Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
1. Dato' Sri Dr. Santhara [Segamat] minta Perdana Menteri menyatakan, terdapat beberapa akta drakonian dan zalim yang masih wujud di Malaysia. Ini termasuklah Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA), Akta Pencegahan Keganasan 2015
(POTA), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Majlis Keselamatan Negara 2016, Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA). Kesemua akta ini bersifat menyekat kebebasan rakyat, malah pernah digunakan oleh kerajaan terdahulu. Apakah status pemansuhan akta tersebut seperti mana tertulis dalam manifesto Pakatan Harapan.
Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan pada hari ini sepertimana janji manifesto Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum yang lalu telah pun mengenal pasti beberapa undang-undang yang perlu dikaji, dipinda atau dimansuhkan seperti berikut:
(i) Akta Hasutan 1948 (Akta 15);
(ii) Akta Pencegahan Jenayah 1959;
(iii) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984;
(iv) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012; dan
(v) Akta Majlis Keselamatan Negara 2016.
Dalam hal ini, pihak kerajaan melalui kementerian yang berkaitan dan dibantu oleh Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan susulan yang mana berkaitan. Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan sebenarnya tidak mengabaikan janji-janji yang telah dibuat.
Malah, mengambil tindakan untuk meneliti setiap peruntukan dalam undang-undang yang berkenaan secara terperinci sebelum sesuatu keputusan bagi meminda atau memansuhkan undang-undang tersebut dimuktamadkan.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah kerajaan yang mendukung penuh undang- undang, dengan izin, the rule of law, pindaan atau pemansuhan sesuatu akta perlu dibuat secara berhati-hati. Ini kerana prinsip asal semasa akta-akta tersebut digubal dan seterusnya diluluskan oleh Dewan yang mulia ini. Sudah pastilah bertujuan untuk menjaga hak kepentingan dan keselamatan rakyat secara keseluruhannya.
Misalnya, Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 [Akta 747] (SOSMA) digubal dan diluluskan bertujuan untuk menentang perbuatan subversif dan tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam bagi Kementerian Dalam Negeri terutamanya pihak Polis Diraja Malaysia berpendirian SOSMA ini masih diperlukan dalam mengekalkan ketenteraman awam, menjamin keselamatan dan membendung aktiviti jenayah di negara ini.
Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Namun begitu, kita dapati terdapat ruang bagi ia disalah guna untuk kepentingan tertentu sekali gus menimbulkan keresahan di kalangan rakyat. Oleh yang demikian, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kita perlu mengambil kira keresahan yang dibangkitkan ini di samping tidak mengetepikan keperluan keselamatan negara.
Tuan Yang di-Pertua, hasrat kerajaan pada masa ini ialah bagi memperkemaskan lagi akta yang dikenal pasti berkenaan sama ada melalui pemansuhan secara menyeluruh atau pindaan peruntukan tertentu dalam akta-akta tersebut supaya terdapat keseimbangan di antara keperluan penjagaan hak, kepentingan dan keselamatan negara dengan hak asasi manusia serta prinsip keadilan yang diinginkan oleh rakyat. Namun, ia perlulah dilaksanakan selepas kajian yang mendalam dan berhati-hati supaya negara ini dapat ditadbir dengan baik dan kemakmurannya dapat dikecapi bersama. Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Santhara - Segamat
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan rombongan warga pendidik daripada Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru yang hadir pada hari ini. Selamat datang...
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Selamat datang.
Dato’ Seri Dr. Santhara - Segamat
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya faham keperluan akta-akta ini untuk menjaga keselamatan. Ini kerana kita faham bagaimana di Hong Kong dan juga sebagainya, tanpa akta-akta ini maka jadi huru-hara dan keamanan juga mungkin tergugat. Pada masa yang sama, kita juga faham bahawa baru-baru ini seramai 12 orang telah ditangkap dan juga didakwa kerana LTTE, dan sebagainya. Dalam Akta SOSMA, kita faham keperluan akta itu tetapi yang penting, saya mahu tanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, bagaimana kita hendak mengelakkan rakyat Malaysia untuk tidak menyertai, menderma atau derma tanpa pengetahuan mereka (organisasi di senarai hitam).
Baru-baru ini saya terbaca ada juga seorang guru warga Melayu yang diberikan RM300 donation atas talian, dan dia juga didakwa. Maknanya, kalau kita ada satu senarai yang dikeluarkan oleh KDN - ini sekian, sekian, sekian, adalah organisasi-organisasi yang tidak boleh diberikan dan sebagainya. Maka, ini akan mengelakkan ramai di antara kita mungkin didakwa, termasuk saya sendiri, mungkin saya tidak tahu saya menderma dan akhirnya saya didakwa. So, saya mahu tanya pandangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Tuan Yang di-Pertua, dalam melaksanakan undang-undang, kuasa perlulah diberikan kepada mereka yang ditugaskan untuk melaksanakan undang-undang. Dalam kes yang disebut ini, pihak polislah yang berkuasa.
Terpulang kepada mereka untuk mendapatkan bukti-bukti yang jelas, sebelum mereka mengambil tindakan di bawah mana undang-undang termasuk undang-undang SOSMA.
Namun demikian, pihak kerajaan berpendapat bahawa undang-undang itu tidak lengkap kerana tidak membezakan antara perbuatan yang ringan dengan perbuatan yang berat. Umumnya, di bawah undang-undang ini juga, kita guna untuk menahan mereka yang terlibat dengan keganasan umpamanya, seperti melengkapi diri mereka dengan bom ataupun membuat perancangan untuk membunuh seseorang.
Akan tetapi, di masa yang sama, ada juga bukti yang tidak begitu kuat iaitu contohnya mereka cuma terperangkap, mengambil gambar dengan orang yang kemudiannya dikenali sebagai seorang pengganas. Bukanlah salah dia, tetapi sebaliknya dia tidak kenal orang itu ataupun dia memberi bantuan wang sebanyak RM200 atau RM300- yang tidak boleh menjatuhkan kerajaan. Ini berlaku. Maka terpulanglah kepada pihak polis untuk mengasingkan tuduhan-tuduhan yang tidak cukup asasnya, dengan yang jelas akan membawa kepada ancaman terhadap keselamatan negara.
Dalam kes yang disebut tadi, kerajaan telah mengkaji semula undang-undang, kerana kita perlu asingkan jenayah yang ringan, dengan jenayah yang mengancam keselamatan negara.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Pasir Mas.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Saya ingin tahu, apakah jaminan kerajaan bahawa sebarang pemansuhan terhadap akta-akta tersebut hanya akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih baik berbanding sebelum ini? Dan apakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kini mempunyai pandangan yang berbeza terhadap keperluan Malaysia melaksanakan akta-akta tersebut pada masa kini, berbanding ketika pada zaman Perdana Menteri Keempat dahulu?
Sekian, terima kasih.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Tuan Yang di-Pertua, saya telah mendengar teguran-teguran dan kritik daripada orang ramai serta Ahli Parlimen. Maka, kerajaan berpendapat bahawa undang-undang itu perlu disemak semula, supaya orang yang tidak bersalah, tidak akan terkena kepada penguat kuasa undang-undang itu...
[Tepuk]
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Satu lagi, Tuan Yang di-Pertua?
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Mohon, Kubang Kerian.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan dengan sumbangan kerajaan terdahulu kepada mangsa peperangan di Sri Lanka sebanyak USD1 juta, kepada mangsa peperangan yang melibatkan LTTE di waktu itu. Terima kasih.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Tuan Yang di-Pertua, setakat ini kita belum dapat bukti yang jelas tetapi kalau Ahli Yang Berhormat mempunyai bukti yang jelas, kita minta supaya dia membuat laporan, supaya tindakan dapat diambil.
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang saya ingin menjemput Yang Berhormat Kota Melaka
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengemukakan soalan, saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran rombongan daripada Sin Chew Daily, negeri Perak...
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Selamat datang ke Parlimen.
2. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] minta Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan, status pelaksanaan mekanisme Incentive Based Regulations (IBR) dalam penentuan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia setiap enam bulan, dan adakah tarif akan meningkat bulan Januari 2020 nanti.
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Puan Yeo Bee Yin
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kota Melaka, kerajaan sejak tahun 2015 telah melaksanakan penentuan tarif elektrik berdasarkan mekanisme Incentive Based Regulations (IBR) iaitu kawal selia berasaskan insentif. Dalam mekanisme IBR, tarif asas elektrik disemak setiap tiga tahun di mana temporary regulatory pertama (RP1) IBR, bermula pada tahun 2015 sehingga 2017.
Manakala, tempoh regulatory kedua (RP2) IBR, bermula pada tahun 2018 sehingga 2020.
Berdasarkan mekanisme IBR, tarif asas adalah ditentukan dengan andaian harga purata bahan api, arang batu dan gas dalam tempoh regulatory tersebut. Sebarang perbezaan kos sebenar dengan harga andaian dalam penetapan tarif asas akan diselaraskan setiap enam bulan di bawah mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) sama ada dalam bentuk surcaj ataupun rebat, bergantung kepada kos bahan api, dan kos penjanaan lain dalam tempoh tersebut.
Ini bermakna bahawa kadar tarif elektrik adalah kadar asas tambah surcaj ataupun kadar asas tolak rebat dan penyelarasan ICPT ini untuk tempoh enam bulan melalui surcaj atau rebat akan dilakukan pada enam bulan seterusnya. Hasil semakan oleh Suruhanjaya Tenaga telah menunjukkan bahawa sejumlah RM376.45 juta perlu dilepaskan kepada pengguna di Semenanjung, Malaysia melalui surcaj ICPT bagi tempoh enam bulan akan datang.
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Puan Yeo Bee Yin
Ini di mana, RM62.95 juta perlu dilepaskan untuk kategori pengguna domestik.
Manakala, RM313.5 juta perlu dilepaskan untuk pengguna komersial dan industri. Walau bagaimanapun, Kabinet pada 29 November 2019 telah bersetuju supaya bagi tempoh 1 Januari sehingga 30 Jun 2020 kadar efektif tarif elektrik untuk pengguna elektrik Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut:
(i) untuk kategori pengguna domestik sebanyak RM62.95 juta daripada Kumpulan Wang Industri Elektrik akan digunakan untuk menampung surcaj ICPT supaya tiada surcaj akan dikenakan kepada pengguna domestik. Oleh itu, kadar efektif tarif elektrik akan dikekalkan tidak akan meningkat pada kadar efektif asas iaitu 39.45 sen per kilowatt jam. Ini adalah 18 bulan berturut-turut tiada peningkatan melalui surcaj dikenakan kepada pengguna elektrik domestik;
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Puan Yeo Bee Yin
(ii) untuk kategori pengguna komersial dan industri pula- untuk makluman Dewan yang mulia ini, surcaj sebanyak 2.55 sen per kilowatt-jam telah dikenakan untuk tempoh Julai hingga Disember 2019. Oleh kerana terdapat penurunan kos bahan api untuk tempoh enam bulan ini, maka dengan sukacitanya saya ingin maklumkan di sini bahawa kadar surcaj pengguna komersial dan industri akan diturunkan sebanyak 0.55 sen per kilowatt jam daripada 2.55 sen per kilowatt jam kepada 2.0 sen per kilowatt jam.
Dengan keputusan pihak kerajaan ini, sebanyak 7.4 juta pengguna domestik akan diberi pengecualian surcaj tarif elektrik manakala pengguna bukan domestik pula akan menikmati pengurangan surcaj sebanyak 0.55 sen per kilowatt jam. Walau bagaimanapun, kementerian cadangkan supaya pengguna elektrik terus sentiasa mengambil langkah- langkah kecekapan tenaga supaya tidak terjejas pada masa akan datang jika harga bahan api meningkat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, dengan jawapan daripada Yang Berhormat Menteri sudah dapat pasti ini merupakan satu berita yang baik untuk semua pengguna. Jadi soalan tambahan saya ialah selain daripada pelaksanaan ICPT ini, apakah usaha-usaha yang lain yang dijalankan oleh kerajaan untuk memastikan tarif elektrik ini kepada pengguna akan menjadi lebih berdaya saing ataupun lebih kompetitif?
Terima kasih.
Puan Yeo Bee Yin
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa mencari jalan untuk memastikan bahawa tarif elektrik adalah lebih berdaya saing. Saya ingin kongsikan dua langkah di sini. Pertama, kementerian telah membatalkan enam loji jana kuasa yang diberi secara rundingan terus oleh kerajaan sebelum ini dan sebenarnya tidak diperlukan ataupun tidak feasible. Projek-projek berkenaan adalah seperti berikut:
(i) Loji Jana Kuasa Edra;
(ii) Loji Jana Kuasa CCGT KEV;
(iii) Loji Jana Kuasa CCGT PAKA;
(iv) Loji Jana Kuasa CCGT POIC;
(v) Loji Jana Kuasa Hidro Telom; dan
(vi) Loji Jana Kuasa Hidro Tekai.
Dengan pembatalan projek-projek ini MESTECC membolehkan penjimatan jumlah kos sistem bekalan elektrik lebih daripada RM11 bilion dinikmati oleh pengguna elektrik untuk tempoh 20 tahun yang akan datang.
Penjimatan tersebut akan diterjemahkan kepada tarif penjanaan purata dan pengurangan sebanyak 0.4 sen per kilowatt jam di antara tempoh tahun 2019 hingga tahun 2038. Di samping itu, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Jemaah Menteri juga telah meluluskan pelan MESI 2.0 pada 12 Julai tahun 2019. Pelan liberalisasi ini bertujuan meningkatkan persaingan dalam rantaian nilai industri bekalan elektrik.
Puan Yeo Bee Yin
Antara inisiatif di bawah pelan ini, pertamanya, rejim IPP akan berolah kepada sistem pasaran terbuka, merchant market.
Sementara itu, New Enhanced Dispatch Arrangement (NEDA+) yang diperbaharui akan dilancarkan pada suku kedua tahun 2020 sebagai langkah pertama ke arah perubahan rejim IPP ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, MESI 2.0 adalah objective-driven instead of ideologically driven, dengan izin. Objektif kita adalah untuk mendapatkan kos kompetitif bekalan elektrik.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, komponen terbesar dalam menentukan harga tarif adalah bahan apai di mana 42 peratus daripada keseluruhan harga tarif adalah untuk pembelian bahan api. Oleh itu, tumpuan MESI 2.0 akan diberi kepada membuka persaingan untuk segmen perolehan bahan api untuk industri bekalan elektrik bagi membolehkan lebih persaingan bagi menjamin harga bahan api yang kompetitif.
Bahagian runcit industri juga akan diliberalisasikan sebagai secara berperingkat bermula tahun 2021 sehingga tahun 2029 ke full retail liberalization yang akan membolehkan peruncit bekalan elektrik baharu untuk memberi pakej kepada pengguna. Dengan ini, TNB bukan lagi satu-satunya pembekal elektrik bermula tahun 2021. Pemain-pemain industri lain juga boleh bersaing dalam retail market of electricity, dengan izin. Dengan usaha-usaha ini diharap tarif elektrik pengguna dapat menjadi lebih kompetitif dan perkhidmatan yang baik dan yang lebih efisien boleh diberi kepada semua pengguna di Malaysia.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya, terima kasih. siapakah antara pemain-pemain selain daripada TNB yang akan membekalkan elektrik mulai tahun 2021? Kedua, adakah kerajaan ingin menyemak semula perjanjian IPP yang merugikan kepada rakyat dan pengguna?
Ketiga, sebelum ini cukai turun akan tetapi harga barang tidak turun, minyak turun akan tetapi harga barang tidak turun. Ini tarif turun sedikit 0.55 sen ini adakah harga barang dijangka akan turun kerana tenaga adalah merupakan kos kepada pengeluaran bahan- bahan. Terima kasih.
Puan Yeo Bee Yin
Ada tiga soalan. Saya jawab yang- pertama, saya amat bangga ya kerana Yang Berhormat Pontian telah pun setuju bahawa ada perjanjian IPP yang merugikan pengguna elektrik ya. Akan tetapi, kerajaan sentiasa mencari jalan supaya kita bukan sahaja sebab dalam MESI 2.0 di antaranya ialah membuka persaingan segmen untuk perolehan bahan api. Kita akan bincang dengan IPP sama ada kita adakan supplementary agreement supaya there is a cost and profit saving mechanism di mana kita akan berkongsi penjimatan yang diperoleh daripada persaingan untuk perolehan bahan api.
Oleh itu, perbincangan akan dilakukan dengan IPP untuk perolehan bahan api sebab ini adalah polisi yang baharu. Untuk yang lain adalah untuk soalan pertama saya tidak...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Pemain selain TNB pada tahun 2021.
Puan Yeo Bee Yin
Okey, pemain daripada selain daripada TNB selepas bermula tahun 2021, kerajaan sentiasa di mana kita akan welcome semua pemain-pemain tidak kira dia dari mana. Akan tetapi, perlu ada kompetitif dan memang ada boleh membekalkan tarif yang lebih baik kepada pengguna, kita mengalu-alukan semua persaingan daripada semua pihak.
3. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [Lembah Pantai] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, apakah tahap persiapan kontinjen Malaysia bagi menghadapi Sukan SEA 2019 yang sedang berlangsung sekarang di negara Filipina dan apakah sasaran atau jangkaan pingat untuk kontinjen negara kita?
Menteri Belia dan Sukan - Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Program penyediaan atlet telah pun bermula sejak Januari 2018 sebagai inisiatif pengurusan Majlis Sukan Negara ke arah menyediakan program latihan atlet secara berterusan yang kini berakhirnya program Kita Juara pada Tahun 2017.
Menteri Belia dan Sukan - Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman
Program penyediaan atlet ini telah dibahagikan kepada tiga fasa pelaksanaan yang bermula sejak Januari tahun 2018 dan memasuki fasa terakhir dengan penglibatan seramai 526 orang atlet dan 100 orang jurulatih daripada 25 jenis sukan yang berlatih secara sepenuh masa di bawah program PODIUM manakala atlet-atlet lain dari sukan-sukan yang di luar senarai program PODIUM adalah diletakkan sebagai program luar MSN. Ia seperti floorball, polo, luncur ais, triathlon, duathlon, underwater hockey, obstacle racing… [Rakaman kurang jelas]... Skateboard dan lain-lain lagi.
Sepanjang pelaksanaannya bermula Januari tahun 2019 hingga kini, sebanyak 299 pendedahan pertandingan dalam dan luar negara, 125 pendedahan latihan dalam dan luar negara serta 50 program binaan telah dijalankan bagi memantapkan persiapan pasukan negara untuk beraksi di temasya Sukan SEA yang ke-30. Perhimpunan akhir kontinjen negara telah diadakan pada 19 hingga 21 November 2019 bertempat di Hotel Tenera.
Perhimpunan ini telah mengumpulkan kesemua atlet, jurulatih, dan pegawai yang akan menyertai temasya Sukan SEA Manila dan upacara penyerahan Jalur Gemilang turut diadakan pada hari terakhir perhimpunan ini. Bagi penyertaan temasya Sukan SEA, sebanyak 70 pingat emas, 51 pingat perak dan 105 pingat gangsa telah disasarkan untuk dicapai oleh kontinjen negara. Sasaran ini adalah berdasarkan jumlah acara yang akan dipertandingkan serta selepas proses penelitian bersama Persatuan Sukan Kebangsaan, Majlis Olimpik Malaysia dan Institut Sukan Negara.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hari ini termasuk hari yang ketiga. Akan tetapi, Alhamdulillah kita telah pun berjaya mendapat 11 pingat emas dan daripada 11 pingat emas tersebut...
[Tepuk] daripada sasaran 70 pingat emas, atlet kita telah pun meraih empat pingat emas bonus.
Menteri Belia dan Sukan - Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman
Maksudnya, sepatutnya mereka hanya dapat tujuh masuk hari kedua, hari ini mereka telah pun mendapat 11 pingat emas. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada wira dan wirawati negara yang mengharumkan nama negara di persada dunia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...
[Tepuk]
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahniah kita ucapkan kepada semua atlet yang telah berjaya merangkul pingat-pingat yang disebutkan tadi. Bagi saya, ini adalah satu pencapaian yang baik. Persoalannya, memandangkan tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut empat daripada emas yang diterima ataupun dimenangi ini adalah bonus ataupun tidak dijangka, adakah atlet-atlet ini juga akan mendapat satu bonus tidak dijangka yang Menteri boleh umumkan sekarang?
Kedua, apakah kita boleh melihat komitmen daripada kementerian, daripada Yang Berhormat Menteri untuk tingkatkan lagi program terutamanya dana untuk atlet-atlet kita yang telah jelas mengharumkan nama negara di persada antarabangsa? Terima kasih.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman
Terima kasih Yang Berhormat kerana sentiasa prihatin tentang prestasi dan kebajikan atlet-atlet kita. Pertama sekali, memang di bawah KBS dan MSN, kita akan menggerakkan Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) di mana setiap pemenang pingat emas akan dapat nikmatnya yang tersendiri. Pada masa yang sama, untuk memastikan bahawa prestasi atlet kita dapat dipertingkatkan lagi, pada tahun depan Kementerian Belia dan Sukan melalui MSN akan memperuntukkan dana tambahan bagi program pembangunan akar umbi.
Bukan sahaja bagi bola sepak di mana kita melihat peningkatan lebih tiga kali ganda daripada RM15 juta kepada RM45 juta tetapi juga bagi National Rugby Development Programme, National Hockey Development Programme, Badminton Development Programme dan pelbagai jenis pembangunan akar umbi yang akan dijadikan teras kepada pembangunan sukan pada tahun yang akan datang.
Ini penting kerana kita lihat legenda-legenda sukan seperti Datuk Nicol Ann David dan Datuk Lee Chong Wei yang telah pun bersara, dengan itu wujudnya keperluan untuk kita melabur lebih dana ke dalam Program Pembangunan Akar Umbi dalam bab sukan.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman
Oleh sebab itu kementerian akan berkolaborasi dan bekerjasama bukan sahaja dengan syarikat-syarikat swasta tetapi dengan persatuan dan NGO untuk memastikan bahawa pendanaan yang secukupnya dapat disalurkan kepada pembangunan akar umbi sukan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan tahniah kepada kontinjen negara kerana telah bertindak pantas untuk menukar Jalur Gemilang yang telah pun tersalah cetak setengah jam sebelum daripada perarakan bermula. Satu pujian wajar diberikan kepada wira-wira negara ini...
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri maklum dikatakan bahawa Sukan SEA di Manila ini, layanan yang diterima oleh kontinjen negara agak bermasalah di mana ada kontinjen yang terpaksa menunggu selama dua jam di lapangan terbang dan juga venue yang belum diperbaiki. Sehingga di dalam Twitter sekarang ini, trending “SEA Games 2019 failed” di dalam Twitter pada hari ini. Jadi adakah ia akan menggangu-gugat fokus kontinjen negara dan apakah tindakan segera Yang Berhormat Menteri untuk menangani isu ini? Kalau boleh pergi ke sana, jangan lupa ajak kami sekali [Ketawa]
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman
Terima kasih Yang Berhormat kerana prihatin atas masalah yang sedang dihadapi oleh atlet kita. Pertama sekali, saya hendak memaklumkan untuk menjawab juga soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai. Insentif yang akan diberikan bagi semua pemenang pingat emas berjumlah RM20 ribu ini di bawah Skim SHAKAM.
Untuk menjawab persoalan Yang Berhormat, ada dua perkara. Pertama sekali, untuk memastikan bahawa kebajikan atlet SEA Games dapat dijaga, kita ada beberapa pelan untuk memastikan bahawa masalah mereka dapat diselesaikan secepat mungkin. Sebagai contoh, apabila ada masalah pemakanan khususnya makanan halal yang kekurangan di sana, kontinjen kita telah pun ‘diselamatkan’ dengan bantuan makan Brahim’s. Kita dah bawa kalau tidak silap dalam 500 ke 1,000 kotak Brahim’s daripada Malaysia sebagai Pelan B jika masalah makanan ini khususnya makanan halal berterusan.
Akan tetapi pada pagi ini saya mendapat maklum balas daripada pihak kontinjen bahawa masalah makanan ini sedang diselesaikan dan jauh lebih baik jika hendak dibandingkan dengan tiga hari yang lepas. Masalah pengangkutan juga sedikit demi sedikit sedang diselesaikan. Kami mewakili Malaysia telah pun mengekspresikan pandangan kita melalui saluran yang rasmi iaitu melalui Chef de Mission, Datuk Megat kepada pihak penganjur berkenaan masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak atlet.
Pada masa yang sama, terima kasih dan kami semua merakamkan tahniah dan terima kasih kepada pihak KBS, MSN, CDM khususnya kepada team KBS iaitu Jo mewakili MSN dan juga Datuk Megat sebagai Chef de Mission kerana tindakan yang pantas yang memastikan bahawa bendera negara itu dapat dibetulkan sebelum masalah itu berlarutan.
Ini menunjukkan bahawa pemimpin kita di sana sangat proaktif berkenaan isu ini dan dapat menyelesaikannya sebelum ia jadi masalah yang lebih besar. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang tamatlah Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri untuk hari ini. Terima kasih kepada semua.
Seterusnya, pertanyaan jawab lisan ya.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
1. Tuan Kesavan a/l Subramaniam [Sungai Siput] minta Menteri Pendidikan menyatakan, apakah terdapat peruntukan untuk mengecualikan atau memberikan subsidi yuran pendaftaran bagi golongan anak asnaf atau golongan B40 bagi kategori sekolah dan universiti awam.
Menteri Pendidikan - Dr. Maszlee bin Malik
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Menteri Pendidikan - Dr. Maszlee bin Malik
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, yuran persekolahan di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan telah pun dimansuhkan. Pendidikan di kedua-dua peringkat persekolahan tersebut adalah percuma sepenuhnya. Selain daripada tiada yuran persekolahan yang dikenakan, kementerian juga menyediakan tiga kategori bantuan persekolahan iaitu:
(i) bantuan persekolahan umum;
(ii) bantuan persekolahan khusus; dan
(iii) bantuan persekolahan One-Off.
Secara keseluruhannya, terdapat 18 jenis bantuan di bawah ketiga-tiga kategori tersebut. Sebagai contoh, yang pertama bantuan persekolahan umum. Bantuan persekolahan umum diberi kepada semua pelajar meliputi:
(i) Bantuan Geran Per Kapita;
(ii) Bantuan Geran Per Kapita Prasekolah;
(iii) Bantuan Bayaran Makanan Prasekolah;
(iv) Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan; dan
(v) Bantuan Sukan Sekolah.
Bantuan-bantuan ini Tuan Yang di-Pertua, diberikan kepada semua murid tanpa mengira kumpulan pendapatan isi rumah sekali gus mengurangkan beban sedia ada yang ditanggung oleh golongan asnaf ataupun kumpulan isi rumah 40 peratus terendah ataupun lebih dikenali sebagai B40.
Bagi bantuan persekolahan khusus pula, terdapat 12 jenis di bawahnya bagi membantu kumpulan sasar mengikut kriteria. Sebagai contoh, bantuan pakaian seragam beruniform, bantuan jaket keselamatan, bantuan kumpulan wang amanah pelajar, elaun murid berkeperluan khas dan elaun pra universiti. Kementerian juga melaksanakan projek khas sekolah berasrama penuh iaitu peruntukan kewangan kepada pelajar miskin bagi membiayai keperluan kewangan meliputi yuran sekolah, yuran peperiksaan, yuran asrama dan juga menyediakan keperluan asas sepanjang mereka bersekolah di asrama penuh.
Bagi bantuan persekolahan One-Off pula, pada tahun 2019 bantuan awal persekolahan ini diberikan kepada murid sekolah yang berkelayakan bagi meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.
Secara keseluruhannya Tuan Yang di-Pertua, jumlah peruntukan bantuan persekolahan bagi tahun 2020 meningkat kepada RM3.478 bilion berbanding dengan RM3.021 bilion pada tahun 2019.
Manakala di peringkat pendidikan tinggi pula, pendidikan disediakan adalah hampir percuma iaitu pelajar hanya membayar 10 peratus sahaja daripada kos operasi. Ini bermakna, setiap pelajar universiti awam secara tidak langsung menerima 90 peratus subsidi daripada kerajaan. Kerajaan sedang dalam usaha mempertimbangkan cadangan memberikan pendidikan percuma sepenuhnya agar dapat mengurangkan beban rakyat mendapatkan hak pendidikan. Walau bagaimanapun, penumpuan akan lebih diberikan kepada golongan sasar iaitu golongan B40 dan juga mereka yang memerlukan bantuan seperti golongan OKU, golongan minoriti dan mereka yang kurang bernasib baik.
Kerajaan juga sedang berusaha memastikan setiap bantuan yang diberikan akan memberikan impak yang substantif dan juga melakarkan masa depan yang baik kepada negara. Beberapa model sedang dipertimbangkan dan pengiraan terperinci berkaitan perkara ini perlu dilaksanakan bersama dengan Kementerian Kewangan dan juga universiti awam untuk menampung kos tambahan ini. Inilah cabarannya kerana bagi pihak kita di Kementerian Pendidikan, kita inginkan yang terbaik bagi rakyat.
Namun, ianya perlu dilaksanakan bersama dengan pihak-pihak yang lain dengan melihat keperluan universiti awam dan juga dengan melihat keutamaan yang diberikan oleh Kementerian Kewangan terhadap perbelanjaan negara.
Menteri Pendidikan - Dr. Maszlee bin Malik
KPM kini menawarkan Program Bantuan Kewangan kepada pelajar kolej komuniti dari keluarga berpendapatan RM3,000 sebulan dan juga pelajar asasi di 12 universiti awam seluruh Malaysia untuk syarat kelayakan dari keluarga B40 dan M40. Kedua-dua program bantuan kewangan ini merangkumi bayaran yuran pengajian, elaun penginapan pelajar asasi dan bantuan saku berjumlah RM300 sebulan.
KPM juga turut menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar orang kurang upaya (OKU) dan juga disebutkan sebagai orang kelainan upaya dan juga program pendidikan khas untuk pelajar pekak dan bisu yang mengikuti pengajian di beberapa kolej komuniti terpilih. Kita tidak mahu ada pihak yang tercicir dan tertinggal terutamanya kepada mereka yang mempunyai keperluan khas.
Untuk makluman, KPM telah pun memohon peruntukan tambahan bagi bantuan pelajar pendidikan tinggi yang dahulunya dikenali sebagai bantuan baucar buku yang disalurkan melalui Kad Diskaun Siswa pelajar. KPM berharap Kementerian Kewangan akan dapat meluluskan permohonan tambahan ini bagi membantu mahasiswa kita, sekali gus meringankan beban mereka. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang panjang lebar dan jelas. Soalan tambahan saya, apakah inisiatif Kementerian Pendidikan terhadap warga OKU untuk memudahkan mereka masuk ke universiti dan seterusnya menjaga kebajikan mereka di dalam universiti. Terima kasih.
Dr. Maszlee bin Malik
Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin ucapkan banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Siput yang menunjukkan keprihatinan terhadap golongan orang kurang upaya. Saya kira ia menjadi tanggungjawab kita semua, bukan sahaja di pihak kerajaan malah juga di pihak semua Ahli Dewan Rakyat yang mewakili rakyat.
Begitu juga di peringkat masyarakat, peringkat komuniti dan juga pihak industri dan swasta. Kita mempunyai tanggungjawab untuk memastikan golongan orang kurang upaya ini dapat menikmati kehidupan mereka walaupun dengan segala cabaran dan kelainan yang ada pada diri mereka. Ini merupakan tanggungjawab dan amanah kita. Kita bekerja bersama- sama, sama ada di pihak kerajaan ataupun di pihak pembangkang dan juga dengan masyarakat seluruhnya untuk memastikan golongan orang kurang upaya akan mendapat akses pendidikan yang berkualiti.
Kementerian di waktu ini komited dalam memastikan pelaksanaan pendidikan inklusif kepada pelajar-pelajar kelainan upaya ini terutama dalam aspek kebajikan dan pembelajaran yang terjamin. Sehubungan dengan itu, kementerian telah melancarkan buat kali pertama di Malaysia ini Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Inklusif Orang Kurang Upaya di institusi pendidikan tinggi pada bulan September yang lalu...
[Tepuk] Bermula daripada pelancaran tersebut, setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan kita akan pastikan di semua institut pengajian tinggi akan melaksanakan Dasar Inklusif ini.
Kita tidak mahu OKU ketinggalan di peringkat pengajian tinggi. Di antara saranan di dalam garis panduan ini adalah penubuhan Unit OKU yang khusus di IPT masing-masing, di mana saya sendiri telah memberikan saranan dan juga arahan kepada semua universiti agar unit ini diletakkan secara langsung di bawah Naib Canselor untuk mereka sendiri memantau pelaksanaannya di fasa awal ini.
Kita ingin pastikan kita meletakkan foundation, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, iaitu dan juga dasar yang kuat dan kukuh yang akan membentuk masa depan yang lebih baik bagi orang kurang upaya di IPT kita. Setakat ini lima IPT telah menubuhkan Unit OKU masing- masing iaitu USM, UM, UiTM, UTEM dan juga UKM. Langkah ini akan disusuli oleh IPT lain dalam masa yang terdekat dan juga oleh IPTS.
Dalam konteks kemasukan ke universiti awam, pihak KPM menyediakan laluan khas kepada golongan OKU. Pada sesi akademik 2019/2020, sebanyak 547 calon OKU telah pun memohon UPU Online untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA dan juga ILKA. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 466 iaitu 85 peratus calon telah ditawarkan tempat pengajian. Calon OKU tidak perlu bersaing dengan orang lain dan tidak termasuk di dalam sistem meritokrasi kerana mereka memerlukan bantuan dan kita wajib membantu mereka.
Dr. Maszlee bin Malik
Akan tetapi permohonan masih tertakluk kepada syarat minimum, syarat am dan syarat khas bagi kemasukan ke program pengajian. Selain itu, kementerian juga telah meluluskan kertas cadangan bagi pihak Universiti Malaya untuk membangunkan sistem penarafan bagi meningkatkan kualiti pengajaran, pembelajaran dan accessibility berdasarkan indikator holistik MyUOKU ke arah mewujudkan persekitaran OKU, seterusnya pelaksanaan penarafan persekitaran inklusif OKU di universiti awam.
Sistem penarafan ini akan dilaksanakan pada tahun 2020 dan ia membolehkan para pelajar mengenal pasti universiti-universiti yang menyediakan kemudahan-kemudahan OKU yang bersesuaian, jadi mereka boleh memilih untuk masuk ke universiti tersebut. Di samping itu, bagi golongan OKU juga, kita akan memastikan mereka menerima khidmat nasihat dan panduan terutamanya melalui laman web KPM. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya melihat jawapan tadi ini agak menyeluruh. Semua golongan tidak dipinggirkan, alhamdulillah syukur. Kami berdoa dengan bajet RM64.1 bilion yang diperuntukkan kepada kementerian Yang Berhormat Menteri, dapat dilaksanakan termasuk, dengan izin Allah, hapuskan pembayaran balik PTPTN seperti dijanjikan dalam Buku Pakatan Harapan.
Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian berhasrat untuk menetapkan harga siling atau harga lantai bagi pembayaran yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Ini kerana bila bulan 1 ini sudah buka sekolah, isu mereka yang anak ramai khususnya di kawasan bandar, bila mana inilah selalunya menjadi masalah.
Saya ada pengalaman menjadi Pengerusi YDP selama 12 tahun dan sebagainya, saya tahu ini di antara faktor walaupun di bandar. Jadi, adakah rancangan kerajaan untuk memikirkan macam sahabat saya tadi sebut fasal OKU. Kita juga fikirkan berkaitan dengan PIBG. Kemungkinan Yang Berhormat Menteri yang hebat ini pemikiran di luar kotak boleh memikirkan sesuatu untuk memastikan PIBG ini juga tidak dapat kita pinggirkan untuk membantu para ibu bapa khususnya anak ramai agar mereka tidak terbeban dengan wujudnya PIBG yang bayaran begitu tinggi di seluruh negara. Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Maszlee bin Malik
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Baling dengan soalan tersebut. Inilah yang kita mahukan bagi setiap Ahli Dewan Rakyat untuk peka terhadap isu pendidikan hatta kepada isu yang paling kecil seperti isu PIBG.
Namun, Yang Berhormat Baling, soalan yang sama telah pun dikemukakan sewaktu penggulungan belanjawan baru-baru ini dan telah pun dijawab secara panjang lebar dan mungkin pada waktu itu MP Baling tidak hadir. Akan tetapi pada saya, saya nasihatkan agar dapat merujuk kepada Hansard penggulungan belanjawan yang lalu, ada jawapan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua..*.
[Tepuk]*
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kita patut beri ucapan tahniah kepada Menteri Pelajaran, Menteri yang rajin masuk dalam Dewan dan menjawab soalan, yang lain semua timbalan sahaja [Ketawa]
2. Dato' Hasbullah bin Osman [Gerik] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan, apakah tindakan kementerian mengenai saranan beberapa pihak untuk menghentikan penjualan alat ganti (spare part) motosikal Y15ZR yang dikatakan menyalahi undang-undang Kementerian Pengangkutan. Mengapakah penunggang motosikal didenda sedangkan pengeluar dan pengedar terus dibiarkan meneruskan perniagaan untuk mengaut keuntungan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Chong Chieng Jen
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna tiada menerima apa-apa saranan daripada pihak tertentu untuk menghentikan penjualan alat ganti iaitu spare part motosikal Y15.
Pihak kementerian akan mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang sekiranya menerima aduan penjualan alat ganti motosikal yang palsu atau tiruan di bawah seksyen 8(2)(c) Akta Perihal Dagangan 2011, iaitu mendedahkan untuk pembekalan atau mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya apa-apa barang yang baginya suatu perihal dagangan palsu.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Chong Chieng Jen
Penalti bagi kesalahan ini, Pertubuhan Perbadanan didenda tidak melebihi RM15 bagi setiap barangan yang diletakkan perihal dagangan palsu dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi RM30 bagi setiap perihal dagangan palsu.
Manakala bagi individu, didenda tidak melebihi RM10 bagi setiap barangan yang diletakkan perihal dagangan palsu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun ataupun kedua-duanya atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM20 bagi setiap barangan yang diletakkan perihal dagangan palsu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Chong Chieng Jen
Secara dasarnya sebarang pengubahsuaian terhadap spesifikasi reka bentuk kenderaan termasuk motosikal yang berbeza dengan kelulusan jenis kenderaan oleh pihak JPJ adalah tidak dibenarkan. Ketetapan tersebut adalah selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 6, Akta Pengangkutan Jalan 1987 menyatakan mana-mana kenderaan yang telah diubahsuai sehingga tidak mematuhi ketetapan kaedah pengangkutan jalan adalah tidak dibenarkan digunakan di atas jalan raya.
Berdasarkan kepada seksyen 66(1)(pp), Akta Pengangkutan Jalan 1987, setiap model baru kenderaan motor perlu menjalani prosedur kelulusan jenis kenderaan oleh pihak JPJ bagi memastikan pembinaan dan penggunaan kenderaan tersebut telah mematuhi ketetapan di bawah akta dan keadaannya sebelum boleh didaftarkan dan dibenarkan digunakan di atas jalan raya.
Merujuk kepada ketetapan dasar sedia ada melibatkan motosikal, skop pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada motosikal yang dibenarkan oleh pihak JPJ adalah seperti berikut:
(i) pemasangan pengadang angin iaitu windshield; dan
(ii) pemasangan aksesori kosmetik tambahan pada motosikal selagi tidak mengubah identiti asal kenderaan.
Oleh yang demikian pihak JPJ tidak menggalakkan atau membenarkan terhadap mana-mana pemilik kenderaan untuk mengubahsuai spesifikasi asal yang telah diluluskan di bawah prosedur kelulusan jenis kenderaan atas faktor-faktor seperti berikut:
(i) kerana ia akan mengakibatkan ciri-ciri keselamatan asal kenderaan terjejas dan boleh membahayakan keselamatan pengguna; dan
(ii) akan menjejaskan kestabilan pemanduan dan kawalan serta ciri-ciri dinamik kenderaan.
Dalam usaha mengawal selia tahap kualiti dan pematuhan standard mandatori terhadap komponen automatif di Malaysia secara menyeluruh, pihak JPJ telah bekerjasama dengan pihak Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan kastam untuk mengawal selia dalam aspek jualan dan pengimportan komponen tersebut.
Sehubungan dengan ini terdapat beberapa komponen automatif telah diwartakan di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) supaya hanya produk yang mematuhi standard mandatori sahaja dibenarkan diimport ke Malaysia iaitu melibatkan komponen berikut:
(i) topi keledar motosikal;
(ii) new brake lining dan brake pad;
(iii) pneumatic tyre dan pneulectric pneumatic tyre;
(iv) speed monitoring device atau speed limiter device;
(v) HID highlight, head lamp dan bulb;
(vi) new seat; dan
(vii) new safety seat belt. Sekian terima kasih.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga Tuan Yang di-Pertua. Saya difahamkan Yamaha 15ZR ini satu motosikal yang menjadi minat semua kumpulan dan ubah suai ini menjadi satu minat generasi sekarang. Kalau difahamkan, lajunya setakat 110 boleh lompat sampai 140 kilometer sejam.
Soalan saya, adakah kementerian bersama-sama dengan polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan membuat pemeriksaan dan mengambil tindakan terhadap bengkel- bengkel yang didapati terlibat di dalam pelanggaran peraturan berkaitan dan sekiranya ada, apakah kesalahan-kesalahan yang dikesan sering dilakukan oleh pengusaha bengkel, terima kasih.
Tuan Chong Chieng Jen
Terima kasih Yang Berhormat. Secara amnya bidang kuasa KPDNHEP atas bengkel-bengkel ini adalah di bawah Peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna (Pendedahan Maklumat Bengkel) 2002 iaitu sekiranya sesuatu bengkel ini tidak menunjukkan itemized billing atau menunjukkan mempamerkan harga-harga ganti itu spare part dan servis iaitu perkhidmatan pembaikan ataupun pengubahsuaian itu kita ada kuasa untuk mengambil tindakan.
Di bawah kementerian saya, kebanyakan kesalahan yang kita ambil tindakan adalah di bawah peraturan-peraturan ini dan sekiranya ia melibatkan keselamatan sesuatu motosikal dan kenderaan selepas ia diubahsuai, ini adalah di bawah bidang kuasa JPJ untuk mengambil tindakan.
Oleh itu, setakat ini untuk kementerian saya, kebanyakan kesalahannya adalah berpunca daripada pelanggaran Peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna mengenai bengkel-bengkel yang tidak menunjukkan itemized billing atau tidak memberi maklumat tentang harga-harga masing-masing spare part yang digantikan atau perkhidmatan yang diberikan. Sekian terima kasih.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Susulan kepada soalan daripada Gerik dan juga jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Boleh saya mohon, kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh bagi pencerahan dari segi statistik tadi, berapa banyak woksyop yang diambil tindakan sebab hebahan di media seolah-olah anak-anak muda ini yang dikenakan tindakan dan memang pengubahsuaian itu membahayakan mereka.
Jadi dari segi tindakan kita terhadap woksyop ini kalau ada statistik, berapa banyak woksyop yang telah diambil tindakan dan yang kedua, dari segi modifikasi tadi memang mereka menjadi satu hobi. Jadi adakah KPDNHEP, Jabatan Pengangkutan Jalan dan juga penguatkuasaan ada senarai perkara yang boleh dimodifikasi dan juga perkara yang memang out of boundary. Kalau kita tingkatkan kelajuan itu benda yang sudah membahayakan.
Akan tetapi kalau sekadar ubah sana sini bagi cantik ataupun bagi mereka nampak cool dan sebagainya, jadi ada tidak perkongsian maklumat sebegini terima kasih.
Tuan Chong Chieng Jen
Terima kasih Yang Berhormat, yang dibenarkan untuk pengubahsuaian terhadap motosikal atau kenderaan adalah hanya untuk kosmetik sahaja dan juga di aspek untuk windshield yang dibenarkan oleh JPJ dan undang-undang yang dikawal selia di bawah JPJ.
Selain daripada itu, yang pengubahsuaian terhadap kenderaan yang apa-apa yang dibuat adalah dianggap sebagai melanggar peraturan kita dan juga undang-undang kita.
Akan tetapi untuk mendapatkan maklumat yang terperinci atau statistik-statistik terhadap tindakan yang diambil oleh JPJ terhadap mereka yang mengubahsuai kenderaan mereka sehingga melanggar undang-undang atau peraturan-peraturan itu, tidak di bawah kawal selia kementerian saya.
So, saya akan minta JPJ membekalkan statistik itu. Sekian terima kasih.
3. Tuan Wong Kah Woh [Ipoh Timur] minta Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan, jumlah penerima yang mendapat manfaat daripada Program Rebat RM40 Bil Elektrik dan jumlah mereka yang layak tetapi masih belum berjaya mendaftarkan diri eKasih.
Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sejumlah RM140 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan pada tahun 2019 untuk melaksanakan Program Rebat Bil Elektrik RM40 secara bersasar kepada ketua isi rumah (KIR) dalam kategori miskin dan miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih, ICU-JPM. Untuk tahun 2020, program ini masih diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM104.14 juta. Walaupun terdapat penurunan jumlah peruntukan pada tahun hadapan berbanding tahun ini, peruntukan RM104.14 juta dijangka akan mencukupi kerana berikutan pemutihan data KIR oleh pihak ICU-JPM.
Terdapat 56,977 ketua isi rumah data ini sehingga 15 Oktober 2019, daripada kategori miskin tegar dan miskin telah pun terkeluar daripada sistem eKasih.
Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy
Dengan jumlah peruntukan RM104.14 juta ini, kementerian menyasarkan seramai 200 ribu ketua isi rumah layak menerima rebat bil elektrik RM40 pada tahun 2020 yang melibatkan peruntukan berjumlah RM96 juta.
Sehubungan dengan itu, pihak kementerian bercadang untuk mempertingkatkan lagi pelan komunikasi dan hebahan mengenai Program Rebat Bil Elektrik RM40 kepada ketua isi rumah-ketua isi rumah yang layak, supaya lebih ramai bilangan ketua isi rumah dapat mengemas kini nombor akaun elektrik dengan syarikat-syarikat utiliti.
Pelan komunikasi dan hebahan program ini akan dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan sedia ada Program Subsidi Bil Elektrik yang telah diluluskan pada tahun hadapan. Sehingga November 2019, hanya 49.11 peratus daripada 239,023 ketua isi rumah yang layak telah mengemas kini nombor akaun elektrik dan menerima rebat bil elektrik ini.
Selain itu, sebagai langkah proaktif untuk meningkatkan bilangan ketua isi rumah mengemas kini nombor akaun elektrik mereka, pihak kementerian telah memohon kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) JPM untuk menyertakan sekali maklumat nombor akaun elektrik semasa proses verifikasi KIR di bawah kategori miskin dan miskin tegar dilaksanakan di lapangan.
Adalah diharapkan pihak ICU JPM juga dapat bersama-sama membantu kementerian dalam menjayakan program ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri hanya 49 peratus daripada mereka yang layak telah pun berjaya mendaftarkan diri.
Saya ingin mendapat jawapan daripada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Apakah usaha yang akan diambil untuk memastikan 50 peratus yang lain akan menyelesaikan pendaftaran mereka dan daripada pengalaman kami, sememangnya pendaftaran ini kadang-kadang mengambil masa lebih daripada enam bulan sehingga sembilan bulan. Ini merupakan satu sistem yang tidak begitu efektif. Mohon penjelasan dan jawapan.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy
Terima kasih atas soalan tambahan. Kita sedang memperhalusi pelan komunikasi untuk kita menyusun strategi untuk mempertingkatkan lagi promosi kepada semua pemohon yang layak mengemas kini akaun bil elektrik ini bagi mereka yang layak ini mendapat rebet di pejabat utiliti yang terdekat.
Dalam masa yang sama, beberapa bulan yang lalu pihak MESTECC juga telah pun membekalkan kepada semua Ahli Yang Berhormat, baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang dan kita telah pun design ya surat-surat ini senarai penerima yang layak menerima rebat RM40 ini kepada Ahli-ahli Yang Berhormat mengikut Parlimen masing- masing.
Jadi, saya ingin ambil kesempatan ini untuk menyeru semua Ahli Yang Berhormat untuk mengambil bahagian untuk turut sama-sama turun padang memberitahu dan menyampaikan supaya lebih ramai mereka yang layak, yang terdaftar dalam eKasih, miskin dan miskin tegar ini untuk menerima bil elektrik rebat RM40. Terima kasih.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya mengenai mekanisme pembayaran rebat ini. Pertama, saya mohon pihak kementerian mengkaji semula agar kelayakan asas bagi kategori isi rumah di bawah kategori miskin tegar dan miskin disesuaikan dengan kawasan bandar dan luar bandar. Ini dua segmentize, dengan izin.
Kebanyakan golongan miskin bandar memiliki pendapatan bulanan sekurang- kurangnya gaji minimum RM1,100 melebihi paras semasa RM980 sebulan. Keduanya, kebanyakan ketua isi rumah miskin bandar menetap di rumah sewa dan bil elektrik adalah di atas nama tuan rumah. Sejauh mana ketua isi rumah dilihat mengambil peranan untuk mengemas kini nombor akaun bil elektrik mereka sejak rebat bil elektrik ini dilaksanakan.
Sekian.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy
Terima kasih atas soalan tambahan. Sebenarnya, contoh kalau boleh saya bagi contoh. Sekiranya kalau penama yang terdaftar dalam eKasih itu bukannya pemegang akaun elektrik tetapi dia tinggal di rumah itu, sebenarnya dia boleh mendaftar di pejabat utiliti yang berkenaan. Contoh mungkin tempat tinggal dia dan anak tetapi dia adalah penerima eKasih yang terdaftar dalam miskin dan miskin tegar, dia juga layak untuk menerima rebat bil RM40 ini.
Dalam masa yang sama juga kita berpandukan daripada maklumat dan sistem ICU- JPM tentang penerima miskin dan miskin tegar ini. Mungkin juga saya kira kementerian lain akan mengambil maklumat dan juga mengambil apa yang telah pun dicadangkan oleh Yang Berhormat. Terima kasih.
4. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, tentang langkah-langkah dan peranan yang perlu diambil pemain industri bagi mempersiapkan negara dalam mendepani Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0).
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dr. Ong Kian Ming
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Krau. Tidak ada cadangan untuk lompat?
Lompat dekat mana-mana pun. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini termasuk Yang Berhormat Kuala Krau, sebenarnya Revolusi Perindustrian 4.0 ataupun Fourth Industry Revolution akan menyentuh semua sektor ekonomi semua kementerian.
Untuk MITI, tumpuan MITI adalah kepada sektor pembuatan sahaja dan juga sektor perkhidmatan pembuatan, manufacturing dan juga manufacturing services, dengan izin. Ini adalah dilaksanakan di bawah pelan Industry 4.0 ataupun industry forward yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada bulan Oktober tahun lepas.
Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Krau, sebenarnya tumpuan MITI diberikan khusus kepada sektor PKS ataupun Perusahaan Kecil dan Sederhana yang melibatkan diri dalam sektor pembuatan, di mana 90 peratus daripada syarikat di bawah sektor pembuatan boleh dikira sebagai PKS. Ada lebih kurang 50 ribu buah syarikat. Jumlah SME adalah lebih kurang 1 juta tetapi daripada 1 juta, hanya 50 ribu terlibat dalam sektor pembuatan.
Jadi 50 ribu buah syarikat ini adalah sektor PKS yang kita beri tumpuan. Satu perkara yang telah kami laksanakan untuk membantu mereka menghadapi cabaran Industry 4.0 ialah untuk menyediakan satu readiness assessment di mana ini diberikan secara percuma kepada mereka yang layak, kepada PKS yang layak, di mana penilai ataupun assessing body yang telah diiktiraf oleh MITI akan pergi kepada syarikat mereka dan memberi readiness assessment ataupun evaluation frame work, menilai bagaimana mereka boleh melonjak kepada perjalanan Industry 4.0. Selepas itu MITI juga akan memberikan matching grant melalui business intervention funding. Jumlahnya adalah RM500 ribu kepada mereka yang layak dan ini diberikan secara matching grant 70 peratus daripada pihak MITI, 30 peratus daripada pihak swasta iaitu sektor PKS.
Untuk mereka yang ada keperluan dana yang lebih tinggi, kita juga memberikan dana matching grant melalui high impact fund. Ini diberikan kepada MNC dan juga Dana Strategik Pelaburan Tempatan ataupun DISF ini diberikan kepada syarikat tempatan matching grant sebanyak RM10 juta kepada mereka yang layak. Di bawah Industry 4.0 ini, matching grant ini adalah 60 peratus disalurkan oleh kerajaan, 40 peratus disalurkan oleh pihak swasta.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dr. Ong Kian Ming
Saya rasa ada beberapa lagi perkara yang saya boleh memberi secara bertulis kepada Yang Berhormat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucap tahniah di atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang bertaraf Menteri dari segi jawapan dan knowledgeable-nya. Cuma saya lihat kepada 80 ribu syarikat PKS yang sudah berdaftar di dalam negara ini dan Yang Berhormat sebut tadi hampir 1 juta dan 50 ribu di bawah PKS, perkhidmatan dan juga pembuatan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Cuma saya hairan, kenapa hanya 600 sahaja permohonan yang telah dibuat permohonan untuk penilaian kesediaan industry forward ini. Apakah sebab mereka ini?
Adakah mereka ini kurang bersedia untuk menerima Industri 4.0 atau mereka tidak mendapatkan khidmat nasihat yang secukupnya? Apakah rancangan MITI untuk memujuk mereka untuk mendaftar supaya syarikat-syarikat PKS itu dapat diberikan penilaian penarafan di bawah Industry4WRD. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Ong Kian Ming
Terima kasih di atas soalan tambahan yang baik. Untuk makluman Yang Berhormat sejumlah 810 syarikat telah memohon untuk readiness assessment ini dan 472 telah layak. Daripada 472 ini kami sedang membuat RA dan 26 laporan telah disediakan oleh pihak MITI dan sedang dihantar kepada syarikat melalui MITI untuk program yang seterusnya.
Tadi Yang Berhormat kata jumlah memang boleh dikatakan kecil. Saya rasa salah satu cabaran yang kami hadapi adalah gambaran PKS bahawa Industry 4.0 ataupun Industri 4.0 ini adalah melibatkan hanya mereka yang ada dana yang besar seperti syarikat MNC.
Untuk syarikat PKS mereka memang ada gambaran bahawa mereka tidak mampu untuk membuat capital investment untuk menjalankan Industri 4.0 ini.
Jadi apa yang kita hendak buat adalah mengubah gambaran ini supaya kita hendak memberi contoh yang baik di mana PKS yang tidak melabur dengan jumlah yang besar boleh juga melonjak ke arah Industri 4.0 dan boleh menambah baik produktiviti mereka menggunakan kaedah-kaedah yang boleh dikatakan lebih cost effective. Dengan contoh- contoh seperti ini selepas kita melaksanakan program Business Intervention Funding ini saya rasa lebih ramai lagi PKS yang akan menyertai program Industri 4.0 ini. Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua, maafkan saya Tuan Yang di-Pertua. Daripada 472 yang layak tadi berapakah syarikat yang mendapat matching grant yang telah diumumkan oleh pihak Timbalan Menteri 500 ribu tersebut. Maafkan saya Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Ong Kian Ming
Syarat matching grant Business Intervention Funding ini akan diumumkan tahun depan.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri mempunyai statistik setakat ini berapa ramai pekerja-pekerja di Malaysia telah hilang pekerjaan kerana Revolusi Industri 4.0. Seterusnya, apakah langkah-langkah untuk mengatasi masalah rakyat hilang pekerjaan kerana teknologi itu? Terima kasih.
Dr. Ong Kian Ming
Terima kasih. Saya rasa itu adalah satu soalan yang baik.
Sebenarnya salah satu matlamat utama Industri 4.0 adalah untuk merendahkan ataupun mengurangkan kebergantungan syarikat pembuatan untuk kebergantungan terhadap buruh asing. Apabila mereka boleh menggunakan lebih banyak lagi automasi, saya rasa mereka juga boleh mengurang kebergantungan kepada buruh asing.
Pada masa yang sama apabila teknologi yang digunakan itu lebih canggih, capital investment itu lebih baik, saya rasa pekerjaan yang akan diberikan kepada orang tempatan juga akan mendatangkan manfaat yang lebih baik lagi dari segi gaji dan dari segi tempat pekerjaan di mana mereka akan menggunakan lebih kaedah dari segi automasi. Dari segi career path pun mereka akan mendapatkan lebih banyak peluang dari segi mempelajari teknologi Industri 4.0 yang memang akan memberi long-term job opportunities dan career advancement path kepada mereka, dengan izin. Terima kasih.
5. Tuan Wong Ling Biu [Sarikei] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, adakah kejadian jerebu akan menjejaskan pengeluaran sarang burung layang- layang di negara.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Tuan Sim Tze Tzin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sarikei. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, burung layang-layang dan burung walet adalah merupakan dua jenis burung yang berbeza. Perbezaan kedua-dua jenis burung tersebut adalah seperti berikut.
Burung Layang-layang menghasilkan komponen sarang burung dari rumput, ranting dan bulu dan sarangnya tidak boleh dimakan oleh manusia. Burung walet pula menghasilkan komponen sarang burung dari rembesan air liurnya dan sarangnya boleh dimakan oleh manusia.
Saya rasa Yang Berhormat adalah merujuk kepada burung walet ya. Industri sarang burung walet merupakan salah satu industri bernilai tinggi yang diberi tumpuan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sarikei, kita dalam tahun ini- tahun lepas nilai eksport adalah RM1.3 bilion dan untuk tahun sampai Oktober 2019 untuk tahun ini kita telah mencapai jumlah eksport RM921 juta. Kita tahu bahawa bulan November dan bulan Disember menjelang Tahun Baru Cina, eksport akan melonjak tinggi. Jadi saya yakin bahawa ia akan- it’s a very healthy and very sustainable industry untuk Malaysia.
Dalam konteks ini, kejadian jerebu yang menyebabkan pencemaran udara sememangnya memberi kesan negatif kepada industri. Antara kesannya adalah burung walet kekurangan sumber makanan apabila serangga yang menjadi makanannya berkurangan.
Sumber makanan yang kurang menyebabkan burung walet kurang menghasilkan air liur bagi penghasilan sarang burung. Jumlah pengeluaran dan kualiti sarang yang dihasilkan akan terjejas.
Apa yang paling teruk, sekiranya berlaku kejadian jerebu yang serius dan memanjang, ia dijangka akan memberi kesan yang panjang kepada industri kerana burung walet secara semula jadinya akan berhijrah ke kawasan yang kurang pencemaran. Kita hendak beritahu bahawa di dalam dunia ini hanya lima negara sahaja yang ada sarang burung walet iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam dan sedikit Filipina. Jadi ini adalah industri yang sangat berharga. It’s like our national treasure. The national bird yang menghasilkan pendapatan kepada rakyat Malaysia. Jadi saya mohon supaya kita jaga alam sekitar kita. Terima kasih.
Tuan Wong Ling Biu - Sarikei
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Soalan tambahan saya banyak rumah burung walit akan ditutup disebabkan penuaian semakin rendah, turun. Apakah langkah- langkah akan diambil oleh kerajaan untuk membantu mereka?
Tuan Sim Tze Tzin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terutama sekali saya ingin mengalu-alukan rombongan daripada Saito University College, Petaling Jaya terdiri daripada pensyarah dan mahasiswa-mahasiswi. Kedua adalah tetamu dari DAP Pulau Pinang.
Selamat datang ke Dewan Rakyat.
Saya ingin- untuk menjawab Yang Berhormat Sarikei, di dalam negara kita ada lebih kurang 40 ribu rumah burung walet. Antaranya hanya 10 ribu sahaja yang berdaftar. Kenapa ada lebih kurang 30 ribu yang tidak berdaftar? Ada yang mereka tidak mendaftarkan diri, ada pula yang mereka dirikan rumah tetapi tidak- hasilnya kurang seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sarikei di mana penghasilan itu kurang ataupun menurun, maka mereka dibiarkan begitu sahaja.
Jadi saya tahu tentang isu ini kerana kita harus tahu bahawa burung walet ini ia ada areas- nya. Bukan semua tempat ia boleh hidup. Jadi kita telah- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah membuat satu survey, maksudnya mapping untuk burung-burung walet di mana tempat tertentu yang boleh. Jadi saya ingin menasihatkan kepada para petani yang ingin mendirikan rumah burung walet, mereka harus consult dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) untuk mendapatkan tempat-tempat tertentu supaya mereka tahu bahawa tempat itu mempunyai makanan burung walet dan mempunyai habitat burung walet. Maka barulah didirikan rumah walet.
Tuan Sim Tze Tzin
Juga, jangan terlalu sesak kerana kalau banyak rumah pada satu kawasan tertentu, dia ada competition dan habitat memang tidak boleh sustain begitu banyak rumah burung di satu-satu kawasan yang terlalu dekat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan tambahan kedua. Dipersilakan Yang Berhormat...
Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit
Parit.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Jempol.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Siapa yang bangun ya? Sekali gus bangun, susah saya hendak tengok.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Rompin ada.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Jempol banyak walet.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jempol. Silakan.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Apa yang saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah sejauh manakah usahawan kementerian bersama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan bagi menggalakkan lebih ramai golongan B40 untuk menceburkan diri dalam industri burung walet?
Keduanya, kita tahu bahawa peruntukan eksport sarang burut walet ini juga menghadapi masalah. Ada di tempat saya, pasaran secara gelap. Maknanya satu kilo burung walet sudah dibersihkan sarang ini, harganya sampai mencecah RM3,000 satu kilo. Jadi, adakah ia, bagi menggalakkan industri ini, kepakaran ataupun penyelidikan dari kementerian sendiri?
Kita tahu bahawa industri burung walet ini dikuasai oleh kaum Tionghoa yang pakar, maknanya dalam membunyikan ataupun membuat suara burung yang dalam kesusahan.
Suara burung dalam kesusahan, maka banyaklah burung akan datang. Adakah ini satu formula yang digunakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani?
Tuan Sim Tze Tzin
Terima kasih ya, terima kasih atas soalan. Kita ini sekarang, kita akan lebih kurang- untuk soalan Yang Berhormat, sebenarnya kita menggalakkan lebih ramai petani untuk menceburi industri burung walet, tidak kira Melayu kah, Cina kah, India kah, Kadazan, Iban dan sebagainya, kerana ini satu industri yang sangat lumayan.
Saya hendak bagi tahu bahawa di tempat-tempat yang kita buat mapping di mana ada banyak burung walet, habitatnya, kebanyakannya di kawasan luar bandar, kawasan Pantai Timur di mana kaum Melayu dan juga bumiputera Sabah dan Sarawak berada. Jadi, ini adalah tempat-tempat yang sangat baik.
Cuma, kita pun daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, kita bagi sesiapa all these consultations. Kita bagi nasihat, bantu mereka dirikan sehinggakan ada Agro Bank yang ingin memberi pinjaman untuk mendirikan rumah. Inilah cara kita untuk menyokong dan juga membantu para petani. Jadi jangan risau ya, Yang Berhormat. Boleh buatlah rumah burung walet dan sebagainya untuk pengundi-pengundi di kawasan Yang Berhormat ya.
Kedua adalah tentang penjualan dan sebagainya. Kita sekarang ini, kita ada 34 kilang pemprosesan yang registered yang boleh mereka jual dan mereka boleh buat pemprosesan dan eksport atau untuk domestic market pun boleh. Itu adalah 34 raw-unclean okey.
Buat masa sekarang, ada satu rumah yang raw-unclean, satu kilang raw-unclean yang diberi permit, tetapi, on the way, ada tiga lagi dalam proses pendaftaran dengan GACC China. Ada tiga kilang raw-unclean yang tengah dalam proses mendapatkan pengiktirafan daripada GACC China dan 14 lagi kilang raw clean yang tengah dalam proses mendapatkan pengiktirafan daripada GACC China. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekarang saya menjemput...
[Disampuk] Baik, silakan Yang Berhormat Kanowit. Ramai yang berminat dengan burung walet.
Datuk Aaron Ago Dagang - Kanowit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya minat dengan burung walet ini. Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah Yang Berhormat sedar jumlah rumah burung walet di Sarawak dan di mana kita perlu register? Saya pun tidak faham. Tadi cakap register. Apakah agensi yang terlibat dalam masalah burung walet ini?
Juga, negara-negara yang pengimport sarang burung ini, adakah ia China sahaja ataupun ada negara lain? Terima kasih.
Tuan Sim Tze Tzin
Terima kasih atas soalan Yang Berhormat. Okey, saya kena terangkan ya kenapa kita perlukan register rumah burung walet ya. Ini kerana kita mahu bagi satu pengiktirafan myGAP atau Malaysian Good Agricultural Practices. Kalau mereka register dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau Department of Veterinary Services (DVS), mereka boleh mendapatkan- kalau tatacara betul, mengikut proses dan SOP, mereka boleh dapat myGAP. Dengan dapatkan myGAP, mereka boleh eksport raw-unclean kepada luar negara ya. Jadi, itu kelebihan untuk register-kan rumah-rumah burung walet.
Akan tetapi, ramai di antaranya yang tidak ada kesedaran, jadi mereka tidak register. Maka rugi kerana walaupun produce sarang burung walet tetapi tidak boleh jual, tidak boleh mengikuti saluran yang betul dan mendapatkan harga yang baik. Ini kerana yang tidak register itu, mereka terpaksa mengikut cara-cara unofficial dan akhirnya harga mereka tidak tinggi.
Saya ingin jelaskan bahawa selepas mereka register, mereka dapatkan myGAP, maka mereka boleh eksport ya, mereka boleh hantar ke kilang raw-unclean. Yang raw- unclean, tadi saya kata ada buat masa sekarang- kerana baru mula bulan November tahun ini, maka hanya satu kilang pemprosesan yang boleh eksport, tetapi dalam proses mendapatkan pengiktirafan daripada China, GACC China, ada tiga lagi. Jadi dalam masa terdekat, mungkin kita akan dapat empat kilang pemprosesan.
Untuk raw clean, itu sudah lama industri ini. Buat masa sekarang, ada 34 kilang pemprosesan dan dalam proses untuk mendapatkan pengiktirafan ada 14 lagi. Jadi, total dalam masa yang terdekat, mungkin kita akan dapat total 48 kilang pemprosesan. Maka ini bermaksud bahawa petani-petani kita mempunyai banyak saluran, mempunyai banyak kilang yang berebut-rebut ingin membeli sarang burung walet daripada mereka.
Maka, ini satu business yang very healthy, very good healthy competition. Saya nampak bahawa industri ini boleh berkembang maju kerana kita tahu bahawa daripada tahun 2012 sampai tahun 2019, export growth adalah 41 peratus. Walaupun main importer adalah daripada China tetapi tidak kurangnya daripada Singapore, daripada Amerika, daripada kawasan-kawasan Taiwan dan sebagainya. Maka kita mempunyai quiet diverse export destination. Terima kasih.
6. Dato' Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim [Batang Lupar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, kaedah yang berkesan dan efektif untuk mengatasi masalah ramai kanak-kanak yang memohon kewarganegaraan khususnya di Parlimen Batang Lupar.
Adakah akan diwujudkan Jawatankuasa Khas untuk meneliti dan menangani masalah ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato’ Mohd Azis bin Jamman
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Dalam Negeri sentiasa prihatin dengan isu dokumentasi dan pengenalan diri dalam kalangan penduduk negara ini. Antara langkah yang sedang diambil dalam menangani isu permohonan kewarganegaraan selaras dengan peruntukan di bawah Bahagian III Perlembagaan Persekutuan, Citizenship Rules 1964 serta perundangan berkaitan yang berkuat kuasa dalam isu pendaftaran perkahwinan, kesahtarafan anak, peraturan Imigresen dan lain-lain adalah seperti berikut:
(i) Penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan penentuan kewarganegaraan yang mana kewarganegaraan individu ditentukan berdasarkan status perkahwinan dan taraf kewarganegaraan ibu bapa sewaktu kelahiran; dan
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato’ Mohd Azis bin Jamman
(ii) pertimbangan terhadap permohonan kewarganegaraan bagi individu berkelayakan sama ada melalui pendaftaran ataupun naturalisasian selaras dengan usaha Kementerian Dalam Negeri ke atas penambahbaikan komprehensif terhadap prosedur pengendalian standard ataupun SOP permohonan kewarganegaraan.
Kementerian Dalam Negeri telah memuktamadkan pengemaskinian prosedur pengendalian standard ataupun SOP permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan bagi individu berumur bawah 21 tahun. SOP berkenaan yang akan dilaksanakan bermula tahun hadapan mengandungi mekanisme pemakluman kepada pemohon berkaitan sebab-sebab sesuatu permohonan kewarganegaraan itu ditolak serta tempoh pemprosesan permohonan kewarganegaraan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato’ Mohd Azis bin Jamman
Tempoh pemprosesan permohonan kewarganegaraan yang lengkap diterima bermula pada tahun hadapan adalah seperti mana berikut. Pertama, di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 3 bulan 14 hari dan di Kementerian Dalam Negeri 8 bulan. Manakala bagi permohonan kewarganegaraan lain di bawah Perlembagaan Persekutuan, fakta dan dokumen sokongan yang dikemukakan oleh setiap pemohon akan diteliti secara case-by- case mengikut giliran yang sewajarnya sebelum keputusan dikeluarkan.
Sehubungan dengan itu, tiada tempoh tertentu yang ditetapkan bagi pengeluaran keputusan dan ia berbeza-beza mengikut keperluan kes, termasuklah tempoh mendapatkan laporan tapis keselamatan yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penambahbaikan SOP berkenaan adalah berdasarkan kepada pematuhan syarat di bawah Bahagian III Perlembagaan Persekutuan dan Citizenship Rules 1964 serta turut mengambil kira pelbagai aspek termasuklah kebajikan pemohon tanpa mengabaikan keselamatan dan kesejahteraan warganegara sedia ada.
Berhubung dengan pewujudan Jawatankuasa Khas sepertimana yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, buat masa ini tiada keperluan untuk mewujudkan Jawatankuasa berasingan bagi menyelesaikan isu permohonan kewarganegaraan kerana permohonan kewarganegaraan yang diterima adalah di bawah bidang kuasa pertimbangan Kerajaan Persekutuan seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Untuk maklumat tambahan juga, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di Parlimen Batang Lupar ini, terdapat enam pejabat JPN yang terletak dalam kawasan Parlimen Batang Lupar iaitu JPN Sri Aman, JPN Lingga, JPN Betong, JPN Pusat, JPN Sebuyau dan JPN Maludam. Mengikut statistik yang ada, terdapat 10 kes permohonan di bawah Perkara 15A iaitu daftar lewat kelahiran yang telah dikemukakan ke Pejabat Pendaftaran di kawasan Parlimen Batang Lupar. Terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada jawapan daripada Menteri. Memang kita akui bahawa banyak masalah-masalah permohonan kewarganegaraan ini berpunca daripada ibu bapa yang tidak memahami untuk mendaftar kelahiran. Kadang-kadang banyak kes yang dibawa kepada pengetahuan kita Yang Berhormat, ini berlaku sudah lama. Kadang-kadang banyak dari segi maklumat-maklumat penting yang diperlukan agak sukar didapati oleh kerana sudah meninggal, ibu bapa sudah meninggal atau orang yang mengetahui fakta-fakta tersebut sudah tidak ada lagi.
Jadi Yang Berhormat, saya sekali lagi ingin merayu supaya roadshow yang diadakan oleh Jabatan Pendaftaran ini diteruskan dan sebenarnya Jawatankuasa Khas Kewarganegaraan Sarawak yang diwujudkan bersama dengan Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak di Sarawak bersama dengan JPN adalah satu usaha untuk fasilitet, memudahkan sebab Yang Berhormat tahu Yang Berhormat dari Sabah, saya dari Sarawak, bukan mudah Tuan Yang di-Pertua untuk kita pergi ke sesuatu kawasan. Jadi ini memudahkan, bukan hendak mengambil kuasa Persekutuan, tidak tetapi memudahkan.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar
Semenjak ditubuhkan dalam tahun 2016, saya rasa banyak telah tercapai. Jadi, harapan saya agar dapat diteruskan usaha ini. Satu lagi Yang Berhormat, saya sangat-sangat berharap supaya menjadi jihad KDN bersama KPWKM untuk mencari jalan, untuk kita memberi warganegara kepada stateless children yang begitu ramai dan kasihan. Bila mereka sampai ke umur dewasa Tuan Yang di-Pertua, mereka terpaksa keluar daripada rumah kebajikan dan mereka menjadi citizen yang tidak berwarganegara. Bayangkan mereka diselamatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi sampai umur 18, dibiarkan stateless. Jadi, saya harap ini menjadi satu jihad. Terima kasih.
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Terima kasih dengan soalan tambahan daripada Yang Berhormat Batang Lupar. Sebagaimana, saya setuju dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi program-program outreach contohnya. Sesungguhnya Jabatan Pendaftaran Negara, memang untuk di kawasan Parlimen Batang Lupar contohnya, saya ambil statistik sedikit di sini, di Sarawak di Parlimen batang Lupar sebanyak enam kali operasi program outreach JPN iaitu Program MEKAR telah dilaksanakan dari tahun 2016 sehingga 31 Oktober 2019.
Program-program ini akan diteruskan kerana kita tahu di Sabah dan Sarawak, saya setuju dengan Yang Berhormat tadi, bukan hanya di Sarawak malah di Sabah juga sebenarnya kita oleh kerana kawasan luar bandar dan agak jauh untuk pegawai-pegawai kita ataupun rakyat datang ke Pejabat Pendaftaran yang terdekat, maka sebab itu lah program- program Jabatan Pendaftaran Negara seperti program outreach ini merupakan satu mekanisme kita untuk membantu khususnya masyarakat yang ada di luar bandar dan ini akan diteruskan.
Dari segi yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi, saya mengambil maklum cadangan itu, insya-Allah kita akan adakan perbincangan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk kita mengadakan program sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Adakah kerajaan bercadang untuk mendaftar semua mereka yang tidak berada dalam kategori citizen, permanent resident dan lain supaya orang-orang yang berjalan atas bumi Malaysia ini, sekurang-kurangnya mempunyai satu pendaftaran. Tidak semestinya dia seorang rakyat Malaysia ataupun permanent resident kerana kalau mereka ini tidak didaftarkan, apa-apa juga jenayah yang dilakukan, kita susah hendak trace. Jadi, kalau kita daftarkan, kita bagi lah warna apa pun supaya mereka memegang satu kad yang dokumen dan juga isi maklumat mereka itu berada dalam simpanan kerajaan, bukan untuk tujuan memberikan mereka citizenship. Terima kasih.
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Terima kasih dengan soalan tambahan Yang Berhormat tadi. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat ini sebenarnya inilah yang kita hadapi khususnya ambil contoh di Sabah, bila mana isu kita ingin mendaftarkan mereka- mereka yang tidak berdokumen ini disalah anggapkan, bahawa seolah-olah kita ini ingin memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang ini.
Sedangkan niat dan nawaitu kita sebab untuk makluman Yang Berhormat, apa yang berlaku contohnya jika berlaku kes-kes pecah masuk kadang-kadang cap jari penjenayah ini kita dapat, tetapi disebabkan tidak ada data orang-orang ini di dalam simpanan kerajaan baik dalam Jabatan Pendaftaran Negara ataupun dalam PDRM, mengakibatkan banyak kes-kes yang unsolved mystery kerana cap jari ada tetapi penjenayah itu tidak dikenal pasti kerana cap jari itu tidak ada di dalam rekod kita.
Ini lah di antara perkara yang kita tengah usahakan dan of course pendaftaran- pendaftaran yang kita disebutkan oleh Yang Berhormat ini, merupakan satu langkah perlu yang of course peringkat kementerian sedang kaji dan pertimbangkan, khususnya dalam usaha kita untuk memastikan agar manusia yang berjalan di Malaysia ini sama ada dia yang disebutkan stateless, yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat tadi isu stateless contohnya.
Ini juga merupakan perkara yang satu cabaran kepada kita sebab di satu negeri itu mereka menyokong tapi di satu negeri lagi contohnya Sabah, amat sukar untuk kita melaksanakan kerana dianggap dan disalah tafsirkan kononnya kita ini berusaha untuk memberikan kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak.
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Jadi, saya akan mengambil maklum tentang apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat itu, insya-Allah di peringkat kementerian kita akan memperincikan dan bincangkan perkara ini secara mendalam terima kasih.
7. Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim] minta Menteri Pertahanan menyatakan, menjelaskan penyelenggaraan tanah milik KEMENTAH Tapak MDSTP di Sungkai, Perak tentang jumlah pembayaran cukai tanah tahunan dari 2010 hingga 2019, serta pendapatan yang dijana oleh Tapak MDSTP (dari 2010 hingga 2019) yang kini disewakan bagi tujuan pertanian.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli Parlimen yang bertanya soalan Yang Berhormat Tanjong Malim. Kementerian Pertahanan telah mengeluarkan kawasan bagi sewaan tanah Persekutuan kegunaan Kementerian Pertahanan, Sungkai, Daerah Batang Padang, Perak dengan keluasan keseluruhan tanah adalah 1,222 ekar. Daripada jumlah keluasan tanah berkenaan, sebahagian tanah seluas 309 ekar telah disewa kepada beberapa syarikat untuk mengusahakan aktiviti pertanian seperti tanaman kontan, mengutip hasil sawit, tanaman jambu batu dan pelbagai lagi hasil tanaman.
Tujuan sewaan tanah tersebut adalah bagi memastikan kerajaan mendapat hasil daripada aktiviti sewaan tanah di samping mengelakkan berlaku pencerobohan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Bagi tapak yang dicadangkan untuk Projek Malaysian Defense and Security Technology Park (MDSTP) ini, kerajaan dianggarkan telah menerima hasil bayaran sebanyak RM419,940 melalui hasil sewaan tanah sejak tahun 2010 hingga tahun 2019.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Liew Chin Tong
Urusan sewaan tanah seperti pengeluaran Surat Setuju Terima dan perjanjian penyewaan diuruskan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) di bawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli. Cukai Tanah tahunan juga dibayar dan diurus oleh pihak JKPTG selaku tuan tanah dan nilai bayaran Cukai Tanah setahun adalah sebanyak RM1.48 juta berdasarkan Tanah Persekutuan kegunaan Kementerian Pertahanan seluas 1,222 ekar. Terima kasih.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Hendak tanya, apakah rancangan penggunaan tanah tersebut dalam masa depan?
Kalau dalam masa depan yang terdekat tidak ada apa-apa rancangan penggunaan tanah, adakah Yang Berhormat Menteri Pertahanan akan melupuskan pemilikan untuk membenarkan tanah tersebut menjadi tanah pertanian untuk menjamin keselamatan makanan. Terima kasih.
Tuan Liew Chin Tong
Cadangan sekarang ialah untuk Tentera Darat mewujudkan satu tapak latihan di kawasan tersebut dan kalau ada apa cadangan boleh diuruskan dengan JKPTG, bukan dengan Kementerian Pertahanan. Terima kasih.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, penubuhan MDSTP ini dilihat akan membolehkan negara ASEAN mengurangkan kebergantungan kepada negara luar di dalam pembelian aset ketenteraan. jadi, apakah rancangan pihak kementerian untuk jangka masa panjang bagi mengurangkan kos membeli aset ketenteraan terkini, memandangkan projek MDSTP telah dibatalkan, dan adakah pihak kementerian telah melakukan kajian tentang faktor yang menyumbang kepada kesukaran pihak syarikat mendapatkan pemain industri pertahanan tempatan untuk membuka kilang di MDSTP walaupun projek ini dijangka mampu menarik pelaburan sebanyak RM15 bilion pada awalnya. Terima kasih.
Tuan Liew Chin Tong
Projek ini diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 23 Mei 2012 dan syarikat MDSTP telah menarik diri daripada projek ini pada 27 Januari 2014. Sejak masa itu, dianggap bahawa projek ini tidak boleh dijalankan kerana syarikat tidak berminat untuk meneruskan projek ini.
Tuan Liew Chin Tong
Sebenarnya untuk industri pertahanan seperti yang dibincangkan semalam dalam perbahasan Kertas Putih Pertahanan, industri pertahanan yang diperlukan ialah kita perlukan industri pertahanan yang bersasar juga boleh digunakan secara komunal antara Kementerian Pertahanan dan juga agensi-agensi keselamatan lain. Apa yang perlu dihasilkan oleh industri di negara kita adalah penting untuk ada dual-use iaitu boleh diguna oleh awam dan juga untuk matlamat ketenteraan.
Semua ini perlu dihasilkan oleh R&D. Tanah sebenarnya bab yang paling akhir yang paling tidak penting. Yang penting ialah sains dan teknologi, yang penting ialah R&D dan ini semuanya perlukan rangkaian industri yang lain, dan perlukan kerangka dasar dan pentadbiran yang lain yang kurangkan ‘posmen’, atau agen yang hanya ada office kecil di Kuala Lumpur tanpa ada science and tech ataupun R&D. Ini semua dicadangkan dalam kerangka Kertas Putih Pertahanan, dan kita harap boleh laksanakan dalam tahun-tahun yang akan datang. Terima kasih.
8. Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan, apakah mekanisme yang akan dilaksanakan bagi mengatasi masalah manipulasi produk berasaskan Muslim oleh usahawan bukan Muslim yang menggunakan agama Islam dan tulisan jawi untuk mengaburi mata pengguna Muslim yang merupakan pengguna terbesar di negara bagi mengaut keuntungan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Chong Chieng Jen
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian ini sentiasa memberi perhatian serius berhubung isu-isu manipulasi perbahasaan halal seperti ungkapan “Muslim- friendly”, “syariah compliance”, penggunaan ayat Al-Quran dan lain-lain ungkapan dan perbuatan yang mana ia menjadi sesuatu kesalahan di bawah Perintah Perihal Dagangan
(Tarif Halal) 2011, dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
Walau bagaimanapun, asas kepada tindakan pemeriksaan yang dilaksanakan adalah bagi memastikan produk makanan atau premis makanan yang menggunakan perbahasan halal adalah disahkan halal oleh badan berkuasa, berwibawa iaitu JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri, bukanlah bagi memastikan ia dimiliki oleh orang Islam semata- mata. Bagi menangani isu-isu manipulasi perbahasan halal seperti ini, kementerian akan mengambil tindakan seperti berikut:
(i) bekerjasama dengan JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri bagi memperkemaskan penguatkuasaan berkaitan perbahasan halal;
(ii) membuat hebahan umum mengenai pematuhan perundangan halal melalui media sosial rasmi kementerian, dan menerbitkan kenyataan media;
(iii) menjalankan pemeriksaan halal secara berkala di rumah-rumah penyembelihan, kilang pemprosesan, pasar raya dan restoran di samping memberi khidmat nasihat mengenai perundangan; dan
(iv) mengadakan operasi khas berkaitan halal secara bersepadu dengan agensi-agensi kerajaan di seluruh negara.
Sekian terima kasih.
Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita tahu tulisan jawi yang disalah guna di produk-produk yang dikeluarkan oleh bukan Muslim akan mengelirukan pengguna dengan status halal.
Saya hendak tanya pihak kerajaan, pertama, adakah kerajaan bercadang untuk menguatkuasakan undang-undang kepada syarikat bukan Muslim agar tidak menggunakan teknik pengiklanan, pemasaran dan pembungkusan menggunakan lambang dan tulisan yang sinonim dengan Islam ini iaitu tulisan jawi supaya ia tidak mengelirukan pengguna. Apakah tindakan oleh pihak kementerian jika ada syarikat-syarikat yang menyalah guna dan melanggar piawaian ini. Terima kasih.
Tuan Chong Chieng Jen
Terima kasih Yang Berhormat. Secara amnya, hanya mereka- syarikat yang mendapat pensijilan halal daripada agensi-agensi seperti JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri masing-masing yang boleh menggunakan logo halal, atau mempamerkan menggunakan perbahasaan yang seperti “Muslim-friendly” atau “syariah compliance”. Selain daripada itu, sesiapa sahaja yang tidak mendapat pensijilan pengiktirafan daripada kedua-dua JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri-negeri, mereka tidak boleh menggunakan perkataan-perkataan itu di tempat- premis mereka. Oleh itu kita telah meningkatkan penguatkuasaan kita di seluruh negara untuk mengesan sesiapa yang telah melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang ini.
Setakat ini dalam tahun ini sehingga Oktober, sebanyak 3,530 pemeriksaan telah dijalankan dan kita mendapati bahawa 89 yang telah melanggar peraturan-peraturan dan juga undang-undang ini. So, kita telah mengambil tindakan- including merampas, menyita barang mereka dan juga mengenakan kompaun. Oleh itu, tindakan yang tegas akan diambil terhadap sesiapa yang melanggar peraturan-peraturan ini. Sekian, terima kasih.
9. Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, apakah bilangan terkini banduan hukuman gantung mengikut seksyen kesalahan dan pecahan etnik, kewarganegaraan, umur dan status sosial (golongan B40 atau golongan lain), status pemansuhan hukuman gantung serta adakah ia retrospektif terhadap semua kes banduan akhir, dan bagaimana pula dengan yang sedang menjalani hukuman gantung tersebut.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Mohd Azis bin Jamman
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan rekod Jabatan Penjara Malaysia sehingga 2 Disember 2019, terdapat seramai 1,280 orang banduan yang telah disabitkan bersalah oleh mahkamah dan dijatuhkan hukuman mati.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Mohd Azis bin Jamman
Walau bagaimanapun, hukuman mati tersebut belum dapat dilaksanakan kerana 453 orang banduan masih lagi dalam proses rayuan di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Manakala, 827 orang dalam proses rayuan di peringkat Lembaga Pengampunan Negeri serta waran pelaksanaan hukuman mati terhadap mereka masih belum diterima.
Daripada jumlah banduan akhir tersebut, statistik menunjukkan seramai 350 orang melakukan kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh, 899 orang di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya iaitu pengedaran dadah. Lapan orang di bawah seksyen 121, Kanun Keseksaan berperang dengan Yang di-Pertuan Agong. Seramai 15 orang di bawah seksyen 3 dan 7 Akta Senjata Api melepaskan tembakan di bawah kesalahan berjadual dan berdagang senjata api.
Selain itu, statistik tersebut turut menunjukkan terdapat lima orang dan dua orang masing-masing disabitkan di bawah seksyen 3, Akta Culik dan seksyen 396 Kanun Keseksaan iaitu rompakan berkumpulan dan pembunuhan. Manakala seorang banduan telah disabitkan di bawah seksyen 57(1)(a), Akta Keselamatan Dalam Negeri iaitu kesalahan melibatkan senjata api dan bahan letupan.
Bagi pecahan mengikut kewarganegaraan pula Tuan Yang di-Pertua, rekod Jabatan Penjara Malaysia menunjukkan terdapat 734 warganegara Malaysia dan 546 orang adalah warganegara asing yang berasal daripada 43 buah negara. Daripada jumlah banduan akhir warganegara Malaysia, rekod Jabatan Penjara Malaysia menunjukkan terdapat seramai 349 orang banduan Melayu, 193 orang banduan India dan 150 orang banduan Cina. Manakala seramai 34 orang banduan terdiri daripada lain-lain etnik.
Seramai 397 orang terdiri daripada mereka berumur 21 tahun ke 30 tahun. Seramai 525 orang berada di dalam kategori umur di bawah 31 tahun ke 40 tahun. Manakala 267 orang pula adalah berumur di antara 41 tahun ke 50 tahun. Bagi banduan hukuman mati yang berumur di antara 51 tahun ke 60 tahun, terdapat seramai 74 orang dan 17 orang berumur 60 tahun ke atas.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Mohd Azis bin Jamman
Berdasarkan kepada sosioekonomi B40 pula, seramai 240 orang tidak bekerja, 140 orang adalah ahli perniagaan, 143 orang guru dan 90 orang bekerja sendiri. Mereka ini mewakili 47.9 peratus keseluruhan jumlah banduan akhir.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, menurut Bahagian Hal Ehwal Undang- undang Jabatan Perdana Menteri pada 12 Julai 2019, kerajaan telah bersetuju dengan pindaan terhadap undang-undang bagi menggantikan hukuman mati mandatori hendaklah dibuat dengan berhati-hati terutamanya mengenai peruntukan tambahan bagi memberikan kuasa budi bicara kepada hakim untuk menjatuhkan hukuman.
Sehubungan dengan itu, jawatankuasa khas bagi mengkaji keseluruhan polisi penghukuman ataupun sentencing policy, dengan izin, khususnya berkaitan dengan cadangan menggantikan hukuman mati mandatori dengan hukuman yang tertakluk kepada budi bicara mahkamah serta hukuman penjara seumur hidup yang melibatkan semua akta berkaitan telah ditubuhkan. Jawatankuasa khas ini telah mengadakan mesyuarat pertama pada 20 September 2019 bagi memulakan kajian yang akan berlangsung selama tiga bulan.
Kerajaan juga pada masa yang sama telah memutuskan agar moratorium terhadap pelaksanaan hukuman mati diteruskan sehingga kajian jawatankuasa tersebut selesai dan mencapai keputusan muktamad. Terima kasih.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan tadi.
Berdasarkan statistik yang diberikan, maka jelas banduan akhir hukuman gantung ramai berada dalam golongan B40 atau M40 atau dalam jurang sosioekonomi yang rendah, golongan minoriti, golongan terpinggir atau yang miskin dan juga jelas bahawa hukuman gantung ini bukan satu kaedah untuk mencegah jenayah, memandangkan lebih 106 negara telah memansuhkan hukuman gantung dan 58 lagi belum.
Soalan saya, apakah penilaian ke atas banduan yang telah diberikan peluang untuk bertaubat dan apakah langkah-langkah positif kerajaan dalam memperkukuhkan sistem keadilan jenayah, dengan izin, criminal justice system dan pemulihan keadilan, restorative justice, sebagai satu langkah progresif. Mohon jawapan daripada kementerian.
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih dengan soalan tambahan tadi, Yang Berhormat Batu Kawan. Dari segi statistik dia, tidak dinafikan memang ada sesetengah banduan menunjukkan keinsafan dan perasaan menyesal. Ini berdasarkan kepada pemerhatian dan kajian hukuman setiap empat tahun yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia. Terdapat beberapa banduan yang dikenakan hukuman mati menunjukkan keinsafan dan menyesal terhadap kesalahan yang mereka dilakukan. Ini terjadi turut disumbang oleh program-program yang dianjurkan oleh Jabatan Penjara iaitu program-program kerohanian dan keagamaan yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia selaras dengan dasar pentadbiran yang digariskan oleh Peraturan 3, Peraturan-peraturan Penjara 2000.
Kalau boleh saya jelaskan antara program-program yang dianjurkan oleh Jabatan Penjara adalah contohnya Program Jalinan Kasih bersama keluarga bagi yang terpilih semasa musim perayaan. Program keagamaan mengikut agama banduan-banduan tersebut.
Program rekreasi terkawal seperti bersukan dan program-program perjumpaan dengan keluarga seminggu sekali. Program-program ini tidak dinafikan memang telah banyak, ada yang menunjukkan sebagaimana saya sebutkan tadi, ada banduan-banduan yang menunjukkan keinsafan terhadap apa yang mereka telah lakukan.
Akan tetapi sebagaimana saya sebut tadi Ahli Yang Berhormat, selain daripada kita melihat kepada banduan itu sendiri, kita juga kena melihat kepada keluarga yang telah menjadi mangsa hasil daripada perbuatan mereka. Jadi, ini di antara perkara yang menjadi pertimbangan jawatankuasa ini dan kita sebagaimana saya sebutkan tadi, jawatankuasa ini akan menimbang, melihat dan menilai apa yang akan dilakukan khususnya bagi kesalahan- kesalahan sebagaimana yang disebutkan tadi iaitu kesalahan-kesalahan hukuman mati mandatori. Terima kasih.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang telah diberikan cukup baik.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Cuma kalau kita melihat prinsip penghukuman ataupun sentencing di dalam undang-undang, ia mungkin mempunyai matlamat menghukum kepada mereka yang didapati bersalah, prinsip pencegahan, preventive kepada orang yang mungkin melakukan kesalahan dan juga pengajaran.
Soalan saya berdasarkan kepada jawapan Yang Berhormat Menteri. Adakah kerajaan pernah ataupun bercadang untuk misalnya merakamkan ataupun video kan kata- kata terakhir ataupun dying declaration, seruan terakhir daripada banduan-banduan akhir ini sebelum mereka dihukum gantung supaya apa yang mereka sebutkan ini menjadi pengajaran yang direct terutamanya kepada generasi muda, generasi akan datang, tidak mengulangi kesalahan sebagaimana yang dibuat oleh mereka ini. Dengan syarat, mereka tidak dipaksa tetapi mereka sukarela sebagai suatu bakti mereka sebelum mereka dihukum gantung dan sebagainya. Terima kasih.
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Terima kasih dengan soalan-soalan tambahan yang diberikan tadi. Sebenarnya untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebenarnya Kementerian Dalam Negeri telah pun mempertimbangkan secara voluntary kepada banduan- banduan ini yang ingin membuat confession ataupun memberikan kata-kata akhir mereka.
Untuk- mungkin ada yang minta untuk diserahkan kepada keluarga mereka. Jadi, ini di antara perkara yang sebenarnya yang sudah pun memang di dalam pertimbangan Kementerian Dalam Negeri. Cumanya sebagaimana Yang Berhormat pun sedia maklum, sensitiviti terhadap permintaan keluarga kepada si banduan itu juga kita perlu ambil pertimbangan.
Walau bagaimanapun sebenarnya pihak penjara memang ada merakamkan ataupun merekodkan kata-kata akhir itu, cuma ia khusus kepada keluarga banduan itu kecuali ia diminta oleh dan dibenarkan oleh keluarga pesalah tersebut. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Ini mustahak juga Tuan Yang di-Pertua. Boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Yang Berhormat Kepala Batas.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor...
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Sekejap Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sebelum itu, ya.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Terima kasih. Saya ingin mengalu-alukan tetamu daripada Parlimen Jempol. Yang Berhormat Datuk Shamshul dan juga Yang Berhormat Datuk Mustapha...
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Selamat datang.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tuan Yang di- Pertua, tambah Tuan Yang di-Pertua. Saya mengalu-alukan- mustahak Tuan Yang di-Pertua.
Ini daripada polis, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak ucapkan Selamat Datang kepada Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Mohd Ismail Che Ros yang mengetuai kumpulan RESPA iaitu *Retired Senior Police Officer Association...
[Tepuk]* Selamat datang ke Dewan yang mulia ini.
Insya-Allah IPCMC ini akan dibatalkan, insya-Allah. Kita doakan sama-sama...
[Tepuk]
10. Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican [Kepala Batas] minta Menteri Pendidikan menyatakan, apakah perancangan Kementerian untuk memasukkan silibus pendidikan demokrasi di sekolah memandangkan Parlimen telah sebulat suara menyokong pindaan Perlembagaan yang membolehkan rakyat berumur 18 tahun mengundi. Jika ada, apakah jaminan Kerajaan bahawa silibus tersebut tidak hanya cenderung mempromosikan parti Kerajaan sahaja.
Menteri Pendidikan - Dr. Maszlee bin Malik
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlanjur semua orang mengucapkan, saya pun ingin mengucapkanlah iaitu kepada semua warga OKU dan juga ibu bapa kepada kanak-kanak OKU, saya ingin bersama-sama kita di Dewan Rakyat mengucapkan Selamat Menyambut Hari OKU Sedunia pada 3 Disember...
[Tepuk]
Menteri Pendidikan - Dr. Maszlee bin Malik
Tuan Yang di-Pertua, pendidikan demokrasi di sekolah-sekolah tidak dikhususkan kepada satu subjek khusus yang namanya mata pelajaran Demokrasi. Akan tetapi apa yang berlaku, di sekolah-sekolah kita, tajuk Demokrasi dan Perlembagaan telah dimasukkan di dalam kurikulum merentasi subjek-subjek yang ada iaitu subjek Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan kini dilaksanakan di semua sekolah-sekolah kita.
Tajuk ini diajarkan kepada murid mengikut aras dan tahap kebolehan serta keupayaan para murid. Tajuk ini tidak mempromosikan mana-mana parti, sebaliknya tajuk ini menekankan kepada fakta sejarah dan usaha-usaha ke arah kemerdekaan. Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu daripada penjajah. Usaha yang dilaksanakan oleh semua parti politik pada waktu itu tanpa bias kepada mana-mana pihak ataupun mana-mana individu.
Selain penerapan melalui mata pelajaran Tuan Yang di-Pertua, pendidikan demokrasi ini juga diajarkan di dalam program Pendidikan Sivik yang telah mula diperkenalkan pada Jun 2019 yang lalu. Pendedahan kepada murid turut dilaksanakan di awal usia sebagai usaha meningkatkan literasi politik pengundi muda dengan membincangkan beberapa tajuk seperti Sistem Demokrasi Berparlimen, Pemupukan Jati Diri, Sistem Raja Berperlembagaan, Rukun Negara, Semangat Patriotik dan Cintai Malaysia.
Pendekatan ini bukan hanya diajarkan di dalam bilik darjah semata-mata.
Pendidikan demokrasi tidak hanya terkurung within the four walls of the classroom dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi juga dimasukkan di dalam aktiviti ko-kurikulum, aktiviti ekstra kurikulum dan juga pelbagai aktiviti lain untuk menyemarakkan semangat dan juga roh warganegara ataupun rakyat yang bertanggungjawab dan juga mempunyai kecintaan terhadap tanah air.
Berkaitan dengan kesesuaian kurikulum dengan pindaan umur mengundi 18 tahun yang telah diluluskan oleh Parlimen, Kementerian Pendidikan Malaysia telah dan sedang mengambil langkah bagi meningkatkan kesedaran murid sebagai persediaan mereka untuk menjadi pengundi yang bertanggungjawab dan pengundi yang sedar pada umur 18 tahun.
Melalui segala kurikulum dan juga aktiviti ko-kurikulum.
Selain itu, murid juga akan terlibat dengan pemilihan Ketua Murid melalui model ala pilihan raya. KPM dengan kerjasama Akademi Pilihan Raya SPR telah menyediakan modul berkaitan pilihan raya sebagai bahan sokongan dalam pembelajaran murid. Selain itu, Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) juga terlibat dalam menjalankan sesi sindikasi dan simulasi pemilihan Ketua Murid melalui mekanisme pilihan raya di sekolah melalui sekolah-sekolah yang terpilih dan secara bertahap-tahap.
Dapatan sindikasi tersebut akan dijadikan asas sebagai penyediaan garis panduan pelaksanaan proses pemilihan Ketua Murid menggunakan sistem pilihan raya di sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas ataupun SPR yang baharu akan memberikan kebenaran kepada pihak sekolah memperluaskan penggunaan speaker’s corner yang kita telah perkenalkan semenjak Jun tahun lalu di semua sekolah sebagai platform calon pengawas murid, mempromosi keupayaan diri dan membenarkan proses pemilihan ala pilihan raya di sekolah.
SPI baharu ini akan membatalkan SPI Bilangan 5 Tahun 2010 yang melarang pilihan raya diadakan di sekolah bagi tujuan pemilihan Ketua Murid kerana masalah yang timbul pada waktu tersebut. Sedikit pembelajaran yang telah kita dapat, kita akan sediakan SPI yang baru yang lebih komprehensif dan lebih mematangkan anak-anak.
Semua program yang sedang dan akan dijalankan oleh KPM diharapkan dapat melahirkan murid yang memahami erti demokrasi dan melahirkan warga Malaysia yang cintakan nusa, bertanggungjawab, berkeamanahan dan juga memberikan sumbangan kepada negara ini. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas
Terima kasih kepada jawapan Yang Berhormat Menteri tadi dan sememangnya Yang Berhormat Menteri pun tahu bahawa pindaan Perlembagaan menurunkan umur 18 tahun ini adalah satu historical event, it’s a hallmark to the process of democracy dalam negara kita. Ini kerana ia meluaskan lantai demokrasi dan atas semangat yang sama kerana keputusan ini dicapai secara bipartisan.
Soalan saya ialah, sejauh manakah keberkesanan yang dikatakan Pendidikan Sivik yang diperkenalkan pada bulan Jun baru-baru ini dalam to cultivate ataupun dalam hendak menyemai pemahaman literasi politik dan demokrasi?
Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas
Keduanya, apakah kementerian berhajat untuk melonggarkan atas semangat kematangan dalam kita mengamalkan demokrasi. Ahli-ahli Parlimen yang selalu bertanya tentang mereka untuk mendapat kebenaran masuk ke sekolah tanpa perlu untuk setiap kali memohon kebenaran kerana sekolah ini adalah satu tempat yang merupakan sebahagian daripada konstitusi obligation and we are the elected members of representative. Jadi, itu adalah fundamental obligation yang memerlukan kita masuk ke sekolah. Jadi apakah atas semangat yang sama itu, kematangan dalam pengamalan demokrasi ini, kementerian untuk melihat, untuk melonggarkan. Terima kasih.
Dr. Maszlee bin Malik
Tuan Yang di-Pertua, pertama saya ucapkan terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Ya, memang benar. Keputusan untuk meluluskan ataupun menurunkan tahap umur mengundi 18 tahun itu merupakan keputusan bersejarah yang bukan hanya pada pihak di sini sahaja memberikan kontribusi, malah kita lihat dipihak pembangkang juga telah bersama-sama melakarkan sejarah ini. Ia merupakan sejarah yang telah dicipta oleh kita semua sebagai Ahli Dewan Rakyat untuk negara tercinta Malaysia.
Berkaitan dengan soalan yang telah dikemukakan, untuk pengetahuan Yang Berhormat, kementerian tiada halangan untuk mana-mana Ahli Parlimen Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri untuk membantu pihak sekolah dalam meningkatkan pemahaman murid tentang amalan demokrasi dan warga yang bertanggungjawab kepada negara.
Pihak yang berminat perlu mengemukakan permohonan kepada KPM melalui JPN, Pengarah Pendidikan Negeri, penyelarasan dan perbincangan awal...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Itu bohong sahaja.
Dr. Maszlee bin Malik
Dari pihak KPM, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah adalah penting untuk memastikan pelaksanaan program aktiviti yang berkaitan tidak mengabaikan...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Kencing, apabila bagi surat tolak awal-awal lagi.
Dr. Maszlee bin Malik
Kebajikan serta keselamatan murid dan sekolah.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tidak payah cakap lah kalau macam itu.
Dr. Maszlee bin Malik
Pihak KPM menjadikan panduan dalam perkara ini bagi mengelakkan unsur-unsur manipulasi yang memberi kesan negatif kepada murid dan warga sekolah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Menteri, boleh anggap ini sebagai satu arahan Yang Berhormat Menteri atau tidak? Senang di bawah itu mereka boleh faham.
Tuan Yang di-Pertua
Baiklah.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Mana Yang Berhormat Menteri berani.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan tambahan kedua dan terakhir. Silakan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya berkenaan dengan silibus pendidikan. Adakah kementerian bercadang untuk juga memperkenalkan silibus pendidikan di mana murid-murid sekolah dapat belajar tentang pemimpin-pemimpin tersohor daripada Pakatan Harapan seperti Yang Berhormat Menteri sendiri, seperti Ahmad Nor, seperti Yang Berhormat mendiang Karpal Singh.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Chin Peng... [Dewan ketawa]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dan pemimpin-pemimpin lain supaya rakyat dan anak-anak kita dapat belajar prinsip...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Hendak tanya Tuan Yang di-Pertua, itu abu dekat dahi itu abu apa itu- abu Chin Peng kah?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Prinsip-prinsip perjuangan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang tersohor seperti Iskandar Puteri, Lim Kit Siang dan sebagainya. Adakah apa-apa cadangan untuk kita perkenalkan silibus-silibus ini. Supaya anak-anak murid kita belajar perkara yang benar dan tidak terpesong dengan...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
LTTE.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pemimpin-pemimpin seperti Yang Berhormat Pekan yang melakukan rasuah dan sebagainya. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
LTTE yang kamu bawa itu, LTTE.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, sila jawab.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Abu itu abu Chin Peng kah?
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Masukkan sekali rasuah terowong Yang Berhormat Bagan.
Dr. Maszlee bin Malik
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf, saya minta Yang Berhormat Baling tarik balik kenyataan menyatakan saya bawa LTTE. Saya bukan...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Membela.
Membela kes itu untuk LTTE, selepas Yang Berhormat tarik balik.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tarik balik Yang Berhormat Baling, tarik balik.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Itulah maksud saya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya bangun...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
LTTE itu Yang Berhormat bawa selepas itu Yang Berhormat tarik balik.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tarik balik jangan putar belit kenyataan. Tarik balik.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Itu salah kah?
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tarik balik Yang Berhormat Baling.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Itu hakikat yang betul.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tarik balik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, saya daripada...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Dia beritahu LTTE dia pembela.
Tuan Yang di-Pertua
Tarik balik.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Dia membela Tuan Yang di-Pertua. Okey, saya tarik balik, tetapi saya sebut tadi, dia membela.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Membela orang yang didakwa, bukan membela LTTE. Ahli Parlimen apa ini?
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Tarik balik tidak payah explain.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Standard apa ini Ahli Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Batu Kawan, sila duduk.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Eh! kenapa Yang Berhormat Batu Kawan sibuk.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Batu Kawan, sila duduk.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
What standard?
Tuan Yang di-Pertua
Sila duduk Yang Berhormat Batu Kawan.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Batu Kawan tidak ada kena mengenalah.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tabung Haji punya kes pun belum tutup lagi.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Ini saya dengan Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Batu Kawan, sila duduk.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Batu Kawan duduk, saya dengan Yang Berhormat Jelutong.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Pembela orang yang didakwa, bukan membela LTTE.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Batu Kawan, sila duduk.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Pembela LTTE lah, kes LTTE lah.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Apa kelas macam ini? Ahli Parlimen dari pihak Baling memalukan. Memalukan pengundi Baling.
Tuan Yang di-Pertua
Sila duduk Yang Berhormat Batu Kawan dan Yang Berhormat Baling.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Kasihan kepada polis. Polis susah payah pergi tahan. Bawa pergi mahkamah, lepaskan. Undang-undang apa?
Tuan Yang di-Pertua
Kedua-dua Yang Berhormat Batu Kawan dan Yang Berhormat Baling, saya akan gunakan kuasa saya untuk...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Jelutong juga patut tarik balik sebab sebut Yang Berhormat Pekan rasuah tadi...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pontian pun sekali.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Mahkamah belum tentukan lagi. Macam mana boleh jatuh rasuah?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Kes masih lagi berada di mahkamah. Apa hal hendak tuduh rasuah?
Tuan Yang di-Pertua
Tarik balik apa?
Seorang Ahli
Yang Berhormat Pekan rasuah, dia kata.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Dia kata Yang Berhormat Pekan rasuah. Kes tidak selesai lagi. Saya sudah tarik balik...
Tuan Yang di-Pertua
Sudah tarik balik? Saya tidak dengar tadi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, saya bangun dan bertanya soalan secara elok dan...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tadi sebut Yang Berhormat Pekan rasuah. Tarik balik.
Tuan Yang di-Pertua
Sila duduk Ahli Yang Berhormat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Itu sebab Yang Berhormat Baling telah masuk campur.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jelutong, sila duduk.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya hendak tumpang tanya, itu abu, abu Chin Peng kah apa?
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Semua duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kita mahu anak-anak kita belajar perkara-perkara yang baik.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Belajar daripada pemimpin- pemimpin yang baik. Bukan macam Yang Berhormat Pekan.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Sudahlah Yang Berhormat Jelutong.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Masih lagi dalam mahkamah.
Apa hal? Ingat kamu hakim kah Yang Berhormat Jelutong?
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya tidak mahu Yang Berhormat Jelutong dituduh pakai abu Chin Peng di dahi itu [Ketawa]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Semua duduk, semua duduk, semua duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ini adalah menghina orang- orang Hindu. Saya minta Yang Berhormat Pasir Salak minta maaf kerana Yang Berhormat menghina orang-orang Hindu di Malaysia.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, ini adalah penghinaan terhadap orang-orang Hindu. Saya minta dia tarik baliklah.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Orang Hindu banyak sahabat baik saya. Bukan macam Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
No. You are insulting the Hindus in the country.
Tuan Yang di-Pertua
Sila duduk.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Yang Berhormat Pasir Salak tarik balik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Pasir Salak, saya minta tarik balik kenyataan itu kerana Yang Berhormat dari Barisan Nasional telah menghina orang Hindu.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Yang Berhormat Pasir Salak menghina orang-orang Hindu.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Okeylah. Tidak ada menghina...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
You withdraw that. I am asking you to withdraw it.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Yang Berhormat Pasir Salak menghina orang-orang Hindu.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Okey, okey. Tarik balik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya minta Yang Berhormat Pasir Salak tarik balik kenyataan itu.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Okeylah. Tarik baliklah.
Apa ada masalah.
Tuan Yang di-Pertua
Sila duduk. Yang Berhormat Lenggong, sila duduk.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Jelutong, Barisan Nasional tidak menghina kaum Hindu. Tarik balik kenyataan yang mengatakan Barisan Nasional menghina kaum Hindu. Tidak ada.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua, saya minta perkataan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
What did Yang Berhormat Pasir Salak do just now?
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Itu lain.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Where is he from?
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Sebab Yang Berhormat sebut Barisan Nasional. Tolong tarik balik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
No. Where is he from? Yang Berhormat Pasir Salak dari mana?
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tidak ada pun parti kami di sini menghina kaum Hindu. Kita pergi tempat lagi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Pasir Salak dari mana? Yang Berhormat Pasir Salak dari parti komunis kah?
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Orang-orang Pasir Salak tengok ya Yang Berhormat. Tidak malu kah?
Tuan Yang di-Pertua
Semua duduk. Semua duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Point of Order Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Apa point of order-nya?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, 36(6). Dia sebut Barisan Nasional menghina Hindu ialah satu perkataan yang cukup durjana, yang tidak patut dibuat. Yang Berhormat kena tarik balik.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Nanti Yang Berhormat kena speak up dekat luar ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
No, Yang Berhormat.
Kenyataan Yang Berhormat Pasir Salak tadi telah menghina orang Hindu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Pasir Salak...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Salak telah tarik balik.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, peraturan.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan Yang Berhormat Menteri.
Beberapa Ahli
Tarik balik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tarik balik perkataan itu.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Peraturan.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya hendak tanya, apa maksud menghina?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tadi, Yang Berhormat mengatakan bahawa saya memakai abu Chin Peng di dahi saya.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Bukan. Saya tanya...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
*You said that, you said that.
You said it.*
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
You said that, you said that.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
That is why I said you insulted the Hindus in this country.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Dengarlah dulu. Saya hendak tanya, yang you pakai itu abu Chin Peng kah atau tidak? Itu sahaja...
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
There, kamu telah menghina orang Hindu.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Itu merupakan satu perkataan yang menghina. Itu adalah perenggan menghina.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ini adalah tahap UMNO lah.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kalau tidak, tidaklah.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, saya beri amaran terakhir. Kalau sesiapa bangun lagi untuk mengganggu Majlis Mesyuarat, saya akan halau keluar...
[Dewan riuh]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Peraturan Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, sila menjawab.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Peraturan Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Maszlee bin Malik
Tuan Yang di-Pertua ...
Tuan Yang di-Pertua
Sila duduk, sila duduk.
Dr. Maszlee bin Malik
Tuan Yang di-Pertua, apa yang berlaku pada hari semalam, pada hari ini, adalah sejarah. Dengan apa yang berlaku pada hari ini di masa hadapan akan dianggap sebagai sejarah pada masa hadapan. Apa yang tercatat pada waktu yang lalu, akan menjadi iktibar ataupun pengajaran pada mereka di waktu ini. Begitu juga apa yang berlaku pada hari ini, akan menjadi pengajaran dan iktibar kepada generasi pada masa hadapan...
[Tepuk] Jikalau kita ingin masukkan segala fakta, segala nama dan sumbangan setiap orang di dalam buku teks pelajaran, itu akan menjadi buku teks pelajaran akan tebal. Kita tahu bahawa setiap perkara itu ada signifikannya. Setiap orang ada sumbangannya. Maka di atas sebab itulah, pihak Kementerian Pendidikan lebih menekankan kempen membaca supaya anak-anak kita tidak hanya terjumud pada pembacaan buku teks semata-mata ataupun apa yang diajarkan di dalam kelas semata-mata. Akan tetapi, mereka perlu didedahkan dengan budaya, gaya hidup dan semangat membaca.
Mereka perlu tahu bahawa di dalam kelas, mereka diberikan kunci-kunci ilmu tetapi mereka terpaksa membuka setiap kota dan bandar-bandar ilmu itu melalui pintunya dengan kunci yang diberikan. Maka, Kementerian Pendidikan Malaysia akan sentiasa melakukan kempen membaca dan menjadikan membaca sebagai gaya hidup rakyat Malaysia. Kita perlukan bantuan daripada semua Ahli Dewan Rakyat...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Betul sokong Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, saya sokong tetapi jangan baca buku komik itu.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Duduklah Yang Berhormat Pasir Salak.
Dr. Maszlee bin Malik
Kita perlukan bantuan dan dukungan...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Buku komik itu macam mana?
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Salak sila duduk.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Apa tindakan Yang Berhormat Menteri?
Dr. Maszlee bin Malik
Daripada semua Ahli Dewan Rakyat ...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Apa tindakan Yang Berhormat Menteri?
Dr. Maszlee bin Malik
Untuk bersama-sama menyemaikan semangat membaca di dalam jiwa setiap rakyat Malaysia...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ada yang hendak menyemaikan unsur-unsur Komunis ini. Apa tindakan daripada kita?
Dr. Maszlee bin Malik
Apa yang kita lakukan hari ini, akan membina sejarah yang lebih besar di masa akan datang bagi nusa Malaysia yang kita cintai ini. Terima kasih.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon. Mohon satu soalan Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Menteri yang hebatnya.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Kubang Kerian mohon satu soalan. Tuan Yang di-Pertua?
[Masa Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perlembagaan Persekutuan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua dan ketiga pada hari Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas tahun 2020.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
“Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, saya mohon untuk menangguhkan bacaan kali yang kedua dan bacaan kali ketiga; DR.25/2019 Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis 2019 seperti di Nombor 2, Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini ke Mesyuarat akan datang.”
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik, baik.
Yang Berhormat, oleh yang demikian, Usul oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang di Nombor 1 Aturan Urusan Mesyuarat hari ini, juga ditangguhkan ke Mesyuarat yang akan datang kerana ia berkaitan dengan rang undang-undang berkenaan...
[Dewan riuh]
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Kita balik awal hari ini.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Hidup polis! Hidup polis.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Ya, dengan jelas Kerajaan Pakatan Harapan tidak berani, takut.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hidup polis!
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Mohd Azis bin Jamman
Terima kasih kerana dengar rayuan Kementerian Dalam Negeri.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Ini demokrasi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Tidak boleh balik awal. Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Senang tarik balik sahaja, tarik balik terus. Tidak payah bentang.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang Berhormat Lenggong hendak balik awal lah itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan DR. 29/2019, Rang Undang-undang Mata Wang 2019, DR.
30/2019, Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2019, DR. 35/2019, Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2019 dan DR.
34/2019, Rang Undang-undang Francais (Pindaan) 2019 di No. 3, No. 4, No. 5 dan No. 6 seperti yang tertera di dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 4 Disember 2019”.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Tuan Sim Tze Tzin
Saya bangun untuk menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Peraturan mesyuarat, peraturan mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua
Peraturan mesyuarat apa itu?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Peraturan Mesyuarat 36(12), kenyataan Yang Berhormat Jelutong tadi mengelirukan Dewan. Dia sebut Barisan Nasional anti orang Hindu. Jadi, saya ingat perkataan itu kena tarik balik sebab tidak manis. Oleh sebab ini akan melibatkan suatu yang tidak manis, Yang Berhormat kena tarik balik perkataan itu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya memberi penjelasan?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak perlu beri penjelasan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
No, no, no. Saya tidak kata Barisan Nasional anti orang Hindu. Saya kata Yang Berhormat Pasir Salak dan Barisan Nasional menghina orang India, orang-orang Hindu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak, tidak, tidak Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Itu adalah betul.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ketika beliau keluarkan kenyataan itu beliau telah menghina orang India. Beliau telah memohon maaf. Jadi, saya tidak perlu menarik balik Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak, dia sebut tadi Barisan Nasional menghina orang Hindu...
[Disampuk] Dia tidak tarik.
Tuan Yang di-Pertua
Dia tarik balik tadi ya. Yang Berhormat Pasir Salak sudah tarik balik?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Pasir Salak sudah tarik balik tetapi dia tidak tarik, Barisan Nasional menghina orang Hindu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kenapa saya perlu tarik balik?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kenapa saya perlu tarik balik apabila kenyataan itu dikeluarkan?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat kata Barisan Nasional menghina orang Hindu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat sendiri tidak pertahankan saya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak, dia kata Barisan Nasional menghina orang Hindu...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya tidak dengar sebenarnya tetapi kalau dia sebut tarik baliklah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kalau dia tidak- dalam Hansard esok...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Kalau dia sebut...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Itu adalah fakta di mana beliau telah menghina. Saya masih berpendirian beliau telah menghina orang-orang Hindu...
Tuan Yang di-Pertua
Ya, ya, ya. Sebagai...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Pasir Salak bukan barisan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...dan beliau datang daripada blok Barisan Nasional.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
That is a fact. Why should I withdraw? Why should I withdraw Speaker?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak apa Yang Berhormat Jelutong, silakan. Boleh tidak Yang Berhormat Jelutong tarik balik. Tarik balik Barisan Nasional ini ya.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tarik balik Barisan Nasional.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
No, no Speaker. Dengan izin, saya minta maaf. Mereka adalah daripada blok Barisan Nasional Speaker. It is not fair for you to ask me to withdraw.
Tuan Yang di-Pertua
It is also not fair kalau you sebut kesemuanya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kami tidak terlibat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
No Speaker. That is Barisan block.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, kalau begitu Ronnie Liu daripada DAP. DAP ialah penyokong komunis.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tidak. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan Yang Berhormat Pasir Salak sendiri tarik balik, maknanya betullah apa Yang Berhormat Jelutong cakap itu.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, tetapi bukan Barisan Nasional. Tarik balik Barisan Nasional.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Memang betul apa Yang Berhormat Jelutong cakap itu fakta.
Tuan Yang di-Pertua
Itu terlalu umum.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tidak, Tuan Yang di-Pertua yang penting itu fakta.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Arau selalu sebut DAP, DAP...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Hakikatnya Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Tidak pernah pun dia tarik balik Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Itu memang, DAP bukan komunis. Tarik baliklah.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Yang Berhormat Arau selalu kaitkan yang bukan-bukan dengan DAP. Dia tidak pernah pun tarik balik. Kenapa kita perlu tarik balik Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya mohon Tuan Yang di-Pertua buat satu petua atau arahan...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Point of order, point of order.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
...Kalau Yang Berhormat Arau buat lagi.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Point of order Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan.
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Tuan Yang di-Pertua, saya fikir apabila...
Tuan Yang di-Pertua
Point of order, ada dibangkitkan peraturan mesyuarat...
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
...Tuan Yang di-Pertua minta tarik balik, tarik baliklah.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, sila duduk Yang Berhormat Kubang Kerian. Sila duduk dahulu. Silakan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Point of order. Merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 36(6) Tuan Yang di-Pertua, iaitu seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli lain. Tadi Yang Berhormat Pasir Salak saya percaya ada membuat satu kenyataan terhadap Yang Berhormat Jelutong bahawa abu yang dipakai oleh Yang Berhormat Jelutong itu adalah abu Chin Peng ataupun berkaitan dengan komunis. Ini adalah satu kenyataan yang melampau. Yang Berhormat Tapah ada di sana. Apakah pandangan Yang Berhormat Tapah? Adakah dia membela? Yang Berhormat Tapah juga seorang Hindu.
Seorang Ahli
Cakap.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Adakah dia membela Yang Berhormat Pasir Salak? Ini satu kenyataan dan sangkaan jahat. Sekarang mana Yang Berhormat Pasir Salak? Where is he? Dia sudah lari. Kenapa Tuan Yang di-Pertua tidak mengambil tindakan terhadap kenyataan Yang Berhormat Pasir Salak? Why is no action taken? Instead action is taken against Yang Berhormat Jelutong. What is this? Ini satu perlanggaran standing order. Apa pandangan Yang Berhormat Tapah? I want to know. You are defending Yang Berhormat Pasir Salak.
Datuk Seri M. Saravanan - Tapah
Tuan Yang di-Pertua, memandangkan...
Tuan Yang di-Pertua
Ya, ya sila. Memandangkan Yang Berhormat Tapah disebut.
Datuk Seri M. Saravanan - Tapah
Saya diminta oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor. Saya ingin...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
No, no, no. Dia seorang dari blok sana.
Datuk Seri M. Saravanan - Tapah
...Membuat pendirian saya, saya sama sekali tidak bersetuju dengan mana-mana individu atau Ahli Yang Berhormat membangkitkan isu- isu keagamaan dalam Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Betul...
Datuk Seri M. Saravanan - Tapah
Akan tetapi apabila Yang Berhormat Pasir Salak sebut, saya memang tiada dalam Dewan ini. Maka...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tidak perlu dalam Dewan. Now you are here.
Datuk Seri M. Saravanan - Tapah
Tidak, tetapi saya telah menyatakan pendirian saya...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
You know what he said. Jangan main-main.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
No, Yang Berhormat Pasir Salak tarik balik.
Datuk Seri M. Saravanan - Tapah
I have made myself clear...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
You know what he said.
Datuk Seri M. Saravanan - Tapah
I have made myself clear and I am not supporting...
[Dewan riuh]
Datuk Seri M. Saravanan - Tapah
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Duduk, duduk. Duduk semua...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Sila duduk, sila duduk...
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Point of order, point of order.
Tuan Yang di-Pertua
Saya hendak mendengar Yang Berhormat Bukit Gelugor dahulu. Lain-lain duduk ya.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua...
[Dewan riuh]
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Saya balik...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua. Kuala Krau.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Saya balik...
Tuan Yang di-Pertua
Kita akan dengar Yang Berhormat Bukit Gelugor dahulu.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
No, no, no. I am not- saya belum habis point of order Tuan Yang di-Pertua. Can I finish it?
Tuan Yang di-Pertua
Ya...
[Dewan riuh]
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Can I finish it? Can I finish it?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, sila duduk!
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Pasir Salak mahu gaduh dalam Dewan kah? Jangan samseng dalam Dewanlah!...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, silakan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Can I finish my point of order?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya tidak ada lari punyalah.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Kuala Krau Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Lari mana, mana boleh pergi lari, lari.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Get out from the Dewan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Sit down.
Tuan Yang di-Pertua
Sila duduk dahulu. Saya akan mendengar. Ya, silakan.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
JWW Birch pun kita bunuh tahu?
Tuan Yang di-Pertua
What, apa?
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Ini macam Ahli Parlimen Barisan Nasional? Ini macam perangainya?
Tuan Yang di-Pertua
Sila duduk. Saya akan dengar peraturan mesyuarat...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Itu lagi samsenglah.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
You samseng.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Nampak dia punya perangai.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Lagi teruk.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Podah!
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Look at him.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bercakap dalam bahasa Tamil]
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Menyampuk]
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Kita tidak perlu cakap apa. Just look at him.
Tuan Yang di-Pertua
Sila duduk...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Saya akan mendengar peraturan mesyuarat dahulu. Silakan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Boleh saya habiskan my point of order?
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, silakan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
So, saya telah pun timbulkan Tuan Yang di-Pertua Peraturan Mesyuarat 36(6). Saya menjemput- saya mengalu- alukan satu ruling. Itu adalah satu sangkaan jahat yang tidak boleh dinafikan. When you call...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tidak perlu tuduh saya lari.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Sit down lah. When you insinuate dengan izin, that the ash on Yang Berhormat Jelutong head is from Chin Peng. That is a very serious insult.
Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
That is just a question.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Whether we like it or not…
Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
That is just a question.
Tuan Yang di-Pertua
Sila duduk, sila duduk.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Now, saya...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Saya minta...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Satu per satu dahulu. Saya akan mendengar Yang Berhormat Bukit Gelugor, silakan. Sudah habis?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Saya telah pun- wait, wait. Hold on, hold on.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Okey.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Nanti saya habiskan dahulu.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tidak apa, kita bagi dia bercakap.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Saya telah pun menimbulkan Peraturan Mesyuarat 36(6) tersebut. Pendirian saya adalah jelas. Kenyataan tersebut adalah amat insulting, menghinakan. Saya meminta satu ruling Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua dan rakan-rakan yang saya hormati sekalian. Kita telah mendengar hujah masing- masing di bawah Peraturan Mesyuarat 36(6).
Tuan Yang di-Pertua telah minta Yang Berhormat Pasir Salak menarik balik pertanyaan dalam bentuk, “Apakah itu” atau “Apakah” yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Jelutong, mengikut tafsiran Yang Berhormat Jelutong itu terpulang kepada Yang Berhormat Jelutong. Akan tetapi pokoknya, perkataan yang disebut, yang saya tak nak ulang, Yang Berhormat Pasir Salak telah tarik balik. Ini jelas apabila Tuan Yang di-Pertua minta Yang Berhormat Pasir Salak tarik balik.
Saya percaya Yang Berhormat Bukit Gelugor mungkin masa itu dalam keadaan Dewan riuh-rendah, Yang Berhormat Tasek Gelugor tidak perasan bahawa Tuan Yang di- Pertua telah minta...
Datuk Haji Shabudin Yahaya - Tasek Gelugor
Bukit. Bukit Gelugor.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Bukit Gelugor. Jadi saya percaya isu ini telah selesai. Saya juga percaya, hujah daripada Yang Berhormat Jelutong mengatakan bahawa dia hanya merujuk kepada Yang Berhormat Pasir Salak, tidak membawa isu Barisan Nasional atau Ahli Barisan Nasional yang menghina Yang Berhormat Jelutong. Jadi, saya harap perkara ini selesai dan keputusan Tuan Yang di-Pertua adalah muktamad. Pertama- Yang Berhormat Tanjong Karang, cukuplah Yang Berhormat Tanjong Karang ya.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Saya cakap, Yang Berhormat Pasir Salak sudah setuju tarik balik, dan saya juga faham Yang Berhormat Jelutong juga tidak mengheret Barisan Nasional, tetapi merujuk kepada Yang Berhormat Pasir Salak. Yang Berhormat Pasir Salak sudah tarik balik, jadi kes ini selesai Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Bukit Gelugor cuba nak eksploitasi. Political mileage.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Salak...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Lari, lari...
Tuan Yang di-Pertua
Sila duduk.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Peraturan Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Salak, saya tidak mahu dengar lagi peraturan mesyuarat, perkara ini selesai. Habis...
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Jangan mengganggu Majlis Mesyuarat...
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Bukan...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, peraturan...
Tuan Yang di-Pertua
Jangan mengganggu Majlis Mesyuarat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak merujuk kepada Standing Order Tuan Yang di-Pertua. Kota Melaka. Peraturan...
Tuan Yang di-Pertua
Apa yang sudah bersabit dengan sudah berlaku atau perkara lain...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Peraturan 36...
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Dia tidak sama Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Enam...
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua, kena tegas...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua...
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
...Salah ini Yang Berhormat Bukit Gelugor ini...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Peraturan 36(10)...
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Saya sudah beritahu ini tidak ada standard punya. Yang Berhormat Bukit Gelugor memang perangai dia, dia lembap.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua...
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Memang perangai dia lembap.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Peraturan 36(10)...
Tuan Yang di-Pertua
Sila duduk.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Kalau you tidak puas hati 36(6), you bangunlah Yang Berhormat Bukit Gelugor...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Peraturan 36(10)(c).
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Bangunlah Yang Berhormat Bukit Gelugor bukan tidak setuju, bangun. Apa punya standard Wakil Rakyat macam ini.
Tuan Yang di-Pertua
Sila duduk.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ini peraturan. No, Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua...
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua, kena tegas.
Tuan Yang di-Pertua
Sila duduk.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Peraturan 36...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Tanjong Karang...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Peraturan (10)(c).
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua, kena tegas. Mana boleh hendak dengar semua...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Perkataan, perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit...
Dr. Su Keong Siong - Kampar
Yang Berhormat Tanjong Karang jangan ajar Tuan Yang di-Pertua lah.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Atau bermusuh-musuhan.
Dr. Su Keong Siong - Kampar
Jangan ajar Tuan Yang di-Pertua lah.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
...Ah, bukan ajar Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Di antara satu kaum dengan satu kaum dalam Malaysia.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
...Peraturan mesyuarat...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Atau...
Tuan Yang di-Pertua
Semua duduk.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Tanjong Karang, sila duduk. Yang Berhormat Tanjong Karang sila duduk.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Tanjong Karang, sila duduk. Sila duduk.
Semua duduk. Saya tidak hendak dengar lagi peraturan mesyuarat. Semua berulang-ulang.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pasir Salak bukan kali pertama...
Tuan Yang di-Pertua
Sila duduk.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Dia sebut perkataan...
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Duduklah, duduk!
Tuan Yang di-Pertua
Duduk!
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, dia sudah sebut banyak kali. Yang Berhormat Pasir Salak sudah sebut banyak kali Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya tahu. Ruling sudah pun dibuat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tidak boleh sekadar tarik balik sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ini sudah keterlaluan ya.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Pasir Salak, saya arahkan keluar.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Pasir Salak, sila keluar.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
What do you want?
Tuan Yang di-Pertua
...Untuk tempoh satu hari. Bentara...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Halau dia keluar!
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Salak sekali. Mengganggu Majlis Mesyuarat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, saya menyatakan standing order Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila duduk. Yang Berhormat Kota Melaka oleh sebab tidak mengikut arahan Speaker. Semua hendaklah bertindak mengikut peraturan mesyuarat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Kota Melaka...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Peraturan 36(10)(c)...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kota Melaka dan Yang Berhormat Pasir Salak sila tinggalkan Dewan. Itu keputusan saya.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya hendak dengar apa ini? Tuan Yang di-Pertua suruh keluar ini apa fasal?
Tuan Yang di-Pertua
Mengganggu...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tidak, saya tidak dengar...
Tuan Yang di-Pertua
Mengganggu mesyuarat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tengok perangai dia.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang mengganggu mesyuarat ...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ramai yang ganggu...
Tuan Yang di-Pertua
...Tidak mendengar arahan Speaker.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Sila duduk.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Sila duduk.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya akan keluar kalau Tuan Yang di- Pertua hendak saya keluar, saya akan keluar daripada Dewan.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Akan tetapi saya hendak merekodkan dalam Dewan ini. Ini bukan caranya kita hendak mengawal kedaulatan Dewan Rakyat kita Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, kita akan rekodkan. Saya tidak ada masalah dengan itu tetapi...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Bagaimana kita boleh membenarkan Yang Berhormat Pasir Salak berulang-ulang...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Salak ...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Yang boleh membangkitkan...
Tuan Yang di-Pertua
...Keluar Dewan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Sila duduk.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
What is the problem...
Tuan Yang di-Pertua
Dua-dua keluar Dewan.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua, kita perlu...
Tuan Yang di-Pertua
... Untuk tempoh...
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
...Satu ruling yang tegas.
Tuan Yang di-Pertua
... Dua hari.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Ketawa] Dua hari lagi?
Tuan Yang di-Pertua
Kalau tidak...
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Balik awal, pergi ke laut.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, sila keluar.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua, saya pun ada Perhimpunan Agung UMNO. Patut bagi lama lagi, empat hari. Balik, balik saya yang kena gantung.
Tuan Yang di-Pertua
Sila keluar.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Jelutong tidak kena gantung?
Tuan Yang di-Pertua
Saya tambah dua hari lagi hendak?
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Okey tambah, empat hari. Okey?
Tuan Yang di-Pertua
Empat hari?
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Cukup empat hari?
Tuan Yang di-Pertua
Dua hari cukup.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Cukup?
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Dua hari.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kenapa tidak [Ketawa]
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Ini menghina Dewan tahu.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Rujuk dia kepada Jawatankuasa.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Tuan Yang di-Pertua, ini kena rujuk ke Peringkat Jawatankuasa. Ini menghina Dewan!
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, ini adalah...
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Duduklah, duduk! Duduk!
Tuan Yang di-Pertua
Sila duduk, sila duduk.
Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Duduk!
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Tidak boleh macam ini. Rujuk dia ke Jawatankuasa.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Tuan Yang di-Pertua, kena mengambil tindakan lebih tegas.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kinabatangan...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Duduklah Yang Berhormat Jelutong...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kinabatangan, sila duduk. Tenteram sebentar, kita teruskan dengan rang undang-undang mata wang yang tidak begitu kontroversi.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini semua Tuan Yang di- Pertua, tukang kacau dia Yang Berhormat Jelutonglah!
Tuan Yang di-Pertua
Sila, duduklah Yang Berhormat.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Hari-hari.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Datuk Seri M. Saravanan - Tapah
Tuan Yang di-Pertua, isu lain. Saya ingin mengalu-alukan kehadiran penyair terkenal daripada Tamil Nadu, India- Mr Vairamuthu ke Dewan yang mulia ini*...
[Tepuk]*
Tuan Yang di-Pertua
Selamat datang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya pun ada sedikit pengumuman. Sukacita dimaklumkan bahawa bersama-sama kita di Dewan yang mulia ini ialah delegasi daripada Republik China yang diketuai oleh Honorable Li Keqiang, Vice Chairperson of Ethnic Affairs Committee of National People's Congress of The People Republic of China… [Tepuk] Kepada Honorable Li Keqiang, Dewan ini mengalu-alukan kehadiran semua ke Dewan yang mulia ini.
We welcome you wholeheartedly. Semoga dengan kehadiran Honorable Li Keqiang dan delegasinya ini, akan dapat mengukuhkan silaturahim di antara Malaysia dan Republik China.
Saya baca dalam bahasa Inggeris untuk faedah delegasi. Honorable Members, it is with great pleasure, I would like to inform in this August House and present today is the delegation from Republic of China headed by the Honorable Li Keqiang, Vice Chairperson of Ethnic Affairs Committee of National People's Congress of The People Republic of China. To the Honorable Li Keqiang and delegations, we welcome your visit to the House. We hope that the visit by the Honorable Le Keqiang and delegations will further strengthen the relationship between Malaysia and Republic of China.
Tuan Yang di-Pertua
Oleh sebab semua...
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 26. Saya masih menunggu- yang saya hantar surat kepada Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri telah memberi maklum balas.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Kita tinggal tiga hari lagi ini.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Kita tinggal tiga hari hendak bersidang ini.
Tuan Yang di-Pertua
Esok atau lusa masih ada lagi.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Okey, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Jangan risau, itu sudah diuruskan. Sekarang kita teruskan dengan perkara-perkara biasa.
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu Akta bagi mengadakan peruntukan bagi pengurusan mata wang Malaysia, pengawalseliaan perniagaan pemprosesan mata wang dan aktiviti pemprosesan mata wang dan bagi perkara yang berkaitan dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Mata Wang 2019 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pengurusan mata wang Malaysia, pengawalseliaan perniagaan pemprosesan mata wang dan aktiviti pemprosesan mata wang dan bagi perkara yang bersampingan dengannya.
Wang tunai merupakan medium pertukaran dan pembayaran yang utama di Malaysia meskipun terdapat medium pembayaran secara elektronik, nilai mata wang dalam edaran telah meningkat sebanyak 121 peratus dari tahun 2008 hingga 2018, di mana kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) turut meningkat sebanyak 132 peratus dalam tempoh yang sama.
Penggunaan wang tunai yang meluas dan meningkat saban tahun memberi cabaran baharu kepada Bank Negara Malaysia terutamanya untuk memastikan ketulenan, kualiti dan integriti mata wang dalam edaran, mengekang pengedaran mata wang palsu, dan membendung penggunaan wang tunai dalam kegiatan jenayah.
Sesuai dengan salah satu fungsi utama Bank Negara Malaysia di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701], sebagai pengeluar tunggal mata wang yang sah diperlakukan, dengan izin, legal tender di Malaysia dan bagi menyediakan kerangka undang- undang yang lebih menyeluruh untuk menangani cabaran-cabaran tersebut, rang undang- undang yang dicadangkan bertujuan untuk mencapai objektif yang berikut;
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
(i) menyediakan kerangka undang-undang yang lebih menyeluruh bagi memenuhi mandat Bank Negara Malaysia di bawah Akta 701, sebagai pengeluar tunggal mata wang di Malaysia;
(ii) mengemas kini dan mengukuhkan tugas dan fungsi BNM dalam pengurusan dan operasi mata wang;
(iii) memperkenalkan rangka kerja pengawal seliaan ke atas pemprosesan mata wang di Malaysia; dan
(iv) mengoptimumkan kos pengurusan operasi mata wang melalui langkah-langkah meningkatkan keberkesanan operasi dan pengedaran semula mata wang.
Peruntukan berkaitan mata wang terkandung di dalam perundangan sedia ada iaitu Bahagian III, Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519] perlu diperkasakan dan ditambah baik selaras dengan objektif yang dinyatakan di atas. Rang undang-undang ini dicadangkan untuk mula berkuat kuasa seiring dengan peruntukan berkaitan mata wang yang sedia ada dalam Bahagian VIII, Akta 701. Rang undang-undang yang dicadangkan adalah berdasarkan asas-asas pertimbangan berikut:
(i) memastikan ketulenan, kualiti dan integriti mata wang dalam edaran;
(ii) meningkatkan kecekapan operasi dan pengurusan mata wang;
(iii) membendung penggunaan wang tunai dalam kegiatan jenayah; dan
(iv) memastikan pematuhan peruntukan berkaitan mata wang.
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Selain daripada BNM, aktiviti pemprosesan dan pengedaran mata wang kini semakin banyak dijalankan oleh pemproses mata wang yang terdiri daripada institusi kewangan dan syarikat-syarikat pembawa wang tunai, cash-in-transit (CIT). Buat masa ini, BNM mendapati kualiti perkhidmatan pemproses mata wang masih belum mencapai tahap yang memuaskan dan perlu dipertingkatkan bagi memastikan ketulenan, kualiti dan integriti mata wang dalam edaran.
Ini kerana masih terdapat insiden mata wang palsu atau rosak didepositkan dengan Bank Negara Malaysia walaupun telah diproses oleh pemproses mata wang. Selain itu, ketiadaan peruntukan khusus yang membenarkan Bank Negara Malaysia, institusi kewangan atau pemproses mata wang untuk menahan mata wang yang disyaki palsu, menyukarkan usaha untuk menghalang pengedaran semula wang palsu kepada orang awam.
Justeru, peruntukan yang jelas berkenaan perkara ini, khususnya kuasa dan prosedur untuk menahan mata wang yang disyaki palsu adalah penting. Operasi dan pengurusan mata wang telah mengalami banyak perubahan sejak BNM mengambil alih tugas mengeluarkan mata wang pada tahun 1967, terutamanya dalam peningkatan penggunaan mata wang tunai, penambahan permintaan ke atas mata wang peringatan dan mata wang bernombor siri unik serta peranan institusi kewangan dan pemproses mata wang dalam pengedaran mata wang yang lebih ketara.
Perkembangan ini memerlukan pengemaskinian undang-undang supaya ia lebih responsif dan sejajar dengan perubahan landskap mata wang. Berdasarkan kes-kes semasa yang dilaporkan di media, perhatian serius dan tindakan wajar perlu diambil bagi menangani peningkatan penggunaan wang tunai dalam kes-kes jenayah terutamanya kegiatan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pemerdagangan manusia. Trend yang sama dikenal pasti berlaku di luar negara dan hal ini telah mendorong kepada penetapan had transaksi tunai.
Bagi memastikan pematuhan ke atas peruntukan-peruntukan rang undang-undang, beberapa kesalahan jenayah baru serta hukuman yang sesuai bagi kesalahan tersebut akan diperkenalkan. Rang undang-undang ini juga akan mengemas kini hukuman bagi kesalahan sedia ada dan memberikan kuasa kepada Bank Negara Malaysia untuk mengambil tindakan pentadbiran ke atas kemungkiran undang-undang oleh orang-orang yang dikawal selia supaya tindakan dapat diambil dengan segera dan berkesan.
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menghuraikan setiap bahagian dalam Rang Undang-undang Mata Wang 2019. Rang undang-undang ini mempunyai 70 fasal dan tujuh bahagian seperti berikut:
Bahagian I merangkumi empat fasal iaitu fasal 1 hingga fasal 4. Bahagian ini memperuntukkan tajuk ringkas akta, kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta, takrif ungkapan tertentu yang digunakan dalam akta, pengisytiharan mana-mana orang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama sebagai institusi kewangan bagi maksud mana-mana peruntukan akta dan menjelaskan bahawa kuasa BNM di bawah akta adalah sebagai tambahan kepada kuasa dan fungsi BNM di bawah Akta 701 serta tanggungjawab governor untuk menjalankan kuasa dan fungsi BNM.
Bahagian II ang undang-undang ini merangkumi 13 fasal iaitu fasal 5 hingga fasal 17. Bahagian ini mengekalkan peruntukan yang relevan daripada Bahagian III, Akta 519 untuk tujuan kesinambungan pengurusan dan operasi mata wang. Antara peruntukan yang terkandung dalam bahagian ini adalah fasal 5, berkenaan peruntukan yang mengatakan BNM sebagai pengeluar tunggal mata wang di Malaysia. Peruntukan ini juga mengehendaki BNM untuk mengatur percetakan mata wang kertas dan penempaan mata wang syiling serta pengeluaran mata wang.
Fasal 10 untuk had sah laku. Mata wang kertas atau mata wang syiling yang tidak rosak adalah sah diperlakukan di Malaysia untuk pembayaran yang tidak melebihi kuantiti atau nilai aggregate maksimum yang dinyatakan dalam Jadual Kedua. Buat permulaan, cadangan yang dikemukakan bagi mata wang kertas adalah tanpa had. Manakala, bagi mata wang syiling adalah tidak melebihi 25 keping untuk setiap transaksi. Had sah laku ini membolehkan orang awam menolak bayaran tunai yang melebihi had sah laku bagi mengurangkan kesulitan berkaitan dengan pengendalian mata wang didominasi kecil dalam kuantiti yang besar.
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Fasal 11 memperuntukkan kuasa BNM untuk menjual mata wang bagi tujuan mempromosi seni numismatik.
Fasal 13 berkenaan kuasa memanggil balik mata wang dalam edaran bagi tujuan melucutkan status sah diperlakukan ataupun demonetization. BNM boleh melaksanakannya dengan memberikan satu notis dalam warta yang tidak kurang daripada tempoh satu bulan.
Walau bagaimanapun, BNM akan terus membayar nilai muka bagi mata wang yang telah dipanggil balik apabila ia diserahkan kepada BNM atau agensi lain yang dilantik oleh BNM bagi tujuan tersebut.
Bahagian III merangkumi lima fasal iaitu fasal 18 hingga 22. Bahagian ini memperuntukkan mengenai kesalahan-kesalahan berkaitan mata wang. Antaranya adalah fasal 18, berkenaan larangan mengeluarkan mata wang atau apa-apa instrumen token yang menyerupai atau memiliki ciri-ciri wang yang sah diperlakukan. Jika sabit kesalahan, denda maksimum adalah sebanyak RM50 juta atau penjara 10 tahun.
Fasal 19 mengenai kesalahan pengeluaran semula ataupun reproduction mata wang. Rang undang-undang melarang mana-mana orang daripada menggunakan gambar, lukisan atau reka bentuk menyerupai mata wang dalam apa-apa penerbitan atau mengimport, menjual atau mengedarkan barang atau produk yang mengandungi gambar, lukisan atau reka bentuk tersebut tanpa kebenaran BNM. Pelanggaran peruntukan ini adalah suatu kesalahan dan boleh apabila disabit kesalahan didenda tidak melebihi RM50 ribu.
Fasal 20 mengenai kesalahan meleburkan mata wang syiling tanpa kebenaran bertulis BNM. Ia bertujuan untuk menghalang peleburan mata wang syiling bagi mendapatkan keuntungan terutamanya sewaktu harga untuk logam lebih tinggi berbanding nilai muka mata wang syiling tersebut. Pelanggaran peruntukan ini boleh didenda tidak melebihi RM50 ribu atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Bagi sebuah pertubuhan, dendanya ialah tidak melebihi RM100 ribu.
Fasal 21 mengenai had transaksi tunai pula diwujudkan bagi mengekang eksploitasi transaksi tunai yang sukar dikesan dalam kegiatan jenayah dan aktiviti ekonomi gelap.
Pelanggaran peruntukan ini adalah suatu kesalahan yang boleh jika sabit kesalahan didenda tidak melebihi tiga kali ganda jumlah atau nilai aggregate transaksi pada masa kesalahan itu dilakukan.
Bahagian IV merangkumi 23 fasal iaitu fasal 23 sehingga 45. Bahagian ini mengandungi fasal berhubung pengawalseliaan ke atas perniagaan dan aktiviti pemprosesan mata wang. Perniagaan pemprosesan mata wang didefinisikan sebagai perniagaan yang mengumpul, menyusun mengikut keaslian dan kualiti dan membungkus mata wang kertas atau mata wang syiling berdasarkan kualiti, kuantiti dan didominasi.
Antara fasal yang terkandung di dalam bahagian ini adalah fasal 25, menyenaraikan perkara yang perlu dipatuhi oleh pemohon bagi pendaftaran untuk menjalankan perniagaan pemprosesan mata wang. BNM akan mendaftar pemohon sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan. Sekiranya perniagaan tersebut dimulakan sebelum mendapat kebenaran BNM ia merupakan satu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5 juta.
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Fasal 33 mengehendaki pemproses berdaftar menguruskan perniagaan urusan dan aktiviti secara berhemah, profesional, berintegriti, berakauntabiliti dan telus. Apa-apa peraturan, standard, ketentuan, arahan, atau kehendak yang dibuat di bawah akta perlu dipatuhi bagi menjamin kualiti dan integriti mata wang yang diedarkan di pasaran.
Fasal 37 mengehendaki BNM, institusi kewangan dan pemproses berdaftar untuk menahan mana-mana mata wang yang disyaki palsu.
Fasal 38 memperuntukkan BNM, institusi kewangan dan pemproses berdaftar diberi kuasa untuk merekodkan maklumat peribadi orang yang wangnya ditahan menurut fasal 37, orang yang wangnya ditahan melakukan sesuatu kesalahan jika tidak memberikan maklumat yang dikehendaki di bawah fasal 38 kepada BNM, institusi kewangan atau pemproses berdaftar dan boleh apabila sabit kesalahan, didenda tidak melebihi RM20 ribu.
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Fasal 41 mengehendaki pemproses berdaftar dan institusi kewangan untuk mengemukakan dokumen atau maklumat mengikut apa-apa cara dan dalam tempoh yang boleh ditentukan oleh BNM, kepada BNM atau orang yang dikenal pasti secara bertulis oleh BNM.
Fasal 42 memberi kuasa kepada BNM untuk memeriksa sebarang dokumen akaun atau transaksi komputer, mesin, peralatan atau infrastruktur dan premis atau pejabat yang berkaitan dengan perniagaan pemprosesan mata wang pemproses berdaftar termasuk agen mereka.
Bahagian V merangkumi 13 fasal iaitu fasal 46 hingga 58 adalah berkaitan penguatkuasaan. Antaranya adalah fasal 46 yang menjelaskan pemproses berdaftar, institusi kewangan, atau sesiapa yang terlibat dalam pengurusannya dianggap telah melakukan kemungkiran jika ia gagal untuk mematuhi peruntukan akta.
Fasal 48 memberikan kuasa kepada BNM untuk mengambil tindakan pentadbiran jika terdapat sesuatu kemungkiran. Tindakan pentadbiran yang boleh diambil termasuklah menegur secara bertulis atau mengehendaki orang itu mengeluarkan kenyataan awam berhubung dengan kemungkiran itu. Penalty monetary juga boleh dikenakan iaitu tidak melebihi RM100 ribu bagi suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan atau RM20 ribu bagi orang sebenar.
Fasal 55 menjadikan semua kesalahan di bawah akta merupakan sebagai satu kesalahan yang boleh tangkap- seizable offence. Fasal 58 menyatakan pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah akta hendaklah dimulakan hanya dengan keizinan bertulis daripada pendakwa raya.
Bahagian VI merangkumi 10 fasal iaitu fasal 59 hingga 68 yang mengandungi peruntukan-peruntukan am. Antara lain, bahagian ini menyatakan apa-apa wang yang diterima oleh BNM dan governor di bawah akta termasuk fee penalty monetary dan compound hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Bahagian ini juga memberi kuasa kepada Yang Berhormat Menteri untuk membuat peraturan-peraturan atas syor BNM, kuasa BNM mengeluarkan standard kepada pemproses berdaftar dan institusi kewangan, sebagai mana yang dianggap perlu oleh BNM.
Bahagian VII pula merangkumi dua fasal iaitu fasal 69 dan 70 yang memperuntukkan mengenai kecualian dan peralihan. Antara lain, apa-apa kelulusan atau penentuan yang dikeluarkan di bawah seksyen 23, Akta 519 disifatkan sebagai kelulusan di bawah seksyen 9 akta. Apa-apa kebenaran yang diberikan di bawah seksyen 27A, Akta 519 juga hendaklah disifatkan sebagai kelulusan di bawah seksyen 19 akta.
Bahagian ini juga memperuntukkan, mana-mana orang yang telah menjalankan perniagaan dan pemprosesan mata wang sebelum tarikh kuat kuasa akta, boleh meneruskan perniagaan itu bagi tempoh enam bulan dari tarikh kuatkuasakan akta, atau apa-apa tempoh lain yang ditentukan oleh BNM.
Jadual Pertama menyatakan orang yang diisytiharkan sebagai institusi kewangan semasa sebagai institusi kewangan. Semasa RUU Mata Wang 2019 dikuatkuasakan, pemegang lesen di bawah Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011, iaitu Akta 731 akan isytiharkan sebagai institusi kewangan bagi maksud peruntukan RUU Mata Wang Tahun 2019 yang berkaitan dengan had-had transaksi tunai. Obligasi menahan mata wang yang disyaki palsu serta obligasi mematuhi standard berkaitan ketulenan dan integriti mata wang dalam edaran.
Jadual Kedua menyatakan had bagi mata wang yang sah diperlakukan dan had bagi transaksi tunai, semasa RUU Mata Wang Tahun 2019 dikuatkuasakan.
Jadual Kedua hanya akan menetapkan had mata wang syiling yang sah diperlakukan iaitu 25 keping bagi setiap bayaran. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hannah Yeoh
Tuan Yang di-Pertua saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengurusan mata wang Malaysia, mengawal seliaan perniagaan pemprosesan mata wang, dan aktiviti pemprosesan mata wang dan bagi perkara yang berikatan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Ada yang hendak berbahas? Saya jemput Yang Berhormat Pontian, kemudian diikuti Yang Berhormat Tebrau.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih dalam masa yang singkat ini- saya rasa pukul 1, saya hanya memberikan beberapa pandangan pada peringkat dasar ini mengenai apa yang berlaku pada mata wang kita.
Pada era tahun 1981 hingga tahun 2003 misalnya, era Yang Amat Berhormat Langkawi pada ketika itu menjadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, wang kita daripada RM2.20 turun kepada RM4.86 pada ketika penurunan yang paling teruk ya. Maka Yang Amat Berhormat Kubang Pasu ketika itu, membuat satu keputusan drastik untuk menambat nilai mata wang kita pada 1 US Dollar kepada RM3.80. Saya ingin bertanya, adakah kita akan menambat mata wang kita apabila pada saat dan ketika ini nilainya RM4.20?
Pada era Yang Berhormat Pekan tahun 2009 hingga tahun 2018, wang kita RM3.73 meningkat kepada RM2.96 sen. Itu satu ketika ekonomi yang agak baik dan sangat baik, paling tinggi nilai mata wang kita RM2.96 sen. Kemudian apabila berlaku krisis kenaikan harga minyak dan macam-macam, maka ia menetap kepada RM3.85 sen...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Silakan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Yang Berhormat Pontian sahabat saya. Apakah Yang Berhormat sedar bahawa mutakhir ini, akan-akan tidak ada pendekatan ataupun usaha yang cuba dilakukan oleh pemerintah untuk, pertama- bagaimana untuk mempertingkatkan memperkuatkan nilai mata wang kita? Tidak ada usaha.
Kita lihat juga, tidak ada usaha daripada kerajaan untuk mempertingkatkan harga komoditi kita. Jadi apakah Yang Berhormat mungkin ingin melontarkan pandangan kepada kerajaan iaitu sudah menjadi pemerintah, maka tanggungjawab pemerintah ini untuk melihat semua sudut sama ada daripada pembangunan ekonomi, mempertingkatkan pembangunan rakyat dan sebagainya, bukan membuat U-turn, bukan Yang Berhormat Menteri membuat kerja tipu- kereta terbang dibuat oleh entrepreneur di Malaysia tiba-tiba dibawa daripada China drone pula. Ini rasa saya pemerintah yang tidak bertanggungjawab. Dan negara ini seolah-olah tidak ada pemerintah tidak ada berkepala. Minta pandangan Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Kinabatangan, bagikan kepada Yang Berhormat Pontian sekarang. Rujuk kepada perbahasan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
[Ketawa] Saya kembali kepada perkara yang dibincangkan.
Terima kasih apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kinabatangan memang ekonomi tidak berkeadaan baik dari segi pasaran saham yang susut begitu banyak ya dan pasaran saham yang susut itu juga menghilangkan kekayaan negara kita sehingga RM350 bilion misalnya, susut pada jangka yang teruk iaitu sebanyak 330 mata misalnya.
Mulai Mei tahun 1998 ya, sehingga sekarang ini mata wang kita sentiasa RM4.20 banding 1 US Dollar dan RM4.17 sen semalam banding 1 US Dollar. Ini menyebabkan pasaran kita tidak pulih, diumumkan dalam akhbar hari ini bahawa, laporan MITI menyebut kita punya eksport menyusut lagi sekali. Bulan September eksport kita menyusut dan bulan Oktober eksport kita menyusut. Tidak ada siapa yang boleh menafikan perkara ini dan angka- angka ekonomi ini sukar untuk kita sembunyikan. Itu adalah fakta-faktanya.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Seterusnya yang ingin saya- dalam minit-minit yang terakhir ini, saya ingin bertanya apakah pendapat Bank Negara, Kementerian Kewangan mengenai mata wang digital?
Contohnya bitcoin ya dan segala jenis mata wang digital yang cuba ditimbulkan di negara kita, contohnya Harapan Coin. Yang Berhormat Shah Alam Menteri Wilayah misalnya telah melancarkan Harapan Coin. Saya tidak tahu apa yang berlaku? Ada harapan ataupun tidak pada coin itu. Kemudian, berapa hayat mata wang ringgit, ataupun mata wang syiling ini?
Hayatnya berapa lama, berapa tahun sebelum ditukar ganti?
Akhirnya saya ingin bertanya tentang kejadian wang palsu. Berapa banyak tangkapan telah dibuat mengenai kejadian-kejadian wang palsu sama ada RM100 atau RM50 ataupun ringgit-ringgit yang lain. Biasanya wang palsu ini mereka meletakkan angka yang paling tinggi iaitu mungkin RM100. Adakah perkara itu suatu tahap yang mengkhuatirkan?
Dan saya ingin bertanya, apakah tindakan-tindakan yang telah dibuat mengenai pengedaran wang palsu? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Ahli-ahli Yang Berhormat jam telah menunjukkan 1.01 minit. Dewan berhenti rehat dan disambung semula 2.30 petang dengan Yang Berhormat Tebrau dan juga Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Kuala Terengganu. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat disambung semula. Memandangkan petang ini kita ada empat rang undang- undang untuk diluluskan yang mana Yang Berhormat Menteri akan gulung pada pukul 3.30 petang.
Okey, sekarang saya jemput, Yang Berhormat Pontian sudah habis kah?...
[Disampuk] Sekarang Yang Berhormat Tebrau. Selepas itu Yang Berhormat Rompin, sila.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Masa 10 minit.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Ya. Saya hanya ada dua perkara hendak sentuh mengenai Rang Undang-undang Mata Wang dan juga Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia. Perkara yang pertama adalah mengenai pengaliran wang keluar dari Malaysia. Ini merupakan satu isu yang agak serius kerana banyak wang dialihkan keluar Malaysia melalui pengubahan wang haram.
Biasanya ini adalah berkaitan dengan aktiviti-aktiviti rasuah. Jumlah wang yang dicuri melalui rasuah mungkin tidak dapat mengalir semula dalam pasaran tempatan akibat penerima rasuah cenderung menyimpan wang rasuah dalam mata wang lain. Bank Negara Malaysia pada 1 Januari 2019 telah mewajibkan bank-bank melaporkan sebarang transaksi tunai melebihi RM25 ribu untuk tujuan menyusahkan proses pengubahan wang haram.
Saya ingin minta Yang Berhormat Menteri menyatakan sejauh manakah langkah yang baru ini telah mengurangkan jumlah wang yang mengalir keluar secara haram dan secara tidak langsung sejauh manakah langkah ini telah mengurangkan kes rasuah di negara kita?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Minta laluan, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ya, sila.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa langkah-langkah baru yang telah diperkenalkan oleh Bank Negara dan bank-bank juga ada yang begitu rumit di mana terdapat rungutan daripada kaum keluarga yang ingin menghantar wang ke luar negara. Kalau wang itu diniatkan dihantar untuk membiayai perbelanjaan pelajaran anak-anak mereka di UK, Australia dan sebagainya.
Kalau kita lihat dahulu sebelum 2016, 2017 tidak begitu ketat syarat-syarat yang telah ditetapkan, yang telah dinyatakan tetapi sekarang kita lihat banyak sangat syarat yang diwajibkan oleh bank-bank. Jadi, saya ingin tanya adakah secara tidak langsung ini juga akan menyukarkan lagi proses penghantaran wang oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka di luar negara? Cuma minta pandangan Yang Berhormat supaya ia tidak begitu rumit. Terima kasih.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Okey, pandangan saya kita menghadapi pengubahan wang haram itu adalah sebab Bank Negara Malaysia wujudkan langkah untuk memastikan itu akan dikurangkan, jadi ini memang akan ada kita kata kesan kepada ibu bapa yang hantar. Jadi saya berharaplah Bank Negara Malaysia boleh ambil perhatian dalam isu ini untuk tidak menyusahkan ibu bapa yang akan hantar duit kepada anak mereka di luar negara.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, saya cuma ingin bawa satu lagi perkara. Saya telah pergi sendiri untuk membuka akaun di bank dan selepas dua minggu mendapat panggilan dan mereka memaklumkan saya. “Excuse me Sir, you are a politically active person”. I am sure, saya yakin semua Yang Berhormat sendiri pernah mengalami pengalaman ini. You are a politically active person, walaupun wang yang didepositkan mereka perlu mendapat kelulusan daripada ibu pejabat.
So, saya di sini tertanya-tanya dan saya beritahu, “Look, I am a member of Parliament from Pakatan Harapan”. They said, “YB whether you are from Pakatan Harapan or Barisan, you are a politically active person and we have to be very careful before we approve your transaction”. So, saya minta dan rayu kepada Yang Berhormat supaya...
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Minta laluan, Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya habiskan, Yang Berhormat. Supaya janganlah mangsa ahli-ahli politik seperti Ahli Parlimen. Although we are politically active person, we are people who are not corrupted, dengan izin. *We earn our salary in a proper and clean manner.
So*, saya minta perkara ini, saya risau kerana kalau tahun depan anak saya ingin pergi belajar di UK dan sebagainya. Saya hendak hantar umpamanya RM20 ribu, RM20 ribu itu adalah dalam mata wang UK, two thousand Pounds. Saya perlu tunggu untuk tiga, empat bulan sebelum mendapatkan kelulusan. Oleh kerana saya merupakan politically active person, dengan izin Yang Berhormat.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Terima kasih, Yang Berhormat Tebrau kerana bagi laluan...
[Dewan ketawa]
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Sekejap sahaja...
[Dewan ketawa]
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Adakah Yang Berhormat Jelutong juga sedar bahawa bukan sahaja kami sebagai ahli politik tetapi pasangan kami, isteri kami juga tertakluk kepada isu ini di mana mereka akan check akaun isteri kami, kita juga terlibat dalam isu itu.
Jadi, adakah Yang Berhormat Jelutong sedar ataupun tidak?
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Okey, saya sambung dengan masalah yang kedua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Serah balik kepada saya..
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
[Ketawa] Tidak, tidak. Tidak izinkan, tidak bagi laluan. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini tidak merangkumi pengawalseliaan wang digital. Wang digital ataupun wang kripto adalah mata wang maya. Ia merupakan satu bentuk token digital yang membolehkan penggunanya berurusan terus dengan individu tanpa perlu melalui institusi kewangan.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Contohnya wang mata wang kripto ialah bitcoin, ethereum dan litecoin. Setakat Januari 2018, terdapat 1,380 versi mata wang kripto. Mata wang kripto telah mencetuskan satu fenomena di seluruh dunia. Mata wang digital yang dicipta oleh pakar komputer itu telah berkembang dengan pesat dalam tempoh 10 tahun lalu dan semakin diterima ramai sebagai satu bentuk komoditi untuk pelaburan. Namun disebabkan urus niaga mata wang kripto tidak dikawal selia oleh bank pusat seperti Bank Negara, pengguna terdedah kepada pelbagai risiko untuk mengalami kerugian termasuk menjadi mangsa skim penipuan.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Ini disebabkan oleh nilai mata wang digital ditentukan oleh banyak transaksi yang dibuat iaitu bilangan pengguna dan teknologi blockchain. Ciri-ciri tersebut menjadikan mata wang digital bersifat spekulasi kerana sangat mudah dimanipulasikan oleh pasaran berbanding nilai mata wang konvensional, nilainya bergantung kepada asas ekonomi negara yang mengeluarkan mata wang tersebut. Dengan kata lain nilai mata wang digital tidak terikat dengan kegiatan ekonomi seperti aktiviti pertanian, perniagaan dan perlombongan yang boleh mencipta nilai ekonomi.
Sebaliknya nilai mata wang digital hanya berkaitan semata-mata dengan keyakinan pengguna sendiri tanpa penciptaan nilai ekonomi kukuh. Berbanding dengan Ringgit mata wang kripto tidak mempunyai wang fizikal seperti syiling dan wang kertas walaupun mata wang digital boleh berfungsi sebagai unit akaun nilai tersimpan atau medium pertukaran, ia tidak digunakan atau sah diperlakukan secara meluas.
Sebahagian mata wang kripto hanya boleh digunakan dalam ekonomi maya seperti dalam permainan atas talian tetapi ada juga yang boleh digunakan untuk membuat pembelian barangan dan perkhidmatan dalam ekonomi sebenar dan boleh ditukar kepada wang tunai.
Bank Negara Malaysia tidak mengizinkan, mengesahkan, melesenkan atau menyokong mana-mana entiti yang terlibat dalam perkhidmatan pertukaran mata wang digital. Ini kerana Bank Negara Malaysia tidak pernah mengiktiraf mata wang lain selain Ringgit.
Walau bagaimanapun kalau rakyat sudah menerimanya dan terlibat dalam transaksi mata wang digital maka Bank Negara Malaysia sebagai penguasa kewangan mahu tidak mahu terpaksa terlibat sama. Bank Negara Malaysia perlu mengawal selia mata wang digital bagi mengelakkan orang ramai terpedaya dan mengalami kerugian. Inilah satu permohonan daripada saya dan dengan ini saya ingin menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Rompin. Yang Berhormat Rompin tiada di dalam Dewan. Yang Berhormat Kuala Terengganu, sila. Selepas itu, Yang Berhormat Bukit Bendera.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pertama sekali saya menyambut baik penggubalan dan pembentangan rang undang-undang ini kerana melibatkan soal pengurusan, pengawal seliaan, aktiviti perniagaan pemprosesan dan hal-hal lain yang berkait dengan mata wang di Malaysia. Bagi saya rang undang-undang mata wang ini sangat unik dan sentimental. Malaysia pernah menggunakan pelbagai mata wang suatu ketika dahulu seperti wang kertas estet Constantinople, duit pitis orang Terengganu sebut ‘pitih’ walaupun dieja ‘pitis’, keping Kelantan dan keping Terengganu. Di Terengganu kalau 50 sen disebut ‘samah’.
Saya mencadangkan agar istilah mata wang sahaja dimasukkan di dalam fasal 2 yang mentakrifkan beberapa perkataan dan ungkapan yang digunakan di dalam akta ini.
Setelah kita merdeka Malaysia mempunyai mata wang sendiri. Susulan dengan penubuhan Bank Negara Malaysia pada tahun 1959, kemudian Bank Negara Malaysia mempunyai mandat untuk mengawal selia aktiviti berkaitan mata wang maka dengan itu menamatkan penggunaan Malayan Dollar dan memperkenalkan mata wang sendiri pada tahun 1966.
Tujuh tahun selepas itu ringgit mula diapungkan secara terbuka. Ia sedikit sebanyak melambangkan kejituan patriotisme negara.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Saya juga berharap agar Bank Negara Malaysia dapat memikirkan satu solusi yang ampuh untuk mengukuhkan nilai tukaran mata wang ringgit kita berbanding negara lain kerana di dalam tempoh 2 Januari 2019 hingga 2 Disember 2019 kita dapati berlaku kejatuhan di dalam mata wang kita. Misalnya, USD1 pada Januari tahun ini RM4.13 jatuh kepada RM4.17, 1 British Pound- RM5.26, pada Januari jatuh RM5.39, Japanese Yen untuk setiap 100 – RM3.78 jatuh kepada RM3.81, begitu juga Baht Thailand RM12.77 jatuh kepada RM13.82 dan pelbagai lagi.
Saya ingin menitikberatkan tentang standard kualiti dan faktor keselamatan mata wang Malaysia sepertimana yang telah digariskan oleh Bank Negara Malaysia. Saya percaya tahap kualiti dan keselamatan wang Malaysia sentiasa diawasi bagi menggelakkan eksploitasi oleh pelbagai pihak yang tidak bertanggungjawab. Dalam hal ini saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tentang beberapa kes penangkapan warga asing Afrika yang mendalangi sindiket black money atau wang palsu di Malaysia.
Adakah mereka mempunyai rangkaian tertentu kerana ia sering kali dilakukan oleh warganegara yang sama? Adakah kementerian mempunyai statistik semasa tentang penangkapan sindiket mata wang palsu ini? Seterusnya, saya ingin bertanya mengenai perkara berkaitan dengan soal melucut status sah diperlakukan mata wang kita. Transaksi tunai memudahkan seseorang mengelak pembayaran cukai yang sepatutnya dengan melaporkan pendapatan dari yang sepatutnya atau dengan melaporkan pendapatan yang kurang daripada jumlah pendapatan sebenar.
Ini banyak dilakukan oleh peserta ekonomi gelap yang menyebabkan kehilangan hasil cukai kepada kerajaan dan mengurangkan daya saing kepada perniagaan yang sah.
Terdapat kes-kes yang menunjukkan peningkatan penggunaan wang tunai terutamanya di dominasi yang tinggi oleh suspek jenayah terutamanya bagi tujuan kegiatan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pemerdagangan manusia.
Ekoran itu saya ingin bertanya beberapa perkara, adakah Bank Negara Malaysia bercadang untuk menarik balik dari edaran yakni melucut status sah diperlakukan sebarang dominasi wang seperti yang dilaksanakan di negara India? Bagaimanakah Bank Negara Malaysia akan memastikan kelancaran proses penukaran wang yang dilucut status sah diperlakukan? Apakah nilai wang yang telah dilucut status sah diperlakukan akan luput jika tidak ditukarkan di dalam tempoh yang tertentu?
Sementara itu, saya juga ingin mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Kewangan berhubung penggunaan mata wang kripto. Berdasarkan laporan kajian yang bertajuk, “Regulation of Virtual Currencies: Mitigating the Risks and Challenges Involved” telah menyatakan beberapa perkara yang penting.
Pertama, pengaliran wang kripto dikawal oleh mesin kriptografi dan tidak tertakluk kepada undang-undang di Malaysia. Namun ia boleh membeli barangan di dalam ekonomi sebenar dan ditukar dengan wang tunai.
Kedua, mata wang maya sukar untuk diharamkan malah ia dianggap sama seperti membuat pelaburan skim cepat kaya.
Perkara ini perlu diselaraskan kerana segelintir masyarakat juga tidak dapat membezakan antara mata wang maya dengan mata wang elektronik yang semakin banyak diaplikasikan sekarang dengan menggunakan dompet digital atau digital wallet serta ia sebahagian daripada sistem wang flat. Saya mohon pihak kementerian menjelaskan beberapa isu yang saya bangkitkan sebentar tadi terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Bukit Bendera, selepas itu Yang Berhormat Gerik.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Saya turut ingin menyertai perbahasan mengenai dengan rang undang-undang berkenaan dengan mata wang dan kalau kita meninjau dari segi sejarah perundangan, sumber kuasa berkaitan pengurusan dan operasi mata wang terkandung dalam Bahagian III, Akta Bank Negara Malaysia 1958.
Bahagian ini masih kekal walaupun akta tersebut telah dimansuhkan dan diangkat menjadi akta Bank Negara. Saya rasa adalah tepat pada masanya kita mewujudkan satu bill, satu rang undang-undang atau satu akta tersendiri dengan 70 seksyen dan dua jadual untuk menguruskan perkara-perkara berkenaan dengan mata wang. Kita perlu menyediakan kerangka undang-undang yang lebih menyeluruh dan kawal selia ke atas pemprosesan mata wang. Beberapa perkara yang saya ingin bangkitkan di sini, saya juga telah merujuk kepada seksyen 22, Currency Act of Singapore.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Di negara Singapura, mereka juga mempunyai satu akta currency atau Currency Act. Dalam seksyen 22 Currency Act of Singapore, “Authority’s assets must not be less than currency in circulation”. Maksudnya, kalau currency yang sedang dalam edaran pasaran, ia tidak boleh kurang daripada aset kerajaan. Satu seksyen yang jelas di bawah seksyen 22 di Singapura yang tidak terdapat dalam Currency Bill yang kita cadangkan pada hari ini. So, saya minta penjelasan, sama ada kita boleh belajar- ataupun kenapa kita tidak masukkan klausa sedemikian? “Authority’s assets must not be less than currency in circulation”, seksyen 22 di Singapura.
Saya juga ingin membangkitkan satu isu berkenaan dengan rang undang-undang ini yang juga memperkenalkan had transaksi tunai ataupun kita panggil CTL atau cash transaction limit dalam Jadual Kedua di bawah Rang Undang-undang Mata Wang. Maksud kita memperkenalkan had transaksi tunai bagi mengekang eksploitasi transaksi tunai yang sukar dikesan dalam kegiatan jenayah dan aktiviti ekonomi gelap.
Saya ingin mendapat kepastian kerana kita juga mendengar pengumuman daripada Bank Negara bahawa pada 1 Januari 2020, cash transaction limit dicadangkan sebanyak RM20 ribu. Akan tetapi, di bawah rang undang-undang ini, di Jadual Kedua, pada masa ini tiada. Boleh minta Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan penjelasan dengan lebih lanjut mengenai pengumuman Bank Negara dan juga di bawah Jadual Kedua di bawah rang undang-undang ini yang nampaknya tidak selari. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Saya juga ingin membangkitkan satu isu dalam rang undang-undang ini bahawa Bank Negara sebagai pengeluar tunggal mata wang di Malaysia dan kuasa untuk menjual mata wang pada harga selain daripada nilai muka bagi mempromosikan seni numismatik iaitu seni untuk percetakan nilai mata wang.
Saya ingin membangkitkan isu berkaitan adalah kerana terdapat satu industri yang kecil yang dipanggil industri pengumpulan mata wang. Mereka sering membuat percetakan imej-imej mata wang. Bagaimana kalau warga numismatik ini mereka akan menghadapi kesukaran untuk menerbitkan buku numismatik berkenaan mata wang Malaysia? Ini kerana Bank Negara tidak lagi membenarkan tandatangan Gabenor Bank Negara pada wang kertas yang dikongsi dalam buku.
Selain tulisan “contoh” atau “spesimen”, penerbit juga diminta untuk memadam tandatangan gabenor dan juga tulisan “Wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai”. Ini sekatan ke atas penggunaan gambar, lukisan atau reka bentuk mata wang yang penerbitan dan sebagainya sedikit sebanyak menyukarkan warga numismatik berkongsi ilmu dan menerbitkan buku numismatik. Saya meminta supaya perkara ini diperjelaskan supaya kita semua boleh faham apa yang berlaku.
Juga, saya ingin membangkitkan isu-isu berkenaan dengan digital money. Ini kerana di bawah Rang Undang-undang Mata Wang ini, legal tender merupakan wang kertas dan juga coin atau syiling. Terdapat istilah-istilah seperti token yang tidak begitu jelas maksudnya.
Sama ada Bank Negara pada masa depan berhasrat membuat kawal selia terhadap digital tokens, stable coins, digital money, cryptocurrency dan sebagainya?
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Buat masa ini, cryptocurrency, digital tokens dan sebagainya dikawal selia oleh Security Commission atau Suruhanjaya Sekuriti. Bank Negara sebagai bank yang mengawal selia penerbitan mata wang harus juga diberi kuasa untuk kawal selia terhadap digital-digital token, cryptocurrency, stable coin dan sebagainya. Saya ingin mendapat penjelasan, bagaimana pengagihan tugas antara Bank Negara dan juga Suruhanjaya Sekuriti?
Saya rasa ini pada keseluruhannya rang undang-undang ini adalah menyeluruh dengan mengemas kini apa yang terhadap penerbitan mata wang sejajar dengan perkembangan yang terbaru dan juga mengoptimumkan kos pengurusan operasi mata wang melalui langkah-langkah meningkatkan keberkesanan operasi dan pengedaran semula mata wang. Saya meminta penjelasan terhadap isu-isu yang saya bangkitkan tadi. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Gerik, selepas itu Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Rompin.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin membahaskan Rang Undang-undang Mata Wang 2019.
Pengalaman saya di sekolah dahulu dalam mata pelajaran Perdagangan, kita kalau bercakap soal mata wang, cuma ia berada di bawah bank pusat, Bank Negara. Jadi, usaha yang dilakukan oleh pihak Kementerian Kewangan pada hari ini saya rasa lebih tersusun dan kita boleh melihat mata wang tadi dengan lebih baik dan ada kaedah-kaedahnya. Kadang- kadang kita bersalahan pendapat dalam pasaran.
Saya difahamkan dahulu wang sah ialah wang ringgit dengan wang syiling dan pihak peniaga boleh tidak mahu terima wang syiling dalam jumlah tertentu. Tadi pihak Yang Berhormat Menteri telah menyatakan kalau wang syiling 25 keping, itu dianggap sah. Kalau selebihnya itu pihak peniaga tidak mahu terima, sebenarnya ada undang-undang yang telah dinyatakan melalui Rang Undang-undang Mata Wang 2019.
Saya selalu bertengkar dahulu. Ada setengah kata boleh, ada setengah kata tidak boleh. Sebab, saya pernah mengajar mata pelajaran Perdagangan. Jadi, wang syiling ini dahulu kita panggil wang tampang. Ia ada jumlah tertentu yang boleh diterima. Akan tetapi kalau kita tengok dalam sejarah, ada sesetengah orang untuk melengahkan masa, sengaja membayar dengan bawa wang syiling. Dahululah. Macam contoh penamaan calon, bila kata duit untuk penamaan pilihan raya, jadi mereka sengaja bawa wang syiling dengan harapan boleh melengah-lengahkan masa.
Akan tetapi, dengan adanya rang undang-undang ini, suatu yang jelas untuk rakyat dalam negara ini boleh merujuk kepada Bank Negara di mana dalam Bank Negara sendiri ada Rang Undang-undang Matang Wang. Walaupun secara detilnya saya tidak dapat ikuti tetapi saya amat bersetuju setiap fasal atau bahagian yang ada ini boleh membantu rakyat dalam negara.
Tambahan pula dalam zaman moden ini, selain daripada wang kertas, wang syiling, kita juga ada kad kredit, ada juga di bank hari ini, untuk memudahkan, kita guna kad debit dan kad kredit. Jadi, di sinilah saya ingin memohon penjelasan daripada pihak kerajaan, bagaimana selain daripada wang tunai dan juga wang syiling seperti cek, kita bayar gunakan kad ATM dan sebagainya tadi, adakah dimasukkan di dalam wang sah?
Sedangkan kita kebanyakan dunia zaman moden ini melalui handphone, kita ada Maybank2u, kita ada CIMB atau bank-bank lain yang membolehkan kita membuat pembayaran secara tidak langsung memudahkan kita sebagai pengguna untuk membayar segala bil, segala pembayaran dengan PBT dan pelbagai agensi yang mengenakan bayaran untuk kita membuat pembayaran.
Saya pun melihat, masih ingat dalam pengalaman sejarah, iaitu suatu masa dahulu lebih kurang 10 tahun ke 15 tahun dahulu, kita ada wang ringgit bernilai RM1,000 dan RM500 tetapi dimansuhkan. Hari ini cuma ada wang RM100, RM50, RM20, RM10, RM1, RM5.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Jadi, pada masa ini yang kita tengok bagaimana? Apakah Bank Negara ataupun melalui rang undang-undang ini ada nilai-nilai mata wang nanti akan kita buat semula.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Saya juga ingin bertanya, ada rumour di pasaran luar mengatakan, kita akan tukar wang baru. Sejauh mana kebenaran tadi? Saya mohon penjelasan daripada pihak Menteri Kewangan untuk dijelaskan kepada rakyat bahawa wang yang ada ini mungkin hendak ditukarkan kepada yang baharu ataupun kita teruskan dengan nilai yang ada ini untuk membolehkan kita berada dalam pasaran.
Dalam masa yang sama saya melihat dengan rang undang-undang yang ada tadi seperti mana kata Yang Berhormat Taiping tadi kadang-kadang bank ini bila kita keluar lebih daripada RM25 ribu, kita kena isytiharkan untuk apa wang tadi dikeluarkan padahal duit itu duit kita. Oleh sebab apa depa hendak kacau-kacau duit kita bila kita hendak keluarkan.
Biasanya duit gaji. Duit gaji kita bukan. Jadi kita kadang-kadang hendak bayar buat ada sedikit kerosakan kereta, buat sedikit pembaikan rumah dan pelbagai lagi, maka kita bolehlah...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, saya hendak bantu Yang Berhormat juga. Saya pernah mengalami perkara ini seperti yang saya katakan...
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Ya, sila Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terlampau banyak soalan ditanya di mana wang itu diperoleh. Bukan sahaja itu, kadangkala bila kita bawa jumlah yang besar untuk membayar Lembaga Hasil Dalam Negeri umpamanya, saki-baki yang telah dibayar dan tinggalan yang tidak dibayar umpamanya RM30 ribu dan RM40 ribu wang tunai dan saya sebagai peguam mendapat bayaran itu daripada seorang anak guam saya.
Mereka meminta kami mengisytiharkan dari mana wang itu datang, dari akaun mana. Selepas dibayar wang itu disimpan. Kalau kita lewat, tidak dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri kita didenda. Akan tetapi pihak bank tidak mahu bayar sebab mereka tunggu kelulusan daripada ibu pejabat. Jadi, macam-macam syarat-syarat yang dikenakan yang menyusahkan transaksi-transaksi pembayaran untuk dibuat. Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Ini kebanyakan kontraktor dan pihak-pihak yang berkaitan alami. Jadi, saya minta Menteri Kewangan boleh jelaskan supaya tidak timbul kekeliruan kerana ini sebenarnya kompelin secara senyap-senyap di kebanyakan di kalangan rakyat di bawah seperti mana kata Yang Berhormat Jelutong tadi.
Saya pun mendengar selalu. Bukan sekadar itu, saya pun sendiri kadang Maybank hari ini kita keluar RM5,000, esok keluar RM5,000, lusa keluar RM5,000 mesti dia tanya punya. Betulkan? Jadi, eloklah Yang Berhormat Menteri jelaskan supaya sekurang- kurangnya pihak bank perdagangan ini tidaklah terlampau menekan pengguna-pengguna yang menyimpan di bank-bank perdagangan.
Seharusnya kita ingat terutama di kalangan ekonomi yang ada pada hari ini Yang Berhormat Menteri, ada di kalangan kita yang mempunyai wang tunai sudah takut hendak simpan di bank. Akan tetapi saya tengok bila ada rang undang-undang ini, dia ada satu harapan baharu yang boleh memberi peluang kepada mereka yang ada tunai jangan ada rasa takut. Bank inilah tempat untuk kita simpan wang. Kalau kita simpan di rumah, ada kemungkinan rumah terbakar dan timbul pelbagai perkara yang boleh menyebabkan wang tadi hilang lesap terus.
Jadi, di sini juga- kadang-kadang Bank Perdagangan ini banyak taik minyaknya.
Kalau yang rosak itu hilang nombor, dia tidak mahu terima. Dia suruh kita pergi ke bank pusat.
Bank Pusat- Bank Negara di Kuala Lumpur. Kalau duduk di Gerik, faham-faham sahajalah kerana hendak tukar RM50 yang hilang nombor bilangan duit tadi, sedikit punya hendak dapat RM50 tetapi kena datang ke Kuala Lumpur. Belanja RM100 hendak dapat RM50.
Cuba Yang Berhormat Menteri bayangkan, kita bagi arahan kepada bank-bank perdagangan yang ada di daerah masing-masing seperti Bank Simpanan Nasional, bank yang biasa ada lah.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Bank CIMB ini pun tidak tahulah sejak awal tahun sudah beberapa cawangan di luar bandar ini semua kena tutup. Bank yang masih buka lagi ini Maybank. Maka diharapkan pihak kerajaan memberi perhatian dan tumpuan supaya bank perdagangan jangan menekan pengguna-pengguna ataupun yang menyimpan di bank. Mereka kaya kerana kita orang ramai menyimpan di bank perdagangan sama ada kita membuat simpanan savings ataupun simpanan tetap ataupun current account.
Maka, saya terlihat dalam sini denda yang dikenakan ini memang tinggi. Cuma saya hendak tanya sedikit money changer ini duduk bawah yang mana? Jadi, sebab sebenarnya hari ini ramai orang guna money changer. Akan tetapi dengan adanya rang undang-undang ini, ia akan memberi satu peraturan baru yang orang akan bimbang.
Seperkara lagi yang saya hendak bangkitkan seperti yang saya dengar duit coin yang macam Menteri Wilayah sebut itu, saya pun kadang-kadang antara faham dan tidak faham. Adakah rang undang-undang ini membenarkan coin tadi boleh berada dalam pasaran oleh sebab difahamkan Malaysia tidak ada. Kalau siapa yang main coin tadi, ia macam pasaran saham kena tukar di Singapura, Thailand atau di Indonesia. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan.
Difahamkan perniagaan ini juga boleh memberi keuntungan yang besar kepada rakyat. Kalau benda ini boleh memberi keuntungan tidak berunsur judi, apa salahnya kita bagilah satu peraturan yang membenarkan rakyat menggunakan bidang tersebut sebagai salah satu daripada peluang pekerjaan baru kepada generasi muda. Sekian, terima kasih.
Saya menyokong rang undang-undang ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Gerik. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Rompin. Masa dihadkan kepada lima minit memandangkan Menteri akan jawab 3.30 petang. Sila.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membincangkan kuasa-kuasa bank pusat dan jualan mata wang. Dalam sejarah ada dua peristiwa penting dalam Bank Negara terlibat, satunya adalah terlibat dari segi dagangan mata wang. Ternyata ia memberi satu sejarah yang tidak baik kepada negara. Keduanya adalah apabila wang Bank Negara memutuskan to insulate- kerajaan di bawah Tun Mahathir, to insulate our economy bukan isolate, to insulate our economy. Ini di mana kita pegging US Dollar 3.8 dengan Ringgit dan kita capital control dan legal tender daripada segi currency kita hanya laku di dalam negara bukan di luar negara.
Kesan ini nampak satu perkara yang sangat berkesan ketika itu dalam mengawal krisis ekonomi di Asia ketika itu di mana local bank exposure kepada pinjaman US Dollar sangat tinggi. Akan tetapi saya ingin tekankan dalam keadaan sekarang ini kita harus biarkan Bank Negara independent daripada segi monetary policy-nya. Dalam keadaan ekonomi negara dasar-dasar fizikal terhad di mana tidak ada rangsangan ekonomi defisit fizikal semakin membesar, ruang untuk pertumbuhan ekonomi semakin tidak banyak boleh dilakukan oleh kerajaan hari ini disebabkan dasar polisi, tax policy dan sebagainya.
Oleh itu kita harap Bank Negara harus diberi kuasa independent untuk menentukan monetary policy dalam menentukan pertumbuhan ekonomi dalam negara. Di negara-negara di jiran kita, kita lihat di Singapura, Vietnam dan Indonesia ada tendency untuk menurunkan kadar interest, OPR. Akan tetapi nampaknya tidak ada langkah-langkah Bank Negara untuk menurunkan kadar interest bagi membantu pertumbuhan ekonomi dalam negara dan bagi menambahkan lagi circulation of money dalam ekonomi negara kita bagi membantu pertumbuhan ekonomi.
Ini sangat penting kerana saya katakan tadi monetary policy harus seimbang bila dasar fizikal negara tidak membantu pertumbuhan ekonomi negara. Bukan mudah saya nampak bagi kerajaan hari ini yang mengalami krisis kepimpinan dasar yang belum jelas menentu bagi dasar-dasar negara, keyakinan pelabur yang begitu rendah, eksport yang masih menjunam. Kita harap currency US Dollar ini harus bergerak biar market menentukan.
Jangan ada interference daripada government untuk menentukan US Dollar ini kerana biarlah ekonomi itu membuat adjustment dia sendiri kepada pertumbuhan ekonomi dalam rantau ini mahupun di dunia ini.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Eksport yang semakin mengurang, jumlah eksport dari US Dollar kalau kita lihat, eksport dalam US Dollar negara turun dengan banyak tetapi oleh kerana the possession of ringgit ia membantu meningkatkan eksport negara kita ini. Jadinya Yang Berhormat Menteri Kewangan, kita harus membiarkan fungsi Bank Negara itu satu fungsi yang independent, menentukan Dasar Monetari Polisi.
Keduanya is their circulation of money US Dollar ini dalam negara kita. Adakah kita sebenarnya monitor berapakah sebenarnya circulation of US Dollar dalam negara kita ini kerana the black market ya- current US Dollar you know, circulation of US Dollar in our country, I mean to say. Berapakah sebenarnya? Tadi Yang Berhormat Tebrau membangkitkan satu perkara yang sangat penting dalam ekonomi iaitu berapakah circulation ringgit dalam negara kita berbanding dengan nilai property ekonomi kita. Adakah dia lebih, dia kurang, adakah Bank Negara printing money? You print money. Begitu juga dengan US Dollar. Berapa sebenar circulation of US Dollar dalam negara kita ini bagi membantu untuk menyekat the black economy? Berapakah anggaran penurunan kadar- jangkaan kerajaan, adakah Ringgit akan terus merosot bila adanya perang perdagangan antara Amerika dan China? Apa kesannya kepada ringgit kita? Adakah ada possibility the currency war, dengan izin, between Amerika Syarikat dengan China yang memberi kesan langsung kepada ringgit kita? Ini adalah perkara-perkara yang saya cukup bimbang dan memerlukan kerajaan yang mantap, kerajaan yang stabil. Selagi kerajaan ini tidak stabil, tidak ada keberanian untuk kerajaan hari ini membuat dasar-dasar yang di luar kotak. Umpamanya Perdana Menteri, Tun Mahathir pernah membuat satu dasar, saya katakan tadi pada tahun 1988 bila kita insulate our economy, dengan izin.
Adakah sekarang ini kerajaan hari ini mampu untuk membuat dasar-dasar yang di luar kotak untuk menghadapi suasana ekonomi yang tidak jelas di rantau ini mahupun di dunia ini? Inilah kebimbangan semua orang dan ini menyebabkan kadar kemiskinan akan terus bertambah. Saya sekali lagi mengulangi bahawa di Dewan ini, mana-mana ahli ekonomi yang mengatakan bahawa dalam keadaan ekonomi hari ini, ekonomi Malaysia hari ini, KDNK kita berkembang, eksport struktur ekonomi kita telah berubah. Mana-mana ahli-ahli ekonomi dalam negara boleh mengatakan bahawa SST itu lebih baik daripada GST, dia harus pergi sekolah balik, sekolah balik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ya, terima kasih Yang Berhormat Rompin, sekarang saya jemput Yang Berhormat Rasah. Selepas itu Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Beluran.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya pada petang ini untuk membahaskan Rang Undang-undang Mata Wang 2019 yang baru saja dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Saya menyambut baik rang undang-undang baharu ini sebab bagi saya ia menunjukkan komitmen kerajaan dalam mewujudkan integriti kewangan yang tinggi untuk negara kita selepas kita dilanda, dilabelkan sebagai negara yang mengamalkan kleptokratik sebelum ini. Jadi bagi saya ia akan dapat menaikkan semula reputasi kewangan negara dalam memastikan bahawa mata wang kita sentiasa dalam keadaan yang betul dan memastikan segala transaksi yang dilakukan dalam landasan yang betul. Jadi saya menyambut baik.
Cuma saya ada beberapa perkara yang memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri iaitu berkenaan dengan selepas Rang Undang-undang Mata Wang ini diluluskan oleh Parlimen dan dikuatkuasakan sebagai akta, apakah ia dapat membendung kegiatan ataupun aliran wang haram sama ada ke dalam negara kita ataupun dari negara kita ke luar.
Saya berikan beberapa contoh. Tadi rakan-rakan ada sebutkan bahawa terutamanya ahli politik selalu diberikan label yang negatif.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Bukan setakat Yang Berhormat Jelutong kah, siapa-siapa kena, saya rasa semua kena, tidak kira daripada parti mana dan saya sendiri, ahli keluarga saya pun kena juga disebabkan ada ahli politik tertentu yang telah melakukan sesuatu yang menyebabkan ialah disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Semua orang kena. Oh! Dia nampak ahli politik, dia kata ini tidak betul dan sebagainya. Termasuk adik saya, keluarga saya pun kena.
Dia nampak, oh! Ini tidak boleh ini. Lepas itu kena perlukan tapisan tertentu.
Jadi saya mohon apakah dengan adanya akta baharu ini, lepas diluluskan, ia akan membendung ataupun mewujudkan satu pendekatan mekanisme yang baik untuk pastikan tiada aliran keluar wang ringgit kita khasnya keluar negara sebab pernah ada seorang mantan Menteri Besar hantar RM10 juta ke UK, 10 tahun yang dulu. Lepas itu tidak ada tindakan dan sebagainya. Perkara sebegini saya rasa umum tahu, ya dan ada bekas Menteri yang hantar berjuta-juta ke luar. Belilah macam-macam, kondominium, banglo di luar dan sebagainya dan kita tidak hendak perkara ini berulang dengan keadaan tidak pasti di mana punca sumber tersebut. Jadi saya mohon penjelasan, apakah mekanisme?
Kedua saya nampak di Bahagian III, khasnya seksyen 18, sekiranya sesiapa yang terjebak disabitkan dengan kesalahan tersebut, hukumannya kalau tidak silap saya RM50 juta ataupun penjara. Saya nampak, ya memang berat, tetapi saya percaya kenapa letak figure ini. Sudah pasti, sudah tentu ada sebab, ya, ada alasan yang kukuh. Jadi, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya tidak dipersalahkan nanti esok kata kita zalimlah, kerajaan zalim letak tinggi sangat, sebab mesti ada sebab. Saya yakin, cuma saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Perkara ketiga yang saya hendak sebutkan pada petang ini adalah berkenaan dengan apakah rang undang-undang baru ini dikuatkuasakan esok, dapat membentuk ataupun dapat regulate. Sekarang ini banyak mata wang maya, online. Banyak transaksi online. Ini saya sebut online ini tidak semestinya online yang perjudian tetapi online yang banyak transaksi yang melibatkan keperluan semasa pada ketika ini. Jadi apakah akta ini mempunyai fungsi ataupun peranan untuk regulate mata wang maya online tersebut.
Perkara terakhir yang saya sebutkan pada petang ini adalah berkenaan dengan seksyen 20 iaitu kesalahan meleburkan mata wang syiling. Ya, kita tahu, banyak ini memang, banyak syiling itu sebab logam dia mempunyai nilai yang tinggi. Jadi macam manakah mekanisme kita untuk membendung perkara ini. Walaupun sudah ada undang- undang, kadang hendak membendung itu payah dan sekiranya boleh, saya mohon cadangkan supaya ada satu jawatankuasa khas dan sebagainya, mungkin di peringkat akar umbi sebab benda ini kalau kita harapkan Bank Negara saja, saya rasa payah Bank Negara hendak kawal semua. Jadi, saya mohon...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila menggulung.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Ya, saya belum lagi Tuan Yang di-Pertua. Tidak apalah, saya ikut arahan Tuan Yang di-Pertua saja. Saya berhenti dekat sinilah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ya, terima kasih menepati masa.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pendang. Sama juga ya, lima minit.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya, okey, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Lebih saya tamatkan saya. Itu saja.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya berhenti seminit sebelum lima minit. Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ya.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Rang Undang-undang Mata Wang 2019 yang dicadangkan untuk mengadakan peruntukan untuk mengurus, mengawal selia perniagaan dan memproses mata wang adalah satu usaha yang baik. Namun Kementerian Kewangan harus menjelaskan secara rasional apakah keperluan sebenar RUU ini digubal kerana pada masa yang sama Akta Bank Negara Malaysia 2009, Bahagian 8 telah memperuntukkan secara khusus mengenai mata wang. Sekiranya perkara tersebut telah wujud, mengapa perlu diwujudkan satu lagi RUU Mata Wang ini.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kementerian Kewangan juga dituntut untuk memberikan penjelasan mengenai statistik penjenayah pemalsuan wang yang telah berlaku di Malaysia. Daripada carian yang dibuat, terdapat beberapa kes atau sindiket yang berjaya diberkas oleh pihak polis.
Contohnya di Alor Setar dan Shah Alam. Sehingga ke hari ini berapakah jumlah sebenar sindiket pemalsuan wang telah disiasat dan didakwa.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Adakah terdapat ‘jerung’ yang mendalangi pembekalan mesin bahan untuk jenayah pemalsuan wang tersebut? Tular pada bulan lalu, kenyataan seorang profesor dari Pusat Pengajian Sains Farmasi, USM yang mendakwa menerima maklumat daripada pihak industri penghasilan wang kertas di Malaysia mengandungi lemak babi. Adakah betul atau tidak?
Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewanganlah yang ada di depan saya yang senyum manis sekali.
Adakah sudah terdapat langkah yang diambil oleh mana-mana pihak untuk mengkaji perkara ini kerana ia melibatkan soal hukum? Adakah ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan merupakan satu keperluan mendesak? Saya mahu perkara ini disegerakan untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Oleh sebab itu, kenyataan-kenyataan daripada orang-orang tertentu sama ada pihak yang berkuasa, berkepentingan, pihak kerajaan, mesti berhati-hati dalam membuat kenyataan ini kerana ia boleh meresahkan rakyat di peringkat bawahan.
Seterusnya, adalah mengenai pengeluaran mata wang. Bahagian II, perkara 5, 9 dan 10 yang telah menyatakan bahawa hanya Bank Negara Malaysia sahaja yang menjadi pihak berkuasa tunggal untuk mengeluarkan mata wang kertas dan mata wang syiling dalam denominasi Ringgit dan sen di Malaysia. Hanya mata wang kertas dan mata wang syiling yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia sah diperakukan di negara ini. Persoalannya, bagaimana dengan penggunaan dinar dan mata wang crypto? Saya ingin memetik pernyataan daripada Kelantan Gold Trade Sdn. Berhad yang menjalankan urus niaga yang melibatkan dinar dan dirham.
Objektif negeri Kelantan adalah untuk mengembalikan semula mata wang syariah.
Mata wang alternatif dalam edaran mata wang di Kelantan serta di Malaysia umumnya, bagi saya tindakan negeri Kelantan selari dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mahu kerajaan-kerajaan di dunia menggunakan dinar emas sejak tahun 1990-an lagi.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga pernah mencadangkan bilateral payment arrangement (BPA) dan multilateral payment arrangement (MPA) menggunakan dinar emas.
Sepatutnya prospek penggunaan dinar dan dirham harus diteroka dengan lebih mendalam. Satu kajian yang telah dilakukan pada tahun 2012 oleh beberapa ahli akademik di Universiti Malaya. Kajian tersebut menunjukkan bahawa penggunaan fizikal dinar emas sebagai mata wang tidak praktikal. Namun, penggunaan dinar emas sebagai sandaran lebih praktikal kerana ia memenuhi hampir semua teori monetari.
Lanjutan itu, pada 30 Mei lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah berucap di Persidangan Nikkei mengenai masa depan Asia. Yang Amat Berhormat telah mencadangkan agar mata wang baharu berasaskan emas diperkenalkan kerana ia lebih stabil berbanding dengan dagangan dalam mata wang semasa yang bersifat manipulatif.
Mata wang baharu itu juga perlu berkait dengan mata wang tempatan untuk rujukan kepada kadar tukaran. Cadangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turut disokong oleh beberapa pakar ekonomi di universiti.
Oleh itu, saya memohon pandangan daripada pihak Kementerian Kewangan berhubung dengan cadangan tersebut. Satu usaha yang konstruktif perlu dilakukan agar idea tersebut direalisasikan satu hari nanti. Habis, saya berhenti di sini Tuan Yang di-Pertua. Saya janji sebelum masa berakhir. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ya, terima kasih Yang Berhormat Pendang kerana menepati masa. Sekarang, saya menjemput Yang Berhormat Jelutong, selepas itu Yang Berhormat Beluran menutup tirai. Sila.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya juga akan mematuhi masa dan arahan yang diberikan. Saya telah bangkitkan tadi ketika mencelah tapi sekarang berpeluang untuk berbahas dengan lebih mendalam.
Walaupun saya pada prinsipnya menyokong rang undang-undang ini, pada masa yang sama saya ingin melontarkan beberapa soalan yang saya mohon dijawab oleh Yang Berhormat Menteri dan pegawai-pegawai yang sedia ada di Dewan mendengar perbahasan ini.
Dewasa ini, kita lihat bahawa bila kita membuat transaksi di kaunter, apabila ia melibatkan wang sejumlah RM20 ribu dan lebih, kita melihat bahawa terdapat banyak soalan dan kekangan dan peraturan yang dikenakan oleh pihak bank. Sama ada kalau ketika kita mengeluarkan wang itu ataupun bila kita memasukkan wang itu, pihak bank memaklumkan bahawa kita perlu mendapat arahan dan kelulusan daripada ibu pejabat atau pusat.
Seperti yang telah saya katakan tadi, perkara ini akan menimpa semua Yang Berhormat yang ada di sini. Kita kalau merupakan ahli politik diberitahu kita adalah politically sensitive person, dengan izin. Itu adalah saya ingat- saya lihat Yang Berhormat Ayer Hitam mengangguk kepala. Ini akan juga membebankan Ahli Yang Berhormat di sebelah sana, umpamanya Yang Berhormat Ayer Hitam. Tidak pernah disabitkan untuk apa-apa kesalahan dan sebagainya tetapi mungkin mengalami begitu banyak masalah apabila Yang Berhormat ingin menghantar wang dan sebagainya untuk anak-anak mereka belajar di luar negara.
Kita diminta untuk mendapatkan dokumen-dokumen yang asal. Selepas memperoleh dokumen-dokumen tersebut, dikemukakan kepada pihak bank, mereka menghantarnya- scan dan hantarnya ke ibu pejabat. Ibu pejabat menunggu kelulusan dan kita diberitahu kalau kelulusan diberikan tanpa mendapat pelepasan Bank Negara, Bank Negara akan mengenakan tindakan terhadap bank tersebut. So, perkara-perkara ini akan menyusahkan semua kita. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua sendiri akan mengalami masalah, kerana kita ditafsirkan sebagai politically sensitive person.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Bagaimana Yang Berhormat Jelutong tahu?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya hanya- tidak mahu Timbalan Yang di-Pertua ditimpalah. Jadi, saya membangkitkan perkara ini.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Memang betul lah, memang betul.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri sila ambil perhatian.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Kita setujulah, memang betul.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. So, ini adalah perkara yang begitu penting. Pada masa yang sama, bila saya tanya kepada pegawai itu. Dia kata, “Yang Berhormat, shush, this is because of old cases lah. 1MDB dan sebagainya. You don’t mention” [Ketawa] So, saya hanya memetik. Saya tidak mengulangi kenyataan itu di sini tetapi beliau, pegawai itu daripada bank tersebut hanya berbisik kepada saya. You know what happened in the past, dengan izin. So, we do not want it to happen again. Saya tahu perkara ini kita tidak mahu ulangi dan saya beritahu kita semua wakil rakyat daripada Pakatan Harapan tidak ada apa-apa kes dan sebagainya. He just said, “Yang Berhormat, sorry whether you are from BN or Pakatan, the rules are very clear”. So, saya di sini merayulah kepada pihak bank supaya menggunakan budi bicara. Kalau beliau melihat umpamanya Yang Berhormat Gerik yang berbahas tadi menolong orang-orang di kawasan ataupun kontraktor-kontraktor di kawasan-kawasan pedalaman seperti di Gerik. Yang Berhormat Kuala Terengganu umpamanya, yang ingin menjalankan transaksi, yang tidak ada lesen, yang hanya bekerja dari ‘kais pagi makan pagi kais petang makan petang’. Di manalah mereka ingin memperoleh dokumen-dokumen tersebut? Macam mana kita ingin bantu mereka?
So, jangan kita menyusahkan kontraktor-kontraktor kecil ataupun nelayan-nelayan.
Kalau umpama nelayan itu ingin menghantar anak beliau untuk ke Singapura untuk belajar dan beliau mempunyai wang tunai RM10 ribu yang beliau ingin hantar.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dari mana seorang nelayan daripada Kuala Terengganu akan memperoleh dokumen-dokumen pengesahan? Beliau seorang nelayan. So, ini adalah perkara-perkara yang wajib dan wajar dilihat. Mungkin nelayan saya ingat beliau bernasib baiklah kerana beliau bukanlah politically sensitive person. Kita memikul beban yang lebih tinggi kerana merupakan ahli politik, sangkaannya is very bad. Presumption is if you are a politically sensitive person, you are corrupted. Ini adalah presumption yang digunakan sekarang.
So, saya di sini merayu supaya kelonggaran diberikan kepada kita dan bidang kuasa diberikan oleh Bank Negara kepada pegawai-pegawai tertentu. Kalau mereka melihat dokumen itu adalah dokumen asal ataupun transaksi itu merupakan transaksi yang tulen- Kalau saya membayar umpamanya SST, saya membayar Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDN) atau membayar bayaran untuk sekali gus. Ada pihak-pihak yang ingin membayar bayaran ansuran perumahan atau yang ingin menyelesaikan bayaran ansuran perumahan sekali gus.
Mungkin bila kita menerima gratuiti, dengan izin. Seorang ahli politik, gratuiti bila kita selesai penggal perkhidmatan kita. Kita mengambil wang itu untuk menyelesaikan hutang kereta, hutang rumah dan sebagainya. Janganlah kita dibebankan dengan macam-macam soalan yang mempersoalkan integriti kita. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya berhenti lebih awal lagi. Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Jika semua macam ini, baiklah. Sekarang, saya menjemput Yang Berhormat Beluran. Sila.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin tahu apa pendirian kerajaan terhadap kejatuhan nilai mata wang Ringgit ketika ini berbanding US Dollar. Adakah pada peringkat ini, satu peringkat yang kritikal dan sejauh mana tindakan monetari yang telah diambil oleh kerajaan setakat ini untuk mengekalkan ringgit pada nilai RM4.19, RM4.18 pada peringkat hari ini? Adakah tindakan monetari telah diambil dan setakat ini, berapa nilai yang telah diambil dan digunakan kerajaan untuk mengekalkan pada tahap ringgit berbanding dengan US Dollar pada ketika ini?
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Dari segi ekonomi, penurunan nilai mata wang akan memberikan kesan negatif dan positif. Positifnya akan membuka peluang negara untuk bersaing dari segi eksport dan juga akan meningkatkan pelancongan dan sebagainya kerana akan lebih ramai pengunjung boleh datang ke Malaysia kerana nilai mata wang yang rendah. Akan tetapi dari kesan negatifnya, ia akan menjadikan barangan import lebih mahal kerana import daripada luar negara yang menggunakan tukaran Ringgit-US akan memberi kesan jika nilai Ringgit rendah dan akan memberi harga barangan menjadi tinggi, menjadikan kuasa beli rakyat di luar negara berkurangan.
Apa yang penting sekali kesannya adalah akan mewujudkan keadaan inflasi. Ini merupakan kesan-kesan negatif yang akan dialami oleh kerajaan jika nilai Ringgit Malaysia berbanding US terus menurun. Oleh sebab itu saya ingin tahu apa tindakan kerajaan, apa tindakan yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengawal kejatuhan nilai mata wang ringgit berbanding dengan US Dollar.
Kalau kita lihat pada tahun 2000, kerajaan telah mengambil langkah yang drastik yang melibatkan kawalan tukaran mata wang terpilih. Langkah yang melibatkan tiga perkara iaitu menghapuskan Ringgit di luar pesisir supaya spekulasi tidak lagi mempunyai peluang mendapatkan modal, membuat penetapan terhadap kadar tukaran ringgit pada kadar RM3.80 pada ketika itu dan mengenakan peraturan selama 12 bulan. Itu merupakan tindakan drastik yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengekang kejatuhan mata wang nilai Ringgit.
Selain itu, Malaysia juga telah menghentikan operasi di central limit order book
(CLOB) dan kita nampak bahawa langkah-langkah ini berkesan pada ketika itu, tahun 2000 untuk mengekang kejatuhan ringgit dan menstabilkan keadaan ringgit.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Oleh sebab itu saya ingin tahu, adakah kerajaan akan mengambil langkah drastik ini pada masa yang akan datang and at what level nilai Ringgit itu akan trigger krisis dan satu tindakan drastik akan diambil oleh kerajaan untuk mengawal kejatuhan ringgit jika ia berlaku secara drastik di masa akan datang. So, at to what level? Adakah tindakan drastik seperti yang dibuat pada tahun 2000 itu akan diambil oleh kerajaan?
Dari segi ekonomi kita melihat bahawa kejatuhan ringgit juga akan mengurangkan eksport seperti yang saya katakan tadi, mengurangkan import dan tentu sekali kalau kita lihat pertumbuhan ekonomi diukur daripada eksport dan import. Pengurangan eksport akan mengurangkan pertumbuhan ekonomi. Oleh sebab itu saya ingin tahu adakah langkah kerajaan mengurangkan SSR pada 3.5 peratus kepada tiga peratus yang dilakukan kerajaan baru-baru ini adalah merupakan satu tindakan yang menjurus kepada keadaan untuk menangani pertumbuhan ekonomi yang tidak memberangsangkan.
Begitu juga apakah kerajaan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) yang pada peringkat tiga peratus ketika ini merupakan langkah-langkah yang menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia pada keadaan yang tidak memberangsangkan pada ketika ini. Adakah SSR akan further pada decrease pada masa akan datang dan begitu juga adakah OPR itu akan diturun dan dikaji semula oleh Bank Negara untuk mengekang pertumbuhan ekonomi yang negatif?
Kejatuhan nilai ringgit, kejatuhan pertumbuhan ekonomi merupakan perkara yang harus menjadi tumpuan kepada kerajaan untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara pada tahap 4.9 kepada 4.4 seperti yang dijadualkan untuk memenuhi hasrat-hasrat pada belanjawan yang dicadangkan pada tahun hadapan. Jadi, apakah tindakan dengan kerajaan untuk mengatasi masalah-masalah ekonomi yang sedang berlaku ini? Ya, habis. Setakat itu Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih semua menepati masa. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Masa 30 minit.
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang telah mengambil bahagian dalam membahas Rang Undang-undang Mata Wang 2019 pada hari ini. Saya cuba untuk respons kepada pertanyaan-pertanyaan yang telah dibuat oleh rakan-rakan yang berbahas tadi.
Saya akan concentrate kepada perkara-perkara yang khusus berkaitan dengan Rang Undang-undang Mata Wang ini. Kalau insya-Allah ada lebih masa, mungkin akan juga menyinggung benda-benda yang berada di luar yang saya ingat Yang Berhormat Beluran sebut tadi itu. Ya betul, boleh kita bincangkan. Akan tetapi saya ingat saya akan fokus kepada yang berkaitan langsung dengan Rang Undang-undang Mata Wang ini.
Ada pertanyaan tadi tentang mata wang digital. Apakah pendirian kerajaan terhadap perkara tersebut? Bank Negara Malaysia menegaskan bahawa mata wang crypto ataupun aset digital tidak diiktiraf sebagai mata wang yang sah diperlakukan ataupun sebagai legal tender. Sebenarnya dalam Rang Undang-undang Mata Wang kita ini memang kita khusus kan kepada mata wang yang sah diperlakukan iaitu legal tender, mata wang kertas dan juga syiling. Akan tetapi dibangkitkan ini, jadi pendiriannya ialah kita tidak iktiraf dia sebagai legal tender di Malaysia ataupun di mana-mana negara lain. Berdasarkan seksyen 63 Akta Bank Negara Malaysia 2009, hanya wang kertas dan syiling yang dikeluarkan oleh bank adalah sah diperlakukan di Malaysia.
Jadi berdasarkan kepada penilaian Bank Negara Malaysia dan juga pertubuhan- pertubuhan antarabangsa, aset digital ini terdedah kepada pelbagai risiko termasuk risiko naik turun harga yang tinggi akibat pelaburan yang bersifat spekulatif. Penyalahgunaan untuk tujuan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan dan ancaman kecurian akibat serangan siber.
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Jadi penggunaan aset digital secara meluas juga boleh memberi kesan negatif terhadap kestabilan monetari dan kewangan negara dengan menjejaskan keberkesanan polisi monetari dan juga fungsi sektor kewangan dalam pengantaraan dana.
Berikutan penguatkuasaan Perintah Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Penetapan Sekuriti) (Mata Wang Digital dan Token Digital) 2019 yang telah dikuatkuasakan pada 15 Januari 2019, SC ataupun Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mewujudkan satu rangka kerja pengawal seliaan aktiviti dagangan di pasaran aset digital untuk meningkatkan ketelusan dan mengurangkan risiko pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.
Peraturan telah dikeluarkan untuk mengenakan obligasi pelaporan dan amalan usaha wajar pelanggan atau customer due diligence ke atas pasaran aset digital.
Pendekatan kawalan seliaan yang diambil oleh Bank Negara dan SC ini bertujuan untuk menyokong inovasi industri dan pada masa yang sama memastikan risiko berkaitan aktiviti aset digital ini tetap terkawal dan langkah-langkah integriti kewangan terus berkesan.
Namun begitu, kita menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan membuat penilaian sewajarnya ketika berurusan dalam aset digital ini.
Ada yang bertanya tentang- ini khusus tentang apa yang kita bincangkan ini. Berapa jangka hayat mata wang yang digunakan ini, boleh tahan mana? Yang Berhormat Gerik ya.
Jadi secara umumnya, wang polimer yang kita gunakan ialah wang RM1 dan RM5, bertahan lebih lama dalam edaran berbanding dengan wang kertas. Oleh sebab itu yang RM1 dan RM5 ini kita pakai wang polimer. It is a bit more expensive tetapi oleh sebab ia tahan lebih lama, jadi kita gunakan untuk RM1 dan RM5 ini wang polimer. Jadi jangka hayat untuk wang polimer ini antara empat hingga lima tahun, Tuan Yang di-Pertua. Wang kertas dominasi tinggi RM50 begitu, ia adalah antara 18 hingga 24 bulan.
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Wang kertas dominasi pertengahan iaitu RM10 dan RM20 antara 15 bulan hingga 18 bulan. Jadi, ini yang kita gunakan dan ada persoalan tentang tadi adakah kita hendak tukar baharu dan sebagainya. Keperluan itu akan timbul apabila kita dengan mereka yang berada dalam industri pemalsuan wang ini, maknanya we have got to be one step ahead of them. Apabila kita ada security features yang kita sudah mula perkenalkan, mereka pun boleh ikut, jadi maknanya we got to be one step melebihi mereka. Maka kita mungkin pada masa itu kita rasa ada keperluan maka itu akan diambil kira sebelum apa-apa keputusan dibuat untuk menarik balik dan memperkenalkan yang baharu.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Terima kasih atas penjelasan tadi. Saya cuma hendak tahu, macam jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi banyak menyentuh mata wang yang kita keluarkan. Apa response kita sekiranya ada mana-mana negara-negara menarik balik mata wang. Misalnya USD Amerika mereka menukarkan, mereka mungkin ada mata wang tertentu yang mereka tarik balik. Adakah kita juga mengenakan sekatan sementara mereka menukar mata wang yang baharu?
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Sudah sihat lah kot no? Dengar tidak sihat semalam.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Maksud saya ini dalam kaitan isu pemalsuan, misalnya ada pemalsuan mata wang negara lain yang mana dalam pasaran kan ada pertukaran. Itu.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Oh ya! Seperti yang dilakukan oleh India, maksudnya begitu kah? Ya. Setakat ini untuk makluman Yang Berhormat Kangar dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat, di Malaysia kita dalam keadaan yang- alhamdulillah lah, setakat ini kadar pemalsuan mata wang di Malaysia ini adalah rendah kalau kita buat benchmarking dengan negara-negara yang lain. Bagi satu juta keping wang dalam edaran, hanya satu keping sahaja yang didapati- maknanya yang dipalsukan. One in a million, itu Malaysia. Lebih rendah berbanding seperti negara United Kingdom, 128 pieces per million. Kita satu, maknanya UK sebanyak 128 pieces yang lain, Euro three pieces dan Australia about 17 pieces per million. Jadi, kita masih dalam keadaan yang terkawal. Jadi saya rasa setakat ini kita tidak ada rancangan untuk- seperti mana yang India bercadang dan telah buat kemudian timbul banyak macam-macam masalah itu, setakat ini kita tidak berhasrat untuk memanggil balik wang-wang tersebut atas apa juga alasan yang hendak kita berikan termasuk kalau-kalau ada pemalsuan yang banyak dalam pasaran.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Maksud saya ini tadi, apabila disebut misalnya mata wang Euro, pound. Misalnya kita punya mata wang kita tukar, kita ambil wang palsu. Jadi, apakah langkah untuk kita mengelakkan ataupun meminimumkan risiko itu?
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Saya ingat semua pengurup mata wang kita yang ada dalam negara ini, saya ingat mereka juga ada that security features yang mereka boleh buat setakat teknologi yang ada pada mereka. Jadi saya ingat untuk itu- saya ingat kita tidak ada lagi- maknanya apa-apa cadangan untuk membuat perkara yang sedemikian.
Ya, Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Kita biasa dengar tentang isu black money. Saya pernah tengok dia orang buat ini tetapi biasa dalam bentuk USD. Saya pernah ditunjuk.
Saya hendak tahu, dalam mata wang Ringgit, setakat mana isu pemalsuan ini berlaku? Dari segi bagaimana seriusnya? Adakah ia melibatkan orang tempatan ataupun melibatkan pemalsuan itu dilakukan di luar negara ataupun macam mana? Itu soalan saya.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Macam saya sebutkan di awal tadi, setakat ini rekod yang kita ada untuk mata wang kita, kita boleh agak berbangga setakat ini kerana only one in a million pieces adalah counterfeit. Akan tetapi mungkin Yang Berhormat Kuala Terengganu sebut, Yang Berhormat Pendang sebut tadi yang berjumpa itu maknanya mereka beroperasi di sini tetapi mata wang yang mereka keluarkan itu adalah mata wang luar negara. Cumanya yang juga Yang Berhormat Kangar bangkitkan tadi agar supaya- walaupun mata wang itu mata wang luar, jangan pula nanti ia ditukarkan untuk mendapat legal tender Ringgit Malaysia dengan wang palsu yang disebutkan itu.
Menyinggung perkara ini, boleh sedikit saya sebutkan di sini langkah-langkah— tadi ada ditanya. Menangani pemalsuan mata wang ini ada tiga perkara yang kita lakukan iaitu meningkatkan ciri-ciri keselamatan pada mata wang supaya sukar untuk dipalsukan. Saya sebutkan tadi. So, we must be one step ahead of them dengan ciri-ciri keselamatan yang dapat kita perkenalkan agar mereka sukar untuk memalsukan ataupun merasakan tidak berbaloi untuk mereka cuba palsukan kerana the technology is too expensive dan sebagainya.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
[Bangun]
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Nanti sat bagi habis lagu yang ni na. Jadi, keduanya ialah kempen kesedaran kepada orang awam melalui program kesedaran ciri-ciri mata wang kita ini, kesedaran kepada peniaga pasar malam dan aplikasi MyRinggit dalam sesawang Bank Negara Malaysia agar mereka boleh lihat dan mengetahui apakah features yang ada yang dapat dengan mereka mengenali yang mana yang sah, yang mana yang tidak sah. Kita juga- Bank Negara sentiasa bertukar maklumat berkenaan penemuan mata wang palsu dengan pihak polis. Jadi, itu antara perkara yang kita lalukan.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Yang Berhormat Menteri, sedikit. Yang Berhormat Menteri sedikit.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Saya bagi Yang Berhormat Pendang dahulu boleh?
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pendang ini mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri berhubung penggunaan mata wang kripto ataupun mata wang maya. Berdasarkan laporan kajian yang bertajuk Regulation of Virtual Currencies: Mitigating the Risks and Challenges Involved menyatakan beberapa perkara penting.
Pertama, pengaliran mata wang kripto dikawal oleh mesin kriptografi dan tidak tertakluk kepada undang-undang di Malaysia. Namun, ia boleh membeli barangan dalam ekonomi sebenar dan ditukar dengan mata wang tunai. Ini melibatkan kesan currencies Malaysia ataupun penurunan mata wang dan juga ekonomi Malaysia kalau ini berlaku. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Saya minta- oleh sebab saya pun tidak berapa pasti report yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pendang itu, saya mohon untuk dijawab secara bertulis. Sila.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tadi tertarik dengan apa yang telah dibincangkan tadi berkenaan dengan wang- wang palsu. Saya hendak tanya, minta pencerahan. Adakah serius atau tidak? Setakat mana keseriusannya berlaku pemalsuan mata wang yang diguna pakai ataupun berlaku di negara kita? Apakah langkah-langkah yang sedia ada yang diambil oleh pihak berkuasa? Sekian, terima kasih.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Sama.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Saya ingat saya sudah sentuh tadi. Setakat ini, dia memang tidak serius. Satu dalam sejuta keping dalam edaran berbandingkan dengan negara-negara yang saya sebut tadi iaitu UK, Australia dan sebagainya. Akan tetapi we are not resting on our laurels. Kita akan pastikan bahawa ia tidak akan menjadi- dia ini akan adalah, apabila dia sudah trigger pada satu peringkat yang ini, kita akan mempertingkatkan lagi usaha kita untuk memastikan bahawa ia tidak menjadi sesuatu yang serius.
Last kot Yang Berhormat Kuala Terengganu saya bagi, sebab nanti tidak adil untuk saya tidak jawab rakan-rakan yang bangkitkan ini. Silakan.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Ya, ya.
Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tentang jadi tidak berbaloi kalau orang hendak palsukan wang kita. Jadi, adakah isu berkait dengan pengurangan kadar pemalsuan wang kita ini berkait juga dengan persepsi dari segi keteguhan mata wang kita. Sebagaimana yang disebut tadi- dalam perbahasan saya ada sebut tentang kita punya mata wang sekarang ini kelihatannya tidak- sangat lemah.
Jadi, adakah pada masa akan datang sekiranya ekonomi makin bagus pada satu ketika nanti, kita menjangkakan kadar pemalsuan ini akan meningkat. Sekiranya meningkat, apakah langkah yang akan kita ambil bagi mengatasi masalah ini?
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Saya ingat in essence-nya kalau mereka yang memalsukan wang Ringgit Malaysia ini, dia boleh buat kerana dia hendak guna dalam pasaran dalam negara. Jadi, ia tidak akan terdedah kepada naik turun ringgit dan sebagainya.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Jadi, oleh kerana features kita, alhamdulillah, setakat ini bagus dan dia pun tidak berminat untuk buat kemudiannya hendak gunakan di luar negara dan sebagainya, maka itu tidak timbul. Jadi, saya ingat mereka yang hendak buat wang palsu dan hendak gunakan dalam negara ini, mereka setakat ini, mereka tidak buat. Oleh sebab itu, yang kita jumpa, mereka counterfeit mata wang asing dan bukan mata wang dalam negara kita.
Kemudian, saya ingat yang dibangkitkan berulang-ulang kali tentang politically exposed person (PEP). It is not active. Kita tahu Yang Berhormat Jelutong cukup aktif, dalam Dewan lagilah aktif [Ketawa] This is a politically exposed person. Sebenarnya, Yang Berhormat Jelutong, ini kita buat adalah sejajar dengan keperluan antarabangsa oleh Financial Action Task Force (FATF). Keperluan usaha wajar pelanggan ataupun due diligence terhadap politically exposed person ini dan institusi pelapor dikehendaki mengambil risk based approach dalam mempertingkatkan usaha wajar pelanggan ataupun due diligence terhadap PEP ini.
Apa pun, Yang Berhormat Jelutong, kita mengambil cakna apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong tadi agar jangan usaha untuk hendak pastikan benda-benda negatif ini tidak berlaku akhirnya memberikan kesan yang negatif pula kepada mereka.
Walaupun they are all PEPs tetapi PEP yang cukup baik, yang menyebabkan mereka pula timbul kesusahan. Kita mengambil maklum tentang perkara itu supaya, insya-Allah, ia tidak akan memberi mudarat macam Yang Berhormat Gerik sebut tadi dan sebagainya.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah - Jasin
[Bangun]
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Ya, ada lagi kah? Ya, sila Yang Berhormat Jasin.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ya, sila.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah - Jasin
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tidak dapat peluang berbahas tadi. Saya ada dua soalan sahaja.
Pertamanya, bank pusat adalah bank tunggal yang telah diberi kuasa untuk mengeluarkan wang Ringgit dan juga syiling berasaskan daripada instrumen apa yang kita miliki? Sama ada ia rizab ataupun emas?
Keduanya, rizab kita kalau kita lihat daripada akhir bulan Oktober, hanya sebanyak USD103 bilion sahaja. Menurun daripada dahulu sebelum masa Barisan Nasional, kita ada USD107 bilion. Adakah penurunan ini disebabkan satu daripada kesan yang telah dibuat oleh Bank Negara untuk pertahankan Ringgit kita yang begitu volatile sekali? Pada ketika ini, pertukaran kita RM4.17 bersamaan USD1. Adakah ia berasaskan daripada keadaan sekitar global yang berlaku pada ketika ini ataupun keadaan ekonomi kita yang menurun? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri, sebelum itu. Berkenaan politically exposed person. Saya cuma ingin tanya, kalau kelonggaran boleh diberikan kepada semua Ahli Parlimen yang telah mengisytiharkan harta?
Kalau katakan ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengisytiharkan harta kepada SPRM, kepada pihak Dewan Rakyat dan kepada semua pihak berwajib, kepada Jabatan Perdana Menteri, bolehkah mereka diberi kelonggaran ketika melakukan transaksi-transaksi seperti menghantar wang kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri, menghantar anak mereka belajar dan sebagainya? Cuma mohon perkara ini diangkat kepada pihak pegawai-pegawai.
Terima kasih.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya ambil maklum. Kita akan bawa dalam perbincangan untuk memastikan, macam yang saya disebut tadi, peraturan yang dibuat untuk kita mencegah perkara-perkara yang tidak elok, tidak mahulah pula kita sampai ia memberi satu kesusahan dan kepayahan kepada mereka yang sebenarnya amat baik dari segi conduct mereka sama ada dalam Dewan ataupun di luar Dewan.
Kemudian, saya pergi kepada- ya, Yang Berhormat Jasin tadi itu. Yang Berhormat Jasin, saya minta berikan jawapan saya secara bertulislah ya. Saya tidak mahu mislead pula dengan benda yang saya pun tidak berapa hendak pasti.
Kemudian, Yang Berhormat Tebrau. Sejauh manakah had pelaporan nilai ambang ataupun cash transaction report ini berjaya untuk mengurangkan ini? Sebenarnya cash transaction report ini, Yang Berhormat Tebrau, ia tidak jatuh di bawah rang undang-undang kita ini. Ia masuk di bawah Anti-Money Laundering Act (AMLA). Ia tidak di bawah rang undang-undang kita ini.
Akan tetapi, sudah Yang Berhormat Tebrau tanya, mungkin bagaimana ia berjaya mengurangkan pengeluaran wang secara haram, mengurangkan kes rasuah dan sebagainya. Di bawah AMLA seksyen 28B, Yang Berhormat, memperuntukkan bahawa sebarang wang tunai yang dikeluarkan melebihi USD10 ribu harus diisytiharkan kepada pegawai kastam. Di samping itu, pegawai penguat kuasa menjalankan operasi bersepadu untuk menangani sebarang kes penyeludupan asing ke luar negara. Jadi, operasi bersepadu di bawah National Coordination Committee (NCC) dapat mempertingkatkan kerjasama di antara agensi penguat kuasa undang-undang.
Penurunan pelaporan nilai ambang kepada RM25 ribu telah menyebabkan laporan oleh institusi pelapor melonjak hampir dua kali ganda dan ini memberi data point kepada pihak BNM untuk memantau kes-kes pencegahan pengeluaran wang haram dan pencegahan pembiayaan keganasan di Malaysia. Jadi, Yang Berhormat, perkara ini ada kesannya.
Sebenarnya ada juga ditanya tadi tentang dalam akta kita ini disebutkan had bagi transaksi syiling 25 keping tetapi senyap bagi wang kertas. Jadi, untuk menjawab itu, sebenarnya ini adalah- ia menjadi suatu antara orang yang memberi dengan yang menerima.
Ini kita letakkan itu dalam undang-undang ini tetapi kalau sekiranya seorang itu membawa 80 wang syiling untuk diberikan kepada- dia beli something-lah- kepada orang yang hendak menjual itu dan orang itu secara rela menerima 80 keping wang syiling itu, so, that will be no problem. Tidak ada masalah sebab willing giver dan willing accepter. Itu tidak ada masalah.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Akan tetapi kalau dia hendak bagi 26 keping, kawan itu kata, “No, saya tidak mahu”.
Kemudian kawan ini hendak bergaduh kata, “Mana boleh, saya hendak bagi juga”. Okey, itu kita boleh ini sebab sudah ada dihadkan.
Okey, persoalannya tentang mata wang. Saya ingat tadi dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Bendera ataupun Yang Berhormat Tebrau, kedua-duanya mungkin.
Katanya hendak dimulakan pada 1 Januari 2020. Sebenarnya, ceritanya ialah Bank Negara membuat pengumuman untuk mendapatkan public punya respons ataupun feedback terhadap perkara ini. Ia bukan suatu yang dimandatorikan lagi ataupun- tidak lagi.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Dan kita pun masih belum, Bank Negara pun masih- kita pun masih belum mendapat green light daripada Kabinet pun untuk secara rasminya mendapat respons daripada public untuk dapatkan pandangan public atau pandangan awam tentang perkara ini. Akan tetapi, ia adalah merupakan suatu keperluan dan nanti kita akan publish kan, dapatkan maklumat daripada public tentang berapa threshold-nya ya cash transaction ini yang akan dibenarkan yang disebutkan dalam rang undang-undang ini. Apakah RM25 ribu, apakah lebih? Macam tadi kerisauan Yang Berhormat Gerik, kontraktor hendak bayar dan sebagainya.
Akan tetapi hasratnya, Yang Berhormat sekalian dan Tuan Yang di-Pertua, hasratnya ialah supaya kita akan dapat membendung kegiatan-kegiatan yang tidak baik.
Rasuah, penyalahgunaan kuasa. Mereka tahu kalau hendak ambil rasuah ataupun hendak salah guna kuasa, bank in masuk dalam kita punya account bank, it is traceable, tetapi itulah yang dibuatnya. Banyak yang dijumpai dalam rumah sampai RM100 juta, sampai SPRM kira daripada tengah malam sampai esok tengah hari tidak habis lagi sebab menggunakan tunai.
Ini tidak boleh di-trace ya. Jadi, dengan kita mengehadkan ini yang amaunnya belum lagi dapat ditentukan dan kita akan dapatkan pandangan daripada awam tentang perkara ini, ia akan dimasukkan supaya hasrat itu akan dapat tercapai nanti.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Kemudian, crypto dan mata wang digital saya telah sentuh tadi. Selepas daripada Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Apakah perbezaan antara wang digital crypto dan wang elektronik? Jadi wang elektronik merupakan instrumen pembayaran yang ditetapkan dalam Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. Ia boleh digunakan secara elektronik sebagai tukaran kepada ringgit yang dibayar kepada pengeluar wang elektronik dan ia boleh digunakan sebagai tujuan pembayaran.
Berbeza dengan wang crypto, tidak diiktiraf sebagai mata wang yang legal tender, yang diperakukan di Malaysia dan kita menasihati orang ramai supaya menilai risiko yang berkaitan apabila berurusan dengan mata wang crypto ini. Crypto ataupun wang digital ini, ia boleh didagangkan Securities Commission telah luluskan tiga syarikat sebagai platform untuk didagangkan ini tetapi itu untuk dagangan itu sahajalah, dia hendak beli dengan harga berapa, dia hendak jual apa, platform untuk dagangan. Akan tetapi ia sebenarnya tidak boleh kemudiannya kecuali– ia tidak boleh digunakan sebagai legal tender untuk pergi hendak tukar dengan barang dan sebagainya. Itu pendirian kita setakat ini.
Kemudian Yang Berhormat Kuala Terengganu juga bertanyakan tentang sama ada kita hendak tarik balik wang daripada edaran iaitu melucut status hak diperlakukan seperti yang dilaksanakan, disebutkan tadi di India. Buat masa ini kita tidak bercadang untuk menarik balik dari edaran, sebarang denominasi mata wang kerana pelbagai implikasi terutama dari segi ekonomi dan ia perlu dikaji dan diteliti sebelum kita laksanakan.
Sekiranya perlu untuk kita tarik balik mana-mana denominasi mata wang atas sebab mungkin security features nya itu sudah lagi kita rasa tidak baik dan memudahkan orang untuk memalsukannya, maka dalam rang undang-undang ini Bank Negara memberi tidak kurang daripada satu bulan notis dalam warta mengenai niatnya itu untuk berbuat demikian dan untuk memanggil balik mana-mana mata wang kertas atau mata wang syiling.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Walau bagaimanapun, Bank Negara terus bertanggungan untuk membayar mana- mana wang kertas atau mata syiling yang diserahkan di pejabat bank atau di mana-mana agensi bank yang boleh dari semasa ke semasa ditubuhkan atau dilantik bagi maksud tersebut. Maknanya, walaupun diberikan notis untuk ini kemudian kalau masih ada lagi, ia dibenarkan untuk dipulangkan untuk mendapatkan balik value yang telah kita panggil balik itu.
Kemudian Yang Berhormat Kuala Terengganu lagi. Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jelutong sat belakang sedikit, fasal last. Saya ingat setakat yang ada pada saya Yang Berhormat Kuala Terengganu, yang ini saya berpindah kepada Yang Berhormat Bukit Bendera. Yang Berhormat Bukit Bendera bertanya tentang pengagihan tugas di antara Bank Negara dan juga SC bagi mata wang digital dan aset digital.
Satu perjanjian persefahaman telah dicapai antara SC dan juga Bank Negara dalam pengaturan penyeliaan untuk aktiviti aset digital secara bersama. Pihak SC bertanggungjawab dalam pengawal seliaan pengendali digital aset-aset exchange. Jadi SC bertanggungjawab untuk pengawalseliaan pengendali digital asset exchange serta kumpulan dana dan bertindak sebagai pengawal selia utama bagi aset digital. Manakala, Bank Negara Malaysia dalam aspek penggunaan aset digital sebagai kaedah pembayaran. Jadi dalam hal ini, Bank Negara telah mengeluarkan pernyataan agar orang ramai berhati-hati menilai risiko yang berkaitan dengan aset digital dan wang crypto tidak diiktiraf sebagai legal tender di Malaysia.
Kemudian untuk semi-numismatic Tuan Yang di-Pertua, sedikit lagi Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Habiskanlah.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
...Untuk semi-numismatic, tuntutan yang memerlukan tandatangan gabenor dipadam, peletakan perkataan contoh pada cetakan wang di buku, kenapa ia dilakukan akan menyulitkan penerbitan buku dan mungkin mengurangkan mereka yang berada dalam semi-numismatic ini untuk beroperasi.
Peruntukan dan penalti yang dicadangkan mengenai larangan penggunaan gambar lukisan ataupun rekaan mata wang dalam penerbitan adalah penting untuk mengelakkan salah guna dalam kalangan orang ramai. Jadi, mana-mana entiti yang ingin saya sebutkan ini, mana-mana entiti yang ingin menggunakan gambar lukisan atau rekaan mata wang perlulah mendapatkan kebenaran pihak Bank Negara Malaysia terlebih dahulu.
Maknanya, it is not a total no-no tetapi mohon kalau dengan penilaian Bank Negara Malaysia, ia tidak akan memberi suatu mudarat yang difikirkan ataupun risiko yang tertentu sudah tentu ia akan dibenarkan bagi memastikan bahawa semi-numismatic ini akan terus subur dalam negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya banyak lagi yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tetapi oleh sebab masa tidak mengizinkan, saya mohon untuk dijawab secara bertulis. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 70 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Jadual diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang]
Tuan Yang di-Pertua
*[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(Puan Hannah Yeoh) dan diluluskan]*
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Bank Negara Malaysia 2009 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2019 yang dicadangkan adalah bagi meminda Akta Bank Negara Malaysia 2009 iaitu Akta 701 dengan tujuan untuk memansuhkan peruntukan tertentu yang sedia ada dan digubal semula dalam Rang Undang- undang Mata Wang 2019 supaya wujud kesinambungan antara peruntukan-peruntukan tersebut dengan peruntukan lain yang berkaitan dengannya. Maknanya ini consequential Tuan Yang di-Pertua. Pindaan ke atas akta ini tidak akan menjejaskan atau mengurangkan mandat dan kuasa Bank Negara Malaysia berkaitan mata wang termasuklah mandat Bank Negara Malaysia sebagai pengeluar mata wang tunggal di Malaysia.
Saya mohon untuk menghuraikan setiap fasal dalam Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2019. Rang undang-undang ini mempunyai empat fasal sahaja seperti yang berikut:
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh kuat kuasa akta yang dicadangkan.
Fasal 2 bertujuan untuk memotong seksyen 62, 63 dan 64 yang akan dipindahkan ke dalam Akta Mata Wang 2019 yang baharu kita luluskan sebentar tadi.
Fasal 3 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 66A untuk memperjelas bahawa kuasa dan fungsi bank di bawah Akta Mata Wang 2019 adalah sebagai tambahan kepada kuasa dan fungsi bank di bawah Akta 701.
Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 76 Akta 701 untuk memperjelas bahawa bank tidak boleh melakukan aktiviti-aktiviti yang disebut dalam peruntukan tersebut melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam Akta 701 dan undang-undang bertulis yang lain.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua
Menyokong?
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hannah Yeoh
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Bank Negara Malaysia 2019 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Ini consequential sahaja ya...
[Disampuk] Tidak payah bahaslah ya. Consequential sahaja. Jadi, Menteri pun tidak perlu menjawab ya.
[Tiada perbahasan]
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 4 *diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(Puan Hannah Yeoh) dan diluluskan]*
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Chong Chieng Jen
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu suatu Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2019 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, Akta Hak Cipta 1987 iaitu Akta 332 digubal oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk memberi perlindungan kepada karya hak cipta dan hak-hak berkaitan yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan. Akta Hak Cipta 1987 telah diwartakan pada 21 Mei 1987 dan mula dikuatkuasakan pada 1 Disember 1987.
Pindaan terakhir Akta 332 adalah pada tahun 2012 yang antara lainnya mengenai pengisytiharan badan pelesenan dan memperjelaskan bidang kuasa Tribunal hak cipta.
Pengisytiharan badan pelesenan dalam Akta Hak Cipta 1987 diperuntukkan di bawah seksyen 27A(1) yang mewajibkan bahawa satu persatuan atau pertubuhan yang berhasrat untuk beroperasi sebagai suatu badan pelesenan bagi pemunya hak cipta atau bagi golongan pemunya hak cipta tertentu hendaklah memohon kepada pegawai supaya diisytiharkan sebagai suatu badan pelesenan.
Bermula dikuatkuasakan pada 2012 hingga kini, pengisytiharan badan pelesenan telah diberikan oleh pengawal hak cipta kepada kumpulan yang berikut:
(i) kumpulan pencipta, komposer dan penulis lirik iaitu Music Authors’ Copyright Protection (MACP) Berhad;
(ii) kumpulan pemilik rakaman bunyi hak siaran kepada awam iaitu Public Performance Malaysia Sdn. Berhad (PPM);
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Chong Chieng Jen
(iii) kumpulan penyanyi dan pemuzik iaitu:
(a) Recording Performance Malaysia Berhad (RPM); dan
(b) Performance Rights and Interest Society Malaysia
(PRISM).
Bagi mengimbangi kutipan dan agihan royalti penggiat seni tempatan melalui hasil penggunaan karya hak cipta mereka oleh pengguna komersial di premis-premis perniagaan, kementerian telah mengambil inisiatif menubuhkan Music Rights Malaysia Berhad (MRM) pada 2 November 2016 sebagai sebuah badan pelesenan berpusat bagi menjalankan aktiviti kutipan royalti bagi pihak badan pelesenan yang dinyatakan tadi. Penubuhan MRM bertujuan menangani kekeliruan di kalangan pengguna komersial mengenai badan-badan yang berhak untuk membuat pengutipan royalti. Melalui MRM, pengguna komersial hanya perlu membuat bayaran kutipan royalti kepada satu invois sahaja berbanding sebelum ini berdasarkan kepada empat invois berasingan.
Walau bagaimanapun, sejak MRM diperkenalkan, terdapat kekangan lain yang timbul iaitu isu pengagihan royalti kepada keempat-empat badan pelesenan ini sehingga royalti tidak dapat diagihkan kepada ahli-ahli badan pelesenan tersebut. MRM menghadapi dua isu pengagihan seperti yang berikut:
(i) isu pengagihan hasil pendapatan royalti yang dikutip oleh MRM melalui nisbah agihan royalti yang dipersetujui sebelum itu iaitu 2:1:1;
(ii) isu keduanya ialah isu pengagihan hasil pendapatan royalti kepada kategori penyanyi dan pemuzik rakaman iaitu RPM dan PRISM.
Sebagai alternatif penyelesaian kepada permasalahan yang timbul seperti yang saya nyatakan tadi, badan-badan pelesenan ini boleh membawa pertikaian yang berbangkit ke mahkamah. Namun, alternatif penyelesaian ke mahkamah bukan sahaja akan memerlukan kos yang tinggi malah akan melibatkan tempoh masa yang panjang dan akan memberi impak kepada pendapatan penggiat-penggiat seni tempatan yang bergantung kepada hasil royalti yang telah dikutip.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Chong Chieng Jen
Dalam menangani kemelut ini, kementerian telah memperhalusi bahawa isu-isu ini dapat ditangani melalui platform Tribunal Hak Cipta yang telah diwujudkan di bawah Akta Hak Cipta 1987. Tribunal Hak Cipta merupakan platform yang sesuai dan cost effective bagi mendengar dan memutuskan sebarang pertikaian yang timbul berkaitan pengagihan royalti.
Walau bagaimanapun, kuasa sedia ada Tribunal Hak Cipta yang telah diperuntukkan di bawah seksyen 28 adalah bagi memutuskan perkara-perkara seperti yang berikut:
(i) untuk mendengar permohonan yang dibawa oleh pelaku iaitu performer berhubung isu sara saksama atau equitable remuneration;
(ii) untuk mendengar apa-apa rujukan yang dibuat oleh badan pelesenan pengguna ataupun persatuan yang mewakili suatu pengguna berhubung isu pertikaian skim pelesenan;
(iii) untuk mendengar permohonan yang dibuat oleh badan pelesenan berhubung pembatalan perisytiharan badan pelesenan yang dikuatkuasakan oleh pengawal hak cipta; dan
(iv) untuk menimbang permohonan bagi mendapatkan lesen untuk mengeluarkan dan menerbitkan terjemahan sesuatu karya asing ke dalam bahasa vernakular.
Berdasarkan kepada kuasa sedia ada yang dinyatakan, fungsi Tribunal Hak Cipta adalah terhad. Tribunal tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar pertikaian yang berbangkit mengenai pengagihan royalti antara badan pelesenan dan anggotanya. Oleh itu, pindaan yang dicadangkan ini akan memperuntukkan kuasa kepada Tribunal Hak Cipta untuk mendengar dan memutuskan apa-apa pertikaian yang berhubung dengan royalti yang berbangkit di antara badan pelesenan dengan mana-mana anggotanya.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Chong Chieng Jen
Ini adalah suatu pilihan dan badan pelesenan dan anggotanya itu boleh memilih sama ada untuk membawa pertikaian tersebut kepada Tribunal Hak Cipta atau kepada mahkamah. Pendengaran di hadapan Tribunal Hak Cipta ialah suatu pilihan penyelesaian pertikaian alternatif iaitu Alternative Dispute Resolution (ADR) bagi badan pelesenan dan anggotanya untuk menyelesaikan pertikaian yang berhubung dengan royalti yang tertakluk kepada persetujuan badan pelesenan dan anggotanya itu.
Selain itu, sejak Tribunal Hak Cipta dikuatkuasakan, masih belum ada sebarang kes dirujuk kepada Tribunal Hak Cipta disebabkan oleh kuasa dan fungsi tribunal yang terhad.
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2019 telah disediakan dan diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara. Rang undang-undang ini juga telah diluluskan oleh Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 25 Oktober 2019. Rang undang-undang ini mengandungi empat fasal seperti berikut.
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.
Fasal 2 bertujuan untuk meminda perenggan 28(2)(d), Akta 332 untuk membolehkan tribunal mendengar apa-apa pertikaian yang berhubungan dengan royalti yang berbangkit antara suatu badan pelesenan dengan mana-mana anggotanya.
Fasal 3 bertujuan untuk meminda perenggan 35(a), dan perenggan 35(b), Akta 332 untuk membolehkan Menteri membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan cara dalam mana-mana pertikaian yang berhubung dengan royalti boleh didengar oleh tribunal dan tatacara yang hendak dipakai oleh tribunal apabila mendengar pertikaian itu, masing-masing.
Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru seksyen 59C, ke dalam Akta 332 untuk memperuntukkan bahawa tribunal boleh mendengar dan memutuskan apa-apa pertikaian yang berhubungan dengan royalti yang berbangkit antara suatu badan pelesenan dengan mana-mana anggotanya seperti seorang penulis, penggubah dan pelaku tertakluk kepada persetujuan badan pelesenan dan anggota itu. Contoh pertikaian yang berhubungan dengan royalti adalah isu hak untuk mendapatkan royalti dan pembahagian serta pengagihan royalti.
Pendengaran di hadapan tribunal memberikan pilihan penyelesaian pertikaian alternatif kepada suatu badan pelesenan dan mana-mana anggotanya untuk menyelesaikan pertikaian yang berhubungan dengan royalti. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hannah Yeoh
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis sekarang ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Hak Cipta 1987 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk di bahas.
Pembahas pertama saya menjemput Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Oh, maafkan saya, Yang Berhormat Bukit Bendera.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Ingatkan hendak bahas, Tuan Yang di-Pertua. Kalau Tuan Yang di-Pertua sudah bagi keizinan saya boleh bahas.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, saya nampak macam...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Akan tetapi saya rasa giliran bagi dekat Yang Berhormat Bukit Bendera dahulu atau terpulang kepada Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebenarnya saya dalam duduk ini...
Tuan Yang di-Pertua
Macam tak nak bahas sahaja.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Akan tetapi, ya lah saya khusyuk mendengar, cukup tertarik dengan pembentangan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya menyambut baik pembentangan ini, bagi saya ia sangat penting, sangat mustahak, selaras dengan keperluan semasa untuk kita meluaskan skop kepada tribunal yang ada.
Cuma, saya mahu sebutkan sebab ini di peringkat dasar. Satu perkara yang saya hendak sebutkan adalah berkenaan dengan empat badan atau syarikat yang di authorized, dibenarkan oleh pihak kementerian. Empat badan ini pun bukan daripada kerajaan baharu, saya percaya daripada sebelum ini pun kita sudah dengar yang selalu mereka menggunakan cara yang bagi saya agak keras. Saya sebagai wakil rakyat, on and off ada mendapat berita ataupun aduan, rungutan daripada pekedai-pekedai berkenaan dengan cara mereka tersebut.
Oleh kerana, ada yang memang ada tunggakan dan sebagainya. Akan tetapi, terus mereka menggunakan cara yang agak keras yang menyebabkan kedai ini merungut. Cuma, persoalan saya di sini, apakah hanya empat badan ini sahaja yang dibenarkan untuk terus mengutip bayaran tersebut? Apakah boleh kementerian memikirkan ada tidak kemungkinan untuk kita buka kepada lebih badan supaya ia mewujudkan satu keadaan yang lebih sihat bagi saya ataupun kementerian menyemak semula, review semula empat badan yang diberikan kuasa sebelum ini?
Apakah mereka wajar dikekalkan pada setiap tempoh yang tertentu contohnya dua tahun kah, tiga tahun kah, supaya akhirnya kita dapat mewujudkan satu pasaran yang win- win, yang menguntungkan semua pihak, bukan sahaja empat badan tersebut? Akan tetapi, kita pun menjaga hak cipta penyanyi dan sebagainya, sama-sama. Semua pihak mendapat keuntungan dalam satu pasaran yang lebih terbuka. Jadi, itu sahaja. Singkat sahaja Tuan Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan kepada saya pada petang ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat Rasah. Sekarang Yang Berhormat Bukit Bendera, 10 minit ya.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya juga turut ingin menyertai perbahasan Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2019.
Seperti yang kita maklum, terdapat kira-kira 6,000 orang ahli yang terdiri daripada komposer, penulis lirik, artis syarikat penerbitan dan syarikat rakaman yang terlibat dalam industri muzik ini.
Maka, apabila kita membuat pelantikan terhadap Music Rights Malaysia (MRM) untuk kutipan royalti muzik, sebenarnya kutipan ini dibuat lebih kurang kepada 50,000 buah syarikat berdaftar kemudian diagihkan kepada empat pertubuhan iaitu MACP, PPM, RPM dan PRISM pada kadar yang dipersetujui. Industri ini besar dengan 50 ribu buah syarikat, dengan 6,000 ahli yang terlibat dalam industri muzik.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Saya melihat pindaan terhadap Rang Undang-undang Hak Cipta ini sebenarnya ia ingin memperluaskan kuasa Tribunal Hak Cipta. Dukacita saya mendengar bahawa walaupun telah ditubuhkan Tribunal Hak Cipta pada tahun 2012, tetapi sampai hari ini satu kes pun tidak didengar maka kita perlu membuat satu semakan apa pun overhaul terhadap fungsi kuasa dan juga terhadap Tribunal Hak Cipta. Ini kerana sebenarnya kuasa Tribunal Hak Cipta ini terhad dan tiada platform alternatif selain Mahkamah Sivil untuk merujuk pertikaian melibatkan antara badan pelesenan dan anggotanya. Kita, dengan pendedahan ini membolehkan badan pelesenan iaitu MRM dan juga anggotanya boleh merujuk kepada Tribunal Hak Cipta.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Saya lihat kalau kita boleh pecah kosong terhadap kes Tribunal Hak Cipta ini ada banyak rungutan seperti tadi Yang Berhormat Rasah, kawan saya Yang Berhormat Rasah telah menyebut tentang rungutan terhadap daripada syarikat-syarikat. Saya sendiri telah menerima rungutan daripada Johor. Saya bukan wakil rakyat dari Johor, saya wakil Penang. Akan tetapi Entertainment Association of, kita punya network jauh.
Entertainment Association of Johor telah memberitahu saya yang merupakan payung mewakili Operator Karaoke Disco Entertainment dan Lounges Entertainment Association ini memberitahu saya bahawa royalti yang dikutip oleh MRM ini kadarnya tinggi dan memberikan tekanan kewangan terhadap ahli-ahli di bawah entertainment association. Maka, dalam tiada bidang kuasa di bawah Tribunal Hak Cipta ini untuk mendengar kes-kes antara entertainment association, antara syarikat-syarikat berdaftar dengan MRM.
Hanya kita hari ini kita hanya membesarkan bidang kuasa antara badan pelesen iaitu MRM dengan ahli-ahlinya iaitu komposer, penulis lirik, ahli-ahli muzik dan tiada bidang kuasa untuk mendengar atau membuat semakan terhadap kadar royalti yang tinggi ini. Hari ini, saya juga menerima maklum balas daripada Entertainment Association of Johor bahawa yang selain daripada royalti yang tinggi ini dan jarang ada mesyuarat antara MRM dengan entertainment association. Oleh itu, masalah-masalah yang timbul yang didapati bahawa syarikat-syarikat berdaftar yang perlu menjalankan entertainment outlet ini mereka tiada saluran secara berkala untuk membawa masalah mereka sama ada kepada kementerian atau kepada badan pelesenan seperti MRM. Oleh itu mereka membawa kepada saya sebagai wakil rakyat untuk membawa isu yang mereka hadapi. Kutipan tarif royalti yang tinggi yang membebankan dan tiada avenue untuk dibawa Tribunal Hak Cipta ini untuk didengar kes.
Oleh itu, kita dengar tadi tidak ada satu kes pun di dengar di Tribunal Hak Cipta sejak penubuhannya daripada tahun 2012 sampai sekarang. Harap kita boleh melihat kembali kepada rang undang-undang ini dan memberikan tambahan kuasa terhadap rang undang-undang ini. Di samping ini, saya juga ingin membangkitkan beberapa isu tentang berbangkitkan dan bersangkutan kerana apabila kita ingin melihat sebelum beberapa bulan kita telah membuat pindaan terhadap Rang Undang-undang Cap Dagangan di bawah kementerian yang sama.
Saya ingin mendapat status apakah Rang Undang-undang Cap Dagangan sama ada Madrid Protocol ini adalah dipatuhi dan telah disertai? Begitu juga apabila saya bangkitkan pada perbahasan saya pada Rang Undang-undang Cap Dagangan, saya telah membangkitkan bilakah kita membuat pindaan terhadap Akta Reka Bentuk Perindustrian yang supaya untuk mematuhi the head protocol yang sampai bila kita belum lagi menyertai protokol berkenaan dan saya juga meminta kementerian untuk mengemas kini undang- undang harta intelek- intellectual property di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia sama ada pattern sama ada reka bentuk perindustrian, petunjuk geografi ataupun reka bentuk susur atur litar kita untuk melihat bagaimana kita hendak ingin lagi melindungi harta intelek.
Kita juga perlu melihat balik kepada semua akta-akta berkenaan termasuk juga Undang-undang Hak Cipta kerana melibatkan satu tugas yang kompleks apabila Undang- undang Hak Cipta bagaimana kita boleh memenuhi cabaran dunia digital. Bagaimana kita dapat isu-isu seperti cloud computing dan isu-isu seperti Internet service provider for copyright infringement. Undang-undang Hak Cipta perlu mencari satu keseimbangan antara competing interest pada satu pihak ialah copyright holders seperti penulis lirik, seperti pemuzik dan sebagainya dan pada satu pihak lagi ialah orang awam- public.
Oleh itu, Tribunal Hak Cipta boleh memainkan peranan yang lebih aktif, di sesuatu pihak ahli-ahli muzik, ahli-ahli seni, pemegang-pemegang hak cipta dan pada satu pihak lagi orang awam. Bagaimana kita boleh mengimbangkan competing interest antara kesemua pihak ini? Oleh itu, tadi saya menyebut tentang bahawa MRM dan juga empat organisasi ini.
Sebenarnya, ia lebih merujuk kepada monopolistic dengan kumpulan yang tertentu sahaja.
Saya ingin menjemput kementerian untuk melihat kepada model-model negara lain.
Lihat mengkaji model-model negara lain untuk memperbaiki terhadap Tribunal Hak Cipta kita dan memperbaiki terhadap Undang-undang Hak Cipta kita khasnya untuk di satu pihak melindungi kepentingan pemuzik-pemuzik dan satu pihak untuk melindungi dan memberikan kebaikan kepada orang awam dan juga menjaga kebajikan syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri berkenaan.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Saya lihat undang-undang-undang ini sebenarnya ringkas sahaja untuk meningkatkan Tribunal Hak Cipta dan saya ingin melihat kepada lebih banyak pembaharuan dalam aspek pelindungan hak harta intelek ini. Oleh itu, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Kalau tidak ada pembahas yang lain, saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Silakan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Chong Chieng Jen
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ada? Ada?
Seorang Ahli
Tidak ada.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak ada Yang Berhormat Menteri, silakan.
Tuan Chong Chieng Jen
Terima kasih kedua-dua Ahli Yang Berhormat daripada Rasah dan Bukit Bendera yang mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang- undang pindaan ini. Satu soalan yang dibangkit oleh Yang Berhormat Rasah menanya adakah kemungkinan bilangan badan pelesenan diwujudkan ditambah lagi? Soalan ini juga dibangkit oleh Yang Berhormat Bukit Bendera.
Untuk makluman Yang Berhormat, badan pelesenan itu adalah dilantik oleh penggiat-penggiat seni tempatan. So, ia terpulang kepada para penggiat-penggiat seni tempatan yang untuk melantik apa-apa badan untuk mengutip royalti atas musical work mereka. Kalau ada bilangan yang besar, mereka iaitu badan yang dilantik itu akan memohon daripada kementerian saya untuk diiktiraf sebagai satu badan pelesenan.
Dengan ada pengiktirafan sebagai badan pelesenan, badan itu barulah berhak atau berkuasa untuk memberi dan mengutip royalti daripada orang awam. Oleh itu, ia terpulang kepada penggiat-penggiat seni tempatan sama ada mereka hendak memilih atau melantik badan lain selain daripada keempat-empat itu badan yang telah saya sebut tadi iaitu MACP, PPM, RPM atau PRISM untuk mengutip royalti itu untuk mereka.
Dr. Su Keong Siong - Kampar
Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Tuan Chong Chieng Jen
Setakat ini tiada apa-apa badan lain yang telah buat permohonan kecuali musician dari Sabah. Sabah yang ada buat satu permohonan untuk diiktiraf sebagai satu lagi badan pelesenan untuk lagu-lagu dan musical works yang dibuat dan dicipta oleh penggiat seni musical dari Sabah. So, permohonan mereka masih di dalam pertimbangan.
Dr. Su Keong Siong - Kampar
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Chong Chieng Jen
Ya, sila.
Dr. Su Keong Siong - Kampar
Saya cuma nak tanya penjelasan. Saya rasa kami tiada bantahan mereka mengutip royalti-royalti ini. Soalan saya adalah apakah kaedah yang kami dapat tahu kadar yang dikutip oleh mereka itu adalah berpatutan dan ia tidak berlebihan sebab banyak kes kami dapati cuma mereka beritahu jumlah berapa yang kena dibayar secara royalti dan itu patut dibayar. Tidak bayar mereka akan terus saman ke mahkamah.
Yang kami hendak tahu apakah cara untuk memastikan mereka ini tidak mengenakan royalti dengan sewenang-wenangnya.
Tuan Chong Chieng Jen
Setakat ini kadar royalti itu hanya ditetapkan oleh keempat-empat badan pelesenan. Saya sebut tadi adalah Tribunal Hak Cipta seharusnya ada kuasa untuk sesiapa yang hendak challenge, hendak mempertikaikan kadar royalti yang di caj. Oleh itu, saya rasa selepas kita meluluskan rang undang-undang ini, selepas ditubuhkan sebuah lagi Tribunal Hak Cipta, kalau ada apa-apa pengadu yang hendak mencabar kadar royalti yang di caj atau ditetapkan oleh keempat-empat badan pelesenan atau MRM, bolehlah kita bawa Yang Berhormat atau pengadu Yang Berhormat boleh bawa kes itu ke Tribunal Hak Cipta.
Tuan Chong Chieng Jen
Selama ini hanya kes-kes pertikaian atas caj itu atau cara-cara atau legitimacy of claim by MRM or PPM, itu kebanyakan orang mencabar hak mereka untuk mengutip royalti ini di mahkamah sahaja. Akan tetapi kaedah mahkamah itu adalah lebih mahal dan memakan masa yang lebih panjang. Oleh itu, biarlah- selepas kita menubuhkan sebuah lagi Tribunal Hak Cipta, Ahli-ahli Yang Berhormat boleh tolonglah menghebohkan maklumat itu dan sesiapa yang hendak mempertikaikan kadar caj yang dikenakan oleh MRM, bolehlah bawanya ke tribunal itu untuk diputuskan.
Yang Berhormat Rasah juga ada membangkitkan isu tentang cara pengutipan royalti yang digunakan oleh pekerja-pekerja MRM yang kadangkala adalah secara lebih keras. Saya rasa kalau dia telah melampaui batasan undang-undang, bolehlah mangsa-mangsa atau yang orang yang terkena itu boleh buat laporan polis kalau mereka cara adalah melanggar undang-undang. Ia memang merupakan hak pengguna untuk mempertikaikan apakah caj yang dikenakan dan ia boleh diputuskan yang saya sebut tadi dalam Tribunal Hak Cipta yang akan ditubuhkan lagi selepas kita meluluskan rang undang-undang ini.
Yang Berhormat Bukit Bendera juga ada sebut mengenai beberapa perkara yang di luar daripada rang undang-undang ini. Saya rasa saya akan beri maklumat yang selanjutnya selepas sesi hari ini. Untuk polisi mengenai mengimbangkan competing interest di antara penggiat seni tempatan dan juga pengguna-pengguna jelata yang membayar royalti. Saya rasa ini memang satu isu polisi yang untuk kita semua duduk bersama-sama untuk berunding dan berbincang.
Tuan Yang di-Pertua, sekian jawapan saya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 4 *diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(Puan Hannah Yeoh) dan diluluskan]*
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Chong Chieng Jen
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu suatu akta untuk meminda Akta Francais 1998 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Chong Chieng Jen
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai kerangka undang-undang dalam bentuk akta bagi mengawal selia sistem perniagaan berasaskan francais. Secara amnya, sistem perniagaan francais merupakan mekanisme pengembangan oleh sesebuah syarikat melalui pengedaran produk atau perkhidmatan kepada pihak ketiga iaitu francaisi. Perniagaan francais dapat memberikan peluang kepada usahawan untuk menjadi francaisi kepada suatu perniagaan atau jenama yang sedia ada.
Oleh itu, adalah wajar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memastikan bahawa industri francais di Malaysia kekal kondusif, memampan, menjadi platform utama bagi perkembangan aktiviti keusahawanan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Chong Chieng Jen
Selain itu, langkah ini juga turut selari dengan Dasar Keusahawanan Negara 2030 yang antara lain menyasarkan pembudayaan keusahawanan di kalangan rakyat Malaysia.
Akta Francais 1998 [Akta 590] telah dikuatkuasakan untuk melindungi hak kedua-dua pihak berkepentingan utama iaitu francaisor dan francaisi. Akta Francais 1998 merupakan satu undang-undang yang memperuntukkan mengenai pendaftaran dan pengawalseliaan francais-francais dan bagi perkara-perkara seperti yang berikut:
(i) mewujudkan mekanisme kawal selia industri francais negara supaya ia dapat berkembang dengan beretika;
(ii) mengadakan satu sistem pendaftaran yang sistematik bagi membantu dan memantau perkembangan industri francais;
(iii) membendung perlakuan atau percubaan untuk menipu, memperdaya dan mendiskriminasi sebarang tawaran untuk menjual mana-mana perniagaan francais;
(iv) mencegah amalan perdagangan atau layanan tidak adil kepada francaisi sepanjang tempoh perjanjian francais berkuat kuasa;
(v) mencegah cubaan untuk menyalahgunakan harta intelek francaisor; dan
(vi) menggalakkan perkembangan amalan perdagangan secara sihat di kalangan industri francais.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan pertama Akta 590 dilakukan pada tahun 2012 bagi mewajibkan pendaftaran perniagaan francais dengan mengambil kira beberapa keperluan perdagangan domestik pada masa tersebut. Selain itu, cadangan pihak-pihak berkepentingan dalam industri francais pada ketika itu juga diambil kira semasa pindaan pertama Akta 590 dibuat.
Pada masa sekarang, terdapat 899 buah syarikat berdaftar sebagai syarikat francais di mana 575 syarikat merupakan francaisor tempatan, 62 syarikat merupakan francaisi induk manakala 262 syarikat merupakan francaisi kepada francais asing. Sebanyak lapan bidang perniagaan francais telah dikategorikan dengan jumlah pendaftaran seperti berikut:
| Bil. | Kategori | Bil. Syarikat (buah) |
|---|---|---|
| (i) | Makanan dan minuman | 382 |
| (ii) | Perkhidmatan dan penyelenggaraan | 99 |
| (iii) | Pusat pelajaran dan asuhan kanak-kanak | 96 |
| (iv) | Pakaian dan aksesori | 87 |
| (v) | Rawatan kecantikan dan kesihatan | 84 |
| (vi) | Telekomunikasi, elektronik, teknologi maklumat dan komunikasi | 29 |
| (vii) | Kedai serbaneka dan pasar raya | 19 |
| (viii) | Lain-lain perniagaan | 103 |
Produk-produk dan perkhidmatan jenama francais Malaysia juga berjaya mengembangkan perniagaan ke seluruh dunia. Sebanyak 4,271 outlets dengan jenama francais Malaysia berjaya menembusi pasaran dunia di mana 1,233 outlets francais di Asia Barat manakala 1,293 outlets francais di Asia Tenggara.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Chong Chieng Jen
Hasil daripada pemantauan dan pengawalseliaan sektor industri francais sejak tahun 2012, KPDNHEP berpandangan bahawa adalah wajar untuk Akta 590 dipinda bagi memperkukuhkan lagi kemapanan industri francais. Ini bagi memastikan kelangsungan jenama francais Malaysia bagi tujuan pengembangan pasaran sama ada dalam pasaran tempatan mahupun dunia terus dapat dipelihara.
Pada masa kini, terdapat 418 francaisi daripada jenama francais tempatan telah berdaftar manakala sebanyak 2,917 masih dalam proses permohonan. Sebanyak 324 francaisi atau francaisi induk daripada jenama francais asing turut berdaftar. Namun, dipercayai terdapat lebih 4,000 francaisi yang masih belum memohon untuk berdaftar.
Bagi mengatasi masalah ini, KPDNHEP mengesyorkan supaya Akta 590 dipinda dengan memperjelaskan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengannya supaya dinyatakan secara jelas mana-mana orang yang gagal mendaftar adalah melakukan suatu kesalahan.
Bagi tujuan pindaan Akta 590, KPDNHEP telah mengadakan beberapa siri sesi libat urus sejak tahun 2015 dengan pihak industri, firma guaman dan persatuan francais. Hasil daripada sesi libat urus tersebut, KPDNHEP telah mengenal pasti peruntukan-peruntukan yang harus dipinda. Cadangan pindaan yang dikemukakan juga mengambil kira kehendak dan tuntutan semasa penggiat dan pemain industri francais.
Pindaan Rang Undang-undang Francais 2019 ini mengambil kira kepentingan untuk tadbir urus akta yang lebih baik. Rang undang-undang ini antara lain akan menyelesaikan isu pendaftaran francais di mana pada masa ini setelah sesuatu pendaftaran francais diluluskan, tempoh pendaftarannya akan kekal sampai bila-bila melainkan tindakan penggantungan dan pembatalan pendaftaran dilakukan oleh pendaftar.
Keadaan ini menyukarkan urusan kawal selia kerana KPDNHEP mendapati bahawa kebanyakan mereka yang berdaftar tidak lagi aktif dalam perniagaan mahupun perniagaan tidak menggunakan sistem francais lagi. Rang Undang-undang Francais (Pindaan) 2019 digubal bagi mencapai tiga objektif utama seperti berikut:
(i) bagi memperkukuhkan lagi kemapanan industri francais melalui pengawalseliaan tempoh pendaftaran francaisor dan kewajipan pendaftaran francaisi;
(ii) untuk memastikan kelangsungan jenama francais Malaysia bagi tujuan pengembangan industri sama ada di dalam pasaran tempatan mahupun dunia terus dapat dipelihara; dan
(iii) penggunaan terma-terma yang tepat dan tidak mengelirukan dalam akta.
Antara komponen utama peruntukan sedia ada Akta 590 yang memerlukan penambahbaikan dalam aspek mengawal selia industri francais adalah seperti berikut:
(i) penggunaan terma terkini, tepat dan tidak mengelirukan dalam teks Bahasa Kebangsaan supaya selaras dengan perkembangan terkini penggunaan perkataan itu dalam perniagaan francais;
(ii) mewajibkan orang asing yang telah mendapat kelulusan untuk menjual francais di Malaysia atau kepada mana-mana warga Malaysia untuk mendaftarkan francaisnya;
(iii) memberi kuasa kepada Menteri untuk menetapkan suatu tempoh kuat kuasa pendaftaran francais;
(iv) pengenaan fi sewaktu memproses dan meluluskan apa-apa permohonan di bawah Akta 590;
(v) mewujudkan peruntukan berhubung dengan kesalahan apabila gagal mematuhi peruntukan-peruntukan yang berkaitan;
(vi) memberi kuasa kepada pendaftar untuk menandatangani kad kuasa yang dikeluarkan kepada pegawai yang diberi kuasa;
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Chong Chieng Jen
(vii) mewujudkan beberapa peruntukan baharu yang berhubung dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan; dan
(viii) peruntukan berhubung dengan pengesahan dan tanggung rugi bagi pungutan fi yang telah dikenakan dan dipungut sepanjang tempoh dari 8 Oktober 1999 hingga hari sebelum tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan ini.
Tuan Yang di-Pertua, Mesyuarat Jemaah Menteri yang telah diadakan pada 18 Oktober 2019 telah bersetuju dengan pindaan Akta Francais 1998 supaya selaras dengan perkembangan semasa perniagaan francais di Malaysia. Saya memohon untuk menghuraikan setiap fasal dalam rang undang-undang ini.
Rang Undang-undang ini mempunyai 27 fasal seperti yang berikut.
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Chong Chieng Jen
Fasal 2 bertujuan untuk memperuntukkan pindaan am kepada teks Bahasa Kebangsaan Akta 590 dengan menggantikan perkataan, ‘Pemberi francais’, ‘Pemegang francais’, ‘Pemegang subfrancais’ dan ‘Perunding francais’ dengan perkataan ‘Francaisor’, ‘Francaisi’, ‘Subfrancaisi’ dan ‘konsultan francais’ masing-masing supaya selaras dengan perkembangan terkini penggunaan perkataan itu dalam peniagaan francais.
Fasal 3, bertujuan untuk memasukkan tarif bagi perkataan ‘Subfrancais’ dan ‘Subfrancaisi’ ke dalam seksyen 4, Akta 590. Fasa ini juga bertujuan untuk meminda Seksyen 4, dalam teks Bahasa Kebangsaan berhubung dengan tarif yang berbangkit daripada cadangan pindaan dalam Fasa 2.
Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 6, Akta 590 untuk menghendaki orang asing yang telah mendapat kelulusan untuk menjual francais di Malaysia atau kepada mana- mana warga Malaysia di bawah seksyen 54, Akta 590 untuk mendaftarkan francaisnya di bawah seksyen 6, Akta 590.
Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 6A, Akta 590, subfasal 5(a) bertujuan untuk menghendaki seseorang francais kepadanya francais diberikan daripada seseorang francaisor asing untuk mendaftar francais itu kepada Pendaftar dengan mengemukakan permohonan dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar berserta dengan fi yang ditetapkan.
Subfasal 4(b) merupakan bahawa Pendaftar boleh menghendaki pemohon untuk membayar apa-apa jumlah fi yang ditetapkan apabila meluluskan permohonan di bawah subseksyen 6A(1). Subfasal 5(c) pula bertujuan untuk menjadikan kegagalan francaisi untuk mematuhi Seksyen 6(A) sebagai satu kesalahan.
Fasal 6 bertujuan untuk menggantikan seksyen 6(B) Akta 590 sedia ada untuk menghendaki seseorang francaisi kepadanya francais diberikan daripada francaisor tempatan atau francaisi induk tempatan untuk mendaftarkan francais itu kepada Pendaftar dengan mengemukakan permohonan dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar berserta dengan fee yang ditetapkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh perjanjian antara francaisor dengan francaisi ditandatangani. Kegagalan untuk mematuhi subseksyen 6B(1) adalah suatu kesalahan di bawah Akta 590.
Fasal 7 bertujuan untuk meminda subseksyen 7(1) Akta 590 untuk menghendaki francaisor untuk mendaftarkan francaisnya dengan mengemukakan permohonan dalam apa- apa bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar berserta dengan fi yang ditetapkan.
Fasal 8 bertujuan untuk meminda seksyen 10 Akta 590 untuk menyatakan bahawa pendaftaran suatu francais itu hendaklah terus berkuat kuasa bagi suatu tempoh yang ditetapkan. Fasal ini juga bertujuan untuk mengekalkan kuasa Pendaftar untuk mengeluarkan suatu perintah-perintah bertulis kepada francaisor untuk menggantung, menamatkan atau membatalkan pendaftaran francais itu di bawah Akta 590.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Chong Chieng Jen
Fasal 9 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 10A dan 10B ke dalam Akta 590. Seksyen 10A yang dicadangkan mengandungi peruntukan mengenai pembaharuan pendaftaran francais. Seksyen 10B yang dicadangkan menghendaki francaisor atau francaisi untuk mempamerkan pendaftaran francaisnya di suatu kedudukan yang mudah dilihat di tempat francaisor atau francaisi menjalankan perniagaannya untuk memberitahu orang awam mengenai francais itu dan untuk menghalang mana-mana orang daripada memperdaya atau menipu orang awam. Kegagalan untuk mematuhi subseksyen 10B(1) adalah suatu kesalahan di bawah Akta 590.
Fasal 10 bertujuan untuk meminda seksyen 11, Akta 590 untuk menghendaki seseorang pemohon atau pengarah atau pengurusnya untuk mendapatkan kelulusan Pendaftar bagi meminda dokumen yang disebut dalam perenggan 7 (1)(b), (c) dan (d) Akta 590 untuk memastikan dokumen tersebut tidak dipinda dengan sewenang-wenangnya tanpa kelulusan Pendaftar.
Fasal ini juga bertujuan untuk meminda subseksyen 11(2) untuk menghendaki dokumen yang disebutkan dalam subseksyen (1) difailkan dengan pendaftar bersama dengan fee yang ditetapkan.
Fasal 11 bertujuan untuk meminda seksyen 14, Akta 590 subseksyen 11(b) bertujuan untuk meminda perenggan 14(1)(a) sedia ada untuk menghendaki broker francais atau konsultan francais untuk mendaftarkan dirinya dengan mengemukakan permohonan dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar berserta dengan fi yang ditetapkan.
Subfasal 11(c) memperuntukkan bahawa Pendaftar boleh menghendaki pemohon untuk membayar apa-apa jumlah fi yang ditetapkan apabila meluluskan permohonan di bawah subseksyen 14 (1). Subfasal 11(d) bertujuan untuk memotong subseksyen 14(5A) dan
(5B) berbangkit daripada cadangan kemasukan seksyen baharu 14A melalui fasal 12.
Subfasal 11(e) memperuntukkan kesalahan bagi kegagalan tidak mematuhi subseksyen 14(1) Akta 590.
Fasal 12 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 14(A) dan 14(B) kepada Akta 590. Seksyen 14A yang dicadangkan mengandungi peruntukan mengenai pembaharuan pendaftaran broker francais dan konsultan francais. Seksyen 14B yang dicadangkan menghendaki broker francais atau konsultan francais untuk mempamerkan pendaftarannya sebagai seorang broker francais atau konsultan francais mengikut mana- mana yang berkenaan di kedudukan yang mudah dilihat di tempat dia menjalankan perniagaannya atau menyediakan perkhidmatannya. Kegagalan untuk mematuhi subseksyen 14B(1) adalah suatu kesalahan di bawah Akta 590.
Fasa 13 bertujuan untuk meminda subseksyen 15(1), Akta 590 dengan memotong perkataan ‘Penzahiran’ di mana-mana jua terdapat berbangkit daripada cadangan pindaan dalam fasal 10. Fasal ini juga bertujuan untuk meminda subseksyen 15(2) dengan menggantikan perkataan seksyen 7 dan 11 supaya selaras dengan subseksyen 15(1).
Fasal 14 bertujuan untuk meminda seksyen 18, Akta 590 subfasal 14(a) menghendaki perjanjian francais untuk mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan tempoh francais dan terma pembaharuan dan perlanjutan perjanjian francais. Subfasal 14(b) memotong subseksyen 18(3) dan subseksyen 14(c) meminda subseksyen 18(6) sedia ada dengan menggantikan kesalahan bagi kegagalan untuk mematuhi subseksyen 18(5) dengan kesalahan bagi kegagalan untuk mematuhi seksyen 18.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Chong Chieng Jen
Fasal 15 bertujuan untuk meminda subseksyen 22(2), Akta 590 untuk menjelaskan bahawa akaun yang berasingan ertinya akaun bank yang berasingan.
Fasal 16 bertujuan untuk memotong perkataan atau cap perkhidmatan dalam seksyen 24, Akta 590 kerana perkataan ‘cap dagangan’ dalam seksyen sedia ada sebagaimana yang ditakrif dalam Akta Cap Dagangan 1976 iaitu Akta 175 adalah memadai untuk memasukkan cap perkhidmatan.
Fasal 17 bertujuan untuk meminda Perenggan 32(a), Akta 590 dengan menggantikan perkataan “secara matangnya perniagaan yang sama” dengan “perniagaan yang serupa” supaya selaras dengan peruntukan Akta 590 yang lain.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Chong Chieng Jen
Fasal 18 bertujuan untuk meminda subseksyen 37(1), Akta 590 untuk menyatakan bahawa skop kesalahan adalah berhubung dengan tawaran untuk menjual sesuatu francais atau semasa penjualan sesuatu francais.
Fasal 19 bertujuan untuk meminda subseksyen 42(2), Akta 590 untuk menggantikan menteri dengan pendaftar sebagai orang yang mempunyai kuasa untuk menandatangani kad kuasa yang dikeluarkan kepada pegawai diberi kuasa.
Fasal 20 bertujuan untuk meminda subseksyen 43(1), dan 43(2) Akta 590 untuk meluaskan skop penyiasatan oleh pegawai diberi kuasa kepada perlakuan apa-apa kesalahan oleh mana-mana orang di bawah Akta 590.
Fasal 21 bertujuan untuk meminda Subseksyen 44(4), Akta 590 untuk memasukkan papan tanda sebagai salah satu benda yang boleh disita, ditahan atau diambil milik oleh pegawai diberi kuasa semasa pemeriksaan ke atas seseorang bagi memastikan keselarasan dengan subseksyen 44(5), dan subseksyen 44(6).
Fasal 22 bertujuan untuk memasukkan subseksyen baharu 44A, ke dalam Akta 590 untuk memperuntukkan bahawa suatu waran geledah yang dikeluarkan di bawah Akta 590 adalah sah dan boleh dikuatkuasakan walau apa pun kecacatan, kesilapan dan peninggalan dalam waran geledah itu atau dalam permohonan bagi waran geledah itu dan apa-apa buku akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda yang disita di bawah waran geledah itu boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta 590.
Fasal 23 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 48A, 48B, 48C dan 48D kepada Akta 590. Seksyen 48A yang dicadangkan menjelaskan bahawa apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda yang disita di bawah Akta 590 boleh dilucuthakkan mengikut tatacara yang ditentukan.
Seksyen 48B yang dicadangkan memperuntukkan bahawa pegawai diberi kuasa yang melakukan penyitaan boleh melepaskan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda yang disita kepada orang yang dia tentukan sebagai berhak secara sah kepadanya.
Seksyen 48C yang dicadangkan memperuntukkan bahawa tiada orang yang berhak kepada kos prosiding di hadapan mana-mana mahkamah atau apa-apa ganti rugi atau relief lain berkenaan dengan apa-apa buku, akaun, dokumen, data, komputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda yang disita mengikut peruntukan Akta 590 melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.
Seksyen 48D yang dicadangkan memperuntukkan bahawa suatu ganjaran yang tidak melebihi setengah daripada denda yang dikenakan bagi suatu sabitan boleh dibayar kepada orang yang memberi maklumat yang membawa kepada sabitan itu.
Fasal 24 bertujuan untuk meminda Seksyen 54, Akta 590 untuk menghendaki orang asing yang bercadang untuk menjual sesuatu francais di Malaysia atau kepada mana-mana rakyat Malaysia untuk memohon kepada pendaftar dengan mengemukakan permohonan dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh pendaftar berserta dengan fi yang ditetapkan.
Fasal ini juga memperuntukkan bahawa pendaftar boleh menghendaki pemohon untuk membayar apa-apa jumlah fi yang ditetapkan apabila meluluskan permohonan di bawah subseksyen 54(1).
Fasal 25 bertujuan untuk meminda perenggan 60(1)(c), Akta 590 bagi membolehkan Menteri menetapkan fi yang kena dibayar di bawah Akta 590 dan cara memungut dan membayar fi itu.
Fasal 26 bertujuan untuk mengesahkan pungutan fi pemfailan bagi pindaan dokumen di bawah seksyen 11, Akta 590. Fi pemprosesan bagi pendaftaran broker francais atau konsultan francais di bawah seksyen 14, Akta 590 dan fi pemprosesan bagi permohonan untuk menjual francais oleh orang asing di Malaysia atau kepada mana-mana warganegara Malaysia di bawah seksyen 54, Akta 590 yang telah dikenakan dan dipungut sepanjang tempoh dari 8 Oktober 1999 hingga hari sebelum tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan ini.
Fasal 27 mengandungi peruntukan pengecualian dan peralihan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Chong Chieng Jen
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua
Menyokong?
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dr. Ong Kian Ming
Saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Francais 1998 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Ada pembahas? Yang Berhormat Tebrau lima minit.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Boleh, boleh. Ringkas sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua izinkan untuk menyertai perbahasan Rang Undang-undang Akta Francais ini. Saya menyambut dengan baiklah usaha untuk buat pindaan atas Akta Francais ini khususnya ada dua seksyen yang akan ada permintaan. Akan tetapi saya ingin memberi pandangan saya khususnya seksyen 10A di sini yang memerlukan francaisor atau francaisi mempamerkan pendaftaran di suatu kedudukan yang mudah dilihat di tempat perniagaan.
Ini adalah bagus untuk mengelakkan orang awam ditipu atau diperdaya kerana ramai pengusaha dan usahawan kurang bermoral dan akan guna cara untuk memperdaya orang awam bahawa perkhidmatan atau barangan yang dijual oleh mereka adalah genuine, dengan izin.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Permintaan kedua yang saya akan sentuh adalah mengenai seksyen 18. Seksyen 18 di sini akan memerlukan dan menghendaki perjanjian francais untuk mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan tempoh francais dan tema pembaharuan dan perlanjutan perjanjian francais. Bagi pendapat saya, saya berharaplah peruntukan lain seperti fi, yuran, royalti dan sebagainya akan di caj dalam perjanjian, kawasan perjanjian yang akan berkuasa.
Begitu juga klausa penamatan- termination, dengan izin, oleh mana-mana pihak mahupun francaisor ataupun francaisi jika berlaku kesalahan atau tidak memenuhi mana- mana syarat dalam perjanjian harus juga dibentuk dalam akta ini supaya tidak ada francaisi yang asal dari negara kita tidak atau ditipu oleh francaisor yang asal daripada negara asing.
Ini kerana francaisor yang berasal daripada negara asing mereka ada banyak pengalaman tetapi perusahaan daripada negara kita kemungkinan tidak dapat dilindungi kalau peruntukan yang sempurna tidak dimasukkan di dalam permintaan dalam Akta Francais ini. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Rasah. Silakan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan. Cuma ringkas sahaja perbahasan saya. Pertama, saya mengalu-alukan pindaan ini sebab kalau kita tengok sejak akta induk digubal, akta ibu digubal pada tahun 1998 hampir 20 tahun. Industri ataupun perniagaan francais tersebut telah pesat membangun dan ia sekarang ini kalau dulu tidak banyak jenama yang terlibat tetapi sepanjang tempoh ini terutama saya percaya dalam tempoh 10 tahun yang terakhir banyak jenama baharu. Oleh sebab itu, ada keperluan untuk membuat pindaan ini sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri menjadikan aktiviti francais tersebut sebagai lebih kondusif dan bersesuaian dengan dunia perniagaan pada hari ini.
Cuma satu perkara yang saya hendak sebutkan. Apakah di bawah akta ini terdapat satu format perjanjian yang standard untuk francaisor dan francaisi?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya bagi contoh, saya gunakan analogi dalam Akta Pemajuan Perumahan yang mana kalau pembeli beli rumah daripada pemaju untuk rumah yang masih belum siap dalam pembinaan, Schedule G dan Schedule H dan saya percaya Yang Berhormat Timbalan Menteri tahu ini. Ada tidak yang standard?
Oleh sebab saya nampak saya sendiri pernah menerima rungutan daripada francaisi. Francaisor biasanya dia sudah berkembang, dia mempunyai panel lawyer dia, peguam dia yang hebat yang menyebabkan klausa-klausa dalam perjanjian tersebut tidak meletakkan kedua-dua pihak pada paras yang sama. Francaisor di peringkat yang tinggi, francaisi di peringkat yang bawah. Itu yang menyebabkan ia tidak dapat, mereka tidak dapat deal atau ia bersemuka dalam paras yang sama. Ada atau tidak? Kalau ada saya mohon- Kalau ada itu terbaiklah. Kalau tidak adapun mungkin kementerian boleh fikirkan ada keperluan sebegini untuk mengelakkan francaisi yang akhirnya menjadi mangsa.
Perkara kedua yang saya hendak sebutkan saya nampak ada satu seksyen 6B yang baru yang dimasukkan di dalam akta iaitu berkenaan dengan tanggungjawab francaisi yang kena daftar. Saya hendak tanya kenapa francaisi dipertanggungjawabkan? Apakah justifikasinya bukan francaisor? Ini sebab francaisor ini ia syarikat besar.
Terakhir yang saya hendak sebutkan adalah seksyen 44A yang dimasukkan iaitu di bawah tajuk, “Waran geledah sah walaupun cacat”. Apakah kita benarkan klausa sebegini yang mana kita tahu waran geledah itu cacat? Waran geledah itu sah walaupun cacat.
Adakah lebih baik dan lebih elok kalau kita membetulkan kesilapan dan kecacatan dalam waran tersebut sebelum tindakan menggeledah dijalankan supaya esok tidak timbul argument, hujahan daripada mana-mana pihak yang terkilan yang kata, “Oh, ini silap, itu silap”, dari segi undang-undang dan sebagainya. Kita hendak buat dengan cara yang betul supaya tidak ada apa-apa kesilapan.
Perkara terakhir, saya menyambut baik pindaan pada hari ini sebab saya nampak hari ini kita sama-sama belajar benda yang baru. Kalau selama ini kita lebih kenal kepada francaisi dan francaisor dan sebagainya penerima francais, pembeli francais perkataan yang baharu yang bersesuaian yang menunjukkan bahawa kerajaan baharu bukan setakat membuta pindaan untuk tambah baik akta ini tetapi turut mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang selama ini tidak diberikan kedudukan yang sewajarnya.
Jadi, saya ucapkan tahniah kepada pihak kementerian dan pihak kerajaan atas pembentangan ini dan saya menyokong pindaan ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terbaik Yang Berhormat Rasah, terbaik.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Bukit Bendera selepas itu...
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Pasir Gudang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tidak ada lagi, tidak ada lagi.
Habis sudah, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ada lagi?
[Ketawa]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, habis sudah selepas ini.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, ya, tahu. Yang Berhormat Bukit Bendera dulu. Selepas itu, Yang Berhormat Pasir Gudang ya.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menyertai perbahasan terhadap Akta Francais 1998 dan perniagaan francais telah mula bertapak di Malaysia pada tahun 1963 apabila A&W memasuki Malaysia dengan outlet pertama di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Itu sejarah yang lama.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Malaysia antara negara yang mempunyai undang-undang francais dan negara- negara maju, Australia masih membincangkan proposal untuk perundangan francais.
Australia hanya ada code of conduct bagi franchising. Oleh itu, adalah baik kita sudah mempunyai satu undang-undang francais perundangan yang mantap.
Saya ingin merujuk kepada satu tambahan dari segi seksyen 10A iaitu, “Pembaharuan pendaftaran francais”. Sebelum ini tiada dikenakan pendaftaran semula dan pembaharuan pendaftaran. Kali ini di bawah seksyen 10A ini apabila tarikh habis tempoh pendaftaran dan adalah tanggungjawab francais untuk membuat permohonan kepada kementerian untuk membuat pendaftaran dan juga dikenakan satu fi yang ditetapkan. Saya ingin meminta penjelasan...
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Bukit Bendera sedikit, mencelah.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Saya- boleh sikit, sikit.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kepong, sila.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Okey, ya ini tentang yuran francais untuk kedai bubble tea. Di Malaysia ini, bubble tea sekarang francais sungguh mahal. Ada RM1 juta dan ada yang RM500 ribu. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat.
Seorang Ahli
Bubble tea?
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Yuran francais fi untuk bubble tea sungguh mahal.
Tuan Yang di-Pertua
Bubble tea.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Sebarang syarikat yang ingin menyertai francais perlu melakukan strengths, weaknesses, opportunities and threats analysis (SWOT) kerana apabila harga francais yang terlalu tinggi maksudnya kena membuat satu pelaburan tetapi juga satu cabaran dari segi risiko perniagaan. Perlu membuat analisa perniagaan sebelum memasuki atau menandatangani apa-apa perniagaan francais. Tadi saya menanyakan jumlah fi yang ditetapkan di bawah pendaftaran francais yang baharu. Boleh dizahirkan berapakah jumlah fi yang ditetapkan supaya orang awam ataupun peniaga- peniaga boleh tahu tentang fi tersebut?
Saya juga lihat fasal 16 yang merujuk kepada seksyen 24, Akta 590 iaitu dirujuk kepada Akta Cap Dagangan 1976. Kita sudah bahas penggal lalu tahun ini, bahawa Akta Cap Dagangan 1976 telah digantikan dengan Akta Cap Dagangan 2019 dan rang undang- undang ini masih rujuk kepada akta lama yang telah dimansuhkan oleh Akta Parlimen tahun ini. Minta pemerhatian dari segi itu.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Saya mengalu-alukan pengenalan ataupun pindaan terhadap Akta Francais ini dan saya meminta supaya juga pada masa depan kementerian boleh seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Kepong tadi perlu lihat kepada sama ada perlindungan terhadap mereka yang ingin menyertai francais, perlindungan terhadap isu-isu Francais Agreement, Distributorship Agreement, Intellectual Properties dan sebagainya supaya peniaga-peniaga di Malaysia tidak terjerumus dalam aktiviti-aktiviti perniagaan francais ataupun dieksploitasikan oleh perniagaan francais tersebut. Saya mohon untuk menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Yang Berhormat Bukit Bendera. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pasir Gudang. Sila.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pada pandangan saya, Rang Undang-undang Francais (Pindaan) ini memang tepat pada masanya kita buat pindaan sebab ekonomi negara kita salah satu aspeknya ialah perkhidmatan. Hanya saya hendak bertanya kepada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri, nampaknya bidang francais ini bukan saja makanan, tetapi universiti pun. Di Johor, di Iskandar Malaysia banyak universiti luar. Saya lihat macam universiti francais itu. Di KL ini ada Monash University.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Kemudian kita dekat-dekat Legoland itu ada Nottingham University, Reading University, Newcastle University, Marlboro College, ada Lincoln University, Curtin University. Jadi hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah ini termasuk di bawah Kementerian Dalam Negeri atau di bawah kementerian yang mana yang saya risaukan, saya nampak ini macam francais saja. Siapa yang jaga kualiti pendidikan universiti-universiti itu?
Bayarannya mahal ya dan ini banyak universiti dari luar. Jadi tanggungjawab kita kerajaan ini memastikan kalau tidak students daripada luar datang di sini belajar ya, termasuk pelajar- pelajar di Malaysia ini. Jadi kita hendak jamin adakah akta ini mengawal universiti sedemikian.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau tidak ada pembahas yang lain, saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Silakan. Ada? Tidak ada. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Chong Chieng Jen
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada ahli- ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan tadi. Untuk menjawab Yang Berhormat Tebrau sama ada mewajibkan francais asing dan tempatan untuk memberi pendaftar mendaftarkan francais asing dan tempatan. Itu memang tujuan kita membuat- membentangkan rang undang-undang ini dan juga setakat ini secara amnya saya, biarlah saya berikan satu latar belakang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat tentang industri francais.
Dalam rekod kita ada 899 francais yang didaftarkan dalam kementerian tetapi ada sesetengahnya tidak aktif lagi. Oleh itu kita dengan rang undang-undang ini kita bercadang bahawa kita menetapkan satu had tempoh kepada semua francais yang telah diluluskan.
Sebelum ini sekiranya satu francais diluluskan, ia akan berlanjutan bila-bila masa. Tidak ada had tempoh. So, selepas kita meluluskan rang undang-undang ini, dia akan menetapkan satu had tempoh di mana apa-apa kelulusan yang dibuat hanya untuk satu tempoh masa saja.
Selepas itu kalau tidak ada permohonan untuk mendaftar semula lagi, francais ini akan expired. Ini adalah untuk membolehkan kementerian untuk lebih efektif untuk memantau dan juga kita boleh menumpu usaha kita dan tenaga kita untuk mana-mana syarikat francais yang lebih aktif itu untuk membangunkan industri francais supaya usaha kita untuk membangunkan francais ini adalah lebih tertumpu dan lebih efektif. Kita ada angka-angka yang lebih mencerminkan keadaan yang sebenarnya dan bukan semacam sekarang ada dalam rekod 899 tetapi ada sesetengahnya tidak aktif lagi, tidak beroperasi lagi sebagai perniagaan francais.
So kita juga ada- iaitu kita juga mewajibkan pendaftaran francais asing supaya kita boleh mendapatkan satu angka yang benar. Yang Berhormat Rasah bercadang untuk mewujudkan satu format perjanjian yang standard bagi francaisi dan francaisor oleh kerana ada unfair bargaining power between franchisor dengan franchisee. Setakat ini saya rasa tidak ada kerana tidak ada standard format itu yang ada tetapi di dalam Akta Francais kita ada beberapa peruntukan di mana setiap surat perjanjian francais mesti mengandungi peruntukan itu dan peruntukan-peruntukan juga kita telah memperuntukkan bahawa obligasi- obligasi francaisor dan francaisi.
Kalau peruntukan itu di-comply, diikuti dalam apa-apa surat perjanjian francais di antara francaisi dengan francaisor, memang secara amnya ia akan melindungi kedua-dua pihak. So, if kalau kedua-dua pihak itu mematuhi apa peraturan yang diperuntukkan dalam Akta Francais mengenai kandungan surat perjanjian, memang secara general atau secara amnya kepentingan kedua-dua pihak itu akan dilindungi.
Yang Berhormat Bukit Bendera telah mempersoalkan tentang jumlah fi francais.
Apakah fi francais yang dikenakan? Untuk membuat permohonan, fi yang dikenakan adalah RM50. Setelah francais ini diluluskan, fi yang dikenakan itu adalah RM1,000. So, ada lagi apa. Saya rasa itulah saja yang saya ingin jawab, yang telah ada berkaitan dengan...
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Chong Chieng Jen
Okey. Satu lagi juga. Oh, Yang Berhormat Jempol.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jempol.
Tuan Chong Chieng Jen
Saya rasa sudah balik Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Walaupun seorang, tetapi kekuatannya...
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang Berhormat Jempol tidak boleh berucap kot dalam perhimpunan.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Sila, sila Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Kita bagi Yang Berhormat Kangar lah. Saya tadi tertarik daripada Yang Berhormat Kepong tadi menyatakan bahawa tentang francais yang dikenakan kepada sub francais. Apa yang baru-baru ini banyak merungut tentang lambakan bubble tea. Bubble tea ini menggunakan caj ataupun hendak menjadi francais perlu membayar RM500 ribu, RM800 ribu dan ada RM1 juta. Jadi ini menunjukkan bahawa mereka ini masuk ada tidak saringan.
Contohnya sebelum dia terlibat dengan sub francais, atau mereka yang baru hendak berniaga, dia ada kenakan tempoh tiga tahun mesti beroperasi di Malaysia, maju. Jadi dia tengok maju, baru sub francais ataupun francaisi ini boleh dilantik. Jadi apa yang berlaku hari ini mereka ini separuhnya collect. Collect berapa banyak francais boleh buka dan mereka ini akan listing company ke BSKL.
Jadi adakah ini ada kawalan daripada KPDNKK sendiri tentang kewujudan lambakan bubble tea yang tidak terkawal?
Tuan Chong Chieng Jen
Untuk sesuatu francais didaftarkan dan diluluskan oleh kementerian, ia adalah satu syarat dikenakan oleh kementerian bahawa sekurang-kurangnya balance sheet, profit and loss statement buat tiga tahun sebelumnya haruslah disertakan dengan permohonan itu.
Tuan Chong Chieng Jen
Ini adalah secara amnya kita meneliti apakah rate of Return on Investment sesuatu perniagaan itu sama ada dia melayakkan perniagaan itu diluluskan sebagai satu francais.
Kita tahu selepas kita meluluskan perniagaan itu menjadi suatu francais, memang ia akan mengutip franchise fee daripada peniaga-peniaga lain dan orang-orang lain yang ingin menceburi dalam perniagaan itu. Oleh itu adalah satu syarat yang dikenakan oleh kementerian dan kita akan meneliti performance syarikat yang memohon menjadi francais dan juga bukan sahaja meneliti satu tahun sahaja tetapi past years. Sekurang-kurangnya tiga tahun perniagaannya, sebelum ia membuat permohonan. Ini secara sedikit sebanyak saya rasa kita boleh menjaga pelabur-pelabur tempatan yang ining menceburi dalam bidang perniagaan francais ini.
Untuk menjawab Yang Berhormat Kepong yang mengatakan francais bubble tea yang begitu tinggi. Saya rasa ini memang merupakan satu business decision sebelum seseorang buat pelaburan dalam sesuatu business atau sesuatu perniagaan, capital yang dikeluarkan sama ada bila atau berapa lama ia akan mendapat balik investment-nya dalam perniagaan itu, siapa yang hendak berniaga. Saya rasa itu suatu basic knowledge yang harus diketahui. So, setakat ini saya rasa kerajaan tak ada berhasrat untuk campur tangan atas bagaimana business itu dijalankan khususnya B2B arrangement.
So, isu yang terakhir yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang mengenai adakah universiti luar negara termasuk dalam industri francais. Jawapannya adalah universiti luar negara bukan di bawah kategori francais. Namun jika model perniagaan di universiti asing tersebut adalah secara francais, maka lesen atau pendaftaran perlu dipohon daripada KPDNHEP. So, ya kita mengawal selia industri francais tetapi ada sesetengah perniagaan yang mereka hendak berkembang macam francais tetapi melalui sistem pelesenan- licenses.
Tuan Chong Chieng Jen
Akan tetapi kalau model perniagaan walaupun di bawah nama license tetapi model perniagaannya ada serupa dengan francais, dia akan juga dikawal di bawah Franchise Act.
So, walaupun mereka tidak guna itu nama francais tetapi guna nama license kepada orang lain untuk berniaga. Akan tetapi kalau model operasinya adalah sama dengan francais, ia juga terkawal di bawah Akta Francais dan ia diwajibkan untuk membuat permohonan kepada kementerian supaya diluluskan sebagai perniagaan francais. Kalau tidak, ini juga merupakan satu kesalahan di bawah Akta Francais. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.
Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 27 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Menteri Sumber Manusia (Tuan M. Kulasegaran) dan diluluskan]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu 4 Disember 2019. Amat lancar hari ini [Ketawa]
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.48 petang]