Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi semua. Sebelum kita mulakan prosiding mengenai Waktu Pertanyaan- pertanyaan Menteri pada pagi ini, izinkan saya membincangkan tentang dua perkara.
Perkara yang pertama mengenai perkataan-perkataan yang diucapkan oleh Yang Berhormat Baling semalam yang bersangkutan dengan perkataan ‘gelap’ dan ‘memakai bedak’. Saya telah meneliti Hansard mengenai kejadian tersebut dan saya mengambil keputusan bahawa perkataan-perkataan tersebut adalah agak offensive dan saya ingin mengarahkan Yang Berhormat Baling untuk memohon maaf dan menarik balik perkataan tersebut.
[Tepuk] Yang Berhormat Baling, saya persilakan.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya akur, tetapi izinkan saya sedikit sebagai seorang Ahli Parlimen, saya hendak perjelaskan sedikit.
Pertama sekali, saya tidak sama sekali ada sebarang niat untuk memanggil sesiapa sebagai gelap dan sebagainya.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Tolong, tolong. Yang Berhormat Baling saya rasa sedang menerangkan keadaan beliau dan beliau pun akur, beliau kata. Beri beliau peluang. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Just a quick one. Dua tahun saya duduk di situ, the same spot di situ, sememangnya kawasan itu gelap dan kami selalu tidak dapat perhatian daripada Tuan Yang di-Pertua. Jadi bila mana semalam beliau sedang bercakap-cakap, saya kata kawasan ini saya kata gelap, tidak nampak kawasan itu. Maksud saya, kawasan itu.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Bagi saya adalah penting untuk rakyat, netizen yang tidak berdosa di luar sana tahu supaya saya tidak ada sama sekali niat untuk memanggil sesiapa gelap kerana diri saya sendiri pun Allah telah takdirkan saya dilahirkan sebagai gelap. Jadi, tidak ada sebab pun saya hendak panggil orang lain gelap. Walau bagaimanapun, dengan ini, saya menarik balik dan memohon maaf. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Baling kerana kita tidak ingin panjangkan perkara ini. Saya harap Yang Berhormat Baling dan juga semua Ahli Dewan Yang Berhormat tidak akan menggunakan lagi kata-kata kesat yang offensive, yang berbaur perkauman, yang berbaur sexist dan sebagainya. Terima kasih.
Perkara yang kedua ialah tentang atur cara percakapan itu. Saya harap semua...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, ada― here, here, on your left. Sebelah kiri.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Masih di kawasan yang gelap sedikit. Saya mengucapkan terima kasih di atas huraian ataupun keputusan daripada Tuan Yang di-Pertua mengenai apa yang berlaku semalam.
Ianya tidak patut berlaku tetapi telah berlaku dan pada pandangan saya dan saya percaya ramai juga Ahli Parlimen di sini berpendapat perkara tersebut, walau apa pun alasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Baling, tidak perlu dikeluarkan, tidak
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
perlu disebut. Sebab, kita faham niat di sebalik kenyataan tersebut bukanlah semata- mata untuk menyatakan tempat ini gelap, kurang lighting dan sebagainya. Sekiranya beliau kata hanyalah― isunya kenapa tidak dijelaskan, kenapa perlu ungkitkan isu pakailah bedak? Itu adalah satu komen yang sangat sexist dan sebelum itu mengenai yang gelap ini adalah suatu kenyataan yang rasis.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat. Kita ada MQT. Saya tidak mahu memakan masa MQT itu. Saya terima apa yang diperkatakan semalam.
Saya putuskan sememangnya perkataan itu offensive dan saya telah mengarahkan Yang Berhormat Baling untuk meminta maaf dan tidak mengulanginya lagi dan beliau telah bersetuju untuk berbuat demikian. Jadi saya harap kita boleh pergi ke agenda-agenda yang seterusnya.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyatakan di Dewan yang mulia ini...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ya, tidak apa, 30 saat, 30 saat.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Terima kasih. Yang Berhormat Baling adalah, dengan izin, a repeat offender.
Tuan Yang di-Pertua
Saya akan mengambil tindakan yang lebih tegas sekiranya berlaku lagi.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Selama saya dalam Dewan yang mulia ini...
[Dewan riuh]
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Bukan saya sahaja. Ramai lagi Ahli Parlimen terutama sekali Ahli Parlimen wanita yang telah menjadi mangsa kepada kata-kata kesat daripada Yang Berhormat Baling.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Saya mohon satu ruling yang tegas daripada Tuan Yang di-Pertua. Sekadar menarik balik dan mohon maaf, Yang Berhormat Baling sudah buat banyak kali sudah. Masih tidak bertaubat lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Sila duduk. Sila duduk. Kita tidak mahu panjangkan perkara ini. Terima kasih.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Maka kalau benda itu jadi lagi sekali...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Jelutong ini lagi dahsyat. Yang Berhormat Jelutong itu lagi dahsyat. Tidak pernah orang kacau― satu Malaysia bencikan Yang Berhormat Jelutong itu.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
I rest my case. Tuan Yang di- Pertua, saya tidak perlu sebut lagi. Saya tidak perlu sebut.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Two wrongs don’t make a right, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. So, saya hendak ingatkan kepada semua...
Menteri Pertanian dan Industri Makanan - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tuan Yang di-Pertua, semalam bukan sahaja perkataan unparliamentary, sexist, gelap dan sebagainya. Jam 3.00 petang semalam Ahli Parlimen Sepang juga menggunakan perkataan, “Shame on you, Speaker”. Itu juga unparliamentary, bertentangan dengan 36(4).
[Dewan riuh]
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Itu cerita lainlah, ini cerita lain, Yang Berhormat. That’s a different issue.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
So, kalau itu jadi sebenarnya Tuan Yang di- Pertua, perkara ini juga harus diberi amaran dan teguran, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Former Deputy Speaker you don’t understand.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat Beluran.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi - Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali
Yang Berhormat Batu Kawan sebut ‘barua’ semalam.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat semua, saya harap dari pagi ini, marilah kita bersama-sama bertekad untuk berbahas secara sopan dan santun. Saya cuma ingin ingatkan kalau sesiapa yang ingin meminta laluan itu berdiri dan meminta laluan dan sekiranya diberi, baru bercakap. Cuma seorang sahaja yang boleh control mikrofon itu pada setiap masa. Terima kasih.
Yang Berhormat Batu Kawan semalam pun saya ada masalah sebab bila Yang Berhormat bangun itu, oleh kerana Yang Berhormat duduk di tempat orang awam sebenarnya, tidak ada di screen ini tidak keluar Yang Berhormat Batu Kawan itu. Bila saya hendak address Yang Berhormat pun saya tidak tahu hendak address. So, saya minta maaf tentang perkara itu.
Okey, saya rasa kita selesaikan perkara ini sekarang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batu Kawan telah mengeluarkan perkataan ‘barua’. Saya minta ditarik balik perkataan ‘barua’.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak apalah Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi Tuan Yang di-Pertua benar gunakan perkataan ‘barua’?
Tuan Yang di-Pertua
Saya tidak benarkan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hari ini saya akan gunakan perkataan ‘barua’ dengan hebatnya.
[Dewan ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Saya tidak benarkan.
[Dewan ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Jadi saya rasa jangan kita gunakan lagilah ayat-ayat atau perkataan-perkataan yang sedemikian.
Terima kasih. Okey. Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri, Setiausaha.
1. Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [Setiu] minta Perdana Menteri menyatakan status pelaksanaan penebusan Ganti Cuti Rehat (GCR) kepada wang tunai selama 75 hari bagi penjawat awam yang telah berkhidmat selama 15 tahun seperti yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2020.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Takiyuddin bin Hassan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Terima kasih kepada Yang Berhormat Setiu di atas soalan pertama MQT pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat yang bertanya, pembayaran Gantian Cuti Rehat (GCR) merupakan salah satu faedah persaraan yang dibayar kepada pegawai Kerajaan Persekutuan apabila mereka bersara pilihan, bersara wajib atau meninggal dunia semasa di dalam perkhidmatan.
Penerimaan pencen, ganjaran dan GCR apabila penjawat awam itu bersara adalah merupakan suatu penghargaan kerajaan atas sumbangan bakti mereka sepanjang perkhidmatan dan juga sebagai suatu sumber pendapatan kepada pegawai berkenaan dan juga keluarga mereka. Jumlah pengumpulan GCR maksimum yang berkuat kuasa sekarang adalah sebanyak 150 hari sepanjang perkhidmatan mereka.
Berhubungan dengan cadangan penebusan GCR kepada wang tunai selama 75 hari bagi penjawat awam yang telah berkhidmat melebihi 15 tahun seperti mana yang telah diumumkan dalam pembentangan Bajet 2020, pada 11 Oktober 2020 iaitu dalam kerajaan yang lalu, kerajaan sekarang ini telah memutuskan untuk mengkaji semula cadangan tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Takiyuddin bin Hassan
Kajian semula ini dirasakan wajar kerana penebusan awal GCR semasa dalam perkhidmatan didapati tidak menguntungkan kepada penjawat awam itu sendiri. Ini adalah kerana formula pengiraan penebusan awal GCR ini adalah berasaskan kepada gaji semasa penjawat awam itu. Jumlah yang diterima menerusi penebusan awal semasa dalam perkhidmatan didapati jauh lebih rendah berbanding dengan semasa mereka bersara kerana gaji akhir yang diterima ketika mereka bersara adalah lebih tinggi.
Selain daripada itu, penebusan awal GCR adalah dikira— selain daripada mereka itu rendah, GCR ini dikira sebagai pendapatan kasar penggajian yang boleh dikenakan cukai mengikut Perenggan 4(b) Akta Cukai Pendapatan 1967 dan ini akan mengurangkan lagi jumlah wang yang diterima oleh pegawai tersebut berbanding jika dibayar semasa mereka bersara kelak.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah sebab yang menyebabkan kajian secara terperinci tidak dibuat sebelum pembentangan Bajet 2020 yang lalu dan apakah implikasi kewangan sekiranya dilaksanakan GCR ini?
Dato’ Takiyuddin bin Hassan
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Setiu. Sebagaimana yang telah saya sebutkan tadi bahawa dasar untuk penebusan GCR selama 75 hari, bukan 150 hari adalah dasar kerajaan sebelum ini.
Oleh itu apabila dikaji semula dasar ini, maka kerajaan sekarang ini berhasrat untuk membuat kajian semula sebagaimana saya sebut tadi dasar 75 hari penebusan ini adalah lebih tidak menguntungkan penjawat awam.
Saya hendak beri dua simulasi. Sebagai contohnya kalau sekiranya seorang pegawai bergred M54, sekiranya mereka menebus GCR ini apabila mereka bersara penuh, mereka akan mendapat sejumlah RM55,107.90 – RM55,000. Akan tetapi jika mereka menebus dalam masa perkhidmatan dengan mengambil 75 hari, mereka pada masa 75 hari mereka mendapat RM15,355.05. Kemudian, semasa bersara mereka mendapat lagi RM27,553.95. Jumlah yang kedua-dua mereka dapat hanya RM42,909 sahaja berbanding kalau mereka ambil semasa bersara penuh. Bezanya mereka rugi sebanyak RM12,198.90.
Jadi atas dasar inilah kerajaan sekarang ini bercadang untuk membuat kajian semula demi faedah dan juga kepentingan penjawat-penjawat awam sendiri. Terima kasih.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Tuan Yang di- Pertua, daripada Johor Bahru. Cuma soalan susulan kepada Yang Berhormat Menteri, apabila Yang Berhormat menjelaskan bahawa dikaji semula, adakah rancangan itu untuk membatalkan terus penebusan ini ataupun sebenarnya hendak lihat balik dari segi rate ataupun nilai yang lebih baik.
Cuma yang penjelasan Yang Berhormat Menteri tadi juga ada ketika kakitangan kerajaan itu memerlukan wangnya sekarang, oleh sebab itu penebusan itu perlu diberi kelonggaran supaya sekiranya wang tersebut mempunyai nilai yang lebih tinggi kepada pemohon, supaya beliau ataupun individu tersebut dapat wangnya sekarang daripada terpaksa menunggu sehingga habisnya persaraan penuh. Terima kasih.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan
Terima kasih, sahabat saya daripada Johor Bahru. Apabila kita mengkaji semula perkara ini, ia belum diputuskan lagi bagaimana bentuk pelaksanaan yang baharu. Boleh jadi ia akan dikekalkan dasar yang telah dibuat pada tahun 2020 dengan penambahbaikan, memikirkan kerugian kepada penjawat awam ataupun suatu dasar yang baharu, itu belum diputuskan lagi. Jadi saya tidak boleh memberitahu apa yang akan dibuat selepas kajian ini. Terima kasih.
2. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [Bandar Kuching] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berkenaan pelan kerajaan untuk memudah dan mempercepatkan proses mendapatkan status kewarganegaraan untuk anak-anak tanpa kad pengenalan (stateless children) termasuk memperbaharui SOP yang ada untuk menangani isu ini secara cepat dan holistik.
Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Bandar Kuching.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam memastikan permohonan kewarganegaraan individu berumur bawah 21 tahun, di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan, dapat diproses dengan lebih sistematik dan berkesan. Kementerian telah selesai menambahkan prosedur pengendalian standard atau SOP tersebut.
Permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan dengan tempoh pemprosesan yang lebih singkat dari permohonan lengkap yang diterima mulai tahun 2020. Ia bermula daripada tahun 2020. Sebelum ini, ada banyak masalah yang timbul. Dalam prosedur yang baharu ini, mulai tahun ini, sudah pun kita menambahbaikkan segala prosedur yang ada.
Penambahbaikan SOP berkenaan adalah berdasarkan kepada pematuhan syarat di bawah Bahagian III Perlembagaan Persekutuan dan juga Citizenship Rules 1964. Serta, turut mengambil kira pelbagai aspek termasuklah kebajikan pemohon tanpa mengabaikan keselamatan dan kesejahteraan warganegara sedia ada.
Kelahiran yang berlaku di Malaysia tidak menyebabkan seseorang individu memperoleh kewarganegaraan secara automatik. Kewarganegaraan seseorang individu ditentukan berdasarkan kepada status perkahwinan dan juga taraf kewarganegaraan ibu bapa kandung sewaktu kelahiran berlaku. Selaras dengan peruntukan di bawah Bahagian III Perlembagaan Persekutuan, Citizenship Rules 1964. Serta, perundangan berkaitan yang berkuat kuasa dalam isu pendaftaran perkahwinan, kesahtarafan anak dan peraturan imigresen.
Sukacita diingatkan, bahawa ibu bapa dan penjaga kepada individu yang bertaraf yang belum ditentukan atau bukan warganegara bertanggungjawab sepenuhnya. Saya hendak beri penegasan di sini. Bertanggungjawab sepenuhnya untuk menguruskan kewarganegaraan, dokumen pengenalan diri dan dokumen perjalanan dengan negara asal bagi mengelakkan ketiadaan dokumen pengenalan diri, keberadaan tidak sah di Malaysia dan seterusnya disalah anggap sebagai tidak memiliki kewarganegaraan dari mana-mana negara atau stateless. Terima kasih.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya meneliti jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi.
Sebenarnya, jawapan yang diberikan hampir sama setiap tahun. Isu ini belum lagi diselesaikan. Dikatakan ada yang diperbaharui, ada yang ditambah baik. Akan tetapi kita tidak dapat melihat result daripada penambahbaikan tersebut. Jadi, soalan saya, dikatakan bermula 2020 kita ada penambahbaikan. Apakah penambahbaikan dalam proses tersebut?
Selain itu, soalan kedua. Bagaimana kerajaan dapat menyelaraskan pelaksanaan pemberian dokumen kepada stateless children ini kerana kalau kita lihat di Sabah dan Sarawak, isu ini sangat-sangat rumit. Bagaimana kerajaan hendak kategorikan apakah, siapakah PTI, siapakah stateless children kerana di Sabah dan Sarawak kita juga ada pelarian perang sejak tahun 70-an, generasi ketiga, keempat, anak-anak semua ada di Sabah dan Sarawak juga. Apakah rancangan kerajaan untuk mengatasi masalah ini. To solve this problem. Jangan kita punish these children just because of dosa ibu bapa ataupun kelembapan kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini. Terima kasih.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya ingin maklumkan sini. Tadi, saya telah berikan penekanan bahawa masalah kewarganegaraan atau taraf anak-anak ini kita pulangkan kepada individu- individu tertentu terutamanya ibu bapa mereka. Pertama, mereka mesti mempunyai dokumen yang sah. Kalaulah anak-anak ini tidak ada dokumen yang sah tarafnya seperti orang biasa yang tidak tahu kedudukan mereka yang ada, maka sebab itu saya hendak maklumkan SOP yang telah pun kita lakukan buat waktu ini adalah pertamanya untuk tempoh masa yang kita berikan kepada permohonan anak-anak tersebut. Pemohon- pemohon boleh kita berikan kelulusan jika sekiranya segala dokumen yang diberikan kepada kita adalah dokumen yang sah kerana banyak juga perkara-perkara penipuan yang berlaku dalam negara kita ini.
Maka sebab itu, kita mesti menentukan hanya dokumen yang sah yang telah diberikan. Kalau semua dokumen sudah pun diberikan kepada kita, insya-Allah kita boleh meluluskan dalam masa 12 bulan. Ini berlaku. Sebab apabila kita melihat banyak masalah yang ada di Sabah, sebagai contoh. Saya telah pun pergi lawatan ke Sabah baharu-baharu ini.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Walaupun ada orang yang mengatakan saya pergi ke Sabah hari itu untuk perkara lain, akan tetapi yang sebenarnya saya pergi adalah untuk melihat apa yang sebenarnya berlaku. Saya pergi hendak mengetahui tentang kedudukan yang dikeluarkan oleh negeri Sabah dahulu. Tentang HIF22, Kad Burung-burung, sijil banci, IIM13 semua ini berlaku di Sabah yang terpaksa kita tentukan supaya segala apa yang berlaku ini mestilah mendapat penyelesaian.
Selepas penyelesaian asal itu telah pun kita berikan, insya-Allah kita akan pastikan dokumen-dokumen itu sah dan kita akan berikan kepastian dan mereka boleh pohon. Kalau ianya layak, kita akan berikan taraf kewarganegaraan kepada mereka.
Terima kasih.
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya, ini daripada Sabah. Tadi, Sarawak. So, Sabah lah kan.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Berapakah jumlah permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan yang masih tertunggak daripada tahun 2015 hingga kini. Daripada jumlah tersebut, berapakah bilangan permohonan daripada negeri Sabah. Saya juga ingin tahu adakah di kalangan permohonan ini terdiri daripada anak-anak pelarian, anak-anak PTI, ataupun overstayers dengan izin. Terima kasih.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Yang Berhormat Beaufort.
Saya hendak jelaskan di sini bahawa permohonan yang telah pun mereka buat untuk melalui Perkara 15A ini, bagi tempoh tahun 2015 hingga 30 Jun sebanyak 31,494 permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A ini telah pun kita terima. Daripada jumlah permohonan berkenaan, sebanyak 28,211 permohonan sedang kita proses.
Manakala bagi negeri Sabah, kita ada 9,388 permohonan yang diproses dan didaftarkan di negeri Sabah. Itu untuk jawapan yang pertama.
Yang keduanya, sama ada permohonan ini daripada anak-anak PTI sama ada melalui segala masalah yang ada di Sabah, saya ingin maklumkan bahawa kita sedang memerhati secara detail-nya. Sama ada mereka itu adalah stateless dan bagaimana menyebabkan mereka ada di negeri Sabah.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Seperti saya telah maklumkan tadi, ini masalah yang besar di negeri Sabah, di antara Kerajaan Persekutuan dan juga negeri Sabah. Terima kasih.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Tuan Yang di-Pertua, mohon Libaran soalan tambahan.
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
[Bangun]
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Tuan Yang di-Pertua, bagi OKU.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Oleh kerana perkara ini amat penting, perkara kewarganegaraan, saya ingin memberi ruang kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah kerana ini berkenaan dengan Sabah pun banyak ceritanya. Saya ingin...
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Persoalan yang dibangkitkan ...
Tuan Yang di-Pertua
Last question ya.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Sepanggar bagi chance– OKU.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Libaran, Libaran.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Ini berhubung kait dengan stateless children yang ada. Saya sependapat dengan Yang Berhormat Kuching perlu ada penyelesaiannya. Ini kerana, kita sedar dan tahu ada di antara anak-anak yang di peringkat awal umur mereka tujuh tahun, enam tahun ditinggalkan oleh ibu bapa. Stateless kids. Bapanya pun tidak tahu dekat mana, emak dia pun tidak tahu ke mana. Mereka membesar sehingga ada yang 19 tahun, ada yang 20 tahun. Ini kerana, tidak ada penyelesaiannya. Tidak boleh masuk sekolah, tidak ada keterangan dia.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Seperti apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuching, we must be human sedikit dari segi penyelesaian. Anak-anak ini akan membesar. Kalau kita hendak hantar balik, ke mana negara mereka hendak dihantar?
[Tepuk] Ke Filipina pun mereka tidak tahu mana kampung, ke Indonesia pun tidak tahu mana suku sakat mereka.
Jadi, saya harap kalau ada penyelesaian, cannot be just to prolong dengan izin, all this issue. There must be a solution untuk mengatasi masalah segmented– satu yang sudah dewasa, satu yang stateless. Tidak ada ibu bapa, tidak ada bapa angkat, tidak ada penjaga mereka. Dia berkeliaran di bandar yang kita tidak punya penyelesaiannya.
Jadi saya harap, masih saya ingat dahulu masalah ini timbul semasa saya jadi Yang Berhormat Menteri pun di peringkat Persekutuan. Ini perkara yang cukup penting.
Yang keduanya, dibangkitkan tadi oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri tentang IMM13, tentang...
Tuan Yang di-Pertua
[Menyampuk] Yang Berhormat 15 saat.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
... Tentang kad Burong-burong. Saya hendak jelaskan bahawa IMM13 is a recognized document by UN. Kad Burong-burong kertas sahaja. Bancian kertas sahaja. It’s not recognized dan dimasukkan dua– Kad Burong-burong dan juga bancian ini kepada yang recognized internationally. This is political asylum. How can the government take that as a solution? Ini kerana, kad Burong-burong ini hanya mungkin dalam– IMM13 ini hanya mungkin dalam sejumlah 40,000 ke 30,000.
Bancian dengan kad Burong-burong ini mungkin beratus ribu yang – PTI. Tak kan kita hendak halalkan suatu perkara yang tidak halal. Jadi, saya ingat perlu ada penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Menteri untuk memberi penjelasan. Soalan terakhir ya.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Yang Amat Berhormat Semporna. Kita hidup ini jangan double standard. Kalau kita hendak luluskan kerana on the human factor. Sebab itu, saya hendak lihat juga segala dokumen, mereka dilahirkan sama ada mereka dilahirkan di Sabah atau di mana sekalipun.
Masalahnya, tadi Yang Berhormat kata, kita recognize only IMM13. Betullah, kalau kita hendak recognize yang satu. Anak yang berumur 19 tahun yang pakai kad Burong-burong macam mana? Mereka yang pakai sijil banci macam mana? Janganlah double standard. If you are looking at the human factor, biar saya uruskan supaya kita hendak selaraskan semuanya. Akhirnya, kita tahu mereka dilahirkan atas sifat ibu bapa yang memegang dokumen mana.
Itu yang kita hendak selaraskan. Bukan saya hendak berikan status kewarganegaraan semata-mata. Ini adalah negara yang berdaulat. It is not easy for anyone to have kewarganegaraan dalam negara kita.
[Tepuk] Ini bukan debate Yang Berhormat. You can talk during perbahasan Titah Agong nanti boleh bahas. Insya-Allah saya akan jawab balik.
Yang penting kepada kita adalah untuk menentukan supaya anak-anak yang stateless ini, kita tengok– Kalau kita sudah tidak boleh beri apa sekalipun kelayakannya, kita akan pastikan mereka sekurang-kurangnya ada identiti untuk mereka hidup dalam negara ini.
Pada saya, they are citizens of the world sama ada mereka di Sabah atau di mana pun, mereka masih lagi manusia. Sebab itu, saya hendak pastikan segala apa yang dilakukan ini baik supaya setiap mereka yang ada dalam negara kita ini mempunyai identitinya. Itu yang patut kita berikan. Bukan semata-mata hendak tentukan semua orang yang stateless mesti diberikan kewarganegaraan. It should not be in that manner. Yang pentingnya adalah kita tahu apa taraf yang perlu kita berikan kepada mereka. Daripada semasa ke semasa insya-Allah semua perkara ini boleh diselesaikan dengan sebaik mungkin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Tuan Yang di-Pertua bagi chance OKU, OKU.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan pendidikan. Sedikit sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Maaf, maaf. Saya rasa kita telah pun memakan masa...
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Satu sahaja.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
OKU friendly sikit, OKU friendly sikit.
Tuan Yang di-Pertua
Sudah tiga questions sudah...
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Bukan question, celahan sahaja.
Permohonan sahaja.
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Tuan Yang di-Pertua, untuk negeri Sabah Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Tuan Yang di-Pertua, ini sesuatu berkaitan untuk negeri Sabah sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Sudah tiga soalan, maaf.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Tuan Yang di-Pertua, ini bukan soalan. Permohonan kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri. Berkaitan pendidikan. Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Satu soalan Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Ini berkaitan Sabah.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, 20 saat.
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Tuan Yang di-Pertua, bagi dekat Sabah.
Boleh bagi dekat Sabah...
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Okey, terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Semenjak tahun 2019 Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan “Zero Reject Policy” ataupun “Polisi Penolakan Sifar” di mana kita membantu anak-anak warganegara yang tidak mempunyai dokumen untuk masuk ke sekolah. Ini kerana, sebelum ini mereka dinafikan untuk belajar di sekolah kerana tidak mempunyai dokumen.
Mereka dibenarkan untuk masuk ke sekolah. Pihak sekolah dan pihak PPD telah mendapat kerjasama daripada pihak JPN untuk mendapatkan dokumen kepada mereka.
Jadi, saya merayu kepada KDN, melalui JPN dan juga kepada KPM serta Yang Berhormat Menteri Senator untuk bersama-sama meneruskan polisi ini demi masa depan negara, demi anak-anak kita generasi mendatang. Pendidikan untuk semua, pendidikan adalah hak untuk semua kanak-kanak.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
[Menyampuk] Itu semua sudah lama sudah.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, saya rasa tidak perlu jawab sebab itu cuma satu penyataan.
3. Tuan Wong Hon Wai [Bukit Bendera] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan perkembangan terbaru berkenaan pilihan raya kerajaan tempatan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillah. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Bendera kerana menunjukkan minat dalam perkembangan terbaru berkenaan pilihan raya kerajaan tempatan.
KPKT semenjak tahun 2018 sehingga sekarang masih lagi dalam penyediaan kertas untuk dibentangkan dalam Kabinet yang disasarkan pada tahun 2021, pertengahan. Buat ketika ini, KPKT telah membentuk dua jawatankuasa. Satu jawatankuasa polisi dan satu jawatankuasa operasi. Jawatankuasa polisi terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan dan agensi kerajaan berkenaan untuk mempertimbangkan
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
isu-isu berkenaan perundangan, isu-isu berkenaan dengan implikasi kewangan dan juga isu-isu yang memerlukan cari kaedah atau mekanisme perlaksanaan.
Jawatankuasa operasi yang dianggotai juga oleh NGO-NGO dan juga ketua-ketua komuniti masyarakat akan melihat penyediaan kertas dari aspek kajian persepsi rakyat dan mereka juga bertanggungjawab untuk mengadakan program-program kesedaran dan penerangan awam kepada rakyat agar mereka memahami peranan mereka sekiranya pilihan raya kerajaan tempatan ini dilaksanakan.
Kita juga insya-Allah akan menjalankan satu pilot study untuk kawasan-kawasan atau PBT-PBT yang agak bersedia sedikit terutamanya di negeri Selangor dan Pulau Pinang yang mana telah juga endorse pilihan raya kerajaan tempatan di peringkat negeri masing-masing.
Jadi, ini semua dalam perancangan KPKT dan insya-Allah elemen-elemen juga dalam model pilihan raya juga sedang dikaji. Kita sudah mengkaji beberapa model pilihan raya kerajaan tempatan daripada beberapa negara luar. Insya-Allah kita akan cari yang terbaik dan yang boleh menyesuaikan keadaan kita di Malaysia dan memilih satu model yang akan menepati semua perkara yang kita telah ambil kira dalam sesi libat urus dengan semua agensi yang terlibat dan juga dengan ketua-ketua masyarakat dan komuniti, insya-Allah. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya persilakan Yang Berhormat Bukit Bendera untuk menanyakan soalan.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Terima kasih kepada jawapan itu. Saya ingin bertanyakan, apakah kekangan dari segi undang-undang. Apakah pindaan undang- undang yang perlu dibuat dan apakah proses dan setakat mana.
Ini kerana, soalan ini saya sudah tanya dua tahun lalu dan saya mengulangi soalan ini untuk mendapatkan jawapan yang berbeza. Akan tetapi, nampaknya jawapan yang sama juga masih dalam perancangan.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
So, apakah kesungguhan kementerian dalam aspek untuk melaksanakan— soalan saya ialah kekangan-kekangan perundangan yang perlu dibawa ke Parlimen untuk dipinda.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera.
Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Saya kira Yang Berhormat Bukit Bendera tidak perlu tanya soalan banyak kali yang sama. Jadi jawapan dapat yang sama.
Jadi saya sebut ...
[Ketawa] Tiga tahun...
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Menteri yang sama itu.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Tiga tahun sasaran. Jadi by middle of 2021, insya-Allah the paper will be ready. We will present to the Cabinet and for the Cabinet to approve. Insya-Allah, will bring to Parliament to get approval as well, dengan izin.
Walau bagaimanapun, saya bantu juga Yang Berhormat Bukit Bendera untuk mendapat lebih mungkin terperinci. Dari segi perundangan, kita harus melihatkan, buat pindaan kepada Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan juga kedua, Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 1960 dan juga pindaan akta dan peraturan yang berkaitan di bawah bidang kuasa SPR. Keempat, mewujudkan peraturan-peraturan pilihan raya kerajaan tempatan mengikut cita rasa Malaysia, insya-Allah.
Juga dari segi implikasi kewangan. Kita kena juga study lebih detailed. Ini memang belum saya jawab terdahulunya dari segi implikasi kewangan. Jadi kalau kita lihat, dianggarkan kos pilihan raya kerajaan tempatan ini adalah sebanyak RM2 juta bagi satu PBT dan RM308 juta secara keseluruhannya merangkumi 154 PBT.
So, this perkara-perkara yang harus kita mendapatkan kelulusan dan juga dibahaskan ataupun juga dibentangkan di Kabinet. Apa pun, KPKT terus berusaha untuk melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan kerana kami percaya dengan adanya pilihan raya kerajaan tempatan, PBT-PBT akan dapat diperkasakan. They would be very empowered dengan adanya pemberdayaan kerajaan tempatan. Mereka mampu membuat keputusan, mereka mampu untuk melihat bagaimana untuk meningkatkan ekonomi mereka tanpa kekangan kerajaan negeri.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Cuma— dan mereka akan bertanggungjawab bila ada pilihan raya kerajaan tempatan ini. Sesiapa yang dipilih akan bertanggungjawab kepada constituent dalam kawasan mereka dan mereka akan tahu apakah keutamaan perkara-perkara yang harus mereka laksanakan. Saya memang setuju untuk mengangkat agenda ini kerana kita sebuah negara demokrasi, kita sudah buat pilihan raya di peringkat Federal, peringkat state dan sudah tiba masanya untuk kita melaksanakan pilihan raya di tahap kerajaan tempatan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mempersilakan sesiapa untuk mengemukakan soalan tambahan kedua.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Kemaman.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Baik, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak dapat penjelasan dari Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang telah pun diberikan bahawa kerajaan akan melaksanakan proses cadangan pilihan raya kerajaan tempatan ini. Apakah pihak kementerian atau kerajaan telah pun mendapat persetujuan daripada semua anggota Kabinet khususnya daripada PAS?
PAS telah membantah. Malah ada kenyataan, malah Menteri Penerangan sebelum ini pun pernah membidas Presiden PAS terhadap isu bantahan daripada PAS tentang pilihan raya kerajaan tempatan...
[Dewan riuh]
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jadi, saya hendak dapat penjelasan, adakah telah dapat persetujuan dan adakah mereka telah bersetuju sebab mereka kata takut nanti ‘kapiaq’ kuasai Malaysia ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya menanti-nantikan soalan daripada Yang Berhormat Pokok Sena seperti demikian. Ini kerana saya hendak sebut, sewaktu saya mengangkat agenda ini dalam kerajaan yang dahulu, disanggah oleh Yang Berhormat Langkawi, tidak seorang pun yang di sana yang berani untuk menyokong saya...
[Dewan riuh]
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Tidak ada seorang pun yang berani menyokong saya ketika itu.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Yang Berhormat Ampang pun tidak berani waktu itu.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Ketika itu, dalam Manifesto Pakatan Harapan. Namun demikian, saya percaya dengan pendekatan yang lebih teliti, pendekatan yang lebih menyeluruh, pendekatan yang lebih memberikan maklumat dan penerangan, insya-Allah, agenda ini akan juga dapat kita bentangkan kepada mereka.
Ini untuk kebaikan, terima kasih.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat Gombak pun tidak sanggah hari itu dan juga Yang Berhormat Pagoh. Yang Berhormat Pagoh pun tidak sanggah, kan?
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jadi PAS setujulah.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Tuan Yang di-Pertua, Kemaman.
Tuan Yang di-Pertua
Saya. Saya beri peluang.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya, saya ingin mendapatkan penjelasan pihak kementerian, seperti mana yang kita sedia maklum, berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 iaitu Akta 171, pelantikan keanggotaan PBT adalah di bawah kuasa EXCO Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar setiap negeri. Maka secara tidak langsung, ia telah menggambarkan pemilihan PBT juga adalah daripada pilihan rakyat yang memilih kerajaan negeri. Ini bermaksud, lunas demokrasi telah pun wujud dalam aspek keanggotaan Ahli PBT.
Soalan saya, apakah keperluan mendesak kerajaan jika berhasrat untuk meneruskan pilihan raya PBT ini? Mohon penjelasan.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Menteri. Sila ikut peraturan mesyuarat ya.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Tidak menjadi isu kerana pada saya sebagai Menteri Kerajaan Tempatan, saya harus memperkasakan kerajaan tempatan.
Ini amat penting untuk menunjukkan bahawa negara ini adalah sebuah negara yang progresif, yang demokratik. Jadi pada ketika ini, saya kira sudah tiba masanya untuk rakyat untuk boleh menerima pilihan raya kerajaan tempatan.
Namun demikian, tadi disebut tentang negeri dan sebagainya. Inilah di antara kajian-kajian yang perlu dilaksanakan dan sasarannya seperti saya sebut adalah pada pertengahan tahun 2021 untuk dibentangkan dalam Kabinet, untuk mendapat kelulusan Kabinet. Selepas keputusan Kabinet, barulah kita akan menjalankan kerja-kerja yang lain seperti yang saya sebut awal tadi.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya rasa kita telah memakan masa.
Maaf.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya tanya soalan tambahan?
Tuan Yang di-Pertua
Maaf sudah habis.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Fasal ada sebut tentang Kabinet.
Tuan Yang di-Pertua
Sudah tiga empat soalan Yang Berhormat.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Kalau tidak silap saya, dalam Kabinet lepas ...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Maaf, maaf.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
...Yang Berhormat Menteri sebut, “Dalam tempoh tiga tahun”. So, macam mana tiba-tiba dia boleh sanggah kenyataan dia sendiri?
Tuan Yang di-Pertua
Tidak apa.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Dalam kerajaan terdahulu [Tidak jelas].
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Saya beritahu sedikit, dalam tiga tahun— Yang Berhormat Shah Alam...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Dia bukan canggah, dia lebih advanced.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Jangan hendak menipu.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Yang Berhormat Shah Alam, tiga tahun, cuba kira Yang Berhormat Shah Alam. Tahun 2018 bulan Jun, tiga tahun adalah tahun 2021 bulan Jun.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
So, kenapa kata Yang Berhormat Langkawi sanggah?
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Kenapa Yang Berhormat Shah Alam tidak tahu kira? Yang Berhormat Shah Alam sudah duduk sana tidak tahu kira kah? Okey, terima kasih.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Kenapa kata Yang Berhormat Langkawi sanggah? Yang Berhormat Langkawi tak sanggah.
Tuan Yang di-Pertua
Sila duduk, sila duduk. Bahas dalam perbahasan kita Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat semua, tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat semua.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Saya ingin menjemput Yang Berhormat Baling.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah di atas pelantikan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua semalam.
[Tepuk] Kami mengalu-alukan kehebatan Tuan Yang di-Pertua yang berani tegur. Saya sokong dan saya akan beri kerjasama yang baik kepada Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Kepada soalan Yang Berhormat Baling.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Rakyat Malaysia sudah sedar, Pakatan Harapan tidak membantu, Kepada Menteri Luar Bandar, Soalan saya nombor satu.
1. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan tindakan dalam menangani kegusaran rakyat di kawasan luar bandar mengenai isu kesempitan hidup lebih-lebih lagi dengan peningkatan harga barang keperluan harian di samping ketidaktentuan harga komoditi getah dan kelapa sawit.
Menteri Pembangunan Luar Bandar - Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Tuan Yang di-Pertua, Buaya biawak makan cicak, Bila kenyang tidur tertiarap, Soalan Baling soalan bijak, Macam susah Mersing nak jawab. Tuan Yang di-Pertua, memanglah kita rasa gusar terutama keadaan di luar bandar juga di bandar yang amat berkait rapat dengan ketidaktentuan harga komoditi getah dan kelapa sawit. Rasa gusar ini bukan hanya dirasakan oleh saya tetapi juga dirasakan oleh Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Semporna dan juga Yang Berhormat Titiwangsa sewaktu mengetuai kementerian ini. Malah dalam satu dasar yang dibuat oleh Yang Berhormat Titiwangsa, sebelum saya masuk ke kementerian ini, iaitu dasar yang amat logik, bersesuaian dengan Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030 yang dihasratkan dan dibuat oleh Yang Berhormat Titiwangsa. Terima kasih saya ucapkan. Waktu itu beliau ada dalam Kerajaan Pakatan Harapan. Benda yang baik kita continue.
Tuan Yang di-Pertua, mewujudkan masyarakat luar bandar yang berdaya tahan termasuk dari segi ekonomi. Dalam hal ini, kementerian akan meneruskan program- program untuk meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar seperti Program Latihan Kemahiran Kerjaya (PLKK), Program Peningkatan Pendapatan (PPP) serta program- program keusahawanan yang melibatkan pelbagai agensi dalam KPLB, KEMAS, MARA, FELCRA, RISDA dan seluruh Lembaga Kemajuan Wilayah. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Baling untuk soalan tambahan pertama.
Dato’ Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Pada soalan tambahan saya, berdasarkan Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019, kadar kemiskinan mutlak di bandar dan di luar bandar masih lagi menunjukkan perbezaan yang ketara iaitu 3.8 peratus di bandar. Malah 12.4 peratus di kawasan luar bandar. Kini, tambah pula dengan kehidupan norma baharu di mana kita semua tahu bahawa COVID-19 ini telah terkesan, khususnya kepada rakyat di kawasan luar bandar dalam segala sudut perniagaan. Malah Cik Kiah pun sudah ada masalah sekarang. Hari ini fasal jualan kerepek pisang dan sebagainya.
Dato’ Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Soalan saya, apakah tindakan kementerian untuk mengurangkan kadar kemiskinan di luar bandar? Sejauh manakah keupayaan agensi-agensi di bawah Yang Berhormat Menteri iaitu kementerian dapat merealisasikan masalah yang ada di hadapan kita? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Soalan tambahan yang tepat dan penuh dengan research. Memang benar apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Baling dalam satu survei khas kesan COVID-19.
Tuan Yang di-Pertua, didapati bahawa 70 peratus daripada individu yang terlibat dalam sektor pertanian yang melibatkan orang kampung mengalami pengurangan pendapatan. Sebahagian besar kerana mereka bekerja dalam sektor pertanian.
Tuan Yang di-Pertua datang daripada Kedah. Dekat Baling ada satu ikon Pak Teh Mansor. Saya ingat Yang Berhormat Baling kenal dia, daripada Kampung Bonggol, Kupang, Baling. Dia pekebun kecil. Dia satu contoh yang baik. Ini kerana di bawah naungan RISDA pelbagai program, aktiviti tambahan pendapatan yang boleh mereka dapat. Akan tetapi bagi mereka yang tidak dapat Yang Berhormat Baling serta rakan- rakan lain, RISDA ada sediakan maksimum 20,000 geran. Bukan pinjaman, Tuan Yang di-Pertua. Geran. Masih ada lagi.
Bantuan-bantuan ini untuk memastikan mereka yang terjejas daripada pelbagai kesan COVID-19, mereka boleh mohon. Sebagai contoh, bidang perkhidmatan. Boleh buat kedai gambar, bengkel baiki kenderaan, kedai dobi, bantuan dalam bidang makanan, boleh buat makanan ringan, tradisional, sejuk beku, cookies, kordial atau bantuan maksimum bagi bidang pembuatan dan juga bidang agrotani. Hendak buat cendawan kah, kelulut kah, apa semua boleh buat Tuan Yang di-Pertua, ini baru RISDA.
Ada banyak lagi di FELCRA, di KEJORA, di KEDA, di PERDA dan di KESEDAR.
Ramai ini Ahli Yang Berhormat pun ada chairman, Chairman KESEDAR ada, Chairman RISDA ada, boleh jumpa mereka. Pastikan bahawa kita di Kementerian Luar Bandar begitu serius dalam menangani kesan pada COVID-19. Sekian.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mempersilakan sebelah sini untuk soalan tambahan kedua.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya yakin bahawa Yang Berhormat Menteri ketahui bahawa baru-baru ini kita dapati kadar kemiskinan meningkat sebanyak 5.6 peratus berbanding 0.4 peratus apabila Jabatan Statistik menaikkan garis pendapatan kemiskinan kepada RM2,208.
Soalan saya dari segi peruntukan untuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar antara kementerian yang mendapat peruntukan yang banyak. Jadi, bagaimanakah kementerian ingin memastikan there is a value for money, dengan izin untuk memastikan agar kesenjangan ekonomi yang berlaku ini dapat kita atasi dengan lebih efektif dari segi program. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad - Menteri Pembangunan Luar Bandar
Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Terima kasih ingatkan kami, saya di kementerian akan melihat balik. Kita ada Majlis Tindakan Pembangunan di peringkat kementerian dan kita akan bekerjasama dengan semua negeri untuk memastikan cost effective dengan izin Tuan Yang di-Pertua, supaya kita ada dapat peruntukan RM5 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Kita tambah lagi nanti, Rolling Plan bagi RMKe- 12, dan akan dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Pagoh pada bulan satu nanti.
Kita akan pastikan projek-projek, setiap sen yang digunakan daripada duit rakyat consolidated fund ini dapat kita guna dengan baik. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Tuan M. Kulasegaran.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi soalan tambahan daripada Sik.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Soalan saya yang kedua.
Tuan Yang di-Pertua
Sik, yang terakhir ya.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya, terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Saya melihat situasi dan keadaan penduduk luar bandar ini ada dua keadaan yang dialami khususnya saya di Sik dan mungkin juga di daerah-daerah lain iaitu yang pertama kedudukan rumah penduduk yang serba daif, rumah yang bocor, atap yang buruk dan bekalan-bekalan air yang ada tempatnya tidak ada kesempurnaan dari segi bekalan air bersih dan juga keadaan warga emas yang tidak ada penjaga di daerah desa- desa ini. Jadi persoalan saya, adakah pihak kementerian melihat satu peruntukan khas khususnya dalam Bajet 2021 nanti untuk pemulihan membaiki rumah-rumah daif penduduk?
Kedua, adakah pihak kementerian melihat soal warga emas yang tidak ada penjaga ini dapat dikolaborasi dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk kita selesaikan masalah ini di desa-desa sana? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad - Menteri Pembangunan Luar Bandar
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sik. Mengenai rumah, ia tidak ada peruntukan khas tapi tahun demi tahun memang kita ada peruntukan khusus yang kita beri sebanyak RM45,000 ke RM60,000 untuk rumah-rumah keluarga miskin. Akan tetapi untuk repair ini dalam Program PRIHATIN dan PENJANA memang ada peruntukan dan sedang diselaras oleh kementerian. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mempersilakan sekarang Yang Berhormat Tuan M. Kulasegaran.
2. Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan:
(a) jumlah majikan yang telah diluluskan di bawah Program Subsidi Upah dan telah menyalurkan subsidi tersebut tanpa memberhentikan pekerja; dan
(b) jenis industri yang mempunyai tuntutan tertinggi di bawah Program Subsidi Upah.
Datuk Seri M. Saravanan - Menteri Sumber Manusia
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, saya memohon izin Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab pertanyaan di bawah ini bersama pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat berikut kerana ia berkaitan isu-isu yang sama iaitu Program Subsidi Upah. Yang Berhormat Ipoh Barat 14 Julai, Yang Berhormat Kluang 14 Julai, Yang Berhormat Machang 20 Julai dan 23 Julai dan Yang Berhormat Ipoh Barat 7 Ogos.
Tuan Yang di-Pertua, memandangkan soalan ini melibatkan peluang pekerjaan dan pengangguran, bukan saja melibatkan Dewan yang mulia ini tetapi keseluruhan warga Malaysia ingin tahu, maka saya memohon keizinan kepada Tuan Yang di-Pertua untuk memberi satu jawapan yang komprehensif. Ia akan memakan sedikit masa.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Datuk Seri M. Saravanan - Menteri Sumber Manusia
Penularan wabak COVID-19 adalah kejadian luar biasa atau unprecedented di mana impaknya melibatkan seluruh dunia. Bagi membendung penularan wabak COVID-19, kerajaan telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac 2020. Lanjutan itu, kebanyakan syarikat dan industri terpaksa memberhentikan operasi dan pengeluaran mereka.
Tuan Yang di-Pertua, keadaan ini telah menyuarakan para majikan untuk terus membayar gaji dan mengekalkan pekerja. Justeru itu, kerajaan sedar tindakan segera perlu diambil bagi menstabilkan ekonomi serta membela nasib pekerja yang terkesan akibat wabak tersebut. Bagi mengelakkan pemberhentian pekerja secara besar-besaran dan memastikan kedayatahanan majikan terus kekal, Kerajaan Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengambil langkah- langkah proaktif dengan memperkenalkan tiga program yang penting iaitu Program Pengekalan Pekerjaan di mana program pertama adalah program subsidi kepada pekerja
Datuk Seri M. Saravanan - Menteri Sumber Manusia
yang dikenali sebagai Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program) yang melibatkan penyaluran peruntukan kerajaan berjumlah RM120 juta.
Datuk Seri M. Saravanan - Menteri Sumber Manusia
Yang kedua, program ini bertujuan untuk membentuk pekerja yang diberi notis cuti tanpa gaji melalui bantuan kewangan segera dengan izin immediate financial assistance sebanyak RM600 sebulan bagi tempoh satu hingga tiga bulan. Sehingga 30 Jun 2020, seramai 322,422 orang pekerja telah diberi notis tanpa gaji telah menerima manfaat. Tuan Yang di-Pertua, walaupun program ini hanya diperkenalkan untuk tiga bulan, akan tetapi atas permintaan orang ramai ataupun pekerja, telah ditambahkan untuk tiga bulan lagi.
Kedua, Program Subsidi Upah. Program kedua subsidi bagi membantu majikan yang dikenali sebagai Program Subsidi Upah (PSU) yang melibatkan pengagihan dana kerajaan berjumlah RM 13.8 bilion. Tujuan program ini adalah untuk membantu majikan supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengekalkan pekerjaan ini. Semasa pelancaran awal, program ini dimulakan dengan dana sebanyak RM5.8 bilion dan seterusnya atas permintaan pihak-pihak industri, kerajaan telah membuktikan keprihatinannya dalam menjaga kebajikan pekerja dengan menambah dana sebanyak RM8 bilion. Dengan itu, jumlah keseluruhan dana bagi Program Subsidi Upah di bawah PRIHATIN adalah sebanyak RM13.8 bilion.
Untuk pengetahuan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, Bantuan Program Subsidi Upah adalah berdasarkan kepada saiz perusahaan iaitu seperti berikut:
(i) Untuk majikan yang mengajikan pekerja 75 orang pekerja dan ke bawah di mana kadar bayaran subsidi upah adalah sebanyak RM1,200 sebulan bagi setiap kerja.
(ii) Manakala untuk majikan yang mengajikan antara pekerja 76 orang hingga ke seramai 200 orang, kadar bayaran subsidi upah adalah sebanyak RM800 sebulan bagi setiap pekerja, dan
(iii) Seterusnya bagi majikan yang mengajikan seramai 201 orang ke atas, pekerja akan terima subsidi upah sebanyak RM600 sebulan bagi setiap pekerja.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Pelan Jana Semula Ekonomi Negara
(PENJANA) . Sebagai langkah memulihkan ekonomi negara, kerajaan melaksanakan program kritikal iaitu Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Inisiatif ini adalah untuk mencatatkan pengambilan pekerja oleh majikan melalui program dengan izin MyApprentice, HireMalaysia, Hiring Incentive, Mobility Assistance, dan Latihan Reskilling & Upskilling. Sejumlah RM1.5 bilion diperuntukkan untuk program ini.
Untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, sehingga 30 Jun 2020 di bawah Program Subsidi Upah, hampir sebanyak 38 peratus iaitu sebanyak RM5.2 bilion daripada jumlah keseluruhan dana telah diagihkan kepada majikan yang layak oleh PERKESO. Pengagihan tersebut melibatkan seramai 319,000 majikan untuk seramai 2.6 juta orang pekerja. Sementara itu, industri yang mempunyai tuntutan tertinggi di bawah program ini adalah sektor perkhidmatan iaitu kira-kira sebanyak 92,000 permohonan atau sebanyak 29 peratus daripada keseluruhan jumlah permohonan yang diterima.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan rekod pemberhentian pekerja yang dilaporkan kepada Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO, seramai 48,727 orang telah dihilangkan pekerjaan daripada Januari 30 hingga Jun 2020. Angka 788,800 adalah merujuk kepada jumlah pengangguran yang telah dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tempoh April 2019 sehingga April 2020. Pengangguran ini adalah terdiri daripada mereka yang bekerja sendiri, fresh graduates, pelepasan sekolah, termasuk juga mereka yang telah diberhentikan kerja. Jumlah pengangguran yang tinggi ini telah pun wujud sebelum Program Subsidi Upah diperkenalkan pada bulan April.
Saya ingin menegaskan bahawa Program Subsidi Upah adalah untuk membantu majikan agar mereka dapat kekal beroperasi, di samping mengekalkan pekerja-pekerja mereka. Sekali lagi saya ingin menyatakan bahawa keadaan luar biasa ini memerlukan tindakan yang luar biasa. Buat pertama kalinya kerajaan hari ini, Kerajaan Perikatan Nasional melakar sejarah dengan memperuntukkan dana khas bertujuan untuk memastikan majikan terus kekal, sekali gus dapat membina semula pertumbuhan ekonomi negara.
Pada masa yang sama, kerajaan sedar, komited dan prihatin dengan persoalan berhubung pengangguran. Oleh itu, seperti mana saya perjelaskan sebentar tadi dalam
Datuk Seri M. Saravanan - Menteri Sumber Manusia
pakej PENJANA, program-program seperti MyApprentice, HireMalaysia, Hiring Incentive, Mobility Assistance, dan Program Latihan Reskilling & Upskilling diperkenalkan untuk mengekalkan pengambilan pekerja, dalam masa yang sama menyelesaikan isu pengangguran. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Ipoh Barat untuk soalan tambahan pertama.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya berterima kasih kepada PERKESO. Saya rasa satu agensi yang efisien yang telah menyalurkan wang dan sebagainya dalam hal ini dan saya harap. Adakah benar bahawa kelambatan oleh kerajaan menyalurkan wang kepada PERKESO dan agensi-agensi yang lain telah menyebabkan banyak majikan tidak menerima wang dalam tempoh masa yang telah dijanjikan?
Akan tetapi yang lebih mustahak adalah Yang Berhormat, saya hendak tahu adakah Yang Berhormat sedar bahawa ramai di antara majikan-majikan di mana subsidi upah diberi akan tetapi mereka juga dalam proses memberhentikan pekerja-pekerja yang sedang bekerja. Dalam keadaan sedemikian, apakah mekanisme yang ada untuk mengatasi masalah ini? Kenapa wang subsidi upah ini tidak disalurkan terus kepada pekerja, walhal melalui atau kepada majikan? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri M. Saravanan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang pertama soalan pertama Yang Berhormat menyatakan kelewatan dari segi saluran dana daripada Kerajaan Pusat adalah sama sekali tidak benar.
Kebetulannya kerajaan atau Kementerian Sumber Manusia mengumumkan kedua-dua program, Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) dan Program Subsidi Upah
(PSU) hanya untuk tiga bulan sahaja, maka rancangan awal dan dana yang telah disalurkan kepada Kementerian Sumber Manusia adalah mencukupi untuk tiga bulan.
Akan tetapi setelah mengambil kira permintaan daripada industri dan majikan, Kementerian Sumber Manusia telah memohon melalui PERKESO, telah memohon dana tambahan untuk meneruskan tiga bulan lagi. Maka itu telah menjadi sedikit kelewatan.
Walau bagaimanapun, kementerian sempat mengatasi masalah tersebut.
Kedua, Tuan Yang di-Pertua memang kementerian telah menerima aduan daripada majikan ataupun daripada pekerja bahawa walaupun PERKESO telah menyumbang untuk subsidi upah, ada juga majikan telah enggan membayar kepada pekerja. Untuk perkara itu dan untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, permohonan telah diberi kelulusan dan dibuat bayaran kepada majikan. Senarai nama majikan akan dipaparkan di laman web PERKESO untuk tujuan semakan para pekerja dan untuk membolehkan mereka membuat aduan sekiranya tidak berpuas hati terhadap majikan mereka.
Sehubungan dengan perkara itu, sekiranya aduan diterima tindakan yang boleh diambil oleh kementerian adalah melalui PERKESO seperti berikut:
(i) menyenaraihitamkan majikan tersebut;
(ii) proses pembayaran untuk bulan berikutnya akan dihentikan; dan
(iii) pengesahan aduan dalam laporan polis akan dibuat bagi kes penyalahgunaan Program Subsidi Upah.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Machang untuk soalan tambahan kedua.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak ucap tahniah terlebih dahulu kepada Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya ringkas sahaja. Akibat daripada Pandemik COVID-19 ini semua sektor terjejas.
Saya hendak sebut di sini, hendak tanya Yang Berhormat Menteri sektor pelancongan antara satu sektor yang akan mengalami kesan yang agak panjang. Ada tidak perancangan daripada pihak kerajaan dan kementerian untuk Program Subsidi Upah ini dilanjutkan bagi sektor pelancongan ini kerana kebimbangan kita hasil daripada
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
terjejasnya sektor ini akan menyebabkan syarikat-syarikat yang terlibat dengan sektor ini akan bankrap ataupun terpaksa menutup syarikat mereka. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri M. Saravanan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, bukan hanya sektor perhotelan atau sektor pelancongan yang merosot, ada juga sektor-sektor lain seperti perhotelan, perkhidmatan dan sebagainya. Maka sebagai kerajaan prihatin, kena ada satu rancangan holistik secara keseluruhan. Maka kita telah memperkenalkan pelbagai program untuk memastikan sektor ini dapat peluang-peluang pekerjaan di sektor yang lain.
Dengan itu, kerajaan telah menyalurkan bantuan, walaupun tiada hasrat untuk meneruskan subsidi upah lebih daripada enam bulan. Akan tetapi kita mengambil langkah-langkah positif untuk memastikan kita mengatasi masalah ini dengan memperkenalkan program-program baharu supaya memberi latihan dari segi reskilling dan upskilling atau perlunya cross-skilling untuk sektor ini supaya mereka dapat peluang pekerjaan di sektor-sektor lain. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat. Saya memberi peluang kepada blok bebas. Silakan Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih. Kini ada dalam 800,000 rakyat Malaysia yang menganggur. Kadar pengangguran meningkat dua kali ganda. Skim Subsidi Upah memang banyak membantu untuk mengekalkan pekerjaan yang sedia ada. Persoalannya, bagaimana kita ingin membantu rakyat Malaysia yang tidak bekerja khususnya anak muda?
Dalam Belanjawan 2020, kerajaan telah pun membawa Program Malaysia@Work suntikan khas RM6.5 bilion untuk mengeluarkan 350,000 anak muda yang tidak bekerja yang mana graduan yang tidak bekerja melebihi 12 bulan akan mendapat RM500 top-up gaji bagi tempoh masa dua tahun dan juga majikan mendapat RM300 sebulan bagi tempoh masa dua tahun. Skim ini adalah untuk membantu mereka yang tidak bekerja, structural unemployment lebih 12 bulan.
Persoalannya, apabila kerajaan begitu baik untuk membawa dasar subsidi upah untuk mengekalkan kerja sedia ada, adakah kerajaan juga akan meneruskan Program Malaysia@Work iaitu untuk membantu anak muda yang tidak bekerja lebih 12 bulan?
Terima kasih.
Datuk Seri M. Saravanan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Angka 800,000 ini termasuk 300 lebih graduan yang akan masuk dalam industri. Walau bagaimanapun, kerajaan mengambil pelbagai langkah-langkah positif dan menyalurkan dana melalui PERKESO dan HRDF atau Tabung Pembangunan Sumber Manusia untuk membantu golongan ini.
Tambahan pula, baru-baru ini kita telah memperkenalkan jaringan safety net ataupun jaringan keselamatan melalui PERKESO supaya memastikan golongan belia ini terlibat dalam sektor-sektor seperti gig economy dan sebagainya. Untuk golongan sektor gig economy itu, melalui Pembangunan Sumber Manusia kita memberi latihan kemahiran supaya mereka dapat mencari peluang-peluang pekerjaan di sektor lain untuk memastikan kita mengurangkan jumlah pengangguran keseluruhan. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan yang terakhir.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Tuan Yang di- Pertua, kalau boleh Johor Bahru.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Johor Bahru. Soalan terakhir.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kepada Yang Berhormat Menteri, soalan berkaitan dengan pelaksanaan. Sebab ada beberapa majikan yang membuat aduan iaitu soalnya ada dua skim iaitu Program Pengekalan Pekerjaan cuti tanpa gaji tadi dan yang kedua subsidi upah.
Selepas pelaksanaan PRIHATIN dipindahkan ke PENJANA, saya difahamkan program ini disekalikan dari segi permohonan dan sebagainya. Apa yang menjadi isu kepada majikan-majikan di luar, apabila mereka membuat permohonan untuk pengekalan pekerjaan, kaedah permohonan itu meletakkan tempoh selama mana untuk cuti tanpa gaji tadi untuk bantuan RM600. Akan tetapi apa yang berlaku sekarang ini,
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
syarikat-syarikat tersebut bila disemak, bantuan itu tidak secara automatik tiap-tiap bulan.
Jadi, banyak majikan yang complained sekarang ini kerana mereka tertinggal beberapa bulan menganggap bahawa sistem itu automatik seperti yang ada dalam sistem tetapi pelaksanaannya kena mohon tiap-tiap bulan.
Persoalannya kerana apabila permohonan itu terpaksa buat tiap-tiap bulan, maka ada lagi birokrasi yang baharu, kaedah yang melambatkan tugas-tugas yang lain.
Jadi kalau boleh dari segi pelaksanaan, kalau Yang Berhormat Menteri boleh semak balik supaya ada penjelasan yang lebih tersusun kepada majikan-majikan ini apabila mereka memilih sama ada subsidi upah ataupun pengekalan pekerjaan melalui cuti tanpa gaji tadi diselaraskan dan tidak membebankan dalam soal birokrasi kerana yang tertangguh sekarang ini terpaksa pula disuruh buat rayuan. Hendak buat rayuan kena hantar surat dan sebagainya. Akhirnya dua, tiga bulan ini akan habis dengan kerenah tersebut.
Sekian, terima kasih.
Datuk Seri M. Saravanan
Tuan Yang di-Pertua, kebetulannya kementerian ataupun PERKESO memang menggalakkan permohonan dibuat setiap bulan supaya kita memastikan, meneliti dan menghalusi supaya tiada majikan yang mengambil kesempatan.
Sekiranya kita lihat Program Pengekalan Pekerjaan (ERP), ia diberi kepada pekerja yang diberhentikan kerja ataupun memberi cuti tanpa gaji. Kadang-kadang ada cuti tanpa gaji sebulan, kadang-kadang ada cuti tanpa gaji tiga bulan. Maka untuk memastikan tiada yang mengambil kesempatan, PERKESO memohon kepada majikan supaya membuat permohonan setiap bulan. Walau bagaimanapun, saya akan mengkaji semula.
3. Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh [Besut] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan adakah terdapat usaha kementerian dalam menyediakan laluan khas kepada golongan tertentu untuk mendaftarkan perniagaan mereka, khasnya di kalangan peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
(FELDA).
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Rosol bin Wahid
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jertih. Ini bos saya dan tahniah kerana dilantik menjadi Pengerusi FELDA.
[Dewan riuh]
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Rosol bin Wahid
Jadi, Yang Berhormat Besut ingin mengetahui apakah kementerian melakukan ataupun mempunyai laluan khas kepada golongan peneroka dalam mendaftar perniagaan mereka.
Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sentiasa mengambil langkah yang proaktif dan berterusan untuk memastikan semua pihak secara amnya memahami keperluan mematuhi undang-undang yang diterbitkan oleh SSM khususnya berkaitan dengan pendaftaran perniagaan.
Sekarang inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh SSM mencapai objektif dan bersifat terbuka kepada semua golongan yang ingin menjalankan perniagaan. SSM telah melaksanakan satu program yang dikatakan fokus kepada kumpulan sasaran seperti kepada orang kelainan upaya (OKU) dan pelajar-pelajar institut pengajian tinggi yang bertujuan untuk memberi dorongan kepada mereka ini dalam memulakan kerjaya dalam bidang perniagaan. Lantaran itu, kumpulan peneroka FELDA ataupun ahli-ahli peneroka yang tergolong dalam mana-mana kumpulan tersebut adalah layak untuk mendaftar perniagaan di bawah skim yang disediakan.
Selain itu, pakej inisiatif dalam bentuk perkakasan dan barangan serta modal awal perniagaan juga diperkenalkan oleh SSM yang mana satu program baharu yang dinamakan BizGrant dan melalui SSM PRIHATIN.
Dengan pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh SSM ini memudahkan proses pendaftaran dan pembaharuan pendaftaran perniagaan secara online tanpa mereka perlu hadir ke pejabat SSM iaitu melalui pengenalan perkhidmatan EzBiz seperti EzBiz Online, EzBiz Kiosk dan EzBiz On The Go dalam pelantikan institusi kewangan berlesen seperti Bank Simpanan Nasional dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia sebagai agen SSM untuk memperoleh lesen perniagaan mereka.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Rosol bin Wahid
Diharapkan semuanya ini akan dapat dimanfaatkan oleh peneroka-peneroka FELDA yang ingin menjalankan perniagaan mereka pada masa akan datang.
Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh - Besut
Terima kasih. Saya daripada Besut, bukan daripada Jertih, Yang Berhormat. Memang kampung saya di Jertih. Terima kasih di atas jawapan yang telah diberi.
Kita tahu semasa pandemik COVID-19, ramai usahawan kecil terutama yang terlibat dan ramai juga telah mendapat kompaun daripada SSM. Mungkin kementerian boleh mengkaji semula sama ada untuk mengurangkan ataupun mengecualikan kompaun-kompaun untuk mereka, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Rosol bin Wahid
Terima kasih Yang Berhormat Besut dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sesungguhnya kerajaan cukup prihatin dan cakna terhadap apa yang dialami oleh masyarakat khususnya golongan peniaga yang terkesan oleh wabak COVID-19 ini.
Lantaran itu, kita mengadakan pelbagai insentif dan juga kecaknaan kita ditunjukkan melalui tujuh langkah yang telah diambil oleh SSM untuk meringankan beban yang ditimpa ataupun diterima yang dihadapi oleh mereka.
Antaranya kita memberi moratorium selama 30 hari kepada mereka yang terkesan. Kedua, lanjutan masa 90 hari untuk penyata kewangan yang mereka tidak mampu hantar semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kemudian, kita juga melanjutkan tempoh mesyuarat agung syarikat mereka. Kemudian, kita memperkenalkan pengecualian kelulusan bagi syarikat berhad menurut jaminan dan kita mengurangkan kompaun sehingga 90 peratus kepada mereka yang terkesan dengan COVID ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan dari blok dari sini untuk soalan tambahan kedua. Yang Berhormat Lumut.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin merujuk kepada soalan yang dibawa oleh Yang Berhormat Besut tadi ialah apakah langkah-langkah yang diambil oleh SSM khusus untuk peneroka FELDA.
Kalau kita kata online itu memudahkan tetapi apakah SSM bersedia untuk mengambil langkah proaktif untuk turun ke kawasan FELDA bagi menerangkan dasar- dasar dan juga program-program yang ada supaya urusan pendaftaran syarikat dan apa juga perkara baharu yang ada pada SSM lebih mudah sampai kepada peneroka? Terima kasih.
Dato’ Rosol bin Wahid
Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Satu soalan yang baik. Sesungguhnya SSM telah mengadakan satu program yang dinamakan Perkhidmatan Kaunter Bergerak Pendaftaran Perniagaan. Kita menjelajah ke seluruh FELDA, ke 11 buah negeri di Malaysia. Pada 19 Februari 2019, kita berada di Negeri Sembilan untuk penduduk Felda Palong. Kemudian pada 18 April, kita berada juga di Negeri Sembilan iaitu di Felda Raja Alias. Kemudian pada 25 Ogos 2019, kita berada di Felda Ulu Belitong.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, pada 29 September, kita berada di Perlis iaitu untuk pelajar-pelajar di Perlis, di Felda Rimba Mas sempena Bengkel Ezbiz. Pada 21 November, kita berada di Perak di Komuniti Felda Lasah, kemudian di Terengganu di Felda Jerangau pada 13 Februari 2020. Terakhir sekali, di Felda Palong Negeri Sembilan iaitu pendaftaran litar untuk pendaftaran pembaharuan perubahan penamatan perniagaan, pembayaran kompaun dan pengaktifan Ezbiz iaitu di Dewan Besar Gemas, Negeri Sembilan.
Jadi ini yang telah dilakukan dan insya-Allah selepas PKP ini dibuka semula, kita akan memperkasakan lagi dan akan mengaktifkan lagi untuk memberikan tumpuan kepada peneroka-peneroka FELDA untuk memudahkan mereka mendaftar ataupun melakukan apa sahaja yang berkaitan dengan SSM. Insya-Allah, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita pergi kepada soalan yang keempat.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Satu lagi Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Dua sahaja soalan tambahan.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Satu sahaja boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Dua sahaja soalan tambahan. Dipersilakan Yang Berhormat Raub.
4. Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji [Raub] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan kekerapan kebakaran berlaku di luar bandar yang melibatkan bangunan tinggi, apakah langkah yang dilaksanakan oleh pihak kementerian untuk menambah baik mutu perkhidmatan Jabatan Bomba dan Penyelamat di seluruh negara.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Terima kasih Yang Berhormat Raub di atas soalan. Cuma saya ingin memandu sedikit Yang Berhormat Raub tentang ketepatan soalan ini kerana tidak berapa tepat. Akan tetapi walau bagaimanapun, saya ingin memberikan sedikit penjelasan.
Untuk definisi bangunan tinggi Jabatan Bomba, adalah bangunan-bangunan yang tingginya melebihi 18.5 meter dan perlu mengadakan sistem pepasangan keselamatan kebakaran seperti alat pemadam api, sesalur pancur kering dan basah, lif bomba dan lobi menentang kebakaran. Sebelum dikeluarkan CCC, mereka harus patuh dengan syarat-syarat tadi.
Akan tetapi memandangkan soalan daripada Yang Berhormat Raub menanyakan tentang kebakaran melibatkan bangunan tinggi di kawasan luar bandar, jadi oleh sebab itu mengikut rekod daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, tidak ada kebakaran bangunan tinggi di kawasan luar bandar kerana spesifikasi bomba adalah bangunan yang 18.5 meter ke atas.
Untuk pengetahuan juga, bagi tahun 2018 ada sebanyak 283 kebakaran bangunan tinggi yang melibatkan 45 buah hotel, 188 buah apartment dan condominium. Tahun 2019, 270 kebakaran, 36 buah hotel, 234 apartment dan condominium. Tahun ini, 85 kebakaran di bangunan tinggi, 13 melibatkan hotel, 72 melibatkan apartment dan condominium. Jadi mungkin, Yang Berhormat Raub boleh memberikan soalan tambahan yang lebih tepat yang boleh saya jawab, insya-Allah. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Raub untuk soalan tambahan pertama.
Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji - Raub
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya ialah terdapat jalan yang sempit dan terhalang oleh kenderaan serta barangan yang diletakkan di tepi jalan masuk seperti di Kampung Baru, kampung-kampung lama yang terletak di dalam bandar. Soalan saya, apakah tindakan dan rancangan kerajaan jangka masa pendek dan jangka masa panjang bagi memudahkan laluan ini daripada terhalang jika kebakaran atau kecemasan berlaku serta apakah inisiatif kerajaan untuk mewujudkan pasukan bomba sukarelawan bagi membantu pasukan bomba. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Yang Berhormat Raub, saya rasa soalan ini lebih tepat kerana ia melibatkan kawasan-kawasan luar bandar. Jadi untuk kawasan-kawasan luar bandar, KPKT pada tahun lepas telah membuat inisiatif baru iaitu memperkenalkan balai bomba kelas E yang mana balai bomba kelas E adalah balai bomba yang lebih kecil yang akan diletakkan di kawasan-kawasan terpencil seperti jalan- jalan yang kecil, di pulau-pulau dan juga di tempat perumahan Orang Asli. Jadi ini akan memudahkan mereka untuk mengawal api secepat mungkin.
Daripada usaha-usaha kita di peringkat luar bandar memandangkan kawasan itu jauh dan tidak menepati ciri-ciri pemilihan untuk membina sesebuah balai bomba, maka KPKT memang menggalakkan untuk penubuhan pasukan-pasukan sukarela bomba dan juga pasukan bomba komuniti yang mana mereka akan membantu, akan dilatih dan diberikan juga peralatan basic bomba dan apabila ada kebakaran di kawasan- kawasan ini, pasukan sukarelawan ini akan dapat menangani dan menjadi first responder yang akan membantu untuk mengawal api dan juga melaporkan kepada balai bomba yang terdekat untuk memberi bantuan.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Jadi, ini memang kadar dan ketika ini, kalau dilihat sambutan untuk penubuhan pasukan bomba sukarelawan dan juga komuniti telah meningkat semenjak 2018 yang mana KPKT turun ke bawah dan menggalakkan rakyat dan ketua-ketua komuniti untuk menubuhkan pasukan bomba sukarelawan dan komuniti ini.
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
[Bangun]
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Banyak juga, seperti kes di Sarawak kalau tidak silap saya yang mana pasukan sukarelawan itu sendiri mampu untuk memadamkan api yang terbakar di sebuah kawasan di pendalaman atau rumah panjang di negeri Sarawak, if I am not mistaken. Terima kasih.
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Di belakang ini tidak nampak.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Jerai.
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Jerai.
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Hulu Rajang.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Belakang tidak nampak ini.
Tuan Yang di-Pertua
Saya mempersilakan Yang Berhormat Jerai.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ringkas.
Adakah pihak kementerian memberikan inisiatif ataupun dana khas kepada bomba sukarela? Sekian.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Alhamdulillah. Setiap penubuhan bomba sukarelawan, kita memberikan wang awal sebanyak RM3,000 dan juga peralatan- peralatan basic yang kita sediakan kepada bomba ini. Walau bagaimanapun, saya juga ingin menyeru kepada semua Ahli-ahli Parlimen dalam kawasan untuk juga bersama- sama terutama Ahli Parlimen yang duduk di kawasan-kawasan pendalaman untuk menubuhkan pasukan bomba sukarelawan agar mereka dapat membantu untuk memadamkan api dengan lebih awal, dengan cepat dan akan meredakan segala kebinasaan barang-barang, harta benda dan juga nyawa.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Tuan Yang di-Pertua, minta satu soalan, belakang.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Satu lagi soalan.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Segambut.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Blok belakang ini.
Tuan Yang di-Pertua
Maaf, saya ingin menjemput...
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kuala Krai.
Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Tanjong Manis.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat daripada...
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kuala Krai.
Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Tanjong Manis.
Tuan Yang di-Pertua
...Daripada...
Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Tanjong Manis.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan. Last ya, last ya.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Belakang ini selalu tidak nampak Tuan Yang di-Pertua.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Yang Berhormat Menteri, dalam usaha kerajaan untuk menambahkan lebih banyak taska di bangunan kerajaan. Adakah kerajaan dan jabatan bomba bersedia untuk mempertimbangkan, memberikan kelulusan
Puan Hannah Yeoh - Segambut
untuk taska beroperasi melebihi tingkat lima di bangunan tinggi kerana kos operasi kalau di tingkat bawah sahaja sangat tinggi dan banyak taska tidak mampu membiayai kos operasi mereka. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Terima kasih Yang Berhormat Segambut kerana concerned about this taska dan saya percaya taska memerlukan peralatan ataupun bomba, macam satu tool yang boleh membantu sekiranya ada kebakaran dan sebagainya. Namun demikian, saya belum meneliti lagi perkara ini tentang asas-asas, syarat-syarat yang kita boleh membenarkan tempat-tempat itu dikecualikan. Jadi, selepas ini Yang Berhormat Segambut insya-Allah, saya akan berbincang dengan pegawai bomba untuk meneliti sama ada boleh kita membuat sedikit kelonggaran dan membuat improvisation so that kita boleh membantu taska-taska ini.
Insya-Allah, terima kasih.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Tuan Yang di-Pertua
Tuan Yang di-Pertua
Soalan tiga sahaja, maaf.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Last. Permintaan bukan soalan.
Permintaan lagi, satu.
Tuan Yang di-Pertua
Masa 30 saat.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Baik, 30 saat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
To the point.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Ya, satu-satunya balai bomba di kawasan Simpang Renggam adalah terletak di Pekan Renggam yang mana ia 18 kilometer daripada lebuh raya PLUS. Kebanyakan khidmat bomba diperlukan di kawasan tersebut ialah berkaitan kemalangan di lebuh raya PLUS. Jadi, jarak tempoh terdekat yang mereka boleh pergi ialah 15 minit. KPI bagi balai bomba untuk sampai ke tempat kejadian adalah 10 minit.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Okey, permintaan saya. Pada tahun 2002 telah diluluskan tapak untuk dibina balai bomba di bandar Simpang Renggam yang aksesnya lebih dekat dengan lebuh raya.
Pada tahun 2019, saya telah berutus surat dengan Yang Berhormat Menteri KPKT yang pada waktu itu juga Yang Berhormat Menteri KPKT dengan KSU dan juga dengan KP Bomba. Saya merayu untuk dipertimbangkan supaya bermula tahun hadapan dapat kita bina balai bomba yang baharu di kawasan Simpang Renggam. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak perlu dijawab.
5. Datuk Hajah Azizah binti Mohd Dun [Beaufort] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan:-
(a) apakah inisiatif kementerian dalam meningkatkan dan mengekalkan prestasi atlet-atlet negara sentiasa dalam keadaan baik; dan
(b) apakah perancangan kementerian seterusnya dalam hal ini.
Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarahkatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Beaufort.
Suka saya maklumkan pandemik COVID-19 yang telah melanda bukan saya menjejaskan dunia, malahan turut memberi kesan kepada program persediaan atlet negara kita. Sebaik sahaja kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 Mac 2020, atlet-atlet telah terpaksa pulang ke rumah masing-masing dan melakukan latihan harian secara kendiri ataupun self-training module dengan pemantauan oleh jurulatih secara atas talian termasuk menggunakan wearable devices.
Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
Segala data dan perkembangan fizikal atlet-atlet dapat direkodkan di dalam platform atlet management system bagi memastikan pegawai dan jurulatih dapat memantau impak kesihatan dan juga kecergasan, fitness atlet terhadap latihan yang dilakukan.
Sebaik sahaja memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, kementerian telah mengambil langkah yang proaktif dengan mengemukakan permohonan khas bagi membolehkan program podium khususnya program untuk Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik di bawah Road to Tokyo (RTT) agar dapat dilakukan secara full-scale kepada atlet-atlet bagi memastikan prestasi mereka tidak terjejas.
Kelonggaran ini adalah bagi melaksanakan kem latihan Program RTT secara quarantine-based approaches yang bermula pada 1 Jun 2020 sehingga 30 Jun 2020 yang membabitkan 57 orang atlet dan 148 orang jurulatih serta anggota sains dan perubatan sukan, anggota sokongan logistik dan lain-lain.
Untuk maklumat Yang Berhormat, Program Podium melibatkan 575 orang atlet normal dan para yang diterajui oleh MSN yang membabitkan persediaan untuk temasya sukan antarabangsa seperti Sukan Olimpik dan Paralimpik 2020, Sukan SEA Para ASEAN, Vietnam 2021, Sukan Asia di Hongzhou dan Sukan Para Asia di China 2022 dan Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Bagi menjawab berkaitan dengan perancangan, sukacita dimaklumkan kementerian sedang mengadakan perancangan untuk mengadakan bengkel bersama dengan pemegang taruh Program Podium pada 21 Julai 2020 dan 22 Julai 2020 bagi memperkukuhkan program latihan atlet yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Program RTT juga akan disusun semula dengan tumpuan penyertaan atlet-atlet ke kejohanan-kejohanan kelayakan yang menawarkan perkumpulan mata. Untuk makluman, sehingga kini seramai 12 orang atlet telah berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik, manakala seramai 23 orang lagi sedang berusaha untuk mendapatkan kelayakan melalui penyertaan ke kejohanan-kejohanan yang menawarkan pengumpulan mata.
Program-program pembangunan atlet pelapis turut telah mula dilaksanakan bagi memastikan kesinambungan latihan mereka menghadapi kejohanan yang akan datang. Adalah menjadi prioriti dan keutamaan kementerian bagi memastikan keberkesanan program latihan atlet bagi kecemerlangan sukan negara berterusan pada waktu yang sukar ini. Terima kasih.
Datuk Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Tahniah saya ucapkan di atas segala daya usaha untuk memastikan atlet kita mencapai tahap yang boleh kita banggakan dan tahniah juga kerana seramai 12 orang atlet yang telah layak masuk ke Olimpik.
Persoalan saya ialah adakah dalam negara kita sekarang ini, jurulatih untuk pelbagai jenis sukan mencukupi dan mereka diberikan ganjaran yang setimpal dan sesuai dengan kebolehan mereka. Saya juga ingin tahu adakah kementerian bercadang untuk memperkenalkan sistem liga di peringkat daerah dan juga di peringkat negeri untuk kita dapat mengenal pasti bakat-bakat dan potensi baharu di kalangan atlet kita di peringkat luar bandar pun termasuk supaya kita mempunyai ramai atlet-atlet yang bertaraf antarabangsa dalam negara kita Malaysia ini. Terima kasih.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
Terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Beaufort atas soalan tambahan. Walaupun soalan itu agak sedikit terkeluar daripada soalan asal, namun saya yakin ini adalah keprihatinan Yang Berhormat berkaitan dengan jurulatih.
Untuk makluman semua, jurulatih yang di bawah pembiayaan MSN adalah tertakluk di bawah Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan. Saya memang dapat akui bahawa memang terdapat limitasi, keterbatasan dari segi kejurulatihan dalam sukan- sukan yang bersifat teknikal Yang Berhormat. Sukan-sukan seperti sukan terjun, sukan- sukan gimnastik, sukan memanah, sukan menembak yang masih lagi memerlukan keterlibatan daripada kejurulatihan daripada luar. Salah satu challenge juga untuk menjadikan kejurulatihan ini satu profesion yang profesional. Ada di kalangan mereka terutamanya di dalam bidang-bidang sukan seperti sukan bola sepak dan sukan badminton yang mempunyai lantai penyertaan kejurulatihan yang agak luas dan juga agak extensive. Namun, sukan-sukan lain masih menyaksikan bahawa penglibatan mereka adalah bersifat separa profesional seperti mereka yang berada di sekolah dan mereka
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
yang terpaksa menjadikan di kalangan mereka itu adalah cikgu-cikgu PJS untuk menjadi jurulatih.
Moving forward ini adalah satu struggle ataupun satu perjuangan untuk melihat bahawa Akademik Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) dapat diperkasakan dan melihat pada movement ataupun pengarahan ke arah menjadikan kejurulatihan ini satu profesion yang profesional dan sekali gus dapat menyemarakkan ekosistem sukan secara lebih tinggi. Terima kasih.
Datuk Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Soalan kedua belum jawab lagi Tuan Yang di-Pertua. Liga.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
Yang kedua tentang pengenalan bakat. Pengenalan bakat pada waktu ini memang kita ada empat program utama yang di bawah Program Pembangunan Sukan. Satunya adalah NFDP Program Pembangunan Rugbi, Program Pembangunan Hoki dan Junior Cycling Malaysia. Saya sifatkan ini mereka adalah pembangunan ini normally-nya talent ID ini berlaku di antara usia tujuh tahun hingga 12 tahun.
Pandangan daripada Yang Berhormat tentang liga di peringkat akan diambil kira– sememang kita ada dahulu Liga Sukan Untuk Semua (LiSUS). Cuma pada tahun ini tidak diadakan dan ia akan dilihat. Saya mempunyai pandangan bahawa program pembangunan ini juga perlu diperluaskan bagi memastikan penyertaan-penyertaan mereka dan pengenalpastian bakat dapat dilakukan secara lebih meluas. Terima kasih.
Tuan P. Prabakaran - Batu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan, apakah inisiatif kementerian dalam masa pandemik COVID-19 ini bagi memastikan kebajikan atlet-atlet dijaga. Di mana ramai atlet juga semasa pandemik tiada pekerjaan dan mereka sanggup– terpaksa mencari kerja walaupun pengangguran di negara ini meningkat. So, apakah inisiatif kerajaan untuk membantu atlet-atlet sedemikian. Terima kasih.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
Ya. Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu. Sememangnya ini adalah satu unprecedented situation sebagaimana kerap disebut oleh semua. Banyak suasana yang dianggap sebagai unforeseeable ataupun tidak dapat dijangka. Demikian jugalah keadaan-keadaan atlet dan sememangnya bukan hanya dalam bidang sukan sahaja, dalam bidang keseluruhan.
Namun di pihak kementerian, di peringkat awal saya mendapat tanggungjawab untuk memimpin kementerian ini bila mana berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan, saya telah menyuntik dana kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) bagi memastikan bahawa atlet-atlet yang terutamanya di kalangan bekas atlet yang pastinya akan mempunyai penjejasan dalam kehidupan mereka secara lebih dapat dibela.
Alhamdulillah, saya dapat melihat bahawa YAKEB telah memainkan peranan yang cukup proaktif. Ramai atlet-atlet yang telah di damping dan pada hari ini sahaja salah seorang atlet yang mungkin akan menjalani rawatan di IJN, Rabuan Pit seorang yang pernah menggondol pingat emas untuk 100 meter sprint di Sukan Asia juga dibantu oleh YAKEB.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
Demikian juga pada mereka yang masih lagi berada dalam status sebagai atlet, mereka dibantu melalui MACE, program yang pernah dilakukan oleh kepimpinan yang lalu, oleh Yang Berhormat Muar dan juga oleh Yang Berhormat Rembau. Saya meneruskan untuk memperkasakan dan memastikan bahawa pembelaan atlet sentiasa diambil kira. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya beri kelonggaran soalan akhir kepada Yang Berhormat Muar. Soalan akhir ya.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih. Pertama sekali, terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana sentiasa peka kepada kebajikan atlet dan juga anak muda secara keseluruhan. Saya rasa soal kebajikan dan kualiti sukan itu selalu berkait rapat dengan peruntukan sukan secara keseluruhan. Adakah Yang Berhormat Menteri akan meneruskan tiga agenda yang pernah dibincangkan sebelum ini?
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Pertama sekali, teruskan polisi carve out sugar tax, iaitu setiap tahun Kementerian Belia dan Sukan akan dapat tambahan sejumlah RM30 juta daripada cukai gula, daripada Coca-Cola khususnya yang sebelum ini telah dipersetujui oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Kedua, adalah entertainment tax exemption yang mana Sepang International Circuit dan KL Sport City dapat exemption daripada segi cukai hiburan yang akhirnya dapat menjana pendapatan baharu bagi industri sukan secara keseluruhan.
Ketiga, ringkas sahaja Tuan Yang di-Pertua, iaitu untuk menyokong dan terus mendesak untuk kita memperketat undang-undang untuk membanteras judi haram. Ini penting kerana— this is an open secret-lah— sejumlah 10 peratus daripada Sports Toto income disumbangkan kepada MSN setiap tahun. Paling tinggi adalah pada tahun 2000, sejumlah RM100 juta setiap tahun dan paling rendah adalah pada tahun 2018 hanya sejumlah RM30 juta, penurunan sebanyak RM70 juta setiap tahun. Pada belanjawan yang lepas, kita ada bentangkan untuk kita memperketat undang-undang ini dan ada penambahan daripada sejumlah RM30 juta ke sejumlah RM40 juta setiap tahun.
Tuan Yang di-Pertua
Ringkaskan.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Saya berharap bahawa agenda ini dapat diteruskan kerana saya lihat apa yang Yang Berhormat Menteri lakukan setakat ini sangat baik. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
Terima kasih Yang Berhormat Muar dan memang sebenarnya soalan yang ringkas dan jawapan saya juga ringkas.
Memang saya akan teruskan. Namun saya akan lihat lebih daripada itu.
Saya juga ingin melihat tax hypothecation yang akan memungkinkan kita mendapat pendanaan dalam jangka masa yang jauh lebih panjang agar program- program talent identification, yang tentunya memerlukan masa yang jauh lebih panjang dapat kita laksanakan dengan kerjasama bukan hanya Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pelajaran tetapi Kementerian Kewangan juga. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Tanjong untuk soalan yang keenam.
6. Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong] minta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan bilakah syarat-syarat pengambilan Empangan Mengkuang akan disempurnakan sebelum penyerahannya kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan apakah status pembaikan kecacatan yang dilaporkan sebelum ini.
Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali untuk makluman Yang Berhormat bahawa Kerajaan Persekutuan, kita mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM1.2 bilion bagi pembesaran Empangan Mengkuang bagi menjamin bekalan air bagi penduduk Pulau Pinang.
Walaupun Fasa 1, iaitu yang melibatkan pembinaan empangan dan kerja-kerja berkaitan, dan Fasa 2A iaitu kerja-kerja naik taraf Rumah Pam Mak Sulong dan kerja- kerja yang berkaitan— Sebenarnya, masing-masing telah siap pada 10 April 2017 bagi Fasa 1 dan pada 28 September 2017 lagi pada Fasa 2A. Akan tetapi kerajaan negeri telah meletakkan pelbagai syarat tambahan yang kemudiannya yang menyebabkan urusan penyerahan ini masih lagi tertangguh sampai sekarang.
Untuk makluman, kementerian mengambil maklum bahawa sebarang kecacatan yang telah dilaporkan dan pembaikan bagi kecacatan itu tertakluk kepada syarat-syarat kontrak yang telah pun dipersetujui bersama. Dalam hal ini, tindakan pembaikan kecacatan seperti pembaikan cerun runtuh, sistem elektrik dan lain-lain telah dilakukan dan akan siap sebagaimana yang diperuntukkan dan yang diperlukan.
Sebagaimana Yang Berhormat maklum bahawa keseluruhan fasiliti dan operasi empangan ini telah pun diserahkan kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang.
Malahan sebagai contoh, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang pada 18 November 2018 telah pun membuat pelepasan air sebanyak 2,700 juta liter ke terusan Sungai Dua bagi menampung bekalan sumber air mentah yang terjejas akibat musim kemarau. Itu berlaku pada tahun 2018 lagi. Bermakna Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang telah pun mengambil dan menguruskan dan telah pun melepaskan air ke Sungai Dua.
Dalam hal ini, kementerian bersedia untuk menyerahkan Fasa 1 dan Fasa 2A kepada kerajaan negeri pada bila-bila masa. Saya harapkan ini dapat dilakukan dan
Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
dimuktamadkan selewat-lewatnya sebelum 31 Ogos tahun ini. Mungkin pada bulan hadapan kita akan serahkan sepenuhnya sebagai penghargaan dan dukungan kementerian kepada usaha yang telah pun dibuat bersama dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Tanjong.
Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Pihak kerajaan negeri memang mengalu-alukan dan sudi memberi kerjasama kepada kementerian untuk menangani isu berhubung dengan Empangan Mengkuang dan berharap di peringkat Yang Berhormat Menteri ataupun pegawai, perkara ini dapat ditangani.
Pihak kerajaan negeri memang sedar bahawa— dan berharap kementerian sedar juga bahawa projek memperbesarkan Empangan Mengkuang ini mempunyai fasa- fasa 2B dan 2C yang masih belum dilaksanakan. Sekiranya fasa-fasa ini tidak dilaksanakan, maka pembesaran Empangan Mengkuang tidak akan mencapai sasarannya iaitu untuk memastikan sumber air yang mencukupi untuk dihantar ke treatment plant untuk dirawat dan edaran kepada pengguna dan juga mengepam air yang access dari Sungai Muda ke Mengkuang Dam dalam musim kemarau. Ini semua penting untuk memastikan sumber air tidak terjejas.
Saya berharap sejajar dengan kenyataan kementerian bahawa semua negeri harus mengongsi sumber air, maka dalam semangat ini saya berharap Yang Berhormat Menteri yang baharu ini dapatlah memudahcarakan penyelesaian isu-isu yang tertunggak dalam projek pembesaran Empangan Mengkuang ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat, silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Terima kasih. Saya ingin merujuk kepada persoalan yang dibangkitkan iaitu berhubung dengan syarat-syarat. Pada 18 Mac 2020 kerajaan negeri menghantar kepada kementerian beberapa syarat tambahan, ada sembilan syarat tambahan. Saya fikir kita perlu selesaikan pada Fasa 1 dan Fasa 2A untuk kita serahkan dahulu.
Manakala Fasa 2B— Fasa 2B ini sedang dalam proses. Sebagai contoh kerajaan memperuntukkan sejumlah RM100 juta bagi menyiapkan Fasa B yang mana Fasa B ini kita ada masalah tentang pengambilan tanah yang masih lagi belum selesai.
Hingga setakat ini ada sebanyak 13 lot yang masih dalam tindakan dan sejumlah 68 lot telah pun selesai kita uruskan.
Cuma Fasa C yang melibatkan peruntukkan sebanyak RM80 juta. Kementerian melihat bahawa buat masa ini tiada keperluan bagi pembinaan Rumah Pam Lahar Yooi yang mana fasa ini memerlukan suatu kajian baharu dan skop kajian bagi membina barrage sebagai ganti di Rantau Panjang. Saya melihat bahawa isu ini dapat kita atasi supaya NRW di Pulau Pinang sebanyak 22 peratus dapat kita atasi.
Sehubungan dengan soalan tambahan sedikit tadi ialah berhubung dengan kaitan di antara permasalahan berkongsi sumber. Pulau Pinang berkongsi sumber air daripada Kedah dan dalam proses dengan Perak. Bagi pihak kementerian, kita sedang menguruskan perkara ini dengan cermat dan insya-Allah dalam masa terdekat kita fikir beberapa perbincangan dengan Kerajaan Negeri Perak dapat kita uruskan.
Kaedah perkongsian sumber di mana ada satu negeri ada sumber air yang banyak dan negeri-negeri lain yang kurang sumber dapat kita laksanakan yang mana joint venture program ataupun perkongsian sumber ini dapat kita lakukan supaya kita dapat atasi masalah yang berlaku pada negeri jiran. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mempersilakan di sebelah sini dahulu kalau ada.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Jerai, jerai.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Jerai.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya difahamkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengkategorikan Empangan
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Mengkuang sebagai empangan strategik. Memandangkan Pulau Pinang tidak berdepan dengan masalah air yang serius berbanding dengan negeri lain misalnya di Melaka dan selatan Johor, soalan saya mengapakah Kerajaan Persekutuan masih meneruskan projek ini? Kedua, Tuan Yang di-Pertua, apakah status pembinaan lima loji air di negeri Kedah? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Terima kasih. Sebagaimana yang telah pun dijelaskan bahawa Empangan Mengkuang ini merupakan satu empangan bagi kelangsungan bekalan air di Pulau Pinang dalam jangka masa panjang khususnya pada waktu-waktu kritikal.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Kementerian melihat bahawa empangan ini ada keperluan. Maka, kerana itu kita teruskan. Cuma bagi fasa 2C saya fikir bahawa kementerian melihat buat masa ini, belum ada keperluan mendesak. Sebagai contoh, setelah siap pembinaan, baru sekali empangan ini digunakan. Jadi oleh kerana itu, kita melihat bahawa negeri-negeri lain yang mempunyai masalah kritikal umpama Melaka, Kelantan, perkongsian di selatan Johor dan beberapa buah negeri lain, bagi pihak kementerian, kita meletakkan ia sebagai suatu keutamaan bagi kita selesaikan.
Saya juga mencadangkan bahawa loji yang sedia ada ini ataupun rumah pam ini kita meneliti dengan pihak EPU untuk kita mendapat suatu penelitian dan kajian terperinci untuk kita teruskan agendanya ataupun projek ini pada masa hadapan.
Cuma, saya ingin jelaskan bahawa– kembali kepada soalan yang telah ditanya tentang projek lima loji. Untuk makluman, lima loji di negeri Kedah ini dalam proses pembinaan dan pihak kementerian telah pun turun berbincang dengan Kerajaan Negeri Kedah. Kita melihat Kedah juga berdepan dengan masalah bekalan air khususnya untuk pertanian. Sehubungan dengan itu, kementerian sedang mengambil beberapa tindakan untuk penyelesaian menyeluruh isu-isu yang melibatkan masalah bekalan air sama ada untuk domestik ataupun untuk pertanian. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan yang terakhir saya rasa saya beri kepada Yang Berhormat...
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, sama ada Yang Berhormat Menteri sedar bahawa projek Mengkuang adalah susulan daripada penghijrahan aset yang diuruskan bersama dengan SPAN. Di mana aset ini dipindahkan kepada pihak Kerajaan Persekutuan dan digantikan dengan projek pembinaan Empangan Mengkuang. Oleh sebab itu, semua fasa projek yang disebutkan harus dilaksanakan mengikut persefahaman tersebut. Ini yang pertama.
Kedua, Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan memastikan ada bekalan air yang mencukupi. Telah berlakunya beberapa perbincangan untuk menjalankan Projek Pemindahan Air Mentah Sungai Perak atau Sungai Perak Raw Water Transfer Scheme, dengan izin. Lantaran daripada perbincangan ini, telah capai secara prinsip persetujuan untuk melaksanakan projek tersebut. Apakah perkembangan? Ini kerana sekiranya kita masih berbincang, perbincangan telah berjalan begitu lama tetapi telah capai satu persetujuan prinsip untuk melaksanakan projek ini secara bersama, di mana difahamkan...
Tuan Yang di-Pertua
Soalannya Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ya, saya tahu Tuan Yang di-Pertua. Ini kena bagi latar belakang sikit Tuan Yang di-Pertua. Oleh kerana ia melibatkan persefahaman berkaitan dengan air yang telah pun dirawat, bolehkah pihak kementerian memastikan bahawa projek ini dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin supaya tidak dilengah- lengahkan lagi? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Terima kasih. Pertama sekali saya ingin menjelaskan, saya bersetuju bahawa setiap fasa-fasa yang telah pun kita persetujui dalam menandatangani, perlu kita laksanakan. Cuma saya lihat bahawa fasa-fasa 2B dan 2C ini adalah fasa-fasa yang datang kemudian.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Jadi saya ingat untuk kerajaan negeri, bagi kita selesaikan fasa 1 dan fasa 2A untuk kita serahkan kepada kerajaan negeri. Manakala fasa 2B dalam proses sekarang melibatkan urusan tanah yang saya kemukakan. Manakala 2C, pihak kementerian mendapati keperluan buat masa ini belum mendesak untuk kita teruskan projek di fasa 2C. Ini kerana fasa yang ada sekarang ini pun penggunaannya hanya sekali – baru sekali digunakan. Jadi saya fikir kita perlu optimumkan penggunaan dahulu.
Kedua, berhubung dengan apa yang dibangkitkan dengan perjanjian di antara Perak dengan Pulau Pinang. Untuk makluman, Pulau Pinang, the reserve margin dia 31 peratus tertinggi di Malaysia berbanding negeri-negeri lain. Compare dengan Selangor pun reserve-nya masih sangat rendah. Ada negeri-negeri lain yang sangat kritikal.
Dengan 31 peratus reserve margin, saya fikir Pulau Pinang tidak perlu rasa gusar dengan apa yang berlaku.
Walau bagaimanapun, pihak kementerian mengambil maklum isu perjanjian ataupun perundingan di antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan Perak, perlu diselesaikan di peringkat apakah bentuk mekanisme pembelian air yang Pulau Pinang inginkan.
Permasalahan di sini ialah Pulau Pinang memohon supaya membeli raw water
(air mentah). Sedangkan Perak ingin menjual air yang telah dirawat. Saya fikir, kaedahnya perlu kita duduk bersama, bincang untuk cari jalan penyelesaian ke arah bagaimana air daripada Perak dan kaedah Perak yang hendak jual kepada Pulau Pinang.
Saya fikir boleh duduk bincang bersama dengan pihak kementerian untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh
Mohon soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Ini kawasan Permatang Pauh, empangan terbesar strategik.
Tuan Yang di-Pertua
Brief, ya.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh
Very brief. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan. Persoalan saya, memandangkan kita perlu kerjasama yang erat peringkat Pusat dan juga negeri kerana antara sebab utama kenapa Empangan Mengkuang mengambil masa yang lama sebelum Rumah Pam Mak Sulong dapat beroperasi adalah kerana spesifikasi semasa dibina oleh peringat Pusat itu tidak dipenuhi dan mempunyai beberapa kecacatan teknikal di peringkat negeri.
Maka, memandangkan kita perlu bekerjasama, berbincang lagi dalam bab fasa- fasa seterusnya termasuklah pembelian. Contohnya daripada peringkat Pulau Pinang, kita mahu air mentah, tidak mahu dipaksa beli air dirawat. Jadi semua ini penting memastikan semua negeri tidak perlu mengakibatkan rakyat terpaksa mencatu air.
Jadi mohon pendirian daripada Yang Berhormat, kalau boleh diambil kira segala keperluan sebagai mana direncanakan oleh peringkat negeri. Hal ini kerana kadangkala, kalau semua dilakukan oleh pihak Pusat, ia akan ada sedikit sebanyak kelompangan.
Jadi mohon maklum balas daripada Yang Berhormat daripada segi ini.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat. Dipersilakan.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Secara ringkasnya saya hendak sebut begini, bahawa dalam menyelesaikan masalah operasi Rumah Pam Mak Sulong sebagai contoh. Pihak kerajaan negeri telah pun dilibatkan sama daripada peringkat perancangan sehingga siap pembinaan. Jadi semua konsep dan reka bentuk Rumah Pam Mak Sulong ini telah pun dipersetujui bersama. Saya fikir tidak timbul masalah selepas siap tiba-tiba minta diperbaiki dan sebagainya. Sebab kita dalam proses awal sampai akhir, kita bersama dengan pihak kementerian dan kerajaan negeri.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said) **mempengerusikan Mesyuarat****] Berhubung dengan isu penjualan air Perak tadi, saya setuju bahawa satu perbincangan perlu diadakan dalam masa terdekat untuk kita mencari penyelesaian. Bagi saya, Kerajaan Perak ia ada hak sebagai sumber air dan Pulau Pinang ada keperluan untuk air. Walau bagaimanapun, dengan reserve margin 31 peratus sebenarnya tidaklah terlalu mendesak bagi Kerajaan Pulau Pinang untuk segera tetapi perundingan ke arah itu dapat kita selesaikan dalam masa terdekat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat, saya ini hari ini bertugas hari pertama. Jadi, slow and steady ya Yang Berhormat semua.
[Ketawa] [Tepuk] Jadi kita ada dua minit, saya rasa kita– setuju tamatkan sesi soal jawab?
Puan Rubiah binti Wang - Kota Samarahan
Soalan terakhir.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Kota Samarahan, silakan.
7. Puan Rubiah binti Wang [Kota Samarahan] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan pelan tindakan daripada pihak kementerian menyediakan ruang serta peluang khusus kepada graduan-graduan universiti yang baharu menamatkan pengajian mereka supaya dapat menyertai bidang keusahawanan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih, sebelum dijemput. Tahniah dulu. Tahniah kepada Timbalan Speaker wanita yang pertama Malaysia.
[Tepuk]
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Yang di-Pertua, mahu tanya sedikit. Kalau Tuan Yang di-Pertua perempuan tidak perlu pakai topi kah?
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Nanti saya tanya kepada Tuan Yang di-Pertua yang baru, ya. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Dalam merealisasikan Dasar Keusahawanan Nasional 2030, kementerian komited untuk membentuk masyarakat Malaysia yang berfikiran dan berbudaya keusahawanan dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan unggul menjelang tahun 2030. Sebagai teras, Dasar Keusahawanan Nasional telah menggariskan usaha bagi membudayakan keusahawanan dalam segenap lapisan masyarakat termasuklah graduan universiti bagi meningkatkan lagi minat mereka untuk menceburi bidang keusahawanan bagi kerjaya.
Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh kementerian bagi meningkatkan penyertaan graduan universiti untuk menceburi bidang keusahawanan adalah seperti berikut.
Pertama, Technopreneurship Program for Young Graduates. Program ini merupakan program rintis kerjasama MiDEC dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) bagi membangunkan kemahiran dan pengetahuan graduan IPT berkenaan dengan teknologi 4.0 dan seterusnya, berpotensi memberi peluang pekerjaan dan peluang kepada graduan bagi menceburi bidang keusahawanan teknologi ataupun technopreneurship.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Program ini menyasarkan penyertaan sebanyak 500 peserta dari kalangan graduan yang bakal graduate sehingga 9 Jun 2020. Seramai 324 graduan IPT telah memberi respons bagi mengikuti program ini. Program ini bakal melahirkan sekurang- kurangnya sebanyak 20 peratus usahawan dan keusahawanan teknologi technopreneurship.
Program kedua, *Agriculture Coaching and Industry Development Programme
(ACID).* Program ini menawarkan peluang latihan keusahawanan melalui bidang pertanian bagi graduan terutama golongan B40 untuk memperoleh pendapat serta menimbang kemahiran keusahawanan melalui latihan dan bimbangan perniagaan di bidang pertanian. Tempoh pelaksanaan program adalah selama 12 bulan dan akan melibatkan penyertaan seramai 140 peserta. Bagi tahun 2030, program ini dilaksanakan secara rintis dengan peruntukan sebanyak RM10 juta. Melibatkan dua buah negeri iaitu Sarawak dan Kedah. Sehingga Julai 2020, MEDAC telah menerima sebanyak 470 permohonan untuk menyertai program berkenaan.
Ketiga, New Gen Entrepreneurship Online Bootcamp ataupun dipanggil NGen.
Program yang bertujuan untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran dan membangunkan kemahiran keusahawanan dalam kalangan graduan universiti secara atas talian dan bimbingan perniagaan selama sembilan bulan. Program rintis dijangka
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
akan bermula pada Ogos 2020 dan menyasarkan penyertaan seramai 2,000 graduan belia pelajar institusi pengajian tinggi, institusi kemahiran awam.
Sebagai rancangan Tuan Yang di-Pertua, MEDAC terus melaksanakan kerjasama strategik bersama Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Belia dan Sukan bagi peluang dan inisiatif keusahawanan kepada graduan universiti. Pelaksanaan inisiatif merentas kementerian ini dijangka akan memberi lebih manfaat kepada graduan dan bakal graduan melalui pelaksanaan program yang lebih berimpak tinggi dan bersasar. Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira sejumlah 3,000 graduan pada tahun 2020 hingga 2021 bagi menceburi peluang perniagaan dan kebolehpasaran graduan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan, soalan tambahan.
Puan Rubiah binti Wang - Kota Samarahan
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang begitu padat sekali.
Pandemik COVID-19 yang melanda baru-baru ini menjadi satu perkembangan yang positif kepada usahawan-usahawan muda. Khususnya usahawan graduan yang berniaga menerusi atas talian yang mana dilaporkan pada bulan pertama selepas PKP perniagaan atas talian meningkat sebanyak 28.9 peratus.
Oleh itu, saya ingin hendak bertanya dengan pihak kementerian, adakah pihak kementerian bercadang untuk mewujudkan platform e-usahawan bagi menggalakkan usahawan-usahawan muda khasnya usahawan graduan dalam mempromosi perniagaan mereka? Juga, adakah kementerian mempunyai suntikan ataupun program suntikan modal bagi membantu usahawan-usahawan graduan pada pasca COVID-19 baru-baru ini? Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya program technopreneurship dan program fresh graduate ini memang merangkumi bukan sahaja soalan mengeluarkan produk ataupun melatih pelajar atau graduan daripada universiti dalam bidang kebolehpasaran dan juga entrepreneurship. Akan tetapi, entrepreneurship ini merangkumi keseluruhannya dari semua value chain dan delivery system termasuklah e-dagang, entrepreneurship dan sebagainya.
Dalam masa yang sama, saya juga telah mengarahkan kementerian membuat sedikit kajian yang terperinci bagaimana kita boleh mewujudkan pasaran sendiri sebagaimana yang dibuatkan oleh pihak-pihak LAZADA, pihak ALIBABA dan sebagainya. Ia kepunyaan kementerian dan membolehkan link-up dengan mana-mana entrepreneur di seluruh Malaysia. Ini bakal memberi peluang dan ruang tanpa kos yang tinggi kepada pihak-pihak yang terlibat dengan keusahawanan ini. Terima kasih.
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Soalan terakhir, soalan dari Kimanis.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Jelebu. Jelebu
Tuan P. Prabakaran - Batu
Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua. Batu.
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Kimanis. Kimanis boleh? Kimanis.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Jelebu. Jelebu.
Tuan P. Prabakaran - Batu
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Kimanis boleh Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Macam ini lah.
Saya rasa saya..
Tuan P. Prabakaran - Batu
Tuan Yang di-Pertua. Sebelah kiri ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Oleh sebab saya ini hari pertama...
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Di hadapan Tuan Yang di-Pertua, terus pandang Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Kimanis terus di belakang.
Tuan P. Prabakaran - Batu
Tuan Yang di-Pertua, sini Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Saya bagi Yang Berhormat Jelebu. Satu soalan pendek Yang Berhormat Jelebu.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Sangat pendek, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Sangat pendek.
Kurang daripada satu minit.
Tuan P. Prabakaran - Batu
Tuan Yang di-Pertua. Sini Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Sangat pendek. Terima kasih. Pertama, saya hendak ucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Timbalan Tuan Yang di-Pertua di atas pelantikan sebagai wanita pertama sebagai Timbalan Tuan Yang di- Pertua semalam.
Kedua Tuan Yang di-Pertua, soalan saya dilaporkan sebanyak 50,000 usahawan daripada graduan terutamanya graduan muda yang telah diberi latihan dalam bidang keusahawanan. Cuma, soalan saya pada pihak kementerian ialah, ada atau tidak sejumlah bantuan kewangan sama ada subsidi, geran atau apa juga bantuan kepada graduan-graduan yang baharu memulakan perniagaan tetapi dilanda dengan pandemik COVID-19 yang baru-baru ini berlaku terutamanya bagi kawasan luar bandar? Ini kerana kita dapati Tuan Yang di-Pertua, ramai di kalangan usahawan-usahawan ini yang terpaksa menghentikan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Dah lebih satu minit ini.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Sekejap. Sedikit sahaja lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Dah lebih satu minit itu.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Sikit sahaja – yang menghentikan perniagaan mereka kerana pandemik COVID-19 ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Yang Berhormat Menteri hendak menjawab?
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih, boleh jawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Boleh jawab seminit Yang Berhormat Menteri?
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Oleh sebab arahan yang mengatakan singkat sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya bagi jawapan pun singkat juga. Kementerian ini mempunyai tiga bank iaitu Bank Rakyat, Bank SME dan juga Bank Koperasi. Selain daripada itu, kita mempunyai satu institusi TEKUN yang boleh memberi sumbangan kewangan, latihan, monitoring, coaching dan sebagainya kepada pihak itu menerusi INSKEN juga SME Corp. Jadi, dalam keadaan sedemikian Yang Berhormat, berhubunglah dengan pusat hubungan kementerian untuk mendapat jawapan dan bantuan yang boleh kita salurkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Okey, terima kasih pada semua. Silakan Setiausaha Dewan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Point of Order.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua Point of Order. Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Sekejap.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Arau.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, boleh pandang ke kiri juga tidak?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Sekejap. Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, Point of Order.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Point of Order yang mana Yang Berhormat Arau?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Peraturan Mesyuarat 36(6) lah macam biasa. Kelmarin, Yang Berhormat Batu Kawan mengeluarkan perkataan ‘barua’ kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya, apakah ‘barua’ itu boleh digunakan dengan wajarnya di Parlimen yang mulia ini? Kalau boleh saya akan menggunakan perkataan ‘barua’ dengan banyaknya pada hari ini. Jadi, saya minta ruling sama ada ‘barua’ itu parliamentarian ataupun unparliamentary. Thank you.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat, saya sebenarnya kalau ikut saya tidak bawa kamus. ‘Barua’ itu ruling baik atau tidak tetapi sebenarnya memanglah kalau sekali dengar memang tidak elok. Akan tetapi kalau hendak tengok tindakan dan sebagainya saya rasa Tuan Yang di-Pertua yang baharu akan membuat keputusan berkenaan dengan pelbagai isu yang telah dibawa semalam.
Saya percaya ada beberapa perkara yang boleh kita tengok sebagai sensitif. Sebenarnya Parlimen ini tidak ada apa yang disebut sebagai contoh Code of Conduct, yang kita ada Peraturan Mesyuarat. Ada ayat-ayat itu yang belum kita hendak kaji. Akan tetapi, ada dalam aspek yang general dari segi perkataan ‘seksis’ sebagai contoh ya. Jadi, saya kena tengoklah video dan Hansard hendak kaji perkataan dalam keadaan yang macam mana.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Silakan.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Boleh saya bantu?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Tidak boleh Yang Berhormat Menteri sebab...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Boleh saya bantu?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Tidak boleh Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Arau, saya rasa biar Yang Berhormat Pontian mula dahulu ya.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bukan. Kita, Peraturan Mesyuarat 36(4)— dalam Peraturan Mesyuarat 36(4) itu dengan jelas menyebut perkataan- perkataan kurang sopan. Perkataan ‘barua’ memang kurang sopan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kita bercakap bahasa biasa pun, orang Kedah cakap barua itu kira dahsyatlah.
“Hang ini barualah...”, dia kata. Jadi tidak bagus. Ini dia kata barua, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Boleh Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
...Dalam Peraturan Mesyuarat 37(1)(a), kalau ada Point of Order, Yang Berhormat Arau sebagai Pengerusi backbenchers ya dalam PN, Peraturan Mesyuarat 37 mengatakan bahawa kalau kita tengok sebut Point of Order 37(1)(a), kalau saya baca, biarlah pengerusi sudah buatkan keputusan. Saya sudah buat keputusan. Jadi kalau Yang Berhormat kata perkataan itu barua, biarlah saya tengok Hansard dan saya boleh buat keputusan selepas saya bincang dengan Tuan Yang di-Pertua selepas ini.
Akan tetapi saya beritahu tadi bahawa, secara umum Tuan Yang di-Pertua akan berbincang hendak tengok sebagai menyeluruh dalam Dewan ini disebabkan ada beberapa perkataan yang telah dicampak semalam dalam keadaan yang penuh kontroversi dan provokasi, semua pihak. Jadi kita perlu kaji. Saya rasa untuk berlaku adil, kita perlu tengok pada Hansard. Jadi saya rasa biarlah Yang Berhormat Pontian mula dulu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, okey saya setuju kita tengok Hansard. Saya baru tengok sekejap tadi video dan sebagainya, tetapi saya hendak bagi tahu sementara hendak tunggu keputusan, jadi perkataan ‘barua’ itu jangan digunakan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Macam inilah Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Dengan sewenang-wenangnya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Eh, rakan kamu perkataan ‘hitam’ tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Arau...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini perkataan ‘barua’.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Arau, saya sudah buat keputusan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini merupakan sejarah paling hitam dalam sejarah Parlimen Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau. Kalau sejarah pun Yang Berhormat Arau, biarlah Yang Berhormat Pontian mula dulu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua tengah angkat sumpah dia orang buat bising.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Betul. Yang Berhormat Arau...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Pontian, silakan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, tengok sini Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pengerang, ha baru dengar itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Pontian...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, saya ada peraturan mesyuarat, boleh tidak?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
...Dua jam.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Bismillahi Rahmani Rahim.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
...Dua jam daripada 12.12 tengah hari.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, saya ada peraturan mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua kena dengar sayalah.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Alhamdulillahir rabbil 'alamin...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
You have to hear this.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
...Washolatu wassalamu 'ala asrofil ambiya iwal mursalin.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, apa ini Point of Order tidak mahu dengar ini.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
...Sayyidina Muhammadin wa ala alihi wa sahbihi ajmai’in.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, Point of Order. Tuan Yang di-Pertua daripada Pengerang...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
...Boleh tidak saya membangkitkan peraturan mesyuarat?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
...Saya harap...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Pontian teruskan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
...Gangguan ini dihentikan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, tidak bolehlah macam ini. Ini [Tidak jelas] .
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Duduk, duduk, duduk.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Kena bagilah ruang.
Tuan P. Prabakaran - Batu
Point of Order.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Pontian...
Tuan P. Prabakaran - Batu
Point of Order.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Point of Order.
Tuan P. Prabakaran - Batu
Point of Order.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Silakan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, Point of Order. Kenapa ini, tidak mahu dengar ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Silakan Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tuan Yang di-Pertua sudah buat...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tidak bolehlah, dengar saya dulu sebab saya ada Point of Order.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tuan Yang di-Pertua, atas pengiktirafan kerajaan ini...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
You are an experienced MP, takkan tidak tahu.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
...Kepada wanita dalam kepimpinan negara.
Seorang Ahli
Ya!
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Terima kasih.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasihlah. Kita sudah lebih daripada itu kita buat. Timbalan Perdana Menteri daripada wanita pun.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Kita bagi Ketua Hakim wanita.
Ini baru Timbalan Tuan Yang di-Pertua sahaja.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Apa tidak bagi kita peraturan mesyuarat.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Duduklah, duduk, duduk.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Peraturan mesyuaratlah. Ini adalah undang-undang. Tuan Yang di-Pertua, kenapa tidak mahu dengar? This is ridiculous, Tuan Yang di-Pertua. *What reform are you saying? I am talking Point of Order.
It’s a shame*-lah Tuan Yang di-Pertua tidak benarkan saya langsung saya bercakap pun untuk Point of Order. This is ridiculous, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, tahulah hendak marah dengan saya pun, janganlah macam itu.
[Ketawa] Takkan marah lama tidak habis lagi.
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Makan ubat, makan ubat. Ubat tidak makan itu.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Sukacita saya ingin mencadangkan; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya:
“Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat di dalam persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Ketiga, Parlimen Yang Keempat Belas”.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tuan Yang di-Pertua, titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah menyeluruh, menyentuh pelbagai kementerian dan berpaksikan kepada kesejahteraan rakyat. Pesanan Baginda kepada wakil rakyat tentang pelbagai etika yang baik tentunya kami terima dengan hati yang terbuka. Keprihatinan Tuanku kepada kemajuan negara adalah amat tinggi sekali. Kita sama ada sebagai penjawat awam, anggota pentadbiran, ahli perniagaan, rakyat yang muda dan tua menyanjung kasih atas titah yang sangat tepat dan kena pada masanya itu.
Sesungguhnya Tuanku telah menggalas amanah dengan telus dan adil selaras dengan konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang menjadi tunjang amalan negara kita menurut Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan. Setelah melalui proses penilaian, Tuanku telah melantik Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato Sri Hj. Muhyiddin bin Md Yassin yang mendapat majoriti kepercayaan Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri kelapan.
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Dua rangkap pantun diungkapkan.
*Bukan kecil peranan silat, Langkah perkasa tua dan muda, Raja adil, Raja berdaulat, Rakyat dan Baginda berpisah tiada.
[Tepuk] Membaca buku sambil berkelah, Jadi acara sangat berguna, Moga Tuanku dirahmati Allah, Selamat negara daripada bencana.* Kita semua Ahli Yang Berhormat telah dititah menghadap Tuanku ke istana untuk melalui proses penilaian sokongan. Ada yang masuk ke istana dengan bas berbumbung, ada yang masuk dengan bas tidak berbumbung, agar boleh dilihat oleh semua rakyat dan dunia. Kemelut politik negara diselesaikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam istana dengan bijaksana. Setelah Tun Mahathir meletak jawatan, diterima menghadap, diminta oleh Tuanku untuk tidak meletak jawatan, namun Tun Mahathir tetap dengan keputusannya. Akhirnya Tan Sri Muhyiddin dilantik oleh Tuanku menjadi Perdana Menteri kelapan. Ini kerajaan pintu istana yang sah, bukan kerajaan pintu belakang.
[Tepuk] Ya, Yang Berhormat Pasir Puteh.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Yang Berhormat...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, boleh mencelah?
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
...Minta mencelah?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Pasir Puteh.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Pasir Puteh, silakan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Pontian, boleh mencelah. Boleh?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Pasir Puteh, bukan Yang Berhormat Sepang. Yang Berhormat Pasir Puteh.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Selepas ini sayalah. Yang Berhormat Pontian come on-lah.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Terima kasih Yang Berhormat Pontian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Pontian bagi pencelahan kepada Yang Berhormat Pasir Puteh?
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Saya dengar...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya, saya beri kepada Yang Berhormat Pasir Puteh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Okey, silakan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Sepang itu kemudianlah, kalau ada masa agak-agak pukul 3.30 petang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Ketawa] Apa ini? Takutkah Yang Berhormat Pontian?
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Ya, terima kasih Yang Berhormat Pontian...
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Yang Berhormat Sepang boleh rehat dulu, sejuk.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
...Melayan Pasir Puteh berbanding dengan Yang Berhormat Sepang. Memang patut tidak layan pun.
Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pontian, satu istilah yang saya kira sangat baharu iaitu kerajaan pintu istana. Sebelum daripada ini, saya tidak pernah dengar perkataan kerajaan pintu istana tetapi diguna oleh Yang Berhormat Pontian.
Cuma saya rasa kebimbangan, takut-takut istilah sebegini ia bercanggah dengan undang-undang ataupun tidak bercanggah dengan undang-undang.
Kalau boleh Yang Berhormat Pontian cuba jelaskan, adakah istilah ini adalah istilah yang diguna pakai. Cuma oleh sebab ia tidak pernah berlaku dalam peralihan kerajaan ini sebagaimana berlaku dalam negara kita di pertengahan jalan. Mungkin istilah ini satu istilah yang telah dikaji sedalam-dalamnya oleh Yang Berhormat Pontian. Silakan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Pontian, macam mana dengan Yang Berhormat Marang kata ini tebuk atap? Adakah bercanggah dengan Yang Berhormat punya kenyataan? Nampak sangat bercanggah ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Apalah Yang Berhormat Pasir Puteh tidak cakap bercanggah dengan kerajaan tebuk atap.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
...Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tadi saya sudah cakap...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
...Tunggulah Yang Berhormat Pontian beri kebenaran untuk mencelah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
No. Okey, Yang Berhormat, saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Saya cakap tadi saya minta...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
...Yang Berhormat Sepang...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
I am— when talking peraturan mesyuarat tadi, Yang Berhormat tidak mahu dengar saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Sepang...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
...Saya Pengerusi.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
I know.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Dalam peraturan mesyuarat, keputusan adalah...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Bukan pengerusi, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
...Keputusan pengerusi. Yang Berhormat Sepang pula mantan Timbalan Menteri. Jadi Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang memang pakar juga dalam peraturan mesyuarat. Biarlah kepada Yang Berhormat Pontian tentukan Yang Berhormat Sepang ini buat di bawah peraturan mana...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okey. Saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
...Kepada Yang Berhormat Pontian.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
...Hendak tanya juga sebelum saya bercakap...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Biar Yang Berhormat Pontian...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Biar Yang Berhormat Pontian buat keputusan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Saya hendak tanya Tuan Yang di-Pertua kenapa tadi saya bangun untuk peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua tidak layan saya. Itu bawah peraturan mesyuarat mana itu?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ini menghabiskan masalah, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Itu macam mana?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Terpulang, Yang Berhormat Pontian...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Kenalah berlaku adil.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
...Hendak benarkan dia bercakap atau tidak Yang Berhormat Pontian?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Now, you are being unfair to me.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Hendak benarkan dia bercakap tidak?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Bila saya bercakap peraturan mesyuarat...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Pukul 3.00, Tuan Yang di- Pertua, pukul 3.00.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
...I want to raise Standing Order...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Apa dia?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
...Tuan Yang di-Pertua tidak membenarkan itu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Pukul 3.00.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Pontian now, sekarang ini...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Kalau saya bagi dia berhenti cakap...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
No, my question Tuan Yang di- Pertua...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
...Kenapa tidak benarkan timbulkan persoalan itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Ini kepada poin yang baharu sekarang...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
No, tadi kenapa tidak benarkan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
...Bahawa itu keputusan saya tadi, sekarang keputusan baharu.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Why, why? You don’t even look at me. Kenapa?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Sepang, saya bagi kebenaranlah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Sepang, dia bagi kebenaran tidak, biarlah dia buat keputusan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Okey.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Saya hendak tanya kenapa cakap Tuan Yang di-Pertua tadi tidak mahu bagi saya ruang?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ini berkenaan perkara ditimbulkan, perkara berkenaan yang saya timbulkan, pintu belakang, pintu istana.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
...Peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Sepang...
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Saya sokong, saya sokong bagilah Yang Berhormat Sepang hendak bercakap. Point of Order dia.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Bagi, bagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Okey, boleh?
Boleh Yang Berhormat Sepang bercakap?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Okey, silakan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Boleh?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Sepang hendak bercakap fasal apa? Ini tentang ucapan ini, ucapan ini.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Dengar, dengar, dengar.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okey, tadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Sepang, berkenaan dengan ucapan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okey. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pontian. Saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Pontian, tadi kata ini ‘kerajaan pintu istana’ kan? Adakah Yang Berhormat sedar bahawa kenyataan Yang Berhormat ini bercanggah dengan kenyataan daripada Yang Berhormat Marang sendiri yang mengatakan ini ‘kerajaan tebuk atap’? Ini macam mana ini? Mana satu? Kami pun tengah pening hendak pilih mana satu ini.
[Ketawa] Hendak pilih ‘kerajaan pintu istana’ atau ‘kerajaan tebuk atap’? Akan tetapi, kami lebih suka ‘tebuk atap’, nampak lebih glamour. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
[Ketawa] Saya ingin mendengar ungkapan itu dalam Dewan ini. Kalau ungkapan itu tidak ada dalam Dewan ini, saya tidak akan sebut. Saya sebut perkara tentang ‘pintu belakang’ ini kerana semalam ketika pertikaian...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
‘Tebuk atap’, bukan ‘pintu belakang’.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya sebut tentang ‘pintu belakang’ di sini kerana pertikaian semalam disebut kerajaan ini bukan hanya ‘kerajaan pintu belakang’, Speaker pun ‘Speaker pintu belakang’. Semalam ada disebut ya.
Perkataan yang ‘tebuk atap’ ini saya tidak dengar lagi.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Pontian, boleh minta penjelasan?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Sila, sila.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Kinabatangan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya terpanggil, Yang Berhormat Pontian, sebab daripada awal penubuhan Kerajaan Perikanan Nasional telah banyak persepsi di luar menyatakan ini ‘kerajaan pintu belakang’, dirompak, dicuri dan sebagainya. Akan tetapi, itu persepsi.
Apa yang jelas, mungkin Yang Berhormat Pontian boleh huraikan, iaitu Kerajaan Pakatan Harapan telah bakar rumah dia, bakar jambatan dia sendiri. Apabila dia bakar, kapal Pakatan Harapan telah tenggelam di tengah laut. Kapten dia pun ikut lari. Dalam prosedur SOP biasa, apabila kapten sudah tidak ada, maka kapten baharu kena mengambil alih. Jadi, kapal pun kena kapal baharu. Yang lama sudah terbakar, sudah karam. Ini saya tidak tahu sama ada pemimpin di sana faham atau tidak. Bukan orang lain bakar kapal mereka, mereka sendiri tuang petrol, bakar kapal mereka. Ya, tuang petrol.
Jadi, setujukah Yang Berhormat bahawa yang rumah yang dia bilang ‘pintu belakang’, pintu pun sudah tidak ada, tiang rumah pun sudah terbakar, sudah runtuh.
Sekarang ini kita bina rumah baharu dengan strategi yang baharu. Setujukah tidak?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Setuju. Saya ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat, di tangan saya ini ada salinan teks Titah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong. Izinkan saya memperingati semula Ahli-ahli Yang Berhormat, mungkin ada yang tidak ada dah teks ini.
“Pada 24 Februari 2020 yang lalu...”― ini titah Seri Paduka. “Naratif landskap politik negara telah sekali lagi digegarkan menerusi peletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ke-7. Sekitar jam 5.00 petang pada hari yang sama, Beta...”― iaitu Tuanku― “Telah berkenan menerima menghadap Yang Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.” Dalam pertemuan tersebut, Tuanku telah meminta Yang Berhormat Tun Dr.
Mahathir bin Mohamad untuk tidak meletak jawatan, namun beliau tetap dengan keputusannya. Ini titah Yang di-Pertuan Agong ya.
“*Oleh yang demikian, Beta bertanggungjawab untuk melantik seorang Perdana Menteri yang baharu seperti mana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 43 memberi kuasa budi bicara kepada Beta untuk melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Beta mendapat kepercayaan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat.*” Cukup sekadar saya membaca dua paragraf.
Saya ingin merujuk kepada Perlembagaan...
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Terbukti semalam majoriti.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya, terbukti semalam majoriti 111. Seorang Ahli kami dirawat di hospital dan seorang juga sedang mempengerusikan mesyuarat. Jadi, kami ada 113, terbukti adalah lebih majoriti.
Sebelum itu 114, tetapi seorang telah pergi ke Bebas.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya ingin membaca Perkara 43, Tuan Yang di-Pertua, dalam kita punya Perlembagaan Persekutuan yang ada di tangan saya ini iaitu...
[Membaca petikan] “Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam perjalanan fungsinya.
Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu
Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu.” Dalam bahasa Inggeris dengan izin, Tuan Yang di-Pertua...
[membaca petikan] “*The Yang di-Pertuan Agong shall appoint a Jemaah Menteri
(Cabinet of Ministers) to advise him in the exercise of his functions.
The Yang di-Pertuan Agong shall first appoint as Perdana Menteri (Prime Minister) to preside over the Cabinet a member of the House of Representatives who in his judgment is likely to command the confidence of the majority of the members of that House.*” Faham Yang Berhormat Sepang ya?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Faham. Boleh tanya? You want to engage with me, can I ask question? Boleh?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tak apalah, kemudian.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tahu tak nak. You want to engage with me, saya kena tanya soalanlah. Kena benarkan saya tanya soalan. Boleh?
Okey, boleh?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya, sila. Sila.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
You don’t even answer my question just now.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Silakan, silakan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tadi kata Yang Berhormat Marang kata ‘kerajaan tebuk atap’, kenapa tak kata tak bercanggah?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya tak dengar dalam Dewan ini Yang Berhormat Marang ada menyebut ‘kerajaan tebuk atap’.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Bacalah! Takkan tak membaca. Tadi baca...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Dalam Dewan ini tak ada.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Allah, ini benda yang common knowledge. Satu dunia tahu.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Marang pun tak berucap lagi. Kalau Yang Berhormat Marang berucap, saya akan tanya, pernah tak Yang Berhormat Marang menyebut tentang ‘kerajaan tebuk atap’. Saya akan tanya kalau Yang Berhormat Marang berucap.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Kalau macam itu. laporan berita dalam Malaysiakini atau surat khabar tidak pentinglah?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Itu tak ada dalam Dewan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Come on lah. Be reasonable.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Sepang, dalam Peraturan Mesyuarat, kalau Yang Berhormat Pontian bercakap, Yang Berhormat Sepang duduk.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
I know, but…
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Sepang bercakap...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
He is invoking my name. So, I am replying. Saya membalas.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Sepang bercakap, Yang Berhormat Pontian duduk.
Seorang Ali
Yang Berhormat Pontian bagi laluan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Sekarang Yang Berhormat Sepang dah habis bercakap, Yang Berhormat Pontian berdirilah. Kalau dua- dua berdiri, macam mana kita nak...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menghormati, tetapi tadi dia sebut nama saya...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Okey.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Saya bangun nak tanya soalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Apa lagi yang tak puas hati, Yang Berhormat Sepang? Apa lagi tak puas hati?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Silakan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Banyak, kemudianlah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Kalau tidak, dua- dua nanti makan tengah hari ya bersama.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Dia sebut nama saya, saya jawablah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Pontian nak jawab atau tak nak jawab?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Dia tanya soalan pada saya...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tuan Yang di-Pertua, maka...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Sepang...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Membuat rumusan tentang ‘pintu istana’, ‘pintu belakang’ ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Sepang, saya rasa Yang Berhormat Pontian faham soalan itu, Yang Berhormat Sepang.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya sudah faham, dah jawab pun. Dia tak faham-faham.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Okey.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
No. Dia tanya soalan kepada saya, bukan saya tanya soalan kepada dia. Dia yang tanya soalan kepada saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Sepang, duduklah Yang Berhormat Sepang.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Dah makan ubatkah belum?
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Pontian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
This is his floor.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okay, I know.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Thank you Yang Berhormat Sepang.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Macam tak makan ubat sahaja pagi ini.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, I am trying to be gentleman okay.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
I know. Please sit down. I know you are a great gentleman. Please…
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Thank you very much.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Thank you so much. Silakan Yang Berhormat Pontian. Yang Berhormat Pontian, ingat Yang Berhormat Pontian ya, dua jam tolak campur, Speaker takkan tambah dua jam ya atau 20 minit atau 10 minit. Dua jam is dua jam. Silakan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Okey. Maka, rumusan terhadap ‘pintu istana’ dan ‘pintu belakang’ ini, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengesyorkan hentikanlah tuduhan bahawa kerajaan ini adalah ‘kerajaan pintu belakang’ dan seumpamanya kerana tuduhan itu boleh dianggap menghina keputusan Yang di-Pertuan Agong. Saya juga ingin mencadangkan di Dewan ini supaya jika ada lagi keluar perkataan ‘kerajaan pintu belakang’, sepatutnya dianggap sebagai sesuatu yang unparliamentary...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Boleh mencelah?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Sila, sila.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Maksud kita ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Boleh mencelah Yang Berhormat Pontian?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Okey, silakan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
‘Kerajaan pintu belakang’ ini maksudnya bukan dipilih semasa pilihan raya umum. Itu sahaja.
[Dewan riuh]
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tak faham?
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Pontian, boleh?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya nak jawab yang...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh saya tambah sikit, Yang Berhormat Pontian, sebelum jawab?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Kinabatangan tanya soalan sekarang atau jawab dulu?
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya tumpang dulu, tumpang.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Campur dua-dua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Silakan. Yang Berhormat Kinabatangan, tunggu dulu dijemput. Silakan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Yang di-Pertua, ini yang saya terpanggil berdiri banyak kali.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Betul, Yang Berhormat Kinabatangan, tetapi biar Yang Berhormat Pontian selesai dulu.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Dia kata maksud dia kerajaan bukan ditubuhkan selepas pilihan raya. Selepas pilihan raya, PH gagal menunaikan janji-janji kepada rakyat dan rakyat telah marah. Apabila rakyat marah, berdoa dengan Allah siang malam, runtuhlah Kerajaan Pakatan Harapan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Kalau rakyat marah, tunggulah pilihan raya untuk hukum kami, bukan ambil tengah jalan. Ini pun tak boleh faham kah?
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Yang Berhormat Pontian, minta sedikit laluan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Sekejap. Yang Berhormat Pontian, bolehkah?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Sebelum Yang Berhormat Pasir Puteh...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Pasir Puteh, duduk Yang Berhormat Pasir Puteh.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Dituduh bahawa kerajaan ini tiada mandat rakyat. Saya ingin memaklumkan setiap orang daripada kami ini, setiap orang daripada 113 orang di sini mempunyai mandat rakyat...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sebagai pembangkang, bukan kerajaan.
[Dewan riuh]
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Pontian, boleh saya mencelah?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Jadi, kami juga adalah merupakan kerajaan yang sah kerana kami juga adalah dipilih oleh rakyat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Rakyat bagi mandat sebagai pembangkang, bukan sebagai kerajaan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Sistem...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Come on lah, benda ini tak fahamkah? So basic lah.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Pontian, sistem demokrasi ini, kita...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Pekan pun dah senyum dah.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Pasir Puteh. Yang Berhormat Pasir Puteh.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Pontian, boleh dapat penjelasan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Rompin sikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Beruas, tunggu dulu kalau Yang Berhormat Pontian beri kebenaran.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Ya, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Pasir Puteh atau Yang Berhormat Beruas?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Selepas Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat Rompin.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Beruas tak boleh?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Beruas?
Lepas itu Yang Berhormat Beruas, tak apa.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Nombor tiga.
Tunggu ya, Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya keluar dulu, Yang Berhormat Pontian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Okey. Yang Berhormat Pasir Puteh dulu, lepas itu Yang Berhormat Rompin, kemudian Yang Berhormat Beruas. Silakan.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Tahniah. Lupa nak ucapkan tahniah.
Kepada Yang Berhormat Pontian, adakah yang Berhormat Pontian boleh setuju sekiranya saya mengatakan bahawa kerajaan yang lama dengan kerajaan yang baharu ini, kedua-duanya adalah mandat daripada rakyat?
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Kerajaan Pakatan Harapan dengan percaturan parti-parti politik yang ada.
Maka, ia membentuk kerajaan dan kerajaan yang dibentuk adalah kerajaan mandat daripada rakyat. Kemudian, apabila datang Kerajaan Pakatan Perikatan Nasional, ini adalah percaturan yang sama, sebagaimana yang dicatur oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Percaturan yang sama.
Cuma, perbezaan, ada parti yang dulunya bersama dengan Pakatan Harapan, sekarang ini parti itu bersama dengan Perikatan Nasional. Semua ini adalah parti-parti yang diberi mandat oleh rakyat dan ternyata dalam siri Pilihan Raya Kecil...
Seorang Ahli
Menang pilihan raya baru ada mandatlah. Sekarang mana ada.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Menampakkan bahawa rakyat menolak...
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Itu pengkhianatan.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
...Dan rakyat kembali kepada Pakatan Perikatan Nasional.
[Disampuk] Jadi, saya rasa ini adalah satu...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Rakyat tidak beritahu lompat parti.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Perbahasan yang sangat, sangat tidak rasional.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Ya, Rompin.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya, Yang Berhormat Rompin.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Setuju kah, saya katakan bahawa...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Silakan, Yang Berhormat Rompin.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Yang Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ada dua pilihan.
[Disampuk] Yang Berhormat Langkawi ada dua pilihan.
Membubarkan Parlimen seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Beruas.
Kedua, meletakkan jawatan dan menyerahkan kuasa kepada di hadapan Yang di-Pertuan Agong, melantik Perdana Menteri yang baharu. Yang Berhormat Langkawi telah mengambil keputusan yang boleh dua keputusan bersesuaian dengan Yang Berhormat Beruas punya cadangan. Pilihan raya dipilih oleh rakyat.
Yang Berhormat Langkawi memilih untuk meletakkan jawatan. Apa pilihan Yang di-Pertuan Agong? Apa pilihan yang Yang di-Pertuan Agong melainkan Baginda harus melantik seorang Perdana Menteri yang baharu. Baginda telah melantiknya mengikut proses yang sangat teliti, yang sangat teliti.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Itu mana?
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Yang sangat teliti. Itu tidak – Sepuluh kali pun, itu yang sangat teliti. Baginda mengambil keputusan untuk melantik Perdana Menteri yang baharu setelah mengikut Perlembagaan.
Jadi, saya setuju bahawa connotation yang digunakan oleh Yang Berhormat Pontian, ‘kerajaan pintu istana’, sangat tepat dan berwibawa. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih Yang Berhormat Rompin.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Beruas? Beruas?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Padang Serai tadi hendak bercakap sesuatu tetapi Yang Berhormat menyorok, menyorok.
Kenapa? Kalau hendak cakap sesuatu Yang Berhormat Padang Serai berucap selepas ini. Selepas Yang Berhormat Beruas, saya bagi kepada Yang Berhormat Padang Serai.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya. Yang Berhormat Padang Serai bangunlah. Bangunlah.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Beruas dulu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jangan takut...
[Tidak jelas]
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Saya hendak dapat pandangan daripada Yang Berhormat Pontian, demi kebaikan negara dan kestabilan negara. Adakah Yang Berhormat Pontian setuju bahawa selepas rakyat memilih sesiapa parti ataupun gabungan parti-parti untuk menerajui kerajaan adalah baik untuk kerajaan itu mentadbir lima tahun sebelum pilihan raya yang baharu?
Ini kerana dengan percaturan politik ataupun katak-katak yang ‘melompat’ atau ‘khianat’ ini...
[Dewan riuh]
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
telah menyebabkan ketidakpastian dalam pentadbiran negara? Hinggakan pelabur-pelabur tempatan mahupun pelabur-pelabur asing takut hendak melabur dan juga ini telah menjejaskan pembangunan dan kemakmuran negara kita.
Jadi, soalan saya, adakah Yang Berhormat Pontian setuju bahawa kita mestilah menghormati pilihan rakyat semasa Pilihan Raya Umum dan tidak ada sama ada kerajaan kita...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya, Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Pontian tanya sikit boleh?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
‘Kerajaan pintu belakang’ kah, kerajaan ‘tebuk atap’ kah?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih. Cukuplah Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
‘Kerajaan pintu istana’ kah ataupun lain istilah.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Selepas ini saya bagi Yang Berhormat Jelebu.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Pontian, sikit saja. Saya sambung sikit saja.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Istilah yang lain-lain. Setuju tidak?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Jelebu, kemudian. Yang Berhormat Beruas, rakyat kawasan kami, memilih kami supaya kami menjadi kerajaan.
[Ketawa] Bukan begitu?
[Dewan riuh]
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Ya.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Kalau kita balik kawasan kita masing-masing, ketika mereka memilih kami, kami dipilih untuk kami menjadi kerajaan dan pada saat dan ketika ini, kami menjadi kerajaan kerana ‘Atuk’ letak jawatan.
Siapa suruh ‘Atuk’ letak jawatan?
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
[Bangun]
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Pontian, boleh sambung Yang Berhormat Pontian?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Langkawi letak jawatan. Saya minta maaf.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Pontian, boleh Yang Berhormat Pontian?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya, Yang Berhormat Jelebu.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Saya hendak tanya Yang Berhormat Pontian. Pandangan Yang Berhormat Pontian, sama ada setuju atau tidak...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Selepas Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Arau.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Pontian, boleh? Sama setuju atau tidak Yang Berhormat Pontian. Sebenarnya, bukan saja rakyat yang tidak boleh menerima Pakatan Harapan. Walaupun Pakatan Harapan sudah menang tetapi sistem pentadbiran dan pengurusan kerajaan yang dibuat oleh Pakatan Harapan buatkan rakyat tidak boleh terima.
Akan tetapi, dia tidak boleh menukar kerajaan kerana PH telah memenangi PRU ke-14. Akan tetapi, oleh sebab bukan saja rakyat, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, bekas Perdana Menteri daripada Langkawi pun tidak boleh menerima performance yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Oleh sebab itu, Yang Berhormat Langkawi meletakkan jawatan dengan sendirinya.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Tidak ada.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Kita tidak ada pergi – Bagilah saya bercakap dahulu.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
[Ketawa]
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
You duduklah. Sekarang awak cakap – saya cakaplah
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Hendak jawab.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tidak ini – Setuju tidak Yang Berhormat Pontian...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Padang Serai, saya panggil kemudian ya? Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Okey.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Setuju tidak Yang Berhormat Pontian, kita tidak pernah suruh Yang Berhormat Langkawi letak jawatan. Yang Berhormat Langkawi meletakkan jawatan kerana Yang Berhormat tahu bahawa performance Kabinetnya tidak seperti yang diharapkan oleh kerajaan. Ini kerana Pakatan Harapan menjadi masalah besar kepada rakyat di negara ini. Selama 22 bulan rakyat suffered di bawah kementerian ataupun di bawah Kerajaan Pakatan Harapan. Setuju tidak Yang Berhormat Pontian?
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Cantik.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Era 22 bulan itu adalah era gelap dalam Kerajaan Malaysia dan dalam sejarah negara kita ini. Yang Berhormat Arau?
Seorang Ahli
Tarik ‘gelap’. ‘Gelap’ tidak boleh cakap.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya, saya minta...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya tarik balik perkataan *‘gelap’.
[Ketawa]* Era 22 bulan kerajaan ini adalah kerajaan yang – Adalah suasana di negara Malaysia yang amat tidak terang.
[Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua, soalan kepada Yang Berhormat Pontian. Pertama sekali, kita kena perbetulkan kerana rakyat sedang memerhatikan kita. Kita perlu memperbetulkan bahawa mereka menuduh Yang Berhormat Pagoh, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai pengkhianat.
Sebenarnya Yang Berhormat Pagoh adalah penyelamat. Ini kerana Yang Berhormat Pagoh mengambil-alih selepas Yang Berhormat Langkawi berhenti. Jadi, kita rakyat Malaysia lihat ini bahawa Yang Berhormat Pagoh adalah penyelamat kerana Yang Berhormat Langkawi berhenti. Kalau Yang Berhormat Langkawi tidak berhenti, Yang Berhormat Pagoh tidak kacau.
Kami semua signed SD menyokong Yang Berhormat Langkawi. Tiba-tiba Yang Berhormat Langkawi berhenti, kami sokong Yang Berhormat Pagoh lah. Nombor satu.
Apakah Yang Berhormat bersetuju?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kedua, apabila kita pergi pilihan raya, kita pergi pilihan raya, PH sendiri tidak daftar. PH sendiri bertanding atas pelbagai lambang...
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
PN sekarang daftar tidak?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
PH tidak daftar, selepas itu baru daftar.
Sebenarnya...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
[Bangun]
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Semua akan masuk PH kah?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Pelbagai parti yang menang pilihan raya, jadi...
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
UMNO masuk PN sudah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kalau hendak kira, kalau sebut dari segi convention, Yang Berhormat Pontian, sepatutnya Barisan Nasional bagi tawaran dulu. Ini sebab kami mendapat 79 kerusi. Bagi tawaran kepada kami dulu. Akan tetapi, Yang di-Pertuan Agong bagi tawaran kepada parti-parti di sana. Akan tetapi, yang paling penting sekarang ini parti-parti di sana gagal.
Apabila mereka gagal, tidak akan kita hendak tunggu, “Oh, mandat rakyat pula”. Tidak! Ahli-ahli Parlimen yang telah diberikan mandat oleh rakyat ini, harus menentukan kepimpinan baharu, kerajaan baharu untuk menyelamatkan rakyat. Ini disebabkan rakyat bagi mandat kepada kita untuk menyelamatkan mereka. PH gagal. Sejarah hitam dalam negara ini apabila PH memerintah 22 bulan dengan penuh kegagalan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Arau, hendak halalkan ‘pengkhianat’?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sebagai contoh Yang Berhormat...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sik mohon mencelah.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Betul kah tidak?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya setuju apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sebagai contoh Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi, Yang Berhormat Pontian halalkan?
Setuju halalkan pengkhianatan yang boleh berlaku antara wakil rakyat?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Okey, okey.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Menteri Pertahanan balik daripada Vietnam, balik daripada EU, berjumpa dengan jeneral-jeneral EU, balik sampai di Vietnam, Yang Berhormat kata, *“Tengok, tengok kerajaan tidak ada.
Haram jadah sungguh”.* Betul Yang Berhormat cakap.
[Ketawa] Yang Berhormat sendiri pun menggunakan perkataan-perkataan yang begitu hebat dan dahsyat kerana Yang Berhormat tidak berpuas hati dengan kerajaan. Jadi...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Okey.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat mengatakan “Haram jadah sungguh”.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Cukup sekadar itu.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Pontian setuju ya... [Tidak jelas]
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Pontian...
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Kangar, Kangar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Berkaitan pengkhianatan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih kepada Yang Berhormat Arau. Selepas Yang Berhormat Arau, saya serahkan kepada...
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Kangar.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Pontian, Sik.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Selepas itu, Yang Berhormat Baling.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Kangar, Kangar.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Sebelum itu, saya ingin mengulas yang disebutkan oleh Yang Berhormat Arau tadi. Memang pada mulanya kami ada SD untuk Yang Berhormat Tun Dr. Mahathir. Akan tetapi, SD itu tidak terpakai apabila Yang Berhormat Tun Dr. Mahathir meletakkan jawatan.
Jadi, Yang Berhormat Pagoh – Yang Berhormat Langkawi meletakkan jawatan.
Jadi, Yang Berhormat Pagoh adalah pilihan kami seterusnya untuk menjadi penyelamat kepada kerajaan dan rakyat negara ini.
[Tepuk] Itu, sebagaimana yang Yang Berhormat Arau sebutkan tadi. Saya ingin mengulang...
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang Berhormat Pontian, bagi Kangar.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat tidak menggunakan perkataan ‘gelap’ tetapi Yang Berhormat menggunakan sejarah hitam. Saya tambah lagi. Sejarah paling malap dalam negara kita ini.
[Tepuk] Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua dan seterusnya saya tengok hujah-hujah daripada sebelah sana memang hebat. Akan tetapi mereka masih lupakan ‘khianat’ 11 orang daripada Parti Pakatan Keadilan tidak hadir dan tidak boleh bentuk kerajaan ini. Itu adalah benar.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Kita ini parti yang tidak boleh lompat sana, lompat sini. Kita kekal seperti mana— walaupun 109, kita adalah gentleman. Kita tidak ada GLC. Kalau berani buangkan GLC sekarang, tengok berapa orang lompat mai sini.
[Ketawa] Ha! Duduk sana, kita tak ada GLC, gentleman.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Dari sudut pihak Parlimen.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Okey, Baling ya.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Okey.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Baling, Baling, Baling.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Okey yang sana lompat sini, lompat sana lah Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Puas hati ya, okey. Saya serah kepada Baling pula.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Baling boleh jawab Yang Berhormat Padang Serai.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Okey terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Pontian. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Dato’ Sri Azalina Othman Said selaku Timbalan Yang di-Pertua. Ini adalah satu sejarah bagi kita semua kehebatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membuat keputusan untuk melantik seorang wanita. Ini satu sejarah, tetapi semalam Yang Berhormat Batu Kawan mempertikaikan kenapa wanita tak dilihat dia tak nampak wanita yang hebat duduk atas bench tersebut.
Apa pun saya hendak bercakap sedikit dalam konteks perbahasan diraja ini berkaitan dengan ramai yang kita tengok belah sana tadi apa yang mereka sebut adalah pelbagai isu berkaitan dengan mereka yang lompat, mereka yang telah derhaka, pengkhianatan dan sebagainya. Persoalan saya, sebelum itu Yang Berhormat Padang Serai, saya hidup mati tetap bosku tidak lari mana pun. Saya UMNO tulen, tidak ada loncat-loncat, tidak ada lompat-lompat. Jadi jangan tuduh semua. Don’t tuduh semua.
Kalau hendak tuduh, kena spesifik. Jangan tuduh semua loncat-loncat. Dibakar, direbus tetap dalam parti keramat UMNO, tidak ada loncat-loncat. Okey.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Saya bagi tahu 11 orang.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Diam-diam, sini my floor, sabar. Saya tak kacau Yang Berhormat Padang Serai tadi. Nanti kalau saya sebutkan ada isu pula nanti.
Jadi saya hendak bagi tahu. Saya hendak tanya, adakah Yang Berhormat Pontian setuju atau tidak. Dalam isu pengkhianatan, dalam isu mereka menyatakan kenapa hari ini Pagoh menjadi Perdana Menteri, kenapa orang lain tidak dan sebagainya.
Kenapa pintu belakang, depan rumah roboh terbakar. Isu pokoknya adakah Yang Berhormat setuju atau tidak dengan Baling, kalau benar-benar Yang Berhormat Langkawi ada pegang amanah, janji dalam Kerajaan Pakatan terdahulu, kalau Yang Berhormat Langkawi letak jawatan, dia serahkan kepada Yang Berhormat Port Dickson. Itu janji.
Ataupun kalau beliau tidak mahu berikan kepada Port Dickson, sekurang- kurang menamakan seseorang lain untuk menjadi Perdana Menteri. Bukan berhenti, lari terus buat interim tiba-tiba hendak balik dan orang itu tabir dan akhirnya yang menyusahkan sahabat-sahabat kita di sebelah sana seperti Menteri Pertahanan, kesian.
Balik luar negara tiba-tiba kerajaan tak ada sudah. Terpaksa maki hamun. Sebab apa?
Kalau betullah Yang Berhormat Langkawi jujur dalam perjuangan macam kami di sini, tetap dengan bosku hidup mati, patut macam itulah di sana. Hari ini kesian dekat kawan-kawan sana yang menjahanamkan yang masalah hari ini kerana seorang, Yang Berhormat Langkawi. Betul atau tidak?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Betul. Betul.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Sikit-sikit Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Pontian belakang sikit. Yang Berhormat Pontian...
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang Berhormat Pontian, Kangar, Yang Berhormat Pontian.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Jerantut, Jerantut Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya Tuan Yang di-Pertua, saya ada 36 muka surat, ini baru muka surat ketiga Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Pontian baik sangat, bagi masa.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya bagi yang last kepada Yang Berhormat Jerantut.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Kangar Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Pontian. Kangar, Kangar terima kasih Yang Berhormat Pontian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Jerantut last. Sila Yang Berhormat Jerantut.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Saya juga hendak ucap tahniah kepada kerajaan yang baharu...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Kesian dekat Yang Berhormat Jerantut dekat belakang itu.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Kesian sudah jadi orang pelarian ini, tumpang di bawah ini. Saya hendak dapatkan kepastian Yang Berhormat Pontian saya dengar daripada semalam sehingga hari ini tak habis-habis lagi kita ini dimanipulasi istilah oleh kawan-kawan kita di sebelah sana. Kita dapat jadi kerajaan ini pun bukan kerana kita, kerana masalah dia orang. Saya hendak tanya kita semua Ahli Parlimen dititah menghadap kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, tak dicampur tangan oleh Yang di-Pertuan Agong. Tulislah siapa-siapa yang hendak dicadangkan jadi Perdana Menteri Malaysia. Saya ingat ini.
Kalaulah semua kawan-kawan kita di sebelah sana yang menyokong Yang Berhormat Langkawi untuk jadi Perdana Menteri kali kelapan, mereka tetap tulis menyokong Yang Berhormat Langkawi untuk jadi Perdana Menteri kelapan kerana mereka ada kerusi yang cukup, ditambah dengan kita di sini yang kesedaran kepada ketika itu oleh pimpinan UMNO, PAS, GPS untuk memberi sokongan kepada Yang Berhormat Langkawi agar negara kita tidak terumbang-ambing, maka confirm Yang Berhormat Langkawi jadi Perdana Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih Yang Berhormat Jerantut.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Akan tetapi apakah ini satu penipuan daripada yang sebelah sana kepada Yang Berhormat Langkawi? Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ini seharian tak habis ini Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Isu lain Yang Berhormat Pontian, isu lain.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Cukup-cukup, manipulasi istilah dan sebagainya maka saya ingin mencadangkan apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Kinabatangan dan teman-teman sebelah sini hendaklah dimasukkan dalam ucapan saya. Segala perkara yang di sebelah sana, keluarkan jauh-jauh daripada ucapan saya.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi [Tidak jelas] bandar rayalah.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Isu lain, isu lain Yang Berhormat Pontian. Isu ekonomi, ekonomi.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Okey last, Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tak, perkataan pengkhianat ini perkataan pengkhianat tidak boleh dituduh kepada Yang Berhormat Pagoh ataupun kawan-kawan yang lain. Kau pengkhianat ini mesti dituju kepada DAP dan juga PKR yang tak menyokong Yang Berhormat Langkawi. Mereka tak sokong Yang Berhormat Langkawi menyebabkan Yang Berhormat Langkawi tak dapat undi.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Dulu Yang Berhormat Arau panggil Yang Berhormat Jeli pengkhianat masa Yang Berhormat Jeli lompat belah sana. Jangan lupa Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jangan jadi barua, jangan jadi barua. Diam-diam. Okey, pengkhianat ialah...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau...
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang Berhormat Pontian, isu ekonomi Yang Berhormat Pontian. Yang Berhormat Pontian ekonomi.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ekonomi saya baru hendak masuk. Kemudianlah, Yang Berhormat Kangar saya baru hendak masuk...
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Sikit, sikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Pontian, minta habiskan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Boleh buktikan bahawa pengkhianatan ini bukan— mana boleh dibeli.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya ingin mencadangkan sebagai kalau istilah seperti pengkhianat, istilah-istilah kerajaan pintu belakang hendaklah dianggap sebagai unparliamentary.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
30 saat Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tuan Yang di-Pertua, saranan...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Pontian, kalau Yang Berhormat Pagoh boleh tarik balik 10 jawatan GLC...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Beruas duduk Yang Berhormat Beruas. Yang Berhormat Beruas...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Cukup, cukup Yang Berhormat Beruas. Yang Berhormat Beruas boleh berbahas di dalam...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Beruas, terima kasih Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Okey baik.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ketika giliran Yang Berhormat Beruas.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Silakan Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya ingin menyebut beberapa perkara penting muka surat empat daripada 36. Baru tiga muka surat, minta maaf.
Serangan wabak pandemik COVID-19 umpama tercetusnya Perang Dunia Ketiga. Jumlah kes di seluruh negara di dunia ialah 13.24 juta dengan kematian 575,525 orang. Kes sembuh 7.69 juta, namun masih ada lebih 4.96 juta rakyat dunia yang sedang dijangkiti dan dirawat. Malaysia bernasib baik kerana berjaya memerangi COVID-19 dengan cemerlang. Kita dianggap antara negara yang terbaik dalam dunia.
[Tepuk] Tahniah diucapkan kepada kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, MP Pagoh dan seluruh yang terlibat.
Status COVID-19 di Malaysia pada 13 Julai 2020 semalam ialah 8,725 kes keseluruhan, 122 jumlah kematian, 8,520 kes yang sembuh. Peratus sembuh adalah sangat tinggi iaitu 97.65 peratus, ketiga terbaik dalam dunia ini peratus sembuh. Negara yang pertama ialah New Zealand dan negara kedua ialah Korea Selatan. Syukur alhamdulillah, kita duduk di tempat ketiga terbaik di dalam dunia kerana pengurusan kesihatan secara umum di Malaysia juga adalah antara yang paling baik di dunia.
Ini antaranya ialah kerja-kerja Yang Berhormat Pekan sebelum ini dan juga kerja-kerja Barisan Nasional sebelum ini. Saya tak tahu PH ada buat apa ketika 22 bulan itu. Sekali lagi...
[Disampuk] Ya Yang Berhormat Tenggara betul. Sekali lagi mari kita rakamkan penghargaan di Dewan yang mulia ini pada perkhidmatan kesihatan, Majlis Keselamatan Negara, Angkatan Tentera, polis, RELA, APM, Jabatan Imigresen, Jabatan Bomba, Agensi Pengurusan Bencana (NADMA), SKMM, pihak media cetak, media elektronik dan digital serta lain-lain pihak yang tidak dapat disebutkan satu persatu. Kita beri tepukan kepada mereka semua ini.
[Tepuk] Tahniah kepada Yang Berhormat Bera, Menteri Kanan Pertahanan yang mempengerusikan mesyuarat setiap hari, hari Sabtu dan Ahad pun dengan baju batik yang berbeza-beza dipakainya. Sabtu dan Ahad, cuti umum, raya sahaja agaknya yang dia tak mempengerusikan mesyuarat. Bersama dengan 19 Menteri yang lain dan berpuluh lagi agensi setiap hari mengadakan mesyuarat. Yang Berhormat Tenggara sebagai Menteri Kesihatan, Ketua Pengarah Kesihatan, kakitangan Kementerian Kesihatan semuanya ini kita ucapkan tahniah.
Tahniah kepada Kementerian Kewangan yang menguruskan PRIHATIN dan PENJANA bagi membantu meringankan beban rakyat ketika bencana COVID-19 yang mengganas melanda. Terpenting penghargaan juga kepada seluruh rakyat di negara ini
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
dari Semenanjung hingga Sarawak dan Sabah yang telah dengan taat menuruti SOP PKP, PKPD, PKPB, dan PKPP. Banyak betul PK ini.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Oleh sebab kepatuhan rakyat, maka negara ini dapat bangkit semula setelah mengalami episod COVID-19 yang mengerikan. Pantun lagi. Dengar baik-baik.
*Daun palas pandan wangi, Daun selasih jangan disimpan, COVID-19 berjaya diperangi, Terima kasih barisan hadapan.
Ayah fasih membaca hikayat, Sebagai ketua dalam keluarga, Terima kasih kepada rakyat, Kerjasama anda sangat berharga.
[Tepuk]*
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tak habis lagi pantun.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Mencelah ya.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Kain songket kain kasa, Pakaian nikah helaian baju, Terus bangkit bangsa dan nusa, Sederap melangkah bersama maju. Ya, siapa itu?
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Ya, Kuala Kedah.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Kuala Kedah, sila.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Yang Berhormat Pontian merupakan seorang yang– kalau sebelah sana berucap, [Merujuk kepada blok kerajaan] saya dengar kerana biasa memang ada poin-poin yang menarik dan boleh kita terima.
Saya ucap tahniah kepada kerajaan dan Kementerian Kesihatan dalam menangani COVID-19. Akan tetapi, saya rasa sebahagian besar kejayaannya ialah kerana sebelah sini menjadi pembangkang.
[Merujuk kepada blok pembangkang] Kalau lah sebelah sana menjadi pembangkang dan masjid ditutup sampai 15 minggu, saya tak dapat bayangkan apa yang akan dilakukan dan dikatakan. [Merujuk kepada blok kerajaan] Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Saya dengar Yang Berhormat Tanjong Karang ada nak berbunyi. Silakan, Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Saya hendak bagi tahu Yang Berhormat Pontian, itu daripada Yang Berhormat Kuala Kedah ya? Terbalik itu.
Sebenarnya kalau PH terus memerintah, kita lagi hancur. Nasib baik PN yang memerintah, itu yang sebenarnya yang berlaku.
[Tepuk]
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Seperti biasa, saya menerima apa pandangan Yang Berhormat Tanjong Karang, masuk dalam ucapan saya.
Yang Berhormat Kuala Kedah itu letak di tepi lah walaupun– Saya tak berapa dengar suara pembangkang sebenarnya Tuan Yang di-Pertua semasa COVID-19 itu. Yang kita dengar ialah tiap-tiap hari pengumuman demi pengumuman yang dibuat oleh pemimpin- pemimpin Perikatan Nasional di sebelah sini.
[Merujuk kepada blok kerajaan]
[Dewan riuh]
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tuan Yang di-Pertua, bagi membantu rakyat– COVID-19 dan...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bangun] Yang Berhormat Pontian boleh?
Boleh saya mencelah?
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Pontian.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...kerjasama, kita tak boleh politikkan setiap isu.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Bantuan Prihatin Nasional
(BPN) telah menyalurkan...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih lah kepada pihak pembangkang.
Tak politikkan semua isu.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
...sejumlah RM10.92 bilion kepada seramai 10.245 juta orang. Ini adalah suatu rekod bantuan terbesar seumpamanya dalam sejarah Malaysia. Hampir sejumlah RM11 bilion kepada lebih seramai 10 bilion rakyat.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Pontian, belakang Yang Berhormat Pontian. Belakang.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Sini, sini. Gopeng.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Jelebu.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Saya tambah sedikit Yang Berhormat Pontian. Bila Yang Berhormat Pontian sebut Bantuan Prihatin sejumlah RM250 bilion yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Pagoh kepada bantuan COVID-19 sahaja– tetapi saya hendak throwback Yang Berhormat Pontian. Dahulu kalau tak silap saya, zaman-zaman tidak berapa terang, bukan zaman gelap, tetapi zaman tidak berapa terang hari itu. Kata negara nak bankrap, kata negara tak ada duit, kata kita kehilangan sumber banyak, tetapi Yang Amat Berhormat Pagoh dan Menteri Kewangan boleh umum sejumlah RM250 bilion bantu pandemik COVID-19– untuk berapa bilion tadi Yang Berhormat Pontian? Yang bagi tahu tadi? Rakyat mendapat manfaat. Tolong bagi penjelasan Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya, sejumlah RM10.92 bilion ini hanya Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Kalau kita lihat keseluruhan bantuan ialah sejumlah RM295 bilion yang mana PRIHATIN 1 sebanyak RM250 bilion, PRIHATIN 2 sebanyak RM10 bilion, PENJANA sejumlah RM35 bilion. Sejumlah RM250 bilion campur sejumlah RM10 bilion, campur sejumlah RM35 bilion, sejumlah RM295 bilion termasuk suntikan terus fiskal sebanyak RM45 bilion. Itu angka-angka yang boleh saya kongsi kan di sini. Akan tetapi,...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Pontian, boleh mencelah?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
...memberi hampir sejumlah RM11 bilion kepada seramai 10 juta orang rakyat, memberi sejumlah RM10.95 bilion kepada seramai 10.245 juta orang rakyat itu adalah merupakan rekod. Saya ulang, sejumlah RM10.92 bilion kepada seramai 10.245 juta orang rakyat. Sejumlah RM10.92 bilion kepada seramai 10.245 juta orang rakyat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Pontian dah boleh mencelah? Nak dapat penjelasan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Adakah Yang Berhormat Pontian sedar bahawa seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan, semua pengagihan wang ini adalah melalui pinjaman sebanyak RM35 bilion yang telah kerajaan pinjam. Wang yang dipinjam ini menambahkan lagi hutang kerajaan dan ini mesti dibayar oleh kita semua dan juga generasi akan datang. Jadi, ini bukan satu pencapaian Kerajaan Perikatan Nasional. Memang kita setuju yang kita mesti menolong rakyat semasa krisis tetapi janganlah pihak Perikatan Nasional ini nak membangga-banggakan perkara yang bukanlah– dibesar-besarkan. Kita mesti jujur kepada rakyat, ini wang pinjaman dan Petronas pun mengeluarkan bon sejumlah RM26 bilion, betul tak?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Pada tahun 2008, defisit negara kita ialah sejumlah 6.8 peratus...
[Disampuk]
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
[Menyampuk] Sejumlah RM686 juta Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
...kemudian kita turunkan kepada tiga peratus. Akan tetapi sekarang defisit sejumlah 5.8 peratus. Yang penting defisit itu dari setahun ke setahun kita akan kurangkan defisit ini dengan kaedah yang tertentu yang tentunya akan disebut oleh Menteri Kewangan. Saya juga ada bertanya tentang perkara defisit ini...
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
[Bangun] Sedikit Yang Berhormat Pontian.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Jangan kita politikkan semua isu. Ini pinjaman, jadi jangan dibangga-banggakan.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
[Bangun] Gopeng.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Itu tidak menjadi hal kerana bila kita pinjam dan kita boleh bayar, defisit tidak menjadi hal yang besar.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang Berhormat Pontian, sedikit Yang Berhormat Pontian. Sedikit sahaja, Kangar.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Gopeng, Gopeng.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Geran Khas Prihatin.
Tinggal empat minit ya. Geran Khas Prihatin pula telah memanfaatkan seramai 544,632 perusahaan kecil dan sederhana dengan sejumlah RM3,000 setiap satu, berjumlah RM1.634 bilion. Dicadangkan prosedur untuk PKS mendapatkan geran ini dipermudahkan dan kurang red tape. Pastikan semua peniaga termasuk pasar malam, pasar tani, pasar borong, penjaja kecil, pekedai food truck, penjaja tepi jalan, semuanya dapat.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Sedikit Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Keseluruhan kesan bantuan langsung dan tidak langsung PRIHATIN dan PENJANA berjumlah RM295 bilion merupakan angka yang besar dan luar biasa. Namun, suntikan fiskal langsung sebanyak RM45 bilion menyebabkan defisit sejumlah 5.8 hingga 6 peratus. Ini ulasan saya terhadap apa yang disebut oleh Yang Berhormat Beruas.
Dicadangkan antara kaedah kerajaan yang tuntas dan pantas bagi mengatasi defisit belanjawan ini ialah dengan cara mengembangkan lagi pertumbuhan ekonomi hingga ke sejumlah 8 peratus supaya cukai yang banyak boleh dikutip daripada syarikat- syarikat, barulah kita boleh mengurangkan defisit itu. Defisit terpaksa dilalui kerana kita berhadapan dengan masalah yang luar biasa maka perlu tindakan yang juga luar biasa.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Sedikit Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tiga minit, tiga minit lagi ini.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Ada 30 saat sahaja.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Mengenai Program Subsidi Upah. Ya, sila. Yang Berhormat Kangar.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Terima kasih Yang Berhormat Pontian.
Yang Berhormat Pontian setuju atau tidak dalam satu kenyataan akhbar oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan ada menyebut bahawa persediaan kementerian dapat dilakukan dengan baik oleh sebab dalam belanjawan yang dibentangkan pada tahun lepas meluluskan peruntukan paling tinggi dalam sejarah Kementerian Kesihatan.
Kedua ialah, kalau Yang Berhormat Pontian ambil angka sejumlah RM250 bilion, kalau kita bahagikan dengan seramai 32 juta orang rakyat Malaysia, kita bagi secara umum, kita akan dapat seorang sejumlah RM7,000 lebih. Akan tetapi berapa ramai sebenarnya yang dapat sampai sejumlah RM7,000 lebih ini?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Itu kaedah pengiraan yang tidak tepat sebenarnya ya. Kalau hendak bahagi begitu, ia tidak tepat.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Ya, berapa ramai yang dapat?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Sebab yang lebih penting orang yang lebih kaya membayar cukai yang lebih daripada orang miskin. Daripada situ kita dapat menjelaskan hutang kita itu.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Mengenai Program Subsidi Upah pula sebanyak RM7.07 bilion diluluskan untuk seramai 307,518 orang majikan yang memanfaatkan seramai 2.46 juta orang pekerja rakyat Malaysia. Tadi disebut oleh Yang Berhormat Menteri, sejumlah RM13.8 bilion semuanya kita telah belanja sebanyak RM7.07 bilion, bererti kita ada lagi tak belanja duit ini. Hendak bagi sejumlah RM1,200 sebulan, sejumlah RM800 sebulan, sejumlah RM600 sebulan subsidi upah.
Pada pandangan saya, ia hanya menyelesaikan sebahagian daripada masalah pengangguran sejumlah 5.5 peratus atau 860 ribu orang pengangguran yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam, mungkin di akhir tahun ini, ia adalah perkara yang cukup penting untuk diselesaikan oleh kerajaan ini. Bukan hanya jangka pendek yang kita sebut sebanyak RM13.8 bilion subsidi upah semuanya, tetapi yang lebih penting ialah jangka sederhana dan jangka panjang untuk memastikan anak- anak kita terus dapat kerja, mereka yang dibuang akan dapat kerja semula.
Dana pinjaman mudah yang dikendalikan Bank Negara Malaysia, diluluskan bank tempatan dan setuju terima adalah sebanyak RM8.4 bilion yang memanfaatkan sejumlah 19,539 PKS. Ini termasuk dana dengan izin, Special Relief Facility, Automation and Digitalization Facility, All Economic Sector Facility and Agrofood Facility. Dicadangkan ada dana lain yang boleh membantu usahawan PKS dan sekali lagi diminta prosesnya dipermudahkan. Mungkin boleh dinamakan sebagai Dana PRIHATIN atau Dana PENJANA atau Dana PENGEMBANG untuk perniagaan-perniagaan kecil yang berjumlah lebih kurang sejuta orang itu.
Seterusnya sebanyak 7,577 permohonan perniagaan mikro bernilai RM260.6 juta di bawah Skim Kredit Mikro BSN dan sejumlah 25,071 permohonan diluluskan bagi TEKUN Nasional bernilai RM191.5 juta sehingga 26 Jun. Saya ingin mencadangkan supaya tambah lagi dana-dana kepada TEKUN, dana kepada Amanah Ikhtiar Malaysia, Tuan Yang di-Pertua.
Amanah Ikhtiar Malaysia ini membantu lebih kurang seramai 300 ribu orang usahawan yang sejumlah 99 peratus adalah wanita. Ini sepatutnya perjuangan wanita Malaysia supaya lebih ramai– supaya lebih daripada sejumlah 300 ribu orang wanita, tambah lagi kalau boleh sejumlah 100 ribu orang hingga 200 ribu orang wanita yang boleh dapat dana daripada Amanah Ikhtiar ini untuk mereka meneruskan hidup mereka dan di belakang mereka juga ada beberapa orang pekerja setiap perusahaan yang juga perlu dijaga.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang sudah pukul 1.00 tengah hari. Saya tangguhkan Dewan sehingga pukul 2.30 petang. Yang Berhormat Pontian akan sambung dengan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja. Yang Berhormat Pontian ada baki sejumlah 1 jam 13 minit lagi.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya baru muka surat 8 daripada 36.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Jadi Yang Berhormat Pontian kena pandai-pandai agak-agak lah. Jadi sebelum Yang Berhormat...
Dari Pengerang menaiki bas, Singgah Pontian membeli nanas, Yang Berhormat Pontian dalam proses perbahasan, Jangan sampai ada yang panas.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya. Daun selasih, daun kayu. Terima kasih, thank you.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta bilang. Minta bentara bilang.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Kuorum, kuorum.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
[Berucap tanpa pembesar suara] Kesian Yang Berhormat Pontian itu. Telefon kawan-kawan kuorum tak cukup ini. Kesian Yang Berhormat Pontian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Jumlah 26, cukup.
Saya telah bilang cukup, melebihi 26. Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum disambung perbahasan, saya ada sedikit makluman.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian, Bahagian Penyelidikan dan Perpustakaan Parlimen Malaysia telah membangunkan satu sistem dalam talian yang dikenali sebagai Sistem e-Perkhidmatan Penyelidikan Parlimen ataupun electronic Parliamentarian Research Service System (e-PRS). Sistem ini bertujuan untuk menyediakan satu platform kepada semua Ahli Parlimen untuk menghubungi Pegawai Penyelidik Parlimen bagi mendapatkan maklumat terkini dan kerja-kerja penyelidikan.
Sistem ini akan dapat membantu Ahli Parlimen mendapat maklumat bagi tujuan perbahasan di dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Sistem e-PRS adalah terbuka kepada semua Ahli Parlimen. Bagi tujuan pendaftaran ahli dan maklumat lanjut, sebuah kaunter dibuka di hadapan Lounge MP Dewan Rakyat. Ini adalah sebahagian daripada usaha reformasi Parlimen bagi meningkatkan mutu perbahasan Ahli Dewan sekalian.
Diharapkan inisiatif ini dapat dimanfaatkan semua oleh Ahli Parlimen. Setakat ini hanya baru 10 orang mendaftar, setakat semalam dan hari ini.
Sila teruskan. Saya menjemput Yang Berhormat Pontian, 1 jam 12 minit.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Saya mohon teman-teman tidak mengganggu sehinggalah waktunya.
Apabila rakyat berkurung dalam rumah dengan #staysafe, #stayathome, #dudukrumah. Semua termasuk abah dan Mak Cik Kiah tentunya bil elektrik naik melambung. Terima kasih kepada kerajaan yang memberi Bantuan Prihatin Elektrik berjumlah RM944 juta. Hampir RM1 bilion, paling tinggi dalam sejarah negara. Ini termasuk empat juta pengguna iaitu 52.2 peratus pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan kurang RM77, menikmati bil elektrik percuma selama tiga bulan. Sukar hendak cari kerajaan yang sebaik ini dalam dunia. Oleh sebab penggunaan air juga bertambah ketika PKP, saya ingin mencadangkan agar Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memberikan subsidi bil air kepada rakyat B40 terutamanya atau beri air percuma untuk jumlah tertentu selama tiga bulan iaitu Mac, April dan Jun kepada rakyat yang miskin.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia kembali mencatatkan lebihan dagangan RM10.41 bilion pada Mei, melantun semula daripada defisit dagangan RM3.63 bilion yang dicatatkan pada April...
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Yang Berhormat Pontian. Yang Berhormat Pontian boleh bagi?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tidak. Meskipun eksport secara keseluruhan adalah lebih lemah daripada jangkaan.
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Kimanis, Kimanis.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Oh Yang Berhormat Kimanis, sikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Kimanis.
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Saya hendak tanya Yang Berhormat Pontian, adakah Yang Berhormat Pontian setuju bahawa kerajaan yang ada pada hari ini wajib lebih baik daripada Kerajaan PH yang dahulu? Justeru, setuju atau tidak Yang Berhormat Pontian bahawa kerajaan yang ada pada hari ini wajib mendengar setiap pandangan rakyat marhaen supaya kita akan lebih baik daripada kerajaan lepas. Setuju atau tidak?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kimanis.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Sudah pasti setuju dan kita harap ada banyak lagi cadangan yang akan diutarakan dalam sidang ini. Cadangan- cadangan itu perlu diteliti satu persatu oleh pihak kerajaan supaya dilaksanakan seawal mungkin.
Persidangan APEC 2020 wajar diambil peluang untuk mengukuhkan hubungan dagang pelbagai hala. Tahun Melawat Malaysia 2020 yang telah dibatalkan, dicadangkan dan dihidupkan semula pada tahun 2021 atau 2022, atau 2023 iaitu bila vaksin COVID-19 telah ditemui dan dunia pulih daripada wabak. Perdagangan Malaysia bagi lima bulan pertama tahun ini bagaimanapun mencatatkan pengurangan 8.7 peratus kepada RM688.57 bilion berbanding tempoh sama. Perdagangan yang lebih rendah direkodkan dengan Thailand, Singapura, India, China dan Hong Kong tetapi mencatatkan peningkatan dengan Korea Selatan dan Indonesia.
Kementerian Kewangan, MITI dan Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancang Ekonomi) perlu menyediakan langkah proaktif dan kreatif bagi menempuh kemelesetan ekonomi dunia yang dijangka berlaku hujung tahun ini dan tahun hadapan. Adakah tanda-tanda yang V-curve dengan izin, V-curve akan berlaku dalam pertumbuhan ekonomi di negara ini? V-curve ini maksudnya Tuan Yang di-Pertua, dia turun, selepas itu dia naik balik seperti huruf V. Akan tetapi ada lagi pendapat mengatakan bahawa kemungkinan akan berlaku U-curve, ia turun kemudian mendatar lama kemudian baru naik semula atau, adakah curves yang lain? Ini kita mesti meneliti dan kerana di luar sana masih belum berjaya dalam memerangi COVID-19 ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan, mengapakah pendaftaran automatik untuk menjadi pengundi belum dilaksanakan lagi? Bila akan dilaksanakan dan berapakah jumlah rakyat yang sepatutnya mendaftar tetapi belum mendaftar menjadi pengundi mengikut pecahan kaum?
Seterusnya saya mohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan, adakah akan digubal undang-undang berkaitan dana politik? Isu dana politik bukan perkara kecil. Ramai pihak diheret ke mahkamah kerananya. Jadi saya ingin kepastian, adakah ia akan dibentang di Dewan ini? Jika tidak, mengapa? Jika ya, bilakah ia akan dibentangkan?
Saya juga mohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan, apakah tindakan susulan kepada Suruhanjaya Penyiasatan Diraja (RCI) skandal Forex dan laporan polis yang dibuat? Kehilangan RM30 bilion, nilai sekarang sekitar RM100 bilion, bukannya perkara kecil. Mengapa laporan polis ditarik balik oleh Kerajaan PH? Ini yang ingin saya tanya dan saya ingin supaya RCI skandal Forex ini dihidupkan semula dan pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.
Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penjelasan Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Masih ada sejam lagi, no problem. Tadi Yang Berhormat sebut tentang dana politik. Kita lihat jari telunjuk hanya kepada UMNO, Barisan Nasional. Sekarang ini Perikatan Nasional di telunjuk bahawa kita menerima dana politik. Apakah Yang Berhormat sedar bahawa pihak pembangkang menerima dana politik yang cukup luar biasa dari pelbagai pihak? Apakah sebelum diperkenalkan akta ini, mereka dengan berani dan gagahnya menceritakan siapakah penderma-penderma kepada dana politik mereka?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih. Memang itu adalah putar belit daripada pihak belah sana. Sebagai contoh mereka kata pengkhianat- pengkhianat, melompat-lompat. Sebenarnya sebahagian daripada 10 orang, 11 orang, dia bukan melompat tetapi dipecat daripada parti mereka. Dalam manifesto kami, tiada kata Ahli Parlimen tidak boleh memegang jawatan GLC. Dalam Manifesto Pakatan Harapan ada. Walau bagaimanapun, tidak dituruti oleh DAP. Itu adalah satu fakta.
Dalam dana politik ini juga hanya kami yang dikenakan bantaian demi bantaian oleh pihak sana tetapi sebenarnya mereka juga ada dana politik. Kalau mereka tidak ada
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
dana politik, siapakah yang membayar segala bendera, poster dan segala-galanya itu, yang kadang-kadang jauh lebih hebat daripada parti kerajaan pada ketika kami dahulu.
Titah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, sikit lagi.
Apakah Yang Berhormat ingin bertanya kepada mereka atau kerajaan, apakah terdapat parti-parti politik yang menerima dana daripada sumber haram yang berleluasa dalam market yang mana sumber haram ini pendapatannya sama besar dengan pendapatan negara? Jadi, apakah parti politik ini ada yang menerima daripada sumber haram tetapi mendiamkan diri?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya. Kita tahu bahawa sistem percukaian yang kita bawa dahulu boleh mengurangkan segala dana-dana haram itu daripada dilakukan. Akan tetapi sekarang ini kembali kepada sistem percukaian kuno yang dana-dana haram itu boleh bermaharajalela sekali lagi. Itu Yang Berhormat Arau ya.
Titah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku menyebut masalah kos sara hidup perlu ditangani. Ada lima cadangan yang ingin saya utarakan. Pertama, kurangkan service charge (caj perkhidmatan) daripada 10 peratus kepada lima peratus dalam restoran, hotel dan perkhidmatan lain.
Kedua, lanjutkan moratorium, bayaran balik kepada yang hilang pekerjaan dan sektor niaga yang terjejas. Jumlah moratorium bayaran balik institusi kewangan dianggar RM51.4 bilion terbahagi kepada dua iaitu RM17.9 bilion sektor perniagaan dan untuk rakyat RM33.38 bilion. Kalau kita ingin lanjutkan moratorium ini, beri kepada mereka yang hilang pekerjaan dan sektor niaga yang terjejas seperti sektor pelancongan.
Ketiga, banyakan kawalan harga barang oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, bukan hanya pada waktu perayaan. Cegah kartel, monopoli, persaingan yang tidak sihat dan pastikan Akta Antipencatutan di laksana dengan betul. Saya ingin tahu berapa jumlah mereka yang telah diambil tindakan di bawah Akta Antipencatutan bagi memastikan harga barang adalah terkawal.
Keempat, kembalikan semula usaha mewujudkan Gedung Makanan Negara.
Tuan Yang di-Pertua, Gedung Makanan Negara (GMN) bagi mengeluarkan pelbagai produk makanan di laksana dengan KPI yang tinggi di FELDA, FELCRA, RISDA, KEDA, MADA, KESEDAR dan lain-lain agensi. Kita mesti utamakan food security (keselamatan makanan), utamakan kualiti dengan harga yang patut.
Kelima, harga makanan di sesebuah kantin, kafe universiti, sekolah, pejabat, asrama hendaklah dikawal dengan baik. Kembalikan khidmat Kafe Rakyat 1Malaysia di beberapa universiti awam yang telah dihentikan oleh pihak-pihak tertentu ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta Menteri Kewangan menyatakan perkembangan projek TRX 1MDB dan masa depannya. Apakah perkembangan projek Bandar Malaysia? Nyatakan nilai aset 1MDB berjumlah RM42 bilion dan hutang RM31 bilion secara terperinci seperti pernah disebut oleh bekas CEO 1MDB Arul Kanda.
Benarkah IPIC bersetuju untuk selesaikan semua dana yang dipertikaikan sebelum 30 Disember 2020 ini? Semuanya akan diselesaikan oleh IPIC tetapi kerajaan Pakatan Harapan tidak mahu penyelesaian sebegitu.
Seterusnya sejak Mei 2018 sehingga kini, berapakah aset Khazanah Nasional dan semua entiti milik Perbendaharaan yang telah dijual? Kepada siapa dijual dan berapa nilainya serta kaedah penjualan. Berapa aset baru dimiliki Khazanah Nasional dan semua entiti milik Perbendaharaan, daripada siapa dibeli dan berapa nilainya? Berapa banyak nilai aset Khazanah yang dijual untuk mencatat keuntungan daripada penjualan aset sebanyak RM9.9 bilion seperti laporan baru-baru ini?
Ketiga, Kementerian Kewangan. Nyatakan perbandingan tujuh perkara berikut; pada 2 April 2018 di banding 20 Februari 2020 iaitu kadar defisit, jumlah hutang kerajaan tidak termasuk contingent liability, kadar inflasi, kadar pengangguran, kadar pertumbuhan KDNK, nisbah hutang kerajaan kepada KDNK, indeks KLSC Bursa Malaysia antara 2 April 2018, pada 2 April 2018 di banding 20 Februari 2020. Apakah langkah-langkah untuk memperbaiki keadaan ekonomi negara?
Selingan Tuan Yang di-Pertua sebelum saya meneruskan perbahasan ini ada empat rangkap puisi PKP.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
*Jalan raya hampir lengang, Tiada suasana sesak, Bandar raya menjadi tenang, Ayah anak belajar masak.
Niaga online berkembang, Kenderaan awam tidak berasak, Rambut panjang-panjang, Bil elektrik naik mencanak, Face mask pagi petang, Hand sanitizer sentiasa bawa, Jarak semeter bukan penghalang, COVID-19 ramai yang cuak, Di benar lambat bayar hutang, Kerja dari rumah boleh pula, Siang malam tidur tenang, Tahun depan lahir anak.* Mengenai tahun depan lahir anak in laporan NST pada 3 April 2020 ada menyebut dengan izin, “*Malaysia is expected to have a baby boom in January next year.
Thanks to the Movement Control Order (MCO)”*. Diramal oleh Doktor Hamizah Mohd Hassan, Ketua Unit Kesihatan, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
(LPPKN).
Tuan Yang di-Pertua, saya pohon Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan langkah-langkah untuk meningkatkan eksport, mengurangkan import barangan dan perkhidmatan. Berikan data lima tahun terkini perdagangan dan juga data eksport perniagaan milik bumiputera, serta langkah untuk meningkatkannya.
Kedua, menyatakan jumlah pekerjaan baharu dalam bidang pembuatan dan perdagangan untuk tahun 2017, tahun 2018, tahun 2019 dan jangkaan tahun 2020.
Apakah usaha-usaha untuk pastikan jumlah itu bertambah? Berapa bilangan bergaji tinggi? Berapa peratus pekerja tempatan berbanding pekerja asing?
Ketiga, nyatakan langkah terperinci dan bajet yang terlibat bagi meningkatkan pemahaman rakyat dan penglibatan PKS dalam IR 4.0 terutama di luar bandar. Setakat mana penglibatan pihak belia dalam IR 4.0 dan nyatakan program-program khusus untuk membantu usahawan belia bagi mengaplikasikan IR 4.0. Revolusi Industri 4.0 disebut secara spesifik di dalam Titah Tuanku Agong.
Dipohon Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan jumlah panjang dan bajet jalan kampung dan paip air di semua negeri pada tahun 2017, tahun 2018, tahun 2019 dan perancangan tahun 2020. Apakah perancangan lama dan baharu untuk meningkatkan ekonomi masyarakat luar bandar...
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Yang Berhormat Pontian, boleh?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
...Serta laporkan kejayaannya. Apakah usaha kita membawa industri ke kawasan luar bandar, agar kurang berlakunya penghijrahan di bandar? Yang Berhormat Gerik.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Terima kasih kerana Yang Berhormat Pontian telah menyentuh soal air luar bandar. Pada pendapat saya sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bekerjasama supaya air luar bandar, air bersih yang disediakan oleh Kementerian Luar Bandar ini, kita terus kepada bajet menyediakan masuk paip air daripada kerajaan seperti di Perak, LAP dan negeri lain.
Kalau kita masih bergantung kepada air bersih dari hutan-hutan ini, akhirnya bila musim kemarau menjadi masalah kerana air bersih tadi akan menjadi kering kontang.
Bagaimana pandangan Yang Berhormat Pontian? Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya, betul. Baru-baru ini di Chini misalnya walaupun sudah masuk air paip tetapi apabila berlaku kemarau, kekurangan akibat daripada tekanan air dan sebagainya, maka diadakan kolam di tepi sungai di satu projek yang dibuat oleh FELDA bersama dengan kerajaan negeri. Saya
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
harap Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dan Kementerian Alam Sekitar dan Air memantau projek-projek seumpama ini. Masuk sahaja paip air ia tidak semestinya menyelesaikan masalah di sesuatu tempat, ia juga hendaklah memastikan takungannya cukup untuk memastikan tidak berlaku kekurangan air ketika waktu kemarau. Terima kasih Yang Berhormat Gerik.
Seterusnya diminta Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi nyatakan perbandingan harga-harga satu tan atau satu kilo pada 2 April 2018 di banding pada 20 Februari 2020 iaitu buah tandan segar sawit, getah, koko, lada hitam dan komoditi lain bawah kawalan kementerian. Nyatakan langkah-langkah terperinci untuk menaikkan harga komoditi tersebut dan berapa ramai kah pekebun kecil dan industri yang terlibat dalam setiap komoditi.
Minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan nyatakan pemilikan rumah terkini mengikut kaum— Menterinya ada di sini dan kategori rumah murah sederhana dan mewah. Nyatakan langkah-langkah terperinci untuk memastikan semua rakyat terutama yang sudah berkeluarga memiliki rumah dan langkah-langkah untuk mengawal harga rumah dan kadar sewa berpatutan kepada mereka yang belum memiliki rumah. Kajian wajar dilakukan tentang kadar sewa kediaman agar dasar mengenainya boleh dibuat bagi membantu rakyat.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya juga ingin bertanya kepada Menteri, bilakah dasar perumahan mampu milik negara seperti dalam titah diraja akan dilaksanakan?
Tuan Yang di-Pertua, minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan langkah-langkah dan bajet untuk menambah bilangan usahawan PKS di negara ini. Nyatakan data usahawan PKS Bumiputera dan pecahan mengikut jenis perniagaan serta usaha meningkatkan e-dagang Bumiputera.
Ketika COVID-19, perniagaan online sangat diperlukan dan bagaimana usaha kementerian untuk menambah lagi usahawan-usahawan e-dagang? Senaraikan sebab bangsa Melayu Bumiputera kurang jadi usahawan dan mengapa masyarakat lain ramai?
Apalagi untuk ramaikan Bumiputera jadi usahawan? Adakah pendidikan sekolah rendah, menengah dan universiti akan dirombak untuk ajar ilmu keusahawanan secara subjek yang tetap dan wajib lulus untuk memastikan lebih ramai usahawan akan dibina di Malaysia ini?
Nyatakan langkah terperinci yang terkini dan peruntukan untuk setiap langkah bagi meramaikan jumlah usahawan berdaya maju di sekitar 20,000 buah kampung seluruh negara. Berikan angka usahawan luar bandar mengikut 14 negeri dan nama 10 syarikat yang paling berjaya untuk setiap negeri.
Dipohon Menteri Sumber Manusia dan Menteri Pengajian Tinggi menyatakan peratus pengangguran di kalangan belia dan graduan serta langkah-langkah yang sudah dan akan diambil bagi memastikan jumlah pekerjaan adalah mencukupi dan sesuai dengan kelulusan dan kemahiran tinggi belia. Nyatakan juga langkah untuk mengurangkan pembuangan pekerja dan berapakah angka terkini mengikut pecahan industri yang telah dibuang kerja. Titah Tuanku Agong jelas menyebut agar para majikan tidak membuang pekerja dengan sewenang-wenang.
Pekerjaan adalah aspek yang terpenting dalam hidup. Untuk kerja yang baik, mesti ada kelulusan dan kemahiran yang baik. Tugas kerajaan yang mustahak ialah menyediakan pusat pakar pendidikan dan kemahiran untuk seramai mungkin belia dan rakyat, latih anak muda berdikari dengan berniaga, latih mereka untuk menjadi bangsa usahawan yang berjaya.
Gaji yang baik perlu untuk menyara kos hidup yang semakin tinggi. Dengan kemahiran dan pendidikan tinggi, maka gaji akan tinggi. Higher learning for higher earning, dengan izin. Anak-anak muda teruslah belajar ke tahap setinggi mungkin. TVET mestilah terus diperkasakan. Malaysia wajar mempunyai 70 peratus rakyat yang berpendidikan atau berkemahiran tinggi. Sekarang ini, Tuan Yang di-Pertua, tidak silap saya angkanya hanya 30 ke 40 peratus sahaja rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi.
Maka, saya dengan ini membuat satu cabaran besar untuk tiga kementerian iaitu Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyahut cabaran demi kemajuan negara supaya 70 peratus daripada rakyat di negara kita ini berpendidikan atau berkemahiran tinggi.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tuan Yang di-Pertua, minta Menteri Kanan Pendidikan― sebelum Menteri Kanan Pendidikan, saya melihat ada Menteri Luar Negeri dalam Dewan pada saat dan ketika ini. Saya ingin bertanya kepada Menteri untuk dijawab kemudian. Iaitu mengenai tentang King Salman Center for International Peace yang tiba-tiba dibatalkan penubuhannya oleh Menteri Pertahanan pada ketika era PH. Apakah kesan daripada pembatalan King Salman Center for International Peace itu pada hubungan kita antara Arab Saudi dan juga Malaysia?
Walhal, saya diberi maklum bahawa King Salman telah bersetuju untuk memberikan sejumlah peruntukan yang besar pada negara kita untuk memastikan perkara itu dilaksanakan. Bukan hanya untuk Arab Saudi dan juga untuk Malaysia tetapi untuk seluruh dunia berpusat di Malaysia dihentikan oleh Yang Berhormat Kota Raja pada ketika itu. Saya ingin jawapan yang tuntas daripada Menteri Luar Negeri selepas ini dan saya harap King Salman Center for International Peace itu diwujudkan kembali.
Kalau boleh Yang Berhormat Menteri pergi ke Arab Saudi esok atau lusa atau hujung minggu ini, hidupkan semula KSCIP itu supaya ia boleh memberi kebaikan bukan hanya pada Arab Saudi dan Malaysia tetapi seluruh dunia Islam dan seluruh dunia yang lain berpusat di Malaysia ini.
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Yang Berhormat Pontian, sedikit.
Kimanis, Kimanis.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Sila.
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Kebetulan Yang Berhormat Pontian sentuh soal isu luar negeri. Mungkin kebetulan Menterinya pun ada di sini dan saya mohon dimasukkan ucapan ini di dalam ucapan Yang Berhormat Pontian.
Sejauh manakah dan apakah status penguasaan negara China di Lautan China Selatan, South China Sea? We have a nine-dash line on this issue. So, kita hendak memastikan bahawa keselamatan negara, kedaulatan negara terutama kepada Sabah dan Sarawak dalam isu ini. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Anggap itu bukan satu celahan tetapi anggap ia merupakan satu daripada ucapan saya supaya Menteri boleh menjawab supaya kita ada keamanan. Selalunya celahan-celahan ini tidak dijawab oleh Menteri. Akan tetapi, anggap ia sebagai satu ucapan saya. Jadi, Menteri kena jawab.
Kita supaya ada keamanan di Laut China Selatan dan jangan ada ganggu gugat yang macam-macam kita dengar. Mudah-mudahan ganggu gugat itu tidak berlaku dalam zaman kita ini. Terima kasih Yang Berhormat Kimanis.
Tuan Yang di-Pertua, ini sedikit tentang kawasan saya. Sedikit sahaja. Minta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan projek-projek pendidikan di Parlimen Pontian serta kosnya pada tahun 2017, 2018, 2019 dan perancangan tahun 2020. Adakah kolej komuniti di Benut dan sekolah agama berasrama penuh akan dibina di Benut, Pontian?
Berapa kos dan bila akan dimulakan?
Minta Menteri Kanan Pendidikan wajar menyemak buku teks Sejarah Tingkatan 4 yang terdapat kesilapan fakta ketika zaman PH ditukar. Detailnya saya minta Menteri rujuk pada pandangan profesor Datin Paduka Dr. Ramlah Adam mengenainya. Menukar fakta Sejarah dalam buku Tingkatan 4 itu adalah satu perbuatan serius dan saya harap ia perlu diperbaiki oleh Menteri Kanan Pendidikan.
Seterusnya, ada sedikit lagi tentang Pontian. Banyak cerita bab lain. Pontian kena jaga juga. Minta Menteri Kerja Raya membesarkan jalan dari Bandar Pontian ke Pekan Tampok dan membina laluan motosikal dari Benut ke tol Simpang Renggam. Tol Simpang Renggam ini masih lagi ada tol walaupun Ahli Parlimennya dahulu kata tidak ada. Nyatakan kos yang terlibat dan bilakah ia akan dilaksanakan. Diharap projek ini dapat dimasukkan dalam RMKe-12.
Pembesaran hospital Pontian telah diluluskan era Kerajaan BN tetapi ditiadakan ketika era PH. Sudah diluluskan tetapi ditiadakan. Bab-bab lulus tapi ditiadakan ini ada banyak perkara. Ketika di Chini, ada dua masjid yang sudah diluluskan tetapi dibatalkan.
Itu dalam satu Dewan Undangan Negeri. Saya kira kalau di seluruh Malaysia ini begitu banyak. Saya pohon Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga ICU menyenaraikan projek-projek yang telah diluluskan tetapi dibatalkan oleh Kerajaan PH.
[Disampuk] Di Sarawak, jambatan pun dibatalkan. Ini kata Menteri KPDNHEP. Ada
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
siapa lagi yang dibatalkan projek di kawasannya?
[Disampuk] Banyak ya. Kota Samarahan, Batang Lupar juga ada yang dibatalkan. Lagi?
[Disampuk] Sabah ada banyak yang sudah lulus tapi dibatalkan oleh Kerajaan PH.
Masjid Daerah Pontian dipohon agar diluluskan oleh JAKIM. Masjid lama berumur 83 tahun pun sudah tidak dapat menampung jumlah penduduk.
Saya kembali kepada ruangan yang bukan Pontian. Semoga Rancangan Malaysia Ke-12 yang akan dibentangkan awal tahun akan mengagihkan pembangunan ke seluruh negara dengan adil. Janganlah sesuatu kawasan yang telah menerima berbilion ringgit tetapi kawasan yang lain ada yang menerima cuma puluhan juta ringgit sahaja seperti Sabah dan Sarawak. Janganlah ada yang mempunyai jalan bertingkat- tingkat, berlapis-lapis seperti di Bukit Bintang, di Cheras, di Seputeh tetapi di sesetengah kawasan prasarana masih daif. Diharap EPU membuat kajian teliti agar pembangunan disamaratakan seluas dan sebanyak mungkin kepada seramai rakyat termasuklah di kawasan Gua Musang.
Tuanku Agong bertitah agar kerajaan terus berusaha untuk merapatkan jurang pembangunan ekonomi antara negeri dan juga wilayah. Saya ingin mencadangkan agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan ekonomi agar menerima cadangan-cadangan bernas daripada kami Ahli-ahli Parlimen untuk pembangunan bagi RMKe-12 di kawasan kami masing-masing.
Tuan Yang di-Pertua, saya ada di tangan saya ini 204 borang kaji selidik 165 kawasan Parlimen yang kebetulan saya lakukan kajian ini pada satu kursus di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU) di Janda Baik, Bentong, Pahang di hujung minggu baru-baru ini. Seramai 204 orang mengisi borang ini. Soalannya ada dua sahaja, Tuan Yang di-Pertua. “Sebutkan tiga masalah utama yang perlu diselesaikan oleh kerajaan di kawasan Parlimen anda.”
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Dijawab oleh 204 orang mewakili 165 kawasan Parlimen. Soalan nombor dua, sebutkan tiga rancangan pembangunan utama yang diperlukan di kawasan Parlimen anda. Dijawab juga oleh 204 orang, 165 kawasan Parlimen. Jadi saya ingin menyerahkan salinan kepada borang penyelidikan ini kepada Yang Berhormat Menteri yang jaga ekonomi supaya dikaji oleh EPU. Luluskan segala perkara yang dipohon. Kalau ada duit.
Kalau tidak ada duit, cari.
Kita sudah memerintah. Cari duit sampai dapat. Antara permasalahannya yang saya ingin kongsikan di sini. Jalan raya, bekalan air bersih, banjir kilat, pengairan pertanian, perumahan, hospital, jambatan, lesen perniagaan. Antara permasalahannya, masalah perumahan, Menteri. Kurang pembinaan rumah mampu milik, kesukaran pemilikan tanah, disebut juga isu kerosakan lif di rumah PPR, masalah hospital meliputi permasalahan pembinaan hospital baharu, penambahan bangunan sedia ada, pembinaan jambatan melibatkan pembinaan jambatan baru, menambah keluasan jambatan yang sempit.
Masalah pendatang tanpa izin, masalah berasaskan kaum, pekerjaan, bantuan kebajikan, masalah sosial, rancangan pembangunan infrastruktur, merangsang sosial, reengineering, rancangan pembangunan peningkatan pendapatan melalui pemerdayaan ekonomi, transformasi penyampaian bantuan.
Suka saya ingin berkongsi penyelesaian infrastruktur perumahan 68 aduan, jalan raya 42 aduan, banjir kilat 36 aduan, lesen perniagaan 13 aduan. Saya ingin memuji Yang Berhormat Menteri Wilayah yang baru-baru ini memberikan lesen perniagaan kepada seorang wanita.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Pontian, boleh celah Yang Berhormat Pontian?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Sila. Kawan lama Yang Berhormat Sungai Petani. Dahulu sama-sama dalam Biro Tatanegara tetapi dalam zaman Yang Berhormat menjadi kerajaan, Biro Tatanegara dihapuskan walhal kita sama- sama pegawai di Biro Tatanegara. Silakan.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Tie pun sama merah, tie sama merah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Bolehkah Yang Berhormat Pontian merakamkan kekesalan di Dewan ini bahawa apa juga Yang Berhormat Pontian sebut itu termasuk borang yang telah diisi oleh peserta-peserta kursus itu dan semua masalah itu adalah tercetus akibat 22 bulan PH memerintah. Oleh kerana PH lah, semua masalah itu sangkut. Kalaulah PH tidak ada, Barisan Nasional boleh selesaikan semua masalah itu. Bolehkah Yang Berhormat Pontian sebutkan di Dewan ini supaya tercatat rekod. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya, dalam banyak celahan, belah pembangkang saya tidak mahu masukkan dalam ucapan tetapi Yang Berhormat Sungai Petani sila masukkan dalam ucapan saya.
Seterusnya, bekalan air bersih, pembinaan jambatan, sosial, bantuan kebajikan 45 aduan, pekerjaan 44 aduan, pendatang tanpa izin 13, masalah kaum lima aduan, masalah sosial dua aduan. Kemudian, peningkatan pendapatan 44 aduan, isu bantuan 29 bilangan aduan peserta. Itu dia mengenai kertas kaji selidik yang saya lakukan pada hujung minggu yang lalu.
Tuan Yang di-Pertua, Al-Quran, Surah Al-Imran ayat 26 untuk renungan.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Katakanlah Muhammad, wahai Tuhan yang memiliki pemerintahan. Engkaulah yang memberi pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut pemerintahan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa atas segala sesuatu.” Ayat ini memberi peringatan kepada semua kita sebagai tonggak kepada pemerintahan bahawa kuasa Yang Maha Besar ialah Allah SWT yang boleh memberi dan mencabut pemerintahan. Yang Berhormat Marang boleh mengesahkan apa yang saya sebut ini. Tuan Yang di-Pertua, maka saya nukilkan sebuah gurindam untuk renungan.
*“Wahai kerajaan, jangan anda berlaku zalim mengguna mahkamah dan penjara mengheret orang tidak berdosa hanya kerana lantang bersuara.
Wahai kerajaan, jangan anda berlaku zalim, menuduh orang tanpa asas, menyalah akta tiada belas, mengguna agensi jadi perkakas.
Wahai kerajaan, jauhkan daripada kezaliman. Berlaku adil dalam pentadbiran, bijaksana mengurus pembangunan. Rakyat akan mencurah sokongan jika kesusahan diberi bantuan.
Wahai kerajaan, jangan anda berlaku zalim. Jangan sombong bila berkuasa. Jangan rakyat anda lupa. Kelak terbalik segala bahtera, kelak anda berputih mata.
Wahai kerajaan, jauhkan daripada kezaliman, Allah berkuasa atas segala. Ingat mati jangan dilupa, boleh jatuh bila-bila masa jika takdir sudah menimpa.”* Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan agar kerajaan mengembalikan kewujudan semua institusi dan agensi yang telah dimansuhkan, dihenti, dipinggir, dibuang, diserap oleh PH sebelum ini iaitu pertama Program Latihan Khidmat Negara.
Kembalikan Program Latihan Khidmat Negara ini.
Yang Berhormat Menteri Luar Negeri dahulu Menteri Pertahanan. Beliau tahu bahawa program ini amat baik dan kita sedang menyediakan modul PLKN 2.0. Akan tetapi apa boleh buat, tidak sempat kita laksanakan PLKN 2.0 itu kemudian ia bertukar kerajaan. Kembalikan Program Latihan Khidmat Negara ini.
Ya, betul ada kematian satu dua orang tetapi kematian satu dua orang itu jika kita kaji dari segi peratusan, ia adalah merupakan peratusan kematian biasa rakyat Malaysia dalam setiap hari. Itu saya telah buat kajian pada tahun sebelum ini.
Kembalikan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) ini ribuan orang dibuang kerja. Ribuan orang yang dibuang ini adalah orang-orang yang
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
dizalimi oleh Kerajaan PH yang lalu dan mereka mendoakan kerajaan ini jatuh. Maka doa rakyat yang dizalimi itu tidak ada hijab sampai ke hadrat Allah SWT. Maka jatuh Kerajaan Pakatan Harapan kerana membuang pekerja dan ramai pegawai-pegawai Jabatan Hal Ehwal (JASA) ataupun Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).
Kembalikan Seranta FELDA, Jabatan Perdana Menteri juga diberhentikan dan di-transfer ke jabatan-jabatan lain. Kembalikan! Mereka ada tugas-tugas tertentu di FELDA, Jabatan Perdana Menteri itu. Kembalikan kewujudan Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri. BTN, Jabatan Perdana Menteri. Apa salah Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri ini sehingga ia dilupuskan dan ditiadakan sehingga kini?
Saya harap, Jabatan Perdana Menteri mungkin Yang Berhormat Alor Gajah, Yang Berhormat Menteri Tugas-tugas Khas kembalikan Biro Tatanegara ini. Kita ada banyak kem. Di semua negeri kita ada kem. Nama kem itu ialah Kem Bina Negara.
Apabila kita sebut perkataan Kem Bina Negara itu, kita ingin memasukkan peserta- peserta dalam kem itu untuk membina negara. Oleh kerana itu ia perlu dikembalikan, Biro Tatanegara ini.
Kembalikan juga sistem berpencen kepada penjawat awam yang baharu.
Sistem pencen dihentikan kepada penjawat awam yang baharu. Ini semua kerja Kerajaan Pakatan Harapan yang lalu. Ada seorang profesor di sebuah universiti. Saya tak nak menyebut. Saya diberikan oleh seseorang, beliau menyenaraikan 365 kesalahan Kerajaan Pakatan Harapan dalam 365 tahun pertama Kerajaan Pakatan Harapan memerintah. Setiap hari disenaraikannya kesalahan-kesalahan. Ada pada saya. Kalau sesiapa berminat boleh jumpa selepas ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan agar jika dahulu ada yang membantah SOSMA, POCA, POTA, Akta Hasutan tetapi telah terbukti akta-akta ini berguna untuk negara. Jangan disalah guna. Maka teruskanlah kewujudannya. PDRM perlu hidupkan semula STAGG, STAFOC dan STING iaitu Pasukan Taktikal Khas Anti Maksiat, Judi dan Gengsterisme, Pasukan Khas Jenayah Terancang dan Pasukan Khas Taktikal Narkotik. Semuanya dibuat ketika Yang Berhormat Bagan Datuk Presiden, ketika Yang Berhormat Bagan Datuk menjadi Menteri Dalam Negeri.
Akan tetapi semuanya dihentikan Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, perasan atau tidak perkara ini dihapuskan dan dilupuskan?
[Disampuk] Akan tetapi sekarang Yang Berhormat Pagoh sudah menjadi Perdana Menteri, saya minta Yang Amat Berhormat Pagoh menghidupkan semula STAGG, STAFOC dan STING ini. Saya minta Yang Amat Berhormat Pagoh menghidupkan semula dan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Sila Yang Berhormat Bagan Datuk.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datuk
Yang Berhormat Pontian. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datuk
Ketika unit khas ditubuhkan termasuk SOSMA, POTA, POCA dan sebagainya kadar jenayah ketika itu menurun ke tahap 42 peratus. Di dalam keadaan yang begitu pada hemat saya, ia tidak ada agenda politik apabila unit-unit tersebut ditubuhkan, apatah lagi pembesaran PDRM daripada lapan jabatan kepada 10 jabatan. Ertinya, fokus diberikan kepada pembanterasan jenayah. Itu sebabnya sekali lagi saya sebut 42 peratus kadar jenayah turun.
Yang Berhormat Pontian, adakah Yang Berhormat Pontian bersetuju selain daripada cadangan tadi supaya agensi-agensi atau badan-badan unit-unit di bawah PDRM tadi diperkukuhkan dan diwujudkan semula. Ia harus dilihat bahawa fokus PDRM sebagaimana disebut oleh rakan-rakan kita dahulu, harus kepada pembanterasan jenayah, supaya rakyat keseluruhannya merasa selamat. Mereka yang mahu melapor di negara juga merasakan bahawa negara kita bukan negara polis atau polistik. Pada waktu yang sama harus ada CCTV high definition yang dipanggil sebagai tracking high definition CCTV, supaya kadar jenayah dapat diturunkan dengan penguatkuasaan tanpa adanya polis yang beruniform. Akan tetapi pada masa yang sama, penjenayah dapat ditangkap dalam tempoh yang paling singkat kerana adanya alat-alat yang canggih yang saya sebutkan tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Datuk. Sila Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Datuk. Saya harap Menteri daripada Larut yang sejawatan dengan saya. Sama-sama setiausaha agung harap mendengar apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan Datuk ini. Kadar jenayah turun 42 peratus. Satu rekod saya kira ketika itu apabila kita ada SOSMA, POCA, POTA dan juga STAFOC, STING dan...
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Boleh Yang Berhormat Pontian?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
...Juga apa yang disebut CCTV high definition itu amat perlu.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Yang Berhormat Pontian?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya harap lapan ke 10 jabatan itu terus diadakan dan mudah-mudahan ia akan membantu kita. Sila, sedikit saja Yang Berhormat Gerik.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Terima kasih. Berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri, kita mendapati semasa Pakatan Harapan memerintah, rasa hormat rakyat kepada pasukan keselamatan agak rendah. Bagaimana kita hendak mengembalikan balik seolah-olah anggota keselamatan ini serupa anjing kerajaan dan pelbagai lagi tohmahan yang dibuat. Pada pandangan Yang Berhormat Pontian, bagaimana kaedah kita hendak mengembalikan balik supaya pasukan keselamatan ini dihormati dan pasukan keselamatan ini akan menenangkan dan menstabilkan semula keselamatan negara di peringkat dalam negeri. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya Yang Berhormat Gerik.
Kita ada bercerita tentang IPCMC. IPCMC ini kalau kita ingin hidupkan semula, pada saya ia memerlukan persetujuan daripada pihak polis untuk meningkatkan kembali imej polis. IPCMC kalau ingin dihidupkan semula mesti mendapat input daripada pihak polis.
Kalau pihak polis tidak setuju, kita jangan adakan IPCMC. Jika polis setuju, baru kita adakan IPCMC.
Saya ingin mencadangkan agar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 ditukar namanya kepada Wawasan Kemakmuran Rakyat. Wawasan Kemakmuran Bersama itu kerajaan dulu. Kerajaan sekarang ini tukar ‘bersama’ itu. Tidak faham saya kenapa disebut Wawasan Kemakmuran Bersama. Tukar kepada Wawasan Kemakmuran Rakyat ini kerana tumpuan sepatutnya adalah kepada rakyat, daripada rakyat, demi rakyat, prihatin rakyat, segala-galanya rakyat. Ia boleh dilanjutkan lima tahun lagi selepas 2030 memandangkan COVID-19 mungkin memberi kesan pengunduran kemajuan lima tahun ke belakang. Oleh kerana itu, mungkin kita adakan sebagai Wawasan Kemakmuran Rakyat 2035. Jika rakyat makmur, bermakna negara juga akan maju dan makmur.
Saya ingin mencadangkan agar kaedah pembelajaran atas talian untuk para pelajar dimantapkan khasnya di luar bandar Sabah dan Sarawak. Oleh itu Kementerian Komunikasi dan Multimedia, menterinya ada di sini. Tadi ada, ada lagi? Mesti bersegera menyelesaikan isu internet yang lembap di kampung-kampung ini, Yang Berhormat Indera Mahkota. Menara SKMM perlu sentiasa di-upgrade. Kadang-kadang ada bahan- bahan yang hilang daripada menara SKMM itu. Upgrade 4G, 5G, dimantapkan jalur lebar yang mesti meluas jaringannya supaya apabila COVID-19 berlaku, baru-baru ini COVID- 19 berlaku dan sekarang masih lagi. Kita hendak mengadakan pengajaran menggunakan internet itu tidak dapat dilakukan di kawasan-kawasan luar bandar, kampung-kampung, mungkin juga di Gua Musang dan juga di kawasan kita. Maka adakan...
[Disampuk] Ya satellite disc kena besarkan kata Yang Berhormat daripada Gua Musang.
Seterusnya Dasar Pendidikan Tahfiz Negara perlu dimantapkan dan diperkasakan. Yang Berhormat Bagan Datuk ada tahfiz, saya juga ada tahfiz. Usaha untuk melahirkan 125,000 huffaz mesti diteruskan. Universiti Al-Quran yang pernah dicadangkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) elok dipertimbang semula kewujudannya. Para huffaz yang dapat dilahirkan mestilah mengambil SPM. Kalau para huffaz tidak mengambil SPM pastikan para huffaz mengambil SPM dan boleh berpeluang melanjutkan pendidikan di universiti agar menjadi profesional yang memiliki ilmu di dunia, ketika yang sama dada berisi Al-Quran.
Cadangan oleh Kementerian Wilayah, JAKIM, Perbadanan Putrajaya, MAWIP dan Yayasan Restu untuk membina perkampungan Al-Quran iaitu Quran Village di Presint 14, Putrajaya adalah sesuatu yang mulia dan eloklah disegerakan pelaksanaannya.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya ingin mencadangkan agar satu revolusi pendapatan. Revolusi ekonomi besar-besaran dibuat agar rakyat semua kaum mempunyai pendapatan median bulanan isi rumah dengan izin, median monthly household income sebanyak RM8,000. Untuk tahun 2019 bumiputera mendapat RM5,420, masyarakat India mendapat RM5,981 dan masyarakat Cina mendapat RM7,391. Oleh ini lonjakan berganda, quantum leap mesti dibuat kepada bumiputera dengan satu revolusi besar menjadikannya sebagai bangsa usahawan dan ramaikan yang bergaji tinggi. Titah Diraja menyebut bahawa bidang keusahawanan menjadi antara nadi utama pembangunan ekonomi negara.
Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan ditubuhkan briged niaga oleh kerajaan melalui kerjasama pelbagai kementerian untuk melonjak gandakan bilangan usahawan, khususnya di kalangan Bumiputera. Briged niaga ini bolehlah dibahagikan kepada lima kategori iaitu Briged Niaga Muda (BNM), Briged Niaga Wanita
(BNW), Briged Niaga Online (BNO), Briged Niaga Inovatif (BNI)— ini melibatkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Briged Niaga Antarabangsa (BNA).
Maksud briged ialah satu formasi taktikal ala tentera yang mempunyai sejumlah tiga hingga enam batalion, 700 ke 1,000 orang satu batalion. Pasukan niaga ini mesti memiliki disiplin dan ilmu dan taktikal perniagaan yang tinggi bagi membolehkan revolusi niaga di kalangan bumiputera boleh dicapai. Allahyarham Dato’ Senu bin Abdul Rahman pada tahun 1971 bekas Setiausaha Agong UMNO telah menulis sebuah buku penting berjudul “Revolusi Mental” yang dilancarkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak.
Pada tahun 2020 ini rasanya mental rakyat Malaysia sudah melalui proses evolusi dan revolusi yang hebat. Namun revolusi niaga sebagai kerjaya hidup masih tidak dicapai oleh bumiputera. Kita hanya hidup ingin makan gaji tetapi kita tidak menjadi satu revolusi dan pemikiran untuk hidup berniaga dan berdikari. Oleh itu, satu lagi siri revolusi wajar dilakukan. Kenapa saya menggunakan perkataan revolusi? Ini kerana revolusi memerlukan satu perubahan yang cepat dan mendadak. Berlawanan dengan konsep evolusi iaitu perubahan secara beransur-ansur, sekarang kita dah lambat tertinggal.
Revolusi niaga melalui penubuhan briged niaga di semua daerah wajar dilakukan untuk mewujudkan bangsa usahawan baharu bumiputera di seluruh negara. Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Pontian?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Boleh mencelah? Saya ingin mendapatkan pandangan daripada Yang Berhormat Pontian. Memandangkan di negara kita ini orang Melayu dan bumiputera aset utama yang mereka ada yang lain-lain bangsa tidak ada ialah tanah. Tanah yang begitu luas sekali.
Bolehkah Yang Berhormat Pontian bagi cadangan bagaimana orang-orang Melayu dan bumiputera melalui perniagaan pun ataupun apa jenis kita kata tindakan yang boleh mereka lakukan agar tanah-tanah ini dimajukan ataupun digunakan sepenuhnya untuk melonjakkan pendapatan orang-orang Melayu dan bumiputera.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Sila, Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Saya ingin bertanya kepada kementerian mengenai tanah ini. Berapa banyak tanah rizab Melayu yang masih ada dan setiap tanah rizab Melayu yang digunakan untuk pembangunan mesti diganti di tanah tempat lain. Itu Kementerian Tenaga dan Sumber Asli tolong jawab. Yang Berhormat Menterinya ada di sini?
Satu lagi saya ingin mengetahui berapa banyak di dalam kawasan bandar adalah tanah-tanah milik bumiputera dan berapa banyak tanah-tanah milik kaum yang lain? Ini kerana, di dalam Malaysia ini peratus rakyat adalah sejumlah 70 peratus bumiputera, sejumlah 22 peratus masyarakat Cina, sejumlah tujuh peratus masyarakat India. Sejumlah 22 campur tujuh, sama dengan 29, satu lain-lain; Sejumlah 22 campur 27 campur satu, sama dengan 30 peratus dan campur 70 peratus masyarakat bumiputera.
Jika kita majukan masyarakat bumiputera, dengan mencontohi masyarakat Cina yang begitu hebat dalam perniagaan, saya kira negara ini akan maju dengan lajunya di banding dengan kadar yang ada sekarang. Oleh kerana itu, terima kasih Yang Berhormat Beruas menimbulkan perkara itu. Ingat soalan saya ya Yang Berhormat Menteri, berapa banyak pemilikan tanah rizab Melayu yang masih tidak diganti apabila
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
dilaksanakan pembangunan di atas tanah itu sedangkan rizab Melayu wajib diganti apabila telah digunakan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Pontian belum jawab soalan saya.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Pasir Salak, sila Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Maksud saya ini, bangsa-bangsa lain terpaksa berniaga kerana dia tidak ada tanah. Jadi, orang Melayu ada tanah, itu kelebihannya.
Jadi, apakah cadangan Yang Berhormat Pontian supaya orang-orang Melayu boleh menggunakan land bank ini yang begitu besar. Sebenarnya, orang-orang Cina kalau dia ada tanah dia lagi suka. Berniaga ini bukan senang. Jadi, maksud saya ini mereka kadang-kadang terpaksa berniaga kerana tidak ada tanah untuk dikeluarkan hasil.
Jadi, bolehkah Yang Berhormat Pontian bagi cadangan bagaimana orang-orang Melayu dan bumiputera ini boleh kita tolong supaya pendapatan mereka akan melonjak melalui tanah-tanah land bank yang begitu besar dan banyak yang terbiar.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih. Tanah-tanah yang besar.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun] Yang Berhormat Pasir Salak, boleh?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Pasir Salak, sila.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Pontian, tadi kita mendengar daripada Yang Berhormat Beruas mengatakan bahawa tanah orang Melayu ini banyak berbanding dengan orang Cina. But what is– Apa nilai nya? What is the value? Di Kuala Lumpur ini tanah Cina punya walaupun satu ekar tapi bersamaan dengan beratus ekar, ribu ekar tanah orang kampung. Bukan soal banyak, soalnya nilai, nilai tanah.
Nilai tanah yang dimiliki oleh orang Cina jauh berganda-ganda lebih tinggi daripada tanah orang Melayu. So, saya hendak betulkan itu. Keduanya, Yang Berhormat Pontian berkenaan dengan tanah rizab Melayu ini– ganti boleh, ganti banyak. Menteri- menteri Besar kah– kerajaan ganti. Tapi ganti itu biarlah setimpal dengan nilai tanah yang diambil. Jangan diganti dengan tanah jauh ke dalam hutan sana atau di ceruk-ceruk kampung yang mana nilainya tidak sama dengan nilai tanah yang diambil di bandar- bandar itu.
Jadi, kerajaan kena prihatin atau kena conscious and serious about this penggantian tanah-tanah ini ya. Berkenaan dengan revolusi mental. Ini mental-mental– [Ketawa] Mental disorder, banyak ya sebelah sana [Merujuk kepada blok pembangkang] yang revolusi mentalnya kita tengok, berfikiran, bercakap di luar kotak tapi semuanya destructive, tidak membawa kebaikan terutamanya Yang Berhormat Beruas ini. Banyak dia berubah.
Akan tetapi, revolusi yang saya ingin kongsi dan sokong ialah sikap orang Melayu, sikap orang Melayu kita ini biarlah rajin, berdisiplin, amanah dan mempunyai cita-cita yang besar supaya kita boleh memajukan bangsa kita. Saya percaya orang Melayu pun boleh buat juga. Akan tetapi, masalahnya kerajaan kita kadang-kadang cakap saja hendak tolong Melayu, tapi tidak tolong pun.
Itu Yang Berhormat Menteri Jabatan Perdana Menteri mengangguk-angguk, dia pun businessman juga itu. Dia tahu pengalaman dia susah sangat hendak dapat pertolongan kerajaan, ya tidak? Terutama kerajaan Tun Dr. Mahathir. Susah betul.
Menang saja, yang kita tengok duduk minum kopi dekat rumah dia, breakfast– Berjaya Group.
Akan tetapi, orang-orang Melayu– payah. Masa dia jadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Keempat dulu pun...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
[Bangun]
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Pontian ada dua jam, don’t worry ya...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tinggal 20 minit lagi Yang Berhormat Pasir Salak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Tinggal 20 minit saja Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sudah dua jam sudah, cukuplah itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
...masa terhad.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
...bagi saya pula cakap.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila, Yang Berhormat Pontian.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Pontian, boleh buat satu penjelasan Yang Berhormat Pontian.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Pontian boleh bagi...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ini dia serius, jangan...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...Tinggal 6 minit untuk saya buat penjelasan.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Belum lagi, duduk Yang Berhormat Beruas. This is my floor you know.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
This is Yang Berhormat Pontian floor. Please Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya hendak bagi seorang sedikit saja, seorang sedikit.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Okey, nanti saya bercakap pula.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Gulung, gulung. Gulung Yang Berhormat Pasir Salak ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih. Yang Berhormat Beruas sudah cukup. Saya sudah bagi dua, tiga kali.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Bukan. Ini kerana...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tengah hari tadi saya sudah bagi, cukup.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Hulu Langat sekejap lagi, sekejap lagi.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya mengambil...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tentang tanah orang Cina. Sebenarnya, orang Cina bukan duduk di pekan. Dulu, memang banyak pekan-pekan kecil di Malaysia. Tidak ada pekan. Orang Cina tidak ada tanah, terpaksa berkumpul.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Kemudian dari perkumpulan itulah pekan- pekan timbul. Jadi, ramai yang silap, orang Cina duduk di pekan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya faham itu, tidak perlu hendak mahu ajar saya Sejarah. Okey Yang Berhormat Beruas, cukup.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...fasal tadi Yang Berhormat Pasir Salak kata orang Cina punya tanah dia mahal, itu tidak betul.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Okey Yang Berhormat Beruas...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Okey.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Haraplah supaya kita dapat pandangan yang betul, barulah kita dapat analisa dengan betul dan ambil tindakan yang betul.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya ingin, Yang Berhormat Menteri Tenaga dan Sumber Asli ada di sini...
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Hulu Langat.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Pastikan Yang Berhormat Menteri menjawab saya dari segi peratusan pemilikan, ya peratusan pemilikan, baru kita bercerita tentang berdasarkan pada fakta.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Yang Berhormat Hulu Langat
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya ingin mengucapkan terima kasih pada Yang Berhormat Pasir Salak yang menyebut tentang nilai tanah tadi...
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
...dan nilai hendaklah setimpal apabila tanah itu digantikan, tanah rizab Melayu digantikan hendaklah nilainya setimpal dan revolusi sikap itu saya amat-amat setuju.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Yang Berhormat Pontian...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya tahu pada masyarakat bukan Melayu terutama masyarakat Cina segenggam tanah itu seumpama segenggam emas dan mereka memang inginkan sangat tanah-tanah itu. Jadi, saya ingin tahu data dan faktanya.
Datuk Seri Saifuddin bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Yang Berhormat Pontian mohon laluan. Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Hulu Langat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila, Yang Berhormat Hulu Langat dulu, sila.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Timbalan Yang di- Pertua, sahabat saya Yang Berhormat Pontian. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Pontian, sejauh mana Yang Berhormat Pontian merasa kebimbangan terhadap kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah UiTM di Perak, Dr. Mohd Hasnol Hafiz yang mengatakan bahawa tanah rizab Melayu di Terengganu telah turun di bawah paras satu peratus. Dalam kajian lain menunjukkan 0.03 peratus rizab tanah Melayu, yang sepatutnya 12 peratus hingga 15 peratus di Terengganu itu, telah kurang sehingga 100 peratus. Siapakah yang menyebabkan kelemahan ini boleh berlaku, terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Okey, Yang Berhormat Menteri, ambil perhatian*.
[Ketawa]*
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Mohon laluan Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Seterusnya Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)...
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Yang Berhormat Pontian, boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Oh!
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Sedikit.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Sahabat lama, ini dulu pun sama juga satu team, tetapi dia lari.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Baik, terima kasih Yang Berhormat Pontian. Isu tanah rizab Melayu ini Yang Berhormat Pontian bila British bagi kemerdekaan pada kita dan pemimpin kita menggubal Perlembagaan Persekutuan...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
[Menyampuk] Rumuskan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
...dia masukkan dalam Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan berkenaan dengan tanah rizab Melayu. Jadi itu British masukkan, dia tinggalkan dan kita buat Perlembagaan. Saya buat search yang segera ini. Dalam banyak-banyak data, saya tertarik dengan Professor Datuk Dr. Nik Mohd Zain Bin Nik Yusof, dia dulu KSU di Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi. Dia sebut hari ini– sedang kita berbahas ini Yang Berhormat Pontian ya, tanah rizab Melayu ini cuma tinggal sejumlah 3.6 juta hektar sahaja daripada asalnya sebanyak 12.8 juta hektar.
Seluruh tanah Melayu, itu saja yang tinggal. Maknanya tinggal sejumlah 20 peratus. Dari sudut politik Yang Berhormat Pontian– Sejak tahun 1957 sampailah Mei 2018, hal ini berlaku barangkali kerana DAP memerintah saya ingat.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Saya ingatlah ya. Ataupun, sebab selama 22 bulan Pakatan Harapan menjadi kerajaan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih. Sudah, cukuplah. Saya tahu ...
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Jadi boleh Yang Berhormat Pontian masukkan sebahagian ucapan Yang Berhormat Pontian?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Kulim- Bandar Baharu dia memang sinis.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya tahu yang mana perli yang mana tidak perli. Kita lama sudah hidup.
[Ketawa] Ini perkara yang perlu diambil perhatian oleh Yang Berhormat Menteri. Tambahkan lagi tanah rizab Melayu.
Untuk kita menyelesaikan masalah kemiskinan yang saya akan sebut sebentar lagi, nanti saya akan berikan cadangan.
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) isi rumah telah dinaikkan daripada RM980 kepada RM2,208 menjadikan jumlah isi rumah miskin meningkat daripada 16,653 kepada 405,441 isi rumah iaitu daripada kelompok 10 peratus terbawah isi rumah. Apakah yang perlu kerajaan lakukan terhadap mereka? Tuanku bertitah sebagai pemimpin, Ahli Yang Berhormat hendaklah menjiwai keluh kesah rakyat dan membela nasib rakyat terutamanya termasuklah dalam isu kemiskinan.
Sebanyak 405,441 isi rumah baharu menjadi miskin. Saya ingin mencadangkan supaya tanah rizab Melayu diwujudkan untuk memberi mereka FELDA 2.0 kepada sebanyak 405,441 isi rumah ini tanpa mengira kaum. Tidak kira dia Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Dusun, Sabah, Sarawak, Semenanjung, bagi lima ekar tanah. Jika FELDA 1.0 bagi 10 ekar, FELDA 2.0 bagi lima ekar tanah.
Tadi disebut oleh Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu seluas 3.6 juta hektar tanah daripada 12.8 juta hektar tanah, naikkan kembali hektar tanah rizab Melayu itu dan bagi kepada mereka yang miskin ini tanpa mengira kaum. Kalau di situ ada masyarakat
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
India, Cina, bumiputera, bagi belaka ya kepada 405,441 isi rumah, sebanyak 10 peratus yang terbawah ini bagi mereka tanah FELDA 2.0 hendaklah diwujudkan.
Saya ingin mencadangkan agar dua orang anak dalam setiap keluarga itu diambil menjadi anak angkat kerajaan bagi dipastikan mereka diberikan pendidikan dan kemahiran tinggi. Kemudian dua orang anak yang berjaya itu diberikan pekerjaan bergaji tinggi atau menjadi usahawan berjaya, yang dapat mengeluarkan keluarga berkaitan lebih setengah juta itu terlepas daripada putaran ganas kemiskinan.
Program istimewa ini boleh dinamakan sebagai Keluarga Prihatin Nasional
(KPN), sesuai dengan program besar kerajaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN).
Keluarga termiskin yang sebelum ini didaftar dalam senarai eKasih boleh didaftarkan dalam senarai ePrihatin. Mereka perlu diberi bantuan khas terutama latihan untuk peniaga kecil dan diberi lesen khas DBKL atau lesen majlis perbandaran dan daerah.
Sabda Nabi Muhammad SAW diriwayatkan oleh Abu Naim, “Kemiskinan itu dekat dengan kekufuran”. Nabi Muhammad SAW dalam Hadis Riwayat Abu Daud, Nasa’i dan Ahmad berdoa, yang bermaksud, “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan- Mu daripada kekufuran dan kefakiran dan aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur. Tiada Tuhan melainkan Engkau”.
Saya beri peluang kepada Yang Berhormat Pasir Puteh untuk membaca matannya dalam bahasa Arab, doa yang saya bacakan tadi. Silakan.
[Dewan riuh]
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
[Ketawa] Terima kasih kepada Yang Berhormat Pontian, yang dia hendak belajar. Dia dalam bahasa Arabnya yang pertama tadi doa daripada Nabi Muhammad SAW [Membaca sepotong doa], “Wahai Allah, aku pohon perlindungan daripada kekufuran dan juga kemiskinan”.
Kedua iaitulah hadis daripada Rasulullah SAW dalam bentuk doa [Membaca sepotong doa], “Kadangkala, kefakiran itu boleh mendorong manusia menjadi kufur”. Sekian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih...
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Kepada Yang Berhormat Pasir Puteh.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Gua Musang tadi...
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Pontian, boleh saya mencelah?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Gua Musang tadi ada berpesan kepada saya...
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tanah rizab Melayu...
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang hilang itu, hendaklah diganti di tempat yang wajar dan...
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Pontian, minta izin mencelah.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Hendaklah banyak di kawasan-kawasan bandar dan juga pekan-pekan yang bernilai tinggi. Jangan ganti tanah rizab Melayu di hutan-hutan!
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Pontian, minta izin mencelah.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Menteri, janji? Janji dengan saya tentang perkara itu.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tuan Yang di-Pertua, membasmi kemiskinan hampir setengah juta isi rumah di negara ini adalah satu jihad besar.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Pontian. Jiran.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Jihadul Akhbar, jihad besar. Betul Jihadul Akbar Yang Berhormat Pasir Puteh? [Bertanya kepada Yang Berhormat Pasir Puteh] Betul ya? Betul.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Pontian, minta izin mencelah.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Membasmi kemiskinan setengah juta isi rumah di negara ini adalah satu Jihadul Akbar...
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang mesti diperjuangkan oleh kita dan kerajaan pada setiap hari, bulan dan tahun-tahun yang mendatang.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Setengah minit.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Simpang Renggam.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Tidak ada Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin membuat pembetulan terhadap bacaan doa oleh Yang Berhormat Pasir Puteh tadi yang mana hadis yang pertama itu, yang merupakan doa yang kita baca biasanya di Tahiyat Akhir lah.
Tadi Yang Berhormat Pasir Puteh mungkin terkejut bila disergah oleh Yang Berhormat Pontian, yang doanya dibaca [Membaca sepotong doa] , “Ya Allah! Aku berlindung daripada kefakiran dan kekufuran”. Akan tetapi ada tambah lagi belakangnya, [Membaca sepotong doa] , “Dan aku berlindung daripada azab kubur”. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ingat apakah bendanya.
[Ketawa] Ini Ketua Dewan Ulama, silakan.
[Merujuk kepada Yang Berhormat Pasir Puteh]
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Iaitu...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya bagi beberapa saat.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Sebenarnya dia tidak ada sambungan itu. Dia itu adalah hadis yang lain.
[Dewan riuh]
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Hadis yang dibacakan oleh Yang Berhormat Pontian tadi merupakan – Yang Berhormat Pontian boleh bacakan semula terjemahannya?
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Dia, dia...
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Tidak, tidak. Biar Yang Berhormat Pontian bacakan terjemahannya.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Bukan.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Pontian bacakan terjemahannya.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Iaitu adalah terjemahan yang digabung.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Hadis?
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Hadis itu ia berbeza sebenarnya.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Ya, tetapi dia minta dibacakan matan untuk kedua-duanya.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Matan hadis tidak boleh ikut terjemahan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya, terima kasih.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Terjemahan kena ikut hadis.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Okey kita minta Yang Berhormat Pontian bacakan terjemahannya.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Selepas ini Yang Berhormat Pasir Puteh dan Yang Berhormat Simpang Renggam boleh berkumpul di luar.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Selepas ini dua-dua boleh bermuzakarah di luar Dewan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Sepuluh minit.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Pasir Puteh pakar hadis.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ini hadis sahih kah atau apa ini? Sahih kah?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini pengkaji hadis. Jadi kita terima yang itulah.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang akhir.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Pontian, rumuskan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang akhir dalam sembilan minit ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sembilan minit.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya mahu menimbulkan isu besar iaitu isu Tabung Haji. Kenapa sehingga hari ini, dua tahun berturut-turut Laporan Kewangan Tabung Haji sepanjang Pakatan Harapan memerintah 2018-2019 tidak dikeluarkan dan dibentangkan di Parlimen? Apakah kewangan Tabung Haji diaudit?
BN yang dituduh macam-macam, tidak pernah gagal, tidak pernah gagal membentangkan laporan kewangan yang diaudit setiap tahun yang berakhir Disember.
[Tepuk] Kegagalan Tabung Haji mengemukakan laporan tahunan sepanjang 2018-2019 sewaktu PH memerintah, jelas melanggar seksyen 5, 7, 8, 9 Statutory Bodies (Accounts and Annual Reports) Act 1980 [Akta 240], dengan izin mesti dibaca bersama seksyen 26 Akta Tabung Haji. Macam mana boleh announce hibah apabila akaun belum atau tidak diaudit? Sekali lagi ia bertentangan dengan seksyen 22 Akta Tabung Haji. Kenapa sehingga hari ini sukuk yang diterbitkan untuk memindahkan aset-aset Tabung Haji kepada Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. (UJSB) tidak dijamin oleh kerajaan? Akibatnya, tiada jaminan UJSB boleh membayar segala pulangan dan mendapat nilai aset terjual pada penghujung tempoh matang sukuk tersebut iaitu penghujung tujuh dan sembilan tahun lagi.
Surat rasmi Tabung Haji bertarikh 3 Disember 2019 kepada Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. (UJSB) yang ditandatangani sendiri oleh Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji mendedahkan bahawa Yang Berhormat Menteri Agama pada waktu itu telah meluluskan pengecualian hak penolakan pertama (first right of refusal) bagi 18 aset hartanah Tabung Haji yang telah dipindahkan ke UJSB.
Dengan bahasa mudah, Yang Berhormat Menteri pada waktu itu telah menggunakan kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Tabung Haji 1995 untuk melepaskan hak Tabung Haji membeli semula aset hartanah bagi membolehkan semua aset Tabung Haji tersebut dilelong kepada pihak luar.
Jika ini benar-benar dilaksanakan, aset-aset hartanah Tabung Haji termasuk...
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Hotel-hotel Tabung Haji...
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Di beberapa lokasi strategik seluruh negara...
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Mantan Menteri ini bagilah.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Bahkan punya prospek keuntungan tinggi akan hilang buat selama-lamanya daripada pegangan Tabung Haji.
[Dewan riuh]
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Yang Berhormat Pontian, bagi mantan Menteri ingin mencelah.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Untuk makluman, Kerajaan Pakatan Harapan selepas menjual aset-aset milik Tabung Haji pada UJSB berjumlah hampir RM10 bilion dengan harga RM19.9 bilion atas dakwaan Tabung Haji mengalami...
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Yang Berhormat Pontian, bagilah mantan Menteri ingin mencelah.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Defisit aset berbanding liabiliti berjumlah RM4.1 bilion di bawah...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kita kena heret bekas Menteri ke mahkamah.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Program Penstrukturan Kumpulan Aset Tabung Haji.
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya– Silakan, silakan Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Boleh jawab ketika membuat ucapan.
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya mohon supaya perkataan “lelong” itu ditarik balik.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Yang Berhormat Pontian tidak berani.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Aktiviti laporan Tabung Haji telah...
[Tidak jelas]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya ingat kena heret bekas Menteri ini ke mahkamah.
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya mohon supaya perkataan “lelong” itu ditarik balik...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Sehinggakan Jawatankuasa Pelaburan tidak bersidang dan...
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Oleh sebab perkara tersebut tidak timbul sama sekali.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tabung Haji tidak mampu menjana apa-apa hasil pelaburan...
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Kecuali menjual aset-aset seperti hartanah...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Bernilai Tabung Haji pada SPV. Penjualan dibuat secara lambak terhadap—Tabung Haji Plantation seluas 76,900 hektar...
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak kaitkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ini floor Yang Berhormat Pontian, ini Yang Berhormat Pontian punya.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Atau bersamaan 76.2 peratus daripada keseluruhan tanah perladangan berjumlah 101,019 hektar.
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Perkataan “lelong” itu saya minta tarik baliklah sebab yang itu tidak parliamentary.
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Setakat ini difahamkan pihak THP telah memasuki perjanjian penjualan saham...
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Tidak berani bagi. Kita hendak jelaskan, sabarlah. Yang Berhormat Menteri Agama ada di situ, dia boleh tolong jawab.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Untuk menubuhkan tiga anak syarikat THP, YTC Sendirian Berhad.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Yang Berhormat Menteri Agama laporan semua ada dekat dia.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
...dan Maju Warisanmas Sendirian Berhad yang melibatkan tanah perladangan seluas 9,018 hektar atau 11.8 peratus dari jumlah keluasan yang mahu dijual di bawah Program Rasionalisasi Aset THP.
Beberapa persoalan perlu dijawab oleh Yang Berhormat Menteri sekarang mesti menjawab, mengapa ditukar juru nilai baharu sehingga penilaian harga jauh daripada nilai buku asal 387...
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Menteri lama hendak mencelah tidak bagi.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
...turun hanya kepada RM122 juta?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Heret bekas Menteri sekarang...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
...bukan Menteri dahulu.
Menteri dahulu boleh jawab dalam ucapan beliau. Dalam ucapan beliau boleh jawab.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Bagilah bekas Menteri mencelah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bekas Menteri kakanda heret ke mahkamah.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Point of Order.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Mengapa dijual kepada Tamaco...
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Point of Order.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Ini bukan bahas, bahas mesti bagi peluang orang lain.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Mengapa dijual kepada Tamaco pada harga RM1.7 juta di bawah nilai buku hilang RM210 juta.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sekejap saya cuba.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Mohon laluan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tamaco memperoleh diskaun selepas pertukaran juru nilai.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya hendak kaitkan perkataan lelong itu. Saya rasa itu tidak tepat Tuan Yang di-Pertua. Ini telah mengelirukan Dewan Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Sekiranya penjualan ini adalah bagi membaiki ratio hutang, kenapa dijual dengan harga sedemikian.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Menggunakan perkataan dilelong itu sendiri adalah tidak betul.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Bukankah sepatutnya dijual dengan kadar yang sama atau lebih tinggi dari harga pasaran?
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Point of Order Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Boleh Tuan Yang di-Pertua, laluan?
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Boleh?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Boleh diteruskan. Bekas Menteri boleh menjawab dalam masa yang kemudian. Mengapa dijual ladang-ladang ini jika kerugian syarikat hanya sekali dalam tempoh 12 tahun?
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Sikit sahaja laluan.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Inilah yang jual aset Tabung Haji, yang sebelah sana yang jual. Kita selamatkan Tabung Haji, dia kata kita lelong Tabung Haji Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya ingin mengulang, mengapa dijual ladang-ladang itu kerugian syarikat hanya sekali dalam 12 tahun?
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Mereka yang lelong Tabung Haji bukan kita.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
TH tidak pernah rugi sejak tahun 2006 sehingga tahun 2017. Ia hanya rugi pada tahun 2018 iaitu sama kejatuhan harga sawit era Kerajaan PH.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Laluan Yang Berhormat Pontian. Laluan Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Mengapa dijual ladang- ladang sawit ini ketika harga sawit sedang memulih?
[Tepuk] Cross-growth even TH Plantation adalah RM2,200 per tan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Laluan Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
TH punya rugi pada tahun 2018 apabila harga minyak sawit menjunam tetapi harga sawit sudah mencecah RM2,900 satu tan sehari.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Heret bekas Menteri ke mahkamah.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Boleh laluan?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Mengapa Tamaco yang dipilih membeli ladang-ladang Tabung Haji? Bukankah sepatutnya segala penjualan aset kepada pihak luar swasta sebolehnya melalui proses tender supaya THP mendapat nilai yang baik? Adakah....
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Boleh bagi laluan Yang Berhormat Pontian?
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Yang Berhormat Pontian tidak berani hendak bagi laluan ini, bagi laluanlah.
Jangan cakap seorang, cakap seorang dekat rumah bukan dekat dalam Dewan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
...yang diumumkan baru- baru ini oleh Tabung Haji adalah berdasarkan penjualan aset kukuh.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Saya risau dia cakap tidak ada noktah.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Kukuh yang tidak dijamin kerajaan dan tiada subsidi akibat tiada jemaah haji tahun ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bekas Menteri petualang negara.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Boleh Yang Berhormat Pontian?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Segala persoalan ini mestilah dijawab, lebih elok wujudnya...
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Tuan Yang di-Pertua kena tanya Yang Berhormat Pontian dia hendak bagi laluan ataupun tidak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Siasatan Diraja tentang Tabung Haji.
[Pembesar suara dimatikan]
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Yang Berhormat Pontian laluan boleh?
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Boleh?
Boleh Yang Berhormat Pontian laluan.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Ya, saya hendak sokong Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Yang Berhormat Pontian, saya hendak sokong Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Setengah minit sahaja Yang Berhormat Pontian, setengah minit.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat ini floor Yang Berhormat Pontian, saya kena minta pada floor Yang Berhormat Pontian. Kita tanya Yang Berhormat Pontian hendak bagi laluan ataupun tidak.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Yang Berhormat Pontian tidak berani bagi laluan.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Yang Berhormat Pontian, saya hendak sokong.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Laluan.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya hendak sokong Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Yang Berhormat Pontian boleh?
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Yang Berhormat Pontian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta supaya mikrofon Yang Berhormat Pontian diteruskan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(5).
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya hendak sokong Yang Berhormat Pontian, berilah laluan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Seseorang ahli adalah tidak dibenarkan mengeluarkan perkataan kesat kepada...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya ingin sekali lagi menyebut pada Menteri yang ada di sini, bekas Menteri ada di sini.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Bagilah penjelasan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Apa yang saya ingin nyatakan di sini ialah wujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Sokong, sokong. Saya sokong.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pontian, saya sokong. Yang Berhormat Arau itu satu lagi.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Agar seluruh rakyat akan berpuas hati demi kelangsungan sebuah institusi...
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Yang Berhormat Arau kena ambil tindakan sebab dia mengeluarkan kata-kata yang unparliamentary. Duduk Yang Berhormat Arau, duduk, duduk. Jangan sembang kuat.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
...dua rangkap pantun.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sekejap, saya minta Yang Berhormat― baik. Yang Berhormat Pontian hendak beri laluan ataupun tidak?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya sudah sebut tadi supaya Menteri yang ada ini jangan tidak jawab, jawab tentang Tabung Haji. Saya mendapat maklum bahawa Menteri mungkin tidak hendak jawab Tabung Haji ini. Menteri wajib jawab setiap patah yang saya sebut dalam Dewan yang mulia ini.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
[Ketawa]
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Dapat kepastian, jawab.
Yang Berhormat Menteri sudah mengarut.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Yang Berhormat Pontian, saya hendak sokong satu poin Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Sekejap, ingin menyediakan dua rangkap pantun.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Yang Berhormat Pontian, saya hendak sokong.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Sinar suria pelangi tercipta, Bagai prisma yang menyelinap, Malaysia satu-satunya negara kita, Mari bersama sepakat majukan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Ini bukan bahas, ini baca sahaja. Yang Berhormat Pontian, kita sedang berbahas bagi laluan.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Yang Berhormat Pontian, janganlah ugut Yang Berhormat Menteri. Kasihan Yang Berhormat Menteri itu.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Waktu senja cantik bercahaya, Tiba malam bintang gemerlap, Sekian sahaja ucapan saya, Pohon maaf kalau tersilap.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Penakutlah, bagi laluanlah penakut.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya dengan ini memohon mencadangkan. Sekian terima kasih.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Penakut cakap seorang-seorang.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, floor tadi memang floor Yang Berhormat Pontian. Kena tunggu Yang Berhormat Pontian untuk bagi laluan tetapi Yang Berhormat Pontian tidak bagi laluan.
Jadi saya teruskan perbahasan pada petang ini dengan menjemput penyokong, dijemput Yang Berhormat Pasir Mas.
[Tepuk] Beliau memohon untuk berucap selama satu jam. Kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Port Dickson. Sila Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
*Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan ucapan ini dengan firman Allah SWT.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Petikan ayat surah An-Nur, ayat 55, yang bermaksud, “Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh bahawa ia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi sebagai mana ia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa”.
Tuan Yang di-Pertua, saya mewakili pihak kerajaan membawa usul untuk menyokong usul yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Pontian sebentar tadi, Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, di atas titah yang telah disampaikan pada 18 Mei 2020.
Alhamdulillah, ucapan Seri Paduka Baginda telah menjelaskan sedikit sebanyak kronologi kemelut yang dialami oleh kita semua dalam tempoh seminggu yang mendebarkan iaitu dalam tempoh peralihan kerajaan pada hujung bulan Februari 2020 dan ditamatkan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengangkat sumpah pada 1 Mac 2020.
Ia merupakan suatu tragedi politik yang sangat kelam di dalam sejarah politik negara, yang tidak pernah kita hadapi sebelum daripada ini. Akan tetapi alhamdulillah, dengan kebijaksanaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kemelut politik ini akhirnya dapat diselesaikan dan kronologi yang dinyatakan secara jelas dan terang oleh Seri Paduka Baginda di dalam titah baginda yang disampaikan di dalam Dewan yang mulia ini.
Saya juga ingin merakamkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan seluruh barisan Kabinet di atas kejayaan membentuk kerajaan yang stabil, yang dapat kita lihat ketika mana pengundian dilaksanakan kelmarin suatu lambang simbolik betapa kerajaan ini telah dibentuk dengan suara majoriti. Sesungguhnya walaupun majoriti itu adalah merupakan majoriti yang tipis ia tetap merupakan satu majoriti yang memberikan ruang yang selesa untuk kerajaan terus mentadbir.
Kerajaan Negeri Kelantan saya ambil contoh. Di dalam sejarah pada tahun 2004 sehingga tahun 2008 pernah mentadbir dengan majoriti yang begitu tipis iaitu di pihak kerajaan 23 kerusi dan di pihak pembangkang pada masa itu 22 kerusi. Bahkan salah satu kerusi itu dimenangi dengan hanya majoriti dua undi sahaja. Walaupun majoritinya
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
tipis tetapi Kerajaan Negeri Kelantan telah berjaya ditadbir sehingga berakhirnya penggal dan pilihan raya umum diadakan pada tahun 2008.
Ini membuktikan bahawa majoriti tipis tetap merupakan suatu majoriti.
Walaupun dalam permainan bola sepak gol dijaringkan dengan hanya tendangan penalti ataupun terkena jaringan sendiri tetapi ia tetap merupakan satu jaringan dan ia tetap memberikan buah kemenangan.
[Tepuk] Namun demikian saya juga ingin mengingatkan pihak kerajaan supaya tidak selesa dengan majoriti yang tipis ini. Majoriti yang tipis ini memberikan satu isyarat kepada kerajaan supaya bekerja bersungguh-sungguh demi untuk kebaikan rakyat. Ia bukan satu ruang yang selesa untuk kita berfoya-foya dengan amanah kerana sebagaimana yang telah diberitahu oleh Yang Berhormat Pontian sebentar tadi bahawa kekuasaan ini adalah milik Allah dan ia boleh ditarik pada bila-bila masa sahaja.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Siapa yang berada di atas, jangan selesa berada di puncak gunung yang tinggi kerana jangan kita berada di puncak yang tinggi, kita melihat di bawah itu kecil.
Sesungguhnya yang di bawah itu juga melihat kita di atas juga kecil. Justeru, oleh yang demikian, jangan kekuasaan yang dipinjamkan oleh Allah SWT ini melenakan kita daripada tanggungjawab kita yang sebenar.
Ini kerana sesungguhnya yang berkuasa ialah Allah SWT dan kita yakin bahawa ini ialah merupakan satu takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk menghidangkan kepada rakyat dua pilihan iaitu Pakatan Harapan mentadbir kerajaan selama separuh penggal dan Perikatan Nasional mentadbir kerajaan selama separuh penggal yang kedua, mungkin. Lalu rakyat diberikan pilihan yang terbaik di antara kedua- dua pihak ini, siapakah yang akan diberikan pilihan oleh rakyat dalam PRU yang ke-15 yang akan datang.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Minta izin.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sila, Yang Berhormat Johor Bahru.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Terima kasih kepada sahabat saya. Selaku Ahli Parlimen yang muda, saya menyambut baik dengan semangat-semangat yang diutarakan sebentar tadi. Cuma, saya hendak mohon panduan daripada Ahli Yang Berhormat, apabila ada desakan daripada Kerajaan Perikatan Nasional sendiri supaya diadakan pilihan raya mengejut dalam keadaan dikatakan mandat itu telah diberikan oleh Allah dan sebagainya.
Bagaimana sebagai Ahli Parlimen yang muda ini, kita hendak melangkaui permainan percaturan politik beberapa orang individu termasuk Menteri Kanan yang sekarang ini yang mendesak supaya dibubarkan Parlimen. Jadi, kalau boleh minta pandangan ataupun panduan daripada Yang Berhormat supaya kita yang muda ini tidak terheret dengan permainan politik sebegini. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Sila.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih kepada Yang Berhormat Johor Bahru. Pada saya, kita melihat kepada keperluan untuk mengadakan pilihan raya itu terpulang kepada kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Kita yakin bahawa pada masa sekarang bukanlah masa yang terbaik untuk mengadakan pilihan raya kerana wabak COVID-19 dan rakyat hanya melihat kepada apa yang boleh mengisi perut mereka.
Akan tetapi demi untuk menjamin kestabilan di dalam kerajaan, maka terpulang kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas kebijaksanaan beliau dan juga kerajaannya untuk memikirkan apa yang terbaik untuk rakyat. Kita bukan parti komponen di dalam kerajaan yang sentiasa mendesak Perdana Menteri hendak meletakkan jawatan atau bilakah kuasa hendak diberikan kepada orang lain. Ini kerana desakan-desakan seperti ini boleh menyebabkan ketidakstabilan dalam politik.
Oleh yang demikian, dalam hal ini saya ingin menyeru kepada sahabat-sahabat, rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan, kita berikan sokongan kepada kerajaan yang ada ini sehingga ke akhir penggal, agar mereka mentadbir dengan selesa supaya dengan demikian, rakyat dapat melihat siapakah yang lebih baik untuk diberikan pilihan untuk mentadbir negara selepas PRU ke-15 yang akan datang. Terima kasih kepada Yang Berhormat Johor Bahru.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya juga berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di- Pertua yang telah dilantik sebagai Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat di atas pilihan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, disokong oleh 111 orang Ahli di dalam Dewan Rakyat ini. Tahniah dan terima kasih.
Saya berpindah kepada isu yang berikutnya. Tuan Yang di-Pertua, perkembangan ekonomi pada tahun 2020 ini telah berubah dengan mendadak. Pada awalnya tahun ini diunjurkan sebagai tahun pemulihan yang sederhana. Namun kestabilannya dijangka dalam ekonomi global telah terganggu akibat meletusnya secara tiba-tiba wabak COVID-19 yang seterusnya menjadi krisis kesihatan global.
Meskipun kes-kes jangkitan telah reda di beberapa buah negara, pandemik ini semakin meruncing dan terus tersebar dalam beberapa negara yang lain seperti Amerika dan Brazil. Pihak berkuasa negara di seluruh dunia telah mengambil langkah-langkah yang belum pernah diambil untuk membendung pandemik ini termasuklah sekatan perjalanan masuk dan keluar negara.
Larangan terhadap perhimpunan sosial secara besar-besaran, penghentian operasi perkhidmatan kurang penting, penguatkuasaan penutupan perniagaan dan yang paling bersifat mengekang, perintah kuarantin menyeluruh terhadap semua segmen penduduk. Walaupun langkah-langkah penjarakan sosial ini adalah penting untuk menjamin kesihatan awam, ia telah mencetuskan kejutan bekalan dan permintaan secara mendadak.
Petunjuk ekonomi menandakan bahawa kadar aktiviti ekonomi di banyak negara sedang menguncup dengan ketara. Sementara prospek ekonomi maju dan ekonomi sedang pesat membangun semakin merosot. Keadaan ini seterusnya menyebabkan pergolakan yang ketara dalam pasaran kewangan global, lebih-lebih lagi dalam keadaan ketidakpastian dalam pasaran minyak global.
Kesan paling ketara COVID-19 terhadap ekonomi di seluruh dunia adalah perubahan harga minyak mentah dunia. Harga minyak dikeluarkan oleh Microtrends.com dengan izin menunjukkan ia didagangkan pada USD 11.69 setong untuk Mei. Perkara ini membimbangkan terutamanya kepada pengeluar minyak dunia.
Di Malaysia, RON 97 didagangkan pada harga RM1.55 seliter, terendah pernah didagangkan di Malaysia. Jika harga ini terus menurun, ia akan memberikan kesan paling mendalam terhadap syarikat minyak di negara kita dan berkemungkinan akan ada pengusaha yang bungkus atau tutup kedai lebih awal daripada sepatutnya. Sejak pandemik COVID-19 ini melanda dunia, harga minyak mentah West Texas Intermediate
(WTI) dengan izin juga didagangkan sekitar USD 15, manakala harga Brent crude iaitu yang berkualiti tinggi hanya mampu bertahan sekitar USD 20.
Harga terus jatuh ke paras paling rendah sehingga USD10 satu tong. Ini bererti penjual mengalami kerugian dan perlu membayar kepada pembeli. Bahkan dalam suatu ketika, kita dapati bahawa harga menjadi negatif dalam perdagangan minyak di seluruh dunia ini. COVID-19 yang melanda dunia pada ketika ini memberikan impak yang negatif kepada sektor ekonomi khususnya di Malaysia.
Berikutan dengan penularan wabak Coronavirus ini, kerajaan telah melaksanakan usaha pemutusan rantaian jangkitan dengan melaksanakan dasar lockdown. Usaha ini telah menunjukkan perkembangan positif dengan Malaysia diiktiraf sebagai negara yang berjaya mengawal penularan wabak ini.
Walau bagaimanapun, terdapat impak yang negatif akibat pelaksanaan dasar ini kepada sektor ekonomi terutama kepada pasaran buruh. Faktor ekonomi mempengaruhi adalah pelaksanaan PKP yang memperlihatkan keterbatasan pergerakan merentasi sektor ekonomi sama ada sektor awam atau swasta.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, ahli ekonomi meramalkan dalam tempoh yang singkat ini, sekitar 2.4 juta akan mengalami kehilangan pekerjaan dalam pelbagai bentuk. Ada yang menganggur secara bermusim dan yang pastinya pengangguran tidak ketara dan pengangguran kitaran mendominasi kumpulan penganggur, kesan COVID-19. PKP ini mengehadkan pergerakan individu di luar rumah tetapi juga bukan sahaja mengehadkan pergerakan individu di luar rumah bahkan juga di luar rumah dengan penutupan
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
sementara beberapa aktiviti perniagaan dan institusi organisasi awam dan swasta. Kesan daripada penutupan ini menjejaskan sumber pendapatan pengusaha.
Oleh itu, langkah drastik yang dilakukan bagi menstabilkan kedudukan ekonomi, pihak industri adalah dengan melakukan pemberhentian sementara atau pemberhentian kekal terhadap sebilangan pekerja dan ini yang sangat kita bimbangkan. Paling penting, kita akan melihat bagaimana realiti ekonomi yang sangat teruk dapat dirasai selepas dari tempoh moratorium yang ditetapkan oleh Bank Negara ini berakhir.
Kita akan melihat bermula dari bulan Oktober di mana ansuran kereta perlu dibayar, ansuran rumah juga perlu dibayar, maka ketika itulah kita akan melihat bagaimana situasi kewangan yang sebenar yang dirasai oleh rakyat Malaysia. Tidak mustahil pada masa itulah juga kita akan melihat penjualan aset-aset dengan harga yang jauh lebih murah daripada pasaran dan juga bagaimana berlakunya pengangguran secara besar-besaran. Kita minta supaya kerajaan dan seluruh rakyat bersedia untuk menghadapi situasi yang terburuk yang pernah dialami oleh negara yang tidak pernah dialami oleh negara sehingga ke hari ini.
Dalam konteks Malaysia secara umumnya, industri yang terkesan adalah daripada Industri Kecil dan Sederhana (SME) yang melibatkan antara 80 peratus daripada tenaga kerja sektor swasta. Dalam jangka masa pendek, keadaan ini mengganggu permintaan agregat dan penawaran agregat barangan, bukan sahaja industri buruh yang mengalami tekanan, malah sektor minyak juga turut sama terkesan.
Selain itu KDNK Malaysia turut sama menerima tempias kerana pandemik ini.
Menurut Bank Dunia, KDNK Malaysia diunjurkan pada 4.742 peratus pada tahun 2018 berbanding 4.832 peratus pada tahun 2008. Kedua-dua situasi ini menunjukkan Malaysia masih lagi berada di tingkat yang positif, walaupun dunia dilanda dengan krisis ekonomi.
Namun, lain pula kisahnya apabila wabak Corona ini melanda. Pada tahun 2020, membuatkan kadar pertumbuhan KDNK Malaysia menjadi negatif walaupun menurut Bank Negara kadar pertumbuhan negara adalah pada sekitar 43 peratus. KDNK pada 2020 ini turun kepada 0.7 peratus disebabkan oleh kesan usaha pembendungan penyakit ini.
Tuan Yang di-Pertua, defisit fiskal negara akan menjadi dua kali ganda. Inilah bahaya dan inilah juga realiti yang terpaksa kita hadapi pada hari ini. Tuan Yang di- Pertua, oleh yang demikian, saya memohon supaya kerajaan dapat melihat isu ini dengan pandangan yang prihatin dan bagaimana situasi yang melibatkan rakyat yang termiskin, B40 yang akan menjadi lebih kronik selepas daripada ini.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya faham bagaimana. Tuan Yang di-Pertua, melalui Jabatan Perangkaan Malaysia, kerajaan pada 10 Julai 2019 yang lepas telah mengeluarkan laporan dapatan Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019 yang telah mengeluarkan statistik berkaitan pendapatan kemiskinan, ketidaksamarataan perbelanjaan dan kemudahan asas bagi tahun 2019.
Saya ingin menyentuh dalam perbahasan ini berkaitan dengan isu kemiskinan.
Salah satu dapatan daripada survei ini ialah nilai baharu PGK yang telah meningkat iaitu RM2,208 di peringkat nasional. Kita dimaklumkan bahawa peningkatan ini berlaku kerana kerajaan telah mengkaji semula nilai PGK dengan menggunakan metodologi yang telah dikemas kini pada tahun 2019 yang mengambil kira PGK makanan dan PGK bukan makanan. Difahamkan nilai-nilai ini telah meningkat kerana mengambil kira kos barangan dan perkhidmatan yang telah meningkat dan perubahan dalam corak penggunaan barangan khususnya bagi kelompok pendapatan 20 peratus terendah pada masa ini.
Namun, implikasinya kita akan melihat bagaimana angka mereka yang berada yang dikira sebagai rakyat termiskin akan meningkat beberapa kali ganda. Sebagai contoh, pada tahun 2016 dengan menggunakan metodologi PGK tahun 2005, bilangan isi rumah termiskin di Malaysia ialah sebanyak 24,700 isi rumah. Akan tetapi, dengan menggunakan metodologi tahun 2019, bilangan isi rumah termiskin di Malaysia adalah sebanyak 405,441 isi rumah. Ini merupakan suatu angka yang cukup membimbangkan.
Saya ambil contoh di negeri-negeri. Sebagai contoh, negeri kelahiran saya Kelantan. Dengan menggunakan method tahun 2005, sebanyak 1,508 isi rumah yang termiskin. Akan tetapi, dengan menggunakan method tahun 2019, ia akan meningkat kepada sebanyak 42,671 isi rumah yang termiskin.
Angka-angka ini merupakan angka yang membimbangkan dan ia meningkat bukan setakat di negeri-negeri yang didiami oleh mereka yang telah pun diketepikan
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
dalam arus pembangunan tetapi juga mereka yang berada di bandar, golongan miskin bandar. Seperti di Selangor, sebagai contoh, daripada 386 isi rumah dengan menggunakan method tahun 2005, sebanyak 386 isi rumah yang termiskin meningkat kepada 18,957 isi rumah yang termiskin.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Minta laluan, Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Silakan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin minta pandangan Yang Berhormat Pasir Mas untuk tindakan kerajaan.
Apakah dengan kita menyesuaikan semula pendapatan garis kemiskinan ini, itu bermaksud kementerian-kementerian yang berkaitan juga sepatutnya bertindak untuk menilai semula kelayakan untuk penerima bantuan?
Ini kerana dalam pengalaman sebelum ini apabila kita hendak beri bantuan, selalunya yang akan diminta ialah mesti ada dalam senarai eKasih, yang mana senarai eKasih ini ukuran dia adalah berdasarkan pendapatan garis kemiskinan yang lama. Jadi, ia menyebabkan ramai yang apabila kita pergi tengok rumah sudah hendak roboh tetapi tidak boleh dibantu kerana nama tidak ada dalam senarai eKasih. Jadi, apa pendapat Yang Berhormat Pasir Mas tentang itu?
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kangar. Saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat Kangar tadi, eKasih juga merupakan satu isu yang cukup terkenal ataupun isu yang cukup masyhur di kalangan kita Ahli Parlimen. Untuk memberikan bantuan kepada rakyat, kadang- kadang― dan bukan kadang-kadang. Bahkan kebanyakannya mereka yang kita dapati layak untuk menerima bantuan tetapi terpaksa diketepikan kerana tidak ada dalam sistem ataupun tidak ada dalam penilaian eKasih.
Saya minta supaya garis kemiskinan yang telah ditetapkan oleh kerajaan ini memberikan satu anjakan kepada seluruh kementerian yang ada untuk meletakkan, membuat penilaian semula terhadap mereka yang menerima bantuan sebagaimana yang disebut oleh sahabat saya dari Kangar sebentar tadi, terutamanya dalam eKasih.
Sistem eKasih perlu untuk dikaji semula. Sistem eKasih ini perlu untuk dibuat penilaian semula. Adakah ia merupakan penilaian yang real ataupun penilaian yang benar-benar menepati situasi dan kehendak yang sebenar atau hanya merupakan penilaian yang dibuat secara surface ataupun dibuat secara sepintas lalu sehingga menyebabkan mereka yang layak untuk menerima bantuan diketepikan daripada menerima bantuan?
Tuan Yang di-Pertua, peningkatan nilai PGK ini amat bermakna sebenarnya.
Kita setuju. Dan ia amat bermakna kepada rakyat khususnya golongan miskin kerana mereka akan masuk dalam kategori mereka yang memerlukan bantuan untuk meringankan beban hidup. Daripada laporan yang telah saya sebutkan tadi, sejumlah 405,441 isi rumah ataupun 5.6 peratus berada di bawah garis kemiskinan yang baharu berbanding sebanyak 24,700 isi rumah atau 0.4 peratus pada tahun 2016.
Dengan ini, sudah pasti senarai eKasih tadi akan meningkat dalam tempoh yang terdekat. Senarai dalam eKasih pada masa ini ialah sebanyak 181,000 isi rumah miskin dan miskin tegar. Saya ulangi, setakat ini senarai dalam eKasih ialah 181,645 isi rumah berbanding sebanyak 405,441 isi rumah sekiranya nilai PGK ini dinaikkan. Justeru, kita akan melihat bagaimana ramai ataupun lebih kurang sekitar 200,000 lebih lagi isi rumah yang terhindar ataupun yang tidak termasuk di dalam eKasih.
Ini menunjukkan sekali gus, dari satu aspek, kerajaan sekarang amat prihatin dengan keluhan dan masalah rakyat khususnya mereka yang miskin. Apa yang lebih penting selepas ini dalam RMKe-12, kerajaan perlu melipatgandakan usaha dan inovatif dalam bentuk program pembasmian kemiskinan yang lebih inovatif dan efektif.
Selain itu, dengan angka PGK yang baharu, program yang bakal dibangunkan hendaklah lebih bersasar. Program-program yang dirangka perlu lebih menjurus kepada keperluan sebenar golongan sasaran mengikut lokaliti dan masyarakat setempat.
Keperluan masyarakat miskin di Kelantan berbeza dengan keperluan masyarakat miskin di Lembah Klang, berbeza dengan keperluan masyarakat miskin di Johor Bahru.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Bahkan sepatutnya angka ini dikeluarkan mengikut daerah. Bukan setakat mengikut negeri tetapi mengikut daerah. Saya ambil contoh. Sudah pasti di Kelantan masyarakat miskin di Kota Bharu, sebagai contoh, berbeza keperluan mereka dengan masyarakat miskin di Gua Musang, di Jeli dan sebagainya.
Penilaian selepas ini haruslah lebih tersasar dan lebih fokus kepada daerah- daerah yang ada di sesebuah negeri dan bukan sekadar mengambil kira angka umum di sebuah negeri sahaja. Program-program yang dirangka perlu lebih menjurus kepada keperluan sebenar golongan sasaran mengikut lokaliti dan masyarakat setempat. Lebih banyak program bersifat bottom-up perlu dirancang dan dilaksanakan khususnya di daerah-daerah yang mempunyai insiden kemiskinan yang tinggi.
Laporan HIES 2019 dengan jelas menunjukkan bahawa nilai PGK berbeza mengikut negeri kerana setiap negeri mempunyai karakter kemiskinan yang berbeza.
Sebagaimana yang saya sebut tadi, sebagai contoh, PGK di Pulau Pinang adalah sebanyak RM1,989 berbanding PGK di Wilayah Persekutuan sebanyak RM2,633.
Tuan Yang di-Pertua, dalam RMKe-12 ini, saya ingin melihat program pembasmian kemiskinan yang dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan berimpak yang besar kepada golongan miskin dan miskin tegar. Saya ingin melihat satu skim atau gagasan yang besar perlu dirangka secara teliti dan menyeluruh dan dilancarkan oleh kerajaan dalam usaha membasmi kemiskinan di bandar, pinggir bandar dan juga luar bandar.
Saya juga ingin mencadangkan supaya kerajaan mempunyai pangkalan data, database yang lebih stabil dan menyeluruh supaya program-program yang dilaksanakan lebih bersasar dan tidak timbul isu keciciran, exclusion errors dalam pelaksanaannya.
Dalam usaha ini, saya ingin menekankan supaya para perancang program untuk turun padang dan melihat sendiri dengan mata kepala mereka permasalahan kemiskinan supaya program yang dirancang dapat menyelesaikan masalah kemiskinan di peringkat akar umbi.
Agensi pelaksana pula perlu lebih peka dan memainkan peranan sebagai jentera kerajaan yang cekap dan berkemampuan untuk menyelesaikan permasalahan rakyat. Mereka tidak perlu bekerja hanya sekadar office hours dari 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Bukan saya hendak bebankan kepada penjawat-penjawat awam, tidak. Akan tetapi, dengan meletakkan SOP rasmi atau meletakkan prosedur rasmi terlampau menjadi perkara yang paling utama menyebabkan rakyat terpinggir daripada mendapat bantuan yang sepatutnya.
Mereka perlu lebih prihatin kepada keperluan rakyat. Dalam konteks ini, mekanisme pemantauan program perlu diperkemas supaya agensi pelaksana di peringkat akar umbi memberikan perkhidmatan dipantau secara berkala dan sistematik.
Ini akan meningkatkan ketelusan pelaksanaan program pembasmian kemiskinan dan mudah membuat penilaian impak pada penghujung rancangan.
Saya yakin dengan perancangan, pelaksanaan, pemantauan program, pembasmian kemiskinan yang teliti akan dapat mengubah senario kemiskinan negara ini ke arah yang lebih baik. Ya, kita mungkin tidak boleh memastikan satu angka di mana zero ataupun peringkat sifar kemiskinan tetapi setidak-tidaknya kita melakukan yang terbaik untuk rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, saya pindah kepada isu yang berikutnya iaitu isu pertahanan. Saya minta...
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Yang Berhormat Pasir Mas, boleh sedikit?
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sila.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, sebelum Yang Berhormat pindah ke topik yang lain.
Dalam bab kemiskinan ini, baru-baru ini kerajaan mengakui bahawa kadar kemiskinan meningkat kepada 5.6 peratus daripada 0.4 peratus selepas Jabatan Statistik menaikkan garis pendapatan kemiskinan kepada RM2,208.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Saya lihat tadi dan dengar hujah daripada Yang Berhormat kita, tentunya akan mengambil sikap untuk memberikan tumpuan kepada luar bandar. Dibangkitkan tadi soal sumbangan kebajikan dan sebagainya.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Adakah Yang Berhormat setuju bahawa untuk menyelesaikan masalah kemiskinan ini terutama di kawasan di luar bandar, ia tidak tertakluk hanya kepada sumbangan kebajikan tetapi program yang lebih holistik untuk membantu terutamanya anak-anak muda dan sebagainya. Membina kerjaya mereka, dibantu dari segi perniagaan kerana kita tengok pembangunan di luar bandar dan juga wanita ini mereka mendapat peruntukan yang besar setiap kali belanjawan negara. Sudah pastilah mesti ada value for money setiap sen itu dipastikan dapat dibelanjakan dengan efektif agar ada program yang berkesan dan tidak hanya semata-mata memberikan bantuan kebajikan.
Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih kepada Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Saya sokong apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Hang Tuah Jaya tadi bahawa sumbangan tidak harusnya bersifat lump sum atau one-off semata-mata tetapi ia lebih bersifat program.
Sebagai contoh, buat program atau membuat penggalakan supaya remaja- remaja yang berada di bandar balik ke kampung, mengusahakan tanah-tanah yang ada di kampung-kampung yang masih lagi banyak terbiar. Program-program penggalakan seperti ini bukan sekadar bersifat one-off semata-mata tetapi lebih bersifat jangka masa panjang atau long-term dengan izin, yang insya-Allah akan lebih memberikan impak yang lebih positif kepada merekan yang berada di luar bandar. Terima kasih kepada Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.
Saya pergi kepada...
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
Boleh celah?
Boleh celah sikit?
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sila, sila.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
Serupa juga dengan soalan tadi yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Bekas Menteri, Timbalan Menteri.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
Baru-baru ini Department Statistic telah pun katakan kadar kemiskinan ini ialah RM2,208. Saya hendak tanya Tuan Yang di-Pertua, adakah ini diiktiraf oleh Kabinet ataupun oleh Perdana Menteri yang kadar itu ialah kadar yang akan diikuti oleh mereka sekarang?
Soalan ini penting sebab sekarang tiap-tiap negeri akan adakan pembentangan bajet mereka. Kalau inilah kadarnya yang akan diiktiraf oleh kerajaan, mereka akan adakan satu masalah besar depan mereka untuk mereka balance budget mereka tentang kadar kemiskinan yang akan kita tentukan pada RM2,208. Bersetuju kah?
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Yang Berhormat Kangar, sila.
Tidak, tidak. Saya tidak ada jawapan. Jawapan itu— soalan itu untuk Yang Berhormat Menteri. Jadi, saya minta supaya Yang Berhormat Menteri dapat mengambil perhatian dan dapat jawab soalan daripada bekas Menteri itu, Yang Berhormat Kuala Langat. Sila Yang Berhormat.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Okey, minta laluan sikit ya. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Isu kemiskinan ini memang kita banyak bicarakan daripada dulu. Dalam perbahasan terdahulu saya pernah menyebut tentang keperluan untuk kita menilai semula bantuan tunai kerana ya lah, kalau dulu kita namakan ia BR1M, selepas itu kita tukar jadi Bantuan Sara Hidup tetapi pengertiannya masih sama, iaitu kita buat cash transfer-lah atau pemberian tunai.
Dalam pendekatan di peringkat antarabangsa, kita sebut bahawa antara kaedah yang lebih berkesan ialah kita memperkenalkan conditional cash transfer iaitu pemberian tunai bersyarat. Misalnya kita tengok dalam situasi kalau di luar bandar banyak kes pelajar tercicir, tidak ke sekolah. Jadi, untuk kita menggalakkan mereka bersekolah, kita mensyaratkan kepada ibu bapa sekiranya anak mereka hadir ke sekolah mungkin 80 peratus pada tahun sebelumnya, maka dia layak untuk terima certain amount. Kalau hadir lebih banyak, certain amount. Jadi, itu akan memberikan insentif.
Selain daripada itu, kalau di negara-negara Afrika biasanya yang dibuat ialah untuk mewajibkan anak-anak pergi mengambil suntikan bagi mengelakkan mereka berpenyakitlah kerana kita tahu dalam kebelakangan ini ada kumpulan-kumpulan
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
tertentu yang cuba mengelak daripada mengambil suntikan untuk kesihatan. Jadi, dengan cara itu bukan sahaja kita memberi tunai semata-mata yang setengah pihak tafsirkan sebagai satu pembelian undian ataupun pembelian sokongan, akan tetapi kita juga dapat menyelesaikan satu masalah sosial yang lain.
Cuma yang saya lihat dalam pengalaman yang lepas, kita tahu bahawa kadang- kadang kerajaan tidak mahu melaksanakannya kerana bidang kuasa yang berbeza.
Misalnya tadi hendak ke sekolah ini di bawah KPM, kalau macam hendak ambil suntikan vaksin itu di bawah MOH, manakala pemberian tunai ini di bawah MOF. Jadi, seolah- olah kerana tidak mahu melakukan koordinasi, perkara itu tidak dilaksanakan. Jadi, kita hanya kekal dengan pendekatan lamalah, pemberian tunai semata-mata. Minta pandangan Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih. Saya setuju dengan yang disebut oleh Yang Berhormat Kangar tadi, minta masukkan dalam ucapan saya. Satu pandangan yang cukup baik. Saya pindah dengan isu berikutnya iaitu isu pertahanan.
Tuan Yang di-Pertua, penilaian semula perlu dibuat terhadap Polisi Pertahanan Negara. Dalam mencapai objektif, strategi pertahanan negara, tumpuan jangan hanya tertumpu kepada aspek keupayaan perkakasan perang sahaja tetapi ciri-ciri pembangunan modal insan malah lebih perlu diutamakan. Tanpa modal insan yang ampuh, strategi yang tertulis indah di atas kertas hanyalah bersifat retorik, indah khabar dari rupa. Tidak guna kita bercakap betapa gahnya kelengkapan perang yang kita miliki tetapi modal insan yang kita ada dari tentera yang lemah dari aspek semangat jihad, sekali gus gerun untuk memburu mati syahid yang menjadi ganjaran kepada mereka yang mati pertahankan negara.
Kekuatan sebenar sebuah institusi ketenteraan ialah tentera yang takut kepada Tuhan iaitu God-fearing, dengan izin. Hanya dengan adanya jenis tentera sebegini kesempurnaan dalam semua aspek mampu dicapai dengan jayanya. Tentera yang hina— angkatan tentera yang bila tiada lagi berkat dalam pengurusan ketenteraan kita, maka jadilah kita satu angkatan tentera yang hina, lemah dan hilang keberanian untuk melawan musuh.
Tuan Yang di-Pertua, justeru sebagaimana yang kita maklum, wabak COVID- 19 telah memberikan kesan kepada pembangunan negara di pelbagai sektor. Dalam aspek pertahanan ini, ia tidak boleh dipandang ringan kerana industri pertahanan negara yang melibatkan aset-aset tempur, alat ganti sistem penderia, sistem persenjataan, jentera, peralatan elektronik dan pembekalan peluru banyak bergantung kepada original equipment manufacturer dari luar negara, dengan izin.
Secara amnya, semua negara di seluruh dunia turut menanggung parah akibat COVID-19 di mana jaringan pembekalan dan pembuatan terjejas. Suasana sebegini perlu diberikan perhatian dalam menentukan bagaimanakah aset pertahanan negara dapat diselenggarakan dan dioperasikan dengan baik.
Saya ingin menyentuh isu pembinaan enam buah kapal littoral combat ship
(LCS) yang telah saya sebut berkali-kali ketika saya berada di barisan pembangkang, dengan kos RM9 bilion yang masih belum diselesaikan di mana negara telah berbelanja lebih RM6 bilion sedangkan sehingga kini tidak diketahui bilakah siapnya. Kita bukan sahaja membelanjakan wang rakyat tetapi turut membazir tenaga, menjejaskan imej industri pertahanan negara dan yang lebih utamanya menjejaskan pertahanan negara.
Difahamkan pada tahun lalu, Yang Berhormat Senator Laksamana Tuan Haji Imran dalam kapasitinya sebagai Presiden Persatuan Veteran TLDM pun telah melaporkan perkara ini kepada SPRM pada— saya rujuk laporan Sinar Harian, 21 November 2019.
Kalau boleh kita ingin mengetahui apakah telah ada tindakan dan pertemuan oleh pihak SPRM sehingga kini belum kedengaran mereka yang terlibat disiasat atau didakwa. Isu ini perlu diambil serius kerana isu yang sama telah berulang kali berlaku di syarikat yang sama ketika pembinaan offshore patrol vessel (OPV) pada tahun 90-an dulu mengakibatkan penggunaan wang rakyat beribu juta ringgit. Kementerian Pertahanan perlu lebih prihatin dan jujur— Yang Berhormat Menteri ada bersama kita.
Saya fikir beliau boleh memberikan jawapan atas isu ini yang telah berlarutan begitu lama.
Dalam keadaan sekarang, diperhatikan kelengkapan perang kita terlalu banyak bergantung kepada sumber dan kepakaran asing. Industri pertahanan tempatan dilihat tidak mampu untuk mendukung keperluan tentera kita. Di kala negara-negara sekitar kita telah mampu mengeluarkan sendiri perkakasan major-nya dan semakin terkedepan
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
teknologi mereka, kita dilihat masih terkial-kial bukan sahaja tidak mampu membuatnya sendiri bahkan untuk menyelenggarakan peralatan ini pun perlu bergantung kepada peralatan dan kepakaran daripada luar. Saya fikir dan saya minta Yang Berhormat Menteri dan barisan Kabinet yang baharu dapat memberikan perhatian terhadap apa yang telah saya nyatakan dalam isu pertahanan ini.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan baharu yang dibina ini perlu untuk melihat kepada kebajikan rakyat sebagai agenda utamanya. Tidak perlu untuk menjadi kerajaan yang populis, menukar nama-nama sahaja tanpa mempunyai agenda yang besar terhadap kebajikan rakyat. Agenda-agenda yang baik dan program-program baik yang telah dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu kita teruskan.
Saya ingin mengambil perhatian Dewan, setakat manakah penguatkuasaan larangan merokok sebagai contoh di premis-premis restoran dan kedai-kedai makan.
Tidak perlu dinafikan bahawa sehingga pada hari ini dilihat peraturan dan penguatkuasaan itu semakin longgar seolah-olah peraturan itu hanya dikuatkuasakan pada ketika tertentu sahaja. Akan tetapi pada hari ini, ia seolah-olah dipandang ringan dan seolah-olah tidak— orang yang melakukannya dilihat sebagai tidak bersalah.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sebagai orang muda punya anak-anak kecil sebagai contoh, kita begitu terguris hati bila makan di kedai, restoran sebagai contoh, ada yang merokok tanpa melihat kiri dan kanan. Ini satu situasi yang penting. Walaupun isu ini mungkin remeh tetapi agenda besar yang ingin saya sebutkan ialah perkara-perkara positif yang telah dilaksanakan, diutarakan sebelum daripada ini tidak perlu kita ketepikan atau tidak perlu untuk kita hentikan penguatkuasaannya semata-mata kerana mungkin kita rasa ini bukan agenda daripada kita.
Selain daripada itu, beberapa perkara juga perlu diberikan perhatian. Saya dengar tadi jawapan daripada Menteri berkenaan dengan pilihan raya PBT sebagai contoh. Pilihan raya PBT ini saya yakin bukan merupakan agenda Kerajaan Perikatan Nasional. Justeru, saya minta supaya kerajaan yang ada dengan coalition pelbagai pihak yang dulunya kita bertembung dalam pilihan raya dapat duduk secara rasmi, dapat bincang bersama. Adakah pilihan raya PBT ini perlu kepada kerajaan, kepada rakyat yang ada pada hari ini?
Saya yakin bahawa jika dilihat kepada coalition ataupun dilihat kepada pembahagian rakyat yang berada di bandar, di luar bandar dan sebagainya, pilihan raya PBT ini bukan merupakan satu keutamaan walaupun termasuk dalam manifesto Pakatan Harapan yang bertanding di dalam PRU-14 yang lepas.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Minta laluan Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sila.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Saya dengar jawapan Menteri pagi tadi ketika menjawab soalan. Dia sebut dengan jelas timeline dia. Dia akan buat pilihan raya tempatan pada pertengahan tahun 2021. Yang Berhormat Pasir Mas berhujah bahawa mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan ini bukan polisi Kerajaan Perikatan Nasional. Yang mana satu sebenarnya?
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Itulah saya kata kita kena kaji.
Saya minta supaya dikaji balik polisi ini.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Boleh saya mencelah? Isu yang sama local election. Saya hendak tanya Yang Berhormat berkenaan tujuan local election ataupun PBT ini tersebut. Seperti yang telah ditanyakan oleh Yang Berhormat tadi, yang mana satu diambil keutamaan oleh Kerajaan Perikatan Nasional.
Adakah Menteri telah pun membuat kajian dalam perkara ini? Kajian yang mendalam yang menunjukkan bahawa dapatnya kebaikan untuk mengadakan local election tersebut yang telah pun seperti diadakan dalam tahun 60-an. The third vote is the most important. Adakah kajian telah pun dibuat oleh Kerajaan Perikatan Nasional
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
untuk menangani isu ini yang telah pun disimpulkan oleh Menteri pagi tadi? Adakah kajian telah dibuat?
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Gelugor. Ya, saya juga ingin bertanya dengan soalan yang sama. Setakat manakah kajian yang telah dibuat oleh kerajaan yang telah pun membuat kesimpulan dan timeline yang begitu jelas untuk mengadakan pilihan raya PBT yang telah disebutkan tadi.
Saya berdiri di sini untuk menyatakan bahawa pilihan raya PBT itu bukan satu keperluan pada hari ini. Itu adalah penegasan yang kita telah sebut berkali-kali di dalam ucapan kita di Parlimen ini dan pendirian itu tidak berubah, prinsip itu tidak berubah sama sekali dan kita minta kerajaan yang ada supaya dapat mengkaji semula polisi ini. Polisi yang diputuskan itu hendaklah secara collective responsibility iaitu tanggungjawab bersama yang dipikul oleh kerajaan. Saya yakin insya-Allah Menteri dapat memberikan perhatian. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Hidup PAS.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Yang Berhormat Johor Bahru hendak masuk PAS?
[Ketawa]
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Yang Berhormat Pasir Mas, Lembah Pantai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas, ringkas sahaja. Dalam satu laporan media disebut bahawa kos untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan ini adalah sekitar RM2 juta untuk satu PBT dan jumlahnya bagi seluruh negara adalah RM308 juta.
Pada pandangan Yang Berhormat Pasir Mas, adakah ini satu jumlah yang wajar dibelanjakan untuk tujuan mengadakan pilihan raya? Apa pandangan Yang Berhormat?
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih, Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya bukan bercakap soal kos. Kalaupun kos itu tinggi tetapi kalau ia berbaloi ia tidak menjadi masalah untuk dilaksanakan. Kita bercakap soal prinsip. Pada prinsipnya bukan soal kos tetapi soal keperluan dan implikasi daripada pilihan raya PBT itu yang saya kira memberi kesan yang bahaya terhadap demografi penduduk di Malaysia pada hari ini.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Yang Berhormat Pasir Mas sikit lagi celahan? Sikit sahaja.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Cukuplah, saya ada 20 minit.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Ringkas sahaja. Saya sebenarnya tekun mendengar ucapan Yang Berhormat Pasir Mas dan tadi Yang Berhormat Pontian. Saya dapat melihat Yang Berhormat Pontian, UMNO, ucapannya mengandungi banyak perkara polisi yang mewakili pendirian UMNO. Tadi ya, banyak. POTA, SOSMA, khidmat negara.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ada 55 cadangan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
...Salman Center dan sebagainya. Kemudian Yang Berhormat Pasir Mas bercakap tentang pendirian PAS mengenai tidak setuju pilihan raya kerajaan tempatan. Kita tengok ya.
Polisi Perikatan Nasional apa sebenarnya? Terhadap perkara-perkara ini, apa dia?
[Disampuk] Itu yang kita hendak– sebab Perikatan Nasional, kalau kita bercakap soal polisi mesti tunjukkan di luar polisi yang rakyat boleh faham elok-elok. Ini baru Menteri ucapan pagi tadi, akan teruskan timeline nya jelas. Yang Berhormat Pasir Mas kata kena bincang balik.
Tadi Yang Berhormat Pontian kata hidupkan balik Pusat Keamanan Salman.
Masa itu Menteri Pertahanan bawa kertas Jemaah Menteri, Yang Berhormat Pagoh duduk dalam Kabinet. Keputusannya bukannya Yang Berhormat Kota Raja, keputusannya keputusan Jemaah Menteri. Ada alasan waktu itu. Yang Berhormat Pontian boleh cadang kepada Yang Berhormat Bera bawa kertas Jemaah Menteri kemudian hidupkan balik. Of course, pertimbangan waktu itu kita bincangkan soal Kerajaan Saudi hantar tentera serang Yaman. Apakah itu ada keputusan Jemaah Menteri dan sebagainya. Menteri Luar faham.
Akan tetapi, perbahasan setakat saya dengar ini, saya tidak beralih tempat duduk, saya tengok bersimpang-siur polisi mana yang Perikatan Nasional hendak bawa kepada rakyat? Itu, jadi biar ada clarity barulah seronok kita bahas. Terima kasih.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Apa yang pastinya polisi itu yang dibuat ini adalah polisi terbaik untuk rakyat dan akan dibincangkan dari semasa ke semasa. Ia tidak perlu dibukukan, dikempenkan, diceramahkan kemudian dimungkiri. Ia tidak semestinya begitu. Akan tetapi, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu saya hormat sebagai...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Pasir Mas boleh mencelah sedikit?
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sila Yang Berhormat Pasir Salak, seminit.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sikit sahaja. Apa yang dimaksudkan oleh Menteri, itu Menteri. Apa yang disebut oleh backbencher, penyokong kerajaan, itu peranan penyokong kerajaan. Tidak semestinya kita menyokong membuta-tuli. Peranan kita di sini sebagai backbencher umpamanya saya, ada benda yang saya tidak setuju dengan Menteri, saya kena cakap. Apa ada masalah?
That is being democratic. That is a good government yang sanggup mendengar pandangan daripada orang-orang yang kecil macam kami ini.
[Dewan riuh]
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Salak. Baik, saya kira sebenarnya isu ini telah jelas dan kita tahu bahawa dan kita akui bahawa kerajaan yang kita bina ini adalah merupakan satu majoriti yang tidak bertanding dengan satu proksi yang sama di dalam pilihan raya umum yang lepas.
Sudah pasti di sana berlakunya polisi-polisi yang tidak selari di antara satu sama lain yang boleh dibincang dari semasa ke semasa.
Perbincangan itu dibuat melalui suara-suara yang kita nyatakan di sini termaktub di dalam Hansard Parlimen dan insya-Allah akan diberikan perhatian oleh Jemaah Menteri dari semasa ke semasa. Saya tidak nampak itu merupakan suatu perkara yang besar yang boleh menggugat kerjasama di dalam Kerajaan Perikatan Nasional ini, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merakamkan, dalam ucapan ini saya ingin merakamkan tahniah kepada semua frontliners yang telah pun membantu, yang telah menjadi barisan hadapan membela negara ini ketika mana kita berdepan dengan wabak pandemik COVID-19 pada bulan Mac yang lepas yang mencapai tahap tertinggi, tahap kronik pada masa itu.
Mereka terdiri daripada pihak doktor, polis, tentera, guru dan lain-lain yang juga boleh diibaratkan sebagai frontliners. Golongan guru sebagai contoh yang terus tegar untuk membuat kelas secara online (secara dalam talian) dengan izin. Baru kita kenal apa itu Zoom, apa itu Google Meeting dan sebagainya. Ada guru-guru yang baru tahu macam mana hendak buat kelas online dan sebagainya.
Ia merupakan suatu dalam erti kata yang lain hikmah yang tersembunyi di sebalik bencana yang telah pun berlaku dalam negara kita ini. Kita dapat melihat bagaimana pentingnya talian Internet dalam negara kita yang dapat dilihat kepentingannya sehingga melibatkan pengajian-pengajian secara online dan sebagainya.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya minta supaya pihak kerajaan dapat memberikan perhatian yang sebaik mungkin. Jangan sampai ada pelajar kita memanjat pokok untuk mendapatkan talian, barulah kita pergi untuk hendak menyelesaikan isu masalah talian internet di lokasi tersebut.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sahabat saya Yang Berhormat Pasir Putih. Menyentuh tentang polis tadi, saya ingin mendapat— Yang Berhormat Pasir Mas, maafkan saya.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sila Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dahulu, masa kita memerintah— menyentuh tentang polis. Kita lihat Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sana, [Merujuk kepada blok kerajaan] Yang Berhormat sendiri, termasuklah Yang Berhormat Rantau Panjang membela nasib seorang bekas anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib bin Mohd Kasim yang mana Pakatan Harapan dituduh kononnya tidak
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang terlibat, orang-orang yang terlibat tidak dihadapkan ke mahkamah dan seolah-olah menyalahkan Pakatan Harapan.
Soalan saya sekarang— kita lihat pengumuman oleh Ketua Polis Negara dua tiga hari yang lalu yang melanggar keputusan inkues, mengatakan bahawa tidak ada seorang pun yang melihat Allahyarham Adib ini dipukul dan dibunuh. Apakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya bahawa nasib keluarga Allahyarham Adib ini perlu dibela dan kematian beliau perlu dibela? Kita perlu cari ke lubang cacing orang-orang yang bertanggungjawab. Apakah pendapat Yang Berhormat dan bolehkah kita minta Yang Berhormat Menteri yang berkenaan untuk mengambil tindakan-tindakan tegas supaya kita membela keluarga Allahyarham Adib dan kematian beliau juga harus dibela.
Apa pendapat Yang Berhormat? Terima kasih.
Seorang Ahli
Kenapa tidak boleh buat dulu.
[Dewan riuh]
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya memang hendak sebut isu Allahyarham Adib ini. Hendak sebut dalam ucapan saya. Terima kasih. Yang Berhormat Jelutong ini ada simetri dengan saya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Oh! Terima kasih ya.
Terima kasih.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Cukup-cukup.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya cuma ingin mengatakan bahawa kita tidak boleh menyalahkan sesiapa. Akan tetapi, Pakatan Harapan akan terus memastikan bahawa keluarga Allahyarham itu dibela dan nasib Allahyarham Adib juga dibela. Terima kasih.
[Dewan riuh]
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya cuma saya hendak betulkan sedikit fakta dalam ucapan Yang Berhormat Jelutong tadi. Apa yang kita tidak puas hati dalam sesi yang lepas ialah apabila kenyataan bekas Peguam Negara terlebih dahulu menyatakan Allahyarham Adib tidak dibunuh, mendahului inkues yang telah ditubuhkan.
[Tepuk] Isunya di situ. Jadi, bukan isunya kita hendak salahkan sesiapa, yang bertanggungjawab— tidak. Akan tetapi, isunya ialah kita mahu bahawa keputusan inkues itu perlu ditunggu dan perlu dihormati. Itu sahaja.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Adakah Yang Berhormat...
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Cuma sekarang ini, saya hendak...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat setuju bahawa Yang Berhormat Menteri berkenaan harus diberi arahan ataupun nasihat bahawa orang-orang yang bertanggungjawab itu perlu dihadapkan ke mahkamah dalam masa yang terdekat?
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih kepada Yang Berhormat Jelutong. Itu boleh serah kepada Yang Berhormat Menteri dan siasatan sedang di buat. Kita juga ingin menyebut di sini, saya juga ingin minta kerajaan supaya memberikan fokus terhadap kes Allahyarham Adib ini yang sehingga kini masih belum lagi kita melihat penyelesaiannya dan siasatan kita tahu melalui laporan media— siasatan sedang dibuat, siasatan sedang dijalankan.
Akan tetapi, kita mahu supaya ia perlu diberikan penekanan supaya Allahyarham Adib ini, kematiannya dapat dibela dengan seberapa segera dan keluarganya berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan. Jadi, itu sahaja dan saya minta supaya kerajaan dapat memberikan perhatian. Ini kerana, ia merupakan salah satu penghargaan kita kepada mereka yang tergolong ataupun termasuk dalam golongan frontliners iaitu doktor, polis, tentera, bomba dan sebagainya.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua,...
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun] Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
...saya juga ingin merujuk kepada— saya juga ingin memberikan pujian saya ataupun memberikan kredit saya kepada beberapa usaha Yang Berhormat Menteri yang telah pun— Sila Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat tadi ada tekankan berkenaan pentingnya untuk kita membantu anak-anak muda, frontliners dan ada juga membincangkan soal capaian internet. Kita tidak mahu lagi kes Veveonah Musibin yang mana dia terpaksa panjat pokok, terdapat capaian internet dan hanya apabila ceritanya diviralkan akhirnya TM ambil maklum dan akhirnya membawa internet ke kampungnya di Kampung Sabanalang Pitas.
Persoalannya bahawa, kerajaan lepas kita telah pun memperuntukkan sejumlah RM21.6 bilion melalui Belanjawan 2020 untuk memastikan bahawa capaian internet dapat ditambah baik melalui dengan izin, National Fiberisation and Connectivity Plan. Pada masa yang sama, dana khas berjumlah RM250 juta untuk memastikan capaian internet bukan sahaja di kawasan bandar ataupun di Semenanjung tetapi khususnya di kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak.
Saya berharap bahawa ada usaha bipartisanship untuk memastikan bahawa dana ataupun jumlah dana ini diteruskan supaya akhirnya capaian internet itu dapat dirasai di kawasan bandar dan luar bandar khususnya di negeri seperti Sabah dan Sarawak. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Yang Berhormat Muar. Masukkan ucapan Yang Berhormat Muar dalam ucapan saya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya berpindah kepada isu yang berikutnya iaitu...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Mas. Saya rasa Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sekali ini sahaja saya bagi Yang Berhormat Shah Alam.
[Ketawa]
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Kita bersidang lama ya Tuan Yang di-Pertua. Takkan lah bagi sekali sahaja. Saya tertarik dengan ucapan Yang Berhormat Pasir Mas berhubung dengan kes arwah Adib dan bagaimana kita sememangnya perlu melakukan siasatan secara terperinci untuk menentukan bahawa keadilan itu tertegak bagi beliau dan keluarga beliau.
Itu memang satu peristiwa yang amat menyayat hati. Kami cukup terkilan dengan isu itu dijadikan satu isu perkauman yang heboh di social media tanpa adanya apa-apa fakta sehingga menimbulkan kebencian terhadap Kerajaan Pakatan Harapan yang sedang berusaha sedaya upaya untuk mencari fakta dan bertindak adil dalam kes ini.
Kita melihat bahawa sekarang ini selepas berubah kerajaan yang mana di antara fakta-fakta menuntut supaya Kerajaan Pakatan Harapan ini dijatuhkan ialah kerana Pakatan Harapan tidak memberi keadilan kepada arwah Adib, perkauman dan sebagainya. Tiba-tiba sekarang ini, saya mendengar Yang Berhormat Pasir Mas bercakap dengan tenang, bercakap dengan baik, mintalah kita bertindak dengan adil, siasat betul-betul. Alhamdulillah lah. Tidak ada datang berapi-api ini. Apa ini! Tuntut keadilan untuk Adib! Bunuh mereka— apa ini. Alhamdulillah lah, Alhamdulillah. Sudah waras setelah gila seketika. Apa pandangan Yang Berhormat Pasir Mas. Terima kasih.
Terima kasih.
[Dewan riuh]
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya semasa berada di pembangkang pun beginilah saya bercakapnya.
Saya rasa yang berubahnya Yang Berhormat Shah Alam. Dahulu Yang Berhormat Shah Alam di pihak kerajaan sebagai Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Shah Alam di pembangkang lain pula nada cara percakapannya. Jadi,...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Saya sokong Yang Berhormat Pasir Mas. Biar siasat dengan adil— Tidak, saya sokong. Tidak pernah saya menggunakan perkauman. Itu di antara sebab saya tinggalkan PAS. Ya, Tuan Yang di- Pertua. Ini kerana, PAS pun sudah bawa nada perkauman; Melayu-Islam lah, Melayu- Islam dan sebagainya. Tidak selari dengan apa yang telah diperjuangkan oleh Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Inilah kita harap bahawa PAS boleh menjadi waras walaupun kembali sebagai pembangkang satu ketika kelak. Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Pasir Mas...
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih. Cukup Yang Berhormat Jelutong. Saya hendak jawab...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya hendak tanya satu sahaja. Saya hendak tanya satu sahaja. Kenapa tidak dalam ucapan kita beri perhatian kepada isu Allahyarham Adib dan tunggu sehingga saya bangkitkan perkara itu? Walhal, dahulu masa menjadi pembangkang...
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary
[Menyampuk] Yang Berhormat Menteri dah jawab dah. Yang Berhormat Menteri dah buat statement dah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Walhal, dahulu masa menjadi pembangkang, sentiasa PAS memainkan isu ini. Mengapi-apikan sentimen supaya rakyat benci terhadap Pakatan Harapan. Kenapa tidak bangkitkan isu tentang Allahyarham Adib perkara yang menimpa keluarga dan beliau masa ucapan? Kenapa tidak? Bukankah PAS benar-benar ingin tahu apakah yang berlaku kepada beliau ataupun cuma memainkan isu ini hanya untuk membangkitkan kemarahan rakyat terhadap Pakatan Harapan?
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Jelutong hanya boleh bangkitkan— saya tidak bangkit dalam ucapan seketika selesai ucapan saya. Selagi belum selesai ucapan saya, premis Yang Berhormat Jelutong saya tidak bangkitkan dalam ucapan, tidak terpakai. Ini kerana, saya sudah ada dalam poin saya untuk bangkitkan dalam ucapan saya. Saya kira Yang Berhormat Jelutong boleh faham premis ini.
Yang Berhormat Shah Alam, tadi bangkit soal ketenangan dan sebagainya. Ya, kita sentiasa tenang. Bagi kita, kalaulah seorang itu sekadar dituduh semata-mata ia tidak boleh dijadikan dianggap sebagai bersalah. Melalui persepsi, PAS juga menjadi mangsa persepsi. Dahulu kami dituduh terima sejumlah RM90 juta daripada era Barisan Nasional sampai Pakatan Harapan dan sampai sekarang tidak adapun bukti yang kami terima sejumlah RM90 juta. Tidak ada bukti. Jadi, mangsa persepsi ini adalah merupakan— PAS dahulu masa telah menerima masalah dan implikasi daripada persepsi yang telah disebarkan. Saya rasa cukuplah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Pasir Mas, boleh Yang Berhormat Pasir Mas? Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Yang Berhormat Shah Alam, saya kira cukup sudah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Pasir Mas boleh? Bolehlah. Tidak pernah lagi bagi.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Ini semua pemimpin senior, tidak guna kalau...
[Ketawa]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Bolehlah, bolehlah. Okey, terima kasih. Boleh ya? Okey, terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Seminit sahaja.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okey, tidak apa. Yang Berhormat Pasir Mas terima kasih. Yang Berhormat Pasir Mas membangkitkan isu RM90 juta. Saya pun bersetuju dengan Yang Berhormat Pasir Mas. Nampak nada dia lebih rasional hari inilah. Jadi saya hendak tanya, kalau betul PAS difitnah, kenapakah semasa saman di England dulu ditarik balik kes itu?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Hah! Kenapa?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Kalau betul kita benar, kita lawan sampai ke titis darah terakhir, baru betul. Barulah nama jihad. Apa pandangan?
[Disampuk] Ha! Selepas itu kena bayar pula RM1.4 juta, selepas itu buat report dan macam-macam. Kenapa tarik balik? Kes ini kan kuatkan. UMNO suruh kah?
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Soal tarik balik itu bukan menandakan PAS mengaku bersalah, tidak. Ia tidak semestinya kita mengaku bersalah.
Dia ada yurannya, dia ada legal fee yang terpaksa kita tanggung dan sebagainya. PAS...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Kita jangan saman awal-awal lah.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
PAS bukan merupakan parti kerajaan yang boleh untuk hendak menanggung yuran yang begitu mahal, yang menyebabkan Yang Berhormat Sepang membuat kesimpulan bahawa kita telah melakukan perkara tersebut.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun]
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Ini satu premis ataupun prinsip yang salah...
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Sepang. Bagi kita, setiap yang dituduh bersalah, masih belum didapati bersalah. Bayangkan Setiausaha Politik beberapa Menteri telah pun dituduh sebagai bersalah. Adakah kita hendak katakan mereka bersalah? Tidak. Prinsip kita, setiap yang disiasat, dituduh, masih belum boleh dikatakan bersalah selagi mana mereka tidak dibuktikan sebagai bersalah.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat Pasir Mas...
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Prinsip itu kekal.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Kalau saya boleh mencelah sekejap sahaja.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Yang Berhormat Muar, ya. Last Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Sekejap ya. Ini bukan soal PAS ataupun AMANAH di sini. Akan tetapi saya kagum dengan Yang Berhormat Pasir Mas kerana saya ingat apabila saya di Kementerian Belia dan Sukan, dia sangat proaktif untuk memperjuangkan isu anak muda khususnya dalam meminda Perlembagaan untuk mengembalikan hak mengundi kepada anak muda dalam lingkungan 18 ke-21 tahun.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang pada masa tersebut merupakan Pengerusi EC, saya boleh katakan di sini, tanpa bantuan beliau, mustahil perkara ini dapat direalisasikan dan saya masih terhutang budi kepada beliau.
Persoalan saya Yang Berhormat Pasir Mas, apa yang telah pun diumumkan oleh EC adalah pelaksanaan ataupun penguatkuasaan undi 18 tahun perlu bersekali dengan undi automatik seperti yang dipersetujui oleh blok pembangkang pada masa tersebut. Anggarannya, paling lambat pada Jun tahun depan. Adakah kerajaan pada hari ini dan saya berharap Yang Berhormat Pasir Mas masih berpendirian yang sama untuk memperjuangkan dan mempertahankan pindaan Perlembagaan yang telah pun diluluskan bersekali dan bersama dalam Dewan Rakyat ini. Terima kasih.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Yang Berhormat Muar. Kita bersetuju...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Sikit.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
...Bukan setakat dua pertiga bahkan sebulat suara pada ketika itu meminda Perlembagaan, memastikan undi 18 tahun dan pengundian automatik dapat dilaksanakan. Seterusnya, bakinya, terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk melihat daripada aspek-aspek teknikal bagi membolehkan ia dilaksanakan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Muar.
Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Boleh, Yang Berhormat Pasir Mas?
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya ada dua minit lagi Yang Berhormat Kuala Selangor.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Sikit? Boleh sikit, kalau boleh? Pendek sahaja. Kalaulah Yang Berhormat Pasir Mas bersetuju dengan saya, kalaulah PAS membayar hanya legal fees untuk PAS— itu satu hal. Akan tetapi yang dibayar oleh PAS adalah kedua-dua legal fees. Itu menandakan PAS menerima, semacam menerima kesalahan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Betul.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Itu perlu difahami dari sudut undang-undang. Apa kata Yang Berhormat Pasir Mas?
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Itu terlampau teknikal untuk saya jawab Yang Berhormat Kuala Selangor.
[Ketawa]
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang Berhormat Pasir Mas, 15 saat, 15 saat.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Tidak bolehlah.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Ada15 saat sahaja.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya perlu masa untuk menjawab persoalan-persoalan teknikal seperti itu.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Okey, 15 saat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Pasir Mas, satu— lima saat, lima saat, lima saat...
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya ada tujuh saat lagi.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Lima saat sahaja.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Itu jika Tuan Yang di-Pertua bersedia melanjutkan masa saya.
Tuan Yang di-Pertua
Tolong, tolong. Saya rasa Yang Berhormat Pasir Mas...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Kesuntukan masa. Dia tidak mahu memberi laluan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
15 saat ya.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua bagi dia...
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sebenarnya tadi saya diberikan dua jam.
Tuan Yang di-Pertua
Teruskan, teruskan Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya minta satu jam.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Boleh atau tidak saya minta balik satu jam Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, silakan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Boleh atau tidak Tuan Yang di- Pertua saya mencelah sikit sahaja?
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Tuan Yang di-Pertua kata boleh.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sikit sahaja. Sikit sahaja Tuan Yang di-Pertua. Boleh ya? Sikit sahaja. Okey, terima kasih. Saya hendak tanya kepada— Tadi Yang Berhormat Pasir Mas ada cakap fasal seseorang dianggap tidak bersalah kecuali dibuktikan bersalah. Ini dipanggil presumption of innocence ya. Saya tahulah dalam Islam pun dikata.
[Bercakap dalam bahasa Arab] Ini kita sudah tahu semua. Akan tetapi adakah Yang Berhormat Pasir Mas sedar, kalau kita belajar undang-undang, itu presumption itu dalam kes jenayah sahaja, kes sivil tidak macam itu.
Kes di England itu melibatkan kes sivil, saman sivil bukan jenayah. Kalau pergi mahkamah, you hujah presumption of innocence, awal-awal lagi sudah kalah. Jadi apa pandangan?
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Sikit sahaja Yang Berhormat Pasir Mas, 15 saat.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya...
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Minta pada Tuan Yang di-Pertua tambah satu atau dua minit.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Sudah tambah satu jam.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Tidak, saya bercakap soal prinsip, pandangan masyarakat terhadap PAS. Menghukum kami telah menerima RM90 juta. Bukan soal kes tersebut. Bukan soal kes itu. Kes itu mempunyai prosedur yang tersendiri, yang sudah pasti ditangani oleh pihak-pihak yang berkewajipan. Akan tetapi dalam isu pandangan masyarakat terhadap PAS, macam mana kita telah difitnah dan diberikan persepsi menerima dana tersebut, itu isunya. Kalau hendak kira sudut persepsi, kami juga boleh menyatakan persepsi yang sama, mereka yang dituduh, ditangkap, disiasat oleh SPRM semuanya sebab menerima rasuah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sebab tidak ikut pesan Tok Guru Nik Aziz, jangan berkawan dengan UMNO.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Tadi sebenarnya terheret isu PAS RM80 juta, RM90 juta ini bila Yang Berhormat Jelutong membawa tentang isu kematian arwah Adib. Jadi cara Yang Berhormat Pasir Mas jawab ini ialah bahawa PAS pun terkena persepsi. Jadi maksudnya Yang Berhormat Pasir Mas setuju bahawa isu Adib ini sebenarnya hanyalah isu persepsi. Ya atau tidak?
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Bagi kami, soal Allahyarham Adib dulu kita telah menyatakan dengan jelas bahawa kita tidak setuju dengan pandangan Peguam Negara yang telah mendahului inkues. Tidak pernah kami sebut bahawa orang tertentu, individu tertentu telah bertanggungjawab terhadap kematian Adib, orang ini bertanggungjawab, tidak. Akan tetapi kita tidak setuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
No, Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Pada masa itu kerajaan tidak...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sekarang Ketua Polis Negara mengatakan bahawa tidak ada saksi yang nampak. Apa pandangan Yang Berhormat? Baru-baru ini, dua hari yang lalu Ketua Polis Negara mengatakan bahawa tidak ada orang yang melihat, memukul dan mencederakan sehingga kematian arwah Adib. Apa pandangan Yang Berhormat?
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Tidak ada orang yang melihat, belum pasti bahawa ia tidak dibunuh, itu sahaja. Ketua Polis Negara tidak menafikan dia dibunuh.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya. Sebab itulah saya katakan, kita perlu minta Menteri berkenaan supaya tindakan diambil. Itu adalah pendirian kami, dulu, kini dan selama-lamanya.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Ya, saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Jelutong, sudah betul dah, betul dah. Kita minta supaya tindakan diambil dengan segera. So, tidak ada masalah. Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Yang di-Pertua, saya pindah kepada isu yang berikutnya. Saya rasa saya tidak sampai sejam, saya perlu hanya sekitar beberapa minit sahaja lagi untuk menamatkan ucapan saya. Untuk yang berikutnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin pindah kepada isu FELDA. FELDA boleh diibaratkan seperti mana lombong emas kepada negara dan kita tahu bahawa inilah dia potensi FELDA. FELDA merupakan lombong emas kepada negara dan FELDA kini telah membangunkan 112,635 peserta di 317 tanah rancangan dengan keluasan 490,000 hektar.
FELDA kini berusia 62 tahun. Bermula dengan 616 peneroka yang pertama menjadi perintis kepada FELDA Lurah Bilut pada tahun 1958, berdepan dengan cabaran,
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
halangan yang tidak sedikit pada masa itu. Akan tetapi setelah enam dekad berlalu, masih terdapat banyak isu yang membelenggu peneroka FELDA pada kali ini.
Kita mahu supaya kerajaan melihat dengan begitu serius isu-isu yang melibatkan peneroka FELDA, isu hutang peneroka yang tidak munasabah dan tidak jelas.
Hutang peneroka yang tidak munasabah. Peneroka tidak tahu pun kadang-kadang mereka berhutang. Mereka tandatangan dokumen dalam keadaan mereka tidak tahu pun apa dokumen yang mereka tandatangan. Akhirnya, mereka terbelenggu dengan hutang.
Isu pewarisan harta yang tidak selari pun dengan undang-undang faraid Islam, apatah lagi dengan undang-undang sivil. Sebagai contoh, seorang peneroka mempunyai 10 orang anak, hanya boleh menamakan dua orang anak sahaja sebagai pewaris kepada tanahnya, adalah merupakan suatu ketidakadilan yang telah pun berlaku sejak begitu lama. Isu penyata pembayaran hasil sawit, isu rumah generasi kedua, isu pengangguran dan migrasi generasi kedua dan juga masalah sosial.
Saya pohon supaya kerajaan pada hari ini, bukan sahaja perlu mengusahakan solusi terhadap semua permasalahan ini, bahkan perlu memastikan roh generasi awal peneroka diwarisi oleh anak cucu mereka. DNA awal peneroka, semangat awal peneroka itu perlu diwarisi oleh generasi kini. Peneroka ini ialah merupakan perintis, sang pemberani, suka kepada cabaran. Itu tagline yang diperkenalkan oleh kerajaan sendiri ketika sambutan Hari FELDA beberapa hari yang lepas. Saya mahu supaya ini dijadikan sebagai realiti, dilontarkan sebagai menjadi praktikal yang diusahakan oleh kerajaan.
Selain daripada kerajaan dan pengurusan FELDA, kita juga suka untuk merakamkan penghargaan kepada NGO-NGO dan organisasi yang terus bersama dengan denyut nadi warga FELDA seperti Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP), Koperasi Permodalan FELDA, Gerakan Persatuan Wanita FELDA, Pertubuhan Kami Anak FELDA, Majlis Belia FELDA Malaysia, Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan
(GENERASI) dan kerajaan perlu menjalinkan hubungan yang aktif dengan NGO-NGO yang telah pun aktif yang begitu lama, yang membela anak-anak FELDA, bergerak seiring dengan kementerian dan juga pengurusan FELDA.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Kerajaan dan pengurusan FELDA perlu mendapatkan pandangan, teguran dan pandang sisi NGO yang dekat dengan warga FELDA. Kita semua mengharapkan FELDA di bawah Kerajaan Perikatan Nasional agar terus maju, makmur dan sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh secara sepintas lalu bagaimana isu-isu yang melibatkan guru duka lara yang telah berlaku sejak begitu lama.
Guru-guru yang bertugas di Sabah dan Sarawak sebagai contoh, permasalahan yang melibatkan EGTukar yang telah saya sebut di Dewan yang mulia ini sejak begitu lama, apakah penyelesaian yang telah pun dirancang oleh Menteri Kanan Pendidikan pada hari ini untuk menyelesaikan isu ini?
Begitu juga isu-isu yang melibatkan kawasan saya di Pasir Mas. Saya mahu supaya dapat diberikan perhatian Jalan-jalan Persekutuan yang telah pun tidak dibaiki begitu lama. Jalan dari Pasir Pekan, jalan dari Kutan, Tendong sehingga bandar Pasir Mas yang telah pun berlubang sana sini yang mengakibatkan kemalangan jalan raya yang tidak sedikit. Saya mohon supaya Kementerian Kerja Raya dapat memberikan perhatian yang khusus khususnya bagi memastikan kebajikan rakyat di Pantai Timur dan juga di kawasan saya ini dapat diberikan perhatian.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Yang Berhormat Pasir Mas.
Kapar, Kapar.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sila Yang Berhormat Kapar. Sikit sahaja.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Meneliti daripada keinsafan Yang Berhormat Pasir Mas yang begitu prihatin tentang masalah di Pasir Mas. Baru-baru ini saya melawat sahabat saya dan saya mendapat banyak maklumat terutama di Kampung Kalong bersebelahan dengan Kampung Gelang Mas. Apa yang saya lihat ialah air yang begitu kritikal yang berlaku di Kelantan itu amat mendesak untuk ia diberikan rawatan air yang baik supaya ia akan dapat dinikmati oleh rakyat Kelantan keseluruhannya.
Kedua, kalau boleh Yang Berhormat Pasir Mas, bersetujukah dengan saya, kita minta Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk memastikan mana-mana rumah yang begitu uzur, yang begitu usang, yang tidak memungkinkan manusiawi duduk dalam rumah itu diberikan peruntukan untuk mereka mendapat keselesaan hidup? Terutama
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
sekali di hujung-hujung kampung yang saya lihat bersempadankan dengan Sungai Golok.
Apa yang saya minta Yang Berhormat Pasir Mas, kita terpaksa mengetepikan, meminggirkan ideologi politik, tetapi kita berfikir ke arah manusiawi yang memerlukan pertolongan. Apakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya untuk mengheret Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan juga bersama-sama dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air untuk membantu mengangkat keselesaan masyarakat atau rakyat Kelantan? Terima kasih.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Jauh Yang Berhormat Kapar mengembara ke Pasir Mas. Masuk Pasir Mas tak bagi salam kepada saya.
[Ketawa] Walaupun demikian, saya setuju dan kampung yang dikunjungi oleh Yang Berhormat Kapar, saya pun tengok dalam Facebook, bekalan air masih belum sampai Yang Berhormat Menteri. Jadi saya rasa, saya minta supaya Yang Berhormat Menteri yang ada bersama dengan kita dapat sama-sama memberikan perhatian kepada isu bekalan air yang bukan sahaja tidak ada, tetapi sampai pun tidak ada― di bekalan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Juga kampung yang berhampiran dengan Sungai Golok ini juga mengalami masalah tebatan banjir yang saya kira lawatan Yang Berhormat Menteri― saya berterima kepada Yang Berhormat Menteri yang sudi berkunjung ke Rantau Panjang dan Pasir Mas baru-baru ini, memberikan penekanan supaya tebatan banjir dapat dilaksanakan, dapat dibuat dengan segera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Pasir Mas mohon menyokong. Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa usul Yang Berhormat dari Pontian sekarang ini terbuka untuk dibahas.
Saya dengan ini menjemput Yang Berhormat Port Dickson, Ketua Pembangkang untuk bercakap mengenai usul.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan tahniah atas tugas yang mencabar dan menerimanya pun dalam cabaran hangat. Saya bangun untuk menyampaikan ucapan menjunjung kasih terhadap Titah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Walaupun sesi tertangguh, tetapi kita mempunyai kesempatan untuk meneliti Titah Diraja yang memberi beberapa gesaan termasuk reformasi Parlimen. Saya harap Tuan Yang di-Pertua akan memberikan perhatian untuk meneruskan usaha memperbaiki urusan pentadbiran dan reformasi Parlimen yang telah berjalan.
Kita mendengar selain daripada titah, ucapan-ucapan Yang Berhormat Pontian dan sebentar tadi Yang Berhormat Pasir Mas dengan teliti. Umumnya mengakui bahawa keadaan [Tidak jelas] sekarang mencabar. COVID-19 diketahui― saya tidak bermaksud untuk berbicara tentang perkembangan, kesan dan dampak yang negatif kepada ekonomi Malaysia dan ekonomi dunia kerana ini semua disepakati.
Namun seperti mana dikatakan oleh pujangga, penyair W.B Yeats, keadaan itu memang gawat. Things fall apart, the centre cannot hold. Ini yang disebut new normal ini. Saya bimbang kerana new normal ini seolah-olah dianggap norma baru meneruskan kerja-kerja yang sama, kebobrokan yang sama, rasuah yang sama, pengagihan kerusi yang sama. Ini yang kita bimbang.
New normal ini patutnya dalam konteks pakar ekonomi pernah menyebut dalam menangani masalah krisis, Joseph Schumpeter, “gain of creative destruction”. Kita tahu ada destruction, bahawa sistem ekonomi, masalah pengangguran, masalah kebebasan, jarak sosial yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri saban hari― tahniah juga kerana kesungguhan ataupun kita sebut pembatasan sosial. Ini new normal.
Akan tetapi new normal ini bukan mengesahkan kaedah lama. Ia gain of creative destruction ini dengan izin, menurut Schumpeter, "Process of industrial mutation that
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
incessantly revolutionizes the economic structure from within, incessantly destroying the old one, incessantly creating a new one”.
Maknanya mesti ada tekad menggunakan kemusnahan, kerosakan, kebobrokan yang ada untuk membina dan membangun yang baharu. Ini kerana kita tahu kerosakan ini bukan berpunca dan bermula dari COVID-19. Rasuah menular menjadi satu sistem yang systemic dan hampir budaya yang sukar ditangani melainkan kita create yang disebut incessantly, dengan kesungguhan, dengan komitmen suatu budaya yang baharu. Ini maknanya meninggalkan.
Kalau kita bincang dalam mukadimah ini, kita bicara soal ekonomi, maka apa yang disebut parasitic corporate activities dikelilingi oleh kroni, memperkayakan keluarga dan kawan-kawan, yang mengangguk. Kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam 650,000, tetapi kenyataan Jabatan Perangkaan yang disiarkan, diulang dan ditegaskan tadi sudah mencecah 860,000.
Jadi saya nasihat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kalau beri keterangan di Parlimen, patut guna yang mutakhirlah ya.
[Tepuk] Ini penting kerana jarak 200,000 dalam satu hari, itu besar sangat. Angka ini disebut dan ini angka yang saya peroleh sejak berminggu yang lalu, bukan baru.
Dalam keadaan pengangguran begitu meluas, orang nak makan pun susah, usaha-usaha pakej rangsangan membantu. Saya akui yang dilakukan oleh kerajaan.
Jabatan-jabatan kerajaan, NGO dengan usaha gigih mereka, Ahli-ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri berikhtiar menyampaikan makanan. Akan tetapi, pimpinan negara dalam incessantly creating new era ini adalah usaha gigih menambah jumlah Menteri dan menambah jawatan GLC.
[Tepuk] Saya ingin mengingatkan― ini saya faham, yang dapat jawatan pun banyak kawan-kawan saya dan saya― tahniah atas jawatan tetapi saya kena ingat, orang menganggur mencecah kalau dijangka unjuran akhir tahun mungkin 1 juta. Akan tetapi, kita tumpu perhatian untuk mengagihkan kekayaan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Oleh sebab itu, dalam meneliti ucapan dan banyak pandangan yang saya setuju dan akur dari Yang Berhormat Pontian dan Yang Berhormat Pasir Mas. Akan tetapi, ada juga percubaan untuk seolah-olah mengesahkan yang lama. Dibangkitkan umpamanya, bukan hendak betulkan kepincangan yang lalu. Umpamanya, dikaitkan tentang mempertahankan kerosakan, salah guna kuasa Tabung Haji umpamanya yang diketahui.
Saya tahu, kalau tidak pun dalam kalangan kepimpinan UMNO, kepimpinan PAS, ramai yang setuju dengan saya kerana ini pandangan yang lama yang disuarakan.
Tabung Haji, ya, setuju. Wajar disiasat dengan telus. Bukan untuk memfitnah, bukan untuk mencari alasan-alasan, meresahkan kesalahan-kesalahan yang lalu. Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan menggunakan ruang dalam menjawab nanti. Insya-Allah. Berikan pandangan yang benar. Apa yang berlaku dan kecurangan yang berlaku kerana ini adalah badan amanah umat Islam dan amanah orang Melayu.
Kalau ini pernah berlaku dalam Tabung Haji, bayangkan bagaimana kita hendak incessantly creating a new age, a new era dengan mempertahankan kebobrokan yang lama.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Minta laluan Yang Berhormat Port Dickson.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Minta laluan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Sila.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson atas laluan. Yang Berhormat Port Dickson menyentuh tentang Tabung Haji. Satu institusi yang sangat sensitif dengan orang Melayu Islam. Legasi Ungku Omar yang buat kajian kenapa orang Melayu simpan duit.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Prof Diraja Ungku Aziz. Prof Diraja Ungku Aziz.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Prof Diraja Ungku Aziz. Antaranya orang Melayu simpan duit disebabkan hendak pergi ke Mekah. Jadi, beliau cadang dan kemudian beliau mulakan Tabung Haji. Tabung Haji bermula dengan cantik dan hebat, ya.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Ada dua fungsi. Pertama, terima duit pendeposit. Kemudian, apabila naik giliran haji, maka, diuruskan pengangkutan, penginapan, makan minum dan sebagainya.
Tabung Haji juga menggunakan sebahagian daripada duit pendeposit untuk melabur. Ya, alhamdulillah berkembang dengan begitu gah dan membanggakan.
Daripada keuntungan itu, diberikan hibah. Mengikut Akta Tabung Haji 1995, seksyen 23(2), hibah dibayar apabila aset melebihi liabiliti. Tuan Yang di-Pertua, di antara tahun 2011 hingga tahun 2017, pendeposit baharu Tabung Haji ini, meningkat tinggi, sebanyak 10.6 peratus pendeposit. Apa tarikan mereka?
Tabung Haji menawarkan hibah atau dividen yang paling tinggi berbanding institusi Perbankan Islam yang lain. Ada sembilan juta pendeposit Tabung Haji. Daripada sembilan juta itu, hanya 1.3 peratus penyimpan yang memegang lebih 50 peratus daripada nilai simpanan Tabung Haji. Segelintir saja, sebanyak 117 ribu atau 1.3 peratus, simpan lebih separuh daripada total simpanan pendeposit bernilai sembilan juta.
Jadi, Tabung Haji kena membayar hibah setiap tahun. Bayar hibah, bayar hibah.
Baik, tahun 2014, Bank Negara tegur Tabung Haji sebab pada ketika itu, aset sudah pun kurang berbanding liabiliti. Bank Negara tegur. Gabenor Bank Negara hantar. Akan tetapi, Tabung Haji teruskan juga memberikan hibah. Baik.
Tahun 2017, Penyata Kewangan Tabung Haji dibentangkan kepada Jemaah Menteri. Saya masa itu dalam Jemaah Menteri. Yang Berhormat Pagoh dalam Jemaah Menteri dan sebahagian besar kita. Kita terkejut apabila diberitahu dalam laporan kewangan itu, Audit tegur. Teguran yang paling ketara ialah penyediaan penyata kewangan tahun 2013 tidak...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ini berucap kah apa ini? Berucap kah apa ini?
[Dewan riuh]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Yang Berhormat Pasir Salak itu kah? Kalau tidak setuju, nanti minta laluan dengan Yang Berhormat Port Dickson. Saya okey. Saya bertanggungjawab terhadap fakta yang saya lafazkan dalam institusi Parlimen ini. Diberitahu bahawa penyediaan laporan kewangan itu bukan oleh penilai bebas. Akan tetapi, oleh pengurusan dalaman Tabung Haji. Hakikat sebenar tahun 2017, Tabung Haji rugi. Akan tetapi, dilaporkan untung. Jadi, apa kita buat?
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tangkap dia.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Kabinet kemudian mengarahkan sahabat saya, Yang Berhormat Parit Buntar, supaya lantik PricewaterhouseCoopers, dapatkan pandangan daripada Audit, dapatkan pandangan daripada Institut Akauntan yang mengawal dari segi disiplin audit sesebuah badan.
Kemudiannya, didapati bahawa untuk tahun 2017, Tabung Haji sebenarnya rugi sebanyak RM1.42 bilion dan defisit terkumpul sebanyak RM4.8 bilion.
Siapa siapkan ini? PricewaterhouseCoopers, Audit, Institut Akauntan.
Semuanya ini mengesahkan angka ini dan Laporan Kewangan Tahun 2017 Tabung Haji yang disiapkan oleh badan pengurusannya yang dibentangkan kepada Lembaga Pengarahnya mengisytiharkan Tabung Haji, untung RM3.412 bilion dengan lebihan terkumpul RM1.62 bilion.
Kita dapati pada ketika itu, Tabung Haji sedang sakit. Hibah kalau mengikut seksyen 23(2) tidak boleh dikeluarkan. Lalu, Jemaah Menteri meminta Yang Berhormat Parit Buntar supaya dibentangkan pelan pemulihan dan penstrukturan semula.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Kita hendak dengar Yang Berhormat Port Dickson.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Aset yang diasingkan, yang rugi diasingkan pada Special Purpose Vehicle di bawah Minister of Finance Incorporated. Akan tetapi, di luar sana, Kerajaan Pakatan Harapan diserang jual Tabung Haji kepada orang Cina. Di kawasan saya, Masjid Taman Selasih, YDP PAS kawasan berkhutbah, “Ittaqullah, Ittaqullah”. Tajuk khutbahnya minggu itu ialah Kerajaan Pakatan Harapan jual Tabung Haji kepada orang Cina. Captured crowds dalam masjid, apa kita boleh cakap?
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Ini fitnah.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim Bandar Baharu
Baik. Apa kita buat? Kerajaan Pakatan Harapan kemudiannya setelah meneliti, mencadangkan penyelesaian. Penyelesaiannya adalah tahun itu, kerajaan suntik RM500 juta dan mulai tahun 2021, onwards selama 10 tahun, kerajaan suntik RM1.73 bilion menjadikan RM17.3 bilion campur RM500 juta hampir RM18 bilion, tindakan Kerajaan Pakatan Harapan menyelamatkan Tabung Haji akibat penyelewengan daripada pemerintah terdahulu.
[Tepuk] Saya sebut ini dan saya akan sebut dalam perbahasan saya. Saya akan juga berinteraksi dengan sahabat saya, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama) yang sekarang ini dapat mengesahkan jawapannya semalam kepada soalan Yang Berhormat Parit Buntar, Tabung Haji tidak dijual kepada bukan Islam.
[Tepuk]
Beberapa Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Alhamdulillah.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tabung Haji tidak dijual. Syernya dijual. Asetnya dijual.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Dalam perkara tata kelola ini, saya percaya, senada saya dengan Yang Berhormat Port Dickson, perkara tentang urus kendali, good practice of good governance dalam institusi sensitif orang Melayu, telah terbukti bahawa dalam 22 bulan, kita telah membuat keputusan politik memberikan suntikan dana sebesar RM18 bilion untuk menyelamatkan Tabung Haji.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Port Dickson...
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Yang Berhormat Port Dickson tidak ada dalam Kabinet tetapi lama di dalam Kabinet sebelum itu, tentu dapat memberikan komen. Terima kasih.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Yang Berhormat Port Dickson mohon sedikit laluan daripada Yang Berhormat Parit Buntar?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Nanti, nanti. Sebelum Yang Berhormat Parit Buntar, saya hendak...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Selepas itu Baling Yang Berhormat Port Dickson ya.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Ambil maklum jawapan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) semalam yang membantu dalam wacana ini.
Keduanya, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu kerana memberikan pencerahan. Kita gunakan Parlimen ini untuk memberikan fakta. Pengalaman saya di Kementerian Kewangan, SPV ini bukan penyerahan kepada Kementerian kewangan. Ini hanya satu jalan atau jalur untuk menyelamatkan beberapa keadaan.
Maka, dibentuk Special Purpose Vehicle (SPV), bukan milik Menteri Kewangan seperti mana yang didakwa. Yang Berhormat Parit Buntar, dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Dengan izin. Terima kasih kepada Yang Berhormat Port Dickson dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menambah sedikit untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, bahawa isu yang dibangkitkan itu, bukan sahaja disebabkan kerana RM10 bilion sebenarnya. Apabila kami mengambil-alih pada Mei dan Jun tahun 2018, defisit sudah membengkak kepada RM10 bilion. Kenapa?
Ini penting disebabkan ini soal integriti Yang Berhormat Port Dickson sentuh.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Bukan sahaja aset semakin berkurangan― dan ini amat berbahaya. Ini untuk kawan-kawan yang menuduh pelbagai tuduhan itu termasuk Pengerusi Tabung Haji yang ada di sini. Bahawa sejak tahun 2014, Gabenor Bank Negara telah memberi amaran.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Kita sewaktu itu sebagai pembangkang, Tuan Yang di-Pertua, telah pun melahirkan kebimbangan ini. Cuma, waktu itu kita bukan kerajaan.
Akan tetapi bila kita ambil alih, seperti yang disebut PricewaterhouseCoopers begitu juga dengan Jabatan Audit Negara, saya ingin tambah satu lagi, dalam emphasis of matter, mereka menyatakan bukan sahaja isu aset berbahaya sekarang tetapi nilai aset itu tidak dibuat nilai rosot yang sebenarnya.
Oleh sebab itu, bila saya ambil alih, defisit sudah jadi RM10 bilion bukan lagi RM4.1 bilion, Tuan Yang di-Pertua. Makna, dua kesalahan besar dari sudut integriti dalam Tabung Haji yang dulu tidak mereka tumpukan iaitu ketika diberi amaran aset lebih rendah yang menyebabkan hibah tidak boleh dibayar tetapi mereka terus membayar dan ini menyalahi akta yang sepatutnya Pengerusi Tabung Haji mempertahankan Akta Tabung Haji ini.
Akan tetapi, oleh sebab hendak bagi juga hibah, maka mereka pun buatlah akaun cantik-cantik tidak ikut nilai rosot yang sebenar menyebabkan jikalau berterusan, Tuan Yang di-Pertua, dalam Dewan ini saya menyatakan, mungkin Tabung Haji akan tutup kedai kalau tidak ada Pakatan Harapan menyelamatkan Tabung Haji.
[Tepuk] Akan tetapi malangnya, Yang Berhormat Port Dickson, saya minta supaya dimasukkan dalam ucapan, iaitu kita kena tanya kepada komitmen kerajaan sekarang.
Kalau dulu Pakatan Harapan RM17.8 bilion kita komitmen, setiap bajet baru ini RM500 juta, tahun seterusnya sampai tahun 2030 kita tetapkan bajet RM1.7 bilion untuk selamatkan Tabung Haji, minta Yang Berhormat Port Dickson bertanya kepada Yang Berhormat Menteri yang ada pada hari ini, adakah Kerajaan Perikatan Nasional ada komitmen berterusan untuk menyelamatkan Tabung Haji ini? Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Port Dickson, Baling minta sedikit pencelahan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Oleh sebab perkara ini dibangkitkan, saya bagi dengan izin Tuan Yang di-Pertua kepada Yang Berhormat Baling untuk menutup kes ini supaya saya boleh sambung ke mauduk lain.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih.
Saya hormat Yang Berhormat Port Dickson. Saya pun tidak mahu panjang lebar.
Sebenarnya kita tahu Tabung Haji ini diwujudkan dalam Dewan yang mulia ini.
Akta Tabung Haji. Sebab itulah ia tidak di bawah Bank Negara. Walau bagaimanapun, bila Bank Negara telah mengusulkan satu surat kepada saya, saya sendiri minta temu janji dengan Gabenor, dua tahun saya tidak dapat jumpa, untuk makluman.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tidak apa.
Saya hendak minta Yang Berhormat Port Dickson untuk usulkan juga dalam ucapan pada hari ini, kami belah sini 23 bulan yang lalu kita minta, kita pohon Kerajaan Pakatan Harapan pada waktu itu di bawah kepimpinan Menteri yang bijaksana untuk wujudkan RCI, siasat 100 peratus, sampai sekarang tidak buat. Tanya Perdana Menteri yang sekarang ini, adakah RCI hendak diwujudkan? Lebih telus lagi untuk kita dapat jawapan yang tepat. Terima kasih.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Saya tidak berhalangan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang Menteri Dalam Negeri dulu. Dia ramai Kabinet, setengahnya ada belah sana, mungkin satu pertiga. Jadi, itu pertimbangan kerajaan. Kalau nampaknya ada pertikaian, Menteri Agama akan teliti.
Sekiranya tidak ada yang mempertikai dan mempersoalkan kebenaran kenyataan tentang suntikan yang terpaksa dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan begitu, maka boleh dibuat satu siasatan yang bebas. Ini mungkin akan meleraikan keadaan kerana ini menimbulkan sebegitu hangat perbincangan dan juga kebimbangan. Saya rasa satu bebanan kepada rakyat terutama yang berikhtiar dan ikhlas untuk menabung untuk menunaikan fardu haji.
Jadi, untuk menjawab, saya secara peribadi tidak ada halangan malah saya memilih minta Perdana Menteri untuk memberikan pertimbangan. Akan tetapi, yang penting bukan siasat. Apa yang penting adalah tindakan tegas untuk membetulkan dan menghukum orang-orang yang menyalahgunakan kuasa.
[Tepuk]
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Yang Berhormat Port Dickson, Kapar, Kapar.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Saya ingat saya hendak sambung. Jadi kita― sekejap ya.
Kemudian, saya hendak juga sentuh di sini― kita dengar dua ucapan terutama ucapan daripada Yang Berhormat Pontian agak menarik kerana serangan kepada Pakatan Harapan itu kuat dan tinggi. Saya ucap terima kasih kerana dia tegas. Saya nasib baik tidak terlibat dalam Kerajaan Pakatan Harapan.
Akan tetapi, saya hendak ingatkan Yang Berhormat Pontian, yang dia serang itu Perdana Menteri sekarang. Perdana Menteri sekarang itu orang kuat dalam Pakatan Harapan. Yang dia serang itu adalah sebahagian besar menteri-menteri Pakatan Harapan. Kalau orang PAS serang, saya boleh terima sedikit kerana memang tidak bertanggungjawab, tidak terlibat secara langsung. Akan tetapi kalau orang yang terlibat, itu sukar kita pertahankan. Jadi patutnya ada― mereka bilang, mereka berbicara tentang collective responsibility.
Malah dalam kes macam kita dengar tadi arwah Adib, ia di bawah Menteri Dalam Negeri. Menteri Dalam Negeri itu sekarang Perdana Menteri. Aneh sekali politik di Parlimen ini. Seolah-olah semua itu dipadamkan dan dijurus hanya Pakatan Harapan.
Saya bukanlah pendukung kuat Yang Berhormat Langkawi ya, tetapi saya rasa harus berlaku adil dalam perkara ini.
[Ketawa] [Tepuk] Baik.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Port Dickson, boleh?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Okey, okey.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ini fasal...
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi - Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali
Kena ulang sekali lagi, Yang Berhormat.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Saya? Okey, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ini hendak mendapat penjelasan yang mengenai kes Adib ini. Betullah Menteri KDN masa itu Perdana Menteri sekarang tetapi pendakwaannya di bawah Peguam Negara. Kalau kita lihat sejarah kes Adib ini, pihak polis dah buat cadangan pada AG untuk tukar daripada tuduhan cubaan membunuh kepada tuduhan membunuh, seksyen 307 kepada seksyen 302.
Persoalannya, kenapa Peguam Negara menolak dan tidak meneruskan pendakwaan?
Itu yang kita persoalkan. Yang melantik Peguam Negara ini adalah Kerajaan Pakatan Harapan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Terima kasih. Boleh tanya tetapi lebih sesuai tanya Menteri Dalam Negeri ketika itulah. Saya Ahli Parlimen Port Dickson. Boleh saya ambil kira pandangan itu dan saya masukkan dalam draf supaya Perdana Menteri jawab. Terima kasih.
Saya juga hendak menyentuh tentang apa yang disebut tentang keabsahan, legitimacy. Kita tidak pertikai keputusan Yang di-Pertuan Agong dalam pelantikan Perdana Menteri dan mengesahkan Jemaah Menteri. Kita tidak mempertikaikan proses undang-undang. Apa yang kita mempertikaikan ini adalah peraturan dan etika politik.
Kita pertikaikan ada yang menyatakan, umpamanya, bahawa memang ada mandat. Mandat itu bukan kepada Ahli Parlimen perseorangan. Mandat itu kepada parti.
Parti dengan janji yang jelas dalam pilihan raya. Janji itu adalah memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan. Ini tidak boleh dipertikaikan.
Soal yang berlalu dengan dapat dukungan majoriti Ahli Parlimen, saya tidak pertikai. Soal pengkhianatan, kita tidak pertikai. Memang benar pengkhianat. Tiga hari sebelum itu, depan saya bertepuk meja, berpekik terlolong nak pertahankan Yang Berhormat Langkawi mati-matian sampai habis penggal. Tiga hari selepas itu lompat macam katak. Itu yang kita sebut soal pengkhianatan. Jadi, yang lain yang tidak bersangkutan, janganlah marah sangat. Kita ada khusus bab ini. Saya percaya Yang Berhormat Tanjong Karang pun setuju kerana dia pun faham tentang masalah ini.
Baik, saya hendak sambung dalam masa yang singkat ini...
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Boleh Yang Berhormat Port Dickson? Sikit sahaja, sikit sahaja.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Saya terus, saya terus.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Boleh hendak minta penjelasan sikit? Boleh?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Saya tidak mahu― Tuan Yang di-Pertua, maaf. Saya tidak mahu soal legitimacy― saya ada pendirian yang jelas.
Sudah disuarakan, sudah didebatkan. Waktu Parlimen panjang dibahaskan bab ini, pertelagahan juga panjang. Jadi, saya hendak terus tentang petikan perbahasan.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tidak, saya hendak tanya satu.
Hendak tanya satu sahaja, Yang Berhormat Port Dickson. Masa kita menghadap Yang di-Pertuan Agong, mengapa jadi tiga calon Perdana Menteri?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Esok saya bagi.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Masa kita menghadap Yang di-Pertuan Agong, semua Ahli Parlimen menghadap Yang di-Pertuan Agong, mengapa ada dua calon Perdana Menteri daripada sebelah sana? Siapa yang mengkhianati siapa ini?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Baik, baik. Terima kasih.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat Port Dickson khianat Yang Berhormat Langkawi atau Yang Berhormat Langkawi khianat Yang Berhormat Port Dickson?
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Port Dickson tak bagi jalan. Yang Berhormat Port Dickson tak bagi jalan.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Peraturan Mesyuarat 37.
[Dewan riuh]
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Kalau, kalau...
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Tak bagi jalan, boleh duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Duduk lah. Yang Berhormat Port Dickson tak bagi jalan lah.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Yang Berhormat Tanjong Karang, boleh duduk.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Kalau ikhlas, calon satu Perdana Menteri sudah lah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Duduk lah.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Saya minta Tuan Yang di- Pertua, tolong ambil tindakan Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tak faham peraturan kah?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ya, terima kasih. Saya hendak tanya. Kita semua terlibat dipanggil pergi menghadap Yang di-Pertuan Agong. Pada masa itu, masing-masing Ahli Parlimen diberikan kebebasan, nak calon siapa jadi Perdana Menteri. Persoalan saya, kami terus terang. Kami dengan MN, saya sendiri tulis bubar Parlimen. Akan tetapi yang sebelah sana, mengapa ada yang calon Yang Berhormat Port Dickson, mengapa ada yang calon Yang Berhormat Langkawi? Kalau campur undi yang calon Yang Berhormat Langkawi dengan calon Yang Berhormat Port Dickson, tentu kami tak jadi kerajaan.
Masalahnya antara Pakatan Harapan itu pun ada yang mengkhianati antara satu sama lain. Setuju kah tidak?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Setuju.
[Ketawa] Baik. Saya tak persoalkan itu. Saya persoal proses. Saya sebut secara spesifik, orang yang khianat kami. Yang Berhormat nak rasa pasal apa?
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Saya tak– biar jelas yang itu ya. Jadi saya nak tumpu sekarang...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Port Dickson, satu sahaja. Sedikit sahaja Yang Berhormat. Sedikit sahaja.
Apa pun Yang Berhormat, apa pun Yang Berhormat hujah, kami tahu. Adakah Yang Berhormat Port Dickson setuju ini semua angkara Yang Berhormat Langkawi? Itu sahaja yang saya pohon daripada Yang Berhormat Port Dickson sebagai gentleman. Oleh sebab hari ini semua ini tepuk meja, sokong Yang Berhormat. Akan tetapi bila waktu dan ketikanya yang diperlukan, mereka loncat. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Port Dickson?
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Ini Yang Berhormat Baling nakal ini. Yang Berhormat Baling, nakal ini.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Saya mahu lihat ke depan.
Mahu maju sebagai satu pasukan...
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat, kami pun mahu tengok ke depan, pilihan raya cepat.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Hendak bawa perubahan di negara ini.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi - Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali
Jawapan selamat itu.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Jangan hendak gaduh soal sejarah, ini sejarah – saya ini sejarah penuh derita puluhan tahun. Jadi, tak payah bincang.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Tak ada orang di Malaysia ini yang lalui begitu. Jadi sabar sahajalah.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Shah Alam.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Baik, soal ekonomi. Kalau boleh esok, esok sambung.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Okey.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Sebab saya nak manfaatkan waktu ini, akhir tentang soal ekonomi. Mengapa saya nak ulas Perdana Menteri, mengapa sidang Parlimen itu penting. Perdana Menteri menyebut, kita mesti segerakan.
Jangan tunggu nak bahas atau debat. Saya setuju.
Persidangan Parlimen itu bukan untuk melengahkan. Semua keputusan, malah Pakej Rangsangan Pertama sebelum Parlimen bersidang, kita memberi sokongan. Kita tak kata ini tertakluk kepada perbahasan. Cuma kita kata harus disusuli dengan perbahasan. Kita belanja setakat ini lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK). Singapura 20 peratus, Australia 10 peratus, Singapura adakan perbahasan Parlimen. Tidak menjejaskan program.
Australia, Kanada, House of Commons UK adakan perbahasan, tidak melengahkan. Kita pun begitu. Apa sebabnya? Sebab ada beberapa angka, data, program, harus dibahaskan. Parlimen ini harus dimanfaatkan untuk mendengar hujah sepertimana yang kita dengar dari pelbagai pihak untuk betulkan.
Saya bagi satu angka sahaja untuk petang ini. Kekuatan ekonomi kita itu RM1.6 trilion satu tahun. Kalau dikira dua bulan, RM133 bilion. Yang kita masukkan dalam seluruh Pakej Rangsangan ini, kita boleh cerakin dan pertikai beberapa aspek yang dipersoalkan, yang diluluskan itu tidak sampai RM300 bilion. Maknanya, kalau kita ambil angka ini pun, bermakna suntikan itu harus ditambah, pakej itu tidak mencukupi. Paling maksimum boleh mampu bertahan ekonomi tiga bulan. Maka, kita usulkan supaya suntikan dana untuk merangsang semula ekonomi dan juga social safety nets itu ditambah.
Jadi bukan kita menentang. Selama ini pun beberapa kenyataan awal dan saya sendiri menyokong inisiatif yang dibuat dan diumumkan oleh Perdana Menteri. Akan tetapi kita kata berilah ruang untuk kita bahas. Oh! Jawab, tidak perlu kerana ini akan mempersulit kan pelaksanaan. Pelaksanaan teruskan. Akan tetapi perbahasan itu perlu kerana dalam angka yang pertama sahaja disebut, unjuran kemelesetan ekonomi paling akhir, Bloomberg dan Boston Consulting Group, semua menunjukkan bahawa keadaan tidak positif.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Unjuran awal Menteri Kewangan meleset. Beliaulah satu-satunya Menteri Kewangan dunia yang rasa V-shaped growth itu akan berlaku. Tak apa lah, kerana mungkin pengalaman, mungkin kerana nak memberikan gambaran yang positif, tak apa.
Akan tetapi sekarang beliau mengaku keadaan lebih rumit. Sebab itu perbahasan itu penting di Parlimen.
Perdana Menteri bagi jaminan dan saya sambut baik bahawa pada sesi ini juga akan dibentangkan supaya boleh dibahaskan. Jadi kita sekarang dah bahas Titah Diraja yang agak terlambat berbulan-bulan. Belum lagi kesempatan bahas Pakej Rangsangan baharu yang mahu diberikan dengan suntikan tambahan.
Unjuran ekonomi negara kita tenat. Saya tidak mahu memberikan satu gambaran yang negatif. Dalam bidang ekonomi dan pembangunan, kita harus realistik kerana ini masalah bersama. Ini bukan masalah parti, bukan masalah kerajaan ataupun pembangkang. Unjuran pengangguran yang disebut oleh Perdana Menteri semalam, itu 200 ribu tersasar. Unjuran sebenar dianggap lebih tinggi.
Kalau ini sahaja yang kita bicara, soal pengangguran ataupun orang yang hilang pekerjaan, tak termasuk apa yang disebut angka ini daripada Jabatan Statistik dan juga PERKESO, tidak termasuk yang diberi cuti tanpa gaji.
Tuan Yang di-Pertua, yang diberi cuti tanpa gaji itu effectively tak ada kerja. Cuti tanpa gaji. Kalau sebulan okey, dua bulan, tiga bulan, empat bulan, itu menjadi masalah keluarga. Saya percaya Ahli-ahli Parlimen dari semua parti tahu bila kita turun ke bawah, masalah itu, derita rakyat, kesempitan hidup itu real. Oleh sebab itu, Parlimen itu harus dimanfaatkan untuk membahaskan ini secara yang teliti kerana sepertimana yang saya sebut, peruntukan lima peratus itu tidak cukup.
Mesti ada suntikan lebih, cuma Menteri Kewangan harus jelaskan dari mana. Menteri Kewangan jawab, dari ekosistem kewangan negara. Ini bukan jawapan, Yang Berhormat Menteri.
Jawapan ini harus spesifik, Menteri Kewangan. Ini kerana rakyat harus tahu, Ahli Parlimen harus tahu dari mana? Dari ekosistem. Ya, itu tak payah Menteri jawab.
Saya boleh minta ketua kampung di Port Dickson boleh jawab.
[Ketawa] Cuma dia jawab istilah lain lah. Dia kata – dari sumber negeri atau sumber tempatan, dia tak reti istilah ekosistem itu.
Jadi ini yang memerlukan pembentangan yang lebih teliti oleh Menteri Kewangan. Kemudian perbahasan yang lebih menyeluruh kerana sumber itu pada pendapat saya, kalaupun luar daripada ekosistem, tak jadi masalah. Defisit ditambah, tidak menjadi masalah. Kita dalam keadaan biasa, Tuan Yang di-Pertua, sangat keras menentang menurunnya defisit.
Akan tetapi dalam keadaan kegawatan ekonomi dan COVID-19 yang melanda, defisit itu bukan boleh diambil perkiraan. Kehidupan rakyat, kemiskinan, makanan mereka, keperluan kesihatan mereka, pendidikan mereka, itu harus utama daripada defisit. Kemudian, kita nak tahu cerakin, dibantu siapa? Siapa yang dapat bantuan ini?
Siapa yang dapat paling banyak pengaruh? Oleh kerana kita ada pengalaman di negara kita ini. Selalunya bila dibantu, dibantu korporat besar-besar dulu.
Jadi peringkat awal pengumuman Perdana Menteri, saya sambut sebab diberikan perhatian kepada golongan berpendapatan rendah atau yang menganggur.
Akan tetapi bila datang peringkat kemudian ini, nampaknya perbincangan-perbincangan itu telah teruk – nampak menjurus kepada kelompok yang maha kaya.
Saya tidak bersetuju, kalau pendekatan begini dalam keadaan sejuta orang menganggur, dan mungkin bertambah pada tahun hadapan, orang yang hilang pekerjaan seperti kita sebutkan, bahkan yang miskin. Saya percaya di Raub, di Temerloh, di mana- mana tempat yang kita lalui.
Bukan sahaja di desa, tetapi juga miskin bandar. Itu menghadapi masalah yang lebih besar yang saya akan sentuh soal kemiskinan secara besar tetapi menunjukkan bahawa kita yang turun ke bawah dan ikut peraturan pembatasan atau jarak sosial yang juga problem bila kita turun ke kampung. Kita akan menyedari bahawa masalah itu real. Masalah yang ada, yang bertambah dengan kepincangan COVID-19.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Jadi, saya kata dalam gale of creative destruction ini, kita gunakan ruang untuk memberikan satu tekanan yang paling hebat untuk membantu rakyat miskin yang majoritinya Melayu dan bumiputera. Tak payah kita jerit Melayu, Melayu, Melayu tetapi kenyataannya yang paling miskin Melayu ya. Boleh? Ada masa?
Tuan Yang di-Pertua
Ya, kita sambung sehingga 5.45?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Okey, baik.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Yang Berhormat Port Dickson, minta jalan?
Beberapa Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Pukul 5.45? Bukan 5.30?
Tuan Yang di-Pertua
Ya, 5.30 tetapi saya boleh sambung sehingga 5.45.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Akan tetapi kalau esok pun tak apa.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau esok, okey. Kalau begitu Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi esok, hari Rabu, 15 Julai 2020.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.31 petang]