Aug122020

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Sri Azalina Othman Said) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya menjemput Yang Berhormat Jempol.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Langkawi hendak tubuh parti baharu, Nasib Melayu dijadikan taruhan, Soalan Jempol naik nombor satu, Mohon Timbalan Menteri beri jawapan.

final • 10:00 AM

1. Dato' Haji Salim Sharif [Jempol] minta Menteri Kewangan menyatakan pelan tindakan untuk membantu individu-individu yang berdepan masalah kewangan dan pembayaran hutang akibat pandemik COVID-19, khususnya selepas tamat tempoh moratorium pada September 2020 bagi mengelakkan berlakunya peningkatan bilangan individu muflis.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Abd Rahim bin Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Jempol di atas soalan yang telah dikemukakan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan akan melaksanakan kaedah moratorium bersasar selepas tamat moratorium secara automatik pada September 2020 nanti kepada individu terjejas seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Lanjutan moratorium bersasar dan peruntukan fleksibiliti pembayaran balik khusus untuk golongan yang benar-benar memerlukan iaitu― Pertama, individu yang kehilangan pekerjaan pada tahun 2020 dan masih lagi belum dapat pekerjaan lain akan ditawarkan tempoh lanjutan moratorium pinjaman selama tiga bulan lagi oleh pihak bank masing-masing.

Kedua, individu yang masih bekerja tetapi gaji mereka terjejas akibat COVID-19 akan ditawarkan pengurangan ansuran pinjaman yang sepadan dengan pengurangan gaji mereka bergantung pada jenis pembiayaan. Institusi perbankan akan menawarkan tempoh fleksibiliti ini selama sekurang-kurangnya enam bulan. Institusi perbankan juga akan mempertimbangkan lanjutan penerimaan fleksibiliti pada akhir tempoh tersebut dengan mengambil kira gaji peminjam pada ketika itu. Bagi pembiayaan sewa beli, peminjam yang terjejas akan ditawarkan jumlah jadual ansuran pembayaran yang disemak semula supaya ia selaras dengan Akta Sewa Beli 1967.

Selain itu, institusi perbankan juga komited untuk memberikan fleksibiliti pembayaran balik kepada individu lain dan semua peminjam PKS yang terjejas akibat COVID-19. Fleksibiliti yang ditawarkan oleh sesebuah bank akan mengambil kira keadaan spesifik setiap peminjam. Tawaran ini adalah termasuk:-

(i) membenarkan peminjam membayar bahagian faedah sahaja bagi sesuatu pinjaman dalam tempoh tertentu;

(ii) memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan ansuran bulanan; dan

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Abd Rahim bin Bakri

(iii) memberikan fleksibiliti lain sehingga kedudukan peminjam lebih stabil bagi menyambung pembayaran balik baki pinjaman.

Individu yang menghendaki moratorium ini bolehlah memohon terus kepada bank bermula 7 Ogos 2020 untuk membolehkan bank mempunyai ruang yang mencukupi untuk memproses dan mempertimbangkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Soalan tambahan pertama.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Terima kasih. Saya ingin juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan kerana cukup prihatin dengan pengumuman lanjutan moratorium serta bantuan bank tersasar kepada individu yang kehilangan pekerjaan dan mereka yang terjejas pendapatan akibat penularan COVID-19.

Bagaimanapun, kadar pengangguran di Malaysia telah meningkat kepada 5.3 peratus pada Mei 2020, telah mencatatkan kelebihan 800,000 penganggur. Sudah tentulah dengan kelembapan ekonomi masa kini, angka tersebut tidak akan berhenti pada kadar ini sahaja.

Bank Negara juga mengunjurkan pertumbuhan KDNK antara negatif dua peratus ke lima peratus. Kemerosotan KDNK sudah tentulah secara tidak langsung memberi impak kepada sumber pendapatan rakyat kita yang bekerja. Saya mengambil kira contoh Singapura...

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Soalan, Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Contoh Singapura...

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Soalan tambahan.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

...Yang mana ia berlaku dalam setahun.

Jadi, soalan saya, sejauh manakah kebolehupayaan bank-bank di Malaysia untuk menjalani tempoh moratorium? Apakah kesan kerajaan sekiranya moratorium dilanjutkan kepada semua pihak seperti masa yang telah dilangsungkan sekarang? Dan apakah strategi peringkat kementerian bagi mengekang kemungkinan berlaku kadar kenaikan pinjaman tidak berbayar (NPL)? Mohon Menteri untuk menjawab. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Silakan.

final • 10:00 AM

Datuk Abd Rahim bin Bakri

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat membangkitkan berkaitan dengan adakah bank berkeupayaan untuk melaksanakan moratorium ini selanjutnya sekiranya keadaan ekonomi kurang memuaskan untuk tempoh-tempoh yang akan datang.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seperti mana dalam Pakej PRIHATIN dan juga Pakej PENJANA yang telah kita kemukakan iaitu RM295 bilion, RM100 bilion daripadanya adalah merupakan inisiatif moratorium yang telah disediakan oleh bank- bank di Malaysia. Setakat ini, sememangnya pihak bank telah pun menanggung RM66.6 bilion pakej moratorium tersebut bagi tempoh setakat yang telah dilaksanakan.

final • 10:00 AM

Datuk Abd Rahim bin Bakri

Saya ingin nyatakan di sini bahawa bank memang berkemampuan untuk melaksanakannya. Ini kerana, bank mempunyai buffer yang mencukupi untuk menanggung semuanya ini dan setiap keputusan untuk melanjutkan moratorium ini adalah dikawal selia oleh Bank Negara dan juga melalui penglibatan Persatuan Bank- bank Malaysia. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, bolehkah diadakan tempoh moratorium tindakan kebankrapan di mahkamah bermula dari tarikh PKP diperkenalkan iaitu 18 Mac 2020 sehingga rang undang-undang pindaan kepada Akta Insolvensi 1967 – yang ada di atas meja saya ini diluluskan dan digazet. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Abd Rahim bin Bakri

Terima kasih Yang Berhormat. Proses yang sedang kita lakukan sekarang adalah untuk melaksanakan moratorium bersasar. Ini bererti bahawa ramai yang akan dapat faedah dan tindakan untuk melaksanakan legal proceeding terhadap borrowers ini akan dapat dielakkan.

final • 10:10 AM

Datuk Abd Rahim bin Bakri

Oleh sebab itu, kepada peminjam-peminjam yang menghadapi sedikit masalah, mereka boleh mengunjungi AKPK iaitu agensi yang bertanggungjawab untuk memberikan nasihat kepada peminjam-peminjam dan bagi small and medium enterprises, mereka boleh mengunjungi agensi Small Debt Resolution Scheme (SDRS) untuk mendapatkan khidmat nasihat. Oleh sebab itu, saya fikir perkara-perkara untuk tindakan-tindakan undang-undang itu dapat kita elakkan. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Tuan Yang di- Pertua, satu lagi boleh?

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Papar tiada dalam Dewan untuk soalan 2. Saya menjemput Yang Berhormat Pasir Puteh.

final • 10:10 AM

[Soalan No. 2 – Y.B. Tuan Haji Ahmad bin Hassan (Papar) tidak hadir]

3. Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [Pasir Puteh] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil pihak kementerian dalam memastikan kepuasan hati rakyat terhadap kualiti dan penerimaan perkhidmatan siaran TV Digital yang telah disediakan melalui myFreeview.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Assalamualaikum. Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini liputan siaran TV analog hanya merangkumi sejumlah 60 hingga 98 peratus di kawasan berpenduduk. Penonton hanya menerima tujuh saluran TV pada ketika itu. Malah ada yang cuma menerima dua atau tiga siaran saluran TV sahaja. Kini terdapat sebanyak 15 saluran TV dan enam saluran radio secara percuma disediakan melalui siaran TV Digital myFreeview kepada penonton.

Kualiti siaran adalah dalam standard definition (SD) dan high definition (HD) tidak kira di mana sahaja mereka berada. MYTV Broadcasting iaitu syarikat yang mengendalikan myFreeview sedang berusaha untuk memberi perkhidmatan siaran TV Digital myFreeview melalui pelbagai peranti dan platform serta menawarkan lebih banyak saluran kepada penonton bagi memastikan kepuasan hati rakyat terhadap penerimaan perkhidmatan myFreeview. Sekarang ini, untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, kita tambah satu lagi siaran iaitu Awesome TV untuk golongan belia dengan program- program berinformasi dan juga program hiburan.

Bagi pemantauan terhadap kualiti perkhidmatan siaran TV digital, MYTV menawarkan Service-Level Availability (SLA) tahunan kepada kadar sejumlah 99 peratus kepada content application service provider yang berada di platform MYTV. Peratusan SLA tersebut menggambarkan gangguan masa siaran TV yang mana semakin tinggi peratusan SLA, tempoh gangguan yang akan dihadapi oleh penonton akan menjadi semakin rendah dan berkurangan.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Pasir Puteh, purata SLA siaran TV digital myFreeview pada November 2019 hingga Januari 2020 di seluruh negara adalah sebanyak 99.96 peratus. Tambahan pula, MYTV menyediakan dua talian khidmat pelanggan iaitu 1-800-181088 dan 1-300-806988 untuk membantu sekiranya penonton menghadapi sebarang kesukaran dalam menggunakan perkhidmatan myFreeview. Akan tetapi, hari ini juga kita boleh terus layari myFreeview TV, feedback myFreeview, Instagram myFreeview untuk kita mengadakan aduan dan sebagainya.

Kecuali Yang Berhormat kotak itu rosak sahaja, itu tak boleh lah Yang Berhormat ya. Kita kena tukar itu. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas penjelasan yang sangat baik. Cuma, saya ingin mendapat tahu perkembangan terkini iaitu pada tahun 2019 kita menghadapi sedikit sebanyak masalah dalam penyiaran televisyen termasuk dalam isu yang berkaitan dengan jalur lebar 5G dalam negara kita. Maka, pihak kerajaan telah pun memperkenalkan frequency retrenching untuk memperkenalkan sistem 700 MHz di dalam penyiaran ini.

Soalan saya adalah, sejauh mana perkembangan ini telah diwujudkan di dalam negara kita dan berapakah jumlah perbelanjaan kerajaan yang telah dilaburkan? Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Tuan Yang di-Pertua, untuk pengetahuan Yang Berhormat, perkhidmatan jalur lebar 700 MHz yang ditanya Yang Berhormat itu kita belum lagi bagi. Apabila kita lihat sekarang ini, di sesetengah tempat untuk mendapatkan

final • 10:10 AM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

myFreeview ini, kalau tidak ada perkhidmatan jalur lebar itu sangat kurang atau kekuatan tidak sampai. Jadi, ada gangguan. Itu memang kita akui. Akan tetapi, apabila kita cadangkan, apabila kita bagi jalur lebar 5G ini termasuk spektrum yang kita cadangkan itu 700 MHz, jadi ia akan menjadi lebih baik. Akan tetapi, buat masa sekarang ini mungkin seperti mana yang kita maklumkan bahawa untuk 5G ini belum diberi lagi oleh kementerian kepada syarikat-syarikat tertentu untuk kita menjalankan spektrum 5G ini.

Jadi, kita harap selepas ini mungkin ia akan mendapat peningkatan yang lebih baik lagi. Cuma, satu lagi untuk makluman Yang Berhormat, kita tambah – sekarang ini myFreeview permintaannya cukup banyak. Sekarang ini kerajaan telah memohon tambahan sebanyak sejuta lagi untuk kita beri perkhidmatan percuma kepada rakyat terutamanya di luar bandar untuk perkhidmatan myFreeview atau MYTV ini. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Terima kasih. Tambah masa siaran dan tingkatkan mutu gambar. Kedua-dua Itu penting. Satu lagi komponen penting adalah memastikan kandungan siaran yang bermutu, berkualiti, berinformasi dan bermanfaat. Setakat mana kerajaan melalui kementerian memberikan tumpuan terhadap kandungan siaran? Awal tahun ini, myFreeview ini ada sebut bahawa mulai tahun 2022, mereka juga akan laksanakan kaedah TV berbayar ini.

Jadi sefaham saya, kerajaan ada memperuntukkan sejumlah peruntukan kepada MYTV Broadcasting ini. Jadi, kalau sudah terima peruntukan kerajaan, kat mana pula mereka boleh mengenakan sistem TV berbayar seperti diumumkan pada awal tahun 2020 oleh MYTV Broadcasting ini. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Terima kasih Yang Berhormat. Pertama sekali seperti mana – kita bersetujulah cadangan Yang Berhormat bahawa contents yang kita akan masukkan dalam saluran yang kita hendak buat myFreeview itu adalah yang terbaik dan berinformasi untuk rakyat.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, myFreeview ini yang mana TV RTM, TV2, TV Okey dan myFreeview yang dikendalikan oleh kerajaan, ia sampai ke kawasan luar bandar lebih baik. Jadi, apa informasi yang kita hendak sampaikan kepada rakyat terutamanya kawasan luar bandar adalah terbaiknya platform daripada MYTV, TV3, TV1 dan TV2.

final • 10:10 AM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Oleh sebab itulah maknanya dari segi content-nya peruntukan kerajaan kita sediakan bajet dan sebagainya untuk kita tingkatkan content, kita tingkatkan kualiti untuk kita jadikan TV media kerajaan ini terbaik supaya rakyat mendapat informasi sahih dan juga untuk informasi mereka dari segi apa-apa hasrat dan juga dasar kerajaan.

Jadi untuk pengetahuan Yang Berhormat, rancangan kita di antaranya rancangan saluran baharu dan sebagainya akan kita perkenalkan. Akan tetapi dari segi bajetnya agak kita berhati-hati sebab kita perlu sediakan bajet untuk RTM juga di samping MYTV. Jadi, antara bajetnya kita lihat bahawa bagaimanakah jumlah untuk kita tambah bajet itu supaya ia lebih baik, lebih berkualiti dan content-nya lebih bermakna untuk rakyat. Terima kasih.

final • 10:20 AM

4. Puan Alice Lau Kiong Yieng [Lanang] minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) jumlah hutang negara dan liabiliti sebenar kerajaan terkini dan jumlah anggaran hasil pendapatan negara pada tahun 2020; dan

(b) langkah-langkah untuk memulihkan ekonomi serta meningkatkan hasil pendapatan negara susulan impak wabak COVID-19.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Abd Rahim bin Bakri

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan Yang Berhormat berkaitan jumlah hutang negara, berdasarkan kepada pemakaian Standard Government Finance Statistics 1986, hutang Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM823.8 bilion iaitu berdasarkan had statutori kedudukan hutang adalah pada 51.6 peratus KDNK.

Walau bagaimanapun, kerajaan juga menanggung dan terdedah kepada tanggungan komitmen kewangan seperti berikut:

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Abd Rahim bin Bakri

(i) komitmen jaminan sebanyak RM166.9 bilion bagi melaksanakan projek infrastruktur seperti pengangkutan awam, LRT, MRT dan Pan Borneo Sarawak.

(ii) hutang Syarikat 1MDB berjumlah RM32.6 bilion; dan

(iii) anggaran liabiliti kewangan lain sebanyak RM181.4 bilion merangkumi projek-projek PPP, PFI dan PBLT.

Sebagai contoh, projek-projek ini ialah projek PFI pembangunan Putrajaya yang masih kita bayar sehingga sekarang. Kedua, projek PBLT iaitu melibatkan kuarters polis di seluruh negara. Ketiga, ialah projek-projek penyelenggaraan facilities kerajaan seperti hospital dan jalan.

Sekiranya mengambil kira defisit keseluruhan pada tahun 2020 termasuk pembiayaan pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi, kedudukan hutang dan pendedahan liabiliti kerajaan dianggar mencatat RM1.264 trilion pada akhir tahun 2020.

Kedudukan ini akan disemak dan diperinci semasa pembentangan Bajet 2021.

Untuk menjawab soalan Yang Berhormat berkaitan anggaran hasil negara, semasa pembentangan Bajet 2020 kerajaan telah mengumumkan unjuran hasil Kerajaan Persekutuan pada tahun 2020 sebanyak RM244.5 bilion dengan andaian harga minyak mentah dunia— Brent ialah USD62 setong. Namun, krisis pandemik COVID-19 dan ketidaktentuan harga komoditi telah memberi impak yang besar kepada kedudukan kewangan kerajaan dan berdasarkan situasi semasa anggaran hasil dijangka akan mengalami pengurangan iaitu berikutan harga terkini minyak mentah dunia yang masih rendah iaitu USD41 setong.

Berikutan kesan pandemik COVID-19 juga dan Perintah Kawalan Pergerakan ke atas ekonomi, kerajaan telah mengambil langkah proaktif melaksanakan pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi serta inisiatif percukaian termasuk pengecualian cukai dan penangguhan bayaran cukai perniagaan dalam sektor pelancongan.

Sehubungan dengan itu, kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2020 dijangka mencatat defisit fiskal 5.8 peratus hingga enam peratus berbanding dengan anggaran asal 3.2 peratus daripada KDNK. Perincian anggaran hasil Kerajaan Persekutuan yang disemak semula akan dibentangkan sekali lagi dalam anggaran kedudukan kewangan tahun 2021 dalam Belanjawan 2021 yang akan di jadual dibentangkan pada 6 November 2020 dengan mengambil kira kedudukan ekonomi semasa.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat juga ada membangkitkan tentang langkah-langkah pemulihan ekonomi. Bagi tempoh jangka sederhana dan jangka panjang, kerajaan akan kembali melaksanakan konsolidasi fiskal dalam jangka masa sederhana dan inisiatif pengukuhan kedudukan fiskal kerajaan termasuk mengukuhkan pentadbiran dan pematuhan cukai serta peningkatan kecekapan perbelanjaan dalam usaha memastikan paras hutang dan pendedahan liabiliti kewangan Persekutuan kekal terkawal dan terurus. Kerajaan akan melaksanakan langkah konsolidasi fiskal secara berperingkat apabila persekitaran ekonomi kembali pulih bagi mengurangkan keperluan pinjaman. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apakah strategi kerajaan untuk menangani pengiktirafan negative outlook kepada Malaysia daripada beberapa rating agency antarabangsa termasuk S&P and Fitch? Apakah kesan kepada ekonomi Malaysia jika rating agensi ini menurunkan taraf rating Malaysia pada hujung tahun ini seperti yang diramalkan oleh pakar ekonomi?

Susulan wabak COVID-19, berapakah peruntukan tambahan yang telah disalurkan kepada kesihatan awam?

Adakah kerajaan bercadang untuk memberikan lebih dana untuk langkah pencegahan seperti membekalkan pelitup muka percuma kepada rakyat kerana banyak lagi rakyat di kawasan Lanang belum menerima pelitup muka percuma daripada kerajaan lagi? Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan dapat membekalkan reusable mask kepada rakyat terutama golongan B40 dan pada masa yang sama, boleh mencari orang awam...

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Soalan Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

...Seperti makcik Kiah sebagai pembekal iaitu menjahit reusable mask tersebut supaya makcik Kiah juga boleh ada pendapatan sampingan. Minta penjelasan, terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Abd Rahim bin Bakri

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan Yang Berhormat itu terlalu— banyak sangat.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Bagilah jawapan bertulis.

final • 10:20 AM

Datuk Abd Rahim bin Bakri

Apa yang saya boleh jawab ialah berkaitan dengan konsolidasi fiskal. Untuk makluman Yang Berhormat, sememangnya dalam usaha kita untuk menjana semula ekonomi, kita telah melaksanakan 80 inisiatif yang terlibat dalam Pakej PRIHATIN dan PENJANA. Pakej ini akan mampu untuk menjana ekonomi semula.

Apa yang penting sekali seperti mana yang Yang Berhormat bangkitkan tadi, bahawa kedudukan sovereign rating kita masih di tahap yang tinggi iaitu sekurang- kurangnya A minus bagi ketiga-tiga rating agensi Fitch Rating, Standard and Poor’s Rating dan Moody’s. Ini menunjukkan bahawa masyarakat antarabangsa khususnya golongan penilai memberikan rating yang baik dan menunjukkan keyakinan terhadap ekonomi Malaysia dan program-program yang dilaksanakan Malaysia untuk menjana semula ekonomi.

Berkaitan dengan soalan spesifik Yang Berhormat seperti perbelanjaan kesihatan awam ini, kita akan jawab secara bertulis dan juga beberapa pandangan Yang Berhormat khususnya berkait dengan usaha untuk memberikan ruang perniagaan ataupun peluang ekonomi kepada masyarakat Yang Berhormat sebutkan tadi. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya, setakat manakah keupayaan kerajaan untuk membayar hutang RM823.8 bilion itu? Seterusnya, kelihatan jaminan MRT, Pan Borneo, LRT, bangunan-bangunan Putrajaya, kuarters polis dan sebagainya itu, kita mempunyai aset.

Adakah ia merisaukan jaminan yang banyak itu? 1MDB juga ada aset. Hutang RM32 bilion, aset RM42 bilion. Akhir, apa contoh sumber hasil baharu yang diusahakan oleh Kementerian Kewangan bagi menambah hasil RM244.5 bilion yang disebut tadi, sumber baharu?

final • 10:20 AM

Datuk Abd Rahim bin Bakri

Terima kasih Yang Berhormat. Berkaitan dengan apa Yang Berhormat bangkitkan tadi di peringkat awal berkaitan dengan kemampuan kerajaan untuk membayar hutang-hutang. Seperti mana yang saya selalu – kita jelaskan di sini bahawa disiplin fiskal kita adalah berada di tahap yang tinggi kerana kita memastikan kita ada statutori limit dalam hutang-hutang kita iaitu tidak melebihi daripada 55 peratus walaupun kita akan berusaha untuk menambahnya sehingga 60 peratus dalam masa terdekat ini.

final • 10:20 AM

Datuk Abd Rahim bin Bakri

Kita juga telah menetapkan debt service ratio kita di tahap 15 peratus daripada KDNK. Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa kerajaan sentiasa mengamalkan dasar berhemah untuk memastikan bahawa pengurusan kewangan negara kita di tahap yang baik.

Berkaitan dengan soalan Yang Berhormat, sumber-sumber baharu. Memang kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang tertentu untuk menambahkan sumber pendapatan kerajaan dan dalam masa yang sama, mengurangkan perbelanjaan kerajaan khususnya penjimatan-penjimatan yang boleh dibuat. Ini akan dapat dilakukan apabila krisis pandemik ini dapat kita selesaikan. Kita berharap dengan usaha-usaha yang selanjutnya, kita akan dapat meningkatkan ekonomi kita. Itu tidak ada masalah Yang Berhormat, kerana fundamental ekonomi negara kita adalah di tahap yang begitu baik dan tinggi sekali. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Sungguh elok parang lama, Walau diasah cahayanya sama, Sungguh menarik bulan purnama, Soalan Libaran nombor lima. Terima kasih.

final • 10:30 AM

  1. Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [Libaran] minta Menteri Pengangkutan menyatakan sejauh manakah tahap pelaksanaan Dasar Penggunaan Kerusi Keselamatan Kanak-kanak (CRS) yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2020 dan adakah kementerian bercadang untuk meluaskan pelaksanaannya ke sektor pengangkutan awam.

final • 10:30 AM

Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Tuan Yang di- Pertua, susulan penularan wabak COVID-19 dan bagi memberi ruang kepada rakyat untuk membuat persediaan, aktiviti penguatkuasaan Dasar Kerusi Keselamatan Kanak- kanak atau (CRS) akan terus dilaksanakan melalui pendekatan berdasarkan pendidikan advokasi dan juga pemberian nasihat. Pakar dan pertumbuhan berkaitan keselamatan jalan raya di seluruh dunia telah memperakui akan kepentingan dan kebaikan penggunaan CRS dalam mengurangkan risiko kecederaan atau kematian yang mungkin didiami oleh kanak-kanak di dalam sesuatu kemalangan.

Berdasarkan kajian, kanak-kanak berumur di antara dua tahun sehingga lima tahun yang menggunakan tali pinggang keledar dewasa akan mempunyai risiko lebih tiga kali ganda untuk mengalami kecederaan serius dan lebih daripada empat kali ganda cenderung mengalami kecederaan kepala yang serius berbanding dengan kanak-kanak yang menggunakan CRS. Sejak peraturan ini diperkenalkan daripada kajian yang dijalankan, terdapat bukti yang jelas menunjukkan peningkatan kesedaran ibu bapa dengan peningkatan kadar penggunaan Kerusi Keselamatan Kanak-kanak sebanyak enam peratus iaitu daripada 38 peratus daripada tahun 2019 kepada 44 peratus pada tahun 2020.

Tujuan utama kementerian mewajibkan peraturan penggunaan CRS ini adalah atas dasar kepentingan, keselamatan dan kebajikan kanak-kanak yang menaiki kenderaan. Ia bukanlah bertujuan untuk mengenakan penalti saman, mahupun menyusahkan orang ramai. Orang ramai perlu memberi perhatian kepada perkara ini bagi mengelakkan penyesalan di kemudian hari sekiranya ditimpa kemalangan.

Peraturan yang diperkenalkan adalah bertujuan untuk mengubah minda dan sikap orang ramai secara berperingkat untuk menyedari akan kepentingan penggunaan CRS bagi menjamin keselamatan anak-anak mereka. Buat masa ini, pemakaian CRS hanya diwajibkan kepada kenderaan persendirian sahaja. Selain itu, pengecualian turut diberikan kepada mereka yang mempunyai ahli keluarga yang besar dan tidak membolehkan peralatan CRS dipasang dengan sempurna di dalam kenderaan tersebut.

Kerajaan amat prihatin dengan kos pembelian peralatan CRS yang dihadapi oleh ibu bapa. Kerajaan juga sedar bahawa wujudnya kekangan untuk memperluaskan pelaksanaan peraturan CRS kepada kenderaan perkhidmatan awam seperti bas henti- henti, bas ekspres, teksi, kenderaan e-hailing di atas faktor practicality. Sebagai contoh, peralatan CRS mungkin tidak sesuai untuk dipasang di tempat duduk di dalam bas dan juga kekangan menyediakan peralatan CRS yang bersesuaian untuk satu kanak-kanak oleh perkhidmatan teksi dan e-hailing mengambil kira saiz kanak-kanak yang berbeza.

Saya telah mengarahkan MIROS untuk mengadakan perbincangan terperinci dengan pihak yang berkepentingan dan pihak persatuan pengeluar dan penjual kenderaan bagi pihak membuat dan pengimport CRS ke arah mengurangkan kos jualan CRS. Bagi perkhidmatan teksi dan e-hailing, penggunaan CRS adalah digalakkan.

Penyedia perkhidmatan adalah digalakkan untuk menyediakan CRS universal bagi kegunaan pelanggan.

Bagi meningkatkan tahap keselamatan penumpang di dalam bas ekspres, kerajaan juga telah mewajibkan peraturan pemasangan tali pinggang keledar di dalam semua bas ekspres bagi bas binaan baharu mulai tahun 2020. Saya juga telah berbincang dengan pelbagai pihak berkepentingan mengenai pendekatan terbaik mengenai pelaksanaan dasar CRS.

Umumnya, semua berpandangan bahawa pihak kerajaan atau pihak Kementerian Pengangkutan perlu berbalik kepada prinsip asal back to basics dalam isu keselamatan melibatkan penumpang dan kanak-kanak di dalam sesuatu kenderaan.

Antara lain, kementerian akan merangka cara penyelesaian jangka panjang yang dapat melindungi tahap keselamatan kanak-kanak, tanpa membebankan rakyat khususnya ibu bapa. Kementerian turut akan terus meneliti maklum balas daripada orang ramai mengenai piawaian berat, tinggi dan umur kanak-kanak yang perlu menggunakan CRS agar ia terus setara dan relevan dengan standard keselamatan yang diterima pakai di peringkat antarabangsa. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih jawapan Yang Berhormat Menteri. Saya faham bahawa

final • 10:30 AM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

penguatkuasaan pemasangan dan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) yang dimuktamadkan sebelum ini akan diteruskan oleh Yang Berhormat Menteri. Walau bagaimanapun, Menteri Pengangkutan berkata beberapa pembaikan akan dilakukan terhadap garis panduan pelaksanaan.

Soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk meneruskan atau meluaskan lagi penguatkuasaan, pemasangan dan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di industri e-hailing? Sekiranya jawapan ini ya, minta kementerian menjelaskan SOP dan prosedur penguatkuasaan serta pemakaian CRS atau Children Restraint Systems di industri e-hailing ini. Mohon jawab Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat Libaran.

Daripada apa Yang Berhormat kemukakan, ada beberapa perkara. Pertama, daripada segi dasar kita. Kita akan teruskan penggunaan CRS. Seperti mana yang saya katakan dalam jawapan asal saya iaitu kita sedang mengkaji semula daripada segi ketinggian dan umur. Ini kerana kalau kita berdasarkan kepada UN Regulation No. 129, kita melihat dari segi praktikal.

Kalau di Jepun, kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah. Ada yang negara Europe, ia sampai ke 15 tahun. Ada yang mengikut sampai ketinggian 150 sentimeter.

Adakah nilai ambang 136 sentimeter, 135 sentimeter dengan 36 kilogram ini merupakan nilai ambang yang patut kita terima pakai?

Jadi kesemua ini, kita dalam peringkat untuk berbincang dan juga MIROS sedang membuat kajian secara khusus tentang perkara ini. Akan tetapi, pendekatan kita masih lagi dengan advokasi dan kita tidak kenakan saman pada waktu ini dan kita akan lanjutkan sampai hujung tahun. Sementara itu, MIROS akan membuat kajian secara menyeluruh dan melihat kesemua ini.

Mengenai e-hailing apa Yang Berhormat tanya, betul. Kalau mengikut keadaan sekarang, kita belum enforce ke e-hailing. Akan tetapi apabila kita hendak membuat suatu pendekatan yang jangka panjang, banyak lagi pendekatan yang kita boleh gunakan. Pertama, kalau kita hendak, bagaimana dan umur berapa yang patut kita kenakan? Adakah sampai 135 sentimeter dan 36 kilogram yang kita hendak? Kalau hendak, ada empat jenis CRS yang patut kita gunakan. Ini akan memberi satu kesan kepada keluarga juga dan kita menjaga keselamatan anak-anak kita. Betul, tetapi back to basics. Apa yang berlaku sekarang, tali pinggang keledar belakang ini hanya 10 peratus yang patuh. Kalau kita lihat anak-anak kita berumur 10 tahun, dia duduk di belakang, dia gunakan tali pinggang, ya. Kalau dua tahun sehingga lima tahun, kita tahu risikonya tiga atau empat kali ganda lebih tinggi daripada kematian dan juga kecederaan. Jadi, dalam soal e-hailing ini, kita sedang meneliti. Kalau kita buat secara menyeluruh, kita mungkin galakkan dalam aplikasi itu tulis ada keperluan untuk dapatkan CRS, mungkin dibenarkan caj RM1 atau RM2.

Oleh sebab itu saya kata, advokasi dan apa kita buat itu kalau kita bagi pengecualian kepada bas ekspres, apa akan terjadi kalau berlakunya kemalangan? Jadi kesemua ini, sebab itu kita perlukan sedikit masa, MIROS untuk tengok semula dan kita akan keluar satu pelan tindakan secara menyeluruh dan kita akan maklumkan kepada Dewan yang mulia. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

final • 10:40 AM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Ya, saya ada soalan tambahan.

final • 10:40 AM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Hulu Langat.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih.

Soalan tambahan…

final • 10:40 AM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Segambut.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat...

final • 10:40 AM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Ipoh Timur.

final • 10:40 AM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Hulu Langat.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Gopeng tadi kan berdiri?

final • 10:40 AM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Nanti soalan tambahan kedua, boleh ya?

Sudah banyak kali berdiri.

final • 10:40 AM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Dua soalan iaitu yang pertama, bagaimana kementerian memastikan kualiti CRS di pasaran? Ini sebab kita lihat ada kualiti yang berbeza-beza. Ini yang pertama.

Kedua, sama ada JPJ bersedia untuk perkenalkan CRS sebagai aksesori wajib untuk kenderaan baru? Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat Gopeng atas dua soalan. Pertama, dari segi kualiti. Oleh sebab itu, kita meneliti kalau UNR 129 ini, [Sambil menunjukkan senaskah buku] ia ada memerihalkan untuk empat kategori CRS.

Bagaimana kita hendak buat dan kita perlu berbincang dengan pengimport dan pengeluar. Kita tidak boleh gunakan produk substandard kerana tidak melindungi anak- anak kita.

Oleh sebab itulah, kita dengar rintihan daripada orang kampung kata, “Saya ada empat orang anak. Tidak akan saya mahu letak empat CRS di belakang? Ada tidak CRS yang lebih murah?”. Kita kena tengok balik, sebab itu saya kata MIROS kaji semula.

Kenapa? Kita hendak lihat setakat apa? Tahun apa? Saya pergi ke sekolah contoh. Kalau saya melawat, saya akan tengok berapa orang yang ibu bapa dia hantar anak ke sekolah, dia pakai CRS. Tidak nampak. Kenapa? Budaya kita tidak ada. Tali pinggang keledar pun ada yang tidak pakai.

Jadi, saya kata back to basics itu penting kerana keselamatan itu yang boleh kita lindungi untuk kanak-kanak berumur dua hingga lima tahun, ya, saya sudah kata risikonya sangat tinggi. Akan tetapi, bagi mereka yang sudah sampai 1.3 meter dan umur dia sudah 10 tahun, kalau kita berdasarkan kepada umur juga, ia akan membawa satu kesan dari segi kewangan kepada ibu bapa. Ini pertama.

Kedua, apa Yang Berhormat kata tadi ialah tentang aksesori, adakah mandatori? Ya. Oleh sebab itu, saya kata dalam tempoh kajian ini, kita minta MIROS tengok pemasangan CRS itu di dalam kereta dan jenis apa. Kalau kita ada empat kategori yang kita hendak pasang, jadi anak dia akan membesar. Jadi, macam mana kita hendak buat kesemua ini? Jadi, dalam tempoh ini sehingga hujung tahun, kita akan mengkaji dan kita mesti ada satu naratif iaitu satu advocacy yang cukup menyeluruh untuk meyakinkan orang ramai.

Kalau tidak, maklum balas yang kita terima ialah lebih baik gunakan tali pinggang keledar daripada gunakan tetapi ada yang tidak faham. Kenapa kita perlu untuk kanak-kanak berumur dua tahun hingga lima tahun. Saya bagi contoh Yang Berhormat, di Germany. Seorang yang dilahirkan di hospital, tidak boleh bawa keluar kalau tidak ada CRS. Sudah sampai masanya kalau orang yang hendak balik selepas bersalin dari hospital, dia kena balik, adakah kita akan semak?

Kalau itu yang kita lakukan, saya rasa kita berjaya. Advocacy dan cara kita memantau. E-hailing ataupun bas ekspres, tidak ada pengecualian tetapi siapa yang akan sediakan? Jenis apa yang kita sediakan? Kesemua ini kita akan lihat, bagi sedikit masa kepada kita untuk MIROS study balik. Kita akan maklumkan kepada Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Soalan tambahan boleh?

final • 10:40 AM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Tuan Chan Foong Hin.

final • 10:40 AM

6. Tuan Chan Foong Hin [Kota Kinabalu] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan secara terperinci butir-butir tender MCMC bagi membina 50 menara telekomunikasi di seluruh Sabah di bawa fasa pertama National Fiberisation and Connectivity Plan (NFCP 1) kepada edotco Malaysia Sdn. Bhd. dan FGV Prodata Systems Sdn. Bhd. Siapakah pemilik menara-menara telekomunikasi ini setelah siap dibina?

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Kota Kinabalu, projek Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara (NFCP 1), telah bermula pada 15 Februari 2020.

Projek ini bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar mudah alih di 152 tapak

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

yang melibatkan sebanyak 93 mukim di seluruh negara. Ia merangkumi lapan buah negeri di Malaysia iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Terengganu dan Sabah, tidak termasuk Perlis.

Ini adalah dianggarkan bahawa seramai 40,000 penduduk di kawasan yang terlibat akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan projek ini. Inisiatif ini dijangka akan siap dalam tempoh 12 bulan bagi 147 tapak. Manakala selama 24 bulan untuk baki lima tapak lagi memandangkan lokasinya agak jauh di pedalaman.

Untuk makluman Yang Berhormat, Sabah akan mendapat manfaat terbesar iaitu sebanyak 50 tapak iaitu sebanyak 32.9 peratus daripada keseluruhan 152 tapak.

edotco Malaysia Sdn. Bhd. telah dianugerahkan untuk membina sebanyak 24 tapak struktur menara komunikasi manakala FGV Prodata Systems Sdn. Bhd. sebanyak 26 tapak, Jadi, campur dua tapak itu ialah sebanyak 50 tapak.

Setelah menara-menara tersebut siap dibina, U Mobile Sdn Bhd pula akan bertanggungjawab untuk pemasangan alat pemancar komunikasi dan pemberian perkhidmatan mudah alih di kesemua 52 tapak tersebut di bawah inisiatif ini. Para pengguna akan menikmati perkhidmatan 3G dan 4G. Ini yang kita cadangkan pada 15 Februari. Akan tetapi, setelah Kerajaan Pakatan Nasional mengambil alih, kita tambah pula dengan NFCP 2 iaitu sebanyak 500 lokasi tambahan, lebih kurang 500 menara pula, kita tambah punya daripada 152 tapak itu jadi sebanyak 500 tapak. Juga, NFCP 3, iaitu kita tanam fiber sebanyak melibatkan 150,000 buah rumah. Ini tambahan dan kita akan bagi kepada syarikat-syarikat yang lain pula.

Di bawah inisiatif ini, U Mobile Sdn Bhd selaku pemberi perkhidmatan sejagat yang dilantik yang 50 tapak tadi ini, akan menjadi pemilik kepada semua yang 50 tapak tersebut. Ini adalah untuk memastikan kesinambungan pengoperasian dan penyelenggaraan menara-menara tersebut.

Pemilikan undang-undang (legal), pembinaan menara di bawah fasa pertama NFCP 1 dilaksanakan menurut rangka kerja Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Universal Service Provision) dari sudut perundangan. Berdasarkan izin Tuan Yang di-Pertua, dokumen *Commission Determination on Universal Service Provision, Determination No.

6 of 2002,* yang dikeluarkan oleh pihak suruhanjaya, apa-apa kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian yang disediakan berdasarkan rancangan Pemberian Perkhidmatan Sejagat yang diluluskan dengan izin, approve Universal Service Provision Plan akan dimiliki oleh pemberi kemudahan rangkaian ataupun pemberi perkhidmatan rangkaian yang dilantik sebagai Pemberian Perkhidmatan Sejagat untuk menyediakan selagi mana-mana pelantikan mereka sebagai pemberi perkhidmatan tersebut tidak dibatalkan. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Soalan tambahan pertama.

final • 10:40 AM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Ya, terima kasih kepada jawapan yang dibekalkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dan terima kasih kepada Perikatan Nasional kerana meneruskan apa yang sudah dirancang oleh Pakatan Harapan untuk NFCP ini. Untuk NFCP ini, sebelum pertukaran kerajaan, ada enam projek NFCP pada tahun 2020 yang dengan kos sebanyak RM3 bilion yang akan dilaksanakan. So, soalan saya macam mana dengan NFCP 4, NFCP 5 dan NFCP 6?

Adakah ia akan dilaksanakan seperti dirancang dengan keadaan wabak COVID-19 sekarang ini? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, semasa COVID-19 ini, penggunaan jalur lebar meningkat. Maka, sudah pastinyalah tiap-tiap rancangan yang dirancang termasuklah yang kita katakan tadi untuk kita 5G, untuk NFCP 4, NFCP 5 dan semua, kita akan teruskan dan kita akan pastikannya ia dapat sampai ke kawasan luar bandar terutamanya seperti kita katakan tadi di Sabah dan Sarawaklah.

Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Soalan tambahan kedua...

final • 10:40 AM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

Kimanis.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Kimanis.

final • 10:40 AM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Beaufort.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Kimanis.

final • 10:40 AM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kita tahu pembangunan infrastruktur ini cukup penting sama ada infrastruktur jalan ataupun infrastruktur telekomunikasi atau yang kadang-kadang orang sebut juga infrastruktur langit. Connectivity ini sangat penting dan harus berjalan seiring baik jalan dan juga di langit ini. Maksud saya, bila infrastruktur telekomunikasi.

Soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, sejauh manakah pemantauan pihak kerajaan ataupun MCMC ini untuk ambil tindakan yang lebih proaktif untuk turun ke bawah dan memastikan macam di Sabah ini, kita ada jalan Lebuh raya Pan Borneo yang baharu. Kebanyakan jalan-jalan ini atau laluan ini, tidak mempunyai jaringan telekomunikasi. Jadi, maknanya perlu ada satu tindakan yang proaktif supaya nanti pengguna-pengguna jalan raya itu apabila berlaku sebarang accident umpamanya, faktor keselamatan, mereka akan gunakan ini.

Kedua, barangkali sepanjang jalan-jalan ini akan tumbuh macam cendawan, aktiviti hiliran perniagaan. Jadi, semua ini sangat diperlukan untuk masyarakat. Jadi, sejauh manakah kebersediaan proaktifnya kerajaan untuk turun ke bawah untuk memeriksa keadaan ini. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:40 AM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Terima kasih. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, daripada segi seperti mana kita katakan tadi, perkhidmatan jalur lebar ini dan juga usaha kita untuk merapatkan jurang digital di antara bandar dan luar bandar adalah bermakna KPI yang utama daripada kementerian. Jadi kita lihat di sini seperti mana saya katakan, bagaimana rakyat mendapat bekalan elektrik dan air termasuk jalan raya, maka mereka patut mendapat yang sama daripada segi komunikasi. Ini cukup penting.

Jadi disebabkan itu, maka kita lihat bahawa usaha kerajaan ialah usaha untuk menyampaikan jalur lebar (connectivity) ini ke kawasan luar bandar dan merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar ialah menjadi keutamaan. Akan tetapi perlu ditegaskan di sini, pemantauan yang kita maksudkan ini perlu ditegaskan bukan sahaja oleh pihak Suruhanjaya MCMC atau Kementerian Komunikasi dan Multimedia tetapi juga kita hendak minta kemungkinan kerjasama dari semua Ahli Yang Berhormat.

Contohnya, sebab penting kalau kita ada handphone, handphone kita yang terbaharu. Kebanyakannya pakai handphone yang terbaharu. Jadi handphone terbaru ini 5G tetapi connectivity-nya di kawasan hanya 3G, ia tidak boleh 3G dan 5G, jadi tidak sama. Jadi ini akan menjadi masalah, daripada segi pemantauannya ini cukup perlu dan penting. Oleh sebab itu saya lihat di sini daripada segi kerjasama bukan sahaja kita perlukan daripada pihak MCMC dan suruhanjaya tetapi juga daripada pihak-pihak terlibat terutama Yang Berhormat untuk sampaikan maklumat kita kepada kawasan-kawasan yang kita perlu tingkatkan kekuatan daripada 3G, 4G dan sebagainya juga sampai, WiFi, internet semua sampai ke luar bandar. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Satu lagilah.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Mungkin lepas ini Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak bagi handphone 5G kepada semua Ahli Parlimen, 222 orang.

[Tepuk]

final • 10:50 AM

Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Satu lagi.

final • 10:50 AM

Dato' Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Handphone yang terbaharu.

final • 10:50 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Lembah Pantai.

final • 10:50 AM

Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Satu lagi Tuan Yang di- Pertua, soalan.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Saya bagi Yang Berhormat Beaufort ya.

final • 10:50 AM

Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kita bersyukurlah sebab akan ada dibina menara-menara di negeri Sabah. Akan tetapi saya ingin tahu di manakah lokasi atau daerah-daerah yang terlibat yang telah dipilih untuk pembinaan ini?

Kedua, saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah kementerian bercadang untuk memastikan kawasan-kawasan yang tidak mempunyai liputan dan

final • 10:50 AM

Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

liputan yang sangat terhad khususnya di luar bandar dan seperti daerah Beaufort dan Kuala Penyu ini akan juga diliputi dan dibina menara-menara ini. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Silakan.

final • 10:50 AM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Terima kasih Yang Berhormat. Pertama sekali untuk pengetahuan Yang Berhormat, kawasan liputan ini ada beberapa masalah yang perlu kita lihat. Pertama sekali kawasan yang kita tadi di antaranya pembinaan menara MFCP 1, MFCP 2. Akan tetapi ada juga kawasan yang dah ada menara tetapi ia tidak dapat line. Kemungkinan alat pemancar dalam menara tersebut maknanya kurang kuat, kurang power. Jadi makna kita perbetulkan itu.

Jadi kadang-kadang, projek-projek yang seumpama ini yang mana memerlukan hanya peruntukan yang kecil, contohnya RM3 juta atau RM5 juta ke bawah, ini dapat kita segerakan. Jadi maknanya ini Yang Berhormat, sila maklumkan kepada pihak kementerian bahawa benda-benda yang perlu kita segerakan, maka kita akan cuba segerakan supaya projek-projek yang hanya lebih kurang RM3 juta, RM4 juta, tambah pemancar ataupun tambah satu tower untuk beri kekuatan, itu kita segerakanlah untuk pengetahuan Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 10:50 AM

7. Tuan Che Alias bin Hamid [Kemaman] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan sejauh mana Pelan Tindakan Keselamatan Makanan APEC Ke Arah 2020 dikaji semula secara menyeluruh bagi menjamin keselamatan makanan (food security) negara.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II - Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kemaman.

Pelan Tindakan Keselamatan Makanan Ke Arah 2020 dipersetujui dan diguna pakai oleh semua ekonomik APEC di Beijing, China pada tahun 2014 dan akan tamat pada tahun 2020. Sehubungan itu, Malaysia sebagai tuan rumah bagi penganjuran persidangan Asia-Pacific Economic Cooperation 2020 telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan kajian semula Pelan Tindakan Keselamatan Makanan APEC Ke Arah 2020 atau lebih dikenali sebagai APEC Food Security Roadmap Towards 2020. Pelaksanaan kajian semula ini merupakan salah satu keberhasilan dan komitmen Malaysia dalam menerajui Agenda Sekuriti Makanan dan Pembangunan Mampan di rantau Asia Pasifik. Pelan tindakan tersebut telah diguna pakai oleh 21 ekonomik APEC sejak 2014.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sedang dalam proses pelaksanaan kajian tersebut. Secara ringkasnya, kajian ini akan menilai pencapaian ekonomik APEC berdasarkan matlamat-matlamat seperti yang digariskan dalam pelan tindakan yang merangkumi pembangunan lestari, sektor pertanian dan perikanan, fasilitasi pelaburan dan pembangunan infrastruktur serta pembangunan perdagangan dan pasaran.

Selain itu, kajian tersebut juga akan meneliti cabaran dan impak COVID-19 terhadap sekuriti makanan dalam kalangan ekonomik APEC. Kementerian akan mengadakan sesi bengkel atas talian dengan semua 21 ekonomik APEC bagi mendapatkan lebih banyak maklumat dan input supaya kajian dan laporan yang menyeluruh dapat dihasilkan. Pelaksanaan kajian ini dijangka selesai pada bulan Oktober 2020.

Jadi sebagai tuan rumah APEC 2020, Malaysia berpeluang mencadangkan strategi dan matlamat yang perlu ditekankan dalam Pelan Tindakan Keselamatan Makanan APEC Pasca 2020 yang dijangka akan disediakan oleh New Zealand selaku tuan rumah pada tahun 2021 dan juga Thailand selaku tuan rumah pada tahun 2022.

Bagi memastikan kesinambungan kepada pelan tindakan sedia ada, Malaysia akan mengadakan perbincangan berterusan dengan New Zealand dan Thailand, terutama yang melibatkan kepentingan dan keutamaan sekuriti makanan negara dengan fokus utama kepada pengukuhan sekuriti makanan pasca COVID-19, pemerkasaan rantaian bekalan, peningkatan kerjasama pihak swasta, fasilitasi perdagangan dan pelaburan serta pemantapan sistem pengeluaran makanan melalui teknologi moden selaras dengan IR4.0.

Manakala melalui kumpulan kerja Policy Partnership on Food Security yang diwakili oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan memainkan peranan aktif dalam sesi libat urus dan kerjasama dengan semua ekonomik APEC khususnya

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II - Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi

bagi memastikan pelan tindakan pasca 2020 dapat dilaksanakan sewajarnya di peringkat ekonomi dan menyumbang kepada sekuriti makanan di rantau Asia Pasifik. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Soalan tambahan pertama.

final • 10:50 AM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Selaku Pengerusi APEC bagi tahun ini serta dalam masa yang sama cabaran berhadapan dengan pandemik COVID-19 di peringkat global, tentunya isu keselamatan makanan ini menjadi suatu topik yang pening yang wajar untuk digarapkan bersama.

Soalan saya, saya ingin mendapat penjelasan lanjut mengenai apakah langkah- langkah strategik dan peranan yang diambil oleh pihak kementerian bagi memastikan kejayaan Pelan Tindakan Keselamatan Makanan APEC Pasca 2020 ini dengan pelbagai cabaran yang dihadapi negara dan pelabur umumnya ketika ini. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Silakan.

final • 10:50 AM

Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu sekuriti makanan merupakan isu yang menjadi perhatian utama oleh semua ekonomik APEC semasa pandemik COVID-19. Jadi munasabahlah kalau Yang Berhormat Kemaman tersangat concern dan juga pasca pandemik COVID-19 ini. COVID-19 memberi satu cabaran kepada isu sekuriti makanan khususnya rantaian bekalan makanan dalam kalangan ekonomik APEC. Dalam hal ini, terdapat beberapa kekangan seperti logistik, penutupan pelabuhan dan sempadan serta sekatan eksport sementara di sesetengah ekonomi telah menyebabkan gangguan bekalan makanan. Selain itu, perintah sekatan pergerakan (lockdown) yang dilaksanakan bagi mengawal penularan wabak COVID-19 juga telah memberi impak kepada petani-petani khususnya petani- petani kecil disebabkan oleh gangguan perkhidmatan logistik dan limitasi akses pasaran kepada mereka.

Malaysia sebagai tuan rumah APEC 2020 bersama dengan 20 ekonomi yang lain masih meneruskan komitmen di peringkat serantau melalui pernyataan Menteri-menteri yang bertanggungjawab bagi perdagangan APEC yang telah dikeluarkan pada 5 Mei 2020 bagi memudahkan aliran barangan dan perkhidmatan penting untuk memerangi pandemik COVID-19 termasuk ubat-ubatan, bekalan dan peralatan perubatan, pertanian dan juga produk makanan serta bekalan lain merentasi sempadan dan mengurangkan gangguan kepada rantaian bekalan global bagi menggalakkan perdagangan antara ekonomik APEC seperti mana yang disarankan oleh Pertubuhan Perdagangan Sedunia

(WTO).

final • 10:50 AM

Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi

Komitmen ini juga telah diperkukuhkan melalui persidangan maya Menteri- menteri bertanggungjawab bagi perdagangan yang telah dipengerusikan oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan disertai oleh Menteri Perdagangan 20 ekonomi yang lain pada 26 Julai 2020.

Kerjasama dan peranan aktif daripada sektor swasta melalui Majlis Penasihat Perniagaan APEC juga turut diberi perhatian bagi memastikan pemulihan ekonomi selepas COVID-19 yang lebih mampan dan membawa penyelesaian serantau jangka panjang. Selain itu, Malaysia juga bersedia berkongsi pengalaman serta inisiatif-inisiatif yang dijalankan oleh kerajaan bagi merancakkan semula aktiviti pertanian, pengeluaran makanan serta memulihkan ekonomi petani kecil dan negara melalui Pakej PRIHATIN dan juga Pakej PENJANA. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan selaku kementerian yang bertanggungjawab ke atas sekuriti makanan akan memastikan bekalan makanan negara adalah berterusan tersedia pada harga yang berpatutan dan selamat bagi rakyat Malaysia.

Sebarang gangguan bekalan makanan daripada negara pengeluar akan ditangani segera melalui hubungan perdagangan yang baik di peringkat serantau dan setakat ini kita tidak ada sebarang masalah gangguan makanan dalam suasana COVID- 19 ini.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Padang Serai.

final • 11:00 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya mengenai keselamatan makanan negara. Berdasarkan Indeks Keselamatan Makanan Dunia (GFSI) dengan izin, Malaysia berada di kedudukan ke-28 dunia dan kekangan utama yang dihadapi oleh Malaysia adalah kekurangan perbelanjaan dalam mengkaji selidik pertanian. Soalan saya, apakah langkah oleh

final • 11:00 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

kementerian dalam menyelesaikan isu ini. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada soalan daripada Yang Berhormat Padang Serai itu tadi yang terlalu concern mengenai isu sekuriti makanan negara. Beliau sendiri telah pun memberi jawapan terhadap soalan itu di mana kegagalan ataupun masalah yang dihadapi dalam penyelidikan itu disebabkan oleh peruntukan yang berkurangan dan insya-Allah, maknanya kerajaan akan memberikan perhatian dalam isu ini dan akan cuba mengatasi masalah kekurangan peruntukan ini bagi memastikan penyelidikan dapat dibuat sebaiknya, menyedari bahawa, sekuriti makanan merupakan satu perkara yang cukup penting kepada negara. Jadi, terima kasih dan mudah-mudahan Yang Berhormat Padang Serai sentiasa sokong untuk kementerian ini mendapat peruntukan yang lebih, khusus dalam– digunakan untuk penyelidikan dalam industri makanan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Wong Hon Wai.

final • 11:00 AM

8. Tuan Wong Hon Wai [Bukit Bendera] minta Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan apakah status permohonan Perbadanan Bukit Bendera untuk penyenaraian sebagai UNESCO Biosphere Reserve dan apakah langkah-langkah tambahan yang perlu dibuat.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Tuan Ali anak Biju

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini telah menerima dossier pencalonan tapak rizab biosphere Bukit Bendera daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan sedang dalam proses menguruskannya dengan kelulusan Jemaah Menteri pada 14 Ogos 2020 (Jumaat). Dossier pencalonan akan dikemukakan kepada Sekretariat United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization

(UNESCO) pada bulan September 2020. Untuk makluman Yang Berhormat, pencalonan tersebut akan melalui proses penilaian oleh panel Advisory Committee For Biosphere Reserve. Seterusnya pencalonan ini akan dibentangkan di mesyuarat Man and the Biosphere International Co-ordinating Council (MAB-ICC) untuk pertimbangan akhir.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Sudah habis Yang Berhormat Menteri.

final • 11:00 AM

Tuan Ali anak Biju

Itu sahaja.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat kena duduklah selepas itu. Jikalau tidak, saya tidak tahu sudah habis ke belum habis [Ketawa] . Soalan tambahan pertama.

final • 11:00 AM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Tuan Yang di-Pertua garang pagi ini.

final • 11:00 AM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi saya mendengar bahawa dossier pencalonan akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri (Kabinet) pada Jumaat ini, harap-harap mendapat persetujuan daripada Kabinet supaya perkara ini boleh diangkat kepada UNESCO supaya Penang Hill (Bukit Bendera) boleh disenaraikan sebagai UNESCO Biosphere Reserve ketiga selepas Tasek Chini pada tahun 2009 dan juga Crocker Range Park Sabah pada tahun 2014. Kawasan Bukit Bendera ini kawasan besar, termasuk juga Taman Negara Teluk Bahang, Marine Park dan Botanic Garden seluas 12,841 hektar.

Soalan saya, jikalau kita meneliti UNESCO Biosphere Reserve di seluruh dunia di kawasan Asia Tenggara, Indonesia mempunyai sebanyak 16 penyenaraian sebagai UNESCO Biosphere Reserve, Thailand sebanyak empat, Vietnam sebanyak sembilan, Filipina sebanyak tiga. Pada masa ini Malaysia masih dua sahaja dan ketinggalan jauh daripada Indonesia sebanyak 16. Soalan saya, apakah kesediaan Kerajaan Persekutuan bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri untuk memperbanyakkan UNESCO Biosphere Reserve supaya usaha pemuliharaan alam sekitar dan juga penjagaan flora dan fauna dapat diangkat di suatu peringkat yang lebih tinggi di peringkat antarabangsa.

Apakah usaha Kerajaan Persekutuan dalam usaha-usaha penyenaraian UNESCO Biosphere Reserve ini? Itulah soalan saya Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Silakan.

final • 11:00 AM

Tuan Ali anak Biju

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Memang Kerajaan Persekutuan menggalakkan kerajaan negeri membuat permohonan ataupun

final • 11:00 AM

Tuan Ali anak Biju

permintaan untuk menubuhkan biosphere ini. Sebenarnya kerajaan negeri ataupun agensi dan NGO pada mulanya mereka mesti hendak mengenal pasti tapak dan melengkapkan borang pencalonan itu. Kemudian, Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri mengesahkan dossier pencalonan dan kita di peringkat kementerian memang sentiasa akan menilai dan memberi sokongan kepada mana-mana pencalonan yang dikemukakan oleh kerajaan negeri.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Soalan tambahan kedua Yang Berhormat Jelebu.

final • 11:00 AM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebelum saya tanya soalan, suka saya terjemahkan ucapan terima kasih Tuan Yang di- Pertua kepada Parlimen. Semalam saya timbulkan tentang capaian Wifi di penempatan saya di belakang ini, hari ini sudah cantik, terima kasih Parlimen.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya penjelasan Yang Berhormat Menteri, ini tentang MAB bukan Malaysian Airport Berhad tetapi Man and the Biosphere. Pada tahun 1971 Tuan Yang di-Pertua, UNESCO telah melancarkan satu program saintifik antara Kerajaan yakni intergovernmental yang menempatkan atau menetapkan asas saintifik bagi memperbaiki pertalian di antara manusia dan alam sekitar yang dikenali dengan Man and the Biosphere (MAB). Saya hendak penjelasan daripada pihak kementerian untuk menjelaskan apakah sebenarnya fungsi MAB ini dan juga sertakan berapa jumlah sebenarnya tapak reserve biosphere yang latest sekali. Jikalau tidak ada maklumat, minta jawapan bertulis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 11:00 AM

Tuan Ali anak Biju

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Jelebu, fungsi utama MAB ini iaitu Man and the Biosphere, satu adalah untuk pemuliharaan dan konservasi biodiversiti menyumbang kepada usaha-usaha konservasi, landskap, ekosistem, spesies dan kepelbagaian genetik.

Kedua, menyokong pembangunan lestari iaitu menggalakkan penjanaan ekonomi dan memperbaiki taraf hidup selaras dengan kelestarian ekologi. Ketiga, sokongan logistik iaitu menyediakan persekitaran yang menyokong aktiviti penyelidikan, pemantauan, pendidikan, perkongsian maklumat di peringkat kebangsaan atau peringkat antarabangsa. Penyertaan Malaysia di dalam MAB ini bermula pada tahun 2009 melalui pengiktirafan Tasek Chini, Pahang yang keluasannya adalah sebanyak 6,922.97 hektar pada 26 Mei 2019.

final • 11:00 AM

Tuan Ali anak Biju

Kedua adalah Banjaran Crocker di Sabah yang merangkumi kawasan seluas 350,584 hektar. Tapak biosfera ini meliputi kawasan sembilan daerah iaitu Kota Kinabalu, Ranau, Tuaran, Papar, Penampang, Beaufort, Tenom, Tambunan dan Keningau dan diuruskan oleh taman-taman di Sabah.

final • 11:10 AM

9. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [Sibuti] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan apakah langkah terbaru kementerian setelah berdepan dengan pandemik COVID-19 dan proses Perintah Kawalan Pergerakan mengenai ekosistem cara hidup digital masyarakat Malaysia di luar bandar dan pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak yang tidak mendapat akses jalur lebar dan perkhidmatan 3G/4G yang tidak memuaskan.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Tuan Yang di-Pertua, untuk pengetahuan Yang Berhormat, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) menerusi platform TV, radio dan media baharunya berusaha memastikan rakyat segenap lapisan menerima maklumat terkini dan sahih mengenai penyebaran pandemik COVID-19 agar rakyat sentiasa sedar akan bahaya penyebarannya dan mematuhi arahan dan saranan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Menerusi pelbagai penerbitan programnya, RTM menyampaikan maklumat mengenai pandemik COVID-19 sejak ia menular ke negara in. Sebagai contoh, dalam tempoh 30 Julai hingga 15 Ogos 2020 atau seminggu yang lalu, RTM telah menyiarkan sebanyak 195 program berbentuk wawancara TV dan radio mengenai kempen pembudayaan norma baharu di semua platformnya di seluruh negara. Manakala sebanyak 2,629 laporan berita, 30,123 pesanan khidmat masyarakat dan kapsul serta 986 infografik disiarkan dalam tempoh yang sama.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Dalam platform media sosial, RTM juga telah menyiarkan sebanyak 18,507 hantaran menerusi semua akaun yang dimiliki untuk mendapat 1.5 juta tontonan menerusi Live Facebook mengenai kempen berkenaan dalam tempoh sama.

RTM juga komited untuk terus menyiarkan sidang media penting berkaitan pandemik ini secara langsung dalam memastikan rakyat di segenap pelosok negara mendapat maklumat terkini dan sahih mengenai COVID-19.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih di sini kerana disebabkan kempen ini, maka kita lihat maknanya berita tidak benar ataupun berita yang menakut-nakutkan rakyat berjaya dikekang di mana tidak ada kes yang kita bawa ke mahkamah selepas kita mengadakan kempen dan sebagainya.

Cuma, satu lagi, kita minta maaflah kepada mereka yang tidak mendapat line.

Kadang-kadang sesetengah tempat itu, seperti saya katakan tadi, adanya vandalisme, genset dicuri, kabel dikorek menyebabkan kebanyakan TV tidak dapat siaran, connectivity terputus dan sebagainya kerana vandalisme. Kita harap perkara ini kita dapat kerjasama supaya jangan melakukan perkara ini kerana ia melibatkan orang ramai.

Satu lagi, kita meminta maaf terutama daripada segi kementerian― pejabat pos di bawah kita. Akan tetapi, semasa COVID-19 ini, maknanya ramai courier ataupun syarikat-syarikat memesan barang ini tidak dapat sampai untuk menghantar barang kepada penerima-penerima yang mereka ini order barang kerana pada masa COVID-19, kapal terbang courier tidak boleh terbang. Pilot pun tidak dapat bekerja. Jadi, pada masa tersebut, mungkin ada rungutan dan kita harap bersabar pada masa itu. Terima kasih banyak-banyak.

Hari ini semuanya berjalan seperti biasa― kapal terbang. Pejabat pos telah menambahkan 1,300 kakitangan separuh masa untuk memenuhi permintaan semasa musim COVID-19 ini dan juga kita tambah ejen di bawah program post rider, termasuk kita buka satu Pos Lok Kawi, pejabat pos baharu, supaya memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di masa COVID-19 ini. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Soalan tambahan pertama.

final • 11:10 AM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang cukup lengkap berkenaan pendekatan kerajaan gunakan untuk menguar-uarkan tentang gaya hidup selepas COVID-19 ini.

Akan tetapi, fokus soalan saya adalah berkenaan ekosistem cara hidup digital.

Bermaksud, the lifestyle of digital di Malaysia. Saya ingin membangkitkan tentang sejak pandemik COVID-19 ini, kita dapat lihat penggunaan digital adalah sangat banyak, peralatan digital diperlukan. Di sini saya nampak berlakunya kemiskinan digital.

Saya ingin bertanyakan kepada pihak kementerian, adakah pihak kementerian akan menggunakan suatu peruntukan khusus bagi membasmi kemiskinan digital ini dengan membekalkan peralatan-peralatan seperti laptop ataupun tablet ataupun juga handphone kepada golongan yang memerlukan, terutamanya di kawasan luar bandar?

Itu soalan saya, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Silakan.

final • 11:10 AM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan Yang Berhormat itu khususnya kita jawab berkenaan dengan usaha kita dalam norma baharu ini untuk kita membantu daripada segi penggunaan digital dan sebagainya untuk menaikkan taraf hidup rakyat. Antaranya kita buat melalui program di bawah satu agensi di bawah kementerian, namanya MDEC. MDEC ini kita ada program.

Satunya, program PeDAS. Kemudian, program-program Global Online Workforce, kemudian program eRezeki. Bukan sahaja kita mendidik mereka daripada segi pengetahuan digital untuk kita merapatkan pengetahuan digital dalam kalangan penduduk bandar dan luar bandar tetapi juga kita bantu mereka daripada segi bantuan kewangan. Juga daripada segi MDEC ini, ada juga daripada segi bantuan yang kita berikan sebagai geran kepada contents melalui MyCreative Ventures. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Soalan tambahan kedua.

final • 11:10 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Lembah Pantai.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Hulu Langat.

final • 11:10 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Lembah Pantai.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Terima kasih, ‘Bangsa Johor’. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya masih hendak menyokong apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sibuti tadi. Masalah capaian internet bukan sahaja bermasalah di pedalaman Sabah dan Sarawak tetapi di Semenanjung juga seperti di Chenor, Pahang dan juga di Sungai Tekali, Dusun Tua. Kawasan saya pun masih tidak dapat capaian internet ini.

Satu kajian daripada IRDP mengatakan bahawa konsep kerja dari rumah ataupun work from home wajar diperluaskan kerana terbukti pekerja mampu menyampaikan tugasan tanpa ada pergerakan mobiliti sosial ke bandar. Ini dapat memastikan migrasi luar bandar ke bandar tidak berlaku dengan cepat dan dapat menyelesaikan kegagalan dasar kerajaan mewujudkan perbandaran baharu yang tidak berjaya akibat kurang populasi untuk mewujudkan permintaan dan penggunaan di situ.

Jadi, saya sangat menyokong sekiranya kerajaan― ataupun saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya menambahkan peruntukan bukan hanya untuk program-program sahaja tetapi yang paling penting, capaian internet itu dulu. Itu sangat penting. Kalau kita buat program macam-macam tetapi tidak ada capaian internet seperti di Sabah dan Sarawak, ia tidak akan bermakna.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Soalan, Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Soalan?

final • 11:10 AM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Saya sudah sebut tadi.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Soalan?

final • 11:10 AM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Tambah peruntukan untuk capaian internet. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Silakan.

final • 11:10 AM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Okey, terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana yang saya katakan tadi, Yang Berhormat, kita telah pun beritahu bahawa daripada segi peruntukan yang kita dapat, iaitu kita gunakan sepenuhnya untuk pencapaian jalur lebar hingga ke kawasan luar bandar. Oleh sebab itulah saya sebutkan tadi, kita ada projek NFCP 1, NFCP 2, NFCP 3 dan seterusnya 4, 5. Sebab, KPI kementerian― maknanya kita perlu sampaikan jalur lebar, connectivity ini sampai ke semua kawasan di luar bandar supaya rakyat mendapat kemudahan jalur lebar ini di semua peringkat.

Akan tetapi, saya juga faham, seperti mana Yang Berhormat katakan tadi, peruntukannya tidak cukup. Kita juga berharap bahawa kerajaan dapat memberikan dan menyediakan peruntukan tambahan supaya rakyat mendapat kemudahan internet ini.

Di samping itu juga, kalaulah dibenarkan, contohnya di Dewan Rakyat ini kita kenakan sedikit fi ataupun sedikit caj yang lebih sedikit untuk kita, sebagai contoh, payment getaway charge. Maknanya orang gunakan internet ini, kata belanja RM1,000, kita caj 10 sen untuk kita beri kemudahan, upgrade infrastruktur luar bandar. Kita caj pula 10 sen. Siapa belanja RM1,000 lebih pembelian dan sebagainya, yang RM2,000, 20 sen.

Ini kita boleh buat dan ini seperti mana negara-negara luar buat. Maka kita akan dapat peruntukan. Jangan kita hendak caj 10 sen, sat gi Dewan pula bangkang dan sebagainya. Ini tidak betullah. Kita caj. Kalau kata 10 sen, 20 sen. Kalau RM5,000, 50 sen. Sedikit caj untuk kita tambahkan peruntukan untuk mendapatkan kemudahan infrastruktur jalur lebar hingga ke seluruh negara supaya kita bandingkan kita hebat dengan negara-negara jiran kita. Terima kasih.

final • 11:10 AM

10. Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau] minta Menteri Pendidikan menyatakan senarai sekolah-sekolah daif di Sarawak yang sedang dibaik pulih dan nyatakan jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk projek pembangunan semula sekolah-sekolah daif di Sarawak.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pendidikan I - Dato’ Dr. Mah Hang Soon

Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas iaitu bagi tahun 2016 sehingga 2020, sejumlah RM1.388 bilion telah diluluskan untuk projek menaik taraf dan pembangunan semula 291 buah sekolah daif di negeri Sarawak.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pendidikan I - Dato’ Dr. Mah Hang Soon

Peruntukan ini digunakan untuk menaik taraf atau membina bilik darjah, asrama, bangunan pentadbiran dan kemudahan yang lain. Sehingga 5 Ogos 2020, sebanyak 169 projek telah siap dengan 160 projek telah dikeluarkan Certificate of Completion and Compliance (CCC) atau Certificate of Partial Occupancy (CPO) dan sembilan projek sedang dalam proses mendapatkan CPO. Di samping itu, sebanyak 48 projek masih dalam pembinaan dan 74 projek dalam pelbagai fasa pra bina. Perincian mengenai status semasa pelaksanaan setiap projek sekolah daif boleh diakses oleh orang awam melalui Dashboard Projek Daif di portal KPM.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sehingga 5 Ogos 2020 sejumlah RM538.6 juta telah dibelanjakan bagi tujuan menyelesaikan kontrak kerja untuk naik taraf dan pembangunan semula bangunan daif di sekolah-sekolah di Sarawak. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Soalan tambahan pertama.

final • 11:20 AM

Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Pembangunan semula sekolah-sekolah daif ini juga melibatkan kerja-kerja menyediakan bekalan elektrik bagi sekolah-sekolah ini termasuk penyambungan ke grid elektrik awam. Soalan tambahan saya, apakah perancangan jangka masa pendek kerajaan mengenai bekalan elektrik ke sekolah- sekolah di kawasan pendalaman negeri Sarawak? Untuk jangka masa panjang pula, adakah kerajaan akan meneruskan Projek Pemasangan Sistem Solar Hibrid, penyelenggaraan generator dan pembekalan diesel dengan menganugerahkan kontrak baharu? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Silakan.

final • 11:20 AM

Dato’ Dr. Mah Hang Soon

Terima kasih Yang Berhormat Julau. Untuk makluman Yang Berhormat, selepas penamatan kontrak Jepak Holdings pada 2 Oktober 2019, penyelenggaraan genset bagi sekolah luar bandar di Sarawak dilaksanakan sementara oleh Jabatan Pendidikan Negeri melalui Pejabat Pendidikan Daerah sehingga proses perolehan bagi kontrak baharu penyelenggaraan genset selesai. Kontrak baharu penyelenggaraan genset dan perbekalan diesel dilaksanakan secara tender terbuka oleh JKR Malaysia. Sebanyak 13 kontraktor telah dilantik mengikut kawasan atau daerah bagi tempoh kontrak selama dua tahun.

Bagi perkara berkaitan dengan penyambungan bekalan elektrik ke sekolah, KPM sentiasa bekerjasama dengan kerajaan Sarawak bagi melaksanakan projek penyambungan talian grid elektrik bagi 128 sekolah. Jarak kesemua sekolah yang terlibat adalah kurang daripada satu kilometer daripada tiang utama elektrik. Jadi, projek penyambungan pembekalan tenaga elektrik dari grid awam ini adalah komitmen kerajaan untuk memastikan sekolah-sekolah terlibat mendapat bekalan elektrik sepenuhnya.

Projek ini dilaksanakan menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri Sarawak dengan anggaran kos RM50 juta. Jadi, projek ini dibahagikan kepada tiga fasa pelaksanaan:

(i) fasa pertama melibatkan sejumlah 15 buah sekolah;

(ii) fasa kedua melibatkan sejumlah 34 buah sekolah; dan

(iii) fasa ketiga melibatkan sejumlah 79 buah sekolah.

KPM juga telah mengenal pasti sebanyak 95 buah sekolah yang jaraknya lebih daripada satu kilometer tetapi berpotensi untuk disambung ke talian grid elektrik. Jadi, projek penyambungan ini akan dilaksanakan juga oleh JKR Malaysia di bawah kontrak penyelenggaraan genset. Kerja penyambungan di bawah kontrak tersebut telah bermula pada Mac 2020 dan dijangka selesai pada Ogos 2021. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Soalan tambahan kedua Yang Berhormat Jempol.

final • 11:20 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:20 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Saya bangun dahulu. Mengenai sekolah daif, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, semasa penutupan sekolah masa PKP tempoh hari ia telah mengakibatkan banyak sekolah dari segi kemudahan asas sepertimana kementerian dahulu menyebut 3K iaitu kesihatan, kebersihan dan keselamatan. Adakah pihak kementerian mengenal pasti? Contohnya, di kawasan Jempol contohnya. Sarawak pun ada. Sekolah-sekolah ini tidak mempunyai bekalan air malah ada guru yang membaiki paip air dahulu di kawasan Jeli terbunuh. Jatuh daripada bangunan tersebut kerana ingin membaiki bekalan air yang tidak dapat disalurkan kepada tandas tersebut. Adakah 3K ini dapat diimplementasikan dalam kementerian bila wabak yang melanda hari ini, penutupan sekolah ini mengakibatkan banyak kerosakan berlaku? Mohon Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Silakan Yang berhormat Menteri.

final • 11:20 AM

Dato’ Dr. Mah Hang Soon

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. KPM sentiasa berusaha untuk menambah baik dan menyediakan kemudahan untuk semua sekolah khususnya di bawah PKP ini. Kita memang mengenali dan akur bahawa banyak masalah yang kita hadapi daripada segi itu dan kita sentiasa berusaha untuk membaikinya. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Pontian.

final • 11:20 AM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Boleh tak? Tuan Yang di- Pertua, hal sekolah daif Sarawak itu sangat penting.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Saya dah jemput Yang Berhormat Pontian dah.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Tuan Yang di-Pertua...

Murid suka pergi kelas, Belajar adab setiap hari, Soalan saya nombor sebelas, Mohon jawab YB Menteri.

final • 11:20 AM

11. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian] minta Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan jumlah pemilikan tanah mengikut kaum untuk setiap 14 negeri di Malaysia serta bahagikan mengikut kategori bandar, pekan dan kampung atau bandar dan luar bandar. Nyatakan jumlah keluasan tanah rizab Melayu di setiap 14 negeri serta adakah kementerian bercadang untuk menambah tanah rizab Melayu itu.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Tuan Ali anak Biju

Terima kasih Yang Berhormat Pontian, kawan baik saya. Belum ada pantun lagi. Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman maklumat mengenai pemilikan tanah mengikut kaum untuk setiap negeri di Malaysia mengikut kategori bandar, pekan dan kampung atau bandar dan luar bandar disimpan oleh setiap negeri secara berasingan. Sebagai maklumat tambahan dalam ruangan tuan tanah berdaftar, hanya didaftarkan nama individu dan nama kad pengenalan dan tiada rekod pendaftaran kaum, etnik ataupun agama dalam dokumen hak milik tanah. Selaras dengan prinsip setiap individu yang tidak tertakluk dengan had umur, kewarasan seseorang dan tidak diisytiharkan bankrap boleh memiliki tanah tanpa prejudis agama ataupun bangsa.

Urusan pemilikan tanah dan urusan perizaban Melayu terletak di bawah bidang kuasa negeri sepertimana yang disenaraikan dalam Butiran 2(b) Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan selaras dengan pembahagian bidang kuasa perundangan yang ditetapkan dalam Perkara 74 Perlembagaan. Peranan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli sebagaimana termaktub dalam seksyen 8 Kanun Tanah Negara ialah memberi nasihat dan menyelaraskan isu-isu berhubung dengan tanah. Dalam konteks ini, tugas JKPTG ialah membantu kerajaan negeri mengemas kini data tanah rizab Melayu. Oleh yang demikian, maklumat terperinci berhubung dengan pemilikan tanah dan keluasan tanah rizab Melayu bagi negeri-negeri lebih sesuai dibangkitkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang berkenaan.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Soalan tambahan pertama.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin bertanya adakah benar bahawa data daripada pihak berkuasa negeri dikumpulkan oleh kementerian melalui mesyuarat Jawatankuasa

final • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Data Tanah Rizab Melayu Semenanjung Malaysia. Jadi, kementerian mempunyai data- data berkenaan. Itu soalan pertama.

Soalan kedua, mengikut Perkara 89(3) Perlembagaan Persekutuan, setiap tanah rizab Melayu yang telah digunakan mesti diganti. Saya ingin bertanya, berapa banyak penggantian itu? Jika tidak ada data, boleh jawab secara bertulis. Juga penggantian itu hendaklah diganti dengan kawasan lokasinya yang sama strategik dengan tanah lama telah digunakan. Terima kasih.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan

final • 11:20 AM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu minit.

final • 11:20 AM

Tuan Ali anak Biju

Mengenai tanah rizab Melayu yang dibatalkan― dasar berkenaan pembatalan kawasan tanah rizab Melayu sekiranya kemudahan awam dibangunkan di tanah tersebut adalah tertakluk kepada dasar yang ditetapkan oleh kerajaan negeri masing-masing. Terdapat kerajaan negeri yang berpandangan bahawa tanah bagi pembangunan kemudahan awam yang didaftarkan atas nama Kerajaan Persekutuan tidak perlu diganti memandangkan Kerajaan Persekutuan tersebut sendiri ditakrifkan sebagai Melayu. Takrifan ‘Melayu' adalah berbeza mengikut Enakmen Rizab Melayu Negeri masing-masing.

final • 11:20 AM

Tuan Ali anak Biju

Mengenai data terperinci yang melibatkan jumlah tanah rizab Melayu, saya tidak ada maklumat yang terperinci, maka saya akan memberi jawapan bertulis untuk soalan yang berkenaan.

final • 11:30 AM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Segambut, soalan tambahan Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Segambut silakan.

final • 11:30 AM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Segambut hendak bertanya apakah rancangan kerajaan untuk memulihara tanah rizab Melayu. Saya bagi contoh seperti Kampung Sungai Penchala yang mempunyai ciri-ciri kampung tetapi kita lihat mula ada usaha untuk menjual tanah-tanah ini kepada pemaju yang akhirnya membina kondominium di Kampung Sungai Penchala. Ini adalah contoh tapi apakah langkah kerajaan memulihara tanah rizab Melayu. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Timbalan Menteri. Satu minit.

final • 11:30 AM

Tuan Ali anak Biju

Seperti yang saya sudah sebut tadi pemuliharaan tanah rizab Melayu ini adalah tertakluk kepada kerajaan negeri masing-masing. Maka soalan tersebut perlu diajukan kepada...

final • 11:30 AM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Kampung Sungai Penchala Yang Berhormat adalah di Wilayah Persekutuan bawah kementerian. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Ali anak Biju

Saya tidak ada maklumat Kampung Sungai Penchala pada masa ini. Saya akan jawab dalam jawapan bertulis.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG LANGKAH-LANGKAH SEMENTARA BAGI MENGURANGKAN KESAN PENYAKIT KORONAVIRUS 2019 (COVID-19) 2020 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi langkah-langkah sementara bagi mengurangkan kesan Penyakit Koronavirus 2019

(COVID-19) termasuklah mengubahsuai peruntukan yang berkaitan dalam Akta Had Masa 1953, Ordinan Had Masa Sabah, Ordinan Had Masa Sarawak, Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948, Akta Insolvensi 1967, Akta Sewa Beli 1967, Akta Perlindungan Pengguna 1999, Akta Distres 1951, Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966, Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987, Akta Mahkamah Kehakiman 1964, Akta Mahkamah Rendah 1948 dan Akta Kaedah-kaedah Mahkamah Rendah 1955; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) [Dato’ Takiyuddin bin Hassan]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG INSOLVENSI (PINDAAN) 2020 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Insolvensi 1967; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) [Dato’ Takiyuddin bin Hassan]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Takiyuddin bin Hassan

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai perbahasan peringkat Jawatankuasa dan diputuskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2019) 2020 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2019 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 13 Ogos 2020.”

final • 11:34 AM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:34 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:34 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2019) 2020 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.) (BIL.1) 2019 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2019) 2020 dan Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2019 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Pertama] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan

final • 11:34 AM

Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli Yang Berhormat, sebelum kita memulakan perbahasan, minta Yang Berhormat Menteri Kewangan mengemukakan anggaran perbelanjaan bagi semua kementerian. Sebelum Timbalan Menteri berbahas saya ingin baca— silakan Timbalan Menteri bentang dahulu.

final • 11:34 AM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Abd Rahim bin Bakri

Tuan Pengerusi, saya ingin mengemukakan supaya wang sejumlah tidak melebihi daripada RM7,005,753,850 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2019 bagi Maksud-maksud Bekalan B.4, B.10, B.11, B.12, B.13, B.15, B.20, B.21, B.23, B.24, B.27, B.28, B.42, B.43, B.60 dan B.63 untuk kementerian- kementerian dan jabatan yang berkaitan yang berkenaan dijadikan Jadual dan wang sejumlah tidak lebih daripada RM4,970,497,700 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan 2019 bagi Maksud-maksud Pembangunan P.6, P.10, P.15, P.21, P.27, P.28, P.32, P.42, P.43, P.45, P.47, P.48 dan P.62 untuk kementerian-kementerian dan jabatan yang berkenaan seperti yang ditunjukkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 1 Tahun 2020 dan Kertas Perintah 2 Tahun 2020 dijadikan Anggaran Perbelanjaan.

Tuan Pengerusi, keperluan bagi mengadakan peruntukan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan 2019 dan juga Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Pertama 2019 telah pun dibentangkan terdahulu. Di samping itu, penjelasan lanjut mengenai cadangan-cadangan Anggaran Peruntukan Tambahan ini juga diberi dalam memorandum perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 1A Tahun 2020 bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2019 dan Kertas Perintah 2A Tahun 2020 bagi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2019.

Oleh itu, saya tidak berhajat untuk memberi apa-apa penerangan tambahan lagi. Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan.

final • 11:36 AM
Maksud B.4 [Jadual] - Maksud P.6 [Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2019] –

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Kepala Bekalan B.4 dan Kepala Pembangunan P.6 di bawah Jabatan Perdana Menteri terbuka untuk dibahas.

Sebelum saya membenarkan perbahasan, saya ingin membuat satu panduan di sini. Ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan hari ini diperuntukkan untuk perbahasan di peringkat Jawatankuasa bagi Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2019) 2020.

final • 11:36 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Oleh yang demikian, saya juga ingin memaklumkan bahawa tempoh perbahasan peringkat jawatankuasa ini adalah dihadkan selama lima minit bagi setiap Ahli Yang Berhormat dan penggulungan setiap kementerian adalah 15 minit.

Ahli Yang Berhormat, saya juga ingin memaklumkan bahawa perbahasan dalam jawatankuasa ini hendaklah terhad kepada butir-butir yang terkandung dalam Anggaran Perbelanjaan yang diminta diuntukkan belanja tambahan seperti yang dinyatakan dalam Peraturan 67(9), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, saya akan...

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Pengerusi, sebelum itu, semalam semasa sesi soal jawab di peringkat dasar, saya tengok banyak jawapan yang tidak dijawab. Jadi, apakah ia akan dijawab secara bertulis? Ini sebab apa, yang jawab Kementerian Kewangan. Kita timbul semua kementerian, jadi sudah pasti dia tidak mampu untuk menjaga semua kementerian. Jadi, saya tengok banyak yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tidak dijawab termasuk mengeluarkan daripada senarai nombor tujuh, rang undang-undang mengenai IPCMC, tidak dijawab yang itu. Jadi kalau – sebab benda ini kalau hendak diundi pun tidak ada masalah, semua majoriti daripada PN akan menyokong supaya rang undang-undang ini dikeluarkan daripada senarai perbincangan.

final • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik Yang Berhormat Arau.

Sekarang kita berada dalam sesi perbahasan peringkat jawatankuasa.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jangan ganggu Yang Berhormat Arau, saya mahu berbahas.

final • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya minta...

final • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

...Dua...

final • 11:40 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Lembah Pantai.

final • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

...Daripada sebelah kanan saya dan dua lagi daripada sebelah kiri saya. Jadi, dipersilakan Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih.

final • 11:41 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Lima minit.

final • 11:41 AM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Pengerusi yang bijaksana. Saya ingin membahaskan soal Suruhanjaya Pilihan Raya berkenaan dengan pilihan raya. Mungkin Tuan Pengerusi pun maklum bahawa Kerajaan Warisan Negeri Sabah telah dibubarkan dan sudah tentu akan ada pilihan raya diadakan. Jadi, bayangkan dalam keadaan suasana kita berhadapan dengan serangan virus COVID-19 ini dan sudah tentu mungkin saya ingin mencadangkan kepada kerajaan dan SPR untuk meletakkan terma-terma SOP, prosedur cara berkempen, cara mengundi dan berkenaan dengan bagaimana PRN di Sabah ini boleh dilaksanakan di mana calon-calon parti-parti berkempen, masih boleh berkempen, masih boleh bertemu dengan rakyat, tetapi rakyat selamat, calon pun selamat, tukang kempen pun selamat. Itu yang kita mahu.

Ini bermakna keselamatan dan kesihatan perlu diutamakan sebab kadang- kadang kita ini apabila di pihak kerajaan, contohnya kerajaan negeri, dia kadang-kadang tidak mengikut SOP, tidak mengikut prosedur. Macam dahulu, saya faham apabila SPR kata tidak ada hidangan makan minum, tetapi bagi pihak pemerintah, calon pemerintah, dia parti-parti, dia makan-makan, dia pesta-pesta. Kita di pihak pembangkang mengagihkan nasi bungkus pun sudah datang kompaun. Jadi, ini tidak adil namanya. Ini P. Ramlee cukup marah kalau ini tidak adil, berjalan...

final • 11:41 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat, kena rujuk kepada butiran mana. Ini peringkat jawatankuasa.

final • 11:41 AM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, betul. Memang kenalah. Saya merujuk kepada butiran – ada ini. Butiran...

final • 11:41 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

SPR.

final • 11:41 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

B.4.

final • 11:41 AM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

... 010000.

final • 11:41 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

B.4.

final • 11:41 AM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

... Pilihan raya.

final • 11:41 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Teruskan.

final • 11:41 AM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya bercakap soal pilihan raya. Memang itulah yang kita bahaskan ini. Jadi, saya tidak lari. Saya sudah lima penggal di Dewan Rakyat ini, saya faham segala-galanya. Jangan ada yang membuli saya. Siapa yang membuli saya, saya hentam balik. Inilah...

final • 11:41 AM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Tuan Pengerusi, jangan buli dia.

final • 11:41 AM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini soal SPR. Jadi, apabila kita mengutamakan – kita mahu pilihan raya, kita mahu menang, tetapi rakyat, pengundi kena selamat. Jadi, saya mahu SPR meletakkan satu SOP yang cukup meyakinkan rakyat supaya rakyat turun mengundi dan diminta juga Kementerian Kesihatan bekerjasama supaya sama ada calon, sama ada yang di kempen, tukang kempen, tidak ada dicemari oleh virus COVID-19 ini sebab inilah yang membimbangkan rakyat Sabah bagaimana kita berhadapan dengan PRN negeri Sabah sekiranya tidak ada SOP yang lebih ketat diletakkan dalam prosedur-prosedur tertentu. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 11:41 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 11:41 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Lembah Pantai.

final • 11:41 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya jemput di sebelah sini pula. Sila Yang Berhormat Pasir Gudang, lima minit.

final • 11:41 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya mohon merujuk kepada Butiran 010100 – Pengurusan bagi Maksud B.4 – Suruhanjaya Pilihan Raya. Saya bersetuju menyokong tambahan sebanyak RM12,950,000 untuk membiayai beberapa Pilihan Raya Kecil iaitu Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Sandakan dan Tanjong Piai. Begitu juga bersetuju menyokong RM2,700,000 untuk Program Perintis High Impact Smart Training dan seterusnya.

Tuan Pengerusi, dalam hal Suruhanjaya Pilihan Raya ini, saya ingin menambah bahawa sebab sewaktu berbincang dasar tidak berpeluang untuk saya bersuara.

Kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk mengadakan pilihan raya. Untuk Pilihan Raya Kecil sahaja, beberapa pilihan raya itu sudah lebih RM12 juta. Kalau pilihan raya seluruh negara misalnya, saya difahamkan untuk PRU-15, dalam waktu COVID-19 seperti ini atau selepas ini, mungkin melibatkan RM700 juta atau lebih. Jadi, banyak kos.

Duit rakyat, duit taxpayer dengan izin, dibelanjakan untuk pilihan raya. Jadi, saya mohon perhatian Dewan Rakyat ini bahawa sudah sampai masanya iaitu Parlimen ini membincangkan tentang perlunya kita menggubal satu akta anti lompat parti sebab tidak guna berbelanja hampir RM1 bilion, tiba-tiba ada gejala melompat parti ini yang menyebabkan kerajaan yang dipilih rakyat, jatuh.

Lihat apa yang sudah berlaku di Sabah dan beberapa negeri, tiga negeri di Semenanjung bertukar kerajaan. Jadi, pada pandangan saya iaitu undang-undang anti lompat parti ini undang-undang biasa, boleh digubal oleh Parlimen ini. Ia tidak melibatkan kepada perlunya pindaan Perlembagaan. Persetujuan ini tidak perlu untuk majoriti dua pertiga, simple majority, majoriti mudah pun cukup.

Kita boleh merujuk kepada dua perkara yang menghalang penggubalan ini disebut ialah Perkara 10(1)(c) Perlembagaan, hak citizen, warganegara untuk berpersatuan. Akan tetapi perlu dibaca dengan Fasal 2(c), Perkara 10 itu juga iaitu dalam keadaan tertentu, akta boleh digubal. Setakat ini selalu dirujuk ada kes mahkamah, Dewan Undangan Negeri Kelantan lawan Nordin Salleh tahun 1992. Pada waktu itu, tidak ada akta anti lompat parti. Kalau ada akta anti lompat parti, hatta Mahkamah Agung sendiri, Mahkamah Persekutuan kena akur kepada undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen.

Ertinya, yang buat undang-undang bukannya mahkamah, yang buat undang- undang ialah Dewan Rakyat kita ini. Kita berhak, kita boleh lakukan ini, tetapi dengan cermat. Ertinya dua-dua pihak kerajaan sekarang dan pihak pembangkang boleh bekerjasama. Kita dengan cermat, kaji segala aspek undang-undang, Perlembagaan dan

final • 11:45 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

sebagainya. Sudah sampai masanya bukan untuk pilihan raya yang akan datang, tetapi untuk generasi yang akan datang bahawa akta anti lompat parti ini perlulah digubal untuk menyelamatkan demokrasi di Malaysia, Ahli-ahli Parlimen ini tidak menjadi bahan ketawa rakyat yang boleh ditawar, yang boleh bargain dan sebagainya, dengan izin. Ertinya kita kembalikan Dewan Rakyat ini, Parlimen ini, satu institusi yang mewakili suara rakyat, yang ada mandat rakyat, yang ada maruah di mana Ahli Parlimen tidak boleh dijual beli.

Terima kasih Tuan Pengerusi.

[Tepuk]

final • 11:45 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Arau, lima minit.

final • 11:45 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya lima minit. Perkara Bekalan Maksud B.4 dan juga B.6 ya. Suruhanjaya Pilihan Raya, Yang Berhormat. Pertama sekali, oleh sebab ini ialah kalau kita banding dengan yang lama kita mungkin kurang teringat sikit. Akan tetapi yang terbaru ini ialah pilihan raya kecil yang dibuat di Cameron Highlands, di Semenyih, di Rantau, di Tanjong Piai, di Kimanis dan yang terakhir ialah di Chini. Sekarang kita akan bergerak ke Slim iaitu satu pilihan raya yang dijalankan dengan baik dan luar biasa, telah di-well organized dengan izin dan tahniah kepada Pengerusi SPR dan kerana kehebatannya dia telah dinaikkan pangkat menjadi Speaker Dewan Rakyat. Tahniah.

Akan tetapi ada beberapa perkara yang saya rasa di luar kemampuan SPR untuk melaksanakannya iaitu laporan-laporan polis yang dibuat. Kita tidak tahu apa yang terjadi. Contohnya macam di Cameron Highlands. Pakatan Harapan (PH) pada masa itu menggunakan kereta kerajaan, menggunakan kereta kerajaan untuk pergi berkempen dan membawa barangan-barangan kempen pilihan raya dalam kereta yang berkenaan.

Jadi, kita tidak dapat maklumat mengenai perkara tersebut. Sudah pasti ini ialah di luar kawalan SPR tetapi ini ialah di bawah agensi-agensi yang lain.

Seperti yang Yang Berhormat Kinabatangan sebut tadi bahawa kami masa itu ialah pembangkang. Sudah pasti kami berada dalam keadaan yang tidak kuat. Akan tetapi yang ada pada kami ialah semangat juang yang tulen seperti semangat juang orang-orang Turki untuk menubuhkan Bani Uthmaniyyah, jadi semangat juang yang kuat.

Kami tidak ada harta. Harta kami dibekukan untuk membuatkan kami lemah tetapi kami menang sebab rakyat tidak memandang harta tetapi rakyat memandang kepada semangat juang yang kami perjuangkan. Jadi, terima kasih kepada rakyat dan tahniah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.

Kita boleh lihat bahawa model-model pilihan raya yang telah diperkenalkan di Cameron Highlands, di Semenyih, di Rantau, di Tanjong Piai itu dijadikan contoh yang baik dan termasuk di Kimanis yang penghabisan sekali, contoh yang baik bagaimana menguruskan pilihan raya. Untuk masa PKP ini, SOP yang diperkenalkan di Chini itu baik dan SOP yang sama akan diperkenalkan di Slim.

Cuma satu sahaja yang di Chini itu yang dipertikaikan iaitu tempoh masa yang diberitahu kepada pengundi sampai pengundi kami yang ditempohkan kata mereka boleh hendak keluar mengundi pada pukul 8 sampai pukul 10, pukul 10 sampai pukul 12. Jadi, pengundi kita bukan semua yang bekerja tetap, sebenarnya bekerja tidak tetap dan kerja sementara tetapi kebanyakan mereka adalah peneroka.

Jadi, kadang-kadang masa lapang mereka pagi. Jadi, disuruh datang petang.

Walaupun kami kata pujuk, kami kata sila datang, tidak ada masalah. Dia berkata tidak boleh, ini arahan SPR supaya ikut tempoh masa. Jadi, saya ingat yang itu perlu dikaji.

Mungkin bagus tetapi perlu dikaji supaya kebebasan masa untuk mengundi pada masa lapang mereka.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Arau, celahan.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Antara peningkatan kos ini kerana selepas tiga tahun baru ada kalau ada kematian, tidak ada PRK. Apa pandangan Yang Berhormat Arau jika selepas dua tahun, kita pendekkan masa itu. Seterusnya ialah kita tidak dibenarkan untuk berceramah di kawasan lapang ketika PRK ini. Adakah SPR ingin menukar perkara itu sebab ceramah tempat tertutup itu saya kira berbahaya daripada ceramah di tempat lapang.

final • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Sila Yang Berhormat Arau.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya bersetuju asalkan diperintahkan oleh MKN, kita ikut. Ini kerana apa kita tak nak memandai-mandai melebihi daripada apa yang telah ditetapkan. Ini kerana kalau terjadi apa-apa jadi orang tuduh ini kluster ini pula yang menyebabkan penyakit dan sebagainya. Saya bersetuju pandangan Yang Berhormat itu. Kadang-kadang di tempat terbuka itu lebih– pada pandangan kita lah, kita tidak tahu dari segi pandangan kesihatan.

Tempat terbuka itu lebih selamat dibandingkan tempat tertutup. Macam tertutup di Dewan ini saya selalu keluar sebab saya bimbang air con yang berpusing itu mungkin tidak– berpusing di sini sahaja, tidak ada yang keluar ataupun banyak yang ada di sini dan yang keluar sedikit. Kita bimbang kalau ada yang menularkannya nanti.

Jadi, SPR teruskan kerja baik ini tetapi dengan membawa beberapa perubahan dan pindaan yang akan berlaku dari masa ke semasa. Kalau boleh kempen itu difikirkan balik sama ada sesuai dibuat di tempat tertutup ataupun tempat terbuka. Masuk sebahagian daripada ucapan saya. Apa yang kita lakukan sekarang ialah apa yang undang-undang ada. Kalau kita hendak yang baharu, kita buat yang baharu. Kita kata ini lompat, ini dalam undang-undang ada boleh lompat, kita lompatlah. Sudah ada undang- undang.

Sekarang ini kalau ada undang-undang yang kata tidak boleh, tidak boleh lah.

Jadi sekarang ini, ini adalah bukan lompat untuk berseronok, ini ialah untuk menentukan hala tuju kerajaan. Rakyat sudah letih dengan pilihan raya. Jadi, kerajaan terpaksa ditubuhkan. PH memerintah 22 bulan tiba-tiba runtuh. Jadi, apa pilihan yang kita ada?

Kita terpaksa tubuh kerajaan yang baharu kerana kalau hendak bagi pilihan raya, kita hendak berapa pilihan raya setahun? Hendak setahun berapa kali pilihan raya. Ini juga akan memakan kos yang banyak.

final • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Arau, masa sudah tamat Yang Berhormat Arau.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akan tetapi sebab yang masalah besar ialah kerajaan itu tumbang. Bukan kita yang runtuh, dia sendiri tumbang. Di tumbang, kami pun terpaksalah menubuhkan kerajaan. Jadi, rakyat kena terima kasih kepada kami kerana menyelamatkan demokrasi. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Pengerusi, suruh dia tukar parti lah.

final • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Wangsa Maju. Lima minit Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju

Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Maksud B.42, Kementerian Kesihatan, Butiran 020000 – Perubatan.

final • 11:56 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Pengerusi, patutnya dua parti berbeza Tuan Pengerusi. Ini SPR dua-dua PKR ini.

final • 11:56 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Wangsa Maju, ini adalah Butiran 010100 – SPR sahaja.

final • 11:56 AM

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju

Oh! Okey. Maaf.

final • 11:56 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik. Saya bagi peluang Ahli Yang Berhormat Sepang. Lima minit Yang Berhormat.

final • 11:56 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okey, terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, kita tahu bahawa peruntukan perbelanjaan tambahan ini berkaitan dengan perbelanjaan yang telah dibelanjakan melibatkan– saya hendak Butiran SPR sahaja iaitu yang melibatkan perbelanjaan pilihan raya kecil yang melibatkan pilihan raya di Cameron Highlands, Rantau, Semenyih, Sandakan dan Tanjong Piai.

Tuan Pengerusi, saya merasakan bahawa saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Arau tadi bahawa sebenarnya dalam pilihan raya kecil

final • 11:57 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

yang banyak dilakukan itu, banyak mereka menang. Saya mengucapkan tahniah lah.

Sepatutnya mereka bersabar sehingga PRU ke-15 untuk mengambil alih kerajaan sebab mereka boleh menang. Akan tetapi kerana mereka termakan dengan hawa nafsu yang rakus, mereka sanggup mengambil kerajaan dengan cara yang tidak betul ini.

Jadi, saya rasakan bahawa kalau kita betul-betul hendak menghormati prinsip demokrasi dalam pilihan raya ini, kita mestilah memastikan tunggu pilihan raya. Oleh sebab itu saya merasakan– Kalau sekiranya Yang Berhormat Arau merasakan boleh melompat-lompat ini, saya...

final • 11:57 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, Perkara 36(6).

final • 11:57 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Ketawa]

final • 11:57 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sangkaan jahat dia kata rakus, tamak dan rakus haloba.

final • 11:57 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Tidak apa Yang Berhormat Arau. Terima kasih Yang Berhormat Arau. Tidak apa.

final • 11:57 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okey, terima kasih.

final • 11:57 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya.

final • 11:57 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Jadi, saya merasakan bahawa...

final • 11:57 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, sangkaan jahat pada Yang Berhormat.

final • 11:57 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tidak apa lah Yang Berhormat Arau, duduklah dulu Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau duduk ya.

final • 11:57 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Arau, tidak apa.

final • 11:57 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Jadi, saya hendak menyatakan pada Yang Berhormat Arau lah, sekiranya lompat ini diperlukan, saya rasa Yang Berhormat tidak perlulah bertanding dalam pilihan raya kecil ya di Slim ini sebab biarkan tunggu nanti lah, lepas pilihan raya nanti lompatlah ya.

Jadi, oleh sebab kita menghormati wujudnya proses pilihan raya ini, maka kita semua sepatutnya bersepakat dalam hal ini, tidak boleh kita ambil alih kerajaan dengan tidak melalui jalan pilihan raya. Dia satu precedent yang tidak baik.

Tadi juga saya mendengar daripada Yang Berhormat Kinabatangan yang mengatakan bahawa kita harus berlaku adil dan SPR berlaku adil. Saya tahu sebab saya memang– Saya haruslah walaupun dulu saya masa di kerajaan, saya mengakui memang kita masa jadi kerajaan dulu, kita cuba sedaya upaya untuk memastikan SPR bertindak dengan cara yang paling adil ya. Oleh sebab itu kita lihat dalam pilihan raya yang lepas.

Ini semua yang berlaku ini dalam zaman PH memerintah. Oleh sebab itu, mereka boleh menang dengan selesa dengan cara yang baik. Oleh sebab itu, saya rasa mereka harus– tadi, kata Yang Berhormat Arau kita menang banyak pilihan raya. Memang betul Yang Berhormat.

final • 11:57 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Penjelasan sikit ya.

final • 11:57 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ya.

final • 11:57 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Lompat ada dua jenis. Pertama, lompat kerana dengan tujuan mencari habuan dan peluang. Keduanya lompat untuk menyelamatkan negara. Lompat yang kedua ini ialah lompat yang diiktiraf.

final • 11:57 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih, terima kasih.

Okey.

final • 11:57 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Macam Yang Berhormat lompat daripada PAS...

final • 11:57 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okey Yang Berhormat Arau.

Masa cukup sudah. Okey, saya faham, saya faham.

final • 11:57 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Buat Pakatan Harapan, itu lompat cari habuan.

final • 11:57 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okey Yang Berhormat Arau.

Tuan Pengerusi, minta– Okey, terima kasih.

final • 11:57 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Menghina PAS.

final • 11:57 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Arau. Sila. Ada dua minit lagi ya.

final • 11:57 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih Yang Berhormat Arau, saya setuju. Oleh sebab itu lah saya rasa Yang Berhormat Arau, oleh sebab itu lah lepas lompat dapat GLC. Betul lah. Yang Berhormat cakap itu hujah kepada Yang Berhormat sendiri. Hujjatun ‘alaika bukan hujjatun laka. Kena faham itu.

final • 11:57 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Jadi saya harap Yang Berhormat tadi yang kata Yang Berhormat Kinabatangan tentang jamuan dan sebagainya saya rasa memang betullah kalau boleh kalau kita elakkan. Ini kerana kalau kita hendak buat jamuan buatlah jamuan kita belanja RM6,000 untuk makan tengah hari Ahli Parlimen waktu luar Parlimen tidak apa. Macam sekarang yang berlaku ditularkan hendak belanja makan tengah hari sampai RM6,000. Ini memang satu benda yang dibenarkanlah cumanya itulah menunjukkan betapa Ahli Parlimen sebelah sana memang kuat makan sampai RM6,000.

[Ketawa] Ada pula Menteri mengatakan itu biasa RM6,000 saya pun rasa hairanlah.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Jadi saya hendak mengatakan bahawa dalam pilihan raya jangan buat begitu bahaya luar pilihan raya tidak apa.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Eh! Bila...

final • 12:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Kalau luar pilihan raya tidak apa. Jadi Yang Berhormat Arau tidak dapat RM6,000 itu? Yang Berhormat macam rasa lapar lagi kah?

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bila pilihan raya kecil Port Dickson dibuat...

final • 12:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tidak apa, duduk, duduk.

Buang masa sahaja. Jadi saya merasakan bahawa kalau sekiranya kita...

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Berhenti! Rakyat telah belanja RM3.2 juta semata-mata kerana hendak bagi kawasan tersebut kepada Yang Berhormat Port Dickson.

final • 12:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Lompat ini kita tidak boleh benarkan sebab itulah PRU ini satu benda yang kita mesti bersama-sama sokong dan saya harap...

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat ini berhenti bagi peluang kepada orang lain. Ada undang-undang kena buat berhenti bagi peluang dan juga tidak boleh.

final • 12:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Selepas ini kita dapat melantik Ahli Parlimen yang bukan macam Yang Berhormat Arau.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kita ada buat undang-undang mana boleh kita bagi peluang. Rakyat terpaksa belanja begitu besar kerana perangai setengah orang...

final • 12:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ini lelaki terakhirlah, lelaki terakhir dalam Parlimen ini sebab kita lihat memang orang mengarut macam ini tidak diperlukan dalam Parlimen. Sekian, terima kasih.

[Sistem pembesar suara dimatikan] .

final • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Ahli Yang Berhormat, saya tadi membenarkan untuk empat orang berbahas kedua-dua belah pihak. Jadi sekarang saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menggulung.

final • 12:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Takiyuddin bin Hassan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Pengerusi, terlebih dahulu saya bagi pihak Jabatan Perdana Menteri

(JPM) khususnya untuk perkara mengenai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa. Tuan Pengerusi, iaitu Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Arau dan juga Yang Berhormat Sepang sekejap tadi yang menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan SPR.

Saya ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada Kertas Perintah 1 ini iaitu Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama Tahun 2019, SPR telah diperuntukkan sebanyak RM15,650,000. Daripada jumlah ini saya suka menjelaskan bahawa untuk membiayai lima pilihan raya kecil iaitu Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands, Pilihan Raya Kecil Semenyih, Pilihan Raya Kecil Rantau, Pilihan Raya Kecil Sandakan dan Tanjung Piai ianya telah melibatkan peruntukan sebanyak RM12,946,353.50.

Secara detilnya saya boleh jelaskan satu persatu mengikut apa yang telah dikehendaki oleh Yang Berhormat Sepang tadi. Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands telah memakan kos sebanyak RM3.503 juta, Semenyih sebanyak RM1.8 juta, Rantau sebanyak RM1.827 juta, Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan sebanyak RM3.137 juta dan Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai sebanyak RM2.677 juta. Itu jumlahnya semua RM12.946 juta.

final • 12:01 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri, boleh Yang Berhormat Menteri?

final • 12:01 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan

Tuan Pengerusi, selain daripada itu...

final • 12:01 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri boleh saya tanya.

final • 12:01 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan

Daripada jumlah ini juga...

final • 12:01 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri tengoklah sini.

final • 12:01 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan

Sejumlah RM400,000 telah..

final • 12:01 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Pengerusi, minta pencelahan sikit boleh.

final • 12:01 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Silakan Yang Berhormat Sepang.

final • 12:01 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kota Bharu. Yang Berhormat, saya hendak tanya setuju tidak dengan saya bahawa Pilihan Raya Kecil Rantau dilakukan setelah berlakunya satu petisyen pilihan raya yang menyebabkan kemenangan calon BN ketika itu dibatalkan.

Saya hendak tanya Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat setuju bahawa sepatutnya kes sebegitu tidak boleh berulang lagi. Di mana seorang calon hendak bertanding dihalang daripada masuk ke Dewan itu menyebabkan berlaku...

[Tidak jelas] Itu yang menyebabkan sebenarnya pembaziran yang telah berlaku.

Jadi saya rasa Yang Berhormat, kalau boleh selepas ini kita permudahkan.

Kalau calon hendak masuk bertanding, masuk dalam dewan penamaan calon jangan dihalang sehingga menyebabkan dia tidak dibenarkan jadi calon.

final • 12:01 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Sepang.

final • 12:01 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan

Kita akan ambil perhatian.

final • 12:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

final • 12:01 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan

Kita akan ambil perhatian.

final • 12:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri.

final • 12:01 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan

Selain daripada...

final • 12:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri.

final • 12:01 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Jelutong.

final • 12:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mengambil kesempatan ini untuk berbahas dengan Yang Berhormat Menteri, menarik perhatian kepada perkara yang sama seperti yang diutarakan oleh Yang Berhormat Sepang.

Pilihan raya di Cameron Highlands terpaksa diadakan semula disebabkan oleh tindakan calon Barisan Nasional yang menang menggunakan wang untuk memenangi pilihan raya tersebut. Jadi saya bersetuju dengan Yang Berhormat Sepang kalau boleh Suruhanjaya Pilihan Raya diberi kuasa untuk memutuskan bahawa calon kedua yang memenangi pilihan raya tersebut sepatutnya diberikan peluang untuk menyandang jawatan Yang Berhormat untuk mewakili kawasan itu.

Kalau tidak tiap-tiap kali berlaku sesuatu perkara seperti begini terutamanya yang melibatkan rasuah oleh calon yang bertanding, kita terpaksa mengambil beban untuk membelanjakan wang untuk mengadakan pilihan raya itu semula, menyusahkan rakyat. Jadi bolehkah saya mencadangkan bahawa dalam pilihan raya yang akan datang, Suruhanjaya Pilihan Raya di bawah Yang Berhormat diberi kuasa untuk melantik calon kedua untuk memenangi sebagai pemenang pilihan raya tersebut supaya beliau dapat menyandang jawatan tanpa mengadakan satu lagi pilihan raya.

final • 12:01 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

final • 12:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bolehkah pertimbangan itu diberi terima kasih.

final • 12:01 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya faham sebagaimana Yang Berhormat Jelutong sedia maklum bahawa perkara itu setakat ini tidak ada dalam undang-undang yang sedia ada. Namun demikian kita pernah melalui satu petisyen pilihan raya. Kalau Yang Berhormat Jelutong masih ingat di Parlimen Bukit Bintang.

Di mana apabila kemenangan satu calon dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya telah mengisytiharkan calon yang kalah itu untuk menjadi Ahli Parlimen. Itu terpulang kepada budi bicara mahkamah berdasarkan kepada peruntukan undang-undang dan juga fakta dalam setiap kes tersebut. Terima kasih.

Seterusnya saya hendak menyatakan bahawa berdasarkan kepada peruntukan RM15 juta ini, terdapat peruntukan sebanyak RM400,000 diperuntukkan bagi membiayai petisyen pilihan raya. Oleh kerana dalam pentadbiran kerajaan yang lepas telah diputuskan oleh Jabatan Peguam Negara bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya tidak boleh menggunakan khidmat Jabatan Peguam Negara. Dengan kata lain, SPR perlu melantik peguam bebas untuk mewakili mereka di dalam sesuatu petisyen pilihan raya.

Ada empat petisyen pilihan raya iaitu petisyen pilihan raya Parlimen Jasin, Parlimen Sipitang Sabah, DUN Rantau Negeri Sembilan dan Parlimen Kimanis yang telah menelan belanja RM400,000 kerana SPR terpaksa menggunakan khidmat peguam swasta bagi mewakili SPR. Sedangkan sebelum daripada ini kerajaan memutuskan Jabatan Peguam Negara mewakili SPR di dalam semua kes-kes petisyen pilihan raya dan kerajaan pada masa itu dan juga kerajaan sekarang ini berpandangan sebenarnya Jabatan Peguam Negara mempunyai kepakaran yang boleh dikatakan tidak boleh dipertikaikan. Malah melebihi daripada peguam-peguam swasta yang sekali-sekala membuat kes petisyen ini. Mereka mempunyai kepakaran dan oleh itu kerajaan sekarang akan memikirkan dasar yang baharu terhadap perwakilan kepada SPR jika sekiranya berlaku petisyen pilihan raya.

Saya hendak merujuk kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang, sahabat saya. Saya amat berminat dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang khususnya berhubung dengan Akta Anti Lompat Parti yang telah saya jawab dalam penggulungan hari Isnin yang lepas. Setakat ini itulah autoriti yang kerajaan gunakan Perkara 10(1) dalam Perlembagaan iaitu “freedom of association’’. Namun saya meneliti pandangan Yang Berhormat. Saya pun semalam saya tengok Yang Berhormat punya press statement, saya mungkin agak bersetuju dengan Perkara 10(2)(c) yang mengatakan bahawa “Dalam apa-apa sekatan yang didapati perlu dan suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana

final • 12:01 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan

bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral”. Jadi insya-Allah kita akan meneliti perkara ini.

Namun demikian, setakat ini kerajaan masih lagi terikat dengan keputusan kes DUN Kelantan melawan Nordin Salleh tahun 1992 dan kita menunggu kes terbaru yang dijangka akan menyusul berikutan kes di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

final • 12:01 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan

Jadi itu sahaja— mengenai SOP yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan, insya-Allah garis panduan yang ditetapkan agar kawasan yang bergejala dalam menghadapi pilihan raya, khususnya pilihan raya negeri Sabah yang melibatkan 73 DUN, itu akan kita buat dan akan kita pastikan dapat dilaksanakan sebaiknya kerana SPR mempunyai pengalaman mengendalikan PRK DUN Chini dan terdekat ini PRK Slim.

final • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bangun]

final • 12:10 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan

Untuk makluman Ahli-ahli Dewan juga, tadi saya tidak sempat hendak sebut bahawa apabila Yang Berhormat Pasir Gudang menjelaskan memang Pilihan Raya Umum Ke-14 menelan belanja kira-kira RM500 juta.

Saya difahamkan oleh SPR bahawa sekiranya— ini sekiranya kerajaan mengadakan pilihan raya snap untuk seluruh negara pada masa ini, pasca COVID-19 ia dikatakan, dianggarkan perbelanjaan sebanyak RM1.2 bilion diperlukan untuk mengadakan, bukan RM700 juta. Semua SOP diikuti, ia akan melibatkan— itulah anggaran yang dirasa akan diperlukan untuk mengendalikan perkara ini.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

final • 12:10 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan

Atas dasar itu...

final • 12:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Sebelum landing...

final • 12:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Pontian ada.

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ada celahan tadi, saya tengok Yang Berhormat Pontian dahulu, kemudian Yang Berhormat Jelutong.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Terima kasih. Tadi saya ada mencelah Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Menteri mengenai SOP PRK yang tidak membenarkan ceramah di tempat terbuka, walhal pada pandangan kami tempat terbuka lebih selamat daripada tempat tertutup.

Kemudian, penamaan calon hanya tiga orang boleh masuk sedangkan ruang di kawasan pusat penamaan calon itu boleh 250 orang. Perlulah saya kira ditambah ruangan itu dan di sini disebut program perintis High Impact Smart Training yang digunakan untuk perbelanjaan ini. Saya ingin tahu apa benda program ini.

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila, Yang Berhormat Menteri.

final • 12:10 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan

Yang Berhormat Pontian, saya telah menjelaskan tadi bahawa SPR mempunyai satu garis panduan atau SOP yang telah diputuskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang mana SPR terikat mematuhi sepenuhnya. Jika sekiranya tidak, ia bercanggah dengan undang-undang yang sedia ada.

Keduanya mengenai high impact training ini adalah berhubung dengan suatu pelaksanaan program High Impact Smart Training (HIST) iaitu ketua tempat pilihan raya bagi tempat mengundi bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak yang ke-12. Ini pelaksanaan berhubung dengan perkara-perkara yang diperlukan untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak yang ke-12.

Selain daripada itu...

final • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri..

final • 12:10 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan

Ya, saya rasa tidak ada, right?

final • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tidak, berkenaan dengan...

final • 12:10 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan

Last, last.

final • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri, telah menyebut tentang snap election di Sabah. Saya ingin tanya dua perkara. Perkara ini adalah perkara yang penting sebab sekarang umum mengetahui kita dilanda dengan wabak COVID-19.

Adakah pihak Suruhanjaya Pilihan Raya akan diberi kuasa-kuasa tambahan untuk juga mempertimbangkan kesalahan-kesalahan terhadap pihak-pihak tertentu yang memaksa pilihan raya ini diadakan, yang membuat langkah-langkah untuk dengan izin, kalau saya gunakan istilah ‘membeli wakil-wakil rakyat’ yang mana kita lihat kerajaan Sabah yang ada sekarang tidak ada sebarang pilihan kecuali menyerahkan mandat kembali kepada rakyat.

So, saya ingin tanya sama ada Suruhanjaya Pilihan Raya akan diberi kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang memaksa pilihan raya yang diadakan dalam masa wabak COVID-19 diadakan.

final • 12:10 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan

Okey, terima kasih, terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, Yang Berhormat Jelutong, faham sudah, Yang Berhormat Jelutong. Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong.

final • 12:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Bangun]

final • 12:10 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

Pertamanya saya hendak jawab yang memaksa pilihan raya diadakan adalah pihak yang menasihatkan TYT supaya Dewan dibubarkan*.

[Tepuk]*

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, itu yang betul.

final • 12:10 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan

Itu yang memaksa. Kedua, SPR tidak mempunyai maklumat mengenai apa yang disebut pembelian dan sebagainya. Jika sekiranya ada laporan SPRM atau polis, biarlah pihak tersebut menyiasat. Jadi dengan kata-kata itu saya menggulung perbahasan saya untuk kali ini. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri saya sokong, Yang Berhormat Menteri.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya sebut ini, Yang Berhormat, saya soal Chini, Chini di mana diberi tempoh masa untuk mengundi itu kepada pengundi.

Pengundi disyaratkan mesti mengundi pada masa tertentu seperti pada pukul 8.00, pukul 12.00. Apakah itu akan dikaji semula?

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Menteri telah menggulung dan telah menamatkan penggulungan beliau. Baik.

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM15,650,000 untuk Maksud B.4 di bawah Jabatan Perdana Menteri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM15,650,000 untuk Maksud B.4; diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM10 untuk Maksud P.6 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2019 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM10 untuk Maksud P.6 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2019]

final • 12:10 PM
Maksud B.10, B.11 dan B.12 [Jadual] - Maksud P.10 [Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2019] –

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Kewangan Bekalan B.10, B.11 dan B.12 dan Kepala Pembangunan P.10 di bawah Kementerian Kewangan terbuka untuk dibahaskan. Sekarang ini saya jemput, maksimum empat Ahli Yang Berhormat. Saya mulakan dahulu dengan Yang Berhormat Arau, lima minit.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Pengerusi, pertama saya ingin menyatakan bahawa ini di bawah Jawatankuasa, kita tanya soalan pendek-pendek, jawablah. Jangan tidak dijawab. Tuan Pengerusi pun jangan lepas macam itu sahaja, dia kena jawab soalan saya. Kalau tidak boleh jawab, kata jawab bertulis.

Rakyat hendak tahu, rakyat Chini beritahu dekat saya, apakah tempoh masa itu hendak dibuat di Slim pula, itu sahaja soalannya, jawab bertulis. Jangan Yang Berhormat lepas macam itu sahaja. Ini Rang Undan-undang Jawatankuasa, bukan Dasar, kena jawab apa yang kita tanya.

final • 12:16 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Saya telah tanya Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri tidak bagi laluan.

final • 12:16 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini saya sudah marah awal sangat ya.

final • 12:16 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Saya buat keputusan untuk – baik, terima kasih.

final • 12:16 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jawab bertulis, jawab secara bertulis sahaja pun sudah cukup. Saya tahu sesetengahnya Yang Berhormat Menteri mungkin tidak boleh jawab sebab ini benda-benda baharu yang kami timbulkan. Kami buat research.

final • 12:16 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Arau. Sila.

final • 12:16 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, ini fasal Perbendaharaan, Yang Berhormat. Fasal Perbendaharaan, saya hendak tanya tentang ekuiti ini sebab ada tengok ekuiti ini semasa 2019 ada disebut bahawa jaminan sukuk yang diberi kepada Tabung Haji di mana dimasuk di sini. Apakah kerajaan tidak membuat jaminan kepada sukuk yang diberi kepada Tabung Haji?

Kalau sekiranya tidak ada jaminan daripada kerajaan dan kerajaan tidak membayar apa-apa ataupun hanya bayar baru RM100 juta daripada jaminan yang begitu besar yang telah dibuat, jadi apakah hak syarikat Menteri Kewangan mengambil harta Tabung Haji. Saya dengar cerita harta Tabung Haji yang diambil adalah lebih daripada 104 syarikat, lebih kurang begitu dan separuh daripada syarikat itu telah pun dijual.

Macam mana you hendak jual syarikat ini dan sebagainya yang telah disenaraikan di Bursa Saham yang saya tidak mahu sebut nama syarikatnya sebab nanti mempengaruhi Bursa Saham. Saya tidak mahu mempengaruhi saham yang ke arah negatif, jadi kalau positif saya akan sebut. Oleh sebab itu, tujuan kita hendak aktifkan Bursa Saham yang sekarang ini sudah pun berada di keadaan yang cukup terangsang, melonjak-lonjak cukup baik, tetapi sebahagian besar daripada harta Tabung Haji yang dijual dengan harga yang cukup murah. Harganya sampai dua sen pun ada.

Sekarang ini dalam pasaran sudah naik sampai 12 sen, 13 sen. Jadi saya hendak tanya kenapa kerajaan, syarikat Menteri Kewangan menjual harta-harta Tabung Haji dalam keadaan dia pun belum bayar lagi kepada Tabung Haji dan sukuk yang telah dijanjikan itu tidak diberikan jaminan oleh kerajaan. Ini saya hendak tanya benda ini.

Apakah perkara ini tidak dimasukkan di bawah perbelanjaan 2019?

Tadi saya hendak menegur juga pihak pembangkang tadi. bila ditanya, Tuan Pengerusi tanya dengan baik bertanya, “Ahli-ahli yang bersetuju, kata setuju”, kami yang tempik bersetuju. Dia orang tidak cakap apa-apa pun, padahal yang belanja, anda, yang belanja Yang Berhormat semua. Hendak cakap anda pula dah.

final • 12:16 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Minta maaf. Yang belanja, Yang Berhormat semua, yang kami tidak tumpang belanja. Kami tengok sahaja. Peruntukan Ahli Parlimen pun tidak diberi kepada kami, hanya bagi RM100,000. Jadi, Yang Berhormat tiba-tiba hari ini yang Yang Berhormat belanja kot lah nak jawab setuju, jawab setuju. Kalau tidak, macam mana kamu dah makan, kamu tidak bayar. Mana boleh macam itu.

final • 12:16 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Tepuk]

final • 12:16 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Minta maaf guna perkataan ‘kamu’ sebab itu maksudnya ialah ‘Yang Berhormat’.

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya, terima kasih, Yang Berhormat Arau.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, saya hendak dengar sepatah suara ini, suara bekas Menteri Belia, suara bekas Menteri Besar Kedah ini.

Tidak dengar kata, “Ya, kami setuju”. Hendak dengar dari kawan-kawan saya kata setuju.

Jangan macam itu. Tidak baik, tidak manis rekod Parlimen itu akan disebut yang setuju hanya di pihak Perikatan Nasional tetapi puak-puak sebelah sana yang sudah pakai duit, buat diam sahaja.

[Ketawa] Mana boleh. Ini tidak adil. Makan, selepas itu tidak bayar, sembunyi pula.

Jadi, saya minta supaya kerajaan memperjelaskan, di manakah perginya jaminan sukuk kepada Tabung Haji? Saya hendak tahu, apakah syarikat-syarikat yang telah diambil itu betul ataupun tidak bahawa ia telah dijual? Kalau dijual, ada hukum dari segi Islam. Sebab ambil duit orang, ambil harta orang, malahan tidak bayar, selepas itu pergi jual. Apa hukumnya? Ini bahaya sebab ia melibatkan pendeposit-pendeposit seramai 9.3 juta pendeposit.

Hendak tanya sebab kalau tidak pindah ke syarikat Menteri Kewangan, tidak ada masalah. Tabung Haji sendiri boleh urus dan jual sekarang dan akan untung berbilion ringgit. Kenapa mesti menyibuk ambil harta orang, selepas itu tidak bayar dan selepas itu jual pula? Saya dengar bayar cuma RM100 juta yang kononnya yang akan dibayar berpuluh bilion ringgit.

Terima kasih. Jadi, saya terpaksa menyokong sebab kami dalam kerajaan sekarang. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Arau. Sekarang saya jemput di sebelah sini Yang Berhormat Beruas.

Kemudian diikuti Yang Berhormat Pontian.

final • 12:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Selepas itu saya.

final • 12:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bangun untuk membahaskan perkara B.10 Perbendaharaan.

Kita tahu bahawa pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa kerajaan telah mendapat pinjaman RM45 bilion untuk membiayai perbelanjaan kerajaan kerana penyakit koronavirus COVID-19 untuk tahun 2020.

Akta yang dicadangkan hanya memberi kuasa untuk kerajaan menaikkan jumlah pinjaman ataupun peratusan pinjaman. Apa yang saya ingin tahu daripada pihak kerajaan ialah adakah pinjaman ini akan dibayar oleh rakyat melalui cukai mereka yang akan disalurkan melalui Kumpulan Wang Terkumpul, Consolidated Funds ataupun kerajaan ada dana lain ataupun sumber lain, source yang lain untuk membayar perbelanjaan ini?

final • 12:21 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, point of order.

Point of order.

final • 12:21 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Nanti saya...

final • 12:21 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Perkara 36(1). Kita bincang yang tahun 2019, dia sebut tahun 2020. Kita akan bentang― belum lagi. Ini tahun 2019. Yang Berhormat rujuk silap.

final • 12:21 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Betul. Ini perbelanjaan...

final • 12:21 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

RM45 bilion ialah yang tahun 2020. Ini tahun 2019. Ini Pakatan Harapan. Kita bincang hat Pakatan Harapan yang salah buat ini.

final • 12:21 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Beruas, ini bukan yang tahun 2020. Ini tahun 2019 yang lepas.

final • 12:21 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Okey, kalau tidak, saya akan berucaplah semasa akta itu. Kita hendak tahu kerana kerajaan sudah pun tahu apakah sumber cara membayar balik wang ini.

Akhir sekali, saya berterima kasihlah kepada Yang Berhormat Arau kerana telah pun menyatakan bahawa perbelanjaan yang dicadangkan dan telah pun digunakan tahun 2019 telah mendapat sokongan seluruh pihak kerajaan yang sekarang. Ini menunjukkan bahawa perbelanjaan yang telah disyorkan dan telah dibelanjakan di bawah Kerajaan Pakatan Harapan memang dibuat secara baik dan dibelanjakan secara baik hinggakan

final • 12:21 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

keseluruhan pihak Kerajaan Perikatan Nasional pun sokong. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:21 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Pontian. Kemudian diikuti Yang Berhormat Tebrau.

final • 12:21 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Terima kasih Tuan Pengerusi. Maksud P.10, Butiran 2.1 – Pelbagai Suntikan Ekuiti yang berjumlah RM2.6 bilion ini, saya mohon penjelasan daripada Perbendaharaan, daripada Kementerian Kewangan, berapakah banyak suntikan ekuiti untuk Dana Infra?

Di sini juga disebut Bandar Malaysia, disebut Tun Razak Exchange. Saya ingin mengetahui setakat mana kemajuan Tun Razak Exchange? Kita tahu bahawa Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia ini sebelum ini menjadi kontroversi di bawah 1MDB tetapi diteruskan dan Tun Razak Exchange, GDV-nya atau growth development value-nya, Tuan Pengerusi, ialah RM40 bilion.

Saya ingin bertanya, apa terjadi tentang Bandar Malaysia? Adakah ia akan diteruskan? Mengikut anggaran, GDP Bandar Malaysia ini ialah RM140 bilion dan tanahnya adalah amat strategik. Saya kira ia wajar diteruskan. Kalau syarikat yang berkaitan tidak mampu, maka kita cari syarikat-syarikat yang berkebolehan dan bolehlah ada partner daripada luar negara jika perlu. Itu mengenai Butiran 2.1.

Seterusnya Maksud B.10 Perbendaharaan. RM762.9 juta fi perkhidmatan agensi Lembaga Hasil. Kenapa Lembaga Hasil perlu mengenakan fi perkhidmatan agensi? Sedangkan mereka sudah pun mempunyai pegawai yang dibayar gaji sebagai pegawai kerajaan dan saya tidak faham apakah maksud fi perkhidmatan agensi yang begitu banyak.

Saya juga ingin tahu SOP kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri ini. Adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri boleh terus membawa seseorang ke mahkamah? Adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri perlu mula-mula menghantar surat atau notis kepada orang yang dituduh, kemudian ada rundingan yang tertentu dibuat? Mengapa ada kes-kes yang tertentu terus seseorang itu dibawa ke mahkamah tanpa diberikan surat, tanpa diberikan notis, tanpa ada rundingan? Saya ingin memaklumkan kepada, Tuan Pengerusi, ia terjadi kepada diri saya sendiri.

Seterusnya ialah Perkhidmatan Am Perbendaharaan, RM1.769 bilion. Ini banyak ini. Ia adalah untuk subsidi produk petroleum tahun 2019. Saya ingin tahu perbandingan subsidi itu pada tahun 2018 dan adakah subsidi itu diteruskan untuk tahun 2020 dan setakat mana berkesannya subsidi yang tersasar begitu? Adakah kita akan melakukan subsidi yang bersasar, bukan tersasar, apabila harga petroleum kemungkinan akan naik maka kita adakan subsidi bersasar?

Saya difahamkan bahawa usaha-usaha yang telah dibuat untuk subsidi bersasar ini dihentikan. Akan tetapi, oleh kerana begitu banyak sekali duit rakyat yang digunakan untuk membayar subsidi produk petroleum kepada orang kaya pun dapat― RM1.769 bilion ini orang yang ada 10 buah kereta pun dapat, Tuan Pengerusi, orang yang ada satu kereta pun dapat. Orang yang ada 10 buah kereta besar-besar sepatutnya tidak memperoleh subsidi RM1.769 bilion ini. RM1.769 bilion ini lebih baik kalau kita buat sekolah, buat masjid, buat jalan, membantu Sabah dan Sarawak. Ia jauh lebih berkesan daripada memberikan wang tersebut kepada orang-orang kaya. Terima kasih.

final • 12:24 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tebrau.

final • 12:24 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Terima kasih Tuan Pengerusi memberi peluang kepada saya untuk berbahas. Perkara-perkara yang saya akan bangkitkan adalah di bawah Maksud B.10 dan juga P.10.

Tuan Pengerusi, saya meneliti ada sebanyak hampir RM763 juta sudah diperuntukkan untuk menampung bayaran fi perkhidmatan agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Saya ingin bertanya untuk Yang Berhormat Menteri menjawab, apakah agensi itu dan apakah perkhidmatan yang dilakukan oleh agensi yang tersebut?

final • 12:27 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Soalan tambahan adalah, walaupun ada banyak peruntukan tambahan sudah diberikan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri, apakah status pembayaran balik cukai terlebih bayar yang masih tertunggak pada tahun 2019? Berapa banyak yang masih tertunggak dan bilakah amaun itu akan dijelaskan? Supaya pembayar cukai tidak mengalami kekangan kekurangan dana untuk menjalankan operasi mereka.

Dari segi menyelesaikan test audit atau investigation, dengan izin, berapa banyak kes? Saya tahu maklumat ini kemungkinan Yang Berhormat Menteri itu tidak ada dalam tangan tetapi saya boleh terimalah kalau boleh memberi jawapan secara bertulis.

Berapa banyak kes test audit yang sudah dilakukan pada tahun 2019 dan juga berapa kes investigation, dengan izin, yang dilakukan pada tahun 2019 yang masih belum selesai? Berapakah hasil kutipan daripada test audit yang sudah diselesaikan dan juga investigation yang sudah diselesaikan?

final • 12:27 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Sekarang saya ingin membangkitkan perkara di bawah Maksud P.10. Di sini pun ada peruntukan tambahan sebanyak hampir RM2.7 bilion untuk tujuan suntikan ekuiti. Jadi, soalan saya adalah berapa banyak pulangan yang dijangkakan akan didapati dari suntikan ekuiti ini dan apakah kajian yang telah dilakukan sebelum membuat suntikan ekuiti ke dalam beberapa projek yang sudah disebutkan seperti Tanah Infra Sdn.

Bhd., Bandar Malaysia, Dana Fasilitasi dan sebagainya.

Apa kajian yang sudah dibuat? Adakah ini adalah satu suntikan yang baik untuk rakyat Malaysia? Terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Saya jemput yang terakhir, Yang Berhormat Subang. Lima minit.

final • 12:30 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi.

Saya juga menyambut poin-poin yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Tebrau dan juga oleh Yang Berhormat Pontian tentang Maksud B.10. Saya lihat overall title dia ialah Strategi Fiskal dan kita lihat, kod objek am itu adalah 20000 - Perkhidmatan dan Bekalan.

Maknanya, ini adalah satu bayaran terhadap services rendered, dengan izin.

Saya lihat anggaran asal adalah sejumlah RM1.9 bilion dan tambahan RM763 juta. Kalau kita kira dari segi percentage nisbah dia, ia adalah tambahan 40 peratus. Ini adalah tambahan yang besar sekali. Apabila kita melihat pula dalam Kertas Perintah 1A ini yang mana diberi maksud dia ataupun penjelasan dia, tambahan sebanyak RM762,944,600 adalah dikehendaki untuk menampung bayaran fi perkhidmatan agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Fi apa ini? Kalau ini dibuat oleh katakan agensi di dalam LHDN, maknanya ini adalah bayaran emolumen. Bayaran services rendered, menunjukkan bahawa ini untuk third party di luar kerajaan. Adakah apa yang saya timbulkan ini betul atau tidak? Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk memberi penjelasan yang penuh kalau terdapat third party, syarikat yang mendapat kontrak sebesar RM1.9 bilion dan ditambah lagi RM763 juta, ini perlu diberitahu kepada semua kita di Dewan yang mulia ini.

Baik dan juga isu terakhir ya, Maksud P.10. Tambahan untuk ekuiti ini, setahu saya semua syarikat yang kita buat ini kita sudah, Kerajaan Malaysia own 100 percent.

Ini bukan tambahan ekuiti baharu. Ini ialah pada pendapat saya hutang-hutang yang tidak boleh dibayar di-convert menjadi ekuiti yang mana kita masih ada 100 peratus.

Saya rasa amalan ini telah dilakukan oleh kerajaan-kerajaan lalu dan saya ingin tahu apakah sebenarnya cerita tentang equity injection ini. Terima kasih.

final • 12:31 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Subang. Maka tamatlah perbahasan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk menjawabnya.

final • 12:31 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Abd Rahim bin Bakri

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua mereka yang terlibat dalam perbahasan peringkat jawatankuasa bagi meluluskan usul Anggaran Pembangunan Tambahan (Bil.1) 2019 yang melibatkan Kementerian Kewangan.

final • 12:34 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Abd Rahim bin Bakri

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, peruntukan yang dipohon dan yang telah dibelanjakan dalam peruntukan ini ialah melibatkan tiga perkara iaitu Perbendaharaan, Perkhidmatan Awam Perbendaharaan dan juga peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun dan juga satu peruntukan Maksud P.10 bagi usul Anggaran Pembangunan Tambahan (Bil.1) 2019 .

Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya peruntukan-peruntukan ini adalah bertujuan untuk maksud-maksud yang tertentu, iaitu yang pertama yang melibatkan lebih kurang sejumlah RM5.1 bilion ialah bagi bayaran perkhidmatan fi, perkhidmatan agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri. Kedua bagi B.11 - Perkhidmatan Am Perbendaharaan. Jumlah yang dipohon ialah sebanyak untuk bayaran subsidi ialah berjumlah RM1.7 bilion yang telah dibelanjakan bagi maksud ini dan ia adalah bagi maksud bayaran subsidi produk petroleum yang perlu dibayar oleh kerajaan bagi maksud pelaksanaan subsidi minyak.

Ketiga, adalah berkaitan dengan peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun sebanyak RM1.09 bilion yang merupakan pindahan lebihan hasil ke Kumpulan Wang Pembangunan untuk membiayai sebahagian daripada pinjaman pembangunan.

Manakala bagi Maksud P.10, peruntukan yang dipohon ini dan yang telah dibelanjakan ini adalah bagi suntikan sejumlah RM1.3282 bilion. Ini adalah bagi Maksud P.10 - Pelbagai Suntikan Ekuiti bagi membiayai keperluan dan komitmen yang diklasifikasikan semula daripada OE kepada DE iaitu projek Dana Infra, bayaran pelunasan aset, EFI, pelunasan aset Tun Razak dan Bandar Malaysia dan satu lagi ialah melibatkan RM1.377 bilion iaitu pindaan modal Dana Infra Sdn. Bhd. untuk projek MRT laluan satu dan MRT laluan dua.

Berdasarkan kepada peruntukan yang telah dibelanjakan ini, sememangnya ia telah pun di laksanakan dan ada beberapa isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan dengan isu-isu tertentu yang melibatkan perbelanjaan ini.

Pertama sekali, yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian dan juga Yang Berhormat Subang iaitu berkaitan dengan kenapa bayaran fi agensi LHDN perlu diperuntukkan. Untuk makluman Yang Berhormat, sepertimana yang telah pun dilakukan sebelum ini adalah― Lembaga Hasil adalah merupakan satu badan yang telah diperbadankan dan peruntukan tambahan B.10 ini adalah diperuntukkan bagi membayar fi agensi LHDN. Fi agensi LHDN ini adalah satu bayaran di atas perkhidmatan mengutip cukai langsung bagi pihak Kementerian Kewangan. Yang ini telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini iaitu untuk memberikan bayaran kepada atas khidmat yang diberikan oleh LHDN.

Sebelum 1 Januari 2019, fi agensi dikira berdasarkan formula iaitu sebanyak 1.5 peratus daripada kutipan cukai langsung kasar. Akan tetapi, bermula Januari, kadar fi agensi ini telah dinaikkan kepada sejumlah 1.85 peratus daripada kutipan cukai langsung kasar. Oleh itu, peruntukan yang telah disediakan pada tahun 2019 yang sebanyak RM1.9 bilion adalah tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan operasi dan pembangunan LHDN. Fi agensi bagi tahun 2009 berdasarkan unjuran kutipan cukai langsung adalah sebanyak RM2.6 bilion. Oleh itu, tambahan sebanyak RM763 bilion ini adalah bagi tujuan untuk menampung bayaran fi agensi LHDN.

Yang Berhormat Tebrau juga ada membangkitkan...

final • 12:34 PM

Tuan Wong Chen - Subang

[Bangun] Yang Berhormat Menteri, minta maaf.

final • 12:34 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya, Yang Berhormat Subang hendak mencelah. Yang Berhormat Subang.

final • 12:34 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Kalau boleh.

final • 12:34 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Subang.

final • 12:34 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Yang Berhormat Menteri, saya tidak faham sangat fi. Apakah fi ini? Fi ini dibayar kepada penjawat awam daripada LHDN atau tidak?

Ataupun bayar pada third party? Ini kerana, setahu saya pegawai LHDN ada gaji, ya dia ada gaji dan adakah ini program insentif untuk collect lebih?

final • 12:34 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Itu sahaja soalan saya. Saya okey kalau ada insentif macam ini tetapi saya tidak sukalah kalau jawapan ini fee dibayar kepada third party di luar LHDN.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Subang.

final • 12:40 PM

Datuk Abd Rahim bin Bakri

Tidak Yang Berhormat Subang. Sebenarnya tidak ada bayaran kepada pihak yang lain, ia adalah dibayar kepada LHDN sesuai dengan kehendak untuk memberikan insentif kepada mereka untuk meningkatkan keupayaan mengutip lebih cukai bagi memberikan hasil yang lebih kepada kerajaan.

Yang Berhormat Tebrau, isu jumlah bayaran balik cukai pendapatan bilangan – dan juga kes audit dan kutipan cukai dari kes audit, Kementerian Kewangan akan memberikan jawapannya secara bertulis berkaitan dengan soalan tersebut.

Yang Berhormat Pontian juga ada membangkitkan tentang perbandingan perbelanjaan subsidi tahun 2018 dan 2019. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah perbelanjaan subsidi bagi tahun 2018 ialah RM7.045 juta dan tahun 2019 adalah RM667,386.32 juta.

Hala tuju program subsidi secara pukal ini memandangkan Program Subsidi Bersasar ini akan dihentikan, asas perbelanjaan bagi – Jemaah Menteri telah memutuskan untuk mengekalkan harga siling bagi petrol pada RM2 seliter dan pada 27 Februari 2019 kerajaan menurunkan had harga siling kepada RM2.08. Jadi pemberian subsidi ini adalah berkait dengan penetapan harga yang telah ditentukan oleh kerajaan sebelum ini iaitu untuk memastikan bahawa rakyat mendapat subsidi daripada pembelian minyak.

Berkaitan dengan isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi, berkait dengan isu Bandar Malaysia saya ingin menjelaskan di sini Yang Berhormat. Bagi projek Bandar Malaysia yang berkeluasan 486 ekar adalah projek strategik pembangunan KL dan dibangunkan oleh Bandar Malaysia yang merupakan anak syarikat TRX City. Bandar Malaysia akan menjadi pemangkin kepada projek Greater KL dengan rangkaian MRT, HSR dan juga komuter. Projek Bandar Malaysia ini adalah projek strategik jangka masa panjang yang akan dibangunkan secara berfasa dan berperingkat dengan anggaran nilai kasar sebanyak RM140 bilion.

Seperti mana yang umum sedia maklum, keputusan untuk meneruskan Bandar Malaysia ini adalah hasil daripada kerjasama strategik syarikat yang telah memenangi tender iaitu IWH-CREC iaitu sebuah konsortium di antara Iskandar Waterfront Holdings Bhd. dan China Railway Engineering Sdn. Bhd. Selaras dengan keputusan tersebut, Jemaah Menteri kepada 1 November juga telah meluluskan cadangan untuk di dalam pembangunan ini.

Akibat daripada TRX ini telah – daripada penularan COVID-19, TRX City telah meluluskan permohonan ICSB supaya diberikan lanjutan untuk memenuhi syarat-syarat pembelian seperti mana daripada 17 Jun 2020 kepada selewat-lewatnya 5 November 2020 dan EOT pembayaran cukai deposit dan pendahuluan dari 30 April 2020 pada selewat-lewatnya 4 September. Setakat ini TRX telah menerima sebanyak RM148 juta iaitu dua persen daripada hasil jualan.

Oleh itu, saya ingin menyatakan di sini bahawa projek-projek yang melibatkan aset 1MDB yang telah pun diambil alih oleh MKD telah pun dilaksanakan khususnya TRX yang telah pun dimiliki oleh Aroma Teraju Sdn. Bhd. semenjak daripada syarikat MKD dan juga Bandar Malaysia yang telah pun meneruskan projeknya dan juga projek Pulau Indah yang setakat ini masih lagi di dalam penilaian. Jadi, saya fikir itu sahaja yang saya ingin jelaskan dan berkaitan dengan...

final • 12:40 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Tuan Pengerusi.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Tuan Pengerusi.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Saya ada soalan yang...

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Tuan Pengerusi.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

...Yang Berhormat Menteri belum jawab...

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Tuan Pengerusi saya pun ada soalan juga.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Ya, boleh? Yang mana satu ini?

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Tuan Pengerusi.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Saya panggil Yang Berhormat Pontian dahulu. Sila.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Ya, tadi saya menyebut...

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Saya mohon sedikit.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Mengenai Lembaga Hasil Dalam Negeri, prosedur Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk membawa seseorang ke mahkamah. Adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri tanpa memberi surat, tanpa pemberi notis dan tanpa memberi Borang J, tanpa ada sebarang rundingan boleh terus membawa seseorang itu ke mahkamah?

Apa sebenarnya prosedur kutipan hasil oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri ini supaya tidak berlaku pada diri saya yang terus dibawa ke mahkamah, tidak berlaku pada orang lain? Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:40 PM

Datuk Abd Rahim bin Bakri

Berkaitan dengan soalan tersebut saya akan memberikan Yang Berhormat jawapan bertulis kerana perkara ini, saya tidak ada maklumat lanjut berkaitan dengan prosedur. Kebiasaannya apabila seseorang yang diminta untuk membayar cukai sepatunya diberikan notis dan ada juga kaedah-kaedah tertentu yang perlu dilaksanakan misalnya membuat rayuan-rayuan kepada pesuruhjaya cukai.

Akan tetapi memandangkan perkara ini adalah spesifik kepada Yang Berhormat dan juga untuk kepentingan Ahli-ahli yang lain kita akan...

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Tuan Pengerusi.

final • 12:40 PM

Datuk Abd Rahim bin Bakri

Beri jawapan bertulis supaya dapat...

final • 12:40 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Tuan Pengerusi.

final • 12:40 PM

Datuk Abd Rahim bin Bakri

Memberikan jawapan yang...

[Tidak jelas]

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Termasuk yang Arau ya.

final • 12:40 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Tuan Pengerusi, saya minta sedikit sebab soalan Tuan Pengerusi.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sekejap.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Saya hendak menyokong soalan Yang Berhormat Arau tentang jaminan sukuk yang telah diputuskan di Kabinet pada tahun 2018 pada hujung Disember di mana yang disebut RM100 juta itu cash diberi di atas empat saham yang tidak patuh syariah pada tahun 2019. Disember 2020, mereka akan membayar lagi RM200 juta cash. Adapun keseluruhan perpindahan kepada UJSB adalah sebanyak RM19.9 bilion atau kita kata RM20 bilion.

Isunya ialah semasa perjanjian itu dibuat, kerajaan pada tahun 2018 dalam perjanjian itu menyatakan sokongan ya, letter of support kepada perjanjian ini. Jadi saya rasa Yang Berhormat Arau bertanya itu sangat relevant supaya minta kerajaan hari ini adakah terus komited ataupun meneruskan apa yang telah dimaterikan perjanjian itu pada Disember 2018.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

RM100 juta itu ialah bayaran cash kepada saham yang tidak patuh syariah, ada RM200 juta lagi Yang Berhormat Arau untuk dibayar pada Disember 2020.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ia punya persoalan besar sekarang ialah...

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Saya soalan ialah saya harap...

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kenapa saham yang telah dipindahkan itu dijual? Belum bayar lagi...

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Itu yang saya hendak tanya juga, macam Yang Berhormat Arau juga.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Tidak jelas] ...Dijual.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Saya pun sokong.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi Yang Berhormat pada masa itu you sebagai Menteri tidak wajar buat perpindahan sedemikian rupa, sebanyak 104 syarikat.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Dia tidak jual, dia hanya transfer kepada UJSB.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Mungkin public listed company semuanya.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Dia transfer dan saya hendak tanya.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akan tetapi separuh daripada syarikat itu telah dijual.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Yang UJSB yang macam didakwa oleh Yang Berhormat Arau adakah telah dijual? Itu soalan saya.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang dijual itu, duit tidak dibayar kepada Tabung Haji.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Apakah masih UJSB memegang lagi transfer asset yang dikata RM19.9 bilion itu?

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini kesalahan Yang Berhormat Menteri pada masa tersebut.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, Yang Berhormat Arau baik.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Saya mohon Yang Berhormat Menteri dapat bantu Yang Berhormat Arau...

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Arau.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang membuat pengeluaran tetapi tidak bayar duit...

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Untuk menyelesaikan kekusutan beliau dan juga saya. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya ingat kita buat RCI lah, habis cerita ya.

final • 12:40 PM

Datuk Abd Rahim bin Bakri

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum bahawa keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan yang lalu ialah seperti mana yang telah dilaksanakan sekarang iaitu untuk memindahkan sebahagian daripada aset Tabung Haji kepada Urus Jemaah Sdn. Bhd.

Seperti mana yang kita sedia maklum, bahawa daripada perpindahan itu kerajaan khususnya membayar, memberikan jaminan sukuk sebanyak RM19.9 bilion, hampir RM20 bilion terhadap...

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Terjawab sudah soalan.

Terima kasih.

final • 12:40 PM

Datuk Abd Rahim bin Bakri

...Aset-aset tersebut. Bagaimanapun, seperti mana saya sedia diberi dimaklum setakat ini, setakat ini yang saya telah dimaklumkan, saya tidak tahu kalau ada perkembangan yang selanjutnya bahawa aset-aset tersebut masih lagi di bawah UJSB dan belum ada...

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Terima kasih kerana menjawab.

final • 12:40 PM

Datuk Abd Rahim bin Bakri

Disposal. Akan tetapi, kita juga mengambil maklum tentang kerisauan khususnya pendeposit atau juga masyarakat Islam di Malaysia yang merupakan pemilik kepada Tabung Haji ini. Disposal of assets ini adalah sesuatu yang agak sensitif bagi masyarakat khususnya pendeposit Tabung Haji kerana ini akan memberikan satu gambaran yang kurang baik.

final • 12:40 PM

Datuk Abd Rahim bin Bakri

Akan tetapi kita akan serahkan kepada kerajaan yang baharu untuk melihat jika ada keperluan untuk memberikan hala tuju baharu tentang perkara ini. Juga saya ingin nyatakan di sini, sebenarnya tidak ada keperluan untuk saya menjawab sebenarnya sebab tidak ada dalam butiran yang telah dibincangkan dalam ini...

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya, kerana merujuk kepada butiran mana?

final • 12:50 PM

Datuk Abd Rahim bin Bakri

Akan tetapi ini untuk memberikan sedikit kepuasan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, saya jawablah. Akan tetapi, sebenarnya tidak ada dalam butiran yang telah dibentangkan di sini...

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Timbalan Menteri, masa telah...

final • 12:50 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Tuan Pengerusi...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Timbalan Menteri, masa telah tamat.

final • 12:50 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Boleh saya minta ingatkan Yang Berhormat Menteri untuk jawab secara bertulis isu-isu yang saya bangkitkan adalah...

final • 12:50 PM

Datuk Abd Rahim bin Bakri

Terima kasih Yang Berhormat, tentang beberapa isu yang dibangkitkan itu, kita akan jawab secara bertulis.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Oleh sebab tidak ada butiran, tidak payah jawab bertulis. Tak payah.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Secara bertulis Yang Berhormat Tebrau. Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, terima kasih atas penggulungan dan menjawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM762,944,600 untuk Maksud B.10; RM1,769,097,700 untuk Maksud B.11; dan RM1,096,831,200 untuk Maksud B.12 di bawah Kementerian Kewangan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM762,944,600 untuk Maksud B.10; RM1,769,097,700 untuk Maksud B.11; dan RM1,096,831,200 untuk Maksud B.12 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM2,660,405,430 untuk Maksud P.10 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2019 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM2,660,405,430 untuk Maksud P.10 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan 2019]

final • 12:50 PM

Maksud B.13 - Jadual] – Tuan Pengerus

Kepala B.13 di bawah Kementerian Luar Negeri terbuka untuk dibahas. Sila Yang Berhormat Arau, lima minit.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, terima kasih. Saya tahu lima minit ya, tidak akan disambung juga. Yang Berhormat, ini fasal emolumen. Kita bayar gaji tambahan kepada Kementerian Luar Negeri. Kita tahu saya akan timbul tajuk itu seolah-

final • 12:52 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

olahnya macam tidak cukup syaratlah kalau saya tidak timbul tajuk itu dalam mana-mana penggal Parlimen, iaitu Beting Patinggi Ali.

Saya menerima jawapan daripada Kementerian Pertahanan. Saya menerima jawapan daripada Kementerian Luar Negeri. Semua jawapan ialah jawapan yang penuh dengan silat. Akan tetapi jawapan ini lebih bagus sedikit kalau dibandingkan masa Kerajaan PH dahulu, yang mereka langsung tidak mengetahui tentang apa yang berlaku di Beting Patinggi Ali.

Untuk pengetahuan Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi pun tidak mahu pergi ke Beting Patinggi Ali dan sebahagian besar daripada Ahli dalam Dewan ini pun saya ingat tidak banyak yang pergi ke sana. Siapa yang pergi ke sana, sila angkat tangan.

[Ketawa] Ada? Ada?

final • 12:52 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Arau.

final • 12:52 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

final • 12:52 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Beting Patinggi Ali ini ada kawasan minyak atau ada kawasan sumber mineral yang tertentu yang menjadi fokus kepada Yang Berhormat Arau daripada dahulu sampai sekarang?

final • 12:52 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya bercakap tajuk ini ialah untuk generasi akan datang. Ini generasi akan datang akan melihat bahawa satu reserve minyak dan gas di antara yang terbesar dalam dunia berada di sana. Itu sebab saya bercakap untuk masa hadapan, bukan untuk saya. Mungkin saya tidak capai ke umur 95 tahun. Kalau sampai ke 95 tahun, alhamdulillah. Saya hendak tengok apa yang berlaku tentang apa yang kita perjuangkan.

Apa yang saya bimbang, Beting Petinggi Ali ini ialah suatu kawasan batu karang. Akan tetapi kawasan itu sekarang ini lama-lama sudah pun ditimbus pasir, maka yang ada hanya ada adalah pokok-pokok kelapa. Siapa akan tanam kelapa? Di antaranya, kamilah yang tanam pokok kelapa. Sekarang ini pokok kelapa itu pun sudah ditumbangkan. Kita ada batu tanda sebab jaraknya 83 batu nautika daripada Sarawak.

Kawasan EEZ kita adalah 200 batu. Makna kata dalam 200 batu itu hak kita. Akan tetapi ada sebuah kapal Coast Guard China berada di sana. Sejak 2013, saya pun rasa macam malang betul nasib saya. Saya jadi Menteri 2013, dia pun ada di sana. Saya terpaksa bertarung habis-habisan supaya kawasan ini kita keluarkan supaya kapal navy kita yang berkawal itu hanya sebiji dan kapal APMM yang kecil comel itu dua biji, berada di sana.

Jadi sepatutnya kita kalau masuk kawasan negara jiran, dia sudah ambil tindakan yang wajar. Pernah kapal coast guard pergi ke Pulau Natuna. Mereka telah kejar dengan 37 biji kapal perang dan tembak dengan air. Akhirnya, kapal lari. Akan tetapi kita hanya mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjaga kehadiran mereka. Ada sebuah telaga minyak yang baharu dibina, color oren. Color macam yayasan saya ini, nama Yayasan Pok dan Kassim, color oren. Saya telah tubuhkan pada tahun 1990, lebih lama daripada AMANAH. Akan tetapi bila saya pakai oren ini, ini ialah color yayasan saya.

Akan tetapi AMANAH kata itu color dia. Tidak, ini color yayasan saya sebab saya ialah seorang pelajar daripada Belanda. Pasukan bola sepak Belanda color oren. Jadi, saya bubuhlah color oren sebab masa itu Belanda johan dunia. Jadi, saya ikut color oren itu.

Jadi, AMANAH meniru saya, color oren ya.

final • 12:52 PM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Makna iktiraflah itu.

final • 12:52 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terdapat sebuah telaga minyak yang berwarna antara oren dengan merah. Color macam itu, saya tidak pasti syarikat minyak mana.

final • 12:52 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Arau, ini butiran mana ini Yang Berhormat Arau?

final • 12:52 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Butiran gaji. Bayar gaji untuk menjaga Beting Patinggi Ali. Jadi, tiba-tiba dia tidak dapat beroperasi. Jadi saya minta Kementerian Luar Negeri, bila menjawab nanti hendak jawab macam mana? Apakah kita akan bagi jawapan kita sedang berunding dengan Kerajaan China? Berunding apa ini?

Ini bukan berunding. Ini bukan tuntutan bertindih.

Tuan Pengerusi, ini bukan tuntutan bertindih. Ini ialah hak Malaysia. Ini ialah pencerobohan kepada hak kita. Kerajaan PH gagal untuk mengambil tindakan. Sekarang Kerajaan PN yang baharu, semangat baharu, semangat waja. Walaupun kita majoriti sedikit sahaja, tetapi semangat wajar seperti bangsa Turki yang melawan orang-orang

final • 12:52 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Monggol. Semangat waja yang luar biasa untuk menentang segala bentuk pencerobohan.

Kalau sekiranya tuntutan bertindih, dia berada di sempadan. Kau faham tidak ini Yang Berhormat Seputeh? Faham tidak? Di atas sempadan, itu bertindih. Akan tetapi dalam sempadan, itu adalah penceroboh. Ini bila disebut jawapan, ini adalah tuntutan bertindih. Bertindih macam mana dalam kawasan kita? Dalam rumah kita, dalam bilik kita, kata bertindih. Kalau di luar rumah, lain. Ini dalam kawasan Malaysia. Ini adalah pencerobohan mutlak yang harus ditentang habis-habisan. Saya percaya Kerajaan PN mampu berbuat demikian sebab mereka hebat dan berjiwa besar...

final • 12:52 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Masa telah tamat Yang Berhormat Arau.

final • 12:52 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Bukan mereka yang berjiwa lemah, yang berpecah-pecah di antara mereka. Jadi, saya minta supaya kerajaan ini— kita akan pergi pilihan raya. Bagi jawapan bahawa kerajaan akan ambil tindakan yang tegas untuk membanteras mana-mana penceroboh yang masuk kawasan Laut China Selatan. Terima kasih. Saya menyokong.

final • 12:52 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Ada yang hendak berbahas? Sila Yang Berhormat Dungun.

final • 12:52 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Butiran 050500 – Sumbangan Tahunan Pertubuhan Antarabangsa. Tuan Pengerusi, Malaysia menjadi anggota beberapa badan antarabangsa yang mana kita memberi sumbangan tahunan kepada badan yang berkenaan. Soalan saya yang pertama, berapakah pecahan peruntukan yang dibayar oleh Malaysia kepada badan-badan yang dianggotai dan mengapa wujud tambahan peruntukan yang dinyatakan.

Seterusnya Tuan Pengerusi, merujuk kepada butiran yang sama, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai kajian yang dilaporkan telah dibuat oleh Kementerian Luar Negeri sebelum ini mengenai sumbangan tahunan kepada beberapa badan antarabangsa yang mahu diagihkan terus kepada NGO tempatan. Adakah terdapat sebarang keputusan yang telah dibuat mengenai hal ini? Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:58 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Tuan Pengerusi, boleh sedikit?

final • 12:58 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih. Saya minta ringkas sebab masa sudah dekat pukul 1.00 tengah hari. Sila Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

final • 12:58 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membangkitkan di butiran 050500 – Sumbangan Tahunan Pertubuhan Antarabangsa. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Luar Negeri, sewaktu awal tahun ini ataupun hujung tahun lepas, Yang Berhormat Menteri Luar Negeri telah pun membuat satu inisiatif yang baik pada ketika itu dengan menghimpunkan pimpinan-pimpinan anggota Parlimen yang menjadi ketua ataupun pengerusi kepada badan-badan pertubuhan antarabangsa di peringkat Parlimen. Misalnya kita ada IPU (Inter-Parliamentary Union), kita ada Commonwealth Parliamentary Association, kita ada pelbagai lagi pertubuhan antarabangsa yang dipimpin oleh Ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat ini.

Jadi, saya ingin bertanya sama ada susulan daripada pertemuan itu, antara perkara yang kita bangkitkan ialah dukungan kewangan untuk membantu mereka menjalankan tanggungjawab mereka. Jadi, adakah perkara ini termasuk di dalam sumbangan untuk pertubuhan ini ataupun kita boleh memohon dalam erti kata, maknanya meneruskan kesinambungan apa yang telah diputuskan oleh Yang Berhormat Menteri Luar Negeri sebelum ini? Terima kasih.

final • 12:59 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Ahli-ahli Yang Berhormat, tiga orang Ahli telah berbahas. Masa telah pukul 1.00 tengah hari, kita akan berhenti rehat. Ahli-ahli Yang Berhormat, kita bersidang

final • 12:59 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

semula sebagai Majlis Mesyuarat.

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan

final • 12:59 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang dengan penggulungan oleh kementerian. Terima kasih.

final • 12:59 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.33 petang]

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]

final • 2:33 PM

Tuan Pengerusi

Meneruskan perbahasan, saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

final • 2:33 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Kamarudin Jaffar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya bagi pihak Kementerian Luar Negeri ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada tiga Ahli Yang Berhormat yang bangkit untuk bertanya iaitu Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Dungun dan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

Kepada Yang Berhormat Arau yang bertanyakan tentang keadaan di Beting Patinggi Ali, sukacita saya maklumkan bahawa oleh sebab sesi berkaitan dengan Belanjawan Tambahan kali ini khusus berkaitan dengan penambahan-penambahan untuk emolumen dan juga berkaitan dengan pemberian dan kenaan bayaran tetap yang kerajaan dan negara terpaksa bayar kepada pertubuhan-pertubuhan antarabangsa, maka soalan beliau itu tidak akan saya jawab. Untuk makluman beliau, keduanya juga oleh sebab soalan Yang Berhormat Arau nanti akan naik pada hari esoknya dan isu yang sama yang beliau bangkitkan itu akan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Luar Negeri.

Berkaitan dengan Yang Berhormat Dungun pula, saya ucapkan terima kasih kerana bertanyakan tentang jumlah sumbangan dan perincian peruntukan yang diberikan oleh Malaysia ke pertubuhan antarabangsa bagi tahun 2019. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, sumbangan kepada pertubuhan antarabangsa merupakan komitmen wajib yang perlu dijelaskan oleh negara pada setiap tahun menggunakan peruntukan belanja mengurus Kementerian Luar Negeri. Ia adalah bagi membiayai yuran-yuran tahunan keanggotaan negara kita yang bersifat mandatori, komited dan berjadual kepada pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang amat penting bagi membolehkan Malaysia terus dapat menyuarakan pandangan serta pendirian negara di persada antarabangsa. Ia melibatkan sejumlah peruntukan yang besar iaitu RM85 juta bagi tahun 2019 dan antaranya adalah yuran-yuran keanggotaan kita di PBB, OIC dan ASEAN.

Berkaitan dengan soalan seterusnya oleh Yang Berhormat Dungun tentang kenapakah peruntukan tambahan diperlukan? Maka jawapannya ialah bahawa peruntukan asal yang diterima bagi tujuan bayaran sumbangan ini tidak dapat menampung keperluan sebenar pembayaran yang bersifat mandatori, komited dan berjadual ini. Di samping itu, kementerian perlu membuat bayaran bagi sumbangan yang tidak berjadual. Ini adalah bagi menunjukkan komitmen dan sokongan padu Malaysia terhadap isu-isu kemanusiaan dan yang kita berkepentingan.

Komitmen negara bagi pembayaran sumbangan ini sentiasa berubah bergantung pada situasi, konflik dan tempoh mandat yang ditentukan oleh pertubuhan- pertubuhan antarabangsa yang berkaitan. Jumlah bayaran sumbangan bagi setiap negara anggota termasuk Malaysia juga adalah berbeza-beza berdasarkan penilaian serta pengiraan yang diusulkan oleh badan-badan antarabangsa yang terlibat. Selain itu, bayaran sumbangan yang dibuat ini adalah dalam mata wang asing di mana ia terdedah kepada dengan izin kadar volatility dan fluctuation of currency disebabkan oleh pertukaran mata wang asing.

final • 2:33 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Kamarudin Jaffar

Seterusnya kepada soalan daripada Yang Berhormat Hang Tuah Jaya tentang sama ada Kementerian Luar Negeri ada memberi sumbangan kepada NGO-NGO khususnya NGO-NGO di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat kita di Parlimen ini. Untuk makluman Yang Berhormat, sumbangan sedemikian tidak termasuk di bawah peruntukan sumbangan yang dibayar oleh Kementerian Luar Negeri. Badan-badan Parlimen ini antaranya seperti IPU, CPA, AFPPD, AIPA dan sebagainya menerima sumbangan daripada kerajaan melalui peruntukan yang disalurkan secara terus oleh Kementerian Kewangan melalui Parlimen Malaysia.

Walau bagaimanapun Kementerian Luar Negeri sentiasa memberikan kerjasama penuh serta sokongan kepada badan-badan yang berkaitan, isu-isu yang berkepentingan dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara. Kita juga akan memberi sokongan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat apabila berada di luar negara untuk menghadiri persidangan-persidangan rasmi mewakili negara ataupun Parlimen kita. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 2:33 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 2:33 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Pengerusi...

final • 2:33 PM

Tuan Pengerusi

Ya saya.

final • 2:33 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang orang lain yang tanya itu tak jawab kah?

final • 2:33 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar

Yang Berhormat Arau lah yang pertama sekali kita jawab tetapi dia tidak hadir di waktu yang sepatutnya maka dia tidak dapat mendengar jawapan daripada saya.

final • 2:33 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tak, saya tengah solat pada waktu itu.

final • 2:33 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar

Akan tetapi saya sudah bagi jaminan tadi Yang Berhormat Arau bahawa soalan beliau akan naik pagi esok tentang isu yang sama dan akan dijawab dengan sempurnanya oleh Yang Berhormat Menteri pada pagi esok.

final • 2:33 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sebenarnya bila saya bercakap ini, kita bukan menghukum menteri-menteri yang ada sekarang. Ini adalah Kerajaan PH punya perbuatan. Jadi kita menegur Kerajaan PH dahulu, Yang Berhormat jangan pertahan sangat. Sebab ini PH punya perbuatan. Masa kita tadi bila saya tegur, barulah mereka kata setuju. Kalau tidak mereka diam sahaja, adalah dua tiga orang setuju – anta setuju tadi, alhamdulillah. Akan tetapi yang lain tak setuju menunjukkan mereka yang buat kerja itu, mereka tidak setuju. Sekarang hampir setuju dan kita boleh teruskan dan kepada kerajaan, jangan ambil perhatian sangat sebab ini Kerajaan PH yang buat. Cuma kita ambil tanggungjawab untuk menjawab, jadi jawab setujulah dengan pembangkang yang dengan apa yang dicadangkan oleh pihak kerajaan. Terima kasih.

final • 2:33 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM13,938,400 untuk Maksud B.13 di bawah Kementerian Luar Negeri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM13,938,400 untuk Maksud B.13 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 2:33 PM
Maksud B.15 [Jadual] – Maksud P.15 [Anggaran Pembangunan 2020] –

Tuan Pengerusi

Kepala Bekalan B.15 dan Kepala Pembangunan P.15 di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi terbuka untuk dibahas.

final • 2:33 PM

Tuan Pengerusi

Saya jemput Yang Berhormat Arau dahulu. Lima minit.

final • 2:33 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Okey. Yang Berhormat Arau banyak, Yang Berhormat Arau.

final • 2:33 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya Pengerusi Backbencher, kena lebih sikitlah.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey Yang Berhormat, saya hendak cakap pendek sahaja. Pertama sekali kepada pihak kerajaan, jangan mengambil hati teguran kami agak keras sikit kerana kita menegur Kerajaan PH dulu yang membuat perbelanjaan setengahnya di luar kebiasaan ya. Saya hendak cakap di bawah Kementerian Ekonomi di bawah tajuk Butiran 00108 – Pembangunan Generasi Baharu FELDA (PBGF). Jadi, ada tajuk di sini. Jadi saya ingin bertanya ini ialah yang telah dibelanja dulu RM180 juta.

Jadi, saya ingin bertanya dalam bajet-bajet yang lepas, adakah ia dimasukkan ataupun tidak? Kalau peruntukan pembangunan Generasi Baharu Felda tidak dimasukkan maka sudah pasti kita kena buat perbelanjaan untuk tahun 2020. Saya juga tidak dapat mengesan benda itu lagi. Jadi, saya ingin bertanya adakah kerajaan akan memasukkan semula peruntukan untuk Pembangunan Generasi Baharu FELDA. Kalau hendak dimasukkan, saya tidak setuju dengan RM180 juta ini. Ini terlampau kecil sebab generasi FELDA ini dia bukan berkurang, dia makin bertambah. Kalau dulu dua orang suami isteri, sekarang jadi lima orang. Selepas itu dia bertambah lagi ada yang bercucu.

Jadi, kalau dimasukkan generasi kedua ini bukan sahaja anak tetapi juga kepada cucu. Jadi, peruntukan yang tidak sewajarnya dibelanjakan di tahap yang telah dipakai sekarang, dia mesti ada angka bertambah. Kalau tidak pun, kita akan masuk Belanjawan Tambahan, Supplementary Budget dengan izin, sebanyak RM500 juta yang akan dimasukkan dalam suku tahun kedua. Kita ini yang telah dibelanjakan kita tidak boleh buat apa lagi sebab ia telah pun dibelanjakan dan telah pun dibuat pembangunan.

Saya ingin bertanya RM180 juta ini di tahap mana sekarang. Adakah telah siap dan sebagainya.

Saya juga hendak cadangkan bila kita hendak bangunkan buat perumahan untuk generasi kedua ini, kita kena pilih tempat yang bersesuaian. Saya tengok semasa pilihan raya kecil baru-baru ini, saya pergi tengok ada tempat itu yang dibina itu terlampau jauh daripada kawasan pertumbuhan. Ini generasi baharu. Dia pertama sekali, dia tidak ada tanah ya? Apa yang dia ada itu ialah tapak perumahan itu yang mereka beli. Jadi, mereka mesti berada di kawasan pertumbuhan. Kalau ada bandar baru FELDA yang baru, hendaklah rumah ini dibina di kawasan tersebut seperti yang PR1MA buat.

PR1MA memberi perhatian kepada pembinaan rumah terutamanya kepada golongan pertengahan dan juga generasi pelapis ini di kawasan pinggiran bandar.

Dengan itu mereka akan dapat nilai tambah kepada pembangunan yang diberikan. Akan tetapi kalau kita bina terlampau jauh, mereka dapat rumah tetapi rumah itu tidak mendapat nilai tambah seperti kita bina di kawasan pinggiran bandar ataupun berdekatan dengan kawasan pertumbuhan.

Jadi, saya ingin bertanya sejauh mana telah dibelanjakan duit ini? Apa progress nya? Adakah tempat-tempat yang dibina rumah itu di tempat yang tidak berapa strategik, cuma kita tengok ada kawasan kosong kita bina ataupun perancangan masa akan datang kita hendak pastikan supaya pembinaan perumahan ini berada berdekatan dengan kawasan pertumbuhan baharu.

Oleh sebab banyak bandar-bandar baru FELDA ini dia terlampau sempit padahal tanah yang begitu luas tetapi tempat, pekan atau bandar itu terlampau sempit.

Jadi, kita minta dibuat bandar baru dan sebagainya dan di situlah perumahan generasi kedua dibina. Saya walaupun ini dibuat oleh Kerajaan PH tetapi kerajaan yang bertanggungjawab sekarang yang mengambil alih kita menyokong supaya peruntukan ini, lepas ini ditambah kepada RM500 juta. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Ada lagi...

final • 2:40 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Hang Tuah Jaya dulu.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Menteri seperti mana yang Yang Berhormat sedia maklum saya ingin bahaskan berkaitan dengan Butiran 00108 – Perumahan Generasi Baharu FELDA

(PBGF). Kalau kita masih ingat di dalam Dewan ini pada tahun 2019, pada tahun yang lalu kita telah membentangkan Kertas Putih FELDA yang menunjukkan bagaimana berlaku pelbagai masalah dan juga penyelewengan di bawah Kerajaan Barisan Nasional dahulu. Untuk itu antara cadangan ataupun antara pindaan ataupun antara pandangan dan penegasan yang dibuat di dalam Kertas Putih ini adalah berkait dengan Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA ini.

final • 2:44 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Tuan Pengerusi, kita lihat peruntukan yang disediakan adalah sebanyak RM180 juta dan kalau mengikut Kertas Putih yang dahulu dibentangkan oleh mantan Menteri Ekonomi menyatakan bahawa projek perumahan yang terbengkalai ini cukup banyak kesannya meliputi hampir 5,000 keluarga. Kita ingin tanya apakah dengan peruntukan yang disediakan ini boleh menyelesaikan projek-projek terbengkalai yang mana kita lihat gagal untuk menepati hasrat dan aspirasi Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA ini. Ini kerana kalau dalam Kertas Putih yang lalu seingat saya, kerajaan waktu itu ingin memberikan tumpuan kepada projek yang tahap kemajuan hanya 70 peratus hendak complete dengan izin, hendak sempurnakan lagi 30 peratus.

Jadi, kita ingin tanya dari segi fakta berapa banyak sebenarnya projek-projek perumahan generasi baharu FELDA ini yang masih lagi terbengkalai dan apakah kewangan ataupun perbelanjaan yang disediakan ini cukup untuk memastikan projek ini sempurna dan dapat memastikan generasi baharu FELDA ini, generasi muda FELDA ini mendapat kemudahan perumahan. Ini kerana kita tahu bahawa perumahan ini satu perkara yang cukup penting dan ianya merupakan satu tindakan yang segera yang telah dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan dahulu dengan membentangkan Kertas Putih dan menyenaraikan tindakan-tindakan yang perlu dilakukan.

Perkara yang kedua Tuan Pengerusi ialah berkaitan dengan Butiran 16500 – Program Kelestarian FELDA ini. Kita lihat perbelanjaan dikeluarkan. Saya ingin tanya, apakah program-program yang termasuk ataupun yang telah pun dilaksanakan dalam maksud FELDA yang lestari ini? Apakah ada program-program khas? Pemerkasaan peneroka misalnya ataupun pemerkasaan generasi baharu, generasi muda FELDA misalnya dimasukkan di dalam perancangan untuk memastikan agar FELDA ini terus lestari. Ini kerana kita tahu bahawa yang dilakukan oleh FELDA ini adalah penstrukturan dan ia membabitkan orang-orang kampung, anak-anak muda di kampung dan sebagainya.

Apakah dalam mauduk lestari FELDA ini perkara ini diberikan penekanan iaitu pembinaan generasi muda, pembinaan generasi kedua dan ketiga, perkara-perkara yang dilihat sebagai value-add, menambah nilai dalam konteks membangunkan FELDA yang lestari. Saya yakin bahawa komitmen kerajaan sama ada dulu ataupun sekarang, kita sentiasa komited untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada program yang baik seperti FELDA ini yang dirakamkan oleh World Bank sebagai salah satu projek yang telah pun mengeluarkan rakyat daripada kepompong kemiskinan. Perkara ini perlu kita teruskan hasrat dan aspirasi pimpinan yang lama dalam konteks FELDA ini perlu diteruskan dan ia tentu menuntut kepada satu perbelanjaan yang mencukupi.

Saya ingin tanya kepada Menteri Ekonomi, apakah perkara ini telah pun dimasukkan di dalam peruntukan yang diminta untuk diluluskan pada hari ini. Terima kasih.

final • 2:44 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 2:44 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tuan Pengerusi.

final • 2:44 PM

Tuan Pengerusi

Silakan Yang Berhormat Jelebu.

final • 2:44 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya ingin turut membahaskan tentang projek Butiran 00108 – Perumahan Generasi Baharu FELDA (PBGF) Tuan Pengerusi. Kita harus ingat Tuan Pengerusi rumah generasi baharu FELDA ini pada awalnya kita hendak buat 20,000 unit. Soalan saya kepada pihak kementerian, daripada 20,000 unit target kita Tuan Pengerusi, berapa unit sebenarnya rumah ini sudah dibuat, siap dan telah diserahkan kepada penerima, yang pertama.

Keduanya Tuan Pengerusi, boleh tidak jelaskan di Dewan Rakyat daripada 20,000, daripada jumlah yang kita sudah buat, yang kita dah serah berapa unit, yang terbengkalai berapa unit? Kita hendakkan jumlah dan angka yang tepat Tuan Pengerusi.

final • 2:49 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Maknanya yang 70 peratus ke atas berapa yang hendak dibuat dalam kertas putih, 70 peratus ke atas hendak disiapkan dengan peruntukan RM180 juta ini dan yang 70 peratus ke bawah berapa yang kita hendak siapkan, itu yang kedua.

Ketiga Tuan Pengerusi, kalau kita tengok, jumlah rumah generasi kedua ini sudah terlalu banyak, sudah masalah besar sudah kepada generasi kedua FELDA. Ini kerana jumlah generasi kedua FELDA sekarang ini bertambah seperti kata Yang

final • 2:50 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Berhormat Arau tetapi keperluan mereka kita tidak dapat isi kerana kita asyik berkelintar di dalam masalah penyiapan PGBF ini yang tidak selesai.

Saya hendak ucap terima kasih kepada kementerian yang telah memperuntukkan RM16.5 juta untuk siapkan rumah generasi kedua FELDA Pasoh 2 sebanyak 70 unit. Akan tetapi kalau kita tengok Tuan Pengerusi, RM16.5 juta ini kita bahagi kepada 70 unit, bermakna harga untuk setiap unit RM235,000 untuk siapkan 30 persen. Boleh atau tidak perincikan apakah kos-kos yang terlibat untuk kita belanja sehingga RM235,000 bagi setiap unit untuk rumah FELDA Pasoh 2 dan FELDA Pasoh 3 pula diperuntukkan di dalam jangkaan anggaran belanjawan RM15.3 juta untuk 150 unit yang hanya memakan kos RM102,000 sahaja untuk setiap unit. Boleh atau tidak diperincikan tentang recovery ataupun proses menyiapkan rumah generasi kedua yang memakan belanja yang berbeza.

Itu tidak termasuk kos pembinaan awal Tuan Pengerusi. Kalau kita campurkan kesemuanya Tuan Pengerusi, saya pernah ingat bahawa kerajaan sudah menetapkan harga lantai bagi setiap dua unit rumah PGBF ini RM90,000. Sekarang ini, saya hendak minta kepada pihak kementerian, kerajaan sudah tetapkan atau belum harga sebenar― berapa harga hendak serah kepada generasi kedua ini, RM90,000 kekal ataupun ada pertambahan lain ataupun berapa jumlah subsidi sebenar yang kita hendak serahkan kepada generasi kedua FELDA?

Tuan Pengerusi, saya pernah cadangkan di Dewan Rakyat, kalau rumah generasi kedua ini mendatangkan masalah kepada kita untuk kita bagi kepada generasi kedua, kita ada banyak cara. Pertama, saya sudah cadang kepada kerajaan supaya kita collaborate dengan GLC, dengan syarikat-syarikat kerajaan negeri dan sebagainya supaya tanah ini kita serah kepada generasi kedua, pembinaan sama ada dilakukan oleh generasi kedua itu sendiri ataupun pembinaan ini dibina oleh kementerian yang lain, KPKT umpamanya, Kementerian Wilayah umpamanya ataupun syarikat-syarikat GLC.

Di mana konsep pembinaan rumah PPRT RM63,000 ataupun RM80,000 ataupun kos yang serendah bawah RM50,000 boleh di-apply-kan kepada generasi kedua mengikut kemampuan yang mereka ada dengan bayaran premium yang minimum.

Tuan Pengerusi, ada seminit lagi. Saya hendak pergi kepada Butiran 03100 – FELCRA. FELCRA ini pun Tuan Pengerusi, saya hendak kemukakan masalah perumahan generasi kedua FELCRA di FELCRA Lakai dan FELCRA Ayer Hitam yang mana ini juga saya sudah timbulkan ketika Kerajaan Pakatan Harapan tempoh hari tetapi sampai hari ini pun kita masih lagi tidak mendapat sebarang kata putus.

Saya timbulkan sekali lagi Tuan Pengerusi, ketika belanjawan ataupun ketika Kerajaan Pakatan Harapan tempoh hari, kerajaan sudah bersetuju untuk meneruskan pembinaan rumah generasi kedua di FELCRA Lakai yang berjumlah 162 unit. Akan tetapi apabila saya semak semula Tuan Pengerusi, sampai hari ini tidak ada sebarang pergerakan anggaran ataupun unjuran bajet yang diperuntukkan untuk menyiapkan rumah di FELCRA Lakai. Saya minta keputusan dan juga ketentuan pihak kerajaan, bagaimana kedudukan pembinaan rumah di FELCRA Lakai yang mana tanah sudah ditolak, tanah sudah ada, peserta juga sudah ada untuk menduduki Projek Perumahan Generasi Kedua FELCRA Lakai ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Subang.

final • 2:50 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dahulu dijaga oleh Yang Berhormat Gombak. Saya memerhati bahawa dalam Bajet 2019, kementerian beliau telah diperuntukkan bajet keseluruhan sebanyak RM2.965 bilion. Dalam Rang Undang-undang Perbelanjaan Tambahan ini, kementerian beliau telah menambah RM608 juta lagi. Ini adalah penambahan yang cukup besar iaitu sebanyak 21 peratus.

Saya merujuk kepada Maksud B.15, Kertas Perintah 1 tahun 2020 iaitu Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2019, muka surat 10. Kita boleh lihat bahawa pada tahun 2019, kementerian telah menambah perbelanjaan mengurus sebanyak RM39 juta di bawah Butiran – Kategori Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap.

Padahal anggaran asal Bajet 2019 untuk perkara yang sama adalah cuma RM160,000.

Tuan Pengerusi, bajet asal cuma RM160,000 yang ditambah adalah RM39 juta.

Ini adalah peningkatan super extraordinary dengan izin, 246 kali ganda. Apabila saya merujuk kepada nota penjelasan di Kertas Perintah 1A tahun 2019, Butiran 6 Maksud B.15 di muka surat tiga, kita cuma mendapat penjelasan yang agak kosong. Saya baca,

final • 2:54 PM

Tuan Wong Chen - Subang

“Tambahan sebanyak RM39,426,600 untuk menampung kos operasi syarikat milik kerajaan”. Saya minta Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan, Yang Berhormat Menteri baru kita, Yang Berhormat Jeli. Apakah nama syarikat milik kerajaan ini? Adakah ia satu syarikat ataupun banyak syarikat? Siapakah CEO? Siapakah pengarah-pengarah syarikat ini? Apakah skop kerja syarikat ini? Kenapakah syarikat ini asalnya terima bajet yang sikit sekali, RM160,000 dinaikkan mendadak ke RM39 juta?

Saya juga menyeru Pejabat Auditor General untuk membuat penyelidikan audit ke atas syarikat ini. Kemungkinan kementerian mempunyai alasan-alasan yang baik tetapi apabila bajet tambahan naik sebanyak 246 kali ganda dengan izin, this should be a big red flag for an audit. Itu sahaja ucapan saya, terima kasih.

final • 2:54 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Pasir Puteh, tiga minit.

final • 2:54 PM

Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh

Pasir Puteh.

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 03100 – FELCRA di mana FELCRA ini satu badan yang agak ketinggalan kalau dibandingkan dengan FELDA. Peruntukan tambahan yang telah diperuntukkan kali ini, saya ingin fokuskan kepada perkembangan di FELCRA Teratak Batu dalam Parlimen Pasir Puteh. Kalau kita mendekati peserta FELCRA ini, semacam mereka ini dianaktirikan. Sebagai contoh, tanah yang telah digabungkan di FELCRA ini sejak daripada 30 tahun lebih dahulu, pertamanya, belum lagi dibayar premium oleh FELCRA kepada Kerajaan Negeri Kelantan, walaupun jumlahnya sangat kecil. Kalau kita tengok, lebih kurang dalam RM400,000 sahaja. Itu sahaja jumlah tetapi belum lagi dijelaskan.

Apa yang memberi efeknya ialah kepada peserta FELCRA di mana tanaman getah yang telah ditanamkan, usianya sudah melepasi 30 tahun dan tidak boleh ditoreh lagi, maka pokok getah ini akan ditebang. Apabila hendak ditebang, masing-masing tidak mahu memikul tanggungjawab. Masing-masing mengatakan tanah ini milik orang ini, kerajaan negeri mengatakan belum dibayar premium. Akhir sekali, peserta FELCRA ini yang menderita dan merana.

Jadi, saya ingin tahu daripada pihak kementerian, sejauh mana perancangan untuk menjelaskan bayaran premium? Sejauh manakah kebajikan-kebajikan yang akan diberikan hasil daripada penambahan peruntukan ini kepada peserta-peserta FELCRA, sama ada generasi pertama ataupun generasi kedua? Ini kerana FELCRA Teratak Batu di Pasir Puteh ini sangat mendukacitakan terutamanya dalam infrastruktur-infrastruktur yang lain termasuk jalan raya di dalam kawasan FELCRA, kemudahan-kemudahan asas seperti kemudahan air dan seumpamanya. Memang sangat jauh kalau dibandingkan dengan FELDA.

Jadi, saya mengharapkan supaya FELCRA diberi keutamaan bagi kerajaan yang baharu pada hari ini. Sekian, terima kasih.

final • 2:56 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat. Silakan, akhir sekali Yang Berhormat Pasir Gudang. Tiga minit ya.

final • 2:56 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ingin merujuk Butiran 10000 – Johor Petroleum Development Corporation (JPDC).

final • 2:59 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Ada lima perkara yang saya tanyakan. Pertama, belanja sebanyak RM3 juta yang disebut pada muka surat 10 Kertas Perintah 2 itu, perbelanjaan itu untuk apa sebenarnya? Kedua, soalan saya, apakah hubungan JPDC ini dengan projek RAPID Petronas di Pengerang?

Perkara yang ketiga, saya ingin tahu, apakah status hab petroleum dan gas di Pengerang sekarang? Sudah lengkap atau bagaimana? Berapa peratus projek ini telah siap?

Perkara yang keempat. Saya bimbang di projek RAPID Petronas di Pengerang itu kerap berlaku kebakaran yang besar. Jadi, ingin dapat makluman dari pihak kementerian, apakah langkah-langkah mencegah kebakaran itu? Ini kerana ia pernah melibatkan kematian dan kemalangan jiwa.

final • 3:00 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Akhir sekali, saya ingin tahu iaitu berkaitan Johor Petroleum Development Corporation ini, apakah kesannya dengan hab industri petroleum dan gas Pengerang itu apabila harga minyak petrol dan gas sekarang di dunia ini tidak stabil malah rendah?

Itu sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

final • 3:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi dan enam Ahli Yang Berhormat yang berucap tadi. Banyak perkara yang disentuh adalah berkenaan dengan FELDA khususnya berkaitan dengan rumah generasi kedua. Begitu juga ada berkaitan tentang projek Lestari ataupun...

[Tidak jelas] Lestari.

Akhir sekali, berkaitan FELCRA dan juga berkaitan dengan JPDC.

Jadi, sebagai makluman, seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Jelebu sedia maklum, mula-mulanya pada tahun 2013, kerajaan mengumumkan akan membina 20,000 unit rumah untuk generasi kedua ini, kosnya RM1.5 bilion. Itu perancangannya. Akan tetapi, yang dirancang cuma 8,314 unit, 38 tapak. Isu utama adalah modelnya tidak lestari kerana kos pembinaan RM198,000, hampir RM200,000, dijual pada harga RM90,000. Jadi, bagi setiap rumah yang dibina, kerajaan terpaksa subsidi RM110,000. Itu isu utama antara sebab mengapa projek ini tidak dapat take-off, dengan izin, dengan lancar adalah kerana subsidi yang besar.

Subsidi ini boleh datang daripada dua sumber. Pertama, Kerajaan Pusat.

Kedua, FELDA. FELDA, kita sedia maklum, menghadapi beberapa cabaran. Itu sebabnya ditubuhkan satu pasukan petugas yang, insya-Allah, laporannya akan disiapkan― hampir siap― dan dimuktamadkan dalam dua bulan lagi, insya-Allah. Jadi, itu adalah secara umumnya.

Jadi, 38 tapak tadi, yang siap cuma sekarang ini 2,058 unit sahaja daripada 8,314 unit. Rancang 20,000 unit, dibuat 8,314 unit, yang siap cuma 2,058 unit, 10 tapak.

Manakala yang lagi 18 tapak itu ia kurang 70 peratus. Sebanyak RM250 juta telah diperuntukkan dalam Kertas Putih. Jadi dalam ini, RM180 juta dan, insya-Allah, kerajaan akan meneruskan projek ini. Baru-baru ini dalam Pakej Rangsangan disediakan hampir RM50 juta untuk menyiapkan tiga projek termasuklah di kawasan Jelebu di mana peratusnya kurang 70 peratus. Jadi, itu status rumah-rumah yang disebut oleh Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Jelebu dan juga Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

Keduanya berkaitan dengan Lestari tadi. Apa yang diperuntukkan di sini adalah RM63 juta tambahan di sini. Sejumlah RM30 juta adalah untuk projek-projek Lestari tadi.

Sebanyak RM33 juta adalah sebenarnya untuk Bantuan Hari Raya. Jadi, yang sebenarnya untuk Lestari adalah RM30 juta. Lestari ini adalah untuk mempelbagaikan pendapatan peneroka. Peneroka sekarang ini bergantung hampir semata-mata kepada tanaman kelapa sawit ataupun getah. Jadi, di bawah program ini di mana kerajaan telah berjanji untuk menyediakan RM1 bilion dalam tempoh empat lima tahun ini bagi mempelbagaikan tanaman. Ada umpamanya di Bukit Rokan, arnab, di Chini pun ada ternakan, ya. Sebagai contoh, ada cendawan juga di Bukit Rokan dan ada juga fertigasi.

Jadi, yang diperuntukkan di sini adalah RM30 juta untuk Lestari tadi, manakala RM33 juta adalah untuk Bantuan Hari Raya. Jadi, itu untuk makluman untuk menjawab soalan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Lestari itu adalah untuk mempelbagaikan. Ini kerana peneroka FELDA terlalu bergantung kepada satu dua tanaman sahaja. Jadi, ini adalah program besar. Cumanya, pada masa ini, pencapaian kurang memberangsangkan.

RM1 bilion adalah angka yang besar. Kita ada Pengerusi baharu dan juga pengurusan baharu dan juga pasukan bertugas telah pun menggesa pengurusan FELDA supaya menyegerakan pelaksanaan projek-projek ini agar pendapatan peneroka FELDA akan bertambah.

Seterusnya, berkaitan dengan Yang Berhormat Jelebu lagi, berkaitan dengan terbengkalai tadi. Terbengkalai tadi ada tiga kategori. Pertama adalah 8,314 unit tadi, yang satu sudah siap. Tadi disebut 2,058 unit. Manakala yang satu lagi adalah 70 peratus ke atas yang akan disediakan peruntukan RM250 juta. Dua lagi kategori iaitu yang baru ada tanah, tanah sahaja diperuntukkan dan satu lagi adalah pertengahan― ada 30 peratus dan 40 peratus.

final • 3:01 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Tadi Yang Berhormat Arau mencadangkan supaya bandar-bandar ini ataupun kawasan ini dibina di pinggiran bandar supaya lebih viable. Ini diambil perhatian.

Cumanya, tapak-tapak, 38 tapak telah pun dikenal pasti. Jadi, projek ini sedang dikaji semula oleh pengurusan baharu FELDA. Oleh sebab ia tidak lestari, ia subsidi RM110 ribu, amat besar bagi setiap rumah baharu, jadi projek ini akan kita― RM250 juta dijanjikan kerajaan, insya-Allah. Ini RM180 juta. RM70 juta lagi, insya-Allah, akan diperuntukkan. Jadi, di sini adalah yang belum siap lagi termasuklah di Jelebu.

final • 3:01 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri. Boleh Yang Berhormat? Apa pendirian kerajaan Yang Berhormat Menteri, tapak yang tidak siap ini yang kita tidak buat ini ada ataupun tidak perancangan kerajaan untuk kita beri kepada generasi kedua FELDA ini untuk mereka bina sendiri dengan guideline yang kita beri? Kerajaan cuma buat infra sahaja. Mungkin ini mengurangkan kos dan bebanan kerajaan. Yang Berhormat Menteri, saya mohon penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 3:01 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Pertama, perancangan. Memang pengurusan FELDA sudah pun memulakan tindakan untuk memperuntukkan tanah- tanah yang sudah pun dikenal pasti. Maknanya infra sudah ada. Di beberapa buah negeri, kerajaan negeri telah pun memperuntukkan lot-lot tersebut, termasuk di negeri Johor, kepada pihak berkenaan. Maknanya yang― saya kurang pasti tentang Jelebu tetapi Johor kita difahamkan bahawa sudah pun ada. Maknanya tanah sudah siap tetapi rumah belum bina. Sudah diperuntukkan melalui kerjasama kerajaan negeri kepada peneroka-peneroka berkenaan.

Yang Berhormat Jelebu juga membangkitkan tentang kerjasama dengan GLC.

Sebenarnya pihak FELDA pernah bekerjasama dan sudah tandatangan pun dengan pihak PR1MA untuk membangun secara besar-besaran termasuklah rumah-rumah yang dirancang ini. Akan tetapi, apabila diketahui bahawa modelnya tidak lestari, maka perjanjian tersebut sudah pun dimansuhkan. Jadi, bukan tidak ada usaha. Sudah pun diusahakan dengan PR1MA tetapi oleh sebab isu kelestariannya, maka perjanjian tersebut sudah pun ditamatkan.

Satu lagi adalah berkaitan dengan FELCRA. FELCRA dalam tambahan ini dua perkara. Pertama adalah...

final • 3:01 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Menteri, Arau.

final • 3:01 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Sila.

final • 3:01 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, oleh kerana PR1MA ini telah diperturunkan tarafnya, jadi kita telah cadangkan, kita dah buat surat bertalu-talu supaya PR1MA dimasukkan semula di bawah Jabatan Perdana Menteri. Apabila dipertimbangkan oleh pihak kerajaan, saya percaya kerajaan tentulah mempertimbangkan sebab yang minta ini backbencher ya. Jadi, apakah Yang Berhormat akan hidupkan balik perjanjian-perjanjian yang telah dibuat?

Sebab, sudah pasti PR1MA akan dihidupkan semula dengan hebatnya setelah dibunuh dengan teruk oleh kerajaan dahulu.

final • 3:01 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon buat pembetulan ya. Saya silap tadi. Saya salah sebut. Bukan PR1MA. Sebenarnya adalah SPNB. Silap ya. Saya tarik balik. Saya mohon maaf kepada Dewan kerana saya mungkin telah memesongkan Dewan dengan kenyataan tersebut.

final • 3:01 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak. Walaupun Yang Berhormat Menteri silap, tapi saya minta Yang Berhormat berjanji dengan...

final • 3:01 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Sebenarnya perjanjian itu antara FELDA dan SPNB.

final • 3:01 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:01 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Ya.

final • 3:01 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Walaupun tersilap, saya minta supaya Yang Berhormat pertimbangkan untuk kerjasama dengan PR1MA setelah dinaikkan taraf nanti. Terima kasih.

final • 3:01 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Terima kasih atas cadangan. Kita ambil perhatian cadangan daripada Yang Berhormat Arau.

Seterusnya daripada Yang Berhormat Pasir Puteh berkaitan FELCRA Teratak Batu. Saya hendak maklumkan bahawa peruntukan yang dipohon dalam tambahan ini

final • 3:01 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

mempunyai dua komponen. Pertama adalah projek Semarak di Jalan Semarak. Kedua adalah untuk membayar hutang-hutang lama FELCRA.

final • 3:01 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pecahannya sedia tertera dalam penyelesaian ini. Sebanyak RM224.9 juta adalah untuk membayar hutang-hutang kontraktor bagi projek-projek yang telah dilaksanakan sama ada oleh FELCRA sendiri ataupun agensi di bawah KPLB. Itu yang pertama.

Keduanya ialah untuk membantu FELCRA –pinjaman daripada Kementerian Kewangan sebanyak RM504 juta. RM1 juta dalam belanjawan ini adalah untuk Projek Semarak. Ini projek hartanah yang mana FELCRA menghadapi masalah dan kerajaan telah memberikan pinjaman pada kadar sebanyak dua peratus dalam tempoh 15 tahun.

Jadi, tambahan ini tidak terlibat dengan Skim FELCRA Teratak Batu di Pasir Puteh. Apa pun pihak FELCRA akan mengambil perhatian. Sekarang ini FELCRA berada di bawah KPLB dan kita akan majukan cadangan Yang Berhormat Pasir Puteh kepada KPLB yang berkaitan dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh peserta termasuklah premium yang katanya belum dibayar lagi.

Yang Berhormat Subang yang berkaitan dengan peruntukan. Peruntukan yang tambahan ini seperti disebut oleh Yang Berhormat Subang tadi adalah sebanyak RM39,426,600. Untuk makluman Yang Berhormat Subang, sebelum ini― yang pertamanya Yang Berhormat Subang sudah tahu dua perkara iaitu apa nama syarikat dan siapa CEO ya. Syarikat-syarikatnya ada lima iaitu TERAJU, dengan CEO bernama Encik Md Silmi Abd Rahman; MPRC, namanya Encik Mohd Yazid Ja'afar, Yayasan Peneraju, acting-nya Encik Mohd Ariff Bin Ithnin; HDC Halal saya kurang pasti dan MyHSR Corp namanya Datuk Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal. Ini lima syarikat. Jadi, itu menjawab persoalan siapa CEO-CEO.

Keduanya, peruntukan yang disediakan sebelum ini sebenarnya― Yayasan Peneraju adalah sebanyak RM7.5 juta dan tambahan sebanyak RM8 juta, MPRC sebanyak RM4 juta dan tambahan sebanyak RM13 juta, Yayasan Peneraju sebanyak RM2.5 juta dan tambahan sebanyak RM9 juta tambahan, HDC Halal sebanyak RM7.5 juta jadi RM10 juta dan MyHSR Corp― ini kereta api laju Singapura–Kuala Lumpur.

Sebelum ini peruntukan kira-kira RM40 juta. Dahulu MyHSR Corp di bawah Kementerian Kewangan. Sekarang ini dipindahkan ke Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan sekarang di EPU. Maka, tambahan sebanyak RM10 juta. Jadi, semuanya ialah RM39.4 juta semuanya peruntukan untuk lima agensi berkenaan.

Jadi, itu soalan daripada Yang Berhormat Subang. Saya kira sudah menjawab...

final • 3:10 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat, ada terlepas sikit iaitu tentang FELCRA tadi Yang Berhormat. Tentang Jelebu tadi iaitu rumah generasi kedua FELCRA Lakai.

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Lakai ini, ikut maklumat yang saya ada, tahun ini tidak ada peruntukan. Tidak ada peruntukan untuk Lakai dan tahun depan kita akan pertimbangkan jika ada baki lagi. Kita akan berusahalah, saya bagi jaminan, kita akan berusaha sebaik mungkin. Saya tahu Yang Berhormat Jelebu dan Yang Berhormat Jempol banyak kali bangkit perkara ini. Jadi, Lakai ini sudah tidak ada dalam Perbelanjaan Tambahan ini. Tahun depan kita akan usahakan.

Apa pun pengurusan baharu dan juga Pengerusi baharu sedang melihat semula model ini yang dilihat tidak lestari kerana subsidi-subsidinya yang cukup besar. Jadi, Tuan Pengerusi, itulah saja penjelasan saya kepada isu-isu yang telah dibangkitkan.

Terima kasih kepada enam Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan.

Satu lagi yang terakhir iaitu Yang Berhormat Pasir Gudang. Ada soalan-soalan yang berkaitan dengan JPDC. JPDC ini adalah di Johor. Pertama, sebanyak RM3 juta itu adalah untuk kajian-kajian― Pertamanya, JPDC ini ialah untuk mempromosikan Johor dan Pengerang semuanya sebagai satu lokasi bagi industri oil and gas kerana kedudukan strategik Johor seperti Pengerang Deepwater Terminal (PDT) umpamanya.

Kalau kita tengok di Pengerang, dibuat dialog umpamanya― lokasi cukup strategik ya.

Hubungan antara JPDC dan RAPID, peranan JPDC ialah untuk mempromosikan industri oil and gas, menyediakan infrastruktur dan juga menyelaraskan usaha-usaha antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri ya. Jadi, status hab Pengerang Integrated Complex (PIC), ini ialah PETRONAS, pelaburannya adalah sebanyak USD28 bilion.

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Pilot ataupun teras telah bermula. Saya difahamkan tahun depan barulah bermula full production dan dengan harga minyak rendah ini sudah pasti patutnya membantulah. Kalau kita terlibat dalam industri hiliran― kalau harga raw materials nya rendah, ini membantu industri berkenaan. Akan tetapi, apa pun projek ini sudah bermula dan sudah di-commissioned tetapi baru pilot run. Tahun depan barulah full production dan kita jangka akan menyumbang kepada ekonomi Johor.

Jadi, mengenai kepakaran. Ini satu perkara – Dua kali tidak silap saya, berlaku.

Satu malapetaka yang memang kita berdukacita tetapi ini pengajaran bagi pihak berkenaan iaitu PIC supaya menjalankan langkah-langkah yang lebih berkesan untuk pastikan keadaan yang sama tidak akan berlaku. Jadi, itu jawapan kepada Yang Berhormat Pasir Gudang.

Saya kira lengkaplah saya jawab soalan daripada Yang Berhormat Arau, Pasir Gudang, Subang, Hang Tuah Jaya, Jelebu dan Pasir Puteh. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM39,426,600 untuk Maksud B.15 di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM39,426,600 untuk Maksud B.15 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM568,745,090 untuk Maksud P.15 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2019 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM568,745,090 untuk Maksud P.15 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2019]

final • 3:10 PM

Maksud B.20 - Jadual] – Tuan Pengerus

Seterusnya, Kepala Bekalan B.20 di bawah Kementerian Industri Utama terbuka untuk dibahas.

final • 3:10 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tuan Pengerusi...

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Silakan...

final • 3:10 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Tuan Pengerusi...

final • 3:10 PM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

[Bangun]

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat di hadapan saya. Ya.

final • 3:10 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tuan Pengerusi...

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Pasir Mas ya? Saya rasa. Silakan.

final • 3:10 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:17 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kuala Krai. Maaf, maaf.

final • 3:17 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Saya ingin menarik kepada isu B.20 di bawah Kementerian Industri Utama ini iaitu berkaitan dengan Butiran 020100 – Kemajuan Industri Komoditi yang mana saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian berkaitan dengan harga IPG. Saya difahamkan bulan Julai yang lalu pihak LGM menetapkan bayaran untuk cup lump sebanyak RM1.60. Kemudian untuk latex sebanyak 90 sen dan untuk getah keping sebanyak RM1.60.

Jadi, saya hendak kepastian, adakah ini selain daripada – Maaf, harga getah saya difahamkan adalah sebanyak RM2.40 ataupun RM2.60. Jadi, kalau sebelum daripada ini, bayaran IPG ini dibayar berdasarkan kepada harga getah semasa iaitu kalau harga getah adalah sebanyak RM2, maka pihak LGM akan membayar bayaran

final • 3:17 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

tambahan jadi 50 sen. Ini bermakna, pihak penoreh ataupun pekebun kecil akan mendapat sebanyak RM2.50.

Akan tetapi, yang mutakhir ini saya dapat maklumat ialah kalau harga getah itu sudah pun RM2.40 ataupun RM2.50. Maka, pihak LGM akan bayar lagi sebanyak RM1.60. Ini bermakna, mereka akan mendapat hampir ataupun sekitar RM4 untuk satu kilogram. Jadi, ini adalah satu perkara atau perkembangan yang cukup baik. Saya pernah beberapa kali dalam Dewan yang mulia ini, menyatakan bahawa, sekurang-kurangnya pihak kementerian perlu menetapkan harga lantainya adalah sebanyak RM4 supaya pihak penoreh getah ini mendapat manfaat ataupun mendapat kestabilan dari sudut hasil yang mereka akan peroleh.

Jadi, kalaulah ini cara yang dibuat oleh pihak kerajaan, maka saya ucap tahniah kepada pihak LGM dan juga Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia kerana dapat memberikan satu kelegaan kepada pihak pekebun kecil. Saya mewakili kawasan Kuala Krai yang memang agak ramai pekebun kecil di Kuala Krai dan sentiasa menanti-nanti harga getah ini dinaikkan ataupun pendapatan kepada mereka ini dapat dinaikkan.

Jadi, saya hendak kepastian daripada pihak kementerian. Ini kerana, surat ini memang jelas. Memang daripada sudut pelaksanaan pun, pihak pekebun kecil yang mempunyai Kad Hijau. Mereka ada kad yang berdaftar dengan pihak LGM dan mereka akan dapat claim walaupun harga getah sudah pun mencecah sebanyak RM2.50, mereka akan dapat claim lagi berdasarkan kepada surat pekeliling daripada pihak LGM ini.

final • 3:17 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Jadi, saya ucap terima kasih dan saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian. Terima kasih, assalamualaikum.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, sila.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:20 PM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

Lumut, Lumut. Terima kasih, minta maaf Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Lumut dahulu.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

No. Hang Tuah Jaya dahulu.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Hang Tuah Jaya dahulu.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mulakan dengan mengulas ataupun berbahas mengenai Maksud B.20 – Kementerian Industri Utama dan sekarang ini telah pun ditukar nama kepada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Itu dalam butiran ataupun Kertas Perintah 1A yang berkait nota penjelasan ini. Dinyatakan bahawa diminta satu tambahan kewangan untuk menampung program galakan eksport sawit.

Saya ingin bertanya kepada kementerian, kita sebelum ini telah pun mempromosikan B.10, B.20 dan kemudiannya B.30 di mana negara jiran kita telah pun agak ke hadapan dalam bidang ini.

Saya ingin tanya apakah perancangan kementerian untuk memastikan agar nilai tambah kepada sawit ini dalam bentuk B.20 dan B.30 ini dapat kita pastikan ia akan terus dilaksanakan di peringkat kementerian sebagai salah satu cara untuk kita mempromosikan minyak sawit ini.

Keduanya ialah berkaitan dengan kualiti Tuan Pengerusi. Kualiti minyak sawit ini kita tahu ia menjadi teras ataupun menjadi sebab untuk kita melakukan eksport dengan lebih giat lagi. Sudah pastilah apa yang dilakukan dahulu adalah untuk memastikan setiap pekebun kecil di dalam negara kita akan mendapat MSPO ataupun Sijil Minyak Sawit Mampan Malaysia untuk memastikan agar minyak sawit itu berkualiti.

Saya ingin tanya, apakah perancangan kerajaan seterusnya, apakah ini akan dijadikan sebahagian program galakan eksport sawit iaitu menambahkan lagi kualiti dan mutu minyak sawit ini kerana kita tahu bahawa antara cabaran utama kita ialah pasaran di Eropah. Saya ingin memaklumkan kepada kementerian dan saya percaya pegawai-

final • 3:20 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

pegawai termasuk Yang Berhormat Menteri sendiri tahu bahawa antara teknologi yang telah dikembangkan secara meluas di Europe itu ialah blockchain technology. Jadi, selepas daripada kita mengangkat taraf sawit itu kepada kemapanan, di sana ada peluang untuk kita memperkemaskan lagi pasaran minyak sawit kita dengan menggunakan pendekatan teknologi blockchain ini. Di mana ia akan meningkatkan lagi traceability dengan izin, Tuan Pengerusi dan perkara-perkara yang value-add, yang tambah nilai kepada kualiti minyak sawit ini.

Kedua yang ingin saya bawa ialah berkaitan dengan Insentif Pengeluaran Getah

(IPG) ini yang saya tahu ia merupakan antara subsidi yang efektif kerana ia berasaskan output. Apabila ditoreh getah itu maka mereka yang menoreh itu akan mendapat manfaat dan kalau harganya rendah diberikan subsidi berdasarkan output ini. Saya ingin tanya berdasarkan jumlah RM20 juta yang diminta ini, berapa ramai pekebun-pekebun kecil telah pun mendapat manfaat daripada jumlah yang kita luluskan.

Apakah telah habis semuanya dituntut ataupun masih lagi berbaki. Ini kerana kita tahu dahulu antara cabaran yang paling utama di kalangan pekebun kecil ini ialah untuk membantu mereka menuntut ataupun membuat tuntutan kepada insentif ini.

Sehinggakan dibangunkan oleh LGM itu satu aplikasi yang baru-baru ini Yang Berhormat Menteri sebut apps yang boleh sahaja mereka menuntut tanpa perlu pergi ke pusat-pusat tuntutan ini.

Jadi, saya ingin bertanya, apakah peratusan tuntutan ini kerana kita tahu ini amat membantu pekebun kecil dan menggalakkan mereka untuk terus menoreh dan mengeluarkan hasil getah. Saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan RM14 juta yang diminta ini iaitu Skim Pinjaman Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit dan Skim Pinjaman Mudah Input Pertanian. Kita tahu dahulu yang diminta oleh pekebun-pekebun kecil ialah geran one-off tetapi kerajaan pada waktu itu tidak mampu dan saya yakin ia menggunakan pendekatan pinjaman.

Jadi saya ingin tahu berapa ramai pekebun-pekebun kecil yang telah pun mendapat manfaat daripada skim ini? Apakah di sana terdapat keperluan untuk kementerian mengkaji semula apakah pendekatan memberikan pinjaman ini membantu industri sawit khususnya pekebun-pekebun kecil ataupun perlu dilihat semula dan diberikan penambahbaikan. Misalnya, terdapat keperluan untuk sebahagian daripada pekebun-pekebun kecil ini yang tidak mampu diberikan geran one-off ataupun menggunakan Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) ini untuk memberikan pinjaman yang lebih efektif kepada pekebun-pekebun kecil ini. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

final • 3:20 PM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

Tuan Pengerusi...

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Kemaman.

final • 3:20 PM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menarik perhatian kepada Butiran 020100 – Kemajuan Industri Komoditi dan Pengurusan. Jika kita teliti di antara fungsi utama di bawah aktiviti Kemajuan Industri Komoditi dan Pengurusan adalah mengenai merancang, menggubal, melaksanakan serta memantau pelaksanaan bagi membangunkan industri komoditi negara dalam mempertingkatkan usaha-usaha bagi mengekalkan viability, merancang strategi hala tuju dan hala cara di forum kerjasama industri komoditi di peringkat dua hala, serantau dan pelbagai hala.

Oleh itu, saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian, apakah langkah yang telah diambil di bawah butiran ini bagi membangunkan industri komoditi dalam negara kita dan apakah impaknya kepada komoditi sawit dan getah negara setakat ini?

Seterusnya, saya ingin juga bertanya di bawah butiran yang sama iaitu mengenai Dasar Komoditi Negara yang sepatutnya berakhir pada tahun ini. Apakah pihak kementerian berhasrat untuk menggubal dasar baharu bagi memastikan dasar ini dapat dipertingkatkan, industri komoditi negara ini dapat dipertingkatkan dengan lebih baik lagi. Terima kasih.

final • 3:25 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih, silakan Yang Berhormat Lumut.

final • 3:25 PM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin juga merujuk kepada Maksud B.20 Butiran 020100 berkenaan dengan dana yang diberikan untuk menampung program galakan sawit dan juga Skim Pinjaman Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit serta Skim Pinjaman Mudah Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit. Ertinya tumpuan dalam permohonan ini ialah untuk industri sawit bagi membantu pekebun-pekebun kecil khususnya supaya mereka dapat meneruskan industri dalam keadaan harga yang tidak menentu.

Kita dimaklumkan sebelum ini bahawa Kementerian Industri Utama, Menterinya telah banyak melakukan kunjungan ke luar negara untuk memasarkan minyak sawit kita termasuklah India. Akan tetapi, kementerian baharu mengatakan bahawa polisi ataupun dasar negara dan tindakan negara yang dilihat bermusuh dengan negara-negara sasaran jualan kita ini menyebabkan harga jatuh khususnya di India.

Untuk makluman Dewan, Yang Berhormat Langkawi di dalam ucapan-ucapan beliau membela Kashmir yang dipertikaikan oleh India. Begitu juga isu pemberian kad- kad pengenalan untuk warga Islam di India yang mengetepikan umat Islam telah menjadi isu yang dilihat Malaysia sebagai bermusuh dengan India. Oleh sebab itu ada ugutan- ugutan untuk mengurangkan import sawit daripada Malaysia ke India. Akan tetapi, kita kena menyokong usaha yang dibuat oleh Yang Berhormat Langkawi kerana ini adalah pendirian kita di pentas antarabangsa dan mendapat rujukan ataupun reference daripada banyak negara Islam kerana ketegasan kita.

Kalaulah harga yang kita bayar adalah negara pengimport mengurangkan ataupun menghentikan import, maka inilah sesuatu yang terpaksa kita hadapi kalau kita hendak mempertahankan dasar kita. Jadi, saya hendak bertanya kepada kementerian, katanya import daripada– eksport ke negara India dan harga pun telah naik, meningkat.

Adakah ini kerana kita telah mengubah pendirian kita, polisi kita terhadap tindakan- tindakan yang dibuat oleh negara India terutamanya kepada rakan-rakan kita di Kashmir dan umat Islam di India.

Saya mohon penjelasan kerana ini merupakan satu perkara yang besar kerana kita di pentas antarabangsa dilihat sebagai menjuarai isu-isu umat Islam ini semasa Pakatan Harapan. Itu sahaja yang saya hendak sebutkan, terima kasih.

final • 3:27 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Arau, ringkas ya.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, ringkas. Lima minit Tuan Pengerusi, tidak akan lebih.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Tiga minit.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya pertama sekali, saya hendak bagi tahu kepada rakyat Malaysia yang menonton sekarang bahawa ini ialah perbelanjaan yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan dahulu. Jadi, kalau ada kawan-kawan sana berucap, dia tidak boleh pertikai sebab dia kena sokong sahaja. Dia cuma tanya, apakah pembaharuan-pembaharuan akan dibuat. Itu. Bagi yang lain, dia tidak boleh pertikai langsung. Sebenarnya, mereka tidak boleh bercakap pun hari ini. Ini sebab apa? Ini kerana mereka belanja. Kami hendak tolong perbelanjaan mereka buat itu supaya diluluskan dengan rasminya. Kepada Yang Berhormat Menteri-menteri, jangan bimbang. Bila kami bercakap, Yang Berhormat Menteri akan dapat ruang untuk mempertengahkan diri masing-masing.

[Disampuk] Jangan timbulkan suara-suara sumbang masa saya berucap ya.

[Disampuk] Okey, saya hendak sebut ini kepada sahabat saya, tambahan berjumlah RM6,357,500 untuk menampung program galakan eksport sawit. Saya hendak bertanya, apa yang mereka buat? Semasa mereka berbelanja wang ini, apa yang mereka buat dan berapakah jumlah penambahan eksport hasil daripada galakan yang mereka buat? Saya masih ingat, masa itu Yang Berhormat Menteri menjawab. Yang Berhormat Menteri menjawab, “Kami sudah melawat negara-negara Afrika”. Selepas itu, “Ada tanda-tanda positif bahawa mereka akan beli minyak sawit”. Ini lawatan, saya ingin bertanya, lawatan Yang Berhormat Menteri pada masa tersebut, berapa perbelanjaan yang telah dibuat bagi satu-satu lawatan? Adakah selepas lawatan itu dibuat, berapakah secara benarnya sawit yang telah diimport daripada kita?

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, kita kena ingat cara galakan kelapa sawit ini, kita tidak boleh buat cara lama. Kita kena ambil pendekatan-pendekatan yang lebih terancang dan terperinci. Yang Berhormat Menteri adalah sahabat baik saya dalam International Conference of Asian Political Parties (ICAPP). Kami, di mana dalam jawatankuasa tersebut, terdiri daripada pemimpin-pemimpin politik Asia, kerajaan dan juga pembangkang Eropah dan juga Afrika termasuk US. Di sana, yang mewakili negara-negara terdiri daripada Perdana Menteri sendiri, Presiden, Menteri dan juga bekas-bekas Menteri. Masa itu, saya Menteri ya. Jadi, sekarang ini sahabat-sahabat saya jadi Yang Berhormat Menteri. Masa itu, dia cuma ahli biasa.

Sekarang ini, kita tahu bahawa itulah tempat forum yang terbaik. Dengan tidak berbelanja yang banyak, forum untuk kita memperdengarkan suara-suara kita tentang sawit. Mereka hanya tahu tentang sawit ini bila melihat ada kawan-kawan kita rakyat Malaysia yang pergi memburukkan negara. Menceritakan kononnya sawit ini diambil tanahnya yang melibatkan rizab orang utan, rizab Orang Asli. Diceritakan macam itu sahaja. Jadi, orang mendapat gambaran buruk kepada negara kita. Jadi, pendekatan kita kena ambil melalui situ. Bukan kita pergi ke negara Eropah, lepas itu panggil buat perjumpaan di hotel, lepas itu mereka datang, kita cerita tentang sawit, lepas itu habis.

Selepas itu, kita buat MOU dan sebagainya yang belum lagi MOU itu terjamin bahawa mereka beli sawit kita. Ini bukan sebuah cara yang strategik.

Akan tetapi, dalam forum ICAPP sebagai contoh, ini melibatkan Menteri dia. Ini melibatkan pemain-pemain industri sawit itu sendiri. Jadi, itu di antara forum yang murah, kerajaan tidak perlu belanja banyak, tetapi kita dapat keuntungan yang lebih.

Kedua, saya cadangkan kita jemput mereka datang sini. Ini kita pergi ke sana.

Kita pergi sana, kita tidak nampaklah dan dia orang pun tidak nampak kelapa sawit. Dia nampak negeri mereka. Kita pergi ke Europe, dia tidak nampak kelapa sawit. Sepatutnya kita bawa mereka datang sini. Bawa, buat conference di Sarawak, di Sabah, di Pahang dan juga di negeri-negeri lain untuk mereka melihat sendiri bahawa kita telah uruskan sawit ini dengan baik dan terbaik. Di antara yang terbaik di dunia. Jadi, itu yang patut kita buat iaitu menjemput mereka datang. Bukan kita berbelanja, lepas itu pergi cerita bahawa kita telah dapat pandangan-pandangan positif daripada negara-negara Afrika. Akan tetapi, sekarang apa yang kita dapat?

Saya ingin bertanya sekali kepada Yang Berhormat, apa yang telah kita belanja untuk galakan tersebut? Semasa lawatan Yang Berhormat Menteri ke sana, berapa pula yang telah dibelanjakan dan berapa banyak sawit yang telah dijanjikan untuk diimport daripada Malaysia? Terima kasih.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Saya rasa oleh sebab kesuntukan masa, maka saya akan mengehadkan masa jawapan hanya 10 minit kalau boleh Yang Berhormat Menteri.

final • 3:30 PM

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi - Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali

Ya, terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih kepada sahabat-sahabat Ahli Parlimen yang menimbulkan perbahasan berkaitan dengan kementerian saya. Pertama, saya merujuk kepada harga IPG ini. Pertama untuk IPG ini, kita aktifkan di kala mana harga semasa untuk getah ialah di bawah paras RM2.50 ataupun untuk harga cup lump, RM2.50. Kita akan aktifkan kepada harga RM2.50. Itu yang kita amalkan sekarang. Itu sebagai satu hadiah kerajaan kepada para penoreh getah. Oleh sebab dalam akhiran ini terutamanya pada musim PKP, sememangnya harga getah kita lihat berlaku kejatuhan. Oleh kerana itulah kita aktifkan IPG ini pada kadar RM2.50.

Untuk seterusnya, untuk harga yang baharu, yang diminta oleh sahabat saya daripada Kuala Krai untuk RM4.00. Itu kerajaan belum ada perbincangan untuk ke arah itu kerana sehingga kini kita lihat tuntutan IPG yang dibuat setiap tahun menjangkau lebih daripada RM100 juta. Kalau kita lihat sebagai contoh untuk tahun 2019 sahaja, kita telah menghabiskan sebanyak RM132 juta untuk kita membayar tuntutan IPG. Itu berkaitan dengan IPG.

Kedua, berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hang Tuan Jaya tadi. Isu berkaitan dengan — sekejap ya. Saya pergi dahulu kepada Yang Berhormat Arau dahulu ya. Yang Berhormat Arau sahabat saya tadi, tentang ICAPP tadi ya. Saya rasa saya akan gunakan sepenuhnya peluang untuk berada dalam ICAPP ataupun International Conference of Asian Political Parties (ICAPP) untuk kita perluaskan lagi pasaran sawit kita. Ini kerana Presiden ICAPP sendiri terdiri daripada pimpinan

final • 3:35 PM

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi - Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali

Filipina, Vietnam, India dan juga Pakistan yang kalau kita lihat angka terkini hari ini, Filipina mengimport daripada kita sejumlah RM0.5 juta termasuk juga dengan Vietnam, lebih kurang itu juga. Juga, kita boleh pasarkan ke Asia Tengah seperti Azerbaijan. Maka, insya-Allah saya akan gunakan sepenuhnya peluang saya berada di ICAPP untuk kita pasarkan dan perluaskan lagi pasaran sawit kita.

Untuk isu yang berkaitan dengan Skim Pinjaman Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) yang berjumlah RM500 juta dan juga Skim Pinjaman Mudah Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS) yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hang Tuah Jaya juga. Untuk makluman, sejak kita perkenalkan kaedah ini sehingga kini, sehingga 6 Ogos 2020, sebanyak RM10.573 juta telah kita luluskan dan ia melibatkan permohonan seramai 381 orang dengan keluasan 942.91 hektar. Adapun untuk geran yang akan diberikan ataupun akan dibuka semula, ini dalam rundingan lagi.

Kita mencadangkan untuk RMKe-12 untuk kita berikan geran kepada para pekebun kecil yang memiliki 2.5 hektar ke bawah. Itu adalah antara yang kita akan bincang di peringkat RMKe-12.

Adapun yang berkaitan dengan dana eksport kita, itu antaranya adalah tujuannya untuk kita meningkatkan kadar eksport kita ke negara China. Oleh sebab itu kita peruntukkan sebagai bajet tambahan sebanyak RM8 juta. Walaupun begitu, yang digunakan sehingga akhir 2019 hanyalah sekitar RM1.2 juta sahaja. Itu untuk maklumat Yang Berhormat Hang Tuah Jaya juga.

Adapun yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kemaman tadi. Yang Berhormat Kemaman membangkitkan isu berkaitan dengan dasar baharu, dasar baharu komoditi. Untuk tempoh 2021 hingga 2025, kementerian sedang dalam proses membengkelkan dasar baharu yang kita akan kemukakan untuk dilaksanakan untuk tahun 2021 hingga 2025.

Saya rasa itu sahaja yang ditimbulkan oleh sahabat-sahabat saya dan yang bakinya saya akan berikan jawapan secara bertulis. Terima kasih.

final • 3:35 PM

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM40,357,500 untuk Maksud B.20 di bawah Kementerian Industri Utama jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM40,357,500 untuk Maksud B.20 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 3:40 PM
Maksud B.21 [Jadual] – Maksud P.21 [Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2019] –

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang Kepala Bekalan B.21 dan Kepala Pembangunan P.21 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani terbuka untuk dibahas. Bagi P.21 hanya token sahaja. Jadi P.21 tidak perlu dibahas.

Silakan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Baik, terima kasih. Terima kasih Tuan Pengerusi. Di bawah Butiran 040400 – Subsidi Harga Padi, Butiran 040600 – Insentif Pengeluaran Padi. Saya ingin membangkitkan beberapa perkara.

Pertama, telah pun diumumkan oleh Menteri baru-baru ini bahawa kerajaan sedang di peringkat akhir untuk memuktamadkan perundingan bagi sekali lagi menyambung atau memberi peluang kepada BERNAS untuk menjadi single gatekeeper dalam urusan bekalan padi dan beras. Kita sedia maklum bahawa perjanjian yang sudah pun berlangsung hampir empat dekad ini meletakkan BERNAS untuk memenuhi beberapa obligasi. Apa yang paling penting ialah stockpile, Bumi millers atau agenda pengilang Bumiputera dan juga kesanggupan untuk membeli padi pada harga yang telah ditetapkan.

Saya ingin tahu, apakah obligasi tambahan yang kementerian bercadang untuk kenakan kepada BERNAS? Ini disebabkan saya masih lagi berpendapat bahawa ada

final • 3:41 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

kekurangannya kalau diteruskan amalan monopoli ini. Kalau setakat melaksanakan obligasi stockpile, agenda Bumi millers dan juga pembelian padi, itu boleh sahaja kalau dibuka kepada pelbagai pihak yang berminat. Obligasi yang sama boleh kita kenakan ke atas mereka tetapi kerana kerajaan sudah pun di tahap akhir, apabila saya terlibat dalam beberapa perbahasan sebelum ini, minggu lepas dengan Menteri, Menteri telah pun memberi gambaran bahawa kerajaan sudah pun pada fasa akhir. Apakah munasabah kalau boleh saya hendak cadangkan supaya dalam mengenakan rundingan meletakkan obligasi tambahan, saya ingin tahu, apakah obligasi tambahan yang hendak dikenakan?

Menteri sebut tetapi tidak memberikan perincian di peringkat perbahasan Jawatankuasa.

Saya mahu perincian itu dibutirkan.

Kedua, saya ingin mencadangkan supaya sekali pun single gatekeeper ini diberikan lagi sekali kepada BERNAS, apakah boleh kerajaan memberikan satu lagi syarat iaitu untuk membawa masuk specialty rice, macam Basmati misalnya yang juga dimonopoli oleh BERNAS ini, dibuka kepada player lain daripada BERNAS. Maknanya single gatekeeper, kerajaan hampir pasti beri kepada BERNAS tetapi untuk pembelian atau pengimportan specialty rice itu dibuka kepada players yang lain sebab itu tidak membabitkan stockpile, tidak membabitkan agenda Bumiputera millers ataupun pembelian padi. Ini untuk memberikan kelebihan kepada rakyat menikmati specialty rice ini pada harga yang lebih rendah agar ia tidak dibolot sahaja oleh satu pihak.

Saya juga berpendapat bahawa dalam industri padi di negara kita ini, kerajaan terus-terusan terpaksa membiayai subsidi hampir RM2 bilion setahun. RM2 bilion setahun. Di sana hampir 200,000 penanam padi masih lagi bergelut dengan putaran ganas kemiskinan kerana harga padi ditetapkan, harga lantai beras padi RM1.20 sekilo tetapi harga siling beras tempatan di pasaran RM2.60 sekilo. Tidak boleh lebih. Banyak mana pun beras tempatan yang dihasilkan, kerajaan sudah capped harga. Akan tetapi untuk beras import, kerajaan tidak capped harga. Ia bergantung kepada supply and demand sedangkan kita tahu 60 peratus daripada pembelian beras dari luar itu datangnya dari Vietnam.

Jadi saya masih lagi berpendapat, kerajaan harus melakukan sedikit anjakan daripada segi polisi ini iaitu harga beras import, kita capped harga, tetapi harga beras tempatan, petani yang berhempas-pulas, berpanas, berhujan dan bekerja, kita capped harga RM2.60. Sedangkan by-product kepada beras ini, bila dia sudah jadi makanan- makanan lain, by-product daripada beras, harganya jauh lebih tinggi. Kenapa mesti kita hadkan harga padi, harga lantai RM1.20 kemudian harga beras tempatan RM2.60?

Antara RM1.20 dengan RM2.60, di situlah pendapatan petani, di situlah pendapatan pengilang, di situlah pendapatan pemborong, di situlah pendapatan peruncit. Apa yang berlaku ialah squeeze harga itu berlaku dan ini tidak menggalakkan, tidak mendorong petani tempatan untuk berusaha dengan lebih produktif ketika kerajaan terus menanggung subsidi. Terima kasih.

final • 3:41 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih.

final • 3:41 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Terima kasih. Jempol.

final • 3:41 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 3:41 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Jempol.

final • 3:41 PM

Tuan Pengerusi

Silakan.

final • 3:41 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya juga hendak merujuk butiran yang sama iaitu Butiran 040400 dan Butiran 040600.

Mengenai subsidi harga padi, saya hendak tanya mengapa kerajaan masih lagi melaksanakan bahawa untuk diberikan subsidi harga padi ini dua kali dia buat kajian mengenai padi. Maksudnya seperti di Tanjong Karang, yang beli padi ini PPK, Pertubuhan Peladang. Di situ dia sudah buat grading padi sudah. Berapa potongan yang hendak kena potong. Kemudian bila PPK hantar pula ke BERNAS, lagi sekali ini grading dibuat. Dua kali grading. Ini saya minta tolonglah, sekali cukuplah. Kalau sudah buat di PPK, di PPK cukuplah. Di PPK itu pun hantarlah pegawai BERNAS tengok sama. Ini yang menyebabkan petani-petani rasa tidak puas hati. Itu satu.

Mengenai juga harga padi. Saya hendak tanya, adakah kementerian bercadang untuk mengkaji balik harga padi. Sekarang ini seluruh negara harga padi semua sama harganya. Dulu kita kata berbeza-beza kerana seperti di kawasan barat laut Selangor, padi di sana kualitinya tinggi. Kita boleh tengok daripada satu tan padi boleh

final • 3:46 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

menghasilkan berapa kilogram beras. Saya kalau banding dengan negeri-negeri lain bahawa hasil padi di barat laut khususnya di barat laut negeri Selangor, kita menghasilkan hasil padi yang lebih tinggi tetapi harganya sama...

final • 3:46 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Bangun]

final • 3:46 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

...Dengan negeri-negeri lain.

Dulu tidak ada sama.

final • 3:46 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh Yang Berhormat Tanjong Karang?

final • 3:46 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Dulu beza. Alah...

[Ketawa] Okey, sahabat saya.

final • 3:46 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Tanjong Karang, saya hendak tanya Yang Berhormat Tanjong Karang, mungkin Yang Berhormat Tanjong Karang ada idea ataupun ilham berkenaan masalah padi dan beras ini? Ini disebabkan rata-rata beras yang kita makan di Malaysia ini, semuanya import. Apabila menanam padi, kosnya tinggi. Kenapa di negara lain kosnya tidak semahal dengan negara kita? Mungkin Yang Berhormat Tanjong Karang boleh jelaskan.

final • 3:46 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Terima kasih. Saya boleh jelaskan tetapi masa tidak cukup. Biarkan Menteri yang jelaskan.

[Ketawa] Ambil ucapan Yang Berhormat Kinabatangan sebahagian daripada ucapan saya dan minta Menteri tolong jawab.

Kedua, isu Insentif Pengeluaran Padi. Saya dulu ada mencadangkan supaya— maknanya sekarang ini, kita tengok kawasan hasil padi memang menyedihkan. Dulu kita boleh dapat tujuh tan, lapan tan, ada 10 tan. Hari ini lima tan, tiga tan dan empat tan pun ada. Kerana apa? Ini kerana pelbagai musibah yang petani hadapi. Saya dulu pernah cadangkan, saya tidak tahu, saya tidak dapat jawapan lagi.

Saya hendak cadangkan supaya mana-mana petani yang mendapat lima tan ke bawah kerana akibat musibah ini, sepatutnya kerajaan tolonglah beri subsidi benih padi.

After all, subsidi benih padi pun kerajaan belanja hampir RM70 juta. Jadi apa salahnya untuk kita hendak meningkatkan hasil padi ini, kita bantu petani-petani yang terjejas ini, yang lima tan ke bawah ini.

final • 3:46 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Kasihan mereka, sudah lah mereka tidak dapat hasil, hendak suruh tanam pula lagi. Hendak tanam lagi kena beli benih padi lagi. Benih padi sah walaupun harganya murah dan mendapat subsidi kerajaan tetapi mengapa tidak diberi percuma saja subsidi benih padi sah ini kepada petani yang dapat hasil lima tan ke bawah.

Akhirnya, masa tinggal satu minit. Akhirnya, saya hendak tanya adakah kementerian masih lagi mewujudkan insentif pembayaran kepada hasil padi? Dulu masa saya jadi Menteri Pertanian lah saya masih ingat, kita beri mana-mana petani yang dapat 10 tan lebih kita bagi insentif. Kemudian mana pula petani itu pula kalau dia dapat meningkatkan lagi insentif kalau musim lepas dia hanya dapat keluarkan tujuh tan tetapi tahun ini dia dapat lapan tan, bermakna satu tan ada pertambahan pun kita bagi insentif juga. Ini untuk kita memberikan galakan kepada usaha petani-petani supaya mereka lebih berusaha.

Jadi, kita harap bahawa mana yang Yang Berhormat Kinabatangan nyatakan tadi bahawa hasil kita ini macam kita tidak nampak ke mana. Banyak yang beras-beras import dan harga pun mahal. Kita tahu beras import tidak dikawal, harga beras tempatan dikawal. Jadi, saya harap kena lihat balik dan tolonglah bantu petani-petani. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Makanan yang telah pun mendengar rintihan-rintihan petani pada hari ini. Terima kasih banyak.

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Petani dahulu sebelum Yang Berhormat Jempol.

final • 3:50 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:51 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Pengerusi, saya berdiri tadi Tuan Pengerusi. Saya berdiri nombor satu.

final • 3:51 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Saya terus, terus kepada Butiran 040500 – Subsidi Baja Padi. Saya mai dari Kedah lah. Jadi, di antara kompelin yang sentiasa setiap tahun kita dengar ialah dua. Pertama, baja padi lambat sampai dan kedua ialah masalah kemelut di NAFAS.

Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri tahun ini, NAFAS ini ditubuhkan oleh kerajaan. Kerajaan juga bagi duit tubuhkan NAFAS. NAFAS sekarang ini sahamnya dipegang oleh hampir-hampir satu juta petani, hampir-hampir yang setiap tahun nya memberi dividen kepada petani-petani. Jadi, saya mintalah kerajaan supaya tujuan ditubuhkan NAFAS ini untuk membantu petani-petani yang pertamanya mendapat hasil dari penjualan baja dan yang kedua baja itu sampai pada masa yang ditetapkan.

Dia tanam padi ini Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi orang Kedah juga, tahu lah. Bila air naik sudah ataupun lepas itu baja tidak sampai lagi, hendak tunggu bila lagi? Waktu kering baru hendak sampai baja, bubuh baja mati habis pokok.

Jadi, sebab itu pentingnya time ini Just in Time (JIT). Baja mesti sampai tepat pada waktunya. Oleh sebab itu kita mintalah kerajaan supaya sungguh-sungguh...

final • 3:51 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Sungai Petani, boleh sikit?

final • 3:51 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Membela supaya NAFAS ini pastikan tidak payah hendak compete dengan siapa sudah sebab ia tugas dan peranannya ialah buat baja bagi bantu kepada petani-petani.

final • 3:51 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh, sekejap saja.

final • 3:51 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Jadi, kenapa kita hendak buka kepada orang lain tengok dulu harga orang lain bagus kah. Jadi, tidak payah lah saya ingat. NAFAS ini ialah milik petani-petani bagi kepada NAFAS terus saja buat kerja, dia pun tahu bila hendak buat kerja dan bila hendak hantar ini.

final • 3:51 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh? Boleh tanya sikit?

final • 3:51 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Keduanya Tuan Pengerusi, oleh sebab ada tiga minit sahaja...

final • 3:51 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Ketawa]

final • 3:51 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Saya minta supaya harga padi yang kedua ini, sekarang ini orang Kedah ini dia masalahnya tanam padi ini jadi kerja sambilan saja. Kalau orang ada bendang dan kalau dia hendak concentrate cari makan dengan tanam padi lah, pakat tidak jadi lah, mati habis orang Kedah. Oleh sebab itu, kita kena fikir bagaimana untuk pastikan bukan semua orang ada tanah yang luas. Ada juga yang ada plot-plot kecil.

Oleh sebab itu, agensi-agensi dan juga institut penyelidikan yang diberi tanggungjawab untuk pastikan benih-benih padi ini mestilah benih-benih padi yang advanced yang boleh mengeluarkan yield yang lebih. Ini kerana walaupun tanah plot dia kecil, tetapi dengan adanya yield yang baik ini, paling tidak walaupun tanah dia kecil tetapi dia dapat hasil yang baik. Itu yang pertama.

Kedua pula kita tengok negeri-negeri lain seperti Taiwan contohnya. Tanah dia bukan besar, lebih kurang macam kita saja. Taiwan itu negerinya besar Pahang saja.

Akan tetapi macam mana dia boleh advanced? Macam mana dia boleh maju? Oleh sebab itu kita semua kena belajar macam mana, macam mana Taiwan boleh buat, pasal apa kita tidak boleh buat. Kita ini ada macam-macam institut kan. Akan tetapi saya tengok baja-baja baharu tidak ada banyak keluar.

Jadi akhirnya, orang Kedah rasakan daripada dia hendak tanam padi lebih baik kambus bendang. Dia kambus bendang lepas itu dia buat perumahan. Jadi, makin kecil dan makin kecil tanah kita. Sebabnya, hendak tanam padi bukan satu cara, bukan cara yang boleh menguntungkan. Akhirnya dia pajak tanah itu.

Untuk pengetahuan Tuan Pengerusi, satu hari saya yakin apabila orang-orang tua ini sudah tidak ada ini, yang dok buat kerja bendang ini semua orang tua. Saya tidak tahu macam mana hendak jadi bendang ini. Ini kerana tidak menguntungkan untuk petani-petani tanam padi sekarang ini. Akhirnya apa akan berlaku? Harapan kita ialah 70 peratus daripada bendang kita akan keluarkan hasil yang akhirnya memberikan 70 peratus kepada kegunaan negara kita.

Saya rasa dalam masa 10 hingga 15 tahun lagi dia akan makin mengurang bukan makin naik sebab yang pertama yield dan yang kedua petani-petani rasa mereka tidak terbela. Oleh sebab itu, kementerian kena fikir betul-betul benda ini. Ini kerana kalau

final • 3:51 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

hendak pastikan kita mempunyai food security khususnya padi, pastikan bahawa yang pertama harga bagus dan yang kedua yield bagus. Jadi, kalau tidak kita akan menghadapi masalah.

Ini COVID-19 baru ini pun kita sudah kelam kabut apatah lagi kalau kita menghadapi masalah yang lebih besar. Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya merasakan bahawa dalam padi ini timing. Timing ini penting sebab itu timing nya timing seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Tanjong Karang sahabat kita waktu dia menjadi Menteri dulu pun timing pun ada problem tetapi lepas itu okey sudah iaitu benih.

Benih-benih pula jangan monopoli. Pasal apa benih padi ini pun hendak monopoli? Jadi, biarlah buka seluas-luasnya kepada orang yang boleh buat proses benih ini dan buka kepada orang-orang yang ada kemampuan untuk dia terlibat dalam pembekalan benih. Jadi, sekarang benih hendak kena monopoli dan baja kita ada masalah akhirnya yang tertekan ialah petani. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:51 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh Tuan Pengerusi?

final • 3:51 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Terima kasih, terima kasih.

final • 3:51 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima.

final • 3:51 PM

Tuan Pengerusi

Saya sebenarnya kena beri prioriti kepada Yang Berhormat Arau sebab dia backbencher.

final • 3:51 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

final • 3:51 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Saya sudah bangun dulu. Empat kali sudah.

final • 3:51 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Arau sudah setiap kementerian sudah cakap sudah.

final • 3:51 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Sudah empat kali sudah.

final • 3:51 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Eh.

final • 3:51 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Yang Berhormat Arau sudah cakap, saya tidak cakap lagi.

final • 3:51 PM

Tuan Pengerusi

Akan tetapi sama ada Yang Berhormat Arau hendak bagi.

Saya hendak tanya Yang Berhormat Arau...

final • 3:51 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak. Saya bagi dia orang berucap, tidak ada masalah.

final • 3:51 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak boleh Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Arau setiap kementerian dia cakap sudah.

final • 3:51 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Yang Berhormat Arau bagi peluanglah Yang Berhormat Arau.

final • 3:51 PM

Tuan Pengerusi

[Ketawa] Saya...

final • 3:51 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itu tidak adil.

final • 3:51 PM

Tuan Pengerusi

Boleh Yang Berhormat Arau bagi peluang kepada Yang Berhormat Kinabatangan atau Yang Berhormat Jempol?

final • 3:51 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Yang Berhormat Arau.

final • 3:51 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ah, cantik Tuan Pengerusi.

Tepat pilihan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:51 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, kita bagi seorang tiga minit, tidak apa.

final • 3:51 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

I love you Tuan Pengerusi.

final • 3:51 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Okey.

final • 3:51 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Arau duduk!

final • 3:51 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak, tidak. Saya tidak jadi masalah. Biar dia hendak bercakap nanti dulu...

final • 3:51 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Pengerusi bagi saya Yang Berhormat Arau.

final • 3:51 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Bila saya hendak cakap ini Yang Berhormat Menteri?

final • 3:51 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jangan buang masa saya.

final • 3:51 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Nanti sekejap, nanti sekejap.

final • 3:51 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya belakang ini.

final • 3:51 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Nanti saya kasi point of order.

final • 3:51 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya bagi dia cakap, jangan duduk di luar lepas itu masuk-masuk minta. Saya tunggu sini, saya tidak bergerak, saya hendak bagi tahu.

final • 3:51 PM

Tuan Pengerusi

Silakan.

final • 3:51 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Arau.

final • 3:51 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Tuan Pengerusi.

final • 3:51 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Pengerusi sudah bagi saya, duduklah.

final • 3:51 PM

Tuan Pengerusi

Tidak apa.

final • 3:51 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Empat kali saya sudah bangun sudah, empat kali.

final • 3:51 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya bagi sama kamu, okey.

Duduklah.

final • 3:51 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Pengerusi sudah bagi saya, duduklah.

final • 3:51 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kamu jangan bising.

final • 3:51 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 3:51 PM

Tuan Pengerusi

Silakan Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:51 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Padi ini soal penting. Ini kerana orang Malaysia ini makan beras, siang, pagi kadang-kadang, tengah hari, malam dan ada jua yang tidak makanlah. Jadi, persoalannya sekarang, bagaimana hala tuju kerajaan untuk mengurus...

final • 3:58 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Makan nasi, bukan makan beras.

final • 3:58 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sama saja itu, orang Sabah cakap beraslah.

[Ketawa] Bagaimana kerajaan menghala tuju soal industri pertanian terutama sekali padi. Ini kerana saya melihat semakin hari semakin banyak tanah pertanian khususnya tanaman padi ini dikurangkan dan dibuka kepada tanah industri. Saya setuju dengan sahabat-sahabat saya Yang Berhormat Tanjong Karang dan Yang Berhormat Sungai Petani, negara kita ini bergantung dengan makanan beras daripada luar negara.

Bayangkan kalau ada terjadi krisis yang besar dan negara-negara ini tidak mampu membekal beras. Di mana lagi sumber beras yang kita dapat? Saya mahu tanya kerajaan, betul kah ada stockpile beras negara ini? Kalau ada berapa ribu tan yang kita ada dan di mana stockpile itu saya mahu tanya. Ini kerana saya tidak – sebetulnya saya tidak yakin kita adapun food security yang sebegitu. Bukan sahaja beras, dari segi bekalan-bekalan lain. Ini perlu dilihat...

final • 3:58 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan. Boleh kah bertanya? Menyampuk. Yang Berhormat Kinabatangan. Ya, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Terima kasih Tuan Pengerusi. Betul kah tidak bahawa di negeri Sabah kita hanya 30 peratus sahaja beras dihasilkan daripada negeri bahawa 70 peratus itu adalah import daripada luar menyebabkan melihat sekarang ini makin bertambah lagi tanah-tanah untuk tanaman padi itu sudah pun bertukar menjadi perumahan dan sebagainya. Ini akan menyebabkan nanti negeri Sabah tidak akan cukup beras untuk dimakan?

final • 3:58 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Memang tepat sekali Yang Berhormat Beaufort. Bukan mungkin 30, mungkin cuma 15 peratus pengeluaran padi dari negeri Sabah sendiri. Ini yang membimbangkan sebab terdapat jelapang padi yang begitu luas, sama ada di Sabah, Kedah, Perlis dan di mana-mana tetapi tidak dimanfaatkan oleh kerajaan. Perkara ini Tuan Pengerusi sudah kita bincangkan berpuluh-puluh tahun di Dewan Rakyat ini tetapi tindakan tidak ada.

Satu hari nanti ada krisis berlaku, baru tahu, ‘Sudah terhantuk baru terngadah’ sebab tanah kita ini tidak diguna pakai tetapi kita asyik mengimport dari mana pun. Jadi, kalau ini tidak disusun dengan baik, kita tidak melihat secara masa yang lebih panjang, kita lihat bagaimana negara seperti Taiwan, sebuah pulau tetapi boleh menghasilkan hasil pertanian yang cukup. Orang kata excellent, boleh dipasarkan di mana-mana di seluruh dunia.

Taiwan ini sebetulnya memang besar lagi Kinabatangan tetapi kita tidak boleh melawan daripada segi teknologi. Oleh sebab apa? Kerajaan membelanjakan kos R&D kita RM10 juta, RM20 juta tetapi Taiwan berbelanja ratusan juta untuk R&D. Oleh sebab itu, Menteri Kewangan, Menteri Ekonomi harus mencadangkan sesuatu yang terbaik kepada kerajaan. Kalau kita tidak berubah, maka rakyat akan mengubah kita.

Rakyat menunggu di luar sana, apa yang kerajaan baru ini boleh tawarkan new deal kepada rakyat, kepada masa depan mereka dalam industri makanan, pelajaran dan sebagainya. Kalau kita asyik membeli dan membeli, bercakap stockpile, food security, saya tidak dapat– saya mahu Menteri Pertanian beri saya jaminan bahawa ada food security, ada stockpile beras, gula dan macam-macam di negara kita ini. Kalau ada sebut, berapa ratus juta tan dan untuk berapa tahun stockpile ini kita boleh bertahan. Jangan sampai orang kata rakyat kebuluran, tidak makan makanan sebab kita– negara ini seterusnya menjadi negara...

final • 4:00 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Yang Berhormat Kinabatangan...

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

...Industri pertanian tetapi kita tidak dapat menghasilkan apa juga hasil-hasil pertanian kepada negara-negara lain.

Kita lihat dalam masa yang singkat ini, bagaimana Singapura sebuah negara kecil, tanah tidak ada tetapi durian, made in Singapore, rambutan Singapore, semua Singapore. Hairan saya. Malaysia di mana? Padahal Singapura beli daripada kita, beli dari Thailand.

Jadi, Tuan Pengerusi, saya memohon kementerian ini serius sedikit melihat bahawa food security penting untuk rakyat negara kita. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bangun]

final • 4:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

[Bangun]

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Yang Berhormat Jempol.

final • 4:00 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 0440400. Apakah asas bajet tambahan diminta oleh MAFI bagi Butiran 040400 – Subsidi Harga Padi sebanyak RM110 juta. Butiran 040500 – Subsidi Padi sebanyak RM150 juta.

Butiran 040600 – Subsidi Insentif Pengeluaran Padi sebanyak RM53.289 juta.

Mengapakah pihak kementerian gagal membelanjakan lebih awal dan memerlukan peruntukan tambahan bagi ketiga-tiga perkara tersebut?

Butiran 040400, terdapat rungutan daripada pihak petani berkenaan dengan penolakan bagi mutu padi yang kilang-kilang padi keluarkan, sama ada dari kilang BERNAS ataupun kilang swasta. Penolakan bagi mutu padi dituai melebihi 30 peratus.

Soalan saya kepada MAFI, bagaimanakah kadar pemutuan padi ini dilakukan dan bagaimanakah perincian mutu hasil padi ini dilakukan? Mohon untuk jawapan Menteri.

Butiran 040600. Mengikut laporan diterima hasil tuaian padi bagi pesawah telah pun menurun disebabkan keadaan kesuburan tanah sawah di kawasan jelapang dan juga luar jelapang. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kementerian bagi memastikan tahap kesuburan tanah sawah dalam keadaan subur dan memastikan hasil yang optimum? Apakah langkah yang dibuat oleh MAFI mengenai perkara tersebut?

Butiran 040600, kita dimaklumkan terdapat isu yang dihadapi oleh petani seperti isu padi angin, hasil pengeluaran yang merosot, adakah berpendapat punca daripada benih padi kerana petani menggunakan benih yang tidak sah. Persoalan saya, di mana

final • 4:03 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

kah benih padi sah boleh didapati dan bagaimanakah usaha MAFI memastikan petani menggunakan benih padi yang sah bagi memastikan padi yang dihasilkan bermutu tinggi.

Sekian terima kasih.

final • 4:03 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih.

final • 4:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih.

final • 4:03 PM

Tuan Pengerusi

Pembahas terakhir saya rasa...

final • 4:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, akhir.

final • 4:03 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Alor Setar Yang Berhormat.

final • 4:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sebenarnya saya seronok apabila kawan-kawan saya...

final • 4:03 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat..

final • 4:03 PM

Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar

Alor Setar lah Yang Berhormat Arau.

final • 4:03 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Alor Setar dahulu.

final • 4:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Alor Setar.

final • 4:03 PM

Tuan Pengerusi

Daripada sebelah sini, kemudian sebelah sini pula. Yang Berhormat Alor Setar, silakan.

final • 4:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

No problem, tidak ada masalah.

final • 4:03 PM

Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar

Tidak apa.

final • 4:03 PM

Tuan Pengerusi

Maaf.

final • 4:03 PM

Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin berbahas di bawah B.21. Akan tetapi sebelum ini, saya ingin menjelaskan juga bahawa memang kita sepatutnya ada ramalan secara tepat supaya tidak perlu setiap kali ada bajet tambahan. Akan tetapi dalam pertanian ini ada perkara yang berlaku yang menyebabkan diperlukan pada waktu tertentu. Contohnya ada wabak, bencana atau kemarau yang terpaksa ada bajet tambahan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Walau bagaimanapun, ada perkara-perkara yang boleh dielakkan dalam ramalan supaya tidak perlu setiap kali ada wujudnya bajet tambahan. Di sini, saya bagi beberapa isu. Contohnya, di bawah Butiran 040400 – Subsidi Harga Padi. Sebenarnya, sudah lama kita hendak mencadangkan untuk mewujudkan self-sufficiency level (SSL), 70 peratus yang sedia ada tetapi dalam cadangan sebelum ini, berturut-turut 2016 hingga 2018 adalah 80 dan 85 peratus sedangkan hasil kita hanya mencapai 70 peratus.

Kalaulah dalam keadaan yang kurang daripada ramalan, maka sepatutnya tidak ada bajet tambahan untuk membayar lebih daripada apa yang diramalkan. Maka mestilah wujud masalah dari segi pengiraan asas ini, sama ada kita ramalkan 80 peratus tetapi pengiraan tersebut hanya berdasarkan 70 peratus. Maka, kita terpaksa mengadakan bajet tambahan khususnya untuk subsidi harga padi. Kalaulah ini berlaku, saya menyarankan supaya pihak kementerian mengkaji balik bagaimana kita mengira bajet yang sepatutnya kita perlu untuk setiap tahun yang akan datang.

Walau bagaimanapun, kita faham dalam setiap kali, ada dua musim untuk penanaman padi ini akan juga wujud masalah kelewatan dan itu yang menyebabkan kita terpaksa ada bajet tambahan, contohnya kelewatan baja dan sebagainya. Contoh dalam Laporan Ketua Audit Negara ini, tahun lepas kita ada bajet tambahan untuk subsidi baja padi. Akan tetapi mengikut rekod Laporan Ketua Audit Negara pada tahun 2016 sehingga 2018, tahun 2016 kita ada 30,000 metrik tan baja yang tidak mengikuti spesifikasi melalui sampel. Tahun 2017, ada 56,000 metrik tan baja yang tidak mengikuti spesifikasi.

Kalaulah setiap kali berulang masalah di mana baja yang dibekalkan itu tidak mengikut spesifikasi, akhirnya kita terpaksa mengadakan bajet tambahan untuk menambah baja untuk supply kepada yang memerlukannya. Apa kata kalaulah kita bagi

final • 4:06 PM

Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar

satu semakan tapisan yang cukup ketat supaya tidak wujud dan ada juga kita sudah mula tuntut denda kepada pembekal yang sudah lewat dan juga baja yang tidak mengikut spesifikasi.

Jumlah denda adalah hampir RM192 juta. Tuntutan tersebut sudah dibuat tahun lepas bulan Julai. Saya minta kementerian tolong semak, sama ada denda tersebut kepada pembekal sudah dibayar atau tidak. Ini kerana kita perlu tegas dari segi sistem ini supaya tidak perlu lagi setiap kali oleh sebab kelewatan tersebut, kita terpaksa membuat bajet tambahan.

Untuk Butiran 040600 – Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP). Tambahan RM53 juta.

Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini, ada tuntutan lebih nilai kontrak sebanyak RM17 juta daripada pembekal syarikat. Inilah yang menyebabkan pengiraan kita tidak sama, ramalan kita tidak sama dengan pembayaran yang terpaksa dibayar, kalaulah wujudnya tuntutan lebih daripada nilai kontrak. Termasuk juga dalam siasatan daripada Laporan Ketua Audit Negara, menjelang tahun 2016 hingga 2018, penerima subsidi hampir 7,890 orang sehingga 10,000 penerima dalam maklumat yang tidak lengkap, sama ada mereka tidak wujud ataupun mereka sudah mati tetapi duit tersebut terpaksa kita bayar juga. Inilah salah satu punca yang menyebabkan kita terpaksa ada tambahan bajet. Maka ini sebenarnya yang boleh dielakkan sekiranya, dari segi sistem, kita ada lebih efektif.

final • 4:06 PM

Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar

Akhir sekali, ada satu Insentif Benih Padi Sah yang tidak ada dalam B.21 ini adalah kerana sebelum ini kita terpaksa bayar tambahan bajet apabila syarikat tersebut tidak dapat hendak hasilkan benih padi sah pada waktu yang ditetapkan dan terpaksa kementerian keluarkan bajet tambahan. Kini kita nampak ini dapat dielakkan. Maka inilah satu efektif yang kita perlu mencapai.

Maka saya mengharapkan supaya kementerian dalam polisi yang kita gunakan sebelum ini, tender kepada sembilan syarikat kilang untuk menghasilkan benih padi sah dan sudah kita berhenti lanjutkan satu tahun, tahun lepas, maka tahun ini perlu ada kontrak baharu, saya berharapkan kementerian dalam pemilihan kontrak sama ada melebihkan atau memperbanyakkan syarikat untuk membekal benih padi sah, sila pastikan syarikat-syarikat tersebut ada kemampuan untuk menghasilkan benih padi sah pada waktu yang tepat. Maka kita boleh kurangkan masalah terpaksa tambahan bajet setiap kali. Sekian, terima kasih.

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin[Kinabatangan]

Menteri jawab.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Alor Setar. Tamatlah perbahasan. Sekarang saya menjemput Menteri menjawab dalam masa 10 minit.

final • 4:10 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I - Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian.

Saya pergi kepada pertama, sahabat saya Yang Berhormat Jempol dan juga daripada Yang Berhormat Alor Setar yang menyebut tentang peruntukan. Sebenarnya kita minta peruntukan tambahan ini adalah semata-mata bagi mengimbangi peruntukan asal yang tidak mencukupi. Keduanya, kerana ada peningkatan rasionalisasi subsidi oleh Kementerian Kewangan. Ketiganya, tentang peningkatan subsidi untuk baja padi.

Saya sebut di sini, kalau untuk tahun 2018, pertamanya, subsidi harga padi kita diberi sebanyak RM516.5 juta. Tahun 2019, diberi yang sama. Akan tetapi, pada ketika yang sama, untuk subsidi harga padi ini, kita telah tingkatkan daripada RM300 kepada RM360. Maknanya ada shortfall RM60 tiap-tiap satu tan. Jadi, itu sebab kita minta peruntukan tambahan RM110 juta. Itu kita sudah dapat satu.

Keduanya, untuk subsidi baja padi. Kita tengok di sini pada tahun 2018, kita dapat RM645 juta. Tahun 2019 hanya setengah sahaja iaitu RM232 juta kerana subsidy rationalization. Di sini kita tengok pengurangan yang ketara berbanding dengan tahun 2018. Maka, kita terpaksalah minta lagi RM150 juta.

Begitu juga kepada insentif pengeluaran padi. Kalau tahun 2018, kita dapat RM563 juta. Tahun 2019, kita dapat hanya RM281.5 juta sahaja. Inilah ia rasionalisasi yang telah dibuat oleh Kementerian Kewangan. Maka, ketidakcukupan ini terpaksa kita minta untuk bajet tambahan.

final • 4:11 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I - Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah

Seterusnya saya pergi kepada sahabat saya Yang Berhormat Jempol. Dia banyak sebut perkara ini, tentang peruntukan padi. Untuk makluman Yang Berhormat Jempol, isu padi angin ini menjadi perkara utama yang sedang kita bincangkan pada ketika ini dan kita mempunyai satu langkah way forward yang saya akan sebutkan satu persatu nanti.

Selepas itu saya pergi kepada Yang Berhormat Kinabatangan yang menyebut tentang bekalan stockpile negara yang membimbangkan. Untuk makluman Yang Berhormat, semasa kita menghadapi COVID yang lalu, PKP, tidak ada masalah berlaku.

Bahkan kita berada dalam keadaan yang mencukupi dan stabil. Untuk makluman Yang Berhormat, supaya tidak gusar, bahawa pada ketika ini kita punyai stockpile. Selain daripada bekalan yang sentiasa ada sebanyak 400 ke 500 ribu metrik tan― satu bulan kita perlu 200 ribu metrik tan tapi kita ada sekarang simpanan kita ke 500 ribu tan.

Maknanya mencukupi untuk dua bulan setengah.

Selain daripada itu, kita ada stockpile yang kita buat yang kita panggil sebagai iron stock yang disimpan di semua lokasi ikut zon timur, utara, zon selatan, zon tengah, zon Sabah dan zon Sarawak. Dalam apa kemungkinan juga, kita mempunyai bekalan yang mencukupi selain daripada bekalan penanaman yang kita buat daripada MADA yang terbesar, daripada KADA, daripada IADA dan juga dari kawasan-kawasan yang bukan jelapang.

Jadi, maknanya setiap masa, bekalan kita bukan hanya bergantung kepada beras yang kita import dari luar negara, bahkan beras dalaman yang kita hasilkan membantu kita. Pada ketika ini, SSL kita telah meningkat sebanyak 72 peratus.

final • 4:11 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh minta penjelasan, Timbalan Menteri?

final • 4:11 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah

Ya.

final • 4:11 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya, sila Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 4:11 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin[Kinabatangan]

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya rasa kita sudah terlalu ketinggalan jauh dalam industri padi ini. Kalau kementerian rasa bahawa kita tidak lagi bergantung kepada luaran, itu terlalu mustahil. Sebab, realitinya, beratus-ratus juta tan metrik beras kita import dari luar.

Jadi persoalannya sekarang, tahun berapakah negara Malaysia ini boleh sustain sendiri, tidak perlu lagi kita import? Seperti Indonesia, ia ada time frame lima tahun, 10 tahun beras tidak lagi kita beli daripada luar negara, bahkan kita akan boleh sustain untuk diri sendiri. Bolehkah beri jaminan tahun berapa?

final • 4:11 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 4:11 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah

Sebenarnya kita mempunyai perangkaan bahawa untuk jangka masa lima tahun akan datang, SSL kita berada dalam tahap 75 peratus. Kalau untuk kita mencukupi 100 peratus, ia adalah satu perkara yang saya rasa cukup jauh sekali untuk kita mencapai.

Walau bagaimanapun, saya akan sebutkan tentang way forward yang telah disediakan oleh MAFI bagi memastikan supaya bukan sahaja kita dapat meningkatkan pengeluaran kita bahkan kita mahu melihat petani-petani kita sentiasa diberikan perhatian.

Seterusnya, saya pergi kepada Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu tentang obligasi tambahan daripada BERNAS. Sebenarnya obligasi tambahan ini adalah di antara inti pati yang sedang dibincangkan. Kementerian mengambil maklum akan cadangan tetapi kerajaan akan meneliti terlebih dahulu kerana Dasar Keselamatan Negara adalah lebih utama.

Sebelum itu, saya ingin sebutkan di sini bahawa obligasi yang telah dibuat oleh BERNAS sebagai single gatekeeper untuk memastikan supaya subsidi harga padi yang terbaik. Untuk makluman Yang Berhormat, kita membuat pembayaran dua kali setahun yang diuruskan oleh BERNAS. BERNAS dikehendaki— selain daripada itu yang merupakan salah satu daripada obligasi sosial BERNAS kepada kerajaan, di mana semua kos pengurusan yang melibatkan tenaga kerja dan juga sistem ditanggung sepenuhnya oleh BERNAS. Kos mengurus SSHP ini berjumlah sebanyak RM15 juta ke RM17 juta.

final • 4:11 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah

Semua urusan SSHP ini, BERNAS adalah tertakluk kepada pengauditan secara berkala oleh Jabatan Audit Negara. Tiada unsur keuntungan oleh BERNAS kerana sebarang perolehan daripada kadar pulangan disalurkan kembali kepada kerajaan. Ada ketikanya, Ahli-ahli Yang Berhormat, BERNAS terpaksa mengguna pakai fasiliti kredit daripada bank-bank sebelum menerima peruntukan daripada kerajaan.

final • 4:11 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Minta celahan sedikit, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Pengerusi, terima kasih banyak. Terima kasih atas penjelasan yang diberikan soal obligasi tambahan BERNAS.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, kebimbangan saya begini. Apabila obligasi tambahan yang dikenakan oleh kerajaan kepada BERNAS berupa tambahan kos yang Yang Berhormat sebut tadi ke atas BERNAS, kesannya ialah ia akan menyebabkan kos operasi BERNAS menjadi meningkat. It would incur a higher cost to BERNAS. Jadi, BERNAS dalam keadaan begitu, ia akan transfer kepada producer ataupun kepada pengguna. Cara ia transfer kepada producer adalah ia akan bayar kepada harga rendah kepada pengeluar tetapi consumer terpaksa bayar harga tinggi. Itu kebimbangan yang saya boleh nampak daripada jawapan yang diberikan tadi.

final • 4:11 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah

Terima kasih, Yang Berhormat. Masing- masing ada mempunyai pendapat tapi untuk makluman Yang Berhormat, adalah tidak tepat sekali kerana selain daripada pengauditan yang dijalankan secara berkala, kita memastikan supaya petani-petani tidak dianiaya.

Saya terus kepada Yang Berhormat Tanjong Karang. Yang Berhormat Tanjong Karang menyebut tentang insentif tentang dua kali grading…

final • 4:11 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri, Sik sikit ada persoalan. Yang Berhormat Menteri, belakang Yang Berhormat Menteri. Sik.

final • 4:11 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah

Untuk makluman Yang Berhormat Tanjong Karang, sebenarnya kaedah pemutuan padi ini yang kita buat ini adalah seperti yang diiktiraf oleh Jabatan Standard Malaysia yang mana selain daripada manual, kita juga gunakan electronic dan juga machine. Apa yang saya hendak sebut di sini adalah tidak ada dua kali penolakan. Bahkan kalau petani-petani menghantar misalnya kepada PKK Malaysia, hanya satu sahaja yang digunakan. Kalau dihantar selepas itu dihantar ke kilang, kilang tidak boleh lagi. Bayaran untuk insentif dibuat kepada yang pertama tadi, tidak ada dua kali.

final • 4:20 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Terima kasih. Ini adalah jawapan yang cukup baik. Akan tetapi saya hendak minta― saya takut Yang Berhormat Timbalan Menteri cakap lain tetapi pelaksanaannya tidak sama. Jadi, saya hendak minta janji daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau saya dapat buktikan perkara ini berlaku, apa tindakan yang kementerian akan ambil kepada pegawai-pegawai BERNAS terutamanya yang besar kepala yang tidak dengar arahan-arahan ini? Apa jaminan yang mesti dibagi? Jangan cakap― Yang Berhormat Timbalan Menteri cakap betul, tetapi ini pelaksanaan dekat bawah ini yang berlaku.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah

Terima kasih Yang Berhormat. Kalau sekiranya ada apa-apa aduan insya-Allah MAFI akan mengambil tindakan supaya kita dapat pastikan yang bukan sahaja kebajikan petani-petani sentiasa diambil kira, bahkan kita mahu mereka meneruskan usaha supaya memastikan bekalan kita mencukupi.

Untuk makluman...

final • 4:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sikit penjelasan daripada Sik. Belakang.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Masa sudah tamat Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:20 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Sikit sahaja. Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu sahaja yang saya hendak minta. Boleh tidak Yang Berhormat Timbalan Menteri janji dalam Dewan ini, kalau ada pihak BERNAS terutamanya yang tidak mahu mengikuti arahan Timbalan Menteri ini, kerajaan berjanji tidak akan sambung lagi tender BERNAS untuk import beras. Berani tidak janji macam itu?

Ini kita bagi dia import beras tetapi dekat sini dia tidak mahu dengar arahan kita.

Janji dalam Dewan ini. Jika BERNAS tidak dengar arahan kementerian, jangan sign sambungan import beras ini kepada BERNAS.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik Yang Berhormat Tanjong Karang. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri masa sudah pun tamat boleh rumuskan.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah

Ya.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Jawab dan rumuskan.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, BERNAS mempunyai obligasi sosial. Untuk makluman Yang Berhormat, bukan sahaja BERNAS membeli, bahkan banyak kilang swasta yang membeli. Akan tetapi banyak daripada petani-petani kita yang menghantar padi-padi yang tidak bermutu tetapi BERNAS mempunyai obligasi untuk membeli. Itulah obligasi sosial BERNAS yang tidak ada dalam surat.

Seterusnya― boleh saya sambung Tuan Pengerusi?

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya bagi seminit lagi.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah

Selepas itu, saya pergi kepada Yang Berhormat Sungai Petani. Ini mengenai tumpuan kerajaan kepada sektor padi dan beras.

Kementerian akan menumpukan kepada dua program iaitu yang pertama, sawah berskala besar yang diterajui oleh pihak swasta, PPK, koperasi dan sebagainya untuk terlibat dalam penanaman secara besar-besaran.

Keduanya, peningkatan produktiviti padi guna untuk subsidi dan juga insentif.

Jumlahnya sebanyak RM1.5 bilion setahun untuk tampung kos pesawah. Jadi, Yang Berhormat, saya tidak dapat sebutkan tentang way forward tetapi apa yang saya hendak maklumkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, MAFI pada ketika ini sedang merangka satu tindakan yang saya fikir holistik bagi memastikan supaya pertamanya, kita dapat memastikan supaya pengeluaran akan terus bertambah.

Pertama, kita menjalankan soil profiling dengan tujuan untuk merawat tanah dengan formulasi baja yang baharu. Keduanya, projek rintis yang sedang dijalankan di Pulau Pinang. Ini buku dia.

[Sambil menunjukkan senaskhah buku] Buku yang kita keluarkan projek rintis kita dan ketiganya untuk seluruh negara yang kita jangka akan dapat disiapkan pada tahun 2022. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM313,289,600 untuk Maksud B.21 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM313,289,600 untuk Maksud B.21 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM10 untuk Maksud P.21 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2019 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM10 untuk Maksud P.21 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2019]

final • 4:20 PM

Maksud B.23 - Jadual] – Tuan Pengerus

Kepala Bekalan B.23 di bawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli terbuka untuk dibahaskan sekarang.

final • 4:20 PM

Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh

[Bangun] Pasir Puteh.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya lihat ada dua Ahli Yang Berhormat. Kita mulakan dengan Yang Berhormat Pasir Puteh dulu.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Selepas itu siapa dia?

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya take note Yang Berhormat Arau. Sekiranya ada di sebelah sini yang hendak berbahas, jadi silakan.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Kinabatangan tidak ada? Sudah keluar?

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Akan tetapi hanya empat orang sahaja, lima minit seorang. Sila Yang Berhormat Pasir Puteh.

final • 4:20 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Gerik hendak cakap juga.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Boleh.

final • 4:20 PM

Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:25 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Tuan Pengerusi.

final • 4:25 PM

Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh

Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 030100 – Perhutanan Semenanjung Malaysia dengan isu yang membabitkan penebangan balak yang tidak terkawal, yang terkawal saya mengucapkan terima kasih. Akan tetapi realiti dalam negara kita ini banyak penebangan hutan di dalam negara kita yang tidak terkawal. Ia menyebabkan berlakunya berbagai- bagai kesan yang tidak baik termasuk pencemaran sumber asli iaitu air yang menjadi nadi kepada kehidupan, bukan sahaja manusia bahkan binatang-binatang dan seumpamanya.

Apa yang ingin saya sarankan ialah ketegasan yang biar sampai ke tahap luar biasa sikit yang perlu diambil oleh pihak kementerian supaya aktiviti-aktiviti yang haram seumpama ini dapat ditangani dengan baik. Kadangkala pengurusan balak ini diurus dengan tidak mengikut SOP yang dibenarkan. Ini berpunca daripada syarikat-syarikat pembalakan yang tidak bertanggungjawab. Apa yang mereka hendak tebang, dia tidak ikuti peraturan-peraturan yang ditetapkan.

Kedua, jalan-jalan balak yang diuruskan oleh mereka ini yang menyebabkan pencemaran sumber air yang agak parah dalam negara kita. Apa yang ingin saya sebut ataupun bertanya kepada pihak kementerian adalah, sejauh mana pihak kementerian membuat pemantauan terhadap pelaksanaan penebangan balak di dalam negara kita dan begitu juga kepada sumber air yang ada yang tentunya sumber air ini daripada hutan belantara. Jadi, kalau penebangan balak yang tidak terkawal berlaku maka pencemaran ini ia akan sampai ke muara sungai. Begitu juga dengan― Okey, setakat itu dulu. Terima kasih.

final • 4:25 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Sila Yang Berhormat Gerik. Nanti lepas ini.

final • 4:25 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Terima kasih Tuan Pengerusi persidangan. Pertama, saya hendak sentuh Butiran 030100 berkenaan dengan kawasan tadahan air bagi kawasan rizab hutan simpan di seluruh negeri. Saya minta supaya pejabat hutan dan juga dengan kementerian untuk buat satu pemantauan melihat semula kawasan-kawasan tadahan air ini supaya tidak ditebang pokok-pokok balak di kawasan tersebut.

Ia menyebabkan bila kita tidak rizab, tidak menggazet― ini menyebabkan kawasan tadi yang paling banyak balak ketika ini― fasal ketika ini sumber balak sebenar sudah berkurangan. Kalau pihak kerajaan negeri dan juga kementerian tidak dapat memantau sepenuhnya, itulah berlaku seperti air yang keruh, banjir selut dan pelbagai lagi yang terlibat. Saya percaya Kerajaan Pakatan Harapan dahulu telah melihat juga perkara tersebut.

final • 4:29 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Perkara yang kedua yang saya hendak sebut ialah penguatkuasaan tentang anugerah balak kepada syarikat-syarikat pembalakan. Kadang-kadang kita masih melihat pembalakan ini adalah satu perniagaan yang paling cepat dapat duit tunai. Lulus kawasan, pegang surat dapat duit tunai.

Oleh sebab itu, kita melihat mereka yang berurusan tentang balak semua ini akan ada berlaku ketirisan di mana penguatkuasaan yang dibuat oleh pihak perhutanan mestilah ada satu rasa tanggungjawab kerana kita tidak mahu balak ditebang bukan kepada tujuan yang sebenarnya iaitu kita hendak menebang balak yang umurnya sudah tua, di mana kalau kita tebang pokok-pokok kecil apa akan berlaku? Maka kawasan hutan tersebut akan kehilangan kayu balak.

final • 4:30 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Kadang-kadang tagging yang sepatutnya renjer yang kena tagging pada pokok- pokok balak, tagging tadi diserahkan kepada pembalak kerana mereka mendapat sedikit imbuhan, mungkin. Maka inilah saya berharap supaya penguatkuasaan tentang pembalakan ini dikuatkuasakan.

Perkara yang ketiga, kerajaan sentiasa hendak menanam semula pokok-pokok balak yang sudah ditebang. Maka saya berharap usaha tanam semula pokok-pokok balak ini dapat dijalankan dengan sepenuhnya kerana inilah yang akan menentukan masa depan. Mungkin kawasan KSK boleh bertahan 15 tahun untuk kita buka balik, kita bagi balik balak kepada mereka-mereka yang patut minta balak. Akan tetapi kalau tidak ditanam semula apa akan berlaku kepada hutan simpan di seluruh negara? Ini masalah yang saya lihat, kalau kita tidak kawal betul-betul kawasan pembalakan kita akan termusnah.

Perkara keempat, yang saya rasakan sekarang kerajaan negeri tidak sepatutnya membuka kawasan hutan simpan dengan tebang habis, konon-konon hendak buat tanaman kontan, buat tanaman pertanian. Padahalnya bila selesai pembalakan tanah tadi menjadi kosong, padang jarak padang tekukur, di mana bagi alasan hendak buat pertanian kontan, 5,000 ekar tebang habis, yang untung adalah pembalak- pembalak, yang teraniaya ialah hutan simpan, yang akan menjadi mangsa ialah kita yang akan datang. Generasi akan datang akan bermasalah.

Orang Asli dituduh sebagai penebang-penebang balak haram sedangkan mereka tidak pernah. Apa maksudnya Orang Asli hendak tebang pokok balak, depa duduk dalam hutan. Kadang-kadang kita hendak ketawa bila pihak pembalak memberi alasan pokok tersebut ditebang oleh Orang Asli. Ini hanya alasan untuk mengaut hasil bumi dalam hutan dengan tidak sepenuhnya.

Bila COVID-19 berlaku, kerajaan mesti mengurus hasil dalam negara dengan baik demi untuk meningkatkan pendapatan ekonomi negara. Saya percaya hutan kalau diurus dengan baik, kerajaan dapat hasil, orang yang membalak dapat hasil, keadaan muka bumi kita juga akan menjadi elok. Sekian, terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Gerik. Saya jemput Yang Berhormat Arau, lima minit.

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana memberi ruang kepada saya. Saya ini bukan hendak bercakap sangat tetapi bila tidak ada orang lain saya pun bercakaplah. Saya macam BERNAS lah beli hak orang lain, yang tidak mahu dia beli, terpaksa beli.

final • 4:34 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi saya berucap bila tidak ada orang lain berucap sebab yang buat contohnya macam industri sawit tadi, Yang Berhormat Seputeh pergi melawat Afrika tetapi kawan saya kena jawab sebagai contoh.

Ini tajuknya ialah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli. Saya hendak sebut tentang pembinaan Jabatan Perhutanan tadi. Tahniah, kita minta dibina Jabatan Perhutanan dengan hebatnya tetapi kita kena ingat, sekarang ini masa dia berubah.

Zaman sudah berubah sepatutnya Jabatan Perhutanan, pejabat besarnya mungkin di sini tetapi dia kena ada pejabat-pejabat kecilnya di kawasan berdekatan dengan hutan.

Macam mana dia hendak urus hutan kalau pejabatnya dibina di dalam bandar? Macam mana mereka hendak memantau dengan baik dan cekap? Itu satu.

Kedua, kawasan masuk ke hutan itu kita sudah kenal pasti dia ada lorong- lorong. Kalau mereka hendak curi di hutan dia kena melalui jalan itu dan mereka masuk bawa jentera berat dan sebagainya tetapi yang ini tidak dikawal. Dahulu saya pernah, masa saya jadi Menteri dahulu saya pernah mengerahkan supaya APM menjadi renjer tambahan tetapi bukan dibayar elaun oleh kementerian ini tetapi dibayar oleh APM.

Renjer tambahan, ada kekurangan sedikit, di mana jalan masuk itu kita buat jagaan.

Contohnya macam di Janda Baik, saya dimaklumkan bahawa satu orang renjer sahaja yang daripada Bentong yang menjaga Janda Baik. Jadi tidak mungkin dia boleh menjaga satu kawasan hutan yang luas. Saya telah menempatkan 20 orang APM pada masa tersebut jadi kurang sedikit penerokaan. Masa PKP tiga bulan yang lalu kita lihat hutan kita lega. Hutan tidak boleh bercakap tetapi kita rasa dia lega sebab orang tidak masuk di sana dan kita lihat ada pokok-pokok pun tumbuh semula dengan baik.

Jadi Jabatan Perhutanan kena ambil pendekatan ini sebab seluruh dunia bagi perhatian kepada kita. Ini bukan benda main-main. Di tiap-tiap jalan masuk hendaklah kita kawal, kalau tidak cukup renjer kita pakai APM, pakai RELA, mereka berada di sana

final • 4:34 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

dan mereka tahu siapa yang masuk untuk meneroka. Pertama, dia untung curi balak.

Keduanya, dia dapat tanam apa-apa tanaman di tengah-tengah hutan. Kalau kita naik di udara menggunakan helikopter kita akan nampak bahawa hutan yang begitu cantik tiba- tiba di tengah hutan sudah ada satu penerokaan yang dibuat yang saya telah laporkan tidak berhenti kepada semua yang terlibat tetapi saya tengok tindakan tidak diambil.

final • 4:34 PM

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Arau, Cameron Highlands.

final • 4:34 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Contohnya...

final • 4:34 PM

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Arau, Cameron Highlands.

final • 4:34 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ada satu ladang kelapa sawit yang telah diteroka hampir 10,000 ekar.

final • 4:34 PM

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Arau, Cameron Highlands.

final • 4:34 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Mereka tanam 10,000 ekar, tentu kita tahu tetapi kita tidak tahan perkara ini.

final • 4:34 PM

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Arau, Cameron Highlands.

final • 4:34 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Cameron Highlands di sana hendak mencelah.

final • 4:34 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Cameron Highlands?

final • 4:34 PM

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Ya, ya.

final • 4:34 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yes, cuba tanya macam Yang Berhormat Cameron Highlands. Dia teroka tanah, tanam sayur tiba-tiba baru kita hendak ambil tindakan, masa dia teroka kita kena tangkap.

final • 4:34 PM

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Cameron Highlands hendak mencelah sedikit.

final • 4:34 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila.

final • 4:34 PM

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Arau, dalam berkaitan Jabatan Perhutanan ini, adakah bersesuaian jika kawasan itu punca air kampung masyarakat Orang Asli minum, benda pembalakan ini dibenarkan ataupun jika berlaku environment punya masalah, air kotor dan sebagainya, pembalakan ini terus dihalang.

final • 4:34 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila, Yang Berhormat Arau.

final • 4:34 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Yang Berhormat Arau, boleh sedikit.

final • 4:34 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Masuk dalam ucapan saya bahawa pembalakan di seluruh negara hukumnya haram.

final • 4:34 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Yang Berhormat Arau, Beaufort. Yang Berhormat Arau, Beaufort.

final • 4:34 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Bukan sunat lagi, ini haram sebab dia menyebabkan pencemaran sumber air dan sebagainya dan kita tahu bahawa permainan curi balak ini bukan permainan orang miskin, ini orang kaya. Contohnya di Cameron Highlands, tauke-tauke dari luar negara menaja untuk suruh tanam sayur, teroka hutan dan selepas itu mereka dapat untung.

final • 4:34 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Yang Berhormat Arau.

final • 4:34 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini permainan orang kaya bukan permainan Orang Asli, bukan permainan orang miskin.

final • 4:34 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Yang Berhormat Arau, minta sedikit, Yang Berhormat Arau.

final • 4:34 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Permainan orang kaya yang menaja kepada penerokaan tersebut untuk mendapatkan keuntungan sendiri.

final • 4:34 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila, Yang Berhormat Beaufort.

final • 4:34 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Yang Berhormat Arau.

Terima kasih, Yang Berhormat Arau. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Bolehkah Yang Berhormat Arau bersetuju sekiranya kawasan di tepian sungai yang merupakan tempat laluan air untuk kita minum dan makan setiap hari yang akan tercemar disebabkan banyak pembukaan hutan dan ditanam macam-macam di tepi sungai itu.

Bolehkah Yang Berhormat Arau bersetuju supaya kita cadangkan perkara ini dapat diambil tindakan segera oleh pihak yang berkenaan dan tidak dibenarkan lagi membuka hutan di tepi-tepi sungai ini yang akan mencemar bekalan air kita.

final • 4:34 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Arau, saya pohon untuk rumuskan.

final • 4:34 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, saya masukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya dan akhir sekali Tuan Pengerusi, saya minta saya sudah ulang banyak kali di sini. Cuba bagi perhatian kepada hutan dan haramkan semua pembalakan, haramkan semua pembukaan hutan, bagi kerehatan hutan selama enam bulan. Kita akan melihat satu suasana yang indah dan berharga.

Penutup yang terakhir, Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, kena tahu ini. Saya ulang di sini di Dewan yang mulia ini, saya hendak ulang sekali lagi. Satu pokok di Pulau Tioman, satu pokok yang rangkanya macam manusia, orang akan pergi ke sana, pelancong ribu-ribu pergi sana ambil gambar sebab bentuk pokok tersebut. Akan tetapi kalau kita ditebang pokok tersebut mungkin pokok tersebut berharga RM5,000 dan sebagainya, habis. Akan tetapi bila pelancong melawat nilai harganya mungkin sudah jadi RM500,000 dan sebagainya.

final • 4:34 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Seekor singa di Afrika harganya USD10,000. Akan tetapi kalau disimpan seekor singa, ia akan bernilai mungkin USD100 juta apabila ramai pelancong datang melawat.

Pelancong bukan hendak datang melawat pokok tumbang, dia datang hendak melawat pokok yang tegak. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Ahli Yang Berhormat, sekarang ada tiga pembahas.

final • 4:40 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Tuan Pengerusi, ada empat. Ada lagi satu ini.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Minta maaf Yang Berhormat Menteri. Ada satu lagi. Saya beri ruang empat.

final • 4:40 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Ada empat orang nak bercakap. Saya ada satu. Sikit sahaja. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 4:40 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Terima kasih.

Saya hendak ucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang hujah tadi tentang hutan dan juga tadahan air. Ya, betul. Kita hendak buat sesuatu dan kita telah cuba pun untuk buat sesuatu melalui kementerian dan sebagainya. Akan tetapi kita kena ingat di sini, yang ada kuasa untuk balak dan juga kuasa untuk kita buat sesuatu di dalam hutan ialah di dalam tangan negeri masing-masing, bukan di dalam tangan kementerian. Kita jaga hutan, kita bagi nasihat kepada pejabat tanah, pejabat hutan dan kita ada renjer-renjer kita dan sebagainya.

Apabila lesen diberi untuk balak, lesen itu dikeluarkan oleh negeri, bukan oleh kementerian. Kerja ataupun tugas pegawai-pegawai perhutanan adalah untuk tanda mana-mana pokok yang akan ditebang dan sebagainya dan mereka jaga dan mereka akan lihat. Itu tugas kita. Penguatkuasaan juga kena dilakukan oleh negeri, bukan oleh kementerian. So, sebab itu di dalam bajet, kita telah luluskan wang dana yang tinggi untuk tiap-tiap negeri di mana setiap negeri kalau ikut dan mereka akan kekalkan hutan-hutan itu, bandingkan kepada acres yang mereka akan kekalkan, kita telah beri mereka semacam hadiah, ada beberapa juta ringgit kita telah beri kepada mereka. Kalau ini dilakukan, kita boleh selamatkan hutan di dalam negeri masing-masing. Nombor satu.

final • 4:40 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Kedua, malangnya ini saya kena beritahu kepada kerajaan. Dahulu, kementerian itu di dalam satu kementerian iaitu Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli. Kita jaga air, kawasan tadahan air, kita jaga hutan dan selepas itu kita boleh buat. Akan tetapi sekarang, kementerian itu telah dipisahkan kepada dua kementerian. Sekarang, jagaan air di dalam satu kementerian dan jaga hutan kepada kementerian yang lain. So, ia ada sedikit boleh. Saya harap ini kedua-dua kementerian ini akan bekerjasama untuk kita dapatkan sesuatu.

Akhir sekali Tuan Pengerusi, kalau kita hendak selamatkan isu ini dalam negara kita, suara kita kena didengari di luar negara. Sekarang suara kita di luar negara amat kurang untuk kita tahan isu kehijauan ataupun kehutanan di dalam negara kita. Oleh sebab itu, saya minta kerajaan apabila ada konvensyen besar, ada program besar diadakan di United Nations ataupun di negeri-negeri lain, kita kena ada satu rombakan yang besar untuk tahan situasi di dalam negara kita sebab suara kita tidak didengari di luar dan kita sebuah negara hutan tropika yang satu-satunya terbesar di dunia yang kita ada. Kalau kita banding dengan Brazil, Indonesia, yang ketiga ialah Malaysia.

Ini kita kena jaga sebab ini ialah khazanah negara untuk anak dan cucu kita untuk masa depan yang akan datang. Kita kena bekerjasama. Hasrat kita semua di sini sama, saya nampak untuk kita jamin untuk adakan hutan untuk selama-lamanya dan sebagainya. This is very important. Untuk kita pastikan bahawa hutan ini kita boleh simpan selama-lamanya, ini kita kena ada adakan dialog dengan negeri masing-masing untuk dia ada ingatan yang bersama. That means they are on the same platform untuk kita buat sesuatu untuk masa depan yang akan datang. Ini penting untuk negara.

Saya harap semua Ahli Yang Berhormat balik bincang dengan negeri untuk kita pastikan bahawa kementerian boleh buat, kalau kita hendak tukar akta itu susah, saya tahu. Masalahnya besar dengan negeri masing-masing sebab ini perkara tanah, selepas itu Raja-raja akan masuk dan sebagainya, tidak boleh dilakukan. Akan tetapi kita kena ada satu kefahaman di mana kita boleh capai kalau kita bekerjasama dengan negeri dan kementerian. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Tenaga dan Sumber Asli untuk menjawabnya, 10 minit.

final • 4:40 PM

Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera Tuan Pengerusi.

Terlebih dahulu izinkan saya merakamkan ucapan setinggi terima kasih kepada empat Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu di bawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli yang membahaskan perkara-perkara berkaitan isu dengan peruntukan bawah B.23 Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2019.

Untuk makluman Tuan Pengerusi dan Ahli Yang Berhormat sekalian, peruntukan tambahan berjumlah RM20,310,000 adalah bagi pelarasan Akaun Pendahuluan Diri di bawah Arahan Perbendaharaan 55. Ia digunakan untuk membaik pulih bangunan di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang mengalami kebakaran pada tahun 2016. Manakala peruntukan tambahan sebanyak RM37,970,500 pula adalah untuk pembayaran tunggakan cukai tanah yang berlaku kenaikan dan juga atas faktor-faktor lain.

Tuan Pengerusi dan Ahli Yang Berhormat sekalian, saya mendengar secara keseluruhan perbahasan daripada Yang Berhormat Pasir Puteh tadi yang bercakap soal isu pembalakan, berkaitan dengan isu-isu hutan yang tidak ditebang mengikut tatacara dan menyebabkan berlaku pencemaran air dan sebagainya.

Begitu juga Yang Berhormat Gerik bercakap soal berkaitan dengan kawasan tadahan air, minta dilakukan pemetaan di kawasan tadahan, memastikan penguatkuasaan dilakukan secara bersungguh-sungguh, memastikan anugerah pembalakan diberi dengan tatacara yang baik, usaha-usaha untuk penanaman semula.

Yang Berhormat Kuala Langat juga bercakap soal berkaitan dengan bagaimana peranan Malaysia dan juga dunia harus kita lakukan secara bersama untuk menangani isu perhutanan. Saya juga dengar Yang Berhormat Arau tadi sudah keluar pun ataupun di luar itu dengar itu, bercakap soal Jabatan Hutan perlu dibina di seluruh negara.

Namun demikian Yang Berhormat, semua perkara yang dibangkitkan tadi di luar daripada topik ini kerana dalam bajet ini, ia memang khusus butirannya. Saya menerima baik pandangan berkenaan. Kementerian akan mengambil maklum dan melakukan apa

final • 4:45 PM

Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

juga tindakan berasaskan kepada peraturan dan peruntukan yang ada. Kita sedang meminda undang-undang dan merangka Dasar Perhutanan Negara. Walau bagaimanapun Ahli Yang Berhormat, saya akan bagi jawapan bertulis untuk lebih terperinci kepada Ahli Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 4:45 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM58,280,500 untuk Maksud B.23 di bawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM58,280,500 untuk Maksud B.23 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 4:45 PM

Maksud B.24 - Jadual] – Tuan Pengerus

Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala Bekalan B.24 di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri terbuka untuk dibahas sekarang.

[Tiada Perbahasan]

final • 4:45 PM

Tuan Pengerusi

Baik, tiada perbahasan. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM77,154,500 untuk Maksud B.24 di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM77,154,500 untuk Maksud B.24 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 4:45 PM
Maksud B.27 [Jadual] – Maksud P.27 [Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2019] –

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya. Kepala B.27 dan Kepala Pembangunan P.27 di bawah Kementerian Kerja Raya terbuka untuk dibahas sekarang.

final • 4:45 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Beruas.

final • 4:45 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Beruas. Ya, sila Yang Berhormat Beruas, lima minit.

final • 4:45 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bangun untuk membahaskan B.27 dan P.27 - Kementerian Kerja Raya.

final • 4:49 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 4:49 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:49 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Tuan Pengerusi. Sekarang ini peringkat jawatankuasa.

final • 4:49 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Pengerusi...

final • 4:49 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih.

final • 4:49 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Senantiasa saya apabila membawa perkara tentang JKR kepada jurutera JKR Manjung untuk menyelesaikan masalah di bawah pentadbiran JKR, senantiasa jawapan satu sahaja.

final • 4:49 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

JKR Manjung ini tidak ada duit ataupun tidak cukup peruntukan untuk menyelesaikan masalah yang saya timbulkan. Tuan Pengerusi, hinggakan penyelenggaraan biasa seperti lampu trafik, lampu jalan besar dan juga jalan raya yang

final • 4:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

rosak dikatakan tidak ada duit penyelenggaraan. Ini kerajaan di bawah Perikatan Nasional haraplah yang asas ini mesti diberikan peruntukan segera.

Kedua, jalan alternatif air tawar di bawah Kerajaan Pakatan Harapan jumlah sebanyak RM40 juta telah diperuntukkan dan sebenarnya kerja hendak dimulakan tidak lama lagi dan sungguhpun ini satu jalan yang akan dibina di bawah kerajaan negeri, tetapi sebahagian besar daripada peruntukan RM40 juta ini adalah daripada Kerajaan Persekutuan. Harap peruntukan ini tidak akan ditarik balik. Saya hendak minta, hendak tahu bilakah projek ini akan dimulakan.

Akhir sekali yang telah saya bangkitkan dahulu projek naik taraf jalan FT060 dari Damar Laut ke Changkat Jering, Taiping. Ini sudah bertahun-tahun dibina. Dia dimulakan kemudian berhenti beberapa kali. Hendak tanya apa masalah dia. Adakah peruntukan untuk fasa pertama yang saya dapat jawapan daripada Parlimen ini RM240 juta? Adakah duit ini sampai kepada kontraktor yang membina jalan raya tersebut dan kenapa ia berhenti setiap kali dimulakan berhenti pula? Apakah masalahnya? Saya harap dengan keadaan yang sekarang ini, inilah jalan di mana antara terbanyak sekali berlakunya kemalangan kerana masalah jalan mula dan keadaan pembinaan ini amat berbahaya. Saya harap dapat jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih. Ya, Yang Berhormat Arau. Sila.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya Yang Berhormat, saya begitulah tuntutan naluri kemanusiaan itu saya kena keluar tadi. Tengok-tengok kementerian MITI ini tidak ada orang bercakap ya. Cuma saya hendak ulang supaya Yang Berhormat Menteri ambil ingatan. Peperangan perdagangan Amerika-China ini dan juga COVID-19 ini, cari jalan bagaimana kita hendak tarik pelabur supaya minat pada kita, okey. Ini pesan. Tadi dia bercakap tadi tajuk apa saya pun tidak tahu.

final • 4:54 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ya, Yang Berhormat Arau.

final • 4:54 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Apa yang saya tengok tajuk di sini ialah...

final • 4:54 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ini Kementerian Kerja Raya dan kena sebut butiran.

final • 4:54 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bukan. Dia cakap tadi, dia cakap macam-macam tetapi tajuk dia cuma Kementerian Kerja Raya tambahan RM16 juta untuk membayar bangunan guna sama Persekutuan di seluruh negara. Bangunan guna sama, yang lain RM10, token tidak bincang. Saya tidak ganggu pun. Akan tetapi sebenarnya tidak boleh pergi cakap tajuk yang luar daripada itu.

final • 4:54 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ya.

final • 4:54 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia cakap tajuk guna sama ya, tetapi saya tidak mahu ganggu sebab dia sahabat saya.

final • 4:54 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Boleh, dalam masa Jawatankuasa, kita boleh...

final • 4:54 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akan tetapi tidak apa, Yang Berhormat Menteri akan ambil ingatan, jangan bimbang.

final • 4:54 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

...Utarakan yang spesifik.

final • 4:54 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kerajaan Perikatan Nasional adalah terbaik dalam dunia.

final • 4:54 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Arau, ikutlah peraturan. Tadi saya...

final • 4:54 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Berbalik kepada MITI tadi....

final • 4:54 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

...Kena apa yang ditegur berkenaan dengan peruntukan 2020 tetapi...

final • 4:54 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat hendak...

final • 4:54 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Masa Jawatankuasa kita boleh utarakan perkara spesifik untuk dijawab.

final • 4:54 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Perkara spesifik yang telah ditulis di sini, bukan perkara baharu, itu hendak bagi tahu. Sebab apa....

final • 4:54 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Arau.

final • 4:54 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini kita hendak luluskan perbelanjaan yang dibuat oleh PH dulu. Yang baharu kita akan masuk bawah bajet tambahan nanti.

final • 4:54 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Arau.

final • 4:54 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akan tetapi tidak apa. Kita tidak ganggu kawan-kawan. No problem.

final • 4:54 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya kata kenapa peruntukan tadi tidak diberikan sungguh pun dalam perbahasan peraturan mesti kita jelas. Sungguhpun dinyatakan di sini...

final • 4:54 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak, Yang Berhormat.

final • 4:54 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

...Peruntukan lebihan. Akan tetapi kenapa, apa perkara yang saya bangkitkan...

final • 4:54 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Penjelasan.

final • 4:54 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

...Kenapa tidak ada peruntukan yang diberikan?

final • 4:54 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ahli Yang Berhormat, sekarang kita dalam butiran-butiran peringkat Jawatankuasa. Saya minta Yang Berhormat Arau teruskan.

final • 4:54 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, sekarang ini bawah butiran.

Cuma saya kata tadi, saya ulang balik sebab MITI ada sini. Saya hendak cakap panjang fasal MITI sebab saya tahu dia ada jawapan yang hebat. Akan tetapi malangnya pembangkang macam tidak berapa minatlah hal-hal antarabangsa ini. Jadi dia terus diam.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 4:54 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Arau, saya tidak benarkan kerana sekarang telah masuk ke Kementerian Kerja Raya, Yang Berhormat Arau. Maksud B.27, Yang Berhormat Arau. Sila on kan balik.

final • 4:54 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya bukan pembangkang.

Padam, padam, buka, padam, buka ini, ini apa ini, kenapa ini? Jangan sikit bentara ya.

final • 4:54 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 4:54 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jangan padam, buka. Saya kerajaan, kena bagi peluang saya berucap. Padam belah sana okey ya. Okey, tentang Kementerian Kerja Raya ini ya, Kementerian Kerja Raya.

final • 4:54 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ya, Kementerian Kerja Raya.

final • 4:54 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini ialah untuk urus untuk tambahan berjumlah RM16 juta untuk membiayai penyelarasan bangunan, penggunaan bangunan guna sama Persekutuan seluruh negara. Jadi saya hendak minta supaya sebab ini guna sama. Guna sama di antara Persekutuan dan juga negeri. Jadi kita lihat bangunan kerajaan ini dia ada macam tahap-tahap tertentu ya. Kalau kita masuk bangunan ini, dia rupanya lain sedikit. Kalau masuk bangunan ini rupanya lain sedikit tetapi yang diurus oleh Kerajaan Persekutuan itu sudah pasti wajahnya lebih menarik.

Jadi saya minta supaya kerajaan melihat supaya bangunan kerajaan ini disamaratakan pendekatannya ke bentuk ala Putrajaya sebagai contoh supaya rakyat melihat ini ialah sebuah kerajaan yang diurus dengan baik, ditadbir dengan baik tetapi permulaan untuk mereka melangkah masuk ke pejabat itu biarlah jangan ada perasaan yang lain. Kalau pergi pejabat ini, ah ini. Padahal ini juga pejabat kerajaan. Mestilah ada satu persembahan yang lebih berbentuk bersama, bukan berlainan.

Jadi saya menyokong supaya peruntukan ini diluluskan dan dalam masa yang sama dilihat bagaimana kita hendak ubah bentuk supaya semua bangunan atau pejabat kerajaan ini nampak wajahnya lebih kurang bersama. Jangan nampak ada kelainan.

Bantu negeri-negeri yang tidak mempunyai bangunan yang hebat seperti di Putrajaya

final • 4:54 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

supaya nampak pendekatan kerajaan ini kerajaan bersama. Sebab kita hendak supaya Kerajaan PN ini berterusan menang pilihan raya dengan dua per tiga majoriti nanti dan terus kita tadbir negara ini dengan hebat tanpa ganggu gugat daripada mana-mana pihak seperti yang berlaku sekarang. Terima kasih.

final • 4:54 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya jemput seorang lagi, Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 4:54 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ingin membahaskan Maksud P.27 Butiran 08500 Kementerian Kerja Raya di bawah tajuk Projek Keselamatan Jalan.

Saya hendak menyokong anggaran perbelanjaan pembangunan tambahan ini tetapi jumlah tentang projek keselamatan jalan ini sedikit sangat. Hanya RM257,666.

Projek keselamatan jalan ini saya bangkitkan spesifik iaitu Lebuhraya Pasir Gudang, lebuh raya yang penting menghubungkan Pelabuhan Pasir Gudang ke Singapura dan ke seluruh negara. Diuruskan di bawah Kerajaan Pusat. Dari segi keselamatan jalan, selalu saya— dulu pernah masa jadi kerajaan dulu, Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah Johor Bahru dia beritahu tidak ada duit. Kerajaan tidak ada duit hendak betulkan jalan yang berlubang-lubang, tidak ada duit hendak pasang lampu. Kalau Lebuhraya Pasir Gudang di setengah tempat itu gelap, Tuan Pengerusi.

Jadi ini ialah perbelanjaan kerajaan yang lalu. Jadi mungkin diberi perhatian kepada kerajaan yang ada sekarang. Carilah duit supaya masalah jalan yang berlubang— teruk sangat Tuan Pengerusi. Di Pasir Gudang, motosikal dan kalau kereta- kereta yang kecil ini boleh pecah tayar. Pernah berlaku motosikal accident dan sebagainya. Jadi inilah yang selalu dibangkitkan oleh rakyat di sana yang pada setiap hari beribu-ribu lalu lalang di Lebuhraya Pasir Gudang kedua-dua hala. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:57 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Tuan Pengerusi, boleh saya mencelah? Ini kerana bukan hanya Lebuhraya Pasir Gudang. Saya minta Yang Berhormat Menteri Kerja Raya juga memberi perhatian kepada Lebuhraya Tebrau dari Pasar Borong Pandan sampai Bandar Cemerlang kerana situ pun saya mendapati tidak ada peruntukan untuk mengecat garis putih sepanjang jalan itu dan satu gerakan, petisyen sudah mula dibuat oleh penduduk-penduduk di situ untuk merayu kepada Kerajaan Pusat untuk membetulkan tanah untuk mengecat garisan putih di situ. Terima kasih.

final • 4:57 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Ahli-ahli Yang Berhormat...

final • 5:00 PM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

Sedikit boleh?

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Sipitang sebenarnya bagi P.27 itu merupakan token sahaja dan tidak perlu dibahas. Akan tetapi saya bagi peluang Yang Berhormat Sipitang.

final • 5:00 PM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

Kimanis.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Maaf Yang Berhormat Kimanis.

final • 5:00 PM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

[Ketawa] Terima kasih Tuan Pengerusi. Walaupun tidak berubah tetapi cukup penting. Saya hanya sepintas lalu sahaja ya.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila.

final • 5:00 PM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

Butiran 08500 dan juga Butiran 70000. Ini dua isu adalah berkaitan dan saya lihat ini adalah perbelanjaan yang lepas.

Akan tetapi saya hairan kenapa di kawasan saya tidak ada projek keselamatan jalan ini dibuat secara serius?

final • 5:00 PM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

Terutamanya berkaitan dengan lampu jalan terlalu gelap dan mengakibatkan kemalangan sudah berlaku beberapa kali terutamanya di simpang Pekan Lama Kimanis.

Keduanya di bulatan Pekan Bongawan. Ini sangat gelap pada malam dan selalu berlaku kemalangan. Jadi saya minta kepada kementerian yang terlibat. Saya ingin bertanya, kenapa perbelanjaan yang begini besar tidak sampai di kawasan saya.

Keduanya, soal memperelok jalan, sama juga. Jalan banyak berlubang-lubang di kawasan saya Tuan Pengerusi. Kenapa tidak sampai peruntukan sebesar ini di kawasan Kimanis? Saya ingin tahu jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih banyak.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kimanis. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Kerja Raya untuk menjawab dan menggulung, 10 minit.

final • 5:00 PM

Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Beruas, Arau, Pasir Gudang, Tebrau dan juga Kimanis yang mengambil bahagian dalam ucapan bajet tambahan ini.

Untuk makluman, sepertimana yang dikatakan oleh Tuan Pengerusi tadi pada Yang Berhormat Pasir Gudang dan juga Yang Berhormat Tebrau, sebenarnya menyentuh pada perkara token yang tidak perlu dibahas tetapi insya-Allah apa pandangan dan suara mereka, saya akan mengambil maklum. Saya akan menjawab secara bertulis kepada apa yang telah disuarakan.

Dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beruas adalah perkara yang tidak tertakluk dalam perbincangan kita pada hari ini sebab apa yang diperuntukkan hanyalah berhubung kait dengan bangunan guna sama iaitu maintenance bangunan-bangunan Kerajaan Persekutuan. Jadi saya akan memberi jawapan kepada Ahli Parlimen Beruas secara bertulis juga apa yang dihajatkan dan dipohon oleh beliau tadi.

Jadi, untuk Yang Berhormat Arau...

final • 5:02 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri tetapi Yang Berhormat Menteri...

final • 5:02 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Peruntukan. Tidak, tidak.

final • 5:02 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih atas jawapan yang akan diberikan tetapi saya mohon satu penjelasan daripada Tuan Pengerusi.

final • 5:02 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Tuan Pengerusi, biar saya hendak selesaikan dahulu.

final • 5:02 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Kerana...

final • 5:02 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Nanti kalau dia hendak bangun, saya akan bagi. Tolong biar saya jawab pertuduhan dahulu.

final • 5:02 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Ini isu saya begini.

final • 5:02 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Apa yang di...

final • 5:02 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Dalam Committee stage, semasa Jawatankuasa...

final • 5:02 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Tidak apa Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Beruas ini waktu menggulung.

final • 5:02 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya bukan— hendak dapat satu ruling ataupun penjelasan.

final • 5:02 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Yang Berhormat...

final • 5:02 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Oleh kerana semasa...

final • 5:02 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Yang Berhormat Beruas, ini masih floor saya.

final • 5:02 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Betul, betul. Saya hendak dapat satu penjelasan kerana tadi ada satu jawapan mengatakan pada tahap Jawatankuasa, kita tidak boleh membawa semua perkara ini dan kita membawa kalau di peringkat policy

final • 5:02 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

speech ataupun polisi kita tidak secara terperinci. Apa yang kita bangkitkan secara terperinci serta item ini semasa Jawatankuasa kerana kenapa peruntukan tidak diberikan untuk projek-projek ini. Jadi sungguh...

final • 5:02 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Mungkin...

final • 5:02 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Kita tidak bahas kalau sahaja apa yang dibentangkan...

final • 5:02 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Tuan Pengerusi, saya rasa... [Pembesar suara dimatikan]

final • 5:02 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Menteri tidak— ya, baik.

final • 5:02 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Hendak dapat satu penjelasan supaya kita tahu masa akan datang, bolehkah kita bangkitkan semua ini? Jadi, pada bila masa kita hendak bangkitkan isu-isu tertentu kalau bukan masa Jawatankuasa? Selama ini saya di Parlimen, inilah masa untuk kita bangkitkan perkara-perkara kawasan semasa Committee stage.

final • 5:02 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Beruas.

final • 5:02 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Kenapa peruntukan tidak diberikan?

final • 5:02 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Beruas. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 5:02 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya ingat pemahaman bekas Speaker Perak ini salah besar.

final • 5:02 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Yang ini adalah peruntukan belanjawan tambahan.

final • 5:02 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ya.

final • 5:02 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Supplementary bill dan yang diperuntukkan kepada KKR hanyalah RM16 juta.

final • 5:02 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ya, tidak banyak.

final • 5:02 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Iaitu untuk peruntukan bangunan guna sama. Inilah yang dibahaskan dan yang telah pun dibelanjakan.

[Tepuk] Jadi itu yang dimaksudkan. Kalau peruntukan bajet biasa, kita boleh bahas detail semua perkara.

final • 5:02 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ya.

final • 5:02 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Ini bukan belanjawan biasa.

final • 5:02 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Betul, terima kasih.

final • 5:02 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Ini hanyalah peruntukan yang telah dibelanjakan sebanyak RM16 juta diperuntukkan kepada Kementerian Kerja Raya. Jadi, itu yang saya katakan tadi peruntukan ini sebenarnya adalah untuk menampung disebabkan dalam proses kita membuat tendering. Bila sudah ditender, satu peruntukan telah diberikan kepada kementerian kita.

Akan tetapi disebabkan kenaikan kos, maka disebabkan itulah tidak mencukupi dan diperuntukkan tambahan. Mengapa tidak mencukupi? Pertama, kenaikan kos.

Kedua, disebabkan waktu proses tender ia diberi— kontraktor hanya diberi apa yang dikatakan conditional agreement, conditional contract. Mereka kena penuhi apa yang dikatakan condition precedent dan condition precedent ini sebab itulah mengambil masa tempoh perjanjian dan sebagainya.

Akhirnya, difinalize harga peruntukan tambahan diperlukan disebabkan pada waktu itu peruntukan yang telah diberikan kepada kementerian tidak mencukupi dan RM16 juta ini adalah untuk apa yang dikhususkan untuk memberi tambahan kepada peruntukan yang tidak mencukupi itu. Jadi, untuk itu terima kasih, Tuan Pengerusi.

[Tepuk]

final • 5:02 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM16,109,200 untuk Maksud B.27 di bawah Kementerian Kerja Raya jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

final • 5:02 PM

Tuan Pengerusi

[Wang sebanyak RM16,109,200 untuk Maksud B.27 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 5:02 PM

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM50 untuk Maksud P.27 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2019 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM50 untuk Maksud P.27 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2019]

final • 5:02 PM
Maksud B.28 [Jadual] – Maksud P.28 [Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2019] –

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat Kementerian Pengangkutan. Kepala Bekalan B.28 dan Kepala Pembangunan P.28 di bawah Kementerian Pengangkutan terbuka untuk dibahas sekarang.

final • 5:02 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Lembah Pantai.

Lembah Pantai.

final • 5:02 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ya, silakan Yang Berhormat Lembah Pantai.

final • 5:02 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin turut serta dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Maksud P.28 Kementerian Pengangkutan, Butiran 00900 - Meningkatkan Keupayaan Keretapi Tanah Melayu.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri di pihak kementerian, apakah status pembelian rolling stock bagi KTM? Saya difahamkan sebelum ini ada dimasukkan sebahagian daripada Rancangan Malaysia atau rolling plan yang terakhir bagi Rancangan Malaysia Ke-11. Adakah keadaan COVID-19 pada waktu ini mengakibatkan kelewatan dalam pembelian rolling stock terutama bagi pembelian flatbed wagon?

Saya difahamkan pihak KTM ada peningkatan daripada segi the demand, dengan izin terutama bagi mengangkut kargo dari selatan Thailand ke Pulau Pinang. Jadi dengan adanya lebih banyak flatbed wagon, saya percaya akan dapat memenuhi keperluan semasa dan terutama pada waktu sekarang.

Masa yang sama, saya ingin bertanya berkenaan dengan perkara yang sama bila kita lihat dalam meningkatkan keupayaan KTM, semestinya kita akan sebut tentang staf, juga tempat tinggal mereka ya. Jadi saya ingin tanya, saya lihat kalau di kawasan Lembah Pantai contohnya kuarters KTM di Bangsar Utama contohnya, saya pernah naik sampai ke tingkat atas dan saya lihat ada beberapa perkara seperti tangki airnya yang telah— kalau sekarang ini saya rasa the entire tangki air itu sudah berkarat.

Apakah boleh dipertimbang dari segi meningkatkan keupayaan staf KTM itu dipertimbangkan untuk baik pulih walaupun saya tahu ada dalam perancangan seperti Yang Berhormat Menteri sebut sebelum ini untuk membuat pembangunan semula. Akan tetapi demi keselesaan warga KTM yang tinggal di kuarters KTM Bangsar Utama, apakah boleh dipertimbang perkara seperti itu untuk tambah baik kemudahan-kemudahan di kuarters?

final • 5:07 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Dalam masa yang sama, saya ingin bertanya waktu COVID-19 ini, berapakah jumlah staf KTM yang bekerja? Adakah sesiapa yang terpaksa dilepaskan ataupun ada VSS ataupun perkara seperti itu? Apakah perancangan dari segi adakah keperluan untuk meningkatkan jumlah staf KTM di masa hadapan? Sekian terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya jemput Yang Berhormat Arau. Silakan.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya hendak beri peluang Yang Berhormat Kinabatangan, ada tidak? Tidak ada. Terima kasih. Okey, Yang Berhormat, pertama sekali saya hendak ucap tahniah di atas jawapan Menteri-menteri sebelum ini, termasuk Menteri Kerja Raya. Saya rasa bekas Speaker Perak ini dia tidak faham tentang peraturan ini.

final • 5:11 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Arau, teruskan perbahasan.

final • 5:11 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau kita bincang, kita kena bincang maksud itu ya. Macam maksud Kementerian Pengangkutan hari ini ialah bayaran pampasan dan premium tanah di bawah Kementerian Pengangkutan. Jadi kita hendak timbul yang lain itu terpulang. Akan tetapi Menteri sebenarnya dia akan jawab yang ini sahaja. Oleh sebab ini ialah di bawah Jawatankuasa, Pengerusi. Jadi Jawatankuasa ini, khusus tajuk ini. Tajuk baharu, masuk bawah bajet. Ini saya mengajar, memberi sedikit pandangan dan juga pengajaran iaitu kita kena bincang tajuk yang khusus.

Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, pendek sahaja.

Bagaimana kedudukan terkini, progressnya dengan izin. Bagaimana kedudukan terkini setelah kita melakukan pembayaran ini? Oleh sebab kita tahu bahawa semasa kerajaan PH dahulu selama 22 bulan, mereka tangguhkan banyak perkara. Itu sebab terganggu banyak pembangunan negara sehingga berlaku hiruk pikuk dalam pasaran saham, ekonomi menghadapi masalah.

Kita hendak tanya, adakah projek ini sepatutnya dibuat lebih awal. Lepas itu kita lihat pembayarannya, dibuat mungkin di akhir tahun. Jadi, saya hendak tanya kedudukan terkini, progress projek ini. Dalam masa yang sama, saya minta sekali lagi seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Lembah Pantai supaya kita memberi perhatian tentang soal-soal kebajikan anggota KTM. Terima kasih.

final • 5:11 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Arau.

final • 5:11 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Gerik bila?

final • 5:11 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila pembahas yang ketiga Yang Berhormat Kuala Krai dahulu.

final • 5:11 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat jawatankuasa maksud P.28 Kementerian Pengangkutan iaitu 00900 - Meningkatkan Keupayaan KTM. Saya ingin mendapat kepastian daripada Yang Berhormat Menteri.

Pertamanya ialah berkaitan dengan DMU.

Kalau tidak silap saya, tahun lepas sudah ada percubaan daripada pihak KTM untuk menggunakan DMU ini. Jika tidak silap saya, jawapan pernah disebut oleh pihak kementerian akan dapat beroperasi pada penghujung tahun 2019. Jadi, saya ingin kepastian, bilakah DMU ini dapat betul-betul beroperasi bagi memastikan keselesaan kepada penumpang KTM ini yang melalui jalan daripada Tumpat sehingga lah ke Gua Musang dan sebagainya.

Kedua ialah Tuan Pengerusi, saya juga amat-amat mengharapkan suatu penyelesaian segera daripada pihak kementerian untuk mengaktifkan semula ataupun mengoperasikan semula Ekspres Wau bermula dari Tumpat sehingga ke Kuala Lumpur.

Seingat saya sejak banjir tahun 2014, akibat daripada beberapa laluan kereta api ini rosak dan jambatan yang runtuh di Kampung Kemubu.

Sejak daripada itu, kereta api Ekspres Wau ini ditiadakan. Pada hari ini keperluan ataupun permintaan kepada pengangkutan awam daripada Kelantan khususnya dari Kota Bharu dan lain-lain bandar di Kelantan, memang amat tinggi. Jadi, sudah pasti sebelum daripada ini ada penumpang yang memang menggunakan kereta api ini daripada Tumpat melalui Pasir Mas, Tanah Merah dan juga Kuala Krai sehingga ke Gua Musang terus ke Kuala Lumpur.

Akan tetapi pada hari ini mereka terpaksa turun ke Gemas dan kalau lah kereta api ini tidak delay, maka mereka boleh meneruskan perjalanan terus ke Kuala Lumpur tanpa menukar train. Akan tetapi kalau delay, maka terpaksa menunggu dengan agak

final • 5:12 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

lama. Jadi saya ingin kepastian daripada pihak kementerian supaya dapat disegerakan isu laluan Ekspres Wau ini diaktifkan semula.

Yang terakhir, ketiga ialah berkaitan dengan ECRL yang saya sebut dalam perbahasan sebelum daripada ini iaitu mewujudkan atau melaksanakan pelan asal dengan bermula dari Tumpat dan stesen-stesen yang telah pun diwujudkan pada zaman kerajaan terdahulu. Bukan zaman Kerajaan PH yang memotong beberapa stesen atas asas kononnya untuk menjimatkan kos. Akan tetapi sebenarnya dari sudut keperluan kepada penggunanya, tidak sepertimana yang disebutkan itu. Pengguna memerlukan kepada stesen-stesen asal yang walaupun kos lebih tinggi tetapi stesennya wujud bagi memberi manfaat yang lebih tinggi kepada para pengguna. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:12 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Sila Yang Berhormat Gerik.

final • 5:12 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Terima kasih Tuan Pengerusi. Gerik tidak ada kereta api. Akan tetapi saya hendak tanya juga fasal benda lain. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Butiran 00300 - Bayaran Pampasan dan Premium Tanah di bawah Kementerian Pengangkutan. Persoalan saya ialah bagaimana setinggan- setinggan yang menduduki tanah kereta api, sedangkan tanah tersebut sebenarnya jauh daripada landasan kereta api ataupun jalan kereta api.

Bagaimana mereka boleh memohon secara halal untuk menjadikan rumah- rumah yang mereka dirikan di atas tanah rizab kereta api ini boleh dapat geran tanah?

Fasal setahu kita, tanah kereta api yang punya ialah tanah Persekutuan. Akan tetapi kebanyakannya mereka duduk di atas tanah tadi bertanya balik kepada tanah di peringkat negeri. Jadi, minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 5:16 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Tebrau, Tebrau. Boleh Tebrau?

final • 5:16 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya jemput, seringkasnya minta Yang Berhormat Pasir Gudang dahulu. Kemudian Yang Berhormat Tebrau. Sila.

final • 5:16 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh butiran 00300 maksud P.28 - Bayaran Pampasan dan Premium Tanah di bawah Kementerian Pengangkutan. Minta pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan. Ini berkaitan dengan projek kereta api Sistem Transit Rapid menghubungkan Woodlands, Singapura dengan terminal di Bukit Chagar.

Soalan saya ialah dimaklumkan bahawa projek ini akan bermula tidak lama lagi. Jadi, soalan saya, tanah di Bukit Chagar itu yang akan menjadi terminal atau tapak di sebelah Malaysia ini, tanah itu milik siapa. Adakah milik Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri atau milik persendirian? Adakah terlibat apa-apa jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh Kementerian Pengangkutan bagi pihak Kerajaan Persekutuan.

Soalan selanjutnya, bagaimana dengan taman perumahan yang ada berdekatan dengan situ, Taman Kim Teng Park adakah terlibat atau tidak kerana penduduk-penduduk di sana sangat bimbang. Adakah Kerajaan Persekutuan ada mengambil kira tentang kawasan Taman Kim Teng Park itu. Itu sahaja soalan saya.

Terima kasih.

final • 5:17 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Yang Berhormat Tebrau, yang terakhir.

final • 5:17 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Isu saya ingin bangkitkan di bawah maksud P.28 di bawah butiran 00300 - Bayaran Pampasan dan Premium Tanah. Saya ingin Menteri Pengangkutan menjawab isu satu projek perumahan bernama Taman Sinaran Kempas. Ini adalah satu projek perumahan sementara yang dibina oleh kerajaan bersama dengan pihak KTM untuk menempatkan semua penduduk yang pada asalnya adalah penduduk di sebelah kiri kanan landasan kereta api.

final • 5:19 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Mereka sudah pindah ke sana sudah dekat 22 tahun tetapi pada asalnya mereka diminta untuk dipindahkan ke sana secara sementara sahaja, untuk dua atau tiga tahun, menunggu perumahan yang kekal untuk disediakan untuk mereka tetapi sampai sekarang belum disediakan. Isu ini saya pernah bawa ke Kamar Khas dan saya sudah berbincang dengan jawapan-jawapan yang saya sudah terima dan sudah sampaikan kepada penduduk tetapi penduduk masih tidak puas hati.

Dua tiga hari ini mereka sudah buat, pasang banner menuntutlah penyelesaian isu ini bila akan diselesaikan. Kerana ini adalah satu perjanjian daripada kerajaan pada masa itu untuk menempatkan mereka di situ tetapi selepas 22 tahun belum diselesaikan, perumahan kekal belum dibagi.

Projek perumahan sementara itu sekarang sudah dalam keadaan yang buruk.

Loji kumbahan tidak berfungsi sudah dekat 15 tahun, tidak ada kutipan sampah dari rumah ke rumah, tidak ada potong rumput, tidak ada pembersihan longkang dan sebagainya. Jadi, saya berharaplah Kerajaan Persekutuan yang baharu boleh menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih. Sekarang, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Pengangkutan untuk menjawabnya. Masa 10 minit.

final • 5:20 PM

Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih kepada enam orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan.

Saya pergi terus kepada beberapa jawapan. Pertama, saya cuma hendak terangkan di bawah butiran yang sedia ada, dua perkara. Pertama iaitu bayaran pampasan dan premium tanah iaitu RM80 juta tambahan. Ini sebenarnya untuk tujuan iaitu:

(i) tapak Lapangan Terbang Sitiawan;

(ii) bayaran pampasan kepada Kota Kinabalu International Airport;

(iii) bayaran cukai kepada Kerajaan Negeri Sabah; dan

(iv) bayaran premium cukai tanah yang terkurang bayar di bandar Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang.

Ini yang dimaksudkan bayaran premium dan juga pampasan.

Kedua ialah meningkatkan keupayaan KTM. Ini adalah jumlah yang besar― RM1.232 bilion. Akan tetapi, dalam konteks ini, peruntukan yang diberikan adalah secara khas kepada Projek Landasan Keretapi Berkembar Gemas ke Johor Bahru. Siling asal cuma RM1 bilion dan jumlah perbelanjaan sebenarnya RM2.493 bilion. Oleh sebab itu, perlunya tambahan kerana kerja telah berjalan dan sebab itulah kita minta perbelanjaan ataupun tambahan bajet kepada DE. Ini serba sedikit. Saya cuma hendak terangkan sehingga 25 Julai 2020, peratus kemajuan fizikal sebenar projek ini iaitu Gemas ke Johor Bahru, landasan berkembar ini, ialah 62.6 peratus. Masih dalam peringkat pelaksanaan.

Pergi terus kepada enam Ahli Yang Berhormat yang kemukakan beberapa soalan. Pertama, Yang Berhormat Lembah Pantai yang menyebut tentang pembelian rolling stock KTMB terutamanya Bogie Container Flat (BCF). Terdapat dua pembelian rolling stock iaitu:

(i) pembelian 13 set DMU yang sedang dalam pengujian dan dijangka akan dilancarkan pada 30 Ogos ini; dan

(ii) pembelian sembilan set ETS yang sedang dalam pengujian dan dijangka akan terima keseluruhannya pada penghujung Oktober 2020.

Pembelian BCF, pembelian ini untuk pengangkutan kerja. KTMB merancang akan membuat pembelian secara tender terbuka. Itu jawapan.

Kedua, Yang Berhormat tanya dalam masa COVID-19 ini, berapa staf yang bekerja? Semua warga KTMB bekerja mengikut pusingan kerja iaitu mengikut syif.

Kedua, adakah VSS diperkenalkan? Sehingga hari ini, tiada VSS diguna pakai dalam perkhidmatan KTMB. Ketiga, adakah bilangan staf KTMB ini akan diperingkatkan? Ya,

final • 5:21 PM

Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

mengikut perancangan, ia akan diperingkatkan dari 5,800 orang kepada 7,200 orang dalam tempoh lima tahun.

Yang Berhormat Arau pula sebut fasal progress SIPP-YTL Projek Gemas-Johor Bahru. Saya sudah jawab 62.6 peratus setakat ini. Kita jangkakan dalam tempoh dua tahun, Oktober 2022, kita akan siap projek ini.

Yang Berhormat Kuala Krai sebut fasal kepastian DMU. Saya boleh bagi sedikit jawapan dari segi pengoperasian semula Ekspres Wau dari Tumpat ke Kuala Lumpur oleh sebab ada permintaan yang tinggi. Semalam saya sudah jawab. Sebenarnya kita dalam peringkat untuk hendak menyiapkan landasan ini. Oleh sebab terbahagi kepada tiga pakej dan salah satu pakej iaitu daripada dekat Gua Musang ini yang pakej yang paling hujung itu, kita mengalami kelewatan 75 peratus.

Kedua, pakej kedua oleh Fajarbaru, 97 peratus. Dan satu lagi, 86 peratus ialah Hikmat Asia dari Gemas sampailah ke Mentakab. Itu adalah tiga seksyen yang dibuat.

Kita kena siapkan keseluruhan ini untuk membolehkan sistem kita pulih semula. Bukan kata kita hendak tundakan tetapi disebabkan kerosakan yang sangat besar. Jadi, kita akan memperkenalkan pengoperasian semula apabila siap nanti.

Ditanya juga ECRL, sama ada balik kepada asal. Saya sudah jawab tempoh hari. Sama-sama kita menunggu dalam tempoh terdekat.

final • 5:21 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:21 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Sekejap lagi saya bagi floor ya. Dalam tempoh terdekat kita sedang berunding dengan Kerajaan Negeri Selangor. Hari ini pun kita berbincang dan saya yakin kita akan cari satu cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini. Kita akan cari satu pendekatan yang menguntungkan rakyat. Sama-sama.

Kerajaan negeri, Kerajaan Pusat, kita bekerjasama untuk mencari satu formula penyelesaian.

Apa Yang Berhormat maksudkan ialah dulu sampai ke Tumpat, kenapa tidak daripada Kota Bharu dilanjutkan. Oleh sebab dua jajaran itu telah dimuktamadkan, jadi kita akan memuktamadkan jajaran yang ketiga, skim C ini. Sudah selesai dan kita akan lihat keperluan sama ada kita akan buat spur line seperti mana yang kita lihat. Memang ada pengurangan skop daripada spur line sebelum ini tetapi itu berpandukan pada pakej kewangan yang ada.

Jadi, saya bersedia untuk berbincang dengan Yang Berhormat dan kita melihat bagaimana viability projek ini apabila projek itu sudah sampai ke sempadan Thailand dengan Malaysia, adakah akan dihubungkan. Itu saya rasa dari jangka masa panjang ya, itu adalah satu perkara yang boleh kita lihat.

Yang Berhormat Gerik pula tanya setinggan di kereta api. Sebenarnya saya sudah cerita tadi. Ramai yang kata hendak mohon tanah tetapi kita bukan pemilik tanah.

Pemilikannya adalah oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (FLC). Ada juga kerajaan negeri memberi rizab kegunaan KTM tetapi tanah itu tidak milik kita sendiri. Bermaksud, ada kerajaan negeri melalui Menteri Besar Diperbadankan (MBI), mereka mengadakan kerjasama dengan kita juga dan kita bukan pemilik mutlak tanah itu.

Jadi, dari segi pemilikan, saya kena memaklumkan pemilikan tanah itu tidak pada kita tetapi rizab atau kegunaan KTMB, ya, memang disediakan untuk KTMB. Bukan untuk tujuan lain. Cuma untuk tujuan landasan sahaja. Jadi kalau dari segi perumahan itu, kita kena berbincang dengan pihak berkuasa negeri.

Dari segi penempatan seperti mana Yang Berhormat Tebrau tadi sebut, Taman Sinaran Kempas, itu salah satu projek yang sudah lama, 22 tahun. Saya sedar. Sebab itu kita telah menyediakan satu jawapan bertulis kepada Yang Berhormat dalam Kamar Khas. Saya juga memerhatikan perkembangan terbaharu tentang isu ini di mana penghuni juga, penduduk di situ pun merasakan ada sesuatu yang boleh kita lakukan.

Saya sedia berjumpa dengan mereka kerana kita akan mengambil tindakan yang terbaik bersama dengan kerajaan negeri kerana penempatan semula ini bukan semata-mata pihak kita. Kita kena bincang dengan pihak berkuasa negeri. Dan penempatan semula ini dulu 22 tahun sampai hari ini mungkin ada sistemnya yang telah rosak dan kita akan memperbaikinya.

Saya terlupa tadi Yang Berhormat Lembah Pantai sebut sama ada tangki air itu akan diperbaiki. Kalau sesuatu yang merupakan keperluan asas, kita akan bekalkan sebelum kita robohkan untuk pembangunan semula.

Jadi, saya rasa kebanyakan telah saya jawab. Cuma, satu lagi. Yang Berhormat Pasir Gudang ada tanya fasal RTS. Saya rasa dalam bajet ini tidak sebut

final • 5:21 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

tentang RTS. Bagi saya, saya boleh mendedahkan kepada Yang Berhormat, sebenarnya tanah Bukit Chagar ini, 11 ekar, dia ini bercampur-campur.

final • 5:21 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Tanah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor dan sebenarnya adalah tanah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP). Jadi, ia bergabung. Apabila kita perlu bina RTS station dan perlu membina CIQ, kedua-dua ini kita cantumkan sampai land swap.

Oleh sebab itulah kita telah mencari satu formula untuk kita selesaikan masalah supaya tanah ini tidak menjadi isu kepada kita.

Jadi, tanah ini oleh sebab kita telah diberikan strata title ataupun hak milik strata untuk penggunaan RTS station dan juga untuk CIQ. Jadi, ia tidak menjadi isu. Setakat ini saya tidak menghadapi masalah dan tanah ini kita tak beli. Kita gunakan perbincangan dengan Duli Yang Maha Mulia Tuanku termasuk juga FLC dan kita telah mencari satu kaedah yang terbaik.

Jadi saya rasa itu sahaja Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM50 untuk Maksud B.28 di bawah Kementerian Pengangkutan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM50 untuk Maksud B.28 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM1,312,311,000 untuk Maksud P.28 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2019 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM1,312,311,000 untuk Maksud P.28 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2019]

final • 5:30 PM

Maksud P.32 - Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2019] – Tuan Pengerus

Kepala Pembangunan P.32 di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan. Oleh sebab P.32 hanya token sahaja, maka ia tidak perlu dibahas.

[Tiada perbahasan]

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM20 untuk Maksud P.32 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2019 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM20 untuk Maksud P.32 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2019]

final • 5:30 PM
Maksud B.42 [Jadual] – Maksud P.42 [Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2019] –

Tuan Pengerusi

Kini Maksud B.42 dan Maksud P.42 di bawah Kementerian Kesihatan terbuka untuk dibahas. Sebelah sini tak ada? Silakan— ada. Yang Berhormat Kimanis dahulu.

final • 5:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma ingin merujuk kepada P.43 Butiran 00110 – PR1MA yang diperuntukkan sebegini

final • 5:32 PM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

besar. Jadi, saya ingin merujuk kepada projek PR1MA yang pernah diluluskan sebelum ini di kawasan Parlimen Kimanis di DUN Bongawan, yang mana...

final • 5:32 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Ini Kementerian Kesihatan bah. Bukan kementerian lain bah, kesihatan bah.

final • 5:32 PM

Tuan Pengerusi

Maksud B.42 Kementerian Kesihatan.

final • 5:32 PM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

Okey, tapi nanti saya— reserve ya Tuan Pengerusi. Terima kasih.

final • 5:32 PM

Tuan Pengerusi

Silakan Yang Berhormat. Hari sudah petang nampaknya, jadi sedikit letih. Silakan Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 5:32 PM

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju

Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Maksud B.42 Kementerian Kesihatan Butiran 010000 – Pengurusan, Kod 20000 – Perkhidmatan dan Bekalan.

Kita sering dimaklumkan bahawa perkhidmatan kesihatan di Malaysia adalah di antara negara yang terbaik dan termurah di dunia. Kementerian Kesihatan telah diberikan bajet tambahan pertama 2019 keseluruhannya sebanyak RM1.17 bilion. Kita tidak membantah atau menolak pemberian tambahan pertama kepada Kementerian Kesihatan kerana kita mengakui bahawa nyawa manusia itu amat berharga.

Namun, apakah rakyat ini benar-benar menikmati kebajikan kesihatan yang mereka layak menerimanya? Isteri anak buah saya di Parlimen Wangsa Maju adalah seorang pesakit jantung sejak sekian lama dan memerlukan pembedahan. Namun begitu, beliau tidak dapat menjalani pembedahan segera disebabkan terpaksa menunggu senarai giliran yang panjang. Beliau telah berada dalam waiting list sejak tiga tahun. Semalam, beliau telah dimasukkan ke Hospital Serdang disebabkan keadaan beliau amat kritikal. Bila sudah masuk ke hospital, doktor merasakan telah terlalu lambat untuk menjalani pembedahan sekarang sebab keadaan beliau terlalu serius.

Tuan Pengerusi, lebih menyedihkan beliau masih lagi sehingga kini berada dalam waiting list. Masalah kekurangan pakar bedah jantung di hospital kerajaan bukan bermula sejak hari ini. Isu ini telah berlanjutan sejak lebih 20 tahun lamanya. Justeru itu, kami ingin tahu, apakah tindakan kementerian telah dilakukan untuk memperbaiki keadaan ini sejak sekian lama? Berapa ramai doktor telah dihantar untuk menjalani kursus kepakaran dalam pembedahan jantung? Kami ingin tahu, berapakah jumlah pesakit jantung yang masih berada dalam waiting list kini dan berapa ramai pesakit jantung yang telah meninggal dunia sebelum sempat mereka mendapatkan giliran pembedahan sepanjang lima tahun terakhir ini.

Tuan Pengerusi, orang kaya dalam golongan T20 pergi ke luar negara untuk mendapat rawatan. Golongan M40 yang mampu membeli insurans, masuk hospital swasta tempatan. Golongan B40 hanya mampu berdoa, semoga sempat tunggu untuk giliran pembedahan mereka. Begitulah realiti di negara kita.

Tuan Pengerusi, saya minta Yang Berhormat Menteri memberi pencerahan tentang keadaan ini. Sekian terima kasih.

final • 5:33 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Tuan Pengerusi, Hang Tuah Jaya.

final • 5:33 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin menzahirkan rasa simpati saya kepada saudara Yang Berhormat. Diharapkan beliau dapat sembuh segera.

Silakan...

final • 5:33 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Tuan Pengerusi, Hang Tuah Jaya.

final • 5:33 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Arau.

final • 5:33 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Kinabatangan ada? Tidak ada ya. Okey, terima kasih. Cuma saya minta dalam peringkat Jawatankuasa yang kita buat tergesa-gesa ini yang kita akan buat lagi pada hari Khamis, dari hari Isnin dan seterusnya untuk peringkat Jawatankuasa ini diberi tempoh rehat 10 minit pada pukul 5.00 petang untuk kita bersolat Asar. Jadi,

final • 5:37 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

sekarang ini saya terpaksa tunggu di sini dan bertahan tidak pergi ke bilik air sebab takut tak boleh berucap kementerian-kementerian yang telah saya tandakan. Jadi, permohonan kepada Tuan Pengerusi yang arif.

final • 5:37 PM

Tuan Pengerusi

Insya-Allah.

final • 5:37 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya rasa semua orang akan setuju 10 minit break untuk kita pergi solat. Kalau tidak, kita ada masalah untuk menyelesaikan masalah undang-undang negara, kita juga kena selesaikan...

final • 5:37 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Bagi orang lain bahas pulalah, bagi chance orang lain. Asyik Yang Berhormat Arau saja. Kalau berkualiti tak apa.

final • 5:37 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey. Pertama sekali kita hendak ucap tahniah kepada Kementerian Kesihatan yang sehingga kini telah berjaya mengawal pandemik COVID-19 ini dengan hebatnya. Jadi, kita ucap tahniah kerana setelah kerajaan baharu mengambil alih, mereka telah berjaya mengawal pandemik ini dengan hebatnya. Kalau tidak, sebelum ini kita terawang-awang ke mana kita akan pergi. Akan tetapi kita lihat kerajaan baharu telah mengambil alih dan dengan hebatnya telah menangani masalah yang kita hadapi.

Oleh sebab kementerian ini semua orang membaca, maka saya ingin membaca iaitu berhubung dengan Butiran 022200 – Farmasi dan Bekalan dan Butiran 020500 – Perubatan Am. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) mendapati penyakit tidak berjangkit seperti masalah diabetes mengalami peningkatan sebanyak 18.3 peratus pada tahun 2019 berbanding dengan 13.4 peratus pada tahun 2015.

final • 5:37 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Diabetes dikenal pasti sebagai penyakit kronik yang merupakan masalah kepada negara. Jadi, saya mencadangkan supaya kerajaan seharusnya memperuntukkan lebih banyak bajet untuk menangani penyakit diabetes dengan memberi pembayaran emolumen untuk menjalankan perkhidmatan diagnosis secara percuma dengan harga yang rendah agar penyakit ini dapat dikenal pasti pada peringkat awal dan langkah pencegahan dapat diambil.

Ini di samping kita berbincang benda-benda yang besar tetapi penyakit-penyakit yang lain juga datang beriringan, di antaranya diabetes yang kita tahu merupakan masalah dan masalah juga kepada tanda-tanda orang yang boleh berpenyakit demikian.

Jadi, kita duduk lama di sini tanpa exercise juga merupakan tanda-tanda yang kurang manis. Jadi, kita kena cari jalan supaya kita boleh mengawal penyakit ini. Bukan sahaja kita buat undang-undang tetapi kita sendiri juga perlu menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat Malaysia supaya kita sama-sama menangani masalah ini.

Sekali lagi saya hendak ucapkan tahniah kepada kementerian ini. Teruskan usaha baik. Lupakan apa yang telah berlaku pada tahun 2019 dan sebelumnya di mana orang mengambil enteng tentang COVID-19 tetapi sekarang ini kita telah menanganinya dengan baik. Lagi sekali saya minta Tuan Pengerusi supaya mempertimbangkan saringan dibuat kepada Ahli-ahli Parlimen dan juga mereka yang melawat ke sini kerana saya tengok interaksinya boleh mengundang kepada sesuatu yang tidak baik kalau sekiranya kita tidak buat saringan. Saringan kena dibuat supaya kita mempunyai pemimpin-pemimpin yang sihat. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:40 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Jerai, Jerai.

final • 5:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

[Bangun]

final • 5:40 PM

Tuan Pengerusi

Pihak pentadbiran Parlimen sebenarnya telah pun menulis kepada pihak yang berkuasa untuk meminta nasihat mengenai saringan tersebut.

final • 5:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Bayan Baru.

final • 5:40 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terpanggil untuk membahaskan Maksud B.42 Kementerian Kesihatan dalam Kertas Perintah 1A Tahun 2020 ini. Dalam bab yang

final • 5:42 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

disebutkan sebentar tadi oleh beberapa Ahli Yang Berhormat berkaitan dengan rawatan khususnya bagi penjawat awam dan juga pesara kerajaan di Institut Jantung Negara.

Kementerian Kesihatan telah meminta tambahan RM174,999,400 untuk kita luluskan. Saya ingin tanya kepada Kementerian Kesihatan kerana kita tahu bahawa sekarang ini dalam institusi yang khusus untuk memberikan rawatan jantung ini hanyalah Institut Jantung Negara. Sudah pasti kita akan berhadapan dengan satu realiti di mana dengan ramainya penjawat awam yang tentunya kita sebagai kerajaan memberikan sokongan kepada mereka.

Kalau mereka mengalami sakit jantung, apakah Institut Jantung Negara ini mampu menampung penjawat awam dan juga pesara kerajaan ini kalau senarainya panjang seperti mana yang dibangkitkan awal tadi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju?

Ini kerana kita tahu kalau sekadar kita minta biaya tambahan untuk rawatan perubatan tetapi dari segi tempatnya dan kecepatannya itu dibimbangkan atau diragui, maka kita melihat seolah-olah tidak ada penyelesaian yang baik bagi mereka mendapatkan rawatan secara pantas dan cepat di Institut Jantung Negara.

Apakah ada di dalam rangka kementerian selain daripada meminta peruntukan tambahan ini, ia juga meminta supaya ada dibangunkan beberapa lagi institut yang lain untuk menampung ramainya pesakit-pesakit jantung di dalam negara kita terutamanya bagi seperti mana yang dinyatakan dalam kertas ini untuk penjawat awam?

Kedua, Tuan Pengerusi adalah berkaitan dengan permintaan Kementerian Kesihatan untuk kita luluskan sebanyak RM352,978,800 untuk membiayai emolumen kakitangan termasuk bantuan khas kewangan. Saya beberapa kali di dalam Dewan ini telah pun bangkit dan bertanya kepada kementerian secara khusus kerana kita tahu bantuan khas kewangan ini merupakan bantuan yang bersifat one-off yang mana ia dengan tujuan-tujuan tertentu. Akan tetapi kita bimbang baru-baru ini sepertimana yang dinyatakan oleh CUEPACS, terdapat kerenah birokrasi yang terpaksa mereka hadapi khususnya kakitangan Kementerian Kesihatan ini.

Kita tahu sekarang ini dengan COVID-19, dengan beberapa sakit yang lain.

Sekarang ini timbul pula denggi dan sebagainya. Ini merupakan perkara yang tentunya menuntut kepada kementerian memberikan tumpuan kerana kita tidak mahu ada lagi komen-komen dan kritikan-kritikan di bawah ini dari segi delivery Tuan Pengerusi dan dari segi penyampaian ia menimbulkan masalah kepada kakitangan Kementerian Kesihatan, sama ada doktor ataupun petugas-petugas hospital, klinik dan sebagainya.

Mereka terpaksa bergulat dengan masalah kerenah birokrasi ini.

Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri untuk memberikan satu penjelasan dan jaminan bahawa bagi kakitangan hospital, doktor dan sebagainya ini, mereka akan mendapat ketenangan dari segi emolumen seperti mana yang telah dijanjikan.

Terakhir, Tuan Pengerusi adalah soal pembangunan kesihatan keluarga bagi Butiran 030200. Walaupun di sini dinyatakan perbelanjaan emolumen tetapi saya ingin nyatakan bahawa sudah sampai waktunya kementerian membangunkan satu pendekatan ataupun satu sikap dengan izin Tuan Pengerusi, prevention is better than cure. Kita tahulah hendak dibangunkan kesihatan keluarga ini ia perlu bersifat holistik dan bagi tujuan Kementerian Kesihatan ia lebih baik kita lakukan tindakan-tindakan pencegahan.

Apakah ini disalurkan peruntukan untuk memastikan tindakan pencegahan ini dilakukan secara efektif agar kita tidak membelanjakan yang banyak untuk merawat. Kita belanja yang efektif untuk mencegah, akan menjimatkan belanja kerajaan untuk merawat. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:42 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 5:42 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 5:42 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Jerai dahulu. Yang Berhormat Jerai ya.

final • 5:42 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 010300 – Kewangan. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana peka dengan aduan saya selaku Ahli Parlimen Jerai terhadap prasarana hospital Daerah Yan yang melibatkan kerusi hemodialisis yang sangat uzur. Sebanyak 18 buah kerusi dalam proses penggantian. Semoga ada lagi penambahan mesin hemodialisis.

final • 5:46 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Saya faham dan saya sedia maklum sekiranya perlukan tambahan mesin tersebut sudah tentu memerlukan tempat untuk ditambah baik ataupun menambahkan lagi kos untuk bangunan. Mohon jugalah kepada Yang Berhormat Menteri untuk selesaikan isu tambahan mesin hemodialisis ini kerana sekarang ini ramai rakyat di bawah sana yang memerlukan rawatan tersebut. Jadi, sekian untuk makluman Yang Berhormat Menteri.

final • 5:46 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Yang Berhormat Kimanis, ya.

final • 5:46 PM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

Terima kasih. Satu isu yang kebetulan yang saya akan bangkitkan dalam kementerian ini juga adalah berkaitan dengan Butiran 022200 – Farmasi dan Bekalan. Saya telah diminta oleh seorang doktor pakar daripada Kota Kinabalu, yang minta saya bangkitkan dan bertanya tentang satu program yang telah diperkenalkan oleh kerajaan yang lalu iaitu untuk memberikan vaksin pneumococcal yang katanya akan diberikan kepada baby yang baru lahir, bermula program ini pada 1 Januari 2020.

Jadi, saya ingin bertanya sama ada kerajaan yang ada pada hari ini ingin meneruskan program ini. Oleh sebab ramai ibu bapa sedang menanti-nantikan pemberian vaksin untuk baby yang baru lahir ini. Jadi cukup penting. Kalau program ini baik, Tuan Pengerusi kita teruskan kerana punya banyak wang pada hari ini, kita belanja untuk kesejahteraan rakyat kita dan kesihatan anak-anak yang baru lahir ini. Terima kasih.

final • 5:48 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk...

final • 5:48 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sikit Tuan Pengerusi, sikit. Bayan Baru.

final • 5:48 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Bayan Baru. Silakan.

final • 5:48 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membangkitkan Butiran 022200 – Farmasi dan Bekalan. Di mana isu tentang supply ubat-ubat kronik contohnya darah tinggi dan sebagainya, selalunya pesakit mungkin mereka mendapat bekalan selama dua bulan atau tiga bulan. Akan tetapi difahamkan bahawa bekalan telah di— sekarang doktor beri hanya untuk satu bulan dan terpaksa pesakit-pesakit kronik ini selalu kena balik kepada hospital untuk mendapatkan prescription yang baharu.

final • 5:49 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Masalah ini adalah kebanyakan orang yang mendapat sakit-sakit kronik ini, mereka ini mungkin tinggal di luar bandar dan mereka susah hendak pergi ke hospital umpamanya, terutamanya orang-orang yang OKU dan juga daripada B40 atau orang- orang yang tinggal di luar bandar ya. Contohnya di Sabah dan Sarawak, dari hospital ke kawasan tempat tinggal, kampung mereka jauh. Jadi, saya harap bahawa kementerian bolehlah mempertimbangkan untuk memberi bekalan ubat-ubat kronik kepada – Lebih banyak supply untuk beberapa bulan instead of tiap-tiap bulan mereka kena balik ke hospital untuk mendapatkan bekalan ubat. Sekian, terima kasih.

final • 5:50 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, 10 minit ya.

final • 5:50 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Adham bin Baba

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian iaitu Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Kimanis serta Yang Berhormat Bayan Baru. Terima kasih atas keprihatinan untuk membawa isu-isu rakyat ke Dewan yang mulia ini.

Berkaitan dengan pertanyaan Yang Berhormat Wangsa Maju berkenaan dengan kes pembedahan jantung yang dikatakan menunggu dengan lama, waiting list dan juga berapa ramai kah pakar-pakar dalam KKM yang berada sekarang dan berapa ramai yang sedang dilatih. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat Wangsa Maju, kita adakan peruntukan tambahan sebenarnya kepada IJN.

final • 5:51 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Adham bin Baba

Dalam nota kita ini, IJN ialah pusat di mana semua rawatan jantung kerana penyakit jantung ini bukan sahaja myocardial infarction, tetapi kes-kes di mana arteri tersumbat. Mungkin ada tetralogy of fallot ataupun stenosis ataupun incompetent valve. Kanak-kanak juga ya, ada kes genetik jantung yang mana dirawat kebanyakannya di IJN.

Untuk tahun 2019, peruntukan tambahan kepada IJN telah diperuntukkan sebanyak RM296 juta untuk ditambah. Ini kerana sepanjang tahun 2019, kehadiran pesakit di IJN, maknanya berulang-ulanglah, maknanya seramai 233,682 jumlah orang dan kos yang ditanggung untuk IJN sebanyak RM485,000,800. Ini meliputi pegawai dan ahli keluarga.

Pesara dan ahli keluarga dan yang penting, orang awam tidak mampu. Ini di mana sekiranya mereka dirujuk oleh pakar-pakar kardio, kecemasan ataupun perubatan daripada hospital-hospital kerajaan ke IJN dan dilihat oleh pegawai sosial untuk dibawa ke KKM, mereka ditanggung. Kita juga memberikan perkhidmatan kepada Ahli Parlimen, yang ditanya oleh Ahli Parlimen sebelum ini iaitu Ahli Parlimen dan keluarga juga kita tanggung di IJN.

Juga untuk makluman Yang Berhormat, untuk penerima manfaat, bilangan untuk tahun 2019 ialah seramai 53,900 orang. Ini jumlah orang. Akan tetapi, banyak kali dia datang ialah seramai 233,682 orang. Ini maknanya ramai yang hadir ke IJN dalam masa setahun dan peruntukan yang diperlukan ialah RM485 juta. Akan tetapi, kita dapat cuma RM296 juta dan kita perlu tambah untuk tahun 2019 sebanyak RM174 juta. Itu sebablah kita mohon peruntukan tambahan supaya kesemua bil-bil yang diserahkan kepada KKM ini dapat kita tanggung.

Untuk makluman Yang Berhormat, bukan saja kita tanggung mereka yang diberi rawatan, tetapi juga beberapa doktor yang dilatih ya, dengan menggunakan Hadiah Latihan Persekutuan ya. Hadiah Latihan Persekutuan yang ditanggung oleh kerajaan untuk menjadi pakar jantung. Setakat ini seramai 11 orang yang telah dilatih – Nanti dulu.

Untuk pakar jantung bedah torasik yang berkhidmat di KKM adalah seramai 17 orang dan pakar cardiologist ialah seramai 25 orang. Hospital-hospital yang boleh menjadi rujukan sebenarnya banyak ya. Dalam setiap negeri ada pusat rujukan dan boleh membuat pembedahan jantung. Jadi, kalau ada kes-kes seperti yang berlaku Yang Berhormat sebut kelewatan ya, Yang Berhormat berilah kepada saya. Saya boleh tolong ya.

Insya-Allah kalau kes- tetapi kalau ada mengatakan bahawa kes sudah terlewat, yang ini, itu out of our curiosity. Akan tetapi sebenarnya, setiap mereka yang sakit ada ubat kecuali mati. Jadi, kita perlu tolong. Kalau ada kes Yang Berhormat seperti Yang Berhormat Ahli Parlimen yang menghargai peranan kita di KKM dan IJN, berilah.

final • 5:51 PM

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju

Tuan Pengerusi, hendak dapat sikit penjelasan ya. Masalah ini bukan saja masalah di Wangsa Maju dan bukan saja melibatkan anak buah saya, tetapi ramai. Bagaimanakah Yang Berhormat Menteri boleh memberi, boleh justified anggaran yang panjang dalam waiting list itu? Kalau semua dirujukkan kepada IJN, tidak ada masalah. Akan tetapi, masalahnya bukan semua dirujukkan kepada IJN.

final • 5:51 PM

Datuk Seri Dr. Adham bin Baba

Tuan Pengerusi, sebenarnya saya ada sebut tadi, pusat rujukan untuk rawat jantung ada di mana-mana selain daripada IJN iaitu Hospital Pulau Pinang ada; Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar ada; Ipoh; Serdang; Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru; Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan; kita ada Terengganu; ada Kota Bharu; Hospital Queen Elizabeth II dan juga Pusat Jantung Sarawak. Itu ialah pusat-pusat di mana kita boleh merawat jantung.

Maknanya kalau mereka di kawasan luar bandar pun boleh pergi kepada negeri-negeri masing-masing ya.

Kita sentiasa akan memajukan industri kardiotorasik ataupun jantung yang mana bukan saja jadi minat doktor muda untuk menjadi pakar, sebenarnya kita memang menggalakkan kerana jantung banyak bidang. Sangat banyak bidang. Subspecialistnya banyak sangat. Jadi, yang paling orang perlu sekarang ini ialah kes-kes yang menggunakan di mana arteri tersumbatlah ya, dalam arteri di jantung. Menggunakan stent ataupun buat bypass ya. Jadi, ini perkara-perkara yang perlu dilihat. Jadi, Yang Berhormat bagi detil kepada sayalah. Saya tidak tahu apa sebenarnya jantung yang terlibat dalam kalangan pesakit Yang Berhormat ya.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Arau ada bangkitkan tentang noncommunicable diseases (NCDs). Ya betul, memang laporan National Health Survey 2019 menunjukkan bahawa prevalent diabetes menaik iaitu daripada 13.4 peratus tahun 2015 kepada 18 persen pada 2019. Ini merupakan satu perkara yang perlu kita lihat

final • 5:51 PM

Datuk Seri Dr. Adham bin Baba

penting kerana gaya hidup masyarakat kita perlu juga kita lihat dan yang terkini ialah mereka yang boleh dihinggapi ataupun kena kencing manis seawal umur 30 tahun.

Dahulu kita lihat kalau kencing manis pada usia 50 tahun hingga 60 tahun ke atas tetapi lately, ia telah pun jatuh ke umur 30 tahun. Kita juga ada juvenile diabetes yang kita rawat awal, tetapi yang paling penting sekarang ini ialah kita cukupkan saringan seawal mungkin. Kita ada satu klinik yang kita gunakan di Klinik Kesihatan dan juga di klinik swasta iaitu PeKa B40. Ini di mana kita boleh buat saringan awal kepada semua rakyat kita yang tidak mampu untuk membuat saringan, sama ada mereka ada diabetes atau tidak.

Seterusnya ialah berkaitan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya ya. Terima kasih kerana memaklumkan tentang kegusaran terhadap perkara-perkara yang berbangkit berkaitan dengan emolumen. Sebenarnya emolumen yang kita pindahkan daripada emolumen ke untuk pindahkan peruntukan bekalan perubatan ya kerana setiap tahun kos perubatan untuk membeli ubat iaitu meningkat.

Seperti bekalan perubatan yang mengandungi ubat, gas oksigen, nitrous oxide dan reagent, vaksin dan consumable, ia meningkat setiap tahun. Jadi, kita gunakan emolumen, duit emolumen yang berjumlah RM352 juta kepada peruntukan bekalan perubatan, bayaran bantuan khas kewangan dan bayaran on call lebih masa di fasilitet kesihatan.

final • 5:51 PM

Datuk Seri Dr. Adham bin Baba

Jadi, kita sebenarnya memang membuat unjuran supaya setiap tahun ada Bantuan Khas Kewangan seperti tahun 2019 sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam di setting kita. Juga, kita libatkan di mana bayaran kerja luar waktu bekerja biasa.

Bayaran Insentif Khas Pembedahan untuk pegawai perubatan dan Elaun Waktu Bekerja Fleksi bagi pegawai perubatan dan juga pakar pada hujung minggu untuk membuat kes- kes yang tertangguh.

Jadi, untuk Kementerian Kesihatan mengambil berat terhadap isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hang Tuah Jaya memanglah sentiasa kita berikan keutamaan dan kita juga faham bahawa aktiviti pencegahan is better than cure iaitu kesihatan awam. Sekarang ini kesihatan awam, portion kepada perubatan ialah sebanyak 30 ke 70. Jadi, kita mohon supaya permohonan kita untuk menaikkan bajet untuk perkhidmatan awam ataupun kesihatan awam iaitu public health ditingkatkan dan sekarang pun kita tahu bahawa menghadapi COVID-19 inilah portion kesihatan awam Kementerian Kesihatan.

Jadi, untuk Yang Berhormat Jerai terima kasih kerana mohon bantuan yang telah pun saya dapatkan untuk mengganti kerusi hemodialisis. Untuk Yang Berhormat Kimanis, injection pneumococcal, insya-Allah kita sedang dapatkan komitmen kerajaan untuk menurunkan peruntukan dan boleh kita berikan kepada anak-anak yang telah pun dijanjikan injection pneumococcal. Ini penting kerana pneumococcal ialah satu vaksin yang boleh mencegah penyakit paru-paru ataupun bronchopneumonia dan juga penyakit lower respiratory tract infection dan pemberian suntikan vaksin pneumococcal di bawah program Imunisasi Kebangsaan Malaysia ini memanglah satu yang penting dan kita yakin dalam semasa COVID-19 ia terhenti sekejap. Jadi, kita akan teruskan.

Terakhir ialah berkaitan dengan ubat. Jadi, ubat-ubatan di Kementerian Kesihatan memang tambah bajet setiap tahun. Saya bacakan di sini. Untuk tahun 2019 sahaja, peruntukan untuk ubat daripada RM3.9 bilion meningkat kepada RM4.7 bilion. Ia disebabkan oleh new drugs. Ada ubat-ubat baru yang datang untuk kita pakai kepada pesakit. Terutama sekali pesakit kanser, pesakit yang ada genetik rare disease dan juga kita tambah ubat-ubat dalam formulary books.

Kita juga tahu sejak akhir-akhir ini setiap tahun ada peningkatan lima peratus rakyat datang ke Kementerian Kesihatan di samping mereka pergi ke sektor swasta dan kita sentiasa mohon supaya bajet-bajet untuk ubat ditambah dan untuk mereka yang pesakit kronik memang kita ada polisi supaya mereka boleh dapat bekalan masa yang panjang. Akan tetapi, mereka juga kena hadir kerana monitoring penyakit kronik ini berbeza. Jadi, mungkin mereka tidak stabil, mereka perlu datang dan sebab itulah kita perlu melihat pesakit kalau boleh setiap bulan sekiranya mereka menimbulkan kes-kes sampingan daripada penyakit mereka. Ini perlu dirawat.

Tuan Pengerusi, saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat kerana mengambil bahagian dan saya ingin membawa usul supaya disokong.

final • 6:00 PM

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,179,976,200 untuk Maksud B.42 di bawah Kementerian Kesihatan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM1,179,976,200 untuk Maksud B.42 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 6:00 PM

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM10 untuk Maksud P.42 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2019 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM10 untuk Maksud P.42 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2019]

final • 6:00 PM
Maksud B.43 [Jadual] – Maksud P.43 [Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2019] –

Tuan Pengerusi

Sekarang Kepala Bekalan B.43 dan Kepala Pembangunan P.43 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan terbuka untuk dibahas.

Saya jemput Yang Berhormat Kimanis dahulu.

final • 6:00 PM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Ini kerana saya awal berdiri walaupun belum sampai ke kementerian ini, maka saya diberikan keutamaan. Terima kasih banyak. Saya ingin menyentuh soal Butiran 00110 - PR1MA ini. Oleh sebab kita lihat peruntukan ini cukup besar. Cuma, saya ingin membangkitkan satu isu yang cukup besarlah di kawasan saya. Di mana pada Kerajaan Barisan Nasional dahulu satu projek perumahan PR1MA telah pun diluluskan sebanyak 1,000 unit. Akan tetapi, apabila kerajaan beralih tangan ke Pakatan Harapan, projek itu saya tidak tahu ke mana perginya dan apa status projek itu. Ini kerana rakyat di kawasan saya ternanti-nanti projek PR1MA ini. Di kawasan Kimanis, kawasan perumahan sudah lah kurang. Projek ini pula entah ke mana.

Jadi, saya minta kepada kementerian tolong bagi jawapan yang konkrit kepada saya. Bagaimanakah dan apakah status projek PR1MA yang telah pun diluluskan di Parlimen Kimanis dalam DUN Bongawan itu. Saya minta jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Oleh sebab, peruntukan pada— di peruntukan RM8 bilion, cukup besar. Adakah peruntukan yang waktu itu dibawa kepada tahun lepas? Kalau ya, saya minta dilaksanakan cepat, dilantik semula syarikat yang telah pun diberikan sebelum ini.

Terima kasih banyak.

final • 6:05 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Yang Berhormat Beruas.

final • 6:05 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bangun untuk membahas Maksud 43 – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Butiran 020300 – Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Tuan Pengerusi, saya ingin membawa perhatian Tuan Pengerusi kepada tempat pelupusan sampah di Teluk Mengkudu, Daerah Manjung negeri Perak. Tempat ini telah digunakan sejak tahun 2015 dan sisa sampah pepejal untuk kawasan Manjung adalah lebih kurang 33 metrik tan setiap hari. Baru-baru ini, saya terperanjat terima jawapan dalam Parlimen yang mengatakan bahawa tempat pelupusan sampah ini masih tidak menepati kriteria tapak sanitari serta tidak mendapat kelulusan kajian impak alam sekitar (EIA) oleh Jabatan Alam Sekitar.

Ini kerajaan tempatan. Tidak ikut menetapi kriteria Jabatan Alam Sekitar dan sudah lima tahun. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah meminta Majlis Perbandaran Manjung untuk mencari satu tapak yang baharu. Kita tahu sebelum tapak di Sungai Wangi iaitu tapak sisa pepejal di Sungai Wangi ditutup sudah bertahun- tahun kerajaan tempatan MPM ini mencari tapak yang sesuai. Inilah satu-satu tapaknya.

Kalau kita berlengah-lengah lagi minta cari tempat yang lain, itu bukan satu penyelesaian.

Penyelesaiannya ialah untuk memberi peruntukan yang mencukupi untuk menaik taraf

final • 6:07 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

dan membina struktur yang perlu supaya ia dapat memenuhi keperluan ataupun syarat- syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Oleh yang demikian, saya hendak tahu daripada RM611,028,900 ini, adakah peruntukan diberikan untuk projek ini. Kalau tidak, saya mohon kepada kerajaan berikan peruntukan dengan segera. Kalau tidak, sebenarnya kerajaan biasanya sangat ketat dan bagi saman kepada rakyat, kerajaan tempatan ini setiap hari mesti dihukum dengan kompaun beribu-ribu. Harap itulah harapan saya dan sebelum saya undur diri, saya mohon satu panduan petua daripada Tuan Pengerusi. Tadi Yang Berhormat Menteri Kerja Raya mengatakan bahawa dalam perbahasan tambahan anggaran perbelanjaan tambahan ini, kita hanya boleh membahaskan tentang butiran ini.

final • 6:07 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Dengan segala hormatnya, saya tidak bersetuju dengan pandangan itu kerana dikatakan tadi oleh Menteri Kerja Raya bahawa kita hanya boleh membangkitkan isu-isu spesifik semasa tahap Jawatankuasa dalam bajet biasa dan bukannya wang yang telah digunakan. Bagi saya, kerajaan pihak eksekutif menggunakan wang dulu kemudian datang minta kita luluskan, itu merupakan satu penghinaan kepada Parlimen.

Kalau peruntukan biasa, kita berhak dalam biasanya kita ada policy stage selama saya ada di Parlimen adalah pada tahap Jawatankuasa kita mengutarakan perkara spesifik kawasan kita semasa perbahasan Jawatankuasa. Jadi, sudah menindakkan hak kita untuk membahaskan ini sebelum perbelanjaan, datang ke Parlimen, mohon kita tidak boleh bangkitkan isu spesifik semasa peringkat Jawatankuasa.

Bagi saya, ini menidakkan hak Ahli Parlimen untuk ruang yang lebih untuk menyuarakan perkara-perkara spesifik. Jadi saya harap, Tuan Pengerusi boleh membenarkan isu-isu spesifik dibangkitkan supaya yang tidak tertinggal oleh pihak kerajaan untuk dibangkitkan supaya kita ada ruang yang lebih. I know the rules say must be specific on the subject matter. Memang subject matter maksudnya, bagi saya mana- mana untuk kalau ya JKR, mana-mana berkaitan dengan Menteri Kerja Raya, kita boleh bangkitkan. Kalau berkenaan dengan kerajaan tempatan, kita boleh bangkitkan. Itu maksud bagi saya, tafsiran saya tentang perkara yang berkaitan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:10 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi

Sebentar ya, sebentar. Mengenai pertua yang dipinta itu.

Saya rasa apa-apa perbahasan yang dibuat di peringkat Jawatankuasa ataupun di peringkat dasar mengenai sesuatu rang undang-undang itu mestilah berkaitan dengan rang undang-undang yang dibentangkan.

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, betul, betul.

[Tepuk]

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi

Lebih-lebih lagi seperti hari ini kita mempunyai 19 kementerian di peringkat Jawatankuasa, maka saya rasa kita mestilah fokus kepada rang undang-undang yang dikemukakan dan tidak melunjur ke arah subjek-subjek yang lainlah, yang tidak berkenaan.

[Tepuk] Kalau kita lihat dalam Standing Order 67(9) pun memperkatakan bahawa perbahasan atas Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan dalam Jawatankuasa hendaklah terhad kepada butir-butir yang terkandung.

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yes, yes, betul, betul.

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi

Jadi, terpaksalah kita akur kepada peruntukan peraturan mesyuarat ya.

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia tidak faham. Dia tidak faham.

[Tepuk]

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi

Saya teruskan...

final • 6:10 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu.

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi

Dengan Yang Berhormat Tanjong Karang. Silakan.

final • 6:10 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Selepas ini Setiu.

final • 6:10 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Pengerusi...

final • 6:10 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Saya, saya...

final • 6:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Butir-butir itu maksudnya butir yang sudah diguna pakai ataupun mana-mana perkara?

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dalam Parlimen ini, seorang ini yang tidak faham. Orang lain semua faham.

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi

Maaf, maaf, maaf.

final • 6:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Maksud saya...

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi

Butir-butir...

final • 6:10 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Ini masa saya dia ambil ini.

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi

Butir-butir yang tertera.

final • 6:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Butir-butir ini iaitu headings ataupun tajuk dia ataupun hanya wang yang telah dipakai. Kalau wang telah dipakai tidak perlulah kita bahas lagi.

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi

Saya tidak faham.

final • 6:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Jadi bagi saya, mestilah butir tentang headings dia. The heading of subject matter.

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi

Butir-butir mengenai wang yang diperuntukkan di dalam rang undang-undang tersebut.

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat confuse. Minta maaf.

final • 6:10 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Tuan Pengerusi...

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi

Silakan Yang Berhormat, Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 6:10 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Pertama sekali saya bersetuju dengan tafsiran yang diberikan oleh Tuan Pengerusi.

final • 6:14 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih.

final • 6:14 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Tepat sekali.

[Tepuk] Kedua, masa saya telah diambil. Jadi, kena lebih sedikit masa saya.

final • 6:14 PM

Tuan Pengerusi

[Ketawa]

final • 6:14 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Saya hendak sentuh Maksud 43 ini KPKT Butiran 0400 – Program Pembasmian Kemiskinan Bandar. Tahniah kepada KPKT yang sentiasa mengambil masalah kemiskinan bandar. Kita tahu kemiskinan bandar ini bukan sahaja setakat rumah yang mesti diberikan pembelaan tetapi juga mesti juga dan ada juga yang kita perlu beri pembelaan ialah kepada peniaga-peniaga kecil yang berniaga di kaki-kaki lima ini. Kita tengok Kerajaan Pusat cukup prihatin membantu masalah peniaga kecil. Apabila COVID-19 melanda, dia kenalkan PENJANA, tolong peniaga-peniaga kecil.

Akan tetapi malangnya Tuan Pengerusi, usaha-usaha yang dibuat oleh Kerajaan Pusat ini saya tengok tidak disambut oleh kerajaan negeri. Saya ambil contoh Kerajaan Negeri Selangor. Tuan Pengerusi tengah hari tadi saya hampir dua jam turun di Bandar Baru Sungai Buloh. Saya sendiri melihat bagaimana gerai-gerai itu dirobohkan.

Mereka ini telah berniaga 20 tahun, 25 tahun dan saya dimaklumkan esok ada 20 lagi akan dirobohkan. Semalam ada 15 telah dirobohkan.

Jadi masalah sekarang ini, mengapa tindakan merobohkan ini diambil dalam keadaan peniaga-peniaga baru hendak bernyawa COVID-19 ini? Jadi saya hendak tanya, adakah mereka robohkan ini kerana retaliate ataupun tindak balas daripada satu kenyataan yang telah dibuat oleh seorang yang bernama Mohd Asri ini? Kita tahu, Mohd Asri telah pun membuat pendedahan rakaman video tentang kewujudan kegiatan judi dan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudara Asri yang berani mendedahkan perkara ini dan juga saya hendak mengucapkan tahniah, terima kasih kepada Menteri KDN, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negeri Selangor yang bertindak tegas dalam isu ini.

[Tepuk] Tahniah juga kepada SPRM, bertindak cepat. Beberapa orang kakitangan MBSA telah pun ditahan dan juga saya hendak mengucapkan tahniah

final • 6:14 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

juga kerana saya dimaklumkan satu jawatankuasa bersepadu telah pun ditubuhkan yang terdiri daripada PDRM, SPRM, kastam, imigresen dan juga Majlis Bandaraya Shah Alam.

Soalannya sekarang ini ialah saya menyokong tindakan tegas sedang diambil.

Tadi saya tengok ada kedai-kedai yang telah pun diseal, yang tindakan tegas, memang saya sokong. Akan tetapi jangan orang kata, ‘Lain dibengkak, lain bernanah’. Apa yang kita persoalkan ini kedai-kedai yang judi haram, jual arak haram, pusat-pusat hiburan haram, ini go ahead. Ini kita kena lawan. Janganlah pergi runtuhkan gerai-gerai peniaga yang kasihan ini. Ini peniaga Melayu. Saya cakap Melayu ini Tuan Pengerusi, saya bukan rasis. Saya kalau bab mahu mempertahankan hak rakyat ini, saya tidak kira bangsa.

[Tepuk] Saya pernah mempertahankan rumah nelayan Cina yang hendak dirobohkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Masa itu Ronnie Liu, Exco kerajaan negeri DAP, Exco kerajaan negeri Selangor. Saya berlawan. Saya kata jangan runtuh. Ini gerai dia runtuhkan sebab apa? Adakah ini yang saya hendak tanya ini, bahawa peniaga-peniaga kecil ini janganlah dijadikan mangsa. Saya hendak beritahu, ini tindakan zalim daripada Kerajaan Negeri Selangor. Saya harap tindakan segera ini mestilah diberhentikan dengan segera.

Tuan Pengerusi, saya ada contoh ini. [Sambil menunjukkan beberapa helaian surat saman] Tiga. Saya pergi tadi menangis-nangis orang. Ini surat saman ini. Saya hendak beritahu, hendak keluar surat notis ini pun tidak ikut peraturan. Saya beritahu ini.

Ini dia tulis ini. Dia kata apa? “Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974”. Seksyen yang diambil 46.

Kemudian, kalau kita tengok di sini, kesalahan “Penyambungan menyebabkan menghalang jalan”. Dia beritahu. Itu tetapi kalau kita lihat pula, warning yang diberi, “Sila ambil perhatian. Tuan dikehendaki dalam tempoh serta-merta notis ini disampaikan menjalankan kerja-kerja yang perlu bagi maksud ini iaitu merobohkan sambungan bangunan yang sedia ada”. Ini kesnya.

Tuan Pengerusi, kalau hendak robohkan bangunan, bukannya bawah seksyen 46. Dia bawah seksyen 70. Mana boleh robohkan bangunan dengan serta- merta. Mesti ada prosedurnya, notisnya dan mungkin kena minta daripada arahan daripada mahkamah. How come Majlis Bandaraya Shah Alam menggunakan kuasa yang ada, bawa kren dan sebagainya robohkan kedai-kedai ini. Ini tindakan zalim ini. Jadi kerana itu Tuan Pengerusi, saya hendak merayulah, saya tahu kerajaan KPKT mungkin tidak ada full power untuk menghalang tetapi ini yang kata jawatankuasa bersepadu ini, yang agensi-agensi persekutuan, tolonglah jangan bersekongkol dengan kerajaan zalim seperti Kerajaan Negeri Selangor ini.

final • 6:14 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Kerajaan Pakatan Harapan Selangor ini zalim. Tidak habis-habis hendak menzalimi rakyat di Selangor ini, sebab apa? Saya juga hendak beritahu memang tidak ada kuasa penuh tetapi Yang Berhormat Menteri KPKT, saya tahu dia orang Ampang, Selangor. Yang Berhormat kena ingat, saya dimaklumkan dia hendak tunjuk ini, jangan hendak menjolok sarang tebuan, maksudnya apa? Jangan hendak cuba-cuba hendak provokasi pihak berkuasa, semua gerai kami roboh di Selangor ini nanti. Hari ini di Sungai Buloh dan esok boleh jadi di Ampang.

Saya juga hendak minta kerajaan negeri walaupun tidak ada kuasa terus tetapi Yang Berhormat Menteri tahu di bawah Akta Kerajaan Perumahan Tempatan, tolonglah guna bicara dan telefonlah Yang Berhormat Menteri Besar Selangor ini. Yang Berhormat daripada Gombak, kita tahu Menteri Besar Selangor ini anak didik dia, nasihatlah anak didik dia ini supaya tidak menganiaya peniaga-peniaga kecil yang sedang mencari makan.

Sedangkan kita di peringkat Federal, ada peruntukan khas hendak membasmi kemiskinan. Akan tetapi kalau Kerajaan Negeri Selangor yang zalim dan tiada perikemanusiaan ini terus mengambil tindakan seperti ini, maka rakyat bandar di negeri Selangor mungkin ketinggalan untuk menikmati segala apa yang kita sediakan. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih.

final • 6:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Pengerusi.

final • 6:20 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Tebrau, Tebrau.

final • 6:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Pengerusi.

final • 6:20 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu, Setiu.

final • 6:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tadi berkenaan– saya terima kasihlah. Tuan Pengerusi. Saya memang menyokong hak Yang Berhormat Tanjong Karang ini untuk mengeluarkan perkara yang telah beliau keluarkan tadi. Seperti yang saya katakan, ini hak Ahli Parlimen. Akan tetapi apa yang telah diutarakan bukan terkandung dalam mana- mana butiran yang ada di depan kita.

final • 6:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Ketawa]

final • 6:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Jadi haraplah...

final • 6:20 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Tuan Pengerusi.

final • 6:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Oleh sebab itu saya mohon supaya hak untuk Ahli Parlimen bersuara ini...

final • 6:20 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Tidak mengapa Tuan Pengerusi, bagi saya jawab ini.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Tidak mengapa.

final • 6:20 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Yang Berhormat, Yang Berhormat ini pekak...

final • 6:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

...Butiran perbelanjaan yang mana?

final • 6:20 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Yang Berhormat pekak dan tidak dengar.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Tidak mengapa, tidak mengapa.

final • 6:20 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Saya kata tadi membasmi kemiskinan bandar, membasmi kemiskinan bandar ini, perumahan dan perniagaan.

final • 6:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Jadi, tetapi...

final • 6:20 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Yang Berhormat ini pekak kah atau tidak faham?

final • 6:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Akan tetapi itu insiden spesifik tadi.

final • 6:20 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

*You don’t challenge me.

[Pembesar suara dimatikan] .*

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Tolong duduk, tolong duduk, tolong duduk!

final • 6:20 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Lawyer, lawyer, tidak ada standard kah Yang Berhormat hendak bercakap? Jangan pertikailah Yang Berhormat.

Saya cakap soal membasmi kemiskinan bandar. Sungai Buloh itu tadi masih dalam bandar.

[Pembesar suara dimatikan] .

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Saya dengar, saya dengar. Yang Berhormat, Yang Berhormat saya faham. Saya faham Yang Berhormat, tolong duduk. Saya tahu. Boleh kita teruskan?

Yang Berhormat...

final • 6:20 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Bukan Yang Berhormat Setiu, sebelah sini.

final • 6:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Saya Subang.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Ya! Subang silakan.

final • 6:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih.

final • 6:20 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Selepas ini Setiu lah.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Kemudian disusuli dengan Yang Berhormat Arau kemudian kita gulung. Silakan Yang Berhormat Subang.

final • 6:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Demikianlah dunia.

final • 6:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya memulakan dengan memberikan fokus kepada bajet Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya kita dapat konteks besar.

final • 6:22 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Kementerian ini telah diperuntukkan bajet asal tahun 2019 sebanyak RM4.826 bilion. Di dalam Rang Undang-undang Perbelanjaan Tambahan ini, kementerian ini telah menambah perbelanjaan sebanyak RM1.015 bilion. Ini adalah penambahan yang sangat ketara iaitu sebanyak 21 peratus. Baik, saya pergi ke perkara B.43, saya merujuk kepada kertas perintah kita ini, Perintah 1 tahun 2020 iaitu Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2019 pada muka surat 14, Maksud B.43.

Kita semua boleh lihat bahawa kementerian ini telah menambah perbelanjaan mengurus sebanyak RM611 juta di bawah butiran kategori Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Pada hal anggaran asal Bajet 2019 untuk perkara yang sama adalah RM900 juta. Peningkatan ini adalah cukup besar RM611 juta sebanyak 68 peratus kenaikan.

Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada nota penjelasan di Kertas Perintah 1A tahun 2019, Butiran nombor 14, Maksud B43, di muka surat lima. Saya baca, ‘tambahan berjumlah RM611 juta. Sebanyak 28,900 adalah untuk membiayai keperluan konsesi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam tahun 2019 di bawah SWCorp. SWCorp adalah Solid Waste Management and Public Cleansing Corporation Sdn. Bhd. dan memang syarikat milik kerajaan. Dewan yang mulia ini perlu tahu, apakah konsesi baharu yang telah diberi oleh SWCorp. yang memerlukan penambahan bajet 68 peratus ataupun RM611 juta.

Siapakah CEO, pengarah, pemegang saham syarikat yang mendapat konsesi baru ini?

Apakah terma-terma baharu konsesi ini? Dalam perkara ini saya meminta Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan penuh supaya kita semua dapat detil dia. Oleh sebab ini adalah satu peruntukan baharu yang sangat besar. Jikalau 10 peratus atau 20 peratus, kita boleh faham.

Tuan Pengerusi, saya juga merujuk kepada P.43 001100 – PR1MA di mana bajet asal adalah sebanyak RM100 juta, tiba-tiba naik mendadak sebanyak RM342 juta.

Naik 342 peratus ataupun 3.42 kali ganda. Saya minta Yang Berhormat Menteri memberi alasan kenapa naik mendadak ini? Jikalau buat planning untuk bajet RM100 juta, you tambah lagi RM342 juta, saya tahu, mungkin ada alasan baik sosioekonomi. Akan tetapi ini terlalu banyak, memang tidak ada disiplin fiskal langsung. Jadi, oleh itu saya mintalah Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Terima kasih.

final • 6:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Subang, Subang sekejap.

Boleh bagi laluan?

final • 6:22 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Boleh, boleh.

final • 6:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih. Saya juga ingin membangkitkan isu yang lebih kurang sama iaitu Butiran 020300 – Pengurusan Sisa Pepejal Negara di mana kita tahu bahawa SWCorp. dia pun terlibat dalam pelupusan sampah di dump site tertentu. Kita tahu isu-isu leachate daripada dump site, selalunya mereka melepaskan leachate ini ke sungai dan juga ke laut, tanpa dikawal dengan baik.

Ini mencemarkan alam sekitar dan kita mahu bahawa kalau boleh kementerian kena ada usaha terutamanya pada waktu-waktu malam di mana leachate ini dilepaskan secara senyap-senyap kerana mereka tidak mahu treat the leachate. Ini amat mencemarkan alam sekitar.

Isu kedua yang saya ingin bangkitkan juga Yang Berhormat Subang ialah tentang face mask. Face mask ini sekarang kita tahu bahawa face mask yang kita pakai sekarang, satu hari lebih daripada 10 juta keping face mask. Benda ini adalah tidak boleh direcycle dan ia menjadi bahan pencemaran yang baharu. Apakah langkah-langkah kerajaan untuk menyelesaikan masalah sisa pepejal yang baharu iaitu face mask? Kita tahu face mask ini mengambil selama 60 tahun untuk dileraikan. Jadi, ini adalah isu yang penting, masalah yang baharu. Apakah penyelesaian untuk menyelesaikan isu pencemaran sisa pepejal face mask? Terima kasih.

final • 6:22 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu, satu minit sahaja.

final • 6:22 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Tuan Pengerusi, saya cuma hendak kata, soalan- soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru tadi itu boleh dimasukkan bersama dengan ucapan saya.

final • 6:22 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Yang Berhormat Arau, bagi Setiu satu minit.

final • 6:22 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih.

final • 6:22 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu satu minit sahaja.

final • 6:22 PM

Tuan Pengerusi

Ringkas.

final • 6:22 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya menyokong. Saya ucap tahniah kepada kawan-kawan saya Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Kimanis yang berucap dengan baik menyatakan rasa nubari asma ramah. Saya juga menghayati kawan-kawan di sana yang berucap menyampaikan rasa nubari asma ramah masing-masing.

Akan tetapi saya ingin menegur Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, otak jangan pendek tahu, dalam memberi teguran kepada orang. Ini boleh tanya orang ini bercakap kualiti, tidak berkualiti, you cakap itu ada kualiti kah? Jangan buat macam itu, jangan buat perbandingan. Itu sebab kerajaan itu tumbang kerana suka menghina orang. Ini masing- masing ada hak untuk berucap di sini. Kita Ahli Parlimen daripada kawasan masing- masing, jangan jadi otak yang pendek sehingga memberi teguran kepada orang di tahap yang tidak sepatutnya.

Saya hendak cakap di bawah Maksud P.43 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan – Kertas Perintah 2E Tahun 2020. Walaupun mereka menegur bahawa PR1MA ini peruntukannya ialah RM100 juta, sekarang dinaikkan sebanyak RM379 juta. Akan tetapi kita kena ingat, ini telah dibelanjakan oleh kerajaan dahulu, Kerajaan sekarang ikut sahaja. Kerajaan dahulu tambah sebanyak RM379 juta.

Akan tetapi kalau tanya saya, saya kata wajar ditambah kepada RM500 juta, bukan RM379 juta. Oleh sebab PR1MA, kita kena ingat ditubuhkan di peringkat awalnya untuk memberi ruang, peluang kepada mereka yang tidak dapat memiliki perumahan di dalam bandar. Dia buat di pinggir bandar, ini pada peringkat awal penubuhannya. Di pinggir bandar supaya orang yang membeli harta ini dia mempunyai nilai tambah yang tinggi dalam masa dua tahun hingga tiga tahun. Dia memberi peluang kepada orang- orang muda.

final • 6:28 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Orang-orang muda di Malaysia harus bagi sokongan kepada PR1MA tetapi bukannya dengan menghukum PR1MA. Sekarang PR1MA dihukum. Dimasukkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kerajaan ini bagus tetapi dulu di bawah Jabatan Perdana Menteri, pendekatannya lain. Kementerian Perumahan bagi perhatian untuk memberi perumahan kepada rakyat tetapi PR1MA memberi perumahan kepada golongan pertengahan termasuk anggota kerajaan yang bekerja di bandar tetapi terpaksa berulang dengan jauh kerana mereka tidak mampu untuk membeli rumah dalam bandar. Jadi, kita buat di pinggir bandar dan kita bagi kepada semua kaum. Kita tidak kira, tidak membezakan mana-mana kaum di negara ini.

Kerajaan PN— saya asalnya dulu Kerajaan BN masa kita pegang dulu. Sebagai contohnya, kita membawa balik dua orang nelayan Cina daripada Indonesia untuk ke Sabak Bernam. Kita bawa balik. Saya sendiri pergi ambil dan bawa balik. Kita tidak kira sama ada dia daripada mana-mana kaum. Yang paling penting mereka rakyat Malaysia.

Kita perjuangkan. Dengan itu kita menang pilihan raya di sana dengan hebatnya dengan jumlah yang luar biasa. Kita hendak tunjukkan bahawa kita adil pada semua. Kerajaan PN juga memberi keadilan.

Balik kepada tajuk ini semula tentang tajuk PR1MA tadi. Kerajaan kena fikir balik supaya PR1MA ini diasingkan daripada Kementerian Perumahan. Minta maaf, Yang Berhormat Menteri, sahabat baik saya. Saya hendak cadangkan supaya jangan Menteri serabut untuk hendak memikirkan masalah perumahan rakyat, tiba-tiba PR1MA untuk golongan pertengahan ini kita campur-adukan di bawah satu kementerian. Kita minta ia dikembalikan balik kepada Jabatan Perdana Menteri untuk kita fokus. Kita tahu ia ada masalah. Kita fokus kepada bagaimana hendak selesaikan apa yang telah berlaku dan bukan dengan menghukum begitu sahaja.

Saya...

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said) mempengerusikan

final • 6:30 PM

Jawatankuasa] Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Yang Berhormat Arau, minta Setiu sikit, Yang Berhormat Arau, bab PR1MA. Boleh? Satu minit, Yang Berhormat Arau.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

final • 6:30 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Terima kasih, Yang Berhormat Arau. Saya hendak minta penjelasan daripada Menteri berkait dengan projek PR1MA di Batu Rakit yang saya dimaklumkan telah di-terminate kerana masalah daripada 350 unit, hanya 10 unit hingga 11 unit yang terjual. Jadi saya hendak tanya, adakah projek ini diteruskan atau diganti dengan projek komersial yang lain?

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, itu menjadi sebahagian daripada ucapan saya. Saya harap Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Akan tetapi, saya hendak bagi tahu, banyak daripada program-program kerajaan itu jangan dihapuskan begitu sahaja bila kerajaan baharu ambil alih. Saya terima kasih sebab PN, saya rasa, akan perincikan dan akan melihat apa-apa yang telah disalah lakukan oleh kerajaan yang lepas supaya mereka perbetulkan. Jangan kita mudah untuk menukar kementerian, menutup agensi dan sebagainya. Kalau yang ada, kita teruskan.

Jadi, saya ucap terima kasih. Saya percaya ucapan saya cukup berkualiti untuk tajuk ini.

[Ketawa] Lebih bagus daripada Yang Berhormat Hang Tuah Jaya yang melarikan diri.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih, Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Menteri, silakan.

final • 6:30 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Tadi ada Yang Berhormat Kimanis, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Setiu dan juga Yang Berhormat Bayan Baru yang telah mengambil bahagian dan mereka menyentuh tiga perkara iaitu mengenai PR1MA, kedua mengenai JPSPN dan ketiga mengenai pembasmian kemiskinan bandar.

Biar saya jawab tentang bajet pengurusan yang sebanyak RM635 juta, yang telah diperuntukkan kepada JPSPN adalah RM611 juta. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat yang bertanya tentang perbelanjaan JPSPN ini, Kementerian KPKT tiap-tiap tahun memerlukan sebanyak RM1.9 bilion untuk pengurusan sisa pepejal. Namun demikian, RM500 juta dibayar oleh PBT-PBT daripada kerajaan negeri dan yang selebihnya RM1.4 bilion ditanggung oleh KPKT.

Akan tetapi, lazimnya Kementerian Kewangan tiap-tiap tahun hanya memperuntukkan jumlah wang sebanyak dalam 65 peratus ataupun 70 peratus. Jadi, inilah sudah menjadi lazimnya KPKT harus membuat permintaan atau memohon tambahan dan ia telah dibenarkan dalam pekeliling yang memang telah ditetapkan bahawa KPKT boleh membuat permohonan untuk tambahan untuk pengurusan sisa pepejal. Tidak ada tambahan syarikat konsesi. Tidak ada tambahan syarikat yang lain- lain.

Keduanya juga, perbelanjaan ini juga meliputi untuk perbelanjaan pembayaran kawasan-kawasan baharu seperti kawasan perumahan baharu yang harus dibersihkan dan sebagainya yang tidak termasuk dalam peruntukan asal. Jadi untuk itu, kita perlukan tiap-tiap tahun memohon daripada Kementerian Kewangan untuk permintaan tambahan untuk JPSPN.

Dari segi Manjung tadi, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Beruas sebut tentang...

final • 6:33 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Yang Berhormat Menteri, kalau boleh? Soalan kita bukannya...

final • 6:33 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Saya belum habis jawab. Duduklah dulu.

final • 6:33 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Boleh tidak?

final • 6:33 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Duduk! Duduk!

final • 6:33 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Isunya SWCorp.

final • 6:33 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Subang.

final • 6:33 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Duduk! Saya belum habis jawab.

Duduk!.

final • 6:33 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Menteri tidak bagi peluang.

final • 6:33 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Duduk. Saya belum habis jawab.

final • 6:33 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Silakan, Menteri.

final • 6:33 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Saya tahu you tanya fasal RM1.4 bilion, why is it more than― I know. So, sabar. Don’t be too excited. You just listen to the answer first, dengan izin.

Okey, Yang Berhormat Beruas. Manjung, saya memang turun ke Manjung, kawasan itu. Akan tetapi, tapak pelupusan yang Manjung— pertamanya, Perak tidak menandatangani Akta 672. Keduanya, tapak itu adalah bukan tapak sanitary landfills. Yang diuruskan oleh PBT adalah to dumpsite. So, apabila sesebuah negeri hendak membina satu landfill, ia harus memberikan sekeping tanah atau location kepada KPKT, diserahkan kepada KPKT dan baru KPKT buat tender dan sebagainya.

Jadi, memandangkan Perak tidak menandatangani Akta 672, jadi ini juga menyulitkan KPKT untuk membantu. Namun demikian, kita juga bantu negeri-negeri yang tidak sign Akta 672 tetapi prosesnya harus diikuti dengan baik.

Jadi, saya sudah minta kepada negeri Perak untuk menyediakan satu tapak yang sesuai. Bukan untuk Manjung sahaja, mungkin di-centralize yang mana beberapa PBT, beberapa kawasan Parlimen boleh disatukan. Ini dalam tindakan daripada kerajaan negeri.

So, tadi disebut oleh Yang Berhormat Subang tentang RM1.4 bilion lebih.

final • 6:33 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Yang Berhormat, boleh bertanya kah, Yang Berhormat?

final • 6:33 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Itu tadi saya sudah menjelaskan tadi, RM611 juta adalah untuk membayar kepada perbelanjaan yang tidak cukup. Keduanya ialah kawasan-kawasan baharu. Sebab itu tambahannya hampir RM1.4 bilion.

Selepas itu PR1MA. So, mengenai PR1MA. PR1MA yang diperuntukkan RM100 juta dan lepas itu kita minta permohonan tambahan sebanyak RM379 juta.

PR1MA hanya RM342 juta, pembasmian kemiskinan RM26 juta, penyelenggaraan perumahan RM11 juta.

Untuk PR1MA, kenapa kita perlukan tambahan kos ini ialah kerana sewaktu PR1MA dipindahkan kepada KPKT, kita telah meneliti dan menyemak dan kita mendapati bahawa model PR1MA, business concept PR1MA is not viable. So, oleh kerana― since 2018, the government at that time is supposed to give more allocation for the development of PR1MA projects and what happened was, dengan izin, tanah-tanah telah dibeli dan sebagainya. Jadi oleh kerana dialihkan kepada KPKT, kita rasionalisasi, kita meneliti semua tanah, so ada 94 projek. So, 94 projek ini, 65 ini kita teruskan, 24 ini kita batalkan oleh sebab kedudukan tanah yang tidak sesuai dan sebagainya.

Jadi, wang ini kita gunakan untuk bayarkan tunggakan hutang, untuk teruskan projek, untuk menggiatkan overhang unit yang kita hendak jual dan juga untuk memberi pampasan kepada tanah-tanah yang tidak sesuai.

Akan tetapi, bawah rasionalisasi ini, tanah-tanah yang produktif, semua tanah PR1MA akan diselaraskan di bawah satu sistem di bawah Jabatan Perumahan Negara

(JPN), it is the way forward, iaitu dengan satu polisi perumahan iaitu Polisi Perumahan Mampu Milik. So, because of this, we need the RM342 million to cover all this cost. But we only got RM100 million, dengan izin, Tuan Pengerusi. Oleh kerana itu, kita kena meminta wang tambahan ini untuk perbelanjaan pengurusan pembangunan PR1MA.

Seterusnya, pembasmian kemiskinan...

final • 6:33 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Yang Berhormat Menteri, boleh tidak? I have given you the chance to explain. Kalau boleh saya hendak tanya soalanlah.

Baik, saya balik kepada isu SWCorp itu ya, saya faham bahawa isu dia ialah kerajaan memerlukan RM1.4 bilion kah berapa lah untuk buat kerja.

final • 6:33 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Akan tetapi dalam budget planning, kementerian Yang Berhormat cuma minta sejumlah RM900 juta. Dia lari sangat itu dengan terlalu besar. Bukan, bukan, nanti, nanti.

Ini SWCorp. ini kita tiap-tiap tahun kena bayar yang lebih kurang sama. Saya check Bajet

final • 6:40 PM

Tuan Wong Chen - Subang

  1. Tahun 2018 kerajaan dulu minta RM1.185 bilion. Masa tahun 2019, you potong lagi RM200 juta. Why? Tidak masuk akal...

final • 6:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Okey, saya sudah faham sudah Yang Berhormat Subang...

final • 6:40 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Maknanya, isu dia bukan kita perlu atau tidak SWCorp...

final • 6:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Yang Berhormat Subang, saya sudah faham soalan Yang Berhormat Subang itu, saya sudah faham...

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Subang.

final • 6:40 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Soalan saya adalah...

final • 6:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Saya sudah faham Yang Berhormat Subang. Saya faham dan saya boleh jawab.

final • 6:40 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Tidak, tidak. Yang Berhormat Menteri.

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Biar Yang Berhormat Menteri jawab Yang Berhormat Subang.

final • 6:40 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Biar saya habis dulu...

final • 6:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Yang Berhormat Subang duduk dulu.

Masa saya ada dua minit lagi...

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Tidak boleh Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Saya hendak sebut, tadi Yang Berhormat Subang tidak dengar kah saya punya jawapan tadi...

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Floor Yang Berhormat Menteri...

final • 6:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Saya sebut memang tiap tahun kita perlukan RM1.4 bilion, RM1.1 bilion, tetapi lazimnya Kementerian Kewangan tidak akan membenarkan RM1.4 bilion at that time one shot in the initial budget. They always approve dengan izin RM900 juta dengan kebenaran untuk KPKT meminta dan memohon bila tiba masanya. Itu adalah polisi mekanisme yang dilaksanakan. Saya sudah sebut sudah tadi, tetapi Yang Berhormat Subang tak nak dengar, okey.

So, tadi Yang Berhormat Kimanis tadi, saya– Yang Berhormat Kimanis bertanya tentang projek PR1MA perumahan di Kimanis.

final • 6:40 PM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

Ya, ya saya.

final • 6:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Setahu rekod kami, tidak ada projek PR1MA yang dilaksanakan di Kimanis. Jadi, saya rasa mungkin ada sikit kekeliruan.

final • 6:40 PM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

Aiya. Nanti saya minta pegawai Yang Berhormat Menteri nanti check balik ya?

final • 6:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Akan tetapi, tidak apa, kita boleh semak balik sekiranya...

final • 6:40 PM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

Ya, semak balik.

final • 6:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

...Ada tanah-tanah yang bersesuaian, Yang Berhormat Kimanis boleh tawarkan kepada KPKT untuk KPKT melaksanakan perumahan mampu milik dan sebagainya.

final • 6:40 PM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

Ya, ya. Cuma Yang Berhormat Menteri. Sikit ya. Waktu itu memang sudah di...

final • 6:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

...Saya hendak sebut tentang Yang Berhormat Bayan Baru– Sekejap ya. Yang Berhormat Bayan Baru bertanya tentang leachate Mungkin Yang Berhormat Bayan Baru pun dia confuse. Dia tidak tahu apa dumpsite dan dia tidak tahu sanitary landfill. So, jadi, mungkin yang disebut itu adalah dumpsite yang tidak diuruskan dengan baik. Kalau sanitary landfill ia diuruskan dengan baik dengan ada lapis dan all procedures and processes kita laksanakan. Ya.

final • 6:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, saya hendak bangkitkan tentang dumpsite yang memang ada yang kekurangan...

final • 6:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Beri floor pada Yang Berhormat Kimanis. Was it Kimanis sana?

final • 6:40 PM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

Saya, saya. Sekejap ya.

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat bagi pada Yang Berhormat Kimanis? Silakan Yang Berhormat Kimanis.

final • 6:40 PM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

Kimanis ya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Oleh sebab pada waktu itu adalah kerajaan Barisan Nasional dan ia sudah pun diluluskan. Jadi saya ingat apabila bertukar kerajaan ini perbuatan untuk membatalkan projek – Mungkin inilah sebabnya barangkali tidak ada dalam rekod. Jadi, saya minta kementerian cuba cek balik semula dalam rekod. Ini kerana, tanah kita sudah tersedia seluas 200 ekar Yang Berhormat Menteri, kita sudah cek dan kita sudah buat soft launching. Ingin membuat soft launching pada waktu itu pun, tetapi tidak diteruskan.

Ini yang saya maksudkan tadi itu ya. Terima kasih.

final • 6:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Okey, it’s okay dengan izin, it’s okay Yang Berhormat Kimanis. Tidak apa, tanah ini kita akan teliti semula because dalam KPKT kita menyelaraskan semua projek perumahan PR1MA, SPNB dan PPAM dan kita akan lihat sama ada kesesuaiannya dan sebagainya kita boleh membina rumah mampu milik. Saya ucapkan terima kasih.

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah bahawa wang sejumlah...

final • 6:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu belum jawab lagi.

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

RM635 juta...

final • 6:40 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

[Bangun] Apa yang saya bangkit tidak jawab lagi. Tadi soalan belum habis jawab. Itu penting isu semasa.

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Tanjong Karang...

final • 6:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu belum jawab juga, Setiu.

final • 6:40 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Saya tengah tunggu ini...

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Menteri...

final • 6:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Yang Berhormat Menteri, Setiu Yang Berhormat Menteri...

final • 6:40 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Bagilah jaminan sikit dalam Parlimen...

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Menteri boleh beri jawapan bertulis kah? Dia hendak bagi jawapan bertulis Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Mungkin saya sentuh sedikit. Boleh saya sambung kah? Saya terlupa tadi hendak jawab Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 6:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Ya, Setiu satu.

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Untuk Yang Berhormat Tanjong Karang, untuk peniaga-peniaga, KPKT dalam bajet sejumlah RM26 juta untuk pembasmian kemiskinan. Kita menggunakan wang itu untuk melatih peniaga-peniaga dalam soal untuk membangunkan perniagaan mereka dan cara-cara berniaga dan cara- cara pengurusan peniaga. Itu kita guna.

Keduanya, KPKT menggunakan Bajet BP1 untuk membina gerai-gerai untuk peniaga-peniaga di kawasan-kawasan yang kita rasa memang memerlukannya. Jadi, itu peruntukan yang memang KPKT keluarkan kepada PBT-PBT di negeri-negeri. Akan tetapi isu Sungai Buloh yang disebut tadi adalah isu penguatkuasaan di Majlis Bandaraya Shah Alam dan ia juga di bawah siasatan polis dan sebagainya. Jadi, saya tidak ada untuk menjawabnya. Terima kasih.

final • 6:40 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Akan tetapi telah― saya hendak minta...

final • 6:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Tuan Pengerusi.

final • 6:40 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

...Ini isu penting ini. rakyat tengah menangis dekat bawah ini. Tolong sikit saja Tuan Pengerusi...

final • 6:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Tuan Pengerusi, Setiu belum jawab lagi sikit saja.

final • 6:40 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

...Kementerian tolong―

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Menteri sudah jawab.

final • 6:40 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Bukan.

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Tahu.

final • 6:40 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Yang Berhormat Menteri jawab tidak meyakinkan orang-orang di sana. Dia orang di sana menangis merayu.

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat...

final • 6:40 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Tidak, maksud saya beginilah.

Betul itu kuasa kerajaan negeri. Akan tetapi, saya hendak minta supaya gunalah sikit hubungan Yang Berhormat dengan kerajaan negeri...

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

...Kalau betul jawatankuasa bersepadu ini ada, saya hendak minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada dalam Dewan. Takkan hendak roboh gerai ini, takkan polis pun hendak masuk, kastam pun hendak masuk dan imigresen pun hendak masuk...

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Itu maksud saya. Jadi, tolonglah selamatkan peniaga-peniaga kecil di Sungai Buloh sekarang ini.

final • 6:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Okey. Setiu yang berkait dengan PR1MA Batu Rakit tadi belum jawab. Minta.

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat Menteri hendak jawab cara bertulis, Yang Berhormat maklumlah.

final • 6:40 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

PR1MA Batu Rakit saya– tadi ada sini, kejap. I think Yang Berhormat Setiu, projek PR1MA Batu Rakit ini akan diteruskan atau diganti yang mana Residensi Batu Rakit telah ditamatkan secara mutual termination agreement bersama pemaju. So, projek ini telah dibatalkan dan dihentikan.

Jadi, sekiranya ada keperluan untuk Setiu untuk menawarkan tanah kepada KPKT, kita boleh pertimbangkan untuk projek perumahan di bawah KPKT.

Jadi, last untuk Yang Berhormat Tanjong Karang, insya-Allah saya akan berhubung dengan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk menyemak ataupun melihat apakah isu-isu yang sebenarnya yang terjadi di sana. Terima kasih.

final • 6:40 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri, jawapan yang saya tunggu-tunggukan.

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM635,988,100 untuk Maksud B.43 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM635,988,100 untuk Maksud B.43 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM379,036,020 untuk Maksud P.43 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2019 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM379,036,020 untuk Maksud P.43 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2019]

final • 6:40 PM

Maksud P.45 - Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2019] – Tuan Pengerus

Kepala Pembangunan P.45 di bawah Kementerian Belia dan Sukan terbuka untuk dibahas. Empat orang, setiap orang lima minit. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 6:40 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran Maksud P.45 – Kementerian Belia dan Sukan – 02400 – Gelanggang Sukan yang diperuntukkan sebanyak RM50 juta. Saya ingin menarik perhatian Kementerian Belia dan Sukan berkaitan dengan cadangan ataupun kelulusan sebelum daripada ini kepada Kelantan untuk mengadakan SUKMA 2024.

Adakah persiapan pihak kementerian ke arah SUKMA di Kelantan tahun 2024 ini telah pun berjalan? Adakah sudah ada pengesahan secara rasmi ataupun secara mulut sahaja telah pun diberikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan ataupun sudah ada pengesahan secara rasmi? Saya cadangkan kepada pihak kementerian, agar persiapan- persiapan ke arah SUKMA 2024 ini kerana masanya tidak begitu lama iaitu ada sekitar tiga tahun sahaja untuk memastikan infrastruktur dan juga kemudahan-kemudahan untuk SUKMA ini dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin.

Pihak kementerian boleh turun dan juga berbincang dengan pihak kerajaan negeri untuk memastikan infrastruktur ini dapat dilaksanakan. Antara yang perlu diutamakan adalah menaik taraf dan juga bina baharu venue seperti antaranya stadium olahraga, kolam renang, lapang sasar memanah, stadium hoki, dewan serba guna yang menempatkan gelanggang badminton, takraw, bola jaring, futsal dan juga lain-lain lagi yang perlu diambil perhatian oleh pihak kementerian.

Kedua ialah berkaitan dengan kedudukan ataupun keadaan Stadium Sultan Muhammad IV sendiri. Apa yang saya difahamkan, perlu juga kepada pemerhatian yang serius ataupun bantuan yang segera daripada pihak kementerian. Saya difahamkan telah pun diangkat peruntukan sebanyak RM20 juta untuk pemasangan kerusi penonton individu, pembaikan trek sintetik, penambahan tempat duduk berbumbung, menaik taraf bilik persalinan, bilik medic, bilik pengadil, bilik solat bagi pemain, menaik taraf menara dan lampu limpah, pembinaan royal box dan lain-lain lagi yang saya difahamkan berjumlah sekitar RM20 juta.

final • 6:47 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Jadi ini antara persoalan yang ingin saya kemukakan kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan yang perlu perhatian walaupun dalam perkara ini, Butiran 02400 ini adalah berkaitan dengan SUKMA 2020 di Johor. Bermakna, walaupun belum lagi dilakukan tetapi persiapan ke arah itu berjalan sehingga ke hari ini. Kelantan walaupun ada masa tiga tahun lagi maka perlu perhatian yang segera daripada pihak kementerian. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Arau.

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Pengerusi, Maksud P.45, Kementerian Belia dan Sukan. Gelanggang sukan. Hal ini khas untuk pembiayaan SUKMA di Johor. Kita menyokong dengan sepenuhnya, kalau ada tambahan pun kita akan menyokong, tidak ada masalah.

Akan tetapi yang saya hendak sentuh di sini ialah berhubung dengan penyelenggaraan gelanggang-gelanggang sukan. Negeri-negeri lain kita ambil perhatian tetapi saya hendak beritahu tentang penyelenggaraan gelanggang sukan yang dibuat semasa SUKMA di Perlis. Tidak dapat diselenggara dengan baik dan hampir menjadi gajah putih. Kita minta supaya pihak kementerian bagi perhatian kepada penyelenggaraan dewan-dewan yang berkenaan. Saya bimbang ia akan menjadi perkara yang sama dengan negeri-negeri lain yang membina gelanggang sukan. Jadi itulah ucapan berkualiti yang kita dapat sampaikan pada masa sekarang.

Akhir sekali ialah berhubung dengan belia supaya kita bagi perhatian semasa COVID-19 ini, bagaimana latihan dapat diberikan kepada mereka dalam bentuk apa sekalipun. Kita tahu bahawa kita mesti mensyaratkan mereka tidak boleh beramai-ramai datang dan sebagainya tetapi jangan ditinggalkan mana-mana sukan yang berprestasi tinggi untuk kita berikan latihan. Oleh sebab kalau sekiranya kita membiarkan begitu lama

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

sudah pasti ia akan menimbulkan masalah apabila semua sukan ini akan dibuka semula pada tahun hadapan. Terima kasih.

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih.

final • 6:50 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu.

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Setiu.

final • 6:50 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya hendak bertanya berkaitan dengan gelanggang futsal terbuka yang sekarang ini sebahagian besar daripadanya rosak. Adakah kerajaan bercadang untuk menyelenggarakan balik ataupun menghapuskan terus gelanggang futsal yang rosak ini?

final • 6:52 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Kalau tidak ada, saya jemput Yang Berhormat Menteri. Silakan 10 minit. Terima kasih.

final • 6:52 PM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal

Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang bertanya dan mengambil bahagian dalam perbahasan berkaitan Kementerian Belia dan Sukan pada hari ini.

Saya ingin maklumkan berkenaan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2019, Kementerian Belia dan Sukan. Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2019 berjumlah RM50 juta adalah untuk membiayai projek pembangunan kemudahan sukan bagi persiapan penganjuran temasya SUKMA XX, Johor 2020. Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) pada 17 Jun 2019 telah pun meluluskan peruntukan kewangan sejumlah RM140 juta kepada Kerajaan Negeri Johor di bawah Rolling Plan Keempat, Rancangan Malaysia Ke-11 dengan penyaluran pertama sebanyak RM50 juta.

Bagi tujuan ini juga, KBS turut berperanan sebagai agensi rujukan utama untuk memberikan khidmat nasihat dan teknikal kepada kerajaan negeri dalam bidang berkaitan pembangunan belia dan sukan. Kerajaan Negeri Johor melalui Sekretariat SUKMA XX, Johor 2020 pada 28 Jun 2019 telah memohon peruntukan tambahan dengan memaklumkan keperluan unjuran sebenar sebanyak RM102.36 juta untuk membiayai pembangunan kemudahan sukan ini sehingga akhir tahun 2019.

Oleh yang demikian, KBS telah mengemukakan permohonan keperluan tambahan ini kepada Kementerian Kewangan pada 15 Julai 2019. Pada 22 Ogos 2019, Kementerian Kewangan telah meluluskan permohonan peruntukan tambahan berjumlah RM50 juta atas keperluan untuk membiayai projek pembangunan kemudahan sukan bagi SUKMA 2020 pada tahun 2019.

Dimaklumkan juga bahawa peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta ini adalah termasuk di dalam peruntukan kewangan keseluruhan berjumlah RM140 juta diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan. KBS telah menyalurkan keseluruhan peruntukan kewangan ini kepada Kerajaan Negeri Johor.

Soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan masih belum memuktamadkan lagi penganjuran Sukan Malaysia di Kelantan pada 2024. Namun begitu, Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia telah bersidang pada 20 Februari yang lalu secara sebulat suara bersetuju untuk memberi laluan kepada negeri Kelantan menganjurkan SUKMA pada 2024. Ini adalah perkara yang baru kerana penghormatan ini diberikan memandangkan Kelantan masih belum pernah menjadi tuan rumah SUKMA sejak pertama kali penganjurannya pada 1986.

final • 6:53 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat, boleh mencelah sedikit?

final • 6:53 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal

Dan dibuka kepada negeri-negeri untuk dianjurkan bermula tahun 1990.

final • 6:53 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Boleh saya mencelah sedikit?

final • 6:53 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal

Silakan.

final • 6:53 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Boleh Yang Berhormat.

final • 6:53 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi pun Yang Berhormat menyebut Kelantan negeri yang belum pernah melakukan ataupun melaksanakan SUKMA ini dan pada Februari 2020 bermakna Kerajaan Pakatan Harapan yang telah pun meluluskan program ini di Kelantan. Jika pada hari ini, kita kerajaan yang sama Perikatan Nasional, Kelantan, Kerajaan Pusat adalah kerajaan yang sama, sudah pasti perkara ini perlu mendapat perhatian yang segera dan juga perlu kepada kelulusan segera daripada pihak kementerian untuk memastikan SUKMA 2024 ini dapat dilaksanakan di Kelantan. Terima kasih.

final • 6:53 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Silakan.

final • 6:53 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Insya-Allah saya sendiri dijemput oleh kerajaan negeri pada 13 Jun yang lalu mewakili kementerian untuk hadir ke Mesyuarat Majlis Penyelarasan Pembangunan Kelantan atas jemputan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Jadi kita komited untuk membantu pembinaan infrastruktur sukan di Kelantan khususnya persiapan bagi SUKMA 2024.

Untuk soalan berkenaan dengan naik taraf Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, kementerian juga melalui JKR sedang dalam proses memuktamadkan skop naik taraf projek ini. Projek pembinaan dijangka bermula pada awal tahun 2021.

Berkenaan dengan soalan daripada Yang Berhormat Arau. Kemudahan- kemudahan SUKMA yang lalu menjadi gajah putih atau kerosakan. Memang kita menggalakkan penggunaan kemudahan-kemudahan ini dalam melaksanakan program pembangunan sukan di negeri-negeri tersebut khususnya di Perlis. Kemudahan- kemudahan ini juga boleh dijadikan pusat latihan sepanjang tahun bagi program pembangunan sukan di negeri-negeri agar kesinambungan program latihan dapat dilaksanakan secara berterusan.

Kementerian juga menyarankan kepada Persatuan Sukan Kebangsaan supaya bekerjasama dengan persatuan sukan negeri dan Majlis Sukan Negeri untuk merangka penganjuran pertandingan di venue tersebut dengan lebih kerap, insya-Allah.

final • 6:53 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Yang Berhormat, minta laluan sedikit.

Kangar.

final • 6:53 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal

Selepas COVID-19.

final • 6:53 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Boleh, Kangar?

final • 6:53 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal

Sila.

final • 6:53 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma hendak mencadangkan, hendak menyarankan kepada pihak kementerian kerana berdasarkan kes di Perlis Yang Berhormat Arau bangkitkan sebentar tadi, kalau boleh kerjasama dengan persatuan-persatuan sukan ini janganlah orang kata selepas segala facility ini sudah selesai.

Ini kerana macam dalam kes di Perlis, kita tahu ada gelanggang badminton, dewan badminton yang dibina yang kemudian hanya menjadi tempat pembuangan sampah, tidak digunakan. Sedangkan Perlis kalau mengikut track record dalam empat, lima tahun kebelakangan ini kita telah mula menganjurkan pertandingan-pertandingan badminton di peringkat remaja, antarabangsa dan juga kutipan mata ke Olimpik. Jadi kalau kita dapat membina facilities dengan perancangan bekerjasama dengan persatuan sukan sebelum pembinaan jadi kita dapat memastikan facilities yang kita bina memenuhi piawaian yang boleh dipakai di peringkat antarabangsa. Jadi sayanglah kalau kita ada buat tetapi tidak boleh digunakan di peringkat yang lebih tinggi. Itu sahaja cadangan saya kepada kementerian.

final • 6:53 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal

Terima kasih Yang Berhormat Kangar.

Seterusnya, saya ingin menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Setiu berkenaan dengan status naik taraf gelanggang futsal di Setiu.

Umumnya, kementerian dalam proses untuk menaik taraf atau baik pulih gelanggang- gelanggang futsal di seluruh negara secara berperingkat mengikut permohonan yang diterima.

final • 6:53 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal

Insya-Allah melibatkan pertanyaan Yang Berhormat Kangar, kita akan menjawab secara bertulis.

final • 6:53 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini termasuk yang tidak berbumbung, yang banyak rosak itu yang tidak berbumbung itu.

final • 7:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal

Termasuk yang tidak berbumbung.

final • 7:00 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Satu lagi Yang Berhormat Menteri.

final • 7:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal

Silakan.

final • 7:00 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Terima kasih. Saya sebenarnya ingat tidak hendak sentuh sebab tengok dalam butiran ini hanya berkaitan dengan SUKMA Johor, tapi bila disebut fasal futsal semua, jadi saya hendak sentuh sikitlah. Tentang tender pembinaan stadium ragbi Malaysia yang pertama di Putrajaya. Ada pandangan daripada Kesatuan Ragbi Malaysia yang mana saya juga terlibat sebagai salah seorang ahli jawatankuasa yang mana ada syarikat ingin menawarkan untuk mengadakan public private partnership, kerjasama antara awam dengan swasta. Jadi, mungkin juga di pihak kementerian boleh - saya tidak pasti prosedurnya bagaimana, boleh mempertimbangkan supaya macam saya cakap tadilah, biar pembinaan fasilitet ini mencapai satu tahap yang sesuai dengan sukan yang kita hendak majukan.

final • 7:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal

Terima kasih Yang Berhormat Kangar, saya akan jawab sebentar lagi. Cuma, ingin menjawab persoalan tambahan daripada Yang Berhormat Arau tadi berkenaan dengan bantuan agar belia kita terbela dalam tempoh kita terkesan dengan masalah COVID-19. Umum maklum kementerian seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, banyak inisiatif yang telah kita gariskan untuk memastikan belia-belia yang terkesan khususnya melibatkan kehilangan pekerjaan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Kita sudah bentuk pelbagai jawatankuasa rentas kementerian dan juga inisiatif-inisiatif yang besar seperti Skim Perantisan Nasional, myGIG dan sistem eBelia untuk kita himpunkan makluman-makluman yang dapat membantu belia-belia di seluruh negara melalui satu single landing page, dengan izin. Jadi insya-Allah, apa yang Yang Berhormat Arau bangkitkan itu kita ambil maklum dan kita akan pastikan inisiatif-inisiatif ini diperkasakan dari semasa ke semasa. Terima kasih.

final • 7:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Sai

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM50,000,000 untuk Maksud P.45 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2019 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM50,000,000 untuk Maksud P.45 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2019]

final • 7:00 PM

Maksud P.47 - Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2019] – Tuan Pengerus

Kepala Pembangunan P.47 di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Oleh sebab P.47 hanyalah token sahaja, P.47 tidak perlu dibahas.

[Tiada perbahasan]

final • 7:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM20 untuk Maksud P.47 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2019 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM20 untuk Maksud P.47 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2019]

final • 7:00 PM

Maksud P.48 - Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2019] – Tuan Pengerus

Kepala Pembangunan P.48 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Oleh sebab P.48 hanyalah token sahaja, P.48 tidak perlu dibahas.

final • 7:00 PM

Maksud P.48 - Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2019] – Tuan Pengerus

[Tiada perbahasan]

final • 7:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM10 untuk Maksud P.48 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2019 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM10 untuk Maksud P.48 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2019]

final • 7:00 PM

Maksud B.60 - Jadual] – Tuan Pengerus

Kepala Bekalan B.60 di bawah Kementerian Pertahanan terbuka untuk dibahas. Silakan empat orang. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 7:00 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ringkas sahaja, ingin merujuk Butiran 020000 di bawah tajuk Kesiagaan dan Operasi. Hanya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, bagi pertahanan darat, pertahanan maritim dan pertahanan udara muka surat 15 itu, saya lihat peruntukan tambahan bagi pertahanan udara lebih besar, RM194 juta. Manakala pertahanan maritim sekadar RM53 juta, pertahanan darat RM36 juta lebih. Jadi ingin penjelasan, apa sebenarnya pertahanan udara itu, peruntukan kesiagaan dan operasinya lebih besar daripada pertahanan darat dan pertahanan maritim? Itu sahaja Tuan Pengerusi.

final • 7:04 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Silakan Yang Berhormat Arau.

final • 7:04 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Pengerusi, Kementerian Pertahanan. Saya menerima jawapan berhubung dengan soalan saya iaitu yang pertama sekali ialah berhubung dengan Beting Patinggi Ali. Jawapannya ialah seperti biasa, tapi saya hendak tanya kepada Yang Berhormat sebab di sini termasuk di bawah bahan api TLDM. Kadang-kadang ada juga sungutan tentang bahan api. Jadi, kita minta untuk pertahanan ini jangan dihadkan. Kalau mereka terlibat dengan mana-mana rondaan, jangan dihadkan tentang bahan api. Carilah jalan untuk memastikan supaya penguatkuasaan berjalan sepenuhnya.

Pertama sekali saya hendak bertanya, dalam jawapan ini - sebelum itu saya hendak ucap tahniah kepada Yang Berhormat Menteri yang juga terlibat secara langsung untuk menghadapi COVID-19 ini. Akan tetapi yang ini dalam Kementerian Pertahanan yang telah dijawab oleh Yang Berhormat bahawa yang pertama, Kementerian Luar Negeri sentiasa mengemukakan bantahan diplomatik. Apa maksud sentiasa? Sentiasa ini berapa bulan sekali? Dua bulan sekali? Seminggu sekali ataupun enam bulan sekali?

Mereka terus berada di sana dan bila mereka berada di sana, mereka mengancam bukan sahaja pembangunan kita di sana, telaga minyak dan sebagainya, tetapi mengancam nelayan-nelayan kita. Nelayan-nelayan kita yang hendak pergi ke sana, kadang-kadang mereka halau nelayan kita untuk menangkap ikan di sana yang mana ia merupakan tempat ikan yang terbaik.

Jadi, bantahan ini kita minta supaya dibuat sekurang-kurangnya sebulan sekali sebab kita kena ingat dalam peraturan antarabangsa pada dasarnya, sesiapa yang berada di sesuatu tempat berterusan, itu dianggap pengiktirafan. Seperti yang berlaku di Pulau Batu Puteh, mereka berada di sana berterusan. Hak merupakan, hak milik negara Malaysia. Akan tetapi mereka berada di sana berterusan, akhirnya ditimbangkan kepada orang yang sudah lama berterusan di sana.

Jadi masalah Beting Patinggi Ali, mereka berterusan di sana. Mereka tidak mengiktiraf, mereka membuat tuntutan di atas nine-dash line dengan izin, mereka tidak ikut dotted line yang telah dipersetujukan di peringkat antarabangsa. Dia ikut perundangan dia, dia memang tidak sah untuk berada di sana. Jadi, bantahan kena dibuat, jangan berhenti menunjukkan bahawa kita menuntut supaya hak kita itu jangan diganggu di sana. Bukan enam bulan sekali, sebulan sekali. Kalau boleh dua minggu,

final • 7:05 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

tiap-tiap minggu pun saya ingat tidak ada masalah. Tunjukkan bantahan kita terhadap perbuatan mereka dan bahawa itu adalah hak kita.

Keduanya, kita lihat di sini disebut dalam jawapan di sini tentang kapal coast guard IRC, TLDM dengan APMM memastikan 24 jam kehadiran. Saya tahu sebab saya di antara orang yang pergi ke sana. Bukan helikopter sahaja mahu pergi dan sempat berada di sana dalam 10 minit, kena patah balik. Kalau tidak, menjadi masalah. Jadi, dalam masa itu kita sempat merakamkan apa yang berlaku. Kapal mereka sebuah, kapal kita dua buah, kadang-kadang tiga buah. Kita kena double-kan supaya kapal TLDM dua buah, kapal APMM empat buah. Carilah kapal-kapal yang sudah usang pun tidak apa, sudah berada di sana. Kalau kapal usang tersebut terpaksa meninggalkan kita, selamat tinggal di sana. Jangan balik di sini. Di sana mesti ada aset kita secara berkekalan di Beting Patinggi Ali. Jadi saya tahu kalau orang tengok muka saya, mereka ingat macam nama Patinggi Ali. Tidak, ini ialah masalah masa depan negara yang harus diperjuangkan.

Kemudian yang ketiganya ialah saya timbulkan tentang rondaan di sempadan.

Sekarang ini di sini disebut saya tidak faham, “Rondaan ini dilaksanakan dua kali setahun pada jarak maksimum 50 kilometer kiri kanan garis sempadan menggunakan laluan trek hutan”. Sebelah mana? Hal ini sebab saya pergi di sana dan saya berjalan kaki di sana.

Semasa pembinaan Pan Borneo dulu, saya berjalan kaki di sana dan saya tengok mereka membina trek kita dalam jarak satu kaki sahaja daripada batu sempadan dan setengah tempat melalui batu sempadan. Kalau kita hendak buat rondaan, rondaan di sebelah mana? Di sebelah Malaysia atau di sebelah kita? Kalau kita hendak buat rondaan sekarang, rondaan bersama, hanya menggunakan jalan yang dibina oleh negara jiran.

final • 7:05 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi jalan tersebut pula bukan dibina oleh kontraktor, dibina oleh tentera yang membina jalan tersebut daripada Sarawak terus sampai ke Sabah. Jadi saya minta supaya Kerajaan Malaysia juga membina jalan. Ini hak maruah yang harus dipertahankan membina jalan di sebelah Malaysia sepanjang jalan yang sama supaya bila rondaan dibuat, rondaan bersama, kereta mereka sebelah sana, kereta kita sebelah sini dalam jarak tiga kaki.

Okey, tidak ada masalah. Kita harus menunjukkan kehebatan kita sebagai negara yang berdaulat. Jadi saya menerima jawapan ini, saya tidak sempat jawab, baru terima tetapi saya masuk di bawah perbahasan ini supaya kementerian dapat ambil perhatian dan kalau boleh ambil tindakan mengenai rondaan jalan di sempadan Sabah dan Sarawak dan juga Beting Patinggi Ali. Terima kasih.

final • 7:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 7:10 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Saya terus masuk ke bawah...

final • 7:11 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Tuan Pengerusi.

final • 7:11 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Sorry, Tuan Pengerusi. Excited.

final • 7:11 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

  1. Ini tentang bagaimana kita punya aset banyak. Saya masih ingat lagi pada beberapa tahun yang dahulu tentera mempunyai kekuatan dalam untuk repair dia punya aset sendiri.

Saya kira dalam keadaan kita mesti bersiap siaga, saya mencadangkan supaya tentera memperbanyakkan repairman kita, mekanik-mekanik kita yang boleh repair boleh kata semua aset. Jadi jangan bergantung kepada kontraktor di luar. Dia begini Tuan Pengerusi, apabila kita expand-kan repairman punya ataupun orang-orang yang boleh jadi mekanik ataupun orang-orang yang boleh kendalikan aset-aset kita, advantage yang dia ada untuk mesti yang pertama dia boleh repair hak sekarang semasa dalam servis.

Akan tetapi yang lebih penting sekali ialah selepas dia keluar daripada servis, pengalaman yang dia ada itu harus dia teruskan. Kalau dia mekanik motor, dia motorlah.

Kalau dia lori, dia lorilah. Kalau dia pick up, dia pick up lah. Kalau dia kapal terbang, dia kapal terbanglah. Kalau dia marin aset, dia marin aset. Maknanya, ada continuation daripada dia bertugas dalam tentera setelah dia keluar terus.

Ini boleh dijadikan satu expansion bukan sahaja dia jadi repairman dan akhirnya juga dia boleh menjadi ahli-ahli perniagaan yang berjaya kerana pengalaman yang dia

final • 7:11 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

ada untuk repair aset tentera ini luar biasa. Tentera mempunyai aset yang luar biasa.

Jadi a very specialized area pun mungkin. Jadi saya mencadangkan supaya sementara kita memperkemaskan aset-aset kita, tetapi repairmen kita juga haruslah diberikan keutamaan untuk expansion. Keduanya, satu lagi tentang - Yang Berhormat Arau selalu bangkitkan benda ini saya sokong Yang Berhormat Arau lah supaya bekas-bekas tentera ini diberikan peluang untuk mereka meneruskan kehidupan mereka sama ada dia terus menjadi polis kah ataupun kakitangan awam. Maknanya kalau sekiranya dia pencen awal ataupun kebanyakan askar sekarang ini berhenti 15 – 18, jadi kalau sekiranya mereka ini kita berikan kuota, Tuan Pengerusi. Maknanya kalau ada intake baharu, sekurang-kurangnya 10 persen ataupun 15 ataupun 20 peratus untuk pengambilan reserve lah kepada bekas- bekas tentera kita kerana kita boleh selesaikan banyak masalah.

Pertama dari segi disiplin. Bekas tentera ini memang disiplinnya hebat.

Keduanya, mereka ini mempunyai pengalaman dan yang ketiga dia punya in service qualification, by the time dia servis 15 – 18 tahun ini dia punya knowledge Tuan Pengerusi, untuk menjadi Sarjan. Saya hendak cerita sedikit tentang tentera ini. Untuk dia menjadi Sarjan ini dia telah lalui paling kurang pun 13 kali kursus-kursus. Jadi bayangkanlah kursus-kursus ini telah membina personaliti dia. Jadi kalau kita ambil dia bekerja dalam sama ada polis ataupun dalam perkhidmatan awam, that personality part itu hampir 30 ke 50 peratus sudah selesai. Jadi untuk itu dia juga boleh memberikan...

Akhir sekali saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, walaupun tidak masuk dalam butiran ini kerana telah memberikan komitmen yang National Service ini akan diperkenalkan. Saya sedang tunggu-tunggu Tuan Pengerusi untuk melihat apakah jenis National Service yang Menteri jawab sendiri dalam Parlimen akan diperkenalkan dan Perdana Menteri pun ada di sini untuk menyelamatkan negara kita.

Kita harus buat sesuatu dan saya kira National Service adalah tindakan yang paling awal untuk kita perbetulkan keadaan anak-anak muda kita sekarang ini yang agak terbabas daripada segi kesetiaannya kepada raja, kecintaannya kepada negara dan lain- lain itu supaya dengan National Service ini kita kembalikan mereka ke dalam trek yang betul akhirnya rasa cinta kepada Raja dan negara itu kita kembalikan seperti zaman- zaman dahulu. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

final • 7:11 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Dungun.

final • 7:11 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Butiran 020300 – Pertahanan Maritim. Tuan Pengerusi, dengan perbelanjaan mengurus tambahan pertama yang telah diberikan bagi tahun 2019 sebanyak RM53,269,600 telah ditambah untuk senggaraan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan bahan api kapal.

Akan tetapi saya melihat kepada peruntukan ini adalah kecil dengan jumlah keseluruhan yang diberikan kepada pertahanan udara sedangkan kita melihat kepada peruntukan asal juga adalah yang telah diberikan kepada pertahanan laut juga adalah kecil.

Oleh itu, melihat kepada kepentingan bahawa pertahanan yang melibatkan maritim ini adalah merupakan suatu bidang yang memerlukan satu peruntukan yang besar sebabnya melibatkan rondaan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia yang bukan sahaja rondaan biasa tetapi juga rondaan-rondaan operasi.

Maka peruntukan tambahan bukan sahaja diperlukan bagi tujuan senggaraan kapal bahkan kerajaan perlu juga memberikan peruntukan tambahan khusus untuk penguatkuasaan maritim yang melibatkan rondaan kapal ini bagi mengatasi juga pencerobohan nelayan asing yang sangat diperlukan untuk menimbulkan rasa kegerunan kepada nelayan-nelayan asing daripada menceroboh perairan negara kita.

Nelayan-nelayan di Terengganu amnya dan di Dungun khususnya sangat mengharapkan agar kawalan perairan dapat dipertingkatkan bagi menjamin sumber nelayan tidak terjejas dengan masalah pencerobohan nelayan asing. Saya mohon supaya diberikan perhatian kepada masalah yang telah lama yang telah dilalui oleh nelayan-nelayan tempatan. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

final • 7:15 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Menteri.

Silakan.

final • 7:15 PM

Menteri Pertahanan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Sungai Petani dan Yang Berhormat Dungun yang membangkitkan beberapa isu berkaitan kementerian di bawah perbelanjaan ini.

Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang hampir sama dengan Yang Berhormat Dungun iaitu mengenai perbelanjaan untuk perkhidmatan dan bekalan di bawah pertahanan maritim lebih kecil berbanding dengan pertahanan udara. Saya hendak beri gambaran yang lebih jelas sedikit tentang jumlahnya.

Untuk senggaraan kapal TLDM sebanyak RM30 juta, untuk bahan api kapal TLDM – RM23.269 juta manakala senggaraan kapal TUDM, tentera udara adalah sebanyak RM160 juta manakala bahan api untuk TUDM adalah RM34 juta. Memang ada lebihan yang agak tinggi berbanding dengan kedua-dua ini iaitu TUDM jauh lebih tinggi daripada TLDM.

Dari segi senggaraan itu yang menyebabkan berlaku peningkatan kerana seperti kita tahu keperluan alat ganti adalah lebih mahal. Begitu juga dari segi kepakaran pakar-pakar untuk membuat penyelenggaraan untuk MRO misalnya juga memerlukan kepakaran luar yang melibatkan kewangan yang agak tinggi. Begitu juga dari segi umur pesawat kita yang agak lanjut yang menyebabkan kos senggaraan begitu tinggi berbanding dengan bagi TLDM untuk tentera laut.

final • 7:17 PM

Menteri Pertahanan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Saya setuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat Arau tadi supaya perbelanjaan yang lebih diberikan kepada tentera laut. Memang benar dari segi perbelanjaan adalah agak kecil dan jumlah kelulusan yang diberikan jauh lebih kecil daripada permohonan kita yang sebenar.

Pihak kementerian memohon sebanyak RM368.842 juta untuk senggaraan kapal TLDM. Walau bagaimanapun kita diberikan sebanyak RM203.7 juta berserta berserta dengan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta. Ini menjadikan kekurangan defisit daripada yang kita pohon adalah RM135.142 juta.

Jadi saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Arau kerana meminta supaya diperkasakan tentera laut ini dengan menambahkan perbelanjaan supaya tiada potongan yang besar seperti yang berlaku.

Yang Berhormat Arau banyak membangkitkan mengenai kawalan di Beting Patinggi Ali. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Arau. Begitu juga dengan cadangan untuk rondaan di kawasan sempadan, pembinaan jalan dan sebagainya, Kalau dalam jawapan saya itu tidak mencukupi, saya akan beri lagi jawapan secara bertulis Yang Berhormat Arau sebab soalan-soalan yang diberikan oleh Yang Berhormat itu tidak termasuk dalam perkara yang kita bincangkan hari ini dari segi peringkat Jawatankuasa.

Walau bagaimanapun, saya akan berikan jawapan secara bertulis yang lebih kalau masih tidak berpuas hati dengan jawapan lepas, insya-Allah saya akan tambah lagi dari segi jawapannya. Walau bagaimanapun seperti yang saya jawab sewaktu ucapan dasar dahulu iaitu kita bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Arau.

Mengenai rundingan bilateral oleh Kementerian Luar Negeri sukar untuk saya memberikan jawapan detailed kerana ia di bawah Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Luar Negerilah yang tahu apa bentuk perbincangan, berapa kali setahun, berapa kali sebulan dan sebagainya.

Begitu juga dengan Yang Berhormat Dungun. Saya sudah sebutkan tadi dari segi jawapannya hampir sama. Yang Berhormat Sungai Petani saya ucapkan terima kasih juga kepada cadangan. Akan tetapi seperti yang saya sebutkan tadi bahawa perkara- perkara yang dibangkitkan seperti national service dan sebagainya tidak termasuk di bawah perkara kepala yang kita bincangkan.

Untuk menambahkan mekanik tempatan, ingin saya maklumkan bahawa banyak syarikat tempatan sebenarnya yang terlibat di dalam membuat maintenance repair dan overhaul ataupun MRO bagi aset-aset ketenteraan. Insya-Allah seperti yang dicadangkan kita akan memperbanyakkan lagi pakar-pakar dan mekanik-mekanik tempatan untuk senggaraan ini. Itu sahaja. Terima kasih. Assalamualaikum.

final • 7:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM362,962,900 untuk Maksud B.60 di bawah Kementerian Pertahanan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM362,962,900 untuk Maksud B.60 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 7:20 PM

Maksud P.62 - Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2019]- Tuan Pengerus

Kepala Pembangunan P.62 di bawah Kementerian Dalam Negeri. Oleh sebab P.62 hanya token sahaja, P.62 tidak perlu dibahas.

[Tiada perbahasan]

final • 7:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM30 untuk Maksud P.62 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2019 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM30 untuk Maksud P.62 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2019]

final • 7:20 PM

Maksud B.63 - Jadual]- Tuan Pengerus

Kepala Bekalan B.63 di bawah Kementerian Pendidikan terbuka untuk dibahas. Ada? Tidak ada? Yang Berhormat Menteri ada.

[Tiada perbahasan]

final • 7:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM623,746,800 untuk Maksud B.63 di bawah Kementerian Pendidikan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM623,746,800 untuk Maksud B.63 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual] [****Fasal 1 dan 2** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2019) 2020 dan Usul Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2019 dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 7:20 PM

Bacaan Kali Yang Ketiga Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Abd Rahim bin Bakri

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2019 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud yang tertentu bagi tahun itu telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujukan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

final • 7:20 PM

Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Mohd Shahar bin Abdullah

Saya menyokong.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]

final • 7:20 PM
USUL

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Abd Rahim bin Bakri

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon memaklumkan iaitu Jawatankuasa telah menimbangkan Usul yang diedarkan kepadanya dan bersetuju dengan Usul itu. Seterusnya saya mencadangkan supaya Usul yang berbunyi:

"Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak empat bilion sembilan ratus tujuh puluh juta empat ratus sembilan puluh tujuh ribu tujuh ratus ringgit

(RM4,970,497,700) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2019 bagi Maksud dan Butiran

(Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2019 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2020 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut." hendaklah disahkan.

final • 7:20 PM

Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Mohd Shahar bin Abdullah

Saya mohon menyokong Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Usul Menteri Kewangan, yang berbunyi; "Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak empat bilion sembilan ratus tujuh puluh juta empat ratus sembilan puluh tujuh ribu tujuh ratus ringgit

(RM4,970,497,700) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2019 bagi Maksud dan Butiran

(Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2019 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2020 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut." hendaklah disahkan.

final • 7:20 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

[Diputuskan, "Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] , membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak empat bilion sembilan ratus tujuh puluh juta empat ratus sembilan puluh tujuh ribu tujuh ratus ringgit (RM4,970,497,700) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2019 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2019 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2020 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut."]

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 13 Ogos 2020. Terima kasih.

final • 7:20 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.31 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026