Nov252020

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Takiyuddin bin Hassan

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa tanpa mengambil kira Usul Peraturan Mesyuarat 12(1) terdahulu iaitu pada Khamis 5 November 2020 dan mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari Rabu, 25 November 2020 tidak akan ditangguhkan sehingga jam 3 petang.”

final • 10:04 AM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 10:04 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 10:04 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya ajukan soalan pertama, kita menerima berita sedih kerana kehilangan seorang pahlawan. Saya ucapkan takziah kepada keluarga mendiang Koperal Baharuddin bin Ramli akibat terkena tembakan semasa kawalan keselamatan Ops Benteng di sempadan Malaysia dan Thailand.

final • 10:04 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya juga ingin mengucapkan rasa takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergian arwah.

final • 10:04 AM

1. Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [Libaran] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan, apa status projek-projek infrastruktur asas luar bandar di negeri Sabah di bawah kementerian khususnya seperti projek jalan, bekalan elektrik dan bekalan air.

final • 10:04 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II - Dato’ Henry Sum Agong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Libaran.

Untuk makluman Yang Berhormat, bagi pelaksanaan projek jalan luar bandar (JALB) Sabah di bawah RMKe-11, sebanyak 101 buah projek telah diluluskan dengan kos keseluruhan adalah sebanyak RM6.5 bilion. Daripada 101 projek tersebut, sebanyak 18 projek sedang dalam peringkat perancangan, 22 projek dalam pelantikan perunding dan

final • 10:04 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II - Dato’ Henry Sum Agong

reka bentuk, sebanyak tujuh projek sedang dalam peringkat perolehan, sebanyak 26 projek dalam pembinaan dan sebanyak 28 projek telah siap sepenuhnya.

Bagi pelaksanaan projek bekalan elektrik luar bandar (BELB) Sabah pula di bawah RMKe-11, sebanyak 15 projek telah diluluskan dengan kos keseluruhan adalah sebanyak RM3.6 bilion dan memberi manfaat kepada 9,588 buah rumah di pelbagai daerah di negeri Sabah. Daripada 15 buah projek tersebut, sebanyak dua projek sedang dalam peringkat pelantikan perunding kajian kesesuaian, sebanyak sembilan projek dalam fasa pembinaan dan sebanyak empat projek telah siap sepenuhnya.

Manakala bagi bekalan air luar bandar (BALB) negeri Sabah, sebanyak 63 buah projek sedang dilaksanakan oleh kementerian dengan kos keseluruhan sebanyak RM2.4 bilion dan memberi manfaat kepada 34,078 buah rumah. Daripada 63 buah projek tersebut, sebanyak 21 projek dalam peringkat pembinaan, sebanyak 38 projek dalam peringkat reka bentuk dan sebanyak empat projek telah siap. Sekian, terima kasih.

final • 10:04 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sila Yang Berhormat Libaran.

final • 10:04 AM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan yang terperinci daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dalam Belanjawan 2021, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerima sebanyak RM10.19 bilion meliputi sebanyak RM3.533 bilion Peruntukan Mengurus dan sebanyak RM6.657 bilion Peruntukan Pembangunan. Jumlah peruntukan meningkat sebanyak RM431 juta atau 4.42 peratus berbanding Belanjawan 2020.

Soalan saya, Tuan Yang di-Pertua. Minta Yang Berhormat Menteri jelaskan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas, berapakah peratusan telah dicapai untuk agenda pembangunan infrastruktur di negeri Sabah? Minta juga Yang Berhormat Menteri nyatakan, bagaimanakah kerajaan dapat menjamin pembangunan di negeri Sabah ini dan masyarakat dapat dimanfaatkan daripada Belanjawan 2021, dan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) yang bakal dibentangkan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:04 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:10 AM

Dato’ Henry Sum Agong

Terima kasih kepada Yang Berhormat yang bertanyakan soalan tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi bekalan elektrik luar bandar (BELB), peratus liputan bekalan elektrik sehingga penghujung tahun 2020 telah mencapai 96.29 peratus dengan 3,066 dan 13 buah rumah daripada 380,106 telah menerima bekalan yang mana 13,694 buah rumah telah menerima bekalan di dalam tempoh RMKe-11.

Manakala, bagi bekalan air luar bandar (BALB), peratusan liputan yang menerima bekalan air bersih dan terawat sehingga tahun 2019 sebanyak 79 peratus dengan jumlah sebanyak 11,579 buah rumah telah menerima bekalan air di dalam tempoh RMKe-11. Bagi program jalan luar bandar (JALB), sepanjang 462.24 kilometer jalan telah siap dilaksanakan dengan pencapaian sebanyak 124.93 berbanding 370 kilometer sasaran pembinaan jalan luar bandar di negeri Sabah dalam tempoh RMKe- 11.

Bagi soalan kedua, saya ada jawapan yang agak panjang kalau boleh diizinkan saya baca...

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipendekkan Yang Berhormat, sebab kita nak cover banyak soalan.

final • 10:10 AM

Dato’ Henry Sum Agong

Untuk makluman Yang Berhormat juga, kajian melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah memperuntukkan sebanyak RM4.8 bilion iaitu sebanyak 19 peratus daripada peruntukan keseluruhan luar bandar di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas bagi pembangunan infrastruktur negeri Sabah sepanjang tempoh RMKe-11. Dianggarkan sebanyak 11,579 buah rumah telah menerima bekalan air bersih iaitu 14,807 buah rumah telah menerima bekalan elektrik 24 jam dan sepanjang 462.24 kilometer jalan luar bandar telah disiapkan.

Saya ingat agak panjang. Jadi, apa yang penting bagi kelangsungan pembangunan infrastruktur luar bandar yang diperlukan oleh rakyat adalah diharapkan bajet yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada 6 November bulan ini, mendapat kelulusan Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

2. Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan, berapa ramai mahasiswa yang sepatutnya mendaftar di setiap institusi pengajian tinggi awam (IPTA) semasa universiti dibuka pada awal Oktober lalu. Berapa ramai daripada kalangan mereka mahasiswa baru dan berapa ramai mahasiswa lama

(yang meneruskan pengajian bagi semester-semester berikutnya).

final • 10:10 AM

Menteri Pengajian Tinggi - Dato’ Dr. Noraini Ahmad

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Kangar dan Tuan Yang di-Pertua.

Untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kangar, sejumlah 435,994 orang pelajar sepatutnya mendaftar di universiti-universiti awam pada bulan Oktober tahun 2020. Daripada jumlah berkenaan, seramai 111,009 orang ataupun 25.5 peratus merupakan mahasiswa baru. Manakala, seramai 324,985 orang merupakan mahasiswa yang akan menyambung pengajian bagi semester berikutnya bagi sesi akademik 2020-2021.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, sehingga 24 November 2020 sejumlah 44,188 orang pelajar universiti awam masih berada di kampus bagi meneruskan pembelajaran masing-masing. Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Kangar.

final • 10:10 AM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan tahniah kepada semua mahasiswa yang baru masuk khususnya. Saya teringat 17 tahun lalu, sebagai presiden persatuan mahasiswa di fakulti, saya terlibat membantu mahasiswa baru dalam minggu orientasi dan saya pernah didatangi oleh seorang mahasiswa yang bertanya dengan saya, “Abang Amin, macam mana saya nak buat assignment saya? Saya nak tekan butang ‘ON’ komputer pun saya tidak tahu dekat mana”.

Jadi, dalam situasi kita pada hari ini, pandemik kita, ramai mahasiswa yang tidak dapat belajar di kampus, tidak ada mentoring daripada pelajar senior ataupun pensyarah.

Ramai terpaksa belajar di kampung, tidak ada kemudahan internet dan tidak ada komputer. Bagaimanakah KPT menjamin bahawa mereka ini dapat menghabiskan syllabus dan dapat mengikuti kualiti pembelajaran di IPT?

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 10:10 AM

Dato’ Dr. Noraini Ahmad

Terima kasih dan terima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat terutamanya berkaitan dengan pengajian tinggi.

Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini tidak ada kursus yang tertangguh kerana universiti awam telah membuat penjadualan semula kalender akademi masing- masing. KPT juga memberikan kelonggaran kepada lima kategori pelajar berkeperluan sekiranya ada masalah daripada segi tidak ada akses kepada internet dan segala- galanya untuk pulang ke kampus secara berperingkat. Ini bertujuan bagi memenuhi keperluan PdP untuk bidang pengajian yang berdepan kesukaran untuk melaksanakan pengajian secara dalam talian.

Saya juga nak maklumkan dalam Dewan ini, lima kategori yang dibolehkan pelajar-pelajar ini kembali ke kampus adalah:

(i) pelajar pascasiswazah mod penyelidikan universiti awam dan IPTS yang sedang menjalankan pengajian;

(ii) pelajar semester atau tahun akhir bagi pengajian di peringkat sijil, diploma dan ijazah sarjana muda;

(iii) pelajar semester tahun akhir yang tidak mempunyai akses internet;

(iv) pelajar berkeperluan khas yang mengikuti program pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional di politeknik dan kolej komuniti; dan

(v) pelajar kemasukan baru bagi sesi akademik tahun 2020- 2021 di semua universiti awam, universiti swasta, di politeknik dan juga kolej komuniti.

Jadi, saya nak terangkan di sini bahawa universiti awam juga telah diminta membuat perancangan jadual akademik yang rapi berdasarkan SOP MKN sekiranya berlaku senario di mana jadual makmal penuh sebagai contoh, universiti awam

final • 10:10 AM

Dato’ Dr. Noraini Ahmad

dibenarkan untuk menawarkan semester tiga atau semester pendek bagi pelajar untuk memenuhi keperluan kursus tersebut. Terima kasih.

final • 10:10 AM

3. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [Machang] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, apa mekanisme yang akan dilaksanakan oleh kementerian bagi mengawal pemaju daripada berterusan membina projek perumahan yang tidak bertepatan dengan kehendak pasaran serta membendung lambakan rumah baharu dalam negara.

final • 10:10 AM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillah. Terima kasih Yang Berhormat Machang atas soalan. Semua kita maklum Yang Berhormat Machang, dalam lima tahun hingga 10 tahun yang lalu, negara kita memang menghadapi glut ataupun lambakan hartanah, yang mana tidak terjual dan sebagainya akibat daripada ketidaktepatan daripada segi perancangan untuk membuat pembinaan seperti lokasi, harga dan jenis rumah.

Satu lagi perkara kegagalan untuk mereka mendapat bank loan, accessibility to bank loan. Jadi, namun demikian, pada ketika ini, menurut National Property Information Centre (NAPIC) dalam suku pertama tahun 2020, ada sebanyak 31,661 unit yang tidak terjual dengan value sebanyak RM20.03 bilion. Kalau berbanding dengan tahun 2019- 30,664 unit value dia- RM18.82 bilion. So, peningkatan sebanyak 3.3 persen daripada segi unit dan 64.4 persen daripada segi value.

Jadi oleh sebab itu, KPKT memahami tentang keadaan tidak ada data yang boleh memandu pemaju-pemaju ini dalam merangka projek-projek mereka ke hadapan.

Jadi, KPKT telah membuat menyediakan satu sistem yang dipanggil Housing Integrated Data System (HIDS) yang mana akan dapat memberikan maklumat real time, maklumat daripada submission of contractors, submission of developers and sebagainya dan dengan ada maklumat ini akan dapat memberikan mereka lebih panduan yang baik, yang tepat.

final • 10:10 AM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Keduanya, juga KPKT sedang dalam merancang. Insya-Allah, dalam 2021 kita akan dapat membina satu sistem data raya iaitu big data system yang mana akan membantu untuk memberikan angka-angka projection dan boleh memandu developer untuk merancang their business model serta perancangan mereka daripada segi pemilihan tempat dan sebagainya. Maklumat-maklumat ini akan dapat membuatkan mereka membuat perancangan-perancangan yang lebih tepat dan komprehensif.

So, yang ketiganya, kita juga faham bahawa kelulusan untuk pembinaan rumah- rumah ini adalah melalui kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Ini juga menyulitkan KPKT untuk mengawal daripada segi jenis-jenis pembinaan yang pemaju hendak bina.

Ini kerana, kita hanya mengawal daripada segi kelayakan dan kemampuan. Jadi, kita akan juga membuat satu mekanisme yang mana sewaktu mereka submit developer license kita hendak memberikan kita punya advice, sama ada sesuai atau tidak sesuai sesuatu projek itu diadakan di lokasi itu dengan harga dan sebagainya. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan.

Mengikut kenyataan Yang Berhormat Menteri sekejap tadi, sebanyak 30,661 buah unit rumah yang masih belum terjual. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, berapakah angka terkini kalau dikira mengikut peratusan kuota bumiputera dan bukan bumiputera yang masih belum terjual?

Baru-baru ini di bawah pakej PENJANA, Yang Amat Berhormat ada mengumumkan tentang pakej rangsangan terhadap- membolehkan rakyat untuk memiliki rumah dan seterusnya merancakkan lagi penjualan rumah bagi pemaju-pemaju yang tidak dapat menjual rumah-rumah mereka. Apakah keberkesanan yang dapat dilihat sehingga kini di bawah pakej rangsangan PENJANA ini? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Terima kasih Yang Berhormat Machang. Untuk langkah-langkah yang telah kita ambil, kita melihat bahawa- saya tidak ada angka terperinci daripada segi pembahagian antara rumah bumiputera dan non- bumiputera. Jadi, yang itu insya-Allah saya akan beri dengan cara bertulis.

final • 10:20 AM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

So, tetapi pada hemat saya, ia tidak lebih daripada sejumlah 15 peratus daripada rumah-rumah ini adalah rumah kuota bumiputera. Jadi, untuk usaha-usaha yang lain adalah termasuk kita beri free stamp duty and then untuk jualan-jualan housing campaign, Home Ownership Campaign yang mana kita memberikan diskaun dan sebagainya untuk membolehkan mereka untuk memiliki rumah.

Namun demikian, dalam PENJANA dan juga dalam bajet yang telah dibentangkan, sebanyak RM1.2 bilion yang telah disediakan. Kita lihat bahawa ketika ini pemaju-pemaju juga fokus dalam membina rumah-rumah yang RM500 ribu ke bawah dan ini mungkin boleh dapat meningkatkan pemilikan kepada mereka dalam kalangan B40 dan juga M40.

Jadi, untuk yang bumiputera itu, insya-Allah saya akan beri dalam bertulis.

Terima kasih.

final • 10:20 AM

4. Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy [Kota Belud] minta Menteri Kanan Pendidikan menjelaskan, senarai sekolah berstatus daif yang terdapat di Kota Belud, dan apa progress yang telah dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan setakat ini.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan II - Tuan Muslimin bin Yahaya

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, selamat pagi. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Belud yang bersama-sama KPM memberikan perhatian serius kepada sekolah-sekolah daif terutamanya di kawasan Kota Belud.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memastikan infrastruktur fizikal sekolah berada dalam keadaan baik, berfungsi dan selamat digunakan oleh warga sekolah. Pemantauan kepada fasiliti bangunan dan kemudahan sekolah dilaksanakan melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Sehingga 1 Oktober 2020, KPM telah mengenal pasti sejumlah 22 buah sekolah di Kota Belud, Sabah yang mempunyai bangunan daif. Daripada jumlah tersebut, lima buah sekolah bangunan daif berskala tujuh iaitu keadaan bangunan sekolah yang tidak selamat, dengan pengesahan dari Jabatan Kerja Raya dan selain daripada itu terdapat 17 buah sekolah yang mempunyai bangunan daif yang mempunyai skala enam iaitu bangunan yang tidak selamat dengan pengesahan daripada pihak teknikal PPD ataupun JPN.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah mengemukakan permohonan untuk membina bangunan gantian bagi lima buah sekolah yang mempunyai bangunan daif di kawasan Kota Belud dalam RP1 tahun 2021, Rancangan Malaysia Kedua Belas.

Walau bagaimanapun, kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan kerajaan.

Selain daripada itu, terdapat sebanyak 20 projek menaik taraf dan pembangunan semula bangunan sekolah daif di Parlimen Kota Belud yang telah diluluskan dalam peruntukan berjumlah RM91.1 juta. Skop projek menaik taraf dan pembinaan bangunan gantian ini merangkumi pembinaan bilik darjah, blok pentadbiran asrama, rumah guru, dewan makan, pusat sumber, bilik sains, tandas dan kemudahan- kemudahan yang berkaitan.

Sehingga kini, sembilan projek telah siap iaitu SK Kiau 1, SK Timbang, SK Kesapang, SK Lasau Tintapon, SK Taburan, SK Rampaian Ulu, SK Taun Gusi, SK Suang Punggur dan SK Tempasuk 1. Selain daripada itu, lima projek iaitu SK Tempasuk 2, SK Sayap, SK Pituru, SK Gensurai dan SK Terintidon sedang dalam fasa pembinaan.

Manakala, projek naik taraf dan pembangunan semula SK Sarang, SK Ulu Kukut, SK Podos, SK Ambong dan SK Nahaba sedang dalam proses perolehan. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini, proses penilaian tender telah selesai dan surat setuju terima (SST) akan dikeluarkan pada hujung bulan Disember 2020.

Untuk projek SK Dudar yang baharu diluluskan di bawah Program Pembangunan Semula Bangunan Daif di Sabah pada tahun 2020, untuk makluman Yang Berhormat, projek ini masih dalam proses reka bentuk dan penyediaan dokumen tender.

Insya-Allah, tender dijangka akan diiklankan pada akhir bulan Disember 2020. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Silakan Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Terima kasih atas jawapan yang terperinci daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin bertanya kepada soalan tambahan- semasa Yang Berhormat Menteri Kewangan membentangkan Bajet 2021, berkenaan kos sebanyak RM725 juta yang melibatkan sejumlah 50 buah sekolah. Saya ingin bertanya, berapa sekolah dari Sabah yang terlibat dalam sekolah ini dan berapa specifically untuk Kota Belud? Ini kerana, saya kira soalan tentang sekolah daif ini sering kali ditanya oleh kebanyakan Ahli Parlimen dari Sabah tidak kira daripada parti apa pun.

Pada saya kita perlu ada set satu target yang mana kalau dalam RMKe-11 yang melibatkan sebanyak RM2.52 bilion untuk menaik taraf dan membangunkan semula sekolah– sejumlah 237 buah sekolah di Sabah kalau tidak silap saya, berapa kah yang sudah terkeluar daripada status daif ini? Ini supaya kita ada progress dan kita boleh bentangkan, “Okey, yang ini kita sudah siap. Tinggal yang ini lagi”. Saya kira ini soalan yang sangat penting untuk semua MP dan rakyat Sabah khasnya. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Silakan.

final • 10:20 AM

Tuan Muslimin bin Yahaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Belud. Ini berita gembira kepada Yang Berhormat Kota Belud berkaitan dengan sejumlah RM725 juta yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada Belanjawan 2021.

Daripada sebanyak RM725 juta ini, sebahagian memang sebagaimana yang diharapkan oleh Yang Berhormat Kota Belud, saya ingin menyatakan di sini Yang Berhormat, untuk gantian penuh bangunan, bilik darjah dan kemudahan lain dalam RP1 yang akan dilaksanakan insya-Allah pada tahun 2021. Daripada jumlah RM725 juta yang telah diumumkan, lima akan dilaksanakan di Parlimen Kota Belud. SK Kuala Abai, berjumlah RM25.5 juta, insya-Allah.

final • 10:20 AM

Tuan Muslimin bin Yahaya

SK Pulau Mantanani berjumlah RM14.6 juta. SK Tengkurus berjumlah RM12.9 juta. SK Kelawat RM11.6 juta dan SK Tegusun berjumlah RM12.8 juta. Jadi, jumlah keseluruhannya RM77.4 juta daripada keseluruhan yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan berjumlah RM725 juta sebagaimana dalam Belanjawan 2021. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

5. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling] minta Menteri Kewangan menyatakan, apa prestasi kewangan semasa Urusharta Jamaah Sdn. Bhd.

(UJSB) yang telah mengambil alih aset bernilai RM19.9 bilion milik Tabung Haji serta jumlah yang telah dibayar pada Tabung Haji setakat tahun ini.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Mohd Shahar bin Abdullah

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli Parlimen Baling yang bertanya. Urusharta Jamaah Sdn. Bhd.

(UJSB) mencatatkan pendapatan sebanyak RM234 juta bagi tempoh kewangan berakhir pada 14 Disember 2018 sehingga 31 Disember 2019 yang diperoleh daripada hasil dividen dan sewaan aset milik syarikat.

Jumlah pendapatan yang kecil ini tidak dapat menampung kerugian operasi yang disumbangkan, antaranya melalui pengrekodan kerugian nilai saksama, dengan izin, fair value loss ke atas instrumen ekuiti sebanyak RM7.57 bilion dan kerugian rosot nilai, dengan izin, impairment loss sebanyak RM1.77 bilion sehingga menyebabkan UJSB mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM9.95 bilion.

Jumlah nilai saksama aset UJSB pula adalah sebanyak RM10.33 bilion berbanding jumlah liabiliti sebanyak RM20.29 bilion. Keadaan ini sememangnya telah dijangka memandangkan aset-aset Tabung Haji yang telah dipindahkan kepada UJSB dibuat bukan pada nilai saksama iaitu RM9.7 bilion, sebaliknya pada nilai buku- book value, dengan premium RM19.9 bilion menjadikan jurang lebihan liabiliti berbanding aset yang terpaksa ditanggung oleh UJSB berjumlah RM10.2 bilion.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, walau bagaimanapun, penyata kewangan UJSB telah disediakan berlandaskan, dengan izin, going concern basis memandangkan syarikat telah menerima surat sokongan kewangan- financial support letter bertarikh 27 Mei 2019 daripada Menteri Kewangan Diperbadankan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat menjelang tahun 2020, UJSB akan membayar sebanyak RM500 juta ke Tabung Haji, di mana RM300 juta

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Mohd Shahar bin Abdullah

adalah bagi penyelesaian tunai, manakala RM200 juta lagi penebusan awal sukuk.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya sedar apa yang Yang Berhormat Menteri sebut tadi berkaitan dengan pembayaran balik. Akan tetapi kemampuan UJSB untuk membayar balik hutang sebanyak RM27.56 bilion mengikut masa yang ditetapkan oleh Tabung Haji masih lagi samar.

Malahan, Ketua Audit Negara dalam Laporan Tahunan 2018 juga mengakui perkara yang sama. Ini menunjukkan pemindahan aset strategik Tabung Haji UJSB ini satu kesilapan dan pengkhianatan yang amat besar oleh Pakatan Harapan kepada umat Islam dahulu. Jadi, saya harap apa yang Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tadi akan dapat direalisasikan bayaran-bayaran pada tahun ini.

Satu lagi perkara Tuan Yang di-Pertua, ini amat penting Tuan Yang di-Pertua, maafkan saya. Semalam kami, rakan-rakan daripada PNBC Backbenchers sebulat suara telah berjumpa dengan pihak pengurusan tertinggi Tabung Haji dalam satu sesi taklimat.

Dalam itu kami telah memohon, Yang Berhormat Arau telah menyatakan bahawa kami sebulat suara menyokong agar tanah di Sarawak, Tamaco 76 peratus itu tidak dijualkan.

Ini kerana perancangan lebih 78 peratus ladang-ladang dimiliki oleh Tabung Haji tersebut harus dihentikan, kena bincang dengan kita. Oleh sebab hari ini, harga mentah kelapa sawit sudah melebihi RM3,300, malah akan sampai ke RM3,500 dalam masa yang terdekat ini. Apatah lagi Pan Borneo Highway sudah sampai ke tanah itu. Ada satu lagi perkara...

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

...Sebanyak USD163 bilion iaitu ibu kota Indonesia, Jakarta akan dipindahkan di Kalimantan, hanya 35 minit daripada tanah yang bakal dijualkan...

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalannya Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

...Apa yang saya hendak sebutkan di sini, demi kelangsungan kesejahteraan, kami sayang kepada pendeposit-pendeposit Tabung Haji...

final • 10:30 AM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Saya selaku Ketua Whip membantah masa penggunaan Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

...Kami sayang kepada rakyat Sarawak, bagilah limpahan ini kepada rakyat Sarawak untuk merasai manfaat nikmatnya. Jadi, tidak perlu jual. Kalaulah...

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

...Tabung Haji Plantation hutang dengan Tabung Haji, boleh bagi moratorium macam mana Bank Negara buat. Jadi, saya sekali lagi ingin mengingatkan kepada Menteri Kewangan, Menteri Ekonomi dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk masuk campur dalam hal ini. Runding balik dengan PNBBC, kita juga ada kaedah solusi untuk menyelesaikan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat.

Dua perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Baling, yang kedua itu saya bagi jaminan, saya akan sampaikan kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan tentang keluh resah terhadap isu yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Baling berkaitan penjualan kepada syarikat Tamaco. Itu saya minta pada Yang Berhormat Baling, saya akan bagi jaminan supaya perkara ini saya akan sampaikan segera kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan.

Saya berbalik kepada soalan pertama Tuan Yang di-Pertua, yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Baling. Saya harus menyatakan Dewan yang mulia ini, kerajaan hari ini kerajaan yang amat prihatin. Kita bukan sahaja memastikan kelangsungan aktiviti- aktiviti ekonomi yang dilakukan oleh UJSB tetapi yang paling pentingnya keselamatan kewangan pendeposit-pendeposit Tabung Haji. Itu sebabnya kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan peruntukan kepada UJSB sebanyak RM17.8 bilion secara berkala selama 10 tahun.

final • 10:30 AM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah

Sepertimana yang telah saya nyatakan tadi Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Baling, RM17.8 bilion ini adalah duit yang telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia dalam keadaan going concern basis. Kalau Yang Berhormat Baling juga dapat melihat dalam Laporan Tinjauan Fiskal 2020 dan Laporan Tinjauan Fiskal 2021, telah ternyata di bawah seksyen 15, di bawah Risiko Fiskal dan Liabiliti telah nampak ada di situ komitmen pihak kerajaan.

Itu sebabnya selama 10 tahun kerajaan akan membiayai sebanyak RM1.73 bilion bagi selama 10 tahun. Saya kira itu dapat menyelesaikan kesamaran supaya kejelasan ini akan memberi keyakinan kepada pendeposit-pendeposit Tabung Haji.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Untuk makluman, Tabung Haji tidak rugi.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Ada RM75.4 bilion terkumpul sampai semalam.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, sudah cukup Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tabung Haji tidak rugi seperti digembar- gemburkan oleh Pakatan Harapan dulu. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apa Yang Berhormat Timbalan Menteri, tidak apa.

final • 10:30 AM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Tuan Yang di- Pertua, saya selaku salah seorang Ketua WHIP, saya ingin mengingatkan Tuan Yang di- Pertua supaya berlaku amanah dalam mengendalikan masa...

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 10:30 AM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

...Berlaku adil kepada semua Ahli-ahli Parlimen. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat atas peringatan.

final • 10:30 AM

6. Dato' Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam [Kuala Langat] minta Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan, apa strategi-strategi yang diambil oleh FRIM sebagai institusi penyelidikan perhutanan yang bertanggungjawab dalam proses konservasi biodiversiti pokok-pokok hutan asli daripada ancaman kepupusan. Serta apa usaha kementerian untuk mengurangkan pembalakan hutan dan apakah usaha-usaha diambil untuk mempromosikan pokok “Merbau”.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Tuan Ali anak Biju

Salam sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Tuan Yang di-Pertua, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) berperanan menjalankan pelbagai aktiviti penyelidikan dan pembangunan bagi menyokong usaha pengurusan hutan secara berkekalan serta konservasi biodiversiti. Antara strategi-strategi yang diambil oleh FRIM dalam usaha konservasi biodiversiti daripada ancaman kepupusan adalah seperti berikut:

(i) menjalankan penyelidikan dalam sistematik dan taksonomi termasuk inventori serta dokumentasi biodiversiti hutan;

(ii) menilai status konservasi habitat, spesies tumbuhan dan fauna iaitu vertebrata dan serangga terpilih; dan

(iii) pembentukan strategi pemuliharaan bagi memulihara dan mengurus spesies serta habitat terancam selaras dengan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016/2025.

Bagi mengawal aktiviti pembalakan, kementerian ini dan Jabatan Perhutanan Negeri telah mengambil tindakan seperti berikut.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Tuan Ali anak Biju

Pertama, menyedia, melaksana dan memantau pelaksanaan Catuan Tebangan Tahunan (CTT) mengikut negeri bagi setiap tempoh Rancangan Malaysia dalam kawasan hutan pengeluaran dalam hutan simpanan kekal. Mengikut rekod kementerian,

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Tuan Ali anak Biju

jumlah CTT berkurangan pada setiap Rancangan Malaysia. Sehingga kini, tiada negeri yang menjalankan aktiviti pembalakan melebihi kuota yang telah ditetapkan.

Kedua, menguatkuasakan perundangan perhutanan serta mengadakan aktiviti penguatkuasaan bersepadu bersama dengan agensi penguatkuasaan yang lain seperti risikan, rondaan, kawasan hotspot dan pemantauan udara kawasan berhutan dengan menggunakan helikopter dan dron dalam memantau kawasan pembalakan haram.

Ketiga, menggunakan teknologi terkini melalui aplikasi sistem Forest Monitoring Using Remote Sensing (FMRS) Plus 5 bagi mengesan perubahan litupan kawasan hutan. Sistem ini disokong dengan penggunaan dron yang memberi gambaran kawasan secara real time, Geographical Information System dan Global Positioning System. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara usaha-usaha yang telah diambil oleh kementerian untuk mempromosikan pokok merbau sebagai pokok kebangsaan adalah seperti berikut:

(i) menanam pokok merbau dalam program-program penanaman pokok di lokasi strategik seperti di kampus FRIM pada 18, 25 dan 26 Oktober 2020 dan 24 Julai 2020 di kawasan Parlimen pada 3 Disember 2019;

(ii) mempromosikan pokok merbau melalui temu ramah dengan media dari Ogos 2019 hingga Januari 2020 telah menghasilkan 12 keratan akbar dalam media massa pelbagai bahasa; dan

(iii) menghasilkan video pokok merbau pada 9 Disember 2019 untuk perkongsian umum.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kementerian akan mempromosikan pokok merbau dan pokok-pokok warisan di dalam Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak minta Yang Berhormat Timbalan Menteri, apa yang terjadi kepada program di mana Kerajaan Pusat telah memberikan insentif kepada negeri-negeri apabila mereka mewartakan tanah-tanah sebagai hutan kekal dan keabsahan yang diwartakan dan kita bagi insentif kepada mereka, adakah ini diteruskan?

Apa status terkini pindaan Akta Perhutanan Negara, Akta 313 yang kita telah mulakan sejak tahun lepas? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 10:40 AM

Tuan Ali anak Biju

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Cadangan pindaan Akta Perhutanan Negara 1984, Akta 313 telah diluluskan secara prinsip oleh Jemaah Menteri pada 8 November 2019 dan Majlis Tanah Negara Ke-76 pada 4 Disember 2019.

Walau bagaimanapun, susulan pembentukan Kabinet baharu, Kerajaan Persekutuan pada 9 Mac 2020, Jabatan Peguam Negara telah menasihatkan agar cadangan pindaan Akta 313 perlu dikemukakan semula kepada Jemaah Menteri dan Majlis Tanah Negara untuk pertimbangan.

Cadangan pindaan Akta 313 telah mendapat kelulusan secara prinsip oleh Jemaah Menteri pada 6 Mei 2020 dan Majlis Mesyuarat Tanah Negara Ke-77, pada 8 September 2020. Proses yang selanjutnya cadangan pindaan Akta 313 ini perlu dikemukakan kepada Majlis Jemaah Menteri dan Mesyuarat Majlis Tanah Negara yang akan datang sebelum dibentangkan untuk Bacaan Kali Pertama pada Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas, Tahun 2021 tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Majlis Tanah Negara.

Mengenai soalan yang kedua tadi mengenai insentif kepada kerajaan negeri dan insentif ini sebenarnya masih berkekalan. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria.

final • 10:40 AM

7. Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [Parit] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan, langkah proaktif pengurusan pentadbiran universiti awam bagi menyediakan jadual kuliah secara atas talian terutama kepada pelajar universiti baharu sesi Oktober lalu dan apakah tindakan strategik dalam memastikan setiap pelajar baharu tidak tercicir mengikuti silibus dan jurusan masing-masing.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi - Dato’ Mansor bin Othman

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Parit atas soalan nombor tujuh.

Tuan Yang di-Pertua, universiti awam telah pun menggunakan kaedah secara dalam talian untuk memaklumkan tentang kalendar akademik dan jadual kuliah kepada pelajar masing-masing. Kalendar akademik telah dimuat naik oleh UA sekurang- kurangnya dua minggu sebelum semester pengajian bermula di portal universiti masing- masing. Manakala jadual-jadual kuliah pula boleh dimuat turun oleh pelajar melalui, dengan izin, Learning Management System (LMS) atau portal pelajar di universiti masing- masing.

Kementerian amat mengambil berat terhadap silibus, kualiti dan juga keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar sungguhpun telah dilaksanakan secara dalam talian sejak Mac 2020. Antara usaha strategik universiti awam bagi memastikan pelajar baharu tidak tercicir silibus adalah:

(i) mengoptimumkan penggunaan platform seperti Open Educational Resources, Open Courseware, Massive Open Online Courses, Learning Management System, Big Bloboost, Facebook Live, YouTube, Google Classroom, Google Meet, Zoom dan Microsoft Teams untuk memastikan sesi pembelajaran dapat diteruskan secara maya dengan berkesan;

(ii) memastikan kandungan modul pembelajaran dalam talian adalah berkualiti dan menepati silibus yang ditetapkan.

Kementerian melalui Unit Jaminan kualiti di IPT memantau secara dekat kualiti modul pembelajaran dalam talian dan keberkesanan sesi PdP yang dijalankan;

(iii) meningkatkan kapasiti jalur lebar Malaysian Research & Education Network (MYREN) di Institusi Pengajian Tinggi Awam sehingga 10gbps dengan peruntukan sebanyak RM50 juta.

Kapasiti jalur di IPT yang lebih tinggi membolehkan pelajar mendapat akses internet dengan lebih baik;

(iv) bantuan sumbangan pelan data dengan peruntukan berjumlah RM24 juta kepada 320,396 orang pelajar UA. Seramai 225,784 orang pelajar menerima bantuan singkat dan 94,612 orang pelajar menerima bantuan berbentuk tunai bagi pembelian pelan data;

(v) bantuan pemilikan peranti dengan peruntukan RM13.4 juta.

Bantuan ini dapat memberi manfaat kepada 965 ribu orang pelajar UA; dan

(vi) bantuan tunai juga turut diberikan iaitu sebanyak RM50 seorang secara one-off kepada 76,153 orang pelajar baharu bagi sesi akademik 2021 dan bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM3.8 juta.

Manakala latihan peningkatan kapasiti secara berterusan untuk meningkatkan keupayaan dan kemahiran mengendalikan sesi PdP secara maya oleh pensyarah dan juga memastikan kakitangan khususnya pensyarah mempunyai akses internet yang memuaskan dan mencukupi untuk melaksanakan sesi PdP secara dalam talian mengikut jadual bagi memenuhi silibus yang ditetapkan.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutupnya sebagai usaha untuk memastikan pelajar baharu dapat mengikuti sepenuhnya silibus yang ditetapkan dalam jurusan masing-masing, UA akan sentiasa memantau pelaksanaan sesi PdP mereka secara dekat dan melakukan pembaharuan dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin bertanya, apakah bentuk

final • 10:40 AM

Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit

bantuan yang telah dan akan diberikan oleh kerajaan kepada keluarga B40 yang tidak berkemampuan untuk membeli laptop termasuklah juga melanggan internet?

Saya ingin bertanya, apa juga terdapat sebarang kekangan khususnya yang dihadapi oleh pensyarah-pensyarah yang telah pun dikenal pasti oleh pihak kementerian khususnya di dalam melaksanakan pengajaran secara atas talian kepada mahasiswa serta bagaimana kementerian cuba untuk mengatasinya. Sekian terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:40 AM

Dato’ Mansor bin Othman

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan itu. Secara ringkasnya, terdapat lima usaha yang dilakukan oleh pihak kementerian bagi membantu golongan B40 ini.

Pertama ialah dengan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk memberi maklumat kepada 871 buah lokasi kemudahan pusat internet di bawah seliaan KKMM kepada universiti-universiti awam.

Pusat-pusat internet ini boleh diakses oleh semua pelajar di kawasan bandar dan juga luar bandar di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.

Kedua, kementerian juga menyediakan bantuan berbentuk sumbangan pelan data bagi capaian internet kepada 320,396 orang pelajar daripada kalangan keluarga B40 di universiti awam dan seramai 225,784 orang pelajar telah dan akan menerima bantuan dalam bentuk sim card. Manakala 94,612 orang pelajar akan menerima bantuan sama ada berbentuk tunai pembelian pelan data mengikut syarikat telekomunikasi masing-masing dan bantuan ini dibiayai melalui sumber dana dalaman universiti awam dan tabung kebajikan pelajar dengan anggaran peruntukan keseluruhannya berjumlah RM24 juta.

Ketiga Tuan Yang di-Pertua, ialah pembiayaan kepada 8,965 orang pelajar daripada kalangan keluarga B40 untuk membeli kit peranti iaitu yang seterusnya.

Keempatnya, kementerian turut menawarkan pemberian bantuan tunai sebanyak RM50 seorang secara one-off kepada 76,153 orang pelajar baharu bagi sesi akademik 2020/2021. Ini melibatkan peruntukan sebanyak RM3.8 juta.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, kementerian dengan kerjasama Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) juga telah melancarkan inisiatif, dengan izin, crowdfunding melalui Tabung Prihatin Siswa. Inisiatif ini mengajak pihak luar untuk turut sama menyalurkan sumbangan bagi membantu meringankan kesulitan pelajar yang berkeperluan dalam meneruskan sesi PdP mereka.

Soalan bahagian kedua itu, saya ada sebut sikit tadi di peringkat jawapan awal itu iaitu langkah-langkah yang diambil untuk membantu pihak pensyarah juga dalam hal pengajian dalam talian ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

8. Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam] minta Menteri Kewangan menyatakan, secara terperinci setiap skim/program/dana dalam program LAKSANA yang terkini, jumlah yang diperuntukkan, jumlah yang diluluskan, jumlah pemohon (jika ada) dan jumlah penerima; serta sebab sesetengah skim mendapat sambutan yang kurang memuaskan, jika ada.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Mohd Shahar bin Abdullah

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Parlimen Bukit Mertajam.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional di bawah Kementerian Kewangan, LAKSANA memantau pelaksanaan pakej-pakej rangsangan ekonomi PRIHATIN, PRIHATIN PKS Tambahan, PENJANA dan Kita Prihatin. Terdapat lebih daripada 80 inisiatif yang telah diumumkan di bawah pakej-pakej rangsangan ekonomi yang keseluruhannya bernilai RM305 bilion.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Mohd Shahar bin Abdullah

Untuk makluman Yang Berhormat, daripada jumlah RM305 bilion ini sehingga 13 November 2020, sebanyak RM177.2 bilion Malaysia atau 58 peratus telah dibelanjakan. Untuk makluman Yang Berhormat juga, bagi Pakej PRIHATIN dan PRIHATIN PKS Tambahan yang bernilai RM260 bilion, sebanyak RM155.9 bilion atau 60 peratus telah dibelanjakan sehingga 13 November 2020.

Manakala Pakej PENJANA pula bagi tarikh yang sama, sebanyak RM14.32 bilion atau 41 peratus daripada RM35 bilion Malaysia yang telah diumumkan telah dibelanjakan. Bagi Pakej Kita Prihatin pula, sebanyak RM7.1 bilion atau 71 peratus daripada RM10 bilion yang telah diumumkan telah disalurkan sehingga 13 November 2020. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan, sila Yang Berhormat Bukit Mertajam.

final • 10:50 AM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi. Saya mengambil maklum jawapan yang telah diberikan oleh Menteri berserta dengan Laporan LAKSANA Ke-30 yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan semalam.

Daripada jawapan Timbalan Menteri serta laporan tersebut, kita nampak dengan jelas bahawa banyak antara program-program di bawah LAKSANA ini masih lagi tidak mencapai target yang memuaskan. Contoh, saya hendak dua sahaja di sini, Program Subsidi Upah, hanya lebih kurang 68 peratus, sedangkan KWSP telah mengatakan bahawa Program i-Sinar dijangka akan memanfaatkan 2 juta orang pencarum iaitu dalam kata lain, 2 juta orang telah kehilangan kerja ataupun jumlah caruman bulanan mereka telah berkurangan. Itu satu.

Keduanya daripada RM500 juta elaun khas, yang diperuntukkan untuk elaun khas kepada pekerja barisan hadapan, hanya lebih kurang RM366 juta telah diagihkan.

Adakah ini kerana proses birokrasi yang telah melambatkan elaun khas kepada pekerja barisan hadapan kita? Apa langkah-langkah kerajaan untuk memastikan program- program di bawah LAKSANA mencapai sasarannya sebab saya nampak 58 peratus, 60 peratus, 41 peratus dan sebagainya?

final • 10:50 AM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat Bukti Mertajam. Saya akui Yang Berhormat Bukit Mertajam meneliti laporan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada setiap minggu. Tahniah dan syabas saya ucapkan.

Akan tetapi perkara pokok Tuan Yang di-Pertua, adalah berkaitan pemahaman tentang pelaksanaan inisiatif-inisiatif sebanyak 80 yang telah saya nyatakan dalam jawapan awal tadi. Pelaksanaannya ia bukan one-off, ia mengambil masa. Sepertimana yang Yang Berhormat sebut tadi, Program Subsidi Upah. Program Subsidi Upah mengambil kira enam bulan untuk kohort yang pertama. Kemudian, kita extend tiga bulan. Jadi, pelaksanaannya yang saya sebutkan ini adalah berdasarkan pada masa yang terkini. Sudah pasti pelaksanaan itu mengambil masa enam bulan ke hadapan untuk diselesaikan.

Akan tetapi Yang Berhormat, Yang Berhormat juga sedia maklum dalam Dewan yang mulia ini juga kita telah meluluskan rang undang-undang pembiayaan COVID yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Tarikh berakhirnya pembiayaan COVID-19 ini pada Disember 2021. Jangan risau Yang Berhormat, segala keluh resah Yang Berhormat berkaitan birokrasi, kita ambil maklum dan kita akan memperhalusi supaya rakyat di luar sana yang terkesan akan mendapat manfaat daripada kerajaan yang ada pada hari ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

9. Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [Pasir Puteh] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan, apa langkah drastik yang telah diambil pihak kementerian dalam usaha menaik taraf kemudahan infrastruktur telekomunikasi bagi mengatasi masalah capaian Internet khususnya di luar bandar Kelantan dan kawasan tertentu di seluruh negara termasuklah situasi tular melibatkan mahasiswi UMS- Veveonah Mosibin.

final • 10:50 AM

Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato’ Saifuddin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SKMM sentiasa memberi tumpuan kepada penambahbaikan infrastruktur komunikasi melalui penyediaan liputan jalur lebar berkelajuan tinggi dengan menggunakan pelbagai teknologi. Ini adalah bagi membolehkan rakyat menikmati akses kepada perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi yang lebih menyeluruh.

final • 10:50 AM

Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato’ Saifuddin Abdullah

Ini Yang Berhormat dapat teliti melalui pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang saya telah jawab bab ini beberapa kali dalam Dewan yang mulia ini. Khusus untuk negeri Kelantan, sejumlah 77 buah menara baharu akan dibina untuk perkhidmatan jalur lebar mudah alih. Daripada jumlah ini, sebanyak 23 buah menara baharu akan dibina pada tahun 2020.

Manakala sebanyak 836 alat pemancar komunikasi sedia ada akan dinaik taraf kepada teknologi 4G, di mana 557 alat pemancar akan dinaik taraf pada tahun ini. Bagi jalur lebar talian tetap pula, sebanyak 73,251 buah premis akan disediakan akses kepada perkhidmatan berkelajuan gigabait melalui rangkaian gentian optik di mana 5,001 buah premis akan dilaksanakan pada tahun ini.

Tuan Yang di-Pertua, pada sidang media saya dan Pengerusi SKMM pada 24 November yang lalu, kami dengan terbuka menyatakan bahawa kami sangat memahami dan bersimpati dengan cabaran yang dihadapi bukan sahaja oleh adik Veveonah Mosibin tetapi yang lain-lain juga yang ada masanya tular. Kita anggap itu sebagai maklum balas dan kami tidak defensif dan kami bersedia untuk menyelesaikan, memperbaiki dan sebagainya. Di samping sekarang ini, kita sedang menaik taraf dan memperbaiki kandungan 1,101 buah Pusat Internet Komuniti di seluruh negara.

final • 10:50 AM

Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato’ Saifuddin Abdullah

Apa yang drastiknya Yang Berhormat, sebab ada perkataan drastik dalam soalan itu. Mungkin bukan pada tindakan serta-merta tetapi pada tindakan dasar iaitu menjadikan kesalinghubungan internet sebagai utiliti awam selepas air dan api kerana itu akan mempengaruhi kecepatan kelulusan membina, contohnya menara di mana- mana kawasan kerana itu di bawah kuasa pihak berkuasa tempatan. Jadi kalaulah boleh dikatakan drastik, saya mungkin kata itu langkah dasar yang besar sebab itu boleh mempercepatkan soal pembinaan. Itu akan membantu dalam banyak hal. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri SKMM atas usaha untuk memartabatkan jalur lebar di negeri Kelantan secara khusus dan di Malaysia secara umum.

Soalan tambahan daripada saya iaitu berkenaan dengan drastik tadi ataupun tindakan segera yang boleh diambil oleh pihak kementerian kepada kawasan-kawasan yang mempunyai pusat-pusat pendidikan seperti kalau di Pasir Puteh ini kita ada kawasan Banggol Pa’ Esah. Kemudian di kawasan Jelor di Pasir Puteh. Ini kawasan pendidikan tetapi langsung tidak ada coverage internet. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato' Saifuddin Abdullah

Saya jawab dengan ringkas tetapi saya akan susuli kemudian. Ia ada dua perkara Tuan Yang di-Pertua. Pertama ialah soal menara dan satu lagi ialah alat pemancar yang sedia ada di menara. Dalam keadaan tertentu ia boleh disegerakan. Macam kes adik Veve di Pitas, di situ dalam bahasa mudahnya kita cuma segera tambah baik dan boleh dapat. Akan tetapi ada waktunya ia bergantung pada geografi kawasan dan itu antara perkara-perkara yang harus diatasi. Akan tetapi saya akan rujuk kembali kepada tempat yang spesifik yang Ahli Yang Berhormat sebutkan tadi. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

[Waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:00 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2021 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2021

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2021 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari enam puluh sembilan bilion ringgit (RM69,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2021, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 26 Tahun 2020, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [24 November 2020]

final • 11:00 AM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Tuan Yang di-Pertua, Standing Order 80A. Peraturan Mesyuarat 80A. Saya hendak merujuk Ahli Parlimen Keningau kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana beliau mengingkari arahan daripada Dewan untuk kuarantin 14 hari. Saya tidak merujuk kepada sebarang quarantine rule yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan tetapi apa yang penting, semua MP dari Sabah, kita menerima surat yang bertarikh 9 Oktober 2020 yang meminta semua MP dari Sabah kena kuarantin 14 hari. Jadi kenapa Yang Berhormat Keningau boleh terkecuali? Minta ruling...

[Tepuk]

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu. Perkara ini urutan daripada perkara yang dibangkitkan kelmarin. Kita telah menerima surat dari Kementerian Kesihatan, daripada DG yang ditandatangani oleh...

final • 11:00 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua. Boleh saya, Bayan Baru. Sebelum Tuan Yang di-Pertua bagi ruling.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Bagi saya jawab dulu kerana rumusannya ialah sekiranya ada cadangan untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, maka perlu tulis kepada kami kerana kita mempunyai jawapan daripada Kementerian Kesihatan. Semua klinik kesihatan, Dr. Muru sendiri telah pun mendapatkan maklumat daripada KKM sendiri. Jadi kalau Yang Berhormat Kota Kinabalu mencadangkan untuk dirujuk, maka perlu tulis kepada kami untuk kami buat urusan seterusnya.

final • 11:00 AM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah submit usul ini secara bertulis kelmarin lagi.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Kota Kinabalu telah menulis dan dalam pertimbangan kami untuk merujuk apa yang diusulkan itu. Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Baik, saya tidak mahu buang masa.

final • 11:00 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Dipersilakan.

final • 11:00 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat perkara lain. Peraturan Mesyuarat 33. Kelmarin, bila Yang Berhormat Menteri Kanan Pendidikan membuat penggulungan, Yang Berhormat Bagan

final • 11:00 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

telah meminta beliau untuk mengemukakan senarai agihan bantuan kewangan kepada sekolah mubaligh, sekolah agama, sekolah Tamil dan sekolah Cina.

Masalahnya adalah dalam pembentangan bajet, buku yang diserahkan kepada kami tidak ada sebarang perincian, butir-butir mengenai bayaran-bayaran tersebut kepada sekolah agama, sekolah mubaligh, sekolah Cina, sekolah Tamil, sekolah pondok dan sebagainya. Persoalan saya, kelmarin Yang Berhormat Menteri Kanan Pendidikan menunjukkan satu formula. Beliau telah melambai-lambaikan sehelai kertas. Kertas itu sepatutnya diagihkan kepada kami supaya kami dapat melihat, membaca dan memahami apakah perincian tersebut.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 11:00 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau ia hanya disebut sahaja tetapi tidak diberikan kepada kami, bagaimanakah kami ingin meneliti? Rakyat di luar sana tertanya-tanya, adakah ia akan mengikat kerajaan sekarang kalau ia adalah hanya sehelai kertas...

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik Yang Berhormat Jelutong, faham dah maksud.

final • 11:00 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...Dan tidak ada dalam bajet. Saya minta Tuan Yang di-Pertua membuat ruling mengenai perkara ini dan minta supaya formula itu diagihkan kepada kami. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih.

final • 11:00 AM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Bagi saya jawab satu-satu dulu. Atas permintaan daripada Yang Berhormat Jelutong, kita minta Yang Berhormat Menteri Kanan Pendidikan untuk sewajarnya mengedarkan apa yang telah disebut dalam jawapan beliau. Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

final • 11:00 AM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ada dua permintaan. Oleh sebab kita telah mengubah SOP di dalam Dewan Rakyat ini sejak semalam mengenai isu quarantine rule. Jadi saya telah membangkitkan beberapa kali kepada Tuan Yang di-Pertua untuk kita tanggalkan penghadang ini kerana penghadang ini tidak membolehkan kita yang duduk di belakang ini untuk melihat Tuan Yang di-Pertua dan sesiapa yang sedang berbahas.

Jadi, kalau SOP untuk kuarantin pun telah diubah, saya rasa penghadang ini pun boleh diturunkan kerana ia hanya melindungi kita daripada sahabat sebelah kiri dan kanan, tidak melindungi kita daripada COVID-19 yang duduk di depan dan belakang. Jadi ini tidak saintifik. Jadi saya minta kalau boleh kita turunkan.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, baik.

final • 11:00 AM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Keduanya adalah untuk kita memulangkan semula atau memulihkan semula beberapa soalan tambahan untuk sesi soal jawab kerana sekarang ini memang tidak ada makna. Hanya orang yang tanya soalan itu boleh bertanya soalan tambahan kerana SOP ini telah pun ada precedent semalam untuk diubah-ubah. Jadi saya minta Tuan Yang di-Pertua pertimbangkan untuk ubah kembali mengikut SOP yang lama.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Segambut. Baik, perkara tersebut kita ambil maklum dan boleh dibawa dalam perbincangan terutamanya di kalangan parti-parti Whip bersama dengan Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Saya ingin teruskan dengan menjemput Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjawab dan menggulung perbahasan, 20 minit.

final • 11:00 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih saya ucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam sesi perbahasan Rang Undang- undang Perbekalan 2021, Belanjawan 2021 di peringkat dasar ini.

final • 11:08 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Sebagaimana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri nyatakan, Belanjawan 2021 merupakan penzahiran konsep prihatin rakyat yang didukung teguh oleh Kerajaan Perikatan Nasional. Kebajikan dan kesihatan rakyat itu keutamaan. Manakala kelangsungan perniagaan serta ketahanan ekonomi menjadi pegangan demi mencapai kemakmuran bersama. Kerajaan Perikatan Nasional juga melalui Belanjawan 2021 ini telah berjaya memastikan setiap lapisan masyarakat menerima kebaikan terutamanya golongan rentan, OKU dan juga wanita.

Bagi tahun 2021, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah diperuntukkan sebanyak RM2.584 bilion. Daripada jumlah ini, RM2.459 bilion adalah di bawah Butiran B.48 Peruntukan Mengurus, manakala sebanyak RM125 juta di bawah Butiran P.48 Peruntukan Pembangunan.

Sesungguhnya kementerian mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan terhadap keperluan kumpulan sasar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang memperlihatkan penambahbaikan kadar bantuan seperti berikut:

(i) kadar Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 seorang sebulan;

final • 11:08 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

(ii) kadar Bantuan Orang Tua dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 sebulan seorang;

(iii) Bantuan Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 sebulan seorang;

(iv) kadar Bantuan Elaun Pekerja Cacat (EPC) dinaikkan daripada RM400 kepada RM450 sebulan seorang; dan

(v) kadar Bantuan Kanak-Kanak untuk keluarga miskin dinaikkan daripada RM100 bagi seorang kanak-kanak dengan maksimum RM450 sebuah keluarga kepada RM150 seorang anak berumur tujuh tahun hingga 18 tahun dan RM200 bagi seorang kanak- kanak berumur enam tahun dan ke bawah dengan maksimum RM1,000- sekeluarga.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah meneliti semua pertanyaan, isu, cadangan mahupun pandangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di peringkat dasar sama ada secara perbahasan dalam Dewan mahupun bertulis. Seramai 18 orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan sebanyak 34 pertanyaan, isu dan cadangan sepanjang sesi perbahasan kali ini. Izinkan saya untuk menjawab semua pertanyaan, isu dan cadangan mahupun pandangan secara keseluruhan dan jawapan lanjut akan dibekalkan secara bertulis.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang banyak dibangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini adalah berkaitan birokrasi bantuan dan bantuan kebajikan sebanyak 40 peratus isu yang telah dibangkitkan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Lanang, Yang Berhormat Kota Samarahan, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Bayan Baru dan Yang Berhormat Kalabakan atas keprihatinan terhadap proses permohonan bantuan kebajikan serta mengurangkan birokrasi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) khususnya selepas berlakunya insiden penularan wabak pandemik COVID-19 di Malaysia.

Untuk makluman, kementerian mengambil maklum perkara ini dan sentiasa mengambil langkah proaktif bagi mengenal pasti golongan yang memerlukan agar tidak berlaku keciciran. Setiap permohonan bantuan akan dibuat siasatan secara terperinci dan pertimbangan bantuan mengikut kriteria dan syarat yang telah ditetapkan di dalam Garis Panduan Pengurusan Bantuan Kewangan Persekutuan JKM. JKM juga mempunyai pangkalan data yang lengkap bagi setiap penerima bantuan sedia ada melalui sistem eBantuan JKM.

Walau bagaimanapun, dalam usaha untuk mempercepatkan proses permohonan bantuan dan mengurangkan birokrasi selepas kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), JKM telah melaksanakan inisiatif pengecualian kaji semula bantuan kewangan bulanan Persekutuan kepada semua penerima bantuan sedia ada di seluruh negara termasuklah Sabah dan juga Sarawak.

Pelanjutan bantuan dibuat secara automatik kecuali bagi kes-kes yang boleh ditamatkan berdasarkan maklumat yang sahih.

final • 11:10 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Kementerian komited dalam meneliti proses birokrasi dalam usaha memendekkan tempoh permohonan bantuan agar penerima dapat menikmati faedahnya secepat mungkin dan sentiasa berusaha menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan sasar.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat turut menggalakkan semua permohonan perkhidmatan bantuan JKM dibuat secara atas talian. Selain daripada itu, kita juga mempromosikan perkhidmatan bantuan di semua platform media massa dan juga media sosial.

Kami juga mengadakan kerjasama erat di antara agensi-agensi berkaitan untuk mempromosikan perkhidmatan kementerian kepada pengetahuan umum dan juga bekerjasama dengan pemimpin masyarakat dan NGO bagi mengenal pasti mereka yang layak dibantu mendapat perkhidmatan dan bantuan daripada agensi-agensi di bawah kementerian.

Untuk makluman, semua jenis bantuan dan perkhidmatan yang disampaikan oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat jelata. Pada masa yang sama...

final • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Menteri, mohon penjelasan. Boleh ya? Sedikit sahaja. Saya ada bertanya. Saya ingin tahu jika permohonan atas talian dan keluarga ini keluarga yang susah, ia mungkin satu perkara yang menyukarkan. Jadi, mungkin ada baiknya jika pegawai kebajikan masyarakat sentiasa turun padang dan mencari. Itu soalan pertama.

Kedua ialah apabila segala bantuan telah dinaikkan. Baguslah, terima kasih, tahniah- saya kira akan ada penambahan permohonan-permohonan baharu. Berapa jangkaan kementerian? Adakah kenaikan 30 peratus? Adakah bajet tahun depan cukup jika bertambah untuk diluluskan permohonan-permohonan tambahan? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pontian.

final • 11:10 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, isu yang sama.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, isu yang sama. Kota Melaka.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Menteri hendak beri laluan kah tidak?

final • 11:10 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kota Melaka.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Okey.

final • 11:10 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Isu yang sama. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

[Bangun]

final • 11:10 AM

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Isu yang sama ya.

final • 11:10 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya, kita...

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Kita bagi Yang Berhormat Kota Melaka dahulu. Sila Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 11:10 AM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Alright.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Kota Melaka ringkas.

final • 11:10 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tahniah atas keputusan kerajaan membenarkan membuat permohonan atas talian. Akan tetapi, adakah keputusan ini telah disampaikan ke semua peringkat? Sebab di negeri Melaka, pemohon masih diminta untuk tampil ke pejabat untuk membuat permohonan baharu.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka, terima kasih Yang Berhormat Pontian.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Pontian dan juga Yang Berhormat Kota Melaka atas keprihatinan dalam kita mempercepatkan proses penyaluran bantuan kepada rakyat jelata.

Seperti yang saya sebutkan tadi, kita menggalakkan permohonan perkhidmatan bantuan JKM secara atas talian. Akan tetapi, kita turut memahami kerana ada juga di kalangan rakyat ini mungkin ada juga tidak mempunyai kemudahan dan mereka memerlukan untuk berhadapan apabila mereka hendak memohon untuk bantuan.

Oleh sebab itu, selain daripada permohonan atas talian, kami juga melalui JKM ini turun ke padang, turun ke bawah. Sesi untuk berjumpa dengan mereka yang memerlukannya tetap kita teruskan, kita bukan hentikan, walaupun kita menggalakkan mereka memohon secara atas talian. Kerjasama bersama dengan pemimpin masyarakat, bersama dengan pemimpin NGO dan sebagainya di peringkat komuniti harus dipertingkatkan supaya tiada mereka yang tercicir.

Jadi kepada soalan daripada Yang Berhormat Kota Melaka tadi, ini telah kita umumkan...

final • 11:10 AM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Yang Berhormat Kota Melaka sana.

Sini Sungai Petani ya.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Sorry.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Kota Melaka di sini ya. Itu Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 11:10 AM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Ini Sungai Petani. Yang Berhormat Kota Melaka sana.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Jadi apa soalan yang kita sudah berikan tadi sebenarnya kita telah maklumkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat sampai ke peringkat daerah. Saya rasa saya telah menjawab soalan tadi ya. Boleh saya teruskan?

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Menteri, ada sedikit daripada Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 11:10 AM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Yang Berhormat Menteri, kalau boleh dua minit. Sungai Petani, Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Okey.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Dua minit.

final • 11:10 AM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Lanang pun mahu tanya soalan.

final • 11:10 AM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Banyak kes kadang-kadang orang susah ini yang dilaporkan dalam akhbar-akhbar dan ditunjuk gambar dan sebagainya.

Sebelum itu, saya ucap tahniahlah kerana semua permohonan sekarang ini boleh lalui atas talian. Jadi, saya ada kes-kes yang saya pun tak tahu kadang-kadang kawasan- kawasan kita ini tersorok jauh. Kadang-kadang ada timbul kes-kes yang luar biasa. Anak yang cacat dan sebagainya tetapi apabila keluar dalam newspaper baru kita tahu.

Jadi, soalan saya ialah adakah kementerian akan mengambil tindakan atau ada unit yang mengambil tindakan apabila kes-kes ini timbul dalam surat khabar dan buat follow up atas apa yang berlaku kepada keluarga-keluarga mangsa ini ataupun yang menderita ini? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila, Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Yang Berhormat Menteri, boleh tanya sedikit lagi?

final • 11:10 AM

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Ya, okey.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Lanang.

final • 11:10 AM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Saya telah bangkitkan isu lapor diri oleh OKU pada masa PKP. Jadi bolehkah mereka mendapat semula bantuan kewangan yang telah dibatalkan dalam masa PKP itu?

Juga, bila Yang Berhormat Menteri kata boleh ada permohonan atas talian, maksudnya saya mahu cadangkan supaya dalam borang kita tidak perlukan tanda

final • 11:10 AM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

tangan daripada wakil rakyat atau sesiapa Ketua Kampung dan sesiapa lagi kerana ini memang menyusahkan pemohon-pemohon.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Lanang. Sila Yang Berhormat Menteri jawab.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Okey, terima kasih Yang Berhormat Lanang dan juga Yang Berhormat Sungai Petani.

Kita menyedari apabila negara berhadapan dengan pandemik COVID-19 ini, ramai yang terjejas. Kalau dahulu mereka dalam golongan M40, sekarang mereka sudah dalam golongan B40. Kalau dahulu mereka dalam golongan B40, sekarang mereka sudah jatuh dalam kategori miskin. Kalau dahulu mereka miskin, sekarang mereka sudah jatuh dalam kategori miskin tegar.

Kalau kita lihat bahawa baru-baru ini juga kerajaan telah mengumumkan bahawa Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) kita telah revise daripada RM980 ke RM2,208. Di pihak kementerian juga, kita juga telah mensasarkan bahawa dengan peningkatan Pendapatan Garis Kemiskinan ini, akan lebih ramai lagi mereka yang layak untuk memohon bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Jadi ada banyak isu seperti yang tadi yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani, tentang mereka yang duduk jauh, anak-anak yang OKU dan sebagainya yang memerlukan bantuan dan sebagainya. Kadang-kadang kita tahu hanya di dada akhbar. Saya mengakui bahawa di bawah kementerian ini terutamanya Jabatan Kebajikan Masyarakat, kita tidak mempunyai warga kerja yang mencukupi.

Oleh sebab itulah, kita telah pun menghantar permohonan melalui kementerian antara lain kini dalam proses memohon perjawatan tambahan iaitu pegawai JKM secara kontrak melalui program Short-Term Employment Programme (MySTEP) bagi membantu mempercepatkan proses siasatan permohonan bantuan di daerah. Antara jawatan yang dimohon adalah pegawai akhlak, pelindung kanak-kanak dan juga pegawai kes yang menguruskan bantuan kebajikan ini.

Jadi dalam masa yang sama juga, kita juga ada sukarelawan di JKM ini yang menjadi mata dan telinga dan akan membawa isu-isu yang berkaitan kepada pihak JKM di peringkat daerah dan juga di negeri. Selain daripada itu, seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Lanang tadi tentang khususnya kepada golongan OKU atau golongan yang memerlukan di kawasan luar bandar terutamanya.

Jadi, kementerian melalui JKM ini telah melaksanakan Program Reach Out OKU di luar bandar melalui sejumlah 108 buah pejabat daerah JKM di seluruh Malaysia, sama ada di peringkat daerah. Kita ada juga pejabat jajahan dan juga bahagian dan juga bekerjasama dengan agensi berkaitan pemimpin tempatan, ketua kampung, penghulu, pemimpin Orang Asli dan sebagainya dengan mengadakan pelbagai program. Termasuk program turun padang agar perkhidmatan dan bantuan yang disediakan dapat disampaikan terus kepada mereka yang benar-benar layak dan menepati syarat yang ditetapkan.

Di samping itu, JKM juga telah menubuhkan Pusat Aktiviti Sukarelawan (V@C) yang menjadi tempat untuk Sukarelawan JKM mengadakan perjumpaan dan perbincangan dalam membuat perancangan dan penyusunan aktiviti kesukarelawan.

Objektif penubuhan V@C juga selari dengan matlamat JKM untuk memperkasa program- program yang berasaskan komuniti ataupun peranan organisasi yang berasaskan komuniti iaitu the role of community-based organization (OBK) dalam pembangunan komuniti.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Pontian turut...

[Disampuk]

final • 11:20 AM

Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya

Yang Berhormat Menteri boleh saya tanya soalan?

final • 11:20 AM

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Okey.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Menteri, masa tinggal lima minit sahaja lagi. Pastikan dapat dijawab.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Okey. Jadi, saya hendak teruskan.

final • 11:20 AM

Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya

Boleh saya tanya soalan?

Walaupun ada program untuk memperkasakan wanita secara bantu mereka tentang

final • 11:20 AM

Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya

kerja tetapi program-program ini belum sampai kepada wanita yang memerlukan. Itu yang pertama.

Kedua ialah selalunya kerana CMCO tidak dapat berkumpul beramai-ramai dan hendak buat secara online tetapi kebanyakan wanita tidak ada internet akses. Apakah cadangan yang diadakan oleh Yang Berhormat Menteri untuk bantu wanita yang tidak ada akses kepada program-program dan juga tidak ada akses kepada internet?

Bolehkah Dewan yang berada di PPR atau di low cost flat digunakan untuk mengadakan program-program ini untuk wanita supaya lebih ramai wanita dapat memanfaatkan daripada program ini. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Terima kasih atas cadangan yang baik tentang program-program yang boleh kita salurkan kepada wanita. Kita tahu dalam PKP ini kita perlu untuk mengikuti SOP-SOP yang telah ditetapkan. Tidak boleh hendak berkumpul ramai dan kerana itu banyak program juga dijalankan secara atas talian.

Saya telah memikirkan bagaimana kita hendak menyampaikan maklumat ini kepada wanita khususnya kalau wanita di luar bandar. Alhamdulillah, baru ini perbincangan awal telah diadakan bersama dengan Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia kerana mempunyai lebih daripada 1,000 buah Pusat Internet Desa yang ada di seluruh negara, yang boleh kita adakan contents bagaimana kita boleh membantu wanita.

Jadi, sekiranya mereka tidak mempunyai akses kepada internet mereka boleh hadir ke pusat-pusat komuniti internet desa ini untuk mendapatkan maklumat dan terutamanya untuk membangunkan ekonomi wanita itu sendiri. Tuan Yang di-Pertua...

[Disampuk]

final • 11:20 AM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:20 AM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Saya minta petua daripada Tuan Yang di- Pertua untuk lanjutkan masa kerana kementerian ini cukup penting dan ini baru menyentuh isu bantuan kebajikan. Ada isu kanak-kanak semua belum disentuh lagi terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Menteri menggulung apa yang telah dibangkitkan sebelum ini. Saya ingat Yang Berhormat Menteri teruskan kepada point.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Okey, saya teruskan...

[Disampuk]

final • 11:20 AM

Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Pontian turut membangkitkan berkenaan bantuan membaiki rumah yang rosak akibat bencana. Selaras dengan peruntukan dalam arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) nombor 20, tanggungjawab JKM mengenal pasti pusat pemindahan, membuat pendaftaran mangsa bencana, mengedarkan keperluan asas kepada mangsa bencana dan perkhidmatan psikologi dan kaunseling kepada mangsa yang memerlukan.

Bantuan membaiki rumah yang rosak akibat bencana adalah di bawah tanggungjawab Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan daerah untuk menentukan jumlah dan kadar yang ditetapkan. Bantuan membaiki rumah yang disediakan oleh JKM bukan untuk membina semula rumah atau membayar ganti rugi tetapi lebih kepada bantuan ihsan kepada mangsa.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lanang berdasarkan statistik JKM sehingga Oktober 2020, penerima bantuan orang tua mencatatkan bilangan penerima bantuan tertinggi berbanding penerima skim-skim bantuan lain iaitu sebanyak 27.5 peratus daripada keseluruhan penerima bantuan JKM di seluruh negara, dengan perbelanjaan sebanyak RM479.2 juta.

Pada tahun 2020, kerajaan telah menyediakan peruntukan sejumlah RM575 juta untuk menampung keperluan penerima bantuan warga emas ini. Kriteria utama kelulusan sesuatu bantuan ialah berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK) semasa. Sekiranya pendapatan keluarga berada di bawah PGK yang telah ditetapkan serta memenuhi kriteria dan syarat yang telah digariskan jabatan, maka warga emas itu layak dipertimbangkan bantuan.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Selain daripada syarat dan kriteria berkenaan penilaian, JKM turut mengambil kira tanggungjawab anak-anak yang telah bekerja dan mempunyai pendapatan untuk menjaga dan memastikan ibu bapa mempunyai kehidupan yang selesa. Berdasarkan statistik penerima bantuan di Parlimen Lanang bagi warga emas dan pesakit kronik terlantar seramai 806 orang penerima dengan sejumlah RM3.25 juta telah disalurkan bagi Januari hingga Oktober tahun ini.

Keseluruhan penerima bantuan Parlimen Lanang sebanyak 2,142 orang penerima dan sebanyak RM7.29 juta telah disalurkan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Penampang dan Yang Berhormat Dungun berkenaan dengan pemberian bantuan kebajikan kepada rakyat dalam kesulitan. Kementerian telah diwartakan sebagai agensi perkhidmatan perlu atau essential services selaras dengan Perkara 2, Jadual Perkhidmatan, Perlu Peraturan 2. Susulan itu kementerian telah dipertanggungjawab untuk menjaga serta menguruskan hal ehwal kebajikan golongan yang terjejas atas sebab PKP.

Kementerian melalui peruntukan Pakej Rangsangan Ekonomi yang berjumlah RM22.2 juta...

[Disampuk]

final • 11:20 AM

Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya

Yang Berhormat Menteri, boleh saya tanya soalan?

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Petaling Jaya, masa sudah tamat sebenarnya. Saya bagi tambahan sedikit.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Daripada Kementerian Kewangan...

final • 11:20 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Tambahan lima minit lagi Yang Berhormat Menteri.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya bagi tambahan kepada Yang Berhormat Menteri.

final • 11:20 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua, tambah lima minit lagi untuk Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri ini bagus.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya, saya benarkan tetapi sebut mana Yang Berhormat tidak ada dalam Dewan elok buat jawapan bertulis.

final • 11:20 AM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Tuan Yang di-Pertua, lima minit untuk kementerian ini tidak cukup. Ini isu kebajikan dan ini bajet untuk membantu masyarakat di luar sana kerana COVID-19. Kalau...

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya faham, saya faham. Oleh sebab itu saya bagi tambahan masa untuk Yang Berhormat Menteri.

final • 11:20 AM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Lima minit tidak cukup kerana ia ada banyak kumpulan sasar mereka Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Segambut.

final • 11:20 AM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Kita belum sentuh isu kanak-kanak lagi.

final • 11:20 AM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Tuan Yang di-Pertua, kalau saya boleh mencelah. Oleh sebab kerajaan telah uplift, banned kuarantin 14 hari, saya rasa agak elok untuk kita bagi tambahan masa kepada Yang Berhormat Menteri...

[Tepuk]

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Kita ada urusan Mesyuarat yang telah ditetapkan. Minta Yang Berhormat Menteri teruskan.

final • 11:20 AM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Maksimum 15 minitlah, 15 minit maksimum. Ikut peraturan mesyuarat.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Menteri perlu beberapa minit lagi untuk...

final • 11:20 AM

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Banyak minit [Ketawa]

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya bagi lima minit, silakan.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Okey. Banyak ini.

final • 11:30 AM

Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya minta kaji semula. Lima minit memang tidak cukup.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Boleh saya jawab satu bantuan khas ibu tunggal pula ya. Tadi sudah kanak-kanak, kebajikan, ibu tunggal yang saya hendak jenamakan semula ibu tunggal ini sebagai “Ibu Waja”.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Julau berkaitan dengan bantuan khas kepada ibu tunggal. Kerajaan amat prihatin terhadap nasib golongan wanita termasuk ibu tunggal yang sudah pastinya melalui kehidupan yang sukar lebih-lebih lagi yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Oleh itu, kerajaan melalui PENJANA yang diumumkan pada 5 Jun lalu telah memperuntukkan sebanyak RM45 juta bagi membantu ibu tunggal. Sebanyak RM45 juta ini untuk seramai 150 ribu orang ibu tunggal yang mendapat bantuan secara one-off.

Namun, begitu, apabila ditutup pada 31 Oktober, kita dapati ada tambahan...

final • 11:30 AM

Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya

Yang Berhormat Menteri, boleh saya tanya soalan?

final • 11:30 AM

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Ada seramai 161,909 orang yang didapati layak. Jadi kementerian telah mengambil inisiatif untuk menggunakan lebihan peruntukan yang sedia ada untuk membantu membayar kepada seramai 11 ribu orang penerima bantuan ini.

final • 11:30 AM

Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya

Yang Berhormat Menteri, boleh saya tanya soalan?

final • 11:30 AM

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Jadi, pembayaran kepada penerima sedang dilaksanakan dan proses pembayaran dijangka selesai sebelum 31 Disember.

Berhubung dengan ibu tunggal iaitu Puan Pauline Anak Embu, hasil semakan mendapati beliau telah memohon dan permohonan telah pun diluluskan, penyaluran bayaran kepada beliau sedang dilaksanakan oleh jabatan ini. Pemohon juga telah dimaklumkan mengenai kelulusan ini.

final • 11:30 AM

Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Tuan Yang di-Pertua, tentang OKU. Yang Berhormat Setiu mencadangkan agar bantuan kerajaan tertumpu kepada peluang pekerjaan bagi golongan OKU. Untuk makluman, kadar bantuan elaun pekerja cacat merupakan salah satu tarikan kepada majikan bagi meningkatkan pengambilan pekerja OKU selain faedah pengecualian cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Jadi, kementerian melalui JKM telah mengambil...

final • 11:30 AM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Tuan Yang di-Pertua, kalau Ahli Parlimen tidak hadir, boleh skip tidak jawapan? Kita pergi kepada isu Ahli Parlimen yang hadir.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Betul. Itu yang saya cadangkan dan Yang Berhormat Menteri, mana jawapan yang tidak sempat dibacakan memang akan diuploadkan dalam portal pada hari yang sama.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Okey. Saya nak sebut fasal keganasan rumah tangga.

final • 11:30 AM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Tuan Yang di-Pertua, ini bukan isu upload on portal…

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Faham, kita...

final • 11:30 AM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Ini perbahasan Belanjawan yang cukup penting.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Faham, saya faham tetapi kita terhad kepada masa yang ada.

final • 11:30 AM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Tidak apa kita boleh panjangkan. Setiap hari kita tukar rules, SOP kita...

[Tepuk] Ini adalah perbelanjaan yang sangat penting.

Kementerian ini kita belum touch lagi isu kanak-kanak.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, saya hendak minta Yang Berhormat Menteri teruskan.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Okey, Tuan Yang di-Pertua. Kebelakangan ini dapat banyak perbincangan mengenai isu keganasan rumah tangga sewaktu PKP di

final • 11:30 AM

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

media massa ekoran berlaku peningkatan kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan hampir di seluruh dunia.

Jadi, untuk makluman hari ini 25 November telah dipilih sebagai Hari Hentikan Keganasan Terhadap Wanita Peringkat Antarabangsa...

[Tepuk] Jadi saya hendak menyeru- saya hendak mengambil kesempatan ini juga hendak menyeru dan nak mendesak agar kita semua di sini menyayangi wanita dan hormati wanita kerana walau siapa pun kita di dalam Dewan ini, sama ada lelaki ataupun wanita ataupun daripada latar belakang berbeza, luar bandar ataupun bandar, semua setiap orang daripada kita di sini lahir daripada perut seorang wanita...

[Tepuk]

final • 11:30 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Saya setuju, Yang Berhormat Menteri. Saya setuju, betul.

final • 11:30 AM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh

Soalan Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Teruskan Yang Berhormat Menteri.

final • 11:30 AM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh

Pendek ya. Jadi saya setuju apa Yang Berhormat Menteri menyebut tentang usaha kita menangani keganasan rumah tangga khususnya melibatkan wanita malangnya, seperti yang saya bangkitkan dalam talian, direkodkan sejumlah besar aduan tetapi Jawatankuasa Keganasan Rumah tangga yang sepatutnya melibatkan Yang Berhormat tetapi hanya melibatkan pertemuan sekitar tujuh bulan lalu.

So, kalau keutamaan ini diberikan kepada isu ini adakah Yang Berhormat boleh memperincikan langkah-langkah seterusnya untuk memastikan isu ini dapat diselesaikan secara bersama.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila, Yang Berhormat Menteri.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Itu hanya salah satu. Ini kerana, kita juga selepas itu ada perjumpaan di bawah jabatan-jabatan. Agensi kementerian juga telah menjalankan kolaborasi bersama dengan pihak NGO dan juga kementerian lain.

Ini kerana, dalam isu kita hendak menangani perkara ini ia bukan hanya perkara terletak di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tetapi perlu merentasi semua kementerian. Oleh sebab itu perjumpaan dan perbincangan telah diadakan dengan Kementerian Dalam Negeri, dengan pihak PDRM dan kita baru-baru ini juga telah ada perbincangan bersama pihak telco untuk mewujudkan kod rahsia dan sebagainya supaya ia akan lebih memudahkan lagi.

Saya berharap agar wanita di luar sana itu berani untuk membawa aduan ini.

Apabila ada peningkatan itu dalam masa yang sama juga kita harapkan bahawa aduan ini juga supaya tidak ada lagi perasaan, mungkin dahulu sebelum itu ada perasaan malu dan mungkin ada perasaan takut terutamanya bila mereka ini tidak ada punca pendapatan bergantung harap kepada suami, maka dia takut kalau sekiranya ia dilaporkan, diadukan maka akan hilang punca pendapatan.

Jadi, ini kesedaran yang perlu kita sama-sama, saya rasa ini bukan sahaja tugas dan tanggungjawab di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tetapi tanggungjawab kita semua supaya kita lebih peka terhadap nasib wanita terutama di Malaysia ini.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya akan...

final • 11:30 AM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh

Ada satu lagi soalan yang belum Yang Berhormat jawab. Boleh saya tanyakan?

final • 11:30 AM

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Okey.

final • 11:30 AM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh

Berkait dengan projek rintis untuk menempatkan kanak-kanak tanpa penjaga yang sekarang ditahan di seluruh depot di Malaysia. Kalau boleh, beritahu status penting memandangkan tempoh PKP ini.

final • 11:30 AM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Tuan Yang di-Pertua, isu saya adalah taska untuk frontliners.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Okey, tentang kanak-kanak di depot. Ini kerana, kita faham mereka ini datang mungkin dalam keadaan negara mereka itu yang

final • 11:30 AM

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

tidak selamat. Oleh sebab itu perbincangan dan kerjasama dengan Jabatan Imigresen, dengan pihak KDN telah kita adakan kerana kita hendak supaya anak-anak ini walaupun mereka berada di situ, dijaga daripada segi emosinya dan daripada segi persekitarannya supaya mereka ini tidak terdedah dan mereka ini juga dijaga daripada segi hak dan asasi mereka sebagai kanak-kanak.

Ini juga I think ada beberapa isu yang telah kita ambil kira, yang telah kita tangani bersama dengan pihak Jabatan Imigresen. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya akan upload jawapan...

final • 11:30 AM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh

Yang Berhormat, kerana patutnya maaf Yang Berhormat Menteri. Isunya patutnya dilaksanakan pada April tahun ini. Saya rujuk kepada Mesyuarat Pengurusan Tertinggi. Mungkin Yang Berhormat memberikan status adakah ia ditunda dan sampai bila. Ini kerana, kanak-kanak ini masih lagi ditahan dalam depot.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Boleh saya jawab secara bertulis?

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Secara bertulis.

Baik.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Okey, terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 11:30 AM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Isu taska untuk frontliners, Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Taska frontliners, Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Segambut bertanya, last. Yang Berhormat Menteri, nak respons sedikit tentang Yang Berhormat Segambut?

final • 11:30 AM

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Taska untuk frontliners. Taska untuk frontliners memang kita buka, memang kita sudah dapat arahan daripada Kementerian Kesihatan dan juga MKN untuk dibuka taska-taska untuk frontliners untuk mereka ini menghantar anak-anak mereka apabila mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab untuk menyelamatkan membantu negara. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

final • 11:30 AM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya bangkitkan isu permohonan taska untuk agensi kerajaan dan frontliners terutamanya adalah berkenaan isu birokrasi permohonan. Yang telah saya bangkitkan adalah apabila permohonan itu datang daripada agensi seperti balai polis ataupun individu agensi yang hantar kementerian menolak permohonan tersebut kerana kementerian hanya menerima jika permohonan itu diendorse oleh kementerian. Jadi ini satu birokrasi dan itu saya bangkitkan. Saya minta penjelasan. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, kalau hendak bagi jawapan secara bertulis, dipersilakan.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Terima kasih, Yang Berhormat Segambut.

Kita memang ada banyak permohonan taska ini. Ada banyak isu birokrasi yang kita cuba selesaikan dari semasa ke semasa. Antaranya juga kita telah mengadakan pertemuan dengan PBT untuk mendapatkan- supaya dapat memudahkan mereka ini menjalankan membuka operasi taska di kawasan tersebut.

final • 11:30 AM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Tuan Yang di-Pertua, minta maaf Yang Berhormat Menteri. Itu bukan isu yang saya bangkitkan, apa yang saya bangkitkan permohonan taska dan geran yang telah disediakan oleh Kementerian Kewangan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Isu tadi Yang Berhormat kata ada banyak permohonan taska. Akan tetapi, sebenarnya jawapan yang diberi kepada Parlimen mereka hanya luluskan sejumlah 45 sahaja dan duit dana yang baki telah dikeluarkan sebagai geran PENJANA kerana tidak cukup permohonan. Jadi, jawapan tidak konsisten dan saya rasa Yang Berhormat Menteri keliru dengan permohonan taska untuk PBT, ini permohonan taska di agensi kerajaan.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Segambut. Sila, end it.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Saya kira sebab tak nak– mengelakkan lagi kekeliruan, dalam masa yang suntuk kita akan jawab secara bertulis supaya ia akan lebih jelas dan tidak akan menimbulkan sebarang kekeliruan.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi, selama 20 minit.

final • 11:30 AM

Menteri Pengajian Tinggi - Dato’ Dr. Noraini Ahmad

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pengajian Tinggi ingin mengucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan seramai 23 orang Ahli Yang Berhormat dalam memberikan pandangan dan saranan membina semasa sesi perbahasan. Sebanyak 40 soalan dan cadangan telah diajukan kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Semua isu ini akan dijelaskan dan dirumuskan mengikut tema.

final • 11:39 AM

Menteri Pengajian Tinggi - Dato’ Dr. Noraini Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, kementerian menghargai keprihatinan yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Muar dan Yang Berhormat Tangga Batu berkenaan dengan pengurangan yuran pengajian pelajar.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, secara amnya, pelajar di universiti awam hanya membayar dua hingga 10 peratus daripada kos sebenar yuran pengajian.

Baki sebanyak 90 peratus hingga 98 peratus, dibiayai melalui subsidi kerajaan.

Walau bagaimanapun, atas dasar keprihatinan bagi pengajian semester dua, sesi tahun 2019/2020, kerajaan telah bersetuju untuk mengurangkan kadar yuran asrama dan perkhidmatan atau aktiviti pada kadar minimum sebanyak 15 peratus. Malahan, terdapat sesetengah universiti awam, politeknik dan kolej komuniti, mengurangkan kadar sehingga 100 peratus. Ini melibatkan peruntukan sebanyak RM72 juta.

Langkah yang sama juga telah diteruskan bagi pengajian semester satu, sesi 2020/2021. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Sipitang, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Tangga Batu pula memperkatakan berkenaan dengan bantuan kepada pelajar bagi membolehkan mereka mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian dengan lebih kondusif. Perkara yang dibangkitkan ini sememangnya menjadi keutamaan kementerian. Justeru, kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM41.2 juta bagi bantuan, khususnya kepada pelajar B40.

Antaranya yang pertama, bantuan sumbangan pelan data dengan peruntukan berjumlah RM24 juta kepada 320,396 orang pelajar universiti awam. Seramai 225,784 orang pelajar menerima bantuan sim card dan seramai 94,612 orang pelajar menerima bantuan berbentuk tunai bagi pembelian pelan data.

Kedua, bantuan pemilikan peranti dengan peruntukan sebanyak RM13.4 juta.

Bantuan ini dapat memberi manfaat kepada 8,965 orang pelajar universiti awam. Ketiga, bantuan tunai sebanyak RM50 seorang secara one-off kepada 76,153 orang pelajar baharu bagi sesi akademi 2020/2021. Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM3.8 juta. Dalam waktu yang sama juga, pihak kementerian juga sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan Malaysia untuk menyediakan bantuan-bantuan lain untuk memberi manfaat kepada semua pelajar IPT, termasuk pelajar IPTS. Dengan kerjasama...

final • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Menteri, Pontian.

final • 11:40 AM

Dato’ Dr. Noraini Ahmad

Okey.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Saya ingin mencadangkan agar Yang Berhormat Menteri membuat permohonan kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan sebanyak RM250 bantuan one-off kepada 1.1 juta orang pelajar IPTA dan IPTS. Itu yang pertama. Kedua, adakah Yang Berhormat Menteri bercadang untuk

final • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

mengenakan atau mengadakan moratorium pembayaran PTPTN? Saya tahu telah dilanjutkan hingga Disember. Adakah untuk enam bulan pada tahun depan, boleh atau tidak? Terima kasih.

final • 11:40 AM

Dato’ Dr. Noraini Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Mengenai cadangan Yang Berhormat Pontian, itu adalah antara perbincangan di pihak kementerian bersama dengan Kementerian Kewangan. Adalah...

final • 11:40 AM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

Yang Berhormat Menteri, Kimanis.

Boleh Kimanis? Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Okey, bagi Yang Berhormat Menteri jawab dulu.

final • 11:40 AM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

Belakang, belakang ini. Sini.

final • 11:40 AM

Dato’ Dr. Noraini Ahmad

Okey, okey.

final • 11:40 AM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

Okey. Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi ada dinyatakan bahawa kementerian juga memberikan beberapa bantuan berupa sim card dan juga pelan data internet. Akan tetapi sejauh manakah kolaborasi Kementerian Pengajian Tinggi dengan pihak SKMM? Oleh sebab kalau kita di Sabah itu Yang Berhormat Menteri, masih banyak IPTS dan IPTA itu masih lagi mengalami gangguan ataupun capaian internet yang terlalu perlahan. Ini akan menjejaskan prestasi para mahasiswa kita. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Dato’ Dr. Noraini Ahmad

Tadi, untuk soalan kedua oleh Yang Berhormat Pontian mengenai PTPTN, saya akan menjawab isu khusus mengenai PTPTN kemudian. Akan tetapi untuk Yang Berhormat Kimanis pula, memang kolaborasi dan kerjasama bersama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia ini sedang kita jalankan. Kita telah menyalurkan maklumat mengenai kemudahan pusat internet di 1,101 buah tempat di bawah seliaan SKMM, KKMM dan KPLB.

Di samping itu juga, pelajar-pelajar yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan ataupun access, dengan izin, kepada talian ataupun kepada pembelajaran atas talian ini juga digalakkan untuk menggunakan fasiliti-fasiliti universiti berkenaan seperti di politeknik dan kolej komuniti yang berhampiran. Jadinya, itu antara lain antara kerjasama-kerjasama bersama dengan kementerian-kementerian lain.

Untuk menyambung soalan saya, dengan kerjasama Yayasan Sukarelawan Siswa, kementerian turut menjalankan inisiatif crowdfunding melalui Tabung Prihatin Siswa. Inisiatif ini bertujuan untuk mengajak pihak luar sama-sama menyalurkan sumbangan bagi membantu meringankan kesulitan pelajar yang berkeperluan dalam meneruskan sesi PdP mereka. Dalam jangka masa sederhana pula, kementerian akan meningkatkan kapasiti jalur lebar di institusi pengajian tinggi awam dengan memperkasakan Malaysia Research and Education Network (MYREN) kepada antara 500Mbps hingga 10Gbps dengan peruntukan sebanyak RM50 juta.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sebelum ini telah bersetuju untuk menangguhkan pembayaran balik PTPTN bermula April sehingga September 2020.

Berhubung dengan cadangan penyambungan moratorium pinjaman PTPTN seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat Jerantut dan Yang Berhormat Tangga Batu.

Hakikatnya, kementerian telah melaksanakan penyambungan moratorium kali kedua mulai Oktober sehingga Disember 2020. Jumlah keseluruhan anggaran penangguhan bayaran balik bagi kedua-dua moratorium ini adalah sebanyak RM1.125 bilion yang memberi manfaat kepada seramai 1.5 juta orang peminjam. Sungguhpun penangguhan diberikan, kementerian ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada seramai 422,609 orang peminjam yang masih meneruskan bayaran balik pinjaman dengan jumlah RM595 juta bagi tempoh April hingga Oktober 2020.

Untuk moratorium ketiga, seperti juga pertanyaan daripada Yang Berhormat Pontian, kementerian telah mengambil tindakan awal berbincang dengan agensi-agensi berkaitan, termasuklah dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Perkara ini akan dibawa untuk pertimbangan pihak kerajaan selanjutnya.

Menyentuh tentang cadangan...

final • 11:40 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Yang Berhormat Menteri, Johor Bahru. Soalan PTPTN. Okey, merujuk kepada jawapan Yang Berhormat Menteri sebentar tadi, Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan moratorium telah diberikan

final • 11:40 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

untuk daripada Mac atau April sehingga hujung tahun dan ada kemungkinan ditambah tahun hadapan.

Akan tetapi bagaimana pula dengan kos pinjaman tersebut, pentadbiran ataupun ujrah? Oleh sebab kalau seseorang peminjam itu tidak membayar untuk tempoh sepuluh bulan atau mungkin ditambah selama 12 bulan hingga 16 bulan, bagaimana pula kos yang terpaksa di-accumulate, dengan izin, sepanjang tempoh tersebut? Adakah kerajaan, Kementerian Pendidikan Tinggi akan mempertimbangkan untuk mengurangkan kos tersebut yang sebaiknya mengecualikan teruslah? Jadi, mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Baik, silakan.

final • 11:40 AM

Dato’ Dr. Noraini Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Perkara tersebut masih lagi dalam perbincangan bersama dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan maklumat yang lebih lanjut lagi akan dimaklumkan kemudian mengenai perkara tersebut. Oleh sebab apa juga tindakan yang dibuat oleh PTPTN, PTPTN adalah tertakluk juga kepada approval daripada Kementerian Kewangan. Oleh sebab source of funding, dengan izin, adalah daripada Kementerian Kewangan. Akan tetapi hasrat daripada Yang Berhormat itu kita akan ambil kira dan insya-Allah, kita akan pertimbangkan dengan sebaiknya.

Menyentuh tentang cadangan daripada Yang Berhormat Pasir Salak untuk menaikkan kembali kadar pinjaman PTPTN bagi setiap semester pengajian pula.

final • 11:40 AM

Dato’ Dr. Noraini Ahmad

Sukacita dimaklumkan kementerian bersetuju untuk menaikkan jumlah pinjaman PTPTN daripada RM6,800 kepada RM8,000. Bagi peminjam daripada golongan B40 untuk melanjutkan pengajian peringkat diploma di institusi pengajian tinggi swasta tertakluk kepada simpanan bertakaful oleh pihak IPTS bermula pada tahun 2021.

Pada masa yang sama, kementerian juga bersetuju untuk meluaskan pemberian wang pendahuluan pinjaman PTPTN kepada pelajar IPTS dari keluarga B40 berdasarkan syarat kelayakan PTPTN mulai tahun 2021. Yang Berhormat dari Johor Bahru dan Yang Berhormat Arau pula mencadangkan supaya faedah pinjaman dikecualikan dan diskaun bayaran balik seperti tadi Yang Berhormat Johor Bahru nyatakan juga diberikan kepada peminjam.

final • 11:50 AM

Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan

[Bangun]

final • 11:50 AM

Dato' Dr. Noraini Ahmad

Ini kementerian sedang mengkaji cadangan ini secara serius...

final • 11:50 AM

Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan

Yang Berhormat Menteri...

final • 11:50 AM

Dato' Dr. Noraini Ahmad

Dalam waktu yang sama...

final • 11:50 AM

Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan

Boleh minta pencelahan sikit.

final • 11:50 AM

Dato' Dr. Noraini Ahmad

Akan memastikan kelestarian sumber kewangan PTPTN tidak terjejas pada masa yang panjang. Okey.

final • 11:50 AM

Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya meneliti jawapan Yang Berhormat, di mana Yang Berhormat Menteri pada dua hari lepas telah menjawab seramai 380 ribu orang pelajar yang meminjam pinjaman PTPTN tidak pernah bayar balik. Apa langkah kerajaan untuk mendapat balik tunggakan yang begitu besar dan apakah langkah kerajaan untuk memastikan kelestarian tabung PTPTN yang begitu penting dalam pembangunan institusi pengajian tinggi negara kita. Sekian, terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Teluk Intan. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 11:50 AM

Dato' Dr. Noraini Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Teluk Intan. Perkara itu menjadi concern, dengan izin, pihak PTPTN dan sudah semestinya pelbagai cara yang telah dilaksanakan untuk menarik minat supaya peminjam ini memulangkan semula pinjaman mereka. Dahulu apa yang telah dibuat adalah untuk memblacklistkan, dengan izin, tetapi kita tidak mahu disebabkan sekarang ini COVID-19 dan segalanya, maka kita letak suatu enforcement yang begitu kuat sekali kepada peminjam-peminjam ini.

Walau bagaimanapun, pihak PTPTN masih lagi merangka dan berbincang apakah cara-cara lain yang boleh kita lakukan untuk menarik ataupun menggalakkan lebih ramai peminjam untuk memulangkan pinjaman mereka.

final • 11:50 AM

Dato' Dr. Noraini Ahmad

Akan tetapi tadi saya sudah maklumkan juga bahawa walaupun kita set kan ataupun kita telah tetapkan moratorium dan saya terharu bagi pihak kementerian dan ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada 422 ribu orang peminjam yang telah meneruskan bayaran balik walaupun ada moratorium itu dilaksanakan. Untuk antara lain juga PTPTN juga dalam cadangan untuk menyediakan inisiatif pelepasan cukai syarikat kepada majikan yang membantu membuat bayaran balik pinjaman bagi pihak pekerja.

Saya maklumkan juga bahawa PTPTN memang sentiasa terbuka untuk berbincang bagi membantu mengurangkan komitmen kewangan bulanan, sekali gus mengurangkan beban kewangan mereka. Berdasarkan dasar sedia ada, peminjam boleh berunding semula, membuat penstrukturan semula bayaran balik pinjaman sehingga umur 60 tahun ataupun membuat penangguhan bayaran balik pinjaman sehingga maksimum 24 bulan.

Yang ini antara lain untuk menjawab dan persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat dari Teluk Intan. Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Libaran dan Yang Berhormat Pasir Salak juga telah mengemukakan mengenai bantuan yang diberikan oleh IPTS.

Kerajaan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) telah memperuntukkan sejumlah dana melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Majlis Amanah Rakyat bagi membantu usahawan bumiputera dan pengusaha kolej latihan bumiputera termasuk IPTS yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Selain itu sejumlah RM50 juta daripada peruntukan PENJANA telah disalurkan kepada IPT untuk melaksanakan Program Career Advancement Programme (KPT-CAP) khusus kepada pelajar-pelajar IPTS. Dalam Bajet 2021, kerajaan turut memperuntukkan RM150 juta untuk merealisasikan inisiatif KPT-PACE, Professional Certification dengan izin dan inisiatif ini menawarkan baucar bernilai RM3,000 kepada pelajar di IPTA dan IPTS yang berhasrat untuk mendapatkan sijil profesional dalam bidang masing-masing.

Selain daripada perkara di atas, KPT juga telah melaksanakan usaha berikut:

(i) menubuhkan pasukan Petugas Kebangsaan Pemudahcara IPTS sebagai industri ataupun dipanggil dengan ringkasnya PEMUDAH IPTS. Pasukan ini akan mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh IPTS serta mencadangkan penyelesaian terbaik agar IPTS dapat bergerak maju dan bersaing di peringkat global; dan

(ii) memberi lebih banyak kelulusan kepada IPTS untuk melaksanakan pensijilan berdasarkan pengalaman yang dikenali sebagai Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL).

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pontian telah menyentuh...

final • 11:50 AM

Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, Tangga Batu. Nampaknya macam-macam bantuan kepada IPTS telah dinyatakan. Tapi saya sebagai seorang bekas pensyarah UiTM, saya ingin menyoal iaitu mengapa berlakunya pemotongan Belanjawan 2021 yang begitu besar bagi UiTM sehingga mencecah RM130 juta. Mengapa Kerajaan PN yang terdiri dari kerajaan Melayu Islam sampai hati memotong peruntukan kepada universiti Melayu Islam yang utama di Malaysia. Terima kasih...

[Tepuk]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Sila.

final • 11:50 AM

Dato' Dr. Noraini Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu.

Sebenarnya ada dalam persoalan yang saya hendak jawab, sebab isu ini telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat sendiri dan juga Yang Berhormat dari Simpang Renggam.

Untuk makluman kedua-dua Yang Berhormat, jumlah peruntukan mengurus yang diterima UiTM pada tahun 2020 sebanyak RM1.86 bilion adalah termasuk peruntukan untuk hospital UiTM. Walau bagaimanapun bagi tahun 2021 peruntukan tersebut telah diasingkan. Bermaksud dia bawah dua, instead of satu saja peruntukan itu, terus dimasukkan ke UiTM, dibahagikan kepada dua iaitu UiTM dan juga hospital UiTM.

Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya peruntukan untuk UiTM tidak termasuk hospital UiTM pada tahun 2020 adalah sebanyak RM1.737 bilion. Manakala peruntukan untuk tahun 2021 pula adalah sebanyak RM1.733 bilion iaitu pengurangan sebanyak RM3 juta.

final • 11:50 AM

Dato' Dr. Noraini Ahmad

Saya ingin maklumkan bahawa pengurangan RM3 juta ini akan ditampung oleh pihak kementerian melalui penjimatan dalaman yang akan dilaksanakan pada tahun ini.

Jadinya kita akan cover. Kita akan cover melalui peruntukan penjimatan dalaman yang akan dibuat pada tahun ini dan kementerian juga ingin menjelaskan bahawa kebajikan warga UiTM menjadi keutamaan kepada KPT.

Saya hendak memberi jaminan di sini bahawa 100 peratus peruntukan emolumen kepada kakitangan akademik akan disalurkan. Selain daripada itu, kementerian juga memberi jaminan bahawa pembayaran gaji dan emolumen kepada kakitangan kontrak akan turut dibiayai oleh pihak kerajaan, insya-Allah. Jadinya, seterusnya Yang Berhormat Pontian juga ada menyentuh...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Menteri. Masa sudah hendak hampir tamat. Saya harap Yang Berhormat Menteri rumuskan.

final • 11:50 AM

Dato' Dr. Noraini Ahmad

Ada satu perkara lagi. Boleh tidak?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila. Mana yang ada di sini, sila Yang Berhormat jawab.

final • 11:50 AM

Dato' Dr. Noraini Ahmad

Okey, Yang Berhormat Pontian juga menyentuh mengenai kewujudan falsafah pendidikan tinggi negara, dan cadangan untuk memasukkan elemen keusahawanan ke dalam falsafah ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kesungguhan KPT terhadap pembangunan keusahawanan dalam kalangan pelajar ditegaskan melalui lonjakan satu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) dengan objektif untuk melahirkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.

Selanjutnya Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi telah dibangunkan sebagai panduan induk kepada IPT untuk memperkukuh pelaksanaan agenda keusahawanan masing-masing.

final • 11:50 AM

Dato' Dr. Noraini Ahmad

Saya ada juga menjawab soalan lisan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat sendiri dan sebelum ini yang menyatakan bahawa seramai 49,983 orang pelajar telah menjalankan perniagaan dalam tempoh pengajian. Manakala 7,148 orang graduan masih meneruskan kerjaya mereka sebagai usahawan selepas tamat pengajian. Terkini untuk makluman Yang Berhormat Pontian, KPT sedang memuktamadkan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi 2021-2025 dan diperkukuhkan lagi oleh MOHE Guide to Entrepreneurship Integrated Education sebagai guiding principle pembentukan ekosistem keusahawanan di IPTA agar pembentukan ekosistem keusahawanan di IPTA menjadi lebih tuntas.

Isu yang lain-lain saya akan jawab secara bertulis. Sekali lagi kementerian ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang begitu prihatin, yang memberi perhatian dan sokongan berterusan terutamanya dalam usaha-usaha memartabatkan kecemerlangan pendidikan tinggi negara yang diterajui oleh KPT.

final • 12:00 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, jika dibenarkan.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya, sila sebentar.

final • 12:00 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada dua isu yang saya ingin bertanyakan kepada Yang Berhormat Menteri, yang saya bawakan sewaktu perbahasan baru-baru ini.

Pertamanya berkaitan dengan pembinaan kandungan berkualiti bagi pelajar universiti yang melakukan proses pembelajaran dalam talian. Kita tahu bahawa pandemik datang begitu mengejut dan saya ada mencadangkan bahawa kerjasama di antara universiti dengan pihak swasta ataupun kerjasama antara pihak universiti dengan universiti lain di luar negara yang telah pun mempunyai kandungan yang berkualiti, di manakah pendanaan ataupun insentif diberikan kepada pihak universiti ataupun pihak pensyarah untuk membangunkan kandungan-kandungan berkualiti tersebut? Ini yang pertama.

Keduanya berkaitan dengan pelajar-pelajar tahun akhir sama ada yang mengambil kursus TVET ataupun kursus-kursus lain yang memerlukan kepada latihan

final • 12:00 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

industri. Kita tahu bagi tahun ini berlakunya satu keadaan yang tidak normal. Jadi, apakah pelan untuk mereka menggantikan latihan industri tersebut? Terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 12:00 PM

Dato’ Dr. Noraini Ahmad

Saya sebenarnya ingin menjawab juga Yang Berhormat Simpang Renggam, tetapi kemudian kita akan juga jawab secara bertulis.

Yang Berhormat, sebenarnya ada menyentuh mengenai usaha IPT untuk membantu masyarakat dan juga industri melalui program yang dinamakan SULAM ataupun Service Learning Malaysia-University for Society.

Insya-Allah Yang Berhormat, aktiviti SULAM ini kita akan teruskan, tetapi kita menggunakan pendekatan baharu secara atas talian sesuai dengan situasi semasa.

Inisiatif ini akan kita kenali dengan e-SULAM yang merupakan satu kaedah PDP yang melibatkan interaksi pelajar dengan komuniti secara atas talian. Interaksi ini juga akan melibatkan perkongsian video dan perkongsian maklumat mengenai social media, termasuklah juga bersama dengan industri.

Bagi menggalakkan penglibatan pelajar bersama komuniti dan industri, bermula November 2020, kementerian turut melaksanakan pertandingan e-SULAM peringkat nasional. Ini selari juga dengan apa yang Yang Berhormat telah lakukan semasa menjadi Menteri dahulu. Jadinya, kita akan teruskan perkara yang elok ini.

Mengenai pelajar tahun akhir pula, penjadualan semula. Mereka ini antara lima kategori yang dibenarkan kembali ke kampus termasuklah pelajar semester tahun akhir bagi pengajian di peringkat sijil, diploma dan ijazah sarjana muda. Maknanya, mereka hanya perlu memohon kepada universiti dan kembali semula ke kampus, insya-Allah Yang Berhormat. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan.

final • 12:00 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Yang Berhormat Menteri, maksud saya tadi, mereka yang pada tahun akhir, kena latihan industri. Bukan kembali ke kampus, tetapi mereka perlu ditempatkan ke industri ataupun dipanggil “internship”, dan lain-lain. Bagaimanakah keadaan mereka?

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Ya.

final • 12:00 PM

Dato’ Dr. Noraini Ahmad

Ia bergantung pada situasi dan di mana pelajar dan latihan industri berkenaan berada. Memang ada sesetengahnya menunda latihan industri berkenaan, untuk makluman Yang Berhormat. Terima kasih banyak.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi.

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Sains dan Teknologi dan Inovasi untuk menjawab perbahasan ini, 20 minit Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 yang telah membangkitkan isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Tuan Yang di-Pertua, seramai 12 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan telah membangkitkan persoalan berkaitan vaksin. Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Serian dan Yang Berhormat Kota Samarahan bertanyakan sama ada jumlah peruntukan RM3 bilion bagi tujuan perolehan vaksin COVID-19 ini adalah mencukupi.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sasaran Imunisasi Kebangsaan bagi tujuan imuniti kelompok bagi penyakit COVID-19 adalah sehingga 70 peratus jumlah populasi negara. Berdasarkan kepada sasaran ini, pihak MOSTI telah menjalankan simulasi anggaran peruntukan yang diperlukan dengan mengambil kira jangkaan harga purata vaksin-vaksin yang sedang dibangunkan serta peratusan perolehan wajar bagi setiap jenis vaksin daripada pelbagai syarikat farmaseutikal.

final • 12:05 PM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Menerusi simulasi ini, anggaran jumlah yang diperlukan bagi memenuhi sasaran 70 peratus populasi negara yang menerima vaksin COVID-19 adalah sekadar RM3 bilion.

Walaupun begitu, jumlah RM3 bilion ini masih lagi tertakluk kepada perubahan memandangkan harga akhir vaksin yang akan diperoleh kelak masih di peringkat rundingan dan perbincangan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jerlun telah mencadangkan agar peruntukan...

final • 12:05 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Menteri, selalu disebut 70 peratus akan menerima. Apakah yang jadi kepada 30 peratus lagi penduduk di Malaysia ini? Adakah mereka tidak menerima atau mereka dipinggirkan atau mereka termasuk dalam T20? Selama mana 70 peratus itu boleh diberikan vaksin?

Sebulan? Dua bulan? Tiga bulan? Apakah agaknya tempoh yang dijangka? Terima kasih.

final • 12:05 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 12:05 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Jangkaan imuniti kelompok ini, apabila sudah sampai ke imuniti kelompok, maka jangkitan kepada mereka yang tidak menerima vaksin itu tidak akan berlaku. Itulah sains di belakang herd immunity. Apabila kita sudah sampai kepada satu tahap di mana kita mengikut formula iaitu 1-1/R0, itulah formula yang diguna pakai untuk kita mendapatkan peratusan herd immunity ataupun imuniti kelompok.

Akan ada mereka yang tidak akan dapat divaccinate. Ini sebab untuk makluman Yang Berhormat Pontian, sebagai contoh sekarang ini di mana vaksin-vaksin yang dibangunkan untuk COVID-19, kebanyakan daripada vaksin ini belum lagi diuji kepada kanak-kanak di bawah usia 12 tahun. Jadi, mereka sudah pasti tidak akan dapat menerima vaksin yang pertama pada tahun depan. Jadi, ini mungkin peratusan yang tidak akan menerima vaksin. Jadi, kita akan tumpukan kepada golongan dewasa untuk kita mencapai tahap imuniti kelompok ataupun herd immunity yang saya maksudkan tadi.

final • 12:05 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Yang Berhormat Menteri, mohon izin. Sepanggar.

final • 12:05 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Sepanggar.

final • 12:05 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Yang Berhormat Menteri, adakah pihak kementerian mempunyai pelan B sekiranya fungsi vaksin yang dijadualkan untuk dibekalkan kepada frontliners kita on the first quarter tahun 2021 itu gagal? Dengan kata lain, vaksin tersebut merisikokan nyawa dengan implikasi sampingan selepas suntikan seperti yang berlaku di Korea Selatan.

final • 12:05 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar. Sila Yang Berhormat Menteri.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said) mempengerusikan

final • 12:05 PM

Mesyuarat] Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Oleh sebab itu kita tidak akan kompromi daripada segi soal keselamatan- safety. Walaupun kita harap bahawa perolehan vaksin akan kita dapat pada suku tahun pertama tahun depan yang mana kita akan khususkan dahulu kepada pekerja-pekerja barisan hadapan, kita akan pastikan bahawa segala maklumat awal dan maklumat interim berkenaan dengan keselamatan- safety data akan kita peroleh untuk memastikan bahawa tidak ada sesiapa di Malaysia ini menjadi tikus makmal.

Kita akan tengok apa sahaja data klinikal yang disediakan oleh syarikat-syarikat terutamanya syarikat yang mana kita akan buat perolehan bagi vaksin tersebut.

final • 12:05 PM

Mesyuarat] Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Saya jangkakan bahawa mengikut perancangan kita sekarang, suku tahun pertama kita akan dapat perolehan yang pertama dan satu pengumuman akan dibuat tidak lama lagi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

final • 12:10 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Yang Berhormat Menteri, soalan yang berkaitan.

Sini, sini. Kalau ada dua atau tiga buah negara yang akan mengeluarkan vaksin, misalan

final • 12:10 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

negara Amerika Syarikat, Rusia atau China, jadi macam mana negara Malaysia menentukan negara yang mana akan import vaksin ini? Terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti negara-negara lain, kita akan ada portfolio vaksin. Tidak ada negara yang akan beli daripada satu supplier. Ini adalah kerana tidak ada mana-mana syarikat farmaseutikal yang akan dapat memenuhi 100 peratus permintaan daripada sebuah negara. Oleh sebab itu banyak negara dia akan memperoleh daripada pelbagai sumber ataupun pelbagai syarikat. Kita akan melihat kepada data klinikal dan kita akan melihat kepada contoh keberkesanan salah satu vaksin itu terhadap golongan warga emas sebagai contoh.

Kalau kita dapati bahawa keberkesanan dan keselamatan satu vaksin itu lebih baik kepada golongan warga emas maka kita akan tentukan bahawa vaksin itu dikhususkan untuk golongan warga emas. So, buat masa ini Ahli-ahli Yang Berhormat kita sedang berbincang dengan syarikat daripada Amerika Syarikat, syarikat daripada Eropah, syarikat daripada Rusia, syarikat daripada China untuk menentukan apakah bilangan ataupun portfolio vaksin yang terbaik untuk negara Malaysia. We are talking to everybody Yang Berhormat ya. Terima kasih.

Yang Berhormat Jerlun telah mencadangkan agar peruntukan disediakan bagi penciptaan vaksin tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada vaksin dari luar negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini Malaysia tidak mempunyai fasiliti lengkap untuk pembuatan vaksin bagi kegunaan kesihatan manusia, end-to-end. Namun demikian, menyedari keadaan semasa memerlukan satu tindakan yang positif, Majlis Sains Negara baru-baru ini telah bersetuju agar satu roadmap pembangunan vaksin negara dibangunkan dengan objektif menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar vaksin manusia dalam tempoh 10 tahun. Roadmap ini dijangka siap pada suku ke-2 tahun 2021.

Selain daripada pembangunan roadmap ini, MOSTI juga telah menawarkan skim dana baharu iaitu MOSTI Combating COVID-19 Fund yang menggalakkan projek R&D dalam memerangi dan mengawal wabak COVID-19. MOSTI telah meluluskan satu projek menerusi tabung ini yang berjumlah RM2.1 juta ke Universiti Malaya bagi pembangunan vaksin COVID-19.

MOSTI berharap inisiatif ini menjadi sebuah platform bagi penciptaan vaksin tempatan seterusnya dapat mengurangkan kebergantungan bekalan vaksin dari luar negara. Selain daripada itu, kerajaan juga turut memasukkan elemen pemindahan teknologi dan kepakaran menerusi rundingan yang sedang dibuat bagi tujuan perolehan vaksin daripada negara atau syarikat farmaseutikal luar negara.

Sebagai contoh, perjanjian kerjasama antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan China yang ditandatangani pada minggu lepas turut bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan vaksin pada masa hadapan.

Begitu juga perbincangan awal saya dengan pihak Rusia, tidak terhad kepada kemungkinan pembelian vaksin Sputnik tetapi juga pemindahan kepakaran membangunkan vaksin COVID-19 dan untuk virus lain di Malaysia. Seterusnya Yang Berhormat Libaran telah membangkitkan tentang persediaan syarikat...

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Yang Berhormat Menteri, boleh saya...

final • 12:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Ya.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Saya cuma ada dua soalan. Pertamanya ialah apakah penekanan kementerian mengenai vaksin yang disebutkan tadi? Adakah kita ingin mengutamakan satu bentuk vaksin yang benar-benar akan menghapuskan virus COVID itu ataupun hanya untuk mengubati simptomnya sahaja? Itu yang pertama.

Keduanya adalah adakah boleh antara Kementerian MOSTI dan Kementerian Kesihatan sahaja yang diamanahkan untuk melihat perkara ini kerana saya lihat ada juga keterlibatan Kementerian Dalam Negeri dengan kenyataan ataupun pengumuman yang telah dibuat dalam media baru-baru ini. Jadi saya rasa ini akan mengelirukan keadaan.

Terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

Soalan pertama, soalan yang sangat penting. Adakah sama ada vaksin yang dibangunkan ini memberi apa yang disebut sebagai sterilizing immunity iaitu menghentikan jangkitan ataupun semata-mata tidak menyebabkan jangkitan itu menjadi

final • 12:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar

gejala yang serius. Jadi, perkara ini kita masih lagi sedang kaji. Beberapa buah syarikat farmaseutikal memberi jawapan yang berbeza dan ini juga adalah perkiraan Kerajaan Malaysia dalam perolehan kita.

Buat masa ini kebanyakan daripada syarikat yang membangunkan vaksin itu, tujuan mereka adalah untuk menghentikan jangkitan, to stop the infection, sterilizing immunity. Namun demikian, kita masih lagi tidak mempunyai data yang lengkap daripada sebahagian besar daripada syarikat-syarikat farmaseutikal itu untuk menentukan sama ada ia menghentikan jangkitan ataupun ia hanya menghentikan jangkitan itu untuk menjadi gejala yang lebih serius. Jadi, ini perkara yang masih lagi kita sedang perhalusi.

Berkenaan dengan soalan yang kedua tadi daripada Yang Berhormat Jerlun, kerajaan kita mengambil sikap whole of government approach dalam kita memperoleh vaksin. Walaupun Jawatankuasa Akses Vaksin ini dipengerusikan oleh Menteri Kesihatan dan saya tetapi ada juga pelbagai pihak yang ingin menawarkan vaksin untuk ujian klinikal dan sebagainya. Jadi, ada yang melalui Wisma Putra, ada yang melalui KDN baru-baru ini tetapi segala keputusan akan dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ini cuma mereka yang mungkin ada hubungan secara personal ataupun hubungan yang khusus kepada kementerian tersebut.

Kita akan buat pertimbangan di peringkat jawatankuasa. Jadi kita mengalu- alukan kalau di peringkat pembangkang pun ada hubungan dengan pihak antarabangsa yang ingin memberi tawaran vaksin kepada negara Malaysia boleh kita bincang untuk kita dapat perolehan yang terbaik bagi negara kita.

Yang Berhormat Libaran telah membangkitkan tentang persediaan syarikat GLC iaitu Pharmaniaga dan Duopharma bagi tujuan pembotolan vaksin COVID-19. Ini dikenali sebagai fill and finish. Sepertimana yang telah dimaklumkan dalam persidangan penggal yang lepas, kedua-dua syarikat ini mempunyai fasiliti yang berkemampuan untuk melaksanakan fill and finish. Duopharma akan menggunakan kemudahan sedia ada di Klang untuk melaksanakan fill and finish. Kemudahan tersebut perlu dinaik taraf dan dijangka akan disiapkan menjelang awal 2021.

Manakala Pharmaniaga mempunyai kemudahan sedia ada yang boleh diubahsuai bagi tujuan pembuatan vaksin COVID-19 fill-finish bagi satu-dos dan multi- dos. Keputusan pemilihan syarikat bagi tujuan fill and finish ini tidak tertakluk kepada Duopharma dan Pharmaniaga sahaja. Kita menggalakkan mana-mana syarikat yang boleh melaksanakan fill and finish ataupun membuat pelaburan dalam pembuatan vaksin daripada pihak swasta juga.

Pemilihan syarikat dilakukan berdasarkan keupayaan untuk mengilang produk farmaseutikal tempatan yang telah memenuhi keperluan amalan perkilangan baik (GMP) dan mengikut standard Pharmaceutical Inspection Co-operation Scheme. Pemilihan pengilang yang telah memenuhi standard ini sangat penting bagi memastikan aspek technology transfer boleh berjalan dengan lancar.

Seterusnya berkaitan dengan isu pembangunan vaksin COVID-19 oleh negara- negara Islam yang disentuh oleh Yang Berhormat Jelebu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini terdapat beberapa buah negara Islam yang turut membangunkan COVID-19 seperti Iran, Kazakhstan dan juga Indonesia. Walau bagaimanapun, difahamkan pembangunan vaksin daripada negara-negara tersebut masih lagi di peringkat awal.

Yang Berhormat Jelebu dan juga Yang Berhormat Parit telah membangkitkan perkara berhubung isu golongan anti vaksin serta isu vaksin COVID-19 yang halal. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, di bawah Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19, telah dibentuk sebuah Jawatankuasa Kecil Komunikasi yang diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia, MOSTI dan KKM yang berperanan menyampaikan maklumat strategik berkenaan vaksin kepada negara dan rakyat serta kepada khalayak, sasaran yang tepat berhubung vaksin COVID-19. Satu pelan komunikasi strategik sedang dirangka dan ini termasuklah bagi menangani gerakan anti- vaksin.

final • 12:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Selain daripada agensi kerajaan yang berkaitan, pelan komunikasi ini akan melibatkan whole of society, pelbagai kumpulan masyarakat seperti NGO, agamawan, ketua komuniti serta pihak swasta bagi memastikan penerangan jelas berkaitan vaksin ini dapat disampaikan secara berkesan kepada setiap kumpulan sasaran.

Berkenaan status halal vaksin pula, seperti mana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Senator Menteri di Jabatan Perdana Menteri, JAKIM juga akan turut

final • 12:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar

menganggotai jawatankuasa kecil ini bagi memastikan orang Islam di negara ini mendapatkan maklumat yang tepat berkait penggunaan vaksin ini.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengulas mengenai gesaan Yang Berhormat Langkawi supaya kerajaan mengenal pasti dan mengkaji teknologi-teknologi baharu dalam usaha mendepani pandemik COVID-19.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Langkawi, MOSTI telah diberi mandat untuk mengetuai Kumpulan Kerja 9 – Sains dan Teknologi di bawah Jawatankuasa Strategik Pengurusan Pandemik di bawah MKN. Melalui jawatankuasa ini, MOSTI telah menyediakan cadangan program yang akan dilaksanakan di bawah kumpulan kerja yang mengandungi pelan tindakan semasa jangka masa sederhana dan panjang, di antara program yang dikenal pasti adalah:

(i) penambahbaikan aplikasi pengesanan kontak sedia ada;

(ii) pembangunan sistem pemantauan kuarantin berdasarkan kepada teknologi;

(iii) pembangunan kaedah penyaringan rapid testing kit yang bakal menjadi salah satu strategi untuk pengurusan pandemik jangka masa sederhana;

(iv) sistem pengesanan pemandu dan kenderaan dari luar negara;

(v) pembangunan teknologi blockchain bagi pengesanan vaksin;

(vi) digital health certificate;

(vii) teknologi bahan nano dalam penyediaan PPE; dan

(viii) inisiatif geodata raya kebangsaan untuk bangunkan risk map supaya kawalan pergerakan untuk masa yang akan datang boleh dilaksanakan dengan lebih teliti lagi.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, saya ingin mengulas saranan dan cadangan daripada Yang Berhormat Pasir Salak berkaitan aplikasi teknologi dan automasi dalam bidang pertanian di kawasan jelapang padi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MOSTI melalui agensi pelaksananya telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memperkasakan agenda pertanian negara.

MOSTI melalui Agensi Angkasa Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Jabatan Pertanian telah membangunkan Sistem Maklumat Geospatial Tanaman Padi. Sistem ini telah mula dioperasikan sejak tahun 2012 dan diperluaskan ke 12 jelapang padi di seluruh Malaysia.

Sistem ini menggunakan imej satelit multi-temporal RADARSAT-2 untuk mengenal pasti keluasan sebenar kawasan tanaman padi pada setiap musim dan pemantauan empat status aktiviti penanaman padi iaitu membajak, mengairi, menanam dan menuai dengan kekerapan setiap 11 hari. Imej satelit ini diintegrasikan dengan maklumat sempadan pentadbiran, skim pengairan, maklumat pesawah dan lot sawah dalam satu pangkalan data bagi membolehkan agensi pertanian mengurus dan memantau jelapang padi dengan lebih mudah, tepat dan cepat.

Hasil kajian keberkesanan pengoperasian sistem mendapati sistem ini menjimatkan masa sebanyak 50 peratus berbanding turun di lapangan, memantau 100 peratus keseluruhan jelapang dan menjimatkan subsidi sehingga 10 peratus.

Terbaru, inisiatif National Technology and Innovation Sandbox telah diperkenalkan pada tahun ini bertujuan membantu dalam mempercepatkan proses penciptaan dan pengkomersialan teknologi dan inovasi tempatan di semua peringkat.

Sehingga 18 November, terdapat 52 permohonan dalam bidang pertanian telah dikenal pasti untuk pelaksanaan sandbox. Melalui platform sandbox, MOSTI telah menjalankan kerjasama strategik dengan pihak FELDA dalam membantu memenuhi hala tuju inisiatif pertanian pintar. Ini membuka peluang kepada agensi di bawah sektor pertanian yang lain untuk bekerjasama bersama dengan pihak MOSTI dalam meningkatkan produktiviti pertanian sawah padi melalui penggunaan teknologi termaju, mewujudkan peluang ekonomi dan pekerjaan bernilai tinggi kepada generasi baharu penanam padi serta mempercepatkan proses R&D dan pengkomersialan.

final • 12:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Selain itu, melalui sandbox, sebanyak 10 startup yang berkaitan dengan dron telah dikenal pasti dan telah mencadangkan empat startup untuk menjalani ujian dron di tapak pertanian FELDA.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Mohon pencelahan, Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Hasil daripada ujian ini akan membantu mewujudkan parameter bersesuaian bagi tujuan penggunaan dron secara menyeluruh di dalam negara.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Yang Berhormat Menteri, boleh mohon pertanyaan? Tuaran. Terima kasih.

Saya tertarik dengan peningkatan penggunaan teknologi dalam bidang pertanian yang Yang Berhormat Menteri nyatakan tadi. Saya ingin bertanya, sejauh mana kementerian, kerajaan melaksanakan penggunaan teknologi yang dibuat oleh Jabatan Nuklear Malaysia khususnya dalam soal mutant rice? Sejauh manakah kerjasama di antara Jabatan Nuklear Malaysia dengan MARDI dalam memastikan supaya new strain yang baharu ini dapat diagihkan kepada petani secepat mungkin? Terima kasih.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Menteri, kalau diizinkan sekali gus. Kuala Selangor. Maaf kerana terpaksa back track sedikit.

Saya mendengar jawapan Yang Berhormat Menteri yang sangat baik sebentar tadi. Cuma saya hendak kepastian. In your team yang menentukan vaksin ini, saya perlu tegaskan bahawa the whole of government dan whole of society approach melibatkan in your team penentuan vaksin itu mesti melibatkan beyond MOH, terutama di kalangan clinicians, immunologist, virologist in the public health physicians dan disiplin-disiplin yang lain.

So, bolehkah perkara ini diberitahu akan keterlibatan semua mereka ini? With the transparency and the constant communication untuk semua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya jawab Yang Berhormat Kuala Selangor dahulu. Sudah pasti pasukan pakar yang disediakan ini tidak hanya terhad kepada Kementerian Kesihatan sahaja. Sebenarnya di bawah Jawatankuasa Akses Vaksin COVID-19 ini, kita telah tubuhkan satu independent COVID-19 Vaccine Evaluation Committee. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Profesor Dato’ Dr. Awang Bulgiba iaitu seorang pakar epidemiologi, yang sudah pasti Yang Berhormat Kuala Selangor pun kenal, dan mempunyai sembilan orang anggota daripada kepakaran seperti virologi, molecular immunology, infectious diseases, occupational health, health economics, pharma economics dan juga applied ethics. Jadi, kita ambil pendekatan ini supaya penentuan bagi vaksin ini tidak hanya dibuat oleh mana-mana kementerian tetapi mendapat satu rujukan kepakaran secara bebas. Perkara ini akan kita perluaskan kepada pakar-pakar yang lain supaya apabila kita menentukan strategi vaccination kebangsaan bagi COVID-19, kita akan mendapat pandangan daripada pelbagai pakar dan bukan hanya terhad kepada sama ada MOSTI ataupun Kementerian Kesihatan Malaysia. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 12:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Ya. Soalan daripada Yang Berhormat Tuaran yang merupakan mantan Menteri...

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Menteri, saya minta maaf, tetapi disebabkan lagi ramai tidak dapat habis dan harapan kerajaan dan juga Dewan Rakyat membuat undi pada esok hari, saya terpaksa secepat mungkin habiskan dalam masa yang ditetapkan.

final • 12:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Ya, baik, baik.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Persoalan yang lain saya nasihatkan untuk jawapan bertulis.

final • 12:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Baik, Tuan Yang di-Pertua. Saya jawab Yang Berhormat Tuaran, selepas itu saya habis.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Dalam masa setengah minit? Silakan.

final • 12:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Yes. Untuk makluman Yang Berhormat Tuaran, strain padi yang dibangunkan oleh Agensi Nuklear Malaysia sedang diuji oleh Jabatan Pertanian sekarang ini. Satu perkara yang saya rasa mempunyai satu peluang yang sangat besar disebabkan hasil ataupun yield yang cukup tinggi. Saya akan maklumkan dari semasa ke semasa perkembangan tersebut.

Itu sahaja sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada semua. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua juga. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Kementerian Dalam Negeri. Silakan.

final • 12:20 PM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada seramai 13 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2021 peringkat Dasar di Dewan yang mulia ini dari 9 hingga 19 November 2020 yang telah menyentuh portfolio berkaitan Kementerian Dalam Negeri.

Secara keseluruhannya, Belanjawan 2021 telah memperuntukkan sebanyak RM17 bilion khusus kepada kementerian saya bagi memberi fokus kepada mempertingkatkan keselamatan dan ketenteraman awam.

final • 12:29 PM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Saya ingin mengambil kesempatan dalam Dewan yang mulia ini untuk merakamkan ucapan takziah kepada keluarga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Koperal Baharuddin bin Ramli yang telah terkorban dalam kejadian berbalas tembakan dengan kumpulan penyeludup semalam, iaitu 24 November 2020. Manakala rakan setugas mangsa, Koperal Norihan a/l Tari cedera parah dan kini sedang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. Saya juga memohon ahli-ahli Dewan yang mulia ini supaya mendoakan supaya anggota kita yang cedera itu segera sembuh.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab Yang Berhormat Seputeh dan Yang Berhormat Permatang Pauh untuk membebaskan lebih ramai banduan melalui pindaan parol dan Lembaga Pengampunan dalam menangani COVID-19 di penjara. Saya ingin memaklumkan bahawa KDN telah melaksanakan pelepasan secara perintah parol di bawah peruntukan bahagian 44A, Akta Penjara 1995, bermula pada tahun 2008 lagi.

Sehingga kini seramai 30,021 banduan telah dibebaskan di bawah peruntukan ini. Jabatan Penjara Malaysia juga telah melaksanakan Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) bagi banduan yang hukumannya di bawah satu tahun yang berada pada tahap tertentu pemulihan.

Semenjak ia dilaksanakan pada bulan Oktober 2020, seramai 500 orang banduan telah dilepaskan secara PBSL. Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Permatang Pauh pula, rang undang-undang baharu, iaitu Akta Penyalahgunaan Dadah dan Substan 2020, sedang dalam proses penggubalan.

Buat masa ini, Agensi Antidadah Kebangsaan telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dan bengkel bersama kementerian, jabatan, agensi. Termasuk juga kita akan mengadakan perbincangan bersama NGO-NGO dan juga pusat-pusat pemulihan dadah persendirian yang terlibat dalam usaha menangani masalah dadah bagi mendapatkan input dan cadangan penggubalan akta baharu tersebut. Insya-Allah ia akan dibawa dalam persidangan Parlimen yang akan datang.

final • 12:30 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Saya ucapkan terima kasih atas usaha selama ini untuk membantu membebaskan banduan yang layak. Hanya kalau dilihat ke Jabatan Penjara Malaysia sendiri, target atau sasaran mereka adalah 75 peratus daripada lebih kurang 20 ribu, hingga 25 ribu orang banduan, menjelang tahun 2020.

Ini pada tahun lepas sebelum COVID-19 melanda kita. Jadi persoalan saya, adakah Yang Berhormat dan kementerian akan membantu mempercepatkan target ini?

final • 12:30 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh

Ini sehaluan dengan apa yang dimahukan kerana tempoh ini tempoh paling berisiko bagi menangani kesesakan dalam penjara, itu satu.

Kedua, dalam Rang Undang-undang yang bakal dibentangkan dan sedang digubal boleh dimasukkan juga libat urus dengan Ahli Parlimen? Ini kerana pihak kami juga berminat melaksanakan projek rintis di lapangan dan ini amat penting kalau boleh kita bertukar pandangan dan insya-Allah untuk create awareness that is necessary, thank you.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Terima kasih Yang Berhormat. Itu pandangan yang baik untuk kita melibat uruskan Ahli Parlimen. Manakala perbincangan kita lakukan bersama dengan NGO nanti kita juga akan menjemput Ahli-ahli Parlimen yang berminat untuk kita pastikan apabila kita gubal satu undang-undang itu ia inklusif dengan semua golongan, insya-Allah. Manakala bagi hendak menentukan supaya kita mempercepatkan lagi mereka yang menjadi banduan ini untuk dilepaskan, saya ingin maklumkan itulah target kita yang sebenarnya. Buat masa ini, dalam penjara kita ada SOP yang mencukupi untuk kita menangani COVID-19 selepas pengalaman kita menempuh peristiwa fasa pertama, fasa kedua dan fasa ketiga.

Insya-Allah kita akan lakukan penambahbaikan di penjara-penjara. Untuk target kita keluarkan banduan itu dengan cepat dengan lebih ramai, insya-Allah akan kita lakukan dengan perbincangan pihak-pihak negeri untuk kita melepaskan mereka di negeri-negeri tersebut. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan kejadian di sempadan. Saya...

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Belum lagi sempadan...

final • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tidak sempat berucap. Akan tetapi, saya cuma ingin merakamkan...

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Nanti sekejap, bila saya masuk sempadan nanti, you...

final • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Baik, terima kasih.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Okey. Yang Berhormat Raub juga telah mencadangkan supaya membahagikan sebahagian daripada perkhidmatan rawatan pemulihan dadah serta pencegahan kepada NGO. Dalam hal ini, AADK mempunyai peranan utama yang sentiasa bersedia untuk berganding bahu bersama NGO dalam usaha memperluas dan memantapkan pendidikan pencegahan dalam komuniti serta perkhidmatan rawatan dan pemulihan.

Melalui inisiatif bersepadu menangani masalah penyalahgunaan dadah substan dan pelencongan sosial di 12 buah kawasan berisiko tinggi, jabatan kerajaan dan badan NGO dapat memainkan peranan mengikut kompetensi dan kepakaran masing-masing.

Selaras dengan usaha kerajaan untuk membangunkan komuniti melalui penglibatan NGO sebanyak RM15 juta telah di peruntukan bagi merealisasikan pelaksanaan inisiatif bersepadu untuk meningkatkan usaha pendidikan, pencegahan serta rawatan dan pemulihan dadah.

Sehingga bulan Oktober 2020, sebanyak 1,065 program kolaborasi telah dilaksanakan di 12 buah kawasan inisiatif bersepadu bersama 302 NGO. Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Pekan dan Yang Berhormat Tuaran telah bertanyakan mengenai cadangan pelaksanaan tindakan holistik bagi membanteras PATI di seluruh negara, terutamanya di Sabah.

Cadangan pemberian ganjaran pada orang awam yang memberikan maklumat serta status laporan audit negara berhubung kemasukan pelancong Cina dan India yang tiada rekod keluar. Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia ini, aktiviti penguatkuasaan ke atas PATI di seluruh negara terutama di negeri Sabah akan terus dipertingkatkan dan ditambah baik dengan pelaksanaan pelan holistik penguatkuasaan PATI.

Pelan tersebut merupakan strategi penguatkuasaan yang komprehensif untuk mengatasi permasalahan kebanjiran PATI di negara ini dalam tempoh lima tahun.

Objektif pelan ini adalah untuk mewujudkan satu ekosistem yang tidak kondusif kepada PATI. Melalui pendekatan, mendaya upaya agensi penguat kuasa dan kawalan sedia ada termasuk meningkatkan kerjasama strategik dan kesedaran masyarakat setempat.

Pada masa ini, operasi bersepadu Ops Benteng dipertingkatkan melalui perwujudan National Task Force (NTF). Ops Benteng melaksanakan...

[Disampuk]

final • 12:30 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Yang Berhormat...

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

...Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

(PKP) yang dikuatkuasakan secara bersepadu dengan pelbagai agensi jabatan seperti Polis Diraja Malaysia melalui Pasukan Gerakan Am, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang mana ditugaskan untuk menyekat kemasukan PATI dan aktiviti penyeludupan.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

[Berdiri]

final • 12:30 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Yang Berhormat mohon laluan.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Bermula dari 1 Mei 2020 sehingga 22 November 2020, tangkapan PATI melalui Ops Benteng merekodkan seramai 8,551 orang dari pelbagai warganegara.

final • 12:30 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Yang Berhormat...

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Bagi menyokong pelaksanaan Ops Benteng secara menyeluruh, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah turut melaksanakan operasi penguatkuasaan bersasar bagi menangani isu Pendatang Asing Tanpa Izin di Sabah.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Dari Januari 2020 sehingga 20 November 2020, sebanyak 753 operasi telah dilaksanakan melibatkan tangkapan seramai 1,840 orang PATI serta 24 orang majikan atas pelbagai kesalahan imigresen. Yang Berhormat Tuaran dahulu.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Sekejap Yang Berhormat Menteri. Adakah Yang Berhormat Tuaran dan Yang Berhormat Sepanggar berkenaan isu yang sama? Boleh atau tidak, kita kumpulkan soalan?

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Boleh, dua-dua sekali.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat boleh menjawab sebentar lagi.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih juga atas penjelasan tentang Laporan Ketua Audit Negara tahun 2018 itu. Akan tetapi, saya tidak berapa puas hati dengan jawapan itu. Apakah sebenarnya- sama ada seramai 100 ribu orang pelancong dari negara China itu, apakah kesudahannya? Adakah mereka ini masih ada di negara ini ataupun mereka ini sudah keluar atau apa yang terjadi? Itu tidak berapa jelas Yang Berhormat Menteri.

Keduanya, berkenaan dengan pelbagai langkah untuk menghantar balik PTI yang ada di negara ini termasuk di Sabah. Jadi, baru-baru ini, Presiden negara Filipina telah menyatakan bahawa terdapat seramai 3,000 orang hingga seramai 7,000 orang rakyat Filipina yang telah stranded di negeri Sabah dan belum dihantar balik. Saya ingin penjelasan kerana apa mereka ini stranded di sini dan tidak dihantar balik, sedangkan mereka ini sudah pun selesai dengan masalah-masalah yang mahkamah dan sebagainya. Mereka sudah bersedia untuk dihantar balik tetapi kenapa tidak dihantar balik, terima kasih.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Silakan.

final • 12:40 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Okey terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, saya ingin sedikit penjelasan berkenaan dengan isu keselamatan ini khususnya pendatang asing tanpa izin. Sewaktu pemimpin Sabah dan rakyat Sabah dahulu, bapa kemerdekaan kita bersetuju untuk membentuk Malaysia yang mana pada ketika itu, antara tiang persetujuan itu keselamatan Sabah dan Sarawak adalah dijamin di bawah Perjanjian Malaysia tahun 1963.

Jadi, di sini saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, sewaktu pilihan raya yang lepas, ada satu artikel dan video yang telah dimainkan di negeri Sabah yang mana Yang Berhormat Menteri ada menyebut bahawa untuk menghantar pulang PTI ke negara asal mereka, kena menangkan dahulu calon PN dan BN dalam kenyataan tersebut.

Jadi, saya ingin tanya, adakah kenyataan ini benar dan jika benar adakah ini merupakan satu pengkhianatan kepada kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Sabah dahulu sewaktu Malaysia di bentuk yang mana, keselamatan rakyat Sabah ini menjadi taruhan untuk pihak kerajaan, tidak kiralah dia parti kerajaan di pihak sebelah sana...

final • 12:40 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

[Merujuk kepada blok kerajaan] Atau nanti satu hari yang berada di sebelah sini...

[Merujuk kepada blok pembangkang] Dalam perjanjian itu tidak disebut pun bahawa isu keselamatan ini, parti pemerintah kena sealiran dengan kerajaan negeri untuk membolehkan keselamatan negeri Sabah itu dijamin. So, kalau boleh minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, isu sama. Saya juga isu sama. Saya juga ingin– terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Koperal Baharuddin Ramli dan juga pada masa yang sama, saya juga ingin bertanya, dalam pembentangan bajet kali ini, kawalan sempadan dikurangkan pembentangan bajet daripada sebanyak RM3.8 juta kepada RM3.5 juta sahaja.

Jadi, persoalan-persoalan yang dibangkitkan dalam media massa Yang Berhormat Menteri adalah, apakah yang menyebabkan kedua-dua anggota ini tidak dapat mempertahankan diri? Persoalan sama ada mereka mempunyai senjata AMRA yang mencukupi adapun bekalan-bekalan mencukupi ataupun adakah anggota-anggota yang mencukupi? Mengapakah berlaku kekurangan ini? Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan bagaimana kejadian ini berlaku sehingga menyebabkan anggota kita terkorban di sempadan. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Tuan Yang di-Pertua, pertama saya ingin menjelaskan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuaran. Tentang mengapa rakyat Filipina masih lagi berada di sini dan tidak dihantar pulang. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat, itulah tujuan kita. Kalau boleh kita hendak menghantar mereka pulang.

Pada ketika kita hendak menghantar mereka pulang, ketika itu kedudukan negeri Sabah dalam keadaan zon merah dan menyebabkan Filipina kata ‘tunggu’.

Ini kerana, mereka juga takut untuk menerima rakyat mereka yang dihantar pulang yang mempunyai positif COVID-19. Itu ketika itu. Insya-Allah, selepas ini- memang itulah yang kita hendak dan akan kita hantar mereka pulang.

Tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepanggar. Saya hendak jelaskan di sini, Yang Berhormat dengar balik semula. Apa yang saya katakan saya tidak mahu melihat ramai mereka yang tidak ada dokumen untuk tinggal di Sabah. Kalau mereka mahukan wakil rakyat itu untuk berjuang bersama dengan saya, pastikan dia menang. Jikalau tidak, saya terpaksa bekerja dengan orang lain sebab kawasan itu hendak beliau. Jadi saya kata, “Okey, kalau dia kalah saya pilih orang lain, bukan dia”.

Itu terpulanglah, kalau dia hendakkan orang mereka itu menang untuk bekerjasama dengan saya, dia menang. Akan tetapi, jika dia kalah dan terpaksalah saya ambil orang lain untuk bekerjasama.

Isunya mudah, terpulang kepada rakyat yang hendak menentukan. Jadi, bukan saya tidak mahu bekerjasama dengan sesiapa pun.

final • 12:40 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Akan tetapi Yang Berhormat, meletakkan kepercayaan rakyat Sabah terhadap isu keselamatan di negeri Sabah dengan menggunakan kuasa Yang Berhormat selaku Menteri Dalam Negeri, mengugut orang Sabah bahawasanya bahawa kalau calon itu kalah, PTI tidak akan dihantar pulang dan saya ada salinan kepada apa Yang Berhormat sebut. Ini pengkhianatan terhadap kepercayaan kami selaku rakyat Sabah...

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Tak, tak.

final • 12:40 PM

Datuk Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Yang Berhormat Menteri...

final • 12:40 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Keselamatan rakyat Sabah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan Yang Berhormat. Dia tidak ditentukan oleh mana- mana parti politik yang memerintah...

final • 12:40 PM

Datuk Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Yang Berhormat Menteri, bukan sudah menang?

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Ya?

final • 12:40 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Akan tetapi, jangan salah guna kuasa Yang Berhormat...

final • 12:40 PM

Datuk Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Bukan sudah menang?

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Sepanggar.

final • 12:40 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Itu tanggungjawab kementerian, terima kasih.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Ini bukan ceramah Yang Berhormat, tanya soalan.

final • 12:40 PM

Datuk Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Tuan Yang di-Pertua, boleh mencelah?

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Menteri hendak jawab dia jawab, dia tak nak, dia boleh beri jawapan bertulis.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Yang Berhormat Penampang.

final • 12:40 PM

Datuk Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Okey, terima kasih.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Soalan, soalan bukan ceramah, soalan.

final • 12:40 PM

Datuk Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Okey, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua sudah menang then off course [Ketawa] Kedua, tanya dan boleh minta pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri, ada beberapa orang pemimpin di Sabah yang telah membawa ke media dan juga kepada orang Sabah bahawa kuasa untuk menghantar balik pendatang tanpa izin- adanya kuasa yang boleh digunakan oleh negeri Sabah ataupun Kerajaan Negeri Sabah. Boleh minta pengesahan? Ataupun ini kenyataan tidak benar dan hanya Kerajaan Pusat boleh menghantar balik pendatang tanpa izin.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya tanya satu tambahan? Boleh tanya, militan, militan.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Soalan point yang sama. Yang Berhormat Menteri, ini sahaja soalan terakhir kemudian saya hendak minta Yang Berhormat Menteri, tolong habiskan.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Ya, tinggal dua minit. Saya hendak menjawab Yang Berhormat...

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Pendek, pendek sahaja Yang Berhormat Menteri.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Saya hendak jelaskan di sini...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Dia tidak bagi Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Isu imigresen isu Federal, maka sebab itu rakyat luar yang hendak dihantar balik adalah di bawah tangan Kerajaan Pusat. Maka, kalau mereka yang ditangkap, kita yang akan hantar balik. Jikalau mereka yang masih lagi di luar, hendak masuk pun bukan kerajaan negeri yang tentukan sama ada mereka boleh masuk ataupun tidak. Imigresen memang di bawah Federal Government. Terima kasih.

Saya hendak teruskan...

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Yang Berhormat, boleh saya ada sedikit tambahan sahaja berkenaan soalan tadi.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Terdapat cadangan- nanti sekejap, kalau sempat, saya ini banyak ada perkara yang penting yang saya ingin jelaskan.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Ada penting sebab ini soalan serupa, dengan tadi.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Terdapat cadangan dari Yang Berhormat Pekan untuk memberikan ganjaran kepada orang awam yang menyalurkan maklumat...

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Yang Berhormat Menteri, yang tadi itu tidak berapa jelas.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Berhubung aktiviti penyeludupan PATI.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seksyen 26 Akta Perlindungan Pemberi Maklumat [Akta 711] memperuntukkan mana-mana agensi penguatkuasaan untuk boleh memberikan ganjaran dalam apa jua bentuk kepada pemberi maklumat berhubung pendedahan kelakuan tidak wajar atau yang memudaratkan.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Berdasarkan seksyen 59(C), Akta Imigresen, Ketua Pengarah boleh memerintahkan imbuhan sebagaimana yang difikirkan patut untuk dibayar kepada mana- mana orang bagi apa-apa perkhidmatan yang diberikan berhubung dengan pengesanan dan pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah akta tersebut.

Justeru, cadangan pemberian ganjaran tentang isu penyeludupan Pendatang Asing Tanpa Izin boleh dipertimbangkan bagi meningkatkan pengesanan kesalahan imigresen berkenaan.

Tentang laporan audit yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuaran tadi, saya ingin menjelaskan di sini kemasukan pelancong China dan India yang tiada rekod itu, Jabatan Imigresen sedang melaksanakan tindakan-tindakan penguatkuasaan.

Jumlah yang kita bandingkan data yang telah pun dikeluarkan oleh Audit Negara telah pun diberikan satu ratio yang berbeza daripada asalnya. Sekarang sudah pun kurang daripada sejumlah 20 peratus.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Jadi kita tidak pasti sama ada angka yang dahulu itu masih lagi kekal ataupun tidak. Ini kerana tahun 2017, semua mereka telah pun di- tidak ada lagi dalam negara.

Mereka yang ada dalam Audit Report 2018 juga, sudah tidak ada lagi. Cuma yang tahun 2019 sedang kita buat proses untuk menentukan sama ada masih lagi kekal ada dalam negara ataupun tidak. Akan tetapi jumlahnya sudah pun diturunkan.

Yang Berhormat juga ada- ada satu perkara yang saya ingin jelaskan di sini, Yang Berhormat Jelutong sudah keluar? Okey, esok saya akan jelaskan tentang apa yang berlaku di sempadan tentang anggota tersebut. Jadi, tidak payahlah saya menjawab di sini. Tentang perkara lain yang telah pun dibangkitkan, oleh sebab tidak ada masa...

[Disampuk]

final • 12:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Menteri, Menteri? Pontian, Pontian. Saya ada...

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Yang Berhormat yang tadi, penjelasan tadi tentang daripada rakyat Filipina tidak dapat hantar itu.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Saya bagi Yang Berhormat Pontian, satu dulu. Yang Berhormat Tuaran banyak kali sudah tadi.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Satu, satu sahaja.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Yang Berhormat Pontian dulu.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Menteri, saya ada membangkitkan cadangan untuk mewujudkan bandar sempadan yang ada kaitan dengan keselamatan dalam negeri bersama Kementerian Kewangan. Apabila ibu kota Indonesia akan dipindahkan ke Kalimantan Timur dan ia akan menyebabkan satu perkembangan ekonomi yang hebat di kawasan sempadan Sarawak dan terutama Sabah. Apakah tindakan kementerian untuk secara proaktif menyediakan perancangan bandar sempadan dan memastikan keselamatan sempadan? Terima kasih.

final • 12:50 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua? Menteri, Menteri? Sikit sahaja, sikit sahaja.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Itu pandangan yang baik...

final • 12:50 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Saya faham, masa tidak cukup.

Saya hanya nak tanya Menteri satu sahaja. Adakah isu yang saya bangkitkan, kes jenayah siber yang begitu serius boleh mengancam keselamatan negara, ada tidak dalam jawapan Menteri? Itu sahaja nak tahu.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Kesemua, kedua-dua soalan itu ada, saya berikan jawapan secara bertulis. Untuk soalan sahabat saya, Yang Berhormat Pontian.

Itu cadangan yang baik untuk kita wujudkan bandar-bandar sempadan. Insya-Allah itu adalah dalam perancangan di kementerian yang lain, bukan Kementerian Dalam Negeri.

Akan tetapi walau bagaimanapun, saya akan panjangkan pandangan Yang Berhormat Pontian untuk kita majukan kawasan-kawasan sempadan untuk mengelakkan atau boleh digunakan sebagai kawasan keselamatan yang boleh membantu KDN untuk menangani masalah keselamatan dalam negara.

final • 12:50 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Yang Berhormat? Yang Berhormat Menteri, bolehkah saya bertanya?

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Menteri, saya ada 15 lagi kementerian.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Saya ucapkan terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Saya ada- pendek sahaja Yang Berhormat...

final • 12:50 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Bolehkah saya bertanya?

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat, disebabkan ada lagi 15 kementerian, saya atas arahan, terpaksa selesaikan dalam secepat mungkin. Saya betul-betul minta maaf. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Silakan Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato’ Saifuddin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. Bagi pihak KKMM, saya ingin merakamkan setinggi terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam memberikan pandangan yang menyentuh tugas kementerian saya sepanjang perbahasan belanjawan ini. Seramai 54 orang Ahli Yang Berhormat telah membahaskan 68 Usul yang berkaitan.

Penggulungan saya akan menyentuh lapan perkara iaitu:

(i) Majlis Media Malaysia;

(ii) ekonomi digital;

(iii) MERS 999;

(iv) peruntukan Kompleks Angkasapuri;

(v) penyebaran berita palsu;

(vi) perkhidmatan telekomunikasi;

(vii) perkhidmatan internet dan jalur lebar; dan

(viii) peruntukan JASA.

Berkaitan Majlis Media Malaysia yang ditimbulkan Yang Berhormat Lembah Pantai, KKMM telah menerima Laporan Pro-Term Committee Majlis Media Malaysia berhubung cadangan penubuhan Majlis Media Malaysia dan cadangan draf undang- undang yang berkaitan. Memandangkan cadangan penubuhan tersebut melibatkan pelbagai pemegang taruh, maka sesi libat urus perlu terlebih dahulu diadakan secara intensif dan mendalam bagi membolehkan kementerian ini mendapat maklum balas yang komprehensif untuk mempertimbangkan cadangan ini dengan lebih lanjut.

Berkaitan ekonomi digital yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Klang.

Kerajaan mengambil maklum saranan Yang Berhormat Klang dalam memberi fokus untuk melatih dan memberi kesedaran kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mendalami kemahiran digital. Dalam hal ini, MDEC khususnya telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk menggalakkan PKS dan usahawan mikro menggunakan teknologi digital, khususnya aplikasi e-dagang.

Antara inisiatif tersebut adalah Program e-Usahawan, perkhidmatan e-dagang setempat, Zon Perdagangan Bebas Digital, Go-eCommerce Campaign e-dagang untuk PKS, usahawan mikro dan kempen Shop Malaysia Online. Di samping itu, terdapat digital accelerator iaitu program gerbang utama yang menyediakan rujukan seperti program kesedaran, nasihat mengenai digital, dana, pusat sumber dalam talian, program berkaitan pendigitalan dan penyelesaian digital yang diselaraskan.

Kerajaan juga telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara yang dipengerusikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ia bertujuan untuk menetapkan dasar, pelaksanaan serta pemantauan strategi dan inisiatif ekonomi digital dan 4IR Malaysia. Penubuhan Majlis ini sejajar dengan hasrat kita untuk memastikan pembangunan ekonomi digital di Malaysia yang bersifat inklusif. Enam kluster telah dibentuk iaitu:

(i) ekonomi;

(ii) bakat digital;

(iii) masyarakat;

(iv) infrastruktur digital dan data;

final • 12:52 PM

Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato’ Saifuddin Abdullah

(v) teknologi baru muncul; dan

(vi) kerajaan.

Berkaitan MERS 999 yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Setiu. MERS 999 merupakan inisiatif kerajaan yang menyediakan perkhidmatan kecemasan kepada orang awam dengan melibatkan kerjasama agensi pusat dan agensi-agensi kecemasan berdasarkan peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sistem MERS 999 yang sedia ada akan diteruskan dan pada masa yang sama akan dilakukan migrasi ke sistem yang baru yang dipanggil sistem Next Generation Emergency Services

(NG999). Sistem baru ini akan mengambil kira perkembangan teknologi baru seperti artificial intelligence (AI), big data analytics, internet of things dan 5G.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, aktiviti pencemaran bukan merupakan aktiviti yang termasuk dalam pentakrifan perkhidmatan kecemasan seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Walau bagaimanapun, sekiranya pencemaran tersebut melibatkan kecemasan nyawa, MERS 999 boleh mengendalikan panggilan tersebut. Akan tetapi sekiranya dengan perkembangan terbaru, ada cadangan tentang kecemasan-kecemasan bentuk baru atau kecemasan bukan tradisional, ia boleh ditimbangkan. Akan tetapi haruslah diteliti terlebih dahulu supaya tidak menjejaskan operasi sebenar MERS 999 atau yang baru nanti, NG999.

Berkaitan Projek Media City yang timbulkan oleh Yang Berhormat Langkawi, peruntukan sebanyak RM125 juta untuk Kompleks Angkasapuri adalah untuk membayar sewaan iaitu, dengan izin, availability charges, bagi Projek Media City. Projek ini dilaksanakan melalui private finance initiative (PFI), dengan izin, secara konsep build, lease, maintain and transfer (BLMT), dengan izin. Sebahagian daripada projek ini telah pun siap dan digunakan oleh RTM.

Skop projek ini ialah memperlengkapkan bangunan RTM sedia ada dengan peralatan penyiaran baru dan juga menaik taraf peralatan penyiaran sedia ada daripada format standard definition (SD) ke format high-definition (HD), dengan izin. Projek ini juga sejajar dengan Projek Pendigitalan Nasional iaitu migrasi TV analog ke siaran TV digital di seluruh negara. Sekiranya projek ini ditangguhkan, RTM secara langsungnya tidak boleh bersiaran kerana sebahagian besar daripada peralatan dan sistem yang digunakan oleh RTM sekarang termasuk dalam skop projek ini.

Berkaitan penyebaran berita palsu yang ditimbulkan Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Setiu. KKMM telah melaksanakan program dan aktiviti untuk membendung penyebaran berita palsu, antara lain melalui Pasukan Respons Pantas semasa kita berdepan pandemik COVID-19. PRP KKMM turut menjalinkan kerjasama strategik dengan Majlis Keselamatan Negara. Sehingga 24 November 2020, sebanyak 409 penafian berita palsu telah diperjelaskan kepada masyarakat. Ini di samping yang dicharge di mahkamah dan sebagainya.

Daripada segi perundangan, peruntukan undang-undang sedia ada seperti Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia adalah antara instrumen perundangan yang diguna pakai dalam mengawal perekaan, penerbitan dan penularan kandungan atau berita tidak benar pada ketika ini. Buat masa ini, kami merasakan undang-undang yang sedia ada adalah mencukupi.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan perkhidmatan telekomunikasi yang ditimbulkan oleh...

final • 12:52 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Boleh beri laluan?

final • 1:00 PM

Dato’ Saifuddin Abdullah

Yang Berhormat Ipoh Barat. Ya.

final • 1:00 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan akta yang itu saya ada bangkitkan juga. Tadi Yang Berhormat Menteri jawab memang betul. Ada dua agensi yang terlibat iaitu polis dan juga KMM.

Soalan saya ialah sejauh mana kita boleh dapat jawapan yang jelas kerana apabila ada sesuatu laporan dibuat kerana berita palsu, polis akan mengatakan dia kena mengambil masa untuk rujuk kepada kementerian Yang Berhormat. Kemudian laporan kita dapat selalunya, katanya, kementerian Yang Berhormat lambat memberi laporan kepada pihak polis. Jadi sebab itu kadang-kadang kes tergantung macam itu sahaja termasuklah kes yang saya pernah buat laporan, berita palsu. Sampai sekarang tidak ada apa-apa tindakan lagi. Jadi hendak salahkan polis kah atau hendak salahkah kementerian Yang Berhormat, kalau kes tidak didakwa?

final • 1:00 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan

final • 1:00 PM

Mesyuarat] Dato’ Saifuddin Abdullah

Saya faham maksud Yang Berhormat. Saya akan selidik balik perkara ini. Semalam saya telah membuat perbincangan. Nanti saya akan buat satu taklimat khusus tentang kaedah-kaedah yang harus kita baiki. Ini ada masanya bergantung kepada proses dan juga kepada kecekapan kita. Terima kasih.

Berkaitan perkhidmatan telekomunikasi yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Pekan,Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Setiu dan Yang Berhormat Klang, kini terdapat syarikat penyedia perkhidmatan yang menawarkan pakej paling asas untuk jalur lebar talian tetap dengan kelajuan 30Mbps pada harga serendah RM79 dan 100Mbps pada harga serendah RM99.

Harga pakej asas jalur lebar mudah alih prabayar pula di antara RM9 hingga RM30 sebulan. Manakala harga pakej asas jalur lebar mudah alih pasca bayar adalah antara RM8 hingga RM38 sebulan. Dengan adanya pelbagai pelan yang ditawarkan, golongan B40 dan M40 boleh memilih pilihan pakej mampu milik yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

Penawaran internet secara percuma sebanyak 1 gigabait setiap hari di bawah PENJANA juga masih diteruskan oleh syarikat telekomunikasi negara iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Telekom Malaysia sehingga 31 Disember 2020. Selain itu, pemberian percuma kad sim juga dilakukan oleh penyedia perkhidmatan YES sebanyak 40 gigabait data kepada semua ibu bapa dan pelajar di sekolah kerajaan, pelajar dan ahli fakulti institusi pengajian tinggi bagi menikmati inisiatif learn from home, dengan izin.

Penyediaan kapasiti gentian tambahan oleh TM dan Time bagi menampung penggunaan internet yang semakin meningkat juga turut dilaksanakan.

Bagi memastikan sesi pembelajaran dan pemudahcaraan dalam talian berjalan dengan lancar, SKMM bersama-sama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi utama negara telah pun mengambil beberapa pendekatan proaktif melalui tanggungjawab korporat sosial bagi memastikan rakyat Malaysia terus berpeluang menikmati perkhidmatan internet sejak awal daripada pelaksanaan PKP lagi. Selain itu, pusat internet komuniti di seluruh negara boleh digunakan sebagai pelengkap untuk pembelajaran dalam talian oleh para pelajar untuk pelajaran dan mengakses internet.

SKMM secara berkala dan berterusan melaksanakan pengukuran bagi prestasi rangkaian telekomunikasi perkhidmatan jalur lebar dan perkhidmatan suara kepada pengguna di Malaysia. Parameter prestasi rangkaian ini adalah berdasarkan, dengan izin, Commission Determination on the Mandatory Standards for Quality of Service yang telah ditetapkan oleh SKMM. Antara parameter yang diukur ialah kadar panggilan terputus- dropped call rates, dengan izin, dan kadar panggilan bersambung- call setup success rate, dengan izin, untuk memastikan kualiti panggilan adalah terjamin.

Berkaitan perkhidmatan internet jalur lebar yang ditanyakan oleh ramai Ahli Parlimen seperti Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Cameron Highlands, Yang Berhormat Julau, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Kota Samarahan, Yang Berhormat Igan, Yang Berhormat Seremban, Yang Berhormat Baram, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Selangau, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Tanjong Manis, Yang Berhormat Lubok Antu dan Yang Berhormat Hulu Selangor, baru-baru ini saya dan SKMM telah memberikan taklimat tentang JENDELA kepada Ahli-ahli Yang Berhormat daripada kedua-dua pihak pada 18 November dan terima kasih kerana hadir.

Isu yang paling besar, saya hendak ringkasnya sahaja ialah soal utiliti awam.

Kita sedang memujuk, berbincang dengan kerajaan-kerajaan negeri dan sudah dibentangkan sekali dalam Majlis Fizikal Negara. Insya-Allah akan dibentangkan dalam pertemuan dengan Ketua-ketua Menteri dan Menteri-Menteri Besar. Ini kerana selagi pada pandangan kami, kalau kesalinghubungan internet ini dikira sebagai utiliti, maka ia akan masuk dalam KM, yakni kebenaran...

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Merancang.

final • 1:00 PM

Dato’ Saifuddin Abdullah

...Merancang di bawah PBT. Itu akan membantu mempercepatkan proses untuk mendapatkan kelulusan tapak. Ini kerana satu daripada masalah daripada segi menyediakan menara dan sebagainya ialah soal mendapatkan kebenaran daripada pihak PBT. Ini insya-Allah akan kami usahakan dan sudah mendapat

final • 1:00 PM

Dato’ Saifuddin Abdullah

maklum balas yang sangat positif daripada Menteri-menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri secara keseluruhannya.

final • 1:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 1:00 PM

Dato’ Saifuddin Abdullah

Akhir sekali berkaitan dengan JASA.

final • 1:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Minta penjelasan.

final • 1:00 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Menteri, sedikit.

final • 1:00 PM

Dato’ Saifuddin Abdullah

Ya. Kena beri mantan.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya, sila.

final • 1:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya dengar berkenaan dengan MASP tadi di mana kita sebut berkenaan dengan kajian yang dilaksanakan oleh SKMM setiap tiga tahun sekali berkaitan dengan harga.

Sepertimana Yang Berhormat Menteri tahu, sebelum tahun 2018, memang ada isu yang berbangkit berkenaan dengan harga yang tinggi untuk broadband dan setelah kita melaksanakan MASP, maka ia telah pun turun sebanyak 49 peratus. Itu dalam tahun 2018.

Saya hendak tanya Menteri, adakah kita ada cadangan untuk kurangkan lagi harga jalur lebar dalam masa yang terdekat khususnya dalam tahun akan datang? Itu satu. Keduanya berkenaan dengan bila kita lihat pada kualiti. Banyak perkara yang berbangkit khususnya apabila ada aduan yang dibuat tetapi masa yang diambil untuk membaiki masalah itu terlalu lama ataupun tidak mendapat respons daripada syarikat telco-telco. Dalam keadaan itu, apa cadangan kerajaan untuk kita mengurangkan harga juga memastikan bahawa kualiti yang kita berikan dalam internet itu adalah satu yang dapat kita pastikan sentiasa top-notch, dengan izin.

Soalan kedua, sekiranya diizinkan Tuan Yang di-Pertua...

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila.

final • 1:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Berkenaan dengan utiliti. That is something that I focus on earlier. So, I think there is something we need to do kerana kalau kita lihat kepada red tape yang ada, ini menjadi masalah bukan sahaja masalah melambatkan tetapi juga ia menaikkan harga.

Dari sudut perundangan, adakah kerajaan akan membentangkan rang undang- undang untuk memastikan bahawa kita boleh memasukkan senarai ataupun dalam senarai utility broadband ini supaya tidak ada masalah yang timbul dalam masa depan.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 1:00 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Tambah sedikit. Sedikit sahaja, sedikit.

Jempol. Tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut soal saling hubungan utiliti. Saya tidak ada jawab tadi soal fi ataupun yuran perkhidmatan yang ditetapkan oleh telco dan lain- lain ini, kawasan yang hanya mendapat 1G atau 2G sahaja, kawasan yang tiada liputan yang cukup tetapi bayaran yang sama. Apakah jadinya mereka ini tidak dapat perkhidmatan yang sepenuhnya tetapi bayar dengan keadaan yang sepenuhnya? Jadi apakah tindakan kementerian dalam soal ini? Ini kerana rakyat hari ini berada di luar bandar tidak dapat perkhidmatan yang secukupnya tetapi bayaran tidak adil bagi mereka.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Silakan Menteri.

final • 1:00 PM

Dato’ Saifuddin Abdullah

Tentang utiliti, buat masa ini, kita belum bercadang untuk rang undang-undang. Kalau itu terpaksa dilakukan, kita akan buat sebab ini proses pentadbiran antara Federal dan state, dengan izin.

Soal harga, itu memang, MASP itu mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2018.

Kemudian melaksanakan sepenuhnya bermula zaman mantan Menteri, 8 Jun 2018 dan kita teruskan dasar itu. Cuma sekarang ini kita ada dua isulah. Satu ialah penerusan itu mengikut dia punya scale dan yang keduanya ialah masalah yang dihadapi akibat daripada dengan istilah mudahnya, rerouting of the route oleh sebab COVID-19 ini. Tiba- tiba tumpuan trafik itu ialah di kawasan penduduk, kawasan tempat tinggal.

Soal kelajuan, ini memang satu perkara yang sentiasa kita bincangkan. Itu juga yang disebutkan di bawah JENDELA. Satu perkara yang sedang kita cuba perbaiki ialah soal aduan ini. ini yang bagaimana aduan itu boleh cepat disantuni dan sebagainya.

Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua...

final • 1:00 PM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

Yang Berhormat Menteri, sikit Yang Berhormat Menteri.

final • 1:10 PM

Dato’ Saifuddin Abdullah

...Saya hendak habiskan JASA ini...

final • 1:10 PM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

Sikit boleh?

final • 1:10 PM

Dato’ Saifuddin Abdullah

...Ramai tanya. Izinkan saya. Kalau tidak, nanti tak habis masa.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya.

final • 1:10 PM

Dato’ Saifuddin Abdullah

Mantan Menteri pun tanya tentang JASA...

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terus.

Teruskan.

final • 1:10 PM

Dato’ Saifuddin Abdullah

...Dalam perbahasan yang lepas. Ingin saya menjelaskan bahawa sebelum tahun 2019 dan tahun 2020, peruntukan JASA diletakkan di bawah kod aktiviti yang berbeza iaitu:

(i) kod aktiviti dasar sedia ada JASA; dan

(ii) kod aktiviti emolumen kakitangan kontrak di bawah KKMM.

Semua, JASA, piecemeal RTM, semua di bawah satu Kod. Perbelanjaan JASA di bawah kod aktiviti dasar sedia ada bagi tahun 2015, tahun 2016, tahun 2017 dan tahun 2018 adalah sebanyak RM23.7 juta, RM26.6 juta, RM31.5 juta dan RM27.9 juta.

Manakala dicampurkan perbelanjaan di bawah kod aktiviti emolumen kakitangan kontrak di bawah KKMM bagi tahun-tahun yang sama ialah RM54.9 juta, RM54.2 juta, RM53.9 juta dan RM45.9 juta. Kalau dicampurkan semuanya, dua-dua, maka jumlahnya bagi tahun-tahun yang sama ialah RM78.5 juta, RM81 juta, RM85.3 juta dan RM74 juta.

Bagi tahun 2021, anggaran peruntukan JASA keseluruhannya di bawah kod aktiviti JASA iaitu RM4 juta di bawah dasar sedia ada dan RM81.5 juta di bawah dasar baharu JASA. Jadi dalam hubungan ini, anggaran peruntukan untuk JASA tahun 2021 sebanyak RM85.5 juta itu bukanlah sesuatu yang luar biasa jika dibandingkan dengan peruntukan yang sebelum ini. Itu jawapan untuk angka-angka itu.

Bagi tahun 2019, tiada peruntukan kerana JASA telah dibubarkan oleh pentadbiran kerajaan terdahulu. Dalam tempoh 2019 dan tahun 2020, semua pegawai lantikan kontrak gred 22 dan ke atas telah ditamatkan. Kementerian ini telah mengeluarkan surat bertarikh 30 Ogos 2018 memaklumkan penamatan kontrak ke atas 776 orang berkuat kuasa mulai 15 Oktober 2018. Kementerian juga pada masa itu telah melaksanakan pembayaran ganjaran kepada pegawai lantikan kontrak yang terlibat mengikut kadar yang telah ditetapkan dalam pekeliling yang berkuat kuasa.

Dengan perkembangan semasa, kementerian ini menyedari bahawa penubuhan semula JASA haruslah berbeza dengan fungsi dan peranannya sebelum ini.

Dalam hal ini, Kabinet telah bersetuju supaya JASA dijenamakan dan distrukturkan semula dan dikenali sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM). Matlamat J-KOM mewujudkan komunikasi dua hala di antara kerajaan dan rakyat iaitu bagi menyampaikan maklumat kerajaan yang tepat, sahih dan bijaksana kepada rakyat dan mendengar suara serta maklum balas daripada rakyat.

Kaedah yang digunakan ialah dengan cara membangunkan komuniti khususnya di peringkat akar umbi yang mengamalkan budaya ilmu berkemahiran digital dan menghayati makna dan fokus patriotisme dengan menggunakan pendekatan penghakupayaan komuniti atau community empowerment, dengan izin. Tugas utama J- KOM pada masa ini ialah melaksanakan komunikasi strategi pembudayaan norma baharu pandemik COVID-19.

J-KOM berbeza dengan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) kerana Jabatan Penerangan Malaysia memberi kefahaman mengenai sesuatu dasar, program dan inisiatif kerajaan dengan memberi keutamaan kepada komunikasi pemujukan melalui pemasaran maklumat di peringkat awareness, interest dan desire, dengan izin.

Manakala J-KOM lebih menumpukan kepada pendekatan pengehakupayaan- empowerment sasaran di peringkat action, dengan izin...

final • 1:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri.

final • 1:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Ramai yang berdiri.

final • 1:10 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Yang Berhormat Menteri.

final • 1:10 PM

Dato’ Saifuddin Abdullah

...Izinkan saya habiskan dahulu. Izinkan saya habis dulu. Saya akan bagi mantan Menteri preference.

final • 1:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Ya.

final • 1:10 PM

Dato’ Saifuddin Abdullah

Dengan mengambil kira dinamika ini dan selaras dengan penubuhan Majlis Digital Negara dan 4IR, maka komuniti hendaklah dilihat dari sudut pandangan sarwa yang besar dan luas bahawa kini wujud dua bentuk komuniti iaitu komuniti setempat dan komuniti digital.

Komuniti setempat ialah mereka yang tinggal, bekerja dan sebagainya secara fizikal di sesuatu kawasan. Manakala komuniti digital ialah mereka yang berada secara fizikal dan digital di sesuatu kawasan itu dan mereka yang tidak secara fizikal berada di sesuatu kawasan itu, tetapi berasal atau pernah berada atau berminat dengan kawasan itu dan membentuk atau menjadi anggota komuniti digital yang berkait dengan kawasan itu iaitu dalam pelbagai bentuk komuniti digital secara dalam talian dan menggunakan media sosial.

Oleh sebab itulah, ingin dijelaskan di sini bahawa fungsi J-KOM ini tidak bersifat bertindan dengan agensi-agensi di kementerian lain daripada segi kumpulan sasar, pendekatan program dan aktiviti. Program dan aktiviti J-KOM meliputi tiga komponen kandungan utama iaitu:

(i) komuniti berbudaya ilmu;

(ii) komuniti digital; dan

(iii) komuniti patriotik.

Kementerian akan bekerjasama rapat dengan agensi-agensi seperti KEMAS, Jabatan Perpaduan, Jabatan Pembangunan Komuniti, Penggerak Komuniti Serantau dan sebagainya di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah. Kementerian juga akan menggunakan lebih 1,000 atau 1,101 buat Pusat Internet Komuniti yang terdapat di seluruh negara untuk dijadikan sebagai pusat kegiatan digital berkonsep baharu.

J-KOM juga akan mengakar-umbi peranan agensi-agensi KKMM seperti SKMM, MDEC, MYNIC dan CyberSecurity Malaysia yang sekarang hanya berada di peringkat kebangsaan dan negeri sahaja. J-KOM akan mengambil kira ruang penjimatan dalam belanjawan yang diperuntukkan. Ini kerana struktur J-KOM akan ditempatkan di daerah- daerah di seluruh negara berbanding dengan struktur JASA yang dahulunya berada di seluruh kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Saya jemput mantan Menteri.

Ya, mantan Menteri.

final • 1:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Ya, saya juga ingin mencelah tentang JASA.

final • 1:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya hendak sebut di sini bahawa kalau kita lihat kepada KKMM seperti mana sedia ada, sudah tentu bahawa KKMM, kita ada unit-unit propaganda di situ seperti RTM, kita ada BERNAMA, kita ada Jabatan Penerangan, kita ada juga SKMM dan di kawasan luar bandar kita ada cawangan-cawangan dan sebagainya. Ia sebuah agensi yang melibatkan seluruh negara.

Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi satu perkara yang sudah tentu boleh juga diuruskan oleh semua agensi-agensi ini. Jadi soalnya, kenapa kita perlu untuk mewujudkan semula JASA dengan nama baharu tetapi dengan berkeupayaan kewangan ataupun memberikan kadar kewangan yang cukup besar kepada mereka, lebih RM80 juta. Walhal, kita seharusnya melihat bagaimana kita boleh mengukuhkan lagi agensi-agensi yang sudah sedia ada. Itu satu.

Keduanya Yang Berhormat Menteri, kalau kita lihat kepada struktur JASA dahulu, saya rasa Yang Berhormat Menteri juga boleh bersetuju bahawa apa yang berlaku di dalam JASA dahulu ia digunakan sebagai unit propaganda politik. Ini satu perkara yang telah pun membawa kepada keputusan untuk kita memansuhkannya yang juga keputusan dibuat bersama dengan Menteri masa itu dalam Kabinet. Jadi, kita lihat bagaimana kita boleh memperbaiki dan juga memperkukuhkan KKMM. Banyak perkara yang perlu diselesaikan di situ.

Saya bawa isu piecemeal RTM dan sebagainya. I think, I am not sure if Yang Berhormat Menteri will answer this later because this is something that saya rasa kita

final • 1:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

kena lihat. Ramai pekerja RTM yang kerja, mereka ini tidak dapat allowance, mereka tidak dapat overtime dan sebagainya. Ini perkara-perkara besar yang harus kita fokuskan dulu. Jadi, kenapa perlu kita berikan atau salurkan lebih RM80 juta, wang yang sangat besar untuk menubuhkan unit baharu ini walhal kita sudah ada dalam kementerian itu, agensi-agensi yang cukup berkeupayaan untuk melaksanakan perkara-perkara ini?

Terima kasih.

final • 1:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, sikit Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, sikit...

final • 1:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Saya ingin menambah Yang Berhormat Menteri.

final • 1:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, boleh tanya soalan? Tuan Yang di-Pertua.

final • 1:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Menteri, saya sudah berdiri dari tadi.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Menteri boleh teruskan. Saya jemput Yang Berhormat Pontian dulu, lepas Yang Berhormat Pontian Yang Berhormat Jelutong.

final • 1:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Ya.

final • 1:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Bayan Baru juga.

final • 1:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Menteri, disebut oleh pusat kegiatan digital, ia bukan propagandalah maksudnya. Saya hendak tahu 776 orang yang dibuang kerja itu, adakah akan diambil semula dan berapa ramai yang akan diambil semula jika mereka berhasrat untuk kembali? Bagaimana duplikasi kerja yang telah dibuat oleh Jabatan Penerangan dan Jabatan Komunikasi Komuniti ini boleh dijelaskan supaya tidak jadi isu dan kontroversi? Terima kasih.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih. Saya jemput- sila Yang Berhormat Jelutong.

final • 1:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya ingin juga menyokong...

final • 1:10 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Kluang juga.

final • 1:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Permintaan oleh Yang Berhormat Puchong. Kita lihat bahawa peruntukan untuk RTM dikurangkan daripada RM574 juta kepada RM479 juta.

final • 1:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

BERNAMA dikurangkan peruntukan daripada RM64 juta kepada RM52 juta.

Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) dikurangkan daripada RM38 juta kepada RM35 juta. So, saya juga ingin menyokong permintaan Yang Berhormat Puchong. Kalau kita juga sudah pun ada siaran-siaran ini yang boleh membantu kita daripada segi nasional, kenapakah kita perlu menubuhkan JASA dan memberikan mereka peruntukan RM85 juta?

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Silakan Yang Berhormat Bayan Baru kemudian Yang Berhormat Kluang.

final • 1:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin quote dua orang tokoh bekas JASA iaitu Yang Berhormat Sibuti. Beliau bekas pegawai JASA dan terang-terang kata bahawa jabatan JASA itu adalah jabatan gerak saraf yang very clearly is about propaganda machine dan juga bekas Ketua Pengarah JASA iaitu Mohd Puad Zarkashi yang mengatakan, “Don’t open statement...” Kata, “Don’t be defensive about it, it is a propaganda machine.” Jadi, ini tugas dan fungsi yang khusus JASA untuk menyebarkan propaganda...

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih.

final • 1:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

...Walaupun dengan pelbagai jenis rebranding, I think Menteri cuba ‘menegakkan benang yang basah’. Fungsi ini daripada penerangan Menteri tadi it is very clearly, it is also gathering information dan juga menyebarkan propaganda.

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih.

final • 1:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Jadi saya rasa bahawa sebagai Menteri yang cukup ada pencerahan, saya harap bahawa Menteri bercakap benar bahawa ini adalah sesuatu yang tidak diperlukan and do the right thing. Pindahkan RM85 juta ini kepada kepentingan yang lebih penting contohnya kepada RTM kah atau FINAS dan sebagainya. Mereka lebih memerlukannya. Terima kasih.

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Silakan Yang Berhormat Kluang dan kemudian Yang Berhormat Sibuti. Sila Yang Berhormat Kluang.

final • 1:20 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya berkenaan maklum balas Menteri tadi kerana ada tiga matlamat untuk menubuhkan balik JASA ini sekarang yang dijenamakan semula sebagai J-KOM. Apa itu komuniti digital kerana kita tahu dalam dunia ini sekarang, komuniti mana-mana pun ada dalam digital world. Jadi tidak perlu kerajaan untuk masuk ke digital world untuk menubuhkan sebuah komuniti digital untuk rakyat lagi.

Jadi, kenapa kerajaan PN hendak menubuhkan sebuah agensi khasnya untuk mencapai salah satu matlamatnya itu menubuhkan komuniti digital bagi rakyat. Rakyat tidak perlu benda ini kerana setiap orang, mereka ada hasrat, ada minat sendiri, mereka akan masuk ke mana-mana komuniti yang mereka minati. Jadi, apa yang Kerajaan PN hendak capai di sini? Adakah ini sebenarnya objektif untuk menubuhkan cybertrooper untuk memantau informasi, maklumat setempat?

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Sila.

final • 1:20 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Segambut.

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Sibuti dahulu.

final • 1:20 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Okey.

final • 1:20 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ringkaskan.

final • 1:20 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Seperti yang kita ketahui dan juga sesiapa yang memegang kerajaan, banyak agensi kerajaan mempunyai jabatan strategik seperti KEMAS, MKN dan juga banyak lagi. JASA memang saya akui sinonim dengan kerja-kerja gerak saraf dan itu tidak dapat dipertikaikan.

Walaupun demikian, saya telah membawa tajuk berkenaan JASA ini, adakah lantikan ketua pengarah J-KOM ini nanti berdasarkan lantikan di kalangan penjawat awam ataupun lantikan politik dan juga sekiranya kita mengira semula jumlah Parlimen dan juga DUN di Malaysia ini, kita mempunyai lebih kurang 798 buah sempadan politik.

Adakah dengan kenyataan Menteri tadi mengatakan bahawa perjawatan J-KOM ini tidak lagi berdasarkan Parlimen dan DUN, adakah peruntukan ini dapat dikurangkan daripada segi emolumen?

Berkenaan tentang J-KOM ini, sinonim dengan digital sudah pasti pihak sebelah akan menggambarkan J-KOM ini adalah cybertrooper. Bagaimanakah langkah-langkah kerajaan untuk menerangkan apakah tujuan JASA ini dijenamakan semula sebagai J- KOM dan juga apakah kerajaan akan seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pontian tadi, mengambil sebahagian melalui proses interview, temu duga penjawat- penjawat JASA sebelum ini?

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Sekarang saya bagi akhir, satu minit Yang Berhormat Segambut dan kemudian saya minta Yang Berhormat Menteri merumuskan kerana masa telah habis. Sila Yang Berhormat Segambut.

final • 1:20 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Terima kasih. Saya ada dua isu yang saya nak kan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Adakah jawapan Yang Berhormat Menteri adalah an afterthought dengan izin kerana saya baca berita selepas pembentangan belanjawan bahawa Menteri ada mengatakan ataupun ada sources dalam laporan yang mengatakan Menteri sebenarnya tidak sedar RM85 juta peruntukan JASA ini ada dalam bajet. Timbalan Menteri ada mengeluarkan kenyataan bahawa Menteri sebenarnya tahu. Jadi, saya hendak tahu adakah jawapan hari ini is an afterthought?

final • 1:20 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Kedua, setuju kah Yang Berhormat bahawa sebenarnya untuk mendapatkan pandangan akar umbi ataupun memberikan informasi kepada komuniti, yang paling penting adalah untuk Parlimen bersidang lebih lama kerana tempat ini platform mengambil pandangan akar umbi kerana wakil Parlimen, wakil rakyat ini telah dilantik oleh rakyat dan mereka membawa suara rakyat masuk sini dan ini juga sebenarnya sebuah platform untuk Menteri dan Kabinet memberikan informasi yang tepat dan jelas.

Akan tetapi kita lihat sebenarnya platform ini tidak diambil untuk menyebarkan maklumat tepat, semuanya cut short. Everything cut short. Tidak ada informasi pun kepada rakyat.

Terima kasih.

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Segambut. Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya, berapa minit? Boleh saya bagi tiga minit rumuskan?

final • 1:20 PM

Dato’ Saifuddin Abdullah

Cukup, cukup. Pertama dengan Yang Berhormat mantan Menteri tentang piecemeal, saya rasa we are on the same page. Kita teruskan kerja-kerja itu. Saya sudah sebutkan tadi bahawa bezanya ialah kerana ini program baharu, bezanya ini bukan jentera propaganda. So, tolonglah jangan sebut JASA, sebutlah ia sebagai J-KOM. Berapa kurang daripada RM85.5 juta, saya rasa ini sedang dibincangkan.

Kemudian, betul kita ada banyak Yang Berhormat agensi tetapi kekurangannya pun sama. Beberapa hari yang lepas saya buat mesyuarat dengan semua agensi yang terlibat dengan Penerangan. Kita ada tiga komponen kerja Penerangan ini. Analisis, penyelesaian atau solutions dan pelaksanaan. Analisis dan solutions itu sangat kurang.

Zaman kita sama-sama dalam pentadbiran yang lepas, kita dapati analisis itu memang kekurangan yang sangat besar. Pelaksanaan, saya sebut dua sahaja yang saya sudah minta KSU yang baharu ini tolong cari team nya, satu ialah team storyteller. Banyak cerita MKN tentang pandemik COVID-19 tidak keluar kerana kita hanya rely kepada PC oleh dua orang Menteri dan sebagainya.

The human story itu belum keluar. Fatigue stress sedang berlaku di kalangan frontliners dan rakyat dan ini harus diladeni. Oleh sebab itu saya kata JKOM punya first priority ialah berhubung dengan soal komunikasi COVID-19 ini. Soal permohonan untuk jawatan-jawatan...

final • 1:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Just one thing. Adakah Yang Berhormat Menteri sebut bahawa, jumlah ini akan dikurangkan?

final • 1:20 PM

Dato’ Saifuddin Abdullah

Saya boleh bagi jaminan jumlahnya akan dikurangkan, berapa banyak itu...

final • 1:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Belum lagi?

final • 1:20 PM

Dato’ Saifuddin Abdullah

Sedang- ya, sedang dikurangkan.

final • 1:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tetapi akan dikurangkan.

final • 1:20 PM

Dato’ Saifuddin Abdullah

Sebab saya boleh bagi angka itu kerana angka RM85.5 juta itu adalah berdasarkan Parlimen dan DUN sedangkan kita pergi kepada daerah. Daerah, 160 sahaja. Tidak sebanyak Parlimen dan DUN. Saya bagi jaminan bahawa J-KOM bukan mesin propaganda Yang Berhormat, bukan. Not under my charge, dengan izin. Proses mengikut JPA ada kriteria dan kriteria utama would be IT savvy, dengan izin.

Saya bagi jaminan ketua pengarah dan timbalan ketua pengarah tidak akan dilantik daripada orang politik. Ia harus kombinasi profesional dan pegawai tadbir yang bersahsiah tinggi.

final • 1:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, bolehkah Yang Berhormat Menteri bagi jaminan bahawa semua jawatan dalam JASA itu bukan lantikan politik oleh parti-parti politik tetapi based on permohonan kepada kementerian, bukan daripada nomination daripada parti-parti politik. Boleh Yang Berhormat Menteri bagi jaminan?

final • 1:20 PM

Dato’ Saifuddin Abdullah

Siapa hendak nominate saya tidak boleh halang tetapi kemasukan itu harus mengikut...

final • 1:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tidak. Bolehkah ia melalui kementerian?

Interview secara profesional, bukan melalui nomination by political appointees daripada Menteri dan juga daripada parti-parti komponen.

final • 1:20 PM

Dato’ Saifuddin Abdullah

Ya.

final • 1:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Boleh Yang Berhormat Menteri bagi jaminan atau tidak?

final • 1:20 PM

Dato’ Saifuddin Abdullah

Saya kata tadi ada dua itu, siapa hendak nominate tidak boleh halang tetapi ia harus melalui proses permohonan, temu duga yang telus mengikut lunas-lunas peraturan yang ditetapkan oleh JPA.

final • 1:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri...

final • 1:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Tidak, kalau melalui permohonan dan temu duga...

final • 1:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bukankah ...

final • 1:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

...Kenapakah perlu nomination lagi? Itu yang kita tanya.

final • 1:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bukankah ...

final • 1:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Kalau hari ini kita hendak jadi kakitangan kerajaan, kita melalui JobsMalaysia, kita tidak perlu nomination. Jadi soalan di sini adalah kenapa ada satu saluran, sebuah platform untuk parti politik buat nomination? Ini soalan saya. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh jawab. Kalau kita langsung cakap bahawa kita tidak terima, tidak mahu apa-apa nomination, sesiapa yang minat teruslah buat permohonan, yang layak kita panggil untuk temu duga, itu berbeza. Kenapa izin orang pihak ketiga untuk buat nomination?

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Kulai, saya tidak benarkan Yang Berhormat Kulai bercakap tadi. Tiba-tiba bangun dan cakap. Yang Berhormat Kulai kena dapat laluan.

Saya harap semua- Yang Berhormat Jelutong dan yang lain telah saya berikan peluang. Saya harap Menteri buat rumusan dan tutup.

final • 1:30 PM

Dato’ Saifuddin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya faham J- KOM ini isu panjang dan boleh dibincangkan...

final • 1:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri, soalan terakhir saya. Bukankah tugas-tugas ini boleh dibuat oleh RTM, FINAS dan BERNAMA?

Kakitangan RTM, FINAS dan BERNAMA boleh diberi amanah untuk menjalankan tugas- tugas ini. Kenapakah perlu tubuhkan pertubuhan yang baharu?

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong. Sila Menteri rumuskan.

final • 1:30 PM

Dato’ Saifuddin Abdullah

Saya sudah jawab itu. Merujuk kepada tiga komponen itu dan kita tahu di mana kekuatan dan kelemahan di mana yang perlu diperbaiki.

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada minat dan pandangan...

final • 1:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, Menteri, last. Just one.

final • 1:30 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Tuan Yang di-Pertua...

final • 1:30 PM

Dato’ Saifuddin Abdullah

Boleh bagilah. Bekas Menteri, saya bagi.

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Puchong.

final • 1:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ini untuk perkara bersama. Yang Berhormat Menteri sebut tadi bahawa kita akan fokus kepada isu piecemeal RTM. Can I just ask, lebih kurang jangka masa lama mana kita boleh dapat satu mungkin cadangan untuk selesaikan masalah ini? Because I am with you on this, Yang Berhormat Menteri.

final • 1:30 PM

Dato’ Saifuddin Abdullah

Terima kasih. Jumlahnya ramai, Yang Berhormat pun tahu, dan setengah itu sudah mengambil masa yang agak lama. Saya tidak boleh hendak sebut actual time tapi dalam masa yang secepat mungkin kita mesti usahakan untuk selesaikan masalah piecemeal ini. Terima kasih.

final • 1:30 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Tuan Yang di-Pertua.

final • 1:30 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

[Sistem pembesar suara dimatikan]

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk memberi jawapan dalam masa 20 minit. Silakan.

final • 1:30 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillah...

final • 1:31 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Tuan Yang di-Pertua, saya minta...

[Sistem pembesar suara dimatikan]

final • 1:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Minta maaf, saya tidak benarkan. Saya telah panggil Menteri dan please. Saya punya keputusan untuk panggil Menteri sebab masa tambahan yang panjang telah saya berikan. Sila Menteri.

final • 1:31 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua...

final • 1:31 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Don’t off my mic, Tuan Yang di-Pertua. Saya hanya hendak ambil 10 saat.

Tuan Yang di-Pertua, peruntukan JASA adalah peruntukan yang paling controversial dalam perbahasan semua Ahli Parlimen. Kalau hendak dapatkan sokongan semua Ahli Parlimen untuk luluskan belanjawan ini, tidak sepatutnya kita rush through like that. Perlu jawab supaya kita boleh terima dan kita boleh bantu untuk luluskan.

Saya lihat kementerian ataupun Kabinet sebenarnya tidak berminat untuk mendapatkan kelulusan Ahli Parlimen di sini untuk bajet. You don’t care about the answer.

final • 1:31 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ini adalah seruan daripada pimpinan komponen parti kerajaan juga. Daripada Yang Berhormat Pekan dan juga ramai lagi yang mempertikaikan JASA, tetapi sekarang dengan mere denial daripada Menteri bahawa ini semua bukan propaganda, but can we believe it? Rakyat di luar itu sudah kekurangan keyakinan terhadap apa yang disebabkan daripada kerajaan, daripada Menteri...

[Sistem pembesar suara dimatikan]

final • 1:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat. Saya telah berikan ruang sebaiknya. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri KPKT.

final • 1:31 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin memulakan ucapan saya dengan mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan yang telah memperuntukkan sebanyak RM5.3 bilion kepada KPKT yang menjadikan satu peruntukan yang one of the highest in the past few year, dengan izin- terima kasih dan peruntukan yang memenuhi hasrat dan visi KPKT.

Jadi, untuk isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, ada seramai 16 Ahli Parlimen yang telah mengambil bahagian iaitu Yang Berhormat Johor Bahru, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Bagan Datuk, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Julau, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Kimanis dan Yang Berhormat Jempol.

Insya-Allah, saya akan menjawab semua soalan mereka kerana banyak yang bertindih dan boleh saya memenuhi untuk menjawab kesemuanya. Walaupun mereka pun tidak ada dalam Dewan tapi jawapan saya mungkin boleh dimanfaatkan Ahli Dewan yang lain.

Isu yang telah dibangkitkan adalah isu-isu berkenaan dengan perumahan, kerajaan tempatan, kebombaan, kesejahteraan bandar dan juga kawalan kredit komuniti.

Saya mulakan dengan isu perumahan. Dimulakan dengan isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Tanjong Karang dan Yang Berhormat Kangar yang bertanyakan tentang moratorium kepada rumah-rumah PPR yang telah diberikan oleh KPKT.

final • 1:31 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Jadi untuk pengetahuan Yang Berhormat Kangar dan juga Yang Berhormat Tanjong Karang dan juga Ahli-ahli Dewan yang lain, KPKT telah mengeluarkan moratorium kepada rumah-rumah PPR di bawah kendalian KPKT iaitu yang disewa dan juga yang disewa untuk milik. Sebanyak 3,636 di bawah kategori disewa dan sebanyak 4,650 untuk rumah yang rent to own. So, jumlah yang telah kita berikan moratorium dari Mac ke September 2020 adalah berjumlah RM6.6 juta untuk rent to own dan RM3.7 juta untuk disewa. Jadi, hampir RM10 juta yang telah kita kecualikan untuk moratorium dalam tempoh bulan Mac sampai September.

Jadi untuk seterusnya, memang KPKT telah lanjutkan untuk mencukupkan hingga setahun yakni mulai daripada Mac 2020 sampai Mac 2021. Itu fasa pertama iaitu daripada Mac sampai September. Fasa kedua adalah pada September ke Mac 2021.

Fasa kedua ini, moratoriumnya akan mengambil kaedah bersasar. Jadi ini adalah untuk moratorium yang telah kita berikan.

Untuk pengetahuan juga, saya ingat Yang Berhormat Tanjong Karang lebih maklum because peringkat negeri juga mereka ada rumah-rumah PPR dan peringkat kerajaan tempatan juga ada. Negeri-negeri juga kita menggalakkan untuk memberikan moratorium. Ada juga banyak negeri yang turut memberikan moratorium, pengecualian kepada penghuni-penghuni rumah PPR di negeri-negeri masing-masing dan kawasan masing-masing. Saya tidak payah sebut di mana kerana saya pun hendak rush for time, dengan izin.

final • 1:31 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Boleh sikit penjelasan? Saya ucapkan terima kasihlah kepada kementerian yang peka bagi moratorium rumah PPR.

Boleh saya tahu, bilakah ia diumumkan berkuat kuasa? Ini kerana Yang Berhormat kata bulan September tapi bulan Oktober ini mereka kena bayar.

Saya hendak tanya juga, bagaimanakah kedudukan PPR Seri Aman di Kepong?

Di bawah KPKT atau di bawah DBKL? Ini kerana saya dapat makluman, ini pun masih lagi kena bayar sewa.

final • 1:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Tanjong Karang. Sila Menteri.

final • 1:31 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Ya, ada sedikit kelompangan communication di situ. Jadi, insya-Allah, ia akan bermula pada September ke Mac 2021.

Jadi, mungkin ada gap Oktober, nanti kita akan selaraskan dan kita backdated, insya- Allah. Untuk seterusnya, Yang Berhormat Kuala Krai bertanya tentang isu perumahan- permintaan sama ada boleh buat rumah di Kuala Krai dan sebagainya. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Kuala Krai, untuk pembinaan rumah PPR, saya ingat sudah banyak kali saya sebut dalam Dewan ini.

Ahli-ahli Parlimen yang mana ataupun ada cadangan-cadangan tanah yang sesuai dalam kawasan masing-masing boleh mengangkatnya kepada kerajaan negeri melalui EXCO Perumahan ataupun Menteri Besar sendiri dan mereka akan angkat kepada KPKT untuk kami teliti dan sebagainya untuk melihat kesesuaian. Sekiranya sesuai, insya-Allah, kita akan senaraikan dalam projek PPR akan datang.

Jadi untuk RMR, Yang Berhormat Kuala Krai- Yang Berhormat Kuala Krai ada kah? Tidak apalah, Yang Berhormat Kuala Krai tidak ada.

final • 1:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Tidak ada. Boleh skip.

final • 1:31 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Tidak apa, sikit sahaja dia punya ini.

Ada sebanyak 80 permohonan untuk rumah RMR dan insya-Allah, kita akan teliti dan kita akan melihatkan permohonan ini.

Jadi seterusnya, saya juga ingin- Yang Berhormat Kangar bertanya tentang penyelenggaraan perumahan. So, penyelenggaraan perumahan PPR dan sebagainya, KPKT memang ada bajet atau peruntukan untuk membuat kerja-kerja pemulihan di kawasan-kawasan rumah-rumah PPR ini termasuk kerja-kerja membaiki lif, mengganti lif, membaiki atau mengganti tangki air dan sistem retikulasi, membaiki atau mengganti paip sanitari, membaiki atau mengganti bumbung, membaiki atau mengganti tangga dan handrail, mengecat bangunan dan harta bersama, pendawaian dan kerja elektrik dan membaiki kerosakan umum pada kemudahan awam harta bersama yang menjejaskan keselamatan dan keselesaan penghuni. Sebanyak RM55 juta pada tahun 2020 dan juga termasuk RM40 juta daripada PRE PRIHATIN.

final • 1:31 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Seterusnya saya menyentuh tentang kerajaan tempatan. Kerajaan tempatan, Yang Berhormat Tanjong Karang juga membangkitkan isu mengenai lesen untuk peniaga-peniaga kecil dalam tempoh masa PKP ini.

Memang KPKT telah membuat satu arahan pekeliling kepada semua PBT-PBT agar membuat satu kaedah sementara, memberi lesen sementara kepada peniaga- peniaga kecil yang membuat peniagaan kecil di depan rumah mereka dan sebagainya.

final • 1:31 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

As long as, dengan izin, dia tidak mengganggu jalan dan mematuhi syarat- syarat sementara yang telah diberikan. Memang kita memberikan kelonggaran. Ada juga kerajaan negeri yang memberi pengecualian cukai, lesen dan sebagainya. Ini adalah usaha-usaha yang mereka laksanakan untuk memastikan bahawa peniaga-peniaga kecil dan mereka yang cuba hendak mencari rezeki dalam PKP, yang hilang pekerjaan dan sebagainya akan ada peluang untuk membuat perniagaan tanpa banyak birokrasi. Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 1:40 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Boleh, boleh.

final • 1:40 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Yang Berhormat Menteri.

final • 1:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Labuan.

final • 1:40 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Siapakah?

final • 1:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Labuan.

final • 1:40 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Saya ada bangkitkan perumahan di Labuan terlalu tinggi kepadatan setinggan sebab tidak cukup rumah PPR disewa.

final • 1:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Labuan.

final • 1:40 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Ya, terima kasih. Tadi sentuh Yang Berhormat cadangkan tadi. Saya hendak bertanya Yang Berhormat, tadi kata hanya sekadar memberi Surat Pekeliling atau memanggil satu mesyuarat khas Exco- Exco supaya dipastikan arahan ini dilaksanakan seperti mana Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan buat. Jadi, mungkin boleh ajak Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan datang sekali mesyuarat nanti. Bagaimana Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan laksanakan di wilayah. Kalau setakat pekeliling sahaja daripada pengalaman saya, memang letak bawah meja sahajalah kerajaan negeri ini. Terima kasih.

final • 1:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 1:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Yang Berhormat Tanjong Karang, saya sendiri turun ke PBT-PBT yang saya telah sendiri memaklumkan kepada YDP-YDP untuk melaksanakannya. Insya-Allah dalam masa terdekat ini saya ada mesyuarat MEXCOPT di antara Exco-Exco Kerajaan Negeri yang akan saya bentangkan dan meminta mereka untuk bekerjasama daripada segi memberikan kelonggaran untuk peniaga-peniaga kecil ini.

Untuk soalan Yang Berhormat Labuan. Yang Berhormat Labuan, yang itu di bawah Menteri Wilayah Persekutuan ya. Jadi, insya-Allah Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan akan menjawab ya.

Isu yang seterusnya ialah isu kebombaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Rajang dan Yang Berhormat Julau. Yang Berhormat Hulu Rajang?

final • 1:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Hulu Rajang, tidak ada?

final • 1:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Akan tetapi tidak apa, I think untuk manfaat yang lain. Yang Berhormat Hulu Rajang, untuk pengetahuan semua, sebuah tapak telah dikenal pasti di Sungai Asap untuk pembinaan tahun hadapan. Akan tetapi oleh sebab ada masalah tanah dan sebagainya yang tidak dapat diselesaikan, maka keputusan itu telah ditarik balik tetapi kita telah kenal pasti kawasan yang baru. Insya- Allah akan dilaksanakan pada tahun 2022.

Untuk Yang Berhormat Julau, permintaan untuk bomba ‘E’. Pada September yang lepas, pegawai bomba telah turun padang untuk melihat sekeping tanah berukuran

final • 1:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

5.75 ekar berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Julau. Insya-Allah ini kita dalam proses pengambilan tanah dan sebagainya. Proses itu selesai sahaja, insya-Allah kita akan membina balai bomba ‘E’ secepat mungkin. Harap Yang Berhormat Julau boleh bantu kerajaan negeri dengan pejabat tanah dan sebagainya dalam pengurusan pengambilan tanah ini untuk pembinaan balai bomba ini.

final • 1:40 PM

Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Boleh saya tanya Yang Berhormat Menteri, dalam Bajet 2021, adakah peruntukan untuk tanah for allocation of land?

final • 1:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Ini kita tertakluk kepada kelulusan semua yang telah saya sebut tadilah, ya. Jadi, saya harap Yang Berhormat Julau memahami dan tidaklah membuat statements yang bercanggah daripada apa yang saya sebutkan di sini ya.

Okey, kawalan kredit komuniti...

[Disampuk]

final • 1:40 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Yang Berhormat Menteri, Sibuti ingin mencelah.

final • 1:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Yang Berhormat Sibuti tidak ada isu, Yang Berhormat.

final • 1:40 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Saya ada- dalam Hansard, ada mentioned regarding on, dengan izin, permohonan rumah mampu milik sebanyak 25 ribu permohonan. Saya juga ada membangkitkan berkenaan tentang isu rumah panjang yang terbakar. Apakah dasar kerajaan untuk membantu melalui subsidi ataupun pinjaman?

final • 1:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Minta maaf, tidak ada isu yang saya dapat di sini dari Yang Berhormat Sibuti. Akan tetapi tidak apa, insya-Allah saya akan membuat jawapan bertulis...

final • 1:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Buat bertulis.

final • 1:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

...Dan akan berjumpa dengan Yang Berhormat Sibuti nanti untuk fahamkan lebih lanjut, insya-Allah. Seterusnya, kredit komuniti yang mana Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Jempol dan Yang Berhormat Kimanis bertanyakan kerana ada isu tentang memberi moratorium kepada peminjam-peminjam yang- pemberi wang berlesen di bawah KPKT iaitu kredit komuniti. Ini memang KPKT di bawah kredit komuniti memang KPKT pada 9 April telah menyeru kepada syarikat- syarikat yang mempunyai lesen untuk memberikan moratorium kepada peminjam- peminjam mereka.

Setakat ini Alhamdulillah, ada 22 buah syarikat yang dengan secara volunteer because tidak ada akta yang kita boleh paksa mereka untuk melaksanakan moratorium ini. Jadi ada 22 buah syarikat kredit komuniti yang sedia, dah melaksanakan memberikan moratorium kepada peminjam-peminjam mereka yang bernilai sebanyak RM20.3 juta dan diberi masa tempoh di antara tiga, ke-sembilan bulan. Ada juga yang memberikan kaedah-kaedah ataupun interest yang rendah kepada peminjam-peminjam RM500 ke bawah. Ini peminjam-peminjam yang hendak buat gerai nasi lemak, gerai goreng pisang dan sebagainya. Jadi ini adalah secara volunteer. Cuma yang ada satu dan kita telah buat engagement kepada, selepas itu kita juga ada buat engagement pada 19 Mei 2020, perbincangan dengan wakil persatuan pengusaha bas catar, 1 Jun 2020 perbincangan dengan Persatuan Bas Persiaran Semenanjung Malaysia, 9 Jun 2020 kita buat perbincangan dengan kementerian yang terlibat iaitu KPDNHEP, MOF, Bank Negara dan juga Yang Berhormat Menteri Koperasi.

Pada 1 Julai 2020 juga sesi perbincangan dengan lima buah wakil syarikat keuntungan yang besar yang mana mereka terlibat dalam memberikan moratorium kepada peminjam-peminjam mereka.

Jadi ada peminjam lesen pemegang kredit komuniti ini menggunakan akta di bawah kementerian KPDNHEP, Akta 212 tidak silap saya. Ini agak sulit sedikit kerana kita juga minta mereka untuk membantu memberi moratorium kepada peminjam- peminjam ini tetapi tidak mudah kerana mereka juga sendiri mengalami masalah kewangan. Mereka sendiri meminjam wang dari bank dan sebagainya dan mereka sendiri tidak dapat moratorium. Jadi, agak susah.

Jadi atas cadangan untuk menyelaraskan kawalan kredit komuniti ini, kami menyambut baik kerana kita telah membuat jawatankuasa yang insya-Allah dipimpin oleh dilead oleh MOF yang akan menyelaraskan kesemua peminjam yang bukan di bawah

final • 1:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

perbankan, yang di bawah KPDNHEP, KPKT dan sebagainya untuk buat satu melalui Akta Kredit Pengguna. Jadi yang ini insya-Allah akan cuba menyelaraskan semua atas sebuah agensi atau satu kementerian yang bertanggungjawab dan mudah untuk kawal selia, mudah untuk monitor dan sebagainya. Ini dalam proses. Insya-Allah.

final • 1:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan.

final • 1:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri. Klang di sini.

final • 1:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Yang Berhormat Jelutong tidak ada bawa isu tahu.

final • 1:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ada. Saya semasa Yang Berhormat Tanjong Karang berucap, saya telah membawa suara Gabungan Persatuan...

final • 1:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Saya dah sebutkan tadi.

final • 1:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, tetapi untuk makluman Yang Berhormat Menteri, saya cuma hendak merayu. Saya membawa suara pengusaha-pengusaha bas dari Kelantan, dari Melaka, dari Zon Utara. Zon Utara berjumpa dengan saya di pusat khidmat saya memohon supaya merayu kepada Yang Berhormat Menteri supaya memberi arahan kepada syarikat-syarikat kredit kerana jawapan yang diberikan oleh syarikat-syarikat kredit ialah mereka tidak diikat oleh moratorium.

Ada yang telah pun mengheret pengusaha-pengusaha bas ini ke mahkamah.

Ada yang mengeluarkan notice to repossess untuk menarik balik bas mereka. Ada pengusaha-pengusaha bas yang tidak boleh buat apa-apa. Jadi, saya cuma minta dan saya telah tanya adakah kementerian atau pegawai-pegawai tinggi kementerian telah pun berjumpa dengan mereka? Sehingga hari ini, permintaan mereka untuk berjumpa dengan pegawai-pegawai kementerian tidak berjaya. Jadi, saya mohon merayu kepada Yang Berhormat Menteri...

final • 1:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

final • 1:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...Supaya memberi perhatian kepada perkara ini. Terima kasih.

final • 1:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat mungkin tidak dengar saya punya jawapan. Saya dah kata ada mesyuarat- mesyuarat yang saya sebut tadi, banyak tadi saya sebut mesyuarat.

final • 1:40 PM

Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan

Mungkin ada boleh jawab sekali.

final • 1:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Saya dah sebut tadi ya. Kita dah buat engagement dengan mereka.

final • 1:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, boleh saya...

final • 1:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

[Bangun]

final • 1:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Memang betul memang kita tidak ada akta yang membolehkan kita memberikan arahan kepada mereka untuk memberikan moratorium. Jadi, kita minta mereka agar bertimbang rasa. Atas dasar begitu sahaja.

Akan tetapi sebab itu kita berjaya untuk dapat sebanyak 22 buah syarikat memberikan moratorium kepada peminjam-peminjam mereka.

final • 1:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bolehkah diberi saranan kalau mereka tidak mematuhi, lesen-lesen syarikat kredit ini boleh digantung atau diambil tindakan. Sekurang-kurangnya itu akan membantu pengusaha bas Yang Berhormat Menteri.

final • 1:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Memang kalau mereka tidak ikut Constitution daripada segi memberi pinjaman dan sebagainya, mereka akan diambilkan tindakan. Memang ada dia punya syarat-syarat...

final • 1:50 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Yang Berhormat Menteri.

final • 1:50 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Menteri.

final • 1:50 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Saya ucap terima kasihlah.

final • 1:50 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Tentang*...

[Sistem pembesar suara dimatikan]*

final • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sekejap, sekejap.

Siapakah hendak diberi dahulu?

final • 1:50 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Terima kasih, saya bangkit isu ini. Saya ucapkan terima kasih di atas kepada kementerian terhadap langkah-langkah yang diambil. Perjumpaan tempat telah disebut tadi dengan..

[Rakaman kurang jelas] Berbagai-bagai perjumpaan.

Jadi yang saya kurang setuju sedikit dengan Yang Berhormat Menteri dalam jawapan ialah, bila Yang Berhormat kata, dalam akta yang Yang Berhormat tidak ada kuasa di bawah akta untuk memaksa mereka. Betul, tetapi sepertimana Yang Berhormat Jelutong cakapkan tadi kuasa mengeluarkan lesen ini Yang Berhormat.

Yang Berhormat boleh panggil mereka. Waktu sama-sama susah, bukan mereka sahaja susah. Kalau tadi bas yang- saya setuju Yang Berhormat Jelutong kata bas ini hendak dilelong dan sebagainya ini, apakah akan jadi nasib kepada mereka?

Kedua, Yang Berhormat kata Akta Kawalan Kredit ini belum bentang pun dalam Parlimen. Ini soalannya dalam menghadapi COVID-19. Janganlah tunggu- bila akta dibentangkan nanti takut COVID-19 pun sudah kurang. Sekarang ini, tindakan tegas mesti diambil untuk membela mereka yang memerlukan pembelaan ini.

final • 1:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri, bolehkah kami membawa mereka untuk berjumpa dengan Yang Berhormat Menteri kalau diizinkan? Ataupun pegawai-pegawai dan membuat temu janji supaya perkara-perkara ini dibawa perhatian Yang Berhormat Menteri.

final • 1:50 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Boleh tidak ada masalah kerana earlier saya sudah jumpa dengan dia orang. Ada sebanyak lima mesyuarat ini tadi dengan wakil Persatuan Pengusaha Bas, Carta Malaysia, Pengusaha Bas Pelancong.

Ada saya sudah buat pertemuan...

final • 1:50 PM

Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan

Yang Berhormat Menteri.

final • 1:50 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Minta bertemu juga dengan...

final • 1:50 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Menteri.

final • 1:50 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Apa Yang Berhormat Tanjong Karang saya sudah buat pertemuan dengan pemegang kredit komuniti semua dan minta mereka.

Jadi, hasilnya sebanyak 22 buah syarikat yang bersetuju untuk memberi moratorium.

Namun demikian, insya-Allah kita akan cuba lagi kerana ia menjadi satu isu yang sangat menjadi kepedihan kepada rakyat terutama kepada operator-operator bas.

final • 1:50 PM

Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan

Satu soalan sahaja.

final • 1:50 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Menteri.

final • 1:50 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Jadi, insya-Allah kita akan uruskan nya dengan baik. Saya ingat saya cukuplah...

final • 1:50 PM

Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan

Sorry soalan saya...

final • 1:50 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Menteri sedikit sahaja.

final • 1:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri saya ada satu soalan yang kecil.

final • 1:50 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri.

final • 1:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, Klang.

final • 1:50 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Saya cukup- saya hendak kait satu lagi isu yang saya harus memberikan penjelasan yang banyak yang menanyakan hal...

final • 1:50 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Menteri keadaan...

final • 1:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, sebelum itu saya minta penjelasan Yang Berhormat Menteri berkait dengan penggunaan bangunan PBT oleh peniaga-peniaga kecil.

Sekarang, mereka menghadapi banyak masalah dan mungkin mereka akan tutup perniagaan. So, saya minta bagi pihak mereka supaya kerajaan dapat memberi arahan kepada PBT untuk mengecualikan atau memberi kelonggaran kepada PBT untuk menurunkan sewa untuk pekedai-pekedai ini di bangunan PBT dan juga kalau boleh Kerajaan Selangor. Terima kasih dan juga lain-lain...

final • 1:50 PM

Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan

Soalan yang agak sama.

final • 1:50 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Menteri sedikit.

[Sistem pembesar suara dimatikan]

final • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Menteri, sila Yang Berhormat Menteri kita bagi ruang seringkasnya.

final • 1:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, beri kelonggaran kami membawa suara pengusaha-pengusaha bas yang sedang menonton.

final • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

final • 1:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bolehkah Yang Berhormat Menteri mengeluarkan arahan dan a media statement kalau syarikat-syarikat kredit ini masih lagi berdegil dan menyusahkan pengusaha bas, lesen-lesen mereka akan digantung selepas ini. Terima kasih.

final • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

final • 1:50 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Menteri, semalam tular sebuah video mengenai pengusaha bas ini yang mana bas beliau ditarik di depan mata beliau sebab beliau tidak dapat membayar.

Video seperti itu apa jawapan kami? Apakah jawapan kementerian? Pada yang sama, kami faham bahawa akta baharu akan digubal. Akan tetapi, sekarang ini Yang Berhormat Menteri sekiranya tindakan, atau pelan rancangan yang memang holistiklah diwujudkan untuk mereka, maka dalam masa hadapan kita tidak akan ada pemandu bas lagi yang boleh memandu bas sebab mereka akan blacklisted...

final • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih.

final • 1:50 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Akan bankrap. So, what we need now Yang Berhormat Menteri dan saya faham Yang Berhormat Menteri sudah jumpa dengan ramai tetapi gabungan bas-bas ini yang group ini masih belum dapat apa-apa jawapan daripada pihak kementerian.

final • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih.

final • 1:50 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Okey tak apa, saya faham Yang Berhormat Batu Kawan. Insya-Allah because yang berjumpa saya itu mungkin sekelompok persatuan tetapi yang lain-lain itu tidak ikut sama. Jadi, mungkin tak boleh jumpa semua kan, tetapi mereka diwakili persatuan-persatuan mereka. Jadi kita engage dengan persatuan-persatuan mereka.

So, namun demikian saya pun faham ada lagi satu kumpulan yang datang hendak jumpa. Insya-Allah saya akan berjumpa bersama-sama dengan MOF dan juga KPDHEP kerana ia melibatkan beberapa kementerian yang terbabit dalam Akta Jual Beli ini ya. Okey, terima kasih.

final • 1:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Perundangan sivil Yang Berhormat Menteri

final • 1:50 PM

Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan

Yang Berhormat Menteri, saya satu dekat sama dengan soalan daripada sahabat saya.

final • 1:50 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Ya, sama itu pun jawapan dia samalah.

final • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Putatan kalau sudah sama saya minta terus Yang Berhormat Menteri menjawab. Baik, terima kasih. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 1:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Penurunan sewa untuk peniaga- peniaga kecil. Boleh dapat pandangan?

final • 1:50 PM

Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan

Saya Yang Berhormat Menteri, sewa bagaimana dengan moratorium sewa untuk penyewa-penyewa di perumahan PPR, apakah dasar kerajaan?

final • 1:50 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Sudah, sudah sebut tadi. Saya sudah jawab sudah. Mungkin tidak dengar. Duduk betul-betul dan dengar jawapan saya. Kalau tak itu, tengok Hansard ya selepas itu tanya balik ya.

final • 1:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri boleh jawab tentang Penggerak Komuniti ya?

final • 1:50 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

So, untuk gerai-gerai di bangunan PBT, itu adalah di bawah kuasa pimpinan kerajaan negeri tetapi memang saya pantau.

Banyak sudah mereka memberikan pengecualian sewa kepada kedai-kedai ini memang ada banyak. Mereka juga melaporkan kepada saya. So, isu Selangor...

final • 1:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Itu masa MCO tetapi sekarang dengan EMCO dan sebagainya tidak diberi kecualian ataupun kelonggaran. Mungkin dapat ulang kaji Yang Berhormat Menteri.

final • 1:50 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Mungkin mereka belum buat sambungan daripada itu. Tak apa kita akan juga- dalam mesyuarat ke depan dengan semua EXCO Kerajaan Negeri in saya akan timbulkan isu ini. Okey?

final • 1:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri boleh jawab tentang Penggerakan Komuniti? Terima kasih.

final • 1:50 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Ya, I am going to that. That is why I want to stop the credit community. I hope they asked, dengan izin.

final • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Menteri saya rumuskan dalam tempoh selama tiga minit.

final • 1:50 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Okey, saya hendak menjawab isu yang dibawa oleh seramai lapan orang dari tadi nama-nama yang saya sebut tadi that. Seramai lapan MP yang saya sebut tadi mengenai Penggerak Komuniti Tempatan, okey.

Jadi, saya hendak bawa background sedikit. Pada tahun Februari tahun 2019, KPKT telah melancarkan satu Dasar Komuniti Negara. Dasar Komuniti Negara ini adalah untuk membudayakan komuniti terutamanya untuk golongan B40 atas kesedaran kita dahulu kawan-kawan saya sebelah sana yang mana kita tengok rumah-rumah PPR yang tidak terurus, dengan kualiti hidup orang rumah PPR yang sangat rendah dan sebagainya, maka Dasar Komuniti Negara ini untuk membudayakan komuniti-komuniti di kawasan B40 terutamanya rumah-rumah flat. Jadi, untuk meningkatkan kualiti hidup mereka dengan beberapa objektif.

Objektif utamanya adalah untuk mendayakan mereka agar komuniti boleh mempunyai rasa kepunyaan, prihatin terhadap harta benda, ruang dan fasiliti yang kongsi bersama dan membentuk komuniti yang peka terhadap isu-isu komuniti serta menghormati, menyayangi antara satu sama lain.

Objektif ketiga, memupuk kerjasama strategik antara komuniti dengan sektor awam, sektor swasta dan NGO dalam membangunkan komuniti.

Keempat, melahirkan lebih ramai pemimpin dan sukarelawan dalam kalangan komuniti perumahan tersebut dengan lapan kluster. Apakah klusternya, iaitu:

(i) infrastruktur dan penyelenggaraan;

(ii) kebersihan alam sekitar;

(iii) keselamatan;

(iv) pendidikan dan kemahiran;

(v) keprihatinan terhadap kanak-kanak, warga emas, OKU. The marginalised group; dan

(vi) daripada segi ekonomi, sosial, sukan dan rekreasi.

This are the activities pelaksanaan. Following that, kita telah membentuk Sekretariat Muafakat Komuniti yang terdiri daripada pegawai-pegawai daripada KPKT yang membentuk satu Sekretariat Muafakat Komuniti yang terdiri daripada tiga orang

final • 1:50 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

pegawai daripada KPKT untuk membantu komuniti di situ menyelenggarakan harta mereka di situ agar tidak ada vandalism dan menguruskan kewangan.

Ini kita memberi latihan bimbingan dan coaching, okey. Selepas itu, extension of all of what I mentioned just now, dengan izin, adalah untuk merakyatkan dasar ini agar sampai ke akar umbi. Tak guna kalau kita ada polisi tidak sampai ke akar umbi.

Jadi oleh sebab itu, kita harus menyampaikan kepada akar umbi yang mana harus timbulnya pembentukan pelantikan Penggerak Komuniti Tempatan bukan Penggerak Komuniti Negara. Penggerak Komuniti Negara NGO, Penggerak Komuniti Tempatan lahir daripada Dasar Komuniti Negara.

final • 1:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri boleh saya hendak bertanya soalan sedikit.

final • 1:50 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

*It is extension of this program, okey.

So, let me finish first okey.*

final • 1:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Okey, baik.

final • 1:50 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Selepas itu, Penggerak Komuniti Tempatan ini dilantik bawah Jabatan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan disaring melalui permohonan dan ada syarat-syarat dia lah. Selepas itu mereka juga ini diberikan KPI.

KPI untuk melaksanakan seperti saya sebut antaranya- tetapi untuk first phase ini KPI mereka termasuklah KPI untuk memastikan mereka membuat kempen pembudayaan norma baharu dalam situasi COVID-19 ini.

Jadi, rakyat di bawah sana akar umbi harus faham apa yang kerajaan sampaikan dalam berita-berita. In yang kita buat iaitu pembudayaan norma baharu.

Mereka juga harus membentuk Bomba Komuniti yang mana penting untuk keselamatan mereka dalam kawasan sekiranya ada kebakaran dan sebagainya Bomba Komuniti akan menjadi first responder.

final • 1:50 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Ketiga, adalah untuk membuat demonstrasi pencegah kebakaran, terutamanya di kalangan suri rumah yang mana selalu meluangkan masa di dapur. Apabila ada kebakaran, suri rumah takut, lari dan membuatkan lebih banyak lagi kerugian. Jadi, kita trained suri rumah bagaimana hendak mematikan api bila sekiranya ada kebakaran di dalam dapur.

Keempat, Program Trash to Cash untuk...

final • 2:00 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Minta laluan.

final • 2:00 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

...Mengangkat Dasar Kebersihan Negara bahawa KPKT yang bertanggungjawab daripada segi pembersihan negara.

Trash to cash, bagaimana untuk menjadikan kewangan daripada sampah. Kita latih mereka dan kita juga buat inisiatif ZeCOMM yang mana untuk membantu mereka daripada segi ekonomi dan...

final • 2:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, minta habiskan Yang Berhormat.

final • 2:00 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Minta sedikit penjelasan Yang Berhormat.

final • 2:00 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

...Mengurangkan sampah di situ. Ini adalah...

final • 2:00 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Ipoh Timur.

final • 2:00 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

...Perkara-perkara yang kita buat.

KPKT ini juga bertanggungjawab untuk membuat program-program dan melahirkan pemimpin di kawasan-kawasan perumahan terutamanya. Untuk ini, bendanya bukan one-off grant. Geran ini adalah untuk pengurusan dan juga untuk aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh penggerak komuniti tempatan. Jadi, saya cuma hendak sebut di sini, semua Ahli-ahli Yang Berhormat di sini digalakkan untuk bersama-sama dengan penggerak komuniti tempatan untuk membuat program dalam kawasan masing-masing, tidak menjadi masalah.

final • 2:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri.

final • 2:00 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Terbuka kepada sesiapa sahaja.

final • 2:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Penjelasan.

final • 2:00 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Minta penjelasan.

final • 2:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Masa sudah habis.

final • 2:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, penjelasan.

final • 2:00 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Jadi, saya dengan itu saya hendak memberi penjelasan yang penuh mengenai...

final • 2:00 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Yang Berhormat Menteri minta penjelasan.

final • 2:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan sedikit.

final • 2:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Masa sudah habis.

final • 2:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Adakah itu lantikan politik, Yang Berhormat Menteri? Adakah itu lantikan politik?

final • 2:00 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Kenapa...

final • 2:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Masa sudah habis.

final • 2:00 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

...Mereka membuat permohonan dengan mematuhi syarat-syarat...

final • 2:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri. Kena turn on the mic, turn on the mic, tidak dengar, tidak dengar.

final • 2:00 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Ya, ya, ya.

final • 2:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Turn on the mic.

final • 2:00 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Bagilah mic.

final • 2:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tamatkan.

final • 2:00 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Last fasal tadi, bertanya fasal itu, mereka membuat permohonan ke Jabatan Kerajaan Tempatan di bawah KPKT dan disaring di situ.

final • 2:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Akan tetapi memang bolehlah lantikan daripada politik...

[Sistem pembesar suara dimatikan]

final • 2:00 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Yang Berhormat, yang dapat semua yang sokong Menteri sahaja.

final • 2:00 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 2:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, terima kasih.

final • 2:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, turn on the mic.

final • 2:00 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Terima kasih.

final • 2:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri tidak boleh macam itu...

[Sistem pembesar suara dimatikan]

final • 2:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya sekarang menjemput Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar.

final • 2:00 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Tuan Yang di-Pertua, satu minit. Minta maaf, saya fikir pendirian Tuan Yang di-Pertua begitu keras sehinggakan puluhan orang hendak suara hal yang menjadi kontroversi Malaysia, dua minit begitu penting bagi Tuan Yang di-Pertua.

Tolong fikir bahawa tempat ini, saya ulang, bukan tempat untuk dengar sahaja tetapi untuk bahas. Akan tetapi kalau Tuan Yang di-Pertua sampai keras begini, tidak ada kelonggaran, lima minit pun, apakah ini yang jadi?

final • 2:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

final • 2:00 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Beberapa orang yang bangun hendak cakap pun tidak boleh.

final • 2:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, begini Yang Berhormat.

final • 2:00 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Bagi ruang Yang Berhormat jawab.

final • 2:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya faham. Yang Berhormat begini...

final • 2:00 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Tuan Yang di-Pertua- maaf, selalu sebut “faham”, tetapi sebenarnya tidak faham!

final • 2:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya faham. Saya rasa Yang Berhormat yang tidak faham.

final • 2:00 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Kalau faham, beri sedikit kelonggaran lima minit, tujuh minit, tidak boleh?

final • 2:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat begini, perbahasan sudah tamat.

Sekarang waktu...

final • 2:00 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Apakah pula tamat? Orang bangun, tidak boleh jawab, kalau disoal, apakah yang tamat?

final • 2:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang waktu menjawab.

final • 2:00 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

KPKT tidak habis lagi.

final • 2:00 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Isu penting Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:00 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Saya tidak setuju Tuan Yang di-Pertua ambil sikap terlalu keras, menghalang Ahli-ahli Yang Berhormat membangkitkan isu penting...

[Tepuk] Saya bantah kali pertama dengan keras sebab saya fikir isu yang hendak dibangkit, biarlah bagi ruang kepada Yang Berhormat Menteri jawab.

final • 2:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat begini.

final • 2:00 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Lima minit extra pun jadi masalah.

final • 2:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Perbahasan sudah tamat, sekarang waktu winding up, nombor satu. Pencelahan cuma- mengikut peraturan mesyuarat, pencelahan cuma untuk penjelasan dan bukan untuk perbahasan lagi.

final • 2:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Menteri tidak bagi tanya soalan pun.

final • 2:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tadi perbahasan sudah berlaku, sekarang masa menjawab.

final • 2:00 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Bukan baru hendak tanya, minta penjelasan sahaja Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang masa menjawab. Ya, sekarang masa menjawab.

final • 2:00 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Bukan perkara yang baharu.

final • 2:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kita beri peluang kepada Menteri untuk menjawab.

Kalau ada orang...

final • 2:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Mohon Tuan Yang di-Pertua bagi lima minit.

Lima minit boleh? Isu ini penting, Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tolong dengar saya, boleh tidak? Saya cakap ini. Kalau ada Yang Berhormat yang ingin mencelah untuk meminta penjelasan dan sekiranya dibenarkan oleh Yang Berhormat Menteri, maka itu boleh dibuat. Kalau tidak dibenarkan, maka tidak boleh dibuat. Kalaupun dibenarkan, cuma untuk penjelasan, bukan perbahasan lagi. Perbahasan sudah tamat. Menteri sudah dengar semua perbahasan dan sekarang waktu Menteri untuk menjawab, itu caranya Yang Berhormat Port Dickson.

Maaf, bukan saya tidak faham, saya faham.

final • 2:00 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Terima kasih. Kalau faham, apakah Tuan Yang di-Pertua tahu Yang Berhormat minta penjelasan atau tidak?

final • 2:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya...

final • 2:00 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Tuan Yang di-Pertua menghalang Yang Berhormat dari mempersoalkan, padahal saya lihat Menteri sedia

final • 2:00 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

jawab. Sebaiknya dalam hal itu kita bagi ruang- penjelasan kepada Menteri, dia tengah jawab.

final • 2:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri sudah jawab, masa sudah habis.

final • 2:00 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Dia tengah jawab. Tuan Yang di-Pertua kata, “Berhenti-henti”, “Sudah time, time”. Ini Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja time keeper tetapi Tuan Yang di-Pertua...

final • 2:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak, saya minta Yang Berhormat Menteri ringkaskan kerana masa sudah tamat. Kalau ada lagi penjelasan yang perlu, maka ia perlu dibuat secara lainlah sebab sudah tidak ada masa lagi.

Sekarang saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar, 20 minit.

final • 2:00 PM

Menteri Pembangunan Luar Bandar - Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:05 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya hendak ingatkan bahawa perbahasan sudah tamat sebenarnya. Sekarang masa menjawab dan apabila hendak ditanya penjelasan, kalau dibenarkan, baru boleh penjelasan itu diminta. Itu cara kita buat, cara kita conduct.

final • 2:05 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:05 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tolong. Silakan Yang Berhormat.

final • 2:05 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Bukan semua orang dapat peluang untuk berbahas. So, inilah peluang kita hendak tanya soalan, itu pun tidak dapat, macam mana?

final • 2:05 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bukan, itu yang silapnya. Itu yang awak silap, Yang Berhormat. Peluang hendak tanya soalan ialah masa perbahasan, sekarang ini cuma peluang untuk meminta penjelasan, sekiranya dibenarkan.

final • 2:05 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Kita tidak dapat peluang. Kita tidak dapat peluang, Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:05 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau Menteri tidak bagi peluang, apa yang saya boleh buat.

final • 2:05 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Hanya 80 orang sahaja diberi peluang.

final • 2:05 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ini pun dah waste time. Silakan Yang Berhormat.

final • 2:05 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di- Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Tidak semua berpeluang berbahas, Tuan Yang di-Pertua.

Oleh sebab had masa...

final • 2:05 PM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Semasa perbahasan Peringkat Dasar Belanjawan 2021...

final • 2:05 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Kami orang-orang yang tidak bernasib baik.

final • 2:05 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Ini perkara yang telah kita tekankan.

final • 2:05 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Tidak ada peluang berbahas di dalam Dewan ini. Adakah suara kami tidak mahu didengar?

final • 2:05 PM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Kami mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat seramai 16 orang yang telah sudi berbahas dan mengajukan beberapa pertanyaan, isu, cadangan mahupun juga pandangan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Saya ucapkan banyak- banyak terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya rumuskan pertanyaan dan cadangan 16 orang Ahli Yang Berhormat ini kepada empat perkara. Pertama, Program Infrastruktur Luar Bandar yang terdiri dari jalan luar bandar, bekalan elektrik luar bandar dan juga bekalan air luar bandar. Mereka yang mengutarakan persoalan-persoalan tersebut Yang Berhormat

final • 2:05 PM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Papar, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Sipitang, Yang Berhormat Baram, Yang Berhormat Tanjong Manis dan Yang Berhormat Lubuk Antu.

Yang Berhormat Papar ada tidak? Kalau tidak ada, saya minta izin untuk saya upload dalam website Parlimen sebentar lagi.

Yang Berhormat Hulu Rajang, kawan saya. Saya sudah pergi ke kawasan- ada?

Mohon secara bertulis.

Yang Berhormat Baram, mohon secara bertulis.

Yang Berhormat Tanjong Manis, mohon secara bertulis.

Yang Berhormat Lubuk Antu, mohon secara bertulis.

Yang Berhormat Kota Belud, mohon secara bertulis.

Yang Berhormat Libaran, saya mohon secara bertulis.

Yang Berhormat Sipitang, saya mohon secara bertulis.

Hal Ehwal Orang Asli, Yang Berhormat Cameron Highlands? Mohon secara bertulis.

Perkara-perkara mengenai kebun getah, RISDA, ada? Tidak apa, relaks, saya tunggu, Yang Berhormat, Yang Berhormat Jempol.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang dibangkitkan oleh RISDA iaitu Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Parit dan Yang Berhormat Sik- isu yang disentuh adalah mengenai pendaftaran Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dan juga pendaftaran Kad Permit Autoriti Transaksi- Getah (PAT-G) dilaksanakan sepenuhnya oleh Lembaga Getah Malaysia di bawah seliaan Kementerian Perindustrian Utama dan Komoditi

(MPIC).

final • 2:05 PM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

RISDA pula bertindak sebagai pemudah cara iaitu menerima borang-borang permohonan daripada pekebun kecil yang memang RISDA- urus dan kawal selia, kemudian dikemukakan kepada LGM untuk proses semakan, kelulusan dan pembayaran.

Program Aktiviti Ekonomi Tambahan ini, kerajaan melalui RISDA akan terus membantu lebih ramai lagi pekebun kecil di seluruh negara. Detail berapa banyak kita dapat itu, Tuan Yang di-Pertua belum dapat kita pastikan. Tahun lepas kita dapat RM20 juta, kita harap dengan suasana COVID-19 ini ia akan dapat menambah peruntukan yang lebih supaya ia dapat memberi manfaat kepada lebih ramai lagi pekebun kecil. Setakat ini 22,500 orang pekebun kecil yang telah menerima manfaat. Yang Berhormat Jempol ada hendak tanya?

final • 2:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sik ada hendak tanya.

final • 2:10 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Jadi saya amat mengalu-alukan isu insentif getah ini kerana di bawah sana masih ada lagi mereka yang tertunggak daripada segi IPG. IPG ini dibayar selalunya dalam kadar yang segera. Apa yang saya bangkitkan masih ramai pekebun kecil tidak memperoleh tuntutan wang daripada IPG, itu isu yang saya bangkitkan. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

final • 2:10 PM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, saya pasti semasa Yang Berhormat Menteri Kuala Nerus nanti, dia akan menjawab isu tersebut.

final • 2:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Boleh Menteri? Sik ada sedikit penjelasan.

final • 2:10 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Yang Berhormat Menteri, sedikit Yang Berhormat Menteri. Hang Tuah Jaya.

final • 2:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

final • 2:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sik, dahulu ya.

final • 2:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Siapakah? Sorry!

final • 2:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri, Sik ada sedikit penjelasan.

final • 2:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Sik dahulu. Maaf, maaf, maaf, Yang Berhormat Sik.

final • 2:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Berkaitan dengan soalan saya daripada segi penyelarasan kad yang dikeluarkan kepada pekebun kecil, bermakna sekarang kad itu perlu dimohon kepada RISDA dan juga perlu dipohon melalui LGM. Jadi adakah pihak kementerian melihat perlu ada koordinasi dan juga disatukan pengeluaran kad ini sebab lebih mudah untuk proses-proses yang melibatkan kawasan-kawasan yang tidak ada pejabat LGM dan sebagainya? Terima kasih.

final • 2:10 PM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Terima kasih, cadangan Yang Berhormat Sik itu boleh masuk dalam ucapan saya. Terima kasih. Akhir sekali...

final • 2:10 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Hang Tuah Jaya sedikit, Yang Berhormat Menteri.

final • 2:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

final • 2:10 PM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Ya.

final • 2:10 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat sebut tadi untuk Insentif Pengeluaran Getah ini koordinasinya ialah peranan RISDA itu adalah untuk menerima borang-borang daripada pekebun kecil. Adakah di sana terdapat data berapa ramai pekebun kecil yang mengambil pendekatan menghantar borang permohonan ini kerana kita tahu bahawa cabarannya ialah kadang-kadang oleh sebab masalah logistik, mereka tidak mampu untuk kemukakan borang ini kerana kos untuk pergi ke pejabat ini lebih mahal daripada mendapat tuntutan ini. Jadi, bagaimana kementerian Yang Berhormat dengan MPIC menyelaraskan perkara ini supaya ia dapat value for money, dengan izin.

Terima kasih.

final • 2:10 PM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Tidak apa, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Kita ambil pandangan yang positif kerana orang yang mempunyai kebun getah dengan penoreh getah itu kadang-kadang adalah orang berbeza. Orang mempunyai kebun getah itu constant kita ada data. Mereka dapat bantuan Ses daripada RISDA, bantuan pelbagai tetapi orang yang menoreh getah itu bertukar-tukar. Time getah tidak berapa bagus, tidak ramai orang hendak toreh.

Jadi RISDA ada di mana-mana, ada pokok getah ada RISDA tetapi tidak semestinya pokok getah ada Lembaga Getah itu ada. Oleh sebab itu kita memerlukan koordinasi. Saya terima cadangan Yang Berhormat, saya sudah pun jumpa dengan Ketua Pengarah LGM, sudah adapun perjumpaan di antara saya dengan Yang Berhormat Jerantut yang juga Chairman kepada LGM. Tidak apa, itu cadangan yang baik. Kepada yang lain-lain itu saya ingat boleh Tuan Yang di-Pertua saya masukkan ke dalam jawapan bertulis. Terima kasih banyak-banyak.

final • 2:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Seterusnya saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan untuk menjawab.

final • 2:10 PM

Menteri Wilayah Persekutuan - Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 2:15 PM

Tuan Yang di-Pertua

Walaikumsalam.

final • 2:15 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Tuan Yang di- Pertua, banyak Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan perkara-perkara yang berkaitan dengan Kementerian Wilayah Persekutuan, antaranya ialah Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Tanjong Karang dan beberapa orang lagi.

Jawapan terperinci akan saya serahkan kepada Tuan Yang di-Pertua untuk benefit semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanya. Saya akan menyampaikan penggulungan secara Executive Summary bagi tajuk-tajuk yang telah dibangkitkan.

Tuan Yang di-Pertua, Kuala Lumpur khususnya pusat-pusat bandar termasuk Pusat Bandar Labuan dan Putrajaya pusat perniagaan yang menarik dan berdaya maju namun tidak mudah untuk bakal usahawan terutama di kalangan anak muda untuk

final • 2:15 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

mendapatkan peluang perniagaan terutama dalam mencari tempat yang strategik di tengah-tengah kota.

Beberapa Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan soal isu peluang kepada penjaja dan peniaga kecil. Kementerian Wilayah Persekutuan berpandangan anak-anak muda kelompok yang berpotensi tinggi untuk mencebur diri dalam bidang keusahawanan. Anak-anak muda di bandar perlu digalakkan dan perlu diberikan peluang yang luas untuk berniaga.

Justeru Kementerian Wilayah Persekutuan telah melancarkan satu pendekatan proaktif bagi membantu usahawan anak muda kota yang mana telah dilancarkan beberapa bulan yang lalu. Program ini dinamakan Program Pembangunan Usahawan Muda Kota (UMK).

Tujuannya memberikan peluang kepada generasi belia dengan memperbanyakkan kawasan perniagaan di lokasi-lokasi yang strategik dan menjadi tumpuan pelanggan khususnya di Pusat Bandar Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Untuk makluman sehingga kini, 1,122 ruang niaga telah dikenal pasti dan di mana 234 telah pun diberikan kepada belia-belia anak-anak muda kota di Kuala Lumpur dan 64 ruang niaga telah ditawarkan kepada anak-anak muda di sekitar Putrajaya.

Dalam walkabout saya, saya telah mengenal pasti beberapa buah tempat lagi yang akan kita bukakan sebagai tempat bagi anak-anak muda Kuala Lumpur berniaga antaranya termasuklah di Jalan Melayu, Jalan Haji Taib di sekitar Chow Kit, Jalan Alor di Bukit Bintang, di sekitar Little India di Brickfields, di Jalan Raja Bot, Jalan Raja Uda Kampung Baru dan Presint Diplomatik, Putrajaya. Kementerian berharap akan dapat menawarkan kira-kira 2,000 buah tempat baru untuk berniaga yang dikhususkan untuk anak-anak muda di Wilayah Persekutuan memulakan perniagaan.

Tuan Yang di-Pertua, penularan wabak COVID-19 telah memberikan impak amat besar kepada warga kota dan warga Wilayah Persekutuan pada umumnya. Ramai yang dilanda kesempitan hidup akibat daripada hilang pekerjaan atau susutnya pendapatan keluarga. Kementerian Wilayah Persekutuan merasakan usaha di luar kotak perlu dilakukan. Warga Wilayah Persekutuan perlu dibantu dan diberi ruang untuk menambah pendapatan mereka.

Justeru untuk membantu warga Wilayah Persekutuan menambah pendapatan, kementerian telah melancarkan inisiatif, ‘Wilayah Bebas Berniaga (WBB)’ yang membenarkan warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk mengadakan aktiviti perniagaan di mana sahaja dalam Wilayah Persekutuan tertakluk kepada peraturan- peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.

Inisiatif ini adalah diharapkan dapat meringankan beban warga kota yang terjejas sumber pendapatannya berikutan penularan virus COVID-19. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Labuan dan juga Perbadanan Putrajaya telah diarahkan untuk merealisasikan inisiatif ini dengan memudahkan proses permohonan lesen, memendekkan masa kelulusan dan memberi percuma atau mengecualikan fi bagi lesen- lesen yang berkenaan.

final • 2:15 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Misalnya Tuan Yang di-Pertua, di Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melancarkan Lesen Sementara KL Prihatin yang membenarkan aktiviti perniagaan penjaja di mana sahaja di Kuala Lumpur untuk tempoh selama enam bulan bermula 15 November 2020 sehingga 15 April 2021. Lesen ini suatu penambahbaikan kepada lesen permit penjaja waktu terhad yang dikeluarkan sebelum daripada ini.

Permohonan boleh dilakukan secara talian dengan mudah dan lesen boleh dicetak sendiri oleh pemohon dan kelulusannya diluluskan dalam tempoh 24 jam. Bagi pemohon yang menggunakan cara manual, lesen hendaklah diluluskan dalam tempoh tiga hari bagi membolehkan mereka memulakan perniagaan.

Untuk makluman, sehingga 23 November 2020, hampir 2,000 permohonan lesen telah diterima. Hampir separuh telah pun diluluskan dan seperempat lagi diluluskan bersyarat kerana permohonan berniaga di tempat yang tidak sesuai dan baki yang lain sedang diproses. Program ini diharap memberikan manfaat kepada kira-kira 3,000 buah keluarga di Wilayah Persekutuan untuk menambah pendapatan mereka.

Untuk makluman Yang Berhormat Seputeh- duduk dulu. Saya nampak sudah hendak bangun. Kebetulan memang hendak jawab Yang Berhormat Seputeh. Program Wilayah Bebas Berniaga ini tidak bermaksud penjaja boleh berniaga di mana-mana termasuk jalan hendak datang ke Parlimen kerana itu jalan protokol. Jalan protokol

final • 2:20 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

kawasan yang tidak dibenarkan aktiviti penjajaan dan jauh sama sekali pendekatan ini hendak menjadikan Kuala Lumpur seperti Ketereh seperti mana yang didakwa oleh Yang Berhormat Seputeh. Dalam hal tertentu, Ketereh sebenarnya lebih baik daripada Seputeh sebab wakil rakyatnya sentiasa mesra kepada penjaja kecil dan cakna kepada kesusahan rakyat dan wakil rakyatnya tidak pula meminta orang Ketereh meminum sesudu sawit untuk bertambah sihat.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, PPJ dan Perbadanan Labuan- Yang Berhormat Seputeh hendak bangun? Yang Berhormat Seputeh. Silakan.

final • 2:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ya.

final • 2:20 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Fasal takut-takut hendak bangun. Tidak usah takut, sila.

final • 2:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya sebagai wakil rakyat di Kuala Lumpur, pertama kali saya mesti kata saya faham tujuan DBKL dan juga Yang Berhormat Menteri untuk cuba membantu ramai yang tengah menganggur ini. Akan tetapi, kalau kita adakan theme macam Wilayah Bebas Berniaga, ini menghantar satu mesej yang salah.

Ini kerana selama ini saya sebagai Wakil Rakyat Kuala Lumpur, saya selalu menghadapi masalah di mana persatuan penduduk mengadu yang penjaja tanpa lesen buka gerai di sana sini. Jadi, wujudkan halangan trafik dan juga kekotoran dan sebagainya. Apabila mereka sudah buka gerai, susah hendak pindahkan mereka.

Sebenarnya saya hendak cadangkan kepada Yang Berhormat Menteri, jangan bagi mereka suka-suka pergi ke-satu tempat. Selepas itu, masuk di dalam laman web DBKL, “Oh, saya mahu tapak ini dan hendak buka gerai”. Biarlah wujudkan lebih pusat penjaja ataupun DBKL juga boleh mungkin sewa beberapa ruang kedai. Sekarang ada banyak kedai yang mana tidak ada orang sewa. Biarlah penjaja, mereka yang ingin berniaga itu masuk dalam tempat yang sesuai untuk berniaga dan bukan biar mereka suka-suka di tepi jalan jual durian dan suka-suka pergi jual sate di sana sini. Ini pandangan saya.

Saya berharap Yang Berhormat Menteri, ini Kuala Lumpur, Pusat Bandar Kuala Lumpur. Ini warga- Capital City, taraf antarabangsa. Bukan macam Ketereh tahu.

Kampung tahu. Suka-suka boleh buka satu buah meja di tempat, di tepi jalan tidak ada orang buat bising [Ketawa] Akan tetapi, di Kuala Lumpur bukan macam ini.

final • 2:20 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang Berhormat, berapa kali sudah sampai ke Ketereh?

[Ketawa] Nanti saya bagi tiket kapal terbang percuma ya, datang ke Ketereh sebab Yang Berhormat tidak pernah sampai ke Ketereh. Jadi, tidak usahlah merendah-rendahkan Ketereh. Ketereh itu tempatnya baik. Nanti Yang Berhormat datang bercuti di Ketereh. Saya belanja. No problem. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pontian ada mencadangkan agar Kampung Baru dijadikan pusat peniaga kecil yang termoden di negara ini dan dijadikan salah satu tumpuan pelancong antarabangsa. Sukalah saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, perancangan untuk membangunkan Kampung Baru diteruskan dan kerajaan ingin mengulangi komitmen bahawasanya Kampung Baru akan dimajukan dengan cara yang tertentu.

Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan yang semalam telah mengaturkan perbincangan khas dengan Kementerian Wilayah Persekutuan bagi merangka langkah-langkah segera dan proaktif untuk membangunkan Kampung Baru. Kampung Baru bukan hanya akan dibangunkan sebagai pusat peniaga kecil, tetapi kita ingin menjadikan Kampung Baru setaraf dan setara dengan kemajuan-kemajuan di sekitarnya.

Antara lain, Kampung Baru akan dihubungkan sistem pengangkutannya ataupun jalannya dengan lebuh raya sekitarnya, lebuh raya DUKE dan AKLEH. Kampung Baru baru juga akan dinaikkan taraf prasarananya. Kita telah merancang satu kaedah atau satu perancangan yang komprehensif untuk memajukan Kampung Baru sebagai kawasan residential dan juga kawasan komersial yang setara dengan kawasan-kawasan lain di sekitar Kuala Lumpur.

Namun begitu, saya faham tentang concern untuk memastikan Kampung Baru dibangunkan bagi menonjolkan identiti Melayu Kampung Baru dan karakter-karakter sebagai pusat pelancongan dan kebudayaan. Sukalah saya memberi jaminan bahawa Pelan Induk Pembangunan Kampung Baru 2020-2040 merancang beberapa

final • 2:20 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

pembangunan yang menonjolkan identiti Melayu Kampung Baru iaitu Kampung Baru Food Heaven, pusat pelancongan dan kebudayaan Melayu, Kampung Baru Shopping Street, tapak pelbagai guna Bazar Ramadhan, Grand Bazaar Jalan Raja Uda, Jalan Raja Bot dan beberapa lagi perancangan yang seumpama dengannya. Seperti mana yang saya katakan tadi, kerajaan akan tetap memajukan Kampung Baru. Namun, identiti Kampung Baru, pemilikan aset penduduk dan pemilik tanah di Kampung Baru serta aspek heritage Kampung Baru, insya-Allah tetap akan dipelihara.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kerana Yang Berhormat Pontian telah menyokong cadangan agar Putrajaya dijadikan pusat antarabangsa ilmu Al-Quran dengan terlaksananya cadangan kementerian membangunkan Quranic Village di Presint 14, Putrajaya.

Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, seperti mana yang kita maklum, Malaysia telah lama memainkan peranan meninggikan syiar agama di arena antarabangsa. Antaranya, sejak tahun 60-an, negara menjadi tuan rumah majlis musabaqah, tilawah dan menghafaz Al-Quran peringkat kebangsaan dan di peringkat antarabangsa. Kini di Putrajaya, telah terbina Kompleks Nasyrul Quran iaitu pusat menyalin dan mencetak Al-Quran yang terbesar di dunia selepas negara Arab Saudi.

Pembangunan Quranic Village ini merupakan kesinambungan kepada pembangunan Kompleks Nasyrul Quran yang telah terwujud di Putrajaya. Manakala Kompleks Nasyrul Quran dibina dengan tujuan sebagai pusat percetakan Al-Quran yang telah berjaya menjadi pusat percetakan yang terbesar. Quranic Village pula dirancang sebagai pembangunan yang akan mempamerkan konsep penghayatan terhadap isi dan kandungan Al-Quran.

Selain daripada pembangunan yang dirancang melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan, sebenarnya Quranic Village juga akan melibatkan pembangunan yang menggunakan dana wakaf dari dalam negara dan wakaf dari luar negara. Saya suka untuk menerangkan bahawa pembinaan Quranic Village juga turut membina satu lagi masjid untuk Putrajaya yang jumlah penduduknya telah meningkat dengan cukup ramai.

Masjid ini adalah akan dibina dengan reka bentuk dan fungsi tertentu yang bersesuaian dengan fungsi Quranic Village. Ia tidak akan menjadi gajah putih, insya-Allah, malah ia akan menjadi pusat ilmu Al-Quran yang unik dan pertama di dunia.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Labuan telah mengutarakan isu berkaitan dengan rumah kos rendah dan beberapa Ahli Yang Berhormat lain juga telah membangkitkan isu perumahan. Sukalah saya menjelaskan, Kementerian Wilayah Persekutuan menyasarkan untuk membina sebanyak 80 ribu unit rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun mulai tahun 2019 sehingga ke tahun 2028.

final • 2:20 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Sehingga November 2020, sebanyak 58,499 unit di 94 projek Residensi Wilayah sedang dan akan dibina di Kuala Lumpur. Sebanyak 54,479 unit kesemuanya manakala di Putrajaya sebanyak 2,908 unit sedang dalam pembinaan dan di Labuan sebanyak 1,112 unit. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 16,079 unit rumah iaitu di 27 projek telah pun siap dibina dan yang lain-lainnya masih dalam pembinaan. Apa yang ingin saya tekankan di sini, kita membuat sedikit polisi adjustment kerana didapati rumah mampu milik yang ditakrifkan rumah yang berharga RM300 ribu didapati belum mampu oleh sebahagian besar penduduk di Kuala Lumpur.

Oleh yang demikian, dasar baharu ialah untuk membina atau melaksanakan program Residensi Prihatin iaitu unit-unit rumah yang mesti berharga RM200 ribu ke bawah bagi membolehkan golongan berpendapatan rendah terutamanya kelompok B40 dapat membeli rumah-rumah berkenaan. Sebanyak 10 ribu unit residensi prihatin disasarkan untuk disiapkan dalam tempoh tiga tahun. Program Perumahan Mampu Milik turut dilaksanakan sememangnya di Wilayah Persekutuan Labuan. Sehingga tahun ini, sebanyak 1,112 unit iaitu tiga projek residensi wilayah telah pun siap di Labuan manakala Perbadanan Labuan juga telah menyediakan unit-unit rumah yang disewakan di Taman Perumahan LDA dan Taman Mutiara pada kadar yang berpatutan.

Kementerian sedang mengkaji kemungkinan melaksanakan program Residensi Prihatin di Labuan tertakluk kepada ketersediaan tapak dan ada pemaju yang sesuai.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Labuan membangkitkan isu mengenai Jambatan Labuan Menumbok, Sabah. Izinkan saya menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada rakyat Sabah terutamanya yang telah memberikan kepercayaan kepada perubahan pentadbiran negeri pada Pilihan Raya Negeri Sabah yang lepas dengan memungkinkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membentuk kerajaan.

final • 2:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Sejajar dengan semangat Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963, kerajaan Perikatan Nasional komited untuk membangunkan Sabah dan Sarawak sesuai dengan potensi dan kedudukan yang strategik dalam pembangunan serantau dan juga global.

Dalam hubungan ini, Labuan sebagai suatu entiti Wilayah Persekutuan yang amat berpotensi untuk dimajukan. Bukan sekadar sebagai pusat kewangan luar pesisir, Labuan berkemampuan meluaskan rangka kemajuan secara bersepadu khususnya sebagai hab logistik, hab pengangkutan udara, oil and gas dan juga pelancongan.

Oleh itu pembinaan jambatan dijangka menjadi game changer yang penting di dalam rangka membuka peluang yang lebih besar untuk menjadikannya pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi Labuan, Sabah dan Sarawak. Selain daripada itu, jambatan ini boleh meningkatkan jaringan ke-salinghubungan yang terhasil apabila ia disambungkan dengan pembinaan Pan Borneo Highway. Oleh yang demikian, Jemaah Menteri pada 9 September 2020 telah bersetuju dengan Kertas Memorandum Bersama Jemaah Menteri oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Kerja Raya mengenai cadangan pembinaan jambatan Labuan, Sabah dilaksanakan secara kerjasama awam/swasta ataupun public private partnership. Beberapa buah syarikat swasta telah menunjukkan minat dan hasrat untuk terlibat dalam pembinaan jambatan ini. Kedua-dua kementerian kini dalam usaha melaksanakan proses request for proposal sebelum akhir tahun ini.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, ahli Yang Berhormat Labuan telah membangkitkan tentang susutnya peruntukan atau geran belanja mengurus yang diperuntukkan kepada Perbadanan Labuan. Kita ingin memberi jaminan kekurangan ini akan dapat kita tampung ataupun kita atasi dengan beberapa langkah untuk kita memperkemaskan susunan dan pentadbiran Perbadanan Labuan. Di samping itu, Labuan kita akan menggalakkan penyertaan sektor swasta secara lebih meluas lagi.

Yang pastinya pengurangan ini sama sekali tidak akan menjejaskan perkara-perkara strategik dan juga kebajikan para kakitangan.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Segambut telah membangkitkan tentang perkara-perkara berkaitan dengan banjir kilat yang berlaku di Kuala Lumpur khususnya di sepanjang Lembangan Sungai Toba dan Sungai Keroh dalam Parlimen Segambut. Sukalah saya memberikan jaminan bahawa Dewan Bandaraya telah pun diarahkan supaya mengambil langkah secara berterusan untuk mengatasi masalah ini. Kita juga telah mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melaksanakan suatu bentuk early warning system agar banjir kilat yang menjejaskan warga kota dapat dilaksanakan. Secara spesifik, untuk makluman Yang Berhormat Segambut, Sungai Toba dan Sungai Keroh, Sungai Toba adalah di bawah seliaan DBKL manakala Sungai Keroh adalah di bawah seliaan JPS.

Dalam hal ini DBKL dan JPS sentiasa mengadakan perbincangan dan rangka perancangan mitigasi banjir kilat. Bagi mengatasi banjir kawasan tadahan Sungai Toba, DBKL telah melaksanakan banyak tindakan. Antara lain menaikkan taraf sistem perparitan kawasan Parlimen Segambut dengan peruntukan RM1.6 juta, membina kolam takungan tadahan banjir ataupun on-site detention di Taman SPKK Segambut dengan peruntukan RM4.8 juta dan di Segambut Bahagia dengan peruntukan RM9 juta serta pengorekan pasir secara berkala dan berterusan.

Akhir sekali kita ingin memberi jaminan langkah-langkah untuk memastikan Kuala Lumpur tidak berterusan menerima kesan buruk daripada banjir kilat akan diteruskan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, semua persoalan sudah dijawab, bajet disokong sebulat suara, agar terbela rakyat yang susah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumusalam. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan. Seterusnya saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan.

final • 2:30 PM

Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Menteri Belia dan Sukan

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 yang menyentuh isu-isu di bawah tanggungjawab dan kawal seliaan Kementerian Belia dan Sukan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian hanyalah lima orang

final • 2:37 PM

Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Menteri Belia dan Sukan

iaitu Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat Tangga Batu dan Yang Berhormat Hulu Selangor.

Izinkan saya untuk memberi respons dan maklum balas kepada beberapa perkara yang spesifik yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Bukit Mertajam membangkitkan berkaitan dengan geran khas kepada Persatuan Sukan Kebangsaan.

Untuk makluman, Kementerian Belia dan Sukan telah pun menyediakan sebanyak RM10 juta melalui Inisiatif Prihatin Sukan ataupun IPS 2020 yang telah dilancarkan pada Jun 2020 bagi membantu meringankan beban ekonomi yang dihadapi oleh Persatuan Sukan Kebangsaan khususnya yang terjejas berikutan perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan bermula daripada 18 Mac.

Sebanyak 1,369 kelulusan telah diberikan termasuk 160 kelulusan automatik bantuan pengurusan sukan kepada Persatuan Sukan Kebangsaan dan 1,028 kelulusan automatik pada badan pengurusan sukan, Persatuan Sukan Negeri. Selain daripada itu, kementerian melalui Majlis Sukan Negara juga telah membantu Persatuan Sukan Kebangsaan dengan melaksanakan pembayaran elaun guru besar dan juga pegawai eksekutif sukan bagi tempoh enam bulan daripada Januari hingga Jun 2020 kepada Persatuan Sukan Kebangsaan yang terlibat dan bantuan yang sedemikian juga daripada bulan Julai hingga Disember 2020 yang telah pun diterima oleh Persatuan Sukan Kebangsaan dengan jumlah perbelanjaan keseluruhannya hampir mencecah RM300 ribu.

final • 2:37 PM

Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Menteri Belia dan Sukan

Untuk makluman Yang Berhormat juga, selain bantuan yang disediakan oleh kementerian dan MSN, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) juga telah menyediakan bantuan dana COVID-19 pada bulan April 2020 dan bantuan dana COVID-19 yang kedua pada bulan Oktober 2020 yang keseluruhannya berjumlah RM600 ribu bertujuan untuk membantu persatuan sukan kebangsaan di bawah naungannya menampung perbelanjaan terutama daripada segi pengurusan dan pentadbiran.

Yang Berhormat Bukit Mertajam juga bertanya berkenaan dengan peruntukan kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB). Untuk makluman Yang Berhormat, sememangnya daripada awal dahulu tiada peruntukan khusus yang pernah diluluskan di bawah Belanja Mengurus B.45 – KBS untuk kegunaan YAKEB.

Namun begitu, atas prinsip menjaga kebajikan bekas atlet, KBS telah menyalurkan RM250 ribu pada tahun 2018 dan pada tahun 2020 bila saya mengambil kepimpinan menerajui Kementerian Belia dan Sukan, sejumlah RM600 ribu diperuntukkan melalui Kumpulan Wang Amanah Sukan dan Jawatankuasa Pemberian Bantuan Jabatan Belia dan Sukan untuk disalurkan kepada YAKEB.

final • 2:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bangkitkan salah satu isu yang sangat besar dibincangkan khususnya dalam kalangan penggiat sukan bola sepak di mana laporan menunjukkan bahawa MFL bakal terkubur kerana hilang tajaan dalam RM40 juta. Tajaan daripada AirAsia, tajaan daripada Shopee, CIMB.

Apabila hilang tajaan ini, mereka juga tidak dapat membayar broadcasting fee kepada pasukan-pasukan bola sepak. Mereka telah pun mendesak beberapa kali supaya ada bantuan khas diberikan kepada industri bola sepak dan untuk industri bola sepak itu tetap boleh berjalan khususnya apabila kita telah pun membenarkan beberapa buah industri lain untuk bergerak dengan aktif. Saya berharap bahawa Yang Berhormat Menteri akan membincangkan perkara ini supaya dapat diselesaikan secepat mungkin.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Terima kasih Yang Berhormat Muar. Perkara ini tidak dibangkitkan sewaktu perbahasan tetapi saya akan jawab juga di akhir nanti.

Seterusnya, Yang Berhormat Hulu Selangor membangkitkan- agak spesifik soalan beliau. Ini berkaitan pembinaan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dan fasiliti. Yang Berhormat Hulu Selangor ada? Tak ada. Saya pohon untuk jawab secara bertulis.

Yang Berhormat Pontian? Yang Berhormat Pontian tak ada. Saya jawab secara bertulis. Yang Berhormat Pasir Mas? Seronok macam ini. Tak ada ya? Secara bertulis ya, Tuan Yang di-Pertua. Akhir sekali Yang Berhormat Tangga Batu. Tak ada?

Jadi, saya jawab soalan Yang Berhormat Muar lah.

final • 2:40 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Tuan Yang di-Pertua...

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Pada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Muar tadi, memang saya sebenarnya adalah sependapat bahawa COVID-19 ataupun keadaan yang berlaku ini adalah keadaan yang agak mencabar dan meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada industri sukan, apatah lagi industri sukan bola sepak.

Ini bukan hanya berlaku di Malaysia. Di seluruh dunia pun berlaku sebegitu.

Kalau di Australia, Qantas telah menarik balik penajaan kepada sukan yang paling popular iaitu sukan ragbi. Sebarang bentuk penajaan yang berbentuk kewangan. Liga di Thailand, Toyota juga telah mula menyatakan untuk menarik penajaan. Kalau di India, Liga Kriket yang ditaja sepenuhnya ataupun majoriti kebanyakan ditaja oleh Vivo juga menyaksikan penarikan. Ini tidak terkecuali yang berlaku di Malaysia. Sememangnya kita sudah ada bantuan awal yang telah kita salurkan kepada FAM.

Namun, sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, saya sudah jawab ketika mana sesi soal jawab lisan, secara peribadinya saya mengharapkan bahawa aktiviti sukan masih perlu diteruskan. Ini kerana menekan the pause button on sport ini satu penghantaran isyarat yang barangkali tidak tepat.

Maka sebab itulah di pihak kementerian, KBS, MSN bersama dengan pemegang taruh, kita sedang mengusahakan sebuah model tentang sport bubble yang akan dikemukakan kepada MKN. Salah satunya ialah kita hendak melihat model-model yang telah dilaksanakan di luar. Ada yang mula menerokai kaedah contohnya RTK Antigen. Ini kerana RTK Antigen ini dikatakan 90 percent reliability. Kalau di UK, di EPL, Kelab Hotspurs yang paling saya minati telah mula menerokai untuk menggunakan dipanggil breathalyzer, digunakan dengan meniup nafas dan ia dapat dikesan dalam tempoh seminit. In other word, Yang Berhormat, you test, you watch; you test, you can fly. Ini antara perkara yang saya akan bawa ke MKN. Ini kerana bola sepak kalau dalam isu marketing, dikatakan ada eyeball yang paling besar. Kalau setiap football match, eyeball-nya adalah dalam jumlah tujuh hingga lapan juta. Bayangkan kalau tidak ada tujuh hingga lapan juta yang menyaksikan, tentulah sekali ia akan menyebabkan kehilangan nilai komersial. Kalau syarikat-syarikat broadcast, they also will be struggling kerana mereka tidak ada content untuk dipertontonkan.

Maka sebab itulah saya sebagai Menteri Belia dan Sukan akan memperjuangkan, hendak pastikan tahun 2021 aktiviti sukan akan tetap diteruskan dan, insya-Allah, kita akan meyakinkan MKN dengan model sport bubble yang baharu. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri...

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Sibuti sedang menunggu sebenarnya.

final • 2:40 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Yang Berhormat Menteri.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Oh ya.

final • 2:40 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Bolehlah sambung yang akan ditanya Yang Berhormat Muar nanti. Saya mohon maaf kerana kesuntukan masa ketika berbahas.

Terlebih dahulu saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih, walaupun ketika pandemik COVID-19, Yang Berhormat Menteri mampu mengadakan libat urus dan juga engagement bersama dengan belia-belia di negeri Sarawak, terutamanya dalam bidang e-sports. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM16 juta. Saya ingin mengetahui agensi manakah untuk pengagihan RM16 juta ini?

Juga, saya tidak sempat bertanya, tentang masa depan Malaysia Future Leaders. Apa direction kerajaan, dengan izin, tentang Malaysia Future Leaders ini?

Kerana peruntukan masih lagi disalurkan untuk inisiatif ini.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Sekali lagi, tiada dalam perbahasan, tidak dibangkitkan tetapi saya boleh jelaskan bahawa MFLS yang diusahakan di bawah kepimpinan menteri yang terdahulu, Yang Berhormat Muar, memang diteruskan. Sebuah model yang amat baik yang membabitkan pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah, membabitkan semua lapisan. SBP ada, sekolah menengah kebangsaan ada, sekolah menengah ada. Cuma, pada waktu itu, mungkin

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Yang Berhormat Muar mungkin perasan ada satu kelompok sekolah sahaja yang mungkin terlepas pandang iaitu SMKA. Saya sudah masukkan SMKA ke dalam dan ia akan diteruskan.

Berkaitan dengan e-sports, ia benda yang sememangnya menjadi minat anak- anak muda. E-sports sekarang telah ada populasi hampir mencecah 20.1 juta. Saya juga mengambil pakai pelan tindakan yang dibuat oleh kepimpinan yang lalu bahawa e-sports ini saya lihat pada tiga aspek. Pertama adalah untuk pastikan ia sukan yang boleh disertai extensively oleh semua peringkat sama ada di bandar ataupun luar bandar.

Kedua, ia juga perlu dilihat sebagai satu sukan yang boleh ditonjolkan di kalangan pemain-pemain, atlet-atlet elit yang boleh mewakili negara dan akhirnya dapat menjulang nama negara dalam sukan-sukan seperti Sukan SEA yang kita ada Dr. Yew yang sudah mendapat pingat emas pertama. Baru ini dimaklumkan bahawa Vietnam telah menerima e-sports sebagai sukan yang akan dipertandingkan. Demikian juga di Sukan Asia, dan tidak mustahil kalau 2024 Paris Olympics akan menyaksikan sukan ini dimainkan.

Akan tetapi, perkara yang ketiga itu juga adalah penting iaitulah untuk tidak melihat bahawa anak-anak muda rakyat Malaysia kita hanya tertumpu untuk menjadi players kerana e-sports ini industri yang besar. So, kita hendak melihat pada aspek the spin-off economy. Contohnya, dalam e-sports itu sendiri ada game publisher, ada content creation, ada daripada segi broadcast, commentator dan bermacam-macam yang menyebabkan ia boleh menjadikan a new wealth creation to the young people. Jadi, ini adalah antara pendirian dan juga direction yang diambil oleh pihak KBS as a continuity of what Yang Berhormat Muar, to be honest, yang started dahulu. Terima kasih. Saya ucapkan terima kasih kepada semua...

final • 2:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Sedikit sahaja, Yang Berhormat Menteri.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Ya.

final • 2:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Sedikit sahaja. Saya faham dilema Yang Berhormat Menteri berada sekarang sebab tak mudah untuk menghidupkan industri sukan sambil berdepan dengan COVID-19 khususnya bagi konteks heavy sports seperti ragbi dan bola sepak.

final • 2:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Saya tahu ada keputusan mungkin di luar bidang kuasa Yang Berhormat Menteri, mungkin diletakkan di bawah MKN atau menteri-menteri yang lain. Cuma ada kerisauan sebab tadi bila kita bicarakan soal untuk menghidupkan sukan bola sepak, contact sport perlu ada mereka yang menonton tetapi untuk mereka menonton sukan perlu dibenarkan dahulu. Ada juga kita lihat berskala besar seperti MFL, ada juga pemilik- pemilik padang bola sepak yang tidak dapat beroperasi sekian lama. Saya faham ada SOP ketat yang perlu diikuti. Cuma, ada masalah sedikit apabila mereka lihat Anugerah Bintang Popular dibenarkan ataupun apabila ada kes COVID dekat padang main golf tetapi tetap dibenarkan selepas seminggu atau dua minggu tetapi bagi industri bola sepak tidak ada satu kes pun lagi dan mereka ikut piawaian yang agak ketat tetapi masih tidak dibenarkan.

Saya berharap Yang Berhormat Menteri dapat bincangkan perkara ini supaya dibenarkan secepat mungkin mengikut SOP yang ketat dalam mesyuarat MKN. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Ya, sebagaimana saya jawab tadi tetapi cuma saya hendak betulkan bahawa padang-padang komersial di benar beroperasi. Cuma, dengan SOP yang supaya tidak ada pertandingan waktu ini. Cuma, apa yang disebut tadi memang benar. Saya setuju sebab sukan tidak ada lagi so far setakat ini dikatakan kluster sukan. Apa yang kena pun kebanyakan datang daripada kluster lain. Secara logik akal sebab itulah saya perjuangkan agar gim dibenarkan buka.

Secara logik akal orang yang menjaga kesihatan dia, orang yang mengamalkan a healthy lifestyle tentu sekali orang itu akan menjadi pematuh yang paling hebat dan tinggi berkaitan dengan untuk tidak menyebarkan pandemik kepada yang lain.

Oleh sebab itulah saya menganggap bahawa kalau tinjauan saya ke bawah Yang Berhormat, contohnya Fitness First dengan Celebrity Fitness, the biggest gym chain yang ada di Malaysia, hampir 500, dia dalam tempoh selepas PKP Pemulihan ada sejumlah 600 ribu kunjungan, visit hanya ada satu sahaja kes, itu pun kes itu di report dari luar. Demikian juga kalau kita tengok EPL, memang benar Salah kena, dan saya pun suka biar dia kena tidak apa, tetapi dia dapat dari luar bukan daripada- dan EPL tidak

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

ditutup. Sebab itulah saya fikir bahawa model baharu sport bubble ini satu perkara yang mungkin dapat dipertimbangkan, dan insya-Allah saya akan perjuangkan perkara itu.

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan

Yang Berhormat Menteri bagi peluang satu.

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Okey.

final • 2:50 PM

Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan

Putatan ya. Ada kebetulan ambil kesempatan ada masa. Ya, tadi tentang sukan berbasikal, kemudahan velodrom. Pada musim yang lalu ada saya utarakan kepada Kementerian Belia dan Sukan dan ia dialu- alukan cadangan itu. Di mana di Sabah dan Sarawak velodrom ini belum ada. Kalau di Semenanjung ini kita sudah ada Rosman Alwi dan bermacam-macam bintang sukan berbasikal hingga ke taraf dunia pun sudah ada dan kemudahan velodrom itu sudah 50 tahun sudah ada tetapi dia belum ada di Sabah dan Sarawak. Jadi, bolehkah kementerian ini mengeluarkan satu langkah untuk lembaran baharu untuk Sabah dan Sarawak.

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Baik. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan

Ya, terima kasih.

final • 2:50 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

[Bangun]

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Saya sudah pernah jawab ketika saya ditemu bual di Planet Sukan. Saya dalam salah satu bidang sukan ini ialah soal pendemokrasian sukan melalui pewujudan kemudahan-kemudahan sukan yang lebih merata. Sememangnya saya melihat salah satu daripada tempatnya ialah Sabah dan Sarawak kerana keadaan geografinya yang luas. Akan tetapi, saya akan lihat semula dalam RMKe-12, dan insya-Allah kalau dalam soalan yang akan datang mungkin saya akan dapat jawab. Yang Berhormat kesian ada seorang Menteri...

[Disampuk]

final • 2:50 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Sahabat saya.

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

...Lagi hendak jawab...

[Disampuk]

final • 2:50 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Pendek sahaja, pendek.

Tambahan kepada Yang Berhormat daripada Putatan tadi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan sukan ini, sewaktu Yang Berhormat Muar menjadi menteri dahulu, belia-belia dari Sabah pernah mengutarakan tentang isu tiada fasiliti sukan bermotor di negeri Sabah dan Sarawak. So, inilah di antara dua buah negeri yang langsung tidak ada fasiliti ini dan in fact di Sabah dahulu kita telah dapat persetujuan daripada KKIP untuk memberikan tanah kepada mereka untuk...

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Baik Yang Berhormat. Rasanya ini perkara ini baharu tetapi saya beri jaminan.

final • 2:50 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Okey.

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Saya beri contoh ya, saya pergi ketika pilihan raya, saya tengok bahawa tidak ada Akademi Tunas di Kota Belud dan juga fasiliti dan berjumpa dengan Matlan Marjan bekas pemain negara yang dari Sabah.

final • 2:50 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Saya minta dipertimbangkan.

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Saya terus memberi kelulusan untuk pastikan macam saya sebut tadi pendemokrasian sukan juga akan merata sampai ke negeri Sabah.

final • 2:50 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Terima kasih.

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Terima kasih.

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Akhir sekali untuk hari ini saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri Tenaga dan Sumber Asli sehingga pukul 3.15 petang, kalau boleh.

final • 2:50 PM

Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Kementerian ini merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan sembilan Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli sepanjang perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021. Saya akan menjawab ke atas Perbahasan Belanjawan ini di peringkat dasar mengikut empat isu iaitu mineral, perhutanan, perhilitan dan juga tenaga.

Yang Berhormat Pontian mohon kerajaan menggali khazanah bumi di Malaysia yang bernilai trilion ringgit dan mengaktifkan Majlis Mineral Negara, hasil hutan wajar dibahagi dengan baik agar kerajaan dapat hasil yang maksimum.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah bersetuju yang mengaktifkan semula Majlis Mineral Negara dan mesyuarat pertama dijangka akan diadakan pada penghujung tahun ini. Majlis Mineral Negara akan bertindak sebagai platform tertinggi melibatkan keahlian Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri di mana secara khususnya ia akan menjadi platform untuk menyelaras dasar dan menangani isu-isu berkaitan pembangunan industri mineral di negara ini.

Pada masa ini Kementerian Tenaga dan Sumber Asli juga sedang membangunkan pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021 sehingga 2030 yang ringkasnya TIM 2021-2030 yang akan merupakan sebuah dasar utama bertujuan untuk meningkatkan daya saing industri mineral dalam setiap rantaian nilai. Kementerian ini juga dalam tindakan melaksanakan pengezonan kawasan sumber mineral agar industri mineral dapat terus dibangunkan tanpa menjejaskan komitmen 50 peratus daripada keluasan tanah negara dikekalkan sebagai kawasan berhutan diliputi pokok-pokok.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut Perkara 74(2), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hutan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri yang mempunyai hak mutlak ke atas kawasan hutan. Kerajaan negeri juga mempunyai kuasa untuk mengeluarkan lesen mengambil hasil hutan dari Hutan Simpanan Kekal sebagaimana peruntukan seksyen di bawah Bab II – Lesen Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313]. Kutipan hasil hutan kepada kerajaan negeri diperoleh daripada pembayaran royalti, premium, ses kompaun kesalahan hutan, pampasan dan lain-lain, caj atau fi. Penetapan kadar royalti, premium dan ses mengikut ketetapan negeri masing- masing.

Yang Berhormat Sik memohon kerajaan memperuntukkan sejumlah RM170 juta kepada Kerajaan Negeri Kedah sebagai pampasan susulan antaranya mengekalkan Hutan Simpan Ulu Muda sebagai kawasan tadahan air. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan tidak menyediakan sebarang peruntukan khas kepada Kerajaan Negeri Kedah sebagai pampasan bagi pengekalan hutan simpan kekal. Bagi membantu kerajaan negeri melindungi dan menguruskan kawasan ini, kementerian telah memohon peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas, termasuk bagi menyediakan Pelan Tindakan Pengurusan Taman Negara, Ulu Muda, pembangunan infrastruktur yang berkaitan pembangunan modal insan serta peningkatan kesedaran masyarakat.

Dalam ucapan Belanjawan baru-baru ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM70 juta di bawah instrumen Ecological Fiscal Transfer of Biodiversity Conservation (EFT) sebagai inisiatif tambahan kepada kerajaan-kerajaan negeri untuk melaksanakan program dan projek bagi menjamin kelestarian biodiversiti. Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM60 juta untuk inisiatif yang sama pada tahun 2019. Peruntukan ini diagih kepada kerajaan-kerajaan negeri melalui pemberian berdasarkan tahap pembangunan ekonomi, infrastruktur dan kesejahteraan hidup tahap. Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan bekerjasama untuk meneroka pelbagai instrumen baharu kewangan bagi mendapat dana konservasi termasuk melalui mekanisme RED plus. Tuan Yang di-Pertua, saya menjawab juga pertanyaan Yang Berhormat Jerantut yang memohon kerajaan beri pengurusan Taman Negara kepada perbadanan- perbadanan yang diwujudkan oleh kerajaan negeri agar ia dapat ditambahnilaikan dengan aset-aset yang sedia ada untuk pengembangan ekonomi di satu-satu kawasan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Taman Negara diwujudkan bagi konservasi alam semula jadi menjadikan pendidikan dan aktiviti ekopelancongan yang memberi faedah kepada masyarakat setempat. Terdapat beberapa kategori pentadbiran urus Taman Negara di Semenanjung Malaysia di bawah kerangka perundangan yang berbeza seperti Akta Taman Negara 1980 [Akta 226], Akta Taman Negara Pahang 1939, Enakmen

final • 2:55 PM

Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Perbadanan Taman Negeri Perak 2001, Enakmen Perbadanan Taman Negeri Johor 1989, Pengurusan Taman Negeri Pahang, Terengganu, Kelantan dan Pulau Pinang adalah di bawah Kerajaan Persekutuan.

final • 2:55 PM

Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Manakala Taman Negara Johor, Endau-Rompin serta Taman Negeri Royal Belum, Perak diuruskan oleh kerajaan negeri masing-masing. Untuk makluman, pengurusan Taman Negara Pahang adalah tertakluk di bawah Enakmen Taman Negara Pahang 1939. Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara yakni PERHILITAN ialah Officer of In Charge (OIC) kepada Taman Negara Pahang bagi mengurus konservasi hidupan liar, penyelidikan, penguatkuasaan, kawalan sempadan Taman Negara, infrastruktur dan juga penyelenggaraannya.

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli mengambil maklum akan cadangan Kerajaan Negeri Pahang untuk meminda Enakmen Taman Negara Pahang 1939 bagi mengurus Taman Negara Pahang dengan baik, sistematik dan berkesan. KETSA telah mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Negeri Pahang bagi meneliti cadangan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya boleh habiskan ini ikut masa? Tuan Yang di-Pertua, saya ingin respons pertanyaan daripada Yang Berhormat Kemaman yang memohon kerajaan mempertimbangkan penambahan anggota PERHILITAN khususnya di negeri Terengganu serta aset-aset yang sudah lama berkaitan dengan tugas mereka bagi menangani peningkatan kes-kes gangguan gajah liar yang telah mengancam keselamatan masyarakat setempat selain menyebabkan kemusnahan terhadap kebun dan ladang berhampiran.

Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini Jabatan PERHILITAN Negeri Terengganu mempunyai sejumlah 106 perjawatan. Jumlah ini adalah mencukupi bagi menjalankan kerja-kerja pengurusan konflik hidupan liar. Jabatan PERHILITAN Negeri Terengganu mempunyai sebanyak 24 buah kenderaan 4X4, sebuah lori pengangkut gajah lima tan, tujuh buah bot, empat buah motosikal bagi melaksanakan penugasan.

Di samping itu, sebanyak empat buah kenderaan 4X4 akan disewa bagi meningkatkan kapasiti pelaksanaan kerja-kerja pengurusan konflik hidupan liar. Jabatan PERHILITAN akan menumpukan skop tugas kakitangan sedia ada kepada kerja-kerja pengurusan konflik hidupan liar yang mana operasi penguatkuasaan kawasan perlindungan kakitangan Jabatan PERHILITAN sedia ada akan dibantu dengan penglibatan veteran Angkatan Tentera Malaysia dan Orang Asli yang dilantik sebagai Renjer hidupan liar secara Contract of Service di bawah inisiatif Biodiversity Protection and Patrolling Program (BP3) mulai Julai 2020.

Seramai 18 orang veteran Angkatan Tentera Malaysia dan Orang Asli telah dilantik di bawah Program BP3 ini pada tahun 2020 dan insya-Allah seramai 24 orang lagi akan dilantik pada tahun hadapan, tahun 2021 untuk membantu tugas-tugas penguatkuasaan di Terengganu.

Selain daripada itu, sukacita dan memaklumkan bahawa Jabatan PERHILITAN juga bekerjasama dengan PDRM, Jabatan Perhutanan Negeri dan NGO bagi melaksanakan penguatkuasaan bersepadu melalui Operasi Bersepadu Khazanah

(OBK).

Yang Berhormat Selangau meminta kerajaan menyediakan peruntukan bagi merekrut Orang Asal Sarawak seperti kaum Dayak sebagai pemandu pelancong dan bagi mengawasi hutan-hutan di sempadan negara yang sekali gus mampu menyekat kemasukan pendatang asing tanpa izin ke Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli melalui Jabatan PERHILITAN, Jabatan Hidupan Liar dan Sarawak Forestry Cooperation telah melaksanakan kolaborasi strategik dengan Polis Diraja Malaysia dalam melaksanakan OBK di Semenanjung, Sabah dan Sarawak untuk membendung kes-kes jenayah yang melibatkan pemburuan haram hidupan liar.

Operasi Penguatkuasaan Bersepadu yang dilaksanakan juga dapat mengawal kegiatan pencerobohan dan kemasukan warga asing secara haram serta memutuskan rantaian jenayah terancang yang menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Selain daripada itu, Operasi Penguatkuasaan Bersepadu melalui Biodiversity Protection and Patrolling Program (BP3) di Semenanjung Malaysia turut melibatkan seramai 93 orang veteran Angkatan Tentera Malaysia dan seramai 100 orang, Orang Asli. Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM20 juta pada tahun 2021 untuk memperkasakan BP3 termasuk penambahan bilangan veteran Angkatan Tentera Malaysia dan Orang Asli.

final • 3:00 PM

Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Setakat ini, pelaksanaan BP3 dan peruntukan disediakan hanya meliputi kawasan di Semenanjung Malaysia sahaja. Kementerian akan berbincang dengan Kerajaan Negeri Sabah dan juga Sarawak bagi mendapatkan perincian untuk melaksanakan BP3 di negeri berkenaan dan memohon peruntukan tambahan pada tahun ini untuk tujuan berkenaan.

Saya juga ingin menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Kota Kinabalu yang memohon kerajaan menjelaskan apakah status pengambilalihan semula Sabah Electricity Sendirian Berhad oleh Kerajaan Negeri Sabah. Bagaimana pengagihan peruntukan sebanyak RM7 juta berkaitan program kecekapan tenaga dan tenaga diperbaharui, dan berapakah jumlah yang diagihkan kepada negeri Sabah?

Tuan Yang di-Pertua, mengenai penyerahan kuasa bekalan elektrik dan Sabah Electricity Berhad kepada Kerajaan Negeri Sabah, Kerajaan Persekutuan komited untuk meneruskan penyerahan tersebut dan Jemaah Menteri telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa Pemandu dan jawatankuasa teknikal bagi memulakan rundingan dengan Kerajaan Negeri Sabah. Kita akan menentukan terma- terma membuat rundingan atau tidak lama lagi.

Bagi peruntukan sebanyak RM7 juta di bawah Program Kecekapan Tenaga dan tenaga boleh diperbaharui ini diperuntukkan bagi pelaksanaan Program Geran Audit Tenaga Bersyarat dan pengurusan tenaga dalam sektor industri dan komersial. Program ini bertujuan membantu syarikat dan usahawan tempatan untuk menjalankan audit tenaga bagi mengenal pasti potensi penjimatan tenaga elektrik di premis dan pemasangan mereka. Seterusnya melaksanakan langkah-langkah penjimatan tenaga bagi mengurangkan kos operasi mereka.

Geran ini boleh dipohon oleh pemilik-pemilik premis industri dan komersial yang menggunakan elektrik melebihi sebanyak 3 juta kilowatt jam dalam tempoh enam bulan berturut-turut. Jika diluluskan, penerima geran perlu melaksanakan inisiatif penjimatan tenaga dengan nilai pelaburan yang sama iaitu melebihi nilai geran yang diterima.

Kemudahan pembiayaan dalam bentuk geran bersyarat ini terbuka kepada semua syarikat dan usahawan tempatan yang berkelayakan semua negeri termasuk di Sabah dan Sarawak. Program ini telah juga dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas dan beberapa buah syarikat di Sabah telah mendapat manfaat daripada Program Audit Bersyarat ini.

Akhir sekali, saya ingin menjawab soalan daripada Yang Berhormat Lahad Datu yang memohon kerajaan mengambil perhatian yang serius terhadap masalah bekalan elektrik khususnya di Lahad Datu dan mencari jalan supaya masalah ini dapat diselesaikan bersama dengan Kerajaan Negeri Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, bagi mengatasi masalah bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah, Kerajaan Persekutuan yang mencadangkan pembinaan sebuah loji jana kuasa elektrik baharu di Pantai Timur Sabah kepada Kerajaan Negeri Sabah. Cadangan ini akan dibincangkan dengan Kerajaan Negeri Sabah baru dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif Sabah yang saya akan pengerusikan tidak lama lagi.

Selain itu, Kerajaan Persekutuan juga telah menyediakan peruntukan sebanyak RM216 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 bagi kerja-kerja menaik taraf infrastruktur bekalan elektrik di Lahad Datu Sabah sebagaimana berikut.

Pertama, menaik taraf pencawang masuk utama (PMU) Damrod. Projek ini dilaksanakan bagi memaksimumkan penyaluran elektrik dari Pantai Barat ke Pantai Timur Sabah dan dijangka dapat meningkatkan tahap perkhidmatan bekalan elektrik di kawasan Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. Ia dijangka akan memulakan operasi pada tahun 2023.

Projek penambahan kapasiti di PPU Seri Perdana dan pembinaan PPU...

final • 3:00 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Yang Berhormat Menteri, sedikit.

Kalabakan, kawan.

final • 3:00 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Sekejap, sedikit sahaja. Untuk menampung pembangunan bekalan elektrik baharu di kawasan Lahad Datu. Ia dijangka akan beroperasi pada tahun 2023.

final • 3:00 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Ya Yang Berhormat Menteri, beberapa tahun yang lalu ada satu proposal Southern Link dipanggil untuk menyambung electricity dari Tawau ke Kalabakan. Saya mahu tahu apakah status projek ini. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan

Sekalilah Yang Berhormat Menteri. Tentang Program Penyerahan SESB kepada negeri Sabah. Tadi ada Yang Berhormat Menteri utarakan tadi, tetapi adakah ada satu timeframe yang disasarkan untuk penyerahan sepenuhnya ini? Terima kasih. Itu sahaja.

final • 3:00 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Perkara ini perkara baharu yang dibangkitkan. Walau bagaimanapun, saya sebut bahawa keseluruhan projek pembangunan di negeri Sabah untuk masa akan datang akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa yang saya sebutkan tadi yang akan saya pengerusikan tidak lama lagi itu melalui Jawatankuasa Perancangan, Pelaksanaan Bekalan Elektrik dan Tarif.

Ia akan dibuat- projek-projek akan di laksana hanya akan diberi keutamaan jika ia memberi kebaikan kepada kerajaan negeri dan juga rakyat negeri Sabah. Soal penyerahan kuasa bekalan elektrik dan SESB kepada Kerajaan Negeri Sabah, kita akan adakan mesyuarat dalam jawatankuasa yang telah dibentuk oleh kerajaan.

Tentunya, kita akan memastikan apa juga penyerahan yang akan dilakukan mestilah dalam keadaan yang cukup lengkap dan sempurna. Oleh sebab itu, saya ingin memaklumkan bahawa ia mengambil masa sedikit kerana banyak perkara yang perlu diperkukuhkan. Umpamanya penubuhan Suruhanjaya Tenaga Sabah, SEDA Sabah dan sebagainya. Semuanya perlu dilengkapkan, disempurnakan termasuk pindaan undang- undang yang berkaitan sama ada undang-undang di peringkat Persekutuan atau di peringkat negeri Sabah. Oleh itu, banyak perkara yang perlu diperhalusi dan sudah tentu ia mengambil masa sedikit untuk tujuan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan memberi pandangan dan juga teguran kepada kementerian ini. Kita akan mengambil semua pandangan baik demi kepentingan rakyat. Sukacita saya hendak maklumkan bahawa secara detil jawapan-jawapan saya akan dipaparkan dalam laman sesawang Parlimen. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih semua Ahli Yang Berhormat.

Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis esok 26 November 2020. Assalamualaikum.

final • 3:00 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 3.11 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026