Nov172020

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
ALLAHYARHAM DATO’ HASBULLAH BIN OSMAN

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua dan selamat pagi Ahli-ahli Yang Berhormat. Dengan perasaan yang amat dukacita dan sedih, saya ingin memaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bahawa Allahyarham Dato’ Hasbullah bin Osman, Ahli Parlimen Gerik telah kembali ke rahmatullah pada hari Isnin, 16 November 2020 bersamaan 30 Rabiulawal 1442 Hijriah.

Sesungguhnya pemergian Allahyarham merupakan suatu kehilangan yang besar buat negara.

Saya bagi pihak Ahli-ahli Dewan ini dan pihak Parlimen Malaysia seluruhnya ingin merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Dato’ Hasbullah bin Osman, khususnya kepada Yang Berbahagia Datin Rosmawati binti Arifin dan Yang Berbahagia Datin Zaini binti Abu Bakar, isteri kepada Allahyarham Dato’ Hasbullah bin Osman serta seluruh ahli keluarga Allahyarham.

Saya mengharapkan seluruh ahli keluarga Allahyarham terus tabah dan sabar dalam menghadapi ketentuan Ilahi ini. Kita mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beramal soleh serta beriman.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Allahyarham Dato’ Hasbullah bin Osman adalah seorang pemimpin yang berwibawa dan amat aktif dengan urusan Parlimen. Beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Gerik semenjak 5 Mei 2013 sehingga kini. Allahyarham Dato’ Hasbullah bin Osman juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara

(PAC) dan juga Ahli Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan Allahyarham amat besar dan bermakna kepada negara.

Oleh yang demikian, saya menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bangun, kepada yang beragama Islam diminta menyedekahkan Al-Fatihah kepada roh Allahyarham Dato’ Hasbullah bin Osman manakala kepada yang bukan beragama Islam diminta bertafakur selama satu minit. Al-Fatihah.

[Ahli-ahli bangun, yang beragama Islam membaca Al-Fatihah dan yang bukan beragama Islam bertafakur]

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih semua.

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Waktu Pertanyaan- pertanyaan Menteri adalah dihadkan selama lima minit. Setiap pertanyaan oleh Yang Berhormat diperuntukkan selama satu minit dan jawapan akan diberikan secara bertulis kepada Yang Berhormat berkenaan dan akan dimuat naik di portal Parlimen pada hari yang sama. Saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Krai untuk soalan pertama.

final • 10:00 AM

1. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan perkembangan Program Masjid Hijau. Apakah perancangan pihak kementerian terhadap program ini dan bilakah program ini akan diperluaskan ke seluruh negara.

[Jawapan Menteri diberi secara bertulis dan dimuat naik ke Portal Parlimen Malaysia]

final • 10:00 AM

2. Dato’Jalaluddin bin Alias [Jelebu] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan sejauh manakah penularan pandemik COVID-19 di negara ini memberi kesan pada sektor penternak telur ayam yang didakwa telah menyebabkan penternak mengalami kerugian jutaan ringgit berikutan kenaikan harga makanan ternakan.

[Jawapan Menteri diberi secara bertulis dan dimuat naik ke Portal Parlimen Malaysia]

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat semua, hari ini hanya terdapat dua soalan. Maka, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini, terima kasih.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua. Kota Melaka sini.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 10:00 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Sebelum kita masuk ke sesi Jawab Lisan ini, boleh saya minta supaya Tuan Yang di-Pertua meninjau semula tentang aturan baharu akibat daripada COVID-19 ini di mana kita faham persidangan setakat jam 2 petang dan juga bagi MQT, kita hanya sekadar baca soalan tersebut. Jadi, saya hendak minta bolehkah Tuan Yang di-Pertua pertimbangkan semula supaya bagi MQT ini sekurang-kurangnya Menteri jawab dalam masa satu minit straight to the point daripada jawapan tersebut muat turun dalam laman web rasmi Parlimen. Ini kerana persidangan Parlimen diikuti oleh orang ramai di luar sana.

Jadi, sudah pasti soalan yang dapat dikemukakan waktu MQT itu soalan yang terkini dan yang ramai hendak tahu tentang jawapan daripada Menteri. Kalau boleh kita beri masa satu minit hingga satu setengah minit untuk Menteri bagi jawapan daripada muat turun dalam laman web rasmi Parlimen. Saya harap Tuan Yang di-Pertua boleh pertimbangkan.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ini kerana, kita lihat hari ini hanya dua soalan sahaja. Barangkali itulah sebabnya ramai Ahli Parlimen tidak kemukakan soalan MQT. Ini kerana, hanya sekadar baca soalan sahaja tetapi tidak ada jawapan. Itu barangkali kita harus tinjau semula. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Maaf. Biar saya cuba perhalusi cadangan Yang Berhormat. Saya akan bincangkan dengan Ketua-ketua Whip, sama ada perkara ini boleh dilaksanakan atau tidak. Akan tetapi, saya harap kalau dilaksanakan, maka saya minta kita sticklah, kita patuhi time itu. Akan tetapi tidak apa.

Saya perhalusi dan saya tengok bagaimana. Terima kasih Yang Berhormat.

Saya ingin persilakan Yang Berhormat Betong untuk soalan.

final • 10:10 AM

1. Datuk Robert Lawson Chuat [Betong] minta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan berkenaan bilangan pelatih Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan sejauh mana ABM boleh menyediakan tenaga kerja mahir dalam usaha kerajaan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja warga asing dalam industri pembinaan.

final • 10:10 AM

Menteri Kanan Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya melalui agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia atau lebih dikenali sebagai CIDB Malaysia, di bawah Akta 520 (Pindaan) 2011 telah memperuntukkan kuasa untuk menubuhkan, memajukan serta mengakreditasikan pusat latihan industri pembinaan. Dengan kuasa yang diperuntukkan, semua pelatih yang telah menamatkan latihan dengan jayanya, akan dianugerahkan dengan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan atau singkatannya SKKP.

Selaras dengan peruntukan akta tersebut, KKR telah menubuhkan enam Akademi Binaan Malaysia (ABM) di bawah seliaan CIDB Malaysia. Sejak penubuhan ABM pada tahun 1997, kerajaan telah berjaya melatih seramai 146,746 orang belia dan 274,555 orang personel binaan dalam pelbagai bidang kemahiran. Latihan dalam industri binaan di bawah ABM adalah salah satu inisiatif kerajaan dalam meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran pekerja tempatan. Ia selaras dengan usaha kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing. CIDB Malaysia telah menyediakan pelbagai program yang menyasarkan belia dan pekerja tempatan melalui modul latihan yang akan dapat membantu mereka menceburi bidang pekerjaan dalam industri pembinaan.

Antara program yang disediakan adalah seperti berikut.

Pertama, Program Latihan Kompetensi Kemahiran Belia dalam bidang berimpak tinggi, iaitu dengan menyediakan peluang, latihan kompetensi kemahiran dalam thread berimpak tinggi seperti welding, scaffolding erection, air-conditioning and ventilation, wireman, chargeman, gas pipe fitting, blasting and painting, non-destructive testing, crane operation, plant operation and plumbing bagi tujuan penempatan di dalam industri pembinaan. Program yang bermula pada tahun 2018 ini telah berjaya melahirkan ataupun melatih seramai 11,293 orang peserta.

Keduanya, Program Latihan Kompetensi Kemahiran Personel Binaan iaitu dengan melaksanakan program latihan kemahiran ataupun reskilling, upskilling and multiskilling dan penilaian kompetensi kepada personel binaan tempatan atau yang diberhentikan kerja. Terdapat sembilan thread yang ditawarkan antaranya industri Industrialized Building System (IBS), Mechanical and Electrical dan Crane Operation yang mana telah dapat melatih seramai 37,335 orang peserta.

Ketiga, Program Perantisan Industri Pembinaan melalui pelaksanaan program perantisan dalam bidang kemahiran bertujuan bagi meningkatkan kebolehpasaran dan penempatan dalam industri pembinaan. Dari tahun 2016 sehingga September 2020, seramai 4,395 orang perantis telah mengikuti program ini.

Tuan Yang di-Pertua, daripada segi penyediaan tenaga mahir di Malaysia, kewujudan ABM telah membuka peluang kepada warganegara Malaysia untuk mendapatkan latihan kemahiran dalam industri binaan. Walau bagaimanapun, jumlah tenaga kerja yang boleh dilatih adalah tertakluk kepada kemampuan kewangan yang diperuntukkan dan disalurkan kepada CIDB Malaysia di bawah kerjasama strategik

final • 10:10 AM

Menteri Kanan Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

dengan agensi-agensi berkaitan. Selain itu, penyertaan dalam program latihan ini juga tertakluk kepada mereka yang berminat untuk terlibat dalam industri in. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Betong.

final • 10:10 AM

Datuk Robert Lawson Chuat - Betong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Adakah KKR dan CIDB turut menjalankan latihan dan penempatan kepada pekerja tempatan dalam sektor-sektor lain yang diberhentikan? Adakah KKR dan CIDB juga turut melibatkan agensi-agensi lain dalam membantu golongan tersebut? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Betong untuk dua soalan.

Soalan pertama, ada. Kita memang memerhatikan bahawa kesan daripada PKP akibat pandemik COVID-19 ini sehingga 15 Julai 2020 sehingga 30 Disember 2020, sudah pasti akan memberi kesan kepada pekerja-pekerja yang mungkin hilang pekerjaan. Untuk itu, kita seperti mana yang saya katakan tadi, membangunkan program latihan kemahiran dan juga penempatan pekerja. Keutamaan ialah kepada pekerja tempatan daripada sektor lain di mana kita akan reskilled mereka dan juga upskilled kepada mereka yang diberhentikan kerja. Keutamaan yang saya katakan tadi ialah empat thread iaitu air conditioner, building, wiring and installation, plant operation dan juga welding. Mereka ditempatkan di ABM. Setakat ini, mereka akan ditempatkan di sektor pembinaan selama tiga bulan. Setakat ini, seramai 289 orang yang telah dilatih dan ditempatkan kerja. Manakala, untuk bekerjasama dengan agensi lain pun kita mengadakan banyak latihan khususnya untuk golongan B40. Ini adalah untuk memberikan peluang pekerjaan dan menambah pendapatan kepada golongan B40.

Mungkin panjang sedikit senarai yang kita hendak jalinkan kerjasama, termasuklah Lembaga Zakat Selangor, Sekolah Tunas Bakti, Universiti Malaya dan sebagainya. Senarai saya akan kemukakan kepada Yang Berhormat Betong untuk itu.

Jadi, saya galakkanlah sesiapa yang hilang pekerjaan dan mencari pekerjaan bolehlah berhubung dengan CIDB supaya kita boleh melatih mereka dalam sektor pembinaan.

Saya kira setakat ini, memang kita kurang pekerja, apatah lagi kebergantungan kita pada pekerja asing dalam sektor ini boleh memberi peluang pekerjaan dalam sektor- sektor separa mahir dan mahir khususnya kepada pekerja kita yang hilang pekerjaan disebabkan pandemik COVID-19 ini. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Batu Kawan.

final • 10:10 AM

2. Puan Kasthuriraani A/P Patto [Batu Kawan] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan berapakah bilangan panggilan telefon kepada Talian Kasih 15999 dari bulan Januari 2020 sehingga kini mengikut jenis panggilan seperti keganasan rumah tangga, jenayah seksual kanak-kanak, cubaan membunuh diri dan perkara lain dan apakah tindakan dan bantuan pihak kerajaan bagi kes-kes tersebut.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan atas soalan yang dikemukakan.

Tuan Yang di-Pertua, Talian Kasih merupakan talian prihatin masyarakat yang boleh diakses oleh masyarakat orang awam melalui dua sumber iaitu talian bebas tol 15999 dan aplikasi WhatsApp di nombor 019-2615999. Perkhidmatan ini beroperasi selama 24 jam setiap hari yang mana talian ini berfungsi sebagai single point of contact kepada semua masyarakat untuk mengemukakan sebarang pertanyaan, aduan ataupun permohonan.

Skop perkhidmatan Talian Kasih merangkumi aspek berkaitan penderaan, kaunseling, gelandangan, perlindungan, kebajikan, talian kanak-kanak, pembuangan bayi, perkhidmatan kesihatan reproduktif dan masalah remaja serta perkara yang melibatkan kumpulan sasar kementerian. Aplikasi WhatsApp Talian Kasih 019-2615999

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

telah diwujudkan adalah bertujuan untuk menambah baik mutu perkhidmatan Talian Kasih yang sedia ada bagi memberi fokus kemudahan kepada golongan kurang upaya pendengaran, pertuturan untuk mengajukan sebarang pertanyaan, permohonan dan aduan.

Bagi tahun 2020 dari Januari sehingga 14 November 2020, Talian Kasih telah menerima sebanyak 159,703 panggilan. Menerusi jumlah ini, sebanyak 97,576 panggilan telah diterima melalui Talian Kasih 15999 manakala bermula Februari hingga 14 November 2020, sebanyak 62,127 pesanan yang telah diterima melalui talian aplikasi WhatsApp Talian Kasih.

Jadi, kalau kita lihat daripada pecahan rekod keseluruhan Talian Kasih, sebanyak 1,847 berkaitan dengan kanak-kanak, 2,287 berkaitan dengan keganasan rumah tangga, 467 berkaitan dengan gelandangan, 70,177 berkaitan dengan permohonan bantuan kebajikan, 4,119 mengenai kaunseling, 661 rekod yang melibatkan isu orang kurang upaya dan 359 adalah berkaitan dengan warga emas.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Segala pertanyaan dan perkhidmatan disediakan oleh kementerian telah dijawab di peringkat Talian Kasih manakala segala butiran dan aduan ini telah disalurkan kepada jabatan termasuk polis dan juga agensi-agensi yang berkaitan di bawah kementerian untuk tindakan selanjutnya.

Jadi, aduan dan permohonan yang telah dipanjangkan akan diambil tindakan oleh pegawai yang bertugas di daerah atau di negeri yang berkaitan. Maklum balas kemudian akan diberi kepada Talian Kasih selepas siasatan selesai dan status kes akan ditutup setelah maklumat ini telah diberikan kepada agensi yang berkaitan. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan tadi. Saya ingin bertanya, memandangkan soalan saya ini ada beberapa bahagian, maka saya minta izin untuk saya bertambah lagi sedikit soalan. Pertama, adakah panggilan telefon diterima melalui Talian Kasih atau WhatsApp juga merangkumi gangguan seksual memandangkan setakat ini belum lagi dibentangkan Rang Undang-undang untuk Akta Gangguan Seksual di Dewan Rakyat ini.

Kedua, saya ingin bertanya, berapa kalikah Yang Berhormat Menteri atau Yang Berhormat Timbalan Menteri mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi untuk menyelaraskan data dan statistik, ekoran penubuhan Jawatankuasa Stakeholders oleh Pakatan Harapan untuk mengkonsolidasi data ini memandangkan bilangan kes-kes yang diterima oleh NGO menunjukkan trend meningkat, jauh lebih banyak daripada yang diterima melalui Talian Kasih.

Serta nyatakan apakah langkah-langkah pencegahan serta pendekatan oleh kerajaan.

Oleh sebab yang saya dengar apa yang telah berlaku selepas panggilan diterima tetapi sebagai satu kementerian yang menjawab hal-ehwal struktur keluarga, wanita, kanak-kanak, OKU, warga emas, maka saya rasa sebahagian daripada perjuangan adalah untuk menyelaraskan apa itu pendekatan pencegahan untuk kita membantu semua masyarakat. Mohon jawapan, terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Terima kasih, Yang Berhormat Batu Kawan di atas soalan tambahan yang dikemukakan. Kalau kita lihat daripada aduan yang diterima, memang pelbagai. Ada yang melibatkan kes-kes sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat. Daripada makluman yang kita terima, yang ada kaitan dengan kementerian, kita menerima lebih kurang 85,074 daripada 159,703 aduan itu yang ada kaitan di bawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan ada yang kita salurkan.

Contohnya, bagaimana 5,230 kita salurkan kepada Pejabat JKM ataupun Pegawai Kebajikan Daerah dan ada juga yang berkaitan dengan Bakul Makanan. Semua itu ada juga yang berkaitan dengan tindakan yang di bawah bidang kuasa polis untuk siasatan dan sebagainya.

Jadi, sebagaimana yang ditanya tadi, apakah program yang telah dibuat.

Sebenarnya banyak program yang kita telah laksanakan. Di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kita telah ada Jawatankuasa Keganasan Rumah tangga yang telah diwujudkan. Pada 17 April baru-baru ini, kita telah ada mesyuarat yang telah dipengerusikan sendiri oleh Yang Berhormat Menteri untuk mengadakan pertemuan dengan agensi-agensi yang berkaitan seperti PDRM,

final • 10:20 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Kementerian Komunikasi dan Multimedia, NGO untuk membincangkan pelbagai maklumat, terutamanya berkaitan dengan isu-isu keganasan dan kepentingan wanita.

Di antaranya program-program yang telah dilaksanakan termasuk jugalah kita mewujudkan - memperkemaskan lagi aspek sistem sokongan dan juga sistem perlindungan termasuk kerjasama dengan 528 kaunselor di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia. Juga program-program untuk kita tambahkan lagi kerjasama daripada NGO untuk memastikan kesedaran masyarakat untuk sama-sama kita membantu masyarakat menghindari isu-isu berkaitan dengan penderaan, keganasan rumah tangga termasuk juga gangguan seksual. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

3. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Perdana Menteri menyatakan projek tanaman kontan bagi memulihkan prestasi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) bernilai RM1 bilion dalam tempoh lima tahun sepertimana diumumkan dalam Mesyuarat Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) pada tahun 2019.

final • 10:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Ekonomi

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Bagi pihak warga FELDA, saya ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Dato’ Hasbullah bin Osman, Ahli Parlimen Gerik. Atas cadangan Yang Berhormat Jelebu dan Yang Berhormat Jempol, saya dan Yang Berhormat Besut tubuhkan focus group Ahli Parlimen FELDA. Di Gerik ada dua kawasan FELDA, kita ucapkan terima kasih kepada Allahyarham. Mesyuarat terakhir ialah pada minggu lalu bersama dengan Yang Berhormat. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Sik, sebagai satu inisiatif bagi mempelbagaikan dan juga meningkatkan pendapatan peneroka FELDA, kerajaan melalui kertas putih yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini pada bulan April tahun lepas telah memutuskan untuk memperuntukkan RM1 bilion untuk Program Pembangunan Peneroka. Ini adalah untuk membantu kerajaan dalam usaha-usaha meningkatkan keselamatan makanan negara ataupun food security. Ini melibatkan antara lain tanaman sayur-sayuran, buah-buahan, ternakan ruminan, unggas, akuakultur dan ternakan eksotik.

Selain itu, FELDA juga memberi tumpuan kepada jenis produk yang mana kecukupan sara diri ataupun self-sufficiency level (SSL) itu masih rendah. Tenusu, daging lembu sebagai contoh, fokus juga diberikan kepada projek nilai tinggi seperti tanaman buah tin, projek arnab, herba dan lain-lain.

Sehingga Oktober tahun ini Tuan Yang di-Pertua, 67 projek telah mendapat kelulusan FELDA untuk program ini melibatkan RM10.7 juta bagi tanaman juga ternakan di seluruh negara. Sebahagian projek ini telah pun dimulakan, insya-Allah dalam tempoh terdekat, 46 projek lagi melibatkan RM4.5 juta akan diluluskan oleh pihak FELDA.

Baru-baru ini atas inisiatif Yang Berhormat Besut, Pengerusi FELDA dan pengurusan tertinggi FELDA, FELDA telah mengadakan perkongsian pintar (smart partnership) dengan Agrobank dan melalui program Agrobank ini kira-kira RM11 juta akan diluluskan. Setakat ini yang pertama ialah di FELDA Besout di Tanjong Malim, RM7 juta telah diperuntukkan untuk menjayakan tanaman nanas MD 2. Pada 19 November ini, lusa, Yang Berhormat Pengerusi FELDA akan merasmikan projek ini melibatkan 1,500 peserta.

Projek pertama Tuan Yang di-Pertua, dilaksanakan di FELDA Bukit Rokan di Negeri Sembilan pada bulan November tahun lepas, dirancang melibatkan 50 ekar tanah, 240 orang peneroka. Ini melibatkan tanaman cendawan, cili dan juga ternakan arnab.

Projek ini telah mengambil pekerja seramai 43 orang warga FELDA di tapak projek berkenaan.

FELDA juga telah menjalin kerjasama dengan MOSTI dan juga UPM untuk membangunkan smart farming termasuklah penggunaan IOT dan dron dalam tanaman di seluruh negara yang melibatkan FELDA. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tahniah, Yang Berhormat Menteri di atas mengorak langkah berani dan kemas

final • 10:20 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

menyusun Pelan Pemulihan FELDA bersama dengan Jawatankuasa Task Force FELDA yang bersama juga Yang Berhormat Besut.

Saya melihat Program Peningkatan Pendapatan Peneroka FELDA termasuk juga projek tanaman kontan ini sebagai satu projek alternatif yang sangat baik untuk mengoptimumkan penggunaan tanah di rancangan FELDA. Soalan saya Yang Berhormat Menteri, adakah projek tanaman kontan ini akan dilaksanakan di seluruh 317 tanah rancangan FELDA termasuk di FELDA Teloi Timur di Parlimen Sik. Bagaimanakah ia akan dilaksanakan? Sama ada dilaksanakan sendiri oleh peneroka ataupun melalui syarikat atau badan yang dilantik oleh FELDA. Begitu juga saya ingin maklumat bagaimanakah kajian potensi keboleh pasaran tanaman kontan ini untuk menjamin pengeluaran dan permintaan yang stabil dan konsisten. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Di Parlimen Sik ada satu kawasan FELDA iaitu Teloi Timur dan satu masa dahulu ada satu projek akuakultur tidak silap saya. Ada masalah tetapi insya-Allah FELDA akan menghidupkan semula projek akuakultur di kawasan Yang Berhormat.

Berkaitan dengan sama ada hendak diperluaskan seluruh negara. Ya, ada 317 rancangan seluruh negara. Kita bercadang untuk memperluaskan program ini kerana peruntukan cukup besar iaitu RM1 bilion dalam tempoh empat ke lima tahun. Kaedahnya ialah ada individu dan ada koperasi.

Umpamanya di FELDA Besout yang mana MD2 ditanam akan dilancarkan oleh pengerusi pada hari Khamis akan datang. Ini melibatkan empat koperasi di kawasan berkenaan. Ada juga individu umpamanya Pengerusi KAF iaitu Saudara Fakhrul Radzi mengusahakan buah tin yang cukup lumayan di FELDA Tengi Selatan dekat Bukit Tagar.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Ada juga kaedah partnership dengan syarikat cendawan yang berpusat di Kedah bernama The Accent mengadakan kerjasama dengan FELDA Bukit Rokan. Di situ cendawan sudah pun mula mengeluarkan hasil. Selain daripada penglibatan peneroka, ada juga kira-kira 30 orang warga FELDA yang diambil bekerja dengan syarikat The Accent. Jadi, insya-Allah kajian pasaran merupakan satu daripada pertimbangan penting dalam melaksanakan projek ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Tuan Tan Kok Wai.

final • 10:30 AM

4. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan butiran pegangan Arkib Negara mengenai kertas kerja, minit mesyuarat, laporan penyiasatan dan sebagainya dihasilkan oleh MAGERAN yang ditubuh pada 1969 dan bilakah arkib akan dibuka kepada orang awam.

final • 10:30 AM

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya - Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat yang menanyakan soalan.

Pergi ke pekan membeli bingka, Bingka dijual oleh si dara, Hati girang bersua muka, Awal Bismillah mula bicara. Tuan Yang di-Pertua, saya turut mengucapkan takziah kepada keluarga Ahli Parlimen Gerik, semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman, *Aamin.

Bismillahir Rahmanir Rahim.* Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, rekod dokumen Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ada di bawah simpanan atau pegangan Arkib Negara Malaysia. Namun pemilikan dan sebarang butiran dalam rekod tersebut, masih di bawah bidang kuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, Arkib tidak mempunyai sebarang kuasa terhadap pembukaan rekod tersebut kepada orang awam.

Arkib hanya bertanggungjawab membuka fail-fail rasmi iaitu arkib awam, maksudnya yang bertaraf terbuka untuk rujukan orang awam. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pembukaan Arkib Majlis Gerakan Negara adalah penting kepada penyelidik untuk meneliti insiden

final • 10:30 AM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

dan yang paling pahit kepada Malaysia. Melalui penyelidikan, kita dapat mempelajari kelemahan dan cadangan pembaikan dalam usaha untuk menyatukan masyarakat pelbagai kaum.

Soalannya, apakah kriteria atau dasar untuk membuka beberapa arkib awam yang sudah melepasi 25 tahun mempunyai nilai sejarah yang penting seperti insiden 13 Mei 1969, Memali dan juga minit-minit mesyuarat Jemaah Menteri sejak tahun 1957 dan sebagainya.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya Yang Berhormat, tempoh yang lama bukanlah menjadi syarat wajib yang membolehkan sesuatu dokumen itu di kelaskan semula sama ada diturun taraf atau diperingkatkan ataupun dibuka. Bahan arkib awam yang telah dikelaskan, sebagai bahan terperingkat yang masih belum dibuka kepada awam walaupun telah mencapai tempoh yang lama. Adalah berdasarkan kriteria kerahsiaan berikut:

(i) rekod berkaitan rekod berkaitan keselamatan dan kedaulatan negara;

(ii) rekod berkaitan isu sensitif negara;

(iii) rekod yang melibatkan maklumat peribadi individu; dan

(iv) rekod yang taraf pengelasannya masih tertakluk kepada agensi pewujud.

Itu sahaja Yang Berhormat, terima kasih.

final • 10:30 AM

5. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [Sibuti] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan apakah langkah khusus kementerian membantu industri perniagaan berasaskan perkahwinan di Malaysia ketika negara dilanda pandemik COVID-19 yang terbeban dengan banyak pembatalan dan SOP yang ketat.

final • 10:30 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Soalan Yang Berhormat mengatakan sama ada- ada program khusus, Yang Berhormat sebenarnya tidak ada yang dikatakan program khusus. Akan tetapi walau bagaimanapun, pihak INSKEN, agensi di bawah kementerian pernah melaksanakan dan sedang melaksanakan satu program yang dinamakan wedding planers program.

Program ini masih dan telah dilaksanakan tetapi coaching bimbingan daripada INSKEN ini kalau juga pihak peniaga ini berhadapan dengan masalah, dia boleh pergi kepada pihak TEKUN untuk meminjam yang mana ada sumber kewangan daripada pinjaman daripada RM1,000 hingga RM100,000 di bawah TEKUN.

Sebagaimana yang kita lihat, bahawa TEKUN Nasional melalui program pembiayaan sedia ada juga ada ditawarkan. Pada tahun 2020 hingga bulan September, TEKUN Nasional telah mengeluarkan pembiayaan kepada seramai 47,857 orang usahawan di seluruh Malaysia melibatkan nilai pembiayaan sebanyak RM511.5 juta keseluruhannya. Dalam program PKP ini, sehingga September 2020 TEKUN juga telah melaksanakan kemudahan moratorium dan juga moratorium secara terpilih yang bakal dilanjutkan hingga Disember 2020. Ini merupakan penjadualan semula pembayaran balik dan meringankan beban kewangan pihak usahawan yang terlibat.

Selain daripada aspek kewangan, kementerian juga turut menawarkan inisiatif berbentuk pembangunan kapasiti kepada para usahawan khususnya untuk membangunkan semula perniagaan berikutan impak penularan COVID-19. Kementerian melalui Institut Keusahawanan Negara turut giat melaksanakan pelbagai sesi latihan, coaching, monitoring usahawan yang di antaranya ialah INSKEN Business Coaching Wedding Planner.

Sehingga pertengahan Oktober 2020, INSKEN telah melatih seramai 6,089 orang usahawan khususnya mereka yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.

Melalui program INSKEN Business Coaching Wedding Planner, INSKEN Business Traning, INSKEN e-Biz Klinik dan program INSKEN Bizlive. Sehingga pertengahan Oktober 2020, sebanyak 150 sesi telah dilaksanakan melibatkan jumlah tontonan sebanyak 595,194. Sekian, Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Pelamin angan ku musnah itulah perasaan yang dihadapi oleh pengusaha industri perkahwinan dan juga ekosistem industri perkahwinan ini juga adalah sangat besar yang melibatkan pengusaha dewan, pakaian, penyediaan siaraya dan juga industri ini hampir runtuh akibat MCO dan juga SOP yang sangat ketat.

Pihak kementerian, adakah mempunyai perancangan khusus untuk menyediakan– memandangkan COVID-19 ini telah mengubah senario cara kita bekerja di dunia. Adakah pihak kementerian akan menyediakan satu marketplace yang khusus bagi industry player perkahwinan ini untuk mereka memuat naik produk-produk perkahwinan untuk membantu mereka kembali kepada industri perkahwinan ini.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Sebagaimana yang telah saya sebutkan tadi bahawa kita belum mempunyai program khusus untuk wedding planner, selain daripada apa yang saya sebut tadi iaitu INSKEN Business Coaching Wedding Planner yang merupakan program bimbingan dan pementoran dan komprehensif daripada individu dan tokoh berpengalaman dalam bidang perancangan perkahwinan. Program ini dilaksanakan selama empat bulan, setakat ini sudah ada 120 orang peserta telah menyertai program ini.

Saya menerima hakikat bahawa suasana perkahwinan sekarang pun sudah berubah. Orang sudah berkahwin menerusi online dan akad nikah pun tidak ada keramaian yang dibuat lagi. Dalam keadaan sedemikian, semua sudut alam perkahwinan ini telah berubah, maka sepatutnya saya mencadangkan mereka patut migrate daripada satu business kepada satu business yang lain.

Sebagaimana yang telah saya sebutkan dan dedahkan dalam akhbar bahawa ada 36,000 buah syarikat telah dimansuhkan ataupun telah di- registered. Akan tetapi dalam masa yang sama kita juga mempunyai lebih 82,000 yang lain mendaftar semula.

Oleh kerana mereka ini telah migrate daripada satu jenis business kepada satu business yang lain supaya business yang tidak lagi dapat menguntungkan kepada business yang boleh menguntungkan, ia boleh dilaksanakan menerusi online, e-dagang dan sebagainya.

Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya persilakan Yang Berhormat Datuk Mohd. Azis bin Jamman.

final • 10:30 AM

6. Datuk Mohd. Azis bin Jamman [Sepanggar] minta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan berhasrat untuk membentangkan laporan akhir bagi bacaan umum berhubung Jawatankuasa Khas Kabinet (JKK) untuk menyemak pelaksanaan Perjanjian Malaysia (MA63).

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) - Dato Hajah Hanifah Hajar Taib

Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ingin saya dahulu mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Dato’ Hasbullah bin Osman, semoga Allahyarham ditempatkan dengan orang-orang beriman.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) - Dato Hajah Hanifah Hajar Taib

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, laporan akhir Jawatankuasa Khas Kabinet (JKK) untuk menyemak pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 telah dibentangkan oleh Pasukan Petugas Khas MA63 kepada Jawatankuasa Khas Kabinet tersebut untuk dibincangkan serta dimuktamadkan pada mesyuaratnya yang terakhir pada 18 November 2019.

Laporan akhir tersebut kemudiannya telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri melalui Nota Jemaah Menteri mengenai laporan akhir Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyemak pelaksanaan perjanjian Perjanjian Malaysia 1963 pada bulan Disember 2019. Jemaah Menteri kemudiannya pada 15 Januari 2020, telah bersetuju supaya Jawatankuasa Khas Kabinet tersebut dibubarkan memandangkan objektif penubuhannya iaitu untuk mengkaji isu-isu berkaitan pelaksanaan MA63 telah pun tercapai.

Sebagai hala tuju selanjutnya, Jemaah Menteri dalam mesyuarat yang sama turut bersetuju supaya pelaksanaan keputusan-keputusan yang telah dicapai oleh Jawatankuasa Khas Kabinet tersebut akan dipantau melalui penubuhan satu majlis khas yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) - Dato Hajah Hanifah Hajar Taib

Oleh itu, suka untuk saya tegaskan di sini bahawa kerajaan pada hari ini hanya meneruskan dasar-dasar yang diputuskan oleh kerajaan sebelum ini dan sama sekali tidak berniat untuk melengah-lengahkan atau dengan izin membuat apa-apa delay tactic, berhubung pelaksanaan keputusan-keputusan yang telah dicapai oleh Jawatankuasa Khas Kabinet terdahulu.

Selain itu, Jemaah Menteri pada waktu itu juga turut bersetuju antara lain dengan menubuhkan sebuah agensi baharu iaitu Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak di bawah Jabatan Perdana Menteri, bertanggungjawab khusus untuk mengurus setia majlis khas tersebut serta menyelaras apa-apa perkara yang berbangkit daripada tuntutan Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak berhubung Perjanjian Malaysia 1963.

Berhubungan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepanggar iaitu sama ada kerajaan berhasrat untuk mendedahkan laporan akhir tersebut kepada umum. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini kerajaan masih mengekalkan pendirian bahawa tiada keperluan untuk laporan ini didedahkan kepada umum.

Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira pelbagai aspek seperti perundangan, memandangkan isu, kandungan dan perbincangan yang direkodkan adalah bersifat teknikal serta melibatkan perkara-perkara yang sensitif yang berstatus rahsia rasmi.

Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Silakan Yang Berhormat Sepanggar.

final • 10:40 AM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Okey, terima kasih jawapan yang diberikan Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi. Perjanjian Malaysia 1963 merupakan satu perjanjian yang sewajarnya merupakan hak dan tujuan negeri ini.

Apa juga isi kandungan yang terdapat dalam perjanjian ini merupakan inti pati yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan regardless of which political party yang memerintah di peringkat Persekutuan.

Jadi, soalan tambahan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah keperluan penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet yang dahulunya menyemak pelaksanaan Perjanjian Malaysia yang dahulu tidak cukup berkesan sehingga perlunya penubuhan majlis khas mengenai Perjanjian Malaysia 1963 ini? Apakah kekurangan jawatankuasa tersebut dan apakah jaminan kerajaan yang ada pada hari ini dengan tertubuhnya majlis ini dapat mempercepatkan isu-isu yang masih tertangguh berhubung dengan hak dan kedudukan Sabah dan Sarawak selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:40 AM

Dato Hajah Hanifah Hajar Taib

Minta maaf, tadi satu soalan kah, beberapa soalan?

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dua.

final • 10:40 AM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Satu soalan sahaja.

final • 10:40 AM

Dato Hajah Hanifah Hajar Taib

Okey, dari segi keinginan untuk melaksanakan yang terbaik, kami berusaha. Ada perkara juga yang telah dilaksanakan, dan ada juga masih dalam peringkat perbincangan dan insya-Allah akan dilaksanakan secepat mungkin. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Tuan Yang di-Pertua, boleh soalan tambahan?

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, satu sahaja. Maaf, maaf.

final • 10:40 AM

Datuk Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Okey.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya persilakan Yang Berhormat Dato’ Haji Salim Sharif.

final • 10:40 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

*Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Sebelum itu, saya merakamkan juga ucapan takziah kepada arwah Dato’ Hasbullah bin Osman yang telah pergi meninggalkan kita petang semalam. Saya masih lagi terngiang-ngiang di depan saya yang terakhir dia melintas.

final • 10:40 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Jadi saya terus kepada soalan, soalan nombor tujuh. Terima kasih.

final • 10:40 AM

7. Dato' Haji Mohd. Salim Sharif [Jempol] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan baki semasa peruntukan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi tahun 2020 dan penjelasan berhubung kelewatan pembayaran IPG kepada pekebun getah.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi I - Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini, saya bagi pihak Parti MCA mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Yang Berhormat Dato’ Hasbullah bin Osman.

Tuan Yang di-Pertua, Insentif Pengeluaran Getah (IPG) merupakan satu insentif yang disediakan oleh kerajaan bertujuan untuk meringankan beban ekonomi pekebun kecil getah kesan daripada kejatuhan harga getah. Di samping itu, pelaksanaan IPG juga dijangka dapat memberikan galakan kepada pekebun kecil untuk terus menoreh bagi menjamin pengeluaran getah domestik untuk keperluan sektor pemprosesan dan hiliran getah negara.

Usaha ini dilakukan demi memastikan kebajikan para pekebun kecil dan industri getah secara keseluruhannya terjamin. Melalui pelaksanaan IPG, harga getah sekerap di peringat ladang disokong pada Paras Harga Pengaktifan (PHP), RM2.50 sekilogram.

Ini bermakna, IPG akan teraktif apabila harga di ladang untuk getah sekerap berada di bawah RM2.50 sekilogram. Perbezaan harga akan ditampung oleh kerajaan berdasarkan pengeluaran yang dihasilkan oleh pekebun kecil.

Sejak IPG diperkenalkan, pekebun kecil perlu memohon IPG secara manual.

Proses permohonan secara manual ini menyebabkan ramai pekebun kecil tidak menuntut IPG dan dianggarkan tidak sampai 12 peratus daripada pemegang kad Permit Autoriti Transaksi– Getah (PAT-G) yang menuntut IPG. Oleh yang demikian, bermula pada awal tahun ini, usaha kerajaan untuk mencari jalan bagi meningkatkan tuntutan IPG bagi pekebun-pekebun kecil dengan lebih berkesan.

Untuk makluman Yang Berhormat, semasa pengumuman belanjawan pada tahun 2020, kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta sahaja bagi pelaksanaan IPG.

Namun pada pertengahan tahun ini, tuntutan IPG di kalangan pekebun kecil getah telah meningkat dengan mendadak. Ini disebabkan kemelesetan harga getah di pasara dunia akibat penularan pandemik COVID-19 dan usaha kerajaan agar lebih ramai pekebun kecil menuntut IPG.

Tuntutan IPG yang mendadak ini telah mengakibatkan peruntukan IPG sebanyak RM100 juta tidak mencukupi. Atas keprihatinan membantu pekebun kecil getah yang majoritinya terdiri daripada B40, kerajaan telah menambah sebanyak RM50 juta lagi peruntukan dana IPG menjadikan jumlah peruntukan IPG pada tahun ini kepada RM150 juta. Bagi tempoh Januari 2020 hingga kini, sebanyak RM157.3 juta dana IPG telah dibayar kepada 127,420 pekebun kecil bagi RM163.4 juta kilogram getah.

Kebajikan dan kestabilan pendapatan pekebun kecil getah tetap menjadi keprihatinan kerajaan yang mana kerajaan telah menyediakan lebih banyak peruntukan bagi tahun 2021 iaitu sebanyak RM300 juta bagi membantu mereka. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Silakan.

final • 10:40 AM

Dato' Haji Mohd. Salim Sharif - Jempol

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab. Saya menarik perhatian apa yang disebut sebentar tadi. Saya di Jempol, ramai di kalangan pekebun kecil masih lagi belum menerima bayaran tuntutan insentif getah IPG ini. Ada di kalangan mereka selama enam bulan ke tujuh bulan. Jadi, tadi disebut soal peruntukan ditambah dan sebagainya, jangkaan permintaan yang cukup mendadak.

Jadi, apa pun dalam keadaan COVID sekarang ini, rakyat susah. Jadi, saya bersetuju Menteri kata tadi, kebajikan pekebun kecil tetap dibela. Jadi soalan saya, bilakah isu tunggakan bayaran tuntutan IPG di kalangan pekebun kecil khususnya di Jempol dapat diselesaikan dalam kadar segera?

final • 10:40 AM

Dato' Haji Mohd. Salim Sharif - Jempol

Keduanya, apakah perancangan kementerian menambah baik dalam keadaan yang disebut tadi, tuntutan hanya berlaku 12 percent, harga lantai RM2.50. Jadi, dalam keadaan ini kita mahu kelewatan ini tidak berulang pada masa-masa akan datang dan apakah perancangan seterusnya menyediakan kewangan yang cukup untuk membayar pekebun kecil di tuntutan IPG. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng

Terima kasih Yang Berhormat. Saya faham dan saya tahu bahawa– memang sedar ada yang masih belum dapat tuntutan pada ketika ini. Yang Berhormat amat prihatin terutama di kawasan Yang Berhormat. Terima kasih.

Sebenarnya kerajaan juga sentiasa ambil perhatian. Oleh sebab itu mencari jalan dan pelbagai langkah.

Maklumat yang saya ada kalau dekat Negeri Sembilan, bilangan pekebun kecil ada 9,554 orang. Setakat ini telah mempunyai 18 juta kilogram, tuntutan mencecah RM16 juta. Jadi, bagi kawasan Parlimen Jempol, saya akan melihat perkara ini supaya dapat mempercepatkan bayaran tersebut. Akan tetapi memang benar pada masa kini sebab pekebun-pekebun kecil perlu memohon IPG secara manual. Manual itu pada ketika ini mesti isi borang, selepas itu disertakan dengan resit jualan dan selepas itu kena hantar ke pejabat LGM dan juga RISDA.

Maka ini adalah satu kaedah yang nampaknya kurang berkesan. Oleh sebab itulah kementerian berusaha untuk melaksanakan pelbagai langkah dalam menambah baik dan memudah cara pekebun kecil getah. Oleh itu kementerian menerusi LGM telah mewujudkan aplikasi RRIMniaga yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri KPPK pada 27 Jun 2020, mewajibkan penggunaan kepada peraih, pelesen, pembeli getah, bermula pada 1 Januari 2021 digunakan aplikasi ini dan boleh digunakan dalam telefon pintar berserta mesin pencetak mudah alih bagi tujuan cetakan.

Jadi, kita harap menerusi RRIMniaga ini, maka ia akan memberi kesan ataupun ia tidak perlu lagi isi borang secara automatik apabila peniaga getah merekodkan butiran transaksi jual beli getah menerusi aplikasi ini dan dana IPG akan secara automatik disalurkan terus ke dalam akaun pekebun kecil yang layak pada bulan berikutnya.

Saya ingin ingatkan kepada mana-mana pihak terutama pelesen, pembeli dan peraih yang gagal mematuhi syarat tersebut maka pihak berkuasa akan mengambil tindakan dan akan membatalkan lesen. Jadi, saya harap oleh yang demikian di masa- masa akan datang isu kelewatan penyaluran IPG dijangka tidak akan berulang lagi.

Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Tuan Yang di-Pertua, sedikit. Yang Berhormat Menteri tidak jawab soalan saya. Sedikit sahaja. Tadi bilakah bayaran tunggakan IPG dapat diselesaikan tempohnya? Rakyat tengah susah di kampung ini.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng

Oleh sebab itu ada tambahan RM50 juta. Jadi, saya sudah katakan saya akan melihat perkara ini dan bawa kepada agensi berkaitan untuk khas melihat apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat jempol. Terima kasih.

final • 10:50 AM

8. Tuan Lim Kit Siang [Iskandar Puteri] minta Perdana Menteri menyatakan dan menjelaskan pendekatan dan matlamat kerajaan dalam melawan wabak COVID-19, sama ada untuk membasmi sepenuhnya wabak ini ataupun mengurangkan impak wabak ini kepada negara kita

final • 10:50 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Iskandar Puteri. Sebelum saya menjawab, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada Allahyarham Yang Berhormat Gerik dan semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Tuan Yang di-Pertua, pendekatan dan matlamat kerajaan dalam melawan wabak COVID-19 ini adalah untuk membasmi sepenuhnya wabak ini di dalam negara.

Walau bagaimanapun, wabak ini kini telah berada di dalam komuniti dan selagi vaksin kepada virus ini tidak ditemui, kes-kes COVID-19 akan terus terjadi dalam masyarakat dari semasa ke semasa dan virus ini tidak akan dapat dibasmi sepenuhnya.

Sehubungan itu, tindakan pembendungan perlu diteruskan dan dilaksanakan bagi mencegah dan mengurangkan jumlah kes COVID-19 kepada seminimum yang mungkin ataupun sehingga sifar kes melalui Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP

final • 10:50 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof

dengan prosedur operasi yang telah diasimilasikan dan dibudayakan dalam aktiviti harian masyarakat untuk kehidupan harian mereka. Termasuklah kegiatan ekonomi, kawalan keluar masuk sempadan negara, melaksanakan saringan kuarantin, rawatan dan penguatkuasaan yang berterusan.

Sebagai contoh, pemilik premis hari ini disarankan untuk menyediakan kod QR MySejahtera yang terbukti membantu kerajaan mengesan kontak rapat sekiranya berlaku kes positif COVID-19. Semua lapisan masyarakat juga perlu mengambil berat dan mengamalkan pembudayaan norma-norma baru dan protokol kesihatan awam seperti tidak mengadakan perhimpunan beramai-ramai sama ada dalam majlis rasmi ataupun tidak rasmi, mengamalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka, sanitasi dan membasuh tangan dengan sabun, tidak bersentuhan dan sebagainya. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Lim Kit Siang - Iskandar Puteri

Soalan tambahan. Kalau mengikut data-data yang terbaru, mungkin tak sampai tahun depan Malaysia akan mengatasi negara China sebagai negara yang terbanyak kes COVID-19. Apakah rancangan jangka panjang kerajaan kalau pandemik ini terus sampai tahun 2022, sama ada dalam public health, ekonomi atau sosial, oleh kerajaan?

final • 10:50 AM

Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Iskandar Puteri. Kalau kita lihat hari ini dan saya sebutkan sekali lagi virus ini telah berada dalam komuniti kita. Apa yang kita boleh lakukan sementara kita sedang mengkaji kegunaan vaksin-vaksin yang telah pun diumumkan di peringkat antarabangsa. Kita terus dengan usaha-usaha kita untuk mengekang penularan virus ini. Kita tidak nafikan ada peningkatan tetapi dengan keadaan public health system yang kita ada hari ini kita boleh predict and react very quickly dengan kesediaan kita untuk kita contain penularan itu dengan bersasar.

Contoh hari ini dengan PKP yang telah kita adakan, dengan ada kerjasama daripada masyarakat yang kita sasarkan. Contohnya tempat-tempat yang merah, tempat-tempat yang kuning, tempat-tempat yang kita klasifikasikan sebagai hijau, kita mendapat kerjasama yang lebih, memohon supaya rakyat bekerjasama supaya kita dapat mengekang dan meminimumkan penularan itu sendiri.

Sehinggalah kita telah dapat menggunakan vaksin yang sedang kita kaji, yang insya-Allah kita dapat gunakan dalam masa terdekat. Kalau disebutkan ia akan berterusan tahun 2022. Dalam masa itu, kerajaan menjangkakan dengan adanya perundingan di peringkat antarabangsa, penglibatan kita dengan COVAX dan sebagainya. Penglibatan kita dengan negara-negara lain yang sedang sibuk mengkaji penggunaan vaksin itu maka kami berpendapat kerajaan dapat menurunkan kadar infeksi COVID-19 ini dari terus menular di dalam masyarakat. Terima kasih.

final • 10:50 AM

9. Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa [Sipitang] minta Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi menyatakan sejauh mana peladang dan pengilang sawit terjejas, terutama di Sabah akibat sekatan atau larangan beroperasi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awal tahun ini.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi I - Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.

Seperti yang kita sedia maklum, wabak COVID-19 telah bermula di Malaysia pada Januari 2020 dengan kes pertama jangkitan COVID-19 disahkan pada 25 Januari 2020.

Bagi membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP yang berkuat kuasa mulai pada 18 Mac 2020. Walau bagaimanapun, sektor pembuatan dan pengeluaran yang melibatkan barang-barang keperluan umum yang dikategorikan penting dan kritikal termasuk pengeluaran minyak masak telah dibenarkan oleh kerajaan untuk meneruskan operasi masing-masing.

Berdasarkan kepada pendekatan ini dan bagi memastikan bekalan minyak masak adalah mencukupi dengan pematuhan SOP oleh Majlis Keselamatan Negara, Menteri Perusahaan, Perdagangan dan Komoditi melalui kenyataan medianya pada 19 Mac 2020 telah membenarkan sektor sawit beroperasi dengan aktiviti seperti berikut:

(i) penuaian buah tandan segar sawit oleh syarikat perladangan dan pekebun kecil;

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi I - Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng

(ii) pemprosesan buah tandan segar dilaksanakan oleh kilang- kilang sawit; dan

(iii) pemprosesan minyak sawit mentah di kilang penapis untuk pengeluaran minyak masak bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi I - Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng

Oleh hal ini, industri sawit umumnya di Malaysia dan Sabah khususnya telah beroperasi seperti biasa tetapi dengan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, pengeluaran minyak sawit mentah (CPO) pada suku pertama tahun 2020 adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan pencapaian suku pertama tahun 2019.

Purata hasil BTS Sabah sebulan bagi suku tahun pertama tahun 2020 pada bulan Januari hingga bulan Mac adalah sebanyak 1.17 tan sehektar sebulan. Berbanding dengan sejumlah 1.6 hektar sebulan bagi tempoh yang sama tahun 2019, iaitu penurunan sebanyak 26.9 peratus. Sementara purata sebulan bagi CPO Sabah pula jatuh sebanyak 29.1 peratus kepada sejumlah 319,836 tan sebulan, berbanding dengan sejumlah 450,823 tan sebulan pada suku pertama tahun 2019.

Namun kemerosotan hasil BTS dan pengeluaran CPO pada tempoh tersebut sukar untuk dikaitkan dengan pelaksanaan PKP. Ini kerana, kejatuhan tersebut telah bermula sejak bulan Oktober 2019 sehingga bulan Mac 2020 berkaitan faktor fenomena banjir di kebanyakan kawasan di Malaysia, kesannya musim angin monsun timur laut.

Selain daripada itu, kejatuhan itu disebabkan oleh tren menurun dan kebiasaannya berlaku dari bulan November hingga bulan Mac tahun berikutnya.

Manakala, purata hasil BTS Sabah sebulan bagi suku kedua tahun 2020 bulan April hingga bulan Jun dan ketiga pada bulan Julai hingga bulan September masing-masing telah meningkat kepada sebanyak 1.54 tan sehektar sebulan dan sebanyak 1.5 tan sehektar sebulan, iaitu peningkatan sebanyak 11.6 peratus dan 7.4 peratus berbanding dengan pencapaian bulanan pada suku kedua tahun 2019. Sementara itu, pengeluaran CPO Sabah juga turut mencatat peningkatan pada suku kedua dan ketiga pada tahun 2020 berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2019.

Pada suku kedua tahun 2020, purata pengeluaran sebulan CPO Sabah direkodkan sebanyak 433,380 tan. Peningkatan sebanyak sembilan peratus berbanding dengan sejumlah 397,594 tan sebulan pada tempoh yang sama pada tahun 2019. Pada suku ketiga tahun 2020 pula, purata pengeluaran CPO Sabah adalah sebanyak 411,418 tan atau 1.3 peratus lebih tinggi jika dibandingkan dengan sebanyak 406,171 tan yang dihasilkan pada tempoh yang sama pada tahun 2019. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, maaf. Tidak ada masa untuk...

final • 11:00 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, tidak ada masa.

final • 11:00 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Kita minta supaya Yang Berhormat Timbalan Menteri jangan lupa nanti jawab di luar sana tentang laporan PAC terhadap anda. Yang Berhormat Timbalan Menteri, semua tertunggu-tunggu yang mana direct award kepada anda semasa anda ada influence politik ya. Yang Berhormat Timbalan Menteri, semua tengah tunggu.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Melaka, saya pohon lain kali minta kebenaran saya dulu. Yang Berhormat semua sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih semua.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:00 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2021 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2021

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2021 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari enam puluh sembilan bilion ringgit (RM69,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2021, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 26 Tahun 2020, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [16 November 2020]

final • 11:00 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 11:00 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Selamat pagi Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Selamat pagi.

final • 11:00 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sebelum kita meneruskan dengan Aturan Urusan Mesyuarat dan juga perkara-perkara lain. Ini adalah berkenaan dengan satu surat yang saya telah terima daripada Tuan Yang di-Pertua.

Saya menerima jawapan ini dengan hati terbuka, iaitu Tuan Yang di-Pertua telah memaklumkan kepada saya bahawa usul yang dibuat oleh saya, memohon Yang Berhormat Bintulu memohon maaf di Dewan yang mulia ini telah ditolak. Saya berterima kasih kerana Tuan Yang di-Pertua telah mempertimbangkan permohonan saya dan menolak.

Akan tetapi, pada masa yang sama, saya ingin bertanya pada Tuan Yang di- Pertua, di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12)– Memandangkan Tuan Yang di-Pertua juga merupakan seorang peguam yang terkenal– “Mana-mana ahli yang mengeluarkan perkataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis...”. Pada hari Rabu yang lalu, Yang Berhormat Bintulu telah mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa Tan Sri Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan tidak pergi ke Sabah dan membuat lawatan.

Akan tetapi, pada satu sidang akhbar yang diadakan sejurus selepas insiden di Dewan Rakyat, Tan Sri Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan telah menjelaskan bahawa beliau dan juga timbalan beliau telah pergi ke Sabah membuat lawatan persediaan sebelum Pilihan Raya dan sebagainya. Jadi saya berpendapat, pada hemat saya, kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Bintulu itu adalah mengelirukan Dewan dan tidak benar.

So, kalau Tuan Yang di-Pertua telah menolak usul saya, kita masih perlu menghormati dan memartabatkan status seorang Ketua Pengarah Kesihatan yang bertungkus-lumu sekarang. Jadi, saya mohon Dewan yang mulia ini mempertahankan Tan Sri Noor Hisham dengan meminta Yang Berhormat Bintulu supaya memohon maaf

final • 11:00 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

dan menarik balik kenyataan yang menghentam serta mengkritik Tan Sri Noor Hisham di Dewan yang mulia ini. Ini kerana, beliau telah mengelirukan Dewan.

Saya yakin, kalau Tuan Yang di-Pertua hadir pada hari itu, mempengerusikan sidang, saya yakin Tuan Yang di-Pertua akan membuat keputusan yang lebih berwibawa dan tidak akan mengusir saya keluar daripada Dewan yang mulia ini.

[Tepuk]

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

final • 11:00 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Mohon dipertimbangkan.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, dua perkara. Satu perkara penolakan usul Yang Berhormat buat kepada saya. Sebenarnya saya tidak menolak usul tersebut atas merit, saya menolaknya atas prosedur kerana Yang Berhormat membuat usul untuk saya menimbang semula keputusan Timbalan Yang di-Pertua.

Manakala, di bawah Peraturan Mesyuarat 43, saya tidak mempunyai kuasa untuk membuat demikian. Kuasa untuk menimbang semula atau mengkaji semula keputusan yang telah dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua, atau Timbalan Yang di-Pertua ialah kuasa Majlis Mesyuarat dan bukan kuasa saya. Oleh sebab itu, saya tolak usul- usul Yang Berhormat. Itu masalah teknikal, bukan masalah merit.

Mengenai Peraturan Mesyuarat 36(12), apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat itu adalah merupakan satu perbalahan fakta lah. Perbalahan fakta. Ini kerana, Yang Berhormat mengatakan bahawa Yang Berhormat Bintulu kata Tan Sri DG tidak ke Sabah, kemudian Tan Sri DG kata dia ke Sabah.

Jadi, itu perbalahan fakta. Maka, saya pun tidak dapat hendak selesaikan di sini. Boleh tidak kalau saya minta Yang Berhormat Jelutong untuk menulis kepada saya supaya saya boleh pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Bintulu, apakah yang dimaksudkan oleh beliau apabila beliau berkata sedemikian. Ini kerana, perbalahan fakta ini saya tak boleh hendak putuskan, kerana ‘A' akan kata macam ini, ‘B' akan kata macam tu.

final • 11:00 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi penerangan dengan penuh yakin dan penuh begitu tenang berbanding dengan Timbalan Yang di-Pertua yang penuh beremosi...

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa]

final • 11:00 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pada masa yang sama, bolehkan saya merayu supaya Yang Berhormat Kepong dibenarkan untuk kembali ke Dewan untuk turut serta dalam perbahasan?

Memandangkan Yang Berhormat Bintulu juga telah pun meminta maaf di luar dan saya juga merayu kepada Tuan Yang di-Pertua supaya mempertimbangkan. Saya yakin Tuan Yang di-Pertua akan mempertimbangkan dengan penuh tenang untuk membenarkan beliau masuk ke Dewan semula. Ini adalah permohonan Yang Berhormat Jelutong, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya senang sahaja Yang Berhormat, kalau orang tenang dengan saya, saya pun tenang dengan orang.

[Ketawa] So, pintu office saya terbuka setiap masa, so kalau Yang Berhormat Kepong hendak datang jumpa saya, saya sentiasa menerima kedatangan beliau. Boleh kita mulakan perbahasan...

final • 11:00 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bolehkah saya membuat permohonan ketiga supaya Tuan Yang di-Pertua terus mempengerusikan prosiding Dewan supaya keadaan tenteram dan tenang selalu? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Saya pun ada meeting lain. Maaf, boleh kita mulakan?

final • 11:00 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya bangkitkan sedikit?

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya.

final • 11:00 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Berdasarkan kepada takwim Parlimen yang baharu, kita akan tamat perbahasan peringkat dasar pada minggu ini.

Saya sedar, mungkin telah pun dibincangkan bersama Ketua-ketua Whip parti, tetapi

final • 11:00 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

saya percaya sebenarnya ramai lagi yang mungkin tidak dapat berbahas kerana tempoh masa yang singkat tersebut.

Jadi, apakah boleh dipertimbangkan oleh Tuan Yang di-Pertua supaya ada ruang diberi kepada seramai mungkin Ahli-ahli Yang Berhormat boleh berbahas di peringkat dasar. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya nak mulakan awal. Kemudian saya rasa mulai esok ada cadangan untuk mengehadkan masa kepada selama 10 minit sahaja.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Akan tetapi saya pun akan cuba melihat dengan Yang Berhormat Menteri Parlimen, sama ada kita boleh panjangkan sedikit mesyuarat harian. Tidak apa, saya akan mempertimbangkan benda itu.

final • 11:10 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Betul Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya rasa sebaiknya kita panjangkan ataupun kita rehat pukul 2.00 petang keluar, kemudian kita masuk balik pukul 4.00 petang sampai ke pukul 7.00 malam ataupun pukul 8.00 malam, itu yang terbaik.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tengok.

final • 11:10 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jangan mengurangkan waktu 15 minit ke 10 minit.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, tapi kita ada kekangan COVID-19. Ini masalah saya.

Saya..

final • 11:10 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tidak, bagi saya kalau kita rehat dalam dua jam, selepas itu kita sambung balik.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya cuba. Saya akan bincangkan semula tapi saya tidak janji sebab saya kena ikut nasihat KKM dan MKN.

Saya hendak mempersilakan Yang Berhormat Sipitang untuk meneruskan perbahasan. Silakan.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa - Sipitang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi kesempatan kepada Sipitang hari ini untuk turut serta mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di peringkat Dasar – Belanjawan 2021.

Belanjawan ini memang agak penting kerana ia kena mengambil kira keadaan di mana kita mempunyai cabaran daripada segi pandemik dan kesan-kesan negatif daripadanya dan sudah tentu perasaan rakyat di luar itu pada ketika ini agak bercampur, mixed feelings, dengan izin.

Apatah lagi dalam seminggu dua ini, Ahli-ahli Parlimen di Dewan yang mulia ini mempunyai idea dan pandangan yang berbeza. Ada mungkin sesetengah pihak merasa risau tentang belanjawan yang terbesar ini kerana mereka memikirkan tentang hutang negara yang kian meningkat. Bagaimana kita menangani hutang ini dalam masa akan datang? Ada juga sesetengah pihak melihat belanjawan ini agak konservatif dan kita perlu berbelanja sepatutnya untuk memastikan kita mempunyai masa depan yang lebih cerah.

Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan membabitkan RM322.5 bilion ini sememangnya satu penzahiran, ada komitmen daripada kerajaan dalam mendepani situasi semasa yang mencabar, khususnya dalam perihal memastikan kebajikan rakyat kekal terpelihara dan dalam masa yang sama memberi perhatian kepada kelangsungan ekonomi negara.

Jadi saya ingin mengucapkan tahniah juga kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan atas pembentangan bajet yang boleh disifatkan sebagai menyeluruh, komprehensif dan prihatin rakyat. Saya juga percaya menerusi komitmen perbelanjaan

final • 11:11 AM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa - Sipitang

kerajaan dalam belanjawan kali ini, kita akan dapat mewujudkan persekitaran sosio ekonomi yang lebih stabil.

Namun begitu, the biggest room is the room for improvement, dengan izin. Saya ingin mengambil kesempatan untuk berbahas pada hari ini, untuk menyampaikan juga sedikit sebanyak aspirasi dan maklum balas rakyat di Dewan mulia ini tentang belanjawan yang baru sahaja dibentangkan. Saya percaya dengan keterbukaan kerajaan pada hari ini, kita akan dapat bersama-sama memastikan hasrat dan aspirasi Belanjawan 2021 ini akan dapat direalisasikan dengan sebaik mungkin *insya-Allah.

[Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]:* mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, tumpuan perbahasan saya pada hari ini adalah beberapa aspek khususnya melibatkan kesejahteraan rakyat, khususnya yang tergolong dalam kategori B40 dan M40. Pertamanya, saya ingin menyentuh tentang pendidikan sebanyak RM50.4 bilion diperuntukkan bagi Kementerian Pendidikan Malaysia. Saya juga mengalu-alukan keprihatinan kerajaan dalam kesinambungan memberi perhatian kepada pembangunan sekolah luar bandar dan sekolah daif di Sabah.

Manakala, sebanyak RM14.4 bilion telah diperuntukkan untuk Kementerian Pengajian Tinggi, namun peruntukan ini terlihat lebih kepada penambahbaikan infrastruktur universiti, naik taraf akses MyREN, Skim Pinjaman Komputer Riba dan pelepasan cukai bagi simpanan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Justeru itu, adalah dicadangkan juga bantuan kewangan khas buat mahasiswa sama ada dalam bentuk tunai, baucar dan sebagainya bagi memberi sedikit aliran tunai buat para mahasiswa yang juga turut terjejas akibat pandemik COVID-19 ini. Lebih-lebih lagi bantuan seumpama ini amat penting bagi meringankan bebanan keluarga yang mempunyai tanggungan ramai dan terjejas teruk dalam tempoh ini.

Tuan Yang di-Pertua, kita juga sedar bahawa kos sara hidup yang tinggi, kemiskinan bandar dan harga rumah yang terlalu mahal sering membelenggu golongan B40 dan M40 ini. Ini adalah lebih teruk pada ketika negara berdepan dengan pandemik dan ketidaktentuan ekonomi. Adalah menjadi kewajipan buat kita bagi membantu rakyat dalam kumpulan miskin dan berpendapatan rendah meningkatkan kualiti hidup di samping mengurangkan beban tanggungan keluarga.

Seperti mana yang didedahkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, berkenaan 32 peratus pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai baki purata dalam akaun hanya sekitar RM1,000 sahaja. Manakala 10 peratus pencarum pula, mempunyai baki dalam akaun 1 KWSP sekitar RM5,000 ke bawah. Ini adalah realiti yang harus diterima, namun realiti ini adalah yang menghimpit rakyat yang disifatkan unprecedented dengan izin. Ini juga harus diberi pertimbangan.

Oleh itu, saya juga ingin mencadangkan agar kerajaan memberi pertimbangan untuk membenarkan pengeluaran secara pilihan (by choice) Tuan Yang di-Pertua dengan izin, sama ada secara bulanan ataupun pukal kerana keperluan rakyat hakikatnya adalah berbeza-beza. Khususnya bagi yang mempunyai tanggungan yang ramai, lebih-lebih lagi apabila rakyat kehilangan pekerjaan dan punca pencarian, berlaku potongan gaji dan sebagainya.

Saya juga turut mencadangkan agar pengeluaran dapat diperluaskan kepada lebih ramai pencarum. Angka 600,000 orang yang bakal menerima manfaat seperti mana yang dibentangkan berkemungkinan tidak menggambarkan angka sebenar mereka yang terjejas dan amat bergantung kepada pengeluaran daripada akaun 1 KWSP ini. Ini tidak akan menjejaskan perubahan bajet kepada kerajaan dan mekanisme khusus bagi memastikan masa depan pencarum juga terjamin dengan had pengeluaran yang dikenakan oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, semakin besar periuk nasi semakin besar keraknya.

Berdasarkan belanjawan yang dibentangkan sekitar RM10,000 bilion akan diperuntukkan bagi insentif kelompok M40. Namun saya mencadangkan lebih banyak peruntukan diberikan buat golongan ini agar lebih saksama. Selain pelarasan cukai dan pengurangan caruman KWSP, kerajaan juga boleh mempertimbangkan untuk memberi bantuan

final • 11:11 AM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa - Sipitang

tambahan secara tunai bagi memastikan kelangsungan hidup, di samping meningkatkan kuasa beli yang akhirnya kita percaya memberi kesan positif kepada ekonomi.

Saya ingin memberi contoh, industri pelancongan di negeri Sabah pada tahun 2019. Sabah merupakan negeri ketiga penerima pelawat domestik tertinggi iaitu seramai lebih 22 juta pelawat dengan nilai sebanyak RM8.1 bilion. Ini pada tahun 2019. Kini industri ini terjejas teruk impaknya bukan sahaja merencatkan ekonomi negeri malah menjejaskan ramai pemain industri yang terlibat dalam rantaian perkhidmatan ini dan majoriti adalah dari golongan B40 dan M40. Ada di antara mereka dulu tergolong dalam M40 ini, kini terjatuh dalam golongan B40.

Saya menyambut baik usaha kerajaan dalam membantu para peniaga, penjaja, pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa dan pemandu pelancong di Sabah yang terjejas teruk ekoran kekurangan kehadiran pelancong dengan Geran Khas PRIHATIN Tambahan sebanyak RM1,000. Ini adalah bentuk bantuan yang boleh kita perluaskan kepada kelompok M40 yang terjejas.

Tuan Yang di-Pertua, selain menyentuh perihal kebajikan ekonomi rakyat, saya turut ingin menyentuh mengenai pembangunan khususnya pembangunan luar bandar.

Antara kemudahan asas bagi kita, bandar ataupun luar bandar adalah air. Kita semestinya memerlukan air bekalan yang bersih mencukupi dalam kehidupan seharian kita mahupun dalam pekerjaan yang kita lakukan.

final • 11:11 AM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa - Sipitang

Saya ingin menyentuh tentang di kawasan saya di mana projek bekalan air Sipitang perlu dinaiktarafkan memandangkan kekerapan gangguan yang sangat mengecewakan. Pam-pam air berada di keadaan usang, tidak dapat beroperasi dalam kemampuan maksimum menyebabkan tangki-tangki tidak dapat diisi seterusnya menyebabkan tekanan air ke rumah-rumah sentiasa rendah.

Masalah gangguan bekalan air ini juga berkait rapat dengan isu bekalan tenaga elektrik yang tidak stabil. Di Sipitang kita mempunyai empat buah loji rawatan air iaitu Mesapol, Kampung Ulav, Kampung Meligan yang tidak beroperasi dan Kampung Bangkap yang beroperasi hanya 16 jam. Tenaga elektrik yang tidak stabil ini mempengaruhi operasi rawatan air sebagai contoh loji rawatan air Ulau yang berkongsi bekalan elektrik dengan penduduk kampung. Perkara ini menyebabkan bekalan elektrik di loji rawatan air Ulau sering mengalami masalah terputus, trip dengan izin. Kekerapan masalah ini pula menyebabkan peralatan dan mesin di dalam loji itu terkesan.

Oleh yang demikian, kita mohon agar kementerian yang berkenaan mengambil maklum hal ini dan mengambil langkah menyelesaikan masalah ini secara tuntas, once and for all dengan izin seperti mengganti peralatan mesin yang sudah berkeadaan daif, menaik taraf loji-loji yang sudah usang dan tidak beroperasi serta mewujudkan rumah- rumah pam di kawasan strategik seperti Sungai Bubus yang mana bekalan airnya kini hanya mencukupi untuk beberapa tahun yang mendatang.

Seterusnya saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini berkenaan dengan jalan raya. Tidak dinafikan hal ini sudah lama diperjuangkan oleh penyandang kerusi Parlimen Sipitang sebelum ini, namun sehingga kini perkara ini masih belum selesai. Secara spesifik, saya ingin merujuk kepada jalan raya di Mendulong, Long Pasia yang masih belum diketahui statusnya sehingga kini. Kemudahan jalan raya ini adalah antara projek yang mendesak yang sudah lama diperjuangkan dan ia perlu disegerakan pelaksanaannya dengan melibatkan kira-kira 3,000 orang pengguna, kemudahan jalan raya Mendulong, Long Pasia ini sudah pasti akan dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi setempat apabila siap kelak.

Keseluruhan rantaian jalan raya ini adalah melibatkan jarak 93.6 kilometer iaitu Jalan Mendulong - Meligan, 43.6 kilometer. Jalan Kampung Ulu Bole, tiga kilometer, Jalan Kampung Iburu, tiga kilometer dan Jalan Kampung Meligan, Long Mio dan Long Pasia, 44 kilometer. Mengikut anggaran asal projek jalan ini melibatkan kos sekitar RM600 juta termasuk bagi pembinaan tiga buah jambatan konkrit iaitu di Sungai Mendulong, Sungai Ulu Mengayam dan Sungai Meligan.

Saya katakan pembinaan jalan raya Mendulong – Long Pasia ini sebagai mendesak kerana ia merupakan jalur laluan utama ke kawasan tinggi Long Pasia yang berdekatan dengan sempadan Kalimantan di mana banyak potensi ekonomi boleh dibangunkan termasuk sektor pelancongan serta pertanian tanah tinggi seperti padi bukit.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa - Sipitang

Selain itu, orang kampung turut menggunakan jalan ini untuk membawa hasil pertanian atau membeli belah di Pekan Sipitang manakala ratusan pelajar sekolah rendah dan menengah juga menjadi pengguna utama laluan tersebut setiap hari ke sekolah. Justeru itu, saya mohon perhatian Dewan yang mulia ini khususnya Yang Berhormat Menteri Kerja Raya agar dapat kiranya melihat serta memperhalusi keperluan projek ini dalam manfaat jangka panjang.

Dalam masa yang sama, saya juga faham kemungkinan peruntukan bagi Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Luar Bandar mungkin tidak mencukupi untuk menyelesaikan semua ini secara serentak, namun saya berharap kerajaan memandang serius dengan cadangan ini agar keperluan rakyat tidak terjejas dan terbela.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya pasti ramai di luar sana tidak cakna sepenuhnya akan bantuan dan inisiatif kerajaan yang akan dilaksanakan. Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk menambah baik kaedah penyampaian bantuan dan insentif. Antara lain adalah mungkin memperkenalkan aplikasi atas talian khusus yang lengkap dengan ciri keselamatan tinggi bagi rakyat mendapatkan info dengan tepat dan cepat, membuat permohonan serta semakan. Keberkesanan aplikasi MySejahtera umpamanya adalah antara bukti penggunaan teknologi aplikasi yang dapat memudah cara urusan kerajaan khususnya ketika pandemik ini.

Dengan kurangnya interaksi fizikal, kekangan birokrasi dapat dikurangkan dan bantuan akan cepat sampai kepada golongan sasar. Menerusi kaedah yang lebih sistematik ini, kerajaan juga boleh mengenal pasti golongan sasar yang tercicir dan menambah baik mutu perkhidmatan dan penyampaian dari masa ke semasa.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Minta Yang Berhormat, rumuskan Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa - Sipitang

Sekejap.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

30 saat lagi.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa - Sipitang

Selain itu, saya juga ingin membuat emphasis dengan izin kerjasama erat dan hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dan negeri juga amatlah penting. Semua agensi baik di peringkat persekutuan mahupun negeri mestilah menggembleng tenaga bersama-sama bukan sahaja agar segala perancangan itu berhasil tetapi memastikan pelaksanaannya nanti tidak berlaku ketirisan yang akan merugikan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup bagi menyahut seruan dan Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong marilah kita semua berlapang dada dan berjiwa besar untuk bekerjasama tanpa mengira kecenderungan politik agar kebajikan dan kesejahteraan rakyat akan terus terpelihara di kala kita menghadapi pandemik COVID-19 ini. Dengan belanjawan pengembangan expansionary dengan izin yang sarat dengan pelbagai langkah countercyclical ini dengan izin-Nya, saya pasti Insya-Allah saya kita akan berupaya mengurangkan impak COVID- 19 terhadap rakyat dan memberi ketahanan ekonomi bagi mengharungi cabaran mendatang.

Teguh kita menang bersama, Sipitang menyokong Belanjawan 2021. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Sipitang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pandan. Mulakan dengan 15 minit.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Pandan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Saya mulakan dengan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Yang Berhormat Gerik, Dato’ Hasbullah bin Osman semoga Allah mencucuri rahmat atas roh beliau.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas kesempatan yang diberikan untuk Pandan membahaskan Rang Undang-undang Bekalan Belanjawan 2021. Saya

final • 11:27 AM

Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Pandan

merafakkan sembah menjunjung kasih kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah Tuanku kepada semua Ahli Yang Berhormat berkenaan Belanjawan 2021 ini memberi keutamaan kepada rakyat dan negara demi mengatasi pandemik COVID-19.

Saya juga ingin berkongsi dengan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini peringatan khalifah Islam kedua, Saidina Umar Al-Khattab kepada pemerintah berkaitan wang negara. Beliau menyarankan terdapat tiga perkara yang perlu diberikan perhatian, satu hendaklah dipungut dengan kadar jumlah yang tidak membebankan, perlu dibelanjakan kepada mereka yang berhak dan jangan sekali-kali dibelanjakan kepada perkara yang tidak berfaedah. Kedudukan saya - Saidina Umar mengatakan dengan wang negara adalah samalah kedudukan di antara pengamanah harta anak yatim. Jika saya berkemampuan tidak mengambil sedikit pun dan jika saya perlu atau tidak berkemampuan, saya akan mengambil mengikut keperluan minimum.

Tuan Yang di-Pertua, jika kita mengamati kenyataan media Istana Negara pada 4 November, Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan atas semangat bipartisan dan permuafakatan dalam kalangan parti-parti politik. Baginda juga menzahirkan harapan agar kerajaan memperhalusi sebaik-baiknya cadangan-cadangan yang telah dikemukakan bagi merangka belanjawan yang bersifat inklusif, komprehensif serta berpaksikan kebajikan rakyat, pemulihan ekonomi negara dan pembendungan efektif wabak COVID-19 ini.

Saya berpendapat bahawa keadaan rakyat yang rentan dengan izin vulnerable akibat wabak COVID-19 sepatutnya menjadi asas utama dalam merangka Belanjawan 2021 yang seharusnya memberi manfaat kepada rakyat terbanyak. Wabak COVID-19 ini di Malaysia sekarang berada dalam gelombang ketiga dengan situasi ketidakpastian yang sangat tinggi dengan izin extremely high uncertainty. Oleh itu saya mencadangkan agar Parlimen menubuhkan jawatankuasa pilihan khas berkaitan wabak COVID-19 yang bipartisan bagi meneliti aspek-aspek dasar, perbelanjaan dan pentadbiran berkaitan wabak COVID-19 serta berfungsi hingga wabak ini diisytiharkan tamat.

final • 11:27 AM

Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Pandan

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan pada Yang Berhormat Senator Menteri Kewangan yang menemui wakil-wakil Pakatan Harapan selama kira-kira dua jam bagi kami menyampaikan cadangan-cadangan dan saya sangat berharap ia bukanlah sekadar dengan izin public relations exercise sahaja tetapi saya ingin menyaksikan satu norma baharu berlaku dalam negara kita apabila the government of the day dengan izin, bersedia menerima dan melakukan perubahan pada kandungan belanjawan sebelum undian untuk meluluskannya.

Saya merujuk kepada ucapan-ucapan perbahasan yang disampai oleh Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Kulim–Bandar Baharu, Yang Berhormat Subang dan juga pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang lain. Saya setuju dengan mereka supaya belanjawan mengambil kira unjuran yang realistik— mana hendak dapat duit ini? Juga memberi keutamaan kepada penyelesaian pelbagai masalah yang dihadapi oleh rakyat terutama semasa wabak ini.

Belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Senator, 11 hari dulu ada pelbagai aspek kelemahan yang boleh diperbaiki. Frontliners Tuan Yang di-Pertua umpamanya, perbelanjaan untuk barisan hadapan atau frontliners, dengan izin tidak menyeluruh dan ada dalam kalangan mereka yang merungut proses bayaran kerja lebih atau overtime adalah rumit dan membebankan, bukan meringankan. Sudahlah kerja teruk, risiko tinggi. Sehubungan itu, kita juga boleh menukarkan status mereka yang berstatus pekerja kontrak. Masa kita perlu, kita ada kontrak tetapi tukarkan mereka kepada pekerja tetap.

Kerajaan perlu memastikan bahawa dalam mereka melaksanakan tugas, keluarga dan anak-anak mereka seharusnya diberi perhatian dari sudut insentif penjagaan anak-anak, keselesaan belajar dan jaminan suasana pekerjaan yang selamat dan langkah-langkah untuk melindungi mereka terjamin. Langkah ini penting sebagai penghormatan dan pengiktirafan yang sedikit sebanyak dapat membantu mereka memberi motivasi kepada mereka di samping mengurangkan kerisauan petugas-petugas mengenai keluarga mereka. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh petugas barisan hadapan dan yang bertungkus-lumus dalam usaha mengawal penularan wabak ini.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Pandan

Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2021 mestilah membendung hakisan kemajuan gender equality, dengan izin yang disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Semasa pandemik kemunduran untuk wanita di Malaysia amat ketara dalam tiga aspek termasuklah keselamatan daripada keganasan berdasarkan jantina atau dengan izin, gender-based violence dan keselamatan dalam pekerjaan.

Pertama sekali pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini telah menyebabkan peningkatan risiko keganasan rumah tangga. Belanjawan 2021 mestilah mengutamakan perbelanjaan untuk meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dan perkhidmatan sokongan untuk mangsa kes keganasan berdasarkan gender. Misalnya pihak kerajaan boleh menyediakan satu interagency fund, dengan izin untuk melatih responden pertama termasuk pegawai polis, perubatan dan kebajikan untuk mengendalikan kes keganasan berdasarkan gender.

Pada masa yang sama dengan izin unpaid care work, tambahan ketika keluarga terkurung di rumah telah menyebabkan lebih sukar bagi pekerja wanita menumpukan masa yang diperlukan untuk pekerja bergaji. Oleh itu dasar belanjawan mesti menutup jurang gender dalam pekerjaan yang berterusan.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kajian agensi MAMPU yang dijalankan mulai 26 November 2018 hingga Jun 2019, nisbah pekerja sosial di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berbanding penduduk Malaysia adalah sangat rendah iaitu seorang pekerja bagi setiap 8,500 rakyat Malaysia. Berbanding dengan Singapura atau United Kingdom, sekitar seorang untuk 3,000 penduduk dan Australia sekitar seorang untuk 1,000 penduduk. Ternyata JKM menjadi tulang belakang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memerlukan dukungan lebih di mana mereka ini dipertanggungjawabkan menyalurkan bantuan makanan.

Berdasarkan perangkaan JKM dari Mac hingga April 2020 tahun ini, JKM telah mengendalikan kira-kira 500,000 penerima bantuan COVID-19. Maka wanita, warga emas, anak-anak, semuanya di bawah payung kementerian ini. Selain itu, apabila pihak kerajaan menyelaraskan had baharu Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dalam Rancangan Malaysia Ke-12 yang akan dibentangkan pada tahun hadapan, JKM menjangkakan kes kebajikan juga akan meningkat sebanyak dua kali ganda.

Malangnya KPWKM hanya diperuntukkan jumlah RM2.6 bilion, kurang daripada satu peratus daripada jumlah RM322 bilion Belanjawan 2021 tanpa pertambahan pertumbuhan substantial bagi KPWKM berbanding dengan tahun 2020. Perkara ini adalah amat tidak munasabah memandangkan Malaysia mempunyai 15.9 juta wanita bersamaan 48.5 peratus rakyat Malaysia. Hampir separuh daripada rakyat Malaysia adalah wanita. KPWKM pada hemat saya wajar dijadikan kementerian kanan, sekiranya kita ingin menangani pandemik ini.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya mengalih tumpuan perhatian kepada kesihatan mental. Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini pada awal tahun ini, pusat panggilan Talian Kasih telah melaporkan bahawa jumlah panggilan yang diterima telah meningkat sekali ganda daripada 6,770 pada bulan September kepada 12,240 panggilan pada bulan Oktober. Pihak NGOs seperti Befrienders dan Women’s Aid Organization juga telah mengalami kadar peningkatan yang ketara dalam jumlah panggilan dan mesej WhatsApp. Untuk makluman semua, kesihatan mental dan penyalahgunaan bahan boleh mencetus keganasan rumah tangga atau penderaan kanak-kanak. Malah, akibat daripada keganasan rumah tangga atau penderaan kanak-kanak, dia boleh jadi mental.

Oleh itu kita menyambut baik pengumuman pihak kerajaan berkenaan peruntukan RM24 juta untuk menangani isu kesihatan mental serta usaha pencegahan keganasan dan kecederaan sangat diperlukan memandangkan tempoh tekanan dan ketidaktentuan ekonomi ini.

Namun demikian pihak kerajaan perlulah memberikan maklumat dan butiran secara lebih lanjut mengenai program-program dan bagaimanakah rakyat dapat memanfaatkannya. Pada pendapat saya, pihak kerajaan haruslah memperuntukkan sekurang-kurangnya RM5 juta khusus untuk beroperasi dan menambah baik perkhidmatan pusat panggilan Talian Kasih termasuklah perkhidmatan talian kecemasan 24 jam yang dikendalikan oleh orang awam dan NGO.

Tujuan peruntukan ini juga boleh digunakan untuk memberi latihan kepada pegawai yang mengendalikan pusat panggilan untuk meningkatkan keberkesanan dan

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Pandan

kemampuan mereka. Jangan ditutup, masa mula-mula dulu kerajaan baharu hendak tutup Talian Kasih.

Tuan Yang di-Pertua, kita harus menerima hakikat bahawa kita tidak akan kembali dengan izin, business as usual pasca pandemik ini. Penyelesaian biasa tidak akan berkesan. Kesenjangan, ketidaksamaan akan bertambah luas, pekerja tanpa perlindungan sosial yang kuat akan dipinggirkan dan rakyat yang tidak mempunyai banyak permulaan sebelum pandemik ini akan ditinggalkan lebih jauh. Justeru saya memohon pihak kerajaan untuk lebih komited memperkuatkan kesejahteraan rakyat yang teramat rentan dalam lapisan masyarakat negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, big data dengan izin ada di DOSM SSM, KDN, KWSP, KSM dan PERKESO sudah cukup sebagai permulaan untuk digabungkan dengan data pekerja sektor informal yang telah dimulakan oleh pihak MDEC untuk sektor ekonomi gig.

Big data ini dengan izin memainkan peranan penting dalam kita menyenarai dan menyasarkan apa-apa bantuan kepada mereka yang memerlukan. Dianggarkan hampir 2 juta pekerja sektor informal yang paling vulnerable, dengan izin kerana tidak berdaftar dengan SSM, KWSP, PERKESO dan MDEC.

Dengan adanya maklumat lengkap serta kepakaran big data dan analytics ini dengan izin, yang ada pada dorsum PERKESO dan lain-lain, golongan profesional berupaya membuat job matching dengan izin, padankan dengan profil pekerja dan majikan, lokasi majikan dan pencari kerja, kekosongan pekerjaan, tahap kemahiran dan latihan yang diperlukan.

Saya berharap YAB Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia yang berada dalam Majlis Pekerjaan Negara menyediakan peruntukan secukupnya untuk memastikan padanan kerja dapat membantu lebih ramai rakyat mendapat pekerjaan yang setimpal, sekali gus turut mengurangkan masalah underemployment dengan izin dalam kalangan graduan.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Pandan

Pakej rangsangan one-off ini diperlukan tetapi tidak sustainable. Kita berharap menggalakkan ramai lagi rakyat kita mengisi kekosongan tempat pekerja asing dengan ganjaran dan insentif yang lebih baik seperti yang telah dimulakan melalui Malaysia@Work. Dalam masa yang sama, apa-apa untuk menguruskan PKP, PKPP, PKPB dan PKPD, MKN perlulah mengambil kira keperluan sektor perniagaan, perusahaan dan perkhidmatan serta janganlah tergesa-gesa tukar sana tukar sini SOP yang boleh mengelirukan, menjejaskan ramai lagi pengusaha dan pekerja.

Merujuk pada KWSP, terima kasih kepada KWSP kerana mendengar rintihan rakyat dan disuarakan oleh wakil-wakil rakyat kita. Apakah lebih menyeluruh jika i-Sinar merangkumi mereka, pencarum yang pendapatan mereka telah dipotong sebanyak 25 peratus ke atas.

Walau bagaimanapun, kita mohon agar proses ini dipermudahkan. Hal ini kerana apabila sudah buat janji temu selepas itu hendak pergi sana kemudian, tidak cukup orang, tidak cukup pekerja dan perlu tunggu lama-lama. Bahkan pula, rakyat memerlukan wang itu dengan kadar segera dan juga saya ingin mengatakan bahawa kerajaan perlu mempertimbangkan dan menilai semula pelaksanaan moratorium bayaran bulanan ke atas pinjaman perumahan, kenderaan serta perniagaan industri kecil, mikro secara bersasar.

Tuan Yang di-Pertua, sedikit lagi saya mohon, ini penting ya. Saya mencadangkan supaya elaun dan yuran Pengerusi mana-mana Ahli Yang Berhormat yang menjadi Pengerusi mana-mana GLC, GLIC dikurangkan sebanyak 50 peratus

final • 11:40 AM

[Dewan tepuk]

Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Pandan

dan pengurangan ini disalurkan, bukan kurang saja-saja macam itu.

Disalurkan sebagai tanggungjawab sosial korporat atau CSR ke Tabung COVID-19 oleh sebab semua Yang Berhormat ini telah bergaji pun. Dalam masa yang sama leadership by example Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri Kanan, Yang Berhormat Menteri-menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri pun dipotong sebanyak 10 peratus.

Tuan Yang di-Pertua, sudah tutup sudah ini. Saya ingin lagi sekali ditegaskan pentingnya belanjawan besar ini dilihat sebagai amanah dan kita mengagihkan khazanah negara kepada yang berhak dan terdesak supaya maruah manusia terpelihara dan kita

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Pandan

berlaku adil. Itu sahajalah yang hendak saya katakan dan saya harap bahawa kalau dana operasi dan dana komuniti pusat khidmat Parlimen sama rata diberikan kepada pembangkang dan juga blok kerajaan, saya rasa bahawa Ahli Parlimen pembangkang pun tidaklah rasa gundah untuk memotong sebanyak 10 peratus disalurkan ke Tabung COVID-19.

Dengan syarat, semua Ahli Parlimen kerajaan juga tertakluk kepada potongan yang sama. Akhir kata, demi kepentingan rakyat dan negara, saya berharap jangan ada yang membuat apa-apa kenyataan mengugut bahawa bayaran penjawat awam, gaji penjawat awam tidak akan dapat dibayar seandainya belanjawan 2021 ini tidak diluluskan. Jangan lah begitu sebab kita tidak pernah mempertikaikan emolumen penjawat awam.

Jadi, Belanjawan 2021 ini mestilah inklusif bukan eksklusif, komprehensif bukan terhad atau sempit dan belanjawan diperjuangkan untuk memperjuangkan kebajikan rakyat pemulihan ekonomi negara dan membendung secara efektif wabak ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pandan. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Parit kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Seremban.

final • 11:40 AM

Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebelum saya memberikan ucapan kupasan ini, saya juga ingin ucapkan takziah kepada seisi keluarga Yang Berhormat Dato’ Hasbullah bin Osman, Ahli Parlimen Gerik. Semoga rohnya dicucuri rahmat di tempat dan di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk turut berbahas di dalam belanjawan pada pagi yang mulia ini.

*Tegak rumah kerana sendi, Runtuh sendi rumah binasa, Sendi bangsa ialah budi, Runtuh budi runtuhlah bangsa.

Di sana padi di sini padi, Itulah nama sawah dan bendang, Di sana budi di sini budi, Baharulah sempurna bernama orang.* Slogan “Teguh Kita, Menang Bersama” membawa makna yang jelas iaitu usaha kerajaan untuk memastikan kita sama-sama mengharungi cabaran pandemik COVID-19 ini. Saya mengalu-alukan niat murni kerajaan, Yang Berhormat Menteri Kewangan dan pasukan dalam memastikan tiada satu pun rakyat yang akan tercicir daripada menerima limpahan Belanjawan 2021 ini. Peruntukan Belanjawan 2021 merupakan stu peruntukan terbesar dalam sejarah negara iaitu sebanyak RM322.5 bilion. Ada pihak yang menyatakan peruntukan ini adalah satu bentuk pembaziran dan akan memberikan komitmen kewangan yang tinggi dan besar kepada kerajaan.

Pada pandangan saya, bukanlah isu peruntukan besar yang harus kita pertikaikan. Namun, perkara pokok yang lebih penting untuk diberikan perhatian adalah usaha yang lebih untuk komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 ini. Kerajaan juga perlulah bersikap terbuka dengan memberi ruang untuk membuat justifikasi terhadap belanjawan sekiranya perlu dengan mengambil kira sudut pandang serta idea yang telah pun dilontarkan Ahli-ahli Parlimen.

Semuanya ini dilakukan hanya semata-mata demi kesejahteraan rakyat.

Petugas barisan hadapan. Jasa dan pengorbanan setiap petugas barisan hadapan perlu dihargai. Setiap keperluan dan kebajikan mereka hendaklah sentiasa dijadikan keutamaan. Selain daripada pemberian Elaun Khas COVID-19 sebanyak RM600 kepada petugas barisan hadapan dalam mengendalikan wabak COVID-19 sehingga ancaman pandemik ini berjaya diatasi.

final • 11:43 AM

Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Saya juga amat bersetuju dan berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana memberi one-off sebanyak RM500 kepada petugas barisan hadapan dalam belanjawan ini. Selain itu, saya juga ingin mencadangkan agar pemberian one-off ini turut dipanjangkan kepada semua kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia agar inisiatif ini lebih menyeluruh. Hal ini kerana saya yakin bahawa setiap daripada kakitangan KKM mempunyai jasa dan pengorbanan yang tersendiri dalam mengurus ancaman pandemik COVID-19 ini.

Isu vaksin. Tuan Yang di-Pertua, saya menghargai usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi mendapatkan akses vaksin COVID-19 antaranya melalui penyertaan ke dalam Program COVAX serta menyediakan kos yang besar dalam Belanjawan 2021 bagi mendapatkan bekalan vaksin untuk rakyat. Cuma apa yang menjadi kegusaran saya apabila belum pun lagi vaksin ini diperoleh, wujud gerakan golongan anti vaksin yang cuba untuk mempengaruhi rakyat untuk menolak vaksin yang bakal diperolehi nanti. Hal ini sudah tentu akan mengakibatkan segala usaha kerajaan dalam menghapuskan virus COVID-19 ini tidak akan berkesan.

Apakah keadaan yang akan dilaksanakan oleh kementerian bagi membanteras fahaman golongan anti vaksin yang cuba mempengaruhi orang ramai daripada menerima vaksin serta apakah tindakan tegas yang akan dikenakan kepada golongan anti vaksin yang cuba memberikan fahaman yang salah mengenai vaksin? Sejauh manakah kementerian akan memastikan status halal vaksin yang akan diterima sebelum ianya diterima oleh kerajaan? Saya juga ingin mencadangkan agar vaksin yang akan diterima ini haruslah berkualiti dan selamat.

Isu pelajar institusi tinggi. Menerusi Belanjawan 2021, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM14.4 bilion untuk Kementerian Pendidikan Tinggi. Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan iaitu projek membaik pulih infrastruktur dan peralatan usang universiti awam dengan peruntukan sebanyak RM50 juta, menaik taraf talian akses Malaysian Research and Education Network (MYREN) dengan peruntukan sebanyak RM50 juta serta Skim BSN MyRinggit-i COMSIS iaitu Skim Pinjaman Komputer Riba dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.

Saya melihat golongan mahasiswa merupakan antara golongan yang terkesan akibat daripada pandemik COVID-19 ini. Hal ini kerana kelas ataupun kuliah tidak lagi dijalankan secara temu muka ataupun diadakan di dalam kelas. Segala bentuk pengajaran pembelajaran mahupun pengajaran dijalankan secara norma baharu dengan mengadakan kuliah secara atas talian. Norma baharu ini pastinya memberi cabaran besar kepada mahasiswa.

final • 11:43 AM

Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk mempertimbangkan agar dapat memberikan subsidi data internet kepada para mahasiswa, memandangkan mahasiswa terpaksa menjalani pembelajaran atas talian sepanjang tempoh PKPB dilaksanakan. Pemberian subsidi ini sudah tentu akan membantu mengurangkan beban pelajar yang terpaksa membeli data internet untuk menjalani kelas atas talian.

Moratorium. Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:50 AM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

[Bangun] Yang Berhormat Parit, boleh sedikit? Hang Tuah Jaya.

final • 11:50 AM

Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Sila.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Tuan Yang di-Pertua?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Terima kasih. Yang Berhormat Parit, satu soalan sahaja. Adakah Yang Berhormat Parit setuju bahawa harga atau kadar internet ini wajar dikurangkan sekarang?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Parit.

final • 11:50 AM

Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Saya juga bersetuju untuk pihak kerajaan untuk menimbang agar talian internet ini dapat dikurangkan supaya anak-anak kita atau mahasiswa kita juga dapat memanfaatkan.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

[Bangun] Yang Berhormat Parit, sedikit?

final • 11:50 AM

Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Ya.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Adakah Yang Berhormat Parit setuju bahawa kadar bayaran tersebut, ia berbeza. Pencapaian internet 1G pun bayar 5G.

Adakah ini tidak adil untuk rakyat? Adakah Yang Berhormat Parit bersetuju?

final • 11:50 AM

Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Terima kasih Yang Berhormat Jempol yang memberikan juga pandangan. Saya yakin dan percaya pihak kerajaan dalam tempoh suasana pandemik COVID-19 ini, dalam hal yang menyangkut rakyat dan juga mahasiswa sudah pasti mereka juga akan mengambil kira. Jadi, saya berharap pihak kerajaan dapat menimbangkan apa-apa sahaja pandangan yang diberikan oleh Ahli-ahli Parlimen kita.

Tuan Yang di-Pertua, langkah kerajaan melaksanakan moratorium secara automatik sebelum ini dilihat sebagai langkah yang tepat dan berkesan dalam mengimbangi aliran tunai kewangan individu yang terkesan dengan pandemik COVID- 19 ini. Menerusi Belanjawan 2021, institusi perbankan akan menambah baik bantuan bayaran bersasar kepada pinjaman kategori B40 yang menerima BSH dan bakal penerima BPR serta kepada perusahaan mikro dengan jumlah pinjaman yang diluluskan sehingga RM150,000.

Jadi, saya hendak mencadangkan supaya moratorium ini bukan hanya diberikan kepada golongan B40, tetapi diperluaskan dan diselaraskan kepada golongan M40 serta kakitangan kerajaan yang membuat pinjaman menerusi Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Jadi, saya mohon untuk diselaraskan.

Subsidi dan insentif padi– Kerajaan telah mengumumkan subsidi harga padi sebanyak RM570 juta serta subsidi dan insentif tanaman padi berjumlah RM960 juta.

Untuk makluman Dewan yang mulia, kebanyakan pesawah kita masih berada dalam kategori miskin daripada segi pendapatan dan daripada segi teknologi. Ini hakikat yang perlu untuk kita terima. Saya mendapat rungutan daripada para pesawah yang menyatakan bekalan benih padi subsidi tidak mencukupi. Ada juga pesawah yang berhadapan dengan situasi kelewatan penerimaan bekalan benih padi.

Situasi kekurangan benih padi bersubsidi serta kelewatan penghantaran benih padi akan memungkinkan berlakunya eksploitasi harga benih padi oleh peniaga yang mengambil kesempatan menjual benih padi pada harga yang mahal kerana petani terpaksa membeli benih padi selepas petak tanaman tersedia untuk disemai atau ditabur benih. Ini termasuklah kos pembelian racun dan juga baja yang agak mahal kini.

Minyak sawit– Pada 6 November 2020, harga minyak sawit mentah (MSM) telah melonjak kepada sejumlah RM3,429 satu tan. Harga ini merupakan harga tertinggi sejak 2012. Peningkatan harga ini ekoran daripada permintaan tinggi daripada pembeli termasuk dari India dan China. Peningkatan harga ini secara tidak langsung memberi manfaat kepada pekebun dan pemain industri sawit Malaysia, malahan turut menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Sehubungan itu, saya ingin mengetahui bagaimanakah sambutan pekebun dan pemain industri sawit di Malaysia terhadap kempen Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang telah dilaksanakan di bawah Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia serta berapa peratuskah tahap perolehan sijil MSPO yang telah dapat dicapai di setiap negeri? Saya juga ingin bertanya sejauh mana kesan yang akan diterima oleh Malaysia seandainya kita tidak lagi mengeksport minyak sawit ke negara Kesatuan Eropah?

Insentif pengeluaran getah– Pengumuman kerajaan mengenai peningkatan sekali ganda insentif pengeluaran getah daripada sejumlah RM150 juta kepada RM300 juta amat memberi kelegaan kepada para penoreh getah dalam menghadapi ketidaktentuan harga pasaran getah. Pada masa ini, kerajaan telah meletakkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG), akan diaktifkan sekiranya harga getah sekerap di pasaran jatuh di bawah harga RM2.50 sekilogram.

Bermakna, jika harga getah sekerap diambil peraih RM1.70 sekilogram, maka penoreh boleh membuat tuntutan 80 sen sekilogram di bawah sokongan IPG. Saya dimaklumkan ada penoreh getah berhadapan masalah membuat tuntutan IPG. Masalah ini berlaku disebabkan penoreh getah terpaksa pergi ke pejabat Lembaga Getah Malaysia bagi membuat permohonan tuntutan IPG.

final • 11:50 AM

Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Dengan keadaan semasa, pelaksanaan PKPB dalam negara sudah tentu akan menyukarkan lagi keadaan ini. Sehingga kini, berapakah jumlah peruntukan IPG yang telah disalurkan kepada penoreh getah untuk menstabilkan pendapatan penoreh ketika penurunan harga komoditi itu?

Belanjawan untuk M40– Saya ingin menyuarakan rasa kebimbangan apabila melihat kelompok M40 yang turut kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19 ini.

Ada individu yang ditamatkan kontrak dan ada juga majikan yang tidak mampu menggaji golongan M40 ini lalu menamatkan perkhidmatan mereka secara paksa. Saya melihat jumlah M40 yang terkesan ini ramai. Malah kelompok ini saya percaya sudah beralih menjadi golongan B40 atau lebih teruk daripada itu kerana dibelenggu dengan komitmen hutang yang tinggi.

Saya berpandangan bukan senang untuk kelompok M40 ini untuk mencari pekerjaan berdasarkan umur, pengalaman, gaji serta faktor kesihatan. Pada tempoh sekarang ini juga majikan juga lebih gemar menggaji pekerja yang boleh dibayar secara sederhana. Saya menghargai segala usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam membantu golongan B40 dengan memberikan subsidi serta insentif yang pelbagai.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh pengusaha bas. Penutupan semua sekolah di seluruh negara dan larangan merentas negeri akibat pandemik COVID- 19 telah menjejaskan pengusaha bas sekolah serta pengusaha-pengusaha kantin khususnya di sekolah. Contohnya, pengusaha bas sekolah dan bas persiaran telah kehilangan punca pendapatan tetapi pada masa yang sama terpaksa membayar kos penyelenggaraan, insurans jalan, pinjaman syarikat kredit dan gaji pekerja.

Lebih menyedihkan segelintir daripada mereka yang rata-ratanya berusia 50 tahun ke atas berdepan dengan tindakan muflis dan risiko penarikan kenderaan akibat kemerosotan pendapatan. Saya mohon pihak kerajaan untuk mengambil kira perkara- perkara yang sedemikian rupa.

Akhir Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu mengambil masa yang panjang...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya, ada selama 40 saat lagi.

final • 11:50 AM

Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Saya juga ingin mengulangi kepada pihak kerajaan, khususnya permohonan projek yang pernah saya sebutkan serta membangkitkan beberapa kali isu ini di dalam Dewan yang mulia ini. Seperti pihak kerajaan perlu mengambil perhatian dan tindakan segera daripada pihak kerajaan khususnya untuk projek melebar lurus Jalan Parit dan Seputih yang masih lagi belum dilaksanakan.

Yang kedua, bagi pesawah-pesawah petani-petani di kawasan saya juga mengharapkan supaya kawasan padi di Parlimen Parit ini dimasukkan ke dalam pentadbiran IADA.

Yang ketiga, pembinaan baharu pejabat pendidikan Sri Iskandar dan yang terakhir iaitu memohon pembinaan baharu sekolah rendah dan menegah khususnya di kawasan Sri Iskandar.

Akhir Tuan Yang di-Pertua, saya ingin berpantun.

*Lincah berpencak Panglima Perlak, Masyhur namanya dalam hikayat, Berbeza pandangan bukanlah menolak, Sekadar menyampai hasrat rakyat.

Puteri ayu berdagang berangan, Berkain songket anggun rupawan, Titah Baginda disanggah jangan, Sepakat kita luluskan belanjawan.* Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Waalaikumussalam.

Terima kasih Yang Berhormat Parit. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Seremban.

final • 11:50 AM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Yang Berhormat Gerik, Dato’ Hasbullah bin Osman yang telah meninggal dunia pada petang semalam.

final • 11:59 AM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Tuan Yang di-Pertua, dalam pembentangan Belanjawan 2021, sebanyak RM15 bilion telah diperuntukkan untuk pembangunan infrastruktur pengangkutan seperti Projek Lebuhraya Pan-Borneo, Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru, Landasan Berkembar Lembah Klang fasa pertama dan lain-lain lagi. Selain projek RTS di antara Johor Bahru ke Singapura, projek-projek yang dinyatakan adalah projek sedia ada yang sedang pun dilaksanakan.

Projek infrastruktur pengangkutan memang penting dan boleh merancakkan sektor pembinaan lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang merudum pada ketika ini. Namun, saya amat tidak faham rasional keputusan Kerajaan Perikatan Nasional untuk membatalkan kontrak projek menaik taraf Landasan Berkembar Lembah Klang fasa dua dengan Syarikat Dhaya Maju LTAT pada bulan Ogos lalu.

Padahal projek tersebut telah pun dilaksanakan sehingga status 24 peratus.

Keputusan pembatalan ini sudah tentunya mendedahkan kerajaan kepada implikasi perundangan yang sangat besar dan kemungkinan pampasan yang perlu dibayar mencecah lebih daripada RM1 bilion. Apakah anggaran pampasan ini telah diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan dalam Belanjawan 2021?

Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Ayer Hitam memberikan justifikasi bahawa projek ini perlu ditender semula kononnya disebabkan projek ini dianugerahkan secara rundingan terus oleh Kerajaan Pakatan Harapan dengan kos yang tinggi pada RM4.4 bilion. Namun, beliau secara sengaja melupakan fakta bahawa projek ini telah diluluskan oleh mantan presidennya, Datuk Seri Yeoh Tiong Lai sebelum PRU14 pada kos RM5.2 bilion secara rundingan terus. Semasa memorandum Jemaah Menteri untuk projek ini diluluskan oleh Kabinet, pada ketika itu Yang Berhormat Ayer Hitam juga merupakan sebahagian daripada anggota Kabinet tersebut. Bukankah ini hipokrasi pada tahap yang tertinggi?

Saya hendak mendedahkan satu kenyataan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Dhaya Maju LTAT iaitu Datuk Mohamed Razeek Bin Md Hussain Maricar melalui afidavit sokongan beliau yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 Oktober 2020 untuk menyokong permohonan injunksi untuk memberhentikan pembatalan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, ini merupakan satu afidavit yang telah difailkan di antara plaintif Dhaya Maju LTAT Sdn. Bhd. dengan empat defendan iaitu Kerajaan Malaysia, kedua - Wee Ka Siong, ketiga - Opus Consultant Sdn Bhd, keempat - Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB). Dengan izin saya membaca kenyataan tersebut. “I aver that the real reason of the delay and or refuser of the second defendant (merujuk kepada Wee Ka Siong) to execute the revise contract within the stipulated time was due to the fact that the second defendant had the ulterior motive and improper intention and motive to injure the plaintiff Dhaya Maju LTAT by terminating or cancelling the contract between the plaintiff and the first defendant (Government of Malaysia). All or about 14th April 2020, the plaintiff had a meeting with the second defendant, in this meeting...”

final • 12:00 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Soalan, Kota Raja.

final • 12:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

“...The plaintiff was asked to sub-contract the whole project to a China company...”

final • 12:00 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Kota Raja.

final • 12:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

“...After the plaintiff declined to do so, the meeting ended”. Yes, Yang Berhormat Kota Raja.

final • 12:00 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Ya, Yang Berhormat Seremban tentu sedar bahawa Dhaya Maju itu di antara pelaburan besarnya daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Lembaga Tabung Angkatan Tentera kita tahu menghadapi masalah dan sedikit boleh membantu Lembaga Tabung Angkatan Tentera di mana pencarumnya adalah tentera daripada sahamnya dalam Dhaya Maju ini. Dengan

final • 12:00 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

membatalkan kontrak ini, apakah kerajaan sekarang tidak peka kepada tentera terutama tabung angkatan tentera yang ada dan melabur dalam syarikat itu? Minta beri pandangan.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja.

final • 12:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja.

Memang mereka tidak peka seperti Yang Berhormat Kota Raja. Semasa dalam Kabinet dahulu, saya masih ingat Yang Berhormat Kota Raja selalu mengatakan bahawa apa pun keputusan yang melibatkan LTAT, kita mesti menjaga kebajikan dan kepentingan LTAT kerana mereka adalah institusi yang menjaga veteran-veteran tentera kita*.

[Tepuk]* Akan tetapi seolah-olah sekarang ini mereka ini tidak diambil kira. Tuduhan yang telah dilakukan ini merupakan satu perkara yang sangat serius terhadap Menteri Pengangkutan sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, ini bukan surat layang, ini bukan tuduhan melalui WhatsApp tetapi afidavit bersumpah yang telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 Oktober yang lalu. Apakah benar bahawa kontrak syarikat ini dibatalkan kerana syarikat tersebut tidak memenuhi permintaan daripada Menteri Pengangkutan?

Sekiranya tuduhan seperti ini dilemparkan terhadap mana-mana Menteri daripada DAP ataupun saya semasa saya menjadi Menteri Pengangkutan, sudah tentu satu Malaysia riuh rendah dan kami dilabelkan sebagai menjual kepentingan negara kepada China dan memangsakan kontraktor bumiputera.

Keputusan pembatalan yang tidak berasas ini akan menyebabkan 8,512 orang pekerja hilang pekerjaan dan memberikan kesan negatif kepada 261 syarikat pembekal dan subkontraktor yang kebanyakannya terdiri daripada syarikat bumiputera. Malah, Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia telah memberi satu surat panjang kepada Menteri Pengangkutan dan Menteri Kewangan untuk merayu supaya projek ini diteruskan. Akan tetapi suara rayuan mereka seolah-olah tidak kedengaran di Putrajaya.

Di mana suara-suara pejuang Melayu bumiputera dalam kerajaan sekarang yang tidak kelihatan memperjuangkan nasib ratusan syarikat bumiputera ini?

Saya menyeru Yang Amat Berhormat Pagoh supaya menyiasat secara mendalam perkara tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Jangan lupa bahawa Yang Amat Berhormat Pagoh dan ramai Menteri sekarang termasuklah Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Alor Gajah, Yang Berhormat Titiwangsa, Yang Berhormat Indera Mahkota, bersama-sama membuta keputusan meneruskan projek tersebut dalam Kabinet Pakatan Harapan yang terdahulu.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, saya hendak merujuk kepada perkara yang kedua iaitu berkenaan dengan sektor penerbangan dan pelancongan. Pandemik COVID-19 telah melumpuhkan sektor penerbangan di seluruh dunia. Tidak ada syarikat penerbangan yang terlepas daripada kesan teruk daripada pandemik ini. Ia mungkin mengambil masa lebih daripada dua tahun untuk pulih dan kembalikan keyakinan penumpang. Syarikat- syarikat penerbangan negara perlu diberikan sokongan oleh kerajaan supaya puluhan ribu orang pekerja yang terlibat dalam sektor penerbangan ini dapat diselamatkan.

Selain itu sektor strategik ini juga perlu bersedia untuk membantu pemulihan ekonomi apabila sempadan negara dibuka semula. Saya berpendapat bahawa setakat ini tidak ada lagi strategik khusus daripada kerajaan untuk membantu sektor penerbangan. Kerajaan Singapura seawal bulan Mac 2020 telah melaksanakan subsidi gaji bersasar sehingga 75 peratus daripada gaji bulanan mereka dengan siling gaji SGD4,600 kepada semua syarikat penerbangan. Ini membantu syarikat-syarikat penerbangan mereka mengekalkan kebanyakan pekerja mereka.

Skim Subsidi Upah Bersasar sehingga RM600 seorang pekerja dengan had 500 orang pekerja sebuah syarikat yang dilaksanakan oleh kerajaan setakat ini tidak mencukupi untuk sektor-sektor yang terjejas secara langsung seperti sektor penerbangan, pelancongan dan perhotelan yang langsung tidak dapat beroperasi.

final • 12:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya menambah baik Skim Subsidi Upah Bersasar ini khususnya untuk sektor penerbangan, pelancongan dan perhotelan dengan menaikkan kadar subsidi sehingga 50 peratus daripada gaji bulanan mereka dengan siling gaji setakat RM4,000. Kerajaan seharusnya berdialog dan mendengar cadangan daripada Kesatuan Pekerja dan persatuan yang mewakili sektor- sektor ini khususnya daripada National Union of Flight Attendant Malaysia (NUFAM), Malaysia Budget Hotel Association (MATA) dan banyak lagi yang telah menyatakan pandangan mereka melalui media.

Untuk flight attendant terutamanya, kerajaan boleh memberikan prioriti kepada mereka dalam pengambilan pekerja kontrak dalam inisiatif MySTEP yang menawarkan 35,000 peluang pekerjaan sementara seperti jururawat dan medical attendant. Mereka yang bekerja sebagai cabin crew sebenarnya sangat terlatih dalam emergency response dan first aid dan sudah tentunya boleh ditempatkan di hospital dan klinik-klinik kesihatan.

Saya juga mendapat maklum balas bahawa peruntukan RM50 juta untuk tujuan latihan dan penempatan semula bagi 8,000 orang kakitangan syarikat penerbangan.

Sebenarnya lebih memberikan manfaat dan faedah kepada institut-institut latihan daripada mereka yang diberhentikan kerja. Kebanyakan kakitangan syarikat penerbangan yang diberhentikan adalah pekerja kontrak dan mereka tidak mendapat sebarang pampasan daripada syarikat.

Sejumlah RM50 juta itu sebenarnya lebih memberikan manfaat sekiranya ditukar sebagai tabung pemberhentian kerja untuk pekerja-pekerja dalam sektor penerbangan dan 8,000 orang yang terjejas tersebut boleh mendapat bantuan terus RM6,250 seorang. Wang tersebut boleh digunakan untuk mendapat latihan yang sesuai bagi mereka atau dijadikan modal untuk perniagaan online ataupun mikro.

Untuk makluman juga, kebanyakan cabin crew adalah pekerja-pekerja kontrak.

Apabila kontrak mereka ditamatkan, mereka tidak layak mendapat Skim Insurans Pemberhentian Kerja. Saya harap perkara ini dapat dikaji semula supaya pekerja-pekerja kontrak yang diberhentikan kerja juga mendapat insurans tersebut.

Sebagai mantan Menteri Pengangkutan, saya juga tidak lupa nasib pengusaha dan pemandu bas ekspres, bas persiaran, bas berhenti-henti, bas sekolah, pemandu teksi dan e-hailing.

final • 12:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Pendapatan golongan ini terjejas teruk kerana kawalan pergerakan dan pemberhentian sekolah. Kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan perlu mendengar rintihan mereka dan mencari jalan untuk membantu mereka. Walaupun ratusan juta ringgit diperuntukkan untuk pas bulanan My30 namun harus diingat peruntukan ini hanya untuk membantu Prasarana iaitu sebuah syarikat GLC dan bukannya pengusaha-pengusaha persendirian.

Janganlah tunggu sehingga pemandu bas sekolah terpaksa memohon pertolongan daripada Ustaz Ebit Lew. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Ebit Lew kerana membantu rakyat di merata tempat.

[Tepuk] Saya pun mencontohi beliau namun saya hanya mampu untuk membantu pemandu-pemandu bas sekolah di Seremban sahaja.

Kerajaan perlu ada inisiatif yang lebih bersasar untuk membantu mereka supaya golongan ini dapat terus melangsungkan kehidupan mereka. Saya juga menyeru supaya kerajaan melihat untuk melanjutkan moratorium untuk pinjaman daripada syarikat- syarikat bas yang membeli bas-bas baru apabila mereka tidak beroperasi dan tidak ada pendapatan, maka apabila moratorium itu berakhir mereka juga terpaksa membayar pinjaman dan perkara ini amat memeritkan mereka dan saya berharap kerajaan akan melanjutkan moratorium untuk pinjaman daripada syarikat-syarikat bas ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian berkenaan dengan cabaran industri pusat data ataupun data centre yang menjadi tunjang pembangunan ekonomi baru era Industry Revolution 4.0. Satu faktor yang menjadi kelemahan Malaysia adalah dasar kabotaj yang menjadi punca kelewatan pembaikan apabila berlaku kerosakan pada kabel dasar laut di perairan Malaysia. Apabila kabel rosak ia boleh mengambil masa lebih daripada sebulan sebelum kerja pembaikan dapat bermula.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh International Cable Protection Committee pada tahun 2016, prestasi pembaikan kabel di perairan Malaysia amatlah tidak

final • 12:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

memuaskan dengan purata lead time selama 20 hari. Apabila kabel rosak, perkhidmatan telekomunikasi dan internet antara Malaysia dengan negara tertentu dipengaruhi.

Kelajuan internet terjejas dan bandwidth menyusut.

Walaupun kebanyakan insiden kabel rosak sukar dielakkan tetapi kerja pembaikan boleh dilaksanakan secepat mungkin oleh pihak kontraktor pakar sekiranya lesen dan permit dapat dikeluarkan tanpa kelewatan. Pada awal tahun 2019, saya dikunjungi oleh wakil-wakil industri serta pimpinan dari GLC memohon pertimbangan MOT untuk memudahcarakan proses permohonan lesen perkapalan atau dikenali sebagai Domestic Shipping License untuk kapal asing yang terlibat dalam kerja pembaikan kabel dasar laut.

Apabila kabel rosak mereka perlu membawa masuk kapal-kapal pembaikan kabel dari negara asing untuk membuat kerja pembaikan secepat mungkin. Di seluruh dunia kapal tersebut cuma lebih kurang 60 buah sahaja malangnya tiada yang berdaftar di bawah bendera Malaysia. Sebagai Menteri Pengangkutan pada ketika itu, tanggungjawab saya termasuk menjaga kepentingan industri perkapalan tempatan.

Di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar, kerajaan melindungi kepentingan pemilik-pemilik kapal yang berdaftar di bawah flag Malaysia dengan dasar kabotaj. Kita juga memberi peranan yang besar kepada industri yang diwakili oleh Malaysia Shipping Association dalam menyemak dan memastikan kapal asing tidak dibawa masuk dengan sewenang-wenangnya sehingga mengancam kepentingan syarikat tempatan.

Walau bagaimanapun setelah membuat penilaian secara terperinci dan juga sesi taklimat oleh pegawai kanan dari MOT dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, saya berpuas hati bahawa permintaan untuk memberi kelonggaran kepada kapal pembaikan kabel adalah munasabah dan impak kepada business perkapalan tempatan adalah minimum. Untuk makluman tiada kapal Malaysia yang memenuhi syarat teknikal untuk membuat kerja pembaikan kabel dasar laut dan ini adalah fakta yang dikemukakan oleh Telekom Malaysia dan disokong oleh KKMM.

Jadi pada bulan Mac 2019, keputusan dasar dibuat oleh Kementerian Pengangkutan untuk mengecualikan kapal yang bukan Malaysia daripada pemakai subseksyen 65 Ordinan Perkapalan Saudagar. Dasar baru ini disambut baik oleh industri kerana masa yang diperlukan untuk mendapat lesen perkapalan dipendekkan sekurang- kurangnya 14 hari berbanding dengan proses terdahulu.

Menjelang akhir 2019, saya dimaklumkan bahawa beberapa syarikat teknologi antarabangsa telah membuat keputusan untuk melabur berbilion ringgit untuk membina kabel baru mendarat di negara kita. Namun begitu, yang amat saya dukacita ialah bahawa pengecualian dasar kabotaj ini telah ditarik balik baru-baru ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon KKMM menjelaskan apakah usaha kerajaan untuk mengurangkan kerosakan kabel dan mempercepatkan kerja pembaikan apabila insiden kerosakan berlaku di perairan Malaysia.

Saya juga ingin bertanya kepada Kementerian Pengangkutan apakah pertimbangan kerajaan dalam membatalkan Dasar Pengecualian Kabotaj untuk kerja pembaikan kabel mulai 13 November yang lepas. Apakah suara dan permintaan industri telekomunikasi dan internet diambil kira? Apakah kepentingan Malaysia dari segi pembangunan industri internet diberikan keutamaan? Mengapa Menteri Pengangkutan seolah-olah membuat keputusan unilateral tanpa mengambil kira ulasan dan permintaan dari kementerian-kementerian yang lain yang terlibat. Kenapa Menteri Pengangkutan membuat keputusan dasar yang begitu penting secara senyap-senyap tanpa membuat apa-apa kenyataan awam untuk menerangkan kepada semua stakeholders sebab-sebab Kementerian Pengangkutan membuat u-turn tersebut. Adakah kerana hanya kerana keputusan itu dibuat oleh kerajaan yang terdahulu.

Terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan bahawa terdapat permintaan daripada Persekutuan Penghantar Freight Malaysia ataupun Federation of Malaysian Freight Forwarders untuk kerajaan mempertimbangkan melanjutkan investment tax allowance untuk setahun untuk syarikat-syarikat logistik yang bertaraf IOS kerana tahun 2020 ini kebanyakan mereka tidak dapat beroperasi dan mereka mengharapkan satu extension untuk satu tahun dibenarkan.

Setakat itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kota Samarahan.

final • 12:10 PM

Puan Rubiah binti Wang - Kota Samarahan

*Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk sama-sama menyertai perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan bagi tahun 2021. Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Yang Berhormat Gerik, moga Allahyarham ditempatkan bersama- sama orang yang beriman.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik usaha kerajaan dalam memahami denyut nadi rakyat dengan peruntukan terbesar dalam sejarah Belanjawan Tahunan dengan peningkatan sekitar 8.56 peratus berbanding pada tahun 2020 iaitu daripada RM297 bilion kepada RM322.5 bilion. Ia merupakan satu bajet yang inklusif yang mementingkan kesejahteraan rakyat.

Peningkatan Belanjawan ini bukanlah suatu yang janggal kerana langkah yang sama juga diambil oleh negara-negara seluruh dunia termasuk negara jiran seperti Thailand, Filipina, Singapura, Indonesia yang masing-masing menyaksikan pertambahan sebanyak 3 hingga 15 peratus berbanding dengan belanjawan tahun ini. Apa yang dapat kita lihat ialah kesepakatan pemimpin dari negara-negara serantau yang mengetepikan perbezaan fahaman dan ideologi politik demi kesejahteraan rakyat.

Peruntukan RM17 bilion untuk Tabung COVID-19 disokong sepenuhnya bagi memastikan kita sentiasa bersiap-sedia bagi sebarang kemungkinan yang berlaku disebabkan wabak ini. Manakala sebanyak RM3 bilion telah diperuntukkan bagi persediaan mendapatkan vaksin COVID-19 wajar dianggap satu tindakan yang amat mustahak dalam mengawal penularan wabak COVID-19 yang semakin hari semakin membimbangkan.

Namun saya ingin mendapat penjelasan dan kepastian adakah RM3 bilion berkenaan mencukupi bagi membekalkan vaksin kepada semua rakyat Malaysia dan apakah jaminan kerajaan bagi memastikan bahawa setiap rakyat Malaysia akan mendapat vaksin berkenaan termasuk Sabah dan Sarawak. Selain daripada itu, kita berharap agar vaksin yang dikenal pasti nanti benar-benar selamat digunakan.

Tuan Yang di-Pertua, antara yang terjejas akibat pandemik COVID-19 adalah pengusaha-pengusaha kraf tangan terutamanya yang duduk di luar bandar. Saya menghargai dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan dalam menjulang industri kraftangan negara kerana pada tahun 2021 Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia buat julung kalinya diperuntukkan bajet mengurus sebanyak RM91.1 juta.

Bajet ini meliputi perbelanjaan bagi kos operasi serta pelaksanaan program pembangunan dan pemerkasaan industri kraftangan selari dengan hala tuju Perbadanan Kemajuan Kraf tangan Malaysia iaitu “Kraf memperkasakan Sosio-ekonomi Rakyat”. Hala tuju ini berlandaskan kepada tiga teras utama iaitu pemerkasaan kraf, pembangunan modal insan serta pemeliharaan dan perlindungan.

Bajet yang diperuntukkan ini dapat membantu meneruskan kelangsungan 6,006 orang usahawan kraf berdaftar di bawah program Kraftangan Malaysia dengan penglibatan seramai 11,415 orang tenaga kerja dan 22,577 orang komuniti yang terkesan teruk akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

final • 12:15 PM

Puan Rubiah binti Wang - Kota Samarahan

Untuk makluman, pada tahun 2019, nilai jualan kraf untuk tempoh 10 bulan pertama mencapai jumlah RM415.9 juta. Namun akibat COVID-19, nilai jualan tahunan ini merosot sebanyak RM217.2 juta dan sebanyak 52 peratus bagi tempoh yang sama bagi tahun ini. Oleh yang demikian, saya berharap agar pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia diberikan peruntukan tambahan sebanyak RM4.5 juta bagi membiayai pelaksanaan program reskilling dan upskilling daripada aspek pendigitalan dalam kalangan usahawan serta komuniti kraf di seluruh Malaysia.

Antara program yang boleh dilaksanakan ialah Program Pembangunan Komuniti dan Program Pembangunan Perantisan Kemahiran. Program PPPK ini dijangka dapat memperkasakan 2,000 orang komuniti kraf melalui 45 aktiviti yang akan dilaksanakan dan peluang pekerjaan baharu khususnya untuk graduan Institut Kraf Negara, belia dan beliawanis serta individu yang terkesan akibat wabak pandemik COVID-19 melalui 55 aktiviti yang akan dilaksanakan. Secara keseluruhannya, seramai

final • 12:20 PM

Puan Rubiah binti Wang - Kota Samarahan

2,150 orang peserta akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan 100 aktiviti dengan anggaran kos perbelanjaan kos sebanyak RM4.5 juta bagi upskilling dan reskilling. Tuan Yang di-Pertua, peranan wanita bukan hanya sebagai pendukung kepada keluarga sahaja tetapi kini turut menjadi tunjang dan nadi kepada sesebuah keluarga dan juga masyarakat. Tindakan tepat daripada pihak kerajaan apabila menyalurkan peruntukan RM95 juta untuk pembiayaan mikro kredit khas disediakan melalui TEKUN, MARA dan AgroBank yang dikhususkan untuk membantu usahawan wanita.

Di samping itu, sebanyak RM50 juta juga disediakan di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) bagi menyokong aktiviti pembiayaan Islam kepada usahawan wanita melalui Ar-Rahnu BizNita. Hal ini disokong lagi dengan program bimbingan terutamanya dalam aspek pembungkusan dan pelabelan, strategi pemasaran serta bimbingan teknikal perniagaan yang diberikan kepada lebih 2,000 orang usahawan wanita melalui program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro

(BizMe).

Saya amat menyokong inisiatif daripada pihak kerajaan apabila berhasrat akan menyediakan program khusus untuk kontraktor wanita bumiputera bagi meningkatkan penglibatan mereka dalam kontrak kerajaan. Namun begitu, saya memohon agar pendaftaran kontraktor ini dipermudahkan SOP yang sedia ada dan melihat cabaran dan kekangan usahawan-usahawan wanita terutamanya di kawasan luar bandar. Dengan adanya program-program pembangunan usahawan ini akan memartabatkan kedudukan wanita khususnya ibu tunggal yang mencari pendapatan untuk keluarga yang kini menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Tuan Yang di-Pertua, nasib warga emas, golongan kelainan upaya (OKU) dan kanak-kanak miskin juga terbela walaupun dalam keadaan masa kini yang berdepan dengan kegawatan COVID-19. Peruntukan RM2.2 bilion untuk menaikkan kadar bantuan khas kira-kira seramai 400,000 golongan berkenaan sangat dihargai dan berharap agar bantuan berkenaan disalurkan sebaik yang mungkin.

Pada masa yang sama, saya mohon agar pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk melaksanakan tinjauan secara lebih proaktif dan agresif bagi mengesan golongan yang memerlukan ini. Hal ini setelah kita menyedari, masih ramai lagi golongan ini yang memerlukan bantuan. Justeru itu saya mencadangkan agar mewujudkan satu komuniti khas daripada kalangan sukarelawan bagi mengesan dan mengenal pasti golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di kawasan yang terpencil.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memanjangkan penghargaan rakyat Sarawak kepada Kerajaan Perikatan Nasional apabila berjaya menyelesaikan kemelut di antara Petronas dan Kerajaan Negeri Sarawak dengan baik. Keikhlasan kerajaan terserlah apabila Petronas akhirnya melunaskan pembayaran cukai jualan (SST) negeri Sarawak, iaitu di atas produk perlombongan khususnya petroleum di perairan negeri Sarawak dengan bayaran cukai SST berjumlah RM2.96 bilion bagi tunggakan tahun 2019 tanpa perlu melibatkan sebarang pertikaian yang dibawa ke mahkamah.

Usaha ini amat dihargai kerana kelihatan kerajaan sekarang menghormati pendirian dan dasar yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak serta membawa kepada satu gambaran yang baik dan hubungan di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Walaupun ramai yang berpendapat bahawa pertambahan peruntukan pembangunan sebanyak RM4.5 bilion kepada negeri Sarawak untuk Belanjawan 2021 dianggap peningkatan yang amat sedikit, namun perkara ini tidak boleh dilihat hanya menerusi satu sudut. Kerajaan Perikatan Nasional telah berjaya mengembalikan beberapa projek yang dibatalkan dan ditangguhkan sejak dua tahun yang lalu yang boleh saya petik di kawasan saya seperti projek menaik taraf Jalan Datuk Mohd Musa di laluan 8101 dengan perbelanjaan sebanyak RM229 juta.

Semoga dengan usaha ini akan menjadi titik mula ke arah pengembalian hak- hak Sarawak secara beransur-ansur seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963, termasuk penurunan kuasa dalam hal-hal berkaitan dengan pendidikan, perundangan, kesihatan dan seumpamanya. Saya percaya dengan peranan yang dimainkan oleh Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dapat memungkinkan perkara ini direalisasikan dengan segera.

final • 12:20 PM

Puan Rubiah binti Wang - Kota Samarahan

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua frontliners dalam mendepani COVID-19 semenjak negara dilanda wabak COVID-19 pada awal tahun 2020, negara ini serupa seperti negara- negara lain di seluruh dunia, mengalami kesan penularan wabak termasuk dalam sektor ekonomi dan juga sosial. Sehingga kini, terdapat 49.4 juta kes positif COVID-19 di seluruh dunia dengan angka kematian yang dahsyat iaitu sebanyak 1.4 juta kematian, membuktikan bahawa COVID-19 bukanlah adegan ataupun wayang seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Akan tetapi inilah realiti yang dihadapi oleh seluruh masyakat global.

Oleh itu tindakan kerajaan amat tepat dengan mengumumkan bantuan khas secara one-off sebanyak RM500 kepada semua petugas frontliner KKM. Saya berharap agar bantuan khas juga dipanjangkan kepada frontliner keselamatan yang terlibat secara langsung dalam mengawal penularan wabak COVID-19. Begitu juga saya mohon agar kementerian melihat kebajikan frontliners diambil kira dengan lebih baik seperti tempat rehat dan juga kemudahan-kemudahan untuk perubatan di tempat mereka bertugas.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik usaha kerajaan dalam memperluaskan jaringan jalur lebar menerusi peruntukan sebanyak RM7.4 bilion kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Dalam program Jalinan Digital Negara (JENDELA) iaitu program yang membangun serta memperluaskan jaringan jalur lebar di dalam negara.

Menerusi program JENDELA ini saya yakin bahawa rakyat kini boleh menjana semula ekonomi masing-masing apabila berjaya menempah tempat dalam pasaran secara atas talian sama ada menerusi media sosial seperti WhatsApp, Facebook, Telegram dan seumpamanya dengan rangkaian telekomunikasi yang stabil, barulah keadaan ini dapat direalisasikan.

final • 12:20 PM

Puan Rubiah binti Wang - Kota Samarahan

Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon selain daripada menyediakan infrastruktur dari sudut menara-menara, kita juga memohon agar kementerian ataupun kerajaan mengambil kira service provider yang agak kurang berminat untuk beroperasi di kawasan luar bandar. Saya mencadangkan agar pihak kementerian dan kerajaan melihat alternatif-alternatif bagi memberi sokongan dalam bentuk kos pemasangan ataupun subsidi yang bersesuaian kepada servis-servis provider bagi memastikan menara-menara yang kita bina di kawasan luar bandar dapat beroperasi dengan penuh aktif dan agresif sekali.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, satu sahaja. Berkaitan dengan memperkasakan pertahanan negara melalui Ops Benteng, tambah pos kawalan dan keanggotaan. Negeri Sarawak merupakan negeri yang mempunyai persempadanan yang begitu panjang bersama dengan Kalimantan Barat iaitu 1,881 kilometer yang kini hanya terdapat 11 buah pos kawalan sahaja. Oleh itu, bagi memastikan keselamatan negara dan juga mengekang kemasukan PATI-PATI, saya mencadangkan agar kementerian menambah pos-pos kawalan ini dari 11 buah pos kepada 25 pos kawalan.

Mewujudkan dan juga menambahkan anggota-anggota yang berkhidmat di kawasan berkenaan.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri jawapan saya, saya mohon agar kerajaan dan juga kementerian mengambil kira program-program dan projek-projek yang sering saya bangkitkan dalam Dewan Rakyat ini. Antaranya ialah pembinaan SK Tambirat, program menaiktarafkan ban-ban pengairan untuk pertanian di kawasan IADA Samarahan, pembinaan Balai Polis Asajaya, naik taraf Klinik Kesihatan Samarahan dan dengan itu akhir sekali Kota Samarahan mohon menyokong.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kangar.

final • 12:30 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Bismillahir Rahmanir Rahim.

[Membaca selawat] Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Ahli Parlimen Gerik Dato’ Hasbullah bin Osman yang meninggal semalam. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

final • 12:32 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Saya juga ingin memohon maaf kepada rakan-rakan Ahli Parlimen, oleh sebab masa yang singkat, saya tidak dapat menerima celahan daripada Ahli-ahli Dewan selaras dengan Peraturan Mesyuarat 37(2).

Dalam perbahasan saya semasa Rang Undang-undang Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020 yang diusulkan oleh Yang Berhormat Senator Menteri Kewangan pada sidang yang lalu, saya telah menggesa agar had siling statutory hutang kita dinaikkan antara 65 peratus hingga 70 peratus. Ini telah disebut oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan semasa pembentangan belanjawan. Kenapa saya mencadangkan perkara ini kerana dalam kiraan konservatif defisit tahunan kita tidak pernah kurang daripada tiga peratus, sejak 1998 kita sentiasa berbelanja defisit dan dalam kebelakangan ini tidak pernah kurang daripada tiga peratus.

Dengan mengambil kira dasar fiskal mengembang atau expansionary fiscal policy yang kita ambil sekarang dan juga Rang Undang-undang Langkah Sementara Bagi Pembiayaan ini dirancang untuk dilaksanakan sehingga Disember 2022 iaitu lebih daripada dua tahun, maka untuk tahun ke hadapan, sudah tentulah siling hutang kita akan lebih daripada 65 peratus. Jadi, saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk menyemak semula supaya mungkin sepatutnya had statutory ini diletakkan pada kadar 70 peratus.

Sikap over optimis dalam unjuran Kementerian Kewangan semasa meletakkan had siling hutang sebanyak 60 peratus dalam rang undang-undang yang lalu sedikit membimbangkan saya. Meskipun faham dan memang saya lebih cenderung untuk menyokong disiplin fiskal yang ketat, saya lebih cenderung agar kita bersikap lebih realistik dalam menangani krisis semasa. Secara peribadi saya merasakan Kementerian Kewangan telah sekali lagi bersikap over optimis apabila mengunjurkan perubahan pertumbuhan yang begitu tinggi dalam belanjawan kali ini.

Saya tidak pasti apakah sesi rundingan tentang penguncupan dan pertumbuhan sektor-sektor ekonomi kita telah dibuat dengan cukup mantap memandangkan persatuan agensi pelancongan Malaysia, MATTA baru-baru ini mengatakan Kementerian Pelancongan gagal meyakinkan Kementerian Kewangan untuk membantu industri pelancongan yang sebelum ini telah menyumbang lebih daripada RM60 bilion dalam ekonomi negara. Soalan saya, ketika Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) merekodkan pertumbuhan negatif pada tahun ini dan perdagangan global kita juga merosot pada kadar 10.4 peratus global dunia, apakah status perdagangan kita pada hari ini? Sama ada merosot atau meningkat? Jika merosot, apakah kesannya kepada KDNK negara dan juga hasil kerajaan?

Kedua, dengan kerugian antara RM2 bilion hingga RM2.4 bilion sehari kerana pelaksanaan PKP, berapakah kerugian yang dialami oleh kerajaan apabila memperkenalkan PKP-PKP yang lain, PKPB, PKPP dan sebagainya? Apakah kesannya kepada hasil kerajaan dan defisit pada tahun 2020? Pengumuman PKPB yang dibuat baru-baru ini di hampir seluruh negara bagi saya agak keterlaluan kerana ia tentulah memberi kesan kepada ekonomi negara dan apakah asas untuk mengetatkan kawalan ini termasuk di kawasan-kawasan hijau?

Saya minta juga dibekalkan jawapan bertulis tentang sumber hasil kerajaan dan ke mana ia dibelanjakan sepanjang tahun ini memandangkan perangkaan dan unjuran hasil tahun 2020 merosot kira-kira RM37 bilion. Pertanyaan saya, adakah kerajaan berhasrat untuk meminda ‘Akta Pinjaman Luar Persisir’ untuk meningkatkan jumlahnya daripada RM35 bilion kepada satu angka yang lebih tinggi misalnya RM50 bilion memandangkan akta ini sudah lama tidak disemak semula, akta ini daripada tahun 1963.

Tuan Yang di-Pertua dan sidang Dewan, ketika pertumbuhan negara berada dalam keadaan baik lazimnya golongan kaya yang lebih menikmatinya. Manakala ketika ekonomi merosot, selalunya golongan miskin dan lemah paling terkesan dengannya.

Saya percaya umum maklum dan mengharapkan belanjawan ini akan bertumpu kepada pertama, usaha merancakkan semula pertumbuhan ekonomi dan kedua, usaha untuk memastikan golongan rentan mendapat cukup bantuan. Namun, berdasarkan maklumat pecahan perbelanjaan yang dikemukakan dalam belanjawan kali ini, saya melihat ada penyusutan ketara dalam peruntukan untuk subsidi dan bantuan sosial.

Pada tahun 2019, kita menganggarkan sebanyak RM24.3 bilion ataupun 8.2 peratus belanjawan akan pergi kepada kategori ini. Pada tahun 2020, ketika dibentangkan, kita menganggarkan jumlahnya ialah sebanyak RM22.3 bilion ataupun 7.1

final • 12:32 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

peratus daripada keseluruhan belanjawan. Akan tetapi, untuk belanjawan akan datang jumlahnya hanya sekitar RM18.7 bilion atau 5.8 peratus daripada jumlah keseluruhan belanjawan iaitu pengurangan sebanyak lebih kurang dalam RM3.5 bilion.

Jadi, bagi saya ini sudah tentulah satu keutamaan yang salah, subsidi dan bantuan manakah yang telah dipotong atau akan dikurangkan oleh Kementerian Kewangan kali ini dan apakah alasannya? Saya juga ingin minta perhatian diberikan dengan teliti kepada sasaran sebenar. Koordinasi perlu supaya keperluan sebenar boleh dipenuhi dan dalam kes kesihatan misalnya, kita beri bantuan selalunya kita beri makanan tetapi ada juga orang-orang yang tidak dapat keluar ini memerlukan bantuan kesihatan seperti suntikan insulin dan sebagainya.

Jika Pengarah Belanjawan di kementerian baru-baru ini menjustifikasikan peruntukan untuk JASA dan berdasarkan jumlah peruntukkan yang pernah diberi dahulu iaitu sekitar RM80 juta ditambah dengan peruntukkan baharu untuk Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) saya fikir ini sudah tentu tidak perlu. Ini adalah kerana kalau hari ini kerajaan membuat keputusan untuk memberi bantuan tunai sebanyak RM1,000 sebulan, selama enam bulan, dengan jumlah yang diberikan kepada JASA dan juga penggerak komuniti ini hampir 15,000 orang boleh dibantu, itu dari segi keutamaan. Jadi, saya berharap ini akan dinilai semula.

Tentang kelangsungan dan ketahanan ekonomi, seterusnya saya ingin menyentuh beberapa isu. Sebelum ini kementerian ada mengumumkan dana untuk usahawan bumiputera yang masih banyak tidak dimohon. Saya menerima maklum balas bahawa proses permohonan yang disediakan begitu rumit dan ini menjadikan mereka yang ingin dibantu tidak menerima bantuan.

Kita harus sedar bahawa dalam situasi pandemik COVID-19 ini, ramai kehilangan kerja dan baharu hendak mula berniaga. Mereka ini mungkin tidak layak memohon mana-mana bantuan kerana tidak mempunyai dokumen yang mengesahkan bahawa mereka adalah peniaga sebelum ini. Jadi mereka ini terkontang-kanting, tergantung dan tidak menerima bantuan.

Bagi ramai golongan Makcik Kiah yang berniaga di tepi jalan, mereka ini mungkin tidak mempunyai lesen perniagaan pun. Jadi, soalan saya apakah sebab- sebabnya dan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi isu ini?

Adakah penerima diluluskan telah benar-benar dikenal pasti sebagai kumpulan sasaran sebenar yang memerlukan bantuan dan ingin dibantu? Saya merayu agar kementerian melihat semula dengan teliti perkara ini.

Ramai juga peniaga tidak menikmati moratorium yang diberikan oleh kerajaan sebelum ini kerana mereka menyewa premis orang lain. Dalam kata lain, mereka masih perlu membayar kepada pemilik sebenar premis ini. Pemilik premis dapat moratorium dan bayaran sewa, peniaga sebenar terkapai-kapai mengharapkan bantuan.

Apabila ramai kehilangan pekerjaan, ada yang beralih menjadi pembawa Grab.

Saya minta Kementerian Pengangkutan memainkan peranan aktif untuk menjadi moderator untuk perbincangan dengan syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan e-hailing dan juga pelbagai ‘e’ yang lain untuk mengurangkan jumlah caj yang dikenakan kepada pengendali perkhidmatan-perkhidmatan ini. Sebagai contoh, jika Grab sebelum ini mengenakan caj sebanyak 20 peratus kepada pemandu untuk setiap perjalanan, mungkin ia boleh dirundingkan supaya ia dapat dikurangkan kepada kadar 10 peratus atau 15 peratus.

Saya minta secara khususnya KPKT dan juga KPLB untuk memberi perhatian kepada perumahan awam. Kita ada lebih tiga juta rakyat yang menduduki perumahan awam di seluruh negara.

final • 12:32 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Ramai terkesan dengan pandemik tinggal di perumahan jenis ini. Apakah bentuk bantuan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi kepada golongan peniaga baharu di perumahan ini untuk survive dalam norma baharu kehidupan mereka?

Gunakan peruntukan untuk memastikan kemudahan yang ada mantap, misalnya lif mesti berfungsi, bekalan air dan api lancar dan selamat. Jangan lepas tangan. Jika, air dan api di bawah kementerian lain, tunjukkan kepimpinan KPKT dan juga KPLB untuk menyelaraskan supaya bekalan ini sampai kepada rakyat.

final • 12:40 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Jangan biar perumahan awam sinonim dengan perumahan asal boleh. Asal boleh tidur cukup. Yang lain-lain tak perlu ambil perhatian. Saya juga ingin bertanya adakah perumahan-perumahan awam ini diberikan pengecualian atau diskaun bayaran sewa? Baru-baru ini juga, dalam satu kajian oleh World Bank yang diterbitkan oleh Institut Yusof Ishak di ISEAS, Singapura, mengatakan sejumlah 64.5 peratus pekerjaan yang ada di Malaysia tidak boleh dilakukan di rumah dan sejumlah 50.9 peratus pekerjaan kita memerlukan high-level physical contact, ayatnya.

Jadi, sudah tentulah saya harap Kementerian Sumber Manusia memberikan perhatian kepada perkara ini kerana ia melibatkan mereka yang kehilangan kerja dan mereka yang memerlukan pekerjaan. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi boleh membantu bagaimana mereka yang baru terlibat dalam keusahawanan ini juga dapat akses kepada pasaran dalam perniagaan mereka.

Dalam sesetengah kes, pekerja membuat rundingan dengan upah dan gaji dengan majikan untuk kekal dalam pekerjaan. Ini tentulah baik. Lebih baik jika dibandingkan dengan kehilangan kerja. Namun, negara juga mempunyai Akta Gaji Minimum yang baru ditingkatkan secara berturut-turut dalam dua tahun sebelum ini. Jadi, saya ingin bertanya apakah pendirian Kementerian Sumber Manusia dalam soal penguatkuasaan Akta Gaji Minimum ini? Apakah inisiatif kerajaan untuk membantu sekurang-kurangnya sebagai langkah sementara untuk mengekalkan kadar upah dan gaji ini?

Saya juga ingin bertanya kepada pihak Kementerian Sumber Manusia tentang apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk memantau dan mengambil tindakan sewajarnya bagi kes-kes pekerja yang diberhentikan tetapi tidak diberikan surat berhenti kerja? Ini kerana, ia memungkinkan golongan ini terlepas daripada cakupan penerima bantuan yang diumumkan oleh kerajaan.

Dalam soal moratorium dan juga pengeluaran KWSP, ia telah dibangkitkan oleh wakil-wakil rakyat daripada pihak kerajaan dan juga pembangkang. Saya berterima kasih kerana akhirnya KWSP telah mengambil langkah positif untuk melancarkan i-Sinar semalam. Rupanya boleh, bukan tidak boleh. Jadi, kita hairan kenapa dalam kenyataan- kenyataan sebelum ini, membayangkan seolah-olah ia sangat sukar untuk dilakukan.

Fakta bahawa lebih sejumlah 65 peratus pencarum KWSP memiliki simpanan kurang daripada sebanyak RM50,000 dan lebih daripada sejumlah 72 peratus pekerja kita tidak mempunyai simpanan kecemasan seharusnya menyedarkan kita bahawa ada masalah struktur ekonomi yang perlu kita urus dengan teliti supaya negara kita dapat bergerak ke hadapan.

Cuma, ada beberapa cadangan saya kepada KWSP. Pertama, kita harus tetapkan siling pengeluaran sebanyak RM12,000 bagi setiap caruman yang bernilai RM50,000 dan had pengeluaran keseluruhan ialah sebanyak RM120,000, bukannya RM90,000. Kedua, bagi mereka yang mempunyai simpanan kurang daripada sejumlah RM50,000 seharusnya had pengeluaran boleh ditetapkan pada kadar maksimum sebanyak RM12,000. Ini sekali gus, dengan suntikan tambahan daripada kerajaan sebanyak RM1,200 sebulan selama enam bulan.

Tadi, saya sudah cerita bagaimana sekiranya kita tidak bagi peruntukan kepada JASA dan juga penggerak komuniti tempatan, kita boleh membantu seramai 15,000 orang pekerja dengan bayaran sebanyak RM1,000 selama enam bulan. Jadi, saya harap Kementerian Kewangan akan pertimbangkan perkara ini.

Ketiga, benarkan semua pencarum mendapat akses ini. Bukan meletakkan birokrasi untuk menapis mereka yang hanya hilang kerja, mereka yang hanya cuti tanpa gaji ataupun mereka yang terjejas pendapatan. Beri akses kepada pengeluaran KWSP ini kepada semua pencarum yang ada.

Keempat, tidak perlulah buat bayaran balik, tetapi buatlah satu lagi mekanisme yang mana pencarum yang mahu mengeluarkan wang ini sekarang bersetuju untuk menerima dividen yang lebih rendah pada masa yang akan datang dan potongan dividen pada masa akan datang itu dimasukkan semula sebagai ganti kepada pengeluaran hari ini sehingga jumlah sama sebagaimana mereka keluarkan.

Kalau kita nak kata tapis hanya yang layak, mana yang layak mana yang tidak, itu hanya akan melambatkan proses bantuan ini sampai kepada pencarum. Begitu juga dengan moratorium. Cadangan saya, moratorium boleh diberikan sekurang-kurangnya pada kadar separuh dan juga penerima moratorium ini mestilah komited untuk

final • 12:40 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

mengurangkan kadar sewa mereka kepada peniaga sebenar. Tadi, saya sebut yang menerima moratorium adalah pemilik premis, tetapi peniaga sebenar tidak dapat. Jadi, saya harap penelitian ini dapat dibuat.

Seterusnya tahun ini kita menangguhkan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12). Saya percaya agenda kemakmuran bersama akan tetap diteruskan.

Jika sebelum ini kita mendengar berapakah peruntukan diberikan kepada Sabah dan Sarawak setiap tahun, ini selalu disebut diberikan penekanan. Saya ingin minta kementerian memberikan senarai peruntukan kepada negeri-negeri lain juga.

Hanya dengan ini, barulah kita boleh menilai secara saksama untuk melihat sama ada agenda kemakmuran bersama ini diterjemahkan dalam perancangan dan pelaksanaan pembangunan sebenar. Negeri lain pun miskin juga. Perlis pun miskin, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, kita pun tidak mahu ketinggalan.

Soalan saya daripada peruntukan pembangunan yang diumumkan, berapa banyak kah yang akan digunakan untuk menyambung projek-projek pembangunan yang belum selesai daripada RMK-RMK terdahulu? Saya minta senarai projek-projek baharu khususnya di negeri Perlis dalam bentuk bertulis dapat diberikan. Ini kerana, negeri Perlis dulu semasa RMKe-12, dan juga RMKe-11 sebelum ini diumumkan projek di Lembah Chuping yang boleh menyediakan lebih daripada sebanyak 12,700 peluang pekerjaan.

Akan tetapi, saya tengok selepas lima tahun ke enam tahun, projek itu pun tidak bergerak lagi. Jadi, di manakah peluang pekerjaan yang diuar-uarkan dulu?

Jadi, akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ulas sikit tentang peruntukan kepada NGO, Yayasan Hasanah. Saya melihat di laman web mereka, misalnya, mensyaratkan dua tahun untuk akaun beraudit daripada NGO-NGO ini. Ini bagi saya munasabah. Namun, adakah nanti dana ini yang tersedia hanya akan dinikmati oleh NGO-NGO di bandar yang diuruskan dengan lebih cermat oleh orang yang lebih profesional? Apakah nasib NGO-NGO kecil yang aktif bergerak di kawasan-kawasan luar bandar? Saya ingin merayu kepada kerajaan untuk melihat bantuan kepada NGO- NGO yang menjaga kebajikan haiwan dan juga NGO-NGO yang menjaga alam sekitar.

Dalam merancang pembangunan, kita mestilah melihat melangkaui soal populariti politik semata-mata. Saya tahu haiwan mungkin tidak boleh mengundi. Pokok mungkin tidak boleh mengundi, tetapi apabila kita bercakap tentang pembangunan, kita bercakap dalam agenda sustainable development goals, dengan tujuan kelestarian untuk jangka masa panjang, kita juga mesti pertimbangkan NGO-NGO ini. Saya harap tidak ada dana NGO disalurkan kepada NGO politik, lebih-lebih lagi yang telah diketahui terkait dengan Yang Berhormat Menteri-menteri tertentu.

Terakhir, tadi telah disentuh oleh rakan saya dalam perbahasan yang lain. Ia tentang nasib golongan pesawah kita. Tentang benih padi saya harap dapat diperkemaskan. Saya tahu Yang Berhormat Menteri maklum benih padi ini dikeluarkan lebih banyak daripada permintaan. Akan tetapi, apabila masalah tetap berulang, maksudnya mesti lakukan sesuatu. Saya juga nak ingatkan kepada Yang Berhormat Menteri bahawa tidak lama lagi akan datang musim kemarau. Tahun lepas kita menghadapi masalah padi tidak jadi dan sebagainya.

Saya harap ini mesti diambil tindakan preemptive. Mesti ada tindakan lebih awal, jangan tunggu sampai bila masalah berlaku baru kita nak melompat. Jadi, mesti ada koordinasi dengan Jabatan Parit dan Saliran kerana dulu kita terpaksa sampai bergaduh kalau di Perlis tu. Kita terpaksa panggil Pengarah JPS untuk datang mendengar Yang Berhormat Menteri Pertanian punya permintaan. Jadi, ini menunjukkan bahawa tidak ada koordinasi di antara jabatan-jabatan kerajaan.

Demikian perbahasan saya, saya berharap Kementerian Kewangan akan mempertimbangkan pandangan dan permintaan saya sebelum saya mengatakan sama ada saya akan menyokong ataupun tidak belanjawan yang dibentangkan. Sekian, terima kasih.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Igan.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih atas

final • 12:48 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

peluang dan kesempatan yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2021 pada kali ini.

“Mewakili Igan, Melangkah berani, amanah rakyat pegangan utama, belanjawan inklusif, rakyat disantuni. Teguh kita menang bersama”. Tuan Yang di-Pertua, cadangan bajet berjumlah RM322.5 bilion yang terbesar dalam sejarah negara dengan perbelanjaan mengurus berjumlah RM236.5 bilion, manakala RM69 bilion bagi perbelanjaan pembangunan dan RM17 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19 selain RM2 bilion bagi simpanan luar jangka membuktikan kesungguhan kerajaan dalam memastikan tiga matlamat induk iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi dapat dicapai.

Secara keseluruhannya kerajaan sedang meletakkan keutamaan tepat iaitu memerangi wabak COVID-19 sebagai perkara pokok. Pada masa yang sama memastikan mereka yang terkesan dari sudut ekonomi menerima bantuan selayaknya.

Namun, di sini saya ingin menyentuh beberapa perkara yang saya rasa masih perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh Kerajaan Persekutuan khususnya melibatkan negeri Sarawak dan kawasan Igan yang saya wakili.

final • 12:48 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Tuan Yang di-Pertua, ketika pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan, kita telah menyaksikan betapa bukan sahaja banyak projek untuk rakyat Sarawak dibatalkan termasuk Projek Batang Igan di kawasan saya, selain Jambatan Batang Lupar dan juga Batang Rambungan, malah Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak terjejas pelaksanaannya apabila kaedah Rakan Pelaksana Projek (PDP) dibatalkan oleh kerajaan yang terdahulu.

Berikutan penamatan PDP, Projek Pan Borneo Sarawak dilaksanakan secara konvensional dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya Sarawak. Di sini saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Kanan Kerja Raya, sejauh manakah kapasiti JKR Sarawak sebagai konsultan projek. Apakah alternatif kerajaan hari ini bagi memastikan pelaksanaan Projek Pan Borneo Sarawak tidak terjejas teruk akibat PDP dibatalkan?

Apakah kemampuan JKR Sarawak mencukupi bagi memastikan Pan Borneo Sarawak dapat dilaksanakan mengikut jadual? dan bagaimana pula implikasi kewangannya? Apakah kesan langsung wabak COVID-19 ini kepada kontraktor dan juga juru perunding yang dilantik?

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kerana telah mengambil alih dan melaksanakan tiga projek jambatan di Sarawak termasuk Jambatan Batang Igan.

Tuan Yang di-Pertua, isu sekolah daif di Sarawak adalah isu yang belum berakhir lagi. Malah masih banyak lagi sekolah daif yang perlu dilaksanakan pembinaannya. Masalah ini harus diberikan keutamaan oleh pihak Kementerian Pendidikan kerana soal pendidikan adalah sesuatu yang tidak dapat dikompromi.

Pendidikan adalah instrumen yang penting untuk mencipta peradaban dan ketamadunan sesebuah negara.

Dalam konteks negeri Sarawak, terdapat 1,020 buah sekolah dikategorikan sebagai sekolah daif. Daripada jumlah ini, sebanyak 415 buah sekolah dikategorikan pada tahap DS3 iaitu tersangat daif dan uzur serta perlu dibina baru. Manakala 210 buah sekolah pada tahap DS2 iaitu 75 peratus berada dalam keadaan daif dan 395 buah sekolah pada tahap DS1 yang perlu dibaik pulih.

Berdasarkan matlamat terkini, sebanyak 433 buah sekolah daripada 1,020 buah sekolah daif ini sudah dibaik pulih setakat ini. Dengan baki 587 buah sekolah akan diusahakan. Sejumlah RM1.855 bilion telah diperuntukkan setakat ini bagi memperbaiki sekolah daif di Sarawak. Daripada jumlah itu, RM517 juta diperuntukkan Kerajaan Persekutuan dan RM338 juta oleh kerajaan negeri, manakala RM1 bilion adalah pembayaran kontra Kerajaan Negeri Sarawak.

Saya amat risau sekali mengenai tempoh masa yang diambil untuk pelaksanaan projek sekolah daif di negeri Sarawak jika tren peruntukan belanjawan daripada Kerajaan Persekutuan tidak ditambah dalam setiap kali belanjawan. Misalnya pada tahun 2019, Sarawak hanya mendapat RM100 juta peruntukan untuk sekolah daif yang hanya dapat

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

digunakan bagi melaksanakan 32 buah sekolah sahaja. Manakala pada tahun 2020, Sarawak tidak menerima apa-apa peruntukan untuk sekolah daif.

Dalam Belanjawan 2021 kali ini, sebanyak RM725 juta diperuntukkan untuk Sarawak dan Sabah bagi menaik taraf bangunan serta infrastruktur 50 buah sekolah daif.

Mujurlah pada tahun 2020 kerana keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang peka mengenai nasib para pelajar khususnya di luar bandar telah menawarkan RM1 bilion iaitu kontra bayaran balik pinjaman untuk mempercepatkan pembinaan sekolah daif.

Secara analoginya Tuan Yang di-Pertua, dengan peruntukan RM1 bilion, sebanyak lebih kurang 133 buah sekolah daif sahaja dapat dilaksanakan. Kalau peruntukan RM1 bilion hanya dapat membaik pulih dan membina baharu lebih kurang 133 buah sekolah sahaja, secara puratanya setiap tahun, selama manakah isu baki 587 buah sekolah daif di negeri Sarawak ini dapat diatasi sepenuhnya.

Pada perhitungan saya, ia akan mengambil masa selama lebih kurang lima tahun. Itu pun kalau mendapat peruntukan RM1 bilion. Kalau diandaikan negeri Sarawak mendapat peruntukan RM500 juta setiap tahun, maka masalah sekolah daif di negeri Sarawak hanya akan dapat diselesaikan dalam tempoh lebih kurang lapan tahun. Kalau RM250 juta setahun bererti isu sekolah daif di Sarawak hanya akan dapat diselesaikan dalam tempoh 16 tahun.

Ini satu tempoh yang terlalu lama. Ini adalah satu penafian ke atas hak para pelajar di Sarawak, khususnya di luar bandar untuk mendapat akses pendidikan yang terbaik. Perlu ditekankan di sini bahawa pendidikan adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Oleh itu saya memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk memberi peruntukan khas yang lebih besar khusus untuk mengatasi masalah sekolah daif serta isu-isu pendidikan yang berkaitan.

Saya juga memohon kepada Kementerian Pendidikan supaya sekolah-sekolah daif yang dibina nanti dilengkapi dengan kemudahan seperti dewan makan, dewan perhimpunan, asrama, kuarters guru dan lain-lain kelengkapan yang diperlukan. Saya juga ingin bertanya kepada Kementerian Pendidikan, daripada peruntukan RM1 bilion daripada bayaran kontra Kerajaan Negeri Sarawak dan peruntukan RM100 juta daripada Kerajaan Persekutuan pada tahun 2019, berapakah jumlah sekolah di negeri Sarawak yang telah dibina dan dilaksanakan, masing-masing mengikut kategori DS1, DS2 dan DS3.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah meluluskan empat buah sekolah di kawasan Parlimen Igan untuk dinaik taraf dan dibina baru melibatkan kos RM98.5 juta. Sekolah- sekolah berkenaan ialah SMK Matu, SK Kampung Tebaang, SK Kampung Pergau dan SK Bawang Tian Matu.

Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak sekolah daif di kawasan Parlimen Igan yang perlu dinaiktarafkan serta dibaik pulih. Oleh itu saya memohon kepada Kementerian Pendidikan agar sekolah-sekolah berikut dimasukkan dalam fasa pelaksanaan yang akan datang iaitu SK Kampung Pangtray, SK Orang Kaya Selair, SK Kampung Sawai, SK Sekaan Kechil, SK Sungai Dasin, SK Batang Lassa, SK Nanga Semah dan SK Sebena.1.11 Tuan Yang di-Pertua, sudah terang lagi bersuluh. Salah satu sebab mengapa prestasi akademik para pelajar di negeri Sarawak kurang memuaskan dalam peperiksaan kebangsaan seperti UPSR dan SPM adalah kerana kondisi sekolah-sekolah yang tersangat daif serta kekurangan kemudahan pengajaran serta suasana sekolah yang tidak kondusif.

Untuk rekod, Sarawak sering berada di tempat yang ke-13 dan ke-14 daripada 16 buah negeri dalam peperiksaan UPSR dan SPM dengan gred purata jauh ketinggalan daripada gred purata nasional. Ini tidak harus berlaku kerana para pelajar mempunyai potensi yang sama jika belajar di sekolah yang terbaik dan dilengkapi segala kemudahan.

Tuan Yang di-Pertua, semua kita telah menyaksikan betapa pandemik COVID- 19 memberikan tamparan hebat kepada sistem pembelajaran di negara ini dan di semua peringkat di sekolah rendah, menengah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi.

Krisis global akibat penularan COVID-19 bukan sahaja memberikan kesan buruk terhadap ekonomi negara malah turut menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di semua institusi pendidikan terganggu dan tertangguh

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Bagi menggelakkan pelajar-pelajar ketinggalan dalam pelajaran, kerajaan telah mengeluarkan arahan sesi PdP hendaklah dilaksanakan secara dalam talian. Ini tentunya memerlukan capaian internet, teknologi maklumat dan komunikasi dengan keperluan perkakasan komputer riba atau komputer peribadi di setiap rumah. Bagi penduduk luar bandar, capaian internet mungkin bukan masalah utama.

Namun di luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak, capaian internet masih perlu diberi perhatian yang serius. Begitu juga keperluan memiliki komputer riba dan komputer peribadi di setiap rumah. Masih ramai anak-anak di luar bandar tidak dapat mengikuti pembelajaran secara dalam talian berikutan tiadanya akses internet. Selain masalah kekurangan infrastruktur asas yang lain. Malah masih banyak kawasan luar bandar tidak dapat dihubungkan dengan perkhidmatan talian telefon.

Pada masa yang sama, ramai ibu bapa di luar bandar tidak ada kemampuan membeli perkakasan pembelajaran untuk anak-anak. Di sini saya ingin mencadangkan supaya dana khas disediakan bagi mempercepatkan penyediaan komunikasi dan capaian internet di luar bandar.

Bagi Sarawak, kerajaan negeri telah mengambil inisiatif ke arah mempertingkatkan kemudahan komunikasi di luar bandar. Namun sokongan di peringkat Kerajaan Pusat juga amat diperlukan bagi memastikan liputan menyeluruh di semua kawasan luar bandar dapat dipercepatkan bagi memastikan tiada penduduk khususnya di kalangan pelajar terpinggir di dalam kita berdepan dengan cabaran kehidupan norma baru ini.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Tuan Yang di-Pertua, kawasan Parlimen Igan adalah kawasan luar bandar yang majoriti penduduknya terdiri daripada petani dan nelayan. Tumpuan kerajaan kepada sektor pertanian bukan sekadar untuk membeli keperluan diri sahaja, akan tetapi lebih kepada meningkatkan taraf hidup ekonomi rakyat sebagai petani dan nelayan.

Oleh sebab itu, saya memohon kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan untuk membuat perancangan jangka panjang bagi menaikkan taraf ekonomi dan pendapatan para petani dan nelayan di kawasan Parlimen Igan. Saya telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian Industri dan Makanan di dalam jawapan soalan lisan saya tempoh hari bahawa kawasan Parlimen Igan telah diperuntukkan sebanyak RM1.648 juta bagi tempoh tahun 2016 hingga tahun 2020 untuk tujuan pembangunan pertanian melibatkan 157 hektar dengan penglibatan seramai 180 orang petani.

Yang Berhormat Menteri, peruntukkan ini terlalu kecil dan sedikit, saya memohon supaya peruntukkan ini ditambah supaya lebih banyak jenis tanaman dapat diusahakan serta lebih ramai lagi petani yang terlibat. Ini termasuklah peruntukkan melalui Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia yang sekarang ini hanya melibatkan seramai 56 orang dengan keluasan 98 hektar di kawasan Parlimen Igan. Saya juga memohon supaya penerima bantuan tanaman kontan, seperti bantuan peralatan, benih dan baja yang bernilai RM1,000 seorang ditambah dan diperluaskan kepada lebih ramai petani. Ini termasuklah program Pembangunan Usahawan Bimbingan yang sekarang ini hanya melibatkan seramai 14 orang sahaja daripada Parlimen Igan.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan pertanian adalah satu perniagaan, saya mencadangkan supaya Kementerian Pertanian dan Industri Makanan mengadakan inisiatif seperti berikut di kawasan Parlimen Igan di dalam skala yang besar.

Pertama, memberi keutamaan kepada permohonan tanaman makanan yang eksport seperti tanaman kelapa, pisang, durian, nanas bernilai tinggi seperti MD2 dan tanaman lain yang mempunyai potensi yang tinggi.

Kedua, memperkenalkan dan mempromosikan penggunaan teknologi moden seperti hidroponik, fertigasi dan mengaplikasikan teknologi Internet of Things supaya para petani dapat meningkatkan hasil dan kualiti produk pertanian.

Ketiga, bagi menjamin kualiti dan permintaan pasaran produk pertanian, pihak kementerian harus membangunkan pusat pembangunan, pemprosesan dan pembungkusan untuk kelestarian hasil pertanian para petani dan nelayan. Saya juga mengharapkan agar agensi seperti FAMA, Persatuan Nelayan Kawasan, Persatuan Peladang Kawasan dapat diperkasakan supaya dapat memainkan peranan dalam meningkatkan hasil pertanian dan nelayan dan seterusnya meningkatkan taraf hidup.

final • 1:00 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Saya juga mencadangkan agar Kementerian Pertanian dan Industri Makanan membina sebuah Pusat Latihan Industri Asas Tani di kawasan Parlimen Igan bagi memberi latihan dan kemahiran teknikal kepada para petani dan nelayan khususnya para belia supaya ramai usahawan petani dapat dilahirkan.

Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir sekali, saya menyambut baik perancangan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan untuk membina baharu pejabat PNK baharu di kawasan Matu Daro dengan kos RM800,000 bagi meningkatkan urus tadbir institusi nelayan. Dengan adanya pejabat PNK ini nanti, maka inisiatif memperkasakan program pemasaran ikan dengan membeli terus daripada nelayan dengan harga yang berpatutan dapat dilaksanakan.

[Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: mempengerusikan Mesyuarat] Sehubungan dengan itu, saya ingin tahu bilakah pejabat PNK Matu Daro ini akan dibina sebagaimana jawapan bertulis Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Makanan terhadap soalan lisan saya tempoh hari.

Tuan Yang di-Pertua, mewakili kawasan Parlimen Igan, saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Yang Berhormat Gerik dan mendoakan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Akhir sekali, menyedari kepentingan Belanjawan 2021 kepada rakyat dalam menangani COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara, Igan dengan ini menyokong Belanjawan 2021. Sekian, terima kasih.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Igan. Sekarang jemput Yang Berhormat Bukit Mertajam, 15 minit.

final • 1:00 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia ini, minggu lepas Yang Berhormat dari Pasir Mas berkata bahawa syarat-syarat yang dikemukakan oleh pelbagai pihak bagi menyokong Belanjawan 2021 ini bagaikan syarat Puteri Gunung Ledang dan saya memetik kata-kata beliau, “syarat itu bukan dengan tujuan untuk pinangan itu diterima, tetapi signal bahawa pinangan itu ditolak.” Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, mengikut sejarah Melayu ataupun Sulalatus Salatin, apabila mendengar syarat Puteri Gunung Ledang tersebut, Sultan Mahmud Shah yang meminang berkata bahawa baginda boleh bersetuju dengan syarat-syarat luar biasa seperti jambatan emas, jambatan perak, hati nyamuk tujuh dulang, hati kuman tujuh dulang, air mata satu tempayan, air pinang muda satu tempayan. Semua itu okey, kecuali satu sahaja syarat yang tidak boleh terima iaitu darah puteranya sendiri, satu mangkuk itu tiada sampai hatinya.

Tuan Yang di-Pertua yang saya hormati, negara kita kini berada dalam satu keadaan yang luar biasa dan keadaan yang luar biasa memerlukan langkah-langkah luar biasa untuk menanganinya. Saya tidak rasa syarat yang dibangkitkan oleh pembangkang termasuklah lanjutan moratorium secara automatik, peningkatan bantuan kebajikan sehingga RM1,000 sebulan, pemansuhan JASA dan sebagainya ialah syarat Puteri Gunung Ledang.

Namun hakikatnya ialah dalam keadaan luar biasa ini, kerajaan harus bersetuju waima syarat Puteri Gunung Ledang sekalipun sekiranya betul-betul ikhlas hendak meluluskan satu belanjawan perpaduan demi kebajikan rakyat. Kecualilah kalau kerajaan tidak sampai hati melihat bank berkorban RM6.4 bilion selepas untung RM32 bilion pada tahun lepas untuk lanjutkan moratorium, tidak sampai hati darah anak raja semangkuk itu.

Di sini, kerajaan sebenarnya perlu meletakkan kepentingan rakyat dan perniagaan kecil sederhana Malaysia sebagai asas pertimbangan Belanjawan 2021 dan bukan kepentingan korporat semata-mata. Belanjawan 2021 sepatutnya menjadi perisai ekonomi kepada semua lapisan masyarakat Malaysia.

final • 1:04 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini saya telah mengemukakan 10 cadangan kepada Kementerian Belia dan Sukan secara terbuka. Oleh kerana masa tidak cukup, saya hanya akan mengetengahkan lima cadangan utama di sini. Namun saya berharap KBS dan juga kementerian-kementerian yang berkaitan akan mempertimbangkan keseluruhan 10 cadangan saya itu setiap satu dengan serius. Lima cadangan utama saya ialah:

(i) melanjutkan moratorium pembayaran balik PTPTN selama enam bulan selepas bulan Disember 2020 dan menyelaraskan semula had gaji minimum kepada RM4,000 sebulan sebelum pembayaran balik PTPTN bermula;

(ii) pelepasan cukai pendapatan bagi pembelian komputer dan alat bantuan pembelajaran atas talian sehingga dua orang anak setiap keluarga atau isi rumah;

(iii) memperluas Geran Khas Prihatin berjumlah RM3,000 one-off untuk merangkumi golongan belia yang berminat dan serius untuk memulakan perniagaan kecil;

(iv) Geran Khas one-off sehingga RM100,000 untuk Persatuan- persatuan Belia Kebangsaan di bawah naungan Majlis Belia Malaysia bagi aktiviti belia berkaitan pengurusan COVID-19; dan

(v) Geran Khas one-off sehingga RM100,000 kepada Persatuan Sukan Kebangsaan serta peruntukan berjumlah RM3 juta kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEP) bagi memperluas jaringan keselamatan dan kebajikan bekas atlet negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakan saya Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan, orang Pulau Pinang juga atas usaha beliau untuk mendapatkan RM20 juta di bawah TEKUN sebagai dana pinjaman mudah untuk industri sukan. Saya berharap agar butiran dana tersebut boleh diumumkan secepat mungkin kerana industri sukan sudah tenat dan amat memerlukan bantuan segera.

Saya juga berharap bahawa jumlah peruntukan dana tersebut boleh dinaikkan, ditambah kepada sekurang-kurangnya RM100 juta. Kerajaan perlu menyelamatkan sektor belia dan sukan. Saya perhatikan bahawa dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan, peruntukan untuk KBS telah dipotong hampir 20 peratus.

Ini bukan masanya untuk pemotongan perbelanjaan bagi sektor belia dan sukan. Jangan kita salah faham bahawa peruntukan kepada sektor belia hanya sekadar untuk buat event. Hakikatnya, banyak persatuan belia yang melaksanakan program sukarelawan masyarakat contohnya kaunseling, tuisyen percuma, program kesihatan, khidmat masyarakat di kawasan kampung dan desa dan sebagainya. Semasa krisis, termasuklah bencana dan termasuklah sepanjang musim COVID-19 dan PKP ini banyak persatuan belia setempat telah memainkan peranan yang penting membantu masyarakat di kawasan masing-masing.

Semua ini bukan sahaja membantu kerajaan meringankan beban masyarakat, malah mengasah aktivisme belia. Saya berpendapat bahawa dalam lapan bulan ini, sektor belia dan sukan telah dianaktirikan. Kerajaan nampaknya cenderung mengambil jalan mudah tanpa memberikan penyelesaian yang berkesan. Contohnya, Piala Malaysia yang telah ditunda-tundakan dan kemudiannya dibatalkan walaupun Menteri Belia dan Sukan sendiri telah membuat rayuan kepada Majlis Keselamatan Negara.

final • 1:04 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Gara-gara harimau kumbang semakin kencang Piala Malaysia pula dibatalkan – haria, Penang haria. Sebenarnya Piala Malaysia hanya tinggal beberapa perlawanan sahaja. Kerajaan boleh sahaja menetapkan perlawanan-perlawanan ini diadakan di negeri-negeri hijau di Kelantan, Pahang dan Perlis dianjurkan tanpa penonton dan para pemainnya boleh diasingkan dalam gelembung sukan ataupun sports bubble dengan izin, sepanjang musim selain pelaksanaan SOP yang lain.

Strategi sebegini sebenarnya telah dilaksanakan dengan jayanya di luar negara.

Malah atlet-atlet kita, atlet negara kita di Bukit Jalil mereka juga berlatih dalam sports

final • 1:10 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

bubble selama tempoh wabak ini. Ya, memang mudah dan senang kalau kerajaan tutup dan batalkan semua benda tetapi kita tidak boleh ambil jalan mudah. Rakyat perlukan kepimpinan dan penyelesaian yang lebih strategik bukan kerajaan yang mengambil jalan mudah.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya mendapati bahawa sekurang-kurangnya sembilan kementerian emolumen untuk penjawat awam dan kakitangan kontrak telah dipotong. Manakala di kementerian-kementerian yang lain emolumen penjawat awam untuk agensi-agensi penting juga dipotong. Malah, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sendiri terkesan.

Di KBS contohnya, bagi pembangunan belia dan sukan, emolumen telah dikurangkan hampir RM6 juta. Sebahagian besarnya merangkumi pemotongan emolumen di Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) iaitu hampir RM5 juta. Adakah ini bermaksud bilangan penjawat awam di JBSN akan disusutkan dan kebajikan mereka turut akan dikurangkan. Kerajaan tidak sepatutnya mengambil kesempatan krisis ini untuk memecat penjawat awam kita, walaupun pekerja kontrak sekalipun dan tidak boleh membekukan sebarang kebajikan pekerja kepada mereka.

Bagi Kementerian Dalam Negeri pula, emolumen dikurangkan sebanyak RM58.6 juta. Di masa anggota polis kita dikerah ke barisan hadapan dan bekerja keras melindungi rakyat, emolumen polis telah dikurangkan lebih kurang RM124 juta. Dalam kementerian yang sama, emolumen untuk aktiviti pembanterasan dadah di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan dipotong sebanyak lebih RM13 juta. Apakah justifikasi untuk pemotongan emolumen penjawat awam termasuk pekerja barisan hadapan sebegini rupa?

Saya khuatir Tuan Yang di-Pertua, bahawa pemotongan emolumen penjawat awam ini merupakan petanda bahawa bilangan penjawat awam bakal dikurangkan. Bagi mereka yang mampu mengekalkan kerja mereka, mereka akan dinafikan pelbagai tuntutan dan kebajikan sebagai penjawat awam. Dalam pasaran kerja yang lembap saya menyarankan agar kerajaan tidak memecat penjawat awam atau mengurangkan hak mereka. Malah saya mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan mengikut langkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang contohnya, di mana walaupun dengan sumber yang amat terhad kerajaan negeri telah mewujudkan sebanyak 1,000 jawatan jurulatih digital (digital coaches) yang turun ke komuniti untuk menggalak, mempromosi dan membimbing masyarakat setempat beralih ke arah pendigitalan.

Banyak urusan norma-norma baharu memerlukan kakitangan tambahan.

Contohnya, memastikan penjarakan sosial dan pematuhan SOP di tempat-tempat awam dan sebagainya. Kerajaan boleh mengambil kesempatan ini untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi membantu mewujudkan peluang pekerjaan sementara ataupun tetap, membantu mereka yang kehilangan kerja.

Justeru itu, saya cadangkan agar kerajaan memperuntukkan RM100 juta kepada setiap kerajaan negeri sebagai dana khas pengurusan COVID-19. Ini bagi membolehkan setiap negeri menangani masalah unik berkaitan COVID-19 di kawasan masing-masing dengan lebih berkesan.

Saya nampak kerajaan akan melaksanakan program MySTEP. Idea yang bagus tetapi apakah roadmap kerajaan ke arah pelaksanaannya. Berapa lama perlu ditunggu sebelum 50,000 pekerjaan dalam sektor awam dan GLC berjaya diwujudkan dan apakah gaji yang bakal ditawarkan? Jika dilihat daripada peruntukan RM700 juta tersebut, secara puratanya 50,000 pekerjaan itu hanya akan membayar gaji lebih kurang RM1,160 sebulan untuk setahun. Dengan pengangguran mencecah satu juta orang dan kemungkinan penjawat awam terutamanya kakitangan kontrak yang bakal diberhentikan, penyerapan 50,000 orang ke dalam sektor awam dan GLC tidak akan mampu mendatangkan impak yang besar jika ia berjaya dilaksanakan sekalipun.

Jangan macam Puteri Gunung Ledang, orang yang cantik dipandang tetapi malangnya pantang dipinang. Jangan buat pengumuman serba indah tetapi tidak mendatangkan faedah kepada rakyat. Dalam cerita Puteri Gunung Ledang dalam sejarah Melayu, ini dikatakan kerja sia-sia mengejar bayang-bayang.

Kuning ledang bagai dikarang, Riang-riang disambar wakap, Hairan memandang dunia sekarang, Bayang-bayang hendak ditangkap.

final • 1:10 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Masalahnya, cadangan oleh pembangkang bukan syarat Puteri Gunung Ledang. Kita mahukan yang terbaik untuk rakyat dan negara tercinta. Masalahnya ialah belanjawan yang dibentangkan itu belanjawan Puteri Gunung Ledang. Jangan pula kecam dan ugut pembangkang untuk luluskan satu belanjawan dengan JASA 2.0, dengan pelbagai peruntukan untuk kerja-kerja propaganda politik sama ada JASA tadi ataupun penggerak komuniti tempatan projek khas bilion ringgit.

Kerajaan kini seakan-akan over confident dengan izin, dan tidak mengendahkan titah nasihat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk jangan bermain politik dan berusaha meluluskan belanjawan perpaduan demi rakyat Malaysia. Ingat amaran Puteri Gunung Ledang dalam sejarah Melayu.

*Dang Nila memangku puan, Berembang buah pedada, Adakah gila bagimu tuan, Burung terbang dipipiskan lada.

Burung masih belum tertangkap, Tetapi dapur sudah menumbuk ramuan, Belanjawan belum diluluskan, Kerajaan sudah berangan-angan memakai belanja untuk kepentingan politik sempit.* Kerajaan harus ikhlas dalam usaha menyatupadukan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini untuk meluluskan satu belanjawan perpaduan yang mampu menjadi perisai ekonomi kepada rakyat Malaysia. Bukan potong emolumen penjawat awam, bukan potong emolumen polis, barisan hadapan, bukan abaikan sektor belia dan sukan, bukan bentang belanjawan JASA 2.0 dan jauh sekali satu belanjawan Puteri Gunung Ledang yang indah khabar daripada rupa.

Belanjawan kali ini mestilah benar-benar meletakkan wang ke tangan rakyat dan perniagaan kecil dan sederhana Malaysia. Biar kita seluruh Dewan yang mulia ini tidak kira daripada parti mana kita ketepikan politik. Kita ambil panduan dan juga titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ini juga merupakan aspirasi rakyat di luar sana.

Kita ketepikan politik, kita fokus kepada melindungi nyawa menyelamatkan mata pencarian dan memulihkan semula kualiti kehidupan rakyat Malaysia yang sudah terjejas hampir 11 bulan dengan keadaan wabak COVID-19 ini. Saya percaya kalau kerajaan betul-betul ikhlas dan jujur ingin meluluskan satu belanjawan demi kepentingan rakyat maka ambillah cadangan-cadangan yang telah saya kemukakan tadi termasuklah cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh rakan-rakan seperjuangan saya dalam Dewan yang mulia ini.

Akhir sekali apa yang kita hendak ialah untuk meluluskan satu belanjawan perpaduan bukan belanjawan politik ataupun belanjawan pilihan raya ataupun belanjawan Puteri Gunung Ledang demi kepentingan rakyat Malaysia. Sekian terima kasih.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pasir Salak, diikuti oleh Yang Berhormat Penampang. Sila Yang Berhormat Pasir Salak, 15 minit.

final • 1:10 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan yang telah membentangkan bajet bagi tahun 2021.

Secara makronya kita melihat bahawa ini adalah satu bajet yang baik.

Kementerian memberikan peruntukan sebanyak RM322 bilion di mana saya kira wang sebanyak ini kalau telah masuk dalam sistem ekonomi negara ia akan membawa kepada kesan penggandaan. Kalau mengikut teori ekonomi, saya kata lima kali ganda tetapi ada juga kawan-kawan yang mengatakan bahawa kesan penggandaan ini boleh jadi sampai 10 kali ganda. Bermakna kalau 10 kali ganda, three trillion economy akan wujud dalam negara kita pada tahun hadapan. Itu berdasarkan secara makro.

final • 1:18 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Walau bagaimanapun, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberitahu kepada Menteri Kewangan walaupun bajet itu dianggap bagus tetapi banyak lagi perkara-perkara yang perlu diambil kira daripada ucapan-ucapan backbenchers ataupun daripada kedua-dua belah pihak, pembangkang ataupun kerajaan yang saya kira boleh memperbaiki lagi belanjawan itu supaya ia benar-benar menjadi belanjawan untuk rakyat kita dan boleh mengatasi masalah yang dihadapi oleh rakyat pada hari ini dan juga mengembalikan ekonomi kita supaya rancak semula.

Jadi yang pertamanya, saya ingin memberikan pandangan berhubung dengan pertanian. Pertanian khususnya pesawah padi. Pesawah padi hari ini terutamanya di kawasan saya Pasir Salak di Sungai Manik dan juga Seberang Perak menghadapi masalah pemotongan yang begitu tinggi sampai 28, 30 dan ada yang 40 pun. Pengilang- pengilang swasta mengambil kesempatan mengenakan potongan yang begitu tinggi. Di sini saya berharap, saya minta Yang Berhormat Menteri Kewangan supaya melihat perkara ini kerana ini membebankan pesawah padi. Kalau pemotongan sebegitu, hasil tuaian mereka tidak dapat menampung kos pun, apatah lagi hendak mendapat keuntungan. Jadi ini serius. Jumlah pesawah padi saya kira beratus ribu dalam negara kita ini, bukan sahaja di Sungai Manik dan Pasir Salak.

Berhubung dengan ini, saya ingin mengingatkan Yang Berhormat Menteri Kewangan supaya melihat apa yang dibuat oleh Kementerian Pertanian? Wang yang diberikan begitu banyak, saya kira mengikut bajet ini Kementerian Pertanian mendapat beberapa bilion ini? Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, RM3 bilion untuk pengurusan. Bayar gaji banyak ini. Ramai pegawai-pegawai tinggi yang buat kerja tetapi apakah outcome nya? Keberkesanan pengurusan mereka itu kepada stakeholder dan juga peruntukan pembangunan RM1.5 bilion. Sebanyak RM1.5 bilion peruntukan. Jadi pastikan peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Pertanian yang begitu banyak menghasilkan outcome, di mana petani-petani kita terbela.

Di antara wang yang akan digunakan itu, saya minta gunakan sebaiknya untuk pertama sekali, benih padi. Benih padi itu biar berkualiti, jangan biarkan benih padi yang tidak berkualiti, rugi petani kerana hasilnya rendah. Kedua, lihat pengairan yang ada di kawasan jelapang-jelapang padi. Pengairan-pengairan sesetengahnya ketinggalan zaman, tidak dapat berfungsi untuk membekalkan keperluan air sawah...

final • 1:20 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Boleh mencelah sedikit?

final • 1:20 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Boleh menjejaskan hasil petani. Kenapakah ini boleh berlaku? Peruntukan berbilion-bilion ringgit setahun untuk tali air, kenapakah ini boleh berlaku? Yang Berhormat Menteri Kewangan kena melihat hal ini, jangan bagi duit sahaja. Tanya apakah hasil daripada duit yang diberikan itu? Ini Timbalan Menteri Kewangan ada di sini, mengangguk-angguk. Jangan mengangguk-angguk.

final • 1:20 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 1:20 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

...Kita tengok esok.

[Ketawa]

final • 1:20 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Yang Berhormat Pasir Salak boleh mencelah?

final • 1:20 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tidak dapat Menteri, kita cari Timbalan Menteri. Kita kerjakan mereka.

[Ketawa]

final • 1:20 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 1:20 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Nanti, saya ada dua, tiga perkara lagi. Jadi itu daripada segi...

final • 1:20 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 1:20 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Lagi satu, saya hendak beritahu bahawa jelapang padi yang lain, Batang Lupar, batang lapar, kena lagi, batang apa lagi ada air, IADA yang lain ini termasuk di Pekan pun ada, Rompin ada.

Jelapang-jelapang padi ini belum lagi dibangunkan menjadi satu jelapang padi yang orang kata boleh memberikan produktiviti yang tinggi. So, kerajaan – saya minta Yang Berhormat Menteri Kewangan beri peruntukan yang secukupnya kepada jelapang-

final • 1:20 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

jelapang padi ini, kepada IADA ini kerana selalunya masalah duit, tidak ada duit, tidak ada duit tetapi duit ada tetapi disalah guna, salah tempat.

final • 1:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

JASA, JASA.

final • 1:20 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Jadi saya tidak mahulah sebut. JASA banyak juga jasa dia. Yang Berhormat Jelutong marah sungguh dengan JASA ini fasal dia tidak ada berjasa pun pada Yang Berhormat Jelutong.

[Ketawa] Kepada kita orang banyak jasanya dahulu, sekarang tidak tahulah.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, selain itu saya minta Yang Berhormat Menteri Kewangan melihat iaitu membangunkan kawasan jelapang padi ini sesuai dengan zaman sekarang, penggunaan teknologi, penggunaan mesin tidak perlu tenaga buruh. Boleh menggunakan mesin, menggunakan dron dan sebagainya, boleh digunakan. We can orang kata mengelakkan penggunaan tenaga buruh dan ini akan memberikan produktiviti yang lebih tinggi kepada hasil sawah yang diusahakan.

Jadi ini melibatkan MARDI yang membuat research tetapi research nya tidak sampai ke mana. Research untuk simpan dapat award, dapat hadiah. Ini research yang terbaik kemudian hasil research simpan dalam pejabat, apa gunanya? Kita hendak research yang menghasilkan rekaan, ciptaan yang boleh diguna pakai terutama mesin umpamanya. Buat dron kita sendiri kah. Sekarang dron pun hendak dibeli dari China, kita tidak boleh buat dron sendiri lagi. Begitu juga untuk...

final • 1:20 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Kereta terbang.

final • 1:20 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Kereta terbang tidak ada kena-mengena dengan sawah padi. Yang Berhormat Jelutong kacaulah. Jadi saya minta pihak kerajaan, Yang Berhormat Menteri Kewangan memberikan peruntukan yang secukupnya membiayai kajian ini. Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi come into this, menghasilkan apa-apa mesin teknologi yang baru di sawah padi.

Selain itu, di sawah padi itu juga saya mencadangkan – Yang Berhormat Jelutong diam.

[Ketawa] Saya mencadangkan supaya melihat, membangunkan kawasan sawah padi ini dengan menjadikannya sebuah kawasan yang berstruktur. Sekarang ini rumah-rumah berselerak di sana sini. You know, rumah-rumah orang kampung berselerak di sana sini menyebabkan kerajaan susah hendak menyediakan kemudahan- kemudahan asas seperti jalan, dewan, itulah, inilah. Boleh dikatakan setiap kampung hendakkan masjid, setiap kampung hendakkan dewan dan sebagainya.

You know, if you centralise penduduk ini, dibawa ke sebuah penempatan yang terkumpul maka kemudahan itu dikongsi bersama dan ini akan menjimatkan duit kerajaan dan kita juga akan mewujudkan urbanisasi atau urbanisation, kita boleh wujudkan.

Apabila urbanisation berlaku apa yang kita dapat? Peluang perniagaan, peluang pekerjaan dan pelbagai faedah lagi yang boleh dinikmati daripada urbanisasi. Sekarang ini di kampung-kampung duduk berselerak. Satu kilometer, dua kilometer sebuah rumah.

Satu, dua kilometer ada sebuah lagi rumah. So, this is costly daripada segi kerajaan untuk membiayai infrastruktur dan lain-lain kemudahan.

Tuan Yang di-Pertua, selain itu berkaitan dengan mechanisation ini juga, dalam sektor perladangan, sawit begitu juga. Pada hari ini, kita menggunakan hampir 700,000 atau 800,000 orang pekerja asing untuk memotong buah kelapa sawit dan ia melibatkan pengaliran wang asing dari negara kita berbilion-bilion sebulan, setahun berpuluh-puluh billion because we have pay them. Dia orang hantar duit balik ke negara mereka, remittance berapa bilion setahun?

So, sudah sampai masanya, tidak boleh kah kita berfikir zaman sekarang zaman teknologi, zaman moden, zaman sains dan sebagainya. Kita boleh replace labour. Kita menggantikan tenaga buruh asing ini dengan teknologi baru, mechanisation. Potong buah takkanlah tidak ada mesin yang boleh panjatkan ke atas memotong buah sawit itu?

Tidak boleh kah?

Pergi bulan pun orang boleh pergi, ini hendak sampai ke pucuk pokok kelapa sawit pun tidak boleh? Apakah sudah jadi ini? Pokok durian begitu tinggi pun ada orang panjat. Buah belum masak sudah dipanjat.

final • 1:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kerajaan PN.

final • 1:20 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ya tidak? Apa dia?

final • 1:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Kerajaan PN.

final • 1:20 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Kita melawaklah sedikit bukan macam you ganas sangat. Jangan ganas sangat. So, you – but the message is there.

final • 1:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pintu belakang.

final • 1:20 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

I hope you get the message, that is what is important. Mencipta peralatan baru, kaedah baru yang mana kita boleh mengurangkan labour dan dengan itu mengurangkan kos yang boleh menyelamatkan duit kita, foreign exchange kita dari keluar.

final • 1:20 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ini tahun demi tahun. Year after year, after year. Sudah berapa puluh-puluh tahun sudah, berapa dekad sudah, we are paying billions of ringgits to this labour. Kita tengok bahawa pekerja tempat pula tidak minat bekerja begitu. Akan tetapi, kalau menggunakan jentera baharu, kaedah baharu, mesin baharu, mungkin they are more interested. Dia orang boleh ambil. Bagi dia rasa bangga dengan peranan yang mereka mainkan.

Jadi, ini pandangan saya Tuan Yang di-Pertua. Lagi apa – Saya hendak sebut di sini. No, no, berpusing balik kepada sawah padi tadi. Ini BERNAS ini. Yang Berhormat Menteri Kewangan tengok BERNAS ini buat apa? Tiap-tiap tahun konsesi bersambung- sambung, bersambung-sambung. Kita hendak tamatkan, ada saja cara dia untuk dapat sambung consention itu, ya tidak? Janganlah begini. Kalau ya pun, jangan dibenarkan mereka ini menjadi sebuah syarikat yang mementingkan untung. Profit terlalu tinggi dan mengabaikan tanggungjawab. Kita adakan perjanjian dengan BERNAS begitu yang mana BERNAS not only the last resort – buyer of the last...

final • 1:30 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Buyer of the last resort.

final • 1:30 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Buyer of the last resort. Terima kasih Yang Berhormat Arau. Kawasan dia banyak padi, dia tahulah itu bab-bab padi ini pun. This is not only dengan izin buyer of the last resort, BERNAS ini.

BERNAS ini diberikan konsesi dan mendapatkan keuntungan yang begitu banyak setiap tahun ialah bertujuan untuk membangunkan pesawah-pesawah dengan bantuan daripada segi kilang, bantuan daripada segi pengairan dan sebagainya. I think they have ignored this dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, ini masa sudah makin habis. Saya kena sebut ada pihak pengusaha-pengusaha IPTS bumiputera. Institut Pengajian Tinggi bumiputera ada minta sayalah – maklumlah dia orang tidak boleh jadi wakil rakyat duduk sinikan. Kita lah wakil dia orang. Ia minta supaya – saya sebutkan di sini untuk mendapat perhatian pihak Yang Berhormat Menteri dan kerajaan. Pertama sekali, persatuan ini minta supaya – IPTS bumiputera menyambut baik lah bajet yang ada ini. Akan tetapi, mereka minta supaya diperluaskan pakej pelan data dan data peranti kepada pelajar institut pengajian tinggi awam itu diperluaskan kepada IPTS juga, pelajar-pelajar IPTS.

Kedua, menyediakan dana khas RM50 sahaja sebulan bagi pelajar daripada keluarga B40 selama 12 bulan bagi tujuan pembelian data telefon mudah alih untuk pembelajaran secara online. Ketiga, mengembalikan semula kadar asal pinjaman PTPTN kepada pelajar peringkat diploma sebanyak RM4,000 ribu satu semester. Selain itu PTPTN diminta menyegerakan insentif wang pendahuluan kepada pelajar IPTS.

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Minta rumuskan Yang Berhormat.

final • 1:30 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ya.

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 1:30 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Keempatnya – ini saya hendak rumuslah ini. Mengembalikan kemudahan pinjaman pelajaran MARA kepada pelajar yang mengikuti program-program yang kritikal peringkat diploma di IPTS bumiputera.

Selain daripada itu mereka juga memohon sebagai pengusaha, kerajaan supaya memberi keutamaan mempermudah IPTS bumiputera untuk mendapat akses

final • 1:30 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

kepada beberapa inisiatif khas melibatkan dana pemerkasaan usahawan bumiputera yang ada itu sebanyak RM4 bilion itu. Ini bagi melonjakkan dan memperkasakan agenda dan sektor strategik pendidikan tinggi bumiputera.

Kedua, memberikan – melibatkan ke semua sejumlah 46 buah IPTS yang merupakan milikan penuh bumiputera dalam pelaksanaan inisiatif untuk menyediakan akses pendidikan berkualiti kepada institusi bumiputera seperti MARA dan UiTM bagi menjalankan program khusus termasuklah pendigitalan pembelajaran TVET dan sebagainya.

Akhir sekali, memberi peluang kepada IPTS bumiputera bertaraf kolej dan universiti berkelayakan dalam melaksanakan inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi.

Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak gulung ini. Kerajaan peruntukan bilion-bilion – projek besar-besar yang hendak dilaksanakan. ECRL, berapa puluh bilion?

High Speed Train berapa puluh bilion? RTS berapa bilion, MRT RM50 bilion.

final • 1:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Prasarana?

final • 1:30 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Prasarana pun – tidak tahu berapa bilion.

[Ketawa] . Saya tidak ingat. Nak tahu datang pejabat saya.

final • 1:30 PM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

1BestariNet habis.

final • 1:30 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya hendak cakap di sini Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan daripada kontraktor-kontraktor yang dilantik adalah kontraktor terbesar. Bumiputera tidak ada kontrak besar, kontraktor kita kecil.

Tolong, saya hendak kerajaan, Yang Berhormat Menteri Kewangan pastikan sekurang- kurangnya berapa, 70 peratus diberi kepada local dan daripada 70 peratus itu kita bahagi-bahagi, kontraktor Cina, India, Melayu. Semua kita bagi.

[Tepuk] Ini Yang Berhormat Menteri Kewangan, Yang Berhormat Timbalan Menteri, tolong bagi. Jangan main-main ini. Ini ECRL saya dibagi tahu kontraktor China itu, tidak kasi chance pun kepada kontraktor tempatan, tahu tidak. Dia cari fasal saja. Bila kontraktor tempatan tidak boleh buat, dia kata, okeylah tidak boleh buat, kamilah buat.

Mereka juga yang buat semuanya. Ini hendak buat High-speed rail, berapa bilion ini?

Ingat, kita hendak masyarakat yang masyarakat Malaysia yang boleh berkongsi kemakmuran negara, tidak kira apa bangsa sekalipun.

final • 1:30 PM

Seorang Ahli

Sokong.

final • 1:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sokong! Jelutong sokong.

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ya Yang Berhormat Pasir Salak. Sila, masa sudah tamat sebenarnya.

final • 1:30 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya orang Melayu, tapi saya buat sayang kepada kawan-kawan saya seperti Yang Berhormat Jelutong ini.

Dia ini saja yang tidak reti orang sayang dekat dia.

final • 1:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya sokong, saya sokong Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik. Terima kasih.

final • 1:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kita bela kontraktor Malaysia.

final • 1:30 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Duduklah.

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Pasir Salak sudah tiga akhir sudah. Empat kali sudah.

final • 1:30 PM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

Mic, mic.

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Tekan mic.

final • 1:30 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya tidak ada off- kan.

final • 1:30 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Menyokong bajet.

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Akhirnya, lima kali ya.

final • 1:30 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Menyokong permintaan daripada Yang Berhormat Pekan iaitu moratorium dan juga KWSP. Masa suntuk tidak boleh cakap. Kita selalu cakap dua jam. Bagi selama 15 minit macam mana hendak cakap kan. Yang ini pun kita sokong, ya.

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

[Ketawa]

final • 1:30 PM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

Kalau tidak dapat, tidak sokong.

final • 1:30 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya harap Yang Berhormat Menteri Kewangan dan kerajaan tidak payah anggap ini sebagai satu desakan. Bukan ugutan, bukan desakan. Ini permintaan, bagi saja lulus.

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, Terima kasih.

final • 1:30 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Baru kita boleh orang kata aman dalam Dewan ini. Kalau tidak, tidak aman. Assalamualaikum, terima kasih.

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Walaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Baik terima kasih.

final • 1:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua saya baru...

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Penampang.

final • 1:30 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Yang Berhormat Pasir Salak yang terbaik.

final • 1:30 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kali pertama DAP sokong Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 1:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sokong Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 1:30 PM

Datuk Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebelum saya bermula, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas rakan kita Ahli Parlimen Gerik, Dato' Hasbullah bin Osman dan juga ingin merakamkan juga ucapan takziah kepada keluarga seorang Ahli Dewan Undangan Negeri di Sabah yang baru meninggal, Yang Berhormat Manis Muka dan keluarga dia.

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, ramai ataupun banyak pihak sama ada daripada golongan ahli politik, pakar akademik dan persatuan-persatuan yang berkepentingan termasuk juga suara daripada ordinary Malaysians yang telah pun memberi analisis, komen dan kritikan mengenai belanjawan negara tahun 2021. Kerajaan patut mengambil sikap prihatin dan pandangan, opinion dan juga kritikan yang telah diberikan oleh masyarakat Malaysia ini.

Saya berpendapat belanjawan negara 2021 ini perlulah mengambil kira nasihat dan kehendak Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang mahukan kerajaan Persekutuan menitik beratkan keperluan dan kebajikan rakyat Malaysia yang terhimpit dan terseksa kerana pandemik COVID-19 dan kemelesetan ekonomi global.

Kita harus menyelami dan memahami kepayahan rakyat Malaysia biasa terutama daripada golongan M40, B40 dan khususnya mereka yang telah kehilangan sumber pendapatan berikutan dengan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan langkah-langkah pengawalannya.

Tuan Yang di-Pertua, bagi mereka yang tidak terkesan daripada segi kewangan disebabkan oleh COVID-19 mungkin tidak akan memahami kepayahan rakyat biasa ketika ini.

final • 1:38 PM

Datuk Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Oleh yang demikian, kita dan kerajaan harus bersikap dengan compassion and with empathy Tuan Yang di-Pertua dengan izin. Dalam masa kita membahaskan Rang Undang-Undang Belanjawan 2021 ini dan harus mengambil dengan teliti and take into account all the voices we heard and hear all this time. Oleh yang demikian, nasihat Tuanku Yang di-Pertuan Agong kepada kita semua untuk mengutamakan keperluan rakyat dan bukan politik amat tepat kerana kita semua duduk di Dewan yang mulia pada hari ini kerana rakyat yang telah mengundi kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa perhatian kepada Kerajaan Pusat khususnya Yang Berhormat Menteri Kewangan bahawa dari segi ekonomi, Sabah memainkan peranan yang penting kepada pertumbuhan ekonomi negara melalui tiga sektor iaitu:

(i) pertanian kelapa sawit,

(ii) perlombongan melalui gas dan petroleum, dan

(iii) perkhidmatan melalui pelancongan.

Maka dalam konteks ini dan banyak mungkin tidak sedar bahawa Sabah sebenarnya ialah salah seekor daripada itik yang bertelur emas or the goose that lays the golden egg yang telah menyumbang kepada kemakmuran negara ini dan telah sedikit sebanyak membantu memajukan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia yang tidak mempunyai hasil buminya sendiri.

Dalam Dewan ini, Yang Berhormat Pekan saya teliti telah mengatakan bahawa Sabah harus dibantu oleh Kerajaan Pusat atas alasan bahawa negeri Sabah ini telah mengharungi PKPB yang cukup lama tetapi Tuan Yang di-Pertua saya fikir alasan beliau itu walaupun betul adalah tidak tepat. Kerajaan Persekutuan harus membantu Sabah kerana Sabah adalah satu daripada tanggungjawab Kerajaan Persekutuan kepada Sabah dan adalah satu tanggungjawab yang telah dijamin pada penubuhan dan pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Tuan Yang di-Pertua, semasa Kerajaan Pakatan Harapan dan Warisan, kita telah menubuhkan Jawatankuasa MA63 dan ini telah membawa pelbagai penyelesaian dan diketuai juga oleh mantan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada waktu itu dan dilaksanakan sebagai Setiausaha oleh bekas Ahli Parlimen Batu Sapi, Yang Berhormat Mendiang Datuk Liew Vui Keong di mana beliau telah bertungkus-lumus bekerja untuk mendapat persetujuan daripada Sabah dan Sarawak hingga sebanyak 17 daripada 21 isu yang bercanggah antara Sabah, Sarawak dan Kerajaan Persekutuan dalam Perjanjian Malaysia 63 telah pun dilulus dan diselesaikan di dalam Kabinet.

Ini sepatutnya dibentang di Parlimen seperti mana disoal oleh Ahli Parlimen Sepanggar awal pagi tadi dalam soalan Menteri dan Ahli Parlimen. We must Tuan Yang di-Pertua table what was agreed dalam Jawatankuasa MA63 supaya kita dapat melaksanakan perjanjian dan juga tanggungjawab yang sudah lama diabaikan sebelum kerajaan mewujudkan Jawatankuasa MA63 pada Kerajaan Pakatan Harapan dan Warisan. Dalam erti kata lain, pemimpin-pemimpin daripada Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang selalu membangkit isu Sabah dan Sarawak sepatutnya juga menyokong penuh dengan permintaan Ahli Parlimen dan juga Sabah untuk membentangkan Perjanjian Malaysia tahun 1963 ataupun keputusan Perjanjian Malaysia tahun 1963 di Parlimen pada waktu yang akan datang ini.

Tuan Yang di-Pertua, isu berkenaan dengan COVID-19 di Sabah. Usaha untuk mengatasi masalah COVID-19 dan merancakkan semula ekonomi negeri ini memerlukan pendekatan yang istimewa kerana Sabah berbeza dengan Semenanjung dari segi muka bumi, kepadatan penduduk, jurang perbezaan dari segi pendapatan antara penduduk bandar dan luar bandar serta kos sara hidup. Pemberian utama ataupun pemberian bantuan makanan serta kewangan kepada rakyat Sabah haruslah dilaksanakan tanpa mengira jenis bangsa, agama dan ideologi politik kerana rakyat Sabah tidak didiskriminasikan ketika membayar SST, ketika membeli barangan.

Maka oleh yang demikian, Kerajaan Persekutuan harus memastikan bahawa apa-apa bantuan makanan dan kewangan harus diberikan kepada semua rakyat Sabah, sama ada mereka dikuarantin atau tidak kerana sekatan perjalanan tidak mengira sesiapa pun. Kita dapati bahawa di Sabah, kerajaan negeri Sabah mengumumkan bahawa hanya yang dikuarantin akan dapat bantuan makanan and I think Tuan Yang di-

final • 1:40 PM

Datuk Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Pertua ini tidak tepat dan patut diperhalusi di mana semua rakyat warga Sabah akan dapat bantuan Bakul Makanan dan juga kewangan.

Untuk mengurangkan peratusan jumlah rakyat Sabah yang terlepas pandang, saya mencadangkan bahawa adanya satu pembinaan pangkalan data where the government will be able to get data of all people who are entitled dengan izin dan kita ada baca bahawa vaksin ini adanya kejayaan yang tepat di mana pagi tadi satu pharmaceutical company telah menubuhkan kejayaan sebanyak 95 peratus dalam vaksin yang mereka akan membawa kepada dunia ini. We believe with the pangkalan data yang ada dan diwujudkan, there will be no one who will be left behind bila vaksin ini akan dibawa ke Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, terdapat puluhan ribu petani sara diri yang rata-ratanya berketurunan Kadazan, Dusun, Murut atau Orang Asal di Sabah yang tersepit kerana mereka tidak dapat menjual hasil dan produk pertanian mereka di gerai-gerai harian mahupun tamu-tamu minggu di seluruh Sabah berikutan dengan PKPB serta SOP yang ketat. Lebih teruk daripada itu, aktiviti tamu mingguan yang selama ini menyediakan sumber pendapatan kepada petani-petani sara diri yang miskin ini telah ditutup sejak pengenalan PKP di Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak dapat menyediakan bantuan kewangan bulanan kepada ribuan petani sara diri ini, maka saya sarankan agar MKN memberi kelonggaran kepada mereka ini untuk kembali menjual di gerai-gerai dan tamu mingguan seperti mana yang dilaksanakan di Persekutuan. Yang Berhormat Menteri Persekutuan telah memberi kelonggaran kepada warga Kuala Lumpur untuk berniaga tertakluk kepada undang-undang yang sedia ada.

Di Sabah we must allow our ordinary farmers untuk bermula dengan penjualan hasil daripada tanaman mereka.

Saya juga hairan Tuan Yang di-Pertua kerana ketika pandemik COVID-19, tidak ada sebarang usaha yang saya dapati atau pun teliti yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menurunkan harga barangan keperluan dapur agar rakyat Malaysia tidak terbeban dengan aktiviti ekonomi yang berkurangan sedangkan ketika era pentadbiran Yang Berhormat Pekan, kita pernah nampak beratus-ratus kedai 1Malaysia yang menjual barangan keperluan dapur dengan harga yang jauh lebih murah. Dalam hal ini, saya mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan memberi subsidi khas beras dan barangan keperluan dapur seperti gas memasak, gula, makanan dalam tin dan sebagainya, khususnya untuk rakyat Malaysia dan juga Sabah. We depend a lot on this right now Tuan Yang di-Pertua.

Peluang pekerjaan. Kita nampak di Sabah adanya suatu ketidakseimbangan dengan Semenanjung di mana golongan B40 di Sabah dikategorikan yang berpendapatan bulanan sebanyak RM3490 dan ke bawah. Ini adalah satu yang mungkin tidak tepat kerana ini menunjuk bahawa peluang untuk pekerjaan di Sabah ada masalah.

Peruntukan yang ada kepada kerajaan khususnya di MITI sepatutnya boleh digunakan untuk membangunkan usahawan ataupun membawa ramai pelabur ke Sabah to help us to get jobs. Sewaktu kita diamanatkan sebagai Yang Berhormat Menteri dalam kementerian itu, kita telah membawa banyak latihan termasuk juga dialog bersama industry players di mana kita dapat membawa dan memperkenalkan Industri 4.0 kepada SME di Sabah dan juga kepada peniaga-peniaga yang ingin upskill-kan atau reskill-kan kemahiran mereka dalam Industri 4.0.

final • 1:40 PM

Datuk Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Kita juga dapat ramai desakan dan mesej daripada rakan-rakan kita yang di pejabat penjawat awam Sabah yang kerja di Semenanjung dan asal dari Sabah yang mana mereka telah membangkitkan kepada saya bahawa mereka ingin meminta kerajaan untuk menyeragamkan Elaun Perumahan Wilayah mereka. Kita tahu bahawa perbezaan bayaran Elaun Perumahan Wilayah (EPW) ini adalah RM200 ke RM500 sebulan adalah tidak adil dengan rakan-rakan mereka yang telah dihantar ke Sabah ataupun ke Sarawak. Kebanyakan penjawat awam Persekutuan dari Sabah yang bertugas di Malaya dan Sarawak adalah mereka yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 hingga Gred 54 dan Kumpulan Sokongan Gred 41 ke bawah.

Tuan Yang di-Pertua, sudah sampai masanya Jabatan Perkhidmatan Awam di bawah Jabatan Perdana Menteri membuat penyeragaman pembayaran EPW ini supaya

final • 1:50 PM

Datuk Ignatius Dorell Leiking - Penampang

penjawat awam Persekutuan dari Sabah yang dipindah ke Malaya atau Sarawak tidak lagi dianaktirikan dan sedikit sebanyak dapat membantu kehidupan mereka lebih-lebih lagi ketika negara menghadapi pandemik COVID-19 ini.

final • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ada satu minit 16 saat lagi.

final • 1:50 PM

Datuk Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Ya. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa satu isu yang tidak dapat diselesaikan sehingga hari ini iaitu penebatan banjir di kawasan saya, Penampang dan khususnya di DUN Moyog.

Tuan Yang di-Pertua, kita dapati bahawa dalam keadaan pandemik COVID-19 ini, penebatan banjir di Sabah khususnya di kawasan saya pun telah ada delay dan we hope that the government will push these contractors as well as Kerajaan Negeri Sabah untuk menyelesaikan hal ini dan kita dapat elakkan disease yang lain selain daripada COVID-19. Seperti mana yang telah ditulis dalam satu artikel oleh seorang part-time journalist, Encik Osol Supi di mana beliau dan keluarga beliau telah mengalami Melioidosis, satu jangkitan daripada akibat banjir yang ada di kawasan saya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga meminta sedikit masa untuk memberi suatu pandangan bahawa Sabah as I said is “The goose that laid the golden eggs” sebab kita adalah dalam satu kawasan yang ada besar potensi. More so dengan perjanjian yang baharu ditandatangani oleh kerajaan iaitu Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) di mana Sabah boleh jadi satu hab yang boleh diguna sebagai pangkalan logistik termasuk trading yang kita telah rancang sewaktu kita dalam MITI.

Dari itu, Tuan Yang di-Pertua – saya terlupa [Ketawa] . Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengulang apa yang telah disebut oleh Ahli Parlimen Semporna di mana bajet ini sepatutnya membina negara kita, *build a nation but not for any race or religion. We must be fair to all Malaysians because every Malaysian counts more so during this time.

Thank you*, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Penampang. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Sik. Sila, 15 minit.

final • 1:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas ruang yang diberikan kepada saya untuk bersama membahas secara ringkas Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada 6 November yang lalu.

Saya menyokong penuh bajet yang bertema yang cukup bermakna iaitu “Teguh Kita, Menang Bersama”. Sejumlah RM322.5 bilion telah pun diperuntukkan secara terancang dan bijaksana. Maka kita semua berharap agar pihak kerajaan mampu untuk merealisasikan dan menguruskan bajet yang besar ini sebaiknya demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, ikhtiar, doa dan tawakal adalah kunci kita menghadapi pandemik COVID-19. Bencana COVID-19 yang telah mengakibatkan lebih 48,500 kes yang telah dicatatkan di negara kita dan menyebabkan kematian 313 orang. Selain mengancam kesihatan dan nyawa, COVID-19 juga telah mempengaruhi terhadap hampir keseluruhan aspek kehidupan termasuk aspek ekonomi, pendidikan, sosial dan budaya.

Walaupun virus ini kecil ukurannya tetapi atas izin Allah SWT, dahsyatnya telah meluluh lantakan seluruh aspek kehidupan manusia di seluruh dunia. Islam sendiri telah membicarakan soal wabak ini. Seperti mana dalam hadis Nabi Muhammad SAW [membaca sepotong hadis] , Rasulullah SAW bersabda “taun atau wabak penyakit yang menular ini adalah satu peringatan daripada Allah SWT untuk menguji hamba-hamba- Nya dari kalangan manusia”.

Hakikatnya bencana yang ditimpa ini secara kolektifnya kerana beberapa sebab sebagai pengajaran atas manusia itu sendiri. Antaranya tidak pedulikan kerosakan yang berlaku di sekeliling mereka tanpa usaha membantu dan mencegah. Yang kedua sebagai peringatan umum agar sedia maklum maksiat, kemungkaran, kezaliman yang sedia ada tersebut dimurkai oleh Allah SWT. Yang ketiga membangkitkan rasa keinsafan ke atas umat untuk melakukan sesuatu bagi memperbaiki keadaan setelah kerosakan yang

final • 1:54 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

dilakukan sebelumnya. Tidak hanya bertawakal dan berserah diri, ikhtiar sejati yang merupakan kunci dan syarat bagi seorang manusia untuk mencapai keselamatan.

Berserah diri dan tawakal tanpa disertai dengan ikhtiar adalah satu kesilapan yang besar.

Seperti yang diungkap oleh Ahli Parlimen yang lain, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada seluruh petugas barisan hadapan sama ada pegawai KKM, PDRM, ATM, RELA, PBT dan semuanya.

Terima kasih kepada Yang Berbahagia Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr.

Noor Hisham Abdullah atas komitmen anda menyusun segala jentera untuk mengekang penularan COVID-19 ini. Anda tidak takut mati tetapi anda takut rakyat Malaysia lebih ramai mati akibat penularan COVID-19 ini.

final • 1:54 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Sik.

Sedikit sahaja.

final • 1:54 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Minta maaf saya banyak sangat...

final • 1:54 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Hendak tanya sedikit sahaja.

final • 1:54 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Okey lah saya ingat...

final • 1:54 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya merakamkan penghargaan di atas...

final • 1:54 PM

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Sik, beri atau tidak? Yang Berhormat Sik beri atau tidak? Tanya dia, tanya Yang Berhormat Sik.

final • 1:54 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Okey saya beri setengah saat.

final • 1:54 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dia bagi, dia bagi Tuan Yang di-Pertua. Saya merakamkan penghargaan atas ucapan Yang Berhormat, berterima kasih kepada Tan Sri Dr. Noor Hisham. Cuma persoalan saya adalah kenapa tidak ada siapa-siapa di sebelah sana, Ahli-ahli Parlimen PAS bangun untuk mempertahankan beliau ketika Yang Berhormat Bintulu membuat ucapan menghentam Tan Sri Noor Hisham. Kenapa? Takut kah? Kenapa tak bangun untuk membela?

final • 1:54 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Okey cukuplah itu. Hari ini saya dan seluruh yang bersama dengan Tan Sri Noor Hisham bangun, tidak kira waktunya dan kami sentiasa bersama dengan seluruh frontliners kita.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua yang saya ingin bangkitkan berkaitan dengan soal keselamatan makanan ataupun food security dengan izin. Saya tertarik dengan angka saranan peratusan kadar sara diri (SSL) beras yang meningkat dari masa ke semasa bermula tahun 2019 sehingga tahun 2021. Pada tahun 2019, peratusan sebenar meletakkan sebanyak 74.3 peratus manakala sasaran pada tahun 2020 dan 2021 adalah lebih tinggi iaitu 77 peratus dan 82.39 peratus.

Penambahan sasaran peratusan SSL beras ini sedikit sebanyak memberi indikator bahawa kerajaan sedang berusaha dengan segigihnya meningkatkan SSL ke angka 90 peratus dan seterusnya 100 peratus meskipun secara realitinya ia adalah tidak mudah. Bila mana angka SSL berada di angka rendah, negara akan mengalami masalah ketidakcukupan bekalan makanan sekiranya negara eksport terjejas dan tidak lagi mampu mengeluarkan beras mengikut kadar yang lazim.

Kesannya bekalan beras menjadi terhad kemudian harga akan meningkat dan ini akhirnya memberi kesan buruk kepada ekonomi rakyat. Secara realitinya, Malaysia hanya mampu mengeluarkan sekitar 70 peratus keperluan beras negara untuk menyara perut seluruh rakyat Malaysia. Selebihnya kita bergantung kepada beras import khususnya daripada Thailand, Myanmar dan Vietnam.

final • 1:54 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Saya mengambil contoh apa yang kesan daripada COVID-19 di mana Vietnam yang merupakan salah satu negara yang mengeksport beras kepada Malaysia telah mengambil keputusan untuk menyemak pengeluaran beras buat sementara waktu pada bulan Mac yang lalu. Ini akan memberi kesan kepada kita jika negara pengeksport beras itu juga telah menghentikan pengeluaran mereka.

final • 2:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Sik, saya hendak memaklumkan jam telah menunjukkan pukul 2.00 tetapi saya guna

final • 2:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

peruntukan Peraturan Mesyuarat 12(3) untuk melanjutkan sehingga lapan minit 48 saat untuk Yang Berhormat Sik teruskan. Silakan.

final • 2:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Seterusnya, saya ingin membangkitkan persoalan berkenaan industri padi di negara kita.

Saya menyokong penuh usaha kerajaan untuk memperuntukkan sejumlah bajet yang besar kepada industri padi dan juga golongan pesawah. Namun begitu, seperti yang saya nyatakan sebelum ini kadar sara diri (SSL) negara perlu turut dipertingkatkan dan ini menuntut kerajaan antara lain menambah bilangan jelapang padi negara bagi membolehkan bekalan padi terus bertambah.

Hari ini jelapang padi negara bukan sekadar tidak bertambah bahkan ada yang mati akibat perkembangan pembangunan industri dan sebagainya yang menyebabkan bekalan beras semakin hilang sedangkan negara memerlukan bekalan beras yang baharu untuk mencukupkan permintaan yang sedia ada. Justeru demi masa depan industri padi negara kita, saya memohon bahawa kerajaan perlu melihat bagaimana usaha untuk menambahkan tanah-tanah pertanian khususnya jelapang padi ini perlu diperluaskan untuk merancakkan lagi aktiviti penanaman padi di kawasan-kawasan yang telah ditetapkan.

Pada hari ini kita melihat hampir kebanyakan negeri dikesan menghadapi krisis penyusutan kawasan sawah padi yang sekiranya tiada kawalan boleh mengancam keluaran beras yang menjadi sumber makanan ruji penduduk negara ini. Ini berikutan kawasan sawah bertukar wajah apabila dibangunkan dengan pelbagai projek infrastruktur komersial dan perumahan sekali gus menjadikan keluasan sawah padi negara semakin mengecil.

Faktor penawaran harga yang tinggi oleh pemaju selain tidak ada keluarga yang mampu meneruskan tanah pusaka dan faktor tawaran harga lumayan oleh pembeli turut menjadi penyumbang kepada penguncupan kawasan sawah. Di Kedah sendiri, kawasan padi di sekitar Kota Setar, Kubang Pasu dan Pendang didapati paling banyak dibangunkan sekarang dengan projek infrastruktur komersial dan perumahan. Begitu juga di negeri Pulau Pinang, menurut Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang menerusi program pemutihan kawasan tanaman padi dilaksanakan pada tahun 2016, didapati seluas 677 hektar sawah di negeri ini direkodkan telah menguncup.

Tuan Yang di-Pertua, di sini juga saya ingin menyokong penuh hasrat Kerajaan Negeri Kedah untuk memohon ataupun untuk merayu kepada Kerajaan Pusat menyediakan peruntukan khas berikutan pengorbanan negeri itu menyediakan kawasan tanah sawah untuk menjamin bekalan beras negara selain pengekalan hutan simpan sebagai kawasan tadahan air.

Kerajaan Negeri Kedah memohon agar cadangan itu dipertimbangkan kerana kesanggupan kerajaan negeri tidak menukarkan tanah pertanian kepada tanah komersial yang boleh mendatangkan hasil cukai lebih tinggi. Permohonan sebanyak RM170 juta itu seharusnya dapat dipertimbangkan dengan sebaiknya untuk mengukuhkan dan mengekalkan kawasan pertanian jelapang padi negeri Kedah dan juga kawasan tadahan di Hutan Simpan Ulu Muda yang membekalkan air bagi kegunaan domestik di Pulau Pinang, Perlis dan juga negeri Kedah itu sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2021 sektor pertanian yang memperuntukkan sejumlah RM4.79 bilion adalah satu peruntukan yang mampu untuk dikukuhkan sektor pertanian negara walaupun ada sedikit kekurangannya berbanding tahun 2020. Subsidi harga padi yang berkurang juga memberi kesan kepada pengurusan ataupun industri padi di negara kita. Begitu juga perbelanjaan untuk pengurusan dan penyelenggaraan antaranya untuk pengairan dan saliran sama ada di kawasan MADA, KADA, AIDA dan MARDI yang keseluruhannya berjumlah ratusan juta.

Program-program yang difokuskan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan termasuk program pembangunan vessel dan mekanisme tanggapan ladang e- satelit, penggunaan program akuakultur dan program agromakanan adalah sangat- sangat dialu-alukan oleh para petani kita. Peruntukan yang besar untuk program seperti kebun komuniti dan pertanian organik adalah sangat dialu-alukan yang telah lama bertangguh dan kini perlu disokong penuh oleh semua pihak yang selama ini meneruskan amalan pertanian yang baik.

Namun seharusnya perbelanjaan untuk industri penting seperti padi dan beras tidak dikurangkan terutama untuk membangunkan infrastruktur. Sudah lama sepatutnya

final • 2:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

infrastruktur seperti saliran dan empangan dibaik pulih dan dipertingkatkan kerana tempat yang baik mustahil untuk melaksanakan dengan jayanya projek IR4.0.

Tuan Yang di-Pertua, saya, meneruskan pandangan saya berkaitan dengan industri getah di negara ini. Terima kasih kepada kerajaan atas inisiatif menambahkan bajet untuk pembangunan penoreh getah kita iaitu peruntukan untuk IPG yang ditambah daripada RM150 juta kepada RM300 juta. Berdasarkan pemerhatian saya, sistem IPG ini sedang melalui proses pematangan dari semasa ke semasa.

Kita dapati bahawa kerajaan telah memperkenalkan dan membangunkan sebuah pangkalan data profil pekebun kecil getah melalui sistem yang dinamakan Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G). Inisiatif ini merupakan satu inisiatif yang sangat baik dan wajar dipuji kerana ia secara tidak langsung memudahkan penyaluran wang kepada golongan pekebun kecil di seluruh negara termasuk di daerah Sik.

Namun, saya tertarik untuk bertanya soalan mengenai sasaran kerajaan terhadap peratusan pekebun kecil yang mendaftar PAT-G. Justeru saya ingin juga mencadangkan supaya pihak RISDA diberi kuasa untuk mendaftar kad PAT-G serta pendaftaran secara mobile office dengan izin ke daerah-daerah pedalaman seperti di daerah Sik yang tidak mempunyai pejabat cawangan Lembaga Getah Malaysia.

Seterusnya saya juga tertarik untuk menyentuh mengenai penyediaan inisiatif pengeluaran lateks sebanyak RM16 juta secara padanan bagi menggalakkan pengeluaran lateks. Usaha ini adalah sangat baik untuk menggalakkan para pekebun kita mengeluarkan getah lateks bagi menambahkan pendapatan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin membangkitkan hal ehwal Pendidikan Islam iaitu berkaitan dengan menaiktarafkan Skim Perkhidmatan dan Perjawatan Pembantu Hal Ehwal Agama Islam ataupun Penyelia KAFA Gred S19. Saya memohon bahawa pertimbangan pihak kerajaan dan agensi yang bertanggungjawab untuk mengkaji semula penstrukturan dan menaiktarafkan jawatan Pembantu Hal Ehwal Agama Islam atau Penyelia KAFA S19 ke perjawatan tetap Penolong Pegawai Hal Ehwal Agama Islam Gred S29 tidak berpencen dan ke atas bersesuaian dengan peningkatan skop fungsi dan penambahan bidang tugas yang dipertanggungjawabkan sewajarnya dipertimbangkan dan diberi gaji yang setimpal dengan beban kerja mereka.

Berdasarkan kelulusan, pengalaman, kemahiran dan latihan yang telah diperoleh penyelia KAFA dapat menyesuaikan diri bagi melaksanakan bidang tugas mengikut keperluan tanpa mengira masa dan penempatan. Ia merupakan asas kukuh untuk membolehkan skim perkhidmatan penyelia KAFA dikaji semula.

Tuan Yang di-Pertua, di sini juga saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak kerajaan khususnya Kementerian Kewangan dan KWSP yang telah mengumumkan pengeluaran 10 peratus daripada Akaun 1 dan ia telah memberi impak yang besar kepada lebih 2 juta pencarum KWSP itu sendiri dengan anggaran dana berjumlah RM14 bilion. Ia memberi satu kelegaan kepada seluruh rakyat hari ini dan ia juga akan memberi impak kepada ekonomi kita.

Tuan Yang di-Pertua, terakhir...

final • 2:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Minta rumuskan Yang Berhormat.

final • 2:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Saya juga membangkitkan berkaitan hubungan antarabangsa iaitu pengukuhan komuniti ASEAN khususnya ketika mana Sidang Kemuncak ASEAN yang ke-37 yang baru berlangsung di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberikan ucapan dan pandangan yang sangat baik untuk seluruh negara ASEAN bersatu padu menghadapi ancaman COVID-19 ini dan kita bersama berkongsi sempadan dan sudah pastilah kita mempunyai tanggungjawab- tanggungjawab untuk bersama-sama mengekang penularan pandemik ini.

Sudah pastilah komuniti ASEAN ini perlu bersama bersatu dan dalam keadaan harmoni untuk mengelakkan penerusan konflik yang berlaku termasuklah konflik yang sedang melanda di wilayah Rakhine di Myanmar yang telah memberi kesan kepada keharmonian negara ASEAN itu sendiri.

Begitu juga ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkaitan dengan krisis di Timur Tengah iaitu khususnya di Palestin perlu diselesaikan dengan penuh berhemah dan tidak boleh dengan secara unilateral membiarkan negara Palestin itu tidak diberi suatu hak mereka untuk bebas sebagai sebuah negara yang merdeka dan tidak

final • 2:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

boleh membiarkan negara Israel itu meneruskan usaha mereka untuk penjajahan yang telah dilakukan setelah sekian lama.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengakhiri bahawa saya dengan ini sepenuh hati bersama-sama untuk menyokong Belanjawan 2021, “Teguh Kita, Menang Bersama”.

Marilah sama-sama kita mengambil sikap, “serumpun bak serai dan sesusun bak sirih”, bermuafakat dalam hal-hal dan secara jelas memberi keuntungan dan kemenangan kepada rakyat sekali gus meninggalkan sikap pentingkan diri sendiri, pentingkan kroni seperti kata pepatah, “habis kuman disembelih kerana hendak memberi makan gajah” yakni kita menyusahkan rakyat bawahan yang ramai semata-mata untuk memenangkan kepentingan kroni kita yang sekecilnya. Sekian Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 2:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Sik.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10.00 pagi esok, Rabu, 18 November 2020.

final • 2:00 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 2.10 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026