Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
1. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang] minta Perdana Menteri menyatakan, penambahbaikan dan pembaharuan yang telah dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di dalam memastikan pilihan raya dilaksanakan dengan adil dan telus terutama di dalam pilihan raya-pilihan raya kecil yang berlaku sepanjang dua tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Ledang atas soalan ini.
Untuk makluman Yang Berhormat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melaksanakan beberapa penambahbaikan terhadap proses perjalanan pilihan raya bagi memastikan pilihan raya dilaksanakan dengan adil dan telus.
Berhubung dengan perkara tersebut, penambahbaikan yang telah dilaksanakan semasa lapan pilihan raya kecil (PRK) selepas PRU-14 ini adalah seperti berikut:
(i) menyediakan dua saluran khusus berbanding hanya satu saluran semasa PRU-14 bagi warga emas yang berusia 60 tahun ke atas dan juga OKU dengan jumlah maksimum sebanyak 350 orang;
(ii) mengurangkan jumlah pemilih di saluran yang lain iaitu maksimum 600 orang berbanding 750 pemilih semasa PRU-14;
(iii) memanjangkan tempoh masa pengundian daripada masa jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang berbanding jam 5.00 petang sebelum ini;
(iv) membuatkan pengeluaran Kertas Undi Pos dalam dan luar negara sehari selepas hari penamaan calon bagi mempercepatkan sampul keutamaan diterima oleh pengundi;
(v) membuat semakan awal berkaitan dengan dokumen penamaan calon oleh pegawai pengurus di pusat penamaan calon;
(vi) mengadakan live streaming Tuan Yang di-Pertua. Live streaming proses pengundian, pengiraan undi dan juga keputusan tidak rasmi secara live dari pusat penjumlahan rasmi undi. Ini telah pun bermula dengan PRK yang berada di Cameron Highlands;
(vii) melaksanakan penghantaran Penyata Kertas Undi iaitu Borang 13 dan Penyata Pengundian selepas pengiraan undi- Borang 14, menggunakan kemudahan aplikasi WhatsApp bagi mempercepatkan keputusan pilihan raya;
(viii) menetapkan 30 nama bagi setiap muka surat dalam Daftar Pemilih pilihan raya berbanding 50 nama pada PRU-14 bagi memudahkan dan mempercepatkan proses pengundian;
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
(ix) mengemukakan voter’s card daripada SPR kepada pengundi bagi membantu dalam melancarkan proses pengundian di saluran;
(x) menyediakan layout Pusat Mengundi dan tanda arah untuk laluan ke saluran- saluran di Pusat Mengundi bagi memudahkan pengundi ke saluran masing- masing dan menyalurkan aliran pengundi agar tidak sesat;
(xi) menyediakan ruang menunggu bagi pengundi;
(xii) menyediakan kemudahan pengangkutan khas iaitu shuttle service daripada pintu pagar di Pusat Mengundi hingga ke Saluran kepada golongan yang memerlukan seperti warga emas dan juga OKU;
(xiii) membuatkan ketetapan bahawa Pusat Mengundi tidak hanya dihadkan kepada penggunaan bangunan kekal tetapi boleh juga mengguna pakai tempat yang dibenarkan mengikut peruntukan undang-undang;
(xiv) menambah saluran Pendaftar Pemilih iaitu kemudahan pendaftar pemilih atas talian MySPR Daftar;
(xv) menyediakan aplikasi MySPR Semak bagi memberi kemudahan kepada orang ramai; dan
(xvi) mempamerkan nota peringatan di meja agen tempat mengundi, agen mengira undi mengenai perkara-perkara the do’s and don’ts sebagai rujukan mereka sepanjang tempoh bertugas ketika proses pengundian dan juga pengiraan berlangsung.
Sekian, terima kasih.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan tadi.
Saya sambut baik dalam usaha kita untuk memastikan berlakunya reformasi pilihan raya.
Cumanya dalam dasar Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR menyebutkan bahawa mesti ada pemeliharaan, penyeliaan dan pengekalan proses demokrasi supaya berlakunya pilihan raya yang adil dan telus.
Justeru soalan saya lebih mendasar sedikit. Apakah kerajaan telah mempertimbangkan cadangan-cadangan dasar yang dikemukakan oleh pelbagai NGO seperti membersihkan Senarai Daftar Undi, seperti mereformasi undi pos dan seperti masa berkempen selama 21 hari. Apakah yang telah dilaksanakan? Dan jika belum, bilakah akan dilaksanakan?
Serta apakah penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Pilihan Raya boleh menambah baik lagi ciri-ciri yang adil dan telus dalam pilihan raya. Terima kasih.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih kepada Yang Berhormat Ledang di atas soalan tambahan ini. Seperti Yang Berhormat Ledang sedia maklum, kerajaan memang sentiasa mengambil kira pandangan dan juga input-input daripada semua anggota-anggota NGO, termasuklah badan- badan bebas seperti BERSIH. Dalam proses melaksanakan penambahbaikan proses pilihan raya ini, SPR juga telah mengadakan beberapa sesi libat urus dengan semua badan bukan kerajaan dan juga parti-parti politik. Ini untuk memastikan bahawa proses ini dapat dijalankan dengan secara telus dan juga adil.
SPR juga turut melantik pemerhati pilihan raya dari kalangan NGO dan juga individu yang berkelayakan. Pada masa yang sama, penambah baik proses yang telah pun dicadangkan oleh pihak NGO-NGO termasuk penambahbaikan urusan pendaftar pemilih telah pun dijalankan dengan amat aktif.
Jawatankuasa Dasar Penambahbaikan Daftar Pemilih telah pun diwujudkan sejak tahun lalu lagi. Ini di mana, jawatankuasa ini bertanggungjawab membuat penelitian yang menyeluruh terhadap isu-isu yang berkaitan dengan urusan pendaftar pemilih.
Selain daripada itu, Jawatankuasa Task Force Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan juga Jabatan Pendaftaran Negara telah pun ditubuhkan bagi tujuan penyelarasan maklumat warganegara berkaitan dengan urusan pendaftar pemilih.
Datuk Liew Vui Keong
Jadi, banyak cadangan yang telah pun dibuat oleh pihak NGO ini telah pun diambil kira untuk memastikan perjalanan pilihan raya ini, di negara kita akan dijalankan secara lebih demokratik dan untuk memastikan proses itu dapat dijalankan dengan lancar.
Pihak SPR juga telah pun menjalankan urusan mengemaskinikan daftar pemilih dari semasa ke semasa berdasarkan kepada Peraturan 10 dan juga Peraturan 25, Peraturan Pilihan Raya
(Pendaftaran Pemilih) 2002. Ini termasuklah memotong nama pemilih yang telah disahkan meninggal dunia dan memotong nama pemilih yang telah disahkan melepaskan ataupun dilucutkan hak kewarganegaraan.
Jadi, pada masa yang sama juga, SPR juga telah pun mengalu-alukan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Pilihan Raya yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 17 Oktober tahun ini, yang akan berfungsi sebagai mekanisme semak dan juga imbang terhadap cara eksekutif negara kita ini. Sehubungan dengan itu, SPR juga akan memberikan kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya kepada jawatankuasa tersebut untuk memudahcarakan penambah baik proses pilihan raya yang sedia ada ini. Itu sahaja. Terima kasih.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Kuala Terengganu, Kuala Terengganu.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
[Bangun]
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan kedua dalam tempoh 30 saat, Yang Berhormat Pontian silakan.
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Dekat dengan Pontian juga.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Apakah langkah-langkah untuk memendekkan proses daftar automatik yang sebelum ini dinyatakan hampir dua tahun prosesnya?
Kedua, apakah pandangan Yang Berhormat Menteri supaya SPR adil dan telus terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di Tanjong Piai?
Pertama, kad sim percuma telah diberikan dalam Majlis Pakatan Harapan; kedua, sebanyak RM1,000 dengan serahan tangan kepada nelayan Tanjong Piai minggu ini diumumkan oleh Menteri Besar Johor; ketiga, kain rentang sebut kononnya calon Barisan Nasional membela pencuri; keempat, banyak memberikan makan minum kepada pengundi-pengundi; kelima, pemberian barang-barang seperti beras, susu dan lain-lain dengan kertas contoh mengundi calon Pakatan Harapan; dan keenam, pengumuman-pengumuman oleh Menteri-Menteri tentang peruntukan di Tanjong Piai.
Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri terhadap perkara ini supaya SPR mengambil tindakan adil dan telus? Terima kasih.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pontian yang telah pun bertanya dengan isu-isu PRK yang telah pun diadakan di Tanjong Piai. Akan tetapi, sebelum itu, Yang Berhormat Pontian telah pun bertanya mengenai langkah-langkah proses automatik pendaftaran pemilih.
Seperti Yang Berhormat Pontian sedia maklum, proses ini telah pun dijalankan oleh pihak SPR. Jadi secara automatik ini, mereka yang tidak mengundi ataupun tidak mendaftar sebelum ini dalam daftar pemilih ini, akan secara automatik akan diberikan hak untuk mengundi. Jadi, proses ini mengambil masa kerana dalam rekod SPR yang diadakan ini, terlibat kurang lebih ada 4 juta orang yang belum mendaftar mengundi.
Selain daripada itu, Yang Berhormat Pontian juga sedia maklum bahawa pengundi-pengundi berusia 18 tahun juga telah pun diberikan hak untuk mengundi. Proses ini di dalam perjalanan yang baik. Saya harap bahawa semua ini akan dapat ditamatkan proses itu pada bulan Januari 2021.
Mengenai isu-isu yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian dalam PRK Tanjong Piai ini seperti juga apa yang telah berlaku pada kempen-kempen terdahulu semasa Barisan Nasional, isu- isu ini telah pun juga dibangkitkan.
Pada masa kempen ini, terdapat ramai yang berkempen, bukan sahaja satu parti kerajaan tetapi daripada pihak parti pembangkang untuk merayu undi. Jadi proses untuk mendapatkan undi ini tertakluk kepada peraturan yang sedia ada, asalkan jangan melanggar peraturan yang melebihi.
Datuk Liew Vui Keong
Maka, pihak SPR sekiranya terdapat aduan-aduan yang telah pun diberikan ataupun diajukan kepada pihak SPR, pihak SPR akan mengambil tindakan dan juga merekodkan aduan-aduan itu serta melaporkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan selanjutnya. Jadi, bagi saya, itu sahaja yang saya boleh jawab kepada pihak Yang Berhormat Pontian. Sekian.
2. Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, apakah langkah-langkah yang sedang dan yang akan diambil untuk menyelesaikan masalah kekurangan pemandu dalam industri pengangkutan dan logistik serta bagaimanakah kerajaan dapat memastikan pihak majikan dan pengusaha tidak mengambil pemandu bas yang mempunyai rekod penyalahgunaan dadah atau yang mempunyai masalah kesihatan mental supaya tragedi kemalangan maut yang disebabkan memandu di bawah pengaruh dadah seperti yang berlaku di Bayan Lepas baru- baru ini tidak diulangi dan adakah pihak Kerajaan akan blacklist syarikat pengangkutan yang tidak bertanggungjawab ini.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera. Selamat pagi.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah Logistics and Trade Facilitation Masterplan, dengan izin, salah satu inisiatif bagi mengatasi masalah kekurangan pemandu kenderaan perdagangan ataupun prime movers dalam industri logistik ialah Program MyLesen GDL-PSV. Di mana program ini merupakan kerjasama antara pihak kementerian, Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula pada bulan Mei 2017 sehingga bulan Jun 2018.
Program ini menyasarkan kumpulan sasaran B40 untuk menerima lesen kelas E dan GDL bersendirian secara percuma. Seramai 2,005 orang pemohon telah memohon bagi menyertai program ini. Setelah dibuat tapisan, seramai 638 orang pemohon telah didaftarkan menggunakan peruntukan dari pihak HRDF yang dilatih di 23 institut memandu di seluruh negara melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.6 juta.
Sehingga kini, seramai 563 orang calon telah tamat latihan dan menerima lesen memandu dan daripada jumlah itu, sebahagian besar calon telah mendapatkan pekerjaan dengan purata pendapatan sebanyak RM3,000 sehingga RM4,000 sebulan. Oleh yang demikian, didapati Program MyLesen GDL (PSP) dapat membantu industri pengangkutan dan logistik dalam mengurangkan masalah kekurangan pemandu kenderaan perdagangan.
Kementerian Pengangkutan melalui JPJ sentiasa menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap kenderaan berat dalam usaha mencegah kemalangan di jalan raya. Antara tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan dalam usaha mencegah kemalangan di jalan raya, ialah dengan melaksanakan beberapa inisiatif untuk mencegah berlakunya peningkatan kemalangan jalan raya, terutama yang melibatkan kenderaan berat yang meliputi kenderaan barangan dan bas adalah dengan mewujudkan pasukan penguatkuasaan lebuh raya mengikut zon. Selain daripada itu, tindakan lain yang telah diambil adalah pelaksanaan sistem mata demerit yang berkuat kuasa pada 15 April 2017.
Di bawah sistem mata demerit ini, pemandu kenderaan perdagangan yang meliputi kenderaan barangan dan bas yang melakukan kesalahan berjadual akan diberikan mata demerit lebih tinggi berbanding kenderaan persendirian. Antara elemen atau tindakan tegas dimasukkan di bawah sistem mata demerit ini apabila lesen memandu GDL seseorang itu digantung atau dibatalkan, lesen vokasional iaitu GDL dan PSV juga turut akan digantung dan dibatalkan.
Di bawah peruntukan seksyen 44, Akta Pengangkutan Jalan 1987, mana-mana orang yang menyebabkan kematian atau kecederaan akibat memandu di bawah pengaruh dadah apabila disabitkan hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun ini hendaklah didenda tidak kurang daripada RM8,000 dan tidak lebih daripada RM20 ribu.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Pesalah yang memegang lesen percubaan juga apabila disabitkan, akan dibatalkan lesen tersebut. Seseorang yang disabitkan di bawah seksyen 44 juga akan hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dari tarikh sabitan.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Pemanduan di bawah pengaruh bahan yang memabukkan, termasuk penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan pemandu kenderaan berkenaan memandu dalam keadaan yang membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Tata Amalan Keselamatan Industri Pengangkutan Awam Darat (ICOP) menggariskan keperluan pengendali berlesen memeriksa serta memantau tahap kesihatan dan keadaan fizikal pemandu sebelum pemandu memulakan pemanduan. Tindakan penggantungan dan pembatalan lesen pengendali boleh diambil sekiranya pengendali didapati melakukan kesalahan syarat lesen. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada hasil laporan siasatan dan audit ICOP keselamatan, langkah untuk menyenaraihitamkan boleh dilaksanakan. Namun begitu, kesan sampingan perlu dilihat agar ia tidak menimbulkan isu lain seperti kekurangan penawaran perkhidmatan. Sekian, terima kasih.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pasti Parlimen di sini ingin mengucapkan takziah di atas kematian adik yang berumur 16 tahun yang dirempuh bas di Bayan Lepas. Namun demikian, saya ingin bertanya di sini, adakah kementerian mempunyai cadangan untuk menubuhkan, dengan izin, national commercial driver database untuk memastikan dengan inisiatif ini, supply and demand di antara majikan dan juga industri di luar sana dapat dicapai?
Dan juga, bagaimana kita dapat menangani satu masalah besar iaitu lori-lori dan bas-bas yang lama yang masih lagi dibenarkan berjalan di jalan raya? Mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Cadangan itu memang sedang diperhalusi oleh pihak Kementerian Pengangkutan. Apa yang penting ialah kita kena juga lihat mekanisme pelaksanaannya. Walaupun kita boleh menubuhkan satu database tetapi yang paling penting ialah pelaksanaannya, bagaimana kita memastikan pihak pengusaha dan pemandu dapat direkodkan dan dapat kita pantau supaya pemandu-pemandu yang mempunyai rekod yang tidak baik bolehlah kita mengetahui latar belakang mereka. Berkenaan dengan satu lagi cadangan tadi ialah apa?
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Lori dan bas-bas yang uzur, yang lama yang masih lagi dibenarkan beroperasi.
Tuan Loke Siew Fook
Saya rasa soal itu tidak timbul. Kita ada dasar dari segi usia kenderaan. Mana-mana kenderaan yang telah melepasi ataupun melepasi had usia yang telah ditentukan, mereka tidak dapat memperbaharui lesen mereka ataupun lesen cukai jalan mereka. Jadi, saya rasa kita ada dasar-dasar yang sedia ada. Walaupun kita tahu bahawa umumnya kita mengharapkan lebih banyak kenderaan yang baharu di atas jalan raya tetapi kita ada dasar yang sedia ada untuk menetapkan berapa tahun kenderaan itu boleh berada di atas jalan raya. Kita juga kena lihat bahawa kesan kepada pihak pengendali.
Walaupun secara umumnya kita memang menggalakkan pengendali-pengendali dan pengusaha-pengusaha untuk melabur dalam kenderaan-kenderaan baharu tetapi ia juga melibatkan kos pengendalian yang agak tinggi dan pelaburannya agak tinggi. Jadi, dari segi itu kita melihat kepada satu mekanisme bagaimana memastikan ia tidak mengkompromikan tahap keselamatan. Jadi, pemeriksaan kenderaan akan terus disyaratkan supaya kenderaan-kenderaan yang berada di atas jalan raya itu selamat untuk pengguna jalan raya. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana menjawab tadi dengan menyeluruh. Akan tetapi saya ingin menanyakan soalan kepada Yang Berhormat Menteri. Saya setuju berkaitan dengan penagihan dadah, pesakit mental dan sebagainya untuk membawa kenderaan berat. Akan tetapi pada masa yang sama, sedar atau tidak, baru-baru ini ada satu mogok besar-besaran berkaitan dengan pemandu lori yang berlaku di Puchong dan di Putrajaya.
Saya juga telah berjumpa dengan beberapa pemandu lori di Tanjong Piai yang menyatakan bahawa arahan kerajaan untuk memperbaharui GDL atau PSV, dalam masa tiga bulan dia tidak boleh renew sekiranya dia ada sakit kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Saya juga difahamkan bahawa Yang Berhormat Menteri akan berjumpa, memberi jawapan pada 7 hari bulan.
Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri sudah berjumpa dengan pihak-pihak berkenaan atau tidak? Ini kerana mereka mempertikaikan pesakit kencing manis dan sebagainya. Dia tanya saya, “Dalam Parlimen itu berapa orang kencing manis, Datuk? Kalau kencing manis, tiga bulanlah Ahli Parlimen tidak payah datang kerja, duduk di rumah.
Kami pemandu lori hendak makan apa?” Ini di antara yang dipersoalkan. Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Tuan Yang di-Pertua, itu tidak tepat. Itu selalunya ada dakyah-dakyah dan ada fitnah-fitnah yang tidak tepat. Bukan semua pesakit kencing manis tidak boleh memandu, dia tertakluk kepada keputusan daripada doktor. Pemeriksaan kesihatan dijalankan. Saya rasa bukannya baru, ini bukannya perkara baru. Pada zaman kerajaan terdahulu pun memang pemeriksaan kesihatan itu dijalankan kepada pemandu-pemandu kenderaan berat ini sebelum mereka diberikan renew lesen mereka.
Jadi, pemeriksaan itu dijalankan secara biasa. Kalau doktor mengatakan bahawa mereka fit to drive, tidak ada masalah. Itu pengesahan daripada doktor. Bukan bermaksud bahawa sesiapa itu ada kencing manis ataupun darah tinggi, terus dia tidak boleh memandu. Tidak betul. Selagi doktor memberikan pengesahan bahawa mereka sedang diberikan rawatan, ada makan ubat dan mereka lulus dari segi mereka boleh terus memandu, tidak ada masalah. Ini sebab autoriti yang mengesahkan tahap keselamatan itu ataupun tahap kesihatan seseorang itu bukannya di bawah JPJ, dia di bawah doktor. Kalau doktor kata boleh, tidak ada masalah bagi JPJ untuk renew lesen mereka.
Berkenaan dengan perjumpaan dengan pemandu-pemandu yang tidak berpuas hati ini, memang untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perjumpaan sedang diadakan sekarang di Putrajaya bersama dengan Ketua Pengarah JPJ. Jadi, kita mengadakan engagement dengan mereka. Jadi, ada banyak yang salah faham ataupun yang sengaja tidak hendak faham dan mereka mengambil peluang ini untuk memberikan tekanan kepada kerajaan untuk agenda yang lain.
Akan tetapi bagi saya di Kementerian Pengangkutan, isu keselamatan ini tidak boleh dikompromikan. Kita faham ada kebajikan kepada pihak pemandu. Kita sama-sama memperjuangkan kebajikan untuk pemandu-pemandu kenderaan berat ini, termasuk lori juga. Akan tetapi Yang Berhormat juga kena faham, kita juga perlu menjaga keselamatan bagi pihak orang ramai. Jadi, kita tidak boleh kompromi dalam perkara ini...
[Tepuk] Pada masa yang sama, kita hendak memperjuangkan pemadu lori tetapi kalau mereka ini tidak fit ataupun mereka ini ada latar belakang yang kurang baik ataupun rekod-rekod yang kurang baik, kita kena mengambil tindakan. Saya rasa Yang Berhormat Baling pun bersetuju dengan saya. Kalau yang penagih dadah...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya setuju. Akan tetapi saya minta Yang Berhormat fikirkan tabung-tabung kebajikan bagi mereka yang tidak boleh memandu.
That will be pemikiran luar kotak. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Loke Siew Fook
Kita sentiasa mencari jalan untuk membantu mereka. Yang Berhormat Baling pun ada banyak tabung kebajikan kan? Itu pun boleh bantu mereka...
[Dewan riuh]
Tuan Loke Siew Fook
Jadi, kita sama-samalah. Saya harap jangan ada mana-mana pihak yang cuba mempolitikkan perkara seperti ini sebab ini isu keselamatan. Saya harap kita kena melihat kepada benefits ataupun kepentingan kepada bukan sahaja kepada satu pihak iaitu pemandu lori tetapi kepada kepentingan seluruh masyarakat bahawa isu keselamatan di atas jalan raya ini adalah tanggungjawab kita bersama.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Santhara - Segamat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu izinkan saya mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar daripada SJK(T) Puchong pada hari ini...
[Tepuk]
3. Dato' Sri Dr. Santhara [Segamat] minta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan, apakah situasi semasa bekalan air di negeri Johor terutamanya di kawasan selatan negeri Johor iaitu Johor Bahru dan Kota Tinggi, termasuk isu penjualan air mentah kepada Singapura dan langkah- langkah kementerian untuk memastikan kemapanan bekalan air dalam jangka masa panjang.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli - Dato’ Dr. Xavier Jayakumar
Terima kasih kepada Yang Berhormat Segamat. Tuan Yang di-Pertua, saya kena ada sedikit masa untuk soalan ini. Secara ringkasan, masalah bekalan air di negeri Johor berlaku disebabkan oleh dua faktor utama iaitu kekurangan sumber air mentah disebabkan fenomena cuaca panas dan kemarau panjang.
Kedua, peningkatan permintaan bekalan air terawat yang tinggi, terutama bagi kawasan selatan negeri Johor iaitu Johor Bahru dan Kota Tinggi disebabkan pembangunan yang pesat. Sejak bulan Ogos 2019 dan hingga akhir bulan 2019, operasi bagi beberapa buah loji rawatan air (LRA) di daerah Johor Bahru terpaksa diberhentikan.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli - Dato’ Dr. Xavier Jayakumar
Di samping itu, program bekalan air berjadual telah dilaksanakan bagi kawasan yang terjejas melibatkan 61,960 akaun pengguna. Kadar rizab margin, terutamanya di daerah Johor Bahru juga masih berada di tahap yang merunsingkan, sekitar empat peratus di mana lebih rendah daripada sasaran Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara iaitu antara 10 peratus hingga 15 peratus.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli - Dato’ Dr. Xavier Jayakumar
Selain itu, permintaan bekalan air terawat bagi daerah Johor Bahru juga diunjurkan akan meningkat sebanyak 3.5 percent setahun bersamaan dengan 35 juta liter sehari. Menjelang tahun 2020, permintaan air terawat kawasan Johor Bahru diunjurkan meningkat kepada 1,135 juta liter per hari dan reserve margin air terawat dijangka mencecah sifar menjelang suku ketiga tahun 2020 sekiranya langkah-langkah mitigasi bagi menambah pengeluaran bekalan air terawat tidak dilaksanakan.
Tuan Yang di-Pertua, bagi menampung defisit, Johor pada masa ini bergantung kepada bekalan air terawat dari Singapura sebanyak 70 juta sehari dan meningkat kepada 96 juta liter sehari semasa musim kemarau dan puncak cuaca panas. Berdasarkan Perjanjian Air Sungai Johor 1962, Singapura hanya perlu membekalkan 22 juta liter sehari sahaja. Dalam hal ini, terdapat keperluan yang mendesak untuk memastikan kemapanan bekalan air di Johor dalam jangka masa panjang termasuk untuk mengurangkan kebergantungan kepada bekalan air terawat dari Singapura.
Untuk itu, kementerian telah mengambil langkah melaksanakan inisiatif zero dependency, dengan izin, dengan memberikan fokus kepada dua aspek utama. Pertama, meningkatkan sumber air mentah dengan memperuntukkan keseluruhan berjumlah RM660 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-11.
Antara projek-projek yang telah dikenal pasti termasuk Skim Penyaluran Air Mentah dari Sungai Sedili Besar, ini ialah RM152 juta yang mampu menambah kualiti air mentah sebanyak 320 juta liter sehari dan mampu menampung permintaan air mentah sehingga tahun 2028. Projek ini dalam peringkat pelantikan perunding.
Kedua, pelaksanaan Projek Off River Storage Sungai Johor RM508 juta, projek ini mampu menambah sumber air mentah sebanyak 450 juta liter sehari. Projek ini dijangka siap pada Disember 2024. Manakala Projek Coastal Reservoir Sungai Johor dan Projek Barrage Ulu Sedili Besar yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia ke-12, kedua-dua projek ini masih di peringkat kajian.
Di samping itu, kementerian juga telah memberi penekanan kepada penerokaan air bawah tanah sebagai sumber air mentah di bawah RMK-12 di Negeri Johor. Manakala aspek kedua memfokuskan kepada peningkatan bekalan air terawat. Antara projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk pembinaan Projek LRA Sungai Layang oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) melibatkan dua fasa dengan jumlah kos sebanyak RM904 juta.
Fasa satu dengan kapasiti 160 juta liter sehari dianggap siap pada suku ketiga tahun 2022 dan mampu menampung permintaan bekalan air terawat sehingga suku kedua tahun 2024 dengan kos sebanyak RM452.3 juta. Fasa dua dengan 160 juta liter sehari dijangka dapat dimulakan pada suku pertama tahun 2022 dan siap pada suku pertama tahun 2024. Fasa ini mampu menampung permintaan bekalan air terawat sehingga tahun 2028 dengan anggaran kos RM452.3 juta.
Pembinaan loji pakej per kapasiti 20 juta liter sehari di LRA Sungai Layang, dengan kos sebanyak RM22 juta. Loji ini dilaksanakan oleh PAAB secara fast track dengan tempoh pembinaan selama enam bulan sahaja dan dijangka siap menjelang Jun 2020.
Tuan Yang di-Pertua, pelabuhan besar di atas pelaksanaan projek-projek bekalan air perlu diimbangi dengan keupayaan syarikat air untuk membuat pembayaran semula kemudahan pembiayaan yang disediakan dan kos operasi penyediaan perkhidmatan kepada pengguna. Oleh itu, operator air mestilah mencapai tahap kemapanan kewangan yang sihat bagi membolehkan mereka terus memberikan perkhidmatan berkualiti kepada pengguna di samping melunaskan pembayaran sewa pakej pajakan kepada PAAB.
Dalam hubungan ini, semakan kadar tarif air sedia ada melalui pelaksanaan mekanisme penempatan tarif ataupun TSM adalah merupakan satu keperluan mendesak. Perkara ini bertujuan memastikan kadar tarif yang dikenakan kepada pengguna melambangkan kos sebenar menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli - Dato’ Dr. Xavier Jayakumar
Walau bagaimanapun, kementerian memberi jaminan bahawa kenaikan tarif dari pelaksanaan TSM adalah minimum iaitu hanya melibatkan kenaikan antara enam sen sehingga 70 sen bagi setiap satu ribu liter penggunaan. Jika dibandingkan dengan utiliti-utiliti lain seperti perbelanjaan isi rumah di atas penggunaan air adalah kecil iaitu di antara lima hingga enam persen berbanding tenaga elektrik 34 persen, Internet 28 persen, telekomunikasi 17 persen dan juga saluran televisyen berbayar 13 persen.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini menjelaskan mengenai isu air antara Malaysia dengan Singapura. Seperti mana Yang Berhormat semua sedia maklum, Perjanjian Air 1962 memberi hak kepada Singapura untuk mengekstrak 250 juta gelen sehari, air mentah dari Sungai Johor pada kadar tiga sen untuk setiap 1,000 gelen seperti dalam Perjanjian Air 1962. Saya tidak hendak baca agreement.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Panjang sangat Yang Berhormat Menteri, sudah panjang.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar
Itu kita fahamlah dengan agreement.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Panjang sangatlah. Bagi peluang yang lain nanti hendak tanya soalan.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar
Tidak apa, ini penting sikit. You kena sabar dahulu. Dengar.
Tuan Yang di-Pertua
Teruskan, teruskan.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Boleh bertulis Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar
Malaysia sebalik- layak untuk sebanyak lima juta gelen sehari pada kadar 50 sen untuk setiap 1,000 gelen. Perjanjian Air 1962 yang dibuat pada 29- tahun 1962 dengan tempoh perjanjian selama 99 tahun juga menyebut bahawa harga jualan air mentah boleh dirundingkan semula selepas 25 tahun perjanjian ditandatangani, dengan izin, seperti yang kita faham.
Di sini lah timbul isu interpretation, dengan izin, terhadap Perjanjian Air 1962 berkenaan.
Singapura mendakwa Malaysia telah hilang hak untuk menyemak semula harga penjualan air mentah kerana tidak berbuat demikian pada tahun 1987. Sebaliknya, pihak Jabatan Peguam Negara telah mengesahkan bahawa Malaysia masih mempunyai hak berbuat demikian kerana Perjanjian Air 1962 menyebut bahawa semakan harga air boleh dibuat setiap tahun selepas 25 tahun dari tarikh Perjanjian Air 1962 ditandatangani. Perkara ini di dalam tindakan Jabatan Peguam Negara.
Kementerian menghormati obligasi Malaysia seperti tertakluk dalam Perjanjian Air 1962. Saya hendak tegaskan di sini bahawa kita sedia untuk bertemu dan adakan satu perbincangan di dalam isu ini. Harga yang telah dibayar oleh Singapura tiga sen sahaja.
Walaupun kita kata itu ialah perjanjian tetapi kita tahu ini adalah sesuatu obligasi yang kita hadapi dan saya harap Singapura bolehlah terima cadangan dari kerajaan Malaysia untuk kita ada perbincangan semula di atas isu ini.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Ini sudah macam menggulung sudah ini.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar
So, saya minta sebab kita faham dan kita akan lakukan sesuatu pada masa depan yang akan datang. Contohnya air dijual di antara China dan Hong Kong ialah RM14.50, dari China ke Taiwan ialah RM5.80 dan juga selain dari- negeri kita sendiri dari Pahang ke Selangor telah dijanjikan untuk jual dari 46 sen ataupun dari Johor ke Melaka 50 sen. Tidak akan kita jual kepada Singapura tiga sen sahaja. Oleh itu, kementerian mengambil pendirian bahawa harga ini perlu disemak semula. Hasrat ini telah disampaikan kepada pihak Singapura.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar
Pihak Singapura mendakwa bahawa semakan harga air tidak dilakukan oleh Malaysia pada ketika itu iaitu dalam tahun 1987 dan tahun 2012 kerana itulah menguntungkan rakyat Johor yang hanya perlu membayar 50 sen bagi setiap 1,000 gelen air terawat.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
[Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Jawapan sudah lengkap.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar
Akhir sekali, sedikit masa. Tuan Yang di-Pertua, jika berlaku water stress, dengan izin, di negeri Johor, kerajaan akan mengutamakan keperluan bekalan air rakyat negeri Johor terlebih dahulu berbanding keperluan air pihak luar.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar
Bagi mengatasi masalah bekalan air di negeri Johor, peruntukan bagi perbelanjaan modal CAPEX, expenditure yang besar diperlukan untuk meningkatkan rizab margin kepada 10 peratus seperti yang telah ditetapkan oleh SPAN.
Selain itu, pelaburan besar juga diperlukan bagi menangani fenomena perubahan iklim dan mencapai sasaran sustainable development goals, dengan izin. Maka, saya ingin menyeru Kerajaan Singapura untuk bersikap lebih terbuka dengan cadangan Malaysia untuk menyemak semula harga penjualan air mentah berdasarkan Klausa 14, Perjanjian Air 1962. Ini kerana water stress, dengan izin, di negeri Johor juga akan memberi kesan kepada Singapura. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan tambahan pertama. Secara ringkas.
Dato’ Seri Dr. Santhara - Segamat
Terima kasih Yang Berhormat Menteri...
Tuan Yang di-Pertua
Jawapan telah diberikan panjang lebar.
Dato’ Seri Dr. Santhara - Segamat
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana baru dianugerahkan darjah Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan. Memandangkan soalan tadi panjang, saya juga JPK Kelantan, kita bersama-sama sudah mendapat anugerah daripada Kelantan. Jadi saya hendak bertanya bagaimana masalah air di Kelantan khususnya melibatkan Projek Empangan Lebir di Gua Musang dan juga di Ulu Kelantan serta masalah air bersih di Jeli dan sebagainya merupakan masalah yang sama.
Saya difahamkan sebanyak RM458 juta telah dibelanjakan untuk mengatasi masalah ini.
Adakah ia mencukupi untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan? Yang Berhormat Menteri sebab kita sama-sama sekarang ada kepentingan di Kelantan, maknanya kita juga jawab.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Kelantan mahu dengar.
Tuan Yang di-Pertua
Jawapan beralih daripada Johor ke Kelantan. Jawapan bertulis.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar
Okey, saya telah memulakan perbincangan dengan negeri Kelantan untuk mengatasi masalah sumber air di dalam negeri Kelantan, saya akan bagi kepada Yang Berhormat Segamat secara bertulis. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan tambahan kedua, secara ringkas Yang Berhormat Kubang Kerian, silakan.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Kubang Kerian minta sedikit. Saya berbalik kepada soal peruntukan RM660 juta yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri bagi meningkatkan air mentah. Isunya ialah kita ada 13,600 juta meter padu air di Empangan Kenyir.
Apakah mekanisme yang boleh kita manfaatkan sejumlah besar air yang ada ini untuk kegunaan negara dan kita boleh jual kepada negara luar? Terima kasih.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar
Ini semua bergantung kepada perbelanjaan Yang Berhormat.
Kalau kita cukup dengan perbelanjaan CAPEX yang tinggi, kita boleh bawa air dari utara ke selatan Malaysia, tidak ada masalah untuk dilakukan. Akan tetapi ini mesti ada kajian yang mendalam dan juga kita pastikan bahawa apa yang kita akan buat ini tahan untuk 100 tahun yang akan datang. Oleh sebab itu, kita kena ada planning yang cukup untuk berbuat demikian.
Akan tetapi sekarang di dalam Malaysia, kita pun sudah ada di mana air dari Pahang sudah pun masuk ke Selangor. Terdapat cadangan untuk negeri Perak sekarang untuk ambil air daripada Pulau Pinang ataupun dari Pahang ke Johor atau Johor utara kepada Johor selatan. So, ini semua ada di dalam kajian. Akan tetapi, kita kena ada dana dan bajet yang cukup untuk berbuat demikian. Ini yang kita akan bagi perhatian untuk masa depan.
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih kepada semua, silakan.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
1. Puan Nor Azrina binti Surip [Merbok] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, sejauh manakah cadangan kementerian untuk menaikkan kadar elaun penyelia dan petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan sejauh manakah usaha kementerian bagi memastikan hasrat ini tercapai.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hannah Yeoh
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan ini, izinkan saya memaklumkan kepada Dewan bahawa soalan yang sama telah kami jawab sebanyak enam kali isu ini sejak tahun lepas. Jadi setiap sidang, soalan yang sama ditanyakan. Saya meminta supaya Yang Berhormat semua membaca Hansard ataupun mendengar penjelasan betul-betul kerana ini kali keenam, saya bersama Yang Berhormat Menteri mengulangi jawapan.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Jawab sahajalah Yang Berhormat Menteri.
Puan Hannah Yeoh
Saya kena maklumkan supaya kita tidak membazirkan masa Dewan.
Semasa Dewan...
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Kalau tidak pandai jawab beritahulah.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Pilih soalan, pilih-pilih.
Puan Hannah Yeoh
Masa...
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Siapa yang pilih soalan? Salah Dewan.
Puan Hannah Yeoh
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Salah Dewan, dia tidak pandai jawab.
Puan Hannah Yeoh
Tuan Yang di-Pertua, terdapat perbezaan antara elaun dan gaji di mana elaun merupakan bayaran yang diberikan kepada seseorang yang bertugas secara sukarela di sesebuah organisasi seperti di program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).
Manakala gaji adalah satu pemberian upah tetap yang diberikan oleh majikan kepada pekerja.
Penyelia dan petugas PDK yang dilantik merupakan sukarelawan yang bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan aktiviti di PDK.
Sehingga kini terdapat sebanyak 560 buah PDK yang memberi manfaat kepada 20,573 OKU di seluruh negara, serta melibatkan 560 orang penyelia dan 2,765 orang petugas. Dari tahun 2015 hingga Julai 2019, kerajaan telah membelanjakan RM173 juta untuk membayar elaun penyelia dan petugas PDK di seluruh negara termasuk KWSP dan PERKESO.
PDK merupakan program berasaskan komuniti dan mulai tahun lepas telah pun dikuatkuasakan agar semua PDK berdaftar sebagai NGO di bawah ROS. Tujuan utama PDK mesti didaftarkan sebagai NGO adalah untuk memastikan pengurusan kewangan dan aset PDK yang sebelum ini dipengerusikan kebanyakannya oleh ahli-ahli keluarga Yang Berhormat termasuk isteri YB dan sebagainya serta diuruskan dengan kurang berkesan. Ini sedikit sebanyak telah menjejaskan pengurusan kewangan PDK.
Kini sebagai NGO yang berdaftar, diharapkan PDK akan diuruskan dengan lebih teratur dan mengikut tatacara pengurusan kewangan NGO seperti yang ditetapkan oleh ROS. Jawatankuasa PDK yang terdiri daripada NGO sekarang boleh mencari dana sendiri dan jika PDK itu berkemampuan untuk membayar elaun petugas dan penyelia PDK dengan kadar yang lebih baik dan tidak semestinya mereka terikat kepada bayaran petugas sebanyak RM800 sekarang dan bayaran penyelia sebanyak RM1,200 sebulan. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Saya pun sebenarnya terkejut soalan saya keluar hari ini. Walau bagaimanapun, saya mengucapkan terima kasih walaupun enam kali terpaksa dijawab, saya berharap soalan ini sedikit berbeza. Kita sedia maklum bahawa pekerja sosial, petugas di PDK ini bertanggungjawab dalam tugas-tugas pemulihan, penjagaan dan juga pembangunan OKU yang mana ia adakah suatu kerja yang sangat sukar.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Jadi apakah anjakan paradigma yang kerajaan lakukan agar pekerja-pekerja sosial seperti di PPDK ini terus diangkat dan sejauh mana kewujudan Akta Profesion Kerja Sosial membantu isu di PPDK ini, terima kasih.
Puan Hannah Yeoh
Pembaharuan yang kita telah lakukan sejak kami menang tahun lepas adalah kami telah memanggil satu kajian dilakukan terhadap keberkesanan program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan kami fokus di negeri Selangor dan Perak. Hasil kajian tersebut, kita nampak kita perlu menjalankan audit yang lebih mendalam terutamanya pelaksanaan audit. Kita melihat pengurusan kewangan mereka dan juga menggalakkan semua petugas dan penyelia mereka menjalani latihan yang berterusan kerana kita hendak PDK ini profesional.
Mengenai Akta Pekerja Sosial yang kami hendak bawa ke Dewan ini, sekarang ini kami masih menunggu maklum balas daripada negeri-negeri yang terlibat kerana untuk menjaga isu kebajikan ini adalah tanggungjawab bersama Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Terima kasih.
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya rasa komen Yang Berhormat Menteri terhadap Yang Berhormat Merbok tadi tidak adil. Saya merasakan mana boleh Timbalan Menteri menjawab begitu sebab setiap Yang Berhormat ada persoalan mereka masing-masing yang dekat dengan permasalahan rakyat di kawasan masing-masing Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Kedua, saya adalah salah seorang daripada bekas isteri YB yang membantu usaha-usaha PDK di negeri Perak. Kami tidak mencampuri urusan kewangan di setiap PDK itu Yang Berhormat Menteri, kami hanya menambah baik dan mengusahakan segala kasih sayang dan apa yang kami boleh buat supaya dapat membantu pelatih-pelatih PDK di sana.
Soalan saya Yang Berhormat Menteri, soalan saya adalah, apakah bidang-bidang yang telah dikenal pasti yang mesra pelatih-pelatih ini yang saya sendiri telah kenal pasti sebelum ini ketika saya menjalankan tugas sebagai isteri Yang Berhormat ketika itu supaya sasaran kita lebih berhasil.
Ini kerana kita tahu usaha bersepadu dan mudah cara kendiri di kalangan pelatih-pelatih yang sudah berumur dan tidak layak masuk ke sekolah-sekolah pendidikan khas itu harus dilaksanakan.
Terima kasih.
Puan Hannah Yeoh
Tiga soalan tambahan dalam soalan tersebut saya jawab soalan pertama dulu. Mengikut peraturan tetap- Standing Orders Parlimen isu Standing Orders 23 okey, jawapan yang telah pun diketarakan di Parlimen dan telah pun dijawab berkali-kali tak patut diulangi, satu. Ini kerana kita hendak...
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Yang Berhormat Timbalan Menteri, mestinya keadaan masalah rakyat di kawasan itu harus diutarakan dan Yang Berhormat Menteri tidak boleh cakap begitu. Terima kasih.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Kalau orang tanya soalan, tidak boleh you kata tidak mahu jawab. Tahu tidak Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Dengar Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab dulu. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri...
[Dewan riuh]
Puan Hannah Yeoh
Kita bukan tidak jawab soalan. Isu ini adalah kita telah jawab- tolong duduk dulu.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Kalau tidak mahu jawab orang puas hati tidak apa.
Kalau jawab tidak puas hati kita boleh tanya. Apa pasal tidak boleh tanya ini Dewan yang mulia ini tahu.
Puan Hannah Yeoh
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua izinkan saya menjawab.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, sila menjawab.
Puan Hannah Yeoh
Ini bukan isu kita tak menjawab soalan, ini adalah isu yang kita telah menjawab soalan...
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Jawab orang puas hati atau tidak puas hati.
Puan Hannah Yeoh
Saya tak mampu menjawab soalan...
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Soalan bukan kita susun, Parlimen susun ini soalan mana tahu mahu keluar. Saya punya soalan sampai sekarang tak keluar, keluarlah!
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jempol, warning ya. Bagaimana bercakap sambil duduk mencelah sebegitu rupa. Sila jawab Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Puan Hannah Yeoh
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua selalunya Yang Berhormat bila mereka bahas mereka minta untuk direkodkan dalam Hansard bahawa mereka telah mengutarakan perkara tersebut dan ini adalah tanggungjawab saya. Saya juga hendak merekodkan bahawa isu ini telah dijawab enam kali, bukan kita tak jawab tetapi kita telah menjawab berulangan enam kali sejak tahun lepas.
Isu kedua adalah mengenai isteri Yang Berhormat yang menguruskan PDK, itu adalah style dahulu. Menteri dahulu juga telah membuat keputusan untuk memastikan pengurusan PDK menjadi lebih profesional. Itu sebab bawah kerajaan dulu mereka sendiri yang memutuskan bahawa semua PDK kena berdaftar sebagai NGO. Ini adalah keputusan Kerajaan BN dulu juga tahun 2018 sebelum pilihan raya.
Ketiganya, anjakan moving forward untuk PDK, saya berterima kasih kepada Kementerian Pendidikan kerana Menteri telah melaksanakan zero reject policy di mana mereka menggalakkan kanak-kanak OKU untuk berdaftar dan masuk ke sekolah. Semenjak polisi ini telah dilakukan lebih daripada 11 ribu orang kanak-kanak OKU telah berdaftar di kebanyakan sekolah kebangsaan seluruh Malaysia sekarang. Dengan adanya penglibatan kanak-kanak OKU masuk ke sekolah dan bajet khas yang diumumkan oleh Menteri Kewangan lebih daripada RM20 juta untuk menaik taraf kemudahan sekolah untuk mesra OKU, sekarang ini PDK kita boleh melihat bagaimana kita menjalankan ataupun melaksanakan complementary services kepada perkhidmatan yang diberikan di pihak sekolah.
Okey, audit ini sedang berterusan. Kami komited untuk memastikan PDK kita menjadi semakin profesional dan kami memang menghargai jasa petugas dan penyelia seluruh Malaysia. Itu sebab kita hendak pastikan perbelanjaan sekarang ini mencapai tahap optimum di mana kalau kita membelanjakan RM173 juta sejak tahun 2015 sehingga sekarang kita hendak value for money untuk services dan perkhidmatan yang diberikan di PDK untuk kebaikan kanak-kanak OKU juga. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Baling, Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua, satu soalan lagi. Soalan yang tidak pernah ditanya.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tengkujuh tiba semua terjejas; Penoreh getah hidup sengsara; Disuruh pula tanam nanas; Soalan saya nombor dua.
2. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, adakah cadangan dan inisiatif kepada penanaman nanas berupaya membantu sara hidup pekebun sawit atau getah, dan sejauh mana penanaman tersebut mampu menjana keberhasilan yang menguntungkan pendapatan komoditi negara.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Tuan Sim Tze Tzin
Terima kasih Yang Berhormat Baling. Akan tetapi pantun tak berapa match lah [Ketawa] Akan tetapi tidak apa tengkujuh datang atau apa-apa Kementerian Pertanian sanggup membantu, sedia membantu.
Untuk Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli Yang Berhormat daripada Baling kita ada berita baik untuk semua pekebun-pekebun kecil kelapa sawit atau getah.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, industri nanas Malaysia merupakan antara industri di bawah sektor agromakanan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosioekonomi pengusaha tani negara.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Tuan Sim Tze Tzin
Pada tahun 2018, Malaysia tersenarai sebagai negara pengeluar nanas segar ke-23 terpenting dunia dan merupakan ke-5 terpenting di Asia Tenggara selepas Thailand, Filipina, Indonesia dan Vietnam. Pengeluaran nanas negara pada tahun 2018 adalah sebanyak 382, 811 metrik tan bernilai RM502 juta. Ia merupakan 27.7 peratus daripada jumlah pengeluaran sektor buah-buahan di negara Malaysia. Pengeluaran nanas negara dijangka bertumbuh pada kadar 22.1 peratus setahun dengan unjuran pengeluaran negara sebanyak 700 ribu metrik tan pada tahun 2020.
Eksport nanas negara pada tahun 2018 pula adalah bernilai RM342 juta, peningkatan 39.18 peratus berbanding tahun 2017. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, keseluruhan tanah di Malaysia yang menanam nanas hanyalah 16 ribu hektar sahaja. Akan tetapi untuk penanaman kelapa sawit 8 juta hektar, penanaman getah 1 juta hektar. Kalau hanya satu peratus sahaja yang tanah digunakan oleh kelapa sawit dan juga getah ditukar kepada nanas, bayangkanlah berapa banyak lagi ia akan melipat ganda eksport negara dan juga pendapatan para petani.
Jadi, ini merupakan satu berita baik untuk Yang Berhormat Baling terutamanya di Baling ada banyak penanam getah dan juga di seluruh negara kelapa sawit, pekebun-pekebun kecil kelapa sawit yang mempunyai potensi dari segi nanas. Kalau tidak percaya tanyalah orang-orang muda yang menanam nanas di Pekan Nanas di Tanjong Piai ramai. Saya pernah pergi ke sana dan saya jumpa dengan orang-orang muda di Tanjong Piai di Pekan Nanas, mereka tanam nanas. Semuanya mendapat pendapatan yang sangat tinggi, nanti saya huraikan dengan lebih lanjut. Ini sehinggakan orang kampung saya di Pulau Pinang, orang Pulau Pinang pun berhijrah ke Tanjong Piai untuk menguruskan ladang nanas di Tanjong Piai.
Ini menunjukkan bahawa nanas itu full of potential. Faktor penyumbang kepada peningkatan pengeluaran nanas negara adalah disebabkan oleh permintaan yang tinggi di dalam dan di luar negara serta tanaman nanas yang sesuai ditanam di semua kawasan di Malaysia kecuali di kawasan berpaya dan lembah.
Cara penjagaan tanaman yang mudah juga menyebabkan ramai petani berminat dengan tanaman nanas. Penglibatan pekebun kecil dan estet turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan pertumbuhan pengeluaran nanas negara. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dalam Rancangan Malaysia Kesebelas telah memperkenalkan Projek Integrasi Tanaman Nanas sebagai salah satu pendekatan untuk pembangunan kawasan tanaman nanas dan juga usaha memberi tambahan pendapatan kepada pengusaha tanaman komoditi seperti kelapa sawit dan getah.
Dalam tempoh pelaksanaan projek integrasi tanaman nanas yang telah bermula daripada tahun 2016 sehingga kini, seluas 777 hektar kawasan telah dibangunkan dengan tanaman nanas secara integrasi atau selingan bersama tanaman sawit dan getah. Berdasarkan dasar data keluasan semasa, 53 peratus kawasan tanaman integrasi nanas di bawah program ini adalah ditanam secara kontan dengan kelapa sawit dan 35 peratus ditanam bersama dengan tanaman getah, manakala baki 12 peratus ditanam bersama dengan tanaman dusun, buah-buahan dan kelapa.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Tuan Sim Tze Tzin
Sejumlah 679 orang peserta telah menerima manfaat melalui program ini. Secara purata, peserta yang menyertai projek ini menerima tambahan pendapatan sebanyak RM2,500 sehingga RM3,500 sebulan sehektar, bergantung kepada keluasan tanaman dan juga jenis variety nanas yang ditanam. Kalau variety yang lebih baik seperti MD2 dan sebagainya, pendapatan akan meningkat lagi.
Jadi ini satu berita yang baik untuk semua pekebun kecil di seluruh negara. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sekarang telah bekerjasama dengan Kementerian Industri Utama dan juga MEA, FELDA, pekebun-pekebun FELDA- kita pun ada technical advice, dan kita masuk untuk membantu mereka.
Melalui program ini, pekebun atau pengusaha tanaman komoditi seperti kelapa sawit dan getah akan dapat menikmati faedah tambahan pendapatan daripada sumber pendapatan utama mereka terutama apabila mereka berhadapan dengan suasana kejatuhan harga komoditi di pasaran.
Dan kerajaan untuk Bajet 2020 memperuntukkan RM150 juta untuk membantu petani-petani, pekebun-pekebun kecil menanam secara integrasi, dan melalui pelbagai jenis tanaman kontan termasuk nanas di kawasan-kawasan pekebun kecil, kelapa sawit dan juga getah, demi meningkatkan pendapatan mereka. Sekian, terima kasih.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, jawapan yang agak menyeluruh. Syabas dan tahniah. Saya tengok apa yang telah dinyatakan oleh kementerian sendiri telah menyasarkan untuk peningkatan tanaman nanas MD2 iaitu 2,332 hektar kepada 5,500 hektar. Syabas dan tahniah.
Cuma saya ada sedikit missing link tadi, saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apakah pelan tindakan strategik bekerjasama di antara kementerian-kementerian lain yang berkaitan, khususnya kementerian yang ada tanah dan sebagainya untuk kita memberi peluang kepada pekebun-pekebun kecil khususnya di kawasan luar bandar. Kita tidak mahu jadikan ia sebagai satu alternatif. Kita kalau boleh kita hendak jadikan satu pengeluaran satu-satunya di antara kelapa sawit, lepas itu kita ada getah, kita ada nanas. Kita tak nak jadi alternatif sampingan, kalau boleh. Itu yang harus kita fokuskan.
Akhir sekali Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya juga ingin menjawab tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri kata team saya punya pantun tak berapa bagus. Last pantun. Thank you Tuan Yang di-Pertua.
Bila kepala sudah celaru; Orang hidup dipanggil arwah; Terima kasih kerajaan baharu; Buat rakyat gelisah dan marah.
Tuan Sim Tze Tzin
Yang Berhormat Baling, pantun sepatutnya membawa kebaikan. Pantun patut menceriakan Dewan, tetapi pantun Yang Berhormat ini berbaur politik. Dan maki-memaki itu tidak bagus ya. Jadi...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Timbalan Menteri ini tidak faham lah...
[Ketawa]
Tuan Sim Tze Tzin
Tak apa. Walau bagaimanapun...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Ini seni, seni.
Tuan Sim Tze Tzin
Ini seni yang tidak baik. Kita kena bawa seni bahasa yang lebih baik dan sopan ya.
Jadi sekarang, walau bagaimanapun- kita back to the topic. Isu bahawa penanaman pekebun kecil daripada FELDA dan juga penanam getah, mereka selalu menganggap nanas dan sebagainya- tanaman kontan itu sebagai sampingan. Saya setuju dengan Yang Berhormat Baling bahawa ia patutnya menjadi mainstream. Sekarang mereka tanam secara- masa mereka buat penanaman semula. Lepas potong kelapa sawit, tanam semula baru mereka tanam dua musim nanas sahaja. Itu tidak sustainable ya. Jadi kita hendak cadangkan supaya mereka memperuntukkan sedikit daripada tanah mereka untuk tanaman kontan, integrasi. Maksudnya mungkin 20 peratus daripada tanah mereka tanamlah nanas, tanamlah sayur-sayuran, fertigasi timun, terung, sayur-sayuran yang lain supaya mereka mempunyai sustainable income.
Jadi ini akan offset apabila harga getah jatuh dan juga musim tengkujuh atau harga komoditi jatuh. Jadi itulah yang kita mahu supaya mereka ada tanaman yang lain. Peruntukan 20 peratus daripada tanah mereka untuk tanaman kontan.
Ini telah membuktikan- yang saya tadi ceritakan di Pontian, di Pekan Nanas di mana orang muda berpusu-pusu hendak pergi tanam tanaman nanas. Kerana nampak nilainya sehinggakan orang kampung saya dari Pulau Pinang, dia berhijrah jauh ke Tanjung Piai untuk menguruskan ladang nanas.
Saya nampak kejayaan itu dan saya nampak bahawa kalau Tanjung Piai dan juga Pekan Nanas boleh membuktikan bahawa orang muda boleh menguruskan ladang dengan baik, saya nampak bahawa di tempat lain- di FELDA, di Baling, boleh juga buat begitu. Saya menggalakkan orang muda terutamanya second generation FELDA dan second generation farmers masuk ke penanaman nanas dan tanaman kontan yang lain. Terima kasih.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, nanas ini baguslah. Saya dengar tadi nanas bagus, tapi hendak kena tunggu setahunlah atau setahun lebih. Adakah kerajaan bersedia untuk memberi fokus juga- sebab pekebun kecil ini tidak boleh tunggu setahun. Aktiviti-aktiviti yang lebih mudah, lebih berjangka pendek seperti tanaman herba, sayur- sayuran ataupun penternakan yang boleh mendatangkan pendapatan- the shortcoming ini, pendapatan yang cepat.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Adakah kerajaan betul-betul sudah buat kajian tentang berapakah pendapatan sebenar pekebun-pekebun kecil ini setelah ditolak pengangkutan, baja, racun dan sebagainya. Adakah pengurusan pekebun kecil ini telah diberi penambahbaikan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sim Tze Tzin
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Ini soalan yang bagus sebab kita tahu bahawa sekarang pekebun kecil dia dalam keadaan sengsara. Harga komoditi jatuh, tetapi sekarang semakin naik. Nampaknya trendnya semakin naik, kelapa sawit naik, getah pun naik sedikit berbanding dengan tahun lepas.
Jadi ini adalah soalan yang sangat bagus di mana bagaimana kita offset-kan apabila harga komoditi itu rendah. Jadi kita perlu plan sekarang ya. Ada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mencadangkan kepada FELDA dan juga Kementerian Industri Utama beberapa model. Ada yang kita cadangkan fertigasi sayur-sayuran seperti timun dan sebagainya.
Dalam Dewan ini pun saya ceritakan apabila saya pergi ke Tanjung Piai baru-baru ini, saya pun nampak seorang anak muda. Dia tanam fertigasi, timun sahaja. Dia kata dia telah menjadi jutawan kerana permintaan timun, terung dan sayur-sayuran dia begitu tinggi. Nama dia Ridzuan Yasin yang duduk di Tanjung Piai. Ini bermaksud bahawa model tanaman sayur-sayuran secara kontan pun boleh meningkatkan pendapatan.
Kedua, kita cadangkan kepada integrasi ruminan. Contohnya bela lembu dalam ladang- tanaman kelapa sawit. Itu membantu kerana tanaman kelapa sawit ia mempunyai rumput-rampai dan sebagainya. Lembu yang diletakkan di ladang tanaman kelapa sawit ia boleh membantu membersihkan rumput rampai itu pada masa yang sama memberi pendapatan yang lebih tinggi.
Ketiga adalah nanas dan sebagainya. Ada banyak model. Kita mempunyai banyak tanaman atau produk-produk pertanian yang bagus, yang boleh diintegrasikan ke dalam FELDA dan juga pekebun-pekebun kecil. Cuma sekarang kita baru push, dan diperuntukkan peruntukan. Dahulu tidak ada. Kerajaan baharu Pakatan Harapan memberi RM150 juta untuk diversify dalam pekebun-pekebun kecil untuk meningkatkan pendapatan mereka.
3. Tuan Awang Husaini bin Sahari [Putatan] minta Menteri Pendidikan menyatakan, pendirian kementerian untuk memberikan autonomi kepada Kementerian Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah.
Kerana ianya selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Sabah yang mahu kuasa autonomi dalam bidang pendidikan agar ianya dapat dikawal selia sendiri oleh pegawai-pegawai di dalam negeri Sabah.
Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia akur dengan akta dan peraturan sedia ada yang sedang berkuat kuasa mengenai pemberian autonomi pendidikan kepada kerajaan negeri. Untuk makluman, Akta Pendidikan 1996 iaitu Akta 550, telah memperuntukkan bahawa semua institusi pendidikan di bawah KPM adalah tertakluk kepada bidang kuasa Menteri Pendidikan.
Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Teo Nie Ching
Akta 550 merupakan dokumen perundangan yang menjadi rujukan berhubung apa-apa perkara yang berkait dengan pendidikan di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Akta 550 ini juga telah mengkanunkan segala hasrat dan aspirasi negara yang ingin dicapai melalui pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berpaksikan falsafah pendidikan kebangsaan.
Selain itu, Perkara 74 dan Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan turut menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa perundangan dan kuasa eksekutif dalam perkara berkaitan pendidikan sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 13, Senarai I dan Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Justeru, sistem pendidikan yang dilaksanakan di Sabah adalah sama dengan dasar Kerajaan Pusat. Walau bagaimanapun, KPM bersedia untuk mempergiatkan lagi jalinan kerjasama yang tersedia antara KPM dengan Kerajaan Negeri Sabah bagi memastikan pendidikan di negara ini berada di dalam tahap yang terbaik. Sekian, jawapan saya.
Terima kasih.
Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan
Terima kasih dengan jawapannya. Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] sebagaimana yang telah diutarakan tadi telah memberi kuasa kepada Kementerian Pendidikan untuk mengawal selia keseluruhannya sebagaimana yang telah tertera. Okey, cukup di situ dulu.
Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan
Saya ingin bertanya tentang autonomi infrastruktur yang telah diberikan oleh Menteri Pendidikan pada tahun 2005 untuk mempergiatkan pembangunan infrastruktur di Sabah. Pada waktu itu Kementerian Pendidikan telah memberi kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri untuk menggunakan RM5 juta mengikut kesesuaian pada waktu itu. Akan tetapi apa masalah yang saya tengok, kebenaran ini tidak dapat dipraktikkan kerana dua sebab. Pertama, kerana Jabatan Pendidikan dan Kementerian Pendidikan telah membuat satu- saya tidak cakap satu polisi, satu kebiasaan di mana program- program pembangunan infrastruktur dipakejkan.
Okey, katakan ada satu sekolah itu dia RM4 juta, sepatutnya kita boleh instant action untuk membina sekolah yang daif. Akan tetapi yang berlaku, mereka pakej kan benda ini sehingganya ia lebih daripada RM5 juta barulah dilaksanakan. Ini yang membantutkan pelaksanaan dalam bentuk instant action bagi sekolah-sekolah yang memerlukan pembaikan dengan segera.
Jadi, soalan saya seterusnya adakah ia akan ditambah yang RM5 juta ini ataupun adakah pakej ini tidak lagi diteruskan. Okey, ini kerana sampai sekarang ini pakej ini tidak berjalan dengan lancar, sekolah-sekolah sampai sekarang ini tidak siap under pakej ini. Sekian, minta tindakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat atas soalan tambahan tersebut. Saya percaya bahawa apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi adalah tentang satu polisi yang telah dilaksanakan yang berkuat kuasa mulai 9 April 2014. Akan tetapi saya tidak pasti sama ada Yang Berhormat sedar bahawa kita telah tambah baik terhadap polisi tersebut.
Mulai 15 julai 2019, untuk pengurusan perolehan bekalan dan juga perkhidmatan, KPM telah menurunkan kuasa kepada Lembaga Perolehan Persekutuan Sabah dan di Sarawak juga untuk meluluskan perolehan secara tender sehingga RM5 juta. Begitu juga, langkah ini dapat mempercepatkan kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf sekolah-sekolah dalam usaha untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar.
Selain daripada itu, khususnya untuk projek sekolah-sekolah daif untuk tahun 2019 iaitu tahun ini dan juga tahun depan tahun 2020 Kementerian Kewangan (MoF) juga telah bersetuju untuk mewujudkan satu Jawatankuasa Tender Khas di peringkat negeri Sabah di mana pengerusi jawatankuasa ini adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah. Dalam jawatankuasa ini memang ada wakil Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah, wakil daripada Kementerian Kewangan, wakil daripada Kementerian Pendidikan dan juga wakil daripada Jabatan Kerja Raya Malaysia dan urus setianya adalah Jabatan Kerja Raya Sabah.
Jadi untuk jawatankuasa ini, mereka telah diberi kuasa untuk menguruskan projek-projek sekolah daif di negeri Sabah supaya ia boleh mempermudah procedure seperti yang disebut oleh Yang Berhormat tadi dan juga dia boleh mempercepatkan. Harap dengan cara baru ini kita boleh memberi respons yang lebih instant kepada penyelenggaraan ataupun projek sekolah-sekolah daif di negeri Sabah. Sekian, jawapan saya.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili - Kota Marudu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, memandangkan seperti mana yang diperjelaskan tadi bahawa dari segi dasar, peruntukan, peraturan-peraturan dan juga dari segi pelaksanaan projek masih di dalam tangan Kerajaan Persekutuan. Maka, peranan kementerian di peringkat negeri mahupun di Sabah dan Sarawak begitu limited sekali sebenarnya.
Adakah pihak kementerian bercadang supaya misalnya pembaikan sekolah-sekolah daif ini peruntukannya diberi 100 persen peruntukan kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak, dan dipantau oleh Kerajaan Pusat supaya dari segi pelaksanaannya, mereka lebih fasih keadaan-keadaan di luar bandar macam kawasan saya Kota Marudu nun jauh dekat gunung Kinabalu, di Kinabatangan dan seterusnya. Saya rasa ini sesuatu yang perlu difikirkan secara jelas supaya bukan sekadar cakap- cakap sahaja dari segi autonomi tetapi pass down the powers and peruntukan untuk negeri monitor and let the negeri handle that. Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kota Marudu atas soalan tambahan tersebut. Seperti yang saya jelaskan tadi sebenarnya sekolah untuk projek-projek sekolah daif kita telah wujudkan satu Jawatankuasa Tender Khas. Siapa pengerusinya?
Pengerusinya adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah. Jadi peranan KPM adalah kita turunkan peruntukan kepada jawatankuasa ini untuk melaksanakan projek.
Puan Teo Nie Ching
Jadi, dari segi pelaksanaan sebenarnya JKL negeri Sabah akan menjadi pelaksana projek itu dan proses untuk tender itu memang sekarang dikenali oleh Kerajaan Negeri Sabah kerana Pengerusi untuk jawatankuasa tender khas ini adalah daripada setiausaha kerajaan negeri. Jadi ini menunjukkan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan memang berbeza dengan zaman dahulu. Kita memberi lebih banyak kuasa dan turunkan lebih banyak kuasa kepada Kerajaan Negeri Sabah supaya projek-projek ini boleh dikendalikan dengan lebih baik. Sekian jawapan saya. Terima kasih.
4. Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan statistik penipuan sindiket MyKad sejak 2013.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Mohd Azis bin Jamman
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya tidak ingin berpantun Tuan Yang di-Pertua sebab hari ini saya ingin jawab soalan sahaja. Akan tetapi...
Nombor empat soalan diberi; Berkisar tentang kad pengenalan diri; Keselamatan negara keutamaan kami; Yang buat salah padah menanti. Izinkan saya menjawab soalan ini secara bersekali dengan dua soalan lain yang turut membincangkan isu yang sama iaitu berkenaan dengan sindiket penipuan dokumen pengenalan diri oleh Yang Berhormat Kuala Kedah yang bertarikh 21 November 2019 dan Yang Berhormat Kapar yang bertarikh 3 Disember 2019.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan operasi membanteras sindiket dokumen pengenalan diri palsu, berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara dari tahun 2013 sehingga 30 September 2019, sebanyak 2,100 operasi penguatkuasaan terhadap sindiket penipuan dan pemilikan dokumen pengenalan diri palsu atau milik orang lain telah dijalankan. Daripada jumlah tersebut, seramai 1,047 tangkapan melibatkan orang awam telah dibuat dan telah didakwa di bawah Peraturan- peraturan Pendaftaran Negara 1990. Perbuatan penjualan dan pengeluaran dokumen pengenalan diri palsu ini telah dilakukan atas kapasiti individu-individu berkenaan untuk mengaut keuntungan mudah melalui cara yang salah.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Mohd Azis bin Jamman
Justeru itu, kuasa penuh telah diberikan kepada Polis Diraja Malaysia untuk menyiasat dan mendakwa pihak yang didapati bersalah. Mengenai tangkapan individu yang menyalahgunakan dokumen pengenalan diri bagi kes penyalahgunaan dokumen pengenalan diri sama ada menggunakan kad pengenalan milik orang lain atau memiliki kad pengenalan palsu, berdasarkan rekod operasi yang dijalankan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dalam tempoh tahun 2017 sehingga 30 September 2019, sebanyak 470 tangkapan telah dibuat. Kesemua individu kes-kes berkenaan telah dituduh di bawah peraturan 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.
Bagi tempoh yang sama, perincian individu yang ditangkap mengikut pecahan lima negara asal tertinggi adalah seperti mana berikut:
(i) Filipina – 323 orang;
(ii) Indonesia – 106 orang;
(iii) Malaysia – 15 orang;
(iv) China – sembilan orang; dan
(v) Thailand – lima orang.
Berhubung dengan penambahbaikan Jabatan Pendaftaran Negara, satu Jawatankuasa Penambahbaikan Sistem Penyampaian Jabatan Pendaftaran Negara yang dipengerusikan sendiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri telah diedarkan pada 18 September 2019. Ini telah saya sebutkan sebelum ini pun dalam jawapan saya yang sebelum ini dan beberapa langkah penambahbaikan serta-merta dan strategi memperkemas sistem penyampaian JPN termasuk memperketat SOP sedia ada yang ada di Jabatan Pendaftaran Negara. Terima kasih.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau kita mendengar kepada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, isu sindiket MyKad ini bukan isu yang kecil dan ia kelihatannya semakin parah mutakhir ini termasuklah yang terbaharu dilaporkan melibat antara lain Penolong Pengarah JPN Negeri Pulau Pinang sendiri.
Penahanan ini susulan pengakuan seorang wanita warga China yang gagal dalam sesi temu bual berikutan tidak boleh berbahasa Malaysia ketika berusaha mendapatkan pasport.
Seterusnya, penangkapan seorang lagi lelaki warga China di Lapangan Terbang Bayan Lepas. Saya yakin ini adalah the tip of the iceberg, dengan izin. Masalahnya mungkin jauh lebih besar daripada itu. Soalan saya, apakah bentuk penguatkuasaan komprehensif yang akan dilakukan oleh pihak kementerian setelah meneliti siri-siri kes sindiket yang semakin membimbangkan ini dan apakah kementerian tidak berhasrat untuk menubuhkan RCI supaya dalang sebenar sindiket ini dapat dibawa ke muka pengadilan? Terima kasih.
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih dengan soalan sebentar tadi. Sebagaimana Yang Berhormat sebutkan tadi, apabila individu yang cuba mendapatkan dokumen kita itu didapati gagal disebabkan oleh proses interview di mana kita kenal pasti dia tidak tahu berbahasa Malaysia. Ini membuktikan bahawa proses sebenarnya bukan mudah untuk makluman Tuan Yang di-Pertua sebab untuk sesuatu permohonan kad pengenalan itu, dibuat daripada awalnya sehingga ke penghujungnya. Banyak seksyen yang terlibat.
Maknanya di sini, daripada pertama proses pengesahan sijil lahir perlu dilakukan. Di samping itu juga, ibu bapa kepada yang memohon perlu dibawa dan di setiap seksyen ini ada pegawai-pegawai yang tertentu yang terlibat. Maknanya, sindiket untuk mereka memastikan bahawa setiap seksyen yang mereka ada orang-orang yang menjadi dalang bukan satu perkara yang mudah. Oleh sebab itu, walaupun sistem yang kita guna pakai hari ini merupakan sistem yang kita guna pakai telah sekian lama tetapi ingin saya tegaskan di sini bahawa tidak mudah untuk mereka ini mendapatkan sijil...
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Boleh tambah sikit soalan ini? Dalam kes ini, MyKad sudah ada. Cuma, tinggal lagi...
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Saya akan jawab, saya akan jawab.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
...Gagal di peringkat untuk mendapatkan pasport. Apa kata kalau wanita ini, sebagai contohnya, cuba mempelajari bahasa Malaysia untuk mendapatkan pasport. Maknanya, dia sudah boleh menerobos sistem kita.
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Okey. Itu yang saya sebutkan tadi, ia bukan soal bahasa saja Tuan Yang di-Pertua. Seksyen-seksyen lain juga ada dan setiap seksyen ini, pegawai yang terlibat dan bertanggungjawab adalah orang yang berlainan. Bukan orang yang sama. It’s not a one-man show, bilamana satu dokumen itu dikeluarkan. Akan tetapi pun begitu untuk makluman Yang Berhormat, penambahbaikan yang telah dicadangkan, ada di antara perkara-perkara yang kita tahu ada kelemahan sedikit. Contohnya, dari segi sijil lahir. Sijil lahir- setiap bayi yang lahir diberikan sijil lahir. Akan tetapi buat masa ini, kerajaan mempertimbangkan untuk memastikan ada satu mekanisme untuk memastikan bahawa bayi yang lahir itu mempunyai pertalian secara direct kepada sijil lahir yang dikeluarkan.
Hari ini, jika ada bayi yang dilahirkan contohnya dan meninggal bayi ini dan tidak dilaporkan kematian bayi ini, secara realitinya, sijil lahir itu masih lagi dikategorikan sebagai aktif sebab tidak dilaporkan oleh ibu bapa mereka. Akan tetapi hari ini kita mencadangkan agar satu mekanisme untuk memastikan bahawa ada pertalian, mungkin juga di antara cadangan itu adalah penggunaan DNA contohnya. Kita encrypt-kan DNA, diambil darah DNA si bayi ini, diletakkan kod sijil lahir itu. Bilamana contohlah bayi ini meninggal dan tidak dilaporkan kematian tetapi sekurang-kurangnya di dalam sijil lahir itu sudah ada encrypted code di sana yang membuktikan bahawa penama bayi dan juga yang meninggal itu dan jika ada orang cuba bawa menggunakan sijil lahir ini, pastinya kita akan dapat detect. Inilah di antara perkara-perkara yang kita sedang kaji untuk memastikan bahawa setiap elemen-elemen dalam pengeluaran sijil ataupun kad MyKad ini dapat kita pastikan bahawa tidak ada loophole di sana. Ini insya-Allah, kita akan pastikan itu yang saya sebutkan tadi jawatankuasa penambahbaikan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian akan memastikan tiada loopholes seumpama ini. Sekian, terima kasih.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Soalan kedua?
Tuan Yang di-Pertua
Seterusnya diteruskan dengan Yang Berhormat Kepong.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan tambahan kedua. Silakan.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Ini fasal fungsi MyKad. Apabila MyKad diciptakan, MyKad ada multifunctional dengan multipurpose. Akan tetapi saya dimaklumkan sekarang, Mykad fungsi hanya tinggal Touch ‘n Go. Saya minta penjelasan.
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Saya tidak mempunyai data yang itu. Akan tetapi, saya akan check, tapi apa yang saya tahu, ya. Ada beberapa application yang di-encrypt-kan di dalam MyKad kita dan seingat saya, apa yang ada pada hari ini, Touch ‘n Go masih boleh diguna pakai. Akan tetapi applications lain saya akan beri secara bertulis.
5. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan, adakah pihak Kementerian bercadang untuk memperkenalkan suatu medan jualan atas talian atau aplikasi mudah alih seperti Lazada atau Shopee yang memberi fokus hanya kepada produk-produk usahawan tempatan atau industri kecil dan sederhana bagi membantu dan menyokong produk tempatan serta memberi ruang produk tempatan menembusi pasaran antarabangsa dengan lebih sistematik.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Chong Chieng Jen
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian tiada halangan bagi cadangan memperkenalkan marketplace baharu khas kepada produk tempatan amnya serta buatan Malaysia khususnya.
Namun begitu, isu keselamatan dan label pada produk digunakan serta dimakan perlu diberi keutamaan agar keselamatan pengguna dapat dijamin. Kementerian turut menganjurkan misi perdagangan ke luar negara secara strategik bersama-sama pasar raya besar asing di Malaysia bagi memperkenalkan dan mempromosikan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) melalui program seperti Malaysian Goes Global ataupun Taste of Malaysia khususnya di Sarajevo, Shanghai dan Dubai yang diyakini berupaya untuk merintis peluang pasaran kepada produk-produk tempatan yang berpotensi dan berkualiti untuk diketengahkan di pasaran antarabangsa.
Kementerian ini juga turut memanfaatkan kelebihan ekosistem ekonomi digital dan infrastruktur e-dagang di negara ini melalui pelaksanaan pelbagai insentif, kempen, promosi, diskaun jualan secara berterusan melalui portal online marketplace utama di Malaysia seperti Lazada, Shopee, PrestoMall dan marketplace lain yang mempunyai capaian trafik atas talian yang tinggi. Kerjasama pihak kementerian dan Shopee contohnya telah mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 132 peratus bagi barangan buatan Malaysia yang terdapat lebih kurang 3,500 produk usahawan tempatan.
Selain itu, pihak kementerian juga turut bekerjasama dengan syarikat penerbangan AirAsia untuk mempromosikan produk-produk tempatan di dalam pesawat AirAsia menerusi in-flight menu, katalog dan juga marketplace AirAsia iaitu OURSHOP dan juga www.rokki.com. Sekian, terima kasih.
Datuk Haji Shabudin Yahaya - Tasek Gelugor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Isu yang saya ingin bangkitkan di sini ialah adakah kerajaan mempunyai hasrat untuk mewujudkan satu platform sendiri yang bukan kita bergantung Shopee ataupun Lazada, dan sebagainya kerana Shopee dan Lazada ini adalah satu marketplace yang terlalu luas dan terlalu besar. Akan tetapi kalau kita boleh buat satu platform kita sendiri, di mana fokusnya ialah tentang barangan keluaran produk-produk tempatan, usahawan-usahawan tempatan yang ada kategorinya tersendiri yang dibantu oleh kerajaan secara khusus yang lebih memudahkan usahawan- usahawan ini mendaftar masuk ke dalam aplikasi-aplikasi yang telah dibuat oleh kerajaan sendiri.
Datuk Haji Shabudin Yahaya - Tasek Gelugor
Jadi dalam hal ini, ia akan lebih memudahkan khususnya market dalaman dalam negara kita sendiri di mana kalau kita ada hasrat untuk mencari barang-barangan produk tempatan, maknanya kita ada satu platform kita yang khusus, bukan kita kongsi dengan nama-nama besar yang lain.
Ia kerana ini akan lebih membuka peluang kepada usahawan-usahawan tempatan dan lebih memberikan kemudahan kepada rakyat untuk mencari barangan tempatan melalui satu pintu sahaja iaitu platform yang kita buat sendiri di bawah sokongan kerajaan. Itu yang pertama.
Datuk Haji Shabudin Yahaya - Tasek Gelugor
Kedua, sekarang ini kita melihat ramai pihak persendirian membuka aplikasi-aplikasi yang tersendiri, ia akan jadi beribu-ribu. Benda ini akan kita lihat, tawaran barang-barangan produk tempatan ini akan scattered, akan berterabur, akan tidak menentu. Jadi kalaulah kerajaan boleh memainkan peranan dengan menyatukan, memfokuskan dan membantu mewujudkan satu aplikasi platform yang baru dan mungkin usahawan-usahawan tempatan kita boleh menyertainya secara percuma ataupun dengan bayaran yuran yang terlalu kecil, ia akan lebih menggalakkan produk-produk usahawan tempatan mendapat pasaran khususnya di peringkat tempatan terlebih dahulu.
Ketiga, saya hendak tanya adakah pihak kementerian telah mengadakan kursus-kursus dan latihan-latihan bagi membolehkan usahawan-usahawan tempatan kita ini memasuki bidang pemasaran secara elektronik ini. Adakah mereka mendapat pendedahan yang mencukupi? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Chong Chieng Jen
Terima kasih Yang Berhormat dari Tasek Gelugor. Setakat ini, lebih kurang 1,865 pengusaha kecil dan sederhana (PKS) yang telah berdaftar dengan kementerian.
Tujuan kita menumpu kepada usahawan kita ialah untuk mempromosikan produk PKS itu di portal- portal lain dan juga pasar raya di dalam negara dan juga luar negara.
Untuk cadangan Yang Berhormat supaya kementerian mewujudkan satu portal di mana kita boleh khususnya menjual barangan buatan Malaysia. Saya rasa ia juga akan mengalami beberapa masalah kerana untuk mewujudkan satu portal yang baru, trafik atas talian itu juga merupakan satu masalah. Jadi setakat ini kita hanya menumpukan usaha kita supaya mempromosikan PKS tempatan yang telah berdaftar dengan kementerian kita untuk take advantage portal lain yang sudah ada banyak server dan juga pelanggan di portal lain supaya ia boleh lebih pesat dan cepat lagi untuk mengembangkan perniagaan mereka.
Soalan Yang Berhormat mengenai kursus atau latihan yang diberikan oleh kementerian kita dalam sektor electronic dan electrical (E&E). Saya rasa E&E merupakan satu sektor ekonomi yang terbesar pengeluarannya dari negara kita di eksport market. Latihan-latihan, kursus-kursus dan juga promosi dan polisi yang dilaksanakan oleh kerajaan setakat ini sudah produced result dan berkesan.
Jadi ia merupakan satu usaha yang berterusan. Sekian, terima kasih.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan tadi kementerian tidak berhasrat untuk membuka satu portal e-dagang, saya ingat jawapan ini contradict dengan apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri empat bulan yang lepas. Saya minta Yang Berhormat Menteri perbetulkan nanti kerana Yang Berhormat Menteri bersetuju supaya kerajaan mengemukakan satu platform e-dagang untuk sistem peruncitan, peruncitan selepas dia melawat JD.Com. Saya hendak bertanya Tuan Yang di-Pertua, berkaitan e-commerce. Bagi saya yang paling pentingnya adalah cross border trade facilitations. Saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah usaha kerajaan supaya isu air cargo clearance KLIA Yang Berhormat Timbalan Menteri, enam jam. Singapore airports, 3.5 jam untuk air cargo clearance. Hong Kong, lima jam. Jadi macam mana kita ini untuk jadikan Malaysia taste diaspora, bawa produk Malaysia ke luar negara ini kita dapat reduce our air cargo clearance ini. Ini kerana saya fikir yang paling penting untuk e-commerce ini adalah sistem logistik itu harus diperbetulkan terlebih dahulu.
Kedua, apa perkembangan terkini Digital Free Trade Zone yang telah diperkenalkan kerana kalau kita memperkasakan kembali Digital Free Trade Zone ini, saya yakin benchmark enam jam itu dapat dikurangkan kepada tiga jam. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Chong Chieng Jen
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat atas membangkitkan masalah tentang air cargo clearance time itu. Saya rasa kementerian saya akan berbincang dengan Kementerian Pengangkutan tentang masalah ini untuk mengurangkan prosedur dan juga masalah air cargo clearance. Tentang soalan kedua, apakah soalan kedua itu? Lupa, boleh ulang?
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya...
Tuan Chong Chieng Jen
Oh! Itu e-dagang platform. Kita ada beberapa inisiatif yang diperuntukkan di dalam platform e-dagang itu dan juga beberapa insentif yang diberi. Saya akan menyampaikan yang detailed di situ kepada Yang Berhormat selepas ini kerana sekarang tidak ada maklumat yang terperinci. Terima kasih.
6. Dato' Masir Kujat [Sri Aman] minta Menteri Pendidikan menyatakan bilakah pembaikan sekolah-sekolah daif di Parlimen Sri Aman akan bermula. Berapa buah sekolah rendah yang terlibat dan dikategorikan sebagai sekolah daif.
Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian sentiasa komited dalam memastikan penyediaan infrastruktur yang kondusif bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran tanpa mengira lokasi sekolah. Di kawasan Parlimen Sri Aman khususnya, pelaksanaan naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif melibatkan dua buah sekolah daif iaitu SK Selepong dan SK Ng Klassen dengan kos projek berjumlah RM35.8 juta melalui peruntukan pembangunan dan private finance initiative (PFI). Status fizikal bagi kedua-dua sekolah tersebut adalah 100 peratus siap fizikal dengan melibatkan skop pembinaan bilik darjah, asrama, tandas dan bilik khas.
Kedua-dua buah sekolah yang terlibat dalam pembangunan semula dan naik taraf ini adalah sekolah rendah yang dikategorikan sebagai sekolah daif. Manakala pelaksanaan pembangunan semula dan naik taraf sekolah daif yang diluluskan di dalam Belanjawan 2020 di Parlimen Sri Aman meliputi sebuah sekolah menengah dan juga sebuah sekolah rendah iaitu SMK Balai Ringin dan SK Melugu dengan anggaran kos projek berjumlah RM40 juta melalui peruntukan pembangunan.
Skop pelaksanaan bagi projek ini merangkumi pembinaan bilik darjah, asrama, dewan makan, rumah guru dan bilik sains. Projek-projek ini dilaksanakan sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya dan sedang dalam peringkat perolehan. Sekian jawapan saya. Terima kasih.
Dato’ Masir anak Kujat - Sri Aman
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya terus ke soalan tambahan.
Dato’ Masir anak Kujat - Sri Aman
Apakah jaminan kementerian agar kontraktor yang dilantik nanti tidak akan lari kerana kos luar jangkaan pengangkutan yang tinggi yang perlu dilalui menerusi sungai, darat dan juga jalan balak bagi beberapa buah sekolah daif di kawasan luar bandar Sri Aman? Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat atas soalan tambahan tersebut. Saya hendak menjelaskan di sini bahawa pemilihan kontraktor adalah diuruskan oleh Lembaga Perolehan Persekutuan Sarawak. Di mana Jabatan Kerja Raya Sarawak dilantik sebagai pelaksana projek dan hendaklah melaksanakan projek sekolah daif tersebut dengan mematuhi semua prinsip perolehan dan mengamalkan tadbir urus baik iaitu good governance.
Jadi, saya rasa semasa pelantikan pemilihan kontraktor sepatutnya Lembaga Perolehan Persekutuan Sarawak tersebut mengambil kira semua faktor-faktor yang terlibat supaya kontraktor terbaik boleh dipilih untuk melaksanakan sesebuah projek yang di tender tersebut. Sekian, jawapan saya. Terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya minta Menteri Pendidikan kalau boleh menyatakan apakah jenis-jenis bantuan yang disediakan oleh kementerian untuk murid dan pelajar di sekolah daif? Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching
Bantuan yang disediakan untuk murid-murid di sekolah daif adalah sama dengan sekolah-sekolah yang lain kecuali untuk sekolah-sekolah daif, di mana kita ada projek sekolah daif, di mana kita fokus kepada pembinaan semula ataupun penyelenggaraan. Akan tetapi selain daripada itu, kita memang menyediakan seperti pelbagai bantuan untuk murid-murid kita untuk kebajikan murid-murid.
Selain daripada itu, kita juga ada tabung khas untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Jadi, ini memang sama untuk semua sekolah. Tidak kira sekolah daif ataupun sekolah biasa.
Akan tetapi khusus untuk sekolah daif, di mana kita telah wujudkan projek sekolah daif, di mana kita fokus kepada projek pembinaan semula ataupun kerja-kerja penyelenggaraan yang akan dilaksanakan oleh JKR Sarawak. Kontraktor itu akan dipilih oleh Lembaga Perolehan Persekutuan Sarawak dan skop ataupun had nilai dan kuasa LPP Sarawak ini telah dinaikkan daripada RM30 juta kepada RM40 juta sejak Ogos tahun ini supaya mereka lebih mempunyai autonomi yang lebih besar untuk melaksanakan projek sekolah-sekolah daif. Terima kasih.
7. Tuan Lim Lip Eng [Kepong] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, jumlah polis yang ditahan kerana positif dadah sejak pelantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara.
Adakah wajar mereka yang ditangkap tersebut masih berada di dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia yang berperanan sebagai sebuah agensi penguat kuasa undang-undang.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Mohd Azis bin Jamman
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Daripada statistik Polis Diraja Malaysia, semenjak Tan Sri Dato' Seri Panglima Abdul Hamid bin Bador dilantik sebagai Ketua Polis Negara mulai 23 Mei 2019 iaitu lebih lima bulan yang lepas, seramai 252 orang pegawai dan anggota PDRM yang telah ditahan dan didapati positif di dalam pengambilan dadah.
PDRM sangat memandang serius mengenai masalah ini. Sehubungan dengan itu, mana- mana pegawai atau anggota yang didapati terlibat atau disabitkan dengan kesalahan dadah akan menghadapi tindakan tatatertib di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 yang boleh dikenakan hukuman daripada amaran sehinggalah buang kerja. Sekiranya dia disabitkan kesalahan di mahkamah, pegawai atau anggota boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan 33, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 yang mana boleh dikenakan hukuman sehingga buang kerja. Selain daripada itu, tindakan-tindakan tatatertib di bawah Peraturan 37, peraturan yang sama di bawah kesalahan-kesalahan yang boleh dikenakan hukuman sehingga turun pangkat dan buang kerja.
Di samping itu, pihak JIPS juga mengambil tindakan di bawah Peraturan 7, Peraturan- peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993, di mana pegawai penyiasat tatatertib akan membawa pegawai atau anggota terlibat berjumpa dengan pegawai perubatan untuk mengambil sampel darah atau air kencing sebagai pengesahan kedua jika laporan patologi didapati negatif.
JIPS juga telah melaksanakan Program MYPS Indah bagi program pemulihan yang dianjurkan oleh bahagian agama dan kaunseling, khusus kepada warga PDRM yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah bagi kes-kes yang tidak dituduh di mahkamah kerana laporan ujian air kencing daripada patologi didapati negatif. Terima kasih.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Ya. Seramai 250 orang anggota polis ditahan dalam lima bulan sejak lantikan IGP baharu. Maksudnya, 50 orang anggota polis dalam sebulan. Ini satu angka yang sungguh alarming. Soalan saya, apakah dasar kerajaan untuk memberi ganjaran atau reward kepada anggota polis yang melaporkan kes-kes rasuah, kes-kes penyalahgunaan dadah dan kesalahan sebagainya di kalangan PDRM? Terima kasih.
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Terima kasih dengan soalan tambahan yang diberikan sebentar tadi. Sebagaimana saya sebutkan, PDRM memandang serius tentang isu kesalahan penyalahgunaan dadah di kalangan Polis Diraja Malaysia.
Kita amat mengalu-alukan jika ada anggota-anggota kita yang tampil ke hadapan memaklumkan atau memberi maklumat kepada PDRM tentang kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka di dalam agensi penguat kuasa Polis Diraja Malaysia. Of course, ini di antara perkara yang mungkin kita boleh pertimbangkan, kita akan bawa ke kementerian jika boleh dipertimbangkan rewards tertentu yang mungkin boleh kita berikan kepada anggota-anggota yang memberikan maklumat atau kerjasama kepada pihak berkuasa. Terima kasih.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, nampaknya dadah ini masih merupakan ancaman utama untuk negara kita. Bukan sahaja daripada pihak orang awam, anak muda, orang gelandangan tetapi termasuk juga penguat kuasa.
Jadi, apakah kementerian dan pihak polis mempunyai KPI sekurang-kurangnya kalaupun tidak sifar dadah dalam lima tahun, mungkin pengurangan kemasukan dadah dan penggunaan itu.
Oleh sebab dadah ini merupakan satu bencana yang paling besar. Negara bangsa tidak akan menuju sasaran apa-apa sekiranya penghuni dia banyak makan ataupun menagih dadah. Terima kasih.
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan dengan soalan tambahan sebentar tadi. Ya, kita maklum tentang isu dadah ini merupakan satu isu yang sudah lama kita perangi, malah ia tetap menjadi musuh nombor satu negara. KPI yang disebutkan tadi, sama ada- kita kalau boleh PDRM ini tidak mahu kalau boleh ada anggota yang mengambil atau pun menyalahgunakan dadah ini. Akan tetapi sebagaimana kita sebutkan tadi, masalah yang kita hadapi di negara kita berkenaan dengan isu dadah ini, ianya merupakan satu tabiat, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Jadi, untuk kita mengawal tabiat seseorang ini, di luar kawalan kita. Oleh sebab itulah untuk PDRM, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada IGP Tan Sri Dato' Seri Panglima Abdul Hamid bin Bador di atas ketegasan beliau untuk memastikan agar anggota-anggota kita ini tidak terlibat dengan dadah dengan cara mengambil tindakan kepada mereka-mereka yang telah didapati secara positif mempunyai pertalian dengan penggunaan dadah ini.
Ini akan diteruskan dan saya cukup yakin di bawah kepimpinan IGP yang ada pada hari ini, sebagai langkah yang cukup berani, di mana beliau mengakui sendiri bahawa terdapat anggota- anggota PDRM yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Satu perkara yang saya rasa perlu kita beri pujian kepada Tan Sri IGP dan insya-Allah, saya yakin dengan usaha beliau, dia akan berusaha untuk memastikan agar isu penyalahgunaan dadah di kalangan pegawai-pegawai polis ini dapat dikurangkan seminimum yang boleh. Terima kasih.
8. Datuk Seri M. Saravanan [Tapah] minta Menteri Pendidikan menyatakan, keputusan Jawatankuasa Pemerkasaan TVET, yang diharapkan dapat memberi impak positif dalam menangani isu pertindihan sistem pendidikan, pensijilan, kekangan dana pembangunan serta ketidaktentuan nasib graduan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET).
Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, status terkini Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (JKPTVET) adalah seperti berikut.
Pertama, pihak kementerian telah mengambil inisiatif menubuhkan Jawatankuasa Pemerkasaan TVET pada 21 Jun 2018 bertujuan menyediakan satu laporan bagi menangani isu-isu pemerkasaan TVET merentas kementerian.
Justeru, satu Laporan Jawatankuasa Pemerkasaan TVET telah disediakan dan telah kemukakan kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan pada 31 Julai 2019. Hasil daripada input dan maklum balas pemegang taruh, termasuklah industri, ibu bapa, penyedia TVET awam, kementerian ataupun agensi berkaitan TVET usaha sama semasa sesi town hall di enam zon. Laporan ini berfokus kepada lima pemacu utama dalam memartabatkan pembangunan TVET dalam arus perdana.
Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Teo Nie Ching
Penyelarasan dan rasionalisasi tersebut merangkumi tadbir urus terselaras, program berkualiti tinggi, TVET di pacu industri, pembiayaan yang mampan dan pilihan utama, preferred choice, dengan izin, yang memberikan kesan yang signifikan kepada prestasi ekonomi negara dan perkembangan TVET pada masa hadapan.
Kedua, menyedari kepentingan TVET kepada pembangunan negara dan keperluan, satu usaha bersepadu dilakukan, maka mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada 14 Ogos 2019 telah memberi mandat penubuhan Jawatankuasa Kabinet Pemerkasaan TVET (JKKP TVET) untuk memperkasa sistem dan institusi TVET merentasi sembilan kementerian. Tujuan JKKP TVET berperanan sebagai badan penasihat kepada kerajaan dalam hal-hal berkaitan pembangunan aliran TVET negara.
Walau bagaimanapun, mesyuarat susunan Jemaah Menteri berpandangan bahawa Jawatankuasa Kabinet Pemerkasaan TVET merupakan permulaan kepada penubuhan satu badan penyelaras bagi semua kementerian. Ketiga, Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pemerkasaan TVET telah bersidang untuk kali pertama pada 23 Ogos 2019 telah memperakukan beberapa syor yang dicadangkan dalam Laporan Jawatankuasa Pemerkasaan TVET, antaranya:
(i) penubuhan Badan Penyelaras TVET Negara;
(ii) model pembayaran yang mampan;
(iii) model pemilikan bersama dengan industri;
(iv) pemerkasaan pensijilan TVET industri; dan
(v) penjenamaan TVET Kebangsaan Tunggal.
Sekian jawapan saya. Terima kasih.
Datuk Saravanan a/l Murugan - Tapah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya lihat dengan tertubuhnya satu Jawatankuasa Kabinet ini menunjukkan kerajaan begitu serius dan sensitif terhadap kepentingan TVET. Saya lihat jawapan Yang Berhormat Menteri, yang penting hari ini kita lihat selepas latihan TVET, adakah hasrat kerajaan untuk menubuhkan satu dana khas untuk graduan- graduan ini. Oleh sebab kita lihat contohnya sebelum ini saya pernah jaga Kementerian Belia dan Sukan, IKBN di bawah saya. Contohnya kita bagi latihan kemahiran dalam bidang fotografi tetapi lepas tamatnya latihan, bukan semua boleh dapat peluang pekerjaan. Maka kita perlu adakan sesebuah dana khas supaya mereka boleh mengembangkan kemahiran mereka dalam bidang perniagaan.
Kita lihat institusi perbankan yang ada hari ini, apabila graduan keluar, dia minta audit report tiga tahun, bank statement enam bulan. Maka, mereka tidak ada peluang. Maka saya cadangkan ada tidak sebarang rancangan daripada pihak kementerian untuk menubuhkan satu dana khas untuk Kementerian Usahawan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Belia dan Sukan dan termasuk Kementerian Sumber Manusia. Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih ahli Yang Berhormat Tapah atas soalan tambahan tersebut. Mungkin saya boleh jawab soalan ini dengan perkara berikut.
Pertama, kalau kita hendak bincang tentang laluan graduate TVET ini, saya rasa beberapa perkara kita perlu ambil kira. Pertama apa yang sudah ditambah baik adalah kita telah buat satu keputusan untuk mengguna pakai code of practice for TVET programme akreditasi. Maksudnya sekarang kita telah wujudkan satu Jawatankuasa Teknikal bersama MQA dan juga Jabatan Pembangunan Kemahiran di mana semua program TVET ini akan menggunakan pakai code of practice for TVET programme akreditasi dan oleh sebab itu semua graduan daripada program TVET sekarang bolehlah ada artikulasi TVET sehingga ke tahap sarjana dan juga kedoktoran.
Maksud keempat-empat- yang kita sedia ada, kita telah sediakan 10 Program Sarjana Muda Teknologi untuk artikulasi graduan TVET untuk menyambung pengajian dalam bidang TVET mereka.
Dari segi kerjaya mereka, saya rasa apabila kita menawarkan apa-apa program TVET, kita perlu pastikan bahawa program tersebut memang ada keperluan di pasaran kita. Oleh sebab itu kita memang bekerjasama dengan pelbagai agensi, salah satu seperti MDEC untuk kita mengenal pasti, mana satu bidang yang memerlukan kerja-kerja yang berkemahiran ini.
Salah satu contoh yang kita, salah satu data yang kita dapat daripada MDEC adalah untuk komputer sains- untuk data sains and also siber sekuriti. Ini merupakan bidang-bidang yang kita memerlukan lebih ramai pekerja lagi. Apabila kita boleh mengenal pasti di mana satu bidang yang memerlukan pekerja yang lebih ramai dan berkemahiran yang lebih banyak, kita boleh buat tawaran mengikut keperluan market kita. Ini adalah untuk memastikan bahawa mereka senang untuk mendapat pekerjaan.
Statistik juga menunjukkan bahawa sebenarnya untuk graduan daripada Politeknik dan juga Kolej Komuniti kita, kebolehpasaran mereka telah mencapai 96 peratus. Jadi saya rasa berbanding dengan universiti awam dan juga graduate daripada IPTS, itu adalah jauh, sangat tinggi kerana sekarang untuk IPT adalah lebih kurang 80.2 peratus. Jadi untuk graduate daripada Politeknik dan Kolej Komuniti, memang kebolehpasaran mereka, GE mereka adalah cukup memuaskan dan cukup mengagumkan.
Jadi kita harap bahawa dengan usaha seperti ini, kita juga boleh membantu semua graduan TVET daripada pelbagai agensi termasuklah daripada Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan dan sebagainya. Sekian, jawapan saya. Terima kasih.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada kerjasama dengan syarikat tempatan seperti yang telah dimeterai dengan empat syarikat pada 7 Julai yang lalu, apakah kementerian ada mengadakan perbincangan bersama syarikat gergasi luar negara untuk bekerjasama dengan pihak kementerian bagi memberi latihan dan bimbingan kepada pelatih TVET di negara ini memandangkan teknologi negara mereka adalah lebih terkehadapan berbanding dengan teknologi negara kita.
Adakah pihak kementerian bersetuju bahawa Kolej Vokasional Tanjung Piai yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri pada 11 November baru-baru ini adalah hasil usaha kerajaan Barisan Nasional terdahulu yang peka dengan keperluan pembangunan industri TVET untuk memenuhi kehendak pasaran. Mohon Yang Berhormat Menteri menjawab.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih ahli Yang Berhormat atas soalan tambahan tersebut. Pendirian KPM adalah kita sudi bekerjasama dengan semua pihak, tidak kiralah syarikat tempatan ataupun syarikat daripada luar negara. Tiada masalah. Sebenarnya sekarang memang Politeknik kita ataupun Kolej Komuniti, kita bekerjasama dengan BMW, dengan Western Digital, dengan IBM supaya kita boleh memberi latihan kepada pelajar-pelajar di Kolej Komuniti ataupun Politeknik kita. Jadi kita tidak ada masalah. Kita sudi bekerjasama dengan semua lapisan masyarakat, dengan semua syarikat untuk mewujudkan centre of excellence supaya kita boleh memastikan bahawa graduan-graduan yang kita latih ini memang boleh memenuhi keperluan pasaran kita.
Jadi itu pertama. Tentang isu kedua ataupun soalan kedua yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat, saya percaya bahawa tidak kiralah, kerajaan dahulu ataupun sekarang, kita memang berhasrat untuk memperkasakan TVET, tetapi saya percaya di bawah Pakatan Harapan, kita bolehlah lebih berjaya dalam agenda tersebut. Sekian jawapan saya, terima kasih.
9. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [Lembah Pantai] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan, kos-kos subsidi terhadap barang- barang kawalan, sama ada kos-kos subsidi ini dapat ditampung kerajaan, serta usaha kerajaan untuk mengatasi ketirisan subsidi barangan pengguna.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Chong Chieng Jen
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Barang-barang kawalan di bawah kawal seliaan kementerian di mana kerajaan ada memperuntukkan subsidi adalah seperti RON 95, diesel, tepung gandum kegunaan am, minyak masak dan gas petroleum cecair iaitu LPG. Bagi tahun 2019, kerajaan telah memperuntukkan bajet sejumlah lebih kurang RM2.5 bilion bagi membiayai subsidi ke atas tiga barang kawalan iaitu tepung gandum kegunaan am, minyak masak dan gas petroleum cecair serta dijangkakan akan membelanjakan lebih kurang RM4 bilion lebih bagi RON 95 dan diesel.
Kos-kos subsidi ini jika diambil kira memang merupakan sesuatu yang unsustainable dengan izin untuk jangka masa yang panjang. Sebagai contoh, bagi RON 95, harga pasarannya pada masa kini adalah RM2.27 seliter. Demi membolehkan stesen minyak menjual RON 95 pada harga siling RM2.08 seliter, kerajaan terpaksa menampung 19 sen seliter atau RM64.91 juta seminggu.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Chong Chieng Jen
Ini merupakan sistem subsidi secara pukal. Di bawah sistem ini, kerajaan telah membelanjakan sejumlah lebih kurang RM2.7 bilion bagi subsidi RON95 pada tahun 2018, dan anggarannya untuk tahun ini adalah lebih kurang RM2.4 bilion.
Apa yang jelas adalah, subsidi petrol secara pukal ini selain daripada membantu golongan berpendapatan rendah iaitu B40 membeli petrol pada harga yang berpatutan, ia juga menyebabkan golongan berpendapatan tinggi iaitu T20 menikmati lebih banyak subsidi petrol kerana mereka mempunyai kemampuan perbelanjaan yang lebih tinggi.
Selain daripada itu, sebagai contoh, warganegara Malaysia dan mereka yang bukan warganegara Malaysia juga secara langsung menikmati subsidi petrol daripada pihak kerajaan. Selain itu, negeri-negeri yang bersempadan dengan negara jiran seperti Johor, Perlis, Kelantan dan Kedah juga mendapati bahawa pemilik kenderaan dari luar ikut mengisi petrol bersubsidi ini dan mereka juga menikmati harga rendah. Ini merupakan suatu yang tidak saksama dan adil, serta merupakan salah satu punca ketirisan berlaku.
Oleh yang demikian, selain daripada Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, kerajaan telah menggantikan sistem subsidi secara pukal itu dengan program yang dinamakan Program Subsidi Petrol iaitu subsidi bersasar iaitu pemberian subsidi RON95 secara bersasar supaya hanya mereka yang layak, yang dikategorikan sebagai B40 dan M40 sahaja yang menerima subsidi.
Selain daripada itu, secara amnya bagi mengatasi ketirisan subsidi untuk barangan kawalan lain, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan dengan memperkemaskan mekanisme pemberian subsidi, pelaksanaan operasi penangkapan, siasatan dan operasi yang menyeluruh.
Setakat ini, kementerian telah melaksanakan usaha seperti berikut:
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Chong Chieng Jen
(i) taklimat bersepadu;
(ii) pemeriksaan menyeluruh terhadap rantaian pengedaran barang kawalan bersubsidi;
(iii) kaedah baru kawalan antara negeri;
(iv) memperkukuhkan strategik risikan; dan
(v) tindakan membekukan kuota.
Sekian, terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Seperti kita sedia maklum, isu subsidi ini ada kesan terhadap Indeks Harga Pengguna ataupun CPI, dan saya ucapkan tahniah kerana KPDNHEP selama ini telah berjaya mengawal pertumbuhan CPI ini, dan apakah langkah yang akan diusahakan oleh pihak kementerian untuk memastikan pada waktu kita mengurangkan subsidi secara pukal, dan menjurus ke arah subsidi bersasar, CPI ini tidak terjejas, dan tidak mendatangkan beban yang besar kepada pengguna akhirnya nanti. Terima kasih.
Tuan Chong Chieng Jen
Terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat. Antara satu kaedah yang kita akan laksanakan selepas kita menghentikan subsidi pukal di Semenanjung, adalah supaya- walaupun kita mengapungkan minyak harga RON95 tetapi kita akan mengapungkan secara in stages, secara berperingkat, supaya harganya tidak akan ditingkatkan atau naik dengan mendadak.
Pegawai-pegawai penguat kuasa kementerian juga akan meningkatkan pemantauan dan menjalankan tugas di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan, dan sekiranya peniaga- peniaga didapati mengambil kesempatan untuk mencatut dengan menaikkan harga mereka dengan tidak berpatutan, kita akan mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka.
Haraplah dengan usaha-usaha ini, kita boleh mengawal sedikit sebanyak tentang tekanan untuk menaikkan kenaikan harga barangan di pasaran. Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri memaklumkan mengenai perkara-perkara untuk membantu rakyat. Jadi, berhubung dengan subsidi tadi, saya nak menyentuh mengenai Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia.
Apakah keberkesanannya, kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan- keberkesanan Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia dalam mendidik dan mengubah sikap serta gaya membeli masyarakat negara ini. Terima kasih.
Tuan Chong Chieng Jen
Yang Berhormat, soalan itu ada berkaitan dengan soalan terlebih dahulu itu iaitu soalan 5, bukan soalan ini. Kesan Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia...
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong
Ini berkaitan dengan subsidi, usaha Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri kata...
Tuan Chong Chieng Jen
Ini soalan yang lain. Soalan Yang Berhormat tadi adalah, apakah kesan Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia.
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong
Ya, ini berkaitan dengan subsidi untuk membantu rakyat. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau...
Tuan Chong Chieng Jen
Ini yang lebih berkenaan tentang soalan 5 yang tadi saya jawab, yang tadi Yang Berhormat tidak ada tanya.
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong
Ya, tapi tadi saya tidak berada di sini...
Tuan Chong Chieng Jen
Oh, I see. Tak berada di sini, okey.
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong
Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri rasa tak dapat jawab sekarang, jawab bertulis, boleh? Sebab Yang Berhormat adalah Timbalan Menteri.
Tuan Chong Chieng Jen
Tak apa, tak apa.
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong
Boleh tak?
Tuan Chong Chieng Jen
Boleh, boleh.
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong
Ha, jawablah cara begitu. Janganlah kata...
Tuan Chong Chieng Jen
Akan tetapi bukan soalan ini. Jawapan ini untuk soalan yang terkeluar.
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong
Sebab semuanya berkaitan, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebab tadi kita bercakap soal subsidi.
Tuan Yang di-Pertua
Seterusnya.
Tuan Chong Chieng Jen
Kita ada peraturan mesyuarat.
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong
Eh, tak ada salah daripada segi peraturan mesyuarat.
Tuan Chong Chieng Jen
Kita harus ikut peraturan mesyuarat dan bukan...
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong
Yang Berhormat, kalau kita...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Batang Sadong, sudah tamat sesi soal jawab lisan.
[Masa Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahaskan dan diputuskan dalam peringkat Jawatankuasa, Kementerian Industri Utama dan Kementerian Kesihatan bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2020, dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2020, dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 13 November 2019.”
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Tuan Sim Tze Tzin
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2020, dan Anggaran Pembangunan 2020 dalam Jawatankuasa sebuah- buah Majlis.” [Hari Kelima] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi
Kepala Bekalan B.20, dan Kepala Pembangunan P.20 di bawah Kementerian Industri Utama terbuka untuk dibahas.
Seperti biasa, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan hari ini adalah perbahasan di Peringkat Jawatankuasa bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2020 untuk dua kementerian iaitu Kementerian Industri Utama dan Kementerian Kesihatan. Had tempoh masa perbahasan di Peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang seperti biasa juga, pada permulaannya dihadkan selama 10 minit sahaja bagi setiap Ahli Yang Berhormat untuk berbahas, dan Yang Berhormat Menteri diberi 60 minit untuk menjawab. Sekian, terima kasih.
Saya mempersilakan pembahas yang pertama. Mengikut senarai yang ada pada saya...
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Setiu.
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Tuan Pengerusi, boleh kah bacakan senarai itu supaya kami tahu kedudukan kami di mana.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Ataupun tidak payah baca, kita berdiri and then Tuan Pengerusi boleh pilih.
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Oleh sebab kami sudah beri senarai Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Pengerusi
Saya akan bacakan senarai.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Kami tidak ada.
Tuan Pengerusi
Yang ada senarai saya baca. Senarai untuk Barisan Nasional, saya akan ikut senarai ini ya. Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Baling dan Yang Berhormat Kuala Kangsar, urutan ini. Selama 10 minit. Itulah lain kali Yang Berhormat Kangar sepatutnya berbahas dahulu.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Arau, Arau.
Tuan Pengerusi
Arau, Arau. Maaf saya selalu.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Senarai PAS, PAS?
Tuan Pengerusi
Oleh sebab kedua-duanya Perlis [Ketawa]
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tuan Pengerusi, senarai PAS.
Tuan Pengerusi
Maaf, maaf Yang Berhormat Kangar. Baik, untuk GPS Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Limbang, eh! Berapa kali Yang Berhormat Sibuti. Oh! Dua ya, dua kementerian.
Kedua-dua kementerian Yang Berhormat Sibuti dahulu disusuli dengan Yang Berhormat Limbang, PAS tidak ada, PH tiada. Jadi saya jemput...
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Senarai untuk PAS nanti kita hantar.
Tuan Pengerusi
Lebih baik kalau berikan senarai kepada saya, senang sedikitlah. Saya menjemput Yang Berhormat Kinabatangan dahulu.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma ingin menyentuh Butiran 020100 – Kemajuan Industri Komoditi, Butiran 030300 – Menangani Kempen Anti Minyak Sawit, Butiran 030400 – Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Saya ingin bertanya kementerian dan juga Menteri. Oleh sebab semenjak minyak sawit telah jatuh harga, bermacam-macam bentuk kempen yang dilaksanakan oleh Menteri iaitu termasuk ‘Love My Sawit’- ‘Sayangi Sawit Ku’ dan menyarankan penduduk minum minyak sawit satu sudu setiap pagi.
Jadi, saya mahu tahu apa impak besar yang telah berlaku dalam kempen tersebut di dalam negara kita. Adakah harga sawit itu meningkat? Adakah penjualan sawit dalam negara ini meningkat?
Oleh sebab sebagai rakyat Malaysia, rasa saya seluruh rakyat Malaysia ini memang suka minyak sawit.
Memang mereka sayangi produk Malaysia.
Cuma apa yang saya ingin tahu, apa impak yang telah berlaku dalam proses satu tahun 18 bulan ini, semenjak kempen ini dilaksanakan? Sejauh manakah pula kempen yang dilaksanakan oleh kementerian dan juga Yang Berhormat Menteri terhadap penjualan minyak sawit di luar negara.
Berapakah negara yang terlibat yang telah dilaksanakan misi untuk memasarkan minyak sawit kita?
Apakah impaknya juga kepada ekonomi negara? Boleh namakan negara-negara yang telah memberi persetujuan untuk membeli minyak sawit kita seperti disarankan oleh Yang Berhormat Menteri, bos saya.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datuk
Minta 30 saat. Adakah Yang Berhormat Kinabatangan sedar bahawa kajian telah dilakukan. Jika seluruh rakyat Malaysia minum sesudu sehari, peningkatan produktiviti cuma 0.005 peratus sahaja. Adakah Yang Berhormat bercadang agar kepimpinan melalui teladan di mana Menteri sendiri mesti tidak minum satu sudu tetapi satu botol sehari.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya, Terima kasih Yang Berhormat Bagan Datuk. Saya sendiri baru tahu bahawa kajian telah dilaksanakan iaitu walau macam mana pun, seramai 30 juta lebih rakyat Malaysia ini minum satu sudu minyak sawit, peningkatannya cuma 0.005 peratus sahaja. Mungkin kementerian perlu mencadangkan kita kena minum mungkin satu gelas minyak sawit sebagai jus setiap pagi. Termasuk juga yang di sanalah. Kita ikut sahaja kalau Yang Berhormat Menteri sudah minum, kita minum. Oleh sebab itu mungkin cadangan yang baik. Mungkin boleh tertingkatkan khasiat dan juga mungkin memberi kita awet muda, bertenaga dan sebagainya. Oleh sebab ini penting, kita kena sihat dalam masa sekarang ini. Jadi...
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Kinabatangan rujuk butiran mana ya?
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya rujuk Menangani Kempen Anti Minyak Sawit.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Butiran?
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
...Dan juga Kemajuan Industri Komoditi.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, jangan bimbang, saya orang lama, saya tahu mana saya masuk.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya. Ini sebab ini peringkat Jawatankuasa.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Pintu mana saya boleh masuk. Jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini Yang Berhormat...
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Pengerusi, peringkat Jawatankuasa.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sudah sebut tadi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat 030300 saya bagi tahu.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila teruskan Yang Berhormat Kinabatangan, teruskan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat semua tanya, saya tahu dalam dunia ini, yang saya tahulah, olive oil yang kita minum mentah kita campur dengan salad, kita minum sedikit sahaja olive oil. Jadi, minyak sawit ini kita cakap terbuka di sini bahaya kepada rakyat Malaysia.
Kita kena tanya Kementerian Kesihatan, apakah kesan dari segi kesihatan kalau kita minum mentah.
Satu botol, kalau minum mentah apa akan jadi?
Apakah Yang Berhormat ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri kalau kami hendak minum satu botol satu hari, apa akan jadi kepada kami? Kalau kami jadi superman ataupun kita boleh berbuat demikian.
Keduanya Yang Berhormat, sat-sat ni wakil Malaysia ke China, MP Cheras, sedang kita berucap dia keluar. Padahal dia kena ada di sini untuk mendengar dan bari pandangan tentang pembelian sawit oleh kerajaan negeri China. Tiba-tiba dia keluar. Kenapa?
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya, Yang Berhormat Arau. Saya mahu ambil sedikit petikan daripada hujah Yang Berhormat Arau. Saya pun ingin tanya kepada kementerian, sejauh mana justifikasi daripada Kementerian Kesihatan berhubung dengan saranan minum minyak sawit ini. Sudah ada sijil kah yang menyatakan kita minum minyak sawit mentah ini tidak mendatangkan mudarat. Kalau mendatangkan mudarat, ini dikira saranan yang amat bahaya. Jadi kalau belum ada, adakah pensijilan daripada Kementerian Kesihatan ataupun sudah ada untuk kita diberi kebenaran minum minyak sawit mentah ini. Saya minta pihak kementerian juga memberi penjelasan.
Isu utama yang saya ingin bacakan iaitu apa impak yang telah berlaku terhadap ekonomi negara-negara dan berapa negara-negara yang telah bersetuju untuk membeli minyak sawit kita?
Bagaimana pula dengan pasaran yang sedia ada. Seperti China dan India mereka telah menidakkan pembelian minyak sawit negara. Apakah impaknya kepada ekonomi? Apakah kementerian meletakkan sasaran iaitu tahun berapa agaknya harga sawit kita ini pulih seperti sedia kala.
Oleh sebab Yang Berhormat Menteri sedia maklum, di dalam negara kita ini di samping syarikat yang besar-besar, yang mempunyai beratus ribu hektar kelapa sawit ada juga pekebun- pekebun kecil bergantung hidup mereka kepada kelapa sawit. Iaitu lebih kurang 650 ribu orang pekebun-pekebun kecil yang memiliki ladang sebanyak tiga ekar, satu hektar, dua hektar, 30 ke bawah dan sebagainya.
Mereka selama ini bergantung kepada penjualan buah sawit mereka. Akan tetapi apabila sawit telah merudum harganya, maka mereka juga terjejas. Jadi saya faham, kementerian pun mempunyai hasrat yang baik untuk membantu rakyat. Akan tetapi, seolah-olah tidak ada sasaran yang dapat dicapai untuk mempertingkatkan harga sawit ini.
Demikian juga dengan getah, iaitu kita lihat harga getah pun pada hari ini tidak juga boleh naik-naik. Ini amat membimbangkan. Jadi ramai rakyat saya di Kinabatangan meminta saya bertanya, apakah langkah-langkah yang lebih komprehensif dan lebih drastik yang boleh dilakukan oleh kementerian untuk memastikan bahawa pengusaha-pengusaha ladang getah, penoreh getah, pemilik getah juga mereka mendapat pembelaan secara total. Bukan hanya diberikan subsidi untuk mereka menampung sedikit masalah dalam musim tengkujuh dan sebagainya.
Kita harus mempunyai perancangan jangka panjang, bagaimana industri getah kita ini kita letakkan industri sawit kita letakkan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Apakah ini kedua-dua komoditi ini masih menjadi satu sumber pendapatan kementerian rasa boleh membantu mempertingkatkan ekonomi orang kampung ataupun pengusaha-pengusaha secara komersial dalam negara kita ini. Jikalau tidak boleh, bermakna kementerian kena mengisytiharkan satu industri untuk diberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya. Oleh sebab kita tidak mahu rakyat terperangkap dalam isu-isu apabila harga tidak ada, maka rakyat menjadi mangsa dan kerajaan tidak ada usaha-usaha untuk mempertingkatkan pula penjualan harga komoditi tersebut.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sawit ini telah merudum lebih kurang dua tahun ataupun 18 bulan. Jadi, ke arah mana sawit ini kita bawa, minyak sawit ini? Apakah promosi dalam negara kita dipertingkatkan? Saya rasa dalam negara, tidak perlu kita tingkatkan. Apa yang perlu kita tingkatkan promosi di peringkat antarabangsa.
Kita harus mencari pasaran baru, kita harus mencari rakan niaga yang baru. Kalau India, kalau China, kalau Eropah sudah tidak mahu membeli sawit, maka kita kena mencari negara-negara yang baru. Kita jadikan yang friendly kepada minyak sawit yang bukan anti minyak sawit.
Kita semua maklum, Kesatuan Eropah memang dengan seboleh-bolehnya akan terus mengharamkan minyak sawit kita sebab minyak sawit ini merupakan pesaing kepada minyak-minyak pengeluaran mereka.
Ini tidak mungkin membenarkan negara kita untuk menjual secara total minyak sawit sebab mereka rasa terancam. Minyak sawit kita ini sebetulnya baik, baik daripada minyak sunflower, daripada minyak jagung dan sebagainya.
Akan tetapi, mungkin promosi kita, penekanan kita dan engagement kita kepada negara- negara yang mampu membeli minyak sawit ini tidak begitu baik. Mungkin juga isu-isu tertentu yang melibatkan pemimpin dengan pemimpin sehingga menjejaskan industri sawit dalam negara kita.
Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penjelasan, penjelasan.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penjelasan...
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Arau, masa sudah tamat, 10 minit.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia terlupa sebut tadi fasal buluh.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ya, tidak apa. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Lembah Pantai, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Saya berikan kepada Yang Berhormat Beaufort. Yang Berhormat Beaufort dulu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Eh! Mana boleh ini? Tidak boleh ini.
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Beaufort boleh?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hanya Tuan Pengerusi yang boleh tentukan.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik, saya beri giliran kepada Yang Berhormat Beaufort untuk bahas, 10 minit.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Wah! Tuan Pengerusi bestlah. Besok kami nak tukar-tukar, boleh ya.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Boleh, boleh.
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Terima kasih Tuan Pengerusi. Diamlah Yang Berhormat Arau...
[Dewan ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Beaufort, berhati-hati di jalan raya.
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Sahabat ku [Ketawa]
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang Berhormat Beaufort sudah berkawan dengan kami sudah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Melompat.
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada maksud B.20, Butiran 030400 – Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia.
Dikatakan bahawa pekebun-pekebun kecil kelapa sawit, pendapatan mereka dijangka akan meningkat dengan pensijilan MSPO. Ini adalah kenyataan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri pada 19 September tahun ini.
Di sini, saya dapati bahawa disediakan bajet sebanyak RM27 juta untuk tahun 2020. Saya ingin maklumkan di sini bahawa terdapat 35,233 orang pekebun kecil sawit di negeri Sabah sahaja dengan keluasan 219,297.07 hektar. Untuk di kawasan Parlimen saya sahaja, ada 700 orang pekebun kecil dengan keluasan 7,500 ekar.
Saya ingin tahu, adakah mereka ini mendapat bantuan untuk memperoleh sijil MSPO ini?
Saya juga ingin tahu berapa ramai di kalangan mereka sudah pun mendapat sijil MSPO ini? Ini penting kerana selaras dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa ini akan dapat menambahkan pendapatan pekebun-pekebun kecil kita.
Jika ada bantuan ini, bilakah bantuan ini akan disalurkan dan apakah mekanisme yang akan digunakan oleh kementerian untuk menyalurkan bantuan ini kepada pekebun-pekebun kecil kita? Saya ingin mencadangkan di sini supaya dikurangkan birokrasi dalam proses penyaluran nanti. Usaha untuk membantu hendaklah dipermudahkan supaya kumpulan sasar benar-benar mendapat manfaat dari peruntukan yang kerajaan sediakan untuk membantu meningkatkan pendapatan mereka khususnya kita tahu mereka semua ini adalah merupakan orang-orang yang datang dari kawasan luar bandar.
Bilakah baki sebanyak 49 peratus daripada 5.85 juta hektar tanaman kelapa sawit di Malaysia ini akan mendapat sijil tersebut? Ini adalah penting kerana seperti yang ditekankan ia akan dapat meningkatkan lagi pendapatan pekebun-pekebun kita.
Butiran 030500 – Insentif Pengeluaran Getah (IPG) disediakan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk tahun 2020. Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan peruntukan ini.
Saya ingin tahu, apakah jenis insentif yang disediakan dengan peruntukan ini? Adakah insentif untuk pengilang atau pekebun getah ataupun penoreh getah? Di Beaufort sahaja, kita ada kilang getah, ada kebun dan ada seramai 1,746 orang pekebun kecil getah, ada dua Mini Estet Sejahtera yang di dalamnya mempunyai 64 buah keluarga pesertanya yang- mini estet ini juga telah ditanam dengan getah.
Saya ingin tahu bagaimanakah mereka boleh dibantu untuk bukan sahaja meningkatkan pengeluaran getah tetapi lebih penting lagi bagi menambah pendapatan mereka. Dalam keadaan komoditi ini sekarang harganya menurun, bagaimanakah kita dapat memastikan pendapatan mereka ini tidak berkurangan sebegitu sangat sehinggakan mereka akan menjadi kumpulan yang miskin, sedangkan usaha kita adalah untuk menjadikan mereka ini keluar dari kepompong kemiskinan itu?
Jadi saya ingin penjelasan dari kementerian.
Butiran 030300 – Menangani Kempen Anti Minyak Sawit daripada sebanyak RM2 juta pada tahun 2019 ditingkatkan kepada RM27 juta. Saya amat berharap dengan peningkatan peruntukan ini akan membantu lagi kempen kita dengan lebih baik untuk menjadikan minyak kelapa sawit akan diminati oleh semua orang, bukan sahaja dalam negara kita tetapi juga di seluruh dunia ini.
Saya ingin bertanya, apakah kempen-kempen yang telah dilaksanakan dan akan dilaksanakan? Adakah kementerian sudah mengenal pasti sasaran kempen ini dan bagaimanakah pendekatannya? Sejauh mana keberkesanannya setakat ini?
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Bolehkah Malaysia, bukan sahaja kempen terus mempromosikan kebaikan minyak kelapa sawit supaya boleh diterima oleh para pengguna di mana sahaja, khususnya di negara yang mempunyai penduduk yang ramai? Adakah kempen yang dibuat ini berbentuk positif, offensive ataupun defensive sahaja?
Ini kerana tentunya apabila kita menyarankan- seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi untuk minum setiap hari minyak kelapa sawit ini tentunya kerajaan kita, negara kita sudah pun membuat kajian. Saya percaya tidak mungkin kita suruh rakyat kita minum kelapa sawit ini tanpa membuat kajian terlebih dahulu, bukankah? Tentunya, kita sudah melihat ada kebaikannya supaya minyak sawit ini diminum oleh rakyat Malaysia setiap hari dan digunakan untuk masakan-masakan kita.
Saya ingin tahu...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Beaufort?
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Apakah kajian yang telah dibuat dan sejauh manakah kajian-kajian ini telah kita promosikan di peringkat antarabangsa, di negara-negara lain supaya...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Beaufort?
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Rakyat di negara lain juga dapat melihat kebaikan minyak kelapa sawit ini dan mereka akan membeli kelapa sawit ini untuk kebaikan mereka.
Ini akan membantu lagi pendapatan negara kita.
Adakah kita menggunakan ikon-ikon tertentu...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Beaufort minta penjelasan...
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Penjelasan nanti minta dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri, bukan saya. Saya pun mahu minta penjelasan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sejak Yang Berhormat Beaufort melompat ke sana, tidak akan Yang Berhormat Beaufort tidak dapat penerangan-penerangan ini? Kenapa masih bertanya di Parlimen?
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Mestilah. Ini tugas. Tugas seorang Ahli Parlimen untuk bertanya di dalam Parlimen. Inilah Dewannya tempat kita mengemukakan pandangan kita untuk bertanya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Beaufort bagus. Bagus.
Bagus.
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Arau. Terima kasih.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang bagus semua melompat dekat sini.
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Jadi saya ingin bertanya apakah sudah kajian-kajian positif yang dilaksanakan oleh kementerian menggunakan mereka yang bijak pandai dalam negara kita, daripada universiti-universiti kita untuk memastikan minyak kelapa sawit kita ini dapat kita promosikan di peringkat antarabangsa?
Adakah kita menggunakan ikon-ikon tertentu di peringkat antarabangsa supaya- saya bukan orang advertisement, tetapi promosi itu akan lebih berkesan lagi di peringkat antarabangsa. Kita semua di sini, dalam Dewan ini, saya percaya kita semua sayangkan kelapa sawit. Kita mahu kelapa sawit ini digemari oleh semua orang di dunia ini supaya membawa hasil yang baik kerana rakyat kita ramai, di kawasan kita masing-masing adalah juga pekebun-pekebun kelapa sawit yang mengharapkan pendapatan daripada kelapa sawit. Jadi saya harap, kita semua bersatu dalam usaha yang baik ini.
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Saya ingin terus kepada Butiran 02- saya juga ingin bertanya, sebab ada kempen yang dibuat di Berlin, apakah kesan yang telah dibuat di Berlin itu? Butiran 020100 – Kemajuan Industri Komoditi diperuntukkan lebih RM9 juta.
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Apakah program-program dan inisiatif baharu kerajaan sekarang ini untuk memajukan lagi industri komoditi seperti getah dan sawit bagi meningkatkan lagi pendapatan mereka yang terlibat dalam industri ini dan memberi peluang kepada rakyat yang lain untuk turut terlibat sama dalam industri komoditi ini khususnya dalam industri hiliran.
Ini kerana kita tidak mengharap sahaja kelapa sawit minyak sahaja tetapi untuk ada lagi hasil- hasil hilirannya yang boleh juga kita pasarkan. Sudah tentunya dalam negara kita ini mereka yang bijak pandai juga telah membuat pelbagai kajian yang boleh kita gunakan dan ini akan membantu kita bukan sahaja memasarkan minyak itu tetapi hasil-hasil lain lagi, produk-produk lain lagi, industri hiliran daripada sawit ini.
Supaya dia akan dapat membantu, bukan sahaja mereka yang menanam kelapa sawit, bukan pekebun kelapa sawit, tetapi orang-orang lain yang juga ingin terlibat sebagai usahawan memasarkan produk-produk ini ataupun membantu untuk meningkatkan lagi kebolehpasaran barang-barangan, produk-produk sawit ini. Jadi, saya minta kementerian supaya menerangkan kepada kami di dalam Dewan ini apakah usaha-usaha dalam memajukan komoditi ini selain daripada hasil minyak itu sahaja yang mana boleh melibatkan lebih ramai lagi rakyat dalam negara kita Malaysia ini.
Semua ini dapat dipasarkan bukan sahaja dalam negara kita Malaysia, seperti misalnya untuk bitumen untuk jalan raya. Mungkin ada lagi lain-lain yang saya tidak tahu, saya bukan pakar, itu sebab saya bertanya di sini dan saya berharap ini boleh diambil nanti oleh mereka yang ingin menjadi usahawan dan ini akan menjadi satu bidang ekonomi lagi yang dapat memajukan rakyat dalam negara kita Malaysia. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Beaufort.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kuala Krai. Saya hendak sebutkan siapa senarai yang daripada PAS, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Sik dan Yang Berhormat Kemaman. Sila Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bismillahi Rahmani Rahim... [Membaca selawat] Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya berdiri mewakili hampir 30,000 penoreh getah di Kuala Krai dan ratusan ribu penoreh di seluruh Malaysia, Yang Berhormat Menteri.
Saya ingin merujuk kepada Butiran 020500 – Lembaga Getah Malaysia (LGM). Seperti yang diketahui LGM merupakan badan untuk membantu pembangunan dan pemodenan industri getah di Malaysia ini dalam semua aspek daripada penanaman pokok getah, pengeluaran, pemprosesan getah mentah, pembuatan barangan getah, dan pemasaran getah serta produk getah. Ia merupakan jantung dalam industri getah.
Sangat mendukacitakan untuk bajet tahun ini, tiada satu sen pun peruntukan untuk LGM ini berbanding RM10 juta pada tahun 2019. Ini adalah satu malapetaka untuk industri getah di Malaysia.
Terkini, Malaysia sudah jatuh ke tangga keenam sebagai pengeluar getah dunia. Untuk peringatan Yang Berhormat Menteri, Malaysia pernah menjadi pengeluar utama dunia dalam industri getah. Dalam pergantungan kepada eksport berapa peratus kah sektor getah menyumbang kepada pendapatan eksport produk komoditi Malaysia khususnya dalam tahun-tahun terakhir ini?
Tuan Pengerusi, apakah langkah yang diambil untuk berhadapan dengan kemunculan pemain-pemain baharu getah yang semakin meningkat? Apakah kajian yang dilakukan untuk mempelbagaikan inovasi produk-produk berasaskan getah bagi memberi nafas baharu dan menandingi pemain-pemain utama seperti Thailand dan Indonesia dan industri getah sintetik yang semakin berkembang? Atau, adakah Kerajaan Pakatan Harapan sudah benar-benar hilang selera untuk memajukan industri ini?
Tuan Pengerusi, saya ingin meminta kementerian untuk menyatakan apakah impak ekonomi berkaitan Skim Pengurusan Bekalan, Supply Management Scheme, Skim Menggalakkan Permintaan, Demand Promotion Scheme, dan Skim Kuota Pengeksportan, Agreed Export Tonnage Scheme yang diwujudkan bagi menangani kejatuhan harga getah. Saya difahamkan bahawa, harga getah kita hanya ditentukan oleh tujuh pemain utama ataupun pengilang.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Enam daripadanya bukan bumiputera dan hanya satu sahaja bumiputera. Malah, mereka dapat menentukan harga getah untuk setahun ke hadapan jika benar. Adakah harga getah kita sedang dimonopoli? Soalan saya. Saya bimbang kerana sebab inilah harga getah tidak menaik untuk penoreh dan dalam masa yang sama pihak pengilang mendapat keuntungan yang besar.
Saya ingin tahu, berapa peringkat yang dapat manfaat dan mengaut keuntungan daripada industri getah ini? Contohlah saya bagi, bermula daripada penoreh yang dapat sekitar RM2 sekilo.
Kemudian yang kedua ialah peruncit, ketiga pemborong dan seterusnya berapakah pengilang mengambil untung dan peringkat manakah paling untung dalam senarai daripada penoreh sehingga kepada pengilang ini?
Tuan Pengerusi, saya juga tidak nampak di mana usaha Kerajaan Pakatan Harapan dalam mempelbagaikan industri tempatan dan hiliran agar kita tidak hanya berharap kepada pengeksportan.
Saya terbaca tentang usaha dan kajian yang dibuat untuk menjadikan getah sebagai bahan dalam pembuatan jalan raya. Soalan yang ingin saya tahu ialah berapa peratus-kah penggunaan getah untuk satu kilometer jalan raya?
Apakah usaha yang telah dibuat secara serius di antara kementerian yang berkaitan? Seperti di antara Kementerian Industri Utama dan juga Kementerian Kerja Raya yang menguruskan kerja-kerja jalan raya dan juga Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Saya amat mengharapkan agar penggunaan getah sebagai bahan dalam pembuatan jalan raya dapat diperluaskan agar harga getah dapat dipulihkan dan penoreh getah dapat mencapai manfaat sepenuhnya.
Selain getah, melalui pengeluaran susu yang sudah kita sedia maklum, apakah kajian telah dibuat menerusi penyelidikan bioteknologi untuk mengetengahkan daun getah dan juga bahan-bahan lain, pokok biji getah sebagai salah satu sumber pendapatan di kalangan masyarakat luar bandar.
Yang Berhormat Menteri dan juga Tuan Pengerusi, di tempat saya Kuala Krai biji getah dijeruk, kemudian dimasukkan ke dalam gulai ikan patin yang amat enak. Kalau Yang Berhormat Menteri ada kesempatan, ada masa terdekat ke Kuala Krai saya boleh sediakan, insya-Allah. Boleh cuba. Orang Kuala Krai khususnya di Kampung Pemberian sebut masakan ini dengan ‘Asam Rong’, saya pun tidak reti hendak eja macam mana.
Tuan Pengerusi, saya menyarankan kerajaan memperbanyakkan kajian seperti ini. Namun begitu janganlah pula ada kajian yang menyatakan kita hendaklah minum susu nanti. Harap Yang Berhormat Menteri tidak mengikuti jejak menteri ini. Sebagai mana yang berlaku kepada kelapa sawit.
Minta kementerian menyenaraikan tatacara piawaian operasi SOP yang sedang dikaji semula dan dibangunkan berkaitan pembangunan getah dan industri getah. Menurut Monthly Rubber Statistics Malaysia bulan September tahun 2019, ini yang terbaharu Yang Berhormat Menteri, kegunaan getah untuk pembuatan tayar hanyalah 7.3 peratus.
Kenapa kita tidak menjadikan sektor pembuatan tayar sebagaimana yang dilakukan oleh Thailand dan Indonesia? Getah terjual, dalam masa yang sama tayar untuk rakyat mereka menjadi murah. Terbaharu bagaimana langkah kerajaan menangani penyebaran penyakit fungal di estet getah sebagaimana tersebar di Indonesia dan Thailand sehingga menyebabkan berlakunya pengurangan hasil getah, adakah Kerajaan Malaysia tidak terjejas? Adakah di Malaysia ini tidak terjejas dengan penyebaran penyakit ini? Sejauh manakah penoreh menyedari dan bersedia mengikuti arahan seperti yang dicadangkan oleh Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia.
Tuan Pengerusi, Butiran yang kedua ialah Butiran 030500 - Insentif Pengeluaran Getah (IPG).
Tahun 2019, kosong dan tahun 2020, RM100 juta. Saya mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan dan juga terima kasih yang telah mengembalikan ataupun mewujudkan bajet khusus ini untuk kepentingan rakyat. Berapa banyak IPG ini tidak dituntut sebelum daripada ini jika ada peruntukan? Ini sebab saya tidak jumpa dalam buku ini, disebut khusus tetapi seingat saya peruntukan ini ada tahun lepas ataupun tahun ini tahun 2019.
Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk mempermudah urusan tuntutan IPG ini? Adakah kerajaan sedar bahawa ramai penoreh tidak memahami malah tidak mengetahui kewujudan insentif ini?
Saya juga ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri dengan penetapan harga lantai sebanyak RM2.50, jika harga getah RM2, 50 sen boleh dituntut melalui IPG. Soalan saya, jika contoh harga getah naik- katalah naik RM2.50, bagaimana dengan peruntukan IPG ini yang telah pun kita luluskan, insya-Allah bersama ini? Adakah tidak akan digunakan oleh pihak kerajaan?
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Saya mencadangkan kepada pihak kementerian pada hari ini, pihak kerajaan melalui Kementerian Industri Utama ini tetap membayar insentif ini dengan bayaran sekurang-kurangnya 50 sen sekilogram kerana bajet telah diluluskan dan insya-Allah manfaatnya dapat dikecap oleh pekebun kecil.
Tuan Pengerusi, saya tidak berhasrat untuk menyentuh isu buluh pada hari ini. Terima kasih, wassalamualaikum warahmatullah.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Lembah Pantai diikuti oleh Yang Berhormat Rembau.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan dalam peringkat Jawatankuasa bagi Maksud Bekalan 20 khusus Butiran 030300 – Menangani Kempen Anti Minyak Sawit. Saya ingin mulakan dengan ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memilih kawasan Lembah Pantai untuk kita adakan satu program ringkas satu flash mob di Mid Valley Megamall untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kebaikan minyak sawit merah.
Tadi Yang Berhormat Arau ada menyebut mungkin beliau salah faham tentang perbezaan antara minyak sawit untuk masak dan juga minyak sawit merah. Mungkin kalau setelah dilakukan beberapa kali program di Parlimen ini pun, bila masa kementerian ada membuka satu booth dan mempromosikan beberapa produk yang telah disediakan dengan menggunakan minyak sawit merah, saya ingin bertanya dengan pihak kementerian, apakah ada sebarang angka atau kajian yang dapat mengenal pasti tahap kesedaran orang ramai terhadap kebaikan minyak sawit merah.
Khusus berkaitan dengan kempen Anti Minyak Sawit, kita sedar kesan daripada blog di Eropah contohnya mereka memang ada sentimen terhadap minyak sawit tetapi kadangkala kita tidak perlu pergi terlalu jauh. Di Malaysia juga wujud kelompok-kelompok atau kumpulan-kumpulan ataupun orang ramai yang mungkin kurang faham tentang isu minyak sawit dan mungkin mereka juga termakan ataupun terikut dengan pandangan yang diutarakan oleh mereka yang membantah dengan minyak sawit, khusus minyak sawit yang dihasilkan di Malaysia.
Jadi, saya ingin bertanya, adakah Kempen Anti Minyak Sawit ini ada mana-mana yang akan diusahakan, khusus di kawasan Lembah Klang mungkin untuk meningkatkan pemahaman orang ramai tentang mutu minyak sawit dan juga isu-isu berkait dengan alam sekitar. Semestinya banyak daripada ladang sawit kita pada hari ini adalah bersifat matang, tidak lagi membuka kawasan-kawasan yang baharu dan oleh itu kesan terhadap alam sekitar juga berbeza daripada membuka kawasan-kawasan yang baharu. Saya ingin bertanya, adakah usaha kempen untuk menangani Kempen Anti Minyak Sawit in,i adakah kita akan usahakan di dalam negara kita sendiri.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak kementerian kerana baru- baru ini telah mengetengahkan fakta bahawa harga minyak sawit telah naik kalau dibandingkan dengan Disember 2018 sehingga September 2019 harga bagi buah tandan segar sawit di Johor telah mencecah RM435 setan. Persoalannya, yang saya percaya ramai di kalangan Ahli-ahli Parlimen juga ingin bertanya perbezaan di antara mereka yang mengusahakan ladang-ladang dan bila dihantar kepada kilang-kilang pemprosesan ada berlaku sedikit perbezaan dari segi apa yang dinikmati oleh peladang-peladang serta keuntungan yang diraih oleh mereka yang merupakan pemproses ataupun kilang-kilang ini.
Jadi, apakah yang dapat diusahakan oleh pihak kementerian untuk memastikan jurang pendapatan di antara mereka yang merupakan peladang serta mereka yang memproses minyak sawit ini dapat dikurangkan agar peningkatan harga minyak ini dapat dinikmati kesan positifnya khusus di kalangan mereka yang merupakan peladang?
Saya juga ingin menyentuh Butiran 030400 – Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia
(MSPO). Pada waktu ini kita sedar terdapat beberapa sijil pengiktirafan kemapanan sama ada MSPO, RSPO dan sebagainya. Apakah keadaan ataupun status terkini tentang usaha kita untuk memastikan status Sijil MSPO ini diiktiraf dan mungkin ia lebih baik kalau dibandingkan dengan pensijilan-pensijilan yang lain dan adakah ini menjadi satu kekangan terhadap pengeksportan minyak sawit Malaysia ke market antarabangsa?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Jadi saya tidak berniat untuk bercakap lebih dari itu. Saya ingin mengucapkan terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Rembau, diikuti oleh Yang Berhormat Sibuti.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menyentuh Butiran 020100, Butiran 030300, Butiran 030400 sekali gus Kemajuan Industri Komoditi, Menangani Kempen Anti Minyak Sawit dan Pensijilan MSPO.
Pertamanya berkenaan dengan kempen ‘Sayangi Sawitku’. Saya dan beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain yang sudah bahas ingin bangkitkan perkara ini kerana kita melihat kempen ini sangat penting untuk perbetulkan tanggapan yang negatif terutamanya di peringkat dunia berkenaan dengan minyak sawit terutama minyak sawit yang datang daripada Malaysia. Namun demikian, saya melihat ada peningkatan sebanyak RM25 juta untuk kempen ini berbanding dengan tahun ini iaitu RM2 juta sahaja peruntukan untuk tahun depan adalah RM27 juta. Saya ucapkan tahniah kerana dapat peruntukan yang besar.
Cuma di sini saya ingin tahu apakah perancangan perbelanjaan duit tersebut. Saya tahu ada kempen di dalam negara dan di peringkat dunia. Dalam negara ini saya rasa perlu tetapi tidak perlu sangat sebab ramai sudah tahu tentang minyak sawit, walaupun ada yang tidak tahu beza minyak sawit merah, minyak sawit masak dan sebagainya. Akan tetapi yang penting adalah duit ini diguna di luar. Itu yang lebih penting lagi daripada kesedaran di sini sedangkan kebanyakan rakyat Malaysia menggunakan minyak masak kelapa sawit.
Saya harap kempen di peringkat dunia dapat dibuat secara kreatif. Saya bagi teguran kempen yang dijalankan setakat ini sangat-sangat tidak kreatif dengan pendekatan yang agak lama, dengan pendekatan yang tidak dapat menarik perhatian, dengan pendekatan yang agak old fashion. Jadi saya harap kementerian dapat perkhidmatan yang terbaik sebab untuk kita penetrate atau penembusan kita terhadap pasaran dunia yang semakin canggih dengan lobi mereka iaitu anti-palm oil lobby, ini perkara yang serius. Kalau setakat kempen cara local ini, saya rasa tidak akan membuahkan hasil. Jadi, saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri betul-betul dapat melihat perkara ini dan mungkin dapat menjawab sedikit perancangan bagaimana duit ini akan digunakan untuk melancarkan satu kempen bertaraf antarabangsa untuk memperbetulkan persepsi.
Kedua, berkenaan dengan kempen ini, macam mana kita kempen pun kita terpalit dengan negara-negara jiran kita yang sebenarnya adalah dengan izin, culprit apabila kita melihat banyak tuduhan berkenaan dengan pencemaran alam sekitar, slash-and-burn sebenarnya datang daripada negara jiran kita. Jadi saya hendak pandangan Yang Berhormat Menteri bagaimana kita dapat pulihkan imej minyak sawit ini walaupun kita mengamalkan satu industri yang sustainable tetapi kita ada jiran yang mungkin tidak dapat regulate industri mereka dengan baik dan kita terpalit dengan imej tersebut sebab bagi pasaran dunia mereka tidak akan diskriminasi antara Malaysia ataupun Indonesia dengan kata all palm oil is unsustainable. Jadi, ini saya rasa perkara yang penting untuk kita asingkan Malaysia daripada negara-negara lain yang mungkin tidak mempraktikkan industri yang sustainable. Berkenaan dengan Sijil MSPO, saya juga bersama dengan Yang Berhormat Beaufort membangkitkan kebimbangan berkenaan dengan pensijilan ini sebelum 1 Januari 2020 di mana selepas itu menjadi satu kesalahan sekiranya di bawah peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia
(Pelesenan) 2005, sekiranya tidak ada pensijilan MSPO.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Saya tahu kerajaan sedang giat untuk membantu pekebun-pekebun kecil yang belum lagi memperoleh pensijilan ini untuk dapat pensijilan tersebut. Cuma saya harap kalau sekiranya ada pekebun kecil yang tidak dapat pensijilan ini tepat pada Januari 2020, mereka diberi kelonggaran selagi mereka dalam proses untuk mendapat pensijilan sebab pensijilan ini melibatkan bukan hanya prosesnya tetapi juga financial commitment, dengan izin, daripada pekebun kecil. Harapan kita adalah semua akan dapat pensijilan tersebut. Akan tetapi selagi mereka ke arah mendapat pensijilan, saya harap kelonggaran dapat diberi dan juga kerajaan dapat membantu supaya mereka semua dapat MSPO.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Akan tetapi perkara pokok yang saya hendak bangkitkan berkenaan MSPO ini adalah sejauh mana MSPO ini benar-benar diperakui di peringkat antarabangsa. Oleh sebab walaupun kita sudah ada MSPO di peringkat antarabangsa, ia ada RSPO atau Roundtable on Sustainable Palm Oil Certification sebagai contoh tetapi sejauh mana MSPO ini dapat membantu kita dalam kita perbetulkan tanggapan yang negatif terhadap industri kelapa sawit. Adakah MSPO ini dilihat sebagai standard pensijilan yang tidak berapa ketat di peringkat antarabangsa? Mungkin ini dapat dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ketiga adalah berkenaan dengan masalah kebergantungan kepada pekerja asing.
Sepertimana yang kita tahu perladangan adalah salah satu sektor ekonomi yang banyak bergantung kepada pekerja asing dan seolah-olah kita tidak boleh buat apa-apa. Saya difahamkan 77 peratus daripada keseluruhan pekerja ladang adalah pekerja asing.
Saya hendak tahu daripada Yang Berhormat Menteri, adakah apa-apa perancangan jangka masa sederhana, jangka masa panjang untuk kita mengurangkan kebergantungan ini? Oleh sebab industri lain mungkin kita ada cara untuk reduce, mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing tetapi dalam industri perladangan kelapa sawit dan sebagainya, saya masih lagi tidak melihat apa-apa perancangan. Kalau dikatakan gaji tinggi, belia tempatan akan kerja di ladang, saya rasa itu adalah satu fantasi yang tidak akan tercapai. Jadi, apakah industri ini selama-lamanya akan bergantung kepada pekerja asing ataupun mungkin ada proses automasi yang lain yang boleh mengurangkan pekerja asing.
Akhir sekali Tuan Pengerusi, Maksud Pembangunan 20, Butiran 11001 – Lembaga Getah Malaysia. Kerajaan sebelum ini telah mempunyai pelan jangka masa panjang untuk melaksanakan penggunaan campuran getah dalam pembinaan jalan raya. Satu kenyataan daripada Lembaga Getah Malaysia, sejumlah 4,000 tan getah beku akan digunakan bagi setiap satu kilometer penurapan jalan raya.
Malah ini sudah menjadi satu teknologi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, baru-baru ini seorang pelajar dari Mexico telah memenangi James Dyson Award di peringkat antarabangsa atas cadangan penggunaan campuran getah dalam pembinaan jalan.
Jadi, sehingga kini penggunaan campuran getah dalam pembinaan jalan raya agak perlahan di Malaysia walaupun sudah ada idea dan perancangan daripada kerajaan yang lepas. Saya harap perkara ini dapat dipercepatkan ataupun Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat memaklumkan apakah kerjasama antara kementerian dan agensi lain seperti RISDA dan JKR bagi memastikan penggunaan campuran getah dalam pembinaan jalan raya.
Adakah ini satu pendekatan yang sustainable, feasible. Kalau tidak, kenapa? Sebab bagi saya, purata harga getah sekerap semasa adalah sekitar RM2.30 bagi setiap kilogram. Kita hendak perkukuhkan harga ini dengan permintaan ataupun demand yang lebih tinggi. Demand yang lebih tinggi ini boleh kita cari daripada pasaran dunia, pasaran baru, menerokai pasaran baru ataupun kita mencari teknologi baru seperti rubberized road dan sebagainya, industri hiliran untuk digunakan getah dan juga membantu dari segi penstabilan harga getah. Jadi, itu sahaja yang saya hendak bangkitkan. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Rembau.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sibuti. Sebelum itu saya ingin bertanya, ada daripada Pakatan Harapan? Okey, saya cuma hendak catatkan nama. Satu, dua, tiga dan empat. Baik, terima kasih.
Sekarang, saya jemput Yang Berhormat Sibuti.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Terima kasih Tuan Pengerusi. Tiga perkara yang ingin saya bangkitkan iaitu lada, kelapa sawit dan juga getah. Saya terus pergi ke Butiran 020600 – Lembaga Lada Malaysia. Dilihat terdapat kenaikan sebanyak RM5 juta dan jumlah sebanyak RM25 juta diperuntukkan untuk pembangunan komoditi bagi tahun 2020.
Kita ketahui bahawa Sarawak merupakan penyumbang ataupun pengeluar lada yang terbesar di Malaysia dan juga jumlah pengeluaran adalah sejumlah 98 peratus dari data yang diperoleh public domain di dalam Internet.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Saya juga ingin mengetahui, apakah usaha-usaha pihak kementerian untuk membantu pekebun-pekebun kecil lada untuk meningkatkan dan juga mengurangkan kos pengeluaran lada di Sarawak. Contohnya, apakah langkah untuk memperkenalkan baja berprestasi tinggi untuk mengeluarkan hasil yang banyak. Selain itu, apakah langkah-langkah kerajaan untuk menggunakan kaedah Industry Revolution 4.0 ataupun IoT dalam memajukan industri lada di Malaysia.
Saya juga melihat pengeluaran besar daripada Vietnam menjejaskan hasil eksport lada Malaysia ke pasaran global. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kementerian untuk memastikan bahawa lada daripada Malaysia ataupun Sarawak dapat dipasarkan dan juga mendapat satu harga yang menarik.
Apakah rancangan pihak kementerian untuk mempergiatkan penanaman lada secara organik? Ini kerana saya melihat apa-apa produk yang melibatkan organik sentiasa mendapat perhatian di pasaran global dan juga harga-harga produk organik sering mendapat harga yang lebih baik berbanding daripada yang biasa. Itu adalah perkara yang ingin saya bangkitkan berkenaan tentang lada.
Saya pergi seterusnya kepada B.20 untuk Butiran 030300 – Menangani Kempen Anti Minyak Sawit dan juga Butiran 030400 – Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia atau MSPO. Pihak Yang Berhormat Menteri dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri telah mengadakan lawatan rasmi dan berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri di Sarawak. Sarawak mempunyai lebih kurang 1.5 juta hektar dan juga pekebun-pekebun kecil pun agak besar di Sarawak.
Di tempat saya sendiri, saya mempunyai jumlah sebanyak hampir 100 ribu hektar kebun- kebun kelapa sawit. Ini adalah sangat penting kepada pekebun-pekebun kecil terutamanya masyarakat di rumah-rumah panjang dan juga di kampung-kampung. Apa yang saya ingin nyatakan di sini, apakah langkah-langkah yang lebih baik diguna pakai oleh pihak kementerian untuk mempromosikan kelapa sawit di luar negara?
Saya juga bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Rembau sebentar tadi bahawa kaedah promosi yang diguna pakai pada masa kini tidak memuaskan. Kempen seperti ‘Sayangi Sawitku’ ini lebih bersifat domestik. Kalau kita ditanya di kawasan rumah panjang saya di kawasan Parlimen Sibuti, hampir semua mencintai kelapa sawit ini. Mereka hanya memerlukan sawit ini dapat dijual dengan harga yang baik. Ini kerana sepanjang harga sawit kebelakangan ini banyak kereta- kereta kena tarik, projek-projek hendak baik pulih rumah tersekat.
Ini kerana memandangkan harga kelapa sawit ini dilihat tidak stabil. Orang kampung di kawasan saya pun sudah pandai bertanyakan soalan-soalan bagaimanakah kerajaan dapat menjual lebih banyak kelapa sawit daripada Indonesia dan bagaimanakah langkah-langkah kerajaan untuk meneroka pasaran-pasaran baru dan menambah hubungan baik antara Cina dan India bagi memastikan kita dapat memasarkan produk kelapa sawit kita.
Apakah perancangan jangka panjang pihak kementerian? Adakah pihak kementerian akan bergantung sepanjang masa untuk menjual kelapa sawit ini secara pukal ataupun menambah baik industri hiliran dan juga mengeluarkan produk-produk yang dapat diguna pakai di domestik dan juga luar negara. Dapat kah pihak kerajaan mewujudkan satu industri yang melibatkan masyarakat setempat ataupun pekebun-pekebun kecil ini di dalam industri hiliran?
Begitu juga dengan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia atau MSPO. Apa yang menjadi kebimbangan saya adalah kita dikenakan tarikh 1 Januari 2020 untuk memastikan pekebun-pekebun dan juga ladang-ladang untuk berdaftar dengan MSPO ini. Akan tetapi kalau...
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Sibuti, masa tepat pukul 1.
Boleh sambung selepas break? Sebab ada lima minit...
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Boleh sedikit? Tidak mengapa, sedikit sahaja.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Habiskan, silakan.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Okey. Apa masalahnya, kalau di Sarawak ladang banyak yang telah berdaftar dengan MSPO tetapi jumlah pekebun-pekebun kecil sangat kecil.
Sehingga Jun 2019, hanya 19 persen yang berdaftar dengan MSPO.
Seterusnya saya pergi ke butiran yang terakhir iaitu Butiran 94000 – Projek Berimpak Tinggi Industri Utama.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Adakah projek berimpak tinggi ini melibatkan industri buluh memandangkan di Sarawak mempunyai jumlah populasi buluh yang besar, adakah pihak kementerian ada mempunyai cadangan untuk memperkenalkan industri ladang buluh ini secara besar-besaran di Sarawak?
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih berkenaan tentang Butiran 00519 – Pembangunan Sumber Pertumbuhan Baru: Sagu iaitu sebanyak RM1 juta. Saya ingin mengetahui perincian berkenaan ini. Apakah bentuk industri yang ingin dibangunkan untuk perincian tersebut?
Akhir sekali adalah Butiran 030500 – Insentif Pengeluaran Getah. Saya merasakan kalau pekebun-pekebun kecil getah di Sarawak lebih mengenali RISDA. Saya juga ada bertanya dengan pekebun-pekebun kecil contohnya pekebun-pekebun Cina di luar bandar berkenaan tentang insentif pengeluaran getah ini, ramai mereka yang tidak mengetahui berkenaan insentif ini.
Ada yang mengatakan mereka tidak tahu menggunakan kaedah online untuk memohon insentif ini. Saya berharap agar pihak kementerian mempunyai cara untuk mendekati pekebun- pekebun kecil untuk mendapatkan insentif pengeluaran getah di negeri Sarawak. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sibuti.
[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli Yang Berhormat, Majlis ditangguhkan untuk berehat. Kembali semula pukul 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan hari ini kita hendak selesaikan dua kementerian. Oleh kerana itu, saya bercadang di mana Yang Berhormat Menteri Perusahaan Utama akan mula menjawab pada pukul 4 petang, masa diperuntukkan 60 minit.
Selepas itu kita teruskan dengan Kementerian Kesihatan.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kota Kinabalu, selepas itu Yang Berhormat Keningau.
Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu
Terima kasih Tuan Pengerusi yang budiman dan Selamat Hari Jadi, lewat sedikit.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih.
Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu
Saya ingin merujuk kepada Butiran 030300 – Menangani Kempen Anti Minyak Sawit, di bawah Bekalan 20 – Kementerian Industri Utama. Mengenai menangani Kempen Anti Minyak Sawit di mana peruntukan sudah naik 14 kali ganda dari RM2 juta pada tahun 2019 kepada RM27 juta pada tahun 2020. Saya juga ingin merujuk kepada Butiran 030400 – Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Saya mendapati peruntukan dinaikkan dari RM8 juta pada tahun ini kepada RM20 juta pada tahun depan. Kedua-dua butiran ini saya ingin bahas bersama-sama sebab MSPO dalam menangani Kempen Anti Minyak Sawit adalah isu yang saling berkaitan. Salah satu alasan yang diberikan oleh Kempen Anti Minyak Sawit adalah bahawa minyak sawit akan menyebabkan banyak kemusnahan hutan-hutan dan rimba-rimba dan MSPO sudah tentu dapat mematahkan dakwaan-dakwaan ini.
Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu
Sebenarnya, Kempen Anti Minyak Sawit ini hanya bertujuan satu, iaitu untuk melindungi pengeluar minyak makanan yang lain seperti minyak kacang, minyak jagung dan lain-lain yang sebenarnya menggunakan lebih banyak dana dan menyebabkan lebih banyak kemusnahan kepada alam semula jadi dan saya amat bersetuju dengan pelaksanaan MSPO. Menurut kementerian, seluas 3.91 juta hektar atau 55 peratus daripada keseluruhan 5.85 juta hektar tanaman sawit di negara ini sudah menerima pensijilan MSPO sehingga 30 September 2019.
Selain itu, kilang buah sawit yang menerima pensijilan MSPO melibatkan 313 kilang atau 70 peratus daripada keseluruhan kilang buah sawit di negara ini. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pemilik dan peladang tanaman kelapa sawit yang telah pun menerima pensijilan MSPO.
Akan tetapi masalahnya untuk yang belum mendapat pensijilan tersebut, apakah usaha- usaha kerajaan yang pada suku keempat ini sebagai satu last push supaya semua pemilik dan peladang tanaman kelapa sawit boleh menyasarkan 100 peratus compliance dengan MSPO ini? Saya minta apakah usaha-usaha yang akan dilakukan oleh kementerian diterangkan nanti? Pada masa yang sama, saya juga ingin membangkitkan suara pemilik dan peladang dan tanaman kelapa sawit.
Dalam suatu kenyataan pada September 2019, Malaysia Palm Oil Association telah pun membuat tiga permintaan yang pada pendapat saya adalah munasabah. Tiga permintaan tersebut adalah pertama, menyalurkan kutipan dari windfall tax balik kepada industri. Kedua, membenarkan pengambilan pekerja asing yang lebih tinggi untuk mengoptimumkan hasil kelapa sawit. Ketiga, menyeragamkan cukai taksiran harta yang harus dibayar oleh ladang kelapa sawit.
Berkenaan dengan windfall tax, saya difahamkan bahawa pada masa sekarang, industri kelapa sawit di Malaysia tertakluk kepada windfall tax. Di mana penanam kelapa sawit di Semenanjung Malaysia harus membayar levi sebanyak 15 peratus jika harga kelapa sawit melebihi 2,500 setan.
Penanam di Sabah dan Sarawak bagaimanapun membayar levi ini dengan kadar yang lebih rendah sebanyak 7.5 peratus jika harga melepasi RM3,000 setan tetapi perlu mematuhi cukai jualan berasingan sebanyak 7.5 peratus untuk negeri Sabah dan 5 peratus untuk negeri Sarawak.
Oleh yang demikian, saya sudah tentu menyokong permintaan MPOA ini. Saya hendak mempersoalkan apakah response daripada kementerian untuk permintaan MPOA ini? Berikutan dengan ini, masih berkaitan dengan kelapa sawit. Saya ingin membangkitkan perkara yang disebut dalam ucapan belanjawan iaitu bahawa B20 biodiesel bagi sektor pengangkutan yang akan dilaksanakan menjelang akhir tahun 2020. Akan tetapi saya kurang pasti di bawah butiran manakah B20 biodiesel yang usaha penggalakan ini diberikan peruntukan?
Saya mendapati bahawa terdapat beberapa butiran di mana peruntukan telah pun naik agak mendadak. Ini termasuk Butiran 11101 – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang telah naik daripada RM13.7 juta pada tahun 2019 kepada RM35.9 juta pada tahun depan. Butiran 94000 – Projek Berimpak Tinggi Industri Utama, daripada RM200 juta pada tahun ini kepada RM228 juta pada tahun depan.
So, adakah peruntukan bagi pembangunan dan promosi biodiesel B20 termasuk dalam Butiran 11101 – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) ataupun 94000 – Projek Berimpak Tinggi Industri Utama yang tersebut? Di sini saya ingin menyatakan sokongan saya terhadap pelaksanaan biodiesel B20 di Malaysia. Saya difahamkan pelaksanaan biodiesel B20 boleh meningkatkan permintaan minyak sawit sebanyak 500 ribu tan setiap tahun.
Pelaksanaan biodiesel B20 tahun depan untuk sektor pengangkutan pada saya adalah tepat pada masanya apabila industri minyak sawit negara sedang menghadapi masalah yang mencabar.
Sebagai tambahan kepada tindakan diskriminasi yang akan dilakukan oleh Kesatuan Eropah untuk memberhentikan penggunaan biofuel. Selain daripada Malaysia, Indonesia juga akan melaksanakan biodiesel ‘B’ tetapi mereka P30.
Percubaan komersial di seluruh Indonesia mengenai pengedaran biodiesel dengan 30 peratus dicampur (P30) dijangka bermula bulan ini sebagai sebahagian daripada penggunaan mandatori biodiesel berasaskan minyak kelapa sawit bermula Januari tahun depan. Pengeluar biofuel dan Pertamina yang merupakan peruncit bahan api terbesar di Indonesia berkata, mereka bersedia untuk percubaan sedemikian untuk menentukan kesediaan kemudahan pengedaran, pengangkutan dan penyimpanan untuk memulakan penggunaan bahan bakar biodiesel P30.
Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu
Bahan api diesel yang diadun dengan 30 peratus sawit berasaskan biofuel. Oleh yang demikian, saya berharap agar Petronas, syarikat petroleum yang di bawah Kerajaan Malaysia ini harus mengambil tanggungjawab mereka serta memberikan kerjasama dengan kementerian untuk memulakan program. Pada saya, bukan sahaja biodiesel B20 tetapi kita harus mencontohi Indonesia supaya meletakkan sasaran yang lebih tinggi iaitu B30.
Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu
Akhir sekali, saya ingin meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Indonesia sudah dapat melaksanakan B30 tahun depan sementara kita masih berjuang untuk B20. So, mengapakah negara Malaysia tak boleh terus melaksanakan B30? Apakah halangan dia dan apakah rancangan kerajaan untuk mengatasi masalah ini? Dengan itu, sekian. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Keningau. Oleh kerana Yang Berhormat Keningau tiada dalam Dewan, saya jemput Yang Berhormat Limbang. Terima kasih, sila.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin nak menyentuh perkara iaitu di bawah Butiran 020100 – Kemajuan Industri Komoditi dan juga Butiran 11101 - Lembaga Minyak Sawit. Saya punya ini pendek sahaja, Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, tentang harga sawit yang ada sekarang ini di mana saya mendapat rungutan khususnya mungkin di tempat lain juga di pedalaman tetapi khusus di tempat saya di Limbang bahawa harga sawit yang sampai dekat ramp this BT, bunch sawit, fresh itu.
Jadi harga dia, sepatutnya dia ada grading ‘A’, ‘B’, ‘C’ tetapi saya difahamkan juga rungutan daripada rakyat jelata ialah bahawa di luar bandar, di tempat kami, harga satu gred sahaja dan kita tahu sawit punya harga sekarang ini sudah mencecah kalau di Semenanjung, RM430. Di Miri, sudah mencecah RM390 ke RM400 sedangkan di Limbang masih lagi RM210 for all gradings.
Jadi di Limbang ini, kita hanya ada satu kilang sawit dan daripada Limbang untuk dibawa ke Bintulu selepas diproses dan sebagainya. Jadi, ini memakan kos semuanya. Jadi, saya ingin mintalah kepada kementerian, mungkin apabila harga ini disebabkan oleh transportation cost yang telah pun saya difahamkan daripada rungutan iaitu diambil kira oleh pengilang sawit.
Jadi, saya memohon kepada kementerian tentang sawit ini iaitu supaya melihat perkara ini.
Kenapakah ianya tidak ada grading? Hanya satu gred satu sahaja. Rata-rata dalam RM210 daripada smallholders. Jadi, saya meminta kepada kementerian untuk melihat perkara ini tentang harga sawit ini. Saya rasa amat kasihanlah kalau hanya RM210 for all gradings, padahal saya difahamkan bunch ini is just as good, yang dibawa oleh smallholders ini sama. Kualiti dia lebih kurang dengan yang dikeluarkan oleh yang komersial punya, plantation. Jadi keduanya ialah iaitu tentang berkaitan dengan Butiran 11001 – Lembaga Getah Malaysia
(LGM). Saya ingin nak bertanya, sejauh manakah sudah penggunaan getah dalam industri pembinaan jalan raya khususnya untuk penurapan jalan ini. Kita ingin nak tahu sejauh mana dan apakah ianya masih di bawah trial lagi? Itu berkaitan getah dan juga tentang getah ini, kita ingin nak tahu sebagaimana yang dibawa oleh Yang Berhormat dari Sarawak tadi tentang insentif getah ini. Jadi, memang betul ianya tidak sampai kepada penduduk di luar bandar apatah lagi kalau tempat kita di Sarawak. Jadi kasihan juga, mereka tidak mengetahui tentang ini dan kaedah untuk masuk dalam online untuk mendaftarkan diri mereka.
Jadi saya minta kepada kementerian supaya mencari kaedah yang terbaik. Kita kadang- kadang ya lah, dalam semangat, niat kita yang baik untuk membantu penanam-penanam getah ini tetapi ya lah kadang-kadang kita kena fikirkan juga supaya memastikan ianya sampai kepada ceruk rakyat kita di luar bandar sana yang juga menanam getah.
How they are going to get the incentive? Kalau tidak, mereka hanyalah bergantung kepada orang tengah sahaja. Ini orang tengah ini walau macam mana pun kita kata kita nak hapuskan, is still there. Jadi kalau boleh, kita kalau tak dapat pun kita kurangkan. How we want to reach the rakyat di luar bandar tentang insentif getah ini. Saya rasa itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Limbang, padat dan ringkas. Sekarang ini saya menjemput Yang Berhormat Rasah, selepas itu Yang Berhormat Setiu. Sila.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pada petang ini. Saya pun secara ringkas sahaja, dua tiga poin sahaja.
Yang pertama, berkaitan dengan bawah Butiran 030500 – Insentif Pengeluaran Getah (IPG), berbanding dengan Belanjawan 2019, RM100 juta diperuntukkan. Saya menyambut baik peruntukan RM100 juta sebab bagi saya, ia boleh membantu kepada khasnya pekebun-pekebun kecil, cuma saya nak tanya, bagaimanakah mekanisme agihan insentif tersebut.
Oleh sebab saya percaya insentif ini akan secara terus, direct kepada penerima dan membolehkan untuk membantu pekebun-pekebun kecil khususnya supaya pendapatan mereka dalam keadaan yang stabil untuk membolehkan mereka terus bergantung hidup kepada industri ini.
Perkara kedua yang saya nak sebutkan di sini adalah di bawah Butiran 94000 – Projek Berimpak Tinggi Industri Utama. Bagi saya, ia mempunyai kenaikan peruntukan daripada RM200 juta pada Belanjawan 2019 kepada RM228 juta daripada keseluruhan RM410 juta untuk tujuan pembangunan di bawah kementerian ini. Jadi ia mengandungi lebih separuh daripada jumlah peruntukan pembangunan untuk kementerian ini. Sesuatu yang sangat penting, sangat mustahak.
Jadi saya hendak tanya, apakah yang dimaksudkan dengan projek berimpak tinggi ini?
Apakah semua komoditi? Oleh sebab kita tahu kalau kita sebut komoditi di bawah Kementerian Industri Utama, bukan setakat getah atau sawit sahaja tetapi banyak lagi, koko dan sebagainya yang turut terlibat yang boleh membantu negara dalam meningkatkan hasil eksport kita, menjana pendapatan untuk negara dan membantu industri, khasnya pekebun kecil dan sebagainya.
Jadi macam mana agihan untuk setiap komoditi yang utama di negara ini dan apakah yang telah diletakkan sasarannya yang dikatakan berimpak tinggi itu. Apakah impak dia, macam mana ia boleh membantu merangsang industri tersebut sebab bagi saya, ia sangat penting untuk kita terus memastikan kementerian ini sentiasa menjadi antara penjana ekonomi yang utama sebab hasilnya banyak dijual kepada pasaran antarabangsa dan dapat menjana income untuk negara.
Perkara terakhir yang saya hendak sebutkan adalah di bawah Butiran 030300 – Menangani Kempen Anti Minyak Sawit. Saya rasa ramai rakan-rakan Yang Berhormat yang telah berbahas, sebut benda yang sama. Bagi saya, saya menyambut baik daripada RM2 juta kepada RM27 juta dan saya berharap kempen untuk menangani Kempen Anti Minyak Sawit ini ia tidak sepatutnya menjadi kempen daripada kerajaan semata-mata. Ia patut menjadi kempen daripada rakyat Malaysia tak kira fahaman politik, daripada kedua-dua belah untuk kita lawan. Oleh sebab yang ini orang attack, dia bukan attack kerajaan kita, dia bukan attack Menteri kita, kementerian kita, tidak. Ia sepatutnya melangkaui batasan politik sebab orang attack negara kita dan yang akan terjejas ialah rakyat Malaysia dan juga sesiapa yang terlibat dalam industri penanaman kelapa sawit.
Jadi saya berharap kempen ini, kita memberikan fokus yang lebih kepada pasaran antarabangsa khasnya, ya lah, mereka mempunyai agenda- kepentingan negara asing yang dia mahu gunakan hasil tanaman mereka dan sebagainya. Jadi, macam manakah caranya yang RM27 juta ini boleh membantu kita menangani serangan yang begitu hebat, khasnya dari negara Eropah, negara Barat terhadap kelapa sawit kita.
Saya sebenarnya menjangkakan sepatutnya lebih banyak peruntukan lagi, lebih daripada RM27 juta walaupun tahun sebelumnya hanya RM2 juta sebab kita tahu cukup hebat, cukup sengit serangan dari luar dan kita perlu lakukan sesuatu.
Cuma saya juga menyeru kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik, kita kena sebarkan maklumat yang benar sebab saya tengok di PRK Tanjong Piai ini, ada parti politik yang mendirikan billboard, dia kata tahun ini eksport hasil sawit ke China kurang, turun. Hasil eksport sawit ke India, turun.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya difahamkan setakat yang terkini statistik menunjukkan peningkatan eksport kita ke China, kalau tidak silap 24 peratus kah apa. Daripada tahun sebelumnya dikatakan hubungan kita kurang baik dengan China dan turun. Saya rasa itu bukan fakta. Faktanya meningkat. Sama juga eksport kita India. Naik hampir 100 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya.
Jadi juga menyeru semua parti politik, benda yang melibatkan kepentingan negara janganlah kita meletakkan kepentingan fahaman politik masing-masing. Walaupun ada PRK, kita tahu ada pilihan raya kecil, tapi gunakan cara lain untuk berkempen. Jangan memesongkan fakta hanya disebabkan kepentingan parti tertentu dan kita bagi fakta yang bukan fakta, fake news. Jadi saya mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri agar menggulung supaya boleh menegaskan hal ini, jangan ada parti tertentu yang gunakan benda yang tidak betul, yang fake news ini untuk kepentingan sempit, kepentingan politik sempit mereka.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Minta laluan Yang Berhormat.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Sekian.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Minta laluan sikit.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Jelutong kena bagilah. Sebab dia kawan sebelah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tertarik dengan perbahasan Yang Berhormat Rasah...
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Rasa terpanggil lagi ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Rasa terpanggil juga kerana Yang Berhormat Rasah ini adalah orang yang dapat lihat perkara yang kecil itu dengan luas terutamanya isu yang dibangkitkan di Tanjung Piai. Kita lihat bahawa parti lawan Barisan Nasional sedang menggunakan fitnah dan tipu helah. Menggunakan kebencian untuk melemparkan fitnah terhadap Kerajaan Pakatan Harapan dengan menyeru rakyat di sana untuk tidak membuang undi terhadap Pakatan Harapan ataupun menyokong Barisan Nasional, tetapi saya berharap mereka sedar bahawa pemimpin-pemimpin Barisan Nasional lah yang sebenarnya menjual negara ini, yang hampir-hampir menyebabkan negara kita muflis.
So saya rasa dengan kehadiran Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Bagan Datuk...
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Jelutong macam hendak tahu hendak kalah saja.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Yang semuanya terpalit dengan kes- kes rasuah dan sebagainya. Saya berharap rakyat di Tanjung Piai akan membuat keputusan yang bijak dan kali ini pun memberikan undi kepada Pakatan Harapan dan menolak Barisan Nasional dan politik kebencian dan perkauman mereka.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Jelutong macam tahu hendak kalah saja.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Nanti kita tengoklah Yang Berhormat Jelutong.
Seorang Ahli
Butiran mana itu Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Boleh Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Sekian, terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya Yang Berhormat Rasah boleh menggulung.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tuan Pengerusi itu saja ucapan saya. Terima kasih.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ahli Yang Berhormat selepas sidang boleh pergi ke Tanjung Piai.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Ha, hendak kempen boleh ke Tanjung Piai.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Akan tetapi sekarang fokus kepada isu Kementerian Perusahaan Utama. Sila.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Sekarang siapa, Yang Berhormat Jelebu? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Sudah habis?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Sila. Okey.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tidak ada idea tadi. Itu dia merapu.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Sekarang, sebelum saya menjemput Yang Berhormat Setiu, saya ingin mengucapkan selamat kembali bertugas kepada Yang Berhormat Nibong Tebal...
[Tepuk] Badan sihat, minda cergas. Semoga kembali sihat dan cergas Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Setiu, sila.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi, saya ingin Butiran 020200 – Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN).
Saya ingin bertanya berkenaan Butiran 020200 di mana sasaran kerajaan bagi tahun 2020 merosot, sedangkan peruntukan kerajaan bagi industri kenaf meningkat sehingga tiga kali ganda berbanding dengan peruntukan Bajet 2019. Adakah peningkatan tersebut hanya untuk peruntukan tembakau dan bagaimana dengan industri kenaf. Saya ingin meminta pihak kerajaan memperincikan butiran ini dan apakah sebabnya kenaikan peruntukan sehingga tiga kali ganda.
Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas lawatan ke kilang kenaf di Parlimen Setiu, pada minggu lepas. Saya ingin bertanya adakah, apakah dengan kewujudan kilang kenaf ini, berapakah bilangan peluang pekerjaan yang dapat dihasilkan melalui kewujudan kilang kenaf di Setiu ini.
Tuan Pengerusi, Butiran 020400, tidak diberikan apa-apa peruntukan bagi tahun 2020. Saya ingin bertanyakan adakah peruntukan bagi industri ini diletakkan di bawah butiran lain. Jika ya, saya meminta kerajaan menjelaskan di bawah butiran manakah dan jika tidak adakah kerajaan tidak bercadang untuk membangunkan industri kayu kayan ini. Saya kira sumbangan industri ini kepada hasil eksport negara sehingga Mei 2019 sebanyak RM9.1 bilion adalah amat besar.
Seterusnya industri kayu kayan berdepan dengan isu masalah kekurangan pekerja serta bakat yang semakin berkurangan. Oleh kerana itu sejauh manakah usaha kerajaan memberi pendedahan berkenaan industri ini bagi menarik minat masyarakat terutama golongan belia sekali gus menghapuskan stigma negatif masyarakat terhadap bidang ini. Berapakah peruntukan yang kerajaan sediakan bagi menghadapi masalah ini.
Butiran yang ketiga, Butiran 020600 – Lembaga Lada Malaysia. Begitu juga dengan butiran ini, peruntukan 2020 dikurangkan sehingga RM0. Saya meminta kerajaan, meminta penjelasan kerajaan berkenaan peruntukan bagi butiran ini. Jika ada ia terletak di bawah butiran mana.
Tuan Pengerusi, seterusnya mengenai pengeluaran lada. Di Sarawak adalah sebanyak 95 peratus dan hanya lima peratus di Semenanjung. Saya meminta kerajaan menjelaskan apakah inisiatif kerajaan dalam membantu pekebun-pekebun kecil terutama di Sarawak bagi mengawal kualiti hasil tanaman produk tersebut.
Seorang Ahli
Terima kasih.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Sama-sama GPS. Saya juga ingin menyentuh mengenai harga lada yang semakin merosot. Industri ini akan mengalami kemerosotan jika penurunan harga tidak dibendung. Oleh itu kerajaan perlu memastikan harga produk berkenaan sentiasa berada di paras tinggi dan apakah usaha kerajaan ke arah itu.
Yang keempat Butiran 030300 – Menangani Kempen Anti Minyak Sawit. Mengenai butiran ini, peruntukan pada butiran ini meningkat sehingga RM20 juta. Saya kira ia merupakan satu peningkatan yang cukup besar. Oleh itu saya ingin bertanyakan apakan pelan yang kerajaan sediakan sehinggakan peruntukan meningkat berkali-kali ganda dan apakah perkembangan kepada pasaran baru industri sawit di negara Afrika. Adakah pasaran baru ini mampu menjadi alternatif jika India benar- benar memboikot minyak sawit Malaysia.
Yang kelima Butiran 11101 – Lembaga Minyak Sawit Malaysia. Seterusnya saya ingin menyentuh mengenai butiran ini. Sebelum ini kerajaan ada menguar-uarkan berkenaan tanaman alternatif bagi menggantikan sawit jika industri tersebut terus menerus berdepan dengan masalah ketidaktentuan harga yang juga kesan tekanan di pasaran antarabangsa. Persoalannya adakah tanaman lain mampu menghasilkan kuantiti minyak yang sama dengan keluasan kawasan tanaman yang sama. Jika tidak, ini bermakna semakin banyak hutan yang akan diteroka dan semakin mengundang kepada pencemaran alam sekitar. Oleh itu sejauh manakah kerajaan dapat memastikan tanaman alternatif dapat memberikan hasil sebagaimana hasil yang diperoleh melalui sawit.
Isu kedua adalah sejauh manakah kerajaan memastikan setiap peneroka kecil yang selama ini hanya mahir dengan tanaman sawit untuk bertukar kepada tanaman lain. Adakah mereka telah diberi latihan dan pengetahuan berkenaan tanaman baru yang mencukupi. Saya kira cadangan ini tidak hanya sekadar cadangan tanpa persediaan rapi. Justeru saya meminta kerajaan untuk memperincikan pelan ataupun langkah kerajaan berkenaan rancangan tersebut.
Tuan Pengerusi, setakat itu sahaja...
[Membaca sepotong doa] Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Padang Serai, selepas itu, dari padang kita ke Parit Sulong, sila.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang diberikan kepada Padang Serai berbahas peringkat jawatankuasa. Butiran 020500, pembangunan komuniti. Apakah kerajaan persekutuan untuk menggalakkan industri getah domestik supaya industri plastik, industry revolution 4.0 iaitu IR 4.0, dengan izin.
Kedua pada masa sekarang Industrial Rubber Goods (IRG), dengan izin, dan General Rubber Goods (GRG), dengan izin, menghadapi pelbagai risiko dan kos untuk mempertingkatkan kesedaran industri. Apakah tindakan pihak Kerajaan Persekutuan untuk menggalakkan Small and Medium Industries ke arah kelestarian industri? Mohon beri penjelasan.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Ketiga, menurut pandangan pakar, Small and Medium Enterprise (SME), dengan izin, di negara kita tidak sedar tentang bantuan dan subsidi yang boleh diakses oleh mereka. Oleh sedemikian, saya ingin bertanya pendirian Kerajaan Persekutuan tentang langkah-langkah bagi menangani isu ini.
Statistik dari Kerajaan Persekutuan menunjukkan bahawa hampir 61 peratus daripada pokok getah yang ditanam adalah untapped bermaksud nilai peratus getah yang tidak ditoreh. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan peratus ini dan apakah strategi kerajaan untuk memperkukuhkan semula industri getah kita?
Seterusnya Butiran 020600 – Lembaga Lada Malaysia (MPB). Buat masa sekarang, kebanyakan pertanian seperti getah, koko dan lada menghadapi masalah kekurangan buruh. Apakah strategi pihak Menteri untuk menangani isu kekurangan buruh dan memperkukuhkan undang-undang untuk mengimport buruh? Apakah kerajaan mempunyai rancangan untuk menggunakan data pasaran untuk memperbaiki daya saing perindustrian petanaman?
Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 020300 – Lembaga Koko Malaysia (LKM). Industri koko di negara kita serta di dunia menghadapi banyak rintangan termasuk harga pasaran yang rendah.
Apakah rancangan Kerajaan Persekutuan untuk menangani isu?
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Kedua, apakah pihak Kerajaan Persekutuan berpendapat bahawa potongan cukai mampu menggalakkan pelabur dari koko dan industri getah? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Parit Sulong. Lepas itu Yang Berhormat Taiping.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebelum saya memulakan perbahasan saya, saya hendak ucapkan happy belated birthday semalam...
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
...Birthday Tuan Pengerusi. Butiran 020100 – Kemajuan Industri Komoditi. Merujuk kepada butiran di atas saya ingin bertanya setakat ini adakah kementerian ada menjalankan R&D berkaitan dengan kulat Ganoderma yang banyak menjangkiti tanaman sawit di Malaysia ini? Adakah kerajaan akan menyalurkan sebarang bahan ataupun bantuan khusus kepada pekebun kecil bagi mengekang penularan kulat Ganoderma ini daripada terus merebak dan merosakkan tanaman sawit di Malaysia.
Selain itu, pertanyaan saya lagi kepada kementerian, adakah kementerian menjalankan R&D untuk menghasilkan baka sawit yang lebih tahan lasak khususnya bagi menangani iklim di Malaysia yang tidak menentu dan adakah sebarang R&D untuk mempercepatkan lagi penuaian hasil tanaman sawit dari tempoh tuaian hasil pada masa sekarang yang mengambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun.
Butiran seterusnya adalah Butiran 020200 – Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN).
Perkembangan positif saya tengok dalam industri kenaf bila mana Yang Berhormat Menteri sendiri ada merasmikan satu kilang pemprosesan kenaf di Setiu dengan pelaburan sebanyak RM25 juta. Jadinya, soalan saya berkaitan ini, apakah perancangan kementerian dalam memastikan Lembaga Kenaf diberi peranan yang lebih baik untuk memastikan komoditi kenaf ini dapat terus menyumbang kepada pendapatan negara?
Seterusnya, apakah ada lagi usaha kementerian untuk meningkatkan pengeluaran produk kenaf dan penambahbaikan yang telah dilakukan bagi mencapai sasaran 90 peratus penggunaan benih tempatan menjelang tahun 2020. Jika dilihat daripada laporan kewangan yang dikeluarkan oleh Lembaga Kenaf sendiri saya dapati banyak produk kenaf yang dihasilkan.
Pertamanya, tujuan dia adalah untuk pengeluaran tilam. Jadi, soalan saya adalah sejauh manakah produk tilam keluaran industri utama negara ini dapat dikomersialkan dengan lebih agresif?
Contohnya, ada tidak kementerian bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan sebagai contoh untuk memenuhi keperluan tilam di hospital-hospital kerajaan di seluruh negara sebagai satu langkah meningkatkan pengeluaran tilam kenaf dan sebagai tanda sokongan ke atas Industri Kenaf Negara ini.
Jika belum ada, ada tidak sebarang usaha ke arah itu?
Jadinya, soalan saya seterusnya, adakah betul rumour yang didengar mengenai Lembaga Kenaf yang akan ditutup ini? Itu persoalan yang saya hendak bertanya kepada pihak kementerian.
Adakah semua perancangan ini semua akan terhenti sekiranya Lembaga Kenaf ini diuar-uarkan akan ditutup oleh kementerian.
Butiran 030300 – Menangani Kempen Anti Minyak Sawit. Sebelum ini, Menteri ada mengumumkan mengenai inisiatif kementerian untuk mewujudkan Malaysia-Indonesia Parliamentary Caucus On Palm Oil.
Soalan saya, apakah status cadangan tersebut? Adakah Kerajaan Indonesia telah bersetuju dengan cadangan tersebut? Adakah kementerian bercadang untuk melebarkan lagi caucus tersebut bersama negara-negara ASEAN yang lain sebagai usaha untuk menangani kempen Anti Minyak Sawit secara lebih kolaboratif.
Seterusnya, sepanjang tahun 2019, saya lihat banyak lawatan kerja yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Industri Utama mempromosikan industri sawit Malaysia terutamanya saya tengok ada pergi ke London, ke Brussels, ke Berlin, ke Rome, India, Tanzania, Kenya, Utopia. Jadinya, soalan saya berkaitan ini, hasil daripada jelajah ini, apakah hasil yang telah dibawa pulang ke Malaysia?
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Adakah Yang Berhormat Menteri telah berjaya memeterai sebarang perjanjian pembelian minyak sawit dengan negara tersebut?
Butiran saya yang terakhir adalah Butiran 030400 – Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO). Berdasarkan laporan MSPO yang dikeluarkan setakat 30 Jun yang lalu, hanya 42 peratus sahaja daripada keseluruhan ladang kebun dan kebun sawit Malaysia yang memiliki pensijilan MSPO ini.
Jadinya, apakah antara usaha kerajaan yang telah dibuat ataupun yang cuba dibuat bagi mencapai sasaran seluruh ladang dan kebun sawit di Malaysia ini memiliki MSPO menjelang 2020?
Apakah kaedah mudah cara yang telah dilaksanakan oleh pihak kementerian bagi memastikan prosedur memiliki MSPO ini adalah hustle free khususnya kepada pekebun-pekebun kecil di kampung- kampung.
Selain itu pula soalan saya pada pihak kementerian pula adalah apakah peranan yang telah dimainkan atau bentuk sokongan yang disalurkan oleh agensi-agensi pengurusan pekebun kelapa sawit seperti Lembaga Pertubuhan Peladang ke RISDA ke, dalam membantu MPOB meluaskan lagi pensijilan MSPO dalam kalangan pekebun-pekebun kecil. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih banyak.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Taiping. Selepas itu Yang Berhormat Jelebu. Sila.
Tuan Teh Kok Lim - Taiping
Terima kasih Tuan Pengerusi atas ruang yang diberi untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Jawatankuasa Kementerian Industri Utama. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak kementerian atas usaha yang diambil demi mewujudkan komoditi yang berdaya saing di pasaran global. Usaha ini jelas terbukti dalam peningkatan pensijilan MSPO peringkat kilang sawit dari jumlah 81 pada tahun 2018, disasarkan sebanyak 250 pada tahun 2019 dan sebanyak 454 pada tahun 2020. Manakala dari segi keluasan ladang dari 732 ribu hektar ke 5.86 juta hektar.
Pada pendapat saya, ia adalah satu usaha yang amat positif yang bakal mengukuhkan lagi daya saing komoditi kita di pasaran global. Persoalan saya ialah berapakah peratusan yang masih belum diliputi sekiranya sasaran pada tahun 2020 tercapai sepenuhnya dan apakah tindakan selanjut yang akan diambil demi membantu mereka?
Tuan Teh Kok Lim - Taiping
Beralih ke Butiran 020200 hingga 020600 di bawah tajuk Pembangunan Komoditi. Saya memohon penjelasan dari pihak kementerian di atas Butiran 020400 dan Butiran 020500 kerana saya mendapati tiada peruntukan langsung disalurkan kepada Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
(MTIB) dan Lembaga Getah Malaysia (LGM). Pada pendapat saya, kedua-dua lembaga ini turut memainkan peranan yang penting dalam usaha membangunkan komoditi.
Seterusnya ke Butiran 030300 hingga Butiran 030500. Didapati cadangan memperuntukkan dana yang mencukupi untuk menangani kempen Anti Minyak Sawit penambahan sebanyak RM25 juta, Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia peningkatan sebanyak RM12 juta dan tidak lupa juga insentif pengeluaran getah peruntukan sebanyak RM100 juta. Syabas dan tahniah di atas usaha yang murni pihak kementerian. Diharapkan dengan peruntukan program khusus yang bersasar ini, akan tercapai matlamat pembangunan komoditi yang mampan demi menjana pembangunan ekonomi negara.
Sementara menyokong segala usaha yang telah dilaksanakan, saya juga mencadangkan agar promosi atau kempen yang dirancang pada masa depan lebih bersasar dan bakal mendatangkan impak yang lebih berkesan. Akhir kata, terima kasih diucapkan di atas usaha gigih kementerian terus menambah nilai dan daya saing komoditi kita. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Taiping. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Jelebu, selepas itu Yang Berhormat Nibong Tebal.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Bagi menjimatkan masa, saya buat lompatan butiran Tuan Pengerusi, bukan lompatan parti tetapi lompatan Butiran, Tuan Pengerusi, untuk makluman Yang Berhormat Jelutong.
Saya hendak terus pergi kepada Butiran 11101 – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dengan jumlah peruntukan sebanyak RM35.9 juta Tuan Pengerusi. Saya hendak sebut soal sistem penggredan buah sawit.
Untuk makluman Tuan Pengerusi, menyentuh berkenaan dengan sistem penggredan buah sawit ini, saya mendapat maklumat- ini bukan maklumat Tuan Pengerusi, tetapi perkara yang sebenarnya berlaku bahawa golongan peneroka ataupun pekebun-pekebun kecil dan juga semua yang terlibat dengan industri sawit ini, sama ada di kawasan saya ataupun di kawasan lain, tiada satu kaedah atau garis panduan yang digunakan dalam menentukan gred buah sawit yang dijual di pusat belian sawit sampai hari ini.
Jadi, apa yang hendak saya sampaikan ialah mereka mengatakan bahawa penilaian gred sawit ini bergantung kepada pegawai penilai di stesen timbang berkenaan. Pegawai penilai adalah human being. Maknanya, kalau saya jadi pegawai penilai, Yang Berhormat Jelutong bawa sawit dia, conform saya bagi gred D, fasal apa kerana saya tidak pernah suka dengan Yang Berhormat Jelutong.
Itu contoh Tuan Pengerusi. Contoh, contoh, akan tetapi kalau Yang Berhormat Merbok ataupun Yang Berhormat Permatang Pauh bawa sawit dia, saya bagi gred yang tinggi kerana sawitnya sentiasa berada dalam keadaan baik...
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ada diskriminasi ya.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Maknanya, moral of the story, Tuan Pengerusi, sistem ini sudah obsolete, totally obsolete. Tidak boleh diterima pakai lagi dan berada dalam...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Mujurlah pegawai kita tidak ada tabiat macam Yang Berhormat Jelebu.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Saya tidak dengar Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Teruskan Yang Berhormat Jelebu.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Saya tidak dengar Tuan Pengerusi, apa yang dia cakap tidak dengar.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Yang Berhormat Jelutong hendak makan ubat.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tidak nampak pun Tuan Pengerusi. Jadi, saya minta Dewan please light up. Okey, fasal masa pendek, Tuan Pengerusi, jadi ini sistem yang sudah obsolete.
Sistem yang kita kena upgrade. Kata mahu reform. Walaupun ini sistem lama, tetapi Kerajaan Pakatan Harapan yang kata mahu reform, you please reform sistem ini supaya peneroka tidak dianiaya oleh tokoh-tokoh ataupun pegawai-pegawai penilai tertentu atas perasaan peribadi ataupun rasa tidak puas hati kepada golongan tertentu.
Jadi saya mahu sebut juga Tuan Pengerusi, kalau ini benar berlaku di semua kawasan, bermakna keadilan kepada golongan peladang ataupun golongan peneroka ini adalah merupakan satu perkara yang harus kita perkenalkan satu kaedah baharu.
Saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian agar diwujudkan satu kaedah baharu menentukan gred sawit yang dijual oleh peneroka ataupun pekebun kecil ini. Memandangkan Belanjawan 2020 ini merupakan belanjawan yang berfokus kepada teknologi digital, mengapa tidak kita bawa penggunaan digital ini dalam aspek pengurusan dan penilaian gred buah sawit?
Saya ingin cadangkan agar pihak kerajaan belanjakan sedikit duit, belanjakan sedikit fund, buat satu R&D khusus untuk kita mengeluarkan satu proposal, dengan satu sistem elektronik dalam menentukan gred buah sawit berbanding dengan apa yang kita jalankan sekarang.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Minta sikit...
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Jadinya- sekejap Yang Berhormat Jempol ya.
Maknanya, penggredan buah ini akan jadi lebih tepat, adil sekali gus dapat mengawal kualiti buah yang kita pasarkan dengan lebih baik.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Pengerusi, saya hendak jelaskan, walaupun sekarang ini berlaku pertandingan ataupun PRK di Tanjong Piai, saya hendak beritahu ya. Saya setuju dengan pandangan sebahagian daripada Ahli Parlimen, dengan lebih jelas dengan pandangan Yang Berhormat Rasah, saya single out sekali lagi Yang Berhormat Rasah, bahawa soal isu berkaitan dengan komoditi sawit ini kita tidak boleh ada satu gap dalam soal fahaman politik. Maknanya, kita kena sama-sama perjuangkan. Akan tetapi saya hendak beritahu Dewan yang mulia ini, mana tidak kita buat sesuatu perkara- Yang Berhormat Menteri kena jelaskan kenapa harga sawit semakin hari semakin jatuh. Sekarang ini naik.
Yang Berhormat Jempol berapa harga sawit hari ini? Saya hendak tanya sebab Yang Berhormat Jempol dalam ladang sawit.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Duduk, duduk, duduk.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Jawab sahajalah harga sawit berapa?
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Sekarang harga Minyak Sawit Mentah (MSM) melonjak kepada RM2,657 hari ini. Hari itu bila kita tahu bahawa Kerajaan Barisan Nasional akan menang di Tanjong Piai, naik harga sawit. Calon kata turun.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Terima kasih. Jadi, maknanya- terima kasih Yang Berhormat Jempol. Maknanya, apa Tuan Pengerusi?
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ini logik Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Maknanya, harga ini Tuan Pengerusi, bila dahulu dia turun...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Eh, syok sendiri kah?
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Kepada RM270, turun kepada RM300, naik sikit RM300- zaman dahulu pada bulan Mei 2018, sebanyak RM560- RM560. Masa itu eksport kita ke India dan ke China, masa itu Menteri kita belum pergi lagi ke negara-negara Eropah. Kemudian turun. Itu fasal kita tanya.
Kalau kata Yang Berhormat Rasah tadi kata, import- bukan import. Eksport ke China dan juga ke India bertambah berbanding dengan dahulu. Kalau sudah eksport bertambah, takkan harga bertambah turun? Ini yang kita persoalkan. Sekarang ini bila berlaku PRK di Tanjong Piai naik pula harga sawit. Adakah kenaikan ini merupakan salah satu daripada faktor untuk mendapatkan undi tambahan daripada pengundi Tanjong Piai ataupun bagaimana? Akan tetapi saya percaya Tuan Pengerusi, pengundi Tanjong Piai sudah tidak lagi...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Mereka sokong Pakatan Harapan!
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
...Makan dengan gula-gula yang sedemikian rupa.
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Jelutong kalau hendak bercakap bangun, jangan duduk. Tadi Tuan Pengerusi- pagi tadi Tuan Yang di-Pertua sudah tegur sudah Ahli Dewan kita supaya bangun bila bercakap, Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Pengerusi, saya lompat ke Butiran 030300 tentang kempen anti sawit ini, Tuan Pengerusi. Dalam soal isu boikot minyak sawit oleh Kesatuan Eropah, cuma beberapa persoalan yang saya hendak kemukakan kepada pihak kerajaan ialah dengan peruntukan yang besar sebanyak RM27 juta ini, bagaimanakah bentuk usaha yang telah dilakukan oleh pihak kementerian dalam menangani isu boikot oleh pihak EU ini. Adakah pihak kementerian mengadakan perbincangan secara berkelompok dengan pihak EU secara keseluruhannya ataupun mengadakan perbincangan secara government-to-government (G2G) dengan negara-negara Eropah yang mengimport sawit negara?
Saya dengar yang disebut oleh Yang Berhormat Parit Sulong tadi, perkembangan terkini yang disebut dan dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri yang ada di dalam Dewan pada hari ini, cadangan untuk mewujudkan satu caucus Parlimen bagi rantau Asia dan Yang Berhormat Timbalan Menteri juga menyebut bahawa cadangan ini akan dibawa untuk dibincangkan. Ha, Yang Berhormat Kuala Krau saya bagi.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Boleh Tuan Pengerusi?
Kuala Krau.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya, sila.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ya, Yang Berhormat Jelebu, saya disebut dan saya dengar dari Yang Berhormat Rasah mengatakan bahawa harga sawit kita meningkat kerana pelaburan kita di China terus meningkat, pelaburan kita di India juga meningkat.
Saya ingin menumpang pada Yang Berhormat Jelebu, berapakah perjanjian-perjanjian yang baharu telah termeterai di antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan China dan juga Kerajaan India yang dilaksanakan atau hanya kita menandatangani tetapi tidak dilaksanakan. Saya mohon Yang Berhormat Jelebu kalau ada pengetahuan. Sila jelaskan.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Saya setuju masukkan dalam ucapan saya Yang Berhormat Kuala Krau. Oleh kerana itu saya sebut Yang Berhormat Menteri kena buat satu kenyataan rasmi, apa kedudukan hubungan kita dengan China? Apa hubungan kita dengan India? Yang ini kita kena buat supaya tidak menjejaskan dalam soalan harga dan sebagainya.
Tuan Pengerusi, saya sambung semula. Yang Berhormat Timbalan Menteri mewujudkan Kaukus Parlimen ini dan Yang Berhormat Timbalan Menteri juga ada menyebut supaya cadangan ini akan dibawa untuk dibincangkan di Parlimen dalam sesi Parlimen sekarang, yang berlangsung sekarang ini. Akan tetapi, dengan baki beberapa hari persidangan selepas perbahasan belanjawan tahun 2020 ini, yang saya kira tidak sampai seminggu, saya tidak melihat sebarang usul yang ingin dibawa seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang perkara yang dimaksudkan.
Soalan yang terakhir sekali Tuan Pengerusi, saya hendak meminta penjelasan, adakah ataupun apakah pelan ‘B’ yang disediakan oleh pihak kementerian jika segala usaha menangani Kempen Anti Minyak Sawit ini gagal meyakinkan pihak EU untuk terus membeli minyak sawit Malaysia pada masa akan datang? Saya mohon penjelasan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Nibong Tebal, selepas itu Yang Berhormat Tumpat dan Yang Berhormat Segamat. Silakan.
Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa ini. Ada beberapa Butiran yang ingin saya sebut secara ringkas dan saya ingin memulakan dengan Butiran 020500 – Lembaga Getah Malaysia (LGM) bersekali dengan Butiran 11001 iaitu LGM juga.
Di bawah Butiran 020500 – Lembaga Getah Malaysia (LGM). Tidak ada peruntukan yang diberikan dalam tahun ini kalau dibandingkan pada tahun lepas diberikan sebanyak RM10 juta. Kita hairan kenapa tidak ada peruntukan bagi tahun 2020. Adakah pihak kementerian berpuas hati dengan prestasi Lembaga Getah Malaysia ataupun ada peranan yang lain hendak diberikan kepada Lembaga Getah Malaysia terutama sekali dalam usaha untuk memantau urusan pembelian getah di peringkat akar umbi.
Saya ingin membangkitkan perkara ini Tuan Pengerusi, sebab kita difahamkan yang Lembaga Getah Malaysia memberi lesen kepada dua tiga pelesen besar seperti MARDEC, Lee Rubber dan juga Trillion. Ketiga-tiga pelesen besar inilah yang melantik peraih-peraih untuk membeli getah di peringkat bawahan atau di peringkat setempat, peringkat akar umbi. Ini mustahak Tuan Pengerusi, kita dapati harga yang ditetapkan oleh peraih-peraih ini berbeza dengan harga yang diberikan kepada pelesen terutamanya kepada MARDEC, Lee Rubber ataupun Trillion ini. Contohnya, di peringkat MARDEC mungkin di sekitar tahun 2017 contohnya, memberikan harga sekilo ialah RM2.60 tetapi peraih membeli hanya RM1.50 ataupun RM1.60 lari sebanyak RM1 jadi alasan yang diberikan oleh peraih- peraih ialah mungkin harga getah tidak elok, getah bercampur air dan pelbagai lagi alasan.
Jadi, kalau harga komoditi di peringkat dunia pun meningkat tinggi tetapi keuntungannya tidak akan dapat diraih, tidak akan dapat oleh pekebun-pekebun kecil yang banyak di peringkat bawahan.
Justeru itu Tuan Pengerusi, apakah peranan LGM untuk memantau sistem pembelian getah di peringkat bawahan ini? Itu sahaja, saya harap kementerian dapat memberi perhatian kepada perkara ini. Itu berkenaan dengan Butiran 020500 dan seiringan dengan Butiran 11001.
Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal
Ini penting juga Tuan Pengerusi, kalau kita kaitkan sekarang ini dengan Butiran 11101 – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). So, isu yang sama berbangkit di sini Tuan Pengerusi. Harga sawit melambung tinggi di dunia macam sekarang ini tetapi pekebun-pekebun kecil di peringkat bawah merungut sungguh-sungguh kerana mereka tidak dapat menikmati kenaikan harga yang tinggi di pasaran dunia. Saya harap pihak kementerian, pihak kerajaan memberi perhatian yang cukup serius tentang perkara ini terutama sekali dalam proses memantau urusan pembelian dan juga penjualan kedua-dua produk ini iaitu getah di peringkat bawahan dan juga kelapa sawit.
Seterusnya Tuan Pengerusi, satu lagi secara ringkas ialah berkenaan dengan Butiran 030500 – Insentif Pengeluaran Getah (IPG). Kita difahamkan yang keluasan tanaman getah agak besar juga iaitu 1.09 juta hektar kalau berbanding dengan koko, lada dan juga kenaf. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah bentuk insentif-insentif yang diberikan terutama sekali kepada pekebun- pekebun kecil ataupun pemilik-pemilik tanah di bawah ini? Adakah insentif ini diberikan kepada peladang besar sahaja ataupun hasilnya, nikmatnya dapat juga dinikmati oleh pekebun-pekebun kecil di peringkat bawahan?
Adakah insentif ini hanya untuk tanaman semula? Untuk jualan produk ataupun untuk membuat R&D dalam bidang-bidang tertentu seperti produk-produk hiliran dalam program ini. Jadi, itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih kerana memberi ruang kepada saya pada hari ini.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya, hari ini gembira nampak Yang Berhormat Nibong Tebal sudah kembali sihat dan cergas...
[Tepuk] Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tumpat, selepas itu Yang Berhormat Segamat dan Yang Berhormat Keningau.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Terima kasih Tuan Pengerusi di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan bajet tahun 2020 peringkat Jawatankuasa di bawah Kementerian Industri Utama. Saya ingin menyentuh pertamanya Butiran 030300 – Menangani Kempen Anti Minyak Sawit. Di mana kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM27 juta daripada RM2 juta untuk tahun 2019 bagi menangani kempen anti minyak sawit ini.
Saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan mengenai apa langkah strategik yang akan diambil khususnya melibatkan sesi libat urus bagi mendapatkan sokongan antarabangsa terhadap minyak sawit? Apakah langkah strategik ini telah dirangka dan akan masukkan sebagai salah satu fokus dalam RMKe-12 yang akan dibentangkan tahun hadapan.
Kedua Tuan Pengerusi, di peringkat WTO pernah diwujudkan sebuah gabungan yang dikenali sebagai Friends of Palm Oil (FPO) yang melibatkan beberapa negara pengeluar minyak sawit yang terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Thailand, Colombia, Guatemala, Ecuador, Costa Rica dan Honduras. Soalan saya, sejauh manakah FPO ini digerakkan di Geneva, digerakkan bagi memobilasikan gerakan menyokong minyak sayuran daripada sawit dan biofuel sawit selain menangkis dakwaan dan tohmahan deforestation terhadap industri-industri sawit.
Selain itu, saya juga ingin bertanya sejauh manakah sesi libat urus bersama NGOs antarabangsa yang lain yang telah dirangka oleh kerajaan ini? Tambahan lagi, saya juga ingin mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan mengenai sasaran yang diletakkan oleh kerajaan bagi menghadapi Kempen Anti Minyak Sawit yang sangat aktif digerakkan di Eropah ketika ini. Apakah tekanan yang berterusan ini turut memberi implikasi terhadap perdagangan sawit kepada negara- negara Eropah?
Tuan Pengerusi, seterusnya Butiran 030400 – Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia
(MSPO). Saya merujuk kepada denda yang akan dikenakan oleh kerajaan kepada ladang sawit yang melebihi 40.47 hektar yang tidak memiliki sijil MSPO. Soalan saya, berapa peratus hektar ladang sawit yang telah memperoleh MSPO ketika ini? Berapa hektar lagi yang masih tidak mendapat pengiktirafan MSPO? Sejauh manakah kerajaan memperuntukkan peruntukan yang diberikan bagi membimbing pekebun-pekebun kecil mendapatkan sijil MSPO tersebut?
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Kita juga sedia maklum bahawa hasrat memperluaskan pengiktirafan MSPO ini adalah satu langkah bagi mempromosi industri sawit yang lestari. Sebagai satu langkah tidak langsung menangani tohmahan terhadap industri sawit itu sendiri. Saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Selain Japanese Olympic Council dan The China Green Food Development Centre yang telah mengiktiraf sijil MSPO ini, apakah badan-badan antarabangsa yang lain yang telah memberikan pengiktirafan terhadap bentuk pensijilan MSPO dari Malaysia ini? Apakah kerajaan menyediakan langkah-langkah strategik bukan sahaja bagi memastikan setiap pekebun kecil memiliki sijil MSPO, bahkan juga memastikan pihak-pihak luar mengiktiraf sijil MSPO ini?
Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh juga Butiran 020400 – Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) bersama dengan Butiran 020500 – Lembaga Getah Malaysia (LGM). Saya bersama menyertai rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain yang mengambil bahagian sebelum ini, ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan, mengapa tiada peruntukan bagi kedua-kedua badan yang di atas? Adakah ia akan dipindahkan di bawah kementerian lain atau apakah kerajaan sudah tidak lagi mempunyai perancangan khusus terhadap kedua-duanya? Ini mohon penjelasan daripada kerajaan.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Minta laluan.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Sila Yang Berhormat Pendang.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak bangkitkan dua tiga perkara yang ada dalam fikiran saya berkenaan dengan kelapa sawit ini. Pertamanya, berkenaan dengan peserta FELCRA sehingga sekarang yang terlibat dalam aktiviti kelapa sawit ini, sehingga sekarang tidak mendapat dividen.
Begitu juga dengan penoreh getah yang terlibat dengan FELCRA tidak lagi mendapat dividen sampai saat ini, itu yang pertama.
Keduanya, kita difahamkan peruntukan peserta FELCRA ini belum juga mendapat hak milik kediaman mereka. Mereka peserta, dipanggil, diberi tanah, tempat buat rumah untuk duduk dan bekerja di situ, di ladang FELCRA sama ada kelapa sawit ataupun getah. Sehingga sekarang mereka tidak lagi mendapat hak milik mereka yang berpuluh tahun bekerja di ladang-ladang FELCRA sampai sekarang. Jadi, kita minta jawapan dari pihak kementerian, mengapa tidak memberi lagi hak milik kepada mereka? Itu yang kedua.
Ketiganya, kita hendak tengok, sentuh sedikit fasal getah. Katanya dalam bajet baharu ini, kita pun sudah pergi secara detailed. Peruntukan untuk LGM untuk diagihkan seperti mana yang telah diluluskan pada tahun lepas, sebanyak 50 sen untuk hendak menstabilkan harga getah. Sehingga sekarang, kita tengok tidak ada dalam peruntukan pada kali ini dalam LGM itu. Kita tanya, mengapa tidak ada peruntukan pada kali ini untuk LGM menstabilkan harga getah supaya penoreh-penoreh dan juga peserta semua dapat sedikit manfaat daripada bajet kali ini? Tidak ada pada kali ini, sila check.
Butirannya kita jumpa.
Terakhir, kita melihat juga kepada- apabila tahun lepas, kerajaan melalui LGM telah menstabilkan harga getah, memberi imbuhan sebanyak 50 sen. Sehingga sekarang, FELCRA tidak memberi kepada peserta-peserta FELCRA ini separuh ataupun bahagi dua. Kalau RM2.50, peserta ini akan mendapat RM1.25, yang RM1.25 dapat kepada pihak pengurusan FELCRA. Sehingga sekarang tidak dapat. Apakah ini satu lagi bentuk reformasi yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan terhadap peserta-peserta FELCRA ini? Sila, saya minta jawapan daripada Yang Berhormat Tumpat.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Pendang telah mengambil sebahagian besar masa Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya pohon semua persoalan-persoalan yang bernas daripada Yang Berhormat Pendang tadi dimasukkan dalam ucapan saya untuk dijawab oleh Yang Berhormat Menteri.
Akhirnya, saya ingin menyentuh Butiran 0202000 – Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara
(LKTN) yang mana industri kenaf termasuk sebagai salah satu komoditi yang terangkum dalam Dasar Komoditi Negara 2011 hingga tahun 2020 dengan sasaran memastikan penanaman kenaf mencapai sebanyak 10 ribu hektar.
Pengeluaran hasil mencecah sebanyak 100 ribu tan batang kenaf kering menjelang tahun 2020. Pada tahun 2016, penanaman kenaf adalah sekitar 2,500 hektar sahaja. Saya ingin mendapat penjelasan ataupun jawapan daripada kementerian mengenai berapakah jumlah hektar penanaman kenaf bagi tahun 2019? Apakah rancangan kerajaan bagi memastikan penanaman kenaf mencapai 10 ribu hektar menjelang tahun 2020 seperti yang disasarkan dalam Pelan Induk Pembangunan Industri Kenaf 2015 hingga 2025? \
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Saya juga ingin tahu jumlah pasaran eksport dan penggunaan domestik industri kenaf ketika ini. Apakah produk-produk baharu kenaf berjaya dikomersialkan dan sejauh mana ia telah berjaya melepasi pasaran antarabangsa?
Perkara yang terakhir yang saya ingin sentuh adalah bagaimana peruntukan RM15 juta ini yang diperuntukkan pada kali ini akan dibahagikan kepada prospek tanaman baharu kenaf, pengeluaran benih kenaf, penyelidikan dan pembangunan, penghasilan produk baharu dan sebagainya? Saya mohon penjelasan daripada Menteri. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan Menteri akan mula menjawab pada pukul 4 petang, dan masih ada lagi seramai tujuh orang Yang Berhormat ingin mengambil bahagian. Oleh sebab itu, dengan sukacitanya, saya hadkan masa kepada lima minit. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Segamat, selepas itu Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Kapit.
Sila.
Dato' Seri Dr. Santhara - Segamat
Terima kasih...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bagi tiga minitlah, tiga minit.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Lima minit.
Dato' Seri Dr. Santhara - Segamat
Terima kasih...
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Jika boleh pendek lagi baik.
Dato' Seri Dr. Santhara - Segamat
Terima kasih Tuan Pengerusi, lima minit pun tidak mengapa, saya ucapkan terima kasih.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Tumpu kepada butiran.
Dato' Seri Dr. Santhara - Segamat
Kepada Bilangan 20, Butiran 020400 – Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan Butiran 020500 – Lembaga Getah Malaysia (LGM). Saya mendapati bahawa Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia dan juga Lembaga Getah Malaysia kita dapati peruntukan yang diberikan adalah sebanyak RM0. Mungkin kerana sebabnya ataupun telah diagihkan di dalam butiran yang lain. Saya perlu mendapatkan penjelasan daripada kementerian kerana rakan-rakan seperjuangan saya juga membawa perkara yang sama.
Keduanya ialah Butiran 030300 – Menangani Kempen Anti Minyak Sawit. Saya hendak memfokuskan yang ini kepada masalah isu di India ini. Kita mendapati bahawa walaupun daripada RM2 juta kepada RM27 juta merupakan satu peningkatan yang baik dan bagus. Saya rasa ia akan banyak digunakan untuk kempen-kempen di Eropah dan sebagainya. Akan tetapi di negara India juga kita perlu fikir kerana isu bahawa kenaikan duti eksais sebanyak lima peratus dan juga mereka berhajat untuk tidak mengimport dan sebagainya.
Kita telah baca seperti di dalam surat khabar pada 21 Oktober 2019, Malaysia Kini, di mana kita mendapati India telah membeli sebanyak USD1.65 bilion pada tahun lepas. Apakah impaknya pada tahun ini? Ini kerana setiap bulan mereka mengimport lebih kurang 433 ribu tan metrik kepada 450,000 tan metrik (input bulanan India); lebih kurang 3.9 juta setahun untuk tahun 2019.
So, berkenaan dengan kempen, sebenarnya saya mendapati isu mengenai India ini yang dibawa mengenai Kashmir ini, sebenarnya ini adalah faktor-faktor dalam peperangan, ia bukan punca peperangan. Saya rasa puncanya adalah di sini kerana mereka juga hendak mengimbangi perniagaan.
Kita dapati dalam Aktiviti 1- kementerian dan ‘fee committee’, bahagian (b), “merancang strategi dan hala tuju di forum kerjasama industri komoditi di peringkat dua hala, serantau atau pelbagai hala”.
Saya rasa India ini sebenarnya ia hendak berniaga dengan kita dua hala. Di mana padahal ia membeli kelapa sawit daripada kita, pada masa yang sama mereka juga ingin menceburi dalam banyak sektor-sektor pembangunan infra di Malaysia. Contohnya, kereta api. Mereka antara yang terbaik di dunia dan juga sebagainya. Adakah kementerian bersedia kalau kita boleh barter trade dengan mereka. Kalau mereka hendak barter trade untuk menyelesaikan masalah ini? Maknanya, mereka masih lagi mengimport tetapi mereka juga mendapat projek-projek dan juga boleh menyumbang kepada pembangunan ini.
Dato' Seri Dr. Santhara - Segamat
Jika kementerian bersedia kepada mereka, adakah kementerian mempunyai satu jawatankuasa? Oleh kerana ia melibatkan juga Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan juga melibatkan juga Kementerian Kewangan dan juga sebagainya. Kadang-kadang bukan boleh diselesaikan satu kementerian. Maka, saya hendak tahu ada atau tidak satu jawatankuasa atau Steering Committee?
Akhir sekali, saya hendak bertanya kepada kementerian. Adakah kementerian bersetuju jika kita perlukan satu Duta Khas ke India? Oleh kerana apabila wujudnya masalah-masalah begini, duta kita di sana melibatkan juga politik dan juga pelbagai perkara.
Akan tetapi apabila kita mempunyai duta khas seperti Duta Khas ke China dan juga sebagainya yang dahulu dimainkan peranannya oleh Tun Samy Vellu, kita dapati ia memberi kesan.
Ini kerana apabila wujudnya masalah-masalah seperti ini, maka dia boleh adakan perbincangan dua hala, hanya fokus kepada perniagaan. Mereka juga ada permintaan-permintaan lain, contohnya mereka juga ada syarikat-syarikat besar yang telah melabur ke negara ini mempunyai masalah.
Kadang-kadang mereka hendak berbincang.
Dato' Seri Dr. Santhara - Segamat
Saya rasa itu yang harus kita tekankan. Adakah Timbalan Menteri bersetuju? Jika bersetuju adakah perkara ini Yang Berhormat Menteri akan membawa dalam Kabinet dan menyokong cadangan yang dibawa oleh Segamat ini?
Akhir sekali, adakah kita juga bersetuju bahawa kepentingan- kita harus gunakan kekuatan rakyat Malaysia di sini di mana kita mendapati hampir seramai 2 juta warga di mana rakyat Malaysia ini adalah berketurunan India. Maka kita mendapati kalau di luar India kita yang paling besar. Maknanya kita patut gunakan kekuatan ini untuk kita berbincang dan juga sebagainya.
Oleh kerana faktor-faktor seperti Kashmir ataupun Saudara Zakir Naik itu adalah faktor isu- isu dalam peperangan. Itu bukan punca peperangan, punca peperangan adalah defisit dua hala.
Adakah Yang Berhormat Menteri setuju? Saya rasa itu sahaja daripada Segamat. Terima kasih, saya pulangkan kembali 45 saat.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Segamat sekarang dijemput Yang Berhormat Keningau. Sila. Yang Berhormat Arau beri peluang kepada orang lain, nanti Kementerian Kesihatan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Tidak ada jangan memesongkan Dewan. Sila.
Yang Berhormat Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingin menyentuh beberapa butiran di sini. Akan tetapi sebelum itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Perusahaan Utama melalui Lembaga Kenaf kerana bersetuju membantu pejabat saya untuk memulakan tanaman kenaf di Tambunan Sabah pada awal tahun yang akan datang. Akan tetapi kami masih menunggu pengesahan bekalan benih-benih oleh sebab sekarang lebih ramai peserta ingin menyertai Program Kenaf dan kini melebihi 200 hektar dan memerlukan lebih daripada dua tan benih kenaf.
Kami juga memerlukan mesin penuai dan peralatan untuk memproses fiber dan kor kenaf.
Sekiranya bekalan benih yang mencukupi dan peralatan yang lain diberi, kami boleh mencapai penanaman yang seluas1,000 sehingga 2,000 hektar di dalam tempoh satu tahun. Pejabat saya telah menubuhkan satu sistem pelaksana iaitu Rural Micro Business System (RMBS) untuk membantu para petani dan orang kampung menceburi pertanian secara komersial dan meningkatkan ekonomi dan pendapatan mereka. Sekiranya kementerian dapat menyediakan bantuan yang sewajarnya dalam bentuk material, bukan duit, saya yakin RMBS sebagai pelaksana boleh menambah kawasan tanaman koko dan lada di Sabah selain daripada kenaf seluas 1,000 sehingga 2,000 hektar.
Tuan Pengerusi mengenai kenaf, pejabat saya dan RMBS sudah bekerjasama dengan pihak Lembaga dan memulakan tanaman kenaf di Sabah. Kini beberapa pihak termasuk dari Johor dan China serta pembeli dari China juga berminat untuk melabur di Sabah. Saya juga difahamkan mungkin ada penstrukturan di dalam Lembaga dan mungkin Pengarah akan bersara dan saya harap bagi dia satu dua tahun dahulu untuk melaksanakan projek ini.
Yang Berhormat Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Saya ingin menyentuh Butiran 020200, saya pohon kerana ada peruntukan RM15 juta Lembaga Kenaf. Pohon sekiranya mendapatkan RM5 juta daripada peruntukan RM15 juta ini dikhaskan dalam bentuk barangan, benih, baja, mesin penuai, peralatan untuk memproses fiber dan kenaf untuk membantu pelaksana sebagai pelaksanaan memulakan dan mencapai penanaman seluas 1,000 hektar di Sabah. Sekiranya matlamat ini tidak dicapai semua peralatan ini akan kami kasi balik.
Saya ingin menyentuh Butiran 020300 mengenai peruntukan RM30 juta kepada Lembaga Koko dan Lada RM25 juta. Ingin saya memohon peruntukan yang mencukupi dikhaskan di dalam bentuk barangan, benih dan peralatan memproses, menambah, membantu RMBS sebagai pelaksana untuk mencapai penanaman baharu seluas 1,000 hektar. Butiran 030500 ini tentang Insentif Pengeluaran Getah (IPG) RM100 juta. Ingin saya bertanya berapa jumlah daripada peruntukan ini akan disalurkan kepada Sabah dan bolehkah kami pohon bagi pihak Lembaga Industri Getah Sabah RM30 juta untuk membantu pekebun-pekebun kecil di negeri Sabah.
Akhir sekali, Projek Berimpak Tinggi Butiran 964000 ingin saya meminta penjelasan apakah maksudnya Projek Berimpak Tinggi secara lebih terperinci? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Keningau. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kalabakan. Selepas itu Yang Berhormat Kapit, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Serian, Yang Berhormat Jasin dan Yang Berhormat Arau akan mengakhiri ucapan. Yang Berhormat, sila Yang Berhormat Kalabakan.
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
Terima kasih.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Rompin Tuan Pengerusi ada nama. Rompin hantar nama.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sik hantar nama juga, Sik hantar nama. Check balik.
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
Terima kasih. Saya ingin sentuh Butiran 020400 – Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia. Dalam tajuk Bekalan dia tak dapat peruntukan, akan tetapi dalam tajuk Pembangunan 11200 ada RM16,450,000 juta. Jadi di Tawau ini juga ada pejabat Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia yang terletak di Tawau yang saya rasa tidak berfungsi pasal yang banyak kayu balak ini di Kalabakan.
Sepatutnya di pejabat ini, dipindahkan di Kalabakan oleh sebab kita harus mengambil manfaat daripada kenyataan-kenyataan Ketua Menteri Sabah yang telah mengharamkan eksport kayu bulat keluar dari Sabah dan kita harus mewujudkan kembali industri kayu di Kalabakan.
Terdapat beberapa pemain seperti Fu Yee Coporation Sdn. Berhad, dan Rajang Plywood Sdn. Berhad yang sudah membuka kembali sawmill mereka dan selalu berjumpa saya dengan segala keperluan-keperluan yang tidak dipenuhi. Jadi, kayu balak di Kalabakan ini masih banyak dan harus dipertingkatkan industrinya di Kalabakan oleh sebab waktu dahulu, kebanyakan kayu ini hanya dieksport keluar sewaktu pemerintahan dahulu, eksport keluar diambil profitnya dan tidak kembali pun ke Sabah, saya rasa.
Tajuk yang kedua yang ingin saya sentuh adalah 00100 – Lembaga Koko Malaysia. Dahulu, tahun 70-an dan 80-an, Tawau ini terkenal dengan Pusat Koko Malaysia yang terbesar, penanam koko yang terbesar di Malaysia, tetapi telah digantikan dengan kelapa sawit. Satu syarikat yang paling besar yang betul-betul cinta kepada koko iaitu Teck Guan Sdn. Berhad hingga wujudnya satu Muzium Koko, Cocoa Village diwujudkan di Tawau oleh syarikat ini akan tetapi harus ditebang kerana tidak boleh sustain. Jadi, apakah kita mahu tahu masih ada pejabat Kompleks Lembaga Koko di Malaysia di Tawau yang saya rasa fungsinya pun sudah berkurangan pasal tiada lagi koko di Tawau. Satu lagi saya ingin sentuh 940000 – Projek Berimpak Tinggi Industri Utama. Mungkin ini boleh dikaitkan dengan industri kayu kayan di Malaysia. Kayu kayan yang berada di Sabah. Itu sahaja terima kasih.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kapit. Sila.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Maksud Bekalan B.20, Butiran 020600 – Lembaga Lada Malaysia yang diberi untuk tahun 2020 RM25 juta dan juga serentak saya menyentuh Maksud Pembangunan 20, Lembaga Lada Malaysia tahun 2020 diberi RM22.3 juta. Jadi, jumlahnya perkiraan saya RM47.3 juta.
Tuan Pengerusi, Sarawak mengeluarkan 95 peratus keluaran lada dari Malaysia seperti mana yang telah disebut oleh rakan yang berucap terlebih dahulu tadi. Jadi, hanya lima peratus dari negeri lain ataupun dari Semenanjung Malaysia dan Sabah. Soalan saya sebab ini begitu penting kepada Sarawak. Berapakah pendapatan dari industri lada ini yang ekonomi Malaysia dapat raih dalam setahun atau dalam erti kata lain, berapa sumbangan pada ekonomi Malaysia dalam revenue ekonomi kita dalam satu tahun.
Jadi, pada pengetahuan saya, pasaran lada ini amat terhad, tidak begitu besar. Sekarang negara asing seperti Vietnam, India sudah sampai ke tahap yang lebih tinggi atau besar sebagai negara penanaman dan pengeluaran lada di dunia ini juga.
Jadi, Tuan Pengerusi kita seharusnya mengambil langkah yang luar biasa kalau kita hendak melihat industri lada ini dapat kita teruskan dan dapat mampu untuk kita membantu masyarakat yang bergantung kepada penanaman lada ini di luar bandar. Lebih-lebih lagi golongan kami yang di luar bandar di Sarawak.
Malaysia seharusnya mengambil langkah terbaharu. Jangan hanya meneruskan secara biasa sahaja dalam memperdagangkan produk lada ini sekarang. Sekarang kita buat. Lada Kuching variety setahu saya adalah sangat digemari di pasaran lada di seluruh dunia ini, world market. Kuching variety ini ada kelebihan dari lada yang lain. Jadi Lembaga Lada Malaysia haruslah menggunakan keistimewaan Kuching variety ini bagi mengeluarkan lada yang premium tinggi, high grade premium product lada, bahan lada yang kita jual sebagai premium grade dan yang dapat dijual dengan harga jauh lebih tinggi dan menguntungkan. Jadi keuntungannya kepada pengeksport, pengusaha dan pekebun lada. Jadi, kesemua stakeholders dalam rangkaian industri lada ini.
Jadi, saya ingin pencerahan dari Yang Berhormat Menteri, adakah Lembaga Lada Malaysia memikirkan mengenakan import tarif ke atas produk lada yang diimport dari negara asing, yang mengeluarkan lada seperti Vietnam dan sebagainya. Kalau belum, adakah import tarif ini dikenakan ke atas bahan lada yang diimport ke Malaysia, tolong buat secepat mungkin kalau belum.
Oleh sebab langkah sebegini boleh mengelakkan pengusaha lada dan pengeksport lada dari Malaysia dari membeli lada yang murah dari negara asing dan selepas membuat proses value added kepada bahan itu, dieksport semula sebagai produk keluaran dari Malaysia. Jadi, asalnya bukan dari Malaysia tetapi kerana murah diimport. Jadi pengeksport, pengusaha ini tidak membeli daripada pengeluar ataupun penanam dan pekebun kecil kita.
Oleh sebab itu mereka ini sangat terbeban sekarang. Sengsara sekarang mereka sebab banyak yang membuat pengaduan ini. Saya tahu sebab saya pernah tiga tahun jadi Pengerusi Lembaga Lada dahulu. Jadi, banyak yang mengeluh kepada saya sekarang juga. Jadi, yang rugi adalah pekebun sebab lada mereka tidak dibeli dengan harga yang lebih lumayan dan berpatutan.
Tuan Pengerusi, langkah ini adalah langkah yang amat diperlukan, kalau kita tidak mahu melihat penanam lada atau pekebun lada di luar bandar terus mengalami kesusahan dan akhirnya mudah musnah sama sekali. Jadi, kita gagal menjaga kebajikan atau gagal melindungi kesejahteraan komuniti luar bandar yang terlibat dengan pengeluaran lada ini khususnya di Sarawak.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi, sebelum saya mengakhiri, saya tahu ramai di kalangan kita di dalam Dewan ini- Tuan Pengerusi, selamat datang. Ramai Ahli-ahli Parlimen di dalam Dewan ini telah dilantik sebagai pengerusi lembaga-lembaga. Ada lima lembaga, Pengerusi Lembaga Getah Malaysia saya tidak tahu Ahli Parlimen atau tidak. Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, Pengerusi Lembaga Koko Malaysia, Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau, Pengerusi Lembaga Lada Malaysia. Memang ada di antara mereka ini Ahli Parlimen. Hari ini, saat ini kita berbahas. Ada yang berbahas dengan begitu bernas sekali.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Ramai yang berkongsi idea yang terbaik untuk kita sama-sama menjaga ataupun membangunkan industri-industri yang terlibat ini. Akan tetapi mereka tidak ada dalam Dewan ini.
Sepatutnya sekurang-kurangnya mereka yang dilantik sebagai pengerusi lembaga-lembaga ini ada petang ini dalam Dewan ini, kalau kita betul-betul bertanggungjawab. Jangan biarkan Yang Berhormat Menteri sahaja. Yang Berhormat Menteri ini kalau saya tanya mungkin tidak tahu.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
[Bangun]
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Boleh Tuan Pengerusi bagi beliau sedikit Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Terima kasih. Apabila saya dengar ucapan tadi, saya agak terkejut juga sebab apabila Yang Berhormat kata ramai Ahli Parlimen yang dilantik sebagai pengerusi agensi-agensi ini tadi. Tidakkah ini kontradik ataupun bertentangan dengan manifesto yang berjanji dahulu tidak akan lantik ahli-ahli politik duduk di badan-badan berkanun.
Sudahlah dilantik, tidak ada tanggungjawab pula, tidak datang pula ini. Apa pendapat Yang Berhormat?
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Saya berpendapat samalah dengan Yang Berhormat Tanjong Karang. Jadi...
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Assumption sahaja.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Saya tak nak masuk ke bidang politik tetapi betul kerana ada dalam manifesto, tetapi tidak mengapa. Perkara yang penting yang bertanggungjawab seharusnya ada di sini, mendengar. Bukan hanya idea-idea dari sebelah sini, sebelah sana pun tadi saya mendengar banyak idea yang bernas yang boleh kita gunakan untuk kita membangunkan industri- industri terlibat ini. Ini Yang Berhormat Kanowit dari Sarawak ini luar bandar.
Datuk Aaron Ago Dagang - Kanowit
[Bangun]
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Boleh Tuan Pengerusi?
Tuan Pengerusi
Peruntukan lima minit sahaja, ini...
Datuk Aaron Ago Dagang - Kanowit
All right, all right, sekejap sahaja. Saya ingin persetujuan daripada Yang Berhormat Kapit.
Tuan Pengerusi
Sekejap, jangan ambil 10 minit.
Datuk Aaron Ago Dagang - Kanowit
Tuan Pengerusi, saya ingin persetujuan daripada Yang Berhormat Kapit dalam hal ini tadi sebab saya ingat mungkin dia lupa untuk sentuh dari segi subsidi. Oleh kerana harga lada sekarang ini sangat jauh turun, jadi ramai pekebun kecil lada ini sengsara.
So, mereka mengharapkan supaya subsidi untuk membeli baja dan sebagainya untuk lada ditambahkan. Setujukah Yang Berhormat Kapit? Terima kasih.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Saya Tuan Pengerusi apa sahaja usaha-usaha untuk kita membantu pekebun dan penanam bahan atau komoditi yang kita keluarkan, saya setuju sangatlah kita perlu membantu mereka sebab mereka perlu dibantu pun sekarang. Kalau orang bertanya keadaan sekarang, banyak harga turun? Banyak tetapi harga lada, harga getah, harga sawit naik sedikit sekarang. Jauh turun sudah dan harga koko semua sudah turun. Hanya harga barang yang masih tinggilah, barang-barang keperluan lain.
Jadi dengan itu Tuan Pengerusi, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.
Jadi Yang Berhormat Menteri, ada orang bertanya. Yang Berhormat tolong tanyalah kepada Yang Berhormat Menteri. bagaimana lada hitam dan lada putih ini, yang mana sepatutnya kita tanam?
Mereka kata. Jadi, saya sampaikan soalan ini kepada Yang Berhormat Menteri tetapi Yang Berhormat Menteri tidak ada. Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh jawab yang mana sepatutnya kita bantu tanam. Nanti saya minta jawapan.
Tuan Pengerusi
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Putatan. Silakan. Lima minit juga.
Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus merujuk kepada Butiran 020100 – Kemajuan Industri Komoditi. Seperti yang dibentangkan, pembangunan semula industri sawit melalui MPOB dilancarkan melalui pinjaman kepada pekebun kecil, okey. Saya bermula dengan Sabah.
Keadaan di Sabah saya rasa tidak sama dengan keadaan di Semenanjung dari segi penggunaan tanah. Kenapa? Ini kerana di Sabah tanahnya masih terlalu luas berbanding di Semenanjung, saya rasa ia sudah ke tahap yang hampir maksimum. Kedua, tanah di Sabah itu sudah pun diperakui oleh pengkaji tanah sebagai tanah antara yang amat subur di dunia untuk kelapa sawit.
Ketiga, saya telah mendapat briefing daripada player utama di Sabah di mana ramai pemohon pekebun kecil untuk tanaman baru.
Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan
Cuma saya difahamkan melalui pembentangan bajet, pinjaman pekebun kecil ini cuma untuk penanaman semula. Berdasarkan hujah saya tadi, bolehkah diberi kelonggaran kepada Sabah dan Sarawak juga yang mempunyai tanah yang jauh lebih luas, yang masih amat luas, amat subur dan juga kebetulan Sabah belum lagi mempunyai sektor industri yang boleh memacukan pekerjaan kepada anak-anak Sabah. Jadi, permohonan saya itu mungkin bolehkah dipohon supaya pinjaman ini boleh dilanjutkan kepada tanaman baru, bukannya replanting, itu yang pertama.
Kedua, tentang kemudahan infrastruktur bagi pekebun kecil di kampung-kampung. Saya memohon agar kemudahan infrastruktur untuk pekebun-pekebun kecil getah dan sawit ini dapat diberi penumpuan kerana tinjauan saya di kampung-kampung mendapati penoreh-penoreh getah ini amat sukar untuk mengeluarkan hasil tanaman mereka apabila cuaca tidak baik. Jadi, saya pohon kedua- duanya.
Terakhir tentang memenangi Kempen Anti Minyak Sawit. Saya ingin bertanya kerana saya selalu mendengar tentang kempen kita untuk mempromosi produk sawit kita ini di beberapa buah negara. Cuma, adakah kita ingin bertanya, adakah kita sudah mula untuk meng-explore kawasan- kawasan baru di kawasan Timur Tengah yang mempunyai pasaran yang amat luas? Itu sahaja, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih, Yang Berhormat Putatan. Dijemput sekarang Yang Berhormat Serian.
Dato’ Sri Dr. Richard Riot anak Jaem - Serian
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 11300 – Lembaga Lada Malaysia atau Malaysian Pepper Board (MPB). Harga lada hitam seperti semalam, untuk 1 kilogram adalah RM7.80 gred 1 manakala kos pengeluaran adalah RM7.40.
Ini bermakna untuk 1 kilogram lada hitam gred 1 untungnya hanya 40 sen, Tuan Pengerusi. Untuk lada putih, kos atau harga lada putih 1 kilogram adalah RM14.10 tetapi kos pengeluarannya juga adalah RM14.10, tidak ada untung langsung.
Tuan Pengerusi, oleh yang demikian, ramai hampir semua pekebun lada di kawasan saya dan juga di negeri Sarawak telah meninggalkan kebun lada dengan sendirinya. Ini bererti industri lada akan lupus kerana mereka telah meninggalkan kebun-kebun mereka untuk mencari kerja sebagai buruh di pekan ataupun di kota.
Jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada di sini, saya minta di bawah peruntukan yang telah dicadangkan untuk Kementerian Industri Utama ini, saya ingin menggunakan peruntukan yang dicadangkan ini supaya kementerian mencari jalan untuk membantu pekebun-pekebun kecil lada. Saya menggunakan menekankan perkataan ‘pekebun kecil’ kerana di negeri Sarawak tidak ada yang mengusahakan kebun lada hanyalah pekebun kecil.
Cara untuk membantu mereka sama ada untuk terus memberi subsidi baja yang amat penting, untuk memberi subsidi racun kerana kita tahu sekarang harga racun, harga baja begitu melambung tinggi harga komoditi khususnya saya sebut lada di sini begitu rendah sehingga tidak menguntungkan mengusahakannya. Itu sahaja butiran yang saya ingin sentuh. Sebenarnya saya ada menyebut waktu perbahasan di peringkat dasar tentang harga kelapa sawit juga.
Dato’ Sri Dr. Richard Riot anak Jaem - Serian
Akan tetapi pada petang ini, saya hanya menumpu kepada harga lada dan pekebun-pekebun yang mengusahakan lada ini hendaklah diberi bantuan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih, Yang Berhormat Serian.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Arau sedang kira tambah-tambah ya.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Nama saya dalam senarai waktu itu.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Jasin. Silakan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Bagi saya peluang. Tuan Pengerusi, industri sawit menyumbang lebih kurang RM60 bilion kepada ekonomi negara dan dalam masa yang sama kita mempunyai seramai 650 ribu orang pekebun-pekebun kecil yang dikategorikan dalam B40. Kalau 650 ribu tadi kalau kita kirakan keluarga dia bermakna ada 3 juta lebih kurang 10 peratus daripada penduduk negara kita ini adalah dalam sektor sawit. Ini tidak termasuk pekerja-pekerja hiliran dan juga pekerja direct, maknanya kita ada lebih tiga juta orang yang terlibat dalam sektor ini.
Apa yang penting sekali saya hendak sebut di sini, lebih 40 peratus daripada jumlah pengeluaran seluruh sawit dalam negara kita disumbangkan oleh pekebun-pekebun kecil. Maka kehidupan pekebun-pekebun kecil seharusnya diberikan perhatian. Apa yang mendukacitakan saya Tuan Pengerusi, apabila kerajaan telah membuat keputusan untuk memberikan pinjaman mudah kepada tanam semula. Sebelum ini saya hendak sebut pekebun kecil ini ada dua kategori. Pertama, independent smallholders, dengan izin dan yang kedua *organized smallholders.
Organized* ini ada FELDA, FELCRA lebih kurang 100,000 lebih-lebih yang lain itu independent smallholders, yang lain itu independent smallholders, maknanya independent smallholders ini lebih kurang 85 peratus daripada jumlah pekebun kecil. Kalau organized smallholders tadi kalau dia hendak tanam semula, akan dibantu oleh FELDA ataupun FELCRA. Bukan itu sahaja dia diberikan elaun sara hidup, berlainan dengan independent smallholders ini mereka berseorangan, tidak ada apa-apa bantuan. Akan tetapi kenapakah kerajaan sekarang mengenakan pinjaman walaupun cara mudah tetapi pinjaman yang terpaksa dibayar, sudahlah dia tidak ada apa-apa elaun semasa tanam semula.
Jadi, saya berharaplah supaya kerajaan dapat mengkaji semula keputusan ini dan memberikan satu kajian terperinci bagaimana kita boleh membantu pekebun-pekebun kecil ini. Apa yang penting sekali, pekebun-pekebun kecil kita ini adalah sebenarnya saham kepada kita kerana mereka menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan juga dalam masa yang sama kita dapat membasmi kemiskinan. Ini yang paling penting sekali.
Jadi, kalau boleh kita balik semula kepada semasa rejim atau semasa Barisan Nasional, kita berikan bantuan tanam semula ini secara percuma sebanyak RM7,000 setiap satu hektar. Pekebun- pekebun kecil ini bukan banyak tanah dia, tidak kurang lebih kurang satu ekar, dua ekar, tidak sampai satu hektar pun. Akan tetapi sebenarnya ini pulangan terbesar bagi ekonomi dan masa depan dan membasmi kemiskinan.
Saya hendak tanya yang kedua, saya tengok sasaran kementerian pada tahun 2018 dia kata ada tanaman hendak tanam 5.8 juta hektar setahun...
Tuan Pengerusi
Butiran, Yang Berhormat, butiran.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Selepas itu tahun 2019 ditingkatkan 5.9 juta setahun.
Tuan Pengerusi
Butirannya?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Akan tetapi...
Tuan Pengerusi
Butiran?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Ya.
Tuan Pengerusi
Butirannya?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Butiran yang sama juga daripada kelapa sawit.
Jadi, tahun 2020 hendak naikkan pada 6.3 juta hektar. Saya hendak tanya bagaimana kita mahu meningkatkan keluasan tanaman sawit kalau kita kekurangan tanah. Dalam masa yang sama, kita terikat dengan perjanjian bahawa Malaysia sebenarnya lebih daripada separuh kawasan kita mesti disimpan sebagai hutan, jadi kita tidak ada tanah.
Keduanya, kalau pekebun kecil tidak mampu untuk tanam semula kerana skim pinjaman dia tidak akan ambil, dia tidak akan pinjam kerana dia tidak boleh bayar. Macam mana keluasan tanah ini hendak kita tingkatkan, bahkan kita dapati keluasan tanah ini akan terus mengurang. Kalau siapa saya harus cadangkan kalau boleh, kita cari formula baru. Kita cari, dengan izin, new planting techniques supaya bukan sahaja kita dapat memperkembangkan kawasan tanaman bahkan kita mahu kalau boleh kita tingkatkan lagi pengeluaran apa juga teknik yang baru kerana kita ada research centre yang cukup hebat.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Seterusnya, kita mahu lihat kalau getah diberikan IPG – Insentif Pengeluaran Getah tetapi tidak kepada sawit. Bahkan harga sawit sekarang sebenarnya kalau dikatakan tinggi, sebenarnya kita masih rendah lagi. Kita pernah dapat RM4,000 satu tan, sekarang baru hanya tertinggi RM2,600 satu tan.
Keduanya, pekebun kecil juga akan sentiasa terdedah dengan faktor harga dan juga lambakan. Saya hendak cadangkan kalau boleh kita tingkatkan lagi penggunaan sawit. Kalau dulu kita ada B5, sekarang kita ada B10. Kalau Indonesia sekarang telah pergi kepada B30, kenapa tidak kita tingkatkan kepada B20? Apa yang paling penting sekali penggunaan biodiesel ini hanya kepada bas dan lori sahaja. Kita hendak kalau boleh penggunaan ini kita lebarkan lagi kepada pihak industri supaya penggunaan sawit ini dapat kita tingkatkan terus.
Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya tengok masa tidak mengizinkan. Saya hendak bagi peluang kepada kawan-kawan yang lain, tentang pasaran kita. Saya hendak tanya sedikit, setakat manakah terjejasnya industri sawit kita ini dengan boikot daripada India. Adakah ia telah bermula ataupun sebaliknya? Kita sebenarnya ada dua pendekatan kalau dalam segi hubungan dua hala, bilateral kita.
Sama ada kita pilih tentang diplomasi atau kita pilih confrontational. Kalau kita pilih diplomasi, perkara ini boleh kita selesaikan tetapi kalau kita hendak confrontational kita akan menghadapi masalah, bukan kita sahaja, bukan sahaja pekebun kecil, bahkan ekonomi negara kita.
Jadi kita berharap semoga pihak kerajaan dapat memikirkan jalan yang terbaik sekali. Kita dapat menyelesaikan apa juga masalah yang timbul dan kita mahu kalau boleh sebagai sebuah negara yang berkecuali- non-aligned nation, kita mahu kalau boleh tidak ada campur tangan tentang apa-apa juga masalah lain-lain negara.
Itu sahaja Tuan Pengerusi memberi saya peluang. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Arau sebagai pembahas yang terakhir.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hampir bawa Peraturan Mesyuarat 36(12) tadi sebab Tuan Pengerusi tak masukkan nama saya. Tuan Pengerusi umumkan nama saya. Jadi ia telah mengelirukan Dewan tetapi nasib baik nama saya telah dimasukkan semula, saya ucapkan terima kasih. Maka saya tidak bawalah usul tersebut sebab bagi saya peraturan Parlimen ini untuk semua Ahli Parlimen.
Tuan Pengerusi
Masa lima minit Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya. Sekarang ini saya akan pinjam empat minit daripada dua orang Yang Berhormat yang tak cakap habis tadi.
Tuan Pengerusi, saya bukan nak katalah. Yang Amat Berhormat Langkawi dah lantik semua Menteri, Timbalan Menteri semua kan, di bawah 303300 Tuan Pengerusi ya, Menangani Kempen Anti Minyak Sawit. Perdana Menteri dah lantik- masa Perdana Menteri lantik sudah pasti dia tidak tengok latar belakang. Dia lantik mengikut keputusan parti.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Akan tetapi kadang-kadang kalau kita lantik, kalau orang yang mempunyai latar belakang yang sesuai dengan jawatan itu, cantik. Kalau orang yang duduk di Kuala Lumpur, duduk di Bukit Bintang, bagilah jawatan Menteri Wilayah. Orang yang ada sedikit latar belakang pokok sawit kah macam Yang Berhormat Segamat, jadi kita lantiklah jadi Menteri yang jaga sawit tetapi tidak apa. Dah buat dah.
Akan tetapi sekarang ini, benda yang ada di hadapan mata bahawa ada negara terutamanya negara utama cuba memboikot minyak sawit. Tuan Pengerusi, sepatutnya mereka ini tidak ada di Parlimen, pergi. Ini pergi ke Tanjong Piai, buat apa? Tanjong Piai kita tahu bahawa oleh kerana melihat bahawa Barisan sudah berada di hadapan, SPR pekena peraturan baharu supaya mesti dapat permit untuk melawat rumah ke rumah. Dia tidak boleh kenakan permit kepada saya sebab saya adalah seorang yang terpaksa berjalan kaki tiap-tiap hari. Jadi doktor suruh saya jalan kaki, jadi dia tidak boleh keluarkan permit. Saya akan jalan kaki, saya akan berhenti di rumah orang untuk ke bilik air dan sebagainya.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Kepala berapa, Butiran berapa?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, sekarang ini Menteri patut berada di luar negara sekarang. Bukan Menteri datang ke Parlimen, jawab kata, “Kami sudah pergi ke Nigeria, sudah pergi Afrika, sudah pergi Timur Tengah”. Pergi buat apa? Kita nak pergi dan balik buat perjanjian bahawa mereka beli minyak sawit. Semasa kita hendak pergi ke sana, kita bawalah orang-orang yang mempunyai hubungan dengan negara-negara yang berkenaan. Bukan kita pergi ke Afrika, balik-balik daripada Afrika tiba-tiba kita naik syok kata sudah pergi ke pasaran baharu. Pasaran baharu kena tunjuk bukti, dia beli barang kita. Bukan pergi bersembang.
Jadi ,saya minta Menteri ini selepas habis Parlimen, terus, jangan ada muka kamu di Malaysia ini lagi, pergi ke luar negara dan pergi berhubungan terus. Saya minta maaf ya. Dulu Menteri Pelancongan pada zaman kami dahulu, dia berada di luar negara, sering berada di luar negara tetapi kita lihat pelancong datang berpusu-pusu kerana diplomasi kita. Jadi pendekatan kita, cara diplomasi, cara keras, cara tegas. Jadi, kita kena ambil pendekatan yang sedemikian rupa. Orang hendak melihat kelembutan kita, orang hendak tengok ketegasan kita. Menteri-menteri mesti berada di semua negara ini untuk buat promosi minyak sawit, bukan suruh minum di Malaysia. Kita minum satu botol satu hari pun tak mampu untuk menyelesaikan masalah minyak sawit.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Mencelah.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Rompin minta laluan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya?
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Rompin.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bagi sebab dia tidak dapat cakap ya.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Tuan Pengerusi, perkara pokok yang harus difikirkan oleh kementerian bahawa semasa industri getah mencapai kemuncaknya, kita ada pusat penyelidikan di London. Akan tetapi setakat ini kita belum lagi menubuhkan sebarang pusat penyelidikan di Eropah.
Ini adalah perkara pokok yang harus difikirkan oleh kementerian supaya membuka pusat penyelidikan sawit dan penerangan di Eropah bagi menjelaskan masalah sawit yang menjadi keraguan pihak pengguna di seluruh dunia.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, ini adalah satu cadangan yang paling baik dalam dunia, Tuan Pengerusi...
[Dewan ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini bukan melawak, kadang-kadang bila saya bercakap, orang ingat saya berseloroh. Mana boleh berseloroh, saya orang yang serius tentang benda ini.
Jadi, mari balik tajuk ini Tuan Pengerusi, Menteri mesti berada di mana-mana sekarang untuk promote minyak sawit. Kalau kita ada masalah dengan India, takkanlah kerana ucapan tentang Zakir Naik, tiba-tiba jadi masalah. Tentu ada masalah lain. Hantar puak-puak itu- Yang Berhormat Jelutong, janganlah sebab dia keras sangat. Hat yang lembut-lembut ini macam Yang Berhormat Segamat dan sebagainya, hantar pergi jadi wakil di sana. Ada tadi wakil, kerajaan telah melantik wakil ke China yang bertaraf Menteri daripada Cheras. Tengah kita berucap. dia hilang. Patutnya dia tunggu dan dengar sama ada macam mana kita hendak tingkatkan...
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Macam mana you tahu Yang Berhormat Segamat lembut?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Pembelian sawit daripada negara China, kita kena tingkatkan. Kalau boleh, Yang Berhormat assign Ahli-ahli Parlimen, malah saya sendiri sebagai Standing Committee International Conference Asian Political Parties (ICAPP). Saya Standing Committee yang ada 60 buah negara Asia yang boleh kita promote-kan termasuk EU. Wakil EU beritahu, dia kata kalau nak datang ke Europe ini, jumpa dia sebab yang menguasai UUU ini adalah political parties. Tidak, hang pi jumpa siapa saya tidak tahu. Ini wakil EU, Ahli Parlimen EU hadir, Ahli Parlimen Afrika hadir, dua bulan sekali kita buat conference. Saya hadir bukan pakai duit kerajaan, duit saya.
Saya hadir dan promote dan mereka kata mana wakil kerajaan? Saya dah beritahu, kerajaan kena ambil serius benda ini bila kita nak promote minyak sawit, kita kena ambil pendekatan pelbagai cara. Bukan kita pergi jumpa pemimpin, selepas itu kita buat exhibition. Siapa yang mari exhibition?
Kerani-kerani syarikat yang mari, mana? Kita kena buat secara serius dan guna segala kemungkinan sebab masalah ekonomi ini bukan masalah kerajaan sahaja, tetapi masalah bersama. Menteri Hal Ehwal Ekonomi telah jawab dengan baik semalam dan dia pasti akan menyelesaikan masalah yang berlaku dengan hebatnya.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Pakai.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ha! Pakai, semua pakat pakai ini ya. Malah Timbalan Menteri ini- saya tidak mahu cakaplah Yang Berhormat ya, tetapi kalau boleh Yang Berhormat ulaskan sedikit tentang buluh itu supaya masuk dalam ucapan untuk diterangkan bahawa sebenarnya ada potensi buluh.
Akhir sekali Tuan Pengerusi, sekali lagi saya hendak beritahu bahawa saya bukan nak minta ke Menteri belanja lebih pergi ke luar negara sebab ini masa, bawalah sesiapa sahaja yang patut untuk pergi ke luar negara dan semua orang yang hendak pergi ke luar negara mesti dibekalkan dengan ilmu untuk promote minyak sawit. Negara jiran Singapore, kita ada Khazanah, dia ada Temasek. Kita hendak melawat negeri mana, tiba-tiba dia sudah berada dulu daripada kita. Dulu semasa kita buat lawatan ke negara-negara Asia Tengah, kita pergi dengan Perdana Menteri rombongan dengan 747.
Kita sampai, dia dah sampai dulu.
Jadi, kita hendak macam itu supaya kita sentiasa berada di barisan hadapan, barulah orang pandang kita. Orang akan pandang kepada orang yang sentiasa nampak depan mata. Macam saya nampak depan Tuan Pengerusi, dia tak nak bagi saya bercakap, dia tidak boleh buat apa, dia kena bagi juga. Jadi, sebab saya di antara orang yang contribute, dengan izin, kepada perbahasan yang bernas dan bijaksana.
Paling terakhir sekali ialah lagi sekali saya menyeru Menteri, ini ialah supaya Menteri Ekonomi tolong tengok puak-puak ini sama ada mereka buat kerja ataupun tidak. Kami tak nak tengok muka kamu semua di Parlimen ini, pergi ke luar negara, promote minyak tetapi jangan pergi Tanjong Piai.
Tanjong Piai tidak payah pergi sebab insya-Allah kami berada di hadapan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Malam kelmarin, Yang Berhormat Port Dickson buat kempen 2 ribu orang, malam hari Khamis malam Jumaat, 20 ribu orang akan hadir perjumpaan yang kami anjurkan. Kami sudah berada di hadapan. Lupakan Tanjong Piai. Kita akan menang. Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat bagi perhatian untuk bina ekonomi. Ekonomi tengah teruk. Rakyat menderita. Semua ini gara-gara kegagalan kita untuk buat yang terbaik untuk negara. Mujurlah ada seorang dua Menteri yang hebat-hebat tetapi belum lagi hebat kecuali kami bantu dengan hebat sudah pasti dia akan menjadi bertambah hebat.
Jadi, begitulah Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Rompin tidak ada chance Tuan Pengerusi?
Tuan Pengerusi
Tadi yang paling terakhir. Jadi, masa dah tamat.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Oh! Rompin tidak dapat bercakap sudah dua hari.
Tuan Pengerusi
Rompin ada dalam list kah? Tidak ada dalam senarai kah?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sik mohon juga tidak dapat Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Silakan lah.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Lima minit.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Tuan Pengerusi yang baik hati. Saya ingin menyambung hujah saya tadi bahawa ketika industri getah begitu cemerlang, kita mempunyai pusat penyelidikan getah di London. Akan tetapi malangnya, ketika industri kelapa sawit cemerlang dan semakin hari semakin malap, kita tidak mampu menubuhkan satu pusat penyelidikan kelapa sawit dan pusat penerangan di negara Eropah. Di mana-mana negara Eropah sama ada Germany, sama ada di Perancis atau negara-negara Eropah yang kita jangka mempunyai pengaruh yang kuat dalam pasaran industri minyak sawit di Eropah.
Sebenarnya sawit bersaing dengan soya bean sahaja. Persaingan besar ialah soya bean. Kalau kita melihat pergerakan harga soya bean dalam US Dollar menekan pasaran minyak sawit dunia selalunya. Akan tetapi dalam keadaan sekarang, tidak nampak bahawa harga soya bean menekan harga sawit. Selalunya, perbezaan di antara soya bean dengan sawit adalah di sekitar USD100 ataupun USD70. Ini menyebabkan minyak sawit lebih kompetitif berbanding dengan harga soya bean pasaran dunia. Jadi, merupakan tanggungjawab kita untuk menerangkan bahawa sawit adalah durable oil berbanding dengan soya bean. Banyak kelebihan-kelebihan yang terdapat pada minyak sawit ini.
Ini harus diperjelaskan secara saintifik. Ia harus ada satu penyelidikan yang bersifat saintifik.
Kalau dulu getah ada pusat penyelidikan di London, apa salahnya sawit juga ada penyelidikan di Germany yang boleh menjelaskan seluruh pasaran Eropah, Timur mahupun Barat bahawa sawit mempunyai kelebihan yang sangat-sangat besar berbanding dengan soya bean. Ini harus dilakukan segera dan sudah pasti peruntukan RM27 juta tidak mencukupi. Saya teringat kepada mantan Menteri mendiang Tun Dr. Lim Keng Yaik. Seorang yang sangat berjaya menjelaskan secara saintifik, oleh kerana dia seorang doktor. Dia dapat menjelaskan secara saintifik di seluruh dunia bahawa kelebihan sawit berbanding dengan minyak-minyak lain. Ini harus diteruskan oleh kementerian ini.
Keduanya, saya ingin bercakap tentang bagaimana pekebun-pekebun kecil ditekan oleh kilang-kilang sawit. Selalunya bila hasil memuncak, ada kecenderungan kilang-kilang sawit yang kebanyakannya dimiliki oleh estet-estet besar, tidak mahu menerima buah-buah sawit pekebun- pekebun kecil. Ini menyebabkan pekebun kecil terpaksa menyimpan buah mereka sampai seminggu.
Jadi, phytic acid akan naik. Bila phytic acid naik, ini menyebabkan kualiti minyak akan menurun. Dia menekan pekebun-pekebun kecil dengan membeli harga yang jauh lebih murah. Kadang-kadang sampai 30 persen pada harga pasaran semasa. Umpamanya sekarang harga RM420, dia tekan pekebun-pekebun kecil dan kilang-kilang dimiliki oleh estet-estet yang besar-besar ini. Sampai ke 30 persen harga buah tandan segar (BTS) ini tidak mencapai harga semasa.
Ketiganya, saya ingin tahu kedudukan industri kenaf di Rompin. Ada kilang kenaf di Rompin.
Bagaimana kedudukan kilang ini sekarang? Masalah utama saya dapati ialah kegagalan kita untuk mendapat harga pasaran yang baik untuk pengeluaran kenaf. Ini menyebabkan petani-petani seperti pepatah kata hangat-hangat taik ayam. Bila harga baik, ditanam. Bila harga tidak baik, tidak tanam maka industri kenaf harus melihat dari segi pasaran dan kualiti pengeluaran kenaf yang mampu untuk dieksport ke Japan. Mampu dieksport ke Korea. Baru lah dia mendatangkan hasil yang baik kepada pekebun-pekebun kecil. Terima kasih Tuan Pengerusi yang membenarkan saya bercakap pada petang ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Sekarang saya mempersilakan...
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Kemaman.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Silakan.
Timbalan Menteri Industri Utama - Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Hampir 25 Ahli Yang Berhormat yang membahaskan butiran-butiran di dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa ini.
Timbalan Menteri Industri Utama - Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Nibong Tebal, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Kapit, Yang Berhormat Putatan.
Yang Berhormat Serian, Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Rompin dan juga enam yang membuat pencelahan iaitu Yang Berhormat Bagan Datuk, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Tanjong Karang dan Yang Berhormat Rompin.
Saya akan cuba memberikan penjelasan terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan tentulah dalam hampir 31 Ahli-ahli Parlimen yang membangkitkan isu-isu ini saya percaya 60 minit tidak mencukupi. Akan tetapi insya-Allah saya akan ikhtiarkan jawapan seberapa ringkas yang mampu untuk memberikan maklum balas dan membangkitkan ataupun menjawab beberapa persoalan yang telah pun dibangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini.
Tuan Pengerusi, ada Yang Berhormat membangkitkan tentang langkah-langkah kita untuk menangani diskriminasi minyak sawit di Eropah. Untuk makluman Dewan, pada 21 Mei yang lalu, Kesatuan Eropah telah pun meluluskan delegated regulations, dengan izin, iaitu dokumen pelengkap kepada European Union Renewable Energy Directive II (EU RED II) yang dijangka akan memberikan kesan negatif kepada industri sawit negara terutama sekali sebagai sumber bio bahan api di Kesatuan Eropah.
Walau dengan usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan, Kesatuan Eropah tetap dengan pendirian untuk meluluskannya disebabkan oleh tekanan yang diterima daripada negara-negara anggota untuk melindungi kepentingan industri minyak sayuran dan juga lelemak tempatan mereka.
Pada masa ini untuk makluman Dewan, kerajaan telah pun menyediakan data, fakta dan juga bukti saintifik yang tepat dan kukuh bagi menyangkal semua dakwaan yang dikeluarkan oleh Kesatuan Eropah dan juga sebagai persediaan proses kajian semula, delegated regulations ini yang akan dilaksanakan pada tahun 2021. Pada masa yang sama, tentunya kementerian akan terus memantau dan meneliti perkembangan terkini isu-isu minyak sawit di Eropah.
Selain itu, kerajaan juga sedang merangka beberapa strategi dan merancang untuk membuat pertimbangan bagi mengambil tindakan undang-undang di bawah apa yang dipanggil dengan izin Tuan Pengerusi, dispute settlement mechanisms melalui Pertubuhan Perdagangan Dunia atau World Trade Organization (WTO) terhadap Kesatuan Eropah yang kita lihat didapati telah melanggar prinsip-prinsip WTO itu sendiri.
Tentunya dalam hal ini, kementerian sedang bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan juga Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta lain-lain kementerian termasuk Kementerian Luar Negeri yang berkaitan bagi mendapatkan pandangan dalam menangani isu tersebut melalui window, ataupun melalui WTO ini. Malaysia melalui kementerian ini dan juga Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)...
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Timbalan Menteri.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
...Dan MITI telah membangkitkan isu diskriminasi di Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Barriers to Trade dan Mesyuarat Council for Trade in Goods di bawah WTO telah mendapat sokongan daripada negara-negara pengeluar minyak sawit yang lain. Di samping itu, pembangunan industri sawit secara mampan dan sumbangannya terhadap perkembangan sosioekonomi negara turut dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Trade and Environment di bawah WTO. Sila Yang Berhormat Rembau.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mengalu-alukan langkah kementerian untuk membawa perkara ini kepada World Trade Organization. Mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh terangkan apakah langkah-langkah sebelum kita dapat memasuki satu official complaint kepada World Trade Organization? Oleh kerana perkara ini sudah beberapa bulan telah dinyatakan, saya tengok kenyataan by November, Malaysia akan buat official complaint, dengan izin, kepada World Trade Organization. Apa yang menyebabkan kekangan sebelum kita membawa perkara ini kepada dispute resolution di WTO?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Boleh saya- boleh sambung?
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Sila.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Okey, kalau kita lihat anggaran perbelanjaan sebanyak RM27 juta untuk kempen menangani Kempen Anti Minyak Sawit ini. Sebelum tindakan undang-undang diambil, adakah cara diplomasi dilakukan dengan seperti memberikan penjelasan misalnya, kepada MP, Ahli-ahli Parlimen EU misalnya. Oleh kerana selain daripada tindakan undang- undang, saya rasa penjelasan mesti diberikan. Oleh sebab dulu memang threat untuk boikot ini bukan baru, sudah lama. Akan tetapi dulu sentiasa ditangguhkan apabila pihak kita berjumpa dengan pihak mereka untuk memberikan penjelasan dan sebagainya. Isu yang besar yang melibatkan kempen memboikot ini kerana mereka menentang deforestation yang mereka kata berlaku berleluasa di negara kita, penebangan hutan secara berleluasa dan sebagainya.
Jadi, ini perkara-perkara yang perlu diberikan fokus untuk kempen untuk menangani kempen anti sawit ini. Pernah satu ketika kita menggunakan tekanan juga, misalnya France merupakan satu negara yang lead dari segi boikot ini. Kita akhirnya, memberikan tekanan kepada mereka iaitu memboikot pembelian Airbus misalnya, yang menyebabkan akhirnya mereka bersetuju untuk menangguhkan dari segi boikot dan sebagainya. Jadi, adakah tindakan diplomasi dilakukan sebelum tindakan undang-undang yang hendak dilaksanakan ini?
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Terima kasih Yang Berhormat Rembau yang membangkitkan tentang bila ataupun bagaimana kaedah yang sedang kita laksanakan.
Seperti mana yang di dalam Dewan ini telah pun kita nyatakan berulang kali bahawa kementerian ataupun kerajaan menggunakan platform yang dipanggil sebagai Council of Palm Oil Producing Countries (CPOPC) yang dianggotai secara aktif oleh Malaysia dan juga Indonesia. Di mana kita telah bersetuju untuk berkongsi maklumat serta memfailkan perkara ini secara berasingan kepada WTO.
Kita lihat kerjasama secara kolektif ini, bersama Indonesia ini akan dapat menguatkan lagi usaha negara terhadap tuntutan yang akan kita ambil.
Cuma saya ingin nyatakan di sini bahawa buat masa ini sudah pastilah Jabatan Peguam Negara sedang meneliti beberapa klausa tindakan yang boleh kita ambil. Kita juga menggunakan CPOPC ini untuk berkongsi maklumat-maklumat terkini bersama-sama dengan Indonesia. Kita lihat secara kolektif ini akan dapat memperkukuhkan lagi claim ataupun tuntutan kita. Apa yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang iaitu berkaitan tindakan yang lain selain daripada undang-undang. Saya setuju bahawa kita tidaklah menolak langsung tindakan diplomasi.
Seperti mana yang telah dinyatakan di dalam Dewan ini berulang kali bahawa kerajaan menggunakan pendekatan diplomasi, menghantar delegasi. Kita lihat juga ada new dynamics, dengan izin Tuan Pengerusi, dinamika yang terbaru setelah selesainya pilihan raya di European Parliament.
Kita lihat ramai Ahli-ahli Parlimen yang mewakili Green Party yang memenangi pilihan raya sebagai Ahli Parlimen di EU.
Jadi, sudah pastilah kita mesti melihat dari segi window misalnya, environment seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang iaitu soal deforestation. Untuk makluman Yang Berhormat, kita laksanakan projek reforestation di Sabah. Kita tanam satu juta pokok yang telah pun dilakukan dan ini mendapat sumbangan dan sokongan daripada pemain-pemain industri sendiri, bukan hanya daripada kementerian. Jadi, saya ingat ada satu usaha yang bersama yang tentunya ianya bukan hanya confine, dengan izin Tuan Pengerusi, kepada soal pemfailan undang-undang tetapi juga dari segi isu-isu diplomasi seperti mana yang disebut oleh Ketua Pembangkang tadi.
Begitu juga di Perancis, ada mahkamah yang telah membuat keputusan, kita lihat ada syarikat tempatan iaitu syarikat Total yang juga melawan peruntukan ataupun kelulusan undang-undang di negara Perancis. Jadi, ini adalah usaha-usaha yang kita lihat berterusan dilaksanakan oleh kerajaan, khususnya di bawah pengetahuan dan pemantauan kementerian.
Perkara yang seterusnya Tuan Pengerusi ialah dibangkitkan tadi tentang kempen menangani anti minyak sawit ini, dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Taiping dan juga Yang Berhormat Segamat, membangkitkan tentang kesan kempen menangani kesan kempen minyak sawit ini. Saya ingin memaklumkan kepada Dewan, kita lihat antara kesan yang signifikan itu adalah kadar stok kita telah berkurang kepada 2.35 juta tan pada Oktober daripada 3 juta tan yang kita rekodkan pada Januari tahun ini.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Ini adalah kesan positif yang kita lihat hasil daripada kempen yang telah pun kita laksanakan.
Dilihat eksport juga meningkat sebanyak 16.4 peratus kepada 1.64 juta tan daripada hanya 1.41 juta tan. Kita tahu bahawa stok yang manageable ataupun yang mampu kita urus di peringkat domestik itu adalah sebanyak 2.2 juta tan. Kita lihat juga harga minyak sawit mentah sedang naik dan kita harap ianya akan terus meningkat. Kalau ikut rekod yang saya ada ini ialah ke RM2,459 per tan berbanding hanya RM2,037 pada Januari tahun ini.
Jadi, kita yakin dengan beberapa siri pendekatan dan polisi yang kita lakukan, insya-Allah harga minyak sawit ini akan terus meningkat dan memberikan manfaat kepada semua, terutamanya pekebun-pekebun kecil. Untuk makluman, kementerian masih lagi mengamalkan countertrade pada masa ini dan sudah pasti Yang Berhormat Segamat mencadangkan keperluan duta khas, akan kita perhalusi dan kaji dan seterusnya akan bekerjasama dengan kementerian-kementerian lain untuk mengangkat cadangan tersebut.
Yang Berhormat yang lain iaitu Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Lembah Pantai dan Yang Berhormat Kota Kinabalu juga membangkitkan tentang pencapaian MSPO. Untuk makluman Dewan, sehingga September 2019, 55 peratus ataupun 3.1 juta hektar telah pun dipersijilkan, termasuk 144 kelompok pekebun kecil persendirian.
Pihak kerajaan tentunya akan memberikan bantuan yang sepenuhnya kepada pekebun kecil persendirian yang ingin mendapatkan sijil MSPO. Kementerian juga melalui MPOB sedang menjalankan program turun padang untuk memberikan pemahaman dan juga bantuan kepada pekebun-pekebun kecil berkaitan MSPO ini melalui Program Jelajah MSPO yang kita kendalikan di seluruh Malaysia Tuan Pengerusi, termasuk ke perkampungan Orang Asli. Ini merupakan perkara yang kita lakukan untuk memberikan kefahaman kepada rakyat, terutamanya pekebun kecil tentang kepentingan MSPO ini.
Yang Berhormat Kota Kinabalu juga membangkitkan juga usaha untuk mendapatkan MSPO hingga hujung tahun ini. Kerajaan seperti yang saya nyatakan tadi telah dan sedang laksanakan program turun padang melalui Program Jelajah MSPO ini untuk memberikan penerangan dan memberi pemahaman kepada pekebun kecil. Kita harap dengan bantuan sepenuhnya kepada pekebun kecil, mereka akan dapat pensijilan sepenuhnya. Untuk Program Love My Palm Oil, Kempen Love My Palm Oil yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rembau dan Yang Berhormat Lembah Pantai, saya ambil maklum dan mengambil sikap untuk mengalu-alukan cadangan.
Datuk Aaron Ago Dagang - Kanowit
Yang Berhormat Menteri, sebelum pergi ke tajuk lain.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Baik.
Datuk Aaron Ago Dagang - Kanowit
Berkaitan dengan pensijilan tadi, mungkin saya tidak kedengaran. Berapakah jumlah syarikat dan luas kawasan di Malaysia ini, termasuk pekebun kecil yang sudah disijilkan melalui MSPO, through MPOCC? Kedua, macam mana penerimaan pensijilan kita, Malaysia ini, MSPO ini oleh negara-negara lain seperti di Eropah ini? Oleh sebab pensijilan ini adalah satu cara ataupun kaedah supaya minyak sawit kita di-recognize di Eropah dan negara-negara lain. Terima kasih.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Seperti yang Yang Berhormat Kanowit bangkitkan tadi ialah untuk makluman Yang Berhormat Kanowit, sehingga September 2019, 55 peratus ataupun 3.1 juta hektar telah pun dipersijilkan, termasuk 144 kelompok pekebun kecil persendirian. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kanowit tadi berkaitan dengan pengiktirafan, ada dalam jawapan ini. Saya akan pergi nanti dan jawab apa yang Yang Berhormat Kanowit bangkitkan, ada juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan perkara ini.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Akan tetapi saya nak tumpu kepada kempen Love MY Palm Oil dulu, dengan izin Tuan Pengerusi. Kita lihat memang ada tahap kesedaran yang baik terhadap kebaikan minyak sawit dan kesan kempen ini kita fikir positif kerana tujuan Love MY Palm Oil Campaign ini adalah untuk mengatasi persepsi negatif di kalangan pengguna kerana pendekatan kerajaan itu daripada negara kita, from Malaysia, we speak to the world dan kita dapati bahawa tahap kesedaran di kalangan pengguna tempatan ini masih lagi rendah sebelum daripada kempen ini dilaksanakan kerana kita tahu bahawa sebahagian daripada rakyat kita masih lagi di sarang dengan persepsi yang negatif terhadap minyak sawit ini.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Justeru, kita ambil masa lah untuk mengubah persepsi ini dan kita harap dengan langkah yang proaktif dengan Kempen ‘Sayangi Sawitku’ ini akan meningkatkan lagi kesedaran nilai-nilai positif terutamanya daripada segi khasiat minyak sawit itu sendiri. Seperti mana yang dibangkitkan oleh beberapa Yang Berhormat tadi iaitu persoalan sama ada adakah kajian-kajian yang telah dibuat untuk melihat dan untuk memaparkan kepada rakyat tentang kebaikan dan khasiat minyak sawit ini.
Saya ambil beberapa contoh misalnya yang dikaji oleh seorang bernama P. Meganathan, menulis tentang Biological Properties of Tocotrienols: Evidence in Human Studies. Kita ada juga makalah seperti Tocotrienol Supplementation Improves Late-Phase Fracture Healing Compared to Alpha-Tocopherol in a Rat Model of Postmenopausal Osteoporosis: A Biomechanical Evaluation. So, ada sejumlah kajian yang banyak yang berkaitan dengan khasiat minyak sawit merah ini terutamanya Vitamin E Tocotrienol.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Boleh saya mencelah sikit?
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Silakan.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Sebelum terlupa, terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kajian yang disebut Malaysian Lipids Study itu juga berdasarkan kepada diet yang menggunakan palm oil dan itu kajian yang sangat baik daripada segi saintifiknya. Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Yang Berhormat Timbalan Menteri, tanya sikit.
Sikit sahaja.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh minta penjelasan?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Yang Berhormat Timbalan Menteri, daripada segi jumlah permintaan domestik kepada minyak sawit ini setakat hari ini, berapa? Selepas kempen dijalankan, berapa peningkatannya?
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Ada lagi? Tak ada? Terima kasih doktor daripada Kuala Kedah yang saya percaya banyak membantu daripada segi memberikan pencerahan terhadap khasiat minyak sawit ini. Saya nak tambah sikit lagi tadi tentang Yang Berhormat Kanowit membangkitkan tentang kilang. Ada 313 buah kilang ataupun 70 peratus daripada 448 buah kilang telah dapat pensijilan MSPO. Yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang, saya ingat nanti pegawai akan bantu daripada segi pendetilan jumlah domestik. Saya nak teruskan dengan Love MY Palm Oil atau Kempen ‘Sayangi Sawitku’ ini.
Kita juga untuk pengetahuan Dewan telah melantik duta-duta kecil kita di kalangan penuntut- penuntut Malaysia di luar negara untuk berkongsi maklumat dengan circle mereka dengan izin, Tuan Pengerusi. Kita tahu bahawa bila ada lawatan-lawatan, misi ke luar negara, sudah pastilah kita akan ambil peluang untuk bertemu dengan penuntut-penuntut di luar negara dan kita manfaatkan peluang itu untuk memberikan pencerahan kepada mereka tentang apakah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan, isu-isu yang dibangkitkan dan bagaimana kita tangani fakta-fakta yang lengkap dan kita harap mereka itu boleh membantu sebagai duta-duta kecil sawit ini di kalangan penuntut di luar negara untuk memberikan kefahaman pula kepada jiran-jiran dan rakan-rakan mereka tentang kelapa sawit ini.
Saya ambil contoh misalnya, apabila saya dijemput untuk memberikan public lecture di Australia National University di Canberra, saya manfaatkan pertemuan itu untuk bertemu dengan penuntut-penuntut dan juga rakyat kita di luar sana dan mereka bertanyakan banyak soalan berkaitan dengan sawit dan kita yakin ini merupakan satu perkara yang positif dan kita akan teruskan.
Yang Berhormat Rembau juga membangkitkan apakah perancangan perbelanjaan dana RM27 juta. Saya percaya kementerian bercadang dengan peruntukan ini ialah untuk mengkhususkan terhadap beberapa elemen ataupun program seperti Kempen ‘Sayangi Sawitku’, Kempen Menangani Anti Minyak Sawit dan juga misi teknikal dan ekonomi ke negara-negara yang berpotensi selain daripada beberapa program pemasaran yang bersesuaian.
Kita juga mencadangkan Program Duta Pelajar ini diteruskan dan saya percaya antara cadangan Yang Berhormat Rembau tadi ialah untuk memastikan kerajaan dan kementerian menggunakan pendekatan yang strategik untuk memastikan kempen itu lebih bersifat semasa dan juga dapat menarik dan meyakinkan mereka-mereka yang bercadang untuk melemparkan tuduhan negatif ini dapat kita sangkal. Jadi itu akan kita ambil perhatian.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Seterusnya Yang Berhormat Rembau juga menyatakan tentang kebergantungan kepada pekerja asing. Saya ingin nyatakan bahawa ini perkara yang kita tidak work in silo. Kita bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia. Walau bagaimanapun kita juga sekarang ini menggalakkan kaedah mekanisasi di mana MPOB telah menyediakan geran untuk belian mesin yang berkaitan dengan sektor perladangan sawit melalui satu skim yang kita panggil sebagai Skim- Yang Berhormat Sibuti membangkitkan tentang pembangunan sumber pertumbuhan baru sago yang diletakkan sebanyak RM1 juta. Tujuan peruntukan ini untuk makluman Yang Berhormat, adalah bertujuan untuk Kajian Tanaman Sago Fasa II serta penyelenggaraan ladang sago dan stesen penyelidikan di Pahang. Antara skop projek ini adalah seperti berikut;
(i) untuk menyelenggarakan ladang R&D termasuk juga pembelian input pertanian, input penyelenggaraan ladang, jentera dan juga alat ganti jentera; dan
(ii) penyelidikan terperinci seperti keperluan pembajaan, kawalan musuh dan penyakit, sistem integrasi, pengurusan air dan juga perolehan input serta R&D.
Kita percaya kos projek ini adalah sebanyak RM5 juta dan sedang berjalan di stesen penyelidikan kita di Penor, di Pahang. Yang Berhormat Sibuti juga membangkitkan tentang langkah- langkah pasaran baharu. Saya ingin nyatakan bahawa antara pasaran bagi minyak sawit Malaysia itu adalah di Asia Tengah seperti Kazakhstan, Uzbekistan, Kirgizstan, Tajikistan, Turkmenistan dan di Benua Afrika pula, pasaran adalah seperti di Mesir dan Maghribi. Selain itu, Turki dan Sri Lanka juga merupakan pasaran baharu.
Ada juga Yang Berhormat yang membangkitkan tentang untuk memulihkan imej minyak sawit, saya telah jawab tadi bahawa kita menggunakan platform CPOPC. Saya ingin jawab Yang Berhormat Ketua Pembangkang yang menyatakan tentang perkara berkaitan dengan pengiktirafan. Tadi pengiktirafan, Yang Berhormat Kanowit ya? Daripada pihak mana yang mengiktiraf MSPO ini. Untuk makluman Dewan, Malaysia telah mendapat pengiktirafan daripada pihak penganjur Sukan Olimpik di Jepun pada tahun 2020 di mana Tokyo telah pun menerima pensijilan minyak sawit MSPO ini sebagai salah satu edible oil- minyak makan, untuk temasya tersebut. Ini satu perkembangan yang positif yang kita harap boleh kita teruskan.
Yang Berhormat Beaufort membangkitkan tentang pertimbangan untuk melanjutkan tarikh pensijilan MSPO selepas daripada 1 Januari 2020. Saya ingin nyatakan bahawa pihak kementerian tetap dengan pendirian untuk menetapkan pensijilan sepenuhnya menjelang 1 Januari 2020.
Soal seterusnya Tuan Pengerusi ialah berkaitan dengan Yang Berhormat Kota Kinabalu yang menyatakan tentang cukai dan apakah respons untuk permintaan Malaysian Palm Oil Association
(MPOA). Kementerian sedang mengkaji semula struktur cukai dan levi yang dikenakan dalam industri sawit ini dan semua cadangan dan juga permintaan pihak Malaysian Palm Oil Association ini dengan izin, akan dikaji dan juga diperhalusi oleh kementerian.
Soal biodiesel seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Kinabalu menyatakan di bawah butiran mana. Saya ingin nyatakan bahawa seperti mana yang telah diketahui, Indonesia telah melaksanakan penggunaan B20 bermula 1 Januari 2016 dan akan melaksanakan B30 bermula 1 Januari 2020. Indonesia menggunakan pendekatan mengasingkan hasil kutipan levi eksport sebanyak USD50 per tan minyak sawit ke dalam satu tabung khas, di mana dana ini berupaya menjadi dana penstabilan ataupun stabilization fund dengan izin dan telah digunakan untuk menurunkan harga biodiesel B20 di Indonesia berbanding diesel B0, maknanya tak ada campuran, di samping menyediakan kemudahan adunan di seluruh Indonesia.
Penjualan diesel B20 yang lebih murah berbanding diesel fosil ini menguntungkan rakyat dan memberi kelebihan kepada industri untuk berdaya saing dalam pasaran domestik dan juga eksport.
Dalam hal ini, kementerian telah meneliti untuk mengambil langkah yang serupa seperti Indonesia dalam mewujudkan dana penstabilan berikutan struktur pengeluaran sawit Malaysia dan Indonesia yang sama daripada segi lebihan stok minyak sawit yang tinggi. Walau bagaimanapun, cadangan ini tidak dapat diteruskan buat masa ini kerana struktur subsidi bahan bakar di Malaysia ini agak berbeza dan memerlukan dana yang besar untuk menurunkan harga diesel B20 dan B30 serta perlu kita bincangkan dengan semua pemegang taruh industri ini.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Justeru bagi pelaksanaan program B20 dan B30 di Malaysia ini, MPI kementerian kami telah memohon dana daripada Kementerian Kewangan bagi kerja menaik taraf sebanyak 35 buah depot adunan di seluruh Malaysia. Depot ini perlu dinaik taraf bagi membolehkan pengedaran biodiesel B20 pada tahun 2020 dan B30 dapat dilaksanakan, insya-Allah di seluruh negara seawal tahun 2021.
Tiada peruntukan disediakan untuk makluman Yang Berhormat Kota Kinabalu di bawah bajet pembangunan mahupun mengurus. Namun Kementerian Kewangan telah pun memperuntukkan di bawah Maksud B.11 sebanyak RM35 juta untuk MPI ataupun Kementerian Industri Utama memulakan kerja-kerja awal bagi mengenal pasti keperluan kewangan yang sebenar bagi menaik taraf depot program biodiesel B20 dan B30 sebagai langkah mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan. Silakan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Hal sekarang tentang biodiesel ini kita hanya peruntukan untuk kegunaan kereta, bas dan juga truck pada ketika ini. Walaupun kita tingkatkan kepada B20, kita mahu kalau boleh pelebaran ini mesti melibatkan pihak industri. Macam kilang, mereka menggunakan banyak minyak pada ketika ini. Jadi, sekurang-kurangnya banyak daripada minyak sawit kita dapat digunakan untuk biodiesel. Jikalau dahulu, mungkin ada kekangan kerana pada ketika itu harga minyak sawit terlalu tinggi. Sekarang harga minyak sawit rendah. Inilah masa yang cukup sesuai kalau boleh kita pertingkatkan daripada B10 kepada B20. Terima kasih.
Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu
Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh?
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Kota Kinabalu.
Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu
Okey, bolehkah saya cadangkan supaya semua kereta rasmi oleh kerajaan kita sama-sama kita pakai B20 dahulu.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Itu cadangan yang baik Yang Berhormat Kota Kinabalu. Kita akan angkat cadangan Yang Berhormat. Soal yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Jasin. Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum bahawa industri ini dari segi sektor perkilangan kita sekarang ini B7. Mandatori kilang-kilang akan menggunakan adunan B7.
Jadi, kita harap kalau kita bergerak ke arah B20, kilang-kilang ini boleh menggunakan B10.
Bermakna adunan 10 persen daripada sawit itu untuk dimasukkan di dalam diesel fosil ini. Jadi, saya ambil maklum cadangan Yang Berhormat, kita memang bergerak ke arah itu kerana kita tahu bahawa dengan perkara ini kita boleh mengurus konsep mengurus stok kita supaya harga itu dapat dikawal dan dijaga dengan baik.
Baik, Yang Berhormat Rasah membangkitkan apakah yang dimaksudkan dengan High Impact Project (HIP). High Impact Project (HIP) ini adalah projek rebranding daripada projek-projek di bawah National Key Economic Area (NKEA) yang dahulunya dikenali sebagai Entry Point Projects (EPP), detail kami boleh bagikan kemudian kepada Yang Berhormat nanti.
Yang Berhormat Setiu menyatakan bagaimana pekebun kecil ingin hendak bertukar daripada sawit kepada tanaman lain. Saya ingin menyatakan kepada Yang Berhormat bahawa, kita menggalakkan program yang dipanggil sebagai integrasi tanaman. Bukannya menebang pokok-pokok yang sedia ada, melainkan pokok-pokok tersebut telah pun melebihi 25 tahun ke atas dan tidak lagi produktif. Jadi itu maksudnya, bukannya kita hendak minta ditukar kerana kita tahu bahawa industri sawit daripada huluan sampai hiliran ini menyumbang kepada hampir RM60 bilion. Jadi adalah tidak munasabah untuk kita minta mereka tukar tetapi kita hendak ada integrasi tanaman.
Yang Berhormat Parit Sulong membangkitkan tentang R&D berkaitan Ganoderma. R&D saya percaya memang sentiasa dijalankan oleh MPOB untuk Ganoderma ini. Terima kasih kerana membangkitkan perkara ini dan kita tahu hasil penyelidikan yang dibuat oleh MPOB ini mereka akan berkongsi langsung dengan pekebun kecil untuk melaksanakan apa yang dipanggil sebagai amalan pertanian yang baik, good agricultural practice. Secara agregatnya kita lihat bahawa hasil kajian itu membantu secara langsung pekebun-pekebun kecil untuk menangani permasalahan yang – penyakit yang mereka alami.
Soal kaukus seperti mana yang saya nyatakan di dalam salah satu jawapan Dewan adalah cadangan saya untuk diangkat supaya Parlimen boleh mempertimbangkan satu kaukus antara Parlimen untuk negara-negara ASEAN ini. Seperti mana yang pernah kita buat dahulu di Myanmar dan sebagainya.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Ini kerana kita tahu isu sawit ini merupakan isu yang penting dan seperti mana yang Ahli Dewan yang sedia maklum, Persidangan Menteri-menteri Luar ASEAN baru-baru ini pun telah menangguhkan penaiktarafan hubungan kerja kita dengan EU kerana kita mahu EU juga mengambil maklum bahawa sawit ini merupakan antara komoditi yang penting dirantau ini. Jadi kita lihat ada perkara yang positif...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta penjelasan sedikit Yang Berhormat.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Silakan Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Oleh sebab sekejap lagi saya pun cakap tajuk yang sama. Kebanyakan kita cakap tajuk yang sama. Jadi sekarang ini apabila Yang Berhormat Menteri menjawab, saya tengok kertas-kertas datang itu pegawai jawab di belakang. Jadi, action kita hendak action itu Yang Berhormat.
Sekarang ini saya hendak beritahu di antara benda yang mereka boycott kita kerana dia tuduh kita menebang pokok, menebang hutan. Jadi, saya sudah jumpa Ahli-ahli Parlimen EU yang hadir Persidangan Parti-parti Politik Asia di Baku, Azerbaijan. Mereka beritahu mereka hendak datang ke sini, saya sudah beritahu pihak Menteri dan juga lain-lain pihak, mereka hendak datang sini, mereka hendak tengok, dia hendak buktikan bahawa sebenarnya kita tidak tebang hutan tropika sebagaimana yang mereka tuduh.
Malah negara yang mereka beli sekarang ini menebang pokok lebih banyak daripada kita.
Malah menyebabkan jerebu dan sebagainya. Akan tetapi oleh sebab hubungan kita Yang Berhormat kurang, kita hanya menyerah kepada duta-duta kecil- tidak cukup, kita serah kepada International Conference of Asian Political Parties (ICAPP) di mana 60 buah negara dengan 156 parti-parti politik, termasuk parti-parti politik di Malaysia ini kita berhubung terus. Oleh sebab yang menguasai kerajaan ialah parti politik bukan orang lain.
Jadi, apakah Yang Berhormat bercadang untuk meningkatkan hubungan ini melalui pendekatan parti-parti politik. Itu sebab saya sebut bahawa parti politik ini sekali mereka bercakap di Parlimen mereka untuk menyokong minyak sawit kita, sudah pasti orang akan terima. Akan tetapi jangan Yang Berhormat hanya biar kita berdebat di sini, yang berdebat pula bukan tahu mana-mana, tidak tahu hujung pangkal.
Akhirnya kita hanya menang di sini, di negara kita, kita menang tetapi kita tewas di luar negara. Bawa mereka ke sini dan tengok. Ini kita pergi ke sana melawat buat exhibition apa kita dapat?
Kita boleh melawat negara orang. Bawa mereka ke sini dan bagi mereka tengok sendiri keadaan, realiti sebenarnya bahawa sawit ini diurus dengan baik.
Jadi, puak-puak sini kalau seronok berbahas hanya menang di sini, kita hanya menang di sini, orang tidak tahu pun. Kita hendak supaya orang tahu bahawa sebenarnya Malaysia menguruskan minyak sawit di antara yang terbaik di dunia.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Terima kasih Yang Berhormat Arau tetapi jangan salahkan pegawai-pegawai Yang Berhormat Arau. Mereka datang sini untuk membantu saya menguruskan Dewan...
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, Yang Berhormat orang yang menjaga pegawai kerajaan itu kami, malah orang yang bermusuh dengan pegawai kerajaan Yang Berhormat. Sekarang ini Yang Berhormat buat baiklah sebab kalau tidak, tidak boleh buat kerja.
Terpaksa minta tolong pegawai. Pegawai kerajaan tahu bahawa kalau Barisan Nasional memerintah kami akan pastikan tidak ada pegawai-pegawai yang akan dipotong pencen dan sebagainya. Saya tidak salahkan pegawai tetapi, pegawai bagi surat Yang Berhormat jawab...
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Arau cukuplah.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang Berhormat Arau jaga, nanti saham turun nanti.
Tuan Pengerusi
Mengambil masa.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
No! Pegawai bagi kertas, Yang Berhormat jawab saya hendak penekanan daripada Yang Berhormat bahawa selepas ini, selepas Parlimen kita akan membuat hubungan dengan negara-negara luar. Mengambil pendekatan parti-parti politik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Pengerusi, tadi dia cium tangan Yang Berhormat Gombak, tadi saya tengok. Dia cium tangan Yang Berhormat Gombak.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini Yang Berhormat Jelutong ini, hero kampung sahaja. Duduk sini sahaja, tidak boleh buat apa, pergi keluar negara...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Menteri mempunyai masa yang terhad. Sila duduk Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Pengerusi, ini Yang Berhormat Timbalan Menteri ini seorang yang bagus. Dia beri peluang, Tuan Pengerusi tidak boleh halang saya. Jadi, Yang Berhormat saya hendak cadang sebab Yang Berhormat...
Tuan Pengerusi
Saya menekankan masa yang...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Di antara Timbalan Menteri yang layak jadi Menteri. Itu sebab saya cakap ini.
Tuan Pengerusi
Silakan.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Terima kasih Yang Berhormat Arau di atas kenyataan itu menunjukkan bagaimana ruginya kalau pegawai-pegawai kerajaan menyokong Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bangun sekali lagi. Jangan keluarkan kenyataan- jangan memperlekehkan hubungan kami dengan pegawai kerajaan. Saya bekas pegawai PTD Yang Berhormat. Saya berhenti dan jadi ahli politik, sudah pasti mereka mengenali saya lebih daripada Yang Berhormat. Mereka tahu hati sanubari, rasa sanubari saya. Jadi, Yang Berhormat jangan...
Tuan Pengerusi
Kita berbalik kepada kelapa sawit. Silakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya hendak Yang Berhormat- yang kita sokong ini supaya ambil tindakan pendekatan melalui parti-parti politik dunia dan juga Asia. Terima kasih.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Terima kasih Yang Berhormat.
Saya tahu...
Tuan Pengerusi
Betul ya, kalau pukul empat ada sesuatu yang berlaku [Ketawa] Silakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Point of order, point of order.
Tuan Pengerusi
Cukuplah Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Peraturan Mesyuarat 36(12). Kepada Speaker...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sindrom pukul 4 petang, sindrom pukul 4 petang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Pengerusi tuduh saya, pukul 4.00 ada benda yang berlaku.
Tuan Pengerusi
Saya bukan tuduh, saya tidak, saya tidak tuduh apa-apa.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya membawa peraturan mesyuarat...
Tuan Pengerusi
Saya hanya mengatakan sesuatu yang lumrah pukul 4.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bukan Tuan Pengerusi kena tarik balik kenyataan itu, Peraturan Mesyuarat 36(12).
Tuan Pengerusi
Tidak payah, tidak payah. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Pengerusi telah mengeluarkan kenyataan yang mengurangkan martabat saya. Tidak boleh macam itu.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Yang Berhormat Arau pergi minum teh dahululah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Itu faktalah, fakta.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Pergi minum teh dahulu, saya hendak jawab ini.
Tuan Pengerusi
....Menurunkan martabat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Pengerusi, Peraturan Mesyuarat 36(12), saya bawa kepada Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Tidak payahlah. Okey, silakan.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Baik untuk makluman Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Jelebu tidak ada di Dewan? Saya berikan bertulis. Yang Berhormat Putatan tentang tanaman baharu seperti mana Yang Berhormat sedia maklum kita pun telah nyatakan pendirian kita, tiada lagi penanaman baharu yang dilaksanakan pada masa ini.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Sekejap ya. Ia dihadkan hanya kepada kumpulan 5...
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Ini macam mana ini tadi tidak jawab habis daripada Parit Sulong ini?
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Ini adalah langkah untuk mengelakkan daripada tuduhan liar pihak asing terhadap industri sawit negara. Silakan Yang Berhormat Parit Sulong.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Tidak, saya cuma hendak tanya macam mana soalan saya mengenai kenaf dan segalanya yang belum dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Baik, saya cuba selesaikan komoditi dahulu, kita selesaikan sawit. Selepas ini akan bergerak ke komoditi yang lain. Sabar Yang Berhormat. Soal MPO juga, untuk makluman ahli Dewan, ahli yang membangkitkan tentang pelaksanaan program Palm Oil Familiarisation Programme (POFP), dengan izin, di mana setiap tahun program ini kita mendapat penyertaan daripada peserta-peserta antarabangsa yang merangkumi pelbagai benua. Kita akan berikan penerangan kepada mereka tentang industri sawit di Malaysia ini termasuk lawatan-lawatan ke ladang seperti mana dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi.
Jadi, kurang tepat kalau kita tidak bergerak dengan aktif. Sebenarnya yang saya nyatakan tadi hasil kerja keras semua pihak dalam hal ini, kedua-dua pihak saya maksudkan, kita berjaya melihat eksport meningkat pada bulan ini sebanyak 16.4 peratus. Jadi, saya percaya kita akan terus bekerja keras untuk memastikan komoditi sawit ini memberi penyumbang yang besar kepada pendapatan komoditi negara.
Apa yang juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jasin berkaitan dengan pinjaman Yang Berhormat Jasin ya mengenai geran. Untuk makluman Yang Berhormat, Skim Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil yang kita laksanakan sepanjang Rancangan Malaysia ke-10 telah pun digantikan Skim Pembiayaan Mudah Skim Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit. Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit ini ataupun kita ringkaskan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) adalah merupakan program yang kita rancang secara teliti berdasarkan formulasi yang terbaik mengikut acuan situasi ekonomi negara. Skim ini kita rangka mengikut keperluan terkini para pekebun kecil sawit persendirian dalam melaksanakan aktiviti penanaman semula.
Skim ini kita terbuka kepada mereka yang mempunyai pokok sawit berumur melebihi 25 tahun dan ke atas dengan maksimum pembayaran ataupun pembiayaan seluas 6.5 hektar. Kerajaan telah pun merangka agar Skim Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit ini tidak membebankan para pekebun kecil sawit. Pertamanya dengan kadar faedah yang cukup rendah iaitu 2 persen dan tempoh moratorium selama 48 bulan barulah mereka mula membayar dan tiada cagaran dan tiada penjamin.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Jadi, untuk makluman Yang Berhormat, skim pembiayaan ini selari dengan apa yang sedang dinikmati oleh para pekebun kecil yang tersusun seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi di bawah rancangan FELDA yang diberi dalam bentuk pinjaman untuk program tanaman semula sawit.
Dengan purata harga bulanan minyak sawit mentah yang kembali meningkat iaitu RM1,946 pada bulan Mei tahun 2019 kepada RM2,104 pada bulan Oktober tahun 2019, kementerian berpendapat bahawa kesan pendapatan kepada pekebun kecil sawit dijangka akan kembali pulih. Itulah jawapan saya Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau dahulu satu hektar diberikan sebanyak 5,000 sebagai geran, sekarang ini berapa jumlah pinjaman untuk satu hektar tersebut? Adakah kriteria umur diambil kira? Ini sebab biasanya pekebun kecil ini umur dia sudah lanjut, pekebun kecil di kampung mungkin 50 tahun, 55 tahun, kalau bank mungkin tidak bagi sudah tetapi di bawah sistem yang ada ini adakah umur diambil kriteria?
Satu lagi, kerana umur mereka terlalu tua mungkin akhirnya mereka berhutang sehingga matilah. Jadi, putaran hutang itu berterusan sehingga mereka tidak ada lagi di dunia ini. Jadi, bagaimana Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak pastikan bahawa perkara ini tidak berlaku?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah - Jasin
Sama Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan yang sama. Tanam semula ini kalau dahulu adalah pembiayaan oleh kerajaan. Saya sudah sebut tadi independent smallholders yang tidak ada apa-apa bantuan. Semasa tanaman semula dia tidak ada elaun sara hidup macam organized smallholders. Jadi, kalau kita buat skim pinjaman dia hendak bayar balik macam mana?
Sedangkan bukan itulah mata pencarian mereka dan sepatutnya kerajaan anggap ini sebagai pelaburan, pelaburan kerajaan jangka panjang kerana kerajaan mendapat RM60 bilion setahun kepada ekonomi negara dan dalam masa yang sama kita dapat basmi kemiskinan. Jadi, kalau boleh skim bantuan semula ini cara pembiayaan dikenalkan semula bukan secara pinjaman. Terima kasih
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada sedikit tambahan soalan daripada Sik. Berkaitan dengan tiada lagi skim bantuan ini, adakah ia juga dimuktamadkan untuk penoreh getah, tanam semula getah? Satu isunya ialah, ketika ini kerajaan mengutip cukai SES untuk getah sekilo gram 14 sen dan dalam kutipan itu 10 sen sepatutnya untuk tabung tanaman semula dan 4 sen untuk penyelidikan kepada LGM. Jika skim bantuan tanam semula sudah diberhentikan adakah cukai ses ini akan diberhentikan untuk dikutip?
Begitu juga dalam soalan yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan tidak adil kerana peserta FELCRA tidak memperoleh skim ini. Nampaknya ini adalah satu kenyataan yang tidak berapa tepat kerana FELCRA juga memperoleh skim sebelum ini iaitu skim tanaman semula seperti mana pekebun kecil yang lain. Terima kasih.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Ya, seperti mana yang saya jelaskan tadi Yang Berhormat Bera, maksimum untuk Semenanjung kerana kita letakkan cap atau siling itu 6.5 hektar jadi kita bagi untuk Semenanjung ini maksimumnya RM65 ribu maknanya RM10 ribu satu hektar, 6.5 hektar RM65 ribu. Sabah dan Sarawak, RM14 ribu satu hektar jadi kalau kita buat simple matematik ini, kalau ikut kiraan saya RM91 ribu satu hektar untuk pinjaman pembiayaan ini dan umur maksimum 58 tahun. Jika lebih 58 tahun, disyaratkan mesti ada dua penama saya percaya untuk urusan tadilah, apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bera tadi.
Soalan Yang Berhormat Jasin menyatakan- saya percaya Yang Berhormat Jasin sedia maklum bahawa pendekatan loan ini ataupun pembiayaan ini kita tidak gunakan istilah pinjaman, kita gunakan pembiayaan kerana ia lebih mudah dari segi pembayaran semula, cara mereka ingin dapatkan kewangan itu tidak perlu cagaran, tidak perlu collateral dan sebagainya. Jadi, lebih mudah.
Kita telah mula ini sejak tahun 2016 ketika RMKe-11 keputusan kerajaan waktu itu ialah untuk memberikan pinjaman dan kalau Yang Berhormat boleh semak balik fakta, waktu itu disediakan RM216 juta untuk tujuan ini.
Jadi, kita revise balik sebenarnya pendekatan ini kerana berdasarkan kemampuan kewangan negara yang saya nyatakan tadi dan kita memudahkan untuk mereka mendapatkan pembiayaan yang lebih senang dan adanya moratorium itu pada saya membantu. Ini kerana seperti Yang Berhormat sedia maklum, mereka akan dapat hasil daripada buah sawit ini sekitar tiga tahun ke empat tahun.
Mereka boleh dapat hasil dan kita harap dengan pendekatan itu moratorium empat tahun ini tidak perlu bayar apa-apa bila sampai waktu buah sawit itu berbuah mereka akan dapat kemampuan untuk membayar pinjaman.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Sebenarnya Yang Berhormat sedia maklum ini adalah skim untuk tanaman semula jadi bila sebut tentang tanaman semula, pekebun kecil ini mereka sudah ada kapital atau modal sebelum ini. Ia bukan tanaman baharu, tanaman semula.
Jadi, untuk 25 tahun yang mereka tanam sawit ini sudah pasti mereka punya modal untuk bertahan. Jadi, sebab itulah kita lihat pada ketika kita menilai kekangan kewangan negara pada tahap ini dan dalam masa yang sama saya mengambil maklum tentang cadangan Yang Berhormat, tentulah kerajaan ingin sentiasa membantu untuk memudahkan. Buat masa ini yang kita mampu itu adalah dengan pendekatan yang saya sebutkan tadi kerana kita yakin ia tidak akan memberikan beban yang lebih kepada pekebun-pekebun kecil.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Baik, saya pergi ke topik lain kerana ada lagi 15 minit. Getah, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Parit Sulong dan Yang Berhormat Nibong Tebal membangkitkan tentang harga getah.
Apakah langkah-langkah yang komprehensif untuk membolehkan pemilik ataupun penoreh getah diberi bantuan bagi jangka masa panjang? Apakah langkah bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil dan orang-orang kampung?
Untuk makluman Yang Berhormat di Sabah ini LIGS adalah agensi Kerajaan Negeri Sabah yang bertanggungjawab bagi pembangunan pekebun kecil getah di negeri Sabah. Di samping itu Kerajaan Persekutuan turut membantu Kerajaan Negeri Sabah untuk meningkatkan lagi pendapatan pekebun kecil getah dengan melaksanakan langkah-langkah seperti berikut. Saya nyatakan dahulu langkah jangka masa panjang:
(i) pelaksanaan sistem pembelian getah atas talian My Rubber Online yang berupaya menawarkan harga yang kompetitif;
(ii) meningkatkan penggunaan getah dalam negara melalui pembinaan jalan raya getah dan produk-produk penilai tambah seperti seismic bearing dan juga yang lain-lain;
(iii) kerjasama di bawah kerangka International Tripartite Rubber Council (ITRC) melalui kuota pengeksportan Agreed Export Tonnage Scheme (AETS) antara Thailand, Indonesia dan Malaysia; dan
(iv) menggalakkan integrasi getah dengan ternakan dan tanaman yang sesuai termasuk pisang, betik, nanas, durian dan buah salak.
Selain itu integrasi ternakan seperti lebah dan kelulut juga berpotensi untuk diusahakan.
Pengintegrasian yang sistematik dan pengamalan- dan mengamalkan amalan pertanian baik membolehkan pekebun kecil memperoleh pendapatan sampingan sehingga pokok getah mencapai usia 30 tahun.
Untuk jangka pendek pelaksanaan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) melaksanakan insentif ini yang sejak tahun 2015 sebagai satu mekanisme sokongan harga ladang getah bagi mengurangkan beban ekonomi pekebun kecil getah di samping menggalakkan mereka untuk terus menoreh sewaktu harga rendah di pasaran. Berdasarkan harga getah yang rendah pada penghujung tahun 2018 kerajaan telah menambah baik pelaksanaan IPG dengan menaikkan paras harga pengaktifan IPG daripada RM2.20 kepada RM2.50 sekilogram getah sekerap bermula 1 Januari 2019. Sehingga 30 September 2019, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM194 juta untuk IPG. Mekanisme agihan IPG adalah dengan pekebun kecil akan mengemukakan borang permohonan berserta dengan resit jualan dan kad PAT-G kepada LGM dan bayaran akan disalurkan terus ke akaun pekebun kecil.
Kedua ialah memberi pulangan harga di peringkat ladang yang lebih baik kepada pekebun kecil dengan mengurangkan rantaian jualan ataupun peraih melalui mekanisme penetapan harga di ladang. Pihak koperasi akan membeli getah daripada pekebun kecil dengan harga yang lebih tinggi kerana pihak koperasi berurusan secara terus dengan kilang pemproses secara pukal. Sehingga kini, sebanyak 19 koperasi terlibat dalam urus niaga getah dan menawarkan harga pada puratanya 10 sen sehingga 20 sen sekilogram cup lump lebih tinggi berbanding pembeli getah. Yang Berhormat Kuala Krai...
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Yang Berhormat.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Sila.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Getah. Sikit sahaja. Seronok saya dengar apa yang dikata oleh Yang Berhormat mengenai program-program membangunkan industri getah ini. Akan tetapi saya lihat LGM mendapat kosong ringgit. Jadi di bawah kepala mana ini untuk membangunkan industri getah ini sebab tanggungjawab untuk membangunkan industri getah, pemasaran getah, untuk industri hiliran getah dan sebagainya semuanya di bawah LGM. Jadi, LGM kosong. Jadi, macam mana Yang Berhormat?
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Yang Berhormat seperti tahu saya hendak masuk topik itu. Yang Berhormat Ketua Pembangkang, saya hendak menjawab soalan Yang Berhormat Ketua Pembangkang sekali dengan Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Setiu dan juga Yang Berhormat Sibuti yang membangkitkan tiada peruntukan diberikan kepada LGM berbanding tahun lepas. Tahun 2020, LGM tidak diberikan peruntukan khas tetapi kita merancang untuk memanfaatkan sumber dalaman LGM. Sudah pastilah Kementerian Kewangan melihat bahawa sumber dalaman LGM ini mampu untuk menampung keperluan dan operasi LGM.
Berapa peratuskah getah menyumbang kepada eksport negara? Sektor getah menyumbang sebanyak 4.02 peratus iaitu RM40.35 bilion. Apakah inovasi untuk mempelbagaikan produk getah?
Pelbagai inovasi seperti yang saya nyatakan di awal tadi seperti rubberized road, seismic bearing, dock fender, pelekat dan cat daripada getah asli. Selain itu, produk getah berasakan getah ecopreneur seperti antistatic shoes, safety shoe, marching shoe dan sound dampening product, dengan izin Tuan Pengerusi.
Apakah impak SMS, DPMS dan AETS di bawah ITRC sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. Ketiga-tiga SMS, DPMS dan AETS adalah inisiatif di bawah International Tripartite Rubber Council yang dianggotai oleh Malaysia, Thailand dan juga Indonesia. Impak Supply Management Scheme (SMS) adalah untuk memantau dan mengimbangi penawaran dan permintaan getah asli. Demand, Promotion and Management Scheme (DPMS) adalah untuk menggalakkan usaha- usaha untuk meningkatkan lagi penggunaan getah asli domestik. Ketiga, Agreed Export Tonnage Scheme (AETS) membantu menstabilkan harga melalui kuota eksport.
Adakah penentuan harga getah dimonopoli oleh sektor hiliran ataupun syarikat-syarikat tertentu? Seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, kementerian berpendapat bahawa dakwaan ini tidak tepat kerana harga getah ditentukan beberapa faktor, antaranya seperti permintaan dan penawaran antarabangsa. Sekiranya Yang Berhormat mempunyai maklumat, kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengambil maklumat itu dan menyiasat apa yang dibangkitkan atau dikemukakan oleh Yang Berhormat.
Soal penoreh, peruncit, pemborong dan pengilang- peringkat mana yang paling banyak mendapat manfaat dan keuntungan. Saya percaya ini bergantung kepada business strategy masing- masing untuk mendapatkan keuntungan.
Usaha untuk mempelbagaikan sektor hiliran, berapakah kilogram getah yang digunakan untuk pembinaan satu kilometer rubberized road? Untuk makluman Yang Berhormat 4,000 sehingga 4,500 sekilo getah beku untuk setiap satu kilometer dengan keluasan 6,000 meter persegi.
Adakah kajian biotech untuk daun atau biji getah telah dilaksanakan? Terima kasih Yang Berhormat kerana menjemput saya. Insya-Allah kalau ada waktu kita akan pergi dan kena- gulai apa tadi?
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Asam rong...
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Asam rong.
[Ketawa] Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat kajian yang berterusan dilaksanakan untuk by-product biji getah tetapi untuk makluman Yang Berhormat bukan untuk tujuan pemakanan. Jadi yang ini pun satu perkara yang baharu buat kami.
Apakah perancangan pembangunan bagi industri tayar di Malaysia? Pada masa ini Malaysia sedang memfokuskan penghasilan getah sebatian ataupun compound rubber yang merupakan bahan utama dalam pembuatan tayar.
Apa yang dibangkitkan juga ialah insentif pengeluaran getah. Berapakah peruntukan IPG, proses untuk memudahkan tuntutan IPG dan cadangan untuk menetapkan harga lantai supaya pekebun kecil dapat 50 sen setiap kilo. Untuk makluman Yang Berhormat, borang tuntutan IPG boleh dihantar melalui peraih, ketua kampung, pejabat tanah dan daerah ataupun RISDA kepada LGM.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Impak kepada menetapkan harga lantai supaya pekebun kecil mendapat 50 sen setiap satu kilo adalah seperti berikut. Pertama, tentunya implikasi kewangan Yang Berhormat, kepada kerajaan yang amat tinggi dan yang paling penting itu ia boleh membuka ruang kepada aktiviti spekulasi harga di peringkat peraih dengan menekan harga ke paras yang paling rendah. Ketiga, kami juga bimbang akan membuka ruang kepada aktiviti penyeludupan getah melalui negara luar ataupun negara jiran.
Wang tuntutan IPG boleh dihantar melalui peraih, ketua kampung, pejabat tanah atau daerah ataupun RISDA kepada LGM.
Seterusnya Yang Berhormat Rasah. Apakah yang dimaksudkan dengan high-impact project?
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Yang Berhormat, sedikit sahaja.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Silakan.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Saya hendak tanya sedikit tadi, kalau harga getah meningkat kepada RM2.50 satu kilogram yang diterima oleh penoreh getah, IPG yang telah pun diputuskan oleh ataupun yang telah diluluskan ini adakah Yang Berhormat bersetuju untuk juga dapat di-claim oleh penoreh ini dengan paling kurang pun 50 sen atau RM1 satu kilogram. Terima kasih.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Terima kasih Yang Berhormat kerana membangkitkan cadangan tersebut. Kami akan pertimbangkan cadangan itu. Buat masa ini kita belum lagi boleh dapat menilai kerana Yang Berhormat pun tahu sekarang ini insentif pengeluaran getah telah pun diaktifkan. Jadi kita lihat bila sampai masanya itu saya fikir kajian ini akan dibuat dan kita akan maklumlah pada Dewan dari masa ke semasa ya.
Apakah yang dimaksudkan dengan high-impact project? Seperti mana yang saya nyatakan tadi, high-impact project Yang Berhormat Rasah bangkitkan dahulu dikenali sebagai National Key
Economic Area (NKEA) yang akan memfokuskan kepada dua perkara Yang Berhormat iaitu
(i) pembangunan piawaian produk-produk getah; dan
(ii) pembangunan produk-produk hiliran bahan termaju dan teknologi mesra alam berasakan lateks, berasaskan susu getah.
Yang Berhormat Padang Serai membangkitkan persoalan yang baik iaitu di bawah pembangunan komoditi khusus tentang IR 4.0 bagi industrial rubber groups dan general rubber group, dengan izin Tuan Pengerusi. Apakah tindakan kementerian untuk memastikan kelestarian small and medium industry? Kementerian Industri Utama sentiasa bekerja rapat dalam memastikan kelestarian industri getah melibatkan seluruh rantaian nilai ekonomi yang meliputi sektor huluan, pertengahan dan juga hiliran dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang bertanggungjawab sebagai peneraju IR 4.0 di peringkat kebangsaan.
Economic Area (NKEA) yang akan memfokuskan kepada dua perkara Yang Berhormat iaitu
Yang Berhormat Padang Serai juga membangkitkan apakah usaha kerajaan mengurangkan kadar peratusan pokok yang tidak ditoreh. Objektif IPG Yang Berhormat adalah untuk terus menggalakkan proses menoreh walaupun harga getah itu di paras yang rendah. Jadi, kita harap IPG itu boleh memberikan galakan kepada mereka.
Yang Berhormat Nibong Tebal membangkitkan tentang peranan LGM untuk memantau urusan pembelian jual beli getah di peringkat huluan. LGM melaksanakan penguatkuasaan berkala Yang Berhormat di premis-premis yang membeli dan menjual getah melalui pemantauan harga yang diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Lembaga Getah Malaysia (Pelesenan dan Permit) Malaysia.
Yang Berhormat Tumpat membangkitkan mengapa LGM tidak diberikan peruntukan. Ini telah pun saya jawab. Kita yakin LGM mampu beroperasi menggunakan peruntukan dalaman.
Yang Berhormat Pendang membangkitkan sehingga sekarang pekebun kecil di bawah FELCRA tidak mendapat nikmat bantuan IPG yang diberikan oleh kerajaan. Apakah langkah kerajaan untuk menstabilkan harga getah. Saya ingin memaklumkan FELCRA turut menikmati bantuan IPG dari kerajaan. Berkaitan isu hak milik tanah dan dividen, insya-Allah kementerian ini akan angkat pandangan Yang Berhormat kepada kementerian yang bertanggungjawab iaitu Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
Economic Area (NKEA) yang akan memfokuskan kepada dua perkara Yang Berhormat iaitu
Apakah langkah kerajaan untuk menstabilkan harga getah. Kita mempunyai kerjasama antarabangsa di peringkat ITLC seperti yang saya nyatakan tadi. Bagi peringkat domestik pula kerajaan telah dan sedang membantu pekebun kecil walaupun ketika harga rendah dengan peruntukan bayaran IPG sebanyak RM100 juta bagi tahun 2020.
Yang Berhormat Keningau membangkitkan bolehkah sebahagian peruntukan IPG sebanyak RM100 juta diberikan kepada Lembaga Industri Getah Sabah untuk membantu pekebun kecil di Sabah.
Bagi IPG, pembayaran tuntutan IPG di Sabah sememangnya disalurkan kepada LIGS untuk diagihkan kepada pekebun kecil di Sabah sejak dari tahun 2015 sehinggalah kini Yang Berhormat.
Apakah HIP atau high impact project di Sabah? Saya ingin memaklumkan program HIP di Sabah melibatkan pembangunan kapasiti pekebun kecil dan peruntukan tanam baru dan juga tanam semula. Seterusnya Tuan Pengerusi ialah berkaitan dengan lada.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri, soalan saya berkaitan dengan cukai Ses tadi.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Cukai Ses.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Cukai Ses. Boleh Yang Berhormat, nanti saya tengok jawapan. Bagi saya sentuh lada, sementara. Bagi lada, saya ingat banyak perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Yang Berhormat Sibuti membangkitkan tentang usaha membantu pekebun lada untuk meningkatkan dan mengurangkan kos pengeluaran lada. Langkah- langkah menggunakan IR4.0 atau IoT untuk memajukan industri lada. Pengeluaran lada Vietnam menjejaskan pengeluaran lada di Malaysia. Apakah tindakan kementerian dan tindakan kementerian untuk membangunkan lada secara organik.
Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Usaha yang dilaksanakan oleh Lembaga Lada Malaysia adalah dengan penyaluran bantuan kepada pekebun kecil antara lain seperti Skim Tanaman Baru Lada, Skim Peningkatan Kualiti Peringkat Ladang dalam membantu dalam menghasilkan lada yang premium iaitu lada berkualiti eksport dan lada putih krim. Pada masa yang sama, usaha-usaha ini secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan kos pengeluaran lada.
Dalam usaha memperkasakan R&D, Malaysian Pepper Board ataupun MPB ini akan memperkenalkan tanaman lada secara organik, intercropping, IoT dan dron dalam penyelenggaraan kebun lada serta penubuhan ladang berkonsep smart farming. Malaysia sedang bekerjasama dengan negara-negara pengeluar lada utama negara melalui International Pepper Community, dengan izin Tuan Pengerusi untuk menerokai pasaran baru supaya dapat meningkatkan permintaan terhadap lada pada keseluruhannya. Ini akan membendung daripada berlakunya keadaan bekalan yang berlebihan.
Selain itu, usaha ini dapat mengekalkan harga lada pada tahap yang kompetitif.
Dalam RMKe-11, kementerian melalui MPB telah membangunkan R&D gunaan iaitu protokol asas kebun lada organik dan penghasilan hibrid lada berkualiti. Inisiatif ini akan dilaksanakan oleh para pekebun kecil melalui transfer technology atau pemindahan teknologi.
Apakah langkah-langkah untuk menangani kekurangan tenaga buruh asing bagi komoditi lada? Ini saya percaya dibangkitkan oleh Yang Berhormat yang sama. Apakah langkah-langkah untuk menangani kejatuhan harga komoditi? Dua soalan dibangkitkan bagi komoditi lada. Kebanyakan tanaman lada diusahakan secara kecil-kecilan oleh pekebun kecil yang terdiri daripada kalangan ahli keluarga terutama di Sarawak dan tidak bergantung kepada buruh asing.
Harga komoditi lada negara secara amnya dipengaruhi oleh senario harga lada di peringkat antarabangsa. Sehubungan dengan itu, bagi menangani isu kejatuhan harga ini, kementerian akan terus melaksanakan beberapa strategi bagi menstabilkan harga komoditi seperti berikut:
(i) mempertingkatkan dan memperkasakan industri hiliran lada;
(ii) memantapkan program pengeluaran lada premium peringkat ladang;
(iii) meningkatkan penggunaan lada dalam dan luar negara;
(iv) mengeksport lada ke pasaran yang khusus, niche market; dan
(v) mempergiatkan lagi program R&D lada untuk mempelbagaikan produk di pasaran antarabangsa.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Bagi Yang Berhormat Setiu, membangkitkan tentang lada juga, saya percaya...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Segamat bangun mencelah...
Dato’ Sri Dr. Richard Riot anak Jaem - Serian
Maaf, Serian.
Dato’ Seri Dr. Santhara - Segamat
Yang Berhormat...
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Berkaitan Yang Berhormat?
Dato’ Sri Dr. Richard Riot anak Jaem - Serian
Lada juga. Saya ada bangkit tadi.
Dato’ Seri Dr. Santhara - Segamat
Yang Berhormat...
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Boleh saya habiskan lada?
Dato’ Seri Dr. Santhara - Segamat
Yang Berhormat...
Dato’ Sri Dr. Richard Riot anak Jaem - Serian
Sebelum pergi kepada Yang Berhormat Setiu...
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Saya habiskan komuniti lada, nanti saya...
Dato’ Seri Dr. Santhara - Segamat
Yang Berhormat, Segamat juga tunggu ya.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Okey, boleh.
Dato’ Seri Dr. Santhara - Segamat
Terima kasih.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Yang Berhormat Setiu bangkitkan tentang lada juga. Lembaga Lada Malaysia juga bagi maksud mengurus mendapat sejumlah RM25 juta telah diperakui untuk pembayaran emolumen dan Lembaga Lada Malaysia bagi Maksud Pembangunan 20, sejumlah RM22.3 juta telah diperakui bagi tujuan untuk tujuh projek atau program seperti berikut:
(i) program pembangunan penanaman lada sebanyak RM7 juta;
(ii) penjenamaan dan pengukuhan industri lada sebanyak RM350 ribu;
(iii) program R&D industri lada sebanyak RM850 ribu;
(iv) pembangunan standard dan peraturan makanan berkaitan lada sebanyak RM100 ribu;
(v) menaik taraf loji pembersihan lada kepada loji pemprosesan lada sebanyak RM1 juta;
(vi) Program Pembangunan Usahawan Hiliran Lada sebanyak RM1 juta; dan
(vii) pembinaan Pusat Pembangunan Dan Pengembangan Industri Lada Negara sebanyak RM12 juta.
Jadi sejumlah RM22,300,000. Seterusnya Yang Berhormat Kapit juga membangkitkan tentang sumbangan sektor lada kepada ekonomi negara dan apakah Lembaga Lada Malaysia mengenakan tarif import lada dari luar negara. Sumbangan KDNK industri lada kepada ekonomi negara dalam tahun 2018 berjumlah RM799 juta. Ini adalah hasil daripada pendapatan eksport lada yang berjumlah 11,713 tan metrik dan bernilai RM201 juta serta juga aktiviti tambah nilai dalam negara terutamanya oleh sektor pemprosesan makanan. Sehingga Ogos 2019 Yang Berhormat, Malaysia telah mengeksport sejumlah 5,102 tan metrik lada bernilai RM79 juta.
Destinasi utama eksport lada ini Jepun, China, Taiwan, Singapura, Eropah Barat dan Korea Selatan. Pada masa ini, kerajaan tidak mengenakan sebarang tarif import kemasukan lada dari luar negara. Walau bagaimanapun, MPB atau Malaysian Pepper Board, dengan izin, menggalakkan para pengeksport lada untuk memohon permit import ataupun eksport dipanggil sebagai import parameter dalam mengawal import lada seperti adulteration of pepper, campuran lada luar negara. Tentunya kementerian menyambut baik cadangan tarif import lada dan insya-Allah kita akan mengkaji cadangan ini. Yang Berhormat Serian sahabat saya...
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Sedikit Yang Berhormat. Tarif ini seperti mana yang saya difahamkan sebab saya sendiri minat dalam industri lada. Ahli keluarga saya pun terlibat juga dalam menanam lada. Ini jangan kita tunggu-tunggu lagi. Kita mesti buat dengan secepat mungkin.
Kita kenakan tarif sebab negara lain pun mereka gunakan tarif. India kenakan tarif atas import minyak sawit untuk mereka menjaga industri ataupun peringkat penanam dan pekebun mereka.
Jadi kita harus juga ambil strategi yang sama supaya kita dapat membela golongan ataupun komuniti penanam lada kita. Ini penting. Jadi saya berterima kasih kerana Yang Berhormat Menteri tadi mengatakan cadangan ini adalah baik. Jadi cadangan ini saya ingat perlu kita buat dengan secepat mungkin.
Tadi disebut Yang Berhormat Menteri, niche market, pasaran baru. Kita sering kali mendengar tetapi kita tidak tahu mana lagi. Kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut di manakah niche market baru itu, di manakah pasaran baru itu. Ini supaya kita mengetahuinya dan kita menilai adakah market baru itu betul-betul boleh membantu kita memperkembangkan lagi market produk lada ini.
Terima kasih.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Seperti mana saya nyatakan tadi Yang Berhormat, destinasi utama lada kita tadi adalah Jepun, China, Taiwan, Singapura, Eropah Barat dan Korea Selatan. Saya ingin maklumkan kepada Dewan ini bahawa kita baru-baru ini telah pun menubuhkan sebuah syarikat yang beroperasi di bawah MPB.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Jadi, kita harap dengan syarikat, dengan adanya rebranding dan sebagainya kita boleh memasarkan lagi produk-produk lada ini ke peringkat yang lebih luas. Jadi, saya percaya input daripada Yang Berhormat dan rakan-rakan Ahli-ahli Parlimen yang lain yang berkaitan, yang memahami dan juga mahir dan ada passion terhadap industri lada ini sepatutnya dapat membantu industri kita ke peringkat yang lebih baik. Yang Berhormat, saya hendak teruskan kepada Yang Berhormat Serian, sahabat saya yang membangkitkan tentang mencari jalan untuk pekebun lada membantu mereka.
Untuk makluman Yang Berhormat, usaha yang dilaksanakan oleh Lembaga Lada Malaysia adalah dengan penyaluran bantuan kepada pekebun kecil. Antara lain seperti Skim Tanaman Baru Lada, Skim Peningkatan Kualiti Peringkat Ladang Dalam Membantu Penghasilan Lada Premium iaitu Lada Berkualiti Eksport (LBE) dan juga lada putih krim. Pada masa yang sama, usaha-usaha ini secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan kos pengeluaran lada.
Jadi Yang Berhormat, saya percaya saya dapat menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Saya hendak pergi...
Dato’ Sri Dr. Richard Riot anak Jaem - Serian
Tuan Pengerusi, Serian.
Tuan Pengerusi
Ya, silakan.
Dato’ Sri Dr. Richard Riot anak Jaem - Serian
Yang Berhormat Timbalan Menteri ini saya fikir terus boleh jadi Menteri penuh lah...
[Tepuk] Betul, saya telah mendengar, ini betul ada class, world-class, boleh tukar. Jadi, bantuan untuk menanam semula atau menambah tanaman. Bagi saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri atau Yang Berhormat Menteri, harap diangkat terus menjadi Menteri penuh, from the bottom of my heart, I really respect you. So, bagi saya menanam semula atau adalah satu perkara yang lain. Apa yang penting bagi saya, because in my area, I think 90 percent of the rural folks are planting pepper. Apa yang diperlukan sekarang ialah kerajaan harus membantu mereka untuk memberi subsidi baja dan subsidi racun, itu tidak terjawab. Tolong jawab.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Baik Yang Berhormat. Terima kasih di atas sokongan Yang Berhormat, nanti saya turun Serian lagi untuk bantu Yang Berhormat di sana.
Untuk makluman Yang Berhormat, bentuk dan nilai bantuan seperti mana yang ditanya oleh Yang Berhormat tadi ialah kita punyai skim untuk membantu mereka. Antara bentuk dan nilai bantuan itu ialah kita memberikan input pertanian dan juga bayaran insentif secara tunai bagi keratan lada dan juga tiang sokongan.
Kita juga berikan khidmat nasihat dan juga nilai-nilai bantuan itu untuk RM26 ribu satu hektar untuk tempoh dua tahun dengan pecahan peruntukan mengikut tahun seperti berikut. Tahun pertama – RM20 ribu, tahun kedua – RM6,000 semuanya berjumlah RM26 ribu. Ini untuk Skim Tanam Baru Lada. Itu Yang Berhormat maksudkan tadi kan? Tanam baru lada.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Jadi, yang ini kita ada had bantuan, betul. Seorang pekebun ada 800 pokok dan bantuan yang kita berikan, mengenai Yang Berhormat sebut tadi soal baja dan sebagainya itu memang ada di dalam bentuk dan juga nilai bantuan yang kita berikan. Jadi, saya percaya jawapan itu memuaskan hati Yang Berhormat.
Seterusnya, saya pergi kepada- boleh lagi Tuan Pengerusi?
Tuan Pengerusi
Ya, silakan. Lama lagikah?
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Saya ada satu, dua, saya ingat ada dua komoditi, tidak banyak lagi.
Tuan Pengerusi
Silakan.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Kenaf dan kayu-kayan.
Dato’ Seri Dr. Santhara - Segamat
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Oh! Silakan Yang Berhormat Segamat.
Dato’ Seri Dr. Santhara - Segamat
Saya tanya mengenai soal strategi mengenai dengan India kan? Saya ingat kementerian ini biasa ambil mengikut sektor-sektor-sektor, tactical. Bila saya tanya soalan mengenai strategi Aktiviti 1(b), maka tidak dijawab. So, saya minta kalau boleh akhir sekali dijawab jugalah sebab saya tunggu ini. Terima kasih.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Ini tentang duta khas kah?
Dato’ Seri Dr. Santhara - Segamat
Saya bertanya mengenai tiga perkara. Satu ialah mengenai arah tuju di mana bagaimana kita hendak menyelesaikan permasalahan dengan India, khususnya ianya bukan dalam faktor-faktor dalam peperangan perdagangan sebab mereka hendak dua hala, defisit dan perniagaan.
Keduanya, saya tanya ialah mengenai adakah keperluan kementerian akan menyokong untuk mendapatkan satu duta khas untuk mengatasi masalah-masalah begini? Kita mendapati India ini penting.
Ketiga, saya tanya bagaimana kita boleh gunakan 2 juta warga India negara ini sebagai satu aset untuk kita menaikkan persahabatan dari segi perniagaan? Akhir sekali yang saya tanya ialah apabila mereka ingin menjalankan sistem sama ada mereka boleh buat sistem barter dan sebagainya.
Jika ya, kepada kementerian mana? Oleh sebab ia melibatkan beberapa kementerian. Terima kasih.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Yang Berhormat, saya akan cuba jawab di hujung. Untuk kenaf dan kayu-kayan, Yang Berhormat Setiu membangkitkan tentang perincian peruntukan LKTN. Peruntukan kenaf RM15.85 juta untuk pembangunan disediakan bagi enam program, di mana lima program untuk pembangunan kenaf meliputi pengeluaran benih dan penanaman kenaf, pengeluaran bahan mentah untuk industri, pembangunan R&D dan juga perolehan mesin kemudahan pengeluaran papan serpai kenaf. Sementara peruntukan untuk tembakau diberikan untuk kawal selia industri.
Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Kalabakan menyatakan tiada peruntukan MTIB untuk tahun 2020. Memang tiada peruntukan bagi mengurus MTIB tetapi saya ingin menyatakan kepada Dewan ini, buat masa sekarang MTIB akan menggunakan sumber dalaman. Walaupun Kementerian Industri Utama (MPI) akan memohon rayuan bagi bajet mengurus MTIB 2020 supaya kepentingan industri dapat kita berikan perhatian.
Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan bagi industri perkayuan pula telah diperuntukkan sebanyak RM1.95 juta. Ini untuk program belia, anak-anak muda kita. Di mana program- program latihan industri kayu ini akan kita teruskan melalui Pusat Latihan MTIB (WHISDEC).
Seterusnya, Yang Berhormat Parit Sulong membangkitkan tentang usaha mengkomersialkan produk kenaf.
Berkaitan penutupan LKTN itu masih lagi- Yang Berhormat pun juga sebut rumours kan? Buat masa ini kita belum lagi ada cadangan yang rasmi. Program-program pembangunan kenaf masih berjalan seperti mana yang dirancang. Malah, saya percaya kita baru sahaja merasmikan kilang pemprosesan kenaf di Setiu yang dapat membantu penanam kenaf. Sehingga kini, 1,400 hektar telah ditanam untuk penghasilan benih kenaf dan juga fiber.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Jawatankuasa] Yang Berhormat Parit Sulong juga menyatakan ataupun bertanya tentang usaha mengkomersialkan produk kenaf. Ini satu soalan yang baik. Saya percaya antara usaha-usaha yang dijalankan bagi mengkomersialkan produk-produk kenaf adalah yang pertamanya, mengadakan kerjasama dengan pengeksport kenaf bagi meneroka pasaran eksport. Menembus penebusan pasaran baru melalui harga promosi untuk menarik pembeli dan pengilang baru menggunakan kenaf.
Mempromosi dan pemadanan pasaran baru dengan pengilangan tempatan dan pembeli luar negara.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Setiu.
Oleh sebab berkait dengan kilang-kilang di Setiu itu. Saya hendak tahu apakah insentif ataupun bantuan yang disediakan oleh kementerian kepada penanaman kenaf ini? Oleh sebab rata-rata mereka ini dari kalangan golongan yang berpendapatan rendah.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Seperti mana yang saya jawab tadi Yang Berhormat, kita bantu dari segi untuk penanaman itu ialah bentuk benih, bentuk baja dan sebagainya. Ini tentunya dapat membantu mereka kerana kita akan menggunakan pendekatan output based. Maknanya, adanya hasil dan kita akan buat pembayaran insentif. Baik, seterusnya usaha komersial produk kenaf, selesai Yang Berhormat. Yang Berhormat Setiu juga menyatakan tentang kebergantungan industri kepada pekerja asing dalam sektor perabot.
Kebergantungan industri kepada pekerja asing dalam sektor perabot ini seperti mana Yang Berhormat maklum, tidak kita nafikanlah dalam industri kayu ini pekerja asing adalah meliputi 60 peratus daripada jumlah tenaga kerja sebanyak 27,200 pekerja. Sebagai langkah untuk mengatasi masalah ini, program-program bagi menarik minat belia tempatan dan peningkatan kapasiti industri perkayuan dijalankan oleh WHISDEC dengan kerjasama kolej vokasional. Yang Berhormat Tumpat bertanya tentang pembangunan pusat pemprosesan kenaf. Saya ingin jawab bahawa keluasan tanaman kenaf pada tahun ini adalah seluas 1,400 hektar.
Fokus pembangunan untuk memastikan 10 ribu hektar penanaman tercapai melalui pendekatan secara kluster, ladang seluas 20 hingga 50 hektar. Ladang nukleus bagi menggantikan tanaman skala kecil dan meningkatkan lagi produktiviti melalui mekanisasi ladang, penubuhan koperasi kenaf, pembangunan model kenaf secara seed to market yang melibatkan keseluruhan rantaian pengeluaran kenaf, melaksanakan pembangunan pusat pemprosesan kenaf in-situ secara public partnership dengan pihak swasta dan tentunya pembinaan kilang pemprosesan di Setiu.
Kilang pun telah dirasmikan dan kita harap dengan adanya kilang ini akan membantu industri kenaf ini. Yang Berhormat Kalabakan menyatakan cadangan mewujudkan Pejabat MTIB di Kalabakan bagi memproses lesen eksport kayu balak. Fungsi utama MTIB di Sabah telah pun diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sabah, termasuk fungsi pendaftaran dan pengeluaran lesen. Dalam hal ini, MTIB di Sabah bertindak sebagai agensi yang menyediakan kursus dan latihan berkaitan industri kayu serta melaksanakan program pembangunan ladang hutan, pemasaran dan verifikasi kayu. Sehubungan dengan itu, kewujudan pejabat sedia ada mencukupi untuk memberikan khidmat di Sabah, Yang Berhormat.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Isu koko. Bagaimanakah kerajaan dapat menstabilkan harga pasaran koko? Untuk makluman Dewan, kerajaan telah mengambil langkah-langkah berikut bagi membantu petani koko untuk mendapatkan harga komoditi koko yang stabil iaitu:
(i) pelaksanaan Program Khidmat Sokongan Pasaran Domestik;
(ii) menyediakan bantuan insentif input pertanian melalui Program Peningkatan Produktiviti;
(iii) menggalakkan penyertaan pengusaha koko dalam koperasi dalam Program Kluster Koko bagi tujuan memberi kelebihan dari segi nilai tambah dalam rantaian pasaran koko; dan
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
(iv) memperkasakan pembangunan modal insan melalui aktiviti penyebaran teknologi koko terkini dan juga aktiviti pengembangan bagi memastikan petani dapat mengurus kebun mereka dengan lebih cekap seperti pengurusan kebun koko, pemprosesan dan kawalan kualiti yang dapat memberi kelebihan dalam penerimaan harga pasaran yang lebih baik.
Adakah pengurangan insentif cukai dapat menarik pelabur untuk perusahaan koko? Ya, insentif cukai boleh menggalakkan pelaburan dalam industri koko. Contohnya, incentive tax allowance yang dilaksanakan oleh kerajaan telah dapat menggalakkan pelaburan di sektor pengilangan coklat dan kompleksi koko.
Dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat tentang buluh. Yang Berhormat Sibuti membangkitkan tentang penggalakan industri buluh. Saya ingin nyatakan bahawa kementerian sememangnya menggalakkan pembangunan industri buluh secara komersial. Dalam hal ini, kementerian menyediakan bantuan pinjaman mudah bagi menanam buluh secara komersial dengan kadar RM10 ribu per hektar di bawah Program Pembangunan Ladang Hutan. Keluasan minimum yang layak untuk pinjaman ini adalah 20 hektar dan ke atas. Lima spesies telah dikenal pasti Yang Berhormat iaitu buluh beti, buluh betung, buluh hitam, buluh beting dan buluh semantan.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Menteri. Oleh kerana Menteri, ini menarik minat sangat, ramai yang berminat ni. Bukannya nak perli Menteri, betul, saya pun mendengar ada prospeknya. Boleh ceritakan sedikit tentang berapa agaknya kalau kita menanam buluh itu dalam satu hektar, berapa kita dapat dalam satu tahun, revenue ataupun pelaburan yang kita boleh dapat balik?
Is it betul-betul ada potential sebagai satu crop ataupun tanaman yang kita boleh bergantung kepada?
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Yang Berhormat Kapit, terima kasih Yang Berhormat atas soalan tersebut. Saya percaya nanti kita akan beri secara bertulis kepada Yang Berhormat kerana kita tahu bahawa industri buluh ini besar pulangannya kepada dunia. Yang Berhormat pun sedia maklum, misalnya lapangan terbang di Sepanyol, dibuat kerangkanya daripada buluh. Itu satu industri yang pada saya, we cannot go wrong, we need to explore this, dengan izin, supaya dapat membantu pendapatan yang lebih kepada negara.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat, panjang lagi?
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Sudah hendak habis, Tuan Pengerusi. Boleh Tuan Pengerusi?
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya, sila.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Segamat iaitu duta khas. Saya dah sebut tadi tetapi tidak apa, saya ulang sekali lagi.
Kementerian akan mengkaji cadangan ini dan secara terperincinya ia di bawah kuasa Jabatan Perdana Menteri. Insya-Allah kita akan bangkitkan hal ini kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana kita tahu bahawa India merupakan sebuah pasaran yang cukup penting buat kita.
Sistem barter. Kementerian memang akan meneruskan, malah kita mengkaji perkara ini bersama-sama dengan kementerian yang lain. Betullah Yang Berhormat sebutkan tadi misalnya MITI dan juga kementerian-kementerian yang lain yang bercadang untuk membeli procurement. Misalnya Defense, peralatan persenjataan, mungkin boleh dilaksanakan melalui sistem barter. Terakhir tentang India. Untuk makluman Yang Berhormat, saya hendak akhirnya dengan memberi jawapan yang sedikit panjang mengenai India ini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian sedar akan kepentingan India sebagai negara pengimport utama minyak sawit sejak tahun 2014 hinggalah 2018. Malah India masih mengekalkan kedudukan sebagai pasaran utama minyak sawit negara bagi tempoh Januari hingga Julai 2019 dengan jumlah eksport sebanyak 2.51 juta tan ataupun RM5.24 bilion iaitu meningkat sebanyak 87.3 peratus berbanding 1.34 juta tan ataupun RM3.3 bilion bagi tempoh yang sama, pada tahun 2018.
Peningkatan ini disebabkan oleh kadar duti yang rendah iaitu 45 percent untuk minyak sawit proses di bawah Perjanjian Malaysia-India Comprehensive Economic Cooperation Agreement
(MiCECA) berbanding 54 peratus pada kadar most favorite nation. Berhubung langkah Kerajaan India yang berkemungkinan menyekat pembelian minyak sawit dari Malaysia. Sehingga kini, untuk makluman Yang Berhormat kerajaan kita masih tidak menerima sebarang maklumat rasmi dari Kerajaan India. Malah para pengimport India sendiri berada dalam ketidaktentuan dan menyifatkannya hanya sebagai spekulasi.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Justeru, saya ingin nyatakan bahawa hubungan kita masih lagi baik. Kita ada hubungan diplomatik dan perdagangan yang baik. Malah kita nyatakan bahawa kita sedang berusaha untuk memastikan agar imbalance of trade itu dapat kita selaraskan, dapat kita bantu supaya hubungan dagang kita dengan India terus berkembang dan Insya-Allah industri sawit kita akan terus dijaga dengan baik.
Tuan Pengerusi, saya percaya ada juga beberapa persoalan yang tidak mampu saya jawab di sini kerana kekangan masa tetapi saya percaya semua isu dan cadangan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam sesi perbahasan peringkat Jawatankuasa di Dewan yang mulia ini menyentuh bidang kuasa Kementerian Industri Utama telah pun saya berikan penjelasan.
Sekiranya ada isu yang masih lagi tidak puas hati dan sebagainya, boleh saja maklumkan kepada saya dan insya-Allah, kementerian akan menyusul dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi isu-isu yang dibangkitkan. Saya harap dengan penjelasan yang panjang lebar mengambil semua hal berkaitan dengan komoditi ini akan dapat membantu memberikan kemenangan Pakatan Harapan di Tanjong Piai. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh [Ketawa] [Tepuk]
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Industri Utama. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM259,528,700 untuk Maksud B.20, di bawah Kementerian Industri Utama jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM259,528,700 untuk Maksud B.20, diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM410,621,300 untuk Maksud P.20 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan 2020 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM410,621,300 untuk Maksud P.20 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2020]
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ahli-ahli Yang Berhormat, seterusnya kita ke Kementerian Kesihatan. Di depan saya ramai yang bangun berminat, sebenarnya mengikut senarai yang saya ada seramai 33 orang Ahli Yang Berhormat ingin berucap. Oleh kerana itu, saya hadkan masa setiap orang kepada 5 minit. Sekarang saya menjemput Ketua Pembangkang dari Bera untuk memulakan perbahasan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus pergi kepada 020300 iaitu Rawatan Kecemasan Pesakit Luar. Kalau kita lihat daripada laporan yang dibuat, sebanyak 41.3 peratus pesakit luar menunggu enam jam di bahagian kecemasan, maknanya terlalu lama waktu menunggu. Ini sebabnya kerana tidak cukup anggota, tidak cukup doktor dan pesakit terlalu ramai. Terdapat 8 juta pesakit setahun untuk 145 hospital. JPA pula membuat dasar mengecilkan perjawatan Kementerian Kesihatan Malaysia sebanyak satu peratus setiap tahun. Jadi, sudahlah pesakitnya ramai, doktornya tidak cukup, polisinya terus mengecilkan perjawatan di hospital-hospital kerajaan dan sebagainya.
Jadi, adakah pihak Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan pihak JPA supaya isu yang berkaitan dengan doktor ini tidak boleh dipandang ringan. Ia melibatkan pesakit, maka janganlah dikecilkan jumlah perjawatan di Kementerian Kesihatan. Malah saya difahamkan graduan perubatan menunggu dua tahun untuk mendapatkan jawatan mereka.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Keduanya, 0222020 iaitu Farmasi dan Bekalan. Ini melibatkan liquid vape yang dijual di farmasi. Sekarang ini boleh dijual liquid vape di farmasi sahaja. Kalau kita lihat terdapat dua juta pengguna vape di seluruh negara.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Buat waktu ini, tidak pun dipantau vape ini dari segi content terutamanya content liquid yang dikeluarkan oleh usahawan-usahawan vape di Malaysia.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Vape. Vape. Vape.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Vape. Vape. Kita sekarang difahamkan merupakan pengeksport vape liquid kedua terbesar di dunia. Apabila tidak ada kawalan Yang Berhormat, bahayanya kepada dua juta pengguna vape tadi kerana content-nya tidak dikawal. Jadi, saya mencadangkan kepada Yang Berhormat, kita tidak boleh menyekat rokok pun, walaupun dihalalkan dari segi penjualannya tetapi ada rokok palsu dan sebagainya yang menjejaskan kesihatan.
Ini pula langsung tidak dikawal. Jadi untuk memastikan ianya mengikut piawaian yang ditentukan oleh Kementerian Kesihatan, saya cadangkan supaya liquid vape ini dipantau oleh kementerian dan dihalalkan dari segi penggunaannya.
Terakhirnya- ada satu minit lagi. Adalah 021500 – Nefrologi. Kalau kita lihat seperti yang disebut di dalam jawapan-jawapan Menteri sebelum ini bahawa pesakit yang menunggu untuk hemodialisis ini terlalu ramai. Ramai ataupun banyak NGO yang berminat untuk membuka klinik, begitu juga pihak swasta dan sebagainya. Akan tetapi masalah besar yang dihadapi oleh mereka adalah untuk mengadakan nefrologi kerana tidak mencukupi. Kalau tidak ada nefrologi, Kementerian Kesihatan tidak membenarkan.
Jadi, akhirnya hasrat untuk membantu pesakit-pesakit buah pinggang ini yang tidak mampu ditampung oleh Kementerian Kesihatan, tidak mampu juga ditampung oleh swasta malah NGO dan sebagainya kerana syarat-syarat tadi. Ini belum lagi nurses dan sebagainya. Jadi, saya harap Kementerian Kesihatan boleh mengambil tindakan ini supaya NGO dan sebagainya boleh membantu pesakit-pesakit buah pinggang yang terpaksa menunggu yang kemungkinan akhirnya tidak sempat pun dirawat.
Jadi, itu sahajalah Tuan Pengerusi kerana saya ada lima minit. Jadi, terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bera.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kuala Kedah. Lepas itu Yang Berhormat Kuala Krau. Yang Berhormat Arau pun sabar.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya dah boikot Tuan Pengerusi tadi.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 030300 – Kawalan Penyakit. Khusus dalam kawalan penyakit, saya hendak menyebut tentang isu tibi atau tuberculosis.
Tuan Pengerusi, yang saya fokus ini ialah kerana kita selama ini telah tidak terdedah kepada satu sudut tuberculosis yang sangat menakutkan. Sekarang ini Tuan Pengerusi, tuberculosis ialah dalam kategori penyakit berjangkit yang merupakan pembunuh yang terbesar di dunia. Dari tahun 2000 hingga 2017, 197 juta kes tibi berlaku di dunia dan lebih 36 juta kematian. Tahun 2017 sahaja lebih 1.6 juta kematian kerana tibi. Di Malaysia pula, pada tahun 2018 ada 25,838 kes tibi dan 2,184 kematian.
Sedangkan pada tahun 2000 cuma ada 1,303 sahaja kes kematian tibi ini.
Tuan Pengerusi, tanpa kita sedari, tanpa kita buat persediaan yang cukup, tibi telah menjadi satu pembunuh yang sangat besar. Pembunuh yang paling ke hadapan. Pada bila-bila masa sahaja, ianya akan menjadi masalah yang besar kembali di negara kita. Sedangkan, beberapa dekad yang lalu kita telah berjaya mengawal tibi. Kenapa ini berlaku Tuan Pengerusi? Sebab terbesar ialah kerana kita telah, dengan izin, complacent. Kita telah alpa, kita telah bersikap tidak apa, selesa dan lupa terhadap tibi. Sebahagian daripada kita di sini pembuat dasar misalnya dan para doktor juga, bila berlaku kes kematian di Pulau Pinang baru-baru ini, baru kita tersedar dari lamunan kita bahawa masih ada tibi.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Penyakit tibi ini Tuan Pengerusi, dia ada keadaan yang dipanggil latent TB iaitu orang itu boleh membawa kuman tibi tetapi ia tidak menghidap penyakit tibi. Kalau kita dapat kesan pada waktu ini, kita dapat rawat dia, maka kita akan mengelakkan daripada terjadi tibi. Untuk itu, maka pakar epidemiologi telah menyatakan bahawa sehingga tahun 2022, kita perlu mengesan dan merawat 119,800 penduduk Malaysia dengan latent TB. Tibi yang senyap tadi. Akan tetapi kita sampai sekarang tidak ada maklumat tentang ini.
Begitu juga tibi di kalangan kanak-kanak dan masalah terbesar kita ialah kadar kejayaan rawatan penyakit tibi kita yang sangat rendah. Kadar kejayaan rawatan penyakit tibi kita hanya di sekitar pada tahun 2018, 81 peratus dan kita berhasrat untuk ia sampai pada 86 peratus pada tahun ini. Sedangkan Indonesia mencapai 86 peratus kadar kejayaan, Filipina mencapai 91 peratus, Vietnam mencapai 92 peratus, Kemboja mencapai 94 peratus dan Thailand mencapai 84 peratus. Semua negara ini meninggalkan kita sedangkan dulunya rawatan kita dan juga sokongan yang kita beri kepada pesakit tibi itu jauh lebih baik daripada negara-negara tadi.
Salah satu perkara yang boleh dilakukan di Dewan yang mulia ini Tuan Pengerusi, saya hendak membawa perhatian kepada apa yang disebut sebagai Global TB Caucus. Global TB Caucus adalah satu caucus pembuat dasar yang telah wujud di 150 negara dengan 50 negara caucus Parlimen yang aktif, melibatkan 2,500 Ahli Parlimen. Kalau ditubuhkan ini di Malaysia dan diperkasakan dan diaktifkan, maka ia akan dapat menjadi jambatan di antara pembuat dasar Kementerian Kesihatan dan juga penduduk Malaysia. Kerana rawatan tibi memerlukan pemerhatian, ulang-alik, memerlukan pemeriksaan dan memerlukan rawatan yang bersungguh-sungguh untuk jangka masa yang agak panjang.
Oleh kerana itulah maka berlakunya banyak keciciran dan kegagalan dalam rawatan dan itulah yang boleh kita lakukan di peringkat Parlimen Tuan Pengerusi untuk mengelakkan daripada negara kita dan anak cucu kita mewarisi masalah tibi yang sangat besar dan sangat berbahaya ini.
Maka itu, saya syorkan supaya Tuan Pengerusi, kita memberikan perhatian serius, menubuhkan satu caucus anti tibi melibatkan kedua-dua belah pihak. Dua-dua belah pihak pembangkang dan kerajaan di Dewan yang mulia ini.
Seterusnya kita laksanakan langkah-langkah sebagaimana yang telah dilakukan oleh negara lain. Suka cita saya sebutkan bahawa Filipina berjaya mencapai 91 peratus kejayaan rawatan tibi setelah mereka menubuhkan caucus yang aktif dan mereka telah mewujudkan undang-undang anti tibi. Begitu juga di Vietnam, begitu juga di Indonesia.
Maka kerana itu Tuan Pengerusi, kita kena aktifkan caucus ini dan kita hidupkan kembali semua Civil Society Organization atau Pertubuhan Masyarakat Madani yang dulunya telah menyantuni pesakit-pesakit tibi dan kita lakukan kerjasama yang erat dengan Kementerian Kesihatan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kuala Krau. Selepas itu Yang Berhormat Bandar Kuching. Sila.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 020200 – Pengurusan Hospital dan juga mengenai Butiran 022400 – Kardiotorasik. Lepas itu Butiran 021900 – Radioterapi dan Onkologi. Punca utama kematian di dalam negara kita, kalau kita semak dari segi Jabatan Perangkaan Negara tahun 2018 iaitu punca kematian utama adalah penyakit jantung dan yang kedua adalah kanser.
Penyakit jantung ini banyak kita refer atau kita rujuk kepada IJN dan baru-baru ini beberapa kawan-kawan kita, Ahli-ahli dalam Dewan juga kadang-kadang sesak nafas, rebah dan sebagainya.
Masalah yang kita hadapi adalah terlalu tinggi jumlah kematian iaitu sejumlah 172,031- ini penyakit kanser dan yang tertinggi sekali jantung lebih hebat lagi jumlahnya. Masalah yang dihadapi adalah untuk kita mendapatkan temu janji untuk mendapatkan rawatan atau pemeriksaan jantung melalui angiogram yang saya kira hospital yang membuat pemeriksaan jantung ini mestilah bukan sahaja di IJN tetapi mestilah ditubuhkan bukan sahaja di ibu-ibu negeri tetapi di bandar-bandar yang mempunyai penduduknya yang agak berskala besar.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Jadi, saya juga cadangkan supaya ahli-ahli Parlimen, wakil-wakil rakyat di dalam negara kita sekurang-kurangnya diwajibkan membuat rawatan enam bulan sekali. Jika tidak dirujuk atau tidak mendapat rawatan, pihak parti masing-masing boleh mengambil tindakan disiplin terhadap Ahli-ahli Dewan dan juga ahli-ahli politik itu sendiri.
Kita lihat kalau di IJN ini ada wing tentang orang ramai, orang awam dan juga swasta dan saya lihat di Institut Kanser Negara ini adalah satu juga cabang hospital yang mempunyai peranan yang sama dengan IJN. Jadi, saya minta supaya Institut Kanser Negara juga mempunyai wing yang sama iaitu wing untuk orang ramai, orang awam yang mempunyai pendapatan yang rendah dan juga wing bagi swasta di mana pakar-pakar yang sedia ada tersebut di Institut Kanser Negara tidak berpindah kepada hospital-hospital yang lain dan diperbanyakkan lagi hospital-hospital yang boleh mendapatkan rawatan kanser ini lebih awal.
Saya percaya langkah kerajaan untuk menggabungkan antara hospital Putrajaya dan Institut Kanser Negara ini bukanlah satu langkah yang bijak kerana saya minta walaupun di dalam geografi yang hampir sama tetapi janganlah perkhidmatan pakar-pakar di Institut Kanser Negara dihantar pula untuk berkhidmat di Hospital Putrajaya pada masa akan datang. Ini akan menyebabkan tumpuan kepada pesakit-pesakit yang sedia ada yang semakin hari semakin meningkat dan yang melibatkan kematian sejumlah 172,031 orang yang dicatatkan dalam perangkaan pada tahun 2018.
Saya juga mencadangkan supaya sama ada wanita-wanita yang muda, yang belum berkahwin, yang sudah berkahwin mestilah juga diwajibkan enam bulan sekali untuk mendapatkan rawatan melalui mamogram dan juga pap smear kerana tidak ada peraturan yang mewajibkan wanita untuk membuat pemeriksaan. Mereka ini kadang-kadang mengambil sikap sambil lewa dan akhirnya apabila didapati menghidap kanser, agak terlambat bagi pesakit tersebut.
Saya juga ingin merujuk kepada Butiran 03200 – sebelum itu saya hendak juga supaya selain daripada pakar-pakar mesti ditambah di IJN, di Institut Kanser Negara, peralatan-peralatan juga mestilah kita semak sama ada peralatan itu masih lagi boleh diguna pakai bagi urusan pembedahan dan sebagainya yang tidak memerlukan terpaksa meminjam daripada hospital yang lain. Keadaan bilik di wad di Hospital Institut Kanser Negara tersebut mesti pastikan sama ada semua bilik-bilik tersebut boleh diguna pakai untuk pesakit. Ruang untuk kita parking kereta pun agak minima dan menyebabkan kesesakan dan ramai di antara pelanggan-pelanggan atau pengunjung atau pesakit yang hendak mendapatkan rawatan dan pemeriksaan di Institut Kanser Negara tersebut telah diambil tindakan saman oleh pihak bandar raya.
Jadi, sebelum itu Tuan Pengerusi, sebelum saya menghabiskan, walaupun masa sudah habis, saya mohon satu perkara iaitu Butiran 030200 iaitu Pembangunan Kesihatan Keluarga. Saya harap permohonan-permohonan sebelum ini iaitu di kawasan di Kuala Krau iaitu Klinik Desa di Kerdau yang telah saya sebut sebelum ini pada tahun lepas yang telah disetujukan untuk dinaik taraf bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan bagi ibu mengandung dan juga bayi serta kanak-kanak yang telah lulus RM400 ribu tersebut hendaklah disegerakan.
Pada tahun 2014, 2015 banjir besar telah melanda Pekan Kuala Krau menyebabkan klinik kesihatan Kuala Krau, KK3 telah tenggelam dan semua peralatan, ubatan telah musnah dan juga telah diluluskan untuk pembinaan dan tanah telah diwartakan bagi pusat kesihatan atau Klinik Kesihatan, KK2 di kawasan yang baru. Saya mohon pihak kementerian dapat menyegerakan dan yang terakhir tentang menaik taraf Hospital Jengka di mana peruntukan RM10 juta telah diluluskan. Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi juga telah menghantar surat kepada saya diluluskan dengan syarat diperakui oleh pihak Kementerian Kesihatan. Saya harap pihak Kementerian Kesihatan dapat memperakui segera.
Bagi yang terakhir adalah tentang rawatan bagi ibu-ibu yang belum mendapat anak iaitu rawatan IVF kepada pasangan. Yang sudah berkahwin ini saya harap, saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang telah membina hospital atau pusat untuk rawatan IVF ini dan saya harap pusat rawatan ini dapat diperbesarkan bukan saja yang diusahakan oleh pihak swasta tetapi oleh pihak hospital kerajaan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Bandar Kuching, selepas itu Yang Berhormat Sibuti dan Yang Berhormat Segamat. Sila.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 080200 di mana menyentuh tentang Emolumen Kakitangan Kontrak. Di sini kita melihat satu peningkatan yang ketara dan saya memang memahami tujuan peningkatan tersebut adalah untuk kontrak MO, ataupun pharmacist ataupun dentistry. Saya memahami KKM telah mengambil banyak langkah untuk menangani lambakan graduan namun understaffing atau kekurangan pekerja di tempat- tempat kesihatan memang benar. Satu laporan audit telah mengatakan bahawa hospital kita understaffed, underfunded and overcrowding. Jadi, kita tahu satu isu yang sangat besar sekarang adalah isu kontrak terutamanya tentang kontrak untuk MO, pharmacist dan juga dentistry. Jadi, saya ingin menyentuh sedikit tentang isu tersebut walaupun ini sedikit dalam dasar dan saya juga memahami bahawa ini bukan sahaja KKM tetapi juga JPA dan juga MOE memainkan peranan yang penting untuk menangani isu ini. Jadi, isu pertama saya ingin menyentuh tentang selection criteria yang digunakan untuk memilih penempatan permanent employment ataupun temporary employment kerana banyak kompelin yang kita terima adalah perbezaan gaji tersebut. Bagi saya yang lagi penting adalah selection criteria. Ia haruslah lebih telus, haruslah lebih saksama supaya tidak ada persepsi diskriminasi ataupun favouritism. Sekarang sistem yang digunakan adalah SKP di mana seorang akan dinilai oleh dua superior dan the performance of the year akan dinilai.
Namun begitu saya tidak, I’m not questioning the integrity atau profesionalisme superior ini tetapi ini akan memberikan satu ruang untuk favouritism kerana banyak junior saya pun complained bahawa ada yang menggunakan markah SKT ini untuk threaten sekiranya mereka tidak melakukan sesuatu benda, mereka cakap akan mengurangkan markah SKT ini. Ini akan mengakibatkan penempatan tetap mahupun master programme mereka. Jadi, saya ingin meminta adakah kementerian akan mengkaji semula sistem ini, mungkin satu holistik approach dapat digunakan sama ada satu common exam, saya memahami kekangan tersebut kerana medical practice bukan sahaja satu knowledge-based practice tetapi juga haruslah melihat kompetensi doktor tersebut.
Tapi saya bertanya apakah program satu lebih holistik, satu lebih telus exam evaluation sistem dapat dikemukakan. Nombor dua saya ingin menyentuh tentang upward mobility pekerja kontrak ini. Bagi saya ini adalah sangat penting kerana kita haruslah memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan program masters walaupun mereka tidak ada penempatan tetap untuk tiga tahun.
Ini akan menyebabkan mereka merasai stuck lah dan ini sebenarnya tidak adil kerana negara kita memang memerlukan lebih banyak specialists. Izinkan saya bercadang untuk kita membuka peluang untuk memohon program masters untuk semua, tidak kira temporary contract mahupun permanent contract. Ini kerana bagi saya mungkin masa housemanship ada yang melakukan sedikit kesilapan dan disebabkan tersebut, mereka tidak dapat penempatan tetap.
Akan tetapi masa MO tersebut, ini tidak bermaksud mereka tidak dapat memperbaiki, melengkapkan diri menjadi on par mahupun lebih baik daripada doctor MO yang mendapat penempatan tetap. Jadi, bagi saya kita boleh menggunakan tawaran masters itu sebagai satu parameter untuk memberikan penempatan tetap.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Jika mereka dapat master, memohon bersama dapat master, give them permanent employment because this would give them something to work for, something to encourage them and it’s a more bagi saya satu parameter yang lebih jelas, yang lebih telus supaya mereka tahu mereka dapat work for that.
Number three, saya bertanya tentang gaji dan juga protection yang diberikan kepada pekerja kontrak tersebut. Saya berharap mereka dinaikkan kepada UD43 sekurang-kurangnya walaupun gaji masih berbeza tetapi bagi saya, yang lebih penting ialah apakah perlindungan yang diberikan kepada pekerja kontrak . Contohnya jika mereka sakit atau mereka ambil leave 75 hari, adakah mereka akan terus ditamatkan kontrak mereka kerana jika mereka mengalami penyakit seperti tibi, needlestick infection, HIV atau semua itu dan memerlukan rawatan yang lama, adakah mereka akan diberikan perlindungan tersebut.
Adakah mereka juga diberikan pampasan jika terdapat kemalangan, injury atau kematian semasa bekerja? Adakah mereka diberikan perlindungan medical liability jika ada sesuatu dakwaan atau incident negligence di hospital tersebut? Saya memang menyambut baik kementerian yang bercadang atau mendorong doktor ini mengambil parallel pathway.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Namun begitu, parallel pathway menelan kos yang tinggi, hampir RM20 ribu ke RM25 ribu dan juga mereka yang berminat untuk buat surgical, MRCS sekarang tidak diiktiraf untuk Malaysia.
Jadi apakah pelan lain untuk mereka seperti ini?
Selain itu, saya juga ingin menyentuh secara cepat Butiran 022700 – Psikiatri dan Kesihatan Mental. Ada peningkatan. Saya ingin bertanya, bagaimana ia akan digunakan. Saya percaya kita haruslah decentralize daripada hospital mental tetapi decentralize kepada primary care juga.
Butiran 00400 – Hospital Baharu. Saya ingin bertanya tentang status Hospital Petrajaya. Saya difahamkan ia telah ditender semula. Apakah status dan bila akan bermula dan disiapkan?
Butiran 030300 – Kawalan Penyakit. Saya ingin menyentuh sedikit tentang denggi yang memang semakin meningkat. Saya ingin meminta agar nyamuk Wolbachia tersebut atau yang disuntik dengan bakteria Wolbachia tersebut dapat juga di bawa ke Sarawak untuk digunakan kerana kes denggi di Sarawak juga telah meningkat, seperti di Kuching meningkat sebanyak 270 peratus.
Butiran 022200 – Farmasi dan Bekalan. Saya nak tanya apa status open tender selepas penamatan konsesi dengan Pharmaniaga. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk memastikan transition dilakukan dengan baik dan bekalan atau supply medicine tersebut tidak terganggu? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Sibuti, sila.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus pergi kepada Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, hampir 45 peratus klinik-klinik di kawasan luar bandar yang berjumlah 209 buah di Sarawak tidak mempunyai doktor dan juga kita sedang mendengar bahawa terdapat banyak lambakan graduan perubatan. Apakah langkah-langkah kerajaan untuk memastikan kesemua klinik kesihatan ini dapat dibekalkan dengan perkhidmatan doktor sama ada dengan perjawatan tetap ataupun perjawatan secara kontrak bagi membolehkan lambakan ini berkhidmat di kawasan luar bandar Sarawak ataupun Sabah?
Seterusnya adalah berkenaan tentang Butiran 00400 – Hospital Baharu. Saya ingin mengetahui status naik taraf pembinaan Hospital Miri. Adakah proses tender telah dilaksanakan?
Begitu juga pengumuman berkenaan tentang Hospital Miri ini saban tahun diulang di dalam Belanjawan daripada kerajaan lepas dan juga kerajaan sekarang.
Saya ingin menyentuh berkenaan tentang Butiran 00600 – Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan. Kebanyakan klinik-klinik di kawasan luar bandar terutamanya di Sarawak, hampir satu pertiga klinik-klinik tersebut tidak mempunyai bekalan elektrik. Apakah kerjasama yang dapat dilakukan oleh pihak kementerian seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Sarawak bersama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia di mana kita memperuntukkan sejumlah wang untuk penyambungan grid-grid di mana terdapat klinik-klinik desa ataupun klinik kesihatan di kawasan luar bandar ketika ini berdekatan dengan grid-grid sedia ada. Walaupun demikian, penyambungan grid ini memerlukan kos dan saya berharap agar pihak kerajaan dapat memberi satu timeline untuk penyelesaian secara muktamad penyambungan grid-grid elektrik ke klinik-klinik kesihatan di seluruh Sarawak.
Selain daripada itu, berkenaan tentang Butiran 00700 – Perolehan dan Penyelenggaraan Tanah. Ini saya ingin menyentuh berkenaan tentang cadangan pihak kerajaan yang akan membina klinik baharu ataupun klinik daerah bagi kawasan Parlimen Sibuti yang terletak di Sepupok, Niah.
Tanah telah diperoleh. Walaupun demikian, di dalam soalan-soalan Parlimen yang saya kemukakan, saya tidak mengetahui status pembinaan klinik tersebut dan juga apakah langkah-langkah kerajaan untuk memastikan tanah yang dibeli tersebut dapat diselenggarakan dengan baik memandangkan tanah tersebut kini menjadi semak. Apabila tanah tersebut diratakan dan kini rumput tumbuh, maka kejadian denggi itu pun banyak juga.
Selain daripada itu, saya ingin menyentuh sedikit berkenaan tentang Butiran 030600 – Pendidikan Kesihatan. Sejak kebelakangan ini, saya memuji langkah yang dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan apabila banyak infografik-infografik yang saya peroleh di dalam Twitter berkenaan tentang pendidikan kesihatan.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Apakah langkah-langkah kerajaan untuk memperkasakan berkenaan tentang masalah jangkitan HIV yang semakin menular lebih-lebih lagi di kawasan bandar dan juga di kalangan pekerja- pekerja buruh di ladang-ladang?
Selain daripada itu, Butiran 022700 – Psikiatri dan Kesihatan Mental. Ini adalah satu isu yang besar. Anxiety bukanlah sesuatu perkara yang dibuat-buat dan juga baru pagi tadi saya telah membaca sedikit update daripada Yang Berhormat Menteri Kebajikan di Sarawak yang mengatakan tempat saya iaitu Bandar raya Miri mencatat kadar bunuh diri yang tinggi. Maka saya berharap agar pihak kesihatan dapat melaksanakan program-program dan juga aktiviti dan apakah bentuk aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh pihak kesihatan.
Selain daripada itu, berkenaan tentang Butiran 00904 – Pejabat dan Jabatan Kesihatan. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri, adakah pihak kementerian mempunyai cadangan untuk membina semula ataupun relocate Pejabat Kesihatan Bandar raya Miri ataupun bahagian Miri memandangkan tapak tanah tersebut dikatakan telah- akan dibangunkan oleh pemaju dan juga keadaan jabatan tersebut agak daif. Masih lagi menggunakan struktur kayu dan juga konkrit. Saya merasakan adalah wajar dengan status Bandar raya Miri agar satu rancangan yang komprehensif untuk membangunkan semula Jabatan Kesihatan untuk bahagian Miri. Itu sahaja, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Segamat, selepas itu Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Sila.
Dato’ Seri Dr. Santhara - Segamat
Terima kasih Tuan Pengerusi. Merujuk kepada Bil. 42 – Kementerian Kesihatan. Butiran 10000 – Emolumen iaitu sebanyak RM16 bilion. Saya ingin bertanya kepada kementerian, sejak baru-baru ini kita difahamkan bahawa ramai kakitangan kontrak tidak diteruskan ataupun telah ditamatkan kerja ataupun kontrak. Ini khususnya batch yang masuk dalam tahun 2016 dan termasuk juga ramai ahli farmasi. Akan tetapi ratio yang patut ada sekarang adalah 1:1,600 orang awam tetapi sepatutnya kita ada satu kepada 1:1,200. Pada tahun 2017, memang telah dinyatakan itu adalah ratio-nya tetapi malangnya, tahun ini kita memberhentikan mereka walaupun tidak cukup ratio.
Maka, seolah-olah tidak masuk akal di mana kita minta ramai untuk belajar dan sebagainya.
Kita kata ini ratio yang kita perlukan di negara yang maju tetapi seterusnya kita tamatkan kontrak- kontrak mereka. Terdapat juga kadang-kadang ini mungkin fitnah di mana ada pihak mengatakan bahawa ramai yang bukan Melayu diberhentikan tetapi saya tidak percaya. Namun saya minta kementerian berikanlah jawapan berkenaan ini secara bertulis jika boleh.
Butiran 02000 – Perubatan dan juga Butiran 02150 – Nefrologi dan juga Masalah Diabetik.
Ini saya ingin merujuk bersama-sama dengan Butiran 030000 – Kesihatan Awam.
Dato’ Seri Dr. Santhara - Segamat
Di mana saya mendapati di kawasan pendalaman ramai orang Melayu khususnya mempunyai masalah diabetic kronik dan menyebabkan mereka adalah pesakit dialisis. Kita mendapati bahawa di kawasan-kawasan pendalaman khususnya tidak ada pusat dialisis malah pekan-pekan yang besar juga tidak ada, seperti di Jementah tidak ada. Saya rasa Timbalan Menteri pun faham orang Segamat.
Maka saya ingin tanya adakah kementerian akan membuka satu pusat sekurang-kurangnya satu ataupun bantu persatuan jalankan.
Berkenaan dengan Butiran 030100 – Pengurusan Kesihatan Awam Ibu Pejabat/Negeri dan juga merujuk kepada Butiran 030200 – Pembangunan Kesihatan Keluarga. Ini saya ingin merujuk kepada klinik-klinik kesihatan. Saya mendapati bahawa klinik-klinik kesihatan ini tidak diberikan peruntukan untuk membeli peralatan. Pada tahun lepas saya sendiri pergi ke Klinik Kesihatan Jementah contohnya, saya telah memberikan lebih daripada RM200 ribu daripada peruntukan saya.
Maka untuk tahun hadapan, semua klinik kesihatan juga minta daripada saya tetapi saya tidak cukup peruntukan. Maka, saya ada soalan kepada Kementerian Kesihatan adakah Kementerian Kesihatan sanggup partner dengan saya untuk empat lagi klinik kesihatan di mana mereka memerlukan sebanyak RM250 ribu. Maka saya akan berikan sebanyak RM125 ribu dan sebanyak RM125 ribu lagi Kementerian Kesihatan berikan. Ini merupakan komitmen, kalau Kementerian Kesihatan tidak berikan maknanya Kementerian Kesihatan tidak berminat untuk menolong. Ini cabaran saya, saya hendak Kementerian Kesihatan jawab.
Dato’ Seri Dr. Santhara - Segamat
Seterusnya, untuk Butiran 080000 – Program Khusus dan Butiran 080800 – Perolehan Aset/Harta Modal/Kenderaan RM50 juta kepada RM60 juta. Ini sesuatu yang baik, ini mengenai ambulans. Kita mendapati bahawa klinik-klinik kesihatan sama ada type 2 atau type 3, dia hanya ada satu ambulan. Satu ambulan ini menjadi masalah khususnya di kawasan pendalaman, contohnya di Segamat, daripada Labis ke Hospital Segamat mengambil masa selama satu jam, itu kalau tidak ada kesesakan jalan raya. Begitu juga daripada FELDA Palong. Maknanya kalau satu ambulans dan kalau tunggu ambulans memang tidak sampailah, maka perlu di hantar kereta mayat sahaja. Maka saya cadangkan kementerian juga untuk klinik-klinik kesihatan yang mempunyai lebih daripada satu jam perjalanan ke hospital agar dibekalkan sekurang-kurangnya satu.
Jikalau empat klinik kesihatan hanya empat lagi buah ambulans. Saya yakin Kementerian Kesihatan sanggup. Begini juga saya ingin mempunyai satu program kerjasama, maka daripada program peruntukan daripada ICU saya sanggup berikan separuh. Saya minta Kementerian Kesihatan berikan saya lagi separuh. Maka kita ada partnership di antara kementerian dengan members of Parliament.
Saya mengucapkan juga terima kasih kerana tahun lepas kerana Kementerian Kesihatan telah memberikan kepada Segamat sebanyak RM150.5 juta termasuk RM90.5 juta untuk bangunan baru untuk kecemasan, blok baru di Hospital Segamat. Naik taraf Klinik Kesihatan Segamat, Jalan Muar sebanyak RM40 juta dan sebanyak RM20 juta lagi untuk klinik kesihatan di Palong Timur. Saya ucapkan terima kasih untuk tahun 2019 tetapi untuk tahun 2020 saya benar-benar mengharap, dengan pelbagai peralatan yang diperlukan di hospital, saya berharap Yang Berhormat Timbalan Menteri dilahirkan di Segamat, orang Segamat maka tanggungjawab.
Yang Berhormat Timbalan Menteri ini seseorang yang semua rakyat Segamat sedang pandang. Saya tidak memberikan tekanan tetapi saya hanya merayu, bersimpatilah kepada warga Segamat. Saya sendiri bukan orang Segamat tetapi tanggungjawab saya untuk kawasan saya. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Saya ingat Yang Berhormat hendak tukar kawasan dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri- balik kampung.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Lain macam rayuannya.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pengkalan Chepa, selepas itu Yang Berhormat Sibu.
Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya terus kepada Butiran 010200 – Sumber Manusia. Persoalan yang ingin saya lontarkan ialah mengenai isu yang tular baru-baru ini iaitu dengan merujuk satu laporan bertajuk, “Medical Officers May Never Get Permanent MOH Appointments” pada 1 November 2019 yang lalu. Saya juga difahamkan Yang Berhormat Menteri telah menjelaskan dakwaan tersebut namun begitu terdapat isu yang perlu diberikan penjelasan lanjut iaitu nisbah seorang doktor termasuk pegawai siswazah kepada rakyat disasarkan 1:500 pada tahun 2020 berbanding 1:554 pada tahun 2018.
Sasaran ini menunjukkan sektor kesihatan memerlukan lebih ramai doktor dan pegawai siswazah perubatan bagi membantu rakyat. Ia selari dengan dapatan yang dikemukakan oleh Laporan Audit Negara 2018 yang mendedahkan Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) di hospital kerajaan berhadapan dengan kekurangan doktor pakar sebanyak 79.5 peratus dan pegawai perubatan sebanyak 64.6 peratus. Kekurangan ini menyebabkan staff perubatan bekerja lebih masa untuk menangani beban tugasan dan ia mungkin akan menjejaskan kualiti kerja.
Selain itu, Laporan Audit Negara juga memetik satu kajian dilakukan pada tahun 2018 mengenai sindrom burnout atau tekanan kerja yang dialami oleh doktor ETD. Berdasarkan kajian, satu daripada lima responden, sebanyak 22 peratus mengalami sindrom burnout dan 36 peratus lagi mengalami emotional burnout. Jika para doktor mengalami sindrom burnout, maka ia boleh menyebabkan kecuaian dan kesilapan dalam melakukan prosedur perubatan.
Sementara itu terdapat juga isu graduan yang terpaksa menunggu lama bagi melengkapkan latihan siswazah. Saya juga ingin meminta penjelasan mengapa graduan perubatan menghadapi masalah melengkapkan latihan siswazah terlalu tinggi iaitu pada kadar 32.9 peratus.
Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Saya mohon perincian kepada faktor tersebut. Satu lagi ialah mengapa Kementerian Kesihatan tidak dibenarkan untuk menerima perjawatan tambahan. Apakah polisi sebenar kerajaan berhubung perkara ini?
Kemudian butiran seterusnya Butiran 060300 – Penyelidikan. Isu yang ingin dilontarkan bagi butiran ini adalah mengenai penyelidikan terhadap cadangan untuk “mengdekriminalisasi” atau menjadikan pemilikan atau penggunaan dadah bukan satu kesalahan jenayah. Saya faham bahawa pendirian kerajaan bukan untuk membenarkan pengedaran dadah tetapi adakah terdapat satu kajian yang mendalam tentang perkara ini? Tidakkah usaha untuk “mengdekriminalisasi” dadah membentuk habitual dependency yang mengukuhkan kitaran pengedaran dadah. Ketagihan menyebabkan fungsi otak diklafikasikan sebagai satu penyakit atau addiction is an illness psychological and biochemical.
Walau dalam kuantiti kecil ia mendorong seorang itu ketagih. Oleh itu saya menyarankan peruntukan penyelidikan perlu difokuskan kepada rawatan yang lebih, sama ada secara sains atau tradisional. Kembalikan penagih dadah kepada gaya hidup yang lebih baik dan tanpa bergantung kepada najis dadah.
Kemudian Butiran 022700 – Psikiatri dan Kesihatan Mental. Saya mencadangkan agar hari kesihatan mental sedunia pada 10 Oktober setiap tahun harus dilakukan dengan lebih berkesan untuk mendidik masyarakat tentang kesedaran dan kesejahteraan mental. Apa yang membimbangkan kita berdasarkan Statistik Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2017 sebanyak 10 peratus daripada remaja yang berusia 13 tahun hingga 17 tahun terlibat dengan cubaan bunuh diri. Lebih tinggi berbanding 7.9 peratus pada tahun 2012.
Berdasarkan peruntukan RM345 juta pada tahun 2020, apakah pecahan peruntukan untuk kempen program saringan dan pemberian kepada pertubuhan-pertubuhan tertentu yang giat menjalankan promosi kesihatan mental. Adakah pihak Kementerian Kesihatan juga bercadang untuk mewujudkan pangkalan data komprehensif bagi kes bunuh diri sepertimana yang pernah diwujudkan sebelum ini iaitu Daftar Bunuh Diri Kebangsaan pada tahun 2007.
Kemudian Butiran 022200 – Farmasi dan Bekalan. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian adakah bekalan ubat di hospital dan klinik kerajaan tidak mencukupi. Dua isu serius yang telah dikenal pasti sebelum ini iaitu pembekal ubat yang gagal membekalkan ubat patuh kepada ketetapan yang telah dipersetujui dan masalah ePerolehan. Jadi apakah jaminan kerajaan bagi memastikan masalah tersebut tidak akan berlaku lagi pada tahun hadapan di samping dapat menjimatkan kos dan meningkatkan kecekapan. Adakah pihak kementerian juga bercadang untuk mengawal harga ubat termasuk menetapkan harga siling runcit dan memperolehnya daripada harga berpatutan.
Seterusnya, adakah benar dakwaan mengatakan Pharmaniaga memonopoli rantaian bekalan ubat-ubatan. Dua hari lepas Yang Berhormat Menteri telah menyatakan kerajaan bersetuju memberikan selama 25 bulan tempoh interim kepada Pharmaniaga untuk perolehan ubat-ubatan selepas konsesi tamat pada tahun 2019. Mengapa tempoh lanjutan begitu lama iaitu selama 25 bulan.
Terakhir Tuan Pengerusi, saya ingin membawa isu kawasan saya, tidak tahu hendak letak di butiran mana tetapi Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa sangat daif yang menempatkan juga klinik gigi dan juga klinik ibu dan anak yang perlu kepada upgrading. Minta kepada Menteri untuk memberi tumpuan kepada Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Dari Kelantan kita ke Sarawak, Yang Berhormat Sibu.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 021500 – Nefrologi, Butiran – 050200 Amalan dan Perkembangan Farmasi, Butiran 00400 – Hospital Baharu. Saya sendiri ingin menyentuh tentang poliklinik baharu Sibu. Di Sibu kita memang memerlukan satu poliklinik yang baru. Saya difahamkan bahawa poliklinik yang baharu sudah dirancang untuk dilaksanakan pada Rancangan Malaysia Kedua Belas. Jadi saya menyeru kepada kerajaan supaya projek ini dibawa ke tahun hadapan sebagai satu projek prioriti oleh kerajaan kerana sekarang di Sibu memang kita sudah kesesakan dari segi poliklinik.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Jadi, kita memang memerlukan satu klinik yang baharu. Saya harap kementerian boleh meluluskan seruan saya ini. Di Hospital Sibu memang selalu setiap tahun ada orang ramai yang sudi menderma mesin dialisis kepada Hospital Sibu. Akan tetapi pada masa sekarang Hospital Sibu, reverse osmosis machine mereka sudah mencapai tahap maksimum.
Jadi, mereka memerlukan satu reverse osmosis machine yang baharu supaya mereka boleh menampung lebih banyak mesin dialisis. Jadi, saya harap permohonan ini boleh diluluskan juga.
Mengenai dispensing separation, tempoh hari Yang Berhormat Menteri sudah menerangkan bahawa klinik hendaklah memberi preskripsi kepada pesakit apabila pesakit memohon. Jadi, bagaimana jika klinik tidak mahu mengeluarkan preskripsi kepada pesakit walaupun pesakit memohon? Jadi, apakah langkah akan diambil oleh kementerian kalau keadaan begini ini berlaku?
Akhir sekali, saya ingin menyentuh tentang MyPeka...
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Boleh minta laluan?
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Lanang.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Sibu. Saya ingin tanya pandangan Yang Berhormat Sibu bahawa kalau poliklinik baharu belum dapat dibina di Sibu, boleh kah poliklinik yang sedia ada dibekalkan dengan bekalan dan mesin yang mencukupi seperti di Poliklinik Sibu Jaya yang telah dibuat aduan bahawa satu mesin hematologi selalu mengalami kerosakan dan perlu diganti baharu. Jadi, saya hendak minta sama ada Yang Berhormat Menteri boleh bagi mesin tersebut sudah diganti baharu dan mesin baharu untuk diabetics control yang berharga RM20 ribu telah dibeli. Saya minta- terima kasih.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Masukkan ucapan dalam perbahasan saya ini.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Sila bagi Yang Berhormat Menteri jawab.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Tentang MyPeka. Adakah MyPeka sudah bertukar kriteria dari umur diturunkan kepada 40 tahun pada tahun ini? Ini kerana untuk pengurangan umur ini sudah diumumkan oleh Finance Minister ialah mulai tahun depan. Akan tetapi saya menerima aduan bahawa ada orang ramai yang kurang daripada 50 tahun, mereka check, mereka ada nama dalam sistem itu.
Akan tetapi selepas itu apabila mereka check lagi, didapati nama mereka sudah hilang.
Jadi, adakah projek untuk mengurangkan umur daripada 50 tahun kepada 40 tahun ini sudah dilancarkan dan sebahagian sudah dilancarkan? Saya hendak penjelasan daripada kementerian ataupun semua yang berumur 40 tahun ke atas akan bermula pada tahun depan baru boleh menjalankan menikmati skim MyPeka ini? Itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Sibu. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kuala Kangsar, selepas itu Yang Berhormat Kota Melaka.
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 020300 – Rawatan Kecemasan dan Pesakit Luar, Butiran 00600 – Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan. Pada tahun 2016, direkodkan sebanyak RM6 juta pertambahan pesakit luar yang mendapatkan rawatan di hospital-hospital dan klinik-klinik kerajaan. RM66,836,400 ini bertujuan untuk menampung jumlah pesakit-pesakit luar yang semakin bertambah. Berapakah Yang Berhormat Menteri, pertambahan jumlah pesakit luar bermula daripada tahun 2018 hingga bulan Oktober tahun ini?
Dari aspek kenaikan peruntukan dalam Butiran ini penting. Minta Yang Berhormat Menteri memperincikan. Mohon juga Yang Berhormat Menteri nyatakan status Projek Naik Taraf Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital, Kuala Kangsar. Saya difahamkan ia telah dikemukakan untuk maklum balas justifikasi ke atas pembinaan pada 6 Ogos 2019 dari segi kenaikan kos dan telah diangkat ke Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, sehingga kini tidak ada lagi kelulusan. Mohon Yang Berhormat Menteri nyatakan statusnya.
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Butiran 020800 – Pediatrik. Hospital Kanak-kanak PERMATA Universiti Kebangsaan Malaysia (HKKP UKM) yang diilhamkan ketika pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional diharapkan bukan sahaja dapat memberi rawatan khusus kepada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, malah ia juga bermatlamat untuk fungsi sebagai pusat penyelidikan kanak-kanak. Boleh Yang Berhormat Menteri nyatakan perkembangan terkini Hospital Kanak-kanak yang bernilai RM606 juta ini?
Memandangkan hospital ini didirikan atas tujuan untuk mengurangkan kesesakan di wad-wad pediatrik di HKL dan HUKM yang pernah menerima sebanyak 20 ribu pesakit setahun. Adakah peruntukan dalam Butiran ini akan dikhususkan untuk Hospital Kanak-kanak PERMATA Universiti Kebangsaan Malaysia? Jika ya, berapakah anggaran yang akan diperuntukkan? Apakah bentuk penambahbaikan yang akan dilaksanakan untuk wad-wad pediatrik yang sedia ada di HUKM dan HKL?
Berapakah jumlah peruntukan untuk tujuan tersebut?
Saya terus ke Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar. Butiran 00203 – Perkhidmatan Kesihatan Bandar. Mengapa dan apa pengurangan peruntukan sebanyak RM34,151,360 sedangkan perkhidmatan kesihatan luar bandarlah yang perlu diberi penekanan oleh kementerian. Rakyat di luar bandar perlu juga mempunyai hak untuk menikmati perkhidmatan kesihatan yang sama ditawarkan di hospital kerajaan di kawasan bandar. Di mana sebahagian besar daripada mereka tidak mendapat rawatan kesihatan yang sempurna, lebih-lebih lagi fasiliti-fasiliti yang terdapat di hospital kerajaan di luar bandar bersifat daif dan telah lama.
Pengurangan ini juga menimbulkan tanda tanya berkenaan kesediaan dan keprihatinan kerajaan terhadap pemantapan tahap kesihatan rakyat di luar bandar. Mengenai Hospital Kuala Kangsar yang saya difahami adalah berstatus non-lead hospital cluster dalam Hospital Kluster Perak Utara dan Ketua Kluster nya adalah Hospital Taiping. Apakah maksudnya ini, Yang Berhormat Menteri? Adakah ini dari segi peruntukan ataupun bilangan pakar-pakar yang ditugaskan ke Hospital Kuala Kangsar?
Seterusnya, Butiran 00204 – Klinik Bergerak. Yang Berhormat Menteri, adakah klinik bergerak ini akan disediakan di seluruh daerah dalam setiap negeri? Mohon ia dapat diusahakan. Apakah bentuk rawatan dan ubat-ubatan yang tersedia dalam klinik bergerak ini amat diperlukan oleh orang-orang kampung dan berapakah jumlah kakitangannya? Saya terus kepada Butiran 010000 – Pengurusan.
Butiran 010200 – Sumber Manusia.
Dalam hal ehwal sumber manusia Yang Berhormat Menteri, sudah pasti kenaikan peruntukan amat bermakna. Adakah kenaikan sebanyak RM1,510,100 untuk sumber manusia ini bermaksud ada penambahan doktor dan jururawat di hospital dan klinik kerajaan? Jumlah doktor pakar di hospital- hospital kerajaan amat diperlukan Yang Berhormat Menteri, khususnya dalam bidang Neurologi, Kardiotorasik, Kardiologi, Onkologi, Paliatif, Geriatrik dan Neurosurgeri.
Mohon Yang Berhormat Menteri nyatakan berapakah anggaran kemasukan ataupun recruitment yang akan dilakukan mengikut bidang kesihatan dan hospital? Adakah doktor-doktor yang akan diserapkan masuk merupakan generalists atau spesialis, dengan izin. Bagaimanakah peruntukan ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan-graduan baharu dalam bidang perubatan untuk menjalani housemanship? Akhir sekali, Butiran 021800 – Pembedahan Plastik. Kenaikan sebanyak RM1,323,700 untuk plastic surgery ini. Apakah jenis rawatan yang benar-benar memerlukan seseorang pesakit untuk melakukan pembedahan plastik di hospital kerajaan supaya ia tidak ada pembaziran? Berapakah jumlah peruntukan untuk setiap jenis rawatan mengikut type nya? Adakah kenaikan peruntukan ini akan diberikan kepada hospital-hospital kerajaan luar bandar juga?
Akhirnya sekali, ini betul-betul akhir, Butiran 022700 – Psikiatri dan Kesihatan Mental. Saya mohon Yang Berhormat Menteri nyatakan berapakah peruntukan untuk memerangi masalah stigma terhadap pesakit mental dan penyakit mental, satu inisiatif yang harus di atasi dahulu sebelum peringkat rawatan. Bagaimanakah peruntukan ini dapat digunakan untuk menjaring golongan muda yang bekerja sama ada di sektor kerajaan ataupun swasta?
Menerusi peruntukkan ini, apakah solusi yang terbaik yang akan dilakukan oleh kementerian dalam menyelesaikan masalah kekurangan pakar neuropsikiatri di negara ini? Di mana buat masa ini, hanya terdapat 300 pakar psikiatri dan hanya empat sahaja pakar neuropsikiatri di sektor awam.
Apakah usaha ke arah penambahbaikan perkhidmatan kesihatan mental yang sedia ada yang difikirkan penting untuk meningkatkan lagi taraf perkhidmatan terhadap golongan ini? Berapakah jumlah anggaran peruntukan untuk usaha tersebut? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kota Melaka, selepas itu Yang Berhormat Maran dan Yang Berhormat Rasah. Sila.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada P.42 Butiran 00300 – Kemudahan Hospital dan juga Butiran 00600 – Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan. Di sini saya ingin meminta supaya kementerian dapat memperbaiki atau memperbaharui lif yang ada di Hospital Besar Melaka dan juga car park tempat letak kereta yang tidak mencukupi supaya dapat diambil berat untuk bina tempat letak kereta yang baharu ataupun saya hendak cadang supaya kita buat smart parking, dengan konsep smart parking, dengan tanah yang terhad kita boleh buat smart parking untuk mengatasi masalah ini.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Begitu juga saya merujuk kepada 01100 – Peralatan dan kenderaan. Di mana pada 13 Ogos tahun ini, sebuah ambulan telah terbakar di hadapan hospital sebaik sahaja pesakit diturunkan, kereta ambulan tersebut terbakar. Nasib baik ialah sebaik sahaja pesakit dikeluarkan. Jadi, saya minta supaya siasatan di buat, apakah sebabnya ia boleh terbakar? Adakah ini berkaitan dengan kontrak yang telah diberikan kepada syarikat tersebut, mereka tidak menjalankan tugas mereka? Tidak servis ambulan sehingga ia boleh terbakar dengan tiba-tiba.
Begitu juga saya merujuk kepada Bekalan 42 di bawah 050200 – Amalan dan Perkembangan Farmasi. Semalam saya ada bangkitkan di mana mengatakan di hospital swasta mereka mengenakan harga ubat dengan markup, dengan izin, 100 hingga 200 peratus. Jawapan yang diberikan oleh kementerian mengatakan markup 100 hingga 200 peratus ini kerana mereka menggunakan ubat yang original. Akan tetapi maklumat-maklumat yang saya terima mendapati bahawa sungguhpun original ubat telah dibekalkan, mereka juga markup 100 hingga 200 peratus lebih tinggi daripada harga pasaran.
Jadi dalam hal ini bolehkah kementerian mengehadkan supaya markup tidak boleh lebih daripada 30 peratus. Ini adalah penting. Tidak adil kepada pesakit ataupun kepada syarikat insurans untuk menanggung harga ubat yang lebih tinggi 100 hingga ke 200 peratus daripada harga pasaran.
Apabila mereka jual roti dengan menaikkan harga lebih lima sen, akan dikenakan hukuman RM30 ribu.
Kenapa sehingga hari ini hospital swasta markup harga ubat 100 hingga 200 peratus, tiada sebarang tindakan diambil? Saya minta supaya kementerian dapat mengambil tindakan.
Saya merujuk kepada 021500 iaitu berkaitan dengan perkhidmatan hemodialisis. Hospital Besar Melaka machine untuk mencuci buah pinggang ini ada yang telah lebih daripada 10 tahun, ada yang lebih daripada 15 tahun. Apabila saya melawat ke hospital besar tersebut saya terkejut dengan mereka masih lagi menggunakan mesin yang begitu lama. Machine mereka digunakan satu hari lebih daripada 20 jam.
Sudah pasti mesin ini perlu ditukar. Maka pada masa tersebut apabila lawatan saya, saya telah menggunakan peruntukan PMR, saya peruntukkan RM200 ribu membeli lima machine untuk Hospital Besar Melaka. Saya tidak macam Yang Berhormat Segamat hendak kementerian keluarkan separuh, saya keluarkan separuh. Saya keluarkan semua peruntukan untuk membeli lima machine untuk Hospital Besar Melaka. Akan tetapi permintaan saya adalah supaya machine yang sudah berusia lebih daripada 10 tahun, harus ditukar termasuk di Hospital Besar Melaka.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat berjiwa rakyat ya.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Begitu juga, saya merujuk kepada 022200 – Farmasi dan Bekalan. Ini juga saya semalam ada bangkitkan di mana apabila pesakit pergi ke hospital besar ataupun ke klinik kerajaan, bekalan ubat yang diberikan kepada penyakit tidak berjangkit contohnya kencing manis, tekanan darah tinggi hanya sekadar dua minggu hingga satu bulan sahaja.
Jadi, saya hendak minta supaya bekalan ubat ini kalau boleh, beri mereka tiga bulan. Oleh sebab apabila pesakit pergi jumpa doktor, mereka akan diberitahu untuk datang semula berjumpa doktor dalam masa enam bulan lagi. Contohnya hari ini saya jumpa dengan doktor. Doktor semak dapati saya ada kencing manis. Dia akan suruh saya kembali jumpa dia enam bulan daripada sekarang.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Akan tetapi bekalan ubat yang diberikan hanya sekadar dua minggu dan pesakit terpaksa berulang alik pergi ke hospital untuk sekadar untuk dapatkan ubat dan untuk mendapatkan ubat mereka terpaksa tunggu dua hingga tiga jam, mereka tidak dapat pergi kerja. Ini membebankan pesakit. Jadi, saya minta supaya kementerian boleh mengkaji semula tentang peraturan ini supaya kita boleh beri kepada mereka sekurang-kurangnya tiga bulan ubat.
Begitu juga Tuan Pengerusi berkaitan dengan Bekalan 021100 – Oftalmologi. Ini berkaitan dengan penyakit mata di mana saya dapati di Hospital Besar Melaka kekurangan beberapa unit peralatan seperti slit lamp biomicroscope. Begitu juga mereka kekurangan Agron Laser machine to treat diabetes, satu unit.
Tuan Pengerusi, peralatan-peralatan sedemikian amat perlu terutamanya apabila doktor pakar yang ada kepakaran hendak menyelamatkan pesakit, akan tetapi sering kali oleh kerana tiada cukup kelengkapan peralatan menyebabkan mereka tidak dapat menjalankan tugas mereka. Jadi saya harap supaya kementerian dapat membekalkan dua alat tersebut kepada Hospital Besar Melaka.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Sila menggulung. Akhir sekali
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Akhir sekali Tuan Pengerusi berkaitan dengan..
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Banyak kali akhir sekali.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Bekalan B.42, 010400 - Pengurusan Latihan, dan juga 010600 - Pembangunan Kompetensi.
Kita dapati bahawa hari ini dikatakan bahawa kita mempunyai doktor yang berlebihan, akan tetapi saya lihat hari ini kita mempunyai masalah ialah kekurangan doktor pakar. Jadi kita seharusnya memberi peruntukan yang secukupnya kepada doktor-doktor yang sedia ada supaya menghantar mereka untuk mendapatkan pengajian yang lebih tinggi menjadi doktor pakar. Apabila doktor sedia ada, mereka pergi belajar baharulah ada kekosongan untuk mereka yang baharu lepasan belajar untuk menjadi doktor.
Itu adalah lebih penting daripada- apabila kita lihat hari ini ada lebihan doktor, maka kita hendak create, mewujudkan lebih banyak jawatan untuk doktor yang biasa. Saya hendak cadang supaya- formulanya yang betul ialah doktor yang sedia ada dihantar pergi melanjutkan pelajaran supaya ada ruang untuk doktor yang baharu...
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat terima kasih.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Dengan itu, sekian terima kasih ,Tuan Pengerusi
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Maran. Sila.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
Assalamualaikum warahmatulallahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak menyentuh beberapa perkara dalam Kementerian Kesihatan ini dan saya ucapkan tahniah kepada Kementerian Kesihatan, antara kementerian yang tertinggi yang ketiga mendapat peruntukan yang besar RM36 bilion.
Pertama ialah 00400 – Hospital Baharu yang mendapat peruntukan RM416 juta. Saya minta Yang Berhormat Menteri Kesihatan iaitu pembinaan Hospital Maran yang baharu. Daerah Maran ini belum lagi ada hospital. Mungkin satu-satunya daerah yang belum ada hospital dan kelulusan pembinaan Hospital Maran ini telah pun diluluskan oleh kerajaan dalam RMK-11. Ini pun hendak berakhir sudah RMK-11 dan tapak telah pun kita sediakan. Perasmian bina tapak telah pun dibuat dan Yang Berhormat Menteri, pecah tanah telah pun dibuat. Yang Berhormat Menteri telah berjanji dengan saya bahawa hospital ini akan diteruskan.
Saya ucapkan terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi kerana baru-baru ini telah memuktamadkan sejumlah RM200 juta diperuntukkan bagi hospital ini dan saya minta Kementerian Kesihatan tolonglah segerakan pembinaan hospital ini.
Kedua, Tuan Pengerusi ialah 01100 – Peralatan dan Kenderaan. Seperti mana juga Yang Berhormat Kota Melaka dan lain-lain kawan kita dalam Dewan ini menimbulkan masalah keperluan peralatan dan juga kenderaan di klinik dan juga hospital.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
Saya minta supaya kerajaan berikan perhatian kepada daerah saya Maran ini iaitu pembelian ambulan baharu bagi tiga buah klinik yang pertama ialah Klinik Kesihatan Pekan Tajau, Maran. Kedua, Klinik Kesihatan Bandar Jengka, dan yang ketiga ialah ambulan bagi Klinik Kesihatan Jengka 22.
Ambulan-ambulan ini sebenarnya telah lama dibeli itu sejak 15 tahun yang lepas. Kita pernah berhadapan dengan kemalangan ambulan kerana berbagai-bagai sebab, mungkin disebabkan teknikal oleh kerana usia sudah begitu lama sehingga menyebabkan pesakit yang kita bawa ke hospital untuk diselamatkan kehidupannya pun meninggal dunia.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
Sepatutnya ambulans selamatkan pesakit tetapi sebaliknya mereka meninggal kemalangan melibatkan ambulans ini. Oleh sebab itulah saya minta supaya Kementerian Kesihatan, Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri berilah perhatian kepada ketiga-tiga klinik ini yang saya sebutkan tadi Pekan Tajau, Bandar Jengka dan juga Jengka 22.
Ketiga Tuan Pengerusi ialah kemudahan kuarters penginapan kakitangan di bawah perkara Bekalan 00900. Saya minta supaya Kementerian Kesihatan melihat kepada pembinaan kuarters yang telah pun ditentukan di pusat kesihatan, Klinik Kesihatan Sri Jaya yang baru beroperasi pada Mac 2017. Permohonan telah dibuat kepada Kementerian Kesihatan di mana jenis-jenis kuarters 4D, 18F dan 18G telah dimohon kepada Kementerian Kesihatan kerana buat masa ini sebahagian besar kakitangan adalah menyewa di luar, jauh daripada klinik kesihatan dan sudah tentulah mereka menghadapi berbagai-bagai masalah untuk pergi ke klinik bagi memberikan perkhidmatan kepada pesakit-pesakit di kawasan Sri Jaya khususnya dan juga kawasan-kawasan yang berhampiran.
Berikut Tuan Pengerusi ialah Butiran 030600 – Pendidikan Kesihatan. Saya ingin tahu melalui peruntukan lebih kurang RM50.8 juta ini, apakah bentuk program ataupun pendidikan kesihatan yang diberikan kepada masyarakat keseluruhannya. Pertama di peringkat mana dan di manakah program ini diadakan. Bagaimana program kesihatan, pendidikan kesihatan diberikan di sekolah-sekolah rendah? Apakah program-program berbentuk kesihatan diadakan di sekolah menegah? Apakah bentuk program kesihatan diadakan di pusat pengajian tinggi dan juga program-program kesihatan pendidikan kesihatan yang diadakan di kawasan-kawasan masyarakat termasuk di bandar, di daerah atau juga di luar bandar.
Tuan Pengerusi, yang berikutnya ialah pusat hemodialisis. Saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi kerana telah meluluskan peruntukan sejumlah RM5 juta bagi pembinaan pusat hemodialisis di Maran ini. Saya telah bersama dengan pegawai kesihatan dan juga kakitangan melawat ke pusat ini. Kita mempunyai lebih kurang 90 orang pesakit buah pinggang. Saya minta pusat ini dapat dibina dengan segera.
Jadi, Tuan Pengerusi terakhirnya ialah Butiran 010200 – Sumber Manusia. Saya minta supaya Kementerian Kesihatan diberikan keutamaan seperti mana juga Kementerian Pendidikan kerana dua faktor ini, dua aspek pendidikan dan kesihatan adalah merupakan aspek kehidupan manusia yang cukup penting. Jadi, tambahlah pegawai-pegawai kesihatan, tambahlah pakar-pakar yang diperlukan.
Saya ingin tahu berapa ramai pakar perubatan yang ada di Maran sebab hari ini Hospital Maran belum lagi dibina. Sudah tentulah pakar-pakar ini juga diperlukan kerana mereka, penduduk di kawasan saya juga berhadapan dengan pelbagai penyakit. Tuan Pengerusi, terima kasih banyak.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Maran. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Rasah. Selepas itu Yang Berhormat Kota Tinggi. Sila.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana peluang yang diberikan.
Sebelum saya masuk butiran, saya hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri walaupun yang hadir Yang Berhormat Timbalan Menteri sebab saya nampak di laporan media Yang Berhormat Menteri ada menyatakan akan merancang untuk memberikan kemudahan pemeriksaan kesihatan, medical check-up kepada semua Ahli Parlimen seramai 222 orang. Saya menyambut baik cadangan daripada Yang Berhormat Menteri sebab saya rasa ia adalah satu keperluan untuk semua Ahli Parlimen di sini.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya mengucapkan tahniah kepada KKM kerana peruntukan untuk kementerian ini bertambah, khasnya peruntukan pembangunan naik hampir 20 peratus daripada RM2.18 bilion kepada RM2.66 bilion untuk tahun depan. Bagi saya ia amat penting sebab ini adalah antara kementerian yang paling penting selepas Kementerian Pendidikan.
Perkara pertama yang saya hendak sebutkan adalah Butiran 020000 di bawah tajuk besar Perubatan. Saya nampak peruntukannya telah bertambah daripada RM13.6 bilion untuk belanjawan tahun ini kepada RM14.2 bilion pada tahun 2020. Cuma satu perkara yang saya hendak katakan di sini, kita tahu hospital kerajaan ataupun klinik kerajaan kalau warga asing hadir untuk mendapatkan rawatan perubatan memang caj bayarannya dikenakan berbanding dengan warga tempatan.
Cuma saya hendak mohon satu pengecualian bukan untuk warga asing tetapi untuk stateless child, kanak-kanak yang lahir di bumi Malaysia yang disebabkan oleh faktor-faktor perundangan tertentu, yang menyebabkan mereka tidak mendapat taraf kewarganegaraan. Saya rasa dalam kita menangani isu ataupun perkara sebegini, sifat peri kemanusiaan kena ada sebab anak-anak ini mungkin disebabkan ibunya warga asing dan belum daftarkan perkahwinan yang menyebabkan sebenarnya mereka layak diberikan kewarganegaraan di Malaysia. Jadi saya mohon kalau boleh ada pengecualian khas untuk kumpulan ini. Bukan untuk warga asing. Warga asing kita kenakan bayaran wajar, patut dan perlu diteruskan.
Perkara kedua yang saya hendak sebutkan adalah saya sangkutkan antara Butiran 021500 – Nefrologi dengan Butiran 080400 iaitu Perkhidmatan Sokongan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Minta penjelasan. Saya sokong Yang Berhormat untuk anak-anak yang bukan warganegara. Apakah Yang Berhormat ini bercadang untuk pejuang di seluruh dunia supaya anak-anak Malaysia yang beranak di luar negara supaya dapat hak yang sama, hak medical yang sama?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tuan Pengerusi bagi saya lima minit sahaja. Tuan Pengerusi, saya ignore dia sahaja. Saya mohon satu minit tambahan sebab ada gangguan sebegini. Tidak cium tangan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya bukan ganggu, saya cadang.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tidak mengapa. Nanti giliran Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Rasah kena hormat orang tua.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Berkenaan nefrologi saya nampak peruntukan untuk dalam Belanjawan 2020 sama macam tahun sebelumnya RM252 juta. Cuma saya hendak Kementerian Kesihatan ambil maklum peristiwa yang berlaku di Seremban disebabkan sebelum ini apabila Pusat Hemodialisis Mawar ada masalah, Hospital Tuanku Jaafar di Seremban, hospital besar tidak dapat hendak menampung bilangan pesakit yang banyak ketika itu.
Akan tetapi sekarang Hospital Mawar sudah kembali beroperasi seperti biasa. Masalah selesai. Cuma kita kena ambil iktibar, pengajaran daripada apa yang berlaku pada awal tahun ini supaya hospital kerajaan sentiasa dalam keadaan yang bersedia menghadapi sebarang kemungkinan seandainya hospital atau klinik swasta menghadapi apa-apa masalah. Oleh sebab adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan kita membekalkan perkhidmatan perubatan yang terbaik kepada rakyat kita, khasnya apabila pihak swasta menghadapi apa-apa masalah supaya perkhidmatan mereka, perkhidmatan kesihatan kepada pesakit dialisis dan sebagainya tidak tercicir. Mereka tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan perkhidmatan seumpamanya di hospital kerajaan.
Tuan Pengerusi, satu lagi berkenaan dengan peruntukan pembangunan di bawah Butiran 00300 – Kemudahan Hospital. Saya nampak ada satu peruntukan yang naik dengan begitu banyak.
Kalau tahun ini hanya RM666 juta, pada tahun depan dinaikkan kepada RM1.17 bilion. Saya menyambut baik kemudahan hospital. Saya berharap kemudahan dengan peruntukan lebih RM1.17 bilion ini akan dapat memanfaatkan banyak kemudahan di semua hospital termasuk Hospital Tuanku Jaafar yang menjadi hospital utama di Negeri Sembilan.
Saya hendak tanya, daripada RM1.17 bilion ini, berapa banyak kah yang telah diperuntukkan untuk Hospital Tuanku Jaafar dan apakah bidang-bidang kepakaran yang terlibat untuk dinaiktarafkan dan sebagainya, tambah kemudahan di Hospital Tuanku Jaafar.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya Yang Berhormat, sila menggulung.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tuan Pengerusi, saya juga ambil kesempatan petang ini menimbulkan Butiran 00400 – Hospital Baru. Ya di Negeri Sembilan, Hospital Rembau sudah siap dan sudah beroperasi. Okey tahniah kepada Kementerian Kesihatan akhirnya dapat. Cuma sejak tahun lepas ada kedengaran ada hospital Nilai. Saya tidak tahu benda ini betul atau tidak betul. Saya nampak dalam ucapan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan hari itu tidak sebut, walaupun ada beberapa hospital baru macam di Maran, di Kampar tetapi hospital Nilai itu tidak tersebut. Akan tetapi ada ura- ura sejak hujung tahun lepas kata ada hospital Nilai. So, saya mohon pengesahan perkara ini sama ada dalam perancangan ataupun masih di peringkat kajian dan sebagainya.
Satu lagi perkara yang saya hendak sebutkan adalah...
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat masa sudah tamat.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya mohon masa 30 saat yang terakhir Tuan Pengerusi.
Berkenaan dengan rare diseases. Peruntukan untuk...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bagi peluang sebab kerajaan kena dapat lebih.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Untuk tahun ini, peruntukan sebanyak RM16 juta diperuntukkan khas untuk rare diseases ini. Saya hendak tanya, berapakah peruntukan di bawah belanjawan tahun depan untuk rare diseases. Saya mohon supaya ia dapat dipertingkatkan sebab kos perubatan meningkat, yang keduanya bilangan pesakit yang memerlukan perkhidmatan kesihatan khasnya untuk rare diseases ini juga meningkat. Jadi, saya mohon penambahan daripada RM16 juta- kalau boleh saya dapatkan jawapan daripada kementerian. Terakhir sekali Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Banyak kali, akhir sekali.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
...Adalah berkenaan dengan pelantikan pelawat hospital. Saya tengok di Negeri Sembilan masih ada hospital yang mana belum dilantik pelawat hospital. Ada yang sudah ada yang belum, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Timbalan Menteri ambil maklum.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Sekian, terima kasih. Saya mohon maaf, Tuan Pengerusi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Yang Berhormat fasal penyakit rare diseases.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Yang Berhormat Arau, sabar menanti giliran. Sekarang saya menjemput, Yang Berhormat Kota Tinggi selepas itu Yang Berhormat Hulu Selangor, selepas itu Yang Berhormat Kuala Terengganu. Sila.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Saya ada beberapa perkara yang saya hendak bangkitkan Tuan Pengerusi. Pertama, di bawah Butiran 00400. Saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri ini, Hospital Baharu. Saya sudah bangkitkan dalam tahun lepas dalam Bajet juga tetapi tidak ada apa-apa walaupun kedengaran macam ada tetapi selepas itu tidak ada apa-apa tentang pembinaan sebuah hospital baharu Daerah Kota Tinggi, Yang Berhormat Tuan Pengerusi.
Sudah berusia lebih daripada 90 tahun. Saya ingat Yang Berhormat Timbalan Menteri faham.
Pesakit luar seramai 50 ribu sehari dan hospital ini sangat sesak dan kita perlukan hospital baharu.
Jadi, ini perkara yang saban tahun dibangkitkan oleh rakyat dalam Daerah Kota Tinggi. Itu yang pertama.
Keduanya, berkaitan dengan Butiran 00203 – Perkhidmatan Kesihatan Bandar. Saya juga telah membangkitkan, saya harap mudah-mudahan insya-Allah tahun ini dapat diterjemahkan akan perkara ini. Permohonan sebuah Jabatan Pesakit Luar yang sekarang menumpang di Hospital Kota Tinggi yang sudah tidak larat itu dan juga menumpang juga di bangunan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Kota Tinggi.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Jadi, pesakit macam yang saya sebutkan tadi di antara 50 hingga 50 ribu sehari dan tiap kali berlaku kesesakan dan tidak dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit. Jadi, saya hendak minta kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri tolong masukkan supaya dapat dibina sebuah klinik kesihatan baru di Bandar Kota Tinggi kerana buat masa ini tidak ada klinik kesihatan di pusat bandar supaya dapat jadi one-stop centre untuk Bandar Kota Tinggi supaya dapat mengurangkan kesesakan pesakit yang sedang berlaku di Hospital Kota Tinggi.
Seterusnya, Tuan Pengerusi, berkaitan dengan klinik kesihatan bawah butiran yang sama klinik kesihatan. Saya hendak bangkitkan- pun sudah bangkitkan, saya harap saya tidak perlu bangkitkan lagi tahun depan. Klinik Kesihatan Ayer Tawar 2 sudah berusia 20 tahun, kawasan sangat kecil termasuk server-rite pun diletak dekat bilik kecemasan. Jadi, ini satu perkara yang perlu mendapat perhatian daripada pihak kementerian supaya dapat dinaiktarafkan Klinik Kesihatan Ayer Tawar 2 ini, KK4.
Seterusnya Klinik Desa Kampung Mawai Baru juga perlu dinaik taraf. Bumbung sudah bocor, pintu rosak dan sebagainya dan Klinik Desa Kampung Gembut juga perlu dinaik taraf, dalam keadaan yang sangat menyedihkan.
Terakhir Tuan Pengerusi, Butiran 080200 – Emolumen Kakitangan Kontrak. Saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini berkaitan dengan isu kakitangan perubatan siswazah ini yang menjadi perdebatan hangat baru-baru ini.
Jadi, kalau kita kira nisbah doktor ini kepada pesakit, kita dimaklumkan satu doktor bagi setiap 520 pesakit dan masih gagal untuk mencapai nisbah satu bersamaan dengan 450 pesakit. Justeru itu saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri agaknya apa tindakan yang diambil oleh pihak kementerian dan bukannya negara kita ini mengalami kekurangan doktor dan sebagainya.
Akan tetapi dia lebih kepada kekurangan kemampuan kerajaan untuk menggaji kakitangan yang saya sebut ini iaitu doktor dan saya mohon penjelasan supaya dapat diselesaikan kelangsungan kesihatan.
Dato’ Sri Dr. Hj Ismail bin Hj Abd Muttalib - Maran
Yang Berhormat Kota Tinggi, boleh celah?
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Ya, Yang Berhormat Maran. Tidak boleh bisik? Okey, okey cepat.
Dato’ Sri Dr. Hj Ismail bin Hj Abd Muttalib - Maran
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi. Saya hendak minta Yang Berhormat Kota Tinggi mungkin Yang Berhormat Kota Tinggi tahu. Berapa ramai doktor dan juga doktor pakar kontrak asing yang berada di negara kita? Kita juga difahamkan bahawa ramai doktor-doktor kita dan pakar bekerja di luar.
Jadi, apakah usaha kerajaan untuk mengembalikan doktor-doktor ini termasuk Tuan Pengerusi, anak kepada Yang Berhormat Kota Tinggi ini pakar sedang melatih di luar negeri. Saya minta kalau dia sayangkan negara kita balik ke Malaysia.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Sabar ya. Tuan Pengerusi, saya minta masukkanlah ucapan itu kecuali yang bab berkaitan dengan anak saya.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Pastikan anak mesti kembali berkhidmat di tanah air kita.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Sekarang dia buat doktor pakar, Tuan Pengerusi. Esok dia sudah habis kepakaran dia baliklah. Berkhidmat, taat setia kepada negara.
Itu sahaja, Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi.
Sekarang jemput Yang Berhormat Hulu Selangor. Sila.
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya teruskan kepada Kepala Bekalan 42 Butiran 022200 – Farmasi dan Bekalan. Didapati peningkatan peruntukan sebanyak lebih RM100 juta. Yang Berhormat Hulu Selangor mencadangkan agar pihak kerajaan dapat memberi subsidi kepada warga emas dalam mendapatkan bekalan seperti susu tepung diabetes dan lampin pakai buang iaitu Pampers yang mana harga jualannya yang agak tinggi di pasaran.
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
Butiran 030300 – Kawalan Penyakit. Apakah perancangan kementerian bagi mengawal penyakit seperti kencing manis dan denggi. Hal ini kerana Daerah Hulu Selangor mempunyai statistik tinggi bagi penyakit tersebut.
Butiran 030400 – Pemakanan. Apakah perancangan kementerian dalam mengetatkan lagi penguatkuasaan terhadap premis penyediaan makanan?
Saya mencadangkan agar langkah yang diamalkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang melarang warga asing menjadi tukang masak di kedai makan, restoran dan gerai sekitar pulau itu sejak tahun 2014 dapat diteliti untuk dipraktikkan juga secara menyeluruh di negara kita.
Seterusnya Butiran 030500 – Farmasi dan Bekalan Kesihatan Awam. Apakah mekanisme kerajaan bagi memantau ubatan yang dijual di pasaran? Hal ini kerana lambakan produk kesihatan dan ubatan tiruan di pasaran yang dijual secara meluas melalui perkhidmatan atas talian. Didapati beberapa produk ini turut memberikan kesan buruk hingga merosakkan organ dalaman. Oleh itu, penguatkuasaan ketat juga perlu dilaksanakan segera bagi menangani isu ini.
Kita sedar bahawa kebanyakan penyakit pada zaman ini berpunca daripada gaya pemakanan yang tidak sihat. Cadangan agar melalui Butiran 030600 – Pendidikan Kesihatan, pihak kementerian dapat meningkatkan lagi program kesedaran kepada generasi muda terutamanya di kalangan pelajar.
Pendedahan awal buat mereka diharapkan dapat mencegah kemudaratan di masa hadapan.
Beralih kepada Kepala Pembangunan 42 Butiran 00201. Didapati penurunan ketara sebanyak RM49 juta bagi Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar. Mohon penjelasan pihak kementerian mengapakah ini terjadi sedangkan kawasan luar bandar yang harus diberi perkhidmatan bagi memastikan setiap warga negara Malaysia mendapat akses mencukupi untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan.
Butiran 00204 – Klinik Bergerak. Yang Berhormat Hulu Selangor hendak memuji tindakan kerajaan dalam meneruskan perkhidmatan klinik bergerak. Walaupun kelihatan kecil dan hanya memberi perkhidmatan kesihatan asas, namun besar jasanya kepada masyarakat. Diharapkan untuk tahun hadapan klinik bergerak ini dapat digerakkan ke seluruh perkampungan khususnya Orang Asli di negara kita.
Butiran 00300 – Kemudahan Hospital. Hospital Kuala Kubu Bharu di Hulu Selangor telah menghantar permohonan untuk penambahan mesin dialisis. Adakah permohonan ini diluluskan untuk Belanjawan 2020? Ini juga merupakan permohonan kritikal memandangkan senarai menunggu penggunaan mesin dialisis ini amat panjang dan jumlah pesakit kian meningkat. Sekiranya tidak dapat dimasukkan dalam Belanjawan ini, apakah alternatif lain yang akan diambil oleh pihak kementerian buat sementara menunggu kelulusan ini?
Walaupun kadar penggunaan katil pada tahun 2017 adalah 46.88 peratus bagi Hospital Kuala Kubu Bharu namun perlu dilihat bahawa penggunaan katil ini rendah kerana pada masa ini Hospital Kuala Kubu Bharu merupakan hospital tanpa pakar. Penduduk perlu ke Hospital Selayang dan Hospital Sungai Buluh bagi mendapatkan rawatan pakar. Penduduk amat terkesan kerana bagi mendapatkan rawatan pakar, mereka perlu ke hospital lain yang jauh dan meningkatkan kos pengangkutan dalam masa yang lama.
Bagi pembinaan Hospital Baharu di bawah Butiran 00400, saya tidak pasti bagi pembinaan klinik kesihatan di bawah butiran mana. Hulu Selangor mohon maklum balas kementerian bilakah peruntukan Klinik Kesihatan Bukit Sentosa akan diturunkan bagi memulakan kerja-kerja pembinaan.
Tapak bagi pembinaan klinik ini juga telah diwartakan yang hanya tunggu peruntukan diturunkan oleh kerajaan. Klinik kesihatan ini amat diperlukan bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan di kawasan yang berkepadatan penduduk lebih daripada 30 ribu.
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
Akhir sekali, Butiran 00600 – Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan. Terdapat beberapa permohonan dari Hulu Selangor seperti Klinik Kesihatan Serendah. Adakah kementerian mengangkat permohonan ini bagi Belanjawan 2020? Bagaimana pula dengan permohonan bagi Klinik Kesihatan Rasah, Klinik Kesihatan Ulu Yam Bharu dan Klinik Desa Hulu Bernam di mana semua fasiliti di dalam daerah Hulu Selangor.
Akhirnya, Hulu Selangor membawa harapan tinggi rakyat di kawasan ini agar pihak kementerian dapat memastikan keperluan kesihatan di Hulu Selangor turut mendapat peruntukan Belanjawan 2020. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kuala Terengganu, diikuti oleh Yang Berhormat Kapar. Sila.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 010200, walaupun tadi ada disebut bahawa bilangan doktor di dalam negara ramai tetapi masalahnya di Kuala Terengganu kelihatannya terdapat isu kekurangan doktor menyebabkan ada banyak aduan menunggu di kalangan pesakit-pesakit di klinik-klinik kesihatan.
Misalnya ada aduan yang terpaksa menunggu hingga empat jam, lima jam pun ada di klinik kesihatan seperti Klinik Kesihatan Hiliran dan Klinik Kesihatan Bukit Payong di Terengganu. Ini sudah tentu bertentangan dengan outcome 2 tentang tempoh masa untuk attend pesakit-pesakit ini yang ditetapkan sebanyak 90 minit.
Di Terengganu misalnya, saya ingin berterima kasih di atas pembukaan Klinik Kesihatan Chendering pada 3 November yang lalu yang telah mengurangkan beban kesesakan Klinik Kesihatan Hiliran. Namun begitu, saya dapati walaupun kita mempunyai kemudahan klinik yang baharu, ia masih dari segi doktornya adalah doktor yang sama, tiada pertambahan doktor atau jururawat yang terlatih di Kuala Terengganu ini.
Sebaliknya doktor-doktor yang sama diagihkan kepada klinik yang baharu ini iaitu Klinik Hiliran ke Klinik Chendering. Jadi sudah tentulah kesan dari segi pengurangan kesesakan walaupun ada perubahan tetapi masih lagi kita mengharapkan supaya diberi penambahan dari segi bilangan doktor.
Doktor-doktor ini terdiri daripada ramai doktor perempuan. Jadi mereka ini berkeluarga, doktor pun ada masa sakit demam juga. Kalau doktor yang perempuan, sampai masa bukan doktor sahaja yang sambut kelahiran, mereka pun melahirkan. Jadi perlu cuti bersalin sampai dua bulan. Kalau serentak empat atau lima orang doktor bersalin memang tidak cukup doktor.
Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin membangkitkan sedikit tentang masalah sistem kontrak yang diperkenalkan oleh kementerian. Kita ada banyak graduan perubatan daripada universiti awam dan swasta, dari dalam dan luar negara yang telah menamatkan pengajian perubatan.
Jadi di dalam Butiran 010200 – Sumber Manusia juga, saya ingin tahu apakah pelan penyerapan graduan perubatan ini untuk menjadi doktor terlatih. Adakah ia disokong oleh peruntukan yang secukupnya? Disediakan skim perkhidmatan yang cukup menarik untuk mengekalkan mereka dalam profesion perubatan? Adakah sistem lantikan secara kontrak selepas menamatkan houseman ini betul-betul dikaji dengan sebaiknya?
Ini kerana ada rungutan yang mengatakan bahawa mereka akan kehilangan, kerugian dari segi bentuk kenaikan pangkat. Mereka terpaksa menunggu sampai dua tahun, ada yang mungkin dilanjutkan lebih lama lagi sedangkan graduan di dalam bidang-bidang yang lain boleh memulakan perkhidmatan di dalam kerajaan pada tangga Gred 41, mereka bermula dengan UD41. Akan tetapi dalam kontrak apabila mereka bermula dengan perkhidmatan kontrak, mereka tidak ada gred seperti ini. Jadi mereka akan ketinggalan berbanding di dalam profesion yang lain di dalam perkhidmatan awam.
Ini menimbulkan dilema dan masalah dalam jangka masa panjang, bukan sahaja kepada kebanyakan doktor-doktor muda malah masa depan perkhidmatan kesihatan negara juga sekiranya mereka sebahagiannya mendapati mereka tidak mempunyai pilihan yang baik, takut bertukar profesion dan sebagainya selepas itu.
Selain daripada itu, di bawah Butiran 00203 berkaitan dengan Perkhidmatan Kesihatan Bandar, anggaran perbelanjaan pembangunan berjumlah RM132,300,000. Saya ingin bertanya, berdasarkan jumlah peruntukan ini, adakah terdapat perancangan untuk menambah baik atau membuka klinik-klinik kesihatan yang baru di Kuala Terengganu. Susulan pembukaan Klinik Kesihatan Chendering misalnya, benarkah ada rancangan di pihak kerajaan untuk menutup atau memperkecilkan operasi Klinik Kesihatan Air Jernih, Kuala Terengganu?
Saya ingin membangkitkan tentang masalah Klinik Kesihatan Hiliran yang sekarang ini menjadi tumpuan yang mana klinik ini dibina di atas tanah yang tidak stabil, ia mendap. Tanah ini menghadapi mendapan yang sangat teruk sehingga memberi risiko kepada sebahagian struktur bangunan klinik berkenaan.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Saya mohon penjelasan Menteri sama ada sebarang- ada yang pitam pula [Ketawa] Saya ingin mohon penjelasan Menteri, apakah ada perancangan kerajaan untuk mengatasi masalah ini.
Adakah kemungkinan klinik ini akan ditutup sebahagiannya atau apa?
Sebahagian klinik desa di Kuala Terengganu yang lain pula masih sangat ketinggalan, tidak sesuai dengan taraf Kuala Terengganu sebagai sebuah bandar raya. Sebagai contohnya, Klinik Desa Kg. Durian Burung yang mana jarak dengan jalan utama, yang kereta lalu-lalang dengan sangat laju dalam 20 kaki sahaja, sangat bahaya kepada ibu-ibu mengandung. Bangunan kayu Klinik Durian Burung ini memang sudah sangat lama, malah kami menggelarnya sebagai bangunan balai polis filem Bukit Kepong.
Tahun lepas apabila datang ribut, seluruh bumbung atap tercabut semua sekali di klinik desa ini. Pada hari pemeriksaan ibu mengandung yang biasa ibu-ibu kena tunggu giliran sambil duduk, bersila atas lantai ramai-ramai. Jadi tidak sesuai sebuah klinik yang berada di dalam kawasan bandar raya seperti itu dan saya mengharapkan supaya ada tindakan di pihak kerajaan. Mungkin ada rancangan untuk bina klinik baharu untuk Durian Burung ini. Nasib baik saya ingin memuji ketua dan kakitangan klinik yang berkenaan yang rajin dan kreatif menghiaskan cantik, kemas dan bersih sehingga klinik itu jadi walaupun bangunan lama, klinik itu masih berjalan dengan baik.
Saya ingin minta supaya di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu supaya dibesarkan lagi pusat rawatan fisioterapi serta pohon tambah lagi lebih banyak peralatan kerana ada banyak keperluan di situ. Itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kapar, diikuti oleh Yang Berhormat Tanjong Karang, kemudian Yang Berhormat Ipoh Timur.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menerus kepada Butiran 010200 bersekali dengan Butiran 080200 iaitu Sumber Manusia dan juga Emolumen Kakitangan Kontrak. Seperti mana yang saya telah terima satu surat daripada kumpulan doktor-doktor muda yang mengesahkan kegusaran mereka seperti mana yang disoal.
Persoalan yang timbul di kalangan mereka ialah apa penjelasan lanjut pihak KKM berkaitan gred statik UD41 bagi medical officer yang telah berjaya menamatkan tempoh housemanship dengan jayanya. Kenapa kami masih diberi kontrak UD41? Ini adalah satu daripada kekhuatiran dan juga keluh-kesah yang berlaku kepada doktor-doktor muda yang telah berjaya di atas permohonan status terkini doktor skim kontrak UD41 yang mana mereka ini adalah terdiri daripada golongan doktor muda yang tamat tempoh latihan wajib siswazah dengan izin, housemanship selama dua tahun atau lebih dengan jayanya.
Difahamkan baru-baru ini, hanya segelintir batch pertama skim kontrak HO Disember 2016 sudah pun mendapat tempat di penempatan baharu. Namun dalam segelintir jumlah tersebut, hanya sebahagian yang diberikan tawaran sebagai pegawai perubatan tetap UD44. Sebaliknya sebahagian lagi ditawarkan skim kontrak UD41. Ini adalah melakukan satu diskriminasi antara kumpulan UD44 dan kontrak UD41. Saya hendak memohon kepada kementerian, surat ini sungguh menitiskan air mata kalau kita baca atas tangisan mereka. Jadi saya akan berikan surat ini secara official kepada Timbalan Menteri supaya mengkaji dan memberikan penekanan tegas bahawa tidak berlaku diskriminasi terhadap doktor-doktor muda yang ingin berbakti kepada masyarakat negara ini.
Seterusnya, saya ingin menyinggung Butiran 00400 – Hospital Baharu. Saya dimaklumkan dan diberitahu jalan di Klang menuju ke Kapar, ada tanah yang telah diperuntukkan untuk buat hospital seluas 50 ekar. Jadi saya hendak minta kementerian, apakah tidak ada rancangan untuk mendirikan hospital di situ sedangkan pemesatan penduduk yang begitu ketara yang memerlukan hospital untuk memastikan rawatan dapat diberikan dengan segera. Kemudian kita tidak perlu pergi ke Shah Alam ataupun di Klang yang memakan masa yang jauh ataupun dalam keadaan kesesakan jalan raya yang cukup membimbangkan.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Seterusnya, saya ingin menyinggung Butiran 060000 – Penyelidikan dan Sokongan Teknikal iaitu vaping yang menjurus kepada beberapa syarikat ataupun pengusaha anak muda dalam vaping ini begitu gelisah dengan ketidakadaan undang-undang.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Untuk pengetahuan pihak kementerian, salah sebuah syarikat pengeluar vaping yang berpangkalan di Tampin, Negeri Sembilan telah mengumumkan penutupan operasi di Malaysia dan memindahkan operasi mereka di United Kingdom. Seramai 700 orang pekerja syarikat tersebut bakal kehilangan pekerjaan. Keputusan penutupan dibuat kerana tiadanya regulasi yang membenarkan penjualan vaping bernikotin di Malaysia.
Bagi jawatankuasa itu, yang telah pun dibuat oleh pihak KKM, saya memohon agar stakeholder seperti Malaysia Retail Electronic Cigarette Association dimasukkan ke dalam jawatankuasa khas seperti yang dijanjikan oleh pihak kementerian bagi memantau, memberi maklumat dan informasi mengenai vaping kerana mereka berpengetahuan luas dan mempunyai rangkaian sumber maklumat yang tepat dari serata dunia. Jangan duduk kata ini memberikan kesan kesihatan yang begitu negatif tetapi tidak ada satu research yang dibuat secara total.
Jadi, cepat betul. Jadi, yang terakhir sekali tanpa mengetepikan hak sembilan juta orang ini, saya hendak minta kementerian supaya segerakan untuk berbincang dengan PBT dan berbincang dengan kerajaan luar bandar untuk memastikan bahawa setiap restoran atau kawasan disediakan, membolehkan disediakan kawasan merokok di restoran-restoran untuk diselesaikan dengan secepat mungkin kerana tidak boleh kita mendiskriminasikan sembilan juta mereka yang menjadi perokok untuk disegerakan mengambil keputusan dan jangan ada penindasan pada setiap rakyat Malaysia dalam negara ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sama-sama. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak sentuh Butiran 030000 – Kesihatan Awam. Kita sedia maklum bahawa kerajaan telah pun memperkenalkan undang-undang melarang orang ramai merokok di tempat awam. Persoalan saya, adakah kementerian juga akan memperkenalkan undang-undang larangan minum arak di tempat awam? Kalau kita hendak tengok merokok dengan minum arak, minum arak ini lebih bahaya. Bila dia mabuk, macam-macam boleh berlaku dan juga kalau dia memandu lagi bahaya.
Kalau saya petik statement, kenyataan daripada EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan juga Pembangunan Kampung Baru Negeri Selangor Yang Berhormat Ng Sze Han, beliau telah pun mengatakan bahawa peraturan melarang minum arak di tempat awam bagaimanapun sukar dilaksanakan kecuali terdapat peruntukan undang-undang khusus berhubung perkara tersebut di peringkat Persekutuan dan juga peringkat negeri. Jadi, ertinya kalau ikut EXCO Selangor ini kita tidak ada undang-undang lagi lah.
Di Selangor, saya dimaklumkan bahawa peraturan minum arak ini hanya satu peraturan yang dibuat oleh PBT sahaja undang-undang ini. Jadi, adakah akan dibuat undang-undang seperti melarang merokok tadi ini? Larang merokok ini macam Yang Berhormat Kapar kata tadi. Patut ada satu juga, kalau dia kata ada tempat hendak merokok, saya ingat elok juga. Adakan satu dinamakan bilik maut, nama dia. Nama bilik maut pun tidak apalah, Yang Berhormat Kapar mesti setuju itu. Asalkan ada tempat untuk perokok.
Dah terlanjur juga, saya hendak sentuh juga mengenai kesihatan awam ini. Vape yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapar tadi. Saya telah dimaklumkan bahawa 20 Ogos 2019, sebanyak 78 premis dan juga 66.9 jumlah botol yang nilainya RM1.4 juta, nilai duitnya RM1.4 juta vape telah pun dirampas. Pada 2 November 2019, nilai rampasan vape nilainya RM6.38 juta. Ini melibatkan ramai yang kehilangan pekerjaan. Persoalan saya ialah saya tiada halangan untuk rampasan ini, ini tugas. Akan tetapi soalan saya ialah, apakah tindakan kementerian setelah dirampas adakah mereka ini didakwa? Kalau dia telah dirampas, dibuat kajian, nicotine ini bersesuaian, adakah vape yang dirampas ini akan di pulang kembali ataupun dah jadi dasar kementerian bila dirampas, rampas sahaja? Tidak perlu didakwa, tidak perlu dipulangkan kembali, hanya sebagai satu rampasan. Jadi, di bawah undang-undang manakah perkara ini dilaksanakan?
Kedua, saya hendak sentuh juga iaitu Butiran 080600 – Perkhidmatan Sokongan Klinik. Saya hendak dapat maklum, berapa banyak kah Klinik 1Malaysia ini masih wujud? Ini kerana, kalau ikut kenyataan Menteri pada 15 Disember 2018, bahawa penutupan 34 daripada 346 buah Klinik 1Malaysia dibuat berdasarkan beberapa kriteria yang dinilai.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Kemudian, dia kata lagi setiap Klinik 1Malaysia yang dipilih untuk ditutup akan turut dinilai secara eksklusif bagi memastikan keputusan bagi penutupan adalah benar-benar wajar.
Ini statement Yang Berhormat Menteri. Jadi, dah setahun dah ini. Jadi, daripada 346 ini, berapa yang telah pun dibuka ataupun makin bertambah Klinik 1Malaysia ini ditutup? Saya juga agak keliru, kalau dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah beza di antara Klinik Komuniti yang diperkenalkan oleh Kerajaan PH ini dengan Klinik 1Malaysia?
Ketiga iaitu Butiran 040000 – Kesihatan Pergigian. Saya hendak dapat penjelasan daripada pihak kementerian mengenai pembinaan klinik pergigian di dalam Parlimen Tanjong Karang. Tapaknya telah pun siap, telah pun dan level kan dah lama. Sebelah hospital baharu yang sedang dibuat. Jadi, saya tengok difahamkan bahawa seolah-olah projek itu tidak diteruskan. Jadi, adakah diteruskan ataupun hanya dibuat levelling sahaja? Bila akan dibuat Klinik Pergigian di Tanjong Karang yang bersebelahan dengan hospital baharu Tanjong Karang?
Telah tersentuh hospital baharu di Tanjong Karang ini di bawah Butiran 030000 dan juga Butiran 00400 saya juga hendak tanya, Hospital Tanjong Karang yang dalam pembinaan sekarang ini, terima kasih diucapkan kepada pihak kementerian yang dulu ura-ura hendak dibatalkan tetapi terima kasih kerana diteruskan. Hanya, saya hendak dapat maklum bilakah Hospital Tanjong Karang ini akan siap? Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Ipoh Timur. Diikuti oleh Yang Berhormat Limbang dan Yang Berhormat Batu Kawan. Terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 020700 – Obstetrik dan Ginekologi. Anggaran sebanyak RM633 juta telah pun diperuntukkan dalam belanjawan tahun hadapan. Berkenaan dengan sektor ini, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah usaha yang akan dilaksanakan dalam sektor O&G untuk memajukan rawatan IVF di negara kita? Ini termasuk berkenaan dengan meringankan kos rawatan kesuburan dan juga untuk memajukan teknologi dan juga teknologi yang terlibat. Saya telah nampak ada berita menyatakan bahawa pada tahun 2018, sebanyak 189 kes IVF telah berjaya di empat hospital kerajaan iaitu Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sultanah Bahiyah, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, Likas dan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu.
Dalam pada itu, saya juga membaca berita bahawa Malaysia Healthcare Travel Council telah menyatakan bahawa hasrat untuk Malaysia menjadi Asia fertility hub pada tahun 2020. Saya hendak bertanya berkenaan dengan apakah usaha yang akan dan sedang diambil oleh pihak kerajaan untuk sampai ke matlamat tersebut dan menjadikan Malaysia sebagai satu Asia fertility hub. Pada masa yang sama, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana telah pun meluluskan dalam belanjawan bahawa RM6 ribu sebagai tax insentif untuk rawatan kesuburan dan ini merupakan satu hala tuju yang betul.
Saya juga hendak cadangkan di sini bahawa kementerian hendaklah mula untuk mengutip dan juga untuk membuat rekod berkenaan dengan statistik kejayaan rawatan IVF di pihak swasta dan juga statistik berkenaan dengan jumlah pesakit yang memerlukan rawatan. Ini kerana sekiranya kita nampak statistik Malaysia mempunyai lebih daripada 50 buah pusat rawatan swasta untuk rawatan kesuburan IVF ataupun IUI.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Akan tetapi saya dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri bahawa tidak ada statistik berkenaan untuk satu atau dua dekad yang lalu. Sekiranya kita hendak menjadi satu fertility hub pada tahun hadapan, ke semuanya statistik ini haruslah diperoleh. Saya juga menyeru supaya pihak kerajaan untuk mencari jalan supaya boleh memperbanyakkan skop ataupun memperbanyakkan peluang rawatan ini di hospital kerajaan kerana kos di pusat rawatan swasta adalah amat tinggi sekiranya dibandingkan. Itu nombor satu.
Nombor dua, berkenaan dengan isu 00600 - Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan. Saya hendak mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan isu di Klinik Kesihatan Pasir Binji di bawah kawasan Ipoh Timur. Di mana klinik tersebut setiap hari menerima lebih daripada seribu orang pelawat.
Kena beratur sejak mulai pada pukul 5.30 pagi, kapasitinya telah pun melepasi tahap optimumnya.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Masalah yang dihadapi adalah tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk menunggu dan masalah-masalah seperti pantry telah terpaksa digunakan sebagai consultation room. Terdapat lapan orang doktor di sana tetapi hanya mempunyai tiga consultation room dan juga mempunyai masalah seperti farmasi dan juga dispensary. Kaunternya yang terpaksa dibuka untuk dijadikan sebagai kawasan bilik konsultasi. Saya memohon supaya pihak MOH boleh mengkaji supaya untuk membenarkan dan meluluskan permohonan daripada Klinik Kesihatan Pasir Binji untuk menaik tarafkan ia menjadi satu bangunan dua tingkat untuk menampung keperluan yang semakin banyak.
Dengan itu, sekian daripada saya. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Limbang.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada perkara B.42 - 020800 - Pediatrik. Wad sementara special care nursery (SCN) telah ditubuhkan dalam wad pediatrik sejak Februari 2019 di Hospital Limbang. Penubuhan wad sementara SCN adalah sebagai satu langkah untuk meningkatkan perkhidmatan pediatrik Hospital Limbang selepas kehadiran seorang pakar pediatrik mula bertugas sejak Januari tahun ini. Wad sementara juga ini adalah satu langkah sementara sambil menunggu pembinaan bangunan NICU di Hospital Limbang yang dalam rancangan.
Tujuan SCN ini adalah untuk memberi rawatan yang lebih rapi kepada bayi-bayi yang baru lahir hingga ke umur satu bulan. Antara kes-kes memerlukan rawatan SCN adalah seperti bayi yang pramatang, masalah pernafasan ataupun sepsis. Namun, barangan atau aset perubatan yang diperlukan adalah seperti berikut iaitu satu ialah non-invasive ventilator sebagai example ialah CPAP dan humidified high flow nasal cannular (HHFNC). Contoh HHNFC adalah seperti Airvo 2. Ini saya difahamkan diperlukan ialah 2 unit, Airvo 2 unit, CPAP satu unit.
Satu lagi yang diperlukan ialah arterial blood gas monitoring dan yang diperlukan di Hospital Limbang ini di wad pediatrik ini ialah satu unit. Seterusnya, yang diperlukan ialah satu unit lagi air compressor untuk menjana air flow kepada mesin ventilator untuk dicampurkan dengan oksigen. Ini I think Yang Berhormat Timbalan Menteri, as a doctor you know what it is used for lah. This is given by the doctor in Limbang to me, dengan izin. Jadi, saya mengharapkan perkara ini dapat dibekalkan kepada Hospital Limbang kerana tahulah kita terpaksa menuju ke Miri ataupun ke KK yang memerlukan by land 3 jam, 4 jam kalau ada kesulitan.
Keduanya, saya terus kepada P.42 - 00201 - Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar. Jadi, saya ingin bertanya apakah status. Bilakah hendak mulakan lagi kerja, mula retender Klinik Kesihatan Long Napir type 6? Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri.
Seterusnya, saya hendak pergi kepada Butiran P.42 - 00400 - Hospital Baharu. Jadi, saya ingin hendak menyentuh di sini ialah tentang klinik kesihatan jenis 3, di Lawas. Fasa dua belum dimulakan lagi. Bilakah agaknya ianya akan dimulakan?
Seterusnya, saya hendak pergi kepada B.42 - 020400 - Rawatan Am Pesakit Dalaman, 020500 - Perubatan Am. Saya telah pun difahamkan daripada luar bahawa pegawai perubatan kita, doktor di Parlimen yang bertugas di Parlimen tidak lagi dibenarkan merujuk secara langsung kepada pakar di IJN. Dia hanya boleh merujuk Ahli Parlimen kepada IJN dengan syarat berikut.
Saya tengok dalam tahun ini saja sudah tiga orang Ahli Parlimen kita, termasuk Yang Berhormat Menteri ada menghadapi permasalahan. Di mana syaratnya, kebenaran ini hanyalah untuk Ahli Parlimen sahaja. Spouse kita tidak boleh lagi sudah. Tidak termasuk tanggungan mereka.
Tanggungan Ahli Parlimen, mantan Ahli Parlimen dan tanggungan mereka pula perlulah melalui saluran rujukan biasa seperti mana untuk pegawai dan pesara kerajaan yang lain.
Seterusnya, saya difahamkan kebenaran ini hanya terpakai semasa persidangan Dewan sahaja selepas dengan tempoh operasi klinik. What if they stayed evening ataupun hari Jumaat, something happened to our Ahli Parlimen? Seterusnya, saya difahamkan dan saya terus teranglah Yang Berhormat Timbalan Menteri, I did ask your doctor in the Parliament, they said memang ada circular daripada kementerian. Saya bukan apalah, di sini kita talking about budget. Ini termasuk Tuan Pengerusi sendirilah. Kita semua.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
If you talk about budget, you lose one Ahli Parlimen, hendak buat satu pilihan raya kecil, berapa juta hendak belanja pilihan raya kecil or you hendak saved sedikit itu saja untuk Ahli Parlimen?
Jadi, saya rasa I ask all the Ahli Parlimen, kita minta kita yang meluluskan bajet dalam negara ini and then, kita pula- we are not asking for special treatment. Kita kena tahulah kedudukan kita.
Seorang Ahli
Menjalankan tugas.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Buat kerja juga, ini pun kita kerja pun sampai pukul 10 malam ini. Saya dengar malam ini 10 malam ya, Tuan Pengerusi? So, saya rasa perkara haruslah diambil perhatian, Yang Berhormat Menteri. Kalau sudah Ahli Parlimen pun you bring us down there, something wrong. Saya ulangi sekali lagi, belanja kita hendak save, hendak tolong Ahli Parlimen just outside the Dewan sitting, banding dengan belanja untuk pilihan raya kecil, because one Ahli Parlimen tidak boleh dapat rawatan from the best institution in the country, IJN, I think...
Seorang Ahli
Something wrong.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
...Something wrong. Kita bukan hendak minta lebih-lebih tapi banding-bandingkanlah di mana hendak saving, di mana hendak ini, di mana hendak itu. Jadi, saya rasa saya minta saya mintalah kementerian rasanya kalau boleh tarik baliklah arahan ini. Kita pun tidak mahu sakit. Siapa hendak sakit? Kalau boleh, sihat sampai mati. Siapa hendak sakit?
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Limbang.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Tidak ada. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Limbang.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Batu Kawan kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Arau, kemudian Yang Berhormat Padang Serai. Sila.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Terima kasih Tuan Pengerusi di atas peluang untuk Batu Kawan untuk membahas belanjawan bagi Kementerian Kesihatan. Saya ingin mulakan dengan Butiran 00400 - Hospital Baharu. Perkara ini telah banyak kali saya bangkitkan dalam Dewan Rakyat sejak tahun 2013. Hospital Daerah Sungai Bakap yang telah dibina tahun 1893. Jadi, semua yang kata dibina dalam tahun 90 tahun, 100 tahun, saya rasa tidak boleh tandinglah dengan Hospital Daerah Sungai Bakap ini.
Unjuran bilangan penduduk daripada MBSP di sekitar kawasan SPS iaitu Nibong Tebal dan Batu Kawan akan mencecah hampir 300 ribu tahun hadapan. Maka, saya ingin bertanya di sini.
Memandangkan ada peningkatan dalam belanjawan untuk pembinaan hospital baru, adakah satu hospital baru akan dibina di Batu Kawan? Sekiranya tidak ada, saya minta untuk Batu Kawan dipertimbangkan memandangkan ianya betul-betul di boundary utara Perak dan juga selatan daripada Northern Corridor.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Nibong Tebal minta untuk kawasan dia tetapi saya rasa Batu Kawan sebab ada tanah kerajaan di situ, maka saya minta dipertimbangkan untuk kawasan Parlimen Batu Kawan.
Seterusnya saya menyebut Butiran 060400 – Perancangan. Di sini juga ada penambahan dalam peruntukan. Ini mengenai bilangan doktor dan apa yang saya baca dua hari lepas, setiap tahun negara kita akan dibanjiri lebih 6000 doktor baharu- 3000 daripada doktor latihan tempatan, dan 3000 lagi yang akan kembali untuk berkhidmat dari luar negara.
Saya ingin tahu di sini, apakah rancangan Kementerian Kesihatan untuk menangani masalah ini sebab saban hari kita juga dengar banyak kes doktor-doktor, dengan izin, mereka overwork. Cerita- cerita, kisah-kisah sedih doktor-doktor kita yang terpaksa bekerja sehingga 36 jam tanpa tidur, tanpa rehat dan makan pun memang tak cukup masa. Jadi, pada masa yang kita ada doktor-doktor overwork, kita pula di sebelah sana ada limpahan doktor yang berlebihan di negara kita.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Jadi saya tidak faham supply and demand ini dan saya harap Kementerian Kesihatan boleh mewujudkan garis panduan bagaimana pilihan dibuat untuk menempatkan doktor-doktor ini sebagai doktor kontrak ataupun doktor permanent staff. Saya juga ingin tahu adakah Putrajaya akan mempertimbangkan untuk membenarkan doktor- doktor kontrak ini untuk meneruskan specialization mereka ini selepas tiga tahun memandangkan negara Malaysia ini benar-benar memerlukan doktor pakar.
Tuan Pengerusi, seterusnya saya menyentuh Butiran 022700 – Psikiatri dan Kesihatan Mental. Di sini juga saya amat gembira melihat kenaikan dalam peruntukan bagi butiran ini dan saya ingin fokus kepada Pusat Registri Bunuh Diri Kebangsaan atau, dengan izin, National Suicide Registry. Adakah kementerian akan berganding bahu dengan kementerian-kementerian lain dalam usaha untuk menyahjenayahkan atau, dengan izin, decriminalize cubaan membunuh diri memandangkan ianya masih kekal lagi sebagai satu jenayah di bawah seksyen 309, Kanun Keseksaan seperti juga yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.
Banyak kali mangsa-mangsa kesihatan mental ini apabila mereka cuba untuk mengambil nyawa mereka atau cuba untuk membunuh diri, itu adalah the final full stop untuk masalah mereka yang mereka hadapi tanpa apa-apa bantuan atau nasihat sebab mereka takut bahawa tindakan mereka ini akan menjadikan mereka seorang penjenayah di mata masyarakat. Maka mereka akan berdiam diri sehinggalah satu tahap mereka akan mengambil tindakan untuk cuba membunuh diri ini.
Saya pasti sekiranya ianya menyahjenayahkan atau decriminalize, kita akan melihat lebih ramai pesakit mental ini akan keluar untuk mendapatkan bantuan daripada pusat-pusat yang bertauliah dan untuk mendapatkan kaunseling daripada pelbagai agensi seperti Befrienders, Snehem Malaysia, dan sebagainya.
Seterusnya saya ingin menggulung dengan Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar. Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh secara spesifik mengenai klinik kesihatan di Perkampungan Valdor di DUN Bukit Tambun ini. Walaupun perkhidmatan kesihatan yang diberikan adalah baik, bagus tetapi ianya fokus untuk ibu-ibu yang mengandung, walhal populasi penduduk di Perkampungan Valdor merupakan warga emas, lebih 80 peratus daripada penduduk tersebut adalah warga emas.
Maka yang ada ibu-ibu yang hamil, hanya peratus yang sangat-sangat sedikit. Jadi, tujuan untuk satu klinik kesihatan di kawasan luar bandar, dengan izin, defeat the purpose sekiranya warga emas masih perlu naik bas ke, cari transport atau naik Grab untuk ke Hospital Daerah Sungai Bakap yang agak jauh. Jadi saya harap kementerian akan mempertimbangkan cadangan-cadangan ini terutama sekali pembinaan sebuah hospital baru di Parlimen Batu Kawan. Dengan ini, saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan.
Yang Berhormat Arau tak ada, saya jemput Yang Berhormat Rembau. Sila.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran P.030000 – Kesihatan Awam. Pada bulan Julai lepas, Ketua Pengarah Kesihatan telah mengeluarkan satu post dalam Facebook-nya yang sangat-sangat mengejutkan, “We are currently underfunded, understaffed, underpaid, overworked, overstressed, and with facilities overcrowded with patients”, dengan izin. Ini menyebabkan tekanan yang sangat-sangat tinggi kepada sistem penyampaian KKM. Masalah burnout di kalangan doktor, pesakit yang menunggu lama. KKM tidak berkemampuan untuk menambah bilangan doktor.
Punca kepada ini adalah pembiayaan, fundings of public healthcare in Malaysia, dengan izin.
Jadi, buat masa ini 99 peratus daripada perbelanjaan kesihatan di tanggung oleh kerajaan. Kita ada tax-based funding system untuk public healthcare kita.
Saya nak bangkitkan di sini dan saya nak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah perbincangan terkini di peringkat Kementerian Kesihatan berkenaan dengan satu sistem insurans kesihatan nasional. Ini mungkin di Peringkat Dasar tetapi saya nak bangkitkan di Peringkat Jawatankuasa, sebab saya hendak jawapan sama ada, ada sesi libat urus untuk terus perbincangan daripada segi national health insurances yang mana dilaksanakan di Jepun dan di Taiwan.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Model yang mana model ini bukan menggantikan tax-based model tetapi supplementary, adalah melengkapi kepada tax-based model dan sistem ini dapat melengkapi sistem public finance health yang sedia ada.
Saya bangkitkan ini, ini bukanlah skim insurans yang bermotifkan keuntungan. National health insurance ini dikendalikan oleh kerajaan itu sendiri dan saya harap dengan adanya satu projek perintis iaitu projek MySalam yang mana MySalam ini adalah bentuk ala public health insurance yang disasarkan untuk golongan B40 tetapi masalah dengan MySalam ini dia short term, dia one-off dan dia restricted dan dia sangat bergantung kepada private sector contribution. Jadi, minta pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri sama ada, national health insurance ini dibincangkan ataupun boleh dibincangkan dan menjadi satu model untuk masa depan.
Saya juga ingin bangkitkan berkenaan dengan Butiran 022200 – Farmasi dan Bekalan. Ini adalah berkaitan dengan perkhidmatan Pharmaniaga yang mana ada kenyataan daripada Yang Berhormat Menteri yang mengatakan bahawa monopoli ini akan ditamatkan.
Saya bangkitkan perkara ini sebab saya nak tahu apakah terma tender terbuka yang akan diadakan sebab kebimbangan apabila kita berhijrah kepada satu sistem open tender adalah disruption kepada supply bekalan perubatan yang ada. Jadi saya minta, pohon Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah proses penghijrahan daripada sistem yang sedia ada dan juga apakah syarat dan terma tender yang akan dikendalikan supaya kita tidak ada disruption, dan supaya tidak ada terlalu banyak lobbying daripada syarikat farmaseutikal apabila dapat terus bekalkan perubatan- ubat-ubatan kepada hospital dan sebagainya.
Akhir sekali, saya bangkitkan mengenai kesihatan mental. Saya melihat bahawa perkhidmatan saringan kesihatan mental di 60 buah hospital kerajaan, 1001 klinik kesihatan dan juga pusat-pusat MENTARI ini baik dan sekarang ini saringannya adalah secara sukarela. Namun demikian, saya nak tahu bagaimana kita dapat meningkatkan lagi saringan sebab secara sukarela ini memang pendekatan yang terbaik daripada segi kesihatan mental kerana stigma dia dan sebagainya. Akan tetapi masih lagi ramai yang tidak ada kesedaran untuk merujuk kepada pakar-pakar yang sedia ada.
Yang kedua adalah daripada segi jumlah pakar itu sendiri yang masih lagi kurang terutamanya dalam cabang-cabang terutamanya neuropsychiatry dan sebagainya. Apakah perancangan kerajaan dengan peruntukan yang ditambah tahun ini bagi kesihatan mental untuk menambah pakar-pakar dalam bidang kesihatan mental terutamanya sampailah ke peringkat kaunseling sebagai the first line of reference untuk mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental.
Akhir sekali, apakah perancangan Kementerian Kesihatan untuk menggalakkan supaya ada lebih daripada satu syarikat yang dapat memberi atau menyediakan skim insurans bagi kesihatan mental. Sekarang ini saya difahamkan ada satu syarikat insurans yang menyediakan skim insurans bagi kesihatan mental. Mungkin ada perancangan lagi untuk menggalakkan lebih banyak lagi syarikat yang dapat memberi coverage kepada mental health. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Rembau.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Padang Serai, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Kapit.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih Tuan Pengerusi. Seterusnya Butiran 00600 – Ubahsuai, Naik taraf dan Pembaikan. Adakah Kerajaan Persekutuan mempunyai rancangan menaik taraf Hospital Kulim, Kedah bagi menangani masalah penyelenggaraan sedia ada.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, Hospital Kulim dirangkumi tiga Parlimen iaitu Parlimen Padang Serai, Parlimen Kulim-Bandar Baharu, dan juga Parlimen Baling. Ada lebih kurang 600 ribu orang menggunakan hospital tersebut- cuma kita tidak minta adakan hospital baharu. Kita perlukan bangunan tambahan, tanah luas dekat 10 ekar sekarang. So, boleh beri perhatian.
Di samping itu juga, ambulan-ambulan yang sedia ada patut ditukar lima tahun sekali. Kalau kita bandingkan ambulan ini tidak ada rest, kalau 360 hari kalau lima tahun dia bergerak 1,800 hari tanpa berhenti. Jadi itu adalah satu masalah besar kalau boleh lima tahun sekali tukar sebab selalunya ambulan mesti rosak, rosak dan sebagainya.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Seterusnya, adakah Kerajaan Persekutuan akan menekankan lebih banyak penambahan klinik di desa dan di kawasan Padang Serai, khususnya bagi merawat penduduk terutama bagi rawatan yang kurang kritikal.
Ketiga, adakah Kerajaan Persekutuan mempunyai rancangan untuk mengubahsuai klinik desa untuk menjadikan hospital biasa khususnya di kawasan Padang Serai.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, kawasan Parlimen Padang Serai di kawasan Padang Serai itu dahulu 5,000 orang gunakan klinik tersebut, sekarang ada 70 ribu orang masih menggunakan klinik itu. Sekiranya berlaku sesuatu emergency dan sebagainya, mereka terpaksa kejar 30 kilometer ke hospital. Kalau klinik itu dijadikan hospital yang sementara ataupun ke hospital kecil yang biasa, so at least kita boleh selamat beberapa nyawa di kawasan tersebut. Ambil perhatian.
Butiran 080500 – Rawatan Perubatan Pesara Awam Persekutuan. Apakah golongan pesara awam yang dimaksudkan dalam bekalan tersebut. Adakah pesara tentera berpencen dan yang bukan berpencen termasuk dalam golongan ini? Mohon beri penjelasan. Adakah Kerajaan Persekutuan mampu memberi rawatan perubatan percuma, mampu memilih yang merawat pesara awam. Adakah tindakan Kerajaan Persekutuan bagi merawat pesara awam khususnya pesara tentera yang tinggal di desa dan tidak mampu mengakses ke hospital kerajaan di bandar.
Seterusnya, Butiran 00800 – Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Adakah Kerajaan Persekutuan mempunyai rancangan untuk menyimpan dan menganalisis data setiap pesakit dan rawatan yang diberikan bagi memperbaiki piawaian perubatan yang diberi? Kedua, adakah Kerajaan Persekutuan mempunyai rancangan untuk menggunakan data analisis bagi memperbaiki dan menaik taraf sektor perubatan supaya lebih berdaya saing di peringkat global. Adakah Kerajaan Persekutuan berhasrat untuk membuat pelaburan yang lebih baik dengan menaik taraf teknologi yang sedia ada?
Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, di kawasan daerah Kulim tidak ada hospital swasta hanya mengharapkan satu hospital sahaja di situ. Saya mohon pihak kementerian buat lawatan dan juga segerakan bangunan tambahan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kapit.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Maksud Pembangunan 42, Butiran 00600 – Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan yang diberi peruntukan untuk tahun 2020 nanti RM95 juta. Sekali dengan Butiran 00300 iaitu peruntukkan RM1.17 bilion untuk kemudahan hospital.
Berkenaan dengan kedua-dua butiran ini, saya ingin bertanya adakah Hospital Kapit dan juga klinik kesihatan di Song dalam kawasan saya, Parlimen Kapit ada mendapat daripada kedua-dua peruntukkan ini untuk ubah suai, naik taraf atau pembaikan kerja-kerja pembaikan? Sebab kedua- duanya memerlukan kerja-kerja sebegitu. Juga kemudahan hospital, adakah Hospital Kapit ini diberi kemudahan yang lebih canggih yang terkini yang amat diperlukan.
Sebab saya difahamkan oleh doktor-doktor yang bekerja dekat sana, kita banyak memerlukan alat-alat dan kemudahan-kemudahan hospital yang sepatutnya dilengkapi kerana Hospital Kapit ini sekarang menampung permintaan daripada mereka yang duduk di bahagian Kapit ini yang semakin bertambah. Sekarang kita sudah ada jalan perhubungan daripada pekan-pekan lain, maka lebih ramai mengunjungi ke Kapit dan mengguna perkhidmatan perubatan di klinik kesihatan di Kapit, klinik kesihatan di Song dan juga hospital di Kapit.
Sekarang saya beralih kepada Butiran 00202 – BAKAS. Saya menerima baik peruntukkan ini sebab saya tahu sangat program BAKAS ini yang beri bekalan air kepada kampung-kampung ataupun rumah-rumah panjang di kawasan pedalaman. Jadi, terima kasih dan saya berharap kawasan saya mendapat bahagian besar daripada peruntukkan yang ada diberi di sini dalam BAKAS ini. Cuma, Tuan Pengerusi saya hanya hendak tahu mengapa program ini masih dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan?
Ini kerana, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) juga ada peruntukkan yang besar bagi tujuan yang sama untuk membina sistem bekalan air di kampung-kampung atau rumah-rumah panjang di pedalaman Sarawak, Sabah dan di mana-mana tempat yang lain juga.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Jadi, sekarang saya ingin menyentuh Butiran 00204 – Klinik Bergerak, RM900 ribu diperuntukkan. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri ataupun kementerian, bahawa di Kapit pada beberapa tahun dahulu ada sebuah bot yang dibina khas untuk perkhidmatan perubatan iaitu bot klinik bergerak.
Akan tetapi, bot ini sekarang tidak lagi bergerak dan tidak lagi digunakan untuk memberi perkhidmatan perubatan kepada penduduk di sepanjang Sungai Rajang dalam bahagian Kapit yang pada mulanya tujuan yang begitulah. Jadi, soalan saya bolehkah perkhidmatan ini lagi di-activate semula? Dan digunalah peruntukkan kita luluskan pada hari ini, pada sekarang. Ini kerana perkhidmatan itu amat diperlukan komuniti di sana.
Yang akhirnya, Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar. Di sini diberi peruntukkan sebanyak RM155.9 juta untuk tahun 2020, turun daripada tahun ini sebanyak RM148.6 juta. Ini banyak turun ini, ini nampak macam tidak berapa betullah Yang Berhormat Menteri. Tidak adil, bukan saya kata Yang Berhormat Menteri tidak adil, ini siapa yang berikan. Ini kerana, komuniti di luar bandarlah yang masih memerlukan perkhidmatan perubatan dan perkhidmatan kesihatan dan sebagainya. Sebab merekalah yang masih banyak memerlukan ini.
Jadi, sehubungan dengan butiran ini juga, saya ingin penjelasan adakah flying doctor service di Sarawak tiada lagi atau masih diberikan kepada golongan sasar iaitu mereka ataupun komuniti seperti Penan yang duduk merayau di kawasan yang begitu besar, yang amat terpencil di pedalaman Kapit, Belaga, Baram dan sebagainya di Sarawak.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Oleh sebab, saya tahu untuk mengendalikan pelan flying doctor service memang menggunakan belanja yang besar. Jadi, saya khuatir kerana kekurangan daripada tahun 2019 ini sebanyak lebih RM140 juta ini mungkin perkhidmatan flying doctor service ini tidak ada lagi. saya tidak nampak dalam pun. Jadi, saya berharaplah janganlah mereka yang masih memerlukan perkhidmatan ini kita nafikan kepada mereka sebab ini penting bagi mereka juga.
Jadi, orang kata last, last saya pun boleh last satu lagi injury time sedikit. Hemodialisis- pusat hemodialisis ini saya berharaplah di Kapit ditambahkan lagi Yang Berhormat Timbalan Menteri alat- alat ataupun kerusi-kerusi yang dikatakan digunakan, diperlukan dalam pusat dialisis ini sebab banyak keperluan. Sekian, terima kasih. Saya menyokong Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kapit sekarang saya menjemput Yang Berhormat Bagan Serai.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Pengerusi. Maksud P.42, Butiran 00400 – Hospital Baharu. Hospital Daerah Kerian di Parlimen Bagan Serai, sebanyak 76 buah katil dengan dana sebanyak RM160 juta dikatakan lewat siap hampir setahun. Betulkah, kenapakah, apa tindakan, bila jangka akan siap?
Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar. Pusat Kesihatan Matang Gerdu, tanah sudah ada, pampasan sudah bayar, bila hendak buat?
Maksud B.42, Butiran 030400 – Pemakanan. Ini berkenaan pemakanan. Saya selalu tanyalah semasa saya bekerja di klinik, kenapa kita makan? Kita makan sebab kita lapaq, sebab kita lemah, sebab kita hendak tenaga. Selain daripada itu kita makan kerana nafsu kita. Oleh sebab itu apabila orang makan selepas dinner dia makan semula, itulah makan kerana sebab-sebab yang tidak munasabah.
Saya selalu tanya, adakah kita makan untuk hidup ataupun kita hidup untuk makan? Ataupun dengan tabiat kita hari ini kita makan untuk mati sahaja ataupun makan sampai mati sahaja. Selama 24 jam kedai makan hari ini, sekarang ini Food Panda, Grab Food datang makanan ke pangkuan kita.
Tidak bergerak pun, tidak bergerak pun.
Jadi Tuan Pengerusi, apabila kita makan, makan jadi glukosa dan dia beri tenaga kepada kita, yang lebih jadi glycogen disimpan, yang lebih lagi jadi lemak. Dia duduk dalam badan kita. Apabila kita makan, gula kita naik dan ada satu rangsangan kepada pankreas kita yang menyebabkan insulin kita naik. Insulin ini apa kerja dia?
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Insulin ini kerja dia, dia masukkan gula ke dalam sel dan dia juga bekalkan glycogen sebagai store dan dia juga menjadikan lemak ini sebagai fat storage dan lemak yang tidak digunakan untuk makanan kita.
Jadi, kenapa kita jadi gemuk? Ini satu soalan yang baik. Ada orang beritahu di klinik saya sebab dia makan banyak sebab dia tidak exercise. Akan tetapi orang yang makan banyak ada yang kurus dan orang yang pergi exercise tidak kurus juga. Berapa peratus orang yang pergi gym, pergi exercise jadi kurus.
Jadi, teori calorie in dan calorie out ini sudah tidak berapa boleh pakai. Jadi, sekarang ini kita melihat pada insulin yang menyebabkan kita menahan lemak dan pembakaran lemak pada hari ini.
Jadi, apabila insulin tinggi kita susah hendak menjadi kurus. Jadi, berkenaan dengan obesiti ini, meningkatnya penyakit NCD, produktiviti kurang, kos treatment tinggi dan sebagainya. Saya ingin tanya kepada kerajaan apakah strategi terkini kerajaan untuk menangani masalah obesiti ini?
Maksud B.42, Butiran 030600 – Pendidikan Kesihatan. Dana ditingkatkan daripada RM36 juta kepada RM50 juta dan NCD ini menjadi beban kepada negara dan juga menjadi ancaman kepada ekonomi negara. Obesiti, kencing manis, darah tinggi, jantung, strok dan cases semakin meningkat.
Kerajaan buat banyak tetapi semakin meningkat.
Mutakhir ini, Parlimen Ke-13 kehilangan Ahli-ahli Yang Berhormat kita hari ini hanya saya lihat satu daripada- Yang Berhormat Bukit Gelugor sahaja yang accident, yang lain semua NCD. Daripada Parlimen Ke-14 ini kita lihat ada saudara kita yang sudah pergi dahulu dan ada yang tumbang di dalam Parlimen ini semua NCD. Jadi, kita lihat mencegah lebih baik daripada merawat. Mencegah lebih murah, lebih seronok, lebih mudah dan merawat itu lebih mahal, lebih sakit, lebih susah dan akhirnya- kita tahu hasilnya.
Tuan Pengerusi, promosi kesihatan merupakan pendekatan yang utama di dalam mencegah NCD. Ia adalah penting untuk kita capai sasaran UNSDG terutamanya yang ketiga. Jadi, saya ingin menyentuh tentang Lembaga Promosi Kesihatan ataupun MySihat yang telah diwujudkan melalui Akta 651, 2006. Betulkah saya dengar ia akan dibubarkan, dan kenapa? Dan berapakah dana kerajaan yang telah diberikan kepada MySihat ini? Apakah rasionalisasinya? Kalau AADK diberikan sebanyak RM300 juta, berapa juta diberikan untuk MySihat? Jadi, untuk membubarkan, saya rasa satu pendekatan yang regresif yang tidak menguntungkan dan mungkin mewujudkan situasi yang negatif dan mungkin kita gagal untuk capai SDG.
Tuan Pengerusi, ada saya dengar tindakan untuk menyerapkan MySihat ke bahagian pendidikan kesihatan. Ini ibarat meletakkan bola dalam lubang yang kecil. Ini kerana pendidikan kesihatan adalah subset daripada payungnya iaitu promosi kesihatan sendiri. Jadi, pendidikan kesihatan adalah subset yang nampak gaya kita cuba hendak berjimat tetapi akhirnya kita akan jadi susah. Cadangan saya: pertama, jangan bubarkan MySihat; dan kedua, serapkan. Jangan serapkan ke Bahagian Pendidikan tetapi kita struktur semula MySihat. Contohnya kita wujudkan dana daripada cukai khusus iaitu earmarked tax, dedicated tax, lifestyle tax ataupun sin tax yang kita kenakan kepada komuniti yang ancam kesihatan- rokok, vape, arak, makanan dengan gula yang tinggi, dan sebagainya.
Kita wujudkan mekanisme takbir urus iaitu sebuah agensi berkanun, berautonomi yang bebas, yang tidak tertakluk mana-mana kementerian. Contohnya, Thailand sudah buat. Jabatan Perdana Menteri di Thailand dan mereka sangat berjaya. Negara-negara seperti Thailand, Vietnam, Philippines, Laos telah pun mendahului kita. Kita mendapatkan pandangan dan kepakaran daripada anggota persatuan pakar perubatan awam dan mereka yang berpengalaman.
Tuan Pengerusi, saya ingin buat pertanyaan. Apakah kerajaan akan mengkaji semula secara mendalam hal MySihat ini daripada aspek governance, dengan izin, perbelanjaan, pencapaian dan permasalahannya?
Kedua, apakah impak ataupun kesan jika MySihat dibubarkan ataupun diserapkan, dan apakah kerajaan sedia untuk wujudkan agensi atau entiti yang baru menggantikan MySihat dengan cadangan-cadangan yang saya lontarkan tadi. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai.
Saya menjemput Yang Berhormat Arau, dan kemudian saya jemput Yang Berhormat Wangsa Maju.
Sila Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama sekali ialah Butiran 010000 – Pengurusan. Ini Tuan Pengerusi, button badge yang ada muka senyum itu- smile, dan juga “sedia membantu”. Apabila ia diperkenalkan saya tidak pasti mungkin lima ataupun enam tahun yang lalu. Ia cukup popular dan tidak ada kakitangan hospital yang berani tidak senyum.
Jadi, mereka sentiasa senyum sebab badge itu akan mengiringi mereka. Akan tetapi, sekarang ini mungkin badge sudah lapuk, tidak diperbaharui sebab kempen kita ini kadang-kadang dia ikut juga Menteri dan sebagainya. Jadi, saya minta supaya button badge ini supaya diteruskan dan dijadikan sebagai satu slogan untuk semua. Di negara-negara lain juga ada benda itu dan kita lihat perkhidmatan hospital Kementerian Kesihatan ini kira baiklah, okey lah, saya bagi 4 Bintang, lah daripada 5 Bintang. Satu lagi bintang sebab banyak hospital lama, tidak cukup doktor pakar dan sebagainya.
Saya ingat perkhidmatan kesihatan dan juga hospital kita ini di antara yang terbaiklah. Bagilah kenaikan pangkat mudah kepada mereka, jaga, housemen itu janganlah kita buli sangat. Mereka baru hendak training. Apabila mereka melalui beberapa jabatan kadang-kadang saya tengok doktor yang kadang-kadang yang hendak rawat kita itu saya bimbang dia sakit daripada kita. Oleh sebab tekanan kerja, mereka terpaksa bekerja dalam bentuk- saya ingat tekanan mereka lebih daripada kita pesakit.
Oleh sebab kita pesakit sejenis penyakit ataupun dua, tiga jenis penyakit. Akan tetapi dia hendak kena hadapi pelbagai jenis penyakit. Jadi, saya ingat jangan bagi tekanan sangat kepada doktor dan sebagainya. Kita bagilah- saya ingat marilah Ahli-ahli Parlimen semua bagi pengiktirafan, bagi puji-pujian kepada perkhidmatan hospital kita.
Keduanya, bagi doktor yang ingin belajar, bagi peluang untuk mereka belajar. Oleh sebab penyataan mereka untuk belajar dan setengah doktor mungkin dia mampu untuk dia pergi belajar sendiri, bagi kebenaran, bagi cuti belajar bergaji penuh dan sebagainya. Jadi, ini benda-benda yang harus kita beri pengiktirafan kepada mereka.
Keduanya, saya ingin bercakap Butiran 021500 – Nefrologi. Penyakit jarang berlaku, macam kawan saya Yang Berhormat Bandar Kuching kata, penyakit ganjil tetapi penyakit jarang berlaku ataupun rare diseases. Di antara penyakit-penyakit ini di bawah neurologi...
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Jarang ditemui.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jarang ditemui itu pun di antara yang terbaik, jarang ditemui. Contohnya macam Guillain-Barré syndrome (GBS). Penyakit ini ialah- GBS ini tiba-tiba gabungan parti politik Sabah dia bubuh nama GBS, elok tukar nama itu sebab GBS ini adalah sejenis penyakit yang rare, yang jarang-jarang kita temui. Penyakit ini dia ada beberapa peraturan untuk kita mengubatinya sebab punca penyakit ini tidak diketahui sejak tahun 1800 something.
Guillain-Barré syndrome berjumpa penyakit ini tetapi tidak tahu punca. Apa yang kita tahu adalah penyakit ini menyebabkan serangan kepada saraf dan saraf itu menghadapi inflammatory, dengan izin, dan dengan itu kita menghadapi masalah lumpuh dan sebagainya. Penyakit-penyakit seperti chronic inflammatory demyelinating polyneuropathy (CIDP) ataupun myasthenia gravis (MG).
Ini di antara penyakit-penyakit yang rare. Jadi kita minta penyakit ini dimaklumkan kepada umum.
Sesetengah doktor pun tidak tahu penyakit. Dia mungkin melaluinya tetapi dia jarang berlaku.
Penyakit GBS ini kita ada patient-nya yang kita pergi ke HKL ialah 400 orang setahun. Penyakit CIDP ialah lebih kurang 40 orang. Penyakit ini dia menyerang wanita-wanita muda tetapi ada kawan-kawan kita yang lelaki pun ada yang kena penyakit ini. Akan tetapi penyakit itu kita tidak dapat maklumat dan rakyat tidak tahu. Kita bimbang nanti mereka ingat ini penyakit apa, jadi mereka tidak membuat treatment. Jadi kita minta supaya doktor pakar itu ditambah, bangunan neurologi di KL itu diperbaiki dan sebagainya.
Kemudian Butiran 050300 – Penguatkuasaan Farmasi. Ini fasal ketum dan juga vape. Vape ini saya ada tidak tahu barang ini sama ada berlainan ataupun tidak. Kawan saya sebut whip, kawan di sana Yang Berhormat Kapar sebut wipe, jadi saya sebut vape ya. Jadi vape ini kita minta satu peraturan khusus di bawah farmasi supaya kita lihat bagaimana perkara ini dapat diselesaikan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Demikian juga ketum, tiga kali bawa Parlimen ini dan saya di antara Yang Berhormat Menteri yang terlibat pada masa itu juga telah ditolak oleh pembangkang pada masa itu. Sekarang mereka menjadi Menteri dan sekarang saya hendak dengar cerita mereka hendak bawa rang undang-undang baharu berhubung dengan ketum. Jadi, sekarang ini farmasi membuat penguatkuasaan. Terlebih yang paling penting kalau kita tidak bagi garis panduan, jadi ketum ini disalah gunakan dan padahal kita tahu bahawa ketum tidak mempunyai kandungan dadah. Itu point yang besar dan oleh itu penguatkuasaan menghadapi masalah.
Akhir sekali Tuan Pengerusi saya protes dua benda. Dengan itu saya tidak akan hadir Parlimen pada Khamis ini kerana protes nombor satu ialah bila SPR keluar peraturan sebab saya check dengan SPR saya tanya peraturan ini siapa keluar. Bila kata permintaan polis sebab takut berlaku masalah keselamatan Menteri pergi lawat rumah ke rumah nanti bertembung dengan pihak kami dan nanti berlaku pergaduhan. Hei come on man. Saya sudah berkempen begitu lama, tidak pernah berjumpa...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Arau.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apa kena mengena dengan perkara yang dibahaskan?
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya hendak tanya butiran mana.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Butiran mana?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Butiran ini ialah tentang butiran di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12).
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jadi tak ada kena mengena. Dia membuang masa Yang Berhormat. Butiran mana? Tak ada kena mengena.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Akhir sekali, saya juga protes kepada Parlimen ini kerana mengehadkan masa lima minit. Tidak pernah peraturan Parlimen untuk perbahasan yang pertama diberi lima minit. Sekurang-kurangnya hat yang sebelum ini 10 minit. Kita menganaktirikan Kementerian Kesihatan. Protes di atas Parlimen, protes di atas SPR dan juga polis. Saya tidak akan hadir di Parlimen pada Khamis ini dan saya kesal tentang apa yang berlaku.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Arau.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tak apa pergi kempen di Tanjong Piai.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Nak pergi kempenlah itu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hei just shut up you man!...
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Arau.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Wangsa Maju.
Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju
Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada B.42...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kena penyakit ganjil nanti.
Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju
…Butiran 020800…
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya minta- Yang Berhormat Jelutong ini macam ada penyakit dengan saya. Tolong- kena pergi check di hospital Yang Berhormat.
Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju
…Pediatrik, dan Butiran 030400 – Pemakanan.
Saya sebagai Ahli Parlimen dari Kuala Lumpur amat mengambil berat tentang Laporan Kajian UNICEF 2018 yang telah dijalankan ke atas 1,000 isi rumah sekitar PPR di Kuala Lumpur. Didapati hampir 15 peratus kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah kurang berat badan, dan 22 peratus terbantut dan susut.
Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju
Apa yang mengejutkan kita ialah kadar terbantut di Malaysia jauh lebih tinggi daripada negara- negara yang berpendapatan rendah seperti Ghana dan Senegal di Afrika dan terbantut jauh lebih meluas di Malaysia daripada West Bank dan Gaza di Timur Tengah.
Saya minta pencerahan daripada Kementerian Kesihatan tentang masalah tersebut.
Mengapa ini boleh berlaku? Adakah ini petunjuk kemiskinan bandar atau ya disebabkan pengabaian kerajaan dan kejahilan ibu bapa? Adakah masalah ini dipandang serius oleh Kementerian Kesihatan?
Saya difahamkan satu program pemulihan makanan telah dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan tetapi bilangan kanak-kanak-kanak-kanak yang terlibat dalam program ini sangat limited iaitu sehingga hari ini hanya 124 kanak-kanak dapat screening atau pemeriksaan.
Saya dimaklumkan kekurangan dana untuk program ini merupakan sebab utama program ini tidak dapat dilaksanakan secara keseluruhan. Saya minta Yang Berhormat Menteri Kesihatan menimbang semula untuk menambahkan peruntukan yang mencukupi untuk program ini oleh sebab ia ada implikasi yang serius tentang kos perubatan dan kesihatan warganegara masa depan.
Seterusnya saya ingin merujuk kepada Maksud Pembangunan 42, Butiran 00203 - Perkhidmatan Kesihatan Bandar. Saya telah mengemukakan permintaan warga Wangsa Maju beberapa kali di Dewan ini untuk mendapat sebuah klinik kesihatan dan saya ucapkan terima kasihlah kepada Yang Berhormat Menteri kerana telah bersetuju untuk membina sebuah klinik kesihatan di Wangsa Maju tetapi yang ia hanya akan dilaksanakan pada RMKe-12. Ini bermakna Wangsa Maju kena tunggu sekurang-kurangnya lima tahun lagi sebelum mendapat perkhidmatan klinik di kawasan sendiri.
Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri mengawalkan projek ini ke tahun 2020 ataupun sekurang-kurangnya 2021. Ini sahaja, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai dahulu. Dia minta dua minit.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya memetik ataupun merujuk kepada Butiran 020200 – Pengurusan Hospital. Saya ingin menyentuh beberapa perkara berkaitan Hospital yang tertua di Pantai Timur iaitu Hospital Kuala Krai, bangunan lama yang sudah pun ditinggalkan pada hari ini. Hospital ini ditubuhkan sekitar tahun 1920 dan didapati sudah tidak digunakan semenjak terdapat hospital baharu yang mula beroperasi pada tahun lepas.
Persoalan saya, bagaimanakah status hospital lama Kuala Krai pada masa kini? Apakah pihak kementerian mahu membiarkan ia kosong dan terus tidak dimanfaatkan sedangkan pada pendapat saya hospital ini masih lagi dalam keadaan baik walaupun usianya sudah lama? Seterusnya, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak kementerian bagi memanfaatkan hospital lama ini agar ia terus dapat dimanfaatkan oleh masyarakat sekitar?
Saya juga menyarankan kepada pihak kementerian agar lebih sensitif dalam memulihara bangunan yang cukup bersejarah seperti Hospital Kuala Krai ini. Sekiranya dapat dipelihara, ia pasti akan terus memberi khidmat pada orang ramai dan pada masa yang sama ia juga dapat membantu ekonomi peniaga-peniaga sekitar hospital lama tersebut kerana kedudukannya di tengah-tengah bandar Kuala Krai. Jika tidak dipelihara, ia boleh menyebabkan bandar Kuala Krai menjadi separuh mati kerana ketiadaan aktiviti dan dibimbangi juga jika hospital ini terbiar lama akan menyebabkan pihak kementerian perlu mendapatkan dana baharu untuk membaik pulih jika suatu hari nanti ingin menggunakannya semula.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kedua ialah Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar. Saya ingin bangkitkan isu Klinik Kesihatan Dabong. Saya mencadangkan agar kementerian dapat menaik taraf klinik ini kerana jaraknya yang terlalu jauh daripada Hospital Kuala Krai iaitu 75 kilometer dan Hospital Jeli 50 kilometer.
Antaranya ialah menghantar doktor pakar secara tetap, tambah kakitangan klinik untuk menjimatkan masa menunggu, wujudkan pusat hemodialisis dan mengadakan wad-wad yang lebih selesa. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai.
Saya jemput seterusnya Yang Berhormat Putatan, kemudian Yang Berhormat Setiu dua minit, kemudian Yang Berhormat Jeli, Yang Berhormat Pasir Mas dan Yang Berhormat Hulu Terengganu last. Sila Yang Berhormat Putatan.
Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 040300 - Kesihatan Pergigian Masyarakat. Ini di tempat saya di Parlimen saya P.173 Putatan, saya dapati bahawa klinik di Putatan ini menghadapi kekurangan equipment untuk doktor gigi iaitu bangku khas untuk doktor gigi.
Kedua, saya terus kepada Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar. Di sini saya ingin memohon agar satu klinik atau pun poliklinik dibina di kawasan Pulau Gaya. Saya rasa Ahli-ahli Dewan Rakyat di sini tahu di mana Pulau gaya iaitu sebuah tempat yang betul-betul berdepan dengan bandar raya Kota Kinabalu, terdapat hampir 10 ribu penduduk di sana tetapi tiada satu klinik pun. Cuma setakat ini memang sudah ada di lawati tapak untuk klinik. Saya harap ia akan menjadi kenyataan pada tahun hadapan.
Kedua, Butiran 00400, ataupun Butiran 00600. Klinik yang sedia ada di kawasan Putatan sekarang ini sudah tidak boleh menampung kepada kepadatan penduduk. Saya memohon agar klinik ini sama ada dibesarkan ataupun kita mendapat satu hospital yang baru untuk menampung penduduk di Putatan yang semakin meningkat. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Putatan.
Saya jemput Yang Berhormat Setiu. Dua minit Yang Berhormat Setiu.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya rasa Yang Berhormat Setiu sahaja dua minit, yang lain lima minitlah.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Setiu hendak lima minitlah kalau macam itu [Ketawa]
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Tak. Yang Berhormat Setiu sudah mohon kepada saya dua minit, dua minit.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Gerik dengan Yang Berhormat Parit awal lagi. Patut bagi kami berucap juga. Takkan- bagi peluanglah.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, ada masa. Baik, terima kasih.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Okey Tuan Pengerusi, terima kasih. Saya menyebut Butiran 00300 – Kemudahan Hospital. Berlaku peningkatan daripada bajet tahun 2019- RM66.7 juta, dan tahun 2020- RM1.17 bilion. Jadi yang saya hendak bangkitkan di sini ialah masalah kemudahan hospital antaranya ialah kemudahan bilik ataupun musolla untuk pesakit dan pengunjung Muslim untuk beribadah. Kadang-kadang ruang yang ada hanyalah sempit dan kadang-kadang hanya boleh digunakan untuk dua orang sahaja. Jadi, saya pohon supaya dapat di baik pulih dan disediakan tempat yang lebih luas kepada pesakit dan pengunjung Muslim untuk mengerjakan ibadat.
Kedua, dari segi penerangan kepada pesakit Muslim tentang cara-cara beribadat ketika sakit yang perlu diberi penerangan secara lisan oleh pihak hospital. Mereka diberi penjelasan tentang bagaimanakah untuk menggunakan kaedah tayamum jika sekiranya mereka tidak dapat menggunakan air.
Kedua, Butiran 020500 – Perubatan Am iaitu berkait dengan ketiadaan doktor pakar di Hospital Setiu. Saya mengharapkan supaya penyelesaian terhadap isu ini dapat disegerakan kerana memandangkan prasarana Hospital Setiu yang kita kira dengan hospital baru, dengan fasiliti yang lengkap tetapi tidak mampu merawat penyakit-penyakit kronik di mana mereka terpaksa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk kes-kes yang melibatkan pesakit-pesakit kronik ini.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Kedua, masalah klinik swasta. Penutupan klinik-klinik swasta khususnya klinik persendirian disebabkan faktor persaingan yang cukup tinggi serta peningkatan kos operasi. Jadi, apakah penyelesaian kerajaan terhadap masalah ini.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Akhir sekali ialah Butiran 080500 – Rawatan Perubatan Pesara Awam Persekutuan. Untuk Bajet 2019 ialah RM355.1 juta dan berlaku penambahan untuk Bajet 2020 sebanyak RM405.1 juta.
Satu peningkatan bajet. Cuma yang saya hendak sebut di sini ialah peningkatan bajet ini telah dapat menjaga nasib warga emas khususnya di kalangan pesara awam persekutuan tetapi yang saya hendak sebut di sini ialah bantuan ini kadang-kadang memerlukan proses birokrasi yang amat rumit dan sesetengah mereka memerlukan wang pendahuluan daripada pesakit.
Persoalannya, sistem yang rumit serta wang pendahuluan ini amat membebankan bagi keluarga yang tidak berkemampuan. Jadi, saya minta penjelasan pihak Yang Berhormat Menteri bagi menjelaskan apakah inisiatif Yang Berhormat Menteri bagi memudahkan kos rawatan perubatan yang layak diterima oleh pesara awam, diterima tanpa proses yang rumit serta tanpa wang pendahuluan daripada pesakit. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Jeli. Silakan.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed - Jeli
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama ialah Butiran 00300. Saya hendak tanya status cadangan pembinaan Hospital Ibu dan Kanak-kanak di Kota Bharu untuk mengurangkan kesesakan di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan HUSM.
Kedua, Butiran 00300. Saya mohon pertimbangan supaya pembinaan Klinik Kesihatan Tiga di Bandar Jeli diberi keutamaan. Sekarang ini bersama hospital. Penuh sesak kawasan tersebut. Tanah sudah ada bersebelahan dengan Pejabat Kesihatan Jeli. Mohon diberi keutamaan tertinggi KK3, Jeli.
Seterusnya Butiran 00300 - KK4 di Batu Gajah, Tanah Merah dan juga Ayer Lanas kerana kedua-dua kawasan ini sesak dan agak uzur. Kalau tidak ada peruntukan mungkin dinaiktarafkan beberapa bangunan tertentu di Klinik Batu Gajah dan juga di Klinik Ayer Lanas.
Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 00600. Mohon satu ruang untuk klinik pakar. Jeli ini sebahagian daripada kluster Hospital Tanah Merah, tidak ada pakar. Cuma dua kali seminggu pakar kecemasan dan juga pakar perubatan datang. Bilik pakar tidak ada. Maka dipohon peruntukan tidak banyak sangat untuk ubah suai satu dua bilik membolehkan pakar bekerja dalam keadaan yang selesa.
Seterusnya yang kelima Tuan Pengerusi ialah Butiran 010000. Kita sedia maklum kerajaan menghadapi kekangan kewangan berkaitan perjawatan tetapi pohon pembantu perawatan perubatan, apabila hospital dinaiktarafkan daripada 24 katil, 80 katil di Jeli. Stafnya sama- ada unit neuro, nefro, ada unit bedah tetapi stafnya sama. Pohon tambahan peruntukan termasuklah untuk pemandu pun tidak cukup.
Akhir sekali Butiran 080600 berkaitan Projek Komuniti Feeding untuk Orang Asli. Seramai 90 Orang Asli lima kali seminggu diberi makanan. Ramai Orang Asli di Sungai Ruai kurang zat makanan.
Pohon diteruskan ataupun ditambah lagi peruntukan untuk membolehkan masalah kesihatan Orang Asli diperbaiki. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Jeli. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pasir Mas. Silakan Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Tuan Pengerusi, saya dimaklumkan masa lima minit. Dua minit tadi special request ya.
Tuan Pengerusi
Lima minit, lima minit.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Lima minit ya. Masa lima minit ya Tuan Pengerusi? Dua minit itu special request daripada Yang Berhormat Kuala Krai dan Yang Berhormat Setiu tadi.
Tuan Pengerusi
Lima minit kah atau dua minit?
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Lima minit Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Lima minit, baik.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Assalamualaikum, saya ingin merujuk kepada Butiran 00400 – Hospital Baru. Peruntukan RM416 juta.
Apa yang saya ingin timbulkan ialah daripada peruntukan ini, berapa banyak kah yang melibatkan di Kelantan? Ini kerana berdasarkan data sehingga 31 Disember 2017, Kelantan mempunyai sembilan buah hospital dengan 1,816 bilangan katil sahaja.
Jadi dalam Butiran 00400 ini, adakah ia turut melibatkan negeri Kelantan dan yang terutamanya daripada Bachok, yang minta saya sebut tadi Hospital Bachok yang telah dijanjikan disiapkan pada tahun 2019 ini. Bagaimana perkembangannya? Setakat manakah ia akan disiapkan?
Berikutnya Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 022700 – Psikiatri dan Kesihatan Mental.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Kita melihat bagaimana meningkatnya isu-isu melibatkan mental, tekanan mental dan sebagainya. Saya ingin mengetahui adakah kementerian berhasrat untuk mengubahsuai, menaik taraf dan membaiki Jabatan Psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu dalam memberikan perkhidmatan kesihatan mental terbaik bagi rakyat Kelantan? Oleh kerana hospital ini, pusat ini sudah sangat uzur. Apakah langkah kementerian untuk hendak menaik taraf Jabatan Psikiatri ini?
Juga saya ingin mencadangkan supaya kerajaan mengenakan tindakan ataupun menggubal undang-undang yang khusus bagi melarang, mengharamkan minuman arak secara terbuka. Oleh kerana ada negeri-negeri yang membuat alasan bahawa peraturan untuk mencegah minum arak secara terbuka ini hanya boleh dibuat di peringkat Kerajaan Persekutuan. Jadi, di pihak Kerajaan Persekutuan sepatutnya undang-undang supaya mencegah minum arak secara terbuka ini dapat dilaksanakan dengan seberapa segera. Oleh kerana arak ini bukan setakat memudaratkan kepada yang meminumnya tetapi kepada mereka yang berada di sekitarnya. Kelmarin pun dalam akhbar diberitakan seorang yang berjalan di tengah Bandaraya Kuala Lumpur dalam keadaan tidak berpakaian kerana akibat daripada pengaruh arak.
Saya juga ingin mengetahui bagaimanakah perkembangan polisi kerajaan berkenaan dengan larangan untuk merokok di kedai-kedai makan, di restoran dan sebagainya? Oleh sebab sebagai seorang ayah yang mempunyai anak kecil, saya begitu menyokong langkah kerajaan untuk melarang perokok-perokok ini untuk merokok di dalam restoran dan kedai makan.
Akan tetapi setakat manakah perkembangan dan usaha kerajaan untuk pertahankan polisi ini? Ini yang sepatutnya kerajaan bertegas dengan larangan ini dan perlu diperluaskan lagi kepada kawasan-kawasan publik yang lain.
Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 030400 – Pemakanan. Kementerian meletakkan sasaran 61 peratus pada 2020 berbanding 56 peratus pada 2019 dalam Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat. Persoalan saya, apakah faktor yang menyumbang kepada masalah kekurangan zat makanan ini dan langkah-langkah intervensi yang telah diambil oleh Kerajaan Persekutuan? Sebanyak manakah juga ia melibatkan peruntukan kepada negeri Kelantan?
Masyarakat Orang Asli juga yang kita tahu mereka kekurangan dari sudut kefahaman dan juga sesi libat urus yang melibatkan mereka.
Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 021100 – Oftalmologi. Tahun 2020 peruntukan sebanyak RM147 juta. Saya mahu supaya kerajaan mengiktiraf pelaksanaan primary dan komprehensif eye care oleh optometrist swasta agar beban tugas optometrist kerajaan dan pakar mata berkurangan. Kedua, mengurangkan kos pendaftaran. Apabila optometrist swasta merujuk pesakit ke hospital kerajaan, kos pendaftaran warganegara biasanya kalau ia terus pergi ke hospital kerajaan hanya RM5 caj.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Akan tetapi kalau optometrist swasta merujuk pesakit tersebut ke hospital kerajaan, pesakit tersebut dicaj sebanyak RM30. Jadi, saya harap supaya caj ini dikurangkan. Peruntukan kepada pengamal-pengamal optometrist swasta untuk melaksanakan primary eye care di praktis masing- masing seperti contoh geran mesin oleh Kementerian Kesihatan atau Kementerian Keusahawanan bagi juga kepada optometrist swasta untuk meringankan beban optometrist kerajaan. Memperkasakan peranan optometrist di KKM untuk melaksanakan primary eye care di luar bandar, khususnya untuk golongan B40. Memasukkan caj pemeriksaan mata dan ujian-ujian berkaitan mata ini dalam Skim Peduli Sihat KKM. Kita tahu bahawa hari ini banyak ubat-ubat yang dijual secara haram, di mana ramai yang percaya, masyarakat kita percaya ubat-ubat ini boleh memulihkan rabun dan sebagainya.
Butiran 030300 – Kawalan Penyakit, RM843 juta. Saya ingin memaklumkan bahawa daerah saya di Pasir Mas ini terdedah dengan kebanjiran binatang-binatang seperti babi yang merebak dengan begitu membiak dengan begitu banyak, khususnya selepas banjir 2014. Walaupun ini mungkin di bawah kawalan Jabatan Veterinar tetapi saya mahu supaya Jabatan Kesihatan juga turut mengambil serius.
Ini adalah kerana babi-babi atau ‘beliau-beliau’ ini telah pun membiak dengan begitu banyak, mengganggu orang kampung dan sebagainya dan kita bimbang akan berakhir dengan krisis penyakit yang berjangkit. Saya sudah berusaha sehabis daya untuk mengadu kepada jabatan-jabatan berkaitan tetapi nampaknya isu ini semakin lama semakin merebak. Ia mula masuk ke kampung-kampung sehingga menyebabkan penduduk kampung tidak tenteram dengan kehadiran ‘beliau-beliau’ ini.
Berikutnya Tuan Pengerusi iaitu akhir sekali ialah pemulihan untuk terapi dan pemulihan.
Saya minta supaya dapat ia diperkasakan dengan memperkasakan terapi-terapi yang bertauliah di pusat-pusat rawatan terapi bertauliah yang tidak perlu di hospital-hospital kerajaan. Akan tetapi perkasakan pusat-pusat terapi untuk anak-anak OKU yang bertauliah di luar daripada hospital supaya anak-anak OKU ini mendapat intervensi daripada awal. Kerajaan juga dapat memberikan peluang pekerjaan kepada graduan-graduan dalam bidang terapi cara kerja fisioterapi dan terapi pertuturan.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Hulu Terengganu, silakan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Oleh kerana masa yang terhad, saya terus kepada Maksud Pembangunan B.42 di bawah Butiran 00105 – Latihan Dalam Perkhidmatan, yang mana melihat adanya penurunan daripada RM55 juta kepada RM28.5 juta. Apa yang ingin saya bangkitkan di sini ialah isu merokok seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi. Ada satu kes yang berlaku di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Terengganu, di mana pegawai penguat kuasa daripada Kementerian Kesihatan telah pergi merampas rokok yang sedang dihisap oleh seseorang di kawasan lapangan terbang tersebut.
Apa yang saya ingin bangkitkan di sini ialah keadaan ataupun suasana atau adab. Apakah di bawah Kepala 00105 - Latihan Dalam Perkhidmatan ini disediakan latihan kepada penguat kuasa supaya mereka ada SOP sebelum mengambil suatu tindakan. Oleh kerana yang penting pada saya, di samping kita mendenda ialah adanya bentuk pendidikan dalam denda tersebut.
Jadi, diharapkan juga agar pihak kementerian agar menyediakan tempat merokok di premis- premis ataupun di tempat lapangan terbang tersebut supaya memudahkan bagi mereka yang menjadi ataupun penghisap-penghisap rokok ini. Oleh kerana yang berlaku di lapangan terbang tersebut, mereka yang ingin merokok, mereka terpaksa berjalan kaki sejauh 100 ataupun 200 meter daripada lapangan tersebut.
Jadi, diharap pihak kementerian dapat menasihatkan pihak lapangan terbang untuk menyediakan tempat tersebut ataupun tempat merokok tersebut.
Kemudian yang kedua, Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar. Apa yang ingin saya bangkitkan di sini iaitu penurunan daripada RM204.5 juta kepada RM155.9 juta. Apa yang dibangkitkan di sini ialah Pusat Perkhidmatan Kesihatan yang dicadangkan di Kampung Basung, Hulu Telemong.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Di mana Kampung Basung ini berhampiran dengan Tasik Kenyir yang menjadi tumpuan pelancong. Jadi, di harap agar dapat dibina satu pusat kesihatan di kawasan tersebut untuk memudahkan kalaulah sesuatu terjadi di kawasan pelancongan tersebut.
Seterusnya Tuan Pengerusi, di bawah Kepala 00600 – Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan.
Saya di sini merakamkan penghargaan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang sudi meluangkan masa untuk hadir dan melawat Hospital Hulu Terengganu yang dibina sejak 1991.
Apa yang saya ingin bangkitkan di sini, dengan bajet yang ada ini agar Hospital Hulu Terengganu tidak dilupakan. Oleh kerana umurnya yang hampir 30 tahun, atapnya telah reput, peralatannya yang outdated dan ini menyukarkan penduduk-penduduk di sekitar Hulu Terengganu yang datang untuk merawat di kawasan di hospital tersebut. Jadi, diharap dengan adanya bajet walaupun ada penurunan tetapi jangan diketepikan Hospital Hulu Terengganu, terutamanya dari segi peralatan. Saya difahamkan banyak peralatan hemodialisis yang digunakan oleh penduduk-penduduk di Hulu Terengganu hari ini rosak dan tidak dibaiki kerana ketiadaan bajet.
Jadi, di harap pihak kementerian memberi tumpuan ataupun perhatian yang serius terhadap perkara ini agar penduduk luar bandar, terutamanya di Hulu Terengganu tidak diketepikan. Saya rasa itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu dan pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Gerik, dipersilakan.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga sama membahaskan B.42 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar. Saya hendak bertanya kepada kementerian, bagaimana kedudukan Pusat Kesihatan Baru di RPS Kema kawasan Orang Asli yang mempunyai penduduk lebih daripada 6,000 orang di tengah hutan belantara? Akan tetapi mempunyai kemudahan elektrik, telefon, cuma dulu dijanjikan untuk dibina pusat kesihatan yang baru.
Perkara yang kedua berkaitan dengan Orang Asli juga ialah Pusat Transit di Gerik. Di mana Orang Asli bila anaknya sakit, dia akan bawa keluar satu keluarga. Apa yang berlaku di transit dibina oleh JAKOA, mempunyai katil yang kurang.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Saya mohon supaya pihak Kementerian Kesihatan melihat perkara tersebut kerana kita tahu, kalau di Gerik, kawasan Orang Asli ini bukannya dekat-dekat. Paling dekat- Ulu Gerik, itu pun dalam lapan, sembilan kilometer. Akan tetapi kalau RPS Kemar, RPS Banun, Selao, Kelat, ini hampir 70, 80 kilometer. Kalau mereka naik masuk ke dalam, lagi jauh nak menyampaikan ke Gerik. Oleh sebab itu, saya tidak hairan kalau anak-anak mereka sakit pergi ke Hospital Gerik, mereka akan pergi ke transit.
Di transit, katil-katil tidak cukup kerana yang sakit seorang tapi yang keluar lima orang. Ini biasa kepada Orang Asli.
Perkara yang kedua masih dalam butiran yang sama, kemalangan yang tinggi di antara Jalan Gerik ke Jeli, tempat Tok Pa. Ini disebabkan di belah Gerik ini jalan kurang baik. Kalau kita tengok statistik pun, tahun 2018, rosak jalan tersebut, kereta yang rosak pada 2018 ialah 423 buah kereta.
Manakala 2019- 340 buah kereta. Akibat maut mati kemalangan, 2018- sembilan orang mati, manakala tahun 2019- 16 orang meninggal dunia.
Apa yang saya hendak sarankan kepada pihak kementerian ialah daripada Gerik ke Jeli, tidak ada hospital atau pusat kesihatan. Apa salahnya kementerian bina satu pusat ada kawalan daripada pihak hospital di Jeti Banding. Sekurang-kurangnya kalau ada accident di antara jeti sama ada dekat dengan Jeli atau dekat dengan Gerik, cepatlah boleh diberi bantuan. Apa yang berlaku, kemalangan yang berlaku di Jalan Gerik ke Jeli ini menyebabkan dua atau tiga jam. Orang yang hidup boleh mati kalau tidak diselamatkan dengan cepat.
Saya pernah beberapa kali menemui dalam perjalanan saya di jalan tadi untuk accident yang cedera parah di mana saya sendiri telefon, lain sikitlah responsnya bila kita telefon polis, telefon hospital kerana tahu Ahli Parlimen sendiri yang telefon. Akan tetapi kalau orang awam yang telefon, ini jadi sedikit masalah. Saya mohon bantuan, Timbalan Menteri tahu daripada negeri Perak, kedudukan Jalan Gerik ke Kulim.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Ketiga, di bawah 020200 – Pengurusan Hospital. Saya ingin menarik perhatian Hospital Gerik ini ramai pelanggannya. Saya hendak mencadangkan supaya dipecahkan Hospital dengan Pusat Kesihatan Gerik di mana tanah ada Gerik. Saya melihat bilamana orang awam ini lama kena tunggu kerana hospital dan perkhidmatan pesakit luar ini ada masalah kerana doktor akan check pesakit di hospital dulu, baru dia nak check pesakit luar. Kadang-kadang pesakit luar datang pukul 9, pukul 12 tengah hari, pukul 1 baru boleh bertemu dengan doktor untuk selesaikan ini. Jadi oleh sebab itu saya mencadangkan supaya hospital boleh pecahkan pusat kesihatan.
Begitu juga saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian, sejauh mana doktor-doktor pakar datang ke Gerik sebab Gerik, Lenggong dan Pengkalan Hulu adalah satu kawasan yang jaraknya jauh. Gerik ke Pengkalan Hulu hampir 50 kilometer, Gerik ke Lenggong pun lebih kurang 45 kilometer. Sebenarnya, perkhidmatan pakar saya difahamkan ada, cuma saya hendak mendapat penjelasan daripada pihak kementerian, sejauh mana Hospital Gerik ini menyediakan pakar untuk membantu pesakit-pesakit daripada Gerik.
Akhir sekali, saya merayu walaupun ada pusat cuci darah di Hospital Gerik dan pesakit- pesakit agak ramai, cuma saya mohon supaya di Pusat Kesihatan Pengkalan Hulu, saya difahamkan Pusat Kesihatan Lenggong di bawah Dato’ Shamsul, sudah ada perkhidmatan hemodialisis. Cuma di Pengkalan Hulu, saya tidak tahu perkembangan yang selanjutnya.
Waktu kami jadi kerajaan, saya dah berjanji dulu. Ada peruntukan mesin kita boleh bagi, cuma yang problem kita tidak ada pegawai yang hendak mengendalikan urusan cuci darah tadi. Saya difahamkan macam itu. Hendak beli mesin mudah tetapi pengurusan, hendak dapatkan peralatan bagi mencuci darah terutama sekarang ini di kampung-kampung pun ramai penghidap-penghidap kencing manis dan pelbagainya yang akhirnya mereka ini dikategorikan sebagai kena cuci darah seminggu dua tiga kali.
Jadi inilah saya mohon bantuan Kementerian Kesihatan supaya mewujudkan juga pusat cuci darah di daerah kecil Pengkalan Hulu di mana pusat kesihatannya yang baru dan besar, sekali kita tengok serupa hospital, lebih besar daripada Hospital Gerik. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Sebenarnya ada dua orang lagi yang tertinggal. Saya menjemput Yang Berhormat Sarikei dulu, kemudian disusuli oleh Yang Berhormat Parit.
Tuan Wong Ling Biu - Sarikei
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk Butiran 022000, 021500. Saya mahu membangkitkan dua isu sahaja, mahu dua minit sahaja.
Untuk pengetahuan Menteri Kesihatan, hemodialisis di Hospital Sarikei mempunyai 19 buah mesin di mana 16 buah mesin berfungsi manakala tiga buah mesin lagi sudah rosak. Di samping itu juga, di unit tersebut ditempatkan sembilan orang kakitangan untuk dialisis iaitu tiga orang Penolong Pegawai Perubatan, lima orang Jururawat dan seorang Pembantu Perawat Kesihatan. Mengikut makluman yang telah diberikan, pihak hospital Unit Dialisis ini mengatur jadual di mana seorang pesakit akan menerima rawatan tiga kali seminggu. Di dalam satu hari, satu unit mengadakan tiga sesi rawatan.
Selain itu juga, difahamkan pesakit yang sedang menerima rawatan di Unit Hemodialisis Hospital Sarikei adalah seramai 74 orang. Manakala pesakit yang masih menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan adalah lebih kurang 60 orang setakat ini. Akan tetapi, masih juga menerima aduan daripada pesakit menyatakan bahawa mereka tidak menerima rawatan seperti yang sepatutnya kerana pihak unit tersebut sering memberikan alasan bahawa kekurangan pegawai petugas di unit mereka.
Isu kedua, pelantikan dan pencalonan ahli-ahli Lembaga Pelawat Hospital. Jabatan Kesihatan adalah satu jabatan di dalam Kerajaan Persekutuan. Mengapakah parti pembangkang juga dibenarkan untuk melantik ahli-ahli lembaga pelawat mereka ke dalam Lembaga Pelawat Hospital? Sebagai contoh, seperti Kerajaan Tempatan Negeri di Sarawak, Kerajaan Negeri Sarawak tidak pernah membenarkan atau memberi peluang kepada mana-mana komponen parti Pakatan Harapan melantik mana-mana ahli majlis di dalam majlis-majlis tempatan Kerajaan Negeri Sarawak. Saya harap kementerian akan mengambil perhatian dan menyelesaikannya dengan sewajarnya. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Sarikei. Akhir sekali Yang Berhormat Parit.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ringkas sahaja. Saya hendak menyebut Butiran 030300 – Kawalan Penyakit. Menerusi peruntukan sebanyak RM843.7 juta butiran ini, saya ingin bertanya apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh kementerian bagi menyelesaikan masalah denggi di dalam negara kita. Saya hendak ucap terima kasih kepada NGO khususnya COMBI yang telah pun memainkan peranan bagi berusaha sedaya upaya mungkin untuk memberikan pendidikan dan sebagainya kepada masyarakat termasuklah program-program sukarela. Justeru itu, saya mohon supaya COMBI ini juga perlu diberikan peruntukan yang lebih kepada mereka.
Kedua, 00400 – Hospital Baru. Sebagaimana Yang Berhormat Timbalan Menteri sedia maklum bahawa di negeri Perak, ada dua hospital yang telah pun diluluskan di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh iaitu hospital baru Seri Iskandar dalam daerah Perak Tengah, di dalam Parlimen Parit, begitu juga dengan Parit Buntar.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Saya dulu pernah juga bertanya di dalam Dewan ini, bilakah hospital baharu Seri Iskandar ini akan dilaksanakan? Oleh kerana, kerja-kerja awalan telah pun dilaksanakan dan saya telah pun mendapat sedikit maklumat bahawa tender akan dilaksanakan pada bulan Disember ini.
Jadi, saya inginkan penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang status terkini. Ini kerana hospital di Changkat Melintang itu sudah tidak menampung lagi keperluan semasa dan pada masa yang sama, pesakit-pesakit khususnya yang mendapat rawatan khususnya di Hospital Changkat Melintang kebanyakannya juga mereka akan dihantar ke Hospital Ipoh, Teluk Intan, Manjung dan sebagainya. Ini boleh menyebabkan banyak perkara-perkara yang boleh melibatkan perkara- perkara yang lain.
Jadi, saya mohon penjelasan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apatah lagi Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah orang Perak.
Kedua, saya juga ingin bertanya tentang Butiran 021500 – Nefrologi. Kalau kita dengar sebentar tadi bahawa dialisis ini sebenarnya cukup ramai yang telah pun mendapat penyakit yang sedemikian rupa dan saya ingin bertanya, apakah peruntukan melalui butiran yang dikurangkan ini, ada lagi bentuk-bentuk penambahan khususnya mesin-mesin dialisis ini. Saya melihat khususnya di tempat saya di Parlimen Parit, sebenarnya di Hospital Changkat Melintang itu sendiri sudah tidak dapat menampung lagi mereka-mereka yang untuk cuci darah dan sebagainya. Apakah bentuk-bentuk perancangan yang akan dilaksanakan oleh kementerian?
Ketiga itu Butiran 030600 mengenai Pendidikan Kesihatan. Kalau kita lihat kerajaan telah pun memperuntukkan sebanyak RM50.8 juta. Saya ingin tahu apakah bentuk program pendidikan kesihatan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan khususnya bagi mengatasi masalah obesiti dalam kalangan masyarakat. Mungkin negara kita nikmat makan ini cukup banyak dan sudah pasti kadang- kadang obesiti ini sudah pun di tahap yang cukup melampau. Justeru itu, saya ingin bertanya kepada kerajaan sejauh mana kerajaan melihat kempen serta promosi amalan gaya hidup sihat ini berjaya mengajak masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Adakah terdapat sebarang cadangan daripada kementerian untuk memberikan insentif seperti diskaun perubatan sebagai galakan kepada masyarakat untuk mengamalkan hidup gaya sihat ini?
Seterusnya 020300 – Rawatan Kecemasan dan Pesakit Luar. Kalau kita lihat di mana-mana hospital di dalam negara kita, banyak masalah-masalah yang berlaku khususnya di jabatan kecemasan dan trauma ini.
Jadi, saya ingin bertanya kepada kerajaan, adakah terdapat sebarang perancangan untuk membentuk koordinasi dan integrasi di antara hospital dengan klinik awam bagi mengurangkan kesesakan khususnya di jabatan kecemasan dan trauma di hospital seluruh negara, termasuklah juga saya lihat di Hospital Ipoh ataupun di mana-mana sahaja. Sebab ini kadang-kadang memberikan kata orang cukup menggunakan masa, apatah lagi pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan yang cukup segera tetapi oleh kerana kekangan yang cukup ramai di unit kecemasan dan trauma itu, menyebabkan banyak masalah-masalah yang berlaku.
Seterusnya Tuan Pengerusi, ada sedikit lagi. Farmasi dan bekalan. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah justifikasi konkrit kementerian menamatkan perkhidmatan konsesi perolehan ubat dan peralatan perubatan dari Pharmaniaga?
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Bagaimanakah kementerian akan memastikan konsesi baharu yang akan dilantik oleh kerajaan untuk mampu membekalkan ubat yang mencukupi seperti mana yang telah dijalankan oleh Pharmaniaga. Adakah kerajaan bersedia untuk memikul tanggungjawab dan memastikan tiada berlaku sebarang gangguan kepada sistem rantaian bekalan ubat kepada rakyat sepanjang proses penukaran tender ini berlaku.
Jadi, yang akhir Tuan Pengerusi, 022700. Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia menunjukkan penyakit mental merupakan antara lima penyakit utama yang menyebabkan hilang upaya di seluruh dunia. Oleh itu, melalui peruntukan sebanyak RM344.8 juta dalam bajet ini, apakah program kesihatan mental yang telah dijalankan dan dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia?
Adakah terdapat sebarang usaha oleh kerajaan untuk melaksanakan program saringan awal kesihatan mental di sekolah mahupun di pusat pengajian tinggi bagi mengesan serta mengenal pasti gejala awal penyakit mental dalam kalangan pelajar supaya kita dapat mengesan terlebih awal.
Mungkin ada kaedah-kaedah tertentu dan sebagainya. Jadi, terima kasih Tuan Pengerusi dan saya yang terakhir. Terima kasih.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Tuan Pengerusi, nama saya tercicir.
Tuan Pengerusi
Tercicir eh?
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Bagi tiga minit boleh tidak?
Tuan Pengerusi
Boleh. Boleh. Silakan.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma hendak sebut tiga butiran sahaja.
Butiran 00500 – Penyelidikan dan Pembangunan R&D. Anggaran pembangunan 2020 bagi R&D mencatatkan sebanyak RM19,350,000 yang mana mengalami pengurangan sebanyak 39 peratus, bersamaan RM12 juta. Yang ini kelihatan sangat ketara, walhal roh dalam Belanjawan 2020 itu kita hendakkan supaya kegiatan penyelidikan ini menjadi teras. Itu satu.
Kemudian, butiran yang kedua 080600 – Perkhidmatan Sokongan Klinik. Ia terkait dengan projek perintis PeKa B40 yang mana kerajaan telah memperuntukkan permulaan sebanyak RM100 juta untuk 800 ribu penerima. Akan tetapi, sehingga Julai 2019 hanya 130 ribu sahaja membuat saringan. Persoalan saya, dalam tempoh ini bagaimanakah kementerian sendiri mencari mekanisme yang realistik dan mempermudah agar projek perintis ini benar-benar mencapai sasaran?
Akhir sekali, Butiran 00600 – Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan. Ini juga mengalami pengurangan sebanyak RM22 juta. Hakikatnya masih banyak lagi klinik-klinik kesihatan di seluruh negara yang memerlukan ubah suai, naik taraf dan pembaikan. Ini kerana saya jangkakan nilai RM22 juta ini, kalau di Merbok dapat RM1 juta pun sebenarnya banyak kita boleh buat. Jadi, saya inginkan justifikasi kenapa berlaku pengurangan yang begitu ketara. Terima kasih.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Tuan Pengerusi, boleh minta sedikit tidak?
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Merbok.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Sedikit sahaja. Dua minit. Dua minit sahaja hendak minta.
Tuan Pengerusi
Kangar tidak tercicir. Dah cakap kah tadi?
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Boleh dua minit?
Tuan Pengerusi
Biarlah, yang ini yang paling akhir ya.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Dua minit eh. Okey, terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya hendak sebut beberapa perkara tentang 00400. Saya sebenarnya kalau di Perlis ini daripada Rancangan Malaysia Ke-11 telah diumumkan hendak buat Hospital Padang Besar.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Akan tetapi alasan yang selalu diberi ialah kerana kurangnya permintaan. Akan tetapi kita jangan lupa bahawa dalam belanjawan kita, kita dah disebut dari tahun ke tahun kita Malaysia dah terkenal sebagai sebuah negara yang kita kata medical ataupun health tourism, pelancongan Padang Besar.
Jadi, saya ingat dari segi pendekatan kita hendak buat hospital ini tidak semestinya melihat dengan cara yang lama, di mana kita hendak tunggu ada permintaan baru kita hendak buat. Sedangkan kita boleh ubah dengan cara kita buat benda ini menyebabkan orang datang. Ini macam Perlis ini negeri orang yang sikit. Kami- ramai orang yang berpenyakit terpaksa pergi ke Pulau Pinang, terpaksa pergi Alor Setar, terpaksa pergi sampai ke Kelantan sebab apa, sebab tidak ada kepakaran di negeri Perlis ataupun tidak ada cukup pakar oleh kerana satu hospital dah sempit, tidak ramai pakar terlibat dan- kos dianggap sebagai kurang. Apa salahnya, kalau hospital ini, tanah dah ada, dah pernah pecah tanah telah dibuat oleh pentadbiran dulu berkali-kali daripada RMKe-9.
Jadi, apa salahnya kalau dibuat juga hospital ini yang menyebabkan itu menjadi satu tarikan untuk orang datang ke Perlis kerana sebab permintaan kurang jadi mereka boleh dapat perkhidmatan dengan lebih cepat. Itu yang pertama, Kedua, yang saya hendak sentuh ialah tadi tentang pendidikan kesihatan ini. Pendidikan kesihatan ini kita tengok perbelanjaan naik begitu mendadak dan saya tertanya-tanya lah sebab bila kementerian pada tahun lalu mengumumkan tentang larangan merokok ini, saya tengok penguatkuasaan kurang.
Adakah telah ditambah penguat kuasa yang berkaitan untuk mengambil tindakan, sebab hari ini ramai peniaga mengadu bahawa dasar ini seolah-olah hanya diumumkan tetapi tidak bermaksud untuk dilaksanakan secara tegas. Hari ini kenapa saya sebut dalam pendidikan kesihatan, hari ini kita berbelanja besar tetapi akhirnya kita terpaksa juga keluar balik belanja kerana tidak melaksanakan dasar yang kita telah umumkan lebih awal. Itu sahaja yang saya hendak sebutkan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Kalau boleh saya cadangkan Yang Berhormat, oleh kerana ramai yang tidak ada, siapa yang tidak ada ini beri jawapan bertulis sahaja lah.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dr. Lee Boon Chye
Kalau boleh semua jawapan bertulis saja [Ketawa]
Tuan Pengerusi
Kalau semua bersetuju.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tunggu ini. Jawablah.
Dr. Lee Boon Chye
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam perbahasan seramai 36 Ahli Parlimen yang terlibat dalam Peringkat Jawatankuasa di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, dan ada beberapa perkara yang memang hangat dibincangkan dan khususnya berkenaan dengan kontrak house officer, kontrak MO, khusus dengan vape, nefrologi dan sebagainya. Biar saya beri sedikit sebanyak penerangan.
Pertama berkenaan dengan kekurangan doktor. Memang kalau kita lihat dari segi jumlah nisbah doktor, nisbah 1 ke 500 memang kita sasarkan untuk tahun 2020. Akan tetapi bukan setakat jumlah yang ada, tetapi juga dari segi taburan sama ada junior doctor ataupun senior doctor ataupun doktor pakar. Kita kurang doktor pakar.
Akan tetapi doktor yang junior ramai. Apa yang paling genting adalah apabila IPTS, IPTA dan juga universiti-universiti daripada luar negara yang keluarkan graduan perubatan yang terlalu ramai di mana kita sediakan tempat untuk latihan house officer, Pegawai Perubatan yang siswazah yang tidak mencukupi. Jadi dalam usaha ini kerajaan telah menambahkan peluang untuk house officer untuk buat latihan.
Daripada 9,000 mula, sekarang sudah tambah sehingga lebih 11 ribu tempat untuk Pegawai Perubatan Siswazah. Cuma masalah kita, masalah ini timbul sejak tahun 2016. Jadi, masalah itu kita lakukan supaya kita kurangkan graduan perubatan supaya mereka tidak tunggu terlalu lama. Akan tetapi akibat itu, oleh kerana kekangan dari segi tempat dan juga jawatan, jadi masa tahun 2016 itu diputuskan supaya adakan lantikan kontrak untuk house officer.
Dr. Lee Boon Chye
Jadi, lantikan kontrak ini adalah selama tiga tahun, campur dua tahun. Tiga tahun adalah tempoh maksimum untuk mereka selesaikan latihan house officer dan dua tahun tambahan adalah supaya mereka habiskan khidmat wajib di bawah Akta Perubatan. Ini memang tanggungjawab kerajaan.
Ada soalan yang ditanya soal, kenapa ada satu per tiga antara mereka yang tidak dapat selesaikan house officer...
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Setiu minta celahan sikit.
Dr. Lee Boon Chye
Nanti, saya habiskan.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Sikit saja. Boleh Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi
Awal lagi.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Saya hendak sebut ada saya dapat maklumat kemasukan pelajar ke universiti dalam bidang perubatan di negara Mesir yang bermula awal tahun 2019, kerajaan tidak menghantar pelajar ke Mesir disebabkan mereka hanya belajar bidang perubatan ini dalam jangka masa lima tahun. Jadi, kalau ikut ketetapan kementerian mesti cukup enam tahun. Apa, minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Dr. Lee Boon Chye
Sebenarnya untuk universiti-universiti luar negara memang dalam second schedule yang diiktiraf, mereka ada senarai yang diiktiraf dan kita tidak ada tambahan universiti-universiti yang diiktiraf sejak mungkin 10 tahun yang lalu. Jadi kalau universiti yang ada, sedia ada, dia ada. Yang tidak ada, dia tidak ada. Jadi, yang tidak diiktiraf. Kalau dia tidak diiktiraf, dia perlu balik untuk dapatkan....
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Yang Berhormat Timbalan Menteri maksud saya, universiti ini dulu diiktiraf, tetapi bermula awal tahun 2019, universiti tersebut tidak lagi diiktiraf disebabkan masa untuk menuntut di universiti tersebut dipendekkan kepada lima tahun. Sedangkan kementerian mensyaratkan enam tahun.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dr. Lee Boon Chye
Ini kalau ada soalan yang khusus saya boleh semak dengan Malaysian Medical Council sama ada apa yang disebut itu betul atau tidak. Jadi, untuk yang tidak diiktiraf mereka perlukan ada special exam untuk mereka diiktiraf kelulusan mereka kemudian.
Jadi, seperti mana yang saya sebut, lepas itu ada satu per tiga yang tidak melengkapi latihan selama dua tahun dan kebanyakan adalah sebab peribadi, kerana cuti dan sebagainya ataupun kompetensi. Mereka tidak mencapai kompetensi yang dikekalkan. Jadi, ini menyebabkan lanjutan dan menyebabkan bahawa tempat untuk latihan siswazah tidak mencukupi. Ini bab yang pertama.
Sekarang kita sampai bab kedua di mana lantikan kontrak pertama cohort pertama house officer sekarang sudah melengkapi latihan. Mereka telah jadi Contract Medical Officer, Pegawai Perubatan dan tidak ada perjawatan yang mencukupi. Kalau kita lihat di Kementerian Kesihatan, kita ada sebanyak 24,019 jawatan untuk pegawai perubatan dan 4,629 jawatan pakar perubatan dan ini yang sedia ada- yang lain kelebihan perlulah lantikan kontrak.
Jadi, untuk ini mengikut keputusan daripada tahun 2016 adalah apabila mereka habiskan housemanship, kalau tidak ada lantikan tetap, mereka akan dilantik secara kontrak supaya boleh melengkapi khidmat wajib. Jadi okey, jadi keputusan yang dibuat houseman, UG 41 lantikan kontrak pun UG 41.
Jadi, masalah ini telah dibangkitkan dan kita akan kaji sama ada kita boleh lantik mereka dengan tahap yang lebih baik sedikit iaitu UG 43. Akan tetapi kalau kita lihat UG 41 dan MO lantikan kontrak. Kebetulan lantikan kontrak dan lantikan tetap Medical Officer itu dari segi gaji, take-home pay tidak banyak berbeza. Lebih kurang RM300 sebulan dan untuk mereka yang lantikan kontrak, take- home, gaji gross adalah lebih kurang RM5,097 sebulan dan kalau banding dengan lantikan tetap dia tinggi sedikit. Ada masalah juga kita tahu...
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Minta Yang Berhormat Menteri, minta celah sikit saja.
Dr. Lee Boon Chye
Biar saya habiskan dulu. Ada masalah kita juga tahu bahawa lantikan tetap itu dalam cohort yang habis housemanship, lantikan tetap itu mungkin tidak mencukupi untuk kita bekalkan pelatih-pelatih untuk kursus pakar. Di mana kursus pakar yang setiap tahun kita tawarkan boleh sehingga 1,200 tetapi ada kemungkinan kita kurang. Jadi, bagaimana kita hendak selesaikan masalah ini.
Jadi, kita sedang teliti mereka yang lantikan tetap mengikut JPA mungkin dia layak untuk terus ambil hadiah latihan persekutuan. Mereka yang lantikan kontrak bagaimana? Ini kita sedang dalam proses untuk buat kajian bagaimana kita dapat membolehkan mereka teruskan latihan kursus kepakaran di IPTA di negara ini. Silakan.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Boleh.
Dr. Lee Boon Chye
Ada soalan.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Boleh celah saya. Bandar Kuching. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tersebut. Saya rasa satu keluhan atau kebimbangan pekerja kontrak ini adalah the medical liability berkenaan dengan bekerja dalam kontrak.
Adakah mereka juga dilindungi dalam isu-isu medical negligence mahupun injury accident masa kerja berbanding dengan pekerja full employment?
Dr. Lee Boon Chye
Sebenarnya dari segi medical....
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Cuma sikit Yang Berhormat Menteri. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri kalau sekiranya apabila kita dapati kelewatan doktor ini ditempatkan di hospital ataupun klinik, kita serapkan dulu mereka sebagai penyelidik dalam bidang perubatan sebelum diserapkan sebagai doktor.
Dr. Lee Boon Chye
Memang kalau kita lihat first medical liability, yang pertama doktor-doktor walaupun dia doktor kontrak sebagai kakitangan kerajaan, kalau ada negligence suit ini kerajaan akan tanggung segala medical liability. Kalau ada dia jaga, dia kalau ada kesihatan memang rawatan boleh diberikan di kemudahan kementerian kesihatan. Berkenaan dengan penyelidikan. Bukan semua doktor hendak buat penyelidikan dan bukan semua tempat penyelidikan ada kekosongan untuk mereka.
Jadi, tetapi sekiranya mereka ada minat, ada kekosongan, mereka boleh ditempatkan sama ada di Institute of Medical Research ataupun IMR, untuk buat penyelidikan ataupun untuk bidang- bidang yang berkaitan. Sila.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Sedikit. Saya cuma nak tanya pendapat Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jika kita letakkan kriteria atau offer untuk masuk ke program master atau specialization sebagai satu consideration kepada pekerja kontrak ini, jika mereka mendapat offer dan mereka menyiapkan semua masa program, bolehkah mereka diberikan prioriti untuk mendapatkan full employment? So, berikan peluang kepada contract workers untuk juga apply atau memohon kepada master program ini sebab kita tahu apa yang kita kurang adalah spesialis. So, kita kena address the issue.
Dr. Lee Boon Chye
Memang itu satu cadangan yang baik tetapi sepertimana yang saya sebut, ini sedang dalam kajian. Belum ada satu keputusan muktamad sebab mengikut JPA, Hadiah Latihan Persekutuan cuma boleh diberikan kepada pegawai lantikan tetap sahaja. Jadi ini memerlukan satu keputusan dasar.
Jadi, kita juga tahu bahawa memang bukan setakat doktor yang kurang tetapi untuk jawatan- jawatan lain pun kurang seperti pembantu pegawai perubatan dan sebagainya. Jadi apabila kita adakan fasiliti yang baharu, kita lihat ada kebanyakan tempat tidak ada jawatan yang baharu sepertimana yang disebut oleh beberapa Ahli Yang Berhormat.
Dalam hal ini, kementerian sedang uruskan dengan permohonan untuk penambahan jawatan dalam Kementerian Kesihatan sebanyak 10,675 jawatan tambahan dan ini belum ada keputusan muktamad daripada JPA. Kita harap juga dengan sokongan Yang Berhormat semua supaya Kementerian Kesihatan Malaysia dikecualikan daripada segi sekatan untuk penambahan kakitangan kerajaan kerana ini merupakan satu kementerian yang memerlukan kakitangan kerajaan yang berlebihan apabila fasiliti perkhidmatan yang baharu ditambah. Jadi ini...
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed - Jeli
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Jeli minta pencelahan.
Dr. Lee Boon Chye
Ya, Yang Berhormat Jeli.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed - Jeli
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya kira lebih 100 peratus Ahli Dewan akan menyokong saranan Yang Berhormat tadi iaitu untuk mewujudkan jawatan baharu. Ini tidak ada masalah malah seluruh rakyat Malaysia. Kita faham kedudukan kewangan kerajaan tetapi kesihatan ini amat penting sekali.
Jadi, adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri bersetuju dengan sokongan 100 peratus lebih Ahli Dewan ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri akan lebih semangat untuk memperjuangkan masa depan doktor ya...
[Tepuk] Keduanya, adakah sementara menunggu jawapan ini, adakah kualiti perkhidmatan kesihatan ataupun moral doktor ini terjejas ataupun tidak ya? Kita harap tidak. Jadi, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri komen tentang moral doktor yang terumbang-ambing keadaan sekarang ini? Terima kasih.
Dr. Lee Boon Chye
Terima kasih Yang Berhormat Jeli. Memang kita faham bahawa apabila masalah kontrak ini muncul, memang ada effect daripada segi moral dan kita harap dengan keterangan ini mereka akan lebih bersemangat sikit. Kita memang peka kepada masalah-masalah yang mereka hadapi dan kita akan cuba seberapa yang boleh untuk mengatasi masalah-masalah yang mereka hadapi.
Cuma ada yang membangkitkan soal peruntukan untuk Kementerian Kesihatan yang seharusnya ditambah dan ini kita memang setuju. Kalau boleh setiap tahun akan ditambah kerana kita tahu fasiliti lebih, permintaan pun lebih.
Jadi saya ingin balik kepada isu berkaitan dengan vape. Jadi, Yang Berhormat Bera dan Ahli- ahli Parlimen yang lain seperti Yang Berhormat Kapar dan Yang Berhormat Tanjong Karang bangkitkan soal vape. Pada masa ini, hanya cecair vape yang mengandungi nikotin dikawal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah Akta Racun 1952. Penjualan produk yang mengandungi nikotin hanya boleh dilakukan oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar untuk tujuan rawatan perubatan seperti terapi penggantian nikotin bagi perokok yang ingin berhenti merokok.
Jadi untuk hal ini, setakat ini tidak ada sebarang electronic cigarette atau vape yang didaftar sebagai alat untuk- ataupun ubat untuk berhenti merokok. Penjualan produk yang mengandungi nikotin oleh individu yang bukan daripada profesional tersebut merupakan satu kesalahan di bawah akta ini dan jika didapati bersalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali. Jadi apabila rampasan dibuat, analisa akan dibuat dan sekiranya mengandungi nikotin di dalam cecair vape tersebut, tindakan akan diambil terhadap mereka yang menjual vape yang mengandungi nikotin.
Jadi, Yang Berhormat Kapar ada mencadangkan supaya kita memasukkan mereka yang kendalikan vape industry ini ke dalam jawatankuasa khas pengkajian vape. Walaupun itu cadangan yang baik tetapi kita telah berjumpa dengan mereka dan berdialog dengan mereka dan juga kita akan menjemput pengusaha tersebut supaya membentangkan kertas kerja mereka untuk dipertimbangkan oleh jawatankuasa sebelum kita buat keputusan. Jadi, keputusan sama ada kita larang vape 100 peratus ataupun kita benarkan vape tanpa nikotin ataupun benarkan vape dengan kandungan nikotin yang rendah. Ini antara beberapa perkara yang mungkin kita lakukan berkenaan dengan vape.
Jadi saya balik kepada isu seterusnya berkenaan dengan perkhidmatan nefrologi. Memang di bawah peruntukan pembangunan Kementerian Kesihatan Malaysia telah luluskan projek naik taraf kemudahan hemodialisis di hospital seluruh negara dengan kos sebanyak RM30 juta.
Di samping itu, Kementerian Kesihatan Malaysia juga luluskan peruntukan bagi mewujudkan perkhidmatan hemodialisis di klinik kesihatan dengan kos yang sama iaitu RM30 juta. Ini antara lain bertujuan untuk ubah suai pusat hemodialisis dan pembelian peralatan mesin hemodialisis di hospital dan klinik seluruh Malaysia.
Untuk makluman, setiap hemodialisis menelan kos sebanyak RM40,557 setiap tahun dan di seluruh Malaysia di kemudahan Kementerian Kesihatan yang sedia ada, terdapat 42,189 orang pesakit yang sedang menjalani dialisis ini dan ini merupakan satu beban yang besar yang kita akan terus bekalkan untuk pesakit.
Yang Berhormat Kuala Krau...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Yang Berhormat Timbalan Menteri, jadi tahun depan berapa mesin baharu akan dibeli?
Dr. Lee Boon Chye
Seperti mana yang saya sebut, kita peruntukkan RM30 juta untuk hospital, RM30 juta untuk klinik kesihatan tetapi butiran berapa mesin yang akan dibeli tidak dapat saya putuskan buat masa ini.
Dato’ Seri Dr. Santhara - Segamat
Yang Berhormat Timbalan Menteri, memandangkan tadi saya dah minta di Jementah itu, kalau boleh diberikanlah. Saya kata saya akan bagi separuhlah memandangkan Yang Berhormat Kota Melaka kata dia akan bagi penuh. Peruntukan dia pun boleh diberikan kepada saya, saya berterima kasih. Terima kasih.
Dr. Lee Boon Chye
Terima kasih. Kebetulan untuk Jementah, kementerian telah menerima sebuah NGO, nonprofit making NGO akan menubuhkan hemodialisis di Jementah dan kementerian akan membantu melalui geran untuk mereka yang layak untuk menerima hemodialisis di situ dan kita menyambut baiklah usaha Yang Berhormat Segamat untuk one-to-one matching. Kalau semua Yang Berhormat boleh one-to-one matching, Kementerian Kesihatan akan ada dana yang jauh lebih besar daripada yang sedia ada. Yang Berhormat Segamat kayalah ya?
Okey, Yang Berhormat Kuala Krau telah bangkitkan soal rawatan jantung seperti angiogram dan cadangan untuk membina pusat jantung di ibu negeri dan bandar-bandar besar. Buat masa ini, semua hospital berpakar negeri yang mempunyai kepakaran rawatan kardiologi dan rawatan invasive jantung kecuali bagi negeri Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka, semua ada kemudahan kepakaran rawatan kardiologi.
Dr. Lee Boon Chye
Rancangan untuk wujudkan perkhidmatan kardiologi dan rawatan invasive jantung adalah di negeri Melaka buat sementara agar dapat di negeri Melaka buat sementara agar dapat mengurangkan waktu menunggu rawatan jantung.
Saya diberitahu juga sokongan daripada kerajaan negeri Melaka untuk kita tubuhkan invasive lab di Melaka. Dalam perancangan kita akan adakan tiga invasive lab yang baru, tambahan kepada sedia ada, yang satu di Serdang, satu di Alor Setar dan satu di Queen Elizabeth II di Kota Kinabalu.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh tanya? Satu- satunya hospital kerajaan yang diyakini oleh orang ramai ialah apabila rawatan di Institut Jantung Negara. Ini bermakna, kalau ada jantung di hospital-hospital negeri, sama juga. Bagaimana kementerian boleh melihat perkara tersebut supaya orang ramai meyakini hospital kerajaan, tidaklah lari pergi ke KPJ dan lain-lain termasuk pegawai-pegawai kerajaan sekali. Sehinggakan saya terfikir, soal hendak check Ahli Parlimen ini pun kadang-kadang kita tidak berapa yakin dengan hospital kerajaan. Kita lebih yakin pergi ke hospital berbayar di luar sana walaupun harga bukan main tinggi.
Bagaimana pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Dr. Lee Boon Chye
Terima kasih. Kalau kita lihat dari segi prestasi IJN memang antara hospital pakar jantung yang istimewa, bukan setakat di negara tetapi juga di Rantau ini. Di bawah Kementerian Kesihatan kita juga bangunkan Hospital Serdang sebagai hospital pakar kardiologi dan di negeri-negeri yang lain. Kita faham apabila dibangkitkan soal Ahli Parlimen yang perlu doktor Parlimen ini kita akan teliti dari segi butiran dan dari segi pentadbiran sama ada kita perbaiki. Untuk makluman Yang Berhormat juga...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
Tuan Pengerusi.
Dr. Lee Boon Chye
Sebentar. Untuk makluman Yang Berhormat juga, kita setiap tahun apabila kakitangan kerajaan yang menerima rawatan di IJN sebenarnya ada peruntukan daripada Kementerian Kesihatan sebanyak RM300 juta setiap tahun yang kita salurkan ke IJN untuk memberi rawatan kepada kakitangan kerajaan yang dirawat di IJN. Silakan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita akui, bahkan kita dapat maklumat memang IJN merupakan satu institut jantung yang popular bukan sahaja di negara kita bahkan di ASEAN khususnya dan juga negara-negara lain. Ramai pesakit-pesakit mendapat rawatan daripada IJN ini.
Saya pernah berdepan dengan cadangan, mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh mengesahkan bahawa satu cawangan Institut Jantung Negara akan dibina di kawasan Pantai Timur.
Pernah dicadangkan di Kuantan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
Kalau tidak silap saya Almarhum Paduka sultan Haji Ahmad Shah pernah mencadangkan ini dan juga Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga pernah menitahkan supaya satu cawangan ataupun satu lagi IJN dibina untuk kepentingan pesakit-pesakit khususnya kawasan Pantai Timur.
Apakah benar cadangan ini, dan apakah ia akan direalisasikan? Terima kasih.
Dr. Lee Boon Chye
Memang kita faham dari segi keperluan untuk kita bangunkan perkhidmatan kardiologi di Pantai Timur dan memang cadangan untuk adakan di Hospital Kuantan memang pernah dibangkitkan. Kita sedang teliti tetapi apabila kita hendak bangunkan sebuah pusat jantung seperti IJN, bukan setakat dari segi fasiliti fizikal sahaja tetapi kita juga memerlukan kepakaran doktor-doktor yang boleh memberi perkhidmatan yang first class. Jadi kita memang dalam penelitian untuk kita adakan satu pusat center of excellence di Pantai Timur. Yang Berhormat Kuala Krau.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ya, Tuan Pengerusi. Saya bangkitkan isu ini kerana ada di kalangan pesakit yang menunggu terlalu lama sehingga tiga bulan, hingga enam bulan. Apabila belum sampai tarikh yang sepatutnya bertemu dengan pakar jantung ini, kardiologi ini, mereka telah meninggal dunia. Ini banyak berlaku di kawasan luar bandar. Saya mohon bagaimanakah untuk kerajaan meneliti supaya kadar untuk menunggu berjumpa dengan pakar ini dapat kita percepatkan.
Dr. Lee Boon Chye
Terima kasih. Ini bukan setakat pakar untuk jantung, untuk kepakaran yang lain pun sama juga. Kita faham bahawa tempoh untuk masa menunggu itu mungkin tidak menepati sasaran yang kita perlukan. Jadi, sebab itu kita perlu lebih ramai doktor pakar, sama ada pakar jantung dan sebagainya. Khususnya untuk jantung kita tahu ini penyakit kritikal dan kita akan cuba seberapa yang boleh untuk menambah baik. Cuma, kita perlu manpower, kita perlu peruntukkan yang lebih untuk kita kurangkan tempoh untuk menunggu.
Jadi, Yang Berhormat Kuala Krau juga bangkitkan soalan pap smear dan juga mammogram.
Pada masa ini, polisi saringan kanser serviks adalah melalui ujian pap smear dan ujian HPV. Ujian pap smear disarankan kepada kesemua wanita berumur 30 hingga 65 tahun setiap tiga tahun jika bacaan pap smear untuk dua tahun berturut-turut adalah normal. Untuk HPV disarankan bagi wanita berumur 30 tahun hingga 49 tahun setiap lima tahun sekali sekiranya ujian adalah negatif.
Jadi, untuk saringan mammogram, sasaran adalah untuk wanita berumur 40 tahun ke atas ujian akan disarankan setiap tahun atau dua tahun sekali bergantung kepada tahap risiko wanita tersebut. Jadi, untuk kardiologi saya telah terangkan tadi dan berkenaan dengan naik taraf Hospital Jengka.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Sebelum itu Tuan Pengerusi, sebelum itu saya ada menyebut tentang Institut Kanser Negara. Tentang apakah kemudahan- kemudahan dan juga kepakaran-kepakaran dan juga rancangan kerajaan untuk menjadikan bahawa hospital ini sebagai hospital kluster tidak lagi sebagaimana IJN, di mana digabungkan antara Hospital Putrajaya dan juga Institut Kanser Negara. Saya mohon pandangan Yang Berhormat Menteri kerana ini akan menjejaskan perkhidmatan kepakaran di Institut Kanser Negara tersebut.
Dr. Lee Boon Chye
Sebenarnya Institut Kanser Negara dibangunkan sebagai institut khas untuk rawatan kanser ataupun onkologi. Jadi Hospital Putrajaya dengan Institut Kanser Negara adalah pentadbiran yang berasingan. Untuk rawatan kanser bukan setakat di Institut Kanser Negara, kita juga ada di Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru dan kita akan bangunkan Hospital Kanser Sungai Petani untuk zon utara dan perkhidmatan rawatan kanser juga diadakan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas dan juga kebanyakan hospital umum, hospital negeri di seluruh negara.
Akan tetapi, untuk hospital khusus untuk kanser, IKN, Hospital Sultan Ismail dan ada unit khas untuk kanser di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas. Memang kita tahu kita perlukan institut khas kanser untuk kita memberi satu centre excellent, menjadi satu tarikan dan ada juga dibangkitkan soal health tourism tadi dan memang kita bukan setakat- daripada segi health tourism yang kita galakan ada tiga bidang, bukan setakat untuk rawatan kanser tetapi juga rawatan infertility dan juga rawatan kardiologi. Jadi, institut-institut sedemikian memainkan peranan penting untuk kita menarik health tourism. Jadi, ubah usai Dewan Bedah Hospital Jengka sepertimana...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Sebelum itu Tuan Pengerusi, saya juga ada menyebut tentang Institut Kanser Negara dan juga IJN ini supaya peralatan-peralatan yang sedia ada itu disemak semula sama ada masih lagi berfungsi dengan elok kerana pada masa- masa tertentu untuk memerlukan pembedahan yang cepat ada peralatan seperti teleskop yang tidak berfungsi dan terpaksa menunggu untuk membuat pinjaman daripada hospital yang lain.
Dr. Lee Boon Chye
Saya akan teliti apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Krau.
Berkenaan dengan infertility yang disebutkan tadi selain daripada empat hospital yang sedia ada kita akan perkembangkan IVF di Hospital Raja Perempuan Bainun dan juga Hospital Umum Sarawak pada masa yang terdekat.
Dr. Lee Boon Chye
Jadi, Hospital Jengka, perolehan tender, semua rujuk surat agensi pelaksana adalah bahagian perkhidmatan kejuruteraan dan iklan untuk ubah suai Hospital Jengka akan dikeluarkan bulan Oktober tahun 2019 ini.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dr. Lee Boon Chye
Jadi, untuk Klinik Kesihatan jenis 7 Kerau, kita akan cadangkan supaya ia dinaiktarafkan kepada Klinik Kesihatan jenis 5 pada masa yang bersesuaian untuk Yang Berhormat Kuala Krau. Yang Berhormat Bandar Kuching.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Pengerusi, saya juga sebut ada banjir pada tahun 2014 dan tahun 2015. Di mana KK3 di Pekan Kuala Krau telah tenggelam dan peralatan ubat-ubatannya juga telah musnah sama sekali dan telah diluluskan untuk pembinaan baharu di tapak yang baharu. Saya mohon juga semakan daripada pihak kementerian, dapat melaksanakan dengan kadar segera. Jika tidak ada maklumat, saya mohon jawapan bertulis.
Dr. Lee Boon Chye
Jawapannya ada. Bagi bangunan yang baharu Klinik Kesihatan Kuala Krau yang terlibat banjir, tapak baharu untuk bangunan tersebut telah dikenal pasti dan kita akan teruskan projek tersebut. Jadi, untuk beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching dan juga Yang Berhormat Kuala Kangsar berkenaan dengan mental health. Okey, sebenarnya integrasi kesihatan mental ke dalam kesihatan premium telah bermula tahun 1988.
Buat masa ini di peringkat kesihatan premium, Klinik Kesihatan Malaysia menyediakan perkhidmatan kesihatan mental di 1,001 buah klinik kesihatan meliputi aktiviti, promosi dan pengesanan awal melalui saringan untuk mengesan awal tahap stress, keresahan dan kemurungan dengan pakar perubatan keluarga bagi merawat gangguan mental dan pengurusan kes berkaitan cubaan bunuh diri. Kita juga ada 25 MENTARI di seluruh negara untuk membantu memulihkan mereka yang berpenyakit mental.
Jadi, ada beberapa perkara yang membangkitkan soalan penyakit mental ini. Pertama, sama ada kita adakan suicide registry dan ini kita dalam usaha. Akan tetapi suicide registry yang dicadangkan tidak bermakna sekiranya kita tidak kaji dalam Penal Code 309 kalau tidak silap saya, di mana 306, di mana suicide dianggap sebagai satu jenayah. Ini akan mengurangkan tahap pendaftaran suicide registry. Jadi, ini memerlukan satu keputusan dasar, bukan setakat dari segi Kementerian Kesihatan tetapi juga Jabatan Perdana Menteri. Jadi, berkenaan dengan saringan yang dicadangkan, memang kita galakan saringan, bukan setakat di hospital tetapi di klinik kesihatan. Sebenarnya di bawah Peka B40 kita juga adakan saringan mental health kepada mereka yang terlibat dalam...
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, itu mungkin soalan-soalan itu ditanya oleh Ahli-ahli Parlimen yang lain, saya tidak bertanya soalan-soalan itu, Yang Berhormat Menteri.
Dr. Lee Boon Chye
Saya belum habis.
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Okey.
Dr. Lee Boon Chye
Saya belum habis. Jadi, berkenaan dengan skim insurans yang dibangkit, memang kita tahu setakat ini cuma satu syarikat insurans yang bekalkan. Cuma kita hanya akan bekalkan data-data yang perlu untuk syarikat insurans untuk mengenal pasti premium dan sebagainya. Ini yang kita bantu tetapi keputusan untuk insurans, itu keputusan oleh syarikat insurans berkenaan. Berkenaan dengan kaunseling yang perlu untuk mental health ini, kebetulan di bawah kementerian yang lain. Program-program promosi dan pencegahan kesihatan mental yang dilakukan adalah meliputi kempen Let’s Talk Minda Sihat, Program Saringan Minda Sihat di klinik kesihatan, Program Kesihatan Mental dan Psikososial Pasca Bencana dan juga sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia setiap 10 Oktober dan promosi pencegahan tingkah laku bunuh diri di Suicide Prevention Day. Jadi, ini berkenaan dengan mental health.
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Yang Berhormat Menteri, saya ada tanya satu soalan yang sangat penting iaitu berapakah peruntukan yang disediakan untuk memerangi masalah stigma terhadap pesakit mental dan penyakit mental? Oleh sebab itu adalah masalah yang harus diselesaikan dahulu sebelum mereka menerima rawatan.
Dr. Lee Boon Chye
Sebenarnya berkenaan dengan stigma, kita melakukan melalui program pendidikan kesihatan seperti mana yang telah saya sebutkan tadi. Bukan setakat itu, kita juga bekerjasama dengan agensi-agensi yang lain, NGO dan juga kementerian yang lain, Kementerian Pendidikan khususnya. Supaya kita memberi kefahaman berkenaan dengan penyakit pesakit mental dan juga membina kapasiti untuk mereka turut terlibat dalam memberi kaunseling.
Kita juga melibatkan NGO-NGO seperti Befriender dan sebagainya untuk kita membantu menangani masalah penyakit mental ini. Jadi, ini berkenaan dengan penyakit mental. Masalah yang satu lagi yang dibangkitkan berkenaan dengan Pharmaniaga. Memang ramai yang bangkitkan soalan berkenaan Pharmaniaga, khususnya ekoran pengumuman daripada Yang Berhormat Menteri sebelum ini. Yang Berhormat Menteri Kesihatan pada 8 November 2019 telah memaklumkan keputusan Jemaah Menteri bahawa konsesi Pharmaniaga yang akan berakhir pada 30 November 2019 tidak dilanjutkan.
Untuk perolehan ubat-ubatan, Jemaah Menteri telah bersetuju supaya tempoh interim selama 25 bulan bermula 1 Disember 2019 hingga 31 Disember 2021 diberikan kepada Pharmaniaga bagi memastikan bekalan dan perkhidmatan tidak terjejas. Tempoh ini juga supaya KKM bersiap sedia mengambil alih fungsi Pharmaniaga. Jika KKM mampu mengambil alih lebih awal daripada tempoh interim itu, tender terbuka akan dibuat walaupun tempoh interim belum tamat, ini pengumuman pertama.
Jadi, terdapat tiga kaedah perolehan ubat-ubatan dan peranti perubatan yang dilaksanakan di Kementerian Kesihatan:
(i) pembelian terus dan sebut harga di peringkat hospital- direct purchase;
(ii) perolehan kontrak Pusat secara tender terbuka dan;
(iii) perolehan melalui perjanjian konsesi.
Pharmaniaga sebenarnya menguruskan perjanjian melalui konsesi yang merupakan 33.4 peratus daripada keseluruhan kos ubat. Jemaah Menteri juga telah bersetuju Pharmaniaga dibenarkan untuk meneruskan pengendalian, pengedaran dan logistik untuk tempoh lima tahun berdasarkan kepada keupayaan kapasiti dalam pengendalian pengedaran dan logistik memandangkan tiada syarikat tempatan lain yang mempunyai kapasiti yang sedemikian. Ini juga bagi memastikan pengedaran ubat ke kawasan pedalaman tidak terjejas.
Jadi, selepas 25 bulan ini ataupun lebih awal, apabila Kementerian Kesihatan mampu mengambil alih proses tender, kita akan ambil proses tender tersebut tetapi dari segi logistik akan dikendalikan oleh Pharmaniaga.
Kalau tiada soalan, saya teruskan. Yang Berhormat Kuala Kangsar, banyak perkara. Pasti saya tidak dapat habiskan. Saya cuba seberapa yang boleh untuk jawab yang lebih umum. Untuk Yang Berhormat Kuala Kangsar atau ikut giliran. Yang Berhormat Kuala Kangsar juga bangkitkan soal naik taraf Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Kangsar. Kita telah pertimbangkan justifikasi untuk kenaikan kos projek tersebut dan sedang dalam proses pertimbangan.
Dr. Lee Boon Chye
Kuala Kangsar juga bangkitkan soal ini perkhidmatan kesihatan luar bandar. Penurunan daripada RM181 juta kepada RM156 juta. Ini ramai yang bangkitkan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Kesihatan Malaysia juga menyatakan di sini bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa mengambil berat perkhidmatan kesihatan sama ada bandar mahupun luar bandar.
Saya ingin menjelaskan bahawa pengurangan ini bukanlah disebabkan kesihatan luar bandar kurang penting akan tetapi pengurangan ini disebabkan projek-projek klinik kesihatan di bawah butiran ini telah pun disiapkan dan peruntukan juga telah pun selesai diguna pakai. Jadi pengurangan ini oleh kerana projek sebelum ini telah siap dan jadi untuk tahun depan kita akan kurangkan sedikit.
Dr. Lee Boon Chye
Berkenaan dengan klinik bergerak. Kalau kita lihat di seluruh negara kita kendalikan klinik bergerak bukan setakat untuk klinik bergerak darat akan tetapi klinik bergerak air dan juga klinik bergerak udara. Sehingga kini sebanyak 239 pasukan klinik bergerak menyediakan perkhidmatan kesihatan iaitu 93 pasukan di Semenanjung, 42 pasukan di Sabah, dan 103 di Sarawak dengan kekerapan sebulan sekali mengikut jadual yang ditetapkan. Skop perkhidmatan yang disediakan adalah Jabatan Pesakit Luar, kesihatan ibu dan anak..
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
Tuan Pengerusi.
Dr. Lee Boon Chye
...Notifikasi pendidikan dan rujukan kes.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
Yang Berhormat Menteri boleh saya memberi pandangan. Kita hanya ada empat minit sahaja lagi. Saya hendak cadangkan supaya kalau boleh jawapan ini diberikan secara cluster. Umpamanya isu pembinaan hospital baharu. Ini yang locality punya isu, umpamanya macam di Maran cadangan, di Kota Tinggi dan beberapa yang lain.
Saya ingat kalau isu-isu general itu mungkin kita boleh menjawab bertulis. Akan tetapi isu yang spesifik pada kawasan, yang lebih penting untuk masyarakat, umpamanya saya sebutkan di Hospital Maran, kemudian keperluan kenderaan tiga ambulan, keperluan kuarters, yang ini lebih menjurus kepada keperluan kakitangan perubatan dan sebagainya. Terima kasih Yang Berhormat.
Dr. Lee Boon Chye
...Terima kasih atas cadangan itu. Saya pasti ada cadangan-cadangan, pandangan-pandangan ataupun permintaan khusus berkenaan dengan projek-projek tersebut tidak saya dapat jawab di sini dan saya akan jawab secara bertulis Yang Berhormat Kuala Krau.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, rata-rata hospital sekarang ini ada masalah tempat letak kereta. Jadi saya mohon keseluruhan hospital-hospital ini disediakan tempat letak kereta yang mencukupi terutama sekali untuk pegawai perubatan dan kakitangan termasuk juga pesakit-pesakit yang mahu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan.
Apabila keluar daripada hospital, mereka hendak ambil kenderaan masing-masing sudah ada saman-saman yang telah dikeluarkan sama ada oleh PDRM atau penguat kuasa local council. Saya ambil contoh di Hospital Temerloh, sampai pihak polis masuk ke kawasan hospital untuk menyaman kenderaan-kenderaan pesakit, juga yang menghantar atau waris pesakit yang menghantar pesakit tersebut. Ini menyebabkan mereka ini sudah sakit, bertambah sakit lagi. Terima kasih.
Dr. Lee Boon Chye
Ini soal tempat letak kereta. Memang kita faham khususnya bukan setakat- di kebanyakan hospital pakar- major ataupun hospital negeri dan klinik kesihatan yang besar, memang menghadapi masalah dari segi tempat letak kereta. Kita menyerulah supaya pesakit, waris ataupun saudara pesakit itu datang dengan menggunakan kenderaan awam ataupun guna Grab.
Untuk kementerian, kita cuba sediakan tempat letak kereta yang secukup-cukupnya untuk sama ada kakitangan kerajaan ataupun mereka yang datang untuk berkunjung ke hospital. Jadi, antara usaha-usaha yang kita lakukan adalah seperti Lean Healthcare dan juga kita lakukan supaya boleh dapatkan atau ada setengah hospital lakukan pemeriksaan darah di luar daripada hospital ataupun melalui dapat ubat melalui pos.
Kita juga uruskan supaya melalui public-private partnership membangunkan tempat letak kereta di beberapa hospital. Ini merupakan projek perintis yang sedang dilakukan di beberapa hospital dan sekiranya boleh kita boleh peluasan dan khususnya seperti di Hospital Kuala Lumpur di mana kita mulakan charge untuk tempat letak kereta. Ini akan meringankan beban untuk tempat letak kereta di situ. Jadi...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Hulu Terengganu. Sehubungan dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kuala Krau tadi amat tidak praktikal untuk seorang pesakit datang ke hospital dengan menggunakan pengangkutan awam.
Ini tidak praktikal dan tidak pernah dibuat orang saya rasa. Cuma boleh tidak pihak hospital mengadakan slow talk dengan pihak berkuasa bagi yang saman menyaman ini supaya tidak disaman mereka yang dah sakit, sudah jatuh ditimpa tangga ini. Itu terima kasih Tuan Pengerusi.
Dr. Lee Boon Chye
Ini bidang kuasa luar daripada Kementerian Kesihatan. Untuk PBT sebenarnya kita bincang berkenaan- ada beberapa tempat-tempat kita bekerjasama dengan PBT untuk kekalkan tempat letak kereta yang lebih seperti di Kuantan, di Serdang kita gunakan MAEPS dan sebagainya.
Dr. Lee Boon Chye
Di Hospital Ipoh juga kita gunakan velodrom dan sebagainya. Akan tetapi malangnya, walaupun tempat letak kereta yang lebih dibekalkan, akan tetapi masih ada kekurangan dari segi tempat letak kereta. Walaupun saya katakan kenderaan awam mungkin tidak sesuai untuk hospital akan tetapi untuk klinik kesihatan mungkin ini satu opsyen yang boleh dipertimbangkan untuk mereka yang menggunakan perkhidmatan tersebut. Jadi...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Yang Berhormat Menteri mengenai dengan Projek Perintis, beritahu adakah hospital yang berkenaan telah di kenal pasti? Tadi saya ada sebut tentang smart parking contohnya di Melaka, Hospital Besar Melaka telah dibina semasa penjajahan British. So hari ini memang tempat tersebut memang tidak ada tempat yang berlebihan untuk bina.
Dr. Lee Boon Chye
Yang tahu saya Hospital Melaka bukan dalam perintis tersebut. Saya tidak dapat berikan dengan secara spontan. Kalau perlu, ada dua hospital yang melakukan projek perintis tersebut dan saya boleh bekalkan secara bertulis.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri Hospital Nur Zahirah Terengganu mengalami kesesakan dari segi parking. Jadi minta...
Dr. Lee Boon Chye
Ini universal lah. Kalau kita hendak bincang setiap hospital sampai pukul 12 malam pun tidak boleh habis.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Saya tanya dasar. Tadi saya bangkitkan bahawa kementerian sudah pun perkenalkan tempat larangan merokok di tempat awam. Kemudian saya bertanya tadi adakah bercadang untuk melarangkan minum arak di tempat awam?
Dr. Lee Boon Chye
Kalau kita lihat larangan merokok ini memang di bawah Kementerian Kesihatan di bawah Akta Makanan yang memberi bidang kuasa kepada Kementerian Kesihatan untuk menetapkan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau. Akan tetapi untuk minum arak, kita tidak ada bidang kuasa untuk mengharamkan minuman arak di tempat awam. Akan tetapi ini keputusan- kuasa boleh di tangan PBT yang buat keputusan dan tidak semestinya memerlukan Kementerian Kesihatan untuk buat ketetapan berkenaan dengan tempat mana yang sesuai untuk minum arak. Ini saya rasa PBT ada kuasa untuk buat peraturan tersebut, tidak perlu Kementerian Kesihatan.
Jadi berkenaan dengan ambulan, kita faham memang kalau kita lihat dari segi perkhidmatan ambulan, kita ada masalah dari segi membekalkan ambulan dalam 15 minit di semua- apabila ada panggilan. Kita faham ada ambulan yang tidak berfungsi dan kita juga menghadapi- ada ambulan driver yang kita sukar untuk dapatkan ambulan driver yang mencukupi untuk mengendalikan ambulan.
Ini masalah-masalah yang kita kenal pasti untuk kita teliti. Akan tetapi untuk tahun depan kita telah luluskan RM58 juta untuk pembelian ambulan yang baharu. Berkenaan dengan ambulan yang terbakar di Hospital Melaka, siasatan sedang dibuat. Kebetulan tidak ada- ambulan tersebut ikut, is not extraordinary- memang dalam tahap guaranty period dan daripada segi penyelenggaraan, memang ikut jadual. Jadi kita serah balik kepada konsesi yang senggarakan ambulans tersebut untuk take back the cost.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri, jadi bagi tiga buah ambulans di Maran nanti lulus ya Yang Berhormat Menteri?
Dr. Lee Boon Chye
Ini soalan spesifik. Tidak dapat jawab, tidak dapat jawab.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Ini umum Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya dari Limbang ini hendak tanya tadi Yang Berhormat Menteri pasal nasib Ahli Parlimen yang tidak boleh masuk IJN di luar waktu sidang. Apa ini- kita umum untuk semua.
Dr. Lee Boon Chye
Saya terangkan tadi kita akan teliti dari segi sebab ini lebih kepada pentadbiran dan saya akan teliti sama ada kita boleh semak sekali lagi berkenaan dengan keputusan pentadbiran tersebut.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya pasal...
Dr. Lee Boon Chye
Lama lagi, lama lagi. Kalau...
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Sedikit sahaja tentang apakah timeline yang dikenakan oleh pihak kementerian berkenaan tentang permasalahan satu pertiga daripada klinik kesihatan di Sarawak yang masih lagi tidak mempunyai elektrik dan apakah usaha kementerian untuk penyambungan elektrik. Adakah kita akan menjalankan kerjasama dengan kerajaan negeri untuk mempercepatkan pemasangan grid ini.
Dr. Lee Boon Chye
Sebenarnya masalah elektrik bukan di dalam bidang kuasa Kementerian Kesihatan. Akan tetapi memang kita ada kerjasama dengan KPM dari segi pembekalan solar di tempat- tempat yang terpencil. Akan tetapi untuk grid ini bukan di bawah Kementerian Kesihatan. Di sini di bawah MESTECC di sana, di bawah Sarawak Energy.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Ada sebahagian klinik kesihatan ini ia berdekatan dengan tiang elektrik tetapi tidak ada sambung. Macam masalah sekolah daif di Sarawak.
Kampung ada elektrik tetapi sekolah tidak ada elektrik. Klinik pun macam itu juga di Sarawak.
Dr. Lee Boon Chye
Kalau ada contoh yang spesifik boleh berikan. Kita boleh teliti berkenaan dengan perkara tersebut.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang Berhormat Menteri, sedikit lagi, Hulu Terengganu.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ini isu berkaitan dengan pembelian ambulans yang dikatakan tadi akan di tender. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri jika saya cadangkan supaya jenama kereta ambulans yang akan dibeli baru itu daripada brand yang selesa. Ini kerana pengalaman saya naik ambulans jenis Inokom, rasanya orang sakit pun boleh mati dengan brand tersebut. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri?
Dr. Lee Boon Chye
Ambulans ini ada specification yang tetap. Okey yang sedia ada memang ada specification-nya. Jadi ada dibangkitkan soal ambulans berkenaan dengan soal keselamatan. Memang kita telah melakukan kajian ekoran daripada beberapa kemalangan yang berlaku akhir-akhir ini dan kita telah mempertingkatkan supaya latihan kepada pemandu ambulans supaya mereka lakukan defensif dan safe driving. Kita pastikan supaya setiap ambulans driver akan adakan kursus sebelum mereka atau semasa mereka kendalikan ambulans tersebut.
Berkenaan dengan penyakit jarang dijumpai...
[Disampuk] Yang Berhormat Arau tidak ada.
Yang Berhormat Rasah ada?
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Arau tidak ada. Dalam peringkat ini siapa yang tidak ada tidak perlu dijawablah Yang Berhormat. Jawab bertulis sahaja.
Dr. Lee Boon Chye
Okey ini mungkin jawapan yang terakhir yang saya bagilah. Selebihnya saya akan jawab bertulis. Untuk penyakit jarang dijumpai, peruntukan untuk tahun 2019 adalah sebanyak RM16 juta. Untuk tahun depan adalah RM10 juta. Kalau kita lihat ini memang satu penurunan.
Kita faham bahawa apabila ada lebih ramai pesakit yang ada penyakit jarang dijumpai ini, cuma saya hendak betulkan Guillain-Barré itu bukan penyakit jarang jumpa, myasthenia gravis pun bukan penyakit jarang jumpa. Bukan semua penyakit yang jarang jumpa di-classify sebagai penyakit jarang jumpa.
Jadi untuk hal ini kita akan teliti bagaimana kita akan empower komuniti dan pesakit supaya kita adakan mungkin satu cara baru untuk smart partnership di mana pihak swasta ataupun pihak komuniti cuba membangunkan kapasiti untuk memberi dana rawatan penyakit jarang jumpa. Oleh sebab kita tahu bahawa penyakit jarang jumpa ini memang kos yang tinggi. Setiap pesakit setiap tahun mungkin menelan perbelanjaan sehingga RM1 juta setahun. Ini bukan sekali sahaja. Setiap tahun RM1 juta, setiap tahun RM1 juta setiap pesakit. Jadi ini satu beban yang agak tinggi supaya kita sedang kaji cara yang lain untuk kita beri perkhidmatan kepada mereka yang ada penyakit jarang jumpa. Jadi saya minta maaf kerana banyak perkara yang saya...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri saya minta maaf. Mohon pasal jarang jumpa ini okey. Saya sebenarnya terkejut sedikit dengan pengumuman Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa peruntukan untuk penyakit jarang jumpa, rare diseases dikurangkan daripada RM16 juta kepada RM10 juta. Saya bukan pakar seperti mana Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya kurang arif dalam bidang perubatan tetapi cuma Yang Berhormat Timbalan Menteri pun ada menyatakan bahawa seorang pesakit kosnya boleh sehingga RM1 juta untuk setiap tahun.
Kalau kita hanya memperuntukkan RM10 juta, maknanya 10 orang sahaja yang dapat.
Padahal bilangan pesakit itu meningkat. Jadi walaupun Yang Berhormat Timbalan Menteri ada kata mungkin ada smart partnership dengan swasta dan sebagainya. Jadi saya mohon sekurang-kurangnya kita kekalkan RM16 juta itu sebelum kita- kalau tidak naik pun, paling kurang. Ini kerana saya rasa berita ini nanti ramai yang akan kecewa. Saya mohon belas kasihan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk pesakit-pesakit yang terlibat.
Oleh sebab walaupun mereka menghadapi penyakit yang sebegini tetapi mereka sebagai rakyat Malaysia juga, saya rasa kita punya tanggungjawab bersama untuk memastikan yang terbaik untuk mereka. Jadi saya mohon pertimbangan semula daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga KKM.
Dr. Lee Boon Chye
Saya faham apa yang disebut. Memang juga fahaman saya apabila peruntukan itu dikurangkan dan kita akan usaha seberapa yang boleh sekiranya memang betul kita perlukan, mungkin dalam pertengahan mungkin kita terpaksa untuk memohon peruntukan tambahan semasa bajet tambahan. Akan tetapi memang kita cuba untuk adakan smart partnership dalam usaha ini. Sekiranya boleh ini akan selesaikan masalah dari segi dana untuk Kementerian Kesihatan.
Jadi, saya sekali lagi untuk mereka yang saya tidak dapat jawab, saya akan jawab dalam secara bertulis. Terima kasih kerana...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri, sedikit.
Tuan Pengerusi
Tidak habis lagi? Terpulang kepada Yang Berhormat Menteri.
Dr. Lee Boon Chye
Sudah habis, sudah habis.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sedikit, sedikit hendak tanya ...
Tuan Pengerusi
Kalau tidak, tidak habislah.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tidak mengapa, saya akur.
Dr. Lee Boon Chye
Bertulis, bertulis.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM27,941,530,900 untuk Maksud B.42 di bawah Kementerian Kesihatan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM27,941,530,900 untuk Maksud B.42 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM2,660,550,000 untuk Maksud P.42 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan 2020 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM2,660,550,000 untuk Maksud P.42 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2020] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 13 November 2019.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakatuh dan selamat malam.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 10 malam]