Jul272020

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PEMASYHURAN DARIPADA TUAN YANG DI-PERTUA
PERUBAHAN TEMPAT DUDUK AHLI

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk makluman, terdapat perubahan tempat duduk di mana Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Galeri Awam telah dipindahkan semula ke tempat duduk pegawai di sebelah kiri saya.

[Tepuk] Ini permintaan daripada Ahli Yang Berhormat juga. Beberapa mikrofon dipasang di tempat duduk pegawai di sebelah kiri dan dua rostrum diletakkan di sebelah blok E Dewan, bagi memberi kemudahan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat mengajukan pertanyaan atau terlibat dengan perbahasan.

Bagi melancarkan lagi urusan persidangan, mohon kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat yang berada di tempat duduk pegawai di sebelah kiri untuk menyebut nama kawasan masing- masing sebelum memulakan sesuatu pertanyaan ataupun perbahasan. Ini untuk memudahkan urusan merekodkan untuk penyediaan Penyata Rasmi.

Terdapat beberapa blind spot yang terlindung daripada pandangan Pengerusi, dipohon Ahli-ahli Yang Berhormat berdiri memandang ke arah Pengerusi agar Pengerusi dapat melihat kedudukan Ahli-ahli Yang Berhormat.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, usaha sedang diambil untuk memasang pengadang lut sinar di antara tempat duduk Ahli-ahli Dewan bagi membolehkan semua Ahli Yang Berhormat dapat duduk di dalam blok utama Dewan Rakyat seperti sebelum ini. Maksudnya semua boleh duduk dalam Dewan seperti biasa. Walau bagaimanapun, perkara ini mengambil masa untuk dilaksanakan. Oleh yang demikian, saya memohon kesabaran Ahli-ahli Yang Berhormat bagi menjayakan pemasangan lut sinar ini.

Ahli Yang Berhormat, saya juga menasihatkan semua Ahli Yang Berhormat untuk sentiasa patuh kepada Prosedur Operasi Standard Fasa Pemulihan sepanjang berada di Parlimen Malaysia agar kita dapat mengekang penularan wabak COVID-19 ini. Sekian, terima kasih.

draft • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan apakah perancangan kementerian bagi tujuan menarik minat belia dalam sektor pertanian dan industri pembuatan makanan.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II - Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas yang membangkitkan soalan yang baik mengenai usaha-usaha untuk menarik penglibatan belia dalam sektor pertanian. Ternyatalah Yang Berhormat Pasir Mas ini merupakan pejuang belia Malaysia masa kini.

[Tepuk] Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian telah membuat pelbagai usaha dan perancangan untuk menarik minat belia dalam sektor pertanian dan industri pembuatan makanan. Golongan belia sangat diberi keutamaan dalam semua perancangan dan program kerajaan dalam menjadikan pertanian sebagai satu sumber pendapatan yang mampan dan kukuh serta menguntungkan petani, penternak, nelayan dan juga usahawan industri makanan.

Ini adalah di atas keyakinan bahawa dalam usaha untuk mempertingkatkan sektor pertanian, penyertaan dan penglibatan anak muda adalah sangat kritikal. Dalam erti kata lain, sektor pertanian perlu diremajakan.

Keseriusan kerajaan ini dibuktikan dengan penubuhan Unit Agropreneur Muda bagi menyelaras hala tuju dan agenda pembangunan belia dalam sektor agromakanan. Program Agropreneur Muda telah diperkenalkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dengan sasaran 5,000 orang agropreneur muda yang berumur antara 18 tahun hingga 40 tahun menjelang 2020.

Program Agropreneur Muda ini merupakan satu pendekatan kerajaan bagi meningkatkan penglibatan anak muda dalam bidang pertanian, perikanan, penternakan serta agromakanan.

Secara ringkasnya, Program Agropreneur Muda menawarkan tiga perkhidmatan utama iaitu:

(i) menyediakan geran Agropreneur Muda yang berbentuk barangan,

(ii) menyediakan bantuan modal untuk pakej pembiayaan khas melalui Agrobank dan juga TEKUN Nasional; dan

(iii) menyediakan kursus jangka pendek dan khidmat nasihat teknikal dan kewangan melalui jabatan-jabatan dan agensi-agensi yang berkaitan di bawah kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian juga melaksanakan program-program lain yang melibatkan belia-belia. Antaranya Program Mobiliti Tenaga Kerja dalam sektor agromakanan ataupun MyFutureAgro, di mana di bawah PENJANA, kementerian telah diluluskan peruntukan sebanyak RM40 juta untuk melaksanakan Program Mobiliti Tenaga Kerja dalam sektor agromakanan ataupun MyFutureAgro bagi tahun 2020 sehingga 2021.

Kerajaan juga telah mengadakan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan yang melibatkan belia dilaksanakan di bawah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional kepada semua generasi belia berumur di antara 18 tahun hingga 25 tahun yang berkelayakan.

Program ini menawarkan pembelajaran di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia dan Diploma

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II - Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi

Kemahiran dan diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia

(KSM).

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II - Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi

Oleh kerana masa telah habis, saya cuba mempercepatkan. Program-program ataupun perancangan yang telah dibuat oleh kerajaan bagi menarik anak muda, seterusnya Program Geran Pemadanan ataupun Pembiayaan Modal yang mana Program High Impact Products dan Program Change Upgrade Products merupakan bantuan peruntukan yang disalurkan dalam bentuk geran pemadanan (matching grant). Seterusnya, Program Pembangunan Modal Insan yang turut dirangka bagi menarik minat belia dalam sektor pertanian. Program ini adalah merupakan Program Pembangunan Latihan Usahawan Industri Makanan bertujuan bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan.

Bagi memperkukuhkan lagi penglibatan belia dalam sektor ini, kementerian selepas pembentukan kerajaan baharu pada Mac 2020 yang lalu, giat mengadakan sesi engagement bersama beberapa kementerian seperti Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menjalinkan kerjasama strategik yang merentas kementerian demi menarik lebih ramai belia menyertai sektor pertanian dan mungkin beberapa kementerian lagi yang ada kepentingan anak-anak muda akan kita adakan sesi engagement ini. Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan tadi. Tuan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dikenakan, dilaksanakan di dalam negara kita ini, bidang pertanian menjadi satu bidang yang diminati semula oleh rakyat Malaysia. Ini kerana semua orang tahu bahawa industri makanan ialah merupakan industri yang tidak akan mati. Jadi, soalan saya ialah bagaimanakah kejayaan atau setakat manakah pencapaian pihak kerajaan di dalam menarik semula anak-anak muda yang di bandar untuk balik ke kampung untuk mengusahakan tanaman- tanaman yang ada di tanah-tanah terbiar dan kosong yang ada? Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri berikan perincian terhadap kejayaan program tersebut?

draft • 10:10 AM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas soalan tambahan itu tadi. Pada dasarnya, di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang merupakan satu kementerian yang sangat kritikal dalam memastikan bekalan makanan walaupun dalam suasana COVID-19 baru-baru ini. Makna, kementerian ini terus berjalan semua kerja atau perancangan-perancangan yang dibuat dalam kementerian ini, kita teruskan. Bahkan, kementerian telah pun menubuhkan ataupun telah mengadakan atau membuka bilik gerakan di sepanjang masa PKP ini untuk memastikan bahawa semua perjalanan operasi pada setiap rantaian perbekalan makanan itu berjalan seperti biasa. Dalam menjawab soalan, apakah program-program yang telah dibuat oleh kementerian untuk meneruskan menarik anak-anak muda ini, saya― perinciannya suka saya sebut bahawa sejak Program Agropreneur Muda dilaksanakan, seramai 6,005 orang agropreneur muda telah berjaya mendapat kelulusan Geran

draft • 10:10 AM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi

Agropreneur Muda. Bantuan geran yang diberikan oleh pihak kementerian ini adalah berbentuk barangan yang meliputi enam bidang utama iaitu:

(i) tanaman,

(ii) ternakan,

(iii) perikanan,

(iv) pemprosesan makanan,

(v) pemasaran; dan

(vi) agropelancongan.

Kerajaan juga terus membuka lagi kepada agroteknologi dan sebagainya. Jadi, ini adalah merupakan usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk menarik anak-anak muda menyertai sektor pertanian ini. Di sinilah kita mengharapkan dengan program yang ditawarkan ini, anak- anak muda boleh mengambil kesempatan untuk mengusahakan tanah terbiar dan apa sahaja projek-projek pertanian. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik. Saya lihat ada lima hingga enam orang yang bangun. Saya lihat Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu dahulu, sila.

Soalan tambahan kedua.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya mohon sahabat saya dari Tumpat untuk bagi sedikit lagi penerangan. Saya merujuk kajian Khazanah Research Institute. Ia kata sektor pertanian ini gagal menarik minat golongan muda ini. Sebahagian besarnya dua punca. Pertama, akses mereka kepada tanah. Kedua, mereka kekurangan sumber kewangan. Tadi jawapan Yang Berhormat Menteri sudah jelaskan sedikit sebanyak tentang inisiatif kementerian membantu dari segi sumber kewangan. Soalan saya adalah data tahun 2019, Jabatan Pertanian sebut tanah terbiar di negara kita ini luasnya 103,563 hektar, saya ulang, 103,563 hektar tanah terbiar. Kajian Khazanah Research Institute kata, anak muda tidak tertarik sebab akses kepada tanah itu tidak ada. Soalan saya ialah program kementerian yang berjalan sekarang? Bukan yang rancang ya, bukan yang ura-ura, yang berjalan sekarang. Untuk padankan tanah terbiar dengan golongan muda yang hendak terlibat dengan pertanian, yang sedang berjalan sekarang. Jadi, kita boleh tunjuk sampel itu, contoh itu sebagai bukti kesungguhan kementerian. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Satu soalan yang sangat praktikal dan sangat susah sebenarnya. Namun, untuk pengetahuan Ahli-ahli Dewan sekalian, bahawa isu tanah ini adalah merupakan isu negeri. Maknanya, kalau pemuda ataupun belia tidak mempunyai tanah dan sebagainya, itu adalah merupakan isu yang berlaku di peringkat negeri. Kementerian akan sentiasa membantu untuk menyelesaikan seupaya mungkin masalah-masalah yang dihadapi oleh belia ini.

Manakala masalah kekurangan sumber kewangan sebagaimana jawapan saya dalam soalan yang awal tadi, banyak program yang telah dibuat oleh kerajaan dalam usaha untuk membantu belia-belia, khususnya dalam soal kewangan. Jadi, soal kewangan ini maknanya telah

draft • 10:10 AM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi

dibantu oleh kerajaan dengan begitu jelas. Cuma tinggal lagi Tuan Yang di-Pertua, pertanian ini adalah merupakan satu sektor seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat yang kemukakan soalan tadi, bahawanya satu bidang yang disebut sebagai 3D. Maknanya, difficult, dirty dan juga dangerous. Maknanya, satu bidang yang apabila perkara ini disebut, boleh menjauhkan belia daripada menceburi sektor pertanian ini. Inilah cabaran kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bagi mengatasi masalah ini. Mengatasi satunya, dari segi pemikiran belia itu sendiri supaya mereka tidak melihat sektor pertanian ini sebagai sektor 3D tetapi mereka melihat satu peluang yang cukup besar, di mana sumber kekayaan negara yang cukup besar dalam sektor pertanian ini baik dari segi penanaman, penternakan dan juga perikanan.

Isu tanah terbiar ini adalah juga merupakan isu yang berterusan walaupun kita sentiasa baik di peringkat negeri mahupun di peringkat Persekutuan, sentiasa menjalankan projek-projek pemulihan tanah terbiar. Namun, tanah ini terbiar disebabkan oleh beberapa faktor asas seperti saliran dan sebagainya yang memerlukan kepada satu jangka masa yang panjang. Maknanya, sekadar untuk memberi bantuan pada satu-satu ketika untuk mereka memulihkan tanah terbiar, biasanya tanah terbiar ini akan kembali rosak dan sebagainya. Kemudian senarai kejayaan belia muda ini, saya akan bagi secara bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, panjang lebar jawapannya. Panjang sudah masa. Saya teruskan kepada soalan pertanyaan yang kedua, sila Yang Berhormat Tuan Lim Guan Eng, Yang Berhormat Bagan.

draft • 10:10 AM

2. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada moratorium kewangan oleh bank-bank akan dilanjutkan enam bulan lagi. Sekiranya tidak, apakah bantuan yang diberikan kepada peniaga dan individu untuk pinjaman perumahan, kad kredit dan kenderaan. Mengapa faedah masih dikenakan sungguhpun dimaklumkan akan dikecualikan sebelum ini.

draft • 10:10 AM

Menteri Kewangan - YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bagan. Kerajaan memahami dan prihatin terhadap cabaran-cabaran yang dihadapi oleh rakyat dan perniagaan serta ekonomi secara keseluruhannya disebabkan oleh penularan COVID-19. Ia telah memberi kesan kepada seluruh ekonomi dunia, termasuk Malaysia. Daripada lebih 80 langkah dan inisiatif yang diperkenalkan dalam PRIHATIN dan juga PENJANA, salah satu daripadanya adalah bantuan moratorium iaitu penangguhan bayaran balik pinjaman secara automatik.

draft • 10:10 AM

Menteri Kewangan - YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Ia merupakan hasil kerjasama kerajaan, Bank Negara Malaysia serta bank-bank tempatan. Bantuan moratorium ini yang disasarkan selama enam bulan antara bulan April hingga bulan September tahun ini bertujuan untuk membantu peminjam individu dan juga PKS bagi mengurangkan beban aliran tunai atau dengan izin, reduce cash flow challenges terutamanya ketika PKP yang telah memberikan kesan secara langsung kepada kegiatan ekonomi.

draft • 10:20 AM

Menteri Kewangan - YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Pada 6 Mei 2020, Kementerian Kewangan juga telah mengumumkan bahawa kerajaan telah mencapai kata sepakat dengan industri perbankan untuk tidak mengenakan caj tambahan atas bayaran ansuran perjanjian sewa beli untuk konvensional dan syariah. Ini bermakna jumlah ansuran bulanan pinjaman tidak akan berubah bagi peminjam sewa beli sepanjang tempoh pembiayaan tersebut dan tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan sewaktu tempoh moratorium. Peminjam hanya perlu menyambung pembayaran ansuran seperti biasa berdasarkan terma-terma perjanjian dengan bank masing-masing termasuk tambahan enam bulan bagi keseluruhan jadual pembiayaan untuk memilih manfaat moratorium tersebut.

Selain itu, sektor perbankan juga telah memutuskan bahawa faedah atau keuntungan yang dikenakan tidak akan dikompaunkan semasa tempoh moratorium. Ingin saya ingatkan bahawa Malaysia adalah satu-satunya negara yang melaksanakan moratorium secara automatik selama enam bulan demi manfaat rakyat dan perniagaan. Sehingga kini, lebih 7.7 juta rakyat atau 93 peratus daripada peminjam individu serta lebih 243,000 perniagaan atau 95 peratus daripada peminjam PKS sedang memanfaatkan moratorium pinjaman tersebut. Walaupun moratorium tidak meliputi hutang pemegang kad kredit, namun bagi mereka yang menghadapi masalah kewangan, bank-bank telah menawarkan penukaran baki tertunggak kad kredit kepada pinjaman berjangka, dengan izin, term loan untuk tempoh sehingga tiga tahun dengan kadar faedah yang lebih rendah daripada kadar kredit biasa.

Tuan Yang di-Pertua, dengan pembukaan semula ekonomi, ada individu dan perniagaan yang kini mampu memulakan semula bayaran pinjaman mereka. Namun, akan ada mereka yang masih tidak mampu kerana kehilangan pekerjaan atau disebabkan sektor ekonomi mereka yang terjejas. Bagi golongan ini, bantuan yang bersasar akan dipertimbangkan oleh institusi perbankan. Izinkan saya berkongsi bahawa bank-bank ini secara proaktif sedang giat menghubungi para peminjam.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melalui Bank Negara turut memantau kemajuan usaha- usaha yang dilaksanakan oleh institusi perbankan, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit

(AKPK) dan juga Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (SPPK) bagi memastikan peminjam yang layak terus mendapat bantuan yang sewajarnya. Usaha membantu peminjam perlu diseimbangkan dengan usaha bagi memastikan institusi perbankan kekal berdaya tahan agar mampu untuk terus membiayai kegiatan ekonomi dan menyokong proses pemulihan ekonomi.

Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sila Yang Berhormat Bagan, soalan tambahan pertama.

draft • 10:20 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan atas jawapan tadi. Saya ingin bertanya, ekoran daripada pelaksanaan moratorium selama enam bulan, apakah implikasi kos yang ditanggung oleh pihak perbankan. Sekiranya tidak ada kos, mengapa ia tidak boleh dilanjutkan untuk satu tempoh masa enam bulan lagi supaya kita dapat membantu perniagaan-perniagaan dan juga individu untuk menghadapi masalah new normal economy seperti yang disebutkan tadi dan lebih-lebih lagi bila

draft • 10:20 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

ada kemungkinan PKP yang kedua mungkin akan dilaksanakan. Oleh sebab itu, adalah penting bahawa moratorium dilanjutkan.

Di samping itu, untuk membantu mereka, adakah pihak Yang Berhormat Menteri setuju untuk menambah geran khas PRIHATIN untuk SME di mana permohonan yang dibuat adalah melebihi apa yang telah ditawarkan. Sebanyak RM2.1 bilion telah pun habis dan juga PSU contohnya iaitu untuk membantu orang-orang biasa. Program Subsidi Upah ini juga harus dilanjutkan supaya kita dapat membantu mereka dan bolehkah anggaran kos ini dapat dinyatakan. Saya akan berikan satu e-mel yang dihantar kepada saya, ini baru sahaja. Seorang Kathy Tew daripada Kuching berkaitan dengan masalah tak dapat bantuan daripada JKP.

Bolehkah ia dapat dilanjutkan untuk membolehkan mereka mendapat bantuan RM3,000 ini.

draft • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ini sangat penting untuk rakyat biasa. Kalau anda tak ada minat, itu you punya fasal tetapi ini penting. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Bagan, sila Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 10:20 AM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Bagan.

Mungkin saya jawab soalan yang kedua dahulu, geran khas PRIHATIN. Geran khas PRIHATIN, peruntukannya ialah berjumlah RM2.1 bilion. Setakat ini sebanyak 545,000 mikro PKS telah dapat manfaat ini di mana sebenarnya peruntukan ini untuk 700,000 mikro PKS. Oleh itu, memang kita boleh kaji semula tetapi yang pentingnya seperti Yang Berhormat Bagan sebut, kita perlu memberi pertolongan kepada sebanyak mungkin mikro PKS. So setakat ini, 545,000 mikro PKS yang telah menerima bantuan ini.

Seterusnya, mengenai anggaran kerugian bank that will be affected dengan izin, dengan moratorium berterusan. Jadi, sistem perbankan ini dianggar mengalami kerugian pengubahsuaian hari pertama Piawaian Pelaporan Perakaunan Malaysia atau dengan izin, MFRS9 sebanyak RM1.06 bilion bagi setiap bulan tempoh moratorium dilanjutkan. Jadi untuk tempoh enam bulan moratorium diberikan secara keseluruhan, jumlah kerugian dianggar mencecah RM6.4 bilion bersamaan dengan pengurangan kapasiti bank itu sendiri untuk memberi pinjaman baharu sebanyak RM79 bilion, sama ada kepada rakyat atau peminjam. Yang penting ialah untuk memastikan rakyat terpelihara.

Oleh itu, jika PKP– insya-Allah tak dilanjutkanlah. Kalau ada PKP itu dilanjutkan, kerajaan sentiasa akan memantau keadaan dan perkembangan semasa dan akan mengambil tindakan yang diperlukan seperti yang dibuat sebelum ini. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar.

draft • 10:20 AM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Oh! Lagi satu, untuk subsidi upah.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Subsidi upah, sila.

draft • 10:20 AM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Satu lagi.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar, Papar.

draft • 10:20 AM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sekejap, sekejap.

draft • 10:20 AM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Untuk subsidi upah, peruntukannya berjumlah RM15 bilion. Buat masa ini, sebanyak RM7.8 bilion telah disburse, dengan izin.

Seramai lebih kurang 2.75 juta rakyat Malaysia yang memanfaatkan ini. Soalannya sama ada akan ditangguhkan lagi, buat masa ini ia hinggalah akhir bulan Disember. Kita akan kaji kalau pada masa itu sama ada subsidi upah ini perlu ditangguhkan atau tidak. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar, Papar.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Pertanyaan Jawab Lisan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Tanjong Karang.

draft • 10:20 AM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak ucapkan tahniah atas tindakan yang diambil oleh Kerajaan Perikatan Nasional yang telah mengambil tindakan yang cukup baik. Kalau Pakatan Harapan memerintah, tentu alasan dia duit tak ada, hutang banyak trilion-trilion.

[Tepuk] Sudah tentu punyalah. Silap-silap hari bulan sudah tak ada dah, moratorium pun mungkin tak ada.

draft • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Yang nak marah ini kenapa?

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Tanjong Karang, soalannya please.

draft • 10:20 AM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Baik. Soalan saya, soalan saya...

draft • 10:20 AM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Andaian sahaja.

draft • 10:20 AM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Andaian apa? Kenyataannya. Andaian apa? Kenyataannya, itulah jawapan yang dia bagi. Hutang trilion-trilion tapi tahniah Kerajaan Perikatan Nasional di atas kebijaksanaan Perdana Menteri [Tepuk] dan juga kebijaksanaan Yang Berhormat Menteri Kewangan yang begitu muda dan bijaksana.

draft • 10:20 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Nak dapat jawatan apa? Nak dapat jawatan apa?

draft • 10:20 AM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Kerana banyak tindakan yang telah diambil. Hanya satu sahaja saya nak cakap.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila.

draft • 10:20 AM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Saya nak tanya satu. Sejak dilaksanakan pada bulan April 2020, apakah impak moratorium kepada rakyat dan juga perniagaan? Ini yang saya hendak tanya. Kesan positifnya. Tadi Yang Berhormat Bagan cerita kesan negatif, kesan positif kepada ekonomi yang kita tahu kalau tak betul di handle, tahun hadapan ataupun tahun yang akan datang akan menyebabkan ekonomi kita mungkin lebih negatif. Apa kesan positifnya? Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Menteri, satu minit.

draft • 10:20 AM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang atas soalan yang dibangkitkan. Izinkan saya bermula dengan menyatakan

draft • 10:20 AM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

bahawa moratorium asal yang diumumkan pada bulan Mac yang lepas dan dijangka berkuat kuasa antara April hinggalah akhir September ini merupakan langkah yang seperti saya sebut tadi diambil oleh Bank Negara Malaysia bersama dengan sektor perbankan untuk menyokong usaha kerajaan untuk membantu rakyat dan perniagaan daripada segi mengurangkan bebanan aliran tunai atau dengan izin, cash flow concern bagi memastikan rakyat dilindungi ketika tempoh PKP.

draft • 10:20 AM

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Antara negara yang telah memperkenalkan moratorium adalah termasuk Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, UK, Itali, Kanada dan Amerika Syarikat. Di kalangan negara-negara yang memperkenalkan moratorium ini, Malaysia adalah satu-satunya negara yang terawal melaksanakan moratorium secara automatik...

[Tepuk] Dan hanya Malaysia lah yang membuat moratorium enam bulan.

Sejak 1 April 2020 yang lalu ataupun setakat 20 Julai, nilai moratorium tersebut, seperti saya umumkan minggu lepas, adalah sejumlah RM59 bilion. Secara keseluruhan, seperti yang saya jawab kepada Yang Berhormat Bagan tadi, seramai 7.7 juta rakyat Malaysia telah memanfaatkan moratorium iaitu sejumlah 93 peratus daripada peminjam individu. Alhamdulillah, saya yakin moratorium ini sedikit sebanyak telah membantu rakyat dan perniagaan mengharungi tempoh yang mencabar disebabkan COVID-19.

Saya ingin menyatakan dalam perbincangan yang sedang diadakan sekarang bersama dengan Bank Negara Malaysia dan sektor perbankan mengenai hala tuju ke hadapan, mereka telah memberi komitmen untuk terus membantu rakyat dan perniagaan yang memerlukan bantuan dalam tempoh yang mencabar ini. Insya-Allah, keputusan akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Boleh satu lagi, Tuan Yang di- Pertua? Ini soalan penting ini.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Masa telah panjang saya berikan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya pergi ke pertanyaan seterusnya, ada sedikit makluman.

Kementerian Luar Negeri ada mengadakan Kempen Unite For Palestine, 27 Julai, hari ini hingga 6 Ogos 2020. Sehubungan dengan itu, ada satu booth Unite For Palestine dibuka hari ini bertempat di Lobi Utama bersebelahan pintu Dewan Rakyat.

Justeru, Ahli Yang Berhormat dialu-alukan mengunjungi booth ini sebagai tanda sokongan kita terhadap Kempen Demi Rakyat dan Negara Palestin ini dan juga satu edaran telah diberikan di atas meja semua Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai dengan menolak pelan haram rejim Israel mengilhakan (annex) sebahagian Wilayah Tebing Barat termasuk Lembah Jordan.

draft • 10:30 AM

3. Tuan Yamani Hafez bin Musa [Sipitang] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan sambutan pengusaha pelancongan dan rakyat terhadap galakan kerajaan mempromosi kempen melancong dalam negeri (domestik) pasca COVID-19.

draft • 10:30 AM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih saudara Yang Berhormat Sipitang.

Tuan Yang di-Pertua, bermula 10 Jun 2020, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

(PKPP) telah mula berkuat kuasa bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

(PKPB). Kelonggaran peraturan mula diberikan bagi melaksana beberapa aktiviti termasuk perjalanan rentas negeri, aktiviti pelancongan domestik serta aktiviti sukan dan rekreasi.

Selaras dengan pelaksanaan PKPP, kajian dan maklum balas yang diterima oleh MoTAC dalam tempoh sebulan selepas arahan PKPP dilaksanakan, iaitu selepas 10 Jun, mendapati rata- rata terdapat tanda-tanda positif yang memperlihatkan industri pelancongan domestik aktif semula.

Pelbagai faktor mendorong kepada tanda-tanda positif ini. Antaranya ialah kaji selidik yang dijalankan ketika tempoh pelaksanaan PKP menunjukkan kecenderungan rakyat Malaysia untuk kembali melancong dalam tempoh terdekat selepas aktiviti ini dibenarkan. Kesediaan rakyat ini berserta dengan keyakinan terhadap keupayaan Malaysia mengawal penularan wabak COVID-19 menjadi titik permulaan yang baik.

Tuan Yang di-Pertua, ini disokong pula dengan inisiatif-inisiatif yang diambil oleh penggiat industri pelancongan tempatan melalui tawaran pakej-pakej pelancongan istimewa berserta harga-harga promosi yang menarik untuk penginapan di hotel, pembelian tiket kapal terbang domestik serta diskaun harga untuk masuk ke produk-produk dan destinasi pelancongan.

Daripada maklum balas yang diterima, kadar purata penginapan ataupun average occupancy rate, dengan izin, di beberapa hotel di bandar dan resorts di seluruh negara mendapati sambutan yang diterima adalah menggalakkan terutamanya di lokasi yang menawarkan keindahan alam semula jadi seperti di pulau dan pantai, tanah tinggi atau di pinggir hutan. Trend mingguan kadar penginapan juga menunjukkan peningkatan berbanding minggu sebelumnya.

Walaupun tidak mendadak atau ketara peningkatannya, ia masih memberi indicative positive. Indikator pergerakan rakyat Malaysia turut menunjukkan aktiviti pelancongan yang memberangsangkan. Antara, dengan izin, highlights maklum balas yang diterima adalah:

(i) sebanyak 180,000 tempat duduk (number of seats) telah terjual bermula 10 hingga 28 Jun 2020 bagi tempoh penerbangan atau travel period, dengan izin, Julai hingga September melalui kempen-kempen promosi tiket penerbangan domestik yang terlah dijalankan oleh syarikat penerbangan AirAsia;

(ii) peningkatan tempahan oleh syarikat penerbangan Firefly menerusi kempen-kempen promosi untuk tiket penerbangan domestik pada bulan Julai ini; dan

(iii) aliran trafik di lebuh-lebuh raya utama di seluruh negara juga yang menunjukkan peningkatan setiap minggu.

Tuan Yang di-Pertua, perjalanan untuk pemulihan sepenuhnya diakui masih jauh dan mencabar terutamanya bagi sektor yang bergantung kuat kepada pelancong asing yang

draft • 10:30 AM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri

sehingga kini kehadiran mereka masih sifar. Apa yang pasti, MoTAC akan sentiasa bekerjasama rapat dengan semua stakeholders dalam industri ini dalam membantu mereka mengharungi waktu sukar ini. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa - Sipitang

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Saya ucapkan tahniah juga kepada Yang Berhormat Menteri dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya atas pelbagai inisiatif, bukan sahaja kepada pengusaha industri tetapi juga pada rakyat tempatan.

Namun, suka juga saya mengingatkan Yang Berhormat Menteri dan kita semua dalam Dewan ini bahawa dalam tiga hingga empat hari kebelakangan ini, biarpun kelmarin kita ada mempunyai trend yang menurun tetapi angka jangkitan COVID-19 telah mencapai dua angka dan ibu kota negeri Yang Berhormat Menteri sendiri pun telah dikategorikan, diisytiharkan sebagai zon merah. Yang Berhormat Menteri Pertahanan buat satu kenyataan bahawa― mudah-mudahan tidaklah― kalau angka itu sampai ke tiga angka, PKP akan dilaksanakan semula.

Jadi, pertanyaan saya pada hari ini ialah apakah pendekatan yang boleh diambil oleh MoTAC atau Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dalam jangka sederhana untuk membantu penggiat industri kecil dan sederhana pelancongan negara kita yang sekarang ini sudah pun banyak tidak mampu bertahan? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat. Memang kita sedari keadaan apa yang kita hadapi sekarang ini adalah satu keadaan yang agak menggentarkan kita. Kita tidak mahu menghadapi satu lagi PKPP. Namun begitu, kita akan tetap membantu dari segi mempromosikan. Dalam mempromosi itu, Yang Berhormat, kita mahu memastikan rakyat kita sentiasa mematuhi SOP...

[Disampuk]

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Teruskan. Teruskan, Yang Berhormat.

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri

Rakyat kita sentiasa mematuhi SOP-SOP yang telah diberi sebagai garis panduan. Jadi, apa yang digiatkan di sini ialah dari segi pemantauan dan juga enforcement, penguatkuasaan, dengan izin, kerana kalau ini tidak dipatuhi oleh rakyat, maka ia akan menjejaskan lagi aktiviti ekonomi dan juga pelancongan kita.

Saya mengharapkan ini akan menjadi satu panduan kepada orang ramai. Namun begitu, dari segi promosi, kita akan tetap mempromosikannya dengan memastikan rakyat kita akan mematuhi SOP-SOP seperti yang saya telah nyatakan tadi. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar, Papar.

draft • 10:30 AM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, Simpang Renggam.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar. Kali-kali tiga kali sudah.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Oleh sebab ramai yang bertanya, saya menjemput Yang Berhormat Papar.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Alhamdulillah. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya, berapakah jumlah peruntukan bagi tujuan promosi antarabangsa yang

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

dikhususkan untuk Kempen Visit Malaysia 2020 yang telah disalurkan bagi promosi domestik di seluruh negara setelah MoTAC membatalkan kempen tersebut dan agensi yang terlibat bagi mempromosikan pelancongan domestik? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Papar.

Sebenarnya sebelum ini Kempen Visit Malaysia Year 2020 kita telah memperuntukkan sebanyak RM90 juta tetapi kita telah batalkan. Namun begitu, dalam kita membatalkannya, kita masih menyimpan peruntukan tersebut untuk Visit Malaysia Year yang akan datang yang belum kita pasti. Jadi dengan itu, kita masih lagi membuat perancangan apa yang akan kita lakukan.

Selain daripada itu juga, Yang Berhormat, kita masih lagi membuat pemantauan untuk memastikan negara-negara yang akan bekerjasama dengan kita adalah negara yang di bawah label green zone. Pada masa yang sama, negara Malaysia juga perlu memastikan rakyat Malaysia ini akan kekal memastikan mereka mematuhi SOP. Lagi-lagi kita bercakap mengenai mematuhi SOP sebab inilah faktor yang banyak membantu untuk merancakkan lagi semula ekonomi kita.

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri

Jadi saya menyeru kepada rakyat Malaysia, sama-samalah kita fight against a COVID- 19 dengan izin supaya kita sama dapat merancakkan lagi ekonomi kita dan merancakkan lagi melalui industri pelancongan iaitu yang telah menyumbang 15 peratus, 15.3 peratus dengan izin kepada KDNK kita. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:40 AM

Dr. Maszlee bin Malek - Simpang Renggam

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Saya ingin teruskan pertanyaan dengan menjemput Yang Berhormat Tuan Loke Siew Fook, Seremban.

draft • 10:40 AM

4. Tuan Loke Siew Fook [Seremban] minta Menteri Pengangkutan menyatakan jumlah hasil cukai dan hasil bukan cukai yang dipungut oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada tahun 2018 dan 2019, daripada jumlah hasil tersebut berapakah yang dipungut melalui kaunter fizikal JPJ, saluran online mySIKAP JPJ dan saluran 'online' syarikat swasta.

draft • 10:40 AM

Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Ir. Wee Ka Siong

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tiada mengutip hasil daripada sumber cukai, sama ada cukai langsung mahupun tidak langsung. Walaupun di Malaysia lazimnya kita mendengar perkataan road tax atau cukai jalan tapi apa yang termaktub di dalam akta adalah lesen kenderaan motor dan itulah yang saya sebutkan tadi kita tidak mengutip hasil daripada sumber cukai.

Lantaran itu, kutipan hasil JPJ adalah berpunca daripada sumber hasil bukan cukai sahaja seperti pembayaran fi perkhidmatan pengeluaran lesen memandu, fi perkhidmatan urus

draft • 10:40 AM

Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Ir. Wee Ka Siong

niaga pendaftaran baru kenderaan motor, fi dikenakan ke atas pembaharuan lesen kenderaan motor dan bayaran denda atau saman.

Dalam hubungan ini, jumlah kutipan hasil keseluruhan oleh JPJ pada tahun 2018 adalah berjumlah RM4,233,171,543.31. Manakala pada tahun 2019 pula adalah berjumlah RM4,317,189,192.16. Keseluruhan kutipan hasil daripada kedua-dua tahun adalah berjumlah RM8,550,360,735.47. Daripada jumlah hasil kedua tahun berkenaan, hasil yang dikutip daripada saluran di kaunter fizikal JPJ adalah berjumlah RM5,028,984,496.37 bersamaan 58.82 peratus.

Pada masa ini, perkhidmatan kaunter fizikal disediakan di 15 JPJ negeri, 65 JPJ Cawangan dan 19 JPJ UTC. Saluran online mySIKAP JPJ pula melibatkan perkhidmatan di kiosk, portal JPJ dan perkhidmatan bidaan atas talian atau JPJe-Bid.

Dalam tempoh yang sama, sejumlah RM329,359,953.44 bersamaan 38 peratus dikutip menerusi saluran online mySIKAP JPJ dan sejumlah RM3,192,016, 285.17 bersamaan 37.33 peratus pula dikutip menerusi saluran online oleh pihak syarikat swasta. Perkhidmatan yang disediakan menerusi saluran online syarikat swasta adalah termasuk saluran perkhidmatan e- Khidmat MyEG, Pos Malaysia Berhad, PUSPAKOM, Touch ‘n Go, e-Payment, e-Daftar, fi konsesi PUSPAKOM dan perbankan internet. Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan yang pertama. Sila Yang Berhormat Seremban.

draft • 10:40 AM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Semasa dalam tempoh PKP ini, untuk lesen kenderaan motor ataupun LKM, walaupun tempoh pembayarannya dilanjutkan, walaupun kalau LKM telah tamat luputnya dalam tempoh PKP, namun begitu apabila seseorang pengguna itu membayar balik LKM mereka, tarikh LKM itu adalah kembali kepada tarikh asal, tarikh luput mereka.

Umpamanya, kalau tarikh luput itu pada 18 Mac, apabila bayar pada bulan Julai sekarang, tempoh mereka adalah sampai kepada 18 Mac 2021. Soalan saya ialah, adakah kerajaan bersetuju ataupun bersedia untuk melanjutkan tempoh LKM mereka memandangkan bahawa dalam tempoh PKP, terutamanya daripada bulan Mac hingga bulan Mei, walaupun cukai jalan berjalan tetapi kenderaan mereka kebanyakannya tidak digunakan ataupun berada dalam rumah.

Adakah kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh LKM itu ataupun sekurang- kurangnya dalam belanjawan akan datang, kerajaan memberikan satu diskaun ataupun pengurangan 20 peratus untuk kadar LKM ataupun cukai jalan ini across the board supaya mengganti balik apa yang mereka tidak dapat, ataupun pembayaran cukai jalan itu tetapi kenderaan tidak digunakan semasa dalam tempoh PKP terutamanya daripada bulan Mac hingga Mei. Terima kasih. .

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Seremban. Sila Yang Berhormat Menteri satu minit.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Ir. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat Seremban atas soalan yang dikemukakan. Ingin saya memaklumkan bahawa pada 18 Mac bermulanya PKP, dalam

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Ir. Wee Ka Siong

tempoh enam hari kita telah membuka cawangan JPJ. Tapi apa yang menyebabkan kita terpaksa tutup ialah orang beratur dengan panjang. Jadi oleh kerana pandemik COVID-19, kita terpaksa tutup dan kita berbincang dengan syarikat insurans dan mencari satu kaedah supaya tidak perlu datang ke JPJ.

Oleh sebab itulah selaku Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, saya telah menggunakan kuasa yang dalam akta untuk memberi pengecualian pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ianya boleh ditangguhkan sehingga 30 hari selepas PKP tamat. Iaitu kalau mengikut konteks sekarang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ialah sampai 31 Ogos, bermaksud apa-apa pembayaran lesen kenderaan motor kena jelaskan sebelum 30 September. Itu yang kita umumkan kerana pada ketika itu kita tidak tahu PKP itu akan sampi bila.

Oleh sebab itu lebih memberi perlindungan kepada pengguna jalan oleh kerana kalau tidak ada insurans, mereka tidak boleh dibenarkan. Kalau apa-apa kemalangan berlaku, syarikat insurans tidak akan bayar. Oleh sebab itulah apabila mereka membuat pembaharuan lesen kenderaan motor, selagi dapat menunjukkan e-cover dari insurans, maka dia bersamaan dengan lesen kenderaan motor yang telah mereka buat. Tapi pembayaran boleh dibuat selepas tamatnya PKP dalam tempoh 30 hari. Itulah maksud kita.

Cadangan Yang Berhormat bahawa adakah kerajaan sedia memberi diskaun di dalam bajet akan datang, perkara ini akan dirundingkan dengan Kementerian Kewangan. Kita faham dalam situasi COVID ini, kita kena melihat kemampuan kewangan kita. Jadi, apa sekalipun cadangan tersebut akan dibawa berbincang dengan Kementerian Kewangan dan itu adalah sesuatu perkara yang perlu diteliti dan dibuat keputusan kelak. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tidak ada soalan tambahan. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Salim.....

draft • 10:40 AM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Soalan tambahan, Yang Berhormat Pasir Mas.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ya, sila Yang Berhormat Pasir Mas. 30 saat.

draft • 10:40 AM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ingin tanya berhubung dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kaunter JPJ, kenapa di sana ada limit perkhidmatan yang ditawarkan oleh UTC Cawangan JPJ dengan pejabat JPJ itu sendiri kerana ada sesetengah perkhidmatan yang ditawarkan di JPJ sebagai contoh thumb print untuk penukaran geran sebagai contoh, hendak ambil, hendak tukar kereta baru ke kereta lama dengan menggunakan nombor yang sama boleh dibuat di JPJ itu sendiri menyebabkan sesetengah negeri beratur begitu lama. Kalau di Kelantan sebelum subuh lagi Yang Berhormat Menteri telah pun ada yang beratur di pejabat JPJ. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Ir. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya JPJ sedang meneliti perkara-perkara seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Apa yang penting

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Ir. Wee Ka Siong

ialah kalau kita lihat perkhidmatan yang ditawarkan oleh JPJ, ia adalah satu perkhidmatan yang lengkap khususnya dalam hak pindah milik kenderaan itu. Itu adalah satu perkara yang sangat penting. Oleh sebab itu kita mensyaratkan ia mesti menggunakan thumb print. Kalau tanpa thumb print seperti mana kita lihat dalam mySIKAP, kita boleh buat pembayaran lesen, saman, tidak ada jadi masalah. Tapi apabila berkisarkan kepada pindah hak milik, ianya kena ke JPJ untuk disahkan kali pertama bahawa itu adalah orang yang sahih memiliki kenderaan ini. Oleh sebab itu kita masih lagi melihat prosedur untuk dipermudahkan, bagaimana kita dapat memperluaskan dan ini antara perkara yang sedang dilihat dan ini adalah proses digitalization yang perlu dibuat dengan melihat kesannya dan juga kalau boleh kita hendak mudahkan urusan rakyat. Itu yang kita sedang buat sekarang.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sila Yang Berhormat Dato' Haji Salim Sharif, Yang Berhormat Jempol.

draft • 10:50 AM

Dato' Haji Salim Sharif - Jempol

Dari Langkawi hendak ke Port Dickson, Singgah sebentar bermalam di Semporna, Soalan 5 Jempol memerlukan jawapan, Mohon Menteri menjawab dengan bijaksana.

draft • 10:50 AM

5. Dato' Haji Salim Sharif [Jempol] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan perancangan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan internet luar bandar atau pedalaman, khususnya di kawasan Jempol yang masih tidak stabil dan menjejaskan pengguna.

draft • 10:50 AM

Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato' Saifuddin Abdullah

Tuan Yang di- Pertua, saya tidak jawab pantunlah. Izinkan saya menjawab soalan nombor lima bersekali dengan soalan nombor sembilan kerana menyentuh isu yang sama. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa berusaha melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan liputan dan kualiti perkhidmatan jalur lebar di seluruh negara, sekali gus mengurangkan perbezaan jurang digital di antara kawasan bandar dan luar bandar. Kerajaan telah melaksanakan inisiatif penyediaan perkhidmatan cellular awam yang melibatkan pembinaan menara komunikasi baru dan menaik taraf alat pemancar komunikasi di menara komunikasi sedia ada kepada perkhidmatan 3G dan 4G di seluruh negara, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Dalam konteks ini, sebanyak 2,332 buah menara komunikasi telah siap dibina dan 303 buah menara masih dalam peringkat pelaksanaan. Sebanyak 5,332 alat pemancar komunikasi di menara komunikasi sedia ada telah dinaiktarafkan kepada perkhidmatan 3G dan 4G dan sebanyak 24 alat pemancar komunikasi masih dalam peringkat pelaksanaan di seluruh negara.

Bagi inisiatif secara komersial oleh pihak pemberi perkhidmatan pula, bagi tahun 2020 sebanyak 102,384 buah premis telah disediakan dengan sambungan talian tetap dan 3,098 alat pemancar komunikasi di menara komunikasi sedia ada telah dinaik taraf. Selain itu, kerajaan juga sedang

draft • 10:50 AM

Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato' Saifuddin Abdullah

melaksanakan projek menaik taraf rangkaian talian tetap berasaskan tembaga kepada gentian optik yang melibatkan sejumlah 933,724 orang pelanggan dalam tempoh dua tahun ini.

Khusus bagi Parlimen Jempol, penyediaan kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi di kawasan pinggir bandar dan luar bandar melalui Projek Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB) dan Projek Jalur Lebar Luar Bandar (RBB). Melalui inisiatif ini, sebanyak 3,720 sambungan telah disiapkan di Parlimen Jempol. Sebanyak 17 buah lokasi menara komunikasi telah siap dibina, manakala enam buah menara komunikasi dalam peringkat pelaksanaan. Sebanyak 34 alat pemancar komunikasi di menara komunikasi sedia ada telah dinaik taraf kepada teknologi 3G dan 4G. Kerajaan mengambil maklum berhubung aduan berkaitan kualiti perkhidmatan yang tidak stabil di kawasan Jempol. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) juga telah melaksanakan pengujian rangkaian di Parlimen Jempol dan telah mengenal pasti beberapa kawasan yang masih bermasalah. Contohnya, di sepanjang Jalan Palong Utama dan Jalan Bahau - Keratong. Kawasan-kawasan ini akan diambil kira dalam sesi perancangan bersama pihak industri untuk memantapkan kualiti dan liputan perkhidmatan.

Bagi Sarawak, pada masa ini kementerian sedang mengadakan sesi perancangan bersama pihak industri, juga dengan Sarawak Multimedia Authority (SMA) untuk memantapkan kualiti dan liputan perkhidmatan di seluruh kawasan di Sarawak. Sebanyak 31 buah menara komunikasi baharu sedang dibina di Sarawak dan dijangka siap bermula pada suku tahun pertama tahun depan. Di samping itu, bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar talian tetap, inisiatif menaik taraf rangkaian berasaskan tembaga kepada rangkaian gentian optik akan dilaksanakan dan sebanyak 31,746 orang pelanggan di Sarawak akan dinaik taraf dalam tempoh dua tahun ini. Selain itu, sebanyak lima alat pemancar komunikasi baharu serta 198 penaiktarafan alat pemancar komunikasi di menara sedia ada telah dilaksanakan di negeri Sarawak.

Untuk Parlimen Serian, sehingga kini sebanyak 32 buah menara komunikasi telah beroperasi dan 56 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada telah dinaik taraf kepada teknologi 3G dan 4G. Manakala bagi perkhidmatan jalur lebar talian tetap melalui Projek Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB), sebanyak 192 sambungan telah tersedia. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Dato' Haji Salim Sharif - Jempol

Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang menjawab. Cuma saya hendak confirmkan, tadi disebut terdapat 17 buah lokasi pusat internet, 13 TM dan tiga daripada Maxis. Kelajuan hanya berlaku dalam 20 ke 24 megabit per second. Ini menunjukkan bahawa kawasan-kawasan lain seperti Jelebu dan Tanjong Karang juga terlibat benda yang sama. Jadi, bagi pelanggan telco pula, saya difahamkan syarikat telco sukar untuk menyediakan kelajuan internet sehingga 20 megabit di luar bandar. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, ianya tidak berfungsi lagi. Bilakah tempohnya akan beroperasi? Oleh kerana kita tahu bahawa bilamana PKP melanda negara, anak-anak ini belajar melalui Google Classroom atau e-learning.

Begitu juga dengan perniagaan menggunakan e-dagang. Jadi, keadaan di luar bandar ini jauh ketinggalan daripada apa yang mereka dapati iaitu sekali gus tercicir dalam arus

draft • 10:50 AM

Dato' Haji Salim Sharif - Jempol

kemodenan, Revolusi Industri 4.0. Jadi, apakah pandangan daripada kementerian bahawa bila mana pencapai internet di luar bandar ini jauh lebih rendah, bayarannya sama, di bandar sama, di luar bandar pun sama. Bagi saya, ianya tidak adil. Apakah tindakan kementerian mengkaji semula supaya harga yang dibayar itu dengan perkhidmatan yang diperolehi di luar bandar ini sama? Seperti mana kalau ia perkhidmatan lemah, sudah pastilah bayaran ini tidak setimpal dengan apa yang berlaku di luar bandar. Mohon Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Dato' Saifuddin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada dua perkara di sini, pertama ialah soal kos untuk internet connectivity di kawasan luar bandar. Seperti yang saya jelaskan minggu lalu di dalam Dewan yang mulia ini, kita sedang mengadakan suatu makmal infrastruktur digital negara di antara SKMM dengan semua pemain industri, syarikat-syarikat telekomunikasi dan agensi-agensi yang berkaitan. Soalannya begini, sekiranya pelan yang asal itu diteruskan di mana syarikat-syarikat telekomunikasi dengan perancangan yang awal, yang sebelum ini, meneruskan kerja-kerja mereka secara biasa. Soalan Yang Berhormat dan soalan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain yang daripada mana-mana kawasan pedalaman, itu tidak akan dapat diselesaikan. Apa yang dilihat sekarang ialah bagaimana, dengan izin, government intervention, ini yang SKMM sedang berbincang dengan syarikat-syarikat telekomunikasi supaya kita dapat menggunakan apa sahaja peruntukan. Contohnya melalui peruntukan USP itu, disusun semula dengan tujuan untuk sampai kepada kawasan-kawasan pedalaman.

Saya sebutkan pada jawapan sebelum ini, kalau bagi sesuatu kawasan yang berpenduduk itu untuk mendapatkan connectivity katalah untuk 96 peratus daripada penduduk, ia ada kos yang tertentu kerana penduduknya padat dan sebagainya. Bila nak masuk ke empat percent atau lima percent penduduk yang belum mendapat connectivity itu. Tuan Yang di-Pertua, yang itu jaraknya sangat jauh dan kosnya mungkin lima, enam kali lebih daripada yang asal itu.

Ini yang saya katakan kita harus ada government intervention melalui SKMM dengan syarikat telekomunikasi. Saya jangka dalam pertengahan bulan Ogos kita boleh berkongsi apakah hasil rundingan antara SKMM dengan syarikat telekomunikasi. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Soalan, saya Pontian.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan kedua, saya lihat Yang Berhormat Ledang dulu bangun. Sila Yang Berhormat Ledang, 30 saat soalannya.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Ini sindiket kehilangan peralatan.

draft • 10:50 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya dengar tadi jawapan daripada Yang Berhormat Menteri, soalan daripada Yang Berhormat Jempol tadi ada kaitan juga dengan soalan tambahan saya ini berkaitan dengan USP tadi ataupun PPS kita sebut. Antara langkah untuk kita naik taraf dan untuk kita meningkatkan kualiti juga liputan

(coverage), dengan izin, internet ialah kita buat melalui UPS ini. UPS ini adalah tujuannya untuk pelaksanaan kemudahan rangkaian, perkhidmatan aplikasi dan juga komuniti yang kurang mendapat liputan perkhidmatan. Maknanya, itulah fungsi daripada USP tersebut.

draft • 10:50 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Justeru soalan saya, berapakah jumlah kutipan dana USP itu sekarang? Oleh sebab tanpa saya jumlahnya besar ya. Mungkin sudah RM10 bilion atau lebih daripada RM10 bilion saya tidak pasti, jadi itu persoalan saya. Apakah projek-projek jalur lebar Internet yang dibiayai oleh USP? Di luar bandar dan di pedalaman. Bagaimanakah penentuan kawasan itu dilakukan kerana kita bimbang syarikat-syarikat pembekal akan cuma tumpu kepada kawasan yang menguntungkan dan meminggirkan kawasan-kawasan di luar bandar dan juga pedalaman.

Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Sila Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:00 AM

Dato’ Saifuddin Abdullah

Ya, izinkan saya untuk menjawab yang detail yang ditanya oleh Yang Berhormat Ledang itu secara bertulis tetapi saya hendak ambil yang hujung itu. Itulah sebenarnya yang dirundingkan yang saya maksudkan tadi Yang Berhormat Ledang.

Kalau ditunggu syarikat telekomunikasi, itulah sebabnya yang kita perlu ada dengan izin government intervention melalui SKMM. Sekadar untuk mengulang juga dan mengukuhkan apa yang Yang Berhormat Ledang sebutkan tumpuan kita sekarang ialah untuk menaik taraf daripada 2G dan 3G kepada 4G dan kita hendak optimumkan 4G. Itu untuk kawasan luar bandar, itu dia punya keperluan yang paling utama.

Pada waktu yang sama, mengira tadi yang saya kata angka-angka tentang jumlah menara dan alat pemancar. Dia tidak boleh juga di Sabah dan Sarawak ini cerita yang selalu digunakan. Tuan Yang di-Pertua, menara ada tetapi alat pemancarnya sik ada kalau cakap Sarawaknya ataupun ada tetapi not lighted. Ini isu yang kami sedang selesaikan. Pada waktu yang sama, kita bersedia untuk roll out dengan izin 5G tetapi yang soalan Yang Berhormat Ledang yang detail itu saya akan jawab secara bertulis. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua, sedikit sangat penting.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

30 saat Yang Berhormat Pontian.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Ini bukan fasal 5G, 4G tetapi menara telekomunikasi sudah ada ribuan. Semacam ada sindiket mencuri peralatan-peralatan di menara itu menyebabkan menara itu tidak boleh berfungsi. Kemudian saya juga difahamkan ada menara telekomunikasi yang dibina secara haram. Banyak negeri ada dibina secara haram. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri dua soalan ini?

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Sila.

draft • 11:00 AM

Dato’ Saifuddin Abdullah

Ya, kami sering membuat laporan polis ada alat-alat yang dicuri. Line yang copper pun dicuri oleh sesetengah pihak. Itu kami usahakan dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa dan semoga perkara itu dapat diatasi dan dielakkan pada masa akan datang. Yang lagi satu soalan tentang menara haram dan menara tanpa izin yang itu saya

draft • 11:00 AM

Dato’ Saifuddin Abdullah

akan siasat dan saya jangka ini juga antara perkara-perkara yang dibincangkan dalam makmal yang sedang berlangsung. Seperti saya kata tadi kami menilai balik menara dan alat pemancar di menara yang sedia ada. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh, Yang Berhormat Segambut.

draft • 11:00 AM

6. Puan Hannah Yeoh [Segambut] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan butiran geran penubuhan taska di tempat kerja sektor awam sebanyak RM30 juta menerusi Belanjawan 2020 termasuk status pelaksanaan terperinci, jumlah permohonan diterima, diluluskan dan ditolak serta apakah usaha yang telah diambil untuk mengutamakan golongan barisan hadapan seperti di hospital.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjawabnya.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Segambut, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sentiasa berusaha untuk meningkatkan bilangan taska yang berdaftar bagi menyediakan penjagaan dan yang selamat dan berkualiti kepada anak-anak apabila ibu bapa mereka keluar bekerja terutama golongan barisan hadapan semasa musim PKP.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah memperuntukkan Geran Penubuhan TASKA di tempat kerja sebanyak RM30 juta menerusi peruntukan Belanjawan 2020. Walau bagaimanapun sehingga berakhir tempoh permohonan pada 30 Jun 2020, kita telah menerima 45 permohonan daripada pelbagai kementerian dan pejabat setiausaha kerajaan negeri dan sebanyak 34 permohonan yang dengan nilai RM5.5 juta telah diluluskan dan 11 permohonan telah ditolak kerana tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

Di antara taska baharu yang telah diluluskan ialah seperti berikut:-

Nama AgensiBilangan Taska
Kementerian Kesihatan16
Kementerian Pendidikan10
Kementerian Pengajian Tinggi2
Kementerian Belia dan Sukan1
Jabatan Perdana Menteri1
Kerajaan Negeri Terengganu2
Kerajaan Negeri Pahang1Kerajaan Negeri Kelantan1
draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu terutama golongan barisan hadapan di mana sebanyak 38 buah taska di hospital di seluruh negara telah beroperasi sepanjang tempoh PKP dengan anggaran 699 orang anak-anak golongan barisan hadapan telah mendapatkan manfaat dan lima buah taska di tempat kerja awam dan taska institusi telah diluluskan oleh KKM dan MKN untuk golongan anak-anak di barisan hadapan mendapat perkhidmatan.

Jadi, kalau kita lihat pelbagai inisiatif yang telah disediakan oleh kerajaan termasuk juga ialah Bantuan Khas Taska untuk meringankan beban pengusaha taska untuk memulakan operasi dengan SOP yang telah ditetapkan di mana peruntukan telah diberi sebanyak RM35 juta di mana RM5,000 untuk taska di institusi dan tempat kerja awam dan RM1,500 untuk taska di tempat kerja.

Di antara inisiatif juga ialah kita berusaha untuk menggalakkan penubuhan taska dengan menyediakan Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA (KAP) di atas talian untuk kemudahan pengusaha dan pengasuh dengan nilai sebenar RM900 tetapi peruntukan melalui PENJANA RM9 juta telah diperuntukkan untuk yuran kursus KAP secara percuma.

Dengan kita mengharapkan dengan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan ini dapat membantu pengusaha taska dan pengendali taska, pengasuh taska untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pegawai-pegawai dan kakitangan kita. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila soalan tambahan pertama.

draft • 11:00 AM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Tuan Yang di-Pertua, apakah langkah-langkah yang telah dilakukan oleh kementerian untuk mempromosikan dana ini kepada agensi kerajaan terutamanya kepada Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan kerana yang saya dengar adalah jumlah permohonan hanya 45.

Akan tetapi, tahun lepas sahaja dengan adanya RM10 juta sudah melebihi 60 permohonan. Jadi, saya rasa agak keliru kerana dengan adanya RM30 juta permohonan hanya 45. Saya fikir mungkin kerana PKP, barisan hadapan sedang sibuk melawan COVID-19 dan mereka tidak tahu mengenai geran ini.

Jadi apakah langkah kementerian untuk bercakap dengan Kementerian Kesihatan untuk memastikan mereka menghantar permohonan mereka dan juga adakah benar saya dengar baki dana RM30 juta ini telah disalurkan kepada kegunaan lain kerana dana ini sangat penting untuk barisan hadapan kita di hospital. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 11:00 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Terima kasih Yang Berhormat Segambut.

Kita berusaha dengan pelbagai cara untuk memastikan penyaluran maklumat terutama kepada agensi-agensi kementerian dan kerajaan negeri untuk mereka mendapat manfaat daripada dana peruntukan yang ada.

draft • 11:00 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Untuk makluman Yang Berhormat, daripada RM30 juta peruntukan yang telah diperuntukkan di mana permohonan yang kita terima hanya melibatkan kos RM5.5 juta. Baki daripada peruntukan yang ada ini kita telah memohon kepada Kementerian Kewangan untuk disalurkan, manfaatkan kepada pengusaha-pengusaha taska di mana Kementerian Kewangan telah memperuntukkan RM35 juta. Baki daripada RM24.5 juta di campur dengan tambahan daripada Kementerian Kewangan jumlahnya RM35 juta telah diberi dalam bentuk bantuan khas taska di bawah PENJANA untuk membantu golongan pengusaha taska.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua sila Yang Berhormat Jerantut.

draft • 11:00 AM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan jawapan yang baik. Cuma saya hendak dapatkan sedikit kepastian kerana masih banyak lagi agensi kerajaan dan jabatan-jabatan kerajaan yang masih belum melaksanakan taska ini.

Kita tahu ia penting, jadi apakah langkah-langkah yang lebih konkrit yang boleh kita gunakan agar secepat mungkin taska-taska ini dapat dibina di agensi kerajaan atau jabatan- jabatan kerajaan sama ada mungkin ada pendekatan sedikit undang-undang dan sebagainya?

Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 11:00 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita menggalakkan agensi dan kementerian untuk memohon dan di antara asas pertimbangan untuk kita menubuhkan taska di tempat kerja ialah di antaranya ialah mestilah memberi keutamaan iaitu bangunan kerajaan yang mempunyai ruang yang sesuai untuk penubuhan taska.

draft • 11:00 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Begitu juga diberi keutamaan kepada pejabat yang beroperasi lebih daripada 12 jam ataupun secara shift dan diberi keutamaan kepada permintaan yang tinggi di kalangan kakitangan dan pejabat agensi kerajaan yang memohon.

Jadi, dalam usaha ini, kita buat program selain daripada kita memberi taklimat, kita juga berusaha untuk turun padang berjumpa dengan agensi-agensi. Saya sendiri pun telah turun ke beberapa hospital untuk memberitahu kepada mereka ruang-ruang yang ada. Begitu juga dengan rundingan yang kita buat bersama kerajaan negeri supaya ini dapat dimanfaatkan untuk kemudahan pekerja-pekerja wanita kita. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

*Bismillahi Rahmanir Rahim.

Tetap buluh kajang sepuluh, Laksana ditinting kias ibarat, Soalan Kuala Krai nombor tujuh, Mohon dijawab penuh hemat.*

draft • 11:10 AM

7. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan adakah sistem berasaskan masa (time-based system) akan dilaksanakan di semua IPTA bagi kenaikan pangkat daripada gred 45 hingga gred 54 supaya perjawatan pensyarah universiti berdaya saing atau sekurang-kurangnya setaraf perjawatan guru.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi - Dato’ Mansor bin Othman

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai kerana prihatin tentang soal kecemerlangan akademik dan juga kebajikan dan kepentingan tenaga akademik di universiti.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini, kenaikan pangkat pensyarah universiti awam (UA) adalah berdasarkan kepada merit dan tahap kecemerlangan akademik serta kesarjanaan dalam bidang masing-masing dan tidak tertakluk kepada sistem berasaskan masa (time-based system). Terdapat empat faktor ataupun tanggungjawab utama yang menjadi pemberat (weightage) dalam kenaikan pangkat ahli akademik iaitu pengajaran (teaching), dengan izin, penyelidikan (research), perundingan (consultancy) dan pentadbiran (administration), dengan izin. Berdasarkan kaedah ini, kenaikan pangkat pensyarah dapat dilaksanakan tanpa menunggu kekosongan jawatan dan perakuannya tertakluk di bawah bidang kuasa pihak berkuasa melantik.

Justeru, para ahli akademik boleh menikmati kenaikan pangkat tanpa perlu terikat dengan tempoh masa tertentu. Sebagai contoh, untuk mengukur sejauh mana berdaya saingnya perjawatan pensyarah, suatu kajian telah dijalankan di kalangan tenaga akademik Gred DS45 hingga ke Gred DS52. Didapati, pertama, 35 peratus kenaikan pangkat kurang daripada enam tahun berkhidmat. Seterusnya, didapati 49 peratus di antara kakitangan akademik enam ke-10 tahun telah berlaku kenaikan pangkat. Justeru itu, Tuan Yang di-Pertua, 84 peratus kurang daripada 10 tahun dalam kes-kes kenaikan pangkat ini.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian berpandangan bahawa kaedah kenaikan pangkat pensyarah pada masa sekarang telah membawa kepada peningkatan kualiti ahli akademik di samping mencerminkan kewibawaan universiti awam. Dengan kaedah ini, pensyarah universiti awam akan kekal dinamik dan berdaya saing dalam melahirkan graduan yang kompeten seiring dengan keperluan agenda pembangunan negara. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Apakah perancangan KPT untuk memastikan perjawatan pensyarah berdaya saing dan sekurang-kurangnya setiap pensyarah yang memenuhi kriteria penilaian tahunan dapat bersara dengan gred sekurang-kurangnya DS54 ataupun setaraf? Terima kasih dan mohon penjelasan.

draft • 11:10 AM

Dato’ Mansor bin Othman

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai di atas soalan tambahan itu. Pertama sekali, Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya sebutkan tadi, skim pensyarah di universiti kalau berbanding dengan skim-skim lain adalah juga cukup kompetitif dan proses kenaikan pangkatnya pun juga adalah tidak ketinggalan kurangnya jika dibandingkan dengan skim-skim lain seperti yang saya sebutkan tadi.

Pertama daripada soalan itu, Tuan Yang di-Pertua, galakan yang diberikan kepada pensyarah-pensyarah ini kalau kita bandingkan dengan skim time-based itu, tidak ada time-

draft • 11:10 AM

Dato’ Mansor bin Othman

based bagi pensyarah-pensyarah ini. Makna, mereka boleh memohon jawatan itu, jika sekiranya ada kekosongan, tanpa menunggu masa yang tertentu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 11:10 AM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Simpang Renggam.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Soalan tambahan.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan yang kedua. Saya lihat Yang Berhormat Simpang Renggam berdiri dahulu.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Sini.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Simpang Renggam.

draft • 11:10 AM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Mungkin saya boleh tambahkan sikit kepada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi iaitu bermula tahun 2019, kita telah meminta kepada IPT dan IPTA untuk menggunakan big data agar kenaikan pangkat itu berlaku secara automatik. Okey.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Tanya soalan.

draft • 11:10 AM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Soalan saya. Melalui konsep universiti untuk masyarakat dan juga universiti untuk menyelesaikan masalah sebenar masyarakat, penglibatan para akademia dan para inteligensia untuk menyelesaikan masalah masyarakat diambil kira dalam proses kenaikan pangkat.

Saya tidak pasti sejauh mana hala tuju KPT di waktu ini untuk meneruskan konsep universiti untuk masyarakat dan inteligensia untuk menyelesaikan masyarakat untuk diambil kira dalam proses kenaikan pangkat. Itu soalan pertama.

Soalan kedua. Apakah Hari Akademia yang disambut pada setiap 5 Oktober bermula pada tahun 2019 bagi menghargai jasa para akademia se-Malaysia akan diteruskan di bawah pentadbiran baharu? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Dato’ Mansor bin Othman

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam, mantan Menteri di kementerian ini.

Pertama sekali, Tuan Yang di-Pertua, seperti yang disebutkan tadi, proses kenaikan pangkat cukup kompetitif kalau hendak dibandingkan dengan jawatan-jawatan yang lain juga.

Untuk menzahirkan universiti ini berhubung kait dengan khidmatnya kepada masyarakat dan industri, kementerian sekarang memberi perhatian kepada tiga perhubungan ini iaitu perhubungan dengan industri, perhubungan dengan masyarakat. This tripartite alliance, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, within industry, society and the masyarakat.

Satu jawatankuasa juga telah ditubuhkan merentasi kementerian melibatkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan juga Kementerian Pendidikan Tinggi untuk tangani masalah seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Simpang Renggam tadi. Ini untuk menggalakkan para akademik untuk memberi khidmat dengan lebih baik lagi kepada universiti dan untuk memberi juga khidmat yang cukup

draft • 11:10 AM

Dato’ Mansor bin Othman

tuntas dengan pihak industri dan juga masyarakat. Cuba membawa industri dan juga masyarakat dalam projek-projek khususnya seperti social enterprise project. Itu yang satu.

Keduanya, seperti yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Simpang Renggam tadi, untuk menggalakkan memberi insentif kepada tenaga akademik, berbagai-bagai program penganugerahan dan pengiktirafan yang dilaksanakan oleh kementerian yang diasaskan oleh Yang Berhormat Menteri dahulu juga disambungkan seperti pengiktirafan tahunan dan juga bulanan. Jadi, sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Hari Akademia? Hari Akademia 5 Oktober, adakah akan diteruskan?

draft • 11:10 AM

Dato’ Mansor bin Othman

Insya-Allah.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Tuan Ahmad bin Hassan, Yang Berhormat Papar.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Papar ingin berpantun sedikit.

Dari Papar datang ke Parlimen, Membawa cadangan dan masalah penduduk-penduduk di kawasan, Sebagai wakil rakyat saya berdiri di sini dengan penuh harapan, Mendengar soalan nombor lapan dijawab dengan penuh keikhlasan.

draft • 11:10 AM

8. Tuan Ahmad bin Hassan [Papar] minta Menteri Pendidikan menyatakan berapa banyak peruntukan yang sudah diturunkan kepada Sabah untuk tujuan pembaikan/pembinaan baru sekolah-sekolah daif yang banyak di Sabah setakat ini.

draft • 11:10 AM

Menteri Pendidikan - Dr. Radzi bin Jidin

Hendak kena jawab juga ya.

Sorong papan tarik papan, Ini jawapan nombor lapan. Tuan Yang di-Pertua, dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas iaitu bagi tahun 2016 sehingga 2020, sejumlah RM3.055 bilion telah diluluskan untuk projek menaik taraf dan pembangunan semula bagi 773 buah sekolah yang mempunyai bangunan daif di seluruh negara.

Peruntukan ini digunakan untuk menaik taraf atau membina semula bilik darjah, asrama, bangunan pentadbiran dan kemudahan lain. Daripada keseluruhan peruntukan tersebut, sejumlah RM1.252 bilion adalah untuk naik taraf dan pembangunan semula bangunan daif di 237 buah sekolah di seluruh Sabah.

Bagi tahun 2017 sehingga tahun 2019, sejumlah RM630.7 juta telah disalurkan untuk membiayai projek naik taraf dan pembangunan semula bangunan daif di sekolah.

draft • 11:10 AM

Menteri Pendidikan - Dr. Radzi bin Jidin

Manakala bagi tahun 2020, sejumlah RM621.2 juta diperuntukkan bagi tujuan yang sama.

Berdasarkan status pelaksanaan projek di negeri Sabah sehingga 20 Julai 2020, sejumlah 150

draft • 11:20 AM

Menteri Pendidikan - Dr. Radzi bin Jidin

projek telah siap di mana 129 projek telah dikeluarkan Certificate of Practical Compliances (CPC) atau Certificate of Partial Occupation (CPO) dengan izin dan 21 projek dalam proses mendapatkan Certificate of Partial Occupation (CPO). Baki tiga projek lagi masih dalam pembinaan, 19 projek dalam proses perolehan dan 65 projek dalam fasa pra bina.

Di samping itu, KPM juga menerima sejumlah RM410 juta peruntukan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020. Peruntukan tersebut adalah bagi kerja-kerja menaik taraf, baik pulih dan selenggara kemudahan di sekolah. Kesemua peruntukan ini telah disalurkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah pada bulan April 2020.

Bagi negeri Sabah khususnya, sejumlah RM125 juta telah disalurkan bagi pelaksanaan projek ini. Peruntukan ini dijangka akan memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 391 buah sekolah di negeri Sabah. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sila, soalan tambahan pertama Yang Berhormat Papar. Teruskan, boleh.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberi. Untuk pengetahuan Dewan ini, Sabah telah diperuntukkan sebanyak RM228.5 juta untuk sekolah-sekolah daif dalam Bajet 2020.

Soalan saya, apakah status pelaksanaan sekolah-sekolah bina baru yang telah diluluskan di P175, Papar pada tahun lalu di antaranya SK Pengalat Besar, SK Kogopon, SK Rampazan.

Berapa buah sekolah lagi yang akan diluluskan untuk bina baru pada tahun ini di Sabah khususnya dan di P.175 amnya. Rakyat Sabah sedang memerhatikannya. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Papar. Sila Yang Berhormat Menteri menjawab.

draft • 11:20 AM

Dr. Radzi bin Jidin

Terima kasih Yang Berhormat Papar. Memandangkan soalan tersebut amat spesifik, izinkan saya menjawabnya secara bertulis dengan data-data yang tepat. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Yang Berhormat Kimanis. Sila, 30 saat.

draft • 11:20 AM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

Yang Berhormat, kita tahu bahawa ada satu jawatankuasa pelaksana sekolah-sekolah yang telah ditubuhkan. Kita hendak pastikan sejauh manakah kadar segeranya dapat dilaksanakan sama ada projek gantian ataupun projek pembaikan struktur sekolah-sekolah.

Saya pernah menyatakan dalam Dewan ini bahawa kita bukan sahaja fokus kepada sekolah-sekolah daif tetapi juga kepada sekolah-sekolah yang terdedah dengan risiko bencana alam seperti banjir. Di kawasan saya baru-baru ini berlaku banjir, banyak sekolah rosak binasa.

Saya minta kepada Yang Berhormat Menteri secepat dan sesegera manakah dapat dilaksanakan. Ini kerana info kepada guru besar yang baru saya peroleh tadi belum dilaksanakan pembaikan sekolah-sekolah itu. Saya mohon sangat Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya, Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:20 AM

Dr. Radzi bin Jidin

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Kimanis. Seperti mana saya tekankan sebelum ini bahawa keutamaan kita adalah kepada keselamatan pelajar-pelajar di sekolah. Jadi kita akan lihat setiap sekolah itu keutamaannya jika terdapat keperluan mendesak segera, maka itulah yang akan kita berikan keutamaan.

Dalam konteks sekolah daif seperti mana saya sebut tadi dan kita sebut dalam konteks sekolah yang mempunyai bangunan-bangunan daif. Bangunan ini mungkin turut terkesan oleh banjir dan sebagainya. Oleh sebab itu, semenjak kita mengambil alih kerajaan dan saya sebagai Menteri kita cuba memastikan supaya usaha-usaha khususnya dalam konteks sekolah daif ini dapat dipercepatkan dan disegerakan demi untuk keselamatan dan keselesaan pelajar di sekolah. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan seterusnya yang kesembilan telah pun dijawab. Saya ingin menjemput seterusnya Yang Berhormat Kuala Langat.

draft • 11:20 AM

10. Dato' Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandram [Kuala Langat] minta Menteri Tenaga d Sumber Asli menyatakan langkah-langkah yang dilakukan oleh kementerian untuk memajukan industri sumber mineral negara dalam kes perlombongan pasir silika, tanah liat dan lain-lain mineral serta tindakan-tindakan yang diambil untuk menubuhkan Lembaga Sumber Asli Negara

(Formation of the Mineral Board)

draft • 11:20 AM

Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada masa ini, rizab mineral negara yang belum dibangunkan dianggar bernilai RM4.11 trilion. Rizab ini merangkumi mineral berlogam, mineral bukan logam termasuk pasir laut dan sungai dan mineral tenaga. Bagi memastikan sektor industri mineral dapat dibangunkan secara holistik dan memberi pulangan kepada jangka masa panjang, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli sedang merangka Pelan Transformasi Industri Mineral Negara.

Pelan transformasi ini merupakan satu inisiatif bagi merancakkan semula industri mineral negara dengan perancangan yang dicadangkan selama 10 tahun iaitu bermula tahun 2020 sehingga tahun 2030. Pelan transformasi ini akan dipacu dengan matlamat dan sasaran yang jelas serta dibangunkan melalui pengukuhan teras-teras utama yang merangkumi aspek tadbir urus berkesan dan holistik, pembangunan industri, pembangunan data maklumat serta teknologi dan inovasi.

Kementerian akan memastikan sasaran yang ditetapkan sepanjang tahun 2020 sehingga 2030 berjaya dicapai mengikut garis masa yang telah dirancang. Ini merupakan salah satu inisiatif dalam memastikan proses pembangunan industri mineral negara dapat dilaksanakan secara sistematik agar usaha untuk membangunkan industri mineral boleh diteruskan pada fasa-fasa pelan pembangunan seterusnya.

Kesemua teras ini melambangkan hasrat kementerian dalam memastikan pembangunan industri mineral menjadi sebagai salah satu penyumbang besar kepada ekonomi negara. Hal ini termasuklah memastikan pembangunan industri mineral tidak lagi tertumpu kepada aktiviti

draft • 11:20 AM

Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

perlombongan di peringkat huluan semata-mata. Malahan, ia akan berkembang luas sehingga ke aktiviti pemprosesan atau penghasilan produk berasaskan mineral yang merangkumi peringkat pertengahan hiliran.

Sepanjang proses pelaksanaan Pelan Transformasi Industri Mineral Negara, kementerian ini akan memaklumkan kemajuan pelaksanaan dan perjalanan pelan transformasi ini melalui laporan tahunan yang akan memberi tumpuan kepada pencapaian dan jurang yang masih wujud serta tindakan intervensi yang bakal dilaksanakan.

Ia bagi memastikan pelan yang dirancang mencapai prestasi kemajuan yang ditetapkan.

Saya ingin juga memaklumkan bahawa kementerian juga berhasrat untuk mewujudkan semula Majlis Mineral Negara yang sebelum ini telah digabungkan di bawah Majlis Tanah Negara pada tahun 2009. Perwujudan semula Majlis Mineral Negara adalah bagi memastikan isu-isu berkaitan dengan industri mineral negara dapat dibincangkan secara komprehensif antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri terutamanya untuk memastikan segala perancangan dan pelaksanaan yang terkandung dalam Pelan Transformasi Industri Mineral Negara yang dirancang ini dapat dicapai sepenuhnya.

Selain daripada itu, kementerian juga dalam tindakan untuk menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Mineral Negara (LPMN) sebagai pemacu pembangunan dan tadbir urus industri mineral secara khusus dan holistik termasuk kawal selia industri tersebut. Kementerian ini menyasarkan untuk membentangkan Rang Undang-undang Lembaga Pembangunan Industri Mineral Malaysia ini di Parlimen pada tahun hadapan.

Tambah lagi, antara langkah awal yang telah diambil bagi memastikan ketelusan dalam tadbir urus industri mineral negara, kementerian ini juga telah memperkenalkan prosedur baru dalam proses permohonan dan kelulusan permohonan pengeksportan pasir di mana kalau sebelum ini di bawah Yang Berhormat sewaktu menjadi Menteri tidak diwujudkan, kita wujudkan Jawatankuasa Teknikal Pengeksportan Pasir ke luar negara dipanggil JKTEP dan telah ditubuhkan untuk meneliti, menyemak, mempertimbangkan setiap permohonan. JKTEP juga bertanggungjawab untuk membuatkan syor terhadap setiap permohonan setelah permohonan dan pemohon memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli komited untuk merealisasikan Pelan Transformasi Industri Mineral Negara agar sektor mineral menjadi salah satu penyumbang utama kepada ekonomi negara di samping mengamalkan kaedah perlombongan yang mapan demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan pertama Yang Berhormat Kuala Langat sila.

draft • 11:20 AM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Memang penubuhan Lembaga Sumber Asli Negara ini kita nanti-nantikan dan telah pun dimulakan tahun yang lepas dan saya harap ini akan dibentangkan di Parlimen untuk tahun hadapan. Akan tetapi sekarang ialah abad ke-21 dengan mineral-mineral yang

draft • 11:30 AM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

terlibat. Satu-satunya ialah rare-earth yang kita faham pentingnya di dalam industri sekarang.

Apakah pendirian kementerian isu pelombong rare-earth di Perak ataupun di Kedah yang diketahui? Saya telah pun adakan kertas kerja untuk dilanjutkan di dua-dua negeri ini. Adakah kementerian akan lanjutkan perlombongan mineral rare-earth ini di dua-dua negeri ataupun satu pilot projek telah pun di sedia ada ataupun siapkan untuk masa hadapan yang akan datang?

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Sila, Yang Berhormat Menteri, satu minit.

draft • 11:30 AM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Saya ingin betulkan apa disebut oleh Yang Berhormat tadi. Apa yang kita akan bentuk ialah bukan sebagaimana Yang Berhormat sebut tadi tetapi yang kita akan bentuk ialah Lembaga Pembangunan Industri Mineral Negara. Ini pembaharuan sebagaimana yang dicadangkan sebelum ini. Cuma saya hendak sebut bahawa berkaitan dengan perlombongan mineral REE yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi, pendirian kementerian apa juga yang ingin kita lakukan ia mestilah mematuhi akta pembangunan mineral 1994.

Apa juga yang ingin kita bangunkan kita mesti mengikut garis panduan yang telah ditetapkan bagi memastikan industri mineral ini benar-benar dibangunkan dengan mematuhi segala peraturan-peraturan sedia ada dan kepentingan rakyat dan negara mesti diberi keutamaan.

Berhubung dengan pertanyaan Yang Berhormat, saya faham bahawa Kerajaan Negeri Perak sebelum ini telah pun membuat keputusan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri. Pihak Pejabat Tanah dan Galian Perak yang meluluskan untuk pilot projek REE yang mahu dilaksanakan di bawah pengurusan Syarikat Menteri Besar Incorporated. Saya telah mengadakan perbincangan dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan apa yang kita lakukan mesti mematuhi peraturan-peraturan sebagaimana yang saya sebutkan tadi. Oleh itu, satu jawatankuasa bersama, task force diwujudkan antara kementerian dan juga kerajaan negeri untuk membolehkan mineral REE ini yang berpotensi besar yang boleh mengangkat dan wujudkan sumber baharu negara dapat dibangunkan secara lebih baik, supaya pilot projek yang kita lakukan ini benar-benar baik dan tidak mendapat rungutan daripada rakyat. Apa yang penting, ia mesti dibangunkan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan mengikut akta sedia ada. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya benarkan satu soalan tambahan yang kedua. Yang Berhormat Baling.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jawapan yang agak menyeluruh, syabas dan tahniah. Cuma saya melihat laporan Bank Negara pada tahun 2019 telah menyatakan bahawa industri perlombongan dan pengkuarian hasil bumi hanya berkembang sekitar 2.9 peratus. Berbanding dengan sektor perkhidmatan 6.1 peratus, sektor pertanian 4.2 peratus dan sebagainya. Soalan saya apakah terdapat sebarang usaha daripada kementerian untuk mencari orang-orang yang pakar dalam dan luar negara untuk membangunkan industri hiliran sumber

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

nadi bumi negara bagi manfaatkan pulangan yang lebih besar kepada pendapatan negara.

Apakah ada sebarang perancangan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih. Sila Yang Berhormat Menteri, satu minit.

draft • 11:30 AM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Terima kasih Yang Berhormat Baling. Saya sebutkan tadi bahawa industri mineral negara sedang dilakukan melalui proses transformasi.

Maknanya kementerian ingin melakukan pelan transformasi kepada industri mineral negara kerana melihat bahawa ini merupakan satu industri yang boleh menjadi punca pendapatan baharu negara. Oleh sebab itu, langkah-langkah yang saya sebutkan tadi adalah sebahagian daripada usul-usul tersebut termasuklah mewujudkan Majlis Mineral Negara. Saya sebutkan bahawa nilai mineral yang ada dalam negara kita hari ini ialah lebih daripada 4.11 trilion. Ini cukup besar. Untuk bangunkannya, kita mesti mematuhi peraturan-peraturan yang sedia ada dan menjalinkan hubungan baik dengan kerajaan negeri.

Untuk itu, saya ingin nyatakan bahawa kita akan melaksanakan dan membangunkan mineral negara dengan menyelaraskan tadbir urus yang baik mengikut perundangan yang ada dan menambah dan meningkatkan lagi dari segi inovasi dan teknologi dan kita akan melakukan pemetaan mineral dengan lebih tersusun dan lebih baik. Oleh sebab itu kita ingin bangunkan, wujudkan Lembaga Pembangunan Mineral Negara supaya pembangunan ini dapat dilakukan dengan lebih baik dan akhirnya mineral negara ini dapat dijadikan sumber pendapatan baharu kepada kerajaan dan penting untuk rakyat dan negara. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan jawapan itu tadi maka sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG PENGANGKUTAN JALAN (PINDAAN) 2020 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Pengangkutan [Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

draft • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Takiyuddin bin Hassan

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 28 Julai 2020”.

draft • 11:36 AM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 11:36 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 11:36 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:

“Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Ketiga, Parlimen Yang Keempat Belas.” [23 Julai 2020]

draft • 11:36 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya ingin menjemput pembahas yang pertama Yang Berhormat Bachok. Tempoh masa dipendekkan kepada 15 minit. Silakan Yang Berhormat Bachok.

draft • 11:36 AM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahir Rahmanir Rahim. [Membaca sepotong doa] Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memulakan perbahasan saya dengan

draft • 11:38 AM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok

membaca petikan ayat suci al-Quran daripada Surah Saba, ayat 15. [Membaca sepotong ayat al-Quran] yang bermaksud, “Sesungguhnya bagi penduduk negeri Saba itu ada satu tanda kemurahan dan kebesaran Allah di tempat tinggal mereka iaitu dua buah kebun yang luas dan subur yang terletak di sebelah kanan dan kiri. Lalu dikatakan kepada mereka makan lah daripada rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya. Negeri kamu ini adalah negeri yang baik, aman dan makmur. Dan Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Pengampun”. Tuan Yang di-Pertua, kandungan ayat ini adalah mudah. Negeri Saba dalam sejarah penceritaan al-Quran mengenainya adalah sebuah negeri yang makmur dengan limpahan rezeki daripada Allah. Melalui tanda besar kebesaran Allah tersebut mereka diminta untuk bersyukur kepada Allah dan sentiasa memburu pengampunan daripadanya di atas salah langkah, salah silap yang mereka lakukan. Jika mereka melakukannya maka rahmat dan reda Allah akan terus bersama mereka dalam susah senang hidup mereka.

draft • 11:38 AM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok

Jika sebaliknya, maka Allah pasti akan membalas mereka dengan azabnya di dunia dan juga di akhirat nanti. Ternyata penduduk Sabak telah menderhakai Allah. Maka, mereka menerima hukuman kehancuran ke atas diri mereka. Begitulah rahmat dan murka Allah terus berlangsung di dalam sunah kehidupan manusia sampai ke hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, melalui perbahasan usul menjunjung kasih Titah Diraja Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 18 Mei 2020 baru-baru ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya para petugas barisan hadapan dalam mengekang penularan wabak pandemik COVID-19 yang merempuh negara kita sejak awal tahun 2020 baru- baru ini. Meskipun masih terdapat kes-kes positif ketika ini, namun kejayaan kita meratakan lengkungan peningkatan kes selama tiga hingga empat bulan ini menunjukkan keberkesanan fasa tegas dalam tindakan dan perhatian yang diberikan oleh kerajaan dan semua pihak.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr. Noor Hisham Abdullah kerana telah di iktiraf sebagai antara tiga doktor terbaik di dunia oleh China Global TV Network. Ini merupakan satu pengiktirafan yang besar kepada Malaysia dan juga kepada Kementerian Kesihatan Malaysia yang sentiasa bertungkus-lumus dalam menangani pandemik COVID-19 ini.

Begitu juga satu tinjauan yang telah dilaksanakan oleh Blackbox survey - The World in Crisis iaitu satu tinjauan pandangan awam di peringkat global yang dilakukan di 23 buah negara yang dibentangkan pada bulan Mei 2020 baru-baru ini. Kajian tersebut mengambil kira empat aspek utama iaitu kepimpinan politik, kepimpinan korporat, komuniti dan media.

Dalam kajian tersebut Malaysia berada di tempat keempat di belakang negara China, Vietnam dan India dengan skor keseluruhan 58, berbanding skor global adalah 45. Skor kepimpinan politik bagi Malaysia adalah 59, berbanding skor global 45, serta skor media adalah 93, berbanding skor global 76. Kesemua ini menunjukkan sokongan padu masyarakat awam terhadap langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan.

draft • 11:40 AM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok

Tujuan saya menyebut perkara ini adalah kerana ia merupakan satu kejayaan, bukan sahaja kepada kerajaan yang baru sahaja mendapat kepercayaan majoriti untuk memerintah.

Berjaya membina kepercayaan di antara kerajaan dengan rakyat. Bahkan juga, ia adalah kejayaan bersama rakyat Malaysia seluruhnya yang bersatu hati, bersolidariti untuk melawan penularan wabak COVID-19 ini. Kita terpaksa menghadapi kebiasaan baru pada fasa ini dengan hampir kesemua sektor akan kembali beroperasi seperti biasa. Sudah tentu kebiasaan baru ini perlu dibentuk melalui persediaan yang rapi dan terperinci bagi memastikan disiplin rakyat dapat dilakukan dengan baik.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan pada perbahasan kali ini untuk mengucapkan salam dan selamat memerintah dan mentadbir negara kepada kerajaan baharu Perikatan Nasional yang telah menggantikan Kerajaan Pakatan Harapan yang terbentuk melalui PRU ke-14 dua tahun yang lepas. Akan tetapi runtuh akibat perpecahan dalaman sesama mereka yang tidak mampu ditanggung lagi. Saya juga ingin mengucapkan takziah kepada Kerajaan Pakatan Harapan. Semoga tenang, bersabar dan menerima ketentuan Allah dengan penuh iman. Jika ada rasa tidak puas hati terhadap kejadian yang berlaku, maka sebaik-baik penyelesaian adalah sama-sama bersiap siaga menuju PRU ke-15 nanti. Insya-Allah. Saya melihat keyakinan banyak pihak bahawa walau apa pun persembahan kerajaan baharu Perikatan Nasional, PRU-15 adalah sebaik-baik jalan untuk kita menyelesaikan kisah dan ragam politik dalam negara kita hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan Kerajaan Perikatan Nasional agar dapat melaksanakan tugas mentadbir negara dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Jauhilah kesilapan-kesilapan lalu sama ada semasa kerajaan lama Barisan Nasional dahulu, mahupun Kerajaan Pakatan Harapan baru-baru ini. Biarlah pergolakan politik negara berlaku bukan kerana ketamakan yang akan membawa kesan yang lebih buruk tetapi semua itu adalah kerana usaha kita semua untuk mencari dan mencapai rentak politik yang lebih baik dan memenuhi cita rasa generasi baharu yang mahukan Malaysia Baharu yang lebih baik dan lebih berjaya.

Insya-Allah, Parti PAS yang turut dijemput bersama dalam kerajaan baharu Perikatan Nasional akan berusaha memberikan sumbangan yang terbaik bagi memastikan harapan bersama rakyat Malaysia dapat dicapai dengan jayanya. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua rakan-rakan komponen Perikatan Nasional yang terdiri daripada Parti BERSATU, UMNO/Barisan Nasional, GPS dan semua yang bersama di atas kepercayaan yang diberikan kepada PAS, sebuah parti Islam yang penuh pengalaman berpencak dan bersilat dalam arena politik negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil berat mengenai masalah pengangguran yang sentiasa mendapat perhatian dalam siri-siri perbahasan saya sebelum daripada ini. Sejujurnya, kita perlu menerima hakikat bahawa masalah pengangguran adalah masalah utama yang melanda global pada fasa ini. Impak daripada fasa-fasa kritikal yang dihadapi di peringkat global dan domestik pada bulan Februari yang lalu telah memberikan kesan yang cukup kuat kepada

draft • 11:40 AM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok

sektor sosioekonomi negara. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan kerana menyediakan Pelan Perancangan Ekonomi Strategi Prihatin serta disusuli Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek melalui PENJANA.

Pelan PRIHATIN dan PENJANA dirangka berdasarkan tiga teras utama iaitu gabung jalin yang erat di antara sektor awam dan swasta. Pendekatan yang menyeluruh dengan sasaran capaian yang meluas serta apa yang menjadikan ia lebih bersasar, mempunyai hala tuju yang jelas dan berpijak pada realiti adalah disebabkan penggunaan data dan statistik semasa yang optimum. Saya sangat tertarik dengan pendekatan yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan dalam menyerap impak besar daripada kelembapan ekonomi ketika ini, khususnya bagi mengurangkan implikasi terhadap tahap pengangguran negara.

Berdasarkan Laporan Laksana ke-13 yang diterbitkan 13 Julai 2020 yang lalu telah menjelaskan beberapa key aspects yang telah dilaksanakan melalui PRIHATIN dan PENJANA berkaitan dengan pengangguran. Antaranya, berkaitan dengan Program Penjana Kerjaya yang telah mewujudkan sebanyak 129,169 peluang pekerjaan. Namun begitu, ia masih belum mampu menampung penawaran tenaga buruh yang kini mencecah setinggi 159,591 orang. Begitu juga insentif pengambilan pekerja dan bantuan latihan yang telah menempatkan sebanyak 2,771 tempat pekerjaan.

Meskipun terdapat usaha yang jitu daripada pihak kerajaan, masih banyak perkara yang perlu diperhalusi berkenaan dengan isu pengangguran. Apatah lagi, ia juga sememangnya merupakan isu utama yang sering kali dibangkitkan sebelum daripada ini. Pertama, padanan pekerjaan pendidikan ke perindustrian perlu dilaksanakan secara konsisten dan berterusan.

Perkara ini telah pun dinyatakan sejak RMKe-11 dan pelbagai perancangan telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi mengurangkan gap ini. Namun persoalannya, di manakah kita hari ini?

Kedua, saya ingin menyentuh soal moratorium yang akan berakhir pada 30 September 2020 nanti. Berdasarkan Laporan Laksana Ke-13 itu juga menunjukkan manfaat moratorium kepada institusi kewangan, perniagaan dan rakyat, masing-masing berjumlah RM13.9 bilion dan RM35.9 bilion. Kita sedia maklum bahawa keperluan pelanjutan moratorium ini masih dalam rundingan dan perbincangan oleh pihak kementerian dan bank. Namun, saya mengharapkan Tuan Yang di-Pertua, agar kita dapat mengambil pendirian pertengahan iaitu mengadakan bentuk moratorium yang lebih bersasar, sekurang-kurangnya sehingga bulan Disember tahun ini.

Cadangan langkah ini perlu diberi perhatian bersama kerana saya berpandangan masih ramai lagi yang tersepit untuk mendapatkan pekerjaan baru dan sebagainya ketika ini.

Tuan Yang di-Pertua, sejak sekian lama negara kita berhadapan dengan gelombang kebangkitan ideologi LGBT dan liberal totok di peringkat global. Satu demi satu negara mula akur dengan untuk menerima ideologi LGBT dalam perundangan negara.

draft • 11:40 AM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok

Meskipun seluruh dunia telah mulai tunduk dengan desakan menerima ideologi LGBT ke dalam negara mereka, saya ingin jelaskan bahawa Malaysia perlu kekal dengan pendirian menolak sebarang bentuk pengamalan dan ideologi LGBT daripada masuk ke negara kita.

draft • 11:50 AM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok

Saya menyokong pendirian yang disebutkan oleh Kementerian di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk memberikan lesen penuh kepada penguatkuasaan terhadap golongan transgender. Perkara tersebut bukanlah atas dasar hendak menghukum semata-mata, bahkan ia lebih cenderung kepada memulihkan mereka supaya kembali ke pangkal jalan.

Malang sekali, usaha murni ini dipandang serong oleh golongan aktivis LGBT ini. Mereka bersikap pesimis terhadap langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan bagi menyelamatkan golongan ini.

Sesuatu yang menghairankan apabila mereka masih menganggap perbuatan tersebut sebagai menceroboh ruang persendirian dan melanggar keselamatan peribadi golongan ini.

Saya berpandangan mereka sendiri tidak pernah meneliti buku Manual Islam dan Mak Nyah yang diterbitkan oleh JAKIM pada tahun 2013. Ia adalah satu manual asas yang menyeluruh yang menjelaskan usaha JAKIM secara bersepadu bagi membimbing, memberikan sokongan serta memulihkan golongan LGBT ini.

Justeru, sikap prejudis kelompok aktivis LGBT ini sewajarnya tidak perlu dilayan. Mereka sendiri bersikap prejudis terhadap langkah positif yang diambil oleh pihak kerajaan khususnya pihak JAKIM. Inisiatif murni yang dilakukan oleh JAKIM perlu diteruskan dan diteliti ruang untuk penambahbaikan supaya lebih ramai golongan sebegini dapat diselamatkan dan dikembalikan kepada fitrah yang asal.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu domestik yang sangat penting ketika ini iaitu kes bunuh diri. Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi, kelompok remaja berusia 13 sehingga 17 tahun menunjukkan peningkatan trend mempunyai idea bunuh diri sepanjang tahun 2012 sehingga 2017. Satu daripada lima remaja pula berhadapan dengan kes kemurungan. Dua daripada lima orang remaja mempunyai masalah keresahan manakala satu daripada 10 orang remaja mempunyai masalah stres.

Mengapa saya bangkitkan isu ini? Ini kerana ia telah menjadi isu yang semakin membarah dalam masyarakat kita hari ini. Kebanyakan daripada mereka mempunyai sejarah cubaan membunuh diri, kemurungan dan penyakit mental, penyalahgunaan alkohol serta tidak kurang juga disebabkan rasa keseorangan dan sebagainya. Saya bentangkan data mengenai kes-kes cubaan membunuh diri dalam kalangan remaja, faktor dan sebagainya adalah kerana ingin menggambarkan keseriusan masalah ini bukan sahaja kepada golongan dewasa bahkan telah menjadi ‘jarum’ yang merosakkan dalam kalangan remaja kita.

Tambahan lagi, laporan Berita Harian pada 19 Jun 2020 menunjukkan kira-kira seramai 424,000 kanak-kanak di negara ini mempunyai masalah mental berdasarkan tinjauan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019.

Oleh itu, saya mohon jawapan daripada pihak kementerian...

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Bachok...

draft • 11:50 AM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok

Pertama, berapakah...

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Boleh?

draft • 11:50 AM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok

Saya habiskan dulu.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Ya.

draft • 11:50 AM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok

Berapa statistik kes-kes cubaan bunuh diri terkini yang melanda masyarakat sepanjang Januari sehingga Mei tahun ini?

Kedua, apakah kajian-kajian semasa yang dilakukan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang dilakukan mengenai faktor dan langkah menangani kes- kes bunuh diri yang berlaku khususnya ketika fasa PKP dikuatkuasakan?

Ketiga, berapakah jumlah Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) yang sedia ada ketika ini dan apakah kementerian mempunyai perancangan untuk memperluaskan lagi pusat ini ke tempat-tempat lain?

Keempat, saya ingin mendapatkan penjelasan KKM mengenai perkembangan Pelan Tindakan Strategik Kesihatan Mental Kebangsaan. Bilakah ia akan dilancarkan dan sejauh manakah isu bunuh diri mahupun isu cubaan bunuh diri ini ditangani?

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat...

draft • 11:50 AM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok

Ya.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

...Sila gulung.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Ya, boleh? Kata hendak bagi tadi.

Yang Berhormat Bachok, saya mohon pandangan...

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Pontian...

draft • 11:50 AM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok

Saya habiskan isu Bachok dulu. Kemudian, saya mohon daripada Tuan Yang di-Pertua untuk bagi.

Tuan Yang di-Pertua, jajahan Bachok hari ini dikenali ramai sebagai daerah ilmu di negeri Kelantan dengan tersergamnya kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang menempatkan ribuan anak-anak kita menuntut ilmu di sana.

Pada 27 April 2018 iaitu sebelum PRU ke-14, bekas Menteri Pendidikan Tinggi iaitu Yang Berhormat Besut telah merasmikan Kolej Komuniti Bachok di Pekan Beris Kubor Besar. Ia pastinya akan merancakkan lagi perkembangan ilmu di Parlimen Bachok selain memenuhi tuntutan dan keperluan rakyat Bachok yang amat berharap agar pendidikan berasaskan kemahiran dapat membantu anak-anak mereka agar tidak tercicir daripada arus pendidikan negara.

Malangnya, perasmian itu berakhir setakat itu sahaja apabila kerajaan baharu selepas PRU ke-14 iaitu Kerajaan PH tidak melakukan apa-apa untuk meneruskannya. Dengan hadirnya kerajaan baharu PN hari ini, maka amatlah besar harapan saya agar penubuhan Kolej Komuniti Bachok itu dapat diteruskan dengan jayanya.

Daerah Bachok juga terkenal dengan lokasi pelancongan pantai tercantik dan terbaik di negeri Kelantan. Persisiran pantai dari Pantai Senok sehingga Pantai Aur terus ke Pelabuhan Tok Bali di Daerah Pasir Puteh adalah lokasi yang sering menjadi tempat percutian dan kerehatan kepada seluruh rakyat Kelantan. Saya suka dan amat memohon agar pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya turut berperanan dalam membantu merancakkan lagi sektor

draft • 11:50 AM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok

pelancongan dalam daerah Bachok ini. Antara lokasi yang amat menarik untuk dibangunkan adalah...

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat...

draft • 11:50 AM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok

Pantai Nami Senok, Pantai Irama, Pantai Melawi...

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat, yang lain boleh buatlah dalam...

draft • 11:50 AM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok

Mohon cadangan saya disegerakan. Insya-Allah.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Silakan gulung.

draft • 11:50 AM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Saya minta maaflah kepada yang lain-lain...

draft • 11:50 AM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok

Minta maaf Yang Berhormat Pontian.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

...Disebabkan oleh masa kita terhad. Saya percaya setakat ini kita ada seramai 18 pembahas untuk hari ini. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kota Raja. Selama 15 minit ya, Abang Mad.

draft • 11:50 AM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

[Ketawa] Ya, dinda. Membahaskan Titah Diraja.

Bulan Februari yang lalu, saya hadir sidang Munich Security Council. Tajuk sidang itu ialah ‘Westlessness’ iaitu menggambarkan bahawa negara Barat sedang menurun negara mereka dan kuasa baharu sedang menjelma di dunia ini. Perubahan kuasa ini adalah perkara biasa dalam setiap 600 hingga 700 tahun daripada Roman Empire kepada Muslim Empire, kemudian kepada European Empire dan sekarang kuasa dunia sedang beredar ke Timur.

Negara China, Korea, Jepun dan Taiwan di antara negara yang memacu naik dalam perkembangan ekonomi. Begitulah juga negara Vietnam, Malaysia dan Indonesia yang terangkai dalam kumpulan yang akan membangun hebat pada masa akan datang. Laut China Selatan akan menjadi kawasan yang paling sibuk. Selat Melaka akan kembali berperanan seperti pada zaman 1511 yang dahulu di mana menjadi rebutan. Portuguese datang menjajah diikuti Belanda dan Inggeris.

Oleh itu, kita harap kerajaan dapat memainkan peranan dengan lebih hebat supaya konsep neutrality ZOPFAN ini dapat ditingkatkan lagi. Sebab sekarang ini, dalam beberapa bulan ini, kita lihat macam hendak berlaku pertembungan antara armada laut Amerika Syarikat dengan China di kawasan zon ekonomi bebas yang juga Malaysia claim di kawasan itu. Malaysia mestilah mempertingkatkan defense diplomacy terutama dengan negara kuasa besar baharu

draft • 11:56 AM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

iaitu China sebab sebarang pertelingkahan sama ada yang kecil atau besar di Laut China Selatan, ia akan membawa akibat buruk kepada rantau ini.

Kita lihat apa yang berlaku di Timur Tengah. Apabila minyak ditemui, kawasan itu menjadi rebutan. Akhirnya, penduduk di situ terlibat dalam Perang Proksi. Minyak yang sepatutnya menjadi sumber untuk menaikkan ekonomi dan membantu rakyat di negeri mereka atau di lain negara tetapi kita lihat negara-negara pengeluar minyak bukan hanya mengeksport minyak tetapi mereka mengeksport pelarian.

draft • 11:56 AM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Hampir banyak negara pengeluar minyak mengalami perang proksi di negara mereka.

Oleh itu, apabila kuasa sedang berubah daripada Eropah kepada Timur, kita mesti bertanggungjawab menjaga keamanan di sekitar ini.

ASEAN perlu diperkukuhkan. Australia sebuah negara yang dekat dengan ASEAN, mesti diajak lebih rapat bersama dengan ASEAN. Bukan negara itu memainkan peranan lebih rapat dengan negara Barat dan Amerika. Ini kerana, bagi Asia Tenggara ini, tidak ada ‘abang’ atau tidak ada ‘polis’ yang menjaga Asia Tenggara ini. Semua ASEAN bersama dengan Australia dan New Zealand mesti bertanggungjawab menjaga keamanan rantau ini. Sebarang pertelingkahan akan membawa disaster kepada rantau ini.

Kita kena akui China sebagai power baharu. Karakter mereka, sejarah mereka perlu anak-anak kita belajar kerana mereka adalah the new power yang sedang muncul. China bukan sebuah negara kolonial yang menjajah negara lain, tetapi orang China bila dia pergi ke sesuatu tempat berniaga, dia tak pulang, dia duduk di situ. Ini yang kita lihat perpindahan rakyat mereka di antaranya ke Afrika sekarang ini, kerana mereka sedang menguasai Afrika.

Oleh sebab itu, soal keamanan di rantau ini amat perlu. Pada masa perubahan kuasa ini juga, negara-negara orang Islam mesti juga merangka perubahan mereka pada masa yang akan datang. Oleh sebab itulah KL Summit antara perkara yang dimulakan untuk meneroka kebangkitan kuasa ekonomi, kuasa kesatuan pada masa yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua...

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Yang Berhormat Kota Raja, boleh sikit? Hang Tuah Jaya. Sedikit sahaja.

draft • 12:00 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Ya.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Boleh Tuan Yang di-Pertua?

draft • 12:00 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Jangan banyak, selama 15 minit sahaja masa.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Okey.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat tadi sebut tentang defense diplomacy. Saya ingin tanya Yang Berhormat, bila kita bercakap tentang defense diplomacy, kita juga bercakap tentang membina keyakinan. Jadi, bagaimana perkara ini boleh kita laksanakan dalam keadaan yang Yang Berhormat sebut tadi, tegang dan sebagainya?

draft • 12:00 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Mesti kita bina keyakinan itu. Kita tidak boleh keseorangan. Mesti kita bersama dalam bentuk ASEAN. Memang ada negara ASEAN dulu dia lebih condong kepada Europe dan US, tetapi kebelakangan ini dia melihat perubahan itu, mereka juga mula berubah. Di antaranya negara yang dekat dengan kita.

Saya ingin menyentuh juga soal pelarian. Memang kita lihat pelarian yang datang ke Malaysia ini berbagai kategori. Di antaranya kerana tarikan ekonomi. Kedua, datang sebagai pelancong, kemudian terus tak mahu balik. Ketiga, pelarian politik akibat tekanan di negara mereka atau di tempat mereka. Kemudian, pelajar luar yang datang belajar di sini, kemudian mencari peluang untuk tidak balik lagi dan Malaysia My Second Home.

Saya ingin menyebut di sini, pelarian ini kita kena ada kategori, jangan kita menghina semua pelarian. Islam ditegakkan oleh orang pelarian, bahkan Nabi Musa a.s. memimpin pelarian daripada Mesir untuk menyelamatkan diri hasil tekanan Firaun. Ja’afar bin Abi Talib, bapa saudara Nabi memimpin pasukan hijrah yang pertama ke Habsyah, dilindungi oleh Maharaja Kristian di Ethiopia atau Habsyah.

Nabi sendiri setelah diancam nyawanya di Madinah, baginda berhijrah ke Madinah dan diterima oleh penduduk Madinah dan kemudian menjadi ketua negara. Oleh sebab itu, antara pelarian ini kita kena jaga. Jangan kita borongkan mereka semua itu sebagai sama. Pelarian ekonomi lain, pelarian tekanan politik lain, pelarian cari makan lain, pelarian kerana nak dapat kerakyatan dan sebagainya, itu lain. Ada perkataan-perkataan yang buruk yang kita kata pelarian kerana diancam nyawa mereka, datang ke sini ada yang mengatakan biar kita tenggelamkan mereka di tengah laut. Bayangkan kalau itu berlaku kepada keluarga Nabi, Ja’afar bin Abi Talib dan rombongan yang melintasi Laut Merah untuk menyelamatkan diri daripada tekanan di Makkah dan diberi perlindungan oleh Maharaja Kristian.

Kita juga kena ingat dalam kita mengecam mereka yang datang kerana tekanan kezaliman di negara mereka, kita lupa 3 juta lebih orang Islam menjadi pelarian di Eropah sekarang. Lebih 1 juta dilindungi di Jerman. Bahkan di Jerman bila mereka daftar sahaja sebagai pelarian, diberi perlindungan― ‘Roti Kapda Aur Makaan’ iaitu makanan, tempat tinggal dan pakaian disediakan di Sweden, Finland dan sebagainya.

Oleh sebab itulah, dalam kita mengecam hal pelarian ini, kita kena jaga kategori-kategori pelarian itu. Jangan dianggap kita ini lupa sejarah, jangan kita dianggap bahawa kita lupa Islam itu ditegakkan oleh para pelarian khasnya Nabi Muhammad SAW yang menjadi pelarian atau berhijrah dari Makkah ke Madinah.

Perkara yang paling penting kita ditekankan di sini ialah soal sindiket pelarian. Itu yang perlu diperangi. Tidak kiralah mana kerajaan, Kerajaan BN kah, Kerajaan PH kah, kerajaan tebuk atap kah, tak kira. Apa yang penting, mesti diperangi soal sindiket ini. Banyak sindiket yang berlaku kita lihat. Pada 25 November, polis Sabah mengumumkan kejayaan menggagalkan sindiket penipuan data. Januari 2018, Jabatan Imigresen Malaysia mendedahkan kewujudan sindiket menyeludup warga asing dari Bangladesh dan Indonesia.

draft • 12:00 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Bayaran sebanyak RM15,000 hingga RM20,000. November 2019, Jabatan Imigresen mendedahkan wujudnya dalang daripada orang besar bergelar Datuk, memberi permit kerja palsu kepada pendatang asing tanpa izin dengan bayaran sebanyak RM4,000 hingga RM5,000.

Dari contoh-contoh itu, yang inilah perlu diperangi. Bagaimana mereka boleh dapat kad pengenalan? Bagaimana mereka boleh terlibat dalam sindiket ini? Kesian kepada pekerja- pekerja asing. Mereka membayar begitu banyak wang kepada majikan atau sindiket di Bangladesh, datang ke Malaysia pula ada pula sindiket di sini.

Dua tahun mereka bekerja, setahun wang mereka habis untuk bayar kepala-kepala sindiket ini. Satu tahun sahaja untuk wang poket mereka. Oleh sebab itulah, kita kena terus memerangi, tak kiralah siapa yang memerintah. Akan tetapi yang penting, kita kena terus bekerja untuk menghapuskan atau mengurangkan peranan sindiket yang mengeksploitasi para pekerja.

draft • 12:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Kota Raja, Sik mohon sikit.

draft • 12:00 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Saya...

draft • 12:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sik mohon sikit pandangan. Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Adakah Yang Berhormat Kota Raja setuju bahawa dalam kita mengekang pelarian ini, kecaman kepada negara yang menyebabkan konflik itu perlu diteruskan dan dikukuhkan khususnya yang terdekatnya ialah negara Myanmar yang menyebabkan pelarian masuk ke negara kita berduyun-duyun ini? Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Masa saya hadir di sidang-sidang, itulah setiap kali ucapan, saya tidak pernah tinggal masalah Rohingya, termasuk semasa berdepan dengan Amerika dengan Perancis, England, China dan sebagainya. Memang tekanan perlu diberi untuk mencari penyelesaian sebab di mana-mana kezaliman berlaku, kita tidak boleh terima. Seperti juga rakyat Palestine, mereka dipaksa untuk berhijrah. Bukan mereka nak berhijrah, dipaksa menjadi pelarian. Oleh sebab itu, kalau kita borong pelarian, kita kata semua tak guna, maka bagaimana dengan pelarian Palestine? Dulunya pelarian Bosnia and Herzegovina, pelarian Selatan Sudan, semuanya itu kita kena lihat konflik itu dan bagaimana kita membantu dan mencari jalan penyelesaian.

Saya...

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat, Yang Berhormat Presiden Parti, saya tambah lagi 10 minit.

[Tepuk]

draft • 12:00 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Most welcome Abang Mat.

Silakan.

draft • 12:00 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih Yang Berhormat Pengerang.

draft • 12:00 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Jadi, saya sebut soal...

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Untuk Abang Mat sahaja, khas. Terima kasih.

[Ketawa] Carry on.

draft • 12:00 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Soal pelarian ini adalah...

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Abang Azeez tak dapat, Abang Mat sahaja dapat?

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Abang Mat Presiden Parti Abang Azeez. Silakan.

draft • 12:00 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Awat tak habaq tadi [Ketawa] . Jadi saya melihat di sini, soal ini adalah soal besar yang melanda dunia sekarang ini. Soal pelarian ini, ia menjadi- jadi kebelakangan ini apabila konflik tidak dapat diselesaikan secara perundingan. Kadang- kadang memang senang kita hendak baca ayat Al-Quran...

draft • 12:10 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Boleh, sikit sahaja. Baik hendak tanya pendapat Yang Berhormat. Hari itu saya dengar Yang Berhormat Jelutong, mana Yang Berhormat Jelutong, pernah berucap dia kata dulu apabila UMNO dengan PAS bawa satu himpunan membela nasib Rohingya di satu Stadium Titiwangsa, kalau tak silap saya. Yang Berhormat Jelutong kata kami ini jadi pembela kepada pelarian. Adakah Yang Berhormat setuju dengan dakwaan Yang Berhormat Jelutong buat?

draft • 12:10 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Saya tidak tahu niat dia, ayat dasar umum zahirnya itu, kita bersetujulah. Sebab kita...

draft • 12:10 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Yang Berhormat setuju bila kita kata kita membela nasib Rohingya itu bermakna kami membela nasib pelarian. Sedangkan Yang Berhormat cakap tadi bahawa banyak contoh yang dibagi kalau pelarian kerana agama kita kena bagi pembelaan contoh Jaafar Talib dengan – contoh Yang Berhormat cakap tadi. Jadi tiba-tiba dia kata kita hendak membela pelarian. Adakah Yang Berhormat bersetuju Yang Berhormat Jelutong kata membela Rohingya ini kita membela nasib orang-orang pelarian? Menyusahkan negara kata dia itu sahaja.

draft • 12:10 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Kita lihat dari sudut kategori pelarian itu...

draft • 12:10 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Tak, tak ada, yang Rohingya ini, setuju kah tak setuju kita - kata Yang Berhormat Jelutong kata kita ini membela pelarian. Menyusahkan negara.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Tanjong Karang...

draft • 12:10 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Satu sahaja, setuju atau tak setuju. Saya tanya Yang Berhormat setuju kah tidak dengan pendapat daripada Yang Berhormat Jelutong?

Itu sahaja.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Duduk Yang Berhormat Tanjong Karang, biar Yang Berhormat Kota Raja jawab, terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Ya, ya ini bukan mahkamah ya. Akan tetapi yang pentingnya kita lihat pelarian jenis apa. Kalau pelarian macam Rohingya, rumah mereka dibakar, nyawa mereka diancam, kita kena membela sekurang-kurangnya penempatan sementara. Ini

draft • 12:10 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

kita kena lakukan sebab itu kerja-kerja yang dilakukan oleh kerajaan dulu saya sambung di antaranya Cox’s Bazar sebagainya, dibuat kerajaan sebelum itu. Saya menyambung dan bahkan saya tambahkan peruntukan kepada hospital kita di Cox Bazar.

[Tepuk] Ini kerana kita melihat ianya penting, sebab itu kita jangan borong secara umum. Yang penting, kita kena tekan di sini sindiket bagaimana pelarian dibawa, bagaimana diberi kad pengenalan. Datuk mana yang menyebabkan mereka jadi kaya raya dengan isu pelarian dan sindiket ini. Ini yang perlu ditekankan. Oleh sebab itu kita, saya sebut tadi...

draft • 12:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Minta laluan. Yang Berhormat Klang.

draft • 12:10 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Ya, ya.

draft • 12:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih Yang Berhormat. Baru-baru ini baru dua, tiga hari yang lalu BERNAMA telah mengadakan satu artikel yang mengatakan bahawa lebih kurang 20 pelarian Rohingya telah tenggelam mati di luar Langkawi. Ini adalah kerana mereka tidak diberi laluan untuk masuk dan tenggelam – masuk ke Malaysia.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Soalan Yang Berhormat, soalan. Soalan Yang Berhormat.

draft • 12:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Soalan saya di sini ialah apakah dasar progresif Malaysia dan untuk menolong pelarian ini yang mendesak yang terpaksa lari daripada negara mereka oleh sebab nyawa mereka diancam. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Kalau itu benar, berita itu amat memalukan Malaysia. Siapa sahaja tak kira dia daripada mana kalau sampai ke peringkat mereka menjadi pelarian, tidak ada makan di tengah laut, mereka mati kalau tidak diberi bantuan makanan bahkan kita menghalau mereka ini satu perkara yang tidak benar - itu satu perkara yang tidak perlu dilakukan dan ia memalukan nama Malaysia dan sekarang beberapa perkara misalnya berlaku terjumpanya kubur antara sempadan Thailand, Malaysia, di Wang Kelian. Siapa yang meninggal itu? Siapa yang membunuh orang-orang pelarian itu?

Itu amat memalukan Malaysia di peringkat antarabangsa. Kita lihat negara-negara yang kita kecam seperti negara Barat, ya ada perkara yang mereka tidak kena tetapi menjaga pelarian mereka berada di tahap yang paling baik dibandingkan dengan kita. Ya, kita boleh bercakap ayat Al-Quran boleh baca, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Orang mukmin itu bersaudara”.

Senang baca tetapi yang membunuh orang Islam dengan orang Islam sekarang ini berlaku hampir di seluruh dunia. Kita lihat Warta Berita daripada 1 jam, 40 minit menceritakan orang Islam, membunuh orang Islam.

Libya sebuah negara yang kaya, pengeksport minyak sekarang menjadi pengeksport pelarian dan fahaman-fahaman Takfiri melanda dunia Islam yang menyebabkan perbezaan pandangan sampai ke peringkat dihalalkan darah. Bibit itu jangan tumbuh di Malaysia, walaupun ianya ada sedikit sebanyak tetapi kita kena lawan bibit Takfiri ini kerana ia boleh menghancurkan negara kaya seperti Libya, Iraq, Syria dan beberapa negara orang Islam yang lain. Inilah yang kita lihat perkara yang amat merisaukan kita. Oleh sebab itu sekarang ini Palestin dia datang

draft • 12:10 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

untuk buat pameran hari ini, kita memang menyokong supaya rakyat Palestin dapat kembali kepada negara asal mereka.

The right to return, hak untuk kembali. Bila dia kembali ke negara bersama orang Yahudi yang ada asal di situ, terlibatlah demokrasi. Siapa yang menang, merekalah yang memerintah di bumi itu, bukan ada diskriminasi kaum. Kita kena ingat bahawa soal mengutamakan, membela satu kaum tanpa had, ia membawa kepada bahaya. Apa yang berlaku di Amerika sebagai contoh yang terbaik kepada kita, ketuanan orang putih (white supremacy). Akhirnya, kita lihat ia berlaku berzaman sejak dari zaman George Washington, Lincoln. Akan tetapi kemuncaknya berlaku pada zaman Donald Trump kerana pemerintah sendiri mengapi-apikan isu perkauman.

Akhirnya berlaku huru-hara di seluruh Amerika walaupun di zaman pandemik ini rakyat tetap keluar tunjuk perasaan dan membawa kematian. Inilah juga bahaya kalau kita pergi kepada ketuanan Melayu. Kita kena utarakan Melayu yang berwibawa, Melayu yang bertakwa, Melayu yang berintegriti, bukan ketuanan Melayu. Kalau kita pergi ke ketuanan Melayu, ia sama dengan *white supremacy.

[Tepuk]* Sekarang, kita tak nampak bahaya itu ia di peringkat permulaan, akan tetapi yang berlaku beratus tahun di Amerika Syarikat akhirnya kita lihat white supremacy itu membawa satu kancah yang tak sudah-sudah di Amerika yang sekarang merebak di seluruh dunia.

draft • 12:10 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Kota Raja saya memohon...

draft • 12:10 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Ya.

draft • 12:10 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya kira istilah yang digunakan oleh Yang Berhormat Kota Raja white supremacy dan ketuanan Melayu itu satu benda yang agak berbeza.

Apa yang disebut sebagai ketuanan Melayu hanyalah menyatakan hak-hak orang Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan, tak lebih daripada itu Yang Berhormat Kota Raja. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Saya setuju 100 percent jangan kata kita kena sokong orang Islam walaupun dia rasuah, walaupun dia menyeleweng, dia ada pintu untuk taubat.

[Tepuk] Orang bukan Islam, dia tak ada masa untuk bertaubat. Ini Asobiyyah, tak boleh.

[Tepuk]

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Kota Raja. Yang Berhormat Parit Buntar.

draft • 12:10 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Ya, ya.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Setujukah Yang Berhormat Kota Raja bahawa perpaduan orang Melayu kalau kita hendak bercakap bab Melayu lah, mestilah orang Melayu bersatu di atas akhlak-akhlak dan keperibadian yang mulia termasuklah melawan rasuah. Apakah setuju?

[Tepuk]

draft • 12:10 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Amat-amat setuju dan ini perkataan yang mengatakan kita kena sokong orang Islam walaupun dia rasuah, kerana dia ada pintu taubat. Ini satu statement yang cukup berbahaya.

draft • 12:10 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Boleh?

draft • 12:10 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

[Bangun]

draft • 12:10 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Bagi kita, kita sokong orang Islam yang berintegriti, tak kira siapalah, daripada parti mana pun orang yang berwibawa, yang bertakwa kita boleh terima. Bukan kita sokong asalkan dia orang Islam, walaupun dia rasuah, kita boleh sokong dia.

draft • 12:10 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Kota Raja. Yang Berhormat Kota Raja.

draft • 12:10 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Tak, ini soal Melayu ini. Saya, bila sebut soal Melayu, terasalah saya sebab saya orang Melayu. Tadi saya sokong Yang Berhormat Pasir Mas kata, kita perjuangkan hak-hak orang Melayu dalam Perlembagaan tetapi kalau Yang Berhormat boleh kait dengan rasuah terlalu umum. Kalau Yang Berhormat betul-betul perjuangkan Islam, mengapa Yang Berhormat lari daripada PAS, pergi lompat kepada Amanah?

Apa bezanya? PAS memperjuangkan Islam, memperjuangkan agama, Yang Berhormat boleh lari - menang, cakap PAS lari daripada Amanah. Sekarang hendak bercakap soal Melayu. Macam mana?

draft • 12:10 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Sudah, sudah. PAS tak pernah bohong.

draft • 12:10 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Jadi jangan umum, jadi tolong jangan umum. Tak cakap jangan umum. Siapa rasuah? Siapa rasuah?

draft • 12:10 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Tak, tak saya tak sebut ini...

draft • 12:10 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Sudah ada bukti kah? Jadi jangan umumlah Yang Berhormat Melayu, Yang Berhormat Melayu, jadi jangan menghina Melayu lah Yang Berhormat.

draft • 12:10 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Saya sebut umum, saya sebut umum. Tak! Saya tidak hina, Melayu yang...

draft • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Terasa kah orang Pakatan...

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Terasa kah? Orang tak kata sesiapa pun...

draft • 12:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terasa kah, terasa kah Yang Berhormat Tanjong Karang. Relaks lah.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Cina ada, Melayu ada, India ada.

draft • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Melayu yang bertakwa, Melayu yang beriman.

draft • 12:20 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Setiausaha politik bekas Menteri Wilayah pun ada dipanggil oleh SPRM, adakah dia rasuah? Saya kata yang ini bukan rasuah.

Jangan kata rasuah, terlalu umum. Memalukan bangsa kita.

draft • 12:20 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Baik. Ya, ya.

draft • 12:20 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Adakah semua orang Melayu menerima rasuah? Yang Berhormat cakap...

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Tak semuanya Melayu rasuah tetapi ada juga yang rasuah.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Silakan Yang Berhormat Kota Raja.

draft • 12:20 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Baik...

draft • 12:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Kalau macam Yang Berhormat Pekan itu takkan tak jelas lagi.

draft • 12:20 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Setiausaha politik bekas Menteri Wilayah dipanggil oleh SPRM, adakah dia rasuah? Adakah ini rasuah? Tidak boleh rasuah, jangan sebut rasuah. Rasuah umum, jangan hendak menghina bangsa kita sendiri.

draft • 12:20 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Tidak. Saya bercakap secara umum...

draft • 12:20 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Yang terlibat dua tiga orang, Yang Berhormat hendak...

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Tanjong Karang...

draft • 12:20 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Ini sebab floor saya.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Biarkan Yang Berhormat Kota Raja habiskan. Dia hendak gulung.

draft • 12:20 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Tidak. Jangan macam itu Yang Berhormat. Mesti ada maruah kita, jangan menghina bangsa kita.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Tanjong Karang, sila duduk.

draft • 12:20 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Saya tidak menghina bangsa Melayu tapi saya mahu Melayu yang bertakwa, Melayu yang beriman, Melayu yang berintegriti.

draft • 12:20 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Saya sokong, itu saya sokong. Akan tetapi jangan kaitkan Melayu dengan rasuah. Tak betul.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Saya...

draft • 12:20 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Itu satu yang tak betul Yang Berhormat.

Saya sokong Melayu tetapi jangan cakap sahaja Melayu, menjatuhkan maruah kita sendiri.

draft • 12:20 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Baik, baik.

draft • 12:20 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Tak usah macam itu. Yang Berhormat Melayu yang baik, Yang Berhormat orang Melayu. Saya tahu Yang Berhormat bukan kaki rasuah.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Tanjong Karang.

draft • 12:20 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Okey lah. Jangan macam itu.

draft • 12:20 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Baik. Baik, terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang...

draft • 12:20 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Jadi, saya hendak tarik balik, jangan...

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat hendak tarik balik?

draft • 12:20 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Saya cakap umum.

draft • 12:20 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Apa?

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat tarik balik?

draft • 12:20 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

[Berucap tanpa pembesar suara]

draft • 12:20 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Apa? Setiausaha politik you pun rasuah kah? Setiausaha politik you pun rasuah? Jangan kata rasuah-rasuah.

draft • 12:20 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Saya cakap secara umum tadi. Yang Berhormat Melayu tidak rasuah, Melayu yang berintegriti.

draft • 12:20 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Rasuah sahaja hendak kait dengan Melayu, malu...

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Tanjong Karang.

draft • 12:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Dengan polis tak bersalah lah?

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Cukup, cukup.

draft • 12:20 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Jangan lah macam itu. Malu lah bangsa kita, jangan hina. Orang lain pun ada rasuah juga tetapi mereka tidak menghina bangsa mereka.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Tanjong Karang.

draft • 12:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Udang, diamlah udang. Duduklah.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Gulung Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Saya masuk Parlimen tahun 1990 dahulu, saya tahu dah masuk sebagai pembangkang. Masuk tahun 1995, pembangkang. Masuk 1999, pembangkang. Masuk 2018 sebagai pemerintah. Selepas 22 bulan jadi pembangkang. Pelik, yang menang pilihan raya jadi pembangkang, yang kalah jadi pemerintah.

[Tepuk] Oleh sebab itu, saya setuju dengan Yang Berhormat Padang Rengas, kerajaan yang ada ini kerajaan yang tidak dipilih oleh rakyat.

[Tepuk] Kerajaan tebuk atap, kerajaan backdoor.

Mereka tidak ada wibawa untuk bertemu pemimpin-pemimpin dunia yang lain. Believe me, imej Malaysia sekarang down serendah-rendahnya...

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

...Dengan kerajaan rampasan kuasa ini. Kacau– bagilah 10 minit lagi.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Tak apalah Yang Berhormat, tak boleh.

draft • 12:20 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Sahabat saya, Yang Berhormat Tanjong Karang itu– okey baik, baik.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya menjemput...

draft • 12:20 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Tanjong Karang, dia mengamuk bila cakap fasal rasuah.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Sudah, cukuplah Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 12:20 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Ya, sebab setiausaha politik Yang Berhormat pun rasuah juga. Ala cakap orang, setiausaha politik kamu pun rasuah, disiasat oleh SPRM, hendak cakap banyak.

draft • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Relax lah.

draft • 12:20 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Baru disiasat, belum didakwa.

draft • 12:20 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Kalau tahu macam itu, jangan tuduh orang rasuah kalau baru siasat.

draft • 12:20 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Sudah dakwa, sudah dakwa...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:20 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Siapa makan cili, dia terasa pedas.

[Tepuk]

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Okey sekarang...

draft • 12:20 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Ini rasuah Kampung Baru la itu. Hendak jual Kampung Baru, itu yang rasuah itu.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Saya menjemput Yang Berhormat Semporna. Disebabkan Yang Berhormat adalah kepimpinan parti, daripada 15 minit, saya beri 25 minit. Terima kasih Yang Berhormat, silakan.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas penambahan waktu yang diberikan kepada saya untuk berucap.

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan ini merupakan bukan selalu kita mendapat ruang. Saya baru sampai pagi tadi, petang ini saya kena balik juga. Saya amat menghargai ruang dan peluang pada petang ini untuk saya membahaskan Titah Diraja yang telah disampaikan pada 18 Mei 2020.

Kandungan Titah Diraja ini agak mendalam dari segi content, dengan izin, dan saya melihat, menyentuh tentang apa yang Tuanku sebut COVID-19. Saya dalam kesempatan ini mengucapkan terima kasih banyak kepada frontliners yang telah adapun terkorban, yang masih

draft • 12:33 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

lagi dalam wad, dalam keadaan berhadapan dengan masalah COVID-19 di negara kita. Malahan, kita masih lagi berhadapan dengan masalah ini, kita belum lagi mengatasi masalah ini. Di beberapa tempat yang masih kita hadapi dan kita terkadang melihat petugas-petugas bila balik ke rumah, tidak sanggup hendak memeluk anak dan keluarga mereka kerana kebimbangan terjangkit anak-anak ini.

Walaupun demikian, saya dapat melihat bahawa usaha ini perlu kita tingkatkan. Kita di peringkat negeri Sabah telah pun bertungkus-lumus, walaupun berhadapan dengan COVID-19, “covid politik” pun ada juga cabaran yang kita hadapi.

[Tepuk] Namun demikian, kita tabah, kita tawakal kepada Allah SWT menghadapi sebarang rintangan dan cabaran di muka bumi ini. Ini kerana kita yakin berpegang dengan insya-Allah, perjuangan yang ikhlas, perjuangan yang berlandaskan...

[Memetik ungkapan dalam bahasa Arab] Mudah-mudahan akan mendapat keredaan daripada Allah SWT.

Saya bimbang COVID-19 adalah merupakan satu perkara yang telah ditekankan oleh Tuanku dalam titahnya. Ini bukan sama dengan financial crisis yang kita hadapi dahulu. Financial crisis agak berkelompok, di rantau, di negara ini, di negara itu. Akan tetapi COVID-19 ini merupakan satu wabak yang merebak, melumpuhkan bukan hanya mematikan umat, bahkan juga melumpuhkan ekonomi dunia yang ada pada hari ini. Kita melihat keadaan ekonomi di merata tempat yang dahulu menjadi trading nation, tidak mudah berhadapan dengan pelbagai masalah.

Semasa COVID-19, negara Brunei, Menteri Luar Kedua berhubung dengan saya, Tuan Yang di-Pertua. “Kami berhadapan dengan bekalan makanan yang tidak mencukupi kerana kebiasaan kami beli ikan daripada Tawau, buah-buah, sayur-sayur daripada Sipitang”. Dengan itu saya telah meminta kerjasama daripada kementerian-kementerian yang terbabit untuk membantu mereka supaya kelebihan daripada hasil makanan yang kita tanam di bumi Sabah, seafood kah, vegetables kah, ia juga disalurkan, dihantar ke negara jiran kita.

Kita sedar dan tahu ini merupakan satu masalah yang perlu ditangani dengan berhemah.

Bukan hanya kita sebagai sebuah negeri, sebagai sebuah negara melihat di rantau Asia ini, kerana trading nation. Kalau seumpama seperti disebutkan oleh rakan saya Yang Berhormat Kota Raja tadi, ASEAN countries must work together, dengan izin. Kita tidak boleh hanya secara individu sebagai sebuah negara. Malahan kalau kita lihat, menangani masalah ini perlunya ada penyatuan umat. Perlunya penyatuan fahaman politik yang ada, walaupun ada perbezaan politik.

Saya selalu tekankan G2G. Federal Government must work with the State government, not because of kerana landasan politik tetapi menyelamatkan negara, menyelamatkan umat. Kita perlu melihat bagaimana perbezaan itu bukan oleh sebab kita hendak popular dalam gelanggang politik tetapi kita hendak menyelamatkan umat yang ada di negara ini, kita hendak memulihkan ekonomi di negara ini.

Bayangkan masalah yang kita hadapi pada hari ini, bila moratorium ini lifted, bilamana bil elektrik datang, bilamana bil air datang. Pengangguran yang ada di negeri Sabah pada hari ini sudah pun mencecah lebih 100,000 orang yang menganggur, bermasalah, yang perlu kita

draft • 12:33 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

tangani, yang perlu kita hadapi untuk bukan hanya sebuah negeri yang kita tahu mempunyai kekayaannya boleh menyumbang ke arah kekayaan negara kita. Negeri Sabah merupakan negeri yang terkaya daripada sumber minyak. Sebanyak 37 percent, dengan izin, kita punya reserve oil yang ada comes from Sabah. Sebanyak 1.8 bilion barrel, kita mempunyai reserve yang begitu besar. Kita mempunyai pengeluar gas yang kedua terbesar di negara ini. Bayangkan keadaan ini yang kalau kita fokus dalam memerintah negara, memerintah negeri.

Akan tetapi tidak hanya kita melihat pertelingkahan, pergaduhan tanpa ada batasan.

Perkataan yang kita lontarkan dalam persidangan ini membimbangkan kita. Kita yang digelar Ahli Yang Berhormat, Dewan yang mulia tetapi perkataan yang kita gunakan adakah kemuliaannya dari segi ukuran perkataan yang kita lontarkan tetapi tidak selari dengan amalan kita.

[Tepuk] Mengukur manusia bukan setakat dengan perkataan, amalan dia. Ini yang saya bimbang sangat.

Jadi, saya berharap sungguh usaha yang pertama harus dilakukan ialah penyatuan umat yang ada di negara ini. Untuk melihat apa kepentingannya, apa keutamaan yang perlu kita berikan dalam mentadbir negara. Bukan hendak kita lihat berapa jumlah kerusi yang kita dapat.

Sehingga sekarang pun berlaku di peringkat negeri Sabah, “covid politik” yang ada.

draft • 12:33 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Hendak jumlah itu, hendak jumlah ini. Sekejap lagi hendak mengangkat sumpah.

Sekejap lagi perlu dua. Sekejap lagi― ini sudah bermula semenjak hari raya puasa yang lalu.

Tetapi kita selaku pemerintah di peringkat negeri berserah dengan Allah SWT. Kita katakan bahawa kita memerintah, kita hendak menjaga rakyat kita, kita hendak memastikan supaya kelangsungan bukan hanya kehidupan rakyat di negeri ini bahkan juga untuk membolehkan mereka beramal.

Bayangkan tekanan dan tekanan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, di antara isu yang menghambat kita sehingga kelumpuhan dalam sejarah negara ini UMNO-BN memerintah 60 tahun, tidak mungkin boleh digagalkan waktu itu. Ini kerana saya juga menjadi Naib Presiden UMNO pada waktu itu. Saya juga telah berjuang 35 tahun dalam UMNO daripada Pemuda sampai Naib Presiden. Akan tetapi apabila keadaan dan nilai-nilai yang saya lihat perlu kita jelaskan, there must be clarity in our values in life. Mesti ada jelasnya dalam nilai hidup kita sama ada perbezaan politik ataupun tidak negara kita.

Bayangkan pilihan raya yang lalu, punya berat. Bukan berat dari segi pertimbangan saya. Saya terpaksa tumbangkan adik saya, Ketua Bahagian Lahad Datu, Ahli Dewan Undangan Negeri Lahad Datu waktu itu. Akan tetapi pertimbangan saya selaku wakil rakyat bukan oleh sebab keluarga saya, bukan oleh sebab kepentingan peribadi saya tetapi kepentingan negara dan kita sebagai pemimpin rakyat yang ada. Ini kerana kita lihat negara itu jauh penting. Rakyat penting. Kalau kita hendak menjadi ketua keluarga, kita duduk di rumah sahaja, kita jaga rumah kita sebaik mungkin, bukan menjadi pemimpin negara.

Jadi saya melihat perkara ini perlu bagi kita untuk kita urus dengan baik. Kebimbangan saya― instrumen dalam pilihan raya yang telah lalu contohnya. Institusi kehakiman, kepolisan,

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

SPRM, Lembaga Hasil Dalam Negeri kita. Ini menjadi satu instrumen politik bukan untuk mentadbir negara kita.

Bayangkan pada hari ini ramai di antara YB saya yang berhadapan dengan― sudah dihantar dengan statement LHDN. Dahulu tidak ada, sekarang ini ada. Tetapi yang paling banyak mendapat surat-surat ini di negeri Sabah. Tidak banyak sangat di Johor. Tidak banyak sangat di Perlis. Tidak banyak sangat di Kelantan. Ini membimbangkan kita, keadaan ini.

Walaupun mungkin ada tetapi jumlahnya...

draft • 12:30 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal

Saya katakan bahawa ini membimbangkan kita. Apakah fokus kita?

draft • 12:30 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat Semporna.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal

Ya.

draft • 12:30 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Sedikit sahaja tambahan. LHDN ini dia mungkin cari semua Ahli Parlimen. Sebab saya di Kelantan, saya pun baru terima surat juga, Yang Berhormat. Sebagai pembetulan.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal

Ya lah saya tahu, kita terima.

Tetapi kadang-kadang itu terima sampai kadang-kadang bukan setakat terima tetapi tekanan pun ada. Saya dahulu semasa saya berhadapan dengan pilihan raya pun saya mendapat tekanan.

Waktu itu saya menjadi pembangkang. Tetapi ini pengalaman. Bukan kita hendak reka, bukan kita hendak cipta. Ini segala-gala kebenaran yang perlu kita hadapi.

Akan tetapi, saya hendak tekankan dalam bidang ekonomi. Di negara kita pada hari ini, rakyat dahagakan― bayangkan di negara ini, rakyat is crying for help, dengan izin Tuan Yang di- Pertua. They are crying for help dari segi macam mana menyelamatkan mereka daripada belenggu ekonomi yang ada. Apakah rancangan?

Rangsangan yang diumumkan RM260 bilion yang telah diumumkan. Belanjawan tahun lalu, RM270 bilion lebih kurang seumpama itu. Hampir three quarter trillion peruntukan ini. Di mana peruntukan ini dibelanjakan? Ke arah mana? Kadang-kadang saya bertanya bahawa apabila diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan sudah berjumlah sedemikian rupa untuk penerima di peringkat negeri Sabah, apabila saya tanya, disalurkan ke mana, ke arah mana yang kita hendak lahirkan? Akan tetapi kebimbangan saya, ia bukan hendak membangkitkan ekonomi negara kita, bukan hendak membantu rakyat tetapi― perpaduannya bukan menjadi tonggaknya.

Saya bagi contoh Unit Kepimpinan Pembangunan Masyarakat (UPPM). Selepas itu Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan. Sudah adapun di peringkat daerah.

Peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan diurus oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan. Di peringkat daerah pula ada di situ yang diurus oleh Unit Kepimpinan Pembangunan Masyarakat di bawah kerajaan negeri tetapi saluran kewangan ini tujuan matlamatnya apa? Membantu rakyat membangunkan negeri. Tetapi sudah dipisah-pisahkan, diasingkan kerana yang penting ideologi politik yang ada, fahaman politik. Bukan rakyat yang menjadi keutamaan yang memerlukan jalan. Bukan rakyat yang menjadi sasaran kita untuk

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal

bekalan air, bekalan elektrik yang ada. Ini bukan menjadi pemikiran kita, bukan menjadi pertimbangan kita. Yang menjadi pertimbangan kita, “YB ini kena urus, YB itu kena urus”. Tetapi yang menjalankan tugas ialah pejabat daerah di bawah kerajaan negeri.

Akan tetapi, kita tidak sedar dalam Artikel 106 Perlembagaan Persekutuan, 40 peratus daripada hasil yang diperoleh di negeri Sabah harus dipulangkan balik ke negeri Sabah dan juga Sarawak. Itu tanggungjawab― constitutional right― responsibility yang perlu dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan. Mahu tidak mahu, it has to be done. Otherwise, there will be some constitutional crisis yang akan berlaku di peringkat saluran kewangan yang ada. Tetapi malangnya, pada hari ini sudah diasing-asingkan. Bayangkan keadaan ini membimbangkan kita.

Ke arah mana kita hendak katakan laungan Titah Tuanku, “Penyatuan rakyat” yang ada?

Dalam Titah Tuanku ini cukup jelas. Satukan rakyat, padukan rakyat. Kita hendakkan supaya jangan berulang apa yang berlaku sebelum ini. Hendak berulang pula. Dari segi Kedah sudah kena, di Melaka pun sudah kena. Itu bukan satu amalan yang kita katakan― di Sabah, kita harap keadaan ini kita pastikan bahawa fokus kita pastikan supaya ia untuk membangunkan negara kerana kita yakin bahawa ini merupakan salah satu perkara yang ditimbulkan oleh pihak rakyat di peringkat akar umbi.

Pada pemerintahan dahulu, salah satu isu juga yang telah pun kita bangkitkan ialah MA63. Itu salah satu perjanjian yang telah pun dimartabatkan oleh pemimpin-pemimpin kita terdahulu sebelum kita mencapai kemerdekaan. Ini merupakan satu perkara yang penting bukan untuk rakyat Malaysia di Semenanjung tetapi rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak kerana itu merupakan inti pati yang telah membolehkan kita membentuk negara Malaysia.

Bukan bererti apabila kita highlight tentang kepentingan Sabah, dengan izin, we are being parochial. Tidak. Tetapi ini merupakan salah satu langkah usaha kita untuk membina negara. When you want to build a nation touch the heart of all the people of Malaysian, don’t just touch the heart of people from Semenanjung, jangan hanya touch the heart of people from one state but touch the heart of all Malaysian. Itu yang saya kata dahulu apabila saya nyatakan di peringkat awal― contohnya 20 peratus royalti minyak. Saya katakan bukan kita menuntut supaya kita hendak bankrapkan PETRONAS, tidak. Akan tetapi saya sedar dahulu, kalau tahun 1974, initial injections of capital waktu itu memang banyak kita memerlukan. Jadi kita tunggu sehingga beberapa tahun, tidak apa. Akan tetapi dalam keadaan sekarang pun yang kita katakan, tidak akanlah PETRONAS boleh jatuh bankrap sehingga hendak menyerahkan 20 peratus kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak?

Akan tetapi, dalam pada itu, kita berusaha. Di antara kerangka yang telah pun kita persetujui daripada 21 perkara yang terkandung dalam MA63, kerajaan dahulu, PH sudah pun luluskan 17 daripada 21. Yang tertinggal royalti minyak, dari segi territorial boundary dia dan juga masalah Sabah Electricity (SESB), gas dan juga elektrik itu tertinggal. Cuma tiga saja saya rasa yang tertinggal yang perlu kita nyatakan bahawa ini yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan dahulu sudah pun ditunaikan.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal

Saya berharap perkara ini akan dapat kita jayakan di mana Perikatan Nasional selaku pimpinan yang ada pada hari ini dapat meneruskan usaha ini. Ini kerana *we are building a nation.

It is not me is important.* Yang important ialah building the nation. Kalau negara kita berbalah oleh sebab seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Raja tadi fasal agama, fasal kaum, kalau kita menggunakan itu, it’s very demissive, it’s endless. Kalau kita guna agama, kalau kita guna bangsa, ini akan tidak membawa banyak manfaat.

Seperti disebutkan, 400 tahun Amerika Syarikat merdeka, berapa puluh tahun United Kingdom merdeka tetapi kita tahu Mayor London orang India, orang Pakistan. Obama orang hitam tetapi apabila Donald Trump datang dengan black and white, you can imagine, it is very destructive, it is very demissive. Fasal kita tengok kalau kita guna agama, mazhab mana yang kita hendak pakai? Sepatutnya kita pakai Mazhab Syafie yang afdal lagi sempurna tetapi ini mazhab lain yang kita pakai.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Penjelasan, Yang Berhormat. Apakah Yang Berhormat sedar dalam peraturan dan juga Perlembagaan Persekutuan disebut agama Islam Sunnah Wal-jemaah? Dia tak sebut Mazhab Syafie.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal

Kita daulat. Dalam Perlembagaan memang kita akur agama rasmi agama Islam tetapi kita daulatkan. Kalau itu pun kita faham, Ahli Sunnah Wal-Jamaah, mazhabnya Imam Syafie.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak sebut mazhab. Disebut Islam Sunnah Wal-Jamaah.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal

Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

draft • 12:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, ini pembohong, Tuan Yang di-Pertua. Dalam Perlembagaan tak sebut pun.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat mungkin seronok nama Shafie tetapi bukan Mazhab Syafie.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal

Tidak apalah, saya tidak mahu pertikai tentang mana-mana mazhab...

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Itu sebab Yang Berhormat, saya hendak tanya satu soalan Yang Berhormat.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Ya.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kita memperjuangkan nasib orang-orang Melayu Bumiputera dan orang-orang beragama Islam. Kita tidak minta supaya kita ambil hak orang lain. Akan tetapi apabila kita memperjuangkan hak kita, kita dituduh racist. Yang Berhormat, siapa yang racist sekarang? Kami tidak menafikan hak bangsa lain, kami minta supaya diperjuangkan nasib kami, itu sahaja. Jadi tidak timbul soal racist di sini.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Saya tidak sebut tentang racism cuma saya sebut tentang bagaimana kalau kita mengambil langkah seumpama itu seperti Donald Trumph, it’s very divisive, it’s very kita tengok kadang-kadang itu

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

membimbangkan kita. Akan tetapi kita tahu, kita memperjuangkan bangsa kita, saya perjuangkan agama, fasal saya orang Islam. Akan tetapi kita tahu dalam perlembagaan pun agama lain boleh diamalkan.

draft • 12:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Ya.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Tidak boleh kita hendak menghalang...

draft • 12:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Semporna.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

...Kita hendak kata bahawa orang Melayu kita perlu perjuangkan dan 60 tahun kita memerintah, Barisan Nasional. Where did we go wrong? Kita kena perbetulkan, keadaan kedaifan yang ada. Kita hendak salahkan orang Cina fasal dia kaya, kita hendak salahkan orang India fasal dia good peguam. Akan tetapi kita kena lihat daripada dalaman kita sendiri. Apa sebab-sebabnya kegagalan kita selaku umat, sehingga kita boleh perbetulkan keadaan kita untuk ke arah kejayaan.

draft • 12:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Ya baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Semporna.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bangun]

draft • 12:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Saya hendak sebut sedikit sahaja kekeliruan daripada pihak sebelah sana. Tadi ada yang menyatakan bahawa dalam perlembagaan ada menyebut tentang soal ketuanan Melayu, ketuanan Melayu, sedangkan di dalam perlembagaan hanya menyebut tentang soal kedudukan istimewa orang Melayu, bukan ketuanan. White supremacy dan ketuanan Melayu adalah sama kerana apabila ada tuan, ada hamba abdi. Dalam negara kita, tidak ada hamba abdi, semua agama dan semua bangsa diberikan kedudukan yang telah ditetapkan tanpa menentukan satu lebih supreme daripada yang lain. Semua ada hak, apa pandangan Yang Berhormat Semporna?

[Tepuk]

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Saya ambil maklum tentang perkara itu. Walaupun demikian, seperti yang saya sebutkan, if we debate on race and religion, it will be long issue that we have to debate and it’s very divisive. Ini akan menular ke arah– tetapi saya bukan– saya setuju dengan dia tetapi masalahnya kita tidak boleh hendak panjangkan yang penting kehidupan rakyat.

Yang Berhormat Arau, orang Yang Berhormat Arau banyak yang miskin.

draft • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Ada orang yang kadang-kadang, saya tahu ini keutamaan, itu yang saya nyatakan. Rakyat di bawah ini, kalau kita buat lawatan lebih kerap, mereka dahagakan bantuan daripada pihak pemerintah, tentang bantuan makanan dan sekolah anak-anak. This is top priority dari segi untuk kita memerintah negara. Kita sudah memerintah negara, Perikatan Nasional sudah perintah negara, govern the country accordingly. Jangan tidak govern the country, ini tidak govern the country, disturb others state pula.

[Ketawa]

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, Yang Berhormat semasa jadi Menteri Luar Bandar dulu, apakah Yang Berhormat dapat mengesan sesuatu daripada Arau

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

apabila Yang Berhormat keluarkan kenyataan sedemikian rupa? Yang Berhormat baru kenal Arau hari ini, semasa Yang Berhormat menjadi Menteri Luar Bandar, Yang Berhormat ada kurang kenal Arau sedikit.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Yang Berhormat dari Arau ini sebenarnya saya kenal Yang Berhormat Arau jauh, bukannya setakat dia punya pimpinan dia, saya kenal sudah Yang Berhormat Arau ini lama. Akan tetapi apabila saya turun ke bawah, masih lagi ada masalah-masalah yang dihadapi. Bukan hanya hendak bantuan daripada waktu itu saya jadi pemerintah, bukannya mudah. Jumlah yang diperuntukkan berapa sahaja, negeri-negeri yang kita hendak salurkan, ada yang ketandusan dari segi bantuan tidak mencukupi.

Ada setengah-setengah negeri, bukan di Arau, di negeri-negeri lain, ya. Apabila saya melawat ke Terengganu contohnya, saya lawat ke Terengganu saya nampak orang dalam rumah, apabila saya masuk rumah, saya nampak awan di dalam rumah dia. Bayangkan!

Keadaan ini takkan kita tidak bimbang. Dalam negara kita yang merdeka, keutamaan-keutamaan mana yang harus ketengahkan, jadi, ini yang saya lihat. Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi saya hendak bangkitkan...

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap

Yang Berhormat, boleh minta...

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

...Saya bimbang sangat nanti isu...

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap

Yang Berhormat, Yang Berhormat Semporna bercakap mengenai dengan kemiskinan. Saya tertarik dengan istilah yang digunakan bahawa kerajaan telah memerintah dan soal kemiskinan itu dirangkumkan dalam urusan kerajaan sepanjang 60 tahun.

Saya kira bahawa dalam tempoh selama 60 tahun, ada kejayaan yang telah diperlihatkan. Kelompok-kelompok kemiskinan tetap ada dan mesti menjadi dasar kerajaan atau urusan kerajaan untuk melihat kemiskinan. Akan tetapi, bersetuju Yang Berhormat dalam tempoh selama 60 tahun itu ada satu percentage kita lihat bahawa ada di kalangan kita ini yang sudah ditingkatkan kehidupan yang boleh disebutkan sebagai kumpulan middle class dan middle class apa? Akan tetapi, kumpulan bawah itu tetap ada. Jadi, ruang rakyat seramai 30 juta dalam negara pasti sudah ada kejayaan sama ada di Sabah, di Wilayah Sarawak dan juga di Wilayah Malaya ini ataupun di Semenanjung ini.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Yang Berhormat Padang Terap, saya akui bahawa memang ada kejayaan, memang ada masih lagi banyak.

Contohnya di peringkat negeri Sabah, kita di antara negeri yang termiskin. Jumlah dia cukup besar. Di negara kita, saya yakin ada kejayaan, bukan tidak ada, bukan saya hendak nafikan, khususnya dalam pemerintahan Yang Berhormat Tun Mahathir Mohamad dahulu, kita pernah rakyat di negara ini melonjakkan diri sehingga ke gelanggang antarabangsa, menjadi pedagang, menjadi investors bukan hanya menjadi pelabur di dalam negara, pelabur di luar negara menjelajah ke merata tempat, waktu itu kita dapat melihat.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Akan tetapi saya sedar dan tahu mengimbangi pembangunan bukan kerja yang mudah, perlu diseimbangkan, bukan hanya Kuala Lumpur dengan hanya kita katakan bangunan pencakar langit tetapi di kawasan Kimanis masih ramai lagi orang-orang gunakan jambatan gantung. Itu sudah berpuluh tahun, itu yang saya katakan perlunya kita melihat bagaimana hendak membantu rakyat di peringkat akar umbi yang masih dahagakan perkhidmatan kita.

Seperkara lagi yang saya hendak bangkit iaitu berhubung kait dengan Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan. Pada 9 April 2020 yang lalu, kita telah bawa ke Dewan yang mulia ini, waktu itu kita hendak pinda perlembagaan untuk meletakkan kedudukan Sabah dan juga Sarawak sebagai sebuah Wilayah. Itu yang kita katakan bahawa the spirit of our four fathers dengan izin yang hendakkan supaya nation building kita realize. Mereka sanggup bercantum membina negara Malaysia atas ikatan perjanjian itu. Di mana Perlembagaan 1(2) keadaan Sabah bukan sama dengan Perlis dan bukan sama dengan negeri-negeri lain. Akan tetapi itu yang kita hendak kembalikan.

Jadi, saya berharap dalam sidang yang mulia ini, Perikatan Nasional di mana ada ramai Ahli-ahli Parlimen daripada Sarawak akan turut– bukan hanya membawa isu ini ke Dewan yang mulia ini di mana waktu itu disokong oleh PAS, disokong oleh pihak-pihak dan wakil daripada pihak UMNO dan saya yakin, saya selaku pemerintah di peringkat negeri Sabah insya-Allah, jangan bimbang sangat. Jikalau ia selari dengan spirit, perjanjian MA63, Artikel 1(2), saya akan memberi sokongan supaya ia satu usaha kita untuk membina sebuah negara touching the heart, bukan kita *touch the heart of...

[Tidak jelas]* dengan bagi projek kepada satu individu dengan jawatan Menteri ataupun jawatan Timbalan Menteri. But touch the whole, this is what the status of satu negara yang kita katakan. Terima kasih banyak.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, sikit Yang Berhormat, sikit sahaja, sikit sahaja. Yang Berhormat sebut fasal...

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Saya hendak bagi pada Yang Berhormat Penampang.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak, saya dulu Yang Berhormat, saya dulu.

draft • 12:40 PM

Datuk Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Semporna.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, sebut pasal Yang Berhormat Langkawi ini.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat dia tidak mahu bagi dekat Yang Berhormat Arau. Silakan Yang Berhormat Penampang.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, pasal Yang Berhormat Langkawi berjaya di zamannya.

draft • 12:40 PM

Datuk Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Yang Berhormat Arau, my floor.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya hendak sokong ini Yang Berhormat.

Langkawi memang berjaya di zamannya tetapi pada zaman Pakatan Harapan, Yang Berhormat

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Langkawi gagal kerana ia dikawal oleh Menteri-menteri yang tidak berwibawa, terutamanya Menteri Kewangan.

draft • 12:40 PM

Datuk Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Hormati Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Arau. Hormati Tuan Yang di-Pertua.

[Ketawa]

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Tidak boleh Yang Berhormat Arau, dia tidak bagi floor.

draft • 12:40 PM

Datuk Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Silakan Yang Berhormat, short ya Yang Berhormat Penampang sebab Yang Berhormat kena tolong up, habis.

draft • 12:40 PM

Datuk Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Okey, thank you. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Semporna. Satunya berkaitan dengan touching the heart of the people dengan izin adalah untuk menyelesaikan dan menerangkan juga kuasa berkenaan dengan siapa yang boleh memberikan IC kepada pendatang asing tanpa izin, kewarganegaraan dan juga apa pendapat ataupun opinion dengan izin Yang Berhormat Semporna tindakan yang dibuat oleh Kerajaan Pusat setakat ini untuk menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Saya sebenarnya amat setuju perkara ini kita bangkitkan tetapi masa tidak mengizinkan. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jelaskan sedikit. Perkara ini amat penting bagi kita kerana saya ini bukan hanya dilabel waktu saya perjuangkan UMNO dahulu, saya digelar sebagai ‘anjing Semenanjung’.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Selepas itu pula, bila saya memerintah di peringkat negeri Sabah, saya ini bapa PTI yang keluarkan kad pengenalan. Saya bimbang ada orang yang buat demonstrasi di jalan raya termasuk Ahli Parlimen Keningau, di merata tempat hendak menyatakan bahawa inilah yang dikatakan pengeluar IC. Sekarang dia sudah jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sudah check sama ada ini kuasa Kerajaan Negeri Sabah ataupun kuasa Ketua Menteri yang buat IC ini ataupun Kerajaan Pusat iaitu Jabatan Pendaftaran ataupun Imigresen.

Terima kasih banyak. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Boleh sedikit Yang Berhormat? Boleh?

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Sudah habis Yang Berhormat Arau.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Semporna. Eh, kamu semua diamlah. Saya dengan dia.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Arau, sudah habis. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Rompin.

draft • 12:50 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua, saya sama-sama membahaskan usul menjunjung kasih di atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dalam persidangan yang lalu. Ramai di kalangan pembangkang menyatakan bahawa mereka mendapat mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Akan tetapi, sedarkah kita bahawa mandat itu diterima dalam satu manifesto pilihan raya yang mengelirukan sehingga apabila mereka menang sebahagian besar daripada manifesto itu tidak dilaksanakan. Inilah menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat secara keseluruhannya seolah-olah mandat yang diterima oleh mereka itu boleh dikatakan satu penipuan besar dalam manifesto pilihan raya mereka. Apakah rakyat masih memberi peluang kepada kerajaan yang lalu untuk terus memerintah dalam rangka demokrasi dalam negara kita ini?

Mungkin di sesetengah negara sudah ada rampasan kuasa oleh sebab sudah timbul keresahan di kalangan masyarakat. Bila mereka berkuasa gagal untuk melaksanakan pengurusan ekonomi yang baik, dasar luar negara yang tidak begitu baik menyebabkan harga- harga komoditi menjunam. Untuk tahun pertama, Yang Berhormat Menteri Kewangan berfungsi sebagai auditor bukan sebagai Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk memandu arah ekonomi negara menyebabkan ekonomi terbantut. Banyak projek dibatalkan walaupun melibatkan projek-projek yang kecil. Banyak perkara yang menimbulkan dasar-dasar ekonomi yang baik tidak dilaksanakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan ketika itu menyebabkan keresahan di kalangan masyarakat, ekonomi tidak berkembang dengan baik.

Keresahan-keresahan terus timbul apabila keadaan perpaduan semakin longgar, pemimpin-pemimpin parti tidak berani mengatakan “no” kepada di kalangan penyokong- penyokong parti yang membangkitkan isu-isu perkauman. Soal agama dipermainkan. Kita tidak mahu lebih daripada parti-parti politik dalam negara kita ini. Akan tetapi, apa yang kita mahu adalah kita mahu semua parti politik mengikut kerangka dan spirit Perlembagaan di mana kita bersumpah semasa menjadi Ahli Parlimen untuk menjaga Perlembagaan. Kita harus menentang apa juga perkara-perkara yang dilakukan di luar Perlembagaan. Umpamanya, untuk mengiktiraf UEC, di luar Perlembagaan. Sepatut kita ada undang-undang yang tegas yakni mana-mana pertubuhan...

[Deringan telefon bimbit Yang Berhormat berbunyi] ...pertubuhan-pertubuhan yang ditubuhkan berjuang di atas di luar Perlembagaan harus diharamkan.

Selagi negara ini semua parti politik dan pemimpin-pemimpin politik mengatakan “no” kepada mana-mana parti politik ataupun pertubuhan yang berjuang di landasan di luar Perlembagaan, insya-Allah saya rasa negara kita ini akan aman untuk kita wariskan kepada generasi akan datang. Ternyata keresahan 22 bulan di kalangan rakyat negara ini adalah pemimpin-pemimpin politik yang berkuasa ketika itu tidak berani untuk mengatakan “no”, tidak boleh bawa isu-isu seperti ini. Mereka mahu mendapat keuntungan politik seterusnya. Soal

draft • 12:50 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

agama, soal bangsa, soal kedaulatan raja-raja dipermainkan secara meluas tanpa sekatan dan tanpa teguran di kalangan pemimpin-pemimpin besar negara.

Seperti saya katakan lain, kalau negara lain sudah ada rampasan kuasa berlaku kerana keresahan rakyat merata, keadaan ekonomi yang merudum, Yang Berhormat Menteri Kewangan yang gagal melaksanakan tugas sebagai Yang Berhormat Menteri Kewangan dan dasar negara yang merugikan negara, maka apakah pilihan rakyat ketika itu untuk memulihkan keadaan.

Adakah kita membenarkan kerajaan ini terus berkuasa dengan dasar-dasar yang merugikan negara dan menyebabkan negara ini terus berkelahi? Jadi, mesti ada pilihan rakyat. Rakyat juga ada pilihan. Maka, berlakulah gerakan-gerakan yang kita lihat bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Ini kerana ada sesetengah parti dalam komponen Pakatan Harapan ketika itu terlanjur seperti orang kata pepatah, “seperti beruk dapat bunga”.

[Tepuk] Habis. Seperti beruk dapat bunga. Dikoyak-koyak. Ya, silakan.

draft • 12:50 PM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma hendak bertanya baru ini ada seorang wakil rakyat daripada sebelah sana mengatakan bahawa Parti UMNO contohnya telah membuat resolusi untuk menjadi pembangkang sesi ini. Akan tetapi, bila nampak peluang ini dirembatnya juga ya? Jadi, macam mana pandangan itu?

draft • 12:50 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Ini istilah rembat tidak rembat ini seperti saya katakan adalah kita untuk mengatasi keresahan rakyat. Bagaimana cara untuk mengatasi keresahan rakyat? Ya.

draft • 12:50 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Boleh.

draft • 12:50 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Tujuh minit sahaja.

[Ketawa] Ya, sekejap sahaja.

draft • 12:50 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Saya hendak tolong jawab itu.

draft • 12:50 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Dia pembangkang ini keadaan demokratik— kalau budaya Westminster, kerajaan boleh dibentuk melalui perundingan di antara parti-parti. Ini jangan kita silap ya. Jangan bila kita menang dalam pilihan raya, seolah-olah kerajaan itu tidak boleh bertukar. Tidak betul. Dalam sistem demokrasi Westminster system, parti-parti boleh membentuk kerajaan dan parti-parti seperti BERSATU, UMNO dan PAS melihat bahawa keresahan rakyat dan keruntuhan ekonomi negara dan timbulnya masalah dalam negara, kita membentuk satu pakatan baharu untuk mengatasi masalah yang dibawa oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Kita selamatkan negara ini. Yang Di-Pertuan Agong melantik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam kerangka Perlembagaan yang dibenarkan oleh Perlembagaan. Tidak timbul pintu belakang dan tidak timbul melalui atap adalah tidak betul dari sistem, istilah-istilah yang digunakan oleh parti pembangkang hari ini. Tidak betul itu.

Ini kerana kita juga wakil rakyat, Ahli Parlimen bertanggungjawab kepada rakyat untuk menyelamatkan negara ini daripada kehancuran yang dipimpin oleh Pakatan Harapan

draft • 12:50 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

nampaknya kalau kita benarkan mereka berkuasa selama lima tahun, negara kita ini akan hancur.

Akan hancur. Perlembagaan tidak di...

draft • 12:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Rompin, sikit. Yang Berhormat Rompin, Bayan Baru.

draft • 12:50 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Ya, sikit sahaja.

draft • 12:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ya, saya rasa Yang Berhormat Rompin kalau kita hendak berbahas di Dewan yang mulia ini baiklah dengan fakta dan juga hujah-hujah yang lebih substantif. Ini kerana saya rasa rakyat di luar mahu tengok apakah Kerajaan Perikatan hendak buat. Sekadar hendak hentam Pakatan Harapan, buatlah di ceramah-ceramah di Rompin atau di Chini. Ini bukan tempat pilihan raya. Baiklah kita bahas dengan cara yang lebih manfaatkan rakyat. Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Ahli-ahli Yang Berhormat memandangkan sekarang jam sudah menunjukkan 1.00 tengah hari.

draft • 12:50 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Masa...

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Rompin. Arau, Arau.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang. Jadi, Yang Berhormat Rompin akan sambung perbahasan selepas ini ya. Terima kasih.

draft • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bentara tolong kira kuorum. [Bentara mengira bilangan Ahli yang berada di dalam Dewan] 21? Saya rasa bunyi loceng sekali lagi lah.

draft • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dulu banyak kali PH tidak ada kuorum, saya kesian, saya bagi teruskan. Sekarang kami ada taklimat. PH kerajaan gagal. Itu sebab kamu jatuh, tumbang. Inilah penasihat yang merosakkan negara. Penasihat politik yang menasihat...

[Pembesar suara dimatikan] [Loceng dibunyikan]

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Selamat tengah hari semua, saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Rompin, dengan baki lima minit 33 saat.

draft • 2:30 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana banyak kacau tadi, minta sambung sedikitlah masa.

draft • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tadi saya masa yang Yang Berhormat habis cakap, saya bangun untuk bertanya.

draft • 2:30 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Sudah, banyak sebenarnya...

draft • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Satu sahaja, fasal Yang Berhormat minta supaya saya tanya fakta.

draft • 2:30 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Sebenarnya saya banyak fakta tapi oleh kerana masa...

draft • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak, saya hendak tanya Yang Berhormat bahawa pada masa PH memerintah, terdapat penjualan harta RM40 bilion.

Mengambil duit PETRONAS RM102 bilion. Hutang RM130 bilion. Cukai RM40 bilion. Ke mana duit pergi? Kita hanya dapat RM30. Akan tetapi kerajaan Muhyiddin, kerajaan Yang Berhormat Pagoh telah berjaya memulihkan ekonomi seperti yang ada sekarang ini.

draft • 2:30 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Tuan Yang di-Pertua...

draft • 2:30 PM

Seorang Ahli

[Ketawa]

draft • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dalam sekarang ini Yang Berhormat, faktanya ialah dalam Asia sekarang, pasaran (market) Malaysia nombor dua dalam Asia, yang terbaik antara yang terbaik. Dulu nilai pasaran RM1 bilion satu hari. Sekarang RM9 bilion, menunjukkan kejayaan Kerajaan PN. Akan tetapi Kerajaan PH gagal, terutamanya bil dinasihatkan oleh Menteri Kewangan yang di belakangnya ialah Yang Berhormat ini, setiausaha politik.

draft • 2:30 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Terima kasih Arau.

draft • 2:30 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara

Point of order.

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 2:30 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Point of order apa?

draft • 2:30 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara

36(2).

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya?

draft • 2:30 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara

Yang Berhormat Arau telah pun mengeluarkan beberapa tuduhan ke atas saya dan juga kerajaan lalu dengan fakta-fakta yang palsu dan langsung tidak berasas. Saya minta supaya Yang Berhormat Arau menarik balik fakta- fakta tersebut yang tidak betul supaya tidak mengelirukan Dewan di sini.

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Damansara...

draft • 2:30 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Oleh sebab Tuan Yang di-Pertua...

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya.

draft • 2:30 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Oleh kerana masa banyak diambil, saya ingin meneruskan ucapan saya.

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Belum-belum.

draft • 2:30 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara

Point of order, Speaker kena buat keputusan dulu.

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Damansara, peraturan berapa tadi?

draft • 2:30 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara

Peraturan 36(2).

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

36(2)?

draft • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Peraturan 36(2)? Yang Berhormat baca buku mana?

draft • 2:30 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Peraturan 36(2) tidak ada kena mengena.

draft • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, baca buku! Baca buku!

draft • 2:30 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Peraturan 36(2) Tuan Yang di- Pertua, tidak ada kena mengena.

draft • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Mana boleh macam ini. Yang Berhormat gagal membawa peraturan mesyuarat...

draft • 2:30 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara

Maaf, 36(12).

draft • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak boleh, Yang Berhormat telah bawa yang pertama gagal kerana dia tidak baca buku...

draft • 2:30 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Okey, teruskan, teruskan perbahasan. Ganggu masa.

draft • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Ini menunjukkan Yang Berhormat gagal hendak memahami peraturan Parlimen pun tidak tahu.

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila.

draft • 2:30 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara

Inilah teladan Backbencher Perikatan Nasional.

draft • 2:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Jangan mengelirukan Dewan, Yang Berhormat Arau.

Jangan mengelirukan Dewan.

draft • 2:30 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Standard kita tinggi, bukan macam standard pembangkang.

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Biar saya lihat 36(12), Yang Berhormat.

draft • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia sebut 36(2). Selepas itu, dia tukar

(12) setelah pi tanya orang di belakang. What is this? Yang mana satu? Yang Berhormat hendak buku? Nah, saya pinjam buku.

draft • 2:30 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Pasal dia pun tidak faham itu undang-undang, standing order dia tidak faham.

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau tadi...

draft • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Awak tidak faham standing order tapi masuk 36(2). Saya bingung, apa itu 36(2)? Peraturan 36(12) okey lah.

draft • 2:30 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Arau, masa Yang Berhormat Rompin habis sudah.

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau tadi telah mengatakan beberapa fakta, nombor-nombor mengenai penjualan aset dan sebagainya. Saya sebenarnya tidak boleh ruled sama ada ia mengelirukan kecuali saya ada nombor-nombor tersebut pada saya lah. Saya kena check-lah.

draft • 2:30 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara

Selain daripada angka-angka yang tidak tepat dan fakta-fakta yang tidak betul. Beliau juga berkata bahawa saya yang menyebabkan kerajaan dulu menjual aset-aset tersebut. So, dia membuat tuduhan secara langsung terhadap saya. Betul tidak?

draft • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau kepada Yang Berhormat, di bawah 36(6), mengeluarkan sangkaan jahat.

draft • 2:30 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat. Yang Berhormat Arau?

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Krau.

draft • 2:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua, saya suka hendak menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua pada Peraturan 36(12), Jika sesuatu orang Ahli yang lain tidak berpuas hati dan berpendapat mengelirukan Dewan. Yang Berhormat tersebut bolehlah membuat usul bukan mendesak Speaker untuk membuat ruling. Buat usul dalam Dewan, Yang Berhormat.

draft • 2:30 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Mana dia berani, nanti dia kena sendiri.

draft • 2:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Oleh sebab itu, Yang Berhormat baca peraturan mesyuarat.

draft • 2:30 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, sila duduk.

draft • 2:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Menteri, tunggu giliran untuk...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 2:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 2:30 PM

Seorang Ahli

Menteri tunggu, Menteri tunggu.

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih, terima kasih. Terima kasih semua.

Saya rasa Yang Berhormat telah membaca keseluruhan Peraturan Mesyuarat 36(12).

draft • 2:40 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Mana Menteri boleh mencelah ini.

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ini kerana memang teranglah daripada Peraturan Mesyuarat 36(12) itu Yang Berhormat perlu membuat satu usul. Malahan, saya pun tidak mempunyai angka-angka yang disebutkan itu. Saya pun tidak tahu sama ada ia mengelirukan.

Saya rasa beginilah. Biar saya lihat Hansard nya dahulu apa yang diperkatakan, kemudian saya akan membuat keputusan mengenainya. Boleh Yang Berhormat ya? Terima kasih.

draft • 2:40 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara

Terima kasih.

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Rompin, maaf kita telah termakan masa. So, saya teruskan, saya berikan Yang Berhormat lima minit seperti yang dimulakan tadi kerana terganggu tadi.

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan. Ya.

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Sebenarnya dalam segi fakta, hampir semua indikator ekonomi negara semasa Pakatan Harapan memerintah adalah tidak memberangsang dan negatif, yang menyebabkan kepercayaan dunia kepada Malaysia tidaklah begitu baik. Tidak ada orang mahu berdagang, harga komoditi jatuh dan hutang sampai membengkak.

Ini semua adalah indikator yang tidak baik di samping yang paling merunsingkan kita adalah pegawai-pegawai kerajaan resah. Ada juga menteri-menteri PH yang baik tetapi kebanyakannya pegawai-pegawai kerajaan resah kerana campur tangan yang keterlaluan dan melepasi batas atas undang-undang dan peraturan yang telah kita bina selama ini sejak merdeka sehingga sekarang di mana ahli-ahli politik dan pegawai kerajaan bekerjasama dengan baik untuk membangunkan negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan pada masalah-masalah ekonomi negara. Saya rasa sektor yang harus menjadi tumpuan kerajaan hari ini adalah sektor pengeluaran dan sektor pelancongan. Kedua-dua sektor ini sangat penting kepada negara terutamanya sektor pelancongan. Saya berharap satu dana harta pelancongan dapat ditubuhkan bagi membantu sektor pelancongan yang teruk terjejas hasil daripada COVID-19 baru-baru ini.

Beberapa perkara lain seperti FELDA dan ECRL. ECRL adalah satu projek yang penting, yang dibuat atas pertimbangan ekonomi, bukan pertimbangan politik. Asas kepada pembinaan ECRL adalah daripada port ke port, Port Klang ke Port Kuantan dan terus ke negeri Kelantan.

Dengan pembinaan ini, Pahang berharap satu koridor baharu pembangunan akan wujud dan pelabuhan darat baharu akan wujud di koridor Karak-Mentakab dan Temerloh. Inilah asas.

Kita berharap satu kawasan industri baharu tumbuh dan pelabuhan darat dapat kita wujudkan di koridor Karak-Mentakab-Temerloh yang mempunyai daripada segi population yang besar di situ. Ini membantu pertumbuhan ekonomi negara dan Kuantan akan menjadi sebuah bandar pusat pertumbuhan baharu negara yang akan menghubungkan di antara dua port iaitu Port Kuantan dan Port Klang. Jadi, saya berharap kerajaan balik semula kepada alignment asal ECRL ini. Soal kos itu boleh dibincangkan dan saya rasa daripada segi unit kosnya tidaklah begitu beza di antara yang dikira oleh Kerajaan PH ataupun Kerajaan Barisan Nasional dahulu.

Keduanya ialah masalah FELDA. Masalah FELDA harus dilihat secara keseluruhan.

Bukan sahaja daripada segi kewangan tetapi asas FELDA itu ditubuhkan. Apakah undang- undang yang support penubuhan FELDA? Iaitu GSA. GSA harus dilihat semula dan diperbaharui sesuai dengan keadaan sekarang. Daripada segi pembahagian harta pusaka harus dilihat semula bagaimana kaedahnya supaya memudahkan harta pusaka di kawasan FELDA diuruskan dengan lebih cekap. Pengurusan ladang harus dilihat semula. Kembali kepada soal asas iaitu pengurus-pengurus FELDA mempunyai kuasa yang kuat dalam tanah-tanah GSA seperti dalam Akta GSA yang diasaskan hanya untuk keperluan FELDA. Ini semua adalah satu penyelesaian secara menyeluruh harus dilihat oleh kerajaan bagi menyelesaikan masalah FELDA hari ini.

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya bagi kawasan saya, saya ingin mendapatkan jawapan daripada Menteri Pengangkutan berhubung dengan Lapangan Terbang Pulau Tioman. Adakah kerajaan berhasrat untuk meneruskan projek ini atau tidak? Saya rasa Pulau Tioman memerlukan satu lapangan terbang yang bagus demi pelancong-pelancong dalam musim tengkujuh, musim bulan Oktober, bulan November dan bulan Disember. Jika lapangan terbang ada, pelancong-pelancong boleh pergi ke Pulau Tioman.

Begitu juga dengan beberapa jeti di Pulau Tioman yang telah ditender oleh Kerajaan Barisan Nasional dahulu. Jeti Kampung Tekek, Kampung Salang, Kampung Genting telah di tender oleh kerajaan dahulu tetapi bila Barisan Nasional kalah, semua dipotong sedangkan ini adalah projek yang sangat penting daripada segi pelancongan.

Inilah yang saya katakan awal tadi bahawa tugas utama Menteri Kewangan ketika itu memotong semua projek dan audit. Menteri Kewangan. Sedangkan bila dipotong semua projek, ia menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara. Nasib baik mereka hanya memerintah 22 bulan.

Kalaulah PH memerintah semasa COVID-19 ini, saya tidak dapat gambarkan bagaimana pendekatan yang mereka hendak buat bagi mengatasi masalah oleh kerana dia gambarkan sebelum ini kerajaan berhutang, kerajaan tidak ada duit dan sebagainya. Ini akan melemahkan usaha-usaha untuk memulihkan ekonomi negara.

Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, saya minta kerajaan menggantung pengurusan tertinggi Tabung Haji sehinggalah satu penyelesaian yang muktamad dapat dilihat, siapa yang benar, siapa yang salah, kerana Tabung Haji adalah penting kepada umat Islam dalam negara kita ini.

Sehingga satu audit― dan saya mohon satu taklimat diberikan kepada...

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bangun]

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

...Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung dengan kedudukan semasa Tabung Haji. Silakan.

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, apakah kerajaan bercadang untuk menubuhkan RCI untuk menyiasat Menteri Kewangan dan juga Setiausaha Politik yang gagal untuk menguruskan negara sampai ke peringkat yang cukup teruk? Saya beri contoh. Pasaran saham pada masa tersebut hanya bernilai lebih kurang RM2 bilion sehari. Akan tetapi, hari ini telah naik sampai RM9 bilion. Kenapa perbezaan yang beberapa bulan, diuruskan oleh kerajaan yang berbeza tiba-tiba berlaku perbezaan yang luar biasa? Adakah kita ingin menyiasat kenapa perkara ini berlaku dan...

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bangun]

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Kenapa rakyat tidak mendapat manfaat daripada hutang dan juga pengambilan duit PETRONAS...

draft • 2:40 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Tuan Yang di-Pertua.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua.

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Daripada kerajaan yang lepas.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua.

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Adakah RCI akan ditubuhkan?

draft • 2:40 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Ramai yang sedang menunggu untuk berbahas dan ini sudah banyak kali kita dengar.

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat, sila ringkaskan.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua...

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, atas isu peraturan. Tuan Yang di-Pertua, di sebelah sini. Saya baru masuk dalam Dewan. Tidak mahu mengganggu perbahasan tetapi jangan benarkan Yang Berhormat Arau untuk meracau, membuat kenyataan-kenyataan terhadap mantan Menteri Kewangan.

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Ya, saya tidak mempunyai kuasa. Saya― Tuan Yang di-Pertua...

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tunggu dulu. Saya sedang...

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Saya bukan Speaker, Yang Berhormat Jelutong.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...Isu peraturan, Yang Berhormat Rompin.

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Saya bukan Speaker, Yang Berhormat Jelutong

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Rompin, sila ringkaskan.

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi seperti yang saya katakan tadi...

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ramai lagi ya.

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

...Kepada umat Islam dalam negara kita ini, percayalah dan yakin bahawa Tabung Haji dalam keadaan di bawah kawalan kerajaan. Akta Tabung Haji digubal sedemikian rupa di mana ia bukan di bawah BAFIA. Bukan di bawah BAFIA.

Tabung Haji di bawah undang-undangnya yang tersendiri di mana kuasa-kuasa terletak kepada Menteri dan Parlimen ini sendiri yang menggubal undang-undang itu. Saya minta pengurusan tertinggi Tabung Haji digantung sehinggalah selesai penyiasatan yang terperinci dilakukan.

Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Saya ingin mengumumkan senarai pembahas-pembahas selepas ini. Selepas ini saya ingin menjemput Yang Berhormat dari Tawau, disusuli dengan Yang Berhormat Segambut. Selepas itu Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Tanjong Malim, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Jempol dan Yang Berhormat Shah Alam. Saya kini mempersilakan Yang Berhormat Tawau. Silakan.

draft • 2:40 PM

Datuk Christina Liew Chin Jin - Tawau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih dan syukur saya kerana diberikan peluang berbahas pada petang ini untuk membahaskan

draft • 2:49 PM

Datuk Christina Liew Chin Jin - Tawau

Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam merasmikan Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas.

draft • 2:49 PM

Datuk Christina Liew Chin Jin - Tawau

Seperti Ahli-ahli Dewan Rakyat sedia maklum, negeri Sabah adalah antara negeri di Malaysia yang bergantung besar dengan industri pelancongan sebagai penjana ekonomi negeri.

Pada tahun 2019 lalu, negeri Sabah telah mencatatkan rekod baharu dalam kedatangan pelancong seramai 4,195,903 orang dengan pendapatan pelancongan dengan izin, tourism receipts mencecah RM9.17 bilion, peningkatan sebanyak 8.3 perbandingan dengan pencapaian tahun sebelumnya ialah tahun 2018. Pelancongan juga adalah sumber pertumbuhan ekonomi negeri yang ketiga terbesar dan mampu menjadi salah satu faktor penambah baik industri pelancongan negara Malaysia.

Sehubungan dengan itu, negeri Sabah sangat mengambil berat perkembangan industri pelancongan negeri mahupun negara. Pada dua bulan pertama tahun 2020, Sabah mencatatkan kedatangan pelancong yang memberangsangkan, pada bulan Januari 2020 seramai 338,570 pelancong telah melawat Sabah dan pada bulan Februari seramai 211,995 orang. Walaupun kerajaan negeri memberhentikan kemasukan pelancong negara China pada 31 Januari disebabkan kebimbangan penularan virus Corona pada masa itu.

Tuan Yang di-Pertua, keadaan masa kini telah banyak berubah. Semenjak pengisytiharan bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau MCO oleh Kerajaan Malaysia pada bulan Mac 2020, kemasukan pelancong menurun secara drastik. Statistik menunjukkan dari Januari 2020 ke Mac 2020 kemerosotan sebanyak 52.7 peratus untuk pelancong antarabangsa dan 21.3 peratus pada pelancong domestik. Secara keseluruhan adalah penurunan sebanyak 32.6 peratus dengan ketiadaan penerbangan antarabangsa mahupun domestik bulan April dan Mei telah menunjukkan penurunan yang paling teruk iaitu sebanyak 99.8 peratus.

Memandangkan keadaan industri pelancongan yang sangat perit sekarang, saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Pusat agar dapat mempertimbangkan untuk menambah insentif stimulus package dengan izin, khusus untuk mengusahakan pelancongan dalam negara.

Antaranya adalah melanjutkan tempoh moratorium dan program subsidi sehingga bulan Disember tahun 2020 bagi meringankan beban syarikat-syarikat pelancongan di negara kita. Ini adalah kerana ketiadaan sumber pendapatan kepada syarikat-syarikat pelancongan pada masa kini.

Saya juga ingin bertanya mengenai status tourism tax yang dikumpul untuk tahun 2019.

Saya ingin menyeru kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk memberikan keseluruhan 100 peratus tourism tax yang diperoleh kepada negeri-negeri supaya setiap negeri dapat memberi pertolongan yang sewajarnya kepada industri pelancongan negeri.

Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan saya di sidang Parlimen pada tahun lalu, saya ada menzahirkan permohonan kepada Kerajaan Pusat untuk mempertimbangkan agar memberi kuasa atau penurunan kuasa atau devolution power dengan izin, kepada Kerajaan Pusat untuk

draft • 2:50 PM

Datuk Christina Liew Chin Jin - Tawau

mempertimbangkan. Kepada kerajaan negeri, khusus untuk mengawal geran dan perlesenan pelancongan seperti berikut. Lesen masuk dan keluar untuk ejen pelancongan...

draft • 2:50 PM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Tuan Yang di-Pertua.

draft • 2:50 PM

Datuk Christina Liew Chin Jin - Tawau

...Imbang dan kapal, lesen pemandu pelancong...

draft • 2:50 PM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Tuan Yang di-Pertua, boleh bagi laluan?

draft • 2:50 PM

Seorang Ahli

Libaran.

draft • 2:50 PM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Libaran.

draft • 2:50 PM

Seorang Ahli

Sabah, Sabah.

draft • 2:50 PM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Sabah sama Sabah, sini.

draft • 2:50 PM

Datuk Christina Liew Chin Jin - Tawau

Bolehkah saya habiskan dahulu?

draft • 2:50 PM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Boleh bagi laluan?

draft • 2:50 PM

Datuk Christina Liew Chin Jin - Tawau

Tidak, saya punya ucapan tidak akan panjang, pendek sudah ya.

draft • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, Yang Berhormat Libaran.

draft • 2:50 PM

Datuk Christina Liew Chin Jin - Tawau

Lesen bas-bas pelancong, lesen tiket, lesen permit untuk mengendalikan sekolah institusi pelancongan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi menyeru kepada Kerajaan Pusat untuk mempertimbangkan permohonan tersebut. Pemberian kuasa ini akan dapat memberi ruang kepada kerajaan negeri untuk mengawal selia dan mengemas kini peraturan industri yang sesuai dengan perkembangan di dalam negeri. Saya percaya ini juga dapat memberi faedah kepada Kerajaan Pusat jika industri pelancongan negeri dapat membangun secara pesat dan teratur melalui kerajaan negeri.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat, saya juga mendapat perintah bahawa beberapa buah hotel terkesan berikutan wabak COVID-19. Saya berharap Kerajaan Pusat akan dapat merujuk kembali cadangan-cadangan dari Malaysian Association of Hotels dengan izin, supaya pengusaha-pengusaha hotel tidak sampai bankrap akibat pandemik COVID-19.

Penutupan hotel-hotel akan menjejaskan punca pendapatan rakyat tempatan dan meningkatkan peratus para pekerja yang hilang pekerjaan.

Selain itu, saya juga ingin mengutarakan isu pembukaan pintu antarabangsa kita kepada pelancong luar negara. Seperti yang telah diuar-uarkan beberapa minggu yang lalu, negeri Sabah bersedia untuk membuka pintu masuk kepada pelawat dan pelancong antarabangsa pada bulan September ini. Walau bagaimanapun, ini adalah bergantung kepada keadaan dan situasi dari negara-negara asal dan perjanjian dua hala antara negara kita dan negara asal. Dengan izin, the G2G discussion and bilateral agreement between our Ministry of Foreign Affairs and the Ministry of Foreign Affairs of the respective market. Kerajaan Negeri Sabah akan menyokong usaha untuk mengadakan travel bubble dengan izin, antara Malaysia dan negara-negara tertentu. Sehubungan dengan itu juga, saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk

draft • 2:50 PM

Datuk Christina Liew Chin Jin - Tawau

melancarkan kempen Malaysia is safe seperti yang telah dibuat oleh negara Thailand dan Singapura.

draft • 2:50 PM

Datuk Christina Liew Chin Jin - Tawau

Sekiranya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya boleh melaksanakan satu akreditasi untuk homestay maka saya fikir juga boleh menghasilkan satu akreditasi mengenai prosedur operasi standard SOP dalam situasi new normal ini akan memberi keyakinan kepada lawatan pelancong dalam dan luar negara.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Sabah dan pengusaha pelancongan negeri juga sedang aktif mengenal pasti produk pelancongan dalam negeri untuk tujuan menaik taraf dan memperbaiki prasarana produk-produk tersebut. Saya berharap Kerajaan Pusat juga akan menyokong dan memberi dana tambahan untuk tujuan tersebut terutama sekali produk luar bandar yang dipromosikan sebagai pelancongan berasaskan komuniti atau dengan izin community-based tourism dan pusat-pusat rekreasi bertemakan konservasi dan pemuliharaan alam sekitar.

Baru-baru ini Kerajaan Negeri Sabah khususnya, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) telah memperkenalkan dan meluluskan pelan-pelan tindakan pemuliharaan hidupan liar hiliran Kinabatangan yang mana meliputi kawasan seluas 27,000 hektar hutan. Pelan ini juga merangkumi pelan tindakan kajian Sabah selama 10 tahun dari tahun 2020 hingga 2029.

Sanctuary Hidupan Liar Kinabatangan adalah aset semula jadi terbaik dan pusat ekopelancongan yang perlu dilindungi dan dipulihara untuk pengusaha pelancongan, masyarakat setempat dan generasi seterusnya. Badan bukan kerajaan seperti Kinabatangan Corridor of Life Tourism Association (KiTA) dan WWF Malaysia harus turut sama dalam menjayakan usaha pemuliharaan ini.

Sebelum mengakhiri perbahasan, saya berharap semoga kita di dalam Dewan Rakyat yang mulia ini berjaya mencapai kesepakatan dalam mengatasi masalah COVID-19 dan kemasukan pelancong di dalam Malaysia akan bertambah. Dengan ini, Tawau mohon menyokong Usul Menjunjung Kasih terhadap Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong. Terima kasih.

draft • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Tawau. Saya ingin mempersilakan sekarang ini Yang Berhormat Segambut. Silakan.

draft • 3:00 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Tuan Yang di-Pertua, Segambut bangun membahaskan beberapa isu yang memerlukan penjelasan dan tindakan para Yang Berhormat Menteri. Oleh sebab masa tidak mengizinkan, saya tidak membenarkan sebarang pencelahan dan saya minta kerjasama daripada semua Ahli-ahli Yang Berhormat.

Saya mulakan dengan Kementerian Wilayah Persekutuan. Banjir― Pada 18 Julai telah berlaku hujan lebat yang mengakibatkan kejadian pokok tumbang dan banjir kilat di beberapa

draft • 3:04 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

lokasi di sekitar ibu negara. Banjir kilat ini telah menjejaskan banyak kawasan kampung di Segambut.

Kementerian Wilayah Persekutuan diminta bersama DBKL dan JPS untuk mengambil tindakan dengan seberapa segera. Pertama, melaksanakan moratorium projek pembangunan yang baharu di kawasan sekitar Bukit Kiara iaitu Mont Kiara, Kampung Sungai Penchala, Kampung Segambut Dalam dan semua kampung berhampiran kerana kawasan hijau sekitar Bukit Kiara merupakan kawasan tadahan air hujan dan mengeluarkan Stop-work Order, dengan izin kepada pembangunan berhampiran yang telah gagal menyelenggarakan tapak pembinaan mereka.

Keduanya, mewujudkan peruntukan khusus bagi menjalankan kerja tebatan banjir di kawasan yang berisiko berlakunya kejadian banjir kilat berulang kali di sekitar Kuala Lumpur dan menyediakan kolam takungan banjir untuk menakung air hujan dari kawasan pembangunan baharu supaya tidak memberi beban tambahan kepada sistem saliran sedia ada.

Selalunya, kita diberitahu sukar untuk mencari tanah di Kuala Lumpur sebagai kolam takungan banjir, tetapi saya bagi contoh dua tapak tanah di kawasan sini yang merupakan tanah rizab lebuh raya, highway reserve dengan izin, namun boleh diberikan hak milik. Bayangkan tanah rizab lebuh raya pun boleh dibangunkan. Jika tiada kawalan dilakukan, perancangan yang tidak mapan ini boleh membahayakan penduduk. Bayangkan bila hujan selama 30 minit sahaja sekarang, kita sudah tidak dapat membezakan antara sungai daripada jalan dan ia telah pun berlaku di Kampung Segambut Dalam minggu lepas.

Jadi, saya ingin satu penjelasan kronologi diberikan berhubung dua tapak tanah primeland, dengan izin di Mont Kiara iaitu No. Hak milik: 52998 Lot 81242 dan No. Hak milik Lot:

52999 Lot 81243, Mukim Batu, Daerah Kuala Lumpur yang telah dikeluarkan hak milik sebelum Pilihan Raya Umum 2018, tetapi difahamkan tiada sebarang aktiviti pembangunan selepas Pakatan Harapan menang di Putrajaya.

Tapak tanah ini sewajarnya dijadikan padang rekreasi untuk penduduk yang cukup padat di sana. Sekarang ini orang ramai jogging di Mont Kiara di atas jalan raya yang sibuk kerana tiada padang rekreasi. Satu pun tidak ada. Lawatan tapak telah diadakan oleh DBKL untuk mengenal pasti kesesuaian untuk menjadikan tapak tersebut sebagai padang. Bagaimana kawasan ini boleh dibangunkan tanpa wujudnya kawasan lapang untuk rekreasi. Yang Berhormat Segambut minta penjelasan.

Kedua, Taman Tugu. Saya telah difahamkan bahawa Kabinet telah memberikan kelulusan yang melibatkan pembentukan Amanah Warisan Negara (AWAN) dan penyerahan seluas 66 ekar tanah Taman Tugu kepada AWAN. Saya mahu mendapatkan maklum balas daripada Kerajaan Persekutuan sekarang tentang status pengeluaran geran hak milik yang baharu dan bilakah ia boleh dikeluarkan dan diserahkan kepada AWAN.

Saya mahu Yang Berhormat Menteri baharu UMNO ini komited menyempurnakan proses yang telah berlaku penyerahan Taman Tugu ini kepada Amanah Warisan Negara kerana Taman Tugu ini sangat penting di Kuala Lumpur untuk dikekalkan sebagai kawasan hijau.

draft • 3:04 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Taman Persekutuan Bukit Kiara― Pada tahun 2019, Jabatan Landskap Negara telah memaklumkan bahawa Taman Persekutuan Bukit Kiara telah berjaya diwartakan sebagai Taman Awam Berskala Besar. Saya mahu mendapatkan kepastian mengenai status pewartaan ini dan menggesa kerajaan untuk segera menyempurnakan proses pewartaan Taman Persekutuan Bukit Kiara yang meliputi Lot 54265, Lot 54268, Lot 480589 dan PT.9331, Taman Rimba Kiara.

Selain itu, saya juga ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Wilayah berhubung kerja-kerja pengukuran yang sedang berjalan di Taman Rimba Kiara. Saya ingin mengingatkan kepada Menteri Wilayah agar menghormati proses mahkamah yang sedang berjalan sekarang tidak memulakan sebarang kerja di tapak dan tidak lagi mengeluarkan apa- apa kenyataan mengenai Taman Rimba Kiara sehingga proses di mahkamah selesai.

Saya juga mengalu-alukan inisiatif DBKL dalam perancangan Pelan Struktur KL 2040.

Pada masa yang sama, Jabatan Perangkaan Malaysia sedang dalam proses pelaksanaan Banci 2020. Banci terakhir dilaksanakan pada tahun 2010, saya berharap PSKL 2040 akan menggunakan data Banci 2020 dan bukan data sedekad yang lalu supaya PSKL 2040 ini dibuat berdasarkan gambaran sebenar situasi kependudukan semasa Kuala Lumpur.

draft • 3:04 PM

Seorang Ahli

[Memainkan video di dalam Dewan]

draft • 3:04 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Tuan Yang di-Pertua, ada yang memainkan video, mengganggu.

draft • 3:04 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya minta tolong berhentikan video tersebut. Maaf. Siapa yang memainkan video itu.

draft • 3:04 PM

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 3:04 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Datang daripada sebelah sana saya tidak pasti siapa yang memainkan video, ada.

draft • 3:04 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 3:04 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya minta sesiapa sahaja yang memainkan video itu atau lagu tersebut memberhentikan dengan segera.

draft • 3:04 PM

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 3:04 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, terima kasih.

draft • 3:04 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Tambah sikit masa Tuan Yang di-Pertua. Okey.

draft • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Seminit.

draft • 3:10 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Kementerian Kesihatan. Kerajaan Pakatan Harapan telah memperuntukkan RM60 juta untuk Program Suntikan Vaksin Pnuemokokal yang sepatutnya dimulakan pada bulan Jun tahun ini. Apakah status pelaksanaan peruntukan khas ini? Adakah kementerian akan mewajibkan pengambilan suntikan semua vaksin imunisasi ke atas kanak-kanak di seluruh negara?

Topeng penutup hidung dan mulut. Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan pemberian topeng penutup hidung dan mulut kepada setiap rumah semasa PKP. Saya meminta Yang Berhormat Menteri memberikan butir-butir syarikat yang telah diberikan kontrak

draft • 3:10 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

membekalkan topeng ini dan bagaimanakah mereka dipilih. Saya telah melihat dalam media sosial gambar-gambar kotak topeng muka yang dihantar ke pejabat tanah dan daerah dan dilabelkan Jakel. Adakah ini syarikat tekstil yang sama, yang sekarang ini menjadi pembekal topeng muka kepada Kerajaan Persekutuan.

Dengan pengumuman terkini apakah rancangan kerajaan untuk membantu golongan miskin yang tidak mampu untuk memakai penutup hidung dan mulut setiap hari. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

Kementerian Dalam Negeri. Isu dokumen pengenalan diri dan kewarganegaraan. Kesan jangka panjang ke atas kanak-kanak tanpa kewarganegaraan akan mengakibatkan mereka ini tercicir daripada mendapat pendidikan dan perkhidmatan kesihatan yang sewajarnya serta membesar tanpa berpeluang mendapat pekerjaan atau tidak boleh keluar ke mana-mana negara lain. Perkara ini telah dibawa ke perhatian KDN sebelum kerajaan Perikatan Nasional masuk dan banyak kali dibangkitkan oleh semua Ahli Parlimen di sini.

Saya hendak bagi satu contoh kes, Yu Ting merupakan seorang anak berstatus bukan warganegara yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia. Bapanya seorang warganegara Malaysia dan ibunya bukan bertaraf warganegara Malaysia. Mereka tidak berkahwin apabila Yu Ting dilahirkan. Yu Ting menghidapi sejenis penyakit auto immune yang dikenali sebagai SLE yang memerlukan rawatan secara berkala. Sebelum ini beliau dikenakan caj rawatan kadar bukan warga negara yang sangat tinggi dengan kos rawatan yang membebankan bapanya. Saya telah membantu menulis pelbagai surat kepada banyak agensi untuk pengecualian bayaran caj rawatan supaya anak ini dapat peluang untuk dirawat dan sembuh. Kementerian Kesihatan telah memberikan maklum balas yang baik yang menyatakan bahawa Yu Ting boleh diberikan kemudahan caj rawatan warganegara sehingga beliau mencapai umur 12 tahun. Jadi, Yu Ting akan berusia 13 tahun dalam dua bulan lagi. Namun masih belum dapat sebarang maklum balas daripada KDN mengenai status permohonan beliau.

Ini baru satu kes dan pejabat Ahli Parlimen kesemuanya mempunyai kes yang hampir serupa nasibnya. Semua melibatkan kanak-kanak yang tidak boleh dipersalahkan. Jadi saya hendak bertanya kepada KDN:-

(i) apakah status kajian ataupun sudah kah satu keputusan dibuat mengenai laporan ujian DNA sebagai bukti yang konklusif bagi penganugerahan kewarganegaraan;

(ii) mempermudahkan cara dan memberikan keutamaan kepada permohonan kewarganegaraan yang dikemukakan oleh institusi di bawah JKM;

(iii) mengkaji semula Akta 257 bagi memudah cara dan mempercepatkan penganugerahan kewarganegaraan bagi pengangkatan secara sah; dan

(iv) meneliti semula perundangan dan kaedah pemerolehan kewarganegaraan yang dilahirkan di luar negara terutamanya

draft • 3:10 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

kewarganegaraan automatik diberi kepada anak wanita Malaysia yang lahir di luar negara.

Kita sudah mencapai tahun 2020 dan kita tidak seharusnya mempunyai undang-undang yang mendiskriminasi kaum wanita di negara ini. KDN seharusnya memberikan maklum balas kepada pemohon berhubung justifikasi ataupun sebab-sebab permohonan mereka ditolak. Anak- anak kecil ini dilahirkan di Malaysia dan mempunyai bapa warga Malaysia. Ini tanah tumpahnya darah mereka dan mereka tidak mengenali tanah air yang lain. Kesungguhan politik yang tinggi sahaja mampu untuk menyelesaikan isu yang telah dibiarkan terlalu lama, dengan izin I urge you, I beg you who sit at the extremely powerful desk in the Home Ministry to give thoughtful consideration to the plight of this innocent children to work a day in their footsteps and understand the pain of not belonging anywhere. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mendapatkan jawapan daripada KDN mengenai perkhidmatan outriders. Siapakah yang dibenarkan mendapatkan perkhidmatan outriders? Adakah ianya terhad kepada orang kenamaan sahaja ataupun terbuka kepada orang awam untuk memohon? Apakah keadaan atau situasi yang membenarkan perkhidmatan outriders digunakan walaupun individu disabit, dituduh di mahkamah dan mempunyai hutang cukai kepada Kerajaan Malaysia? Adakah terdapat syarat-syarat tertentu yang melayakkan mereka menggunakan perkhidmatan ini? Saya minta penjelasan.

Menambah baik Bahagian D11, Siasatan Seksual Kanak-kanak. Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian D11 di Bukit Aman adalah bahagian yang sangat penting untuk menjaga keselamatan kanak-kanak. Apakah perancangan kerajaan untuk meningkatkan perkhidmatan Bahagian D11 untuk menjadikannya lebih cekap dan berkesan? Adakah KDN bercadang dan bersedia untuk menambah peruntukan kewangan dan menambah baik infrastruktur, menyediakan ruang pejabat yang lebih selesa dan menyediakan lebih banyak lagi peralatan yang canggih untuk menyiasat jenayah seksual yang semakin bertambah.

Kementerian Kewangan, saya minta Kementerian Kewangan untuk mengusahakan bersama syarikat insurans tempatan, mewujudkan polisi insurans yang mempunyai perlindungan kepada bayi dalam kandungan atau yang baru dilahirkan dengan masalah kesihatan. Ini dapat membantu ibu bapa berpendapatan rendah.

MAMPU. Segambut ingin bertanyakan mengenai rancangan kerajaan untuk memperkasakan peranan MAMPU sebagai pengumpul data dan terutamanya informasi yang melibatkan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan. Saya bagi contoh nama orang yang telah disabitkan di luar negara seperti seorang pedophile yang pulang sebagai pelajar PhD di universiti tempatan. Nama beliau seharusnya boleh terus dimaklumkan kepada Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan untuk proses digitalization, dengan izin. Ia hanya bermakna kalau data-data ini dikongsi antara agensi kerajaan. Tiada gunanya jika setiap agensi mempunyai vendor IT yang masing-masing, sistem yang berlainan dan data ini tidak dikaji, tidak dikongsi, dengan izin the left hand doesn’t know what the right hand is doing. Jadi Segambut hendak

draft • 3:10 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

sarankan kerajaan supaya memberikan lebih banyak kuasa kepada MAMPU untuk mengumpul data, mempunyai bajet yang lebih besar untuk membangunkan satu sistem yang seamless.

Nyanyian lagu Malaysia Bersih. Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini giat mempromosikan lagu Malaysia Bersih, semangat patriotisme dengan nyanyian lagu Negaraku, kemudian lagu Malaysia Bersih di setiap majlis kerajaan. Nyanyian ini bertujuan menyuntik sifat kecintaan kepada negara, bersikap amanah dan jujur dan paling penting menanam kesedaran kepada rakyat betapa pentingnya untuk kita memerangi rasuah serta menjadikan negara ini bersih daripada mereka yang memberi dan menerima rasuah. Jadi soalan saya, adakah nyanyian lagu Malaysia Bersih ini telah pun dihentikan di dalam majlis kerajaan dan apakah alasan jika benar ianya dihentikan. Adakah terdapat perancangan untuk meneruskannya semula?

Akhir sekali, kementerian yang akhir sekali ya Tuan Yang di-Pertua, bagi saya sedikit saja masa tambahan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kes pembuangan bayi dan kempen kesedaran. Kes-kes ini semakin bertambah dan dilaporkan baru- baru ini. Saya ingin mengetahui apakah tindakan yang telah ataupun yang sedang diambil oleh kementerian bagi menangani kes pembuangan bayi. Saya mahu mendapatkan maklum balas KPWKM mengenai kempen kesedaran mencegah pembuangan bayi yang sedang berlangsung sebelum pertukaran kerajaan.

Satu, adakah kempen kesedaran seperti tayangan video pendek di pawagam dan penampalan poster di semua R&R di Lebuhraya PLUS dari North to South ya telah pun dihentikan. Apakah yang telah berlaku kepada tayangan lima video kesedaran mengenai sentuhan selamat dan tidak selamat di Youtube? Bilakah kali terakhirnya diiklankan di Youtube dan adakah kementerian mempunyai perancangan untuk meneruskan video kempen ini di masa hadapan? Jika semua ini telah dihentikan, apakah program penggantian yang sedang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri baharu.

Pengagihan Bakul Makanan JKM telah banyak dikatakan dan saya hanya minta supaya kita berlaku adil dan memberikan bakul makanan jika PKP dilaksanakan semula melalui pejabat semua Ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen pembangkang kerana orang miskin ini ada di merata seluruh Malaysia dan bukan sahaja di kawasan Parlimen kerajaan. Serta jangan juga membuat SOP baru yang menyukarkan NGO dan pegawai JKM di setiap daerah untuk menghulurkan bantuan semasa PKP.

Pelan Strategi Kebangsaan bagi menangani punca perkahwinan bawah umur. Pelan ini telah dilancarkan pada bulan Januari tahun ini dan pelan ini akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun melibatkan 61 agensi Kerajaan Persekutuan dan 58 program. Apakah status pelaksanaan ini dan siapakah yang sedang memantau perjalanan pelan ini ataupun pelan ini akan dimansuhkan oleh Yang Berhormat Menteri baharu?

draft • 3:10 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Kes keganasan rumah tangga telah bertambah semasa PKP dan Women’s Aid Organization telah memberikan semua data ini kepada orang ramai. Saya ingin bertanya, berapa kali kah Jawatankuasa Menangani Keganasan Rumah Tangga telah bermesyuarat semasa PKP

draft • 3:20 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

untuk menyelaraskan data NGO dengan data polis dan data Talian Kasih? Kerajaan mesti have a sense of urgency, dengan izin, mengenai domestic violence. Geran RM30 juta telah dijawab oleh Menteri pada pagi ini. RM30 juta ini dalam Belanjawan 2020 adalah untuk penyediaan taska di sektor awam. Bermaksud RM30 juta ini adalah untuk front liners kita― doktor, jururawat, cikgu sekolah dan polis. Seperti yang telah kita dengar, hanya 45 permohonan telah diluluskan. Ini bermaksud hanya 16 peratus sahaja peruntukan itu telah digunakan dan 80 peratus lagi dana ini telah disalurkan kepada taska persendirian atau private taska, dengan izin.

Jadi, saya hendak minta Yang Berhormat Menteri untuk memberi fokus kepada taska sektor awam kerana duit dana ini, RM30 juta bukan senang nak cari untuk frontliners kita. Kalau frontliners kita tidak dapat menghantar anak mereka ke taska di kementerian ataupun di tempat kerja masing-masing, ini akan mengakibatkan kerja mereka terjejas. Saya minta lebih penjelasan mengenai kes ini.

Akhir sekali, MAMPU telah menjalankan kajian JKM dan mendapati nisbah pelindung JKM secara kasarnya sekarang ini ialah nisbah satu pelindung kanak-kanak kepada 45 ribu kanak-kanak. Ini berdasarkan anggaran tahun 2019. Jumlah pelindung kanak-kanak berdaftar adalah 208 orang berbanding 9.4 juta kanak-kanak di seluruh negara. Saya hendak penjelasan sama ada status penambahan bilangan pelindung kanak-kanak bagi memenuhi keperluan menangani isu kanak-kanak ini akan berjalan.

Semasa tempoh PKP, JKM telah diberikan pelbagai tugasan untuk mengedarkan bantuan makanan dan mengawal pusat kuarantin. Saya meminta, jika PKP dilaksanakan sekali lagi, untuk mengecualikan pegawai pelindung kanak-kanak daripada tugasan tambahan JKM kerana mereka perlu be on standby, dengan izin, jika ada kes-kes yang dilaporkan mengenai keganasan terhadap kanak-kanak.

Kerajaan seharusnya mengambil langkah proaktif menyelaras dan mentadbir isu berkaitan kanak-kanak seperti penubuhan taska kepada sebuah kementerian sahaja. Apakah status isu dual licensing yang melibatkan lesen taska dan tadika di dalam satu premis?

Sehingga ke hari ini, isu pendidikan awal sahaja ditadbir urus di bawah empat kementerian iaitu KPWKM, Kementerian Pendidikan, Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Saya mencadangkan supaya bidang kuasa pendidikan awal (early childhood care and education) diselaraskan dan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan sahaja untuk lebih teratur dan mempunyai kesinambungan bagi perkembangan dan pembangunan diri kanak-kanak.

Akta Kanak-kanak terletak di bawah JKM bagi memantau isu melibatkan kanak-kanak sedangkan JKM mempunyai banyak tugasan dan kanak-kanak merupakan aset terpenting negara. Saya percaya ia memerlukan pengkhususan seperti kementerian lain. Kalau ada ruang untuk wujudnya seorang Menteri tugas-tugas khas seperti sekarang, saya tidak faham kenapa kerajaan tidak boleh mewujudkan kementerian kanak-kanak ataupun sekurang-kurangnya sebuah agensi kanak-kanak yang mempunyai peruntukan khusus dalam menangani isu-isu

draft • 3:20 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

berkaitan kanak-kanak yang mana populasinya mencecah 30 peratus daripada jumlah rakyat Malaysia.

Kalau ada Menteri menyebut bahawa kelapa sawit itu adalah anugerah tuhan, kita semua juga harus sedar betapa kanak-kanak merupakan anugerah terpenting dan utama negara kita hari ini dan untuk masa depan. Kita sewajarnya menyediakan peruntukan dan tenaga kerja yang mencukupi untuk menjaga mereka.

Segambut mohon cadangan ini diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh Perdana Menteri dahulu, Perdana Menteri sekarang dan Perdana Menteri yang akan datang. Segambut dengan ini menjunjung kasih dan saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan masa tambahan. Terima kasih.

draft • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Segambut. Saya mempersilakan Yang Berhormat Kuantan untuk membahaskan usul ini.

draft • 3:20 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Izinkan saya untuk membahaskan Titah Diraja untuk sesi sidang kali ini.

Bermula dengan isu kemiskinan, seperti yang di dalam Titah Diraja, saya ingin membawa kita kepada Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas dan Laporan Survei Perbelanjaan Isi Rumah Malaysia 2019 yang dikeluarkan awal Julai 2020 di mana hasil daripada bancian tersebut mendapati bahawa jumlah isi rumah yang miskin pada tahun 2019 kini ialah 405,441 jumlah isi rumah yang miskin pada tahun 2019 berbanding dengan pada tahun 2016.

Maksudnya ia meningkat sebanyak 16 kali ganda. Ini kerana pada tahun 2016, kita masih menggunakan kayu ukur RM980 pendapatan isi rumah sebagai paras garis kemiskinan. Jadi paras garis kemiskinan ini ialah pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,208. Itu merupakan paras garis kemiskinan yang terbaharu.

Akan tetapi, Tuan Yang di-Pertua, pada pandangan saya, sekiranya kita mengambil ukuran Multidimensional Poverty Index ataupun Indeks Pelbagai Dimensi di mana kita ambil kira aspek taraf kehidupan, persekitaran, kesihatan, pendidikan dan perumahan, saya yakin bahawa jumlah ini akan meningkat lebih tinggi. Bukan setakat 16 kali ganda daripada jumlah pada tahun 2018 hasil daripada bancian ini. Akan tetapi kalau kita guna Multidimensional Poverty Index, kita akan dapati the numbers ataupun jumlah itu akan lebih tinggi.

Ini kerana kalau mengikut Multidimensional Poverty Index ini, kita akan melihat kepada aspek kesihatan. Adakah mereka mampu mendapatkan khidmat kesihatan? Kita lihat kepada aspek pendidikan, adakah mampu anak-anak mereka dihantar ke pengajian tinggi contohnya?

Kita juga melihat kepada aspek perumahan kerana kita tengok orang miskin bandar dan miskin kampung, luar bandar tidak sama keadaannya. Jadi, perlu kita mengambil pendekatan yang lebih mendalam berkenaan dengan kajian ini. Bagus kita mengiktiraf ataupun menerima hakikat

draft • 3:24 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

bahawa kita meningkat 16 kali ganda daripada jumlah yang miskin pada tahun sebelum ini tetapi perlu kita melihat kepada kayu ukur yang lebih komprehensif.

Tuan Yang di-Pertua, haruslah kita melihat kepada bagaimana kita hendak membangunkan ekonomi. Saya ingin membawa kepada satu permasalahan berkenaan dengan kemiskinan. Rakyat Malaysia ini miskin sebenarnya sebelum pandemik ini lagi tetapi ditambah beratnya atau bebannya dengan pandemik COVID-19 yang kita lalui. Kalau kita tengok, Tuan Yang di-Pertua, pendekatan kita mestilah evidence based. Kita mesti melihat bagaimana kita boleh membantu orang-orang yang miskin ini.

Contoh, bagaimana kita hendak membangunkan usahawan? Kita mendapat maklumat bahawa banyak dana yang dikeluarkan. Contoh, Bank Negara mengeluarkan bantuan khas sebanyak RM5 bilion untuk perusahaan kecil dan sederhana contohnya. Sehingga kini, sehingga 26 April 2020, sebanyak 8,500 perusahaan kecil dan sederhana telah pun mendapat manfaat daripada bantuan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sebanyak RM4.5 bilion dana pinjaman.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian kita kepada satu segmen pengusaha, usahawan iaitu the micro industries. Bila kita bercakap tentang SME atau kecil dan sederhana, kita selalu lupa kepada yang mikro ini. Kajian juga menunjukkan bahawa micro industries ini merupakan 78 peratus daripada SMEs dan selalu ketinggalan. Dulu pun Menteri Pembangunan Usahawan kata, kenapa susah sangat nak dapat sijil halal? Saya bagi kes tadi, sijil halal susah sangat.

Jadi, sebab itu saya dalam kerajaan, bila saya tengok SOP hendak dapat sijil halal tidak susah tetapi mengapa ianya jadi susah kerana mereka dalam kategori mikro ini, dia berhadapan dengan satu masalah yang dipanggil masalah tingkah laku (behavior). Mereka mempunyai satu keadaan di mana yang kita panggil kapasiti relung fikir yang sempit ataupun kekurangan bandwidth, relung pemikiran yang sempit. Jadi, apabila mereka― katakanlah mereka buat sambal belimbing, sedap sambal ini, tetapi mereka hendak dapatkan sijil halal supaya mereka boleh pasarkan ke pasar raya.

draft • 3:24 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

Mereka boleh pasarkan ke pasaran antarabangsa apabila mereka ada sijil halal. Akan tetapi bila datang audit daripada Jabatan Agama Islam Negeri atau daripada JAKIM, mereka tidak diluluskan kerana apa? Ini kerana simple sahaja. Oleh sebab mereka berkongsi dapur.

Untuk dapat sijil halal, tidak boleh guna dapur yang sama. Kena ada dapur lain kerana tidak boleh bercampur masak di rumah dengan masak untuk dapatkan sijil halal. Akan tetapi, sambal dia amat sedap. Oleh kerana cabaran itu, dia tidak dapat hendak atasi. Relung pemikiran dia sempit ya. Mereka ini kadang-kadang bertahun-tahun tidak boleh atasi hendak buat dapur yang berbeza untuk meluluskan syarat mendapatkan sijil halal ini.

Apabila saya di pihak kerajaan dahulu, saya dapati bahawa dalam Majlis Halal Malaysia, ada 12 kementerian tetapi tertinggal satu kementerian iaitu Kementerian Luar Bandar di mana tidak ada satu mekanisme ya bila sudah lulus itu tak ada siapa yang membimbing mereka.

draft • 3:30 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

Mereka tidak tahu hendak pergi mana dan akhirnya mereka duduk situ dan tidak reti hendak selesaikan masalah mereka.

Jadi, apabila kita bercakap berkenaan dengan membasmi kemiskinan, kita mesti bantu mereka untuk menyelesaikan keadaan ini. Oleh sebab di situ Tuan Yang di-Pertua wujud satu jurang. Jurang itu adalah apa yang dimiliki dan apa yang sebenarnya diperlukan untuk kelangsungan hidup. Apa yang mereka miliki itu tidak cukup untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup. Maka, perlu kita bantu untuk bridge the gap. Jadi, di sini dengan sedikit pengalaman berada di pihak kerajaan, saya dapati bahawa jurang ini tidak diisi ya dan di situ ada gap yang perlu kita lihat bagaimana kita hendak bantu mereka.

Perlu juga kita lihat kepada behavioral inside. Bagaimana kita hendak gunakan behavioral inside ini untuk menggubal dasar dan untuk menyelesaikan masalah. Bukan semata- mata untuk kementerian ini dapat milik dia. Kementerian ini, ini kerja dia. Di situ perlu ada satu mekanisme untuk melihat kepada bagaimana kementerian ini dan kementerian ini boleh bekerjasama untuk membantu industri mereka yang di bawah ini ya untuk mereka mengatasi masalah mereka yang hasilnya daripada relung pemikiran sempit tadi.

Pada pandangan saya Tuan Yang di-Pertua, apabila kita membantu mereka, kita dapati bahawa bila mereka dapat sahaja sijil halal itu, kita dapati bahawa pendapatan mereka meningkat berlipat kali ganda. Ada juga kes yang kita dapati bahawa pendapatan mereka meningkat kepada 40 kali ganda ya apabila mereka mendapat sijil halal. Jadi perkara ini kecil tetapi– dan mereka ini, usahawan mikro ini selalu diketepikan dan merekanya satu kelompok yang amat besar.

Kadang-kadang mereka tidak ada SSM. Tiada SSM, tidak boleh dapat sijil halal. Mereka hendak daftar SSM pun susah. Jadi, ini pada pandangan saya lihat kepada behavioral inside dalam polisi menggubal dasar.

Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua izinkan saya juga bercakap berkenaan dengan institusi wakaf dan zakat. Bagaimana institusi wakaf dan zakat boleh membantu kita di dalam kita membanteras kemiskinan daripada aspek Multidimensional Poverty Index. Di Malaysia, wakaf adalah satu permata yang hilang. Kita di Malaysia orang Islam bila cakap pasal zakat, masjid, tanah kubur, wakaf al-Quran dan sebagainya. Akan tetapi bolehkah kita mampu memperkasakan institusi wakaf ini?

Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab, bilakah rang undang-undang wakaf yang pada waktu saya dahulu sudah pun digubal, bilakah akan dibawa ke Parlimen kerana dengan adanya good governance ya dan digubalnya rang undang- undang wakaf, kemudian diselaraskan di setiap negeri, boleh kita memperkasakan wakaf ini kerana ini adalah peluang bagi semua umat Islam untuk mendapat pahala yang berterusan di masa yang sama membantu untuk memperkasakan ekonomi.

Bagaimana pula dengan konsep hospital wakaf? Oleh sebab hospital wakaf pada pandangan saya should be five star, seharusnya lima bintang tetapi harganya bukan lima bintang.

Harganya tiga bintang kerana ada wakaf di situ dan untuk asnaf ia nya harus percuma. Bilakah kita hendak membangunkan konsep hospital wakaf? Bagaimana pula dengan sekolah-sekolah?

draft • 3:30 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

Oleh sebab sekolah-sekolah kita kalau kita tengok dalam keadaan sukar sekarang kepada hari ini, guru-guru terpaksa buat modification kepada meja sebab meja itu kena panjang sedikit. Murid kena jarak sedikit dan kita tidak ada dana tandas di sekolah rosak ya. Makmal bermasalah dan sebagainya.

Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, bagaimana perancangan ya untuk mewujudkan wakaf pendidikan yang boleh membantu sekolah-sekolah dibangunkan melalui dana wakaf. Ini kerana apabila kita ada governance insya-Allah kepercayaan itu akan datang, kita ada sistem yang baik. Kalau kita ada blockchain technology yang seperti dirancang dahulu, maka orang ramai akan yakin ya untuk memberikan wakaf ini untuk berwakaf untuk membangunkan sektor yang ketiga dalam ekonomi kita. Ini harus diterokai dan harus dilaksanakan sekiranya kita hendak membangunkan ekonomi negara kita terutamanya selepas pandemik ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk secara ringkas bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan ECRL. Ini kerana Pahang merupakan laluan jajaran ECRL pada ketika Kerajaan Pakatan Harapan menjadi kerajaan kita menukar jajaran ECRL supaya tidak ada kesan kepada alam sekitar di Pahang, kawasan- kawasan yang sensitif dan sebagainya. Saya juga ingin penjelasan sama ada dasar itu akan diteruskan supaya kawasan-kawasan yang sensitif alam sekitar tidak digunakan sebagai jajaran ECRL di Pahang.

Seterusnya, saya ingin menggunakan masa yang berbaki ini untuk juga bertanyakan kepada Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab terhadap Lynas. Ini kerana pada hari ini, Lynas masih terus beroperasi dan ditambah tempoh lesennya. Lynas terus mengeluarkan sisa buangan radioaktif water leached purification solid waste. Lynas pada hari in belum mengenal pasti tapak pelupusan kekal. Kami bagi pihak warga Kuantan saya ingin bertanya, apakah plan dan perancangan yang boleh melindungi kami berkenaan dengan waste management ataupun pengurusan sisa buangan radioaktif ini. Oleh sebab jangka masa panjang kita khuatir terhadap kesan low-level long-life radioactive waste ini.

Dahulu, ada rancangan untuk buat cracking dan leaching di luar negara sebab cracking and leaching itu adalah sebahagian daripada proses extraction radioactive– extraction rare earth ini di mana di situlah dikeluarkan sisa buangan radioaktif itu. Jadi kalau ianya dibuat di luar negara, kemudian dibawa ke Malaysia untuk end proses, maka tidak ada lagi dikeluar sisa buangan radioaktif itu. Itulah rasional dia kerajaan terdahulu hendak buat leaching and cracking facilities dekat Australia sebab proses itulah yang mengeluarkan sisa buangan radioaktif itu.

Sekarang sudah lebih sejuta tan ya di Gebeng bukan dalam permanent disposal facility tetapi temporary storage facility di atas tanah gambut yang di mana kita hendak tahu bila ianya akan dipindahkan kepada permanent disposal facility. Pada pandangan saya, kita pindahkan yang sedia ada, kita hentikan Lynas mengeluarkan sisa buangan radioaktif dengan buat operasi leaching and cracking di luar negara di Australia. Maka, dengan itu boleh membantu kita

draft • 3:30 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

memastikan bahawa operasi itu selamat, tiada lagi sisa ataupun waste ataupun hasil WLP daripada proses kilang Lynas.

Jadi pohon, penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri-menteri yang bertanggungjawab. Saya ucap terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum.

draft • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumussalam. Terima kasih. Yang Berhormat Kuantan.

Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Shah Alam untuk membahaskan usul ini.

Silakan.

draft • 3:30 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Bismillahir Rahmanir Rahim.

[Membaca sepotong doa]

draft • 3:39 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Ibnu Taimiyah telah menyatakan [Membaca sepotong ayat dalam bahasa Arab] yang bererti, “Sesungguhnya Allah akan menegakkan dan mempertahankan sebuah kerajaan yang adil walaupun ia nya kafir dan tidak akan mempertahankan malahan akan memusnahkan kerajaan yang zalim walaupun ia Muslim” Ini merupakan satu penulisan yang bertujuan untuk menggalakkan dan mendorong pemerintah-pemerintah di negara-negara umat Islam supaya mementingkan persoalan keadilan dan jangan menganggap bahawa semata-mata kerana mereka adalah kerajaan Muslim, maka mereka akan dilindungi. Kata-kata yang sama dengan semangat yang sama, bukan sekadar dikatakan oleh Ibnu Taimiyah.

Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Nashihatul Al-Muluk, Nizam ul-Mulk, ulama Al-Tusi di dalam kitabnya Siar Al-Mulk juga mengeluarkan kata-kata yang mempunyai makna dan nasihat yang sama yang berbunyi, [Membaca sepotong ayat dalam bahasa Arab] maknanya kerajaan boleh kekal walaupun ia nya kafir tetapi kerajaan tidak boleh kekal kalau ia zalim.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Perikatan Nasional dan golongan Muafakat Nasional adalah kesatuan atas sama-sama Melayu Islam semata-mata tanpa memberikan penekan dan penegasan kepada persoalan keadilan dan menentang kezaliman. Atas semangat inginkan kesatuan di kalangan orang Melayu yang beragama Islam, maka mereka telah bersekongkol dan bersepakat untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan.

Kerajaan Perikatan Nasional ini merupakan satu kerajaan yang tidak mempunyai asas yang kukuh walaupun Yang Berhormat Sik tempoh hari telah menyebut bersatu kita kukuh, bercerai kita roboh. Hanya bersatu atas dasar kaum dan agama yang sama tidak mencukupi.

Malahan ia merupakan satu asas yang rapuh oleh kerana ia merupakan kerajaan yang dibentuk sekadar ingin membentuk kerajaan yang mana Ahli-ahli Parlimen diikat melalui tawaran jawatan dan kedudukan. Sama ada sebagai Timbalan Menteri ataupun Menteri dengan diadakan satu Kabinet yang begitu besar dan ditawarkan jawatan-jawatan di dalam GLC dan sebagainya.

draft • 3:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Kerajaan Perikatan Nasional terhasil atas tindakan khianat dan mereka yang khianat disokong oleh MP lain terutamanya UMNO, GPS dan PAS. Khianat ini adalah satu kezaliman terhadap rakyat jelata yang telah memberi mandat kepada Pakatan Harapan untuk memerintah.

Oleh kerana ia berada atas satu asas dan dasar yang zalim, maka saya yakin ia tidak akan bertahan lama.

Bagi saya UMNO dan pihak-pihak yang lain menyokong pengkhianat untuk membentuk kerajaan tidak menghairankan. UMNO pernah melakukannya sebelum ini semasa Kerajaan Negeri Perak yang mana tindakan khianat dan pembentukan kerajaan pintu belakang telah dikutuk oleh Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan sekeras-kerasnya. Apa yang menghairankan saya ialah tindakan PAS yang sanggup menyokong golongan pengkhianat sedangkan ia merupakan satu sikap dan...

draft • 3:40 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 3:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

...Pendirian yang bercanggah dengan tuntutan Islam. Islam mengutamakan sifat amanah dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan khianat. Hadis Rasulullah SAW [Membaca sepotong Hadis] . “Tidak ada iman bagi mereka- mereka yang tidak ada amanah pada diri mereka, sedangkan sokongan terhadap pengkhianat amat tidak bertanggungjawab”. Silakan.

draft • 3:40 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.

Saya ingin bertanya berkenaan dengan isu khianat tadi. Adakah tindakan beberapa Ahli Parlimen yang keluar daripada PAS selepas kalah pemilihan Muktamar 2015 juga boleh ditafsirkan sebagai khianat. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 3:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Terima kasih. Saya pun memang mengharapkan soalan itu ditanya, [ketawa] kerana tindakan kita tidak menghasilkan jatuhnya kerajaan, nombor satu. Kedua, kita telah keluar daripada PAS kerana PAS yang telah menang khususnya di kawasan dan negeri seperti negeri Selangor telah menang dengan sokongan Pakatan Rakyat dan saya sebagai calon di Shah Alam telah melihat bagaimana anggota PKR, anggota DAP telah bekerja keras berkempen untuk saya dan akhirnya saya mencapai kemenangan.

Sedangkan PAS berusaha untuk keluar daripada Pakatan Rakyat dan itu merupakan pengkhianatan oleh PAS terhadap Pakatan Rakyat. Kekuatan PAS sebenar di Shah Alam boleh dilihat dalam Pilihan Raya ke-14, di mana saya telah bertanding atas tiket Pakatan Harapan dalam pertandingan tiga penjuru. Dalam pertandingan tiga penjuru itu calon PAS mendapat jumlah undi yang paling rendah di kalangan tiga.

Ini menunjukkan bahawa sokongan PAS yang telah diperoleh dalam pilihan raya umum sebelum itu adalah atas sebab Pakatan Rakyat. Sebenarnya PAS melakukan satu kesilapan besar meninggalkan Pakatan Rakyat. Kalau PAS bersama dengan Pakatan Harapan sekarang ini, PAS akan mempunyai hampir 40 kerusi Parlimen. Di antara sekarang dengan Amanah 18 dengan 11 adalah sudah 29. Ada lagi kerusi-kerusi yang boleh dimenangkan.

draft • 3:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Akan tetapi oleh kerana ada niat untuk khianat berdiri sendiri dengan andaian sendiri lagi kuat maka walaupun menang di Kelantan dan Terengganu dan sekarang ini di Kedah hakikatnya kalau PAS bersama dengan Pakatan Harapan dalam PRU-14, kita ada kerajaan di Johor, kita ada kerajaan di Melaka, kita ada kerajaan di Perak, kita ada kerajaan di Negeri Sembilan, kita ada kerajaan di Kedah, kita ada kerajaan di Selangor yang mana kesemuanya PAS akan menyertainya. Itu Yang Berhormat Pasir Putih...

draft • 3:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu.

draft • 3:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

...Yang Berhormat Pasir Putih atau Yang Berhormat Pasir Mas? Yang Berhormat Pasir Putih kata...

draft • 3:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Yang Berhormat Shah Alam...

draft • 3:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

...Hendak tunggu Pilihan Raya...

draft • 3:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

...Setiu minta penjelasan.

draft • 3:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

...Ke-15 hendak dapat dua pertiga.

Hakikatnya kalau tidak keluar daripada Pakatan Rakyat tempoh hari dan membawa dasar Melayu Islam dan kekal sebaliknya dengan dasar PAS for all yang telah diperjuangkan oleh Almarhum Tok Guru Nik Aziz kita sudah boleh dapat dua pertiga sekarang.

[Tepuk]

draft • 3:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu.

draft • 3:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Minta maaf ya.

draft • 3:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu. Yang Berhormat Shah Alam, Setiu.

draft • 3:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Sokongan terhadap pengkhianat amat tidak bertanggungjawab.

draft • 3:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu minta laluan.

draft • 3:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Ini kerana masa ya. Masa tidak mengizinkan.

draft • 3:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Sikit sahaja.

draft • 3:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Kalau ada masa saya beri. Sokongan kepada kerajaan yang diasaskan oleh pengkhianat tidak bertanggungjawab. Walaupun disokong UMNO dan PAS, Kerajaan Perikatan Nasional tetap merupakan kerajaan lemah bagaikan telur di hujung tanduk.

Majoriti yang tipis beza tiga sahaja. Kerajaan lemah tidak akan menghasilkan keyakinan di kalangan pelabur malahan di kalangan rakyat dan semua merasa tidak aman. Ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab, yang hasilnya kerajaan yang lemah dan pengkhianatan yang seperti ini adalah bercanggah dengan kepentingan rakyat dan negara.

Tindakan sokongan kepada pengkhianat juga...

draft • 3:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu Yang Berhormat Shah Alam, Setiu sekali lagi. Nanti tukar tajuk lain pula.

draft • 3:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

...Merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab.

draft • 3:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Boleh Setiu, Setiu satu.

draft • 3:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Boleh Setiu satu?

draft • 3:50 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Bukan sekadar pengkhianat yang tidak bertanggungjawab kerana tindakan mereka telah menghasilkan satu kerajaan yang lemah daripada kerajaan yang asalnya kukuh, yang pelabur pun selesa, rakyat pun rasa aman tetapi apabila mereka khianat, terhasil satu kerajaan yang lemah bagaikan telur di hujung tanduk. Ini kerana bukan sekadar mereka khianat tetapi mereka disokong oleh golongan yang suka kepada pengkhianat.

Parti Islam yang berpegang kepada Islam seharusnya menolak pengkhianat [Tepuk] dan hormati mandat serta pilihan rakyat. Tidak wajar sekali-kali menyokong pengkhianat, lebih-lebih lagi untuk menghasilkan kerajaan lemah dan tidak stabil. Parti Islam sebaliknya kalau benar- benar pegang kepada ajaran Islam, membantu kerajaan yang dikhianati dan bukan pengkhianat.

Rakyat sedang melihat. Menyokong Pakatan Harapan yang dikhianati akan menghasilkan kerajaan yang lebih stabil.

draft • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Shah Alam, sedikit Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 3:50 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu, Setiu, Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Shah Alam, sedikit Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 3:50 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Kalau sekarang ini ada 109, kalau PAS ada 18 bersama dengan Pakatan Harapan, kita akan ada 127 kerusi.

draft • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, sila duduk.

draft • 3:50 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Kerajaan yang stabil. Ini tindakan parti yang bertanggungjawab. Bukan menyokong pengkhianat dan menghasilkan kerajaan yang lemah dan tidak dihormati.

draft • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 3:50 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Saya beri Yang Berhormat Sepang pasal saya ambil petikan tulisan Imam Ibnu Taimiyah.

draft • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam, saya hendak tanyalah. Yang Berhormat Shah Alam tidak patutlah. Patut ambil dari kanan. Apabila ambil dari kanan ini boleh dapat GLC, dapat duta khas, dapat jadi Menteri, okeylah itu. Apa Yang Berhormat Shah Alam hendak marah-marah ini?

Terima kasih.

draft • 3:50 PM

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 3:50 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Baik, terima kasih Yang Berhormat Sepang.

Saya ingat soalan itu semua tahu jawapannya. Perjuangan kita bukan untuk itu tetapi perjuangan

draft • 3:50 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

kita ialah untuk mewujudkan sebuah negara yang aman, yang maju, yang bersatu padu, di mana perkauman ditolak dan kezaliman dilihat jijik dan tidak ada tempat.

[Tepuk] Saya hendak jawab juga Yang Berhormat Pekan dalam ucapannya. Bab ini sudah habis, saya masuk bab hendak jawab ucapan Ahli Yang Berhormat dari Perikatan Nasional.

draft • 3:50 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Masih jadi Menteri kah hendak jawab ini?

draft • 3:50 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Ya, insya-Allah.

draft • 3:50 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Macam masih Menteri lagi.

draft • 3:50 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Pekan ada menyebut DBKL meluluskan perhimpunan tabligh semasa suasana pandemik. Hakikatnya bukan DBKL yang meluluskan tetapi sebaliknya pihak polis yang di bawah Kementerian Dalam Negeri yang dipimpin oleh Yang Berhormat Pagoh. Kalau Yang Berhormat Pekan tidak puas hati, tanyalah Yang Berhormat Pagoh.

DBKL hanya meluluskan permohonan tutup jalan yang dipohon penganjur setelah perhimpunan diluluskan pihak polis. Akan tetapi yang lebih teruk dan lebih dahsyat dari meluluskan perhimpunan tabligh pada masa pandemik adalah menjatuhkan kerajaan pada ketika pandemik. Ini menyebabkan tindakan untuk menangani perhimpunan tabligh tidak dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

draft • 3:50 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Sendiri jatuh...

draft • 3:50 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Rompin pula ada menyebut Kerajaan Pakatan Harapan jatuh selepas menang PRU kerana tidak menunaikan janji manifesto. Maka oleh kerana itu, hilang mandat. Kalau itulah hujahnya, sepatutnya Yang Berhormat Rompin menasihati pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional tunggulah PRU-15 dan biarlah rakyat yang menjatuhkan Pakatan Harapan kalau benar Pakatan Harapan tidak menunaikan janji-janjinya.

Tidak perlulah tebuk atap ataupun gunakan pintu belakang. Akhirnya oleh kerana saya mantan Menteri Wilayah Persekutuan, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan. Adakah benar Majlis Perwakilan Penduduk yang baru telah dibentuk dan ia dibentuk tanpa merujuk kepada Ahli-ahli Parlimen kawasan-kawasan mereka?

Lalu kalau Ahli Parlimen tidak dirujuk, Majlis Perwakilan Penduduk ini dilantik atas cadangan siapa? Bahagian UMNO? Cawangan UMNO? Tidakkah ini merupakan satu tindakan yang zalim dan tidak menghormati mandat rakyat. Sekian, saya ucapkan terima kasih.

draft • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.

[Tepuk] Saya kini ingin mempersilakan Yang Berhormat Kalabakan. Silakan.

draft • 3:50 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

*Bismillahir rahmanir rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang baru Datuk Azhar bin Azizan @ Harun yang

draft • 3:55 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

masyhur dengan panggilan Art Harun. Orang Kalabakan pun tahu Art Harun kerana membuka peluang kepada saya biarpun hanya 15 minit untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja hari ini.

Saya sangat bersetuju dengan Yang Berhormat Shah Alam tadi. Sejujurnya sebagai seorang Ahli Parlimen Sabah dari Borneo, dari blok pembangkang, saya berasa teruja untuk menzahirkan buah fikiran serta pandangan saya ke arah menyedarkan Kerajaan Perikatan Nasional bahawa betapa rapuhnya pentadbiran mereka biarpun mempunyai jumlah Menteri dan Timbalan Menteri yang begitu besar sehingga ada Yang Berhormat di sebelah sana meminta agar Dewan dibubarkan.

Tidak perlulah kita bubar Dewan dahulu. Kasihan kepada rakyat yang dipaksa lagi berbaris panjang untuk mengundi. Kembalikan sahaja mandat asal rakyat yang memenangkan Pakatan Harapan dan Warisan pada PRU-15 kerana kos PRU juga bukanlah murah, berbilion- bilion duit rakyat yang perlu dibelanjakan. Biarpun dibarisi dengan 31 orang Menteri termasuk 38 orang Timbalan Menteri, namun di mata rakyat ternyata Kerajaan Perikatan Nasional tidak langsung berfungsi dan hanya membazir duit pembayar cukai.

Apakah Kerajaan Perikatan Nasional betul-betul terdesak untuk menarik sokongan Ahli- ahli Parlimen di sebelah sini dengan godaan dan tekanan yang berbagai diguna pakai. Kerajaan Perikatan Nasional bukan sahaja gagal mewujudkan keadilan dan penyaluran bantuan PRIHATIN. Tambahan pula mereka senyap-senyap bermain politik dengan mengatur beberapa siri rampasan kuasa di peringkat negeri. Ini termasuk di negeri Sabah.

Hakikatnya ketika pandemik COVID-19 menyerang dan PKP Fasa Pertama dilaksanakan, profesional awam seperti Director General Kementerian Kesihatan Malaysia Datuk Dr. Noor Hisham dan semua frontliners yang terdiri daripada anggota polis, tentera, jururawat dan sebagainya yang telah banyak berperanan dan memastikan rakyat patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan dengan baik dan sistematik tanpa berlaku kacau bilau seperti di negara- negara luar.

Kerajaan Negeri Sabah juga di bawah pimpinan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal turut mengagihkan sebanyak RM1 juta kepada setiap agensi-agensi frontliners yang disebutkan di Sabah untuk menjaga kebajikan mereka semasa menjalankan tugas-tugas PKP. Ini membuktikan kakitangan awam lebih bijak dan efisien di dalam mengendalikan urus tadbir negara berbanding Menteri-menteri yang banyak merapu dan bercakap perkara-perkara yang tidak masuk akal.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sedang rakyat mengikat perut menahan lapar, pemimpin- pemimpin politik Perikatan Nasional sungguh asyik diulit kemewahan gaji dan elaun yang besar, yang dinikmati daripada jawatan-jawatan kerajaan mahupun GLC. Ramai yang begitu hairan, apa tugas dan tanggungjawab pengerusi-pengerusi GLC yang dilantik dari kalangan Ahli Parlimen dan ADUN Perikatan Nasional. Apa fungsi dua Timbalan Menteri yang dilantik dalam tujuh kementerian. Apa peranan portfolio-portfolio tambahan seperti Tugas-tugas Khas...

draft • 3:55 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Yang Berhormat Kalabakan, minta laluan sedikit, boleh?

draft • 3:55 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Tidak ada masa. Tidak ada. Nanti you cakap.

draft • 3:55 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Sekejap. Kan kita kawan baik dua.

draft • 3:55 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Tidak ada – Yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri? Apa bidang tugas Duta Khas kepada Perdana Menteri ke Timur Tengah dan China. Lebih-lebih lagi dalam situasi di mana penerbangan global masih lagi disekat.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said) **mempengerusikan Mesyuarat****] Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), saya minta agar Akta 237, Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 digubal secepat mungkin supaya semua elaun-elaun Menteri dan timbalannya dapat dinyatakan secara spesifik butiran serta amaun sebenar. Gaji serta elaun duta-duta khas bertaraf Menteri juga perlu dinyatakan dalam akta tersebut supaya rakyat tahu dengan jelas pendapatan wakil-wakil rakyat mereka. Ini khususnya mereka yang dilihat tidak berfungsi.

draft • 3:55 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Dengan adanya peruntukan tersebut dalam Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980, saya percaya kerajaan yang memerintah akan berasa lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas berdasarkan jawatan dan gaji yang diterima dan tidak akan sewenang-wenangnya melantik wakil-wakil rakyat tanpa sebarang tanggungjawab dan peranan. Dalam jumlah pelantikan yang begitu menggila yang dilakukan oleh Perikatan Nasional, dan keadaan bad ekonomi hari ini, kerajaan tidak langsung memikirkan susah payah hidup rakyat yang sudah hilang sumber pendapatan disebabkan penutupan banyak sektor ekonomi.

Tuan Yang di-Pertua, bercakap soal penggubalan peruntukan undang-undang Persekutuan, saya berasa terpanggil untuk menyentuh kenyataan terbaharu dari Ketua Menteri Sarawak yang meminta agar komposisi kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak diperuntukkan sebanyak satu pertiga. Secara matematiknya, sekiranya idea tersebut dilakukan, sebanyak 18 kerusi Parlimen akan dikhaskan untuk Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak di dalam Dewan Rakyat. Sebagai Ahli Parlimen dari Sabah, saya fikir sudah tiba masa untuk Sabah dan Sarawak diberikan kuota khas sebanyak satu pertiga tersebut iaitu bersamaan sebanyak 74 kerusi tambahan kepada sejumlah 56 kerusi yang sedia ada.

Walaupun perkara tersebut perlu melibatkan satu pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi Fasal 46 subseksyen 2(a) yang mungkin tidak akan disokong oleh sebilangan Ahli-ahli Parlimen dari Semenanjung, namun saya percaya sepenuhnya bahawa jika perkara tersebut diluluskan, dimensi politik negara akan berubah ke arah yang lebih positif dengan adanya penglibatan Semenanjung-Borneo yang seimbang lebih-lebih lagi dalam perkara-perkara yang

draft • 4:00 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

melibatkan hak-hak istimewa Sabah dan Sarawak yang dibangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini.

Oleh sebab itu, saya menyambut baik tuntutan Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg tersebut dan saya minta perhatian Yang Berhormat Menteri JPM yang menjaga hal ehwal undang-undang agar usul tersebut dapat dibentangkan dalam sidang seterusnya pada bulan November ini untuk kita bahas bersama.

Dalam soal komposisi Dewan Negara, saya berpandangan bahawa, pertama, kuota Yang Berhormat Senator yang dilantik dari Sabah dan Sarawak masing-masing dinaikkan kepada sejumlah empat orang, manakala kuota lantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sekurang-kurangnya sejumlah lima wakil dari Sabah dan Sarawak dilantik untuk mengisi kerusi Senator di Dewan Negara. Maka, saya fikir eloklah jika Perkara 45 Perlembagaan Persekutuan dipinda demi merealisasikan hasrat tersebut. Bukan apa, suara kami dari Borneo khususnya Sabah tidak cukup gah di Dewan Negara. Banyak perkara yang menyentuh hal ehwal Sabah Sarawak yang tidak begitu lantang disuarakan di Dewan Negara memandangkan ramai dari kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat Senator berdarah Semenanjung.

Saya juga berpendapat dalam usaha kita mengembalikan kewibawaan dan martabat Parlimen, lantikan Senator dari setiap negeri mestilah dianggotai oleh seorang individu yang bukan ahli politik. Sebaliknya seorang profesional yang berpengalaman dalam bidang tertentu.

Untuk tempoh lantikan semasa pula ialah daripada tiga tahun dan boleh diperbaharui dengan tambahan selama tiga tahun. Saya cadangkan pelantikan Yang Berhormat Senator Dewan Negara dipinda kepada tempoh tiga tahun paling maksimum tanpa sebarang pembaharuan lantikan. Hal tersebut diyakini dapat mewujudkan dinamik segar dalam kualiti perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat Senator di Dewan Negara di samping mewujudkan kitaran sinergi bipartition dalam membincangkan hal ehwal pembangunan dan perundangan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan Yang Berhormat Menteri Kerja Raya sekarang ini berdarah Borneo, yang juga merupakan Menteri Kanan dengan kali kedua dilantik untuk memimpin Kementerian Kerja Raya, saya ingin meminta Yang Berhormat Menteri dari Petrajaya mengulas lebih lanjut berkenaan dengan perkembangan terkini projek-projek kritikal seperti berikut.

Pertama, Projek Lebuh Raya Trans-Borneo yang melibatkan rangkaian jalan raya di antara Sabah, Sarawak dan Kalimantan yang menghubungkan Serudung, Kalabakan, Sepulut, Keningau, Sepitang, Long Pasia di Sabah dan Ba’kalalan Sarawak melalui Sabah-Sarawak link road. Jika kita imbas semula ulasan Yang Berhormat Selangau semasa beliau menjadi Menteri Kerja Raya ketika perbahasan peringkat Jawatankuasa KKR tahun lepas, beliau menyatakan projek Trans-Borneo Highway menelan belanja sebanyak RM600 juta yang melibatkan skop jajaran dari Kalabakan ke sempadan Indonesia sepanjang 42 kilometer termasuk pembinaan kuarters dan kompleks CIQ.

draft • 4:00 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Kedua, Projek Lebuh Raya Pan Borneo. Dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa KKR tahun lepas, Yang Berhormat Menteri sendiri mengajukan persoalan kepada Yang Berhormat Selangau tentang penglibatan projek tersebut, di mana sejumlah RM1.2 bilion dapat dijimatkan. Oleh sebab itu, saya minta Yang Berhormat Petrajaya mengulas lebih lanjut lagi berkenaan dengan kedua-dua projek highway bertaraf mega tersebut dan nyatakan pelan strategik terkini daripada pihak kementerian dalam memastikan kedua-dua projek dapat dijayakan biarpun peralihan kerajaan berlaku sekali lagi selepas ini.

Selain itu, saya juga ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar dan Air berkenaan dengan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Tawau. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, projek tebatan ini telah diberi perhatian oleh Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah. Memandangkan projek ini masih belum lagi diperjelaskan status terbaharunya, saya minta Yang Berhormat Menteri nyatakan pelan kesinambungan projek tebatan ini. Projek tebatan ini begitu penting dalam melindungi persekitaran dan tempat tinggal rakyat sekeliling terutamanya ketika banjir berlaku di kawasan tersebut dan saya harap Yang Berhormat Menteri tidak terlepas pandang terhadap Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Tawau ini.

Tuan Yang di-Pertua, tidak dinafikan COVID-19 telah menjadi punca lumpuhnya ekonomi global dan memberi impak kepada kadar pengangguran bukan sahaja di negara kita bahkan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat. Saya cukup terkejut bila membaca laporan terbaharu Jabatan Perangkaan melaporkan bahawa kadar pengangguran kita meningkat kepada sejumlah 5.3 peratus. Peningkatan tersebut membuktikan bahawa keluhan rakyat yang kehilangan punca pendapatan di media sosial bukanlah sebuah cerita dongeng. Sebaliknya, masalah tersebut telah memberi tamparan hebat kepada Kerajaan Perikatan Nasional dalam mengendalikan isu pengangguran yang semakin hari semakin tenat.

Saya sungguh kesal dengan tindakan Kerajaan Perikatan Nasional yang bukan main seronok lagi melantik ahli-ahli politik dari kumpulan mereka untuk menjadi pengerusi-pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Sedangkan dalam masa yang sama, ribuan rakyat marhaen lapar mencatur makanan. Sampai bila kerajaan mahu selesaikan masalah pengangguran ini selain dengan cara menggalakkan anak-anak muda yang menganggur menyertai Foodpanda dan GrabFood?

Tiba masanya Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia, Yang Berhormat Tapah mencari sesuatu pendekatan baharu dalam memastikan sektor-sektor swasta khususnya dapat dihidupkan semula dengan aktiviti-aktiviti ekonomi yang memberi penjanaan ekonomi dalam bentuk peluang pekerjaan. Perhatian serta quick reaction pada Kementerian Sumber Manusia dalam mencari solusi kepada isu ini amat diperlukan oleh rakyat bagi mengelakkan lebih ramai lagi penganggur yang menjadikan servis penghantaran makanan sebagai jalan pintas untuk mencari sumber pendapatan harian mereka.

Kita mahu Kerajaan Perikatan Nasional ini lebih bertanggungjawab. Mereka gilakan kuasa dan pangkat dan sekarang mereka sudah dapat kuasa dan pangkat. Jadi, tiada alasan

draft • 4:00 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

lagi untuk mereka mengelak dari mencari jalan untuk membuka lebih banyak lagi peluang ekonomi kepada rakyat yang semakin hari semakin sengsara.

Tuan Yang di-Pertua, isu sekolah daif bukanlah isu baharu, lebih-lebih lagi di negeri Sabah. Saya minta Yang Berhormat Menteri Kanan Pendidikan dapat mengambil maklum bahawa terdapat sebanyak 91 buah sekolah daif di Sabah yang telah diisytiharkan oleh Jabatan Kerja Raya sebagai bangunan tidak selamat diduduki. Berdasarkan informasi terkini yang saya sendiri dapat daripada Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, terdapat sebanyak 700 buah sekolah daif di Sabah di mana hanya 24 buah sekolah sahaja telah diluluskan peruntukan untuk ditambah baik ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan dengan jumlah kos sekitar RM88 juta.

Oleh yang demikian, saya minta perhatian Yang Berhormat Menteri KPM dalam isu sekolah daif ini dan dalam masa yang sama, saya juga minta Yang Berhormat Menteri dan dua Timbalan Menteri dapat turun padang untuk melihat dengan mata sendiri keadaan sebenar sekolah-sekolah daif yang saya sebutkan tadi.

Saya sedar dan tahu Yang Berhormat Menteri sudah melawat Tawau dan sempat singgah di SK Tanjung Batu. Sekolah tersebut berada di kawasan saya dan hanya sejauh empat kilometer di bandar Tawau. Bayangkan sebuah sekolah yang hanya sejauh empat kilometer dari bandar dan menampung seramai 800 orang murid pun bangunannya tidak selamat. Apa lagi kalau Yang Berhormat Menteri teruskan lawatan ke Kalabakan. Berapa banyak sekolah daif yang bakal ditemui.

draft • 4:00 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Quick solution perlu dalam masalah sekolah daif ini. Saya harap Yang Berhormat Menteri serta timbalan-timbalannya dapat bekerjasama dengan Menteri Pelajaran Sabah dalam memastikan tiada sekolah pun yang terpinggir menerima peruntukan untuk tujuan penambah baikkan.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Kalabakan...

draft • 4:10 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Sebagai penutup, saya tertarik dengan mengulang kata-kata Yang Berhormat Bagan Datuk, Presiden UMNO ketika kempen Pilihan raya Kimanis yang berbunyi, “Percayalah, kita akan laksanakan 100 peratus MA 63. Ini bukan sebarang janji. Ia harus dilaksanakan walaupun saya tahu ada kekangan jika mandat diberikan semula kepada Barisan Nasional (BN), di Sabah dan di Putrajaya. Saya janji.” Saya harap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mendapat maklum janji Yang Berhormat Bagan Datuk tersebut.

Yang Berhormat Kinabatangan dan sekutunya, Yang Berhormat Kimanis, jangan buat- buat lupa janji Presiden kamu. Saya menuntut agar Kerajaan Perikatan Nasional dapat membawa semula usul Perjanjian Malaysia 1963 ke dalam Dewan ini dan saya menyeru kepada rakan- rakan Ahli Dewan dari Borneo untuk memberi sokongan padu untuk membawa semula Usul Pindaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 1(2) ke dalam Dewan ini. Itu sahaja Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Jempol.

draft • 4:10 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian bagi menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Sebagai permulaan, izinkan saya untuk merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada kerajaan dan semua petugas barisan hadapan atas segala pengorbanan yang telah dilakukan bagi memerangi penularan wabak COVID-19, sehinggakan Malaysia telah mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai lima negara yang terbak di dunia dalam mengawal penularan wabak tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan.

Penularan wabak COVID-19 telah melumpuhkan persekitaran ekonomi dunia. Ekonomi negara juga turut terjejas disebabkan langkah-langkah terpaksa diambil untuk membendung pandemik pada peringkat global dan nasional. Bank Dunia mengunjurkan penguncupan ekonomi negara sebanyak 3.1 peratus pada tahun ini sebelum dijangka kembali melantun tinggi pada kadar 6.9 peratus pada tahun hadapan.

Tabung kewangan antarabangsa mengunjurkan penguncupan sebanyak 3.8 peratus.

Walau bagaimanapun, keadaan ekonomi dijangka kembali pulih pada tahun hadapan dengan kadar pertumbuhan sebanyak 6.3 peratus. Meskipun keadaan ekonomi negara yang tidak memberangsangkan, kerajaan masih mampu untuk memperkenalkan berbagai inisiatif bagi mengurangkan kesan buruk kepada rakyat dan negara.

Antaranya, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin (PRIHATIN) berjumlah RM250 bilion dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) berjumlah RM35 bilion. Perkara ini membuktikan tuduhan Pakatan Harapan sebelum ini adalah sandiwara politik murahan.

Hakikatnya negara mempunyai ruang dan mampu dari segi kewangan untuk uruskan rangsangan ekonomi dan memperkasakan rakyat jika suatu di luar jangka berlaku.

Saya bersyukur kerana Allah SWT telah membuat ketetapan untuk menggantikan kerajaan pada bulan Mac 2020 yang lalu, sekiranya Pakatan Harapan masih mentadbir, saya tidak yakin mereka dapat memenuhi atau menangani tempoh krisis ini berlaku. Lihat sahajalah tadi tuduhan demi tuduhan dilemparkan, termasuklah tuduhan pintu belakang, tuduhan tebuk atap dan pengkhianat.

Apa pun yang berlaku hari ini, kita membina semula daripada keruntuhan rumah Pakatan Harapan yang sekian lamanya berada dalam 22 bulan itu. Selama 22 bulan mereka mentadbir, wang PETRONAS di jarak, aset negara dijual, hutang negara bertambah, namun bantuan kepada rakyat semakin berkurangan.

draft • 4:11 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Yang Berhormat Gerik, ingin bertanya.

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Gerik hendak mencelah, bertanya. Belakang.

draft • 4:11 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Okey.

draft • 4:11 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Saya tertarik dengan tuduhan pihak pembangkang mengatakan kita kerajaan pengkhianat. Siapa lebih pengkhianat? Setelah mereka sendiri meletak jawatan, bila dipanggil ke istana, akhirnya mereka tidak mengundi Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri. Siapa yang lebih khianat?

draft • 4:11 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Jempol, sikit sahaja. Mereka menang kerana manifesto yang mereka tidak tunaikan. Bukankah itu satu jenis pengkhianatan yang amat dahsyat terhadap seramai 32 juta rakyat Malaysia?

draft • 4:11 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Ya, kedua-duanya saya masukkan dalam- akan tetapi apa pun saya boleh menyatakan bahawa kedudukan gila talak.

draft • 4:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua?

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Ya, Yang Berhormat?

Silakan.

draft • 4:11 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Jadi gila talak dalam keadaan itu memanglah, bila dah bercerai hendak balik semula...

draft • 4:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Minta laluan.

draft • 4:11 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

...dan mungkin ia tidak diterima. Jadi, saya teruskan kepada moratorium. Saya ingin mengucapkan...

draft • 4:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk, kalau laluan tidak diberikan saya akan gunakan peraturanlah. Terima kasih. Peraturan Dewan.

draft • 4:11 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Saya hendak teruskan.

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Sekejap.

draft • 4:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan Dewan, Yang Berhormat Jempol.

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Peraturan mana Yang Berhormat Jelutong?

draft • 4:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan 36.

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Peraturan 36 mana Yang Berhormat Jelutong?

draft • 4:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan 36(6), sangkaan jahat.

Saya lihat tadi Yang Berhormat Jempol membuat kenyataan-kenyataan bahawa kerajaan Pakatan Harapan telah menjual aset-aset negara. Saya hendak tanya Yang Berhormat Jempol.

draft • 4:11 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Tak bagi jual kah?

draft • 4:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Jempol, Tuan Yang di-Pertua...

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Dia hendak standing order, dia buat.

draft • 4:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Juga tentang kenyataan- kenyataan Yang Berhormat Jempol tadi tentang pengkhianatan dan sebagainya. Siapa yang mengkhianat sebenarnya?

draft • 4:11 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Tak, betullah apa yang dinyatakan oleh..

draft • 4:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tanya Yang Berhormat Gombak lah, tanya Yang Berhormat Gombak.

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Jelutong.

draft • 4:11 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Saya tidak perlu hendak layan...

draft • 4:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tanya Yang Berhormat Ampang, tanya Yang Berhormat Gombak, siapa yang mengkhianati menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan jatuh?

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat dah tanya. Ini Yang Berhormat Jempol punya floor.

draft • 4:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya.

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Sit down, let Yang Berhormat Jempol answer.

draft • 4:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, are you gonna allow him to continue like this?

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

*No, that’s not the point.

The point is that you ask a question* Yang Berhormat duduk. Biar dia jawab. Kalau dua-dua berdiri, macam mana saya hendak fokus?

draft • 4:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Baiklah, saya tunggu jawapan.

draft • 4:11 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Okey.

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Thank you, silakan Yang Berhormat Jempol. Nak jawab, tidak hendak jawab terpulang pada Yang Berhormat.

draft • 4:11 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Saya tak nak jawab. Saya akan teruskan untuk ucapan. Minta penjelasan.

draft • 4:11 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Minta penjelasan.

draft • 4:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau tidak berani jawab, jangan buat tuduhan.

draft • 4:11 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Ini tuduhan betul. Saya tidak jawab habis, saya punya banyak lagi.

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Jelutong.

draft • 4:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Siapa buat tuduhan?

draft • 4:11 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Memang betul, buat jual aset Tabung Haji, bukan satu benda betul?

draft • 4:11 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Betul, betul.

draft • 4:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Siapa? Siapa yang jual?

draft • 4:11 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Yang Berhormat Menteri dah jawab dalam Dewan ini.

Tak dengar ke itu hari?

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Sekejap, Yang Berhormat Jelutong. I know you are a learned Council. But I am the Speaker, chairing but under the Standing Order 35, you must allow the Chair to buat the decision, whether you can stand or even ask a question.

draft • 4:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Tidak jelas]

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Don’t hijack the microphone. I know you’re well learned. I know you are very, very articulate lawyer.

draft • 4:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yes.

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

But please have respect dekat sini. While in court...

draft • 4:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Likewise Tuan Yang di-Pertua? I know you are very learned as well. So you must not allow.

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Ya. See, even I’m not finish, you intervene.

draft • 4:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Oh! Yeah..

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

No, no, no.

draft • 4:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Go on, go on.

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

If you’re in court, the judge will put you in jail because, you’re contempt.

draft • 4:11 PM

[Dewan Ketawa]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pleasure. No, no, no.

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

So, please sit down, let me finish and I ask. Saya dah minta Yang Berhormat Jempol hendak jawab, tak nak jawab, itu floor Yang Berhormat Jempol. Biarlah.

draft • 4:11 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Timbalan Yang di-Pertua, let me just tell you before...

draft • 4:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Berucap tanpa pembesar suara]

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Jelutong.

Don’t teach me. Come on Yang Berhormat sit down.

draft • 4:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

No, no, no. The judge won’t put anybody in jail, simply.

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Jelutong.

Sit down. Daripada tadi when I’m on my duty, banyak daripada pembangkang telah berbahas.

Banyak allegation has been made, tak apa lah. Kata democracy? Let them speak.

draft • 4:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

*But you cannot accuse the judge.

The judge won’t put anybody in jail.*

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

It’s not the point. Yes, will not. Yang Berhormat Jelutong.

draft • 4:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, let me finish, please.

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Jelutong, I will not let you finish. Yang Berhormat Jelutong, sit down. Don’t hijack the floor, don’t hijack the microphone. Have some courtesy.

draft • 4:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

There is no reason for you to get angry with me.

draft • 4:11 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Ketawa]

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

I am getting angry because..

draft • 4:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Why are you getting angry?

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

...because you don’t have courtesy.

draft • 4:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

No, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

No. Look. Are you challenging me?

draft • 4:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

I’m not challenging you...

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Then you sit down.

draft • 4:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

I just say, do not accuse the judges of putting people in jail.

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Jelutong, I’m not gonna put an order on you. Even if you sit down or I will ask Bentara to ask you to go out.

draft • 4:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, do not get...

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Jelutong, I’m gonna count, five, four, three, two, one.

draft • 4:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Sit down.

draft • 4:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

No.

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Sit down, or am I will call Bentara.

draft • 4:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

No, why are you getting angry?

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Don’t question me. Sit down. Why you can’t just sit down? Can’t you sit down?

draft • 4:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Don’t get angry, Speaker.

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Of course I’m angry, I’m human. Sit down, sit down. Let Yang Berhormat Jempol speak because the timing is running out.

Saya tidak akan berhenti masa.

draft • 4:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, please do not get emotional.

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Tak apa, macam inilah.

Duduk Yang Berhormat Jelutong.

draft • 4:11 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Cakap macam-macam pengkhianat pun kita tak marah.

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Jempol.

Sekejap. Yang Berhormat Jempol hendak bagi Yang Berhormat Kinabatangan?

draft • 4:11 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia bagi, dia bagi.

draft • 4:11 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Boleh.

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Silakan.

draft • 4:11 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, ini bukan hijack. Saya betul-betul gentleman.

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Okey, terima kasih.

draft • 4:11 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Jempol, nampak pihak sana berhujah, kita dengar. Dia tak bagi pun, tak apa dan dia bagi berbagai-bagai persepsi, berbagai-bagai provokasi. Macam-macam. Tapi kita steady sahaja.

draft • 4:11 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jadi mungkin mereka ini desperate sebab dahulu mereka ada facilities, ada prasarana, ada setiausaha politik, ada pegawai, ada kereta, ada bodyguard, sekarang semua tidak ada.

Macam mana pandangan?

draft • 4:20 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Ya, masukkan dalam ucapan saya.

[Ketawa] Moratorium - saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas inisiatif penangguhan bayaran balik pinjaman bank dan penyusunan semula baki kredit serta pinjaman korporat yang bermula 1 April 2020 sehingga 31 Disember 2020 selama enam bulan. Pengumuman tersebut juga jelas menunjukkan bahawa kerajaan hari ini sentiasa mendengar permintaan denyut nadi rakyat yang resah dari segi kewangan.

Faedah perlanjutan moratorium pinjaman ini sangat membantu walaupun ianya hendak membentuk sementara bukanlah penyelesaian kepada permasalahan kewangan yang dihadapi oleh individu ataupun syarikat. Dengan hanya melanjutkan tempoh moratorium pinjaman kewangan, ianya juga tidak dapat menjamin golongan yang terjejas akibat COVID-19 dapat mengembalikan pendapatan mereka seperti sedia kala. Oleh itu saya ingin mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan untuk melanjutkan tempoh moratorium ini kepada semua pihak atau status quo bagi tempoh tiga bulan hingga ke enam bulan seterusnya.

Lanjutan moratorium ini mampu memperkukuhkan lagi kewangan isi rumah masing- masing. Lebihan tunai daripada moratorium ini boleh diguna untuk menyelesaikan hutang kad kredit dan hutang peribadi. Di samping itu rakyat boleh memanfaatkan bagi tujuan simpanan perbelanjaan tambahan seperti pelancongan dalam negeri dan sebagainya. Selain itu, lanjutan moratorium ini bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada peniaga, pada masa yang sama setiap ringgit dan sen yang dibelanjakan sudah tentulah ada nilai kepada kerajaan seperti kutipan cukai perniagaan yang dapat mengembalikan hasil negara.

draft • 4:20 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Kebergantungan rakyat kepada bantuan kerajaan juga akan berkurangan sekiranya moratorium ini dilanjutkan. Sekiranya moratorium ini tidak dilanjutkan akan kerajaan boleh menjamin rakyat mampu untuk membayar balik pinjaman kewangan...

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat, silakan.

Di bawah mana?

draft • 4:20 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Tak, tak. Hendak mencelah.

draft • 4:20 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Saya teruskan masa sudah tak cukuplah.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Boleh tak boleh?

draft • 4:20 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Tak boleh, tak boleh.

draft • 4:20 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Okey, okey.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Dia tak bagi Yang Berhormat. Minta maaf, silakan.

draft • 4:20 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Krisis COVID telah memberi kesan langsung kepada hampir kebanyakan negara di seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali. Kesan ini bukan sahaja dari sudut kesihatan dan perubatan tetapi juga ekonomi, bekalan makanan, rakyat negara asing dan pelbagai lain. Keadaan ini menuntut semua pihak selain Kementerian Kesihatan Malaysia juga memainkan peranan besar demi memastikan krisis COVID di Malaysia dapat diurus dengan baik.

Justeru itu, saya ingin mendapat maklum balas daripada Yang Berhormat Menteri Luar Negara berkaitan dengan usaha kerjasama yang kementerian ambil dalam menangani pandemik COVID dengan negara lain. Apakah usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan dengan negara lain seperti di peringkat antarabangsa terutama di peringkat ASEAN, OIC dan NAM.

Pendidikan. Menurut Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, kira- kira 1.5 bilion pelajar daripada lebih 160 negara tidak dapat meneruskan sesi persekolahan ekoran pandemik COVID-19. Di Malaysia, sebanyak 10,208 buah sekolah di seluruh negara terpaksa ditutup dan telah menjejaskan proses pembelajaran seramai 4.9 juta murid. COVID-19 telah memperlihatkan satu kelompangan besar dalam jurang digital yang wujud di antara pelajar di bandar dan di luar bandar bagi tujuan pembelajaran atas talian. Masalah yang dihadapi oleh murid-murid di luar bandar pendalaman seperti perkampungan Orang Asli amat kritikal.

Antara permasalahan ialah pencapaian internet, ketiadaan peranti elektronik dan tiada mempunyai akses kepada tenaga elektrik dan penggunaan terhad kepada waktu malam sahaja.

COVID-19 telah menunjukkan kepada kita bahawa sistem pendidikan di Malaysia masih kurang dari segi kesiapsiagaan digital. Kebanyakan negara maju yang sedang dalam proses penukaran sistem pembelajaran iaitu pembelajaran dalam kelas seperti pembelajaran atas talian juga menghadapi perkara yang sama. Saranan saya kerajaan harus berpandangan jauh dan melangkaui BKP. Kerajaan perlu buat perancangan serta menyusun keadaan pembelajaran secara atas talian dengan lebih serius untuk dipraktikkan pada masa hadapan.

draft • 4:20 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Keadaan pembelajaran atas talian harus dilaksanakan dengan tidak terhad kepada keadaan pembelajaran waktu kecemasan sahaja. Mengikut Jabatan Perangkaan, kadar pengangguran diunjurkan sebanyak 5.5 peratus iaitu seramai 860,000 orang dan dijangka boleh pulih pada tahun hadapan. Menurut PERKESO, seramai 53,902,000 orang telah hilang pekerjaan mulai Januari 2020 hingga 4 Julai 2020. Jumlah ini merangkumi jumlah keseluruhan bagi tahun 2019. Angka tersebut hanya meliputi penyumbang sistem insurans pekerja sahaja dan tidak mengambil kira sekitar 2.7 juta pekerja. Perkara ini amat mendukacitakan.

22 bulan yang lalu sebaik sahaja Pakatan Harapan mendapat kuasa, mereka telah menganiaya nasib rakyat yang mencari rezeki di bawah agensi dan institusi seperti Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Program Latihan Khidmat Negara, Seranta FELDA, Biro Tatanegara.

Pemansuhan agensi ini telah menyebabkan ramai yang hilang pekerjaan dan terpinggir serta mereka ini hidup keadaan susah. Jadi mohon supaya perjawatan ini dikembalikan semula kepada kerajaan baharu pada hari ini.

Perumahan generasi kedua FELDA. Antara isu yang berbangkit iaitu kebimbangan warga FELDA di seluruh negara khususnya generasi kedua dalam perumah...

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat. Yang Berhormat minta penjelasan.

draft • 4:20 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Masa dua minit ini banyak ini.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Eh, tadi minta Yang Berhormat Arau kacau boleh?

draft • 4:20 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Pada masa – okey cepat sikit.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Cepat,cepat sikit. Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat Shah Alam – oh lari keluar sudah. Dia tuduh kata kerajaan sekarang pengkhianat tetapi sebenarnya kerajaan sekarang adalah penyelamat, nombor satu. Nombor dua Yang Berhormat, ini ialah indication terkini bahawa pasaran saham pada masa tersebut turun sampai bernilai hanya 1 bilion akan tetapi hari ini tiap-tiap hari pasaran kita bernilai 9 bilion.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Soalan Yang Berhormat?

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Selama empat bulan kerajaan ini telah pulih dibandingkan dengan 22 bulan yang telah pun hancur. Okey.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Soalan-soalan.

draft • 4:20 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Okey masukkan di dalam ucapan saya – Pada masa ini hampir ke semua generasi kedua FELDA merasai sangat kecewa kerana banyak projek Perumahan Generasi Baru FELDA (PGBF) terbengkalai. Sebahagian besarnya adalah di kawasan saya iaitu di Palong 8, Pasoh 2, Pasoh 3, Palong 16 dan Palong 12. Projek PGBF yang terbengkalai melibatkan kebanyakan sebanyak 776 unit rumah. Jadi, mohon kerajaan prihatin pada hari ini dapat meneruskan projek yang terbengkalai ini.

Saya ingin berkait dengan hospital di Jempol, penduduk di Jempol seramai 120,000 orang. Walau bagaimanapun perkhidmatan kesihatan amat teruk. Jadi ramai di kalangan penduduk terpaksa merujuk ke Hospital Kuala Pilah kerana perjalanan lebih daripada 30

draft • 4:20 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

kilometer. Perkara ini amat mendukacitakan kerana hospital sudah lama tetapi equipment ataupun perkhidmatannya amat tidak memberangsangkan. Jadi oleh itu saya pohon agar peruntukan diberikan kepada perkhidmatan seperti perubatan medical, perubatan pakar mata, pakar ortopedik, pakar pembedahan awam, pembedahan am, pakar psikiatri dan pakar O&G.

Jadi saya harap perkara ini dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat.

Begitu juga saya ingin membangkitkan...

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Sedia untuk gulung Yang Berhormat.

draft • 4:20 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Okey ini tambahan yang dikacau oleh Yang Berhormat Jelutong.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Tak boleh Yang Berhormat, silakan.

draft • 4:20 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

[Ketawa] Jadi saya ingin membangkitkan juga di FELCRA Rompin B di Jempol. 90 orang peneroka tidak dapat bayaran selama tujuh bulan, ia berkaitan dengan PH memerintah dulu. Sampailah hari ini mungkin akaun itu terlupa, terlupa untuk diberikan semua.

draft • 4:20 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Jempol. Minta laluan Yang Berhormat Jempol.

draft • 4:20 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Jadi tunggakan sebanyak RM3,500 seorang jadi ini menunjukkan bahawa rakyat tengah sengsara dalam keadaan...

draft • 4:20 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Adakah itu satu pengkhianatan daripada PH?

draft • 4:20 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Ya ini boleh masukkan dalam ucapan saya. Satu pengkhianatan.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Apakah Yang Berhormat Jempol bersetuju, apakah Yang Berhormat Jempol bersetuju...

draft • 4:20 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Sebanyak RM3,500.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Supaya kerajaan juga sekarang memikirkan tentang generasi ketiga FELDA, bukan generasi kedua FELDA.

draft • 4:20 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Jadi untuk mengakhiri ucapan saya, saya bagi sebuah pantun kerana banyak lagi yang tak habis oleh sebab banyak gangguan. Jadi saya membacakan sedikit pantun minta mohon, Tuan Yang di-Pertua.

*Kalau takut dilambung ombak, Jangan berumah di tepi pantai, Kalau Pakatan sudah berombak, Biar Perikatan penyelesainya.

Dua, tiga kucing berlari, Mana nak sama si kucing belang, Perdana Menteri boleh ku cari, Malaysia bukan milik seorang.*

draft • 4:20 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

*Asal kapas menjadi benang, Dari benang dibuat kain, Kerajaan lepas jangan dikenang, Mujurlah di depan kita bersama Perikatan.

PH tersungkur BN disalahkan, Rakyat di tipu 22 bulan, Kerajaan tembuk atap tuduh dilemparkan, BN terus mengukuh rakyat kami utamakan.* Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mohon menyokong.

Terima kasih.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka, lepas itu Yang Berhormat Libaran, kemudian Yang Berhormat Kuala Langat, kemudian Yang Berhormat Sandakan dan Yang Berhormat Pasir Gudang. Silakan.

draft • 4:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, saya menjunjung kasih ke atas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan penuh tanggungjawab dan rendah diri. Saya menyertai perbahasan dalam usul ini dan akan mengutarakan beberapa isu.

Isu yang pertama, moratorium pinjaman. Isu dan cadangan melanjutkan moratorium pinjaman telah banyak dibahaskan di Dewan ini. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya dahulu saya juga banker dan bekerja di Maybank, tetapi bukan CEO lah seperti Menteri Kewangan, ya. Saya sekadar bank’s manager sahaja. Akan tetapi, pengalaman yang saya ada di Maybank sebanyak 11 tahun, saya boleh lihat realiti kehidupan rakyat yang terpaksa mengambil pinjaman untuk rumah, untuk kenderaan, untuk perniagaan, untuk lanjutkan pelajaran dan sebagainya. Banyak keperitan yang dihadapi rakyat yang kehilangan kerja sehingga mereka terpaksa mengeluarkan wang KWSP mereka untuk hidup. Sekarang saya percaya wang BPN mereka juga sudah habis pakai tetapi masih perlu membayar ansuran pinjaman. Jadi, saya mencadangkan supaya kerajaan melanjutkan lagi moratorium untuk enam bulan lagi.

Pagi tadi, Menteri Kewangan ada menyatakan bahawa bank akan mengalami kerugian sebanyak RM6.4 bilion ataupun kerugian pengubahsuaian sebanyak RM79 bilion. Saya tidak setuju dengan jawapan ataupun penjelasan Menteri Kewangan. Saya nak tanya kepada Menteri Kewangan, hari ini dia nak melindungi sebilangan kecil bank-bank di Malaysia ataupun dia nak selamatkan individual rakyat Malaysia dan juga peniaga yang sengsara di luar sana? Jaga banker sahaja kah atau nak jaga rakyat? Itu Menteri Kewangan harus jawab kepada kita.

[Tepuk] Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, moratorium tidak memberi kerugian secara langsung kepada bank kerana bayaran mereka masih perlu bayar, bukannya tak perlu bayar selepas tamat

draft • 4:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

moratorium dan faedah masih lagi dikenakan kepada peminjam. Isunya, mungkin dari segi liquidity dan kebolehan bank untuk memberi pinjaman seperti yang dirujuk oleh Menteri Kewangan tadi. Jika ini masalahnya, senang sahaja untuk atasinya. Tidak bolehkah kerajaan mengambil langkah hanya sekadar meningkatkan liquidity bank? Contohnya, kurangkan Statutory Reserve Requirement (SRR) ratio supaya bank ada wang tambahan untuk berikan pinjaman kepada rakyat ataupun peniaga.

Saya juga merujuk kepada kenyataan Menteri Kewangan bahawa moratorium tidak akan dilanjutkan, tetapi bank akan memberi pertolongan secara bersasar ataupun case by case basis, dengan izin. Saya berpendapat moratorium bersasar boleh diterima, tetapi perlu ada satu baseline ataupun kriteria tertentu. Contohnya, mereka yang kehilangan kerja ataupun pendapatan isi rumah mereka kurang daripada RM3,000 satu bulan, boleh diberi moratorium secara automatik. Dengan ini sekurang-kurangnya, golongan yang terdedah boleh mendapat perlindungan.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua yang saya nak bangkitkan ialah berkaitan dengan Geran Khas Prihatin. Di bawah inisiatif PRIHATIN, kerajaan ada melaksanakan Geran Khas Prihatin di mana SME mikro akan menerima geran sebanyak RM3,000. Bantuan GKP ini sangat penting kerana dia meliputi peniaga-peniaga kecil seperti penjaja makanan, kedai gunting rambut, kedai cuci kereta dan sebagainya. Peniaga-peniaga kecil ini tidak ada kapasiti untuk menampung kerugian akibat daripada tidak dapat berniaga untuk empat hingga enam bulan ini ataupun mereka sukar untuk mendapat pinjaman daripada bank.

Jadi, seruan saya kepada kerajaan adalah untuk melancarkan semula Geran Khas Prihatin ini untuk fasa yang kedua. Dengan peruntukan tambahan, saya cadangkan sebanyak RM500 juta lagi. Ini adalah atas beberapa sebab. Sebab yang pertama, pada asalnya, jumlah peruntukan GKP ialah sebanyak RM2.1 bilion untuk 700,000 penerima, tetapi setakat ini berdasarkan maklumat daripada kementerian, hanya sekadar 545,000 peniaga telah memohon dan telah diluluskan iaitu melibatkan lebih kurang RM1.64 bilion. Bererti ia masih ada lagi baki yang boleh dipohon ataupun digunakan.

Jadi, saya nak cadangkan supaya tarikh permohonan GKP ini kita lihat semasa kali pertama, tempohnya terlalu singkat di mana hanya sekadar 15 hari sahaja. Bermula daripada 1 Mei hingga 15 Mei sahaja untuk permohonan. Sudah pasti tempoh yang terlalu singkat ini akan menyebabkan terdapat peniaga kecil yang terlepas pandang atau tidak sempat untuk memohon.

Tidak sempat memohon barangkali kerana pada masa tersebut, mereka sukar untuk menyediakan dokumen pada masa MCO. Jadi, saya meminta supaya Menteri Kewangan boleh memberi respons terhadap cadangan pembukaan GKP untuk fasa kedua ini.

Isu yang ketiga yang saya nak bangkitkan ialah berkaitan dengan Skim Kredit Mikro BSN.

Tuan Yang di-Pertua, Skim Kredit Mikro BSN Prihatin iaitu pinjaman bebas faedah atau free interests dengan izin, sehingga RM75,000 amat penting untuk peniaga kecil akibat kesan daripada COVID-19. Dalam Laporan Laksana, Menteri Kewangan, beliau menyatakan bahawa setakat 20 Julai 2020, sebanyak 11,120 permohonan telah diluluskan. Namun, saya ingin

draft • 4:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

bertanya kepada Menteri, berapakah daripada jumlah yang telah diluluskan ini, peminjam telah menerima pinjaman tersebut? Ini adalah kerana banyak peniaga yang telah mengadu kepada saya bahawa mereka sungguhpun permohonan telah lulus, tetapi masih belum menerima pinjaman tersebut walaupun telah diluluskan lama.

Begitu juga masalah kedua ialah berkaitan dengan proses permohonan. Pagi ini saya terima satu panggilan daripada seorang pengadu. Dia beritahu saya bahawa pada 10 April, dia telah pergi membuat permohonan di BSN. Setelah menunggu tiga bulan, awal bulan Julai baru dia terima surat daripada BSN, tetapi surat tersebut mengatakan permohonan dia ditolak. Surat tersebut tarikhnya ialah 30 Jun. Pengadu tidak berpuas hati. Dia pergi ke BSN, tanya kenapa ditolak sedangkan dokumen semua lengkap, syarat-syarat semua layak. Jawapan yang diberi oleh BSN mengatakan bahawa wang sudah habis. Ya, sudah habis pakai, sudah tak ada lagi.

Pengadu tidak puas hati. Dia pergi mengadu kepada Bank Negara. Dia mengadu kepada Bank Negara, keesokan hari BSN telefon kepada pengadu mengatakan okey, permohonan anda lulus RM30,000.

Jadi, di sini ada satu tanda tanya yang besar. Terdapat sesuatu yang tidak kena dengan proses permohonan, sesuatu yang hanky-panky barangkali sedang berlaku ataupun micro credit ini hanya khas untuk segolongan kecil, barangkali adalah kroni-kroni yang tertentu sahaja yang dapat layak mendapat pinjaman free interests ini. Jadi, saya minta supaya Menteri Kewangan siasat dan memberikan satu jawapan kepada kita.

Tuan Yang di-Pertua, ketiganya apa yang saya sebut tentang Skim Kredit Mikro BSN ini ialah ada juga yang mengadu bahawa mereka telah memohon, tetapi masih belum menerima jawapan walaupun telah menunggu lebih daripada satu bulan. Saya rasa kalau kena tunggu begitu lama, ramai peniaga kecil yang terpaksa tutup kedai. Mereka terpaksa tutup kedai Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Jadi, soalan saya kepada Menteri Kewangan adalah bilakah Skim Mikro Kredit ini akan ditutup permohonannya? Berapakah jumlah permohonan yang mereka sudah terima? Berapakah yang telah diproses? Berapakah yang telah diluluskan? Berapakah yang telah ditolak? Berapa yang masih belum diproses? Kita perlukan satu jawapan daripada Menteri Kewangan. Saya mencadangkan supaya kerajaan menambahkan lagi BSN Micro-i Kredit Prihatin ini sebanyak RM500 juta lagi untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan untuk mengatasi cabaran akibat daripada COVID-19. Tuan Yang di-Pertua, isu yang keempat yang saya hendak bangkitkannya berkaitan dengan industri pelancongan. Di Melaka saja, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Melaka saja sudah terdapat tiga hotel yang besar. Tiga hotel yang besar iaitu Ramada Plaza, The Emperor Hotel Malacca dan Mahkota Hotel Melaka. Sana tidak ada Sheraton Hotel, ya.

Dianggarkan sekitar lebih kurang 300 orang pekerja hingga 500 orang pekerja telah hilang pekerjaan mereka akibat daripada penutupan tiga hotel tersebut. Begitu juga penarik beca, pemandu bas pelancongan, tour guide dan sebagainya juga teruk terkesan.

draft • 4:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Dua soalan yang saya hendak kemukakan kepada kerajaan mengenai industri pelancongan ini. Pertama adalah mengenai dengan Skim Pembiayaan Pelancongan PENJANA di mana RM1 bilion telah diperuntukkan untuk SME dalam industri ini. Skim ini telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 5 Jun 2020 iaitu lebih kurang tujuh minggu yang lepas. Akan tetapi, sehingga hari ini maklumat lanjut dan permohonan belum lagi diumumkan.

Tuan Yang di-Pertua, pengusaha dalam industri ini semua sudah tidak boleh bernafas.

Air sudah naik sehingga hidung mereka. Sudah hendak lemas. Mereka hendak tunggu pelampung tetapi tidak sampai-sampai lagi. Sudah tujuh minggu selepas diisytiharkan tidak ada maklumat lanjut untuk membuat permohonan. Jadi, kerajaan mesti segerakan perkara ini kerana industri pelancongan paling teruk terkesan kerana COVID-19. Apakah status skim ini? Bilakah permohonan akan dimulakan? Saya hendak tanya kepada kementerian yang berkenaan.

Soalan kedua adalah tentang kebajikan pekerja di sektor pelancongan yang dianggarkan sekitar 3.5 juta orang. Saya rasa kerajaan perlu merangka skim bantuan yang lebih khusus untuk mereka. Contohnya, geran khas untuk sektor pelancongan. Seperti sebanyak RM3,000 untuk mereka menjalankan program kebudayaan untuk program-program untuk menggalakkan dan merangsang pelancongan di kawasan setempat. Ini kerana mereka yang first yang terkesan dan mereka dijangka akan merupakan sektor yang terakhir yang akan pulih balik. Jadi, kerajaan perlu adakan program jangka pendek dengan segera.

Isu yang kelima yang saya hendak bangkitkan adalah berkaitan dengan digital tourism voucher. Pada bulan Februari, Kerajaan Pakatan Harapan ada mengumumkan baucar digital sebanyak RM100 kepada rakyat. Baucar ini boleh digunakan untuk pelancongan tempatan seperti penerbangan, penginapan di hotel dan sebagainya. Saya rasa inisiatif ini amat baik kerana dapat membantu merangsang lagi sektor pelancongan tempatan. Di samping itu, baucar ini berbentuk digital dan ia juga dapat membantu sektor pelancongan ke arah digitalization. Soalan saya, adakah sama ada baucar digital sebanyak RM100 ini masih diteruskan di bawah kerajaan yang baharu ini? Jika ya, apakah statusnya? Bilakah akan dilaksanakan? Jika tidak, kenapa tidak? Cadangan saya ialah supaya kerajaan harus meneruskan inisiatif baucar digital ini dan melaksanakannya dengan secepat mungkin.

Isu yang keenam, Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan face mask. Kerajaan telah mengumumkan bahawa bermula 1 Ogos, kita wajib memakai face mask apabila berada di tempat awam. Saya mengalu-alukan langkah ini kerana ia dapat membendung penularan semula wabak COVID-19.

Namun begitu, saya risau akan kesan kepada golongan B40 dari segi kos. Jika kita anggar satu keluarga perlukan empat keping satu hari, ini bererti perlukan lebih kurang RM150 sebulan. Ini satu angka yang besar terutamanya bagi keluarga B40. Bagi B40, RM150 bagi mereka merupakan bajet makanan untuk satu minggu.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Sila gulung.

draft • 4:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ia bukan macam Yang Berhormat Gombak.

Kalau Yang Berhormat Gombak, beliau pergi melancong, beliau membayar air ticket saja sudah RM300,000. Beliau orang kaya.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Sila gulung, Yang Berhormat.

draft • 4:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Akan tetapi, ramai yang di luar itu sengsara dan susah. RM150 adalah makanan untuk satu minggu.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Sila gulung.

draft • 4:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya, Tuan Yang di-Pertua, saya bangkitkan isu ini kerana apabila sekolah telah dibenarkan untuk mula semula pada 15 Julai, ada beberapa sekolah datang ke pejabat saya untuk minta face mask kerana murid di sekolah mereka tidak mampu hendak membeli face mask untuk dipakai.

Jadi, saya harap kerajaan yang mengatakan yang mereka akan mengenakan hukuman denda atau penjara terhadap mereka yang tidak memakai face mask ini, jadi janganlah oleh sebab seseorang itu miskin dan tidak mampu membeli face mask, kita denda atau penjarakan mereka.

Jadi, saya hendak memberikan satu saranan kepada kerajaan supaya harga siling harus diturunkan kepada 70 sen sekeping seperti sebelum COVID-19 dan cukai jualan dan cukai import untuk bahan input...

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Cukup masa, Yang Berhormat.

draft • 4:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...Untuk mengeluarkan face mask ini juga harus dikecualikan untuk mengurangkan harga face mask ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ada lagi sedikit saja. Ini merupakan last point, Tuan Yang di- Pertua.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Tidak boleh, Yang Berhormat. Kita kena berlaku adil.

draft • 4:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Last point ini.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Cukup, Yang Berhormat.

Yang Berhormat...

draft • 4:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tadi ada ramai yang mengatakan― last point, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Cukup Yang Berhormat.

draft • 4:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ini berkenaan dengan kestabilan politik.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Sudah.

draft • 4:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kestabilan politik― saya minta sebanyak dua minit, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat...

draft • 4:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kestabilan politik. Hari ini...

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat.

draft • 4:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...Oleh sebab pandemik COVID-19 ini, kita perlukan pelaburan yang baharu.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat...

draft • 4:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Pelaburan yang baharu ini, Tuan Yang di- Pertua...

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Cukup, Yang Berhormat.

Yang Berhormat!

draft • 4:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Satu minit, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Cukup. Yang Berhormat, Yang Berhormat.

draft • 4:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya gulung, saya gulung.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat.

Cukuplah, Yang Berhormat. Saya ada banyak lagi hari ini. Banyak lagi. Kita kena bagi peluang yang lain, Yang Berhormat.

draft • 4:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya gulung, Tuan Yang di-Pertua. Kita perlukan kestabilan politik untuk memastikan pembangunan menjana ekonomi negara kita. Apa yang kita lihat hari ini, yang kita khuatir, kerajaan ‘pintu belakang’, semua main belakang dan tikam belakang akan menyebabkan pelaburan tidak berani datang ke Malaysia.

Sudah pasti ramai akan marah di sebelah sana mengatakan kita kata dia pengkhianat dan dia pembelot. Tidak apa. Bagi saya, kita teruskan kerja kita. Kita bantu rakyat dan kita biar rakyat yang menentukan dalam pilihan raya yang akan datang. Mereka akan tentukan siapa pengkhianat dan mereka akan hukum pengkhianat di sebalah sana.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih, Yang Berhormat.

draft • 4:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Dengan itu, saya mengucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Libaran.

draft • 4:40 PM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada Libaran untuk mengambil bahagian dalam perbahasan untuk Titah Diraja sempena Pembukaan Penggal Parlimen. Selamat petang dan salam sejahtera kepada rakan-rakan di Dewan yang mulia ini.

Ke sana hidup bahagia, Kerana insan memikul beban, Bukan pahlawan dari syurga,

draft • 4:48 PM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Hanya insan berjuang di hadapan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan dalam memerangi penularan wabak COVID-19, pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan dan SOP yang tinggi bukan saja membantu merata lengkungan COVID-19, malah kerjasama penuh dari semua pihak dari segenap lapisan masyarakat. Ini telah mengharumkan nama negara sehingga mendapat penghargaan dan pengiktirafan dunia dalam usaha menangani pandemik ini.

Tuan Yang di-Pertua, namun demikian, dalam negara bertungkus-lumus memerangi penularan wabak COVID-19, ada segelintir golongan yang degil yang tidak mahu patuh kepada undang-undang dan mengingkari SOP yang ditetapkan. Ada pula yang mencabar dengan menghalang, melawan dan bergaduh dengan pihak berkuasa yang menjalankan tugasan mereka. Perangai sedemikian adalah amat menyedihkan dan tidak digalakkan sama sekali.

Justeru itu, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya membuat pindaan ke atas Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342], Bahagian V, Kesalahan dan Penalti.

draft • 4:48 PM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Individu yang tidak mematuhi dan melanggar SOP, selain dikenakan denda dihadapkan ke mahkamah, mereka juga wajib melaksanakan perintah khidmat masyarakat mengikut tempoh jam agregat. Tuan Yang di-Pertua...

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Libaran, minta laluan.

draft • 4:50 PM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Mana itu?

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sini, sini Jelutong. Berkenaan...

draft • 4:50 PM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Tak apa, teruskan. Saya baru saja mula ini.

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Satu soalan...

draft • 4:50 PM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Duduk, duduk. Saya tidak bagi, saya tidak bagi.

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...Berkenaan dengan hukuman itu.

draft • 4:50 PM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Tuan Yang di-Pertua, kita telah menghadapi dan menangani pandemik ini dengan jayanya. Namun demikian, cabaran yang lebih besar masih menunggu kita di hadapan. Negara kini berhadapan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dari segi domestik dan antarabangsa bahkan dilanda wabak COVID-19 merumitkan lagi keadaan.

Sesungguhnya inisiatif segera telah diambil oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat diikuti dengan Pakej Prihatin PKS serta Pelan Jana Ekonomi (PENJANA). Namun, impak pandemik terhadap ekonomi

draft • 4:50 PM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

adalah jauh lebih besar dan luar biasa malahan sektor pelancongan sahaja telah mengalami kerugian berbilion ringgit akibat COVID-19.

Sehubungan itu, saya ingin menyeru kepada kerajaan bahawa selain pakej-pakej dan pelan yang sedang dilaksanakan ini, apakah cadangan dan pelan jangka masa panjang yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam konteks pemulihan dan memperkukuhkan ekonomi negara kita. Selepas pisang goreng, Mak Kiah, Madam Lee, Haji Salleh dan Surjit Kaur, jangan kita lupa para nelayan, petani, penternak, pekebun kecil serta penoreh getah yang merupakan golongan penting buat ekonomi negara.

Selain bantuan-bantuan yang sedia ada, apakah langkah proaktif yang akan diambil oleh kerajaan dalam membantu golongan tersebut yang mengharungi cabaran pandemik ini.

Bagaimana kerajaan memastikan kecekapan proses penyelenggaraan dilaksanakan antara kementerian dan agensi yang terlibat supaya memanfaatkan golongan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyentuh aspek keselamatan negara yang sangat mengalu-alukan langkah yang diambil oleh Kementerian Pertahanan dalam memperhebatkan Ops Benteng, menghalang masuk pendatang tanpa izin (PATI). Di samping usaha giat kerajaan membanteras PATI, tidak lupa juga tekong darat dan laut serta sindiket yang menyeludup masuk PATI dan mengaut keuntungan besar secara tidak berperikemanusiaan. Cadangan pindaan akta- akta yang berkaitan supaya hukuman dan denda yang lebih berat dikenakan ke atas pihak atau individu yang menjalankan aktiviti penyeludupan ini.

Kerajaan juga perlu mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas laporan Al-Jazeera serta individu yang berkaitan konon-kononnya terdapat diskriminasi perkauman ketika Malaysia menangani COVID-19. Siasatan terperinci perlu dijalankan terhadap semua pihak yang terlibat dan sekiranya ada didapati unsur-unsur hasutan dan salah laku undang-undang, maka hukuman yang sewajarnya perlu diambil ke atas pihak tertentu supaya nama baik negara kita dapat dipertahankan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan, Kementerian Dalam Negeri untuk merungkaikan permasalahan membabitkan permohonan kewarganegaraan, khususnya Perkara 15A iaitu kanak-kanak tempatan tanpa dokumen di negara kita ini. Namun masih banyak lagi permohonan kanak-kanak yang tertunggak di Sabah.

Justeru, saya ingin meminta kerajaan mengemukakan apakah syarat, prosedur serta proses permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A ini? Apakah cabaran yang dihadapi oleh kerajaan dalam pemprosesan permohonan kewarganegaraan ini? Ini memandangkan topografi Sabah kebanyakannya adalah kawasan pedalaman. Adakah kerajaan bercadang untuk memberi bantuan yang sewajarnya dalam membantu kanak-kanak tempatan ini mendapatkan kewarganegaraan?

Tuan Yang di-Pertua, sekarang kita beralih kepada fokus dalam konteks pembangunan dan infrastruktur. Saya bersyukur bahawa projek-projek infrastruktur kritikal impak besar di Sabah dan Sarawak diteruskan demi kesejahteraan rakyat dan merapatkan jurang pembangunan kedua-dua negeri tersebut supaya setanding dengan Semenanjung.

draft • 4:50 PM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Sehubungan itu, demi kesejahteraan masyarakat dan memantapkan pembangunan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon kepada kerajaan supaya dapat menyalurkan bekalan paip air bersih di lima perkampungan di kawasan Parlimen Libaran iaitu Kampung Pulau Nunuyan, Kampung Pulau Pamuguan, Kampung Banting, Kampung Dandulit dan Kampung Sungai Beruang.

Tuan Yang di-Pertua, masalah ini sudah pun berulang kali saya suarakan di Dewan yang mulia ini namun belum ada lagi tindakan. Harap kerajaan prihatin kerana telah sekian lama rakyat di kawasan ini masih lagi bergantung minum air hujan, minum air perigi. Saya mohon kepada kerajaan bantulah, luluskanlah dan selesaikanlah masalah rakyat di kawasan Libaran yang saya pohon ini.

Seterusnya dalam konteks sumber pertumbuhan baharu yang berkembang pesat seperti teknologi 5G, kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) dan internet of things. Pembangunan teknologi internet dan laman web tidak lagi terpisah daripada kehidupan kita. Ia terjejas ternyata terutama ketika kita dilanda pandemik. Bagaimana teknologi internet dan jalur lebar ini memainkan peranan yang sangat penting dalam sektor perniagaan, pendidikan, perubatan dan impaknya ke atas kehidupan kita.

Teknologi membolehkan kita bekerja dari rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mengadakan mesyuarat dalam talian, peniaga dapat menjual barang dan orang ramai dapat membeli barang atas talian, pengajaran dalam talian dan sebagainya.

Namun adalah sangat menyedihkan– kita tengok ada anak tempatan perlu bermalam, panjat pokok atau duduk di tempat lapang yang luas di bawah matahari terik kononnya hanya untuk mendapatkan liputan jalur lebar supaya dapat menjalani peperiksaan dalam talian. Justeru, saya ingin menyeru kepada kerajaan supaya dapat memberi tumpuan dan fokus kepada penambahbaikan serta penyelenggaraan infrastruktur telekomunikasi di kawasan pedalaman Sabah. Hal sedemikian bukan untuk manfaat perseorangan malah membolehkan sekolah- sekolah membangun, menjadi tempat bagi kanak-kanak Bumi di Bawah Bayu mengajar ilmu tanpa batasan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam segi kesaksamaan pendidikan. Pendidikan daerah pasca COVID-19 mesti menyahut cabaran yang besar. Selain usaha dalam memastikan anak-anak kita bebas daripada ancaman wabak COVID-19, suasana pembelajaran juga adalah penting demi melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi dan berdaya saing.

draft • 4:50 PM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Sehubungan itu, saya ingin menyeru kerajaan mengemukakan status naik taraf sekolah- sekolah daif di Sabah khasnya di kawasan Parlimen Libaran. Saya juga ingin membuat pertanyaan terhadap Kementerian Pendidikan bahawa ada apakah status perkembangan pembinaan SMK Gum Gum 2 serta apakah status permohonan asrama SMK Libaran.

Tuan Yang di-Pertua, salah satu faktor kejayaan Malaysia dalam memerangi penularan COVID-19 ialah sistem kesihatan negara kita yang bersifat profesional dan efektif. Akibat pakar- pakar kesihatan kita yang berkaliber dan berintelek, maka kesihatan dan kesejahteraan rakyat

draft • 5:00 PM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

dapat dijamin. Sehubungan itu, saya ingin menyeru kepada Kementerian Kesihatan bahawa apakah status perkembangan doktor pakar di Hospital Duchess of Kent, Sandakan serta apakah status naik taraf klinik-klinik awam di negeri Sabah khususnya di Parlimen Libaran.

Saya menyambut baik kenyataan kerajaan bahawa negara kita akan menjadi negara pengeluar vaksin manusia bagi menampung kebergantungan bekalan daripada negara luar yang sebelum ini negara kita hanya mengeluarkan vaksin haiwan. Pada masa yang sama keutamaan mustahak sekarang ini ialah penelitian vaksin COVID-19 yang sedang dibangunkan oleh negara kita seperti di China, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Sebaik sahaja vaksin COVID-19 dibangunkan dan memandangkan bahawa pembotolan atau feel and finish, dengan izin dilakukan dalam negara, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya dapat memberi vaksin COVID-19 ini secara percuma kepada masyarakat Malaysia. Dari segi pelaksanaan pemberian vaksin, saya ingin juga mengingatkan kerajaan supaya...

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat, sila gulung ya. Sila gulung.

draft • 5:00 PM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Terima kasih. Sekejap. Hal yang demikian penting supaya memastikan proses pemberian vaksin berjalan dengan lancar dan tidak menyusahkan orang ramai. Dalam hal itu, kerajaan juga perlu bersiap sedia menghadapi cabaran bahawa mungkin ada individu atau pihak yang enggan menerima vaksin tersebut. Tuan Yang di- Pertua, saya ingin menyokong. Sekian terima kasih.

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kuala Langat.

draft • 5:00 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan atas peluang yang diberikan untuk saya membahaskan ucapan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi sesi Parlimen yang kedua bagi tahun 2020.

Pertama kali, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Dato' Mohamad Ariff bin Md Yusof atas khidmat beliau sebagai speaker sepanjang dua tahun ini. Boleh dikatakan agak luar biasa cara beliau digugurkan daripada jawatan beliau. Tidak pernah terjadi sepanjang 800 tahun sistem berparlimen Westminster yang digunakan negara kita di mana Tuan Yang di-Pertua ditukarkan tanpa adanya sebab yang kukuh. Saya ingin menyeru agar Tuan Yang di-Pertua yang baru meneruskan agenda reformasi Parlimen yang telah dimulakan oleh Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff demi memastikan Parlimen Malaysia terus relevan dan bertaraf dunia. Kita tunggu sahaja untuk Tuan Yang di-Pertua baharu di mana beliau kata akan lanjutkan satu code of ethics untuk semua Ahli Parlimen di Malaysia dan saya harap ini akan menjadi kenyataan.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para petugas barisan hadapan dalam memerangi COVID-19. Tanpa mereka kita tidak mungkin boleh memerangi wabak ini

draft • 5:03 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

dengan begitu berkesan. Syabas dan tahniah. Marilah kita membantu mereka dalam mengawal dan mengekalkan daripada keadaan gelombang kedua di negara kita.

Walau bagaimanapun, realiti yang kita hadapi sekarang adalah seluruh dunia termasuk negara kita akan menghadapi kesukaran pada masa depan yang akan datang. Kemelesetan ekonomi ataupun economic recession, dengan izin akan menyebabkan kehilangan pekerjaan, pelaburan asing menurun dan penyusutan kadar pembangunan ekonomi.

Pada bulan Jun, Bank Dunia telah menyemak semula ramalan ekonomi Malaysia, kata mereka Gross Domestic Product (GDP) negara kita akan menyusut sebanyak 3.1 peratus berbanding tahun lepas disebabkan wabak COVID-19 ini. Penyusutan GDP akan membawa impak negatif terhadap pekerjaan. Malaysian Institute of Economic Research (MIER) telah menentukan kadar pengangguran sebanyak lima peratus untuk bulan April. Paling tinggi dalam tiga dekad. Ramalan sehingga hujung tahun ini adalah dalam lima sehingga tujuh *percent.

Malaysian Employers Federation* (MEF) juga membuat anggaran di mana sebanyak dua juta orang pekerja mungkin akan hilang pekerjaan mereka. Kadar ini selaras dengan ramalan MIER. Kerajaan perlu peka kepada perkara ini. Menteri Sumber Manusia telah mengumumkan bahawa kadar pengangguran meningkat dua kali ganda setiap bulan. Adakah ini dapat ditangani hanya melalui Pakej Rangsangan Ekonomi? Sehingga kini, kerajaan telah memperkenalkan empat Pakej Rangsangan Ekonomi ataupun Economic Stimulus Package yang berjumlah RM315 bilion bagi membantu perniagaan untuk terus kekal semasa waktu PKP dan seterusnya menghidupkan semula ekonomi setelah wabak COVID-19 di negara kita di bawah kawalan.

Namun begitu, perbelanjaan yang sebesar ini perlu ada check and balance. Di manakah semak dan imbang semasa Yang Amat Berhormat Pagoh mengumumkan pakej-pakej rangsangan ekonomi ini? Persoalannya, dari manakah punca kuasa kerajaan untuk perbelanjaan yang sebesar ini? Tentulah perbelanjaan ini perlu dibahaskan dalam sidang Parlimen.

Soal menghidupkan semula ekonomi kita tidak ada masalah. Membantu ahli perniagaan terutamanya rakyat untuk mengharungi wabak ini juga kita tidak pertikai tetapi sekurang- kurangnya perlu ada Parliamentary over side sebagai contoh di negara Australia, Singapura, Kanada dan United Kingdom. Walaupun negara-negara ini mengalami penularan wabak yang boleh dikatakan lebih teruk daripada negara kita, Parlimen mereka tetap bersidang untuk membahaskan usul menangani wabak COVID-19 termasuklah pakej rangsangan ekonomi.

Bekas Perdana Menteri United Kingdom, Margaret Thatcher pernah berkata dengan izin, “There is no such thing as public money; there is only taxpayers money”. Duit kerajaan bukanlah duit umum, duit ini adalah duit rakyat. Jika kerajaan ingin berbelanja duit ini, kena jawab kepada rakyat. Adakah Yang Berhormat Menteri Kewangan tidak yakin? Bukan sahaja itu, kementerian- kementerian yang baharu juga perlu diluluskan perbelanjaan. Jika tidak, tidak ada punca kuasa untuk kementerian itu berfungsi. Saya menyeru kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri agar membawa usul perbelanjaan untuk dibentangkan.

Tuan Yang di-Pertua, pelan PENJANA yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merupakan peluang untuk memperkenalkan green initiative ataupun inisiatif

draft • 5:03 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

hijau sebagai satu aspek. Norma baharu namun begitu saya tidak nampak adanya sebarang kaedah ataupun insentif untuk perniagaan sama ada SME atau korporat untuk menerajui green initiative. Wabak COVID-19 ini telah menunjukkan kesan positif terhadap alam sekitar akibat kurangnya pengeluaran gas rumah hijau.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak masuk kepada isu kemiskinan. Jurang pendapatan antara miskin dengan kaya semakin melebar. Menurut jabatan statistik Indeks GINI Malaysia untuk tahun 2019 berada di 0.407

draft • 5:03 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Kadar ini dijangka akan meningkat untuk tahun ini dan seterusnya. Ini membawa saya kepada perkara seterusnya iaitu pendidikan.

Pendidikan adalah amat penting dalam usaha menurunkan kadar kemiskinan. Dahulu saya dibesarkan di ladang estet dan dapat menghargai betapa pentingnya pendidikan bagi meningkatkan taraf hidup golongan masyarakat. Kita boleh lihat pada hari ini, pencapaian pendidikan negara sudah meningkat dari zaman 70-an dan 80-an. Malangnya, kurikulum pendidikan masih sangkut pada zaman itu. Kita memerlukan dengan izin, a paradigm shift dalam sistem pendidikan kita untuk lebih menyediakan anak-anak muda kita supaya lebih berdaya saing dan peka terhadap isu semasa terutamanya perubahan iklim.

Saya bercadang kepada pihak kerajaan supaya memperkenalkan pendidikan alam sekitar ataupun environmental studies untuk menggantikan subjek-subjek yang kurang efektif seperti Pendidikan Moral. Sudah terbukti subjek ini tidak membawa manfaat dengan memaksa anak muda kita mempelajari nilai moral secara lisan. Nilai moral adalah sesuatu yang diajar melalui teladan. Masalah ekonomi sosial perlu ditangani melalui sistem pendidikan yang memberi lebih penekanan terhadap isu semasa.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh mengenai isu air. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan bekas pesuruhjaya yang telah melepaskan jawatan atas perkhidmatan mereka.

Akan tetapi semasa saya memegang jawatan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli saya telah memulakan proses untuk melaksanakan beberapa perubahan dasar. Antaranya adalah usaha memastikan bekalan air mencukupi terutamanya di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan juga negeri Selangor.

Saya berharap usaha-usaha ini akan terus dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat.

Saya juga menyeru kepada Kerajaan Persekutuan untuk memulakan pembinaan fasa dua Loji Rawatan Air Langat 2 secepat mungkin kerana rizab air di Selangor kini agak rendah dan kita kena ada rizab yang lebih tinggi sebelum tahun 2028. Saya juga menyeru kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air untuk mencari penyelesaian yang lebih munasabah bagi rakyat negeri Kelantan. Tidak perlulah tunggu sehingga 40 tahun di Kelantan ataupun selama 30 tahun di negeri Kedah.

Apa yang kita perlu lakukan ialah dalam tempoh tiga tahun ataupun lima tahun. Ini boleh dilakukan kalau kita ada perancangan yang telah ditetapkan. Kita juga mesti memberi keutamaan

draft • 5:10 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

kepada non-revenue water ataupun NRW adalah air terawat yang dibazirkan. Sekarang kita ada sehingga 32 peratus non-revenue water nationally, kalau kita boleh turunkan ini kita akan jimat menggunakan air untuk masa hadapan yang akan datang.

Saya berharap kita akan ada beberapa program di dalam RMKe-12 untuk kita jaga perjanjian ataupun kita jaga sekuriti air di dalam negara kita terutamanya di negeri Johor, Perak, Pulau Pinang, di Selangor dan juga Kedah. Saya harap di dalam RMKe-12 kerajaan akan pastikan perbelanjaan besar untuk sektor infrastruktur air ini dan saya minta mereka bagi keutamaan sebanyak RM10 bilion untuk perkara ini untuk RMKe-12.

Saya ingin menyentuh isu biodiversiti juga Tuan Yang di-Pertua. Malaysia merupakan negara megadiverse di mana kita di antara 17 buah negara yang mempunyai berbilang spesies flora dan fauna yang endemik. Sebagai usaha melindungi khazanah alam di negara kita, Kerajaan Pakatan Harapan terdahulu telah memulakan Kempen Selamatkan Harimau Malaya dan juga menjalankan Operasi Bersepadu Khazanah untuk membanteras aktiviti pembunuhan haram hidupan liar dengan kerjasama Senoi Praaq, Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia.

Saya hendak ucapkan ribuan terima kasih kepada IGP Malaysia. Dengan ini saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jabatan PERHILITAN dan Ketua Polis Negara serta warga PERHILITAN dan PDRM atas pelaksanaan Operasi Bersepadu Khazanah dengan jayanya.

Sejak permulaan Operasi Bersepadu Khazanah seramai 72 orang individu yang telah ditangkap atas kesalahan pemburuan haram hidupan liar dan aktiviti pencerobohan hutan. Saya rasa bangga kerana usaha ini diteruskan dan berharap pihak kerajaan akan terus melindungi khazanah alam negara kita.

Mengenai laporan Survey Harimau Kebangsaan, pertamanya saya berharap kementerian akan mengeluarkan laporan supaya kita akan dapat tahu mengenai bilangan harimau Malaya yang masih ada di dalam hutan. Selain daripada itu, saya turut menantikan pembukaan National Tiger Conservation Center di Lanchang, Pahang supaya adanya tempat untuk harimau kita terpelihara dan juga untuk pembinaan Malaysia Biodiversity Center di Selangor pada masa akan datang.

Dalam masa dua minit ini Tuan Yang di-Pertua, sebagai Ahli Parlimen Kuala Langat saya ingin membawa isu-isu yang dihadapi warga Kuala Langat untuk mencari penyelesaiannya. Jalan Klang-Banting ini merupakan satu perhubungan utama untuk pengangkutan perindustrian dan warga tempatan. Kadar trafik yang tinggi telah pun menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk dan keadaan jalan sudah pun menjadi teruk.

Tambahan pula, tiang-tiang lampu di sepanjang jalan Klang-Banting sudah pun rosak.

Saya ingin memohon Jabatan Kerja Raya untuk memberi peruntukan bagi membaiki tiang lampu serta menaik taraf jalan Klang-Banting ini demi keselesaan hidup warga Kuala Langat.

Kuala Langat juga memerlukan lebih banyak sekolah. Setakat ini, dalam satu kelas mempunyai bilangan murid yang lebih 40 orang hingga 50 orang. Keadaan kelas yang begitu

draft • 5:10 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

besar saya rasa sudah tidak kondusif untuk pembelajaran. Jadi saya minta supaya Kementerian Pendidikan Malaysia dapat membina lebih sekolah di kawasan saya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin minta kerajaan, di dalam kita menghadapi COVID-19, satu perancangan ataupun program kewangan di dalam RMKe-12 mesti kita adakan. Kita mesti kita ada...

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Sila gulung Yang Berhormat.

draft • 5:10 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Kita mesti adakan pump priming kepada...

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Sila gulung Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 5:10 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Saya minta untuk kita adakan satu program di mana Kementerian Kewangan akan lakukan pump priming untuk ekonomi kita. Harus kita belanja besar untuk kita pastikan ekonomi kita teguh. Dalam ini saya hendak minta untuk kita pinjamkan – kalau boleh, kita boleh pinjam dana dari simpanan kita ataupun national reserve sebanyak RM100 bilion untuk kemajuan pump priming negara untuk masa hadapan yang akan datang. Dengan ini, saya sokong dan juga terima kasih.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat, sekarang saya jemput Yang Berhormat Sandakan.

draft • 5:10 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong buat julung kali.

Tuan Yang di-Pertua, tidak pernah dalam mimpi terburuk saya untuk melihat seluruh dunia ditimpa dengan virus mikroskopik iaitu COVID-19. Seperti kita semua ketahui sekarang, krisis pandemik di peringkat global ini turut melanda negara kita Malaysia. Rakyat tidak dapat bekerja, para pelajar tidak dapat pergi ke sekolah, sidang Parlimen juga ditangguhkan dan Ahli- ahli Parlimen tidak diberi peluang untuk berdebat dan mengemukakan soalan khususnya mengenai pakej bantuan COVID-19.

Krisis COVID-19 ini mungkin merupakan satu bencana terbesar yang dihadapi negara kita semenjak Perang Dunia Kedua. Ramai yang memuji tindakan pantas Perdana Menteri di dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 bagi memastikan penyebaran wabak dapat dikawal. Selepas itu, kita masuk ke fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat kemudian ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. Akan tetapi, apakah langkah seterusnya? Sehingga hari ini saya masih belum tahu adakah kerajaan mempunyai exit strategy, dengan izin, untuk membawa kita keluar daripada krisis ini.

draft • 5:18 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Pandemik COVID-19 ini bukan hanya mendedahkan kita kepada penyakit berjangkit tetapi juga mendedahkan kelemahan sistem pentadbiran negara kita. Pengangguran negara kita telah mencapai lebih daripada 800,000 orang pada bulan Jun. Malah kadar pengangguran di kalangan belia telah mencapai ke tahap tertinggi sepanjang masa iaitu 12.9 peratus.

Tuan Yang di-Pertua, Sandakan juga mengalami kesan daripada COVID-19. Hotel Four Points by Sheraton di Sandakan yang sangat terkenal telah memberhentikan operasinya pada akhir bulan Mei. Sebuah hotel milik penduduk tempatan, Nak Hotel yang telah beroperasi selama 55 tahun juga berhenti operasi pada bulan lalu. Sebilangan besar perniagaan tempatan telah bergelut dan kedai-kedai telah dikosongkan.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bantuan dalam jumlah yang besar sehingga RM35 bilion di bawah PENJANA, RM10 bilion lagi di bawah PRIHATIN dan pelancongan sebanyak RM1 bilion serta lain-lain. Semua bantuan ini adalah berbentuk jumlah yang besar. Akan tetapi, kita tidak dapat memperlihatkan pembaikan ekonomi. Ramai yang mempersoalkan ke mana perginya jumlah wang yang besar ini. Malah, 1,000 bakul bekalan makanan dari Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pun belum lagi diterima sehingga hari ini.

Berdasarkan kadar kemiskinan nasional yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini, negeri Sabah telah kekal sebagai negeri yang termiskin di Malaysia dengan mencatatkan kadar kemiskinan tertinggi sebanyak 9.5 peratus, di mana ia 3.5 kali ganda lebih tinggi daripada purata kebangsaan iaitu 5.6 peratus. Saya yakin kadar ini akan bertambah buruk akibat daripada pandemik COVID-19.

Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah juga di bawah kepimpinan Ketua Menteri Yang Berhormat Semporna yang telah memperkenalkan dua pakej bantuan COVID-19 setakat ini. Tanpa inisiatif Kerajaan Negeri Sabah juga, rakyat di Sabah akan lebih menderita sehingga tidak boleh dibayangkan. Oleh sebab itu, saya ingin bertanyakan kepada Kerajaan Persekutuan, apakah rancangan kerajaan untuk memajukan negeri Sabah dan apakah rancangan untuk memajukan Sandakan? Berapakah jumlah peruntukan rangsangan kerajaan telah sampai ke Sabah?

Tuan Yang di-Pertua, isu PTI di Sabah bukan lagi satu rahsia di mana isu ini telah merisaukan negeri ini selama 30 hingga 40 tahun yang lalu. Kerajaan mesti menyedari bahawa isu keselamatan negara yang serius adalah ancaman terhadap kedaulatan negara kita yang mendapat perhatian Putrajaya. Berdasarkan statistik rasmi yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2019, daripada sejumlah 3.9 juta orang penduduk di Sabah, sebanyak 28.9 peratus yang mendaftar adalah bukan warganegara. Ini bermaksud sebanyak 1.13 juta orang atau kira-kira sebanyak satu pertiga orang di Sabah didaftarkan sebagai bukan warganegara sama ada mereka adalah IMM13, Kad Burung-Burung, sijil banci, stateless atau orang tanpa negara dan seterusnya.

draft • 5:20 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Ini adalah seperti bom yang akan meletup pada bila-bila masa dan mengancam keselamatan negara jika kita tidak mengatasi masalah ini. Kita harus bersyukur tidak ada kluster baharu yang ditemukan di kawasan rumah setinggan yang ditumpukan dengan PTI dan stateless.

Sekiranya ada, saya tidak dapat membayangkan penyebaran COVID-19. Mereka tidak akan tampil untuk diuji atau menjalani rawatan kerana mereka tidak mempunyai dokumen. Maka contact tracing, dengan izin, pun mustahil dilakukan dan sebarang kes yang mungkin positif tidak dapat dikesan kerana kemungkinan kematian yang timbul juga akan ditangani secara tertutup tanpa memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Tuan Yang di-Pertua, isu PTI ini telah berkembang menjadi isu yang rumit kerana Kerajaan Persekutuan tidak menunjukkan kehendak politik untuk mengatasinya sejak 30 tahun yang lalu. Saya tahu ini adalah portfolio yang cukup rumit yang pernah dipegang oleh Yang Berhormat Pagoh di bawah Kerajaan Pakatan Harapan yang kini merupakan Perdana Menteri kelapan. Saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Pagoh, apakah yang telah dilakukan dalam kementerian selama 22 bulan yang lalu? Yang Berhormat sekarang mengambil portfolio yang lebih besar iaitu sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Bulan lalu pada 15 Jun, Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri telah mengumumkan bahawa semua PTI di Sabah akan dikeluarkan pas IMM13 untuk menyelesaikan masalah yang rumit ini. Saya rasa ini adalah terlalu ringkas dan tidak lengkap. Pas IMM13 pada asalnya dikeluarkan untuk pelarian dari Selatan Filipina yang melarikan diri ke Sabah pada tahun 70-an dan awal 80-an akibat pergolakan awam di wilayah Mindanao. The United Nation High Commissioner for Refugees, dengan izin, telah menutup pejabatnya di Sabah sejak tahun 1987.

Pada 30 tahun kemudian, hari ini, mengapakah kita masih mengeluarkan pas pelarian?

Pertama sekali, adakah Putrajaya ingin menggalakkan lebih banyak PTI ke Sabah untuk mendapatkan permit berada di Malaysia melalui pas IMM13? Kedua, apakah garis panduan di antara PTI yang berhak untuk memohon? Ketiga, adakah anak-anak dan cucu-cucu pemegang IMM13 juga boleh menjadi pemegang IMM13? Keempat, adakah IMM13 ini dibenarkan bekerja di Sabah seperti pemegang pas pemastautin yang sah atau mereka dianggap sebagai buruh asing yang perlu membayar cukai pekerja asing? Kelima, adakah anak-anak pemegang IMM13 dibenarkan menghadiri sekolah kebangsaan dan menerima rawatan kesihatan di hospital kerajaan di Sabah?

Saya boleh terus mengira jika saya mempunyai satu jam untuk berdebat. Ini bermaksud ia bukan sahaja satu perkara yang mudah dengan hanya mengeluarkan pas untuk semua sahaja.

Begitu banyak implikasi soal sosial dan keselamatan dalam setiap langkah yang perlu kami ambil untuk menyelesaikan masalah PTI.

Selain daripada risiko penyebaran penyakit, ancaman keselamatan negara juga perlu diberi perhatian. Saya tegaskan di sini, kes penculikan negara pertama berlaku pada tahun 2000 di Pulau Sipadan dan terkini adalah pada September 2019. Adakah ini norma baharu yang harus kita hadapi di Sabah?

draft • 5:20 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Tuan Yang di-Pertua, Putrajaya hendaklah bertindak dengan tegas dan segera untuk menyedari isu PTI ini sebagai isu keselamatan di peringkat kebangsaan dan memberi cara penyelesaian untuk menyelesaikan isu ini. Royal Commission of Inquiry atau RCI, dengan izin, ditubuhkan pada tahun 2012 untuk mengkaji secara mendalam berkaitan dengan isu-isu pendatang asing di Sabah. Dalam tempoh 12 bulan atau lebih, RCI menemu bual lebih daripada 200 orang saksi dan bukti dikumpulkan meliputi lebih daripada setebal 5,000 muka surat. The Report of the Commissioner of Inquiry on Illegal Immigrant in Sabah, dengan izin, telah membentangkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengesyorkan agar sekretariat tetap ditubuhkan untuk menangani perkara ini secara khusus. Oleh itu, saya menggesa kepada Kerajaan Persekutuan untuk bertindak dengan segera berdasarkan saranan RCI sebagai perkara keutamaan nasional.

Tuan Yang di-Pertua, pandemik COVID-19 semasa mendedahkan bahawa kerajaan sekarang telah menumpukan di bandar-bandar besar dan mengabaikan bandar-bandar sekunder seperti Sandakan dari segi pengurusan sumber dan peruntukan.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Pertama, saya ingin menyentuh mengenai kemudahan fasiliti kesihatan kita. Di Sandakan, kami hanya mempunyai satu hospital awam dengan kapasiti 400 buah katil untuk melayani setengah juta orang penduduk. Hospital ini juga bertindak sebagai pusat rujukan untuk daerah sekitar seperti Beluran dan Kinabatangan. Saya percaya ini sangat tidak mencukupi jika dibandingkan dengan Kota Kinabalu yang mempunyai tiga hospital awam dan tiga hospital swasta atau Johor Bahru yang mempunyai dua hospital awam dan sekurang-kurangnya enam hospital swasta.

Hospital awam di Sandakan sudah beroperasi hampir dengan kapasiti penuh setiap hari.

Semenjak berlakunya wabak ini, lebih banyak sumber daya harus dialihkan untuk menangani sebarang kes positif dan dengan ini mengganggu perkhidmatan kepada pesakit yang bukan kes COVID-19. Tambahan pula, memburukkan lagi keadaan, hospital kami juga menghadapi kekurangan PPE untuk barisan hadapan pada satu ketika kerana bekalan perlu dihantar dari Kuala Lumpur. Ini menjejaskan tindak balas kami dalam menangani kes positif. Selain itu juga, di seluruh negeri Sabah hanya mempunyai satu makmal yang dapat mengendalikan ujian PCR swabs untuk COVID-19.

Saya juga ingin menyentuh mengenai skim perumahan awam yang berpatutan. Menurut laporan tinjauan pada tahun 2018, dianggarkan Sandakan memiliki populasi setinggan yang tertinggi di Sabah dengan melebihi 34,000 orang penduduk tempatan mendiami rumah setinggan di seluruh daerah. Rumah-rumah setinggan ini tidak mempunyai akses bekalan air yang bersih, keadaan tempat tinggal yang sempit dan kotor. Penjarakan sosial memang tidak wujud untuk dibincangkan. Operasi pengesanan kontak turut mustahil dilakukan kerana rumah setinggan ini dibina secara sembarangan tanpa rekod oleh pihak berkuasa tempatan. Kawasan tempat tinggal

draft • 5:20 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

seperti ini tentunya menjadi penghalang untuk membendung dan mengawal penyebaran COVID- 19.

Saya mendesak kepada Kerajaan Persekutuan untuk mempercepatkan skema PPR di Sabah terutamanya bagi kawasan Sandakan untuk membasmi perumahan setinggan sedia ada yang membahayakan kesihatan rakyat. Sebanyak tiga projek perumahan PRIMA di Sandakan telah ditinggalkan separuh jalan dan Fasa Kedua Projek PPR Batu Putih di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 belum lagi dapat dilihat setakat ini.

draft • 5:20 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Kepada Menteri kami yang masih memegang portfolio dan pernah berkunjung ke Sandakan, Sabah sebelum insiden Gerakan Sheraton, adakah anda sudah mendapat jalan keluar? Saya berharap mendapat jawapan secara bertulis dari kementerian mengenai perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, masa ini memang mencabar bagi Malaysia di mana kita perlu menghadapi ancaman wabak di peringkat global dan juga kemerosotan ekonomi akibat daripada usaha untuk membendung COVID-19. Norma baharu ini bukan sahaja untuk menerapkan cara kehidupan kita tetapi juga untuk menunjukkan bagaimana kerajaan kita mentadbir dan mengurus.

Di peringkat global, aktiviti perdagangan sedang merosot dengan penyesuaian semula rantaian bekalan global akibat daripada wabak tersebut. Pengendalian terdahulu yang bergantung kepada pelabur luar dan perniagaan eksport mungkin akan membantu dalam perkembangan ekonomi kita secara tradisional untuk memusatkan sumber daya kerajaan di beberapa pusat pertumbuhan utama dan turut tidak produktif kerana kita semua mengalami masa pengurangan pengangkutan dan logistik selama pelaksanaan tempoh PKP untuk mengawal penyebaran virus.

Pada masa ketidaktentuan seperti sekarang, kita memerlukan pimpinan atasan yang berkaliber. Retorik semata-mata untuk memperoleh kemenangan politik tidak akan membawa kita jauh dan tentunya tidak akan membantu kita mengatasi wabak peringkat global ini.

Rancangan kerajaan harus bukan hanya baik dalam kertas tetapi mesti dirasakan oleh rakyat dan memberi manfaat kepada semua orang di seluruh negara. Apa yang kita perlukan daripada kerajaan adalah strategi yang berkesan untuk disampaikan kepada semua rakyat Malaysia dengan jelas dan mudah. Saya di sini sekarang mencabar Kerajaan PN untuk melakukan sebegitu juga. Sekian dan terima kasih.

draft • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Sebelum saya mempersilakan Yang Berhormat yang seterusnya, izinkan saya mengumumkan senarai pembahas selepas ini. Selepas ini saya akan mempersilakan Yang Berhormat Pasir Gudang disusuli Yang Berhormat Batu Gajah. Berikutan dengan itu, Yang Berhormat Miri. Selepas itu Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Tenom, kemudiannya Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Bayan Baru dan Yang Berhormat Klang. Saya sekarang mempersilakan Yang Berhormat Pasir Gudang.

draft • 5:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia di-Pertuan Agong.

Pada Ahli-ahli Yang Berhormat, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Pada perenggan kedua, teks Titah Ucapan Baginda, Tuanku menyentuh tentang penularan wabak COVID-19. Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan yang tinggi kepada saf di hadapan dalam memperjuangkan usaha membasmi penularan wabak COVID-19 di Malaysia ini di kalangan doktor, jururawat, staf hospital, termasuklah pekerja-pekerja seperti pencuci, atendan dan sebagainya, angkatan tentera, polis, pasukan RELA, bomba dan sebagainya. Kejayaan Malaysia dalam usaha ini hasil daripada kerja dan usaha-usaha mereka. Kerjasama rakyat juga membantu kita dapat sekurang- kurangnya berusaha untuk mengurangkan penularan wabak ini ke tahap sebaik yang mungkin.

Berkenaan dengan COVID-19 ini, ia merupakan isu kesihatan. Saya ingin menyentuh di sini satu laporan surat khabar yang baru terbit kembali Utusan Malaysia. Laporan Utusan Malaysia pada 22 Julai yang lepas, menyebut ada 46 buah hospital di negara kita yang berada dalam keadaan daif, uzur sangat. Sebanyak 46 buah hospital. Antaranya sudah berusia 100 tahun dan mengalami risiko terbakar. Contohnya, yang paling jelas ialah Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru yang telah menghadapi musibah kebakaran berkali-kali. Jumlah katil bagi hospital-hospital ini dinyatakan sebanyak 30,000 buah katil. Jadi saya minta ada Timbalan Menteri Kesihatan di sini supaya ambil perhatian kepada hospital-hospital yang daif ini.

Dalam hal yang sama, izinkan saya untuk menyentuh di sini, sudah banyak kali juga saya sentuh dalam Parlimen ini berkenaan dengan projek pembinaan Hospital Pasir Gudang yang telah bermula sejak zaman Kerajaan Barisan Nasional dulu. Dua tahun kemudian di bawah Pakatan Harapan dan sekarang Perikatan Nasional. Saya faham itu perubahan kerajaan, dari sebuah kerajaan dari kerajaan yang lain. Tetapi rakyat di Pasir Gudang berharap sangatlah hospital yang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 ini yang asalnya berjumlah RM500 juta peruntukannya, kemudian diturunkan menjadi RM400 juta lebih yang diberitahu ada 300 katil, sepatutnya bulan April yang lalu surat SST telah dikeluarkan. Jadi, saya tidak tahu sekarang.

Sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang, saya diminta oleh rakyat di Pasir Gudang bertanyakan kepada Menteri, kepada kerajaan. Apakah status projek pembangunan Hospital Pasir Gudang? Oleh sebab dua hospital di Johor Bahru, Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail tidak berdaya untuk menampung ada lima Parlimen dalam Daerah Johor Bahru.

Parlimen Johor Bahru, Parlimen Iskandar Puteri, Parlimen Tebrau, Parlimen Pasir Gudang dan Parlimen Pulai. Lima Parlimen. Jadi perlu hospital yang telah di janji ini dan peruntukannya telah ada, dimulakanlah.

draft • 5:32 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Tuan Yang di-Pertua, pada perenggan yang ketiga hingga ketujuh dalam Titah Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong menyentuh landskap politik negara dan juga sepintas lalu menyentuh tentang pelantikan Yang Amat Berhormat Pagoh sebagai Perdana Menteri. Sebagai Ahli Parlimen dan sebagai pengamal undang-undang, saya akur peruntukan Perlembagaan Persekutuan tentang kuasa Baginda untuk melantik Perdana Menteri di bawah Perkara 43(2)(a).

Itu tidak dipertikaikan.

Akan tetapi, bagi saya melihat fasal 43(2)(a) itu standard ukurannya berbentuk subjektif.

Jadi Kerajaan Perikatan Nasional yang telah terbentuk itu seharusnya mesti melalui satu ujian yang bersifat objektif. Yang di-Pertuan Agong ukuran subjektif tapi di Dewan ini ialah mesti ada ujian objektif. Betul atau tidak Yang Berhormat Pagoh dan Kerajaan Perikatan Nasional ini mempunyai undi majoriti yang cukup. Ada 112 jelas, okey memenuhilah syaratnya. Kita ikut Perlembagaan undang-undang tapi sampai sekarang, saya lihat ada usul undi tidak percaya, ada usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, sampai sekarang sudah masuk minggu kedua ini tidak dibentangkan usul-usul ini. Bukan sahaja hendak cari fasal untuk bertegang leher tapi ini soal Tuan Yang di-Pertua, negara kita bergerak di atas landasan Perlembagaan dan hukum. Ini ada dalam Rukun Negara.

draft • 5:32 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Jadi kerajaan sekarang ini mesti melalui proses ujian ini, undi kepercayaan. Saya tidak ada masalah. Kalau ada undi kepercayaan ini walaupun setakat 112 itu, sahlah, jalan lah. Saya tidak kata kerajaan sekarang ini tidak sah tetapi perlu dibuktikan. Jadi, saya berharaplah dengan bersangka baik, kita menghormati rakyat kita. Ini kerana apa? Kerana apa saya timbulkan ini, kerana kerajaan yang dibentuk, Perikatan Nasional yang dibentuk ini bukan fresh, dengan izin daripada pilihan raya umum. Kerajaan ini adalah kerajaan yang di tengah-tengah jalan. Jadi, ya percaturan politik itu kita faham, Westminster system tetapi mesti diuji.

Jadi saya berharap Dewan Rakyat dan kerajaan yang ada sekarang, saya percaya kerajaan yang ada sekarang mempunyai keyakinan, mempunyai kepercayaan bahawa mereka ada majoriti. Jadi bentangkan dan kita saksikan. Kalau selepas itu – tidaklah. Saya pun kasihan juga, selalu disebut “tebuk ataplah, pintu belakang”. Saya simpati juga rakan saya Yang Amat Berhormat Pagoh dan teman-teman yang lain itu. Maknanya istilah itu bukan bagus sangat, tidak elok. Akan tetapi kita selesaikan itu, adakan undi percaya.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan juga dengan Titah Baginda dalam ucapan itu menyentuh sedikit sebanyak tentang politik. Tidak dapat dipisahkan daripada segi pilihan raya umum yang kelima belas. Bagi saya tidak ada masalah sama ada hendak diadakan cepat, boleh. Hendak ada sampai tempoh 2023 pun boleh tetapi kita mesti fikirkan tentang pilihan raya ini.

Saya ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan oleh Tuan Yang di-Pertua faham, pernah memimpin SPR sebagai pengerusi iaitu ada kerja yang kerajaan lepas tidak boleh selesai.

Jadi kerajaan yang baharu ini boleh sambung iaitu tentang pelaksanaan pengundi-pengundi umur 18 tahun. Kalau boleh, biarlah pilihan raya umum yang akan datang ini, apa yang telah kita sama-sama, pembangkang mahupun kerajaan semuanya sepakat tahun yang lepas, kita

draft • 5:40 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

bersetuju pinda Perlembagaan membolehkan pengundi 18 tahun ini mengundi, kita laksanakan dalam PRU Ke-15. Kalau kita gagal ini, maknanya gagallah kita semua. Jadi saya rasa, bipartisan, kerjasama ini kita muafakatkan bukan untuk kepentingan next election, dengan izin tetapi kepentingan next generation. Maknanya, perkiraan kita bukan kerusi dan sebagainya tetapi negara kita, bangsa kita, rakyat kita. Ini kerana ia berkaitan – Saya difahamkan undi 18 tahun ini tidak boleh hendak berjalan begitu sahaja, tanpa ada pendaftaran automatik. Dia berkait itu. Jadi laksanakanlah pendaftaran automatik ini dan difahamkan mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun. Akan tetapi kalau kita sudah mulakan sedikit sebanyak pilihan raya kita boleh diadakan lebih dua tahun sebelum tiga tahun.

Jadi kita laksanakan itu. Pelaksanaan undi 18 tahun, pendaftaran automatik.

Ketiga Tuan Yang di-Pertua, satu perkara, kali akhir kita mengadakan pecah sempadan iaitu bahagian-bahagian pilihan raya yang sekarang berjumlah 222, pada tahun 2004, pilihan raya 2004, itulah pilihan raya selepas pecah bahagian. Jadi kalau 2004, sekarang sudah 2020, sudah 16 tahun tidak dilaksanakan. Ada kawasan pilihan raya sampai beratus ribu, 100,000, 100,000 lebih pengundi dia.

Jadi sudah sampai masanya, tempat-tempat ini perlu ditambah jumlah kerusi Parlimen ini. Ada kawasan yang perlu dipecahkan, ada Parlimen yang baharu. Ini tidak boleh selesai kalau kita dua pihak ini terlalu partisan sahaja. Mesti kerjasama dua partisan, kita pinda Perlembagaan sebab Perlembagaan ini perlu majoriti sokongan lebih dua per tiga. Dalam hal ini, kita boleh bekerjasama kedua-dua pihak ini untuk negara kita dan kita beri mandat kepada SPR untuk laksanakan, buat kajian pecah sempadan ini dan rasanya dalam dua tahun sebelum pilihan raya kalau tiga tahun akan datang boleh dilaksanakan.

draft • 5:40 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Yang Berhormat Pasir Gudang.

draft • 5:40 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Ya, sila.

draft • 5:40 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Tuan Yang di-Pertua.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

draft • 5:40 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Bolehkah Yang Berhormat Pasir Gudang bersetuju dengan Yang Berhormat Padang Rengas yang baru-baru ini telah mengusulkan supaya kita juga mencadangkan, supaya dalam pilihan raya yang akan datang ini, kita juga memperkenalkan pertandingan party list. Maknanya, parti-parti mana yang menang, parti itulah yang akan mewakili kawasan-kawasan dan wakil rakyat yang menang, dia lompatlah macam mana pun, tetapi tidak menggugat kestabilan kerajaan. Ini akan memberikan kedamaian masa depan supaya kerajaan stabil dan rakyat juga tidak disusahkan oleh kerana lompat-melompat ini.

Setujukah Yang Berhormat Pasir Gudang dengan pandangan itu? Terima kasih.

draft • 5:40 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Kepada soalan itu, saya mempunyai pandangan yang lain, saya tidak bersetuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat Padang Rengas itu. Saya merasakan bahawa undang- undang pilihan raya yang ada sekarang ini, memang perlu dipinda kerana perbuatan lompat- melompat ini sudah terlalu melampau sangatlah, terlalu sudah – Tiga kerajaan negeri tumbang

draft • 5:40 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

selepas satu Kerajaan Pusat tumbang dalam beberapa minggu sahaja kerana angkara lompat melompat. Ini perlu diperbetulkan. Tuan Yang di-Pertua dan rakan-rakan semua, tidak bolehlah maknanya.

Akan tetapi, kalau hendak dibuat undang-undang jangan lompat, itu bercanggah dengan Perlembagaan. Sebab Perlembagaan membenarkan hak seseorang itu untuk kebebasan dia, pandangan politik dia. Akan tetapi kalau Yang Berhormat Padang Rengas mencadangkan supaya melalui parti, ada bahayanya iaitu sekurang-kurangnya kita dalam keadaan undang- undang yang ada sekarang ini, kita bebas bercakap. Saya Ahli Parlimen Pasir Gudang, daripada PKR, daripada Pakatan Harapan, saya bebas bersuara ikut kehendak hati saya, memikirkan rakyat Pasir Gudang, rakyat seluruh negara. Saya tidak mahu ikut hati saya kalau pendirian parti saya tidak betul. Saya tidak akan ikut Pakatan Harapan kalau Pakatan Harapan tidak betul. Itu kebebasan dalam undang-undang sekarang. Akan tetapi kalau kita ikut parti, kita akan tunduk, saya akan tunduk kepada parti saya. Saya akan mengampu, saya akan membodek presiden saya, saya tidak berani bercakap tentang ini. Itu tidak bagus. Jadi, ada jalan alternatifnya.

Saya harap kerajaan – Menteri Undang-undang ada di sini, buatkan libat urus, engagement dengan pemegang-pemegang taruh. Hal negara ini bukan kita sahaja yang uruskan, yang bahaskan. Ada civil society, NGO di luar sana, yang ambil berat tentang pilihan raya.

Contohnya, BERSIH 2.0. Mereka ada mencadangkan – Saya pun tidak berapa faham sangat, cuba nak memahamkan, dia ada sebut “recall election”. Apa itu recall election? Saya pernah bertanya mereka. Mereka kata, kalau ada sesuatu kawasan, Ahli Parlimen mereka melompat, kuasa itu serah balik kepada pengundi-pengundi kawasan itu membuat petisyen kepada SPR supaya diadakan pilihan raya semula bagi kawasan itu sahaja. Ertinya, kita kembalikan kuasa ini kepada pengundi itu. Ini mereka namakan recall election, election panggil semula, adakan semula. Difahamkan memang ada di negara-negara lain yang telah laksanakan perkara ini.

Sudah habis ya waktu Tuan Yang di-Pertua?

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Seminit.

draft • 5:40 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Ya, saya gulung sahaja.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

draft • 5:40 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Ucapan penggulungan saya ialah begini dalam masa beberapa saat ya iaitu saya berharap Parlimen kita ini dalam perkara-perkara yang penting untuk negara, kita haruslah bersikap berbesar hati untuk mengadakan kerjasama kedua-dua pihak ini. Akan tetapi untuk itu, selesaikanlah dahulu soal confidence, keyakinan Ahli- ahli Parlimen. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Titah Baginda Yang di-Pertuan Agong.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Seterusnya saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Batu Gajah. Silakan.

draft • 5:40 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana sudi memberi ruangan kepada Batu Gajah untuk turut membahaskan Titah Diraja pada petang ini. Perkara pertama yang hendak saya bangkitkan ialah mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa penyatuan.

Tuan Yang di-Pertua, sejauh manakah pemahaman dan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan generasi muda di negara kita hari ini? Adakah anak-anak muda kita berminat untuk menguasai dan mencintai bahasa kebangsaan? Saya amat bersetuju dengan hujahan yang dibuat oleh Yang Berhormat Port Dickson bahawa segala usaha perlu diambil untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa penyatuan yang memberi asas kepada perpaduan negara. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Setiap warganegara Malaysia harus menyedari perkara ini dan memberi komitmen yang tinggi bagi merealisasikan bahasa Melayu sebagai alat penyatuan masyarakat majmuk kepelbagaian kaum, agama, budaya adalah keunikan negara kita.

Akan tetapi keunikan yang kita sanjungi ini menzahirkan cabaran dari segi kemampanan perpaduan. Oleh yang demikian, bahasa Melayu haruslah diterima oleh seluruh warga Malaysia sebagai identiti nasional dan memartabatkan penggunaannya dalam semua konteks kehidupan harian. Ini tidak bermakna bahasa Inggeris dan bahasa ibunda diabaikan. Kemampuan penggunaan lebih banyak bahasa adalah kelebihan yang boleh memberi kekuatan peribadi kepada seseorang. Usaha atau inisiatif juga perlu diambil untuk mempelajari bahasa ibunda dan bahasa-bahasa lain. Bahasa-bahasa lain ini perlu sebagai komunikasi komuniti masing-masing, bahasa perniagaan, perhubungan luar atau antarabangsa dan digunakan untuk menimba ilmu.

Bahasa Melayu adalah lambang kedaulatan negara.

Setiap anak Malaysia harus berbangga dengan bahasa Melayu. Segala usaha perlu diambil oleh ibu bapa, pada pendidik dan pemimpin-pemimpin negara untuk memperkasakan penggunaan bahasa Melayu sejak dari kecil lagi. Modul-modul bahasa Melayu di sekolah- sekolah jenis kebangsaan perlu dikaji dan diteliti supaya anak-anak kita dapat memahami dan mendalami bahasa Melayu setanding dengan anak-anak di sekolah kebangsaan. Pihak universiti juga perlu berperanan dalam memartabatkan dan melaksanakan penggunaan bahasa Melayu dalam komunikasi dan menggunakan terma-terma yang sepatutnya. Saya ingin tahu, berapakah buku ilmiah yang lazim dipakai di menara gading telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu?

Apakah Dewan Bahasa dan Pustaka masih lagi berperanan untuk menterjemahkan buku-buku bahasa lain kepada bahasa Melayu?

Sejauh manakah usaha telah diambil oleh kerajaan untuk memperkasakan bahasa Melayu dalam dunia perniagaan dan komersial. Bolehkah bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan di gelanggang intelektual daripada kalangan golongan akademik, profesional dan ahli-ahli perniagaan di negara ini? Ramai juga daripada kalangan warga emas yang masih tidak fasih dalam bahasa Melayu. Apakah program-program atau langkah-langkah yang diambil oleh

draft • 5:50 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

kerajaan untuk mengajar asas bahasa Melayu kepada golongan ini supaya mereka juga boleh berjinak dengan pertuturan bahasa Melayu yang mudah.

Dewan Bahasa dan Pustaka harus berfikir secara kreatif dan kritis demi menaikkan imej bahasa Melayu secara holistik kepada semua lapisan masyarakat. Dewan Bahasa dan Pustaka harus melaksanakan pelbagai aktiviti yang mengapai minat umum terhadap bahasa Melayu di peringkat akar umbi. Sebagai kesimpulan, saya mohon supaya semua pihak harus menggembleng sinergi untuk meledakkan darjat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan harian.

Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.

draft • 5:50 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Pencelahan.

draft • 5:50 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Ya.

draft • 5:50 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Terima kasih atas kenyataan untuk menguatkan bahasa Melayu. Apakah pandangan Yang Berhormat, untuk menguatkan tulisan bahasa Melayu, kita masukkan tulisan Jawi kerana tulisan Jawi juga untuk menguatkan bahasa Melayu untuk pelbagai kaum. Apa pandangan Yang Berhormat? Sekian.

draft • 5:50 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, untuk soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Jerai itu, saya mohon Yang Berhormat Menteri Pendidikan sahaja jawab tentang perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, isu kedua yang ingin saya bangkitkan dalam Dewan ini ialah berkaitan dengan kemiskinan kaum India di negara ini. Tuan Yang di-Pertua, masyarakat India dikatakan merangkumi 7.5 peratus daripada jumlah rakyat Malaysia. Bilangan mereka yang terlibat dalam masalah-masalah jenayah adalah amat tinggi. Satu daripada puncanya ialah kemiskinan. Kemiskinan di kalangan masyarakat India memang tidak dapat dinafikan oleh mana- mana pihak. Di setiap kampung, di bandar, di ladang, di mana-mana sahaja, kita dengan mudah dapat mengenal pasti orang-orang India yang hidup melarat. Pendapatan yang rendah, ibu tunggal yang terpaksa menanggung beban keluarga, pengangguran, masalah kesihatan yang melampau, anak-anak yang keciciran pendidikan, penglibatan dalam kongsi gelap, terperangkap dalam hutang along, terjerumus dalam ketagihan arak adalah antara perkara yang dilihat sebagai punca kemunduran masyarakat India di negara ini.

Apakah strategi kerajaan untuk menyelesaikan masalah kemiskinan dan masalah sosial yang dihadapi oleh kaum India di negara ini? Pada hemat saya, perancangan berstruktur dan holistik adalah perlu untuk menangani masalah-masalah ini. Perkara ini perlu ditangani supaya kaum India tidak tercicir daripada arus pembangunan dan kemajuan negara. Pemberian RM100 juta untuk membantu pembangunan sosioekonomi kaum India melalui MITRA sahaja tidak memadai. Satu tindakan affirmative secara menyeluruh untuk mencapai sasaran adalah diperlukan dengan segera. Saya mohon kepada kerajaan untuk memberi statistik terkini mengenai kadar kemiskinan dan miskin tegar kaum India di seluruh negara dan pecahan mengikut negeri.

draft • 5:50 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, pengambilan kakitangan awam masih tidak menunjukkan sebarang ganjakkan positif untuk kaum India di negara ini. Kaum India adalah antara golongan terpinggir dalam pembangunan dan kemajuan ekonomi negara. Sebahagian besar daripada kaum India masih berada di bawah garis kemiskinan dan tidak dapat bersaing kerana beberapa faktor yang tidak memberi peluang kepada mereka. Satu daripada faktor utama ialah mereka tidak diberi peluang pekerjaan dalam sektor awam. Pada suatu ketika dahulu, ramai dari kalangan kaum India bekerja dalam sektor awam tetapi mengikut peredaran masa, bilangan pekerja daripada kalangan orang India semakin berkurangan. Sering kali kita dapat perhatikan di jabatan-jabatan dan agensi-agensi tertentu, langsung tidak mempunyai pekerja India.

Diskriminasi pengambilan ini dilakukan secara strategik dalam tempoh 60 tahun sejak kemerdekaan. Jasa dan sumbangan kaum India kepada pembangunan negara telah dilupakan oleh kerajaan. Saya mohon kepada kerajaan secara jujur memberi jawapan kepada beberapa persoalan ini:

(i) berapakah jumlah pekerja India yang sedang berkhidmat dalam sektor awam ketika ini berbanding dengan jumlah keseluruhan penjawat awam di negara ini?;

(ii) berapakah pengambilan pekerja baru daripada kalangan kaum India di seluruh negara dan pecahan mengikut negeri sejak lima tahun kebelakangan ini?;

(iii) berapa ramaikah daripada kalangan kaum India menduduki jawatan ikhtisas?;

(iv) sektor manakah yang mempunyai bilangan pekerja awam yang ramai daripada kalangan kaum India?; dan

(v) nyatakan strategi atau perancangan kerajaan untuk memberi peluang dan galakan kepada kaum India dalam sektor awam.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya berganjak kepada isu pendidikan. Dalam Belanjawan 2020, kerajaan telah memperuntukkan RM50 juta untuk tujuan penyelenggaraan SJKC dan SJKT masing-masing. Setakat ini, berapakah jumlah wang ini yang telah dibelanjakan untuk tujuan yang dimaksudkan? Nyatakan secara terperinci SJKC dan SJKT yang telah menerima peruntukan penyelenggaraan ini bagi tahun 2020.

Apakah rancangan kerajaan untuk membelanjakan baki peruntukan penyelenggaraan SJKC dan SJKT yang masih belum digunakan? Apakah kerajaan berhasrat untuk menggunakan peruntukan penyelenggaraan ini untuk tujuan pembangunan SJKC dan SJKT jika keperluannya adalah lebih kepada pembangunan dan bukannya penyelenggaraan. Bolehkah SJKC dan SJKT juga menggunakan peruntukan penyelenggaraan ini untuk membeli alat-alat multimedia seperti komputer, projektor, smart board dan sebagainya?

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin tahu sama ada kerajaan baharu akan meneruskan dan menyalurkan dana yang dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan untuk membina bangunan baharu atau bangunan tambahan bagi sekolah-sekolah yang berikut:

draft • 5:50 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

(i) SJK(T) Bukit Mertajam;

(ii) SJK(T) Ladang Seremban;

(iii) SJK(T) Bahau– di lokasi yang baharu;

(iv) SJK(T) Klebang, Ipoh; dan

(v) SJK(T) St. Philomena, Ipoh.

draft • 5:50 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin tahu tentang pengambilan pelajar ke IPGM bagi memenuhi keperluan SJKT dan SJKC. Adakah kita mempunyai guru-guru yang mencukupi di SJKC dan SJKT? Saya difahamkan kita menghadapi masalah yang serius dalam menyediakan guru-guru opsyen Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di SJKC dan SJKT. Adakah ini benar?

Jika ya, bagaimanakah masalah ini akan ditangani oleh Kementerian Pendidikan?

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk membawa beberapa isu di kawasan saya, Batu Gajah. Pertama, permintaan untuk lampu isyarat di Persimpangan Batu Gajah Perdana. Saya telah membangkitkan isu ini beberapa kali dalam Dewan dan juga di Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seramai 1,000 orang daripada penduduk Taman Batu Gajah Perdana juga pernah menghantar memorandum berkaitan dengan hal ini.

Kemalangan berlaku terlalu kerap di persimpangan tersebut tetapi tidak ada tindakan diambil walaupun pelbagai janji diberikan sebelum ini. Harap kerajaan akan memandang serius perkara ini dan menyelesaikan masalah yang dibangkitkan dengan memasang lampu isyarat di Persimpangan Taman Batu Gajah Perdana demi keselamatan penduduk di kawasan tersebut.

Kedua, penyelenggaraan lampu jalan di Jalan Besar Ipoh-Lumut. Tuan Yang di-Pertua, di sepanjang Jalan Besar Ipoh-Lumut, didapati berpuluh-puluh lampu yang tidak menyala. Ini menyebabkan keadaan yang agak gelap di kawasan-kawasan tersebut. Di samping itu, imej Kementerian Kerja Raya juga turut terjejas kerana tidak ada tindakan diambil walaupun pelbagai pihak telah melaporkan perkara ini. Apakah masalah sebenarnya yang dihadapi oleh pihak kerajaan dalam menyelesaikan masalah ini? Saya minta pihak Kementerian Kerja Raya lebih prihatin dan menyegerakan kerja-kerja memperbaiki dan menyelenggarakan lampu-lampu yang rosak ini.

Ketiga, isu banjir kilat di Kampung Piandang, Seputih, Batu Gajah. Tuan Yang di-Pertua, sudah beberapa kali banjir kilat berlaku di Kampung Piandang, Seputih, Batu Gajah. Ini adalah berpunca daripada peningkatan jumlah air di sebatang sungai yang mengalir di kawasan tersebut. Tambahan pula, sebuah kelubung yang merentasi Jalan Besar Seputih-Parit di Kampung Piandang adalah terlalu kecil dan sempit dan tidak boleh menampung air yang besar.

Ini menyebabkan aliran air melimpah akibat bottleneck di kelubung tersebut. Saya memohon kepada kerajaan untuk membina sebuah jambatan bagi menggantikan kelubung yang sedia ada.

Saya percaya tindakan ini boleh menyelesaikan masalah banjir kilat di Kampung Piandang, Seputih.

draft • 6:00 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang hendak saya bangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini ialah berkaitan dengan pelantikan Kolonel Kehormat Angkatan Pertahanan Awam.

Ahli-ahli Parlimen telah dilantik sebagai Kolonel Kehormat Angkatan Pertahanan Awam berkuat kuasa mulai 1 Januari 2016 dan berakhir pada 31 Disember 2021 bagi kawasan Parlimen masing-masing.

Sejauh manakah polisi pelantikan ini memberi kesan dari segi peningkatan keupayaan dan kecekapan Angkatan Pertahanan Awam? Adakah kerajaan mahu meneruskan polisi ini atau akan membuat pindaan semula kepada undang-undang yang sedia ada? Untuk makluman Dewan yang mulia, Ahli-ahli Parlimen yang baharu masih tidak menerima watikah pelantikan sebagai Kolonel Kehormat Angkatan Pertahanan Awam. Kenapa?

Tuan Yang di-Pertua, isu yang terakhir ialah berkaitan dengan Majlis Pelelong Malaysia.

Majlis Pelelong Malaysia merupakan satu badan yang diwakili oleh 1,800 orang pelelong berlesen dan ianya ditubuhkan untuk menjaga kebajikan pelelong-pelelong berlesen di Semenanjung Malaysia.

Pelaksanaan sistem e-Lelong telah mengakibatkan kehilangan punca rezeki pendapatan kepada 1,800 pelelong dan keluarga mereka. Pelbagai cara bantahan dan memorandum telah dikemukakan oleh pihak Majlis Pelelong Malaysia. Namun, pelaksanaan e-Lelong tetap diteruskan iaitu pada 14 Mac 2017, Mahkamah Tinggi telah memutuskan agar sistem dikuatkuasakan pada 15 Mac 2017 seolah-olah kerajaan enggan mendengar rintihan daripada pelelong-pelelong.

Perkara ini amat menyedihkan. Saya selaku Ahli Parlimen setuju bahawa negara harus mengikuti pembaharuan dan perkembangan teknologi selaras dengan kemajuan dunia internet. Namun, ini tidak bermaksud melaksanakan sesuatu sistem yang boleh mengakibatkan rakyat hilang punca rezeki pendapatan.

Kita harus juga memahami bahawa sistem e-Lelong ini tidak memberi peluang kepada keseluruhan lapisan pelelong-pelelong yang sedia ada. Malah, kaedah ini hanya akan boleh dimanfaatkan oleh golongan yang mahir dalam pengendalian komputer dan telefon bimbit yang canggih atau smartphone yang mempunyai kemudahan internet yang laju dan luas.

Oleh yang demikian, terdapat banyak kelemahan dan ketidakseimbangan dalam pelaksanaan sistem e-Lelong ini. Dengan ini, saya berharap kerajaan dapat memberi perhatian yang serius demi menyelesaikan masalah ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya mempunyai beberapa isu yang lain. Oleh kerana masa tidak mengizinkan, saya berhentikan perbahasan saya di sini dan saya sekali lagi mengucapkan ucapan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan saya juga menyokong Titah Tuanku.

Terima kasih.

draft • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Batu Gajah. Kini saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Miri untuk berbahas. Yang Berhormat Miri, silakan.

draft • 6:00 PM

Dr. Michael Teo Yu Keng - Miri

Tuan Yang di-Pertua, Tembok Besar China sejauh 5,000 kilometer dibina untuk melindungi dan menyatukan wilayah negeri dan empayar China terhadap pelbagai kumpulan musuh nomad. Akan tetapi, jikalau ada lubang sebesar saiz pintu, musuh akan dapat masuk dan akan menyebabkan kemusnahan.

Begitu juga kes 1MDB. Walaupun mempunyai tiga lapisan perlindungan iaitu SPRM, polis dan Bank Negara, kekayaan negara kita telah kehilangan RM51 bilion yang sebenarnya bertujuan untuk pembinaan hospital, sekolah, jalan raya, bekalan elektrik dan air. Ia hanya memerlukan 1MDB untuk memiskinkan negara yang kita sayangi.

Sekiranya anda memasukkan RM51 bilion ke dalam satu bagasi, anda perlu 5,100 bagasi untuk memuatkan RM51 bilion. Ia akan memenuhi seluruh bangunan ini hingga ke tahap bumbung. Bagi memastikan 1MDB berjaya, hanya memerlukan komposisi jenayah untuk mencuri wang dan bank jenayah untuk penggubahan wang haram. Bank jenayah yang terlibat dengan pengubahan wang haram 1MDB adalah:

(i) Goldman Sach Office di Singapura― bon RM30 bilion dan komisen RM2.4 bilion yang merupakan kerugian terbesar dalam 1MDB;

(ii) UOB Bank di Singapura;

(iii) Bank DBS di Singapura;

(iv) cawangan Standard Chartered Bank di Singapura;

(v) Swiss Bank di Singapura yang terdiri daripada Falcon Private Bank dan BSI Merchant Bank di mana kedua-duanya ditutup oleh Monetary Authority of Singapore (MAS);

(vi) Deutsche Bank di Singapura.

Anda dapat melihat banyak bank pengubahan wang di Singapura. Bank-bank yang lain di Hong Kong Credit Suisse, di Australia Avestra Asset Management, di Luxembourg Edmond de Rostchild Group dan di UAE British Virgin Island (BVI).

Baru-baru ini, Bank UOB Singapura telah dituntut oleh pelanggannya sendiri kerana, dengan izin, scamming their own clients by selling them illegal junk bonds of failed company in Singapore to unsuspecting Malaysian.

draft • 6:06 PM

Dr. Michael Teo Yu Keng - Miri

Rakyat Malaysia berusaha 94 tahun telah ditipu hampir RM4 juta oleh bank HSBC di Malaysia baru-baru ini. Bank Negara, anda mempunyai tanggungjawab kepada rakyat Malaysia.

Apakah tindakan yang telah dan akan diambil oleh pihak berkuasa Malaysia terhadap bank-bank ini. Setakat ini tidak ada. Di Singapura dua Bank Swiss telah ditutup. Beberapa bank seperti OUB, DBS telah didenda. Saya percaya jika tidak ada bank, jenayah asing yang terlibat RM51 bilion kita akan tetap berada di negeri ini dan dapat dipulihkan. Pada masa ini hanya 10 percent atau lebih kurang wang yang dapat dikembalikan ke negara kita dengan bantuan Department of Justice (DOJ) di Amerika Syarikat.

draft • 6:10 PM

Dr. Michael Teo Yu Keng - Miri

Untuk mengelakkan penipuan serupa berlaku lagi, ketiga-tiga institusi iaitu SPRM, polis dan terutamanya Bank Negara mesti diperkukuhkan. Institusi-institusi ini tidak boleh dilihat sebagai tidak kompeten, malas dan merasuah. Pegawai-pegawai mereka mesti jujur, rajin, berintegriti dan berkelayakan. Pengurup wang dan bank terutama bank asing mesti diberi amalan dan denda yang tegas jikalau dalam penggubahan wang haram. Lesen mesti dibatalkan bagi mana-mana bank yang melanggar undang-undang kerana penggubahan wang haram. Terima kasih.

draft • 6:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Miri. Seterusnya saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Pulai untuk membahaskan usul ini. Dipersilakan.

draft • 6:10 PM

Dato’ Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Bismillahir Rahmanir Rahim. Tuan Yang di- Pertua, saya juga mengucapkan terima kasih di atas peluang yang diberikan untuk membahas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang saya kira adalah penting untuk kita melihat beberapa isu yang saya rasa perlu kita bekalkan kepada generasi akan datang bahawa wibawa Parlimen dan negara ini mesti dipertahankan.

Tuan Yang di-Pertua, saya memulakan bicara pada petang ini tentang konsep rule of law yang mesti kita ambil sebagai suatu topik yang tidak boleh kita pandang daripada politik semata- mata tetapi by convention dengan izin, dengan kita merujuk kepada beberapa peristiwa penting dalam sejarah Parlimen yang saya rasa Tuan Yang di-Pertua sebagai Tuan Yang di-Pertua pada hari ini, maklum dengan rujukan Erskine May yang dianggap kitab kepada Parlimen yang – Commonwealth Parliament dengan izin atau kepada mana-mana konvensyen yang berlaku dalam dunia Komanwel.

Rule of law sangat penting. Kalau saya berbicara pada petang ini untuk menyentuh tentang tatacara pemilihan, prosedur ataupun apa jua tindak tanduk Parlimen, saya tidak berniat untuk menyentuh peribadi. Bukan isu peribadi Tuan Yang di-Pertua itu yang ingin saya lonjakkan tetapi cara dan tatacara yang mesti kita perkukuhkan dengan semangat rule of law. Ini kerana apa yang berlaku pada Parlimen pada hari ini bukan hanya dibaca oleh generasi pada hari ini tetapi ia bakal ditulis, disemak malah jangan lupa para-para sarjana yang menulis tesis mereka sama ada masters atau PhD akan merujuk kepada apa yang berlaku dalam Parlimen kita pada hari ini.

Oleh itu siapa pun yang duduk di kerusi Tuan Yang di-Pertua, siapa pun yang duduk sebagai pemimpin negara yang bergelar Perdana Menteri harus ingat dibelah mana pun kita berada pada hari ini, rule of law adalah tunggak kepada kekuatan kita. Saya kesal Tuan Yang di- Pertua, kalau ada akhbar seperti The Guardian yang melaporkan tentang palace coup. Saya tidak gembira sebagai Ahli Parlimen dalam negara ini sebagai rakyat Malaysia, saya tidak gembira dengan apa yang dilaporkan. Akan tetapi we must remember dengan izin, don’t open the flood gate. Jangan kita izinkan serangan berlaku kepada negara kita akibat kecuaian kita ataupun kealpaan kita dalam kita membuat sesuatu keputusan.

draft • 6:13 PM

Dato’ Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Oleh itu saya tidak kira sama ada Tuan Yang di-Pertua yang duduk di kerusi itu sebelum ini Tan Sri Dato' Mohamad Ariff bin Md Yusof dan saya pernah merasakan bagaimana gembiranya di bawah kepimpinan seperti Tuan-tuan Yang di-Pertua yang lalu, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, seperti Tun Zahir yang banyak bagi saya, kita belajar daripada apa yang mereka telah tinggalkan sebagai legasi pada hari ini.

Maka, Perlembagaan Persekutuan yang kita hanya berhujah tentang kedudukan yang tinggi mesti dibaca dengan Peraturan Mesyuarat, mesti dibaca bersekali dengan akta-akta yang mendukung Perlembagaan itu. Perlembagaan tidak boleh berdiri sendiri tanpa ada sesuatu yang mendukung. Perlembagaan negara pun yang kita anggap tertinggi telah berlaku lebih kurang 400 lebih pindaan sejak merdeka.

Oleh itu, adalah tidak salah bagi mana-mana Ahli Parlimen yang berdiri dalam Dewan ini sama ada di Dewan Rakyat ataupun di Dewan Negara untuk menyuarakan pandangan mereka yang konstruktif, yang beyond politic kadang-kadang. Akan tetapi yang penting kita mesti memastikan rule of law itu berlaku.

Apa salahnya diberikan masa untuk kami juga memberikan nama sebagai calon. Itu tidak salah. Kami faham setiap mana kerajaan yang berubah mesti mahu Tuan Yang di-Pertua sendiri, itu saya faham. Ini berlaku dalam mana-mana negara Commonwealth yang mengamalkan demokrasi. Cuma, tatacara itu mestilah diperbetulkan pada perhitungan dan perkiraan saya.

Kalau diundi menang Tuan Yang di-Pertua, ya kita harus hormat pada kerusi itu kerana ia sebahagian daripada Parlimen. Maka, oleh itu saya rasa perkara harus menjadikan kita kepada satu perhatian yang mendalam bagaimana rule of law itu mesti kita pertahankan.

Dalam kes ini Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada satu prosedur ataupun satu konvensyen yang telah menjadi amalan di negara India yang dianggap sebagai sebuah negara pengamal demokrasi yang ulung dalam kes Perdana Menteri Indira Priyadarshini Gandhi yang bertindak mahu meminda Perlembagaan India bagi memberikan imuniti terhadap semua prosiding jenayah. Ini pandangan Indira Priyadarshini Gandhi pada waktu itu.

Sebagai Perdana Menteri, Presiden dan pemimpin negara, saya faham, masing-masing ada visi dan misi untuk mereka bawa ataupun mereka ingin Parlimen ataupun mereka ingin negara menterjemahkan hasrat atau visi politik mereka. Ini berlaku di India, bagaimana kes Kesavananda Bharati Sripadagalvaru versus The State of Kerala, dalam Supreme Court of India yang telah menjadi satu rujukan kepada pengamal undang-undang ataupun penggemar demokrasi, pemerhati-pemerhati politik bahawa Supreme Court menolak apa yang telah dilakukan oleh Indira Priyadarshini Gandhi.

draft • 6:13 PM

Dato’ Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Maka dengan itu, bagi saya dengan hanya berhujah kita ada Perlembagaan tetapi kita harus juga melihat dari segi prosedur yang berlaku. Kalau saya masih mendengar hujah daripada Menteri yang menjaga undang-undang, ini adalah kita merujuk kepada Perlembagaan tentang kalau Perlembagaan mengizinkan kita untuk freedom of expression, kebebasan bersuara. Saya tidak boleh, contohnya kalau rakan saya sedang berdiri untuk berucap, saya juga nak berucap

draft • 6:20 PM

Dato’ Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

atas nama, oh ini kebebasan bersuara, tidak boleh. Undang-undang itu harus didukung dengan peraturan.

Kita pernah melalui Akta Polis, Akta Keselamatan Dalam Negeri yang pernah kita berlangsung berbahas sepanjang puluhan tahun di dalam Parlimen ini. Suatu waktu dulu semua orang mengatakan, kalau pembangkang yang mengatakan undang-undang ini zalim, maka berlakulah suatu perbahasan yang panjang. Akan tetapi tugas Ahli Parlimen yang mendukung rule of law tetap konsisten dan akhirnya pada tahun 2007, 2008 dan 2009 perbahasan yang panjang dalam Parlimen ini, akhirnya di pihak kerajaan juga pada waktu itu mengambil tindakan memansuhkan Akta Polis, memansuhkan ISA.

Oleh itu, kita belajar daripada semua sejarah ini bahawa kita jangan takut untuk menyuarakan kebenaran yang akhirnya time will tell, the truth will prevail yang kita rasa penting untuk negara ini diselamatkan. Pada hari ini, alhamdulillah sama ada komitmen itu di pihak pembangkang pada waktu itu ataupun pihak kerajaan, tidak ada lagi anak-anak Malaysia, warganegara Malaysia yang dizalimi oleh akta-akta yang kita anggap draconian pada waktu itu yang akhirnya Kerajaan Barisan Nasional pada waktu itu juga bersetuju untuk memansuhkan akta-akta yang zalim itu. Itu sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, bagaimana kita harus berperanan di dalam kita melangsungkan perjuangan ini.

Kemudian saya ingin untuk memastikan bahawa reform Parlimen ini harus diteruskan.

Apa yang Tan Sri Ariff telah buat tentang MQT, itu telah saya rasa menjadi satu budaya baharu sejak 2018, sejak kami mengambil alih atas nama Kerajaan Pakatan Harapan. Tuan Yang di- Pertua pada waktu itu di atas pandangan-pandangan yang telah diberikan oleh Ahli Parlimen, NGO, tokoh-tokoh politik telah memberikan pandangan, maka MQT pada hari ini menjadi sebahagian daripada suara Parlimen, budaya Parlimen. Saya harap Tuan Yang di-Pertua yang baharu akan terus mempromosikan ataupun melangsungkan hasrat untuk melihat suatu hari esok ada pula Prime Minister Question Time.

Itu yang kita mahu melihat kalau kita ingin mengambil Westminster, House of Common dalam setiap hari Rabu melihat Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang berdebat tentang isu- isu negara. Saya harap dalam masa yang singkat juga, Tuan Yang di-Pertua akan mengambil satu peranan untuk menjadikan Prime Minister Question Time itu menjadi suatu keyakinan. Saya rasa apa yang telah dibawa ataupun dikemukakan oleh Tuan Yang di-Pertua yang lalu itu akan menjadi satu legasi yang kita dokong bersama dan ini adalah penting untuk Parlimen kita bergerak maju pada masa akan datang.

Saya juga terus menyuarakan hasrat yang telah lama tidak kesampaian Tuan Yang di- Pertua iaitu Tuan Yang di-Pertua juga harus menjadi juara dalam kita mengembalikan sebahagian besar the very fundamental right dalam Akta Suruhanjaya Parlimen. Status rang undang-undang telah dihantar ke Peguam Negara untuk disemak dan akan dibentangkan dalam Dewan Rakyat. Adakah ini akan menjadi satu kenyataan? Parlimen harus diberikan suatu hak dan kebebasan mutlak yang berpandukan kepada rule the law. Saya harap apa yang menjadi

draft • 6:20 PM

Dato’ Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

impian kita semua, Akta Suruhanjaya Parlimen ini akan menjadi satu kenyataan dan ini akan menjadi satu lagi legasi yang bakal kita tinggalkan.

Satu lagi Tuan Yang di-Pertua ialah tentang...

draft • 6:20 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Pokok Sena.

draft • 6:20 PM

Dato' Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Ya.

draft • 6:20 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 6:20 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Yang Berhormat boleh bersetuju dengan saya bahawa dalam kita hendak mewujudkan kembali Suruhanjaya Parlimen, Akta Parlimen ini untuk memberikan kuasa kepada Tuan Yang di-Pertua kita ini untuk menentukan dari segi kepegawaian di peringkat Parlimen ini supaya tidak berlaku seperti mana berlaku ke atas pemecatan kepada Setiausaha Dewan Rakyat yang hanya baru dilantik, baru diangkat menjadi Setiausaha Dewan Rakyat selepas daripada Datuk Roosme bersara.

Tiba-tiba bila ada isu yang dipolitikkan oleh kepentingan politik dalam politik semasa pada waktu itu, mungkin disebabkan kerana usul tidak percaya yang dibawa oleh Yang Berhormat Langkawi, lalu akhirnya yang menjadi mangsa ialah pegawai iaitu Setiausaha Dewan Rakyat iaitu Encik Riduan Rahmat yang akhirnya dia asal daripada Setiausaha Dewan Negara tetapi diturunkan menjadi hanya Setiausaha Bahagian. Saya tidak persoalkan Setiausaha Dewan Rakyat yang telah pun diangkat sekarang ini tetapi prosedur ini samalah seperti mana persoalan prosedur pelantikan Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Boleh bersetuju?

draft • 6:20 PM

Dato' Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya dalam, on that score dengan izin itulah dikatakan tadi Parlimen mesti diberikan satu kebebasan. Campur tangan politik yang melampau, saya gunakan istilah itu, campur tangan politik yang melampau ke atas institusi ini sangat bahaya dan sangat mencemarkan Parlimen kita. Biar ada suruhanjaya, ada jawatankuasa yang membicarakan kalau sekiranya ada report ataupun ada pemberitahuan salah laku ataupun kesalahan-kesalahan yang akan menentukan pegawai-pegawai yang berkhidmat dalam Parlimen ini. Yang Berhormat Pokok Sena, saya rasa itu penting dan ini saya harap dapat direkodkan sebagai ia tidak berlaku lagi pada masa akan datang, tidak kira siapa. Macam Datuk Roosme sebelum ini, sebelum saya juga berkhidmat dengan kawan-kawan yang lain dahulu pun, mereka telah menjalankan tugas dengan begitu baik sekali.

Tuan Yang di-Pertua, yang kedua, isu saya yang ingin saya sampaikan adalah, boleh beri saya masa extra sedikit ya?

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

draft • 6:20 PM

Dato' Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Tentang saya mencadangkan supaya Menteri Agama lain sedikit kali ini. Beliau adalah daripada mufti, menjadi Menteri di Jabatan

draft • 6:20 PM

Dato' Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Saya harap suatu akta digubal, Akta Penyalahgunaan Agama.

Tuan Yang di-Pertua, rakan saya Yang Berhormat Parit Buntar semasa kami kerajaan menjadi Menteri Agama dan Menteri yang sama juga bekas mufti menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Bila dia mengulas tentang LGBT sebagai contoh, Yang Berhormat Parit Buntar telah memberikan suatu kenyataan kita kena dekati, berhikmah menghadapi golongan ini tetapi serangan yang beliau terima, “Inilah dia liberal, ini kalau mati esok masuk neraka, kubur esok berasap” dan dibacalah sekalian ayat-ayat Allah SWT dan wahyu itu.

Bila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memberikan suatu komen pendekatan yang sama ayatnya dengan Yang Berhormat Parit Buntar, tidak salah. Itu yang saya maksudkan tolong jangan gunakan ayat Allah SWT dan hadis ini dengan sewenang-wenangnya.

Kalau tidak setuju dengan kumpulan kita, “Oh ini esok liberal, ini esok mati masuk neraka”.

draft • 6:20 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Siapa kata itu?

draft • 6:20 PM

Dato' Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Kafir, mengkafirkan dan isu itu semua.

Jadi saya rasa harus dicermati. Pagi tadi Yang Berhormat Kota Raja telah berucap tentang budaya takfiri yang menghancurkan dunia Islam kerana perbezaan mazhab, perbezaan ideologi kita berbunuh sesama sendiri. Oleh itu saya harap Tuan Yang di-Pertua, mufti yang ada pada hari ini yang dihormati statusnya, Yang Berhormat Parit Buntar juga dulu pernah di situ tetapi dimaki, dihamun, dikatakan liberal, tidak kuat iman dan seumpamanya.

Saya harap dapat membuat satu garis panduan yang jelas supaya tidak ada mana-mana yang bernama agamawan menggunakan ayat Allah SWT dan hadis Nabi SAW untuk mencela orang lain kalau tidak bersetuju dengan kumpulan mereka. Ini yang saya harap akan menjadi suatu watershed kepada bagaimana kita harus membawa Islam Rahmatul Alamin itu supaya negara Malaysia ini suatu hari esok menjadi impian kita bersama adalah sebuah negara yang benar-benar mengamalkan Islam yang diajar dalam erti kata yang sebenarnya, yang orang bukan Islam walaupun tidak menganut agama Islam tetapi rasa selamat dan bahagia, hidup dalam sebuah negara yang bernama Malaysia.

draft • 6:20 PM

Dato' Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Inilah saya rasa Tuan Yang di-Pertua, rule of law dan saya rasa ketepatan untuk kita menterjemahkan Islam yang betul dan kita harus bertindak tegas kepada mana-mana yang bernama so-called agamawan, yang menggunakan ayat yang sewenang-wenangnya yang akhirnya esok akan menumpahkan darah, memisahkan antara kita yang sangat bahaya kepada masa depan negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Pulai. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Batu untuk perbahasan usul ini.

draft • 6:30 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Merafakkan sembah menjunjung kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke atas Titah Diraja pada panggilan Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 tempoh hari.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya merakam jutaan terima kasih kepada Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff kerana telah menjalankan tanggungjawab sebagai Yang di-Pertua dengan adil dan saksama kepada seluruh 222 Ahli Dewan Rakyat selama tempoh masa perkhidmatan beliau.

Manakala syabas dan tahniah diucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua yang sekarang Datuk Azhar bin Azizan kerana telah dilantik sebagai Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, seperti semua sedia maklum gerakan pemerkosaan terhadap mandat rakyat baru-baru ini sehingga ia berjaya menumbangkan kerajaan yang didirikan oleh rakyat adalah satu perkara yang tidak seharusnya berlaku. Sebagai seorang Ahli Dewan daripada barisan generasi muda, saya tidak bersetuju dengan gerakan rakus tersebut. Seharusnya kita bersama-sama berdepan dengan pilihan raya sama ada kalah atau menang perkara tersebut kita harus serahkan kepada rakyat secara mutlak.

Pasca COVID-19 negara ini telah melahirkan ramai penganggur oleh kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Izinkan saya menyentuh isu yang kurang diperkatakan seperti pekerja Malaysia di Singapura. Tuan Yang di-Pertua, pekerja Malaysia di Singapura banyak yang diberhentikan kerja. Rata-rata mereka memperoleh pendapatan sekitar dengan izin SGD2,000 hingga ke SGD3,000 yang bersamaan RM6,000 hingga RM10,000 sebulan. Mereka pastinya mempunyai hutang kenderaan dan hutang rumah selain daripada komitmen insurans bulanan.

Jadi, bagaimana mereka ingin menampung kos perbelanjaan tetap mereka setiap bulan oleh kerana mereka pastinya tidak mampu memiliki gaji dalam nilaian yang sama mereka peroleh ketika bekerja di Singapura.

Walaupun sehari lepas Yang Berhormat Menteri Luar Negeri telah pun berjumpa dengan wakil Singapura untuk memastikan isu ini diselesaikan. Saya percaya apa yang dikeluarkan oleh kenyataan Yang Berhormat Menteri Luar Negeri adalah di mana dengan izin kategori A dengan B, Reciprocal Green Lane (RGL) dan Periodic Commuting Arrangement (PCA). Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri Luar Negeri, apakah status daripada perbincangan di antara Malaysia-Singapura berkaitan option C dengan D, daily commuting dan boarder reopening.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh isu pelajar Malaysia di luar negara.

Saya ingin mengambil contoh seperti pelajar Malaysia dalam jurusan medical di Indonesia.

Sebagai perkongsian, pelajar-pelajar ini harus mengambil satu jenis peperiksaan selepas mereka mengakhiri peperiksaan akhir. Peperiksaan khas ini bagi memastikan Kerajaan Indonesia mampu memberi pengiktirafan ke atas sijil mereka. Ini apa yang telah disyaratkan oleh Kerajaan Indonesia.

draft • 6:30 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****] Walaupun peperiksaan ini masih tidak diduduki oleh kerana PKP, seluruh Malaysia dan Indonesia, kos-kos sampingan dikenakan seperti biasa. Manakala perkara yang membimbangkan pelajar ini apabila mereka dipanggil kembali ke Indonesia kelak bagi menduduki peperiksaan tersebut. Setiba di Indonesia mereka akan di kuarantin selama 14 hari dan hanya beberapa hotel sahaja yang telah dijadikan panel Kerajaan Indonesia untuk mengkuarantin mereka dan kos tersebut 100 peratus harus ditanggung oleh pelajar-pelajar ini sendiri. Jadi, apakah yang harus kita lakukan? Adakah kementerian mampu untuk berbincang dengan Indonesia untuk membawa peperiksaan ini di Malaysia atau adakah kementerian boleh menaja kos-kos yang bakal mereka hadapi ketika di kuarantin kelak?

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh beberapa isu kawasan. Antara isu adalah Go KL. Pada masa Kerajaan Pakatan Harapan, dengan pimpinan Yang Berhormat Shah Alam selaku Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan bersama dengan Ahli-ahli Parlimen Kuala Lumpur. Kami telah melancarkan sebuah inisiatif di mana free bus Go KL bukan sahaja di bandar tetapi di juga kawasan perumahan di seluruh Kuala Lumpur. Selepas perjuangan saya dalam Mesyuarat Majlis-majlis Menteri untuk mengadakan free bus KL di Parlimen Batu, saya telah berjaya.

Saya juga berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Wilayah yang sekarang yang teruskan inisiatif ini supaya beban kos masyarakat di Kuala Lumpur akan kurang. Apa yang saya rasa kecewa adalah selepas inisiatif ini berlaku, saya telah memanjangkan beberapa cadangan kepada DBKL di mana laluan ke Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS dan Kolej Islam Antarabangsa yang bertempat di Batu Muda untuk mengadakan laluan tersebut tetapi permohonan saya telah diberikan jawapan pada 30 Jun 2020 di mana ditolak dengan beberapa alasan. Salah satunya kawasan tersebut mempunyai perkhidmatan bas berbayar. Saya sedang memperjuangkan nasib pelajar di kedua-dua kolej berkenaan bagi mengurangkan kos sara hidup mereka ketika pembelajaran mereka. So, saya harap Yang Berhormat Menteri Wilayah yang baru ini dapat bagi satu jawapan.

Isu banjir bukan sahaja di Parlimen Batu tetapi juga di seluruh kawasan Kuala Lumpur.

Saya mencadangkan Kementerian Wilayah dan juga DBKL untuk mengadakan satu jawatankuasa khas untuk turun memantau kawasan-kawasan red zone yang kerap banjir dan juga memastikan pembangunan-pembangunan telah pun mengakibatkan punca banjir perlu mengeluarkan satu syor kepada kawasan penduduk supaya tidak ada apa-apa perlakuan yang akan menyebabkan banjir contohnya di Jalan Ipoh.

Oleh sebab projek MRT sepanjang Jalan Ipoh banyak taman-taman yang menghadapi isu banjir sepertimana MRT telah buat underground railing. Oleh sebab itu mereka tutup longkang-longkang supaya mereka dapat buat laluan tersebut, oleh sebab mereka tutup longkang tersebut banjir di taman-taman di seluruh Jalan Ipoh.

draft • 6:30 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Bukan sahaja itu Tuan Yang di-Pertua, isu perumahan juga telah menjadi satu masalah yang dihadapi oleh penduduk di kota raya. Saya ingin mendapatkan jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Wilayah di mana apakah bilangan permohonan rumah DBKL sampai sekarang? Apakah bilangan rumah yang sedia ada? Rumah PPR yang sedia ada untuk bagi dekat pemohon ini? Kepada Yang Berhormat Menteri KPKT, apakah rancangan isu perumahan Di Kuala Lumpur di mana banyak penduduk Kuala Lumpur ataupun pemohon rumah PPR telah pun tangguh selama lima hingga sepuluh tahun. Adakah rumah PPR ini akan diteruskan?

Kepada Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar dan Air, isu di Parlimen Batu antaranya adalah isu sampah di kolam Nanyang dan kolam Wahyu. Isu ini adalah isu yang telah lama di mana sampah-sampah yang daripada pasar dan penduduk di kawasan sekitar telah masuk ke kolam dan kawasan sekitar kolam juga adalah perumahan di mana ramai penduduk rasa keliru dan kecewa dengan agensi-agensi kerajaan sebab sampai sekarang kolam itu tidak dibersihkan.

Kolam itu adalah hak JPS tetapi diselenggarakan oleh DBKL. Saya minta agensi-agensi kerajaan dan Menteri untuk memberi satu jawapan.

draft • 6:30 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Isu yang seterusnya adalah insiden Pasar Sentul terbakar pada 31 Disember 2019 yang telah dinyatakan bahawa mereka akan membina semula. Datuk Bandar sudah keluarkan kenyataan untuk membuat pembangunan baharu Pasar Sentul dan beliau juga beritahu RM30 juta peruntukan telah pun disediakan untuk menaik taraf Pasar Sentul. Apakah status terkini?

Kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, hampir 900,000 syarikat PKS didaftar dan dalam 900,000 itu, PKS wanita sebanyak 186,000 ataupun 20 peratus sahaja di-register. Walaupun negara ini hampir majoriti adalah wanita, tetapi angka yang diberi oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi amat mengecewakan.

Apakah inisiatif kementerian tersebut untuk memastikan wanita di negara ini dapat lebih peluang menjadi peniaga dan apakah status koperasi yang dipegang oleh wanita? Sebanyak 277 sahaja koperasi yang dipegang oleh wanita. Apakah inisiatif kerajaan untuk memastikan koperasi wanita ini meningkat? Begitu juga TEKUN. Berapakah bilangan ataupun peruntukan TEKUN telah dikeluarkan pada tahun ini sampai sekarang?

Tuan Yang di-Pertua, dalam inisiatif untuk membangunkan modal insan, kerajaan terdahulu ataupun Kerajaan Barisan Nasional telah pun membelanjakan sebanyak lebih kurang RM258.29 juta dalam Program Peningkatan Kapasiti dan Kapabiliti Kumpulan B40 ataupun latihan jangka pendek.

Akan tetapi, apabila diteliti Laporan Ketua Audit Negara Siri Ketiga Tahun 2018, kebanyakan dana telah pun disalah guna oleh kementerian, agensi kerajaan, pelaksana projek dan agensi pemantauan. Program yang dijalankan dengan jutaan wang ringgit ini telah dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini bukan wang orang politik, ini wang rakyat.

draft • 6:40 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Mengikut Laporan Ketua Audit Negara, program tersebut tidak menepati objektif dan hanya 50 peratus dari program tersebut menepati objektif sebenar. Program tersebut hanya memberi manfaat kepada 38.5 percent peserta daripada sasaran yang ditetapkan. Hanya 54.4 peratus dana sahaja yang disalurkan melalui program tersebut dan ia adalah kerana kelemahan pengurusan kewangan agensi-agensi ini. Hanya 11 daripada 22 latihan dijalankan bersesuaian dengan objektif asal. Agensi pelaksana dan penyelia perkhidmatan tidak mengikut garis panduan Unit Perancangan Ekonomi (UPE).

Beberapa persoalan harus dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Baki dana dan laporan program tidak tepat. Laporan akhir program diragui kesahihannya. Sebanyak RM16 juta bayaran tidak mengikut tatacara kewangan. Sebanyak RM870,000 digunakan untuk pihak ketiga tanpa kelulusan EPU. Tiada pemantauan dilaksanakan dengan berkesan oleh Bahagian Pembangunan Ekuiti.

Dalam program yang dikendalikan oleh Yayasan NAAM, banyak perkara yang mengejutkan kita. Dana penyertaan bagi latihan dan program yang dianjurkan oleh Yayasan NAAM diragui kesahihannya. Ini bukan apa yang saya cakap tetapi ini adalah fakta menurut Laporan Ketua Audit Negara. Program yang dijalankan oleh Yayasan NAAM adalah projek yang menelan belanja sehingga berjuta-juta ringgit.

draft • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat, minta rumuskan Yang Berhormat.

draft • 6:40 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Akan tetapi pelik, mereka tidak dapat membuktikan perkara yang kecil seperti kehadiran peserta atau sesuatu program. Ke mana perginya wang sebanyak itu? Siapakah peserta yang telah menerima elaun dan manfaat daripada latihan ini? Mereka memang tidak ada rekod.

Untuk rumuskan, saya juga ingin membangkitkan isu GATCO di mana Kerajaan Perikatan Nasional harus menjadi kerajaan yang prihatin kepada rakyat. Kerajaan sekarang hanya menunjukkan situasi politik, kejayaan korporat dan segala-galanya yang mega yang kita ada tetapi masalah rakyat kita tidak fokus dengan serius.

Minggu lalu saya ada soal tentang masalah GATCO, kes salah laku di GATCO dan penyiasatan SPRM yang dikatakan NFA, dengan izin, no further action. Oleh kerana itu, soalan lisan saya tidak dapat berbahas mengapa kes GATCO dikategorikan sebagai NFA. Sekiranya banglo yang dibeli oleh saudara Lim Guan Eng boleh disiasat dan heboh, kenapa tidak kes GATCO? Ini masalah lebih 400 orang peneroka miskin yang sedang berlarutan selama lebih 40 tahun.

Saya faham ini isu kerajaan negeri tetapi saya memandangnya sebagai masalah rakyat miskin. Saya sarankan kes GATCO dibuka semula dan dilihat secara lebih terperinci lagi. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.

draft • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Batu. Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau ikut senarai giliran, Yang Berhormat Tenom, tetapi beliau

draft • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

tidak ada di sini. Saya dengan ini menjemput Yang Berhormat Merbok untuk menyampaikan perbahasan. Masa 15 minit, Yang Berhormat.

draft • 6:40 PM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk berbahas Titah Diraja dalam sidang Dewan yang mulia ini.

Meskipun telah menjelang senja, ingin saya ulangi bahawa keadilan itu adalah neraca kebenaran.

Kita semua berada di sini mewakili rakyat. Jaga akhlak dan bicara kita. Kita boleh sahaja menegur tetapi bukan tujuan menghina. Kita boleh mengkritik tetapi bukan mengaibkan.

Di kesempatan ini juga, ingin saya mengucapkan tahniah di atas pelantikan Yang di- Pertua meskipun dengan cara yang menyayat sanubari karma insaniah. Saya juga iringi dengan ucapan takziah kerana jawatan bukanlah suatu kemegahan tetapi suatu tanggungjawab yang turut akan dihitung suatu hari nanti tanpa kita mampu berlari kerana segala pancaindera kita menjadi saksi.

Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini juga, ingin saya merakamkan ucapan penghargaan jutaan terima kasih kepada seluruh petugas barisan hadapan yang tidak pernah mengenal lelah dalam memastikan rakyat Malaysia terus sihat dan selamat mendepani pandemik COVID-19.

Ingin saya zahirkan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah merupakan ikon baharu hero COVID-19, walaupun terpaksa bertempur dengan fakta air suam sebagai penyembuh COVID-19. Beliau juga merupakan contoh benar bahawa Islam itu lebih tinggi berbanding kaum kerana orang bukan Melayu seperti beliau tetapi Islam, namun lebih baik dari orang Melayu dan Islam tetapi sangat corrupt, dengan izin.

Islam itu untuk seluruh alam selayaknya difahami oleh pelbagai kaum atau bangsa, bukan dimiliki oleh kelompok tertentu. Ikon Ebit Lew satu lagi contoh bahawa Islam adalah the way of life, dengan izin, dan ia bukan milik individu kerana nilai di dalamnya adalah sejagat untuk semua orang.

Tuan Yang di-Pertua, suka tidak suka, ingin saya menyedarkan kita semua tragedi pengkhianatan tahun 2020 pada Februari yang lalu. Pilihan raya adalah proses demokrasi untuk rakyat memilih siapa yang boleh membawa suara mereka di dalam Dewan yang mulia ini.

Tragedi Februari 2020 menjadikan demokrasi kita cacamerba. Pengasingan kuasa antara legislatif, eksekutif dan kehakiman seolah-olah tiada pemisahan. Yang menang menjadi kerajaan dan yang kalah menjadi pembangkang.

Kita juga menghantar mesej pendidikan atau tarbiah demokrasi yang mengelirukan kepada rakyat dan juga generasi muda. Ini kerana saya suka hendak mengambil satu contoh untuk sama-sama kita fikirkan iaitu contoh mudah di Parlimen Ketereh. Di mana Yang Berhormat Ketereh dari BN menang dengan undi 25,467 mengalahkan calon PAS yang mendapat undi 20,841 dan calon dari PBBM menggunakan logo Parti Keadilan hanya mendapat undi 6,799.

draft • 6:47 PM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Namun, yang ironinya yang kalah ini, bukan sahaja dilantik menjadi Yang Berhormat Senator dan dilantik menjadi Yang Berhormat Timbalan Menteri, ketika dalam kerajaan sebelum ini dan sekarang menjadi Yang Berhormat Menteri Kanan di dalam kerajaan yang dikenali sebagai tebuk atap oleh Ahli Parlimen Marang sendiri. Jadi, nilai pendidikan apakah yang kita ingin sampaikan kepada rakyat.

Yang Berhormat Menteri yang hakikatnya kalah dan corot dalam PRU-14 menjadi orang besar dan antara Yang Menteri Kanan dalam Kabinet Perikatan Nasional. Suatu logika yang sangat sukar dihadam oleh akal kita yang waras...

draft • 6:50 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Yang Berhormat Merbok, saya hendak tanya sedikit.

draft • 6:50 PM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Saya mohon tiada pencelahan― justeru saya bersetuju agar ada undang-undang atau akta yang...

draft • 6:50 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu sedikit. Yang Berhormat Merbok, Setiu.

draft • 6:50 PM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

...digubal dan dipinda bagi mengekang agar tidak berlaku lagi perkara ini diulangi...

draft • 6:50 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Yang Berhormat Merbok, Setiu.

draft • 6:50 PM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Sekiranya budaya lompat melompat ini terus diizinkan berlaku, nilai demokrasi kita bukan sahaja pudar bahkan keadilan terhadap rakyat dalam proses demokrasi akan terhakis.

draft • 6:50 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu Yang Berhormat Merbok. Setiu hendak laluan sedikit, boleh?

draft • 6:50 PM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Minta maaf Yang Berhormat Setiu. Masa saya singkat.

draft • 6:50 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Sebut pasal kerajaan tebuk atap tadi.

draft • 6:50 PM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Tuan Yang di-Pertua, ingin saya menyentuh sedikit apabila kerajaan gunakan alasan COVID-19 untuk tidak bersidang, walhal dunia teknologi boleh dimanfaatkan dan terbukti bahawa anak-anak muda kita berjaya, melalui Parlimen Digital pada 4 Julai dan 5 Julai yang lalu.

Sidang Parlimen bukan tujuan melengahkan tetapi jika ada soal perbelanjaan duit rakyat ini ke mana perginya setiap sen yang dibelanjakan. Kita memerlukan penambahbaikan serta suntikan-suntikan yang diperlukan. Tiada yang perlu kita takutkan oleh pihak kerajaan jika berada di pihak yang benar.

Saya suka mengambil kata-kata Shah Rukh Khan dalam cerita ‘Pardesh’; “Kita memerlukan ketabahan untuk mendengar kebenaran meskipun kebenaran itu pahit tetapi harus ditelan demi kebaikan”.

Tuan Yang di-Pertua, saya amat bimbang dengan isu pengangguran. Pada 14 Julai 2020 yang lalu, Jabatan Perangkaan Malaysia menyatakan bahawa kadar pengangguran kini

draft • 6:50 PM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

mencecah sejumlah 5.3 peratus pada Mei tahun 2020 bersamaan seramai 826,000 orang penganggur. Di dalam ekonomi, pengangguran adalah suatu yang sangat tidak diingini kerana ia akan menyebabkan penurunan output ekonomi negara, daya beli yang lebih rendah, peningkatan jenayah dan juga masalah sosial.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia, Zakariah Abu Rashid juga meramalkan Malaysia akan menyaksikan seramai 1.7 juta orang pengangguran pada akhir tahun 2020 atau kadar pengangguran sekitar 11 peratus. Sekiranya ramalan ini terjadi, pengangguran Malaysia akan mencapai tahap yang tidak pernah berlaku sepanjang empat dekad. Dengan kata lain, kita kembali kepada zaman pasca penjajah.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanyakan kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terkait kemudahan prasarana penjagaan dan pengasuhan kanak-kanak. Ia amat memberi kesan kepada penglibatan wanita khususnya yang mempunyai kerjaya termasuklah barisan hadapan dan juga barisan kiri kanan dan juga belakang kerana wanita ada di mana-mana.

Difahamkan juga sebanyak RM35 juta telah disalurkan melalui PENJANA untuk bantuan one-off kepada hampir 4,000 buah taska di bawah kendalian JKM. Mengikut rekod sehingga Februari lalu, hanya 4,457 buah taska berdaftar dengan kementerian dan jumlah ini sangat rendah daripada jumlah sebenar taska seluruh negara.

Ini diperkukuhkan lagi dengan kenyataan Menteri Kanan Kluster Keselamatan ada mengumumkan terdapat 10,000 orang pengusaha taska swasta bakal berdepan dengan ancaman akan ‘gulung tikar’. Ini adalah suatu yang sangat membimbangkan. Jadi, apakah rancangan kerajaan untuk meningkatkan capaian dan pendaftaran sekali gus menyelamatkan operasi-operasi taska ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh terkait Rang Undang-undang Gangguan Seksual dan ingin merujuk kepada jawapan bertulis akan soalan lisan Yang Berhormat Pandan bertarikh 21 Julai 2020. Kita sedia maklum bahawa Yang Berhormat Menteri sebelum ini telah pun menyatakan pada tahun lepas bahawa RUU ini telah pun berada di peringkat akhir di kementerian sebelum dikemukakan kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk semakan dan akan dibentangkan dalam Dewan bulan Mac tahun ini.

Suatu yang amat dikesali jawapan Yang Berhormat Menteri menunjukkan seolah-olah tiada komitmen untuk membawa RUU ini dalam sidang kali ini. Kami ingin menegaskan bahawa keputusan ini bukan sahaja meninggalkan kesan kepada wanita yang terkesan akibat gangguan seksual ini bahkan tidak terkecuali kaum lelaki yang turut berdepan dengan masalah gangguan seksual.

Melalui libat urus bersama Ahli Parlimen sebelum ini oleh kementerian ketika dalam Kerajaan Pakatan Harapan, antara elemen dalam draf rang undang-undang itu adalah definisi ganggu seksual yang menyeluruh, mekanisme pengaduan dan penyelesaian pembuktian, penyelesaian lebih efektif, elemen remedi dan penalti selain mengesyorkan standard pembuktian bersesuaian dan adil bagi semua pihak yang terbabit dalam kes aduan gangguan seksual.

draft • 6:50 PM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Daripada jawapan Yang Berhormat Menteri juga menyatakan bahawa peruntukan sedia ada mampu menangani gangguan seksual adalah meleset sama sekali kerana hakikatnya terdapat kekangan dalam perundangan sedia ada seperti Akta Kerja 1995 dan Kanun Keseksaan. Sebagai contoh, Kanun Keseksaan tidak mendefinisikan gangguan seksual dengan terperinci dan meletakkan beban kepada mangsa untuk membuktikan melebihi keraguan munasabah yang memang amat sukar bagi kebanyakan kes gangguan seksual.

Dengan ini, saya menggesa agar kementerian menampilkan kesungguhan politik iaitu political will untuk membawa RUU Gangguan Seksual dengan serius untuk dibentangkan dan diterjemahkan dalam bentuk tindakan.

Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini juga ingin saya ulangi isu Lynas. Satu hakikat pahit yang harus kita telan iaitu keberadaan Lynas masuk ke Malaysia ini kerana mempercayai dan meyakini bahawa ia merupakan satu industri yang strategik lalu menganugerahkan mereka dengan pengiktirafan Strategic Pioneer Status yang memberikan Lynas kebebasan cukai selama 12 tahun.

Maka, di manakah letaknya nilai pelaburan terbesar kepada rakyat dan ingin merupakan keputusan kerajaan yang terdahulu terdahulu yang bersikap sambil lewa dan tidak meletakkan syarat utama untuk menghantar sisa WLP pulang ke negara asal bahkan tidak pernah berunding akan hal ini apatah lagi sebagai syarat utama ketika menganugerahkan pengiktirafan Strategic Pioneer Status kepada kilang tersebut.

Melihat kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan kepada Lynas, boleh diumpamakan seperti menanti bulan jatuh ke riba. Syarat pertama, Lynas perlu menyediakan kemudahan cracking and leaching di luar negara. Ia perlu dibina dan mula beroperasi dalam tempoh empat tahun daripada tarikh sah lesen sedangkan Lynas telah beroperasi di Malaysia hampir lapan tahun dan berbaki empat tahun lagi kemudahan bebas cukai. Maka, apakah jaminan terhadap negara kita sekiranya dalam tempoh tersebut Lynas boleh bertindak keluar dan meninggalkan sisa mereka begitu sahaja.

Syarat seterusnya pula ialah mengenal pasti tapak spesifik Kemudahan Pelupusan kekal, permanent disposal facility (PDF) merupakan syarat lama yang sebelum ini tidak pernah dipatuhi oleh Lynas sendiri sebelum ini semenjak tahun 2012. Sehingga hari ini, jelas bahawa Lynas tidak pernah lagi mematuhi syarat ini walaupun lesen operasi mereka telah diperbaharui sebanyak dua kali. Maka, apakah jaminan kita untuk mengotakan janji untuk komitmen mereka terhadap syarat- syarat untuk kelulusan mereka beroperasi. Saya merayu kepada kerajaan untuk membuat kesimpulan yang muktamad dan hikmah terhadap isu ini.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali sebelum saya mengakhiri perbahasan saya di kesempatan ini ingin saya bangkitkan sekali lagi isu air di kawasan Merbok untuk kali yang keempat di dalam Dewan yang mulia ini kerana ia masih belum selesai. Masalah air di Merbok ini adalah:

draft • 6:50 PM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

(i) ketidakupayaan sistem agihan sedia ada sejak tahun 1970-an tidak mampu menampung kuantiti serta tekanan tinggi mengakibatkan kerap kali pecah;

(ii) ketidakupayaan sistem rawatan air di Loji Tupah dan Merbok, loji tua yang berusia lebih 70 tahun untuk merawat air mentah apabila perimeter non turbidity unit (NTU) melebihi 50 NTU menyaksikan kekerapan loji terpaksa henti tugas iaitu shutdown terutama apabila hujan lebat;

(iii) tempoh menunggu sistem kira-kira enam jam untuk bekalan kembali pulih dari airlock apabila berlakunya henti tugas. Akhirnya menyaksikan bekalan air terganggu dan tidak mencukupi hampir setiap hari; dan

(iv) kawasan tadahan dan takungan yang terhad menyumbang kepada ketidakcukupan air mentah terutamanya ketika musim kemarau seperti sekarang memperlihatkan Loji Rawatan Air Tupah yang berusia 70 tahun ini semakin menyusut dari sejumlah 20 MLD kepada 8 MLD yang hakikatnya keperluan sebenar penduduk adalah sebanyak 30 MLD.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan isu air ini sangat mendesak, saya juga telah menggunakan wang peruntukan Parlimen sebanyak RM300,000 untuk membina pam bagi kawasan-kawasan kampung yang terjejas dan terletak di hujung sistem pada tahun lepas, sementara menanti projek naik taraf Loji Rawatan Air Bukit Selambau berjalan.

Bagi penyelesaian jangka masa sederhana, saya merancang untuk menggunakan lagi sejumlah RM500,000 untuk membina stage pump dengan izin. Namun, ia tidak dapat diteruskan kerana peruntukan telah pun dibekukan setelah kerajaan Pakatan Harapan ditumbangkan.

Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini juga saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Pakatan Harapan yang sebelum ini telah meluluskan Projek Menaiktaraf Loji Rawatan Air Bukit Selambau dan harapan saya agar pelaksanaan ini disegerakan. Saya pohon agar di bawah kerajaan yang baharu ini juga, projek ini tidak akan dihentikan atau pun dilewatkan kerana akhir sekali keutamaan kita adalah rakyat.

Akhir sekali, ingin saya akhiri perbahasan saya dengan dua rangkap pantun. Pantun ini untuk pembangkang.

*Yang benar tangannya kerap tergari, Yang bebas bergelar Datuk Seri atau Tan Seri, Jangan resah, jangan khuatiri, Di akhirat semua akan diadili.

Berat mata memandang, Berat lagi bahu yang menyandang, Tetapi patah semangat kamu jangan, Selagi bernafas lawan tetap lawan.* Dengan ini, Merbok menyokong.

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Merbok.

draft • 6:50 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bangkitkan satu Peraturan Mesyuarat di bawah Perkara 36(12). Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis.

Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada sebahagian ucapan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Kota Raja pagi tadi. Jika boleh saya bacakan di antara kandungan ucapannya ialah, “...jangan kita lupa sejarah. Kita jangan lupa Islam itu ditegakkan para pelarian khasnya Nabi Muhammad SAW.”

draft • 6:50 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya melihat ini satu kesimpulan yang agak mengelirukan kepada sejarah Islam itu sendiri. Tujuan Yang Berhormat Kota Raja tadi cukup baik dan isi kandungannya baik iaitu memuliakan para pelarian.

Akan tetapi menyebut bahawa Nabi Muhammad itu sebagai pelarian sedikit bermasalah dari sudut takrifan dan dari sudut definisinya kerana Nabi Muhammad ini bukan seorang pelarian.

Berhijrah ke Madinah kerana dijemput oleh penduduk Madinah dan arahan daripada Allah telah dilantik menjadi pemimpin di Madinah. Saya minta ruling daripada Tuan Yang di-Pertua supaya Yang Berhormat Kota Raja dapat menarik balik perkataan itu sahaja iaitu ‘Nabi Muhammad sebagai pelarian’. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Yang Berhormat Kota Raja tidak ada dalam Dewan waktu ini. Saya minta Yang Berhormat Pasir Mas menulis surat kepada kami untuk kami buat ruling selepas daripada ini. Boleh? Baik, seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat, sepatutnya Yang Berhormat Kampar, akan tetapi tidak ada. Saya menjemput Yang Berhormat Bayan Baru, 15 minit.

draft • 7:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi satu peluang untuk saya membahaskan Titah Diraja. Ucapan saya adalah mengandungi dua haluan, yang pertamanya adalah tentang kedaulatan institusi. Kedua, saya akan masuk kepada topik tentang pertanian.

Pertama sekali, saya ingin menarik perhatian kepada Dewan yang mulia ini tentang satu buku yang ditulis oleh Jeffrey Sachs. Jeffrey Sachs ini adalah pemegang nobel prize winner dari segi ekonomi dan dia pernah tulis sebuah buku dipanggil Why Nations Fail. Buku ini menceritakan satu bandar dinamakan Nogales. Nogales ini terletak bersempadan antara Amerika Syarikat dan Mexico. Bandar itu dibahagikan kepada dua, di utara adalah di Amerika Syarikat, di selatan adalah Mexico. Bandar itu mempunyai populasi yang seragam, mempunyai Hispanic, kebanyakannya Catholic, Christian dan Hispanic.

Akan tetapi apabila economies dan juga sosial scientist pergi ke kawasan itu, nampak ada perbezaan yang berbeza. Bandar di bahagian utara itu di dalam negara Amerika Syarikat

draft • 7:01 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

dari segi populasi, pendidikan, health care, kesihatan dan sebagainya jauh lebih baik daripada populasi di selatan. Jadi, mereka membuat kajian demi kajian, kenapa berlakunya perkara seperti ini.

Mereka mendapati satu kesimpulan di mana bahawa Nogales walaupun satu bandar di mana mempunyai populasi yang sama, akan tetapi institusi yang menjaga bandar tersebut berbeza. Negara di utara di bawah negara Amerika Syarikat, institusi lebih kuat. Maka dari segi pendidikan, institusi kehakiman, rules of law dan juga health care dan sebagainya lebih baik kerana institusi. Di selatan itu mempunyai pelbagai masalah, crime, pelbagai isu keselamatan dan isu malnutrition dan sebagainya.

Jadi, saya nampak bahawa adalah penting Malaysia ini membina institusi dan institusi ini menjadi penting, rules of law Parlimen dan juga institusi demokrasi harus dipertahankan sekuat yang boleh. Tuan-tuan dan Puan-puan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, itu sebab bahawa selepas Pakatan Harapan menubuhkan kerajaan, Manifesto Pakatan Harapan mengutamakan pembinaan institusi, mendaulatkan undang-undang, menjadikan Parlimen ini lebih independent, rules of law dan sebagainya dan proses reformasi ini berjalan dengan lancar.

Akan tetapi dalam masa yang sama, kita nampak bahawa apa yang berlaku pada Februari 2020 di mana isu pengkhianatan yang berlaku. Dia telah undermine all these institusi.

Pertama sekali adalah mandat rakyat yang sepatutnya menjadi guiding institusi demokrasi, telah dirampas oleh segelintir pengkhianat daripada Pakatan Harapan. Akan tetapi yang lebih menyakitkan hati adalah pembangkang iaitu Barisan Nasional dan PAS pada masa itu menyahut joint forces dengan pengkhianatan.

Jadi, menyebabkan institusi demokrasi ini terjejas dan akhirnya kerajaan yang dibentuk ini adalah kerajaan pintu belakang. Jadi, ini adalah sesuatu yang menyebabkan bahawa ada pelbagai pertikaian dari segi proses dan sebagainya. Ini tidak meyakinkan rakyat bahawa institusi negara ini terus didaulatkan atau diperkuatkan.

Kedua pula, dari segi pemilihan Speaker. Saya setuju dengan Yang Berhormat Pulai tadi dan juga Yang Berhormat Pasir Gudang bahawa proses pemilihan Speaker itu penuh dengan pertikaian. Ini bukan isu personal. Ini adalah isu soal institusi dan sebagainya. It’s beyond personal. Kita bukan personal attack. Saya memberi penghormatan kepada Speaker yang baharu.

Akan tetapi kita mahu bahawa kedaulatan Parlimen itu diperhebatkan, bukan menggunakan segala caranya untuk demi kuasa. Demi merampas kuasa kita boleh buat segala- galanya. Boleh buat apa sahaja. The end justify the means. Itu ala Machiavelli yang menyebabkan negara sekarang dipandang sebagai negara yang tidak stabil politiknya kerana ada sekumpulan ahli-ahli politik yang mahukan kuasa tidak kira apa cara sekalipun, asalkan boleh rampas kuasa.

Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat, kita ini bertanggungjawab. Apa yang kita buat sekarang, ia mempunyai implikasi yang sangat serius untuk masa hadapan kita. Anak cucu kita apabila

draft • 7:01 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

mereka melihat balik Sheraton Move yang berlaku pada Februari 2020, dia akan mentakrifkan itu adalah satu titik hitam sejarah politik negara kita di mana institusi negara ini telah menjunam.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin masuk kepada topik pertanian. Kita nampak bahawa COVID-19 ini merupakan satu krisis yang menguji kerintangan negara kita atau resilient pada semua sektor; sektor pertanian, sektor perubatan, sektor perkhidmatan awam dan sebagainya.

Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada frontliners kita, pasukan perubatan, polis tentera dan juga para petani, penternak dan nelayan yang beroperasi sepenuhnya semasa PKP. Ini satu sumbangan mereka semasa PKP ini sangat-sangat disanjungi.

Kita juga tahu PKP ini menguji kerintangan sektor pertanian. Semasa PKP ini, ada beberapa isu yang timbul dalam sektor pertanian dan juga industri makanan. Pertama sekali adalah berlakunya panic buying di kalangan rakyat Malaysia di mana kita tidak pernah tengok dalam – the recent history di mana rakyat berebut-rebut roti, makanan dan sebagainya.

Keduanya, berlaku juga harga barangan keperluan naik, contohnya harga ayam naik kepada RM11 sekilogram, harga telur naik, harga sayur-sayuran naik. Ketiga, adalah permintaan semasa kita yang tinggi terhadap hasil pertanian, kita nampak pembuangan sayur-sayuran berlaku di Cameron Highlands dan Johor. Kita nampak pembuangan hasil tangkapan daripada laut berlaku di Selangor, Perak, Penang dan kita nampak bahawa pembuangan buah-buahan berlaku di negeri Selangor dan Perak.

draft • 7:01 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ini menimbulkan satu pertanyaan. Adakah Malaysia mempunyai masalah food security?

Saya mengikuti satu kenyataan Yang Berhormat Menteri bahawa satu Jawatankuasa Food Security telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi saya ingin menyeru kepada kerajaan untuk mengkaji beberapa isu tentang situasi kebergantungan Malaysia kepada food import.

Pada tahun 1990, that food trade deficit hanyalah RM1.1 bilion. Pada tahun 2006 defisit bertambah kepada RM8.0 bilion. Pada tahun 2017, trade deficit in term of food telah bertambah kepada RM19 bilion dan pada tahun 2017 food import bill adalah RM52 bilion dan tahun 2018 adalah lebih kurang RM50 bilion.

Saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu statistik yang amat membimbangkan. Mengikut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2018 Siri Ketiga, kita nampak bahawa audit MARKIS melaporkan nilai import consignment pertanian adalah antara tahun 2016 hingga tahun 2018 adalah selama tiga tahun adalah sebanyak RM710.7 bilion. Maka nilai consignment pertanian tahunan import adalah sebanyak RM237 bilion.

Consignment import pertanian dia termasuk makanan dan juga dia melibatkan import makanan pertanian, tumbuhan dan produk tumbuhan, haiwan dan produk haiwan, ikan dan produk ikan. Ini bermaksud makanan. Akan tetapi kita nampak ada satu inconsistency, MAQIS kata RM237 bilion secara purata, tetapi Jabatan Statistik bagi bahawa import bill adalah RM50 bilion.

draft • 7:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

So, that is a huge disparity di sini dan saya mohon supaya kementerian terutamanya MAQIS dan juga Bahagian Dasar dalam kementerian untuk look into this matter. Ini kerana apabila saya menjadi Timbalan Menteri, saya sudah tahu tentang isu ini, tetapi belum lagi sit down antara dua jabatan ini, bahagian ini untuk selaraskan the real actual Food Import Bill dalam negara kita. Kita mahu bahawa, the real Food Import Bill ini really menyatakan keadaan yang sebenar supaya polisi mereka boleh membuat keputusan yang betul.

Jadi, faktor-faktor kita kepada pengimportan negara, pengimportan barangan pertanian negara, food import. Kenapa berlaku begitu banyak? Nombor satu, adalah masalah tanah.

Mengikut Khazanah Research Insitute, di mana Dr. Saena Che Omar, beliau telah membuat research tentang our food security issue. Beliau telah mendapati bahawa kebergantungan kepada pengimportan barangan pertanian ini dan juga makanan ini adalah disebabkan oleh dua faktor. Satu adalah kekurangan investment dalam sekor pertanian, kedua adalah disebabkan oleh faktor tanah.

Faktor tanah ini adalah besar kerana dalam Malaysia ini kita mempunyai 8 juta hektar tanah pertanian. Di antaranya, 6.5 juta hektar adalah kepada komoditi iaitu penanaman kelapa sawit, 1.2 juta hektar adalah penanaman getah, hanya 600,000 hektar adalah tanaman makanan, agrofood. Ini menjadikan bahawa tanah sebenar untuk agrofood ini hanya lapan peratus daripada jumlah tanah pertanian di seluruh Malaysia. Kalau kita hanya ada lapan peratus, maka memang tidak cukup tanah untuk penanaman padi atau penanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Jadi saya mohon supaya jawatankuasa...

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Minta rumuskan Yang Berhormat Bayan Baru, silakan.

draft • 7:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ya?

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Satu minit lagi.

draft • 7:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ya, sikit ya.

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik.

draft • 7:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Jawatankuasa Food Security look into the real issue of this kekurangan tanah dan mulakan proses untuk transformasi komoditi kepada agrofood.

draft • 7:10 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Yang Berhormat Bayan Baru, sikit Yang Berhormat, boleh? Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

draft • 7:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Okey, sila.

draft • 7:10 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Ringkas sahaja. Yang Berhormat Bayan Baru sebut tentang laporan global food security itu tadi.

Saya ingin tanya kepada pandangan Yang Berhormat Bayan Baru, dalam report tersebut dinyatakan bahawa masalah utama kita antaranya ialah kurangnya perbelanjaan terhadap aspek R&D dalam bidang bekalan makanan ini. Adakah Yang Berhormat Bayan Baru setuju?

draft • 7:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih. Saya setuju dengan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya kerana kita tahu bahawa R&D ini sekarang dilakukan oleh MARDI dan juga

draft • 7:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

UPM. Itu sahaja. Universiti-universiti lain dia tidak mempunyai concerted effort dan juga a very serious effort dari segi R&D. Kalau kita tanya, saya pernah tanya, sekejap ya, sikit lagi.

Apabila saya tanya universiti-universiti private, adakah ada fakulti tentang pertanian?

Saya hendak laporkan dalam Dewan ini, zero. Tidak ada satu universiti IPTS yang mempunyai jurusan pertanian dalam negara Malaysia ini. Ini sesuatu yang sangat serius dan saya harap Yang Berhormat Nibong Tebal sebagai Timbalan Menteri membangkitkan isu ini supaya IPTS ini juga boleh ada untuk membuka jurusan pertanian dan sebagainya.

Saya ingin masuk ke topik yang terakhir iaitu tentang BERNAS. Kita tahu bahawa BERNAS akan - monopoli BERNAS akan berakhir pada bulan Januari 2021. Selama ini, BERNAS ini memang mereka memainkan peranan yang penting dalam menstabilkan harga beras dalam Malaysia. Mereka pun jalankan national service untuk management of national stockpile dan mereka melaksanakan tugas mereka secara baik dari segi what they called, single gate keeping maksudnya pengimportan melalui satu syarikat.

Walau bagaimanapun saya juga ingin membangkitkan persoalan-persoalan. Dalam Malaysia ini kita ada 179 pengilang, sebanyak 1,600 wholeseller, 27,000 retailer dari segi beras dan seramai 200 ribu petani dan seramai 32 juta rakyat Malaysia. Kita mempunyai satu syarikat yang control all the entire supply chain dalam industri padi dan beras. Syarikat ini bukan syarikat public listed company di mana kita boleh check and balance, kita boleh tahu apakah dia punya akaun dan sebagainya.

Ini adalah satu syarikat sendirian berhad dipegang oleh seorang sahaja iaitu seorang tokoh korporat sahaja. The whole nation supply chain bergantung kepada satu individu, satu syarikat. Ini mempunyai satu masalah yang sangat serius di mana saya mohon kerajaan supaya look into, do we really need a monopoly in this. Monopoli ini merupakan satu masalah kerana kita tahu bahawa monopoli itu dia ada efek-efek negatif.

Mengikut Prof. Fatimah Mohd Arshad daripada UPM dan juga Yong Sheng Teh, mereka telah membuat satu analisa kajian “The Effectiveness of State Trading Enterprises in Achieving Food Security” di mana saya hendak quote ya. Dia kata, monopoly create distortion resource in efficiency and growth, crowding out competition, limited incentive for innovation. Kita tahu bahawa BERNAS daripada down up stream sampai down stream mereka mempunyai stake in this dan mereka sudah crowd out semua competitors dan menyebabkan monopoli itu dia tidak mempunyai- dia tidak mencetus inovasi, maka sektor industri padi dan beras kekal selama- lamanya sama sahaja. Jadi akhirnya rakyat Malaysia ini terpaksa menanggung segala implikasi yang negatif.

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat, masa sudah tamat, Yang Berhormat ya.

draft • 7:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Arau, sorry, saya tahu you ada stake in BERNAS dululah ya. I think cukuplah cukup. Kita boleh debat di luar ya.

draft • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat.

draft • 7:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Akan tetapi, saya hendak bagi tahu, kita tidak— we didn’t deny tentang the function of BERNAS. Dia memang ada fungsinya yang bagus. Tetapi saya ingin mencadangkan kepada kerajaan adakan— we have to do soft landing. Bukan sekali gus hapuskan monopoli dan buka seluas-luasnya. Bukan, tidak. Mungkin kita mulakan dengan dua poli, dua syarikat supaya ada competition antara dua-dua syarikat itu. Dia akan mencetus inovasi. Syarikat yang baharu boleh datang daripada GLC, invite FELDA kah, invite daripada syarikat-syarikat tempatan GLC yang bagus, Sime Darby kah untuk masuk.

draft • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat, masa telah tamat Yang Berhormat.

draft • 7:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Okey, sikit sahaja. Jadi, saya mohon kepada kerajaan― mungkin mereka tidak mempunyai masa untuk look into the whole issue. Saya harap kalau hendak bagi extension kepada BERNAS, boleh bagi satu, dua tahun, no problem. Look into the issue entirely. Selepas itu kalau boleh, start with dua poli atau three poli dengan Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak pun penting juga kerana tidak ada satu syarikat mewakili Sabah dan Sarawak. Kita mahu bahawa ada syarikat— Yang Berhormat Arau kalau hendak cakap, boleh sekejap.

draft • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat tamatkan sebab telah lebih lima minit saya telah berikan. Saya sudah bagi peluang seminit sahaja bagi rumuskan.

draft • 7:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Okey, jadi saya ingin sokong sahaja, Tuan Yang di- Pertua. Jadi saya harap kerajaan boleh― you know, kalau you perlu time, bagilah extension satu tahun soft landing, selepas itu buka satu dua syarikat. Satu dua syarikat supaya― masih boleh control. Single gatekeeper mechanism itu boleh impose ya dengan satu dua syarikat. Dengan dua syarikat boleh, no problem. Single gatekeeper itu boleh ada satu dipegang oleh IPB atau Bahagian Industri Padi dan Beras. Jadi dengan ini, saya memohon— terima kasih.

draft • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat. Baik, terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru.

draft • 7:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, point of order di bawah— untuk Tuan Yang di-Pertua ya. Di bawah P.M. 36(12). Saya hendak rekodkan di dalam Dewan ini kerana ada beberapa kenyataan yang menyentuh perkara P.M. 36(10)(c) iaitu yang melibatkan Akta Hasutan. Kita tidak boleh menggunakan apa-apa perkataan yang negatif berhubung dengan Nabi Muhammad SAW.

Jadi, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Pasir Mas tadi bahawa Nabi SAW dia bukan ‘Allajid’. Bahasa Arab ini makna kata dia orang yang pelari. Nabi bukan pelari. Nabi berhijrah dan nabi telah diterima di Madinah dan dilantik menjadi pemimpin utama di Madinah.

Dijemput untuk menjadi pemimpin utama. Baginda bukan pelari.

Ya Allah, Ya Tuhanku, rosaklah pemikiran yang begini rupa dan saya minta supaya benda ini diperbetulkan sebab dia akan melibatkan tentang agama suci, agama Islam yang mana orang cuba samakan Nabi seolah-olah sebagai seorang pelari. Ini adalah satu kenyataan yang

draft • 7:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

salah dan kita harus bertaubat mengenainya. Tadi Yang Berhormat minta supaya Yang Berhormat Pasir Mas menulis tetapi saya hendak direkodkan dalam ini...

draft • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Arau, terima kasih. Yang Berhormat Pasir Mas tadi telah menyebutkan ya.

draft • 7:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Dakwa – Nabi bukan pelari dan jangan menggunakan perkataan-perkataan negatif untuk Nabi Muhammad SAW. Kecuali pemikiran Syiah, saya tak tahu, tetapi pemikiran Sunah Waljamaah, kita tak boleh mengambil perkataan- perkataan negatif untuk Nabi SAW.

[Tepuk] Kalau Syiah hendak buat macam itu terpulang tetapi jangan buat di Dewan ini dan kita akan merujuk orang yang tak mahu tarik perkataan pelari ini kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum.

draft • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya jemput pembahas terakhir, menjemput Yang Berhormat Klang. Masa 15 minit.

draft • 7:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tengok masa sekarang adalah 7.24 malam dan tak cukup untuk 15 minit.

draft • 7:24 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya, saya boleh extend additional 15 minit. Sampai lebih 15 minit maksimum.

draft • 7:24 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Sampai saya habis boleh, Tuan Yang di- Pertua?

draft • 7:24 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik. Terima kasih.

draft • 7:24 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Tuan Yang di-Pertua, perbahasan saya akan dibahagikan kepada tiga tajuk. Satu, pembentukan Suruhanjaya Maritim Malaysia; kedua, kemiskinan COVID ataupun COVID-19 poor; ketiga, ubat COVID-19 dan juga penggunaan compulsory licensing. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mula perbahasan saya dengan merakamkan penghargaan yang besar kepada petugas barisan hadapan seperti doktor-doktor, jururawat- jururawat dan juga pekerja sampingan pembersih, janitor yang bertungkus-lumus dalam memerangi wabak COVID-19.

Saya juga berterima kasih kepada pasukan sukarelawan Parlimen Klang yang bertungkus-lumus membantu pejabat saya mengedarkan bantuan kepada 25,000 keluarga terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan di Klang. Penghargaan juga dihulurkan kepada IPD Klang Selatan, Majlis Perbandaran Klang dan NGO-NGO di Klang yang telah bekerjasama dengan pejabat saya untuk menolong rakyat tempatan semasa PKP.

Pertama, Suruhanjaya Maritim Malaysia. Saya ingin mula perbahasan saya, Tuan Yang di-Pertua, dengan cadangan untuk menubuhkan badan kawal selia maritim yang boleh menguruskan aktiviti industri maritim secara adil, saksama serta menjaga kepentingan semua

draft • 7:24 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

pihak yang berkepentingan (stakeholders) supaya industri maritim boleh bersaing dengan negara-negara lain dan membawa keuntungan ke Malaysia.

Khususnya, Tuan Yang di-Pertua, saya cadang supaya Kementerian Pengangkutan menubuhkan Suruhanjaya Maritim Malaysia untuk menyelaraskan pengurusan keseragaman atau uniformity serta memantau pembekal perkhidmatan di industri maritim di Malaysia.

Penubuhan suruhanjaya ini dapat mengekalkan ataupun mengelakkan tuduhan-tuduhan charge yang tidak berasas iaitu arbitrary charges, dengan izin dan amalan tidak adil dalam sektor maritim.

Tuan Yang di-Pertua, dua minggu lalu saya telah mengadakan perjumpaan bersama- sama dengan Selangor Freight Forwarders and Logistics Association (SFFLA) dan wakil-wakil dari organisasi logistik yang terlibat dalam sektor pelabuhan dan maritim. Antara isu-isu yang telah dibangkitkan oleh kumpulan ini adalah berikut.

Pertama, syarikat perkapalan memperkenalkan syarat-syarat dan kos-kos yang tinggi.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, syarikat perkapalan itu selalunya adalah berasaskan dari luar negara dan mereka memperkenalkan syarat-syarat dan kos-kos yang tinggi termasuk arbitrary charges tanpa mendapat persetujuan daripada Bank Negara Malaysia atau mana-mana institusi kerajaan yang menguruskan sektor pelabuhan dan pengguna.

Forwarders dan pengeluar-pengeluar tempatan dipaksa untuk menerima kenaikan kos ini melalui charge baharu tanpa rundingan dengan mana-mana pihak berkepentingan. Dengan kata lain, industri forwarding termasuk importers, exporters termasuk pengilang terpaksa menerima kos yang ditentukan oleh shipping agencies ini.

Kedua, kenaikan charge tidak sepadan dengan kecekapan atau efficiency yang dijanjikan oleh shipping agencies. Misalnya Depot Gate Surcharge (DGS) telah meningkat dari RM5 pada tahun 2001 ke RM38 pada tahun 2020 iaitu peningkatan sebanyak 660 peratus dalam lebih kurang 20 tahun. Akan tetapi, penambahbaikan efficiency dalam pengendalian atau clearing container masih sama iaitu satu hingga tiga jam dan bukan 45 minit seperti yang dijanjikan.

Ketiga, caj-caj seperti sliding charges, container seal charge, delivery order fee, carrier date, interchange fee, terminal handling charges, detention charges dan sebagainya telah meningkat sebanyak 300 peratus dalam tempoh tujuh tahun yang lalu dan caj perkhidmatan yang dikenakan oleh syarikat-syarikat perkapalan tidak dikawal oleh mana-mana agensi kerajaan.

Kenaikan caj-caj ini dilakukan secara sewenang-wenangnya dan tanpa konsultasi yang bermakna dengan pihak stakeholders. Ada juga terdapat tuduhan mengaut keuntungan atau profiteering dalam industri perkapalan. Nampaknya tidak ada agensi kerajaan yang ada kuasa terhadap syarikat perkapalan supaya syarikat-syarikat perkapalan telus dalam setiap peningkatan harga atau tarif perkhidmatan yang mereka kenakan.

Isu ini telah dikemukakan kepada Kementerian Pengangkutan, Bank Negara Malaysia dan juga kepada Kementerian KPDNHEP tetapi sehingga hari ini tidak ada penyelesaian menyeluruh atau win-win situation kepada semua pihak berkepentingan.

draft • 7:24 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Tuan Yang di-Pertua, industri pelabuhan adalah sumber pendapatan yang besar untuk ekonomi Malaysia. Malah, Pelabuhan Klang yang bertempat di Parlimen Klang ialah pelabuhan yang ke-12 tersibuk di dunia. Manakala, keseluruhan Malaysia merupakan negara kelima tertinggi dalam container port traffic di dunia. Kerajaan harus campur tangan supaya dapat menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan dalam sektor ini. Campur tangan kerajaan adalah satu langkah yang wajib dilakukan. Sudah tiba masanya untuk memastikan ketertiban dan disiplin diangkatkan dalam industri yang membawa kepentingan dalam negara kita.

Oleh sebab itu, kerajaan harus campur tangan dan mempertimbangkan keperluan untuk menubuhkan Suruhanjaya Maritim Malaysia untuk kawal selia perkhidmatan pelabuhan termasuk kawal kos dan caj perkhidmatan dan regulate businesses practices secara adil di sektor pengangkutan maritim. Kementerian Pengangkutan Malaysia juga disarankan untuk melibatkan semua pihak berkepentingan dalam menambah baik keberkesanan sektor maritim ini.

Saya juga minta Menteri Pengangkutan menjelaskan penubuhan agensi Pihak Berkuasa Pelabuhan Nasional (PBPN) yang telah dikemukakan beberapa tahun yang lalu dan juga Menteri Pengangkutan untuk make public kajian dalam kajian National Port Strategy yang dibuat oleh Unit Perancang Ekonomi dan World Bank Group.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya nak bangkit isu berkait dengan COVID-19 dan compulsory licensing. Tuan Yang di-Pertua, setakat 26 Julai, jumlah kes jangkitan ataupun infections COVID-19 telah mencecah lebih kurang 16.2 juta orang di seluruh dunia. Daripada jumlah ini, sebanyak 648,000 orang telah meninggal dunia. Di Malaysia walaupun kita telah berjaya kawal penularan COVID-19 pada beberapa minggu lepas, malangnya kita tidak dapat putuskan rantaian COVID-19 dengan sepenuhnya. Baru-baru ini beberapa kluster baharu telah mula muncul dan kemungkinan besar satu gelombang baharu telah mula di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, penyelesaian yang mapan ataupun sustainable dengan izin, untuk mengatasi wabak COVID-19 adalah penemuan ubat ataupun vaksin. Pada masa ini, beberapa institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan dan syarikat farmaseutikal seperti University of Oxford, University of Melbourne, Gilead Sciences dari Amerika Syarikat, China National Pharmaceutical Group dan sebagainya telah berusaha untuk menghasilkan vaksin untuk merawat penyakit COVID-19.

Vaksin pertama dijangka akan dilancarkan pada awal tahun 2021. Selain itu, Amerika Syarikat dan Jepun juga telah meluluskan kegunaan Remdesivir yang dihasilkan oleh Gilead Sciences untuk merawat pesakit wabak COVID-19 kerana ubat tersebut terbukti berkesan mengubati COVID-19 dengan memendekkan tempoh pemulihan pesakit. Ini telah dibuktikan melalui ujian klinikal utama.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun kita ada vaksin COVID-19 di hadapan kita kemungkinan awal tahun hadapan, namun ini tidak bermaksud orang ramai dapat rawatan secara adil dan berpatutan. Ini adalah kerana harga ubat Remdesivir terlalu mahal. Berdasarkan surat terbuka daripada CEO Gilead Sciences, syarikat tersebut telah menetapkan harga Remdesivir pada

draft • 7:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

USD390 iaitu RM1,662 untuk satu botol kecil. Pesakit pula memerlukan enam botol kecil Remdesivir sepanjang lima hari rawatan. Ini bermaksud harga setiap rawatan adalah lebih kurang USD2,430 atau RM10,000.

So, ini jelas menunjukkan bahawa harga Remdesivir yang dikeluarkan oleh Gilead Sciences adalah tidak munasabah oleh sebab harga itu terlalu tinggi untuk orang ramai di Malaysia. Juga, kita dapati bahawa kalau kita gunakan di hospital RM10,000, kalau kita gunakan di hospital swasta di Amerika Syarikat, RM13,000.

So, this is extremely very expensive and therefore, there are something– It is a problem for most people to consume. Ini adalah kerana Kerajaan Amerika Syarikat telah– Ini pada pandangan saya sebenarnya tidak munasabah oleh sebab Kerajaan Amerika Syarikat telah menyumbangkan sebanyak USD7.5 juta sebagai insentif pembangunan ubat menurut laporan daripada public citizen.

Kos clinical testing untuk Remdesivir telah dibiayai oleh UHS Institute of Allergy and Infectious Diseases. Dalam kata lain, development vaksin ini telah disubsidikan daripada cukai rakyat. Kos pengeluaran sebenar Remdesivir adalah sekurangnya USD1 untuk satu botol kecil.

Ini bermaksud kos untuk seluruh rawatan tidak akan melebihi USD5. Tambahan pula, potensi keuntungan Gilead Sciences daripada penjualan Remdesivir tahun ini dianggarkan – Ini tahun ini sahaja Tuan Yang di-Pertua, tahun ini sahaja sebanyak USD2.3 bilion. Ini menjual untuk COVID- 19.

So jelas, Gilead Sciences menggunakan keadaan desak ini untuk mengaut keuntungan.

Soalan di depan kita Tuan Yang di-Pertua, ialah harus kah masyarakat ataupun Parlimen Malaysia membiarkan amalan profiteering seperti ini berlaku oleh Big Pharma? Jelas dengan kos ubat yang tinggi, hanya golongan kaya yang dapat membeli nyawa. Fenomena profiteering ini akan menentukan siapa yang akan hidup dan siapa akan mati.

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya Kerajaan Malaysia mesti mengambil sikap proaktif dan harus campur tangan dalam pembelian dan penentuan kos ubat Remdesivir. Saya cadang supaya Kerajaan Malaysia menggunakan fenomena apa yang dipanggil compulsory licensing yang tertakluk di bawah Trade and Intellectual Property Rights (TRIPS) untuk menjamin kepentingan negara.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, undang-undang TRIPS ini memberi ruang untuk negara seperti Malaysia, negara membangun untuk menggunakan provision ‘government use’ untuk mengimport ubat Remdesivir generik yang jauh lebih murah dari firma-firma generik dari negara-negara lain.

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2017, Kerajaan Malaysia telah menggunakan fenomena compulsory licensing untuk membeli ubat Sofosbuvir dari Mesir untuk mengubat penyakit Hepatitis C. Pada masa itu, seramai 500,000 masyarakat Malaysia dianggarkan berjangkit Hepatitis C. Malaysia telah berjaya menurunkan harga asal ubat Sofosbuvir daripada RM324,000 kepada RM1,248 dengan membeli ubat versi generik.

draft • 7:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Sekarang ini lebih ramai warga Malaysia boleh dirawat. Jadi, saya mohon Kementerian Kesihatan Malaysia supaya menggunakan compulsory licensing untuk mengimport ubat generik Remdesivir dengan kos yang berpatutan untuk menangani COVID-19 demi kepentingan rakyat Malaysia khususnya orang-orang miskin.

Selain itu, adakah kerajaan akan melanjutkan tempoh compulsory licensing untuk ubat Hepatitis C selepas kelonggaran selama tiga tahun tersebut yang sepatutnya tamat pada Oktober 2020? Saya ingin menegaskan bahawa kesihatan adalah hak sejagat manusia Tuan Yang di- Pertua, dan pihak kerajaan harus mempertahankan hak untuk kesihatan ini. Kerajaan bertanggungjawab untuk melindungi hak-hak rakyat untuk menerima perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berpatutan serta membekalkan perkhidmatan tersebut secara percuma kepada golongan yang miskin. Nyawa rakyat patut menjadi keutamaan mana-mana kerajaan.

draft • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Minta rumus Yang Berhormat, tinggal 30 saat lagi.

draft • 7:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Tak boleh Tuan Yang di-Pertua. Saya ada dua, satu isu lagi iaitu kemiskinan COVID-19 dan saya nak minta dua minit extra.

draft • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Teruskan, rumuskan.

draft • 7:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Okey. Tuan Yang di-Pertua, pada hari Ahad yang lepas, saya telah mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan beberapa penerima bantuan food bank yang diuruskan oleh Parlimen saya untuk memahami kesusahan rakyat ketika wabak COVID-19. Jelas bahawa golongan B40 mengalami masalah kewangan oleh sebab kehilangan kerja, potongan gaji, cuti tanpa gaji dan sebagainya. Kekurangan kewangan ini mengakibatkan kekurangan makanan, tak dapat bayar sewa, bil ataupun bil elektrik.

Kebanyakan daripada penerima bantuan mengatakan bahawa mereka terpaksa pinjam wang untuk memenuhi keperluan harian keluarga dan telah habis belanja semua wang simpanan pada masa Perintah Kawalan Pergerakan. Pada pandangan kumpulan ini, bantuan kerajaan menerusi Bantuan Prihatin Nasional telah mengurangkan beban kewangan mereka, tetapi jumlah bantuan one-off RM1,600 adalah terhad dan tidak mencukupi untuk menampung keluarga untuk tiga bulan semasa PKP.

draft • 7:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Tuan Yang di-Pertua, hakikat wang bantuan yang tidak mencukupi pula boleh dilihat daripada statistik penyertaan program i-Lestari. Berdasarkan kenyataan CEO KWSP, kebanyakan ahli yang mengeluarkan wang simpanan daripada Akaun 2 ialah golongan B40. Berdasarkan kenyataan Menteri Kewangan, setakat 13 Julai sebanyak 4.43 juta permohonan telah diluluskan dan sebanyak RM5.37 bilion telah dikeluarkan oleh pencarum di bawah program i-Lestari.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, berdasarkan Scheme Direct Fund Transfer, sebanyak 30 peratus daripada seluruh peruntukan tersebut datang daripada Wang Simpanan Pekerja di KWSP. Dalam kata lain, wang ini bukan disalurkan daripada kerajaan tetapi adalah wang simpanan pencarum sendiri. Fakta ini agak merisaukan kerana wang yang dikeluarkan

draft • 7:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

tersebut adalah wang simpanan untuk sara hidup pencarum selepas pencen tetapi terpaksa digunakan oleh sebab keadaan terdesak.

Tuan Yang di-Pertua, mekanisme penyaluran wang BPN ini tidak adil kepada wanita, tidak adil kepada wanita. Dalam perbincangan kami, seorang ibu tunggal memberitahu saya, beliau tidak menerima bantuan BPN oleh sebab wang tersebut telah disalurkan kepada bekas suaminya yang didaftarkan sebagai ketua keluarga.

Beliau juga tidak mempunyai sebarang wang simpanan disebabkan semua pendapatan telah dibelanjakan habis untuk makanan, sewaan rumah, barang keperluan dan sebagainya.

Nasib baik ada badan bukan kerajaan yang menghulurkan bantuan kepada keluarga enam orang ini dalam bentuk wang dan barang keperluan asas serta makanan. Pemilik rumah juga yang sudi mengecualikan bayaran sewaan rumah selama tiga bulan.

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengingatkan kerajaan bukan semua orang bernasib baik dan saya percaya bahawa banyak kes lagi seperti apa yang saya bentangkan tadi berlaku di seluruh Malaysia. Ini menunjukkan sebenarnya bantuan kerajaan selama tempoh PKP sehingga PKPP adalah kurang berkesan.

Di samping itu, kelompok pekerja tidak formal seperti pekerja domestik, pekerja gaji harian dan lain-lain, tidak dapat peluang untuk menyertai skim-skim bantuan. Mereka tidak dapat menerima bantuan seperti Program Subsidi Upah, i-Lestari dan Employment Insurance Scheme oleh KWSMP. Fakta ini agak menyedihkan kerana seramai 39 peratus pekerja di Malaysia adalah pekerja tidak formal dan perbualan kami juga mendapati bahawa kemungkinan besar negara kita menghadapi apa yang dipanggil fenomena COVID-19 Poor. Ini bermaksud bahawa kemiskinan golongan B40 akan menjadi lebih teruk dan lebih parah. Dalam konteks ini, kemungkinan ini mungkin bermanfaat untuk kerajaan memikirkan kembali Poverty Line Index baharu memandangkan perkembangan fenomena COVID-19 Poor golongan miskin COVID-19 yang tidak sebelum ini.

draft • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat, masa telah tamat Yang Berhormat.

draft • 7:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Satu minit lagi– Dua minit Tuan Yang di- Pertua.

draft • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya tidak boleh lebih daripada Peraturan Mesyuarat. Saya kena maksimum selama 15 minit saja daripada 7.30 malam.

I cannot be more than 7.45 pm.

draft • 7:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

You have two minutes more lah.

draft • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

I know. Sila tamatkan.

draft • 7:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Okey. Tuan Yang di-Pertua, saya cadang supaya kerajaan ulang kaji garis panduan Poverty Line Index yang sekarang ditentukan kepada sebanyak RM2,208. Ini adalah satu sebab kita ada COVID-19, kita ada satu golongan miskin iaitu COVID-19 dan juga kajian daripada KWSMP dan juga Bank Negara menunjukkan bahawa pada tahun 2016, untuk seorang dewasa, cost of living adalah sebanyak RM2,700. Untuk pasangan

draft • 7:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

dengan anak adalah sebanyak RM4,500 dan juga untuk pasangan yang mempunyai dua anak adalah sebanyak RM6,500. Ini pada tahun 2016. Itu untuk satu keluarga.

Akan tetapi PLI yang baru yang dikeluarkan hanya mengatakan bahawa satu keluarga hanya memerlukan sebanyak RM2,208. Ini tidak masuk akal. So, oleh sebab itu, saya percaya, Poverty Line Index (PLI) harus diulang kaji. Kalau tidak diulang kaji, maka dasar yang akan dikemukakan oleh kerajaan tidak akan mencapai matlamatnya. Dengan itu sekian, terima kasih.

draft • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat. Baik. Ahli Yang Berhormat, saya menggunakan Peraturan 12(3) yang hanya maksimum selama 15 minit untuk melewati masa. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa, 28 Julai 2020. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

draft • 7:40 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.45 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026