Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****]
1. Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [Parit] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan adakah kementerian akan memberikan sedikit kelonggaran syarat permohonan lesen senjata api kepada pemilik tanaman yang ingin memiliki lesen bagi menguruskan musuh tanaman seperti babi dan monyet yang bertindak merosakkan tanaman.
Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Parit, permohonan memiliki senjata api adalah tertakluk kepada Akta Senjata 1960. Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai garis panduan yang komprehensif bagi menimbang setiap permohonan lesen atau permit senjata api ini.
Kelulusan senjata api sama ada pistol, senapang atau senapang patah secara beli baharu atau pindah milik dipertimbangkan dengan berhati-hati dan ketat kerana senjata api adalah senjata yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa. Oleh sebab itu, hanya individu yang benar-benar memerlukan dan yang berkelayakan yang akan diluluskan pemilikan lesen atau milik senjata api.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat setiap permohonan untuk mendapatkan lesen ataupun milik senjata perlu melalui tapisan yang rapi oleh PDRM. Bagi permohonan senjata api untuk tujuan membasmi musuh tanaman permohonan hendaklah memenuhi syarat-syarat antaranya seperti berikut:
(i) melepasi tapisan keselamatan dan sahsiah;
(ii) memiliki fizikal dan tahap kesihatan yang baik;
(iii) keterampilan diri;
(iv) bergantung hidup pada hasil pertanian;
(v) mempunyai tanah pertanian sendiri;
(vi) menetap di kawasan berkenaan; dan
(vii) mengalami kerosakan hasil tanaman yang serius.
Bagi pemilik kebun yang tidak memiliki atau yang tidak dipertimbangkan lesen atau permit senjata api, sekiranya mereka mempunyai masalah ancaman musuh tanaman, saya mencadangkan supaya mereka mendapatkan bantuan daripada pelesen senjata api setempat, Jabatan PERHILITAN ataupun anggota RELA setempat untuk membantu mengatasi masalah ancaman yang mereka hadapi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, minta maaf saya sebut tadi tiga minit sebenarnya selama dua minit.
2. Puan Teo Nie Ching [Kulai] minta Menteri Kewangan menyatakan butiran dan program/aktiviti di bawah Bekalan 11, Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021 yang
mana sekolah tahfiz, sekolah pondok berdaftar dan sekolah agama rakyat diperuntukkan sejumlah RM100 juta.
Menteri Kewangan - YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kulai, sebagaimana yang telah saya maklumkan dalam sidang Dewan yang mulia ini, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM100 juta bagi tujuan penyelenggaraan sekolah tahfiz, sekolah pondok berdaftar dan sekolah agama rakyat. Peruntukan ini disediakan di bawah B.11 – Perkhidmatan Am Perbendaharaan di bawah Butiran 021300 – Pemberian Kemudahan Projek Khas.
Untuk makluman Yang Berhormat, Butiran B.11 yang disediakan adalah sebanyak RM922 juta. Ini berdasarkan amalan digunakan untuk membiayai langkah tambahan yang diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2021. Antara langkah-langkah ucapan belanjawan yang turut dibiayai di bawah peruntukan ini ialah keperluan tambahan sebanyak RM120 juta bagi penambahbaikan Rancangan Makanan Tambahan untuk pelajar miskin, geran padanan untuk NGO dan social enterprise. Ini sebanyak RM100 juta dan terutamanya bagi Program Peningkatan Pendapatan bagi golongan rentan menangani isu sosial seperti penderaan kanak-kanak dan gelandangan serta pelbagai langkah yang menyumbang kepada kesejahteraan rakyat, termasuk peluasan subsidi pengangkutan awam bas, geran untuk taska, pusat aktiviti warga emas serta perkhidmatan ATM bergerak bagi pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak.
Sekian, terima kasih.
3. Tuan Teh Kok Lim [Taiping] minta Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan langkah dan usaha yang diambil oleh kementerian untuk memastikan Zoo Taiping, Night Safari yang merupakan lambang ikon Bandar Warisan Taiping terus kekal maju. Zoo ini dijangka mengalami kerugian antara RM500,000 hingga RM600,000 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa sehingga 6 Disember ini akibat kemerosotan hasil kutipan tiket sehingga 95 peratus.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah
Bismillaahi Rahmaani Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Taiping, penularan pandemik COVID- 19 telah memberi implikasi ke atas pendapatan pengendali zoo dan pameran tetap ZPT, termasuk Zoo Taiping. Di mana hasil kutipan tiket, jualan-jualan produk dan perkhidmatan yang menjadi sumber pendapatan utama ZPT terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kementerian sangat prihatin dalam membantu ZPT yang terjejas. Antara bantuan jangka pendek yang telah diberikan kepada Zoo Taiping adalah seperti berikut, menyalurkan dana prihatin kebajikan hidupan liar sebanyak RM468,890.37 bagi menampung kos makanan dan ubat-ubatan hidupan liar serta kos sanitasi premis secara berperingkat bermula bulan Ogos 2020 hingga bulan November 2020.
Kita juga menyalurkan peruntukan sebanyak RM1.8 juta kepada zoo berkenaan pada bulan November 2020 untuk membaik pulih fasiliti Zoo Taiping yang kritikal seperti kekurangan makanan hidupan liar, membina kurungan reptilia dan baiki bumbung bangunan kaunter tiket. Kita juga memberikan diskaun 15 peratus bil elektrik secara bulanan selama enam bulan kepada ZPT di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi. Di samping itu, kita juga menyediakan bantuan teknikal kepada ZPT, khususnya dalam pengurusan urusan yang berkaitan. Bantuan kerajaan kepada Zoo Taiping bukan sahaja dilaksanakan dalam tempoh PKP, sebaliknya kementerian telah membantu Zoo Taiping sejak beberapa tahun lalu sehingga kini, di mana Jabatan Perhilitan sendiri telah memberikan pinjaman sebanyak 125 ekor hidupan liar milik Jabatan Perhilitan kepada Zoo Taiping dengan nilai RM1.1 juta. Ia bertujuan untuk mempelbagaikan hidupan liar Zoo Taiping bagi membolehkan zoo berkenaan terus berdaya maju dan melakukan usul untuk menarik lebih ramai pelancong dan pengunjung ke zoo berkenaan.
Dalam apa keadaan sekalipun, kementerian terus mengambil perhatian dan tindakan, bukan hanya kepada Zoo Taiping tetapi juga zoo-zoo lain. Bagi tindakan jangka panjang, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara telah mengadakan sesi libat urus dengan Malaysian Association of Zoological Parks and Aquaria (MAZPA) dan ZPT untuk mengkaji semula peraturan yang berkaitan pengendali zoo di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan membangunkan model baharu ZPT. Ia bertujuan untuk mengurangkan
Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah
kebergantungan ZPT kepada kerajaan serta mengukuhkan operasi ZPT supaya lebih berdaya maju, pada masa yang sama, memastikan kebajikan hidupan liar sentiasa dipelihara. Zoo Taiping termasuk dalam kajian berkenaan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
1. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Kesihatan menyatakan jumlah perbelanjaan kementerian dalam menangani pandemik COVID-19 daripada 18 Mac 2020 sehingga 31 Oktober 2020.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Menteri Kesihatan atau Timbalannya untuk menjawab. Tempoh masa tiga minit.
Timbalan Menteri Kesihatan II - Datuk Aaron Ago Dagang
Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan Malaysia telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1 bilion oleh Kementerian Kewangan bagi menangani wabak COVID-19. Sehingga 31 Oktober 2020, Kementerian Kesihatan telah membelanjakan sebanyak RM1.17 bilion yang turut termasuk peruntukan sedia ada kementerian bagi pembelian peralatan, bekalan perubatan, barangan pakai habis (consumables), kelengkapan perlindungan diri (PPE), reagent test kit serta lain-lain perkhidmatan dalam usaha mengawal wabak COVID-19. Peruntukan tersebut digunakan untuk kesemua fasiliti Kementerian Kesihatan, termasuk hospital, klinik kesihatan dan klinik pergigian. Sebahagian besar daripada perbelanjaan tersebut, adalah untuk bayaran elaun khas COVID-19 kepada petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan yang berjumlah RM275 juta.
Kedua, pembelian kelengkapan perlindungan (PPE) berjumlah RM262 juta serta pembelian reagent test kit, serta bayaran outsourcing perkhidmatan makmal swasta untuk ujian saringan COVID-19 berjumlah RM210 juta. Jumlah perbelanjaan ini tidak termasuk bayaran emolumen petugas kesihatan yang terlibat dalam rawatan kawalan dan pencegahan wabak COVID-19 yang mana peruntukan tersebut adalah di bawah peruntukan sedia ada Kementerian Kesihatan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan, sila Yang Berhormat Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih di atas jawapan. Kemungkinan banyak kes-kes luar jangka dengan sebab timbulnya kluster- kluster baru. Maka, berapakah anggaran jumlah perbelanjaan kontingensi yang akan disediakan oleh pihak kementerian? Kedua, sebanyak 10 Tabung Bantuan COVID-19 diwujudkan sejak PKP 18 Mac 2020. Adakah penyelarasan dibuat oleh pihak kementerian berkaitan dengan kelolaan tabung-tabung ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila, Timbalan Menteri. Satu minit.
Datuk Aaron Ago Dagang
Terima kasih di atas soalan tambahan Yang Berhormat Dungun. Anggaran kontingensi untuk di masa hadapan, kita belum ada. Akan tetapi memang untuk Kementerian Kesihatan, walaupun begitu dalam pada masa ini pun, peruntukan yang diberikan RM1 bilion pun sudah melebihi. Sekarang kita sudah berbelanja lebih kurang RM1.2 bilion. Jadi, kesemua kontingensi itu memang sudah dalam peruntukan yang sedia ada di Kementerian Kesihatan. Walaupun bajet tidak cukup, Kementerian Kesihatan teruskan untuk pembayaran yang sepatutnya diadakan untuk wabak COVID-19 ini.
Soalan nombor dua tadi, tidak berapa terang.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Ia berkait dengan 10 Tabung Bantuan COVID-19 diwujudkan. Adakah penyelarasan dibuat oleh kementerian?
Datuk Aaron Ago Dagang
10 tabung?
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Tabung bantuan.
Datuk Aaron Ago Dagang
Minta maaf Yang Berhormat Dungun, sekarang ini saya tidak ada data ataupun jawapan untuk itu. Saya akan buat jawapan bertulis. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Timbalan Menteri. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Puan Hajah Natrah Ismail, Yang Berhormat Sekijang.
2. Puan Hajah Natrah Ismail [Sekijang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan adakah pihak kerajaan berhasrat untuk melaksanakan Cadangan Umum Jawatankuasa CEDAW No.34 untuk memastikan wanita mempunyai hak kewarganegaraan yang sama rata dengan golongan lelaki terutamanya hak berkaitan pemberian kewarganegaraan kepada anak yang dilahirkan di luar negara apabila berkahwin dengan lelaki yang bukan warganegara.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta Menteri Dalam Negeri atau Timbalannya menjawab. Tiga minit.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Sekijang. Untuk pengetahuan Yang Berhormat– sebelum itu, izinkan saya untuk menjawab soalan ini bersekali dengan satu soalan yang lain iaitu membincangkan isu yang sama iaitu daripada Yang Berhormat Merbok. Mohon izin, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Silakan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Berhubung dengan pelaksanaan Cadangan Umum Jawatankuasa (CEDAW) No.34 seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, kerajaan bersetuju agar reservasi ke atas Artikel 9(2) tersebut dikekalkan. Keputusan ini diambil selaras dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan dasar sedia ada kerajaan berkaitan taraf kewarganegaraan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kedua-dua lelaki dan wanita warganegara Malaysia boleh memohon kewarganegaraan Malaysia bagi anak mereka yang lahir di luar negara di bawah Perkara 14 dan Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan, tertakluk kepada pematuhan syarat dalam Bahagian 3, Perlembagaan Persekutuan, Kaedah-kaedah Kewarganegaraan 1964 serta perundangan berkaitan yang berkuat kuasa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Soalan tambahan. Sila Yang Berhormat Sekijang.
Puan Hajah Natrah Ismail - Sekijang
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberikan sedikit penjelasan. CEDAW itu bermakna Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women. Jadi, soalan saya. Contohnya, seorang lelaki warganegara Malaysia telah berkahwin dengan warga asing dan anak dilahirkan di negara asing. Akan tetapi untuk permohonan kewarganegaraan anak, memang mudah.
Dalam masa tiga bulan boleh selesai. Akan tetapi seorang wanita warganegara Malaysia berkahwin dengan warga negara asing dan anak itu dilahirkan di negara asing, kadang- kadang ditolak permohonannya dan juga kadang-kadang mengambil masa yang lama, bertahun-tahun untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan kepada anak tersebut. Jadi, mengapakah masih berlaku diskriminasi terhadap wanita-wanita Malaysia? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tuan Yang di-Pertua, saya sangat memahami perasaan ibu atau wanita di dalam negara kita. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, memang sepertimana Yang Berhormat telah sebut, jika warganegara Malaysia lelaki berkahwin dengan wanita warganegara asing, melalui perkahwinan yang diiktiraf dan juga teratur dan lahir anak tersebut di luar negara, mengikut Perkara 14(1) memang secara automatiknya menjadi warganegara Malaysia. Akan tetapi, kalau wanita warganegara kita berkahwin dengan warganegara asing, walaupun perkahwinan yang teratur dan diiktiraf, anak tersebut tidak semestinya menjadi warganegara Malaysia secara automatik.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ini kerana apa Yang Berhormat, untuk mengelakkan agar anak yang dilahirkan itu tidak mendapat dwi warganegara atau dua warganegara. Oleh sebab negara-negara lain juga, anak yang lahir di luar negara akan mengikut warganegara bapa. Jadi, sebab itulah kita perlu teliti untuk mengelakkan dua warganegara yang diberikan kepada anak.
Sekiranya belum mendapat kewarganegaraan mengikut bapa, bolehlah memohon di bawah Perkara 15(2) dan kita faham jika ada masalah yang dihadapi oleh orang ramai termasuk NGO-NGO dan juga Yang Berhormat sendiri bolehlah berjumpa sendiri dengan Jabatan Pendaftaran Negara.
Ini soal keselamatan dan kedaulatan negara yang mesti kita pastikan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Jerai.
3. Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah kementerian akan menilai semula pelaksanaan kutipan bayaran meletak kereta di stesen kereta api yang membebankan rakyat.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Tuan Haji Hasbi bin Habibollah
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat pada masa ini terdapat tiga pengendali perkhidmatan kereta api di Semenanjung Malaysia iaitu Keretapi Tanah Melayu Berhad, Prasarana Malaysia Berhad dan Express Rail Link Sdn. Bhd.
Secara ringkasnya penetapan kadar parkir di stesen kereta api bagi pengendali kereta api adalah seperti berikut; Pertama, Keretapi Tanah Melayu Berhad. Berdasarkan Akta Keretapi 1991, stesen-stesen termasuk kemudahan parkir di jajaran KTMB diletak hak kepada Perbadanan Aset Keretapi ataupun Railway Asset Corporation (RAC).
Justeru RAC bertanggungjawab untuk mentadbir dan mengurus termasuk menetapkan kadar parkir di stesen tersebut. Kadar caj maksimum yang ditetapkan oleh RAC adalah sebanyak RM5.00 sekali masuk, satu hari bagi parkir bertingkat dan sebanyak RM4 sekali masuk untuk satu hari bagi parkir yang terbuka.
Kedua, Prasarana Malaysia Berhad. Terdapat dua perkhidmatan di bawah operasi Prasarana iaitu LRT dan MRT. Bagi perkhidmatan LRT, Prasarana bertanggungjawab mengurus dan menyelia stesen termasuk kemudahan parkir di stesen tersebut. Dalam hal ini, kadar maksimum yang ditetapkan oleh Prasarana adalah sebanyak RM4 sekali masuk bagi satu hari. Manakala pula bagi perkhidmatan MRT, MRT Corp selaku pemilik infrastruktur termasuk stesen dan kemudahan parkir telah menetapkan kadar maksimum sebanyak RM4.30 sekali masuk bagi satu hari.
Ketiga, Express Rail Link Sdn. Bhd. bagi jajaran ERL pula, hanya terdapat enam stesen sahaja. Daripada jumlah ini, ERL Sdn Bhd hanya bertanggungjawab mengurus dan menyelia kemudahan parkir di stesen Salak Tinggi sahaja. Kemudian parkir di stesen lain seperti Stesen Sentral Kuala Lumpur, Bandar Tasik Selatan, Putrajaya Sentral dan KLIA dan KLIA 2 diselia oleh pengendali terminal lapangan terbang masing-masing.
Kadar parkir yang ditetapkan oleh ERL adalah sebanyak RM3 sehari, manakala bagi pemegang kad bulanan, kadar yang dikenakan adalah sebanyak RM50 sebulan. Ini bermakna, bagi mereka yang bekerja selama 24 hari sebulan, purata bayaran sehari hanyalah sebanyak RM2.50 sahaja.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, kutipan parkir ini akan digunakan oleh pengurus parkir untuk menampung kos operasi dan penyelenggaraan tapak, bangunan kemudahan parkir tersebut. Selain itu, kadar yang ditetapkan adalah mengambil kira tahap kemudahan yang akan disediakan pada masa hadapan. Bagi memberi nilai tambah kepada kemudahan sedia ada. Walau bagaimanapun, ia bukan bertujuan untuk membuat keuntungan, sebaliknya ia bagi menarik minat lebih ramai pengguna untuk menggunakan pengangkutan awam.
Kesimpulannya, Kementerian Pengangkutan merumuskan bahawa kadar yang ditetapkan oleh setiap pengurus kemudahan parkir adalah berpatutan dan tidak membebankan rakyat jika dibandingkan kadar bayaran parkir komersial yang boleh mencecah hingga dua digit sehari. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Jerai, soalan tambahan.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan dan saya cukup memahaminya. Cuma Tuan Yang di-
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Pertua, dengan aduan rakyat dalam tempoh PKPB ini dan mungkin kita tidak tahu berakhirnya tempoh ini. Saya membawa rungutan rakyat sebenarnya mengenai kutipan.
Walaupun tidak seberapa ringgit, namun kutipan sepanjang bertugas amat dirasakan keterbebanannya. Oleh itu, saya mohonlah agar kutipan diteruskan tetapi bayaran hariannya dikurangkan dengan ditampung oleh subsidi kementerian. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.
Tuan Haji Hasbi bin Habibollah
Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Kerajaan memang memahami akan keadaan pada masa ini. Memang sampai kepada kami juga rungutan dan rayuan ini. Saya bagi latar belakang sedikit tentang keadaan semasa COVID-19 ini. Sebenarnya memang sudah ada usaha yang telah pun dibuat oleh RAC.
Antara April hingga September pihak operator telah pun menghadapi kerugian sebenarnya.
Tidak mencukupi untuk maintain dengan izin the parking spaces dan pihak RAC telah pun memberi moratorium kepada operator ini supaya operasi mereka dapat diteruskan daripada April hingga September tahun ini. Ada rayuan juga dari operator minta moratorium diteruskan lagi hingga tahun hadapan.
Pihak operator daripada awal PKP sehingga Jun juga telah memberikan parkir percuma semasa total lock down hari itu. Mereka mula collect balik antara Jun dan Julai hingga setakat ini. Kita menyedari masih ada rayuan seperti apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat Jerai tadi.
Jadi, insya-Allah kita akan meneruskan, melanjutkan perbincangan kita dengan operator-operator parkir ini. Macam mana hendak menangani masalah yang dihadapi oleh rakyat pada masa ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tuan M.
Kulasegaran, Ipoh Barat.
4. Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]minta Menteri Sumber Manusia menyatakan:
(a) mengapa seramai 81,217 orang pekerja masih hilang pekerjaan seperti yang dicatatkan pangkalan data SIP setakat 25 September 2020 walaupun Program Subsidi Upah dan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) telah dilaksanakan oleh kerajaan; dan
(b) mengapakah Program Subsidi Upah gagal menyenaraikan pekerja golongan pengurusan sebagai penerima subsidi upah sedangkan statistik menunjukkan secara jelasnya bahawa 59 peratus kadar pengangguran membabitkan kalangan pekerja yang berkemahiran tinggi.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Tuan Haji Awang bin Hashim
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi. Terima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Barat yang membangkitkan dua soalan yang agak panjang.
Saya minta Tuan Yang di-Pertua bagi masa sedikit kepada saya untuk menjawab soalan ini kerana mempunyai fakta-fakta yang agak panjang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Tidak boleh panjang sangat.
Tuan Haji Awang bin Hashim
Insya-Allah, terima kasih. Sebagaimana yang dimaklumkan semua sedia, penularan COVID-19 ini adalah satu kejadian luar jangka yang melanda seluruh dunia dan Malaysia juga turut terkesan. Jadi, dengan soalan yang dibangkitkan ini, kita pihak kerajaan melalui KSM telah menjalankan beberapa perkara termasuk aktiviti dalam mengekalkan pekerjaan serta merangsang pertumbuhan ekonomi sekali gus mengurangkan kadar pengangguran dalam negara.
Sehubungan dengan itu, kerajaan melalui pelbagai pakej rangsangan ekonomi telah berjaya mengurangkan impak terhadap sektor pekerjaan dan juga inisiatif ini mendapat sokongan daripada pihak majikan dan golongan pekerja.
Tuan Haji Awang bin Hashim
Walau bagaimanapun, terdapat juga majikan dalam sektor-sektor tertentu yang terpaksa melaksanakan pemberhentian pekerjaan disebabkan oleh faktor-faktor luar kawalan yang tidak dapat dielakkan. Saya akan sentuh berkaitan dengan soalan yang kedua, berkenaan dengan faktor-faktor yang berkaitan dengan kawalan yang tidak dapat dielakkan oleh pihak majikan.
Antara sektor-sektor yang amat terkesan akibat penularan COVID-19 ini adalah seperti sektor pengilangan, sektor penginapan dan food and beverages serta sektor pemborong dan runcit, sektor pembinaan, sektor pengangkutan dan lain-lain lagi.
Sebagai contoh, majikan di sektor penginapan, sebahagian besar pendapatan yang diperoleh adalah daripada kehadiran pelancong dari luar negara. Pada masa yang sama, negara ini juga terjejas akibat daripada penularan wabak ini. Contoh yang lain adalah sektor pengangkutan seperti Malindo Airways Sdn. Bhd. di mana seramai 1,861 pekerja telah diberhentikan kerja.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan rekod Sistem Insurans Pekerjaan, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Ipoh Barat yang membangkitkan berkenaan dengan pekerja-pekerja yang berprestasi tinggi yang terlibat dalam retrenchment, dengan izin ataupun pembuangan kerja. Dalam rekod yang kita ada melalui SIP, seramai 99,696 orang pekerja telah diberhentikan bermula dari Januari 2020 sehingga 27 November 2020.
Antara sebab-sebab kehilangan pekerjaan yang dilaporkan oleh pekerja adalah seperti berikut:
(i) penutupan perniagaan. Maknanya shut down the company ataupun closure of the company;
(ii) pengecilan tenaga kerja(downsizing);
(iii) Voluntary Separation Scheme (VSS) dan Mutual Separation Scheme (MSS);
(iv) syarikat yang mengalami masalah kewangan kritikal diikuti dengan penutupan separa (partial closure);
(v) pengambilalihan syarikat(acquisition of company), dengan izin; dan
(vi) penempatan semula syarikat.
Faktor-faktor di atas adalah disebabkan oleh tekanan yang dialami oleh semua industri secara global.
Tuan Yang di-Pertua, dengan itu, seramai 81,217 orang pekerja telah kehilangan pekerjaan walaupun Program Subsidi Upah (PSU) dan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) telah dilaksanakan oleh kerajaan. Kerajaan telah membuat pelbagai usaha untuk kita mengurangkan pembuangan dan pemberhentian pekerja.
Selanjutnya, berdasarkan rekod SIP sehingga 27 November 2020, bilangan kehilangan pekerjaan melibatkan kategori pengurus adalah seramai 13,109 orang. Tadi yang high capacity yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat. This is the latest fakta ataupun maklumat terbaharu, 13,109 orang. Kategori profesional pula melibatkan 26,079 orang dan kategori juruteknik serta profesional bersekutu adalah seramai 19,095 orang. Kategori tersebut merupakan kalangan pekerja yang berpendapatan RM4,000 ke atas yang mana mereka tidak ada dalam skim perlindungan yang kita beri, yang gaji di bawah RM4,000.
Berdasarkan data PERKESO, dianggarkan 75 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerja adalah daripada golongan B40 yang berpendapatan RM4,000 ke bawah. Jadi, tidak banyak sangat melibatkan yang high capacity ataupun high skill sepertimana yang dibangkitkan. Alhamdulillah, kita sudah beri fakta-fakta ini dan mungkin fakta akan berubah dari semasa ke semasa.
Mengikut Akta SIP [Akta 800] tertakluk had gaji maksimum RM4,000. Ini bermakna pekerja-pekerja yang bergaji melebihi RM4,000 termasuk golongan pengurusan akan mendapat faedah seperti Elaun Mencari Pekerjaan (EMP). Kerajaan juga sedar masih ramai lagi pekerja terkesan terutamanya sektor pelancongan. Dengan itu, kerajaan melalui Belanjawan 2021 akan melanjutkan pelaksanaan Program Subsidi Upah selama tiga bulan lagi dengan lebih bersasar khususnya bagi sektor pelancongan termasuk sektor peruncitan dengan kadar RM600 sebulan bagi pekerja bergaji RM4,000 dan ke bawah.
Tuan Haji Awang bin Hashim
Saya ingat Tuan Yang di-Pertua, saya beri dalam bentuk...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Jawapan bertulis.
Tuan Haji Awang bin Hashim
Jawapan bertulis. Masih panjang lagi jawapan yang ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik. Saya ingat soalan tambahan.
Tuan Haji Awang bin Hashim
...Dari segi fakta-fakta yang dibangkitkan, secara general nya telah saya maklumkan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Silakan Yang Berhormat Ipoh Barat, soalan tambahan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Terima kasih, terima kasih pada jawapan yang diberikan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, mengikut pengakuan Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri mengatakan lebih kurang 100,000 orang telah menganggur dan telah melaporkan perkara itu kepada SIP. Akan tetapi yang mustahak adalah, apakah melalui program yang sedia ada iaitu menerusi Program Penempatan Pekerjaan Semula, dikatakan hanya berjaya 40 peratus sahaja. Baki yang 60 peratus masih menganggur. Apakah tindakan yang diambil supaya mereka mendapat pekerjaan balik?
Kedua, adalah mengenai ratusan aduan yang diterima oleh PERKESO juga di mana saya difahamkan bahawa daripada majikan yang mengatakan salah guna wang yang diberi oleh SOCSO kepada mereka tetapi tidak dibayar kepada pekerja. Apakah tindakan yang diambil sekarang dari short-term ke long-term supaya pekerja-pekerja mendapat manfaat yang diinginkan oleh rakyat dan kerajaan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu minit.
Tuan Haji Awang bin Hashim
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya bersetuju dengan soalan yang dibangkitkan.
Saya terus kepada soalan yang kedua dahulu. Semalam telah dibuat satu kenyataan akhbar bahawa 21 majikan telah didakwa akibat daripada perkara-perkara yang dibangkitkan tadi. Mereka membuat tuntutan kepada PERKESO tetapi ada kes yang tidak dibayar kepada pekerja-pekerja. Itu yang pertama.
Keduanya berkenaan dengan kerja yang perlu kita– berkenaan dengan perkara yang berlaku ini. Untuk makluman Yang Berhormat Ipoh Barat, kerajaan telah membuat satu keputusan untuk mengatasi masalah pembuangan pekerja dan juga pengangguran ini iaitu dengan kerajaan memperuntukkan RM150 juta yang disediakan untuk SIP untuk menampung 800,000 orang yang kehilangan pekerjaan.
Saya juga bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Ipoh Barat. Dalam hal ini sebenarnya cadangan RM150 juta adalah dana tambahan untuk menampung lanjutan tiga bulan iaitu daripada enam kepada sembilan bulan. Angka ini terus berubah dari semasa ke semasa sehingga ke 30 November dan akan berubah lagi bila sampai end of this year, dengan izin iaitu bulan Disember, bulan Januari. Ini kerana perkara ini sedang ongoing ataupun sedang berlaku lagi masalah yang dihadapi oleh majikan dan pekerja.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat Timbalan Menteri, program yang sedia ada hanya 40 peratus yang dapat kerja.
Tuan Haji Awang bin Hashim
Ya.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Jadi, apakah usaha yang dibuat untuk 60 peratus baki? Bukan saya tanya dana daripada kerajaan tidak cukup, itu satu cerita sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab sahaja.
Tuan Haji Awang bin Hashim
Ini bukan masa perbahasan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Real initiative.
Tuan Haji Awang bin Hashim
Saya hendak jawab, saya faham 40 peratus tadi ini. Sebab itu ongoing. Ia akan meningkat lagi. Maknanya proses untuk kita membela pekerja-pekerja yang disebabkan oleh COVID-19 ini terus berlaku. Setakat sekarang okey 40 peratus dan akan meningkat lagi. Ini akan berlaku satu proses tindakan
Tuan Haji Awang bin Hashim
pemerhatian, pemantauan dari semasa ke semasa daripada pihak Kementerian Sumber Manusia. Ia tidak boleh dalam masa segera. Hari ini jadi, hari ini kita hendak selesaikan 100 peratus. Itu tidak, memang Yang Berhormat Ipoh Barat pun pernah menjadi Menteri di Kementerian Sumber Manusia.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Masa sudah tamat sudah.
Tuan Haji Awang bin Hashim
Okey, okey, baik. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Seterusnya saya menjemput...
Tuan Haji Awang bin Hashim
Saya hendak jawab fakta baharu...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Belum habis jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Jawapan bertulis.
Beri jawapan bertulis. Ini buang masa. Dia berulang-ulang. Saya jemput Yang Berhormat Jerantut.
5. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan keupayaan negara dalam menjamin bekalan makan negara tidak terputus bagi melindungi keterjaminan bekalan makanan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I - Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan mengutamakan agenda transformasi dan pemodenan sektor pertanian negara sebagai usaha mempertingkatkan keupayaan negara dalam menjamin bekalan negara tidak terputus bagi melindungi keterjaminan bekalan makanan.
Dalam hal ini, MAFI sedang dalam peringkat akhir menyediakan Dasar Agromakanan Negara 2.0 ke arah pembangunan sektor agromakanan yang mampan dari tahun 2021 sampai 2030. DAN 2.0 akan memberikan tumpuan kepada pemerkasaan industri padi dan beras, industri tanaman, sayur-sayuran dan buah-buahan, industri ternakan, industri perikanan dan akuakultur untuk meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I - Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
Pada masa kini, negara kita berkeupayaan untuk menghasilkan hampir semua bahan makanan asas yang diperlukan termasuk beras, sayur-sayuran, buah-buahan, daging ayam, itik, daging lembu, kerbau, telur ayam, itik, susu segar dan juga ikan.
Berdasarkan kepada kadar pengeluaran makanan negara, Kadar Sara Diri (SSL)bagi daging ayam, itik, telur ayam, itik dan ikan adalah melebihi 90 peratus. Bagi buah-buahan dan sayur-sayuran pula, yang tempatan, Malaysia telah mencapai SSL melebihi 100 peratus kecuali bagi buah mangga, kelapa, kubis, cili dan halia. Beberapa bahan makanan lain seperti daging lembu, beras, sayur-sayuran dan buah-buahan beriklim sederhana seperti kubis, bawang, epal dan oren, negara masih bergantung kepada import bagi memenuhi keperluan domestik.
Justeru bagi memastikan keberupayaan negara menjamin bekalan makanan secara berterusan, kementerian telah mengenal pasti beberapa hala tuju baharu dalam sektor pertanian termasuk industri padi, tanaman dan juga ternakan dan juga perikanan bagi tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 untuk tempoh lima tahun akan datang, 2021 hingga tahun 2025. Pertamanya, untuk kita mengoptimumkan penggunaan tanah dan meningkatkan aplikasi teknologi moden dan membangunkan variety yang berkualiti bagi industri padi. Membangunkan komoditi sayur-sayuran dan buah-buahan yang bernilai tinggi untuk tujuan domestik dan juga eksport bagi industri tanaman.
Ketiganya, meningkatkan pengeluaran daging dan susu melalui penubuhan Lembaga Ruminan Negara bagi industri ternakan dan meningkatkan pengeluaran susu melalui projek rintis tenusu di lima buah lembah tenusu. Jadi bagi mengoptimumkan penggunaan sumber ternakan bagi meningkatkan lagi pengeluaran daging dan susu negara, konsep circular economy ataupun dalam bahasa mudah dia, penggunaan lembu secara keseluruhannya akan diperkenalkan kepada penternak ruminan. Seterusnya kita mahu memperkukuhkan pengurusan dan penguatkuasaan serta menambah baik infrastruktur, kemudahan bagi industri. Beberapa langkah akan terus kita laksanakan dan dipergiatkan oleh MAFI bagi memastikan kelestarian rantaian makanan telah terjamin.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Jerantut. Soalan tambahan.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang jelas. Walau bagaimanapun, saya ingin menarik perhatian kementerian, pada masa ini umumnya mengetahui bahawa kita masih lagi memerlukan lebih kurang 70 peratus daging lembu ataupun daging yang jumlahnya lebih kurang 170,000 metrik tan terlalu banyaknya. Jadi import daging dari luar negara khususnya India, Australia, Thailand, New Zealand bagi memenuhi permintaan dalam negara. Persoalan saya, dalam hal ini apakah cabaran yang dihadapi oleh kementerian dari dulu tidak capai sasar ini. Apakah cabaran dan hala tuju kementerian yang lebih konkrit agar jumlah daging negara ini dapat kita tingkatkan sekali gus mengelakkan beberapa isu berkenaan dengan daging contohnya daging lembu tidak halal yang dibawa masuk ke negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu minit.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jerantut yang begitu prihatin sekali tentang masalah serta cabaran yang kita hadapi pada ketika ini bagi memastikan supaya bekalan daging dan juga lain-lain boleh menjamin untuk keperluan pada masa akan datang. Sebenarnya isu dan cabaran dalam pembangunan industri ruminan negara ini, kita hadapi terutamanya termasuk kepada kekurangan baka yang berkualiti dan juga bersesuaian dan juga harga makanan ternakan yang begitu tinggi sekali. Kita kekurangan padang ragut dan juga yang pertama sekali Tuan Yang di-Pertua adalah persaingan harga dengan daging import. Daging import terutama daripada India ini, memang cukup murah di pasaran pada ketika ini.
Akhirnya peraturan yang ketat yang telah dikenakan oleh negara-negara pengeksport dengan tujuan untuk penyembelihan. Sebenarnya JAKIM adalah authority yang mengiktiraf mana-mana loji penyembelihan daripada negara luar yang untuk dieksport ke dalam negara kita kerana kita mahu memastikan supaya kita dapat membekalkan bukan sahaja daging berkualiti, tetapi daging yang halal. Seperti yang saya maklumkan pada 1 hari bulan yang lepas, MAQIS iaitu daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bersama dengan penguat kuasa yang lain telah menangkap satu loji yang beroperasi di negeri Johor. Saya tidak usah sebutkan perkara yang sebenarnya.
Jadi kita mahu kalau boleh perkara ini dapat kita atasi.
Bagi mengatasi cabaran-cabaran tersebut – jadi dalam meningkatkan pengeluaran ternakan ruminan dalam negara dan hala tuju kementerian adalah seperti berikut:
(i) kita mahu menggalakkan penglibatan daripada pihak swasta dalam projek ternakan dengan menyediakan infrastruktur kandang terutamanya di ladang-ladang kelapa sawit; dan
(ii) kita mahu membangunkan pembangunan industri ruminan yang menawarkan insentif berbentuk geran iaitu sebanyak 70 peratus kepada 30 peratus. 70 peratus kepada kerajaan, 30 peratus pada pengusaha.
Seterusnya kita ada memperkenalkan Skim Rezeki Ternak yang menawarkan insentif iaitu sebanyak 90:10. Ini yang dimasukkan dalam RMKe-12 yang patut kita sama- sama sokong kerana bukan sahaja kita mahu meningkatkan bekalan kita tetapi kita mahu menarik minat pengusaha-pengusaha yang lain.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Masa sudah cukup Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
Jadi itu saja yang dapat saya sampaikan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Tuan Oscar Ling Chai Yew, Yang Berhormat Sibu.
6. Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu] minta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan mengapa Projek Tebatan Banjir Sibu Fasa 4 dibiayai oleh Kerajaan Negeri Sarawak bukan lagi oleh Kerajaan Persekutuan. Berapa fasa lagi untuk menyempurnakan projek terbesar dan jumlah kosnya. Adakah projek tersebut melalui cara kontrak rundingan terus.
Dato' Dr Ahmad Masrizal Muhammad - Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air
Bismillahir rahmanir rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua Dewan, Yang Berhormat Sibu dan juga semua Ahli Yang Berhormat yang lain. Menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sibu berkenaan dengan Projek Tebatan Banjir Fasa 4 di Sibu sendiri.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat kerja-kerja penyelenggaraan sungai adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Kerajaan Persekutuan membantu dalam bentuk projek-projek kecil di bawah Program Pemuliharaan Sungai di negeri-negeri yang mempunyai masalah banjir.
Untuk tahun 2020, jumlah keseluruhan peruntukan Program Pemuliharaan Sungai di Sarawak adalah sebanyak RM9 juta dan keutamaan diberikan kepada tempat- tempat yang memang mengalami masalah yang kritikal. Dalam konteks pelaksanaan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu ini, ia melibatkan lima fasa pembinaan secara keseluruhannya dengan jumlah kos keseluruhan sebanyak RM675.7 juta. Untuk RTB Sibu Fasa 1 dan juga RTB Sibu Fasa 2, ia telah pun siap dilaksanakan sepenuhnya.
Manakala bagi RTB Sibu Fasa 3 pula, ia masih dalam peringkat pelaksanaan dengan status kemajuan tapak berada di tahap 32 peratus sehingga pada 25 November 2020.
Dalam konteks ini untuk makluman Yang Berhormat Sibu, mengenai Projek Tebatan Banjir Sibu Fasa 4, ini memang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan tetapi dengan kerjasama kerajaan negeri. Kerajaan Negeri Sarawak memang telah memperuntukkan sebanyak RM120 juta dalam RMKe-12 untuk pelaksanaan RTB Fasa 4 ini.
Peruntukan ini disegerakan kerana terdapat keperluan terdesak dalam menangani masalah banjir buruk yang kerap berlaku di kawasan berkenaan. Bagi fasa 4 dan 5, komitmen Kerajaan Persekutuan melalui JPS adalah telah memohon peruntukan daripada kerajaan dalam RMKe-12 sebanyak RM395 juta dan kita harapkan bahawasanya jumlah ini akan diluluskan oleh pihak Yang Berhormat semua melalui kelulusan Rang Undang-undang Perbekalan yang akan dibentangkan oleh kementerian nanti.
Dalam konteks perancangan kementerian, pembinaan fasa 4 ini akan merangkumi sebenarnya untuk makluman semua adalah pembinaan flood levi ataupun wall dan juga rumah-rumah pam, saliran-saliran dan juga lain-lain serta ianya dijangka akan mampu memberi manfaat perlindungan kepada lebih 10,000 orang di kawasan sekitar ataupun kawasan yang mengalami masalah banjir di Bandar Sibu itu sendiri.
Dato' Dr Ahmad Masrizal Muhammad - Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air
Untuk makluman pihak Yang Berhormat juga, bagi memastikan dan mengurangkan impak banjir di kawasan kritikal ini, di kawasan Sibu ini, KASA melalui JPS juga telah pun memohon peruntukan dalam RMKe-12 untuk pelaksanaan satu program lagi yang dipanggil sebagai Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) Fasa 2 dan Kajian Pelan Pembangunan Sungai Lembangan Bersepadu (IRBM) Fasa 2 yang kedua-duanya melibatkan Lembangan Batang Rajang. Sekian, terima kasih.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah adakah projek ini adalah merupakan satu projek rundingan terus?
Kerana Yang Berhormat Menteri tidak jawab soalan saya.
Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad
Terima kasih Yang Berhormat. Minta maaf, saya terlepas pandang untuk menjawab soalan itu. Projek ini adalah merupakan projek open tender ataupun projek tender secara terbuka. Terima kasih.
7. Datuk Hajah Azizah binti Mohd Dun [Beaufort] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah perancangan kerajaan dalam menangani isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah memandangkan lonjakan kes COVID-19 di Sabah adalah berpunca daripada kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari negara Filipina dan Indonesia.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebagaimana Yang Berhormat semua sedia maklum, sebenarnya kerajaan telah lama menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS) yang terbahagi kepada dua iaitu
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Jawatankuasa Induk Pengurusan Warganegara Asing di Sabah dan juga Jawatankuasa Teknikal.
Susulan dengan peralihan kerajaan kita, kerajaan bercadang untuk mengaktifkan semula bagi penambahan struktur yang mana JKPWAS-Induk ini akan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri bersama dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah dan di peringkat Jawatankuasa Teknikal pula dipengerusikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Kedua-dua jawatankuasa ini dianggotai oleh jabatan atau agensi Persekutuan dan negeri yang terlibat dengan pengurusan warga asing di Sabah yang antara lainnya adalah Jabatan Ketua Menteri Sabah, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Majlis Keselamatan Negara serta beberapa jabatan atau agensi lain yang berkaitan.
Jawatankuasa ini sentiasa mengambil langkah proaktif dalam mengatasi isu-isu berbangkit dalam melaksanakan pelan tindakan yang dirumuskan oleh suruhanjaya termasuklah berhubung isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah melalui mesyuarat yang dijadualkan secara berkala sepanjang tahun.
Antara langkah yang diambil oleh kerajaan adalah dengan menggiatkan tindakan penguatkuasaan serta pengusiran ke atas PATI di Sabah melalui operasi bersepadu yang melibatkan beberapa agensi iaitu Majlis Keselamatan Negara di Sabah, ESSCOM, Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Kesungguhan kerajaan untuk mengatasi isu PATI ini dapat dilihat melalui jumlah pengusiran yang dilaksanakan sepanjang tempoh negara menghadapi pandemik COVID-19 bermula dari Januari hingga September 2020 yang berjumlah 6,859 orang melibatkan PATI dari negara Filipina, Indonesia dan lain-lain. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Saya percaya bahawa kementerian sedar bahawa kini terdapat PATI yang berada di dalam negara kita khususnya di negeri Sabah.
Berapakah bilangan mereka yang ada sekarang di negeri Sabah ini? Apakah tindakan ataupun kerjasama yang dibuat oleh pihak kementerian dengan wakil-wakil negara asal bagi menangani masalah ini secara holistiknya? Dan untuk memastikan mereka ini mendapat dokumen yang sah dan juga melalui pemeriksaan kesihatan yang diperlukan memandangkan dengan keadaan semasa ini, adakah kementerian menghadapi masalah untuk mendapat kerjasama daripada wakil-wakil daripada negara asal mereka? Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Jumlah Yang Berhormat Beaufort yang bertanya tentang jumlah PATI di Sabah ini, ia sentiasa berubah-ubah berdasarkan pada kejayaan kita menghantar pulang. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, setiap tahun kerajaan membelanjakan sebanyak di antara RM15 juta hingga RM18 juta bagi pengusiran PATI di negeri Sabah.
Memang dalam tempoh penularan pandemik COVID-19 ini negara-negara asal tahanan telah menutup sempadan negara masing-masing bagi mengekang penularan virus COVID-19, sekali gus memberikan implikasi dalam kita menghantar pulang tahanan kepada negara sumber atau negara asal. Memang kita ada beberapa masalah dengan negara-negara asal seperti menyediakan dokumen-dokumen. Kita berterima kasih dengan Kementerian Luar Negeri, Yang Berhormat Menteri pun ada di dalam Dewan ini, kerana sentiasa membantu pihak KDN untuk proses penghantaran pulang PATI ke negara-negara asal.
Insya-Allah, tentang dokumen-dokumen yang hendak kita sahkan, seperti mana yang kita sebutkan tadi, kita ada jawatankuasa JKPWAS untuk bersidang dan, insya- Allah, kita akan teliti permohonan tersebut. Terima kasih.
8. Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan tindakan kementerian terhadap teguran Laporan Audit Negara Tahun 2018 Siri 3 Pengurusan Aktiviti Kawalan Import Konsainan Pertanian yang menunjukkan kelemahan memastikan konsainan pertanian yang diimport bebas daripada ancaman perosak, penyakit, bahan cemar, berkualiti dan selamat. Nyatakan pencapaian sehingga kini.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I - Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian sebenarnya mengambil maklum tentang teguran Laporan Audit. Tanggungjawab bagi menguatkuasakan langkah-langkah kawalan dan pemeriksaan konsainan import pertanian dari kesemua pintu masuk utama negara kecuali Sabah dan Sarawak supaya bebas daripada perosak, tidak berpenyakit, bebas daripada bahan cemar, berkualiti dan selamat dimakan telah dipertanggungjawabkan di bawah MAQIS selaras dengan Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia.
Usaha ini juga turut disokong dengan kepakaran yang kita ada iaitu jabatan dan agensi teknikal yang dipertanggungjawabkan iaitu Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan dan juga Lembaga Perindustrian Nanas.
Berdasarkan dapatan daripada Laporan Audit Tahun 2018 Siri 3 Pengurusan Aktiviti Kawalan Import Konsainan Pertanian, pihak kementerian telah melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan seperti berikut.
Selaras dengan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981, syarat-syarat pengimportan bagi sesuatu tumbuhan, produk tumbuhan dan artikel terkawal akan ditentukan berdasarkan daripada pest risk analysis (PRA) yang akan dinilai secara lebih terperinci bagi memastikan tumbuhan, produk tumbuhan dan artikel terkawal yang diimport adalah bebas daripada penyakit dan perosak tanaman.
Syarat-syarat pengimportan yang telah dipatuhi akan ditentu-sahkan oleh DOA yang bertindak sebagai pihak berkuasa perlindungan tanaman dan akan dinyatakan dalam permit import yang dikeluarkan oleh MAQIS sebelum disusuli dengan penguatkuasaan di pintu-pintu masuk negara.
Seterusnya, pendigitalan pemeriksaan melalui penggunaan sistem i-MAQIS untuk laporan pemeriksaan konsainan di pintu masuk. Pengaplikasian sistem ini telah berjaya meningkatkan integriti pemeriksaan di samping memendekkan tempoh berurusan di kaunter.
Seterusnya, memperkukuhkan elemen penguatkuasaan di pintu masuk secara bersepadu dengan semua jabatan dan agensi penguatkuasaan berkaitan. Sehingga Oktober 2020, bilangan kes yang ditahan melakukan kesalahan adalah sebanyak 1,105 kes dengan nilai dagangan sebanyak RM134 juta. Sebanyak 913 kes telah dikompaun dengan nilai kutipan sebanyak RM3 juta yang melibatkan kesalahan-kesalahan yang di antaranya tiada import permit, tiada eksport permit, pengisytiharan palsu dan tidak tepat atau mengelirukan dan tidak patuh syarat import dan eksport permit dan akhirnya, tiada kelulusan transit.
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Panjang sangat itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
Ceritanya panjang, Tuan Yang di-Pertua, fasal dia hendakkan laporan audit tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Boleh buat jawapan bertulis?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
Boleh. Saya akan bagi.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cerita pendek.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Bayan Baru, soalan tambahan.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu ini adalah isu biosecurity dan food safety. Kalau kita tengok, negara kita import sebanyak RM50 bilion makanan dari luar negara dan makanan ini datang dari Thailand, Vietnam dan sebagainya yang macam-macam kualiti. Saya pernah lihat cili Vietnam yang mempunyai isu poison iaitu MRL yang terlalu tinggi yang membahayakan kesihatan negara kita. Akan tetapi, kita mempunyai SOP atau prosedur atau makmal yang tidak mencukupi.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Jadi kalau kita tengok negara Singapura, mereka take food safety very seriously dan mereka mempunyai rapid test kit yang sangat berkesan. Akan tetapi, negara kita masih tidak melaburkan dalam makmal, SOP dan juga penghantaran sampel dan sebagainya.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Soalan pun panjang.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Jadi, saya hendak minta supaya apakah langkah-langkah kerajaan untuk boost invest into food safety terutamanya di pintu-pintu masuk MAQiS kerana kita nampak bahawa MAQiS ini selalu dianaktirikan, kurang diberi resources, pegawai dan juga test dan sebagainya.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Orang lain pun hendak minta.
[Tidak jelas] Soalan ini, macam mana ini?
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Ceramah kah apa ni? Ceramah ni.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Saya minta...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik, sila selama satu minit.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
Sebenarnya MAQiS adalah salah satu agensi yang telah dipertanggungjawabkan sebagai penguatkuasaan bagi memastikan apa juga produk-produk yang diimport sama ada haiwan, tanaman ataupun ternakan.
Bukan sahaja mereka, bahkan pertamanya ia akan melalui kastam, selepas itu barulah MAQiS memeriksa bukan sahaja consignment ini menepati syarat-syarat perlu dan sebenarnya telah mematuhi syarat-syarat yang telah kita tetapkan, selain daripada import permit dan permit-permit yang lain bahkan makanan atau produk ini adalah halal dan juga selamat.
Tanaman yang diimport ini adalah tidak menjadi barang perosak dan disahkan oleh negara pengeluar. Kita mendapatkan pengesahan daripada dua pihak, barulah kita akan menerima barangan-barangan yang diimport. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2021 dan Anggaran Pembangunan 2021 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Keempat] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan
Jawatankuasa] Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Tuan Pengerusi, minta penjelasan Tuan Pengerusi. Pasir Gudang. Berkenaan Peraturan Mesyuarat 27(3) Tuan Pengerusi, ringkas sahaja. Semalam saya telah menghantar pemberitahuan berkenaan usul memohon supaya dibahaskan tentang Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
(SUHAKAM). Jadi, inginkan penjelasan daripada pihak Tuan Pengerusi kerana tahun
Jawatankuasa] Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
lepas kerajaan yang lalu membentangkan dan membahaskan laporan ini. Saya percaya amalan yang baik ini eloklah diteruskan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Tuan Yang di-Pertua akan menjawab dan meneliti usul yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Lembah Pantai.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Peraturan mesyuarat atas Tuan Pengerusi.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Tuan Pengerusi, Lembah Pantai.
Seorang ahli
Tuaran, Tuaran.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Tuaran.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ada, ada?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Ya, saya ada berkenaan dengan usul saya P.M. 36(12). Saya ada terima...
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Jawapan daripada Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
...Jawapan daripada Tuan Yang di-Pertua, namun ada pertikaian kerana isu asas di sini adalah untuk merujuk seseorang Ahli ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas satu kesalahan yang telah diperakui di dalam Dewan ini. Maka, isu pelanggaran itu tetap berlaku. Saya pohon jawapan dan keputusan Tuan Yang di-Pertua ini dikaji semula memandangkan ada kesan terhadap proses undian belah bahagi dalam Dewan yang mulia ini. Ada persepsi dan orang melihat kenapa penghitung itu tidak dikenakan apa-apa tindakan walaupun satu kesalahan besar telah berlaku.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Jawapan memang telah diberikan. Sekiranya ada bantahan tersebut, boleh menulis atas bantahan kepada jawapan tersebut ya.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Tuan Pengerusi, saya telah menghantar usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9) pada 1 hari bulan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Saya telah menerima surat pada pagi ini mengatakan usul itu ditolak. Di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9), dinyatakan di sini bahawa pemberitahuan usul sekurang-kurangnya dua hari terlebih dahulu. Akan tetapi, alasan yang telah diberikan ini kurang dua hari tetapi ini menepati masa sebab ia dua hari Tuan Pengerusi. Jadi, saya mohon supaya usul ini dapat diterima dan dibahaskan di Dewan yang mulia ini sebab usul saya ini penting untuk mempertimbangkan anggaran yang telah dicadangkan dalam Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Jawapan pun telah diberikan Yang Berhormat Tuaran, cuma kalau dilihat maksud ‘dua hari’ dalam Bahasa Inggerisnya ‘at least two clear day’s notice’. Oleh sebab itu, secara teknikalnya Tuan Yang di-Pertua telah menjawab yang tersebut.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Tapi...
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Kalau Yang Berhormat Tuaran tidak puas hati, sebagaimana saya suruh macam Yang Berhormat Lembah Pantai tadi, saya gunakan Peraturan Mesyuarat 43, muktamad yang telah diberikan oleh Tuan Yang di-Pertua, minta tulis balik.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Tuan Pengerusi, ada...
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya telah bagi jawapan dan jawapan daripada Tuan Yang di-Pertua pun telah diberikan.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Okey, saya ingat untuk Dewan ini Tuan Pengerusi, perlu diperjelaskan sebab...
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Telah dijelaskan dengan...
daripada...
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Tidak, bacaannya kalau dalam bahasa Inggeris dan dalam bahasa Malaysia ini ada perbezaan. Jadi, saya gunakan teks dalam bahasa Malaysia ini mengatakan pemberitahu usul sekurang- kurangnya dua hari terlebih dahulu. Ini dalam bahasa.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Dalam bahasa Inggerisnya?
Seorang Ahli
Bahasa kebangsaan.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Bahasa kebangsaan, saya gunakan ini.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Bahasa Inggerisnya, kita boleh rujuk kepada...
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Saya merujuk– saya menggunakan ini Tuan Pengerusi. Bahasa kebangsaan yang kita gunakan.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik Yang Berhormat Tuaran, sekiranya tidak puas hati, sila tulis semula kepada–
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik Ahli Yang Berhormat, saya. Baik, Yang Berhormat Jerlun, sila Yang Berhormat Jerlun.
Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bangkitkan mengenai surat yang saya terima daripada Tuan Yang di- Pertua Dewan Rakyat bagi menjawab usul saya mengenai penangguhan suatu pilihan raya umum ataupun pilihan raya kecil daripada dijalankan tanpa menggunakan langkah- langkah darurat.
Jadi, dalam usul saya itu saya memang mencadangkan supaya pihak kerajaan memikirkan hal ini dan mengemukakan usul di Dewan Rakyat ini. Jawapan yang saya terima menyatakan bahawa cadangan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan bagi menangguhkan suatu pilihan raya memerlukan satu kajian dan semakan yang menyeluruh termasuk mengambil kira undang-undang bertulis sedia ada. Memang itu pun yang saya mohon sebenarnya Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, baik.
Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Jadi, saya tidak lihat apa sebabnya usul saya itu perlu ditolak. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik terima kasih. Saya juga rujuk kepada jawapan. Yang dicadangkan itu ‘...buat masa ini tidak menjadi satu yang perlu disegerakan lagi’. Jadi Tuan Yang di-Pertua telah menolak usul itu. Sebagaimana jawapan – sekiranya Yang Berhormat Jerlun tidak puas hati, juga dapat menulis kepada Tuan Yang di-Pertua. Keputusan waktu ini adalah muktamad Peraturan Mesyuarat 43.
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Ahli Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ya, Peraturan Mesyuarat 22, 23 dan 24.
Berkaitan dengan soalan saya, berkaitan dengan tawaran yang diberikan kepada Yang Berhormat Gua Musang untuk menjadi Pengerusi Petronas tetapi ditolak oleh beliau kerana tidak berperlembagaan. Yang Berhormat Jeli telah membuat jawapan, tetapi saya tidak terima jawapan itu sungguhpun telah diumumkan. Jadi, saya harap Yang Berhormat Jeli boleh jawab, adakah benar apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Gua Musang bahawa tawaran Pengerusi Petronas kepada beliau adalah tidak berperlembagaan? Ini kerana ia tidak dijawab oleh Yang Berhormat Jeli...
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
...kerana berkaitan dengan prestasi kewangan Petronas yang jatuh kebelakangan ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Saya harap Yang Berhormat Menteri, minta Yang Berhormat Jeli untuk menjawab selepas daripada ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya menjemput, maaf.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Kepala Bekalan B.24 dan Kepala Pembangunan P.24 di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri terbuka untuk dibahas. Dengan itu saya menjemput pembahas yang pertama, Yang Berhormat Tebrau. Kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Pontian. Lima minit.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Perbahasan saya mengenai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Pertama, di bawah Butiran 020700 – Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di bawah Kod 40000. Saya dapati meningkat sebanyak RM13 juta ke RM41 juta bagi peruntukan.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah justifikasi untuk menambah peruntukan sebanyak RM13 juta ini? Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberi maklumat yang lebih terperinci mengenai agenda transformasi industri dengan menjadikan teknologi dan digitalisasi sebagai pemboleh ubah strategik untuk memacu produktiviti negara?
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Adakah MPC ditugaskan untuk selaraskan semua agensi kerajaan supaya mereka boleh proses permohonan daripada pelabur-pelabur asing tanpa menunggu kelulusan daripada agensi yang lain dengan meletakkan syarat kelulusan adalah tertakluk kepada kelulusan agensi lain?
Kita harus memendekkan tempoh kesiapsiagaan sebelum bermula operasi semua kilang daripada sekurang-kurangnya sembilan bulan dan atas kepada tidak melebihi enam bulan sahaja supaya kita akan menjadi sangat menarik bagi bakal pelabur asing. Saya bagi satu contoh. Sebuah syarikat asal daripada Hong Kong sudah menubuhkan anak syarikat di Johor Bahru pada bulan September 2019. Mereka sudah menyewa sebuah kilang di Kulai pada bulan 11 tahun yang sama dan mula memohon semua kelulusan atau lesen seperti di bawah MIDA, JKKP, bomba, JAS, PBT dan juga LW di bawah kastam.
Malangnya, PBT tidak akan memproses permohonan lesen premis tanpa kelulusan daripada JKKP, bomba dan JAS dan sebagainya. Kelulusan sesuatu agensi bergantung kepada kelulusan yang diperolehi daripada agensi yang lain. Amalan sebegini buat kilang ini masih belum boleh beroperasi sehingga hari ini. Harap isu ini dapat ditangani dengan baik supaya Malaysia boleh juga jadi negara utama bagi pelabur asing.
Seterusnya, Butiran 050100 - Bertugas ke Luar Negara, di bawah kod 20000.
Kita melihat ada peningkatan RM4.4 juta peruntukan kepada RM8.5 juta. Minta Yang Berhormat Menteri memberi maklumat terperinci negara mana, pegawai jenis apa dan tujuan ke negara-negara yang telah dirancang. Apakah pencapaian yang diharapkan dengan perbelanjaan yang telah bertambah satu kali ganda? Seterusnya adalah di bawah Butiran 050400 - Halal Development Corporation (HDC), di bawah kod 40000.
Kita melihat ada peningkatan RM2.4 juta kepada RM12.4 juta peruntukan.
Minta Yang Berhormat Menteri memberitahu Dewan yang mulia ini, setakat mana pencapaian sebagai hab halal global atau global halal hub, dengan izin? Berapa buah syarikat tempatan dan asing yang ada sijil halal bagi produk mereka setakat ini?
Walaupun Sijil Halal Malaysia telah lama diterima secara meluas oleh umat Islam di seluruh dunia tetapi saya tidak lihat banyak syarikat besar dari luar negara mengambil kesempatan ini untuk menghalalkan produk mereka di Malaysia.
Sekiranya RM10 juta tidak berkesan dalam pencapaian matlamat HDC pada tahun yang lepas, adakah RM12.4 juta boleh menganjakkan pencapaian yang disasarkan? Mohon penjelasan dari Yang Berhormat Menteri.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Sekarang di bawah Butiran 060100 - Persidangan APEC 2020. Minta Yang Berhormat Menteri menyatakan apakah sebab peruntukan sebanyak RM25 juta perlu dibelanjakan pada tahun 2021 sedangkan Persidangan APEC adalah untuk tahun 2020?
Sekarang di bawah Maksud Pembangunan Butiran...
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat Tebrau. Saya tidak ada pilihan kali ini tetapi agak strict dengan masa sebab ramai pembahas. Saya minta maaf.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Okey, satu minit lagi, boleh?
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Boleh tak dalam masa setengah minit? Silakan.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Okey, okey. Di bawah Butiran 96000 – Cadangan Pembangunan Bangunan Pejabat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. RM60.5 juta diperuntukkan untuk tahun 2021. Minta Yang Berhormat Menteri menyenaraikan cadangan-cadangan yang akan dilakukan dalam tahun 2021 memandangkan tiada peruntukan diperolehi untuk tahun 2019 dan tahun 2020 bagi butiran yang sama. Jumlah projek asal berjumlah RM302 juta. Mohon diberitahu berapa baki yang masih belum dibelanjakan? Itu sahaja perbahasan saya.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Terima kasih. Yang Berhormat Pontian lima minit.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tuan Pengerusi. Butiran 060000 – “One-Off”, Persidangan APEC 2020 RM25 juta. Pada 26 Oktober 2020, Sekretariat APEC mengeluarkan kenyataan bahawa 21 orang ahli ataupun 21 memberseconomist bertemu secara virtual, secara maya, secara digital. Segala-galanya telah selesai pada 11 November hingga 20 November yang lalu. Wawasan Putrajaya 2040 dan Deklarasi Kuala Lumpur telah diisytiharkan pada 20 November yang lalu.
Persoalan yang saya ingin tanyakan kepada Yang Berhormat Menteri, adakah persidangan secara maya itu memerlukan peruntukan sebanyak RM25 juta?
[Tepuk] Saya kira RM5 juta pun sudah banyak dan boleh RM20 juta itu untuk belanja lain bagi promosi eksport dan perkara-perkara yang sepatutnya.
Saya juga mendapat maklumat bahawa Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini ada meluluskan satu peruntukan RM60 juta untuk mengubahsuai PICC Putrajaya bagi Persidangan APEC. Adakah perkara itu benar? Adakah ia dilakukan? Apa guna dilakukan kerana segala-galanya dilakukan secara maya dan digital.
[Tepuk] Perkara kedua, Butiran 030100 - Hubungan Serantau dan Antarabangsa.
Mengapa RM302.3 juta diturunkan kepada RM2.4 juta? Apa sebenarnya dibelanjakan begitu tinggi tahun ini untuk hubungan serantau dan antarabangsa sehingga melibatkan RM302.3 juta? Sedangkan untuk tahun depan hanya RM2.47 juta.
Perkara ketiga, Butiran 030700 – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), satu agensi yang cukup penting tetapi diturunkan peruntukan RM20 juta, daripada RM140 juta kepada RM120 juta. Ia adalah satu agensi penting untuk promosi eksport. Jadi, saya ingin mencadangkan supaya ambil daripada RM25 juta Sidang APEC untuk menampung peruntukan MATRADE yang dikurangkan.
Butiran 040200 - Ekonomi Digital, diberikan peruntukan yang kecil, RM634,000 sahaja, sementara Butiran 00513 - E-Trade hanya RM1 juta. Meletakkan produk Made in Malaysia, produk usahawan berpotensi dalam portal eDagang antarabangsa dengan bantuan bayaran listing utama adalah antara tujuan utama E-Trade. Mengapa MITI mengurangkan peruntukannya hanya RM1 juta? Peruntukan kepada eDagang merupakan trend utama pemasaran terkini juga telah diturunkan. Jadi, saya kira ia wajar dinaikkan.
Perkara kelima, Butiran 00531 - Taman Teknologi Sarawak RM27.7 juta, Butiran 00532 - Taman Teknologi Sabah RM20.9 juta tetapi saya tidak melihat ada dalam senarai itu taman-taman teknologi semua negeri yang lain. Maka, dicadangkan supaya diwujudkan taman-taman teknologi negeri-negeri selain dari Sabah dan Sarawak yang telah mendapat peruntukan. Butiran 00202 - Skim Pinjaman Mudah Automasi dan
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Pemodenan, RM150 juta. Minta berapa syarikat yang menerima dan bagaimana dengan prestasi bayaran balik?
Butiran 96000 - Cadangan Pembangunan Bangunan Pejabat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, RM302.5 juta yang mana RM60.5 juta dibayar tahun 2021. Adakah ini pembayaran PFI bangunan sedia ada atau pembinaan bangunan baru di tempat yang lain? Itu pertanyaan penting. Jika bayaran kepada bangunan sedia ada, wajar disebut sebagai ‘bayaran pejabat MITI’, bukan ‘cadangan pembangunan pejabat MITI’.
Jika ingin bina pejabat yang lain, apakah ini perlu? Oleh kerana bangunan sedia ada sudah mencukupi dan bangunan itu baru sahaja dirasmikan iaitu pada 24 Februari 2016, kira-kira empat tahun yang lalu, Menara MITI. Saya juga ada pada ketika perasmian itu.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Perkara kelapan, Butiran 00525 – MIDA. Tahniah kepada MIDA untuk sembilan bulan pertama 2020 mencatat pelaburan RM109.8 bilion, memberi peluang pekerjaan 64,701 peluang kerja membabitkan 2,935 projek dan 61.2 peratus adalah pelaburan domestik.
Apa yang ingin saya timbulkan tentang MIDA ini ialah mengenai insentif Less Developed Areas (LDA) iaitu membina kilang di kawasan yang kurang maju atau Pekan kecil atau luar bandar. Ini adalah bagi merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama kawasan luar bandar juga ingin makmur bersama kawasan bandar. Saya tidak nampak bahawa ada dana untuk projek itu walaupun dana projek berimpak tinggi RM118 juta disebut untuk MIDA. Saya ingin penjelasan apa dana projek berimpak tinggi itu dan saya harap dana-dana seumpama itu juga diberikan kepada kawasan luar bandar. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Jerlun.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Secara keseluruhannya saya melihat bahawa Belanjawan 2021 untuk MITI ini tidak menggambarkan kesungguhan untuk menangani krisis global COVID-19 dan kesannya kepada ekonomi.
Kelihatan seolah-olah MITI bersikap fall back, dengan izin dan tidak menjurus ke arah betul-betul memahami masalah yang negara kita hadapi dan apa peluang-peluang yang muncul serta bagaimana negara mengeksploitasi peluang-peluang tersebut.
Kenapa saya kata fall back? Butiran 030000 – Pengukuhan Perdagangan Antarabangsa yang turun dari RM491 juta pada tahun 2020 ke RM171 juta bagi tahun 2021 manakala Butiran 030100 – Hubungan Serantau dan Antarabangsa pula turun secara mendadak dari RM302 juta kepada RM2.5 juta bagi tahun 2021.
Disebut sebagai program tiga pengukuhan perdagangan antarabangsa bahawa jumlah dagangan Malaysia di peringkat global menurun daripada RM2,134 bilion kepada RM1,750 bilion manakala jumlah eksport pula turun juga dari RM1,123 bilion kepada RM937 bilion. Apabila diunjurkan penurunan eksport maka boleh difahami bahawa peluang-peluang kerja dalam sektor perindustrian dan perkhidmatan juga menurun. Jadi saya ingin tahu apa dasar MITI sebenarnya untuk pastikan jenis industri yang diberi galakan sesuai dengan kemahiran tenaga kerja tempatan dan bukan untuk pekerja- pekerja asing.
Butiran P.00505 – Program Pembangunan Kemahiran hanya RM1.5 juta. Apa sektor industri yang diberi tumpuan mengambil kira krisis COVID-19 dan kesan kepada ekonomi ketika ini? Butiran P.00204 – Tabung Promosi Eksport Perkhidmatan hanya RM31 juta yang saya kira terlalu sedikit dan saya cadangkan dibatalkan sahaja peruntukan RM60.5 juta di bawah 96000 – Cadangan Pembangunan Bangunan Pejabat MITI yang dikatakan tadi baru sahaja dirasmikan empat tahun lalu. Saya tidak dijemput kerana sudah menjadi pembangkang ketika itu. Cadangan ini di bawah Pembangunan Bangunan Pejabat MITI dan ditambah peruntukan untuk tujuan promosi eksport barangan dan khidmat, itu cadangan saya.
Tuan Pengerusi, saya juga mengesyorkan agar peruntukan untuk menaik taraf dan memperbaiki infrastruktur asas kawasan perindustrian sedia ada di bawah Butiran P.00530 yang berjumlah RM25 juta itu ditingkatkan sekurang-kurangnya sekali ganda.
Saya ingat banyak kali ganda pun lebih elok. Ini juga bagi menangani masalah
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
penurunan FDI dan juga DDI, dua-duanya angka yang sama tahun 2020 – RM56.75 bilion, tahun 2021 – RM36 bilion.
Tuan Pengerusi, kalaulah MITI ingin membelanjakan RM1.2 bilion saya harap dikaji dengan teliti keadaan sebenar yang dialami oleh industri-industri kita dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan khususnya lebih lagi kepada sektor yang mengeksport dan menyediakan peluang pekerjaan yang terbanyak bagi warga tempatan kita dan bukan untuk warga asing. Itu cadangan saya. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Beaufort.
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya terus merujuk kepada Butiran B.020000 – Pembangunan Industri dan Daya Saing meningkat daripada RM66,160,900 ke RM80,977,500. Saya ingin tahu apakah program-program yang dicadang dilaksanakan di bawah butiran ini. Apakah industri yang terlibat, adakah industri yang melibatkan pengusaha bumiputera dan industri produk halal dikenal pasti untuk ditingkatkan daya saing mereka untuk menjadi pemain global.
Adakah kementerian mempunyai rekod bilangan pengusaha industri di kalangan bumiputera yang telah dibangunkan untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
Apakah MITI mempunyai sasaran bilangan yang akan dibangunkan dan untuk mencapainya siapakah rakan kongsi ataupun rakan kerjasama MITI dalam usaha ini.
Butiran 020100 – Sokongan Perdagangan dan Industri. Apakah jenis sokongan yang disediakan oleh MITI di bawah butiran ini? Apakah tindakan pendekatan yang telah diambil dan akan diambil oleh MITI bagi memastikan pemain industri termasuk bumiputera dan daripada Sabah dan Sarawak juga mendapat manfaat daripada program yang akan dilaksanakan supaya mereka boleh menjadi pemain global.
Butiran 030000 – Pengukuhan Perdagangan Antarabangsa yang menurun.
Adakah penurunan peruntukan ini pada 2021 akan menjejaskan usaha negara untuk mengukuh dan memperluaskan lagi perdagangan antarabangsa Malaysia. Adakah ia akan menjejaskan juga usaha untuk membangunkan lebih ramai lagi pemain global daripada negara kita Malaysia.
Butiran 030700 – MATRADE. Apakah jenis program yang akan MATRADE laksanakan pasca COVID-19 pada 2021. Berapakah bilangan pengusaha syarikat dengan program MATRADE di luar negara dan negara manakah yang disasarkan oleh MATRADE bagi tahun 2021. Berapa banyakkah pengusaha-pengusaha khususnya daripada kalangan bumiputera yang akan terlibat dalam usaha MATRADE ini.
Butiran 050400 – Halal Development Corporation yang meningkat hanya RM2 juta sahaja. Mengikut maklumat yang saya baca, pasaran halal global akan meningkat ke USD3 trilion menjelang 2023. Difahamkan hanya 21 peratus daripada syarikat yang mempunyai sijil halal terlibat mengeksport dalam Global Supply Value Chain, dengan izin. Jadi saya ingin tahu apakah tindakan seterusnya yang akan dilakukan oleh MITI bagi membawa lebih ramai syarikat bumiputera dan lain-lain syarikat negara Malaysia untuk mengambil peluang yang terbuka luas bagi meramaikan lagi bilangan pemain antarabangsa dari kalangan orang Malaysia dalam industri halal global ini.
Sejauh manakah kolaborasi di antara MATRADE, HDC dengan MARA yang melaksanakan program Get to Global bagi memastikan usahawan bumiputera dibangunkan menjadi pemain global, usahawan bumiputera termasuklah daripada Sabah dan juga Sarawak. Apakah usaha untuk memadankan syarikat-syarikat bumiputera Malaysia dengan syarikat-syarikat pemain global yang telah established, dengan izin.
Adakah penambahan RM2 juta ini mencukupi untuk kita membangunkan lebih ramai lagi pemain global daripada Malaysia khususnya kaum bumiputera, syarikat bumiputera akan terlibat di peringkat antarabangsa memandangkan industri halal ini, produk halal ini dijangkakan dalam satu dekad akan mencapai USD30 trilion. Oleh kerana itu, ini adalah satu peluang dan ruang untuk kita menambah ramai lagi usahawan- usahawan daripada kalangan daripada Malaysia, bumiputera dan bukan bumiputera untuk terlibat dalam industri yang akan menyumbang kepada begitu besar eksport daripada negara kita.
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Difahamkan pada masa ini hanya RM10 bilion eksport daripada industri halal ini daripada negara kita, Malaysia iaitu RM40 bilion tetapi sebenarnya ini boleh ditingkatkan lagi dan tentunya dapat memberikan ruang yang besar pada pengusaha- pengusaha Bumiputera kita dalam negara kita Malaysia dan juga memberi ruang pekerjaan kepada rakyat dalam negara Malaysia. Ini adalah satu peluang dan ruang yang amat-amat saya rasa penting untuk kita ambil dan kita rebut dengan secepat mungkin dan saya berharap MITI akan mengambil tindakan untuk memastikan ruang dan peluang ini tidak terbiar begitu sahaja dan orang lain pula yang mengambil manfaatnya. Terima kasih.
Dr. Ong Kian Ming - Bangi
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Saya menggunakan kuasa saya sebab saya ada permohonan. Sebanyak 5 minit, Yang Berhormat Langkawi.
Dalam Jawatankuasa, Yang Berhormat Langkawi. Yang Berhormat Langkawi hendak bahas. Saya gunakan kuasa saya. Yang Berhormat Bangi selepas Yang Berhormat Langkawi. Minta maaf ya. Silakan Yang Berhormat Langkawi.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingin bertanya kepada Menteri berkenaan MITI. Berkenaan dengan Butiran 020000 – Pembangunan Industri dan Daya Saing dan juga Butiran – 040000 – Pengukuhan Pelaburan Berkualiti. Saya ingin tanya sama ada kementerian dan kerajaan juga masih utamakan pelaburan asing iaitu foreign direct investment dalam membangunkan industri di negara kita. Sebabnya ialah kerana foreign direct investment ini tidak mungkin menjadikan negara kita sebuah negara industri yang maju.
Kalau kita perhatikan keadaan di negara Jepun, Korea dan negara China, mereka tidak bergantung pada foreign direct investment. Sebaliknya mereka menguasai teknologi dan mereka mencipta barangan mereka sendiri dan mereka menganggap pasar bukan terhad kepada domestik sahaja tetapi juga kepada seluruh dunia. Dengan kerana itu, kita dapati mereka mencapai kemajuan yang begitu pantas dan mereka sudah jauh lebih ke hadapan berbanding dengan kita.
Kalau kita masih terus dengan foreign direct investment, maka kita tidak akan dapat kejar mereka yang maju ini. Sebab itu saya berpendapat bahawa masa sudah tiba untuk kita tukar pendekatan kita, cara kita, industrialize negara kita iaitu dengan mengadakan domestic investment dalam bidang-bidang yang kita tumpu dalam pasaran dunia dan bukan pasaran tempatan.
Kalau pasaran domestik tidak mungkin kita jadi satu industri yang besar sebaliknya kalau kita tumpu kepada pasaran dunia, maka dapatlah kita menjadi industri yang besar seperti yang terdapat dalam glove industry, sarung tangan. Kita sekarang ini menjadi pembekal sarung tangan yang terbesar dalam dunia. Ini menunjukkan kemampuan kita tanpa bergantung pada foreign direct investment dengan izin. Sebab itu saya ingin bertanya sama ada kementerian ingin kaji semula dasar kita dan beri tumpuan kepada menggalakkan pelabur dalaman, pelabur tempatan memasuki dalam bidang- bidang yang mana kita mempunyai aset yang terkenal yang boleh membantu kita mengeluarkan barangan untuk pasaran dunia.
Sebenarnya di Malaysia ini kita mempunyai banyak aset seperti getah, kelapa sawit, pasir dan macam-macam lagi tetapi ini semua tidak digunakan oleh kita. Kalaupun kita keluarkan barangan ini, kita gunanya untuk eksport kepada negara lain dan mereka lah yang mendapat manfaat daripada value added kepada raw material yang kita keluarkan. Ini disebabkan oleh dasar.
Kalau dasar kerajaan diubah supaya kita tumpukan kepada pasaran dunia daripada keluaran kita dan kerajaan memberi bantuan untuk industri tempatan, pelabur tempatan mengadakan industri baharu ini maka kita mungkin menjadi industri yang besar seperti yang terdapat dalam glove industry. Ini adalah cara kita memajukan pembangunan industri di Malaysia ini. Ini kita telah lihat apa yang berlaku di Jepun, di Korea Selatan dan juga di negara China.
Satu perkara lagi ialah berkenaan dengan sikap kita terhadap pelabur. Saya mendapati bahawa kita tidak begitu menggalakkan pelabur. Apabila ada pelabur membuat cadangan tertentu, maka kita mencari sebab kenapa pelabur itu tidak boleh melabur di Malaysia. Satu kes yang terlibat dengan pelabur di Langkawi iaitu ada cadangan untuk melabur sebanyak RM500 juta untuk keperluan pelancongan di Langkawi tetapi kita dapati bahawa sehingga sekarang ini belum dapat kelulusan daripada pihak autoriti dalam kerajaan.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi
Demikian juga ada satu pelaburan untuk menternak udang galah di ladang- ladang padi di tepi kawasan padi tetapi sehingga sekarang tidak dapat diluluskan kerana kononnya udang galah ini tidak pernah dikeluarkan di Malaysia. Jadi dengan kerana tidak pernah, maka kita tidak lulus. Sebaliknya udang galah ini adalah untuk negara China bukan untuk kita. Kita akan keluarkan pasaran sudah tentu ada di negara China dan pelabur dari negara China juga berminat dalam bidang ini. Akan tetapi sehingga sekarang ini kita belum dapat kelulusan kononnya kerana udang galah ini tidak pernah dimakan oleh kita. Jadi kalau kita mempunyai sikap yang semacam ini, maka sukarlah bagi kita untuk memajukan industri di dalam negara kita.
Selain daripada itu, ada satu rancangan besar pembangunan di Kuala Lumpur. Rancangan ini telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu. Sekarang ini dibatalkan.
Jadi kalau kita dapati pelabur tidak boleh yakin kebenaran yang diberi itu tidak ditarik balik, maka mereka tidak akan melabur di Malaysia.
Saya minta supaya kerajaan menerangkan mengapa kontrak yang sudah pun ditandatangani ditarik balik oleh pihak kerajaan. Entah sebab-sebabnya, saya tidak boleh teka tetapi itulah yang berlaku.
Saya berpendapat bahawa cukai atas rokok dan bahan-bahan yang menggunakan tembakau kononnya pada 1 Januari ini cukai akan dikenakan. Langkawi sebagai pulau bebas cukai tidak boleh lagi dapat nikmat daripada penjualan rokok dan sebagainya. Kalau ini dilakukan maka sudah tentu industri pelancongan di Langkawi akan terjejas. Waktu ini pun pelancongan sudah berkurangan banyak kerana Langkawi sendiri adalah hijau iaitu tidak adalah bebas daripada penyakit COVID-19 ini.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi
Akan tetapi, oleh kerana banyak tempat di daratan tidak bersih daripada COVID- 19 maka pelancong ke Langkawi daripada daratan tidak dapat pergi ke Langkawi. Ini merugikan Langkawi dengan banyak. Kita harap kalaupun pelancong-pelancong itu datang daripada kawasan merah tetapi kalau mereka didapati bebas daripada COVID- 19, maka sepatutnya mereka dibenarkan pergi ke Langkawi.
Masalah Langkawi sekarang ini amat teruk sekali dan saya harap kerajaan dapat memberi perhatian kepada pembangunan Langkawi dengan membenarkan pelaburan dibuat dan tidak mengenakan sekatan-sekatan yang agak keras, begitu sukar untuk didapati supaya dapatlah Langkawi menarik pelancong sekurang-kurangnya daripada daratan tetapi juga mungkin daripada negara-negara lain dari tempat-tempat yang bebas daripada COVID-19. Saya ucap terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Yang Berhormat Menteri akan menggulung pukul 12. Saya ada sebanyak tiga lagi pembahas. Saya jemput selepas ini Yang Berhormat Pasir Puteh selama lima minit, Yang Berhormat Bangi, kemudian Yang Berhormat Sepang. Silakan.
Dr. Ong Kian Ming - Bangi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Sekejap, Yang Berhormat Pasir Puteh dahulu, kemudian...
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertamanya saya ingin merujuk kepada Butiran 020100, Butiran 020300 berkenaan dengan Sokongan Perdagangan Pembangunan Sektor Perkhidmatan.
Pertamanya saya ingin mengucap syabas kepada pihak Kerajaan Malaysia yang telah berjaya mengadakan Persidangan APEC 2020 yang telah membawa visi Putrajaya sehingga kepada Tahun 2040. Tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kerana tentunya APEC ini akan membawa wajah yang baharu kepada kerancakan ekonomi di dalam negara kita.
Cuma, di dalam agenda Program Peningkatan Pelaburan terutama sekali dalam sektor import dan eksport kalau kita lihat APEC telah pun merangka satu strategi bersama antara negara-negara anggota. Cuma, persoalan saya sejauh mana komitmen yang telah dibuat oleh negara melalui APEC ini bagi memberi jaminan kepada projek- projek kecil dan sederhana ataupun industri-industri dalaman yang wujud di dalam negara kita untuk kita merancakkan import dan juga eksport.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Saya juga sama sebagaimana yang disebut oleh Langkawi sekejap tadi bahawa negara kita ini perlu kepada satu pembangunan teknologi tersendiri dan kalau boleh kita kurangkan mengeksport barangan kita secara mentah seperti kita eksport kayu-kayan, kita eksport sawit, getah yang masih mentah.
Alangkah baiknya negara kita kalau kita mengeksport hasil daripada kayu. Kita bina satu teknologi sebagaimana yang berlaku di Indonesia dan sebagainya. Kita mengeluarkan barangan kita untuk kita eksport ke luar negara. Semua ini adalah untuk kita memberi jaminan kepada agenda kemakmuran bersama antara negara-negara anggota.
Seterusnya saya ingin merujuk kepada Butiran 030100 dan Butiran 030200 berkenaan dengan Hubungan Serantau dan Antarabangsa dan Hubungan Perdagangan dan Ekonomi Dua Hala. APEC 2020 yang telah meletakkan satu Visi Putrajaya 2040, saya ingin meminta Yang Berhormat Menteri jelaskan penerusan agenda negara kerana Persidangan APEC untuk tahun hadapan ini akan berlangsung di New Zealand dan mereka akan membentuk ahli jawatankuasa sendiri.
Ahli jawatankuasa yang bakal dibentuk oleh APEC ini yang terdiri daripada 20 negara anggota, sejauh manakah kesinambungan agenda APEC yang dibuat di Putrajaya dan kita ada visi Putrajaya ini dapat diteruskan supaya agenda ekonomi negara kita ini berjalan dengan stabil dan tidak ada gangguan-gangguan di pertengahan jalan sehingga kita mencapai tahun 2040. Saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan lapan agenda bersama di dalam APEC yang menyentuh perdagangan, kesihatan, kewangan, wanita, perusahaan kecil dan sederhana dan juga keselamatan makanan.
Dalam agenda bersama ini saya hendak titik beratkan isu agenda keselamatan makanan. Negara kita yang dianugerahkan oleh Allah SWT bumi yang luas, bumi yang subur yang sepatutnya di samping kita memberi fokus kepada teknologi-teknologi dan pembangunan-pembangunan yang lain, negara kita perlu bangkit menjadi sebuah negara pengeksport kepada bekalan makanan yang membentuk keselamatan makanan negara dan saya harap pihak kerajaan cuba melaksanakan perkara ini.
Seterusnya iaitulah berkenaan dengan dalam arus pandemik COVID-19 ini. Kita lihat APEC bersama MITI, MIDA, MATRADE mempromosikan secara maya. Soalan saya, sejauh mana eBusiness matching yang dibuat ini dengan izin lebih jimat dan lebih berkesan dan ia memberi efek yang baik kepada pulangan untuk negara kita?
Saya mengucapkan syabas kerana MITI berjaya mengadakan tandatangan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) di kalangan sebanyak 15 buah negara. Soalan saya apakah RCEP benar-benar berkesan dan sejauh manakah langkah yang diambil oleh MITI seterusnya bagi meletakkan sasaran sebanyak USD24.8 trilion hampir sebanyak 1 per tiga daripada KDNK dunia ianya benar-benar menjadi realiti?
Terakhir Butiran 03040 – Dasar Rundingan Pelbagai Hala. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian selain daripada kita melibatkan diri dengan forum negara- negara luar yang dianjur oleh negara luar, sejauh manakah persiapan dan perancangan kita yang rapi untuk kita mengadakan forum di peringkat antarabangsa ataupun di peringkat Asia yang mana forum yang dianjurkan oleh kita ini kita mempunyai strategi yang kukuh untuk membina ekonomi negara kita yang mampan, yang menyeluruh di masa hadapan untuk generasi hadapan.
Terima kasih banyak kepada Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Bangi.
Dr. Ong Kian Ming - Bangi
Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 040300 – MIDA. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri pada masa Pakatan Harapan menjadi kerajaan, NCI-1 dan NCI-2 telah ditubuhkan di mana NCI 1 di pengerusi oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dan juga Yang Berhormat Menteri MITI bersama dan NCI 2 di pengerusi oleh KSP dan juga Pengerusi MIDA bersama.
Tujuan untuk menubuhkan NCI 1 dan NCI 2 ini adalah untuk mempercepatkan kelulusan pelaburan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Langkawi tadi. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri adakah proses NCI 1 dan NCI 2 sedang berjalan dan berapa kali NCI 1 yang di Pengerusi oleh Yang Berhormat Menteri Kanan Kewangan dan Yang Berhormat Menteri MITI telah berada untuk meluluskan pelaburan itu, nombor 1.
Dr. Ong Kian Ming - Bangi
Butiran kedua ialah 050600 – InvestKL. Semasa Pakatan Harapan menjadi kerajaan, satu saluran khas pelaburan China ataupun China Special Channel telah dilaksanakan di bawah InvestKL khusus untuk menarik pelaburan dari China. Apakah status China Special Channel ini dan adakah ia dibatalkan atau dipindahkan ke agensi yang lain?
Butiran seterusnya ialah Butiran 060100 – Persidangan APEC 2020. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, peruntukan asal untuk APEC pada Bajet 2020 ialah RM300 juta. Jadi, saya rasa apabila persidangan APEC ini dijalankan secara maya, ada banyak penjimatan kos. Termasuk kos pengangkutan boleh dikurangkan, kos keselamatan boleh dikurangkan dan sebagainya.
Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, soalan pertama ialah berapa banyak penjimatan perbelanjaan APEC 2020 telah didapati? Ini boleh dijadikan sebagai satu anggaranlah. RM300 juta, saya rasa memang tidak dibelanjakan. Jadi, berapa penjimatan telah didapati akibat daripada menjalankan APEC 2020 secara maya?
Lebih penting, kalau ada penjimatan pada tahun 2020, kenapa pada Bajet 2021 masih lagi ada peruntukan sebanyak RM25 juta untuk persidangan APEC? Ini bukan untuk pergi ke luar negara ataupun ke mana-mana.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Boleh mencelah, Yang Berhormat Serdang?
Dr. Ong Kian Ming - Bangi
Okey, Yang Berhormat Tuaran. Bangi ya.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Yang Berhormat Bangi. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa pada tahun hadapan, APEC ini akan dihoskan oleh New Zealand? New Zealand adalah pengerusi. Mereka juga telah mengisytiharkan yang persidangan itu akan dijalankan secara maya juga. Akan tetapi, kenapa perlu RM25 juta untuk mengadakan satu persidangan secara maya? Adakah juga Yang Berhormat Bangi bersetuju, kita harus berhemah untuk membelanjakan duit di mana peruntukan pada tahun ini paling besar dalam sejarah? Adakah sepatutnya duit ini disalurkan ke tempat yang lebih bermanfaat? Terima kasih.
Dr. Ong Kian Ming - Bangi
Saya memang bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Tuaran. RM25 juta saya rasa boleh dibelanjakan di tempat lain dengan secara yang lebih berhemah seperti di Kementerian Kesihatan untuk frontliners dan sebagainya.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebenarnya peruntukan untuk pergi ke luar negara itu telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian tadi. Kalau hendak kena pergi ke mana-mana negara pun di bawah Persidangan APEC ini, mungkin bukan di New Zealand tetapi di negara yang lain, bukan masuk ke dalam butiran Persidangan APEC dan memang tidak akan memakan perbelanjaan sejumlah RM25 juta. Jadi saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Tuaran tadi, pindahkan kepada kementerian yang memang memerlukannya.
Butiran terakhir sekali ialah di bawah P.24 iaitu Butiran 50000 – Dasar Nasional Industri 4.0. Pada bulan September, Yang Berhormat Gombak telah mengumumkan penubuhan satu National Council onIR 4.0. Saya hendak tanya Yang Berhormat, berapa kali National Council onIR 4.0 ini telah bermesyuarat sejak ia ditubuhkan pada September 2020?
Juga, merujuk kepada Dasar National Industry4.0 ataupun Industry4WRD, saya hendak Yang Berhormat menyatakan jumlah projek, nombor projek dan juga perbelanjaan untuk business intervention funding bagi tahun 2020 setakat ini. Ini adalah satu langkah yang penting kerana ia akan meneruskan polisi Industry4WRD untuk SME selepas readiness assessment dibuat untuk pihak SME.
Itu sahaja. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Azalina Othman Said
Saya menjemput Yang Berhormat Sibuti. Selepas ini, disebabkan masa, Yang Berhormat Menteri ya.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya terus pergi ke Butiran 040200 – Ekonomi Digital. Saya melihat peruntukan untuk emolumen sangat kecil dan lebih-lebih lagi kita ingin memfokuskan kepada dasar
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
ekonomi digital yang baharu. Mengapa peruntukan tersebut tersangat kecil? Di mana ekonomi digital ini memerlukan profesional dan juga tenaga kerja yang banyak terutama sekali analisis untuk mengetahui pelaburan-pelaburan yang baik untuk ekonomi digital.
Saya juga ingin mengetahui berkenaan Butiran 040300 – MIDA. Adakah kerajaan akan bercadang untuk menambah pelaburan yang berkualiti terutama sekali dari segi pelaburan dalam ekonomi hijau atau green economy? Terutama sekali negara kita mempunyai potensi yang besar untuk mengeluarkan tenaga hijau daripada sumber solar dan juga sumber hidro mega di Sarawak. Industri ini sangat mendapat permintaan yang tinggi. Lebih-lebih lagi, syarikat-syarikat yang besar seperti Amazon, Google, Facebook akan membuka data center hijau mereka di Asia Tenggara. Adakah kerajaan mempunyai cadangan yang terperinci untuk mengkaji pelaburan ekonomi hijau ini?
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] Selain daripada itu, di Sarawak mempunyai satu industri hidrogen yang sedang dibangunkan. Juga saya nampak industri hidrogen ini mendapat perhatian daripada negara seperti negara Australia dan Jepun. Mereka juga telah membuat pelaburan untuk memasang plant hidrogen di Bintulu, Sarawak. Adakah kerajaan melalui kementerian MITI ini akan membantu kerajaan negeri untuk meningkatkan lagi pelaburan industri hidrogen ini?
Selain daripada itu, saya ingin mengetahui, apakah dasar dan juga hala tuju ekonomi digital dalam tempoh lima ke 10 tahun? Apakah fokus ekonomi digital negara?
Juga, apakah dasar ekonomi ini akan menyeluruh dan juga bukan hanya Putrajaya centric? Saya berharap agar ekonomi digital ini akan dapat diperluaskan di setiap negeri di seluruh Malaysia.
Saya pergi kepada Butiran 00201 – Program Pembangunan Industri Automatif.
Saya melihat di dalam perbahasan Yang Berhormat Menteri Kewangan yang lepas, beliau telah menyebut berkenaan bas hidrogen di Sarawak. Adakah kerajaan akan memulakan kajian ataupun industri kereta hidrogen? Juga, adakah kereta hidrogen ini akan dimasukkan untuk mendapat pelepasan AP bagi mengimport kereta hidrogen?
Saya juga ingin mengetahui perincian berkenaan Butiran 00531 – Taman Teknologi Sarawak. Apakah bentuk projek yang sedang dilaksanakan? Juga, apakah hasil yang akan diperoleh melalui Taman Teknologi Sarawak ini?
Seterusnya Butiran 99000 – Aeroangkasa. Saya melihat terdapat peruntukan sebanyak RM15 juta diperuntukkan. Memandangkan COVID-19 ini, industri penerbangan dan juga aeroangkasa hampir lumpuh kerana terdapat banyak pekerja yang dibuang. Apakah hala tuju industri aeroangkasa pada tahun 2021?
Saya juga ingin mendapat perincian tentang Butiran 00200 – Skim Pinjaman Mudah Digital dan Teknologi. Terdapat RM18 juta diperuntukkan pada tahun 2021. Saya ingin mendapatkan penjelasan, apakah hasil daripada skim pinjaman digital pada tahun 2020? Adakah skim ini mendatangkan pendapatan yang baik kepada negara?
Selain daripada itu, saya juga ingin mendapatkan perincian daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan Butiran 00525 – Dana Projek Berimpak Tinggi. Apakah bentuk projek berimpak tinggi yang sedang dirancang? Juga, apakah projek berimpak tinggi yang akan dirancang dan juga dilaksanakan untuk negeri Sarawak?
Saya rasa itu sahaja, Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan Pengerusi, pertama sekali, saya berdiri di sini untuk mengambil tanggungjawab bagi memberikan kepada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat Bangi dan juga Yang Berhormat Sibuti.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Saya mengikuti dengan tekun semua pandangan dan teguran yang diberikan dan saya mengucapkan terima kasih kerana pandangan-pandangan ini pastinya dapat membantu kerajaan untuk memulihkan dan mencerdaskan ekonomi negara.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Namun, izinkan saya sebagai penghormatan saya pada pagi ini, saya ingin respond kepada Yang Berhormat Langkawi terlebih dahulu daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain.Yang Berhormat Langkawi membangkitkan, apakah kerajaan masih menumpukan pelaburan FDI ataupun menarik pelabur-pelabur asing ke dalam negara kita? Ingin saya nyatakan di sini, Yang Berhormat Langkawi, bahawa kerajaan masih meneruskan dasar ini memandangkan keperluan untuk kita memindahkan teknologi- teknologi bagi memberikan peluang kepada tenaga kerja kita mendakap teknologi baharu. Untuk maksud itu, ingin saya nyatakan di sini bahawa keperluan dan keutamaan yang diberikan adalah industri yang berteknologi tinggi dan industri yang berkualiti. Bukan lagi industri yang berteraskan kepada labor intensive. Ini kerana, sekiranya kita menumpukan kepada industri labor intensive, ia akan menimbulkan masalah sosioekonomi yang kita hadapi semenjak beberapa tahun yang lalu.
Untuk makluman Yang Berhormat Langkawi, pada tempoh Januari hingga September 2020, pelaburan yang telah diluluskan dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan juga primary industries adalah berjumlah RM109.8 bilion. Sektor perkilangan adalah penyumbang terbesar kepada nilai pelaburan yang diluluskan iaitu sebanyak RM65.3 bilion. Daripada jumlah tersebut, FDI menyumbang sebanyak 38.8 peratus, yang bernilai RM42.6 bilion dan selebihnya RM67.2 bilion ataupun 61.2 peratus adalah pelaburan tempatan.
Maka, keseimbangan antara FDI dengan DDI ini masih menjadi tumpuan kerajaan pada hari ini. Namun, kita mahu memastikan ia adalah industri yang berteknologi tinggi dan juga berkualiti. Untuk maksud itu, kerajaan telah mengambil keputusan untuk memastikan MITI diberikan peranan untuk memperkukuhkan lagi keupayaan pemain industri tempatan dalam meningkatkan produktiviti dan kapasiti mereka daripada segi pengeluaran dengan menggunakan kaedah pemodenan dan pengautomasian. Ini kerana, penting – yang saya nyatakan tadi supaya kita tidak mahu kebergantungan industri tempatan terhadap buruh asing.
Yang Berhormat Langkawi juga telah memberikan pandangan bahawa, sikap kerajaan terhadap pelabur-pelabur. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Langkawi, perkara ini memang sering dibangkitkan, tetapi untuk makluman Yang Berhormat Langkawi, pada ketika ini memang MITI sedang berusaha sedaya upaya kita untuk menarik pelabur-pelabur asing dan juga tempatan dengan memperkenalkan beberapa inisiatif baharu. Pertama, yang telah saya nyatakan sebelum ini, kita telah membentuk ProjectAcceleration and Coordination Unit (PACU) bagi memudah cara urusan dengan pelbagai agensi yang berkaitan dan menyegerakan pelaksanaan. Daripada sebanyak 740 projek pengilangan yang diluluskan, bagi tempoh Januari hingga September 2020, sebanyak 210 projek difisilitasi melalui PACU.
Kedua, kita telah menubuhkan one stop center untuk memudah cara urusan kemasukan pelawat-pelawat perniagaan ataupun expatriate khususnya dalam tempoh PKP dan juga PKPB ini.
Untuk makluman Yang Berhormat Langkawi, sehingga 2 Disember 2020, Jawatankuasa OSC telah menilai sebanyak 2,777 permohonan pelawat perniagaan jangka panjang yang mana sebanyak 2,636 permohonan telah pun diluluskan. Ini kerana, kita hendak facilitatethe CEO’s ataupun C-suite ini datang ke Malaysia menilai pelaburan mereka dan menjadikan Malaysia sebagai hab pelaburan.
Ketiga, kita juga telah memperkenalkan lesen pengilang secara fast track melalui platform digital ataupun e-Manufacturing License untuk industri dalam tempoh dua hari bekerja. Izinkan saya memberikan data di sini, dalam tempoh Julai hingga November 2020, sebanyak 353 projek telah diluluskan melalui e-Manufacturing License dengan pelaburan bernilai RM22.8 bilion dan kelulusan ini terdiri daripada 59.4 peratus pelaburan asing dan 40.6 peratus pelaburan tempatan.
Ada satu lagi kaedah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bangi tadi iaitu tentang National Committee on Investment (NCI). Pentadbiran baharu hari ini hanya menumpukan kepada NCI 2, NCI 1 akan dikekalkan dengan Menteri Kewangan. NCI yang ada pada hari ini adalah sebagai Jawatankuasa Pelulus Pelaburan Tunggal yang bermesyuarat setiap minggu untuk makluman Yang Berhormat Bangi yang mana semua penilaian dan kelulusan pakej pelaburan berkaitan insentif cukai dan geran di peringkat nasional dipusatkan.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Untuk makluman Yang Berhormat Langkawi dan juga Yang Berhormat Bangi, bagi tempoh Januari hingga Oktober 2020, pelaburan yang diluluskan oleh NCI dalam sektor perkilangan adalah berjumlah RM78.2 bilion melibatkan sebanyak 854 projek dan dijangka akan dapat mewujudkan lebih daripada sebanyak 65,193 peluang pekerjaan.
Daripada jumlah tersebut, pelaburan langsung asing menyumbang sebanyak 62.2 peratus yang bernilai RM47.1 bilion.
Yang Berhormat Langkawi ada membangkitkan isu usaha untuk menternak Udang Galah dan juga ada industri pelancongan. Ini saya akan rujuk kepada kementerian yang berkaitan untuk memastikan mengapa ada kelewatan dalam kelulusan yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Langkawi. Tentang cukai rokok dan tembakau itu adalah bidang kuasa Kementerian Kewangan dan saya akan rujuk kepada mereka.
Saya juga ingin respond kepada beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat. Pertamanya ialah tentang prestasi perdagangan dan juga pelaburan negara. Saya kira kita mengambil maklum bahawa cabaran yang kita hadapi pada hari ini dan juga ketidaktentuan ekonomi global yang dicetuskan oleh pandemik COVID-19. Namun, kita sedang berusaha sedaya upaya untuk membina semula dan mencerdaskan ekonomi negara.
Bank Negara baru-baru ini telah mengumumkan bahawa KDNK sebenar pada suku ketiga 2020 mencatatkan kemerosotan yang lebih kecil iaitu sebanyak 2.7 peratus.
Kalau kita bandingkan dengan suku tahun kedua, penguncupan kadar KDNK pada suku ketiga tahun ini jauh lebih kecil berbanding dengan negative 17.1 peratus.
Bagi saya dan kementerian, ini mencerminkan kegiatan ekonomi yang semakin meningkat dan juga berkembang. Pemulihan ekonomi ini juga disumbangkan oleh beberapa faktor yang lain. Pertama, oleh sebab pelaksanaan empat pakej rangsangan ekonomi yang berjumlah RM305 bilion. Keduanya, pembukaan sektor ekonomi sepenuhnya yang turut merancakkan semula aktiviti perniagaan dan pelaburan dan yang ketiga permintaan luaran yang meningkat lebih baik ekoran daripada pembukaan semula ekonomi negara-negara dagang Malaysia.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, prestasi perdagangan negara juga meningkat pada suku ketiga tahun ini yang mana jumlah perdagangan eksport dan juga import merekodkan pertumbuhan masing-masing sebanyak 17.3 peratus, 24 peratus dan 9.6 peratus berbanding dengan suku kedua tahun 2020. Lebihan dagangan pula melonjak 118.6 peratus.
Pendekatan kerajaan yang cuba sedaya upaya untuk mengimbangi life and livelihood juga telah mengukuhkan keyakinan pelabur-pelabur, sama ada pelabur asing ataupun pelabur tempatan. Ini dizahirkan melalui peningkatan pelaburan yang diluluskan sebanyak 110.4 peratus dalam pelbagai sektor ekonomi, iaitu daripada RM22.1 bilion pada suku tahun kedua kepada RM46.5 bilion pada suku tahun ketiga.
Tuan Pengerusi, saya juga ingin respond kepada Yang Berhormat Jerlun tentang penurunan mendadak di bawah Butiran Pengukuhan Perdagangan Antarabangsa dan juga Hubungan Serantau dan Antarabangsa.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Untuk makluman Yang Berhormat Jerlun, perbezaan sebanyak RM299 juta adalah disebabkan oleh pengurangan peruntukan bagi Persidangan APEC 2020 yang telah diperuntukkan sebanyak RM300 juta pada tahun 2020. Saya akan perincikan sebagai respons kepada beberapa orang Ahli Yang Berhormat tentang Persidangan APEC yang telah pun berjaya dilaksanakan. Yang Berhormat Jerlun juga ada membangkitkan isu Geran Pembangunan Pasaran (Market Development Grant) dan juga dana eksport perkhidmatan. Untuk makluman Yang Berhormat, pertambahan peruntukan MDG daripada RM20 juta kepada...
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Tuan Pengerusi, penjelasan, penjelasan.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Tuaran, penjelasan.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Tentang?
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Fasal APEC tadi.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
APEC, saya kata saya akan sentuh secara terperinci selepas ini. Tadi saya just hendak maklumkan mengapa ada pengurangan daripada segi butiran perdagangan antarabangsa sebanyak lebih kurang...
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Penjelasan pendek sahaja, Yang Berhormat Menteri. Pendek sahaja.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Ya.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Yang Berhormat Menteri ada nyatakan yang diberikan peruntukan sebanyak RM300 juta untuk tahun 2020. Akan tetapi dalam belanjawan ini, tidak dinyatakan adanya peruntukan diletakkan di situ. Kosong untuk tahun ini tetapi Yang Berhormat Menteri menyatakan ada RM300 juta peruntukan untuk tahun ini. Kenapa tidak diletakkan dalam penyata anggaran perbelanjaan untuk tahun ini?
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Oleh sebab itu saya kata, saya akan maklumkan secara terperinci tentang tajuk APEC selepas ini, Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Menteri, APEC, boleh sedikit? Yang Berhormat Menteri, saya baca berkaitan dengan bajet sewaktu Kerajaan Pakatan Harapan dahulu, bajet telah dibentangkan untuk sebanyak RM350 juta dan perbelanjaan RM20 juta untuk tahun 2019, RM300 juta untuk tahun 2020, RM30 juta untuk tahun 2021 kerana ada komitmen-komitmen yang terakhir.
Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah ada sebarang penjimatan dalam usaha melaksanakan untuk tahun 2020 ini memandangkan segala format penganjuran ini secara fizikal dan maya? Jadi kalau ada, saya hendak Yang Berhormat Menteri menjelaskan kepada Dewan yang mulia ini, berapa banyak kah yang telah dijimatkan daripada belanjawan yang dihasilkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan sebanyak RM350 juta? Banyak manakah yang telah diguna pakai oleh Kerajaan Perikatan Nasional pada hari ini? Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Terima kasih Yang Berhormat Baling.
Saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat dalam subject matter yang berkenaan selepas ini. Saya hendak sentuh juga tentang MATRADE kerana ramai Ahli Yang Berhormat telah menyentuh isu MATRADE. Bagi mempromosi dan terus memperkukuhkan eksport negara, program promosi eksport produk dan perkhidmatan tempatan akan terus dilaksanakan pada tahun 2021 oleh MATRADE dengan peruntukan RM58 juta. Ini meliputi geran dan program bagi membantu IKS melaksanakan aktiviti promosi eksport seperti penyertaan dalam pameran di peringkat antarabangsa dan juga penyenaraian produk dalam platform eDagang rentas sempadan. Usaha ini penting. Kita ingin meneruskan momentum perdagangan yang dicatatkan pada suku ketiga tahun ini hasil daripada pembukaan semula ekonomi rakan dagangan utama Malaysia dan juga kerana faktor-faktor yang lain seperti peningkatan permintaan luar, pemulihan rantaian penawaran global dan kenaikan permintaan terhadap produk sarung tangan getah, besi dan keluli.
Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh satu perkara yang telah dibangkitkan oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat iaitu tentang Persidangan APEC.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, berdasarkan buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021 yang telah dibentangkan, dana sebanyak RM25 juta akan diperuntukkan untuk menampung kos Persidangan APEC 2020 yang meliputi emolumen yang perlu dibayar dan kos operasi bagi tahun 2021 berjumlah RM5.02 juta. Kontrak penjenamaan pula telah berkuat kuasa mulai November 2019 dan hanya akan berakhir pada bulan Januari 2021, di mana terdapat baki yang perlu dibayar berjumlah RM16.2 juta daripada jumlah keseluruhan kontrak bernilai RM49.5 juta. Bagi kontrak laman sesawang yang bermula pada Julai 2019 dan akan berakhir pada Jun 2021, baki yang perlu dibayar pada tahun 2021 adalah berjumlah RM63,494 daripada nilai kontrak bernilai RM634,940. Kontrak belian media yang dimeterai pada Disember 2019 kini berbaki sebanyak RM3.71 juta, perlu dilunaskan pada tahun 2021. Secara keseluruhannya, sebanyak RM24.99 juta diperlukan bagi melunaskan baki pembayaran-pembayaran yang perlu dibuat pada tahun 2021.
Sehubungan itu, peruntukan pada tahun 2021 adalah amat diperlukan untuk melunaskan tanggungan-tanggungan kontrak penganjuran APEC 2020 yang kebanyakannya akan berakhir pada tahun 2021 seperti peruntukan yang saya nyatakan tadi. Saya juga ingin menyatakan di sini, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Pakatan Harapan sebenarnya telah meluluskan sebanyak RM635 juta pada Oktober 2018. Ini surat kelulusan daripada Kementerian Kewangan. [Sambil menunjukkan sepucuk surat]
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Direct nego kah?
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Sebanyak RM635 juta.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Namun, pada Julai 2019 [Disampuk] , saya tidak ada masalah...
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi
Tolong beri laluan kepada Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, kerana soalan telah ditanya.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Yang Berhormat Simpang Renggam kalau hendak tanya, bangun. Tidak payah hendak jolok orang lain.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Saya berada di dalam Kabinet. Apa masalahnya? Saya ingin menyatakan fakta. Pada ketika itu, kerajaan meluluskan sebanyak RM635 juta.
[Disampuk] Hah, Yang Berhormat Alor Gajah pun dalam Kabinet. Saya tidak ada masalah. Cuma pada tahun 2019, kita menyemak semula peruntukan yang diluluskan pada tahun 2018, disemak semula dan diturunkan kepada RM350 juta. Maka pada ketika itu, apabila diluluskan RM350 juta, kerajaan telah bersetuju supaya ia dibuat secara berfasa. Pada tahun 2019, diperuntukkan RM20 juta.
Tahun 2020, diperuntukkan RM300 juta dan selebihnya RM30 juta untuk tahun 2021.
Pada ketika itu telah diluluskan oleh Yang Berhormat Bagan dan kerajaan pada ketika itu. Ada peruntukan untuk tahun 2021 sebanyak RM30 juta.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
[Bangun]
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Hah, tidak payah bangun.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Bagi saya habis dahulu.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ini hendak usik saya.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Bagi saya habiskan dahulu.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya tidak mahu terlibat tetapi ini sengaja hendak usik saya.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Nanti dahulu.Bagi saya habis.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ini cari pasal punya hal.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Bagi saya habis.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ini cari pasal punya hal.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Saya hendak terangkan, penyaluran awal tahun 2019 adalah bagi membiayai kerja-kerja persediaan awal, manakala penyaluran bagi tahun 2020 adalah untuk menampung penganjuran sebenar Persidangan APEC sepanjang tahun. Mesyuarat APEC ini bukan hanya pada 20 November. Itu dipanggil APEC Economic Leaders Meeting (AELM). Hanya satu hari tetapi Persidangan APEC selama satu tahun yang bermula di Langkawi pada bulan Disember 2019.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Jawab Yang Berhormat Langkawi.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Sehingga sidang– jangan marah Yang Berhormat Langkawi. Bagus kita anjurkan di Langkawi. Sehingga ke hari ini, untuk makluman Yang Berhormat Bagan dan Yang Berhormat Tuaran, kita telah adakan 146 mesyuarat yang melibatkan pegawai-pegawai kanan, yang melibatkan Menteri-menteri Ekonomi, yang melibatkan Menteri-menteri Kewangan, yang melibatkan banyak kementerian yang lain...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Minta jalan.
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
...dan melibatkan 146 mesyuarat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Minta jalan.
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Baik.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Minta jalanlah.
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Kemudian, untuk tahun 2021...
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Sekejap. Saya bagi, saya bagi. Untuk tahun 2021 ia adalah untuk menampung pembayaran akhir segala komitmen-komitmen dalam perjanjian. Perjanjian ini ditandatangani dalam Kerajaan Pakatan Harapan. Saya hanya menyambung tugas untuk menjayakan APEC 2020. Mengapa saya dibebankan dengan tanggungjawab perkara seperti ini? Sepatutnya Yang Berhormat Tuaran boleh tanya Yang Berhormat Penampang. Daripada satu negeri, daripada satu kapal. Dia yang
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
bertanggungjawab menandatangani perjanjian ini. Namun Yang Berhormat Bagan, pada tahun 2020, kita menghadapi COVID-19. Kita tahu kita tidak boleh bermesyuarat secara maya, kita tidak boleh bermesyuarat secara fizikal.
Maka, setelah kita teliti kita perlu adakan mesyuarat ini kerana mesyuarat APEC 2020 ini penting atas dua pertimbangan. Pertama, sudah dua tahun berturut-turut pemimpin-pemimpin ekonomi APEC gagal mengeluarkan deklarasi bersama. Yang Berhormat Langkawi ketika menghadiri APEC di Papua New Guinea, pemimpin- pemimpin ekonomi APEC gagal mengeluarkan kenyataan bersama ataupun joint declaration kerana ada dispute akibat trade war between Amerika and China. Maka tidak ada permuafakatan. Pada tahun lepas, oleh kerana pembatalan di saat-saat akhir di Chile, maka tidak ada kenyataan bersama.
Maka, Malaysia tahun ini telah berjaya menghimpunkan 21 pemimpin-pemimpin dunia untuk mengeluarkan deklarasi bersama. Itu yang pertama. Yang kedua, pentingnya APEC 2020 kerana Bogo Goals tamat pada tahun ini. Maka 21 ekonomi APEC memerlukan satu hala tuju baharu, visi baharu dan ke semua 21 pemimpin dunia bersetuju visi untuk 20 tahun yang akan datang dinamakan Putrajaya Vision 2040.
[Dewan tepuk]
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Ini yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Puteh tadi, apakah kesan kepada visi ini? Kesannya setiap tahun mulai tahun hadapan di New Zealand hingga tahun 2020 sidang APEC akan dilihat mempamerkan Putrajaya Vision 2040. Maka kita perlu laksanakan walaupun dibuat secara maya. Maka setelah saya bincang dengan pegawai, kita teliti, kita hendak lakukan penjimatan daripada RM300 juta yang Yang Berhormat Bagan diluluskan untuk 2020, kementerian telah menjimatkan sebanyak yang ditanya oleh Yang Berhormat Baling, kita jimatkan RM233.4 juta.
[Dewan tepuk]
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Tuan Pengerusi, RM233.4 juta MITI serahkan balik kepada Kementerian Kewangan kerana Kementerian Kewangan perlukan dana yang besar untuk pakej rangsangan ekonomi membantu rakyat di bawah yang terkesan akibat COVID-19.
[Dewan tepuk]
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Maka selebihnya hanya RM66.6 juta yang kita gunakan. Saya hendak sebut satu persatu. Pertama, penyaluran kepada kementerian-kementerian berjumlah RM13 juta. Kementerian Kewangan - RM7 juta untuk melaksanakan APEC di peringkat kementerian. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya - RM4.1 juta, Kementerian Dalam Negeri - RM2 juta. Manakala baki sebanyak RM53.5 juta dibelanjakan bagi penganjuran persidangan APEC di pelbagai peringkat termasuk mesyuarat peringkat Menteri yang berkaitan dengan sektor perdagangan, kesihatan, kewangan, wanita, perusahaan kecil dan sederhana, keselamatan makanan serta mesyuarat pegawai kanan yang bermula seawal Disember 2019 di Pulau Langkawi.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
[Bangun]
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Sebagai kemuncak APEC, Malaysia telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Menteri-menteri APEC dan Mesyuarat Pemimpin- pemimpin Ekonomi APEC baru-baru ini pada 20 November yang dipengerusikan oleh Yang Amat Perdana Menteri. Seperti yang saya nyatakan tadi keseluruhannya, sebanyak 146 mesyuarat dan program berkaitan di pelbagai peringkat telah diadakan sepanjang tahun penganjuran APEC 2020 dan akhirnya pada 20 November 2020 Malaysia dijulang sebagai negara yang berjaya mengadakan sidang APEC pada tahun ini.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Minta jalan.
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Tuan Pengerusi.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Minta jalan. Ya, terima kasih.
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Ya, Yang Berhormat Bagan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Adakah Yang Berhormat Gombak setuju atau rasa bahawa peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan iaitu pada asalnya yang dipohon RM635 juta. Kemudian dikurangkan kepada RM350 juta. Adakah itu sesuatu yang salah? Lebih-lebih lagi apabila bila kita jalankan stringent scrutiny dengan izin, yang RM350 juta ini, seperti Yang Berhormat Gombak pun maklum adalah untuk menambah baik dan juga memastikan infrastruktur fizikal khususnya di Putrajaya Convention Centre yang akan jadi pusat atau tempat bermesyuarat Sidang Kemuncak APEC ini dan kebanyakannya untuk memastikan ia memenuhi tahap antarabangsa selain daripada sistem komunikasi dan juga penyiaran.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Oleh kerana tidak ada mesyuarat secara fizikal, maka ia harus dikurangkan dan di sini kita semua tahu bahawa apabila APEC dijalankan, mesyuarat akan dijalankan secara berkala sepanjang tahun. Bulan Mac kalau kita ikut jadual yang kita dapat, bulan Mac, bulan Julai, bulan Oktober, sebelum ada Sidang Kemuncak APEC dan ini makan perbelanjaan seperti mana yang dinyatakan.
So,di sini saya tidak lihat apabila peruntukan dikurangkan, apakah masalahnya dan yang jadi masalah sekarang ialah apabila ia dijalankan secara maya, means it’s done online, mengapa perlu ada perbelanjaan yang begitu besar.
[Dewan tepuk]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Online ialah sesuatu yang agak murah dan saya ingin tanya adakah Yang Berhormat sedia untuk perkara ini disiasat, baik oleh PAC ataupun oleh Jabatan Audit untuk memastikan bahawa perbelanjaan baik RM66 juta ataupun RM25 juta untuk tahun depan. Ia adalah dibuat secara accountable dan telus...
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Terima kasih Yang Berhormat Bagan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
...kerana sukar untuk dipercayai satu mesyuarat secara maya makan perbelanjaan yang begitu besar.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Siasat terowong, siasat terowong.
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Saya akan bagi penjelasan kepada Yang Berhormat Bagan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Kerana anda usik saya. Mengapa anda usik saya? Bila usik saya kena jawab.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sila siasat terowong.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Kerana ini melibatkan Kementerian Kewangan yang kita kurangkan perbelanjaan.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Pakatan Harapan tidak tahan. RM350 juta save RM200 juta lebih.
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Saya akan beri penjelasan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Kita kurangkan apa masalahnya.
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Yang Berhormat Bagan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Dan ini tidak ada fizikal.
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Kami tidak pernah. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Sepatutnya kita jimat lagi lebih daripada apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Gombak.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri. Dua minit ya.
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Okey, Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Bagan, saya sudah nyatakan tadi, saya - Yang Berhormat Alor Gajah dan mungkin beberapa yang lain memang sebahagian daripada kerajaan pada ketika itu.
Kami tidak pertikaikan penurunan daripada RM635 juta kepada RM350 juta kami tidak pertikaikan pada ketika itu. Yang pertikaikan Yang Berhormat Tuaran, yang pertikai...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
[Bangun]
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Nantilah dulu.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Tadi anda tunjuk kepada saya.
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Bila Yang Berhormat bangun, saya dengar.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Sekarang anda yang tunjuk kepada saya.
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Berilah peluang kepada saya.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Baik, sekarang anda cakap....
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
...untuk beri penjelasan.
Seorang Ahli
Berilah Yang Berhormat Menteri jawab dulu...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Anda cakap...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, Yang Berhormat Bagan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Yang pertikaikan- bolehkah PAC, bolehkah Audit pastikan perbelanjaan 2021...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Bagan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
...itu adalah munasabah. Itu sahaja.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Bagan, Terima kasih. Yang Berhormat Menteri sila jawab dan tamatkan.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Itu tugas PAC.
Tuan Pengerusi
Microphone, microphone.
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Yang mempertikaikan Yang Berhormat Tuaran, yang pertikaikan Yang Berhormat Bangi. Saya tidak pertikaikan tetapi kalau Yang Berhormat rujuk...
Dr. Ong Kian Ming - Bangi
Yang Berhormat Pontian juga, Yang Berhormat Pontian juga mempertikaikan. Bukan sahaja sebelah sini. Mereka dekat sebelah sana pun mempertikaikan.
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Yang Berhormat Pontian tidak pertikai, Yang Berhormat Pontian minta penjelasan. Itu bezanya.
[Dewan riuh]
Dr. Ong Kian Ming - Bangi
Saya juga minta, saya juga minta penjelasan.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Minta penjelasan itu sama lah macam pertikaian Yang Berhormat Gombak. Ini sekolah Melayu mana ini?
Seorang Ahli
Tidak ada beza. Pertikai kah, minta keterangan kah.
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat semua, soalan telah ditanya, izinkan Yang Berhormat Menteri menjawab. Dua minit Yang Berhormat Menteri.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Sudahlah, sudahlah jawablah sendiri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bagilah Yang Berhormat Menteri jawab.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Masalah Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Bagan tidak akan benarkan saya bagi penjelasan sebab dia hendak main politik sepanjang masa.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Itu kerja Yang Berhormat Bagan tetapi saya hendak nyatakan...
[Sambil menunjukkan senaskah dokumen] .
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apa politik?
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Apa ini? Mana main politik kita bercakap tentang angka.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tarik balik cakap main politik.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Kita cakap tentang angka. Kita cakap tentang angka...
[Tidak jelas] jangan main-main di situ.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Gombak, cermin dirilah, cermin diri. Cermin diri Yang Berhormat Gombak, cermin diri.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Jelutong duduk. Yang Berhormat Jelutong duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Janganlah. Janganlah bincang terowong.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Bagan duduk.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Tuan Pengerusi, saya tidak bahas langsung tetapi beliau ini...
Tuan Pengerusi
Sudah, sekejap.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
...Hendak cuba usik yang bukan-bukan. Kita kurangkan perbelanjaan. Beliau pula cakap yang lain.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Bagan.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Oleh sebab, Yang Berhormat Bagan tidak berminat penjelasan, minat politik...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Jelas, jelas jangan lari. Jelas.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Saya ucap terima kasih kepada Tuan Pengerusi, yang lain saya jawab secara bertulis.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi
Terima kasih.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ini apa ini?
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Takutlah.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Jangan takutlah macam ini.
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat semua.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Penakut. Yang Berhormat Gombak, penakut.
Seorang Ahli
Pengkhianat, pengkhianat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang BerhormatGombak berani.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Tunggu pilihan raya.
Tuan Pengerusi
Masalahnya sekarang ialah bahawa wang sejumlah RM582,338,300 untuk Kepala B.24 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2021jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan]
Seorang Ahli
Mohon belah bahagian.
[Lebih 15 orang Ahli bangun minta diadakan belah bahagian]
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Wah ramainya, kalah juga.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Dia punya maths gagallah.
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh sebab lebih daripada 15 orang bangun meminta diadakan belah bahagian, maka mengikut Peraturan Mesyuarat 46(4), saya memerintahkan supaya satu belah bahagian diadakan sekarang.
Setiausaha, sila bunyikan loceng selama dua minit.
[Loceng dibunyikan]
Tuan Pengerusi
Minta maaf Ahli-ahli Yang Berhormat semua, sebelum saya tempohkan untuk 10 minit, izinkan saya membuat sedikit pemakluman. Untuk memastikan bahawa pengundian dijalankan secara teratur, kita telah putuskan untuk ketua-ketua penghitung mempunyai pemerhati daripada pihak yang berlawanan.
[Tepuk] Jadi, izinkan saya memaklumkan pemerhati-pemerhati yang terlibat. Untuk Yang Berhormat Kota Bharu, beliau akan diperhatikan oleh Yang Berhormat Tanjong Malim. Untuk Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Batu Gajah akan menjadi pemerhati. Yang Berhormat Tasek Gelugor, diperhatikan oleh Yang Berhormat Kangar.
[Ketawa] Yang Berhormat Arau oleh Yang Berhormat Hulu Langat. Yang Berhormat Kluang oleh Yang Berhormat Sabak Bernam. Yang Berhormat Muar oleh Yang Berhormat Pasir Mas. Yang Berhormat Lumut bersama dengan Yang Berhormat Jempol.
Yang Berhormat Permatang Pauh bersama Yang Berhormat Pontian dan Yang Berhormat Sungai Petani bersama dengan Yang Berhormat Sibuti.
Satu perkara lagi saya ingin ingatkan kepada semua pemerhati. Kepada semua pemerhati, pemerhati yang telah dipilih sebentar tadi hendaklah mengundi terlebih dahulu kepada penghitung undi blok masing-masing. Jangan lupa sebelum pemerhati mengiringi penghitung undi yang ditetapkan. Terima kasih, saya tempohkan selama 10 minit.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 12.36 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 12.48 tengah hari]
Tuan Pengerusi
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat yang menjadi penghitung undi, sila ambil tempat masing-masing di hadapan blok Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Kunci pintu, kunci pintu.
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat yang menjadi pemerhati, saya ingin ingatkan sila mengambil tempat masing-masing dan mengundi terlebih dahulu di hadapan blok penghitung blok masing-masing dan mengambil tempat bersama penghitung undi yang akan diperhatikan.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Counting agent mengundi dulu.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Jangan lupa sain borang 14.
Tuan Pengerusi
Semua sedia?
Dato' Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya ingat Tuan Pengerusi kita perlu mengambil pemerhati daripada PBB.
[Ketawa]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Punya teruk kerajaan sampai pakai PBB.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Parti PBB daripada Sarawak.
Tuan Pengerusi
Kalau semua dah sedia, saya ingin sebagaimana amalan kita, Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada di dalam Dewan pada masa ini sahaja yang dibenarkan mengundi. Pintu akan dikunci selepas ini. Undian dijalankan sekarang.
[Dewan berbelah bahagi]
Tuan Pengerusi
[Pengundian dijalankan]
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat, keputusan undian adalah seperti berikut.
Ahli-ahli yang bersetuju 110.
[Tepuk] Ahli-ahli yang tidak bersetuju 104.
[Tepuk] Ahli-ahli yang tidak hadir 6.
Beberapa Ahli
Pengkhianat! Pengkhianat! Pengkhianat!
Tuan Pengerusi
Tolong, tolong.
YAB. Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin (Pagoh) 2. YB. Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak) 3. YB. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Bera) 4. YB. Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof (Petrajaya) 5. YB. Dato' Takiyuddin bin Hassan (Kota Bharu) 6. YB. Dato' Seri Hamzah bin Zainudin (Larut) 7. YB. Datuk Seri M. Saravanan (Tapah) 8. YB. Datuk Seri Mohd Redzuan bin Yusof (Alor Gajah) 9. YB. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Beluran) 10. YB. Puan Zuraida binti Kamaruddin (Ampang) 11. YB. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad (Mersing) 12. YB. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa (Ketereh)
YB. Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican (Kepala Batas) 14. YB. Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah (Lenggong) 15. YB. Dato' Sri Hajah Nancy Shukri (Batang Sadong) 16. YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi (Kapit) 17. YB. Dato' Sri Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (Santubong) 18. YB. Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) 19. YB. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz (Tanah Merah) 20. YB. Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali (Bagan Serai) 21. YB. Datuk Abd. Rahim bin Bakri (Kudat) 22. YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said (Kuala Krau) 23. YB. Tuan Jonathan bin Yasin (Ranau) 24. YB. Dato' Mohd Rashid bin Hasnon (Batu Pahat) 25. YB. Dato' Sri Azalina Othman Said. (Pengerang) 26. YB. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam) 27. YB. Datuk Seri Panglima Dr.Maximus Johnity Ongkili (Kota Marudu) 28. YB. Datuk Seri Rina binti Mohd Harun (Titiwangsa) 29. YB. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed (Jeli) 30. YB. Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Kubang Kerian) 31. YB. Dato' Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) 32. YB. Dato' Dr. Noraini Ahmad (Parit Sulong) 33. YB. Datuk Seri Dr. Adham bin Baba (Tenggara) 34. YB. Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Rembau) 35. YB. Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein (Sembrong) 36. YB. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique (Kota Tinggi) 37. YB. Dato’ Eddin Syazlee bin Shith (Kuala Pilah) 38. YB. Dato' Kamarudin Jaffar (Bandar Tun Razak) 39. YB. Tuan Muslimin bin Yahaya (Sungai Besar) 40. YB. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Hj. Samsudin (Masjid Tanah) 41. YB. Dato' Seri Dr. Santhara (Segamat) 42. YB. Dato' Mansor Othman (Nibong Tebal) 43. YB. Tuan Ali bin Biju (Saratok) 44. YB. Tuan Willie Anak Mongin (Puncak Borneo) 45. YB. Dato' Rosol bin Wahid (Hulu Terengganu) 46. YB. Datin Mastura binti Mohd Yazid (Kuala Kangsar) 47. YB. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya (Tasek Gelugor) 48. YB. Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad (Lipis) 49. YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib (Maran) 50. YB. Tuan Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) 51. YB. Dato' Hajah Hanifah Hajar Taib (Mukah) 52. YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah (Jasin) 53. YB. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin (Padang Besar) 54. YB. Dato' Henry Sum Agong (Lawas) 55. YB. Datuk Aaron Ago Dagang (Kanowit) 56. YB. Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah (Limbang) 57. YB. Tuan Arthur Joseph Kurup (Pensiangan) 58. YB. Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Rantau Panjang) 59. YB. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary (Pengkalan Chepa) 60. YB. Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi. (Tumpat) 61. YB. Tuan Haji Awang bin Hashim (Pendang) 62. YB. Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim (Kuala Terengganu) 63. YB. Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng (Tanjung Piai) 64. YB. Tuan Che Alias bin Hamid (Kemaman) 65. YB. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir (Setiu) 66. YB. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni (Sibuti) 67. YB. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi (Igan) 68. YB. Dato' Sri Hasan bin Arifin (Rompin) 69. YB. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz (Padang Rengas) 70. YB. Tuan Sabri bin Azit (Jerai) 71. YB. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman (Sik) 72. YB. Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa (Sipitang) 73. YB. Tuan Yusuf bin Abd Wahab (Tanjong Manis) 74. YB. Puan Rubiah binti Wang (Kota Samarahan) 75. YB. Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) 76. YB. Datuk Mohamad bin Alamin (Kimanis) 77. YB. Tuan Ramli Bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) 78. YB. Tuan Jugah Ak Muyang @ Tambat (Lubok Antu)
YB. Tuan Anyi Ngau (Baram) 80. YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi (Bagan Datuk) 81. YB. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (Pekan) 82. YB. Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu (Tambun) 83. YB. Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang (Marang) 84. YB. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim (Arau) 85. YB. Dato' Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem (Serian) 86. YB. Dato' Seri Mahdzir bin Khalid (Padang Terap) 87. YB. Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor (Putrajaya) 88. YB. Tan Sri Noh bin Haji Omar (Tanjong Karang) 89. YB. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz (Bachok) 90. YB. Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh (Pasir Puteh) 91. YB. Dato' Seri Tiong King Sing (Bintulu) 92. YB. Dato' Sri Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan) 93. YB. Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh (Besut) 94. YB. Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman (Pasir Salak) 95. YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan (Pontian) 96. YB. Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim (Batang Lupar) 97. YB. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub (Machang) 98. YB. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim (Baling) 99. YB. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari (Pasir Mas) 100. YB. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli (Dungun) 101. YB. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman (Kuala Krai) 102. YB. Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun (Beaufort) 103. YB. Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong (Hulu Rajang) 104. YB. Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh (Sabak Bernam) 105. YB. Dato' Haji Jalaluddin bin Alias (Jelebu) 106. YB. Dato' Haji Salim bin Sharif @ Mohd Sharif (Jempol) 107. YB. Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria (Parit) 108. YB. Datuk Zakaria bin Mohd Edris (Libaran) 109. YB. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris (Jerantut) 110. YB. Datuk Robert Lawson Chuat (Betong)
YB. Tuan Kesavan a/l Subramaniam (Sungai Siput) 2. YB. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji (Jelutong) 3. YB. Puan Wong Shu Qi (Kluang) 4. YB. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching) 5. YB. Tuan Steven Choong Shiau Yoon (Tebrau) 6. YB. Puan Vivian Wong Shir Yee (Sandakan) 7. YB. Puan Hajah Natrah Binti Ismail (Sekijang) 8. YB. Puan Rusnah Binti Aluai (Tangga Batu) 9. YB. Tuan Cha Kee Chin (Rasah) 10. YB. Tuan Teh Kok Lim (Taiping) 11. YB. Puan Noorita Binti Sual (Tenom) 12. YB. Tuan Haji Ahmad bin Hassan (Papar) 13. YB. Datuk Rozman bin Isli (Labuan) 14. YB. Tuan Baru Bian (Selangau) 15. YB. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Langkawi) 16. YB. Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir (Jerlun) 17. YB. Dr. Maszlee bin Malik (Simpang Renggam) 18. YB. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman (Muar) 19. YB. Dato' Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah (Kubang Pasu) 20. YB. Datuk Dr. Shahruddin Bin Md. Salleh (Sri Gading) 21. YB. Tuan Su Keong Siong (Kampar) 22. YB. Dr. Azman bin Ismail (Kuala Kedah) 23. YB. Tuan Sim Chee Keong (Bukit Mertajam) 24. YB. Tuan Chan Ming Kai (Alor Setar) 25. YB. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh (Bukit Gelugor) 26. YB. Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus (Hulu Langat) 27. YB. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh (Ledang) 28. YB. Puan Kasthuriraani a/p Patto (Batu Kawan) 29. YB. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad (Setiawangsa) 30. YB. Tuan Wong Kah Woh (Ipoh Timur) 31. YB. Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (Julau) 32. YB. Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli (Lumut) 33. YB. Tuan Khoo Poay Tiong (Kota Melaka)
YB. Tuan Charles Anthony Santiago (Klang) 35. YB. Tuan Sim Tze Tzin (Bayan Baru) 36. YB. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan (Segambut) 37. YB. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor) 38. YB. Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik (Balik Pulau) 39. YB. Datuk Mohamaddin bin Ketapi (Lahad Datu) 40. YB. Tuan Chan Foong Hin (Kota Kinabalu) 41. YB. Puan June Leow Hsiad Hui (Hulu Selangor) 42. YB. Tuan Wong Hon Wai (Bukit Bendera) 43. YB. Tuan Hassan bin Abdul Karim (Pasir Gudang) 44. YB. Tuan Oscar Ling Chai Yew (Sibu) 45. YB. Tuan Noor Amin bin Ahmad (Kangar) 46. YB. Datuk Dr. Hasan bin Bahrom (Tampin) 47. YB. Tuan Wong Tack (Bentong) 48. YB. Puan Maria Chin binti Abdullah (Petaling Jaya) 49. YB. Tuan Awang Husaini bin Sahari (Putatan) 50. YB. Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Farkharudy (Kota Belud) 51. YB. Tuan Mordi anak Bimol (Mas Gading) 52. YB. Tuan Prabakaran a/l M. Parameswaran (Batu) 53. YB. Tuan Pang Hok Liong (Labis) 54. YB. Datuk Wira Haji Mohd Anuar Mohd Tahir (Temerloh) 55. YB. Tuan Wong Ling Biu (Sarikei) 56. YB. Tuan Karupaiya a/l Mutusami (Padang Serai) 57. YB. Tuan Ma'mun bin Sulaiman (Kalabakan) 58. YB. Tuan Tan Kok Wai (Cheras) 59. YB. Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail (Pandan) 60. YB. Puan Nurul Izzah binti Anwar (Permatang Pauh) 61. YB. Tuan M. Kulasegaran (Ipoh Barat) 62. YB. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew (Wangsa Maju) 63. YB. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) 64. YB. Dr. Lee Boon Chye (Gopeng) 65. YB. Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa (Parit Buntar) 66. YB. Datuk Ignatius Darell Leiking (Penampang) 67. YB. Tuan William Leong Jee Keen (Selayang) 68. YB. Tuan Loke Siew Fook (Seremban) 69. YB. Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena) 70. YB. Tuan R. Sivarasa (Sungai Buloh) 71. YB. Puan Alice Lau Kiong Yieng (Lanang) 72. YB. Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid (Kapar) 73. YB. Tuan Ong Kian Ming (Bangi) 74. YB. Tuan Wong Chen (Subang) 75. YB. Puan Yeo Bee Yin (Bakri) 76. YB. Puan Nor Azrina binti Surip (Merbok) 77. YB. Tuan Lim Lip Eng (Kepong) 78. YB. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (Port Dickson) 79. YB. Tuan Haji Mohamad bin Sabu (Kota Raja) 80. YB. Tuan Lim Guan Eng (Bagan) 81. YB. Tuan Lim Kit Siang (Iskandar Puteri) 82. YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail (Kulim Bandar Baharu) 83. YB. Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub (Pulai) 84. YB. Tuan Gobind Singh Deo (Puchong) 85. YB. Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam (Kuala Langat) 86. YB. Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) 87. YB. Dato' Johari bin Abdul (Sungai Petani) 88. YB. Tuan Chang Lih Kang (Tanjong Malim) 89. YB. Tuan Nga Kor Ming (Teluk Intan) 90. YB. Tuan Chong Chieng Jen (Stampin) 91. YB. Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir (Johor Bahru) 92. YB. Puan Fuziah binti Salleh (Kuantan) 93. YB. Tuan Khalid bin Abd. Samad (Shah Alam) 94. YB. Tuan Tony Pua Kiam Wee (Damansara) 95. YB. Datuk Mohd Azis bin Jamman (Sepanggar) 96. YB. Dr. Michael Teo Yu Keng (Miri) 97. YB. Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji (Raub) 98. YB. Puan Teo Nie Ching (Kulai) 99. YB. Datuk Seri Shamsul Iskandar @Yusre bin Mohd Akin (Hang Tuah Jaya)
YB. Dato' Ngeh Koo Ham (Beruas) 101. YB. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil (Lembah Pantai) 102. YB. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin (Sepang) 103. YB. Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (Tuaran) 104. YB. Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (Batu Gajah)
YB. Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan (Keningau) 2. YB. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) 3. YB. Dato' Masir Kujat (Sri Aman) 4. YB. Datuk Christina Liew Chin Jin (Tawau) 5. YB. Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) 6. YB. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal (Semporna) [Masalah disetujukan] [Kepala B.24 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat,masalah seterusnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.24 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2021 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.24 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat semua, Kepala Bekalan B.25 dan Kepala Pembangunan P.25 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna terbuka untuk di bahas. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Menyentuh B.25 Butiran 020000 dan juga bersekali dengan 020100 dan juga 040200 kerana ia membabitkan isu yang berkaitan dengan kenaikan harga barang dan juga pengawalan terhadap kenaikan harga barang.
Kita melihat bahawa di akhir-akhir ini berlaku kenaikan harga barang khususnya barang-barang kawalan yang saya tidak pasti sama ada kenaikan itu melepasi daripada harga yang telah pun ditetapkan oleh kerajaan ataupun tidak. Namun ianya sangat terkesan kepada masyarakat di luar bandar dan juga di bandar khususnya dalam menghadapi suasana pandemik COVID-19 ini apabila sebahagian daripada masyarakat dan rakyat ini kehilangan pekerjaan ataupun pengurangan pendapatan dan disekalikan pula dengan kenaikan harga barang.
Contohnya yang sangat ditimbulkan baru-baru ini iaitu kenaikan harga bawang, sama ada bawang kecil ataupun bawang besar. Hari ini sendiri saya check di kawasan saya dalam kawasan perkampungan di kawasan pendalaman, kalau bawang kecilnya antara RM13.00 sekilo, bawang besar masih lagi RM12.00 sekilo sedangkan sebelum- sebelum ini, sebelum-sebelum berlaku kenaikan yang tinggi ini yang pernah juga sampai kepada RM18.00 sekilo ini sebelum itu hanya RM2.00 atau RM3.00 sekilo sahaja. Ini sangat memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat dan rakyat di dalam negara kita.
Ini juga berkaitan juga dengan berlaku kenaikan saya dimaklumkan tadi oleh peniaga iaitu kenaikan minyak masak yang 5kg yang dalam botol yang dahulunya sebelum ini dalam RM16.00 tetapi sekarang ini dalam RM20.00 ke RM25.00 untuk 5kg di dalam botol. Begitu juga dengan kenaikan barang-barang yang lain yang sepatutnya pihak kerajaan, pihak kementerian yang mempunyai pegawai penguat kuasa dan
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
bahagian pemantau harga ini dapat membuat pemantauan dan menguat kuasa untuk mengelak daripada berlakunya kenaikan harga barang yang begitu membebankan.
Kalau harga halia sahaja hari ini RM12.00 ke RM13.00 sekilo dan ini tersangat memberikan kesan yang sangat berat kepada masyarakat dan rakyat.
Jadi sebab itu, saya mohon kepada pihak kerajaan, kepada pihak kementerian untuk menyatakan dan menjelaskan kepada saya apakah punca-punca kenaikan harga barang-barang ini. Saya faham bahawa harga bawang ini bawang import sama ada daripada China, bawang Holland dari India ataupun dari Thailand.
Akan tetapi saya hendak tahu apakah masalah punca-punca berlakunya kenaikan harga barang, harga bawang yang begitu tinggi sekarang ini yang membebankan dan memberi kesan juga kepada kenaikan barangan makanan yang kita makan di kedai itu sendiri. Ini kerana mereka juga menggunakan bawang dalam resepi masakan mereka.
Saya minta juga apakah langkah-langkah yang telah pun dilakukan dan berapakah program penguatkuasaan, pemantauan untuk memastikan mereka tidak menaikkan harga barang dan berapa ramai pemborong-pemborong besar ini yang telah pun diambil tindakan yang menyebabkan mereka menaikkan harga barang.
Akhir sekali yang saya hendak dapat penjelasan berkaitan dengan Butiran 040100 – Bertugas ke Luar Negara. Kalau tahun 2020 hanya RM859,100 peruntukan ini untuk 2021 – RM1,800,000. Jadi dalam suasana pandemik COVID-19 ini, saya hendak tahulah apa program lawatan ke luar negara yang bakal dibuat nanti pada tahun 2021.
Berapakah perbelanjaan daripada RM895,000 pada tahun 2020 ini yang telah dibelanjakan di mana tahun ini yang mereka telah pergi ke luar negara. Adakah mereka telah berbelanja habis?
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Saya lihat bahawa banyak kementerian meletakkan untuk tahun hadapan ada peruntukan bertugas di luar negara. Jadi saya hendak tahu apakah tugas-tugas khususnya untuk kementerian ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Betong.
Datuk Robert Lawson Chuat - Betong
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 020000 – Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri di bawah Program 020400 – Penguatkuasaan. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian seperti berikut:
(i) bagaimana pihak penguat kuasa kementerian memantau aktiviti iklan serta tindakan yang telah diambil kepada peniaga yang cuba memperdaya pembeli dengan menjual produk yang jauh berbeza daripada yang diiklankan dari segi saiz, rupa, harga dan sebagainya;
(ii) adakah bilangan anggota penguat kuasa akan ditambah di negeri Sarawak bagi meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan di negeri Sarawak;
(iii) bagaimana pihak kementerian membanteras penyelewengan dan ketirisan barang kawalan terutama yang berlaku di kawasan pendalaman negeri Sarawak. Berapakah kes penyelewengan dan ketirisan barang kawalan yang berjaya diselesaikan di negeri Sarawak; dan
(iv) bagaimana pihak penguat kuasa memantau aktiviti serta kegiatan jualan langsung serta skim piramid yang memperdaya pengguna. Berapakah jumlah kes kegiatan jualan langsung serta skim piramid ini yang berjaya dibongkar dan diambil tindakan.
Datuk Robert Lawson Chuat - Betong
Saya juga ingin merujuk kepada Butiran 030000 – Pendayaupayaan Pengguna di bawah Program 030400 – Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian:
(i) bagaimanakah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dapat membantu pembeli yang terpedaya apabila melakukan transaksi online. Berapa banyakkah kes tuntutan penipuan online yang telah berjaya diselesaikan melalui TTPM.
Berapakah jumlah tuntutan maksimum yang boleh dibuat melalui TTPM;
(ii) apakah kes tertinggi yang difailkan di Tribunal Tuntutan Pengguna;
(iii) berapakah tempoh masa yang diambil oleh TTPM untuk menyelesaikan sesuatu kes tuntutan pengguna;
(iv) masyarakat masih kurang pendedahan tentang fungsi dan peranan TTPM, apakah langkah advokasi kepenggunaan berhubung perkara ini.
Saya juga ingin merujuk kepada program khusus 040000 – Emolumen Pegawai Pemantau Harga (PPH) di bawah kod 040200:
(i) mengapa emolumen Pegawai Pemantau Harga (PPH) menurun dari RM45 juta kepada RM41 juta. Adakah kementerian berhasrat untuk mengurangkan jumlah Pegawai Pemantau Harga (PPH);
(ii) berapakah jumlah Pegawai Pemantau Harga (PPH) yang bertugas di negeri Sarawak;
(iii) adakah kementerian berhasrat untuk menambahkan jumlah Pegawai Pemantau Harga (PPH) di negeri Sarawak memandangkan dari segi jajaran geografi negeri ini yang begitu luas; dan
(iv) sejauh manakah Program Price Catcher yang dibangunkan oleh kementerian dapat membantu golongan masyarakat terutama di kawasan luar bandar bagi membuat perbandingan harga barangan. Di manakah perbandingan harga dibuat, seberapa cepat sesuatu perbandingan dimuat naik di dalam sistem ini untuk diakses oleh pengguna.
Berapa ramai pengguna yang telah memuat turun program ini.
Sekian sahaja, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Setiawangsa.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Setiawangsa ingin menyentuh perkara Butiran 010000 – Pengurusan dan Butiran 010200 – Dasar dan Perancangan Strategik. Pertama tentang Program Subsidi Bersasar petrol RON95 untuk B40 dan M40.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Kita telah dimaklumkan bahawa program ini, yang dirancang oleh kerajaan terdahulu telah dibatalkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional. Kalau mengikut mekanisme subsidi bersasar, apabila harga RON95 melepasi RM2.08 maka mekanisme subsidi bersasar akan diaktifkan yang mana jumlah tertentu akan diberikan kepada golongan B40 dan M40. Apakah rasional untuk tidak meneruskan keputusan ini? Bukankah ketika mana harga petrol dunia berada pada tahap yang rendah, kalau hari ini harga RON95 adalah RM1.67 seliter, ini adalah peluang untuk kita mengunci atau dengan izin, lock-in harga tersebut bagi membolehkan subsidi kerajaan lebih tersasar apabila harga minyak naik nanti.
Kedua, Setiawangsa ingin menyentuh tentang Butiran 020600 – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC). Setiawangsa ingin memuji MyCC yang terus aktif menjalankan tanggungjawabnya ketika COVID-19. Ini dengan selaras usaha berterusan
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
MyCC selama ini dengan kempen hashtag ataupun tanda pagar #bebascartel untuk memastikan persaingan terbuka dan padang yang sama rata dapat diteruskan demi faedah ekonomi terutamanya pengguna. Setiawangsa ambil maklum peningkatan peruntukan untuk MyCC dinaikkan daripada sejumlah RM5.45 juta pada 2020 kepada sebanyak RM6.5 juta pada tahun 2021.
Namun, Setiawangsa merasakan bahawa MyCC patut diberikan peruntukkan yang lebih besar untuk menjalankan tugasnya dengan lebih baik walaupun sudah berusia lebih 10 tahun sebagai badan pengawal selia (regulator), masih banyak ruang pembaikan. Persaingan yang sihat adalah baik untuk pengguna. Tanpa peruntukkan wang yang cukup seolah-olah kita hanya melepaskan batok di tangga. Ekonomi negara kita sangat didominasi oleh gergasi korporat dan kerajaan serta wujud banyak kolusi.
MyCC yang kuat sangat diperlukan untuk mengatasi perkara ini. MyCC juga sepatutnya mempunyai kuasa menyelia transaksi penggabungan dan pengambil alihan ataupun M&A dengan izin.
Kebanyakan autoriti persaingan di Asia Tenggara mempunyai kuasa ini. Akan tetapi, MyCC tiada. Ini menyebabkan banyak transaksi M&A yang menimbulkan tumpuan pasaran ataupun market concentration yang telah merugikan pengguna dan syarikat gergasi yang too big to fail dengan izin yang lahir dan kemudian apabila gagal terpaksa diselamatkan oleh pihak kerajaan.
Pada masa yang sama, Setiawangsa berharap kerajaan mempertimbangkan langkah sementara ketika negara bangkit daripada pandemik COVID-19 untuk mengambil contoh negara-negara lain yang mana MyCC boleh melonggarkan beberapa aspek. Contohnya di United Kingdom, Competition and Markets Authority membolehkan peruncit berkongsi data tentang kadar stok, bekerjasama untuk memastikan kedai terus dibuka dan berkongsi depot pengedaran dan van penghantaran.
Di Amerika Syarikat pula Department of Justice dan juga Federal Trade Commissionmemperkenalkan penilaian yang dipercepatkan sebarang proposal atau cadangan melibatkan COVID-19 yang melibatkan kerjasama pesaing seperti kajian dan penyelidikan dan juga perkongsian maklumat teknikal. Jadi, ini perkara-perkara yang Setiawangsa ingin bangkitkan untuk di bawah KPDNHEP. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Rasah.
Eh! Maaf. Yang Berhormat Jempol. Lupa saya dekat Yang Berhormat Jempol tadi.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana membenarkan saya untuk bersama dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di peringkat Jawatankuasa Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Negeri Ehwal Pengguna. Butiran 041000 – Kempen Belian Barangan Malaysia. Kempen ini merupakan penjanaan semula kepada Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia yang pernah dilancarkan pada tahun 1998.
Ini bermakna, kita mengambil pendekatan selama 22 tahun yang berlalu menggalakkan pengguna membeli barangan buatan Malaysia. Apakah pembaharuan yang telah dilakukan oleh kementerian terhadap Kempen Beli Barangan Malaysia pada masa ini berbanding 22 tahun yang lalu? Apakah peruntukan sebanyak RM22 juta pada tahun hadapan mencukupi untuk kempen mencapai matlamat objektif pelaksanaan kempen ini.
Pada bulan Julai yang lalu, kempen ini telah dilancarkan sebagai salah satu instrumen untuk merangsang pemulihan dan daya saing ekonomi ekoran penularan wabak COVID-19. Sejauh manakah kempen ini telah berjaya membantu pengusaha tempatan untuk meningkatkan hasil jualan mereka dalam tempoh 5 bulan yang berlalu?
Selain itu, kempen ini juga bertujuan untuk membuang persepsi negatif masyarakat terhadap kualiti barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengusaha tempatan. Apakah tindakan yang dilakukan oleh kementerian untuk menangani persepsi sebilangan besar rakyat Malaysia yang menganggap bahawa produk tempatan tidak berkualiti dan terbelakang berbanding dengan barangan import?
Bagaimanakah cara kementerian untuk menghapuskan royalty brand dalam kalangan pengguna berbangga dengan jenama luar.
Selain daripada pendekatan kempen kesedaran di media sosial dan Expo Belian Barangan Buatan Malaysia, pihak kementerian perlu lebih kreatif dalam melaksanakan dalam kempen tersebut. Saya cadangkan agar pihak kementerian
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
memperkenalkan kad barangan buatan Malaysia yang mendapat mata apabila berbelanja barangan tempatan serta boleh menebusnya untuk mendapat diskaun dan sebagainya. Kad tersebut berfungsi sama seperti kad yang berada di stesen-stesen minyak dan juga pusat membeli belah dan sebagainya.
Butiran 020400 – Penguatkuasaan. Penguatkuasaan merupakan aspek penting yang perlu diberikan perhatian oleh kementerian. Tanpa penguatkuasaan efektif, segala bidang kuasa di bawah kementerian KPDNHEP akan terlihat lemah. Peruntukan bagi penguatkuasaan pada tahun adalah berkurangan sejumlah RM3 juta berbanding tahun sebelumnya sebanyak RM37 juta kepada RM34 juta. Mengapa peruntukan ini dikurangkan?
Pada hemah saya, peruntukan bagi penguat kuasa sepatutnya ditingkatkan kepada kadar yang lebih munasabah. Hal ini kerana, norma baharu pada hari ini telah menuntut pengguna berbelanja secara online. Berdasarkan kepada pemerhatian saya, masih ramai peniaga di media sosial tidak mematuhi undang-undang yang sedia ada iaitu mempamerkan harga. Selain daripada itu, ramai dalam kalangan pengguna telah tertipu dengan tawaran harga sesuatu barangan yang terlalu rendah sekali gus terpedaya dengan perangkap internet.
Berdasarkan statistik PDRM, penipuan pembelian dalam talian e-Dagang telah mencatatkan aduan penipuan tertinggi iaitu sebanyak 2,500 kes berbanding jumlah kerugian RM17 juta dalam tempoh PKP dilaksanakan. Ini merupakan perkara yang serius yang perlu diberikan perhatian oleh pihak kementerian yang hendak ditangani dengan segera.
Berapa bilangan sebenar kakitangan penguat kuasa dan apakah setakat ini tindakan dibuat? Berapa ramai tugas untuk memerlukan pemantauan di media sosial serta bagaimana kaedah pemantauan dilakukan di dalam media sosial? Adakah kementerian hendak wujudkan friend of KPNHEP pada masa-masa yang lalu supaya pemantauan ini dapat dibuat di peringkat akar umbi.
Butiran 04004 – Pembangunan Keusahawanan: Pembangunan Francais.
Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kementerian berusaha meningkatkan kesedaran pembabitan usahawan muda dalam program francais. Pada tahun hadapan sejumlah RM3.8 juta diperuntukkan untuk terus menggalakkan penyertaan masyarakat golongan usahawan dan pelajar IPT bagi menceburi bidang francais.
Ini peningkatan peruntukan sebanyak RM2.5 juta berbanding tahun lepas sejumlah RM1.3 juta. Menerusi belanjawan pada tahun hadapan, berapakah anggaran individu yang bakal dapat manfaat daripada peruntukkan tersebut? Sistem francaismenuntut kita terlibat dalam pengeluaran yuran yang dikenakan kepada francaisyang ada.
Jadi, saya mohon supaya mereka yang terlibat dalam COVID-19 ini perniagaan tidak dapat dijalankan dengan sepenuhnya tetapi franchisor tetap menggunakan cukai yuran yang sangat tinggi. Mereka ini pun berhak untuk mendapat moratorium seperti mana yang diumumkan tempoh hari iaitu bagi pembayaran bank, begitu juga francaisdan pemegang francaisjuga perlu diberi hak yang sama. Jadi, saya mencadangkan segala-galanya kepada perbahasan ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan. Saya ada tujuh perkara yang hendak dikemukakan pada perbahasan pada tengah hari ini.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Perkara pertama di bawah Butiran 040100 – Bertugas ke Luar Negara. Kalau pada tahun lepas, dalam Belanjawan 2020 sebanyak RM859,000. Kali ini naik lebih sebanyak 100 peratus kepada sebanyak RM1.8 juta. Saya rasa pada ketika kita menghadapi pandemik COVID-19 di seluruh dunia, bukan sahaja di negara kita, kenapa perlu peruntukan untuk tajuk ini, untuk perkara ini dinaikkan? Oleh sebab saya rasa banyak perkara boleh dilakukan secara online, secara maya. Persidangan APEC yang begitu besar, begitu penting pun boleh dilakukan secara maya. Jadi, saya mohon jawapan daripada kementerian, kenapakah kenaikan ini? Juga manakah negara yang
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
pergi dan apakah tujuan yang sebenarnya? Itu perkara pertama. Kedua, di bawah Butiran 041000 – Kempen Beli Barangan Malaysia. Sebanyak RM20 juta diperuntukkan. Saya rasa ini satu cadangan yang bersesuaian yang diperlukan pada ketika kita menghadapi pandemik COVID-19 ketika ini.
Bagi saya, walaupun kita pada zaman yang cukup sukar kerana pandemik COVID-19 tetapi inilah peluang yang kita kena ambil untuk kita mempromosikan produk buatan Malaysia, tak kira produk pertanian ataupun barangan daripada sektor pengilangan dan sebagainya. Tak kira jenis yang boleh dimakan ataupun sebagainya sebab kita banyak mengeluarkan barang tetapi kita gagal mempromosikannya selama ini. Jadi, saya harap sebanyak RM20 juta ini digunakan sepenuhnya. Cuma, saya hendak tanya apakah ada program-program khusus seperti karnival dan sebagainya yang boleh membantu pengusaha tempatan untuk mempromosikan barangan buatan tempatan?
Bagi saya, kementerian kena jawab, kena maklumkan dan supaya rakyat kita tahu.
Banyak pengeluar tempatan menanti berita baik daripada pihak kementerian berkenaan dengan perkara ini.
Ketiga, di bawah Butiran 040900 – Program Tindakan Sara Hidup. Kalau pada belanjawan tahun lepas sebanyak RM10 juta diperuntukkan, tahun ini RM0. Kenapa berlaku bukan setakat penurunan tetapi langsung tiada peruntukan langsung. Kenapa, saya hendak tahu? Apakah program sebelum ini tidak mencapai matlamat ataupun program yang telah dilakukan di bawah Belanjawan 2020 tidak diteruskan lagi, telah di tamatkan dan sebagainya? Apakah program ini berkaitan dengan Food Bank yang telah dilancarkan ketika Kerajaan Pakatan Harapan dahulu? Apakah ia berkaitan? Kalau berkaitan, kenapa ditamatkan? Kalau tidak berkaitan dengan Food Bank, saya hendak tanya juga. Kenapa Food Bank tidak diberikan promosi yang sebenarnya ataupun apakah pendirian daripada kementerian di bawah kerajaan baharu? Apakah tiada Food Bank lagi dan sebagainya?
Perkara keempat, di bawah Butiran 040800 – Sumbangan Kepada Badan- badan Lain. Sebanyak RM1.3 juta diperuntukkan. Saya hendak tahu, apakah sumbangan ini kepada NGO? Oleh sebab NGO yang terlibat mungkin persatuan pengguna sahaja, kalau untuk kementerian ini. Jadi, siapakah penerima (beneficiary) untuk sebanyak RM1.3 juta ini dan macam manakah mekanisme pemberian peruntukan ini? Perkara kelima yang saya hendak sebutkan adalah di bawah Butiran 050200 – Perpindahan Pejabat Baharu sebanyak RM2.26 juta diperuntukkan. Saya hendak tanya, ini pejabat di mana? Adakah ibu pejabat ataupun pejabat di peringkat negeri dan sebagainya? Tempat mana? Adakah ia melibatkan mana-mana negeri ataupun daerah? Saya rasa kena maklumkan untuk pengetahuan semua.
Perkara keenam, di bawah Butiran 040200 – Emolumen Pegawai Pemantau Harga (PPH) sebanyak RM41 juta diperuntukkan. Ia lebih kurang sama, kalau tahun lepas sebanyak RM45 juta diperuntukkan. Saya difahamkan tugas Pegawai Pemantau Harga (PPH) ini lebih kepada pemantauan harga di kedai-kedai konvensional ataupun pasar raya, super market, mini market, pasar dan sebagainya. Akan tetapi trend pada hari ini, perniagaan banyak online, secara atas talian melalui Facebook ke ataupun dan sebagainya, WhatsApp ke. Jadi, macam mana pemantauan untuk jenis trend perniagaan baharu ini? Apakah ada pemantauan ataupun ada satu mekanisme pendekatan memantau harga? Ini kita bukan hendak halang, ini satu trend yang tak boleh dihalang dan memang wajar kita galakkan bersesuaian dengan teknologi hari ini. Akan tetapi macam mana hendak memantau harga barangan untuk kepentingan pengguna yang semakin ramai, semakin hari semakin banyak melanggan barang secara online ini?
Perkara terakhir adalah di bawah Kepala 00600 – Pembangunan Infrastruktur Asas. Saya nampak sebanyak RM59 juta daripada sebanyak RM66 juta yang diperuntukkan untuk kementerian ini di bawah tajuk pembangunan digunakan untuk pembangunan infrastruktur asas. Saya hendak tanya, apakah jenis infrastruktur yang akan dinaik taraf, ditambah baik ataupun ditambah lagi pembangunannya? Apakah ia lebih kepada perniagaan online? Oleh sebab kita tahu trend tadi saya sudah sebutkan, trend perniagaan hari ini menuju kepada perniagaan atas talian dan sebagainya. Bukan pergi ke kedai, bukan pergi ke premis pasar raya. Akan tetapi apakah sebanyak RM59 juta tersebut, banyak digunakan untuk menaik taraf infra asas berkaitan dengan perkara ini supaya kepentingan pengguna dapat sentiasa terjamin? Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa Yang Berhormat Menteri kalau hendak menggulung 1.45, saya ada lagi sebanyak 20 minit untuk seramai empat orang. Jadi, saya hendak jemput selepas ini Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, kemudian Yang Berhormat Libaran, Yang
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Berhormat Kepong dengan Yang Berhormat Hulu Rajang, kalau sempatlah. Saya jemput Yang Berhormat Libaran. Yang Berhormat Libaran, lima minit boleh?
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Ada, terima kasih Tuan Pengerusi memberi peluang kepada saya untuk membahas Belanjawan 2021 Peringkat Jawatankuasa. Terutama sekali di bawah Butiran 020100 – Pengawalseliaan Barang Kawalan dan Subsidi. Butiran 020400 – Penguatkuasaan. Baru-baru ini harga bawang merah di pasaran dilaporkan harga meningkat secara drastik. Selepas India mengenakan pengharaman eksport di sebabkan bencana banjir monsun di negara itu. Ada juga aduan diterima kononnya bawang merah di pasaran berkualiti rendah tetapi harga mahal. Selain usaha pemantauan, pemeriksaan dan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh kementerian, adakah kerajaan bercadang supaya bawang merah disenaraikan sebagai barang terkawal? Memandangkan hal sedemikian seumpamanya kitaran berulang di setiap hujung tahun.
Ini adalah kerana kenaikan harga bahan mentah mendadak dan meningkat kos pembelian dan membebankan rakyat. Selain itu, memandangkan sekarang telah memasuki musim perayaan, banyak perayaan yang akan kita hadapi iaitu Sambutan Hari Natal dan Tahun Baru, Hari Thaipusam pada Januari serta Tahun Baru Cina di bulan Februari akan datang ini. Saya ingin menyeru kepada kerajaan, bahawa selain memastikan bekalan makanan pada musim perayaan adalah mencukupi, pemantauan dan pemeriksaan ke atas harga barangan dan barang kawalan subsidi juga perlu diperketatkan. Jadi, baru-baru ini terdapat laporan bahawa ada pihak tertentu telah mengimport daging beku yang tidak halal, kemudian dibungkus pula semula dan dilabelkan sebagai daging halal sebelum diedarkan ke seluruh negara.
Hal sedemikian tidak patut berlaku dan tindakan tegas perlu diambil terhadap penyeludup daging beku import kerana ia membabitkan soal akidah orang Islam. Justeru, demi menjamin pengguna Islam, adakah kerajaan bercadang untuk menarik semula daging beku import daripada pasaran di negara lain? Seterusnya, bagi Butiran 03000 – Pendayaupayaan Penggunaan. Kebelakangan ini, Suruhanjaya Kesihatan Perbendaharaan melaporkan bahawa sampel tiga bungkus makanan sejuk beku yang telah diimport positif COVID-19 selepas ujian saringan dijalankan. Persoalan saya, Tuan Pengerusi, bagaimana KPDNHEP memantapkan lagi kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan untuk meningkatkan lagi usaha menyekat kemasukan makanan import bagi mengekang penularan COVID-19? Adakah peraturan atau perintah berkaitan bagi mengelakkan lagi penularan COVID-19 menerusi rantaian makanan sejuk beku melalui jalan darat dan jalan air? Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Hang Tuah Jaya? Yang Berhormat Kepong? Yang Berhormat Papar? Silakan.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 040900 – Program Tindakan Sara Hidup. Dalam ceramah perdana GRS ketika kempen PRN Sabah tiga bulan yang lalu, Yang Amat Berhormat Pagoh ada menyebut berkenaan dengan keprihatinan kerajaan terhadap kenaikan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat Sabah terutamanya penduduk-penduduk yang tinggal di pedalaman yang selalu bergelut dengan masalah banjir, jalan rosak, perhubungan internet dan juga perkhidmatan kesihatan.
Dalam ucapannya, Yang Amat Berhormat Pagoh menyatakan bahawa beliau telah mengarahkan Menteri untuk menyediakan laporan penyelesaian di samping melaksanakan kajian terhadap perbezaan kos sara hidup di antara negeri Sabah dan Semenanjung. Saya ingin bertanya status laporan tersebut dan bilakah ia boleh kita gunakan untuk menangani masalah ini?
Soalan saya seterusnya ialah dengan zero allocation untuk Program Tindakan Sara Hidup bagi tahun 2021. Bagaimanakah kementerian dapat menunaikan hasrat politik Gabungan Rakyat Sabah bagi mengkaji dan seterusnya menyelesaikan masalah kos sara hidup rakyat Sabah seperti yang diucapkan oleh Perdana Menteri dalam ceramah perdana tersebut.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Soalan seterusnya, apakah medium of engagement kementerian dengan Ahli- ahli Parlimen Sabah untuk mewujudkan by-partisan involvement untuk mencari penyelesaian terhadap peningkatan kos sara hidup rakyat Sabah memandangkan tiada lagi Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang sebelum ini diteruskan oleh pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan Warisan.
Soalan saya seterusnya, apakah mekanisme terbaik yang boleh dilaksanakan oleh kementerian dalam memastikan rantaian bekalan barang-barang asas di Sabah tidak memberi kesan kepada penentuan harga jualan, lebih-lebih lagi yang didorong oleh faktor logistik, permintaan dan penawaran serta availability of inventory. Butiran 020400 – Penguatkuasaan. Ketika Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu menjadi Menteri, telah diperkenalkan satu Sistem Pengurusan Penguatkuasaan Bersepadu ataupun Integrated Enforcement Management System (IEMS) bagi mewujudkan efficiency dalam penguatkuasaan harga. Dengan IEMS, kompaun boleh dikeluarkan secara elektronik serta meningkatkan work efficiency pegawai-pegawai penguat kuasa KPDNHEP dalam menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan yang boleh mempercepatkan proses kompaun terhadap peniaga-peniaga yang melanggar pematuhan harga syiling barangan kawalan.
Soalan saya, adakah kementerian masih lagi meneruskan pelaksanaan IEMS ini? Jika tidak, apakah bentuk teknologi yang akan diguna bagi tujuan penguatkuasaan yang fungsinya setanding dengan IEMS yang sudah digunakan oleh banyak negara- negara membangun.
Soalan kedua, sekiranya IEMS masih dilaksanakan bagaimanakah penggunaan technological enforcement tersebut dapat diberi penambahbaikan dalam mewujudkan kecekapan serta kepantasan untuk mengenal pasti barang-barang seludup dari negara jiran seperti rokok yang dijual secara senyap-senyap di kedai-kedai runcit di seluruh negeri Sabah.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, di Sabah penjual-penjual rokok seludup membuat aktiviti jual beli terang-terang tanpa takut kepada penguatkuasaan ataupun ada elemen kolaborasi antara mereka. Soalan saya seterusnya, bagaimanakah kementerian dapat memantapkan lagi pemantauan serta penguatkuasaan terhadap harga pelitup muka di seluruh negeri Sabah bagi mengekang perbuatan stockpiling oleh peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab yang ingin mengaut untung daripada penjualan lebih harga siling yang ditetapkan. Terima kasih banyak-banyak.
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Baram.
Tuan Anyi Ngau - Baram
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi laluan kepada saya. Saya terus kepada Butiran 040400 – Program Pengedaran Barang Perlu LPG dan Community Druming dan juga Butiran 040600 – Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan.
Tuan Pengerusi, peruntukan untuk community drumming dinaikkan dari RM150 juta kepada RM200 juta iaitu peningkatan sebanyak RM50 juta. Manakala Program Penyelenggaraan Harga Sabah, Sarawak dan Labuan meningkat 100 peratus kepada sejumlah RM40 juta. Saya hendak bertanya kepada pihak kementerian, sama ada peruntukan ini mencukupi atau tidak untuk di negara kita sebab kita faham di Sarawak dan juga di Sabah, kawasan ini memang kawasan pedalaman dan jauh di pedalaman.
Seterusnya, saya hendak tanya dengan pihak kementerian juga, berapakah jumlah kawasan sedia ada di negeri Sarawak yang akan menikmati, bakal menikmati kemudahan-kemudahan ini setelah peruntukan ini dinaikkan?
Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin tanya apakah syarat ataupun kriteria yang diguna pakai oleh pihak kementerian untuk menentukan mana-mana tempat ataupun untuk menentukan tempat yang dipilih ini. Apa kriteria dia? Apa standard dia untuk menentukan mereka ini layak untuk diberi bantuan ataupun kemudahan ini?
Seterusnya, saya hendak tanya dengan pihak kementerian juga, apakah penambahbaikan dalam kaedah yang bakal digunakan oleh pihak KPDNHEP supaya tidak berlaku isu ketirisan di dalam penyampaian perkhidmatan program ini kepada kumpulan-kumpulan sasar, lebih-lebih lagi pada masa ini kita sedang menghadapi pandemik COVID-19. Saya percaya dengan adanya kemudahan-kemudahan macam ini, akan sedikit sebanyak dapat meringankan masalah mereka yang di kawasan pedalaman.
Tuan Anyi Ngau - Baram
Tuan Pengerusi, saya juga ingin sentuh berkenaan dengan Butiran 041000 – Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia. Saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian berhubung bagaimana usahawan dari negeri Sarawak dan juga tempat- tempat yang tertentu di negara kita ini supaya mereka boleh turut serta dalam program, dalam Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia ini.
Tuan Anyi Ngau - Baram
Saya juga hendak tanya, adakah sebarang usaha dari KPDNHEP untuk melaksanakan program ini di negeri Sarawak pada masa terdekat ini? Jadi, saya ucapkan banyak terima kasih. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang akhir sekali, sebelum Menteri menjawab, Yang Berhormat Hulu Rajang.
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merakamkan tahniah ke atas keprihatinan pihak kementerian dalam usaha menambahkan lagi Bajet 2021 ini dengan penambahan sebanyak RM50 juta yang dinantikan oleh wakil rakyat seperti saya di pedalaman ini.
Butiran 040400 – Untuk Program Pengedaran BarangPerlu, LPG dan Community Drummingsejumlah RM200 juta pada tahun 2021.
Sebagai wakil rakyat dari pedalaman, inilah yang ditunggu-tunggu dan dinanti- nanti oleh masyarakat kaum Iban dan juga Orang Ulu yang berada nun jauh di kawasan seperti di Hulu Rajang. Namun begitu, kerisauan saya adalah dari segi kaedah pelaksanaan, bagaimana masyarakat yang benar-benar memerlukan bantuan ini akan menerima peruntukan yang sedia ada ini?
Saya pasti, rakyat berterima kasih kerana kerajaan menanggung kos pengangkutan dari pembekal ke kawasan pedalaman terpilih untuk membekalkan tujuh barangan keperluan bersubsidi atau kawalan bagi membantu meringankan beban kos sara hidup penduduk di kawasan pedalaman yang terbabit.
Namun, tidak semuanya barangan ini sampai Tuan Pengerusi, kepada penggunanya. Contohnya, jika 100 buah tong gas yang telah diluluskan oleh pengedarnya, namun yang sampai di kawasan rumah panjang hanya 40 buah tong. Di manakah 60 buah tong, bakinya? Inilah saya tegaskan, pemantauan yang saya tegaskan tadi perlu tegas kerana saya menekankan kepada pihak KPDNHEP ini, harus memperkasakan operasi pemantauan dan penguatkuasaan Tuan Pengerusi, dalam usaha meningkatkan keyakinan rakyat dalam mengharungi situasi sukar ketika ini.
Bagi tujuan ini, saya ingin memohon agar pihak kementerian dapat mendirikan sebuah Pejabat Cawangan KPDNHEP di Daerah Belaga. Ini sangat perlu kerana ia dapat memudahkan urusan rakyat berhubung dengan pihak pejabat tanpa perlu bergerak sangat jauh dari kawasan rumah panjang, Tuan Pengerusi.
Selain daripada itu, saya bimbang terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab juga menjadi orang tengah, mengambil kesempatan di atas inisiatif ini. Di mana barangan subsidi ini dijual kepada orang luar atau rakyat asing khususnya mereka yang berdekatan dengan sempadan negara jiran seperti di kawasan Baram, kawasan Hulu Rajang.
Jadi, saya percaya dan juga mengesyorkan agar pihak kementerian mengambil cawangan ini. Di negeri mahupun di daerah perlu bekerjasama rapat dengan pejabat daerah, pejabat ahli parlimen ataupun pejabat tuan residen seperti di Sarawak, bagi memastikan mereka yang benar-benar layak ini menerima barangan di bawah skim ini.
Ini bagi memastikan inisiatif murni dan pencapaian matlamat ini terus kepada rakyat di pedalaman.
Untuk Butiran 041000 – Kempen Beli Barangan Malaysia. Kita semua mengetahui bahawa kempen ini telah bermula pada tahun 1998 hingga sekarang, diteruskan dengan sekarang. Jadi, saya menyambut baik ke atas inisiatif menggerakkan semula kempen ini dengan pemberian bajet kurang lebih sebanyak RM20 juta pada tahun 2021.
Saya ingin mencadangkan, agar kempen ini hanya tidak terhad kepada rakyat Malaysia sahaja. Namun, fokus juga diberikan kepada jutaan pekerja asing yang bermastautin di negara ini. Namun, turut harus menyokong pembelian barang buatan Malaysia agar ia dapat melonjakkan lagi ekonomi domestik di negara kita ini. Ramai di
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
antara warga negara asing yang bekerja sebagai buruh tidak mengenali jenama buatan Malaysia.
Tuan Pengerusi, oleh masa tidak mengizinkan, saya pergi ke Butiran 040900 – Program Tindakan Sara Hidup yang tidak ada beri sebarang peruntukan pada Bajet 2021. Saya juga bersama dengan rakan saya Yang Berhormat Rasah, kenapa, saya tertanya-tanya kenapa dan bukankah ini masa yang sangat penting bagi kita menilaikan sebarang program yang melibatkan keperluan sara hidup rakyat? Sekiranya kita berjaya mendapatkan vaksin COVID-19 ini pada penghujung tahun ini, maka, kita akan berhadapan dengan situasi dengan izin, false pandemic COVID-19 ini.
Saya pasti, cabaran yang akan jauh lebih berbeza dengan apa yang kita sedang lalui sekarang. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Menteri...
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Minta satu lagi? Tuan Pengerusi, boleh satu lagi?
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Saya kena – ada lagi satu kementerian. Yang Berhormat Menteri, sila gulung, 15 minit.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Rosol bin Wahid
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahi rabbil alamin wabihi nasta'in. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingin merakamkan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri yang memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada saya untuk menjawab dan menggulung di peringkat Jawatankuasa ini. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang saya lihat seramai sembilan orang yang menyuarakan hal-hal yang berkaitan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Pertama, saya ingin respond kepada apa yang dibangkitkan oleh sahabat saya Yang Berhormat Pokok Sena. Terima kasih masih setia berada di dalam Dewan, walaupun yang lain sudah tiada, iaitu berkaitan dengan kenaikan harga barang.
Jadi, ini kita akui bahawa kenaikan harga barang ini adalah harga bawang, bawang merah dan bawang besar, yang mana sampai satu masa mencapai sehingga ke RM13 atau RM18 satu kilogram. Jadi, sebenarnya untuk makluman, masalah yang kita hadapi sekarang ialah bawang yang naik harga itu ialah bawang yang diimport dari India, sedangkan kita ada bawang-bawang lain yang diimport dari Thailand, dari Myanmar, dari China dan sebagainya. Akan tetapi, oleh sebab rakyat kita ini suka pada bawang yang diimport dari India dan kebetulan sekarang ini dikatakan bahawa India mengalami masalah banjir.
Oleh sebab itu, bekalan yang dibawa dari India berkurangan. Jadi, itulah dalam business, bila penawaran dan permintaan berbeza maka, harga akan meningkat. Jadi, kalau pengguna mahu menggunakan bawang, mereka ada pilihan lain dengan harga yang tidak meningkat iaitu dari China, dari Thailand dan juga daripada Myanmar yang diimport.
Kemudian, Tuan Pengerusi, selain daripada itu, Yang Berhormat Pokok Sena juga ada membangkitkan isu berkaitan dengan Program Penguatkuasaan dan Langkah- langkah. Sebenarnya, penguatkuasaan yang kita lakukan sehingga ke hari ini iaitu sebanyak 2,300 pemeriksaan di premis perniagaan yang berkaitan dengan isu barang ini. Jadi, kita bergerak setiap masa, setiap ketika terutamanya dalam musim COVID ini, yang mana kita tahu semua rakyat tertekan, ramai yang dibuang atau diberhentikan kerja.
Jadi ini adalah satu tanggungjawab kita untuk pastikan dalam keadaan rakyat susah, harga barang agar tidak meningkat. Jadi, menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan harga barang tidak meningkat dan juga keberadaan barang dalam market pun akan dipantau.
Selain daripada itu, kita juga mempunyai– perkara kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena iaitu kenaikan minyak masak, lima kilogram. Untuk makluman Dewan, bahawa semua minyak masak yang satu kilogram ialah minyak masak yang bersubsidi. Manakala, yang lima kilogram ini ialah minyak masak dengan harga industri. Jadi, minyak masak adalah barang perlu, namun harga minyak masak tidak dikawal oleh kerajaan sejak tahun 2016 lagi.
Pada masa ini, harga minyak masak olein pek polybag satu kilogram sahaja yang dikawal oleh kerajaan dengan harga RM2.50 sekilo. Itu yang diberi subsidi oleh kerajaan. Minyak masak botol lima kilogram adalah berdasarkan pada harga pasaran
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Rosol bin Wahid
semasa yang pada ketika ini memang harga tinggi kerana harga komoditi yang semakin tinggi. Untuk makluman, harga purata RBD sawit, olein pada bulan November sekarang ini tahun 2020 adalah 3,561 per metrik tan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Rosol bin Wahid
Tuan Pengerusi, berkaitan dengan persoalan yang dibangkitkan, bertugas ke luar negara. Memang kita akui ada peningkatan, cuma kita beranggapan membuat andaian bahawa pada tahun ini atau pada tahun hadapan mungkin COVID-19 telah berakhir dan bajet untuk keluar negara ini diperuntukkan untuk kita menyertai pelbagai kursus dan juga pameran di sana.
Jadi, kalau dikatakan kita boleh buat secara online ataupun secara Zoom dan sebagainya tetapi apabila melibatkan perniagaan, mengadakan pameran ataupun exhibition di luar negara, maka secara fizikal mereka kena hadir. Oleh itu bajet untuk petugas ke luar negara di tingkatkan. Semoga, kita mendoakan bersama agar COVID- 19 ini akan berakhir secepat mungkin.
Kemudian Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Betong berkaitan dengan penguatkuasaan.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tuan Pengerusi.
Dato’ Rosol bin Wahid
Sila.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Minta penjelasan. Okey, pertama berkaitan dengan soal harga bawang tadi, bawang besar dan bawang putih. Walaupun disebut bawang itu dari India ada lagi harga-harga bawang daripada China, Thailand, Myanmar dan sebagainya. Akan tetapi persoalan sekarang ini, bawang yang ada di pasaran itu bawang India sahaja, jadi tidak ada pilihan yang ada di kedai. Jadi, apa lagi pilihan kepada masyarakat di kampung kalau kampung dalam kawasan pedalaman dalam Pokok Sena itulah bawang yang dihidangkan, bawang daripada India yang harganya tinggi.
Jadi, ini yang saya fikir bahawa perlu ada di peringkat kementerian untuk memastikan supaya menahan daripada barang dari India yang mahal itu yang masuk ke pasaran di kedai-kedai. Akan tetapi, pastikan supaya barang yang harganya yang bawah.
Keduanya, ialah berkaitan dengan soal keluar negara tadi. Saya minta senarai apa program, sudah tentu ada senarainya, apa program yang telah dirancang untuk keluar negara, itu satu. Keduanya saya minta tadi ialah RM859,000 untuk tahun 2020 ini apa dia keluar negara itu? Buat apa? Ataupun duit itu ada lagi kah, tidak habis macam mana?
Dato’ Rosol bin Wahid
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya memahami apa yang dirisaukan oleh Yang Berhormat Pokok Sena. Sebenarnya, saya tidak pasti kawasan mana yang Yang Berhormat Pokok Sena pergi, cuma bawang India sahaja ada. Tempat yang saya pantau, saya pergi ke Giant, saya pergi ke Mydin dan saya pergi ke Hero dia ada menyediakan bawang India dan bawang daripada bukan India. Jadi, kalau boleh Yang Berhormat spesifik kawasan manakah yang Yang Berhormat pergi yang cuma menghidangkan bawang India sahaja untuk kita pantau dan untuk kita bantu untuk memastikan pengguna di kawasan tersebut akan mendapat yang terbaik di kawasan mereka.
Tuan Pengerusi, saya ada senarai program-program yang akan diadakan di luar negara iaitu program-program yang berkaitan dengan pameran dan juga mesyuarat yang akan berlangsung di luar negara – sekejap saya cari, banyak sangat ini. Okey, iaitu yang pertama promosi besar-besaran melalui media. Mana lagi?
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Jawapan bertulis lah, tidak nampak itu.
Dato’ Rosol bin Wahid
Ada tadi saya terpandang.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Buatlah bertulis okey bertulis.
Dato’ Rosol bin Wahid
Okey, kalau tidak ada saya janji akan menjawab secara bertulis.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat Jempol jangan dok masuk campur lah. Ini jawapan Pokok Sena punya.
Dato’ Rosol bin Wahid
Untuk memastikan kepuasan.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Dia tidak jumpa setengah jam mencari.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Beri peluang kepada Yang Berhormat Menteri untuk cari, pelan-pelan.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Soalan Jempol pun ada, nanti tidak jawab, leka cari surat itu.
Dato’ Rosol bin Wahid
Soalan Yang Berhormat Jempol kita akan jawab – kalau tidak sempat kita akan jawab secara bertulis. Okey.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Itu yang betul [Ketawa] .
Dato’ Rosol bin Wahid
Kita ada program-program match making business dengan negara luar. Kita ada Mesyuarat WTO yang kita akan wakil ataupun kita akan hadir bersama di WTO ini akan diadakan sebanyak tiga kali setahun. Cuma bajet yang digunakan untuk tahun ini saya kena minta jawapan bertulis untuk mendapat jawapan atau memuaskan hati Yang Berhormat Pokok Sena insya-Allah .Okey, terima kasih.
Kemudian Yang Berhormat...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Bagi dekat Yang Berhormat Jempol pula.
Dato’ Rosol bin Wahid
Apa Yang Berhormat? Yang Berhormat Jempol sabar.
Kemudian, Yang Berhormat Baram. Yang Berhormat Baram mempersoalkan berkaitan dengan KBBM dan beberapa orang Yang Berhormat bercakap tentang Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM).
Jadi, pada tahun ini kementerian telah mengadakan program di Kapit pada 16 September 2020 hingga 19 September 2020. Kemudian satu lagi program yang berkaitan yang dirancang untuk diadakan pada bulan November ini iaitu di Kuching tetapi terpaksa ditangguhkan kerana masalah COVID-19.
Tuan Pengerusi, promosi dan juga turun padang terlalu kerap diadakan untuk – dilaksanakan di peringkat kebangsaan dan juga di peringkat negeri. Jadi, apa-apa sahaja yang dirancang ataupun yang dicadangkan oleh pihak Yang Berhormat boleh berbincang dengan pihak kita untuk mengadakan program dan juga mengadakan aktiviti sempena Kempen Beli Barangan Malaysia.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat, sikit sahaja. Ada atau tidak program khusus untuk Buy Muslim First yang dahulu pakat dok bising, kita kena beli barangan Muslim sahaja, jangan beli barangan yang lain. Ada atau tidak, sebab sekarang ini yang dok bising-bising dahulu duduk dalam Kabinet.
Dato’ Rosol bin Wahid
Untuk makluman Yang Berhormat Pokok Sena, secara khususnya tidak ada Buy Muslim First. Akan tetapi, kita sebagai rakyat Malaysia, kita mempromosikan semua barang melalui KBBM ini tidak kira sama ada Muslim atau tidak Muslim. Selagi dia berada dalam kapasiti ataupun dalam kelompok barang buatan Malaysia. Jadi, kita mempromosikan semua sekali barang-barang yang berkaitan dengan barang buatan Malaysia. Terima kasih Tuan Pengerusi.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] Kemudian, Yang Berhormat Baram juga ada membangkitkan isu berkaitan dengan – Yang Berhormat Betong berkaitan dengan pisang barang kawalan dan juga aktiviti yang dijalankan. Jadi, kita memang mengadakan program ataupun kawal selia yang amat ketat untuk memastikan barang kawalan ataupun barang-barang seperti ini tidak terbocor ke tempat lain ataupun ke negara lain.
Jadi, program-program yang kita lakukan secara berkala ini – tetapi kita memahami bahawa masalah ini mungkin sukar untuk hendak dihapuskan 100 peratus, tetapi kita berusaha untuk memastikan ini akan dikurangkan daripada semasa ke semasa.
Kemudian, saya tertarik apa yang dibangkitkan berkaitan dengan NACCOL yang dibangkitkan oleh NACCOL iaitu daripada – Yang Berhormat mengatakan bahawa program untuk kos sara hidup telah ditiadakan. Pada tahun 2020 kita ada sebanyak RM10 juta tetapi pada tahun ini dikosongkan.
Dato’ Rosol bin Wahid
Sebenarnya untuk makluman Dewan bahawa peruntukan tersebut telah dimasukkan ke Kepala 020300 – Hal Ehwal Kos Sara Hidup dan Penyelidikan. Di mana pada tahun ini kita mendapat RM1,199,200 juta tetapi ditingkatkan menjadi RM3,163,200. Jadi, program-program yang berkaitan dengan kos sara hidup ini masih boleh dilaksanakan dan untuk memastikan bahawa rungutan dan juga kesusahan yang dialami terutamanya penduduk-penduduk luar bandar akan dapat kita tangani dengan peruntukan yang diberikan ini.
Tuan Pengerusi, berkaitan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jempol.
Yang Berhormat Jempol membangkitkan berkaitan dengan pembaharuan kempen KBBM. Adakah peruntukan mencukupi? Apakah persepsi negatif dan tindakan mengatasi negatif tersebut kerana adanya loyalty brand dan kemudian kad barangan Buatan Malaysia perlu di – terdapat satu cadangan kemudian berkaitan dengan francais moratorium yang sekarang dikenakan kepada francaisi-francaisi yang berada dalam market. Untuk makluman, pada masa ini kementerian menggalakkan PKS tempatan untuk mendaftar logo ‘Buatan Malaysia’. Mulai tahun lepas, kita telah membantu melalui pelbagai program dan juga pendekatan iaitu dengan promosi besar-besaran KBBM ini kemudian penebusan produk ke pasar raya tempatan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebenarnya pada tahun ini satu kejayaan besar KBBM kerana ia dapat menembusi KLCC. Pelancaran KBBM di peringkat negara ataupun di peringkat Kebangsaan telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di KLCC. Ini menunjukkan bahawa satu peningkatan. Selepas dilancarkan pada tahun 1998 sehingga sekarang ia satu peningkatan yang membanggakan. Ini kerana, dapat menembusi satu tempat yang paling premium di negara kita.
Kemudian, kita juga mengadakan business matching PKS dengan pasar raya dan kita berterima kasih kepada PETRONAS yang telah membenarkan barang-barang buatan Malaysia ini menembusi semua Kedai Mesra PETRONAS di seluruh negara yang berjumlah 801 buah.
Dato’ Rosol bin Wahid
Jadi, ini suatu benda yang membanggakan dan kita menyeru kepada oil co dan pusat-pusat minyak yang lain, penjual minyak yang lain untuk memberi peluang dan kesempatan kepada KBBM untuk menembusi pasaran ataupun kedai-kedai mereka.
Saya tahu Yang Berhormat Jempol pun ada stesen minyak dan boleh bekerjasama dengan kita untuk memastikan KBBM ini menembusi pasaran mereka.
Kemudian, kita juga mengadakan program Citarasa Malaysia showcase. Kemudian, menyenaraikan produk-produk buatan Malaysia di marketplace yang sekarang ini sebagaimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Rasah tadi bahawa sekarang ini tempat yang paling meriah sempena COVID-19 ini untuk berjual beli ialah di online sama ada Lazada, Shopee dan sebagainya. Jadi kita bukan sahaja menembusi pasaran tersebut, kita juga memantau harga dan sebagainya.
Cuma, penguat kuasa pemantau harga mungkin menimbulkan sedikit masalah untuk memantau harga yang dipaparkan di dalam marketplace tersebut. Akan tetapi, kita ada alternatif iaitu kita ada Tribunal Tuntutan Pengguna. Untuk mereka yang bermasalah, mereka yang merasa ditipu, mereka boleh mengadu kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia untuk mencari hak ataupun mengambil semula hak mereka.
Kemudian, kita juga ada penyewaan kiosk ataupun push cart di pasar-pasar raya utama untuk memberikan peluang kepada PKS berniaga dan meningkat pendapatan di dalam business mereka.
Selain itu, peruntukan yang diperuntukkan setakat ini mencukupi dan, insya- Allah, kita yakin dan kita percaya bahawa Kementerian Kewangan akan sentiasa baik dengan kita kerana apa yang kita minta setakat ini, insya-Allah, akan diberikan pertimbangan yang sewajarnya oleh Kementerian Kewangan.
Yang Berhormat, oleh kerana masa yang tidak mengizinkan...
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak bertanya sedikit, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Rosol bin Wahid
Ada hendak bertanya?
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Ada. Ada tadi tidak berjawab. Saya maksudkan francais ini dikenakan yuran lebih kurang lima peratus setiap jualan oleh kerana perniagaan mereka ini di pusat membeli belah amat merosot. Perniagaan hanya
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
berlaku 20 peratus daripada biasa tetapi yuran ini tetap dibayar. Jadi mereka ini tidak terbela. Adakah kementerian meminta mereka yang memegang francais ini dikecualikan seperti moratorium yang ada pada hari ini?
Dato’ Rosol bin Wahid
Terima kasih Yang Berhormat Jempol, sahabat saya.
Sebenarnya ia dalam perancangan kita. Kita mengakui bahawa keperitan bukan sahaja francais, francaisi tetapi juga penyewa-penyewa bangunan lot-lot kedai yang terkesan dengan COVID-19 ini. Jadi lantaran itu, kita akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Francais Malaysia untuk mempertimbangkan apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Jempol untuk memastikan bahawa mereka yang terkesan ini tidaklah terkesan sebegitu teruk.
Tuan Pengerusi, saya berjanji mana-mana yang dibangkitkan oleh sahabat- sahabat saya tadi termasuk Yang Berhormat Setiawangsa― minta maaf, Yang Berhormat Setiawangsa, saya tidak sempat hendak jawab kerana terlalu banyak persoalan yang dibangkitkan dan masa terlalu suntuk. Jadi saya berjanji, kita akan menjawab dalam bentuk tulisan dan kalau masih tidak puas hati lagi, boleh berjumpa secara...
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Tuan Pengerusi.
Tuan Anyi Ngau - Baram
Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi.
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Tuan Pengerusi, Hulu Rajang pun minta pejabat KPDNHEP di Daerah Belaga ini.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Tuan Pengerusi.
Dato’ Rosol bin Wahid
Ya, ya, semua sekali Yang Berhormat. Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Setiawangsa...
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Kita ini jauh.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Saya bangkit tentang daging beku, yang tidak halal dihalalkan.
Tuan Anyi Ngau - Baram
Mohon Menteri untuk jawab community drumming...
Dato’ Rosol bin Wahid
...Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Baram dan Yang Berhormat Hulu Rajang. Kita akan jawab secara bertulis.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Timbalan Menteri, fasal food bank.
Dato’ Rosol bin Wahid
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang begitu prihatin dengan kementerian ini. Tuan Pengerusi, terima kasih banyak-banyak dan terima kasih kepada semua pegawai yang membantu saya untuk memberi jawapan.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Ahli Yang Berhormat semua, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,084,554,500 untuk Kepala B.25 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2021 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Kepala B.25 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi
Seterusnya masalah ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.25 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2021 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Kepala P.25 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Takiyuddin bin Hassan
Tuan Yang di-Pertua; “Tanpa mengambil kira Usul Peraturan Mesyuarat 12(1) terdahulu iaitu pada Khamis 5 November 2020 dan mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan dalam peringkat Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2021 dan Usul Anggaran Pembangunan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Isnin, 7 Disember 2020”.
Terima kasih.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala Bekalan B.26 dan Kepala Pembangunan P.26 di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi terbuka untuk dibahas. Saya menjemput Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana mengizinkan saya untuk menyertai dalam perbahasan ini.
Saya rujuk kepada Butiran 020100 – Penggalakan dan Pembudayaan Usahawan serta Butiran 00603 – Program Keusahawanan. Perkara yang ingin saya bangkitkan pada petang ini, Tuan Pengerusi, adalah berkenaan dengan pendekatan daripada pihak kementerian dalam membantu dalam pembangunan usahawan di negara kita.
Pagi tadi, PAC Parlimen sememangnya telah membentangkan satu laporan tindakan susulan bagi syor-syor Laporan PAC berkenaan dengan tajuk “Pembangunan Air Mobility” atau lebih dikenali sebagai flying car di mana laporan penuh PAC telah dibentangkan pada 28 November 2019. Kedua-dua laporan tersebut berkenaan dengan flying car pada masa itu di bawah MED sepatutnya menjadi satu pengajaran kepada pihak kerajaan untuk memastikan bahawa kesemua pengumuman ataupun pendekatan yang dibuat atau dijalankan oleh Menteri hendaklah mempunyai perancangan yang teliti dan tidak membawa kekeliruan kepada orang ramai dan menguar-uarkan seolah-olah projek itu merupakan projek nasional.
Saya beri contoh. Dalam isu pembangunan usahawan ini, dalam kes flying car, dengan izin, ataupun kereta terbang, alasan yang digunakan pada masa itu untuk menjustifikasikan pengumuman kereta terbang oleh Menteri adalah untuk membantu usahawan-usahawan tempatan iaitu dalam kes ini ialah Aerodyne Ventures Sdn. Bhd.
Kita selalu perlu ingat, selaku Menteri ataupun Timbalan Menteri ataupun sesiapa yang bertanggungjawab atas kementerian, sama ada segala action atau omission kita dalam setiap pengumuman, ia akan dapat membantu usahawan tempatan ataupun membawa satu persepsi yang negatif ataupun kesan yang negatif terhadap usaha-usaha mereka.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Kita sedia maklum bahawa Aerodyne Ventures merupakan sebuah syarikat tempatan yang berjaya dan berada di kedudukan kedua dunia dalam industri dron.
Namun, apabila pengumuman Menteri mendatangkan kekeliruan, apa yang mengikut adalah kritikan daripada rakyat dan persoalan demi persoalan timbul dan Menteri memberikan jawapan yang berlainan setiap kali di dalam dan luar Parlimen.
Mujur setelah prosiding PAC diadakan, PAC Parlimen telah pun diberikan pengesahan, seperti yang tertera dalam laporan maklum balas, bahawa perjanjian pelaburan Aerodyne Ventures Sdn. Bhd. dan juga VentureTECH Sdn. Bhd.
memperuntukkan dengan jelas RM20 juta pelaburan tidak boleh digunakan untuk tujuan berkaitan pembangunan kereta terbang.
MEDAC dan MOSTI dalam perkara ini telah memberikan maklum balas yang baik. Akan tetapi, satu pengajaran besar yang kita hendak belajar daripada sini iaitu apabila sesuatu pengumuman dibuat oleh mana-mana pihak khasnya Menteri ataupun Timbalan Menteri, ia haruslah dikaji dengan mendalam.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Saya berharap bahawa di bawah kedua-dua tajuk ini kita boleh mengambil iktibar dari apa yang berlaku sebelum ini, dua tahun sebelum ini untuk memastikan bahawa kesemua program kebudayaan keusahawanan ataupun kesemua program keusahawanan boleh dilaksanakan dengan lebih efektif.
Tuan Pengerusi, saya juga merujuk kepada Butiran 19999 – Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi COVID-19. Jumlah anggaran secara langsung RM17 juta dan saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan butiran ini. Apakah program yang akan dijalankan? Bagaimanakah RM17 juta ini boleh membantu untuk memulihkan usahawan dan juga koperasi ataupun PKS yang menghadapi masalah sepanjang masa COVID-19 ini?
Ada juga satu item berkenaan Butiran 10200 – Perolehan Komputer.
Nampaknya kita ada satu peruntukan besar RM8 juta berbanding dengan tahun lepas RM1.8 juta ataupun tahun 2019 sebanyak RM0.7 juta sahaja. Kenapakah ada satu peningkatan yang begitu mendadak bagi perolehan komputer ini? Sekian, daripada saya.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Saya persilakan Yang Berhormat Kinabatangan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Pengerusi. Ada beberapa butiran iaitu:
(i) Butiran 020100 – Penggalakan dan Pembudayaan Usahawan;
(ii) Butiran 020300 – Pembangunan SME dan Mikro Kredit;
(iii) Butiran 020400 – Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia; dan
(iv) Butiran 030000 – Pembangunan Koperasi.
Kesemua butiran ini mempunyai hubung kait. Justeru itu, saya satukan. Saya melihat bahawa pembangunan usahawan dan koperasi ini adalah merupakan satu institusi yang kecil dilihat tetapi mereka mempunyai kelompok yang besar iaitu volume yang besar. Kalau kita lihat Yang Berhormat Menteri, pembangunan usahawan koperasi ini kalau di luar negara ia merupakan penyumbang ke arah membangun dan membantu memperkukuhkan ekonomi sesebuah negara itu.
Justeru itu, dengan peruntukan hanya RM192 juta, saya tidak melihat bahawa kita boleh membuat sesuatu pembaharuan dalam mempertingkatkan pembangunan usahawan dan koperasi kita di seluruh negara lebih-lebih lagi apabila kita dan seluruh dunia diserang oleh gejala COVID-19 ini. Sudah tentu mereka terjejas dalam melaksanakan usahawan harian mereka. Contohnya mereka ada homestay, mereka ada produk mengeluarkan kuih-kuih kampung dan sebagainya.
Pada saya, saya ingin bertanya kepada kementerian, apa langkah-langkah drastik yang telah dan akan diambil untuk membantu mempertingkatkan mereka yang terlibat, yang terjejas ini secara langsung, untuk memastikan bahawa mereka juga bukan hanya boleh mempertingkatkan produk mereka tetapi mereka juga boleh menyumbang
Dato’ Sri Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan
ke arah memperkukuhkan ekonomi mereka. Membantu negara dan kerajaan untuk sama-sama menggalas peranan dalam mempertingkatkan ekonomi di negara kita.
Dengan peruntukan yang ada sebegini, bagaimana kementerian ini mengolah ataupun mengatur, menyusun strategi yang tepat untuk memastikan bahawa makcik- makcik yang terlibat, SMEs, dengan produk kecil sederhana di kampung-kampung, banyak yang tutup Tuan Pengerusi, untuk makluman Yang Berhormat Menteri yang ada.
Oleh sebab mungkin di Sarawak, di Sabah, di seluruh negara, mereka ini perlu dilihat sebagai satu institusi yang perlu difungsikan, yang perlu dilihat secara serius sebab mereka ini berniaga dengan modal yang kecil. Tidak mempunyai kewangan yang banyak dan apabila mereka berhadapan dengan berbagai-bagai risiko dan perlu menyara hutang juga melalui pinjaman-pinjaman mudah daripada kerajaan dan sebagainya. Sudah tentu ianya akan memberi tekanan kepada seluruh pengusaha- pengusaha kecil dan sederhana khususnya di kampung-kampung.
Justeru itu, saya meminta kerajaan lihat perkara ini sebagai sebuah keperluan sebab kalau di Amerika, di Eropah, mereka ini sebetulnya walaupun dikira perusahaan sederhana tetapi mereka menguasai ekonomi dengan membentuk sebuah koperasi yang besar di kalangan mereka. Jadi di sini saya tidak nampak kita melakukan perkara-perkara yang luar biasa ataupun orang kata kita hanya melakukan perkara-perkara termampu.
Seharusnya, sama ada pihak kementerian, pihak jabatan-jabatan, agensi di bawah kementerian ini juga memainkan peranan bekerja di luar jangka. Memberi impak yang baik kepada pengusaha-pengusaha yang terlibat dan seterusnya memberikan mereka peruntukan yang cukup dan berikan mereka KPI, pantau mereka. Jangan biar mereka ini berseorangan. Mereka memasarkan produk mereka, mereka juga membuat strategi pemasaran sebagainya. Ini pada saya sudah – masa sekarang ini sudah tidak boleh digunakan lagi. Kita harus melakukan pendekatan yang drastik, yang luar biasa, yang boleh memastikan bahawa pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana dapat pembelaan sebaik mungkin. Mereka juga dapat mengembalikan, membantu negara dalam memperkukuhkan ekonomi kecil dan sederhana di semua peringkat. Itu saja Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Yang Berhormat Batu.
Tuan P. Prabakaran - Batu
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana bagi peluang untuk berbahas. Saya terus merujuk kepada Butiran 020300 – Pembangunan SME dan Mikro Kredit. Saya melihat adalah harus bagi pihak MDEC untuk meletakkan komitmen kementerian dalam meneruskan agenda keusahawanan negara selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030. Rakyat harus diberi perhatian dan kesedaran berkaitan bantuan-bantuan perniagaan yang telah disediakan agar mereka mampu berfikir secara kreatif dalam berdepan kesempitan hidup oleh kerana wabak pandemik yang sedang melanda dunia hari ini.
Bagi memperkukuhkan kenyataan saya, bekas juru terbang yang dihentikan tugas mampu membuka perniagaan kedai burger yang dipanggil dengan izin Smashed Burgerdi Bukit Jelutong. Cuma perbezaan pemilik Smashed Burgerdengan rakyat biasa adalah faktor kewangan mereka.
Ramai rakyat di luar sana hanya mampu menyara kehidupan keluarga mereka tetapi tidak mampu mempunyai simpanan. Jadi jika kementerian mampu memperluaskan kesedaran dalam pelbagai jenis promosi berkaitan pinjaman mikro kredit ini dan mampu mempermudahkan permohonan mereka. Saya yakin bahawa rakyat mampu, terus berusaha untuk memperkukuhkan ekonomi keluarga mereka tanpa mengharapkan bantuan-bantuan lain pada masa yang akan datang.
Dalam situasi yang sama, saya melihat adalah harus bagi kementerian untuk mewujudkan satu skim pinjaman tanpa faedah untuk peminjam peringkat permulaan dan mereka yang berada di fasa penambahan dana pusingan pertama. Ini adalah satu usaha dalam menggalakkan usahawan untuk terus berkembang maju dan secara tidak langsung ekonomi negara mampu diperkukuh lagi.
Selain daripada perkara ini, kementerian harus berfikir lebih kreatif dalam membantu usahawan-usahawan termasuk usahawan muda yang baru menceburi bidang perniagaan. Manakala usahawan yang mempunyai rekod pinjaman yang tidak baik juga harus diberi peluang kedua daripada meletakkan nama mereka di dalam sistem CTOS
Tuan P. Prabakaran - Batu
untuk disenaraihitamkan. Saya melihat adalah lebih baik jika mereka yang bermasalah dimasukkan ke Institut Keusahawanan Negara untuk diberi ilmu perniagaan termasuk pengurusan kewangan dan diberi suntikan pinjaman baru. Dengan cara ini akan dapat membantu mereka keluar daripada kemelut ini.
Batu juga tertarik dengan Butiran 050000 – One-off, sub Butiran 050100 – Menaik Taraf Pusat Pemulihan Bencana. Peruntukan ini baru sahaja diwujudkan bagi Belanjawan 2021.
Tuan P. Prabakaran - Batu
Saya mohon kementerian untuk memperincikan peruntukan yang telah dipohon ini. Jika ia memberikan kebaikan pada orang awam, saya menyokong. Akan tetapi, jika ia bukan satu keperluan yang wajar, saya cadangkan agar peruntukan tersebut diberikan kepada pinjaman microcredit agar pinjaman tersebut dapat diperluaskan.
Butiran 19530, Butiran 00514 dan Butiran 00603. Didapati anjakan penurunan drastik ke atas peruntukan ini. Bagaimana cara kementerian untuk menangani isu-isu berbangkit disebabkan perkara ini?
Butiran 10300 – SME Bank. Ia juga mencatatkan penurunan hampir 50 peratus iaitu daripada sebanyak RM20 juta hingga RM9.5 juta. Saya terpanggil untuk bertanya jika peruntukan untuk SME Bank diturunkan apakah sasaran kementerian dalam membantu usahawan yang terjejas disebabkan wabak pandemik COVID-19 yang sedang melanda. Batu mohon penjelasan terhadap perkara ini selain perkara-perkara yang telah dibangkitkan.
Merujuk Butiran 19999 – Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi COVID-19.
Peruntukan yang telah dibelanjakan pada tahun 2020 bernilai RM8.5 juta, manakala terdapat kenaikan mendadak berjumlah RM17.1 juta bagi Belanjawan 2021. Ketika pembentangan Belanjawan 2020, negara belum lagi berdepan wabak pandemik COVID- 19, ini bermakna sejumlah RM8.5 juta tersebut telah dibelanjakan selepas peralihan kuasa tempoh hari.
Jadi, selepas peralihan kuasa kepada kerajaan COVID-19, apakah yang telah dibelanjakan dalam membantu usahawan dan koperasi seperti nilai yang tersebut.
Manakala, peruntukan Belanjawan 2021 bagi butiran projek ini, mencatatkan nilai anggaran penambahan sebanyak 100 peratus. Apakah sasaran kementerian dalam berdepan dengan perkara-perkara ini?
Akhir sekali, apakah peruntukan terperinci telah disediakan untuk pembangunan usahawan wanita. Ini kerana, saya tidak dapat merujuk mana-mana butiran berkaitan tersebut. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat ‘Lumut’, seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Bukan Lumut Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Batu tadi.
Tuan Pengerusi
Oh!Yang Berhormat Batu. Silakan Yang Berhormat Pasir Mas.
Seorang ahli
Batu lumut.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Yang Berhormat Lumut sabar.
Kerajaan telah pun mempertingkatkan perbelanjaan pembangunan yang agak tinggi sebanyak RM31 juta daripada jumlah RM325 juta kepada RM356 juta. Akan tetapi, perbelanjaan pengurusan telah pun berkurang sebanyak RM6 juta.
Jadi, soalan saya apakah penjelasan di sebalik perbelanjaan mengurus yang berkurang ini? Adakah terdapat pengurangan dari sudut bilangan kakitangan atau bagaimana? Saya merujuk kepada Butiran 040200 – Emolumen Kakitangan Kontrak.
Merujuk kepada butiran ini dianggarkan emolumen kakitangan kontrak telah berkurangan agak banyak daripada sebanyak RM1.124 juta pada tahun 2020 kepada RM381 ribu pada tahun 2021.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Persoalan saya Tuan Pengerusi, adakah pengurangan ini berlaku kerana penghabisan kontrak kakitangan sedia ada ataupun kerana mereka diberhentikan?
Siapakah kakitangan kontrak yang dimaksudkan? Kementerian boleh, pada cadangan saya kementerian boleh menambah peluang pekerjaan kepada secara kontrak bagi membantu graduan semasa mendapatkan ruang pekerjaan di mana-mana bahagian di bawah kementerian.
Secara keseluruhan bagi Butiran 020000 – Pembangunan Keusahawanan mendapat penambahan peruntukan daripada sejumlah RM54.2 juta kepada sebanyak RM58.18 juta. Saya ucapkan tahniah, cuma persoalan saya pertambahan dilihat pada Butiran 050000 – One-Off yang mana perbelanjaan ini dikhususkan sebanyak RM760 ribu untuk Butiran 050100 – Menaik Taraf Pusat Pemulihan Bencana. Perkara ini tidak diberikan ketika perbelanjaan tahun 2020.
Persoalan saya, kenapa peruntukan bagi Pusat Pemulihan Bencana diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi? Apakah bidang tugas dan maksud Pusat Pemulihan Bencana ini? Berapa Pusat Pemulihan Bencana yang dinaiktarafkan dengan perbelanjaan sebanyak RM790 ribu tersebut?
Butiran 030100 – Pengurusan Koperasi. Di samping penambahan dan dilihat dalam peruntukan berkaitan keusahawanan, merujuk Butiran 030000 – Pembangunan Koperasi. peruntukan yang berkaitan pembangunan koperasi dilihat berkurangan daripada sebanyak RM1.25 juta kepada RM98 juta.
Persoalan saya kenapakah peruntukan dikurangkan khususnya bagi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKM)? Kita membaca kenyataan daripada SKM yang agak bimbang dengan pengurangan ini selepas daripada pembentangan belanjawan di peringkat dasar tempoh hari. Jadi, saya mengambil peluang di peringkat jawatankuasa supaya pihak kementerian dapat memberikan sedikit penjelasan.
Dengan perubahan akta baru-baru ini, berapakah bilangan koperasi baharu yang disasarkan oleh kerajaan untuk ditubuhkan pada tahun 2021? Saya juga mencadangkan agar dana khas yang betul-betul dikhususkan, diperuntukkan oleh kerajaan untuk penubuhan dan pengoperasian koperasi yang dianggotai oleh OKU.
Tuan Pengerusi, saya mengambil kesempatan hari ini 3 Disember 2020, Hari OKU Sedunia, saya mengucapkan selamat menyambut Hari OKU Sedunia kepada seluruh rakyat Malaysia dan seluruh kita yang prihatin terhadap nasib orang kurang upaya yang merupakan sebahagian daripada kita yang perlu untuk kita santuni.
Penelitian pertambahan baharu peruntukan pembangunan di bawah kementerian ini, yang mana kita melihat jumlah kos yang diletakkan di bawah pelan induk ialah sebanyak RM70 juta dan pada tahun 2021 ialah RM88 juta. Mengapakah kos ini dilihat begitu besar dan apakah impak yang diharapkan dengan peruntukan tersebut?
Di samping itu juga, pemantauan dan penilaian pembangunan PKS mendapat peruntukan sebanyak RM4 juta dan Institut Keusahawanan Usahawan Negara mendapat peruntukan RM4.5 juta. Saya ucapkan tahniah, tetapi dalam masa yang sama saya juga memohon kepada pihak kementerian berapakah jumlah yang boleh kita allocate ataupun kita boleh khusus kepada usahawan belia yang baru memulakan perniagaan?
Hal ini kerana, kita tahu bahawa dalam situasi wabak pandemik COVID-19 ini, yang mana ramai pekerja terpaksa diberhentikan dan graduan yang baharu graduate daripada universiti juga tidak mendapat tempat di alam pekerjaan. Mereka hanya mempunyai satu jalan sahaja iaitu memulakan perniagaan. Bagaimanakah inisiatif yang telah dibuat oleh kementerian untuk mengkhususkan pada usahawan-usahawan yang baharu sahaja memulakan perniagaan ini? Sebanyak manakah dana yang diberikan kepada mereka dan bagaimanakah mereka boleh menerima manfaat daripada peruntukan yang diperuntukkan di bawah kementerian ini?
Sekian terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Sekarang baru Yang Berhormat Lumut, silakan.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh beberapa perkara mengenai Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang di awal laporan ini disebut tentang
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
projection nilai eksport PKS yang dirangka oleh kementerian ini berkurang kepada sejumlah RM169 juta pada tahun 2021 ini berbanding sebanyak RM190 juta tahun ini dan sebanyak RM176 juta tahun lepas.
Sebagai sebuah kementerian yang dijangka akan pulih sepenuhnya pada tahun depan ini, dikaitkan pula dengan peningkatan ekonominya yang dikatakan lebih tujuh peratus, saya berkeyakinan bahawa projection ini adalah terlalu konservatif dan kita seharusnya memberikan satu projection yang tinggi. Dengan cara itu kita boleh meyakinkan Kementerian Kewangan untuk memberikan peruntukan yang lebih besar kepada kementerian ini berbanding dengan sejumlah RM500 juta lebih.
Ini sebuah kementerian yang mengendalikan sebanyak 14 ribu buah koperasi, 900,000 buah syarikat kecil dan sederhana yang mendaftar dengan kerajaan. Jadi, saya rasa jumlah ini sudah masuk tahun ketiga ataupun tahun ketiga masih pada peringkat yang rendah. Kita lihat juga penurunan belanja mengurus bagi keseluruhan kementerian, terutamanya yang nampak obvious dengan izin ialah INSKEN.
Walaupun di peringkat P.26, Anggaran Pembangunan ditambah sebanyak RM4.5 juta, kita tidak tahu perincian programnya tetapi penurunan lebih 50 peratus belanja mengurus bagi INSKEN memberikan satu bayangan bahawa kementerian tidak memberikan tumpuan kepada latihan kepada usahawan-usahawan kita. Sama ada yang baru hendak mula ataupun yang ingin menaikkan dan meningkatkan taraf mereka. Jadi, saya inginkan penjelasan daripada kementerian.
Begitu juga Suruhanjaya Koperasi. Kita baru hendak pinda Akta Koperasi 1993 untuk memberikan koperasi lebih ruang sebagai usahawan, tetapi bagi kita terdapat 13 percent deduction kepada belanja mengurus SKM ini. Jadi, bagaimana kita hendak mengharapkan suruhanjaya ini bertindak dengan lebih agresif kalau peruntukan mengurus mereka dikurangkan.
Begitu juga dalam Butiran 040300 – Pembangunan Kapasiti Kontraktor yang juga turun lebih kurang satu per tiga ataupun 33 peratus.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Ini juga suatu perkara yang harus diambil berat kerana kontraktor kita pada ketika ini adalah antara kumpulan yang sangat terkesan dengan masalah ekonomi. Jadi, seharusnya peruntukan bagi menguruskan kontraktor ini dapat dikekalkan ataupun dinaikkan.
Persoalan yang sama juga dibangkitkan oleh rakan-rakan saya tadi mengenai menaik taraf pusat pemulihan bencana yang kita tidak pasti kaitannya dengan kementerian ini. Akan tetapi saya memandang dari sudut yang positifnya kerana di Tunjong di Kota Bharu, Kelantan ada program pembangunan untuk usahawan-usahawan yang terganggu kerana banjir besar pada 2014.
Mereka telah sepakat untuk procure ataupun mendapatkan bangunan- bangunan di salah satu projek usahawan kecil di Tunjong. Akan tetapi oleh kerana mereka ini usahawan kecil dan tidak ada kemudahan pinjaman dan sebagainya, mereka datang kepada kementerian pada suatu ketika untuk memohon supaya mereka diberikan pertimbangan bantuan untuk mendapatkan tempat-tempat berniaga di Tunjong tersebut.
Saya harap kementerian akan melihat ini semula dan memberikan satu sokongan kepada mereka.
Bagi P.26 Pembangunan, sekali lagi saya lihat...
[Telefon bimbit berbunyi] Sorry, sorry. Injury time ya.
[Ketawa] Saya lihat perolehan komputer untuk kementerian ditambah lagi. Saya semasa berada di sana baru dapat komputer yang baru, setahun yang lepas. Jadi, saya menganggap, saya menjangka bahawa urusan pengkomputeran ini bukan suatu yang utama yang harus mendapatkan satu peruntukan yang besar, yang baru pun masih lagi boleh digunakan.
Jadi, saya harap dipertimbangkan untuk dibayar kepada program-program yang lain. Begitu juga peningkatan untuk Program Peningkatan Pembangunan PKS, juga nampaknya turun. Ini saya khuatir, dalam suasana kita hendak membangunkan usahawan kita, program ini tidak setimpal ataupun peruntukan ini tidak setimpal dengan hasrat kita.
Apa yang lebih nyata juga ialah Program Pembangunan Pengeksport Bumiputera yang turun banyak. Jadi, saya tidak tahulah sama ada kita serius atau tidak untuk membantu PKS kita ini mengeksportkan barangan mereka. Dalam konteks ini, saya hendak bertanya sama ada kementerian akan terus melaksanakan program membantu usahawan kita pergi ke Olimpik Tokyo yang ditunda ke tahun hadapan, yang
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
telah kita rancangkan dengan begitu lumat pada sebelum ini sama ada mereka akan diteruskan? Akhirnya Tuan Pengerusi, minta penjelasan tentang Program Pemulihan Usahawan dan Koperasi COVID-19 ini. Apa sebenarnya aktiviti yang sedang dirangka?
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Ada orang hendak mencelah melalui telefon tadi Yang Berhormat.
[Ketawa] Saya persilakan Yang Berhormat Beaufort.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
PM panggil pula, aduh.
Tuan Pengerusi
[Ketawa]
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Pengundi hendak mencelah, pengundi hendak mencelah.
Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Bismillahi Rahmani Rahim. Saya ke Butiran 020400 - Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia). Saya ingin bertanya kepada kementerian, kementerian memainkan peranan bagi membantu syarikat-syarikat SME untuk menerokai bidang-bidang baru. Ini kerana dilihat majoriti SME, khususnya bumiputera lebih cenderung untuk memilih industri tradisional seperti industri food and beverage.
Memandangkan kita kena bergerak menuju ke arah yang menumpukan ke bidang new economy dan juga digital economy, apakah jenis bidang-bidang baharu yang telah diwujudkan dan sedang diperkasakan oleh SME Corp. di bawah SME Corp. ini?
Melihat di negara ASEAN, kita dapati lebih cenderung kepada bidang tradisional berasaskan makanan runcit dan kecantikan sahaja. Apakah lagi pelan pembangunan yang telah dirancang di bawah kementerian bagi meningkatkan daya saing wanita Malaysia untuk menceburi bidang-bidang yang lebih mencabar seperti bidang IT dan juga elektronik.
Butiran 00514 – Program Pembangunan Pengeksport Bumiputera. Kebanyakan usahawan bumiputera yang telah berjaya membawa produk ke luar negara ini adalah dalam bidang tradisional seperti yang saya sebut tadi food and beverage. Selain daripada F&B ini, industri apakah yang mencatatkan potensi dan kualiti tinggi yang dieksport oleh usahawan bumiputera dari Malaysia? Butiran 13001 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia:
Pembangunan Perniagaan. Adakah terdapat sebarang usaha atau galakan yang diberikan pada masa kini untuk menggerakkan koperasi sebagai satu agen pembangunan ekonomi masyarakat di luar bandar khususnya, yang mana koperasi benar-benar boleh bertindak sebagai pemacu ekonomi, khususnya untuk orang-orang yang berada di luar bandar.
Apakah usaha kementerian untuk menghidupkan kembali institusi koperasi yang ramainya yang tidak aktif di kampung-kampung dan usaha untuk menggalakkan lebih ramai rakyat berkoperasi, khususnya di peringkat bawahan, bermula daripada peringkat keluarga sehinggalah ke peringkat kampung.
Butiran 19530 – Program Peningkatan dan Pembangunan PKS, Butiran 00601 – Dana Pembangunan dan Pembiayaan PKS, Butiran 00603 – Program Keusahawanan, Butiran 00606 – Pembangunan Perusahaan Mikro, Butiran 00607 – Pelan Induk PKS, saya rangkumkan sekali, Tuan Pengerusi. Apakah pendekatan kementerian bagi mengenal pasti mereka yang sesuai dan berpotensi untuk dibangunkan sebagai usahawan?
Seterusnya, mereka ini dapat dibantu untuk program-program pembangunan, dimasukkan dalam program-program pembangunan dan menyertai program-program yang dikelolakan oleh kementerian. Bagaimana dengan usahawan muda belia yang sudah berniaga tetapi mereka ini masih lagi memerlukan bimbingan untuk lebih berjaya, khususnya orang-orang muda yang berada di luar bandar.
Terutama sekali dalam masa kita berhadapan dengan pandemik COVID-19 ini, bagi mereka yang telah pun graduate tetapi tidak ada pekerjaan dan memang agak susah untuk mendapatkan pekerjaan. Adalah lebih baik mereka ini kita sokong untuk berada di dalam bidang perniagaan, bidang keusahawanan. Jadi, apakah tindakan yang dibuat oleh kementerian untuk membawa mereka ini bersama-sama memajukan bidang usahawan dalam negara kita?
Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Saya ingin mencadangkan agar mereka ini dikenal pasti dan dipelawa untuk mengikuti program-program pembangunan, khususnya usahawan-usahawan yang berada di luar bandar yang memerlukan pendedahan kepada ilmu-ilmu yang sesuai dan teknologi terkini untuk menambah nilai lagi produk-produk mereka, kapasiti mereka untuk berniaga dan untuk menarik pasaran yang lebih luas.
Kementerian perlu proaktif untuk menyampaikan maklumat-maklumat ataupun program-program keusahawanan kepada para belia yang berada di luar bandar. Oleh kerana kalau kita mengadakan program di bandar-bandar yang besar sahaja, mereka yang berada di luar bandar ini tertinggal pula dan sasaran kita tidak akan tercapai. Tujuan kita untuk memajukan usahawan-usahawan kita, terutama sekali dari kaum belia tidak akan terlaksana.
Apakah jenis pembangunan yang telah dijalankan yang melibatkan PKS luar bandar? Perniagaan kini mencari cara baharu untuk berkembang dalam landskap digital, terutamanya dalam situasi penularan COVID-19. Laporan Kaji Selidik Pendigitalan PKS 2020 yang menyatakan bahawa sebanyak 44 peratus PKS yang beroperasi di Facebook melaporkan 25 peratus atau lebih daripada jualan mereka dijana secara digital.
Adakah sebarang kerjasama yang dijalankan antara kementerian dengan kementerian berkaitan bagi membantu dan mengembangkan perniagaan digital menjelang 2021 sebagai satu usaha kerajaan untuk memperkasakan industri PKS? Jika ada, apakah jenis program-program tersebut? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Dipersilakan Yang Berhormat Batu Gajah.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Terima kasih Tuan Pengerusi. B.26 Butiran 02050 – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional). Penglibatan kaum India dalam sektor perniagaan adalah masih dalam tahap yang rendah. Peluang perniagaan untuk kaum India juga adalah terhad. Ramai di kalangan peniaga-peniaga India menceburi perniagaan-perniagaan tradisi yang diwarisi turun-temurun. Sukar untuk melihat kaum India menceburi bidang-bidang perniagaan yang baru.
Walaupun ada segelintir yang telah mencuba nasib dan berjaya dalam sektor yang diceburi tetapi golongan ini tidak memberi gambaran yang sebenar apabila kita bandingkan dengan usahawan-usahawan daripada kaum lain. Satu daripada sebab kurangnya kaum India dalam sektor perniagaan adalah bersangkutan dengan modal perniagaan. Sebahagian besar daripada kaum India adalah terdiri daripada B40 dan M40, tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk memulakan perniagaan.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Walaupun mereka mempunyai minat dan berkebolehan tetapi kekurangan dana menjadi kekangan yang tidak boleh dinafikan. Mengambil kira perkara ini, kerajaan meluluskan RM20 juta di bawah Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India
(SPUMI). Di bawah skim ini, usahawan kaum India boleh mendapat pembiayaan di antara RM10,000 hingga RM100,000 dengan tempoh pembayaran balik lima tahun sehingga 10 tahun.
Skim ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat India menceburi diri dalam bidang perniagaan secara inovatif di samping merangsang bidang keusahawanan di Malaysia. Dana ini diwujudkan dengan tujuan murni membantu usahawan kaum India.
Persoalannya ialah, berapa ramai kah usahawan kaum India telah menerima pembiayaan di bawah Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India sejak bantuan ini diwujudkan di bawah TEKUN Nasional.
Adakah RM20 juta yang diperuntukkan ini telah digunakan sepenuhnya untuk membiayai skim yang dimaksudkan setiap tahun. Nyatakan secara terperinci jumlah pembiayaan yang dikeluarkan oleh TEKUN Nasional kepada usahawan kaum India setiap tahun sejak skim ini diwujudkan pada tahun 2008. Apakah inisiatif-inisiatif yang diambil oleh kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai usahawan India menaruh minat memohon pembiayaan di bawah skim ini.
Butiran 020400 - SME Corp Malaysia. Sejauh mana kah SME Corp berjaya membantu usahawan di negara kita beralih ke arah pendigitalan. Berapakah peratus dari kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) telah beralih ke perniagaan dalam talian dari tahun 2018 sehingga sekarang.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Apakah bantuan atau platform yang diwujudkan oleh kerajaan untuk membolehkan PKS menyertai E-Dagang. PKS masih mempunyai masalah untuk menambah baik operasi perniagaan daripada pengkomputeran kepada digitalisasi.
Bagaimana kah kerajaan akan membawa membantu PKS yang menghadapi masalah ini terutamanya dari segi kos, teknologi, infrastruktur dan kemahiran pengurusan digital dalam operasi syarikat.
Butiran 030300 - Institut Koperasi Malaysia. Satu daripada program di bawah Institut Koperasi Malaysia ialah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP). Program ini telah dilancarkan secara rasmi pada 7 September 1980 di Mesyuarat Ketua Komanwel Negeri di New Delhi untuk mewujudkan komitmen Malaysia dengan kerjasama Selatan- Selatan khususnya untuk berkongsi pengalaman, pembangunan dan kepakaran dengan negara-negara membangun yang lain.
Saya difahamkan Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) memberi penekanan kepada pembangunan sumber manusia melalui penyediaan latihan. Setakat ini, berapa orang kah rakyat Malaysia dan peserta luar negara yang pernah mendapat latihan sejak MTCP diwujudkan dan apakah bidang-bidang latihan yang dikendalikan oleh MTCP.
Dalam Belanjawan 2021, peruntukan RM14.5 juta disediakan bagi tahun 2021 iaitu pengurangan sebanyak RM981,000. Adakah ini bermakna Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) akan dihentikan atau ditangguhkan sementara waktu kerana pandemik COVID-19. Sejauh mana kah program-program yang dikendalikan oleh MTCP benar-benar membantu peserta-peserta dan negara-negara yang terlibat dari segi perkongsian pengalaman, pengukuhan hubungan dua hala serta kerjasama di kalangan negara-negara membangun. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Jelebu. Yang Berhormat Jelebu tidak ada, Yang Berhormat Sik. Silakan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 020100 - Penggalakan dan Pembudayaan Usahawan. Usaha berterusan melestarikan pembangunan budaya usahawan secara holistik bagi melahirkan graduan yang berkompetitif adalah sangat penting dalam pembangunan usahawan Malaysia. Dilihat personaliti usahawan adalah bersifat universal dengan merentasi ras, etnik, budaya mahupun batasan geographical. Usahawan bertindak berdasarkan idea mereka sendiri yang selalunya berbeza dengan orang yang bukan usahawan.
Walau bagaimanapun saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, kewujudan usahawan dalam kalangan belia terutamanya graduan masih lagi berada pada tahap yang sangat rendah berbanding objektif daripada pelbagai dasar dan program yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan di peringkat universiti.
Soalan saya, bagaimana kah perkembangan Tabung Usahawan Siswazah yang pernah diwujudkan oleh kerajaan sebelum ini. Selain itu, terdapat juga beberapa buah IPTA yang menjalankan pembangunan budaya usahawan dan bagaimanakah perkembangan pada ketika ini. Persoalannya di sini, adakah program tersebut berjaya mencapai matlamatnya iaitu merekonstruksi minda siswa daripada kebergantungan kepada kerjaya konvensional dengan memilih makan gaji kepada kerjaya usahawan dan seterusnya memilih kerjaya sebagai usahawan apabila tamat pengajian. Berdasarkan statistik terkini, berapakah jumlah kegiatan usahawan di peringkat siswa di seluruh IPT?
Tuan Pengerusi, soalan juga mengapa pengangguran dalam kalangan graduan universiti semakin hari semakin meningkat serta apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh mereka selari dengan status sebagai bekas pelajar universiti. Begitu juga saya mahu bangkitkan dalam pelan ataupun Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) yang telah pun dilancarkan. Bagaimana kah langkah yang lebih strategik dalam membentuk masyarakat Malaysia yang berpemikiran dan berbudaya keusahawanan dan juga bagaimana kah usaha untuk meningkatkan bilangan usahawan negara yang berkualiti, berdaya maju, berdaya tahan, berfikiran global dan kompetitif.
Tuan Pengerusi, seterusnya saya merujuk Butiran 030100 iaitu Pengurusan Koperasi. Begitu juga Butiran 030200 dan Butiran 030300 iaitu Institut Koperasi Malaysia.
Saya ingin bertanya, bagaimana kah kementerian mengambil langkah dalam kajian model prestasi tadbir urus koperasi di Malaysia. Prestasi koperasi yang baik khususnya
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
daripada segi tadbir urus adalah amat penting bagi menggalakkan orang ramai atau orang awam untuk terlibat dalam sektor koperasi. Bagaimanapun prestasi tadbir urus koperasi terutamanya di Malaysia masih berada pada tahap tidak memuaskan. Ini berikutan dengan fenomena salah laku, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam kalangan pihak pengurusan dan anggota lembaga koperasi yang sering diperdebatkan oleh banyak pihak seperti masyarakat awam, ahli akademik, agensi- agensi kerajaan dan lain-lain.
Saya ingin bertanya, bagaimana kah langkah-langkah yang telah diambil pihak kementerian untuk kita mengukuhkan prestasi tadbir urus koperasi ini di seluruh Malaysia. Begitu juga dalam hal ini, bagaimana pencapaian prestasi koperasi untuk terus dirangsang supaya seluruh koperasi ini menjadi satu medan yang sangat baik di kalangan masyarakat untuk menggalakkan kegiatan perekonomian mereka khususnya di desa-desa juga di kampung-kampung yang mereka juga boleh mengusahakan pelbagai produk pertanian khususnya termasuk di daerah saya di Sik dan juga di daerah- daerah yang lain.
Tuan Pengerusi, begitu juga saya ingin bertanya bagaimanakah sasaran yang ditetapkan oleh pihak kementerian untuk memastikan bahawa koperasi-koperasi ini daripada segi tadbir urusnya dikelolakan oleh individu-individu yang ada kepakaran, pengalaman dan mereka sudah pasti mempunyai akauntabiliti dan satu sahsiah yang baik supaya mereka menjadi contoh kepada pembangunan koperasi di seluruh Malaysia.
Tuan Pengerusi, itu sahaja daripada saya. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Silakan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi memberikan peluang kepada Hang Tuah Jaya untuk membangkitkan beberapa isu.
Saya mulakan dengan Butiran 030000 tentang Peruntukan Kepada Pembangunan Koperasi yang menurun kepada RM89 juta berbanding tahun lalu iaitu RM102 juta terutamanya Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang menurun kepada RM73 juta berbanding sebelumnya iaitu RM85 juta.
Hang Tuah Jaya berpendapat ini memerlukan suatu persoalan penting kepada kementerian. Ini kerana kita tahu bahawa kementerian sewajarnya dilihat membela nasib koperasi di mana kita difahamkan 17 peratus perniagaan koperasi telah pun tamat operasinya.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Sebanyak44 peratus koperasi menghadapi masalah kecairan tunai disebabkan kekurangan modal pusingan terutamanya koperasi yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan khusus dalam sektor pelancongan dan juga penjagaan kesihatan.
Jadi saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri, kenapa peruntukan ini dikurangkan ataupun diselitkan ke mana-mana tempat yang kita tidak nampak dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan ini.
Dalam masa yang sama, kita lihat peruntukan sebanyak RM73 juta ini masih lagi jauh ketinggalan dalam sasaran pihak kementerian dalam mencapai sumbangan perolehan koperasi yang bernilai RM100 bilion menjelang tahun 2030 yang dikatakan seiring peranan sektor koperasi itu sebagai alat ataupun platform utama untuk melonjakkan sektor keusahawanan dalam kalangan golongan isi rumah kategori B40 dan M40.
Seterusnya Yang Berhormat Menteri, saya ingin membangkitkan tentang Butiran 96000 – Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) yang diberikan peruntukan RM4.5 juta. Saya ingin bertanya apakah ini merupakan institut yang baharu dan apakah model ataupun modul yang akan dikemukakan dalam institut ini.
Seperti mana yang kita semua sedia maklum di dalam bidang, di dalam kementerian ini juga dibangunkan Institut Koperasi Malaysia. Jadi apakah di sana agak redundant ada satu koperasi, ada satu lagi Institut Keusahawanan. Boleh tidak kita gabungkan kedua-duanya dan kita jimatkan perbelanjaan dengan memberikan tumpuan kepada hanya satu institut yang memberikan latihan yang menyeluruh kepada semua termasuk koperasi dan keusahawanan?
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Ketiga, Yang Berhormat Menteri ialah berkaitan dengan Butiran 90000 - Skim Latihan Siswazah yang diberikan peruntukan RM5 juta. Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri, kita tahu seperti yang dibangkitkan oleh ramai ahli-ahli wakil rakyat dalam Dewan ini, mahasiswa kita sekarang ini berhadapan dengan cabaran yang cukup besar terutamanya peluang pekerjaan. Kita tahu tidak boleh lagi, tidak ramai lagi yang dapat kerja harus mandiri dari segi pendapatan mereka. Jadi sudah pastilah antara perkara yang boleh kita dorong itu adalah bidang keusahawanan.
Jadi saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah RM5 juta ini mencukupi untuk mendanai siswazah yang saya fikir mungkin ramai dari segi datanya terkesan dengan COVID-19 ini dan bagaimana kita ingin memberikan sokongan kepada mereka? Contohnya, kalau mereka lalui latihan ini apakah selepas latihan keusahawanan mereka boleh mendapat dana-dana yang secara mudah diberikan kepada mahasiswa.
Oleh sebab kita tahu kadang-kadang bila mereka terpaksa membuat permohonan mendapatkan dana, ia berhadapan dengan satu red tape, dengan izin Tuan Pengerusi, yang agak tidak munasabah yang menyukarkan mahasiswa ini untuk memulakan perniagaan. Apakah di sana terdapat kemudahan yang disegerakan, dana yang disegerakan dan dipermudahkan untuk mereka membiayai atau mendanai peluang ataupun permulaan bagi memulakan perniagaan?
Seterusnya yang ingin saya bangkitkan ini ialah tentang Butiran 30000 – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN). Kita lihat ada peningkatan dan saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri saya fikir ini juga penting untuk ahli-ahli wakil rakyat yang lain, bagaimana peluang ataupun kemudahan TEKUN ini apakah sekarang ini masih lagi berhadapan dengan masalah red tape ataupun birokrasi atau dipermudahkan sekarang dalam keadaan sekarang ini?
Jadi saya percaya ini perkara yang cukup dekat dengan Yang Berhormat Menteri, kita berbual beberapa kali di lounge, jadi kalau boleh ini direkodkan dalam Dewan ini kemudahan untuk membantu mereka-mereka di luar sana yang ingin memulakan perniagaan tetapi menggunakan TEKUN sebagai satu platform yang bukan sekadar mempermudahkan untuk memberikan dana ataupun peruntukan tetapi juga boleh dijadikan sebagai satu platform untuk memantau dan melihat sejauh mana perkembangan mereka dari segi return of investment dan sebagainya. Ini supaya ada satu badan atau unit yang mewujudkan di bawah TEKUN ini untuk melihat perkembangan ataupun kebolehan para usahawan kita.
Jadi pada saya Tuan Pengerusi, perkara-perkara yang saya bangkitkan ini tentunya menjurus kepada clear support system, dengan izin kepada mereka yang akan terlibat dalam usahawan ini sama ada dari segi financial ataupun non-financial. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Akhir sekali saya menjemput Pontian. Silakan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih,Tuan Pengerusi. Peruntukan RM548 juta ini terlalu sedikit dan saya kira ia tidak adil untuk sebuah kementerian yang sangat penting maka saya ingin mencadangkan agar Amanah Ikhtiar Malaysia iaitu satu badan amanah persendirian dicadang diletakkan di bawah MEDAC.
Ada terdapat RM378,815 jumlah sahabat yang jadi usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia ini dan Pinjaman Amanah Ikhtiar (NPL) cuma 1.3 peratus yang terbuka kepada miskin tegar bawah RM600 sebulan, miskin bawah RM950 sebulan dan pendapatan rendah RM3,860 sebulan. Mereka yang sedemikian rupa boleh memohon Amanah Ikhtiar Malaysia dan untuk membesarkan lagi kementerian ini saya mencadangkan agar Amanah Ikhtiar Malaysia diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan.
Kemudian perkara kedua ialah teknologi maklumat dan Butiran 97000 - PPP/PFI sebanyak RM11.23 juta ini. Saya ingin bertanya adakah ia melibatkan super drone atau air mobility vehicle yang saya kira kita perlu tutup buku dan bukan lagi keperluan di MEDAC.
Perkara ketiga ialah Butiran 96000 - Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).
saya kira institut ini hanya ada di Cyberjaya atau di KL, dua buah tidak silap saya. Ia wajar ditubuhkan, saya ingin mencadangkan agar ia ditubuhkan di Zon Utara, di Zon Selatan, di Zon Timur, Sabah dan Sarawak untuk kita menambahkan lagi usahawan di
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
seluruh negara untuk mewujudkan apa yang dipanggil sebagai bangsa usahawan di negara kita.
Perkara keempat ialah Butiran 19534 - Pembangunan Industri Halal dan Vendor. Kelihatan Halal Development Corporation (HDC) berada di MITI, saya juga ingin mencadangkan agar HDC diletakkan di bawah MEDAC dan menambah lagi peruntukan untuk Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Ia juga perlu untuk menambahkan usahawan-usahawan dalam industri halal.
Perkara kelima Butiran 19900 – Pembangunan Vendor. Apa yang saya hendak sebut di sini bukan hanya vendor tetapi ialah pembangunan francais. Sepatutnya ada satu bahagian di kementerian ini yang dinamakan sebagai pembangunan francais. Kita tahu francais ini ada francaisor, ada francaisi, ada fi tertentu dan ia perlu dikawal dan diselaraskan dengan baik dan kaedah termudah untuk kita mewujudkan usahawan adalah melalui vendor dan francais.
Francais ini semua orang tahu di peringkat dunia nama-nama seperti KFC, Pizza Hut, McDonalds, 7Eleven. Nama-nama francais di Malaysia ini contohnya Secret Recipe, A&W, Delifresh, Kyros Kebab, Focus Point, Marry Brown, PappaRich, Teh Tarik Place, Tealive, Old Town semua itu adalah jenama-jenama francais Malaysia dan kaedah termudah untuk menambahkan usahawan ialah melalui vendor dan francais.
Seterusnya, adalah mengenai Butiran 00514 - Program Pembangunan Pengeksport Bumiputera. Tadi sudah ada rakan-rakan sebelum saya mencadangkan agar ia jangan dipotong sebab untuk mewujudkan pengeksport terbaik bumiputera ini bukan mudah, jadi diperlukan bukan hanya RM300,000, sebelum ini RM25 juta diturunkan begitu mendadak sekali.
Seterusnya ialah Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE). Saya kira ini RM20 juta jadi RM10 juta ia makin mengurang sepatutnya makin bertambah untuk Butiran 00603 – Program Keusahawan. Akhirnya ialah mengenai Butiran 30000 – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), RM205 juta perkara yang kelapan.
Seperti TEKUN Niaga, Teman TEKUN itu adalah sebagai contoh bagaimana TEKUN melihat kepada Amanah Ikhtiar. Sahabat Amanah Ikhtiar kita ada Teman TEKUN. Kita ada TEKUN Ar-Rahnu, TEMANITA, Usahawan Siswazah, bekas tentera, kaum India, nelayan, kontraktor kecil.
Saya ingin tahu pecahan-pecahan kelulusan jika ada dan saya juga ingin tahu tentang Skim Pemulihan Perniagaan atau TEKUN Business Recovery Scheme dan berapakah NPL TEKUN ini? Difahamkan ia agak tinggi. Mengapa begitu dan berapa yang dapat dipulihkan dalam TEKUN Business Recovery Scheme terutama ketika COVID-19 ini? Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih, Yang Berhormat Pontian. Sekarang saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Padang Serai tidak ada kah, Tuan Pengerusi?
Tuan Pengerusi
Tidak sempatlah.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Dua hari tunggu tidak boleh dapatlah, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Tidak ada dalam senarailah, Yang Berhormat.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Sedih.
[Dewan ketawa]
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
.
Tuan Pengerusi
Chief whip – tidak beri nama.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Boleh balik sudah, minggu depan, minggu depan.
Tuan Pengerusi
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Pertama saya ingin menyentuh apa yang disentuh oleh Yang Berhormat dari Ipoh Timur tadi berhubung dengan koperasi.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tuan Pengerusi, memang betul bahawa kita mempunyai 14,625 buah koperasi yang wujud di negara kita dan juga mempunyai ahli yang seramai lebih enam juta.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Jadi dalam keadaan sedemikian, memang juga saya menerima hakikat bahawa koperasi ini perlu diambil tindakan yang penting untuk menjanakan pendapatan masyarakat di seluruh negara. Saya bersetuju juga bahawa koperasi boleh dijadikan satu platform untuk mengatasi masalah kemiskinan iaitu poverty. Dalam keadaan sedemikian, maka koperasi ini ditumpukan perhatian oleh pihak kementerian dengan beberapa tindakan yang khusus.
Yang pertamanya ialah berhubung dengan business modal dalam koperasi itu sendiri iaitu kita melihat dari sudut transformasi yang bakal kita lihat dan pihak Yang Berhormat juga perlu menerima hakikat bahawa apabila saya mengambil alih kementerian ini enam bulan yang lepas, kita berhadapan dengan masalah COVID-19.
Jadi dalam keadaan sedemikian, saya tidak dapat menjelajah seluruh negara untuk melihat sendiri apa yang berlaku kerana koperasi ini di dalam bandar, di suburbanareas dengan izin juga di luar bandar. Jadi apa yang kita lihat, dalam sudut kementerian ialah melihat bahawa kita mempunyai koperasi-koperasi yang berpendapatan besar iaitu 100 koperasi yang mempunyai prestasi tinggi dan 20 koperasi yang mempunyai kebolehan lebih daripada 45 juta keseluruhan satu-satu koperasi. Jadi dalam keadaan sedemikian, koperasi masih dilihat satu badan yang boleh diguna pakai sebagai platform meningkatkan cara kehidupan masyarakat Malaysia yang terlibat dengan koperasi.
Akan tetapi dalam masa yang sama juga kita melihat bahawa Tuan Pengerusi, ada 80 peratus daripada ahli-ahli koperasi masih duduk dalam B40. Bahawa ini lah saya hendak tekankan di sini untuk penjelasan kepada semua pihak yang membangkitkan soal koperasi tadi bahawa iaitu pertama untuk pendapat-pendapat koperasi yang besar yang berpuluh juta, beratus juta sedemikian itu dapat turun ke bawah kepada ahli bukan koperasi itu sahaja yang kaya tetapi ahli-ahlinya juga dalam pendapatan yang lebih baik.
Kalau tidak, adalah contoh saya hendak bagi ini. Satu, contohnya Bank Rakyat.
Bank Rakyat mempunyai aset beratus bilion dan mempunyai pendapatan beratus bilion tetapi malang sekali untuk Bank Rakyat masih ada 80 peratus ahli-ahli Bank Rakyat sebagai koperasi yang masih dikatakan, diklasifikasikan sebagai B40. Jadi, ini saya ada mempunyai program-program yang tertentu untuk mengatasi masalah ini dengan berperingkat-peringkat kerana contohnya kalau kita hendak address kan perkara ini dengan tiap-tiap ahli itu mendapatkan syer dalam bank.
Kalau syer hanya RM100,000, pulangan contoh dividen yang kita declare pada tahun lepas 14 peratus. Kalau RM100,000 pendapatan RM14,000 setahun dan maknanya RM1,000 lebih sahaja sebulan. Akan tetapi kalau tiap-tiap ini dapat setengah juta syer setiap ahli bahawa pendapatan tiap-tiap orang itu akan dapat RM70,000 dalam satu tahun dan akhirnya dapatlah dia berpendapatan RM6,000 sebulan. Dengan sendirinya dia akan terkeluar daripada kerongkong B40 itu sendiri.
Dalam keadaan sedemikian, mesti ada program-program yang tertentu yang hendak kita laksanakan supaya mereka ini sedikit demi sedikit berperingkat-peringkat dikeluarkan daripada B40 tersebut. Jadi ini adalah soalan transformasi koperasi itu dalam semua jurusan. Pertama soalan mencicirkan pendapat koperasi kepada ahli. Kedua, itu maknanya kita syer the wealth of the entiti dengan izin.
Kedua ialah transformasi koperasi ini juga kita hendak laksanakan dengan pengurusannya. Kebanyakan mengikut kajian yang telah kita buat, masalah dihadapi oleh koperasi ialah pengurusan. Jadi itulah kenapanya bangkit dengan soalan Yang Berhormat tadi berhubung dengan IKM dan INSKEN Institut Keusahawanan dan IKM institut koperasi. Apabila saya mengambil alih kementerian ini, IKM telah dipersetujui oleh kerajaan dahulu untuk digabungkan dengan Suruhanjaya Koperasi supaya perbelanjaan kerajaan berkemungkinan boleh dikurangkan. Yang perlukan sumber kewangan di antara RM10 juta ke RM15 juta tahunan.
Akan tetapi apabila saya masuk kementerian ini Tuan Pengerusi, saya memohon kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan telah diluluskan yang saya kata saya hendak pecahkan semula supaya diasingkan semula. Tidak payah digabung. Proses penggabungan itu makan masa mungkin setahun tetapi kalau dibuka semula dibenarkan untuk dua entiti.
Tujuan saya ialah saya bagi assurance dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa saya hendak naikkan tahap IKM ini iaitu institut koperasi ini
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
kepada tahap universiti dalam masa jangka dua tahun full-fledged universiti yang boleh berdiri atas kaki sendiri dan memberi keuntungan kepada suruhanjaya dan tidak perlu lagi kerajaan menyumbang sumber kewangan dan dalam masa yang sama saya juga berkemampuan untuk melatih ahli-ahli board koperasi, ahli-ahli mereka yang terlibat dengan koperasi dalam pengajian pentadbiran koperasi dari sudut kewangan, dari sudut keusahawanan dan pelbagai lagi.
Jadi, dalam masa sekarang Tuan Pengerusi, selepas kelulusan diberi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kurang lebih lima bulan lepas kita berkemampuan hanya saya menunggu bila hendak melancarkan IKM ini untuk menjadikan universiti kolej. Kita sudah berbincang, surat saya sudah dengan Kementerian Pendidikan untuk kelulusan daripada sudut MQAnya perbincangan soalan qualification, requirements kualiti pendidikan dan sebagainya dan kita juga mempunyai student endorsement sudah meningkat sampai 700 orang daripada yang ada sekarang gini hanya 200 orang dibayar oleh pihak kerajaan.
Jadi, saya sangat optimistik bahawa kita berkemampuan melaksanakan ini dan IKM ini tadi nanti akan berdiri atas kakinya sendiri. Tidak perlu sumber kewangan yang tinggi daripada kerajaan dan boleh melatih anggota-anggota koperasi menjadi pentadbir yang berkualiti tinggi dan berpengalaman.
Tuan Pengerusi, ini program dalam masa yang sama koperasi itu sendiri hendak ditransformkan menjadi entiti-entiti yang berdaya saing, berkemampuan untuk mengurus dalamnya sendiri dan kewangannya sendiri. Dengan penambahbaikan dari sudut struktur penambahbaikan dari sudut pengurusan dan sebagainya. Ini jawapan saya berhubung dengan koperasi secara menyeluruh, Tuan Pengerusi. Jadi...
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Penjelasan Yang Berhormat Menteri. Hang Tuah Jaya, depan.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Sila.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Terima kasih Tuan Pengerusi. Penjelasan tentang universiti kolej itu saya ingat kita alu-alukanlah inisiatif kementerian. Cuma boleh atau tidak kita serapkan institut keusahawanan yang hendak dibuat ini di bawah universiti kolej cadangan kementerian tadi supaya jangan ada timbul banyak sangat institusi yang berkaitan dengan latihan ini.
Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Setakat ini Yang Berhormat, the model latihan yang kita laksanakan adalah amat berbeza. Institut koperasi ini menjurus kepada certificate diploma, ijazah dan sebagainya. Contohnya salah satu daripada program yang kita hendak laksanakan dalam institut kemahiran koperasi ini nanti ialah berhubung dengan 2 plus 2 punya program iaitu program ijazah 2 plus 2 iaitu dua tahun di universiti dan dua tahun di industri. Kita sudah bincang dan kita sudah buat MoU dengan beberapa buah pihak yang mahu melatih kita bukan sahaja daripada negara ini, dari Singapura, China dan sebagainya untuk observe orang-orang yang dilatih di institut ini, di universiti ini nanti untuk bekerja terus. Maknanya, siapa sahaja kelulusan daripada sini, ada sahaja syarikat yang bakal menerimanya untuk bekerja ataupun sebagai entrepreneur ataupun intrapreneurs.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Jadi dalam keadaan demikian, satu lagi yang Institut Keusahawanan (INSKEN) ini, dia punya latihan ialah serta-merta, yang dekat, yang pendek, yang ringkas dengan monitoring, coaching dan sebagainya. Contohnya, program untuk melatih keusahawanan yang terjejas dalam COVID-19 pada masa sekarang ini. Pihak INSKEN telah melatih beribu orang iaitu dari sudut coaching dan transfer daripada satu jenis keusahawanan kepada keusahawanan yang lain supaya mengetahui macam mana hendak menguruskan keusahawanan daripada industri dan business-business yang lain.
Jadi, INSKEN ini dia punya kerja ialah tak perlu beri sijil dahulu tapi beri kemahiran dahulu, kebolehan untuk berpindah kepada satu-satu jenis keusahawanan, latihan secara dekat, kaunseling secara dekat dan secara bersemuka ataupun menerusi e-commerce ataupun digital virtual punya pendekatan.
Jadi, proses dan tindakan yang dibuat amat berlainan daripada apa yang dua- dua institut ini. Jadi, kita tidak melihat ia boleh digabung pada ketika ini, Yang Berhormat.
Bahkan saya menerima hakikat sebagaimana yang disebut, saya tak tahu, seorang Ahli Parlimen tadi, Yang Berhormat mengatakan supaya kita di tiap negeri di selatan, di utara dan di tengah, di Sarawak, di Sabah, kita wujudkan badan ini.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Bahkan ada dalam perancangan saya untuk meminta dengan kerajaan untuk memperbesarkan, revamp INSKEN itu sendiri supaya di tiap-tiap kawasan yang saya sebut tadi, di utara, di selatan dan di central dan juga Sarawak dan Sabah, kita wujudkan badan ini supaya boleh menjadi penggerak kepada pembangunan usahawan di seluruh negara kerana tindakan-tindakan mereka ini mendatangkan kebaikan yang begitu bagus sekali.
Sebab, saya melihat secara peribadi, contohnya saya melawat ke KK baru-baru ini, yang mana seramai 300 orang pelatih. Masa saya berjumpa itu, apabila pihak INSKEN telah melatih mereka ini dengan e-boarding dia iaitu supaya peniaga ini di- connect dengan e-commerce punya pasaran, dengan sendirinya dia punya penjualan dan pendapatan itu meningkat hingga 200 peratus pun ada peningkatan. Usahawan ini sendiri yang memaklumkan kepada saya. Thetransformation daripada conventional method kepada digital punya method menggunakan sistem e-commerce, online pasaran dengan sendirinya perniagaan mereka jadi vibrant dan baik.
Jadi dalam keadaan sedemikian, pendekatan yang dibuat oleh pihak INSKEN pada ketika ini memang bakal kita laksanakan, Tuan Pengerusi, dan akan kita teruskan untuk memperbaikkan lagi perniagaan ahli-ahli peniaga di dalam keadaan kita berhadapan dengan masalah COVID-19 ini.
Jadi, Tuan Pengerusi, saya berpindah kepada apa yang disoal oleh Yang Berhormat Pasir Mas iaitu apakah peluang pekerjaan di bawah MEDAC, apakah tindakan MEDAC untuk mewujudkan peluang pekerjaan khususnya kepada pihak graduan.
Graduan ini ada dua program yang telah dilaksanakan kementerian. Yang terbesar ialah di bawah pihak PROTEGE. Dahulunya― sudah berubah nama PROTEGEini. Jadi, selepas diubah nama ini tetapi pelaksanaannya adalah sama iaitu melatih graduan untuk mendapat pekerjaan dan latihan-latihan ini dengan matching pihak graduan ini kepada pihak syarikat-syarikat yang besar. Program ini telah mendatangkan kebaikan yang begitu baik sekali. Bahkan kita akan memperbesarkan lagi tindakan PROTEGE ini ke seluruh negara.
Ini kerana kita mengetahui bahawa tiap-tiap tahun IPTA mengeluarkan tak kurang, yang tak ada kerja, seramai 50,000 graduan dan IPTS mengeluarkan tak kurang daripada seramai 100,000 graduan yang tak ada kerja. Jadi, maknanya seramai 150,000 graduan iaitu 50,000 daripada IPTA dan 100,000 daripada IPTS yang bakal tidak ada kerja. Kita hendak latih mereka ini menjadi pekerja-pekerja yang diterima dengan kerjasama kepada pihak GLC-GLC. Matching ini buat dengan GLC-GLC dan syarikat- syarikat swasta yang terpilih.
Akan tetapi, saya bercadang supaya program ini diperluaskan lagi kepada pihak-pihak peniaga yang mendapat kemudahan daripada pihak kerajaan. Contohnya, kalau seseorang itu mendapat AP contohnya, dia dapat AP untuk perniagaan dia.
Disyaratkan supaya mengambil graduan untuk bekerja dengan dia, dilatih dengan dia.
Kalau graduan itu nanti selepas latihan tertentu iaitu dengan imbuhan yang diberi, elaun yang diberi, pendidikan yang diterima di sana nanti ingin menjadi peniaga dia sendiri, kalau dilihat kemampuannya ada, kebolehannya ada, kita boleh tukarkan dia menjadi peniaga mengikut contoh dan model di mana dia diberi latihan, feel work tadi selepas graduate.
Jadi dalam keadaan sedemikian, saya hendak meluaskan perkara ini kepada pihak-pihak swasta lain, public listed company, syarikat yang besar-besar, international company yang datang ke negara kita ini diperluaskan program-program untuk latihan di bawah PROTEGE ini.
Di bawah pihak SME Corp pula, ada satu program lagi iaitu Technopreneur.
Technopreneur ini tahun ini kita menyarankan kepada sebanyak 5,000, Yang Berhormat, latihan kita. Latihan sebanyak 5,000 ini ialah 80 peratus daripadanya kita akan latih dalam pada sudut pekerjaan yang high skill job, dalam bidang-bidang yang terkini dalam industri sekarang khusus dalam bidang-bidang teknologi tinggi. Kita akan latih graduate ini dan 80 peratus jadi pekerja dan 20 peratus jadi entrepreneur yang high tech. Mungkin hal berhubung dengan digital ekonomi, e-commerce, benda-benda macam itu. Saya cukup yakin bahawa program ini mendapat sambutan yang baik.
Melihat track record yang ada pada kita, bahawa penerimaan daripada pihak industri adalah baik kerana kita sudah bekerjasama dengan pihak-pihak industri, pihak- pihak tertentu, contohnya macam Proton, macam Perodua, berbagai-bagai lagi syarikat- syarikat besar. Perodua, MAS, KTM. Semua syarikat-syarikat besar ini boleh menerima program-program ini sebagai satu badan kerjasama dengan pihak kementerian.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Jadi, satu di bawah Technopreneur, yang kedua di bawah PROTEGE.
PROTEGE sekarang hanya melatih untuk bekerja dengan syarikat-syarikat besar, syarikat-syarikat GLC dan sebagainya dengan gaji yang cukup untuk mereka ini sebagai permulaan dan selepas itu selepas internship sudah habis, mereka akan lihat, akan buat penilaian untuk diterima sebagai pekerja yang tetap. Setakat ini saya dimaklumkan bahawa hampir 60 peratus graduan ini telah diterima jadi pekerja tetap dalam syarikat- syarikat tersebut.
Jadi inilah bagi menjawab soalan Yang Berhormat dari Pasir Mas berhubung peluang dan ruang untuk membantu pihak graduan yang keluar daripada universiti. Ini di luar apa yang kita telah laksanakan sebagai kerjasama yang telah kita materaikan di antara Kementerian Pengajian Tinggi dengan Kementerian MEDAC, Yang Berhormat, yang selepas ini bakal kita laksanakan pada tahun 2021 ini.
Kita melihat bersama dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk melihat apakah program-program yang dianggap sesuai oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan kita akan laksanakan menerusi kerjasama dengan agensi saya, TEKUN sebagai contohnya.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Jadi Yang Berhormat juga bertanya berhubung dengan apakah pembaikpulihan yang telah dilaksanakan di bawah TEKUN. Bukan TEKUN sahaja Yang Berhormat sebenarnya. Di bawah semua agensi, membantu mengeluarkan sumber-sumber kewangan di kementerian saya. Iaitu TEKUN, SME Bank, Bank Rakyat dan juga Koperasi Bank.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Menteri, dua minit ya. Dua minit ya.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Okey, yang lain itu insya- Allah, jawapan semua ada sini, dekat depan saya ini Yang Berhormat.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Jawab bertulislah.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang dua minit, saya hendak beri penjelasan soalan pembaikpulihan ini. Apabila dua minggu selepas MCO Yang Berhormat, saya beri arahan dengan KSU saya pada ketika itu. Saya kata, “I hendak you buat selagi red tape, selagi birokrasi, saya hendak dipotong otherwise it make no sense.” Saya kata. Jadi saya kata pula, “I want to see how it work, I want you to answer medalam masa dua minggu selepas kajian”. Pihak bank, dua bank dan TEKUN diberi itu.
Jadi KSU saya buat kajian selama dua minggu. Selepas dua minggu Yang Berhormat, TEKUN saya bagi contoh, mempunyai keperluan 17 dokumen perlu di submit apabila hendak mohon sumber kewangan. Sama ada RM5,000 atau hendak mohon RM50,000 ataupun RM100,000, sebanyak 17 dokumen. Selepas kajian dipotong hingga empat dokumen sahaja. Ini sebab, assurance saya kata dua sahaja.
Pertama, sumber kewangan mesti ada jaminan yang orang itu meminjam.
Kedua, pihak peminjam dapat sumber kewangan selepas meminjam sebab dia memerlukan bantuan. Perdana Menteri beritahu kepada semua Menteri dalam Kabinet meeting. Dia kata “Don’t make it more difficult when the time is already very difficult”. Ini reminder daripada Perdana Menteri, saya buat itu. Jadi akhirnya, kredit gerenti diturunkan dari dua bulan hingga ke sembilan hari kita boleh lulus. TEKUN daripada sebulan, kepada lima hari kepada syarikat yang sudah ada track record dan tujuh hari kepada syarikat yang baharu berdaftar dengan TEKUN.
Dengan sendirinya, TEKUN menjadi sebuah agensi yang boleh mengeluarkan RM300 ribu, yang dikeluarkan duitnya daripada bulan Mei hingga bulan Oktober, 99 peratus dia keluar. Money in the bank, saya kata. Kalau tidak, tidak bermakna kita hendak bantu pihak peniaga. Jadi itulah kenapanya TEKUN menjadi so highly rated dengan izin, Tuan Pengerusi dan ditambah sumber kewangan.
Itu pun provisional tambahan, mungkin akan ditambah lagi oleh Kementerian Kewangan apabila prestasi kita continue to perform very well. Tuan Pengerusi, setakat ini sahaja dan insya-Allah jawapan bertulis boleh diberi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang minat pada persoalan mereka tadi.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, ini tidak payah belah bahagilah.
Sokonglah.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM192,450,000 untuk Kepala B.26 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2021 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.26 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.26 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2021 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.26 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Isnin, 7 Disember 2020. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 3.25 petang]