Nov062020

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 4:00 PM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2021 Bacaan Kali Yang Kedua

Tuan Yang di-Pertua

Saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Menteri Kewangan.

final • 4:00 PM

Menteri Kewangan - YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

[Bangun]

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon pertimbangan Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh memandangkan semalam kita boleh hadir di sini, saya mohon pertimbangan Tuan Yang di-Pertua diberikan kelonggaran.

Saya faham apa yang berlaku dengan Laporan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara, tetapi kerana semua sekatan dan sanitization sudah dilakukan dan ini sesi yang agak penting dan khusus untuk mendengar ucapan belanjawan Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk Tuan Yang di-Pertua memberikan ruang Ahli-ahli Parlimen hadir, yang menunggu di luar untuk masuk dalam Dewan...

[Tepuk] Alasannya, kalau dikatakan terlalu berat atas kesihatan- semalam kita boleh bersidang dengan jangka waktu yang lebih panjang. Dalam masa satu setengah- jam hingga dua jam saya tidak fikir ia akan menjejaskan kesihatan. Saya mohon pertimbangan kelulusan Tuan Yang di-Pertua menangguhkan selama lima minit untuk Ahli-ahli Yang Berhormat di luar masuk Dewan. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Bangun] Tuan Yang di- Pertua, saya rasa ini cadangan yang paling baik dan saya sokong. Oleh sebab, rakan- rakan saya di sana memikirkan pembentangan bajet ini amat penting bagi kita Ahli-ahli Wakil Rakyat mendengar secara teliti...

[Tepuk]

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebenarnya, perkara ini telah pun dipersetujui. Pagi tadi pun saya membuat sedikit perbincangan untuk membenarkan semua Ahli Parlimen hadir untuk pencadangan bajet pada hari ini. Akan tetapi, saya rasa perkara ini telah dibincangkan dan diperhalusi oleh semua Chief Whip dan telah dipersetujui. Malah, kita telah pun membuat pemasyhuran. Maka, saya rasa perlulah kita mengikuti konsensus...

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, dalam Peraturan Dewan Rakyat ini Tuan Yang di-Pertua mempunyai kuasa untuk membenarkan mereka masuk. Oleh sebab ini penting Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf Yang Berhormat. Saya rasa kita tidak boleh pergi dan balik mengenai perkara-perkara ini. Ini kerana, kita telah membuat keputusan dan keputusannya ialah keputusan konsensus. Malah, tadi Yang Berhormat Timbalan- timbalan Menteri di luar pun hendak masuk saya tidak benarkan. Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan yang hendak masuk, saya tidak benarkan. Maaf.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bukan saya tidak mahu membenarkan, tetapi saya rasa apabila kita buat keputusan konsensus itu eloklah kita mengikutinyalah.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di- Pertua, boleh cakap sedikit?

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ya, kita faham telah dibincangkan. Akan tetapi, persoalannya jarakannya kita tengok ini begitu banyak sekali tempat yang kosong...

[Merujuk kepada kerusi Ahli-ahli Yang Berhormat]

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ya. Saya rasa kalau kita hendak ikut SOP pun, kita sudah lebih lagi daripada mengikuti SOP itu. Boleh lagi masuk ini dan memastikan SOP kita patuhi. Jadi, saya sokonglah kalau boleh kita benarkan lagi mereka di luar sana untuk masuk dan pastikan penjarakannya cukup.

Terima kasih.

final • 4:00 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Beginilah. Oleh sebab, keputusan itu keputusan Chief Whip, bolehkah saya bertanya pendapat Chief Whip yang bersama-sama saya hari itu?

Ini kerana, keputusannya ialah keputusan Chief Whip.

final • 4:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa sungguhpun Chief Whip telah buat itu konsensus, saya rasa kerana keperluan kesihatan. Akan tetapi, ini satu permintaan daripada ketua, bukan Chief Whip. Daripada Chief...

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya faham. Saya faham. Akan tetapi, oleh sebab keputusan ini...

final • 4:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

So, di sini kita harap boleh dipertimbangkan hanya untuk satu hari untuk satu session. So, sekiranya boleh diberi kelonggaran kerana belanjawan adalah di antara hari yang paling penting untuk Parlimen sepanjang tahun.

Bolehkah semua Ahli Parlimen dibenarkan masuk? Dan sekiranya hendak dilaksanakan SOP baharu biar ia dilaksanakan untuk minggu depan. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bagan, terima kasih. Sebenarnya saya...

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya ingin menambah Tuan Yang di-Pertua. Kalau gambaran begini, seolah-olah negara kita ini sudah dilanda musibah yang paling dahsyat. Dewan kita seperti diserang garuda Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, saya faham [Ketawa] . Saya tidak membuat keputusan unilateral. Semuanya keputusan konsensus. Pagi tadi pun, kita masih berbincang dalam secara berkumpulan dan kita bersetuju untuk mengikuti atau mematuhi keputusan konsensus yang ada. Pagi tadi pun kita masih berbincang, bukannya kita tidak berbincang. Jadi saya rasa...

final • 4:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua,...

final • 4:00 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Tuan Yang di-Pertua, kita mohon pertimbangan Tuan Yang di-Pertua, sebab tiada bezanya antara semalam dengan hari ini. Semalam kita hadir beramai-ramai di sini, tiba-tiba hari ini kita hadkan untuk seramai 80 orang. Ini satu saat yang paling penting dan kita dipilih oleh rakyat untuk berada di sini untuk mengikuti perbahasan yang paling mustahak. Mohon pertimbangan Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita ikut parti atau sokongan pun, majoriti pihak kerajaan dan juga pihak pembangkang bersatu untuk...

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya faham. No, no, bukan soal majoriti Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

...Mintalah pertimbangan.

final • 4:00 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

[Bangun] Tuan Yang di-Pertua, semalam Tuan Yang di-Pertua, bagi tahu bila ada undi belah bahagian semua dibenarkan masuk, betul?

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, untuk mengundi.

final • 4:00 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Untuk mengundi. Apa bezanya dengan hanya mendengar ucapan. Paling lama saya tengok ucapan ini, tidak tahulah dua jam, tiga jam- paling lama tiga jam, saya ingat paling lama.

final • 4:00 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Kalau setakat dua jam sahaja, apakah salahnya kita membenarkan rakan-rakan kita di luar sana? Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi kita. Betul, ketua Whip ada tetapi sebagai Ahli Parlimen, kita ada hak kita yang dijamin di dalam Perlembagaan kita.

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat...

final • 4:10 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Whip betul tetapi Whip tidak bolehlah membuat overrule sehingga melanggar peraturan-peraturan Dewan.

final • 4:10 PM

Seorang Ahli

Betul, betul.

final • 4:10 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Saya ingat kita benarkanlah rakan-rakan kita di luar itu masuk. Tidak ada lama pun. Paling lama pun dua jam sahaja.

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jerlun.

final • 4:10 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Apakah salahnya?

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Jerlun?

final • 4:10 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, nampaknya...

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Tuan Yang di- Pertua, saya juga menyokong untuk cadangan membenarkan Ahli-ahli Parlimen kita masuk dalam Dewan dan untuk memperbetulkan kenyataan Tuan Yang di-Pertua tadi bahawa wujud satu konsensus kerana pihak kami tidak diwakili dalam perbincangan tersebut.

final • 4:10 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Okey, Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya rasa kita sudah habis masa 10 minit.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Tuan Yang di- Pertua masih ada peluang untuk membuat keputusan....

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Keputusan semalam.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

...Kalau kita tengok daripada SOP tersebut, Tuan Yang di-Pertua, kita minta 80 orang untuk berlaku penjarakan tetapi yang berlaku sekarang ini, tengok barisan hadapan, Menteri Kanan semua ada dekat depan, sebaris.

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okay, all right.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Jadi kalau boleh, maksudnya apa salahnya...

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

...Untuk Dewan kita bersama-sama.

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kita sudah 15 minit.

final • 4:10 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Maknanya ada konsensus, kita boleh...

final • 4:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Takiyuddin bin Hassan

Tuan Yang di-Pertua, saya cuma hendak membangkitkan di sini bahawa keputusan pada hari ini telah diputuskan melalui satu usul saya. Jadi apabila usul sudah dipersetujui, ia perlu diikuti melainkan kena buat usul yang baru pada hari ini...

final • 4:10 PM

[Dewan riuh]

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Takiyuddin bin Hassan

Sepatutnya Ahli-ahli Yang Berhormat semalam mempertikaikan perkara ini bukan pada hari ini. It is functus officio. Sudah selesai kes ini.

final • 4:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Akan tetapi saya rasa usul ini satu perkara yang ‘sempoi’. Boleh diatasi. Hari ini Yang Berhormat boleh membuat satu usul. Ini untuk hari belanjawan, satu hari sahaja.

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Akan tetapi saya rasa...

final • 4:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Takkan ini tidak boleh dipertimbangkan?

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat...

final • 4:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya rasa itu agak remehlah.

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya agak lain kali kalau ada cadangan seperti ini, sepatutnya saya diberi notis terlebih dahulu. Boleh kita duduk sekali untuk berbincang supaya lebih senang diperlakukan.

final • 4:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Kita minta kepada Yang Berhormat Menteri.

Saya rasa itulah tanggungjawab...

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Beginilah. Saya....

final • 4:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

...Bagi membolehkan semua Ahli Parlimen mengambil bahagian.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:10 PM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Sokong. Saya sokong.

final • 4:10 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Sebulat suara.

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Alright, saya menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain...

[Tepuk]

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sekejap. Bila saya bangun, saya belum bercakap pun sudah terima.

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau boleh masuk sekarang.

final • 4:10 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih banyak.

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tempohkan lima minit.

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua memahami keadaan kami.

final • 4:10 PM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tempohkan lima minit.

final • 4:10 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua yang bijaksana.

final • 4:10 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 4.13 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 4.20 petang]

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum semua. Saya ingin menekankan beberapa perkara. Saya memberi pengecualian pada hari ini semata-mata kerana untuk memberi kerjasama kepada semua kita agar dapat hadir seramai yang mungkin untuk mendengar pembentangan Bajet pada hari ini.

Perlu saya tekankan bahawa keputusan untuk mengehadkan kehadiran kepada hanya 80 orang itu sebenarnya keputusan chief Whip secara konsensus dan pada hari Isnin ini, dari hari Isnin ini saya akan mematuhi keputusan tersebut secara ketat ya.

Saya juga ingin menasihatkan bahawa pada masa hadapan kalau terdapat perkara-perkara yang sebegini, permintaan-permintaan yang sebegini rupa terlebih baiklah kalau saya diberi notis terlebih dahulu kerana saya tidak suka membuat keputusan secara bersendiri. Saya lebih suka membuat keputusan secara konsensus setelah melibat urus dengan semua pihak yang terlibat.

Untuk tidak melengahkan masa, saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Kewangan, dipersilakan.

final • 4:20 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz - Menteri Kewangan

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk

final • 4:23 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz - Menteri Kewangan

perkhidmatan bagi tahun 2021 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibaca bagi kali kedua sekarang.

final • 4:23 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 4:23 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Bismillahir Rahmanir Rahim. Atas segalanya, kepada Tuhan kita memohon pertolongan dan petunjuk. Selawat dan salam serta seluruh puji-pujian buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Begitu juga buat Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, serta seluruh rakyat Malaysia yang dikasihi.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, saya diberi peluang untuk membentangkan Belanjawan 2021 pada kala negara serta seluruh isinya amat perlu dibantu.

Kepada saudara dan saudari yang sedang melihat di kaca televisyen, yang mendengar di radio, atau yang menelaah di media baharu, tidak kira walau di mana anda berada, hari ini ialah hari yang dinanti-nanti, untuk diperdengarkan segala banyak perkhabaran baik yang insya-Allah membawa kelegaan kepada semua...

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Baginda telah menzahirkan nasihat buat pedoman kita semua. Baginda mengingatkan, semua pihak untuk mengetepikan segala perbezaan, serta bersatu padu dalam usaha membanteras pandemik COVID-19. Sesungguhnya kerajaan amat menghargai titah dan sokongan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, bahawa Belanjawan 2021 adalah amat penting, bagi memelihara kesejahteraan rakyat dan negara.

Maka dengan rendah dirinya, saya mengajak rakan-rakan Yang Berhormat untuk menghayati dan menilai pembentangan Belanjawan ini dengan semangat perpaduan, hati terbuka dan berjiwa besar.

Tuan Yang di-Pertua, tahun 2020 bagi Malaysia dipenuhi dengan peristiwa mencabar. Tidak pernah lagi dalam sejarah moden manusiawi, sejenis wabak memberi impak begitu besar sekali. Penularan COVID-19 bukan sahaja meragut nyawa, malah turut menjerut ekonomi negara-negara sedunia. Tiada garis panduan mahupun sebarang petunjuk lampau yang boleh dijadikan rujukan, kerana this is an unprecedented crisis, dengan izin.

Krisis ini memberi kejutan permintaan dan penawaran, mengganggu rantaian bekalan serta menekan ekosistem perniagaan. Kita juga terpaksa berhadapan dengan ketidaktentuan persekitaran luar, kejatuhan harga komoditi dan ruang fiskal yang terhad.

Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF mengunjurkan, ekonomi global mencatat pertumbuhan negatif di paras 4.4 peratus pada tahun ini. Perdagangan dunia juga dijangka merosot pada kadar 10.4 peratus. Krisis yang berlaku pada masa ini turut menjejaskan ekonomi di lebih 150 buah negara. Ia merupakan krisis ekonomi terburuk sejak era the Great Depression pada sekitar tahun 1930-an.

Sejak awal lagi, kerajaan telah meletakkan keutamaan melindungi rakyat melebihi segala perkara lain. Itulah sebabnya kerajaan bertindak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP, walaupun kita tahu tindakan selama hampir dua bulan ini memberi kesan mendadak kepada aktiviti ekonomi dan sosial rakyat. Sewaktu itu, Bank Negara Malaysia menganggarkan negara mengalami kerugian di antara RM2 hingga RM2.4 bilion sehari dengan penutupan ekonomi.

Bagi mengimbangi antara kewajiban melindungi rakyat dan menjamin kelangsungan ekonomi, kerajaan perlu bertindak pantas. Oleh itu, pelan pemulihan ekonomi secara berfasa telah diperkenalkan menggunakan pendekatan 6R iaitu Resolve, Resilience, Restart, Recovery, Revitalize dan Reform. Semasa peringkat Resolve atau Ketegasan, tumpuan Kerajaan adalah untuk meratakan lekuk jangkitan COVID-19. Sementara itu, ketika peringkat Resilience atau Ketahanan, pakej PRIHATIN dan PRIHATIN PKS Tambahan bernilai RM260 bilion telah diperkenalkan bagi menangani kesan penutupan ekonomi.

Bermula Mei 2020, setelah lekuk jangkitan COVID-19 berjaya diratakan, kita memasuki fasa Restart atau Memulakan Semula yang menyaksikan pembukaan semula ekonomi secara beransur-ansur. Selanjutnya, negara beransur ke peringkat Recovery atau Pemulihan, di mana kerajaan menggerakkan pakej rangsangan PENJANA berjumlah RM35 bilion dan KITA PRIHATIN bernilai RM10 bilion. Keseluruhan pakej

final • 4:23 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

rangsangan yang diumumkan kerajaan bernilai RM305 bilion atau 20.7 peratus daripada KDNK.

Agensi LAKSANA telah ditubuhkan bagi memastikan pelaksanaan pakej rangsangan dibuat dengan cekap, telus dan berpandukan data. Berdasarkan kaji selidik LAKSANA tentang keberkesanan pakej PRIHATIN, lebih 80 peratus daripada 11 ribu orang responden didapati berpuas hati. Saya berterima kasih kepada LAKSANA dan lebih 53 buah agensi kerajaan yang telah berganding bahu, berkongsi data, dan bekerjasama erat dalam memastikan pelaksanaan pakej-pakej rangsangan ini.

final • 4:23 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Segala inisiatif yang dilaksanakan merupakan counter-cyclical measures, bertujuan mengurangkan dampak COVID-19. Alhamdulillah, kita dapat melihat pertumbuhan KDNK negara telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan daripada negatif 28.6 peratus pada April 2020 kepada negatif 3.2 peratus pada Jun. Anggaran awal KDNK bagi bulan Julai hingga September turut menunjukkan tren pemulihan yang memberangsangkan.

Sehubungan itu, mengambil kira persekitaran semasa, pertumbuhan ekonomi tahun 2020 telah disemak semula dan dianggar menyusut sebanyak 4.5 peratus. Pada tahun 2021 pula, ekonomi negara dijangka kembali pulih dan berkembang pada kadar antara 6.5 hingga 7.5 peratus. Ini sejajar dengan langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi, inisiatif Belanjawan 2021 selain disokong oleh pertumbuhan ekonomi global yang diunjurkan lebih baik iaitu sebanyak 5.2 peratus.

Suatu yang penting untuk disedari, kita telah membuktikan kepada masyarakat dunia yang Malaysia mampu menguruskan ekonominya dalam keadaan mencabar apa sekalipun. Baik dalam sukar lebih lagi senang. Natijah daripada pengalaman melalui pelbagai krisis ekonomi sebelum ini kita tempa menjadi pasak iltizam yang mengikat kita untuk teguh berikhtiar, bijak kala bertindak, dan yakin pada gemblengan usaha.

Saya cukup tersentuh dengan semangat #KitaJagaKita dalam kalangan rakyat Malaysia- saya ingat saudara Rosnizam Ishak, berasal dari Bertam, yang memulakan perniagaan kambing perap menggunakan duit Bantuan Prihatin Nasional dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Ada juga Encik Pajan Singh a/l Kirpal Singh, yang menyediakan penginapan percuma untuk barisan hadapan yang bertugas di Kuantan dalam tempoh PKP sehingga PKPP dan juga Puan Michelle Kugan, usahawan barangan kristal dan mutiara, yang memanfaatkan pinjaman mikro di bawah TEKUN untuk terus mengekalkan perniagaan beliau di Tuaran, Sabah. Atas semangat dan kudrat inilah Belanjawan 2021 telah dirangka untuk rakyat Malaysia dan bertemakan, “Teguh Kita, Menang Bersama”...

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, dalam merangka Belanjawan 2021, buat pertama kalinya, siri jelajah dan sesi konsultasi ke seluruh negara telah dilaksanakan merentasi 14 buah negeri, lebih 38 sesi dialog melibatkan lebih 40 bidang perniagaan dan perusahaan.

Kementerian Kewangan telah mengadakan sesi libat urus bersama kepimpinan Kementerian Kerajaan Persekutuan, kepimpinan kerajaan negeri, captains of industry, ahli-ahli akademik, badan-badan bukan kerajaan (NGO), pemimpin parti politik dan yang paling utama pelbagai lapisan rakyat Malaysia daripada belia, wanita, ibu bapa hingga warga emas.

Saya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada semua pihak yang telah meluangkan masa dan mengemukakan idea serta cadangan.

Sehubungan itu, Belanjawan 2021 yang merupakan peringkat ke-5 strategi 6R iaitu Revitalize atau memperkasa, dirangka berdasarkan Tiga Matlamat Induk:

(i) Kesejahteraan Rakyat;

(ii) Kelangsungan Perniagaan; dan

(iii) Ketahanan Ekonomi.

Kesemua matlamat ini merupakan kesinambungan kepada pakej PRIHATIN, PRIHATIN PKS (Tambahan), PENJANA dan KITA PRIHATIN. Selain daripada pendekatan yang lebih bersasar, kerajaan juga akan mengimbangi kemapanan kewangan kerajaan, keseimbangan pembangunan antara wilayah dan bandar, serta mengangkat nilai-nilai murni membentuk ekonomi yang kita idamkan melalui Belanjawan ini.

Tuan Yang di-Pertua, matlamat pertama iaitu Kesejahteraan Rakyat akan dimanifestasikan secara holistik. Memahami permasalahan dan keresahan rakyat ialah

final • 4:30 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

perkara asas. Kesejahteraan rakyat kekal kepentingan paling utama- seikat bak sirih, serumpun bak serai.

Strategi pertama ialah perjuangan kita untuk memerangi pandemik COVID-19 dan melindungi kesihatan awam. Dalam bulan Ogos lalu, Ahli-ahli Yang Berhormat telah bersatu hati meluluskan dua akta penting bagi menangani COVID-19.

Yang pertama ialah Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020. Akta ini memberi pengecualian atau relief kepada rakyat yang tidak mampu memenuhi obligasi kontraktual seperti pembayaran sewa akibat penularan wabak ini. Pusat Mediasi COVID-19 juga ditubuhkan khusus untuk membantu kumpulan B40 dan M40 serta perusahaan mikro yang bertikai berhubung obligasi kontraktual.

Manakala Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan

(Penyakit Koronavirus 2019) pula membenarkan had statutori hutang kerajaan dinaikkan sementara sehingga 60 peratus daripada KDNK berbanding dengan 55 peratus. Di bawah akta ini, Parlimen telah meluluskan siling peruntukan RM45 bilion bagi Kumpulan Wang COVID-19.

Ketika akta tersebut dibentangkan, terdapat panggilan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk meningkatkan siling Kumpulan Wang COVID-19. Mengambil kira gelombang wabak terkini dan keperluan sehingga tahun 2022, kerajaan bercadang mengemukakan pindaan jadual akta tersebut kepada Dewan yang mulia ini untuk menaikkan siling Kumpulan Wang COVID-19 sebanyak RM20 bilion kepada RM65 bilion...

[Tepuk] Tujuan utamanya adalah untuk membiayai pakej KITA PRIHATIN, bantuan tambahan bagi kesejahteraan rakyat, keperluan barisan hadapan dan perolehan vaksin kelak. Saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat sama-sama menyokong cadangan ini.

Tuan Yang di-Pertua, tahun ini kerajaan telah memperuntukkan RM1.8 bilion bagi pelaksanaan kawalan pergerakan serta keperluan perkhidmatan kesihatan awam berkaitan COVID-19, antaranya untuk membeli kelengkapan perlindungan diri (PPE), reagen dan bahan guna habis.

Bagi tahun hadapan, sebanyak RM1 bilion lagi akan diperuntukkan untuk membendung gelombang ketiga COVID-19. Peruntukan ini antaranya merangkumi:

(i) RM475 juta bagi pembelian bekalan reagen, kit saringan dan bahan guna habis khusus untuk kegunaan Kementerian Kesihatan (KKM);

(ii) RM318 juta bagi penyediaan peralatan PPE dan hand sanitizer kepada petugas barisan hadapan KKM;

(iii) RM150 juta kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara bagi menyelaras usaha memerangi COVID-19;

(iv) RM50 juta bagi perolehan peralatan, bekalan ujian makmal dan ubat-ubatan di Hospital Pengajar Universiti; dan

(v) menambah peralatan pengoperasian fasiliti pergigian, perkhidmatan klinik secara maya serta penyediaan fasiliti zon saringan dan termometer di kemudahan kesihatan bagi memenuhi SOP norma baharu.

Kerajaan menghargai pengorbanan dan keringat petugas barisan hadapan dalam mengendalikan wabak COVID-19 ini. Sejak Mac lalu, kerajaan telah memberikan Elaun Khas COVID-19 sebanyak RM600 sebulan kepada barisan hadapan KKM dan ia akan diteruskan sehingga ancaman pandemik ini berjaya diatasi. Sebagai tambahan, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pemberian one-off sebanyak RM500 bagi menghargai jasa anggota barisan hadapan KKM yang dijangka memanfaatkan 100 ribu orang petugas kesihatan.

Tuan Yang di-Pertua, the war is not over until and unless an affordable and accessible vaccine is available. Kerajaan komited untuk mendapatkan sumber vaksin COVID-19 antaranya melalui penyertaan ke dalam program COVID-19 Vaccine Global Access atau COVAX. Dijangkakan, bekalan vaksin COVID-19 melibatkan kos melebihi RM3 bilion untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia.

Selain itu, bagi menggalakkan rakyat mendapatkan vaksinasi mencegah penularan penyakit, kerajaan bersetuju untuk meluaskan skop pelepasan cukai bagi

final • 4:30 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

perbelanjaan rawatan perubatan meliputi perbelanjaan vaksinasi seperti pneumokokal, influenza serta COVID-19.

final • 4:30 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Pelepasan cukai ini diberi ke atas perbelanjaan vaksinasi bagi diri sendiri, pasangan dan anak-anak, terhad kepada RM1,000. Kerajaan juga akan menaikkan had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan perubatan diri, pasangan dan anak bagi penyakit serius daripada RM6,000 kepada RM8,000. Had pelepasan cukai bagi skop perbelanjaan pemeriksaan kesihatan penuh dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000. Sebagai tambahan, had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan bagi rawatan perubatan keperluan khas dan penjagaan ibu bapa juga dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM8,000.

Dalam tempoh pandemik ini juga, kerajaan menerima maklum balas bahawa masalah mental antara isu serius yang dihadapi masyarakat. Talian sokongan psiko sosial Kementerian Kesihatan telah menerima lebih 35,000 panggilan telefon sejak bulan Mac hingga bulan Oktober 2020 yang antaranya mengenai tekanan perasaan, kegelisahan dan kemurungan. Maka, peruntukan RM24 juta disediakan bagi menangani isu ini, termasuk melalui penubuhan Program Kesihatan Mental, Pencegahan Keganasan dan Kecederaan Serta Penyalahgunaan Substance. Tuan Yang di-Pertua, setakat 31 Oktober 2020, MySalam telah membayar tuntutan berkaitan hospitalisasi dan penyakit kritikal sebanyak RM64 juta kepada 56 ribu orang pesakit. Di samping itu, 19 ribu orang individu telah menerima pampasan berjumlah RM11 juta disebabkan COVID-19. Bagi menambah baik program ini, kerajaan akan memperluas perlindungan MySalam ke atas tuntutan kos peranti perubatan seperti sten untuk jantung ataupun prostesis.

Selain daripada perlindungan kesihatan, kerajaan juga bercadang memperluas perlindungan sosial kepada golongan B40 melalui Program Baucar Perlindungan Tenang. Melaluinya setiap penerima bantuan B40 akan diberi baucar RM50 sebagai bantuan kewangan untuk membeli produk perlindungan Tenang, termasuk takaful hayat dan kemalangan diri. Dalam masa yang sama, kerajaan juga melanjutkan tempoh pengecualian duti setem ke atas semua produk perlindungan Tenang dengan sumbangan tahunan tidak melebihi RM100 untuk tempoh lima tahun lagi sehingga tahun tafsiran 2025.

Tuan Yang di-Pertua, segmen kesihatan awam lain juga akan diberi tumpuan.

Oleh itu, kerajaan akan melaksanakan Program Imunisasi Pneumococcal untuk kanak- kanak dengan peruntukan RM90 juta yang dijangka memanfaatkan 500 ribu orang kanak-kanak.

Selain itu, sebanyak RM6 juta turut diperuntukkan untuk perolehan ubat biologi bagi pelbagai penyakit reumatologi seperti rheumatoid arthritis. Kerajaan juga memperuntukkan RM25 juta bagi Program Rawatan Peritoneal Dialysis di rumah bertujuan meningkatkan kualiti rawatan pesakit buah pinggang serta mengurangkan masa menunggu dan kesesakan di hospital.

Tuan Yang di-Pertua, strategi kedua adalah untuk memelihara kebajikan golongan rentan. Berdasarkan survey Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional telah meningkat kepada RM2,208 sebulan bagi setiap isi rumah. Ini bermakna, lebih 400 ribu isi rumah yang berpendapatan kurang daripada PGK ini yang tergolong dalam kategori miskin.

Sehubungan itu, bagi menambah baik kebajikan golongan rentan, kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar bantuan kebajikan bulanan seperti berikut:

(i) Bantuan Kadar OKU tidak berupaya dinaikkan daripada RM250 kepada RM300...

[Tepuk]

(ii) Kadar Bantuan Warga Emas dan Bantuan Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar dinaikkan daripada RM350 kepada RM500...

[Tepuk]

(iii) Kadar Elaun Pekerja OKU dinaikkan daripada RM400 kepada RM450...

[Tepuk]

(iv) Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin dinaikkan daripada RM100 seorang anak dengan maksimum RM450 sekeluarga kepada RM150 seorang anak berumur tujuh tahun hingga 18 tahun atau RM200 seorang anak berumur 6 tahun ke bawah dengan maksimum RM1,000- sekeluarga...

[Tepuk]

final • 4:40 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Semoga peningkatan kadar ini membantu dengan penjagaan anak-anak serta nutrisi makanan. Contohnya, jika Puan Safiyah mempunyai tiga orang anak dengan dua daripadanya berumur enam tahun dan ke bawah dan suaminya OKU bekerja, keluarga beliau akan mendapat bantuan RM1,000 sebulan...

[Tepuk] Kenaikan kadar ini melibatkan peruntukan sebanyak RM2.2 bilion iaitu tambahan sebanyak RM700 juta dan memanfaatkan lebih daripada 400 ribu orang penerima.

Tuan Yang di-Pertua, Bantuan Prihatin Nasional (BPN) telah diperkenalkan untuk mengurangkan beban aliran tunai bagi rakyat yang terkesan ekoran COVID-19.

Bagi tahun 2020, BPN dan juga Bantuan Sara Hidup (BSH) melibatkan penyaluran sebanyak RM21 bilion kepada 10.6 juta orang- penerima. Pada bulan Januari 2021 bayaran BPN 2.0 fasa kedua sebanyak RM2.2 bilion bakal disalurkan. Maka, dengan Belanjawan 2021, kerajaan akan terus melaksana dan menambah baik bantuan tunai ini secara lebih bersasar.

Bagi tahun 2021, kerajaan akan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan yang lebih baik, seperti berikut; Pertama, isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200...

[Tepuk] Manakala, isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,800.

Kedua, bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM4,000 dan mempunyai sehingga seorang anak, bantuan BPR sebanyak RM800 akan disalurkan...

[Tepuk] Manakala, isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,200. Kerajaan turut akan membantu kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan antara RM4,001 hingga RM5,000. Kategori ini akan menerima RM500 bagi yang mempunyai sehingga seorang anak dan bantuan RM750 kepada isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih.

Keempat, individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah akan menerima bantuan RM350. Tidak sekadar itu, had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun berbanding syarat sebelum ini iaitu 40 tahun.

Secara keseluruhan, pemberian BPR ini dijangka akan memanfaatkan seramai 8.1 juta orang dengan peruntukan sebanyak RM6.5 bilion berbanding dengan hanya seramai 4.3 juta orang- penerima dan peruntukan RM5 bilion sebelum ini di bawah BSH.

Sebagai tambahan, kerajaan turut memperuntukkan RM1.5 bilion bagi melaksanakan Program Jaringan Prihatin bertujuan mengurangkan beban kewangan golongan B40 mendapatkan kemudahan internet. Bermula suku pertama 2021, lebih kurang lapan juta orang- penerima daripada golongan B40 akan menerima bantuan RM180 seorang dalam bentuk kredit telekomunikasi. Bantuan ini boleh digunakan untuk perbelanjaan langganan internet atau menampung sebahagian kos pembelian telefon bimbit baharu. Pada masa yang sama, syarikat-syarikat telekomunikasi akan menyediakan manfaat bernilai RM1.5 bilion seperti dalam bentuk data percuma.

Tuan Yang di-Pertua, selanjutnya sukacita kerajaan mengumumkan beberapa inisiatif utama bagi meringankan beban rakyat semasa tempoh krisis wabak ini. Inisiatif pertama, penurunan kadar cukai pendapatan. Kerajaan bersetuju kadar cukai pendapatan untuk individu bermastautin diturunkan sebanyak satu- mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai RM51 ribu hingga RM70 ribu yang dijangka memanfaatkan RM1.4 juta orang- pembayar cukai.

final • 4:40 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Kerajaan prihatin dengan keresahan rakyat terutamanya mereka yang mempunyai pinjaman dan terkesan dengan COVID-19. Sejak April hingga September lalu, Malaysia merupakan negara pertama di dunia memberi moratorium pinjaman secara automatik bagi meringankan beban semua peminjam. Dengan peralihan ke arah bantuan pembayaran bersasar mulai 1 Oktober yang lepas, institusi perbankan telah terus menawarkan moratorium lanjutan dan lain-lain kaedah bantuan pembayaran.

Setakat ini lebih daripada 650,000 permohonan bantuan bayaran telah diterima dengan kadar kelulusan tinggi iaitu 98 peratus. Bantuan daripada segi pemanjangan moratorium atau fleksibiliti pembayaran balik telah diberikan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan serta kepada individu dan PKS yang pendapatannya terus terjejas oleh wabak COVID-19. Pada masa yang sama bank telah melaporkan bahawa sekitar

final • 4:50 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

85 peratus peminjam telah meneruskan semula pembayaran pinjaman mereka tanpa meminta bantuan sejak moratorium automatik berakhir.

Sebagai inisiatif kedua, sukacita diumumkan bahawa institusi perbankan akan menambah baik bantuan bayaran bersasar kepada peminjam kategori B40 yang merupakan penerima BSH dan bakal penerima BPR dan kepada perusahaan mikro dengan jumlah pinjaman yang diluluskan sehingga RM150,000. Peminjam dalam kategori ini akan diberi pilihan opsyen pertama menangguhkan ansuran bulanan selama tiga bulan atau opsyen kedua pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus selama enam bulan. Peminjam yang layak hanya perlu menghubungi pihak bank untuk membuat pilihan opsyen dan menyempurnakan dokumentasi.

Untuk peminjam daripada golongan M40, proses permohonan bantuan bayaran balik pinjaman akan dipermudahkan. Peminjam hanya perlu membuat pengisytiharan kendiri, self-declaration, pengurangan pendapatan ataupun kehilangan pekerjaan untuk mendaat bantuan bayaran balik. Fleksibiliti-fleksibiliti ini akan bermula pada Disember 2020.

Sebagai kerajaan yang prihatin, adalah wajar sebarang keputusan yang dibuat perlu berhati-hati dalam mengimbangi keperluan rakyat hari ini dan kebajikan pada masa hadapan. Sehubungan itu, sebagai inisiatif ketiga, kadar caruman minimum KWSP pekerja dikurangkan daripada 11 peratus kepada sembilan peratus mulai Januari 2021 untuk tempoh 12 bulan bagi meningkatkan pendapatan boleh guna, take-home pay. Ini akan memanfaatkan pencarum KWSP dengan nilai inisiatif sehingga RM9.3 bilion.

KWSP juga telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Lestari pada bulan April yang membenarkan ahli membuat pengeluaran sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan dengan jumlah keseluruhan sehingga RM6,000. Skim ini telah memanfaatkan 4.7 juta orang- ahli dengan nilai RM11.6 bilion Ringgit.

Maka, sebagai inisiatif keempat dan yang saya pasti dinanti-nantikan, kerajaan mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP dari Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.

Pengeluaran ini adalah bagi membantu ahli-ahli yang kehilangan pekerjaan dan dijangka meringankan beban hutang kewangan kepada 600 ribu orang- ahli yang terjejas.

Mengambil kira kedua-dua inisiatif i-Lestari serta kemudahan pengeluaran Akaun 1 ini, jumlah keseluruhan pengeluaran tunai adalah sehingga RM12 ribu. Diunjurkan keseluruhan bayaran bagi pengeluaran Akaun 1 akan melibatkan RM4 bilion dan ahli yang layak bolehlah memohon mulai Januari.

Inisiatif kelima, pelanjutan sistem insurans pekerjaan. Pada masa ini, PERKESO menanggung pekerja yang kehilangan pekerjaan melalui pemberian elaun mencari pekerjaan. Elaun ini diberi selama enam bulan di mana bulan pertama layak menuntut 80 peratus gaji dan secara beransur-ansur, berkurang kepada 30 peratus gaji.

Sehubungan itu, bagi tahun 2021 tempoh elaun mencari kerja akan dilanjutkan selama tiga bulan dan kadar layak menuntut daripada 80 peratus gaji bulan pertama, 50 peratus bagi bulan kedua hingga keenam, dan seterusnya 30 peratus bagi tiga bulan terakhir.

Untuk tujuan ini, peruntukan sebanyak RM150 juta akan disediakan dan dijangka memanfaatkan sehingga 130 ribu orang- pencari kerja.

Akhir sekali, bagi membantu mereka yang telah hilang pekerjaan akibat keadaan ekonomi yang terjejas susulan COVID-19 bagi tempoh dua tahun taksiran, had pengecualian cukai pendapatan bagi bayaran pampasan atau kehilangan pekerjaan akan dinaikkan daripada RM10 ribu, kepada RM20 ribu setiap tahun genap perkhidmatan.

Tuan Yang di-Pertua...

[Menyemak paparan Tablet yang digunakan]

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Kena beli baharu ini.

final • 4:50 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Okey, terima kasih [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, bagi tahun 2021- kerajaan menyediakan hampir RM28 bilion khusus untuk subsidi bantuan dan insentif. Antaranya ialah bantuan pengangkutan dan kebajikan serta subsidi bagi mengawal kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Kerajaan juga akan menaikkan peruntukan daripada RM150 juta kepada RM200 juta untuk melaksanakan program pengedaran barang perlu, LPG dan community drumming termasuk meluaskan pelaksanaannya ke-34 buah kawasan baharu antaranya di Pulau Sakar di Sabah dan Ulu Mujok di Sarawak. Melalui inisiatif ini, barangan asas seperti

final • 4:50 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

beras, gula, tepung, minyak masak, gas LPG, petrol RON95 dan diesel dapat dinikmati oleh lebih 1.1 juta orang- rakyat pada harga yang dikawal.

Bagi membantu pekebun kecil getah dalam keadaan harga pasaran rendah, peruntukan bagi insentif pengeluaran getah akan ditingkatkan sekali ganda, daripada RM150 juta kepada RM300 juta. Dengan kenaikan ini, pendapatan 150 ribu- orang pekebun kecil getah persendirian dapat distabilkan. Selain itu, RM1.7 bilion disediakan dalam bentuk subsidi bantuan dan insentif kepada petani dan nelayan. Antaranya subsidi harga padi sebanyak RM570 juta. Subsidi dan insentif tanaman padi berjumlah RM960 juta termasuk subsidi baja padi bukit yang diperkenalkan semula sebanyak RM40 juta.

Kesemua bantuan ini dijangka memanfaatkan lebih 300 ribu orang- pesawah di seluruh negara termasuk penanam padi bukit di Nabawan, Sabah dan Kanowit, Sarawak.

Selaras dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 sebulan bermula tahun 2021. Lebih 40 ribu orang- nelayan akan menikmati bantuan ini, melibatkan peruntukan sebanyak RM151 juta. Bagi membantu peneroka FELDA, kerajaan memperuntukkan RM400 juta untuk menghapus faedah hutang kebun peneroka dan menyediakan program pembangunan peneroka bagi mendapatkan hasil baharu.

Tuan Yang di-Pertua, strategi ketiga adalah untuk menjana dan mengekalkan pekerjaan. Kadar purata pengangguran sejak 10 tahun lalu merekodkan 3.2 peratus atau sekitar 500 ribu orang- penganggur. Berikutan pandemik COVID-19, ia telah meningkat kepada 5.3 peratus atau 820 ribu orang- penganggur pada Mei 2020 iaitu tertinggi sejak 1989.

Melalui pembukaan semula ekonomi dan pelaksanaan inisiatif PRIHATIN dan PENJANA, kadar pengangguran telah turun kepada 4.7 peratus pada Ogos 2020. Bagi tahun hadapan, kerajaan akan melaksanakan Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan

(JanaKerja), yang melibatkan penyediaan 500 ribu peluang pekerjaan baharu termasuk pelbagai program peningkatan kemahiran dan latihan semula melalui perbelanjaan kerajaan sebanyak RM3.7 bilion.

final • 4:50 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Kerajaan juga akan meneruskan inisiatif pengambilan pekerja di bawah PERKESO yang kini dikenali sebagai PenjanaKerjaya dan beberapa penambahbaikan iaitu:

(i) insentif untuk pekerja bergaji sebanyak RM1,500 ke atas akan dinaikkan daripada kadar rata RM800 sebulan kepada 40 peratus daripada gaji bulanan dan terhad kepada insentif maksimum RM4,000 sebulan;

(ii) bagi menggalakkan peluang pekerjaan kepada golongan OKU, penganggur jangka panjang dan pekerja yang diberhentikan, majikan akan diberikan insentif tambahan sebanyak 20 peratus menjadikan keseluruhan insentif majikan berjumlah 60 peratus;

(iii) bagi sektor dengan kebergantungan tinggi kepada pekerja asing seperti pembinaan dan perladangan, insentif khas sebanyak 60 peratus daripada gaji bulanan disediakan dengan 40 peratus disalurkan terus kepada majikan dan 20 peratus kepada pekerja tempatan yang menggantikan pekerja asing. Ketiga-tiga perkara ini, insentif diberikan untuk tempoh enam bulan; dan

(iv) bagi mereka yang telah diambil bekerja di bawah PenjanaKerjaya, kos maksimum program latihan yang layak dituntut majikan dinaikkan daripada RM4,000 kepada RM7,000 bagi menjalani program kemahiran tinggi atau sijil profesional.

Bagi menjayakan keempat-empat inisiatif PenjanaKerjaya ini, sejumlah RM2 bilion diperuntukkan dan dijangka dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada 250 ribu orang- pencari pekerjaan.

Sukacita saya mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan pembentukan Majlis Pekerjaan Negara yang akan dipengerusikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Majlis ini akan menyelaras pelbagai inisiatif merentas kementerian dan agensi dalam mencipta peluang pekerjaan, peningkatan kemahiran dan latihan pekerja. Agensi LAKSANA akan bertanggungjawab untuk memantau keberkesanan segala inisiatif bagi memastikan rakyat Malaysia terus mendapat peluang pekerjaan.

final • 5:00 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, selanjutnya program peningkatan kemahiran dan latihan semula, reskilling and upskilling, yang akan dilaksanakan dengan tumpuan kepada kebolehpasaran pekerjaan dan padanan pekerjaan. Bagi tahun 2021, sejumlah RM1 bilion diperuntukkan untuk 200,000 pelatih antaranya merangkumi program berikut:

(i) sebanyak RM150 juta diperuntukkan bagi program Kementerian Pengajian Tinggi Persijilan Profesional (KPT-PACE) iaitu graduan baharu ditawarkan baucar bernilai RM3,000 seorang untuk mengambil kursus sijil profesional di universiti awam dan swasta. Dijangka seramai 50 ribu orang- graduan akan memperoleh manfaat daripada program ini;

(ii) sebanyak RM100 juta kepada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) bagi melaksanakan program latihan dan kerja usaha sama dengan majikan sektor swasta;

(iii) sebanyak RM100 juta kepada MDEC untuk memudahkan peralihan bakal tenaga kerja sedia ada bagi mengisi keperluan dalam industri ICT yang kian mengembang;

(iv) sebanyak RM100 juta kepada pihak berkuasa pembangunan wilayah terutamanya IRDA dan SEDIA untuk melengkapkan kemahiran baharu kepada tenaga kerja yang terjejas teruk akibat penutupan sempadan bagi pelancong asing agar memudahkan mereka mendapatkan peluang kerja atau sumber pendapatan baharu; dan

(v) sebanyak RM30 juta kepada PERHEBAT untuk program latihan kemahiran dan keusahawanan yang dijangka memanfaatkan seramai 12,000 orang veteran Angkatan Tentera Malaysia.

Bagi menggalakkan rakyat meningkatkan kemahiran serta menceburi bidang baharu, skop pelepasan cukai yuran pengajian akan diperluas meliputi perbelanjaan menghadiri kursus peningkatan kemahiran oleh badan-badan bertauliah terhad kepada RM1,000 bagi setiap tahun tafsiran.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya kerajaan akan memperkenalkan inisiatif Short-term Employment Programme (MySTEP) dengan peruntukkan lebih RM700 juta.

Inisiatif ini akan menawarkan sebanyak 50 ribu- peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) bermula Januari 2021.

Di bawah inisiatif ini sebanyak 35,000 peluang pekerjaan akan ditawarkan dalam sektor awam dengan keutamaan mengisi perjawatan seperti Jururawat, Medical Attendant, Pegawai Kebajikan Masyarakat serta Guru Sementara manakala syarikat GLC pula akan menyediakan sebanyak 15 ribu peluang pekerjaan yang mengutamakan bidang teknikal dan kewangan serta turut dipanjangkan kepada graduan untuk menjalani program perantisan.

Menerusi pakej-pakej rangsangan, subsidi upah disediakan sehingga sembilan bulan dengan peruntukan melebihi RM15 bilion. Sehingga 31 Oktober 2020, kerajaan telah menyalurkan sebanyak RM12.5 bilion bagi membiayai Program Subsidi Upah PERKESO yang membantu seramai 2.7 juta orang pekerja dan lebih daripada 330,000 orang majikan.

Walau bagaimanapun, masih ramai pekerja terkesan terutamanya dalam sektor pelancongan. Dengan ini, kerajaan akan melanjutkan pelaksanaan Program Subsidi Upah selama tiga bulan lagi dengan lebih bersasar...

[Tepuk] Ini khususnya bagi sektor pelancongan termasuk sektor peruncitan dengan kadar sebanyak RM600 sebulan bagi pekerja bergaji RM4,000 dan ke bawah. Selain itu, had seramai 200 orang pekerja bagi setiap permohonan akan ditingkatkan kepada 500 orang pekerja. Sebanyak RM1.5 bilion diperuntukkan dan dijangka akan membantu kira-kira 70 ribu orang majikan dan 900 ribu orang pekerja.

Tuan Yang di-Pertua, kadar penebusan insurans yang rendah di Malaysia adalah antara faktor yang menggugat keselamatan kewangan individu dan isi rumah.

Dengan itu KWSP akan membenarkan ahli membuat pengeluaran dari Akaun 2 KWSP untuk membeli produk perlindungan insurans dan takaful hayat dan penyakit kritikal bagi diri dan keluarga yang diluluskan oleh KWSP.

Bagi menggalakkan simpanan hari tua, pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 ke atas caruman Skim Persaraan Swasta (PRS) dilanjutkan sehingga tahun tafsiran 2025. Seterusnya, kerajaan menyediakan sebanyak RM24 juta bagi

final • 5:00 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

caruman penuh di bawah Skim Bencana Pekerjaan PERKESO untuk manfaat seramai 100 ribu- orang pekerja dari kumpulan berikut:

(i) anggota pasukan Sukarelawan Angkatan Tentera, Sukarelawan Simpanan Polis, Sukarelawan Anggota Pertahanan Awam Malaysia dan Sukarelawan Maritim Malaysia;

(ii) Guru Takmir, Imam, Bilal, Siak, Noja, Merbut;

(iii) pekerja sektor awam berstatus Contract for Service; dan

(iv) bagi menghargai sumbangan delivery riders yang menjadi barisan sokongan semasa tempoh PKP, inisiatif ini turut dipanjangkan kepada seramai 40 ribu orang delivery riders. Tuan Yang di-Pertua, strategi keempat adalah untuk mengutamakan agenda keterangkuman. Selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, agenda keterangkuman menjadi keutamaan ke arah pembangunan yang holistik. Kerajaan akan meneruskan usaha untuk menyokong pembangunan bumiputera bagi mengurangkan ketidaksamarataan antara kaum. Bagi tahun 2021, sebanyak RM11.1 bilion disediakan, iaitu tambahan sebanyak RM3.1 bilion berbanding tahun sebelum ini...

[Tepuk] Antaranya, sejumlah RM6.5 bilion diperuntukkan untuk menyediakan akses pendidikan berkualiti kepada institusi bumiputera seperti MARA dan UiTM bagi menjalankan program khusus termasuklah pendigitalan pembelajaran TVET dan menaik taraf program peringkat sijil ke diploma. Manakala bagi melonjak dan memperkasa usahawan bumiputera, sejumlah RM4.6 bilion disediakan untuk tujuan berikut:

(i) sebanyak RM510 juta bagi tujuan pembiayaan kepada PKS dan PKS mikro Bumiputera melalui TEKUN dan PUNB;

(ii) sebanyak RM800 juta melalui program peningkatan keupayaan oleh Bank Pembangunan Malaysia dan SME Bank;

(iii) sebanyak RM2 bilion diperuntukkan bagi membantu pembiayaan PKS Bumiputera melalui Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan atau SJPP; dan

(iv) sebanyak RM1.3 bilion lagi untuk pelbagai program peningkatan kapasiti termasuk pembangunan profesional, Dana Kemakmuran Bumiputera serta program atau projek khusus untuk bumiputera.

Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) telah berjaya membangunkan hospital swasta bernilai RM300 juta di atas Tanah Rizab Melayu di Sungai Penchala. Maka, kerajaan berhasrat untuk terus mengoptimumkan nilai Tanah Rizab Melayu di kawasan- kawasan strategik. Bagi tujuan ini, sejumlah 750 juta Ringgit akan disediakan kepada PHB di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas, bagi meningkatkan nilai pegangan bumiputera dalam sektor hartanah terutama bagi pembangunan komersial atas Tanah Rizab Melayu.

final • 5:00 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, pembangunan Islam akan terus diperkukuh. Belanjawan 2021 memperuntukkan sebanyak RM1.4 bilion bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kerajaan akan memperkasa pengurusan wakaf melalui kerjasama antara Yayasan Waqaf Malaysia dengan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan, GLC dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC). Pelan Induk Wakaf Nasional akan diwujudkan bagi memastikan pengurusan wakaf yang lebih cekap dan dapat memaksimumkan mobilisasi aset wakaf masa hadapan.

Selain itu, PNB melalui Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) akan memperkenalkan perkhidmatan wakaf kepada semua pemegang unit amanah ASNB. Di bawah perkhidmatan ini, pemegang unit boleh mewakafkan sebahagian unit mereka ke dalam tabung wakaf ASNB dan mereka layak dapat potongan cukai pendapatan.

Pulangan berterusan daripada tabung wakaf tersebut akan disalurkan kepada projek wakaf berkepentingan nasional yang akan dikenal pasti PNB.

Bagi menghargai jasa seramai 4,000 orang- Guru Takmir sebagai antara penggerak komuniti di peringkat kariah, kerajaan bersetuju menaikkan kadar elaun guru takmir daripada sejumlah RM800 kepada sebanyak RM900 sebulan...

[Tepuk] Sebagai tambahan, sukacita saya mengumumkan pemberian bayaran khas one-off sebanyak

final • 5:10 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

RM500 kepada para Imam, Bilal, Siak, Noja, Merbut, Guru Takmir dan Guru KAFA.

Pemberian bantuan khas ini dijangka memberi manfaat kepada hampir seramai 70 ribu orang.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sangar menghargai sumbangan wanita kepada negara...

[Tepuk] Bagi memperkasa usahawan wanita, sejumlah RM95 juta pembiayaan mikro kredit khas disediakan khusus melalui TEKUN, MARA dan Agrobank. Selain itu, sebanyak RM50 juta juga disediakan di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bagi menyokong aktiviti pembiayaan Islam melalui Ar-Rahnu BizNita.

Program bimbingan terutamanya dalam aspek pembungkusan dan pelabelan, strategi pemasaran serta bimbingan teknikal perniagaan juga akan diberikan kepada lebih seramai 2,000 orang- usahawan wanita melalui Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro (BizMe). Kerajaan juga akan menyediakan program khusus untuk kontraktor wanita bumiputera bagi meningkatkan penglibatan mereka dalam kontrak kerajaan...

[Tepuk] Kerajaan menyedari akan pentingnya menangani isu keganasan rumah tangga.

Oleh itu, kerajaan akan menyediakan Pusat Sokongan Sosial Setempat dengan peruntukan RM21 juta. Pusat ini dengan kerjasama NGO akan menyediakan perlindungan sosial dan sokongan moral kepada golongan wanita terutamanya dalam mendepani masalah keganasan rumah tangga, penceraian dan penderaan.

Saya difahamkan petugas barisan hadapan menghadapi kekangan mendapatkan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak. Sehubungan itu, bagi menambah baik sistem sokongan sedia ada buat petugas barisan hadapan dan golongan ibu berkerjaya, sejumlah RM30 juta disediakan untuk menyediakan taska di bangunan- bangunan kerajaan, terutamanya di hospital. Manakala, bagi sektor swasta, geran padanan sehingga sejumlah RM20 juta akan disediakan untuk menggalakkan sektor swasta menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak di premis mereka. Selain itu, sebanyak RM10 juta diperuntukkan bagi Program Saringan Kanser Serviks dan insentif Program Subsidi Ujian Mamogram kepada wanita berisiko tinggi mendapat kanser payudara.

Tuan Yang di-Pertua, program-program pembangunan komuniti merangkumi semua peringkat masyarakat turut menjadi tumpuan kerajaan. Bagi kaum Cina, sejumlah RM177 juta disediakan untuk program pembaikan fasiliti pendidikan, rumah dan kemajuan kampung baru termasuk sejumlah RM100 juta pembiayaan perniagaan komuniti Cina melalui BSN. Bagi kaum India, sebanyak RM100 juta diperuntukkan kepada Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) bagi memperkasa kedudukan sosioekonomi komuniti India. Selain itu, TEKUN akan menyediakan RM20 juta khusus untuk Program Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) dan RM5 juta untuk pembangunan usahawan bagi komuniti Iain.

Bagi menggalakkan budaya sukarela di peringkat komuniti pula, kerajaan akan menaikkan nilai geran bagi setiap Kawasan Rukun Tetangga (KRT) daripada sejumlah RM4,800 kepada sebanyak RM6,000 dengan peruntukan hampir sejumlah RM50 juta.

Geran ini akan memanfaatkan lebih sebanyak 8,000 KRT. Kerajaan juga menyediakan sebanyak RM50 juta bagi projek-projek pembaikan, penyelenggaraan dan pembangunan kecil rumah-rumah ibadat di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.

Peruntukan ini turut merangkumi pelaksanaan program perpaduan dengan kerjasama pengurusan rumah ibadat dan komuniti setempat.

Tuan Yang di-Pertua, bagi tahun hadapan, Jabatan Penjara Malaysia akan diperuntukkan sejumlah RM20 juta bagi melaksanakan Program Pembangunan Insan yang antaranya untuk memberikan kemahiran vokasional kepada banduan. Melalui program ini, banduan penjara telah menghasilkan pelbagai jenis produk di bawah MyPRlDE dan Tenun Pahang Diraja. Kain samping yang saya kenakan pada hari ini juga merupakan tenunan Pahang Diraja yang dihasilkan penghuni Penjara Penor di Pahang...

[Tepuk] Bagi menggalakkan majikan menyediakan peluang pekerjaan kepada bekas banduan dan juga bekas penagih dadah serta mengintegrasikan golongan ini ke dalam masyarakat, potongan cukai tambahan yang diberikan kepada majikan yang menggaji golongan ini akan dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2025.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Malaysia juga mendengar keluhan penggiat seni termasuk tenaga kerja produksi belakang tabir. Sehubungan itu, sebanyak RM15 juta akan diperuntukkan kepada Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) untuk melaksanakan pelbagai program kesenian dan kebudayaan yang bakal

final • 5:10 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

memanfaatkan Iebih, kepada seramai 5,000 orang penggiat seni dan petugas produksi belakang tabir.

Kerajaan akan terus memberi penekanan kepada aspek kesejahteraan komuniti Orang Asli. Peruntukan sejumlah RM158 juta akan disediakan. Peruntukan ini antaranya meliputi pelaksanaan program bantuan sosial dan Program Pembangunan Bersepadu Perkampungan Orang Asli. Kerajaan juga akan menaik taraf dan membina sebanyak 14 buah tabika baharu, antaranya seperti di Pos Slim Sungai Kinta, Perak dan Pos Sungai Kelai Jempol, Negeri Sembilan. Kerajaan amat prihatin terhadap isu menanda sempadan dan mewartakan tanah yang sekian lama disuarakan oleh komuniti Orang Asli. Sukacita kerajaan menyediakan sebanyak RM5 juta bagi menjalankan kerja-kerja ukur tanah untuk menanda sempadan di sejumlah 21 perkampungan Orang Asli. Selain itu, sebanyak RM41 juta diperuntukkan bagi program Native Customary Rights di Sabah dan Sarawak...

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan terus menjaga kebajikan golongan warga emas dan OKU melalui Program Khidmat Bantu di Rumah. Sehubungan itu, nilai sagu hati kepada sukarelawan di bawah program ini akan dinaikkan daripada sejumlah RM150 kepada maksimum sebanyak RM400. Manakala, nilai sagu hati kepada klien program turut dinaikkan daripada sejumlah RM30 kepada sebanyak RM80. Kenaikan ini dijangka memanfaatkan lebih seramai 2,000 orang- Sukarelawan, dan lebih seramai 8,000 orang warga emas dan OKU. Selanjutnya, bagi membantu mereka yang mempunyai pasangan OKU, sukacita kerajaan mengumumkan had pelepasan cukai bagi pasangan OKU akan dinaikkan daripada sejumlah RM3,500 kepada sebanyak RM5,000.

Pada masa ini, kadar bayaran bulanan yang diterima oleh penyelia dan petugas di bawah Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) tidak pernah dikaji sejak tahun 2008. Maka, atas keprihatinan kerajaan, bagi tahun hadapan, kadar petugas PDK akan dinaikkan daripada sejumlah RM800 kepada sebanyak RM1,200 sebulan...

[Tepuk] Manakala, kadar penyelia dinaikkan daripada sejumlah RM1,200 kepada sebanyak RM1,500 sebulan...

[Tepuk] Kenaikan ini akan memanfaatkan seramai 3,500 orang petugas dan penyelia PDK seluruh negara dengan peruntukan keseluruhan sejumlah RM100 juta.

Tidak sekadar itu, kerajaan juga akan menaikkan bantuan kewangan tahunan bagi pengendalian Pusat Aktiviti Warga Emas yang dikendalikan oleh NGO daripada sejumlah RM33 ribu kepada sebanyak RM50 ribu...

[Tepuk] Kenaikan ini diharap dapat memberi manfaat kepada sejumlah 285 buah pusat aktiviti warga emas di seluruh negara. Bagi menggalakkan peluang pekerjaan kepada warga emas, potongan cukai tambahan akan diberikan kepada majikan yang menggaji warga emas. Potongan ini akan dilanjutkan sehingga tahun 2025.

final • 5:10 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Kerajaan juga memperuntukkan RM170 juta bagi Program Pendidikan Awal Kanak-kanak oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat atau KEMAS. Peruntukan ini antaranya untuk membiayai Bantuan Makanan Tambahan, Bantuan Per Kapita, penyelenggaraan dan pembaikan tabika dan taman asuhan kanak-kanak (TASKA).

Untuk meringankan kos sara hidup kumpulan B40 bandar khususnya bagi ibu bapa yang bekerja, kerajaan akan menyediakan Pusat Komuniti sebagai tempat jagaan kepada anak-anak selepas tamat sesi persekolahan. Dengan peruntukan RM20 juta, Pusat Komuniti dengan kerjasama NGO ini turut dilengkapi kemudahan penjagaan diri, kelas tuisyen, perpustakaan mini dan program bimbingan mentor.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan meneruskan usaha mengurangkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar. Untuk tujuan ini, sebanyak RM2.7 bilion disalurkan bagi melaksanakan pelbagai program dan projek penambahbaikan infrastruktur luar bandar seperti berikut:

(i) RM1.3 bilion bagi melaksanakan projek jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa sepanjang 920 kilometer yang memberi manfaat kepada lebih 290 ribu penduduk;

(ii) RM632 juta diperuntukkan bagi bekalan air luar bandar dan bekalan air alternatif dengan sasaran 4,800 buah rumah;

(iii) RM250 juta disediakan untuk bekalan elektrik luar bandar dengan sasaran lebih 1,100 buah rumah;

final • 5:20 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

(iv) RM355 juta bagi Program Bantuan Rumah kepada golongan miskin iaitu membina rumah baharu dan membaik pulih rumah dengan sasaran 15 ribu buah rumah; dan

(v) RM121 juta bagi memasang 27 ribu unit lampu serta menanggung kos operasi dan penyelenggaraan 500 ribu unit lampu jalan kampung.

Selain itu, kerajaan akan memperluas perkhidmatan bank bergerak di negeri Sabah dan Sarawak seperti yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Langkah ini dapat membantu masyarakat yang sukar mendapat akses perbankan asas seperti pemindahan wang, pembayaran bil dan kemudahan mengeluarkan wang bantuan kerajaan seperti BPR.

Kerajaan komited bagi memastikan kemudahan jalan raya di semua negeri diselenggarakan secara optimum. Sehubungan itu, had kelayakan penggunaan dana di bawah Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) dibenarkan dinaikkan sehingga 20 peratus atau RM50 juta, yang mana lebih rendah bagi membiayai kerja penyelenggaraan jalan di luar skop biasa MARRIS.

Tuan Yang di-Pertua, belia ialah pemangkin masa hadapan negara. Bagi menyediakan pendedahan alam pekerjaan kepada belia, kerajaan akan menyediakan insentif kepada majikan swasta sebanyak RM1,000 sebulan sehingga tiga bulan bagi setiap graduan baharu yang menyertai program perantisan. Sebagai tambahan, majikan juga boleh menuntut geran sehingga RM4,000 untuk program latihan bagi perantis tersebut. Program ini dijangka memanfaatkan sehingga 50 ribu orang- graduan baharu dengan peruntukan RM250 juta.

Golongan belia memainkan peranan penting sebagai antara pelopor dan pengguna dalam mengadaptasi teknologi terkini. Ke arah membudayakan transaksi kewangan tanpa tunai, kerajaan melalui Program eBeIia akan mengkreditkan RM50 secara one-off ke dalam akaun e-wallet bagi mereka yang berumur 18 hingga 20 tahun.

Dengan peruntukan RM75 juta , inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan lebih 1.5 juta orang- belia.

Kerajaan akan memperuntukkan RM19 juta bagi melaksanakan Agenda Nasional Malaysia Sihat bertujuan memantapkan amalan gaya hidup sihat demi mengurangkan risiko menghidapi penyakit diabetes, hipertensi dan obesiti. Sebanyak RM28 juta juga disediakan bagi melaksanakan Program MyFit, Hari Sukan Negara dan Program Inspire bagi komuniti OKU.

Kerajaan juga akan menyediakan RM103 juta untuk membina, menaik taraf dan menyelenggarakan kemudahan sukan seluruh negara. Bagi pembangunan sukan berprestasi tinggi, kerajaan akan menyediakan RM55 juta untuk program pembangunan sukan hoki, ragbi, badminton, berbasikal, pembangunan atlet wanita termasuk RM15 juta kepada pembangunan e-Sports. Bagi membantu pengusaha industri sukan, RM20 juta disediakan sebagai pinjaman mudah di bawah skim TEKUN Sukan untuk memastikan kelangsungan operator fasiliti sukan.

Selain itu, had pelepasan cukai pendapatan bagi gaya hidup dinaikkan daripada RM2,500 kepada RM3,000 iaitu tambahan RM500 yang dikhususkan bagi perbelanjaan berkaitan sukan termasuk pembayaran penyertaan pertandingan sukan. Skop pelepasan ini juga diluaskan untuk meliputi langganan surat khabar elektronik.

Tuan Yang di-Pertua, strategi kelima adalah untuk menjamin kesejahteraan hidup rakyat. Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia yang mengukur perkembangan kesejahteraan rakyat menunjukkan komponen sosial telah meningkat dengan lebih perlahan berbanding dimensi ekonomi. Dalam dimensi sosial, terdapat banyak ruang penambahbaikan terutamanya di bawah komponen kesihatan, keluarga dan alam sekitar. Kerajaan akan memastikan pembangunan yang lebih berimbang dan kehidupan yang lebih sejahtera melalui peningkatan pelbagai kemudahan sosial.

Jaringan telekomunikasi kini boleh dianggap sebagai utiliti ketiga. Dalam suasana norma baharu, perkhidmatan secara maya sudah menjadi kelaziman.

Pembangunan infrastruktur dan penaiktarafan rangkaian asas telekomunikasi adalah perlu bagi menampung keperluan gaya hidup digital.

Maka, kerajaan akan memperuntukkan RM500 juta bagi tahun 2021 untuk melaksanakan inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) bertujuan memastikan kesalinghubungan sejumlah 430 buah sekolah di seluruh Malaysia meliputi semua negeri...

[Tepuk] Pada masa sama, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

final • 5:20 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

akan memperuntukkan RM7.4 bilion untuk tahun 2021 dan 2022 bagi memperluas perkhidmatan jalur lebar.

Dalam norma baharu ini, pembelajaran secara dalam talian telah menjadi satu amalan. Sehubungan itu, saya ingin mengumumkan bahawa GLC dan GLIC akan menyumbang sebanyak RM150 juta ke dalam Tabung CERDIK bagi pemberian komputer riba kepada 150 orang- murid...

[Tepuk] Di 500 buah sekolah sebagai projek rintis. Projek ini akan diselia oleh Yayasan Hasanah.

Tuan Yang di-Pertua, pendidikan ialah pelaburan yang paling penting dalam memastikan kualiti kehidupan yang lebih baik untuk generasi akan datang. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia akan terus menerima peruntukan terbesar iaitu sebanyak RM50.4 bilion atau 15.6 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan.

Bagi memastikan murid-murid daripada keluarga berpendapatan rendah mendapatkan kandungan khasiat harian demi pertumbuhan fizikal dan mental yang menyeluruh, kerajaan akan menambah baik Rancangan Makanan Tambahan dengan penyediaan bekalan susu daripada dua kali seminggu sahaja kepada setiap hari persekolahan...

[Tepuk] Peruntukan sebanyak RM420 juta akan disediakan dan sebahagian perolehan akan dikhaskan kepada pengeluar susu tempatan.

Bagi memastikan suasana pembelajaran kondusif, sebanyak RM800 juta disediakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Peruntukan ini juga termasuk kerja-kerja menaik taraf dan membina dewan terbuka atau struktur berbumbung bagi menyediakan tempat berhimpun yang selesa dan selamat di sekolah-sekolah kerajaan.

Selain itu, kos tambahan sebanyak RM725 juta akan diperuntukkan bagi menaik taraf bangunan serta infrastruktur di 50 buah sekolah-sekolah daif...

[Tepuk] Bagi sekolah di luar bandar Sabah dan Sarawak, kerajaan akan melaksanakan 184 projek pembinaan dan pemasangan bekalan air telaga tiub baharu dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM120 juta.

final • 5:20 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Selain itu, kebajikan murid berkeperluan khas di sekolah turut diberi perhatian oleh Kerajaan. Maka bagi memperkasa pendidikan khas, RM45 juta akan disediakan untuk tujuan ini.

Bagi peringkat pengajian tinggi pula, sebanyak RM14.4 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Ini termasuk, RM50 juta disediakan bagi projek membaik pulih infrastruktur dan peralatan usang di universiti-universiti awam. Bagi memastikan kesalinghubungan internet di institut pengajian tinggi, kerajaan memperuntukkan RM50 juta untuk menaik taraf talian akses Malaysian Research & Education Network atau MYREN kepada 500 Megabyte per second hingga 10 Gigabyte per second. Selanjutnya, untuk memastikan pelajar IPT yang mendapat pinjaman PTPTN dapat mengikuti pembelajaran secara dalam talian, Kerajaan bekerjasama dengan BSN akan menyediakan RM100 juta bagi pembiayaan Skim BSN MyRinggit-i COMSIS iaitu skim pinjaman komputer riba.

Bagi terus menggalakkan ibu bapa menyimpan untuk membiayai kos pendidikan tinggi anak-anak mereka, pelepasan cukai sehingga RM8,000 bagi simpanan bersih Skim Simpanan Pendidikan Nasional dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2022.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga akan memperkasa bidang TVET. Bagi tahun 2021, peruntukan untuk tujuan TVET adalah sebanyak RM6 bilion. Bagi menyediakan pinjaman kepada 24 ribu orang- peserta program TVET di institusi latihan kemahiran awam dan swasta, RM300 juta disediakan melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran atau PTPK iaitu peningkatan RM100 juta. Bagi menggalakkan lebih banyak penglibatan industri melaksanakan program berteraskan TVET, Kerajaan memperkenalkan Sistem Latihan Dual Nasional Plus dengan elaun bulanan dinaikkan daripada RM625 kepada RM1,000. Inisiatif ini melibatkan peruntukan berjumlah RM60 juta dan memberi manfaat kepada 10 ribu orang- peserta.

Sebanyak RM29 juta juga diperuntukkan bagi melaksanakan program-program TVET di bawah KPT antaranya inisiatif pendidikan Islam dan pembelajaran sepanjang hayat kepada 15 ribu orang- pelajar di institusi tahfiz dan sekolah pondok.

Tuan Yang di-Pertua, bagi terus menggalakkan pemilikan rumah, inisiatif berikut akan dilaksanakan:

(i) pengecualian duti setem sepenuhnya diberikan ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah

final • 5:30 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

kediaman pertama bernilai sehingga RM500 ribu. Pengecualian ini adalah untuk perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2025; dan

(ii) pengecualian duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik diberikan kepada kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah terbengkalai dilanjutkan bagi tempoh lima tahun. Pengecualian ini adalah untuk perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2025 bagi projek perumahan terbengkalai yang disahkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pada masa yang sama, Kerajaan akan terus menyediakan perumahan yang selesa dan berkualiti kepada golongan berpendapatan rendah. Sejumlah RM1.2 bilion disediakan bagi tujuan berikut:

(i) RM500 juta untuk membina sehingga 14 ribu- unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat;

(ii) RM315 juta untuk pembinaan 3,000 unit Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB;

(iii) RM125 juta bagi penyelenggaraan perumahan berstrata kos rendah dan sederhana rendah serta bantuan membaik pulih rumah usang dan yang mengalami kerosakan akibat bencana alam; dan

(iv) RM310 juta untuk Program Perumahan Penjawat Awam Malaysia.

Selain itu, Kerajaan juga akan bekerjasama dengan institusi kewangan terpilih untuk menyediakan Skim Rent-to-Own. Program ini akan dilaksanakan sehingga tahun 2022 melibatkan 5,000 buah rumah PRIMA dengan nilai keseluruhan lebih RM1 bilion dan dikhaskan untuk pembeli rumah pertama.

Tuan Yang di-Pertua, Pelaksanaan inisiatif pas perjalanan tanpa had My30 akan diteruskan dan diperluaskan ke Pulau Pinang dan bandar Kuantan dengan peruntukan keseluruhan RM300 juta. Inisiatif ini membolehkan pengguna menikmati perkhidmatan bas dan rel kendalian Kumpulan Prasarana dengan harga RM30 sebulan. Selain itu, pas perjalanan bulanan tanpa had dengan harga RM5 akan diperkenalkan untuk pelajar sekolah tahun satu hingga tingkatan enam serta golongan OKU.

Mereka boleh menggunakan pas ini bagi perkhidmatan tren komuter Lembah Klang, komuter utara, tren antara bandar Kuala Lipis dan Tumpat dan tren Sabah di jajaran Beaufort-Tenom, Jika tambang sekarang secara puratanya ialah RM5 sehari, maka bermula tahun hadapan, tambangnya hanyalah RM5 sebulan.

Pada masa ini, Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti telah dilaksanakan di Kangar, Seremban, Ipoh dan Kuala Terengganu. Program ini akan diperluas secara berfasa ke Johor Bahru, Kuching, Kota Kinabalu dan Kuantan dengan peruntukan RM150 juta. Kerajaan juga komited untuk mengurangkan beban pengusaha bas. Pengecualian Cukai Jualan bagi pembelian bas siap dalam negara akan dilanjutkan bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2022.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan amat mengambil berat berkaitan isu kedaulatan negara. Kerajaan telah melaksanakan Ops Benteng bagi memastikan kawasan sempadan negara sentiasa dikawal dan tidak dibolosi. Operasi bersepadu ini diselaraskan di bawah MKN melibatkan pelbagai agensi seperti ATM, PDRM, APMM, Jabatan Imigresen dan beberapa yang lain. Bagi tahun hadapan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri masing-masing diperuntukkan RM16 bilion dan RM17 bilion. Bagi memastikan kesiapsiagaan aset-aset utama ATM, kerajaan akan menaikkan peruntukan penyelenggaraan kepada RM2.3 bilion bagi tahun 2021 berbanding RM2 bilion sebelum ini.

Selain itu, dalam menangani jenayah siber yang kian meningkat, Kerajaan memperuntukkan RM27 juta kepada CyberSecurity Malaysia untuk meningkatkan kawalan keselamatan siber negara. Kerajaan sentiasa memastikan kebajikan anggota tentera tidak terabai. Selain terus menyelenggarakan kemudahan Rumah Keluarga Angkatan Tentera yang sedia ada, kerajaan turut meluluskan pembinaan sebanyak hampir 1,000 buah unit baharu dengan kos keseluruhan berjumlah hampir RM500 juta.

Kerajaan turut menghargai peranan Jabatan Sukarelawan Malaysia, RELA yang turut sama membantu dalam memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Sebanyak RM153

final • 5:30 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

juta akan disediakan termasuk menaik taraf kemudahan di pusat latihan bagi mengukuh peranan RELA.

Tuan Yang di-Pertua, Persekitaran perniagaan kini telah berubah. Maka, di bawah matlamat kedua iaitu kelangsungan perniagaan, fokus Kerajaan adalah untuk memacu pelaburan, memperkukuh sektor-sektor tumpuan dan memudah akses perniagaan.

Strategi pertama adalah untuk memacu pelaburan. Bagi membantu syarikat- syarikat tempatan mendepani cabaran masa hadapan, kerajaan akan bertindak sebagai pemudah cara dalam menyediakan akses kepada dana pelaburan termasuk menambah baik persekitaran perniagaan. Bagi setiap cabaran yang dihadapi, akan berbangkitnya peluang. Dalam konteks COVID-19, walaupun perniagaan terkesan, namun ada sektor industri yang masih tumbuh pesat seperti peralatan perubatan, e-commerce dan penghantaran serta teknologi pendidikan. Senario ini, di samping pergelutan perdagangan dunia mewujudkan peluang bagi Malaysia untuk mengambil kesempatan menarik syarikat, pelaburan, serta peluang ekonomi baharu. Ini antara tumpuan kerajaan di bawah matlamat dua ini.

Untuk itu, RM1 bilion disediakan sebagai pakej galakan pelaburan berteknologi dan nilai tambah tinggi.

final • 5:30 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Dana ini antaranya bertujuan menyokong pelaburan R&D dalam bidang aeroangkasa serta kluster elektronik di kawasan perindustrian Batu Kawan, Pulau Pinang dan Kulim, Kedah. Sebagai tambahan, Dana Teknologi Tinggi bernilai RM500 juta akan disediakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyokong syarikat sektor teknologi tinggi dan berinovasi. Penyediaan dana ini akan membolehkan Malaysia kekal kompetitif dalam rantaian nilai global serta memelihara ekosistem rantaian bekalan dan melindungi pekerjaan kemahiran tinggi.

Kerajaan komited menjadikan Malaysia sebagai destinasi aktiviti perkhidmatan bernilai tinggi. Sehubungan itu, inisiatif berikut akan dilaksanakan:

(i) melonggarkan syarat galakan cukai untuk Hab Prinsipal dan melanjutkannya sehingga 31 Disember 2022;

(ii) pengenaan kadar cukai bagi penubuhan Global Trading Centre pada kadar konsesi 10 peratus bagi tempoh 5 tahun dan boleh diperbaharui bagi tempoh 5 tahun lagi;

(iii) menaikkan had nilai jualan bagi aktiviti tambah nilai dan aktiviti tambahan yang dijalankan di Zon Perindustrian Bebas dan Gudang Pengilangan Berlesen daripada 10 peratus kepada 40 peratus daripada nilai jualan tahunan; dan

(iv) melanjutkan layanan kadar cukai pendapatan istimewa pada kadar rata 15 peratus untuk tempoh 5 tahun kepada individu bukan warganegara yang memegang jawatan utama bagi pelaburan baharu strategik oleh syarikat yang memindahkan operasi ke Malaysia.

Melalui PENJANA, kerajaan telah menawarkan kadar cukai istimewa kepada syarikat pengilang terpilih yang memindahkan lokasi perniagaan ke Malaysia dan membuat pelaburan baharu. Sukacita dimaklumkan permohonan untuk insentif tersebut akan dilanjutkan selama satu tahun lagi sehingga 31 Disember 2022.

Skop galakan cukai turut diperluas kepada syarikat dalam sektor perkhidmatan terpilih yang memberi kesan pengganda signifikan dengan pemberian kadar cukai pendapatan kosong hingga 10 peratus untuk tempoh 10 tahun.

Satu kajian menyeluruh ke atas struktur galakan cukai sedia ada sedang dilaksanakan bagi menyediakan rangka kerja galakan percukaian yang kompetitif, telus dan lebih menarik. Bagi memberi ruang kepada kajian tersebut, galakan cukai sedia ada yang akan tamat pada tahun ini akan dilanjutkan sehingga tahun 2022. Lanjutan tempoh ini merangkumi galakan cukai untuk aktiviti MRO bagi aeroangkasa, pembinaan dan pembaikan kapal, status Bionexus dan galakan cukai bagi koridor pembangunan ekonomi.

Tuan Yang di-Pertua, Skim Pembangunan Nasional bernilai RM 1.4 bilion oleh Bank Pembangunan Malaysia akan diperkenalkan bagi menyokong pelaksanaan

final • 5:40 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

pembangunan rantaian bekalan domestik dan meningkatkan penghasilan produk tempatan seperti peralatan perubatan.

Selain itu, Skim Pembangunan Maritim dan Logistik, Skim Pembiayaan Pembangunan Mampan, Skim Infrastruktur Pelancongan dan Dana Pengangkutan Awam akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2023 dengan ketersediaan dana sebanyak RM3.7 bilion. Daripada keseluruhan dana skim-skim tersebut, RM500 juta dikhususkan kepada usahawan Bumiputera bagi meningkatkan penglibatan dalam sektor utama.

Seterusnya, untuk terus membantu PKS terkesan, kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar bernilai RM2 bilion di bawah BNM akan diperkenalkan melalui pinjaman daripada institusi perbankan.

Tuan Yang di-Pertua, semasa sesi Jelajah Belanjawan ke kawasan perindustrian di seluruh Malaysia, isu utama yang dibangkitkan ialah keperluan menambah baik infrastruktur. Bagi meningkatkan daya saing industri, sukacita saya mengumumkan inisiatif seperti berikut:

(i) RM100 juta bagi penyelenggaraan infrastruktur kawasan perindustrian;

(ii) RM42 juta di bawah Program JENDELA bagi menambah baik kesalinghubungan internet di 25 kawasan perindustrian;

(iii) pembangunan sebuah loji rawatan air di daerah Kubang Pasu bagi menyokong keperluan pelaburan projek Zon Ekonomi Sempadan Khas Kota Perdana di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan penduduk di kawasan tersebut; dan

(iv) RM45 juta diperuntukkan bagi memenuhi keperluan pembekalan air bagi sektor petrokimia yang tertumpu di zon perindustrian Gebeng.

Kerajaan akan melaksanakan kemudahan Authorised Economic Operator atau AEO di peringkat nasional bertujuan mempermudah proses akreditasi AEO dan diperluas kepada pembekal perkhidmatan logistik dan operator gudang yang diluluskan. Selain itu, bagi menambah baik kecekapan perniagaan rentas sempadan dan meningkatkan produktiviti sektor logistik, Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan mengintegrasikan 43 buah agensi pengeluar permit dan lesen dagangan dalam platform AEO.

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha menyokong perkembangan sains dan teknologi, kerajaan memperuntukkan RM400 juta khusus untuk tujuan R&D yang melibatkan beberapa kementerian dan agensi.

Bagi mewujudkan ekosistem R&D yang lebih kompetitif, galakan cukai bagi aktiviti pengkomersialan hasil R&D berasaskan bukan sumber akan diperkenalkan semula dan galakan cukai bagi aktiviti pengkomersialan hasil R&D oleh institusi penyelidikan awam akan diperluaskan kepada institusi pengajian tinggi swasta.

Selanjutnya, RM 20 juta akan disediakan bagi program Malaysia Techlympics dan Science Space bertujuan mewujudkan kepakaran dalam bidang kecerdasan buatan atau Al dan robotik dalam kalangan belia.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta daripada langganan Sukuk PRIHATIN untuk menjalankan penyelidikan berkaitan penyakit berjangkit merangkumi pembangunan vaksin, serta kajian rawatan dan diagnostik.

Selanjutnya, sukacita saya maklumkan bahawa empat buah syarikat sarung tangan utama iaitu Top Glove, Hartalega, Supermax dan Kossan telah menyatakan komitmen untuk menyumbang RM400 juta untuk memerangi COVID-19 termasuk menampung sebahagian kos vaksin COVID-19 dan kos perbelanjaan peralatan kesihatan. Kerajaan amat menghargai komitmen sektor swasta, NGO dan individu yang sama-sama menyumbang dalam usaha ini.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menggalakkan penghasilan dan pembelian produk buatan tempatan, beberapa inisiatif akan dilaksanakan seperti berikut:

(i) RM25 juta bagi program Pembangunan Francais Mikro dan Francais Mampu Milik serta program Beli Barangan Buatan Malaysia;

(ii) RM150 juta bagi program latihan dan bantuan penjualan serta peralatan digital kepada 100 ribu usahawan tempatan untuk

final • 5:40 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

beralih kepada khidmat digital di bawah Kempen e-Dagang PKS dan PKS Mikro;

(iii) RM150 juta bagi inisiatif Shop Malaysia Online melalui usaha sama dengan platform e-commerce utama untuk menggalakkan perbelanjaan secara dalam talian yang akan turut memanfaatkan 500 ribu usahawan tempatan termasuk pengusaha produk halal dan kraf tangan; dan

(iv) RM35 juta bagi mempromosi barangan dan perkhidmatan keluaran Malaysia di bawah Misi Perdagangan dan Pelaburan.

Selain itu, bagi memastikan Malaysia menjadi tumpuan pelaburan terutamanya dalam pengeluaran vaksin, ubat dan peranti perubatan dalam negara, kerajaan akan memperkasa Program Perjanjian Off-Take Kementerian Kesihatan untuk menarik pelaburan ke negara ini dan potensi pengeluaran ubat dan vaksin pada masa hadapan.

Sebagai tambahan, bagi menggalakkan syarikat pengeluar produk farmaseutikal termasuk vaksin khususnya vaksin COVlD-19 untuk melabur di Malaysia, pemberian galakan kadar cukai pendapatan antaranya 0 hingga 10 peratus untuk 10 tahun pertama.

Tuan Yang di-Pertua, strategi kedua adalah untuk memperkukuh sektor-sektor tumpuan. Pada tahun 2019, sektor pertanian menyumbang 7.1 peratus daripada KDNK.

Tatkala sektor-sektor lain mencatatkan penguncupan ekoran pandemik COVID-19, sektor pertanian diunjurkan terus berkembang pada 4.7 peratus daripada KDNK tahun hadapan.

Sehubungan itu, bagi tahun 2021, beberapa inisiatif utama bagi sektor pertanian dan industri makanan akan dilaksanakan antaranya seperti berikut:

final • 5:40 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Pertama, peluasan Program Kebun Komuniti kepada komuniti separa bandar dan luar bandar dengan peruntukan berjumlah RM30 juta. Program ini menyediakan peralatan seperti kit fertigasi dan media tanaman bernilai sehingga RM500 setiap individu atau RM50 ribu- setiap komuniti yang bakal memanfaatkan 60 ribu orang- peserta.

Kedua, pelaksanaan Projek Pertanian Organik di peringkat komuniti dengan peruntukan RM50 juta dan dijangka memanfaatkan ‘1,000’ komuniti.

Ketiga, pelaksanaan Program Ladang e-SateIit dengan peruntukan RM10 juta secara geran padanan sehingga RM30 ribu- kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan, PPK bagi tujuan pembelian peralatan pertanian berasaskan Internet of Things termasuk dron. Program ini dijangka memanfaatkan lebih 300 PPK dengan keahlian hampir 1 juta orang petani dan peladang.

Keempat, pembiayaan di bawah Program Pemodenan Vessel dan Mekanisasi Tangkapan sehingga RM5 juta pada kadar 3.5 peratus bagi tempoh 10 tahun kepada nelayan Zon A, dan B, untuk menaik taraf peralatan, pukat dan bot. Bagi tujuan ini, sebanyak RM150 juta disediakan melalui Agrobank.

Kelima, pembiayaan di bawah Program Modenisasi Rantaian Nilai Agromakanan sehingga RM1 juta pada kadar 3.5 peratus bagi tempoh 10 tahun kepada pengusaha pertanian untuk perolehan peralatan dan teknologi berteraskan IR4.0. Bagi tujuan ini sebanyak RM60 juta disediakan Agrobank.

Keenam, pelaksanaan Program Pengembangan Akuakultur dengan peruntukan RM10 juta secara geran padanan sehingga RM20 ribu- kepada pengusaha mikro untuk membeli peralatan bagi mengembangkan ternakan akuakultur bernilai tinggi seperti udang kara dan ikan kerapu.

Ketujuh, Pelaksanaan projek pertanian dan penternakan berimpak dan bernilai tinggi dengan peruntukan RM100 juta melalui kerjasama dengan kerajaan negeri seperti projek tanaman nanas di Johor dan ternakan udang galah di Negeri Sembilan.

Tuan Yang di-Pertua, sektor komoditi merupakan sektor utama yang menyediakan input kepada pelbagai produk hiliran bernilai tambah tinggi dan menjana pendapatan eksport negara. Sebagai usaha memperkukuh kelangsungan pelbagai sektor komoditi, bagi tahun hadapan, langkah-langkah berikut akan dijalankan.

Pertama, meneruskan program pemilikan sijil Minyak Sawit Mampan dengan peruntukan RM20 juta bagi merancakkan pertumbuhan dan meningkatkan daya saing

final • 5:50 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

industri sawit negara. Geran padanan sebanyak RM30 juta untuk menggalakkan pelaburan dalam mekanisasi dan automasi akan diperkenalkan.

Kedua, menyediakan insentif pengeluaran lateks sebanyak RM16 juta secara padanan bagi menggalakkan pengeluaran lateks yang memerlukan waktu kerja lebih panjang berbanding pengeluaran cuplump yang bakal dimulakan di negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Ketiga, membuka kawasan perindustrian perabot di Pagoh bagi merancakkan industri perkayuan dan menambah peluang pekerjaan.

Selain itu, dalam RMKe-12, kerajaan juga akan menyediakan dana pusingan berjumlah RM500 juta bagi program Pinjaman Pembangunan Ladang Hutan. Dana pinjaman ini khusus untuk pembangunan ladang hutan yang berkeluasan 4 hektar dan ke atas.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sedar bahawa sektor pelancongan terutamanya syarikat penerbangan merupakan antara sektor yang paling terkesan. Sehubungan itu, kerajaan akan menyediakan program latihan dan penempatan semula bagi 8,000 orang kakitangan dari syarikat penerbangan di Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM50 juta...

[Tepuk] Kerajaan juga akan menyediakan peluang pekerjaan kepada 500 orang daripada komuniti setempat dan Orang Asli sebagai jurupandu pelancong di semua taman negara bagi merancakkan segmen ekopelancongan...

[Tepuk] Seterusnya, bagi memastikan ketersediaan tempat tumpuan pelancong, sebanyak RM50 juta disediakan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih kemudahan pelancongan di seluruh negara. Sejumlah RM20 juta juga diperuntukkan bagi menambah baik infrastruktur dan mempergiat promosi Kampung-kampung Budaya di negeri Terengganu, Melaka, Sarawak dan Negeri Sembilan.

Selain itu, sebanyak RM10 juta diperuntukkan bagi memastikan bangunan warisan kebangsaan seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, dan Carcosa Seri Negara juga akan terus kekal terpelihara dan menjadi ikon pelancongan.

Industri pelancongan kesihatan berpotensi sebagai pelaburan baharu negara.

Untuk itu, kerajaan memperuntukkan RM35 juta ke Malaysia Healthcare Travel Council bagi meningkatkan daya saing industri pelancongan kesihatan tempatan. Kerajaan juga akan melanjutkan pengecualian cukai pendapatan bagi eksport perkhidmatan jagaan kesihatan swasta sehingga tahun 2022.

Kerajaan mendengar keluhan para peniaga dan penjaja di Sabah yang terjejas teruk ekoran kekurangan kehadiran pelancong. Sehubungan itu, sukacita kerajaan mengumumkan Geran Khas Prihatin Tambahan sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada peniaga dan penjaja di Sabah...

[Tepuk] Geran khas ini juga akan diberikan kepada pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa dan pemandu pelancong di Sabah...

[Tepuk] Bagi membantu mengurangkan beban aliran tunai syarikat yang masih terjejas, pengecualian levi tabung HRDF akan diberikan selama enam bulan berkuat kuasa 1 Januari 2021. Pengecualian tersebut akan meliputi sektor pelancongan dan syarikat yang terjejas COVID-19.

Tuan Yang di-Pertua, strategi ketiga adalah untuk mengutamakan automasi dan pendigitalan. Bergerak ke hadapan, kerajaan akan menumpukan kepada produktiviti jangka panjang melalui penggunaan teknologi baharu bagi mempercepat transformasi ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

Kerajaan melalui BPMB akan melaksanakan Skim Transformasi Pendigitalan Industri bernilai RM1 bilion bertujuan untuk merancakkan aktiviti pendigitalan dengan ketersediaan dana sehingga 31 Disember 2023.

Selain itu, bagi menyokong aktiviti automasi dan modenisasi, dana tambahan berjumlah RM150 juta disediakan di bawah Skim Geran Pendigitalan SME dan Geran Automasi. Syarat kelayakan geran ini turut dilonggarkan kepada PKS mikro dan syarikat pemula yang telah beroperasi selama enam bulan.

Tuan Yang di-Pertua, strategi keempat adalah untuk memudah akses pembiayaan. Melalui pakej PRIHATIN dan PENJANA, RM1.9 bilion- dana pinjaman mudah telah disediakan bagi membantu usahawan PKS dan PKS mikro yang sukar mendapatkan akses pembiayaan, Bagi menggalakkan perniagaan berstatus mikro dan kecil dalam kalangan Bumiputera beranjak ke kategori yang lebih tinggi, SME Bank akan menyediakan kemudahan pembiayaan Skim Lestari Bumi dengan dana berjumlah RM300 juta.

final • 5:50 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Untuk membantu kewangan PKS yang berurusan dalam pembekalan kepada kerajaan atau GLC, kerajaan akan memperkenalkan platform pembayaran digital rantaian bekalan nasional ataupun National Supply Chain Finance Platform.

Platform yang diberi nama "JanaNiaga" ini akan memanfaatkan PKS yang mengalami masalah aliran tunai disebabkan tempoh pembayaran invois yang lama dan membantu PKS untuk mendapat pinjaman daripada institusi kewangan. Platform JanaNiaga akan diterajui oleh EXIM Bank dengan penglibatan beberapa buah institusi kewangan. Sejumlah RM300 juta disediakan oleh EXIM Bank untuk menggerakkan JanaNiaga. Buat masa ini, JanaNiaga akan dilaksanakan bersama Petronas dan Telekom Malaysia. la akan diperluas kepada GLC lain, kementerian dan agensi-agensi kerajaan pada masa depan.

Pembiayaan secara peer-to-peer atau P2P di bawah seliaan Suruhanjaya Sekuriti merupakan antara inovasi kewangan alternatif yang telah menjana pembiayaan melebihi RM900 juta kepada PKS. Bagi menyokong platform P2P terutamanya yang berasaskan pembiayaan invois, RM50 juta akan diperuntukkan secara pelaburan padanan.

Seterusnya, pembiayaan kredit mikro bernilai hampir RM1.2 bilion disediakan melalui TEKUN, PUNB, Agrobank, BSN dan institusi kewangan lain. Ini termasuk tambahan sebanyak RM110 juta kepada Micro Enterprises Facility di bawah BNM bagi menggalakkan aktiviti keusahawanan dalam kalangan pekerja gig dan yang bekerja sendiri serta menyokong pelaksanaan program iTEKAD.

final • 5:50 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Program iTEKAD yang telah dilancarkan pada Mei 2020 dengan menggabungkan pembiayaan sosial dan pembiayaan mikro akan memperkasa usahawan mikro daripada segmen B40 untuk menjana pendapatan lestari. Program iTEKAD akan diperluas dengan penyertaan institusi kewangan tambahan dan kerjasama dengan lebih banyak pihak berkuasa agama negeri dan rakan pelaksanaan pada tahun 2021.

Menerusi PUNB pula, RM230 juta disediakan sebagai pembiayaan kepada PKS bagi perbelanjaan modal kerja, peningkatan sistem automasi dan peralatan serta perbelanjaan berkaitan pelaksanaan pematuhan SOP COVlD-19.

Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sebanyak RM20 bilion jaminan telah diberikan di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan. Sukacita, kerajaan akan meningkatkan jaminan sehingga RM10 bilion lagi, dengan RM2 bilion diperuntukkan khusus kepada usahawan bumiputera...

[Tepuk] Untuk syarikat korporat yang terlibat dalam industri berkemahiran tinggi seperti minyak dan gas dan aeroangkasa, jaminan bernilai RM3 bilion dikhususkan di bawah Skim Jaminan Prihatin Danajamin. Skim ini akan dilanjutkan sehingga tahun 2021 dengan terma dan syarat yang ditambah baik.

Bagi menggalakkan aktiviti pemberian kredit yang teratur dan meningkatkan perlindungan pengguna, Akta Kredit Pengguna akan digubal. Akta ini menyediakan kerangka kawal selia aktiviti berkaitan pemberian kredit pengguna dan memperkukuh penyeliaan ke atas penyedia kredit bukan bank yang pada masa ini tidak diselia. Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti akan menerajui usaha menggubal kawal selia penyedia kredit pengguna.

Tuan Yang di-Pertua, equity crowdfunding atau ECF merupakan antara kaedah pembiayaan alternatif, terutamanya untuk syarikat start-up berteknologi. Bagi menggalakkan lebih ramai pelabur individu menyertai pembiayaan menerusi platform ECF, pengecualian cukai pendapatan 50 peratus daripada amaun pelaburan baru atau terhad kepada RM50 ribu- akan diberikan. RM30 juta juga diperuntukkan secara geran padanan untuk dilabur ke dalam platform ECF di bawah seliaan Suruhanjaya Sekuriti.

Tuan Yang di-Pertua, matlamat ketiga ialah ketahanan ekonomi. Belanjawan ini akan dijajarkan kepada keutamaan Dasar Rancangan Malaysia Kedua Belas, dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Ini bagi memastikan pembangunan sosioekonomi yang inklusif dan bermakna ke arah sebuah masyarakat yang lebih makmur dan bermaruah menjelang 2030.

Susulan penularan COVID-19, prestasi kutipan hasil kerajaan telah terjejas.

Lantaran itu, hasil kerajaan tahun 2020 telah disemak semula kepada RM227.3 bilion, iaitu pengurangan hampir RM18 bilion daripada unjuran asal sebanyak RM244.5 bilion dalam Belanjawan 2020 yang diumumkan sebelum ini.

final • 6:00 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Walaupun dalam keadaan hasil yang kurang, Kerajaan tidak akan kompromi bagi melindungi nyawa dan kehidupan atau lives and livelihoods, dalam memerangi COVID-19. Maka, jumlah perbelanjaan keseluruhan tahun 2020 dianggar sebanyak RM314.7 bilion iaitu meningkat RM17.7 bilion berbanding unjuran asal. Peningkatan perbelanjaan ini bertujuan untuk membiayai pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi.

Sehubungan itu, fiscal deficit atau defisit fiskal bagi tahun 2020 dianggar meningkat kepada enam peratus daripada KDNK berbanding sasaran asal 3.2 peratus.

Kesan wabak COVID-19 akan terus dirasai pada tahun hadapan. Oleh itu, kutipan hasil kerajaan bagi tahun 2021 dijangka meningkat kepada hanya RM236.9 bilion. Namun demikian, kerajaan memutuskan supaya Belanjawan 2021 merupakan belanjawan yang mengembang atau expansionary. Sehubungan itu, jumlah perbelanjaan bagi tahun 2021 merupakan perbelanjaan terbesar dalam sejarah dengan nilai sebanyak RM322.5 bilion...

[Tepuk] Kerajaan bercadang untuk memperuntukkan RM236.5 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM69 bilion bagi perbelanjaan pembangunan dan RM17 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19. Manakala sebanyak RM2 bilion diperuntukkan bagi simpanan luar jangka. Mengambil kira anggaran tersebut, defisit fiskal 2021 diunjur pada kadar 5.4 peratus berbanding KDNK.

Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan perbelanjaan kerajaan mempunyai pengganda tinggi kepada ekonomi, sebanyak RM2.5 bilion diperuntukkan kepada kontraktor kelas G1 hingga G4 bagi menjalankan projek kecil dan sederhana di seluruh negara. Ini termasuk RM200 juta- tambahan bagi projek penyelenggaraan jalan persekutuan dan RM50 juta bagi projek penyelenggaraan rumah PPR. Selanjutnya, kerajaan turut melanjutkan tempoh kelonggaran prosedur perolehan sehingga 31 Disember 2021 untuk mempercepat pelaksanaan projek pembangunan.

Kerajaan melalui MARA juga akan menyediakan RM50 juta sebagai akses pembiayaan kepada kontraktor pembinaan di bawah Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres

(SPiKE). Skim ini ditawarkan kepada kontraktor bumiputera yang berurusan dengan kerajaan bagi memudahkan aliran tunai dalam melaksanakan projek.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini, hasil kerajaan adalah sekitar 15 peratus daripada KDNK termasuk hasil berkaitan petroleum sekitar tiga peratus. Kerajaan perlu memastikan sumber hasil adalah mapan dan mampu membiayai perbelanjaan terutamanya perbelanjaan mengurus.

Strategi kutipan hasil akan ditambah baik termasuk membasmi aktiviti penyeludupan terutama barangan berduti tinggi. Dengan izin, multi-agency task force akan diperkasa dengan penyertaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional.

Selain itu, mulai 1 Januari 2021, kerajaan akan melaksanakan langkah-langkah berikut:

(i) membekukan pengeluaran lesen import rokok baharu;

(ii) memperketat pembaharuan lesen import rokok melalui semakan semula syarat lesen termasuk mengenakan kuota import;

(iii) mengehadkan aktiviti transshipment rokok kepada pelabuhan tertentu sahaja;

(iv) mengenakan cukai dengan kemudahan pulang balik atau drawback ke atas semua rokok import bagi tujuan transshipment dan eksport semula;

(v) tidak membenarkan aktiviti transshipment dan eksport semula rokok menggunakan bot kumpit; dan

(vi) mengenakan cukai ke atas rokok dan produk tembakau di semua pulau bebas cukai.

Kerajaan juga akan mengenakan duti eksais pada kadar ad valorem 10 peratus ke atas semua jenis peranti rokok elektronik dan bukan elektronik termasuk vape berkuat kuasa 1 Januari 2021. Manakala cecair rokok elektronik akan dikenakan duti eksais pada kadar 40 sen per mililiter.

Tuan Yang di-Pertua, strategi kedua ialah berkaitan dengan agenda pembangunan lima tahun negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-12. Ini merupakan peringkat 6R terakhir iaitu reform atau menyusun semula. Kerajaan akan memberi tumpuan kepada perbelanjaan pembangunan yang memberi manfaat besar kepada rakyat dan menyokong momentum pertumbuhan ekonomi.

final • 6:00 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Kerajaan komited untuk melaksanakan projek infrastruktur pengangkutan bagi meningkatkan kemudahsampaian rakyat. Pada tahun 2021, sebanyak RM15 bilion disediakan bagi membiayai antaranya projek Lebuhraya Pan Borneo, Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru dan Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa Pertama. Selain itu, beberapa projek lain juga akan diteruskan seperti Sistem Transit Rapid dari Johor Bahru ke Woodlands, Singapura dan MRT3 di Lembah Klang...

[Tepuk] Pada dasarnya, kerajaan berhasrat untuk meneruskan projek high-speed rail

(HSR) kerana projek ini dijangka dapat menjana kesan pengganda yang positif terhadap ekonomi negara. Namun begitu ia tertakluk kepada perbincangan Ianjut dengan Singapura.

Beberapa projek baharu berjumlah hampir RM3.8 bilion akan dilaksanakan seperti berikut:

(i) projek fasa kedua bagi pembinaan Jambatan Klang Ke-3 di Selangor;

(ii) meneruskan Projek Central Spine Road di jajaran baharu di negeri Kelantan dan Pahang;

(iii) menaik taraf jambatan merentasi Sungai Marang, Terengganu;

(iv) menaik taraf jalan persekutuan menghubungkan Gerik, Perak ke Kulim, Kedah;

(v) meneruskan projek fasa tiga bagi membina dan menaik taraf lingkaran Pulau Indah, Klang, Selangor;

(vi) pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi pakej dari Serusop ke Pituru; dan

(vii) projek Jalan Pintasan Cameron Highlands, Pahang dengan penekanan langkah pemuliharaan alam sekitar.

final • 6:00 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Bagi lima buah Koridor Wilayah Pembangunan Ekonomi, projek-projek pembangunan akan diteruskan dengan peruntukan bagi tahun 2021 sebanyak RM780 juta merangkumi:

(i) Sistem Pengangkutan Bas Rapid Transit di 3 Laluan Berkapasiti Tinggi dan Pembinaan "Busway" di kawasan pembangunan IRDA;

(ii) Pembinaan Jambatan Palekbang ke Kota Bharu, Kelantan di bawah ECER;...

[Tepuk]

(iii) Pembinaan infrastruktur dan komponen projek Zon

(iv) Pembangunan Khas di Yan dan Baling, Kedah di bawah NCER;

(v) Projek Infrastruktur di Kawasan Perindustrian Samalaju, Sarawak di bawah SCORE; dan

(vi) Penyambungan Projek Pembesaran Pelabuhan Kontena Sapangar Bay, Sabah di bawah SDC.

Selain itu, galakan cukai sedia ada bagi Koridor Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Iskandar Malaysia dan Koridor Pembangunan Sabah dilanjutkan sehingga tahun 2022.

Peruntukan sebanyak RM150 juta juga disediakan bagi Projek Penyaluran Air Mentah dari Sungai Kesang dan Taşik Biru ke Empangan Jus, Melaka.

Selanjutnya, KWSP akan meneruskan pembangunan Kwasa Damansara dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM50 bilion. la merangkumi pembangunan kawasan komersial, kediaman, infrastruktur sosial, hab inovasi dan perubatan. Lebih 100 ribu peluang pekerjaan bakal dijana manakala lebih 250 ribu unit rumah termasuk 10 ribu unit rumah mampu milik akan dibina.

Akhir sekali, bagi tahun 2021, Sabah dan Sarawak akan menerima peruntukan perbelanjaan pembangunan masing-masing sebanyak RM5.1 bilion dan RM4.5 bilion...

[Tepuk] Peruntukan ini antaranya untuk membina dan menaik taraf infrastruktur air, elektrik, dan jalan raya, kemudahan kesihatan dan pendidikan.

final • 6:10 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, strategi ketiga adalah untuk memperkasa peranan GLC dan masyarakat sivil. Tindakan proaktif GLC dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat harus dijadikan contoh kepada syarikat atau industri lain, lebih-lebih lagi ketika rakyat menghadapi tempoh mencabar ini. Lebih banyak program akan dilaksanakan melalui GLC, masyarakat sivil dan NGO, bermula dengan bidang sosial dan pemuliharaan alam sekitar dalam melengkapi sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan Kerajaan berhasrat bekerjasama dengan NGO dan perusahaan sosial atau social enterprise dalam agenda pembangunan negara. Sebagai contoh, melalui konsep geran padanan, kerajaan bersama-sama dengan Yayasan Hasanah telah membiayai inisiatif seperti penjanaan pendapatan terutamanya bagi golongan terjejas semasa COVlD-19 ini. Antara inisiatif yang dibiayai adalah menjahit pelitup muka oleh masyarakat asal Sarawak di bawah Tanoti, projek pemerkasaan Orang Asli di Hulu Selangor oleh EPIC Society dan inisiatif keusahawanan OKU oleh Komuniti Belia Selangor (SAY).

Kementerian Kewangan telah membuka portal Belanjawan 2021 pada 28 September yang lalu, untuk mendapat cadangan dan undian rakyat berhubung isu masyarakat dan alam sekitar. Selain daripada lebih 6,000 cadangan yang disampaikan, lebih 40 ribu undian juga diterima. Berdasarkan maklum balas ini, Kementerian Kewangan akan mengagihkan dana untuk NGO seperti berikut:

(i) sebanyak RM50 juta bagi inisiatif penjanaan pendapatan dan peningkatan pekerjaan bagi golongan rentan;

(ii) sebanyak RM30 juta bagi inisiatif menangani isu sosial; dan

(iii) sebanyak RM20 juta bagi inisiatif pemeliharaan alam sekitar.

Geran sebanyak RM100 juta ini akan dipadankan dengan sumbangan dari yayasan milik GLC. Seterusnya, kerajaan akan menjalankan program pembangunan perusahaan sosial dengan peruntukan RM20 juta kepada Malaysian Global Innovation and Creativity Centre atau MaGlC dan agensi terpilih. Di samping itu, projek rintis pendaftaran ePerolehan kepada perusahaan sosial yang mempunyai Sijil Program e- Perolehan Impak Kerajaan daripada MaGlC dan agensi terpilih yang Iain untuk menjadi pembekal kepada kerajaan. Dengan inisiatif ini, perusahaan sosial boleh membekal barangan dan perkhidmatan dengan jumlah keseluruhan sehingga 20 juta setahun.

Tuan Yang di-Pertua, strategi keempat menjamin kelestarian sumber. Asas ekonomi kita ialah alam sekitar dan aset semula jadi. Oleh itu, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, adalah penting untuk kita menentukan keseimbangan antara pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar supaya kualiti hidup kita terjaga dan legasi generasi akan datang dipelihara. Kerajaan yakin kelestarian sumber boleh memacu pertumbuhan ekonomi baharu di samping mewujudkan peluang pekerjaan.

Pada 2015 bersama negara-negara ahli Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

(PBB) yang lain, Malaysia telah bersetuju untuk menerima Agenda 2030 dan 17 Matlamat Pembangunan Lestari ataupun Sustainable Development Goals (SDG). Kini, buat pertama kalinya, belanjawan negara diselaraskan dengan SDG supaya rakyat kita melangkah ke masa depan yang lebih makmur, lebih lestari dan inklusif.

Kerajaan dengan kerjasama strategik PBB di Malaysia akan menubuhkan Dana Amanah Malaysia-SDG atau MySDG Trust Fund dengan peruntukan permulaan berjumlah RM20 juta. Dana ini akan menyediakan platform menyelaras pembiayaan daripada sumber awam dan swasta dengan lebih sistematik. Dengan itu, pelbagai pihak dapat menyumbang dan terlibat dalam melengkapkan dan menentukan SDG tercapai menjelang tahun 2030.

Tambahan lagi, kerajaan juga memperuntukkan RM5 juta untuk menyokong program-program SDG yang dilaksanakan oleh Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sedang meneruskan usaha jangka panjang bagi mewujudkan Hab Kewangan Lestari dan meletakkan Malaysia sebagai hab serantau untuk gaya hidup lestari. Pada bulan Ogos lalu, kerajaan telah menerbitkan sukuk digital pertama iaitu Sukuk Prihatin dengan langganan melebihi sasaran iaitu RM666 juta ringgit. Kini, kerajaan akan menerbitkan pula Bon Kelestarian pertama di Malaysia untuk tujuan alam sekitar dan sosial pada tahun 2021.

Sebagai tambahan, bagi terus menggalakkan terbitan produk Sustainable and Responsible Investment (SRI) dan bon yang mencapai standard hijau, sosial dan mampan di Malaysia, pengecualian cukai pendapatan sedia ada bagi geran Sukuk Hijau

final • 6:10 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

SRI diperluas kepada semua jenis sukuk dan bon serta pengecualian ini akan dilanjutkan sehingga tahun 2025.

Selanjutnya, kerajaan juga akan meneruskan Green Technology Financing Scheme 3.0 atau GTFS 3.0 dengan saiz dana RM2 bilion Ringgit selama dua tahun sehingga tahun 2022 yang akan dijamin oleh Danajamin bagi menggalakkan terbitan sukuk SRI.

Tuan Yang di-Pertua, bagi terus memelihara khazanah alam, beberapa inisiatif berikut akan dilaksanakan:

(i) sebanyak RM50 juta untuk menangani isu sampah dan sisa pepejal yang terperangkap di sungai;

(ii) sebanyak RM40 juta dalam tempoh lima tahun bagi mengukuhkan aktiviti penguatkuasaan pemantauan kualiti alam sekitar, antaranya untuk mewujudkan 30 stesen pemantauan di seluruh negara;

(iii) sebanyak RM10 juta disediakan bagi melaksanakan Program Integrated Island Waste Management di sekitar pulau di Johor dan Terengganu bagi mengurangkan kesan kemusnahan terumbu karang dan hidupan marin. Program ini melibatkan kolaborasi pihak UNDP, kerajaan negeri dan sektor swasta;

(iv) meningkatkan peruntukan di bawah Pemberian TAHAP kepada semua kerajaan negeri daripada RM350 juta kepada RM400 juta. Daripada jumlah tersebut, Sejumlah RM70 juta juga diperuntukkan bagi tujuan aktiviti ecological fiscal transfer sebagai insentif tambahan kepada kerajaan negeri untuk menjamin kelestarian biodiversiti negara; dan

(v) melaksanakan program penanaman pokok bakau bagi memelihara kawasan paya bakau serta spesies pokok lain di pesisiran pantai antaranya di Tanjung Piai, Johor dan Kuala Sepetang, Perak.

Selanjutnya, program SAVE 2.0 diperkenalkan iaitu pemberian e-Rebate RM200 kepada isi rumah yang membeli alat penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga buatan tempatan. Sejumlah RM30 juta disediakan untuk program ini yang dijangka memanfaatkan sebanyak 140 ribu isi rumah.

Sebagai sebahagian daripada langkah melestarikan teknologi hijau yang cekap tenaga dan mesra alam, kerajaan menyokong inisiatif yang telah diambil Kerajaan Negeri Sarawak untuk menggunakan bas awam yang menggunakan hydrogen fuel cells. Di samping itu, bagi mengawal biodiversiti kawasan hutan dan pemburuan haram, kerajaan akan memperkasa Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti dengan pengambilan lebih 500 bekas tentera dan polis serta Orang Asli untuk menjalankan aktiviti rondaan. Bagi tujuan ini, sebanyak RM20 juta diperuntukkan.

final • 6:10 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, sebagai tunjang negara, langkah untuk meningkatkan kecekapan jentera pentadbiran kerajaan turut menjadi keutamaan.

Memandangkan kita kini hidup dalam norma yang baharu, penggunaan ruang digital perlu dimaksimumkan dalam menjalani sebarang urusan seharian. Contohnya, ucapan Belanjawan pada tahun ini diedarkan tanpa kertas atau paperless, sebaliknya secara soft copy melalui aplikasi QR-Code. Saya sendiri menggunakan tablet bagi membentangkan Belanjawan petang ini. Saya menyeru lebih banyak kementerian dan agensi menyahut pendekatan paperless yang lebih mesra alam dan menjimatkan kos.

Pada masa ini, terdapat sejumlah 23 buah UTC di seluruh negara dan yang terbaharu ialah UTC Pulau Pinang yang telah dibuka pada bulan Ogos lalu. Mengambil kira kepadatan penduduk di Lembah Klang dan di kawasan sekitar Petaling Jaya, kerajaan berhasrat untuk membina UTC di Lembah Pantai dengan kerjasama pihak swasta.

Selain itu, dalam era norma baharu ini, Kerajaan akan memperluas penggunaan kios sebagai saluran alternatif sistem penyampaian. Jabatan Pengangkutan Jalan akan menambah bilangan kios untuk beberapa perkhidmatan utama seperti pembaharuan lesen kenderaan bermotor. Kios akan diletakkan di

final • 6:20 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

sejumlah 50 buah- lokasi strategik di seluruh negara bagi memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan walaupun di luar waktu bekerja.

Kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM14 juta untuk menaik taraf infrastruktur serta kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi di Kementerian Luar Negeri serta pendigitalan perkhidmatan konsulat Malaysia di luar negara.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan meneruskan agenda pembangunan negara berteraskan tadbir urus yang baik serta menjunjung prinsip integriti. Kerajaan akan memastikan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) dan pengambilan seramai 100 orang pegawai SPRM diteruskan serta menerapkan pendidikan antirasuah di semua peringkat. Atas keprihatinan kerajaan, peruntukan khas disediakan sebagai ganjaran kepada mana-mana yang dapat menyalurkan maklumat tentang sebarang salah laku dan pelanggaran undang-undang. Contohnya, isu pencemaran sungai yang semakin tidak terkawal sehingga mengakibatkan terputusnya bekalan air di Lembah Klang.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan prihatin aspek kebajikan dan kesejahteraan penjawat awam lebih-lebih dalam keadaan negara dilanda pandemik COVID-19.

Anggota barisan hadapan seperti doktor, jururawat, polis, tentera, anggota bomba, RELA, petugas JKM dan ramai lagi yang telah membanting tulang empat kerat, berkorban juang memerah keringat, dengan sepenuh kudrat, demi menjamin kesejahteraan kita semua warga Malaysia. Kini, ramai antara mereka diamanahkan untuk melaksanakan tugas di Sabah.

Marilah kita mendoakan rakyat di Sabah dan seluruh anggota barisan hadapan supaya dapat mengharungi situasi sukar ini dan diberikan perlindungan oleh-Nya.

Bagi menambah baik kemudahan anggota perkhidmatan awam, inisiatif berikut akan dilaksanakan:

(i) menaikkan kadar elaun sejumlah RM6 kepada RM8 sejam untuk lebih seramai 1,900 Pegawai Bomba Bantuan mulai tahun 2021; dan

(ii) memperkenalkan Skim Perlindungan Kemalangan Diri percuma sehingga sejumlah RM100 ribu kepada peminjam baharu Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam bagi tahun 2021 dan 2022.

Selanjutnya, bagi menghargai keringat kepahlawanan dan bakti pesara polis yang menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pemberian one-off sebanyak RM500 kepada seramai 40 ribu orang- penerima.

Tuan Yang di-Pertua, sejak dilantik sebagai Yang Berhormat Menteri hampir lapan bulan yang lalu, dan datangnya saya daripada sektor korporat, mata saya terbuka kepada betapa komitednya dan teguh setianya penjawat awam dalam menjalankan amanah yang diberi. Tanpa mengenal penat lelah, mereka telah berkhidmat melangkaui ekspektasi, and rose and beyond the call of duty untuk melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi. Sebagai menghargai jasa dan bakti anggota perkhidmatan awam, sukacita kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM600 untuk kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah. Bagi pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen, Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM300 akan diberikan. Kedua-dua bantuan ini akan dibayar pada awal tahun 2021.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum berakhir, saya ingin menekankan bahawa Belanjawan ini sememangnya mengutamakan kesejahteraan rakyat. Pelbagai inisiatif telah diumumkan dan izinkan saya berkongsi beberapa contoh bagaimana Belanjawan ini mampu memanfaatkan rakyat.

Pertama, Puan Aisyah yang bekerja dengan pendapatan tidak tetap sekitar sebanyak RM1,000 sebulan perlu menyara empat orang anak telah termasuk dalam kategori miskin. Puan Aisyah layak menerima antaranya bantuan kebajikan, Bantuan Prihatin Rakyat, Bantuan Pembayaran Bersasar dan Program Jaringan Prihatin. Jumlah manfaat yang bakal diterima di bawah Belanjawan 2021 bernilai sebanyak RM13 ribu.

Kedua, Encik Kevin yang mempunyai dua orang anak, baru sahaja kehilangan pekerjaan dan sebelum ini berpendapatan isi rumah sebanyak RM3,500 sebulan termasuk dalam kategori B40. Beliau layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat, pengeluaran caruman KWSP, Bantuan Pembayaran Bersasar, lanjutan skim insurans pekerjaan dan Program Jaringan Prihatin. Manfaat yang diterima Encik Kevin kira-kira sebanyak RM15,600.

final • 6:20 PM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, hakikatnya, ini bukanlah kali pertama dunia dilanda wabak. Manusia sudah berulang kali jatuh dan bangkit semula membina tamadun.

COVID-19 sememangnya musibah yang membuat dunia akur bermuhasabah, mencari solusi dan saling meneladani. Kita perlu bersyukur, kita masih kuat menggagahi semua ini. Kuatnya negara ini adalah kerana rakyatnya tabah berkorban dan membentengi negara. Maka sebab itu, bagi kerajaan, nurani rakyat mesti didakap erat, kerana kepercayaan rakyat mahal maharnya.

Saya punya sebuah kepercayaan. Betapa bangsa Malaysia ialah bangsa yang berani, bangsa yang kuat, yang bila sepakat kita mampu melakukan yang luar biasa.

Atas hakikat itulah Belanjawan 2021 ini mengangkat sebagai tema, ‘Teguh Kita, Menang Bersama’. Kita boleh berbalah dan berbeza pandangan atas perkara cabang, namun bermuafakatlah kita atas perkara dasar. Jika, sebelum ini kita pernah bersama sebulat suara bersetuju dengan penubuhan Kumpulan Wang COVID-19, harapan ramai di dalam Dewan yang mulia ini mahupun rakyat di luar sana untuk Belanjawan ini dijulang menjadi kanun saksi perpaduan kita demi rakyat...

*[Tepuk] Yang kurik itu kundi; Yang merah itu saga; Yang baik itu budi; Yang indah itu bahasa.

Yang berdamai kan permai, Yang sehaluan kan keberkatan.

Yang satu suara kan mara, Yang teguh biarlah kita.

Teguhkan kita, Teguhkan kita.

"Teguh kita, menang bersama"...

[Tepuk]* Akhir kalam, kepada-Mu ya Allah kami memohon doa, diberi hidayah memudah usaha, mengecap nikmat seluas angkasa dan kita dijauhi bala bencana COVID-19.

Wabillahi taufik wal hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Datuk Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan*...

[Tepuk] [Disorak]*

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada sesiapa menyokong?

final • 6:20 PM

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 6:20 PM
USUL
ANGGARAN PEMBANGUNAN 2021 Menteri Kewangan [YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz]: Tuan

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Usul di atas nama saya di dalam Aturan Urusan Mesyuarat yang berbunyi; “Bahawa Dewan ini mengikut Subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada enam puluh sembilan bilion Ringgit (RM69,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2021, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 26 Tahun 2020, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan, jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut, diserahkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.”

final • 6:20 PM

Menteri Kanan Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 66(3), perbahasan atas usul-usul bagi Bacaan Kali Yang Kedua atas Rang Undang-undang Perbekalan 2021, dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2021, hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh yang tidak kurang daripada dua hari, setelah usul-usul tersebut dicadangkan, dan disokong.

Dengan demikian, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 9 November 2020...

[Tepuk] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam sejahtera.

final • 6:20 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026