin. Ini adalah team. Dalam tempoh 24 jam daripada masa notifikasi diterima. Pasukan kesihatan juga akan menjalankan analisa risiko. This analysis, dengan izin, atas laporan kes tersebut.
Selain daripada pasukan kesihatan KKM, pihak KKM juga memobilisasikan sukarelawan daripada universiti, NGO, kementerian, agensi lain dalam membantu pelaksanaan analisa risiko, siasatan dan pengesanan kontak. Pada masa yang sama, komuniti diminta untuk mengamalkan norma baharu dan pematuhan SOP ditetapkan.
KKM juga dari semasa ke semasa memohon perjawatan tambahan untuk kontrak tetapi tertakluk kepada kelulusan kerajaan. Yang Berhormat Gopeng lagi ada bertanya tentang emolumen kontrak sebanyak RM1.6 bilion.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Mohon celah berkenaan dengan contact tracing ini. Soalan saya itu berapa lama untuk pengesanan kontak rapat? Ini soalan yang spesifik. Ada purata jangka masa untuk dapat kontak rapat atau tidak? Do you have the data? Answer yes or no. Itu sahaja, senang.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Kalau boleh saya tambah. Kuala Selangor. Mengapakah keengganan untuk menggunakan RTK-Ag yang lebih pantas dari segi turn around time dan juga untuk kita bertindak tegas dan cepat, lebih cepat daripada PCR dalam hal contact tracing ini juga? Terima kasih.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Soalan yang detil tentang Yang Berhormat Gopeng tadi kita boleh jawab secara bertulis. Pada mulanya RTK Antigen tidak digunakan tetapi pada ketika ini, RTK Antigen digunakan apabila kes melonjak tinggi. Apabila...
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Maksudnya ada atau tidak ada, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
How to answer?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Pengerusi, lebih baik minta Yang Berhormat Menteri datanglah. Tolonglah. Tolong kami.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah cakap dia hendak jawab secara itu. Boleh jadi dia tidak ada data pada masa ini. Okey.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan SimTzeTzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri mesti ada punya.
Nak undi nanti dia mesti ada punya. Suruh Yang Berhormat Menteri datang.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Data yang diberikan ini saya tidak ada.
Saya sudah beritahu...
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Bagus.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi
Sila teruskan menjawab Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi tentang test antigen itu.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Jawapan Tuan Pengerusi paling tepat. Mungkin dia tidak didaftar lagi.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih. Saya sudah beritahu risk assessment team yang turun secepat mungkin, setelah notifikasi, bergerak mencari kontak. Kalau hendak detil yang itu dan saya tidak ada data itu, saya akan beri secara bertulis. Ada masalah?
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Pengerusi...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tuan Pengerusi, tentang RTK Antigen.
Pada mulanya kita tidak guna tetapi kita tahu apabila― sebab kita pun pada mulanya kita tidak ada lagi antigen kit yang cukup spesifikasinya dan yang kuat sensitivitinya.
Akhirnya kita jumpa dan hari ini, pada hari ini kita ada RTK Antigen yang 90 peratus sensitivitinya. Sensitiviti sebanyak 90 peratus. Ini dapat digunakan dengan lebih jitu untuk pesakit-pesakit. Apabila kes mendadak naik di Sabah, kita gunakan di Sabah.
Dato' Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Pengerusi, boleh?
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Kita tahu RTK antigen lebih murah, cepat dan lebih mudah. Itu memang betul. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, hendak bagi laluan kepada Yang Berhormat Jelebu?
Dato' Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Jelebu, Yang Berhormat.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Silakan.
Dato' Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Boleh? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya confuse kerana mengikut rekod, Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri jawab tadi Butiran 022700 – Psikiatri dan Kesihatan Mental, mengikut rekod ada pengurangan RM31 juta. Yang Berhormat Menteri jawab...
[Disampuk] Nantilah. Bagilah saya cakap dulu. Yang Berhormat Menteri jawab ada pertambahan RM24 juta. Saya minta clearance, Tuan Pengerusi. Sama ada mental saya rosak atau macam mana? Itu yang pertama, Tuan Pengerusi.
Kemudian soalan kedua, Tuan Pengerusi. Fasal hal rakyat tadi, Klinik 1Malaysia tadi, saya minta Yang Berhormat Menteri buat clearance. Saya minta tolong.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Saya pun sama, clearance klinik itu.
Tuan Pengerusi
Silakan, Yang Berhormat.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Tuan Pengerusi. Lebih baik bertenang sajalah. Saya masih lagi dengan Yang Berhormat Gopeng dan telah dicelah oleh Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya menjawab. Jadi, saya masih lagi di sini.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Jadi, untuk Yang Berhormat Gopeng lagi. Untuk makluman Yang Berhormat Gopeng― sebab ada pertanyaan tentang RM1.9 bilion yang termasuk pelantikan kontrak tadi― jumlah petugas kesihatan yang terlantik
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
secara kontrak adalah seramai 4,739 orang. Sebagai contoh, kerajaan telah meluluskan sejumlah 2,376 orang petugas kontrak di bawah Pakej Rangsangan Prihatin dengan anggaran jumlah peruntukan RM95.9 juta. Pelantikan ini dibuat selama setahun merangkumi pelantikan jururawat, MA, teknologi makmal perubatan dan pegawai sains.
Selain itu, bagi memenuhi keperluan tambahan, kerajaan telah meluluskan kepada KKM pelantikan kontrak seramai 1,634 orang petugas kesihatan lagi dengan anggaran kos emolumen sebanyak RM31 juta. Secara spesifik, bagi aktiviti kawalan dan pengesanan kontak rapat dengan pesakit COVID-19 di lapangan. Berkaitan dengan skop kerja kesihatan awam, jumlah penolong pegawai kesihatan persekitaran yang telah dilantik secara kontrak setakat ini adalah seramai 585 orang.
Tuan Pengerusi, berkenaan dengan Yang Berhormat Jelebu tadi. Pertamanya, tentang mengkaji semula penutupan klinik komuniti termasuk Taman Bukit Kempas, Jelebu. Kementerian tidak akan berkompromi terhadap isu accessibility kepada perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat. Oleh itu, kementerian bersedia untuk menangguhkan penutupan fasiliti yang belum dapat kelulusan. Saya ingat itu dah jawablah.
Juga ada persoalan dari Yang Berhormat Jelebu tentang bajet untuk mental illness. Masalah kesihatan mental― dan mungkin ada Yang Berhormat lain yang juga bertanya soalan ini tadi. Masalah kesihatan mental boleh berpunca daripada faktor psikososial, kewangan, tragedi dan sebagainya. Peruntukan untuk kesihatan mental telah difokuskan kepada aspek promosi dan juga pencegahan. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM24.6 juta bagi tahun 2021 untuk pengukuhan program kesihatan mental, pencegahan kecederaan dan keganasan.
KKM juga telah sediakan Pelan Strategik Kesihatan Mental 2020-2025 yang memfokuskan kepada aspek promosi kesihatan mental untuk kumpulan sasar, meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan mental yang komprehensif, kolaborasi di antara agensi, aspek pencegahan bunuh diri, aspek persediaan kesihatan mental dalam krisis dan bencana.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Mencelah sedikit, Yang Berhormat Menteri. Minta jalan.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Silakan.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Saya hendak penjelasan yang tadi Yang Berhormat Jelebu bangkitkan. Klinik 1Malaysia, dasar kena clear. Sama ada kerajaan hari ini hendak meneruskan ataupun tidak Klinik 1Malaysia? Sebab waktu zaman Barisan Nasional dulu, Yang Berhormat Pekan jadi Perdana Menteri, kita tubuhkan Klinik 1Malaysia. Akan tetapi sekarang ini banyak ditutup. Mengapa dulu boleh buat, sekarang tak boleh buat? Di Tanjong Karang, tempat saya, pun ditutup. Kena jelas. Hendak diteruskan ataupun hendak ditamatkan Klinik 1Malaysia ini? Ini dasar.
Kementerian mesti dah ada dasar benda ini.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tuan Pengerusi, sedikit lagi.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih. Mengenai jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi kepada soalan Yang Berhormat Jelebu. Saya ingin tanya di bawah butiran mana terletak penambahan RM24 juta ini? Sebab saya cari, saya tidak nampak.
Seorang Ahli
Tersirat.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Melainkan ia tersirat dan mata saya tidak nampak. Kalau mata saya tidak nampak, saya rasa ramai Ahli Parlimen di sini mata mereka pun tidak nampak. Jadi, saya ingin tahu, RM24 juta itu parking bawah mana, Yang Berhormat Timbalan Menteri? Saya faham kalau ada program-program pencegahan tetapi saya tidak jumpa di sini peningkatan RM24 juta yang ketara dalam mana-mana butiran yang ada di sini walaupun dipaparkan penurunan untuk kesihatan mental.
Jadi, saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Jelebu yang memang push untuk isu ini bersama dengan Ahli Parlimen yang lain. Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi
Baik. Yang Berhormat perlu berapa lama lagi, Yang Berhormat? Lima belas minit boleh?
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Ya, boleh, boleh, sebab yang lain kita akan jawab secara bertulis.
[Dewan riuh]
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tuan Pengerusi, kita lihat apabila kerajaan bertukar, maka bukan sahaja dasar bertukar, nama klinik dan macam-macam juga bertukar. Jadi, pada ketika ini memang kerajaan akan menutup tetapi akan mengikut suasana semasa dan perbincangan. In simple word, dengan izin, it’s a case to case basis. Contohnya kes di Jelebu ini, atas permintaan dan atas keperluan, maka kerajaan akan bertindak sewajarnya.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Katalah belum ada polisi lagi. Mudah.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tuan Pengerusi, ada soalan pencelahan tadi untuk perkhidmatan di Hospital Jempol oleh Yang Berhormat Jempol.
KKM sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan akses perkhidmatan khususnya perkhidmatan kepakaran di Hospital Jempol. Jadi, atas inisiatif yang sedang dijalankan, ada pelaksanaan hospital kluster yang menggabungkan beberapa buah hospital bagi membentuk satu entiti kluster, di mana Hospital Jempol turut terlibat. Hospital Jempol dan Hospital Tampin merupakan hospital non-lead, manakala hospital lead adalah Hospital Tengku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Tuan Pengerusi.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Jadi, melalui inisiatif kluster hospital HTAN ini, pesakit di Hospital Jempol turut mendapat akses kepakaran melalui perkhidmatan pembedahan, perkhidmatan rawatan pakar di klinik pakar dan sebagainya.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
[Bangun]
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Untuk tahun 2020, Hospital Jempol telah diluluskan peruntukan keseluruhan sebanyak RM300,650 di bawah peruntukan BP01100 bagi Perolehan Peralatan Perubatan. Peruntukan ini digunakan bagi perolehan sebagai peralatan perubatan sama ada bagi tujuan penggantian atau pembelian baharu. Bagi keperluan ambulans, sekarang Hospital Jempol ada lima buah ambulans dan akan mendapat tambahan dua unit ambulans lagi bagi perolehan akan datang.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Tuan Pengerusi, sedikit.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Silakan.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Ya, Jempol. Ini saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Isunya, doktor pakar ini datang seminggu sekali, ada yang dua minggu sekali. Kluster apa pun yang dibuat, rakyat yang berada di Jempol terpaksa pergi ke Kuala Pilah dan jaraknya jauh. Kalau dari Palong jauh, daripada Serting juga jauh.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Tampin pun jauh juga.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Kita dah bangkitkan lama. Ambulans ini belum sampai lagi sebenarnya. Tidak ada pun ambulans yang ada. Ada pun dah rosak.
Bumbung pun tak repair, tandas tak boleh pakai. Palong 8, Palong 9...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Eh, Barisan Nasional okey, apa?
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Jadi, saya mohon supaya Yang Berhormat Timbalan Menteri yang begitu hebat datang ke Jempol tengok sendiri. Terima kasih.
[Dewan riuh]
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Den sokong, den sokong.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya, terima kasih. Tadi saya ada menyebut bahawa Ahli Parlimen Pekan pada ketika itu Perdana Menteri Malaysia ke-6, telah meluluskan pembesaran Hospital Pontian. Akan tetapi, kemudian dibatalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Saya harap Kerajaan Perikatan Nasional ini meneruskan pembesaran Hospital Pontian dan saya perlukan jawapan yang tuntas di Dewan Rakyat ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Tuan Pengerusi. Ya, berkenaan dengan persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu, kita akan bawa ke atas untuk perbincangan dan kita akan bagi maklumat nanti.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bagi Yang Berhormat Menteri datang jawablah.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Ya?
Tuan Pengerusi
Teruskan.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Pontian juga ada tadi ada mencelah bertanya tentang Hospital Pontian yang merupakan salah satu hospital di bawah kluster Johor selatan ini. Pada masa ini, Hospital Pontian mempunyai kapasiti 120 buah katil dengan kadar penggunaan katil 58.6 percent.
Terdapat keperluan bagi fasiliti infrastruktur di Hospital Pontian untuk ditambah baik melalui pembinaan bangunan tambahan klinikal. Keperluan cadangan projek ini akan dimohon dalam Rancangan Malaysia Ke-12.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Rancangan Malaysia Ke- 12 itu lima tahun, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adakah tahun 2021 atau lima tahun selepas ini? Saya harap 2021 bulan Februari.
[Ketawa]
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Kementerian mengambil maklum. Tuan Pengerusi, saya beralih juga kepada jawapan untuk Yang Berhormat Kuala Selangor sekali lagi yang mana kebanyakannya saya sudah jawab di awal tadi.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya tadi.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
EMR kah? PeKa B40 kah?
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Di mana RM24 juta walaupun diumumkan oleh Menteri Kewangan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Mana? Mana? Jangan temberang, jangan temberang.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Semasa pembentangan Belanjawan 2021 tetapi butiran tersebut tidak ada dalam belanjawan kementerian. Saya hanya mahu melihat di mana RM24 juta itu.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Saya hendak meneruskan, saya hendak meneruskan dan saya tidak ada pencelahan selepas ini.
Tuan Pengerusi
Ya.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Timbalan Menteri kena jawab. Pesakit...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Kementerian Kesihatan mengakui sekiranya peruntukan kesihatan sektor awam ditingkatkan...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
...Orang ramai yang perlu bantuan, pesakit mental, pesakit ini perlu tahu di mana letaknya RM24 juta.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
...Sehingga 5 peratus dari KDNK, ia akan melibatkan sejumlah...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
I think this is a treachery to the House.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Batu Kawan.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tuan Pengerusi, this is the treachery to the House.
Tuan Pengerusi
Saya faham tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri tengah address isu-isu lain.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi
Silakan.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] ...How can you not answer when it comes to RM24 million?
Tuan Pengerusi
Kalau tidak ada jawapan, saya tidak tahulah sama ada Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Jawab sahajalah.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi
Saya bercakap, saya bercakap, sekejap. Saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat Timbalan Menteri akan menjawab...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Pengerusi, *do not allow people to lie here.
[Pembesar suara dimatikan] .*
Tuan Pengerusi
Sekejap, saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat Timbalan Menteri ingin menjawab secara bertulis kah atau dia tidak ada jawapan sekarang kah atau apa, kan? Kita berikan masa untuk Yang Berhormat Timbalan Menteri menangani soalan-soalan yang beliau boleh jawab sekarang. Ya, silakan.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tuan Pengerusi, saya sedang menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kuala Selangor tadi yang mana peringkat awalnya saya telah jelaskan dengan detail tetapi kalau orang tak nak dengar, susah nak faham.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Dia bukan tak nak dengar, Tuan Pengerusi.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Jadi saya hendak habiskan sedikit lagi.
Kementerian Kesihatan, ini persoalan tentang peratus daripada KDNK. Kementerian Kesihatan mengakui, kita mengakui sekiranya peruntukan kesihatan sektor awam ditingkatkan sehingga 5 peratus daripada KDNK ia akan melibatkan sejumlah penggunaan dana yang cukup besar daripada hasil kerajaan iaitu hampir sekali ganda daripada peruntukan yang diluluskan pada tahun 2021.
Walau bagaimanapun, dengan sumber yang terhad, KKM telah melaksanakan pelbagai penambahbaikan terhadap sektor kesihatan negara dan telah diiktiraf antara yang terbaik di dunia. Kementerian Kesihatan juga akan terus memastikan supaya peruntukan tahunan KKM akan terus ditingkatkan setiap tahun seperti yang telah berlaku dahulu, daripada 10 tahun dahulu, daripada RM15 bilion naik sampai RM31 bilion.
Keutamaan oleh pihak kerajaan di dalam setiap pembentangan bajet yang datang di Dewan yang mulia ini. Setiap tahun KKM antara kementerian yang mendapat peruntukan yang sangat besar, di antara banyak kementerian yang lain kerana kerajaan sangat prihatin dan faham bahawa perkara ini adalah perkara yang sangat penting untuk kesejahteraan rakyat.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Komitmennya adalah untuk bukan sahaja setiap tahun tetapi over the range or lima tahun, supaya kita pertingkatkan KDNK kita. Soalan saya atas PeKa B40, Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga EMR?
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tuan Pengerusi, memang betul tadi tetapi saya hendak tambah sedikit lagilah. Bagus, kita kalau boleh memang kita hendak 5 percent in fact di US 17 percent daripada KDNK. Pertama, pendapatan kita lah daripada tax sekarang ini dalam keadaan COVID-19 dan sebagainya.
Akhir sekali bab kesihatan ini adalah bab kita sendiri, tentang behaviour kita sendiri, tingkah laku kita sendiri. Kalau kita tidak jaga makan kita, maka badan kita tidak sihat.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
[Ketawa]
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Kalau kita kata merokok itu bahaya, kalau kita kata rokok itu bahaya kerana dia merokok tidak sihat...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Timbalan Menteri, hendak bagi syarahan kesihatan kah? Persoalannya adalah...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ini standard, standard Menteri Kesihatan. Standard Menteri Kesihatan.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
KDNK itu tidak cukup...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
KDNK naik, KDNK naik... [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, kita berilah, kita dengar jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Memang susahlah kalau saya hendak...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ini bukan syarahan kesihatan, Tuan Pengerusi. Bukan syarahan kesihatan.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Peratus KDNK itu rendah.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekian terima kasih sahajalah.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tuan Pengerusi, sekarang saya cakap EMR. Yang Berhormat Kuala Selangor sila duduk dahulu.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Sekian, terima kasih.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Status Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha untuk membangunkan sistem maklumat kesihatan elektronik semenjak RMKe-6 lagi. Sehingga kini sebanyak 37 dari 146 hospital iaitu 25 peratus, 96 daripada 1,060 buah klinik kesihatan iaitu 9 peratus dan 31 daripada 642 klinik pergigian iaitu 5 peratus telah disediakan dengan Sistem Rekod Kesihatan Elektronik atau EMR.
Tuan Pengerusi, seterusnya pihak Kementerian Kesihatan Malaysia akan melaksanakan...
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Mohon mencelah, mohon mencelah.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
...Pertama, inisiatif EMR kebangsaan melibatkan semua fasiliti di Negeri Sembilan merangkumi 7 buah hospital, 42 buah klinik kesihatan dan 11 buah klinik pergigian. Pelaksanaan ini juga mengambil kira pembangunan platform perkongsian maklumat atau dengan izin, health information exchange.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
...Serta pendekatan baru seperti klinik maya, virtual clinic, temu janji atas talian (online appointment), pendaftaran atas klinik dan pembayaran elektronik (ePayment).Peringkat perluasan ke seluruh negara akan dilaksanakan tertakluk kepada model pembiayaan yang akan ditetapkan oleh kerajaan.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Saya tahu semua itu, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Persoalannya natijahnya, nothing to shout, nothing to shout.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Mohon celah, mohon celah.
Tuan Pengerusi
Lima minit lagi, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Kita sudah sedia RM2 bilion.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tuan Pengerusi..
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Kita kena reform benar-benar...
[Tidak jelas] itu.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tuan Pengerusi, saya meneruskan jawapan saya ini...
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Mohon celah, ini EMR itu sebab tidak ada butiran dalam bajet.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Ini dari Yang Berhormat Serian ..
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Tidak ada butiran bajet untuk EMR.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Mana butirannya? Ya, betul. Mana butiran EMR?
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Kosong.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Kalau benar- benar hendak...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tuan Pengerusi, saya meneruskan, saya meneruskan...
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
...Tetap untuk maintenance sahaja, tidak ada bajet.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Saya tidak membenarkan pencelahan lagi. Saya tidak membenarkan pencelahan lagi. Masa sangat-sangat suntuk sekarang.
[Disampuk] It’s okay.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Extendlah.
[Dewan riuh]
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Jadi, boleh jawab soalan saya tentang vaksin?
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Jumlah doktor yang berkhidmat secara kontrak dan pelantikan tetap, ini ditanya oleh Yang Berhormat Serian.
Dato’ Dr. XavierJayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
Tuan Pengerusi, kalau tidak ada butiran, macam mana hendak luluskan bajet?
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Jumlah pegawai perubatan yang dilantik kontrak...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]..Bukan kedai kopi, boleh suka-suka. Ini Parlimen tahu.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
...Bagi tujuan latihan siswazah dan khidmat wajib adalah seramai 22,296. Daripada jumlah tersebut sebanyak 2,544 pegawai lantikan 2016 dan 2017 layak dipertimbangkan pelantikan tetap mengambil kira jawatan tetap. Daripada 2,544 yang layak dipertimbangkan, hanya 789 telah ditawarkan pelantikan secara tetap yang dibuat mengambil kira faktor kekosongan jawatan tetap dari semasa ke semasa.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Lebih baik minta Ketua Pengarah yang jawab.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Pertimbangan lantikan tetap akan dibuat dari semasa ke semasa tertakluk kepada kekosongan jawatan tetap dan jawatan yang diwujudkan dari semasa ke semasa.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta laluan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Dewan diperlakukan sebagai...
[Tidak jelas]
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta laluan.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Saya ingin menjawab lagi Yang Berhormat Serian, Yang Berhormat ada bertanya dan saya akan menjawab sebaik mungkin tentang hemodialisis.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta laluan.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Peruntukan sebanyak RM25 juta..
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Sebelum topik lain.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Bagi program rawatan peritoneal dialysis yang diumumkan semasa Belanjawan 2021 iaitu sebanyak RM27 juta adalah bagi peluasan dan rawatan peritoneal dialysis kepada 700 pesakit baru. Daripada jumlah tersebut seramai 640 orang akan dimulakan rawatan PD dengan izin, secara Continues Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) dengan izin dan 60 orang akan dimulakan rawatan PD secara Automated Peritoneal Dialysis (APD) dengan izin.
Selain itu sebanyak RM3 juta akan digunakan bagi membangunkan aplikasi untuk menjalankan obligasi PD dan konsultasi secara maya. Tuan Pengerusi, saya ingin menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kampar.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebelum topik lain Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta laluan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Masa sangat-sangat suntuk.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta laluan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Latihan pengiktirafan graduan perubatan dan farmasi.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Padang Serai minta laluan.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Aduan daripada graduan, terpaksa tunggu sangat lama kerana tidak dapat membuat apa-apa dalam masa ini. Ini aduan.
Cadangan untuk housemanship dibuat di hospital swasta. Setiap hospital sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta mungkin boleh dijadikan hospital latihan siswazah sekiranya memenuhi beberapa syarat iaitu:
(i) mempunyai minimum enam disiplin kepakaran di mana lima disiplin tersebut adalah perubatan am, pembedahan am, obstetrik, ginekologi, pediatrik dan ortopedik. Satu lagi disiplin kepakaran tersebut adalah pilihan sama ada perubatan kecemasan atau anes the siology atau psikiatri atau kesihatan prima.
(ii) mempunyai sekurang-kurangnya dua pegawai perubatan residen bukan part-time untuk semua disiplin;
(iii) mempunyai dua pakar residen untuk semua enam disiplin;
(iv) mempunyai bilangan kes yang mencukupi bagi setiap disiplin;
(v) mempunyai kepelbagaian kes ataupun case mix, dengan izin yang mencukupi untuk gabungan kes-kes mudah dan kes-kes kompleks untuk enam disiplin berkenaan;
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
(vi) mempunyai bilangan katil yang mencukupi, kadar satu pegawai perubatan siswazah untuk empat katil bagi kesemua disiplin;
(vii) sanggup membayar gaji pegawai perubatan siswazah
(PPS);
(viii) sanggup menanggung risiko medicolegal dan membiayai medical indemnity;
(ix) pesakit swasta yang membayar mahal dan selalunya meminta privasi untuk dirawat oleh doktor pelatih; dan
(x) pakar-pakar dan pegawai perubatan bersedia melatih dan mengikut modul yang ditetapkan.
Jadi, ini syarat-syarat yang diperlukan sebelum pihak swasta boleh mengambil doktor-doktor pelatih ini untuk dibuat latihan.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Timbalan Menteri minta laluan sedikit. Padang Serai.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Pencelahan.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Padang Serai minta laluan.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Masa minta maaflah, minta maaflah.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Padang Serai sedikit sahaja.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Masa minta maaf Yang Berhormat.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Rakyat sudah SMS sama saya. Yang Berhormat Menteri saya kena tanya sekarang.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Saya ada banyak yang saya kena menjawab. Jadi Yang Berhormat-Yang Berhormat yang berbahas, saya terpaksa jawab.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Penjelasan.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Inilah kesannya daripada gangguan.
Tuan Pengerusi,...
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Kampar hendak minta lalu.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
...tempoh masa menunggu graduan perubatan dan pergigian. Ini soalan dari Yang Berhormat Kampar. Buat masa ini tempoh menunggu dari graduan perubatan telah berjaya melepasi tapisan Suruhanjaya SPA adalah selama enam bulan.
Sehingga 1 Disember 2020, jumlah graduan perubatan yang telah dilulus tapisan SPA dan dikemukakan kepada KKM adalah seramai 192 orang. Pengambilan pegawai perubatan siswazah adalah sebanyak enam kali setahun dan dijangka pengambilan seterusnya adalah pada Februari 2021. Tiada graduan pergigian yang menunggu untuk dilantik. Pengambilan bagi pegawai perubatan pergigian dilakukan sebanyak tiga kali setahun.
Ketiganya, graduan perubatan juga digalakkan untuk menjalani latihan siswazah di luar negara. Bagi graduan tajaan JPA yang ingin berbuat demikian, mereka perlu memaklumkan kepada JPA.
Akhirnya, graduan yang telah mengikuti siswazah di luar negara sekiranya pulang ke tanah air, mereka boleh dilantik bagi melengkapkan tempoh khidmat wajib selama dua tahun seperti mana ketetapan dalam Akta Perubatan 1971.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Minta penjelasan.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Menteri, sambung sedikit Yang Berhormat Menteri Padang Serai.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Masa sudah Tuan Pengerusi minta maaf Yang Berhormat minta maaf. Sebanyak mungkin saya cuba hendak habiskan soalan-soalan ini.
Berkenaan dengan permohonan Yang Berhormat Setiu, iaitu pembinaan PKD yang baharu. Pembinaan bangunan Klinik Kesihatan Permaisuri yang baharu. KKM sedia maklum tentang keperluan untuk membina sebuah Pejabat Kesihatan Daerah Setiu baharu memandangkan PKD yang sedia ada beroperasi di bangunan yang disewa.
KKM juga sedia maklum, Klinik Kesihatan Permaisuri memerlukan bangunan tambahan baharu bagi menampung kehadiran pesakit yang semakin meningkat.
Cadangan pembinaan PKD dan KK Permaisuri akan dimohon dalam Rancangan Malaysia Ke-12 yang akan datang.
Satu lagi soalan daripada Yang Berhormat Setiu iaitu situasi demam denggi.
Kumulatif kes demam denggi sehingga 6 Disember 2020 ialah sebanyak 87,279 kes berbanding sebanyak 121,983 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2019. Ini ialah penurunan sebanyak 28.4 peratus iaitu sebanyak 34,744 kes.
Kumulatif kematian ialah sebanyak 141 kematian berbanding dengan 171 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2019 iaitu pengurangan sebanyak 30 kematian iaitu 17.5 peratus. Ada masa lagi? Sudah habis?
Tuan Pengerusi
Masa sudah habis.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Saya ada banyak.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Yang Berhormat Menteri kalau isu...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Menteri.
Sedikit Yang Berhormat Menteri kita tidak dapat bahas Tuan Pengerusi ...
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Boleh jawab isu...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tuan Pengerusi, soalan-soalan lain saya akan memberi jawapan secara bertulis. Terima kasih Tuan Pengerusi dan saya ucapkan terima kasih pada Yang Berhormat yang mengambil bahagian...
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Isu vaksin Yang Berhormat Menteri...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Tuan Pengerusi, saya tidak dapat bahas, saya nak soal.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Sekali lagi jutaan terima kasih kepada frontliners yang telah berkorban. Pengorbanan anda sangat-sangatlah dihargai.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Isu vaksin...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Tuan Pengerusi, tadi janji kita boleh bahas, boleh mencelah tetapi saya tak dibagi peluang. Saya tidak bahas lagi. Saya hendak tanya sedikit sahaja. Minta sedikit...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat-Yang Berhormat, masalah ialah bahawa...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Tuan Pengerusi, minta sedikit [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Menteri tak bagi jalan untuk mencelah. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah ialah wang sejumlah RM27,223,685,300 untuk Kepala B.42 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2021jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.42 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.42 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2021 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.42 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Seterusnya.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Tuan Pengerusi.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Pengerusi.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Seterusnya.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Kita tidak dapat berbahas tetapi bagi tahu boleh mencelah. Akan tetapi, bila kita mencelah, jawapan tak dapat.
Macam mana?
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, kita cuba...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Tadi Tuan Pengerusi janji kita boleh celah.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, kita cuba sedaya upaya untuk memberi peluang kepada semua ya.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Bukan Tuan Pengerusi, kawasan sana orang ini SMS tanya, tanya. Saya hendak tanya macam mana? Tak ada bagi peluang.
Tuan Pengerusi
Semalam pun saya panjangkan jangka masa untuk memberikan peluang kepada Yang Berhormat Padang Serai. Masalahnya...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih Tuan Pengerusi, tetapi sekarang soalan kesihatan. Hospital saya tak cukup tempat, saya hendak bagi tahu.
Tuan Pengerusi
Sudah habis, sudah habis. Yang Berhormat-Yang Berhormat
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Pengerusi, saya rasa kalau boleh kita panjangkan...
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Why no bother Tuan Pengerusi?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
... ini dahulu sampai pukul 10 malam. I don’t think there is any risk.
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala Bekalan B.43 dan Kepala Pembangunan P.43 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Pengerusi, point of order. Point of order Tuan Pengerusi. Boleh Tuan Pengerusi?
Tuan Pengerusi
Ya.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Terima kasih Tuan Pengerusi. Perkara 36(12) Tuan Pengerusi, mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan. Saya hendak bagi pandangan Tuan Pengerusi supaya diberi pandangan kepada Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk lebih bersedia di dalam menyediakan jawapan kepada pertanyaan dan soalan Ahli Parlimen, Tuan Pengerusi.
[Tepuk] This is nothing to do with the jokes dengan izin Tuan Pengerusi supaya perkara- perkara ini dapat diselesaikan secara baik di dalam perbahasan Peringkat
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Jawatankuasa. Kami akan sokong budget Peringkat Jawatankuasa tetapi biar kami sokong sepenuh hati, Tuan Pengerusi. Terima kasih, saya minta ruling Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Ya, saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Jelebu.
Semua fakta-fakta yang dibentangkan di dalam Dewan mestilah tepat dan betul. So, itu sahaja yang...
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
...saya boleh cakap tentang perkara ini. Tuan Setiausaha.
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Pengerusi, pun tentang Peraturan. saya ada satu cadangan.
Tuan Pengerusi
Saya.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Memandangkan CMCO seluruh negara pun telah – they called – diringankan. Dalam Dewan yang mulia ini kalau kita semua ikut peraturan distancing, saya rasa semua pun telah di – has been tested, semua negatif, tak ada risiko atau kurang sangat risiko tentang wabak COVID-19 di dalam Dewan ini.
Kalau boleh, kita memperkasakan Dewan ini kerana ramai – terdapat banyak rintihan, semua perkara rakyat tidak dapat disampaikan. Saya sudah bangun banyak kali, disenaraikan banyak kali, satu kali pun tidak sempat berucap sama ada semasa polisi ataupun Jawatankuasa. Jadi, ia merupakan...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini peraturan berapa? Peraturan berapa?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi, permohonan saya ialah agar kita pulihkan seperti sedia kala...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini peraturan berapa? Peraturan Mesyuarat?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...seperti dahulu. Kita berbahas sampai pukul 10 malam.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, mengikut Peraturan-peraturan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Selagi ada isu rakyat yang perlu dibentangkan, kita diberi peluang.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Itulah harapan saya kalau semua boleh setuju.
Marilah kita amalkan penjarakan dan Parlimen dipulih sedia kala. Terima kasih.
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, perkara ini kita telah banyak kalilah melewati perkara ini, yang sama ini. So, saya terikat dengan keputusan Kementerian Kesihatan dan nasihat oleh Tan Sri DG.
So, kalau Yang Berhormat tengok pagi ini pun pihak Dewan Negara ingin bersidang lebih lama tetapi pihak KKM dan Tan Sri DG tidak benarkan. Jadi, kita ada kekangan. Akan tetapi setakat mana yang mungkin, saya memberikan masa dan boleh melanjutkan masa setakat mana yang mungkin ya. Terima kasih.
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
Tuan Pengerusi, boleh lagi satu minit?
Tuan Pengerusi
Boleh kita... sebab kita hendak bahas, habiskan masa ini.
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
Ya, bertentangan dengan topik yang sama... Tuan Pengerusi sebab apabila ada untuk - satu minit sahaja.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Peraturan Mesyuarat berapa ini?
Tuan Pengerusi
On one hand you want to debate on the other hand you don’t want the debate, to stop.
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
Satu minit sebab apa yang kita dapati adalah apabila Yang Berhormat Menteri kata dia akan bawa - bagi jawapan bertulis secara Hansard. Saya check Hansard yang apabila Yang Berhormat Menteri kata tidak hendak jawab di Parlimen. Apa yang kita bangkitkan, dia kata akan jawab di *Hansard.
So,* saya tengok soalan saya yang pertama, hari Isnin tak ada. Hansard yang semalam yang isu yang kita bangkit di Parlimen, tak ada jawapan pun dalam jawapan bertulis.
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
Kalau macam itu, apakah fungsi Parlimen? Kita perlu ada soalan dan jawapan.
Bukan sahaja kita tidak ada masa untuk bangkit.
Tuan Pengerusi
Jawapan...
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
Kita tidak ada masa ataupun tidak dapat jawapan pun secara bertulis.
Tuan Pengerusi
Alright.
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
Secara bertulis pun tidak ada. So harap...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Bakri, saya hendak seru kepada semua Yang Berhormat Menteri, apabila berjanji untuk memberi jawapan bertulis tu, maka diberikan jawapan bertulis dalam masa yang munasabah terus kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang meminta jawapan tersebut ya.
Tuan Sim TzeTzin - Bayan Baru
Tuan Pengerusi, satu minit.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Peraturan mesyuarat...
Tuan Pengerusi
Saya hendak mulakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Peraturan Mesyuarat 18(1). Saya telah membawa Perkara 18(1), kepada Yang Berhormat Tuan Pengerusi iaitu berhubung dengan penjualan TH Plantation. Di mana terdapat kenyataan yang berbeza di pihak Yang Berhormat Menteri Ekonomi dan juga Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Agama.
Pada hari ini, pada kelmarin jawapan telah kita dapat bahawa kerajaan menolak penjualan TH Plantation [Tepuk] . Jadi saya hendak ucap terima kasih kepada Tuan Pengerusi dan juga kepada pihak kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang prihatin tentang perkara ini. Ini bererti, kes penjualan TH Plantation itu sudah tertutup kerana kerajaan telah membatalkan penjualan harta Tabung Haji tersebut. Saya ucap terima kasih.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya, batal niat kah.
Tuan Pengerusi
Ya baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ada sedikit makluman. Terdapat empat usul untuk pindaan yang telah diberi pemberitahuannya untuk diputuskan di bawah kepala ini. Usul-usul itu dicadangkan oleh, pertamanya oleh Yang Berhormat Tanjong Malim, keduanya oleh Yang Berhormat Lembah Pantai, ketiganya oleh Yang Berhormat Pasir Gudang dan akhir sekali oleh Yang Berhormat Tuaran. Usul-usul tersebut adalah serupa dari segi kesan dan natijahnya iaitu untuk memotong jumlah wang sebanyak RM8,627,200 daripada peruntukan di bawah Butiran 040000, kod Program Khusus 040900 – Penggerak Komuniti Tempatan di dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021.
Perkara ini saya telah bincangkan semalam dengan keempat-empat pencadang usul ini. Peraturan mesyuarat tidak memperuntukkan apa-apa tatacara untuk mempertimbangkan usul-usul yang sama maksudnya usul-usul yang serupa. Oleh itu saya menggunakan kuasa-kuasa dalam perkara-perkara lain, residuary powers di bawah Peraturan Mesyuarat 100 untuk membahaskan dan mempertimbangkan keempat-empat usul ini bersekali dengan hanya dikemukakan satu masalah untuk diputuskan oleh Dewan ini. Maka untuk mencadangkan usul-usul ini, saya pertamanya menjemput Yang Berhormat Tanjong Malim. Silakan.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya Yang Berhormat Tanjong Malim bangun untuk mencadangkan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9). “Bahawa jumlah sebanyak RM3,230,066,300 untuk Maksud B.43 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam Jadual kepada Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (D.R.16/2020) hendaklah dipotong sebanyak RM8,627,200 daripada peruntukkan di bawah Butiran 040000, Kod Program Khusus 040900 – Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) di dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021 (Kertas Perintah 26 tahun 2020)”.
Tuan Pengerusi
Sila mulakan ucapan tiga minit, Yang Berhormat Tanjong Malim.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Ya, terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ada dua poin sahaja. Pertama, bajet ini merupakan satu Bajet COVID-19. Bajet 2021 diuar-uarkan sebagai Bajet COVID-19. Memberi gambaran bahawa bajet ini akan membantu rakyat jelata untuk kehidupan mereka yang terjejas akibat pandemik COVID- 19 atau memberi sokongan yang padu kepada barisan hadapan untuk memerangi wabak pandemik ini. Dalam erti kata lain, bajet ini harus memberi fokus ataupun penekanan dalam bantuan kepada orang-orang yang kehidupan mereka terjejas akibat wabak COVID-19 atau kelengkapan untuk menjamin keselamatan anggota barisan hadapan kita.
Selain itu, kita perlu potong peruntukkan yang tidak mendesak ataupun tidak ada apa-apa urgency dengan izin. Saya mencadangkan usul ini sebab pada pandangan saya, peruntukkan untuk PeKT ini bukan sahaja tidak mendesak, tak ada urgency, malah saya yakin peruntukkan ini akan dibazirkan.
Dalam jawapan Yang Berhormat Menteri kepada Dewan yang mulia ini, ada lima peranan PeKT.
(i) sampaikan maklumat kepada penduduk setempat;
(ii) wujudkan komuniti yang bersatu padu;
(iii) memantau atau membantu meningkatkan keharmonian komuniti;
(iv) jalankan kegiatan nasihat bagi memelihara kebersihan; dan
(v) akhirnya mendapat respons awal komuniti.
PeKT ini semua kan diberi gaji RM2,000 pada setiap bulan dan RM10,000 peruntukkan pada setiap tahun. Akan tetapi, peranan PeKT ini bertindih dengan peranan Ahli-ahli Majlis dan bukan sahaja peruntukkan ini akan dibazirkan akibat pertindihan peranan dengan Ahli-ahli Majlis yang sedia. Peruntukkan ini juga bermotivasi politik ataupun political motivated dan akan dijadikan sebagai dana politik untuk memelihara kepentingan politik sesebuah parti atau seseorang individu. Pada 26 September 2020, terdapat satu sesi taklimat dan penyampaian watikah pelantikan kepada Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri sendiri.
Seramai 157 calon PeKT telah menerima watikah pada hari tersebut. Kalau kita teliti senarai tersebut, daripada seramai 157 orang PeKT yang dilantik, seramai 101 orang adalah bekas anggota Parti Keadilan Rakyat yang merupakan konco-konco kepada Yang Berhormat Menteri yang mengkhianati parti sendiri dalam langkah jahat Sheraton. Tuan Pengerusi, anggota barisan hadapan kita, doktornya, jururawat, paramedik, pekerja pembersihan, polis, pemandu ambulan dan lain-lain mereka bertungkus-lumus memerangi COVID-19 di barisan hadapan. Ada yang tergadai nyawa mereka. Namun Yang Berhormat Menteri KPKT sampai hati untuk hendak belanja RM8.6 juta untuk kepentingan politik sendiri. Langsung tidak masuk akal.
Limau purut buah petai,
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Buta perut tidak ada akal.
[Dewan riuh]
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
[Bangun]
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Maka saya mencadangkan untuk potong peruntukan ini secara keseluruhan. Saya mohon mencadangkan.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Malim. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Lembah Pantai untuk mencadangkan dan membahaskan usul beliau.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya turut membahaskan usul yang sama. Pada 4 November 2020 yang lalu, dalam satu laporan media disebut oleh Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia di Selangor, Dato Abdul Rashid Asari bahawa Penggerak Komuniti tempatan ini akan ditubuhkan di tiga negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang mana akan ada sebanyak 288 jawatan pegawai untuk diisi daripada komponen Perikatan Nasional. Jadi jelas seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Tanjong Malim tadi. Ini adalah satu political vehicle dengan izin.
Akan tetapi, persoalan yang mungkin kita boleh tanya juga, adakah ini untuk semua Perikatan Nasional ataupun hanya satu parti sahaja daripada Perikatan Nasional.
Bukan sahaja PeKT ini kalau kita lihat dari segi dasarnya melemahkan struktur Ahli Majlis, other minds the structure of local council and local counselors. Akan tetapi, apakah ia juga mewujudkan satu keadaan atau satu tension di dalam Perikatan Nasional itu sendiri? Ini kerana, contohnya bukan sahaja seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tanjong Malim tadi, mungkin ini adalah usaha oleh beberapa individu untuk membina empayar politik mereka sendiri.
Akan tetapi, apakah akan ada keterlibatan daripada parti-parti yang lain dalam Perikatan Nasional? Ini saya harap Yang Berhormat Menteri boleh jawab dan saya percaya telah ada jawapan. Akan tetapi, kalau kita lihat kenapa hanya di tiga buah negeri ini, kenapa bukan di semua negeri, why not just undermind all the PBT dengan izin.
Kenapa hanya di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan?
Seorang Ahli
Betul.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Saya berpandangan serupa dengan Yang Berhormat Tanjong Malim di mana jumlah yang besar ini iaitu RM8,627,200 sepatutnya boleh digunakan untuk tujuan yang lebih bermanfaat pada ketika kita berusaha menentang COVID-19.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Contohnya berikanlah jumlah ini kepada semua petugas kebersihan di hospital- hospital kerajaan, the hospital cleaner’s yang pada waktu ini tidak dimasukkan dalam senarai frontliners NADMA. Berikan kepada mereka, jangan berikan kepada kroni.
Berikan kepada mereka yang berkhidmat membantu kita melawan COVID-19. Ataupun adakah Yang Berhormat Menteri ini tidak kisah – ataupun berikan contohnya tambahan kepada anggota bomba.
Contoh di Balai Bomba Pantai di Lembah Pantai, saya difahamkan hanya empat orang anggota bomba sahaja yang diberikan kebenaran ataupun ditakrifkan sebagai frontliners dan mereka sahaja yang boleh mendapat elaun khas yang telah diumumkan.
Jadi cadangan saya, potong daripada PeKT berikan kepada contoh, semua anggota bomba ataupun berikan kepada semua petugas pembersihan di hospital-hospital kerajaan. Sekian, saya mohon mencadangkan.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Pasir Gudang untuk mencadang dan membahaskan usul beliau. Silakan.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Alasan Pasir Gudang mengapa Rang Undang-undang Perbekalan 2021 hendaklah dipotong sebanyak RM8,627,000,200 daripada peruntukan di bawah Butiran Program Khusus Penggerak Komuniti Tempatan dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021 adalah seperti berikut.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Pertama, Pasir Gudang percaya wujud pertentangan kepentingan dengan izin, conflict of interest. Penggerak Komuniti Tempatan adalah satu organisasi NGO di bawah KPKT. Ia bukan agensi kerajaan. Tuan Pengerusi, dalam masyarakat sekarang ini terdapat NGO bernama Penggerak Komuniti Negara yang ada hubungan rapat dengan Yang Berhormat Ampang yang menjadi Menteri KPKT.
Pasir Gudang bimbang akan wujud dengan izin, conflict of interest yang mana nanti tidak dapat dibezakan yang mana satu Penggerak Komuniti Tempatan, yang mana pula Penggerak Komuniti Negara? Saya percaya wang negara, duit rakyat daripada duit pembayar cukai dengan izin, tax payers tidak patut disalah guna untuk kerja-kerja politik, tujuan-tujuan politik, pak-pak Menteri atau mak-mak Menteri.
Tuan Pengerusi, alasan Pasir Gudang yang kedua – jangan salah faham. Pasir Gudang berpendapat tidak salah Ahli-ahli Parlimen membantu NGO-NGO. Yang salah ialah jika berlaku salah guna kuasa. Wang sebanyak RM8 juta lebih itu boleh diagih kepada semua 222 Ahli Parlimen, sama ada di pihak kerajaan dan juga di pihak pembangkang melalui ICU di bawah Jabatan Perdana Menteri. Melalui Ahli-ahli Parlimen seluruh negara, peruntukan sebanyak RM8 juta lebih itu bolehlah diagihkan secara adil dan telus kepada banyak NGO di seluruh negara. Bukannya hanya kepada satu NGO sahaja di bawah satu Ahli Parlimen yang mengetuai satu kementerian sahaja.
Tuan Pengerusi, terdapat beribu-ribu NGO di seluruh negara. Mereka semua ada peranan dan banyak jasanya. Mereka patut dibantu. Jadi saya cadangkan Tuan Pengerusi, wang sebanyak RM8,627,000,200 yang dipotong itu disusun semula untuk manfaat NGO-NGO lain di seluruh negara. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Akhir sekali saya jemput Yang Berhormat Tuaran untuk mencadang dan membahaskan usul beliau.
Silakan.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Pertamanya Tuaran mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Pengerusi Dewan Rakyat kerana menerima notis usul Tuaran di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9) bahawa sejumlah RM3,230,066,300 untuk Maksud B.43 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam Jadual Kepala Rang Undang-undang Perbekalan 2021 hendaklah dipotong sebanyak RM8,627,200 daripada peruntukan di bawah Butiran 040000 – Program Khusus, Kod Program Aktiviti 040900 – Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) di dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021.
Tuan Pengerusi, alasan saya ialah setelah mendengar dengan teliti, penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Ampang, Menteri di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan semasa penggulungan perbahasan Bajet 2021 di peringkat dasar, jelas menunjukkan bahawa tidak ada keperluan mendesak untuk menubuhkan Penggerak Komuniti Tempatan. Alasan yang seterusnya Penggerak Komuniti Tempatan ini diperlukan untuk menjelaskan pandemik COVID-19 kepada komuniti PPR, bukan sahaja mengarut tetapi membazir duit rakyat.
Di kawasan Parlimen Tuaran pun ada beberapa buah bangunan PPR dan memang ada kes positif COVID-19 sejak Mac lagi. Namun, Jabatan Kesihatan dan agensi berkaitan seperti Jabatan Penerangan dan Majlis Daerah telah memainkan peranan penting dalam menangani keadaan tersebut. Pada Tuaran wang sebanyak RM8 juta itu elok digunakan untuk memperbaiki bangunan PPR yang mengalami pelbagai kerosakan. Kemudahan asas seperti bekalan air untuk PPR juga sangat penting untuk diatasi seperti apa yang dialami oleh PPR Taman Sri Rugading di Tuaran atau sekiranya peruntukan untuk keceriaan bangunan PPR sudah disediakan, elok peruntukan tersebut diperuntukkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi khususnya untuk menaik taraf prasarana bahan pembelajaran dan pengajaran secara talian terus.
Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang diberi peruntukkan hanya sejumlah RM600 ribu dalam bajet kali ini untuk pembangunan dan juga UMS mendapat peruntukan terendah daripada 21 IPT di Malaysia. Oleh sebab itu, elok sebanyak RM8 juta
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
diperuntukkan kepada UMS daripada digunakan secara membazir untuk (PeKT) yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Sebelum kita teruskan, ada usul Menteri. Saya persilakan Yang Berhormat Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Takiyuddin bin Hassan
Tuan Yang di-Pertua; “Tanpa mengambil kira Usul Peraturan Mesyuarat 12(1) terdahulu iaitu pada Khamis, 5 November 2020 dan mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan dalam peringkat Jawatankuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2021 dan Usul Anggaran Pembangunan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 10 Disember 2020”.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Tuan Pengerusi, saya mohon menyokong.
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi perlu disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Pengerusi
Untuk memulakan perbahasan di sebelah sini, maka saya dengan hormatnya menjemput Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Pengerusi, saya mencadangkan oleh sebab usul ini empat orang daripada pembangkang, saya mencadangkan supaya pihak backbencher ada empat orang juga pembahas usul untuk menyamakan keadaan.
Pertama sekali ialah Penggerak Komuniti Tempatan. Kita menyokong. Ini usaha yang baik, luar biasa.
Beberapa ahli
[Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Akan tetapi, pilot project-nya dibuat di beberapa tempat termasuk di Perlis, di PPR Sena. Kita minta kalau boleh dibuat di seluruh Parlimen di negara ini kerana benda ini penting. Dahulu masa PH...
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Lantik Pegawai Khas...
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Yang Berhormat Arau, betul ada dibuat di Perlis kah tidak?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya?
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Tanjong Malim.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tak. Dia buat pilot project di 15...
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Tiga buah negeri sahaja. Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Di 19 buah tempat. Ini permulaan. Kita cadangkan dibuat di seluruh Malaysia. Ini dibuat di seluruh kawasan Parlimen kerana usaha ini baik dan murni. Ini kerana, semasa PH lantik Pegawai Khas hanya untuk Yang Berhormat Menteri, termasuk Yang Berhormat Menteri Kewangan...
Tuan SimTzeTzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Melantik Pegawai Khas dan sesetengah Pegawai Khas ini diberi JUSA C. Akan tetapi...
Tuan SimTzeTzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Arau, you nak kroni, you masuk Penggerak Komuniti?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Penggerak Komuniti. Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Bayan Baru.
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini apa cerita? Dia orang bercakap saya tak ganggu.
Tuan Pengerusi
Mikrofon, mikrofon.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jangan ganggu saya. Saya tidak ganggu pun mereka bercakap. Kita hormat-menghormati. Ini perangai ....
Seorang ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya lebih kurang ya [Ketawa] .
Tersilap sebut nak kena tarik balik ya. Jadi saya hendak beritahu, usaha ini murni. Yang Berhormat Menteri, usaha ini biarlah ikhlas dan murni, kita buat di seluruh kawasan Parlimen dan terpulanglah kepada Yang Berhormat untuk membuat pelantikan sama ada melalui Ahli Parlimen atau melalui orang-orang yang dipercayai oleh kerajaan untuk membuat lantikan kepada Ahli-ahli Majlis komuniti ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini penting, sebab kita tahu bahawa di tempat pilot project yang diperkenalkan itu, kawasan rumah pangsa ini kita lihat tidak terurus. Dalam keadaan dunia sekarang ini, orang suka bersendirian, suka bersama keluarga sendiri mereka sahaja. Sampai di kawasan rumah PPR yang jaraknya dekat antara satu dengan lain, itu pun mereka terus bersendirian. Lainlah rumah-rumah banglo dan sebagainya, hidup bersendirian. Ini di rumah pangsa mereka duduk bersendirian, tidak berkomunikasi di antara satu sama lain.
Tujuan utamanya ialah untuk membolehkan mereka berkomunikasi.
Dalam Islam, Nabi SAW sebelum membentuk negara Islam, Madinah, telah menyatukan padukan masyarakat. Menyatupadukan di antara Muhajirin dengan Ansar, menyatupadukan di antara Aus dan Khazraj. Bila masyarakat disatukan, barulah sebuah negara dibentuk. Kita ini bentuk negara dahulu, masyarakat masih berbeza pendapat dan sebagainya. Lebih-lebih lagi dalam keadaan dunia sekarang ini, dengan orang lebih suka bersendirian, maka usaha ini cukup murni. Saya puji, saya di antara orang yang bercakap, kalau benar, saya cakap benar, kalau tidak benar, saya cakap tidak benar.
Kelmarin saya rujuk dua orang Menteri...
Tuan Pengerusi
Masa sudah tamat Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana saya rasa tidak benar, saya tegur. Akan tetapi pada hari ini saya hendak puji Yang Berhormat Menteri kerana Yang Berhormat Menteri telah berjaya memperkenalkan satu usaha murni untuk menyatupadukan masyarakat. Semangat we feeling, kekitaan, semangat kepunyaan kepada harta-harta bersama. Contohnya, harga- harta strata ini, kadang-kadang masing-masing tidak kisah.
Tuan Pengerusi
Habiskan Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Lif tidak kisah, barang-barang itu dirosakkan. Akan tetapi kalau ada semangat kekitaan, membentuk komuniti untuk ada semangat kekitaan ini usaha murni yang bukan sahaja dituntut oleh negara tetapi daripada segi Islam benda ini dituntut. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri. Kalau tidak mahu berjanji untuk buat di seluruh Malaysia, saya tidak akan sokong. Akan tetapi kalau berjanji untuk buat di seluruh negara, saya akan sokong dengan hebatnya. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Yang Berhormat Padang Rengas, silakan.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Tuan Pengerusi, saya berdiri untuk menyokong pembentukan Penggerak Komuniti Tempatan ini. Ini kerana seperti mana kita sedia maklum iaitu Dasar Komuniti Negara (DKOMN) telah pun dilancarkan pada 17 Februari 2019. Satu-satu dasar ini, kalau tidak ada alat, tidak mungkin ia boleh dilaksanakan. Saya faham itu bahawa penggerak komuniti tempatan ini ialah alat kepada pelaksanaan Dasar Komuniti Negara. Antara alasan- alasan di bawah Dasar Komuniti Negara ini membentuk komuniti yang peka terhadap isu-isu komuniti, saling menghormati, menyayangi dan bekerjasama antara jiran tetangga. Ini alasan-alasan yang murni. Oleh sebab kalau kita lihat pada hari ini iaitu bahawa mereka yang tinggal di bangunan-bangunan, rumah-rumah pangsa ini, sebenarnya adalah orang yang datang dari kampung dan luar bandar.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Jawatankuasa] Kita selalu dengar iaitu bahawa rungutan berkenaan dengan bagaimana sekarang kalau kita duduk di bandar, kita tidak mengenali di antara satu sama lain. Jiran tetangga sebelah, sebelah kiri, sebelah kanan, di atas, di bawah, kita tidak mengenali di antara satu sama lain. Inilah merupakan rungutan dan penyesalan. Kalau selalu disebut- selalu dikatakan iaitu bahawa di kampung lain. Di kampung ada kerjasama, kalau kenduri ini kita berkumpul tetapi sekarang apabila mereka telah berhijrah dari kampung luar bandar pergi ke bandar, duduk di rumah pangsa, maka ini tidak dapat diamalkan. Sudah tentulah, kerana apa, apabila kita duduk dalam rumah pangsa, kita datang daripada pelbagai latar belakang, masyarakat, agama, kampung. Kita merasa begitu segan dan malu untuk berkenalan di antara satu sama lain.
Jadi, dengan adanya Penggerak Komuniti Tempatan ini, maka kita boleh kembali untuk mewujudkan suasana kampung di dalam bandar-bandar. Ini yang kita mahukan supaya kita lebih berkenalan di antara satu sama lain. Kemudian juga kalau kita lihat, di kampung-kampung ada sistem ketua kampung tetapi apabila kita datang ke bandar, sudah tidak ada ketua kampung. Sekiranya kalau kita ada apa-apa masalah sebagai contoh, kita tidak ada orang perantaraan di antara orang-orang di dalam bangunan dengan authority.
Jadi, sebab itu saya lihat di sini, antara sebab Dasar Komuniti Negara ini diwujudkan adalah juga untuk memupuk kerjasama strategik antara komuniti dengan sektor awam, sektor swasta dan NGO. Ini memerlukan kepada orang perantaraan. Inilah kita hendak wujudkan iaitu Penggerak Komuniti Tempatan yang akan menjadi ketua kampung kita, menjadi perantaraan di antara kita dengan authority.
Jadi Tuan Pengerusi, saya menyokong kerana ini sebuah dasar yang cukup baik dan janganlah kita lihat iaitu bahawa ada agenda politik. Kalau orang menyangka bahawa ini agenda politik, bermakna dia sendiri, kalau dia kerajaan, dia akan berbuat demikian.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Jadi, sebab itu saya menyokong perkara ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tambun, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Tanjong Karang.
Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu - Tambun
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh Tuan Pengerusi. Setelah dirujuk oleh Yang Berhormat Bagan Datuk dan juga Yang Berhormat Marang, saya dapat tahu masalah di Perak sudah selesai...
[Tepuk] Maka, saya bangun untuk membahaskan usul yang telah dibawa [Ketawa]
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Yang Berhormat, tiada kaitan Yang Berhormat. Tiada kaitan, itu negeri, ini Persekutuan.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Tidak mengapa, semalam you tanya, hari ini dia jawab.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Tambun, teruskan.
Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu - Tambun
Bagi mencapai...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
PAS pun balik sokong pengkhianat.
Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu - Tambun
...Objektif pelaksanaan Dasar Komuniti Negara (DKOMN)...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Pokok Sena, jangan cemburu.
Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu - Tambun
...Iaitu yang membawa kepada tertubuhnya Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT). Kita lihat ada dua objektif di dalam DKOMN yang sangar signifikan dengan penubuhan PeKT. Antaranya mendaya upaya anggota komuniti supaya mempunyai rasa kepunyaan, prihatin terhadap harta benda, ruang dan fasiliti yang dikongsi bersama serta rasa tanggungjawab terhadap komuniti dan kawasan tempat tinggal. Selain daripada itu juga, antara objektif Dasar Komuniti Negara adalah untuk melahirkan lebih ramai pemimpin dan sukarelawan dalam kalangan komuniti perumahan berstrata.
Jadi Tuan Pengerusi, kenapakah kita perlu tubuhkan atau lahirkan PeKT ini? Ia adalah satu kesinambungan bagi satu inisiatif yang sangat mesra dengan rakyat. Orang- orang yang dilantik sebagai PeKT ini individu yang berkhidmat secara sukarela bagi meningkatkan kesejahteraan hidup komuniti setempat. Mereka ini berkhidmat kepada masyarakat tanpa mengharapkan sebarang bayaran dalam bentuk wang tunai. Mereka ini juga terdiri daripada penggiat-penggiat komuniti yang mempunyai rasa tanggungjawab dalam membantu KPKT untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti di kawasan masing-masing. PeKT ini hanya bertanggungjawab dalam melaksanakan program-program yang telah ditetapkan oleh KPKT dan digariskan dalam Dasar Komuniti Negara.
Fungsi PeKT ini pula bertindak sebagai rakan strategik kepada KPKT bagi membantu melaksanakan program, di samping membimbing komuniti setempat untuk bergerak sendiri dan menerapkan kebergantungan yang minimum terhadap bantuan kerajaan. Antara peranan lain yang boleh dimainkan oleh PeKT termasuklah menyampaikan maklumat kepada penduduk setempat berhubung dasar, inisiatif di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Tuan Pengerusi, sebagai kesimpulannya berdasarkan kepada perkara-perkara yang telah dibahaskan sebentar tadi menunjukkan bahawa PeKT yang ingin diwujudkan merupakan inisiatif yang murni oleh KPKT bagi memastikan kesejahteraan komuniti, terutamanya di kawasan PPR akan dapat dipertingkatkan.
Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu - Tambun
Sehubungan dengan itu, saya amat menyokong pelaksanaan inisiatif PeKT oleh KPKT ini. Ini adalah inisiatif yang sangat baik dan saya berpandangan seluruh anggota Dewan akan memberi sokongan penuh kepada perkara yang baik-baik. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tambun. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tanjong Karang. Tiga minit.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya lihat Dasar Komuniti Negara yang dilancarkan pada 13 Februari 2019, ia ada dua sektor. Pertama, saya tengok ialah Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti yang telah diwujudkan di kawasan PPR, di 19 PPR kalau saya tidak silap di seluruh negara. Saya tengok program-program telah pun dilaksanakan, banyak. Tahun 2020 sahaja, sebanyak 225 program telah dilaksanakan dengan melibatkan lebih 14,000 orang komuniti tetapi saya lihat bahawa program tersebut ialah bersama dengan agensi kerajaan dan juga pihak NGOs dan swasta. Persoalan saya, adakah KPKT memberikan peruntukan untuk menjayakan program-program Sekretariat Muafakat Komuniti KPKT ini? Ini di seluruh negara.
Kedua, saya tengok ialah Penggerak Komuniti Tempatan yang dibangkitkan tadi yang juga diberikan peruntukan. Penggerak Komuniti Tempatan ini memang benar kita kata hanya tiga buah negeri sahaja yang terlibat. Persoalan yang saya hendak minta pendirian daripada pihak kementerian, lantikan-lantikan telah dibuat seperti Yang Berhormat Tanjong Malim cakapkan tadi, betul. Telah pun dibuat lantikan-lantikan ini.
Saya hendak minta jaminan daripada Menteri, sekiranya Penggerak Komuniti Tempatan ini diteruskan, saya hendak minta pelantikan yang telah dibuat sebelum ini mestilah dibatalkan. Ini kerana pelantikan yang dibuat ini bagi saya tidak boleh dibuat sebab peruntukan itu belum ada di dalam Bajet 2020. Kita ini hendak wujudkan jawatan ini, tahun 2021, tahun depan sepatutnya dilantik. Persoalan saya, mengapa dilantik lebih awal sebelum bajet ini diluluskan? Kalau bajet ini diluluskan, saya hendak minta jaminan daripada Menteri, pelantikan yang telah dibuat mestilah dibatalkan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Yang Berhormat, saya telah buka kepada perbahasan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawabnya.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillah. Terima kasih Tuan Pengerusi dan saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam usul yang hendak menolak RM8.6 juta yang diusulkan oleh pihak pembangkang, daripada Yang Berhormat Tanjong Malim, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Lembah Pantai dan juga Yang Berhormat Tuaran.
Untuk makluman Yang Berhormat Tanjong Malim mengatakan bahawa ini bajet COVID-19, memang betul. Alhamdulillah. Saya amat bersyukur apabila kita melancarkan Dasar Komuniti Negara ini pada bulan Februari 2019 dan membuat program perintis di 19 PPR termasuk di PPR Seri Sena di Kangar dan termasuk juga di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah.
Sebanyak 19 buah PPR ini terletak di negeri-negeri yang saya sebutkan tadi.
Dengan adanya penggerakan Dasar Komuniti Negara ini kita telah mampu untuk membentuk satu komuniti yang bekerjasama.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Minta penjelasan sedikit.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Apabila terjadinya COVID-19...
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Boleh sedikit sahaja? Mengenai tadi yang pelantikan Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti ini, memang betul ada 19 PPR. Di Selangor saya tengok ada satu sahaja iaitu PPR Lembah Subang 2. Sedangkan di Selangor ada lagi satu iaitu PPR Lembah Subang 1. Mengapa PPR Lembah Subang 1 tidak dimasukkan dalam senarai 19 ini?
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Sila.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Ini adalah projek perintis yang telah kita kenal pasti beberapa PPR untuk kita buatkan projek pilot. Jadi insya-Allah, kita akan berkembang lagi berdasarkan pada bajet yang kita ada, insya-Allah. Jadi ini adalah seperti yang saya sebutkan tadi, kita telah melancarkan Dasar Komuniti Negara pada 19 Februari 2019. Dalam dasar ini adalah untuk memperdayakan komuniti,to empower the community. So that they know how to take care of the community in the area. So that they know how to look after all their property. So that they
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
know how to look at each other. So when it comes to the end, to the age, dengan izin COVID-19 what happen? When we need kita buatkan promosi “Kita jaga kita”.
We need community builders, community leaders in the community. So dengan adanya community leaders ini ataupun pemimpin dalam komuniti ini...
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
[Bangun]
Tuan SimTzeTzin - Bayan Baru
[Bangun]
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
[Bangun]
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
...Maka mereka mampu membimbing dan menjaga penduduk-penduduk di kawasan PPR ini, bagaimana untuk menjaga...
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Minta laluan.
Tuan SimTzeTzin - Bayan Baru
Menteri, Menteri.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
...Kebersihan, bagaimana hendak menjaga self-distancing, bagaimana hendak sanitation dan sebagainya.
Tuan SimTzeTzin - Bayan Baru
Menteri, kenapa melantik kroni sendiri?
Kenapa lantik kroni sendiri, Menteri?
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Jadi inilah hasilnya tetapi saya hendak sebut dulu di sini, kalau hendak membuat sesuatu usul, buatlah sedikit research. You find out apa itu...
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Ya Menteri, boleh minta laluan atau tidak?
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Buat Penggerak Komuniti Tempatan ini dibuat bukan plucking from the air. Jus tlike numbers, you want to pluck in the air. No!
Tuan SimTzeTzin - Bayan Baru
Akan tetapi Menteri pluck kroni sendiri.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
...Ia dibuat dari Dasar Komuniti Negara ini...
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Boleh minta laluan atau tidak?
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Yang mana tertakluk aktiviti-aktiviti yang harus dilaksanakan dan ada KPI dan mereka dilantik dan dipilih daripada mereka yang berkelayakan...
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Menteri, boleh minta laluan?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Lembah Pantai.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
...Dan disaring mengikut sistem kerajaan. Dia ada lantikan – saya tidak ada masa untuk beri laluan kerana...
[Dewan riuh]
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Saya hendak habiskan saya punya jawapan.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Menteri, jawab, jawab, jawab.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Menteri, maksud Menteri, ahli majlis yang ada sekarang tidak layak untuk jalankan aktiviti seperti itu?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Atau persatuan penduduk ataupun Rukun Tetangga.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Tidak ada...
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
No. Bukan, seperti apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Padang Rengas.
[Dewan riuh]
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Tidak ada keupayaan untuk jalankan tugas.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Kalau kita tidak memperkasakan PBT Macam mana?
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Ya.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Let me – listen. Come on, Yang Berhormat Petaling Jaya...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Menteri.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
No. We have to empower PBT. Bukan empower konco-konco Menteri.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
No, no. We have to empower the community and...
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Empower, bukan undermine.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Kita kena memperdayakan komuniti dan komuniti perlukan pengantara. Tahu kah Yang Berhormat Tanjong Malim dan semua yang bawa usul ini daripada penduduk-penduduk PPR ini datang? Dari kampung seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Padang Rengas. Dia tidak ada peluang, tidak ada exposure kepada pengetahuan, tidak ada peluang exposure untuk tahu siapa kontak...
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Negeri lain tidak ada kampung kah?
Hanya ada Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan sahaja ada kampung?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Apa fungsi ketua kampung, apa fungsi Rukun Tetangga, apa fungsi persatuan penduduk?
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Saya ingat kalau macam ini, saya rasa ...
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Negeri lain tidak ada kampung?
[Dewan riuh]
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Struktur-struktur itu telah wujud.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Saya hendak sebut di sini, tidak ada struktur ini. Ini seperti saya sebut...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Kedah pun banyak kampung.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Persatuan penduduk sudah ada. Rukun Tetangga sudah ada.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
...Penggerak Komuniti Tempatan dilantik – dengar dahulu Yang Berhormat Lembah Pantai. *Please sit down. Let me answer. If you do not want to hear me to answer, then you don’t have to ask question.
Okey?*
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Menteri, masa sudah tamat.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Okey, sit down. You sudah tanya.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
We want this allocation untuk ditolak.
Kita bukan tanya soalan lah.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
You sudah tanya soalan, you sudah tanya soalan, sekarang saya hendak jawab. Dengarlah...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Pengerusi, beri Menteri jawablah. Apa campur tangan? Dengar dahulu.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Sekarang saya hendak jawab.
Dengarlah! Kenapa sangat emosional?
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Menteri bukan jawab, marah orang.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Macam mana ada?
[Dewan riuh]
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Ada belanga, ada petai, Ada telinga tidak hendak pakai.
[Dewan riuh]
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Ada udang di sebalik batu juga.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Sebab itu dengar. Bila tidak dengar, saja emosional.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Menteri.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Macam orang muda, emosional.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang emosional Menteri. [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Menteri, saya minta Menteri rumuskan. Masa sudah tamat. On kan balik. Switch on please.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Oleh kerana saya tidak ada masa hendak jawab, saya hendak gulung di sini.
Penggerak Komuniti Tempatan dilantik adalah berdasarkan kepada Dasar Komuniti Negara yang mana sudah pasti kita buat perintis di 19 PPR. Dalam 19 PPR ini di antara perkara-perkara yang kita buat ada lima perkara. Yang Berhormat Tanjong Malim, sahaja tidak sebut, membudayakan norma baharu. KPI dia membudayakan norma baharu. Ini di antaranya. Jadi perkara apa yang dibuat? Untuk buat pelitup muka (mask) untuk kanak-kanak sekolah dan sebagainya. Ini yang mereka lakukan. We want them to be empowered kerana kita hendak meningkatkan kualiti hidup mereka di kawasan mereka.
They are deprive of further, of higher education, these group of people. They are deprive of getting exposure. They are deprive of getting knowledge. Jadi kita dengan adanya Penggerak Komuniti Tempatan ini, saya hendak sebut saya berbangga dengan adanya program ini, PPR Kota Baharu Kelantan mampu untuk menggerakkan 40 peratus daripada komuniti di PPR Kota Bharu itu berkecimpung dalam program recycling, mampu menjana sebanyak 18,000 kilogram sampah untuk di-recycle. Di program Lembah Subang 2 ...
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
Menteri, izin laluan.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Ini adalah di antara rumah PPR yang telah berjaya membuat lima program ini.
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
Menteri, minta laluan sedikit.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Lima KPI yang telah dicapai dan kita memberikan mereka CCTV...
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
Tangga Batu, Tangga Batu sedikit sahaja Menteri.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Di Seri Nilam, di Ampang, sebuah komuniti yang telah dilatih. Ketua komuniti di situ mampu bila kita sudah latih mengambil nama-nama penduduk di situ dan boleh pula segregate...
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
Tangga Batu, Tangga Batu.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
...Warga asing dan mereka juga membuat orientasi kepada warga asing.
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
Memandang rendah kepada kemampuan JPKK.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Dia melihat pentingnya maka dia pun juga memasang CCTV...
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Menteri, masa sudah tamat Menteri.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Ini adalah pencapaian- pencapaiannya...
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Kita ada ahli majlis, kita ada JKKK.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Jadi kalaulah kita sekiranya...
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Kenapa hendak belanja duit RM8.6 juta itu?
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
...Hendak membantah, hendak menolak, samalah seperti untuk menafikan hak kita untuk membantu golongan B40 untuk meningkatkan kualiti hidup mereka.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
You are undermining the PBT.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Kalau you tolak di sini, insya-Allah, B40 di sana akan tolak pembangkang dalam pilihan raya akan datang.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Sudah, jangan divert issuelah!
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bagi diputuskan. Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9) bagi Maksud Bekalan B.43, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan oleh Yang Berhormat Tanjong Malim, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Pasir Gudang dan Yang Berhormat Tuaran bahawa jumlah sebanyak RM3,230,660,300 untuk Maksud B.43 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam Jadual kepada Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (D.R.16/2020) hendaklah dipotong sebanyak RM8,627,200 daripada peruntukan di bawah Butiran 040000 – Program Khusus, Butiran 040900 – Penggerak Komuniti Tempatan di dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021, Kertas Perintah 26 Tahun 2020 hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan tidak disetujukan]
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Macam lebih suara bersetuju tadi.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Lebih, lebih...
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, Bekalan B.43 dan Kepala P.33 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan terbuka untuk dibahas sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memulakan dengan menjemput Yang Berhormat Sandakan, kemudian diikuti Yang Berhormat Jempol. Sila, Yang Berhormat Sandakan, lima minit.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Saya ingin membangkitkan dua isu dalam perbahasan saya hari ini. Pertama sekali, saya ingin merujuk kepada mukasurat 390, Butiran 030500 – Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) di mana anggaran untuk tahun 2021 adalah sebanyak RM20 juta.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, sehingga kini terdapat dua Projek Perumahan PRIMA di Sandakan iaitu PRIMA Borneo Cove, Sandakan yang memiliki 999 unit dan PRIMA Sandakan City Centre yang memiliki 750 unit. Kedua-dua projek perumahan tersebut dijangka siap pada akhir tahun 2018. Sehingga ke hari ini, PRIMA Borneo Cove hanya sekitar 99 percent siap, sementara PRIMA Sandakan City Centre hanya sekitar 60 percent siap.
Kemajuan untuk kedua-dua projek di atas nampaknya telah terhenti dan tapak pembinaan tersebut ditinggalkan. Apakah status terkini bagi kedua-dua projek perumahan ini? Adakah peruntukan sebanyak RM20 juta bagi tahun 2021 termasuk kedua-dua projek ini bagi menyiapkan kerja-kerja tertunggak berdasarkan kesesuaian tujuan projek?
Kedua, saya ingin merujuk kepada muka surat 393 dan muka surat 395, Butiran 01513 – Program Perumahan Rakyat yang mana anggaran untuk tahun 2021 adalah sebanyak RM500 juta dan juga Butiran 40000 – SPNB yang mana anggaran untuk tahun 2021 adalah sebanyak RM315 juta.
Saya ingin bertanya kepada kementerian, sejumlah RM815 juta telah diperuntukkan kepada dua program ini. Berapakah rumah mampu milik akan dibina untuk kedua-dua program ini? Daripada jumlah diperuntukkan, berapakah rumah
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
mampu milik yang dirancang untuk Sabah dan Sandakan? Sehingga ke hari ini, fasa dua untuk PPR Batu Putih, Sandakan serta fasa 2 untuk PPR Lupak Meluas, Batu Sapi masih belum dilaksanakan sekian lama selepas tarikh asal yang dirancang. Adakah kedua-dua PPR ini termasuk daripada sebahagian peruntukan bagi tahun 2021? Justeru itu, apakah status terkini mengenai perkara ini?
Berdasarkan tinjauan kerajaan yang dilakukan pada tahun 2018, Sandakan mencatat jumlah penduduk setinggan terbanyak di negeri Sabah dengan lebih daripada 34,000 penduduk tempatan tinggal di perumahan setinggan di seluruh daerah.
Penduduk setinggan ini tidak mampu mempunyai akses bekalan air bersih dan keadaan persekitaran yang sempit dan tidak bersih. Risiko penyebaran penyakit berjangkit yang tinggi seperti COVID-19 dan penyakit lain.
Oleh itu, saya sangat menggesa kementerian untuk mempercepatkan projek perumahan awam yang berpatutan di Sandakan, sama ada melalui PPR atau SPNB.
Keperluan ini adalah di tahap yang sangat kritikal dan tindakan yang segera diperlukan.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada petang ini.
Butiran 00100 – Projek Kecil di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kerajaan yang telah meningkatkan peruntukan sebanyak RM270 juta pada tahun hadapan iaitu sebanyak RM330 juta berbanding RM60 juta sebelumnya. Peruntukan ini sememangnya dapat membantu dan memajukan PBT dalam proses pembangunan fizikal, sosioekonomi bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat. Perkara ini selaras dengan proses pembangunan negara dan matlamat penyusunan semula PBT.
Saya telah menerima banyak aduan di kawasan saya, iaitu Rumah Rakyat Jambu Lapan dan Taman Satelite serta Rumah Rakyat Bahau yang mana terletak dalam kawasan Majlis Perbandaran Jempol. Kedua-dua taman ini terdedah kepada bencana banjir pada setiap kali hujan lebat iaitu tidak kurang daripada 10 kali pada tahun ini sahaja. Ia turut menjejaskan lebih kurang 200 penduduk Perumahan Rakyat Jambu Lapan, Taman Satelite serta 400 penduduk di Perumahan Rakyat Bahau.
Berdasarkan lawatan dan hasil siasatan yang telah saya jalankan, saya dapati bahawa punca utama adalah disebabkan kegagalan sistem saliran longkang untuk berfungsi dengan baik dan tidak mampu menampung limpahan air yang begitu banyak bila hujan lebat berlaku. Tambahan pula, kedua-dua kawasan ini terletak di kawasan yang rendah.
Selaras dengan peningkatan peruntukan sebanyak RM270 juta pada tahun hadapan, saya mohon agar pihak kementerian dapat memberi perhatian kepada perkara ini demi membela nasib penduduk di kawasan berkenaan.
Butiran 040900 – Penggerak Komuniti Tempatan. Tahniah kepada Menteri, bahawa Usul yang tadi telah ditolak. Menerima bahawa Penggerak Komuniti ini memberikan kesan langsung kepada rakyat kerana program yang dijalankan dengan peruntukan sebanyak RM8.6 juta tadi diperuntukkan...
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Jempol, minta laluan Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Diperuntukkan bagi objektif Dasar Komuniti Negara.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Sekejap. Saya habiskan ini.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Jempol, bagilah laluan saya.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Sebelah. Jiran sebelah.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Jiran sebelah.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Merujuk kepada salah satu objektif Dasar Komuniti Negara, iaitu memupuk kerjasama strategik antara komuniti dengan sektor awam, sektor swasta dan NGO. Apa yang dikatakan kepada...
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Sebelum pergi tajuk lain, Yang Berhormat Jempol. Sebelum pergi tajuk lain.
Cuma saya nak bagi pandangan dan juga confirmation, dengan izin Tuan Pengerusi, daripada kementerian supaya pelantikan pegawai komuniti ini mestilah di kalangan daripada pemimpin ataupun masyarakat daripada pelbagai kaum dan bangsa iaitu Melayu, India dan Cina. Malahan kaum yang lain juga harus diberikan peluang. Di samping untuk menjaga soal yang berkaitan dengan hal ehwal berkaitan dengan komuniti, hal ehwal yang berkaitan dengan perpaduan rakyat juga harus dan boleh diserapkan di dalam program ini.
Kerana itu, hasrat dan campur tangan daripada...
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Ini siapa berbahas ini?
[Ketawa]
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
...Pihak kementerian ini sangat baik dan harus disokong oleh pihak sini dan pihak sana.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Ini floor Jempol ini.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Saya mohon Yang Berhormat Jempol, setuju atau tidak?
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Terlebih pula dari saya. Ha, duduk.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Yang Berhormat Jempol, teruskan.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Tadi...
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Tuan Pengerusi, Tampin boleh?
Tampin. Tampin boleh?
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Ha, orang Tampin duduk dulu.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Ini jiran ini. Jiran ini. Tidak apa?
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Jadi, bila mana Menteri― tadi tak nak sokong. Tadi tak nak sokong, nak minta pula.
Okey, bila dasar Kementerian tadi disebut, perkara yang baik. Saya di kampung ini, kawasan Negeri Sembilan ini adalah kawasan yang tidak ada PBT yang di bawah wakil daripada parti politik, NGO tidak ada. Jadi, inilah tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Menteri yang ada pada hari ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ini nak tolak sebab apa? Bila kita berkuasa, masa PH, lantik siapa-siapa.
Kita cakap macam mana pun, dia tidak peduli. Hari ini bila lantik NGO, suri rumah yang ada semua, kita terimalah.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Jadi perkara ini sangat baik dan saya sokong sepenuhnya berdasarkan data yang ada, Sekretariat Muafakat Komuniti sebanyak 225 buah program yang mendaya upayakan komuniti melibatkan 14 ribu orang komuniti PPR yang telah dilaksanakan.
Bagus. Dahulu siapa hendak engage mereka ini? Ahli Majlis tidak mampu hendak engage semua. Apabila ada dasar penggerak komuniti ini memberi impak yang besar kepada negara kita. Jadi okey...
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Jempol Tuan Pengerusi.
Oleh sebab saya tidak mendapat peluang untuk berbahas dalam topik ini, tadi Yang Berhormat Jempol sebut dalam soal yang berkaitan dengan perumahan ini Tuan Pengerusi.
Saya hendak tanya kepada pihak kementerian dan Yang Berhormat Jempol, bersetuju atau tidak pihak kementerian kena bagi maklumat kepada Dewan berapakah
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
projek-projek perumahan rakyat yang terpaksa dihentikan berkaitan dan juga tuntutan PKP ini. Tentunya banyak kes positif COVID-19 dari tapak-tapak perumahan dan berapakah kes yang berlaku dan berapakah jumlah kontraktor yang banyak hantar kepada saya tentang Extension of Time (EOT) ini. Adakah pihak kementerian mendasarkan sesuatu tempoh yang tertentu untuk memberikan kelonggaran kepada kontraktor-kontraktor yang terpaksa menghentikan projek perumahan mereka kerana masalah PKP ataupun COVID-19. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Jempol, masa sudah tamat.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Terima kasih, sedikit sahaja.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta rumuskan.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Sedikit sahaja okey, terima kasih. Masukkan dalam saya punya perbahasan. Saya cuma hendak menyebut soal perumahan tadi itu.
Oleh sebab perumahan di bawah 300 ribu ini masih rendah. Maknanya 70 peratus. Jadi saya mohon agar kementerian mengkaji semula defisit harga rumah mampu milik dengan mengambil kira pendapatan garis kemiskinan yang baru iaitu 2,208.
Soalan saya, adakah terdapat sebarang insentif baru yang bakal diperkenalkan oleh kementerian pada tahun hadapan untuk memudahkan pemilikan rumah golongan isi rumah B40 dan M40. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Hang Tuah Jaya kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Pasir Mas. Silakan.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak mula dengan Butiran 32000, Butiran 34000 – Pembangunan Sistem Multimedia Telekomunikasi Kebombaan dan juga Butiran 36000 – Kempen Cegah Kebakaran.
Untuk butiran pembangunan sistem multimedia telekomunikasi kebombaan ini diperuntukkan RM1.3 juta manakala Kempen Cegah Kebakaran RM700 ribu. Saya ingin menjurus kepada persoalan kepada Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan Sistem Pengawasan Kebakaran Automatik (SPKA). Kita difahamkan bahawa SPKA ini menjadi satu perkara yang wajib bagi kelulusan perakuan bomba untuk bangunan-bangunan yang mempunyai FC ataupun CCC. Sistem ini sebenarnya menjadi satu amaran awal kebakaran secara automatik melalui panel SPKA ini.
Cuma saya ingin minta penjelasan kepada Yang Berhormat Menteri pada tahun 1994, bomba telah mula melaksanakan sistem penyampaian penggeraan ini sebagai SPKB atau Computerized Fire Alarm Monitoring System (CMS). Ini dilakukan secara outsourcing, dengan izin, secara penswastaan. Namun selepas 20 tahun, pada tahun 2014 kontrak Computerized Fire Alarm Monitoring System(CMS) ini tidak lagi diteruskan.
Kita dimaklumkan bahawa kelemahan CMS ini antara lain pause alarm, tiada penambahbaikan dan pegawai bomba tidak dapat alert kepada alarmini.
Untuk menggantikan CMS ini, tender telah pun dibuka pada tahun 2015 dan kemudiannya telah dipilih ataupun digunakan pendekatan Sistem Pengawasan Kebakaran Automatik (SPKA) ini dan telah mula beroperasi pada hujung tahun 2015.
Cuma difahamkan baru-baru ini kerajaan, kementerian Yang Berhormat telah menamatkan SPKA ini secara premature dan membuka tender yang baru yang difahamkan sama sahaja konsep dengan SPKA ini.
Jadi saya ingin tanya secara detil di sini berkaitan dengan perkara itu, kenapakah wujudnya premature termination ini dan kenapa tidak diberikan extension of time, dengan izin kerana kalau kita- apa yang difahamkan kepada saya melalui maklumat rakan-rakan daripada kementerian, ini merupakan satu perkara yang sama juga tetapi ditamatkan secara premature. Jadi pasti ada penjelasan di sebalik perkara ini yang
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
berkait dengan peruntukan untuk pembangunan sistem multimedia telekomunikasi kebombaan ini.
Tuan Pengerusi, perkara yang kedua ialah Butiran 020200 – Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Kita lihat berlaku pengurangan daripada RM1.2 bilion kepada RM9 juta.
Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan pengurangan pengurusan sisa pepejal negara ini. Adakah program ini telah mencapai tahap pengurusan yang memuaskan khususnya pelaksanaan kempen pengasingan sisa pepejal domestik yang diuar-uarkan semenjak lima tahun yang lalu. Sekiranya ia telah dilaksanakan dengan jaya, maka saya percaya bahawa peruntukan berlebihan terhadap peruntukan bagi pengurusan sisa pepejal ini perlu dipertimbangkan semula.
Misalnya kalau kita merujuk kepada Butiran 020300 – Solid Waste Management and Public Cleansing Cooperation (SWCorp) yang berjumlah RM82 juta. Saya ingin tanya apakah di situ tidak berlaku pertindihan peruntukan pengurusan berkait dengan Pengurusan Sisa Pepejal Negara di Butiran 020200 dan Butiran 020300 memandangkan SWCorp ini turut bertanggungjawab dalam pelaksanaan mekanisme pengurusan sisa pepejal di bawah kelolaan kementerian Yang Berhormat.
Saya yakin sebagai langkah penjimatan seharusnya Butiran 020300 ini wajar kita kurangkan dan disalurkan kepada perbelanjaan mengurus di butiran yang lain dan sasarannya lebih memerlukan seperti peningkatan elaun pegawai bomba dan sebagainya terutamanya bomba bantuan.
Kita rujuk misalnya Butiran 040700 – Fasiliti Pengurusan Sisa Pepejal, SWCorp berjumlah RM121 juta. Butiran 040800 – Program Kebersihan Negara, SWCorp lagi berjumlah RM1.7 juta. Butiran 041000 – Bantuan Sisa Pepejal. Pihak berkuasa tempatan SWCorp, RM10 juta. Butiran 990100 – Perkhidmatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam juga SWCorp Tuan Pengerusi, RM1.3 bilion dan Butiran 990200 – PPP. Tapak Pelupusan Sanitari Sisa Pepejal Ladang Tanah Merah, Port Dickson, RM9.3 juta.
Kalau kita lihat Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri komitmen kewangan bagi SWCorp mewakili separuh daripada peruntukan perbekalan KPKT dalam Belanjawan 2021 ini. Jadi saya fikir ini perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian dan mungkin Yang Berhormat Menteri ada jawapan kenapa perbelanjaan begitu besar disediakan untuk SWCorp ini. Terakhir, 30 saat Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Saya merujuk kepada Butiran 01604 - Pemulihan dan Penyelenggaraan yang menyaksikan peruntukan sebanyak RM327 juta yang tidak dibelanjakan pada tahun yang lalu dan penambahan sekadar RM6.6 juta sahaja.
Jadi, saya ingin tanya kepada pihak kementerian, Yang Berhormat Menteri, sewajarnya kita mesti bertindak aktif dalam menyegerakan bantuan pemulihan dan penyelenggaraan fasiliti di kawasan perumahan rakyat dan PBT yang mengalami keuzuran. Sekian terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mulakan perbahasan ini dengan merujuk kepada Butiran 020200 – Pengurusan Sisa Pepejal Negara diberikan anggaran sebanyak RM9 juta sahaja. Ini berkurangan dengan sangat signifikan iaitu daripada RM1.22 bilion pada tahun 2020, mungkin ia terletak pada butiran yang lain. Akan tetapi persoalannya kenapakah perubahan anggaran perbelanjaan ini jauh signifikan.
Adakah anggaran perbelanjaan tersebut mencukupi bagi pengurusan sisa pepejal di peringkat negara dan bagaimanakah kerajaan membahagikan peruntukan ini kepada negeri-negeri khususnya di negeri Kelantan yang merupakan persoalan penting, isu penting iaitu Pengurusan Sisa Pepejal Negara yang masih lagi sisa pepejal masih lagi agak tidak terurus.
Merujuk pula kepada Butiran 990100. Peruntukan sebanyak RM1.33 bilion disediakan untuk perkhidmatan sisa pepejal dan pepejal awam SWCorp. Persoalannya, adakah peruntukan perbelanjaan sisa pepejal negara ini diasingkan daripada Butiran
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
020200, adakah relevansi dan sebab bagi pengasingan ini, adakah di sana terdapat operasi yang berasingan atau polisi yang berbeza.
Program pembasmian kemiskinan di bawah Butiran 040000 telah diberikan peruntukan sebanyak RM36 juta bagi tahun hadapan. Saya ucapkan terima kasih kerana isu kemiskinan bandar ini sangat serius. Akan tetapi saya ingin tahu apakah bentuk bantuan dalam program pembasmian berjumlah RM36 juta ini? Adakah manfaat ini diberikan kepada mereka yang berada di bandar Kuala Lumpur ataupun Lembah Klang sahaja atau kepada seluruh rakyat Malaysia. Insiden kemiskinan bandar ini Tuan Pengerusi sangat menyedihkan. Saya kira KPKT boleh bekerjasama dengan pihak PBT untuk menyediakan peluang kepada anak-anak muda khususnya bagi mengatasi isu kemiskinan bandar.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya tengok anak-anak muda jika diberikan peluang, mereka boleh memulakan perniagaan mereka walaupun dalam serba kedaifan. Beberapa hari lepas tular dalam media, seorang anak muda di Cheras yang kehilangan kedua-dua tangannya atau OKU, tetapi diberikan perhatian oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dengan diberikan bantuan. Beliau memulakan perniagaan nasi lemaknya dengan membawa meja daripada tingkat dua dengan dagunya ke bawah dan meletakkan nasi lemak untuk dijual.
Beliau ambil nasi lemak dengan harga RM1.00 satu bungkus dan dijual RM1.50.
Ini contoh bagaimana Tuan Pengerusi, anak-anak muda kita ini pada hari ini sebenarnya tidak – saya rasa tidak ada lagi ruang untuk mereka boleh menampung kehidupan untuk survivekecuali dengan memberikan mereka peluang untuk mereka berniaga dan meneruskan perniagaan yang ada.
Penyelenggaraan perumahan di bawah Butiran 04001 – Penyelenggaraan Perumahan. Tiada peruntukan pada tahun 2019 dan tahun 2020. Anggaran harga projek ialah sebanyak RM449.9 juta dengan peruntukan RM100 juta. Saya mahu tahu apa yang diperuntukkan di bawah jumlah ini. Butiran 00400 – Pembangunan Bandar Pintar..
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Yang Berhormat Pasir Mas, minta laluan.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
...Diperuntukkan hanya sebanyak RM500 ribu sahaja.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Apakah yang boleh dibuat dengan jumlah ini? Sila Yang Berhormat Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Okey, Yang Berhormat Setiu berkait dengan Butiran 04001 – Penyelenggaraan Perumahan. Apabila musim tengkujuh, biasa berlaku banjir kilat ataupun air bertakung di kawasan perumahan disebabkan masalah perparitan dan longkang yang tidak sempurna. Contoh di kawasan saya, ada beberapa buah tempat antaranya Pulau Redang, Kampung Alur Damak, Taman Perumahan Wakaf Tengah, Mengaban Telong, Kampung Putera Jaya. Apakah pandangan Yang Berhormat tentang isu ini? Saya rasa isu ini berlaku di semua kawasan dalam Parlimen lain.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Menteri saya kira boleh dimasukkan dalam persoalan dalam ucapan saya. Kemudian Butiran 040900 – Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) tadi kita telah bahaskan sebanyak RM8.72 juta.
Saya ucap tahniah kepada pihak kementerian kerana berfikir bagaimana menyelesaikan isu komuniti terutamanya di kawasan yang tidak ada kepimpinan tempatan. Namun saya juga ingin memberikan suatu peringatan bahawa walaupun dasar dan keputusan ini cukup baik tetapi pelaksanaan di peringkat bawah, rakyat perlu melihat bahawa individu yang dilantik ini perlulah bebas daripada kepentingan politik. Ini kerana apa? Ini kerana pada hari ini rakyat ingin melihat bagaimana pengurusan ataupun wang negara ini dibelanjakan dengan cara, dengan baik dan dilihat baik.
Saya memetik bagaimana persepsi daripada satu kajian daripada Global Corruption Parameter yang menyebut bahawa daripada 1,000 orang rakyat Malaysia
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
yang ditinjau dan juga pandangan mereka tentang rasuah, 36 peratus menyatakan bahawa Ahli Parlimen terlibat dengan corruption dan rasuah. Ini kajian pada tahun 2020, merupakan profesion yang paling tinggi dilihat terlibat dengan corruption dan Ahli Parlimen di sini merujuk kepada mereka yang terlibat dalam politik dan juga pengurusan kerajaan. Jadi, ini merupakan satu perkara yang perlu dilihat oleh kerajaan dalam mengurus peruntukan RM86.7 juta yang telah kita bahaskan tadi.
Dalam Butiran 02105 – Pengurusan Landskap, saya ingin tutup Tuan Pengerusi. Saya ucap terima kasih Jabatan Landskap Negara berada di bawah KPKT.
Dulu berada di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan. Cuma dalam butiran ini saya ingin persoalkan berapakah peruntukan untuk pembangunan taman-taman landskap di Parlimen saya di Pasir Mas kerana pembangunan di Parlimen Pasir Mas ini biasanya tertumpu di Parlimen Rantau Panjang oleh sebab Rantau Panjang dan Pasir Mas terletak di bawah pentadbiran Majlis Daerah yang sama iaitu Majlis Daerah Pasir Mas. Jadi, saya mahu tahu secara khususnya iaitu berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan di bawah Parlimen saya? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pokok Sena, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Sibuti dan Yang Berhormat Menteri akan menjawab jam 3.10 minit.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak menyentuh...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Cross bagi satu kali boleh?
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Bagilah peluang lagi Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Kimanis minta peluang nanti. Boleh ya?
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Boleh, boleh, boleh.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Butiran 030100 – Bomba dan Penyelamat. Saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri, apakah tindakan dan langkah-langkah yang telah pun diambil ke atas kes arwah Allahyarham Adib? Baru-baru ini keluarga dia mengeluh kerana tidak mendapat apa-apa perkembangan dan bila Ustaz Ebit Liew pergi ziarah keluarga dia, dia pun merayu kepada Ustaz Ebit Liew untuk perjuangkan isu ini. Saya sangat sedihlah. Hari ini pun kawan-kawan sebelah sana [Merujuk kepada blok kerajaan] pun pakat senyap isu ini.
Padahal pada waktu berlaku kejadian itu menuduh pentadbiran Kerajaan PH cuba melindungi penjenayah, pembunuh dan sebagainya.
Tapi hari semua senyap. Yang Berhormat Pasir Mas pun tidak sebut baru-baru ini.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Tidak, Pasir Mas ada soalan tentang isu dalam KDN. Dalam Kementerian Dalam Negeri.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya takut nanti Yang Berhormat Menteri Besar Kedah kata puak-puak ini memang awal-awal dulu bising. Depa ini minum sebotoi, mabuk tiga. Yang Berhormat Menteri Besar dia bidalan dia memang hebat, Yang Berhormat Menteri Besar Kedah ini.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Yang Berhormat Pokok Sena persoalan untuk KDN ya.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jadi, saya minta apakah tindakan pembelaan yang dilakukan oleh pihak kementerian Yang Berhormat seterusnya untuk memastikan supaya kes ini untuk mengheret mereka yang melakukan pembunuhan tersebut ke atas Allahyarham Adib. Yang keduanya, saya hendak sebut B.43...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Pokok Sena. Atas isu Adib...
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
...Ringkas.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Cuma saya hendak tambah bahawa dalam sesi yang lalu saya telah persoalkan Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab iaitu Kementerian Dalam Negeri yang memberi penjelasan bahawa ada suspek akan dituduh. Tetapi sampai sekarang tiada ada sebarang perkembangan.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya, jadi saya minta masuk dalam sebahagian dalam ucapan saya. Maksud B.43, Butiran 030200 – Perumahan Negara. Saya hendak dapat penjelasan tentang target untuk kita dapat mewujudkan dan membina sejumlah satu juta rumah mampu milik dalam tempoh tujuh tahun akan datang ini. Apakah perancangan dan adakah ini boleh tercapai?
Dalam keadaan – baru-baru ini saya terbaca Yang Berhormat sendiri menyatakan bahawa sebanyak 32 projek Perbadanan PR1MA Malaysia dibatalkan dengan kerajaan sedia terpaksa menampung sebanyak RM172 juta bagi bayaran pampasan ke atas sejumlah 17 projek ini. Jadi, apakah selepas ini 32 projek yang dibatalkan itu akan disambung semula untuk membolehkan capaian kepada satu juta buah rumah dalam tempoh tujuh tahun yang akan datang.
Akhir sekali saya hendak sebut ialah berkaitan dengan Maksud P.43, 40000 – SPNB. Saya hendak dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat. SPNB ini syarikat di bawah Kementerian Kewangan yang diperbadankan. Dia dilahirkan di Kementerian Kewangan tapi dibela dan dibesarkan di bawah – Pak dia sebenar Yang Berhormat Menteri Kewangan tapi bapak dan mak kepada SPNB sekarang ini ialah di bawah kementerian Yang Berhormat. Yang membesar dia, yang menyusu dia lah sekarang ini.
Jadi, saya hendak dapat penjelasan kerana SPNB baru-baru ini telah digulung – bukan digulung, disita oleh pihak mahkamah kerana kegagalan membayar kepada Syarikat Chimonife Sdn. Bhd., satu syarikat kontraktor atas projek di negeri Kelantan dan telah diperintah oleh Mahkamah Kota Bharu untuk dibayar sebanyak RM90 juta.
Sehingga hari ini syarikat SPNB belum membayar. Kerajaan masih belum membayar dan kesannya nanti ialah kepada projek-projek yang masih dijalankan.
Saya difahamkan projek di Cyberjaya telah pun diberhentikan kini. Saya tidak tahu kenapa diberhentikan sedangkan projek ini projek yang di bawah SPNB dan dia membabitkan seramai 900 orang pembelinya ialah terdiri daripada kakitangan kerajaan.
Ini akan memberikan kesan kepada masa depan mereka bila bank akan buat potongan tersebut. Jadi, saya hendak dapatkan penjelasan kerana banyak lagi projek-projek SPNB di Kelantan, di Terengganu, di Seremban dan sebagainya yang sedang dalam pembinaan.
Jadi, saya takut nanti dia akan tertangguh kalau Syarikat Chimonife Sdn. Bhd.
ini tidak ada pilihan melainkan akan mengambil perintah untuk membankrapkan SPNB.
Ini akan memberikan kesan yang sangat buruk kepada pihak kerajaan dan juga negara kita kerana dia akan membabitkan banyak persoalan dan masalah. Ini juga kerana SPNB ada pinjaman kepada KWAP sebanyak RM600 juta dan kepada MBSB sebanyak RM400 juta.
Ini akan menjadi permasalahan yang lebih besar. Keyakinan pelabur antarabangsa ini terhadap negara kita ini sangat buruk oleh sebab GLC kerajaan sendiri yang ingkar kepada perintah mahkamah. Saya sudah tanya dalam perbahasan dasar saya di peringkat untuk Kementerian Kewangan untuk jawab. Ini kerana, syarikat ini di bawah atau owner dia ialah Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri Kewangan tidak jawab. Sampai sekarang jawapan secara bertulis pun tidak diberikan kepada saya.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jadi, saya hendak minta, apa langkah-langkah kementerian KPKT ini untuk hendak menyelamatkan masa depan projek-projek perumahan ini, khususnya kepada pembeli-pembeli yang telah pun membeli rumah-rumah ini? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sibuti.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Sibuti terus pergi ke Butiran 030100 - Bomba dan Penyelamat. Saya ingin membangkitkan berkenaan tentang apakah perancangan dan juga dasar pihak kementerian untuk mewujudkan lebih banyak lagi balai bomba kategori ‘E’?
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Memandangkan kalau berdasarkan rekod yang telah dikeluarkan oleh pihak bomba di Sarawak, sepanjang tempoh lima tahun kita mempunyai lebih kurang 120 jumlah rumah panjang yang terbakar.
Katakan sebuah rumah panjang tersebut mempunyai 20 buah pintu, kita telah mengalami ratusan juta ringgit kehilangan dan juga kemusnahan rumah panjang ini adalah berbeza dengan kebakaran di dalam bandar. Hal ini kerana sebuah rumah panjang yang terbakar, mereka akan kehilangan kehidupan secara total dan juga untuk membina semula rumah panjang memakan masa.
Saya memandangkan oleh kerana kita mempunyai data sebanyak lima tahun, maka saya memahami bahawa pihak bomba dan juga pihak kementerian sudah mempunyai pemahaman dan juga trend-trend bagaimana kebakaran ini berlaku dan juga bagaimanakah cara untuk merancang pembinaan balai-balai bomba yang bersesuaian sekiranya dapat dibina di kawasan pedalaman dan juga di luar bandar Sarawak.
Ini bukan hanya di kawasan Parlimen-parlimen kerajaan, malah di kawasan Parlimen pembangkang juga harus dibina untuk menyelamatkan harta benda masyarakat, terutama sekali masyarakat di rumah panjang. Saya ingin menyambung kepada Maksud Pembangunan 43, Butiran 36000 – Kempen Mencegah Kebakaran.
Jika kita lihat jumlah yang telah disediakan adalah sebanyak RM700,000. Saya memandangkan jumlah ini sangat kecil, saya menggesa agar pihak kementerian menambah peruntukan tersebut dan juga memberikan fokus kepada kesukarelaan wanita, bomba wanita ini.
Memandangkan kebakaran di kampung dan juga di rumah panjang kebiasaannya bermula di dapur rumah. Kita juga kena mengetahui demografik di kawasan luar bandar. Banyak apai-apai, indai-indai, nenek-nenek, datuk-datuk di rumah- rumah panjang. Awareness berkenaan tentang menyelamatkan harta benda ini haruslah diperluaskan. Pihak bomba dan juga kementerian haruslah memikir satu cara ataupun dasar polisi untuk memastikan kelengkapan bomba, asas bomba ini dapat dipasang di rumah-rumah panjang.
Bukan hanya setakat untuk memasang fire extinguisher, dengan izin, tetapi kebanyakan rumah-rumah panjang kini telah mempunyai water grid. Saya juga merasakan agak sesuai untuk kita membekalkan hos ataupun basic untuk menyelamatkan rumah panjang tersebut. Sibuti seterusnya ingin menyebut berkenaan tentang Butiran 01513 – Program Perumahan Rakyat.
Saya faham bahawa Yang Berhormat Menteri pernah melawat dan juga meninjau keadaan isu perumahan di utara Sarawak, terutamanya sekali Miri dan juga Sibuti. Banyak isu-isu berkenaan tentang keperluan rumah murah ini. Maka, saya ingin menyeru agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan untuk membina PPR di kawasan zon utara Sarawak, memandangkan kita menerima lebih kurang 25,000 permohonan melalui Housing Development Cooperation Sarawak.
Sekurang-kurangnya peruntukan yang diperlukan oleh kerajaan negeri adalah sebanyak 2,000 buah rumah. Saya juga ingin terus pergi kepada Butiran 40000 – SPNB.
Saya melihat terdapat satu peruntukan yang besar. Saya ingin mengetahui berapakah jumlah perumahan SPNB mampu milik ini yang dapat di allocate, dengan izin, kepada Parlimen Sibuti? aya juga mengalu-alukan sekiranya kerajaan dapat dengan Butiran 02101 – Pembangunan Taman Awam. Memperbanyakkan pocket garden ataupun memperbanyakkan peruntukan pembinaan taman-taman awam ini. Memandangkan Parlimen Sibuti terletak di bawah dua PBT iaitu Miri Council dan juga Majlis Daerah Subis, saya ingin mengetahui berapakah jumlah peruntukan yang telah diperuntukkan di bawah PBT Miri ini kepada Parlimen Sibuti?
Memandangkan kebanyakan projek-projek dijalankan di kawasan bandar sahaja, tidak dijalankan di kawasan pinggir bandar. Sekali lagi saya ingin menegaskan kepada pihak kementerian melalui Butiran 030100 – Bomba dan Penyelamat, agar kerajaan benar-benar meneliti untuk pembinaan balai bomba kategori E untuk kawasan luar bandar dan pedalaman Sabah, Sarawak dan juga Semenanjung. Sekian terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Beruas, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Kemaman.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Pengerusi. Sudah lima minggu saya berada di Parlimen, ini kali pertama saya diberi peluang untuk berbahas dan hampir tidak diberikan peluang. Saya berharap Parlimen akan pulih semula dan kita bolehlah bersidang sampai larut malam demi rakyat supaya suara rakyat dapat didengar di sidang tertinggi di negara kita.
Saya terus kepada perkara di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Butiran 020200 – Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Oleh kerana tidak ada masa, saya akan buat semua secara ringkas. Saya hendak tanya kementerian, apakah tindakan dan peruntukan yang telah disediakan untuk menaik taraf ataupun mengatasi masalah tempat pembuangan sisa pepejal (sanitary land fill) di Teluk Mengkudu, di Segari Melintang, Manjung yang tidak menepati piawai Jabatan Alam Sekitar.
Sebenarnya Kementerian Alam Sekitar ini mesti denda kerajaan tempatan ini berpuluh-puluh ribu, baru sesuai dan teladanlah. Akan tetapi haraplah, ini sudah berlarutan beberapa tahun. Oleh kerana tidak ada kolam rawatan larut resapan dan air sampah hitam likat ini dipercayai mengalir dan mencemari Selat Melaka. Kedua, Butiran 020500 – Bahagian Kampung Baru.
Sejak rampasan kuasa oleh Perikatan Nasional daripada Pakatan Harapan pada bulan Februari 2020, ketua-ketua kampung Cina telah dilucutkan pelantikan mereka dan peruntukan RM100,000 setiap Kampung Baru Cina sampai hari ini belum diberikan untuk penyelenggaraan dan pembangunan. Kalau kerajaan tidak sempat menghulurkan jumlah ini, harap ditambahkan untuk tahun depan.
Ketiga, ialah tentang Bomba dan Penyelamat. Bomba Beruas telah diluluskan tiga tahun yang lepas tetapi sampai hari ini tidak nampak apa-apa perkembangan. Tidak ada stesen yang dibina, tidak ahli bomba yang dilantik. Satu lagi perkara tentang bomba di Manjung, keseluruhannya kita ada lebih kurang 4,752 pili bomba.
Akan tetapi stesen-stesen bomba mengatakan kerajaan hanya memperuntukkan 10 hingga 15 pili bomba yang boleh dibaiki setiap tahun. Ini memang tidak mencukupi dan kalau berlakunya kebakaran dan pili bomba itu sudah rosak, ia akan mendatangkan bahaya dan malapetaka yang besar.
Butiran 01901 – Rancangan Tempatan. Saya hendak tahu ke manakah perancangan terperinci projek-projek perubahan untuk kerajaan tempatan? Di Manjung seperti di Taman Seri Mega, Air Tawar, saya dapati kerajaan tempatan boleh luluskan pembinaan rumah berderet sepanjang 28 unit tanpa fire break atau lorong. Ini sangat membahayakan dan juga menyusahkan rakyat kalau ada apa-apa bencana ataupun berlakunya kereta yang rosak ataupun ada kalanya ada orang yang meninggal ataupun ada kenduri, susah untuk melalui satu jalan yang 28 unit berderet tanpa lorong fire break ataupun lorong.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Akhir sekali, saya mohon kerajaan tempatan mestilah bekerjasama dalam rancangan dengan lain-lain jabatan. Seperti di Ayer Tawar dan kawasan Beruas pada baru-baru ini, banjir kilat dan didapati sungguhpun dalam pekan, ia banjir kerana outlet utama depan post office Pekan Ayer Tawar didapati culvert yang ada memang terlalu kecil dan air tidak sempat mengalir dengan cepat menyebabkan banjir. Akan tetapi, apabila dibawa kepada kerajaan tempatan, dikatakan ini di bawah JKR ataupun Kementerian Kerja Raya kerana jalan raya itu adalah jalan raya persekutuan.
Juga, saya tidak sempat bawa ini dalam Kementerian Kerja Raya. Saya harap isu ini dapat ditangani di mana juga ada longkang-longkang yang sudah runtuh tetapi dikatakan di bawah Kementerian Kerja Raya. Di Ayer Tawar di depan gereja metodis, depan petrol station, sudah dapati banyak longkang sudah runtuh. Jadi harapan saya untuk menangani masalah banjir ini, kerajaan tempatan bolehlah bekerjasama dengan Kementerian Kerja Raya agar semua isu ini dapat ditangani.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Sekarang saya jemput yang terakhir Yang Berhormat Kemaman. Sila.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya terus merujuk kepada Butiran 40000 – SPNB. Saya meneliti peruntukan yang besar di bawah butiran pembangunan bernilai RM315 juta. Saya ingin merakamkan permohonan di Dewan yang mulia ini peruntukan bagi membina rumah mampu milik yang lebih banyak di Parlimen Kemaman khususnya di Kemasik, Kijal dan Ayer Puteh. Saya difahamkan bahawa pembinaan rumah mampu milik ini di ketiga-tiga DUN tersebut masih kurang dan perlu diberi perhatian oleh pihak kementerian selaras dengan dasar penyediaan rumah mampu milik yang lebih meluas kepada rakyat yang memerlukan.
Seterusnya, Butiran 030100 – Bomba dan Penyelamat. Saya ingin membangkitkan mengenai isu perjawatan anggota bomba sambilan yang ada di negara kita. Sebelum itu, saya mohon kepada pihak kementerian menjelaskan jumlah anggota bomba sambilan yang masih berdaftar sehingga ke hari ini. Kementerian pernah menyebut mengenai rancangan menyerap masuk anggota bomba sambilan secara sepenuh masa, namun tidak pasti perkembangan terkini yang berlaku.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Jadi, saya ingin mendapat penjelasan lanjut, apakah pihak kementerian mempunyai rancangan bagi menyusun semula perjawatan mereka agar dapat diserapkan sebagai seorang anggota bomba sepenuh masa? Apakah kementerian mempunyai pelan jangka masa panjang bagi perkara berikut?
Perkara yang kedua adalah mengenai elaun kritikal. Kita sedia maklum tugasan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang sentiasa terdedah dengan pelbagai risiko dan rintangan dan sebagainya dalam menjalankan tugas. Oleh itu, apakah status terkini elaun kritikal ini? Apakah ada peruntukan elaun kritikal kepada anggota bomba pada tahun akan datang ini?
Seterusnya, Butiran 030200 – Perumahan Negara. Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan langkah penggalakan pemilikan rumah di negara kita. Dalam pembentangan Belanjawan 2021 tempoh hari, kerajaan menyatakan inisiatif pengecualian duti setem sepenuhnya diberikan ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman pertama yang bernilai sehingga RM500,000.
Sesuatu yang bermain di fikiran saya adalah bagaimana kerajaan akan memastikan inisiatif ini tidak akan meminggirkan golongan yang mahu membeli kediaman pada paras harga yang lebih rendah? Kita perlu jelas bahawa sebarang program penggalakan pemilikan rumah sewajarnya ditumpukan kepada golongan yang benar-benar memerlukan skim tersebut.
Kita sering kali merujuk kepada gandaan median rumah yang dianggap mampu milik di Malaysia ini yang bernilai RM188,000. Saya berpandangan paras harga ini masih digunakan oleh pihak kementerian berdasarkan Dasar Perumahan Mampu Milik Negara yang dikeluarkan oleh pihak kementerian pada tahun 2019 yang lalu.
Oleh itu, saya ingin mendapat tahu, apakah langkah pihak kementerian bagi memastikan inisiatif pengecualian duti setem ini turut memberi fokus kepada golongan yang sepatutnya?
Akhirnya, saya juga meneliti sembilan skim inisiatif pembiayaan antara Skim Pinjaman Perumahan, Skim Rumah Pertamaku, Depositku, skim Rent to Own dan sebagainya. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian, sejauh mana skim-skim yang diperkenalkan oleh kementerian ini dapat dimanfaatkan oleh rakyat? Apakah langkah kementerian bagi memastikan lebih ramai rakyat dapat mengambil peluang daripada skim-skim yang dikemukakan ini?
Saya mohon respons daripada pihak kementerian. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Saya dimaklumkan oleh Timbalan Speaker, tambahan satu lagi pembahas daripada sebelah sini, kemudian sebelah sana. Saya dimaklumkan tiga minit sahaja untuk Yang Berhormat Padang Serai, dan kemudian Yang Berhormat Kimanis tiga minit. Kemudian Yang Berhormat Menteri 15 minit. Silakan.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Baling tidak dapat? Baling. Seminggu sudah siap hendak bahas.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Libaran lagi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Tidak boleh, Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Kasihan Baling.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Kasihan Pengerang.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Pada umumnya saya melihat bajet Kementerian Perumahan meningkat 10 peratus iaitu hampir RM500 juta tahun ini. Peruntukan ini perlu dibelanjakan dengan telus dan cermat.
Butiran 040900 – Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT). RM8.6 juta diperuntukkan untuk Penggerak Komuniti Tempatan. Pada hemat saya, insentif ini sebenarnya tidak perlu dan akan mewujudkan duplikasi kerja. Malah, insentif ini wajar diabaikan dengan memaksimumkan kerja yang sedia ada.
Saya memetik jawapan lisan Yang Berhormat Menteri Perumahan kepada Yang Berhormat Ipoh Timur pada 10 November 2020 di mana Yang Berhormat Menteri senaraikan lima tujuan Penggerak Komuniti Tempatan. Pertama, menyampaikan maklumat kepada penduduk tempatan tentang dasar KPKT. Kedua, mendapatkan respons dan maklum balas komuniti setempat.
Bagi saya, dua tujuan ini duplikasi peranan badan lain yang sedia ada daripada segi komunikasi massa. Kementerian ada Bahagian Komunikasi Korporat sendiri. Jika sumber tidak cukup, kementerian boleh bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi.
Jika kerajaan benar-benar jujur dalam melaksanakan komunikasi kerajaan dengan rakyat, kerajaan patut mencari jalan untuk mengurangkan duplikasi kerja. Kenapa ada RM8.6 juta untuk Penggerak Komuniti Tempatan dan RM85 juta untuk J-KOM?
Kenapakah tidak boleh diselaraskan?
Ketiga, mewujudkan komuniti yang bersatu padu dan berdaya saing. Keempat, memantau dan membantu pergerakan penglibatan komuniti. Kelima, menjalankan khidmat nasihat bagi memelihara kebersihan, kesihatan dan alam sekitar di sesebuah komuniti.
Daripada segi komunikasi akar umbi dan komuniti setempat, kementerian patut bekerjasama dengan ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) walau di negeri Pakatan Harapan pun. Kementerian Perumahan tidak patut mempolitikkan soal ini.
Malah Penggerak Komuniti Setempat ini akan ditubuhkan sebagai pesaing kepada ahli- ahli majlis. Jika aktivis atau pemimpin setempat bukan kerajaan diperlukan, Kementerian Perumahan boleh bekerjasama dengan persatuan penduduk atau, dengan izin, resident association. Walaupun peruntukan untuk butiran ini lebih kecil berbanding bajet keseluruhan, saya mencadangkan Yang Berhormat Menteri Perumahan membatalkan program ini.
Duit RM8.6 juta ini boleh disalurkan kepada program dan insentif yang lebih bermakna.
Contohnya, Butiran 020500 – Bahagian Kampung Baru yang tahun ini dipotong RM4 juta.
Butiran 020400 – Perancangan Bandar dan Desa pula dipotong RM5 juta.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Sebanyak RM49 juta diperuntukkan untuk projek PPP iaitu lebih kurang satu peratus daripada bajet Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Apakah projek yang dimaksudkan ini?
Saya minta Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperincikan projek ini daripada segi tujuan dan senarai pemegang taruh. Tiada sebab kenapa Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak boleh memberi maklumat ini kepada Dewan. Jika kita melihat Butiran 990100, dan 990200
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
cukup jelas PPP yang dimaksudkan ialah Projek Pengurusan Sisa Pepejal bersama SW Corp. Kenapa Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak boleh memperincikan Butiran 00200 pula?
Pada hemat saya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan patut fokus perhatian kepada masalah rakyat, bukan mengusulkan program yang tidak bermanfaat. Banyak masalah rakyat di dalam bidang kuasa Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Contohnya, kebanyakan rakyat Malaysia menghadapi cabaran untuk membeli rumah yang mampu, menghadapi kesukaran membayar ansuran, pengurusan sampah dan sisa pepejal yang kurang memuaskan.
Pihak berkuasa tempatan perlu melaksanakan. Apakah rancangan Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menangani masalah-masalah ini?
Saya minta Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjawab.
Seterusnya saya ingin bertanya...
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Last, habis-habis. Saya ingin bertanya berkenaan balai bomba.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Masa 10 saat Yang Berhormat.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Balai bomba yang diluluskan Rancangan Malaysia Ke-11 tetapi masih belum dilaksanakan, Rancangan Malaysia Ke- 12 sudah bermula. Tolong beri jawapan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Akhir sekali Yang Berhormat Kimanis.
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Saya merujuk kepada Butiran 030500 – Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).
Tuan Pengerusi, kita tahu bahawa PR1MA telah diwujudkan pada tahun 2012 yang mana ini adalah hasil daripada usaha serius Kerajaan Barisan Nasional waktu dulu bagi menggalakkan rakyat Malaysia yang tidak mampu memiliki rumah pada harga yang terlalu tinggi tetapi PR1MA menyediakan rumah yang harganya sangat berpatutan.
Sehubungan dengan itu, pada era Barisan Nasional, satu projek perumahan PR1MA telah pun diluluskan bagi kawasan Parlimen Kimanis yang terletak di DUN Bongawan.
Akan tetapi apabila selepas pilihan raya dan Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan, projek ini telah pun dibatalkan begitu sahaja.
Saya telah membangkitkan isu ini berkali-kali di Dewan yang mulia ini. Pada waktu itu, Yang Berhormat Menteri sendiri telah memberi jaminan dan menjawab persoalan yang telah saya utarakan. Kata Yang Berhormat Menteri bahawa saya perlu menulis surat dan juga menghantar apa-apa dokumen berkenaan dengan cadangan projek PR1MA yang sepatutnya berjalan di kawasan Parlimen Kimanis. Untuk makluman, saya telah pun menghantar...
Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Yang Berhormat Kimanis.
PR1MA.
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Okey, sila-sila.
Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Saya juga mohon supaya Yang Berhormat Kimanis mengemukakan bahawa PR1MA di Beaufort yang saya nampak macam tertangguh ini dapat diteruskan cepat.
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Setuju, saya minta dimasukkan dalam ucapan saya. Jadi Yang Berhormat Menteri minta saya menghantar dokumen-dokumen bersama dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri sekali. Saya telah menghantar dokumen-dokumen lengkap tentang cadangan projek PR1MA di kawasan Kimanis. Oleh itu, saya mintalah kepada kerajaan yang sangat prihatin pada hari ini melalui PR1MA ini, revive-lah, hidupkan semula cadangan projek PR1MA di kawasan Parlimen Kimanis.
Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, di Kimanis kawasan saya ini sangat kurang perumahan rakyat, sangat kurang. Apabila dicadangkan PR1MA hendak diwujudkan di Parlimen Kimanis pada waktu itu, rakyat saya cukup gembira. Mereka tidak sabar untuk membeli rumah. Saya telah dihubungi oleh syarikat berkenaan pada waktu
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
itu, saya masih lagi ADUN dan diminta untuk membuat satu kajian ringkas tentang sejauh mana permintaan yang dapat diberikan oleh rakyat. Permintaan cukup tinggi. Rakyat yang telah mendaftar menunjukkan minat, iaitu seramai lima ribu lebih orang.
Akan tetapi yang telah diluluskan sepatutnya pada hari itu ialah seribu unit sahaja. Akan tetapi alhamdulillah kalau ia dapat dilaksanakan. Jadi saya minta kepada kementerian, Yang Berhormat Menteri yang sangat budiman, tolonglah saya. Hidupkan semula projek perumahan PR1MA di Kimanis ini. Tuan Pengerusi, itu sahaja harapan saya. Sekian dan terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, 15 minit.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillah. Saya ucapkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Biar saya bermula dengan Yang Berhormat Sandakan tadi ya. Yang Berhormat Sandakan bertanya tentang PR1MA Cove. Yang ini sudah ada 999 unit dan juga PR1MA Sandakan pula sebanyak 750 unit. Yang ini status pembinaan ialah 90 peratus di Cove dan PPR Sandakan sebanyak 75 peratus. Projek ini diteruskan. Insya-Allah juga ia akan siap pada tahun depan. Ini memang kita teruskan kerana projek ini telah sampai ke tahap 90 peratus. Jadi rugi kalau kita hentikan projek ini. Projek ini di antara yang kualitinya baik, rumah di situ, di Sandakan. Untuk projek Batu Putih fasa dua diteruskan untuk peruntukan ke Sandakan.
Untuk pengetahuan yang lain juga ada tanya tentang SPNB yang RM315 juta.
Ini adalah untuk program perumahan untuk 3,000 unit rumah yang mana SPNB di bawah Skim Rumah Mesra Rakyat. Yang ini tanah daripada pemohon dan diberikan bantuan daripada SPNB. Jadi kalau dikirakan RM315 juta ini boleh membina sebanyak 3,000 unit rumah.
Yang Berhormat Bukit Katil bertanya tentang SPKA. Yang Berhormat Bukit Katil ada sini atau Yang Berhormat Hang Tuah Jaya? Jadi, tidak ada yang lain tanya tentang SPKA ini. Jadi since Yang Berhormat Hang Tuah Jaya tidak ada, saya tidak perlu jawablah ya.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Jawab secara bertulis Yang Berhormat.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Okey, saya akan jawab secara bertulis ya. Ada juga yang bertanya tentang rumah PPR. Saya rangkumkan sekali sesiapa yang ada tanya soalan itu. Jadi ia akan termasuk sekali.
Untuk rumah PPR yang telah diperuntukkan sebanyak RM500 juta pada tahun ini sebanyak 34 projek perumahan PPR ini di seluruh negara. Jadi, ada 24 yang dalam pembinaan. That means kos untuk sambungan dan ada 11 projek baharu yang akan kita laksanakan.
Seterusnya ada juga yang menyentuh tentang bomba. Yang Berhormat Pokok Sena tadi ada sentuh fasal bomba. Kes Adib ini memang masih lagi dalam penyiasatan pihak polis dan KDN. Kes Adib ini bukanlah kita tidak mengambil peduli, sebenarnya kes Adib ini sayalah yang mengambil peduli tentang kes dia waktu kematian beliau. Jadi saya memang bersungguh-sungguh untuk pastikan bahawa kes Adib ini ada penyelesaiannya.
Ini masih lagi dalam penyiasatan daripada pihak KDN, polis kerana kita dah buat inkues ketika itu dan dah ada keputusan bahawa it is a criminal offence. Akan tetapi sekarang KDN sedang semak semula dan belum lagi memberikan apa-apa keputusan ketika ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, jadi maksudnya jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri pada sesi yang lalu adalah tidak benar bahawa perkara ini sudah pun disiasat dan telah dimuktamadkan.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Perkara ini kali yang kedua. Yang pertama itu dulu memang dah masuk inkues. Jadi sekarang masih lagi dalam siasatan.
Mungkin Yang Berhormat Jelutong silap dengar tak? Jadi...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bukan silap dengar tapi ini satu perkara yang telah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri pada sesi yang lalu.
Beliau mengatakan bahawa kes ini telah pun disiasat dan telah dimuktamadkan. Peguam Negara telah mencadangkan pertuduhan dibuat terhadap beberapa orang. Jadi maksudnya beliau tidak bercakap benar di Dewan yang mulia ini. Begitu?
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Saya tidak pasti yang itu tetapi saya dengar waktu dia jawab soalan ketika itu adalah masih lagi dalam siasatan. Saya ada ketika dia jawab.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat, tetapi tidak apalah. Itu banyak versi. Akan tetapi bagi saya, kenapa Kementerian Dalam Negeri begitu lama hendak ambil masa yang panjang untuk menentukan.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Okey, tidak apa. Itu di bawah Kementerian Dalam Negeri. Insya-Allah saya akan follow-up dengan Kementerian Dalam Negeri.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya fikir, saya fikir Yang Berhormat anggota Kabinet perlu mendesak supaya Kementerian Dalam Negeri lebih cepat.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Saya akan follow-up, insya-Allah.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Dan kena maklumkan kepada keluarga dia, keluarga dia ternanti-nanti.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Pihak bomba di Kedah, Ketua Balai Puan Sayuti di Kedah, Ketua Pengarah Bomba di Kedah dan juga anggota bomba di Kedah memang selalu berurusan dengan dia. Kalau saya juga kalau turun ke kawasan sana, saya juga menziarah keluarga dia dan juga pegawai-pegawai juga. Kami menziarah dan update dan kita juga dapat juga makluman-makluman daripada peguam beliau pun. Kita ada follow-up dengan mereka sebenarnya, Yang Berhormat Pokok Sena ada cuma kes ini masih lagi dalam siasatan daripada pihak KDN.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Yang Berhormat Menteri, Hang Tuah Jaya kalau ada, jawapan. Terima kasih.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Yang Berhormat Hang Tuah Jaya tentang SPKA tadi. SPKA ini Iskandar right? SPKA ini dia tamat kontrak, dia dapat 5 tahun kontrak tahun 2015 sampai 2020. Dia habis pada 16 Disember 2020 ini dan habis 5 tahun dan kita buka tender terbaru dan tidak benar kalau sekiranya dia kata sama kerana tender itu kita sudah buka dan kita ada beberapa perkara yang kita hendak upgrade, pembaharuan dan sebagainya.
Maklumlah teknologi, so teknologi ini selalu cepat dia bertukar kemajuannya.
Jadi kita ada specialist specification ataupun perkara-perkara baru yang kita kehendaki dilaksanakan. Jadi SPKA, Iskandar is open to come and bid join the tender and be the best winner. So,dengan pengalaman yang mereka ada mungkin peluang mereka lebih baik daripada yang lain.
Yang Berhormat Sibuti mengenai Balai Bomba ‘E’, memang kita telah cadangkan untuk tempat-tempat yang dalam terpencil di pendalaman dan sebagainya untuk membina Balai Bomba E tetapi kali ini memang kita tidak ada bajet yang diterima daripada peruntukan kali ini untuk Balai Bomba ‘E’. Namun demikian kita akan membuat permohonan dalam RMKe-12, insya-Allah. Kempen kebakaran ini sebab itu yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Sibuti, RM700,000 ini tidak cukup dan memerlukan wanita. Memang saya amat menggalakkan untuk ramai lagi anggota wanita untuk berkecimpung dalam bomba ini kerana dalam situasi-situasi trauma, masa-masa dalam trauma ada kanak-kanak memerlukan sentuhan orang perempuan. Jadi memang saya melonggarkan pengambilan anggota wanita agar tidak berat sangat untuk ujian-ujian fizikalnya. Jadi dengan ini akan dapat menambahkan lagi anggota wanita.
Kelengkapan asas itu memang ada tetapi mungkin selalu tidak mencukupi, Yang Berhormat Sibuti. Yang Berhormat Sibuti untuk PPR ini ada seperti saya sebut ada 34 projek, ada 11 yang baru, 24 yang lama kita sambung, ada 11 yang baru. Jadi saya
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
tidak pasti saya hendak kena tengok senarai ini whether ada Yang Berhormat Sibuti.
Akan tetapi kalau sekiranya tidak ada Yang Berhormat Sibuti boleh membuat permohonan dan mencadangkan tanah yang sesuai untuk kami laksanakan projek PPR.
Tuan SimTzeTzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri...
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Akan tetapi, kadang-kadang tanah- tanah yang dicadangkan adalah tidak bersesuaian dan tidak strategik, tidak terletak di kawasan yang ada infrastruktur. Jadi ini akan menyulitkan transportation untuk golongan B40 ini untuk bergerak.
Jadi kita akan memilih tapak-tapak ini dan kesesuaiannya dan juga jenis-jenis dan kadang-kadang kerajaan negeri bila dia mencadangkan tanah, tanah itu banyak lagi encumbrances maknanya perkara-perkara yang banyak pemilikan yang tidak selesai.
Jadi kita tidak boleh teruskan.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Hamzah - Kubang Pasu
Mohon sedikit Yang Berhormat Menteri.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Ya.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Hamzah - Kubang Pasu
Terima kasih.
Tentang PPR ini Yang Berhormat Menteri, saya minta perhatian yang serius. Hendak dapat projek pun payah tetapi bila sudah dapat antara teguran Ketua Audit Negara ialah serahan daripada KPKT kepada Jabatan Perumahan Negara (JPN) mengambil masa yang terlalu lama.
PPR Lembah Subang lewat 836 hari, PPR Taman Siliau Jaya lewat 500 hari dan dia tidak berakhir di situ, selepas diberikan kepada JPN, JPN pula mengambil masa untuk proses isi penghuni yang berjaya ini Tuan Pengerusi, antara 1 hingga 40 bulan.
Jadi saya harap ini dapat diberi perhatian oleh Yang Berhormat Menteri supaya - ini di Kedah ada dua lagi PPR Jerlun dan PPR Kampung Kilat, Alor Setar yang daripada dok awal tahun 2019 sudah siap ini hendak habis sudah tahun 2020 masih belum ada berita penyerahan kepada JPN. Terima kasih.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
So, saya ingat soalan ini saya sudah jawab waktu perbahasan Titah Baginda. Memang kita mengiktirafkan kelemahan ketika itu dan kita telah memperbaiki sistem monitoring pembinaan-pembinaan projek-projek yang ini.
Akan tetapi ada juga isu-isu ini yang terbabitkan dengan kerajaan negeri, bila dia suruh kita buat dia willing untuk take a manage. Selepas itu bila sudah siap dia tidak hendak manage, hendak pulang kepada KPKT dan sebagainya. Ini antara perkara- perkara yang melewatkan kita untuk pengisian, pengisian yang lewat sebenarnya.
So, projek siap tetapi pengisiannya lewat tetapi yang ini insya-Allah kita akan membuatkan satu lagi prosedur-prosedur yang harus kita ketatkan bahawa semua harus mengikut prosedur-prosedur ini dan sekiranya ada pihak-pihak yang tidak menetapi janji seperti apa yang diterapkan dalam memorandum-memorandum ini, maka kita tidak akan bertanggungjawab. Jadi ini tengah diperkemaskan lagi SOP nya dan sebagainya.
Untuk seterusnya...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
SPNB.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
SPNB, tadi sudah jawab sudah. SPNB RM350 juta – oh kes company tadi itu. So, yang RM90 juta itu so kes ini sekarang kita tengah bawa ke Mahkamah Rayuan. So, jadi kita tunggulah keputusan dari Mahkamah Rayuan.
Yang Berhormat Jelebu dan ada beberapa yang lain juga menyentuh tentang harga rumah mampu milik. Harga rumah mampu milik ini akan berdasarkan daripada lokasi dan tempat. Jadi kita tidak akan membuat harga rumah itu semua sederap untuk semua kawasan tetapi mengikut lokasi dan setempat.
Oleh kerana kalau tempat-tempat pendalaman, pendapatannya lebih rendah maka harga rumahnya lebih rendah dan sewaannya juga lebih rendah. Jadi harga-harga
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
ini adalah berbentuk harga-harga yang bersasar tertakluk kepada pendapatan setempat penduduk di kawasan itu.
Mengikut garis kemiskinan yang baru tadi siapa yang sebut tadi.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Tuan Pengerusi, boleh saya minta penjelasan Yang Berhormat Menteri sedikit lagi, Yang Berhormat Menteri?
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Siapa itu?
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Jelebu.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Pengerusi, saya timbulkan tadi isu extension of time yang mana ini adalah antara perkara-perkara yang dibangkitkan oleh kebanyakan daripada kontraktor dan developer projek-projek perumahan rakyat. Adakah kementerian sudah membuat satu dasar bahawa extension of time ini dibagi mengikut PKP yang dikenakan ketika COVID-19 ini. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Terima kasih, Yang Berhormat Jelebu. Itu memang kita dalam keadaan COVID-19 ini, dalam COVID-19 bil yang telah kita bentangkan dan kita luluskan, memang sudah ada kuasa Yang Berhormat Menteri untuk memberikan tempoh lanjutan. Jadi tempoh lanjutan yang telah kita beri adalah pada hujung bulan ini iaitu 31 Disember 2020.
So, sekiranya ada keperluan untuk memberikan lanjutan dengan sebab-sebab yang boleh dipakai yang munasabah, insya-Allah Menteri mempunyai kuasa untuk memberikan lanjutan masa untuk pembinaan sesuatu projek itu, insya-Allah.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Soalan Kimanis Yang Berhormat Menteri.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Sedikit.
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Soalan Kimanis tadi belum jawab.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Menteri, saya hendak bangkitkan satu perkara tetapi saya boleh terima jawapan bertulis tetapi saya lihat tidak ada siapa yang bangkitkan isu ini walaupun penting. Boleh saya mendapat floor, Yang Berhormat Menteri, sedikit.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Ya, boleh.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Terima kasih. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin bangkitkan Butiran 030300 – Bahagian Kawalan Kredit Komuniti yang ada penurunan. Yang Berhormat Menteri, saya ucapkan terima kasih di atas perjumpaan di antara KPKT, Kementerian Kewangan dan juga KPDNHEP dua hari yang lepas bersama dengan syarikat kredit mengenai isu pinjaman yang diambil oleh pengusaha-pengusaha bas.
Saya difahamkan bahawa keputusan salah satu keputusan adalah supaya syarikat kredit ini tidak mengasak ataupun memberikan tekanan kepada pengusaha bas yang hilang punca pendapatan pada di kala zaman pandemik ini.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Akan tetapi, mereka masih lagi – sampai sekarang ataupun semalam the latest Yang Berhormat Menteri they are still getting a lot of pressure from the credit companies.
Jadi, saya ingin tahu apa keputusan daripada mesyuarat tersebut dan apakah bantuan – antaranya KPDNHEP yang saya turut harus mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri KPDNHEP yang telah berjaya untuk mengadakan mesyuarat tersebut. It’s very important. Ramai daripada pengusaha bas dah masuk hospital. Ramai yang di bawah tekanan they are on medication and akhir kata they don’t have any money to pay syarikat kredit ini. Jadi, saya harap akan dapat petua ataupun keputusan yang baik dan bijaksana daripada ketiga-tiga kementerian ini. Saya mohon jawapan bertulis. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Menteri, isu yang sama bagi saya hendak bahas tak dapat ini hari. Tuan Pengerusi ‘palam’ saya. Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya berkaitan dengan butiran tadi.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Isu Butiran 030300 – Bahagian Kawalan Kredit Komuniti. Adakah – kita tahu masalah ini sudah berpanjangan daripada permasalahan Ah Long, pinjaman loan shark dan sebagainya. Adakah kebijaksanaan di bawah Yang Berhormat Menteri kementerian ini hendak serahkan department ini ke Bank Negara ataupun Kementerian Kewangan agar Yang Berhormat Menteri pun tak payah pening kepala berkaitan dengan Ah Long dan pinjaman kredit-kredit ini?
Satu lagi Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan Butiran 049000 – Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) ini. Saya amat setuju dan menyokong penuh apa Yang Berhormat Menteri buat, tetapi saya setuju juga dengan Yang Berhormat Arau kalau boleh panjangkan. Isu-isu anak-anak muda iaitu gejala-gejala sosial seperti Mat Rempit dan sebagainya. Saya yakin dan percaya Yang Berhormat Menteri ada cadangan untuk menggerakkan iaitu to enhance their situation dengan adanya – hari ini anak-anak muda buat GrabFood dan sebagainya.
Bagi peluang dan dapatkan peruntukan lebih. Saya reverse psychology.
Tambahan dan minta lagi pada Kementerian Kewangan bagi duit lebih sedikit train them jadikan mereka FoodGrab, Foodpanda dan sebagainya. Beri peluang kepada anak-anak muda ini supaya dia juga boleh cari makan dan dipantau oleh kementerian Yang Berhormat sendiri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Saya hendak sentuh sedikit tentang PKT. Jadi terima kasih Yang Berhormat Baling kerana telah baca Dasar Komuniti Negara ini. Jadi, setiap apa kita hendak usul kita kena baca, buat background, cari dahulu sebelum hendak cakap melulu-lulu sahaja.
Jadi, dalam sini ada sebanyak lapan kluster termasuk anak muda semua ada juga di sini yang mana kita akan membantu mereka dalam kelompok perumahan B40 di rumah-rumah strata yang kita kalau tak jaga akan jadi slump. Jadi, inilah yang mungkin tadi pembawa usul itu hendakkan tadi itu hendak jadikan tempat-tempat rumah PPR ini.
Okey, jadi untuk kredit komuniti tadi...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tadi pun yang bawa Perak tak relevant Yang Berhormat Menteri, Perak tak ada pun.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Yang Berhormat Bahagian Kawalan Kredit Komuniti tadi – So,alhamdulillah, we have met, kita sudah jumpa dengan pengusaha-pengusaha bas dan mereka telah memberikan cadangan-cadangan bagaimana hendak membantu mereka dan kita telah bawa ke Kementerian Kewangan.
Insya-Allah satu jawatankuasa kita bentuk untuk memikirkan bagaimana hendak membantu pengusaha bas in the short-term basis dan juga the long-term basis.
Ada lah perkara-perkara yang harus kita perkemaskan daripada segi undang-undang dan sebagainya. Itu kita akan laksanakan.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Yang Berhormat Menteri sedikit boleh?
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Menteri adakah ini termasuk saranan ataupun tindakan daripada pihak kerajaan untuk memaklumkan kepada pihak syarikat kredit ini untuk tidak mengasak atau memberikan masa.
Ini kerana, notis mahkamah sudah terima dan sekarang ini – after saman sudah keluar. Now when their court cases that are coming out, ramai yang telah menerima notis untuk naik-turun mahkamah and they have no money.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Saya terlupa hendak sebut tadi Yang Berhormat Menteri KPDNHEP akan mengusulkan satu paper ke Kabinet untuk memberikan extension of the COVID-19 Law yang mana akan memberi...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Memberi perlindungan kepada pengusaha bas.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Memberi perlindungan kepada peminjam dan credit company sendiri cannot take action untuk mengugut mereka dan menarik repossess dia orang punya kenderaan dan sebagainya.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
So, yang...
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Yang Berhormat Menteri.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
What is happening now is Yang Berhormat Menteri yang telah menerima notis mahkamah what is happening to them? Yang buat masa ini yang sudah terima notis?
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Ya, ya yang itukita akan selaraskan semua sekali yang itu sekali. That is right kita akan selaraskan semua sekali. Terima kasih.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Can be back? Can instruction be backdated? Please, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Yang Berhormat Menteri.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
So, insya-Allah kita akan bantu kita faham the other ya.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Menteri.
Masa.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri boleh sedikit Yang Berhormat Menteri Hang Tuah Jaya.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Masa Yang Berhormat Menteri.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Okey, saya...
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Soalan Kimanis pun tak jawab lagi ini Yang Berhormat Menteri.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Banyak isu yang dibangkitkan ada isu- isu spesifik yang boleh saya jawab dengan cara bertulis ya.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Penjelasan.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Jadi insya-Allah saya akan menjawab.
Semua – satu soalan tadi saya hendak jawab untuk Yang Berhormat Kimanis tentang Projek PR1MA tadi.
Insya-Allah, kita akan menimbangkan balik cadangan-cadangan yang untuk membina perumahan PR1MA. Namun demikian, kita harus melihatkan bahawa busines model yang kita buat itu adalah busines model yang produktif, mendatangkan hasil yang boleh menampung projek itu sendiri.
Jadi, Yang Berhormat Kimanis insya-Allah kita akan pertimbangkan semula ya ini untuk projek PR1MA ya.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Penjelasan Yang Berhormat Menteri, Hang Tuah Jaya.
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Terima kasih banyak Yang Berhormat Menteri, terima kasih banyak.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Jadi pada siapa yang khuatir tentang PR1MA tadi. PR1MA dalam kita tengah buat rationalization yang mana insya-Allah rumah – kita tidak perlukan ambil allocation daripada Kementerian Kewangan. Sebanyak RM20 juta itu adalah untuk pengurusan sahaja pengurusan untuk PR1MA.
Untuk projek-projek ke hadapan, kita jual rumah-rumah yang sudah ada dan kita – tanah-tanah tidak produktif kita hentikan dan tanah-tanah yang baik mungkin kita akan buat busines model yang baharu untuk mendapatkan pendapatan agar kita dapat membayar hutang-hutang PR1MA yang ada tertunggak. Ya, Hang Tuah Jaya.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja. Saya hendak minta penjelasan pada Yang Berhormat Menteri tadi sebut soal PeKT.
Ini berkait dengan apa yang dibangkit oleh Yang Berhormat Tanjong Karang awal tadi. Dekat saya ini ada senarai sejumlah 157 PeKT. Majoritinya adalah bekas anggota Parti Keadilan yang telah dipecat. Jadi saya ingin tanya kalau ikut pandangan Yang Berhormat Tanjong Karang tadi sepatutnya jawatan itu tidak ada lagi sekarang kerana bajet akan diluluskan untuk 2021.
Adakah nama-nama yang ada dalam senarai ini terbatal sama sekali atau akan ada pelantikan baharu? Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Yang itu – 157 adalah mereka dilatih, diberikan taklimat tentang bagaimana program-program harus dilakukan, apakah kerja mereka dan sebagainya dan mereka harus membuatkan pendaftaran diri mereka.
Jadi, yang ini semua memang adalah atas latihan tetapi belum lagi dilantik.
Mereka cuma mendapat watikah tetapi belum lagi dilantik. Yang dilantik 2021. Bajet yang diberikan hanya sebanyak RM8.6 juta. Sementara itu saya meminta lebih pada itu sebanyak lima kali ganda saya minta untuk dilaksanakan seluruh negara.
Jadi, dengan sebanyak RM8.6 juta tak mungkin saya boleh laksanakan seluruh negara. Jadi insya-Allah kita akan tengok mana-mana tempat yang bersesuaian yang ada rumah PPR dan sebagainya untuk kita laksanakan Program PeKT ini.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Saya minta...
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
So, saya ingat Yang Berhormat Tanjong Malim tak payah tanyalah. Kita sudah jawab tadi usul tadi Yang Berhormat Tanjong Malim ya. Sila duduklah.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Tidak, bukan tanya saya...
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Saya minta penjelasan lagi.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Ada fakta yang tidak betul Tuan Pengerusi.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Jadi, dengan itu saya harap yang lain- lain itu seperti saya sebut soalan-soalan tadi semua ada boleh bertulis...
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Saya ada dapat jawapan pada Yang Berhormat Menteri. Untuk tahun ini berjumlah sebanyak RM2.6 juta.
[Dewan riuh]
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Yang Berhormat Menteri kata belum dilantik. Ini adalah jawapan, Tuan Pengerusi.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Berani tanggung berani buatlah!
[Dewan riuh]
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Saya akan menjawab dengan cara bertulis. Saya ucapkan terima kasih, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Mana boleh kata ini semua belum dilantik.
Ini mengelirukan Dewan ini.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Tuan Pengerusi.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
PeKT tak ada Tanjung Malim.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri memesongkan Dewan Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Masalahnya ialah bahawa sejumlah RM3,230,066,300untuk Kepala B.43 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2021jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan]
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Standing Order Tuan Pengerusi.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Dak, ada minta belah bahagi Tuan Pengerusi P.M. 47...
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Kira, kira, kira.
[Lebih 15 orang Ahli bangun minta diadakan belah bahagian]
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Akan tetapi, sebelum itu Tuan Pengerusi. Standing Order.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Saya hendak kira belah bahagi dahulu. Belah bahagi dahulu. Sekejap, kira belah bahagi dahulu.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Standing Order dahulu Tuan Pengerusi.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Okey, okey.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh sebab lebih daripada seramai 15 orang bangun, maka mengikut Peraturan Mesyuarat 46(4), saya memerintahkan supaya satu belah bahagian diadakan sekarang.
Setiausaha, sila bunyikan loceng selama dua minit.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Tuan Pengerusi Standing Order dulu.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Saya buat belah bahagi dulu.
[Loceng dibunyikan]
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Seperti petua Yang di- Pertua pada 5 November 2020, saya tempohkan dewan selama 10 minit.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 3.41 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 3.51 petang]
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Pengerusi
Saya rasa tidak perlu lagi saya baca senarai penghitung dan pemerhati ya. So, saya minta semua penghitung mengambil tempat masing-masing.
Saya juga minta semua pemerhati untuk mengundi terlebih dahulu dengan penghitung blok masing-masing dan mengambil tempat masing-masing di sebelah penghitung mereka.
Kalau semua sudah bersedia, undian dijalankan sekarang.
[Dewan berbelah bahagi]
Tuan Pengerusi
[Pengundian dijalankan]
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat, keputusan undian untuk kepala B.43 adalah seperti berikut:
Bersetuju 106.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi
Tidak bersetuju 96.
[Tepuk] Tidak hadir 18.
[Masalah disetujukan] [Kepala B.43 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
YAB. Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin (Pagoh) 2. YB. Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak) 3. YB. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Bera) 4. YB. Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof (Petrajaya) 5. YB. Dato' Takiyuddin bin Hassan (Kota Bharu) 6. YB. Dato' Seri Hamzah bin Zainudin (Larut) 7. YB. Datuk Seri M. Saravanan (Tapah) 8. YB. Datuk Seri Mohd Redzuan bin Yusof (Alor Gajah) 9. YB. Datuk Seri Dr. RonaldKiandee (Beluran) 10. YB. Puan Zuraida binti Kamaruddin (Ampang) 11. YB. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad (Mersing) 12. YB. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa (Ketereh) 13. YB. Dato' Sri ReezalMerican bin NainaMerican (Kepala Batas) 14. YB. Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah (Lenggong) 15. YB. Dato' Sri Hajah NancyShukri (Batang Sadong) 16. YB. Dato Sri AlexanderNanta Linggi (Kapit) 17. YB. Dato' Sri Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (Santubong) 18. YB. Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) 19. YB. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz (Tanah Merah) 20. YB. Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali (Bagan Serai) 21. YB. Datuk Abd. Rahim bin Bakri (Kudat) 22. YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said (Kuala Krau) 23. YB. Tuan Jonathan bin Yasin (Ranau) 24. YB. Dato' Mohd Rashid bin Hasnon (Batu Pahat) 25. YB. Dato' Sri Azalina Othman Said (Pengerang) 26. YB. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam) 27. YB. Datuk Seri Rina binti Mohd Harun (Titiwangsa) 28. YB. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed (Jeli) 29. YB. Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Kubang Kerian) 30. YB. Dato' Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) 31. YB. Dato' Dr. Noraini Ahmad (Parit Sulong) 32. YB. Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Rembau) 33. YB. Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein (Sembrong) 34. YB. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique (Kota Tinggi) 35. YB. Dato’ EddinSyazlee bin Shith (Kuala Pilah) 36. YB. Dato' KamarudinJaffar (Bandar Tun Razak) 37. YB. Tuan Muslimin bin Yahaya (Sungai Besar) 38. YB. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Hj. Samsudin (Masjid Tanah) 39. YB. Dato' Seri Dr. Santhara (Segamat) 40. YB. Dato' Mansor Othman (Nibong Tebal) 41. YB. Tuan Ali bin Biju (Saratok) 42. YB. Tuan Willie Anak Mongin (Puncak Borneo) 43. YB. Dato' Rosol bin Wahid (Hulu Terengganu) 44. YB. Datin Mastura binti Mohd Yazid (Kuala Kangsar) 45. YB. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya (Tasek Gelugor) 46. YB. Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad (Lipis) 47. YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib (Maran) 48. YB. Tuan Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) 49. YB. Dato' Hajah Hanifah Hajar Taib (Mukah) 50. YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah (Jasin) 51. YB. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin (Padang Besar) 52. YB. Dato' Henry Sum Agong (Lawas) 53. YB. Datuk AaronAgo Dagang (Kanowit)
YB. Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah (Limbang) 55. YB. Tuan ArthurJosephKurup (Pensiangan) 56. YB. Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Rantau Panjang) 57. YB. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary (Pengkalan Chepa) 58. YB. Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi. (Tumpat) 59. YB. Tuan Haji Awang bin Hashim (Pendang) 60. YB. Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim (Kuala Terengganu) 61. YB. Dato’ Sri Dr. WeeJeck Seng (Tanjung Piai) 62. YB. Datuk Dr. JeffreyGapariKitingan (Keningau) 63. YB. Tuan Che Alias bin Hamid (Kemaman) 64. YB. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir (Setiu) 65. YB. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni (Sibuti) 66. YB. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi (Igan) 67. YB. Dato' Sri Hasan bin Arifin (Rompin) 68. YB. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz (Padang Rengas) 69. YB. Tuan Sabri bin Azit (Jerai) 70. YB. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman (Sik) 71. YB. Tuan Haji YamaniHafez bin Musa (Sipitang) 72. YB. Tuan Yusuf bin Abd Wahab (Tanjong Manis) 73. YB. Puan Rubiah binti Wang (Kota Samarahan) 74. YB. Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) 75. YB. Datuk Mohamad bin Alamin (Kimanis) 76. YB. Tuan Ramli Bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) 77. YB. Tuan Jugah Ak Muyang @ Tambat (Lubok Antu) 78. YB. Tuan AnyiNgau (Baram) 79. YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi (Bagan Datuk) 80. YB. Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu (Tambun) 81. YB. Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang (Marang) 82. YB. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim (Arau) 83. YB. Dato' Sri (Dr.) RichardRiot anak Jaem (Serian) 84. YB. Dato' Seri Mahdzir bin Khalid (Padang Terap) 85. YB. Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor (Putrajaya) 86. YB. Tan Sri Noh bin Haji Omar (Tanjong Karang) 87. YB. Tuan Nik MohamadAbduh bin Nik Abdul Aziz (Bachok) 88. YB. Dr. Nik MuhammadZawawi bin Haji Salleh (Pasir Puteh) 89. YB. Dato' Seri TiongKing Sing (Bintulu) 90. YB. Dato' Sri Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan) 91. YB. Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh (Besut) 92. YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan (Pontian) 93. YB. Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim (Batang Lupar) 94. YB. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim (Baling) 95. YB. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari (Pasir Mas) 96. YB. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli (Dungun) 97. YB. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman (Kuala Krai) 98. YB. Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun (Beaufort) 99. YB. Datuk WilsonUgak Anak Kumbong (Hulu Rajang) 100. YB. Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh (Sabak Bernam) 101. YB. Dato' Haji Jalaluddin bin Alias (Jelebu) 102. YB. Dato' Haji Salim bin Sharif @ Mohd Sharif (Jempol) 103. YB. Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria (Parit) 104. YB. Datuk Zakaria bin Mohd Edris (Libaran) 105. YB. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris (Jerantut) 106. YB. Datuk RobertLawsonChuat (Betong)
YB. Tuan Kesavan a/l Subramaniam (Sungai Siput) 2. YB. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji (Jelutong) 3. YB. Puan Wong ShuQi (Kluang) 4. YB. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching) 5. YB. Tuan StevenChoongShiauYoon (Tebrau) 6. YB. Puan Vivian Wong Shir Yee (Sandakan) 7. YB. Puan Hajah Natrah Binti Ismail (Sekijang) 8. YB. Puan Rusnah Binti Aluai (Tangga Batu) 9. YB. Tuan Cha Kee Chin (Rasah) 10. YB. Tuan Teh Kok Lim (Taiping) 11. YB. Puan Noorita Binti Sual (Tenom) 12. YB. Dato' Masir Kujat (Sri Aman)
YB. Tuan Baru Bian (Selangau) 14. YB. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman (Muar) 15. YB. Dato' Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah (Kubang Pasu) 16. YB. Datuk Dr. Shahruddin Bin Md. Salleh (Sri Gading) 17. YB. Tuan Su Keong Siong (Kampar) 18. YB. Dr. Azman bin Ismail (Kuala Kedah) 19. YB. Tuan SimChee Keong (Bukit Mertajam) 20. YB. Tuan ChanMing Kai (Alor Setar) 21. YB. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh (Bukit Gelugor) 22. YB. Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus (Hulu Langat) 23. YB. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh (Ledang) 24. YB. Puan Kasthuriraani a/p Patto (Batu Kawan) 25. YB. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad (Setiawangsa) 26. YB. Tuan Wong Kah Woh (Ipoh Timur) 27. YB. Tuan LarrySoon @ LarrySngWeiShien (Julau) 28. YB. Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli (Lumut) 29. YB. Tuan KhooPoayTiong (Kota Melaka) 30. YB. Datuk ChristinaLiewChin Jin (Tawau) 31. YB. Tuan Charles Anthony Santiago (Klang) 32. YB. Tuan SimTzeTzin (Bayan Baru) 33. YB. Puan Hannah Yeoh TseowSuan (Segambut) 34. YB. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor) 35. YB. Tuan MuhammadBakhtiar bin Wan Chik (Balik Pulau) 36. YB. Tuan ChanFoongHin (Kota Kinabalu) 37. YB. Puan JuneLeowHsiad Hui (Hulu Selangor) 38. YB. Tuan Wong Hon Wai (Bukit Bendera) 39. YB. Tuan Hassan bin Abdul Karim (Pasir Gudang) 40. YB. Tuan Oscar Ling ChaiYew (Sibu) 41. YB. Tuan Noor Amin bin Ahmad (Kangar) 42. YB. Datuk Dr. Hasan bin Bahrom (Tampin) 43. YB. Tuan Wong Tack (Bentong) 44. YB. Puan Maria Chin binti Abdullah (Petaling Jaya) 45. YB. Tuan Awang Husaini bin Sahari (Putatan) 46. YB. Tuan Mordi anak Bimol (Mas Gading) 47. YB. Tuan Prabakaran a/l M. Parameswaran (Batu) 48. YB. Tuan Pang Hok Liong (Labis) 49. YB. Datuk Wira Haji Mohd Anuar Mohd Tahir (Temerloh) 50. YB. Tuan Wong Ling Biu (Sarikei) 51. YB. Tuan Karupaiya a/l Mutusami (Padang Serai) 52. YB. Tuan Tan Kok Wai (Cheras) 53. YB. Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail (Pandan) 54. YB. Puan Nurul Izzah binti Anwar (Permatang Pauh) 55. YB. Tuan M. Kulasegaran (Ipoh Barat) 56. YB. Datin Paduka Dr. Tan YeeKew (Wangsa Maju) 57. YB. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) 58. YB. Dr. Lee Boon Chye (Gopeng) 59. YB. Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa (Parit Buntar) 60. YB. Tuan WilliamLeongJeeKeen (Selayang) 61. YB. Tuan LokeSiewFook (Seremban) 62. YB. Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena) 63. YB. Tuan R. Sivarasa (Sungai Buloh) 64. YB. Puan Alice Lau KiongYieng (Lanang) 65. YB. Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid (Kapar) 66. YB. Tuan Ong Kian Ming (Bangi) 67. YB. Tuan Wong Chen (Subang) 68. YB. Puan Yeo Bee Yin (Bakri) 69. YB. Puan Nor Azrina binti Surip (Merbok) 70. YB. Tuan Lim LipEng (Kepong) 71. YB. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (Port Dickson) 72. YB. Tuan Haji Mohamad bin Sabu (Kota Raja) 73. YB. Tuan Lim GuanEng (Bagan) 74. YB. Tuan Lim Kit Siang (Iskandar Puteri)
YB. Datuk Seri SaifuddinNasution bin Ismail (Kulim Bandar Baharu) 76. YB. Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub (Pulai) 77. YB. Tuan Gobind Singh Deo (Puchong) 78. YB. Dato’ Dr. XavierJayakumar a/l Arulanandam (Kuala Langat) 79. YB. Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) 80. YB. Dato' Johari bin Abdul (Sungai Petani) 81. YB. Tuan Chang Lih Kang (Tanjong Malim) 82. YB. Tuan Nga Kor Ming (Teluk Intan) 83. YB. Tuan ChongChieng Jen (Stampin) 84. YB. Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir (Johor Bahru) 85. YB. Puan Fuziah binti Salleh (Kuantan) 86. YB. Tuan Khalid bin Abd. Samad (Shah Alam) 87. YB. Tuan TonyPua Kiam Wee (Damansara) 88. YB. Dr. MichaelTeo Yu Keng (Miri) 89. YB. Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji (Raub) 90. YB. Puan Teo Nie Ching (Kulai) 91. YB. Datuk Seri Shamsul Iskandar @Yusre bin Mohd Akin (Hang Tuah Jaya) 92. YB. Dato' Ngeh Koo Ham (Beruas) 93. YB. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil (Lembah Pantai) 94. YB. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin (Sepang) 95. YB. Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (Tuaran) 96. YB. Tuan Sivakumar a/l VaratharajuNaidu (Batu Gajah)
YB. Datuk Seri Panglima Dr.MaximusJohnityOngkili (Kota Marudu) 2. YB. Datuk Seri Dr. Adham bin Baba (Tenggara) 3. YB. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (Pekan) 4. YB. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) 5. YB. Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman (Pasir Salak) 6. YB. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub (Machang) 7. YB. Tuan Haji Ahmad bin Hassan (Papar) 8. YB. Datuk Rozman bin Isli (Labuan) 9. YB. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Langkawi) 10. YB. Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir (Jerlun) 11. YB. Dr. Maszlee bin Malik (Simpang Renggam) 12. YB. Datuk Mohamaddin bin Ketapi (Lahad Datu) 13. YB. Puan IsnaraissahMunirah binti Majilis @ Farkharudy (Kota Belud) 14. YB. Tuan Ma'mun bin Sulaiman (Kalabakan) 15. YB. Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) 16. YB. Datuk IgnatiusDarellLeiking (Penampang) 17. YB. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal (Semporna) 18. YB. Datuk Mohd Azis bin Jamman (Sepanggar)
Tuan Pengerusi
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.43 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2021 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.43 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Tuan Yang di-Pertua, Tanjong Malim.
Tadi, Timbalan Yang di-Pertua bagi tahu, ditangguhkan. Saya ada standing order hendak bangkitkan. Tadi Timbalan Yang di-Pertua kata tundakan selepas ...
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Saya hendak bangkitkan 36(12),‘Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis’. Tadi Yang Berhormat Menteri KPKT mengatakan bahawa PeKT ini belum dilantik tetapi saya ada dokumen. Ini adalah soalan lisan yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri sendiri pada 10 November 2020 mengatakan PeKT pada tahun 2020,
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
pelaksanaan program adalah selama empat bulan sahaja mulai September 2020 hingga Disember 2020 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM2.6 juta. Ini adalah jawapan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kita sudah mengundi.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Ini adalah jawapan dari Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kita sudah mengundi Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Tuan Yang di-Pertua, tadi, tadi Yang Berhormat Menteri kata...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Esok timbulkan.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Belum dilantik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jangan mengambil masa.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Saya minta petua daripada...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ahli Parlimen sibuk hal negara, man.
Tuan Yang di-Pertua
Begini Yang Berhormat.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau duduk.
Tuan Yang di-Pertua
Tolong diam sekejap. Begini Yang Berhormat, saya tidak preside pada waktu itu. Izinkan saya sedikit masa untuk melihat Hansard dan sebagaimana amalan saya yang biasa, kalau boleh Yang Berhormat menulis kepada saya seperti yang dikatakan tadi itu. Saya akan pohon penjelasan, kemudian saya akan membuat keputusan selepas itu. Ini kerana ada perbalahan fakta. Kalau ada, off course Yang Berhormat.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tekan tetap tekan.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 10 Disember 2020.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 4.07 petang]