Nov272019

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tuan Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan, berkaitan Program Food Bank Siswa. Setakat mana kejayaan program ini dan berapa siswa yang telah dibantu.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Chong Chieng Jen

Tuan Yang di-Pertua, Program Food Bank Siswa adalah satu inisiatif kesinambungan daripada Program Food Bank Malaysia yang telah dilancarkan pada 22 Disember 2018.

Sehingga kini, Program Food Bank Malaysia ini telah diperluaskan ke peringkat institut pengajian tinggi awam bagi membantu golongan mahasiswa dari keluarga golongan B40 supaya mereka dapat memberikan tumpuan yang lebih baik terhadap pembelajaran. Program Food Bank Siswa ini adalah salah satu inisiatif yang terhasil daripada Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara

(NACCOL) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pada 15 Februari 2019.

Program Food Bank Siswa ini adalah hasil kerjasama antara penyumbang dan pihak universiti dan ia dilaksanakan melalui dua konsep iaitu Food Pantry dan Central Kitchen. Food Pantry adalah penyimpanan barang makanan kering di satu bilik yang sesuai dan diuruskan oleh persatuan pelajar yang ditugaskan. Pelajar yang layak menerima bantuan Program Food Bank Siswa ini boleh mengambil makanan yang akan diagihkan mengikut jadual yang ditetapkan.

Manakala, Central Kitchen adalah sumbangan makanan yang boleh dimasak seperti sayur- sayuran dan buah-buahan akan dimasak dan diberikan kepada pelajar yang layak menerima bantuan Food Bank Siswa. Sehingga bulan November 2019, program ini telah dilaksanakan di 21 buah universiti awam dan telah memberikan manfaat kepada 6,870 orang pelajar. Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan. Kita hendak ucapkan tahniah, terima kasih dan setinggi penghargaan kepada pihak Yang Berhormat Menteri, bagi pihak kementerian di atas inisiatif Program Food Bank Siswa ini bagi mereka yang tidak mampu.

Saya secara peribadi sangat terkesan dengan program ini kerana kita pernah melalui saat- saat ikat perut sewaktu kita belajar di universiti di atas kemiskinan. Ini program yang sangat inovatif, Yang Berhormat Menteri, sangat kreatif, memiliki nilai murni yang sangat tinggi bagi mereka yang melaksanakan kepada para penderma. Kita dapat makluman 430 buah pasar raya sudah ada komitmen untuk menderma bagi Food Bank Siswa.

Soalan saya, adakah ada hasrat di pihak kementerian untuk mengadakan atau pun menggubal undang-undang bagi melindungi dan menghargai para penderma dan menjaga kepentingan mereka? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar di atas soalan tambahan. Kita telah membentangkan Rang Undang-undang Perlindungan Penderma Makanan 2019 pada tahun ini. Rang undang-undang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat, sekarang ia akan dibentangkan di Dewan Rakyat dalam sesi ini juga.

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen

Rang Undang-undang Perlindungan Penderma Makanan 2019 ini adalah bertujuan untuk memberikan perlindungan kepada penderma-penderma makanan di bawah Program Food Bank.

Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor - Putrajaya

Terima kasih. Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana masih lagi meneruskan program ini kerana program ini telah dilaksanakan oleh kerajaan yang lepas, yang sebenarnya. Saya hendak tanya dengan kerajaan pada hari ini, berapakah kos kementerian untuk melaksanakan program ini? Ini kerana pada waktu kita laksanakan dahulu, tidak ada kos kepada kerajaan.

Begitu juga dengan masalah-masalah gelandangan yang menerima makanan daripada program Soup Kitchen yang telah dilaksanakan oleh individu-individu, NGOs yang tertentu. Semua ini adalah percuma. Jadi, saya hendak tahu adakah kerajaan dikenakan kos atau tidak kena kos?

Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen

Untuk menjawab Yang Berhormat Putrajaya, dahulu memang ada Program Food Bank tetapi ia adalah inisiatif swasta. Kementerian hanya berikan bantuan sahaja.

Akan tetapi, selepas kita mengambil alih sebagai kerajaan, kita secara besar-besaran untuk melaksanakan Program Food Bank ini. Selain itu juga, kita telah berunding dengan pasar raya-pasar raya di bawah kawal selia kementerian saya untuk melaksanakan dan juga menggalakkan lebih lagi dermaan makanan.

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen

Untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Putrajaya mengenai kos, penglibatan kementerian dalam program ini tidak ada apa-apa kos yang akan dikenakan kerana ia hanya melalui satu administrative action untuk memperluaskan lagi usaha pendermaan makanan kepada golongan yang memerlukannya. Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

2. Datuk Aaron Ago Dagang [Kanowit] minta Menteri Pendidikan menyatakan, jumlah universiti dan pelajar di Malaysia pada tahun 2019 (public and private universities) dan ranking universiti-universiti ini di peringkat global mengikut “Global Higher Education Ranking System”.

final • 10:10 AM

Menteri Pendidikan - Dr. Maszlee bin Malik

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Kanowit, pada masa ini terdapat 20 buah universiti awam. Sehingga 31 Disember 2018, terdapat 452 buah institusi pendidikan tinggi swasta

(IPTS). Pada tahun 2018, bilangan enrollment pelajar di universiti awam adalah seramai 552,702 orang dan juga 576,982 orang pula belajar di IPTS. Berdasarkan laporan QS World University Rankings 2020 yang dikeluarkan pada 19 Jun 2019, Universiti Malaya telah berjaya disenaraikan di antara 70 universiti terbaik dunia berbanding di tempat 114 pada tahun 2018.

Empat lagi universiti awam juga telah berjaya menunjukkan peningkatan yang membanggakan, telah berjaya menempatkan diri mereka ke dalam kedudukan 100 terbaik dunia berbanding dengan tahun 2018. Sebagai contoh, Universiti Putra Malaysia (UPM) di kedudukan ke- 159, Universiti Kebangsaan Malaysia di kedudukan ke-160, Universiti Sains Malaysia di kedudukan ke-165 dan Universiti Teknologi Malaysia di kedudukan ke-217.

Selain daripada itu, IPTS juga disenaraikan dalam Top 500 iaitu UCSI University dan juga Universiti Teknologi Petronas. Di dalam kedudukan Top 1,000 QS World University Rankings 2020, terdapat 13 buah universiti awam dan IPTS iaitu Taylor's University Management and Science University, Universiti Utara Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UiTM, UMP, Multimedia University, UMS, UNITEN, Universiti Tun Abdul Razak, dan juga Universiti Malaysia Sabah.

Selain itu, untuk kedudukan Asia, berdasarkan QS World University Rankings Asia 2020 yang dikeluarkan pada hari ini, masih panas lagi iaitu pada 27 November 2019, kedudukan Universiti Malaya buat pertama kalinya di dalam sejarah kita adalah di tangga pertama di Malaysia dan ke-13 di Asia...

[Tepuk] Berbanding dengan kedudukan 24 pada tahun 2018.

Peningkatan ketara berlaku bagi UiTM iaitu pada kedudukan 158 pada tahun 2018, kita telah berjaya meningkatkan kepada kedudukan 119, bagi tahun 2020. Begitu juga bagi UMP yang telah menduduki tangga ke-290 pada tahun 2018, kita telah meningkatkan ke tangga 134 pada tahun 2020.

Ini semua hasil daripada usaha pendekatan pembaharuan holistik yang telah dilakukan semenjak bulan Jun 2018 yang lalu. Selain kedudukan universiti secara keseluruhan, kementerian juga berpandangan bahawa kedudukan sesebuah universiti juga boleh dilihat berdasarkan pengkhususan subjek.

final • 10:10 AM

Menteri Pendidikan - Dr. Maszlee bin Malik

Universiti Malaya misalnya, telah berada di kedudukan ke-15 dunia dalam bidang kejuruteraan (engineering) berdasarkan US News and World Report. Kementerian sentiasa mengambil semua langkah yang perlu untuk meletakkan universiti awam kita di peta dunia. Begitu juga dengan universiti-universiti swasta untuk berada di peta dunia juga. Pelbagai inisiatif telah dilakukan ke arah tujuan tersebut. Kebanyakan inisiatif ini dilakukan secara tidak konvensional dan secara radikal.

Antaranya ialah proses pengantarabangsaan. Kita menyasarkan lebih banyak kolaborasi dan kerjasama substantif antara universiti awam, universiti swasta dan juga universiti-universiti tersohor di dunia. Saya sendiri telah mengambil inisiatif peribadi pergi ke universiti-universiti tersohor di dunia untuk memadankan mereka dengan universiti-universiti di Malaysia. Kita akui, untuk bersaing dengan universiti-universiti raksasa ini, mungkin kita agak akan mengambil masa yang panjang. Akan tetapi, kita melakukan kolaborasi bersama dengan mereka. If you cannot beat the giants, you be friend with them. So, you will be known as friends of the giants, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.

Walau apa pun, kementerian ingin menekankan peranan universiti untuk perkembangan holistik. Mengembangkan cabang-cabang ilmu tradisional dan moden, penjanaan model insan yang holistik dan cendekiawan, memacu pembangunan negara dan menyelesaikan masalah sebenar masyarakat serta mendidik masyarakat adalah lebih utama dan tidak boleh sama sekali dikesampingkan dalam usaha kita mengejar kedudukan universiti yang lebih baik. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Datuk Aaron Ago Dagang - Kanowit

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih di atas jawapan Yang Berhormat Menteri yang begitu memberangsangkan kita apabila ranking universiti kita telah meningkat. Akan tetapi, Yang Berhormat Menteri, ada satu laporan dalam pertengahan tahun ini yang menyatakan daripada 20 buah universiti yang kita ada, public universities, cuma enam buah universiti sahaja yang dapat world ranking recognized by the world. Jadi, yang lain 14 buah universiti itu memang tidak dapat ranking according to the global ranking system itu. Jadi, tadi Yang Berhormat Menteri telah mengatakan jumlah enrollment daripada IPTA dan IPTS ini sudah menjangkau lebih 1 juta orang, iaitu 540 ribu orang lebih di IPTA, 580 ribu orang di IPTS. Jadi, daripada pelayar, dikatakan kita ada, okeylah, Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA, Universiti Petronas, semua graduan daripada universiti-universiti ini mungkin ada beberapa ribu orang. Akan tetapi, kebanyakan atau the bulk of the graduates come from private universities, universiti swasta dan universiti awam yang tidak dapat ranking. Oleh sebab ini kita dikatakan dengan jumlah ini kita mengeluarkan graduan yang low grade graduates. Jadi, ini menjadikan krisis sebab ia akan melibatkan masalah unemployment for graduates dan sebagainya.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Soalannya Yang Berhormat Kanowit?

final • 10:10 AM

Datuk Aaron Ago Dagang - Kanowit

Soalan di sini adalah, Yang Berhormat Menteri adakah kerajaan sekarang ini melihat pengeluaran low grade graduates ini menjadi masalah kalau kita melihat dari segi unemployment dan performance di dalam public and private sectors di peringkat kementerian dan sebagainya.

Apakah strategi kerajaan, adakah kita ini akan- saya melihat satu yang saya selalu sebut adalah kita dalam universities dan public service ini kita tidak gunakan meritocracy. Oleh sebab meritocracy ini adalah satu sistem yang sepatutnya tidak pilih kasih dalam segala isu pengambilan pelajar dalam universities, higher institutions dan juga kepada pekerja di public service. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dr. Maszlee bin Malik

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak pasti daripada mana Yang Berhormat Kanowit mendapat laporan tentang hanya enam buah universiti sahaja yang masuk ranking. Kita hendaklah merujuk kepada sumber. Lebih-lebih lagi kepada anggota Dewan Rakyat, kita mempunyai amanah, perlu berlaku profesional dan memerlukan integriti di dalam menilai segala laporan yang kita terima.

Kita tidak boleh mudah-mudah mengambil fake news ataupun sekadar bergantung kepada headlines yang dilaporkan. Bagi pengetahuan Yang Berhormat Kanowit, Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya membaca QS World University Rankings.

Di sini terdapat UM sebagai contohnya bagi tahun 2020, di kedudukan 70, Universiti Putra Malaysia (UPM) di kedudukan ke-159, Universiti Kebangsaan Malaysia di kedudukan ke-160, Universiti Sains Malaysia di kedudukan ke-165 dan Universiti Teknologi Malaysia di kedudukan ke- 217, UUM pada kedudukan 591, Universiti Islam Antarabangsa (IIUM) pada kedudukan 651, UiTM pada kedudukan 651, UniMAP pada kedudukan 701, UMP pada kedudukan 751, UNIMAS pada kedudukan 801 dan juga UMS pada kedudukan 801.

final • 10:10 AM

Dr. Maszlee bin Malik

Jadi lebih daripada enam buah universiti Tuan Yang di-Pertua. Sila pastikan kita mendapat maklumat yang sebenar untuk dibincangkan di Dewan Rakyat dan tidak hanya berdasarkan headlines semata-mata. Berkaitan dengan employability ataupun kebolehpasaran, kita akui banyak kelemahan yang dibebankan kepada kita oleh pentadbiran yang lepas. Maka tugas kami sebagai kerajaan yang baru untuk memastikan kita menyediakan masa depan yang lebih baik kepada anak bangsa kita.

Maka segala reform yang kita lakuan di universiti awam, di institut pengajian tinggi adalah bertujuan seperti mana yang saya sebutkan tadi, pendekatan menjadikan sebuah menara gading yang holistik.

Bukan sekadar menyediakan produk kepada pasaran kerja tetapi lebih daripada itu menyediakan mereka yang boleh menyelesaikan masalah masyarakat yang sebenar.

Maka oleh yang demikian, kita telah melakukan pelbagai inisiatif. Kolaboratif di peringkat antarabangsa, kolaboratif dengan pihak industri dan malah kita telah melakukan semakan terhadap kursus-kursus yang tidak berdaya saing, dan tidak boleh menawarkan kebolehpasaran kerja bagi para graduan. Kita gantikan, kita jumudkan. Kita gantikan dengan kursus-kursus terkini yang boleh memberikan peluang kerja yang lebih baik kepada graduan-graduan kita.

Untuk tujuan itu juga, kita telah menubuhkan Jawatankuasa Kebolehpasaran Graduan yang dianggotai oleh universiti, kementerian-kementerian lain, dan juga pihak industri. Kerjasama dengan pihak industri amat penting, Tuan Yang di-Pertua. Kita juga telah menyusun kurikulum kita berdasarkan apa yang diminta oleh pihak industri dengan mengambil kira apa yang diperlukan, dan apakah ilmu terkini, kemahiran terkini yang diperlukan oleh graduan kita untuk berada di pasaran kerja.

Maka oleh yang demikian, setiap tahun bermula 2020, kita akan melakukan semakan terhadap kurikulum kita. Kita akan pastikan graduan kita bukan hanya berdaya saing dan boleh mempunyai kadar kebolehpasaran di peringkat tempatan sahaja, kita mahu mereka pergi ke arah dunia. Kita mahu mereka mempunyai kebolehpasaran di tahap dunia.

Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua, untuk kita merujuk kepada perkembangan terkini iaitu pemikiran buatan ataupun artificial intelligence dan juga big data. Pada waktu ini Kementerian Pendidikan Malaysia sedang menggunakan sebaik mungkin big data ataupun data raya dan juga artificial intelligence yang kita gabungkan di antara demand dan juga supply. Segala data itu untuk memastikan graduan kita akan boleh dipasarkan semenjak mereka berada di bangku universiti lagi.

Begitu juga oleh kerana pada waktu ini, pendidikan tinggi digabungkan dengan pendidikan dasar, kita memadankan data di peringkat pendidikan dasar bersama dengan data pada peringkat pendidikan tinggi agar anak-anak kita boleh disalurkan ke alam pekerjaan berdasarkan potensi mereka semenjak awal lagi. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih banyak.

final • 10:20 AM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tuan Yang di-Pertua, minta lebih sedikit soalan ini, Menteri ini pandai.

final • 10:20 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Pertama sekali, tahniah atas kejayaan as a six research universities. Bertahun-tahun kita dapat lihat meningkat daripada satu tangga ke satu tangga. Ini satu pencapaian yang baik. Saya ingin bertanya dengan usaha kita untuk mencapai ranking ataupun memasuki usaha untuk mencapai ranking ini, apakah kesan sebenarnya kepada negara, dan juga kepada pelajar-pelajar kepada rakyat sebenarnya. Berapa banyak badan yang menggerakkan usaha untuk ranking ini di dunia, apakah kriteria-kriteria yang penting, dan apakah kita perlu membuat pembayaran-pembayaran yang tertentu untuk mendapatkan ranking ini.

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Menteri, ada sesuatu untuk diumumkan tentang tetamu.

final • 10:20 AM

Dr. Maszlee bin Malik

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Dewan Rakyat mengalu-alukan kehadiran rombongan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) daripada Parlimen Merbok...

[Tepuk] Selamat datang ke Parlimen..*.

[Tepuk]* Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Seperti mana yang saya telah sebutkan, lewat ucapan di Hari Akademia pada awal Oktober yang lalu, dan juga pada amanat Kementerian Pendidikan pada awal tahun 2019, dan juga sewaktu penggulungan.

final • 10:20 AM

Dr. Maszlee bin Malik

Dua penggulungan di Dewan Rakyat ini, saya menyatakan bahawa kita tidak akan terikut- ikut dengan sikap mengejar ranking, sehingga menggadaikan integriti, mengeluarkan duit dan sebagainya, akhirnya ranking yang dikejar itu tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku di universiti kita.

Kita mahu melahirkan universiti-universiti awam kita- pertama, yang berdaya saing di peringkat global, dan yang kedua, menjadi penjana kepada penghasilan para intelek dan cendekiawan yang boleh menyelesaikan masalah masyarakat. Ketiganya, kita mahu universiti yang menjadi pemangkin kepada perubahan masyarakat.

Oleh sebab itu, izinkan saya menyebut bukan sekadar ranking yang diberikan berdasarkan pencapaian yang ditentukan oleh QS Times dan lain-lain. Universiti Awam kita juga sebagai contoh, UPM menduduki tempat ketiga belas di dalam Green Campus. Ranking untuk kelestarian dan juga environment friendly. Begitu juga dengan universiti UPM dan juga dengan Universiti UUM, telah menduduki 100 teratas di dalam Green Index.

Begitu juga kita tidak nafikan contohnya, Universiti Islam Antarabangsa menjadi World Leading University dalam Islamic Banking and Finance. Kita perlu melihat pencapaian universiti kita secara holistik, dan bukan hanya kepada angka-angka yang akhirnya mengaburkan kita daripada peranan universiti yang sebenar.

Tuan Yang di-Pertua, tekad Kerajaan Pakatan Harapan ialah untuk kita mengangkat universiti kita dan meletakkan di peta antarabangsa, dan kita telah berjaya melakukan dalam tempoh kurang daripada dua tahun...

[Tepuk] Tiga tahun akan datang kita akan memastikan bahawa universiti kita akan dikenali di peringkat antarabangsa. Apakah kesannya untuk masyarakat? Kesannya untuk masyarakat pertamanya meningkatkan kebolehpasaran graduan. Kita ingin melahirkan graduan yang bukan hanya sekadar mencelah sewaktu Dewan Rakyat seperti yang ada di hadapan ini...

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Ini perbahasan, ini bukan jawapan.

final • 10:20 AM

Dr. Maszlee bin Malik

Kita mahu melahirkan para cendekiawan...

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Jawablah betul-betul.

Bahas-bahas macam ini buat apa. Ini mengelirukan rakyat.

final • 10:20 AM

Dr. Maszlee bin Malik

Kita mahu melahirkan para graduan yang boleh menyelesaikan masalah...

final • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Kalau belah pembangkang tidak boleh. Yang Berhormat Menteri, tidak payahlah hendak bahas-bahas begini...

final • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

[Pembesar suara dimatikan]

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Baling, dapat kebenaran siapa untuk bercakap? Yang Berhormat Baling, dapat kebenaran siapa untuk bercakap...

final • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Menteri, tidak ikut peraturan masa.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Teruskan, Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Dr. Maszlee bin Malik

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Masa sudah panjang, cukup.

Saya teruskan dengan pertanyaan jawab lisan, seterusnya menjemput Yang Berhormat Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun, Beaufort.

final • 10:20 AM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Menteri, tengok Global Talent Competition Index. Tengok GTCI, tengok GTCI.

final • 10:20 AM

3. Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun [Beaufort] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, apakah tindakan kementerian dalam menangani isu kelekaan penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak pada era ini.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga - Puan Hannah Yeoh

Tuan Yang di-Pertua, ibu bapa zaman sekarang gemar mendidik anak-anak mereka untuk menggunakan gajet sejak kecil sehingga mereka begitu leka bermain. Gajet yang dimaksudkan adalah telefon mudah alih, tablet dan Ipad. Ini termasuk juga televisyen.

Memang tidak dapat dinafikan penggunaan gajet mempunyai banyak faedah terutama dalam urusan pembelajaran, komunikasi dan jual-beli. Namun teknologi juga memberi kesan negatif terutamanya kepada kanak-kanak jika disalahgunakan dan tanpa pengawasan orang tua.

Menurut Laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Mobiliti, tahun 2017 oleh Institut Kajian Umum, Kementerian Kesihatan Malaysia sebanyak 50.1 peratus pelajar sekolah menengah, umur 13 hingga 17 tahun menghabiskan masa lebih tiga jam untuk menonton TV, bermain permainan di komputer dan sebagainya.

Tinjauan tersebut juga mendapati sebanyak 85.6 peratus remaja adalah pengguna internet, dan 29 peratus dalam kalangan mereka telah ketagihan internet. Peralatan untuk mereka melayari internet adalah telefon pintar - 94 peratus, komputer - 62 peratus, dan peranti tablet - 31 peratus.

Manakala satu tinjauan pendapat yang dilakukan oleh LPPKN di Lembah Klang mendapati 78.3 peratus ibu bapa membenarkan anak-anak memiliki gajet. Amat membimbangkan dengan sikap masyarakat yang kini dilihat begitu terikat dengan gajet dan peranti digital untuk memperoleh maklumat serta berkomunikasi tanpa mengendahkan dunia fizikal di sekeliling mereka.

Saya terus kepada inisiatif yang telah diambil oleh kementerian kita. Satu, LPPKN telah menganjurkan Majlis Ilmu Kekeluargaan sempena sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2018 iaitu forum ‘Keibubapaan di Alam Siber’, dan ‘Bicara Santai Keluarga’ yang membincangkan beberapa topik penting seperti keselamatan siber, penyantunan kanak-kanak, child grooming dan pornografi.

Program ini telah diadakan pada 3 November tahun lepas, di Pusat Keluarga LPPKN Seremban, Negeri Sembilan.

Keduanya, LPPKN turut menganjurkan forum ‘Digital Parenting and Child Online Protection.’ Dengan kerjasama UNICEF pada tahun ini 20 Jun. Topik berkaitan keselamatan kanak-kanak di alam siber, jenayah seksual kanak-kanak terus dibincangkan dalam forum keibubapaan, kreatif mendepani cabaran alaf baru pada 13 Julai tahun ini melibatkan 775 orang peserta serta forum kekeluargaan yang diadakan LPPKN dengan kerjasama NGO pada 25 November bersempena Bulan Keluarga Kebangsaan tahun ini.

Kementerian melalui Institut Sosial Malaysia (ISM) telah menganjurkan Seminar Keselamatan Kanak-kanak- ‘Always Beware and Be Aware’ semenjak tahun 2015. Seminar ini dilaksanakan selaras dengan kehendak konvensyen mengenai hak kanak-kanak, Dasar Kanak- kanak Negara, dan Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara iaitu setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk membesar di dalam persekitaran yang selamat.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga - Puan Hannah Yeoh

ISM juga mendapatkan lokasi hotspots ini daripada pihak JKM dan mereka telah ke tempat seperti FELDA, FELDA Residen Sungai Klah, Perak, Dewan Negeri Ayer Keroh, Melaka dan juga di Langkawi. Jadi, ini adalah antara inisiatif yang telah diambil oleh kementerian kita. Kita telah perbanyakkan lagi forum perbincangan mengenai online threats kepada kanak-kanak. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan tadi dan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh kementerian.

Seperti mana kita tahu, kanak-kanak adalah aset penting dalam negara kita dan merupakan modal insan masa hadapan. Penggunaan gadget dan kebergantungan kepada gadget dilihat boleh jadi pengganti kepada peranan manusia dalam menjaga dan mengasuh kanak-kanak. Akan ada impak negatifnya daripada segi fizikal, sosial dan juga mental seperti mana yang telah dibuat kajian, termasuk di negara Jepun, Ikiko Mori kalau kita semua mengetahuinya.

Oleh kerana itulah saya ingin tahu, apakah kementerian berhasrat untuk mengadakan kajian secara menyeluruh ke atas berapakah luasnya penggunaan dan kebergantungan kepada gadget ini di kalangan keluarga di negara kita Malaysia, melihat dari segi effect, impaknya kepada kanak-kanak, keluarga dan komuniti kita di masa yang akan datang?

final • 10:30 AM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Kalau belum lagi ada cadangan ini, sementara ini adakah selain daripada apa yang disebutkan tadi yang dilakukan oleh LPPKN? Adakah kementerian berhasrat untuk mengadakan kempen- kempen jangka pendek secara menyeluruh di seluruh negara? Ini kerana kita tahu penggunaan gadget dan kebergantungan ini kita lihat hari-hari.

Saya amat bimbang apabila melihat ibu memberikan gadget kepada anaknya supaya anak berdiam diri sahaja dan ibu buat something else. Ini adalah sesuatu yang akan menjejaskan masa hadapan anak-anak dan modal insan kita. Kita tidak boleh membenarkan perkara ini berterusan. Saya pernah melihat juga bagaimana semasa cuti, seorang bapa dan seorang anak duduk berhadapan tetapi tidak berinteraksi dan hanya menggunakan handphone di tangan mereka. Ini satu insiden tetapi banyak lagi insiden. Jadi, saya minta jawapan daripada kementerian. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Puan Hannah Yeoh

Isu ketagihan internet ataupun smart phone memang bukan satu perkara yang luar biasa. Sekarang kita lihat di kalangan orang dewasa juga, kita semua mempunyai masalah apabila kita masuk ke satu kawasan, di mana handphone diambil, kita juga rasa kurang selesa dan tangan kita selalu hendak pergi dapatkan handphone. Jadi, kita tahu ketagihan internet ini adalah satu cabaran yang sangat besar terhadap kanak-kanak. Kementerian kita memang bekerjasama dengan kementerian yang lain.

Kita hanya memberikan complementary services dan kita bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan juga Kementerian Pendidikan. Inisiatif yang telah dilakukan oleh agensi lainnya Yang Berhormat, adalah Bengkel Inisiatif Kewarganegaraan Digital Nasional pada 2 Oktober hingga 3 Oktober yang dikendalikan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Program Pendidikan Klik Dengan Bijak oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Buku Panduan Keibubapaan Siber oleh CyberSecurity Malaysia, Program CyberSAFE Malaysia oleh CyberSecurity Malaysia, Kempen Sekeluarga Tolak Pornografi oleh Wadah Pencerdasan Umat pada September 2017 dan Program CyberSAFE In Schools oleh syarikat telekomunikasi Digi Malaysia.

Jadi, untuk agensi-agensi ini saya percaya kajian paling terkini akan dikeluarkan kerana data yang kita ada sekarang yang saya telah baca adalah berdasarkan data 2017. Saya percaya kementerian akan koordinasikan dan pastikan kita share findings ini kepada semua Yang Berhormat.

Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin merujuk kepada bajet pada tahun ini, kerajaan telah meluluskan sebanyak RM10 juta kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk Program eSports. Saya lihat bahawa perancangan di antara kedua kementerian ini perlu diselaraskan supaya kegemaran ataupun ketagihan kepada sukan eSports ini tidak berjangkit kepada anak-anak yang sepatutnya berkembang dengan minda yang betul dan fizikal yang betul. Persoalan saya ialah sejauh mana kolaborasi di antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan Kementerian Sukan supaya sukan eSports ini tidak menjadi satu lagi fenomena yang akan merosakkan ketagihan kepada kanak-kanak? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Puan Hannah Yeoh

Kita akan berbincang dengan Kementerian Belia dan Sukan.

Sebenarnya Yang Berhormat, anything good, dengan izin, if used excessively can be an addiction.

Bukan sahaja eSports. WhatApps juga memberikan kesan yang sama kepada kita semua. Jadi, kita akan terus bekerjasama kerana ini adalah satu cabaran yang sangat baru dalam dunia global ini.

Bukan sahaja Malaysia tetapi saya berbincang dengan counter parts saya yang lain juga. Mereka ada kata setiap kali kita berbincang, mereka kata semua negara mengalami masalah yang sama. Jadi, ini adalah satu cabaran yang saya rasa kita kena peruntukan lebih banyak lagi bajet untuk mengatasi isu ketagihan internet. Terima kasih.

final • 10:30 AM

4. Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan apakah justifikasi kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar (EIA) diberikan terhadap Projek Penang South Reclamation

(PSR) sedangkan ianya mendapat bantahan banyak pihak yang risau akan impak kerosakan teruk ekosistem alam dan mata pencarian golongan nelayan.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dimaklumkan bahawa setelah meneliti dan menyemak laporan tersebut, jabatan ini telah mendapati Laporan EIA yang dikemukakan telah memenuhi kehendak seksyen 34A(3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Dengan itu, dimaklumkan bahawa Laporan EIA ini diluluskan pada 25 Jun 2019 dengan 72 syarat-syarat kelulusan.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy

Laporan ini telah melalui prosedur pameran awam yang telah diadakan dari 29 April 2019 hingga 28 Mei 2019 di 11 lokasi iaitu di Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Balai Polis Teluk Kumbar, Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan, Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang, Jabatan Alam Sekitar Cawangan Bayan Lepas, Majlis Perbandaran Seberang Perai, Penang Town Hall serta Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan.

Satu Mesyuarat EIA Technical Review Committee (EIATRC) bagi mengkaji dan membincangkan Laporan EIA bagi cadangan projek di atas diadakan sebanyak dua kali pada 10 Mei 2019 dan 29 Mei 2019 yang dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, agensi-agensi kerajaan di peringkat negeri dan Persekutuan, appointed individuals dan juru runding EIA. Jabatan Alam Sekitar juga telah menarik perhatian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang bahawa pembangunan projek akan menyebabkan kemusnahan kekal ke atas ekosistem dataran lumpur, mudflats fishing ground, kawasan pendaratan penyu, sebahagian terumbu karang di Pulau Rimau yang merupakan ekosistem penting kepada sumber perikanan. Kemusnahan kekal ini akan memberi impak negatif yang signifikan kepada sumber perikanan, nelayan dan jaminan sumber bekalan makanan negara.

Dalam hal ini, pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang hendaklah memastikan semua langkah mitigasi yang dicadangkan di dalam Laporan EIA dilaksanakan tanpa gagal dengan nasihat teknikal jabatan berkaitan, terutama Jabatan Perikanan Malaysia dalam hal berikut. Melaksanakan Offset Program sebagai sebahagian daripada Penang Offset Master Plan antaranya merangkumi mengadakan tukun tiruan, memasang fish aggregating device, program penanaman semula bakau dengan nasihat Jabatan Perhutanan dan FRIM, pelepasan benih ikan, mengadakan struktur eco engineering pada lapis lindung pantai dan menyediakan dana untuk kajian dan penyelidikan penyu dan terumbu karang. Kajian teknikal terperinci dan ulasan Jabatan Teknikal berkaitan hendaklah dilaksanakan sebelum pelaksanaan Offset Program di atas.

(i) menubuhkan Jawatankuasa pelaksanaan Offset Program dengan melibatkan agensi teknikal berkaitan bagi memantau pelaksanaan Offset Program yang dicadangkan dalam Laporan EIA,

(ii) memastikan Offset Program ini dipantau secara berkala dan diaudit bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya. Laporan Pemantauan Offset Program ini hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Pelaksanaan Offset Program.

Jabatan telah turut menarik perhatian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang bahawa pembangunan ini juga akan mengakibatkan kehilangan livelihood kepada nelayan.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy

Sehubungan itu, pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang hendaklah membentuk dan melaksanakan fisherman task force yang dipengerusikan oleh EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memastikan semua komitmen dan langkah kawalan yang dinyatakan di dalam laporan EIA dilaksanakan, menyediakan exit plan bagi komuniti nelayan dan ianya hendaklah dikaji, diperjelaskan dan mendapat persetujuan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) dan menyediakan Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan (PPSM) sebagai one-stop center bagi menangani semua aduan berkaitan pelaksanaan projek terutamanya berkaitan Fisherman Exit Plan. Selain itu, pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang hendaklah melaksanakan iaitu:

(i) Green River Programme seperti yang dinyatakan di dalam Laporan EIA bagi meningkatkan kualiti air dan flushing capacity. Sungai-sungai terlibat adalah Sungai Bayan Lepas, Bayan Lepas main drain, Sungai Batu, Sungai Teluk Kumbar dan Sungai Gertak Sanggul;

(ii) menjalankan pemantauan ke atas aspek hidraulik secara terperinci bagi penambakan ini perlu dijalankan bagi setiap peringkat pembangunan dan dilaporkan kepada JAS serta Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia;

(iii) melaksanakan maintenance dredging secara berkala seperti yang dinyatakan di dalam laporan EIA;

(iv) memastikan laluan navigasi untuk nelayan di selenggara;

(v) membina lapis lindung pantai dan menjalankan pemuliharaan pantai bagi kawasan yang dijangka terhakis akibat pelaksanaan projek ini;

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy

(vi) mengkaji lebih lanjut cadangan mewujudkan kawasan perlindungan perikanan dengan nasihat Jabatan Perikanan;

(vii) menjalankan kajian laluan migrasi udang hendaklah dijalankan dengan nasihat Jabatan Perikanan; dan

(viii) membina jeti nelayan seperti yang dinyatakan di dalam laporan EIA.

Bagi pembangunan atas tanah penambakan (top side development). Pemaju hendaklah mengemukakan Laporan EIA baru sekiranya tertakluk kepada Perintah Kualiti Alam Sekeliling, Aktiviti Yang Ditetapkan, Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling 2015 dan hendaklah selaras dengan Rancangan Tempatan Daerah berkaitan.

Pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang hendaklah melaksanakan semua aku janji yang telah dinyatakan di dalam Laporan EIA. Jabatan Alam Sekitar akan sentiasa menjalankan pemantauan projek ini. JAS juga boleh mengeluarkan notis berhenti kerja (stop work orders) sekiranya berlaku sebarang pelanggaran syarat EIA projek tersebut. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Projek PSR ini adalah satu projek yang mempunyai kesan jangka panjang yang sangat besar. Ia melibatkan lebih daripada 10 ribu nelayan akan terjejas bukan sahaja melibatkan nelayan di Pulau Pinang tetapi melibatkan nelayan di Kedah, Perlis dan juga Perak.

Jadi saya ingin tahu sekiranya pematuhan terhadap 72 syarat yang ditetapkan oleh EIA ini dan juga 18 nasihat yang telah ditetapkan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ini tidak dipatuhi, adakah tindakan undang-undang boleh dibuat terhadap pemaju dan juga Kerajaan Pulau Pinang sebab kerajaan yang cukup besar. Kalau kita melihat sebelum ini kes tambakan laut di kawasan timur laut Gurney menyebabkan kesan mendakan lumpur yang tebal, pupusnya spesies- spesies ikan, udang yang menjadi sumber makanan, nelayan hilang pendapatan, berlakunya perubahan arus laut dan juga banjir dan sebagainya perubahan alam sekitar. Yang paling saya bimbang sekali ialah iaitu kesan terhadap sumber bekalan pasir yang akan diperoleh.

Saya ingin tahu di manakah bekalan pasir akan diperoleh dan apa kesan terhadap kawasan sekitar sebab saya dimaklumkan pasir ini akan diambil di kawasan perairan Perak. Jadi sejauh mana kesannya dan ini menyebabkan kesan yang cukup besar bukan sahaja kepada alam sekitar dan juga kepada keseluruhan empat negeri nelayan yang terlibat. Jadi saya ingin tahu sekiranya pematuhan yang disebut oleh Yang Berhormat tadi iaitu tanpa gagal. Sekiranya Kerajaan Negeri Pulau Pinang gagal mematuhi semua 72 syarat EIA ini, adakah Kerajaan Pulau Pinang boleh diambil tindakan undang-undang? Minta penjelasan.

final • 10:40 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy

Terima kasih atas soalan tambahan. Selepas daripada EIA ini, pihak pemaju juga perlu mengemukakan Environmental Management Plan iaitu yang disediakan mengikut format dalam Chapter 6: Post Submission Stage of EIA Report. Sekiranya tidak mematuhi yang telah pun disyaratkan, boleh dikenakan tindakan perundangan dan mengikut apa yang telah dilanggar. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Ya terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Timbalan Menteri yang telah memberikan penjelasan yang jelas terhadap 72 syarat. Saya rasa itu adalah syarat-syarat yang ketat dan juga profesional.

Soalan saya, selepas terdapat kelulusan laporan penilaian kesan kepada alam sekitar (EIA), apakah peranan kementerian dan juga Jabatan Alam Sekitar. Selepas keluar EIA ini apakah terdapat pemantauan yang ketat terhadap projek ini ataupun hanya keluar laporan, selepas itu lepas tangan itu sahaja. Jadi apakah monitoring mechanism selepas pengeluaran EIA tersebut? Itulah soalan saya.

final • 10:40 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy

Terima kasih atas soalan tambahan. Jabatan Alam Sekitar akan sentiasa memantau perjalanan projek ini juga. Seperti yang saya sebut tadi, selepas EIA, pihak pemaju juga kena mengemukakan Environmental Management Plan yang disediakan mengikut format dalam Chapter 6: Post Submission Stage of EIA di mana dokumen ini berkaitan tentang pollution prevention dan mitigation measures yang hendaklah dimasukkan bersekali di dalam EMP ini.

EMP yang lengkap ini hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk kelulusan sebelum pembangunan projek ini dimulakan. Langkah-langkah kawalan dan mitigasi yang lebih detail, yang lebih terperinci di dalam EMP ini hendaklah dilaksanakan dan dipatuhi sepenuhnya.

Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya hendak teruskan kepada soalan jawab lisan seterusnya, menjemput Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew, Wangsa Maju.

final • 10:40 AM

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebelum saya mengemukakan soalan saya, ingin saya mengalu-alukan kehadiran tetamu daripada pelajar Universiti Malaya...

[Tepuk]

final • 10:40 AM

5. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [Wangsa Maju] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan adakah kementerian bercadang supaya keputusan ujian DNA dapat digunakan sebagai bukti untuk mengenal pasti hubungan di antara anak dengan bapa dalam permohonan kewarganegaraan.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Mohd Azis bin Jamman

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kewarganegaraan seseorang individu ditentukan berdasarkan kepada status perkahwinan dan taraf kewarganegaraan ibu bapa kandung sewaktu kelahiran. Justeru itu, kaedah perekodan taraf kewarganegaraan individu yang dilahirkan di Malaysia oleh Jabatan Pendaftaran Negara adalah selaras dengan peruntukan di bawah Bahagian 3, Perlembagaan Persekutuan (Citizenship Rule 1964) serta perundangan berkaitan yang berkuat kuasa dalam isu pendaftaran perkahwinan, kesahtarafan anak, peraturan imigresen dan lain-lain.

Buat masa ini, kerajaan hanya menggunakan keputusan DNA sebagai dokumen sokongan bagi mengesahkan pertalian darah seseorang dengan ahli keluarga yang lain khususnya di antara kanak-kanak dengan ibu atau bapa ataupun dengan adik-beradik yang lain dan tidak dijadikan sebagai bukti konklusif dalam penganugerahan kewarganegaraan Malaysia. Ini kerana setiap pemohon masih perlu mematuhi undang-undang lain, khususnya yang berkaitan dengan pendaftaran perkahwinan dan mempunyai status keberadaan yang sah di Persekutuan. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju

Soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, adakah Jabatan Pendaftaran Negara di bawah kementerian Yang Berhormat, bercadang mengadakan satu SOP yang mengandungi perincian bagi setiap permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan iaitu pendaftaran kewarganegaraan dalam keadaan khas. Ini penting sebab sekarang kelulusan atau penolakan sesuatu permohonan adalah pertimbangan yang nampaknya agak subjektif. Sebagai contoh, seseorang anak yang lahir sebelum ibu bapanya mendaftarkan perkahwinan mereka, anak itu tidak dapat sijil kewarganegaraan sekiranya ibunya bukan warganegara Malaysia walaupun bapanya warganegara Malaysia.

final • 10:40 AM

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju

Alasannya ialah hubungan antara anak dan bapa tidak boleh ditentukan. Akan tetapi dengan adanya ujian DNA yang telah membuktikan hubungan antara bapa dan anak itu, sijil kewarganegaraan patut diberikan secara automatik. Saya minta pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:50 AM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Terima kasih dengan soalan tambahan Yang Berhormat Wangsa Maju. Sebagaimana saya sebutkan tadi dari segi SOP dia, sebenarnya kita telah jawab sebelum ini bahawa kita telah pun menambah baik SOP yang ada dan insya-Allah akan dikuatkuasakan bermula tahun hadapan. Di antara perincian-perinciannya ialah bila mana penolakan berlaku, kita akan memberikan sebab-sebab penolakan. Menyebut tentang yang disebut oleh Yang Berhormat sebentar tadi tentang ibunya bukan warganegara ataupun perkahwinan belum didaftarkan sewaktu kelahiran anak, itulah yang saya sebutkan tadi. Ibu atau pemohon itu masih boleh memohon pendaftaran kewarganegaraan melalui Perkara 15(a) dan perincian itu ada sebenarnya sudah tertulis di dalam syarat-syarat permohonan. Maknanya di sini Tuan Yang di-Pertua, masih boleh memohon.

Akan tetapi, apa yang saya sebutkan ujian DNA itu of course kita gunakan tetapi hanya sebagai dokumen sokongan sahaja kerana sebagaimana saya sebutkan dalam peraturan dan undang-undang pendaftaran perkahwinan dan juga kewarganegaraan ibu adalah perkara asas yang menjadi pertimbangan kerajaan. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang dihormati.

Soalan saya, apakah tindakan Kementerian Dalam Negeri terhadap warganegara Malaysia yang mempunyai dua warganegara? Contohnya warganegara di Australia pun ada, di London pun ada, di New Zealand pun ada dan berapakah bilangan mengikut kaum?

Kita tahu bahawa akhir-akhir ini banyak penghijrahan itu berlaku. Adakah Kementerian Dalam Negeri bekerjasama dengan negara yang memberi warganegara kepada rakyat Malaysia yang menjadi warganegara di sini? Soalan saya.

final • 10:50 AM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya di atas soalan tambahan tadi. Undang-undang negara itu cukup jelas bahawa kita tidak mengiktiraf dual citizenship atau dua kewarganegaraan. Maknanya jika ada maklumat ataupun individu yang kita kenal pasti mempunyai dua kewarganegaraan, mohon maklumkan dan buat laporan kepada Jabatan Pendaftaran Negara. Jika kita ketahui ada individu-individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, kita akan minta untuk individu ini untuk membuat pilihan sama ada dia melepaskan kewarganegaraan dia daripada negara yang satu ataupun dia sudi untuk melepaskan kewarganegaraan Malaysia.

Soalan kedua tadi apa?

final • 10:50 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Bilangan mengikut kaum.

final • 10:50 AM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Dari segi bilangannya mungkin saya boleh bagi secara bertulis sebab saya tidak ada data dia setakat ini. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

media massa melaporkan sayap pemuda sebuah parti politik berpangkalan di Sabah menggesa pihak berkuasa untuk mengesahkan ketulenan kad data pekerja asing yang mencatatkan kewarganegaraan mereka sebagai anak Sabah. Pengeluaran kad yang kini menjadi viral di media sosial juga di dakwa dikeluarkan di sebuah firma pengurusan.

Soalan saya, minta kementerian jelaskan sehingga kini terdapat berapa kes permohonan kewarganegaraan yang belum selesai? Adakah kerajaan bercadang untuk menjalankan enquiry awam mengenai isu kewarganegaraan ini? Minta kementerian jelaskan apakah status tentang siasatan pengeluaran kad data pekerja asing yang mencantaskan status kewarganegaraan Sabah?

Siapakah pihak yang bertanggungjawab terhadap isu ini dan apakah tindakan yang telah diambil?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Sebenarnya soalan itu keluar daripada tajuk soalan dia. Akan tetapi walau bagaimanapun tidak apa. Berkenaan dengan isu sindiket yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat tadi sebenarnya itu merupakan sindiket dan pihak polis telah pun menangkap orang yang terlibat dan kita telah tahan orang ini dan itu adalah jelas bahawa itu merupakan kerja sindiket yang sebenarnya bukan didalangi oleh kerajaan. Akan tetapi oleh individu yang mengambil kesempatan, itu yang ingin saya jelaskan. Dari segi jumlah sekali lagi saya kena bagi secara bertulis. Terima kasih.

final • 10:50 AM

6. Dato' Seri Mahdzir bin Khalid [Padang Terap] minta Menteri Pendidikan menyatakan, justifikasi adakah faktor kekangan kewangan disebabkan kegagalan tadbir urus kerajaan telah mengakibatkan pihak kementerian bertindak menggadaikan kepakaran, misi dan visi yang berbeza di dalam memartabatkan bidang akademik sehingga terpaksa menggabungkan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) demi untuk menjimatkan kos.

final • 10:50 AM

Menteri Pendidikan - Dr. Maszlee bin Malik

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di- Pertua, penggabungan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu

(UMT) merupakan peluang untuk memperkasakan lagi kebitaraan fokus bidang kedua-dua bidang universiti terutama dalam bidang Saing Kelautan dan juga Peradaban Islam. Berdasarkan kepada kebolehupayaan dan kepakaran kedua-dua buah universiti, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 April 2019 telah bersetuju pada dasarnya dengan cadangan supaya Universiti Malaysia Terengganu dan UniSZA digabungkan.

Perbincangan dengan pihak berkepentingan dan juga pemegang taruh telah memperlihatkan keupayaan dan potensi UMT dan UniSZA sebagai sebuah universiti baharu yang menjadi peneraju ulung dalam integrasi keilmuan Islam dan sains terutamanya dalam bidang Ilmu Peradaban Islam dan Sains Kelautan. Rasionalisasi penggabungan UMT dan UniSZA ialah yang pertama melonjakkan pencapaian dan kecemerlangan akademik, penyelidikan dan pengantarabangsaan.

Kedua, melipat ganda kapasiti keberhasilan dan impak sumber manusia, kepakaran dan fasiliti universiti. Ketiga, keperluan akses dan kemudahan fasiliti, infrastruktur kepada para pelajar dan kakitangan. Perluasan akses dan kemudahan ini, akan mempertingkatkan kualiti pembangunan pelajar dari segi akademi dan sahsiah. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan bahawa keputusan penggabungan ini tidak didorong oleh faktor kekangan kewangan di pihak kerajaan. Ini boleh dilihat melalui peruntukan belanjawan mengurus untuk kedua-dua buah universiti yang menunjukkan trend peningkatan.

Untuk tahun 2020, UniSZA bakal menerima RM173 juta berbanding RM140 juta pada tahun 2019. UMT pula bakal menerima RM165.5 juta pada tahun hadapan berbanding RM161 juta pada tahun 2019.

final • 10:50 AM

Menteri Pendidikan - Dr. Maszlee bin Malik

Tuan Yang di-Pertua, kementerian tentu sekali akan memastikan penggabungan ini tidak akan merugikan mana-mana pihak yang terlibat. Pendekatan radikal dan tidak konvensional merupakan strategi terbaik pihak KPM bagi mencapai hasrat mendepani realiti baharu pendidikan seperti mana yang telah disebutkan sebelum ini, demi meletakkan universiti-universiti di Malaysia di peta dunia dan melahirkan menara gading yang menjadi penjana kepada lahirnya intelektual dan cendekiawan yang boleh memberikan solusi bukan hanya kepada masalah masyarakat, bukan hanya kepada masalah negara tetapi juga menjadi warga dunia yang bertanggungjawab demi mewujudkan hadarah kemanusiaan yang baharu.

Kementerian juga berdasarkan penjelasan saya tadi, akan memastikan tidak timbul isu penggabungan yang bakal menggadaikan apa-apa kepakaran. Visi dan tumpuan semasa bidang akademi pada kedua-dua buah universiti yang terlibat. Bahkan, peluang penggabungan ini adalah satu lonjakan bagi memperkasakan lagi kebitaraan bidang fokus kedua-dua buah universiti, mempertingkatkan kualiti perkhidmatan serta memberi nilai tambah kepada mahasiswa, fakulti serta komuniti setempat.

Negeri Terengganu secara khusus, Negeri Terengganu sendiri akan turut mendapat limpahan manfaat melalui pemerkasaan hub pendidikan di negeri itu yang bakal menjadi sebuah universiti antarabangsa dan menjadi hub ilmu serantau terutamanya kepada kawasan Indo-China dan juga ASEAN. Tekad kami seperti yang telah disebutkan sebelum ini, apabila digabungkan kedua-dua universiti ini, mereka akan mempunyai lebih ramai profesor sebagai sebuah universiti, lebih banyak- sebagai sebuah universiti, lebih banyak kebitaraan sebagai sebuah universiti dan yang lebih penting kita ingin mempertingkatkan visibility, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, ataupun keberadaannya di peringkat global, di peringkat antarabangsa sebagai sebuah universiti maritim tetapi mempunyai dasar dan asas kepada keilmuan Islam itu sendiri. Kami juga beriltizam untuk memastikan penggabungan ini, akan meletakkan bukan hanya sekadar universiti yang baharu ini sahaja di peta global, malah Negeri Terengganu dan juga negara Malaysia nusa yang kita cintai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri yang telah memberi jawapan mengenai dengan penggabungan ini. Gabungan universiti ini ada pro and con, ada pandangan yang bersetuju dan pandangan yang tidak bersetuju. Akan tetapi, kerajaan telah membuat keputusan untuk menggabungkan universiti ini.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap

Jadi soalan saya, bilakah dia punya timeline untuk gabungan ini dapat dilaksanakan. Jika ada sudah timelinenya, jadi boleh Yang Berhormat Menteri memberitahu kepada Dewan ini dan apabila gabungan nanti, jumlah pelajar yang akan diambil berdasarkan daripada 2 buah universiti sekarang ini, ia akan ada satu jumlah pelajar yang akan diambil.

Soalan saya yang kedua, adakah Kementerian Pelajaran Malaysia bercadang untuk mengadakan gabungan mana-mana universiti awam yang lain selain daripada yang ada di Terengganu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Dr. Maszlee bin Malik

Sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini Tuan Yang di-Pertua bahawa perkembangan ini merupakan hasil daripada keputusan Kabinet secara dasarnya. Ini disusuli oleh kerja bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melakukan libat urus dengan semua pemegang taruh dengan kedua-dua pihak universiti dan dengan semua pihak yang terlibat dalam bidang akademia.

Kita mengambil beberapa contoh seperti Universiti of London, Universiti of Manchester yang terhasil daripada gabungan universiti atau merging process, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Begitu juga pengalaman di Amerika Syarikat dan beberapa negara-negara Eropah, hasil penggabungan universiti-universiti yang mempunyai potensi tetapi apabila mereka bergerak bersendirian, mempunyai limitasinya sendiri. Apabila digabungkan, mereka boleh melakukan lonjakan yang besar.

Sepertimana yang diminta, apakah bilangan pelajar yang akan terhasil daripada gabungan ini? Sudah tentunya pada waktu ini kita hanya mempunyai bilangan semasa. Akan tetapi unjuran hanya akan dilakukan apabila proses penggabungan ini berjaya dilakukan. Terlalu awal bagi saya untuk memberitahu bilakah tarikh yang setepatnya dan mungkin apabila telah mendapat tarikh kita akan beritahu kepada Dewan yang mulia ini tentang tarikh muktamad penggabungan tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, ada Yang Berhormat daripada Terengganu?

final • 11:00 AM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Yang di-Pertua, minta laluan untuk pengumuman.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Saya akan teruskan juga soalan.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Pengumuman sekejap, seminit. Alu-aluan.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Saya minta Yang Berhormat Kuala Terengganu.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Minta laluan untuk umum alu-aluan daripada lawatan Muslimah PAS...

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Pendang, sepatutnya yang saya panggil untuk mengemukakan soalan tambahan yang akan bercakap, bagi pada Yang Berhormat Kuala Terengganu.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Tidak apa, saya tolong baca.

final • 11:00 AM

Dato' Haji Salim Sharif - Jempol

Dia hendak tunjuk kepada...

final • 11:00 AM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Saya mengalu- alukan lawatan Muslimat PAS Parlimen Kuala Krai dan Pemuda PAS ke persidangan Dewan Rakyat pada pagi ini. Okey.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, mengikut QS ranking university yang keluar untuk tahun 2020 mendapati walaupun tanpa penggabungan, ranking universiti UMT telah naik sebanyak 50 anak tangga. Jadi, ini menunjukkan bahawa tanpa adanya penggabungan pun, ia boleh diperkasakan.

Secara umumnya didapati bahawa penggabungan universiti ini hanya timbul selepas keputusan dibuat oleh Kabinet.

Adakah sebelum daripada keputusan Kabinet sebarang kajian daya maju dibuat sebelum itu, sama ada kita ada opsyen penggabungan ataupun kerjasama ataupun sepertimana. Ini kerana ada kes-kes di mana penggabungan yang berlaku didapati selepas dua tahun kemudian selepas penggabungan didapati ianya gagal? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dr. Maszlee bin Malik

Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini, kajian mengenai penggabungan UMT dan UNISZA bukan lah sesuatu yang baharu. Lebih penting daripada itu, kita melihat daripada pengalaman universiti-universiti besar sama ada di UK, sama ada di negara Eropah yang lain ataupun di Amerika Syarikat, bagaimana kesan daripada penggabungan ia akan membawa kepada impak lonjakan.

Ya, saya tidak menafikan bahawa terdapat peningkatan bukan hanya UMT semata-mata tetapi juga menurut QS ranking, universiti-universiti lain juga turut melakukan lonjakan berbanding tahun-tahun sebelum ini. Ini kita letakkan kredit kepada pihak pentadbir universiti, seluruh universiti di Malaysia yang telah berjaya melonjak di dalam ranking dan juga kepada pihak pentadbir Lembaga Pengurusan Universiti.

Kita ucapkan tahniah dan juga kita ucapkan terima kasih kepada mereka kerana dengan jerih payah dan usaha mereka, kita dapat melihat hasilnya. Akan tetapi, seperti mana yang saya sebutkan tadi di Dewan yang mulia ini, fokus kita bukan hanya sekadar kepada ranking semata-mata, pembangunan holistik demi melahirkan universiti sebagai takungan menara gading yang melahirkan para intelektual dan juga cendekiawan yang bukan hanya dapat menyelesaikan masalah negara, masalah masyarakat, malah menjadi warga dunia yang membina hadarah kemanusiaan baharu, itu menjadi fokus kita.

Kita melihat bahawa secara fizikalnya kedua-dua buah universiti ini, UMT dan UNISZA akan mempunyai banyak kelebihan jikalau ia digabungkan. Seperti mana yang saya telah sebutkan tadi, bertambahnya bilangan profesor, bertambahnya bilangan pensyarah, bertambahnya bilangan pelajar, bertambahnya sitasi, bertambahnya penerbitan dan lain-lain lagi. Sehingga kini, kita tahu banyak universiti-universiti daripada luar apabila mereka berhubung dengan kita, mereka akan bertanyakan beberapa perkara seperti penerbitan, seperti bilangan profesor, seperti bilangan kajian.

Jikalau kedua-dua universiti bergerak secara silo, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kita hanya mendapat dua universiti yang kecil. Apabila digabungkan, kita akan boleh untuk berhadapan dengan raksasa-raksasa di dalam bidang akademia di peringkat global dengan mengatakan bahawa kita punyai kekuatan yang lebih sebagai satu universiti yang besar.

Berbanding kita pergi sebagai sebuah universiti yang kecil, sekarang ini kita menggabungkan, kita menjadi sebuah universiti yang besar dan kita mampu untuk menjadi friends of the giants, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Wah, mantap, mantap. Yang Berhormat Menteri mantap. Yang Berhormat Tasek Gelugor.

final • 11:00 AM

7. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor] minta Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan, statistik terkini berkaitan laporan pencemaran alam sekitar yang berlaku mengikut negeri dan apakah pihak kementerian ada merangka suatu ‘standard operating procedure’ (SOP) terhadap kesedaran dan siap siaga bagi penduduk setempat yang berisiko tinggi selaras di seluruh negara.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan rekod di Jabatan Alam Sekitar pada tahun 2019 daripada Januari sehingga 31 Oktober 2019, sebanyak 9,681 laporan pencemaran alam sekitar diterima membabitkan pencemaran air, udara, tanah, buangan terjadual, bunyi bising, tumpahan minyak dan lain-lain.

Dalam tempoh yang sama, JAS juga telah berjaya melaksanakan 11,710 pemeriksaan iaitu peningkatan 63 peratus dari tahun lepas, 1,593 arahan lapangan peningkatan 33 peratus dari tahun lepas, 3,413 notis arahan peningkatan 70 peratus dari tahun lepas, 3,465 kompaun peningkatan 51 peratus dari tahun lepas, 238 tindakan mahkamah, peningkatan 37 peratus daripada tahun lepas, 254 perintah larangan, peningkatan 4,133 peratus dari tahun lepas.

Ahli-ahli Yang Berhormat, berkenaan standard operating procedure kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara, ataupun National Disaster Management Agency (NADMA), Jabatan Perdana Menteri akan mengguna pakai SOP pengendalian bencana industri yang menggariskan peranan dan tanggungjawab agensi-agensi dalam mengendalikan bencana industri. Tatacara pengendalian bencana dalam SOP ini boleh diguna pakai menghadapi apa-apa insiden atau bencana kimia yang berlaku.

Di samping mengguna pakai SOP tersebut, pihak Jabatan Alam Sekitar juga melaksanakan komuniti engagement and awareness raising dengan izin bagi meningkatkan tahap pemahaman penduduk tempatan berkenaan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku insiden pencemaran atau bencana kimia. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Haji Shabudin Yahaya - Tasek Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita melihat kepada penjelasan Yang Berhormat Menteri sebentar tadi, menunjukkan bahawa peningkatan yang cukup ketara dari segi pelanggaran ataupun perbuatan-perbuatan yang mencemarkan alam sekitar sama ada udara, darat ataupun di air. Jadi, dengan peningkatan- peningkatan tersebut, dari satu segi kalau kita lihat nampak keberkesanan tindakan daripada Jabatan Alam Sekitar tetapi dalam masa yang sama kita melihat seolah-olah kesedaran masyarakat dari segi menjaga alam sekitar, masih belum lagi berada pada satu tahap yang memuaskan.

final • 11:00 AM

Datuk Haji Shabudin Yahaya - Tasek Gelugor

Justeru dengan itu, apakah pihak Jabatan Alam Sekitar bercadang untuk meningkatkan lagi nilai hukuman dan denda yang dikenakan supaya ia lebih menakutkan dan memberikan satu pemberat kepada pihak-pihak yang tidak mengendahkan tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar ini. Saya juga ingin tahu tentang perkembangan pencemaran Sungai Kim Kim yang berlaku pada tahun ini, di mana adakah pihak-pihak telah dikenal pasti sebagai pihak yang melakukan kesalahan, dan apakah tindakan yang telah pun dikenakan kepada mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy

Terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat.

Kita dalam tahun 2019 ini, kita aim, kita punya goal, dengan izin, adalah untuk meningkatkan lebih banyak penguatkuasaan kepada kebanyakannya kilang-kilang haram ataupun mana-mana kilang yang tidak mematuhi peraturan sehingga melibatkan dan menampakkan akta yang kita telah buat iaitu pemeriksaan, arahan lapangan, notis arahan, kompaun dan sebagainya tindakan mahkamah telah pun meningkat.

Untuk jawapan kepada soalan Yang Berhormat tadi, soalan kedua iaitu di mana perkembangan Sungai Kim Kim yang terbaru, saya kurang ingat tarikh bila, tapi dua minggu lepas kalau tidak silap saya kita telah pun bermesyuarat bersekali dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor tentang perkembangan Sungai Kim Kim, dan juga kita telah pun memaklumkan bahawa pesalah Sungai Kim Kim telah pun dihadapkan di mahkamah dan akan dibicarakan.

final • 11:10 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy

Mengenai tentang tambahan denda sekiranya kita ingin kuatkuasakan, supaya kita ingin menakutkan, supaya tidak lagi ramai orang membuat kesalahan, kita sedang melakukan pengubahan semula Akta Kualiti Alam Sekeliling yang insya-Allah akan lebih terperinci dan akan nampak lebih peningkatan tentang denda yang melibatkan pesalah-pesalah alam sekitar ini, dan insya-Allah kita akan table-kan, dan kita akan kemukakan pada tahun hadapan di Parlimen. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat, saya bersama-sama dengan Yang Berhormat Tasek Gelugor di atas permintaan beliau itu, dan soalan saya mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri nyatakan, laporan berkaitan pelepasan karbon dalam udara yang terkini.

Saya difahamkan melalui SOP yang telah dibuat, 80 peratus emission, dengan izin, emission carbon yang dilepaskan, puncanya adalah loji jana kuasa yang pemiliknya telah mengaut untung yang begitu banyak, dan sebegitu lama Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri bercadang untuk mewujudkan carbon tax dan carbon pricing ini, supaya ia mampu sebagai mekanisme untuk menjamin kelestarian alam sekitar kita? Ramai menganggap Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa keengganan kerajaan ini, Kerajaan PH ini melaksanakan usaha ini akan menimbulkan satu persepsi bahawa Kerajaan PH, adalah kerajaan yang mempunyai dasar melindungi big business, big boys dan juga dasar kapitalis. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kangsar yang telah pun bertanya.

Saya kira Yang Berhormat Kuala Kangsar memang sangat passion tentang carbon tax dan sebenarnya saya telah pun jawab tentang carbon tax. Saya rasa dalam beberapa siri yang lalu, pendirian MESTECC- kita tidak pernah melindungi mana-mana big boys ataupun mana-mana yang melanggar peraturan. Akan tetapi kita juga ingin melakukan contoh yang kita telah saya sebut dalam jawapan bertulis, nanti saya bagi jawapan bertulis sebab saya pernah jawab soalan ini, maklumat...

final • 11:10 AM

Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya tahu Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab. Saya tidak puas hati. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy

Saya tidak ada maklumat ini dengan saya, tapi dalam masa yang sama kita kena melihat dari pelbagai sudut tentang kalau kita pun mahu mengenakan carbon price dan carbon tax ini. Saya akan bagi jawapan bertulis dan sebab sebenarnya saya sudah pun jawab dalam soalan lisan saya. Terima kasih.

final • 11:10 AM

8. Puan Rubiah binti Haji Wang [Kota Samarahan] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan, adakah kementerian berjaya menurunkan kadar inflasi dan kenaikan harga barangan terutamanya setelah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dikuatkuasakan.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Chong Chieng Jen

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Inflasi keseluruhan iaitu headline Consumer Price Index (CPI) mengukur peratus perubahan tahunan dalam Indeks Harga Pengguna yang menunjukkan perubahan harga bagi barangan dan perkhidmatan bagi 12 kumpulan utama berbanding tahun sebelumnya. Daripada 12 kumpulan utama ini, perubahan harga bagi kumpulan yang wajaran tertinggi ialah makanan dan minuman bukan alkohol iaitu 29.5 peratus yang amat mempengaruhi kadar inflasi secara keseluruhan. Perubahan harga barangan pula bukan semata-mata kerana faktor cukai seperti pengenalan SST, atau GST.

Sebagai negara yang mengamalkan sistem ekonomi pasaran bebas dan terbuka, kuasa pasaran iaitu market forces berperanan sebagai faktor penentu kepada turun, naik harga barangan, di samping dipengaruhi oleh faktor-faktor dalaman dan luaran seperti berikut:

(i) faktor permintaan dan penawaran;

(ii) kegiatan manipulasi harga oleh orang tengah;

(iii) peningkatan kos pengeluaran, kos logistik dan pengangkutan;

(iv) perubahan cuaca dan bencana alam;

(v) kos pengimportan yang tinggi terutamanya bagi bahan makanan;

(vi) kegiatan kartel dan monopoli; dan

(vii) faktor-faktor lain.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Chong Chieng Jen

Cukai barangan dan perkhidmatan iaitu GST telah mula dilaksanakan pada 1 April 2015 hingga 31 Mei 2018. Mulai 1 Jun 2018 sehingga 31 Ogos 2018 kerajaan telah menetapkan GST pada kadar sifar iaitu tax holiday sehingga pelaksanaan sistem percukaian yang baharu iaitu cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada 1 September 2018.

Untuk menjawab soalan Yang Berhormat, kadar inflasi untuk enam bulan selepas pelaksanaan SST adalah seperti berikut: September 2018, sebanyak 0.3 peratus; Oktober 2018, sebanyak 0.2 peratus; November 2018, sebanyak 0.2 peratus; Disember 2018, sebanyak 0.2 peratus; Januari 2019, sebanyak negatif 0.7 peratus; dan Februari 2019, sebanyak negatif 0.4 peratus.

Untuk kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol kadar inflasi adalah seperti berikut:

September 2018, sebanyak 0.5 peratus; Oktober 2018, sebanyak 1.2 peratus; November 2018, sebanyak 1.1 peratus; Disember 2018, sebanyak 0.7 peratus; Januari 2019, sebanyak satu peratus; dan Februari 2019, sebanyak satu peratus.

Jika kita buat perbandingan angka-angka tersebut dengan kadar inflasi enam bulan sebelum pemansuhan GST, ia daripada Disember 2017 hingga Mei 2018- purata kadar inflasi bulanan adalah dua peratus.

Bagi kadar inflasi kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol, kadar inflasi masa itu adalah dalam lingkungan dua hingga tiga peratus.

Oleh itu secara kesimpulan, kadar inflasi selepas pelaksanaan SST adalah terkawal dan lebih rendah jika berbanding dengan tempoh pentadbiran sebelum ini yang melaksanakan sistem percukaian GST. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Kota Samarahan, soalan tambahan yang pertama 30 saat.

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Tuan Yang di-Pertua, saya dipohon untuk tolong baca soalan beliau [Ketawa]

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sebab suaranya tidak keluar?

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Jadi ini hanya membaca soalan bagi pihak Yang Berhormat Kota Samarahan.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila, saya benarkan Yang Berhormat Batang Sadong, sila.

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita difahamkan bahawa bermula tahun hadapan kerajaan akan memperkenalkan subsidi petrol bersasar, dan ini akan meningkatkan harga minyak. Perkara ini akan menyebabkan juga kenaikan harga barangan di pasaran, rentetan dari kenaikan kos pengangkutan.

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Justeru itu soalan tambahan saya- beliaulah Yang Berhormat Kota Samarahan telah- adakah pihak kementerian mempunyai mekanisme dalam mengawal harga barangan daripada meningkat dan membantu mengurangkan bebanan rakyat terutama sekali rakyat di luar bandar. Itu saja, terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kota Samarahan.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Chong Chieng Jen

Terima kasih atas jasa baik Yang Berhormat dari Batang Lupar.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Batang Sadong.

final • 11:20 AM

Tuan Chong Chieng Jen

Yang Berhormat Batang Sadong, terima kasih. Berkenaan tentang soalan iaitu mengenai program subsidi bersasar, secara amnya semasa kita melaksanakan program subsidi bersasar itu, kita akan mengapungkan harga minyak, harga petrol. Untuk meringankan kos sara hidup rakyat dan juga supaya harga barangan tidak akan melambung mendadak, kita akan mengapungkan harga petrol berperingkat iaitu 2 sen, 1 sen- 2 sen satu minggu atau 1 sen satu minggu sehinggakan harga RON95 mencapai harga pasaran.

Akan tetapi untuk Sarawak, kita akan kekalkan harga petrol RON95 pada harga tahap sekarang iaitu RM2.08. Oleh itu program subsidi bersasar untuk RON95 tidak akan dilaksanakan di Sarawak kerana kita menikmati di Sarawak subsidi secara pukal iaitu across the board dengan mengekalkan harga petrol RON95 itu pada tahap RM2.08. Itulah supaya di Sarawak itu tidak ada pengapungan harga RON95.

final • 11:20 AM

Tuan Chong Chieng Jen

Juga untuk menangani harga barangan yang naik, kita ada akta-akta kawalan harga yang akan kita kuatkuasakan supaya peniaga-peniaga tidak mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang berlebihan. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun - Beaufort

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya dengar jawapan yang pertama daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai beberapa perkara yang di luar kawalan kita mengenai dengan kenaikan harga barang.

Tetapi ada dua perkara yang saya lihat iaitu kesan daripada perbuatan orang tengah dan juga kartel di dalam negara kita. Apakah tindakan kementerian untuk memastikan orang tengah dan kartel tidak menyebabkan kenaikan harga barang untuk kita membantu rakyat kita dalam negara kita Malaysia ini. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Chong Chieng Jen

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort, kita ada buat, kementerian saya sekarang ada buat tinjauan dan survey atas rantaian bekalan makanan untuk sayur-sayuran dan juga ikan di samping untuk menentukan di tahap mana di dalam rantaian bekalan makanan itu yang harganya dinaikkan dan caj yang terlampau dikenakan atas barangan makanan itu. Di samping survey, study atas rantaian bekalan makanan, kita juga melalui MyCC iaitu competition commission. Kita juga membuat, study mengenai beberapa perkara atau beberapa makanan yang dipengaruhi oleh polisi AP sistem dan juga monopoli yang kita warisi daripada pentadbiran sebelum ini.

Antaranya adalah seperti daging lembu dan juga beras dan juga kubis. Ini adalah beberapa perkara yang kita sekarang dapat study daripada MyCC dan kita sudah membentangkan, menyampaikan hasilan dan study itu kepada kementerian yang berkenaan. Ini supaya polisi yang baru akan dilaksanakan supaya kartel dan AP sistem itu akan mungkin dilihat semula lagi. Oleh itu, ia adalah dalam proses kita untuk mengkaji semula tentang polisi yang mewujudkan kartel dan monopoli di pasaran ini. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih. Ahli Yang Berhormat untuk pertanyaan jawab lisan seterusnya, saya jemput Yang Berhormat dahsyat, Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid, Yang Berhormat Kapar.

final • 11:20 AM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebelum saya ajukan soalan, saya ingin alu-alukan kehadiran guru-guru dan pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khea Wah, Matang, Taiping, Perak. Soalan saya nombor sembilan. Mohon jawapan.

final • 11:20 AM

9. Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kapar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, adakah kementerian bercadang untuk mengkaji semula penggajian anggota agensi penguatkuasaan memandangkan cabaran tugas yang semakin hebat terutamanya PDRM dan Penjara.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato’ Mohd Azis bin Jamman

Dahsyat. Dahsyat.

Terima kasih Yang Berhormat Kapar, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

**[****Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Kerajaan telah menyatakan kesediaan untuk mengkaji semula penggajian anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia ataupun PDRM. Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi pada 11 Jun 2019 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berpandangan bahawa kajian tersebut perlu mengambil kira kekangan dan implikasi kewangan negara serta setara dengan skim-skim perkhidmatan yang lain. Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan kajian dan telah membentangkan perkara ini kepada Kementerian Kewangan Malaysia pada 10 Julai 2019 dan memanjangkan permohonan ini ke Jabatan Perkhidmatan Awam ataupun JPA pada 20 Ogos 2019 untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya sementara kita membicarakan soal IPCMC yang terkesan parah kepada anggota PDRM dan permasalahan beban spesifikasi anggota penjara. Soalan saya adalah apakah kerajaan boleh mempertimbangkan kenaikan penggajian di atas senioriti anggota kenaikan pangkat dianggap wajib dan jika sekiranya anggota tersebut tiada rekod disiplin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Dato’ Mohd Azis bin Jamman

Dahsyat. Terima kasih dengan soalan tambahan Yang Berhormat tadi. Tuan Yang di-Pertua, setakat ini, sebenarnya soalan ini sesuai dijawab oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, bukan Kementerian Dalam Negeri.

final • 11:20 AM

Dato’ Mohd Azis bin Jamman

Walau bagaimanapun, setakat ini kenaikan adalah berdasarkan kepada kenaikan gaji tahunan sahaja. Walau bagaimanapun, gaji akan naik jika ada kenaikan pangkat dan secara senioriti pada pangkat yang sama hanya kenaikan biasa dan pada dasarnya sekiranya naik pangkat itu berdasarkan prestasi, senioriti hanya diambil kira sebagai salah satu kriteria untuk kenaikan pangkat dan bukan untuk kenaikan gaji.

Sekiranya ada kenaikan pangkat, bermakna secara realitinya, gaji dia juga akan naik.

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab soalan tadi. Kita sedar bahawa hari ini khususnya anggota polis yang berpangkat sarjan ke bawah mempunyai kekangan yang begitu dahsyat sebab mereka yang bekerja atau bertugas di kawasan bandar dan di luar bandar lain, di bandar lain. Jadi, saya juga tahu kementerian sendiri telah menghantar usul 13 cadangan kepada pihak JPA bagaimana untuk membantu kebajikan, kenaikan gaji mereka ini.

Akan tetapi dalam konteks ini apakah ada sebarang cadangan dalam masa yang terdekat ini untuk berpangkat rendah, sarjan ke bawah, yang bekerja di kawasan bandar, pusat-pusat bandar yang mana begitu ketara mereka menghadapi masalah kewangan. Kalau kita hendak melihat agar polis-polis kita tidak makan rasuah, tidak ada terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat, maka dengan itu Kementerian Dalam Negeri harus memikirkan sesuatu perkara untuk membantu mereka.

Terima kasih. Soalan saya tadi, adakah kaedah ini sedang dilakukan khususnya tambahan elaun kepada mereka?

final • 11:20 AM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Terima kasih kepada Yang Berhormat Baling, terima kasih dengan soalan tambahan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, untuk pembetulanlah, sebenarnya bukan 13 yang kita pohon tetapi ada 17 yang kita pohon dan telah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk pertimbangan.

Menyentuh tentang Sarjan ke bawah itu, sebenarnya memang ada dan kajian elaun kesusahan, contohnya, merupakan di antara elaun yang kita cadangkan untuk diberi pertimbangan yang sewajarnya kerana kita mengambil sikap...

final • 11:30 AM

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah tamat ya.

final • 11:30 AM

Dr. Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Kuala Krai satu lagi.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Baik, soalan tambahan yang terakhir ya.

final • 11:30 AM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Belum habis jawab lagi.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ringkas.

final • 11:30 AM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Belum habis lagi. Belum lagi.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Belum habis?

final • 11:30 AM

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Tuan Yang di-Pertua, Cameron Highlands.

final • 11:30 AM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Belum lagi habis.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Belum habis jawapan lagi...

final • 11:30 AM

[Dewan riuh]

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Bagi habis dahulu. Nanti Yang Berhormat Baling marah kalau soalan dia tidak habis dijawab.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 11:30 AM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Jadi, di antara kajian yang saya sebutkan tadi adalah kajian elaun tentang kesusahan polis-polis berpangkat sarjan dan ke bawah. Ini di antara elaun-elaun yang kita pertimbangkan dan minta untuk Jabatan Perkhidmatan Awam untuk beri pertimbangan. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Tuan Yang di-Pertua. Cameron Highlands, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Polis, polis.

final • 11:30 AM

Seorang Ahli

Bekas polis, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Bekas polis. Jangan aniaya polis.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya dikongkong oleh masa. Jam 11.31. Jadi...

[Disampuk] Tiada bantahan? Yang Berhormat Arau tidak bantah? Dahulu bantah. Baik, Yang Berhormat Cameron Highlands, silakan. Soalan tambahan.

final • 11:30 AM

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, ada tidak dalam perancangan Yang Berhormat Menteri mencadangkan kepada JPA, kalau kita lihat sekeliling- tidak payah jauh, di Asia Tenggara sahaja.

Jangan negara-negara yang ekonomi tidak begitu tetapi kita bandingkan dengan Singapura.

Pegawai-pegawai polis di sana dibayar lebih daripada apa yang telah pekhidmat perkhidmatan awam yang lain at least 10 percent to 20 percent. Kerana apa? Saya percaya begini ya. If you pay peanuts, you get monkey. So, please consider.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 11:30 AM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Terima kasih Yang Berhormat Cameron Highlands. Saya tahu Yang Berhormat Cameron Highlands bekas anggota polis. So, beliau maklum tentang masalah- masalah yang dihadapi oleh anggota-anggota polis.

Sebagaimana kita sebut, pada dasarnya, kementerian bersetuju jika perkara-perkara seumpama elaun-elaun ini diberi pertimbangan yang sewajarnya kerana kita tahu tentang masalah dan kekangan yang dihadapi oleh anggota-anggota polis kita. Akan tetapi, kita mengambil kira tentang implikasi kewangan. Kita pun tahu dari segi polisi kewangan ini, ada seramai 1.6 juta penjawat awam seluruh negara yang mana kita juga perlu mempertimbangkan kesemua mereka ini.

Oleh sebab itu, apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi memang kita, sebagaimana yang saya sebutkan tadi dalam jawapan saya, ada 17 perkara yang kita telah mohon kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk dipertimbangkan bagi membantu ataupun pertimbangan untuk kenaikan gaji-gaji anggota-anggota polis kita yang kita tahu memerlukan kenaikan ini. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dengan itu, tamatlah sesi soal jawab lisan.

[MasaPertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 11:30 AM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Saya mohon untuk Peraturan Mesyuarat 14(1)(i), Penerangan daripada Menteri-Menteri.

Saya dengan rendah diri memohon kebenaran Tuan Yang di-Pertua supaya Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan memberikan penerangan untuk membetulkan jawapan beliau semasa menggulung peringkat Jawatankuasa Kementerian Wilayah Persekutuan pada 19 November yang lepas yang telah memberikan fakta yang salah tetapi pada 2 November di luar Parlimen, Yang Berhormat Menteri telah pun mengakui kesilapan fakta beliau semasa memberikan jawapan penggulungan di dalam Parlimen yang mulia ini.

Isu ini, Tuan Yang di-Pertua, ialah apabila saya sendiri membangkitkan mengenai kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Port Dickson iaitu mengenai Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu batal jika Pakatan tawan Putrajaya. Ini Yang Berhormat Port Dickson buat.

Pada masa itu, saya menyatakan bahawa kenyataan ini dibuat selepas akta ini diluluskan.

Akan tetapi, Yang Berhormat Menteri terus mengatakan bahawa kenyataan Yang Berhormat Port Dickson itu dibuat sewaktu draf akta itu baru dibuat dan berlakulah pertelingkahan saya dengan Yang Berhormat Menteri dan akhirnya, saya ulang di dalam Hansard ini, akhirnya saya tidak hendak bergaduh pada masa itu kerana hendak menjimatkan masa.

Maka saya tegaskan sebelum saya duduk pada masa itu iaitu saya nyatakan, “Saya hendak betulkan fakta supaya masuk dalam Hansard bahawa Yang Berhormat Menteri kata bahawa kenyataan Yang Berhormat Port Dickson ini sebelum akta ini diluluskan iaitu waktu draf. Saya pula menyatakan bahawa kenyataan ini dibuat setelah apabila akta ini wujud. Terpulanglah kepada rakyat untuk menilainya.” Saya sudah bagi kenyataan ini.

final • 11:30 AM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Akan tetapi pada 26 hari bulan, Yang Berhormat Menteri melalui Wilayahku- Wilayahku ini, Tuan Yang di-Pertua, ialah satu soal jelas melalui Wilayahku iaitu media warga kota. Ini dia. Media warga kota ini merupakan sebuah akhbar mingguan yang dilancarkan Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad pada 14 Januari yang mana dalam kenyataan Wilayahku ini, Yang Berhormat Menteri telah pun menyatakan dengan jelas.

Saya baca kenyataan beliau di dalam ini iaitu, “Kata beliau, “Namun, selepas saya menyemak balik fakta kes ini, didapati kenyataan Anwar dibuat selepas akta itu telah diluluskan, bukan ketika dibahaskan sebagaimana ucapan saya dalam sesi penggulungan itu.” Makna, dia mengakui kesilapan ini.

Jadi, saya hendak mohon supaya Yang Berhormat Menteri di bawah Peraturan 14(1)(i) ini supaya membetulkan kenyataannya kerana kenyataan beliau di luar Parlimen melalui media tidak akan boleh membetulkan jawapan Hansard di dalam Parlimen ini. Mohon pertimbangan.

final • 11:30 AM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Tuan Yang di-Pertua, peraturan juga. Peraturan 14(1)(i) dan saya membaca peraturan 14(1)(i) itu adalah penerangan daripada Menteri-Menteri. P.M.

14 ialah agenda mesyuarat dan ministerial statement adalah tidak terpakai. Sebenarnya Yang Berhormat boleh bawa di bawah urusan lain dan bukan di bawah penerangan daripada Menteri. Is a ministerial statement.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Siapa ini? Kita minta penjelasan Tuan Yang di-Pertua, bukan penjelasan Ahli Parlimen.

final • 11:30 AM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tuan Yang di-Pertua, perkara ini pernah berlaku semasa Kementerian Luar Negeri, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila duduk Yang Berhormat Arau.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bagi Tuan Yang di-Pertua lah terang.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Beginilah. Mengikut apa yang...

final • 11:30 AM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Menteri Luar Negeri. Sudah ada precedent case.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Mengikut apa yang berlaku beberapa bulan yang lalu, Yang Berhormat harus menulis kepada saya menyatakan fakta-faktanya dan selepas itu saya akan pertimbangkannya.

final • 11:30 AM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, kita sudah ada satu petua. Waktu Yang Berhormat Ketereh bangun membetulkan...

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Ketereh menulis surat kepada saya.

final • 11:30 AM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Dia bawa pada permulaan juga?

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak. Akan tetapi, saya semak betul-betullah ya.

final • 11:30 AM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Jadi bermakna saya kena tulis surat dahulu kepada Tuan Yang di-Pertua?

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Sebab banyak fakta yang dibangkitkan dan tidak adil bagi saya dan bagi Yang Berhormat Menteri untuk menjawab begitu sahaja.

final • 11:30 AM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Akan tetapi bukan bawah P.M. 36(12) ya?

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Mana-mana yang dianggap sesuailah ya. Lihat dahululah.

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG PENGANGKUTAN BARANG MELALUI LAUT (PINDAAN) 2019 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pengangkutan Barang Melalui Laut 1950; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Pengangkutan [Dato’ Kamarudin Jaffar]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, saya ucapkan tahniah kepada pembangkang kerana dah pandai menjadi pembangkang.

final • 11:39 PM

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahaskan dan diputuskan dalam peringkat Jawatankuasa Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2020 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2020 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 28 November 2019.”

final • 11:39 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dr. Ong Kian Ming

Saya sokong.

final • 11:39 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:39 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2020 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2020 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2020 dan Anggaran Pembangunan 2020 dalam Jawatankuasa sebuah- buah Majlis.” [Hari Keempat Belas] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 11:40 AM
Maksud B.60 [Jadual] - Maksud P.60 [Anggaran Pembangunan 2020] -

Tuan Pengerusi

Hari ini giliran Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

Kita bermula dengan Kementerian Pertahanan. Kepala Bekalan B.60 dan Kepala Pembangunan P.60 di bawah Kementerian Pertahanan terbuka untuk dibahas.

Seperti biasa, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya umumkan hari ini tempoh masa perbahasan di peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan 2020 dihadkan selama sepuluh minit pada awalnya bagi setiap ahli yang ingin untuk berbahas dan Yang Berhormat Menteri-menteri diberi masa 60 minit untuk menjawab masing-masing.

Kita bermula dengan pembahas dari PH iaitu Yang Berhormat Bagan Serai. Silakan.

final • 11:40 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Maksud B.60, Butiran 010200 – Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran. Bila cakap tentang veteran ini saya ingin sekali lagi bercakap tentang pengiktirafan veteran. Ini kerana mereka ini adalah insan-insan yang telah menabur bakti dan berkorban untuk negara, untuk mengawal keselamatan negara, berkorban ada yang darah dan juga nyawanya.

Akan tetapi hari ini, sebagai veteran mereka ini sudah tua. Banyak tak boleh kerja, banyak dah sakit ada yang lumpuh, ada yang cedera, ada yang kudung kaki kanan, kaki dan tangan serta sebagainya kerana kecederaan semasa bekerja. Walau bagaimanapun saya masih melihat mereka ini cukup kuat dan bersemangat. Tuan Pengerusi, saya telah banyak kali merasmikan mesyuarat- mesyuarat veteran Angkatan Tentera. Ini yang saya tengok.

final • 11:41 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Penjelasan, Yang Berhormat penjelasan.

Adakah cedera...

final • 11:41 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Semangat dan disiplin yang kuat.

final • 11:41 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat adakah cedera dan kudung kaki itu sebab...

final • 11:41 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

[Menyanyi] Inilah barisan kita, Yang ikhlas berjuang, Siap sedia berkorban, Untuk ibu pertiwi. Meremang bulu roma Tuan Pengerusi. Tengok Yang Berhormat Padang Serai pun tak senang duduk. Ini bekas-bekas veteran ini. Jadi saya berfikir...

final • 11:41 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat penjelasan sikit sahaja, sikit sahaja.

final • 11:41 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Silakan.

final • 11:41 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Apakah kudung kaki kecederaan ini sebab melawan komunis. Terima kasih.

final • 11:41 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tuan Pengerusi saya hendak menyatakan ini di dalam Perlembagaan Perkara 41 Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong adalah Panglima Tertinggi Angkatan Tentera dan juga Perkara 132...

final • 11:41 AM

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat.

final • 11:41 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

ATM ini adalah penjawat awam yang terkanan di dalam penjawat awam. Apa makna ini, apa makna ini kalau pengiktirafan dan juga perhatian diberikan terbaik sekali untuk veteran Angkatan Tentera. Tuan Pengerusi, hari ini veteran ada 159 ribu lebih yang mana 100 ribu orang lebih adalah berpencen dan 58 ribu orang lebih tidak berpencen hampir 50 percent. Jadi perkara pertama saya hendak tanya kerajaan ialah tentang penyelarasan pencen untuk mereka yang pencen dulu dan juga pencen sekarang.

final • 11:41 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Ini kerana dulu pencennya kecil, yang kita dengar ini masih dikaji, masih dikaji saya ingat jangan lama-lama sangat kaji takut nanti kena taji.

Jadi ini kita katakan kita hendak hargai veteran Angkatan Tentera walk the talk, kita buat penghargaan ini. Jadi ini saya hendak tanya sebab saya pernah terbaca ahli sukan yang dapat gold medalist di Olimpik dapat pencen RM5,000 sebulan seumur hidup, kalau dapatlah. Kalau dapat Olimpik baguslah tetapi hari ini kita hendak tengok saya hendak bagi contoh satu orang yang mendapat PGB Panglima Gagah Berani RM1,500 sebulan itu dulu. Bolehkah dinaikkan sedikit tak dapat RM5,000 tak apa tetapi dalam suasana kos sara hidup, suasana sekarang ini di naikkan sedikit elaun ini.

Siapakah saya hendak tanya contohnya dalam askar wataniah, the only person dengan izin satu-satunya orang yang mendapat PGB dalam askar wataniah apa jadi pada dia. Orang yang menembak komunis dulu, tiga orang komunis ditembak di Lebuhraya Timur-Barat. Hari ini sudah tua, sudah sakit dan juga siapakah askar wataniah pertama yang mendapat PKH daripada negeri Perak tidak ada elaun, ada imbuhan tetapi tidak ada elaun. Saya hendak menyatakan bahawa mereka perlu dibela.

final • 11:41 AM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Badan Serai, Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 11:41 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat siapa ketua komunis pada masa tersebut.

final • 11:41 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Begitu juga dengan mereka yang mendapat PJM...

final • 11:41 AM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Bagan Serai, penjelasan sikit.

final • 11:41 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Sebentar, sebentar. Begitulah mereka mendapat PJM, Pingat Jasa Malaysia banyak. Mereka-mereka yang berkhidmat sebelum komunis meletakkan senjata dapat PJM. Dari Bagan Serai saya tengok dapat PJM punyalah seronok.

Sewa van naik 11 orang pergi Kuala Kangsar ambil pingat, bagus. Dapat pingat balik tetapi tak dapat apa-apa yang lain. Baguslah dapat pingat terima kasih kerajaan tetapi apalah kiranya diberikanlah contohnya imbuhan bagi RM500 sebulan bagilah tiap-tiap bulan. Mereka ini sudah pencen, veteran berapa lama lagi. Jadi ini yang saya hendak katakan tadi ada contoh mereka yang dapat PGB tidak ada tempat tinggal mohon tanah kurnia.

Sekali lagi dapat jawapan dikaji-dikaji, difikirkan jadi ini yang Tuan Pengerusi saya fikirkan sangat-sangat penting. Silakan.

final • 11:41 AM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Boleh? Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Bagan Serai adakah veteran ini diukur pengorbanan mereka ini harus ditimbal balik hanya melalui wang ringgit atau material semata-mata. Adakah perasaan mereka juga harus diambil kira apabila abu bekas pengganas komunis dulu dibawa balik ke Malaysia. Adakah ini juga meruntuhkan semangat veteran?

final • 11:41 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar terima kasih. Yang Berhormat Paya Besar dengan Yang Berhormat Arau tadi Yang Berhormat Menteri akan jawab. Saya hendak tanya sekali lagi berapa kerat lagi mereka yang ada hari ini. Veteran ATM ataupun penerima-penerima pingat PGB umpamanya, penerima pingat PJM berapa orang lagi, berapa lama lagi mereka dapat rasa peluang ini untuk mendapat elaun dan sebagainya. Bukan kita kata kita hendak ukur daripada wang ringgit, bukan mereka kerja hendak dapat hendak kejar yang itu tetapi kita kata kita hendak hargai jasa mereka. Bagaimana kita hendak hargai jasa mereka dalam keadaan sekarang hari ini.

Jadi saya mintalah selaraskan pencen kalau ada yang minta tanah kurnia itu tolonglah. Satu lagi Bantuan Harapan Negara. Terima kasihlah kerajaan bagi Bantuan Harapan Negara (BHN) tetapi apalah kiranya kalau kita bagi BHN kepada semua veteran Angkatan Tentera. Tak payahlah ikut RM4,000, tak payahlah ikut skim B40 umpamanya. Bagi mereka semua, kalau kita bagi kita bagi mereka semua sebagai tanda menghargai, sebagai tanda kita menyanjungi pengorbanan mereka hari ini. Kan kita kata veteran ATM ataupun Angkatan Tentera special. Dalam Perlembagaan kata adalah penjawat awam yang terkanan sekali.

Apa maknanya terkanan ini? Dekat mana kanan? Jadi ini yang saya fikir sekali dan saya melihat juga cara kenaikan pangkat, cara saya tak tahulah saya ingin bertanyalah tentang veteran Angkatan Tentera tentang Angkatan Tentera itu sendiri.

final • 11:41 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Bagaimana mereka ada pula kerja 15 tahun selepas itu kena sambung balik 18 tahun, selepas itu 21 tahun kalau tidak tak dikira pencen. Kenapa ini kanan kah? Ini penjawat awam yang terkanan kah macam ini, selepas 15 tahun tak tentu lagi sambung, selepas 18 tahun tak tentu lagi sambung.

Ataupun pencennya contohnya pegawai umpamanya tentera 50 tahun, 55 tahun dan sebagainya. Adakah ini adil, adakah ini baik untuk veteran Angkatan Tentera yang ada hari ini. Tuan Pengerusi, seperkara lagilah saya hendak sebelum saya berhenti berbahas ini. Saya rasa kita rakyat ini semua janganlah kita hina Angkatan Tentera Malaysia, yes. Janganlah kita kata ini tentera ini makan tidur, makan tidur. Lebih baik pi kait kelapa sawit. Yang tak buat kerja patut pi kait kelapa sawit. Cuba kita tengok Tuan Pengerusi, kalau boleh video tunjuk sebelah sana tengok berapa orang ada ini? Mana pi ramai-ramai ini.

final • 11:41 AM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Bagan Serai datang lewat. Yang Berhormat Bagan Serai datang lewat.

final • 11:41 AM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Menteri, menteri mana menteri ini?

final • 11:41 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Kalau tak tahu jangan cakap! Tak tahu jangan cakap!

final • 11:41 AM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Bagan Serai datang lewat. Masa dua minit tak ada Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 11:41 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Takkan semua angkatan tentera hendak habaq. Masa tidak ada kawalan, tidak ada peperangan, tentera ini pergi training, latihan, sharpened the skills, bagi jadi lebih baik lagi. Kita bimbang jika ada benda-benda berlaku. Jadi ini yang perlu ada sebenarnya. Hari ini veteran angkatan tentera, cedera, tidak boleh berjalan, kerusi roda, mata tidak nampak, apa yang kita hendak buat hari ini? Jadi saya ingat, kaji bagus, Menteri, kaji bagus, tetapi jangan kaji lama-lama, jangan kaji lama-lama. Jadi kalau– saya tidak tahulah Tuan Pengerusi, kalau tentera tidak kawal negara, saya takut-takut rakyat yang tidak boleh tidur. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Sekarang giliran Yang Berhormat Arau. Awal hari ini.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sekejap, saya hendak umumkan dahulu ya.

final • 11:50 AM

Tuan Pengerusi

Ya, ya.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Pertama sekali kita mengalu-alukan tetamu dari Perlis yang terdiri daripada penduduk kawasan Parlimen Arau, Kangar dan juga Padang Besar.

final • 11:50 AM

Tuan Pengerusi

Oh! Dari Perlis ya.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tepat sekali. Terima kasih...

final • 11:50 AM

Tuan Pengerusi

Selamat datang.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini seluruh Perlis. Saya Pengerusi Perhubungan Perlis ya [Ketawa] Pertama sekali, saya menyokong Butiran 010200 iaitu Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV). Yang Berhormat Menteri yang dikasihi, Yang Berhormat sebelum menjadi Menteri, sebelum menjadi Ahli Parlimen untuk kali ini, Yang Berhormat memaklumkan kepada kita bahawa Mat Indera itu hero. Mat Indera adalah pengganas komunis, dia jadi hero. Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat hari inilah, sebab sekarang ini veteran angkatan tentera dan polis terasa hati. Mereka terguris apabila mayat pengganas komunis dibawa balik ke sini...

final • 11:50 AM

Seorang Ahli

Abu, abu.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Abu mayat pengganas komunis dibawa balik ke sini. Jadi Yang Berhormat Menteri, tolong beri pendirian yang tegas tentang perkara ini. Saya sebenarnya ada jawapan tetapi jawapannya rahsia untuk saya. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, terpulang untuk Yang Berhormat Menteri hendak jawab macam mana. Akan tetapi, saya ingat dalam keadaan kita begini, dalam keadaan kita ada...

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh minta penjelasan Yang Berhormat Arau?

final • 11:50 AM

Tuan Pengerusi

[Ketawa]

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Rakaman kurang jelas]

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Arau.

final • 11:50 AM

Tuan Pengerusi

Baik.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya hendak tanya- terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Arau, apa agaknya motif mereka yang betul-betul membuat hasrat abu mayat ini? Adakah hanya untuk menyakitkan hati veteran-veteran dahulu yang berperang dengan komunis? Saya nampak, rakan-rakan saya di sana tidak pun menyuarakan perasaan kebimbangan ini. Jadi apakah komen Yang Berhormat Arau?

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, itu yang saya bimbang. Masa dahulu mereka dok ada di sebelah sini, pergi ke sana, sudah jadi lain. Jadi teruknya pengaruh sebelah sana itu, saya ingat boleh menukarkan rasa, jiwa, sanubari, asmarama mereka menjadi daripada orang yang baik, pergi ke sana, sudah jadi tidak berani jawab. Padahal Yang Berhormat Bagan Serai itu sebenarnya, dia bercakap dahulu, sebelum kita berdegar-degar, pergi sana tiba-tiba, kita tanya soalan, dia kata “Biar Menteri jawab”. Dia tidak berani. Bagilah komitmen sedikit. Fasal apa? Kalau tidak orang kata kita Ahli Parlimen ini tidak ada prinsip. Macam semalam, bukan, undi 28, 28, malam sedikitlah. Kalau hat seorang itu mari, jadi 29.

Akan tetapi, cara melengah-lengahkan membilang undi, 28 orang bilang sekejap sahaja.

Melengah-lengahkan untuk membolehkan kawan-kawan berlari sehingga tergeliat kaki, ada yang jatuh untuk hendak menyelamatkan Dewan...

final • 11:50 AM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

[Bangun]

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Sebelah sana, sebelah sana.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jangan malu sebab ini benda secara telus.

Rakyat ingin mengetahui bahawa mereka tidak hadir Parlimen masa hendak mengundi.

final • 11:50 AM

Seorang Ahli

Betul.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Hari ini, kita tidak publicize sangat sebab kita tahu mereka sudah jatuh, malu. Jadi, kami tak naklah ungkit-ungkit tetapi kami hendak beritahu bahawa memang masalah pihak kerajaan sekarang, tidak cukup orang menyokong mana-mana usul.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akan tetapi mungkin juga Speaker. Jadi mungkin juga Tuan Pengerusi sebab keputusan Tanjong Piai...

[Disampuk]

final • 11:50 AM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Ya. Berkait dengan masalah abu mayat tadi lah. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Arau, tentang tarikh mereka bawa kembali abu yang berkenaan 16 September. Saya difahamkan sangat mengguris perasaan angkatan tentera kita kerana 16 September juga lah hari yang disambut setiap tahun, hari ulang tahun Angkatan Tentera Malaysia dan juga Hari Malaysia. Kemudian dalam masa yang sama, saya ingin menyebut tentang apa yang dimuatkan dalam MalaysiaKini, petikan kata-kata yang bawa balik abu mayat ini, “Biarlah dia kembali ke laut dan gunung di tanah airnya. Biar dia selamanya dengan kawan-kawannya yang berkorban untuk negara ini”. Apa ini? Terima kasih.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, saya masukkan dalam ucapan saya termasuk...

final • 11:50 AM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Arau, sedikit lagi Yang Berhormat Arau.

final • 11:50 AM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Arau.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Apa yang menyedihkan Yang Berhormat Arau iaitu bendera Malaysia juga dikurangkan jalurnya dan diletakkan bintang lima.

Bintang lima ini lambang komunis. Minta komen Yang Berhormat Arau.

final • 11:50 AM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Arau, sedikit Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau, Paya Besar. Yang Berhormat Arau.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini semua gara-gara kebobrokan yang berlaku dalam kerajaan sekarang. Bintang lima, selepas itu minta maaf. Negara ini hendak jadi ‘darul maaf’. Kata, “minta maaf.” Dahulu Yang Berhormat Kulasegaran kata, “Ini Melayu pendatang”- “minta maaf.” Semua orang buat, selepas itu minta maaf. Selepas ini Yang Berhormat Rasah pula akan minta maaf.

Jadi kita kena namakan negara ini ialah negara ‘darul...

final • 11:50 AM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Hari-hari hari raya [Ketawa]

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Semua ini masuk pada ucapan saya.

final • 11:50 AM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Arau, Paya Besar, Paya Besar.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya bagi hanya empat minit. Tidak habis saya ini.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Pontian boleh?

final • 11:50 AM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Arau...

final • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Adakah kerajaan akan mengambil tindakan?

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini orang Perlis hendak dengar saya berucap.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Bilakah kerajaan akan mengambil tindakan kepada mereka...

final • 11:50 AM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Pontian kah atau Arau ini?

final • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang menerbitkan dan yang menulis kata-kata penghantar untuk komik propaganda ideologi komunis yang diharamkan oleh KDN? Bilakah kerajaan akan ambil tindakan kepada mereka?

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yes. Ini sebahagian daripada ucapan saya.

Yang Berhormat Menteri tolong jawab.

final • 11:50 AM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Arau, sedikit.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tahu Yang Berhormat...

final • 11:50 AM

Tuan Pengerusi

Spesifik kepada butiran, tolong. Ini peringkat Jawatankuasa.

final • 11:50 AM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Arau.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini butiran ialah veteran, bawah veteran.

final • 11:50 AM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Arau, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Arau, sebab Yang Berhormat Arau ini salah seorang Menteri dalam pentadbiran lepas. Mengapakah kerajaan ketika itu tidak membenarkan membawa balik abu mayat ini? Adakah yang berlaku hari ini akan mengubah persepsi anak muda bahawasanya abu tersebut adalah bukan pengganas kepada komunis?

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya. Sebahagian daripada ucapan saya. Ini adalah soalan-soalan yang hebat, maka terberhenti di situlah semua soalan.

final • 11:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Arau.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Gangguan tidak dibenarkan lagi.

final • 11:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Arau, boleh bagi?

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau tidak, penganiayaan berlaku.

final • 11:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Arau, boleh minta penjelasan sedikit Yang Berhormat Arau?

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, sekarang ini...

final • 11:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Arau.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ialah tentang veteran tadi, okey saya cadangkan supaya...

final • 11:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Setiausaha Agung UMNO dan juga Yang Berhormat Ketereh kata, “Tiada masalah”.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya. Itu...

final • 11:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Dia kata, “Tiada masalah”.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey.

final • 11:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Adakah anda sebagai Ahli Parlimen UMNO lawan Setiausaha Agung UMNO?

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya- dalam...

final • 11:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Setiausaha Agung UMNO kata, Yang Berhormat Ketereh kata, “Tiada masalah”.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, duduk, duduk, cukup. Cukup.

final • 11:50 AM

Tuan Pengerusi

Baik, baik. Sila duduk Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, biar saya jawab. Duduk. Curi masa orang, pencuri!

[Ketawa] Saya hendak beritahu sekarang ini ...

final • 11:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Perompak!

final • 11:50 AM

Tuan Pengerusi

Duduk, duduk semua. Duduk!

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Hei! Penyamun! Duduk!

final • 11:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Perompak.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Apa ini ganggu saya, Tuan Pengerusi.

final • 11:50 AM

Tuan Pengerusi

Dia bangun, dia tanya soalan.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, saya- cukuplah, penyamun [Ketawa] Jadi, saya minta supaya Yang Berhormat timbangkan apa yang telah dipersoalkan.

Kedua, fasal veteran ini Yang Berhormat Menteri, kita minta one-off itu yang tidak dapat pencen itu pencen kalau boleh kita kaji semula. One-off itu, kita beri double lah. Kalau Yang Berhormat Menteri hendak beri RM500, sekarang naikkan RM1,000. Sebab mereka memberi sumbangan, menggadaikan nyawa Yang Berhormat Menteri. Orang lain boleh cakap bahawa tentera ini makan tidur dan sebagainya. Itu adalah satu penghinaan. Apa sahaja bentuk penghinaan, Menteri Pertahanan kena datang dulu. Kenapa Menteri datang lambat sangat? Menteri hendak jawab lambat sangat. Kena pertahankan tentera ini yang ada pada barisan hadapan ini, Menteri. Menteri jawab.

Tidak boleh cakap macam ini. Baru orang nampak Menteri jadi hero. Sekarang hendak jadi- Yang Berhormat. Jadi saya minta dipertimbangkan.

Keduanya ialah Butiran 020300 – Pertahanan Maritim. Ini sebagai mana biasa, yang saya sering sebutkan. Saya hendak syorkan hari ini untuk menyelesaikan masalah tuntutan daripada pelbagai pihak yang mereka buat tuntutan bukan mereka hendak buat tuntutan. Mereka buat tuntutan kerana melihat pertahanan kita lemah.

Mana boleh Phillippines tahan dan askarnya bermati-matian. Vietnam pertahan apabila Coast Guard China masuk kawasan mereka tetapi kita tidak ada sesuatu yang kita buat hanya diplomatic protest dan kapal mereka terus berada di sana dan kapal kita yang pergi jaga ialah kapal kecil-kecil. Jadi, kita menampakkan satu kelemahan dan dalam masa yang sama kita biarkan negara asing berada di sini iaitu di Beting Patinggi Jarum dan juga Beting Patinggi Ali, yang kalau esok-esok bila saya dapat jadi Datuk Patinggi daripada Sarawak, bubuh nama Beting Patinggi Shahidan. No problem. Akan tetapi saya akan sebut benda ini sampai habis sebab di situ sebenarnya bermula kekuatan negara, kehebatan negara. Kemudian- tidak boleh akhirlah ini sebab ada gangguan tadi.

Kemudian yang berikutnya di bawah maritim. Yang Berhormat tengok bahawa tentera laut, Butiran 00300. Yang Berhormat menjawab di Parlimen ini, jawab di luar bahawa kita akan memperbaiki, akan menambah aset, membeli aset baru untuk menambah kekuatan yang ada. Jadi Yang Berhormat, saya hendak tanya Yang Berhormat, berapa biji kapal perang kita yang berumur di antara 30 sehingga 50 tahun?

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bagi negara-negara yang hebat seperti Australia, Jepun dan juga negara-negara lain, umur kapal mereka 30 tahun, dan selepas itu mereka sedekahkan kepada kita contohnya, dua biji kapal Jepun dibagi kepada Malaysia iaitu KM Arau dan KM Pekan, itu sudah berumur 28 tahun. Usia 30 tahun, mereka sudah lupuskan tetapi kapal kita banyak yang berumur 30 sehingga 50 tahun Akan tetapi di bawah bajet ini Yang Berhormat, saya tengok hari ini peruntukan RM27 juta dan RM945 juta, ini hendak membeli kapal apa Yang Berhormat? Kalau Yang Berhormat hendak gantikan kapal tidak patut dimasukkan dalam bajet yang macam ini. Kena masukkan bajet untuk membeli kapal perang menggantikan kapal perang kita yang pertama, telah uzur dan yang keduanya, maintenance nya tinggi Yang Berhormat. Ia hendak bergerak dari satu tempat ke satu tempat, kalau peperangan berlaku- lapan jam baru ia sampai. Orang sudah habis perang baru ia sampai. Mana boleh macam itu Yang Berhormat.

Jadi saya minta supaya- Yang Berhormat jangan jawab kata, “Ini kita ada masalah kekangan negara.”*...

[Mengajuk gaya suara Menteri Pertahanan- YB Kota Raja]*

final • 12:00 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, ini bukan kekangan kewangan negara, ini ialah masalah kita hendak meletakkan berapa persen daripada GDP untuk pertahanan. Berapa persen, saya hendak tanya Yang Berhormat daripada GDP untuk pertahanan? Kita tidak hendak negara-negara lain termasuk negara jiran menggunakan pendekatan 10 persen ke atas tetapi kita berapa persen Yang Berhormat? ini maruah negara ialah Kementerian Pertahanan.

Akan tetapi kalau macam ini punya, hendak beli kapal apa ini? Yang Berhormat, hendak beli- kapal selam pun tidak boleh. Akan tetapi yang ini hendak beli kapal apa? Sebab apa kita kena menggantikan kapal yang berkenaan.

Hendak beritahu bahawa kami Ahli Parlimen pembangkang, memberi tekanan yang hebat kepada kerajaan supaya membeli kelengkapan perang sebab Yang Berhormat sudah jawab di sana, dalam ini pun Yang Berhormat jawab, “Kita akan menambahkan aset-aset dengan lebih banyak.” [Mengajuk gaya suara Menteri Pertahanan- YB Kota Raja]

final • 12:00 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi fasal Yang Berhormat tiru cakap orang banyak- lorat, masa dok berceramah. Tiru cakap Najib, tiru cakap orang ini, orang itu. Saya pun seronok meniru cakap Yang Berhormat hari ini- jadi kita pun minta supaya dipertimbangkan.

final • 12:00 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Segamat, minta laluan.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akhir sekali Yang Berhormat, South China Sea. Sekarang ini- Selat Melaka juga menghadapi beberapa...

final • 12:00 PM

Tuan Pengerusi

Masa sudah habis.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Di kawasan-kawasan tertentu, jadi saya minta kepada Yang Berhormat mempertimbangkan...

final • 12:00 PM

Tuan Pengerusi

Boleh gulung.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, demikianlah ucapan yang hebat ini, Yang Berhormat tolong mempertimbangkan jawapannya. Terima kasih [Ketawa]

final • 12:00 PM

Tuan Pengerusi

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Padang Serai. Seorang veteran, silakan.

final • 12:00 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelum saya meneruskan ucapan saya, saya ingin menerangkan apakah itu pertahanan. Kita mesti tahu apakah pertahanan. Mengapa kita mahu mengadakan pertahanan?

Pertama sekali dalam mana-mana negara, pertahanan adalah yang paling penting untuk mentadbir sesebuah negara. Oleh itu, sekiranya pertahanan kita kukuh dan mempunyai peralatan- peralatan yang canggih, barulah negara-negara luar akan invest di negara kita dan barulah ekonomi kita akan kukuh. Itulah yang kita mahukan.

Ramai orang berkata, sekarang tidak ada perang, mengapa kita membeli peralatan dan sebagainya? Sebenarnya kita beli bukan untuk pertahanan semata-mata. Seperti malam tadi tiba- tiba mai attack daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan. Itu satu contoh yang kita lihat.

Kita tidak tahu musuh yang mana yang mahu mai attack tetapi kita ada...

final • 12:03 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Kita bukan macam komunislah- attack macam itu.

final • 12:03 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Nasib baik Pakatan Harapan ada strategi- strategi, kita ada pertahanan-pertahanan yang canggih, attack balik kepada dia orang semalam.

final • 12:03 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Itu yang jatuh tangga kot

final • 12:03 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Kalau macam semalam tidak canggihlah.

final • 12:03 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Berlari-lari jatuh tangga.

final • 12:03 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Semalam tidak ada strategilah.

final • 12:03 PM

Seorang Ahli

Kerajaan tidak canggih.

final • 12:03 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Kita ada counter attack, kita ada taktik- taktik tetapi tolong Barisan Nasional belajar taktik-taktik daripada Pakatan Harapan...

final • 12:03 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

[Menyampuk]

final • 12:03 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh minta penjelasan?

final • 12:03 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Train lari-lari.

final • 12:03 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat ‘Segamat’...

final • 12:03 PM

Seorang Ahli

...Bukan Yang Berhormat Segamat lah.

final • 12:03 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Apa ini? Maaf. Yang Berhormat Padang Serai.

Pandangan saya, serangan ini baru bermula. Jadi akan ada lagi serangan-serangan yang dahsyat, Yang Berhormat kena bersedia sebab mana tahu kita tidak tahu bila dan bagaimana serangan tersebut [Ketawa]

final • 12:03 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Itu sebab saya beritahu. Setiap langkah yang kita hadapi, kita akan belajar dan juga kita tahu, apakah motif daripada Barisan Nasional. Kita akan belajar dan kita akan mengatasi masalah-masalah pada masa akan datang.

Seterusnya saya pergi kepada butiran...

final • 12:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, penjelasan sedikit ya.

Apakah Yang Berhormat sedar, banyak di kalangan mereka yang menyokong komunis, Jadi komunis punya pendekatan ialah hit and run. Dia duduk attack, dia buat surprise attack macam itu. Jadi apa yang dibuat, kami belajar daripada komunis bagaimana hendak serang komunis sekarang. Okey, terima kasih.

final • 12:03 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Arau, kita perlu tahu komunis ini bukan datang dengan sengaja. Komunis ini diwujudkan semasa perang Jepun. Mereka menentang Jepun. Selepas menentang Jepun, apabila Jepun sudah menyerah diri, mereka meneruskan untuk menentang British. Itu cara dia datang. Mereka datang bukan untuk menghentam kita tetapi mereka datang untuk defend kita, dahulu.

final • 12:03 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Hello...

final • 12:03 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Seterusnya...

final • 12:03 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

...Yang Berhormat Padang Serai, minta sedikit.

Okey terima kasih Yang Berhormat.

Apabila sudah British balik kenapa mereka masih lagi menggunakan kekerasan, menyerang tentera-tentera Malaysia yang ada sovereign, yang ada kedaulatan, termasuk you? Termasuk Yang Berhormat Padang Serai yang menjadi tentera. Sepatutnya letak senjata, kita bersama membina negara. Kenapa membunuh tentera-tentera?

final • 12:03 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Ya darurat 1948, 1960.

final • 12:03 PM

Tuan Pengerusi

Teruskan, ini bukan...

final • 12:03 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Yang Berhormat Padang Serai.

final • 12:03 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Saya teruskan...

final • 12:03 PM

Tuan Pengerusi

Butiran...

final • 12:03 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Padang Serai...

final • 12:03 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Kapit.

final • 12:03 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Sedikit. Setengah minit, setengah minit. Saya hendak tanya Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai bersetuju kah abu Chin Peng ini dibawa balik? Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Padang Serai tadi fakta tidak tepat.

final • 12:03 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Yang Berhormat Padang Serai.

final • 12:03 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Okey pada pandangan saya, abu itu tidak menjadi masalah kepada kita. Benda itu sudah habis. Kalau kita bawa pun tidak ada apa-apa dengan kita. Sebab kita sebagai rakyat Malaysia, kita menghormati walaupun dia musuh. Kita bagi kehormatan sebab dia lahir di negara kita. Itu sahaja.

final • 12:03 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Yang Berhormat Padang Serai ada kaitan.

final • 12:03 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Seterusnya saya pergi kepada butiran...

final • 12:03 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Yang Berhormat Padang Serai tidak sensitif kah- berapa nyawa orang Sarawak mati sebagai askar ...

final • 12:03 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Kecewa lah...

final • 12:03 PM

Tuan Pengerusi

Teruskan.

final • 12:03 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

...Bekas tentera bercakap macam ini.

final • 12:03 PM

Tuan Pengerusi

Saya ingin mengingatkan semua, ini adalah peringkat Jawatankuasa khusus kepada butiran. Kalau hendak dengar sejarah, kita cari forum lain ya. Silakan- butiran.

final • 12:03 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:03 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Sia-sia sahaja Yang Berhormat Padang Serai menjadi tentera itu hari.

final • 12:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya anggap...

final • 12:03 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Pada tahun 2018...

final • 12:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat...

final • 12:03 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

...Hampir 205...

final • 12:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Padang Serai...

final • 12:03 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

...Penerima...

final • 12:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Menyampuk]

final • 12:03 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

...Insentif rawatan kesihatan melalui...

final • 12:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Sebahagian.

final • 12:03 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

...Adakah pihak kementerian Persekutuan bercadang untuk meningkatkan pelaburan dalam program rawatan kesihatan ini terutama sekali kawasan luar bandar seperti di Padang Serai.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kementerian Persekutuan kerana meningkatkan akses rawatan dialisis di Kedah dan juga di Padang Serai. Apakah langkah-langkah kerajaan untuk mengurangkan kos rawatan dan ubat-ubatan bagi rawatan dialisis bagi golongan veteran?

Seterusnya Butiran 020300. Dalam berita baru-baru ini, Malaysia menghadapi cabaran dalam mengekalkan kedaulatan maritim South China Sea, dengan izin. Apakah strategi daripada segi teknologi atau aset yang diperlukan bagi memperkuatkan pertahanan maritim? Seterusnya pada masa sekarang, apakah langkah-langkah atau proses yang diambil oleh pihak Kerajaan Persekutuan untuk memperkasakan- cooperation antara Asia dalam menangani isu kedaulatan South China Sea, dengan izin.

final • 12:03 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Seterusnya Butiran 020200 – Pertahanan Darat. Tentera Darat mempunyai kor yang bergabung. Setiap kor mempunyai peranan berlainan daripada segi peralatan dan juga pertahanan.

Soalan saya, bagaimanakah pembelian helikopter sebanyak 10 buah dengan harga RM300 juta, dan enam helikopter dahulu diterangkan tetapi dengan perbelanjaan RM112.65 juta iaitu 35 peratus sudah pun dibayar, tetapi helikopter tidak sampai juga hingga hari ini.

final • 12:03 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Jikalau semalam ada helikopter, Yang Berhormat Menteri Pertahanan terbang mai sudah.

Seterusnya...

final • 12:10 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Beritahu Menteri tidak datang semalam ya? Tidak baik, ramai tidak datang.

final • 12:10 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Butiran 020400 – Pertahanan Udara.

final • 12:10 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Menteri tidak sempat datang semalam sebab tidak ada helikopter [Ketawa]

final • 12:10 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Mohon beri penjelasan pembelian...

final • 12:10 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Padang Serai, semalam Yang Berhormat Menteri tidak sempat datang kerana tidak ada helikopter kah?

final • 12:10 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

…Multirole combat aircraft sebanyak 36 buah dari India. Mohon beri penjelasan, bilakah jet fighter akan sampai dan bagaimana bayaran akan dibuat? Mohon beri penjelasan.

Seterusnya, Butiran 020300 – Pertahanan Maritim. Mohon beri penjelasan tentang pembelian kapal laut yang mengeluarkan berbilion-bilion Ringgit tetapi bot tidak sampai sehingga hari ini. Mohon beri penjelasan. Itu sahaja daripada Padang Serai. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.

final • 12:10 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Ada yang hendak mencelah.

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi

Ada yang hendak mencelah? Masa sudah habis. Silakan, silakan.

final • 12:10 PM

Dato' Seri Dr. Santhara - Segamat

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Ini berkenaan dengan Butiran 00600 – Kelengkapan. Kapal terbang tadi. Saya juga terbaca baru-baru ini dalam Arab News, 20 November 2019, “Malaysia in talks to buy Pakistan combat aircraft JF-17 Thunder” dan juga dalam surat khabar 26 Ogos 2019 by Reuters, “Palm oil for defense equipment”.

Adakah Yang Berhormat Padang Serai bersetuju bahawa perkara ini boleh digunakan untuk membeli? Kita mendapati bahawa kementerian juga sedang berusaha bercakap dengan China, Rusia, India, Pakistan, Turki dan juga Iran. Kita juga mendapati kita ada masalah di India juga sebagainya. Apakah pandangan dengan cadangan untuk membeli daripada Pakistan ini?

final • 12:10 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Sila masukkan sebahagian daripada ucapan saya dan kita beri Yang Berhormat Menteri beri jawapan.

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Santubong, silakan.

final • 12:10 PM

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada berpengalaman selama lima tahun di dalam hutan, Tuan Pengerusi. Lima kali masuk ambush, nasib masih boleh sampai ke Dewan ini pada kali ini. Jadi, sebagai veteran polis dahulu, saya memang- sebagai mukadimah, tidak bersetuju langsung hakikat hendak membawa abu Chin Peng ke Malaysia. Oleh sebab itulah sebenarnya pendirian kerajaan dahulu, oleh sebab-sebab tertentu yang kerajaan tidak mahu. Penuh selidikan, bukan emosional tetapi semua perkara itu diselidik dengan cara rapi kenapa kerajaan tidak bersetuju. Jadi, saya masih berdiri atas pendirian kerajaan sedemikian itu...

[Tepuk] Tuan Pengerusi, ingin saya merujuk kepada Butiran 010200 – Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV). Jadi, veteran ini Tuan Pengerusi, saya cakap berhubung dengan perkara lain.

Tidak sebagaimana yang disebut tadi PSM dan sebagainya. Itu kita sudah ada, penghargaan daripada kerajaan menerusi PSM kepada pihak-pihak yang terlibat dalam Emergency tahun 1948 hingga 1960. Emergency yang kedua tahun 1969 hingga tahun 1989, contohnya.

final • 12:02 PM

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong

Akan tetapi saya juga mengatakan terima kasih kepada kerajaan kerana memberikan sebanyak RM500 tetapi saya setuju kalau dinaikkan sedikit sampai RM1,000 one-off kepada pihak ini. Jadi, penghargaan itu bukan daripada semata-mata medal PGM sahaja tetapi adalah sedikit imbuhan kepada mereka ini.

Akan tetapi saya masih menekan Tuan Pengerusi, berhubung dengan butiran ini bahawa sebenarnya veteran ini, tentera ini mempunyai satu mekanisme yang besar sekali. Collection pendermaan daripada masyarakat umum kepada tentera adalah besar jumlahnya. Akan tetapi apa yang saya lihat ialah tidak menurun kepada bawah, ia hanya di peringkat atas. Ditubuhkan bank, ditubuhkan koperasi, bermacam-macam-macam lagi tetapi ini memperkayakan orang yang jadi Jeneral, orang yang jadi board of directors, orang yang ada pengurusan terus kepada badan-badan ini.

Akan tetapi kekayaan yang ada pada veteran ini tidak menurun kepada veteran yang dekat bawah sekali itu. Individu-individu veteran yang terkena semasa peperangan dahulu iaitu semasa Emergency dahulu, nombor satu, nombor dua ataupun yang berlaku di Sarawak pada tahun 1962 hingga tahun 1974 sebenarnya. Akan tetapi secara realiti, bukan tahun 1974 ya, the last communist withdrawal daripada jungle of Sarawak ialah pada bulan Oktober 1990, seramai 50 orang tidak keluar, tidak mahu keluar. Oleh sebab tidak mahu menyerah diri kepada kerajaan ini. Jadi, ini menafikan bahawa perjuangan komunis pada zaman itu bukanlah untuk melawan Jepun tetapi untuk menjatuhkan kerajaan, menukarkan kerajaan kepada...

final • 12:02 PM

Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Santubong, Cameron Highlands. Sedikit, sedikit.

final • 12:02 PM

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong

Kepada kerajaan komunis.

final • 12:02 PM

Tuan Pengerusi

Ya, Cameron Highlands.

final • 12:02 PM

Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Santubong, anda sebagai seorang pegawai polis, bekas. Saya pun bekas pegawai polis. Apakah perasaan personal Yang Berhormat Santubong bila melihat abu mayat Chin Peng, kepala komunis dibawa balik ke negara kita? Bagi saya– rasa hendak menangis.

final • 12:02 PM

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong

Yang Berhormat, saya baru berumur 24 tahun, Tuan Pengerusi. Masuk hutan, selama lima tahun dalam hutan, I grew up in the jungle. Jadi, saya melihat macam mana kawan mati, komrad dalam platun, dalam kompeni mati, melihat orang awam mati dibunuh. Jadi, inilah kesan-kesan yang kita lihat dahulu, tidak payah baca sejarah, yang saya lihat sendiri.

Jadi, daripada apa yang kita lihat itu, kita rasa sedih apabila mendengar pihak-pihak yang hendak mendewa-dewakan perjuangan komunis, hendak mendewa-dewakan ketua perjuangan komunis yang telah membuat satu gegaran di negara ini, menjadi the cause, the death and destruction yang beyond imagination pada ketika itu, Tuan Pengerusi.

final • 12:02 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Sedikit Yang Berhormat.

final • 12:02 PM

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong

Jadi, itulah saya memang tidak bersetuju.

final • 12:02 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Yang Berhormat sedikit.

final • 12:02 PM

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong

Saya minta...

final • 12:02 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Oh! okey.

final • 12:02 PM

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong

Oh! di belakang.

final • 12:02 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Saya hendak tambah sedikit. Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat menyentuh hal bagaimana perasaan, saya ingat mungkin perasaan marah lah kan.

Saya ini, saudara mara saya, uncle saya, berapa orang hilang nyawa semasa berperang dengan komunis dahulu dari Sarawak. Sekarang pun ramai veteran di Sarawak. Mereka kehilangan nyawa, ambush-ambush yang berlaku. Saya tahulah, Yang Berhormat pun tahu. Tidak perlu secara *detail.

So,* jangan sekali-kali hendak memutar belitkan fakta sejarah kita. Terima kasih.

final • 12:02 PM

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong

Saya tahu di kawasan Kapit itu dahulu Tuan Pengerusi, satu ambush pada tahun 1970, seramai 18 orang askar Tentera Melayu mati dibunuh oleh komunis. Di ambush dalam sungai, semua senjata-senjata, grenade, termasuk GPMG dicuri oleh kumpulan tidak kurang 80 orang komunis, ambush 18 orang, mati semua sekali. Di situ jugalah seramai 14 orang Border Scouts mati di ambush juga di kawasan Ngemah.

final • 12:02 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Minta sedikit.

final • 12:02 PM

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong

Ini orang Iban.

final • 12:02 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Yang mati itu seramai 14 orang.

final • 12:02 PM

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong

Dalam platun saya dahulu...

final • 12:02 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Ditembak oleh komunis itu!

final • 12:02 PM

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong

...Seramai tiga orang sahaja orang Melayu, yang lain itu semuanya orang Dayak.

final • 12:02 PM

Datuk Aaron Ago Dagang - Kanowit

Yang Berhormat Santubong, saya tambahkan, tambah sedikit.

final • 12:02 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Pendang, Pendang.

final • 12:02 PM

Datuk Aaron Ago Dagang - Kanowit

Nanti, nanti.

final • 12:02 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Minta pandangan daripada Yang Berhormat Santubong. KDN sudah respond untuk buat siasatan tentang bawa balik abu ini. Adakah bila siasatan ini diserahkan kepada Peguam Negara, adakah tindakan akan berlaku? Minta komen.

final • 12:02 PM

Datuk Aaron Ago Dagang - Kanowit

Yang Berhormat Santubong.

final • 12:02 PM

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong

Saya tidak bercakap soalan mentaliti Peguam Negaralah. Oleh sebab saya sudah tengok banyak sangat dalam masa setahun lebih ini. Kita lihat apa yang berlaku, daripada contoh itu, kita tidak boleh percaya sangat apa yang akan diputuskan.

final • 12:02 PM

Datuk Aaron Ago Dagang - Kanowit

Yang Berhormat Santubong, Yang Berhormat Santubong, Kanowit hendak tambahkan sedikit.

final • 12:02 PM

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong

Jadi Tuan Pengerusi- tidak boleh habis karang ini.

final • 12:02 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kanowit.

final • 12:02 PM

Datuk Aaron Ago Dagang - Kanowit

Yang Berhormat Santubong, sedikit sahaja.

final • 12:02 PM

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong

Ini kawasannya juga ini.

final • 12:02 PM

Datuk Aaron Ago Dagang - Kanowit

Berkenaan dengan tentera yang terkorban yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi adalah di kawasan saya di Kanowit, Ngemah dan sekarang kita telah membuat satu tugu pahlawan di Kanowit.

final • 12:02 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Bukan tugu komunis.

final • 12:02 PM

Datuk Aaron Ago Dagang - Kanowit

Setiap tahun kita mengadakan majlis untuk mengiktiraf mereka ini. Dengan ini saya berharap kalau dapat mungkin kementerian memberi sedikit sebanyak sumbangan kepada tugu ini. Terima kasih.

final • 12:02 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong

Tuan Pengerusi, sebenarnya di kawasan inilah aktif sangat komunis dahulu di kawasan Kapit, Kanowit. Di Ngemah area, memang very active. Ini kerana pada ketika itu...

final • 12:20 PM

Tuan Pang Hok Liong - Labis

Tuan Pengerusi, adakah ceramah ini berterusan?

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong

...Dan saya...

final • 12:20 PM

Tuan Pang Hok Liong - Labis

Ini butiran pada peringkat dasar, bukan ceramah.

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong

Saya menyokong...

final • 12:20 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Kenapa Yang Berhormat Labis? Kenapa?

Kenapa?...

final • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi

Habiskan, habiskan. Silakan.

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong

Saya menyokong Tuan Pengerusi supaya dibantu pihak daripada Kanowit yang ada tugu menunjukkan...

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi

Direct ke butirannya. Sila.

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong

...Untuk menghormati mereka yang terkorban pada ketika itu. Akan tetapi di sepanjang Jalan Oya, Sibu, Tuan Pengerusi tidak boleh berjalan, tentera polis ini tidak boleh berjalan. Memang kena ambush, kena bom setiap kali. Lapan sekali mati, angkatan Melayu juga yang mati. Jadi yang banyak mati ini orang Melayu, orang Dayaklah yang banyak mati ini Tuan Pengerusi. Saya bersama dengan mereka pada ketika itu.

Jadi Tuan Pengerusi, saya pindah kepada tempat lainlah. Fasal maritim di bawah Butiran 020300 – Pertahanan Maritim. Saya juga menyokong apa yang disebut oleh Yang Berhormat Arau tadi berhubung dengan Beting Patinggi Ali, 70 kilometer daripada Bintulu. Kekayaan Malaysia terletak di Bintulu, PETRONAS di Bintulu, macam-macam – L&G di Bintulu. Akan tetapi di mana navy kita?

Mana navy kita apabila kapal coast guard China yang jauh itu, coast guard kata dia beribu batu daripada Beijing berada di Beting Patinggi Ali. Mana navy, Yang Berhormat? Jadi saya hendak tanya.

Jadi, saya pindah lagi kepada Butiran 030400 – Pengoperasian di ESSZONE dan juga Butiran 030500 – Projek Hidrografi. Tuan Pengerusi, saya ialah perancang kepada RASCOM dahulu.

Tiga orang kami menubuhkan RASCOM. Saya dan seorang Cina nama Steven Yi dan seorang India bernama Ragunathan. Kami bertiga menubuhkan Ibu Pejabat RASCOM. Jadi, apabila ESSCOM ditubuhkan, saya dijemput beberapa kali untuk memberi penjelasan bagaimana perbezaan dibuat.

Salah satu yang saya notice di ESSCOM Tuan Pengerusi ialah berhubung dengan kelengkapan, kapal-kapal dan bot khususnya. Kalau kita kaji hidrografi mengetahui permukaan laut dan bumi, di bawah laut di Sabah tetapi kapal-kapal- sama ada dia polis ataupun tentera tidak dibeli mengikut kehendak muka air di sana. Jadi apabila berlakunya satu-satu masalah, orang ini boleh lari ke tempat yang cetek, dia buat macam ini sahaja dengan tentera dan polis.

[Membuat isyarat tangan] Oleh sebab kapal tidak boleh kejar. Kapal kita yang besar-besar hendak kejar tempat yang cetek macam mana?

Jadi kita kena – apa guna kita gunakan sumber kewangan yang begitu besar untuk kaji hidrografi tetapi kajian yang kita dapat itu tidak diguna pakai untuk membeli. Belilah senjata dari- alat- alat dari China, India, Pakistan kita sebut sahaja tetapi it for the purpose of their own country bukan di tailormade untuk kita. Jadi kita kena lihat, apakah kehendak muka bumi kita, kehendak lautan kita dengan hidrografi yang ada pada kita dan beli alat yang sesuai untuk memberi perkhidmatan untuk keselamatan negara.

Tuan Pengerusi, sudah habis masa saya kan?

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi

Masa sudah habis.

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong

Jadi Tuan Pengerusi, saya ucapkan banyak terima kasihlah kerana bagi peluang bercakap sedikit. Lagi sekali saya ulangkan supaya fikirlah kerajaan, jangan bawa abu Chin Peng ke Malaysia. Terima kasih. Hantar baliklah.

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Santubong. Saya menjemput Yang Berhormat Segamat, silakan.

final • 12:20 PM

Dato' Seri Dr. Santhara - Segamat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membaca mengenai Butiran 08400 – Perumahan Angkatan Tentera Malaysia. Saya mendapati bahawa mereka yang banyak berjasa kepada negara dan juga sebagainya kadang-kadang kita tinggalkan daripada arus pembangunan ataupun perumahan yang moden dan juga sebagainya, kem-kem tentera.

Berhubung dengan itu, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri yang kita ada Kem Tentera Segamat, jika tidak silap saya ialah Artillery Segamat. Saya telah banyak kali melawat dan saya mendapati ia sepatutnya ada 1,051 orang ataupun pegawai tentera di sana. Saya mendapati bahawa sehingga sekarang oleh kerana perumahan untuk mereka itu tidak siap dan juga sebagainya, mereka tidak ada di sana. Saya difahamkan sebenarnya mereka duduk di Kem Sikamat di Seremban.

Akan tetapi pada pilihan raya yang lepas, mereka sebenarnya mengundi di Segamat sejumlah 1,051 orang. Maka, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, bilakah perumahan yang sesuai akan disediakan untuk mereka? Bilakah mereka akan berpindah dari Sikamat ke Segamat?

final • 12:24 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Minta laluan.

final • 12:24 PM

Dato' Seri Dr. Santhara - Segamat

Saya akan berikan, just satu minit. Maka Yang Berhormat Menteri, saya sebagai wakil rakyat, saya ingin berjumpa dengan mereka dan hendak tahu masalah mereka. Saya hendak membantu mereka tetapi kalau mereka duduk Sikamat, Seremban, bagaimana saya hendak ke sana untuk berjumpa mereka? Saya faham bahawa mereka pada masa itu ada yang mengundi saya dan ada juga yang tidak mengundi tetapi yang pentingnya saya hendak membantu semua. Maka saya minta Yang Berhormat Menteri untuk memberikan satu penjelasan, adakah mereka akan dipindahkan serta-merta ataupun sehingga tidak siap? Adakah nama mereka akan dikeluarkan dahulu- ATM akan memberitahu kepada SPR untuk keluarkan nama mereka dan apabila siap, bolehlah dipindahkan kembali. Ya, saya mengizinkan Yang Berhormat Setiawangsa.

final • 12:24 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Terima kasih Yang Berhormat Segamat.

Adakah Yang Berhormat Segamat setuju bahawa walaupun kita prihatin juga kepada isu-isu yang telah dibangkitkan tentang komunis dan sebagainya, salah guna politik terhadap anggota tentera atas tujuan politik juga satu perkara yang patut kita peduli?

final • 12:24 PM

Dato' Seri Dr. Santhara - Segamat

Persoalan kedua yang tanya tadi, saya rasa memang itu perkara yang penting kerana mereka yang berjasa kepada negara ini dia tidak boleh berpandukan warna parti, warna politik dan juga sebagainya.

final • 12:24 PM

Dato' Haji Salim Sharif - Jempol

Steady Yang Berhormat Segamat.

final • 12:24 PM

Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar

Tahniah Yang Berhormat Segamat.

final • 12:24 PM

Dato' Seri Dr. Santhara - Segamat

Tidak kira di mana-mana pun. Mahupun kalau kita sekarang berkuasa, kita pun tidak boleh gunakan. Kalau mereka telah gunakan, kita harus kaji kembali. Isu mengenai komunis itu, kita benarkan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Seterusnya saya ingin juga membawa kepada Butiran 00600 – Kelengkapan Tentera Udara.

Mengenai cadangan daripada kementerian untuk membeli JF-17 Thunder dari Pakistan. Ini kerana kita mendapati bahawa sudah ada masalah ekonomi ataupun masalah trade ataupun perniagaan di antara India dengan Malaysia. Walaupun ia tidak secara rasmi, kerana kita belum lagi menerima sebarang surat tetapi saya difahamkan apabila Kementerian Pertahanan ingin membeli senjata daripada Pakistan ini, ia akan menimbulkan lebih banyak masalah kerana sudah ada masalah dengan mereka setengah ini.

Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kerana kita ingin barter trade iaitu membeli jet dan kita menjual kelapa sawit kepada mereka, memandangkan India merupakan rakan niaga yang terbesar. Maka, bagaimanakah kementerian akan mengkaji perkara ini? Ini kerana ia juga mempunyai kesan sampingan kepada kementerian-kementerian lain termasuk Kementerian Industri Utama dan juga Kementerian Luar Negeri. Adakah merupakan satu jawatankuasa untuk duduk bersama mengkaji bagaimanakah cara terbaik untuk- apakah yang boleh dibeli daripada Pakistan dan daripada India? Kalau boleh, kita tengok win-win situation agar kita sebagai negara berdaulat ini, kita berhak membuat keputusan secara bebas. Akan tetapi pada masa yang sama, kepentingan kita tidak digadaikan.

Seterusnya saya ingin juga membawa kepada Butiran 020400 – Pertahanan Udara dan juga di mana kita mendapati bahawa tahap gaji dan juga sebenarnya telah dibawa dan juga elaun – dan juga- semuanya adalah satu perkara yang amat penting. Pada masa yang sama, saya mendapati apabila tentera ataupun veteran bersara, kita mendapati bahawa kurang perhatian diberikan kepada mereka. Contohnya, kita ada- kalau jeneral dan juga mereka yang berpangkat tinggi ini, kita berikan dengan lesen-lesen syarikat sekuriti ataupun syarikat keselamatan. Dengan adanya satu lesen itu sendiri, mereka terus boleh buat perniagaan.

final • 12:24 PM

Dato' Seri Dr. Santhara - Segamat

Akan tetapi, apa salahnya juga kalau kita ada koperasi-koperasi. Veteran juga diberikan lesen-lesen khas dan juga sebagainya di mana Kementerian Pertahanan boleh mencadangkan kepada KDN dan KDN boleh keluarkan- ataupun satu kerjasama. Dengan adanya satu koperasi- koperasi yang besar, maka kerajaan bolehlah memberikan kontrak kepada syarikat milik ini agar keuntungan itu boleh diberikan kembali kepada veteran-veteran dan juga sebagainya. Ini satu cara untuk kita melihat kembali berbanding dengan keadaan cara di mana kita mendapati veteran ini- apabila lain-lain pangkat ini, mereka tidak mempunyai apa-apa selain daripada pencen dan juga sebagainya.

Kalau setakat pingat itu hanya boleh letak di rumah, tetapi yang lebih penting ialah apa yang mereka boleh letak di atas meja. What is important is food on the table is more important, Yang Berhormat Menteri. Kita hendak tahu, bagaimana kita boleh bantu. Saya rasa itu sahaja daripada Segamat, saya pulangkan kembali tiga minit, lima puluh saat. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kuala Terengganu.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Butiran 00300 dan Butiran 00400 – Pembinaan dan Kelengkapan Tentera Laut.

Tuan Pengerusi, merujuk kepada petunjuk prestasi utama yang disasarkan oleh Kementerian Pertahanan, terdapat penurunan sasaran terhadap peratusan penglibatan syarikat industri pertahanan tempatan dalam kesiapsiagaan pertahanan iaitu sebanyak 85 peratus pada tahun 2020, berbanding sebanyak 90 peratus pada tahun 2019.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah faktor penurunan sasaran ini?

Dalam isu-isu yang berkaitan dengan kapal Littoral Combat Ship (LCS) khususnya, saya juga mahukan penjelasan mengenai peratusan penglibatan syarikat tempatan. Hal ini kerana begitu banyak dakwaan yang berlegar di media-media sosial mengenai kegagalan projek LCS ini, berbanding menguruskan kontrak secara terus dengan Original Equipment Manufacturer (OEM), Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) dikatakan telah mensubkontrakkan semua main equipment system kepada Syarikat Contraves Advanced Devices Sdn. Berhad (CAD).

CAD hanya mempunyai keuntungan langsung, direct profit, tidak kurang daripada 2.5 peratus. Saya memerlukan penjelasan kementerian mengenai kebenaran dakwaan yang mengatakan semua OEM kepada main equipment system adalah syarikat luar negara, kecuali satu sahaja yang merupakan syarikat tempatan. Rakan kongsi utama kepada Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) di dalam program LCS ini dikatakan adalah sebuah syarikat Perancis iaitu Naval Group. Manakala, syarikat bumiputera hanya menjadi subkontraktor kepada Boustead di dalam small, ancillary equipment and fittings. Saya pernah memerhatikan bagaimana ketika dahulu, di bawah pembinaan projek UPV bagaimana kegagalan PSC Naval Dockyard Sdn. Berhad (PSCND) sebelum diambil alih oleh Boustead. Pada waktu itu harapan semoga projek ini menghasilkan lebih banyak usahawan tempatan, gagal. Saya dapati perkara yang sama sedang berlaku melalui proses LCS ini. Berbeza dengan apa yang diambil iktibar oleh negara ketika mahu melaksanakan program ini, seperti mana di Australia, yang mana ketika program penukaran kapal-kapal Fremantle class sehingga menghasilkan industri pembinaan kapal di Australia seperti Transville, Austal dan sebagainya. Begitu juga di negara-negara lain. Akan tetapi, kita habiskan banyak bilion, limbungan-limbungan tempatan nampaknya semakin merana.

Tuan Pengerusi, berbalik kepada Syarikat CAD, majoriti OEM ini boleh dikatakan tidak menerima bayaran daripada Boustead melalui CAD di dalam tempoh dua tahun ini. Sehingga akhir September 2019, jumlah keseluruhan bayaran yang telah dibuat kepada Boustead Heavy Industries Corporation adalah dalam lebih kurang RM5.6 bilion daripada kontrak yang berjumlah RM9 bilion. Ini adalah 62 peratus daripada nilai kontrak. Namun, walau sudah bayar 62 peratus, tidak ada sebuah kapal yang telah diserahkan. Difahamkan kapal yang pertama iaitu Kapal Maharaja Lela yang telah ditangguhkan sehingga 36 bulan, non-performing syarikat-syarikat ini didakwa berpunca daripada tiada pembayaran yang dibuat oleh Boustead.

Boustead pula dikatakan telah memohon perubahan kerja, variation order, lebih daripada RM1 bilion yang akan membawa kepada peningkatan kos projek secara mendadak. Melihat kepada liabiliti projek ini kepada negara, adakah kerajaan bersedia untuk membatalkan kontrak sedia ada dan menggantikan dengan pihak yang lebih berkredibiliti untuk mengambil alih sehingga projek LCS ini selesai? Projek LCS dikatakan sudah terlampau rumit dengan pelbagai masalah. Pasukan yang ada sudah hilang motivasi. Tiada semangat berpasukan, bermasalah dengan TLDM, menanggung begitu banyak masalah kewangan dan isu-isu teknikal yang tidak berkesudahan.

Tidak dapat dinafikan, bahawa dengan meneruskan atau membatalkan kontrak yang sedia ada, kedua-duanya memerlukan suntikan dana yang banyak daripada kerajaan. Oleh itu, saya mencadangkan agar satu audit menyeluruh dibuat terhadap kegagalan Boustead melaksanakan kontrak ini.

Pihak pengurusan tertinggi, top management, mesti digantikan kepada mereka yang mempunyai pengalaman di dalam pembinaan kapal dan menguruskan kontrak-kontrak yang besar.

Saya difahamkan, masih ramai pakar-pakar tempatan yang mempunyai pengalaman mengendalikan Projek MEKO 100 Offshore Patrol Vessel (OPV), yang telah dibawa masuk ke dalam Boustead Naval untuk digunakan di dalam projek LCS.

final • 12:31 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Jika ada pihak-pihak di dalam projek LCS ini mempunyai kepentingan peribadi, sehingga membawa kepada begitu banyak masalah kepada LCS, seperti manipulasi dan pemilihan yang tidak adil, individu tersebut perlu didakwa sebagai pengajaran kepada yang lain.

Tuan Pengerusi, masih dalam butiran yang sama. Saya ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan pembinaan 18 buah kapal pemintas atau fast interceptor craft yang di tender oleh TLDM melalui tender terbuka di mana ia masih mengekalkan konsep supply. Melalui tender ini, banyak kontraktor yang mengambil bahagian bukan daripada kalangan limbungan tempatan, tetapi kontraktor-kontraktor daripada luar negara.

Kalau FIC sebesar 18 meter ini, bot kecil, Malaysia masih tidak mampu untuk menghasilkan reka bentuk sendiri dan masih bergantung kepada rekaan luar negara, pada hemat saya, ini adalah amat memalukan negara. Oleh itu, saya syorkan supaya FIC untuk TLDM ini dikaji semula dengan penekanan kepada reka bentuk tempatan. Adalah lebih baik jika kerajaan boleh menggalakkan universiti-universiti tempatan seperti Universiti Pertahanan Nasional, untuk terlibat di dalam reka bentuk FIC ini.

Tuan Pengerusi, saya ingin memberikan contoh yang melibatkan saya sendiri. Pada tahun 1996, pada ketika itu Malaysia mengimport sepenuhnya bot-bot inflatable daripada jenama Zodiac dan Avon. Akan tetapi, pada tahun itu kami telah melakukan pemindahan teknologi dengan membuat bot inflatable tersebut secara tempatan. Kami membuat prototaip, reka bentuk sendiri yang kemudian diuji oleh TLDM. Pada waktu itu, TLDM telah memberikan peluang kepada syarikat tempatan.

Dengan sokongan ini, daripada kemampuan membina bot 5.2 meter, kami dapat melakukan R&D sehingga mampu membina bot-bot yang lebih besar menggunakan teknologi composite, Kevlar, self- writing system yang sekarang ini sedang digunakan untuk kegunaan PASKAL, APMM dan lain-lain lagi.

Oleh sebab itulah saya persoalkan mengapa bot seperti CB90 dan FIC tidak boleh dibuat oleh kontraktor tempatan? Kita ada banyak jurutera perkapalan atau arkitek perkapalan dan pusat- pusat kecemerlangan maritim. Bahkan, ada banyak limbungan perkapalan bumiputera yang mampu membina kapal-kapal yang jauh lebih besar. Mengapa kita cari yang jauh? Biarlah hasil yang ada mungkin kurang sedikit, berbanding dengan syarikat-syarikat luar besar yang berpengalaman. Akan tetapi, sekurang-kurangnya teknologi itu kita bangunkan sendiri.

Sudah tiba masanya untuk kita bangunkan sendiri industri pertahanan tempatan dan tidak lagi terus bergantung kepada kepakaran luar. Biarlah kos yang dilaburkan mungkin mahal sikit beberapa peratus, tetapi wang itu mengalir kepada perusahaan kita untuk mengubah buruh-buruh kita, tukang welding kita, tukang paip kita dan juruelektrik kita. Jika kita selalu beri mereka kerja, mereka akan jadi pandai dan lebih mahir sekali gus akan menambah baik kualiti, produktiviti dan inovasi mereka.

Saya ingin menyentuh tentang penggantian helikopter S61A-4 (Nuri) di bawah Butiran 00500 dan Butiran 00600. Tuan Pengerusi, pada 3 Ogos 2019, terdapat satu lagi pendaratan cemas oleh helikopter Nuri berlaku di Kem Gubir, Kedah dipercayai berpunca daripada kerosakan mekanikal.

Helikopter ini adalah pengangkutan utama tentera kita di dalam pelbagai operasi. Malangnya, helikopter ini sudah terlalu tua digunakan sejak tahun 1968 lagi, sebanyak 40 buah helikopter sehingga sekarang, lebih daripada 40 tahun. Tahun 2007, Kabinet setuju untuk menggantikan dengan model yang lain dan telah pun dirancang selama tiga tahun. Saya ingin minta penjelasan, apakah status penggantian helikopter Nuri ini?

Seterusnya saya ingin menyebut di bawah Butiran 00300 dan Butiran 00400 – masih lagi berkait dengan seperti pencerobohan perairan negara. Tadi, disebut di sebelah Borneo, di perairan pantai timur masih lagi menjadi masalah dikongsi sama oleh pelbagai kementerian berkait dengan pencerobohan nelayan asing. Saya sangat tidak puas hati dengan jawapan Yang Berhormat Menteri ketika penggulungan peringkat dasar yang menjawab isu aset pertahanan bagi tujuan keselamatan perairan di Semenanjung, khususnya pantai timur apabila jawapan Menteri hanya merujuk kepada kertas putih yang- semalam pun walau diberikan taklimat, tidak dibentangkan sepenuhnya, tidak apa kita tunggu pada 2 Disember.

final • 12:31 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Saya mengharapkan semoga di dalam pembentangan Kertas Putih nanti dapat ditunjukkan secara jelas aset-aset yang akan ditambah bagi memastikan tidak lagi berlaku aduan di mana mereka yang berada di pelantar cari gali minyak di perairan Terengganu yang menyatakan dalam satu minggu hendak dapat lihat sekalipun kapal peronda kita pun susah.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Ini menunjukkan perairan Pantai Timur sekarang berada terdedah kepada kebolosan yang sangat ketara sepertimana yang disebut berkait dengan masalah pencerobohan nelayan-nelayan Vietnam yang sekarang ini walaupun ada usaha dibuat, tetapi dengan kapal-kapal yang berada dalam keadaan yang sangat tidak siap siaga dan juga jeti-jeti yang sangat kekurangan untuk menempatkan kapal-kapal yang ditahan, kita berada di dalam keadaan masih lagi belum bersedia untuk menyelesaikan masalah pencerobohan nelayan Vietnam ini. Itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Terengganu. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 12:40 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin membahaskan Kementerian Pertahanan ini berkenaan Butiran 00100, Butiran 00200 dan itu berkenaan Tentera Darat, Butiran 00300, Butiran 00400 – Tentera Laut dan seterusnya Butiran 00500 – Pembinaan dan Butiran 00600 – Kelengkapan bagi Tentera Udara.

Saya ada satu isu Tuan Pengerusi iaitu saya ingin juga merujuk kepada muka surat 431 Kementerian Pertahanan ini. Saya melihat daripada tahun 2016 hingga 2020, belanja pembangunan Kementerian Pertahanan ini amat saya rasa kecil berbanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar

(KDNK).

Misalannya tahun 2016, sebanyak RM3.5 bilion, tahun 2017 perbelanjaan pembangunan RM3.3 bilion. Ertinya semua 2018 pun RM3 bilion, 2019 – RM3.6 bilion, tahun 2020 ini RM3.08 bilion.

Ertinya kalau RM3 bilion ini tukar kepada Dolar Amerika, mungkin sekitar RM1 bilion sahaja [Ketawa] Jadi, saya percaya ini ada kaitannya dengan kelengkapan aset-aset yang ditimbulkan oleh ramai pembahas-pembahas Ahli Parlimen.

Kementerian Pertahanan kalau hendak beli aset, pada pandangan saya sama ada kapal laut, kapal selam, pesawat dan sebagainya dia bukan boleh beli dengan mudah-mudah. Order seminggu kemudian boleh dapat, dia mengambil masa. Jadi saya rasa pihak kerajaan yang sudah lepas itu lepaslah tetapi untuk akan datang, mesti ada satu anggaran. Ertinya daripada KDNK kita setiap tahun itu berapa persen untuk Kementerian Pertahanan secara peratusnya, satu peratus, dua peratus misalnya.

Ini untuk membantu Kementerian Pertahanan merancang, menyiapkan, menyediakan kelengkapan mereka. Hendak tempah kapal terbang kah, kapal laut, helikopter dan sebagainya dengan syarat kalau kita tempah, kita beli aset yang ditempah dan dibeli itu mestilah sampai kepada negara kita.

Jadi kenapa saya berkata begini, untuk memudahkan Kementerian Pertahanan ini sebab saya lihat negara-negara jiran tidaklah besar macam kita. Kita negara maritim, hendak jaga Wilayah Semenanjung, Wilayah Sabah dan Sarawak. Kalau dibandingkan kepada negara jiran kita kecil sahaja, dia ada pesawat terbang yang begitu canggih. Tentu dia membeli itu tempah ambil masa.

Ertinya ada perancangan di peringkat mereka. Ertinya contoh yang baik ini kita boleh amalkan. Di negara jiran bukan negara maritim yang besar tetapi dia pun beli kapal selam. Jadi, pentingnya kita pelan betul-betul supaya Kementerian Pertahanan ini kalau beli nanti kapal terbang yang baru, kapal selam yang baru bukan second hand. Saya dimaklumkan kapal selam yang kita beli ini sekarang ada ini pun sudah dipakai second hand. Jadi, fokus dalam perbahasan saya begini, senang sahaja Tuan Pengerusi iaitu tidak cukup ini cakap benarlah, RM3 bilion untuk pembangunan bagi setahun kepada Kementerian Pertahanan, RM3 bilion duit ringgit kita, tidak cukup.

Jadi, bukan kita bersedia untuk nampak keadaan negara aman ini kita tidak ambil mudah, tidak. Maknanya pertahanan negara ini perlu kita jaga ertinya dan ini memberi semangat moral yang tinggi kepada angkatan tentera kita iaitu mereka pahlawan-pahlawan yang pejuang ini mereka tentu tidak meminta-minta daripada kerajaan. Mereka tidak akan menjerit, bersuara tentang masalah mereka. Apa yang ada mereka hadapilah. Mereka repair apa yang ada.

Ada disebut kapal terbang sudah berpuluh tahun, kapal laut sudah berpuluh tahun. Mereka repair, baiki semula, overhaul tetapi sampai bila kita hendak biarkan angkatan tentera kita ini overhaul, repair sedangkan negara-negara lain mereka beli aset yang baru yang ditempah canggih ikut perkembangan semasa.

final • 12:41 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Tidaklah seimbang kalau kita hanya mengutamakan kecanggihan dari segi broadband, dari segi komunikasi kita, dari segi internet kita ke peringkat yang global tetapi di peringkat tentera kita masih ketinggalan. Bukan kita hendak bersaing, Tuan Pengerusi untuk berperang, tidak tetapi kita jangan lupa saya ulang semula kita jangan lupa geopolitik di Asia Tenggara ini. Tadi telah disebut beberapa kali daripada teman kita Yang Berhormat Arau, Beting Patinggi Ali.

Tadi daripada Ahli Parlimen pembahas bagaimana di Sarawak, di Sabah yang banyak minyak, kekayaan kita. Bagaimana sebuah negara beribu kilometer jaraknya daripada Bintulu daripada Sarawak ini boleh meletakkan coast guard mereka. Tentu kalau kapal laut kita yang daif itu tidak mendatangkan gerun kepada mereka.

final • 12:41 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Pasir Gudang, sedikit.

final • 12:41 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Kita kena tunjukkan juga, Tuan Pengerusi negara kita negara yang berdaulat. Kita maritim sebuah negara perairan yang besar laut sekeliling kita dan kita perlukan pesawat yang canggih juga selain daripada kapal-kapal laut yang ini dan saya lihat umpamanya begitu juga dengan pembangunan angkatan darat kita.

final • 12:41 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 12:41 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Saya agak simpati dengan Kementerian Pertahanan dan tentera-tentera kita, navy kita, pejuang-pejuang TUDM kita mereka beroperasi, mereka mempertahankan negara dengan keadaan ikat perut dengan bajet belanjawan yang kecil.

Jadi saya rasa ini adalah tanggungjawab kita...

final • 12:41 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Boleh, Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 12:41 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Ya, sila.

final • 12:41 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat memandangkan Yang Berhormat Ahli Parlimen daripada Johor. Bagaimana Yang Berhormat melihat Bajet 2020 yang diperuntukkan kepada Kementerian Pertahanan lebih kurang RM15 bilion- pembangunan dan pengurusan.

Akan tetapi negara jiran kita Singapura meletakkan 28.3 peratus daripada RM80 bilion Bajet 2020. Maknanya kita tidak sampai pun 10 peratus daripada bajet kita. Jadi macam mana Yang Berhormat berpandangan, adakah negara kecil lebih banyak daripada negara kita yang tidak menumpukan? Sepatutnya kerajaan hari inilah yang baru harus menumpukan kepada industri pertahanan ini, sistem pertahanan negara melalui bajet yang besar.

final • 12:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Saya berpendapat, apa yang disuarakan oleh beliau tadi amat berkaitan dengan saya. Saya mohon dimasukkan dalam ucapan saya. Oleh sebab, kawasan Pasir Gudang ini bersebelahan dengan negara jiran, dekat sangat. Ertinya dipisahkan oleh Selat Johor itu, Selat Tebrau itu.

Jadi, maknanya sudah sampai masanya, kalaulah akan dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri kita Kertas Putih akan datang, maknanya saya minta by partisan, kedua-dua pihak ini, kita setuju dan kita sokong supaya kerajaan akan datang bagi peruntukan yang munasabah, yang patut kepada Kementerian Pertahanan. Sekian, Tuan Pengerusi.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Parit Sulong.

final • 12:50 PM

Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebelum saya memulakan perbahasan saya, saya hendak melahirkan rasa kecewa apabila kerajaan tidak sensitif dengan sentimen rakyat yang menolak fahaman komunis di Malaysia dengan membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa balik...

[Tepuk] Seterusnya kepada Butiran 010200 – Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV). Saya hendak mengucapkan terima kasih kepada pihak kementerian tidak melupakan jasa dan pengorbanan para veteran angkatan tentera yang sanggup berkorban mempertahankan bumi bertuah kita, Malaysia ini. Malah sehingga tamat perkhidmatan kebajikan mereka tetap terpelihara dan hal ehwal mereka juga sentiasa terpelihara.

final • 12:51 PM

Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong

Jadi, soalan saya yang ingin saya tanyakan kepada pihak kementerian adalah, sebelum ini program penempatan pekerjaan bagi veteran ATM yang baru sahaja menamatkan perkhidmatan di bawah program NBOS 7, program pengiktirafan veteran. Jadi, berapa ramai kah yang telah diterima masuk dan berjaya di dalam program tersebut, dan adakah program itu masih diteruskan?

Berapa ramai kah bakal veteran dan juga veteran ATM yang telah mengikuti kursus bawah Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERTANDA). Daripada jumlah itu, berapa peratus graduan PERTANDA yang telah mendapat kerjaya kedua selepas tamat perkhidmatan mereka sebagai anggota tentera.

Seterusnya soalan saya lagi adalah, sejauh manakah pihak kementerian melihat bantuan yang perlu diberikan kepada waris veteran ATM yang telah meninggal dunia terutamanya mereka yang bergelar yatim piatu, dan berapakah jumlah veteran ATM yang bergelar OKU. Ini yang saya hendak tahu, OKU yang berada di kawasan Parlimen Parit Sulong. Apakah jenis bantuan yang diberikan oleh pihak kementerian kepada mereka ini?

Seterusnya soalan saya lagi adalah, berapakah jumlah veteran ATM ataupun balu veteran ATM yang telah menerima bantuan Program Membaik Pulih Rumah Veteran 1Malaysia di bawah Kawasan Parlimen Parit Sulong bagi tempoh sehingga 2019.

Adakah pihak kementerian telah merancang untuk memperuntukkan sejumlah dana untuk aktiviti komuniti PERHEBAT di kawasan Parlimen Parit Sulong, dan sejauh manakah penglibatan pihak kementerian secara langsung dan tidak langsung dalam membantu komuniti ini meningkatkan keupayaan mereka menjadi lebih kompetitif, agar peralihan kehidupan mereka sebagai orang awam berjalan dengan lebih baik.

Butiran 020200 - Pertahanan Darat. Seiring dengan perkembangan teknologi digital dan IR 4.0, yang mana banyak tenaga manusia mula beralih kepada penggunaan tenaga pintar. Soalan saya adalah, apakah antara jenis peralatan moden dan teknologi pintar yang sedang dipertimbangkan kementerian untuk diguna pakai pada masa yang akan datang. Apakah definisi tentera pintar yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Menteri sebelum ini. Oleh sebab Yang Berhormat Menteri ada memaklumkan- ada membuat statement mengenai tentera pintar.

Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri boleh menyatakan, apakah definisi tentera pintar yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Menteri. Adakah ia merujuk kepada penggunaan teknologi pintar oleh anggota tentera atau merujuk kepada penggunaan automotif robot army. Jadi, saya mohon penjelasan mengenai perkara tersebut.

Seterusnya butiran saya yang terakhir adalah bagi Maksud B60, Butiran 030400 – Pengoperasian di ESSZONE. Baru-baru ini Yang Berhormat Menteri ada mengumumkan akan menukar aset lama di Zon Selamat Timur Sabah dalam mengukuhkan perairan keselamatan negara.

Namun, isu kelengkapan persenjataan dan latihan antara aspek yang perlu dipertimbangkan. Ini kerana difahamkan kawasan ini berpotensi untuk diserang oleh pengganas pada bila-bila masa sahaja. Jadi, soalan saya kepada pihak kementerian adalah, sejauh manakah aset lama di ESSZONE dapat berfungsi? Jika masih berfungsi dengan baik, adakah kementerian akan menambah aset operasi yang sedia ada untuk mengukuhkan keselamatan perairan negara.

Seterusnya, apakah status terkini oleh kerajaan mengenai pertimbangan kedudukan Rela dalam operasi ESSZONE daripada segi kelengkapan dan juga latihan dalam membantu ATM mengukuhkan keselamatan negara...

final • 12:51 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

[Bangun]

final • 12:51 PM

Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong

Yang Berhormat Pontian.

final • 12:51 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Pontian, silakan.

final • 12:51 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Saya ingin bertanya tentang pengoperasian di ESSZONE, yang disebut oleh Yang Berhormat sebentar tadi.

Saya ingin tahu, setakat manakah kejayaan pengoperasian di kawasan itu? Apakah contoh- contoh terbaru yang merupakan kejayaan. Sebagai contoh, ada beberapa kejadian penculikan, misalnya. Setakat mana pengoperasian ESSZONE dapat menewaskan segala perkara yang boleh mencemarkan status keselamatan negara kita di kawasan ESSZONE.

Satu lagi, saya ingin bertanya tentang pertahanan maritim ini Yang Berhormat Parit Sulong.

Kawasan kita yang cukup luas. Apa beza APMM tugas-tugasnya. Setakat mana APMM tidak akan bertindih dengan tentera laut? Kita harap hubungan yang baik antara APMM dan tentera laut akan dapat menjaga kawasan maritim kita yang cukup luas.

final • 12:51 PM

Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Tuan Pengerusi, saya hendak jawab tetapi saya bukan Yang Berhormat Menteri. Jadi saya akan minta Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Abang Mat untuk menjawab persoalan-persoalan yang...

final • 12:51 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Menterilah jawab. Yang Berhormat Menteri jawab.

final • 12:51 PM

Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong

Yang Berhormat Abang Mat, selaku menteri.

final • 12:51 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Parit Sulong jadi menteri esok jawab. Tidak lama lagi insya-Allah.

final • 12:51 PM

Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong

[Ketawa] Untuk menjawab soalan-soalan tadi.

Silakan.

final • 12:51 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya tidak mahu menyekat tadi atau mengganggu Yang Berhormat Parit Sulong apabila bercakap. Yang Berhormat kecewa dengan tindakan kerajaan ataupun sikap kerajaan yang membenarkan abu Chin Peng dibawa masuk seolah- olah unsur-unsur komunis ini sudah tidak penting lagi hendak diberi perhatian. Cukup kah dengan sekadar kecewa? Mana boleh kecewa, mesti ada tindakan. Apa tindakan yang mesti diambil, apa yang kita mesti minta kerajaan ambil tindakan. Kerajaan jangan main-main dalam hal ini. Rakyat marah ini. So, saya bagi pihak Yang Berhormat Parit Sulong hendak minta kerajaan ambil tindakan kepada mereka yang bertanggungjawab, setuju?

final • 12:51 PM

Beberapa Ahli

Setuju?

final • 12:51 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih.

final • 12:51 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Parit Sulong, sedikit.

Yang Berhormat Parit Sulong...

final • 12:51 PM

Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong

Itu saya kena minta Yang Berhormat Menteri untuk menjelaskan mengenai isu yang telah dibangkitkan tadi. Yang Berhormat Paya Besar.

final • 12:51 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Parit Sulong...

final • 12:51 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Jangan sampai esok bergaduh antara orang ini. Faham-fahamlah kumpulan yang banyak terkorban ahli keluarga mereka. Jangan nanti esok timbul masalah pergaduhan dalam negara kita ini. Yang Berhormat Menteri, kita tahu siapa dia orang yang di belakang yang membawa unsur-unsur ini.

final • 12:51 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Parit Sulong...

final • 12:51 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Paya Besar.

final • 12:51 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya pun sudah tidak tahan ini.

final • 12:51 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Parit Sulong, saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Parit Sulong. Ini kerana Kementerian Pertahanan ini merupakan salah satu daripada dua kementerian yang menjaga keselamatan selain itu, Kementerian Dalam Negeri.

Jadi, Kementerian Dalam Negeri telah menyatakan pendirian mereka tidak tahu bagaimana perkara ini berlaku dan mereka tidak tahu yang abu itu telah dibawa balik ke Malaysia. Adakah Yang Berhormat Parit Sulong bersetuju, kita harus tanya kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan, adakah juga dia tahu atau tidak bahawasanya abu itu telah dibawa balik pada 16 September tahun ini. Apakah tindakan kementerian? Kalau Kementerian Pertahanan tidak tahu, maknanya sistem pertahanan negara kita hadapi cukup masalah.

final • 12:51 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Kita hendak tahu pendirian DAP dalam kerajaan berhubung dengan perkara ini, apa pendirian DAP?

final • 12:51 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Parit Sulong saya hendak celah sedikit.

final • 12:51 PM

Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong

Okey Yang Berhormat Parit Sulong.

final • 12:51 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Berkaitan dengan perkara sama, saya dengar dahulu Abang Mat punya kenyataan berkaitan dengan pendirian bawa balik abu mayat ini ke Malaysia. Apakah pendirian sebelum Yang Berhormat Menteri jadi menteri, masih kekal? Kalau masih kekal bermakna Yang Berhormat Menteri memang bersetuju abu itu dibawa balik ke Malaysia. Minta Yang Berhormat Menteri jawab.

final • 12:51 PM

Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong

Semuanya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab ini. Yang Berhormat Menteri, saya harap persoalan-persoalan...

final • 12:51 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Kalau tidak, esok kita sapu abu itu dekat dahi [Ketawa]

final • 12:51 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Tiga line, tiga line.

final • 12:51 PM

Tuan Pengerusi

Masa sudah tamat.

final • 12:51 PM

Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong

Okey, jadi saya harap Yang Berhormat Menteri dapat menjawab segala isu dan persoalan yang diutarakan sama ada daripada perbahasan saya mahupun juga celahan-celahan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat lain. Itu sahaja Tuan Pengerusi.

Terima kasih banyak. Jangan senyum sahaja Yang Berhormat Menteri, kena jawab. Senyum memanglah manis senyum itu tetapi kena jawab sekali.

final • 12:51 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Manislah Abang Mat.

final • 12:51 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Senyum manis Abang Mat.

final • 12:51 PM

Tuan Pengerusi

Baik, selepas Yang Berhormat Parit Sulong...

final • 12:51 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Puji manis kang hilang, lupa terus dia

final • 12:51 PM

Tuan Pengerusi

...Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Beluran, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Padang Terap...

final • 12:51 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar. Papar jangan lupa Papar.

final • 12:51 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Papar. Saya tambah lagi satu Yang Berhormat Papar.

Yang Berhormat Papar selepas Yang Berhormat Pendang.

final • 12:51 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Jempol, Jempol.

final • 12:51 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Jempol selepas...

final • 12:51 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Lenggong, tidak ada Lenggong?

final • 12:51 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Pasir Salak adakah?

final • 12:51 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Kapit ada Kapit?

final • 12:51 PM

Tuan Pengerusi

Semua ada.

final • 12:51 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Tuan Pengerusi, Kapit. Kapit, Kapit.

final • 12:51 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Mana tahu Yang Berhormat Menteri suruh potong [Ketawa] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 12:51 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kita berhenti di sini untuk beristirahat dan bersambung semula pada pukul 2.30 petang dengan hujahan oleh Yang Berhormat Hulu Rajang. Saya ingin kurangkan ke tujuh minit selepas ini.

final • 12:51 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 2:30 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Hulu Rajang. Sila. 7 minit. Yang Berhormat Hulu Rajang tiada dalam Dewan.

final • 2:30 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Beluran. Yang ada dalam senarai masih tidak ada dalam Dewan, tetapi yang ada dalam Dewan tidak ada dalam senarai.

[Ketawa] .

final • 2:30 PM

Datuk Abd Rahim bin Bakri - Kudat

Kudat ada.

final • 2:30 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Ya lah ada. Okey, saya jemput Yang Berhormat Kalabakan. Sila.

final • 2:30 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin sentuh Kepala Bekalan 03000 – Program Khusus di bawah Butiran 030400 – Pengoperasian di ESSZONE.

Saya di sini ingin mengucapkan terima kasih atas penambahan peruntukan sebanyak RM101.3 juta daripada RM74.8 juta. Semoga tahap pengoperasian di kawasan liputan ESSZONE dipertingkatkan untuk menjaga kedaulatan negara di Pantai Timur Sabah. Dengan peningkatan tahap keselamatan, saya beranggapan aktiviti ekonomi seperti pengangkutan laut, perikanan, pelancongan dan berbagai-bagai lagi aktiviti ekonomi boleh merangsang pendapatan penduduk setempat. Perintah berkurung atau curfew yang masih dikuatkuasakan sehingga hari ini, kita mengharapkan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan demi keamanan warga yang bermastautin di Pantai Timur Sabah.

Saya juga ingin sentuh Kepala Bekalan 01000 – Pengurusan. Butiran 010200 – Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran. Ada peningkatan yang ketara kepada RM100.3 juta daripada RM98 juta.

Kita berharap lebih banyak kursus teknikal dianjurkan untuk melatih veteran-veteran tentera kita selepas mereka bersara. Kita harus ambil iktibar peristiwa berdarah Kalabakan pada 29 Disember 1963 yang menyaksikan seorang ketua company dan tujuh anggotanya gugur, manakala 18 orang lagi cedera parah yang selalu diceritakan di kalangan masyarakat setempat di Kalabakan. Peristiwa ini harus diambil sebagai pengajaran terhadap kesiapsiagaan pertahanan negara.

Peranan veteran juga harus dialu-alukan untuk memberi kesedaran terhadap peri pentingnya pertahanan negara dengan menggunakan pengetahuan dan pengalaman para veteran untuk membuat ceramah di sekolah-sekolah atau di acara-acara awam. Kesedaran ini harus dikongsi oleh semua rakyat Malaysia sedari awal lagi. Bolehlah kiranya sedikit elaun dibayar kepada veteran yang melaksanakan siri-siri ceramah tersebut. Veteran tentera juga boleh digaji untuk melatih murid- murid sekolah dalam menjayakan program-program kokurikulum sekolah seperti Kadet Tentera. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.

final • 2:33 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan.

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pendang. Sila.

final • 2:33 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 010100 – Pengurusan Am. Saya bersetuju Dasar Pertahanan Negara 2010 diperhalusi semula agar bertepatan dengan cabaran geopolitik semasa terutama di rantau ini. Saya juga mengalu-alukan pembentangan Kertas Putih Pertahanan untuk dibentangkan di Parlimen namun tahap kerahsiaan dan maklumat strategik negara tidak boleh dikompromi. Saya sebut tadi kepada Menteri Pertahanan. Benda yang rahsia, kena rahsia.

Kementerian perlu berwaspada akan cubaan memperlekeh aset ketenteraan negara seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini. Melihat kepada situasi semasa yang berlaku akhir-akhir ini seperti cubaan menulis semula sejarah, mengiktiraf Malayan People's Anti-Japanese Army sebagai pejuang kemerdekaan, menghina jalur gemilang, mencemuh kedudukan Raja-Raja Melayu dan membawa pulang abu Chin Peng adalah satu rencana tertentu untuk menghidupkan semula komunisme di Malaysia.

Saya ingin bertanya, isu membawa semula abu Chin Peng ini keputusan Kabinet atau tidak?

Jadi, orang-orang Cina – jangan rasa kecil hati, kebetulan yang menyambut abu ini kebanyakannya orang Cina. Di luar sana banyak yang tidak bersetuju dengan ideologi komunis ini. Ideologi sosialis yang ada di sana. Akan tetapi, kebetulan yang bawa balik ini adalah orang Cina. Jangan kecil hati, jangan ambil hati sebab ramai yang tidak bersetuju dengan kaedah ini. Cuma kebetulan sahaja.

final • 2:36 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datuk

Yang Berhormat.

final • 2:36 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Seterusnya, melihat kepada situasi ini...

final • 2:36 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datuk

Yang Berhormat. Sedikit sahaja kalau diizinkan.

final • 2:36 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Sila. Sila.

final • 2:36 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Ya. Sila.

final • 2:36 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datuk

Kabinet kerajaan yang lama pada tahun 2014 telah membuat keputusan bahawa abu mayat atau mayat itu tidak dibawa. Ini keputusan Kabinet. Kita tidak tahu apakah keputusan Kabinet dalam kerajaan sekarang. Apa yang penting, 10 ribu orang meninggal ketika Chin Peng jadi Ketua Pengganas. Berapa ramai tentera, polis yang meninggal? Berapa ramai menjadi balu? Berapa ramai yang menjadi anak yatim? Berapa ramai rakyat Malaysia lagi yang dimangsakan? Adakah Yang Berhormat setuju?

final • 2:36 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Datuk.

Sambung, masuk dalam ucapan saya. Cuma, kita pun macam- kerajaan seolah-olah mengiktiraf apabila abu ini dibenarkan di tabur di Banjaran Titiwangsa seolah-olah memang komunis dulu ini terlibat di dalam hutan, menyerang askar-askar kita yang banyak terbunuh yang menjaga keselamatan negara selepas kita menjadi sebuah negara yang berdaulat.

Seterusnya, berdasarkan situasi tersebut maka saya menggesa konsep HANRUH iaitu pertahanan menyeluruh sentiasa diperkemas dan diperingatkan kepada masyarakat awam. Lima komponen yang terdapat dalam HANRUH ini perlu dipastikan berada dalam tahap kesiapsiagaan yang tinggi. Saya berharap konsep HANRUH ini akan terus diterjemahkan dan diuar-uarkan kepada rakyat terutama yang melibatkan komponen keutuhan psikologi, keutuhan ekonomi, keutuhan perpaduan masyarakat, yang ini penting. Jadi, selain daripada itu...

final • 2:36 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Boleh mencelah tidak?

final • 2:36 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

...Saya melihat kebelakangan ini Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri banyak memperihal mengenai Malaysia’s Future Force.

final • 2:36 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Pendang, boleh?

final • 2:36 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya tidak ada masa, saya tidak ada masa.

Saya minta, kalau tambah masa saya, saya bagi sebab saya ada banyak lagi hendak bercakap ini.

final • 2:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya tanya satu soalan sahaja.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri banyak memerihalkan mengenai future force. Selain daripada penambahbaikan aset dan strategi ketenteraan, saya juga minta agar kementerian bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara dan Cybersecurity Kementerian Komunikasi Dan Multimedia untuk memerangi ancaman jenayah siber yang semakin agresif di negara ini. Ia bukan hanya online scammer, ini melibatkan juga duit poket rakyat sahaja. Bahkan ia mungkin juga akan meresap kepada sistem komunikasi rangkaian pengangkutan dan sistem kewangan negara.

Seterusnya saya ingin bertanya mengenai Muzium Tentera Darat yang terletak di Kem Seri Rusa, Port Dickson. Saya difahamkan ia adalah muzium tentera yang terbesar di Malaysia dan setanding dengan muzium tentera di luar negara dari segi aspek bahan dan infrastruktur yang terdapat di muzium tersebut. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian berapakah peruntukan yang akan disalurkan untuk muzium tentera darat bagi tahun 2020? Berapa ramai kekerapan pengunjung bagi satu-satu masa dan sejauh mana promosi dijalankan untuk menarik lebih ramai rakyat hadir ke muzium ini?

Satu perkara terakhir bagi butiran ini ialah mengenai Kor Agama Angkatan Tentera

(KAGAT). Saya mengucapkan tahniah ke atas KAGAT kerana telah melancarkan buku bertajuk ‘Akhlak Ketenteraan’ kepada seluruh Angkatan Tentera Malaysia baru-baru ini. Sebelum ini saya difahamkan pihak KAGAT telah bekerjasama dengan pensyarah UKM untuk menerbitkan hadis-hadis berkaitan peperangan ketika zaman Rasulullah SAW. Satu usaha yang terpuji dan selari dengan aspirasi ketenteraan yang berjuang untuk mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara.

Dalam Butiran 20300 – Pertahanan Maritim. Saya minta pihak SPRM segera menyiasat dan memutuskan isu mengenai projek pembinaan enam buah kapal littoral combat ship (LCS) yang gagal diserahkan pada 1 April 2019 yang lalu. Saya ingin bertanya, apakah pihak kementerian meluluskan permohonan tambahan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion kepada Boustead Naval Shipyard Sdn.

Berhad atau BNS. Sekiranya ia telah dibayar, bila pula dijangka LCS1 akan diserahkan kepada kementerian.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Seterusnya apakah keputusan kementerian terhadap cadangan untuk menubuhkan Markas Wilayah Laut 4 (MAWILA 4) di Sarawak? Penubuhan MAWILA 4 bertujuan untuk melakukan rondaan di perairan Sarawak khususnya di Bintulu seperti mana yang telah sedia ada di Sandakan dan Kota Kinabalu. Sekiranya bersetuju, adakah ia telah dimasukkan dalam peruntukan bagi tahun 2020? Di mana cadangan operasi lokasi MAWILA 4 sekiranya ia diluluskan?

Seterusnya berkenaan dengan Butiran 20400 – Pertahanan Udara. Saya ingin mendapat penjelasan mengenai satu Pelan Rancangan Pembangunan Keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia 2055 atau (CAP55). Saya ingin bertanya adakah CAP55 ini telah siap sepenuhnya? Jika ya, bilakah ia akan mula dilaksanakan agar TUDM menjadi sebuah ketumbukan yang hebat bagi menjaga kedaulatan dan kepentingan negara?

Selain daripada pengupayaan tentera, saya difahamkan TUDM sedang dalam perancangan menilai penilaian beberapa aset baharu. Adakah kementerian bercadang untuk menggantikan beberapa aset Pesawat NURI, FA18D Hornet dan BAE Hawk 108/208. Adakah kementerian sudah mula membuat proses perolehan untuk membeli beberapa pesawat tanpa pemandu (UAV) dan pesawat rondaan maritim (MPA)? Apakah nasihat daripada Peguam Negara berhubung isu pembelian enam buah helikopter tempur ringan yang masih belum diperoleh sejak tahun 2017?

Apakah opsyen yang akan diambil oleh kementerian untuk menangani masalah perolehan ini?

Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Ya, terima kasih Yang Berhormat Pendang. Ahli Yang Berhormat, saya memutuskan Yang Berhormat Menteri akan mula menjawab pada pukul 4.30 petang. Oleh sebab itu, saya menghargai semua Ahli Yang Berhormat dapat menepati masa yang diperuntukkan. Saya menjemput Yang Berhormat Beruas, selepas itu Yang Berhormat Kepala Batas.

final • 2:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Pengerusi. Ingin saya tanya kepada kerajaan satu perkara sahaja. Adakah benar bahawa Kerajaan Malaysia di bawah Barisan Nasional telah mengingkari satu perjanjian yang telah dimeterai di antara pihak kerajaan dan juga pihak Komunis pada 2 Disember 1989 apabila persetujuan kedamaian di antara kerajaan dengan Parti Komunis dimeterai? Perjanjian tersebut telah dibantu oleh pihak Kerajaan Thailand.

Ingin saya bacakan perjanjian ini secara- kerana hanya empat perenggan sahaja dan ingin saya dapat penjelasan daripada pihak kerajaan supaya rakyat Malaysia tahu sebenarnya apa yang dipersetujui dan sama ada abu mendiang Chin Peng yang dibawa balik ini, kita dapat nampaknya dari satu keadaan yang mengikut fakta. Dengan izin saya baca kerana perjanjian ini dalam Bahasa Inggeris.

*“Agreement Between the Government of Malaysia and the Communist Party of Malaya To Terminate Hostilities. The Government of Malaysia and the Communist Party of Malaya, consistent with their common objective for peace, hereby agree to the following:

Article 1. Cessation of Armed Activities. Upon the signing of the Agreement, the Government of Malaysia and the Communist Party of Malaya shall cease all armed activities forthwith.

Article 2. Disbandment of Armed Units, Destruction of Arms, Ammunition, Explosives and Booby-Traps.

The Communist Party of Malaya shall disband all of its armed units, destroy its arms, ammunitions, explosives and booby-traps in Malaysia and Thailand…”*

final • 2:44 PM

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Minta laluan. Yang Berhormat Beruas minta…

final • 2:44 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Nanti saya habiskan.

final • 2:44 PM

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Tidak, butiran berapa? Senang hendak rujuk, hendak refer. Butiran berapa?

final • 2:44 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Itu isu telah pun dirujuk oleh Yang Berhormat Pendang tadi pun. Sila teruskan.

final • 2:44 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

“...Article 3. Residence in Malaysia.

final • 2:44 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

*3.1 Members of the Communist Party of Malaya and members of its disbanded armed units, who are of Malaysian origin and who wish to settle down in Malaysia, shall be allowed to do so in accordance with the laws of Malaysia.

3.2 Members of the Communist Party of Malaya and members of its disbanded armed units, who are not of Malaysian origin, may be allowed to settle down in Malaysia in accordance with the laws of Malaysia, if they so desire.

Article 4 – Provision of Assistance by the Malaysian Authorities.

With regard to Article 3, the Malaysian authorities shall assist members of the Communist Party of Malaya and members of its disbanded armed units in order to help them to start their peaceful life afresh.”* Ia ditandatangani pada 2 Disember 1989 di Hatyai, Thailand. Bagi pihak Kerajaan Malaysia telah ditandatangani oleh Secretary General of the Ministry of Home Affairs, Dato’ Haji Wan Sidek bin Haji Wan Abd Rahman, General Tan Sri Hashim bin Mohd Ali, Chief of Defense Forces, Tan Sri Mohammed Hanif bin Omar, Inspector General Royal Malaysia Police. Bagi pihak Parti Komunis telah ditandatangani oleh Ong Boon Hua @ Chin Peng – Secretary General, Abdullah Sidi- Chairman, Rashid Maidin- Central Communitiy Member, dan telah di-witness by the representative of the Government of the Kingdom of Thailand oleh Deputy Director Internal Security Operation Command, General Chavalit Yongchaiyudh dan Royal Thai Police Department Director General, General Sawaeng Therasawat dan juga Permanent Secretary of the Ministry of Interior Anek Sithiprasasana and Leftenan General Yoodhana Yamphudu, Director of the Forth Region Internal Security Operation Command. Oleh itu, saya mohonlah kepada kerajaan untuk memberikan penjelasan mengenai hal ini kerana mana-mana perjanjian terutamanya brokered by the- is the internationally brokered agreement of peace. Kenapa kita tidak mengikuti terma-terma yang telah dipersetujui. Kalau kita tidak mengikuti perjanjian antarabangsa, bagi saya ini satu-satu yang memang tidak baik untuk Malaysia kerana nama Malaysia akan menjadi buruk dan perjanjian yang ditandatangani oleh kita kalau tidak diikuti, memang orang tidak akan mempercayai kewibawaan dan juga our integrity and our honesty. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 2:44 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Ya, terima kasih.

final • 2:44 PM

Tuan Jonathan bin Yasin - Ranau

Minta izin Tuan Pengerusi untuk memberi pengumuman sedikit tentang pelajar kita pada petang ini. Bersama-sama dengan kita di dalam Dewan pada hari ini ialah pelajar-pelajar daripada SJK(T) Tasik Permai daripada Parlimen Nibong Tebal. Marilah kita mengalu-alukan mereka...

[Tepuk]

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Ya selamat datang, vanikam. Sila Yang Berhormat Kepala Batas, selepas itu Yang Berhormat Kudat.

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi, saya fikir dalam masa yang agak terbatas saya hendak pergi terus kepada butiran.

Butiran 04000 – One-Off. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT). Saya dapat lihat bahawa kali ini tidak ada peruntukan untuk PERHEBAT sedangkan dulu Yang Berhormat Menteri maklumkan hendak naikkan daripada RM27 juta kepada RM32 juta.

Jadi saya hendak tanya adakah ada perancangan lain berkaitan dengan PERHEBAT ataupun ia diserapkan masuk dalam jabatan-jabatan yang lain sebab tidak ada langsung dalam butiran berkaitan dengan PERHEBAT kalau hendak dibandingkan dengan peruntukan ataupun belanjawan yang lalu.

Dalam perkara yang sama di bawah butiran One-Off ini juga saya hendak ucapkan terima kasih dan juga tahniah kepada pihak kerajaan kerana memberikan RM500 kepada penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM). Ini adalah satu tindakan bagi saya yang baik dan saya mohon ingin mengetahui berapa keseluruhan jumlah penerima PJM ini.

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas

Namun yang paling penting adalah mereka ini adalah patut didendangkan kerana mereka ini cukup berjasa terutamanya dalam menentang keganasan Komunis. Tuan Pengerusi, negara ini mengambil kira-kira 41 tahun daripada tahun 1948 sampailah 1989 untuk memerangi dan menewaskan pengganas Komunis Malaya di bawah Chin Peng. Namun tidak ada satu usaha pun untuk mengabadikan perjuangan dan kemenangan mereka yang menewaskan ini yang mana saya fikir ada baiknya juga kalau dapat dicadangkan supaya diwujudkan satu bentuk memorial, a living institution seperti mana di Ellington, Virginia US.

Di mana mereka yang the patriot of US bila pergi berjuang, balik they have their name listed on the wall of memorial. Namun tidak ada di sini. Selain daripada itu juga saya hendak tanya juga dua lagi kategori mereka yang telah berjasa yang kadang-kadang kita tidak tahu sebab kita tidak dendangkan mereka but this are the people yang telah bersabung nyawa dan melalui keperitan, kesengsaraan hanya untuk memastikan tanah air mulia ini dipertahankan.

Demikian juga untuk mereka yang menerima Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP). Saya difahamkan hari ini mereka menerima elaun RM2,000 dan demikian juga Panglima Gagah Berani

(PGB). Jumlah mereka Yang Berhormat Menteri hanyalah 25 orang dan satu lagi kategori seramai 111 orang. Saya fikir mungkin ada kewajaran untuk pihak kementerian memikirkan untuk meningkatkan elaun yang diterima oleh mereka yang telah berjasa banyak kepada negara terutamanya di dalam waktu-waktu yang mendesak dulu.

Keduanya ialah saya hendak rujuk pada Butiran 010200 – Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan. Yang Berhormat Menteri, perang yang akan datang kalau berlaku dinamiknya sudah berubah. Dunia-dunia antarabangsa telah melakukan penyelidikan dan banyak yang melihat bahawa peperangan sekarang berlaku di kawasan-kawasan di panggil megacity. Doktrin perubahan peperangan sudah berubah from rural, from guerilla kepada urban combat dan bukan lagi di luar bandar.

Saya bagi contoh Singapore- Singapore Armed Forces membelanjakan hampir SGD 1 bilion untuk membina training centre yang bersifat urban warfare dan berkeluasan 88 hektar. Mereka mempunyai 200 moc building, strategik aset kerana kita memerlukan latihan-latihan warfare yang membabitkan terutamanya kawasan-kawasan petrochemical areas, pelabuhan, high rise building, infrastruktur-infrastruktur yang strategik seperti LRT dan MRT. This are the things yang nampak pendedahan mungkin tidak ada lagi kepada anggota tentera kita.

So this new urban warfare ini adalah suatu new dinamik dan saya hendak tanya apakah Kementerian Pertahanan mempunyai perancangan yang sama dalam memastikan bahawa new urban warfare ini adalah sebahagian daripada the new right tactical mindset dalam kita berdepan dengan fenomena dan cabaran yang berbeza daripada yang lalu.

Akhir sekali ataupun ada satu lagi adalah berkaitan dengan belanjawan pembangunan. Saya lihat keseluruhan butiran belanjawan pembangunan, keseluruhannya menelan belanja RM3.083 bilion. Daripada jumlah ini Yang Berhormat, RM2.5 bilion adalah perolehan. Jadi saya hendak tanya pendirian kementerian dari segi kaedah perolehan sebab yang paling penting ialah berbeza dengan kementerian-kementerian lain, Kementerian Pertahanan ini perolehan-perolehan, aset-aset strategik pertahanan tertentu memerlukan perolehan melalui runding terus.

Jadi saya hendak tanya pendirian kerajaan sekarang sebab kalau ada yang dilakukan secara tender negara mungkin berdepan dengan vulnerability, keterdedahan kepada maklumat kepada negara-negara asing. Saya bagi umpama kalau kita open tender akan terdapat negara- negara luar yang akan menaja syarikat-syarikat dalaman untuk masuk tender tersebut. Bukan untuk menang tender tapi sekadar untuk tahu what are the specs. Jadi bagaimana kita dapat menjadikan itu sebagai aset strategik kalau semua spec kita telah diketahui oleh negara-negara luar melalui kaedah demikian.

Jadi saya hendak tanya pendirian kerajaan sekarang berkaitan dengan perolehan kerana ini RM2.5 bilion cukup besar dan adakah ini akan menjadikan direct nego digunakan juga oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan supaya saya tidak hendaklah nanti, kalau-kalau nanti ada KSU pula dianaktirikan [Ketawa] Hanya dikambinghitamkan hanya kerana berubah dasar. Jadi itu sahaja.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sekejap minta penjelasan, masa ada lagi.

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas

Ya.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Pengerusi, untuk pertahanan dan juga KDN ini kita minta oleh kerana ia melibatkan keselamatan. Keselamatan ini bukan boleh dipermainkan dan bukan boleh ditayangkan kepada orang. Kerajaan yang memerintah itu, kami pun tidak perlu tahu kerana yang memerintah sebab ini masalah mempertahankan negara. Jadi apakah kita setuju supaya direct nego itu dibenarkan untuk kes-kes yang melibatkan keselamatan.

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas

Tentu sekali saya rasa itu adalah satu pandangan yang baik, masukkan dalam ucapan saya dan memandangkan masa sudah habis. Terima kasih banyak Tuan Pengerusi kerana memberi keizinan kepada saya untuk berucap terima kasih.

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas.

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kudat, selepas itu Yang Berhormat Hulu Rajang dan Yang Berhormat Tampin.

final • 2:50 PM

Datuk Abd Rahim bin Bakri - Kudat

Terima kasih Tuan Pengerusi di atas peluang berbahas peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan. Isu yang pertama yang saya ingin bangkitkan di sini iaitu 00100 – Tentera Darat dan juga 00200 – Pembinaan dan Kelengkapan. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Pertahanan, apakah yang telah terjadi dengan projek pembinaan AV8 Gempita kereta kebal iaitu satu usaha sama yang telah dibuat di antara DefTech syarikat Malaysia dan juga FMS daripada Turki yang sepatutnya kita membina dalam jumlah sebanyak 257 buah.

Ini adalah merupakan satu aset yang penting bagi tentera darat, yang saya ingin ketahui bilakah projek ini akan siap sepenuhnya kerana saya difahamkan terdapat kelewatan dalam handing over terhadap semua AV8 Gempita ini dan adakah ini apabila ia berlaku kegagalan untuk menyerahkan ia akan menyebabkan kos overrun terhadap projek ini yang saya difahamkan ia hampir RM7.5 bilion.

Kedua ialah berkaitan dengan projek Littoral Combat Ships (LCS) iaitu multi-role frigate iaitu enam buah LCS kerjasama di antara DCNS syarikat Perancis dan juga Bousted anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

final • 2:58 PM

Datuk Abd Rahim bin Bakri - Kudat

Apa yang saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Menteri- kos yang dibelanjakan ini memanglah begitu besar, lebih kurang RM9 bilion, iaitu RM1.5 bilion bagi setiap frigate harganya.

Apa yang saya hendak tahu ialah bilakah projek ini akan siap? Saya difahamkan juga bahawa berlaku kelewatan terhadap projek ini sedangkan pihak tentera laut menunggu di atas siapnya projek ini untuk membolehkan mereka dapat mengoperasikan dan mengawal kawasan maritim negara kita. Sudah tentulah jika berlaku kelewatan, ia akan menyebabkan cost overrun. Jadi, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan isu ini.

Ketiga, iaitu juga berkaitan dengan tentera udara. Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa tentera udara mempunyai empat jenis pesawat pejuang iaitu, satu, Sukhoi dan juga F/A-18 iaitu merupakan dua jenis pesawat multirole combat fighter, manakala kita ada MiG-29 dan Hawk BAE iaitu jet pejuang yang kesemuanya ini adalah merupakan jet yang sudah begitu lama melebihi daripada 20 tahun.

Apa yang saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri ialah adakah Kementerian Pertahanan bercadang untuk menggantikan jet-jet pejuang yang sudah lama ini? Ini kerana saya percaya sebahagian daripada pengeluar jet-jet ini sudah tidak lagi mengeluarkan spare parts. Seperti MiG, mereka tidak lagi mengeluarkan spare parts untuk jet pejuang ini. Juga, Sukhoi, mereka telah pun meningkatkan kapasiti Sukhoi yang baru. Jadi, adakah pihak kerajaan bercadang untuk membelanjakan sejumlah yang banyak untuk membeli pesawat-pesawat ini? Ini kerana ini adalah merupakan aset strategik Kementerian Pertahanan.

Selanjutnya iaitu Butiran 030000 iaitu saya hendak bertanya tentang PLKN. PLKN ini telah pun berjalan sekian lama dan banyak cadangan-cadangan berkaitan dengan masa depan PLKN ini.

Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, adakah PLKN ini masih dilaksanakan ataupun sudah ditutup ataupun sudah di-downscale? Ini kerana yang saya bimbang ialah pengusaha-pengusaha kem ini banyak, lebih kurang mungkin menghampiri 100 buah. Apa akan jadi dengan kem-kem ini dan apa akan jadi dengan kakitangan PLKN? Apakah masa depan PLKN ini? Adakah ia akan ditukar menjadi tempat TVET atau melatih belia-belia kita untuk dalam bidang vocational training? Adakah ia digunakan juga kem-kem ini untuk maksud kem-kem tentera ataupun kem wataniah atau sebagainya?

Selanjutnya ialah berkaitan dengan PERHEBAT. PERHEBAT ini adalah agensi yang penting untuk melatih pesara-pesara tentera. Adakah hala tuju baru PERHEBAT ini?

final • 3:00 PM

Datuk Abd Rahim bin Bakri - Kudat

Ini kerana kita harus faham bahawa tentera-tentera, khususnya mereka yang tidak berpencen, memerlukan peluang-peluang pekerjaan, peluang-peluang perniagaan yang harus dijana oleh agensi-agensi dan latihan ini penting bagi memastikan bahawa setiap anggota tentera yang bersara ini akhirnya akan mendapat pekerjaan baru apabila mereka bersara daripada anggota tentera.

Terakhir sekali iaitu berkaitan dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran. Adakah kerajaan masih lagi memberikan bantuan ataupun pemberian perumahan kepada bekas-bekas tentera khususnya mereka-mereka yang miskin ataupun mereka-mereka yang berada di bawah B40?

Itu sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi di atas peluang yang diberikan kepada saya.

Terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Kudat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Hulu Rajang. Yang Berhormat Hulu Rajang dua kali saya panggil tidak ada dalam Dewan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tampin.

final • 3:00 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Hulu Rajang tidak ada, bolehkah saya, Kapit?

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat Tampin, sila.

final • 3:00 PM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:05 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat Tampin dahulu, nanti baru Yang Berhormat Hulu Rajang. Sila berada di dalam Dewan ya. Sila.

final • 3:05 PM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Saya akan membicarakan beberapa butiran sahaja. Butiran 010200 – Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran yang diperuntukkan lebih kurang RM100 juta, dibaca sekali dengan Butiran 08400 – Perumahan Angkatan Tentera Malaysia sejumlah RM183 juta.

Saya fikir jumlah ini amat kecil sekiranya dilihat daripada soal kebajikan yang dihadapi oleh golongan veteran tentera. Soal kebajikan veteran tentera saya telah bangkitkan pada setiap kali persidangan. Saya ingin bertanya kepada kementerian, sejauh mana pelaksanaan yang telah saya bangkitkan itu khususnya dalam soal perumahan veteran angkatan tentera atau anggota tentera yang baru berpencen yang tidak berpencen kerana mereka bertugas tidak mencapai tempoh yang telah ditetapkan yang membolehkan mereka mendapat pencen?

Kita dapati ramai tentera yang telah habis berkhidmat 10 tahun ataupun 12 tahun tidak mempunyai rumah untuk mereka tinggal. Senario ini memberi kesan kepada permasalahan masyarakat lain kerana sekiranya bekas anggota tentera yang telah tidak berkhidmat lagi dengan ATM mendapat pekerjaan, ia tidak timbul masalah. Namun, terdapat di kalangan mereka yang tidak mendapat kerja yang sesuai akan memberi kesan kepada senario masyarakat di sekelilingnya.

Satu persoalan lagi yang saya hendak kemukakan ialah apakah ada kajian menyeluruh daripada pihak kementerian tentang keadaan nilai hidup di kalangan anggota angkatan tentera yang telah bersara daripada aspek perumahan, tahap hidup dan beban kekeluargaan mereka? Saya juga ingin bertanya kepada kementerian, apakah ada usaha atau tindakan yang dilakukan berhubung kait dengan hala tuju anggota yang telah bersara? Juga, bagaimana kementerian memastikan anggota yang telah ada yang akan bersara mampu memperoleh rumah setelah mereka bersara?

Saya mencadangkan supaya kementerian melihat secara keprihatinan yang tinggi terhadap kebajikan anggota tentera sama ada mereka yang masih bertugas atau bersara.

Saya juga ingin bertanya kepada kementerian tentang status peruntukan subsidi lebih kurang RM40,000 kepada anggota tentera veteran bagi pembelian unit rumah. Bagaimana ia dilaksanakan dan cara bagaimana untuk mendapatkannya?

Butiran yang kedua yang saya hendak sebut ialah Butiran 020200 – Pertahanan Darat.

Peruntukan yang diberikan ialah RM5.7 bilion. Jumlah ini dibacakan sekali dengan Butiran 00200 – Kelengkapan Tentera Darat yang diberikan lebih kurang RM746 juta. Tentera darat adalah pertahanan yang terbesar dalam pertahanan angkatan tentera.

Persoalannya, apakah peruntukan itu mencukupi? Apakah kementerian akan memohon peruntukan tambahan? Dan apakah yang menjadi fokus keutamaan kepada kementerian dengan peruntukan yang diberikan itu?

final • 3:05 PM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Bagaimana kedudukan pertahanan darat negara pada hari ini? Apakah ia berkeupayaan menjadi pertahanan masa depan dalam negara? Apakah kelengkapan yang dimiliki oleh tentera darat berdaya saing dengan negara jiran? Walaupun kita bukan sebuah negara yang akan mengancam keselamatan negara jiran, namun kesiapsiagaan angkatan tentera khususnya tentera darat perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa dari aspek sumber manusia dan kelengkapan ketenteraan.

Butiran yang ketiga yang saya hendak sebut ialah Butiran 030600 – Menangani Keusangan Sistem yang diperuntukkan hanya RM25 juta.

final • 3:05 PM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Satu peruntukan yang kecil untuk kita memastikan persoalan keusangan peralatan tentera perlu diselesaikan. Persoalan saya, sejauh mana kementerian telah mengenal pasti dan memastikan persoalan keusangan ini dapat diatasi dan dapat dipertingkatkan. Apakah peruntukan yang diberikan itu dapat mengatasi masalah keusangan yang berlaku dalam angkatan tentera. Berapa banyak peralatan yang telah melebihi masa guna yang dimiliki oleh angkatan tentera. Apakah baik pulih yang dilakukan terhadap peralatan ketenteraan dilakukan dalam negara ataupun di luar negara terhadap peralatan yang canggih dan sofistikated.

Apakah baik pulih yang dilakukan terhadap peralatan ketenteraan telah dilakukan sepenuhnya dan dilakukan oleh kepakaran yang ada dalam negara ataupun syarikat-syarikat luar negara. Bagaimana ketenteraan memberi fokus dengan peruntukan yang sebanyak itu. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Ya, terima kasih Yang Berhormat Tampin.

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Hulu Rajang. Sila.

final • 3:10 PM

Datuk Ugak Anak Kumbong - Hulu Rajang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Kurang sihat tadi.

final • 3:11 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Semoga cepat sembuh ya.

final • 3:11 PM

Datuk Ugak Anak Kumbong - Hulu Rajang

Terus kepada Butiran 010200 - Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran ini. Di kawasan saya banyak veteran. Veteran British Army, Veteran Angkatan Tentera, Veteran Sarawak Ranger Tuan Pengerusi dan mereka ini telah bersara dan sentiasa berkhidmat kepada negara dan mempertahankan negara ini ketika dahulu. Jadi mengenai pencen ini, kenapa terdapat perbezaan yang dalam jurang bayaran pencen kepada oleh kerana sebelum ini Pegawai Waran 1, gaji permulaan RM1,200 tetapi kalau kita mengikutkan gaji Pegawai Waran 1 ketika ini, saya ingat lebih tinggi daripada Pegawai Waran 1 ketika tahun 1990 dahulu.

Jadi kita minta kementerian dan Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab supaya jangan yang pencen dahulu tahun 1990 dengan tahun 2004 itu supaya diberi perseimbangan yang sama kerana merekalah sama taraf dan mereka juga mempertahankan negara ini dan memperjuangkan negara ini. Saya minta Yang Berhormat Menteri Pertahanan tolonglah angkat supaya pencen mereka disamaratakan. Satu.

Kedua, bantuan sara hidup. Saya ingin mengutarakan nasib veteran daripada British Army ketika dahulu yang berstatus kontrak saja Yang Berhormat Menteri. Tahu kah Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Tuan Pengerusi bahawa mereka ini tiada pencen. Jadi sekarang mereka cuma mengharapkan BSH iaitu RM300 sebulan bersamaan dengan mereka-mereka yang miskin tegar ini.

Jadi, kita mohonlah kepada kementerian kerana mereka ini berjasa juga dan supaya jumlah dinaikkan kepada RM500 kalau boleh Yang Berhormat Menteri. Tolonglah, ini British Army, kadang- kadang mereka sudah uzur sekarang. Juga bantuan bina dan baik pulih rumah ini. Saya dapat aduan bahawa kerajaan sekarang telah bekukan permohonan untuk bantuan bina dan baik pulih rumah yang rosak dan usang kepada veteran kita dan jika benar, kenapa.

Saya mohon supaya disambung kerana rata-rata veteran ini adalah dari golongan yang susah dan daif Yang Berhormat Menteri dan bantuan kurang upaya sempena Hari Pahlawan ini.

Sebelum ini mereka menerima RM500 hingga RM600 bergantung kepada kecederaan. Akan tetapi sekarang adalah dikurangkan kepada RM200 hingga RM300, mustahil.

Malah ramai permohonan yang tidak dilulus. Justeru itu saya mohonlah kepada kementerian ambil perhatian dan naikkan jumlah kerana ramai terlibat veteran ini adalah daripada golongan yang tua Yang Berhormat Menteri. Bantuan pusat veteran kita. Sebelum ini bantuan diagih kepada negeri dan kemudian diagih kepada semua cawangan-cawangan di bahagian, tetapi kini sudah tiada lagi Yang Berhormat Menteri, kasihan.

final • 3:11 PM

Datuk Ugak Anak Kumbong - Hulu Rajang

Maksudnya, sudah tiada peruntukan perbelanjaan staf dan sewa pejabat mereka sebagai veteran ini. Saya dengan Yang Berhormat dari Kapit juga sentiasa memberi peruntukan untuk menolong supaya pentadbiran veteran-veteran di cawangan, di bahagian ini dapat diselaraskan, dijalankan dengan baik.

Sebagai Ahli Parlimen di kawasan Hulu Rajang dan saya ingat Yang Berhormat Kapit bersetuju, veteran di Kapit lebih kurang dalam 2 ribu anggotanya dan mereka telah memberi satu tempat iaitu tapak untuk membina rumah kerana kalau kita mengikut dari segi umur mereka dan mereka tidak berpencen ketika dahulu dan sekarang tiada rumah. Mereka sentiasa mengharapkan ketika dahulu untuk, tapak itu untuk membuat rumah kepada mereka yang bersara. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri dan Kementerian Pertahanan supaya memberi peruntukan untuk merata tapak ataupun membina rumah untuk veteran-veteran kita seperti Sarawak Ranger, Angkatan Tentera dan juga Satu Ranger ketika dahulu.

Yang Berhormat Menteri, tahun yang lepas saya telah melawat sempadan kita. Saya tidak tahu ini. Kadang-kadang dalam butiran ini tidak ada tapi saya tahu askar sempadan kita ada. Di sempadan, di kawasan Hulu Rajang, kawasan saya berdekatan dengan sempadan Kalimantan Barat iaitu Long Nawang. Pasukan Angkatan Tentera Indonesia kita mempunyai seramai lebih kurang 30 anggota yang menjaga sempadan. Kita di sini kosong di sebelah sini. Di kawasan saya ada tiga dam, yang berbilion, bungkus berbilion Ringgit.

Jadi, saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri, arahkan dan sepatutnya saya hari ini bersama dengan Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri untuk melihat sempadan kita, tetapi atas tengok kepentingan pertahanan ini, saya ingin memberitahu kepada Yang Berhormat Menteri, arahkan pegawai PTD kita, Pegawai Tentera Darat dan juga pegawai-pegawai yang atasan untuk melihat, kerana kalaulah capital Indonesia ini pindah kepada ibu negara pindah kepada yang baru ini, ia berdekatan dengan kawasan Parlimen Hulu Rajang.

Jadi saya tidak mahulah, kita tidak mahu nanti apa-apa terjadi dan sebelum apa-apa terjadi, buatlah satu rancangan dan juga simpanlah pasukan sempadan itu supaya menjagakan sempadan kita untuk tidak dicerobohi anasir-anasir yang tidak baik datang ke Malaysia ini. Sekian, terima kasih.

final • 3:11 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang.

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Papar, selepas itu Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 3:11 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Demi untuk menyediakan sebuah angkatan laut, darat dan udara yang berwibawa dan versatile serta sentiasa berada pada tahap kesiagaan yang tinggi bagi melindungi kedaulatan dan keselamatan negara, kerajaan telah meluluskan peruntukan pembangunan berjumlah RM3.083 bilion.

Kita merujuk kepada B.60, Butiran 020000 - Kesiagaan dan Operasi. Dibagi peruntukan sebanyak RM11.61 bilion berbanding dengan RM9.51 bilion sebelumnya. Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada kekuatan bersama secara profesional, berwibawa dan kompeten serta mampu melaksanakan semua exercise dan operasi bersama, bersepadu dengan efektif dan cemerlang demi memastikan kedaulatan serta integriti tanah air kita sentiasa terpelihara.

Pada bulan Julai yang lalu, kita dikejutkan dengan tiga penyelam termasuk dua pelancong warga China maut dipercayai akibat terkena bom ikan ketika menjalani aktiviti menyelam di perairan Semporna. Daripada kejadian ini, apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian Pertahanan.

Ini telah diterjemahkan dalam Butiran 020100 - Bantuan Bersama dengan Dana, peruntukan sebanyak RM1.39 bilion. Butiran 020200 - Pertahanan Darat diberi anggaran perbelanjaan sebanyak RM5.72 bilion. Butiran 020300 - Pertahanan Maritim diberi peruntukan sebanyak RM2.029 bilion.

Butiran 20400 - Pertahanan Udara dibagi dana sebanyak RM2.467 bilion.

final • 3:17 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Butiran 030000 - Program Khusus, diberi peruntukan sebanyak RM152.87 juta. Namun yang saya berminat adalah Butiran 030400 – Pengoperasian di ESSZONE diberi peruntukan sebanyak RM101.32 juta. Ini adalah 66 peratus daripada jumlah program khusus. Memandangkan kawasan di ESSZONE ini banyak merangkumi kawasan-kawasan seperti daerah Kudat, Kota Merudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Saya difahamkan, sebanyak tujuh balai polis akan dibangunkan di zon berkenaan dan seramai lima batalion pasukan keselamatan berserta satu briged PGA akan juga ditempatkan.

final • 3:20 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Saya ingin bertanya kepada kementerian, berapa buah balai polis yang sudah didirikan dan berapa batalion pasukan keselamatan yang sudah ditempatkan? Berapa briged PGA yang sudah ditempatkan setakat ini? Ini kerana ESSZONE meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau, dan merangkumi 10 daerah.

Butiran 040000 – “One-Off” payment. Diberi peruntukan sebanyak RM170.21 juta di mana tiada peruntukan bagi tahun sebelumnya. Saya ingin pencerahan penggunaan untuk peruntukan ini walaupun ia telah diagihkan kepada Butiran 040200 – Pertahanan Darat, Butiran 020300 – Pertahanan Maritim, Butiran 040400 – Pertahanan Udara.

Baharu-baharu ini kita juga dikejutkan enam sekeluarga ditembak mati ketika dalam perjalanan ke Selatan Filipina dari Pulau Danawan, Semporna. Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah langkah-langkah yang telah diambil supaya kejadian seperti ini dapat dikurangkan, dan macam mana pula dengan suspek yang sudah dikenal pasti?

Tuan Pengerusi, saya terus ke P.60, jumlah Anggaran Perbelanjaan Pembangunan telah diperuntukkan sebanyak RM3.038 bilion di mana dana ini telah diagihkan kepada pasukan tentera darat, tentera laut, tentera udara dan jumlah tiga perkhidmatan.

Ini bertepatan dengan Butiran 00800 – Kelengkapan, yang diperuntukkan sebanyak RM485 juta berbanding dengan RM332 juta pada tahun sebelumnya. Seperti yang kita tahu bahawa isu pencerobohan sempadan laut dan keselamatan di perairan Pantai Timur Sabah menjadi kebimbangan penduduk setempat dan sekelilingnya. Ini kerana insiden ancaman, penculikan, dan pembunuhan melibatkan nelayan tempatan masih berlaku dengan jarak sekitar 10 kilometer nautika di antara laut Malaysia dengan Wilayah Kepulauan Negara Filipina. Rentasan sempadan oleh anasir- anasir jahat mudah berlaku malah Sandakan dan Tawau juga dilaporkan sebagai lokasi transit penyeludupan dadah sebelum dibawa ke negara jiran.

Adalah menjadi harapan saya, dengan memastikan pengurusan pertahanan negara yang sentiasa cekap, siap siaga dan dinamik supaya kerajaan menggunakan peruntukan yang ada dengan sebaik mungkin. Kita tidak mahu membeli aset-aset pertahanan yang tidak diperlukan, dan setiap pembelian mestilah melalui prosedur-prosedur yang tertentu. Saya juga terkilan apabila banyak pesawat dan aset pertahanan yang telah uzur yang perlu diganti. Saya juga terkejut apabila ada aset- aset yang dibeli akan tetapi penghantarannya belum diterima sepenuhnya setakat ini.

Ini merugikan negara kerana banyak masalah yang hanya diketahui oleh pihak-pihak tertentu. Kita mesti mencari di mana kesilapannya, dan di mana punca ketidaktelusannya menyebabkan kelambatan penghantaran helikopter-helikopter ini. Ini merugikan kita daripada segi penggunaan aset ini terutamanya di Sabah. Di Timur Sabah sangat memerlukan aset ini untuk kesejahteraan rakyat Sabah.

Butiran 08400 – Perumahan Angkatan Tentera Malaysia diberi peruntukan sebanyak RM183 juta. Di sini saya ingin mengajukan satu permohonan kepada kementerian supaya dapat mengagihkan sedikit dana untuk membaik pulih atau membina semula rumah-rumah untuk angkatan tentera yang sudah lama terbengkalai di kawasan saya. Tempat ini sudah menjadi sarang binatang berbisa seperti ular dan tempat anjing liar. Tempat ini juga menjadi pembiakan nyamuk-nyamuk aedes. Tidak dinafikan tempat ini juga menjadi sarang penghidu gam dan dadah. Sekian, terima kasih.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Papar. Sekarang menjemput Yang Berhormat Pasir Mas. Selepas itu Yang Berhormat Hulu Langat dan Yang Berhormat Padang Terap. Sila.

final • 3:20 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Assalamualaikum warahmatulallahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi atas kesempatan yang diberikan kepada saya.

Saya ingin menyentuh Butiran 040000 – One-Off. Yang saya lihat ini kali pertama dimasukkan dalam Belanjawan Kementerian Pertahanan. Di dalam Belanjawan 2019, tidak wujud peruntukan di bawah Kepala One-Off ini akan tetapi di dalam Belanjawan 2020 ia diwujudkan. Saya mahu bertanya, apakah signifikan Kepala Belanjawan One-Off ini di mana Butiran 040100 – Bantuan Bersama diperuntukkan RM660 ribu, Butiran 020200 – Pertahanan Darat diperuntukkan RM34.927 juta, Butiran 040300 – Pertahanan Maritim diberikan RM9.2 juta, dan Pertahanan Udara - Butiran 040400, diperuntukkan sebanyak RM47.39 juta. Butiran 30000 – Perbelanjaan Pembangunan yang diperuntukkan di bawah Belanjawan 2020 sebanyak RM3.08 bilion.

final • 3:25 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya mahu bertanya, adakah perbelanjaan RM3.08 bilion ini juga turut melibatkan pembayaran kepada syarikat Bousted Naval Shipyard Sdn. Berhad (BNS). Di dalam proses menyiapkan projek pembinaan enam buah kapal TLDM dia telah combat ship LCS yang gagal disiapkan sebagai mana yang dijadualkan pada April 2019.

Tuan Pengerusi saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa isu projek pembinaan enam buah kapal TLDM ini merupakan isu yang besar, di mana RM6 bilion duit rakyat, duit pembayar cukai- tax payer, dibayar kepada BNS yang kita kenali sebelum ini mempunyai rekod yang agak kurang baik.

Kita tahu BNS terpalit dengan isu integriti. BNS sebelum ini dikenali sebagai PSC Naval Dockyard Sdn. Berhad. Pada tahun 1998 kerajaan telah menganugerahkan kontrak membekalkan enam buah Kapal Kelas Kedah yang diilhamkan daripada Kapal Kelas MEKO 100. Perancangan tersebut mengambil kira sekiranya TLDM berpuas hati, maka sebanyak 27 buah lagi kapal diperoleh namun bukan sahaja kapal lambat siap, sehingga memerlukan suntikan dana tambahan, malahan turut menghadapi masalah di mana pekerja-pekerja kontrak tidak dibayar gaji.

Isu ini dibawa ke Parlimen pada masa itu, disiasat oleh Jawatankuasa Akaun Awam (PAC), dan Pengerusi pada masa itu dipetik menyatakan, tindakan perlu diambil oleh kerana ada elemen penipuan akan tetapi tiada tindakan lanjut. Pengerusi syarikat tersebut mengisytiharkan dirinya muflis.

Hari ini kita berdepan dengan kemelut syarikat yang sama Tuan Pengerusi. Saya faham niat kerajaan baik untuk membantu pemain industri tempatan namun sampai bila kita harus bergelut dengan isu integriti seperti ini?

Saya membaca keratan akhbar The Star Online pada 20 Jun 2019. Syarikat ini memenangi pula kontrak RM96 juta untuk projek Tentera Laut. Saya menuntut supaya satu Kertas Putih diwujudkan bagi menyiasat isu ini dengan seberapa segera.

Yang Berhormat Menteri Pertahanan pernah menyatakan bahawa kita tiada pilihan melainkan meneruskan dengan perancangan menyiapkan LCS. Saya suka untuk menarik perhatian, adakah kita bersedia untuk mengorbankan lebih banyak wang rakyat untuk menyiapkan projek yang menurut Yang Berhormat Menteri sendiri, pada 30 Oktober 2019 kegagalan BNS ialah kerananya detail design dan kelewatan merumuskan perolehan sebahagian besar peralatan yang diperlukan.

Saya terkejut, kita terkejut dan seluruh negara terkejut, bagaimana projek untuk menyiapkan kapal secanggih ini, tidak ada detail design? Tuan Pengerusi kita hendak buat rumah kena ada design detail sebelum diluluskan oleh PBT. Di mana saluran paipnya, saluran besinya,apa struktur yang ingin kita gunakan? Baharulah pelan dapat diluluskan dan loan dapat diproses. Orang kampung saya nun jauh di ceruk kampung di Pasir Mas bila hendak buat bangsal kambing sudah dilukis awal-awal. Mana tempat kambing naik, mana tempat kambing turun [Ketawa] Tiba-tiba hendak buat kapal, tiada pelan design yang terperinci. Ini bukan RM9, bukan RM900, akan tetapi ini RM9 bilion.

Saya juga difahamkan pihak syarikat telah memohon supaya tambahan sejumlah RM1.4 bilion bagi menyempurnakan projek itu.

Saya mohon penjelasan adakah tambahan RM1.4 bilion ini termasuk dalam peruntukan RM9 bilion, atau merupakan peruntukan tambahan menjadikan jumlah kesemuanya RM10.4 bilion. Tuan Pengerusi, secara purata LCS TLDM harganya lebih kurang RM1.5 bilion sebuah. Carian saya di laman web, diperhatikan harga sebuah kapal tentera laut negara luar yang sekelas spesifikasi hampir sama dengannya kelas frigate secara purata, setengahnya tidak melebihi RM1 bilion pun.

Justeru adakah pihak kementerian tidak merasakan, harga yang dibayar untuk perolehan LCS TLDM ini terlalu mahal atau macam mana? Oleh sebab itu saya ulangi, kerajaan wajib bertindak tegas. Bentangkan Kertas Putih, wujudkan pendengaran awam, supaya jangan kita lebih menanggung kerugian selepas daripada ini.

final • 3:25 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Butiran 020000 – Kesiagaan dan Operasi, isu HANRUH atau pertahanan menyeluruh disebut sebagai total defense. Di Singapura total defense bermaksud melibatkan ke semua individu secara kolektif untuk mewujudkan sebuah negara yang betul-betul bersedia untuk sekiranya berlaku apa-apa ancaman. Saya mahu tahu setakat manakah konsep HANRUH di implementasikan di dalam negara kita pada hari ini. Sebagai contoh pembinaan projek-projek di Malaysia. Setakat manakah jalan raya kita, bangunan kita bersedia sekiranya berlaku peperangan. Jalan raya sebagai contoh adakah bersedia untuk kapal terbang mendarat, helikopter mendarat bangunan sebagai contoh.

Kita hendak buat bangunan kita minta pandangan daripada bomba untuk hendak dapatkan sijil kebenaran menduduki bangunan. Jadi tidakkah boleh kita wujudkan bangunan-bangunan di lokasi-lokasi yang penting strategik mengambil kira pandangan pihak tentera.

final • 3:30 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Supaya kalau berlaku apa-apa ancaman dan peperangan yang kita semua tidak nak berlaku tetapi kalau berlaku negara sudah bersedia untuk menghadapi ancaman seperti ini. Jadi adakah pihak tentera diambil kira pandangan mereka?

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Pencelahan boleh? Sikit sahaja Pasir Salak.

final • 3:30 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Yang Berhormat Pasir Salak okeylah boleh, sila.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Ya. Sila.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Pengerusi. Daripada apa yang diucapkan oleh Yang Berhormat tadi, saya ingin bertanya. Sekiranya berlaku sesuatu ke atas negara kita dalam bahasa Inggeris, are we ready?

final • 3:30 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak.

Itu saya serahkan kepada Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Akan tetapi dengan apa yang berlaku pada hari ini saya nampak bahawa kita agak jauh dan ketinggalan dari untuk menyatakan kita bersedia untuk menghadapi situasi yang berlaku seperti ini. Ini kerana kalau kita hendak main bola sepak sebagai contoh, kita kena anggarkan kekuatan pihak lawan. Yang Berhormat Menteri Pertahanan penasihat kepada pasukan bola sepak Kelantan.

Cuma saya bimbang sebab takut ia bertahan sahaja sebab dia Menteri Pertahanan dia kena menyerang.

[Ketawa] Jadi bila kita main bola sepak kita kena anggarkan apa kekuatan pasukan lawan. Jadi kita di Malaysia siapakah kita panggil rival kita ataupun pasukan lawan kita. Sudah saya tidak ingin membawa kita untuk melihat jiran kita sebagai lawan tetapi kita perlu mengukur kekuatan kita ini hendaklah diukur dengan kekuatan jiran-jiran kita dan tanpa perlu menyebut kita dengan Singapura jauh ketinggalan, kita dengan Thailand dan negara-negara sekitar kita agak ketinggalan.

Ini tidak baik untuk pertahanan negara.

Butiran 01200, RM37 juta untuk penyelidikan. Saya mahu tahu setakat manakah Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE) mendapat peruntukan ini. Setakat manakah mereka diambil kira peruntukan ini untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan bagi Kementerian Pertahanan?

Berikutnya, Butiran 010200 – Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Tentera Veteran dapat RM100.3 juta. Saya mahu tahu setakat manakah isu kebajikan mereka terkorban, pegawai 11 Rejimen Gerak Khas Allahyarham Mejar Zahir Armaya terkorban di Kem Kok Lawi Kota Kinabalu 4 September yang lepas. Setakat manakah kementerian mengambil kira kebajikan anggota-anggota terkorban seperti ini? Adakah Kementerian Pertahanan sudah mewujudkan pasukan siasatan khas dan mengumumkan hasil siasatan ini kenapakah insiden itu boleh berlaku dalam situasi kita tahu bahawa ia merupakan latihan yang biasa, latihan yang rutin tetapi berlaku insiden-insiden seperti ini.

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Padang Terap. Sila.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap

Terima kasih Tuan Pengerusi membenarkan saya untuk turut serta membahaskan dalam peringkat Jawatankuasa Kementerian Pertahanan. Pertama sekali kita pergi kepada Butiran 00100 berkaitan dengan pembinaan dan pembaikan rumah. Saya hendak membangkitkan perkara-perkara yang berkaitan dengan perumahan tentera bukan di kem-kem tentera. Perumahan-perumahan ataupun tempat tinggal tentera yang masih bujang yang bertugas di kawasan sempadan negara Malaysia misalnya kawasan-kawasan sempadan di antara Malaysia dan Thailand di mana mereka bertugas di Wang Kelian, mereka bertugas di Durian Burung, di Bukit Kayu Hitam, dan kawasan-kawasan sempadan.

Pada saya sememangnya daripada dahulu lagi kerajaan terdahulu telah ada peruntukan dari semasa ke semasa dan ini adalah sangat-sangat penting kerana ramai di kalangan mereka ini kita tengok sebab dia jaga sempadan, jadi tempat dia pun, lokasi dia itu pun jauh- sangat jauh dengan tempat-tempat yang lain. Jadi bila kita melawat kita tahulah kata keadaannya sangat daif dan perlu kepada pembelaan. Apabila kita tengok kepada peruntukan yang ada di sini, disebut di sini adalah peruntukan yang berkaitan dengan pembinaan atau pembinaan perumahan. Jadi saya tidak tahu sama ada, ada peruntukan Yang Berhormat Menteri dimasukkan untuk pembaikan-pembaikan tempat tinggal di kawasan-kawasan sempadan.

final • 3:33 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap

Butiran yang kedua yang saya hendak sentuh di sini adalah menangani keusangan sistem.

Perkataan keusangan ini maknanya usang, benda dah lama yang ada peruntukan sebanyak RM25 juta berbanding dengan pada tahun lepas RM15 juta. Jadi ini mungkin satu perkara yang hendak diperbaiki. Saya tak pasti sama ada perkara usang ini perkara yang berkaitan dengan teknologi ataupun perkara-perkara lain. Saya hendak sentuh contohnya Pulau Perak di negeri Kedah. Pulau ini daripada Langkawi pun hendak sampai ke Pulau Perak ini pun jauh berjam-jam dengan bot. Tentera yang bertugas di Pulau Perak ini mempunyai kelengkapan-kelengkapan yang agak usang. Ada insiden yang melibatkan tentera yang bertugas di sini yang telah hilang di laut.

Jadi barangkali kita kena tengok balik perkara-perkara yang ada kaitan dengan keusangan sistem ini. Sebab kalau Yang Berhormat sebut di sini ada peruntukan RM25 juta maknanya bolehlah kita melihat bagi mereka yang bertugas, tentera-tentera yang bertugas di kawasan jauh, sudah tentulah boleh diberi pertimbangan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan sistem yang ada di tempat itu.

Perkara yang seterusnya yang banyak sudah rakan-rakan bangkitkan iaitu 010200 – Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran. Ini bekas tentera, saya tertarik dengan disebut oleh Yang Berhormat Bagan Serai tadi, ada yang putus kaki dan putus tangan. Saya ingat putus kaki dan putus tangan ini yang lawan dengan komunis pada tahun 60-an, 70-an dan awal 80-an. Salah satu tempat yang paling banyak askar terkorban ialah di satu tempat di Kedah namanya Gubir. Gubir ini adalah salah satu daripada kawasan yang mana kemalangan tentera yang paling banyak dalam sejarah penentangan antara komunis dan tentera. Pengganas komunis telah menjadikan sasaran tentera di kawasan persekitaran Gubir.

Jadi hari ini Tuan Pengerusi, tahun 2019 saya kira bahawa tentera berada- seseorang itu berada dalam tentera kalau dia masuk tentera pada umur 19 tahun. Kalau campur 21 tahun dia sudah bersara maknanya umurnya baru 40 tahun. Pada 40 tahun dia sudah habis perkhidmatan dengan tentera dan dia hendak kena balik ke kampung ataupun bersiap siaga untuk menjadi sebahagian daripada masyarakat.

Yang Berhormat Menteri, yang ini saya ingat memperkasakan kumpulan yang hendak bersara ini sebab dia kalau bersara pun, baru 41 tahun ataupun 42 tahun. Paling tinggi 45 tahun, 45 tahun ini dia sudah hendak bersara, dia sudah hendak pergi dah cari pekerjaan baharu dan ada dipanggil kursus bersiap sedia untuk bersara, itu ada. Saya ingat untuk zaman inilah yang Perdana Menteri Langkawi pun sebut sebagai zaman Industri 4.0 ini sudah tentulah kita hendak kena ada sedikit anjakan dalam kursus-kursus kepada para veteran.

final • 3:33 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap

Kita bersimpati kepada mereka sebab mereka di kem tentera selama berbelas-belas tahun, selepas itu habis dan mereka terpaksa keluar daripada kem tentera dan mencari tempat baru untuk kehidupan.

Sama ada mereka balik ke kampung halaman ataupun kekal dalam bandar ini untuk mencari pekerjaan. Itu pada saya- memang amat sukar untuk bekas-bekas tentera mendapat apa juga pekerjaan yang sesuai dengan dirinya. Jadi, kita kira Yang Berhormat Menteri boleh memberi jawapan nanti. Apakah kaedah yang terbaik untuk melihat bekas-bekas ataupun bakal-bakal yang akan bersara daripada tentera ini tempuhi, saya sedar dia ada duit sedikit, dia ada bawa balik duit, duit itu pula dalam enam bulan atau tujuh bulan selepas dia kerja, selepas itu duit itu pun habis. Jadi, macam mana penghidupan dia selepas itu.

Kita tengok banyak, sebagai ahli politik yang dapat melihat bahawa ramai di kalangan bekas tentera ini pun kita bersimpati.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat, masa sudah tamat.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap

Dengan cara dan kehidupan mereka.

Rumusannya Tuan Pengerusi, bahawa ini salah satu daripada kementerian yang pada saya sangat- sangat penting dan sebagai rumusan daripada apa yang disebut dan isu yang baru dibangkitkan ini, saya sebagai salah seorang Ahli Parlimen ingin menyatakan bahawa kita menolak sekeras-kerasnya daripada sekumpulan orang yang berusaha untuk membawa balik abu, telah membawa balik abu Chin Peng sebagai ketua pengganas komunis ke dalam negara kita. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Hulu Langat. Memandangkan Menteri akan menjawab pada pukul 4.30 petang, selepas Yang Berhormat Hulu Langat saya akan mengehadkan masa kepada lima minit. Sila Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 3:40 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri Pertahanan. Saya merujuk kepada Butiran 020100 – Bantuan Bersama yang dibaca bersekali dengan Butiran 040100 – Bantuan Bersama One-Off. Mungkin ramai di kalangan Ahli Parlimen telah menyentuh hal ehwal warga kerja ATM sepenuh masa, namun apa yang ingin saya tekankan ialah mengenai keanggotaan dan kebajikan pasukan simpanan tentera darat, laut dan udara.

Kita sangat menekankan tentang bagaimana kita ingin menggembleng tenaga seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama mempertahankan negara ini. Sekiranya mereka tidak rasa tanggungjawab mempertahankan negara ini, silap-silap boleh berubah mereka menjadi musuh dalam negara sendiri. Jadi, melibatkan seluruh rakyat Malaysia dalam pelbagai aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh ATM akan merangsang bibit-bibit kasih dan sayang mereka kepada negara malah kepada angkatan tentera itu sendiri.

Saya ingin merujuk kepada apa yang telah berlaku tentang pertambahan elaun RELA dalam Belanjawan 2020. Saya mewakili seluruh rakyat Malaysia berharap agar elaun sukarelawan askar wataniah, Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM) dan Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) turut dinaikkan dengan kadar yang sama seperti RELA atau lebih sedikit daripada mereka.

Saya juga ingin bertanya kepada Kementerian Pertahanan, apakah Kementerian Pertahanan ada mencadangkan kepada Kementerian Sumber Manusia atau kementerian- kementerian yang berkaitan untuk menggubal undang-undang yang akan memberi ruang kepada sukarelawan tentera berinteraksi dengan majikan mereka untuk turut bersama dalam aktiviti seperti wataniah dan sebagainya. Waktu yang anjal untuk mereka bercuti, latihan tentera ketika bekerja, insentif-insentif lain yang diberikan oleh majikan dan juga Kementerian Pertahanan itu sendiri.

Diharap dengan adanya kenaikan yang dicadangkan ini akan dapat menarik lebih ramai belia-belia untuk menyertai pasukan simpanan sukarela tanpa meninggalkan kerjaya dan kehidupan mereka sedia ada. Ini juga adalah merupakan pilihan bagi mereka yang tidak berminat untuk menyertai pasukan secara sepenuh masa. Pasukan sukarela ini juga mampu menarik orang muda yang mempunyai pelbagai kelulusan serta kemahiran seperti kejuruteraan komputer, elektronik dan sebagainya untuk diberikan sumbangan kepada Angkatan Tentera Malaysia.

Butiran 020000 berkenaan dengan TUDM. Seterusnya mengenai pertahanan udara dan TUDM. Sesungguhnya pangkalan tentera udara di Labuan tidak mampu untuk menjaga seluruh ruang udara Sabah dan Sarawak terutamanya dengan ancaman di Timur Sabah. Apatah lagi Pangkalan Tentera Udara di Kuching tidak menempatkan mana-mana skuadron jet pejuang.

Seterusnya ancaman negara-negara kuasa besar yang sering menempatkan kapal perang mereka di Laut China Selatan berhampiran dengan pelantar-pelantar minyak negara kita juga menjadikan TUDM perlu mempunyai skuadron jet pejuang di Sarawak. Diharapkan pelan penggantian enam buah helikopter yang tidak dihantar kepada Angkatan Tentera Malaysia dapat digantikan dengan secepatnya memandangkan rondaan udara yang agresif dapat menggalakkan sebarang cubaan penculikan yang boleh mencemar imej negara sebagai sebuah negara yang aman dan tempat pelancongan utama di mata dunia. Berkenaan dengan...

final • 4:32 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Yang Berhormat Hulu Langat, Sibu sini.

final • 4:32 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Sila, sila.

final • 4:32 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Nampaknya sekarang cyber warfare merupakan satu ancaman yang begitu jelas sekali kerana di Malaysia kita ini hari itu Imigresen di Malaysia Airport sistem Imigresen diancam oleh cyber warfare juga dan bulan lepas sistem Pos Malaysia juga diancam oleh malware. Jadi, siapa yang bertanggungjawab, adakah ini ancaman dari luar negara? Jadi, saya minta kementerian menjelaskan juga.

final • 4:32 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Sila.

final • 4:32 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Minta agar apa yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Sibu menjadi sebahagian daripada perbincangan dan perbahasan saya.

Berkenaan dengan Butiran 08400 – Perumahan Angkatan Tentera Malaysia. Akhir sekali berkenaan dengan perumahan Angkatan Tentera Malaysia. Saya tidak perlu bercakap lagi apa yang telah dicakapkan oleh teman-teman berkenaan dengan perumahan.

final • 4:32 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Akan tetapi, saya lebih ingin menekankan bagaimana Kementerian Pertahanan menyedia satu skim di mana teman-teman dalam Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat tinggi, yang kalau kita bandingkan dengan mereka yang seusia yang barangkali sama-sama masuk kerja di sektor lain. Teman-teman yang lain itu boleh memiliki rumah yang lebih selesa daripada teman-teman dalam perkhidmatan ATM.

Kita mengharapkan agar Kementerian Pertahanan akan lebih serius sebab pembeli rumah telah ada iaitu anggota angkatan tentera, carilah developer yang boleh membangunkan perumahan dan kemudiannya Kementerian Pertahanan menjadi penjamin untuk mendapatkan pembiayaan rumah dan mereka yang bekerja ini masih bergaji dan boleh membayarnya dan saya percaya dia lebih jimat kalau terus mengambil daripada bank. Dengan itu sendiri akan membantu teman-teman yang dalam angkatan tentera dapat memiliki rumah yang lebih selesa berbanding dengan teman- teman yang sejawat mereka yang telah mendapat rumah yang lebih selesa.

Saya percaya sekiranya Kementerian Pertahanan berjaya mengatur dengan baik perkara ini, ia akan dapat membantu keselesaan teman-teman dalam angkatan tentera untuk memberikan perkhidmatan dan tidak fikir apabila pencen baru hendak beli rumah. Inilah satu perkara penghargaan daripada Ahli Parlimen seluruhnya kepada angkatan tentera yang telah memberikan sumbangan terbaik kepada negara ini. Sekian, terima kasih.

final • 4:32 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat.

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Jempol selepas itu Yang Berhormat Sandakan.

final • 4:32 PM

Dato' Haji Salim Sharif - Jempol

Terima kasih Tuan Pengerusi. Perbahasan saya Rang Undang-undang Perbekalan 2020 Kementerian Pertahanan. Anggaran Perbelanjaan Mengurus sebanyak RM12.5 bilion dan Pembangunan sebanyak RM3 bilion, total sebanyak RM15.6 bilion.

Jadi, saya terus kepada Butiran 010000 – Pengurusan. Anggaran Perbelanjaan 2020 sebanyak RM620 juta. Jadi, sebelum itu saya ingin menyampaikan salam dukacita daripada warga Jempol khususnya tentang abu mayat Chin Peng dibawa pulang iaitu bekas Setiausaha Agung KPM.

Jadi saya mengambil tarikh 16 September, tarikh 16 September adalah Hari Malaysia, 16 September juga adalah hari kelahiran Lee Kuan Yew tahun 1923. Jadi, ini telah pun seolah-olah telah dirancang.

Apa yang ingin saya nyatakan bahawa, rasa dukacitanya warga tentera khususnya, warga polis yang bersama-sama mempertahankan negara di zaman komunis dahulu, hari ini merasa amat kecewa.

final • 3:48 PM

Dato' Haji Salim Sharif - Jempol

Walaupun abu mayat ini tidak mempunyai kuasa apa-apa tetapi ia menggores perasaan mereka yang telah mempertahankan negara dan bagi rakyat yang terbunuh, orang kampung yang terbunuh ketika itu, pewaris-pewaris juga merasa dukacita tentang perkara tersebut. Malah saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, kenyataan Yang Berhormat Menteri pada 21 September 2013 yang menyatakan bahawa Chin Peng seorang pejuang kemerdekaan. Adakah selepas menjadi Menteri Pertahanan ini statement nya juga sama? Jadi harap Yang Berhormat Menteri dapat memberikan penjelasan tersebut.

Dari pendedahan kelemahan dan juga pertahanan negara sejak negara mencapai kemerdekaan Malaysia rasa perlahan-lahan membina reputasi yang baik sebagai sebuah membangun dan mempunyai hubungan diplomatik dengan banyak negara. Kerahsiaan negara dijaga rapi, kedaulatan negara tetap utuh. Walaupun Malaysia bukanlah negara berkuasa besar seperti China, Amerika dan Rusia, Malaysia telah menganggotai Pergerakan Negara-negara Berkecuali

(NAM) dan juga Persatuan Negara Asia Tenggara yang terletak di dalam Zon Aman, Bebas dan Berkecuali.

Ini menunjukkan Malaysia bijak berdiplomasi dengan negara lain jika berdepan dengan konfrontasi kerana Malaysia tidak memilih untuk menyelesaikan masalah dengan cara berperang.

Walau bagaimanapun keadaan ini tidak sesekali menunjukkan bahawa Malaysia sebuah negara lemah dan boleh diperlakukan dengan sewenang-wenangnya. Ucapan Yang Berhormat Menteri semasa dialog di Shangri-La, Singapura sebelum ini 1 Jun 2019 dengan menyatakan bahawa Malaysia tidak mampu mengejar kapal terbang China, sememangnya tidak wajar.

Jadi, sebagai seorang rakyat Malaysia memegang portfolio Menteri Pertahanan tidak sepatutnya menyatakan perkara tersebut secara terbuka tetapi berupaya mempertahankan negara.

Apakah kewajarannya?

final • 3:50 PM

Dato' Haji Salim Sharif - Jempol

Pendedahan maklumat berhubung dengan keupayaan pertahanan negara akan menggugat kredibiliti negara Angkatan Tentera Malaysia sekiranya Malaysia benar-benar tidak berupaya menjaga kedaulatannya, mempertahankan sempadannya dan memelihara keutuhan wilayah maritimnya, maka mungkin kita boleh hidup aman, damai seperti hari ini.

Dalam keterujaan itu membongkar setiap kekurangan negara atas dasar dendam politik, janganlah sampai menggugat aspek keselamatan negara. Sebaliknya, segala kelemahan ini perlu ditutup dengan menonjolkan keupayaan negara dalam berdiplomasi. Keupayaan pertahanan negara, rahsia yang perlu dipertahankan dan tidak dibincangkan dan bukannya dijadikan bahan jenaka untuk dibocorkan kepada pihak luar.

Jadi, saya menyentuh kepada butiran perumahan iaitu P.6, Butiran 08400 mengenai membaiki perumahan usang dan sebagainya, RM25 juta. Jadi, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri, pernah dahulu Kerajaan Barisan Nasional, Menteri Besar Perak ketika itu menempatkan seluas tanah untuk bekas-bekas perajurit yang telah pun bersara, ditempatkan satu penempatan baru di mana mereka ini boleh membina rumah ataupun bercucuk tanam dan tidak dilihat tentera ataupun veteran ini pemalas dan sebagainya.

Adakah pihak Menteri Pertahanan bekerjasama dengan negeri-negeri lain. Kita tahu hari ini kuasa Menteri Pertahanan adalah kuasa nombor tiga negara, boleh berbincang dengan Menteri Besar negeri-negeri agar menempatkan ataupun menyediakan sebahagian tanah untuk anggota perajurit kita.

Bukan itu sahaja, kerjasama dengan pemaju perumahan. Kita tahu rumah mampu milik kita hadkan ataupun kita boleh bekerjasama dengan Menteri Perumahan mengehadkan 30 peratus mestilah dimiliki oleh pejuang, bekas perajurit, anggota polis dan sebagainya. Ini saya rasa dapat kita kurangkan bagaimana untuk mendapatkan perumahan. Kalau dibuat secara terbuka pastinya cabutan undi dan sebagainya, bekas tentera ataupun tentera yang telah berkhidmat memang sukar untuk mendapatkan perumahan ini.

Saya beralih kepada- sudah habis. Beralih kepada dividen Lembaga Tabung Haji Angkatan Tentera. Sudah habis ya?

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Ya.

final • 3:50 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Tidak rasa sudah habis.

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Masa itu emas.

final • 3:50 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Jadi apa-apa pun, saya simpulkan bahawa apa pun denyut nadi sebagai Menteri Pertahanan, fikirlah baik-baik untuk bekas tentera, tentera dan juga pejuang-pejuang yang telah lama berjuang selama ini mempertahankan negara.

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

...Walaupun tidak- tetapi hargailah mereka. Sekian terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Sandakan. Selepas itu Yang Berhormat Rembau.

final • 3:50 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada muka surat 437, Butiran 030400 – Pengoperasian di ESSZONE. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada kementerian atas peningkatan peruntukan daripada RM74.9 juta pada tahun ini kepada RM101.324 juta untuk tahun 2020. Namun untuk keselamatan maritim kami terutamanya di ESSZONE di pantai timur Sabah, apakah yang akan dilakukan oleh kementerian dengan peningkatan peruntukan ini untuk memastikan bahawa persisiran pantai kami adalah selamat dan terjamin.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi, ESSCOM telah ditubuhkan pada 7 Mac 2013 dan perintah berkurung telah diperkenalkan pada 19 Julai 2014 di kawasan ESSZONE. Semenjak itu, pertimbangkan kejadian berikut di kawasan ESSZONE pada 10 September 2016, tiga orang dari kapal nelayan diculik.

final • 3:55 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Pada 27 September 2016, pemilik kapal pukat tunda dan rompakan sebuah kapal pukat tunda yang lain pada 27 September 2016 dan terdapat penculikan dua nelayan Indonesia dan pada 22 September 2019, tiga nelayan Indonesia juga diculik.

Berdasarkan di atas, bolehkah kita menyatakan bahawa ESSCOM adalah tidak dapat berfungsi dengan wajar. Saya ingin meminta Yang Berhormat Menteri untuk mengemaskinikan status mengenai cadangan penyusunan semula ESSCOM yang diumumkan pada awal tahun ini. Saya juga ingin bertanya kepada kementerian bahawa adakah kita mempunyai strategi keselamatan maritim yang komprehensif untuk menangani keselamatan semasa di ESSZONE ataupun adakah kementerian ingin menjalankan perintah sea curfew, dengan izin, untuk jangka masa yang panjang atau selamanya.

Sebagaimana kami tahu, ESSCOM terdiri daripada beberapa agensi. Kepada siapakah ESSCOM akan melaporkan kepada Kementerian Pertahanan ataupun Kementerian Dalam Negeri?

Selain itu diminta Yang Berhormat Menteri menjelaskan adakah peningkatan peruntukan yang akan dibelanjakan untuk memperbaiki radar pengawasan kami atau mengutamakan dalam pembelian lebih banyak sistem pengawasan. Adakah kementerian akan menambah aset pertempuran atau adakah kementerian akan membelanjakan sebahagian wang untuk menghasilkan strategi yang komprehensif bagi meningkatkan kolaborasi di kalangan agensi keselamatan yang berbeza dalam ESSZONE?

Saya berharap Yang Berhormat Menteri akan menjawab kesemua soalan saya di sini.

Sekian terima kasih.

final • 3:55 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Rembau, lima minit.

final • 3:55 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 020000 – Kesiagaan dan Operasi. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada bulan September di Rusia telah mengeluarkan kenyataan yang beliau tidak suka latihan ketenteraan diadakan di perairan negara kerana menyifatkan ia sebagai provokatif dan menegaskan bahawa terdapat keperluan untuk mengurangkannya demi keamanan sejagat.

Kenyataan ini dibuat susulan daripada Latihan Maritim ASEAN- Amerika Syarikat yang dilaksanakan pada 2 September lepas sambil Perdana Menteri menyifatkannya sebagai tidak mempunyai sebarang makna serta boleh menambah ketegangan di Laut China Selatan yang ketika ini dalam proses tuntutan beberapa wilayah oleh beberapa negara.

Apakah ini merupakan satu kenyataan dasar? Apakah pendirian MINDEF, kementerian dan setiap cabang perkhidmatan di bawahnya terhadap kenyataan Perdana Menteri ini serta adakah kita menyaksikan latihan secara bersama antara negara akan dikurangkan atau tidak lagi dibuat pada masa hadapan, joint military exercise. Jadi minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan kerana ini kenyataan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tidak wajar disebut sebagai kenyataan peribadi, pendirian peribadi. Sekiranya joint exercise ini dikurangkan, apakah skop latihan yang mungkin akan disertai Malaysia?

Butiran P.00600 – Kelengkapan tentera udara berkenaan dengan isu helikopter tempur ringan MD 350G. Yang Berhormat Menteri Pertahanan beberapa hari lepas telah mengumumkan bahawa Kabinet Jemaah Menteri akan membuat keputusan sama ada meneruskan atau membatalkan pembelian helikopter tersebut.

final • 3:58 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Pembelian helikopter tersebut dibuat pada tahun 2016. Mengikut perjanjian, helikopter tersebut sepatutnya diterima oleh ATM pada tahun 2017, kalau tidak silap saya. Pembayaran sebanyak 35 percent atau RM112 juta daripada kos RM322 juta telah pun dibuat. Bilakah jangkaan keputusan akhir berhubung perkara ini dapat diketahui? Sekiranya pembelian ini dibatalkan, sejauh mana ia akan menjejaskan perancangan kesiapsiagaan ATM, terutamanya di kawasan konflik seperti ESSZONE? Ini kerana antara keperluan helikopter ringan ini adalah di ESSZONE. Apakah pihak kementerian mempunyai cadangan helikopter lain bagi menggantikan pembelian ini?

Butiran yang sama, tawaran pembelian jet pejuang dari Rusia. Pada bulan September lepas, Yang Berhormat Menteri Pertahanan dalam satu kenyataan menyatakan bahawa kerajaan masih dalam proses berhubung tawaran Rusia untuk mengambil kembali jet pejuang milik TUDM yang bermasalah.

final • 4:00 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Kerajaan Rusia sebelum ini menawarkan untuk mengambil balik 28 jet pejuang jenis Sukhoi Su-30MKM dan MiG-29 milik TUDM yang bermasalah jika Malaysia sedia menggantikannya dengan pesawat baharu buatan negara itu, Rusia. Rusia juga telah menawarkan alat ganti baharu dan khidmat baik pulih jika kita pilih untuk kekal dengan pesawat lama tersebut. Beberapa bulan yang lepas, Yang Berhormat Menteri Pertahanan memaklumkan hanya empat buah jet pejuang Sukhoi yang boleh digunakan. Manakala 14 buah lagi sedang dalam kerja baik pulih. Apakah keputusan akhir kerajaan terhadap tawaran daripada Rusia? Adakah kerajaan mempunyai cadangan untuk menggunakan sistem barter offset seperti minyak sawit yang pernah dilakukan dahulu untuk membiayai sebahagian daripada pembelian kos pesawat yang baharu ini?

Akhir Tuan Pengerusi, Butiran 08400 – Perumahan Angkatan Tentera Malaysia. Berkenaan isu Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT). Laporan Ketua Audit Negara Siri 1/2018 telah membuat teguran terhadap pengurusan penyelenggaraan RKAT yang didapati kurang cekap apabila sebanyak 12,261 ataupun 20.5 peratus daripada keseluruhan 54,000 lebih unit rumah tidak selamat diduduki. Daripada jumlah ini, sebanyak 1,734 unit disyorkan dirobohkan, 783 unit tidak selamat diduduki, manakala selebihnya iaitu 9,744 mengalami kerosakan dan perlu diperbaiki. Disebabkan masalah ini, 4,316 anggota tentera masih menunggu giliran kekosongan untuk menduduki RKAT. Ini isu yang serius, yang saya harap dapat ditangani dan dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri.

Menerusi Butiran Belanjawan 2020, tidak jelas tentang jumlah peruntukan khusus bagi RKAT, termasuklah bagi menyelesaikan teguran yang telah dibuat oleh Laporan Ketua Audit Negara 2018. Jadi persoalannya, berapakah jumlah peruntukan yang akan digunakan bagi membaik pulih RKAT ini? Berapa buah unit baharu yang akan dibina untuk anggota? Pada masa yang sama, sementara proses baik pulih dan pembinaan baharu siap dilaksanakan, apakah pelan ataupun perancangan interim bagi menyelesaikan masalah tentera yang masih menunggu untuk menduduki RKAT ini? Ini soalan saya rasa yang sangat penting bagi anggota tentera. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kota Tinggi. Tidak ada?

final • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Jasin ambil alih Kota Tinggi. Jasin ambil alih daripada Kota Tinggi.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi

Ya, silakan Yang Berhormat Jasin.

final • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Ya, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus- sebelum saya pergi kepada Butiran, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pertahanan yang telah diberikan peruntukan sebanyak RM15.5 juta bilion pada tahun 2020.

Akan tetapi kalau kita bandingkan dengan negara sahabat kita Singapura, jumlah RM0.5 bilion ini adalah merupakan sebanyak 6.3 peratus sahaja daripada jumlah peruntukan pembekalan.

Berbanding dengan negara jiran kita Singapura, peruntukan pertahanan mereka sebanyak 19 peratus daripada jumlah peruntukan mereka dan sebanyak 3.3 peratus daripada GDP. Ini maknanya, kita banyak ketinggalan daripada Singapura, bukan sahaja daripada peruntukan sahaja, bahkan ketenteraan, daripada aset tentera yang canggih dan juga moden.

Seterusnya, saya pergi kepada Butiran 030400 – Pengoperasian di ESSZONE. Selepas itu Butiran 030500 – Projek Hidrografi, Butiran 030600 – Menangani Keusangan Sistem, Butiran 040300 – Pertahanan Maritim, Butiran 010200 – Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).

Pertamanya, saya hendak tanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri, adakah benar negara kita mempunyai isu persempadanan yang masih lagi belum dapat diselesaikan dengan semua negara jiran? Sekiranya benar, sila maklumkan Dewan yang mulia ini, apakah isu-isu pada setiap negara lain?

Bolehkah dalam jangka masa yang singkat ini kita dapat selesaikan? Adakah benar negara kita masih lagi menggunakan peta baru tahun 1979? Kita sebuah negara maritim, yang dikeluarkan sebelum Konvensyen Undang-undang Laut 1982. Sekiranya benar, kenapa kita masih lagi menggunakan? Walhal, negara Malaysia sebagai negara maritim seharusnyalah mengambil peluang melebarkan sempadan maritim berdasarkan perundangan ZEE diperuntukkan di bawah Konvensyen Undang-undang Laut tadi. Jadi, saya hendak tanya pada pihak Yang Berhormat Menteri, setakat manakah kedudukan kita?

final • 4:03 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Baru-baru ini saya telah dimaklumkan bahawa pihak TLDM telah melakukan satu pengukuran sempadan maritim. Adakah itu hanya satu exercise ataupun mereka membuat persediaan awal untuk membuat peta baharu ini? Kalau benar, baguslah. Adakah pihak TLDM sekarang telah mengambil kira pendapat-pendapat, teguran-teguran dan apa juga berasa tidak puas hati daripada negara-negara jiran yang lain sebelum kita buat pengukuran sempadan?

Seterusnya, saya pergi kepada laporan tentang drone kita ini yang diberi oleh US sebanyak 12 biji ini. Saya hendak tanya kepada pihak kementerian, saya telah mendapat maklum bahawa drone ini apabila dihantar- saya tidak tahu dihantar atau tidak, tidak tahu. Akan dioperasi dan diselenggarakan oleh tentera negara US dahulu sebelum diserahkan kepada tentera kita. Adakah ini jalan yang terbaik sekali? Ini kerana mereka sedikit sebanyak akan tahu apa juga rahsia dan topografi negara kita.

Seterusnya, saya pergi kepada Butiran 020300 – Pertahanan Maritim. Saya hendak ambil kesempatan hendak ucap tahniah kepada TLDM yang telah merekodkan angka penyelaman sebanyak 11,600 jam menyelam, kita punya kapal selam. Jadi, sekurang-kurangnya kejayaan ini telah membuktikan kepada mereka yang telah menganggap bahawa TLDM ataupun kapal selam kita tidak boleh menyelam...

[Disampuk] Yang Berhormat Menteri yang cakap katanya.

Saya tidak tahu siapa cakap, Yang Berhormat Menteri cakap kah itu? Ya lah, baguslah.

Negara kita sebenarnya Yang Berhormat Menteri, mempunyai kawasan maritim yang amat luas untuk melindungi kedaulatan dan juga keselamatan kita. Angkatan laut hendaklah berwibawa dan juga versatile. Akan tetapi kebanyakan aset TLDM kita telah usang, yang telah mencecah usia 50 tahun.

Persoalan ini, adakah kerajaan masih meneruskan rancangan Program Transformasi Armada TLDM 15 ke-5 TLDM yang diperkenalkan dahulu, yang membolehkan TLDM untuk melaksanakan peranan mereka untuk mengawal perairan kita dan memperkukuhkan kedaulatan negara dengan berkesan?

Difahamkan juga, rancangan transformasi ini akan menjimatkan pengoperasian.

Seterusnya, saya pergi kepada Butiran 020200 – Pertahanan Darat. Pasukan Askar Wataniah untuk menyediakan angkatan tetap yang besar memang memerlukan bajet yang amat besar. Oleh itu, pasukan Askar Wataniah adalah pasukan yang penting sebagai benteng ketiga.

Apakah dasar kementerian semasa pembangunan pasukan berkenaan ataupun Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JPAW) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri- menteri Besar dan Ketua Menteri telah memainkan peranan dalam mempromosikan Askar Wataniah di kalangan masyarakat bagi menggalakkan penyertaan orang awam menyertai Askar Wataniah.

Saya hari ini baru sedar Yang Berhormat Menteri, askar ini pun ada politik juga sebenarnya.

Selepas kita PRU Ke-14 yang lalu apabila Barisan Nasional kalah, saya menjadi Askar Wataniah yang ditauliahkan berpangkat Mejar, ditarik semula. Apakah kewajarannya? Kita Askar Wataniah hendak membantu sebagai pertahanan ketiga. Saya bekas tentera, ditarik balik tauliah saya kerana apa? Ini kerana fahaman politik.

final • 4:03 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Surat yang ditandatangani oleh setiausaha kerajaan negeri yang menjadi Pengerusi Pendukung Askar Wataniah Negeri Melaka, menarik balik tauliah itu. Saya kata ambil balik. Saya tidak rugi apa-apa tetapi negara yang akan rugi. Ramai mereka yang sanggup untuk bersama-sama membantu mempertahankan kedaulatan negara kita sudah jadi terbantut.

Keduanya, saya rasa cukup terhina betullah. Kalau berita ini benar, kalau abu Chin Peng dibawa balik ke Malaysia, ini sebenarnya satu perkara yang cukup memalukan sekali kepada bekas- bekas tentera tanah air yang telah berkorban nyawa dan tenaga mempertahankan kedaulatan negara kita. Kenapakah pihak kerajaan boleh membenarkan perkara ini berlaku? Seharusnya kita kena ambil tindakan dan jangan dibenarkan perkara ini berlaku dalam negara kita kerana orang ini telah menyebabkan ratusan ribu rakyat kita terkorban, rakyat kita yang tidak berdosa bukan sahaja tentera tetapi orang-orang awam. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pasir Salak, tidak ada. Yang Berhormat Sungai Petani, tidak ada. Yang Berhormat Maran, tidak ada. Yang Berhormat Setiu. Ya, Yang Berhormat Setiu. Silakan.

final • 4:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Pontian boleh gantikan Yang Berhormat Maran?

final • 4:10 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Lenggong, Lenggong, boleh?

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Lenggong, selepas ini.

final • 4:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Boleh saya gantikan sahabat saya yang tidak ada?

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi

Ya, sebentar. Ikut aturan.

final • 4:10 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu lah.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi

Giliran ya. Yang Berhormat Setiu, sila.

final • 4:10 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi, saya menyebut Butiran 020100 – Bantuan Bersama. Saya meneliti jawapan Menteri Pertahanan berkenaan aktiviti yang disediakan bagi mencapai objektif Dasar Pembinaan Mental dan Kerohanian Islam dalam ATM. Antaranya program Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual (JERI 561), program Semarak Rohani. Namun begitu, dengan pelbagai program yang disediakan, sejauh manakah keberkesanan kepada anggota-anggota ATM terutama dalam aspek institusi kekeluargaan? Sehingga kini, berapakah jumlah kes perceraian yang berlaku di kalangan anggota ATM?

Pada butiran yang sama, saya ingin meminta pihak Menteri keluarkan statistik pegawai yang terlibat dalam jenayah sepanjang tahun 2010 sehingga 2019. Sejauh manakah tindakan undang- undang yang telah dijalankan ke atas pegawai terlibat? Apakah langkah kementerian dalam memastikan anggota pertahanan Malaysia tidak terlibat dengan jenayah?

Tuan Pengerusi, seterusnya Butiran 020300 – Pertahanan Maritim. Berkenaan dengan butiran ini, saya dapati peruntukan yang diperuntukkan meningkat hampir RM1 bilion. Saya kira ia merupakan satu peningkatan yang cukup besar. Persoalannya sehingga kini, aset maritim pantai timur masih belum dinaiktarafkan dan bilakah aset-aset ini akan dinaiktarafkan? Sebelum ini pihak Menteri ada menyatakan bahawa akan menunggu kertas putih sebelum menaik taraf aset-aset tersebut, sedangkan peruntukan bagi aset di perairan ESSZONE diperuntukkan tanpa memerlukan kertas putih. Adakah pihak kementerian menjaga pertahanan negara di kawasan tertentu sahaja?

Bagaimana pula dengan keselamatan rakyat di kawasan Pantai Timur?

Perkara terakhir berkenaan Butiran 01200 – Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan

(Lain-lain). Saya ingin bertanyakan perkembangan terkini berkenaan Kertas Putih Pertahanan.

Apakah status kertas putih tersebut sehingga ia dimasukkan dalam 10 perkara kejayaan kementerian? Saya rasa pelik bila Menteri ada menyebut di akhbar Sinar Harian, kertas putih merupakan salah satu kejayaan Kementerian Pertahanan. Saya kira masih tidak sesuai untuk kementerian mengisytiharkan kertas putih merupakan kejayaan kementerian, jika ia masih di peringkat pembentangan. Sekian, Tuan Pengerusi.

final • 4:11 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Pontian.

final • 4:11 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, pertahanan udara. Perjanjian antara 1MDB dan Angkatan Tentera Malaysia untuk menyerahkan tanah 486 ekar tanah Kem Sungai Besi yang dijadikan Bandar Malaysia. ATM dapat pangkalan udara di Sendayan dengan fasiliti tiga kali lebih besar atas tanah 750 ekar yang jauh lebih besar daripada tanah 486 ekar dan telah beroperasi pada 16 Mac 2018. Adakah pembelian tanah Sendayan, kos pemindahan dan kos pembinaan dibiayai oleh 1MDB? Menteri tidak payah jawab.

Jawapannya ialah ya.

Pangkalan Udara PGU Subang, 40 ekar dengan 17 buah bangunan dan fasiliti baru dan berjalan 24 jam tanpa henti yang tidak dapat dijalankan sebelum ini dan mula beroperasi 28 Februari 2018. Adakah pembelian tanah pangkalan udara ini, kos pemindahan dan kos pembinaan dibiayai oleh 1MDB? Jawapannya ya.

Ketiga, ATM dapat menaik taraf dan membina enam lagi aset Pangkalan Udara Gong Kedak, Pangkalan Udara Butterworth, Pangkalan Udara PDRM Ipoh, Pangkalan Udara Kuantan, Pangkalan Udara Subang, Rejimen Artileri Diraja di Kajang. Adakah kos ini juga ditanggung oleh 1MDB? Yang Berhormat Menteri, jawapannya ya.

Adakah benar kesemua projek bernilai RM2.7 bilion ini diberikan kepada LTAT?

Jawapannya juga ya.

final • 4:14 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Perumahan Angkatan Tentera Malaysia, tadi telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Rembau. Diberitahu bahawa 40,627 buah akan dibina, sedang dibina sehingga 2030 dan Fasa 1 9,096 unit, 2015, siap tahun 2020. Tentang kerosakan dan teguran Audit itu satu perkara yang berbeza tetapi apa yang saya harapkan ialah diteruskan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) ini.

Perkara ketiga, kapal selam. Jawapan rasmi daripada Yang Berhormat Menteri kepada saya mengenai kapal selam. Refit ataupun maintenance, repair and overhaul (MRO) bagi kapal selam setiap enam hingga lapan tahun rupanya dan kos dianggarkan RM600 juta. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh menurunkan kos itu dengan tender terbuka dan sebagainya.

KD Tunku Abdul Rahman, refit Januari 2016 hingga Jun 2018. Bererti, sekarang boleh menyelam. KD Tun Razak, refit Februari 2018 sehingga Jun 2020. Tidak boleh menyelam bukan kerana kapal itu rosak ataupun dituduh macam-macam tetapi sebenarnya sedang dalam proses refit. Kerosakan kecil yang ditanggung secara percuma oleh pembekal pembina dalam tempoh jaminan adalah percuma. Ini saya ingin tanya kepada Menteri, adakah betul kerosakan yang kecil yang ditanggung itu adalah percuma kerana ia dalam tempoh jaminan?

Perkara keempat, Pengurusan Am. Dalam muka surat 432 dan 433 buku tebal yang diberikan kepada kita itu, disebutkan bahawa tahap kesiapsiagaan pertahanan 2018 tertinggi, 2019 tertinggi, 2020 tertinggi. Tahap kesiapsiagaan tentera darat, tentera laut, tentera udara 2018 tertinggi, 2019 tertinggi, 2020 tertinggi. Peratusan tahap hubungan pertahanan yang aktif, 100 peratus – 2018, 100 peratus – 2019, 100 peratus – 2020. Adakah benchmark ini kita reka-reka sendiri Yang Berhormat? Apakah tanda aras tertinggi ini hanya setinggi siling dalam bangunan tetapi apabila kita pergi ke negara lain, rupa-rupanya benchmark-nya adalah setinggi awan dan juga langit? Jadi kadang-kadang kita jangan syok sendiri dengan hanya menulis 100 peratus.

Saya lebih suka dalam buku itu menyebut tahap kesejahteraan veteran tidak berpencen tahun 2019 hanya 60 peratus. Itu saya rasa tepat tetapi yang 100 peratus ini saya rasa tidak tepat, Yang Berhormat Menteri.

Kemudian, tiga perkhidmatan. Saya ingin mencadangkan dibina tugu yang dipahatkan nama-nama mereka yang terkorban menentang Komunis sama ada daripada tentera laut, darat, udara, PDRM ataupun orang awam. Tadi Yang Berhormat Bagan Datuk menyebut 10,000 orang Yang Berhormat Menteri. Seramai 10,000 orang terkorban kerana melawan Komunis atau dibunuh oleh Komunis di Fremantle War Memorial di atas sebuah bukit Monument Hill di Perth, Australia. Di 11 ekar tanah ada nama-nama tentera yang terkorban di Semenanjung Malaysia, 1948, 1960 ada terpahat di situ, yang terkorban di Sabah dan Sarawak 1962 hingga 1966, ada terpahat di situ. Apalah salahnya kita buat tugu untuk mengingati generasi yang akan datang agar benci kepada Komunis ini.

Jabatan Hal Ehwal Veteran. Saya ingin mencadangkan agar produk yang dikeluarkan oleh usahawan veteran ini ada logo UVT yang bermaksud Usahawan Veteran Tentera atau PVT iaitu Produk Veteran Tentera agar diketahui oleh rakyat bahawa itu adalah produk veteran tentera dan ramai akan beli.

Akhir, perkara ketujuh, kita sudah ada MRSM ATM, MRSM Kem Terendak, sedang dibina MRSM Angkatan Tentera di Bera, 53 peratus dalam proses.

final • 4:14 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Saya ingin mencadangkan, kita adakan pusat latihan kemahiran khusus untuk anak-anak tentera. Pusat latihan kemahiran khusus kepada mereka yang tidak boleh masuk ke IPTA, IPTS sekitar RM25 juta sehingga RM30 juta sahaja, Abang Mat. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Yang Berhormat Sungai Petani sudah sampai, silakan Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 4:20 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya mulakan dengan Butiran 010200 – Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), seperti teman-teman yang lain juga, merasakan bagaimana jasa bekas-bekas tentera ini harus dikenang. Cuma saya ingin memberikan saranan agar bekas-bekas tentera ini bukan sahaja sebelum mereka meninggalkan perkhidmatan, mereka mendapat latihan tetapi juga pemantauan seterusnya diberikan kepada mereka untuk melihat bagaimanakah keadaan mereka. Kalau mereka menjadi usahawan, berapa peratus daripada mereka yang telah berjaya?

final • 4:20 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Kalau mereka menjadi petani, berapa peratus yang telah berjaya? Kalau mereka menjadi lain-lain perkhidmatan, adakah mereka berada dalam keadaan yang selesa?

Ini kerana, Tuan Pengerusi, jasa mereka sudah tentu terlalu banyak untuk dikenang. Akan tetapi, kita juga harus kenang mereka semasa mereka telah meninggalkan perkhidmatan. Begitu juga dengan benda apa lagi yang kita hendak berikan. Contohnya dengan memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka mendapatkan- mungkin kelebihan dalam mendapatkan biasiswa dan tempat- tempat di universiti. Begitu juga dengan perkhidmatan hospital dan juga lain-lain bantuan perubatan.

Saya dapat tahu...

final • 4:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang Berhormat Sungai Petani? Yang Berhormat Sungai Petani, minta laluan?

final • 4:20 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Saya dapat tahu ada juga masalah-masalah- mereka yang menghadapi masalah apabila berhadapan dengan hospital ini.

final • 4:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang Berhormat Sungai Petani? Sedikit.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi

Ya, Yang Berhormat Hulu Terengganu.

final • 4:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 4:20 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Silakan.

final • 4:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Bersetuju atau tidak Yang Berhormat Sungai Petani, bahawa sebahagian daripada veteran angkatan tentera ini merasa kecil hati apabila mereka banyak tidak dipedulikan selepas berkhidmat dan mereka selalu bandingkan bahawa bekas-bekas komunis ataupun penyokong-penyokong komunis diberikan tanah dan rumah untuk tempat tinggal mereka sedangkan mereka tidak mendapat apa-apa pun selepas berkhidmat? Apa pandangan Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 4:20 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Saya tidak mempunyai data yang jelas tetapi sudah tentu Yang Berhormat Menteri ada di sini- Yang Berhormat Menteri dengar apa soalan tadi dan saya masukkan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Hulu Terengganu itu dalam ucapan saya. Terima kasih.

Seterusnya, Yang Berhormat Menteri ialah tentang Butiran 020300 – Pertahanan Maritim.

Sementara kita mempertahankan dan membesarkan serta memperkukuhkan pertahanan darat, tetapi harus diingat bahawa Malaysia barat ialah kita di dalam keadaan daerah maritim. Begitu juga Malaysia timur, Sabah dan Sarawak juga di dalam keadaan maritim. Kedudukan kita, negara maritim ini memerlukan kapal-kapal yang canggih untuk mengawal kita. Bayangkan apa yang terjadi di Sabah dan Sarawak, sementara semua keputusan kita buat di Kuala Lumpur. Apa yang akan jadi ialah masalah bagaimanakah kita menghantar bekalan dan lain-lain sementara kita kata udara ada.

Akan tetapi, juga pertahanan maritim amat penting kerana kita dilindungi ataupun seluruh negara kita ini berada di dalam keadaan perairan. Jadi, saya mengharapkan supaya pertahanan maritim kita diperkukuhkan sementara kita memperkukuhkan tentera darat dan tentera udara.

Seterusnya ialah tentang Butiran 030600 – Menangani Keusangan Sistem. Saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat Menteri, kita dahulunya mempunyai pelbagai peralatan yang boleh dikatakan banyak. Jadi, saya melihat baru-baru ini- saya minta maaf, saya melihat satu konvoi tentera-tentera perisai kita bergerak dari Utara ke Selatan. Akan tetapi, saya tengok dua biji kereta daripada konvoi itu tersadai. Sama ada mereka menunggu kereta lain yang akan datang ataupun adakah kereta itu rosak?

Isunya sekarang yang saya hendak bangkitkan di sini, adakah kita memperkemaskan sistem di mana setiap kenderaan tentera kita- seperti dulu kita ada jabatan mekanik yang melihat kesiapsiagaan kenderaan-kenderaan dan peralatan-peralatan kita. Jadi, saya mahu tanya di sini, bagaimana kita sentiasa upgrade jabatan ini supaya mereka bersiap sedia dalam menghadapi apa jua keadaan, tidak bergantung kepada kontraktor-kontraktor dan mekanik-mekanik di luar, tetapi kementerian sendiri mempunyai kekuatan untuk repair, memperbaharui dan juga upgrade dari masa ke semasa peralatan-peralatan yang kita ada.

Seterusnya, Tuan Pengerusi ialah saya hendak membawa isu Butiran 01200 – Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan (Lain-lain). Saya telah- setiap tahun, semasa di Parlimen ini Tuan Pengerusi, membangkitkan bahawa negara kita harus mempunyai pertahanan yang lebih menyeluruh. Saya selalu berkata, bahawa national service ialah satu tindakan yang amat penting.

Sementara, kita mempunyai angkatan tentera yang cekap, mereka yang kita latih sebagai tentera.

final • 4:20 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Akan tetapi juga kita harus mempersiapkan diri anak-anak muda kita, mesti melalui national service, mesti melalui alam ketenteraan supaya mereka bersiap sedia. Bukan sahaja dalam keadaan- keadaan tertentu tetapi juga sekali gus kita membina anak-anak kita dari segi fizikal dan mental bahawa mereka mempunyai disiplin di peringkat awal.

Tuan Pengerusi sendiri bekas seorang pelajar RMC, sudah tentu- apa yang saya maksudkan, faham apa yang saya maksudkan. Jadi, bagaimana dalam RMC itu sendiri, sebelum masuk ke universiti, saya mencadangkan Yang Berhormat Menteri melihat bahawa masalah yang ada dalam negara kita ini, khususnya masalah anak muda ini boleh diselesaikan?

Kalau sekiranya kita memperkenalkan national service. Tidak kiralah satu tahun atau dua tahun, paling tidak pun kita perkenalkan mereka ini dalam satu jangka masa yang mereka mesti melepasi proses ini, sebelum paling tidak pun dia masuk ke universiti.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Sungai Petani?

final • 4:20 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Jadi, bila kita ada national service...

final • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Adakah setuju PLKN diteruskan?

final • 4:20 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

No, PLKN itu kira gagal, PLKN kira gagal. Gagal kerana niat untuk adakan PLKN itu tidak betul. Tidak boleh kita hantar budak-budak hanya dua bulan ke tiga bulan untuk buat kursus-kursus yang pendek.

final • 4:20 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Atau buat BTN zaman Yang Berhormat Sungai Petani dulu?

final • 4:20 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

No, BTN lain. Yang Berhormat Lenggong pun tahu.

final • 4:20 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Zaman Yang Berhormat Sungai Petani dahulu.

final • 4:20 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Saya pernah mengajar Yang Berhormat Lenggong sebagai BTN. Tentu BTN lebih berbeza dengan national service. National service kita hantar budak-budak untuk setahun atau dua tahun dengan peralatan tentera, dengan mengetahui apakah masalah pertahanan negara, dengan fizikalnya...

final • 4:20 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Saya tidak ikut ajaran Yang Berhormat Sungai Petani sebab itu saya tidak pergi sana.

final • 4:20 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Jadi, akhirnya apa yang saya hendak sebutkan di sini, inilah jadi bila dia tidak graduate. Saya mengajar dia, dia tidak graduate. Ilmu yang saya ajar dia tidak pakai. Ini masalah dia. Ini salah BTN ini.

final • 4:20 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Bukan ilmu tok guru tidak boleh dipakai? Sebab itu saya tidak ikut.

final • 4:20 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Tidak, tok guru okey, anak murid yang tidak betul.

final • 4:20 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Sungai Petani marahkah?

final • 4:20 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Jadi, Tuan Pengerusi, saya sekali lagi...

final • 4:20 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Sungai Petani marah, kah?

final • 4:20 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Saya sekali lagi mencadangkan perkenalkanlah national service. Banyak negeri-negeri yang telah berjaya. Sama ada Singapura, Korea dan negara lain. Ini bukan sahaja menyediakan negara kita dengan rakyat yang bersedia dalam keadaan apa juga tetapi dengan sekali gus menyelesaikan masalah anak-anak muda yang kita hadapi. Sekian terima kasih, Tuan Pengerusi.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kapit. Ya, silakan.

final • 4:20 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Maksud Bekalan 60, Butiran 020000 – Kesiagaan dan Operasi bersama dengan Butiran 020200 – Pertahanan Darat.

final • 4:27 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Tuan Pengerusi, saya minta Yang Berhormat Menteri Pertahanan, yang ada duduk di dalam Dewan ini, memberikan pencerahan tentang peristiwa atau insiden di mana dua orang anggota tentera darat yang bernama Koperal David Edmund Rapi yang berasal dari Daerah Dalat, Sarawak dan Lans Koperal Moses Logers berasal dari Bau, Sarawak.

Kedua-dua mereka ini telah didapati hilang dari kem mereka semasa beroperasi di Pulau Perak, Kedah pada bulan Julai tahun 2019 ini. Sekarang sudah selama empat bulan hilang. Jadi, Tuan Pengerusi, persoalannya, apa yang saya hendak tahu dan keluarga mereka juga inginkan jawapan, adalah mengapa sudah sekian lama, empat bulan sudah, tentera serta polis dan agensi- agensi lain yang kita ada, tidak dapat mengesan apakah sebenarnya yang berlaku kepada kedua- dua orang ini.

Ini kerana mereka bukan sebarang orang, anggota tentera. Umum melihat, seperti tiada kesungguhan daripada tentera, polis dan agensi-agensi penyelamat kita mencari mereka. Umum juga bertanya, berpendapat, mengapakah apabila seorang warganegara asing, seorang perempuan dari negara Ireland yang hilang di Negeri Sembilan pada bulan Ogos 2019 juga, Kementerian Pertahanan bersama polis dan agensi-agensi penyelamat yang lain, sangat bersungguh-sungguh mencari dia.

Akhirnya, dengan begitu cepat dapat menemui mayat perempuan itu. Begitu juga dengan seorang warganegara Singapura yang hilang, ditemui dengan cepat.

final • 4:27 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Akan tetapi, mengapa seolah-olah tiada kesungguhan yang sama diberi untuk mencari Koperal David dan Lans Koperal Moses ini? Ini tidak sepatutnya berlaku begini. Tolonglah, Yang Berhormat Menteri, tunjuklah Yang Berhormat Menteri ini sebagai seorang pemimpin yang amat prihatin kepada rakyat Malaysia, kepada anggota tentera yang Yang Berhormat Menteri ini adalah mengepalai Tentera Darat kita ini. Yang Berhormat, semasa pilihan raya datang ke Sarawak nanti, orang Sarawak marah, tahu? Kita rasa terhina.

Bukan itu sahaja. Yang Berhormat Menteri, ini berkaitan dengan veteran juga. Masalahnya, tadi kita bincang hal komunis. Orang marah, tahu? Sebab ada pihak di sini hendak mendewa- dewakan komunis ini, mengapa? Jangan ada putar belit fakta sejarah kita. Biarlah yang sudah itu, yang tetap sebagai sejarah itu cukuplah. Jangan hendak bermacam-macam.

Tadi Yang Berhormat Pontian memberitahu terpahat di satu tugu di King’s Park- saya tahu tempat itu. Saya pernah pergi sana selalu melihat. Saya rasa terharu tengok nama-nama orang Sarawak dekat sana yang terkorban nyawa semasa menentang komunis dahulu, menyelamatkan negara kita. Kami di Sarawak jauh, tahu? Tidak perlu datang ke sini tetapi menyelamat Malaya...

[Tepuk] Selepas itu mereka datang ke sana buat kacau pula.

Seorang penghulu Iban dari Sekuau, Kampung Sekuau di Oya, diheret oleh komunis, malam ditembak, dibunuh. Sekarang pun saya tahu- cucu dia kenal baik saya, kawan baik saya. Dua tahun lepas, kami bersama Yang Berhormat Hulu Rajang semua, kita bagi sumbangan untuk buat satu tugu untuk mengingati penghulu Iban ini. Seorang pemimpin di peringkat akar umbi orang Iban.

Jadi, kita terasa. Saya pernah melihat mayat askar-askar borders scout Iban yang diceritakan dan disebutkan oleh Yang Berhormat Santubong tadi. Semasa saya masih kecil, saya ikut datuk saya. Di masa itu, orang Iban borders scout diambush oleh komunis. Walaupun ada komunis Iban tetapi pemimpinnya bukan Iban. Saya tidak ada sebut kaumnya, sebab nanti orang kata saya racial, tetapi benar.

Tadi Yang Berhormat Sibu mencabar saya di sana, kata SUPP dahulu katanya- you sekarang DAP, you perbetulkanlah kalau SUPP duduk sana. Masa itu SUPP, bapa Yang Berhormat Stampin pun SUPP masa itu. Janganlah cakap- kalau tidak tahu fakta, jangan cakap. Saya ini marah, orang Sarawak marah, Tuan Pengerusi. Saya ada WhatsApp dari orang tadi suruh saya berucap begini. Sebab itu saya betul-betul hendak sampaikan kemarahan kami. Please respect us. Kalau saya hendak cakap bahasa Inggeris, boleh sedikit?

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi

Gulungkan lah.

final • 4:30 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Pilihan raya negeri kita kasi kalah teruk Pakatan Harapan.

final • 4:30 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

We are losing our patience, Yang Berhormat Menteri. Do not disrespect us. We have contributed to the nation building effort. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih, Yang Berhormat Kapit. Kurangkan kemarahan sedikit ya.

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Lenggong.

final • 4:30 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya merujuk Butiran 010100 – Pengurusan Am dan saya hendak juga masuk Butiran 010200 – Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran.

Kita tahu bahawa jabatan ini penting dan telah memainkan peranan besar dalam memberi bantuan kepada veteran angkatan tentera. Saya harap segala bantuan yang telah diberikan selama ini diteruskan dan ditingkatkan lagi. Saya juga mahu supaya tumpuan diberikan kepada bekas perajurit yang tidak berpencen ini yang tidak mendapat bantuan dan perkara ini perlu diberi tumpuan oleh pihak kementerian.

Di kawasan saya, Yang Berhormat, memang kawasan hitam. Tahun 1986 baru kawasan putih. Memang kawasan yang banyak menghadapi masalah serangan komunis. Oleh sebab itu, kalau pendirian Yang Berhormat Menteri membenarkan abu Chin Peng dibawa balik, ia sangat mendukacitakan seolah-olah kerajaan hari ini tidak mengiktiraf perjuangan bekas perajurit yang begitu besar jasa mengamankan negara ini yang apabila negara aman, kita boleh membawa pembangunan.

Dalam perkara ini juga, saya minta supaya Lembaga Tabung Angkatan Tentera Malaysia- Yang Berhormat Menteri, minta jelaskan dalam Dewan ini, apakah yang berlaku hingga menyebabkan dividen terpaksa diberi dalam keadaan yang rendah sekali berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini? Adalah amat mustahil tiba-tiba jatuh begitu teruk sekali. Ini juga memperlihatkan kewibawaan Yang Berhormat Menteri yang mengambil alih dalam keadaan sedemikian rupa.

Saya juga hendak menyentuh Butiran 020000 – Kesiagaan dan Operasi. Yang Berhormat Menteri, saya faham dalam usaha kita untuk mengimbangi keselamatan negara dan dalam usaha kita untuk menjadikan negara kita tidak dicerobohi atau menghadapi masalah-masalah dalam serangan-serangan pihak luar, kita juga mahu memastikan supaya kewangan negara tidaklah banyak dibazirkan sangat dalam usaha kita untuk melengkapkan kelengkapan ini kerana tumpuan harus diberikan kepada rakyat.

Oleh sebab itu, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, bagaimana usaha ini dibuat dalam kita mengimbangi keperluan rakyat dan dalam waktu yang sama juga kita perlu menyediakan keperluan-keperluan dari segi ketenteraan?

Dalam soal ini, saya hendak tanya pendirian Yang Berhormat, Kerajaan Pakatan Harapan membuat pendirian bahawa tidak akan ada rundingan terus, tidak ada lagi, yang ada hanyalah tender terbuka. Apakah projek-projek strategik yang tidak perlu didedahkan kepada awam yang banyak kita ketahui dalam Kementerian Pertahanan juga akan dibuat secara tender terbuka? Kalau ini dibuat, bermakna kita akan dedahkan keselamatan negara kepada luar. Apakah Yang Berhormat Menteri akan terus mengikut apa yang diputuskan dalam manifesto kerajaan ataupun reverse balik, U-turn kerana faktor-faktor ini? Saya hendak tanya pendirian Yang Berhormat.

Selain daripada itu, Yang Berhormat Menteri, kita tahu bahawa Hospital Angkatan Tentera

(HAT) ini penting. Malah, ada orang awam juga yang diberi perkhidmatan oleh hospital ini. Apakah benar dakwaan- ini bukan tuduhan, Yang Berhormat- dakwaan kononnya ada double standard dari segi servis kepada anggota tentera di mana anggota-anggota bawahan ini menerima layanan yang tidak baik berbanding dengan anggota-anggota yang berpangkat tinggi? Apakah itu benar? Kalau ini benar, minta diperbetulkan. Kalau tidak benar, alhamdulillah, kerana pada kita, semua anggota perlu diberi layanan yang baik apatah lagi anggota-anggota bawahan ini yang memang kerja mereka lebih teruk daripada setengah anggota lain.

Butiran 08400 – Perumahan Angkatan Tentera Malaysia. Di bawah Kerajaan Barisan Nasional menerusi pelaksanaan Blueprint Perumahan Kementerian Pertahanan telah merangka

final • 4:33 PM

empat inisiatif, Yang Berhormat- Yang Berhormat tahu- bagi menjayakan iaitu

satu, Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT); kedua, Satu Anggota Satu Rumah (SASR); yang ketiga, 1Malaysia Veteran Home Repair Programme; dan yang keempat, Rumah Idaman.

Apakah projek-projek ini diteruskan atau bagaimana? Diteruskan, ditukar nama kah atau rebranding? Saya hendak tahu. Setakat ini, apakah nilai harga rumah yang dilaksanakan oleh angkatan tentera dijual sama harga dengan orang awam atau, bagi kita membantu angkatan tentera, harganya lebih murah daripada itu? Terima kasih, Tuan Pengerusi.

final • 4:33 PM

Tuan Pengerusi

Saya menjemput seterusnya Yang Berhormat Jeli. Minta kurangkan kepada tiga minit.

final • 4:33 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed - Jeli

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Pertama, saya ucapkan salam dan syabas kepada seluruh warga ATM atas dedikasi dan semangat patriotisme yang tinggi mempertahankan kedaulatan negara.

final • 4:39 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed - Jeli

Kedua, Butiran 00100 dan juga Butiran 08400 di bawah Maksud Pembangunan. Ini berkaitan dengan perumahan tentera dan pembinaan rumah-rumah dan pembaikan, penyelenggaraan rumah-rumah tentera. Saya ucap terima kasih bagi pihak warga 2RS, Rejimen Sempadan 2, Batu Melintang kerana mereka dapat pejabat baharu dan kuarters dalam pembinaan.

Terima kasih banyak bagi pihak mereka. Cumanya ada masalah hakisan bersebelahan dengan bangunan yang baru siap ini yang sudah mula diduduki awal tahun ini. Ada hakisan amat teruk, bukit yang tinggi dan ini menjejaskan keadaan sekitar bangunan yang baharu ini. Ini adalah amat tidak menyenangkan warga 2RS yang bertugas di kem tersebut.

Kedua Tuan Pengerusi, saya ingin tahu mengenai projek-projek PFI Kementerian Pertahanan ini. Berapakah jumlah keseluruhannya dan berapakah bayaran setahun khususnya untuk perumahan dan kerja-kerja pembinaan yang lain. Ini kerana sudah pasti ini juga memberi tekanan kepada kedudukan kewangan kerajaan.

Ketiganya Tuan Pengerusi berkaitan dengan RS1, Rejimen Sempadan yang pertama. Saya difahamkan bahawa status tanah kem ini belum lagi diputuskan. Tanah ini adalah milik kerajaan negeri walaupun sudah lebih 30 tahun diduduki oleh 1RS. Saya ingin tahu tentang hala tuju perancangan Kementerian Pertahanan tentang kem ini. Kem ini sudah pasti diperlukan untuk memastikan anggota dapat berkhidmat dalam keadaan yang selesa.

Kalau tidak ada hala tuju, anggota tersebut tidak tahu masa depan mereka. Sudah pasti ini menjejaskan moral mereka. Jadi, saya harap Kementerian Pertahanan akan memberi pencerahan kalau status tanah ini belum dipastikan lagi, apakah perancangan untuk pastikan bahawa hal-hal tanah dapat dimuktamadkan supaya dapat dibina bangunan yang kekal di Batu 11 iaitu 1RS. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Jeli. Selepas ini Yang Berhormat Gerik dan Yang Berhormat Pasir Salak. Tiga minit seorang. Tiga minit.

final • 4:40 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 08400 - perumahan. Dalam kawasan Parlimen Gerik ada RS3 dan RS4. RS3 sudah siap kuarters untuk anggota, RS3 di Pengkalan Hulu. Akan tetapi RS4 di Gerik masih tercari-cari peruntukan. Jadi saya hendak mohon kepada Abang Mat tolong tengoklah RS4 di Gerik. Tapak ada satu tempat hat kena ambil senjata dahulu itu pun kosong. Jadi kita berharap sangatlah.

Dalam perkara yang seterusnya, saya ingin minta Kementerian Pertahanan iaitu dari segi British Army yang kalau kita tengok berapa jumlah mereka yang masih hidup. Kalau dapat, bagilah dekat mereka one-off atau apa. Oleh sebab mereka ini melihat begitu sahaja kita dahulu orang Megat dan sebagainya ada kerajaan bagi imbuhan atau ex gratia. Akan tetapi mereka kerana kononnya bekas askar British, tidak mendapat sebarang imbuhan. Sekurang-kurangnya sekarang ini mereka kebanyakannya semua sudah tua-tua. Kalau hidup pun 75 tahun ke 80 tahun. Jadi, mana yang masih hidup kita bagilah supaya pengorbanan mereka untuk mempertahankan Malaya dahulu boleh kita kenangkan.

Saya memahami untuk abu Chin Peng ini saya di Gerik cukup-cukup terasa. Ada dua daerah kecil Pengkalan Hulu dan Temengor, satu kampung belum lama terpaksa ditutup kerana serangan pengganas komunis. Dipindah ke Kampung Belum Baru dalam Parlimen Dato’ Shamsul. Satu kampung Temengor, anak dara yang dilarikan oleh komunis sampai hari ini tidak tahu ke mana hilangnya. Saya masih ingat lagi daripada kecil sehingga tua duduk di Gerik, dekat dua minggu Tahun Baru Cina kita dengar tembak. Kita sudah tahu komunis kena bunuh, kadang-kadang askar yang kena bunuh. Ini bermakna tidak menghormati bukan setakat kepada pasukan pertahanan tetapi dalam hal ini kita bercakap di bawah Kementerian Pertahanan. Sebenarnya Kementerian Pertahanan yang terlibat, ramainya askar tetapi dalam Kementerian Dalam Negeri nanti kita akan tanya.

Sebenarnya kenapa mereka telah bawa masuk pada 16 September, kenapa sehari dua ini dibangkitkan dengan bendera Bintang Lima. Semua ini tanda-tanda Kerajaan Pakatan Harapan yang didokong oleh DAP cuba menjahanamkan negara dan hendak menjadikan negara ini sebuah negara republik.

final • 4:42 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Kalau ini berlaku, masing-masing kita boleh berperang pasal saya tetap ingat keadaan keluarga-keluarga kami yang kena tembak dan pelbagai lagi oleh pihak komunis. Oleh kerana masa sudah cukup, saya menghormati masa. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:42 PM

Tuan Pengerusi

Akhir sekali Yang Berhormat Pasir Salak. Tiga minit. Kemudian Yang Berhormat Menteri akan menjawab.

final • 4:42 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan perumahan ATM, Butiran 08400. Berapa rumah kakitangan angkatan tentera yang akan dibina dengan peruntukan cuma RM183 juta? Apa jenis rumahnya- 600 kaki persegi kah? 1,000 kaki persegi kah? Keluasan yang macam mana? Kalau dibuat terlalu kecil, ia akan menimbulkan masalah gejala sosial kepada keluarga angkatan tentera, Yang Berhormat Menteri.

Berhubung dengan Butiran 01200 iaitu R&D atau research and development ini, penyelidikan dan pembangunan. Saya hendak bertanya, apa yang hendak dilakukan dengan RM30 juta. Rancangan penyelidikan dan pembangunan apa RM30 juta ini? Kalau hendak membina kekuatan angkatan tentera, dia punya research tentu lebih hebat. Tadi diceritakan bahawa negara kita ini selamat pun dari segi pertahanan.

Kita tidak tahu, belum diuji lagi tetapi dalam kepala otak kita semua, kebanyakan orang kata kita punya ketahanan ini tidak hebat mana, tidak hebat mana. Jiran-jiran kita lebih hebat daripada kita. Mereka menggunakan latihan daripada negara-negara tertentu, teknologi-teknologi tertentu, senjata-senjata yang canggih dan sebagainya. Anytime kita berada dalam keadaan yang tercabar kalau sekiranya berlaku. Jadi, perlu satu kajian yang hebat dilakukan oleh ATM, Yang Berhormat Menteri.

Lagi satu yang terakhir ialah berhubung dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran. Di kampung saya dan saya percaya di merata kampung pun bekas-bekas tentera ini kasihan. Jadi pemandu teksi, bekerja buruh. Setelah berkhidmat begitu lama, besar sumbangannya kepada negara, mereka berakhir dengan kehidupan yang begitu. Sedih kita melihatnya. Jadi saya berharap kerajaan melakukan sesuatu apa yang lebih daripada apa yang boleh dibuat sekarang. Jumlah RM100 juta saya ingat kalau baik pulih rumah pun tidak cukup. Baik pulih rumah mereka, apatah lagi kalau hendak membina rumah-rumah baharu, beri pendidikan dan sebagainya.

Jadi, akhir sekali iaitu dari segi jumlah bajet RM5.5 bilion ini kita tengok pembangunan RM3 bilion. Jumlah RM3 bilion ini berapa percent daripada bajet? Kecil sekali, dua percent, tiga percent sahaja. Mengurus RM12.4 bilion. Jadi keseluruhan saya rasa tidak sampai pun tiga percent daripada total bajet negara kita. We need more kalau hendak melihat angkatan tentera, pertahanan kita lebih hebat.

final • 4:45 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

final • 4:45 PM

Menteri Pertahanan - Tuan Mohamad bin Sabu

Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi...

final • 6:49 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Menteri, check kuorum dahulu.

final • 6:49 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Cukup.

final • 6:49 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri Pertahanan, kita cukup.

final • 6:49 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan, yang telah memberi teguran, yang telah memberi cadangan. Kesemuanya saya amat hargai. Ahli Yang Berhormat yang bercakap semuanya 31 Ahli Parlimen dan yang memberi pandangan juga termasuk bekas-bekas Menteri, bekas-bekas Timbalan Menteri yang baharu setahun setengah lebih meninggalkan jawatan di sebelah sini.

final • 6:49 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Saya yakin apa yang mereka cakap itu mereka faham, mereka tahu keadaan kerajaan dan kerajaan dalam Kementerian Pertahanan. Oleh itu, segala pandangan mereka saya amat hargai sebab mereka bercakap daripada hati dan mereka tahu apa yang mereka cakap itu. Jadi sebab itulah sebarang teguran sinis dan sebagainya, saya ambil perhatian kerana teguran-teguran itu datang daripada mereka yang berpengalaman, berada di tempat yang kita berada sekarang. Saya akan jawab kalau sempat kesemuanya, kalau tidak sempat saya akan jawab secara bertulis kalau tidak dapat habiskan jawapan-jawapan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Parlimen.

Tadi Ahli Parlimen Bagan Serai, soal harga ubat. Dalam menetapkan dari segi harga ubat, peralatan perubatan dan rawatan hemodialisis adalah tidak melebihi harga siling sepertimana di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 21/2009 serta mendapat pengesahan dari pakar bidang berkaitan.

Bagi harga yang melebihi siling, permohonan dihantar kepada Perkembangan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia atau Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM untuk sokongan dan syor sebelum diputuskan melalui Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan, JHEV ATM.

Seterusnya, tempoh perkhidmatan ATM. Memanglah skim perkhidmatan pegawai dan lain- lain pangkat mengikut dasar dan Peraturan-peraturan Angkatan Tentera, tempoh perkhidmatan ada yang 12 tahun, 15 tahun, 18 tahun dan 21 tahun. Sebelum tentera itu mengambil sikap untuk berhenti, selalunya pegawai-pegawai akan menasihatkan mereka supaya mereka dapat meneruskan tugas kalau boleh sampai ke umur bersara sebab umur bersara seorang tentera berpangkat bawah selalunya mereka dalam umur 40 hingga 43 tahun.

Ertinya masih muda remaja tetapi kalau mereka meninggalkan tugas dalam usia baru 35 tahun dan sebagainya, memang mereka masih muda tetapi pekerjaan kedua, kadangkalanya sukar dicari. Oleh itu segala masalah itu akan dipikul bersama oleh kementerian tentang masalah mereka.

Jadi sebab itulah melainkan yang kena tindakan disiplin, yang tidak kena tindakan disiplin melalui ucapan ini, tentera yang masih berkhidmat sekarang, saya nasihatkan supaya berkhidmatlah sehingga sampai ke umur bersara sekurang-kurangnya 21 tahun.

final • 6:49 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Boleh minta sedikit Yang Berhormat Menteri?

final • 6:49 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Mana?

final • 6:49 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Kangar. Saya hendak bertanya tentang perkhidmatan yang di bawah Peraturan perenggan 49 yang diberhentikan oleh kerana perkhidmatan tidak diperlukan. Kalau boleh, Yang Berhormat Menteri beri ulasan sedikit kerana ada permintaan daripada veteran-veteran tentera kerana bila dia diberhentikan di bawah peraturan ini, jadi veteran ini tidak dapat elaun sara hidup sebagaimana dinikmati oleh veteran-veteran yang lain.

final • 6:49 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

JHEV akan cuba memberi perkhidmatan yang terbaik mungkin tetapi ada di antaranya yang tercicir. Itu adalah perkara yang perlu diambil perhatian sesungguhnya.

Apa yang saya sebut tadi yang tidak diperlukan itu tidak ramai. Selalunya mereka memilih untuk berhenti lebih awal. Jadi sebab itulah kita harap mereka berkhidmat sampai ke umur bersara kerana masih dalam 40-an umur, mereka masih kuat, masih lagi diperlukan oleh angkatan tentera di atas perkhidmatan mereka.

Yang Berhormat Bagan Serai juga menimbulkan pengiktirafan veteran ATM dalam menjaga kebajikan. Memang diakui jurang yang besar pencen yang menamatkan perkhidmatan pada tahun 2004 ke bawah iaitu bukan yang melibatkan perkhidmatan ATM sahaja, ia meliputi semua kakitangan awam yang lain. Misalnya kami yang Ahli Parlimen pun yang menamatkan perkhidmatan 2004 dengan selepas 2004, perbezaannya terlalu jauh. Kalau Ahli-ahli Parlimen yang berkhidmat sebelum 2004, mereka pencen hanyalah lebih kurang RM4,000 tetapi selepas daripada 2004 kalau mereka dua penggal selepas itu, mereka akan dapat hampir RM8,000.

Ertinya memang jurang ini berlaku di semua bidang dan lebih lagi berlaku kepada ATM. Oleh itu kita harap pihak JPA, pihak Jabatan Perdana Menteri dan semua kementerian bergabung untuk bincang hal ini kerana ia menjadi tuntutan semua pihak khasnya daripada angkatan tentera yang wujud perbezaan pencen itu yang menyebabkan mereka rasa bahawa perkhidmatan mereka dan kedudukan mereka agak seperti tidak diiktiraf dibandingkan selepas pencen 2004.

Salah satu cadangan yang dibentangkan dalam Majlis Veteran Kebangsaan ialah dengan memberi elaun bulanan kepada penerima Pingat Jasa Malaysia, ini di antara cadangan kami kepada Kementerian Kewangan. Akan tetapi pihak Kementerian Kewangan mengatakan tahun ini hanya setakat one-off RM500. Kalau perkembangan ekonomi lebih baik, maka kita harap bahawa daripada one-off RM500 itu dapat diberi kepada pemegang PJM ini elaun bulanan ataupun cadangan daripada Yang Berhormat Arau tadi supaya one-off itu dinaikkan kepada RM1,000. Ini sedang kita usahakan bersama dengan Jabatan Veteran.

final • 6:49 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Bantuan Harapan Negara juga persoalan daripada Yang Berhormat Bagan Serai merupakan satu inisiatif bersasar di mana penerimaan adalah veteran ATM dalam kategori isi rumah berpendapatan B40 ke bawah. Ada cadangan tadi, berilah kepada semua, tidak kiralah kepada B40 dan sebagainya. Saya akan cuba membawa cadangan ini supaya Kementerian Kewangan melihat secara menyeluruh hal ini.

Berdasarkan Akta Panglima Gagah Berani yang mendapat elaun sebanyak RM300 sebulan, kadar telah dinaikkan kepada RM1,500 sebulan berkuat kuasa 1 Julai 2009. Jumlah kadar ini ditentukan oleh Perdana Menteri berdasarkan seksyen 7, Akta 616, Akta Panglima Gagah Berani

(Elaun Kenangan) atau PGB dan jumlah wang yang diperuntukkan ini dipertanggungjawabkan kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan terletak kepada Menteri Kewangan menurut seksyen 8, Akta 616. Ini setakat yang diberi selama ini.

Yang Berhormat Bagan Serai juga menimbulkan soal kementerian akan terus berusaha untuk elaun PJM ini supaya diberi secara bulanan. Saya dah jawab tadi kita usaha bersama. Saya juga, pihak kementerian dan JHEV akan turut berusaha, akan panjat pejabat Menteri Kewangan itu supaya kita sentiasa diberi perhatian terutama dalam hal ehwal kebajikan veteran ini.

Yang Berhormat Arau, berapa jumlah kapal-kapal TUDM yang mencecah usia 30 tahun ke atas dan 50 tahun. Sebanyak 29 daripada 40 buah kapal TUDM telah mencecah usia sekitar 30 hingga 50 tahun. Perolehan kapal-kapal yang baru pula kini dalam perancangan. Terdekat, TLDM akan menerima empat buah kapal jenis littoral mission ship (LMS) pada 2020 dan 2021. Bagi meningkatkan keupayaan operasi maritim akan datang, TLDM menyasarkan perolehan kapal-kapal baru seperti multi-role support ship, tambahan kapal-kapal LMS, helikopter operasi maritim dan bot- bot pemintas atau fast interceptor craft pada RMKe-12 dan RMKe-13. Memang kapal-kapal kita sudah lama, ini yang sedang kita memohon untuk RMKe-12 dan RMKe-13 supaya dipertingkatkan peruntukan untuk kita membeli kapal-kapal baru.

Yang Berhormat Arau juga mohon supaya peruntukan Kementerian Pertahanan ada pegging dengan KDNK negara. Inilah yang kami kemukakan dalam white paper dan kita juga minta supaya sekurang-kurangnya 6.5 percent daripada bajet tahunan untuk kita rancang 10 tahun akan datang soal pembelian aset-aset baru dan juga teknologi-teknologi baru dalam hal pertahanan negara.

final • 6:49 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti purata, kita perlu 65 percent sehingga lah tahun 2030 akan datang 7 percent. Akan tetapi kalau diikat dengan KDNK, itu lebih baik. Ini sedang kita usahakan dan walaupun ianya White Paper ini bentuk 10 tahun tetapi ia boleh dirombak dan dibaiki dari semasa ke semasa mengikut kemampuan kewangan.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, minta penjelasan. Saya berterima kasih di atas jawapan tadi. Cuma Yang Berhormat, tiap-tiap kali Kementerian Pertahanan menjawab ini, kita hubung kaitkan dengan Kementerian Kewangan. Kita tidak hendak yang itu, kita hendak dia syarat kan bahawa ini dia peruntukan yang mesti dibagi, 6.5 percent daripada bajet ataupun daripada GDP. Kena sebut yang itu. Dia tidak boleh kata sekarang kekangan kewangan tidak boleh bagi. Tidak. Dia boleh kurangkan kementerian lain, but not Kementerian Pertahanan. Ini Yang Berhormat kena sebut bahawa Menteri Pertahanan tidak akan bertolak ansur dengan garis panduan ini, baru lah kami sokong. Kalau tidak kita melihat satu kelesuan pertahanan negara bukan Kementerian Pertahanan lagi dah. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Terima kasih. Saya akan lebih tegas selepas ini...

[Tepuk] Yang Berhormat Arau juga menimbulkan butiran di bawah bajet pengurusan yang berjumlah RM27 juta bagi Maritim adalah untuk membaiki bangunan dan kemudahan di pangkalan serta RKAT bagi pembelian aset di bawah RMK-11 perolehan aset-aset TLDM melibatkan patrol vessel, littoral combat, littoral mission ship, helikopter operasi marin, fast interceptor, special forces boats, divers rigid dan berbagai-bagai jenis bot yang dikemukakan tadi. Ini perkara-perkara yang diperlukan pada masa yang akan datang.

Yang Berhormat Arau juga membangkitkan tentang yang jadi popular hari ini adalah abu mayat. Abu mayat itu. Perkara kelulusan membawa masuk mayat adalah di bawah kuasa KDN selepas ini dan hendak selidik dulu betul kah abu dia? Bila bawa masuk? Macam mana bawa masuk?

Semua itu di bawah kuasa Kementerian Dalam Negeri.

final • 5:00 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Boleh tanya? Boleh tanya? Yang Berhormat, sebagai Menteri Pertahanan, hendak tanya pandangan Yang Berhormat sebagai Menteri Pertahanan. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa abu mayat Chin Peng ini dibawa balik ke Malaysia. Hendak tanya pandangan Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Saya sambung sedikit Yang Berhormat.

Ini soal maruah anggota perkhidmatan tentera. Jadi, mereka pun hendak dengar pandangan dan pendirian daripada Menteri dia. Menteri Pertahanan. Sekiranya benar dan perkara ini dah dilaporkan, apakah Menteri akan berdiri di Parlimen dalam Dewan ini untuk nyatakan pendirian yang mewakili seluruh anggota tentera.

final • 5:00 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Saya...

[Rakaman kurang jelas] Pendirian selepas siasatan KDN. Sebab saya hari ini juga bila berita ini timbul cepat-cepat saya hubungi Tan Sri Abdul Rahim bin Mohd. Noor yang berunding dan melahirkan perjanjian damai pada 2 Disember 1979. Tan Sri Abdul Rahim ada pandangannya. Saya akan mendedahkan pandangan itu, bila saya buat kenyataan kemudian nanti.

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:00 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Juga pandangan Yang Berhormat Ketereh. Ada juga pandangan lain daripada pihak yang lain. Jadi, dalam pandangan ini ada berbagai-bagai perbezaan. Jadi, pendirian saya, saya akan buat selepas KDN membuat siasatan.

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat. Yang Berhormat telah pun membuat pendirian sebelum ini sewaktu pembangkang iaitu bersetuju ia dibawa balik.

Apakah dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi bermaksud, akan ada pendirian baru, hendak U-turn pula atau macam mana?

final • 5:00 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Ramai di luar sana mengatakan saya sekarang bila ceramah dah tidak sedap.

[Ketawa] Oleh kerana, saya menjadi Menteri kena jaga setiap perkataan, diperhati cara bercakap di luar atau di sini. Oleh sebab itulah sekarang ini hendak memberi kenyataan bukan mudah, mudah masa jadi pembangkang.

final • 5:00 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Nasib baik mike itu tidak boleh baling Menteri.

final • 5:00 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Lihat lah pilihan akan datang.

final • 5:00 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Tarik balik Yang Berhormat Kangar. Tarik balik.

final • 5:00 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Jadi, sekali lagi saya akan buat pendirian hal ini selepas siasatan KDN.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

KDN selepas ini akan memberi jawapan-jawapan dan itu yang akan buat kenyataan.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya sokong Yang Berhormat. Saya bersimpati Yang Berhormat sebenarnya. Kadang-kadang saya dengar ceramah Yang Berhormat, sekarang ini kira kurang umph lah kan, itu sebab orang tidak ramai bagi sambutan. Akan tetapi Yang Berhormat, yang penting sekarang ini Yang Berhormat kena keluar sedikit, sebab dia kata mayat ini ditabur di Banjaran Titiwangsa. Bayangkan Banjaran Titiwangsa sekarang menjadi kubur. Saya di antara pendaki-pendaki Banjaran Titiwangsa ini rasa seram sejuk juga sebab sekarang dah jadi kawasan kubur. Kalau macam Yang Berhormat Jelutong penakut terus, tidak akan berani pergi. Akan tetapi saya tetap berani lah.

final • 5:00 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Itu daripada laporan media. Oleh sebab itu kita mahu KDN siasat. Hendak tabur panjang itu dan bagaimana itu kita mahu KDN siasat dan keluar kenyataan dan akan diikuti oleh Menteri Pertahanan waktu itu.

Yang Berhormat Arau dan juga Yang Berhormat Santubong, kapal-kapal TLDM beroperasi setiap hari. Di bahagian- pengawasan hendaklah dipertingkatkan terutama di Beting Patinggi Ali itu bukan hendaklah berada 24 jam untuk mengawasi kawasan itu. Sekarang memang kita pertingkatkan kawalan di kawasan itu dan kehadiran kita, presence kita itu memang diketahui oleh negara lain dan kita sentiasa ada untuk mengawasi perairan terutama di kawasan Beting Patinggi Ali.

Yang Berhormat Arau juga- Yang Berhormat Arau, walaupun dia parti lain tetapi bila dia sakit, saya ziarah. Walaupun ada peluang dia maki saya, dia maki. Tidak apa, itu biasalah. Jabatan Hal Ehwal Veteran menyediakan pelbagai bantuan yang memberi manfaat kepada veteran dan juga waris mereka. Berikut adalah bantuan yang disediakan. Ini dah ulang banyak kali dah dalam Parlimen ini iaitu Bantuan Sara Hidup sebanyak RM300 kepada veteran dan waris, bantuan sekolah kepada anak-anak veteran iaitu RM500 untuk sekolah rendah dan RM700 untuk sekolah menengah, bantuan kemasukan IPTA RM1,000 dan universiti RM1,500, bantuan mengurus jenazah, bantuan-bantuan bencana alam yang telah sering disebut berkali-kali.

final • 5:00 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Cuma, di sini saya nampak semuanya sepakat perlu dipertingkatkan. Saya harap pegawai- pegawai di belakangnya termasuk Kementerian Kewangan dengar rayuan Ahli-ahli Parlimen. Saya tengok hal veteran ini daripada kerajaan atau pembangkang, senada iaitu kebajikan mereka perlu dipertingkatkan...

[Tepuk] Ini lah satu perkara yang baik berlaku pada hari ini.

Yang Berhormat Parit Sulong mohon jawapan bertulis.

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong

Saya mahu Yang Berhormat Menteri terus jawab.

final • 5:00 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

[Rakaman kurang jelas] Menyediakan pelbagai bantuan. Ada ya? Bantuan Sara Hidup iaitu sebanyak RM300 kepada veteran dan waris, bantuan sekolah, ini semua saya dah sebut tadi yang perlu diketahui oleh semua Ahli-ahli Parlimen untuk diberitahu kepada veteran. Ada veteran yang kadang-kadang dia duduk terpencil. Misalnya, selepas jadi tentera, dia berhenti bersara atau berhenti awal, dia pergi ambil tanah di Gerik.

Mana Yang Berhormat Gerik tadi? Dia duduk di dalam, jauh daripada jalan raya. Kadang- kadang dia tidak tahu hak-hak dia sebagai seorang veteran. Sedangkan dia boleh pergi ke hospital, bila anak masuk sekolah, masuk universiti ada bantuan dan sebagainya. Sekarang saya arahkan mereka yang terlibat dalam Jabatan Veteran ini pergi cari veteran itu. Kalau mereka tidak tahu, kita cari di mana mereka berada supaya bantuan yang diumumkan dalam Parlimen dan sebagainya dapat disalurkan kepada mereka...

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Contoh di Lenggong, pendalaman sebelah hulu sungai itu...

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Betul.

final • 5:00 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

...Banyak tentera. Dia bukan tahu kata hak dia.

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Komunis banyak dulu. Dulu komunis banyak.

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Saya dengar Yang Berhormat Menteri sebut tadi, apakah tidak ada usaha sebelum anggota tentera berhenti atau pencen? Diadakan sesi taklimat khas kepada mereka dan menyatakan ini bantuan atau kemudahan-kemudahan yang boleh mereka peroleh supaya dapat menyelesaikan isu yang sebagaimana Yang Berhormat sebut tadi.

final • 5:10 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Ada taklimat, misalnya soal bekas tentera untuk mendapat tanah. Sebenarnya tanah ini kuasa kerajaan negeri. Kami dapati baru ini tentera atau bekas tentera memohon tanah di negeri-negeri amat rendah. Kadang-kadang mereka tidak tahu bahawa mereka ada hak untuk memohon tanah. Oleh sebab itu, kita beritahu kepada veteran dan yang masih bertugas supaya memohon tanah yang mereka ini layak dan kerajaan negeri hendaklah memberi kerjasama kepada mereka jikalau mereka memohon tanah. Ini memang kelayakan ini kadang-kadang mereka tidak tahu dan kurang hebahan, termasuk di peringkat JHEV sendiri, jabatan veteran.

Saya mahu mereka lebih aktif sekarang ini untuk menghebahkan apa-apa hak yang perlu diperoleh oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran dan kepada orang-orang veteran ini. Yang Berhormat Parit Sulong, penilaian tahap PULHEM, kesihatan pegawai dan anggota LLP, rekod menilai melalui digital dan boleh diakses melalui MINDEF, peratus kesiapsagaan dari segi kesihatan dibuat melalui digital iaitu melalui Military Lifetime Health Records dan sistem information automasi pergigian, peratus capaian penggunaan adalah 100 peratus sejak tahun 2017 seluruh Malaysia. Ini yang dikehendaki oleh Yang Berhormat Parit Sulong dan kita ambil perhatian sungguh hal-hal seperti itu.

Bagi tiga tahun kebelakangan iaitu tahun 2016, tahun 2017 dan tahun 2018, PERHEBAT telah melatih 5,174 orang dalam pelbagai kursus kemahiran di PERHEBAT. Dari jumlah itu, 3,587 graduan PERHEBAT telah mendapat kerjaya kedua. Sekarang ini PERHEBAT akan diperbaharui.

Oleh sebab itu, Ahli Yang Berhormat lihat peruntukan untuk PERHEBAT tidak ada kerana kita sedang buat satu jawatankuasa di peringkat kementerian.

PERHEBAT berbincang untuk memperbaharui PERHEBAT dan bulan Januari ini akan dipersembahkan model baharu. Ini kerana kursus-kursus PERHEBAT yang dijalankan sekarang kebanyakannya dianggap telah usang seperti bancuh simen, wayar elektrik, electrician dan sebagainya, kita memperbaharui. Sekarang ini di antaranya, dalam usia yang muda kalau pencen awal, berhenti awal atau pencen umur 40 tahun, mereka berkeupayaan untuk pergi kerja di pelantar- pelantar minyak, mesti melalui satu kursus dikata Industrial Revolution 4.0 ini, perlu mereka dilatih dalam bentuk-bentuk baharu.

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas

Ya, benar tadi yang disebut tentang PERHEBAT ini. Akan tetapi yang pertama, komitmen daripada Yang Berhormat Menteri sendiri sebut bahawa akan ditingkatkan daripada 27 kepada 32. Bila tidak diadakan langsung, bererti bila hendak dibuat baharu, adakah ia akan dilakukan pada tahun 2021 sebab tidak diprovide? Jadi, bagaimana nasib mereka yang untuk mendapat latihan-latihan dan yang mengalami peralihan untuk meninggalkan servis?

final • 5:10 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Ada banyak peruntukan sedia ada di dalam kementerian pun boleh. LTAT boleh memberi sumbangan dan sebagai Timbalan Menteri tahu kita ada peruntukan tambahan jikalau perkara itu diperlukan. Itu boleh diadakan. PERHEBAT ini sekarang kami sedang usahakan dengan termasuklah orang-orang profesional dipanggil untuk memberikan pandangan supaya dapat kemukakan sekurang-kurang Januari akan datang bentuk PERHEBAT baharu.

Kakitangan yang bertugas di situ seorang pun insya-Allah, tidak akan teraniaya, semua mereka akan diserap. Saya sudah jawab hal bersara, Yang Berhormat Parit Sulong...

final • 5:10 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat, sikit. Kita tahu bahawa di LTAT ada banyak syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera, dengan harapan Yang Berhormat jangan jual lagi lah. Kalau tidak dijual, bolehkah tidak dibuat NBOS? Maknanya, ada anggota-anggota tentera yang bersara dan masih ada keupayaan, diserap masuk dalam mana-mana anak syarikat-syarikat elit ini supaya boleh mereka meneruskan kehidupan yang lebih baik.

Daripada kita menyediakan kursus-kursus yang kadang-kadang kebolehpasarannya tidak ada, macam elektrik dan sebagainya, memang telah pun tidak ada pasarannya lagi. Apakah boleh dibuat sedemikian? Yang Berhormat jangan juallah syarikat lagi ya, hotel cukuplah. Memang bekas- bekas tentera banyak berkhidmat di syarikat-syarikat sama ada DEFTECH, sama ada di Lumut, Boustead dan di pelbagai tempat yang lain. Oleh sebab itu lah, ramai ada tempat misalnya di AIROD dan sebabnya itu kita tempatkan ramai bekas tentera berkhidmat di situ, berpangkat tinggi atau berpangkat bawah. Saya sentiasa kita- anak-anak syarikat di bawah LTAT ini, keutamaan diberi kepada mereka yang pernah berkhidmat dalam angkatan tentera.

Tentera pintar menuju– Yang Berhormat Parit Sulong lagi. Menuju kepada angkatan yang berpengetahuan, yang berkemahiran dalam penggunaan teknologi terkini. Tentera pintar ini atau pun smart army ini lah army yang akan datang yang cuba dibentuk. Akan tetapi seperti kata Yang Berhormat Arau tadi, sebarang hendak kita ke arah pembentukan itu, peruntukan mesti banyak. Ini kerana seorang tentera mampu daripada combat, kita bertempur tangan kosong, sampai lah penggunaan IT, siber, semuanya ilmu ada pada seorang tentera.

Ini idaman, sampai bila hendak sampai ke peringkat itu, ia akan ikhtiarkan dari sekarang, beberapa negara yang kita tahu tentera pintar. Misalnya, Australia sekarang tenteranya tidak ramai, tidak sampai separuh pun dari pada jumlah tentera Malaysia. Akan tetapi setiap tenteranya itu dianggap tentera pintar. Bukan tentera kita sekarang tidak berfungsi, tidak. Telah begitu hebat tetapi bila hendak dihebatkan lagi, perlu kita memperlengkapkan peralatan-peralatan baharu dan kursus- kursus baharu kepada mereka dan menarik golongan graduan sebagainya untuk menyertai angkatan tentera.

Sekarang pun graduan daripada UPNM kebanyakannya mereka menyambung untuk menjadi pegawai-pegawai tentera dan di peringkat bawahan di peringkat tentera sekarang sudah ramai yang berkelulusan PhD. Oleh itu, untuk mewujudkan tentera pintar ini memanglah idaman Kementerian Pertahanan. Yang Berhormat Segamat, bilakah RKAT Segamat akan dibina? Tarikh projek bermula 14 Mei, tarikh siap 13 November 2020. Kos projek RKAT di Kem Segamat RM142 juta sedang akan berjalan. Cuma wakil rakyat kena pantau supaya kontraktor itu bila diberi sahaja projek kepada mereka, mesti mereka buat ikut jadual.

Masalah yang berlaku sekarang ini ialah soal pemantauan. Bila kita signed satu projek dan arah satu projek, pemantauannya itu berkurangan. Ini yang menjadi- yang ditimbulkan tadi bila hendak siap itu dan sebagainya. Perkara ini perlu ditekankan soal pemantauan. Kalau kita tidak pantau, maka mereka yang dapat projek itu, dia tahu tidak siap, dia kemudian kita isytihar projek sakit, kerajaan kena keluarkan belanja lagi untuk menyiapkan projek sakit.

Yang Berhormat Segamat, pembelian pesawat pejuang saya jawab secara umum. Sekarang ini dalam surat khabar macam-macam keluar. Ada mengatakan kita hendak beli dari Rusia, keluar surat khabar di antarabangsa pula mengatakan kita hendak beli daripada India, ada kata daripada Pakistan, bila Tun berada di Korea sekarang, surat khabar keluar pula mungkin beli daripada Korea.

Semuanya itu peringkat spekulasi. Perundingan berjalan dan kita akan cari yang terbaik dan sesuai dengan keupayaan Malaysia ini, cara-cara membayar dan sebagainya. Kita dengar senanglah, barter trade, tukar dengan hasil mahsul negara kita.

final • 5:10 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Akan tetapi hendak pergi ke arah itu dan seperti dibuat oleh kerajaan terdahulu mesti diulang buat, bincang, Kementerian Kewangan, MITI, Kementerian Perusahaan Utama, Kementerian Pertahanan, KDN mesti bergabung tenaga kalau kita hendak pergi ke arah barter trade ini. Kita bercakap memang mudahlah, kita tukar dengan sawit. Akan tetapi hendak sampai ke peringkat itu perlu kepada kajian dan kesungguhan supaya mereka boleh menerima cadangan kita. Akhirnya, kita dapat membeli procurement yang kita hendaki yang sekarang ini saya sebut tadi, sebut negara itu negara ini, hanya lah di peringkat siaran akhbar. Pihak kami belum membuat penentuan hendak beli jenis apa dan di mana. Yang Berhormat Padang Serai...

final • 5:10 PM

Dato' Seri Dr. Santhara - Segamat

Yang Berhormat Menteri, hal Segamat. Terima kasih kepada penjelasan yang diberikan, khususnya peruntukan untuk perumahan anggota-anggota tentera di Kem Segamat. Akan tetapi memandangkan ia kemungkinan besar akan siap akhir tahun 2020, so buat masa ini 1,051 anggota ini berada di kem yang lain.

final • 5:10 PM

Dato' Seri Dr. Santhara - Segamat

Adakah mereka akan ditempatkan di tempat-tempat sementara, rumah-rumah sewa di persekitaran Segamat. Baguslah ekonomi akan naik dan juga sebagainya tetapi kalau mereka akan ditempatkan di Kem Sikamat, di Negeri Sembilan, kalau begitu bolehkah saya dibenarkan setidak- tidaknya sekali berjumpa dengan pengundi-pengundi saya. Sekali sebab saya hendak berkenalan ini.

Minta pandangan Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Memang hendak masuk ke kem itu ada peraturan-peraturan tertentu dan kalau hendak masuk itu memang kita harap dapat tulis surat kepada pihak kementerian, MINDEF dan kita akan melihat tentang keperluannya itu. Kita akan menjawab bila ada permintaan sebab kem tentera ini ada peraturan-peraturan tertentu. Tidak boleh kita serbu masuk begitu sahaja sebab ia ada peraturan-peraturan tentera yang semua Ahli Parlimen tahu. Duit...

final • 5:20 PM

Datuk Abd Rahim bin Bakri - Kudat

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:20 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Kuala Terengganu tidak ada?

final • 5:20 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Ya.

final • 5:20 PM

Datuk Abd Rahim bin Bakri - Kudat

Kudat. Ya terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Berkaitan dengan pembelian jet yang telah disebutkan tadi saya berfikir bahawa demi kepentingan negara adalah baiknya kalau kita membeli J-16 yang dikeluarkan atas kerjasama di antara Kerajaan China dengan Pakistan. Ini kerana jet fighter ini sememangnya terbukti baik dan telah pun diuji di LIMA beberapa tahun yang lalu. Apa yang penting sekali, saya percaya dengan pembelian jet ini akan memberikan keuntungan kepada kita kerana kita boleh barter trade dengan kelapa sawit yang sememangnya pada ketika ini memerlukan pasaran yang lebih besar.

Sudah tentu dengan pembelian ini akan meningkatkan lagi pembelian minyak sawit kita dan komoditi-komoditi yang dapat memberikan bantuan kepada petani-petani dan juga peladang- peladang di Malaysia. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Memang pandangan Yang Berhormat itu salah satu pandangan yang ada. Ada yang mengatakan baik daripada Pakistan, ada baik daripada China, ada yang baik daripada Itali, ada yang baik daripada British, semua itu pandangan-pandangan.

Saya sebut tadi barter trade itu kita sebut sudah, tapi hendak sampai ke peringkat ia berlaku realiti itu. Ini dulu jadi kerajaan tahulah, kadang-kadang bila kita hendak buat sesuatu dengan berbilion ringgit ini tentulah kena teliti dan kena bincang supaya bila berlaku nanti tidak berlaku ulang silap yang dahulu. Ini yang kita berhati-hati sekarang ini biarlah kadang-kadang lambat sedikit, yang ada ini kita repair dulu, MRO dulu. Setakat mana yang boleh sehinggalah ia tidak boleh terbang tapi selagi boleh kita akan berupaya supaya kita hendak buat sesuatu yang baru itu dengan berbilion ringgit ini kita buat kajian yang menyeluruh. Pandangan semua pihak, pandangan mereka yang expert dalam hal jet dan sebagainya. Ya, Yang Berhormat Kuala Terengganu.

final • 5:20 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Ya, Kuala Terengganu. Saya antara yang awal juga tadi bertanya tapi tidak naik isu yang saya bangkitkan. Saya hendak tahu kedudukan projek LMS kita sebab sudah bayar lebih daripada 62 peratus bila hendak terima kapal empat buah.

Kemudian begitu juga saya ada tanya fasal helikopter Nuri ada lagi yang mahu accident Ogos baru ini. Bila hendak ganti?

final • 5:20 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Tidak sampai lagi giliran Yang Berhormat Kuala Terengganu, ini baru sampai. Ini bukan, ini Yang Berhormat Padang Serai dulu. Duit berbilion telah dibelanjakan tetapi sampai sekarang kapal littoral combat ship tidak diserah lagi. Kementerian mengakui terdapat kelewatan dalam pembinaan kapal-kapal tersebut.

Walau bagaimanapun kementerian masih meneroka usaha-usaha dalam memastikan kapal- kapal tersebut dapat disiapkan demi meningkatkan keupayaan TLDM. Jadi saya tidak mahu beritahu secara detail apa yang kita sedang buat, tapi kita berusaha secara bersungguh-sungguh. Kita mahu TLDM kita dan juga peringkat dasar dan peringkat procurement ini bekerja sekuat mungkin bagaimana hendak selesaikan perkara itu. Hal ini sebab kita tidak mahu wang telah kita belanjakan lebih RM6 bilion tetapi ia terbengkalai di tengah jalan.

Buat kapal bukan macam benda lain, besinya telah dipotong. Jadi kita hendak taruh mana besi itu.

final • 5:20 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Saya buat kapal dulu Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Ya, jadi kalau kita cakap, ini kerajaan dahulu buat kita hentikan saja, buat kertas putih, senanglah selesai tapi ini duit rakyat. Jadi bagaimana kita hendak supaya berlaku kekuatan tetapi bagaimana kita hendak atasi supaya wang yang telah belanja RM6 bilion itu tidak sia-sia dan kita akan cari jalan.

final • 5:20 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Ya Yang Berhormat. Satu lagi untuk kapal-kapal besar LMS, saya boleh faham. Adakah rancangan di masa hadapan untuk kapal-kapal yang saiz kecil FIC, dulu kita ada CB90 dan sebagainya. Kita ada banyak limbungan tempatan, kita ada banyak graduan dalam bidang arkitek perkapalan dan sebagainya.

Mengapa mereka ini tidak dilibatkan untuk pembinaan kapal-kapal saiz kecil. Fasal apa, kapal yang saiz kecil pun kita panggil contract supply, fasal apa tidak panggil kontrak design commission dan sebagainya supaya industri ini dapat dimajukan, negara lain sudah ke depan.

final • 5:20 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Yang Berhormat hendak tambah sikit Yang Berhormat, Pasir Mas.

final • 5:20 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Sila.

final • 5:20 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

18 bulan telah berlalu Yang Berhormat, Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan. Tidakkah satu audit dalaman secara menyeluruh telah dibuat dan membawa pihak-pihak tertentu ke muka pengadilan kalau perlu. Ini sebab saya yakin mesti ada something wrong dalam penyiapan kapal ini, Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Yang Berhormat sini, Kepong ini fasal helikopter Nuri. Kalau tidak silap saya ia mula dipakai sejak 40 tahun dahulu. Jadi soalan saya masih boleh dapat spare part atau tidak terima kasih.

final • 5:20 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Pandangan Yang Berhormat Kuala Terengganu itu memang kita sudah ambil perhatian, itulah tujuan kita sekarang. Oleh sebab itu di samping itu kita juga akan cuba bekerjasama bila KL Summit nanti di antara yang akan datang ialah Presiden Turki. Di mana kita juga akan membuat berapa tandatangan MOU dengan Turki di antaranya, supaya segala bentuk industri seperti itu dapat di share bersama dengan pakar-pakar di Malaysia untuk kita bangunkan bersama.

Ini ke arah kita hendak manfaatkan tenaga anak-anak muda kita yang begitu mahir dalam bidang-bidang ini, kadangkala diguna oleh negara lain. Kita akan cuba seperti pandangan Yang Berhormat Kuala Terengganu kita akan ambil perhatian.

Yang Berhormat Pasir Mas memang jawatankuasa yang diketuai oleh Tan Sri Ambrin Buang telah menyiasat dan beri pandangan-pandangan kepada kami. Soal ada penyelewengan atau tidak itu serah kepada SPRM untuk bertindak. Bukan saya hendak mengatakan orang ini, orang itu, orang ini. Itu kita serah kepada SPRM tapi laporannya itu telah siap dan diserahkan kepada kita tentang kenapa berlaku kelewatan dalam pembinaan enam kapal tersebut.

Helikopter Nuri masih ada spare part tapi kita grounded sekarang ini kerana berlaku banyak kemalangan dan umurnya telah tua. Untuk menggantikan operasi kapal terbang, helikopter Nuri itu buat sementara sebelum kita membeli yang baru kita akan menyewa, leasing untuk kita terutama sekali dalam pengangkutan tentera darat dan tentera-tentera yang lain kita perlu kepada helikopter itu dengan segera. Ini yang sedang diusahakan sekarang ini.

Helikopter yang enam buah itu, kita sudah juga dapat laporan daripada Tan Sri Ambrin Buang dan kita juga buat siasatan dalaman. Keputusan akan dibuat akhirnya oleh Kabinet dalam masa yang terdekat.

final • 5:20 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Kalau tidak minggu ini, minggu depan atau sebelum akhir tahun ini tentang keputusan akhir tentang kapal helikopter yang kita tempah enam buah itu yang tidak sampai ke hari ini, yang telah dibayar RM112 juta lebih kurang 35 peratus.

TUDM telah melakukan kajian terhadap kesesuaian operasi di Sabah dan Sarawak yang mana kajian bukan sahaja merangkumi kesesuaian muka bumi, tetapi juga mengkaji tentang apakah ancaman-ancaman yang dihadapi dan bakal dihadapi seperti ancaman rompakan di laut, non-state actors, penculikan dan pelbagai lagi. Aset-aset seperti littoral combat ship, littoral mission ship dan fast interceptor craft adalah aset-aset yang dikaji sesuai. Memang di sebelah ESSCOM di sebelah Sabah ini dan Sarawak kapal-kapal kecil itu amatlah penting untuk kita memperbanyakkan pada masa yang akan datang.

Yang Berhormat Pasir Gudang juga membangkitkan soal peruntukan kepada Kementerian Pertahanan terlalu rendah. Beliau mencadangkan sekurang-kurangnya lima, enam peratus daripada belanjawan negara.

final • 5:20 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Beliau minta supaya dilebihkan, bukan sebanyak itu seperti di negara jiran. Negara jiran kita itu Kementerian Pertahanannya menerima empat kali ganda daripada peruntukan di Malaysia. Jadi, bayangkanlah. Itu bukan kerajaan sekarang, yang lima tahun kebelakangan ini pun kita tertinggal dalam empat kali ganda. Jadi, kita kena itulah Kementerian Pertahanan ini, apa yang diperuntukkan sekarang ini semua Ahli Parlimen bersetuju, dia belum lagi mencukupi.

Yang Berhormat Kuala Terengganu, tadi hal fast track. Saya telah menjawab tadi. Yang Berhormat Kuala Terengganu banyak memberi hal kapal LCS itu dan kita sedang usahakan bersungguh-sungguh supaya ia dapat disiapkan mengikut jadual baru yang dikemukakan. Saya jawab secara umum tadi hal LCS itu.

Yang Berhormat Parit Sulong lagi? Tidak ada dah pun.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi

Tidak ada, tidak payah.

final • 5:30 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Tidak ada, tidak payah lagi. Yang Berhormat Kepala Batas.

Jumlah penerima Pingat Jasa Malaysia adalah seramai 68,804 veteran ATM dengan peruntukan sebanyak RM34.402 juta. Jadi, jumlahnya lebih kurang 68,000. Cadangan daripada Yang Berhormat Kepala Batas, ada perkara-perkara perlu rundingan terus. Cadangan itu baik dan datang juga daripada beberapa Ahli Parlimen yang lain sebab ada perkara-perkara yang kita beli dalam hal Kementerian Pertahanan ini perlu dalam bentuk tidak diketahui oleh orang ramai. Bolehlah kita tender misalnya baju, kasut, bekal makanan, tetapi peralatan-peralatan procurement yang lain perlu kepada tender yang lebih tertutup.

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas

Baik Yang Berhormat Menteri, terima kasih kerana bagi jawapan itu. Akan tetapi jawapan fasal penerima PJM, saya juga tanya tadi fasal penerima SP yang kelas pertama dengan PGB kelas kedua. SP ini penerima dia 25 orang sahaja katanya. PGB sekitar 111. Bererti these are the people yang tidak didendangkan. Jadi, saya cadangkan tadi apakah Kementerian Pertahanan boleh bersetuju kalau dicadangkan untuk diwujudkan macam some kind of memorial untuk diabadikan nama mereka. Macam mana di Arlington, Virginia di mana semua patriot di Amerika Syarikat walaupun dalam setahun terkorban atau sebagainya, ada nama. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Kepala Batas dalam hal ini. Kita sekarang ini macam- bukan kata yang dapat pingat. Umumnya tentang angkatan tentera ini sudah macam tidak dipedulikan. Oleh sebab itu timbul yang mengatakan tentera makan, tidur- yang bercakap begitu bila orang Tionghoa bercakap, kita marah tetapi ada lagi orang Melayu yang bercakap lebih teruk daripada itu. Bekas Ketua Menteri, dia kata elok tentera wanita pergi jadi amah. Tentera lelaki ini pergi ganti pekerja asing. Akan tetapi orang diam sebab dia bukan Cina. Bagi kita, tidak kira Cina, tidak kira Melayu, siapa hina tentera, kita kena lawan...

[Tepuk] Ini yang penting.

Begitu juga...

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Akan tetapi mereka tidak lawan pun? Puak-puak belakang itu tidak lawan pun?

final • 5:30 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Lawan. Saya juga pergi baru-baru ini lawatan ke Australia di Canberra. Tiap-tiap minggu dibawa kanak-kanak sekolah ke Muzium Tentera. Di situlah dilihat di antaranya tentera Australia bertugas di Malaya, dan bagaimana mereka terlibat dan ada yang terbunuh dan mereka amat menghormati veteran.

final • 5:30 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Di England begitu juga. Bunga popi. Kita- lepas imigresen, kita keluar sahaja ke restoran, sudah ada tong derma dan bunga popi di situ kerana menghormati veteran dan angkatan tentera. Di Amerika pun serupa. Kita selepas tahun 60-an, 70-an dan bila tamat perjanjian dengan komunis tahun 1989, negara ini aman memang orang dah lupa kepada pengorbanan angkatan tentera.

Hari ini, alhamdulillah semua bercakap soal penghargaan kepada veteran. Saya amat-amat gembira, tidak kira daripada sebelah sini atau sebelah sana. Senada dalam hal selama ini kita agak slack dari segi penghormatan kepada veteran ini macamlah program-program untuk mengingatkan kepada mereka itu sudah tidak ada. Saranan Yang Berhormat Kepala Batas itu saya ambil perhatian serius.

CAP55 iaitu pembinaan tentera udara sampai kepada tahun 55 ini kita sedang buat dan rancangan lima tahun kedua, lima tahun ketiga, kita ke arah progress untuk mencapai CAP55 itu.

Saya sudah sebut hal Nuri tadi. Pesawat Sukhoi yang sekarang ini di– MRO nya daripada syarikat tempatan, mereka berusaha dan sekarang sudah boleh terbang di angkasa 12 biji daripada yang dulunya yang saya sebut di sini empat. Ini di atas usaha-usaha yang dibuat oleh syarikat tempatan dengan mereka pergi membeli spare part dan sebagainya berusaha. ATAC ini akhirnya menyebabkan Sukhoi kita sekarang dapat terbang megah di angkasa, di Gong Kedak dan di seluruh Malaysia.

Begitu juga pesawat-pesawat yang lain yang telah lama itu, ada yang kita grounded dan kita juga sedang memerhati teknologi-teknologi baru. Kalau di India itu MiG boleh terbang sampai dua, tiga puluh tahun sebab MRO mereka dan repair mereka, alat ganti mereka dan yang mereka buat pembaharuan di dalam dan sebagainya boleh menyebabkan mereka dapat mengekalkan alat-alat mereka beroperasi begitu lama. Kita soal MRO ini supaya dipertingkatkan supaya alat setiap procurement yang kita beli dapat diguna pakai begitu lama dengan tidak kurang kemampuan yang ada.

Yang Berhormat Pendang.

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas

Satu lagi Yang Berhormat Menteri tidak jawab lagi. Saya tanya fasal berkaitan dengan urban warfare.

final • 5:30 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Ya, ya.

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas

Urban warfare ini- kalau ada.

final • 5:30 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Urban warfare memang menjadi satu sentakan baru apabila berlaku peperangan di Marawi. Marawi betul-betul di antaranya mereka yang pulang daripada peperangan di Middle East, kebanyakan dalam bandar dan bagaimana dengan tidak ramainya mereka dapat menguasai bandar itu begitu lama sehingga tentera Filipina dan peringkat yang lainnya yang membantu mengambil masa yang agak lama untuk mengambil semula bandar itu.

Di atas kesedaran itu dan yang berlaku di Timur Tengah dan di mana-mana, kita nampak tentera kita perlu diperlengkap kepada urban warfare ini. Ini sedang diusahakan oleh pihak tentera di ketiga-tiga sama ada laut, darat dan udara untuk kita mempertingkatkan, bukan kita hendak perang.

Akan tetapi urban warfare ini, amat penting teknologi-teknologi baru perlu kita mengetahui – hal urban warfare ini.

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas

Terima kasih. Cuma tadi saya sebut tadi sebab benda ini penting. Di Singapura, Thailand, Filipina sudah mulakan secara extensive. Singapura membelanjakan RM1 bilion, dia buat Yang Berhormat Menteri, 200 ekar kawasan yang ada mock building dan sebagainya untuk urban warfare ini. Oleh sebab kita ada petrochemical plant, kita ada stadium, infrastruktur. Nowadays, the dynamic of war ini berlaku di megacities. Jadi, jumlah yang perlu dibelanjakan ini besar. Jadi, adakah perancangan, mungkin dalam Kertas Putih kah?

final • 5:30 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Ada perancangan. Sebab itu dalam perancangan di antaranya urban warfare termasuklah yang disebut smart army tadi. Ini kita akan sedar perkara itu sebab for the future, jungle warfare ini bukan lagi menjadi barangkali lah. Mungkin kita masih lagi negara jungle. Ada hutan banyak lagi.

final • 5:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Ya, Yang Berhormat Menteri tambah sedikit apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kepala Batas tadi. Saya harap pembaharuan ini dia pergi sampai ke tahap doktrin latihan. Doktrin latihan tentera kita untuk perajurit asas, kursus asas sebagai contohnya masih doktrin latihan counter-insurgency warfare (CIW) dengan conventional warfare (CW).

final • 5:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Ini walaupun penting, agak outdated, tidak lengkap. Saya harap pembaharuan ini bukan hanya dari segi kelengkapan tetapi doktrin latihan perlu diubah juga di peringkat asas.

final • 5:30 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Bersetuju dengan Yang Berhormat Rembau sebab latihan selama ini berdasarkan pengalaman yang dahulu, yang dihadapi oleh Malaya dan Malaysia. Pada masa akan datang, mesti ada prediction apakah bentuk peperangan yang akan datang, kalau berlaku peperangan. Jadi, pandangan itu amat penting supaya kita ada doktrin baharu dalam pemikiran para perajurit kita. Apa segala segi ancaman pun dapat mereka atasi.

final • 5:30 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Yang Berhormat Kudat, berdasarkan kemajuan kerja semasa, kapal tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Kementerian sedang berusaha dengan syarikat untuk menangani semua isu yang tertangguh. Saya sudah jawab tadi.

Perolehan bagi pesawat. Ini Yang Berhormat Pendang. MPA dan VAS telah diluluskan.

Proses perolehan dijangka bermula pada awal tahun 2020. Sekarang pun kita hendak seperti kita lihat apa yang berlaku di Timur Tengah dan di mana-mana sekarang ini, peperangan baharu ini dia ada dalam bentuk dron, UAV dan sebagainya. Oleh itu, kita hendaklah ada kelengkapan-kelengkapan seperti itu- dron dan anti dron. Sebab itulah peruntukan pada tahun ini di antaranya dimulakan secara agak besarlah untuk radar dron dan sebagainya kerana ini kita hadapi the future, apa yang akan berlaku pada masa yang akan datang.

Tentang Kertas Putih berkaitan kerahsiaan. Kertas Putih Pertahanan tidak mendedahkan sebarang perkara rahsia, sebaliknya perancangan untuk mengukuhkan pertahanan negara dalam tempoh 10 tahun akan datang. Ertinya, kita cakap dalam bentuk umum. Dalam Kertas Putih ini, seperti yang disebut oleh Ahli-ahli Parlimen yang lain, yang pentingnya ialah kita hendak tingkatkan soal HANRUH iaitu semua rakyat bertanggungjawab kepada keselamatan negara dan keamanan negara.

Memang kadang-kadang ahli perniagaan yang kaya raya mereka anggap mereka berjaya dalam perniagaan kerana mereka pandai meniaga. Betul, tapi mereka boleh meniaga dan untung kerana negara ini aman. Saya selalu sebut kalau mereka pandai meniaga, pergilah meniaga macam di Afghanistan, hendak tahu macam mana. Tapi, keamanan itu kadangkala tidak dinikmati sehingga pengorbanan angkatan tentera pun dihina.

Sedang saya berucap ini, lebih 13 ribu tentera kita sedang bertugas mengawal sempadan, berada di laut, darat, udara, on duty sekarang ini, berbelas ribu orang. Sedangkan kita berada di Parlimen ini. Kenapa tentera tidak nampak di bandar-bandar? Kalau tentera berada di bandar, ertinya negara sudah darurat. Hendak tentera ada dalam bandar? Itu ertinya negara sudah dalam keadaan terancam.

Bila tidak nampak tentera, ertinya mereka sedang bertugas termasuklah mereka ada dalam kem, mereka ada di perairan, mereka ada di udara, mereka mengawal sempadan. Ini tugas ini perlu kita hargai terutama ahli-ahli perniagaan yang berjaya. Jangan memperkecilkan langsung pengorbanan angkatan tentera ini.

Bantuan Sara Hidup. Bantuan Sara Hidup diberikan kepada veteran yang tidak berpencen dan di bawah paras garis kemiskinan. Namun begitu, sekiranya veteran itu layak dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, permohonan veteran akan dipertimbangkan. Maklumat tambahan, jumlah pesara British Army kini adalah 225 orang. Supaya mereka dipertimbangkan elaun dan sebagainya, saya akan membawa perkara ini untuk dibincangkan kerana mereka adalah juga tentera dan mereka pun telah uzur dan tua dan kalau kita bagi imbuhan pun, tidak berapa lama pun mereka dapat nikmati.

final • 5:40 PM

Datuk Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 5:40 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Ya, ya, kita cuba. Kedudukan Program Latihan Khidmat Negara.

Ini telah berpindah kepada Kementerian Belia dan Sukan. Tadi Yang Berhormat Sungai Petani bercakap di beberapa forum dalam Parlimen dan luar Parlimen supaya kita Malaysia mengenakan national service seperti yang berlaku di Singapura dan lain-lain negara. Perkara ini juga perlu dibincangkan di peringkat Majlis Keselamatan Negara dan kalau ianya sampai ke peringkat ia diperlukan dan peruntukannya ada, kita memang mengalu-alukan pandangan itu.

Ini supaya sekarang ini kita lihat anak-anak muda kita selepas Tingkatan 5, selepas Tingkatan 6, mereka tidak tahu hendak buat apa, akhirnya mereka berlumba di jalan-jalan raya termasuklah di kawasan Pasir Salak kita dan di mana-mana. Ini tidak boleh sebut kawasan. Semua anak-anak muda kita begitu. Kerana apa, mereka, kalau ada khidmat negara ataupun sosial servis, nasional servis, mereka sekurang-kurang diajar mentaati orang tua, mentaati pemimpin negara.

final • 5:40 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Kita dulu Darjah 6 dulu kita tahu bila ditanya siapa Panglima Tentera Udara, kita sebut Sulaiman Sujak. Siapa Panglima Tentera Laut, Thanabalasingam. Siapa Panglima Angkatan Tentera Malaysia, kita sebut Jeneral Hamid Bidin ataupun Hashim Mohd Ali. Sekarang ini kita tanya budak- budak sekolah, dia tahu tidak siapa- Menteri Pertahanan mereka kenal.

final • 5:40 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 5:40 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Yang lain-lain itu, ketua-ketua tentera- kita di sekolah dulu dia ada pelajaran Sivik. Yang Berhormat Pasir Salak, situ diajar tentang tata rakyat dan mengenal pemimpin-pemimpin. Semua Menteri waktu itu kita hafal, daripada Tunku Abdul Rahman, daripada Sardon Jubir sampai kepada Hamid Khan dan sebagainya. Kenal. Begitu juga ketua-ketua tentera, Ketua Polis Negara. Sekarang pelajaran itu seolah-olah tidak ditekankan di sekolah-sekolah. Saya harap Kementerian Pendidikan ambil berat hal ini supaya semangat patriotik itu dapat ditimbulkan semula. Ini amatlah penting. Kita anggap bila kita maju, kita tidak perlu itu semua. Negara-negara maju amat memberatkan penghormatan kepada pasukan keselamatan.

Pelan hala tuju PERHEBAT. Saya sudah sebut tadi supaya jawatankuasa ini dapat siapkan laporan mereka supaya kursus-kursus nanti sesuai dengan kehendak semasa. Bukan hanya setakat bancuh simen, ikat simen itu saja. Ya, yang itu diteruskan tapi pekerjaan-pekerjaan baharu. Misalnya kalau lepas umur baru 40 tahun, mereka perlu training lima ke enam bulan cukup untuk mereka pergi kerja di pelantar minyak yang bayaran gajinya agak lumayan. Kalau dia pencen sudah RM2,000, RM3,000, kerja di pelantar minyak dapat pendapatan lumayan, maka mereka dapat membina keluarga yang lebih baik. Ini yang perlu kita tekankan kursus-kursus bentuk baharu pada masa yang akan datang. Saya jawab secara umumlah hal-hal seperti itu.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pertahanan sebelum ini menyediakan peruntukan perumahan bina baharu dan baik pulih untuk veteran ATM di bawah inisiatif 1Malaysia Veteran Home Programme yang dilaksanakan melalui National-Blue Ocean Strategy. Jabatan Hal Ehwal Veteran telah bertindak sebagai koordinator bagi tujuan permohonan dan tapisan veteran ATM yang layak untuk menerima bantuan perumahan mengikut syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

Program ini telah pun dihentikan pada tahun 2018.

Walau bagaimanapun, pihak kementerian sedang menambah baik kertas kerja inisiatif perumahan veteran ATM bagi membantu veteran ATM yang daif dalam mendapatkan tempat kediaman yang lebih kondusif atau menyediakan rumah baharu mengikut kelayakan bersesuaian.

Perbincangan lanjut dengan kementerian-kementerian yang berkaitan sedang diusahakan.

Sekarang kita berbincang dengan Kementerian Perumahan, kita juga berbincang dengan kementerian Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri iaitu Kementerian Wanita dan sebagainya, kita bincang bersama. Di antaranya ialah termasuk program untuk membantu membina dan menyiapkan dan membaik pulih rumah-rumah veteran. Ini tiga kementerian ini kita sedang bersatu, berpadu untuk bagaimana hendak membantu veteran-veteran ini.

Sebagai makluman Yang Berhormat juga, bagi membantu veteran ATM yang daif dan kurang kemampuan, pihak kementerian telah berkolaborasi, collaborate dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga melalui Program Santun Rakyat, Program Baiki Rumah untuk Sejahtera (BAHTERA) yang telah diperkenalkan yang bertujuan untuk membaik pulih rumah yang rosak serta rumah yang memerlukan penyelenggaraan segera.

Banyak ada bantuan-bantuan ini. Kadang-kadang veteran kita tidak tahu. Tidak salahkan mereka. Kita harap JHEV ini akan lebih aktif untuk menyebarkan maklumat. Bukan semua boleh buka, tengok melalui internet. Yang duduk di kampung, di Hulu Lenggong itu, kadang-kadang itu mana hendak tengok internet. Jadi, perlu disampaikan maklumat kepada mereka.

Selenggaraan dan naik taraf.

final • 5:40 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Jawapan sama seperti jawapan pada soalan Yang Berhormat Papar dan Yang Berhormat Padang Terap tadi iaitu kita sedang usahakan tahun ini untuk naik taraf di peringkat RKAT ini sekurang-kurangnya sebanyak 6,000 buah rumah akan cuba ditingkatkan dan segala teguran Audit Negara kita ambil perhatian supaya ia tidak berulang.

Kelalaian yang berlaku pada tahun 2018 dan 2019, tahun 2020 kita mahu juga sebarang hendak gerakan daripada sekarang, hendaklah bulan Januari ini sudah kena bermula. Kalau kita lambat nanti bulan September belum lagi RKAT ini berjalan dengan sempurna, duit tidak dibelanjakan. Maka kita mahu cuba habiskan RM150 juta ini sebelum bajet yang akan datang.

final • 5:50 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Jawatankuasa] Ini perlu kerjasama semua Ahli-ahli Parlimen termasuk semua Ahli Parlimen pembangkang.

Kalau ada rumah-rumah RKAT yang perlu diperbaiki supaya kita dapat kerjasama, dapat kita bersama supaya belanjawan belanja ini dihabiskan sebab kalau silap birokrat dan sebagainya, selalunya belanja tidak habis dan akhirnya yang akan menderita ialah mereka yang memerlukan.

Saya ingat...

final • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Ya.

final • 5:50 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

Masa sudah cukup. Sebarang...

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, ini satu sahaja...

final • 5:50 PM

Tuan Mohamad bin Sabu

...Jawapan yang lain...

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini jawab secara umum sahaja, kata ya.

Berhubung dengan sukarelawan Wataniah tentera darat, tentera udara, dan juga tentera laut. Apakah Yang Berhormat bercadang untuk meningkatkan kesukarelawan tentera sukarela di tiga peringkat?

Kemudian sebahagian daripada Ahli Parlimen ini ada pangkat dalam Askar Wataniah termasuk sahabat saya ini. Jadi apakah- sekarang ini dia ikut politik, bila kerajaan ini memerintah yang kami kadi pembangkang ini tidak lagi diiktiraf dalam Askar Wataniah dan sebagainya.

final • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat Menteri sila jawab dan menggulung.

final • 5:50 PM

Tuan Mohamad bin Sabu]

Tidak sama sekali. Kita akan terus bersama tidak kira dia parti apa pun, daripada golongan mana pun menyertai pasukan-pasukan sukarela ini dan kita harap semua kaum. Saya lihat misalnya pasukan sukarela bomba.

final • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Ya.

final • 5:50 PM

Tuan Mohamad bin Sabu]

Kaum Tionghoa ramai berada dalam pasukan sukarela bomba tetapi dalam hal Wataniah dan sebagainya, kita harap mereka meramaikan lagi supaya kita sama- sama menjadi pasukan pembantu ini, pasukan Wataniah ini pada semua kaum, pada masa yang akan datang. Terima kasih.

final • 5:50 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Yang Berhormat Menteri sedikit.

final • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Sudah tamat.

final • 5:50 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Mereka boleh masuk dalam Askar Wataniah tetapi tidak boleh beri ceramah politik. Itu perlu diingatkan.

final • 5:50 PM

Tuan Mohamad bin Sabu]

Terima kasih.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Aduhai hei! Chin Peng, shut up you.

final • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini Chin Peng punya orang ini.

final • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat Arau jangan merayau, merepek.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Pengerusi, penyokong Chin Peng, kah?

final • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM12,496,237,400 untuk Maksud B.60 di bawah Kementerian Pertahanan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM12,496,237,400 untuk Maksud B.60 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 5:50 PM

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM3,083,655,200 untuk Maksud P.60 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan 2020 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

final • 5:50 PM

Tuan Pengerusi

[Wang sebanyak RM3,083,655,200 untuk Maksud P.60 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2020]

final • 5:50 PM
Maksud B.62 [Jadual] - Maksud P.62 [Anggaran Pembangunan 2020] -

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang Kepala Bekalan B.62 dan Kepala Pembangunan P.62 di bawah Kementerian Dalam Negeri terbuka untuk di bahas. Saya cadang Yang Berhormat Menteri akan menjawab pada pukul 8.30 malam.

final • 5:50 PM

Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar.

final • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kapar selepas itu Ketua Pembangkang Bera dan Yang Berhormat Beluran. Sila tujuh minit.

final • 5:50 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Terima kasih Tuan Pengerusi memberi ruang kepada Kapar untuk menyertai...

final • 5:54 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Round pertama lagi 10 minit. Bagi adil sebab pertahanan.

final • 5:54 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Saya hendak bagi selama tujuh minit. Jangan kacau Yang Berhormat Arau.

final • 5:54 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Yang Berhormat Arau jangan kacau. Dah hilang 30 saat dah ini. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 020100 – Kepolisan.

Saya ingin menyinggung berkenaan dengan perjawatan pegawai rendah iaitu satu regular sokongan Orang Asli.

Apa yang saya dimaklumkan perbincangan baru-baru ini pegawai rendah Orang Asli itu dimasukkan dalam regular tetapi sokongan itu masih dalam keadaan terpinggir. Saya mohon supaya sekarang ini waktunya sudah tiba. Tidak ada lagi diskriminasi tentang position. Kalau dahulu SPM, SRP dan juga Darjah 6, sekarang tidak boleh berbuat demikian oleh kerana tugas dan deskripsi mereka itu semuanya menyeluruh dan mereka tidak boleh dibiarkan dipinggirkan begitu sebegitu lama dan saya mohon Kementerian Dalam Negeri supaya melihat serius perkara ini supaya mereka yang dalam kelompok sokongan ini tidak diabaikan.

Saya terus kepada Butiran 210000 – Senjata Api dan Peluru (PDRM). Saya hendak maklumkan bahawa dalam keadaan sekarang ini saya lihat banyak senjata lama yang sudah lapuk digunakan kembali, masih digunakan. Saya berpandangan sesuai atas perkara tersebut, saya mohon supaya pihak Kementerian Dalam Negeri supaya memfokuskan kepada senjata yang dikenakan keperluan asas wajib untuk kita hendak memastikan keamanan dan juga anggota itu terjamin keselamatan.

Saya terus merujuk kepada Butiran 23000 – Kapal-kapal Terbang (PDRM). Saya hendak maklumkan bahawa kelengkapan-kelengkapan sebegini harus dipertingkatkan supaya jaminan keselamatan itu dapat diselaraskan dan memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa keselamatan itu terjamin kualitinya.

Saya merujuk terus kepada Butiran 24000 – Alat Bantuan Teknik (PDRM). Kalau kita melihat daripada balai-balai polis ataupun IPD yang berada di setiap daerah banyak alat-alat bantuan yang sudah tidak boleh diguna pakai dan termasuk juga saya hendak teruskan persamaan dengan Butiran 620000 yang ada persamaan iaitu Langkah-langkah Keselamatan.

Banyak-banyak logistik yang memerlukan penambahbaikan macam mana berlaku di Kapar, di Klang Utara. Lori ataupun kelengkapan logistik dengan keretanya, dengan motornya, dengan lorinya, dengan segala-gala logistik yang berada di dalam kawasan Klang Utara sudah tidak boleh dipakai dan masih lagi lembapnya proses untuk penambahbaikan dan perlu ada penyelenggaraan segera untuk memastikan bahawa kelengkapan-kelengkapan sedemikian dapat segera diatasi supaya keperluan logistik itu yang memberikan kesan kepada anggota-anggota untuk melaksanakan tugas mereka dapat diberikan tumpuan.

final • 5:54 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Oleh kerana saya melihat bahawa perkara ini bukan perkara yang baharu, sudah lama tetapi kita tidak boleh membiarkan lama itu berterusan hingga tidak boleh memberikan agresifnya anggota polis itu dilihat sebagai mereka memerlukan keperluan untuk menjaga keselamatan negara. Di situ saya melihat bahawa keperluan itu memberikan kesan yang terlampau ke belakang untuk keselamatan negara.

Saya juga ingin merujuk kepada Butiran 04000 – RELA. RELA ini kalau boleh Yang Berhormat Menteri KDN, kalau boleh RELA ini beri peluang mereka untuk menggantikan polis-polis bantuan yang berada di setiap perumahan-perumahan yang saya lihat hari ini polis bantuan yang diberikan kuasa keterlaluan dan ini memberikan maksud berbeza dan sekarang ini kita ada anggota keselamatan yang ada description dia sendiri dan kita pula menggalakkan polis bantuan ini mengambil alih.

Jadi RELA boleh kita berikan mereka peluang juga untuk menjadi polis bantuan dalam prospek untuk mereka menjaga keselamatan dan diberikan pengetahuan dan juga tunjuk ajar dan juga ilmuwan dalam membentuk dia sebagai seorang anggota keselamatan. Oleh sebab itu dalam proses RELA ini, dia hendak jaga jalan raya, budak sekolah itu rasanya sudah begitu lapuk dan apa salah kala kita berikan mereka peluang pula untuk menjadi perhatian dalam daripada polis bantuan descriptionnya dan dalam masa yang sama dia juga merujuk kepada deskripsi RELA. Saya mohon supaya kementerian lebih bersikap terbuka untuk mereka RELA ini diberikan peluang.

final • 5:54 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Seterusnya saya ingin- saya tahu dalam butiran ini akan mengguris beberapa perasaan hati kawan rakan-rakan tetapi namun saya tidak ada ruang lebar luas untuk saya membiarkan atau membisu. IPCMC- saya sebenarnya dalam proses ini dalam sama, Butiran 020100 – Kepolisan.

Saya hendak tegur kita kena ambil pandangan pihak bawah ataupun pegawai-pegawai bawah. Kita perlu memikirkan bagaimana untuk kita hendak seimbangkan kekuatan disiplin polis, sedangkan dia ada lembaga disiplin. Saya melihat bahawa secara terbuka kita terlalu mendesak dalam keadaan kedudukan deskripsi polis ini. Dalam masa yang sama kita hendak jaga disiplin dia.

Kebajikan kita tengok jauh menjuras di antara dengan hak mereka itu sendiri. Dari segi perumahan, dari segi faedah kebajikan perlu juga disamaratakan. Dalam masa yang sama kita juga ingin melihat bahawa setiap anggota beruniform itu immigration nya, dengan penjara, penjara pun satu.

Penjara pun saya ada rujukan di bawah Butiran 62000 – Langkah-langkah Keselamatan

(Penjara) pun begitu juga. Dalam proses kita hendak mendisiplinkan itu kita kena ada juga pandangan bawahan, dari kelompok bawahan ini juga mainkan peranan, perasaan mereka juga harus dijaga.

Dalam masa yang sama disiplin itu perlu diberikan pendekatan. Ia saya setuju. Akan tetapi dalam masa yang sama kita juga harus mengambil pandangan bawahan ini supaya mengukuhkan lagi impian kita untuk menjadikan polis ini sebagai mengangkat martabat dan kedudukan mereka. Darjat ini kalau kita tidak berhati-hati ia akan memberi kesan buruk kepada anggota yang terlibat.

Maka saya ingin menyarankan supaya kementerian harus sebelum membentangkan suatu rang undang-undang memerlukan juga pandangan bawahan ini. Jangan pegawai-pegawai sahaja, yang di bawah itu juga perlu diambil untuk kita memastikan langkah bijak kita tidak menghiris hati mana-mana pihak dan memberikan mereka motivasi. Saya melepasi 30 saat. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Saya tahu Yang Berhormat berkobar-kobar tetapi, ‘masa itu emas’. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat- ramai yang berminat ya. Okey, Yang Berhormat Ketua Pembangkang dahulu iaitu Yang Berhormat Bera, selepas itu Yang Berhormat Beluran dan Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 6:00 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 020100 – Kepolisian. Saya dimaklumkan, difahamkan pada 31 Julai 2019 seorang warganegara Indonesia yang bernama Harjanto Karjadi yang dijadualkan berlepas dari KLIA ke Hong Kong tiba-tiba telah ditangkap dan ditahan oleh polis Indonesia di KLIA. Harjanto terus ditahan di bilik KLIA sehingga menunggu clearance daripada Bukit Aman. Selepas itu tiga orang polis daripada kedutaan Indonesia datang untuk membuat soal siasat di KLIA juga.

Selepas menunggu lama akhirnya beberapa polis sampai daripada Denpasar Bali dengan private jet dan akhirnya membawa mangsa Harjanto keluar daripada Malaysia. Soalnya, persoalannya bagaimana polis Indonesia boleh menangkap individu-individu walaupun warga Indonesia di dalam negara kita.

final • 6:02 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Atas asas apa tangkapan itu dibuat dan ini dianggap sebagai satu pencerobohan kepada kedaulatan negara kita. Berdasarkan artikel 2(4) Charter of United Nations on Sovereignty State. Kedua, jika mangsa sekalipun tersenarai di dalam senarai merah Interpol apa yang patut dilakukan adalah pihak polis Indonesia meminta polis kita, PDRM untuk menangkap mereka, sesiapa yang dianggap sebagai melanggar undang-undang di Indonesia. Polis kita sepatutnya menangkap dan menyerahkan kepada polis Indonesia. Bukan mereka datang ke tanah kita dan menangkapnya.

Saya tidak tahu sama ada adakah pihak polis KDN, Menteri KDN menerima permohonan ekstradisi daripada pihak polis Indonesia tersebut. Saya hendak tanya juga adakah perintah ekstradisi dikeluarkan oleh mahkamah untuk membawa pulang yang dianggap pesalah tersebut. Jika ya sekalipun ada perintah ekstradisi tugas polis Indonesia datang untuk menerima orang salah daripada polis kita, polis kita tangkap serah kepada polis Indonesia. Ini yang sepatutnya berlaku walaupun ada order ataupun perintah mahkamah dari segi ekstradisi. Jadi saya ingin tanya kepada polis, apakah perkara ini benar-benar berlaku dan jika benar daripada apa yang dimaklumkan ini saya mohon jawapan yang jelas kerana ianya melibatkan kedaulatan negara kita.

Keduanya, Butiran 030200 – Hal Ehwal Imigresen. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia kerana telah berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang berpusat di China serta menahan 680 warga China terdiri daripada 603 orang lelaki dan 77 orang wanita yang menjalankan operasi berkenaan di Cyberjaya pada 20 November lalu.

Serbuan yang melibatkan 150 anggota imigresen telah membawa kepada rampasan 8,230 unit telefon bimbit, 174 komputer riba dan 787 unit komputer peribadi. Difahamkan bahawa semua yang ditahan telah memasuki negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial namun hampir kesemuanya tidak dapat mengemukakan pasport dan dokumen pengenalan diri ketika ditahan.

Sehubungan dengan itu, saya melihat isu ini adalah isu yang sangat serius kerana ianya melibatkan isu keselamatan dan insiden ini juga mencemarkan imej Malaysia di mata dunia kerana menjadi pusat kegiatan jenayah dalam talian terbesar di rantau ini.

Berdasarkan maklumat ini juga kita difahamkan bahawa mereka mempunyai pasar raya sendiri yang beroperasi di kawasan yang berdekatan. Justeru itu, saya ingin mengutarakan beberapa persoalan. Pertama, bagaimanakah warganegara China tersebut dalam jumlah yang besar berjaya memasuki negara ini dalam tempoh jangka masa tertentu dan menyalahgunakan pas lawatan sosial mereka, berada di dalam negara ini untuk tempoh masa yang lama dan menjalankan kegiatan haram tersebut.

Kedua, adakah tidak ada tindakan lanjut oleh pihak bertanggungjawab untuk mengenal pasti dan mengesan individu yang telah tamat tempoh pas lawatan mereka?

Ketiga, bagaimanakah pihak berkuasa setempat khususnya polis tidak menyedari bahawa berlakunya pergerakan yang mencurigakan di kawasan berkenaan ditambah pula dengan jumlah warganegara China yang besar jumlahnya di kawasan berkenaan.

Keempat, mengapakah pihak berkuasa tidak dapat mengenal pasti transaksi yang mencurigakan berlaku memandangkan sewaan bulanan di premis berkenaan mencecah sehingga RM360,000 sebulan.

Tidak semua ditangkap, ada yang lari, saya hendak tanya apa status yang lari tersebut, adakah sudah dapat ditangkap dan sebagainya? Saya juga ingin bertanya adakah kemasukan begitu ramai warga China ini kerana polisi kita dulu yang mempermudah visa pelancongan warga China ke Malaysia. Adakah itu puncanya? Jikalau itulah puncanya adakah pihak kementerian ingin membuat polisi yang baru supaya diperketat kedatangan pelancong-pelancong China ini yang kita dapati begitu banyak yang menyalahgunakan pas lawatan ataupun pas pelancong ini. Jadi saya juga hendak bertanya, boleh jawab secara bertulis, berapa ramai pelancong-pelancong China yang terlibat di dalam kes yang tinggal di Malaysia melebihi daripada tempoh yang dibenarkan.

Akhir sekali Yang Berhormat secara ringkas, secara ringkas. Ini tentang kepenjaraan Butiran 040200, penjara tadi pun ada disebut. Saya cuma hendak sebutkan sedikit sahaja Yang Berhormat iaitu dari segi skim perkhidmatan mereka, gaji mereka jauh berbeza daripada gaji pegawai-pegawai yang sama dengan mereka. Misalnya sebagai contoh, pegawai penjara kemasukan diploma ataupun gaji minimum bagi pegawai penjara gred KA29 adalah RM1,782 manakala bomba misalnya RM1,814, walaupun grednya sama tetapi gajinya berbeza. Elaun perkhidmatan, Jabatan Penjara menerima bayaran insentif sebanyak RM150 sebulan dan tidak boleh menuntut elaun lebih masa. Manakala Jabatan Keselamatan yang lain seperti Imigresen, AADK, kastam dan JPJ mendapat RM200 sebulan dan boleh menuntut elaun lebih masa. Jadi saya harap, ada keadilan kepada pihak bomba ini. Akhir sekali Yang Berhormat, untuk kawasan saya sedikit sahaja supaya direkodkan.

final • 6:02 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Sila, sila.

final • 6:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Yang Berhormat Timbalan Menteri ada. Saya hendak rekodkan di bawah perkara 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis (PDRM). Saya ingin memohon kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya membina pondok polis di kawasan saya iaitu di Felda Gugusan Tembangau. Ini kerana komunitinya besar, lebih daripada 7,000 termasuk masyarakat Orang Asli dan sebagainya di sekitar itu tetapi tidak ada pondok polis. Balai polis yang terdekat berada di Bandar Kemayan. Jauhnya adalah 45 minit hingga satu jam perjalanan. Jadi itulah balai polis yang terhampir. Saya mohon supaya Yang Berhormat dapat pertimbangkan perkara ini.

Terima kasih.

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Bera. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Beluran. Selepas itu Yang Berhormat Kubang Kerian dan Yang Berhormat Permatang Pauh. Sila.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 010200 – Dasar dan Operasi. Saya mendengar keluhan Yang Berhormat Kapar tentang IPCMC. Bagaimana kerisauan beliau, bagaimana beliau mengatakan bahawa kita harus berbuat lebih berhati-hati agar tidak ada implikasi yang akan dihadapi kelak.

Saya ingin tahu dalam konteks ini, sama ada KDN ini, kementerian ini akan meneruskan pembentangan IPCMC. Ada atau tidak dalam keluhan, dalam hasrat KDN, agar pembentangan rang undang-undang ini ditangguhkan untuk memberi ruang dan masa dan penelitian dan kajian yang mendalam terhadap isu ini? Saya ingin jawapan daripada Yang Berhormat Menteri terhadap perkara ini.

Dalam butiran yang sama, saya ingin merujuk kepada satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri bertarikh 27 hari bulan- dua tiga hari yang lalu yang mengatakan bahawa yang bertajuk, “Former Philippines Refugees want to stay in Sabah, says Home Ministry”.

Dalam laporan ini dikatakan bahawa Timbalan Menteri mengatakan pelarian Filipina yang berada di Sabah ini tidak ingin balik tetapi berhasrat untuk tinggal di Sabah.

Ini merupakan satu kenyataan yang besar, yang memberi implikasi kepada rakyat Malaysia yang berada di Sabah. Oleh sebab itu saya ingin tahu sama ada ini satu dasar, satu pendekatan baru KDN, untuk memberi ruang kepada pelarian Filipina ini, yang berada di Sabah untuk memilih- the option is on them, untuk memilih bahawa mereka mahu memilih untuk tinggal di Sabah. Further down the statement mengatakan bahawa Filipina tidak berhasrat untuk mengambil balik pelarian ini.

Ini juga menunjukkan bahawa satu pendekatan daripada kementerian yang boleh dirujuk- membawa maksud bahawa the burden untuk menerima ini adalah Malaysia, sekarang ini. So we have no option bahawa to recognised them as refugees or whatever it is, because the Philippines Embassy, the Philippines Government tidak berhasrat untuk mengambil semula mereka. Jadi maknanya, beban untuk menerima mereka ini- legalizing the legalize them adalah di tangan Kerajaan Malaysia. Saya ingin penjelasan terhadap kenyataan ini, sama ada ini merupakan satu dasar kerajaan, KDN pada ketika ini?

Begitu juga keluhan rakyat Sabah terhadap PSS yang telah diuar-uarkan dicapai kononnya telah dijadikan sebagai satu pendekatan untuk membuat census menggantikan IMM13 dan untuk membuat census terhadap bilangan dan juga particulars- butiran pelarian-pelarian Filipina yang berada di Sabah ini.

Kerisauan orang Malaysia yang berada di Sabah ketika ini- apakah penghujung kepada PSS ini? We have the data nanti kemudian itu, apa penghujungnya berdasarkan kepada dua fakta yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri iaitu Filipina tidak menerima mereka dan orang Filipina yang berada di Sabah itu ingin berhasrat untuk tinggal di Sabah? So, apakah penghujung PSS ini? Adakah kita dalam satu exercise untuk mendaftar mereka, pada penghujungnya akan memberi pengiktirafan kepada mereka-apa penghujungnya? Ini menjadi tanda tanya ramai rakyat Malaysia yang berada di Sabah.

final • 6:11 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Dan apakah jaminan bahawa, Pelarian Filipina yang berada pada ketika ini, didaftarkan di bawah PSS ini, tidak ada penambahan terhadap orang-orang Filipina baru yang akan datang, untuk mengambil kesempatan terhadap pendaftaran di bawah PSS ini? Apakah jaminan, tidak ada orang baru yang akan didaftarkan di bawah PSS, yang dianggap sebagai mereka yang datang pada 30, 40 tahun yang lalu?

Kerana kita tahu, border kita poros. Baru dua, tiga hari yang lalu dikatakan, ada sekumpulan rakyat Filipina yang berhasrat untuk berhijrah ke Malaysia di tanah Sabah itu, dan juga kita dikhabarkan dua, tiga hari yang lalu, ada orang Filipina yang berada di Sabah ini yang ingin membuat lawatan kembali ke negara asal mereka di Filipina. Maknanya, sempadan kita poros- boleh dilalui, boleh keluar-masuk walaupun kita ada ESSCOM, ada tentera mengawal tetapi walau bagaimanapun ada kelompangan dan kelonggaran yang menyebabkan mereka senang untuk keluar-masuk. Oleh sebab itu saya tanyakan, apakah penghujung dan apakah jaminan bahawa tidak ada orang Filipina baru yang akan didaftarkan di bawah PSS ini?

Saya mengira bahawa, saya menganggap bahawa perkara ini harus diperjelaskan kerana ia akan memberi implikasi sosial, ia akan memberi implikasi undang-undang. Apatah lagi akan memberi implikasi politik kepada Sabah di masa akan datang.

Jangan kita lupa bahawa ada kerajaan yang dahulu yang terikat, yang terkait dengan pendatang haram ini tumbang kerana kesan politik terhadap isu pelarian Filipina di Sabah ini. Jadi kerajaan sekarang harus berhati-hati. Sebarang tindakan yang diambil, sebarang pendekatan yang diambil, harus melihat kepada implikasi-implikasi sosial, ekonomi, undang-undang dan politik, agar kerajaan yang dibentuk sekarang ini, tidak akan terkesan disebabkan oleh tindakan, pendekatan yang diambil oleh kerajaan pada ketika ini.

Tuan Pengerusi, di bawah Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis (PDRM). Saya ingin merujuk kepada beberapa perkara terhadap butiran ini.

Balai Polis Beluran, Ibu Pejabat Polis Beluran perlu dilihat oleh kementerian. Sebenarnya Ibu Pejabat Polis di Beluran tidak sesuai ketika ini kerana menumpang kepada balai polis daerah yang ada, dan memerlukan satu pembinaan baharu oleh KDN- untuk melihat bahawa balai polis daerah Beluran ini mendapat keadaan, ruang pejabat yang sesuai.

Begitu juga- sekejap Tuan Pengerusi...

final • 6:11 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Ya yang Berhormat. Sila menggulung.

final • 6:11 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

...Begitu juga harus dilihat pewujudan sebuah balai polis baharu di pekan daerah kecil Paitan.

Saya yakin Yang Berhormat Timbalan Menteri berada di pekan daerah Paitan dua, tiga kali, dan mengetahui bahawa balai polis yang ada sekarang ini di Balai Polis Kampung Terusan Sugut, dan Balai Polis Kampung Sungai-Sungai. Dua buah balai polis yang dijadikan sebagai balai polis untuk menampung keseluruhan pekan daerah kecil Paitan ini sekarang tidak sesuai kerana balai polis ini dibina 40, 50 tahun yang lalu berasaskan kepada kepentingan pengangkutan sungai. Jadi kalau masuk pergi Sugut dahulu, dia akan pergi Terusan Sugut dan kemudian Kampung Sungai-Sungai.

So, dua buah balai polis dibina 30, 40 tahun yang lalu tetapi penduduk di sana ketika ini tidak ramai sudah. Sebahagian besar penduduk, 4,000, 5,000 penduduk sekarang berada di pekan daerah kecil Paitan...

final • 6:11 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Ya.

final • 6:11 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

...Sementara itu Pekan Daerah Kecil Paitan tidak mempunyai sebuah balai polis.

final • 6:11 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Sila menggulung.

final • 6:11 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Please look into this problem supaya diwujudkan sebuah balai polis di Pekan Daerah Kecil Paitan. Terima kasih.

final • 6:11 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Beluran. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kubang Kerian, sila.

final • 6:11 PM

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan selamat petang. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:19 PM

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Saya terus kepada Butiran 010200 – Dasar dan Operasi di bawah pengurusan. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Kementerian Dalam Negeri atas usaha inisiatif penggubalan Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam yang baharu dilancarkan pada 3 Oktober lalu di Putrajaya. Saya menyokong dasar ini kerana perkembangan semasa yang berlaku pada hari ini sangat rencam dan memerlukan komitmen semua pihak untuk sama-sama memelihara keamanan awam daripada musuh dalam dan luar negara.

final • 6:19 PM

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Negara mencatatkan trend penurunan pada nisbah jenayah indeks pada tahun 2015 hingga tahun 2018. Pada tahun 2015, indeks berada pada mata 370.5 manakala tahun 2018 ia berkurangan kepada 306. Saya berharap agar trend penurunan ini dapat konsisten hingga tahun 2020 dan seterusnya. Namun begitu, negeri-negeri Wilayah Persekutuan, Selangor dan negeri selatan masih lagi mencatatkan kadar melebihi indeks nasional. Dua negeri yang perlu diberikan perhatian ialah Wilayah Persekutuan dan Selangor yang berada pada tahap melebihi tahap nasional iaitu 716.9 dan 408.6. Sehubungan dengan itu, saya sekali lagi ingin mencadangkan supaya pihak kementerian dapat menjadikan unit agama dan anggota polis sebagai unit tetap sebagaimana yang wujud dalam Kor Agama Angkatan Tentera, bukan sebagaimana yang ada pada hari ini.

Butiran 030100 – Pendaftaran Negara, di bawah pengurusan pendaftaran. Antara isu keselamatan utama yang berlaku mutakhir ini ialah komplot pengkhianatan terhadap penjualan dan pemalsuan kad pengenalan. Persoalannya ialah setelah pihak kementerian dapat mengenal pasti mereka-mereka yang menjadi dalang dan suatu tindakan telah pun diambil. Cuma apa yang penting di peringkat ini ialah bagaimana untuk kita mendapatkan kembali kad-kad pengenalan yang telah diberikan dengan cara yang tidak betul ini.

Tindakan serta satu undang-undang perlu disemak supaya hukuman lebih tegas. Sebagai contoh, penjara mandatori kepada pengkhianat-pengkhianat ini kerana ia merupakan suatu jenayah yang sangat besar demi semata-mata kerana kepentingan kewangan. Seterusnya, saya juga berharap agar kementerian dapat meneliti semula syarat dan perolehan kewarganegaraan agar tidak longgar dan mudah dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu. Kenyataan daripada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri yang menyebut bahawa satu mekanisme baru akan dibuat bagi memastikan tidak ada ketirisan dalam perkara ini dan bagi pihak kami sangat mengalu-alukan perkara tersebut.

Butiran 040100 – Pembanterasan Dadah. Pertama, saya ingin melahirkan kebimbangan terhadap beberapa insiden mutakhir ini yang ada usaha untuk memberi kebenaran terhadap menanam semula ganja walaupun dalam kawalan. Kerajaan perlu melihat tentang penyalahgunaan daun ketum yang semakin berleluasa dalam masyarakat pada waktu ini. Apa yang penting ialah mereka perlu diberikan suatu mekanisme bagaimana untuk pencegahan mereka yang berulang kali ditangkap, dihantar ke pusat pemulihan dan setelah pulih, mereka keluar dan mereka terlibat semula.

Sehubungan dengan itu, saya mencadangkan bahawa suatu pemantauan dibuat kepada mereka yang telah pulih di luar selama setahun. Sekiranya mereka ditangkap dan terlibat kali yang kedua, suatu hukuman mesti dilaksanakan supaya ia tidak akan menjadi bebanan bagi negara pada waktu ini. Sebagai contoh, kita akui bahawa sebanyak 84 ribu penagih dadah daripada 40 tahun ke bawah yang telah pun berada di pusat pemulihan. Kerajaan membelanjakan satu jumlah yang sangat besar bagi menampung usaha pemulihan tersebut.

Sehubungan dengan itu, berdasarkan data daripada Agensi Antidadah Kebangsaan sehingga tahun 2018, hanya ada 17 buah pusat rawatan Islam sahaja yang berdaftar dengan AADK di seluruh negara. AADK mengiktiraf rawatan dadah yang dilakukan secara pendekatan spiritual dan tradisional. Soalan saya, berapakah jumlah sebenar pusat rawatan Islam untuk merawat penagih dadah, termasuk yang tidak berdaftar dengan AADK? Berapakah peruntukan yang telah dan akan diagihkan kepada mereka bagi membantu usaha merawat penagih-penagih dadah ini?

Adakah pusat-pusat rawatan tersebut telah menjalinkan kerjasama dengan institusi pendidikan supaya modul yang digunakan dapat memberikan manfaat kepada banyak pihak?

Sehubungan dengan itu, di bawah Butiran 051000 – Membanteras Pemerdagangan Orang (MAPO), kita dapati pelbagai tindakan pihak kementerian yang menyerbu kelab-kelab malam, pusat-pusat hiburan. Setiap kali operasi dibuat, kita dapati kita berjaya menangkap mereka dan yang sebahagian besar terlibat dalam ataupun positif dadah.

Persoalannya, terkadang kita dapati bahawa kelab-kelab malam atau pusat hiburan ini telah berulang-ulang kali diserbu tetapi masih terus dibenarkan beroperasi. Saya berharap suatu tindakan yang lebih tegas dapat dilaksanakan oleh pihak kementerian sama ada untuk menarik dan membatalkan lesen mereka dan mengenakan hukuman yang lebih tegas supaya pusat-pusat ini tidak menjadi penyumbang kepada peningkatan jumlah penagih dadah di negara kita.

final • 6:20 PM

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Butiran 030300 – Pendaftaran Pertubuhan. Sekitar tahun 2013, kementerian telah mewartakan 49 pertubuhan kongsi gelap yang memiliki lebih 40,000 ahli berdaftar. Namun, kita tidak pasti apakah progress kepada 49 pertubuhan kongsi gelap tersebut. Apakah semakin banyak pertubuhan dan ahli atau sebaliknya. Oleh itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kementerian tentang perkembangan dan berapa jumlah sebenar kongsi-kongsi gelap yang ada pada waktu ini? Sejauh mana pihak Kementerian Dalam Negeri membuat pemantauan terhadap kongsi- kongsi gelap ini?

Saya bimbang kerana ia telah mula menjalar di peringkat remaja dan mula menyerap di peringkat sekolah-sekolah. Oleh itu, saya ingin pihak kementerian menjelaskan. Selain daripada itu, pihak PDRM mempunyai satu bahagian khas iaitu Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7). Saya memuji tindakan kumpulan ini yang banyak membanteras jenayah di akhir- akhir ini. Cuma mohon pihak kementerian memperincikan berapakah jumlah kes yang telah diserbu, disiasat dan didakwa mengikut jenis sejak tahun 2018 hingga 2019?

Ekoran daripada serbuan terhadap sindiket scammer yang melibatkan 1,000 warga China yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang tadi, saya mengandaikan jenayah-jenayah seperti maksiat, pelacuran, rumah urut, perjudian dan kongsi gelap ini sebenarnya banyak menggunakan warga asing. Apabila operasi dibuat, kita dapati banyak mereka ini menyalahgunakan pas lawatan.

Sebahagian mereka ini mungkin terlibat dalam pemerdagangan manusia.

Akan tetapi kebanyakannya mereka di caj atas masuk tanpa dokumen atau melebihi tempoh dokumen. Saya perlu penelitian supaya mereka yang menjadi mangsa kepada sindiket pemerdagangan manusia, sebenarnya mereka ini menjadi mangsa, mereka bukan terlibat untuk melacurkan diri. Maka kerana itu, kalau kita caj mereka atas tidak ada dokumen sahaja, ia tidak menyelesaikan masalah sebenar akar umbi. Jadi, saya lihat bahawa itu perlu suatu penelitian terhadap perkara tersebut.

Sebagai contoh tahun 2015, kita hanya ada 305 mangsa yang dikesan. Akan tetapi tahun 2016 sebanyak 1,558 dan tahun 2017 sebanyak 2,224 mangsa. Akhir sekali, saya ingin membawa Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis (PDRM), untuk meneliti soal kebajikan beberapa buah balai di Kubang Kerian, khususnya yang sangat daif. Bagi saya, ini perlu didahulukan daripada IPCMC. Soal kebajikan kakitangan kita dahulu sebelum kita caj, sebelum kita siasat mereka. Insya- Allah mudah-mudahan dengan pemerhatian tersebut, kita akan dapat meningkatkan integriti anggota- anggota polis. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian.

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Permatang Pauh. Selepas Yang Berhormat Permatang Pauh, masa dihadkan kepada lima minit, memandangkan senarai pembahas panjang. Ya, sila.

final • 6:20 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh

Terima kasih Tuan Pengerusi di atas peluang yang diberikan. Saya pergi kepada Maksud B.62 dan Butiran 040000 – Pencegahan, Rawatan dan Pemulihan, Butiran 05000 – Pengkomputeran KDN dan juga Butiran 02000 – Agensi Antidadah Kebangsaan. Saya merujuk kepada isu yang sangat meruncing iaitu lebihan kapasiti penghuni penjara hampir 30,000 orang sekarang yang diakui juga oleh Yang Berhormat Menteri Datuk V.K Liew, termasuk juga banyak diraih dan dibawa oleh pihak KDN.

Saya ingin menyatakan di sini, antara usaha murni yang kita sanjung adalah tumpuan perbelanjaan lebihan untuk program koreksi. Akan tetapi tumpuan saya hari ini adalah Program Pengurangan Kemudaratan (harm reduction). Saya mahu merujuk apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian tadi, saya fikir kita semua amat bimbang dengan statistik, di mana lebih 55 peratus iaitu lebih 46,000 mereka yang ditahan dalam penjara ini adalah kerana penyalahgunaan jenayah dadah, najis dadah. Jadi, harm reduction merupakan antara kandungan pertemuan saya dengan Ketua Pengarah AADK, CP Dato' Sri Zulkifli Abdullah. Saya mengucapkan terima kasih kepada AADK kerana memberikan ruang masa.

Akan tetapi disebut oleh mereka tangkapan sahaja, termasuk yang berlaku di kelab-kelab malam, tidak mampu untuk menyelamatkan dan menyelesaikan masalah ketagihan. Mereka mengatakan Program Harm Reduction (pengurangan kemudaratan) ini sangat penting kerana kadangkala pihak polis sendiri merasakan yang terbaik apabila mereka ditangkap yang selalunya menggunakan penagih kepada dadah sintetik seperti methamphetamine. Mereka ini apabila dibawa kepada doktor, garis panduan undang-undang yang terpakai, yang sedia ada tidak memperincikan atau mengkategorikan mereka sebagai penagih.

final • 6:27 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh

Jadi, akhirnya pihak polis merasakan buang masa untuk dakwa di mahkamah sedangkan ketagihan itu tidak dapat dirawat. Maka pihak AADK sendiri menyatakan mungkin satu ruang yang lebih luas untuk kerjasama antara pihak AADK, Kementerian Kesihatan. Supaya mereka yang ditahan ini dapat di bawa untuk mendapatkan assessment rawatan daripada pihak kementerian serta-merta di mana para doktor di bawah Kementerian Kesihatan dapat menaiki tangga kerjaya menerusi rawatan yang mereka berikan di penjara-penjara di bawah kelolaan KDN.

Jadi, ini penting juga Tuan Pengerusi memandangkan masalah jangkitan latent TB dalam penjara ini adalah tujuh kali lebih tersebar di kalangan tahanan penjara berbanding dengan masyarakat awam. Termasuklah staf penjara 80 peratus dijangkiti oleh latent TB. Jadi pada saya, apabila bercakap tentang usaha untuk mengurangkan jumlah penghuni penjara ia dilihat daripada segala aspek termasuklah menangani isu ketagihan. Ini tidak boleh kita- we cannot ignore antara sebab utama mereka dapat dirawat iaitu menerusi Program Harm Reduction. Antara banyak cadangan ke depan mengatakan ketum ini kalau dapat diregulasi menerusi cara-cara tertentu the effect, impact-nya jauh lebih berkesan berbanding dengan methadone. Bukan saya katakan kita patut berikan kelulusan, tidak- but that mean, we have to be smart, dengan izin Tuan Pengerusi, untuk memberikan satu konsep di mana pencegahan di ganding dengan rawatan yang berkesan supaya kadar recidivism iaitu mereka yang mengulangi penyalahgunaan dadah ini dapat dikurangkan dengan berjaya.

Saya juga ingin membawa isu Butiran 040200 – Kepenjaraan dan Koreksional. Tahniah KDN dalam meningkatkan dana sebanyak RM70.5 juta untuk tahun 2019 termasuk RM12 juta untuk Program Reintegrasi Penghuni. Saya nampak kementerian komited untuk mencapai objektif Jabatan Penjara Malaysia. Kita dalam sejarah harus bangga kerana Jabatan Penjara kita sendiri menyasar hendak pulihkan 75 peratus banduan low risk. Dikeluarkan daripada penjara untuk dimasukkan ke dalam Correctional Community Program. Kalau di England contohnya, mereka sampai hampir terpaksa- dipaksa untuk menerima pakai kesemua ini tetapi ada usaha dan kesediaan pihak penjara mereformasi dan menyasarkan target 75 peratus.

Jadi, saya nampak semua pihak harus mendukung dan saya berharap jawatankuasa pilihan khas dalam Parlimen yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani untuk membincangkan isu Program Harm Reduction, bagaimana kita melihat penggunaan ketum yang diregulasi. Ia penting ini, it is not untuk addicts to utilize it, dengan izin, for fun, tidak. Kita melihat kemungkinan diguna pakai untuk kaedah dan juga tujuan perubatan.

Maka isu yang terakhir bagi- yang ingin saya bawakan, saya berharap Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri dapatlah mengambil kira secara holistik bagaimana kita boleh menjalinkan kerjasama yang amat dinamik. Ini kerana saya tidak mahu AADK terpaksa menanggung beban bersendirian sementara kita punyai banyak minat dan pihak-pihak lain di bawah Kementerian Kesihatan. Termasuk juga agensi SEDAR yang saya bawa ke Permatang Pauh kerana mereka telah mendapatkan satu kurikulum psycho socio-spiritual yang diluluskan oleh pihak JAKIM, berjaya menggunakan wadah di masjid, di mana penagih datang ke masjid, dia ambil methadone dan dia ajar solat, dia kembali berjaya hampir 90 peratus untuk menjalankan kehidupan bersama keluarga. Jadi semua program ini harus kita rangkumkan, kita sekalikan mendukung niat dan juga visi murni kita secara bersama. Dadah ini musuh utama semua, Tuan Pengerusi, tidak kira parti.

Saya ingin membawakan satu lagi kebimbangan saya. Apabila bercakap tentang pengurangan kemudaratan, that is really great. Saya hanya bimbang bila diumumkan tentang penswastaan sistem penjara. Saya harap kita dapat rujuk kajian US Bureau of Justice 2016 di mana dikatakan penjara swasta punyai masalah keselamatan yang jauh lebih besar berbanding dengan penjara yang dikendalikan oleh kerajaan. Ia juga kadangkala punyai incentive profiting termasuklah butiran kontrak di negara-negara lain. Ini kita belajar di negara-negara lain yang tidak memberikan insentif untuk kebajikan banduan tetapi hanyalah insentif untuk mengurangkan kos supaya pemiliknya dapat menjana keuntungan.

Jadi, saya harap semua ini dapat diambil kira termasuklah kebajikan bagi pegawai penjara dan juga pegawai polis. Saya fikir sebagai sebuah negara yang berjaya, kita tidak mungkin dapat meneruskan masa depan yang cemerlang kalau tidak mengutamakan kebajikan mereka. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh.

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Igan, selepas itu Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Cameron Highlands.

final • 6:30 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi saya peluang untuk berbahas mengenai Rang Undang-undang Perbekalan 2020 di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Tuan Pengerusi, demi masa saya terus ke Maksud Bekalan 62, iaitu butiran-butiran seperti berikut. Butiran 020100 – Kepolisan, Butiran 11000 – Ibu Pejabat Polis (PDRM), Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis (PDRM) dan Butiran 18000 – Pembaikan dan Ubahsuai (PDRM).

Tuan Pengerusi, masalah tempat tinggal seperti kuarters dan berek yang serba usang dan buruk dengan sistem pendawaian elektrik yang lama dan lif yang sering rosak, serta sistem kumbahan yang selalu bermasalah adalah merupakan isu-isu yang sentiasa menjadi perhatian utama bagi warga PDRM di negeri Sarawak.

Selain daripada itu, isu baik pulih ataupun naik taraf kuarters yang uzur dan daif, isu seperti kuarters berek yang sudah roboh, tidak diganti atau dibina baharu juga menjadi isu utama di kalangan warga polis negeri Sarawak. Seperti contohnya IPK Sibu, kalau kita melihat dari luar, pejabat dan kuarters mereka seperti tidak di selenggara bertahun-tahun lamanya. Ini amat menjejaskan imej polis pada mata orang awam.

Yang Berhormat Menteri, selain daripada itu isu-isu pembinaan IPD-IPD baharu juga harus diberi perhatian dan keutamaan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri. Ini kerana masih banyak IPD- IPD di Sarawak masih merupakan IPD lama dan terlalu kecil dan sempit serta tidak dapat lagi menampung anggota polis yang bertugas kerana jumlah pegawai yang bertambah dan sejajar dengan perkembangan kadar jenayah dan pertambahan jumlah penduduk.

Oleh sebab itu Yang Berhormat Menteri, saya minta jawapan dan penjelasan. Pertama, berapakah jumlah kuarters ataupun berek PDRM yang dalam perancangan untuk di naik taraf atau dibina baharu di negeri Sarawak pada tahun hadapan?

Kedua, saya juga ingin tahu, berapa buah IPD baharu yang akan dilaksanakan pembinaannya pada tahun hadapan di negeri Sarawak?

Ketiga, saya juga mohon Yang Berhormat Menteri nyatakan kawasan-kawasan manakah yang terlibat dengan projek naik taraf ataupun bina baharu kuarters dan IPD baharu ini nanti?

Keempat, saya juga memohon Yang Berhormat Menteri nyatakan, berapakah kos atau peruntukan yang terlibat bagi setiap projek di kawasan-kawasan yang akan dilaksanakan?

Yang Berhormat Menteri, saya ingin menyentuh tentang IPD di kawasan saya iaitu IPD Matu Daro yang sangat memerlukan sebuah IPD baharu seiring dengan kepesatan pembangunan dan pertambahan jumlah penduduk di kawasan Parlimen Igan.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, di bawah pentadbiran IPD Matu Daro ini terdapat dua daerah iaitu daerah Matu dan daerah Daro serta terdapat dua buah balai polis di kedua- dua daerah berkenaan.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, bangunan yang menempatkan IPD Matu Daro sekarang ini dibina pada tahun 1970-an. Ini bermakna bangunan ini sudah berusia lebih kurang 45 tahun di mana IPD ini hanya mempunyai satu bangunan kecil satu tingkat yang menempatkan Balai Polis Daro, lokap serta beberapa cawangan dan bahagian PDRM yang lain. Manakala Balai Polis Matu sekarang ini menumpang di Bangunan Persekutuan.

Selain daripada itu, di IPD Daro ini juga mempunyai tujuh unit bangunan kayu bersambung Kelas F dan dua unit rumah kayu yang berasingan, yang tersangat uzur yang telah diubahsuai menjadi pejabat.

final • 6:36 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Oleh itu, saya memohon kepada Yang Berhormat Menteri agar sebuah IPD baharu dibina di kawasan saya demi keselesaan dan kemudahan anggota polis dan keluarga mereka. Permohonan saya ini termasuklah pembinaan baru kuarters polis kerana kuarters atau pun berek yang sedia ada sudah hampir 20 tahun tidak digunakan lagi kerana terlalu usang. Pada masa ini anggota-anggota polis terpaksa menyewa rumah-rumah di kampung yang berdekatan.

Selain daripada itu, IPD Matu Daro juga berdepan dengan masalah kekurangan anggota.

Pada masa ini terdapat hanya 71 orang pegawai dan anggota yang bertugas untuk menjaga dua daerah yang saya sebutkan tadi, termasuk di kawasan Kepulauan Bruit iaitu di bawah Parlimen Tanjong Manis.

final • 6:40 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Oleh itu saya memohon kepada Yang Berhormat Menteri agar penambahan pegawai anggota polis diberi pertimbangan yang sewajarnya khasnya dari Bahagian Narkotik agar masalah- masalah dapat dibendung dan dikawal.

Akhir sekali, saya ingin memberi penghargaan dan pujian kepada Ketua Polis Balai IPD Matu Daro dan anggota-anggotanya atas komitmen mereka menjalankan tugas walaupun terpaksa menjalankan tanggungjawab dalam keadaan serba kekurangan demi keselamatan, keamanan dan kesejahteraan rakyat di kawasan Igan.

Saya sentiasa dimaklumkan bahawa kadar jenayah di kawasan Igan terkawal dan baik sekali, tahniah saya ucapkan. Mohon Kementerian Dalam Negeri mempertimbangkan permohonan yang telah saya nyatakan demi keamanan, kebajikan, keselamatan semua. Polis berhak mendapat pembelaan yang sewajarnya kerana mereka mempertaruhkan nyawa demi keselamatan dan keamanan. Yang Berhormat Menteri, saya mohon jawapan bertulis terhadap apa yang telah saya bangkitkan kerana saya tahu pihak kementerian mungkin memerlukan masa untuk mendapat segala perincian dalam menjawab perkara yang saya bangkitkan. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Igan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Rasah selepas itu Cameron Highlands dan Yang Berhormat Keningau.

final • 6:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan.

Saya ada tiga pecahan dalam ucapan saya ini.

Perkara pertama yang saya hendak sebut adalah Butiran 030100 – Pendaftaran Negara.

Saya nampak kalau sebelum ini sebanyak RM281 juta diperuntukkan. Untuk belanjawan kali ini sebanyak RM371 juta diperuntukkan nampak satu kenaikan dari segi peruntukan khasnya untuk Kod 20000 di bawah Perkhidmatan dan Bekalan iaitu naik daripada RM89 juta kepada RM172 juta.

Saya hendak tanya kepada Kementerian Dalam Negeri, apakah ada program khusus khas untuk JPN di bawah tajuk ini? Apakah ia berkaitan dengan apa-apa program khas pendekatan ataupun perancangan secara menyeluruh daripada JPN berkenaan dengan bajet ini? Saya mengalu- alukan bajet ini. Oleh sebab, bagi saya sudah tiba masanya kita menaik taraf dari segi segala perkhidmatan yang ditawarkan, yang disediakan oleh JPN. Cuma saya juga mengambil kesempatan pada petang ini untuk mengetengahkan sekali lagi. Walaupun saya tahu, pagi tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ketika menjawab soalan lisan daripada Yang Berhormat Wangsa Maju, ada mengatakan bahawa berkenaan dengan isu stateless child- kanak-kanak tanpa kewarganegaraan.

Saya memohon satu pendekatan yang holistik dilakukan oleh KDN. Walaupun sekarang ini masih di peringkat kajian oleh pakar dan sebagainya terhadap kanak-kanak stateless ini. Oleh sebab bagi saya ia sangat mustahak, mereka ini bukan warga asing. Saya hendak jelaskan mereka ini bukan warga asing yang luar yang diimport dari mana-mana. Mereka ini lahir di Malaysia, bapa dia rakyat Malaysia, kalau gunakan DNA memang confirm bapanya Malaysia. Cuma bapa dengan mak, mak dia warga asing, hanya mendaftarkan, hanya mendaftarkan bukan tidak mendaftarkan tetapi hanya mendaftarkan akan perkahwinan mereka selepas anak lahir.

Banyak keluarga di mana keadaannya anak sulung bukan warganegara tetapi anak kedua, anak ketiga dan seterusnya warganegara. Jadi, anak sulung itu memang terbukti mereka daripada keluarga bapanya warganegara Malaysia. Keadaan ini bukan seorang, bukan dua orang, beribu, berpuluh ribu. Saya rasa di seluruh negara, bukan sahaja di tempat saya. Jadi, saya mohon satu pendekatan yang holistik untuk perkara ini. Saya berharap perkara ini boleh kita lakukan dalam masa terdekat.

Berkenaan dengan kewarganegaraan juga, ingin saya mengungkit semula pengumuman daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada bulan Ogos tahun lepas bahawa siapa-siapa warga emas yang telah berusia 60 tahun ke atas akan diberikan keutamaan. Mereka ini juga saya hendak menyatakan adalah kelahiran sebelum Malaysia. Kelahiran Tanah Melayu lagi, mereka memang lahir di sini yang ada bukti, ada sijil lahir. Cuma kebetulan ketika itu kita tahulah, sebelum mencapai kemerdekaan termasuk zaman pendudukan Jepun dan sebagainya, keadaan yang huru- hara yang menyebabkan mereka tidak mendapat kewarganegaraan. Kumpulan ini perlu diberikan keutamaan. Ini saya hendak sebut bukan sebab warga asing kita import dari mana. Jadi, saya minta satu pendekatan holistik dalam masa terdekat daripada Kementerian Dalam Negeri, khas untuk dua kumpulan ini.

final • 6:42 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Perkara kedua yang hendak saya katakan adalah berkenaan dengan PDRM. Kita sedia maklum, PDRM sangat mustahak, sangat penting, agensi penguat kuasa yang akan menjaga, memastikan ketenteraman dan keselamatan kita dalam negara.

Saya nampak tiga butiran yang berkaitan. Butiran 11000 – Ibu Pejabat Polis (PDRM), Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis (PDRM), Butiran 18000 – Pembaikan dan Ubahsuai (PDRM).

Nampak ada peruntukan yang agak tidaklah besar sangat tetapi saya rasa itu kemampuan kerajaan.

Berkenaan dengan ibu pejabat polis, balai-balai polis, pondok polis dan sebagainya.

Persoalan saya di sini, memang saya bersetuju sebegini sebab kena naik taraf. Persoalan ini adalah di bawah IPD Seremban dan IPD Nilai. Oleh sebab kawasan Rasah ini termasuk kedua- dua IPD ini. Ada atau tidak balai polis baru ataupun pondok polis baru yang akan dibina dalam masa setahun ini khasnya di bawah dua IPD ini.

Saya secara terus terang saya mencadangkan dua tempat iaitu Taman Seremban Jaya dan Taman Rasah Jaya. Taman Rasah Jaya sekarang ini ada satu pondok. Pondok yang menggunakan kabin sahaja, kalau boleh kita naik taraf. Oleh sebab ialah dia dengan penduduk yang begitu ramai, keadaan itu tidak sesuai. Kalau boleh naik taraf. Seremban Jaya sekarang ini di bawah Balai Polis Senawang agak jauh, jadi perlukan balai polisnya sendiri sebab beribu keluarga di sana. Jadi, saya mohon jawapan daripada pihak KDN.

Berkenaan dengan status lokap IPD Seremban juga saya mohon, apakah lokap itu boleh digunakan. Pada ketika ini, gunakan lokap di Balai Sikamat yang jauhnya lebih kurang 10 kilometer daripada IPD Seremban yang menimbulkan masalah logistik. Perkara terakhir yang saya hendak timbulkan.

Tuan Pengerusi, saya mohon satu minit tambahan. Ia adalah berkenaan dengan Pengurusan Dasar Dalam Negeri di bawah Butiran 01000 – Ibu Pejabat Kementerian Dalam Negeri dan Butiran 01001 – Pembaikan dan Ubahsuai Kementerian Dalam Negeri.

Saya nampak ada peruntukan yang agak besar juga untuk ibu pejabat Kementerian Dalam Negeri, pembaikan dan ubahsuai KDN. Saya menyambut baik, saya bersetuju kepentingan keselamatan negara sentiasa kita letakkan di posisi yang paling tinggi demi keperluan keselamatan rakyat kita.

Cuma saya juga berharap kita kena ambil maklum, kena mengakui hakikat bahawa dalam manifesto Pakatan Harapan sendiri ketika PRU yang Keempat Balas yang menyatakan dengan jelas bahawa undang-undang yang zalim daripada rejim kerajaan yang dahulu akan kita mansuhkan ataupun kita memperbaiki, mengeluarkan klausa-klausa tertentu yang mencengkam kebebasan rakyat.

Saya hendak sebutkan secara spesifik pada petang ini adalah SOSMA. Saya secara terbuka saya hendak menyatakan bahawa tidak sesuai. SOSMA digunakan terhadap 12 orang tahanan yang dikatakan pengganas tersebut termasuk dua orang wakil rakyat masing-masing daripada Negeri Sembilan dan Melaka. Mereka bukan pengganas. Mereka mungkin bersimpati dengan mangsa- mangsa tertentu, jadi mereka perlu diberikan peluang untuk membela diri.

Saya mohon KDN supaya mengkaji semula, menyemak semula. Saya bukan hendak mempertikaikan SOSMA ini tetapi bagi saya sudah tiba masanya kita ambil approach yang bersesuaian dengan keperluan. Seramai 12 orang ini, kalau mereka yang ada rekod jenayah, mereka adalah penjenayah tegar, mereka adalah pengganas, itu soal lain. Wakil Rakyat ini saya tahu, saya kenal mereka secara peribadi dan mereka ini bukan pengganas. Kenapa kita hendak labelkan mereka sebagai pengganas, cuma kerana mereka bersimpati dengan individu atau individu yang tertentu.

Saya rasa itu bukan caranya dan saya mohon mereka disiasat di bawah undang-undang yang sedia ada yang membolehkan mereka dijamin. Belum lagi mereka bersalah tetapi mereka yang mempunyai agenda politik yang- ialah, saya tidak mahu kata jahatlah, yang tertentu menyalahkan mereka, menuduh mereka sebagai pengganas dan sebagainya.

Pada hal hari ini mereka cuma setakat sebutan pertama sahaja di mahkamah. Jadi, mereka perlu diberikan peluang untuk...

final • 6:42 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Ya. Sila menggulung.

final • 6:42 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ya. Ayat terakhir, diberikan peluang untuk membela diri...

final • 6:42 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Masa sudah habis.

final • 6:42 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Dalam kes di mahkamah. Jadi, saya berharap supaya KDN memandang berat hal ini...

final • 6:42 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Rasah, boleh sedikit?

final • 6:42 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ya, Yang Berhormat.

final • 6:42 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Sedikit penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Tuan Pengerusi, saya tertarik dengan beberapa pandangan yang telah dikemukakan berkait dengan penahanan SOSMA. Apabila seramai 12 orang itu ditahan, kerajaan ataupun polis mengatakan bahawa mereka adalah apa yang dipanggil- the niat mereka ialah untuk resurrect ataupun menghidupkan LTTE di Malaysia dan juga di seluruh dunia. Itu yang pertama.

final • 6:42 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Kedua, polis juga mengatakan bahawa mereka ada bukti bahawa berbilion-bilion ringgit telah di-transfer kepada negara-negara lain. Akan tetapi, hingga hari ini, tidak ada satu bukti yang mengatakan, pertama, mereka telah mulakan LTTE di Malaysia, kedua, transfer of fund from Malaysia to other countries. Akan tetapi, apa yang mereka berikan ke mahkamah ialah mereka menggunakan Facebook, mereka ada gambar-gambar di- *what you call this thing?

[Ketawa] [Disampuk]* Telefon bimbit. Sorry, I am not feeling well today. Telefon bimbit dan sebagainya. So, do you think we should ask for investigation of the unit that actually brought the particular accusation against this 12 peoples? Saya minta pandangan Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Sila jawab dan gulung. Masa sudah tamat, Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Saya mohon hujahan daripada Yang Berhormat Klang dimasukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Sekian, terima kasih, Tuan Pengerusi.

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih, Yang Berhormat Rasah. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Cameron Highlands. Sila.

final • 6:50 PM

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highland

Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Saya akan terus ke Butiran 11000 – Ibu Pejabat Polis, Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok- pondok Polis, Butiran 18000 – Pembaikan dan Ubahsuai.

Yang Berhormat Menteri telah menyatakan sejumlah RM250 juta disediakan bagi kerja pembaikan kuarters premis PDRM serta baik pulih stor barang kes Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Narkotik. Adakah ini mencukupi? Jika tidak, pohon ditambah.

Di bawah Pelan Strategik PDRM 2015-2020, kerajaan telah menyenaraikan sejumlah 54 premis PDRM untuk dibaiki dan diperbaiki. Sehingga kini, hanya lapan projek berjaya dilaksanakan dan PDRM amat memerlukan baki 46 projek tersebut untuk disegerakan. Adakah jumlah RM250 juta ini mencukupi? Jika perlu, pohon dipertingkatkan.

Selain itu, kemudahan dan kelengkapan yang ada di premis PDRM seperti penghawa dingin, lif serta kumbahan dan sebagainya adalah amat kritikal untuk diperbaiki. PDRM memerlukan sejumlah RM312 juta setahun bagi kerja-kerja ini. Oleh yang demikian, perlulah memberi peruntukan ini. Seterusnya, adakah lokap-lokap polis di seluruh negara ini mengikut standard human right yang telah ditetapkan?

Tuan Pengerusi, saya ingin membangkitkan di sini satu masalah iaitu tangki air apartment di Balai Polis Taman Sri Andalas yang telah pecah dan membazirkan begitu banyak wang. Ini perlu dipercepatkan.

Kedua, baru-baru ini telah berlaku kebakaran di IPD Kajang disebabkan litar pintas wiring yang lama dan ini perlu dipercepatkan.

Adakah pihak kementerian berhasrat untuk melakukan semakan rekod tarikh pembinaan sebuah bangunan bagi semua balai-balai polis di IPD seluruh negara dan mengutamakan baik pulih bangunan-bangunan tersebut? Selain daripada itu, berapa jumlah balai-balai polis serta IPD yang lama dan usang yang masih lagi tidak dibaik pulih? Bilakah benda-benda ini akan dilaksanakan?

Sara hidup di bandar raya adalah tinggi. Ini adalah penting bagi pelaksanaan tugas bagi seorang anggota yang hidup di bandar raya. Adakah pihak kerajaan berhasrat untuk membina lebih banyak lagi kuarters untuk PDRM pada tahun hadapan?

final • 6:51 PM

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highland

Jika dilihat pada anggota tentera, mereka diberi elaun untuk perjalanan mereka daripada kuarters ataupun rumah sewa ke tempat kerja mereka. Elaun itu diberi sejumlah RM300 sebulan.

Saya ingin memohon supaya pihak kerajaan mempertimbangkan elaun ini diberi kepada pihak pegawai PDRM.

Merujuk kepada Butiran 051300 - Penugasan ESSZONE. Difahamkan bahawa bot-bot marin di ESSCOM dalam keadaan kritikal dan perlu peruntukan lagi lebih kurang RM30 juta untuk membaik pulih.

Butiran 23000 - Kapal-kapal Terbang (PDRM). Didapati kita memiliki banyak helikopter tetapi kebanyakannya tidak boleh terbang disebabkan kekurangan peruntukan penyelenggaraan iaitu lebih kurang RM40 juta.

Butiran 22000 - Kenderaan (PDRM). Kebanyakan kenderaan PDRM adalah lebih daripada jangkauan 10 tahun. Apakah perancangan kementerian untuk menggantikan ini?

Selain itu, saya ingin memohon pihak KDN memberi penjelasan, bagaimana abu mayat Chin Peng boleh dikembalikan ke tanah air?

Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, ini mengguris hati ramai anggota PDRM yang telah terkorban dan terdekat di hati saya, ramai Orang Asli di Cameron Highlands telah mati di tangan Chin Peng.

Untuk makluman Dewan, orang tua saya, Dato’ Mohd Nor Abdullah pada berumur 10 tahun adalah water boy kepada Chin Peng, kepada Rashid Maidin, kepada Shamsiah Fakeh. Dalam satu kejadian, anggota-anggota komunis di Cameron Highlands telah menahan orang kampung Orang Asli dalam perjalanan untuk barter trade. Mereka menuduh Orang-orang Asli ini sebagai ejen kepada British. Mereka telah susun mereka ini dan telah menembak mati 40 lebih Orang Asli. Dengan izin Allah, seorang telah terlepas dan berita ini sampai kepada telinga orang tua saya. Pada masa itu, orang tua saya telah berpisah dengan Chin Peng.

Oleh yang demikian, saya pohon KDN menjelaskan, kenapa musuh negara ini boleh dibiarkan kembali dalam bentuk abu mayat? Saya berasa sedih sangat. Kami berjuang bermati- matian untuk menegakkan negara ini tetapi rupanya ini balasan negara. Pohon Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri menjelaskan kepada masyarakat Orang Asli, kenapa ini berlaku? Saya rasa sebak. Biarlah Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 6:51 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Ya, terima kasih Yang Berhormat Cameron Highlands. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Keningau. Selepas itu Yang Berhormat Rantau Panjang. Sila.

final • 6:51 PM

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 030100 – Pendaftaran Negara.

Sabah mempunyai banyak masalah pendaftaran dan ini disebabkan kebanjiran pendatang tanpa izin daripada negara jiran terutama sekali daripada Filipina dan Indonesia. Oleh kerana kepentingan politik dan rasuah, ramai orang asing ini mudah didaftar menjadi penduduk tempatan dan diberikan IC atau MyKad dan kemudiannya menjadi pengundi. Ini digalakkan lagi oleh sindiket- sindiket yang nampaknya bekerjasama dengan orang-orang dalam JPN. Jadi, soalan saya, apakah usaha kerajaan untuk membendung kegiatan-kegiatan yang menjejaskan keselamatan negara ini?

Juga, terdapat ramai orang asing di Sabah yang mempunyai dua kewarganegaraan, dual citizenship, sepertimana yang dilaporkan di media-media. Kebanyakan mereka ini merupakan pendatang asing daripada Filipina yang mempunyai pasport Philippines tetapi dalam masa yang sama mempunyai kewarganegaraan Malaysia hasil daripada Projek IC yang pada masa ini tinggal di Sabah seperti yang dilaporkan oleh media dan juga oleh pengkaji dan penulis buku ‘Projek IC’, iaitu Mutalib MD. Mereka ini juga merupakan pengundi berdaftar. Ini terbukti di dalam laporan RCI dan kes perbicaraan mahkamah kawasan Dewan Undangan Negeri Likas yang mengakibatkan keputusan pilihan raya itu terbatal.

Kini, kehadiran orang asing yang mempunyai IC di Sabah melebihi separuh penduduk tempatan iaitu 1.7 juta berbanding dengan 1.52 juta orang tempatan. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan orang-orang tempatan ataupun penduduk asal. Jika tidak dibendung, ia akan mengakibatkan kemarahan orang tempatan dan menimbulkan masalah keselamatan. Ini juga akan mengakibatkan reverse takeover kerana mereka orang asing lagi ramai daripada penduduk tempatan dan juga mereka masih mempunyai tuntutan terhadap Sabah sebagai wilayah mereka.

final • 6:56 PM

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau

Ini lebih buruk lagi kerana baru-baru ini KDN dan Kerajaan Negeri Sabah telah mencadangkan pengeluaran Pas Sementara Sabah (PSS) yang akan menggantikan IMM13, Sijil Burung-burung dan Kad Banci Penduduk berjumlah tidak kurang daripada 600 ribu. Bolehkah KDN dan Yang Berhormat Menteri menjelaskan secara lebih terperinci apakah objektif pengeluaran PSS ini...

final • 6:56 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Ya sila menggulung.

final • 7:00 PM

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau

Apakah SOP pengeluarannya dan berapakah perbelanjaan yang akan terlibat untuk mengeluarkan PSS ini? Apakah maksud pas sementara ini sedangkan pas ini mempunyai tiga tahun hadnya dan boleh diperbaharui selepas tiga tahun dan begitulah seterusnya?

Adakah ini akan mengakibatkan mereka ini akhirnya diberikan kewarganegaraan. Apakah pemegangnya nanti boleh menjadi warga negeri dan selepas tiga tahun akan menjadi pengundi?

Adakah setelah pembaharuan demi pembaharuan ini akan menjadikan mereka sebagai warga Malaysia? Apakah usaha kerajaan untuk memastikan ini tidak menjejaskan keselamatan negeri dan juga sekiranya kerajaan masih degil untuk mengeluarkan...

final • 7:00 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Ya Yang Berhormat, masa sudah tamat.

final • 7:00 PM

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau

...Kes ini, pas ini lebih baik saya cadangkan pendatang tanpa izin ini dibahagikan di 11 buah negeri kerana di Sabah sudah dibanjiri oleh pendatang tanpa izin. Sekian, terima kasih.

final • 7:00 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Keningau. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Rantau Panjang. Selepas itu Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Sibuti dan Yang Berhormat Jeli.

final • 7:00 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera.

Menyentuh butiran Kementerian Dalam Negeri B.62. Saya menyentuh Butiran 030200 - Hal Ehwal Imigresen. Saya menyentuh isu hal ehwal kawasan saya di mana saya mengharapkan supaya naik taraf Imigresen di Rantau Panjang terutama di Kompleks ICQS di Rantau Panjang disegerakan.

Ini memandangkan peruntukan ini telah diluluskan sejak Rancangan Malaysia Kesebelas lagi dan sekarang ini sudah berada di penghujung Rancangan Malaysia Kesebelas dan masih lagi belum dimulakan projek ini. Kalau kita lihat di antara masalah besar di Imigresen di sempadan Rantau Panjang ialah pagar sempadan yang telah uzur dan rosak yang berhampiran dengan jambatan ke Thailand dan ini boleh menjurus kepada penyalahgunaan dan bolos iaitu pendatang tanpa izin dan aktiviti penyeludupan.

Jadi, saya harapkan supaya disegerakan dan diutamakan peruntukan untuk menyelesaikan masalah keselamatan dan penyeludupan yang berlaku di sempadan Rantau Panjang-Thailand.

Begitu juga saya pohon supaya dinaik taraf pagar supaya kawalan fully automatic terutama pagar di kompleks sebab pagar yang sedia ada sentiasa rosak dan berat serta perlu ditutup secara manual.

Jadi, saya mengharapkan kebaikan di pintu masuk ini diberi keutamaan untuk menjaga imej Malaysia sebagai pintu masuk dan juga untuk aspek keselamatan.

Kedua, iaitu berkaitan dengan dua unit lif yang diperlukan di bangunan pejabat Imigresen Rantau Panjang. Untuk makluman, tiga tingkat bangunan ini yang mana pejabat Imigresen, urusan dokumen berada di tingkat tiga yang menjadikan masalah terutama bagi warga emas, OKU dan bagi ibu hamil untuk mendapat perkhidmatan terpaksa panjat tangga tiga tingkat.

Jadi, saya minta disegerakan supaya lif dibina untuk kemudahan awam. Begitu juga saya pohon supaya ditambah lorong motosikal dan lorong kereta di tempat entry dan exit. Oleh sebab ini menyebabkan kesesakan terutama di musim cuti dan di waktu-waktu puncak. Jadi, saya ingin supaya disegerakan untuk keselesaan pengguna.

Begitu juga sistem palang keselamatan di lorong kereta dan motosikal yang sering rosak, yang tidak berfungsi. Jadi, saya mohon supaya gantian menyeluruh dan dengan yang baharu. Saya harap supaya perkara ini diberi keutamaan untuk dalam Bajet 2020 sebab ini adalah satu perkara yang sangat penting.

final • 7:02 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Begitu juga ialah lampu spotlight dan lampu keliling yang mengelilingi kompleks ini banyak yang rosak dan menyebabkan isu keselamatan. Jadi, saya harap perkara ini diambil perhatian. Begitu juga saya pohon supaya adanya waterproof outdoor, digital signage screen supaya signboard ini sebab signboard yang lama sudah tidak jelas dan rosak dan penting untuk penyampaian maklumat terutama di pintu masuk utama ini.

Begitu juga kekurangan staf bertugas. Saya mengharapkan supaya ditambahkan staf terutama di Jabatan Imigresen kerana ada kaunter yang terpaksa ditutup kepada kekurangan staf terutama di laluan masuk dan keluar kerana ketidakcukupan pegawai. Ini menjadikan perkhidmatan tidak lancar dan amat perlu perkara ini disegerakan.

Begitu juga sistem pendawaian keseluruhan kompleks ini yang sudah lama dan kerap berlaku blackout. Saya mengharapkan supaya perkhidmatan CCTV diadakan sebab sudah lama pintu masuk ini, CCTV sudah tidak berfungsi. Kita berasa malu kepada warganegara Thai yang telah siap benteng banjir. Bukan setakat benteng banjir yang baik tetapi juga mempunyai kelengkapan CCTV untuk kawalan sempadan mereka.

Seterusnya, Butiran 12000 iaitu Balai-balai dan Pondok Polis. Saya ingin tahu berapakah balai polis baru yang dibina dan dinaik taraf untuk Bajet 2020? Saya mohon dimasukkan pembinaan balai polis baru di Rantau Panjang sebab berada dalam kawasan risiko banjir. Apalagi terdedah dengan ancaman keselamatan kerana berada di tepi sungai sempadan negara Thai.

Begitu juga saya ingin menyentuh Butiran 03000 – Agensi Kawalan Sempadan Malaysia

(AKSEM) di mana saya ingin tahu tentang keselamatan sempadan. Macam mana boleh bolos termasuk juga isu berkaitan dengan abu mayat Chin Peng ini. Kami sangat tidak setuju dan sangat kesal dengan apa yang telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab membawa abu mayat ini ke negara kita. Saya harap tindakan yang adil seadilnya diambil kepada pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Begitu juga tentang isu iaitu saya menyentuh berkaitan dengan kebajikan polis iaitu saya menyentuh Butiran 020100 Kepolisan. Saya mencadangkan supaya pelaksanaan menambahbaikkan gaji dan logistik serta keperluan anggota polis terutama yang berpangkat rendah perlu dilihat secara serius demi meningkatkan aspek integriti pasukan.

Adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji semula skim gaji pegawai rendah PDRM yang jauh ketinggalan dalam rasionalisasi skim perkhidmatan yang dilakukan kepada penjawat awam sebelum ini. Kalau kita lihat dengan kadar gaji konstabel, contohnya di antara mereka hanya berpendapatan RM1,100 hingga RM1,400 sebulan. Manakala berpangkat konstabel pula ada yang berpendapatan RM1,300 hingga RM1,700.

Maka jelas sekali pendapatan mereka ini tidak mencukupi, apalagi mereka yang bertugas di bandar. Jadi saya mengharapkan skim gaji dan manfaat kebajikan anggota polis berpangkat rendah ini perlu disegerakan dan dirasionalisasikan sesuai dengan keperluan semasa dan waktu bekerja.

Apalagi dengan kos hidup yang tinggi dan kebanyakan anggota yang bertugas di kawasan bandar menjadi faktor utama menjadi tekanan dalam hidup mereka dan sekali gus boleh membanteras masalah rasuah di kalangan anggota polis.

final • 7:02 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Ya Yang Berhormat, masa sudah tamat.

final • 7:02 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Jadi saya mengharapkan perkara ini diberi keutamaan dalam Bajet 2020. Terima kasih.

final • 7:02 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang.

Yang Berhormat Beaufort. Sila.

final • 7:02 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada butiran yang berkaitan dengan kawasan dahulu, Butiran 12000, Butiran 15000, Butiran 22000 iaitu Balai-balai dan Pondok Polis, Pembaikan dan Ubahsuai dan Kenderaan. Saya mohon supaya KDN membina baharu Balai Polis Kuala Penyu yang mana bangunan sedia ada tidak selamat sudah dan ada keretakan dan terpaksa mereka berada di bangunan yang lain buat sementara waktu.

Kedua, tambah baik Balai Polis Beaufort, berek polis seperti tandas dan lain-lain dalam keadaan yang tidak baik juga dan perlu diperbaiki lagi dan dilengkapi. Mohon juga kenderaan untuk Balai Polis Menumbok yang memerlukan kenderaan kerana pada masa ini hanyalah meminjam daripada Beaufort.

final • 7:08 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Butiran 02000 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Terima kasih saya ucapkan kerana ada peningkatan daripada peruntukan yang diberikan kepada AADK. Kita menyedari bahawa betapa pentingnya kita membanteras dadah ini kerana dadah adalah musuh negara nombor satu. Kita sedar bahawa setiap tahun ada sahaja penagih baharu yang dikesan selain adanya penagih yang berulang.

Saya hendak tahu di sini berapakah bilangan mereka iaitu pesakit dadah yang masuk di Cure & Care dapat dipulihkan. Adakah yang berulang? Sejauh manakah keluarga pesakit bekerjasama dengan AADK dalam program Cure & Care ini seperti memberikan sokongan moral kepada ahli-ahli keluarga mereka yang dirawat di Cure & Care. Sejauh ini, bagaimanakah reaksi mereka dalam usaha kita untuk merawat pesakit dadah ini.

final • 7:08 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Saya juga ingin menyampaikan kerisauan rakyat Malaysia di negeri Sabah di bawah 030100 - Pendaftaran Negara, dan Butiran 030200 - Hal Ehwal Imigresen. Kerisauan rakyat di Sabah ialah berkaitan dengan pendatang tanpa izin (PTI). Pengeluaran Work Permit yang tidak sah kepada PTI, Pas Sementara Sabah (PSS) kepada pendatang. Tahniah saya ucapkan kepada PDRM yang telah berjaya menumpaskan sindiket mengeluarkan permit kerja yang tidak sah di Sandakan baru-baru ini.

Namun begitu, saya ingin meminta pihak KDN supaya melihat dengan serius kerisauan rakyat Malaysia di Sabah berkaitan dengan isu yang sangat dekat di hati kita semua. Bilangan 600 ribu yang dikatakan akan diberikan PSS itu adalah satu bilangan yang besar dan wajar rakyat Malaysia di Sabah merasa khuatir dan bimbang. Oleh kerana itu, kita ingin supaya perkara ini diberikan pertimbangan yang sewajarnya, dilihat dengan sehalus-halusnya supaya ia tidak menimbulkan maslahat kepada rakyat Malaysia yang berada di Sabah pada masa ini dan juga kepada masa hadapan negara kita dan juga negeri kita di Sabah.

Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyokong apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Beluran tadi di bawah Butiran 010000 - Pengurusan, yang berkaitan dengan IPCMC supaya perkara ini dapat dilihat semula dan ditangguhkan untuk dibawa ke Parlimen ini.

Saya ingin juga menyebut berkenaan dengan kepolisian iaitu Butiran 020100. Saya ingin tahu ke arah manakah peruntukan yang disediakan ini akan dibelanjakan? Adakah ia termasuk meningkatkan lagi kapasiti kepolisian di kalangan para anggota polis kita yang ramai? Adakah kita akan menambah anggota polis kita? Adakah kita juga akan menambah baik lagi gaji mereka, pendapatan mereka kerana anggota polis adalah yang kita perlukan untuk menjaga keselamatan di dalam negara kita dan juga keselamatan di komuniti kita, di kampung-kampung kita. Mereka juga adalah merupakan orang yang penting untuk memastikan undang-undang dikuatkuasakan di dalam negara kita.

Saya juga ingin menyentuh kepada Butiran 020200 - Kesukarelawanan yang juga diberikan peruntukan. Apakah program yang dilaksanakan di bawah butiran ini? Saya ingin tahu adakah program-program kesukarelawanan, pengambilan kesukarelawan di peringkat daerah dilaksanakan di kalangan masyarakat termasuk orang-orang muda kita. Saya berpandangan mewujudkan kesukarelawan ini adalah tepat untuk menghubungkan di antara PDRM dengan komuniti dalam sama-sama untuk menjaga kesejahteraan komuniti kita.

Oleh kerana itu, saya mengalu-alukan usaha untuk menambah ramai lagi sukarelawan di kalangan anggota komuniti kita terutama sekali di kalangan orang muda supaya hubungan yang baik di antara pihak Polis Diraja Malaysia dan juga komuniti itu dapat dipertingkatkan lagi demi kesejahteraan kita. Terima kasih.

final • 7:10 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort, sekarang saya jemput Yang Berhormat Sibuti.

final • 7:10 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus pergi ke Butiran 020100 – Kepolisan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Ketua Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar kerana telah mengadakan majlis town hall di Bandaraya Miri. Saya juga berharap agar pihak kementerian dan juga pihak PDRM dapat mengadakan program townhall lebih kerap terutamanya di kawasan-kawasan terpencil dan juga daerah-daerah baru di negeri Sarawak.

Di dalam townhall tersebut, kebanyakan permintaan daripada masyarakat adalah untuk pertambahan pegawai penyiasat di kawasan luar bandar.

final • 7:13 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Ini terutamanya- dan juga di tempat saya sendiri telah ditempatkan pegawai penyiasat khas untuk memastikan kes-kes dapat disiasat dengan lebih baik. Walaupun demikian, lebih banyak lagi pegawai-pegawai IO ini diperlukan di pejabat-pejabat polis di kawasan luar bandar.

Selain daripada itu, saya ingin menyentuh berkenaan tentang Butiran 030100 – Pendaftaran Negara. Saya ingin mengetahui apakah dasar pihak kerajaan berkenaan tentang penggunaan DNA dalam menentukan kewarganegaraan dan juga sekiranya keputusan yang diperoleh adalah matching 100 percent, adakah kad pengenalan ataupun kewarganegaraan dapat diberikan sekiranya terdapat bukti kukuh?

Ini kerana saya menerima banyak aduan apabila mereka pergi ke pejabat pendaftaran setelah mereka gagal untuk mengurus surat-menyurat dan mereka telah dinasihatkan untuk mengadakan pemeriksaan DNA. Setelah mendapat keputusan tetapi mereka tidak mendapat keputusan yang khusus daripada pihak JPN, apakah status pemberian kad pengenalan dan juga warganegara bagi masalah pendaftaran lewat.

Selain daripada itu, saya ingin mengetahui apakah pendirian kerajaan berkenaan tentang the last mile untuk pendaftaran kewarganegaraan ataupun rakyat yang tidak mempunyai kad pengenalan terutamanya di kawasan luar bandar.

Seterusnya, saya ingin membaca butiran bersama berkenaan tentang Butiran 040100 iaitu Pembanterasan Dadah, dan Butiran 02000 – Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada AADK Daerah Miri kerana banyak tangkapan yang telah dibuat dan juga operasi yang dijalankan. Hampir ratusan penagih dadah didapati positif, ada yang berusia sehingga 70 tahun, ada wanita yang dua minggu lagi akan melahirkan anak pun positif dadah. Ini sangat membimbangkan dan perkara ini berlaku di kawasan luar bandar.

Walaupun ratusan tangkapan penagih dadah ini, saya berharap agar pihak kerajaan lebih serius untuk memerangi pengedar dadah, tokan-tokan dadah ini dan juga mereka yang masuk ke kawasan luar bandar. Kita memerlukan satu formula bagaimana untuk membanteras dan juga memerangi pengedar dadah ini.

Bagi pihak AADK dalam ucapan penggulungan Menteri, beliau telah mengumumkan sebanyak RM10 juta akan diperuntukkan kepada pihak AADK Sarawak. Saya berharap agar pihak AADK Daerah Miri mendapat kenderaan bagi membolehkan mereka menjalankan operasi yang lebih giat dan juga memperbaharui kenderaan pacuan empat roda supaya mereka dapat mengadakan awareness program, dengan izin, di kawasan yang lebih jauh dan juga remote area seperti di kawasan Baram.

Selain daripada itu, saya ingin menyentuh berkenaan tentang Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis (PDRM). Saya amat dukacita dengan keadaan balai polis di bandar raya Miri.

Keadaan sungguh daif dengan status sebuah bandar raya, banyak kali kerajaan dan juga Menteri telah menjanjikan untuk membina semula balai polis tersebut. Saya berharap agar Balai Polis Bandaraya Miri dimasukkan untuk pembinaan baru.

Saya juga mengulangi sekali lagi agar pihak kementerian melihat semula struktur penempatan dan juga daerah-daerah baru di negeri Sarawak supaya pejabat ataupun balai-balai polis di daerah-daerah baru ini dinaiktarafkan dan mendapat suntikan belanjawan bagi membaik pulih balai-balai polis termasuk di kawasan Balai Polis Bekenu yang merupakan pusat pentadbiran baru di kawasan Parlimen Sibuti. Sekiranya ingin mendapatkan tapak baru, saya sudi membantu dan juga berbincang dengan pihak kerajaan untuk mendapatkan tapak baru di kawasan pentadbiran baru Subis. Itu sahaja Tuan Pengerusi, sekian terima kasih.

final • 7:13 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Yang Berhormat Jeli, selepas itu Yang Berhormat Padang Terap, sila Yang Berhormat.

final • 7:13 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed - Jeli

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Pertama, Butiran 26000 berkaitan dengan pembinaan balai-balai. Saya ucapkan terima kasih bagi pihak warga Jeli, PDRM khususnya kerana Jeli mendapat polis IPD baru setelah lama menunggu. Ini akan meningkatkan keselesaan warga PDRM.

final • 7:19 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed - Jeli

Walau bagaimanapun, saya ingin pastikan bahawa penglibatan kontraktor kecil tempatan khususnya G1 dan juga pekerja tempatan dapat ditingkatkan. Jadi saya mahu cadangkan supaya pihak PDRM memastikan ini berlaku supaya kesan limpahan ini semaksimum mungkin untuk penduduk tempatan.

Keduanya, Maksud Pembangunan 62, Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis dan Butiran 18000 – Pembaikan dan Ubahsuai (PDRM). Saya hendak tahu ada peningkatan yang ketara dalam peruntukan daripada RM9 hingga RM135 juta. Hendak tahu apa keperluan sebenarnya kerana kita tahu bahawa balai-balai polis ini sesetengahnya uzur di seluruh negara.

final • 7:19 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed - Jeli

Dalam Parlimen ramai yang memohon balai polis baharu termasuk balai-balai di kampung- kampung. Jadi, berapa keperluan sebenar dan bila agaknya keperluan ini dapat dipenuhi oleh kerajaan memandangkan kekangan yang ada ini? Jadi, berapa peratus RM135 juta yang diluluskan ini, dapat memenuhi keperluan sebenar oleh PDRM?

Sehubungan ini, seperti juga Ahli Parlimen lain saya mohon oleh kerana balai-balai ini sudah lama dan uzur khususnya Lubok Bongor, Batu Melintang, Ayer Lanas, Bukit Bunga, Nibong dan Lalang Pepuyu. Enam kesemuanya, saya mohon ditambah baik. Juga Kuala Balah dan Batu Gajah walaupun baharu tetapi perlukan kerja-kerja penyelenggaraan.

Ketiga Tuan Pengerusi ialah seperti rakan-rakan daripada Yang Berhormat Beluran, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Beaufort dan juga Yang Berhormat Kubang Kerian berkaitan dengan IPCMC iaitu Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis ini, kita dengar dalam media ada pihak berpendapat undang-undang RUU ini draconian, ada berkaitan hal-hal Perlembagaan dibangkit bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan, isu-isu keadilan dibangkitkan.

Saya hendak tahu daripada 130 ribu anggota PDRM, berapa peratus agaknya di kalangan mereka yang bersetuju dengan IPCMC ini dan setakat mana libat urus telah diadakan dengan pihak- pihak tertentu di peringkat bawah khususnya? Adakah kerajaan bercadang untuk membuat satu kajian rambang ataupun kajian terperinci, 130 ribu ini berapa yang bersetuju? Sekiranya sebahagian besar mereka tidak bersetuju, adakah kerajaan hendak meneruskan rancangan memperkenalkan RUU ini atau pun kerajaan bercadang untuk adakan libat urus yang lebih mendalam dan menangguhkan pembentangan IPCMC ini?

Saya mengambil perhatian bahawa ada kaitan antara IPCMC dengan kebajikan dan logistik pihak polis. Ini adalah syarat yang dikenakan oleh anggota polis khususnya. Jadi, adakah kerajaan telah membuat kajian terperinci, berapakah implikasi kewangan sekiranya syarat ini dipenuhi?

Jadi, kalau sekiranya IPCMC ini hendak dibentangkan dalam Parlimen dan memandang bahawa pihak PDRM berpendapat harus dikaitkan dengan kebajikan juga logistik. Berapakah implikasi kewangan yang diperlukan dan adakah KDN berpendapat bahawa syarat ini dapat dipenuhi?

Jadi, saya juga seperti rakan-rakan daripada Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Beluran, Yang Berhormat Kubang Kerian dan Yang Berhormat Beaufort berpendapat kerajaan harus mengambil serius perkara ini sebelum tindakan seterusnya diambil? Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 7:20 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Jeli. Yang Berhormat Padang Terap, selepas itu Yang Berhormat Batu Kawan.

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap

Terima kasih.

final • 7:22 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Jangan lupa Papar.

final • 7:22 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 7:22 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Senarai memang panjang saya akan beri satu demi satu.

final • 7:22 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap

Saya teruskan kepada Butiran 020100 yang berkaitan dengan kepolisian. Kita menyokong penuh sebarang tindakan pasukan polis dalam urusan yang berkaitan bagi menjaga keselamatan negara dan menjaga rakyat. Kita menyokong pihak polis dalam usaha membanteras segala bentuk keganasan yang melibatkan rakyat Malaysia dalam apa juga keadaan.

final • 7:22 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap

Kita tahu bahawa pihak polis telah menahan, menangkap ramai di kalangan yang telah menggelar diri mereka sebagai kumpulan terrorist, kumpulan ISIS dan mereka telah bergerak di rantau ini, di Malaysia, di Indonesia dan juga di Middle East dan ada juga yang telah ditahan kerana LTTE. Saya fikir polis mempunyai maklumat yang cukup...

final • 7:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Minta laluan Yang Berhormat.

final • 7:22 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap

...Dan lengkap untuk membuat tangkapan...

final • 7:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, minta laluan.

final • 7:22 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap

...Kepada- saya ada lima minit sahaja.

final • 7:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya hendak minta laluan berkenaan LTTE ini. Tahanan LTTE.

final • 7:22 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap

LTTE, dak ini polis tangkap, polis. Saya cakap pasal polis, saya tidak cakap pasal saya. Polis menahan. Ini urusan polis.

final • 7:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat kena faham bahawa mereka bukanlah pengganas.

final • 7:22 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap

Dak tidak apa, saya faham. Ini urusan polis.

final • 7:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tahu urusan polis tetapi jangan menuduh kata mereka ini adalah pengganas.

final • 7:22 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap

Saya kata urusan polis. Urusan polis.

final • 7:22 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Sila duduk. Ya Yang Berhormat Padang Terap teruskan.

final • 7:22 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap

Jadi, apa juga yang boleh mendatangkan keamanan kepada negara ini, kita kira bahawa itu satu yang terbaik. Saya menyokong Yang Amat Berhormat Langkawi, Perdana Menteri yang menyatakan bahawa SOSMA masih diperlukan dan POTA masih diperlukan.

Saya kira bahawa ini lah antara akta-akta yang boleh menahan mereka-mereka yang boleh menimbulkan huru-hara dalam negara dan boleh menimbulkan apa juga masalah yang akhirnya kita sedar negara kita multiracial, pelbagai kaum dan itulah caranya untuk kita mengawal mereka yang berada di luar sana yang menimbulkan kekacauan dalam negara.

final • 7:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, minta penjelasan sedikit.

final • 7:22 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap

Pergi kepada 25000...

final • 7:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bagaimana dengan Zakir Naik, Yang Berhormat, Zakir Naik?

final • 7:22 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap

Pergi kepada...

final • 7:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

final • 7:22 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap

Butiran 25000...

final • 7:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau menyebabkan kacau, ganggu dan tidak ketenteraman. Apakah pendapat Yang Berhormat?

final • 7:22 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap

Itu kita serah kepada...

final • 7:22 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Jelutong sila duduk.

final • 7:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bagaimanakah kedudukan Zakir Naik?

final • 7:22 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Eh baghal, duduklah!

final • 7:22 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat Jelutong, dia tidak bagi laluan.

Sila duduk.

final • 7:22 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap

Butiran 25000 – Sistem...

final • 7:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Boleh beri penjelasan?

final • 7:22 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap

Sistem teknologi maklumat- itu urusan polis dan Perdana Menteri sebut- Yang Berhormat Langkawi sebut, dia tidak hantar balik Zakir Naik itu bukan urusan kami. Itu urusan kerajaan. Itu urusan kerajaan. Yang Berhormat kerajaan, Yang Berhormat tanya Yang Berhormat Langkawi. Yang Berhormat Jelutong sebahagian daripada kerajaan. Kami pembangkang, bukan urusan kami. Ini urusan kerajaan, tanyalah pada Perdana Menteri. Okey.

Butiran 25000 – Sistem Teknologi Maklumat. Sistem teknologi maklumat, kita tengok di sini ada peruntukan diperuntukkan. Sekarang ini saya ingat pihak polis kita sedang berhadapan dengan teknologi canggih dan ada hari-hari, tiap-tiap hari orang beritahu dia ditipu. Ada yang tipu melalui bank, ada yang tipu melalui sistem pelbagai cara online yang boleh ditipu. Saya kira bahawa Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri boleh memberi jawapan kepada kami bahawa apakah alat yang tercanggih yang pihak polis ada sekarang ini atau pun pihak yang di sebelah sana yang buat skim ini, dia lebih canggih lagi alat yang dia ada?

Begitu juga dengan sistem yang saya hendak sebut di sini, Butiran 47000 yang berkaitan dengan Jabatan Pendaftaran. Ini berkaitan dengan kad pintar dan kad pengenalan yang dikeluarkan.

Kita dapati bahawa dalam media sosial telah diviralkan, bagaimana sindiket yang mengeluarkan kad pengenalan ini telah bergerak dan pihak polis telah menangkap. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memberi penjelasan, berapa ribu sebenarnya kad pengenalan sudah dibuat secara begitu dan berapa ramai pegawai sebenarnya yang terlibat?

Akhir sekali Tuan Pengerusi ialah mengenai dengan Butiran 37000 - Pengkomputeran

(Imigresen). Ini juga salah satu lagi perkara yang ada masalah apabila kita tengok bagaimana hendak mengawal pintu-pintu masuk negara berasaskan kepada teknologi masa kini. Oleh sebab teknologi masa kini adalah teknologi yang boleh menampung bolosnya mereka masuk kerana memperdagangkan manusia ini satu perkara yang tidak boleh berhenti sekurang-kurangnya dapat kita mengurangkan masalah memperdagangkan manusia, membawa masuk ramai orang-orang luar ke dalam negara ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 7:22 PM

Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Yang Berhormat Batu Kawan.

final • 7:22 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Terima kasih Tuan Pengerusi di atas peluang untuk Batu Kawan membahaskan perbelanjaan KDN.

Saya mulakan dengan Butiran 020300 – Kawalan Sempadan. Dengan peningkatan peruntukan, apakah usaha dan teknologi yang akan dilaburkan bagi mengetatkan kawalan keselamatan di persempadanan Malaysia terutama sekali Malaysia dan Thailand yang baru-baru ini terbongkar oleh SPRM pada bulan lepas, satu sindiket penyeludupan yang telah berlaku di sana.

Walaupun wujud kamera CCTV di Padang Besar, namun timbul gambar pegawai yang menerima sogokan dan rasuah yang mengizinkan orang yang menjalankan kegiatan terkutuk ini bebas menjalankan transaksi merentasi sempadan. Walaupun apa yang di seludup adalah minyak masak, tepung, baja, petrol dan diesel, janganlah kita lupa kem maut Wang Kelian di mana lebih 200 mayat tulang mangsa dipercayai pelarian Rohingya ditemui.

Jadi, saya ingin tahu, sekadar penambahbaikan dalam teknologi kawalan sempadan, apakah tindakan yang akan diambil oleh kementerian terhadap budaya menerima rasuah dan memberi rasuah untuk membanteras gejala penyeludupan ini.

final • 7:28 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Seterusnya, saya menyentuh Butiran 030100 – Pendaftaran Negara. Apakah justifikasi peningkatan peruntukan bagi butiran ini bagi permohonan kewarganegaraan? Walhal ada banyak permohonan yang masih lagi belum diluluskan.

Butiran seterusnya, Butiran 050400 - Head to Toe, dengan izin, dan Butiran 050900 - Material Keselamatan. Syabas saya ucapkan di atas pengumuman kerajaan dalam menggunakan body camera oleh anggota-anggota polis dalam membantu mereka menjalankan tanggungjawab dan tugas mereka dengan baik.

final • 7:30 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Namun, saya ingin tahu bilakah rancangan ini akan diimplementasikan? Apakah proses yang akan digunakan untuk memastikan kita mendapat perkhidmatan servis yang terbaik menggunakan body camera tersebut?

Seterusnya, saya menyentuh Butiran 030200 – Hal Ehwal Imigresen. Adakah lokap tahanan Imigresen akan dilengkapi dengan CCTV yang berfungsi berikutan kematian pelajar Nigeria pada bulan Julai 2019, di Kem Tahanan Imigresen di Bukit Jalil?

Tuan Pengerusi, saya juga ingin membangkitkan satu isu di sini. Pihak KDN telah melancarkan satu skim kategori 3, di mana Pas Pekerja dikeluarkan untuk pekerja asing yang digaji daripada RM3,500 hingga RM4,999 untuk tempoh sehingga maksimum tiga tahun.

Saya difahamkan kategori ini telah disalahgunakan oleh syarikat-syarikat yang mengambil pekerja buruh melalui kaedah ini, khususnya daripada negara Bangladesh. Saya ingin tahu bolehkah pihak KDN memberitahu jumlah pas yang telah dikeluarkan untuk tahun 2017, 2018 dan 2019 untuk kategori ini mengikut sektor industri dan mengikut negara?

Apakah langkah yang telah diambil untuk menangani penyalahgunaan dan memastikan kategori 3 ini dikawal dengan rapi?

Tuan Pengerusi, saya juga ingin tahu dalam Butiran 050500 – I-Kad. Dengan kenaikan peruntukan ini, apakah I-Kad yang digunakan ini memang berfungsi ataupun tidak? Adakah peningkatan ini merujuk kepada bilangan mesin ataupun bilangan kad yang akan dikeluarkan hasil daripada pelaburan pelajar asing di Malaysia yang mencecah kira-kira RM4 bilion? Sekiranya I-Kad ini tidak digunakan, maka ia- saya rasa secara langsung dan tidak langsung akan ada satu impak ke atas pelaburan ke dalam Malaysia dari segi pelajar-pelajar asing.

Saya menyentuh Butiran 37000 – Pengkomputeran (Imigresen). Apakah justifikasi dalam kenaikan peruntukan bagi pengkomputeran Imigresen? Adakah ia hardware atau software? Saya menyentuh Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis (PDRM). Ingin saya tahu, bilakah Balai Polis Prai dan Balai Polis Bukit Tengah akan dinaiktarafkan? Bilakah Balai Polis Simpang Empat akan siap dibina?

Saya menyentuh Butiran 18000 – Pembaikan dan Ubahsuai (PDRM). Adakah ini termasuk pemasangan CCTV berfungsi dalam semua lokap-lokap sebagai langkah pencegahan pencabulan hak tahanan apabila mereka berada dalam lokap?

Saya menyentuh dua lagi Butiran 22000 – Kenderaan (PDRM). Tuan Pengerusi, peningkatan ini adalah baik tetapi saya merayu agar peruntukan disalurkan ke Parlimen Batu Kawan supaya dapat digunakan di balai-balai polis di Batu Kawan untuk menaiktarafkan kenderaan- kenderaan yang lama dan uzur yang sedang digunakan di Parlimen Batu Kawan. Juga keselamatan dan kecekapan anggota polis bergantung sepenuhnya di atas kereta-kereta yang digunakan.

Maka, saya harap kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan saya. Adakah kerajaan juga masih lagi menyewa kenderaan polis daripada SPANCO? Jelaskan mengapa. Memandangkan kos sewaan itu tinggi, kerajaan masih lagi berurusan dengan syarikat SPANCO.

Butiran terakhir, Butiran 010200 – Dasar dan Operasi. Ingin saya maklumkan di sini bahawa saya bersetuju dengan rakan-rakan saya bahawa penggunaan Akta SOSMA di atas tahanan 12 orang ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Kita tidak seharusnya menggunakan prinsip ‘menangkap seseorang itu dahulu, mencari bukti dan kemudian mendakwa’. Dengan ini, saya ucapkan terima kasih.

final • 7:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kuala Terengganu, diikuti oleh Yang Berhormat Tampin.

final • 7:30 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar.

final • 7:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Kuala Terengganu tidak ada?

final • 7:30 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Yang Berhormat Kuala Terengganu keluar solat.

final • 7:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jelutong, Jelutong.

final • 7:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Saya jemput Yang Berhormat Tampin.

Selepas Yang Berhormat Tampin dan selepas itu Yang Berhormat Limbang.

final • 7:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Tampin pun tidak ada.

final • 7:30 PM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tampin akan menyentuh beberapa butiran. Pertama, Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis (PDRM).

Saya ingin bertanya, apakah peruntukan yang termasuk- apa yang akan dilaksanakan di daerah Tampin? Untuk pengetahuan kementerian, Balai Polis Daerah Tampin telah didirikan lebih daripada 30 tahun tanpa ada ubahsuai. Saya juga telah dimaklumkan bahawa Balai Polis Tampin telah mendapat peruntukan tetapi ia telah dipindah alih di tempat lain. Justeru itu, saya memohon agar peruntukan ini termasuk di dalam peruntukan Balai Polis Daerah Tampin.

Butiran yang kedua yang saya hendak sentuh ialah Butiran 020100 – Kepolisan.

Diperuntukkan sebanyak RM8.6 bilion.

Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah peruntukan ini termasuk di dalam menyediakan kamera yang diletakkan di badan anggota kepolisan dan penyediaan CCTV yang diletakkan di lokap-lokap polis? Apakah dengan adanya semua perkara itu akan boleh mengangkat integriti kepolisan ataupun sebaliknya? Jika- kita tahu bahawa keselamatan masyarakat dan negara amat penting.

Justeru itu, untuk mewujudkan bandar dan kawasan selamat adalah suatu yang diperlukan.

Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah peruntukan ini juga termasuk untuk mengadakan pemasangan CCTV di bandar-bandar atau di kawasan-kawasan strategik yang berpotensi besar berlakunya kes-kes jenayah?

Butiran yang ketiga yang saya hendak sentuh ialah Butiran 020200 – Kesukarelawanan, diperuntukkan sebanyak RM125 juta. Saya yakin peruntukan ini akan digunakan secara lebih berhemah dan penuh integriti. Kita sedia maklum nilai kesukarelawanan amat penting ditanam dalam masyarakat sejak remaja di negara ini. Keterlibatan masyarakat dalam kegiatan kesukarelawanan ini perlu diperkukuhkan kerana untuk menjaga keselamatan bukan sahaja tanggungjawab badan berkuasa polis tetapi juga terletak di bahu masyarakat ataupun warga negara.

Saya ingin bertanya kepada kementerian, bagaimana peruntukan ini diberikan kepada kadet-kadet polis di sekolah-sekolah? Saya sering dikunjungi, khususnya sekolah-sekolah untuk mendapatkan pembiayaan untuk mengadakan latihan ataupun perkhemahan. Apakah peruntukan yang diberikan itu mencukupi? Apakah peruntukan yang diberikan itu digunakan untuk meningkatkan aktiviti kesukarelawanan dalam bidang kepolisan? Demikian juga dengan pasukan sukarelawan simpanan polis. Apakah kementerian berhasrat untuk memperluaskan penglibatan masyarakat dalam pasukan kesukarelawanan polis? Bagaimana kementerian menggalakkan warga negara yang berkeupayaan untuk turut serta dalam pasukan ini? Apakah pihak kementerian juga berhasrat untuk menaikkan elaun khidmat yang diberikan kepada pasukan sukarelawan ini?

Butiran yang keempat yang saya hendak sentuh ialah Butiran 040200 – Kepenjaraan dan Koreksional. Jumlah peruntukan ialah RM971 juta. Peruntukan ini agak besar diberikan.

Saya ingin bertanya, apakah peruntukan ini termasuk dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan membekalkan makanan kepada warga penjara yang melakukan jenayah dan bagi mengendalikan tahanan pendatang tanpa izin ataupun kesalahan-kesalahan lain? Selain daripada gaji dan kebajikan anggota penjara, apakah peruntukan ini juga merujuk kepada hasrat kementerian untuk menggantikan sistem pemenjaraan terhadap pesalah-pesalah yang tidak sepatutnya dipenjarakan kepada satu bentuk hukuman yang lebih komprehensif yang tidak melibatkan pemenjaraan kerana ia melibatkan peruntukan yang begitu besar?

Saya yakin kementerian akan memperhalus perkara ini untuk dipertimbangkan. Bagaimana kementerian untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka yang dipenjarakan yang mengalami sakit mental ataupun sakit jiwa kerana kesan daripada hukuman yang mereka tanggung di dalam penjara? Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 7:35 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Tampin.

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Terima kasih. Lima minit sahaja?

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Oleh kerana masa sikit saya hendak sentuh 020100 – Kepolisan.

Saya hendak ucap tahniah kepada perkhidmatan polis yang cemerlang dan berintegriti yang hari ini negara kita aman. Namun demikian saya hendak mohon kepada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menyelesaikan beberapa kes yang saya lihat menjadi perhatian umum dan agak sensitif.

Kalau kes-kes ini lambat kita selesaikan, saya bimbang akan jadi isu dalam masyarakat dan akhirnya nanti bila timbul isu-isu ini dia akan menuduh bahawa UMNO ini parti racist dan perkauman.

Pertama ialah kes Adib, kes Adib ini kita sedia maklum bahawa Ketua Polis Negara dia ada membuat kenyataan bahawa pada 3 Oktober 2019, polis masih menunggu arahan lanjut daripada Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung siasatan kes kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohd Adib Mohd Kassim.

Saya hendak maklumkan bahawa saya telah pun bangkitkan isu ini semasa membahaskan kes Adib ini di bawah Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Undang-undang dan saya telah pun mendapat jawapan daripada pihak JPM. Mereka mengatakan bahawa Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara telah mengarahkan pihak polis untuk meneruskan siasatan ke atas kes ini setelah menerima keputusan Mahkamah Koroner. Kes masih dalam siasatan pihak polis. Jadi saya harap kes Adib ini hendak kena beritahu bila agak boleh selesai kerana kes Adib ini banyak sejarah kita lihat. Pertama kali juga Peguam Negara kena dakwa di bawah contempt of court. Kes yang kedua ialah kes menghina Sultan Selangor. Kes menghina Sultan Selangor ini juga kita sedia maklum bahawa kalau kita lihat yang membuat laporan ialah pengiring Sultan sendiri.

Pengiring Sultan sendiri membuat laporan polis kepada fb- Nga Kor Ming Super Fans. Ini pun mesti dilihat serius kerana dalam fb- Nga Kor Ming Super Fans ini dia menghina Sultan Selangor. Saya orang Selangor, saya hendak ulang lagi dan daripada jawapan...

final • 7:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Nanti dulu. Dalam jawapan yang saya dapat bahawa kes...

final • 7:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Ya.

final • 7:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan Dewan, jangan sebut nama “Nga Kor Ming”, yang disiasat adalah Yang Berhormat daripada Pekan. Dia yang memuat naik perkara itu, jadi jangan melanggar peraturan.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Saya hendak bergaduh dengan dia ini.

final • 7:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kenapa sebut nama “Nga Kor Ming”.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Yang Berhormat pekak kah?..

[Pembesar suara dimatikan]

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Jelutong. Baik, Yang Berhormat Jelutong sila duduk.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Tidak Tuan Pengerusi, saya – boleh halau dia. Saya sebut...

final • 7:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat jangan buat tuduhan begitu.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Bodoh betul.

final • 7:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menyebut- siapa bodoh? Kamu yang bodoh...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Jelutong. Sila duduk Yang Berhormat Jelutong.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Peraturan apa? Saya baca ini...

[Menunjukkan sekeping kertas] Saya baca ini, pengiring-pengiring Sultan lapor polis kepada fb- Nga Kor Ming Super Fans ini. Ini yang dibuat laporan polis dan juga..

final • 7:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang disiasat ialah Yang Berhormat Pekan, yang disiasat ialah Yang Berhormat Pekan dipanggil untuk...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik. Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Tanjong Karang ini Peringkat Jawatankuasa.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Bukan, dia tidak ada kena mengena saya tidak bagi dia jalan.

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ini Peringkat Jawatankuasa, rujuk butiran mana.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Butiran kepolisan lah ini.

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik-baik silakan rujuk butiran.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Saya merujuk juga bahawa perkara yang sama saya telah bangkit saya telah pun mendapat jawapan...

final • 7:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Kes masih dalam siasatan polis dan saya hendak minta supaya kes yang...

final • 7:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 7:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

...Melibatkan fb Nga Kor Ming...

final • 7:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jangan buat kenyataan melibatkan orang yang tidak terlibat. Itu memesongkan Dewan.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Apa ini?

final • 7:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Yang Berhormat Tanjong Karang boleh saya tanya soalan berkenaan apa yang ditimbulkan.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Ya.

final • 7:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Boleh saya tanya soalan berkenaan dengan apa yang ditimbulkan?

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Saya bangkit butiran kepolisan.

final • 7:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Ya lah, saya hendak tanya, soalan berkenaan dengan apa yang ditimbulkan.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Saya bangkit ialah mengenai kes...

final • 7:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Adakah Yang Berhormat Tanjong Karang tahu bahawa Nga Kor Ming Super Fans Page Facebook itu bukannya Nga Kor Ming.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Betullah saya tidak sebut dia Nga Kor Ming.

final • 7:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Alright.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Sebab itu saya kata...

final • 7:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Siapakah Yang Berhormat Tanjong Karang merujuk kepada sekarang.

final • 7:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang Berhormat Pekan.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Saya merujuk kepada ini...

[Menunjukkan sehelai kertas]

final • 7:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kena rujuk kepada Yang Berhormat Pekan lah yang buat kenyataan itu adalah Yang Berhormat Pekan...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Jelutong sila tujukan kepada Yang Berhormat Tanjong Karang. You bagi penjelasan, baik.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Tidak. Saya cakap ini apa yang saya kata dalam laporan...

final • 7:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

You are stupid Yang Berhormat Tanjong Karang, you’re really stupid.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Pukimak engkaulah... [Pembesar suara dimatikan]

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Jelutong.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Tuan Pengerusi, kalau hendak Dewan ini aman halau dia! Halau dia! Kurang ajar betullah. You jangan kurang ajarlah! Saya cakap baik-baik.

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya minta Yang Berhormat Jelutong duduk. Sekarang ini floor, Yang Berhormat Bukit Gelugor bertanya kepada Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Ya saya cakap, saya bagi pendek saja. Saya masa sudah tidak ada ini, masa sudah habis.

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik sila. Saya bagi masa sikit. Yang Berhormat Jelutong sila duduk.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Ok.

final • 7:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Yang Berhormat Tanjong Karang, apakah pandangan Yang Berhormat Tanjong Karang berkenaan dengan penglibatan Yang Berhormat Pekan di dalam isu ini di mana beliau juga ataupun Yang Berhormat Pekan juga telah pun diambil ataupun direkodkan satu statement daripada pihak polis kerana disyaki terlibat di dalam isu menghina Sultan ini. Adakah Yang Berhormat Tanjong Karang akan membuat aduan berkenaan Yang Berhormat Pekan juga?

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Tuan Pengerusi, kalau kata Yang Berhormat Pekan disiasat, siasatlah. Siasatlah saya tidak ada masalah yang saya bangkitkan ialah perkara yang saya pernah bangkitkan di sini kerana ini mengenai dengan Sultan saya, Sultan Selangor yang saya sudah bangkit. Saya hendak tahu perkembangannya sudah dua bulan. Kalau Yang Berhormat kata Yang Berhormat Pekan terlibat biarlah polis siasat...

final • 7:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Saya hendak supaya kes ini diselesaikan dengan segera kerana ia satu penghinaan kepada Sultan...

[Tepuk]

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Ini maksud saya.

final • 7:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat setuju kalau Yang Berhormat Pekan membuat kenyataan itu beliau diambil tindakan setuju?

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Apa ini?

final • 7:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Apa pendirian Yang Berhormat kalau kenyataan itu dibuat oleh Yang Berhormat Pekan adakah Yang Berhormat bersetuju dia dikenakan tindakan.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Yang Berhormat... [Pembesar suara dimatikan]

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, ini floor Yang Berhormat Tanjong Karang sila.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Dia ini pekak kah? Saya kata sesiapa saja. Sesiapa saja kalau telah dibuat laporan polis mesti disiasat dan diambil tindakan, itu maksud saya. Saya ulang ini kerana bagi saya ini serius kerana yang membuat laporan ini ialah pengiring Sultan sendiri yang membuat laporan, itu maksud saya.

final • 7:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Ya Yang Berhormat Tanjong Karang boleh saya...

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Cukuplah, saya masa sudah tidak ada cukuplah. Siapa juga siasat, siapa juga yang buat laporan kena siasat.

final • 7:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Berkenaan isu ini, berkenaan isu ini.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Ya lah apa lagi.

final • 7:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

So Yang Berhormat Tanjong Karang setujukan bahawa Nga Kor Ming bukan terlibat di dalam isu ini.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Biarlah Yang Berhormat Menteri jawab.

final • 7:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Betulkan, itu yang Yang Berhormat Tanjong Karang boleh mengesahkan.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Itu sebab saya kata, saya kata...

final • 7:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Jadi confirm that, you just say it, isn’t it?

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Saya kata...

final • 7:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Ini adalah Nga Kor Ming Super Fans Club whatever it is, bukannya Nga Kor Ming, betul?

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Adakah Yang Berhormat polis?

final • 7:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

No, no boleh mengesahkan perkara ini.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Saya kata sebab itu saya serah kepada polis biarlah polis siasat. Apa Yang Berhormat tanya saya.

final • 7:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

No, saya just hendak dapat pengesahan you just say it just now.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Yang Berhormat tanya saya buat apa...

final • 7:40 PM

[Dewan riuh]

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

[Pembesar suara dimatikan]

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat. Ini peringkat Jawatankuasa nanti kita minta Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Betul biarlah Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik kita minta Yang Berhormat Menteri menjawab, baik.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Yang Berhormat biarlah Yang Berhormat Menteri menjawab, apa tanya saya pula? Suruhlah Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik Yang Berhormat Tanjong Karang masa...

final • 7:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Sebab saya tanya because you just say it. Macam mana you tahu?

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Tidak apa Yang Berhormat Bukit Gelugor sila, Yang Berhormat Bukit Gelugor minta duduk. Terima kasih. Sila Yang Berhormat Tanjong Karang rumuskan masa telah habis.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Hendak tanya mengenai pendirian Kementerian Dalam Negeri, mengenai penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis

(IPCMC). Apakah stand-nya, kita sedia maklum bahawa Parliamentary Select Committee telah pun kata, sudah habis selesai kita juga dapat laporan.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Adakah apabila Select Committee ini sudah habis, perlu atau tidak ia di bawa balik kepada Kabinet untuk memutuskan sebelum bill itu dibentangkan di dalam Dewan. Apa yang setahu saya, pengalaman kita apa juga hendak dibawa ke dalam Dewan terutamanya bill ini mesti dibawa kepada Kabinet.

Jadi saya hendak tanya, adakah telah mendapat kelulusan daripada Kabinet untuk dibentangkan dalam Dewan ini. Saya juga hendak tanya bahawa perkara ini mengenai KDN.

Mengapa pula Menteri Undang-undang yang bawa, mengapa tidak KDN yang bawa seperti dulu-dulu.

Berkaitan dengan KDN normally-nya selalunya yang bawa bill ini ialah kes yang dibawa oleh KDN.

Akhir sekali, ini isu yang kita sedang cakap mengenai isu Chin Peng ini. Saya kena cakap sebab saya dapat bertalu-talu telefon hari ini. Bahawa kita hendak tanya, mestilah di siasat sehingga akar umbi. Mesti disiasat akar umbi macam mana boleh tahu bawa 16 September tidak menghormati kah Hari Malaysia pada ketika itu. Jangan jadi seperti kes yang saya bangkit dalam Dewan ini apabila saya minta penjelasan daripada pihak JPM, Bahagian Istiadat sampai sekarang saya belum dapat jawapan.

Di mana saya hendak tahu bagaimana komik yang telah diharamkan di negara kita boleh dibagi kepada Presiden China dan siapakah dalang di belakang memberi anugerah itu.

final • 7:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Sedangkan JPM membuat kenyataan tidak mengikut SOP. Jangan esok sampai kes Chin Peng ini juga polis kata tidak tahu siapa yang bawa abu mayat ini. Saya hendak minta akhir sekali, bolehkah KDN memberikan jaminan bahawa tidak akan ada tugu peringatan Chin Peng ini diwujudkan di mana-mana di dalam negara kita. Terima kasih.

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Masjid Tanah.

final • 7:50 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Bagi nama sama tadi.

final • 7:50 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Untung jadi orang perempuan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 7:51 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Lelaki pun untung juga.

final • 7:51 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya terus kepada Butiran 030000 – Pengurusan Pendaftaran dan Imigresen iaitu di bawah Butiran 030100 – Pendaftaran Negara.

Jadi, saya ingin menyentuh rentetan daripada kes penyelewengan yang berlaku di Penang baru-baru ini iaitu sindiket penjualan Sijil Kelahiran dan juga MyKad kepada warga asing. Kita melihat ada pelbagai...

final • 7:51 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Itu kena tanya Yang Berhormat Jelutong, lawyer itu.

final • 7:51 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

...Cara proses pendaftaran yang boleh digantikan dengan komputer selaras dengan Revolusi Industri 4.0. Jadi secara tidak langsung boleh kurangkan penglibatan manusia dan juga elak risiko kecuaian. Persoalan saya, kepada kementerian apakah kementerian bercadang untuk menaik taraf sistem dan juga penggantian peralatan ICT yang lebih baik dan juga lebih moden.

Keduanya, hampir banyak pejabat-pejabat cawangan JPM ini menyewa premis-premis lain, jadi wajar dibekalkan perkhidmatan keselamatan sekurang-kurangnya dibekalkan perkhidmatan RELA sebab banyak dokumen-dokumen penting yang berada di pejabat yang demikian.

Seterusnya, lagi satu masalah JPN di kawasan pedalaman terutama sekali untuk sahabat- sahabat di luar bandar terutama sekali Sabah Sarawak yang perlu pada mobiliti dan juga peralatan yang agak berkos tinggi tetapi yang mana pengurusan pendaftaran tetap perlu dibuat. Saya harap pihak kementerian dapat melihat perkara ini.

Seterusnya saya ingin menyentuh kepada Butiran 051600 dan juga Butiran – 22000 berkenaan dengan Sewaan Kenderaan Jabatan dan juga Kenderaan (PDRM). Jadi, kita tengok kenderaan JPN dan juga banyak kenderaan di bawah KDN ini banyak yang telah usang apatah lagi dalam melakukan operasi, banyak kali berlaku tersadai di tengah jalan dan mengganggu lalu lintas dan hampir menjadi viral di dalam social media.

final • 7:51 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya mohon pihak kementerian dapat lihat terutama juga sekali kenderaan-kenderaan polis macam mana dekat kawasan saya di Balai Polis Lubok China hanya ada satu kenderaan kereta Kancil juga. Ada juga saya difahamkan ada balai polis yang hanya ada motosikal sahaja. Jadi saya harap perkara ini dijadikan keutamaan dan dapat diberikan perhatian.

Seterusnya, saya juga ingin menyentuh Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis

(PDRM). Saya harap pihak kementerian juga dapat melihat juga pembekalan alat-alat tulis, benda- benda basic yang berada di balai sebab saya baru dimaklumkan bahawa ada kawan saya yang berurusan dengan pihak balai polis, anggota mengeluh kerana terpaksa mengeluarkan duit mereka sendiri untuk membeli alat tulis, membeli kertas dan juga repair printer dan juga membeli printer baru.

Malah server internet yang lemah untuk sistem report untuk membuat report baru di- walaupun portal telah pun di-update ke version yang baru. Ini kita bukan cakap dekat tempat yang luar bandar tau, bukan tengah Cherok Tok Kun dan sebagainya. Akan tetapi dekat pekan bandar pesat mereka juga tidak dapat server yang baik. Jadi, saya harap pihak kementerian dapat melihat perkara ini kerana ia menitikberatkan soal keselamatan dan sebagainya.

Seterusnya saya ingin mengambil kesempatan untuk menyentuh butiran yang sama. Di Masjid Tanah ada empat balai polis, Lubok China, Masjid Tanah, Kuala Sungai Baru dan juga Simpang Empat. Kita melihat bahawa banyak balai polis ini yang masih lagi dalam keadaan yang begitu tidak baik yang mana ada disebabkan bumbung bocor dan keperluan aircon dan juga dalam kawasan balai polis itu yang memerlukan ada jalan-jalan dan sebagainya. Jadi, saya harap dapat dilihat juga keperluan-keperluan berkenaan dengan kuarters yang bocor dan sebagainya.

Saya juga harap dapat melihat peranan pondok-pondok polis yang sangat penting dalam menjaga keselamatan dan kadang-kadang anggota yang ditugaskan hanyalah sedikit bilangannya.

Boleh tidak dapat pencerahan berkenaan dengan peruntukan berkenaan balai polis dan juga pondok polis ini.

Seterusnya saya ingin menyentuh pada Butiran – 02000 iaitu berkenaan AADK. Pada tahun 2020, alhamdulillah meningkat RM68 juta, terima kasih. Cuma saya ingin tahu, apakah butiran peruntukan ini, pertambahan daripada macam mana? Adakah dari segi kos operasi ataupun bagaimana? Bagaimana- adakah dapat melihat dari segi keperluan anggotanya daripada segi uniform, dari segi peralatan keselamatan dan dari segi kalau macam kita nak buat urine drug test saya difahamkan agak kosnya tinggi. Contohnya kita hendak buat urine drug test ini di IPTA ataupun di sekolah-sekolah, sekarang hanya dapat dibuat secara rambang, tidak dapat dibuat secara keseluruhan. Jadi, saya harap perkara ini juga dapat berikan perhatian.

Saya juga menyokong baru-baru ini dapat diberi taklimat berkenaan dengan Drug Reform Policy yang mana saya juga agak terkejut apabila mereka baru keluar penjara, kebarangkalian untuk mereka terjebak kembali dalam dadah 50 peratus setelah sebulan mereka keluar daripada penjara.

Kalau mereka berhadapan- mereka dipulihkan di Cure & Care di bawah AADK dan juga pusat rehab lain, mereka kembali adalah 365. Jadi ia perlu diberikan perhatian terhadap perkara itu.

Last sekali, saya ingin bertanya berkenaan dengan IPCMC dan kerajaan patut melihat kembali IPCMC ini secara komprehensif supaya ia tidak disalah tafsir oleh mana-mana pihak dan terdapat lebih kurang ada 21 agensi lain yang terlibat dalam penguatkuasaan. Kenapa hanya polis sahaja yang perlu diberikan perkara ini. Jadi saya tidak nak ada perkara ini diberi salah tafsir dan mengundang perkara-perkara yang negatif dan melabelkan kita kerajaan yang...

[Disampuk] Terima kasih.

final • 7:51 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kembali balik kepada UMNO.

final • 7:51 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Limbang, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Segamat, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Arau, dan kemudian Yang Berhormat Jelutong.

final • 7:51 PM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 7:56 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Bagan Serai.

final • 7:56 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ada, ada. Ada masa.

final • 7:56 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar.

final • 7:56 PM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

Saya terus kepada Bekalan 62, Butiran 020300 – Kawalan Sempadan. Jadi pada masa ini di sempadan dengan...

[Disampuk] Tedungan iaitu dengan Brunei, bahawa sekarang ini persempadanan pagar-pagar di sempadan ini telah pun didapati oleh pegawai-pegawai imigresen bahawa ia telah pun digunting. Ini menunjukkan ada pembolosan daripada sempadan kita dengan negara Brunei. Mungkin ini dibuat oleh smugglers dan sebagainya.

Jadi pada masa ini pegawai-pegawai imigresen di sempadan Tedungan ini memang tidak cukup sebab sempadan telah dibuka pada pukul 6 pagi sampai pukul 12 malam walaupun tiga syif, masih tidak cukup. Ada pegawai-pegawai RELA yang juga tidak cukup untuk menjaga sempadan ini.

Jadi, adalah disarankan mungkin pihak KDN menempatkan PGA untuk membantu pegawai imigresen menjaga di sempadan kita ini, di pintu-pintu masuk. Begitu juga di kawasan Pandaruan, CIQ Pandaruan di Limbang.

Seterusnya ialah Butiran 030100 – Pendaftaran Negara. Saya juga menyuarakan hal DNA sebab di tempat kita pun juga banyak apabila kita memohon disuruh untuk membuat DNA test, tetapi kemudahannya bukannya senang. Yang banyak apply dan memohon ini adalah orang kampung, orang di pedalaman. Dulu ada satu mobile team yang khusus untuk menangani hal permasalahan untuk mengeluarkan IC kerakyatan kepada penduduk-penduduk rakyat Malaysia. Made in Malaysia.

Bukan made di luar negara. Akan tetapi itulah bagaimana?

Seperti mana disebut oleh Yang Berhormat Rasah juga memang betul. Anak sulung tidak dapat warganegara, anak yang lain semua warganegara. Jadi kalaulah sekiranya DNA ini apabila disarankan dibalas jawapan oleh KDN, disuruh untuk mendapatkan test DNA, apakah ini boleh memastikan mereka akan mendapat kerakyatan? Tentang DNA ini, I think it’s time, dengan izin, for KDN untuk melihat perkara ini, consider DNA ini sebab sekarang ini teknologi kita dah canggih.

Seterusnya ialah hal ehwal imigresen juga iaitu tentang kekurangan pegawai di sempadan Tedungan dengan Brunei dan juga di sebelah utara iaitu di Pandaruan, tidak cukup kaunter. Ada, tetapi pegawai tidak cukup sebab masa untuk sempadan ini buka, dari pukul 6 pagi sampai pukul 12 malam.

final • 7:56 PM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

Seterusnya ialah tentang Pembanterasan Dadah, Butiran – 040100. Jadi, kita juga risau ya.

Untuk pengetahuan KDN, di Limbang sekarang ini, dadah ini sudah meresap masuk ke rumah-rumah panjang di pedalaman. Jadi, kita berharap- bukannya tidak ada usaha dibuat, memang ada. Rasanya kita perlu meningkatkan lagi usaha untuk membanteras dadah khususnya di pedalaman, anak-anak kampung di rumah-rumah panjang.

Seterusnya ialah Maksud P.62 Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis. Jadi, saya ingin menyuarakan juga di sini secara pandangan daripada luar, adalah wajar sekiranya tempat kuarters kerajaan, kuarters-kuarters polis, tempat kediaman ini diberikan perhatian dari segi maintenance dia. Sebab, kita mendapat aduan juga, sana bocor, sini bocor, tingkat-tingkat bangunan ini boleh air dari atas boleh jatuh ke bawah.

Jadi, kita mintalah dilihat perkara ini. Sebab, polis kita bertungkus-lumus siang dan malam menjaga keselamatan kita supaya kita dapat nyenyak tidur tetapi mereka sendiri kita kurang beri perhatian. Memanglah kita akan katakan peruntukan tidak cukup dan sebagainya tetapi kita kena melihat perkara ini. Kalau tidak ada mereka, kita kah yang nyenyak tidur? Kadang-kadang orang sumpah lagi polis, kata anjinglah, apa lah ini tetapi kalau tidak ada mereka, kita yang tidak tidur nyenyak.

Seterusnya ialah tentang- rasanya itu sahaja.

final • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih.

final • 8:00 PM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

Sudah habis sudah. Terima kasih.

final • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Limbang. Saya jemput, yang telah saya panggil tadi, Yang Berhormat Segamat. Kemudian Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Kuala Terengganu.

final • 8:00 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Jangan lupa Papar.

final • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya. Sila.

final • 8:00 PM

Dato’ Seri Dr. Santhara - Segamat

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 8:02 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Ada pula suara lembut.

final • 8:02 PM

Dato’ Seri Dr. Santhara - Segamat

Merujuk kepada Butiran 020100 – Kepolisan, dan juga Butiran 020200 – Kesukarelawan.

Saya ingin membawa kepada perkara hilang, kehilangan dan juga menghilang kerana kita mendapati khususnya kes-kes kehilangan kanak-kanak dan juga remaja, satu data yang saya ingin bawa dari tahun 2011 ke Mei 2019, jumlah kes yang hilang adalah sebanyak 15,042 kes. Yang ditemui semula adalah seramai 14,679. Maknanya kes yang belum ditemui adalah seramai 363 kes dan di antaranya 26 yang ditemui itu telah pun meninggal dunia. Ini menunjukkan satu masalah yang serius di negara kita di mana kita mendapati walau anak-anak kita sendiri, kita tidak berani benarkan mereka jalan kaki ke sekolah dan juga sebagainya kerana kes kehilangan kanak-kanak itu begitu banyak sekali.

Maka, saya ingin bertanya juga kepada pihak PDRM, kementerian khususnya, saya tahu mereka menjalankan tanggungjawab dengan baik dan juga sebagainya. Ada kalanya mereka mempunyai pelbagai kekangan. Kekangan dari segi sumber manusia, dari segi aset-aset dan juga sebagainya. Maka, apakah KDN akan memastikan bahawa mereka mempunyai aset-aset ataupun teknologi dan juga sebagainya dan juga penambahan anggota, waran dan juga sebagainya agar mereka boleh mengatasi kes-kes yang sebegini?

Pada masa yang sama, saya ingin membawa satu perkara juga iaitu kes Annapuranee Jenkins ataupun Anna Jenkins ataupun Rani Jankies iaitu seorang warganegara Australia tetapi dilahirkan di Malaysia, berkahwin dengan seorang anggota air force daripada Australia. Beliau telah melawat ke Malaysia dan juga seterusnya telah hilang pada tahun 2017 dan sehingga kini, walaupun pelbagai laporan dan juga sebagainya dibuat tapi masih tidak diketahui. Kes ini pernah dibawa dalam Parlimen Australia dan juga sebagainya.

Maka, saya ingin juga bertanya kepada KDN agar kes-kes seperti ini, adakah satu task force khas akan diadakan? Ini kerana kita mendapati seramai 363 orang masih belum ditemui. Yang Berhormat, cuba kita bayangkan. Tuan Pengerusi, kalau anak kita itu, bagaimana? Bolehkah kita tidur di rumah dan juga sebagainya? Maka saya rasa kita perlu mencari iktibar untuk menyelesaikan kes ini dan juga mengelakkan kes seperti ini daripada terus berlaku.

Kes Annapuranee Jenkins ini merupakan satu kes yang besar di mana keluarga itu sendiri telah mendakwa di mana saya mendapati mereka katakan bahawa CCTV kita tidak di-check, witness Uber tidak dipanggil, dentist tidak dipanggil, malah husband sendiri pun tidak di-interview dan juga sebagainya. Maka ianya nampak macam kita ini tidak serius. Seolah-olah Malaysia ini berada di negara zaman yang lepas dan juga sebagainya. Maka kita harus cuba menjawab dan perbetulkan agar imej seperti ini tidak rosak di luar negara.

Seterusnya saya ingin membawa kepada Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis.

Saya ingin membawa perkara bahawa IPD Segamat dibina pada tahun 1928-1930 di mana separuh batu dan juga papan. Maka kita mendapati IPD ini sudah sangat lama dan uzur. Saya difahamkan bahawa ianya pernah terlibat dalam Rancangan Malaysia Kesebelas kerana tanah dan juga sebagainya telah diberi, telah dikenal pasti tetapi malangnya tidak dijalankan. Saya harap kementerian dapat memberikan penjelasan.

Mengenai balai-balai polis dan juga sebagainya, saya ingin juga membawa mengenai balai polis ataupun pondok polis yang usang di Sepang Loi dan juga Felda Palong Timur 3. Walaupun ada sedikit bantuan diberikan daripada saya sebanyak RM100 ribu lebih tetapi tidak memadai. Maka saya harap...

final • 8:02 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Cuma hendak celah sikit sahaja.

final • 8:02 PM

Dato’ Seri Dr. Santhara - Segamat

I don’t have time.

final • 8:02 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Boleh?

final • 8:02 PM

Dato' Seri Dr. Santhara - Segamat

Now, please.

final • 8:02 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Saya cuba hendak celah sebab saya tidak ada masa. Saya cuba hendak membawa juga perhatian kepada balai polis di Bandar Kuching terutamanya di kawasan Simpang Tiga. Memang sudah uzur. Jadi, harap ada peningkatan. Sekian, terima kasih.

final • 8:02 PM

Dato’ Seri Dr. Santhara - Segamat

Okey, terima kasih. Okey, dimasukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Kalau Segamat, maka Yang Berhormat Bandar Kuching juga harus dapat, rakan seperjuangan seorang doktor dan juga sebagainya.

Begitu juga dengan balai polis di Gemas Baru, kita mendapati bahawa ianya tidak dapat berfungsi. Malah, rakyat tidak boleh menyeberangi sungai ke Negeri Sembilan. Maka dia terpaksa ke Segamat, jauhnya itu.

Mengenai Imigresen pula, Butiran 030200. Imigresen di Segamat juga bangunannya amat uzur. Malah, mereka tidak ada bilik mesyuarat pun. Maka terpaksa sewa dan juga sebagainya. Kita mendapati ianya menjadi pusat bukan untuk imigresen di Segamat tetapi Imigresen Negeri Sembilan dan juga daripada Pahang dan juga Felda Palong, mereka ke seberang dan juga sebagainya. Maka, ini perkara yang saya ingin bawa.

Akhir sekali, Butiran 040200 – Kepenjaraan dan Koreksional, dan juga Butiran 56000 – Bangunan-bangunan Penjara, Butiran 58000 – Sekolah Henry Gurney, dan juga sebagainya.

Mengenai penjara swasta, ini adalah satu perkara yang harus kita pertimbangkan, kita kaji dan juga sebagainya. Kalau ianya merupakan suatu yang baik dan juga sebagainya, selepas kajian dan juga sebagainya, saya yakin kita boleh juga menjadikan satu fasilitinya tapi kerajaan juga boleh fikir adakah ianya juga untuk fasiliti penjara untuk rakyat Malaysia tetapi kalau penjara swasta ini, adakah kalau daripada luar mereka ingin menghantar consignment untuk kita memperbetulkan dan kembalikan banduan-banduan ini, adakah kita sanggup terima dan juga sebagainya? Adakah kita ingin berfikir luar kotak seperti juga pendidikan antarabangsa dan juga sebagainya? Saya rasa itu sahaja daripada saya.

final • 8:02 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 8:02 PM

Dato’ Seri Dr. Santhara - Segamat

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada PDRM, Imigresen dan juga semua yang telah bertungkus-lumus memastikan kita hidup dalam keadaan selamat. Terima kasih.

final • 8:02 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Segamat.

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Arau.

final • 8:02 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih Tuan Pengerusi yang baik hati.

Yang pertama sekali ialah peraturan lima minit ini agak tergesa-gesa dan tertekan kita dibuatnya.

Walau bagaimanapun, kita ikut. Cuma, Parlimen tadi had yang awal, Kementerian Pertahanan, kita benarkan 10 minit, tujuh minit, lima minit tetapi ini kita mula tujuh minit terus ya. Jadi kalau boleh kita buat lima minit.

final • 8:07 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 8:07 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Shut up man. Get lost lah. Apa.

Yang pertama, saya hendak tanya ini, kenapa gambar Agong tidak dipasang lagi? Ini gambar Agong baharu tidak dipasang lagi. Jadi, ada pelawat-pelawat yang datang tadi tanya saya, “Mana dia gambar Agong?”. Ini untuk Parlimen lah ya, untuk pengetahuan Yang Berhormat ya.

Kemudian, Butiran 010200 – Dasar dan Operasi, dan juga Butiran 020100 – Kepolisian.

Jadi, seperti kawan-kawan yang lain, iaitu abu mayat Chin Peng yang telah kita timbul dalam Kementerian Pertahanan tadi, Kementerian Pertahanan dengan terang menyebut bahawa dia serah kepada Kementerian Dalam Negeri.

Jadi, tugas Kementerian Dalam Negeri sekarang ini untuk menjawab, menyiasat. Sebab apa, polisi kerajaan tidak membenarkan tatapi perkara ini telah dibawa masuk pada 16 September.

Jadi, saya terfikir, kenapa 16 September? Kenapa tidak dibuat sebelum dan sebagainya? Tarikh 16 September ialah Hari Malaysia dan kita tahu bahawa gerakan komunis yang paling dahsyat di negara ini, untuk pengetahuan semua pihak yang kurang membaca, ialah berlaku di Semenanjung dan juga di Sarawak. Jadi, itu sebab dia pilih pada Hari Malaysia kenapa dia buat demikian.

Akan tetapi yang saya sedih itu, kenapa dia mesti taburkan di Banjaran Titiwangsa? Apakah kita hendak isytiharkan Banjaran Titiwangsa sekarang sebagai kubur negara? Kerana, disebut, ditabur di Banjaran Titiwangsa...

final • 8:07 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Yang Berhormat Arau.

final • 8:07 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Banjaran Titiwangsa benda yang cukup panjang. Jadi, kita tidak mahu disebut bahawa Banjaran Titiwangsa ialah kubur negara.

final • 8:07 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Gerik, Gerik.

final • 8:07 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, ya. Sila Yang Berhormat Gerik.

final • 8:07 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila, Yang Berhormat Gerik.

final • 8:07 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Banjaran Titiwangsa itu merentasi daripada Sungai Siput antaranyalah ke Gerik. Di sinilah banyaknya terkorban tentera-tentera, polis dan orang kampung. Bagaimana pandangan Yang Berhormat Arau?

final • 8:07 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, kenapa ditabur tempat dia bunuh, tempat yang mereka bunuh orang dulu, bunuh polis, bunuh tentera, bunuh rakyat?

final • 8:07 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Banyak- antara rakyat, orang yang ramai mati yang dibunuh oleh komunis ialah orang Cina, sebab itu orang Cina terpaksa diberi perlindungan di kawasan kampung-kampung baharu oleh kerana mereka mengancam untuk orang-orang Cina menyokong mereka.

Orang Cina tidak mahu. Itu sebab mereka di pagar di kawasan Kampung Baharu supaya tidak menyokong komunis. Oleh itu merekalah antara orang yang banyak dibunuh oleh komunis. Jadi kenapa kita nak biarkan orang yang bunuh kita, dibawa balik dengan begitu sahaja? Jadi saya minta kementerian untuk menjawabnya.

final • 8:10 PM

Tuan Jonathan bin Yasin - Ranau

Yang Berhormat Arau minta pencerahan sedikit Yang Berhormat Arau.

final • 8:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dan saya tidak boleh membiarkan perkara ini berleluasa.

final • 8:10 PM

Tuan Jonathan bin Yasin - Ranau

Minta pencerahan sedikit Yang Berhormat Arau boleh.

final • 8:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dan saya hairan dalam dunia sekarang ini ialah...

final • 8:10 PM

Tuan Jonathan bin Yasin - Ranau

Sedikit sahaja Yang Berhormat Arau.

final • 8:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kenapa pihak DAP dan sebagainya...

final • 8:10 PM

Tuan Jonathan bin Yasin - Ranau

Pengganas Sulu juga di kubur di Ranau.

final • 8:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Tidak langsung bercakap tentang hal ini?

final • 8:10 PM

Tuan Jonathan bin Yasin - Ranau

Adakah BN juga membenarkan?

final • 8:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya sedar bahawa di Dewan ini ramai juga penyokong komunis! Jadi dengan itu...

final • 8:10 PM

Tuan Jonathan bin Yasin - Ranau

Ya, pengganas Sulu juga di kubur di daerah saya. Saya minta penjelasan Yang Berhormat Arau, bagaimana itu?...

final • 8:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Mungkin mereka kerana itu menyokong untuk membawa balik...

final • 8:10 PM

Tuan Jonathan bin Yasin - Ranau

...Kerajaan BN?

final • 8:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Keduanya ialah Butiran 0300...

[Disampuk] Siapa yang ganggu saya bertaraf penyamun, okey....

final • 8:10 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Penyamun- penyamun tarbus semua, duduk diam ya.

Butiran 30000 – Pengurusan Pendaftaran dan Imigresen. Saya bercakap kelmarin berhubung dengan tanggapan...

final • 8:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Arau, saya...

final • 8:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Seramai 680 orang warga China...

final • 8:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya Cuma hendak minta penjelasan.

final • 8:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Seramai 680 orang warga China yang ditangkap...

final • 8:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Arau...

final • 8:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Akan tetapi telefon bimbit- yang dirampas sebanyak 8,000 lebih komputer peribadi, komputer riba. Yang dirampas lebih daripada 800 tetapi yang ditangkap cuma seramai 680. Ini bermakna bahawa mereka sudah berada di sini beribu-ribu, dan yang ditangkap itu pun Imigresen tidak dapat dokumen mereka ini daripada warganegara mana.

Jadi inilah sesuatu keterobosan yang luar biasa yang berlaku di negara ini, di mana orang luar menjadikan negara ini tempat mereka menipu dalam talian. Kita hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, apa penipuan mereka buat? Adakah mereka menjual Pasport Antarabangsa Malaysia? Adakah mereka menjanjikan warganegara? Apa, apa penipuan yang mereka buat? Akan tetapi kenapa digunakan Malaysia? Kenapa digunakan Cyberjaya? Jadi cyber- online scammer ini saya minta disiasat dengan hebatnya.

Kemudian yang berikutnya ialah pasal APMM. APMM kita tahu bahawa mereka sama-sama dengan Tentera Laut menjaga South China Sea, akan tetapi kita lihat APNM kapal-kapalnya yang berumur 30 sehingga 53 tahun ialah sebanyak 40 biji. Dan yang berumur 38 tahun sebanyak sembilan biji, 53 tahun sebanyak 9 biji dan lain-lain, jumlahnya sebanyak 40 biji. Bagaimana mungkin kita hendak menjaga...

[Disampuk] Shut up!

final • 8:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Teruskan, teruskan.

final • 8:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

No, I don’t care. Ini Tuan Pengerusi, dia ganggu saya. Macam mana saya hendak tutup tidak boleh. Hei penyamun! Diam!

final • 8:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Arau.

final • 8:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Diam, saya hendak buat penutup... [Dewan Riuh]

final • 8:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Shut up!

final • 8:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Arau, teruskan. Selagi dia tidak on mike, dia tidak akan direkodkan. Yang akan direkodkan adalah Arau. Silakan Yang Berhormat Arau. Rumuskan.

final • 8:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bodoh!...

final • 8:10 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Itu rekod ya. Saya tarik balik lah hat- saya minta maaf dengan Tuan Yang di-Pertua, okey.

Saya minta supaya peruntukan- sekarang ini peruntukan yang dibagi hanya RM414 juta.

Mana mungkin mereka boleh menjaga South China Sea dengan menggunakan kapal-kapal yang lama.

Di antara tempat yang mereka jaga dengan hebatnya bersama dengan navy ialah Beting Patinggi Ali, Raja Jarum, dan juga ‘Beting Patinggi Shahidan’...

final • 8:10 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akhir sekali ialah IPCMC ya...

final • 8:10 PM

Dr. Su Keong Siong - Kampar

Butiran Yang Berhormat Arau, apa Butiran dahulu?

final • 8:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila teruskan.

final • 8:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya teruskan ya. IPCMC. Tuan Pengerusi kita tahu bahawa daripada segi Perlembagaan- dia bercanggah dengan Perlembagaan iaitu Perkara 140. Kita dibenarkan untuk membuat apa-apa akta yang berhubung kait dengan SPP tadi akan tetapi 135 ialah berhubung dengan pembuangan ataupun hukuman di bawah 135.

Jadi kalau kita hendak pinda 140, kita kena pinda banyak perkara-perkara yang berkaitan.

Oleh kerana dia bercanggah dengan Perlembagaan, dan oleh kerana kita memberi perhatian kepada satu pasukan penguat kuasa yang dihormati di dunia ini, maka ini ialah satu perbuatan yang karut oleh kerana mereka meletakkan Jawatankuasa yang jaga IPCMC ini 12 orang- seolah-olah 12 orang ini berkuasa dengan penuhnya seperti yang dibuat oleh politburo komunis. Komunis cara mereka memerintah ialah sekumpulan kecil manusia berkuasa kepada segala-galanya. Ini yang cuba hendak dibuat oleh mereka-mereka yang setuju dengan IPCMC...

final • 8:10 PM

Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim

Itu bukan komunis, itu Barisan Nasional.

final • 8:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Mereka menyokong kepada pemikiran- pemikiran komunis! Terima kasih.

final • 8:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Jelutong.

final • 8:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih. Saya ingin merujuk kepada Butiran 56000 – Bangunan-bangunan Penjara, dan juga Pusat-pusat Koreksional.

final • 8:15 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Maaf saya tidak mahu dengar ucapannya.

final • 8:15 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya ingin memohon supaya kita menaikkan lagi emolumen dan bayaran gaji kepada kakitangan penjara dan juga Polis Diraja Malaysia. Berkenaan balai-balai dan pondok polis- saya berterima kasih dan merakamkan ucapan terima kasih kepada kementerian yang akan menghulurkan bantuan untuk menaikkan lagi taraf Balai Polis Jelutong dan IPD Timur Laut. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada kementerian.

Pada masa yang sama, saya ingin merujuk kepada Pengurusan Dasar Dalam Negeri dan saya ingin menyatakan di sini bahawa pada dasarnya kita perlu merombak semula dasar kerajaan.

Ini merujuk kepada Butiran Pengurusan Dasar Dalam Negeri iaitu berkenaan dengan bagaimana kita ingin mentadbir mengenai isu-isu kepolisan.

Pertamanya berkenaan dengan isu-isu melibatkan undang-undang-undang- SOSMA. Saya menyeru kerajaan untuk mempertimbangkan semula peruntukan-peruntukan SOSMA di mana kita lihat kalau boleh kita menimbang semula peruntukan-peruntukan yang kita lihat seperti peruntukan yang kuku besi- draconian in nature, dan saya memohon supaya kalau boleh kementerian melihat semula peruntukan-peruntukan ini dalam SOSMA, dan saya menyeru kalau boleh kita membebaskan...

final • 8:15 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Yang Berhormat Jelutong.

final • 8:15 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...Dengan segera beberapa individu- individu yang telah ditangkap di bawah LTTE ini. Ya, Yang Berhormat Bukit Gelugor.

final • 8:15 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Bukit Gelugor.

final • 8:15 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Berkenaan dengan isu ini isu SOSMA dan penahanan LTTE ini.

Saya just hendak tanya, ataupun minta pandangan daripada Yang Berhormat Jelutong.

Berkenaan dengan isu jamin. Kesemua mereka ini baharu dituduh di mahkamah- tidak didapati bersalah akan tetapi mengikut SOSMA, mereka boleh ditahan tanpa jamin walaupun menang kes- sehingga rayuan habis di mahkamah- pada tiga peringkat mahkamah hingga kepada Mahkamah Persekutuan.

Itu boleh mengambil masa beberapa tahun. So, even if they are, dengan izin, walaupun mereka dilepaskan dan dibebaskan mereka masih boleh ditahan. Bukankah itu merupakan satu perkara yang amat draconian di dalam SOSMA? Bukankah itu menunjukkan bahawa SOSMA ini sepatutnya ditarik balik ataupun repeal- mansuhkan? Apa pandangan Yang Berhormat Jelutong.

final • 8:15 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Yang Berhormat sedikit.

final • 8:15 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan habiskan. Lepas itu saya akan beri peluang kepada Yang Berhormat Kepong.

final • 8:15 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Yang Berhormat, sedikit.

final • 8:15 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Kepong, saya akan habiskan.

Kalau ikut pendirian peribadi saya SOSMA sepatutnya digunakan ke atas pihak-pihak yang merompak dan melakukan rasuah...

final • 8:15 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Seperti Yang Berhormat Pekan dan Yang Berhormat Bagan Datuk. Orang-orang yang merompak, melakukan rasuah, mencuri duit rakyat- sepatutnya digunakan ke atas pemimpin-pemimpin seperti itu akan tetapi- Yang Berhormat Kepong silakan.

final • 8:15 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Ya apa pandangan Yang Berhormat Jelutong, ada seorang Yang Berhormat Timbalan Menteri, dia beritahu media bahawa suspek-suspek SOSMA didakwa semasa Peguam Negara di luar negara? Terima kasih.

final • 8:15 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Perkara itu saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab. Saya bukan Yang Berhormat Timbalan Menteri akan tetapi saya berpendirian bahawa undang-undang SOSMA ini perlu, kalau boleh dimansuhkan dan digubal semula, kerana peruntukan-peruntukannya adalah...

final • 8:15 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Boleh Yang Berhormat Jelutong. Boleh saya satu perkara sahaja berkenaan dengan SOSMA juga. Ini adalah penting dan memandangkan Yang Berhormat Jelutong berucap sekarang, dan saya mencelah agar ia juga direkodkan, untuk kementerian menjawab.

Perkara yang perlu dijawab adalah sama ada Tommy Thomas ataupun Attorney General kami, Peguam Negara kami, merestui pendakwaan SOSMA terhadap LTTE ini, oleh sebab kami baharu-baharu ini dimaklumkan, ada berita bahawa beliau tidak berada di negara- he was abroad pada masa pendakwaan itu dibuat.

Jadi sekiranya Peguam Negara tidak merestui, atau tidak memberi authority kepada pendakwaan tersebut secara legalnya, adakah the commencement of the pendakwaan tersebut, adakah itu mengikut undang-undang?

final • 8:15 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Satu soalan yang begitu baik. Kita minta Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab akan tetapi kalau kita lihat, soalan yang ditanya oleh rakyat sekarang adalah pemimpin-pemimpin dahulu daripada Barisan Nasional yang merompak, melakukan rasuah dan sebagainya masih lagi boleh berjalan seperti biasa.

final • 8:15 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Manakala wakil-wakil rakyat yang memberi penuh dedikasi, memberikan sumbangan kepada rakyat yang hanya menyimpan gambar-gambar individu tertentu di tahan tanpa diberi jamin.

Kita lihat Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Bagan Datuk masih lagi bebas boleh berkempen sana sini selepas merompak duit rakyat. Sepatutnya mereka yang dituduh dan mereka disumbatkan dalam penjara tanpa diberi jamin...

[Disampuk] Mereka tak disumbat dalam penjara.

final • 8:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Belum ada keputusan apa-apa pun.

final • 8:20 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Tidak ada jatuh keputusan daripada mahkamah Yang Berhormat Jelutong.

final • 8:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Kamu ini gobloklah...

final • 8:20 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Jangan buat dakwaan yang tidak tepat.

final • 8:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ini adalah perkara serius.

final • 8:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Goblok! Yang Berhormat Jelutong...

final • 8:20 PM

[Dewan riuh]

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 8:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Jelutong, minta rumuskan.

final • 8:20 PM

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tuan Pengerusi, peraturan mesyuarat.

final • 8:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tak tahu kenapa Yang Berhormat-Yang Berhormat di sana melompat.

final • 8:20 PM

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Peraturan mesyuarat.

final • 8:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan mesyuarat apa?

final • 8:20 PM

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Peraturan Mesyuarat 36(2).

final • 8:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sila.

final • 8:20 PM

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Peraturan Mesyuarat 36(2).

final • 8:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya.

final • 8:20 PM

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Peraturan Mesyuarat 36(2).

“Tidak boleh disebutkan apa-apa perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah sekira-kira pada timbangan Pengerusi harus merosakkan kepentingan-kepentingan pihak-pihak yang berbicara itu.”

final • 8:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Saya minta Yang Berhormat Jelutong...

final • 8:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya terima, saya terima teguran tersebut mungkin Yang Berhormat PAS juga...

final • 8:20 PM

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Jangan buat lagi.

final • 8:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Okey, saya terima mungkin Yang Berhormat PAS juga terasa kerana ada juga yang dituduh di mahkamah kerana...

final • 8:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Kurang ajarlah Yang Berhormat Jelutong ini! Kurang ajar! Kamu ini kurang ajar! Kurang ajar!...

final • 8:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

PAS juga ada terima wang...

final • 8:20 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Kurang ajar!...

final • 8:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

[Pembesar suara dimatikan]

final • 8:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Jelutong baik, terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kuala Terengganu kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Bagan Serai, kemudian Yang Berhormat Gerik dan kemudian Yang Berhormat Kepong. Baik.

final • 8:20 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Lembah Pantai, Lembah Pantai.

final • 8:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ada, ada lagi. Sila Yang Berhormat Kuala Terengganu.

final • 8:20 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tadi ada kurang ajar.

final • 8:22 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Tanah Merah, Tanah Merah?

final • 8:22 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Selepas ini.

Butiran 020000 – Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam. Merujuk kepada butiran pengurusan dan pembangunan yang membabitkan Polis Diraja Malaysia, ada tiga perkara yang berkait hak kebajikan PDRM yang ingin saya ajukan kepada kerajaan berkaitan dengan kenaikan gaji, logistik dan keperluan anggota PDRM.

Berdasarkan respons yang diberikan oleh kementerian sebelum ini saya mendapati pelan- pelan yang berkaitan dengan hak kebajikan anggota PDRM berjalan dengan sangat lambat. Banyak yang masih dalam kajian, menyebabkan anggota PDRM terus terkapai-kapai dalam satu tempoh yang tidak pasti dan menghadapi kos sara hidup yang sangat membebankan. Kenaikan gaji anggota PDRM dikatakan masih perlu melalui siri-siri bengkel untuk menghasilkan kertas kerja untuk dicadangkan kepada kementerian.

Kertas kerja permohonan kenaikan bayaran insentif khas PDRM masih tergantung dan tiada jawapan diberikan sejak tahun 2018 walaupun kali terakhir insentif dinaikkan adalah pada tahun 2010 pada kadar RM100 sahaja. Sejak ianya mula diperkenalkan pada tahun 2001. Permohonan semakan kadar bayaran Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) juga dimaklumkan masih dalam pertimbangan walhal kadarnya sangat tidak setimpal terutama bagi mereka yang perlu tinggal jauh daripada kawasan bertugas. Persoalannya, sampai bila semua ini akan dikaji dan dipertimbangkan? Bila mahu diselesaikan kajian?

Bagi saya persoalan penambahbaikan kebajikan anggota PDRM ini adalah lebih utama untuk mendapat perhatian kerajaan berbanding dengan Rang Undang-undang IPCMC yang kita bisingkan pada hari ini yang jelas masih belum matang, belum dijalankan dengan libat urus semua pihak.

Isi kandungannya boleh dibawa mengapa begitu cepat sekali ke dalam Dewan Rakyat? Oleh itu, saya cadangkan supaya satu Kertas Putih PDRM bertujuan untuk meningkatkan kebajikan PDRM perlu disiapkan sebelum IPCMC dilaksanakan. Tuan Pengerusi, selain itu saya lihat banyak agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri menyebabkan tiadanya perhatian khusus kepada PDRM sedangkan mereka merupakan agensi penguat kuasa terbesar negara. Keadaan balai dan kuarters polis yang daif dan tidak cukup. Saya bagi contoh seperti mana di Parlimen Kuala Terengganu terdapat satu Balai Polis Cabang Tiga dengan populasi penduduk yang sangat besar.

Saya merasakan sudah tiba masanya supaya Kementerian Dalam Negeri mempertimbangkan supaya diadakan balai polis yang baru bagi mengimbangi populasi di bandar raya Kuala Terengganu. Oleh itu, saya amat menyokong pertambahan peruntukan pembangunan yang diterima oleh PDRM bagi pembaikan dan ubahsuai bangunan.

final • 8:22 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Saya ingin penjelasan kerajaan, berapakah bilangan bangunan yang telah dikenal pasti untuk dibaiki dan berapa pula bangunan yang akan dibaiki berdasarkan peruntukan yang akan diberi?

Kalau boleh kerajaan perlu nyatakan juga, berapakah projek baru dan berapa pula projek sambungan yang melibatkan pembinaan kuarters dan bangunan-bangunan yang usang ini?

Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh sedikit tentang Butiran 030200 berkaitan pengurusan pendaftaran dan imigresen iaitu sindiket yang melibatkan warganegara China. Susulan tangkapan 680 warga China di Cyberjaya pada minggu lepas yang disyaki terlibat di dalam sindiket penipuan Internet, saya kira Jabatan Imigresen sedang dihimpit dengan pelbagai persepsi negatif daripada rakyat. Melihat kebanjiran warga China yang masuk ke Malaysia dan terlibat dalam kegiatan jenayah secara besar-besaran adalah berpunca- persepsi rakyat bahawa ia berpunca daripada kelemahan Jabatan Imigresen.

Pertambahan peruntukan belanjawan adalah diperlukan untuk memperkasakan Jabatan Imigresen. Namun sebelum ia dibelanjakan saya kira kementerian berhutang dengan Dewan dan rakyat selepas sindiket ini dibongkar. Bagaimana warga China ini boleh masuk berkumpul dan kemudiannya menjadikan Cyberjaya sebagai pusat operasi jenayah? Siapa yang menyewa, pemilik bangunan tersebut, adakah mereka ini dilindungi oleh pihak-pihak yang tertentu?

Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, adakah kerajaan bercadang untuk menarik balik kemudahan-kemudahan yang diberi kepada warganegara China untuk memasuki Malaysia termasuk Program Pengecualian Visa melalui kemudahan Electronic Travel Registration and Information

(eNTRI), kemudahan permohonan visa atas talian (eVISA), kemudahan mendapatkan visa di pintu masuk atau Visa on Arrival dan Multiple Entry Visa atau permohonan visa dengan kemasukan berulang kali tempoh maksimum sehingga lima tahun.

Seterusnya berkait dengan Butiran 020000 – Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam. Saya ingin mengulas juga berkait dengan isu yang melibatkan abu mayat yang telah disuarakan oleh banyak pihak. Kita sentiasa ditayangkan sebelum ini dengan peristiwa Bukit Kepong yang mengisahkan tentang apa yang telah berlaku, kekejaman yang telah dilakukan.

Saya harap walaupun ada seruan pihak-pihak tertentu khususnya daripada kalangan kepimpinan tertentu menyatakan bahawa sekarang di bawah kerajaan yang baru sepatutnya dasar lebih terbuka. Akan tetapi kita perlu tegas di dalam soal komunis ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 8:22 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 8:22 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis (PDRM). Jadi slogan kata, ‘Polis dan masyarakat berpisah tiada’. Hari ini saya juga kata, ‘Polis dan Parlimen Bagan Serai berpisah tiada’...

final • 8:27 PM

Seorang Ahli

Wah!

final • 8:27 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Jadi saya selalu ke program dengan balai polis dan polis di Parlimen Bagan Serai. Saya jeling-jeling tengok sini sana, banyak masalah yang saya nampak juga, kadang-kadang tak bunyi suara daripada dalam.

Sistem paip di balai dan kuarters selalu rosak, retak di sana, sini sistem kumbahan pun nampak problem. Sistem air conditioner centralized rosak dari mula siap lagi dan bocor sana sini, air conditioner anggota usaha sendiri beli dan sebagainya. Pam air kadang-kadang rosak tingkat atas dan terputus bekalan. Jadi saya sebagai Ahli Parlimen yang sangat prihatin tentang masalah polis di sana bantulah, air conditioner lah, tong sampah yang pecah pun saya ganti juga, Hari Polis dan sebagainya, yang penting polis ini kena diberi keistimewaan.

Tuan Pengerusi, saya berpindah kepada Butiran 18000 – Pembaikan dan Ubahsuai (PDRM) dan Butiran 60000 – Pusat Latihan Penjara. Jadi kalau ramai orang cakap tentang penjara ini dengan orang-orang dalam penjara dan penjara yang sempit dan sebagainya, saya hendak cakap tentang peranan dan jasa haiwan di dalam unit-unit beruniform.

Jadi saya cakap tentang khidmat K9. Lima agensi yang pakai K9 Bomba KPKT, K9 anjing perang ATM Kementerian Pertahanan, anjing pengesan Kastam Kementerian Kewangan dan dua yang saya hendak sebut di sinilah ialah unit K9 PDRM Kementerian Dalam Negeri dan unit K9 Penjara Kementerian Dalam Negeri.

final • 8:27 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Jadi kita amat berterima kasih kepada makhluk Allah SWT yang cerdik ini, anjing yang cerdik ini, anjing yang hebat ini yang menolong kita untuk menyelesaikan banyak masalah. Begitu juga dengan unit K9 Penjara yang telah membantu dalam menjaga kesucian dan kelestarian penjara daripada benda-benda yang tak eloklah dan sebagainya.

Namun yang demikian kita harap pihak kementerian akan sentiasa mengambil berat tentang rakan-rakan kita di unit K9 ini supaya keperluan mereka, fasiliti mereka di jaga dengan baik. Apa yang menjadi kebimbangan kepada pencinta-pencinta haiwan di negara ini, apa benda yang tiba-tiba timbul hari ini ialah persoalan daripada rakyat yang prihatin, ke manakah wira-wira, wira-wira ini anjinglah, yang telah tua dan bersara atau handle, mereka pergi ke mana?

final • 8:27 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Adakah wira-wira berkaki empat ini akan ditidurkan secara suntikan? Ini pertanyaan. Harap- harap tidak. Akan tetapi kalau ya, adakah kementerian perlu merujuk kepada SOP ini supaya ia tidak perlu dilakukan lagi. Contohnya, reassign bagi kepada handler baru ataupun jika ia sudah bersara, kita retrain anjing-anjing ini supaya ia boleh diadopt, diambil balik sebagai anak angkat oleh rakyat bagi menghabiskan sisa-sisa tuanya. Jadi inilah Tuan Pengerusi. Allah SWT ciptakan insan dan juga hamba-hamba-Nya yang hebat, yang tidak boleh bersuara tetapi boleh menolong manusia. Jadi janganlah kita main-main dan hina-hinakan anjing ini.

Tuan Pengerusi, Butiran 020000 – Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam.

Saya ingin menyebut sedikit tentang emolumen yang saya tengok telah turun RM77 bilion daripada RM76 bilion dengan angka penjawat yang sama. Jadi saya rasa sepatutnya polis yang telah berkorban juga tiap-tiap hari kehidupannya agak risiko, sepatutnya diberikan gaji yang lebih, sepatutnya diberikan imbuhan yang lebih. Ini saya rasa ramai orang akan setuju sebab ini juga akan memberikan mereka semangat untuk meneruskan pekerjaan.

Saya juga ingin menyentuh tentang Rang Undang-undang IPCMC ini yang saya rasa kerajaan patut melihat balik tentang rang undang-undang ini. Kalau kita perlu wujudkan keadilan kepada polis, kepada PDRM, saya berpendapat selesaikan dahulu isu-isu yang bertentangan dengan Perlembagaan, perundangan dan juga kebajikan dan logistik. Kalau IPCMC ini dia menerima aduan, dia siasat aduan, dia dakwa dan dia hukum, semua dia hendak sapu.

Jadi ini sudah lebih daripada katakan kesalahan tingkah laku. Kalau tidak ada wakil polis ataupun mantan polis dalam IPCMC ini, bagaimana mereka hendak betul-betul tepat kerana tidak ada orang yang pakar, yang berpengalaman dalam bahagian IPCMC ini.

Seperkara lagi, kalau IPCMC ini dia yang lucutkan pangkat, dia yang buangkan kerja, habis dia sudah sapu bersih, di mana letaknya SPP pula hari ini? Jadi saya rasa Tuan Pengerusi, kerajaan jangan tergesa-gesa ...

final • 8:30 PM

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Dengar itu Yang Berhormat Jelutong, dengar.

final • 8:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terlajak perahu boleh di undur, terlajak fasal IPCMC, buruk padahnya. Terima kasih.

final • 8:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Gerik, diikuti oleh Yang Berhormat Kepong.

Kemudian Yang Berhormat Kota Tinggi. Minta dua minit, silakan.

final • 8:30 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 020300 – Kawalan Sempadan. Kita mendapati kebocoran di sempadan kalau ikut laporan KSN, antara RM3 bilion hingga RM5 bilion setahun. Bermakna, ada sedikit masalah kawalan sempadan di seluruh negara. Maka saya hendak bertanya kepada pihak kerajaan, sejauh mana kelengkapan yang kita berikan kepada kawalan sempadan? Contoh saya ambil CIQ di Pengkalan Hulu. Peralatan untuk menyemak senjata api. Hari ini, pihak yang menyeludup cukup bijak. Dia pecahkan berasingan kecuali kita hendak mengesan benda tersebut dengan adanya peralatan di pintu masuk.

Sedangkan kalau kita tengok di Pengkalan Hulu, agak sukar untuk orang membolosi sempadan tersebut tanpa melalui sekatan di Imigresen dan juga Kastam. Bermakna, kalau peralatan tidak cukup, pegawai menyemak sambil lewa, maka besar kemungkinan senjata-senjata api akan di seludup ke dalam negara kita. Dia memberi kesan yang tidak baik dan kemungkinan senjata-senjata haram berada dalam pasaran.

final • 8:32 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Begitu juga saya dimaklumkan, kereta mewah yang menjadi permintaan yang tinggi di sempadan seperti Vellfire, Alphard, Pajero, juga ini kerana kawalan sempadan di sempadan tidak berapa kuat, menyebabkan pembolosan boleh dilakukan. Saya minta supaya Kementerian Dalam Negeri menyemak balik kedudukan tersebut dan kita tidak boleh hendak menyalahkan mana-mana pihak tetapi kita tengoklah supaya perkara tersebut tidak menjadi satu masalah pada masa hadapan.

Butiran yang seterusnya iaitu 04000 – RELA. RELA ialah satu unit di bawah Kementerian Dalam Negeri, dianggotai oleh sukarelawan yang cukup ramai dalam negara. Akan tetapi saya difahamkan pihak kementerian ingin mewujudkan wajah baru kepada RELA. Bagaimanakah perancangan pihak kementerian untuk menjadikan RELA ini antara badan sukarelawan yang boleh membantu keselamatan dalam negara?

Kalau kita tengok yang ada pada hari ini, keluh-kesah pihak RELA yang dapat bekerja secara bersama, sama ada dengan polis, dengan imigresen atau kastam, mereka mendapat tuntutan elaun yang agak rendah. Maka diharapkan bolehlah dinaikkan elaun mereka tersebut. Saya amat percaya RELA dianggotai oleh pelbagai golongan dan satu-satunya badan pasukan keselamatan sukarela yang paling ramai anggota dan boleh membantu keselamatan negara dan di mana sahaja di dalam negara.

Perkara yang ketiga, saya juga sudah baca buku IPCMC. Dilihat, kita cuba berlawanan dengan Perlembagaan negara dan tidak dilihat ada penglibatan Menteri Dalam Negeri. Maka diharapkan, Kementerian Dalam Negeri, minta kepada Pejabat Perdana Menteri supaya rang undang-undang ini kita tarik dahulu. Kalau tidak nanti, dia akan menjadi isu yang hangat dalam pasaran, menampakkan Kerajaan Pakatan Harapan ini “bersultan di mata, beraja di hati”. 12 orang akan mengawal seluruh anggota polis dan tidak boleh hendak kompelinlah, hendak apa kalau hendak dijatuhkan pangkat dan pelbagai lagi dan pula 12 orang ini bukan datang daripada anggota polis.

Mana mereka tahu suasana yang ada pada masyarakat polis. Itu yang berlaku hari ini, Kerajaan Pakatan Harapan, bukan semua, yang menganggap Komunis ialah sebagai perjuangan. Serupa tadi Yang Berhormat Jelutong cuba gambarkan dalam Parlimen, belum jatuh hukuman, sudah bersalah.

final • 8:32 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Minta penjelasan.

final • 8:32 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Kita menipu dalam Dewan yang mulia ini- tidak payahlah Yang Berhormat Jelutong bangun.

final • 8:32 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Siapa yang membela Komunis? Kita tidak pernah membela Komunis.

final • 8:32 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Fasal Yang Berhormat Jelutong menipu dalam Dewan.

final • 8:32 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kita tidak- Pakatan Harapan tidak pernah membela Komunis. Jangan putar belit.

final • 8:32 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Kalau hendak bercakap di luar, saya tidak peduli.

Sebelum jatuh hukuman, mana ada Dato’ Najib dan Dato’ Zahid sudah dijatuhkan hukuman. Yang Berhormat Jelutong seorang peguam yang handal. Adakah bodoh dengan menyatakan Dato’ Sri Najib, Yang Berhormat Pekan dan juga Dato’ Seri Zahid telah dijatuhkan hukuman? Belum lagi.

final • 8:32 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Yang Berhormat Gerik, tetapi isunya...

final • 8:32 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat...

final • 8:32 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Belum lagi.

final • 8:32 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Yang Berhormat telah mengatakan kita membela Komunis. Mana ada.

final • 8:32 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat yang kurang bijak.

final • 8:32 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Jangan mengelirukan Dewan. Jangan membuat fitnah sebegini.

final • 8:32 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Mana ada mahkamah di Malaysia yang mengatakan Dato’ Najib sudah bersalah dalam 1MDB.

final • 8:32 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Akan tetapi itu lain.

final • 8:32 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Mana ada kata dalam mahkamah di Malaysia ini Dato’ Zahid sudah bersalah.

final • 8:32 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bila kita bela Komunis Yang Berhormat? Yang Berhormat itu yang kurang bijak....

final • 8:32 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli Yang Berhormat, silakan Yang Berhormat Gerik. Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kepong. Sila.

final • 8:32 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 040100 – Pembanterasan Dadah. Kebelakangan ini kita ada baca di berita, tiap-tiap bulan ada pegawai polis, anggota polis yang ditangkap sebab kesalahan dadah.

Jadi soalan saya kepada Menteri, apakah langkah-langkah tindakan serius yang dijalankan oleh kerajaan untuk membanteras kesalahan dadah di kalangan PDRM? Adakah kemungkinan hukuman disiplin oleh PDRM terhadap mereka longgar dan ringan, mengakibatkan ada anggota atau pegawai polis berani terlibat dalam kesalahan dadah?

Butiran 11000 – Ibu Pejabat Polis (PDRM) dan Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis

(PDRM). Di Kepong yang berkaitan adalah Ibu Pejabat Daerah Polis Sentul dan dua buah balai iaitu Balai Polis Jinjang dan Balai Polis Kepong.

final • 8:38 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Sudah banyak tahun kementerian tidak menaik taraf, memperbaiki alat-alat perkakasan seperti komputer, kipas, almari, meja, pintu tandas dan sebagainya. Saya minta, ketiga-ketiga premis itu diperbaiki, di naik taraf dan sebagainya.

Butiran 20000 - Alat-alat Perhubungan Radio (PDRM), bersama dengan Butiran 24000 - Alat Bantuan Teknik (PDRM), dan juga Butiran 25000 - Sistem Teknologi Maklumat (PDRM). Ini mengenai pengumuman oleh Ketua Polis Negara pada bulan September bahawa pihak polis akan menggunakan body camera bagi anggota polis on the bit menjalankan tugas, operasi.

Jadi, soalan saya, saya tidak tahu butiran mana yang berkenaan. Soalan saya, bilakah body camera ini akan dilaksanakan dan berapa body camera telah dibeli dan berapakah kos setiap body camera?.

Butiran 56000 – Bangunan-bangunan Penjara. Di kawasan Parlimen Kepong ada sebuah Lokap Berpusat Jinjang yang agak besar. Di mana tandas tersumbat, paip air rosak, tidak ada air, sedikit sahaja. Bilik sel tidak boleh simpan orang, jadi saya minta kerajaan... [Yang Berhormat Bukit Gelugor membantu ucapan] Tidak boleh menahan orang [Ketawa] Jadi, saya minta kerajaan look in to it, dengan izin, menaik taraf, memperbaiki Lokap Berpusat Jinjang. Butiran 62000 – Langkah-langkah Keselamatan (Penjara). Di Lokap Berpusat Jinjang yang sama, saya minta sekurang-kurangnya seorang doktor ditempatkan. Untuk makluman Dewan ini, Lokap Berpusat Jinjang ini tidak ada doktor, jadi ada masalah kesihatan orang-orang yang ditahan.

Butiran yang terakhir, Butiran 80000 – Program Bandar Selamat. Saya minta diberitahu, apakah program bandar selamat yang akan dijalankan atau dirancang pada tahun hadapan bagi Ibu Kota Kuala Lumpur? Khususnya di tempat pelancongan. Ini demi menjaga nama baik Kuala Lumpur sebagai satu tempat pelancongan. Apa rancangan program-program bandar selamat yang akan dijalankan di kawasan Parlimen Kepong? Sekian, terima kasih.

final • 8:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kepong.

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kota Tinggi.

final • 8:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi

Dua minit sahaja.

final • 8:43 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Dua minit, last sekali patutnya.

final • 8:43 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi

Dua minit, jangan kacaulah.

Tuan Pengerusi, saya terus merujuk kepada Butiran 91000 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

final • 8:43 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi

Saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri supaya dapat diletakkan peruntukan untuk naik taraf bangunan APMM ini Yang Berhormat Menteri, berada dalam keadaan yang lusuh, bumbung rosak, lantai rosak, perlu pendawaian semula. Kerosakan ketara kepada jeti dan juga keperluan kepada cradle boat 18 meter. Kedua, perkara biasa naik taraf balai bomba-bomba. Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis (PDRM). Balai Polis Mawai Tanjung Sedeli, Teluk Sengat, Ayer Tawar 2 dan mohon diwujudkan semula Pondok Polis Sedeli Besar. Dahulu ada, sekarang tidak ada, jadi banyak masalah berlaku untuk orang kampung.

Akhir Tuan Pengerusi, Butiran 040100 – Pembanterasan Dadah. Saya ingin dapat penjelasan, kita dapat makluman Yang Berhormat Menteri telah pun maklumkan tiga pasukan khas Polis Diraja Malaysia dimansuhkan pada April yang lepas susulan daripada penstrukturan semula beberapa jabatan. Salah satunya ialah Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING).

Saya hendak tanya, apakah kesan daripada pemansuhan pasukan STING ini? Adakah ia menunjukkan kesan positif? Berapa jumlah kes yang melibatkan narkotik dalam tempoh berkenaan berjaya diselesaikan? Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 8:43 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi.

Saya ada beberapa lagi senarai di sini.

final • 8:43 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Ya.

final • 8:43 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Saya jemput Yang Berhormat Lembah Pantai.

final • 8:43 PM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok

Bachok.

final • 8:43 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu.

final • 8:43 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Kemudian...

final • 8:43 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Sebelah sini pula.

final • 8:43 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

...Yang Berhormat Sibuti.

final • 8:43 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu.

final • 8:43 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Bachok dan Yang Berhormat Pontian.

final • 8:43 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu, dua minit.

final • 8:43 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Tanah Merah, Tanah Merah. Ada senarai tidak, Tanah Merah?

final • 8:43 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ada. Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Putatan pun ada. Akan tetapi saya jemput dahulu Yang Berhormat Lembah Pantai.

final • 8:43 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Tidak mengapa, Tanah Merah satu minit pun tidak mengapa.

final • 8:43 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ringkas sahaja Butiran 051400 – Program Reintegrasi Penghuni (PRP).

final • 8:45 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu, dua minit.

final • 8:45 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Kita sekarang sedang berusaha untuk menuju konsep, dengan izin, restorative justice, bukan punitive, justice. Maka, saya ingin bertanya, apakah usaha yang sedang dilakukan? Berapa ramai banduan yang telah dapat diterapkan semula dalam masyarakat? Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak kementerian, terutama isu stigma?

Ramai yang beranggapan mereka yang telah menjadi banduan tidak boleh lagi menjadi sebahagian daripada masyarakat. Maka, tekanan mental terhadap mereka dan kesan stigma itu agak tinggi dan ini akan mengakibatkan mereka terus terjerumus dalam kancah jenayah selama-lamanya kemungkinan.

final • 8:45 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Saya ingin menyentuh Butiran Maksud Pembangunan 58000 – Sekolah Henry Gurney

(Penjara). Saya lihat, apabila saya melawat Sekolah Henry Gurney pada tahun lalu, ramai yang bertanya, apakah pihak kerajaan tidak boleh memberikan lebih banyak peruntukan untuk melakukan program-program di dalam sekolah tersebut? Saya lihat anak-anak muda yang bersekolah di situ, mereka mengharapkan bantuan, bukan sahaja dalam program-program yang dapat dilakukan.

Apabila peruntukan kurang, maka tidak banyak yang dapat diusahakan.

Saya harap sejajar dengan usaha kita ke arah restorative justice, maka kita pertimbangkan untuk tahun-tahun ke depan. Kita tingkatkan sedikit sumbangan ataupun peruntukan untuk Sekolah Henry Gurney agar program-program dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

Saya ingin menyentuh Maksud Pembangunan...

[Disampuk] Belum lagi, ada lagi. Maksud Pembangunan 80000 – Program Bandar Selamat.

Saya lihat program ini satu program yang sangat berjaya. Persoalannya, adakah kita boleh kembang luaskan, tingkatkan lagi jumlah ini? Oleh kerana kalau di kawasan Lembah Pantai dan kawasan Segambut, beberapa balai polis yang telah terlibat memang sentimen penduduk amat positif terhadap kehadiran polis dalam masyarakat. Malah program aktiviti-aktiviti yang dilakukan, termasuklah pembukaan kaunter dalam masyarakat dan pihak polis duduk di kawasan-kawasan tersebut memang menampakkan satu perubahan persepsi orang ramai terhadap polis.

Bagi saya ini satu langkah yang baik dan kalau boleh kita perlu kembang luaskan dan kalau kita lihat mungkin boleh ditambahkan di negeri-negeri yang lain. Sekarang ini di Kuala Lumpur tetapi saya percaya di Selangor dan juga pelbagai negeri yang lain boleh diusahakan. Maka, saya ingin memohon agar dipertimbangkan. Mungkin kalau kita ada sebarang peruntukan tambahan untuk tahun 2020, maka dipertimbangkan peningkatan bagi program-program bandar selamat ini.

Akhir sekali, saya ingin menyentuh- saya bersama-sama dengan ramai yang lain dalam butiran-butiran yang dibangkitkan berkenaan dengan IPCMC. Saya juga berpandangan sama seperti Yang Berhormat Bagan Serai, seperti ramai sahabat-sahabat yang lain. Kita jangan terlalu tergopoh gapah, saya rasa kita perlu berhati-hati, kita perlu pertimbangkan isu kebajikan, isu apa yang telah disebut oleh ramai anggota polis.

Akan tetapi pada masa yang sama, jangan sehingga kita tidak laksanakan langsung. Ini kerana perlu ada sedikit penambahbaikan. Cuma, bagi sayalah perkataan IPCMC, perkataan ‘M’ dalam misconduct itu secara tidak langsungnya mengandaikan misconduct. Bagi saya mungkin kita perlu ubah, bukan ‘M’ tetapi mungkin conduct, IPCCC contohnya. Supaya conduct itu yang menjadi- yang kita lihat untuk tambah baik. Seperti yang dilakukan di negara United Kingdom melalui Independent Office For Police Conduct (IOPC).

Saya ingin menyentuh bagi isu pembaikan dan ubahsuai PDRM. Apabila kita lihat ada sejumlah yang telah disediakan di semua negeri, banyak yang perlu kita utamakan. Akan tetapi kalau di Kuala Lumpur, di kawasan Lembah Pantai, kalau boleh berek ataupun kuarters- maaf, perumahan Polis Bukit Aman, kalau boleh itu saya lihat ada keperluan untuk kita tambah baik. Malah baru-baru ini, saya ucapkan terima kasih kepada Tan Sri Ketua Polis Negara yang telah segera turun untuk melihat masalah lif di kuarters perumahan Bukit Aman. Akan tetapi banyak lagi masalah wiring, masalah anai-anai dan perlu kita utamakan untuk semua berek-berek dan perumahan-perumahan ini. Sekian, terima kasih.

final • 8:45 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sibuti.

final • 8:45 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Sibuti sudah tadi.

final • 8:45 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Aik, sudah ada sudah? Baik, saya jemput Yang Berhormat...

final • 8:45 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Kangar.

final • 8:45 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Hulu Terengganu.

final • 8:45 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Saya bagi Yang Berhormat Bachok.

final • 8:45 PM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok

Terima kasih Tuan Pengerusi...

final • 8:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ada dalam senarai.

final • 8:50 PM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok

Bismillahi Rahmani Rahim.

Saya terus kepada Butiran 040100 – Pembanterasan Dadah. AADK mengeluarkan kenyataan kira- kira dua juta pelajar atau tiga juta keluarga dikenal pasti berisiko terlibat dengan dadah, serta 178 lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi (KBT).

Saya ingin bertanya, apakah langkah kementerian menangani kebejatan jenayah dadah di KBT yang disenaraikan ini dan juga melibatkan hampir 3,000 sekolah rendah mahupun menengah di kawasan berkenaan. Saya juga ingin bertanya kepada kementerian mengenai langkah pencegahan dadah kepada golongan muda memandangkan 74 peratus penagih baru adalah berusia di antara 19 tahun hingga 39 tahun.

Tambahan lagi, sejauh mana penguatkuasaan terhadap penghapusan jenayah dadah diperluaskan sehingga ke perniagaan atas talian dan sebagaimana yang lebih mudah aksesnya kepada golongan tersebut?

Selain itu, saya juga ingin mendapatkan penjelasan mengenai berapakah nilai harta yang telah disita di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakkan Harta) 1988 bagi menyekat kewangan kumpulan yang terlibat dengan pengedaran dadah. Begitu juga dengan kawalan sempadan Sekretariat Nukleus Narkotik (SNN) di sempadan-sempadan negara khususnya di Kelantan, Kedah, Perlis serta Sabah dan Sarawak. Apakah langkah meningkatkan penguatkuasaan di sempadan- sempadan ini? Mohon perhatian dan penjelasan kementerian.

Akhir sekali, dalam Butiran 80000 – Program Bandar Selamat. Pertama sekali, saya ingin mendapatkan penjelasan, apakah Program Bandar Selamat sepenuhnya diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri, bukan lagi di bawah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Kementerian Wilayah Persekutuan. Ini kerana saya tidak dapati butiran yang sama di Kementerian Wilayah Persekutuan.

Kedua, peruntukan dalam butiran pembangunan ini telah mengalami pengurangan yang ketara sejak tahun 2018 dengan hanya peruntukan RM5 juta sahaja pada tahun 2020 disediakan berbanding RM14.8 juta pada tahun 2018 dan RM10 juta pada tahun 2019. Saya berpandangan jumlah tersebut terlalu kecil berbanding keperluan membangunkan Program Bandar Selamat yang amat mustahak ketika ini.

Ketiga, saya ingin mendapatkan senarai Bandar Selamat di bawah PDRM ketika ini, apakah program yang telah dilaksanakan di Bandar Selamat tersebut? Sejauh manakah ia telah berjaya mengurangkan kadar jenayah dan rasa selamat masyarakat yang tinggal di sana? Terima kasih.

final • 8:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Bachok.

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kangar.

final • 8:50 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyebut beberapa perkara. Pertama dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada KDN kerana Global Peace Index 2019 menunjukkan kita naik sembilan anak tangga dari tangga 25 ke 16. Saya berharap kita akan dapat kekalkan atau tambah lebih baik lagi.

Kedua, ucapan tahniah juga kerana pelantikan Datuk Surina Saad, seorang wanita sebagai Ketua Polis Negeri Perlis yang baharu. Saya percaya saya perlu sebut bagi menggalakkan lebih ramai wanita terlibat dalam agensi keselamatan seperti PDRM...

[Tepuk] Saya hendak menyentuh Butiran 020300 – Kawalan Sempadan. Ini kerana ada komen daripada ketua polis yang baharu betapa sukarnya untuk kita hendak menyelesaikan isu penyeludupan di sempadan. Tadi kawan saya Yang Berhormat Batu Kawan ada sebut tentang penyeludupan di Padang Besar. Cuma malangnya ialah, kenapakah perkara ini didedahkan oleh SPRM? Adakah itu menunjukkan bahawa kejadian penyeludupan ini berpunca daripada rasuah? Jadi saya hendak tanya, kenapakah ini berlaku? Apakah langkah penambahbaikan yang akan diambil bagi mengatasi hal ini? Ini kerana berita menunjukkan walaupun sudah didedahkan, masih lagi berlaku kejadian seolah-olah tidak ada rasa takut dan tidak ada rasa hormat terhadap agensi penguatkuasaan.

Seterusnya Butiran 020200 – Kesukarelawanan. Tahun lalu saya ada bangkitkan isu aduan daripada sukarelawan polis tentang elaun mereka yang tidak masuk sejak dua kali hari raya dia kata.

Jadi, saya telah bawa perkara ini kepada Yang Berhormat Menteri dan dapat maklum balas daripada Setiausaha Politik Menteri bahawa ia telah dimasukkan.

final • 8:52 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Jadi, saya berharap ia tidak akan berulang lagi dan saya minta juga elaun ini disemak kerana kita baru-baru ini kita tahu ada elaun kenaikan elaun bomba. Jadi supaya elaun sukarelawan polis dan Butiran 04000 – RELA, dapat dipertimbangkan untuk dinaikkan.

Juga minta pihak KDN mempertimbangkan tentang overtime polis. Kita tahu polis tidak ada overtime. Mereka bekerja jauh lebih lama, 200 hingga 300 jam sebulan. Jadi, mungkin dapat dipertimbangkan sekiranya kita tidak boleh bayar ikut jam, mungkin kita boleh bayar untuk satu nilai tetap sebulan ataupun boleh mula dengan pegawai rendah ataupun memperkenalkan elaun sewa rumah dan juga sara hidup mengikut kawasan mereka bertugas.

Seterusnya Butiran 020100 – Kepolisan. Saya baru baca berita di Selangor telah diperkenalkan satu masjid, satu polis. Kita juga pernah ada pegawai perhubungan sekolah (PPS) masih lagi diamalkan. Mungkin juga kita patut wujudkan program satu taman ataupun satu kampung satu polis.

Seterusnya ialah perkara berkaitan dengan Opp Blue Devil. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pendedahan 190 anggota polis yang terlibat dengan dadah. Saya hendak tahu, apakah punca ini berlaku? Apakah tindakan yang diambil untuk pemulihan? Adakah mereka mula ambil dadah selepas menjadi anggota atau mereka ini gagal dikesan semasa proses tapisan untuk pengambilan menjadi anggota polis?

Juga dalam hal kepolisan ini, saya juga hendak bertanya dengan lebih lanjut. Apakah tindakan telah diambil mengenai laporan SUHAKAM mengenai kehilangan paksa saudara Amri Che Mat. Itu salah seorang daripada penduduk Kangar yang telah dilaporkan.

Seterusnya Butiran 030100 – Pendaftaran Negara. Terkait dengan program khusus berkaitan dengan Butiran 050600 – Kad dan Dokumen Pengenalan, serta Butiran 47000 – Pengkomputeran dan Kad Pintar (JPN).

Saya fikir ini soalan yang serius. Tadi ada Ahli Parlimen yang membangkitkan tentang pemberian kad pengenalan ataupun penjualan kad pengenalan. Ini kerana secara tidak langsung boleh mempengaruhi keputusan pilihan raya iaitu memilih- maksudnya boleh menentukan corak perjalanan kerajaan kita. Di Tanjong Piai ada aduan pengundi yang tidak dapat mengundi kerana ada orang mengundi. Kita tahu ada tiga laporan polis yang sempat saya baca dalam berita.

Jadi, saya harap Jabatan Pendaftaran Negara juga dapat membantu Suruhanjaya Pilihan Raya bagi memulihkan data pilihan raya supaya pengundi yang sebenar dapat mengundi.

Penyelarasan perlu melibatkan pihak hospital, badan pengurusan jenazah pelbagai agama dan sebagainya.

Kewarganegaraan selalu disebut sebagai anugerah tertinggi. Saya percaya kita perlukan satu sistem yang boleh dipercayai rakyat. Kita tidak boleh bagi kewarganegaraan atas ihsan Menteri ataupun jawatankuasa. Ini kerana rakyat juga menilai kalau bini pembesar, bini Menteri senang dapat warganegara tetapi kalau rakyat yang susah, yang sangat memerlukan, sangat susah untuk dapat kewarganegaraan. Mungkin kita patut perkenalkan satu sistem sebagaimana di Amerika sebelum mereka layak memohon, mereka mesti mengikuti satu kursus pada satu jangka masa tertentu.

Jadi selepas mereka mengikuti kursus ini, mereka perlu duduk dalam satu ujian barulah tidak timbul isu warganegara tidak boleh berbahasa Melayu, warganegara tidak tahu siapa pemimpin negara dan sebagainya. Jadi, kita sendiri kena memperbaiki persepsi umum tentang ini.

final • 8:52 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Kangar.

final • 8:52 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Terkait dengan isu ini juga parti setiap sasaran kalau kita tengok dalam outcome ini, sasaran jumlahnya puluhan ribu setiap tahun.

final • 8:52 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Kangar. Yang Berhormat Kangar, boleh...

final • 8:52 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Jadi ini sangat membimbangkan. Saya minta maaf, masa tidak cukup. Kena akui...

final • 8:52 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Isu warganegara.

final • 8:52 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

...Masalah yang ada sebenarnya lebih mendasar.

Sila, sikit.

final • 8:52 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Kangar, sebenarnya di bawah Perkara 15 Perlembagaan Persekutuan, isteri kepada warganegara Malaysia berhak untuk mendapatkan kewarganegaraan selepas dua tahun bermastautin di Malaysia. Ini satu undang-undang yang jelas.

Jadi- tetapi kerajaan masih belum mengikuti peruntukan Perlembagaan Persekutuan ini.

final • 8:52 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Adakah setuju agar undang-undang ini dipakai untuk semua isteri warganegara Malaysia seperti yang diperuntukkan?

final • 8:52 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Saya percaya Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi. Kalau kita sendiri kerajaan tidak dapat menegakkan Perlembagaan, sia- sialah ikrar kita semasa menjadi Ahli Parlimen. Jadi, saya harap ini juga dapat dipertimbangkan dan boleh masuk dalam sebahagian daripada ucapan saya.

Saya tadi menyentuh tentang isu parti. Ini yang terakhir kerana kita kena akui bahawa masalah ini lebih mendasar, banyak kezaliman berlaku dalam isu pekerja asing atau pendatang asing tanpa izin ini. Ia banyak daripada rangkaian daripada dia hendak masuk, dia berhutang, dia meninggalkan ahli keluarga, dia terbiar di sini tidak ada saudara-mara dan sebagainya. Ada yang mati begitu sahaja, ada yang- maksud saya, ialah tidak mendapat keadilan dalam banyak segi.

Jadi, ia juga sedikit sebanyak menyumbang kepada perkara jenayah apabila orang terdesak, pasportnya sudah majikan ambil, rampas, dia didera, dia lari dan kadang-kadang mereka yang terlibat dalam jenayah semata-mata untuk hidup dan dapat bertahan sehinggalah mereka dapat menyelamatkan diri sama ada pulang secara haram ataupun sebagainya.

Jadi, saya percaya KDN patut membentuk satu sistem yang memberi pertanggungjawaban bukan sahaja kepada pekerja ini, tetapi juga kepada majikan dan juga ejen yang membawa mereka masuk. Jadi, supaya mereka ini- hak asasi mereka dipertahankan. Selain daripada itu, kita memastikanlah kerana apabila kita mengambil pekerja-pekerja asing ini, ia juga sedikit sebanyak akan menyentuh tentang hubungan diplomatik kita dengan negara lain. Itu sahaja...

final • 8:52 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kangar.

final • 8:52 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

...Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.

final • 8:52 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih. Saya bagi peluang seterusnya kepada Yang Berhormat Pontian. Sila Yang Berhormat Pontian.

final • 8:52 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Terima kasih. Butiran 030100 – Pendaftaran Negara. Daripada RM371 juta, saya ingin mencadangkan agar digunakan sebahagiannya untuk pendaftaran automatik pengundi yang ada empat juta orang yang belum mendaftar berumur 21 tahun ke atas dan 1.5 juta berumur 18 hingga 21 tahun supaya bersama dengan SPR, peruntukan itu diguna bersegera untuk menyelesaikan pendaftaran sebagai pengundi sebelum- dan boleh digunakan untuk PRU yang ke-15.

final • 8:59 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Kedua, hal ehwal imigresen. Minta jumlah pemberian warganegara baru dan diberi dari negeri mana, sejak PH memerintah contohnya disebut 10 Mei 2018 hingga 15 Mei 2019 seramai 37 individu daripada negara China diberikan warganegara, apakah asas mereka diberikan?

Perkara ketiga, pintu-pintu masuk negara terutama di lapangan terbang antarabangsa hendaklah memberikan imej kerana itu adalah pertama dilihat oleh orang asing terhadap negara kita.

Kita inginkan Malaysia menjadi contoh imigresen yang paling cekap, pantas, tepat, lancar.

Perkara keempat, pengkomputeran. Sebanyak RM191 juta kebarangkalian pasport palsu, kad pengenalan palsu. Sebagai contoh di Tanjung Piai, tiga orang pengundi You Teong King 72 tahun, Habibah Abdul Gafor 72 tahun, dan Rihanah Soha, 60 tahun. Apabila mereka ingin mengundi dan nama mereka telah digunakan. Ini dengan lain perkataan, ada kad pengenalan palsu yang digunakan. Apakah langkah-langkah keselamatan yang dibuat oleh KDN untuk memastikan perkara ini tidak berlaku?

Perkara kelima, pembanterasan dadah. RM362 juta itu besar jumlahnya. Mengapa kita masih lagi gagal untuk membanteras dadah? Perlu National-Blue Ocean Strategy (N-BOS), Strategi Lautan Biru dengan imigresen, tentera, polis, APMM, RELA mengadakan kempen besar-besaran, dadah musuh nombor satu negara misalnya. Kita perlu tangkap pengedar utama, tangkap ikan jerung bukan hanya tangkap ikan bilis Timbalan Menteri. Tangkap ikan jerung bukan hanya tangkap ikan bilis...

final • 9:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Macam Yang Berhormat Pekan dan Yang Berhormat Bagan Datuk.

final • 9:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Kamu ini goblok.

final • 9:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

APMM – Keenam, keperluan disebut RM2.54 bilion diberikan tahun 2020 hanya RM414.9 juta. Ini dengan lain perkataan kurang daripada keperluan yang disebut. Saya pernah terlibat empat tahun sebagai Timbalan Menteri yang melihat APMM ini naik helikopter, tidur dalam kapal peronda pesisir laut, hadir banyak program APMM.

Ini bererti saya mengetahui kesukaran yang mereka hadapi. Kita perlu pembelian aset-aset yang baru dan saya ingin tahu apakah aset yang telah dibeli pada tahun ini dan tahun depan. Penting kelengkapan kepada mereka ini supaya boleh melaksanakan tugas dengan berkesan, membanteras aktiviti lanun di Selat Melaka, Laut China Selatan, pencerobohan nelayan asing.

Perkara ketujuh, ibu pejabat polis. Terima kasih. Pontian sudah ada IPD yang baru. Akan tetapi IPD yang lama di kawasan agak strategik menjadi bangunan yang usang. Timbalan Menteri, apa hendak diguna dengan bangunan usang itu? Sekarang ini ada satu pejabat kecil Yayasan Pencegahan Jenayah tetapi banyak lagi yang tidak digunakan. Apakah cadangan PDRM tentang bangunan lama itu? Elok dibuat sesuatu yang bermanfaat kepada rakyat.

Perkara kelapan, kepolisan. IPCMC tidak berperlembagaan, tidak bertepatan dengan Fasal 1, Perkara 135, Perlembagaan Persekutuan juga tidak bertepatan dengan Perkara 140. IPCMC juga tidak adil dari segi pelantikan keanggotaan dibandingkan dengan SPP yang terdiri daripada eminent legal personalities. IPCMC juga skop salah lakunya yang terlalu umum, tiada mekanisme yang jelas tentang membuat aduan, tiada takrifan salah laku kecil, pengelasan aduan yang umum, tiada prinsip natural justice kepada anggota PDRM. Oleh itu, saya mencadangkan agar ia tidak perlu dibentangkan dan hendaklah diperhalusi hinggalah kebajikan, kesejahteraan anggota PDRM ditambah baik dengan sesempurna mungkin.

Perkara kesembilan, dasar operasi. Elaun khas kepada anggota berpangkat rendah yang bekerja lebih masa, lebih lapan jam waktu cuti umum. Kadang-kadang mereka juga bertugas waktu hari raya dan macam-macam lagi tugasan-tugasan yang diberikan kepada mereka. Jika ada halangan Akta Polis 1967 yang menyebut polis bekerja 24 jam, pinda akta itu agar elaun kerja lebih masa boleh diberikan. Mungkin dengan ada limit atau maksimum elaun yang tertentu.

Presiden Persatuan Pegawai Rendah Polis (PPRP), Sub Inspektor Norraji Rojo ada membuat permohonan ini maka kita perlu menyokong 100 peratus permohonan beliau agar anggota berpangkat rendah yang bekerja lebih masa diberikan elaun khas. Tuan Pengerusi, terima kasih banyak. Sekali saya ingin menyebut Yang Berhormat Jelutong, kamu goblok!

final • 9:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pontian.

final • 9:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Beruas.

final • 9:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Pekan dan Yang Berhormat Bagan Datuk penyamun.

final • 9:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli Yang Berhormat, saya bagi peluang tiga terakhir. Saya menjemput Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Setiu dan kemudian Yang Berhormat Beruas. Sila Yang Berhormat Putatan.

final • 9:00 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Alhamdulillah.

final • 9:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Hulu Terengganu.

final • 9:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Menteri akan mula menjawab. Sila.

final • 9:00 PM

Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya terus merujuk kepada Butiran 010200 – Dasar dan Operasi. Saya ingin berkongsi keprihatinan dengan Yang Berhormat Beluran, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Ranau tentang apa yang dikenali Pas Sementara Sabah.

Setuju atau tidak setuju bukan persoalannya di sini dan bukan di sini halaman untuk membincangkan pro dan kontranya. Akan tetapi saya berpendapat, Pas Sementara Sabah ini agar dikaji sedalam-dalamnya dan melibatkan semua pihak. Jangan dahulu letak 1 Jun 2020 sebagai tarikh pelaksanaannya kerana saya difahamkan sehingga hari ini, jawatankuasa teknikal masih lagi memikirkan tentang data. Masih lagi memikirkan tentang mekanisme yang terbaik.

final • 9:04 PM

Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan

Permintaan saya ialah agar jawatankuasa teknikal yang mana Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah pengerusi bersama agar dapat memberikan taklimat khusus kepada Ahli-ahli Parlimen daripada Sabah tentang pelaksanaan program ini. Mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana ia melibatkan State and Federal matters. Itu sahaja. Terima kasih.

final • 9:04 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Putatan.

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Setiu.

final • 9:04 PM

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Pengkalan Chepa.

final • 9:04 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Setiu.

final • 9:04 PM

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Pengkalan Chepa tidak pernah missed.

final • 9:04 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu.

final • 9:04 PM

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Ada kot.

final • 9:04 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi, saya pergi kepada Butiran 12000 - Balai-balai dan Pondok Polis

(PDRM), berkaitan dengan naik taraf Pondok Polis Jabi kepada Balai Polis Jabi. Setelah menyebut perkara ini dalam perbahasan Bajet 2019 tetapi masih belum mendapat respons ataupun jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Semasa perbahasan di peringkat dasar baru-baru ini pun saya menyebut sekali lagi tetapi malangnya Yang Berhormat Menteri tidak sempat menjawab.

Jadi untuk makluman Dewan, Pondok Polis Jabi ini telah diluluskan untuk dinaiktarafkan pada tahun 2012 lagi. Malah tapak untuk pembinaan pondok polis ini pun sudah ada tetapi pembinaannya masih lagi belum dibuat sampai hari ini.

Kedua, pembinaan pondok polis kampung Alor Lik. Di mana kawasan kampung Alor Lik memerlukan pondok polis kerana balai polis sedia ada terletak 20 kilometer daripada kawasan tersebut. Kampung ini dikelilingi oleh empat, lima, enam kampung yang lain dan sering terjadi aktiviti tidak bermoral seperti kecurian, dadah dan lain-lain. Saya berharap kementerian menyegerakan naik taraf Pondok Polis Jabi ini dan juga pembinaan pondok polis baru di Kampung Alor Lik ini.

Kedua, Butiran 020100 – Kepolisan. Di mana saya ingin menyentuh berkenaan dengan bilangan anggota polis yang amat sedikit di Balai Polis Seri Langkap di mana hanya tujuh orang anggota sahaja. Seterusnya bagi butiran yang sama, saya ingin menyebut berkenaan berkait pada awal November yang lalu di mana dua orang anggota PDRM di kawasan Pasir Gudang yang baru selesai mengadakan operasi sekatan jalan mencegah jenayah maut akibat dirempuh sebuah lori. Isu tersebut adalah antara contoh pengorbanan anggota PDRM yang perlu dihargai oleh kita semua.

Jadi, mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan satu jumlah kes anggota polis yang ditimpa musibah semasa menjalankan tugas. Kedua, bantuan yang diberikan kepada mangsa dan keluarga mangsa.

Butiran yang ketiga Butiran 030100 – Pendaftaran Negara. Saya hendak menyebut isu yang berkait dengan butiran ini ialah ketidakcaknaan ibu bapa semasa melahirkan anak. Ada satu kes di mana ibu bapanya warganegara, di mana kedua-dua ibu bapa ini telah bekerja di Thailand semasa pembinaan rel kereta api dahulu dan dia dilahirkan semasa ibu bapanya bekerja di Thailand.

Apabila dilahirkan tidak didaftarkan dengan pendaftaran kelahiran Thailand dan kemudian masuk balik, pulang balik ke Malaysia tanpa melalui pintu imigresen yang sah dan apabila sampai ke Malaysia, tidak didaftarkan dengan pendaftaran kelahiran Malaysia. Jadi, sekarang orang yang berkenaan menghadapi masalah kerana dikira sebagai warga asing. Apabila hendak mendaftar di hospital terpaksa di caj dengan caj sebagai warga asing dengan kos pendaftaran RM2800. Jadi, saya ingin penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri bagaimanakah untuk menyelesaikan kes-kes yang seperti ini? Butiran seterusnya ialah Butiran...

final • 9:06 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Mohon Sik mencelah sedikit. Saya juga ada dua perkara untuk dilihat oleh kementerian.

final • 9:06 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Pertama, untuk membaik pulih Balai Polis Jeniang, Sik. Balai polis yang telah dibina sejak 71 tahun yang lalu. Balai polis ini agak unik, berbentuk kubu, ketika mereka menentang komunis, menentang Chin Peng yang dibawa balik mayatnya.

final • 9:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Kedua, saya merujuk satu arahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) nombor 23 berkaitan dengan pendatang tanpa izin yang mereka ini adalah pemegang kad UNHCR iaitu yang berstatus pelarian. Namun, pihak kementerian tidak mengiktiraf mereka sebagai pelarian bahkan mereka dianggap sebagai pendatang tanpa izin (PATI) dan mereka sebahagiannya telah ditahan di depot-depot Imigresen.

Mohon penjelasan daripada pihak Menteri kerana pada beberapa minggu lepas, saya telah langsung mendapat penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri, beliau mengatakan akan ada keputusan muktamad untuk menyelesaikan soal pendaftaran pelarian-pelarian yang berdaftar dengan UNHCR ini yang juga kementerian ada tanggungjawab bersama dalam menguruskan pendaftaran mereka. Terima kasih.

final • 9:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Sik kena tujukan kepada Yang Berhormat Setiu.

final • 9:10 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Okey, masukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya.

Akhir sekali, Tuan Pengerusi, Butiran 020300 – Kawalan Sempadan. Pada Oktober lalu, negara telah dikejutkan dengan pendedahan video SPRM mengenai aktiviti penyeludupan rentas sempadan. Daripada video itu, dapat dilihat kelemahan dan kekurangan tertentu dalam pelbagai aspek berkaitan kawalan sempadan termasuk pada aspek sumber manusia, dasar dan undang- undang serta teknikal. Tidak hairanlah kegiatan penyeludupan barangan bersubsidi dan komoditi tertentu termasuk dadah terus berlaku. Sewajarnya ia ditangani secara menyeluruh.

Mengenai hal ini, saya ingin minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan beberapa perkara.

Pertama, mengenai perbezaan dan persamaan peranan dan bidang kuasa Pasukan Gerakan Am

(PGA) PDRM dan ATM dalam mengawal sempadan tanah air. Seterusnya, status rancangan atau cadangan pembinaan tembok dan pagar di sempadan Kelantan-Thailand seperti yang telah disuarakan banyak kali oleh pihak Polis Kelantan memandangkan pada masa ini sempadan tersebut hanya dipisahkan oleh sungai sahaja.

Ketiga, rancangan dan inisiatif yang dilaksanakan bagi membanteras aktiviti penyeludupan di sempadan Perlis-Thailand memandangkan pihak Polis Perlis menyifatkan bahawa sukar dijadikan Perlis sifar penyeludupan. Seterusnya, persediaan dalam tahap kawalan keselamatan di sempadan Sarawak-Kalimantan sebagai persiapan menghadapi pertukaran ibu negara Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan. Sekian, terima kasih, Tuan Pengerusi.

final • 9:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Setiu.

Silakan Yang Berhormat Beruas.

final • 9:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin membangkitkan dua perkara.

Perkara pertama ialah Butiran 030200 – Hal Ehwal Imigresen. Di bawah Perkara 15 Perlembagaan Persekutuan, isteri rakyat Malaysia berhak menjadi warganegara selepas dua tahun bermastautin di Malaysia. Akan tetapi, sampai hari ini kerajaan masih enggan menghormati peruntukan Perlembagaan ini.

Akhirnya, isteri rakyat Malaysia, ibu kepada anak-anak rakyat Malaysia kadang-kadang dilayan dengan cara begitu keji sekali oleh pihak Imigresen. Sebagai satu contoh, pada 14 November 2019 jam lebih kurang 9.20 pagi, dua isteri rakyat Malaysia berwarganegara Vietnam, nama mereka Bui Thi Nahca dan Pham Phuong Linh telah ditangkap di Pasar Pagi, Ayer Tawar kawasan Beruas, kawasan saya, kerana dikatakan menolong suaminya menjual pakaian di pasar. Bui adalah isteri kepada warganegara Malaysia yang menjual pakaian itu dan kawannya Pham juga menolong kawannya.

Semasa ditahan di Langkap, Teluk Intan, mereka telah diberitahu kemungkinan akan dihantar balik ke Vietnam. Suaminya kemudian telah menerima panggilan telefon bahawa kes boleh selesai dengan bayaran RM10 ribu. Saya sebagai Ahli Parlimen telah menasihatkan mereka jangan membuat bayaran tersebut.

final • 9:13 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Semalam mereka telah dibebaskan tetapi didapati kad kredit yang dipegang oleh Bui sudah hilang. Apabila disemak hari ini, didapati apabila beliau dalam tahanan, kad kredit telah digunakan lima kali. Tiga kali di Econsave Langkap, satu kali di Al-Ikhsan Jusco Seri Manjung dan satu kali di Secret Recipe, Teluk Intan. Apa yang berlaku amat memalukan. Saya memohon supaya satu siasatan dibuat dengan segera untuk membersihkan nama baik Jabatan Imigresen.

Perkara kedua, Butiran 91000 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Di bawah Perkara 8, semua orang adalah mesti dilayan saksama di bawah undang-undang ataupun equality before the law, persamaan di bawah undang-undang.

Baru-baru ini, lima nelayan ditangkap di kawasan Manjung, kawasan saya, kerana menggunakan bubu naga. Tiga kes ditangkap oleh Jabatan Perikanan dan dua ditangkap oleh APMM. Yang ditangkap oleh Jabatan Perikanan telah dikompaun RM500 setiap kes dan yang ditangkap oleh APMM dijangka akan didakwa di mahkamah Jumaat ini di mana kalau didapati bersalah, boleh dikenakan denda, penjara serta bot dan peralatan yang bernilai berpuluh-puluh ribu ringgit akan dirampas.

Saya berharap kelima-lima mereka ini akan dilayan dengan adil dan saksama dengan menghormati semangat persamaan di bawah undang-undang or equality before the law under Article 8 of The Federal Constitution. Oleh yang demikian, saya memohon kepada APMM menyerahkan dua kes ini kepada Jabatan Perikanan untuk kompaun ditawarkan dan kedua-dua kementerian iaitu Kementerian Dalam Negeri dan juga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bolehlah berbincang agar diselaraskan tindakan penguatkuasaan di masa depan. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

final • 9:13 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Beruas.

Ahli-ahli Yang Berhormat, seramai 33 orang Ahli-ahli Yang Berhormat telah berbahas. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawabnya selama 45 minit plus, plus. Yang lain boleh mencelah dalam jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dipersilakan.

final • 9:13 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Mohd Azis bin Jamman

Bismillahi Rahmani Rahim. Baca Bismillah dahulu. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tuan Pengerusi, sebelum saya memulakan ucapan penggulungan saya pada hari ini, pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berbahagia Dato’ Jamil bin Rakon di atas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri yang baharu...

[Tepuk] Saya juga turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pegawai-pegawai dan kakitangan kementerian dan jabatan-jabatan di atas dedikasi dan komitmen mereka dalam menyediakan jawapan-jawapan untuk sesi penggulungan ini, selain komitmen mereka yang tanpa berbelah bagi yang diberikan untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara.

Tuan Pengerusi, selain daripada itu juga, saya mengambil maklum setiap teguran dan pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai bajet yang dibentangkan ini dan kita menghargai setiap komen dan juga pandangan yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Ini merupakan bukti bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat memandang serius isu-isu keselamatan yang berlaku di negara kita.

Tuan Pengerusi, melalui Belanjawan 2020 yang direka bertemakan Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama ke Arah Kemakmuran Bersama, Kementerian Dalam Negeri ingin mencadangkan sebanyak RM16,930,404,800 kepada Dewan yang mulia ini untuk pertimbangan Ahli- ahli Yang Berhormat yang adil lagi bijaksana.

Anggaran Perbelanjaan Persekutuan (APP) Tahun 2020 ini meningkat sebanyak RM1,275,501,300 iaitu meningkat sebanyak 8.15 peratus berbanding peruntukan tahun 2019 yang merangkumi: pertama, perbelanjaan mengurus sebanyak RM13,839,366,600; kedua, perbelanjaan pembangunan sebanyak RM3,088,828,100; dan ketiga, tanggungan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis sebanyak RM2,246,100.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjawab pertanyaan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dan sebelum itu izinkan saya menjawab bahagian pembangunan terlebih dahulu kerana ada beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat menyentuh tentang perkara yang sama. Oleh itu saya rangkumkan.

final • 9:17 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Mohd Azis bin Jamman

Bagi menjawab soalan-soalan berkaitan pembaikan dan naik taraf premis PDRM.

Dimaklumkan bahawa pada tahun ini, Kementerian Dalam Negeri telah diluluskan peruntukan sebanyak RM200 juta bagi pembaikan kuarters PDRM dan penggantian lif PDRM seluruh Malaysia.

Pada masa ini kerja-kerja pembaikan sedang giat dilaksanakan dan terdapat juga projek-projek yang telah siap. Di bawah peruntukan ini sebanyak 11,498 unit kuarters dan 201 buah lif terlibat dengan kerja-kerja pembaikan ini.

Kesinambungan usaha dan komitmen Kementerian Dalam Negeri untuk membaik pulih kemudahan-kemudahan fizikal PDRM ini akan diteruskan untuk tahun 2020 apabila kerajaan melalui Belanjawan 2020 memperuntukkan sebanyak RM250 juta bagi kerja-kerja pembaikan kuarters dan premis PDRM serta naik taraf dan baik pulih stor Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik seluruh Malaysia.

Bagi menjawab perkara-perkara spesifik mengenai kerja-kerja pembaikan balai-balai polis di seluruh Malaysia, saya ingin merangkumkan jawapan-jawapan tersebut seperti berikut. Untuk makluman Yang Berhormat dahsyat, Yang Berhormat Kapar, IPD Klang Utara telah diluluskan projek pembinaan pada tahun 2019 dan projek ini kini dalam peringkat pelaksanaan dan akan di tender pada tahun 2020.

Menjawab pertanyaan Yang Berhormat Rantau Panjang. Untuk makluman Yang Berhormat, pembinaan balai polis baru di Rantau Panjang telah diluluskan pembinaannya dan kini pihak Kementerian Dalam Negeri dalam proses pengambilalihan tanah dan ditender dijangka dapat dikeluarkan pada pertengahan tahun 2020.

Berkaitan pembinaan ICQS Rantau Panjang pula, projek ini sedang dalam pertimbangan pihak Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Bagi status Balai Polis Simpang Empat, untuk makluman Yang Berhormat Batu Kawan, projek ini sedang dalam peringkat pembinaan...

final • 9:20 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Minta penjelasan Yang Berhormat. Sedikit sahaja. Ya terima kasih. Jadi saya mengharapkan projek naik taraf ICQS ini diutamakan sebab ini adalah isu keselamatan. Jadi banyak isu yang saya utarakan termasuk masalah pagar, masalah CCTV, masalah billboard, masalah pagar. Semua itu adalah isu keselamatan yang boleh menyebabkan bolosnya penyeludupan. Jadi, saya harap perkara ini Yang Berhormat Menteri recommend-kan supaya perkara ini diberi keutamaan dalam tahun hadapan.

final • 9:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 9:20 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Terima kasih. Diharap Kementerian Hal Ehwal Ekonomi mengambil maklum tentang perkara ini. Kementerian Dalam Negeri menyokong apa yang disarankan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang.

Bagi status Balai Polis Simpang Empat, untuk makluman Yang Berhormat Batu Kawan, projek ini sedang dalam peringkat pembinaan.

Seterusnya bagi cadangan Balai Polis Kuala Penyu dari Yang Berhormat Beaufort dan IPD Segamat dari Yang Berhormat Segamat, projek ini telah disenaraikan untuk pembinaan pada tahun 2020. Bagi menjawab keperluan pembinaan IPD dan balai polis yang baharu, pada masa ini cadangan bagi pembinaan balai polis baharu di gugusan Tamang Gau seperti yang dipohon oleh Yang Berhormat Bera, Paitan dari Yang Berhormat Beluran, Taman Seremban Jaya dan Taman Rasah Jaya dari Yang Berhormat Rasah, KDN mengambil maklum keperluan balai-balai berkenaan.

Walau bagaimanapun, cadangan ini perlu diperhalusi memandangkan ia melibatkan pertambahan jawatan sebelum cadangan pembinaan dilaksanakan.

Bagi cadangan naik taraf IPD Beluran dan Balai Polis Beluran pula seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Beluran, IPD Miri Yang Berhormat Sibuti, adalah dimaklumkan bahawa pada masa ini, Kementerian Dalam Negeri dan PDRM memberi fokus kepada projek-projek pembaikan dan pembinaan sedia ada yang lebih mendesak.

Namun, Kementerian Dalam Negeri akan membuat semakan keperluan daripada semasa ke semasa dan akan memohon dalam Rancangan Malaysia berikutnya sekiranya terdapat keperluan yang benar-benar mendesak.

Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Kubang Kerian, kerja-kerja pembaikan di Kuarters Balai Polis Kubang Kerian diluluskan pada tahun ini dan kerja-kerja pembaikan telah berada di fasa akhir dengan peratus penyiapan pada masa ini adalah 95 peratus.

final • 9:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat, IPD Beluran saya dimaklumkan oleh OCPD bahawa pada peringkat Bukit Aman. Ia telah mendapat restu daripada government dan sekarang ini menunggu kelulusan daripada kementerian. Jadi, kalau hendak balik dan siasat semula, saya rasa ia akan melemahkan semangat.

Saya minta agar perkara ini diambil perhatian, IPD Beluran. Begitu juga dengan perwujudan balai polis di Paitan seperti yang rasionalnya dan justifikasinya telah dimaklumkan tadi Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 9:20 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Yang Berhormat Timbalan Menteri, untuk- bukan yang saya maksudkan adalah balai raya dalam bandar raya Miri itu. Kita IPD sudah ada. Kalau dapat redesign-kan balik balai polis dekat bandar raya itu kita pindah ke IPD. Oleh sebab sekarang terlalu padat sehinggakan bilik IO itu macam reban ayam dengan bahan bukti, dengan fail sehinggakan tahanan pun tak nak duduk dalam balai itu. Kalau dapat Yang Berhormat Timbalan Menteri datang tengok keadaan tengah bandar itu. Itu sahaja, Balai Polis Miri.

final • 9:20 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Terima kasih Yang Berhormat Beluran, terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Insya-Allah saya akan minta pegawai-pegawai saya untuk melihat kembali perkara ini. Berkenaan dengan lawatan tadi insya-Allah kalau kaki saya sudah under construction sudah complete, insya-Allah saya akan datang.

Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Kubang kerian, kerja-kerja pembaikan di Kuarters Balai Polis Kubang Kerian sudah diluluskan pada tahun ini dan kerja-kerja pembaikan telah berada di fasa akhir dan peratus penyiapan pada masa ini adalah 95 peratus.

Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Cameron Highlands, pembaikan di Kota Sri Andalas telah selesai dilaksanakan melibatkan kerja-kerja pembaikan tangki dan bagi IPD Kajang pula, peruntukan pembaikan telah diluluskan dan akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

Untuk makluman Yang Berhormat Cameron Highlands juga, pastinya peruntukan pembaikan ini tidak mencukupi dan KDN sentiasa membuat permohonan tambahan peruntukan daripada semasa ke semasa untuk memastikan semua prasarana PDRM berada dalam keadaan kondusif.

Demikian juga bagi menjawab soalan Yang Berhormat Tampin. Dimaklumkan kerja-kerja pembaikan di Kuarters IPD Tampin telah diluluskan pada tahun ini dan sedang dilaksanakan. Untuk balai-balai polis di daerah Beaufort, Yang Berhormat Beaufort pula membahaskan sebahagian daripada kerja-kerja pembaikan telah disalurkan peruntukannya pada tahun ini.

Sebagai maklumat Yang Berhormat Jeli, Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Kota Tinggi dan Yang Berhormat Lembah Pantai...

final • 9:20 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Izin. Saya just menimbulkan sesuatu. Tuan Pengerusi, saya baru sahaja dapat berita di FMT bahawa adalah dikatakan di dalam berita FMT tersebut bahawa Yang Berhormat Tanjong Karang telah pun menyatakan ataupun mengatakan perkataan kasar. It is the FMT terhadap Yang Berhormat Jelutong tadi di dalam perbahasannya, perkataan...

final • 9:20 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Ini peraturan mesyuarat berapa ini?

Peraturan mesyuarat berapa bangun ini?

final • 9:20 PM

Tuan Pengerusi

Teruskan Yang Berhormat Menteri menggulung.

final • 9:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Mana boleh rujuk kepada FMT, surat khabar dan sebagainya dalam Parlimen.

final • 9:20 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Apa Yang Berhormat dah lama tidak tahu peraturan berapa? Yang Berhormat bangun...

final • 9:20 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Yang Berhormat Tanjong Karang ada sini.

final • 9:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau Yang Berhormat Tanjong Karang boleh merujuk kepada kenyataan akhbar sini, kenapa kita tidak boleh rujuk?

final • 9:20 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Peraturan berapa?

final • 9:20 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Yang Berhormat Tanjong Karang ada sini, boleh kita dapat the explanation. Kalau dia buat statement tersebut, patut dia diambil tindakan. Did you make the statement? Itu sahaja soalannya.

final • 9:20 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Hendak suruh saya lawan atau hendak suruh saya diam? Tuan Pengerusi?

final • 9:20 PM

Tuan Pengerusi

Tidak perlulah, bangkitkan di dalam masa dan tempat yang lain. Tak cukup masa.

final • 9:20 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Ini baru saya baca Tuan Pengerusi.

final • 9:20 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Ya lah peraturan berapa? Yang Berhormat hendak bangkit peraturan mesyuarat berapa?

final • 9:20 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Saya baru baca perkara ini di Free Malaysia Today.

final • 9:20 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Siapa yang petik? Tengok Hansard- lah.

final • 9:20 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Saya merujuk kepada...

final • 9:20 PM

Tuan Pengerusi

Tidak perlulah, tidak perlulah.

final • 9:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan Mesyuarat 36(4). Kurang sopan.

final • 9:20 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Saya menimbulkan Peraturan Mesyuarat 36(4). Boleh saya point of order. Point of order.

final • 9:20 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Dia ini Tuan Pengerusi, tolong ajar dia sedikit.

final • 9:20 PM

Tuan Pengerusi

Baik, baik. Saya akan dengar point of order dahulu.

final • 9:20 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Point of order, point of order.

Tadi Yang Berhormat tanyakan point of order. Order mana, so saya menimbulkan sekarang Peraturan Mesyuarat 36(4) iaitu dengan izin, “It shall be out of order for members of the House to use offensive language or make sexist remark.” So, sekiranya apakah yang dinyatakan di dalam akhbar ataupun laporan FMT tersebut adalah benar, adalah tidak meragui bahawa itu adalah satu perkataan offensive. Tuan Pengerusi, it is a very serious matter.

final • 9:20 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

You can’t just come to Parliament and behave as though- and raise a language like that.

Saya telah pun dihalau dulu oleh kerana saya panggil sesetengah orang gengster. Sekarang dia menggunakan perkataan lucah, tiada apa-apa tindakan akan diambil terhadap dia?

final • 9:30 PM

Seorang Ahli

Gantung, gantung.

final • 9:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Kenapa?

final • 9:30 PM

Tuan Pengerusi

Saya tidak mendengar apa yang disebut secara terus.

final • 9:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Saya faham Tuan Pengerusi tetapi itu telah pun dilaporkan and he is in the Dewan.

final • 9:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, saya mengesahkan.

final • 9:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Jadi dia boleh bagi penjelasan.

final • 9:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Perkataan itu dikeluarkan terhadap saya.

final • 9:30 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Kalau hendak bangkit, dia bangkit semasa saya bercakap.

final • 9:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Tanjong Karang menggunakan kenyataan lucah.

final • 9:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

No, no.

final • 9:30 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Masa saya bercakap...

final • 9:30 PM

Tuan Pengerusi

Saya tidak boleh membuat sebarang ruling melainkan saya melihat dan memastikan bahawa apa yang diterbitkan itu benar, daripada sumber yang benar dan boleh dipercayai. Jadi sudah menjadi kebiasaan beberapa bulan sebelum ini, saya akan memohon supaya sesiapa yang membangkitkan peraturan mesyuarat bersabit dengan perkara-perkara begini menulis kepada saya, menyatakan apakah fakta-fakta yang dikatakan benar itu untuk pertimbangan saya.

Apabila saya terima surat itu, saya akan memberi kesempatan kepada orang, kepada siapa ditujukan bantahan itu supaya dia menjawab, kemudian saya buat ruling. Kalau minta saya melihat FMT dan sebagainya, ini sosial media ya, walau apa pun ini sosial media. Ia harus diputuskan sama ada benar atau tidak dan cara yang ingin saya lakukan adalah seperti yang saya terangkan tadi.

Semua orang diberi kesempatan untuk membela diri. So, write to me, there’s no problem, write to me.

final • 9:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Ya, we will do that, terima kasih.

Akan tetapi there is nothing, tiada salah untuk tanya dia sekiranya he made the statement. He is here in Parliament, he in the Dewan. Apa masalahnya?...

final • 9:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi

No, write to me, write to me first. Itu ruling saya. Ya, sila Menteri.

final • 9:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Saya percaya ada video juga, ada video.

final • 9:30 PM

Tuan Pengerusi

Takkan kita hendak main video sekarang?

final • 9:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

So, are you going to deny it?

final • 9:30 PM

Tuan Pengerusi

You are encroaching on the Minister time, dengan izin.

final • 9:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

No, no.

final • 9:30 PM

Tuan Pengerusi

Silakan Timbalan Menteri. Write to me, tuliskan kepada saya ya.

final • 9:30 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 9:30 PM

Tuan Pengerusi

Tak payahlah, duduk dululah. Duduk dulu.

final • 9:30 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Boleh saya sambung?

final • 9:30 PM

Tuan Pengerusi

Sambung.

final • 9:30 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Saya sambung Tuan Pengerusi. Sebagai makluman Yang Berhormat Jeli, Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Kota Tinggi dan Yang Berhormat Lembah Pantai. Bagi cadangan kerja-kerja pembaikan tahun 2020 PDRM termasuk APMM dan lain- lain agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri, penyelarasan bersama dengan JKR selaku agensi pelaksana telah diadakan pada bulan lalu dan kini dalam proses pemeriksaan sebelum skop kerja boleh dimuktamadkan pada awal tahun hadapan.

Kementerian Dalam Negeri mengambil maklum akan semua keperluan kerja-kerja pembaikan yang diutarakan oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan akan memastikan keperluan tersebut diambil kira.

Menjawab pertanyaan Yang Berhormat Kuala Terengganu, bagi tahun 2020 sebanyak tiga projek baru dan 28 projek sambungan bagi PDRM telah diluluskan untuk tahun 2020. Kementerian Dalam Negeri mengambil maklum dan berterima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian mengenai pembangunan dan baik pulih kuarters serta premis PDRM dan agensi-agensi lain di bawah Kementerian Dalam Negeri. KDN akan memastikan kebajikan semua anggota diberi perhatian sewajarnya melalui peruntukan yang diluluskan.

Yang Berhormat Kapar membangkitkan mengenai peruntukan bagi penyelenggaraan kenderaan dan alat bantuan teknik PDRM. Keperluan peruntukan bagi penyelenggaraan dan pembaikan kecil PDRM di bawah objek sebagai OS28000 telah disediakan sebanyak RM549,309,900. Ini termasuklah penyelenggaraan dan pembaikan kecil bangunan dan fasiliti aset- aset PDRM termasuk kenderaan, alat bantuan teknikal PDRM dan peralatan ICT PDRM.

Yang Berhormat Kapar juga ada membangkitkan isu penyelenggaraan kenderaan pelbagai jenis. Jumlah kekuatan kenderaan PDRM sebanyak 21,926 buah pelbagai jenis. Bagi memastikan kenderaan PDRM boleh digunakan, pihak PDRM telah memohon peruntukan penyelenggaraan di bawah OS26000 sebanyak RM48.6 juta pada tahun hadapan. Manakala bagi pembaikan kenderaan di bawah OS28000, PDRM telah memohon peruntukan sebanyak RM44.3 juta.

final • 9:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat, kenderaan polis Yang Berhormat, Beluran. Di Beluran cuma dibekalkan dengan Proton Preve, I am sure Timbalan Menteri...

[Disampuk] Okey, Preve.

final • 9:30 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Saya akan bagi.

final • 9:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Cuma dibekalkan dengan Proton Preve. Saya pasti Yang Berhormat Timbalan Menteri tahu Beluran kalau dibekalkan dengan kereta ini tidak boleh bergerak polis Yang Berhormat. Four wheels needed in Beluran. So, saya berharap agar the RM40 million allocated to the ministry, please think about Beluran bila dinaiktarafkan kenderaan-kenderaan nanti. Terima kasih.

final • 9:30 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Terima kasih Yang Berhormat Beluran. Saya ambil maklum tentang perkara itu. Selaku orang Sabah, saya maklum tentang perkara itu. Insya-Allah saya akan kemukakan kepada kementerian untuk dipertimbangkan.

final • 9:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri, saya cuma nak sokong.

Kalau Preve itu bukan sahaja di Beluran, di Jelutong pun memang tidak boleh. Kita tidak boleh mengekori, menjejaki dan menangkap orang-orang yang melakukan rompakan dan sebagainya. Jadi kita perlukan kenderaan yang kalau boleh lebih baik lagi, kalau bolehlah ditingkatkan lagi ya. Terima kasih.

final • 9:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Masjid Tanah pun nak sokong sebab Masjid Tanah di Lubok China itu ada Kancil saja. Jadi Preve itu hantar ke Masjid Tanah.

Terima kasih [Ketawa]

final • 9:30 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Terima kasih. Saya yakin pegawai-pegawai kementerian mengambil maklum tentang perkara ini.

final • 9:30 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi saya juga minta kereta untuk Balai Polis Menumbok.

final • 9:30 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Okey.

final • 9:30 PM

Tuan Pengerusi

Kalau begini Menteri kena hantar ke semua tempat ya.

final • 9:30 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Ambil maklum. Yang Berhormat Kapar ada menyentuh tentang RELA diberi peluang untuk menggantikan polis bantuan bagi menjaga keselamatan di kawasan perumahan. Untuk makluman Yang Berhormat Kapar, tanggungjawab menjaga keselamatan di kawasan perumahan adalah di bawah tanggungjawab syarikat keselamatan swasta yang mempunyai kuasa-kuasa tertentu untuk membuat kawalan di taman-taman perumahan dan boleh dilantik oleh persatuan penduduk yang memerlukan kawalan keselamatan.

Walau bagaimanapun RELA juga menjalankan rondaan keselamatan secara sukarela di kawasan-kawasan terpilih atas nasihat PDRM, termasuklah di taman-taman perumahan dan kawasan kampung. Sehingga bulan Oktober 2019, RELA telah menjalankan rondaan keselamatan komuniti sebanyak 17,784 rondaan.

Yang Berhormat Bera, Ketua Pembangkang kita ada membangkitkan beberapa perkara.

Pertama, bagaimana pihak polis luar negara boleh menangkap suspek di dalam negara? Adakah pihak polis Malaysia tahu tentang penangkapan ini dan adakah perintah ekstradisi telah diterima oleh pihak polis di Malaysia semasa tangkapan dijalankan? Isu kedua isu berkaitan tangkapan warga China oleh Imigresen di Cyberjaya. Adakah pihak polis menerima maklumat berkaitan isu ini sebelum tangkapan oleh imigresen? Ketiga, isu perwujudan balai polis di Felda Gugusan Tembangau di Bera.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengusiran subjek adalah hasil kerjasama antara INTERPOL Malaysia, Polis Republik Indonesia dan INTERPOL Republik Indonesia berlandaskan kepada Red Notice INTERPOL No. Control: A-5909/5-2019. Berdasarkan rekod, subjek telah keluar dari Malaysia pada 1 Ogos 2019 dan setakat ini pihak polis telah membuat dua serbuan ke atas premis yang sama sebelum serbuan yang dibuat oleh pihak Imigresen.

Serbuan pertama ialah pada 4 September 2019 dan jumlah tangkapan warga China terdiri daripada 65 lelaki dan 20 perempuan. Siasatan dijalankan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Manakala serbuan kedua pada 14 April 2019 dengan tangkapan terdiri daripada satu lelaki Indonesia, dua lelaki Bangladesh, tiga lelaki Myanmar, tujuh lelaki China dan tiga perempuan China. Kesemua tangkapan telah dituduh di bawah seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen pada 29 April 2019.

final • 9:30 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Yang Berhormat Bera juga ada membangkitkan berkenaan dengan skim perkhidmatan dan elaun bayaran insentif khas pegawai penjara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Dalam Negeri sentiasa membuat penambahbaikan skim perkhidmatan agensi-agensi di bawahnya termasuklah Jabatan Penjara. Tujuan penambahbaikan terhadap skim pegawai penjara khususnya adalah dilaksanakan berdasarkan pertambahan beban kerja, kompleksiti tugas kepenjaraan serta risiko kerja yang perlu dilalui oleh setiap anggota Jabatan Penjara. Sejak tahun 2013 sehingga kini, kajian semula terhadap kedudukan gaji anggota Jabatan Penjara telah dilakukan.

final • 9:30 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Malah, penambahbaikan yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan adalah seperti berikut:

(i) kenaikan pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan kali pertama dan kali kedua, dari Gred KA19 sehingga Gred KA26 di mana sehingga Oktober tahun 2019, ianya telah dinikmati oleh seramai 15,649 orang pegawai;

(ii) buat masa ini Jabatan Penjara sedang memproses sebanyak 507 permohonan bagi urusan kenaikan pangkat secara TBK1 dan TBK2 pelbagai gred yang layak sehingga Disember tahun 2019. Pegawai-pegawai yang telah diperakukan adalah memenuhi syarat sebagaimana dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10/2017, dan surat rujukan JPA.BK(S)134- 8-95-1(16) bertarikh 6 Disember 2018;

(iii) penambahbaikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 1 Julai 2016 iaitu penambahan lapisan gred kenaikan gaji bagi skim perkhidmatan berkelayakan SPM, Gred KA28 dan STPM dan Diploma Gred KA40; dan

(iv) bayaran insentif khas.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mulai Januari tahun 2019, kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar bayaran insentif khas daripada RM100 kepada RM150. Walau bagaimanapun kenaikan ini masih rendah berbanding PDRM, Imigresen, AADK dan Bomba di mana mereka menerima bayaran sebanyak RM200.

Dalam perkara ini, kementerian akan berbincang dengan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam bagi mengkaji semula kadar ini selaras dengan apa dinikmati oleh agensi-agensi yang saya sebutkan sebentar tadi. Bayaran ini juga akan diperluaskan kepada semua kakitangan beruniform yang bertugas di Jabatan Penjara, tidak kira di mana mereka ditempatkan termasuklah di Ibu Pejabat dan juga pusat-pusat latihan.

Semua penambahbaikan ini telah memberi faedah yang setimpal dengan tugas anggota Jabatan Penjara yang mana mereka telah menikmati kadar gaji yang lebih tinggi, telah meningkatkan laluan kerjaya dan juga telah mengurangkan jurang perbezaan gaji antara perkhidmatan dalam pasukan beruniform.

Kementerian Dalam Negeri juga sentiasa prihatin dalam menjaga kebajikan anggota Penjara terutamanya daripada aspek kedudukan gaji mereka agar ianya lebih kompetitif pada masa hadapan, di samping menarik minat orang awam menjadi anggota di Jabatan Penjara...

final • 9:40 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Yang Berhormat.

final • 9:40 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Sila.

final • 9:40 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Terima kasih. Saya hendak bangkitkan balik tentang tangkapan warga Indonesia tadi.

Kita faham memang ada perjanjian ekstradisi antara Malaysia dan Indonesia. Soalan saya daripada segi tangkapan itu- tangkapan sepatutnya dibuat oleh polis Malaysia dan kalau order ekstradisi daripada Mahkamah, polis Malaysia serahkan kepada polis Indonesia. Itu peraturan dia.

Akan tetapi apa yang berlaku, polis Indonesia masuk ke dalam negara kita, tangkap yang saya sebutkan- nama Hariyanto tadi. Ditangkap di Airport, sebelum dia berlepas keluar dari Malaysia di dalam bilik di KLIA.

Maknanya polis Indonesia seolah-olah trespass, masuk dalam negara dan kita tangkap.

Sepatutnya tidak boleh. Walaupun ada perjanjian ekstradisi pun, dia mesti menulis surat dulu kepada Menteri Dalam Negeri tentang ekstradisi tersebut. Dia mesti dapatkan Perintah Mahkamah untuk menangkap dan tidak boleh menangkap di dalam negara kita. Kita tangkap dan serah. Itu sepatutnya yang berlaku tetapi sekarang ini isunya dia dah masuk dan tangkap.

final • 9:40 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Terima kasih Yang Berhormat Bera. Sebagaimana saya sebutkan tadi, tangkapan itu dilakukan adalah hasil kerjasama dengan PDRM. PDRM ada di sana pada masa itu, dan hasil daripada kerjasama itu, maka tangkapan itu dilakukan.

Yang Berhormat Bera juga ada membangkitkan isu tangkapan warganegara China di Cyberjaya. Kerajaan Malaysia pada ketika ini memberikan pelbagai kemudahan kepada warganegara Republik Rakyat China (RRC) untuk memasuki Malaysia melalui kemudahan e-Visa. Sistem Pendaftaran dan Maklumat Perjalanan Elektronik ataupun Electronic Travel Registration & Information (eNTRI) dan Visa On Arrival (VOA). Kemudahan e-Visa yang merupakan kemudahan visa secara dalam talian mula diperkenalkan kepada pelawat asing daripada 10 buah negara, termasuk RRC secara berperingkat pada Mac tahun 2016.

Melalui kemudahan ini, pemohon daripada 10 buah negara tersebut boleh membuat permohonan e-Visa dari mana-mana lokasi di seluruh dunia kecuali di Malaysia. Tempoh keberadaan pelawat asing yang masuk ke Malaysia menggunakan kemudahan e-Visa ialah 30 hari bagi setiap kemasukan.

Selain itu kerajaan juga telah memperkenalkan program pengecualian visa kepada pelawat warga RRC mulai 1 Mac 2016 melalui kemudahan eNTRI. Pendaftaran eNTRI dilakukan secara dalam talian, dan tempoh keberadaan di Malaysia ialah 15 hari bagi setiap kali kemasukan.

Kemudahan eNTRI ini merupakan kemudahan secara bertempoh dan terkini, telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2019. Antara ciri-ciri keselamatan eNTRI yang ditambah baik adalah seperti berikut:

(i) pelawat RRC yang telah masuk menggunakan kemudahan eNTRI tidak dibenarkan untuk memohon pas-pas lain yang dikeluarkan di bawah Peraturan-peraturan Imigresen tahun 1963;

(ii) kemudahan eNTRI terhad kepada pelawat asing yang menaiki penerbangan terus dari RRC ke Malaysia atau memasuki Malaysia melalui Singapura, Thailand dan Brunei dan mempunyai tiket penerbangan pulang terus ke RRC atau pulang dengan penerbangan melalui Singapura, Thailand atau Brunei sahaja; dan

(iii) Nota eNTRi hanya akan dikeluarkan kepada pemohon selepas pendaftaran selesai dilaksanakan, dan semakan pemohon ke atas senarai notis penolakan masuk ataupun NTL dilakukan.

Kerajaan Malaysia turut memberikan kemudahan VOA kepada pelancong dari negara RRC yang masuk ke dalam negara melalui pintu masuk yang telah diwartakan. Sebagai langkah keselamatan, antara syarat yang dikenakan ke atas pelancong yang menggunakan kemudahan VOA ini adalah, hanya dibenarkan masuk ke Malaysia melalui negara ketiga iaitu Thailand, Indonesia, Singapura dan juga Brunei. Tapisan keselamatan di negara-negara tersebut adalah sebagai saringan awal sebelum saringan lanjutan dilaksanakan di pintu masuk negara sebelum VOA dikeluarkan.

Tuan Pengerusi, kerajaan melalui Jabatan Imigresen Malaysia...

final • 9:40 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Yang Berhormat. Yang Berhormat.

final • 9:40 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Bera.

final • 9:40 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Yang Berhormat, sebelum pergi lebih jauh.

Soalan saya simple sahaja. Jawapan yes or no sahaja.

Adakah tangkapan yang dilakukan terhadap warga Indonesia tadi, pihak Indonesia menyerahkan Perintah Ekstradisi daripada mahkamah kepada polis kita? Itu sahaja. Yes or no. Itu sahaja.

final • 9:40 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Saya jawab secara bertulis Yang Berhormat. Sebab maklumat saya tidak terima lagi.

final • 9:40 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 9:40 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

[Ketawa] Tuan Pengerusi, kerajaan melalui Jabatan Imigresen Malaysia sentiasa memastikan setiap kemasukan warganegara asing di pintu-pintu masuk negara melalui sistem tapisan dan kawalan keselamatan, meliputi pemeriksaan dokumen perjalanan, latar belakang pelawat dan penyemakan identiti. Sistem tapisan dan kawalan keselamatan di pintu masuk yang berintegrasi dengan sistem MyIMMS adalah seperti berikut:

final • 9:40 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

(i) Sistem Pangkalan Data Biometrik Warga Asing dan Sistem Sekuriti Nasional ataupun National Foreigners Enforcement and Registration System (NERS);

(ii) sistem pangkalan data Stolen and Lost Travel Documents (SLTD) Interpol; dan

(iii) pelaksanaan sekatan perjalanan ke atas suspek pengganas yang dikenal pasti dalam rangkaian data Senarai Syak Jabatan Imigresen Malaysia.

Selain daripada sistem-sistem tersebut, pelawat dari negara-negara yang dikenakan syarat keperluan visa untuk masuk ke Malaysia, wajib memohon dan memenuhi keperluan visa sebagai saringan awal bagi mengelakkan pelancong-pelancong yang tidak dikehendaki dan tidak memenuhi kelayakan.

Pihak JIM juga melaksanakan semakan silang ataupun cross checking dengan pangkalan data Senarai Syak ataupun Suspect List sedia ada di dalam sistem MyIMMS sebelum pengeluaran visa di kedutaan ataupun Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.

Bagi memperkukuhkan lagi proses semakan dan tapisan keselamatan Imigresen, kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional- National Integrated Immigration System untuk menggantikan dan menambah baik sistem Imigresen sedia ada.

Kementerian juga bercadang untuk melaksanakan proses tapisan saringan keselamatan awal ke atas semua penumpang atau pelancong ke negara ini melalui pelaksanaan Advance Passenger Information dan Advance Passenger Processing sebagai sebahagian daripada tambahan ciri-ciri tapisan keselamatan dalam National Integrated Immigration System.

final • 9:40 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Sebagai langkah kawalan dalam memastikan warga asing di Malaysia sentiasa mematuhi undang-undang yang diperuntukkan, kerajaan melalui JIM melakukan operasi penguatkuasaan secara bersepadu yang melibatkan perkongsian sumber maklumat risikan di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan warga asing dan pendatang asing tanpa izin. Sebanyak 15,996 operasi telah dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dengan tangkapan seramai 47,093 orang PATI dan 1,179 orang majikan bagi tempoh 1 Januari sehingga 25 November 2019.

Pada masa ini, KDN juga sedang dalam usaha untuk menghasilkan pelan holistik penguatkuasaan PATI yang lebih komprehensif dan menyeluruh sebagai satu langkah memperkukuh tadbir urus dan menambah baik sistem kerja penguatkuasaan sedia ada. Pelan holistik penguatkuasaan PATI yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun ini merupakan strategi penguatkuasaan yang komprehensif untuk mengatasi permasalahan kebanjiran PATI di negara ini dengan melibatkan kerjasama secara strategik di antara pelbagai kementerian dan agensi.

Objektif pelan ini adalah mewujudkan satu ekosistem yang tidak selesa kepada PATI dalam meneruskan kehidupan seharian mereka melalui pendekatan mendaya-upaya agensi penguat kuasa dan kawal sedia ada, termasuk meningkatkan kerjasama strategik dan kesedaran masyarakat setempat. Pelan holistik penguatkuasaan PATI ini akan menggariskan pelan tindakan atau strategi membanteras PATI berdasarkan lima strategi atau fokus utama.

Pertama, strategi operasi penguatkuasaan PATI yang menggariskan pelan pelaksanaan berkaitan operasi penguatkuasaan membanteras PATI di seluruh negara. Kedua, strategi perundangan dan dasar penguatkuasaan PATI yang menggariskan pelan pelaksanaan penggubalan undang-undang dan penyelarasan dasar berkaitan penguatkuasaan PATI. Ketiga, strategi kawalan sempadan dan pintu masuk yang menggariskan pelan pelaksanaan pemantauan kawalan keselamatan di sempadan dan pintu masuk negara.

final • 9:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, minta penjelasan sikit. Yang Berhormat, minta penjelasan. Berapakah jumlah PATI yang telah dikesan sehingga kini?

final • 9:50 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Ulang semula, tidak berapa dengar.

final • 9:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

PATI, PATI. Jumlah PATI, jumlah pendatang tanpa izin yang ada di negara ini sekarang.

final • 9:50 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Akan dijawab secara bertulis.

final • 9:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, ya. Terima kasih.

final • 9:50 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Keempat, strategi pengurusan warga asing yang menggariskan pelan...

final • 9:50 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Yang Berhormat, PATI, PATI. Ini Tanah Merah. Belah kanan, belah kanan. Tanah Merah ada PATI, ada pusat tahanan. Minta tolong tengok sebab saya difahamkan sempit serta sesak ya. Kita sepatutnya- inhuman, maaf, dengan izin, because tidur pun sesak. Jadi, minta tolong tengok kan PATI di Tanah Merah.

final • 9:50 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Insya-Allah saya akan tolong tengok nanti.

final • 9:50 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Tengok dan ambil tindakan.

Jangan tengok saja.

final • 9:50 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Insya-Allah. Minta pegawai-pegawai kementerian untuk ambil maklum. Keempat, strategi pengurusan warga asing yang menggariskan pelan penyelarasan dasar berkaitan warga asing. Kelima, strategi media dan publisiti yang menggariskan pelan pelaporan media, publisiti dan program kesedaran berkaitan PATI.

Berhubung dengan operasi JIM ke atas sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang melibatkan tangkapan seramai 680 orang warga negara RRC di Cyberjaya pada 20 November 2019 yang lalu, tindakan susulan telah diambil oleh jabatan dan siasatan ke atas setiap individu yang terlibat sedang dijalankan. Untuk makluman, kita ingin menegaskan di sini bahawa pihak kerajaan, khususnya Kementerian Dalam Negeri tidak akan berkompromi tentang isu ini.

Yang Berhormat Beluran bertanya berkenaan dengan isu- tujuan utama pelaksanaan pas sementara Sabah. Tuan Pengerusi, pelaksanaan pas sementara Sabah adalah bertujuan untuk menyeragamkan kepelbagaian dokumen yang dimiliki oleh warga asing atau displaced person, dengan izin, di Sabah iaitu pemegang dokumen IMM13 yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, kad burung-burung yang dikeluarkan oleh Jabatan Ketua Menteri Sabah dan sijil banci yang dikeluarkan oleh Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah, Majlis Keselamatan Negara Sabah.

Keseragaman dokumen ini dilakukan bagi memudahkan pengecaman dan operasi oleh pihak berkuasa. PSS hanya akan dikeluarkan kepada pemegang dokumen sedia ada yang telah disahkan oleh agensi pengeluar yang berkaitan. Seperti yang saya sebutkan tadi ada tiga - Jabatan Imigresen, Jabatan Ketua Menteri Sabah dan juga Majlis Keselamatan Negara Sabah. Selain itu, semakan silang data antara agensi juga dilaksanakan bagi memastikan pemegangnya adalah tulen sebelum PSS dikeluarkan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, PSS juga adalah sebagai mekanisme kawalan keberadaan dan pergerakan warga asing di Sabah. PSS akan dikeluarkan dalam bentuk kad yang mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti biometrik dan mempunyai nombor ID yang unik yang membezakan PSS dengan pas-pas Imigresen sedia ada. Berdasarkan rekod oleh pihak kerajaan melalui proses banci dan semak silang yang telah diketuai oleh Majlis Keselamatan Negara Sabah, bersama-sama dengan Jabatan Ketua Menteri Sabah dan Jabatan Imigresen Malaysia negeri Sabah pada tahun 2017, pengeluaran PSS akan dilaksanakan kepada 136,055 orang pemegang dokumen IMM13, ‘kad burung-burung’ dan Sijil Banci yang diperincikan seperti berikut. IMM13 - 51,645 orang, ‘kad burung-burung’ - 36,892 orang, Sijil Banci - 47,518 orang. Jumlah ini akan berubah semasa pengemaskinian data selanjutnya dilaksanakan yang turut melibatkan pendaftaran tanggungan kepada pemegang dokumen-dokumen IMM13, ‘kad burung-burung’, dan Sijil Banci.

Walau bagaimanapun, bagi tujuan pengemaskinian data tersebut, perkara ini akan dilaksanakan secara teliti dan berhati-hati melalui mekanisme yang akan diperincikan oleh pasukan petugas khas yang dipengerusikan secara bersama oleh Jabatan Ketua Menteri Sabah dan Majlis Keselamatan Negeri Sabah. Satu pasukan petugas khas telah ditubuhkan di peringkat negeri Sabah yang dipengerusikan secara bersama oleh Jabatan Ketua Menteri Sabah dan Majlis Keselamatan Negeri Sabah dan terdiri daripada pelbagai agensi yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan PSS bagi memperincikan mekanisme pelaksanaan PSS ini, seterusnya memastikan kelancaran operasi.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Beluran juga tadi ada menyebut tentang kenyataan media.

Kalau saya boleh quote di sini, “Former Philippines refugees want to stay in Sabah.”, says Home Ministry. Tuan Pengerusi, saya minta Yang Berhormat Beluran baca isi kandungan, kalau kita hanya baca kepada tajuk itu, ia agak mengelirukan. Seolah-olah apa yang saya sebutkan itu hanyalah mereka-mereka yang telah lari ke negeri Sabah. Apa yang saya sebut dalam sidang media itu adalah mereka yang sudah menjadi generasi ketiga ataupun keempat yang lahir di negeri Sabah.

Ingin saya tegaskan di sini kalau mengikut sejarahnya, Tuan Pengerusi. Batch pertama IMM13 dikeluarkan adalah pada tahun 1973 hingga tahun 1985. Batch kedua IMM13 dikeluarkan pada tahun 1997 hingga tahun 2005. Kemudian pada tahun 2013, pengeluaran IMM13 ini diberhentikan.

final • 9:50 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Maka dengan itu, bermakna dalam tempoh daripada tahun 2013 hingga tahun 2019 ini- tahun 2013, pada ketika kerajaan terdahulu memerintah, kalau lah mudah untuk menghantar IMM13 ini, pemegang-pemegang IMM13 ini ke negara asal mereka, kerajaan terdahulu sudah lama menghantar mereka pulang. Akan tetapi realitinya Tuan Pengerusi, bahawa mereka sedar dan tahu bahawa untuk menghantar orang-orang ini bukan mudah. Oleh sebab itu, kerajaan terdahulu gagal melaksanakannya. Maka dengan itu, dengan pelaksanaan PSS ini, kita yakin kita mampu untuk mengekang isu pemansuhan ketiga-tiga dokumen ini yang sekarang ini berleluasa di negeri Sabah.

Apabila ini dapat kita lakukan, saya yakin dan percaya insya-Allah isu PATI akan dapat kita selesaikan once and for all di negeri Sabah.

final • 9:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bohong lah.

final • 9:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat, apa penyelesaiannya Yang Berhormat? Kalau status mereka sebagai PATI, now you talking about displace persons. Apa sebenarnya penyelesaian Yang Berhormat katakan ini- recognition, making them legal? What are you talking about? Kalau dulu IMM13 begitu bilangannya, ‘burung-burung’ begitu bilangannya, kenapa bilangan ini tidak sama jika jumlah yang sebenarnya dalam IMM13 itu, kalaupun ada exercise yang serupa, jumlah itu tidak sepatutnya berubah. You are talking about the same exercise, you are registering them, tidak sepatutnya berubah. Akan tetapi dalam kenyataan ini, ada perubahan- perubahan. Oleh sebab itu, kerisauan orang Malaysia di Sabah ialah adanya nanti penambahan recognition terhadap mereka ini.

Apakah penyelesaian sebenarnya di sebalik exercise PSS ini? Itu perlu dijelaskan. Kita orang Sabah, supaya orang Sabah tidak memandang serong terhadap exercise kerajaan. I am part of the governement, Yang Berhormat, I am part of the government. I want to make sure that tidak ada kekeliruan terhadap exercise ini di kalangan orang Sabah. Jika ini menjadi satu implikasi politik, ia juga memberi implikasi politik kepada kawasan saya, kawasan Beaufort dan kawasan yang lain. Oleh sebab itu, kita kena perjelaskan apa sebenarnya matlamatnya?

final • 9:50 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Terima kasih dengan soalan tambahan tadi. Sebagaimana yang saya sebutkan, dalam sidang media yang sama juga, saya ada menyebut bahawa kita akan mengadakan beberapa siri majlis penerangan kepada wakil-wakil rakyat di negeri Sabah, kepada pemimpin-pemimpin masyarakat. Di mana setelah semua jawatankuasa, baik di peringkat teknikal dan induk selesai mengadakan mesyuarat, perbincangan dan memperincikan isu pelaksanaan PSS ini, kita akan adakan sesi penerangan.

final • 9:50 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Pada masa itu kita menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk pembangkang untuk mendengar sendiri pelaksanaan yang mana akan kita lakukan ini secara telus. Tidak akan ada...

final • 10:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Right now, sekarang ini pada ketika ini Yang Berhormat sebelum dibagi taklimat, kementerian sepatutnya sudah menjangkakan matlamat exercise itu. What is matlamat? Are you going to recognize this people as the legal citizen of the country. That’s it.

final • 10:00 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Yang Berhormat realiti ia orang-orang ini telah berada di negara kita. Saya telah sebut ini kerajaan terdahulu pun tahu tentang masalah ini. We are stuck with this refugees dan mereka berada di Sabah, ke mana mereka ini hendak kita hantar? Realiti ia kerajaan terdahulu pun tidak mampu melakukannya.

final • 10:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Maknanya betullah tanggapan orang Sabah.

final • 10:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bukan soal kerajaan terdahulu, kamu jawablah apa yang kamu hendak buat, come on man. Dahulu-dahulu pula.

final • 10:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Maknanya betullah tanggapan orang Sabah bahawa the government…

final • 10:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Orang Sabah terpinggir.

final • 10:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Wait. This government is going to recognize this people. That’s the kerisauan.

final • 10:00 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Kita telah nyatakan bahawa pemberian PSS tidak akan memberikan mereka kelayakan untuk memohon kewarganegaraan. Ini cukup jelas Yang Berhormat, telah dinyatakan di dalam Dewan Undangan Negeri, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pun telah nyatakan bahawa pemegang PSS tidak akan melayakkan mereka memohon kewarganegaraan. Ini telah dijelaskan secara terperinci dan kita akan mengadakan town hall Yang Berhormat.

final • 10:00 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Sila bersabar kita akan adakan town hall, kita jemput Yang Berhormat untuk mendengar penjelasan-penjelasan yang akan kita lakukan nanti. Sebagai bukti untuk Ahli Yang Berhormat Beluran, bahawa jumlah pengusiran pendatang asing tanpa izin tahun 2019 di negeri Sabah kita telah mengusir daripada Filipina sahaja 5,882 pengusiran telah kita lakukan. Bagi mereka yang cukup dokumennya yang mana Kerajaan Filipina boleh terima sebabkan ada bukti dokumen ini adalah rakyat mereka, tidak ada masalah kepada kita untuk menghantar.

Akan tetapi yang saya sebutkan ini generasi ketiga dan keempat, orang-orang pemegang IMM13 yang dulu diberikan waktu kerajaan terdahulu. Saya cerita ini pemberian dokumen ini diberikan oleh kerajaan terdahulu. Sekarang ini banyak pemalsuan terhadap dokumen ini. Adakah kita ingin melihat perkara ini berterusan?

Ada pepatah menyebut Tuan Pengerusi dengan izin, *if you keep on doing the same thing hoping for different result, it will not happen...

[Tepuk]* Sudah sampai masanya untuk kita melakukan political will untuk menyelesaikan isu pendatang tanpa izin di negeri Sabah dan perlu dilaksanakan perkara ini. Kita akan buktikan bahawa dengan pelaksanaan PSS ini kita mampu menyelesaikan isu pendatang tanpa izin di negeri Sabah...

[Tepuk] Yang Berhormat Kubang Kerian, ini tengah panas sudah Tuan Pengerusi, bagi saya satu jam lagi.

final • 10:00 PM

Tuan Pengerusi

Pukul 10, silakan.

final • 10:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, saya ingin bertanya bilakah tempohnya akan diselesaikan. Dalam masa tahun 2020 yang kes Sabah ini.

final • 10:00 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Kita ada timeline ya Yang Berhormat sebab itu saya sebutkan tadi saya ulang..

final • 10:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, saya juga pernah menjawab soalan yang sama dulu, saya pun ada jumlah-jumlah yang kita hantar balik. Jadi 5,000 itu tidak mendatangkan kesan daripada apa yang telah dikeluarkan. Ini saya hendak tengok tempoh, Yang Berhormat Beluran hendak tahu tempoh bila akan diselesaikan. Adakah satu tahun ataupun enam bulan ataupun jawapan ini akan bersambung dalam sesi Parlimen yang akan datang dan seterusnya.

Bila akan diselesaikan?

final • 10:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Tinggal 22 saat Yang Berhormat, boleh jawab soalan secara bertulis.

final • 10:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Keduanya saya ingin bertanya 20 saat. Chin Peng ini bila hendak jawab, fasal kes Chin Peng ini.

final • 10:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Chin Peng itu penting 14 saat, 13 saat, 12 saat, 11 saat, 10 saat.

final • 10:00 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Saya ada 13 saat lagi.

final • 10:00 PM

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat, Cameron menanti jawapan. Yang Berhormat Cameron menanti jawapan my relatives, my saudara mara died...

[Tepuk]

final • 10:00 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Jawapan bertulis.

final • 10:00 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Tuan Pengerusi, oleh kerana isu Chin Peng ini menjadi isu yang menjadi perhatian ramai. Saya ingin menjelaskan di sini pihak polis telah menerima beberapa laporan polis dan perkara ini akan kita siasat. Perkara ini secara tegas kita ingin nyatakan bahawa ia akan disiasat. Cuma ingin saya tegaskan di sini, benar dasar kerajaan terdahulu ada menyebut bahawa mayat ataupun abu Chin Peng ini tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke Malaysia.

Walaupun kita sudah menjadi kerajaan baharu, Kerajaan Pakatan Harapan, dasar itu tidak ada diubah. Maknanya dasar itu masih kekal sama. Oleh yang demikian- untuk makluman Tuan Pengerusi juga bahawa, realitinya Kementerian Dalam Negeri tidak mengetahui tentang mayat abu Chin Peng ini di bawa ke negara kita dan kita hanya mengetahui setelah majlis sidang media dilakukan oleh keluarga Chin Peng ini. Realiti ia dari segi peraturan ia membawa mayat ataupun abu masuk atau keluar ke negara kita ini, ia perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Kastam.

Kita tidak tahu sama ada mayat ataupun abu Chin Peng ini telah mendapat kebenaran daripada pihak kastam, ini kita serahkan kepada Jabatan Kastam untuk menjawab tapi realitinya Kementerian Dalam Negeri tidak mengetahui tentang perkara ini dan kita serahkan kepada pihak polis untuk menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya...

[Tepuk]

final • 10:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Berapa lama Yang Berhormat Menteri hendak siasat.

final • 10:00 PM

Tuan Pengerusi

Tidak payahlah.

final • 10:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Hal ini sebab kes video Sandakan pun lama tidak selesai-selesai siasat.

final • 10:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kes 1MDB pun tidak siasat.

final • 10:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Itu sudah masuk mahkamah.

final • 10:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Baru masuk dulu tidak masuk.

final • 10:00 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Itu yang terpaksa tukar kerajaan.

final • 10:00 PM

Tuan Pengerusi

Keluar perkara sampingan lagi, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri habiskan.

final • 10:00 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Saya juga ingin menjawab tentang isu Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) kerana ini juga penting kerana ia melibatkan salah satu agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri. Memandangkan perkara ini di bawah Jabatan Perdana Menteri, walau bagaimanapun Kementerian Dalam Negeri berpendirian bahawa ada beberapa perkara yang perlu ditambah baik untuk memberi keadilan kepada polis.

Kementerian Dalam Negeri telah mengutus surat tentang perkara ini kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Rang Undang-undang IPCMC dan juga kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk dipertimbangkan. Jadi itu stand Kementerian Dalam Negeri.

Jadi Tuan Pengerusi oleh kerana masa sudah habis saya adalah orang yang memenuhi masa, saya berjanji kepada Ahli-ahli Yang Berhormat saya akan memberikan jawapan kepada semua persoalan-persoalan yang tidak sempat dijawab ini secara bertulis.

final • 10:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Timbalan Menteri belum jawab, Yang Berhormat Timbalan Menteri minta maaf...

final • 10:00 PM

Tuan Pengerusi

Bertulis.

final • 10:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat SOSMA.

final • 10:00 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Secara bertulis terima kasih.

final • 10:00 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Belum berakhir Dewan ya, jawapan bertulis.

final • 10:00 PM

Tuan Pengerusi

Untuk berlaku adil semua bertulis, bertulis semua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Berbelah bahagi, takut kah BN. Yang Berhormat Arau lari Yang Berhormat Arau, cium tangan...

final • 10:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Ponteng kah, BN ponteng kah.

final • 10:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tidak malu kah.

final • 10:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Jangan lari.

final • 10:00 PM

Tuan Pengerusi

Baiklah.

final • 10:00 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Hendak pergi panggil kah?

final • 10:00 PM

Tuan Pengerusi

Malam ini tidak ada berbelah bahagilah, balik, balik.

final • 10:00 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Sebelah sana cadang berbelah bahagi.

final • 10:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Depa takut Tuan Pengerusi depa takut.

final • 10:00 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

BN ponteng kah?

final • 10:00 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Macam inilah bagus ramai datang cuba tidak ada semalam confirm kalah.

final • 10:00 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Ramai mari malam ini PH.

final • 10:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

BN makan gaji buta.

final • 10:00 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Akan tetapi nampak banyak Menteri daripada DAP, baguslah.

final • 10:00 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Lain kali jangan ponteng.

final • 10:00 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Mana Menteri tempat lain.

final • 10:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik oleh kerana tidak ada belah bahagi saya baca.

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM13,839,366,600 untuk Maksud B.62 di bawah Kementerian Dalam Negeri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM13,839,366,600 untuk Maksud B.62 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 10:00 PM

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM3,088,828,100 untuk Maksud P.62 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan 2020 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM3,088,828,100 untuk Maksud P.62 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2020] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dengan itu Ahli-ahli Yang Berhormat mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 28 November 2019.

Terima kasih kepada semua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat malam pada semua.

final • 10:00 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 10.09 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026