Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said) mempengerusikan Mesyuarat]
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Penutup mulut dan hidung cantik. Kalau ada extra bagi satu. Soalan saya nombor satu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
No problem.
1. Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan apakah usaha kementerian dalam meningkatkan pemantauan ke atas aktiviti-aktiviti perladangan bagi memastikan alam sekitar dapat terpelihara daripada pencemaran. Apakah statistik tindakan yang telah diambil terhadap syarikat-syarikat yang mencemarkan alam sekitar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Menteri? Oh, tak nampak. Mic, mic. Hujan, mic tidur agaknya. Depanlah Yang Berhormat.
Pinjam meja sesiapa, Yang Berhormat. Minta maaf ya, Ahli-ahli Dewan. Silakan.
Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad
Minta maaf. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, menggunakan tempat Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.
Sebenarnya berkaitan dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan berkenaan dengan aktiviti pencemaran dan juga perladangan yang diakibatkan oleh kilang-kilang dan sebagainya ini, maka untuk makluman Ahli Dewan, Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan pemantauan secara berkala di peringkat pelaksanaan projek-projek bagi aktiviti-aktiviti pertanian atau perladangan dengan berdasarkan kepada Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti-aktiviti Yang Ditetapkan)
(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015.
Dari segi statistik tindakan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan melalui Jabatan Alam Sekitar dan kementerian adalah seperti berikut.
Pada tahun 2018, sebanyak 19 penguatkuasaan telah dilaksanakan di projek pertanian yang telah mendapat kelulusan EIA. Sebanyak empat projek telah pun diberikan notis arahan dan satu projek dikenakan tindakan kompaun.
Pada tahun 2019, sebanyak 19 penguatkuasaan telah dilaksanakan di projek pertanian yang telah juga mendapatkan kelulusan EIA dan sebanyak lapan projek telah diberikan notis arahan dan juga dua projek dikenakan tindakan mahkamah.
Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad
Dalam hal ini, dalam tahun 2020 sehingga Jun, kerajaan telah pun membuat penguatkuasaan kepada- 14 penguatkuasaan telah dilaksanakan di mana dua projek telah diberikan notis arahan dan satu projek dikenakan tindakan kompaun.
Dalam usaha untuk memastikan bahawasanya penguatkuasaan berterusan dibuat oleh pihak kementerian ke atas perladangan-perladangan ini, maka pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air telah meningkatkan pemantauan aktiviti-aktiviti di kawasan pertanian atau perladangan yang mempunyai kelulusan EIA melalui kaedah- kaedah yang tertentu. Ada tiga kaedah sebenarnya iaitu:
(i) pemeriksaan di tapak bagi melihat keberkesanan pelaksanaan projek yang telah membuat pematuhan terdapat syarat-syarat EIA;
(ii) mewajibkan penyediaan orang yang berwibawa yang bertanggungjawab dalam pengurusan alam sekitar di tapak projek;
(iii) laporan pengawasan kualiti udara dan kualiti air secara berkala; dan
(iv) melaksanakan audit pihak ketiga bagi melaksanakan Audit Alam Sekitar di bawah seksyen 33A.
Dalam konteks ini juga, pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air juga memandang serius aktiviti pembakaran terbuka di kawasan-kawasan ladang terutamanya yang melibatkan kawasan tanah gambut. Pemantauan di kawasan sering terbakar seperti ladang-ladang, tapak pelupusan, pemantauan di kawasan yang sering terbakar dan juga kawasan-kawasan yang berkenaan dibuat, walaupun negara mengalami wabak COVID-19, melalui rondaan dan penggunaan teknologi dron.
Bagi kawasan pembakaran terbuka, pada tahun 2019, kita telah mencatatkan sebanyak 178 kes pembakaran terbuka di ladang kelapa sawit yang telah dilaporkan kepada kita, pihak kementerian, di seluruh negara dan kita telah mengambil tindakan di bawah seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Manakala bagi ladang getah, kita dapati sebanyak 29 kes telah pun diambil tindakan.
Untuk makluman Dewan juga- sedikit masa saya ambil- sehingga Julai 2020, sebanyak 74 kes pembakaran terbuka di ladang sawit dan 19 kes pembakaran terbuka di ladang getah di seluruh negara telah diambil tindakan di bawah akta yang sama.
Kita perlu faham dalam satu perkara di sini iaitu selama ini, punca kuasa Jabatan Alam Sekitar adalah hanya terhad kepada aktiviti yang tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling 2015. Selaras dengan usaha itu, kerajaan juga telah memperkasakan penguatkuasaan akta. Maka pihak kementerian sedang sekarang ini merangka peraturan-peraturan baharu berkaitan dengan parameter bahan tercemar terhadap aktiviti-aktiviti yang tidak tertakluk di bawah EIA. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Sila Yang Berhormat, soalan tambahan pertama.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak menafikan bahawa kita punya peraturan. Undang-undang memang ada. Walau bagaimanapun, mungkin enforcement ataupun penguatkuasaan kita tidak berkesan. Contohnya di Kinabatangan ini, beratus-ratus syarikat memiliki ladang kelapa sawit dan berpuluh-puluh pula kilang kelapa sawit. Malangnya, sudahlah syarikat ini tidak bertanggungjawab, mereka menanam sawit di tebing-tebing sungai, lepas itu mereka buang sisa toksik dalam Sungai Kinabatangan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jadi sungai itu dulu daripada jernih jadi gelap saya pun tidak tahu kenapa suddenly bertukar jadi begitu. Sepanjang 560 kilometer sungai telah dicemari. Jadi, apa tindakan kementerian sebab enforcement penting memastikan bahawa pencemaran tidak berlaku? Terima kasih.
Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Memang saya setuju dengan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan sebentar tadi bahawasanya memang aktiviti pengilangan ini kadang-
Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad
kadang berlaku dalam keadaan yang memang kita- sukar untuk dijangka dan penguatkuasaan ini perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Untuk perancangan jangka masa panjang untuk maklum Yang Berhormat di Dewan dan juga Yang Berhormat Kinabatangan, pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air ini sedang merangka untuk memperkuatkan, memperkemaskan agensi yang berkaitan dengan penguatkuasaan kepada aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pencemaran kilang dan sebagainya ini.
Kilang-kilang kelapa sawit atau pengilangan getah seperti mana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan selalunya berkait dengan bagaimana proses untuk memastikan bahawasanya sisa kilang itu yang hendak dialirkan ke sungai itu dialirkan secara langsung dan tidak melalui proses rawatan. Itulah kesannya akhirnya memberi kesan kepada sungai dalam negara kita. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Soalan tambahan kedua Yang Berhormat Tampin. Masa 30 saat Yang Berhormat Tampin.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Berdasarkan kepada rancangan Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini yang bercadang untuk melakukan pindaan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling. Pindaan yang ingin dibuat adalah untuk memperkenalkan undang-undang bagi mewajibkan syarikat yang mencemari alam sekitar untuk membayar kos operasi pembersihan dan kerosakan yang lain yang telah dilakukan. Adakah ia akan diteruskan?
Kedua, sejauh mana kerjasama di antara Malaysia dengan Indonesia untuk menghalang berlakunya jerebu pada masa akan datang?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Silakan Yang Berhormat. Kalau soalannya luar daripada soalan asal boleh beri jawapan bertulis.
Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad
Ya, Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua, saya memohon untuk memberi jawapan bertulis.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya menjemput.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Tuan Yang di-Pertua, boleh satu soalan?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Boleh tambah lagi?
Macam tadi ringkas sangat jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh lagi satu soalan? Yang Berhormat Gerik.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan saya mudah sahaja. Apakah inisiatif yang telah dilakukan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air untuk golongan muda dan belia mempelajari gaya hidup green lifestyle agar alam sekitar terus dilestarikan dan dihindari dari pencemaran? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat.
Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad
Terima kasih Yang Berhormat Gerik.
Untuk berkaitan dengan aktiviti atau green lifestyle ini. Ini adalah proses ataupun aktiviti kegiatan ataupun satu daripada mekanisme penting untuk memastikan negara kita ini dapat dilestarikan selari dengan pembangunan alam sekitar dan sebagainya.
Maka dalam hal ini, dalam konteks green lifestyle ini atau berkenaan gaya hidup hijau ini, pihak kementerian telah pun menjalankan beberapa inisiatif. Antaranya ialah dengan cara mendekati rakan-rakan strategik di universiti sebagai contohnya melalui contohnya antaranya ialah program green campus lifestyle yang dibuat di mana kita memberi penekanan kepada concept green carbon campus dan sebagainya dan juga memberi penekanan kepada generasi.
Inilah penting untuk generasi muda yang akan datang di mana dalam konteks untuk membangunkan negara atau dalam konteks untuk memastikan aktiviti ataupun kegiatan berkaitan dengan alam sekitar ini tidak hanya terhad kepada aktiviti enforcement tetapi juga melibatkan aktiviti-aktiviti bersifat awareness ataupun pendidikan. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tuan Tan Kok Wai. Silakan.
2. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan, jumlah perniagaan yang telah menggulung perniagaan mereka dalam bulan April, Mei, Jun dan Julai 2020, serta jumlah perniagaan baharu yang didaftarkan di dalam tempoh yang sama.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Rosol bin Wahid
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Cheras yang ingin bertanyakan tentang perniagaan yang digulung sepanjang tempoh April sehingga Julai 2020.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi tempoh dari 1 April 2020 hingga 19 Julai 2020 sejumlah 4542 permohonan penamatan perniagaan telah diterima oleh SSM. Manakala sebanyak 82,555 perniagaan baharu telah didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
Statistik tersebut menunjukkan jumlah perniagaan baharu yang didaftarkan jauh melebihi jumlah permohonan dan penutupan perniagaan iaitu sebanyak 95 peratus bagi tempoh yang dimaksudkan itu. Pecahan jumlah permohonan penutupan dan jumlah perniagaan baharu didaftarkan mengikut bulan adalah seperti berikut:
| Bulan | Jumlah permohonan penutupan (buah) | Jumlah perniagaan baharu (buah) | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| April | 278 | 1854 | ||||
| Mei | 1565 | 10936 | ||||
| Jun | 1595 | 39931 | ||||
| Julai | 1107 | 29834 | Jumlah | 4542 | 82555 |
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Soalan tambahan pertama.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Terima kasih. Apakah anggaran kerajaan bilangan perniagaan-perniagaan yang akan menggulung apabila program moratorium untuk bayaran balik pinjaman bank berakhir September ini?
Sehubungan itu, apakah bantuan yang dapat diberikan oleh kementerian kepada peniaga-peniaga tersebut dengan mengambil kira sekiranya lebih banyak peniagaan terjejas akibat negara kita diserang gelombang ketiga COVID-19? Terima kasih.
Dato’ Rosol bin Wahid
Terima kasih Yang Berhormat Cheras. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya inilah nature kehidupan kita.
Sebenarnya yang mati adalah lebih kurang ataupun lebih sedikit berbanding dengan yang hidup. Ini berlaku dalam perniagaan dan menjadi sesuatu amalan biasa apabilanya berlakunya kemerosotan ekonomi, ramai mereka yang dibuang kerja ataupun dibuat retrenchment. Maka akan berlakulah banyak pendaftaran, mereka berdaftar untuk berniaga.
Jadi mereka terpaksa memilih cara ataupun jalan untuk meneruskan kehidupan mereka. Jadi kalau dikatakan bahawa orang Malaysia ataupun rakyat Malaysia malas, saya rasa tidak betul kerana apabila mereka tersempit mereka akan mencari jalan untuk meneruskan kehidupan mereka. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Soalan tambahan kedua Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih. Saya ingin mendapat kepastian daripada Timbalan Menteri. Adakah daripada 82,555 syarikat yang
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
baharu itu kebanyakannya syarikat yang beroperasi dalam e-Dagang kerana e-Dagang ialah satu bentuk perniagaan yang amat popular ketika COVID-19.
Seterusnya, sama ada syarikat itu adalah anak-anak syarikat pemasaran.
Anak-anak syarikat pemasaran ataupun marketing arm, ia selalu ditambah untuk mengelakkan cukai, untuk mengurang cukai ataupun pelepasan cukai SST. Kalau tidak dapat jawab, boleh jawab kemudian. Adakah subsidi upah, pinjaman PKS, Geran Khas Prihatin (GKP) yang begitu banyak RM13 bilion, RM6 bilion, RM2.1 bilion ini membantu syarikat daripada menggulung tikar? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat boleh beri jawapan bertulis kalau soalan...
[Rakaman kurang jelas]
Dato’ Rosol bin Wahid
Ya, yang belum berdaftar itu saya akan beri jawapan bertulis. Cuma sekarang umumnya apabila pendaftaran syarikat yang meningkat dari bulan April sehingga bulan Julai itu semasa PKP. Secara logiknya perniagaan mereka pendaftaran melalui e-Dagang dan berniaga secara online kerana ketika itu kedai-kedai fizikal tidak dibenarkan beroperasi. Jadi e-Dagang dan juga online-lah yang menjadi rebutan atau yang dipraktikkan oleh peniaga-peniaga kita di negara ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
3. Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh [Sabak Bernam] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan, apakah inisiatif dan perancangan kementerian untuk meningkatkan ekonomi dan pendapatan masyarakat luar bandar khususnya di kawasan Parlimen Sabak Bernam.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II - Dato' Henry Sum Agong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Sabak Bernam yang menanyakan soalan.
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menjawab soalan Yang Berhormat Sabak Bernam bersekali dengan soalan nombor 47 daripada Yang Berhormat Tampin yang dijadualkan pada 25 Ogos 2020 kerana menyentuh perkara yang sama.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said
Silakan.
Dato' Henry Sum Agong
Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar amat prihatin tentang permasalahan melibatkan pendapatan masyarakat di luar bandar. Pemerkasaan ekonomi luar bandar merupakan salah satu teras di dalam Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) 2030 dan antara strategi serta inisiatif adalah dengan mempelopori aktiviti ekonomi luar bandar yang transformative dan mempunyai nilai pendapatan yang tinggi. Sehubungan itu, antara program yang dilaksanakan kementerian bagi merangsang pertumbuhan ekonomi adalah:
(i) menyediakan infrastruktur dan prasarana yang lengkap dan mencukupi di luar bandar;
(ii) Program Peningkatan Pendapatan (PPP);
(iii) program-program keusahawanan yang melibatkan pembangunan perniagaan, pembiayaan dan pemasaran produk usahawan luar bandar;
(iv) Program Desa Lestari yang merupakan program pembangunan ekonomi secara komuniti melalui platform koperasi; dan
(v) Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung
(PROSPEK).
Kementerian ini juga dalam perancangan untuk meneroka sumber-sumber baharu berpendapatan tinggi luar bandar bagi membantu mempertingkatkan ekonomi dan pendapatan penduduk. Antara yang dikenal pasti adalah aktiviti pelancongan desa dan program agromakanan merangkumi ternakan, tanaman jangka pendek dan jangka panjang di kalangan pekebun kecil dan penduduk luar bandar.
Dato' Henry Sum Agong
Selain itu, daerah-daerah berpotensi untuk pembangunan niche product atau industri yang bersesuaian akan dikenal pasti untuk dibangunkan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi luar bandar yang lebih pesat.
Bagi tahun 2020, sejumlah RM6.2 bilion diperuntukkan di bawah kementerian ini bagi melaksanakan program-program pembangunan ekonomi, prasarana dan modal insan di seluruh negara. Daripada jumlah berkenaan, sejumlah RM107.9 juta diperuntukkan bagi negeri Selangor secara keseluruhannya.
Bagi Parlimen Sabak Bernam, peruntukan keseluruhan tahun 2020 adalah RM800 ribu melibatkan projek naik taraf jalan luar bandar, Program Pendidikan Komuniti
(PKOM) dan Program Pendidikan Kemahiran (PKEM). Walau bagaimanapun, jumlah ini tidak termasuk peruntukan di bawah kategori pelbagai Parlimen di negeri Selangor iaitu sebanyak RM36.2 juta. Sekian, terima kasih.
Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberikan jawapan sebentar tadi. Tahniahlah kerana memberikan peruntukan kepada Parlimen Sabak Bernam.
Saya lihat mungkin ada beberapa program ataupun projek yang telah dilaksanakan oleh kementerian tidak sampai ke kawasan ataupun sasaran yang tertentu.
Saya hendak bertanya kerana di kebanyakan di kampung-kampung ataupun di luar bandar, mereka adalah yang bekerja sebagai petani, ada penjawat awam dan sebagainya.
Saya hendak tanya, setakat manakah golongan muda luar bandar ini berjaya hendak mendapat manfaat daripada program PPP dan juga SPKP? Apakah langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda supaya mereka menetap di luar bandar dan menjana pendapatan di luar bandar? Sekian, terima kasih.
Dato' Henry Sum Agong
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, bagi tempoh dari 2016 sehingga 2019 iaitu dalam RMKe-11, sebanyak RM32 juta telah diperuntukkan untuk pelaksanaan Program Peningkatan Pendapatan (PPP) melibatkan seramai 3,381 peserta. Manakala bagi tahun 2020, sebanyak RM7 juta diperuntukkan bagi program ini dengan sasaran seramai 700 penerima.
Penerima program ini adalah dalam kumpulan berpendapatan rendah dalam lingkungan umur yang produktif. Secara keseluruhannya, sekurang-kurangnya 70 peratus penerima bantuan dalam program ini merekodkan peningkatan pendapatan dalam aktiviti yang dibantu.
Sebagai rekod untuk tahun 2019, seramai 321 daripada 800 penerima mencatatkan peningkatan pendapatan melebihi 30 peratus. Manakala 146 peserta menunjukkan peningkatan pendapatan tetapi kurang daripada 30 peratus. Baki 333 penerima lain masih lagi dalam tempoh pemantauan dan ia sedikit terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat, jawapan panjang sangat. Bolehkah bagi jawapan bertulis sambungannya? Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang soalan tambahan kedua.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar, Papar minta laluan.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Sungai Siput.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Papar berdiri daripada tadi, kan? Silakan Yang Berhormat Papar.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan saya, apakah perancangan kementerian bagi memastikan masyarakat di luar bandar khususnya golongan belia meningkatkan pendapatan ekonomi setempat dan tidak berhijrah ke bandar dengan memaksimumkan penggunaan teknologi digital sedia ada. Sejauh manakah usaha kerajaan dalam mengenal pasti dan mencungkil potensi belia di luar bandar khususnya dalam bidang automatif dan permotoran agar dapat digunakan sebaiknya. Terima kasih.
Dato' Henry Sum Agong
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat, pihak kerajaan dan kementerian menjalankan program-program yang baik untuk golongan remaja. Program-program seperti yang saya sebutkan tadi adalah Program Desa Lestari di antara program yang akan dijalankan oleh kementerian.
Satu yang lain iaitu program PROSPEK dan tentulah Program Peningkatan Pendapatan tadi dan DesaMall@KPLB.
Kerajaan juga mempunyai inisiatif untuk meningkatkan ataupun membantu golongan tertentu seperti inisiatif program moratorium dan bantuan modal pusingan, bantuan kos operasi syarikat dan Skim Kemudahan Program Peningkatan dan Pembangunan Standard Perniagaan MARA. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid.
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor empat, mohon jawapan...
[Nada suara agak kuat]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Terperanjat saya Yang Berhormat...
[Dewan ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Silakan Yang Berhormat Menteri. Oh! Yang Berhormat Timbalan Menteri.
4. Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kapar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, jumlah pekerja asing yang sah dalam negara tetapi masih bekerja di dalam negara setelah permit mereka tamat tempoh. Bagaimana pemantauan dapat dilakukan terutama dari aspek keselamatan dan kesihatan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Yang Berhormat Kapar...
[Dewan ketawa]
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Kawan saya, sahabat saya yang...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Dahsyat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Dahsyat- Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Kapar, Kementerian Dalam Negeri memandang serius terhadap isu PATI dan juga warganegara asing yang tinggal melebihi tempoh permit yang telah dibenarkan, dengan izin, overstay. Oleh sebab itu, kalau kita tak tangani dua isu ini, PATI dan juga yang overstay, ia akan menjejaskan keselamatan negara, keharmonian awam dan kedaulatan negara. Oleh sebab itu, daripada segi pemantauan keselamatan, pihak KDN melalui semua agensinya sentiasa mengadakan operasi bersama bersumberkan maklumat dan risikan bersama.
Sehingga kini, Permit Lawatan Kerja Sementara (PLKS) di dalam negara kita sejumlah 1,545,101 orang. Daripada 1,545,101 ini, kerana tamat tempoh permit, kita telah buat tangkapan sejumlah 2,766. Walaupun begitu, kita ada memberi peluang oleh sebab PKP dan sebab-sebab majikan memerlukan pekerja, kita memberikan permit khas iaitu pas khas selama 30 hari bagi membolehkan pekerja asing ini untuk melanjutkan tempoh satu tahun lagi PLKS yang sah tetapi tertakluk kepada saringan kesihatan di bawah FOMEMA dan juga prosedur yang sedia ada di bawah Jabatan Imigresen Malaysia. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Silakan Yang Berhormat.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, meneliti daripada kesungguhan KDN untuk mengawal selia pekerja-pekerja asing yang sudah habis tempoh permit mereka, adalah menjadi satu igauan buruk bila COVID-19 ini disertai bersama oleh kumpulan-kumpulan ini yang menyebabkan kerajaan tidak dapat mengenal pasti mereka yang membawa positifnya COVID-19 ini.
Namun, soalan saya ialah apakah tindakan jangka panjang kerajaan untuk mengawal selia dengan mengadakan identity card seperti mana yang kita lihat di dalam negara kita ini ada RFID card yang membolehkan kita mengenal pasti data-data pekerja asing ini, seperti mana yang berlaku di Singapura, Dubai, Qatar dan banyak negara maju yang menggunakan kad yang seumpama dengan RFID ini dan diangkat sebagai national
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
security yang tidak boleh dikompromi? Apakah Yang Berhormat Timbalan Menteri bersetuju untuk mengkaji dalam soal aspek data sedemikian? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih, Yang Berhormat Kapar. Memang kita sedia maklum apabila negara kita dan seluruh dunia menghadapi masalah COVID-19, pastinya ada warganegara asing dan PATI yang terlibat dengan masalah kesihatan COVID-19 ini.
Setakat ini yang ada di depoh kita yang melibatkan PATI sejumlah 15,531 orang dan yang telah terlibat atau positif CVID-19 ini adalah berjumlah 786 orang. Akan tetapi, kita telah memberikan pemeriksaan kesihatan dan rawatan. Alhamdulillah, kesemua 786 PATI in telah sembuh dan saya ucapkan tahniah kepada pihak KKM dan juga MKN serta agensi-agensi yang lain yang telah bertungkus-lumus untuk memastikan PATI dan juga warganegara asing kita sihat.
Oleh sebab itulah operasi kita di Malayan Mansion dan juga di Selangor Mansion, kita telah membuat tangkapan dan kita sedang berusaha dengan negara- negara jiran iaitu negara sumber untuk kita menghantar pulang PATI ini. Alhamdulillah, telah mendapat kerjasama yang cukup baik daripada negara-negara sumber.
Mengenai kad yang disebut oleh Yang Berhormat Kapar, RFID card ini kita akan mengkaji untuk melaksanakan di dalam negara kita. Terima kasih Yang Berhormat atas cadangan yang cukup baik tersebut.
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Memang baik apa yang dibuat yang berkaitan dengan pekerja asing yang berdaftar, yang sah. Akan tetapi, bagaimana dengan pendatang-pendatang yang bekerja juga dalam negara kita dalam pelbagai bidang dan sektor yang tidak diketahui oleh pihak KDN di mana mereka berada, maybe di dalam hutan dan sebagainya? Bagaimanakah kita dapat mengatasi masalah ini? Ini kerana mereka ada di mana-mana dan mereka juga boleh menyebabkan penyakit-penyakit yang berjangkit seperti COVID-19 ini.
Bagaimanakah kita dapat menangani masalah berkaitan dengan mereka ini?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sebagaimana yang telah kita ketahui, Yang Berhormat, kita sebenarnya ada satu pelan yang baharu iaitu pelan holistik yang berdasarkan lima strategi ataupun fokus iaitu tentang:
(i) strategi perundangan dan dasar penguatkuasaan PATI;
(ii) strategi kawalan sempadan dan pintu masuk;
(iii) strategi pengurusan pekerja asing;
(iv) strategi operasi penguatkuasaan PATI; dan
(v) strategi media dan publisiti.
Yang ini saya hendak fokus kepada soalan Yang Berhormat tadi mengenai peranan media dan juga masyarakat komuniti supaya menjadi mata dan telinga kepada pihak agensi-agensi di bawah KDN, RELA, polis dan sebagainya. Jadi, peranan ketua- ketua masyarakat ini adalah sangat penting untuk memastikan mana-mana PATI yang tak dapat dikesan oleh agensi di bawah KDN, minta mana-mana individu atau pemimpin komuniti tampil memberikan. Jadi, bila ada kerjasama di antara KDN dan orang ramai termasuk pemimpin komuniti, insya-Allah, kita dapat membanteras PATI di dalam negara kita. Terima kasih Yang Berhormat.
5. Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [Setiu] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan, tarikh baharu pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) setelah ia ditangguhkan oleh Kabinet.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Rosol bin Wahid
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Setiu yang ingin bertanyakan tentang Program Subsidi Petrol (PSP).
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, bahawa tarikh baharu bagi pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) masih belum dimuktamadkan lagi buat masa
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Rosol bin Wahid
ini. Ini disebabkan oleh harga petrol RON95 masih berada di bawah paras RM2.08 seliter iaitu aras yang ditetapkan oleh PSP. Untuk makluman, hari ini harga RON95 RM1.68 dan minggu lepas RM1.72. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Soalan tambahan pertama.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan. Adakah kerajaan mempunyai perancangan baharu dalam pemberian subsidi minyak di masa yang akan datang?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Sila.
Dato’ Rosol bin Wahid
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Setiu.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, bahawa pada 9 Julai 2020, pihak KPDNHEP dan Kementerian Kewangan telah pun mengadakan satu mesyuarat berkenaan dengan hala tuju Program Subsidi Petrol (PSP) ini. Dalam mesyuarat itu telah memutuskan dua perkara iaitu:
(i) KPDNHEP dan Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk tidak melaksanakan PSP; dan
(ii) Kementerian Kewangan akan menyediakan Memorandum Jemaah Menteri (MJM) untuk memuktamadkan pendirian kerajaan berkaitan dengan PSP tersebut.
Sebab-sebab tidak dilaksanakan ialah:
(i) untuk mengelak salah faham di kalangan penduduk Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan kerana hanya penduduk Semenanjung sahaja yang terlibat dengan program subsidi ini;
(ii) untuk mengelak daripada berlakunya jurang harga petrol yang tinggi antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan; dan
(iii) bagi kelompok M40, mereka hanya akan menikmati potongan harga semasa musim petrol di stesen minyak kerana mereka diberi kad minyak subsidi dan ini boleh menimbulkan keraguan dalam kalangan rakyat berkenaan ketelusan dalam pemberian subsidi ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Soalan tambahan kedua, Yang Berhormat Kalabakan.
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Memandangkan terdapat ramai masyarakat kita telah kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19 dan kemerosotan ekonomi, salah satu tawaran pekerjaan yang sedia ada, adalah perkhidmatan e-hailing yang dipercayai menjadi punca rezeki kepada agak ramai masyarakat kita.
Soalan saya, apakah formula terbaik dalam program subsidi petrol ini bermanfaat kepada golongan tersebut? Apakah platform kewangan terbaik untuk memastikan pemberian PSP dapat diberi secara telus kepada anak-anak muda yang mengoperasikan e-hailing? Terima kasih.
Dato’ Rosol bin Wahid
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan, sahabat saya. Jadi, oleh sebab kerajaan tidak bercadang untuk hendak meneruskan PSP ini, mungkin kita akan memikirkan cara lain untuk membantu anak-anak muda kita yang terlibat dengan e-hailing sebagaimana yang diminta Yang Berhormat Kalabakan. Insya- Allah saya yakin dan saya percaya kerajaan kita yang prihatin ini akan mengambil cakna, memahami denyut nadi rakyat, apa sahaja masalah rakyat, kita akan cuba selesaikan dengan cara yang terbaik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
6. Tuan Jugah a/k Muyang @ Tambat [Lubok Antu] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan adakah kerajaan akan mengkaji undang-undang buruh dan memperbaharui pasaran buruh, berikutan hasil kajian yang mencadangkan tenaga kerja di Malaysia tidak menerima bayaran gaji setimpal untuk kerja yang dilakukan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Tuan Haji Awang bin Hashim
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh... [Membaca kata-kata aluan dalam bahasa Arab] [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya iaitu ingatlah peristiwa ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya, wahai ayah ku, sesungguhnya aku mimpi melihat 11 bintang, dan matahari serta bulan. Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepada ku.
Berbalik kepada persoalan- terima kasih kepada Yang Berhormat Lubok Antu yang membangkitkan soalan berkenaan dengan memperbaharui pasaran buruh. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia sentiasa memastikan agar setiap pindaan yang dibuat ke atas undang-undang buruh di negara ini meletakkan kebajikan rakyat sebagai aspek utama yang perlu diberi perhatian. Pada masa ini, Kementerian Sumber Manusia sedang menambah baik Standard Minimum Pekerjaan di bawah Akta Kerja 1955, selaras dengan Standard Perburuhan di peringkat antarabangsa. Antara cadangan pindaan Akta Kerja 1955, termasuklah pengenalan cuti paterniti, peningkatan tempoh cuti bersalin dan penambahbaikan perlindungan bagi menangani gangguan seksual di tempat kerja.
Di samping itu, dalam memperkemaskan pelaksanaan waktu kerja yang lebih fleksibel dalam membantu pekerja mendapat bayaran gaji yang setimpal, Kementerian Sumber Manusia juga bercadang untuk mewujudkan peruntukan baharu berhubung flexible working arrangement di bawah Akta 1955, bersesuaian sekali dengan pasca COVID-19 ini yang mana norma baharu akan kita cadangkan dalam pelaksanaan bekerja ini. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, peruntukan ini akan memperincikan berhubung permintaan bertulis daripada pekerja kepada majikannya untuk mengubah terma dan syarat pekerjaan pekerja berhubungan dengan fleksibiliti kerja pekerja berkenaan.
Ini termasuklah jam kerja atau hari kerja dan tempat pekerjaan yang mengikut syarat-syarat tertentu yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak iaitu majikan dan pekerja ini. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kos perbelanjaan seseorang pekerja dalam menjalankan tugasnya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Soalan tambahan pertama.
Tuan Jugah a/k Muyang @ Tambat - Lubok Antu
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, bagaimana kerajaan boleh mengurangkan jumlah pekerja asing untuk memberi ruang kepada rakyat Malaysia yang terjejas teruk daripada segi pekerjaan disebabkan oleh wabak pandemik COVID-19. Jadi, soalan apakah dasar ataupun perancangan untuk menawarkan gaji yang lebih baik lagi untuk rakyat Malaysia? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Awang bin Hashim
Terima kasih kepada Yang Berhormat Lubok Antu yang membangkitkan persoalan pertamanya berkenaan dengan apakah perancangan kerajaan untuk menghadapi COVID-19 ini. Kedua, berkenaan dengan status gaji yang lebih setimpal dengan keadaan. Kerajaan telah membuat keputusan dan telah diumumkan untuk mengurangkan pekerja asing yang ada di Malaysia ini yang mana melibatkan lebih daripada dua juta orang yang berdaftar dengan KDN dan juga dengan Kementerian Sumber Manusia 2.1 juta orang pekerja asing yang ada sekarang ini.
Kita telah membuat keputusan. Kementerian dan juga kerajaan telah membuat keputusan untuk menetapkan tiga sektor dan yang lain-lain sektor iaitu sektor pembinaan, sektor pertanian dan juga sektor perladangan yang mana hanya sektor ini sahaja dan juga sektor pertanian yang hanya boleh menggunakan pekerja asing selepas ini. Lain-lain sektor kita akan mengisi pekerja-pekerja tempatan iaitu local workers, dengan izin. Inilah yang kita telah membuat satu garis panduan sebagai dasar untuk kita mengurangkan pekerja-pekerja asing.
Tuan Haji Awang bin Hashim
Keduanya, kerajaan melalui KSM telah membuat satu keputusan iaitu gaji minimum wage ataupun gaji floor wages atau pun gaji lantai yang mana kerajaan telah meletakkan paling kurang RM1,200. Sekarang ini 56 buah majlis bandar raya atau majlis perbandaran telah melaksanakan gaji minimum RM1,200. Lain-lain masih lagi gaji yang lama iaitu RM1,100 yang mana kita akan memperincikan standardize ataupun penyelarasan di semua peringkat dalam pelaksanaan gaji untuk dilaksanakan RM1,200.
Peringkat Kabinet telah meluluskan. Kita akan meminda akta ini dan dibawa ke Parlimen insya-Allah, dalam musim ini supaya pelaksanaan gaji minimum ini akan menjadi penyelarasan kepada RM1,200. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Soalan tambahan kedua Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya mengenai pasaran buruh negara. Berdasarkan satu kajian oleh Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi, saya menyatakan antara sebab utama pemindahan operasi syarikat dari China ke Asia adalah disebabkan oleh persaingan kos buruh.
Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah langkah yang telah dan akan dilaksanakan oleh kementerian dalam memastikan Malaysia mampu menarik syarikat ke Malaysia dari sudut persaingan kos buruh? Sila jawab Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Silakan Yang Berhormat.
Tuan Haji Awang bin Hashim
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Soalan itu terkeluar daripada skop. Itu kena tanya sepatutnya MITI, pasaran buruh ini. Oleh sebab apa, pelaburan dari luar, masuk ke Malaysia. Kita hanya membincangkan peluang pekerjaan dan juga kerja-kerja kosong yang kita akan isi dengan pekerja-pekerja, termasuk juga pekerja tempatan. Jadi, soalan ini saya rasa terkeluar daripada kementerian yang kita patut jawab. Jadi, saya tidak perlu jawablah yang ini. Terima kasih.
7. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [Bachok] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, langkah strategik bagi mengesan lorong-lorong tikus aktiviti penyeludupan PATI ke dalam negara.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Bachok.
Memang lorong-lorong tikus juga menjadi masalah besar bagi kemasukan PATI di dalam negara kita. Sejumlah 546 lorong tikus telah dikenal pasti di seluruh negara dan bagi negeri Kelantan sejumlah 169 dan bagi Bachok adalah sejumlah lima lorong tikus.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Namun begitu, lorong-lorong tikus ini selalu berubah-ubah Yang Berhormat Pokok Sena, ia tidak statik. Jadi, ia menjadi masalah kepada pihak penguatkuasaan kita.
Kalau di sempadan Sabah, Sarawak dengan Kalimantan lagi hebat, sukar kerana antara sempadan ini ladang-ladang kelapa sawit yang tidak ada sempadan di antara dua buah negara jiran yang bersahabat ini.
Oleh sebab itulah kita mempunyai pelan strategik di antara agensi-agensi penguatkuasaan di dalam negara kita termasuk agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama dengan yang kita libatkan bersama dengan PGA, bersama dengan PDRM, bersama dengan AKSEM, bersama dengan APMM dan bersama dengan tentera.
Bersama dengan tentera ini kita telah melakukan operasi Ops Benteng dan melalui operasi Ops Benteng ini juga kita laksanakan selain di laut kita laksanakan sekatan jalan raya, kita laksanakan tentang snapchat. Setakat ini yang telah kita buat tangkapan bagi penyeludupan migran dan khazanah negara sehingga bulan Jun 2020, kita telah membuat tangkapan seramai 1,622 orang dan kos atau nilai barangan rampasan kita telah melibatkan RM31.5 juta.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Alhamdulillah kerajaan ini kerajaan yang prihatin. Sempena dengan COVID-19 ini, PDRM telah diluluskan sejumlah RM45.1 juta bagi pembelian aset-aset baharu kita iaitu kenderaan four-by-four 200 unit dan pembelian motosikal scrambler berjumlah 300 unit.
Jadi, saya percaya bahawa jika ada maklumat-maklumat daripada pemimpin tempatan termasuk Yang Berhormat sendiri tentang lorong-lorong tikus ini sangat-sangat dialu-alukan. Terima kasih.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang terperinci. Saya mengikuti secara lebih dekat tindakan tegas oleh PDRM bagi mengekang kemasukan PATI yang turut berkait dengan aktiviti jenayah, rentas sempadan, penyeludupan dan pemerdagangan manusia ke negara ini.
Dalam satu kenyataan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan bahawa aktiviti jenayah penyeludupan PATI ini juga melibatkan anggota-anggota penguatkuasaan kita sendiri yang bersekongkol dengan rangkaian sindiket antarabangsa.
Oleh itu saya ingin mendapatkan penjelasan, apakah pihak KDN merancang untuk memperhalus semula peruntukan perundangan sedia ada bagi memberikan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang turut bersekongkol dalam aktiviti ini.
Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Memang pihak kementerian tidak bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang bersekongkol dengan tekong-tekong untuk menyeludup PATI atau pendatang tanpa izin ke dalam negara kita.
Oleh sebab itulah pihak Polis Diraja Malaysia telah membuat tangkapan dan menahan salah satu daripada agensi penguatkuasaan kita yang sekarang ini dalam siasatan. Oleh sebab itu saya tegaskan bahawa pihak kementerian bertegas untuk mengekang kemasukan mana-mana PATI, termasuk kita mengenakan tindakan yang lebih ketat dan lebih berat kepada tekong-tekong yang sentiasa memberikan maklumat dan berusaha untuk membawa PATI ke dalam negara kita. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Soalan tambahan kedua.
Datuk Ignatius Dorell Leiking - Penampang
Minta laluan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Soalan tambahan.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Merbok.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Kulai
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Kangar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Soalan Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya meneliti jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi terutamanya perkataan tentang kerajaan yang prihatin dan juga kemasukan melalui laut.
Soalan saya kita lihat juga ada juga PATI yang juga masuk melalui laut. Baru- baru ini kita lihat ada sekumpulan PATI yang telah menaiki bot di perairan Langkawi. Di mana kita lihat mereka telah pun dilarang daripada mendarat di Langkawi.
Di atas dasar perikemanusiaan saya ingin bertanya, adakah kerajaan ingin mengambil pendekatan lain kerana mereka pelarian daripada Myanmar dan kebanyakan mereka juga adalah beragama Islam dan ada juga wanita dan kanak-kanak di atas bot tersebut yang dilarang sama sekali untuk mendarat di Langkawi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apakah kerajaan akan terus mengambil pendekatan yang sama. Saya minta jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Jelutong. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa sebenarnya semasa COVID-19, kita menghalang dan memastikan supaya perairan kita, sempadan kita tidak dimasuki oleh pelarian-pelarian sama ada dari Myanmar dan negara-negara yang lain.
Kita tahu bahawa Yang Berhormat telah fokuskan kepada pelarian Myanmar.
Sebenarnya pihak APMM bersama dengan tentera, mereka ini tidak mengusir secara keras tetapi mereka ini telah diberikan bantuan makanan, telah diberikan bantuan kesihatan sebelum mereka ini diminta keluar dari perairan Malaysia.
Walaupun kita negara yang tidak menandatangani protokol tersebut tetapi atas sifat perikemanusiaan, apabila mereka ini landed atau mendarat di negara kita, kita akan letakkan mereka ini dalam depot-depot tahanan dan kita memberikan makanan dan belanja yang cukup besar untuk mereka ini pada kadar RM90 sehari termasuk makanan, pakaian, kesihatan dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Ignatius Dorell Leiking - Penampang
Boleh Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ir Haji Amiruddin bin Hamzah - Kubang Pasu
Satu lagi soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua. Kubang Pasu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Boleh Yang Berhormat? Boleh jawab satu lagi soalan.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Kuala Selangor.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya terpulang kepada Tuan Yang di-Pertua kerana kuasa Tuan Yang di-Pertua untuk memberikan soalan tambahan kepada tiga.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Kuala Selangor.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita sedia maklum akan masalah PATI yang sangat kronik dan perennial, dengan izin. Tahun lalu Kerajaan Pakatan Harapan melancarkan satu program yang dinamakan pengampunan ‘back for good’, yang mana memberikan peluang kepada lebih 180 ribu orang pendatang tanpa dokumen yang sah untuk pulang ke negara asal masing-masing.
Saya kira, apakah Kerajaan Perikatan Nasional ini bersedia untuk meneruskan program yang baik ini bagi mengawal kebanjiran warga asing di Malaysia ini dan apakah kalau ada sasaran yang boleh ditetapkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih kanda saya, sahabat saya Yang Berhormat Kuala Selangor.
Memang kita sedang berusaha keras dengan negara-negara sumber yang mana pendatang-pendatang asing yang datang dari Indonesia, datang dari Myanmar, datang dari India dan negara-negara yang lain.
Pihak KDN melalui Jabatan Imigresen Malaysia telah mengadakan satu mesyuarat dengan negara-negara jiran dan alhamdulillah ramai di antara warganegara jiran atau PATI ini telah kita hantar pulang atas kerjasama di antara negara kita dengan negara-negara sumber yang lain. Daripada segi data tersebut kalau Yang Berhormat berminat boleh saya bekalkan data berapakah jumlah daripada negara-negara sumber tersebut yang telah kita hantar secara kerjasama yang cukup baik dengan negara jiran.
Saya juga ucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada negara jiran, terima kasih kepada agensi Kementerian Dalam Negeri termasuk Kementerian Luar Negara yang telah memberikan kerjasama yang cukup baik, memastikan negara kita terus selamat dan aman terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Tangga Batu.
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
COVID-19 mengancam kesihatan; Soalan saya nombor lapan.
8. Puan Rusnah binti Aluai [Tangga Batu] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, berkenaan masalah penduduk-penduduk rumah pangsa yang menghadapi banyak masalah penyelenggaraan atas kepelbagaian faktor serta agensi manakah yang bertanggungjawab tentang masalah tersebut.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu.
Untuk makluman Yang Berhormat, Program Perumahan Rakyat (PPR) diuruskan oleh sama ada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) atau oleh kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Bagi PPR yang diuruskan oleh KPKT penyelenggaraan bangunan diuruskan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) melalui ejen pengurusan yang dilantik. Manakala bagi PPR yang diurus oleh kerajaan negeri ataupun PBT, urusan penyelenggaraan dilaksanakan oleh kerajaan negeri PBT yang berkenaan.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib
Bagi rumah pangsa atau rumah awam yang dibangunkan oleh kerajaan negeri, ia menjadi tanggungjawab pemilik bangunan iaitu pihak kerajaan negeri untuk melaksanakan penyelenggaraan bangunan secara berkala. Manakala bagi perumahan strata swasta pula, penyelenggaraan adalah di bawah tanggungjawab pihak pengurusan joint management body (JMB) dan juga, dengan izin, management corporation (MC) kawasan tersebut untuk mengurus dan menyelenggarakan bangunan dan harta bersama mereka.
Walau bagaimanapun, atas keprihatinan kerajaan terhadap masalah kewangan yang dihadapi oleh penduduk dan pihak pengurusan kawasan, Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan bantuan penyelenggaraan. Pertama, melalui Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) bagi perumahan awam dan yang kedua adalah Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) bagi perumahan swasta kos rendah dan sederhana rendah.
Untuk perumahan awam, pihak kerajaan negeri boleh terus mengemukakan permohonan kepada KPKT. Bagi perumahan strata swasta kos rendah dan sederhana rendah pula, permohonan boleh dikemukakan oleh pihak pengurusan atau JMB dan MC kepada KPKT melalui Pesuruhjaya Bangunan (COB) di PBT masing-masing.
Peruntukan yang disediakan adalah bagi membaik pulih kerosakan penyelenggaraan harta bersama secara one-off di bangunan strata yang terlibat. Antara skop kerja di bawah bantuan yang disediakan ini pembaikan dan penggantian lif, tangki air, paip sanitary, bumbung, hand drill, pendawaian elektrik, mengecat, kerosakan umum, pagar dan juga cerun dan lain-lain.
Setiap tahun kerajaan menerima permohonan di bawah program PPP dan TPPM. Justeru, KPKT akan membuat tapisan mengikut keutamaan projek utama bagi pembaikan melibatkan isu-isu keselamatan seperti lif, bumbung, tangki air dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said
Soalan tambahan pertama Yang Berhormat Tangga Batu.
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya difahamkan masalah utama yang menjejaskan penyelenggaraan rumah-rumah pangsa, contohnya rumah Pangsa Lereh dan Pangsapuri Langkawi di DUN Klebang dan juga Perumahan Rakyat di Krubong di Dun Paya Rumput dalam Parlimen Tangga Batu disebabkan tiadanya persatuan yang mantap untuk bekerjasama menguruskan penyelenggaraan bersama PBT. Jadi, apakah langkah penambahbaikan
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
yang efisien dan segera untuk mengatasi masalah-masalah ini demi kebajikan dan kepentingan penduduk serta pemilik-pemilik strata? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Dr. Hj Ismail bin Abd Muttalib
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Di samping apa Yang Berhormat Tangga Batu sebutkan tadi, kita juga berhadapan dengan masalah banyak permohonan-permohonan membaiki kerosakan-kerosakan di perumahan-perumahan ini. Sebahagian daripada permohonan PPP seperti mana yang disebutkan dan juga TPPM.
Di antara apa Yang Berhormat Tangga Batu sebutkan tadi, memanglah kita akui terdapat juga kadang-kadang sesetengah tempat tidak ada kesefahaman di antara kedua-dua JMB ataupun MC ini atau persatuan penduduk dengan pengurusan perumahan ini. Namun, kita telah mengambil beberapa tindakan dan kita telah membuat lawatan ke rumah-rumah berkenaan termasuklah antaranya bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah vandalisme akibat daripada perkara ini iaitu dengan cara menggubal Dasar Komuniti Negara yang bertujuan untuk menangani isu sosial perumahan di peringkat komuniti setempat khususnya di kawasan perumahan strata kos rendah seperti mana Yang Berhormat Tangga Batu sebutkan tadi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said
Soalan tambahan kedua. Silakan Yang Berhormat Kubang Pasu.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak pergi kepada isu yang sebelum rumah ini diduduki.
Iaitu apabila mana-mana PPR itu telah siap dibina, isunya seperti yang dibangkitkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara ialah lambatnya penyerahan itu. Setelah siap dan dapat CPC, lambat diserahkan kepada JPN.
Contohnya di PPR Lembah Subang. CPC dapat pada 29 April 2009 tetapi hanya diserahkan pada 12 September 2011, lewat 836 hari. Begitulah juga di PPR Sentul Murni di Sentul dan PPR Tok Subuh di Simpang Ampat, Pulau Pinang lewat 200 hari dan 159 hari.
Mohon pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menyatakan apakah tindakan yang sedang dan akan diambil oleh pihak kementerian untuk memastikan bahawa benda yang dah siap ini dapat dimanfaatkan secara optimum, dengan secepat mungkin oleh rakyat yang memerlukan perumahan? Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Hj Ismail bin Abd Muttalib
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Sebenarnya kalau tanya peribadi saya pun, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kubang Pasu. Kita tidak mahu rumah-rumah yang telah disiapkan lambat diserahkan kepada pemilik atau pembeli. Akan tetapi, sudah tentulah mesti ada sebab-sebab tertentu. Oleh sebab kes ini kes yang terpencil dan bersendirian, saya ingat saya perlu mendapatkan maklumat yang lebih tepat apakah sebab-sebabnya. Insya-Allah, saya akan tulis kepada Yang Berhormat Kubang Pasu secara- saya akan jawab kepada Yang Berhormat Kubang Pasu secara bertulis dan kalau perlu, kita akan pergi ke kawasan-kawasan ini untuk melihat apakah sebenarnya masalah yang berlaku. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Jerantut.
Dato’ Hj Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Izinkan saya menyampaikan serangkap pantun.
Raya korban disambut hebat; Suasana kampung terasa kemeriahan; Timbalan Yang di-Pertua lantikan tepat; Soalan nombor sembilan perlukan pencerahan. Terima kasih.
9. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan, bentuk bantuan yang diberikan oleh pihak kementerian bagi memperluaskan pemilikan rumah bagi rakyat miskin dan miskin tegar di luar bandar.
Menteri Pembangunan Luar Bandar - Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab soalan Yang Berhormat Jerantut bersekali dengan Yang Berhormat Sipitang yang dijadualkan pada 17 Ogos 2020 kerana soalannya adalah berkaitan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said
Silakan.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Bantuan perumahan rakyat yang dilaksanakan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), yang biasa Ahli-ahli Yang Berhormat tahu, dilaksanakan bagi memastikan golongan miskin dan miskin tegar di luar bandar mempunyai tempat kediaman yang selamat dan selesa. Kita ada dua jenis. Satu ialah bina baharu dan satu lagi baik pulih.
Sejak tahun 2016 dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, sebanyak 7,149 buah rumah dibina dan 38,057 buah rumah yang telah dibaik pulih. Untuk tahun ini, disasarkan sebanyak 1,300 unit rumah baharu dibina dan 10 ribu lagi rumah untuk baik pulih. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said
Silakan Yang Berhormat Jerantut.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Cuma soalan tambahan saya, adakah pihak kementerian bersedia menambah baik spesifikasi rumah yang dibina serta apakah jaminan pihak kementerian mengenai dengan kualiti pembinaan bagi rumah-rumah PPRT yang akan dibina nanti? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said
Silakan.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Tuan Yang di-Pertua, spesifikasinya sama, iaitu tiga buah bilik rumah batu bata. Satu lagi rumah panjang berukuran 22x30 kaki iaitu 660 kaki persegi. Sementara rumah panjang 17.72x40 kaki persegi iaitu 717 kaki persegi. Kalau ikut purata harga yang dibelanjakan oleh kerajaan ialah sebanyak RM48 ribu iaitu kalau kita jadikan kaki persegi, RM73 satu kaki. Oleh sebab kontrak ini kecil iaitu RM48 ribu, mula-mula kita pakai konvensional, tetapi oleh sebab kita dapat menarik perhatian vendor G1 dan G2, maka kita cuba IBS. Kita dah panggil beberapa buah syarikat yang IBS supaya kualiti dan bantuan rumah PPRT ini dapat sampai ke sasaran dengan cara yang berkesan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Soalan tambahan kedua.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Padang Serai. Padang Serai.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Tidak ada orang lain, Yang Berhormat Padang Serai. Silakan.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya apakah langkah kerajaan dalam memastikan harga rumah kos rendah selari dengan pendapatan isi rumah kawasan setempat kerana saya menerima laporan bahawa harga rumah kos rendah terlampau mahal bagi sesetengah kawasan dan juga ramai yang hendak kahwin pun takut sekarang. Sila jawab, Yang Berhormat Menteri...
[Dewan ketawa]
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Yang Berhormat Padang Serai, soalan itu patut ditujukan kepada Menteri KPKT. Ini untuk orang miskin PPRT kita bagi percuma.
Tiga buah bilik dan dua bilik air berharga RM48 ribu percuma.
Jadi kalau Yang Berhormat Padang Serai risaukan ini mungkin mereka ini mesti tergolong dalam PPRT, maka mereka dapat geran rumah percuma. Terima kasih.
10. Datuk Wira Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir [Temerloh] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, perincian kejayaan dasar Zero Potholes yang diumumkan Menteri bersempena 100 hari memegang jawatan Menteri Kanan Kerja Raya.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Eddin Syazlee bin Shith
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Program Aku janji Zero Potholes di peringkat kebangsaan telah dilaksanakan pada 3 Julai 2020 antara pihak Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya dan syarikat konsesi Jalan Persekutuan bagi memantau kerosakan jalan raya dan memperkukuhkan komitmen Kementerian Kerja Raya terhadap penyampaian perkhidmatan penyenggaraan Jalan Persekutuan. JKR negeri dan JKR daerah juga proaktif dalam membuat rondaan secara jabatan di samping rondaan yang dijalankan oleh syarikat konsesi.
Di bawah Program Zero Potholes, kerja-kerja penampalan jalan berlubang akan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam secara sementara daripada penemuan ataupun aduan kerosakan dan dalam tempoh tiga hari bagi pembaikan kekal selari dengan Piagam Pelanggan Jabatan Kerja Raya dan kontrak penyenggaraan Jalan Persekutuan, pihak konsesi.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, berdasarkan kontrak penyenggaraan Jalan Persekutuan, sasaran kerja bagi penyenggaraan rutin RO1, penyenggaraan pavement perlu mencapai siling satu peratus setahun daripada luas keseluruhan jalan yang diselenggarakan.
Berdasarkan pencapaian pada tahun 2017, pihak syarikat konsesi telah mencapai prestasi sebanyak 0.95 peratus dan pada tahun 2018 pula pihak syarikat konsesi telah mencapai prestasi sebanyak 0.95 peratus. Manakala pada tahun 2019 pihak syarikat konsesi telah mencapai prestasi sebanyak 1.02 peratus di mana telah melebihi siling satu peratus. Prestasi pada tahun 2020 hingga setakat bulan Mac pihak konsesi telah mencapai prestasi kerja 0.33 peratus.
Tuan Yang di-Pertua, pihak JKR juga telah membangunkan satu Sistem Aplikasi Pemantauan Potholes (ASaPP) bagi memantau potholes secara atas talian di tapak melalui penggunaan aplikasi di telefon bimbit, tablet dan komputer. Aplikasi ini boleh digunakan oleh pegawai-pegawai JKR dan juga syarikat konsesi untuk tujuan pemantauan kewujudan potholes di Jalan Persekutuan. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Soalan tambahan pertama Yang Berhormat.
Datuk Wira Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir - Temerloh
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada kerosakan potholes, kerosakan jalan juga sering disebabkan oleh kerja- kerja pembaikan utiliti di jalan raya. Ada yang merentasi jalan, bahu jalan, di tengah jalan dan sebagainya. Ada juga manholes, dengan izin yang terlalu tinggi dan juga rendah dari paras turapan, ia membahayakan kepada pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal sehingga boleh mengakibatkan kemalangan.
Kualiti kerja penurapan jalan selepas kerja utiliti siap tidak sama dengan yang asal. Pohon Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan penjelasan akan inisiatif kerajaan untuk mengatasi masalah ini dari terus berlaku. Terima kasih*...
[Tepuk]*
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Eddin Syazlee bin Shith
Terima kasih kepada Yang Berhormat Temerloh atas soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, pihak kami ambil maklum dengan soalan daripada Yang Berhormat Temerloh tadi yang mana inisiatif-inisiatif ini adalah antara inisiatif yang dibuat yang diletakkan sasaran oleh Kementerian Kerja Raya dan JKR yang mana inisiatif ini telah bermula seawal tahun 2016 di bawah Menteri yang sama.
Kemudian selepas sewaktu Kerajaan Pakatan Harapan memerintah di mana Yang Berhormat sendiri pada waktu itu sebagai Timbalan Menteri, tidak ada sebarang penambahbaikan yang dilakukan atas sasaran untuk membaik pulih potholes ini melainkan mengekalkan sasaran yang lama.
Jadi baru-baru ini kerajaan sekali lagi melalui JKR membuat refreshment atas inisiatif ini untuk memastikan yang paling penting seperti apa Yang Berhormat sebut tadi untuk membaik pulih potholes ini dalam tempoh 24 jam secara sementara dan secara kekal dalam tempoh tiga hari. Ini dibuat semula untuk melakukan penambahbaikan daripada apa yang telah disasarkan pada tahun 2016. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Soalan tambahan kedua Yang Berhormat Tanjong Manis.
Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, di Sarawak kita mempunyai banyak kawasan tanah gambut. Apakah langkah yang boleh diambil oleh kementerian bagi memastikan kualiti jalan yang dibina di atas tanah gambut ataupun peat soil, dengan izin, akan kekal lama dan tidak bergelombang dan berombak rasanya apabila kita menggunakan jalan tersebut? Terima kasih.
Dato’ Eddin Syazlee bin Shith
Terima kasih, Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Yang Berhormat di Sabah dan Sarawak sebenarnya sasaran untuk penyenggaraan jalan di Sabah dan Sarawak ini berbeza sebab ia mempunyai agensi yang berasingan daripada agensi Persekutuan.
Walau bagaimanapun, sasaran Zero Potholes ini hanya mula disasarkan untuk Sabah dan Sarawak pada bulan lepas yang mana sebelum ini sasaran Zero Potholes ini ataupun satu peratus yang diletakkan ini hanya dipakai untuk kawasan-kawasan di Semenanjung sahaja. Jadi selepas Kerajaan Perikatan Nasional mengambil alih daripada Kerajaan Pakatan Harapan, barulah sasaran itu diletakkan untuk Sabah dan Sarawak. Saya setuju bahawa keadaan tanah di Sarawak ini banyak melibatkan tanah- tanah gambut. Walau bagaimanapun usaha-usaha dan kajian sering dibuat untuk memastikan kualiti jalan ini adalah setaraf dengan sasaran yang diletakkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor.
11. Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor [Cameron Highlands] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan tentang isu penangguhan bayaran hutang oleh institusi bukan bank seperti AEON Credit dan lain lagi di mana pada dasarnya pihak kerajaan telah menyatakan penangguhan boleh dibuat dalam tempoh 6 bulan. Walau bagaimanapun, situasi semasa melihatkan pihak institusi kewangan menuntut agar hutang-hutang tersebut dibayar dan kelewatan membayar hutang tersebut akan menyebabkan kenaikan kadar faedah.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib
Assalamualaikum. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Cameron Highlands. Untuk makluman Yang Berhormat, di negara kita terdapat sejumlah 69 buah bank. Manakala sejumlah 4,520 buah syarikat kredit komuniti yang dilesenkan di seluruh Malaysia.
Untuk makluman Yang Berhormat, selain daripada institusi bank yang memberikan pinjaman kredit, terdapat juga institusi bukan bank yang memberikan pinjaman kredit. Dalam hal ini, peminjam boleh mendapatkan pinjaman di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1991 [Akta 400] atau Akta Sewa Beli 1957 [Akta 212]. Bagi Akta 400, di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), pinjaman boleh diberikan kepada mana-mana individu yang berhasrat untuk membuat pinjaman tanpa apa-apa tujuan spesifik.
Manakala, bagi Akta 212 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), pinjaman perjanjian sewa beli hanya ditawarkan bagi barangan yang termaktub dalam Jadual Pertama Akta 212 seperti motokar, motosikal, barang-barang pengguna bagi maksud kegunaan perseorangan, keluarga dan isi rumah. Pinjaman yang diberikan oleh AEON Credit adalah di bawah kedua-dua akta di atas tertakluk kepada jenis pinjaman.
Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menggalakkan pemberi pinjam wang di bawah Akta 400 untuk memberikan moratorium pada peminjam dalam tempoh PKP.
Sehubungan dengan itu, KPKT telah mengambil inisiatif dengan mengadakan perbincangan bersama Persatuan Pemberi Pinjam Wang pada 9 hari bulan April 2020 bagi membincangkan inisiatif untuk meringankan beban para peminjam.
Hasil daripada perbincangan tersebut, beberapa buah syarikat kredit komuniti telah bersetuju untuk memberikan moratorium kepada golongan peniaga perusahaan kecil dan sederhana PKS serta individu untuk tempoh selama tiga hingga enam bulan,
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib
tertakluk kepada keupayaan syarikat-syarikat kredit komuniti. Syarikat kredit komuniti yang telah bersetuju dan mampu untuk memberi moratorium telah menyahut saranan kerajaan untuk memanjangkan tempoh pinjaman tanpa kenakan kadar faedah dan keuntungan.
Manakala, bagi syarikat yang tidak mampu memberikan moratorium, bayaran pinjaman dan kadar faedah dikenakan seperti biasa. Bagi syarikat pemberi pinjaman kredit di bawah Akta 212, tawaran penangguhan bayaran balik pinjaman atau penstrukturan semula bayaran adalah berdasarkan polisi dan kemampuan kewangan syarikat tersebut. Walau bagaimanapun, syarikat pemberi pinjaman kredit akan mengenakan kadar faedah keuntungan ke atas pembayar balik pinjaman yang tertangguh mengikut kadar dibenarkan dalam Akta 212. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Soalan tambahan saya, apakah tindakan serta langkah yang diambil oleh pihak kementerian dalam memastikan pemilik syarikat pemberi pinjaman wang ini mematuhi kesepakatan yang telah dibuat antara pihak kementerian bersama dengan Persatuan Pemberi Pinjaman Wang atau Kredit Komuniti serta Persatuan Pajak Gadai untuk memberi moratorium selama tiga bulan dan apakah akibat sekiranya pemilik syarikat ingkar serta melanggar Akta Pemberi Pinjam Wang 1991.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib
Tuan Yang di-Pertua, kita telah mengadakan tripartite perbincangan antara peminjam, kementerian dan juga syarikat kredit pinjaman ini. Kita mengharapkan supaya mereka memberikan moratorium kepada peminjam-peminjam dalam mereka menghadapi keadaan ini terutama kesan daripada COVID-19 ini.
Namun, yang demikian, kita serius dan tidak akan bertolak ansur di atas apa jua kesalahan yang dilakukan oleh pihak pemberi pinjam ataupun syarikat-syarikat kredit komuniti ini dan kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya jika mereka melanggar peraturan-peraturan yang telah pun ditetapkan dalam peraturan.
Tuan Yang di-Pertua, banyak kalau saya hendak sebutkan berbagai-bagai jenis kesalahan yang boleh kita ambil tindakan yang melibatkan syarikat pemberi pinjam wang ini. Saya kira sebagai contoh beberapa tindakan undang-undang telah pun kita ambil kepada mereka dan saya kira kita perlukan kalau ada laporan-laporan yang diberikan oleh peminjam-peminjam untuk kita menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Terima kasih banyak.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Menteri sebentar tadi menyatakan bahawa moratorium ini bergantung tiga ataupun enam bulan bergantung pada kemampuan syarikat. Ini menunjukkan kalau syarikat tidak mampu, maknanya moratorium tiga bulan ataupun enam bulan ini tidak dilaksanakan.
Jadi, adakah pihak kementerian sendiri menetapkan syiling dia. Kalau syarikat pemberi pinjaman ini kena bagi mengikut apa yang bank-bank bagi contohnya enam bulan. Tadi, Yang Berhormat Menteri jawab, dia kata bergantung pada kemampuan syarikat. Jadi, ini menunjukkan bahawa tidak sekata antara bank dengan syarikat kredit tidak sama- Syarikat memberi pinjam tidak sama. Ia membebankan mereka yang tidak mampu bayar. Apakah langkah penyelesaian dalam isu ini? Mohon Yang Berhormat Menteri menjawab.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jempol atas keprihatinan. Memang, bagi kita sebenarnya kita hendak supaya syarikat pemberi pinjam ini mengikuti apa yang dicadangkan oleh kerajaan iaitu memberi moratorium ini. Akan tetapi, andai kata saya sebagai syarikat pemberi pinjam.
Saya tidak mempunyai kemampuan. Oleh sebab itu, saya tidak boleh lakukan.
Bukan tidak akan lalukan tetapi tidak boleh lakukan. Oleh sebab itulah, kita mencari jalan terbaik bagaimana kita dapat bersama dengan syarikat peminjam ini supaya dapat juga membantu peminjam-peminjam ini dan dapat meringankan beban yang mereka tanggung akibat daripada COVID-19 ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Soalan No. 12 – YB. Puan Yeo Bee Yin (Bakri) tidak hadir]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
13. Tuan Yusuf bin Abd. Wahab [Tanjong Manis] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan, bbeerapa jumlah tunggakan kepada kontraktor-kontraktor Kelas F yang telah menyiapkan rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin
(PPRT) di Parlimen Tanjong Manis. Bilakah tunggakan-tunggakan ini akan diselesaikan memandangkan kerja mereka telah lama siap.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah tunggakan bayaran kepada kontraktor- kontraktor yang terlibat dalam pelaksanaan Program Perumahan Rakyat Termiskin
(PPRT) di Parlimen Tanjong Manis adalah sebanyak RM424 ribu. Ia melibatkan sebanyak 8 buah syarikat. Kesemua jumlah tersebut telah dijelaskan dalam tempoh bulan April sehingga Jun 2020.
Sebagai makluman Yang Berhormat juga, daripada jumlah keseluruhan tuntutan yang tertunggak bagi projek PPRT di Sarawak iaitu sebanyak RM41.58 juta.
Pihak FELCRA telah menjelaskan bayaran sebanyak RM37.57 juta iaitu kira-kira sejumlah 90 peratus daripada jumlah keseluruhan. Baki tuntutan sebanyak RM4.11 juta, sedang dalam proses semakan dokumen tuntutan dan dijangka dapat diselesaikan pada awal bulan Ogos bagi tahun 2020. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Okey, terima kasih dengan jawapan itu Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, dengan peningkatan garis kemiskinan baharu daripada RM980 kepada RM2,208, apakah jumlah ataupun bilangan projek perumahan rakyat termiskin di masa akan datang akan ditambah bilangannya sejajar dengan PGK baharu ini? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis. Kita dalam- untuk bajet bagi tahun hadapan. Kita akan menambah peruntukan sebanyak yang lebih daripada yang ada sekarang iaitu lebih kurang dalam RM230 juta. Kita akan bajet untuk pembangunan akan datang bagi rumah-rumah PRT sama ada bina baharu ataupun projek baiki rumah tersebut. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, bagi projek PPRT negeri Sarawak sahaja bagi tahun ini yang kita laksanakan yang bernilai RM41.68 juta dan yang saya katakan tadi, kita sudah selesaikan bayaran sejumlah 90 peratus.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Projek-projek ini kita masih lagi dalam rangka untuk menambah baik.
Maksudnya kita akan menambah lagi jumlah-jumlah yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Tanjong Manis sebentar tadi. Jadi, insya-Allah, kita akan menambah daripada segi peruntukan permohonan bajet tersebut. Kita pun dalam proses perbincangan sebenarnya.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Boleh tambah satu lagi?
Soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ini mengenai rumah PPRT, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Akan tetapi apabila kita berada di kampung, ada rumah terbakar, ada rumah kena ribut. Setakat mana bantuan daripada Kementerian Luar Bandar terhadap dua kes seumpama ini? Supaya kita boleh membantu rakyat yang susah di luar bandar. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pontian.
Saya rasa soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat ini saya ingat dia pun sedia maklum dan Yang Berhormat pun pernah duduk sebagai Timbalan Menteri Kewangan- dan untuk pengetahuan Yang Berhormat, bahawa kita setakat hari ini,
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
pembaikan-pembaikan seperti ini kita melibatkan khususnya kepada yang e-Kasih dan juga kepada yang masuk dalam senarai focus group, Bagi untuk membaiki kerosakan sedemikian rupa, kita juga ada membantu bergantung kepada laporan-laporan yang dilaporkan oleh pihak-pihak pengadu khususnya daripada Yang Berhormat bersendiri ataupun laporan-laporan yang dibuat kepada polis. Akan tetapi, saya percaya kebanyakan Yang Berhormat yang berada dalam Dewan ini akan membantu sehabis baik daripada segi untuk membaiki rumah- rumah yang dilanda bencana tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli- ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Masa Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:
“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak- banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Ketiga, Parlimen Yang Keempat Belas.” [28 Julai 2020]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum kita mulakan, izinkan saya umumkan senarai pembahas usul ini untuk persidangan kali ini. Kita akan mulakan dengan Yang Berhormat Dungun, selepas itu Yang Berhormat Putatan, disusuli dengan Yang Berhormat Kluang, kemudiannya Yang Berhormat Sri Aman, berikutnya Yang Berhormat Selayang dan mungkin disudahi dengan Yang Berhormat Kepong sebelum pukul 1 tengah hari. Selepas itu kita akan mulakan semula dengan Yang Berhormat Permatang Pauh.
Dengan tidak melengahkan masa, saya ingin menjemput Yang Berhormat Dungun untuk menyampaikan perbahasan.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
*Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillah...
[Membaca selawat]*
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Atas isu peraturan, bolehkah saya? Saya sebenarnya menunggu untuk Tuan Yang di-Pertua membuat pengumuman tetapi memandangkan tiada pengumuman dibuat, saya ingin tanya- mohon maaf di atas pencelahan saya- atas isu peraturan yang telah saya bangkitkan kelmarin.
Tuan Yang di-Pertua
Oh, peraturan berapa itu?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Iaitu berkenaan- pertamanya, saya ingin berterima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang telah membenarkan kami duduk kembali di tempat kami yang asal. Saya ucapkan ribuan terima kasih kerana memang selesa dan kami dapat berucap.
Pada masa yang sama, berkenaan dengan satu perhimpunan kelmarin...
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Iaitu di mana di perkarangan Mahkamah Jalan Duta, kita lihat Pengarah Kesihatan telah mengeluarkan kenyataan atas kehampaan beliau tentang perhimpunan beramai-ramai yang boleh menyebabkan satu lagi kluster. Walaupun telah dinasihatkan oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan sendiri, lebih kurang 1,000 orang hingga 3,000 telah berkumpul di sana.
Tuan Yang di-Pertua
Apakah soalannya?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya cuma risau.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Soalan apa? Peraturan mana?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Pontian....
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya ada, betul.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Baling, beberapa orang Yang Berhormat di sebelah sana telah- Yang Berhormat Tanjong Karang juga terlihat. Yang Berhormat Tanjong Karang ada pakai face mask. Akan tetapi, beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sana berada dalam perhimpunan tersebut tanpa memakai face mask.
Tuan Yang di-Pertua
Saya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jadi, saya telah tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua sama ada...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Peraturan nombor berapa?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Pontian, biarkan saya habis dahulu.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak apa, tidak apa.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya telah tanya berkenaan dengan perkara ini dan saya telah memohon petua sama ada mereka perlu dikuarantinkan kerana kami sekarang didedahkan kepada...
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kami didedahkan.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
No, ini perkara penting kerana rakyat di luar sana, kelmarin saya pergi ke kedai kopi, mereka tanya saya, “Is this the rule which only applies to ordinary citizen? What about the Members of Parliament from the government bench?”
Tuan Yang di-Pertua
Okey, saya...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
So, adakah perlu mereka dikuarantinkan? Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, ya, saya dapat point itu. Boleh saya jawab sekejap?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bila saya bangkitkan perkara ini, Timbalan Yang di-Pertua hanya gelak ketawa. Dia kata there’s nothing in the standing orders which imposes the SOP. So, Tuan Yang di-Pertua, I am sure you behave as a learned person, well respected by all of us...
Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Cakap Melayulah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bolehkah memberi satu penjelasan atas perkara ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya saya pun ada nampaklah dalam berita dan sebagainya. Akan tetapi, kita pun tidak tahu sama ada orang ramai yang berkumpul semalam itu semuanya ada COVID-19. Jadi, kita pun tidak tahu kalau ada orang yang ber-COVID-19 di situ, mereka sudah menjangkiti Ahli-ahli Yang Berhormat yang hadir bersama-sama mereka pada semalam itu.
Jadi, kita tidak ada kuasa untuk menghalang pergerakan Ahli-ahli Yang Berhormat di luar Dewan dan sebagainya. Saya rasa selagi tidak dibuktikan bahawa mereka mempunyai gejala COVID-19, maka kita tidak boleh menghalang mereka daripada masuk ke Dewan ini. Akan tetapi, saya selalu menekankan bahawa pada setiap masa Ahli-ahli Yang Berhormat saya minta dan saya nasihatkan agar mematuhi SOP COVID-19 ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ini perkara penting.
Nasihat Tuan Yang di-Pertua, kepimpinan melalui teladan. Kalau mereka tidak patuhi....
Tuan Yang di-Pertua
Sila duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Tidak adil kita paksa rakyat patuhi.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Kita berterima kasih kepada Yang Berhormat kerana memperingati kita termasuklah diri saya sendiri. Ya.
Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Tuan Yang di-Pertua, mereka tidak kena buat swab kah atau rapid test kah? Kerana boleh menjejaskan kita dalam Dewan.
Tuan Yang di-Pertua
Itu terpulang kepada kebijaksanaan KKM lah kalau mereka mengehendakinya untuk dibuat.
Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Dalam Dewan ini, kuasa Tuan Yang di-Pertua boleh arahkan mereka.
Tuan Yang di-Pertua
Boleh saya mulakan?
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Maaf
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua, sebelah sini, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua, minta pihak sana meng-announce-kan tarikh masa tamat Parlimen. Semalam dekat-dekat hendak balik baru dia orang bagi tahu tambah lagi satu jam.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
So, itu mengelirukan kita.
Sebab apa, kita sudah ada rancangan-rancangan, kita sudah buat persiapan dinner semua, terpaksa dibatalkan.
Tuan Yang di-Pertua
Maaf, Yang Berhormat. Sebenarnya...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sebenarnya perkara itu agak bergerak secara, dalam Inggerisnya fluid, sebab senarai pembahas itu bertukar-tukar daripada masa ke semasa.
Jadi semalam itu apabila saya lihat terdapat ramai lagi pembahas yang hendak membahas, jadi saya mencadangkan bahawa kita tambah satu jam. Sebab itulah. Sebab saya sebenarnya hendak semua Wakil Rakyat dapat membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja itu. Saya akan berusaha sedaya upaya supaya tarikh masa itu boleh ditetapkan. Akan tetapi, kadang-kadang itu ia bertukar-tukar. Jadi, tidak dapat dielakkan.
Maaf ya.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Jadi untuk hari ini jam berapa habis, Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua
Untuk hari ini, saya mendapat 14 senarai pembahas setakat ini. Jadi mungkin sehingga pukul 5 atau 5.30, insya-Allah. Akan tetapi selepas ini saya tidak tahulah sama ada senarai ini akan bertukar ya. Baiklah, saya ingin sekarang menjemput Yang Berhormat Dungun untuk menyampaikan perbahasan beliau.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
*Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillah...
[Membaca selawat]* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong pada 18 Mei 2020 yang lalu dan saya menyatakan sokongan terhadap Titah tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan Firman Allah SWT... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Yang bermaksud, “Dan tidaklah Muhammad itu melainkan seorang Rasul.”
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Nabi Muhammad SAW seorang manusia tetapi diangkat oleh Allah menjadi Rasul. Maka kemuliaan Rasul itu wajib dipelihara dan dijaga berdasarkan kepada akidah dan kepercayaan orang-orang yang beriman.
Ada satu ayat yang sangat penting di dalam suratul Hujurat untuk dijadikan peringatan kepada orang-orang yang beriman iaitu firman Allah SWT, *[Membaca Ayat 2:
Surah Al-Hujurat]* yang bermaksud; “Wahai orang-orang yang beriman! Jangan kamu mengangkat suara-suara kamu lebih tinggi daripada suara Nabi dan jangan kamu menzahirkan atau menyatakan kepadanya perkataan seperti perkataan kamu kepada sesetengah yang lain”. Ayat ini membawa satu maksud yang sangat penting iaitu walaupun setelah wafat Rasulullah SAW, kita masih lagi diperintahkan oleh Allah untuk merendahkan suara walaupun memberi salam di kuburnya, menziarahi makamnya dan tiap-tiap perkataan yang kita hendak ungkapkan, jika ada perbandingan, maka janganlah dibuat perbandingan perkataan itu dengan sesuatu yang disamakan dengan Nabi seperti mana sama dengan yang lain. Saya minta supaya kita berhati-hati dalam menggunakan perkataan-perkataan terhadap Nabi Muhammad SAW kerana ia peringatan yang sangat penting.
Saya mengambil satu buku yang pernah dikarang oleh Michael H. Hart iaitu buku ‘100 Tokoh Paling Berpengaruh Dalam Sejarah’. Daripada 100 orang tokoh itu, yang pertama pada senarai ialah Nabi Muhammad SAW. Maka, H. Hart ini telah mengambil tempoh masa 28 tahun untuk mengarang buku ini. Lalu dalam satu ucapannya di dalam sebuah dewan di London, dia telah menerangkan mengapa dia
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
memilih Muhammad iaitu Nabi Muhammad SAW dalam senarai pertama dari 100 orang tokoh yang paling berpengaruh.
Lalu dalam masa ucapannya itu, telah ada satu suara mengatakan, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua; “He is a liar”. “Dia seorang pendusta”. Maka H. Hart berhenti dan bertanya kepada yang berkata bahawa Muhammad pendusta, *“Tuan-tuan mengatakan bahawa Muhammad seorang pendusta. Cuba lihat perkembangan pengikut-pengikutnya.
Daripada jumlah seorang diri, kemudian diikuti oleh isterinya, kemudian oleh sahabatnya, kemudian oleh sepupunya sendiri, kemudian berkembang sehingga mencapai lebih daripada satu bilion”.* Dalam jumlah penduduk dunia hari ini, tidak mungkin seorang yang berdusta boleh mempengaruhi jumlah yang begitu ramai. Maka apa yang dikatakan bahawa Muhammad seorang pendusta adalah tidak benar.
Kedua, hujah saya, mengatakan bahawa Muhammad saya pilih untuk diletakkan dalam senarai pertama daripada 100 orang tokoh paling berpengaruh, iaitu ajaran yang telah merentas 400 ribu tahun. Tidak mungkin satu ajaran boleh bertahan begitu lama kalau yang membawa seorang pendusta.
Ketiga ialah bagaimana selepas daripada matinya, yakni wafatnya, apabila ada cercaan dibuat terhadap dirinya, akan ada yang bangun mempertahankannya. Maka saya harap, daripada apa yang diucapkan sebagai hujah oleh Michael H. Hart ini, kita melihat kepada kepentingan semasa hari ini. Bagaimana kadang-kadang cercaan terhadap peribadi Nabi Muhammad SAW dilakukan, cuba lihat dalam media sosial, cuba lihat dalam tulisan-tulisan yang mencerca peribadi Nabi Muhammad SAW.
Oleh sebab itu saya mengingatkan kepada semua supaya berhati-hati dalam memilih perkataan untuk ditujukan kepada Nabi Muhammad SAW kerana Baginda bukan manusia biasa. Kita tidak boleh membuat perbandingan Nabi Muhammad dengan seorang yang lain kerana walaupun yang bukan Islam, Michael H. Hart tetap meletakkan bahawa ada hujah-hujah mengapa Nabi Muhammad SAW dipilih menjadi tokoh nombor seorang manusia paling berpengaruh di dalam sejarah.
Oleh itu saya pohon supaya Tuan Yang di-Pertua, perhatian diberikan kepada peringatan-peringatan Allah SWT ini khusus kepada orang-orang yang beriman dan juga kepada orang-orang lain supaya memahami hakikat. Kadang-kadang sesuatu itu mengguris perasaan dan hati orang-orang yang beriman, maka hendaklah dipelihara dan dijaga.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin untuk bangkitkan berkait dengan isu dan masalah yang dihadapi oleh nelayan di kawasan Dungun. Tuan Yang di-Pertua, banyak masalah yang dihadapi oleh nelayan-nelayan Dungun yang masih belum selesai sejak sekian lama. Hal ini sangat menyukarkan kehidupan mereka yang sudah sedia susah kerana masalah-masalah itu umumnya menjejaskan sumber pendapatan mereka yang tidak seberapa. Antara masalah yang saya boleh senaraikan Tuan Yang di-Pertua, seperti pencerobohan nelayan asing, isu pencerobohan zon, masalah-masalah hakisan dan mendapan di jeti tambatan, keadaan infrastruktur dan kemudahan nelayan yang menyedihkan sehinggalah kepada isu-isu lain yang melibatkan nelayan yang masih tidak diselesaikan.
Apa yang paling utama Tuan Yang di-Pertua ialah pencerobohan bot nelayan asing yang dilihat semakin berleluasa khususnya di kawasan Pulau Tenggol, Dungun.
Kehadiran nelayan asing semakin ramai walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Mereka menggunakan pukat-pukat yang besar, yang menghapuskan sumber laut dan merosakkan bubu-bubu nelayan. Nelayan tempatan beroperasi dalam ketakutan dan tidak selamat kerana nelayan-nelayan asing ini berani menunjukkan senjata kepada nelayan tempatan bila aktiviti mereka cuba dihalang.
Hal ini menyebabkan nelayan Dungun juga mengalami masalah kecurian ikan dan makanan laut kepada nelayan asing sehinggakan kuantiti dan nilai pendaratan dalam negeri dan negara berkurangan. Kalaulah ketirisan ini dapat dibendung oleh kerajaan, bayangkan betapa banyaknya keuntungan hasil laut yang akan mengalir kepada nelayan kita dan rakyat kita sendiri. Oleh itu saya mohon agar Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), meningkatkan lagi penguatkuasaan di laut dengan meningkatkan aset-aset jabatan dan juga jabatan-jabatan yang bertanggungjawab mengawal perairan negara bagi kepentingan nelayan-nelayan tempatan.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Seterusnya saya juga ingin untuk bertanya tentang Hospital Dungun yang sudah lewat daripada tarikh jadual sepatutnya siap dan beroperasi. Apakah sebenarnya permasalahan yang berlaku? Jika boleh dinyatakan dan dihuraikan.
Tuan Yang di-Pertua, kesan daripada pandemik COVID-19 dan dalam waktu PKPP ini kepentingan perlindungan sosial...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Sila.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya, apabila cerita tentang COVID-19, maka tadi kita diingatkan supaya mengikuti penjarakan sosial dan saya juga diminta oleh Yang Berhormat Jelutong supaya dikuarantin misalnya. Saya ingin merujuk Yang Berhormat Dungun kepada Twitter Yang Berhormat Langkawi, 18 Julai 2020, tahun ini. BERSATU blackout di Alor Setar. Kita boleh melihat Twitter, Tun Dr. Mahathir, Yang Berhormat Langkawi. Tiada penjarakan sosial dalam PC, ada gambar beramai-ramai.
Dalamnya ada Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Pokok Sena. Adakah mereka ini juga akan dikuarantin, kalau saya dikuarantin? Itu sahaja hendak tanya.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Dungun sikit, Baling sokong Yang Berhormat Dungun sebab Baling pun disebutkan tadi berkaitan pakai face mask ini. Fakta yang diberikan oleh Yang Berhormat Jelutong itu mengelirukan rakyat. Sebenarnya saya pakai, masa itu saya pakai. Sekejap masa ambil gambar itu dia orang pegang, saya pegang di tangan, suruh dia tengok betul-betul. Benda itu saya cabut.
Akan tetapi walau bagaimanapun saya setuju apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Pontian dan saya boleh sahkan Yang Berhormat Jelutong ini dia orang suruhan lah kot. Kalau tidak, dia tidak akan cakap macam itu. Nampak sangat dia punya double standard, berat sebelah. Susah hendak jadi lawyer macam itu.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak apa Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih Yang Berhormat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya bukan macam Yang Berhormat Baling lah, Yang Berhormat Baling orang suruhan, saya bukan orang suruhan.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
...Pontian, Yang Berhormat Baling. Terima kasih dan masukkan dalam ucapan saya dan pohon penjelasan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Low standard Yang Berhormat Baling.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Semalam Sinar sudah masuk, hari ini minta CNN masuk pula awak punya statement...
Tuan Yang di-Pertua
Maaf...
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
...Silakan Yang Berhormat Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin untuk Tuan Yang di-Pertua mengambil maklum daripada yang melibatkan kepentingan pemulihan ekonomi negara. Kerajaan mestilah menumpukan usaha-usaha bantuan dan pemulihan dengan menumpukan iaitu:
(i) bantuan kepada golongan B40;
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
(ii) memperbaiki sistem penyampaian perlindungan sosial; dan
(iii) menggalakkan pemulihan ruang-ruang pekerjaan bagi memastikan bahawa hal-hal yang melibatkan rakyat yang terjejas, rakyat yang kehilangan pekerjaan dan juga peniaga- peniaga yang terjejas diberikan kerangka-kerangka bantuan perlu untuk kepentingan pembangunan ekonomi rakyat dan juga penerusan kepada kepentingan pembangunan dan pemulihan ekonomi negara.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Putatan.
Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, untuk pembuka tirai saya ingin berkongsi dengan sahabat saya daripada Ledang. Seperti Yang Berhormat Ledang, saya juga ingin mengucapkan syabas dan terima kasih atas sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat kerajaan dan rakyat amnya ke atas kecaman annexation plan oleh Israel ke atas jajahan Palestin atas nama keadilan, keamanan dan kemanusiaan sejagat. Syabas rakyat Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, pada hari ini saya tidak akan bercakap panjang lebar tentang isi dan inti pati Perjanjian 63 kerana ia telah pun banyak dihujahkan pada hari ini.
Ia telah banyak dihujahkan pada hari kelmarin, telah banyak dihujahkan pada minggu lalu, telah banyak dihujahkan pada tahun lalu, telah banyak dihujahkan pada lima, 10 tahun yang lalu.
Apa dihujahkan adalah benda yang sama iaitu satu perjanjian yang ditandatangani pada 1963 dan ia dihujahkan di tempat yang sama iaitu di Dewan yang mulia ini. Tidak ada perubahan daripada segi itu.
Akan tetapi kenapa ia terus dihujahkan kerana belum ada penyelesaian. Saya cuma pada hari ini akan mengetengahkan pendekatan yang dibawa oleh Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini untuk merealisasikan Perjanjian 63 sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto. Baiklah, kita bermula dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan, Perkara 1(2) yang dibawa ke Dewan yang mulia ini pada Mac tahun 2019.
Akan tetapi malangnya pindaan Perlembagaan yang diusulkan pada waktu itu tidak berjaya kerana gagal mendapat undi 2/3 untuk meluluskan usul tersebut.
Usul tersebut adalah untuk menaik sama tarafkan Sabah dan Sarawak pada asalnya sebagaimana perjanjian yang telah ditandatangani. Sahabat-sahabat yang duduk di sebelah sini sekarang ini duduk sebelah sana, termasuk juga sahabat-sahabat Yang Berhormat dari Sarawak tidak menyokong usul yang dibentangkan pada waktu itu kerana alasan mereka yang tersendiri. Cukup di situ.
Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya ingin berkongsi tentang kronologi yang telah dibawa oleh Kerajaan Pakatan Harapan dalam usaha untuk merealisasikan Perjanjian 63 ini. Saya bermula dengan semenjak Kerajaan Pakatan Harapan itu ditubuhkan, telah banyak masa dan usaha telah ditumpukan untuk menjurus kepada perkara ini. ia bermula pada Oktober 2018, Jawatankuasa Khas Kabinet telah ditubuhkan oleh Jemaah Menteri.
Empat bulan selepas itu pada Februari 2019, enam Working Committee telah ditubuhkan. Working Committee itu termasuklah working committee untuk kewangan yang diterajui oleh Kementerian Kewangan, Working Committee- Ekonomi yang diterajui oleh Kementerian Ekonomi, Working Committee- Kerja Raya yang diterajui oleh Kementerian Kerja Raya dan juga tiga kluster yang lain.
Di samping itu, tiga buah Jawatankuasa Teknikal juga telah ditubuhkan di mana jawatankuasa teknikal ini ditubuhkan untuk membantu enam kluster tersebut untuk meneliti dan memperhalus aspek-aspek yang perlu diketengahkan. Pada Julai 2019, tujuh isu telah selesai dibincang, antaranya adalah export duty, timber dan forest product, gas distribution and electricity dan sebagainya. Penghujungnya pada Disember 2019,
Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan
telah dinyatakan bahawa 17 daripada 21 perkara telah pun diketengahkan dan telah pun selesai dibincangkan. Cuma empat sahaja yang tinggal, empat sahaja yang tertunggak iaitu oil royalty, oil field, Territorial Sea Act 2012, dan juga continental share. Tuan Yang di-Pertua, selepas hampir dua tahun kerajaan pada waktu itu menumpukan perhatian, selepas hampir dua tahun pada waktu itu, fikiran telah digembleng untuk merealisasikan benda ini sekarang Putatan ingin bertanya apa sudah jadi dan apakah langkah seterusnya? Yang Amat Berhormat Pagoh pada 17 Julai 2020 dalam petikan tersebut ada menyebut, “The government plans to complete the implementation review of MA63 according to three phases...”.
Which firstly, when year, satu tahun dan ke bawah. Sekarang ini kerajaan kita sudah membincangkan hampir dua tahun setengah. Ertinya kita akan menambah satu tahun lagi hingga ketiga- tahun setengah, itu pun kita baru sampai ke peringkat yang pertama. Tidak habis di situ ada lagi secondly, dua tahun dan ke bawah. Sekarang ini kita sudah dua tahun setengah, kita tambah lagi dua tahun bererti kita sudah dalam penggal empat tahun setengah, di mana sudah hampir habis pun penggal kita di Dewan ini.
Tidak habis di situ pula thirdly, three years or more. Ertinya, sekarang ini kita sudah dua tahun setengah ditambah tiga tahun ertinya pelaksanaan grammatical yang ada di sini, implementation review grammatical yang ada di sini sudah pun habis tempoh, kita di sini akan dibawa ke penggal yang akan datang.
Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan
Apakah sudah jadi? Apakah sudah jadi dengan analisa-analisa yang telah hampir lengkap yang telah diusahakan semasa dua tahun dua bulan Kerajaan Pakatan Harapan memerintah? Apakah kita bercakap tentang perjanjian yang lain? Tidak. Kita bercakap tentang perjanjian yang sama.
Tuan Yang di-Pertua, jikalau kerajaan dahulu ditanya oleh rakyat bilakah kerajaan melaksanakan Perjanjian Malaysia 63, kerajaan sekarang juga ditanya oleh rakyat terutama Sabah dan Sarawak, bilakah perjanjian Malaysia itu akan dilaksanakan?
Untuk mereka, Tuan Yang di-Pertua, pada 28 Julai 2020 iaitu kelmarin, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Hajah Hanifah ada menyatakan “Tidak ada keperluan bagi laporan akhir Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyemak semula MA63 itu didedahkan kepada umum kerana ia dokumen-dokumen tersebut adalah bertaraf rahsia.” Okey, saya menerima kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tak mempertikaikan. Akan tetapi, saya perlu nyatakan di sini bahawa sebelum ini di dalam segala laporan tentang perkembangan MA63 disembahkan kepada Dewan, saya tengok tidak ada rahsia di situ. Ahli-ahli Yang Berhormat akan terus diberi update tentang perkembangan-perkembangan semasa.
Untuk rekod yang kedua pula, pada 13 Mac 2020, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ada pula mengeluarkan kenyataan yang mana kenyataan beliau untuk menyelesaikan MA63 dalam enam bulan. Kenyataan ini dibuat pada 13 Mac 2020 dan menyatakan bahawa Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan akan diketengahkan semula dalam enam bulan ini. Kita nampak ada sedikit percanggahan daripada kenyataan Yang Berhormat Pagoh dan juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Mohon agar benda ini dapat penjelasan kelak.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyahut apa yang telah dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tentang keselamatan asas yang juga menyentuh tentang pendatang asing tapa izin ataupun kebanjiran warga asing di negara kita. Jikalau kita bercakap tentang kebanjiran warga asing, Sabah johannya.
Saya ingin mengutarakan tentang rancangan Kementerian Dalam Negeri dalam memperkenalkan apa yang dipanggil sebagai dokumen tunggal di Sabah dalam usaha untuk mengatasi kebanjiran warga asing di Sabah. Setakat ini saya tidak ingin untuk memberi komen yang panjang tentang dokumen tunggal ini kerana saya difahamkan dokumen tunggal yang dicadangkan ini baru di peringkat permulaan, baru di peringkat penelitian cadangan yang awal. Walau bagaimanapun, Putatan ingin mengutarakan beberapa persoalan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk dijawab nanti. Untuk rekod, Malaysia bukannya negara yang ratify Protokol 1967 dan bukannya ratified Refugee Convention 1951.
Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan
Tuan Yang di-Pertua, dokumen tunggal yang dinyatakan sebelum ini oleh Kementerian Dalam Negeri mengatakan bahawa 1MM13 akan digunakan sebagai dokumen penyelarasan. Ingin saya kongsikan di sini terdapat beberapa buah dokumen yang ada di Sabah pada waktu ini. Pertama yang dikenali sebagai 1MM13 yang merupakan dokumen persekutuan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, dikeluarkan kepada rakyat Filipina. Dokumen yang kedua pula dipanggil Kad Burung- burung. Kad Burung-burung ini dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Sabah. Kepada siapa?
Kepada rakyat Filipina. Ketiga, Kad Banci. Kad Banci ini juga dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Sabah. Kepada siapa? Kepada rakyat Filipina.
Persoalannya, bagaimana pula pelaksanaan aplikasi yang dicadangkan ini kepada pendatang-pendatang asing yang begitu tinggi jumlahnya di Sabah seperti pendatang, seperti kebanjiran warga Indonesia di Sabah dan juga mungkin boleh dicampurkan warga-warga asing? Adakah aplikasi 1MM13 yang dikenali sebagai dokumen tunggal ini akan digunakan untuk warga asing yang tahap kedua ini?
Pohon Kementerian Dalam Negeri akan dapat memberi satu formula yang boleh diterima nanti. Ini kerana pendatang-pendatang asing dari Indonesia, untuk rekod, kebanyakan mereka ini datang ke Sabah tanpa dokumen, ada yang datang ke Sabah dengan dokumen kerja tetapi overstay.
Persoalan yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya. Sejauh manakah Kementerian Dalam Negeri telah memberi respons kepada Manila yang telah mengeluarkan kenyataan bahawa Manila bersedia untuk menerima rakyatnya yang mempunyai dokumen 1MM13 ini untuk kembali ke negara asalnya?
Ini kerana perkara ini amat penting, Tuan Yang di-Pertua. Ini kerana seandainya Kementerian Dalam Negeri berjaya untuk menyelaraskan kesemua warga Filipina ini dalam sebuah dokumen yang dikenali sebagai 1MM13, adalah amat mudah bagi negara untuk menghantar warga Filipina ini pulang kerana Manila telah pun memberikan kata dua untuk menerima semula warga mereka yang ada di negeri Sabah.
Ketiga, persoalan ingin saya utarakan ialah kerjasama antara Kementerian Dalam Negeri dan juga negeri Sabah. Ini kerana ia melibatkan dokumen yang dikeluarkan oleh dua pihak. Dokumen dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Persekutuan, satu lagi dokumen yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Sabah.
Tanpa ada kerjasama yang erat daripada kedua-dua pihak ini, adalah sukar untuk kita memaksimumkan kejayaan untuk membanteras warga asing yang membanjiri negeri Sabah ini yang mana jumlahnya dikatakan hingga beratus-ratus ribu orang. Ada yang mengatakan 700 ribu orang, ada yang mengatakan 600 ribu orang. Jadi, kita mintalah supaya Kementerian Dalam Negeri dan negeri Sabah dapat menjalinkan satu hubungan yang erat agar perkara ini dapat diselesaikan dengan maksimumnya.
Untuk rekod, pada kerajaan yang lalu, pada pemerintahan yang lalu, sebuah suruhanjaya pernah ditubuhkan di Sabah iaitu yang kita panggil Royal Commission of Inquiry (RCI). Pada waktu itu, RCI ini diketuai oleh bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve dan dianggotai oleh negarawan-negarawan dari Sabah yang tahu sangat tentang apa yang berlaku di Sabah. Antaranya ialah Tan Sri Herman Luping, antaranya ialah Datuk K. Y. Mustafa, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri.
Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat Kementerian Dalam Negeri perlu membahagi dua segmen dan terma yang berbeza dalam usaha mengatasi kebanjiran warga asing di Sabah. Pertama, warga asing di Sabah yang wujud sejak 1970-an hinggalah ke hari ini tahun 2020 ini yang telah berlalu dan tidak selesai sehingga ke sekarang ini walaupun telah mencapai usia 40 tahun.
Kedua, apakah perancangan Kementerian Dalam Negeri untuk memastikan masalah kebanjiran warga asing dan juga masalah untuk memberi dokumentasi ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang? Contohnya, adakah kita akan menutup pusat-pusat pelarian? Ataupun ada langkah-langkah yang lain?
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya seminit lagi. Dilema utama penduduk Sabah, Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya bukan sahaja kebanjiran warga asing di Sabah. Saya meletaknya sebagai satu masalah yang seimbang antara keduanya. Saya bersetuju sangat dengan Yang Berhormat Kota Raja kelmarin yang mengatakan bahawa masalah pendatang tanpa izin ini masalah global. Di mana-mana pun. Di Eropah, ramai orang- orang Islam daripada Timur Tengah yang menjadi pelarian di negara-negara Eropah
Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan
seperti United Kingdom dan di Denmark. Mereka diberi perlindungan, mereka diberi tempat tinggal atas dasar perikemanusiaan.
Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan
Begitu juga yang berlaku Sabah. Akan tetapi apa yang kita perlu ketengahkan di sini ialah penyeliaan agar pendatang tanpa izin yang perlu kita bantu ini tidak akan mendatangkan masalah kepada penduduk setempat, tidak akan memberi masalah kepada rakyat Malaysia dan seterusnya menjaga kedaulatan negara Malaysia yang tercinta ini.
Masalah utama yang lain iaitu yang kedua, adalah bagaimana pendatang asing tanpa izin di Sabah ini disindiketkan. Ini kerana masalah yang kita lihat yang mana saya percaya Ahli-ahli di dalam Dewan ini semuanya tahu bagaimana warga asing di Sabah telah diberi kad pengenalan Malaysia yang di mana dipercayai didapatkan melalui cara- cara yang meragukan dan jumlah mereka amat tinggi, Tuan Yang di-Pertua hingga ada yang mengatakan satu pertiga daripada rakyat Sabah itu warga asing.
Jadi, masalah yang kedua yang sebelah kanan saya. Sebelah kiri saya masalah kebanjiran warga asing yang tidak dikawal selia. Sebelah kanan saya masalah di mana terdapat pengeluaran dokumen-dokumen rasmi Malaysia seperti kad pengenalan yang dikeluarkan dengan cara yang meragukan dengan jumlah yang amat tinggi yang menjejaskan kehidupan ekonomi dan sosial rakyat Sabah dan seterusnya menjejaskan kedaulatan rakyat Malaysia amnya. Saya ingin tahu, langkah yang akan diambil oleh Kementerian Dalam Negeri di dalam mengatasi masalah dua buah cabang yang saya katakan tadi.
Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir saya ingin bercakap tentang pendidikan iaitu tentang jemputan Yang di-Pertua Ketua Menteri Sabah untuk merasmikan Hari Guru di Kota Kinabalu pada 9 Julai 2020 yang lalu yang dibatalkan pada saat akhir. Walaupun kita perakui bidang pendidikan, Jabatan Pendidikan dan Kementerian Pendidikan itu ada di bawah Federal list tetapi saya melihat dari sudut yang agak berbeza. Ini kerana saya berpendapat negeri Sabah yakni Yang di-Pertua Ketua Menteri Sabah patut diberi keistimewaan dalam soal pendidikan di Sabah.
Kenapakah? Ini kerana di dalam IGC Report 1962. Inter-Governmental Committee (IGC) 1962, ada mengatakan Perkara 17 Education (iv), “the Directors of Education in the Borneo States, who would be officers serving in Federal posts and responsible to Federal Minister of Education through the Ministry of Education, should carry out much the same duties as they do at present in consultation with the State Government”. Seterusnya di (v), “the Directors of Education in the Borneo States should continue to be advised by the respective existing Boards of Education and the local Education Committees”.
Seterusnya yang kedua, Kerajaan Negeri Sabah semasa membentuk kerajaan telah pun menubuhkan Kementerian Pelajaran dan Inovasi yang mana tujuan kementerian ini ditubuhkan adalah untuk menjalin kerjasama yang erat dengan Jabatan Pendidikan Sabah yang di bawah yang dipunyai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia agar martabat pendidikan di Sabah itu dapat dilonjakkan semaksimumnya.
Oleh yang demikian, saya berharap Kementerian Pendidikan dapat melihat perkara yang saya utarakan ini dan dapat mengambil tindakan supaya benda ini dapat di- kalau boleh tidak berlaku pada waktu akan datang demi martabat pelajaran kerana yang rugi anak-anak kami di Sabah dalam soal pendidikan.
Tuan Yang di-Pertua, kerana masa saya sudah habis. Setakat ini sahaja saya Putatan menyokong. Terima kasih...
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Kluang. Silakan.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Salam sejahtera. Selamat tengah hari.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
*Titah Tuanku penuh pedoman; Kluang sembah Menjunjung Duli; Rakyat sokong Pakatan Harapan; Demokratik adil dan peduli...
[Tepuk]* Tuan Yang di-Pertua, negara kita kini dilanda kemuraman bukan sahaja kerana wabak COVID-19 dan kemerosotan ekonomi. Malah bagi pengamal media dan penggiat demokrasi kerajaan dilihat seakan-akan melancarkan serangan ke atas media. Dalam tiga bulan sahaja kerajaan baharu ditubuhkan, seorang wartawan disoal siasat polis semata-mata kerana menjalankan tugasnya dan sebuah agensi berita yang lain telah diambil tindakan undang-undang. Serangan terbaru kerajaan terhadap media ada kaitan dengan lesen di bawah seksyen 22(1), Akta FINAS 1981.
Pada minggu yang lepas, setelah dikritik dengan hebat oleh semua pihak, Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia telah berkata bahawa kerajaan tidak akan menggunakan seksyen 22(1) Akta FINAS tersebut terhadap pengguna sosial media buat masa sekarang. Malah, Kabinet berjanji akan membuat pindaan terhadap akta yang diakui ketinggalan zaman itu. Namun, malangnya seperti kata orang, “cakap tidak serupa bikin” kerajaan masih menggunakan akta terhadap sebuah syarikat media lagi.
Saya faham ramai yang tidak puas hati dengan laporan berita yang disiar oleh Al-Jazeera. Berdasarkan sentimen tersebutlah Kerajaan Perikatan Nasional telah menggunakan undang-undang yang sudah diakui lapuk oleh kerajaan sendiri untuk mengenakan tindakan terhadap Al-Jazeera. Ini sebenarnya tidak patut. Sekiranya berita Al-Jazeera berbaur fitnah maka kerajaan boleh menggunakan Kanun Keseksaan atau akta lain terhadap syarikat media tersebut. Biarlah kandungan yang dipertikai itu dibicarakan sahih palsunya dan bukan diungkap dengan alasan tiada lesen.
Berani kerana benar. Kita kena berani menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia bukan seperti yang diuar-uarkan oleh Al-Jazeera atau adakah kerajaan sendiri tidak berani membongkar fitnah dengan fakta? Masalah dalam isu ini...
[Disampuk]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Kluang, boleh ini? Hendak sokong yang ini.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Okey, saya bagi laluan kepada Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kluang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kluang, saya ada membaca ulasan seorang wartawan kanan juga ya. Dia mengatakan dalam isu Al- Jazeera ini, Al-Jazeera telah memberi peluang untuk kerajaan memberikan version dia.
Dia kata dalam istilah kewartawanan, rights to reply. Akan tetapi, kerajaan tidak menggunakan hak itu sebaliknya menggunakan segala apa yang ada dalam kuasa mereka untuk kata orang, menekan Al-Jazeera. Adakah ini satu tindakan yang wajar atau tidak?
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Saya minta masukkan soalan dan ucapan Yang Berhormat Sepang ke dalam ucapan saya juga. Saya setuju sepenuhnya. Seharusnya, Kerajaan Perikatan Nasional menggunakan ruang yang diberikan oleh Al-Jazeera untuk menjelaskan isu tersebut. Malangnya mereka tidak menggunakannya. Itu isu pokok yang kita hadapi sekarang. Masalah dalam isu ini, tidak terhenti setakat itu sahaja. Akta FINAS 1981 sebenarnya adalah undang-undang yang digubal bagi menggalak, memelihara dan memudahkan Kementerian Perusahaan Perfileman Malaysia.
Kata kunci di sini perusahaan ataupun industri perfileman. Jelas di sini suatu akta yang dibuat khususnya untuk mengawal industri perfileman telah salah diguna oleh kerajaan untuk mengawal berita. Apa yang di tayang oleh Al-Jazeera dalam program One on One, dengan izin, suatu program segmen berita khas ataupun, dengan izin, news feature. Bukan filem ataupun dokumentari. Dokumentari dalam industri perfileman mempunyai definisi yang tersendiri dan jitu.
Contoh dokumentari adalah seperti M for Malaysia ataupun dokumentari lain yang boleh ambil bahagian dalam Anugerah Oscar di bawah kategori dokumentari.
Dalam aspek ini, pihak kerajaan sama ada dengan sengaja atau tidak telah menganggap laporan berita khas ataupun news feature sebagai kategori dokumentari dalam industri filem. Justeru, atau FINAS yang sepatutnya mengawasi industri filem telah salah guna
Puan Wong Shu Qi - Kluang
untuk mengenakan tindakan ke atas sebuah agensi berita. Tindakan ini akan dilihat sebagai tindakan salah guna kuasa dipihak kerajaan untuk menggertak dan membisukan pihak media.
Tuan Yang di-Pertua, saya ada beberapa cadangan kepada kerajaan untuk menamatkan kemelut ini. Pertama, kerajaan perlu menghentikan penggunaan Akta FINAS 1981 khususnya seksyen 22(1) terhadap bahan-bahan selain yang diperuntukkan secara sempit dalam undang-undang tersebut bagi industri perfileman.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Kedua, Kabinet perlu segera mengadakan perbincangan dengan semua pemegang taruh untuk merangka rang undang-undang baharu bagi meminda Akta FINAS 1981 dengan mengambil kira konteks dan keperluan masa kini.
Ketiga, kerajaan perlu komited kepada prinsip kebebasan media yang didukung oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Saya harus mengingatkan kita semua, kedudukan Malaysia dalam indeks kebebasan akhbar sedunia meningkat daripada 145 antara 180 negara kepada 101 di bawah pentadbiran Pakatan Harapan. Buat pertama kalinya, Malaysia menjadi juara kebebasan akhbar di Asia Tenggara. Jika Perikatan Nasional terus bertindak mengongkong media dan menghalang kerja-kerja wartawan seperti mana yang dilakukan sekarang, saya khuatir kedudukan Malaysia akan merudum dalam Indeks Kebebasan Media kepada seperti zaman Barisan Nasional dahulu.
Tuan Yang di-Pertua, beralih kepada isu seterusnya. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pekerja barisan hadapan khususnya doktor, jururawat dan semua yang bertugas di hospital serta klinik. Mereka ialah wira yang melindungi negara kita daripada ancaman wabak pandemik COVID-19. Pada masa yang sama, saya juga terharu melihat masyarakat kita yang menyumbang bermacam-macam usaha bagi menyokong wira-wira barisan hadapan kita. Tanpa kerjasama semua lapisan masyarakat, kita tidak akan menewaskan wabak COVID-19 ini.
Saya masih ingat lagi ketika PKP bermula dan saya menerima permintaan untuk mencari tukang jahit menghasilkan PPE bagi hospital COVID-19 di kawasan saya. Tidak sampai sejam poster pengumuman tersebut dimuat naik ke media sosial, pejabat saya menerima lebih 70 panggilan sukarelawan yang ingin menghulurkan bantuan walaupun berlaku kekurangan PPE di sesetengah tempat. Di Kluang, tidak ada masalah kerana ada kerjasama yang begitu baik antara hospital dan masyarakat setempat.
Sebagai wakil rakyat Kluang, saya amat bersyukur kerana komuniti di kawasan saya, tidak kira bangsa dan agama telah tampil menghulurkan pelbagai sumbangan kepada mereka yang memerlukan bantuan. Namun, ramai daripada mereka yang telah banyak membantu orang lain dahulu, kini memerlukan bantuan. Kita faham, ekonomi seluruh dunia amat terkesan akibat wabak pandemik COVID-19. Kerajaan seluruh dunia sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan negara masing-masing daripada krisis ini.
Wabak ini mendatangkan dua cabaran besar. Satu, cabaran kesihatan. Satu lagi, cabaran ekonomi. Cabaran kesihatan berjaya ditempuhi negara kita buat masa sekarang.
Namun, kerajaan masih gagal berdepan cabaran ekonomi dengan berkesan.
Antara kelemahan kerajaan ialah pendekatan ekonomi yang terlalu konservatif di mana satu, kos Pakej Rangsangan Ekonomi yang terlalu rendah berbanding keperluan mendesak ekonomi negara.
Kedua, pengagihan bantuan yang tidak cekap. Contohnya, banyak Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang mengadu bahawa proses birokrasi telah menyusahkan permohonan. Ada sesetengah bantuan yang lambat diterima. Ketiga, bantuan yang jauh lebih rendah daripada keperluan sebenar dan tidak berupaya untuk menyelamatkan pekerjaan dan perniagaan rakyat Malaysia secara meluas.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh secara lanjut isu subsidi upah kerana ini berkaitan rapat dengan sektor pekerjaan rakyat Malaysia. Program Subsidi Upah Malaysia merangkumi 15 peratus sehingga 30 peratus gaji sebulan pekerja.
Bandingkan dengan negara jiran kita Thailand dan Singapura yang memberikan subsidi upah sehingga 75 peratus gaji sebulan. Malah, subsidi upah di Singapura diberi sehingga
Puan Wong Shu Qi - Kluang
10 bulan berbanding tiga campur tiga bulan sahaja di Malaysia. Di sesetengah negara, subsidi dilaraskan berdasarkan keperluan keluarga pekerja. Contohnya di negara Jerman, subsidi upah diberi sehingga 67 peratus daripada gaji sebulan kepada pekerja yang mempunyai anak dan 60 peratus kepada pekerja yang tidak mempunyai anak.
Apabila kita membandingkan kos keseluruhan subsidi upah Malaysia dengan negara-negara lain, kita akan mendapati bahawa Program Subsidi Upah yang dilaksanakan oleh kerajaan amat tidak mencukupi. Kos Jobs Support Scheme dengan izin, di Singapura merangkumi 4.3 peratus daripada keseluruhan pakej rangsangan ekonomi negara tersebut. Manakala di UK, the Coronavirus Job Retention Scheme, dengan izin, memakan belanja 13.2 peratus daripada keseluruhan kos pakej rangsangan ekonomi di UK. Di Malaysia pula, Program Subsidi Upah kita hanya merupakan 2.5 peratus daripada kos keseluruhan Pakej Rangsangan Ekonomi kerajaan.
Jelas di sini, Program Subsidi Upah kita jauh daripada mencukupi. Apabila saya berbual-bual dengan majikan PKS, ramai di antara mereka yang berasa lebih baik tutup sahaja perniagaan mereka atau memberhentikan pekerja. Ini kerana subsidi tersebut langsung tidak dapat menampung kerugian atau kehilangan pendapatan perniagaan mereka dalam beberapa bulan ini. Sebenarnya bukan menjadi hasrat majikan untuk memberhentikan pekerja. Namun, daripada terus menanggung kerugian yang lebih besar untuk kekal dalam perniagaan, lebih baik tutup kedai atau memberhentikan pekerja sahaja.
Kita tidak menafikan bahawa Program Subsidi Upah ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban ekonomi. Namun, ia ada ruang yang besar untuk ditambah baik lagi.
Saya berharap kerajaan akan mengambil tindakan segera sebelum lebih banyak lagi pekerjaan dan perniagaan Malaysia terjejas.
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini sekumpulan anak muda telah menganjurkan Parlimen Digital yang berjaya menarik pendaftaran lebih daripada 1,000 orang peserta.
Mereka bukan sahaja membuktikan kepada Parlimen ini bahawa sidang Parlimen boleh diteruskan walaupun dalam keadaan wabak COVID-19 jika ada iltizam, malah anak-anak muda ini telah menunjukkan prestasi perbahasan yang begitu cemerlang.
Mengemukakan idea-idea bernas dan membincangkan perbezaan pandangan dengan berhemah.
Saya sendiri telah mendengar perbahasan mereka ketika sidang Parlimen Digital tersebut diadakan. Ada di kalangan mereka yang hanya berumur 17 tahun, tetapi begitu petah membahaskan isu kesihatan mental. Ada pula yang membangkitkan isu pendidikan seks di sekolah supaya para pelajar mempunyai kesedaran melindungi hak badan sendiri. Saya kagum menyaksikan perbahasan mereka yang teratur, tertib dan serius dalam membangkitkan isu-isu yang penting buat masyarakat kita.
Walau bagaimanapun, penganjur dan beberapa orang peserta telah dihubungi oleh pihak polis. Saya faham, mungkin ada orang tertentu yang mahu tahu secara terperinci siapa anak muda dan apakah objektif mereka. Jadi, nasihat saya kepada pihak yang menghantar polis untuk menghubungi anak-anak muda tersebut, bukankah lebih baik hantar Yang Amat Berhormat Pagoh untuk berjumpa dengan mereka daripada menghantar polis. Jika Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri berinteraksi dengan mereka, sudah tentulah kerajaan akan tahu niat dan misi Parlimen Digital ini tanpa perlu menyusahkan pihak polis yang sudah pun sibuk mengejar penjenayah.
Tuan Yang di-Pertua, isu terakhir. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri Kerja Raya ke Jalan FT.50 di Johor.
Semasa pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan, saya telah dimaklumkan bahawa kerja naik taraf FT.50 akan dilaksanakan pada tahun ini. Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Batu Pahat dan saya, pernah menulis surat kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Menteri Kerja Raya ketika itu untuk mempercepatkan projek naik taraf tersebut kerana jalan raya FT.50 ini salah sebuah jalan raya yang paling bahaya di seluruh negara.
Sebenarnya pagi ini, baru berlaku satu kemalangan yang serius lagi.
Memandangkan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi serta Yang Berhormat Batu Pahat masih kekal dalam kerajaan, saya berharap projek naik taraf ini akan dilaksanakan dengan segera supaya keselamatan pengguna jalan raya terjamin.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Sekian ucapan perbahasan saya, Kluang menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Kluang...
[Tepuk] Sekarang ini saya menjemput Yang Berhormat Sri Aman untuk menyampaikan perbahasan beliau. Silakan.
Dato’ Masir Kujat - Sri Aman
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk sama-sama berbahas Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa pembukaan rasmi Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas pada 18 Mei 2020.
Rakyat Sri Aman juga mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih ke atas kesediaan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk berangkat merasmikan sidang Dewan Rakyat pada tempoh hari.
Saya juga turut mengucapkan tahniah ke atas pelantikan Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan beliau yang baharu. Diharap Tuan Yang di-Pertua dapat melaksanakan tugas yang berat dan penting dengan adil dan saksama.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga dengan peluang ini ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dengan tindakan menentang penyakit COVID-19 terutama barisan pasukan hadapan seperti para doktor, jururawat dan mereka yang lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk memerangi habis- habisan wabak ini. Semoga semua usaha mereka diberkati oleh Tuhan dan kemenangan akan tercapai nanti.
Tuan Yang di-Pertua, saya turut menyokong desakan Ahli Parlimen Selangau dan juga Yang Berhormat Pensiangan dan yang lain yang menyatakan bahawa perwakilan Ahli Parlimen dari Sarawak dan Sabah harus dikekalkan pada kadar 35 peratus daripada keseluruhan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat seperti yang termaktub dalam Fasal 2 Perkara 66 dalam MA63. Saya berpendapat desakan ini ada asas yang kukuh dan perlu dipertimbangkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional dengan segera.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Parlimen Sri Aman agak luas dan mempunyai tiga DUN, kawasan pedalaman masih lagi mundur dan banyak kekurangan walaupun kerajaan telah berusaha untuk meningkatkan kemudahan prasarana asas.
Dengan pertambahan kerusi Parlimen nanti, kemudahan asas ini akan diperbaiki dengan memacu ekonomi dan pembangunan setempat untuk rakyat di kawasan pedalaman.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada isu di Parlimen di Sri Aman.
Pertama saya hendak sentuh ialah mengenai masalah penduduk di kawasan luar bandar yang sukar untuk membuat sijil lewat kelahiran dan juga kad pengenalan. Kadang- kadang masalah ini timbul sekiranya berlaku kes luar nikah di kalangan masyarakat setempat dan ada juga kes ibu bapa yang berasal dari negara jiran.
Saya menyeru KDN agar mengkaji dan memudahkan proses permohonan sijil lewat kelahiran ini dan kad pengenalan terutama di kalangan penduduk kawasan pedalaman yang saya sebutkan tadi. Saya juga menyeru agar Jabatan Pendaftaran Negara meneruskan usaha untuk menggiatkan semula pasukan pendaftaran bergerak seperti yang dijalankan pada masa lepas.
Satu lagi isu yang berkaitan mengenai pemegang kad pengenalan warna hijau dan juga warna merah. Saya ingin mohon penjelasan Kementerian Dalam Negeri, sampai bilakah mereka ini akan diluluskan dan diberi taraf warganegara Malaysia dan diberi kad pengenalan warna biru?
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh juga isu keselamatan di kawasan sempadan. Saya menerima laporan bahawa penduduk di negara jiran di sempadan Sri Aman dan Kalimantan Barat sering memburu melintasi sempadan antarabangsa di Sri Aman. Memburu secara haram ini akan merugikan pihak kita kerana kehidupan liar kita akan terancam. Mereka sewenang-wenangnya membunuh spesies-spesies kehidupan liar kita di kawasan Sri Aman.
Dato’ Masir Kujat - Sri Aman
Saya ingin bertanya kepada Kementerian Dalam Negeri, sama ada untuk mengkaji pelaksanaan penubuhan Agensi Keselamatan Sempadan atau lebih dikenali nama ringkas AKSEM ke Sarawak dan juga ke Sabah? Berkaitan dengan ini juga, saya ingin bertanya kepada KDN, bilakah depot imigresen akan dibina di kawasan Lachau Sri Aman agar dapat mengawal dan membendung kemasukan PATI dan barang-barang kawalan dan juga yang terlarang?
Ketiga, mengenai jalan balak. Tuan Yang di-Pertua, isu naik taraf jalan balak di kawasan pedalaman juga pernah dicadangkan oleh Kerajaan BN dahulu. Kita pernah berbahas dan mengesyorkan agar ia dinaik taraf kepada gred R3 mengikut piawaian pihak JKR. Malangnya, setakat ini mungkin disebabkan ekonomi yang tidak baik, cadangan ini menjadi cadangan sahaja. Impian penduduk luar bandar di mana ia dihubungi oleh jalan balak ini hanya tinggal mimpi siang hari.
Maka dengan ini, saya menyeru kepada Kerajaan Perikatan Nasional untuk berusahalah dan mencari dana supaya jalan tersebut sekurang-kurangnya dapat dilaksanakan secara ansuran, sedikit demi sedikit, terutama di mana terdapat keadaan jalan balak yang teruk sangat. Saya harap juga Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan agensi seperti ICU, SDO dapat mengambil perhatian lebih serius untuk mengatasi masalah ini.
Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya mengenai klinik dan juga hospital. Saya menyentuh berkenaan Hospital Sri Aman yang pada hemat saya masih lagi dalam pelaksanaan. Mengikut statistik ataupun status, ia digelar ataupun dikategorikan sebagai projek lewat. Saya tidak tahu beberapa tahun sudah projek ini dilaksanakan tetapi sehingga kini masih lagi belum siap dibina. Jadi, apakah langkah yang dapat diambil Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengatasi masalah ini?
Satu lagi mengenai klinik di Kampung Abok. Apakah status pelaksanaan klinik ini walaupun ia telah disenaraikan untuk pelaksanaan beberapa tahun lepas? Adakah Kementerian Kesihatan Malaysia masih meneruskan rancangan pembinaan klinik ini ataupun sebaliknya?
Dengan demikian, Tuan Yang di-Pertua, saya harap tindakan seterusnya akan diambil oleh pihak berkenaan dan saya akan menunggu jawapan apabila Menteri menjawab nanti. Sekian sahaja, saya menyokong usul Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Sri Aman. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Selayang.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya mengucapkan terima kasih kerana telah diberikan peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dalam Titah Diraja merujuk kepada peristiwa yang dipanggil ‘Langkah Sheraton’. Kerajaan Pakatan Harapan yang menang PRU-14, tumbang apabila PPBM menarik diri daripada PH dan bersama seramai 10 orang Ahli Parlimen yang melompat keluar Parti Keadilan Rakyat mengadakan gabungan politik baharu dengan UMNO dan PAS yang dipanggil Perikatan Nasional dan disokong oleh GPS.
Yang Berhormat Langkawi berkata, walaupun adanya perjanjian, beliau tidak bersetuju dengan peralihan kuasa kepada Yang Berhormat Port Dickson. Yang Berhormat Langkawi berkata ini sebab Yang Berhormat Port Dickson Presiden parti politik berbilang kaum.
Soalan pertama saya ialah untuk meminta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberitahu Dewan yang mulia ini, adakah Perikatan Nasional berpendapat sama seperti Yang Berhormat Langkawi bahawa orang Melayu lebih mudah menerima perjuangan berasaskan kaum dan tidak senang dengan konsep kesamarataan tanpa kira kaum dan agama?
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Soalan kedua. Apakah bangsa idaman PM? Mengikut Profesor Datuk Dr.
Shamsul Amri Baharuddin, bangsa idaman atau, dengan izin, nation of intent ialah idea mengenai identiti nasional Malaysia yang pimpinan politik inginkan.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Adakah konsep bangsa idaman PN ini bangsa idaman Melayu Raya seperti yang diwakili oleh pimpinan Melayu beridealisme sosialis atau bangsa idaman negara Islam yang diwakili oleh PAS. Atau bangsa idaman yang diwakili oleh UMNO yang telah mengalami evolusi tiga jalur; masyarakat majmuk pimpinan Melayu (Malay led plural society) yang berubah kepada jalur pimpinan Melayu penguasaan Melayu (Malay dominance) dan terkini jalur ketiga, ketuanan Melayu.
Profesor Abdul Rahman Embong berkata konsep ketuanan Melayu adalah satu social construct UMNO yang dibuat untuk mengekalkan hegemoni UMNO. Saya tanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adakah Kerajaan PN mengidam mengadakan bangsa idaman untuk mengekalkan hegemoni untuk PPBM atau UMNO atau PAS atau mengadakan sebuah bangsa idaman baharu, bangsa idaman PN. Kerana ini kesan kepada satu perkara yang penting iaitu tentang perpaduan dalam kepelbagaian (unity in diversity) kerana Langkah Sheraton ini bukan sahaja menolak seorang individu, Yang Berhormat Port Dickson menjadi Perdana Menteri tetapi lebih penting menolak konsep multiracial.
Ini bermakna konsep-konsep seperti kesamarataan yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan, Malaysia Agreement 1963, bangsa idaman bangsa Malaysia, dasar inklusif dan perpaduan dalam kepelbagaian, dengan izin, unity in diversity juga ditolak.
Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan itu lah penting kerana ia untuk menjamin hak kesamarataan. Hak ini amat penting bagi mengelakkan berlaku prejudis, diskriminasi dan ketidakadilan kepada rakyat Malaysia. Apa yang lebih penting ialah matlamat untuk mewujudkan Malaysia. Matlamat ini untuk masyarakat berbilang kaum dan agama hidup bersama, aman damai dengan keharmonian dan toleransi.
Dengan izin saya memetik dua perenggan daripada ucapan Tunku Abdul Rahman pada 16 September 1963; “The great day we have long awaited has come at last. The birth of Malaysia. In a warm spirit of joy and hope, 10 million people of many races in all the states of Malaya, Singapore, Sarawak and Sabah now join hands in freedom and unity.” Perenggan kedua; “The Federation of Malaya now passes into history. Let us always remember that the Malayan nation was formed after many difficulties during a long history of national emergency, yet its multiracial society emerged, endured and survived as a successful progressive nation. A true democracy and an example to the world of harmony and tolerance.” Keharmonian dan toleransi kita sebenarnya hendak menunjukkan kepada dunia bagaimana penduduk berbilang kaum dan agama boleh hidup bersama. Akan tetapi selepas lebih 50 tahun, kita belum mencapai bangsa Malaysia atau perpaduan. Yang penting sekarang ialah soalan tentang ketuanan Melayu kerana dalam ucapannya jelas bahawa rakyat Malaya, Sabah dan Sarawak tidak bersetuju mewujudkan Malaysia untuk satu kaum menjadi tuan dan yang lain menjadi hamba.
Apa yang kita hendak ialah perpaduan tetapi kita mengadakan kekhuatiran dengan istilah Ketuanan Melayu. Ini menggambarkan orang Melayu seolah-olah sama seperti white supremacy yang hilang aspek-aspek inklusif. Terkini kita lihat di Amerika Syarikat, aspek white supremacy dengan membangkitkan unsur-unsur yang tidak sihat dan kesan negatif seperti diskriminasi dan prejudis sehingga wujudnya pergerakan Black Lives Matter dan protes-protes selepas pembunuhan George Floyd.
Oleh yang demikian, penjelasan tentang apa yang dimaksudkan dengan istilah Ketuanan Melayu sungguh penting untuk rakyat Malaysia pada waktu ini. Perpaduan masyarakat diibaratkan sebagai tiang kemakmuran dan kedamaian tetapi bila mengadakan pencegahan, suasana damai yang diimpikan dilihat sukar untuk dikekalkan sekiranya setiap etnik bersifat etnosentrik.
Impian yang diinginkan untuk bangsa yang sejahtera, berintegrasi, menikmati kehidupan bersama yang berasaskan kesamaan hak dan keadilan. Perpaduan nasional
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
tidak dapat lari daripada konsep pembentukan negara bangsa yang bersangkut paut dengan isu perbezaan kaum atau diversity dalam kalangan masyarakat. Asas formula perpaduan nasional di Malaysia seolah-olah dengan menjadikan elemen bumiputera sebagai tonggak tanpa menafikan kepelbagaian kaum-kaum lain. Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menyatupadukan kepelbagaian masyarakat ialah memelihara dan mengekalkan tradisi budaya setiap kaum. Antara nilai yang ditekan dalam gagasan ini ialah sikap penerimaan dalam kalangan pelbagai etnik terhadap etnik yang lain.
Masalah yang kedua ialah tentang pelaksanaan agenda bumiputera. Masalah ialah dalam pelaksanaan bukan tentang stereotype bahawa bumiputera adalah malas, Cina adalah tamak kerana ini adalah mitos yang telah dijelaskan di dalam buku ‘The Myth of The Lazy Natives’ oleh Syed Hussein Al Attas bahawa stereotype digunakan kerana mereka yang diberikan tanggungjawab tidak dapat melaksanakan program-program untuk menaikkan taraf hidup kaum Melayu. Apa yang mereka buat ialah untuk menyalahkan masyarakat Melayu sendiri.
Ini sedang juga berlangsung sampai hari ini contohnya di dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia, kegagalan projek meningkatkan komoditi ekonomi bumiputera dikatakan sebab usahawan bumiputera tidak dapat melakukan perubahan minda, terlalu cenderung bergantung pada bantuan kerajaan dan kurang sikap berdikari.
Akan tetapi baru-baru ini di dalam Laporan Ketua Audit Negara kita mendapati bahawa program gagal kerana kekurangan kecekapan dan keberkesanan di dalam Program Peningkatan Kapasiti dan Kapabiliti (KPKK). Sebanyak RM250 juta digunakan tetapi kita melihat bahawa daripada 100 ribu orang peserta, hanya 38.5 peratus sahaja dapat disahkan. Mereka yang diberikan tugas tidak mempunyai pengalaman dan kapasiti untuk melaksanakan program. Program dijalankan di bawah jejambat, di dalam kedai kopi yang tidak lengkap. Program 18 bulan tetapi latihan yang diberikan kepada peserta hanya satu bulan.
Ini ialah masalah sebenarnya dan kita telah melihat daripada beberapa laporan dahulu bahawa masalahnya ialah masalah pelaksanaan di mana kita mengadakan kuasa naungan- patronage, mengadakan rent-seeking behaviour dan rasuah.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Pada semalam, kita melihat mengadakan satu hukuman bekas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di mana beliau dihukum penjara selama 12 tahun. Saya yakin bahawa proses rayuan dan penghakiman akan diikuti untuk menunjukkan bahawa kita akan kembali kepada jalan kedaulatan negara dan rasuah. Mereka yang melakukan jenayah akan dihukum.
Akhirnya, saya hendak menyentuh tentang isu-isu kawasan Selayang. Saya meminta kerajaan memberikan perhatian kepada keadaan trafik di jalan raya FT3209 dan juga FT01. FT3209 tidak dilebarkan selama 20 tahun manakala FT01 diperlukan untuk mengadakan sebuah lorong untuk memberikan kenderaan berat mendaki bukit dan setiap hari pengguna di jalan itu di dalam satu penderitaan sebab kesesakan kereta.
Satu perkara juga ialah saya meminta kerajaan, khususnya Kementerian Pengangkutan untuk melihat kepada perkhidmatan pengangkutan bas di Rawang.
Syarikat yang sedia ada tidak mampu memberikan perkhidmatan yang diperlukan.
Penduduk yang bergantung kepada pengangkutan awam mengalami kesusahan setiap hari. Saya minta Yang Berhormat Menteri memberikan perhatian dan mengganti syarikat ini dengan sebuah syarikat yang dapat memberikan perkhidmatan yang diperlukan oleh penduduk di Rawang dan Selayang.
Akhirnya, saya menyokong Titah Diraja. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Seterusnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Permatang Pauh.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam hormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas laluan yang diberikan kepada Permatang Pauh. Izinkan saya merafak
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh
sembah bagi turut sama menyokong Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Yang di- Pertuan Agong.
Saya juga ingin melahirkan penghargaan kepada Tan Sri Dato' Mohamad Ariff selaku mantan Tuan Yang di-Pertua yang telah mendukung usaha untuk memartabatkan institusi Parlimen termasuklah dalam memastikan kewibawaan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara terjaga, dengan menyokong usaha mengekalkan wakil pembangkang selaku Pengerusi PAC. Prinsip semak imbang harus disuburkan terus dengan pengekalan wakil pembangkang sebagai Ketua PAC dan kita tidak mahu sejarah lampau Tuan Yang di-Pertua, padamnya laporan 1MDB dalam PAC satu ketika dahulu berulang.
Tuan Yang di-Pertua, sidang kali ini berlangsung kira-kira tiga bulan selepas persidangan Parlimen Singapura diadakan pada April 2020 berserta pengenalan Rang Undang-undang Akta Langkah Sementara COVID-19. Rata-rata ribuan perniagaan dan rakyat Singapura sempat diselamatkan daripada pengusiran menerusi penguatkuasaan mekanisme force majeure. Takkan hendak paksa kontrak berat sebelah dibayar kala bencana ekonomi menimpa penyewa.
Ternyata dalam kelewatan kerajaan mengadakan sidang dan memperkenalkan undang-undang yang diperlukan, kita ketinggalan selama tiga bulan, sekali gus mendedahkan rakyat khususnya yang berisiko tinggi kepada bencana sosioekonomi.
Akhirnya menambah jumlah yang mudah terjerumus dalam kategori mudah miskin.
Survei Khas Kesan Covid-19 Kepada Ekonomi dan Individu (Pusingan 2) telah menunjukkan sebanyak satu perlima iaitu sebanyak 20.8 peratus penerima bantuan PRIHATIN, tidak mendapat bantuan yang mencukupi bagi meringankan beban kewangan ketika PKP.
Tuan Yang di-Pertua, pun begitu, saya memetik John Adams, “Every problem is an opportunity in disguise”. Krisis COVID-19 merupakan juga krisis pelbagai dimensi.
Kesihatan, dan krisis ekonomi yang disebut Yang Berhormat Kulai tadi. Kesannya berlainan bagi golongan yang berpendapatan tinggi berbanding rendah dan juga menengah. Pada saat inilah, mana-mana kerajaan berpeluang untuk memperbaiki kelompangan sistem yang jelas kelihatan menerusi krisis ini. Saya berharap kita mengukur kesan krisis pandemik menerusi dimensi juga yang berlainan.
Setakat Statistik Tenaga Buruh Malaysia, pada Mei lalu, lebih kurang seramai 826,100 orang yang menganggur. Ini kalau kita andaikan bahawa golongan yang bekerja sejam seminggu pun dikira bekerja. Pekerja gig, menurut kajian The Centre, seramai 250 ribu orang, mereka juga boleh sahaja dikira menganggur kalau gaji dan upah tidak konsisten untuk menampung kehidupan. Dia akan dikira underemployed dan ini mencecah lebih sejuta orang ataupun hampir tujuh peratus tenaga buruh Malaysia.
Jadi, mereka yang dipotong gaji, akhirnya jadi penganggur. Perniagaan yang ‘gulung tikar’ dan pelajar yang tercicir daripada akses kurikulum yang menyeluruh akibat terbatasnya capaian internet. Golongan kelainan upaya terpinggir, gelandangan dan pesakit kronik lainnya yang tertunda rawatan. Kenapakah? Kerana COVID-19. Kesemua golongan ini hanya mampu kita bantu dengan efektif sekiranya mereka berada dalam pangkalan data yang mampu mengukur elemen-elemen deprivasi ini dengan tepat.
Pengumpulan data yang mempamerkan relatif semasa, Tuan Yang di-Pertua, bukan perkara baharu. Pada tahun 2005, Profesor Rogayah Mohd Zain serta ahli akademik yang lainnya melakukan bancian di lapangan. Mereka menjelajah seluruh Malaysia demi melaksanakan a nationwide survey bagi membincangkan paras garis kemiskinan pada ketika itu pada tahap sebanyak RM980 yang menampung empat orang anggota isi rumah pada kos sebanyak lapan ringgit secara purata sehari.
Menjelang tahun 2019, selepas 14 tahun kemudian, harga sebungkus nasi lemak Tanglin ya ialah sebanyak lima Ringgit, Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi, paras kemiskinan masih lagi sebanyak RM980. Nasib baiklah menjelang tahun 2020, walaupun pada awalnya ada Menteri Kanan sekarang dalam PN ya, yang mencemuh desakan kenaikan PGK, Yang Berhormat Jeli, Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed memulakan usaha untuk menilai dan menaikkannya kepada RM2,208.
Namun, Tuan Yang di-Pertua, ukuran berdasarkan pendapatan hanyalah satu dimensi. Ada juga akses pada pendidikan, perkhidmatan kesihatan, pengangkutan, alat komunikasi dan taraf hidup. RMKe-11 dan RMKe-12 yang tertunda sehingga Januari 2021, akan menggunakan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi- Multidimensional
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh
Poverty Index. Namun, setiap elemen, saya pohon ya kepada kerajaan, perlu ambil nilai realistik agar tidak bak kata pelapor khas PBB, Philip Alston, dalam RMKe-11, “It is so low as to beggar belief”.
Tuan Yang di-Pertua, kami di Permatang Pauh insya-Allah, akan memulakan gerakan sekawasan dipandu oleh Profesor Fatimah Kari, pakar ekonomi dari Universiti Malaya bagi memacu gelombang kedua diinspirasikan oleh Profesor Rogayah, membincangkan soal kemiskinan dan mengukur MPI yang realistik. Saya tidak lihat ada pilihan lain. Data yang diberikan kepada saya selaku Ahli Parlimen hanya terhad kepada seramai 310 isi rumah yang tersenarai oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
Seramai 912 orang individu yang dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar oleh e-Kasih dan juga seramai 1,438 orang individu di bawah JKM. Kita perlu ukur secara mendalam supaya bantuan yang mampu kerajaan dan agensi lain beri menepati sasaran.
Malaysia sekarang punyai sebanyak 110 program kebajikan sosial tetapi dilaksanakan oleh lebih 20 kementerian dan agensi. UNICEF atas dasar itu menyimpulkan hasilnya kucar-kacir dan tidak mampu untuk menurunkan kadar kemiskinan sebagaimana yang kita harapkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya pasti pihak Jabatan Perangkaan akan melakukan yang terbaik dalam Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas. Saya pinta semua hasil bancian yang diperoleh diberikan kepada Ahli Parlimen dan kami ini walaupun datang daripada pelbagai parti, kami diundi oleh rakyat dan berhak mendapatkan akses kepada perincian data kawasan. Kami tidak mahu lagi berlaku campur tangan politik yang mengakibatkan bakul makanan ditunda sebelum dihantar kepada penerima semasa tempoh PKP...
[Tepuk] Kerana apa? Tidak mahu lalui tangan Ahli Parlimen, ya. Jadi, Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, sebelum kita pergi...
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh
Pukul 2.30 petang.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh
Baik, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Maaf. Sebelum saya berhentikan Mesyuarat pada sesi ini, saya ingin umumkan senarai pembahas pada petang ini supaya boleh bersedia.
Selepas Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Mas Gading, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Balik Pulau, disusuli Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Sri Gading dan Yang Berhormat Kapar, ya.
Oleh sebab jam menunjukkan pukul 1 petang, maka, saya berhentikan Mesyuarat pada tengah hari ini dan disambung ke pukul 2.30 petang. Insya-Allah.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Tuan Yang di-Pertua
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, kita sambung perbahasan dengan menjemput Yang Berhormat Permatang Pauh. Baki 7 minit 27 saat. Dipersilakan Yang Berhormat.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kajian MAMPU yang dijalankan mulai 26 November 2018 hingga Jun 2019, nisbah pekerja sosial di JKM berbanding penduduk Malaysia seorang pekerja berbanding dengan 8,500 orang rakyat Malaysia. Bayangkan
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh
kalau di UK, seorang pekerja sosial untuk membantu dan berkhidmat bagi 3,000 orang penduduk. Singapura, seorang untuk 3,000 orang penduduk. Amerika Syarikat, seorang pekerja untuk 490 orang penduduk.
Ternyata JKM yang menjadi tulang belakang Kementerian Pembangunan Wanita memerlukan dukungan lebih di mana mereka ini bertanggungjawab menyalurkan bantuan makanan. Dari April hingga Mac 2020 sahaja, setengah juta orang penerima JKM telah menerima bantuan COVID untuk menangani penularan wabak COVID-19.
Maka wanita, warga emas, anak-anak, semuanya di payung di bawah kementerian ini. Malangnya, Kementerian Pembangunan Wanita hanyalah diperuntukkan kurang daripada satu peratus Bajet 2020.
Tuan Yang di-Pertua, ini tidak munasabah memandangkan Malaysia mempunyai 15.9 juta orang wanita bersamaan 48.5 peratus rakyat Malaysia, hampir separuh. As they say, “Women hold up half the sky.” They should rightly get more than one percent of the budget. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita pada hemat saya wajar dijadikan kementerian kanan sekiranya kita mahu melahirkan masyarakat yang penyayang dan suasana yang selamat buat anak-anak kita. Justeru, seiring dengan hasrat ini, saya pohon pihak eksekutif agar mempercepatkan pengenalan Akta Profesion Kerja Sosial untuk mengukuhkan lagi peranan dan keberkesanan perkhidmatan pekerja sosial bertepatan dengan cabaran masalah sosial yang semakin rumit pasca pandemik.
Saya juga minta agar diutamakan rang undang-undang yang telah dirancang sebelumnya seperti Rang Undang-undang Gangguan Seksual bagi melindungi mangsa.
Sedangkan KDN baru umum, RELA pun akan kebarangkalian memberikan laluan menggunakan senjata untuk meningkatkan kesiapsiagaan mereka. Takkanlah pekerja sosial selaku pegawai JKM tidak juga diangkat? Barulah mereka dapat melaksanakan tugas dengan jumlah yang bersesuaian, bukan hanya seorang untuk melayan 8.5 ribu orang rakyat.
Seterusnya saya pergi kepada reformasi penjara, Tuan Yang di-Pertua.
Masalah kemiskinan dan sistem keadilan jenayah di negara kita isu yang sebenarnya saling berkait rapat. Universiti Malaya mempunyai sebuah kajian bertajuk Poverty and Delinquency: A Qualitative Study on Selected Juvenile Offenders in Malaysia yang mendapati ada hubungan yang rapat antara pesalah juvenile dan juga latar belakang kemiskinan pelakunya. Ramai yang tak mampu mengupah peguam, akhirnya berkemungkinan disabitkan kesalahan yang lebih berat dari sepatutnya hanya kerana mereka datang dari keluarga yang berpendapatan rendah.
Sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Puchong semalam, “The criminal justice system penalizes the poor”. Sistem penjara di Malaysia pada masa ini perlu diperbaharui dan diubahsuai. Saya ingin tekankan bahawa kapasiti penjara-penjara di Malaysia ini mampu menampung 52 ribu orang tahanan tetapi jumlah yang ditahan melebihi 80 ribu orang. Ini bersabit dengan banyak kes-kes jenayah di mana mereka yang berpendapatan rendah dihumban rata-rata kerana curi tin milo dan tin sardin ya, antaranya.
Kita perlu faham dalam ekosistem Malaysia sekarang, gaji rakyat begitu rendah.
Hanya 15 peratus yang layak membayar cukai. Maka bagi mereka yang tidak bekerja tetap dengan keadaan ekonomi semasa, saya berharap Kementerian Dalam Negeri dengan serta-merta melaksanakan Pelan Tindakan Reformasi Penjara yang telah disiapkan sendiri oleh Jabatan Penjara Malaysia. Temanya, “Rehabilitation Investment”.
Setiap seorang yang ditahan mempunyai keluarga di luar sana. Atas dasar itulah, saya gesa agar kita memberi sepenuh dukungan kepada sasaran Jabatan Penjara Malaysia iaitu seramai 75 peratus banduan jenayah ringan dikeluarkan dari penjara dan melalui proses dan program pemulihan di kalangan masyarakat. Ini merupakan agenda yang harus diangkat dalam RMKe-12 kelak.
Terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada Bill Gates. Beliau menyatakan ada dua ancaman signifikan yang perlu kita hadapi dalam era moden ini.
Pertama, jenayah bioterrorism. Kedua, penularan virus zoonotic seperti COVID-19. Ada banyak lagi di luar sana ya. Beliau mengesyorkan agar setiap negara meningkatkan pembangunan tiga elemen utama dalam melawan wabak. Penghasilan vaksin, pengupayaan pengesanan
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh
diagnostik yang berpatutan, maksudnya murah, dan ubat-ubatan antiviral serta antikanser.
Malaysia ini merupakan negara perintis. Kita guna mekanisme compulsory licensing, pelesenan wajib di bawah TRIPS untuk menghasilkan versi generik ubat Sofosbuvir bagi rawatan Hepatitis C. Ubat tersebut, Tuan Yang di-Pertua, nilai asal untuk satu pusingan rawatan sementara RM300 ribu. Malaysia guna compulsory licensing, turunkan kepada hanya lebih daripada RM1,000. We did that. Selepas kejayaan pelaksanaan wajib Sofosbuvir, cadangan saya adalah supaya Kerajaan Persekutuan menggunakan mekanisme yang sama, memastikan ubat antiviral Remdesivir yang sangat mahal tetapi berkesan untuk menangani dan diperlukan oleh pesakit COVID-19 diperoleh pada harga yang berpatutan.
Keduanya, saya ingin membawa perhatian Dewan kepada usaha sama antara Universiti Malaya dan St George’s University of London dalam mewujudkan kolaborasi pusat diagnostik dan terapeutik mampu milik. Menerusi pertubuhan CADT ini, para penyelidik Malaysia dan UK diharapkan dapat bekerjasama untuk mengguna semula, termanya repurpose, ubat-ubatan yang sedia ada yang berharga murah memandangkan paten ubat-ubatan yang dikaji itu sudah pun luput.
Saya ucap terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi sebelumnya kerana memberi kerjasama kepada PPUM dan UM dalam permohonan geran bagi maksud ujian klinikal. Akan tetapi, pada saya, please make sure mereka yang paling berbakat, mereka yang betul-betul mempunyai kepakaran inilah yang dinaikkan.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh
Kita tidak mahu ada proses yang mana hanya kenalan rapat sahaja diberikan pengiktirafan dan juga dukungan kewangan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta rumuskan Yang Berhormat.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh
Baik. Sokonglah bakat yang terbaik dalam negeri, Tuan Yang di-Pertua. Saya akhiri dengan memetik Winston Churchill, “Now is not the end. It is not even the beginning of the end, but it is, perhaps, the end of the beginning.” Sekian, terima kasih. Permatang Pauh mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh...
[Dewan tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli Yang Berhormat, saya ingin menjemput seterusnya, Yang Berhormat Kepong. Kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Mas Gading. Kemudian Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Kemudian Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Sri Gading dan Yang Berhormat Kapar. Silakan Yang Berhormat Kepong, 15 minit.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada hari pertama sesi sidang Dewan Rakyat penggal ini, saya dengan rakan saya, Ahli Parlimen Bukit Bintang telah bertanya kepada Menteri Wilayah Persekutuan. Kami tanya beliau sama ada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL) sanggup mengecualikan ataupun memberi diskaun cukai taksiran kepada para pemilik premis di Kuala Lumpur memandangkan mereka suffer, dengan izin, akibat daripada wabak COVID-19.
Jawapan Menteri Wilayah Persekutuan pada hari yang sama, beliau menjawab, pihak DBKL tiada kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan untuk memberi sebarang diskaun cukai taksiran kepada sesiapa. Ini satu jawapan yang amat pelik, Tuan Yang di- Pertua. Oleh sebab kita boleh baca dalam Facebook, surat khabar- pada masa sekarang di Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), mereka memberi promotion discount cukai taksiran kepada pemilik premis di Petaling Jaya. Akta yang mereka pakai, Akta Kerajaan Tempatan.
Kita juga tahu di negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor telah memberi pengecualian cukai taksiran kepada pemilik rumah di Kampung Melayu, Kampung
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Tradisi, Kampung Baru Cina dan Kampung Nelayan di Selangor. Empat tahun berturut- turut mengecualikan pada cukai taksiran. Akta yang Kerajaan Negeri Selangor pakai Akta Kerajaan Tempatan. Jadi, saya rasa amat pelik mengapa Menteri Wilayah Persekutuan kata pihak DBKL di bawah akta yang sama iaitu Akta Kerajaan Tempatan, tidak berkuasa untuk memberi sebarang diskaun.
Saya hendak minta penjelasan daripada Menteri Wilayah Persekutuan.
Sekiranya Menteri Wilayah Persekutuan telah silap dalam jawapan beliau, saya minta sekali lagi bagi pihak semua pemilik premis di Kuala Lumpur untuk diberi pengecualian atau diskaun cukai taksiran dan juga cukai tanah sebab mereka amat menderita ketika PKP wabak COVID-19 ini. Memberikan mereka pengecualian atau diskaun cukai taksiran atau cukai pintu mulai bulan Julai sehingga bulan Disember tahun ini. Itu perkara pertama.
Perkara yang kedua, semua industri pelancongan Malaysia juga menderita.
Mereka tiada business langsung akibat daripada wabak ini. Tiada pelancong asing dibenarkan ke Malaysia.
Ada banyak pekerja yang terlibat dalam industri pelancongan telah hilang kerja.
Ada banyak agensi, kedai-kedai yang juga terlibat dalam industri pelancongan terpaksa tutup kedai. Mereka amat menderita. Apa telah kerajaan buat untuk mereka? Saya tidak tahu.
Akan tetapi cadangan saya ada dua. Saya minta kerajaan memberikan pas melawat secara percuma kepada pelancong tempatan. Misalan, pelancong dari Pulau Pinang, pelancong dari Johor boleh datang ke ibu kota Kuala Lumpur, melawat secara percuma ke tempat-tempat seperti berikut Aquaria KLCC Twin-Tower, jambatan KLCC Twin Tower ataupun pas percuma ke Menara Kuala Lumpur, Taman Burung Kuala Lumpur, Muzium Negara dan sebagainya.
Saya juga meminta kerajaan memberi shopping voucher yang percuma mungkin bernilai RM500, mungkin bernilai RM100 kepada rakyat Malaysia untuk membeli barang di seluruh Malaysia, di tempat kedai-kedai yang terpilih. Mereka boleh membeli. Saya rasa dua cadangan ini kalau dibenarkan oleh kerajaan, ini akan merancak ekonomi negara. Kalau bukan secara skala besar, ia akan sedikit sebanyak merangsang ekonomi tempatan. Itulah bahas singkat saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kepong, ringkas, ambil lima minit sahaja. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Silakan Yang Berhormat.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam reformasi, salam sejahtera. Hari ini saya hendak mulakan dengan ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang untuk saya turut membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong. Sepertimana yang dinyatakan di perenggan yang ke-33 Titah Yang di-Pertuan Agong, di mana Tuanku telah pun mengangkat tema rasuah adalah jijik, kotor dan juga wajar diperangi habis-habisan.
Saya mulakan dengan mauduk ini Tuan Yang di-Pertua, kerana kita semalam menyaksikan buat pertama kali dalam sejarah, seorang Perdana Menteri dibicarakan dan dihukum dengan penjara 72 tahun atas tuduhan rasuah, penyelewengan dan juga penggubahan wang haram.
Saya alu-alukan kenyataan segera oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah memberikan pendirian yang jelas oleh kerajaan, akan sentiasa menegakkan prinsip kedaulatan undang-undang negara. Alhamdulillah, hari ini Yang Berhormat Pagoh pun ada di Dewan Rakyat dan kita boleh katakan secara langsung beliau walaupun kita tahu sentimen di kalangan anggota-anggota parti yang mendukung bekas Perdana Menteri ini.
Memang agak keras bila kita tengok semalam di dalam video, ramai yang marah, ramai yang naik angin dan sebagainya. Ada juga yang gunakan slogan ‘lawan tetap lawan’, Tuan Yang di-Pertua. Cuma belum ada slogan reformasi sahaja. ‘Lawan
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
tetap lawan’ sudah ada sudah. Pada saya, ini merupakan satu perkara yang mana menuntut kita untuk menyatakan dengan tegas, katakan tidak kepada rasuah dan penyelewengan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Boleh mencelah sedikit?
Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Boleh sedikit?
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Sekejap. Saya hendak landing ini.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Nama Hang Tuah, takkan tidak berani bagi celahan.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Saya akan bagi Yang Berhormat Pontian nanti.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Kemudian Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Saya bagi, tidak ada masalah. Saya hendak bagi tahu...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya hendak keluar sudah, kalau lambat, saya tidak dapat.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Tidak lama, give me one minute.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Saya hendak akhiri dengan begini, untuk penyokong-penyokong mantan Perdana Menteri, saya hendak bagi satu serangkap pantun yang ringkaslah.
Kain merah, kain biru; Lipat simpan dalam peti; Janganlah marah, fikir dulu; Usah ikut rasa hati. Sila Yang Berhormat Pontian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Port Dickson dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes liwat tapi Mahkamah Rayuan, tiga kosong hakim tidak bersetuju kepada keputusan itu dan Mahkamah Persekutuan, lima kosong hakim tidak bersetuju kepada keputusan itu.
Semalam, Mahkamah Tinggi membuat keputusan itu. Saya yakin Yang Berhormat Pekan akan pergi ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Jadi, tidak semestinya apa keputusan Mahkamah Tinggi itu sama dengan apa Mahkamah Rayuan dan Persekutuan sebagaimana yang berlaku kepada Yang Berhormat Port Dickson. Apa pandangan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Saya dah jangka dah Yang Berhormat Pontian akan tanya soalan ini...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Mana dijangka? Saya tak tahu. Itu pembohong tu. Macam mana boleh jangka saya tanya soalan itu?
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Siapa lagi hendak tanya kalau bukan Yang Berhormat Pontian yang bersama- sama dengan beliau kan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Sila.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Ya, saya fikir begini Yang Berhormat. Saya nyatakan tadi bahawa kerajaan telah pun mengeluarkan kenyataan, begitu juga dengan Yang Berhormat Pekan. Yang Berhormat Pekan telah menyatakan komitmen beliau untuk merayu kes ini sehinggalah ke peringkat mahkamah yang paling tinggi.
Jadi pada saya, tidak ada masalah. Ini proses undang-undang, kedaulatan undang-undang yang ditegakkan, yang cuba ditunjukkan, yang akan dipegang oleh Yang Berhormat Pekan dalam hal ini. Cuma janganlah, saya hendak sebut kepada Yang Berhormat Pontian, janganlah kita ambil pendekatan begini:
Terbang kuning di tengah malam; Hinggap masuk di tiang seri; Tangan kanan ajak bersalam; Apa maksud pisau di kiri. Sila Yang Berhormat Permatang Pauh.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh
Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, saya hendak celah sedikit berkait dengan dua laporan yang sangat penting dalam kes Yang Berhormat Port Dickson.
Pertama, laporan daripada Working Group on Arbitrary Detention daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang membuktikan bahawa kes tersebut ada campur tangan pihak eksekutif. Maka, beliau tidak bersalah.
Keduanya, ialah laporan daripada International Commission of Jurists. Maka dalam hal ini, dalil-dalil yang telah diguna pakai untuk memastikan Yang Berhormat Port Dickson sentiasa berdiri atas prinsip tidak bersalah tidak boleh langsung disamakan dengan apa yang berlaku kepada Yang Berhormat Pekan, kecualilah Yang Berhormat Pekan mampu untuk membuktikan sebaliknya. Mohon pandangan Yang Berhormat.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Pada saya, itu merupakan satu pandangan yang cukup mantap. Ini kerana, daripada segi pandangan dunia, sudah pasti kes perbicaraan ini akan mendapat liputan dan juga komen-komen daripada badan- badan antarabangsa. Dalam hal ini, dinyatakan dengan jelas berdasarkan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh tadi daripada segi pandangan dunia dan pandangan badan-badan antarabangsa yang menyokong tentang kedaulatan undang-undang ini.
Mereka berpegang kepada paksi bahawa, pada ketika itu Yang Berhormat Port Dickson tidak bersalah. Ini merupakan perbicaraan politik. Akan tetapi, yang ini, saya lihat ini tidak ada dalam perbicaraan Yang Berhormat Pekan. Seluruh dunia mengeluarkan headlines menyatakan bahawa, ini merupakan satu tindakan ataupun satu keputusan yang tentunya menggemparkan dunia kerana satu-satunya dalam sejarah, Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, seorang bekas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dituduh dan didapati bersalah dalam kes ini. Saya hendak ambil angle lain pula, sudut yang lain.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Minta, sebelum ke bab lain ya.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Silakan Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih. Oleh sebab ini isu yang menarik ya. Terima kasih kepada Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Yang Berhormat, saya hendak tanya sedikitlah. Pertamanya saya hendak mengucapkan tahniah juga kepada Yang Berhormat Pekan sebab kalau ikut kami sebagai peguam, kami menjangkakan semalam dia mungkin bermalam di Penjara Sungai Buloh.
Ini kerana, pada dasarnya, saya rasa Yang Berhormat pun sedar bahawa apabila dikenakan bayaran denda ini, biasanya ada strict execution. Maknanya, tidak ada penangguhan hukuman. Akan tetapi, semalam nampaknya dia berjaya dapat
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
menangguhkan hukuman daripada segi bayaran denda itu. Jadi, saya mengucapkan tahniahlah.
Keduanya, saya hendak tanya dengan Yang Berhormat. Saya lihat dalam video- video penyokong-penyokongnya- saya bersimpatilah. Mereka mengatakan Yang Berhormat Pekan ini orang yang baik dan tidak sepatutnya bersalah. Saya rasa Yang Berhormat Hang Tuah Jaya ini seorang yang kaki membaca juga. Ada satu buku yang ditulis oleh bekas District Attorney New York yang dipecat oleh Donald Trump, namanya Preet Bharara.
Dia mengatakaN- dalam satu bab dalam bukunya mengatakan bahawa dia pernah menghadapi sebuah kes, di mana kawan dia menyatakan bahawa jirannya mempunyai seorang anak yang baik tetapi didapati membunuh ibu bapanya. Jadi, setuju kah dengan saya, apabila orang itu nampak baik, tidak semestinya dia tidak buat benda jahat. Setuju tak?
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Ya [Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Sepang di atas kritikan ataupun sindiran yang begitu tajam. Saya jadikan sebahagian daripada ucapan saya. Yang lebih penting Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada di sini, saya hendak minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ambil perhatian.
Sekarang ini bekas Perdana Menteri dah kena, yang belum kena lagi ini Jho Low. Sampai hari ini, inilah Tok Dalang nombor ‘wahid’ yang belum lagi kerajaan tangkap ataupun bekerjasama dengan mana-mana badan dunia yang telah mengkhianati negara ini dengan merompak hasil kekayaan negara dan juga rakyat.
Jadi, oleh sebab Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada di sini, saya hendak minta penegasan kali ini. Ini kerana, kita tahu bahawa ketika Kerajaan Pakatan Harapan menang yang lalu, antara perkara pertama yang kita buat- yang kita laksanakan sebagaimana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga maklum, kita telah wujudkan apa yang disebut sebagai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional tahun 2019...
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Hang Tuah Jaya...
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Kita bentangkan dalam Dewan inilah, iaitu Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional yang mana diketuai oleh seorang Ketua Pengarah yang terkenal dengan integritinya.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Bukan Jho Low sahaja Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, ada beberapa orang lagi yang lari. Pelbagai bangsa lari akibat daripada menipu itu dan lari. Orang Melayu ada, Nik Faisal Ariff Kamil misalnya dan ada beberapa orang lagilah nama-nama yang lari- bukan hanya Jho Low. Jadi, semua itu patut kena bawa balik ke Malaysia, tangkap dan pastikan mereka menyatakan apa yang benar.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Lembah Pantai.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Adakah Yang Berhormat ada terbaca hari ini dalam satu laporan Utusan Malaysia- Saya difahamkan di mana Ketua Polis Negara menyebut bahawa Jho Low sekarang berada di Macau dan ada juga bersiar-siar di Hong Kong. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat tentang kerjasama di antara negara Malaysia dengan negara China untuk memastikan individu yang telah mengakibatkan satu insiden yang paling merosakkan imej negara, dikembalikan ke Malaysia untuk dihadapkan ke muka pengadilan. Apakah pandangan?
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya fikir pandangan Yang Berhormat Lembah Pantai itu amat relevan dalam konteks perbahasan kita pada hari ini, iaitu kali ini jangan kita biarkan Jho Low ini bebas hendak pergi Macau, nak pergi
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Australia, nak pergi bercuti ke mana-mana dan sebagainya. Ini kerana, beliau ini merupakan pengkhianat nombor ‘wahid’ negara.
Kita ada- saya sebutkan tadi National Financial Crime Centre, sebuah agensi yang bersepadu. Ada SPRM situ, ada Securities Commission di situ, ada imigresen di situ dan saya fikir jangan kita berlengah lagi dan kita mesti ada kewibawaan politik- political will untuk mendakwa mereka ini. Ini kerana, selain daripada apa yang dinyatakan di dalam pelbagai kenyataan yang dibuat oleh pelbagai agensi berkaitan dengan isu ini.
Akan tetapi, saya bimbang takut-takut, misalnya baru-baru ini kita difahamkan ada pemulangan RM16.6 bilion antara kerajaan dan syarikat Goldman Sachs Group, Inc.- ada pemulangan wang. Saya bimbang bila duit ini dipulangkan dan sebagainya, kita mengambil sikap berkendur- mengendurkan diri dalam konteks untuk menahan mereka yang sepatutnya ditahan ini.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya harap sangat-sangat oleh sebab Yang di- Pertuan Agong ini dia mengangkat tema Pelan Anti Rasuah Nasional. Jadi, oleh sebab pelan ini penting, pada saya ia harus kita sama-sama dukung dalam konteks- maknanya memberikan suatu tindakan atau membuat satu tindakan yang tegas dalam kita menangani rasuah yang paling besar dalam negara setakat ini iaitu yang membabitkan wang 1MDB.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Dua minit setengah lagi Yang Berhormat.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Tuan Yang di-Pertua, saya minta lebih sedikit boleh tak?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Habiskan.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Baik Tuan Yang di-Pertua, saya ingin pergi kepada point yang kedua iaitu Titah Yang di-Pertuan Agong dalam perenggan ke-13, dan ke-14, yang mana menyatakan mengenai Pelan Tindakan Perpaduan Negara dan Islam itu sebagai agama yang syumul, yang mesti didukung oleh semua dalam konteks negara kita.
Saya ingin mulakan perbahasan tentang topik ini dengan merujuk kepada asas kenegaraan kita, iaitu kebimbangan saya ialah Kerajaan Perikatan Nasional ini yang diumumkan atau yang dimegahkan sebagai Kerajaan Melayu Islam ini- apa berlaku, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, departure ataupun beralih daripada konsep negara majmuk ini, kepelbagaian kaum ini. Ini kerana, kita tahu bahawa dalam kita punya Jata Negara kita.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Kalau kita tengok Jata Negara kita di belakang Tuan Yang di-Pertua itu ada tulis di situ Jata Negara itu “Bersekutu Bertambah Mutu”. Maksud bersekutu itu ialah makna berpakatlah. Kita bergabung tenaga, bergabung kekuatan itulah takdir ataupun sejarah politik negara kita ataupun pembinaan negara kita itu diasaskan kepada kepelbagaian kaum ini.
Inilah saya harap kita mengambil sikap yang tegas dalam hal ini kerana kita tahu beberapa minggu yang lepas timbul isu di dunia ini berkaitan dengan tindakan Kerajaan Turki mengubah status Hagia Sophia dari muzium kepada masjid, dan kita lihat mendapat tentangan dan bantahan daripada organisasi antarabangsa dan juga negara- negara Barat.
Saya sebenarnya ingin mengajak kita dalam Dewan ini untuk melihat dari sudut yang sedikit berbeza kerana ramai yang melihat tindakan ini daripada perseptif agama semata-mata Tuan Yang di-Pertua. Cuma saya tahu Tuan Yang di-Pertua pernah pergi ke Istanbul. Kita tengok Hagia Sophia dan kita ziarah.
Pada pandangan saya ialah– pada pandangan Hang Tuah Jaya, Hagia Sophia ini simbol yang paling ampuh kepada sebuah kerajaan dan empayar yang paling inklusif dan majmuk dalam sejarah bangsa-bangsa agung ini. Kita tahu, ini merupakan perkara yang akhirnya menjadikan ia satu sejarah panjang Empayar Uthman.
Jadi, saya harap kerajaan boleh mengambil semangat ini, Bersekutu Bertambah Mutu ini dan saya hendak anjurkan kepada kementerian yang berkaitan agar satu
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
program pendidikan damai diperkenalkan. Peace education untuk kita gabungkan kesemua tenaga dalam negara kita ke arah mendidik rakyat berkaitan dengan peace education.
Tuan Yang di-Pertua, saya tahu masa mencemburui saya tetapi saya harap agar dua isu utama ini dapat diberikan perhatian. Berbalik tentang rasuah ini, saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan buat akhirnya untuk memulakan program pendidikan antikorupsi, pendidikan antirasuah di peringkat anak-anak kita di sekolah.
Perkara yang ini saya serah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ataupun Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Programnya supaya ia dapat dilakukan...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ada satu lagi pendidikan iaitu jangan menipu manifesto.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
...Dengan...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Jangan menipu janji. Itu patut masuk dalam..
Beberapa ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Jangan tipu manifesto. Itu satu lagi pendidikan yang wajib.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Kita ambil benda yang besarlah. Small minds discuss people, big minds discuss ideas.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Manifesto ini kecil kah?
Menipu seluruh rakyat Malaysia?
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Kita buat sebab itulah kita buat...
Seorang Ahli
...Jangan menipu lagi lah.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila, masa sudah tamat Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Yang Berhormat. Oleh sebab Yang Berhormat Pontian sudah celah, ini saya kena nyatakanlah. Kita bukan tipu manifesto, tengok ini kita buat Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional. Ini zaman waktu Kerajaan Pakatan Harapan lah kerana komitmen kita membanteras rasuah...
[Tepuk] Kita hapuskan GST kerana kita tak mahu rakyat susah beban ekonomi. Jadi...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ada 10 janji 100 hari, tak ada satu pun yang dibuat 10 janji 100 hari.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Paling tidak pun Yang Berhormat...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tak ada satu pun dibuat dalam masa 100 hari...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, masa sudah tamat. Okey ya lah.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Sedikit lagi. Saya landing okey. Apa yang penting Tuan Yang di-Pertua, 60 tahun Barisan Nasional- pegang teruk negara ini. Kita pegang 20 bulan kita pegang, kita buat jauh lebih baik daripada Barisan Nasional. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Tepuk]
[Dewan riuh]
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan - Dato’ Seri Dr. Santhara
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik terima kasih.
Baik Yang Berhormat. Masa sudah tamat sudah Yang Berhormat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Balik Pulau, 15 minit.
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih kerana diberi peluang mengambil bahagian dalam pembahasan Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 18 Mei yang lepas. Saya mulakan Tuan Yang di-Pertua dengan serangkap pantun.
Banyak kuini dimakan kedidi; Dimakan habis sampai ke akhir; Tanpa seni rosaklah budi; Adap terhakis budaya terpinggir. Ini tema ucapan saya pada petang ini Tuan Yang di-Pertua kerana walaupun selepas 63 tahun kita merdeka, kita tidak pernah mengangkat ataupun melihat kebudayaan, kesenian dan warisan sebagai perkara yang perlu dibangunkan, perkara yang perlu dititik beratkan selaras dengan pembangunan ekonomi, pembangunan teknologi dan pendidikan sebagainya.
Saya katakan demikian apabila kita lihat sendiri komponen-komponen kebudayaan itu sentiasa menumpang dengan satu-satu kementerian dari tahun 1953 lagi apabila dekat kebudayaan– Bahagian Kebudayaan terletak dalam Kementerian Kebajikan Masyarakat. Ia menumpang Kementerian Kebajikan Masyarakat. Kemudian pada tahun 1964, Bahagian Kebudayaan ditumpangkan pula pada Kementerian Penerangan. Tahun 1972, setelah mengalami peristiwa pahit 13 Mei 1969 ekoran penggubalan Dasar Kebudayaan pada tahun 1971, maka kebudayaan itu diletakkan bersama dengan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.
Namun, tahun 1982 kebudayaan dipisahkan daripada Kementerian Belia dan Sukan dan diletakkan bersama dengan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan.
Pada tahun 2004, we came close of being independent dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKWA) pada tahun 2004 iaitu diri sendiri sebagai satu kementerian.
Namun pada tahun 2008, ia kembali menumpang dengan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ataupun tahun 2009 ia menumpang lagi dengan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Tahun 2013 sehinggalah hari ini, ia menumpang bersama dengan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan ataupun Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC).
Tuan Yang di-Pertua, sejarah jelas menunjukkan bahawa komponen kebudayaan ini tidak mendapat perhatian dan diberi kepentingan berbanding dengan komponen pelancongan. Perbelanjaan dikatakan bahawa perbelanjaan untuk memartabatkan kebudayaan kesenian tidak membawa pulangan yang baik ataupun tiada ROI.
It cannot be measured dan kita rasa sedih kerana selalunya kebudayaan dan kesenian ini diketepikan ataupun tidak diberi fokus. Maka kita lihat sendiri apabila bajet Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, kita lihat bahawa 55 percent rationya kepada pelancongan, 45 percent diberi kepada seni dan budaya.
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Padahal kalau kita lihat sendiri ini tidak seimbang kerana dalam Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, komponen tourism hanya dua sahaja iaitu Tourism Malaysia dan Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MYCEB) manakala komponen- komponen dalam arts and culture ataupun seni dan budaya ada Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara (JKKN), ada Jabatan Warisan Negara ada Jabatan Muzium Malaysia, Istana Budaya, Balai Seni Negara, Kraf tangan Malaysia, ASWARA, Arkib Negara dan Perpustakaan Negara.
Ada sembilan hingga sepuluh buah agensi di bawah MOTAC dalam komponen seni dan budaya tetapi penekanan ataupun bajet tidak sepenuhnya diberikan kepada seni dan budaya. Ini tidak seimbang. Maka, berlakulah di mana kerja-kerja pemuliharaan ataupun conservation and preservation of tangible and intangible ataupun aset ketara dan tidak ketara, negara tidak mendapat bajet ataupun tidak mendapat perhatian yang serius oleh kementerian seumpama Lembah Bujang.
Lembah Bujang kita tahu satu human civilization yang pertama di Asia Tenggara dan Lembah Bujang tidak dikembangkan menjadi setaraf dengan lebih. Sebenarnya Lembah Bujang itu lebih tua daripada Borobudur dan lebih tua daripada Angkor Wat.
Namun, kita tidak memberi perhatian kepada warisan khazanah negara. It’s a jewel tetapi kita tidak memberi perhatian kepada Lembah Bujang.
Begitu juga dengan Lenggong, we have Perak Man, the most complete human skeleton ever discovered in Southeast Asia, 14 ribu tahun. Namun, Perak Man is very lonely now in Lenggong atau ditinggal keseorangan di Lenggong tanpa diberi perhatian oleh kita. Banyak lagi jewel ataupun banyak lagi hidden gems ataupun khazanah negara yang tidak di- yang ada potensi untuk dibangunkan. Mereka yang datang dari luar negara kadang terkejut kenapa Malaysia, kenapa kita tidak memfokuskan usaha kita untuk memajukan sektor khazanah warisan negara ini.
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Jadi, oleh sebab itu kita lihat bahawa bangunan-bangunan warisan tidak dipelihara dan tidak dijaga dengan elok dan tidak dipulihara, conserve and preserve dan tidak dilindungi. Memandangkan bahawa tidak ada bajet khusus untuk kita maintain atau kita menjaga bangunan warisan tadi.
Jadi oleh itu, kerana kita tidak memfokuskan kepada kebudayaan dan kesenian ini maka negara-negara lain memberi perhatian kepada khazanah negara. Mereka lebih jaga, lebih sayang dengan artis atau seni budaya kita.
Contoh yang paling utama yang boleh saya berikan ialah Seniman Agung P.
Ramlee, senior saya semasa Penang Free School dahulu.
Allahyarham P. Ramlee. Filem-filem P. Ramlee semua dimiliki oleh Shaw Brothers, Singapura dan cuma sebuah filem iaitu Penarek Becha sahaja yang dimiliki oleh negara kita. Maka kita lihat bahawa apabila Astro atau TV3 menayangkan filem- filem P. Ramlee mereka terpaksa membayar royalti, terpaksa membayar wang kepada Shaw Brothers. Saya diberitahu antara jumlah satu title filem P. Ramlee jika ditayangkan di TV, ia akan menelan belanja sebanyak RM70 ribu sehingga RM180 ribu per title setahun.
Kita bayangkan itu tidak menjadi masalah tetapi yang menjadi masalahnya royalti tadi. Keluarga P. Ramlee tidak mendapat apa-apa royalti satu sen pun daripada filem-filem yang dihasilkan oleh seniman agung. Sazali, Nasir Ramlee hidup dalam keadaan yang merana. P. Ramlee sendiri di akhir hidup juga hidup dalam keadaan yang merana, tidak mendapat hasil yang telah dibuat oleh beliau.
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat ataupun kita masuk dalam apps yang dinamakan Google Arts and Culture. Apabila kita search artis-artis tanah air kita seperti Abdul Latiff Mohidin, orang Nogori. Latiff Mohidin ini menghasilkan satu karya yang cukup hebat iaitu dinamakan Pago-Pago. Kalau kita search dalam Google Art and Culture, ia membawa kita kepada Pago Pago ini di National Heritage Board of Singapore.
Kenapakah Pago Pago ini berada dalam National Heritage Board of Singapore?
Kalau search juga Ahmad Zaki, the Reclining Figure, ia juga berada dalam National Heritage Board of Singapore. Kenapakah artis-artis Malaysia yang terkenal dan hebat- hebat ini diambil oleh negara jiran? Kita tahu karya Latiff Mohidin dibawa kepada
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Pompidou di Perancis yang dibawa oleh National Art Gallery of Singapore, bukan dibawa oleh negara kita Malaysia.
Jadi, khazanah kita, aset kita, budaya kita telah pun diambil orang dan mereka lebih sayang khazanah kita daripada negara kita sendiri, kenapakah? Ini kerana kita tidak memberi perhatian kepada kebudayaan dan kesenian. Anak-anak kita, cucu-cucu kita terpaksa keluar negara untuk melihat sendiri apa yang suatu masa dahulu sesungguhnya milik mereka. Jadi saya sedih dengan keadaan yang ada ini. Jadi saya ada beberapa usul untuk dibawa dalam Dewan yang mulia ini.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
[Bangun]
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Yang Berhormat Lembah Pantai hendak mencelah?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Ya.
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Okey silakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih. Saya sebelum ini pun ada bangkitkan tentang isu ini salah satu sebabnya mungkin kerana dana tidak mencukupi untuk institusi-institusi kita seperti Balai Seni Visual Negara memiliki, membeli bukan sahaja itu tetapi juga menyimpan. Pada satu ketika saya rasa Yang Berhormat mungkin tahu masalah karya- karya yang disimpan. Ada yang mungkin terkesan akibat daripada sistem mengarkibkan ataupun sistem penyimpanan karya-karya ini yang tidak begitu lengkap pada waktu itu.
Soalan saya, adakah Yang Berhormat setuju sekiranya sebagai contoh untuk- katakanlah belanjawan untuk tahun depan, pihak kerajaan memberikan mungkin rangsangan kepada syarikat korporat selain daripada membeli karya untuk diletakkan di hotel sebagai contoh tetapi untuk individu-individu yang berkemampuan untuk membeli karya-karya seperti yang diusahakan oleh Ahmad Zaki dan ramai lagi untuk meningkatkan dan menambahkan jumlah tersebut. Apakah pandangan? Terima kasih.
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai atas cadangan itu. Memang itu salah satu cadangan yang saya letakkan di akhir usul saya nanti. Jadi saya minta masukkan dalam perbahasan saya pada petang ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya dengan ini suka mencadangkan supaya kebudayaan diberi fokus utama. Kita tengok banyak negara hanya mempunyai satu komponen sahaja dalam kementerian mereka. Umpamanya di Australia dipanggil Ministry of Arts. Di France, Egypt, Thailand, Singapore dan di negara kita juga, jiran kita mereka mempunyai Ministry of Culture dan tidak digabungkan dengan pelancongan ataupun digabungkan dengan mana-mana komponen.
Jikalau kita hendak menggabungkan, kita gabungkanlah dengan pendidikan. Ini seperti apa yang dibuat di Iceland, di Hungary, di Germany. Di Germany dinamakan Ministry of Culture Education and Science digabungkan bersama dengan education. Di Indonesia, jiran kita Ministry of Culture and Education ataupun Kementerian Kebudayaan dan Pendidikan.
Kita lihat sendiri kalau di Indonesia apabila kanak-kanak masuk ke sekolah kerana culture ini is part of the education, mereka memasuki alam persekolahan, maka mereka telah pun dididik dan didedahkan dengan dan tentang budaya mereka. Kita boleh lihat hari hasilnya rakyat Indonesia bangga dengan kebudayaan mereka, mereka memakai batik merasa bangga, ahli DPR memakai pakaian batik DPR sedangkan kita ini masih bangga dengan kebudayaan pakaian Barat kita. Ya, Yang Berhormat Permatang Pauh hendak mencelah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya Yang Berhormat Permatang Pauh.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh
Pendek sahaja Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Balik Pulau. Sebelum ini kita pernah memohon ya agar Dewan Rakyat dibenarkan penggunaan batik Malaysia oleh Ahli Parlimen lelakinya.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh
Apa pendapat Yang Berhormat kalau kita boleh perkenalkan supaya sekurang- kurangnya dalam Dewan Rakyat ini semua boleh memakai batik Malaysia, bukan batik negara lain dan kita memartabatkan budaya kita?...
[Tepuk]
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Saya amat setuju dan dimasukkan sebahagian daripada ucapan saya. Tuan Yang di-Pertua, so apabila kebudayaan diangkat sebegitu rupa, maka kita akan lihat bahawa pemuliharaan, conservation and preservation dan perlindungan khazanah warisan negara mendapat fokus utama.
Kita lihat sendiri dan di Perancis umpamanya. Kita tahu bahawa Perancis negara yang paling banyak menerima pelancong luar seramai 89 juta orang pelancong.
Kenapakah mereka ke Perancis? Ini kerana cultural tourism. Bagaimana ia telah merangsang dan generate economy negara Perancis. Mereka mahu melihat Mona Lisa ataupun Leornando Da Vinci di Louvre Museum. Ini adalah antara tarikan. Kenapakah?
Ini adalah kerana mereka memulihara dan memelihara khazanah negara mereka.
Saya juga beri contoh umpamanya di Bilbao. Apabila Bilbao ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat rumuskan Yang Berhormat. 30 saat.
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Tinggal 30 seconds?
Alamak ada lagi banyak isu ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Cepatkan sedikit Yang Berhormat [Ketawa]
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Banyak pencelahan.
Saya minta tambahan dua minit lagi Tuan Yang di-Pertua. Okeylah saya tidak payah cakap pasal Guggenheim. Saya terus kepada langkah-langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan tahap celik budaya. Saya rasa satu kita kena perhebatkan lagi kurikulum pembelajaran budaya di sekolah iaitu melalui STEAM, bukan hanya STEM tetapi STEAM, arts in component dalam STEM.
Kedua, seperti Yang Berhormat Lembah Pantai menyebut supaya ada pelepasan cukai ataupun rebate cukai umpamanya RM5,000 atau RM10 ribu setahun untuk tujuan kesenian seperti membeli tiket persembahan, lukisan, ukiran, kraf tangan dan sebagainya. Saya juga ingin memohon supaya teknologi terkini digabungkan bersama dengan kesenian dan kebudayaan. Kita tengok dalam PKP, banyak institusi dan artis menemui jalan digital alternatif kepada audience mereka. Jadi kita mahu membina momentum ini dan memperkukuhnya.
Di Germany, EUR150 juta diperuntukkan untuk kemajuan digital ini. Jadi, kita harap anak-anak kita dapat menggabungkan e-gaming umpamanya, Hang Tuah dan Hang Jebat- bukan Hang Tuah Jaya tetapi Hang Tuah dan Hang Jebat menjadi sebahagian daripada e-gaming.
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Saya harap langkah membantu para artisan ini juga harus diteruskan kerana kita lihat artisan banyak terkesan daripada pandemik COVID-19 ini. Jadi, kita harap kerajaan menumpukan dalam membantu para artisan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ada satu seperkara lagi tentang pelancongan kalau diberi masa lagi satu minit, boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Okey, silakan.
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Tentang pelancongan, kita lihat sendiri bahawa memang sektor pelancongan merupakan sektor yang terkesan disebabkan oleh pandemik. Di negara kita, Januari hingga Mac 2020, hanya 4.23 juta orang pelancong asing datang kerana PKP bermula pada bulan Mac dan Menteri sendiri mengatakan bahawa decline of 75 percent of tourist arrival. Kita mungkin akan berada sekitar enam juta orang pelancong asing. Jadi, ini akan mengakibatkan kerugian dalam negara ini, dalam sektor pelancongan ini.
Jadi saya syorkan supaya dalam satu, moratorium pinjaman untuk sektor industri pelancongan ini dilanjutkan. Saya rasa Perdana Menteri sedang membuat
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
ucapan mengenai itu. Kedua, insentif pelancongan domestik berbentuk baucar. Kita penting baucar, bukan bagi pertolongan kepada industri player, kita bagi baucar.
Di Jepun, diberi 20 ribu yen kepada setiap rakyat Jepun untuk melancong dalam negara. Ketiga, kita hendaklah bersedia dengan pelan jika terjadinya gelombang ketiga dan keempat. Saya harap kementerian melihat kepada travel bubble di mana negara- negara yang tidak ada COVID-19 ini boleh bekerjasama dengan Malaysia untuk memasukkan pelancong-pelancong daripada negara yang bebas daripada COVID-19 ini.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri, saya juga ingin menyentuh dua, tiga perkara dalam kawasan saya di Parlimen Balik Pulau. Kalau tidak, saya tidak boleh balik kawasan nanti kalau tidak sebut benda ini. Saya mohon pihak berkuasa JPS, JKR bekerjasama untuk menyelesaikan isu banjir yang melibatkan sebuah kawasan di Parlimen Balik Pulau seperti Taman Manggis dan Sungai Rusa.
Saya juga berharap pihak JKR menyegerakan pembinaan jejambat pejalan kaki motosikal di hadapan Masjid Kampung Seronok kerana banyak kemalangan berlaku yang mengakibatkan jemaah masjid. Ketiga, pelebaran jalan dari pekan Teluk Kumbar ke PUSPAKOM Teluk Kumbar. Jadi, itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Itu sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Alor Setar, 15 minit.
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas peluang untuk berbahas Titah Tuanku. Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Haji’ kepada kawan-kawan Muslim, selamat menunaikan ibadah korban.
Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah, syabas kepada frontliner, barisan hadapan apabila melawan perang COVID-19.
Akan tetapi, amat sedihnya kalaulah penghargaan tersebut hanya setakat ucapan, bagi saya tidak cukup bermakna. Ini kerana frontliner kita sebenarnya menghadapi beberapa masalah yang perlu diselesaikan secepat mungkin.
Saya di sini ingin bangkitkan dua frontliner. Pertama doktor, yang kedua pembersih, tukang bersih, tukang cuci di hospital. Pertama, sebenarnya Kerajaan Malaysia sudah mulakan sistem kontrak bagi doktor baharu tahun 2016, di mana selepas habiskan latihan houseman dengan MO dulunya ditawarkan sebagai jawatan tetap.
Akan tetapi mulai tahun 2016, ada jenis kontrak. Kini sudah masuk tahun 2020, bagi contract doctor yang bermula tahun 2017 bagi batch pertama, kita panggil code pertama, ada separuh sudah diserap sebagai pekerja tetap. Akan tetapi selepas ini, maksudnya selepas daripada kumpulan pertama tahun 2017, ada ramai doktor baharu ini yang masih disambung kontrak setiap dua tahun.
Di sini masalahnya kita hendak maklumkan bahawa doktor yang di hadapan ini, doktor junior ini berhasrat untuk menyumbang kepada kerajaan, kepada rakyat.
Akan tetapi masalah bila dia diletak sebagai contract doctor, maka kuranglah, hampir tiada peluang untuk mengambil kursus-kursus yang boleh naik pangkat ataupun jadi doktor specialist. Bayangkan untuk contract doctor pertama tahun 2016 dan 2017, yang sudah sambung kontrak sampai tahun 2019, sambung kontrak tahun 2020 yang baru-baru ini, dua bulan lepas disambung kontrak sekali lagi, tiga tahun sehingga tahun 2022. Ini bermakna seorang doktor junior dia masuk pada tahun 2017 sampai tahun 2022 sekiranya mereka disambung kontrak dalam beberapa tahun ini tidak ada peluang untuk dijadikan doktor specialist. Maka, inilah menyedihkan. Semangat doktor-doktor yang sebagai frontliner kita. Maka, saya minta Kementerian Kesihatan mengkaji balik sekiranya memang ada lambakan yang ramai, maka perlu kaji semula kursus tersebut.
Sekiranya kita perlu doktor specialist untuk masa depan, maka perlu ada rancangan khusus yang untuk mereka yang di bawah biasiswa JPA. Bayangkan kalau seorang dia doktor ini di bawah JPA biasiswa perlu berkhidmat dalam hospital kerajaan
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
sepanjang sekurang-kurangnya 10 tahun, tetapi hanya disambung secara kontrak.
Bayangkan, graduan doktor langsung hilang keyakinan kepada kerajaan kerana dalam kontrak 10 tahun ini tidak boleh hendak sambungkan kursus untuk jadikan specialist seperti yang Menteri Kesihatan katakan, kalau hendak jadi specialist, bayar sendiri.
Akan tetapi hendak berhenti menjadi doktor untuk swasta tidak boleh kerana kontrak tidak habis. Maka, saya menyeru sekiranya kementerian tidak ada ruangan untuk doktor baharu ini bagi JPA biasiswa yang ikat 10 tahun ini, bagilah lepasan awal supaya mereka tidak terikat, pada waktu yang sama kurang peluang untuk hendak dijadikan doktor specialist. Kedua, untuk pekerja tukang cuci yang biasanya kita kata. Kita menghadapi satu masalah, sejak dulu kita ada program ataupun dasar penswastaan, kerja-kerja sebegini contohnya pengurusan fasilitet, penyelenggaraan kejuruteraan fasilitet dan pembersihan, perkhidmatan ini telah diberi dengan cara kontrak kepada syarikat swasta.
Apa yang jadi masalah hasrat kita hendak bagi swasta kerana untuk mempertingkatkan prestasi, tetapi akhirnya disalah guna cara kontrak ini untuk menekan pekerja-pekerja sehingga ada pekerja tukang cuci yang sudah bertahun-tahun jadi pekerja, tetapi tidak dinaikkan gaji kerana pertukaran kontrak antara kontraktor dengan subkontraktor.
Bayangkan kalau seorang dia kerja 10 tahun dalam tugas yang sama, patutnya gaji dia naik. Kalau tidak tinggi pun, takkanlah gaji minimum. Masalahnya apabila kita sub kontrak bagi satu buah syarikat swasta, saya bagi satu contoh yang bertanggungjawab untuk hospital di utara, syarikat Edgenta UEMS yang jaga 36 buah hospital di bahagian utara. Di bawah dia hampir 20 ribu orang pekerja tukang cuci.
Masalah di sini adalah sekiranya pekerja itu sudah kerja dua atau tiga tahun, kontrak tersebut tukar lagi untuk syarikat lain, sebenarnya tidak ada syarikat mana baharu yang boleh tiba-tiba wujudkan puluhan ribu orang pekerja. Maka akhirnya, pekerja yang sama diserap dalam syarikat baharu, tetapi dianggap sebagai pekerja baharu.
Maka, tidak ada simpanan kumpulan daripada segi cuti, elaun, bonus, malahan dikira juga gaji minimum walaupun sudah tujuh tahun, lapan tahun dalam kerja tugas yang sama.
Maka, saya menyeru kerajaan kena kaji balik bahawa hasrat asal kita hendak wujudkan penswastaan ini bukan untuk tujuan menzalimi pekerja. Sekiranya polisi ini tidak boleh mengelakkan permainan antara syarikat tersebut, maka saya minta kerajaan kaji balik kembali kepada kerja-kerja ini sebagai pekerja staf kerajaan dalam bentuk sekurang-kurangnya bentuk kontrak, kalau bukan dalam bentuk pencen. Saya amat rasa sedih sekiranya syarikat tersebut bukan syarikat swasta, tetapi syarikat GLC yang dipegang oleh kerajaan sendiri. Punya zalimnya tuan-tuan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman UEM Edgenta ini di bawah UEM Group, syarikat di bawah Khazanah.
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Kalaulah kita wujudkan GLC bukan hendak bantu pekerja, tetapi mengguna cara subkontrak, tukar kontrak ini menyebabkan pekerja-pekerja lagi susah. Saya menyerulah kerajaan kaji balik dan Kementerian Sumber Manusia, minta kaji semua jenis kontrak perkhidmatan daripada pihak kerajaan sama ada pembersihan, sekuriti, jaga bangunan dalam bentuk sekiranya kontraktor tersebut disalah guna untuk tukar kontrak menyebabkan pekerja gaji tidak naik dalam bertahun-tahun. Maka, kajilah untuk wujud balik pekerja sebagai staf kerajaan dalam bentuk kontrak.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak masuk berkenaan dengan ekonomi ni, saya rasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membuat pengumuman untuk lanjutkan moratorium. Di sini saya ingin menjelaskan sesuatu, kita banyak kali ulang kata, kadar pengangguran kita sudah meningkat. Akan tetapi kesan COVID-19 ini untuk kita kaji atas pengangguran ini sebenarnya tidak menyeluruh. Ini kerana, bagaimanakah kita kira kadar pengangguran? Populasi Malaysia seramai 32.7 juta orang. Ini penduduk populasi, di antara ini 2.2 juta adalah orang asing ataupun bukan warganegara.
Akan tetapi kalau kita kaji tenaga buruh sebenarnya bukan jumlah ini. Tenaga buruh yang kita kaji sebenarnya, dia ada satu cara pengiraan. Di Malaysia 30 peratus
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
antara tenaga buruh ini adalah di luar tenaga buruh, tidak diambil kira. Ini kerana tenaga buruh hanya dikira antara umur 15 tahun hingga 64 tahun.
Maka, kalaulah yang sudah umur 65 tahun, jual goreng pisang di tepi jalan, tidak diambil kira sebagai pekerja dalam statistik ini. Adakah kesan COVID-19 atas mereka?
Ada. Akan tetapi tidak diambil kira sekiranya pengangguran tersebut dalam 5.5 peratus itu. Biarpun dijangka sampai satu juta ataupun lebih dalam hujung tahun ini.
Di sini yang penting kita wujudkan satu Program PRIHATIN, Program Subsidi Upah dan Program Pengekalan Pekerjaan. Kita anggap program ini boleh mengekalkan kerja mereka, tetapi cuba kita semak, jumlah kerja yang penyertaan yang kita kata Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (KPTB) di Malaysia sebenarnya tak sampai 70 peratus iaitu 68.9 peratus. Maka jumlah yang diambil kira sebagai pekerja 15.8 juta.
Akan tetapi yang mohon di bawah Program Subsidi Upah ini berapa? Sebanyak 300 ribu permohonan yang melibatkan 2.5 juta sahaja. Kenapakah- ini kerana yang subscribe ataupun yang mencarum untuk PERKESO, SOCSO di Malaysia yang aktif hanya 6.5 juta. Di antara 6.5 juta itu hanya 2.5 juta yang terlibat dalam Program PRIHATIN, apalagi 4 juta tersebut?
Bagi saya, saya anggap barangkali majikan tersebut sudah jangka, bersedia hendak tutup. Maka mereka tidak mohonlah untuk Program PRIHATIN ini. Maka kita tidak sampai sasaran. Saya minta Program Prihatin ini,harus, wajib dilanjutkan dan perlu sasar kepada golongan lebih, termasuk juga orang bekerja sendiri (OBS). Tahun lepas kita wujudkan satu skim baru di mana pekerja sendiri sama ada e-hailing, food panda ataupun pekerja di rumah boleh subscribe sebagai pencarum SOCSO.
Akan tetapi, di jangkaan dalam 1 juta ini, yang daftar hanya 50,000. Maksudnya ramai yang di antara mereka yang kerja di rumah, buat online sales, tidak ada terlibat dalam jagaan PRIHATIN ini. Maka perlu ada sasaran yang baru kepada golongan ini untuk bantu supaya mereka tidak putus daripada segi perniagaan ataupun income dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua, saya terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang sanggup setuju untuk sambungkan moratorium tersebut. Di sini saya hanya hendak ucapkan persetujuan saya kepada beberapa Ahli Parlimen atas isu ini, akan tetapi saya hendak ingatkan walaupun bukan semua bank yang rela untuk buat demikian tetapi ada beberapa buah bank yang di bawah kerajaan tidak boleh kita samakan dengan swasta walaupun tidak untung pun, kena ada pikul tanggungjawab.
Contohnya Maybank, CIMB, RHB Bank, Bank Islam. Ini yang bank yang secara tidak langsung oleh dipegang kerajaan apatah lagi dia mencapai keuntungan yang berbilion-bilion. Sampai gaji CEO pun cukup tinggi, maka tiada alasan untuk kita melengahkan.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi saya ingin hendak minta Kementerian Kewangan menyatakan secara jelas, sama ada kerajaan rancangan untuk hendak wujudkan GST semula. Ini kerana, para peniaga kepada pihak di sebelah, ada yang dulu sokong ada yang dulu tidak sokong, ini semua duduk bersama. Maka peniaga kena tunggu sama ada kerajaan ni hendak wujudkan tidak? Sebelum ada ketetapan, peniaga-peniaga tidak sanggup hendak melabur untuk membuat perancangan. Maka perlu kalau tidak hendak buat, cakap tidak hendak buat, kalau hendak buat, cakap buat. Ini supaya peniaga boleh buat perancangan yang sewajarnya.
Tuan Yang di-Pertua, bagi saya satu isu yang cukup penting saya rangkumkan dalam satu bab sahaja. Iaitu isu pelarian, Refugees yang cukup hot, panas dalam beberapa bulan ini. Akan tetapi, saya minta kerajaan bagi satu pendirian yang jelas.
Bulan lepas bila ada bot Rohingya masuk dari Langkawi, Yang Berhormat Menteri Pertahanan kata selepas ini kita tak bagi masuk.
Selepas itu Yang Berhormat Perdana Menteri bagi kenyataan bahawa kita sini sudah tak mampu hendak menampung, tetapi selepas ini Yang Berhormat Perdana Menteri bagi lagi jawapan dalam sidang dalam Parlimen kata, kita tidak rancang untuk hendak halau mereka kepada laut tengah. Maka isu di sini sama ada kita hendak terima atau kita hendak halau?
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Saya faham, saya faham dua-dua pihak daripada wakil rakyat kita anggap isu ini sensitif dan susah hendak selesai. Saya bukan di sini hendak cetuskan kontroversi, saya hendak cadangkan penyelesaian ini kena ambil kira keseimbangan antara tiga faktor. Pertama, antara sentimen rakyat yang rata-rata tidak berapa suka sekarang. Akan tetapi sentimen yang sokong daripada segi Muslim brotherhood, dengan izin, termasuk juga tadi pendirian perikemanusiaan.
Kedua, kita kena seimbangkan antara beban yang kita terpaksa tanggung, suka tak suka kerana kita tahu kita tak akan tembak atau buang mereka yang sudah ada di sini. Akhirnya kita perlu seimbangkan daripada segi sistem keselamatan di negara ini.
Saya ingin minta sedikit lebih masa untuk memaklumkan Dewan ini.
Maklumat daripada pihak kementerian, jumlah tahanan dalam depot sekarang yang ada pada awal bulan Julai seramai 15 ribu orang tahanan, merangkumi banyak negara. Di mana kapasiti kita hanya lebih kurang 12 buah negeri. Seperti KDN yang jawab, setiap hari untuk tanggungan seorang daripada segi penginapan, makanan, ubat dan semuanya mencecah RM90 sehari untuk seorang.
Maksudnya, depot kita setiap hari memakan hampir RM1.3 juta untuk menanggung mereka yang ditahanan ini. Dalam tahanan ini ada hampir 1,300 adalah daripada kaum Rohingya yang kita tahu, kita tidak akan hantar balik ke Myanmar. Maka apa hendak buat? Hendak buat di sungai? Hendak tembak dia? Kalau kita rotan dia, sebat kan dia, kita kena bagi ubat lagi. Inilah kita perlu ada penyelesaian yang menyeluruh apatah lagi dalam penjara.
Dalam penjara keseluruhan Malaysia, ikut jawapan KDN kapasiti kita ada 47 ribu. Akan tetapi kini ada banduan berjumlah 60,900 dan di antara mereka, 20 peratus warga asing. Di kawasan saya sendiri, Penjara Alor Setar yang kapasiti 900, kini simpan 1,900.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Sik mohon sikit.
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Silakan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Saya dimaklumkan oleh pihak Jabatan Imigresen. Bermula PKP pada bulan Mac yang lalu, pihak jabatan tidak lagi membenarkan UNHCR untuk masuk ke depot-depot untuk membuat penyiasatan dan pendaftaran kepada pelarian-pelarian yang baru masuk ini dan ini menyebabkan pertambahan kepada jumlah pelarian yang ada di depot-depot.
Adakah Yang Berhormat Alor Setar setuju untuk pihak kerajaan berunding segera dengan UNHCR untuk menyelesaikan pendaftaran ini? Terima kasih.
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Terima kasih Yang Berhormat Sik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Minta Yang Berhormat Alor Setar respons dan rumus. Terima kasih .
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Ya, saya rumuskan, ini last bab ini. Saya setuju dan jawapan daripada KDN juga menjawab bahawa mulai dari tahun ini, akan tetapi jawapan yang KDN bagi adalah bahawa proses ini memakan masa. Akan tetapi, sebenarnya UNHCR ada bagi cara simple cara yang senang, step-by-step, langkah- langkah untuk memastikan sama ada pelarian itu Rohingya atau tidak. Masalahnya akses tersebut tersekat. Makin kita simpan mereka, maka makin banyak kita kena tanggung.
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Maka, kita menyeru supaya KDN percepatkan proses akses bagi UNCHR sama ada di depot, di penjara ataupun sebelum dimasukkan ke penjara untuk kurangkan beban kepada penjara, depot dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya hendak jelaskan di sini, ramai antara rata-rata rakyat ini risau bahawa sekiranya diberi peluang untuk pelarian bekerja, maka hancurlah pekerja tempatan.
Akan tetapi saya hendak maklumkan secara realitinya. Dalam sumber daripada sumber UNCHR untuk Jun 2017, sudah ada 76 ribu orang pelarian yang sedang bekerja di Malaysia, itu 2017. Maksudnya apa, sebagai manusia kita faham, bagi atau tidak bagi, takkan kita hendak bagi makan percuma.
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Tidak bagi makan percuma, tidak tembak mati, maka dia perlu cari makan. Kita cuma tutup mata tidak tengok tetapi dia masih hidup. Kalaulah begini, lebih senangnya sebenarnya kita buat satu cara supaya mereka bekerja ikut peraturan yang kita tetapkan.
Sebenarnya, sekiranya mereka diperlukan untuk bayar SOCSO dan pelbagai bayaran mengikut peraturan, barangkali majikan akan gugurkan dan ambil pekerja setempat kerana kalau kosnya lebih tinggi, maka ia lebih cenderung kepada ambil pekerja tempatan. Maka sebenarnya, kalaulah kita wujudkan satu SOP yang memberikan pelarian dengan cara bekerja yang sah, sebenarnya lebih memanfaatkan pekerja tempatan kerana lebih berdaya saing.
Oleh sebab sekarang kalau pelarian diambil kerja, senang-senang boleh diberhentikan, maka majikan ambil kira itu sebagai lebih murah. Maka, kalaulah kita dapat selesaikan bab ini, akhirnya dalam pasaran, tugas kerja-kerja ini akan diisi oleh pekerja tempatan dan pelarian ini akan mengisikan kekosongan di mana kerja-kerja yang orang tempatan tidak mahu buat. Kita kena mengaku, ada kerja-kerja yang penduduk tempatan tidak mahu buat, maka kerja-kerja itu kita kena salurkan kepada pelarian untuk di monitor. Kalau kita tidak buat, kita tutup mata, 76 ribu ini masih kerja juga di Malaysia dengan cara yang kita tidak dapat monitor.
Maka, saya menyeru KDN menyegerakan program data sharing dengan UNCHR supaya KDN boleh pegang data-data untuk pelarian yang ada di Malaysia sekarang dan kita masukkan dalam sistem ekonomi kita, kita minta mereka bayar cukai dan segala-galanya, maka bolehlah kita kontrol dengan cara yang lebih baik. Saya anggap inilah mematuhi juga prinsip sebagai kemanusiaan, pada waktu yang sama kita kurangkan kontroversi yang barangkali dicetuskan. Maka dengan ini, saya ucap terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan saya, Alor Setar dengan ini sokong titah. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sri Gading dan diikuti yang terakhir, Yang Berhormat Kapar. Sila Yang Berhormat Sri Gading, 15 minit.
Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana memberi saya peluang untuk berbahas dalam Dewan yang mulia ini. Izinkan saya memulakan perbahasan ini dengan memberikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada petugas-petugas barisan hadapan dalam memerangi wabak pandemik COVID-19 ini.
Tuan Yang di-Pertua, jiran saya, saya telah pun menyediakan 18 muka surat yang mengandungi- power ini [Ketawa] yang mengandungi 5 perkara. Oleh sebab masa amat mencemburui, hanya 15 minit sahaja walaupun jiran, saya ingat boleh lebih daripada 15 minit, maka saya sebutkan beberapa perkara sahaja tetapi saya sebutkan 5 perkara itu:
(i) penglibatan belia dalam bidang pertanian;
(ii) industri beras dan sawit dalam Dasar Agromakanan Negara;
(iii) pengajaran dan pembelajaran bagi Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia;
(iv) peranan bahasa di dalam komuniti sebagai alat wahana perpaduan; dan
(v) isu-isu tempatan.
Oleh itu, kerana perbahasan ini panjang, saya supaya tidak terlepas pandang, saya terus sahaja ke perkara lima, muka surat ke-15 iaitu perkara akhir yang sepatutnya saya sebut. Akan tetapi perkara yang pertama saya bawa dalam Dewan ini supaya saya tidak terlepas pandang dan ia melibatkan isu-isu tempatan. Oleh sebab masa terhad, saya takut tertinggal, nanti rakyat saya, penduduk di Sri Gading tidak puas hati, saya tidak boleh balik kawasan saya.
Jadi, biar saya sebut dahulu isi-isi penting ini untuk perhatian kerajaan walaupun dah banyak kali dibincangkan di peringkat Majlis Tempatan, di daerah dan juga di
Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh - Sri Gading
peringkat negeri dan juga pernah disebut di Pusat, di Parlimen ini. Akan tetapi adalah baik juga untuk saya sebutkan lagi kerana perkara-perkara yang bakal saya sebutkan itu masih belum selesai.
Perkara pertama yang saya ingin bawakan di sini ialah soal sekolah. Sekolah ini bukan baru hendak mohon, sekolah ini sudah siap 100 peratus. Saya sudah lawat sekolah ini di Sri Gading dan satu lagi di tempat jiran saya, nanti disebutkan di mana. 4 tahun yang lalu sudah siap tetapi tidak boleh lagi terima pelajar kerana dengan beberapa sebab. Sebabnya adalah kerana antara perkara yang dinyatakan adalah tidak ada jalan masuk dan jalan keluar. Ada kelewatan atau belum lagi dibuat jalan utama untuk dilebarkan bagi kemasukan kenderaan-kenderaan ke kawasan sekolah. Jalan belum siap, senang cerita.
Keduanya, api elektrik pun tidak masuk lagi kerana ada kes terganggu, yang belum siap lagi, hendak pindahkan tiang elektrik dan sebagainya, dengar ceritanya.
Ketiganya ialah soal bekalan air kerana ada pemindahan paip air di situ. Tiga perkara ini mengambil masa 4 tahun, sampai hari ini tidak selesai. Sudah dibawa ke pelbagai peringkat, tidak lagi selesai.
Sekolah yang saya sebutkan itu ialah Sekolah Menengah Suria Jaya, Parit Yaani, Batu Pahat. Belum siap lagi. Anak-anak Parit Yaani terpaksa pergi ke Sekolah Menengah Yong Peng sejauh 20 kilometer. Sekolah itu sekolah dua sesi. Kalau sekolah ini boleh dipakai, dapat diselesaikan masalah-masalah itu, sudah pasti insya-Allah anak- anak di kawasan Parit Yaani dan kawasan sekitarnya boleh belajar di sekolah yang baru ini.
Begitu juga saya ingin sebutkan di sini ialah sekolah jiran saya iaitu di mana sekolah ini sekolah di mana saya dahulunya pada PRU-13, saya bertanding sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Jorak, di kawasan Parlimen Pagoh. Pagoh dan Sri Gading ini tidak jauh, kalau ada angin kuat bertiup, habuk boleh sampai dari Sri Gading sampai ke Pagoh yang akan saya sebutkan nanti. Sekolah yang juga sudah siap, saya juga rasa sudah 4 tahun kerana saya ADUN di situ, sampai hari ini juga belum dibuka iaitu Sekolah Menengah Pagoh Perdana.
Seorang Ahli
Perdana Menteri pun salah macam inikah?...
[Dewan ketawa]
Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh - Sri Gading
Bukan salah Perdana Menteri. Keduanya ialah Sekolah Vokasional Pagoh- sudah siap. Akan tetapi, belum boleh dibuka dan digunakan untuk para pelajar. Hendak pendekkan cerita kerana masa yang terhad. Saya hendak minta di sini- maknanya hari itu rakan kita Yang Berhormat Pasir Gudang minta Yang Berhormat Menteri turun lihat Lebuhraya Pasir Gudang yang berlubang-lubang ini. Jadi, saya hendak minta lah Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia dan Yang Berhormat Menteri Kewangan turun padang tengok sendiri kawasan ini. Ini kerana, bukanlah kawasan-kawasan ini kawasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dua-dua kawasan ini ada dia punya kelebihannya. Kawasan Sri Gading atau Parlimen Sri Gading ini Parlimen bekas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ketiga. Almarhum Tun Hussein Onn. Tengok sedikit Parlimen Sri Gading. Yang sekarang ini saya tengok Pagoh, PM ke-8. Tan Sri Dato’ Haji Sri Muhyiddin bin Mohd. Yassin. Jadi, saya minta supaya sekolah ini dibuka segeranya. Kalau tanya saya bila? Esok, kalau boleh. Esok raya? Baru hendak balik raya [Ketawa] Perkara kedua yang saya hendak bawa di sini ialah ada kaitan dengan jiran saya Batu Pahat, Tuan Yang di-Pertua, iaitu Pusat Pelupusan Sampah Sisa Pepejal Bukit Payung, Parit Sulong, Batu Pahat. Perkara ini sudah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong yang sekarang ini ialah Yang Berhormat Menteri KPT, Kementerian Pengajian Tinggi yang sudah dinyatakan dalam sesi Dewan yang lepas iaitu bantahan penduduk terhadap pusat pelupusan sampah ini.
Masyarakat sekeliling empat buah kawasan Parlimen telah membantah iaitu Parlimen Parit Sulong, Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi, Parlimen Pagoh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Parlimen Batu Pahat, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat- yang sekarang ini duduk di singgahsana dan Parlimen Sri Gading- bekas- bekas. Ini kerana, masalah apa? Yang dinyatakan pencemaran bau, pencemaran habuk, pencemaran air, pencemaran bunyi, pencemaran lalu lintas, lori angkut keluar masuk
Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh - Sri Gading
yang boleh menyebabkan kesesakan dan juga kemalangan kepada kenderaan pelajar sekolah yang naik basikal dan naik motor. Kalau datang dari Segamat, datang dari Simpang Renggam, datang dari Batu Pahat, daripada Muar- sebesar-besar lori masuk ke kawasan itu akan menimbulkan masalah besar kepada masyarakat setempat dan empat buah Parlimen ini.
Jadi, sebab itu saya minta KPKT lihat semula perkara ini sedalam-dalamnya.
Saya ingin juga di sini mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Warisan Negara- Tadi baru sebut Yang Berhormat Balik Pulau tentang kebudayaan dan kesenian. Apa dia kata di situ- bahawa Bukit Payung ini ada hendak diwartakan sebagai tapak khazanah warisan negara. Jadi, saya hendak tahu banyak kesan-kesan sejarah di situ. Tidak tahu lah beberapa buah kawasan mana. Akan tetapi, di kawasan yang dinyatakan supaya dapat kita preserve tapak warisan kita ini.
Ketiga, empat minit lagi- Ialah permintaan untuk menaik taraf Jalan FT Federal Trunk road 50 ini. Jalan Federal 50 yang menghubungkan antara Bandar Batu Pahat, Ayer Hitam dan Kluang. Tidak boleh tangguh-tangguh dah. Sangat mustahak dan pernah juga dibangkitkan perkara ini oleh Ahli Parlimen Yang Berhormat Ayer Hitam yang sekarang ini ialah Yang Berhormat Menteri Pengangkutan. Saya sudah memang tahu bahawa- diceritakan bahawa projek ini sudah ada peruntukannya. Saya mahu disegerakan.
Saya tidak mahu tunggu lama. Apa pun disegerakan. Buat direct negotiation, direct negotiation lah. Selektif tender pun- ikutlah ataupun open tender. Yang penting, kena laksanakan segera. Rakyat kawasan saya sudah tidak sanggup lagi melihat kerana kawasan ini, Tuan Yang di-Pertua pun tahu, orang sama-sama Batu Pahat bahawa jalan ini jalan dua hala, empat lorong- jalan ini memang sibuk terutamanya waktu puncak, laluan pelajar-pelajar dan mahasiswa-mahasiswi. Di situ terletaknya UTHM, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan pelajarnya seramai 16 ribu lebih orang.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Dahsyat.
Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh - Sri Gading
Dahsyat, dahsyat Kapar.
Jadi, oleh itu saya hendak nyatakan di sini, ada pelajar mahasiswa yang sudah maut.
Ada pensyarah yang sudah maut dan penduduk kampung, jangan ceritalah. Oleh itu, saya hendak minta Yang Berhormat Menteri hari itu kata hendak melawat Lebuhraya Pasir Gudang. Berhenti singgah juga lihat lebuh raya ataupun Jalan Persekutuan FT50 ini. Singgah sebentar, saya belanja makan durian. Bukan rasuah. Tengok dan pastikan bahawa balik dari Kuala Lumpur esok, kita sudah nampak kerja-kerja sudah mula dijalankan. Berseloroh lah tu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, seminit setengah.
Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh - Sri Gading
Seminit setengah?
[Ketawa] Baik Tuan Yang di-Pertua. Keempat, yang penting juga ialah soal pembinaan Masjid Ladang Sri Gading. Permohonan saya dengar sudah pun diluluskan. Pembinaan masjid baharu ini amat mendesak kerana masjid lama sudah runtuh akibat kayu-kayunya sudah dimakan anai-anai. Runtuh sudah masjid itu. Kesian. Buatlah cepat-cepat. Sudah 70 tahun pun masjid itu dah. Kesian masjid itu. Hendak masjid baharu. Masjid yang terletak di Pekan Sri Gading yang akan menjadi merupakan mercu tanda bagi masjid dengan itu Parlimen Sri Gading yang terletaknya di Taman Pura Kencana, Genting, Batu Pahat.
Jadi, saya harapkan bahawa masjid ini dibina dan insya-Allah akan memberikan mercu tanda yang baharu untuk Sri Gading. Jadi, saya ringkaskan sahaja apa yang saya ingin nyatakan. Ucapan terima kasih kepada semua. Marilah sama-sama kita bermuhasabah sebagai pemimpin politik. Pemimpin yang berprinsip, pemimpin yang berintegriti dengan amal-amal yang bersih baik zahir dan batin, insya-Allah.
Marilah kita berkorban demi agama, negara dan bangsa kita. Akhirnya, selamat Hari Raya Aidiladha mubarak. Minaidil walfaiizin...
[Berucap dalam bahasa Arab] Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Tepat pada masanya. Sekarang saya menjemput pembahas terakhir Yang Berhormat Kapar. 15 minit.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya berterima kasih kerana diberi peluang untuk bersama-sama membahaskan dan menjunjung kasih Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen yang Ke-14.
Merujuk kepada Titah Ke Bawah Duli Tuanku, beberapa perkara saya petik untuk saya singgung dalam memastikan bahawa setiap naluri yang telah dititahkan oleh baginda itu dapat diimplementasikan. Baginda secara umumnya, telah pun mengucapkan ribuan terima kasih kepada frontliners iaitu menjadi satu tanggungjawab yang cukup luar biasa mereka berdepan. Saya ingin tegaskan bahawa bukan sahaja kita ingin menghargai jasa mereka. Akan tetapi, kita juga harus dan wajib menilai keupayaan mereka. Kita memberikan imbuhan sepertimana sewajarnya mereka peroleh.
Namun, beberapa perkara ini saya akan rungkaikan untuk saya hendak pastikan bahawa mereka ini tercicir jauh daripada apa yang sepatutnya mereka hadapi. Saya mulai dengan Titah Ke Bawah Duli Tuanku yang memaparkan kepada umum kerisauan baginda tentang pembuangan pekerja yang sewenang-wenangnya.
Sebelum itu, baginda juga dalam para tiga menyatakan bahawa episod ‘Sheraton’ itu berlaku pengkhianatan luar biasa yang menimpa negara ini dan ia menjurus kepada beberapa perkara yang tidak boleh dikawal selia. Satu perkara yang telah saya hendak utarakan ialah pembuangan pekerja dengan sewenang-wenangnya.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Ini terlibat dalam COVID-19 yang berlaku- gerombolan yang berlaku tiba dengan secara tiba-tiba dan pekerja-pekerja ini telah dalam konteks COVID-19 ini akan melonggokkan lebih 1 juta yang akan berada dalam posisi selepas Oktober dan ia juga merisaukan saya dan Baginda dengan tegas mengatakan bahawa jangan ada pembuangan sewenang-wenangnya. Akan tetapi kita kena ingat pembuangan kerja ini dan juga gaji yang tidak dibayar atau cuti yang diberi tanpa gaji ini berlaku dalam konteks kita ada kawal selia tetapi kita tidak berbuat demikian.
Saya akan menjurus kepada perkara itu tetapi saya hendak tegaskan kepada syarikat-syarikat besar yang mempunyai sumber manusia, Jabatan Sumber Manusia
(HR) ini. Apa yang saya kesal ialah mereka inilah kelompok warga negara Malaysia tetapi mereka ini melakukan pandangan dan juga idea yang cukup menjijikkan. Ini kerana merekalah yang mencadangkan pembuangan pekerja, mereka jugalah yang mencadangkan penguncupan syarikat, operasinya dan mereka tidak melaksanakan tugas untuk membantu rakyat pekerja yang berlaku dalam fenomena COVID-19 ini.
Saya tegas bahawa kezaliman yang berlaku dalam proses COVID-19 ini yang tidak membantu rakyat pekerja ini harus ditangani secara berhemat oleh kerajaan untuk memastikan mereka ini dapat diberi pembelaan. Menjurus kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat berjumlah RM260 bilion yang melindungi kebajikan rakyat dan menyokong industri serta perusahaan kecil dan sederhana.
Ini juga tidak menepati sasaran apabila saya melihat daripada wang yang telah disalurkan kepada bank-bank yang tidak memberikan kesan baik kepada kedudukan syarikat yang memerlukan bantuan, SME dan juga IKS ini yang dilihat seolah-olah mereka ini tidak dapat pautan yang berasaskan kepada laungan dan juga pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Sebab sepatutnya Tuan Yang di-Pertua, wang ini mesti disalurkan pada PERKESO. PERKESO lah yang boleh identifikasikan, yang boleh kenal pasti mana syarikat yang tidak bayar gaji, mana syarikat yang buang pekerja, mana syarikat mempunyai kemelut daripada COVID-19 ini yang rata-ratanya mengharapkan pembelaan. Akan tetapi tidak berlaku begitu.
Apa yang saya nampak, pergi dekat bank, sudah belum tentu tidak akan meluluskan pinjaman kepada syarikat bermasalah dan saya melihat SOCSO lah yang mempunyai data yang complete daripada segi proses untuk memberikan bantuan kepada SME ataupun IKS ini secara terus dan bukan pada bank. Saya memohon kerajaan dalam rangsangan ekonomi itu memberikan khusus untuk menumpukan kepada sasaran utama. Ini tidak boleh dikompromikan.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Perkara yang seterusnya ialah SIP. Apabila berlakunya COVID-19 ini, wabak Corona Virus ini, kita ada SIP. SIP ini untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, saya sudah bercakap tahun 2009. Saya kata dalam ucapan saya 10 tahun daripada sekarang akan berlaku satu peristiwa yang saya tidak tahu apa dia. Akan tetapi pembuangan kerja yang luar biasa yang akan berlaku. Alhamdulillah Yang Berhormat Pekan telah bersetuju pada waktu itu sebagai Perdana Menteri telah pun meluluskan iaitu Skim Insurans Pekerja pada tahun 2017.
Alhamdulillah waktu itu Yang Berhormat Pekan telah meluluskan RM70 untuk disalurkan pada dana ini untuk bermulanya kutipan daripada pekerja dan majikan 0.2 peratus - 0.2 peratus. Apakah isinya SIP ini?
Satu, apabila berlaku penutupan operasi, kena tegaskan kepada Kementerian Sumber Manusia, SIP ini apabila berlakunya penutupan operasi syarikat, wajib mengambil alih untuk memastikan bahawa faedah-faedah SIP itu diberikan pada pekerja.
Kedua, apabila berlaku renti kerja sementara, itu pun dalam definisi dalam isinya apa yang dimaksudkan dengan SIP dan ini berlaku. Ketiga, yang paling luar biasa yang berlaku yang saya takut pada tahun 2009 berlaku pembuangan pekerja dengan secara berleluasa dan inilah yang dipanggil bencana.
Akan tetapi yang saya tidak nampak pada waktu ini, apakah rangka kerajaan dalam waktu jangka pendek, sederhana dan jangka panjang. Waktu COVID-19 pembuangan pekerja menghampiri satu juta. Berlakunya selepas COVID-19, apa rancangan, kerangka yang kerajaan hendak lakukan. Ini melibatkan masa depan pekerja yang harus tidak boleh dikompromikan. Apakah kerangkanya? Sampai hari ini saya tidak nampak.
Ketiganya jangka panjang yang harus ditumpukan oleh kerajaan untuk memastikan mereka ini ada masa depan untuk mereka sandarkan. Ini yang dikatakan kita ada salurannya iaitu dipanggil TVET. Kemahiran itu dapat dilunaskan apabila kerajaan mengambil langkah yang proaktif untuk memastikan mereka-mereka terlibat secara langsung dalam konteks pembuangan kerja ini diberikan penumpuan untuk mereka ada masa depan dan kemahiran itu dapat disalurkan dan mereka boleh bersaing dengan pekerja-pekerja asing dan membolehkan mereka bersedia untuk mendapat ilmu baharu dalam pengetahuan teknikal yang akan disalurkan melalui SIP dan juga menyandar pada TVET. Ini tidak berlaku sehingga kini, saya tidak nampak sebenarnya apa kerangkanya.
Seterusnya saya hendak merungkaikan atas Titah Tuanku yang menegaskan bahawa keperluan untuk memerangi rasuah itu tidak boleh dikompromikan. Inilah yang saya nampak Titah ke bawah Tuanku ini merintis perkara yang tersirat yang rakyat harus peka dan faham bahawa rasuah akan merosakkan dan melingkupkan dan meruntuhkan kerajaan yang tidak boleh dibendung-bendung lagi. Ini terus diperangi oleh semua pihak termasuk kita sebagai wakil rakyat dalam Parlimen.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat penjelasan.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Saya juga, saya menurut Peraturan 37 bahawa 37 tidak membenarkan pencelahan sebab saya ada lagi 6 minit.
Saya ada banyak lagi persoalan yang saya hendak bangkitkan.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sikit saja.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Saya minta Yang Berhormat Arau mengerti tentang masalah saya. Terima kasih.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya faham. Saya jarang ganggu Yang Berhormat, sikit sahaja. Kenapakah kes rasuah Setiausaha Agung DAP Yang Berhormat tidak bawa dibentangkan di Parlimen? Yang Berhormat Seputeh pun tidak bawa kes ini untuk dibentangkan. Kerajaan hendak memerangi rasuah tetapi kes rasuah ditarik balik. Maka bagaimana kes rasuah seperti ini boleh dibendung?
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Saya juga ingin menyinggung berkenaan dengan KDN yang mana saya diberitahu, saya diberitahu oleh pihak berkenaan, pihak polis yang telah pun memberikan maklum kepada saya bahawa baru- baru ini telah berlaku satu arahan dari Jabatan Perdana Menteri di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam yang telah pun memberikan dua opsyen.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Satu ialah pilihan yang atas persetujuan untuk persaraan di antara regular dengan sokongan, pilihan di tangan semua pekerja atas sebab bersetuju semua atau berubah atau tidak atas gaji, gred, kenaikan pangkat dan lain-lain seperti mana yang regular dapat sebab sokongan ini hendak dihapuskan.
Sekiranya kalau mereka tidak bersetuju dan mereka juga akan diteruskan dengan tidak bersetuju boleh kekal kepada kumpulan skim lama sehingga bersara, gaji ikut lama, kenaikan pangkat ikut cara lama dan kesimpulannya semua ikut yang lama iaitu tatacara skim sokongan yang tidak membolehkan kenaikan pangkat mereka dan inilah yang saya katakan awal dulu Tuan Yang di-Pertua.
Saya kata pihak PDRM harus ada anjakan paradigma. Kita hendak reform. Polis ini kita kalau kerja 32 tahun masih lagi Koperal, masih lagi Sarjan, sedangkan mereka berpengalaman luas. Oleh sebab itu sistem ini kita perlu rombak dan saya cadangkan berkali-kali iaitu pastikan, pastikan bahawa senioriti tempat pertama mekanismenya.
Kedua, pendidikan; ketiga kompleksiti; keempat ini ‘accuracy’; kelima, terms and conditions. Saya bagi contoh kalau seorang sarjan mengendalikan jalan raya yang jammed, yang begitu sesak tetapi kalau kita letakkan seorang yang baharu walaupun dia pegawai, mengalami kesukaran untuk menyelesaikan masalah. Akan tetapi kalau kita letak Sarjan, sudah barang tentu penyelesaian itu dapat diatasi dengan begitu segera kerana pengalaman mengatasi pendidikan.
Jadi saya mohon polis, pihak PDRM supaya mengkaji semula dengan tawaran- tawaran yang diberikan ini kerana mereka akan merasa sedikit terganggu untuk masa depan mereka. Begitu juga dengan penjara Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengulangi pendirian saya bahawa penjara ini juga tidak boleh dipinggirkan atau diketepikan bila mana kita lihat daripada kedudukan mereka, inspektor di penjara tidak sama dengan inspektor di dalam PDRM. Penggajian dan juga penghormatan tidak diberi seimbang.
Kerana apa? Ini kerana itulah sistem yang kita gunakan sepanjang selama ini.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Maka, saya ingin mencadangkan bahawa kita wajib mengangkat kedudukan martabat anggota-anggota penjara ini disamaratakan supaya mereka ini juga mendapat kedudukan dan juga penghormatan sebagai anggota yang menjaga penjara dari luar biasa description mereka. Sebagai contoh mereka menjaga orang yang terlalu luar biasa jahat. Kemudian mereka juga menjaga keselamatan untuk memastikan kesihatan tidak terganggu. Begitu juga dengan keadaan persekitaran penjara. Jadi ini semua perlu diambil kira dan ini juga tidak boleh kita kompromi.
Saya juga ingin memaklumkan apabila berlakunya beberapa perkara termasuklah di lapangan terbang. Saya diminta untuk membicarakan soal Lapangan Terbang Antarabangsa Subang iaitu MAB yang saya rasa gusar sebab sekarang ini saya diberitahu kita telah menukarkan kemasukan secara udara itu dikendalikan oleh Huawei.
Sepertimana yang Tuan Yang di-Pertua tahu bahawa Amerika pun tolak. Jadi kita tidak mahu data-data kemasukan dan juga national security itu terganggu-gugat, tidak boleh kita kompromi. Saya minta supaya pihak kementerian yang berkenaan supaya pastikan bahawa keselamatan pintu masuk utama negara tidak boleh diserahkan kepada mana-mana syarikat asing.
Begitu juga dengan pekerjaan yang bila berlaku perkongsian dengan syarikat- syarikat asing, maka yang menjadi mangsa ialah pekerja-pekerja yang akan dibuang.
Saya diberitahu kesatuan Airport Subang, airport antarabangsa ini telah pun diugut untuk dibuang. Begitu juga dengan penerbangan-penerbangan lain diminta untuk bercuti tanpa gaji. Ini juga harus diberikan perhatian. Untuk peringkat nasional, saya ingin juga mengulangi pagi tadi iaitu masalah langkah untuk mengadakan identity card yang macam RFID card.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Seminit setengah lagi.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Itu memastikan- ya, memastikan. Sikit masa tidak apa Tuan Yang di-Pertua, overtime.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Boleh.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Apa yang saya nampak ialah kerajaan harus ada national security iaitu memantau secara khusus pekerja-pekerja asing. Begitu juga mereka ini disimpan datanya dan kita akan tahu seperti di Singapura, Dubai, Qatar, UK, mereka mengenal pasti di mana hala tujunya ataupun aktiviti-aktiviti pekerja asing ini untuk kita melengkapkan national security itu tidak terganggu-gugat, termasuk dalam COVID-19 ini yang tidak boleh kita biarkan ia tanpa dikenal pasti mereka ini yang bawa positif COVID-19.
Tanpa menghiraukan waktu, saya ingin dalam kawasan saya sendiri, saya telah ulangi beberapa kali iaitu jalan raya yang telah diluluskan oleh Kementerian Kerja Raya.
Saya ingat sekitar RM460 juta dari Klang pergi ke Kapar dan Klang pergi ke Meru telah dipersetujui untuk bajet itu pada tahun lepas.
Jadi saya mohon supaya Kementerian Kerja Raya menyegerakan penurapan jalan atau penambahbaikan supaya tidak memberikan kesan yang terlalu teruk kepada penduduk Kapar. Ini juga saya ulangi berkali-kali. Saya mohon projek proses perjalanan itu disegerakan kerana waktunya sudah sampai, kita tidak boleh membiarkan bajet sudah diluluskan, implementasi tidak dilaksanakan dan kita mahu establishment itu berada di tempatnya yang sesuai.
Dalam merumuskan bicara ataupun Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong, saya mengucapkan ribuan terima kasih dan saya terlalu menyentuh...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bangun]
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Apabila saya membaca Titah Diraja menjurus kepada kesan dan pandemik COVID-19 ini memberikan saya bersyukur kerana kita mempunyai Ke Bawah Duli Tuanku yang cukup prihatin yang memahami kepedihan dan kesusahan rakyat. Maka saya menyokong atas Titah Tuanku. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Adakah Yang Berhormat menyokong usaha kerajaan untuk mengatasi masalah COVID-19?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kapar.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Point of order Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli Yang Berhormat...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Point of order, point of order. Saya beberapa hari yang lepas, saya sering merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 36(9)(c). Saya salah. Sebenarnya ia di bawah Peraturan Mesyuarat 36(10)(c). Oleh sebab saya tidak ditegur, jadi saya tidak mahu kesalahan itu berterusan iaitu apabila saya suruh merujuk kepada perkara-perkara yang bersakit-sakit hati, saya rujuk kepada Peraturan Mesyuarat 36(10)(c).
Jadi Yang Berhormat, point of order ini di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12), selalunya apabila kita cakap di Dewan, orang akan cabar bercakap di luar Dewan untuk berbincang bukan. Akan tetapi saya hendak minta Yang Berhormat Damansara dia bercakap di luar semalam.
Saya minta dia cakap dalam Dewan untuk saya merujukkan dia kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bila dia menuduh PAS sebagai parti tidak malu kerana Tuan Guru pergi melawat, berjumpa dengan Dato’ Seri Najib dan dia kata ini penjenayah yang terbesar dalam negara. Saya hendak beritahu bahawa penjenayah terbesar dalam negara ialah apabila mereka yang dikenakan kes rasuah, ditarik balik seperti kes yang berlaku kepada Yang Berhormat Bagan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi saya minta Yang Berhormat Damansara, bawa masuk ke dalam. Ini cerita baharu. Hat cerita di luar masuk ke dalam untuk saya rujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan supaya dia dihukum dengan hebatnya...
[Tepuk] Ini main pakai tuduh Parti PAS parti tidak malu. Parti DAP lah parti tidak malu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau, sila duduk, baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, saya sudah cakap dah apa yang saya hendak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih Yang Berhormat Arau. Ahli Yang Berhormat, dengan ucapan perbahasan daripada Yang Berhormat Kapar, maka perbahasan pada hari ini ditamatkan dan ada usul.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Takiyuddin bin Hassan
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini ditangguhkan sekarang dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan disambung sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 3 Ogos 2020”.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua, saya ucap Selamat Hari Raya Korban kepada semua.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ada penyokong?
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi II - Tuan Willie anak Mongin
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli Yang Berhormat, sebelum saya menangguhkan Dewan pada hari ini, ingin saya maklumkan bahawa esok, Khamis 30 Julai 2020 tiada persidangan Dewan Rakyat yang akan diadakan...
[Tepuk] Ini bagi memberikan kesempatan kepada semua Ahli Yang Berhormat bagi menyambut perayaan yang bakal menjelma. Sehubungan dengan itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua yang beragama Islam yang akan disambut pada hari Jumaat, 31 Julai 2020 bersamaan 10 Zulhijjah 1441 Hijrah.
Saya juga ingin menasihatkan semua Ahli Yang Berhormat untuk sentiasa mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan semasa menyambut perayaan ini bagi mengekang penularan wabak COVID-19 ini. Saya mengucapkan kepada semua selamat pulang dan selamat sampai ke destinasi masing-masing. Semoga Ahli-ahli Yang Berhormat sentiasa sihat walafiat di samping keluarga tersayang.
Ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan pada hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Isnin 3 Ogos 2020.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 4.18 petang]