Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
1. Puan Maria Chin binti Abdullah [Petaling Jaya] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masy arakat menyatakan, sama ada kementerian akan mengkaji keberkesanan sistem perlindungan sosial di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah disifatkan oleh Pelapor Khas PBB sebagai “fragmented” dan tidak mempunyai kakitangan pekerja sosial yang mencukupi.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahi Rahmani Rahim. Saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Petaling Jaya bertarikh hari ini bersekali dengan pertanyaan Yang Berhormat Ipoh Timur pada 12 November tahun ini kerana pertanyaan-pertanyaan tersebut saling berkait.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Pelapor Khas PBB yang telah menyatakan bahawa sistem perlindungan sosial di Malaysia adalah fragmented adalah merujuk kepada sekurang-kurangnya 110 Program Perlindungan Sosial di Malaysia yang dilaksanakan oleh 20 kementerian dan agensi, bukan sahaja yang berada di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Daripada 110 Program Perlindungan Sosial ini, hanya 11 bantuan kebajikan berada di bawah tanggungjawab JKM.
Malah sebelum laporan PBB itu dikeluarkan, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Mei 2019 tahun ini telah pun bersetuju supaya Majlis Perlindungan Sosial Malaysia atau Malaysia Social Protection Council (My SPC) yang telah ditubuhkan pada 28 Oktober 2016 diaktifkan semula sebagai badan induk penyelarasan dasar dan program perlindungan sosial bagi memperkasakan sistem perlindungan sosial negara.
Di bawah My SPC ini yang diurusetiakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) JPM, satu Jawatankuasa Teknikal Perlindungan Sosial telah pun ditubuhkan bagi menyelaras empat jawatankuasa kerja di mana Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah diberi mandat untuk mengetuai Jawatankuasa Kerja Bantuan Sosial. Antara skop Jawatankuasa Kerja Bantuan Sosial:
(i) menganalisis dan mengenal pasti jurang bantuan sosial;
(ii) mengkaji semula dan mengenal pasti bantuan untuk kumpulan rentan dan kumpulan sasar agar ianya bersifat complementary dan tidak berlaku pertindihan; dan
(iii) penggunaan sumber yang optimum berdasarkan kekangan fiskal.
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perlindungan Sosial telah diadakan pada 12 September tahun ini, manakala Mesyuarat My SPC akan diadakan pada 3 Disember pada tahun ini juga, insya-Allah bagi membincangkan Draf Pelan Induk Perlindungan Sosial
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Kebangsaan serta cadangan untuk mewujudkan sistem pangkalan data nasional perlindungan sosial.
Tuan Yang di-Pertua, seperti mana Yang Berhormat maklumkan, memang tepat sekali bahawa pada masa ini JKM tidak mempunyai kakitangan pekerja sosial yang mencukupi. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh MAMPU yang bermula pada 26 November 2018 dan siap pada Jun tahun ini, nisbah pekerja sosial di JKM berbanding populasi penduduk Malaysia adalah 1:8,576 penduduk Malaysia. Nisbah- memang ini besar jika kita bandingkan dengan negara-negara lain seperti satu pekerja sosial kepada 490 rakyat di Amerika Syarikat (1:490); satu kepada 1,040 di Australia (1:1,040); 1:3,025 di United Kingdom, dan jiran kita Singapura- 1:3,448 orang.
Jadi kita ini memanglah satu sampai 8,578 ini memang kekurangan pekerja sosial.
Ini ditambah lagi dengan kepelbagaian fungsi di luar skop kerja yang terpaksa dipikul oleh Pegawai JKM menyebabkan berlaku ketidakcekapan dalam pengurusan perlindungan sosial.
Oleh itu, kementerian sedang mengambil beberapa langkah perubahan agar JKM dapat memberikan fokus kepada skop tugas pekerja sosial iaitu pengurusan kes, case management kepada kumpulan sasar.
Antaranya adalah melalui perwujudan Akta Profesion Kerja Sosial yang dijangka akan dibentangkan pada Dewan Rakyat ini pada bulan Disember pada tahun ini juga. Rang undang-undang ini bakal mengukuhkan lagi peranan dan keberkesanan perkhidmatan pekerja sosial agar ianya bertepatan dengan cabaran masalah sosial yang semakin kompleks. Bagi menangani masalah kekurangan kakitangan pekerja sosial, kementerian juga telah mula berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) agar perkara ini dapat diselesaikan.
Pada masa yang sama, kementerian juga bercadang untuk meningkatkan strategi kolaboratif bersama pertubuhan-pertubuhan NGO dalam memastikan kumpulan sasar menerima perlindungan sewajarnya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Sila soalan tambahan pertama, Yang Berhormat Petaling Jaya.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Ya, terima kasih. Soalan tambahan ialah, adakah kerajaan akan memperkenalkan child benefit, dengan izin, universal allowance bagi lebih meringankan lagi beban kewangan menjaga anak supaya kita boleh mengurangkan jumlah kanak-kanak yang hidup dalam kemiskinan.
Saya ingin membawa perhatian kerajaan terhadap cadangan oleh UNICEF Malaysia untuk memberi RM150 hingga RM200 kepada setiap kanak-kanak berumur kurang daripada 2 tahun dan program ini mungkin hanya memakan belanja lebih kurang 0.2 peratus KDNK.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Program seperti ini sedang dilaksanakan di Kanada, malah pada tahap yang sangat tinggi sehinggakan seorang kanak-kanak yang layak boleh menerima Canadian Dollar 5,000 setahun. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Kementerian mengambil maklum dan bersetuju bahawa 1,000 hari pertama daripada kandungan sampailah berumur dua tahun merupakan fasa paling kritikal dalam perkembangan kanak-kanak. Untuk makluman Yang Berhormat, cadangan memperkenalkan child benefit, dengan izin atau bantuan kewangan secara universal kepada semua kanak-kanak masih belum sesuai dilaksanakan buat masa ini kerana satu, sepertimana yang saya sebutkan tadi kerajaan dalam proses membangunkan Pelan Perlindungan Sosial Kebangsaan bagi melihat semula keberkesanan semua bantuan kewangan serta kebajikan di semua kementerian. Maka, adalah tidak bertepatan sekiranya kerajaan memperkenalkan bantuan kewangan baharu sebelum kajian ini dilaksanakan.
Kerajaan juga mengumumkan pelaksanaan Program Sarapan Pagi Percuma kepada semua pelajar rendah kerajaan mulai 1 Januari 2020. Ini akan melibatkan anggaran 20.7 juta kanak-kanak dengan tujuan memberikan makanan berkhasiat mengikut nilai kalori dan amalan pemakanan seimbang bagi memastikan murid mengamalkan pengambilan sarapan, gaya hidup sihat serta merangsang proses tumbesaran. Manakala Bantuan Kanak- kanak (BKK) RM100 sebulan seorang dan maksimum RM450 seisi rumah melebihi empat
Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
orang kanak-kanak diteruskan sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Soalan tambahan kedua...
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Pasir Puteh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krau.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ada 30 saat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Saya mengucapkan tahniah kerana Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri mempunyai idea yang cukup bernas untuk menjaga perlindungan kakitangan pekerja sosial khususnya di bawah JKM. Disebut tadi 110 program sosial di bawah kementerian-kementerian yang lain yang akan diselaraskan seperti abang Mat dalam video dia jadi pekerja sosial di kedai teh KADA di Tanjung, Jiwa Murni di bawah angkatan tentera, KOSPEN di bawah KKM.
Jadi saya hendak tanya, boleh tidak pekerja sosial selain daripada pekerja yang kita tetapkan di bawah kakitangan atau di bawah JKM ini kita perluaskan di dalam pemimpin- pemimpin masyarakat yang turun padang bersama dengan pekerja JKM ini untuk melihat tentang kebajikan sosial seperti bencana, MERCY banjir dan sebagainya. Saya mohon jawapan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Terima kasih Kuala Krai.
Seorang Ahli
Yang Berhormat Kuala Krau.
Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Yang Berhormat Kuala Krau. Memang kita mahukan pekerja sosial, actually pengkhususan ada. Oleh sebab itu kita naikkan tingkat pekerja sosial supaya ia tidak banyak tugas, mengurangkan efficiency dan keberkesanan pekerja sosial itu. Kita juga ada rancangan untuk Rang Undang-undang Profesion Pekerja Sosial. Jadi, ia sama seperti doktor perubatan dan peguam. Tidaklah semua, macam-macam dia buat, jadi kita cairkan peranan dia.
Akan tetapi kita juga ada bantuan di tempat lain kalau ada apa-apa bencana, di mana sesiapa pun boleh menolong dan memberikan pertolongan yang dipanggil sebagai penolong pekerja sosial. Ada ya. Mereka akan boleh memberikan perlindungan terutamanya kepada kanak-kanak.
Akan tetapi sepertimana yang saya katakan, tugas pekerja sosial perlu ada fokus.
Kita hendakkan pekerja sosial fokus kepada case management sebab case management ini memerlukan bukan sahaja ketika memberi perlindungan, malah kena follow-up. Macam saya ambil kes kanak-kanak didera. Dia kena ada perlindungan, kena ada keselamatan, kena pergi ke mahkamah dan selepas itu tengok-tengok kan supaya dia diberikan kaunseling, semua- semua ini. Jadi pekerja sosial ini kita hendak naikkan, tingkatkan supaya ia menjadi satu profesion seperti peguam dan doktor. Terima kasih.
2. Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Menteri Pendidikan menyatakan mekanisme pelaksanaan Program Sarapan Percuma (PSP) untuk semua pelajar sekolah rendah mulai tahun 2020.
Menteri Pendidikan - Dr. Maszlee bin Malik
Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat terdapat sepuluh pertanyaan yang berhubung kait dengan Program Sarapan Pagi. Oleh itu, izinkan saya menjawab pertanyaan ini serentak dengan pertanyaan daripada:
(i) Yang Berhormat Jerai dan Yang Berhormat Beruas pada hari ini, 9 Oktober 2019;
(ii) Yang Berhormat Ledang pada 21 Oktober 2019;
(iv) Yang Berhormat Bandar Kuching pada 24 Oktober 2019;
Menteri Pendidikan - Dr. Maszlee bin Malik
(iv) Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Sembrong dan Yang Berhormat Sibu pada 6 November 2019;
(v) Yang Berhormat Jempol pada 12 November 2019; dan
(vi) Yang Berhormat Rasah serta Yang Berhormat Padang Serai pada 21 November 2019.
Tuan Yang di-Pertua, Program Sarapan Pagi (PSP), Kementerian Pendidikan Malaysia adalah bertujuan untuk memberikan makanan tambahan yang memenuhi keperluan nutrisi penting bagi pertumbuhan fizikal dan kognitif murid-murid di sekolah rendah. PSP adalah berfokus kepada nutrition security yang bertujuan membekalkan makanan yang berkhasiat mengikut nilai kalori dan amalan pemakanan yang seimbang.
Laporan teknikal National Health and Morbidity Survey 2017: Adolescent Nutrition Survey (NHMS) dengan izin, Kementerian kesihatan Malaysia menyatakan status pengambilan sarapan pagi dalam kalangan murid-murid bersekolah di Malaysia adalah tidak menyeluruh. Dapatan tinjauan ini menunjukkan bahawa 70 peratus pelajar tidak bersarapan ketika mereka pergi ke sekolah. Manakala Laporan Dunia bertajuk Malaysia Economic Monitor: Realizing Human Potential 2018 menunjukkan kadar kanak-kanak yang terbantut masih tinggi di Malaysia.
Bukan itu sahaja, kajian juga ada menunjukkan bahawa pengambilan sarapan pagi mempunyai kesan positif terhadap perkembangan kognitif dan pencapaian pelajar di sekolah.
Justeru tindakan pencegahan perlu dilaksanakan dengan menerapkan amalan pemakanan yang seimbang dalam kalangan semua murid sekolah rendah melalui pengambilan sarapan pagi yang berkhasiat. KPM bertanggungjawab melaksanakan PSP dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kewangan, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Malaysia, institut pengajian tinggi awam dan juga NGO.
KPM telah menubuhkan jawatankuasa induk dan jawatankuasa pelaksana di peringkat kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah bagi memastikan pelaksanaan PSP berjalan lancar, memenuhi objektif dan dapat dilaksanakan secara berterusan. Projek rintis PSP telah dijalankan di tujuh buah sekolah bermula September hingga November 2019. Sekolah rintis yang dipilih merupakan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan dan sekolah Orang Asli mengikut kawasan bandar dan luar bandar di empat buah negeri dengan enrolmen yang pelbagai, antara 47 orang murid sehinggalah 2,380 orang murid.
Dapatan rintis ini akan dijadikan panduan untuk perlaksanaan PSP di seluruh negara. Pelaksanaan PSP dicadangkan melalui dua mekanisme. Mekanisme pertama ialah pengoperasian PSP selama 30 minit menggunakan kombinasi menu utama dalam bentuk makanan bermasak dan menu buah-buahan. Mekanisme kedua pula ialah pengoperasian PSP selama 10 minit menggunakan kombinasi menu minuman produk tenusu ataupun minuman berkhasiat dan menu makanan ringkas berkonsepkan ready to eat ataupun grab and go dengan izin seperti roti, biskut, snek, bijirin, kuih dan telur rebus.
Senarai menu PSP dibangunkan bersama-sama dengan kepakaran pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan IPTA bagi memenuhi khasiat yang diperlukan oleh murid. Waktu pemberian sarapan pagi ialah sebelum jam 8.30 pagi bagi murid sesi pagi dan sebelum empat petang bagi murid sesi petang serta dijadualkan secara berperingkat- peringkat mengikut kesesuaian sekolah. Waktu makan murid akan dijadualkan secara berperingkat-peringkat dan lokasi tempat makan murid akan dipelbagaikan menggunakan ruang atau bilik yang ada di sekolah. Ini dapat memberikan masa untuk murid mencuci peralatan makanan masing-masing di samping itu kaedah makanan di dalam kelas bersama- sama guru merupakan salah satu langkah praktikal daripada segi ruang dan hubungan mesra guru dengan murid.
Menteri Pendidikan - Dr. Maszlee bin Malik
Maksudnya, guru akan bersarapan sekali dengan murid, di samping mengambil peluang untuk mendidik tentang khasiat makanan dan juga adab-adab makan. Ini juga termasuk sebahagian daripada pendidikan sivik yang ingin diterapkan oleh kementerian pada waktu ini. Elemen pendidikan kesihatan juga diterapkan melalui program sarapan pagi ini.
Murid mengamalkan pengambilan sarapan pagi yang berkhasiat dan gaya hidup sihat dari segi fizikal dan mental. PSP juga menerapkan nilai-nilai murni, berdisiplin dan adab
Menteri Pendidikan - Dr. Maszlee bin Malik
pemakanan yang baik di samping meningkatkan pengetahuan dan kesedaran aspek kesihatan diri serta mengelakkan pembaziran di kalangan murid.
Diharapkan, PSP ini akan dapat membentuk generasi Malaysia yang baharu, yang lebih berpengetahuan, bersivik, bernilai murni dan juga sihat dan penuh dengan nutrisi. Kita juga mengharapkan supaya melalui PSP ini, kita akan dapat membentuk Malaysia yang lebih sihat, membangun dan juga berdaya produktif.
Sebanyak 2,691,231 murid sekolah rendah di seluruh negara dijangka mendapat manfaat daripada program sarapan pagi ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan yang begitu baik tadi. Cuma, untuk persoalan saya ialah data menunjukkan bahawa sebanyak RM289 juta diperuntukkan untuk melaksanakan Rancangan Makanan Tambahan bagi murid sekolah yang tergolong dalam kumpulan miskin tegar sepanjang tahun ini iaitu 2018. Pada 2018, seramai 489,117 murid menerima bantuan tersebut melibatkan 7,316 sekolah di seluruh negara. Menerusi Rancangan Makanan Tambahan ini, peruntukan bagi seorang murid adalah sebanyak RM2.50.
Ringkasannya, dengan jumlah murid yang tidak sampai 500,000 telah mencecah peruntukan hampir RM300 juta, berapa pula peruntukan yang diperlukan apabila membabitkan jumlah murid kira-kira 2.7 juta orang?
Kedua, apakah langkah-langkah terbaik untuk mencegah daripada keracunan makanan kepada murid-murid?
Dr. Maszlee bin Malik
Tuan Yang di-Pertua, anggaran kos program sarapan pagi ini ialah di antara RM800 juta sehingga RM1.67 bilion bergantung pada kaedah pelaksanaan bagi 200 hari persekolahan. Mengambil kira kos perbekalan bahan mentah di kawasan pedalaman termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Sebanyak 2,691,231 murid sekolah rendah di seluruh negara dijangka mendapat manfaat daripada program ini.
Berkaitan dengan apakah langkah-langkah untuk mengelakkan keracunan, pembaziran dan sebagainya, kita mempelajari daripada pengalaman, pelaksanaan RMT ataupun rancangan makanan untuk murid miskin dan juga melalui program rintis yang kita lakukan dalam tempoh dua bulan ini. Pihak sekolah akan mengambil langkah-langkah yang berpatutan menurut SOP yang telah ditetapkan, demi memastikan tidak akan berlaku keracunan makanan dalam pelaksanaan nanti. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Saya tengok ramai yang hendak bertanya. Akan tetapi, saya tengok senarai yang telah bertanya.
Soalan bertulis. Antaranya, Yang Berhormat Bandar Kuching. Silakan.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih. Saya ada keistimewaan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan tersebut. Memang saya menyokong implementasi program ini terutamanya bukan sahaja anak-anak kita dapat makanan yang berkhasiat tetapi ini peluang baik anak-anak kita tidak kira bangsa ataupun agama dapat duduk bersama untuk makan sarapan pagi.
Namun begitu, bagaimana kita dapat memastikan makanan yang dibekalkan mengandungi semua khasiat atau mematuhi parameter yang diperlukan terutamanya di kawasan pedalaman? Juga, bagaimana dengan anak-anak yang mana ibu bapa memilih untuk menyediakan sarapan pagi di rumah? Adakah mereka juga perlu makan sarapan ataupun diberi pilihan? Terima kasih.
Dr. Maszlee bin Malik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi Yang Berhormat Bandar Kuching, program sarapan pagi merupakan hadiah Kerajaan Pusat kepada rakyat Sarawak dan juga kepada rakyat Kuching. Kita mengambil berat tentang nutrisi dan juga khasiat yang diberikan kepada anak-anak kita melalui program sarapan pagi ini. Sebab itulah saya katakan tadi, bimbingan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia merupakan antara panduan kami dalam pelaksanaan tersebut. Kita memastikan setiap makanan yang diberikan adalah menurut preskripsi yang telah diberikan oleh Kementerian Kesihatan.
Bagaimana pula dengan anak-anak yang sudah makan di rumah? Kita menggalakkan mereka duduk untuk makan sekali. Ini kerana konsep ini, konsep program sarapan pagi ini bukan sekadar sarapan semata-mata, bukan sekadar pemakanan
Dr. Maszlee bin Malik
semata-mata. Lebih daripada itu ialah konsep untuk makan sekali, harmoni, mahabbah dan lebih penting daripada itu, konsep pendidikan. Di mana guru akan turut serta makan dengan anak-anak murid dan anak-anak murid akan dibimbing dengan tatacara-tatacara adab makan. Mereka bersihkan bersama dan juga recycling makanan yang ada baki dan lebih daripada itu, kita ingin supaya tanpa ada perbezaan agama, bangsa, kelas ekonomi, anak- anak murid dapat makan bersama-sama dan saling bermesra. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Saya berikan satu lagi. Saya tengok siapa yang ada bertanya dalam senarai. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas peluang untuk saya kemukakan soalan tambahan yang ketiga. Kalau kita tengok tarikh pelaksanaan pada tahun depan, tinggal kurang daripada tiga bulan lagi. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, apakah persiapan di peringkat sekolah, yakni semua sekolah rendah yang terlibat, persiapan yang kena dilakukan? Apakah benar rancangan ini dapat kick-off dia, dapat dilancarkan pada sesi persekolahan baharu pada 2 Januari tahun depan?
Kedua, berkaitan dengan guru-guru yang tidak mengajar, yang tidak masuk kelas.
Apakah mereka juga dapat makanan percuma? Sebab makan bersama murid tetapi sebab ada guru-guru yang dia tidak ada kelas waktu itu. Apakah mereka juga dapat faedah dari ini?
Terima kasih.
Dr. Maszlee bin Malik
Tuan Yang di-Pertua. Guru-guru yang bertugas, mereka akan mendapat makanan percuma. Berita baik untuk para guru. Namun, bukan guru yang sama pada setiap hari. Bagi guru yang bertugas, mereka akan bersama dengan anak murid.
Guru yang tidak bertugas, mereka akan mendapat peluang pada hari yang lain. Pendek kata, semua guru akan mendapat keuntungan dan manfaat daripada program sarapan pagi ini.
Berkaitan dengan pelaksanaan pada tahun 2020, Kementerian Pendidikan sedang berusaha untuk program sarapan pagi ini boleh dilaksanakan mulai tahun 2020, tertakluk pada proses perolehan dan tatacara kewangan yang sedia ada. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Saya ingin teruskan kepada pertanyaan jawab lisan seterusnya. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Datuk Haji Shabudin Yahaya - Tasek Gelugor
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertamanya, saya hendak mengalu-alukan pelawat daripada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katolik Petaling Jaya.
[Tepuk]
3. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan apakah usaha kementerian dalam meningkatkan lagi pasaran eksport madu kelulut ke luar negara dan adakah pengusaha madu kelulut di negara kita mampu membekalkan madu kelulut dengan memenuhi piawaian dan kualiti bagi menembusi pasaran antarabangsa.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Tuan Sim Tze Tzin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Madu kelulut merupakan salah satu produk makanan kesihatan yang dikenal pasti mempunyai khasiat antioksidan yang tinggi dan berupaya mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas.
Sehubungan dengan itu, kementerian telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan madu kelulut sebagai salah satu produk makanan kesihatan dan dijenamakan sebagai superfood dari Malaysia di peringkat antarabangsa.
Selanjutnya, pihak kementerian telah melaksanakan beberapa langkah strategik dalam usaha untuk meningkatkan pasaran eksport madu kelulut di peringkat antarabangsa dan memastikan bekalan yang mencukupi. Langkah-langkah ini termasuk membangunkan standard madu kelulut, penganjuran aktiviti promosi menerusi penyertaan dalam program- program pameran perdagangan di luar negara, membangunkan dokumen pensijilan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP), menyediakan khidmat nasihat, latihan dan peruntukan bagi menggalakkan penternakan dan penghasilan madu kelulut.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Tuan Sim Tze Tzin
Pada tahun 2017, kementerian telah melancarkan standard spesifikasi madu kelulut MS 2683 dan standard penternakan lebah dan kelulut MS 2679. Standard ini telah dibangunkan oleh sebuah jawatankuasa kerja yang dianggotai oleh MARDI, SIRIM, Jabatan Standard Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu dan Institut Genom Malaysia serta turut melibatkan sesi libat urus bersama pemain industri.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Tuan Sim Tze Tzin
Dokumen ini telah dibangunkan berdasarkan asas di bawah standard piawaian CODEX STAND 12-1981, standard for honey bagi memastikan ketulenan dan kualiti madu kelulut terpelihara serta membendung masalah madu kelulut tiruan.
Komitmen kementerian untuk mempromosikan madu kelulut di luar negara pula telah dilaksanakan melalui program penyertaan dalam program pameran perdagangan antarabangsa oleh pejabat-pejabat perwakilan pertanian di luar negara seperti:
(i) Halal Market Fair 2018 di Tokyo, Jepun;
(ii) Middle East Organic and Natural Product Expo 2018, Dubai di Emiriah Arab Bersatu; dan
(iii) program validasi pasaran madu kelulut di Chicago, Amerika Syarikat pada tahun 2018.
Selain itu, bagi meningkatkan lagi kesedaran mengenai madu kelulut sebagai super food di peringkat antarabangsa, produk ini turut dijadikan sebagai cenderahati oleh pemimpin negara kita semasa lawatan kerja di luar negara atau dihadiahkan kepada tetamu kehormat luar negara yang melakukan lawatan kerja di Malaysia. Contohnya yang paling utama yang kita selalu tahu adalah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri selalu memberi madu kelulut kepada pengunjung-pengunjung daripada luar negara.
Sebagai usaha memastikan pengusaha madu kelulut di negara kita membekalkan madu kelulut yang memenuhi piawaian dan kualiti yang diterima di pasaran antarabangsa, Jabatan Pertanian sedang di peringkat akhir untuk membangunkan skim pensijilan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) pemeliharaan lebah dan kelulut. Skim pensijilan ini bertujuan untuk mengiktiraf ladang yang mengamalkan amalan pertanian yang baik dalam pemeliharaan lebah dan kelulut.
Bagi meningkatkan pengeluaran madu kelulut dan menarik penyertaan belia dalam industri madu kelulut, kementerian turut menyediakan peruntukan kepada yang berminat untuk menceburi bidang penternakan dan penghasilan madu kelulut. Antaranya di bawah Program Agropreneur Muda, peserta daripada golongan belia diberi bantuan dengan sasaran pengeluaran minimum sebanyak 25 kilogram sebulan dengan pendapatan sebanyak RM5,000 sebulan. Berdasarkan rekod Jabatan Pertanian, sehingga kini terdapat 717 usahawan yang terlibat dalam industri penternakan dan pengeluaran madu kelulut. Daripada jumlah tersebut, seramai 20 peserta telah dibantu di bawah Program Agropreneur Muda berjumlah RM300,000 di dalam bentuk input seperti beehive, sarang dan bongkah untuk pemeliharaan dan pengeluaran madu kelulut.
Selain daripada itu, kementerian turut menawarkan perkhidmatan pengembangan, extension service seperti khidmat nasihat teknikal dan latihan serta pemindahan teknologi.
Perkhidmatan ini diberikan secara langsung kepada pengusaha madu kelulut di peringkat negeri dan daerah oleh pegawai pertanian DOA dan penyelidik MARDI. Semoga dengan usaha yang dilaksanakan oleh kementerian dapat mempersiapkan pengusaha madu kelulut negara dalam membekalkan madu kelulut yang memenuhi piawaian dan kualiti setanding di peringkat antarabangsa. Sekian, terima kasih.
Datuk Haji Shabudin Yahaya - Tasek Gelugor
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas penjelasan yang begitu komprehensif dan menunjukkan bahawa madu kelulut adalah merupakan satu bidang yang mempunyai potensi yang amat besar.
Cuma soalan saya di sini ialah kita melihat tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebutkan ada 700 lebih players dalam bidang ini dan soalan saya ialah sejauh mana mereka ini digabungkan untuk menjadi satu pengeluar yang dinaungi oleh agensi di mana segala produk-produk mereka itu dikumpulkan dan dibuat satu bentuk production pasaran di peringkat negara. Itu satu.
Kedua, adakah pihak kementerian mempunyai cadangan untuk mewujudkan ladang-ladang kelulut ini secara estet supaya kita dapat menghasilkan produk kelulut ini
Datuk Haji Shabudin Yahaya - Tasek Gelugor
secara constant dan juga boleh dijenamakan sebagai jenama Malaysia. Jadi, mohon penjelasan. Terima kasih.
Tuan Sim Tze Tzin
Saya terima baik dengan cadangan daripada Yang Berhormat Tasek Gelugor. Kita tahu bahawa madu kelulut buat masa sekarang dia diusahakan oleh individu di dalam kampung dan juga players yang ditempatkan di merata tempat.
Jadi, ada kekangan sedikit dari segi menyediakan sebagai estet, tetapi kita akan explore bagaimana menyusun supaya ia lebih produktif dan konsisten. Akan tetapi kita tahu bahawa madu kelulut ini kita deal with bees, dia bukan manufacturing. Kita tidak boleh manufactures secara sistematik dan kita perlu- penyelidik-penyelidik kita daripada MARDI, dia tengah memikir bagaimana buat koloni, dia ada cara untuk memperbanyakkan koloni. Ini semuanya dalam penyelidikan penyelidik-penyelidik kita di MARDI.
Dari segi 717 peserta ini, mereka ini diberi perkhidmatan extension service oleh DOA dan juga MARDI dan mereka selalu dibimbing supaya mereka boleh maju ke depan. Kita harap ada penyertaan yang lebih banyak supaya kita mempunyai volume, supaya kita boleh menembusi pasaran antarabangsa. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana mengambil begitu berat, kementerian Yang Berhormat mengambil berat berkaitan dengan pengusaha madu kelulut. Saya juga di Baling, ramai anak-anak muda khususnya yang mengusahakan madu kelulut ini.
Jadi tadi dalam pembentangan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi cukup baik- lah, jawapannya tadi. Akan tetapi saya di sini ingin menanyakan berkaitan dengan pendekatan-pendekatan yang lebih komprehensif yang diambil untuk dalam usaha mengawal dan menstabilkan harga madu ini, madu kelulut melibatkan pasaran eksport bagi memastikan penawaran harga di pasaran antarabangsa tidak terlalu rendah hingga merugikan pengusaha-pengusaha. Apakah masalah birokrasi dan kekangan yang dihadapi dalam usaha memperluaskan pasaran madu kelulut di peringkat antarabangsa? Dalam 717 orang itu saya yakin dan percaya, lebih 50 daripada Baling untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Tuan Sim Tze Tzin
Terima kasih. Buat masa sekarang kita masih ada sedikit kekangan kerana kita belum mendapat CODEX- pengiktirafan antarabangsa kerana madu kelulut ini dia stingless bee. Di pasaran antarabangsa kita adalah sebagai bees, jadi kita masih berunding dengan MOH untuk mendapatkan kod untuk kita memasarkan sebagai stingless bee atau part of bees. Ini adalah masalah teknikal yang kita sedang cuba mengatasi.
Saya juga ingin- kita tahu tentang khasiat madu kelulut, tetapi ramai di antara kita masih belum minum tiap-tiap hari. Jadi saya pun kalau boleh kita pun kena ada kempen macam, ‘Sayangi Kelulut Kita’ atau ‘Kelulutku’...
[Dewan ketawa]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Better than sawit.
Tuan Sim Tze Tzin
It is equivalent or better.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat, kita minum sawit sahaja Yang Berhormat.
Tuan Sim Tze Tzin
So, saya ingin menguar-uarkan kepada sini bahawa ini super food Malaysia, super food.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kena buat kongres-lah.
Tuan Sim Tze Tzin
Something that is good for us. We don’t have a lot of super food, tetapi di Malaysia ini kita sangat bertuah.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kongres barua ke maruah?
Tuan Sim Tze Tzin
Tidak payah, cukup-lah. Jangan politik-politik sangat, ini Dewan. Kita di Malaysia ini tidak banyak super food dan ini salah satu yang sangat bagus.
Saya hendak beritahu bahawa stingless bee ini dia hanya berada dalam empat atau lima negara sahaja. Satu - Malaysia; kedua - Brazil; ketiga - Filipina; dan keempat - Indonesia.
Tuan Sim Tze Tzin
Empat negara ini sahaja dan sedikit-sedikit di Afrika. Malaysia adalah yang paling pertama mempunyai standard tentang kelulut. Jadi we are ahead in this industry dan kita mahu bahawa we continue to be the leaders ini kelulut. Kita boleh create the downstream dan saya harap Yang Berhormat-Yang Berhormat di sini minum lebih kelulut. Kita jadi lebih strong, we can...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Minum kelapa sawit- lah, minyak kelapa sawit-lah.
Tuan Sim Tze Tzin
It is strong and create the market. Domestic market ini sangat penting ya. Kalau kita domestic market...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Hendak kena buat kongres lagi satu.
Tuan Sim Tze Tzin
Diamlah! Yang Berhormat Pasir Salak cukuplah. Okey. Kalau kita mempunyai market yang sangat besar dalam domestik, maka supply akan datang. Kalau supply datang, maka kita mempunyai enough supply untuk penetrate antarabangsa. Ini saranan saya kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian. Terima kasih.
4. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Menteri Pertahanan menyatakan fungsi sebenar KAGAT dalam organisasi ATM, sejauh manakah peranannya dalam menyumbang terhadap pembangunan modal insan terutamanya dalam aspek spiritual "combat power" atau dalam kata lain menyemai semangat jihad di kalangan warga ATM.
Menteri Pertahanan - Tuan Mohamad bin Sabu
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ini teh ‘kadai’.
Tuan Mohamad bin Sabu
Yang Berhormat Kuala Krau kalau buka apa perniagaan pun, saya sanggup jadi juru iklannya.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Teh ‘kadai’.
Seorang Ahli
Ini teh apa ini?
Tuan Mohamad bin Sabu
Fungsi Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) berpandukan visi iaitu menjadi penjana kecemerlangan pembangunan kerohanian modal insan Angkatan Tentera Malaysia yang unggul. Berdasarkan visi ini, misi KAGAT ialah untuk meningkatkan tahap profesionalisme Angkatan Tentera Malaysia melalui pendidikan Islam dan perkhidmatan keagamaan.
Manakala dalam menyumbang terhadap pembangunan modal insan berkaitan aspek spiritual combat power atau menyemai semangat jihad di kalangan warga ATM, ianya adalah melalui dasar pembinaan mental dan kerohanian Islam dalam ATM yang telah diputuskan dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera Bilangan 9 Tahun 1991.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Abang Mat, kami orang sudah dapat jawapan sudah kongres apa. Yang Berhormat Port Dickson sudah jawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Kuala Krau. Sila, jangan ada gangguan.
Tuan Mohamad bin Sabu
Pelbagai program akan dilaksanakan bagi mencapai objektif dasar tersebut seperti – janganlah kacau, orang ‘dok’ jawab ini.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Sebab Abang Mat saksi.
Tuan Mohamad bin Sabu
Program Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual iaitu Islam, Iman dan Ehsan yang bermatlamatkan untuk melatih dan melahirkan anggota ATM yang mampan menerusi pendidikan, latihan, empat unsur fitrah kejadian manusia iaitu
Tuan Mohamad bin Sabu
jasmani, emosi, rohani dan intelek secara seimbang bagi merealisasikan aspirasi ATM dalam membina kekuatan rohani anggota. Program Operasi Perisai Akidah bagi membendung ancaman ajaran sesat, fahaman agama yang radikal dan menyeleweng di kalangan anggota, Kursus Pendidikan Islam dan Fardu Ain yang menekankan kepada aspek pengetahuan agama, kursus cepat baca al-Quran yang bertujuan membasmi masalah buta al-Quran di kalangan anggota.
Program Semarak Rohani berkonsepkan rahmatal lil alamin merupakan program bersepadu yang dilaksanakan oleh KAGAT yang melibatkan aktiviti-aktiviti seperti solat berjemaah, kursus jenazah, kelas al-Quran, program bacaan al-Mathurat, Program Qiamullail, Forum Perdana dan lain-lain lagi.
[Disampuk] Supaya dia sebut itu betul. Kalau maruah, sebut maruah.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tetapi kami orang sudah ada jawapan sudah, ada jawapan sudah.
[Ketawa]
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sebut betul-betul.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Dia tuju pada Yang Berhormat Port Dickson sahaja.
Seorang Ahli
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri bagi terang sikit Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ini Abang Mat...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Cakap biar terang.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
...Sebutan itu, maruah ke barua.
Tuan Mohamad bin Sabu
Sebut betul.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Maruah kah barua?
Tuan Mohamad bin Sabu
Sebab sebutan dengan betul, dengan huruf kalimah Arab.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Itulah, maruah kah barua?
Tuan Mohamad bin Sabu
Bagi meningkatkan...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Cakap biar terang.
Tuan Mohamad bin Sabu
...Aspek spiritual combat...
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Bagi terang Yang Berhormat Menteri, bagi terang.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
...P. Ramlee pesan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tetapi Yang Berhormat Port Dickson sudah sebut sudah, sudah sebut sudah.
Tuan Mohamad bin Sabu
...Operasi pihak KAGAT telah melaksanakan beberapa program...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
P. Ramlee sudah pesan...
Tuan Mohamad bin Sabu
...Dikenali sebagai program dakwah...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
...Cakap biar terang.
Tuan Mohamad bin Sabu
...Dan itulah di antara fungsi KAGAT. Terima kasih, jangan ganggu lebih-lebih.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, soalan saya ialah saya mengamati jawapan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi menyebut berkenaan dengan kursus ataupun pengajian- pengajian yang dilaksanakan oleh KAGAT. Akan tetapi dalam membina spiritual combat power yang mampu digeruni oleh pesaing-pesaing kita dalam keadaan bilangan tentera kita yang sedikit, tidakkah di sana, KAGAT berhajat atau berhasrat untuk membuat modul yang lebih tersusun.
Maknanya apabila tentera menghabiskan satu-satu modul, ada sijil-sijil tertentu supaya tentera ini diwajibkan mengikuti pengajian-pengajian agama seperti ini? Tidakkah kerajaan berhasrat untuk mengangkat martabat KAGAT dengan meletakkan Ketua Pengarah ini berada di Majlis Jawatankuasa Panglima-panglima atau di Majlis Angkatan Tentera atau apa-apa jawatankuasa lebih tinggi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohamad bin Sabu
KAGAT sentiasa bekerjasama, terutama di bawah Jabatan Perdana Menteri termasuk JAKIM dan sebarang kursus dan sebagainya dibuat secara perbincangan bersama. Secara umumnya spiritual combat power dan ketahanan jati diri modal insan dengan pengisian keyakinan terhadap Maha Pencipta dan pembuktian kebenaran serta tujuan sebenar dan kerjaya dalam kehidupan. Manakala soal iman, Islam, rukun iman, rukun Islam dan ehsan termasuk bahawa modul ini sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa. KAGAT juga terlibat dalam program-program di peringkat antarabangsa.
Misalnya Pengarah KAGAT baru pulang daripada Bosnia. Di sana di antara yang dibincang termasuk pelbagai agama yang lain, hendak menghadapi kumpulan radikal ekstremis sebab ekstremis juga berlaku kepada agama lain seperti yang berlaku serangan masjid di New Zealand baru-baru ini. Pengarah KAGAT terlibat dalam perbincangan-perbincangan di peringkat antarabangsa untuk mempertingkatkan modul kursus dari semasa ke semasa.
Untuk orang-orang bukan Islam, ada program-program mereka yang dikhaskan kepada mereka soal membina moral dan sebagainya.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri pada 28 November 2018, Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) telah menerima pengiktirafan dan pensijilan ISO 9001/2015 daripada SIRIM. Kita ucapkan tahniah.
Cuma soalan saya, saya difahamkan organisasi KAGAT berada di bawah Tentera Darat.
Apakah ATM ada perancangan untuk mewujudkan KAGAT di bawah TLDM dan TUDM supaya dapat dikembangkan dalam bentuk organisasi.
Tuan Mohamad bin Sabu
KAGAT, dia di bawah ATM, Angkatan Tentera Malaysia, maka peranannya terlibat dalam ketiga-tiga cabang iaitu laut, darat dan udara.
KAGAT terus memainkan peranan dan nama KAGAT ini di antara pasukan tentera di negara orang Islam, dia di antara yang terulung ada unit agamanya dan ia terkenal juga di Bosnia, Somalia dan Kampuchea. Dia masuk pertandingan-pertandingan musabaqah al-Quran di Arab Saudi, di Iran dan di beberapa tempat yang lain. Peranan KAGAT ini menjaga semua cabang-cabang dalam angkatan tentera dan tidak perlu ada jawatan yang lain kerana KAGAT ini telah pun menjalankan tugas dengan agak baik sekarang dan semua cabang angkatan tentera memang dilibatkan secara khusus dengan KAGAT ini. Terima kasih.
Tuan Lim Kit Siang - Iskandar Puteri
Tuan Yang di-Pertua sebelum itu saya mengalu-alukan pelawat dari Kolej Tingkatan 6, Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor.
[Tepuk]
5. Tuan Lim Kit Siang [Iskandar Puteri] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan status terkini pendaftaran semakan kesediaan (readiness assessment) Dasar Industri 4.0 Kebangsaan: Industry4WRD.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dr. Ong Kian Ming
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Iskandar Puteri. Tuan Yang di-Pertua, permohonan atas talian bagi Program Penilaian Kesediaan ataupun Readiness Assessment (RA) di bawah Dasar Industri 4WRD ataupun Industri 4.0 telah dilancarkan pada 28 Januari 2019. Setakat 22 September 2019, MITI telah menerima sebanyak 623 permohonan daripada syarikat-syarikat di seluruh Malaysia kecuali negeri Perlis kerana ini adalah berdasarkan syarikat-syarikat dalam sektor
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dr. Ong Kian Ming
pembuatan. Jadi, untuk negeri Perlis mungkin sektor pembuatan itu belum lagi begitu mantap.
Permohonan tersebut akan melalui tapisan bagi memastikan maklumat yang dinyatakan dalam permohonan adalah benar dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.
Untuk pecahan permohonan mengikut negeri, saya akan berikan butir-butiran itu secara bertulis kepada Yang Berhormat.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dr. Ong Kian Ming
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, MITI bersama-sama dengan pihak agensi dan juga persatuan syarikat pembuatan seperti FMM akan terus berganding bahu meneruskan usaha untuk mempromosikan program RA ini dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan beralih ke Industri 4.0 ke seluruh Malaysia termasuk di negeri Perlis.
Tidak tahu sama ada Yang Berhormat Arau ada di sana, Yang Berhormat Arau ya. Jadi kalau Yang Berhormat Arau nak kemukakan program, kita juga boleh bekerjasama.
Bagi memastikan ketelusan dan integriti dalam pemilihan syarikat untuk menjalani program RA, saringan ke atas setiap syarikat dibuat melalui Jawatankuasa Teknikal dan juga Jawatankuasa Pemandu ataupun Technical Committee dan juga Steering Committee RA.
Jawatankuasa-jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil-wakil dari kementerian, agensi dan juga industri yang mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi dan industri. Pemilihan yang dibuat adalah berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang ditetapkan bagi memastikan aspirasi untuk menggalakkan peralihan industri ke Industri 4.0 dapat dicapai seperti berikut:
(i) syarikat mestilah bertaraf PKS ataupun SME berdasarkan definisi PKS di bawah SME Corp;
(ii) syarikat di dalam sektor pembuatan dan juga perkhidmatan berkaitan dengan pembuatan ataupun manufacturing sector dan manufacturing services sector;
(iii) syarikat berdaftar yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016 memiliki lesen perniagaan atau lesen pengilang yang sah dan juga merupakan syarikat yang telah beroperasi sekurang- kurangnya 36 bulan ataupun tiga tahun.
Tuan Yang di-Pertua, sehingga 22 September 2019 sebanyak 133 buah syarikat telah dipilih untuk menjalani program RA yang akan dibiayai sepenuhnya daripada peruntukan kerajaan. Baki 295 permohonan sedang dalam peringkat penyaringan dan juga semakan. Pecahan dari segi butiran mengikut negeri juga akan diberikan kepada Yang Berhormat Iskandar Puteri melalui jawapan bertulis. Jadi kami masih lagi membuat promosi untuk program RA ini. Jikalau Yang Berhormat nak buat program ini di kawasan-kawasan anda, kita juga boleh bekerjasama. Pihak MITI bersama dengan pihak Yang Berhormat yang ada di Dewan yang mulia ini. Terima kasih.
Tuan Lim Kit Siang - Iskandar Puteri
Soalan tambahan, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak kementerian selepas semakan, kesediaan dilakukan untuk membantu SME dalam sektor pembuatan dari segi penggunaan teknologi Industri 4.0 dalam proses pembuatan.
Dr. Ong Kian Ming
Terima kasih atas soalan tambahan itu. Tuan Yang di-Pertua, ada banyak industri SME dalam sektor pembuatan. Selepas membuat readiness assessment ini, mereka akan tanya apakah langkah seterusnya. Adakah kerajaan akan memberi apa-apa bantuan dari segi kewangan ataupun dari segi peruntukan? Jadi saya hendak tegaskan atau bangkitkan dua program yang telah dikemukakan dalam Bajet 2019 yang sedang disediakan dan dilaksanakan oleh kementerian.
Pertama ialah Skim Business Intervention di mana up to RM500,000 akan diperuntukkan kepada syarikat yang telah melalui RA ini secara matching grant iaitu 70 peratus oleh pihak MITI, 30 peratus oleh pihak syarikat untuk menjalankan proses dari segi mempertingkatkan proses pembuatan menggunakan kaedah Industri 4.0.
Satu lagi program ialah Dana Pelaburan Strategik Domestik (DISF) di mana geran akan disediakan, matching grant of up to RM10 million, RM10 juta maksimum di mana 60 peratus akan dikeluarkan oleh kerajaan melalui pihak MIDA dan 40 peratus akan dikeluarkan oleh pihak industri. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Timbalan Menteri, PKS di Malaysia ini jumlahnya 907,065 PKS tetapi yang memohon 623. 623 bahagi 907,065 ini 0.07 peratus 007 macam James Bond. Ini terlalu sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri, terlalu sangat sedikit. Kenapa hanya pembuatan? PKS ini ada pembinaan, pelancongan, perkhidmatan, peruncitan. Bagaimana tentang bidang-bidang yang lain? Saya harap dalam Bajet 2020 ini dapatkan peruntukan betul-betul untuk IR 4.0 ini membantu PKS terutama di luar bandar. Tolong jawab. Terima kasih.
Dr. Ong Kian Ming
Terima kasih. Soalan yang baik bekas Timbalan Menteri MITI.
Saya rasa bekas Timbalan Menteri Yang Berhormat Pontian juga tahu untuk MITI memang tanggungjawab MITI adalah untuk mempromosikan sektor pembuatan. Jadi sebagai satu contoh, daripada lebih kurang satu juta PKS ini, hanya 50,000 adalah dalam sektor pembuatan. Akan tetapi pada masa yang sama saya juga mengaku bahawa jumlah yang membuat permohonan untuk RA ini perlu dipertingkatkan lagi. Jadi saya telah cadangkan supaya kita boleh adakan turun padang ataupun roadshow di lebih lagi tempat termasuk mungkin di tempat Yang Berhormat di Pontian. Kita selalu boleh bekerjasama dengan sesiapa yang nak meningkatkan prestasi PKS dari segi pembuatan.
Untuk yang baki SME yang bukan ataupun PKS yang bukan dalam sektor pembuatan, saya juga setuju bahawa kaedah Industri 4.0 perlu diperkenalkan tetapi ini adalah di bawah bidang kuasa kementerian yang lain seperti Kementerian Pembangunan Keusahawanan.
6. Dato' Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim [Batang Lupar] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan tentang usaha kementerian untuk memastikan kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan dari Jabatan Parit & Saliran (DID) Sarawak dapat dijalankan dengan berkesan bagi semua skim-skim pertanian yang sedia ada. Adakah peruntukan operasi dan penyelenggaraan akan ditambah kepada peratusan yang lebih munasabah.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Tuan Sim Tze Tzin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan (operation and maintenance) yang dijalankan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak, antara lainnya adalah kerja pembersihan parit dan tali air, kerja-kerja pemotongan rumput di kawasan rizab serta kerja-kerja pembaikan infrastruktur sedia ada bagi membolehkan infrastruktur yang telah dibina dapat mengekalkan fungsinya dan berada pada tahap yang optimum.
Sebanyak 84 skim yang merangkumi keluasan 91,601 hektar akan dibuat selenggaraan setiap tahun dengan menggunakan peruntukan yang telah disalurkan oleh kementerian ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bahawa operasi dan penyelenggaraan sebenarnya adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri tetapi Kerajaan Pusat masih sangat sayang kepada Sarawak, kita bagi juga. Jadi daripada tahun 2016 sehingga tahun 2019, kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM5.42 juta untuk Program Penyelenggaraan Persekutuan Kawasan Luar Jelapang kepada JPS Sarawak untuk tujuan tersebut. Kementerian ini akan menyalurkan sejumlah peruntukan yang sesuai dan munasabah bagi memastikan semua skim pertanian sedia ada dapat di selenggara dengan optimum dan seterusnya memberi kemudahan yang baik kepada para petani untuk menjalankan aktiviti pertanian. Terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar
Terima kasih kerana mengatakan bahawa kementerian atau Federal Government sangat sayang kepada Sarawak sebab ini is contain dengan izin di dalam federalization. Memang harus dipertanggungjawab kepada Federal. Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat. Bayangkan 91,000 hektar yang diagihkan peruntukan sebenarnya dua peratus daripada peruntukan pembangunan, memang tidak mencukupi Yang Berhormat. Jadi harapan saya, dua peratus ini kalau dapat bajet akan datang dalam beberapa hari lagi, kenapa tidak kementerian minta dinaikkan kepada satu kadar yang lebih munasabah. Sekarang ini Yang Berhormat adalah kadar dalam RM130 sehektar. Memang tidak cukup Yang Berhormat untuk menyelenggara 91,000 hektar.
Jadi kalau dapat saya mohon bahawa kadar ini dinaikkan sekurang-kurangnya kepada satu peratusan yang lebih munasabah sebab ini Yang Berhormat untuk memastikan bahawa kawasan skim-skim pertanian ini masih subur, masih dapat digunakan untuk pembangunan pertanian.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar
Jadi, harapan saya Yang Berhormat, supaya kita naikkan ke satu kadar yang lebih baik iaitu mungkin dalam 10 peratus ke 20 peratus untuk penyelenggaraan ini. Bersetuju Yang Berhormat kepada cadangan saya? Terima kasih.
Tuan Sim Tze Tzin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani- kita sayang kepada semua petani, jadi kita selalunya bantu petani-petani.
Kita tahu bahawa operasi dan penyelenggaraan di Sarawak ini memang di bawah State List. Walaupun di bawah State List, kita pun bantu. That is why we don’t leave anyone behind.
Jadi kalau boleh Yang Berhormat Batang Lupar juga kena cakap dengan Ketua Menteri atau Yang Berhormat Menteri Pertanian di Sarawak. Mereka mempunyai bajet yang besar di Sarawak.
Akan tetapi permohonan itu perlu disalurkan kepada mereka kerana Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kita kena jaga seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak juga dan kita sayang kepada petani-petani di sana.
Untuk makluman Yang Berhormat Batang Lupar, jangan lupa juga kita banyak memberi peruntukan kepada kawasan Yang Berhormat. Contohnya, projek-projek pembangunan di Batang Lupar sudah mencecah sebanyak RM500 juta- the development fund. So, we have been giving a lot to Sarawak, in your kawasan only sudah *half a billion Ringgit. So, sometimes ...
[Disampuk]*
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kenapa di Kinabatangan tidak ada, kenapa Sarawak RM500 juta?
Tuan Sim Tze Tzin
Kita perlu ada you know, a sense of …
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Pilih kasih, kah?
Tuan Sim Tze Tzin
Kena balance jugalah. Kalau…
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kinabatangan kosong- kenapa macam ini?
Tuan Sim Tze Tzin
Jikalau Yang Berhormat Kinabatangan hendak tanya soalan, bagi soalan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Bukan. Saya mahu tanya kenapa Sarawak dapat RM500 juta, Kinabatangan kosong?
Tuan Sim Tze Tzin
Jikalau Yang Berhormat Kinabatangan hendak tanya, tanya dengan soalan, jangan macam ini ya. Ini...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya tanya soalan lah ini.
Tuan Sim Tze Tzin
Yang Berhormat Kinabatangan orang lama, tahu apa itu peraturan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Oleh sebab orang lamalah saya tanya. Kalau orang baru, saya tidak tanya.
Tuan Sim Tze Tzin
Kalau orang lama tahu, masukkan soalan. Kita jawab. Kalau tidak tahu, jangan kacau Dewan, jangan tunjuk bodoh ya. Okey ini ...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya tanya ini “maruah” kah “baruah”.
Tuan Sim Tze Tzin
Jadi, Yang Berhormat Batang Lupar, we have been very nice and very kind to Batang Lupar. You have so much peruntukan ya. Jadi, kita berterima kasihlah.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar
Yang Berhormat Menteri, itu jelapang padi Yang Berhormat Menteri, jelapang. Terima kasih.
Tuan Sim Tze Tzin
Itu peruntukan daripada Federal ya, jelapang padi kita- peruntukan daripada Federal..
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jelapang padi dengan maintenance pun tidak tahu perbezaan. Timbalan Menteri cap ayam.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya buka untuk pertanyaan tambahan yang kedua. Yang Berhormat Kinabatangan tidak mahu tanya? Sila, 30 saat.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih. Tadi saya dengar Yang Berhormat Menteri menyatakan peruntukan sebanyak RM500 juta di Santubong.
Manakala di Kinabatangan, Sabah berapa jumlah peruntukan yang ada?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Sila.
Tuan Sim Tze Tzin
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan, ini caranya, kena tanya soalan. Akan tetapi kalau boleh, tanya soalan tanya dengan baik, masukkan soalan...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Boleh saya tolong jawab atau tidak?
Tuan Sim Tze Tzin
Dan kita akan minta pegawai ambil data-data untuk beri kepada Yang Berhormat Kinabatangan.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat jawab sahaja Yang Berhormat.
Tuan Sim Tze Tzin
Jadi, sekarang kalau tanya macam ini mana kita ada- kita akan sediakan jawapan bertulis untuk Yang Berhormat Kinabatangan. Terima kasih.
7. Tuan Karupaiya A/L Mutusami [Padang Serai] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, daripada jumlah permohonan kewarganegaraan yang telah diluluskan antara tahun 2013 hingga tahun 2018, berapa jumlah permohonan kewarganegaraan yang diluluskan di bawah Artikel 15(2) dan Artikel 15A Perlembagaan Persekutuan. Jabatan Pendaftaran Negara telah menerima 111,142 permohonan kewarganegaraan Malaysia di antara tahun 2013 sehingga tahun 2018, dan 24,327 permohonan kewarganegaraan telah diluluskan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Mohd Azis bin Jamman
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada sahabat saya.
Tuan Yang di-Pertua izinkan saya menjawab soalan ini secara bersekali dengan sepuluh soalan lain yang turut membincangkan isu sama iaitu berkenaan dengan permohonan kewarganegaraan Malaysia oleh Yang Berhormat Kuala Terengganu bertarikh 18 Oktober 2019; Yang Berhormat Tanjung Malim bertarikh 21 Oktober 2019; Yang Berhormat Sibu bertarikh 24 Oktober 2019; Yang Berhormat Bera bertarikh 24 Oktober 2019; Yang Berhormat Julau bertarikh 6 November 2019; Yang Berhormat Lanang bertarikh 6 November 2019; Yang Berhormat Kuala Nerus bertarikh 21 November 2019; Yang Berhormat Bachok bertarikh 27 November 2019; Yang Berhormat Kubang Kerian bertarikh 3 Disember 2019; dan Yang Berhormat Kelang bertarikh 3 Disember 2019. Ini bermakna Tuan Yang di- Pertua izinkan saya jawab panjang sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila, tidak mengapa.
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Dalam Negeri telah menyatakan di dalam sidang Dewan Rakyat yang lepas iaitu bagi tempoh tahun 2013 hingga tahun 2018, sebanyak 111,412 permohonan kewarganegaraan di bawah semua perkara Perlembagaan Persekutuan telah diterima dan sebanyak 24,327 permohonan telah pun diluluskan.
Statistik berkenaan adalah merangkumi permohonan di bawah semua perkara Perlembagaan Persekutuan dan bukan hanya permohonan di bawah Perkara 15(2) dan Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan. Berhubung dengan jumlah permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) dan Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan yang telah diluluskan dan dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia dalam tempoh tahun 2013 sehingga tahun 2018 yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat adalah seperti berikut:
(a) Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan, sebanyak 142 permohonan telah diluluskan; dan,
Datuk Mohd Azis bin Jamman
(b) Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan, sebanyak 1,683 permohonan telah pun diluluskan.
Bagi tempoh tahun 2018 sehingga 15 September 2019 pula, sebanyak 24,466 permohonan kewarganegaraan di bawah semua Perkara Perlembagaan Persekutuan telah diterima.
Perincian mengenai permohonan kewarganegaraan yang diterima mengikut kategori di bawah Perlembagaan Persekutuan adalah seperti berikut:
(i) Perkara 15(1) Perlembagaan Persekutuan, sebanyak 4,142 permohonan;
(ii) Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan, sebanyak 2,253 permohonan;
(iii) Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan, sebanyak 10,328 permohonan;
(iv) Perkara 16 Perlembagaan Persekutuan, sebanyak 1,037permohonan; dan,
(v) Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan, sebanyak 6,706 permohonan Bagi tempoh yang sama, sebanyak 5,784 permohonan telah dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia.
Perincian bagi permohonan yang telah dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia mengikut lima negara asal pemohon yang tertinggi adalah seperti mana berikut:
(i) Indonesia sebanyak 2,028 permohonan;
(ii) India sebanyak 548 permohonan;
(iii) Thailand sebanyak 416 permohonan;
(iv) Filipina sebanyak 239 permohonan; dan,
(v) Vietnam sebanyak 130 permohonan.
Kementerian Dalam Negeri sentiasa prihatin dengan isu dokumentasi dan pengenalan diri dalam kalangan penduduk di negara ini dan antara langkah yang sedang diambil dalam menangani isu permohonan kewarganegaraan, selaras dengan peruntukan di bawah Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan, Citizenship Rules 1964, dengan izin, serta perundangan berkaitan yang berkuat kuasa dalam isu pendaftaran perkahwinan, kesahtarafan anak, peraturan Imigresen dan lain-lain adalah seperti berikut:
(i) penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan penentuan kewarganegaraan yang mana kewarganegaraan individu ditentukan berdasarkan status perkahwinan dan taraf kewarganegaraan ibu bapa sewaktu kelahiran; dan
(ii) pertimbangan terhadap permohonan kewarganegaraan bagi individu berkelayakan sama ada melalui pendaftaran atau penaturalisasian selaras dengan usaha Kementerian Dalam Negeri ke atas penambahbaikan komprehensif terhadap prosedur pengendalian standard atau SOP permohonan kewarganegaraan.
Kementerian Dalam Negeri telah memuktamadkan pengemaskinian prosedur pengendalian standard ataupun SOP permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15a Perlembagaan Persekutuan bagi individu berumur 21 tahun.
SOP berkenaan yang akan dilaksanakan bermula tahun hadapan mengandungi mekanisme pemakluman kepada pemohon berkaitan sebab-sebab sesuatu permohonan kewarganegaraan itu ditolak serta tempoh pemprosesan permohonan kewarganegaraan di mana Tuan Yang di-Pertua sebelum ini setiap permohonan yang ditolak tidak dimaklumkan sebab-sebab penolakan.
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Tempoh pemprosesan permohonan kewarganegaraan yang lengkap diterima bermula pada tahun hadapan adalah seperti mana berikut:
(i) di Jabatan Pendaftaran selama tiga bulan 14 hari; dan
(ii) di Kementerian Dalam Negeri adalah selama lapan bulan.
Manakala bagi permohonan kewarganegaraan lain di bawah Perlembagaan Persekutuan, fakta dan dokumen sokongan yang dikemukakan oleh setiap pemohon akan diteliti secara case-by-case mengikut giliran yang sewajarnya sebelum keputusan dikeluarkan. Sehubungan dengan itu, tiada tempoh tertentu yang dapat ditetapkan bagi pengeluaran keputusan dan ia berbeza-beza mengikut keperluan kes termasuklah tempoh mendapatkan laporan tapisan keselamatan yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia.
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Untuk makluman Yang Berhormat, penambahbaikan SOP berkenaan adalah berdasarkan pematuhan syarat di bawah Bahagian III Perlembagaan Persekutuan dan Citizenship Rules 1964 serta turut mengambil kira pelbagai aspek termasuk kebajikan para permohonan tanpa mengabaikan keselamatan dan kesejahteraan warga negara. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila soalan tambahan pertama.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia tidak perlu tanya soalan sebab dia tanya, dia sudah ada jawab dalam soalan itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ini hak. Sila Yang Berhormat Padang Serai. Teruskan dengan pertanyaan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Nombor tujuh itu, dia sudah jawab soalan dia. Dia tidak perlu tanya lagi. Tidak ada maruahlah.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih Yang Berhormat Menteri jawapan yang begitu padat dan kemas dan ini adalah soalan-soalan patut– kerja- kerja yang patut dibuat oleh kerajaan dahulu di mana mereka tidak patuhi lembaga. Soalan saya...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tanya soalan yang bermaruahlah.
Jangan...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Bagaimana kerajaan akan mengatasi masalah tidak ada surat beranak, kewarganegaraan bagi anak-anak yang akan memasuki persekolahan dan juga bagi meneruskan pengajian pada masa-masa akan datang.
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih dengan soalan tambahan tadi. Sebagaimana saya sebut bahawa setiap permohonan itu kita akan lihat.
Pemohon kena memohon dahulu. Kemudian, kalau ada masalah-masalah dari segi dokumentasi dia kita akan maklumkan kepada ini terutama sekali dari segi pengemaskinian maklumat-maklumat yang mungkin tidak dapat kita terima. Itu yang saya sebutkan tadi melalui setiap permohonan itu kita akan lihat dari segi sudut kelayakan seseorang dan dokumen-dokumen yang disertakan sekian. Terima kasih.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Bagan Serai, pantun kena repair sedikit bagi tepat. Yang Berhormat Port Dickson.
Eh! Minta maaf. Tuan Yang di-Pertua, 21 Ogos sebab saya hendak sebut pasal Port Dickson sebentar lagi. Pada 21 Ogos, negara digempar dengan kerosakan sistem di KLIA. Seramai 24,000 pendatang India dan China masuk Malaysia melalui imigresen tanpa kawalan. Saya hendak tanya soalan paling ringkas. Daripada 24,000 MAHB arah CAAM untuk peringkat kawalan keselamatan di airport tetapi lepas 24,000, difahamkan ketika itu. Separuh masuk Negeri Sembilan, masuk Port Dickson. Yang Berhormat Port Dickson, banyak berkumpul dekat belakang-belakang pantai itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Soalan kewarganegaraan...
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Soalan saya Tuan Yang di-Pertua. Betul Yang Berhormat Port Dickson...
[Dewan riuh]
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Betul atau tidak 24,000 pendatang ini masuk secara mudah melalui airport dan ditambah pada Tuan Yang di-Pertua. Ditambah pada bulan September 2019 seramai 20 orang ditangkap kerana jual MyKad palsu di Pulau Pinang.
Selepas itu pula Tuan Yang di-Pertua, ada Ahli Parlimen yang bela pembelot, pengkhianat negara ini. Saya tidak tahu Ahli Parlimen mana.
Dr. Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Sebut nama, sebut nama.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Jelutong tolong jawab. Yang Berhormat Jelutong tidak ada. Soalan dia saya tanya ini. Ada Ahli Parlimen bela pula pengkhianat negara ini. Selepas itu tarik diri pula. Ini kadang-kadang jadi masalah. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, tolong bagi tahu. Rakyat sudah tanya banyak ini. Kita hendak tahu dan untuk ketenangan Yang Berhormat Port Dickson supaya tidak terlalu banyak lambakan pendatang ke Pantai Port Dickson. Terima kasih.
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat ini keluar tajuk. Dia mengenai permohonan kewarganegaraan, dia tidak berkenaan. Walau bagaimanapun, soalan ini boleh ditanyakan pada ketika saya menjawab soalan yang ke-10 kalau saya jawab sekarang izinkan saya tidak jawab soalan nombor 10 Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Yang di-Pertua, ini berkaitan dengan MyKad.
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Soalan 10 nanti. Soalan nombor 10 nanti tanya soalan itu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini fasal MyKad.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Jawab sahaja. Ini rakyat sudah tanya. [Dewan riuh] Orang sudah tunggu. Dua perkara yang penting.
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Soalan nombor 10 adalah isu yang berkaitan dengan soalan yang Yang Berhormat tanyakan itu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat.
Datuk Mohd Azis bin Jamman
So, soalan itu saya akan jawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik. Nanti dia akan dijawab.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua, 24,000 jadi warganegara 10 percent penduduk Perlis. Kita kena jadi negara yang bermaruah. Kalau yang ini diteruskan kita akan jadi negara ‘barua’.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Tuan Yang di-Pertua kena ikut peraturan. Tuan Yang di-Pertua, ikut peraturan.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Mana ada maruah?
[Tidak jelas] ...Barua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Saya akan jawab dalam soalan kesepuluh.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya, dua soalan saya berkaitan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya sudah beri peluang Yang Berhormat Jelebu tanya dan sudah pun dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Saya akan jawab soalan ke-10 berkenaan dengan isu itu. Saya akan jawab juga soalan ke-10 berkenaan isu yang berkaitan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Dia akan jawab pada soalan nombor 10. Sila duduk Yang Berhormat Jelebu.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Yang di-Pertua.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila duduk. Yang Berhormat Jelebu sila duduk, dia akan jawab nanti pada soalan nombor 10. Ahli-ahli berhormat, saya akan teruskan pertanyaan Jawab Lisan dengan menjemput Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Yang di-Pertua, boleh? Boleh saya hendak sebut sedikit sahaja. Saya hendak beritahu sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Tolong dengar...
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya tidak membenarkan. Sila duduk Yang Berhormat Jelebu.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Cuma Tuan Yang di-Pertua, soalan 10 tidak masuk TV sudah.
[Dewan ketawa]
8. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan berapa peratus kah kadar peningkatan kesedaran pengguna dalam menggunakan hak masing-masing sebagai pengguna dan apakah tindakan yang dilakukan bagi meningkatkan kesedaran mereka tersebut.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Bera. Bertanya soalan...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Apa pasal kongres tidak pergi ini?
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Kementerian ini, yang kebetulan Yang Berhormat sendiri adalah Menteri sebelum Yang Berhormat Larut dan sebelum Yang Berhormat Kuala Pilah. Ada dua bahagian dalam pertanyaan ini. Pertama, bertanyakan tentang peningkatan kesedaran pengguna. Kedua, apakah usaha yang dilakukan di kementerian?
Untuk makluman semua Ahli Dewan, ukuran sama ada kesedaran pengguna meningkat atau tidak. Kalau mengikut ukuran yang ada di peringkat kementerian adalah pertama kita tengok dari sudut aduan yang dibuat. Andaian kita adalah kalau lebih tinggi aduan diterima bermaksud kesedaran pengguna itu tinggi.
Bila kita semak data bermula tahun 2015 sehingga sekarang kita kekal dengan purata aduan lebih kurang 20,000 setahun. Jadi, aduan itu meliputi pelbagai perkara. Harga barang, penipuan perniagaan atas talian, iklan mengelirukan dan segala macam.
Kedua adalah diukur dari sudut jumlah pemfailan tuntutan melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia. Ini juga menunjukkan trend peningkatan. Tribunal Tuntutan Pengguna adalah satu platform di mana memudahkan rakyat untuk membuat aduan dan mengemukakan tuntutan kalau berlaku penipuan yang mereka alami itu lebih cepat daripada mereka menggunakan platform Mahkamah Sivil biasa.
Jadi, trend peningkatan ini kita dapati bolehlah kita buat andaian ataupun kesimpulan adalah merupakan gambaran daripada meningkatnya kesedaran pengguna.
Bahagian kedua soalan Yang Berhormat Bera, apakah usaha yang dilakukan? Usaha yang dilakukan berupa usaha yang berterusan. Yang Berhormat Bera telah turut meninggalkan sistem yang baik dalam kementerian ini dan kita kekalkan. Kita berikan penambahbaikan terutama dalam aspek kewujudan kelab-kelab pengguna di institusi pendidikan tinggi dan juga kelab pengguna di peringkat sekolah.
Kita juga melihat kerana trend keanggotaan atau keahlian kelab pengguna ini meningkat. Hasil daripada program advokasi yang dijalankan oleh kementerian dari semasa ke semasa. Jadi, begitulah reaksi saya terhadap soalan Yang Berhormat Bera. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila soalan tambahan pertama.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat, baru-baru ini heboh di negara kita dengan kempen Buy Muslim First (BMF).
Ini merupakan kempen supaya pengguna Muslim membeli produk-produk daripada peniaga Muslim dan sebagainya bagi memastikan produk yang mereka peroleh adalah benar-benar halal, tulen dan suci.
Soalan saya, sebagai kementerian yang menjaga pengguna. Apa pendirian kementerian terhadap kempen ini? Adakah pihak kementerian juga menganggap ini juga merupakan kempen untuk meningkatkan kesedaran pengguna kerana sebelum ini banyak kes-kes penjualan produk-produk yang tidak halal tetapi diletakkan logo halal. Produk yang tidak halal dan mengelirukan banyak dijual di premis-premis perniagaan dan sebagainya.
Jadi, kempen ini pada pandangan saya adalah untuk memastikan untuk mendidik pengguna- pengguna Muslim untuk membuat pilihan yang tepat apabila membuat pembelian.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Kedua, mendidik pengguna-pengguna Muslim untuk menjaga kepentingan mereka yang selama ini ditipu dengan produk-produk yang tidak halal tetapi mempunyai logo halal.
Jadi, saya hendak tahu, apakah pendirian kementerian terhadap kempen ini? Adakah ini boleh dianggap sebagai kempen untuk meningkatkan kesedaran pengguna?
Ketiga, mungkin Yang Berhormat Menteri tidak ada statistik detail hari ini, boleh berikan secara bertulis. Berapakah sehingga kini, tangkapan dan pendakwaan kepada peniaga-peniaga yang menyalahgunakan logo halal? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih. Tiga pertanyaan itu. Sila Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih. Sebagai kementerian yang menjaga perdagangan dalam negeri dan hal ehwal kepenggunaan, prinsip kepada amalan perdagangan yang kita akan sentiasa utamakan adalah perniagaan atau perdagangan itu, mestilah hadir dalam iklim persaingan yang sihat, sama ada perniagaan atau perkhidmatan supaya pengguna atau rakyat terbanyak akan mendapat hasil yang terbaik. Jadi, prinsip mengembangkan perdagangan yang menjadi amalan kementerian adalah menggalakkan perdagangan yang bersifat persaingan yang sihat, tidak ada amalan menindas, menekan ataupun mewujudkan persaingan monopoli harga, hasil daripada iklim perniagaan yang tidak kondusif.
Ini sudah tentu perdagangan yang menawarkan barangan ataupun perkhidmatan yang berkualiti, berdaya saing, pada harga yang kompetitif dan elemen halal ikut menjadi keutamaan. Jadi, bergerak di atas landasan ini, maka, kementerian ini menerajui satu kempen yang dinamakan “Kempen Beli Barangan Malaysia”. Oleh sebab rakyat Malaysia itu mempunyai pelbagai kaum, maka, mereka ikut terlibat. Kalau di sana ada produk orang Melayu dan orang Islam, silakan masuk, asalkan memenuhi prinsip yang kita gariskan. Kalau ada juga perdagangan orang Iban kah, orang Dayak kah, orang Sungai kah, orang Cina atau orang India, silakan dalam kerangka “Kempen Beli Barangan Malaysia".
Yang Berhormat Bera juga sedia maklum, sebagaimana ada satu Bahagian Pembangunan Perniagaan di bawah kementerian ini, yang dahulu, Yang Berhormat Bera pernah terajui di mana kita membimbing usahawan. Hari ini, bilangannya hampir 1,700 orang usahawan. Oleh sebab kementerian ini juga mengawal selia sektor runcit, di mana kita ada pasar raya-pasar raya yang bertaraf antarabangsa ataupun lokal. Kita ada Tesco, Giant, AEON, TF Value-Mart, Mydin dan segala macam.
Polisi kita adalah pasar raya ini mesti menempatkan 30 peratus produk tempatan dan saya boleh sebutkan beberapa success stories. Produk Muslim dan bumiputera yang dijual di rangkaian pasar raya antarabangsa di negara kita yang mencipta hasil jualan tujuh angka. Jadi, ketika kita kempen “Buy Malaysian Product”, “Kempen Beli Barangan Malaysia", ternyata kerana ia berkualiti, ia halal, pembungkusan yang menarik. Ia dapat menembusi pasaran perdagangan runcit di negara kita. Jadi, pendirian kementerian adalah kempen beli barangan buatan Malaysia adalah satu pendekatan yang ideal dalam konteks perdagangan negara kita. Ini di mana, kalau ia berjaya, semua kaum di negara kita akan dapat sama-sama menikmatinya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Pendang ...
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tumpat ...
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, soalan tambahan saya ialah adakah ...
[Disampuk]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Yang Berhormat, sekejap. Yang Berhormat Menteri, soalan yang ketiga itu hendak jawab bertuliskah atau macam mana?
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf, saya terlepas pandang. Saya akan menjawab secara bertulis kes pelanggaran logo halal.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila, Yang Berhormat Pasir Gudang, teruskan. 30 saat.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Soalan saya Yang Berhormat Menteri, sejauh manakah kementerian Yang Berhormat Menteri mengadakan libat urus atau engagement dengan persatuan-persatuan pengguna seperti FOMCA, Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan lain-lain? Ini kerana, saya lihat banyak tulisan mereka di dalam akhbar yang meminta pandangan mereka diambil perhatian. Terima kasih.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Libat urus ataupun engagement dengan badan-badan pengguna yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang, memang menjadi amalan kementerian. Bahkan, kementerian ikut menempatkan mereka dalam beberapa committee strategics seperti Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara, di situ ada wakil-wakil pengguna di dalamnya. Begitu juga dalam Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN), ada wakil-wakil pengguna di situ.
Dalam beberapa usaha untuk merumus dan merangka polisi kementerian, pandangan-pandangan mereka sama ada melalui penulisan ataupun kita mendatangi mereka atau mereka mendatangi kita, termasuk FOMCA dan CAP dalam kementerian merangka pendirian tentang – termasuk polisi-polisi besar seperti RCEP, CPTPP yang melibatkan perundingan mengenai polisi perdagangan antarabangsa. Input daripada badan- badan ataupun persatuan pengguna ini adalah pandangan-pandangan yang sentiasa kita ambil kira. Bahkan, kita masukkan sebagai sebahagian daripada yang kuat mempengaruhi kementerian dalam membentuk polisi kementerian. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang.
9. Tuan Pang Hok Liong [Labis] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan:
(a) sama ada audit forensik wajib dijalankan ke atas semua penerima kontrak, lesen dan permit import (AP) sedia ada untuk memastikan tiada ketirisan dan unsur rasuah berlaku dalam pemberian kontrak dan pengagihan AP; dan
(b) bila ianya akan dilaksanakan.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dr. Ong Kian Ming
Terima kasih di atas soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Labis. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini sejak tahun 2009 telah melaksanakan audit pematuhan secara berkala bagi memastikan isu penyalahgunaan AP dapat diselesaikan.
Audit ini juga bertujuan untuk memastikan syarikat-syarikat berkenaan AP terbuka mematuhi garis panduan sedia ada yang telah diperketat.
Syarat-syarat ini termasuk memastikan perniagaan hendaklah dijalankan oleh syarikat AP terbuka sendiri, tanpa menggunakan syarikat perantara ataupun middlemen, tiada pelantikan wakil pengedar, tidak ada penjualan kenderaan kepada syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan kenderaan baharu terpakai bagi tujuan penjualan semula dan juga memastikan bahawa tiada pameran ataupun penyimpanan kenderaan di premis syarikat-syarikat lain yang menjalankan perniagaan kenderaan baharu ataupun terpakai.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dr. Ong Kian Ming
Untuk makluman Yang Berhormat Labis, dari segi audit, ada beberapa jenis di mana kita membuat lawatan audit pematuhan ataupun lawatan audit turun padang ataupun lawatan cawangan. Sejak bulan Mei tahun 2018, beberapa siri audit telah dilakukan seperti berikut:
(i) Kuala Lumpur dan Selangor sebanyak 50 bilangan syarikat telah diaudit;
(ii) Sabah dan Sarawak sebanyak 10 bilangan syarikat telah diaudit;
(iii) Johor sebanyak 10 bilangan syarikat telah diaudit; dan,
(iv) Pulau Pinang sebanyak lima bilangan syarikat telah diaudit.
Untuk makluman Yang Berhormat Labis, bagi tempoh 2017 sehingga 2018, apabila audit telah dibuat, sebanyak sembilan syarikat sedia ada telah disenaraihitamkan kerana melakukan kesalahan berkaitan penyelewengan AP. Untuk mana-mana Yang Berhormat yang misalnya ada kedai ataupun ada syarikat yang menjual kenderaan terpakai di kawasan anda, yang boleh dikatakan tidak ada memenuhi syarat untuk menjual kereta AP, tetapi memang ketara bahawa mereka ada menjual kereta AP, sila laporkan kepada pihak MITI dan kami akan mengambil tindakan yang tegas terhadap syarikat-syarikat tersebut. Terima kasih.
Tuan Pang Hok Liong - Labis
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan tersebut. Soalan tambahan saya, adakah pihak kementerian akan mengumumkan hasil audit yang telah dijalankan di atas pemegang syarat tersebut atau AP supaya rakyat dapat tahu kelayakan sebenar mereka? Terima kasih.
Dr. Ong Kian Ming
Dari segi transparency, kita memang ada niat untuk membuat berikut. Akan tetapi kita juga mesti menilai sama ada, ada implikasi undang-undang, di mana mungkin syarikat ini belum lagi habis disiasat dan kalau kita mengumumkan secara public, mereka mungkin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap MITI. Akan tetapi, selepas semua ini telah diselesaikan siasatan dan audit diselesaikan kita memang ada niat untuk memberi maklumat ini secara umum. Terima kasih.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dari MITI.
Saya ingin bertanya, saya tertarik dengan jawapan Yang Berhormat kata, ada sembilan syarikat telah disenaraihitamkan. Itu satu usaha yang baik. Jadi saya hendak bertanya Yang Berhormat, sekiranya satu syarikat itu disenaraihitamkan, adakah ia bermaksud dia tidak boleh berurus niaga ataupun setakat mana threshold apa yang digunakan kalau syarikat itu disenaraihitamkan sehingga dia digugurkan daripada mendapat AP daripada kementerian. Saya rasa dua perkara itu berbeza, berapa lama tempohnya untuk disenaraihitamkan dan seterusnya digugurkan daripada senarai. Terima kasih.
Dr. Ong Kian Ming
Semua siasatan dan pencarian daripada audit akan melalui proses yang telah ditetapkan. Dari segi senarai hitam ini, tindakan akan diambil secara untuk menyekat daripada pemberian AP yang baharu. Akan tetapi semua syarikat juga ada hak untuk membuat rayuan dan setiap rayuan akan dinilai on the case-by-case basis. Apabila rayuan ini didengar, saya rasa apa yang kita lakukan adalah tindakan yang sesuai akan diambil terhadap setiap syarikat ini. Terima kasih.
10. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [Machang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, adakah terdapat sebarang keperluan untuk mengubah sistem dan operasi sedia ada bagi permohonan Mykad sebagai salah satu langkah mengelakkan kes penjualan kad pengenalan kepada warga asing berulang.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Mohd Azis bin Jamman
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Machang di atas soalan yang telah diberikan.
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi izinkan saya untuk menjawab soalan ini secara bersekali dengan 19 soalan yang lain yang turut membincangkan isu sama iaitu berkenaan dengan kes penjualan kad pengenalan kepada warga asing oleh Yang Berhormat Baling bertarikh 9 Oktober 2019; Yang Berhormat Kota Bharu bertarikh 15 Oktober 2019; Yang
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Mohd Azis bin Jamman
Berhormat Rembau bertarikh 15 Oktober 2019; Yang Berhormat Kluang bertarikh 15 Oktober 2019; Yang Berhormat Kuala Krau bertarikh 21 Oktober 2019; Yang Berhormat Beluran bertarikh 24 Oktober 2019; Yang Berhormat Kanowit bertarikh 31 Oktober 2019. Sebut Yang Berhormat pun penat -lah Tuan Yang di-Pertua [Ketawa] Yang Berhormat Ledang bertarikh 31 Oktober 2019; Yang Berhormat Parit bertarikh 6 November 2019; Yang Berhormat Kuala Terengganu bertarikh 12 November 2019 dan 27 November 2019; Yang Berhormat Gerik bertarikh 18 November 2019; Yang Berhormat Jelebu- ini Yang Berhormat Jelebu tadi, hendak jawab-lah ini, bertarikh 18 November 2019; Yang Berhormat Serian bertarikh 21 November 2019; Yang Berhormat Pensiangan bertarikh 27 November 2019; Yang Berhormat Keningau bertarikh 27 November 2019; Yang Berhormat Marang bertarikh 3 Disember 2019; Yang Berhormat Bukit Gantang bertarikh 4 Disember 2019; dan Yang Berhormat Pasir Mas bertarikh 3 Disember 2019.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Dalam Negeri memandang serius kes penjualan kad pengenalan MyKad kepada warga negara asing yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini dan tidak akan melindungi mana-mana pegawai kerajaan yang terlibat dalam kes berkenaan. Kuasa penuh telah diberikan kepada Polis Diraja Malaysia untuk menyiasat secara menyeluruh agar pihak yang didapati bersalah dapat didakwa. Hukuman bagi kesalahan yang disabitkan adalah bergantung kepada hasil siasatan pihak PDRM, penilaian kes oleh pihak Pendakwa Raya dan keputusan pihak mahkamah berlandaskan undang- undang yang berkuat kuasa.
Berdasarkan siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal di Malaysia setelah pas atau permit tamat atau dibatalkan, Seksyen 12(1)(c) Akta Pasport iaitu menyamar atau mengakui dirinya dengan palsu, Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Pindaan) 2010 iaitu dokumen perjalanan atau pengenalan diri fraud.
Pihak PDRM telah menangkap 20 orang yang dipercayai terlibat dengan sindiket tersebut bersama beberapa bahan bukti bagi tujuan siasatan. Setelah siasatan lanjut melalui Ops Biru dijalankan, seorang suspek yang merupakan penjawat awam telah dituduh di bawah Seksyen 26E ATIPSOM, Seksyen 466 Kanun Keseksaan dan Peraturan 25(1)(i) Peraturan- peraturan Pendaftaran Negara (PPPN) 1990. Manakala, lima tangkapan lain merupakan ahli sindiket telah dituduh di bawah Seksyen 26E ATIPSOM.
Keenam-enam suspek berkenaan telah dituduh di Mahkamah Tinggi Georgetown, Pulau Pinang. Memandangkan siasatan kes ini masih lagi berjalan, pihak PDRM tidak bercadang untuk mendedahkan apa-apa maklumat agar tidak mengganggu PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara mengesan dalang dan pihak-pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.
Berhubung dengan penambahbaikan Jabatan Pendaftaran Negara, satu mesyuarat Jawatankuasa Penambahbaikan Sistem Penyampaian Jabatan Pendaftaran Negara yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri telah diadakan pada 18 September 2019 dan memutuskan beberapa langkah penambahbaikan serta-merta dan strategi memperkemas sistem penyampaian JPN termasuk memperketat proses pengendalian standard ataupun SOP sedia ada Jabatan Pendaftaran Negara sebagaimana berikut:
(i) kelulusan permohonan pendaftaran lewat kelahiran hanya dibuat di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya bagi permohonan di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 ataupun [Akta 299]. Manakala bagi permohonan di bawah Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1951 (Sarawak Cap.10) dan Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Sabah Cap.123), kelulusan permohonan masing-masing dibuat di Ibu Pejabat JPN Negeri dengan kehadiran wakil daripada Ibu Pejabat JPN sebagai ahli panel;
(ii) meningkatkan kekerapan proses naziran secara mengejut di semua bahagian di JPN termasuk terhadap vendor yang terlibat bagi memastikan pematuhan semua tatacara yang telah ditetapkan;
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Mohd Azis bin Jamman
(iii) menambah baik aras keselamatan berperingkat agar tidak lagi boleh diakses dengan mudah oleh semua pegawai, sebaliknya perlu melalui verifikasi daripada pegawai atasan;
(iv) menukar penempatan pegawai JPN secara pusingan ataupun rotation, dengan izin, bagi mengelakkan satu-satu pegawai berada di posisi sama lebih daripada dua tahun untuk meminimumkan salah guna kuasa;
(v) menyemak dan mengemas kini data rekod kelahiran, kematian dan kad pengenalan di pangkalan sistem JPN bagi mengelakkan penyalahgunaan atau penyelewengan; dan
(vi) untuk jangka masa panjang, JPN meneliti cadangan agar diwujudkan bank data ataupun DNA atau kaedah-kaedah biometrik lain untuk dimasukkan dalam sijil kelahiran supaya dapat mengekang penyalahgunaan dokumen berkenaan.
Berhubung dengan cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kes penjualan MyKad seperti yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, pihak PDRM telah diberi kuasa penuh untuk menyiasat secara menyeluruh kes ini agar pihak yang didapati bersalah dapat didakwa. Sehubungan dengan itu, buat masa ini tiada keperluan untuk menubuhkan RCI berasingan bagi menyiasat kes berkenaan.
Sebagai tambahan Tuan Yang di-Pertua, sepanjang tempoh 10 tahun bermula 2009 sehingga 2019, Jabatan Pendaftaran Negara telah menjalankan sebanyak tujuh operasi membanteras kegiatan sindiket penjualan pengeluaran dokumen pengenalan diri palsu.
Seramai lapan individu yang bertindak sebagai ejen pengeluaran dokumen pengenalan diri palsu telah ditangkap dan didakwa di bawah Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tidak apa-lah, kalau boleh saya rasa masa tidak sempat untuk soalan tambahan yang kedua, tolong masukkan sekali selain daripada apa yang saya hendak cakapkan ini. Tolong masukkan sekali.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Saya nak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, setakat ini berapa banyakkah individu yang telah dibatalkan hak kewarganegaraan ekoran daripada isu pengeluaran kad pengeluaran palsu ini? Begitu juga memandangkan masalah ini adalah masalah yang besar, yang melibatkan kesejahteraan, keselamatan negara dan pelbagai pihak membuat tanggapan yang pelbagai terhadap isu ini, jadi saya nak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah pihak kementerian bercadang untuk melakukan penambahbaikan terhadap akta yang sedia ada, membawa ke Parlimen pindaan untuk mengenakan hukuman yang lebih berat daripada apa yang terdapat di dalam akta yang ada pada hari ini dan jangan lupa masukkan yang sekali.
[Menunjukkan ke arah Yang Berhormat Jelebu]
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Boleh Tuan Yang di-Pertua? Saya nak update. Tadi dah tanya dah Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri kata Yang Berhormat Jelebu tanya kena nombor 10. Saya nak tambah.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan tambahan pertama, sila jawab dulu.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Soalan tambah.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Sekali, sekali.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Disekalikan. Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Saya mohon disekalikan, saya mohon disekalikan...
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Saya tidak kisah jawab sekali kalau Tuan Yang di- Pertua izinkan.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
...Sebab kita faham keadaan masa.
Tuan Yang di-Pertua
Saya tidak dengar tadi apa soalan Yang Berhormat Jelebu.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tadi Tuan Yang di-Pertua yang lain, ini Tuan Yang di-Pertua yang baharu. Boleh Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua
Ya, ya, sila. Soalan ringkas.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Dah berubah, dah berubah. Tuan Yang di- Pertua, saya hendak perbaharui soalan saya tadi. Pertama, saya nak minta pihak kementerian supaya bagi maklumat jelas sama ada betul atau tidak...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Amat Berhormat.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
...Kemasukan... Ini apa ini? Betul atau tidak kemasukan 24,000 daripada India dan China pada 21 Ogos sampai 24 Ogos ketika sistem urusan imigresen di airport down masa itu, yang pertama. Kedua, saya tanya tadi yakni tentang tangkapan 20 orang ini...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Betul kah lebih daripada 20 orang.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, atas peraturan.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, ya.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Adakah ini peraturan baharu di mana boleh dikemukakan dua tambahan...
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Ini Yang Berhormat Kota Melaka, ini ...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Soalan oleh dua Yang Berhormat?
Adakah ini peraturan baharu Tuan Yang di-Pertua? Ataupun sepatutnya...
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Ini kuasa Tuan Yang di-Pertua lah. Duduk, duduk!
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Sudah, sudah, saya dah terima tadi. Hendaklah dijawab bersama supaya meringkaskan keadaan. Ya, silakan.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Ha! Ini kuasa Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kota Melaka duduk diamlah.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, sila teruskan. Masa berlalu.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Soalan kedua ini Yang Berhormat Timbalan Menteri yang saya tanya tadi pasal 20 orang tangkap ini. Ini soal national security, soal keselamatan negara. Jadi saya fikir wajar untuk ditubuhkan RCI dan apakah langkah kementerian untuk teliti benar-benar teliti soal ini dan berapa sebenarnya dalam market kita ini pemegang MyKad palsu yang telah dilakukan oleh culprits yang telah ditangkap ataupun yang belum ditangkap.
Tuan Yang di-Pertua
Dijawab bersekali.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Termasuk di Sabah, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak ada soalan tambahan yang lain ya, itu yang terakhir.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Okey, saya jawab Yang Berhormat Jelebu dululah sebab dia bersemangat itu. Tadi pun dia sudah tanya. So, saya jawab dia dulu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Ketua Pengarah Imigresen telah membuat kenyataan bahawa kenyataan itu adalah tidak benar mengenai 24,000- 3 juta yang masuk itu. Itu tidak benar dan telah pun dijawab oleh Ketua Pengarah Imigresen di dalam media. Ini sudah secara jelas dia telah maklumkan tidak benar ada kemasukan 3 juta masuk melalui airport kita pada ketika sistem airport kita down. Itu tidak benar.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas
Seramai 24,000 bukan 3 juta, 24,000 katanya.
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Ha, 24,000, sorry, 24,000. Tidak benar sebab pada masa itu, pihak imigresen mengambil maklumat pelawat-pelawat yang masuk secara manual.
Jadi kalau hendak dia punya data, saya boleh bagi secara bertulis nanti berapa bilangan dia.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Tanya sekali mana dia dapat angka itu.
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Mana? Itulah, okey. Kemudian saya menjawab tadi Yang Berhormat Machang berkenaan dengan berapa banyak kad pengenalan yang kita telah senarai hitamkan. Untuk makluman, sehingga hari ini berkenaan dengan kes itu, sudah 11 yang kita senarai hitamkan dan proses penyiasatan ini masih lagi kita lakukan. Ini kita tidak dapat berikan secara nyata sebab proses penyiasatan masih lagi dilakukan dan 20 orang sekarang ini sedang pun didakwa di mahkamah dan dibicarakan. So saya tidak boleh elaborate terlampau banyak. Ingin saya tegaskan di sini bahawa apa yang berlaku hari ini, sistem yang diguna pakai oleh Jabatan Pendaftaran Negara ini adalah sistem yang kita warisi daripada dahulu dan sebab itu...
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tadi Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat kata enam orang didakwa...
Tuan Yang di-Pertua
Saya sebut tadi soalan tambahan yang terakhir...
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
...Saya tanya balance daripada 20 itu, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
...Sila menjawab Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Dalam siasatan.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat kata tadi enam ketika menjawab soalan daripada...
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Saya sudah sebut...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Kalau tidak, ini akan berterusan. Berpanjangan tiada kesudahan. Ya, sila jawab Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Saya sudah sebut tadi ianya dalam siasatan.
Sekarang ini enam sudah didakwa, jadi yang lain sabar dahulu. Kita biarkan proses undang- undang itu berjalan, proses siasatan sedang berjalan dan kalau di dalam masa hadapan nanti kita merasakan perlu diwujudkan RCI, by all means kita akan pertimbangkan perkara itu.
Sekarang ini biar PDRM untuk membuat siasatan dahulu.
Berkenaan dengan yang saya sebutkan tadi, saya sambung kembali. Sistem yang kita guna pakai ini adalah sistem yang kita warisi daripada kerajaan dahulu dan ya lah, kita memahami...
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Menterinya sama, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Menteri KDN pun dahulu sama juga sekarang.
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Sebab itulah apabila sesuatu isu dan masalah berlaku, itulah sebabnya hari ini kita menyedari hakikat bahawa kita perlu melihat kembali kepada sistem ini. Sebab itu hari ini Kementerian Dalam Negeri sedang mengurus dan menilai dan memperkemaskan kinikan SOP yang akan kita lakukan di masa yang akan datang untuk menambah baik sistem yang sedia ada. Jadi itulah jawapan kepada soalan yang telah dibangkitkan tadi. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Adakah Yang Berhormat berbangga untuk...
Tuan Yang di-Pertua
...Dengan itu tamatlah sesi soal jawab lisan. Seterusnya usul.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Soalan ada satu lagi Yang Berhormat Timbalan Menteri tak jawab.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tidak ada masa, tidak ada masa. Duduk, duduk.
Tuan Yang di-Pertua
Masa dah habis. Masa dah habis.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua, boleh tak semua soalan lain...
Tuan Yang di-Pertua
Dijawab secara lisan yang baki-baki itu.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan D.R. 26/2019 Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar
(Pemansuhan) 2019, Rang Undang-undang Perlindungan Penderma Makanan 2019 dan Rang Undang-undang Perhubungan Perusahaan
(Pindaan) 2019 di No. 1, No. 2 dan No. 3 seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Khamis, 10 Oktober 2019.”\
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dr. Ong Kian Ming
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” [8 Oktober 2019]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat-Yang Berhormat, senarai semalam lebih pendek daripada apa yang berada di hadapan saya sekarang. Jadi, oleh kerana itu masa yang diperuntukkan semalam tidak boleh diperuntukkan hari ini juga. Jadi, seperti yang terdapat dalam usul tadi, kita ada tiga rang undang-undang yang harus diputuskan hari ini.
Jadi saya ingin pendekkan jumlah tempoh masa kepada di antara 10 minit hingga 15 minitlah seorang. Itu memadai malah Yang Berhormat Kluang telah berbesar hati hendak menyatakan kepada saya bahawa dia perlu lima minit sahaja. Jadi, kita adjust lah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya hendak 20 minit.
Tuan Yang di-Pertua
Ada 20 minit? Tidak.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, janji semalam.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya pun.
Tuan Yang di-Pertua
Ada 10 minit. Baik, kita tengoklah yang menunjukkan keadaan. Jadi saya baca semula senarai. Selepas ini Yang Berhormat Lembah Pantai. Kalau boleh, lima minit. Cuma 10 minit? Baik. Yang Berhormat Kluang, eh! Bukan. Selepas itu Yang Berhormat Paya Besar, 15 minit?
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ada 20 minit.
Tuan Yang di-Pertua
Ada 15 minitlah, 15 minit. Yang Berhormat Kluang, lima minit.
Yang Berhormat Kinabatangan, 10 minit. Dengan persetujuan Yang Berhormat Kinabatangan. Dia memang tegas, cepat. Yang Berhormat Kuala Kangsar, 15 minit.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Ya?
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tuan Yang di-Pertua, saya nak minta sekejap kebenaran untuk mengalu-alukan kedatangan, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, sila.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, bersama-sama kita di Dewan yang mulia ini adalah guru dan pelajar Sekolah Menengah Iskandar Shah, Perak, Sekretariat Government Dasar dan juga Perkhidmatan Awam Tanjong Malim serta Setiausaha Pertama dan pegawai dari Kedutaan Jepun di Malaysia yang bersama dengan kita.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Selamat datang ke Dewan Rakyat, Malaysia. Ya, di mana saya tadi? Yang Berhormat Kuala Kangsar, 10 minit ya.
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Ada15 minit.
Tuan Yang di-Pertua
Cuma 15 minit. Yang Berhormat Parit, 10 minit. Yang Berhormat Arau? Cuma 15 minitlah Yang Berhormat Arau, 15 minit.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Janji, janji, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Parit Sulong, 15 minit. Yang Berhormat Maran, 10 minit. Yang Berhormat Sibuti? Semalam Yang Berhormat Sibuti? Cuma 10 minit.
Yang Berhormat Jelutong tak ada?
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Setengah jam? Buat apa? Tidak boleh, 15 minit.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Yang di-Pertua baguslah, siap bertanya berapa minit hendak bercakap, steady Tuan Yang di-Pertua. Memang Tuan Yang di-Pertua yang terbaiklah. Saya ucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih kembali.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kita bagi tepukan tangan kepada Tuan Yang di-Pertua.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Tak payah.
[Ketawa] Baik, tanpa melengahkan masa...
[Dewan ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Walaupun demikian Yang Berhormat Arau tidak dapat 20 minit ya.
[Dewan ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan, saya mungkir janji. Silakan Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim, saya ingin bahas rang undang-undang yang ada di hadapan kita pada hari ini pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, isu pokok kepada kenapa kita tidak bersetuju dengan dan rasa perlu dimansuhkan akta tersebut adalah apabila kita lihat takrifan berita tidak benar itu terlalu subjektif dan ini memberikan kuasa yang terlalu luas dan terlalu besar kepada pihak kerajaan untuk mentakrif dan kalau kita lihat sebelum ini sewaktu dibahaskan rang undang- undang tersebut pada 29 Mac 2018, Yang Berhormat Pagoh pada ketika itu ada membangkitkan satu keadaan di mana sekiranya berita telah dikeluarkan di luar negeri, adakah berita itu tidak benar dan dalam kes itu adalah satu laporan daripada Wall Street Journal Department of Justice Amerika Syarikat berkenaan dengan sejumlah wang RM2.6 bilion yang memasuki akaun peribadi Yang Berhormat Pekan. Pada waktu itu ada pertanyaan adakah itu berita tidak benar ataupun bagaimana.
Walhal, kita lihat sememangnya ada ruang dan peluang dan undang-undang yang sedia ada mencukupi untuk kita memahami keadaan dan sekiranya berlaku pelanggaran boleh diambil tindakan. Maka keadaan yang terlalu subjektif ini yang terlalu luas ini mewujudkan satu peluang adanya satu semangat drakonian dan ini yang saya rasa dalam semangat Malaysia baharu kita perlu kikis dan kita perlu tukar. Sebenarnya kita boleh gunakan peluang ini bukan sahaja untuk memansuhkan akta-akta yang drakonian, yang bersifat kuku besi ataupun terlalu memberikan kuasa kepada pihak kerajaan tanpa timbang tara dan sebagainya. Kita lihat apa sebenarnya undang-undang-undang dan alat-alat perundangan yang sedia ada, apakah kekurangan di situ dan apa yang kita boleh usaha untuk baiki.
Memang kalau kita lihat Tuan Yang di-Pertua banyak undang-undang sedia ada yang memang boleh kita guna dan telah digunakan contohnya seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Kanun Keseksaan seksyen 499, 500, 501. Ini semua antara akta- akta yang boleh digunakan untuk menangani masalah bukan sahaja berita tidak benar akan tetapi isi kandungan yang bersifat fitnah. Sebenarnya apa yang kita harus lihat pada hari ini seperti yang saya sebutkan tadi, apakah kekangan ataupun masalah yang dihadapi yang pernah dibangkitkan contohnya oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia.
Contohnya isu identiti. Identiti mereka yang mewujudkan akaun-akaun di media sosial dan menggunakan identiti palsu. Ini menyebabkan satu masalah bagi pihak SKMM untuk mengenal pasti siapakah individu-individu sebenar di sebalik akaun-akaun tersebut.
Baru-baru ini contohnya saya sendiri menjadi mangsa kepada satu— ini isu scam tetapi bukan isu berita tidak benar. Isu scam. Isunya identiti pemilik nombor telefon tersebut tidak boleh dikenal pasti dan di situ mungkin kita perlu lihat dan mungkin pihak kerajaan apa yang sebenarnya sepatutnya kita lakukan supaya tidak lagi menjadi masalah untuk kita tangani isu ini. Semestinya kalau kita lihat Kerajaan Pakatan Harapan memang tidak berkompromi dalam isu keselamatan. Tadi kita mendengar Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri menyatakan dengan jelas tentang isu identiti isu pendaftaran contohnya. Akan tetapi persoalannya apakah undang-undang ataupun alat yang ada?
Semalam sibuk dikatakan Yang Berhormat Pontian berkata nama beliau telah dimasukkan dalam satu senarai oleh SPRM kononnya beliau telah menerima sejumlah wang yang dikatakan didakwa daripada 1Malaysia Development Berhad dan beliau boleh berdiri untuk mempertahankan diri. Tidak perlu digunakan satu Akta Antiberita Tidak Benar contohnya untuk mengekang sebaran. Contoh satu lagi masalah yang sama kita lihat ada beberapa individu yang menggunakan satu klip untuk menyebar maklumat yang tidak benar, bukan berita yang tidak benar kononnya Yang Berhormat Port Dickson telah menyatakan kongres— perkataan itu malah saya sedikit berasa tidak patut Yang Berhormat Ketereh contohnya dalam laman Twitter menggunakan— menyebarkan maklumat yang tidak benar walhal kalau kita lihat konsep tabayyun bila kita dapat satu maklumat, kita perlu risik dan kita perlu semak. Saya percaya Yang Berhormat Ketereh kenal dengan Yang Berhormat Port Dickson malah boleh bertanya sendiri sebelum menyampaikan maklumat yang saya lihat antara puncanya adalah seorang individu yang saya rasa selalu...
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Lembah Pantai. Boleh?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
...Menyebarkan maklumat yang tidak benar. Sila.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Jelebu.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Lembah Pantai. Yang Berhormat setuju tidak oleh kerana berita baru-baru ini tadi Yang Berhormat Lembah Pantai kata isu Yang Berhormat Port Dickson mungkin silap cakap atau salah tafsir Yang Berhormat cakap tersasul dan sebagainya.
Perlu tidak satu akta untuk mengawal tentang berita tidak benar ini? Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Lembah Pantai setuju atau tidak. Kalau akta ini tidak ada, maka perkara ini berleluasa seperti yang sudah kita bincang begitu banyak dalam Dewan yang mulia ini. Jadi, saya fikir perlu ada satu tindakan drastik dan satu akta harus dikenakan untuk mengawal semua perkara yang berkaitan Akta Antiberita Tidak Benar. Terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Jelebu. Bagi saya, saya rasa tidak perlu. Bukan satu akta berkenaan dengan Antiberita Tidak Benar sebagai contoh tetapi sebenarnya kita lihat Tuan Yang di-Pertua, ia adalah budaya kita sebagai rakyat Malaysia yang mungkin terikut-ikut hendak retweet atau hendak share maklumat yang sebenarnya kita tidak dapat hendak sahkan.
Benda ini tidak perlukan akta, benda ini perlukan perubahan minda. Ini yang mungkin perkara yang paling susah dan yang paling sukar untuk kita bentuk yang mana kita sebagai pemimpin seharusnya kitalah yang menjadi penapis maklumat itu. Itulah sebabnya saya sentuh ya mungkin kita kalau kita kenal individu-individu, mungkin kita boleh dapatkan maklumat. Bagi saya bila saya dengar rakaman klip tersebut, saya rasa agak jelas bagi saya.
Jadi, mungkin sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kita tidak perlukan akta tetapi kita perlukan perubahan minda. Ini no matter what laws you have dengan izin, kalau budaya kita— kalau perangai kita...
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Masjid Tanah.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
...Kalau sikap kita itu tidak berubah, maka tidak ada apa-apa undang-undang pun yang akan bantu menyelamatkan keadaan. Sila.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Yang Berhormat. Saya hendak bertanya. Hari ini kita dengan lambakan teknologi, kita ada fake news atau berita tidak benar, kita ada deep fake yang melibatkan audio dan juga visual video yang masih lagi belum membanjiri atau kepakarannya yang begitu hebat dalam negara kita dan termasuk juga dengan artificial intelligence (AI). Saya khuatir akan selepas ini dengan adanya ramai kepakarannya yang melibatkan anak muda Malaysia dan sebagainya akan melibatkan lebih banyak lagi berita-berita tidak benar.
Kalau kita tidak dimansuhkan akta ini, adakah fikir perlunya untuk kita mengubah supaya hukuman yang setimpal— kalau tadi Yang Berhormat kata perubahan fikiran tidak cukup akan tetapi perlu ada perubahan dari segi akta itu sendiri supaya mampu untuk menangani masalah yang begitu besar dijangka pada masa akan datang. Terima kasih.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Lembah Pantai, saya sedikit sahaja, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Saya setuju dengan pendekatan Yang Berhormat to educate. Betul tak saya maksudkan Yang Berhormat? Maksud Yang Berhormat to educate public supaya control sikap dan attitude tetapi Yang Berhormat, Yang Berhormat juga bersetuju dalam debat Yang Berhormat, saya teliti satu persatu bahawa Yang Berhormat beritahu juga perlukan sesuatu pendekatan seperti kata Yang Berhormat Melaka tadi.
Perlukan sesuatu...
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Masjid Tanah.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Masjid Tanah, minta maaf fasal sudah jadi jauh, maka terlupa kadang-kadang. Dahulu dekat.
Jadi Yang Berhormat perlukan sesuatu untuk sesuatu undang-undang, enforcement. Yang Berhormat setuju tidak enforcement ini kadang-kadang boleh merubah attitude manusia Yang Berhormat?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Yang akan merubah attitude manusia itu kita ya, bukan enforcement. Sebab kalau kita lihat contoh isu dadah, enforcement memang ada tetapi dadah tetap berleluasa. Masalahnya adalah korupsi, the corruption of the Malaysian soul yang telah berlaku selama ini. Sila.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas
Tadi Yang Berhormat Lembah Pantai sebut bahawa ketidakperluan untuk ada akta ataupun dimansuhkan akta ini kerana sudah- is covered by Akta Komunikasi dan Multimedia dan juga CPC dan sebagainya. Cuma saya hendak rujuk, ada satu dua seksyen yang mungkin kita hendak dapat pandangan daripada Yang Berhormat. Apakah ada keperluan, kalau ini dimansuhkan, adakah perlu pengukuhan dari segi pindaan pada Akta Komunikasi dan Multimedia. Contohnya, Seksyen 3, extra terrotorial di mana kesalahan yang dibuat daripada segi fake news yang dilakukan di luar negara. Apakah that is covered under Seksyen- Akta 588 ataupun juga CPC? If it is not, adakah satu cadangan supaya ia di- kalau tidak, ia ada counter productive. You repeal one akta, tetapi you let the other akta remain loose. Terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Saya faham, masa pun sudah tamat. Akan tetapi, sebenarnya itu yang saya maksudkan dan saya setuju dengan Yang Berhormat Kepala Batas. Dia bukan zero-sum game, dia bukan kita buang semata- mata. Akan tetapi, kita lihat apa yang sedia ada, kita kukuhkan. Ini kerana, bila kita tanya dengan pihak penguatkuasaan- law enforcement, memang ada kekangan ataupun masalah- masalah yang dihadapi.
Kita tidak perlu, dengan izin, to recreate the wheel, tidak perlu. Kita perlu tambah baik apa yang sedia ada dan lebih penting dari itu, kita tidak boleh mengharapkan hanya kepada undang-undang ataupun akta. Akan tetapi, kita kena harapkan kepada rakyat Malaysia untuk berubah sikap. Kita sebut Tabayyun, tetapi kita kena mula dengan diri kita sendiri. Jadi, saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat hentikanlah ya, kerana kita perlu memainkan peranan sebagai pemimpin untuk membentuk jati diri rakyat Malaysia yang lebih baik, insya-Allah. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Paya Besar, silakan. Masa 15 minit ya.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerama memberi ruang dan peluang kepada saya untuk turut serta membahaskan Akta 803 agar dimansuhkan seperti mana yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Cumanya, saya ingin kita melihat sekiranya akta ini yang telah diluluskan di Parlimen pada 11 April 2018 dan kemudiannya dibawa ke Dewan Rakyat untuk dimansuhkan. Akan tetapi, mendapat penolakan di Dewan Negara dan kemudiannya selepas setahun, ia dibawa kembali agar ia tetap memenuhi janji Pakatan Harapan, Manifesto- Janji 27.
Jadi, sekiranya seperti mana yang telah disebutkan oleh ramai Ahli-ahli Yang Berhormat, bahawasanya Akta 803 ini adalah akta yang begitu dilihat sebagai akta yang reactive legislation. Maknanya, undang-undang yang reaktif. Akan tetapi, suka saya hendak maklumkan kepada Dewan yang mulia ini, kita sekarang ini berada dalam keadaan peredaran masa dan kita bersandarkan kepada keperluan semasa.
Saya yakin populasi dunia kita ada 7.6 bilion umat, dan 5.1 bilion merupakan mobile user. Seramai 4.3 bilion merupakan internet user. Kenapa saya sebutkan ini adalah, saya yakin dan percaya Ahli-ahli Yang Berhormat bersetuju Tuan Yang di-Pertua. Undang-undang yang kita buat, bukanlah undang-undang untuk semata-mata dibuat hanya untuk menekan sesetengah pihak.
Undang-undang dibuat semata-mata untuk dilakukan penguatkuasaan supaya masyarakat yang ingin dibangunkan, yang dibesarkan mempunyai masyarakat yang mempunyai keupayaan minda dan pemikiran yang akhirnya akan meneruskan cerita kejayaan Malaysia. Saya suka hendak membawa beberapa fakta agar Dewan yang mulia ini mendapat makluman tentang bagaimana kederasan teknologi maklumat ini dan bagaimana
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
yang disebutkan oleh Pakatan Harapan, bahawa undang-undang ini reaktif? Oleh sebab apa, sebab bagi saya Tuan Yang di-Pertua, kita ingin menggubal undang-undang, kita ingin memansuhkan undang-undang. Akan tetapi, kita tidak boleh buat apa-apa berkaitan pindaan.
Saya agak kecewa dan gelisah apabila undang-undang ini pastinya akan dimansuhkan pada hari ini, tetapi tidak ada tindakan-tindakan yang dibuat ke atas undang- undang sedia ada. Pihak kerajaan banyak kali bangkitkan bahawasanya kita sudah ada undang-undang seperti Penal Code, kita ada Undang-undang Hasutan, kita ada undang- undang di bawah SKMM. Akan tetapi, setahun tempohnya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tidak ada langsung dibawa pindaan. Kalau mansuhkan hari ini, mama pindaan SKMM? Mana pindaan kepada penal code? Tidak ada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Kalaulah ini yang saya sifatkan sebagai dakwaan oleh pihak pembangkang bahawasanya Undang-undang Antiberita Tidak Benar ini sebagai undang-undang yang reaktif, ia sebenarnya semata-mata hanya untuk memenuhi Janji Pakatan Harapan- Janji 27.
Jadi, saya agak keliru Tuan Yang di-Pertua.
Saya meneliti begitu panjang lebar video, Hansard, bagaimana Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab dan menggulung di Dewan Negara. Oleh sebab apa yang menarik di Dewan Negara, apabila 28 Ahli-ahli Senator menolak Akta Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar ini kerana ada sebab-sebab yang tertentu.
Saya meneliti 28 penghujahan. Saya meneliti bagaimana 28 menolak...
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
[Bangun]
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sekejap Yang Berhormat Jelebu.
Sekejap lagi saya bagi.
Seramai 28 menyokong supaya undang-undang ini tidak dimansuhkan, 21 menolak dan tiga tidak mengundi. Saya nampak daripada gaya Yang Berhormat Timbalan Menteri menggulung di Dewan Negara, nampaknya lebih yakin berbanding di Dewan Rakyat pada ketika rang undang-undang ini diluluskan semasa hendak dimansuhkan pada 6 Ogos 2018.
Sekejap Yang Berhormat Jelebu.
Saya hairan Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri di Dewan Negara begitu hebat. Banyak kata-katanya merujuk kepada buku-buku, penulisan-penulisan yang mengatakan bahawasanya kita tidak perlukan undang-undang ini. Ini kerana negara ini tidak perlu banyak undang-undang kerana melibatkan kos yang tinggi.
Akan tetapi, yang menghairankan saya Tuan Yang di-Pertua, kenapa IPCMC diwujudkan? Kenapa kita mewujudkan sebuah lagi undang-undang dan hari ini banyak undang-undang yang kita wujudkan yang baharu? Sebagaimana Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut, jangan kita bandingkan dengan amalan-amalan antarabangsa seperti mana Jerman, Filipina, Singapura dan Perancis.
Saya suka Tuan Yang di-Pertua, kita mesti melihat bagaimana Jerman. Kalau kita tidak pandai, kita harus merujuk kepada data-data yang ada. Di Jerman, populasi 82.37 juta, mobile subscription 107.8 juta. Maknanya, 131 peratus versus kepada population. Internet user 79.13 juta, lebih kurang 96 peratus penetration. Active sosial media 38 juta, 46 peratus penetration.
Tuan Yang di-Pertua, average orang di Jerman melihat social media ialah empat jam 37 minit. Di Jerman ada, kerana masalah yang disifatkan AntiBerita Tidak benar ini berleluasa walaupun rakyat mereka hanya melihat empat jam 37 minit. Sekejap Yang Berhormat Jelebu, saya tahu. Saya hendak kembali kepada Malaysia Tuan Yang di-Pertua.
Populasi kita tidak sama seperti Jerman, hanya 32.25 juta dan 76 peratus adalah urbanization. Internet user 28.84 juta, 80 peratus penetration Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mobile subscription 40.27 juta, lebih kurang 125 peratus versus kepada population.
Active media social 25 juta, 78 penetration, mobile social media user 24 juta. Maknanya, kalau 24 juta maknanya 24 juta telefon sedang bergerak menyebarkan maklumat ke seluruh negara. Saya suka juga melihat Tuan Yang di-Pertua, bahawasanya Malaysia ini, dunia ini mempunyai aplikasi messenger. Dahulu mungkin kita pakai surat, hari ini kita sudah pakai messenger, android dan apa sahaja platform.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua, 187 countries Tuan Yang di-Pertua, kajian telah menunjukkan bahawasanya WhatsApp dominasi 5.6 peratus negara seperti Brazil, Mexico, India, Russia, South Africa, Europe, Africa, Asia dan Oceana. Facebook Messenger 49 peratus di Australia, Canada dan US.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Apa yang menghairankan saya, WeChat hanya applicable di China dengan izin. Apa yang menghairankan saya Tuan Yang di-Pertua, negara Jerman hanya melihat empat jam sahaja. Malaysia, average daily spend using the internet via any device lapan jam, lima minit.
Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri membandingkan bahawasanya jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri di Dewan Negara, jika kita membandingkan dengan Jerman.
Jerman ini negara yang advance Tuan Yang di-Pertua. Itu sebabnya kita tidak perlu membandingkan dengan Jerman. Mari kita bandingkan dengan Singapura. Singapura population 5.83 juta. Saya bagilah.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Saya sudah naik lupa. Saya sudah 50 lebih tahun, Yang Berhormat muda. Bolehlah, bagilah saya lalu sedikit. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat tahun 1990 ya, saya hendak baca ini. Kerana apa kerajaan sekarang yang beria- ia sangat hendak mansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar ini? Antara alasan pihak kerajaan ialah akta ini redundant dengan akta yang sedia ada. Satu Kanun Keseksaan, kedua ialah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan. Ketiga ialah Akta Komunikasi dan Multimedia.
Ketiga-tiga akta ini Yang Berhormat, saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat. Ketiga-tiga akta ini last sekali ataupun penggubalan terakhir pada tahun 1990 yang berbeza dengan apa Yang Berhormat Paya Besar perbahaskan tadi, jauh berbeza.
Antara media sosial, antara IOS, antara android, antara pelbagai kaedah multimedia yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Paya Besar berbeza dengan tahun 1990 yang mana Yang Berhormat sudah lahir atau belum. Apa pandangan Yang Berhormat tentang perkara ini? Itu yang pertama.
Kedua Yang Berhormat, saya pelik kenapa yang pihak kerajaan sekarang beria-ia sangat hendak memenuhi manifesto ke-27 yang tidak memberi manfaat kepada rakyat. Akta Antiberita Tidak Benar boleh bela kebanyakan daripada belah sini dan belah sana.
Enforcement, penguatkuasaan akan dilakukan oleh pihak kerajaan.
Kalau dahulu Yang Berhormat, satu yang saya hendak tanya Yang Berhormat. Pada Mei 2018, kerajaan sudah berpindah kepada pihak pembangkang yang dahulu mereka tolak Akta Antiberita Tidak Benar. Sekarang ini pihak kerajaan akan menggunakan kuasa yang ada untuk menguatkuasakan akta ini Yang Berhormat ataupun Pakatan Harapan, pihak kerajaan sudah ada instinct bahawa ini adalah kerajaan satu penggal. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Perkara yang terakhir sekali saya bersetuju, kerajaan tersebut. Cumanya saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Jelebu Tuan Yang di-Pertua, kita yakin takrifan yang diberikan di bawah Akta 803 berkaitan berita tidak benar sangat jelas. Ini kerana kita ini ada empat peringkat Tuan Yang di-Pertua.
Daripada data yang membentuk sebagai maklumat. Daripada maklumat dibentuk sebagai informasi. Informasi ini yang ditakrifkan sebagai berita di bawah tafsiran Akta 803.
Keempat, paling tinggi Tuan Yang di-Pertua iaitu pengetahuan atau wisdom. Saya lihat banyak artikel, jurnal empirikal yang telah dibuat oleh ahli cendekiawan, ahli akademik tempatan Tuan Yang di-Pertua. Sebagaimana yang telah dicatatkan dalam journal publications jelas menunjukkan bahawasanya kita tidak boleh bermain dengan maklumat.
Maklumat yang salah ini akan menyebabkan pemikiran yang salah. Pemikiran yang salah akan menyebabkan satu informasi yang salah.
Tuan Yang di-Pertua, saya tak nak anak muda Malaysia hilang arah tuju disebabkan akta ini dimansuhkan. Saya yakin dan percaya Tuan Yang di-Pertua, kita bukan bernostalgia atau kita bukan hendak mengejar sesuatu janji. Kita mesti melihat satu yang jauh Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak baca Tuan Yang di-Pertua, setiap hari maknanya yang berumur 13 tahun, Tingkatan 1. Dia sudah tahu tentang social media. Tingkatan 1, 13 tahun hingga 34 tahun di Malaysia 64.9 peratus. Lebih kurang 16.3 juta orang yang aktif kepada media sosial setiap hari. Dari 35 tahun sehinggalah umur Yang Berhormat Jelebu 65 tahun ke atas hanya 35.1 peratus atau...
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Pembetulan Tuan Yang di-Pertua. Bukan 65 tahun ya, saya baru 54 tahun.
Seorang Ahli
Muda lagi.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Okey, 54 tahun, 45 tahun hingga 54 tahun sebanyak 9.2 peratus. Maknanya lagi berumur, lagi kuranglah tengok social media.
Akan tetapi apa yang saya bicarakan Tuan Yang di-Pertua, kajian empirikal sudah ada Yang Berhormat Menteri tetapi yang paling pentingnya adalah kita mesti melihat bagaimana masa depan negara. Masa depan negara bergantung sepenuhnya kepada pemilik masa depan negara. Penerus cerita kejayaan negara. Siapa mereka? Kalau kita biarkan anak-anak muda Malaysia setiap hari melihat perkataan-perkataan yang tidak benar– apa yang tidak benar?
Sebelum pilihan raya 40,000 pengundi Bangladesh, apa yang berlaku di Kuantan?
Ahli Parlimen Bentong ada di sini. Apa yang berlaku di Lynas? Bagaimana perkara-perkara yang dibuat atas kempen Lynas. MCKIP, Yang Amat Berhormat Langkawi pergi duduk depan MCKIP mengatakan kita jual kedaulatan kepada China. KLIA blackout.
Tuan Yang di-Pertua, berita tidak benar ini ada dua, online dan offline. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita semata-mata hanya melihat kepada untuk menunaikan janji-janji, saya risau bahawasanya negara kita ini akan lenyap anak-anak muda yang mempunyai pemikiran untuk membentuk tamadun. Saya yakin, seminit yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, jika kita mengatakan bahawasanya rang undang-undang ini dimansuhkan kerana untuk membebaskan atau menghalang Perkara 2, Perlembagaan Persekutuan, seksyen 2 Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan, kebebasan bersuara.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak merujuk kepada kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah Agong dengan izin Supreme Court dalam kes public persecutor versus Pung Chen Choon [1994] 1 MLJ556. Saya hendak baca sedikit Tuan Yang di-Pertua. “The principal that the right to freedom of speech and expression as enshrined in Art 10(1)(a) of...”
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Enshrine…
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
“Enshrine of the constitution is not absolute because the constitutions authorize Parliament to impose certain restriction.” Apa yang saya sebutkan ini Tuan Yang di-Pertua jelas bahawasanya Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang kita untuk membuat undang-undang tetapi Tuan Yang di- Pertua tidak munasabah langsung sekiranya kita ingin membuat pembentukan pemikiran anak muda tanpa ada penguasaan, tanpa ada rang undang-undang Tuan Yang di-Pertua.
Apa yang saya hendak rumuskan Tuan Yang di-Pertua, Paya Besar menolak agar rang undang-undang ini dimansuhkan kerana jangan kita rosakkan pemikiran rakyat khususnya anak muda. Ini kerana anak mudalah pemilik masa hadapan dan penerus cerita kejayaan Malaysia. Paya besar menolak rang undang-undang ini dimansuhkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kluang, lima minit.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang bagi saya ambil bahagian dalam perbahasan hari ini. Saya rasa isu yang di hadapan kita ini amat jelas iaitu pilihan ideologi memerintah sesebuah negara sama ada kita mahu mengikut langkah-langkah pembangkang Barisan Nasional yang asyik menghukum orang awam ataupun Kerajaan Pakatan Harapan yang mengambil pendekatan untuk memberdayakan rakyat supaya setiap orang ada keupayaan meneliti kesahihan maklumat.
Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya menjelaskan kenyataan saya. Di satu pihak, kita ada kaedah yang diguna pakai pembangkang Barisan Nasional yang ketika menjadi kerajaan dahulu lebih cenderung kepada menghukum orang awam yang jahil tentang bab perkongsian maklumat. Di satu pihak yang lain, kita ada prinsip Kerajaan Pakatan Harapan yang mengambil pendekatan untuk memberi pencerahan dan mengupayakan rakyat agar setiap orang mempunyai keupayaan menilai kesahihan maklumat.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Pendekatan kita penting kerana kita mesti sedar bahawa maklumat tidak sahih tidak akan berhenti sehingga orang tidak percaya lagi. Bak kata pepatah Cina, khabar angin akan terlerai apabila sampai kepada orang bijak.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bangun]
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Maaf Yang Berhormat Arau, saya lima minit sahaja.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tak. You boleh dapat 10 minit, no problem.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Sekiranya kita tangkap dan hukum sahaja orang...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat, apakah benar berita Yang Berhormat kata tulisan Jawi itu berbentuk filem lucah, porno.
[Dewan riuh]
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Maaf Yang Berhormat Arau. Saya nanti, kalau ada masa saya akan bagi peluang. Maaflah Yang Berhormat Arau. Nanti saya akan bagi kalau ada masa lapang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bukan, bukan Yang Berhormat. Yang Berhormat kata tulisan Jawi itu...
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Arau tanya Tuan Yang di-Pertua. Respect Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat Arau, you have to respect Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat Arau.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Hormat Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat Arau, hormat Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat Arau.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau duduk dahulu. Nanti kalau ada masa lagi saya akan bagi laluan.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tak Yang Berhormat. Saya tidak pernah ganggu Yang Berhormat. Kita kawan baik. Saya hendak tanya Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Ganggulah itu, sila duduk Yang Berhormat.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Maaf Yang Berhormat Arau. Bagi saya untuk habiskan ucapan saya terlebih dahulu.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Tuan Yang di-Pertua, sekiranya kita tangkap dan hukum sahaja, orang cuma henti penyebaran di depan mata penguat kuasa, di depan mata authority sahaja. Mereka akan cari jalan lain menyebarkan sebarang maklumat yang mereka anggap sahih melalui saluran yang susah dikesan oleh penguat kuasa. Paling penting sekali, betapa banyak maklumat tidak benar atau so-called berita palsu yang disebarkan di luar sana.
Betapa besar agensi yang kita perlu wujudkan untuk menguatkuasakan ini. Sudah tentulah cara ini bukan satu cara yang efisien dan bahaya kerana kita serah keupayaan berfikir dan meneliti kepada sekumpulan orang supaya kita tidak perlu berfikir.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak nafikan, ancaman berita tidak benar atau berita palsu terhadap masyarakat kita. Namun, pendekatan yang salah tidak akan selesaikan masalah ini. Masalah berita tidak benar ini, bukan berita yang 100 peratus palsu. Biasanya sebahagian maklumat yang ada dalam berita atau artikel itu adalah maklumat betul atau maksudnya, ada maklumat itu tetapi maklumat betul yang ada itu, digunakan untuk mewujudkan gambaran yang salah.
Sekiranya pembaca berita kurang berfikir atau kurang bertanya logik antara maklumat betul dan gambaran tidak tepat sekali, mereka akan tertipu oleh penulis yang menggunakan sebahagian fakta untuk memberi gambaran palsu seperti apa yang dilakukan pada waktu pagi tadi. Contoh sebegini terlalu banyak. Orang biasa yang bukan wartawan pun boleh wujudkan berita sebegini kerana semua orang ada confirmation bias, dengan izin. Kita cuma baca, percaya dan sebar maklumat yang sama dengan kerangka fikiran kita. Maka ini yang paling bahaya dan sedang mengancam kestabilan institusi demokrasi.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Tuan Yang di-Pertua, berita tidak benar ini sebenarnya bukan label yang tepat juga.
Bagi saya, saya lebih suka untuk pakai ‘disinformation’, dengan izin maklumat salah yang disengajakan. Untuk mengatasi disinformation, pendekatan paling baik adalah pendidikan.
Open Society Institute telah mendedahkan dalam Indeks Celik Media (Media Literacy Index) dengan izin, negara-negara Eropah yang paling berdaya tahan (resilience) dengan disinformation adalah negara Eropah utara seperti Finland, Denmark, Netherlands, Sweden, mereka yang dapat markah yang paling tinggi dalam senarai. Contoh-contoh yang disebut yang dibangkit oleh pembangkang, langsung tidak masuk paling tinggi lima pun.
Justeru, saya harap kita mencontohi negara yang paling baik dalam usaha mengatasi masalah ini. Janganlah kita mengikut penasihat media yang tidak bertauliah seperti sebelah sana [Merujuk kepada blok pembangkang] untuk menghukum orang sahaja.
Seperti apa yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang dan juga Yang Berhormat Lembah Pantai. Undang-undang yang sedia ada pun sudah cukup untuk mengatasi sekiranya ada fitnah atau berita berunsur fitnah. Namun, masalah disinformation adalah masalah yang lebih serius daripada fitnah. Masalah disinformation adalah masalah ketidakpercayaan di kalangan rakyat. Kita akan percaya dan memihak maklumat yang sama dengan kerangka fikiran atau worldview kita sendiri. Akhirnya, masyarakat kita akan semakin polarize.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta satu minit lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Kita perlu memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar pada hari ini. Maka, ini tidak bermakna bahawa Kerajaan Pakatan Harapan tidak ambil berat untuk mengatasi disinformation. Sebenarnya, kita perlu mengambil pendekatan yang lebih berkesan dan efisien untuk menyelesaikan masalah disinformation. Pendidikan celik media adalah penyelesaian yang paling baik buat masa ini. Untuk mempertahankan institusi demokrasi negara kita, laksanakan kursus celik media atau celik digital sekarang untuk semua lapisan masyarakat, bukan sahaja untuk anak muda. Ini kerana, anak muda zaman ini telah hidup dalam dunia internet bermula hari pertama mereka dilahirkan. Apa yang bahaya adalah golongan baru masuk ke dalam dunia internet, golongan umur 50 tahun ke atas. Mereka yang lebih exposed kepada disinformation atau berita tidak benar dan mereka sebenarnya tiada keupayaan seperti golongan muda untuk mengesan kesahihan maklumat semua ini. Itu saya tidak ...
Tuan Yang di-Pertua
Sila gulung ya.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang Berhormat, minta sikit, sikit saja.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Okey.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Terima kasih Yang Berhormat Kluang.
Setuju atau tidak Yang Berhormat Kluang, untuk mengatasi disinformation ini, sebagai satu pelengkap kepada pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar ini, kerajaan juga sepatutnya mengusahakan pengenalan Akta Kebebasan Maklumat ataupun Freedom of Information Act? Terima kasih.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Saya setuju sangat.
Tuan Yang di-Pertua
Sila jawab dan menggulung.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Okey, boleh. Saya akan rumuskan. Saya amat setuju dengan Ahli Parlimen Kangar atas cadangan itu. Saya minta masuk ke dalam ucapan saya iaitu kita perlu ada Freedom of Information Act. Ini agak penting.
Bagi saya, saya tidak setuju bahawa yang exposed kepada maklumat palsu atau berita palsu ini adalah anak muda sahaja. Sebenarnya, seluruh lapisan masyarakat kita terdedah kepada maklumat yang tidak sahih ini dan yang paling bahaya adalah golongan umur 50 tahun ke atas. Ini kerana mereka sudah ada experience, sudah ada pengalaman kehidupan sepanjang umur mereka untuk mengatasi masalah ini. Mereka anggap semua maklumat yang disebarkan di WhatsApp, di Facebook dan sosial media adalah sahih kerana yang dahulu, ini semua khabar angin di kopitiam, di kedai kopi sahaja. Akan tetapi sekarang, dalam bentuk tulisan di laman web berita yang serupa dengan laman web berita yang konvensional.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Untuk masa depan dan kestabilan demokrasi, saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, ayuh kita mengambil pendekatan harapan yang memperdayakan rakyat, menjadikan Malaysia sebuah negara yang bijaksana menghadapi disinformation. Bukan negara yang zalim menghukum rakyat kerana tertipu oleh penulis disinformation. Dengan ini, saya sokong sepenuhnya rang undang-undang ini untuk memansuhkan akta yang tidak berkesan lagi. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Seterusnya Yang Berhormat Kinabatangan tetapi Yang Berhormat Kinabatangan telah memohon supaya – Eh, ada di sini? Bukan petang?
Beberapa Ahli
Ada.
Tuan Yang di-Pertua
Oh, silakan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua yang bijaksana. Pemansuhan rang undang-undang 803, saya lihat, Malaysia pada hari ini, asal ada akta yang kita lihat, semua mundur ke belakang. Tidak ada yang mencanangkan untuk kita maju ke hadapan. Bagaimana tidak mundur? Ekonomi kita mundur oleh kerana menunaikan janji pilihan raya. GST dihapuskan, diganti dengan SST, kita mundur lagi sedangkan 200 lebih negara dalam dunia ini mengamalkan sistem percukaian yang efisien lagi saksama. 170 negara, kita tidak ikut. Kita lihat bagaimana negara China mengawal keselamatan dia, rakyat dia. Facebook pun tidak dibenarkan. Singapura negara kecil macam lubang hidung saja tetapi dia telah meletakkan.
Tuan Yang di-Pertua
Itu dia, marah orang Singapura nanti. Tarik balik.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Ketawa] Negara kecil Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya tertarik dengan kenyataan Yang Berhormat tentang GST dan SST.
Nampaknya pagi ini Yang Amat Berhormat Langkawi pula cakap, kutipan melalui SST akan lebih tinggi daripada GST. Adakah Yang Berhormat bersetuju? Kalau itu yang berlaku, tidak akanlah 170 buah negara dalam dunia ini tidak ubah kepada SST dan masih kekal dalam GST. Apa pandangan Yang Berhormat?
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Itu saya kata Yang Berhormat Ayer Hitam, kita menuju zaman batu semula. Cakap Malaysia baharu, sedangkan kelompangan percukaian GST dan SST, memperlihatkan lebih RM20 bilion kita shortfall. Jadi bagaimana hendak menghidupkan ekonomi negara? Pelabur lari. Kita menyediakan Timbalan Menteri, kita menyediakan ruang lingkup Malaysia ke hadapan. Bagaimana untuk meletakkan negara ke hadapan kalau kita membubarkan akta yang lebih baik.
Bukankah mencegah lebih baik daripada berubat. Apakah kita ingin melihat negara ini menjadi ‘Padang jarak padang tekukur’, rakyat berbilang kaum bermusuh-musuhan, provokasi terlalu mendadak meningkat, fitnah sana sini? Berita palsu ini bermakna fitnah.
Fitnah ini satu perkara yang amat luar biasa, yang boleh membunuh masa depan sebuah negara, bukan saja umat manusia. Ini kita kena fikir apa masalah akta ini mahu dihapuskan.
Apa masalah?
Kepada mereka yang ingin ada niat melakukan kesalahan, melakukan fitnah, memang gementar. Akan tetapi macam saya dan rakan-rakan di sini, kita tidak mengamalkan budaya fitnah. Maka, apa yang mahu ditakutkan?
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Kinabatangan.
[Ketawa]
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini masalah...
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Kinabatangan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kenapa ketawa? Ini raja fitnah ini yang ketawa ini.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Kinabatangan, minta jalan sedikit.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pendang minta laluan.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Sekarang kita merujuk balik kepada akta anti tidak benar ini. Adakah kita mampu sekiranya kita hapuskan akta tidak benar ini, kita mampu mengawal ahli-ahli bawahan kita, penyokong-penyokong kita supaya tidak menyebarkan fitnah? Sekarang ada akta ini pun fitnah berleluasa. Kadang-kadang bermula daripada Dewan ini juga, orang-orang dalam Dewan ini sehingga sekarang fitnah ini berlaku. Apakah Yang Berhormat Kinabatangan setuju kalau kita hapuskan, mereka mampu mengawal downline ataupun ahli-ahli bawahan? Sila, minta penjelasan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Memang tidak ada kemampuan dan memang tidak ada jaminan. Ini sebab, bagaimana ada jaminan? Hari ini kita lihat bukan sahaja fitnah, tetapi provokasi melampau, penghinaan agama, penghinaan institusi diraja, macam-macam. Fitnah ini, berita tidak palsu ini bersebaran di sana sini...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tidak benar.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak benar. Bagaimana kita lihat seorang anak muda di Sandakan, Jufazli, hari-hari dia belasah Perdana Menteri, dia belasah pemimpin-pemimpin dunia, pemimpin Malaysia. Ini tidak betul. Boleh tegur pemimpin tetapi tegur secara berhemah, tegur yang untuk kebaikan. Akan tetapi kalau menghina pemimpin, itu bukan kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara ini ada had dia, ada limit dia.
Akan tetapi kalau kita bubar akta ini disebabkan alasan menyekat kebebasan bersuara - di negara Singapura ini rakyatnya tidak ramai, negara kecil tetapi dia meletakkan undang- undang baharu iaitu undang-undang Akta Perlindungan Daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian...
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Yang Berhormat Kinabatangan, Kuala Terengganu.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sekejap ya. Di Singapore juga, pengamal media sosial dimestikan mendaftar. Apa makna dia? Bermakna siapa-siapa yang menyebar berita tidak benar, memudahkan kerajaan untuk mengesan siapa penyebar dia. Di negara kita tidak ada. Kalau di China, langsung dia block. Di Arab Saudi dia block. Jerman mengenakan akta yang sama. Perancis, Philippines. Jadi, kenapa kita melihat benda ini sebagai perkara yang ringan?
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Semalam saya ada sebut berlaku insiden selepas daripada Himpunan Muafakat Nasional, surat khabar yang diberi permit berbahasa Cina, menonjolkan gambar yang diubahsuai.
Terdapat tekanan banyak daripada pihak masyarakat supaya KDN mengambil tindakan terhadap fitnah yang dikeluarkan ini. Kita kata dengan undang-undang yang sedia ada memadai dan perlu berubah. Sekarang saya tengok KDN tak buat apa-apa. Mana iltizam perubahan di pihak kerajaan? Terima kasih.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Ini yang berlaku apabila kerajaan tergesa-gesa tanpa memikirkan masa depan negara yang lebih kondusif kepada anak bangsa kita. Kita memang ada akta iaitu undang-undang Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta saman sivil yang boleh diguna pakai bagi penyebaran penyebar palsu. Akan tetapi ini tidak memadai, sedangkan rang undang-undang ini iaitu untuk menjaga kepentingan awam serta melindungi rakyat daripada menjadi mangsa penyebar berita palsu, juga membenarkan mana-mana orang yang difitnah dengan penerbitan tidak benar itu boleh memohon di mahkamah untuk menghapuskan penerbitan tersebut.
Banyak contoh Yang Berhormat Timbalan Menteri iaitu bagaimana berlaku syarikat BATA, pengeluar kasut BATA difitnah dan akhirnya dia kerugian RM500,000. Ekoran daripada penyebaran berita-berita tersebut, maka syarikat BATA terpaksa menarik keluar kasut 70,000 pasang sebab di-viral-kan mempunyai tulisan Al-Quran di tapak kaki dia
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
sedangkan ini berita palsu, berita tidak benar. Jadi berita tidak benar ini boleh membobrokkan satu dunia, boleh merosakkan masa depan negara kita. Wakil-wakil rakyat di sana...
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Yang Berhormat Kinabatangan, sikit.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jangan stand anda semua di atas blok kerajaan. Stand atas nama rakyat dan negara. Bersuaralah untuk negara, untuk rakyat untuk menegakkan keadilan dan menghakiskan yang batil. Jangan seolah-olah duduk di sebelah kerajaan kita jadi tutup mulut, mendengar apa sahaja yang pemimpin cakap.
Dahulu bukan alang-alang cakap sebelah sini, sekarang sudah semua diam-diam. Apa makna dia? Kita jangan bersubahat, jangan bersekongkol dengan keadaan yang tidak dibenarkan oleh rakyat.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Yang Berhormat Kinabatangan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jempol, silakan.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Kinabatangan, adakah berita yang di-viral-kan semalam mengenai suara dipaparkan di media sosial bahawa Yang Berhormat Port Dickson telah menyatakan ‘Kongres Barua’ kepada Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir? Orang kampung semua sudah tahu. Adakah ini boleh kita ambil tindakan kalau ia berita palsu ataupun perkara ini memang betul-betul terjadi?
Apa pandangan Yang Berhormat Kinabatangan?
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Itu berita betul.
[Ketawa] Mesej dia bermacam-macam orang boleh spekulasi...
Tuan Pang Hok Liong - Labis
Yang Berhormat Kinabatangan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
...Tetapi saya tidak mahu komenlah.
Tuan Pang Hok Liong - Labis
Bolehlah ini Yang Berhormat Kinabatangan. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Ada tidak gambar yang menunjukkan Yang Berhormat Kinabatangan sedang berjudi di sebuah kasino? Berita palsu atau fitnah?
[Ketawa]
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Itu memang berita palsu. Ini sebab kalau Yang Berhormat mahu tanya gambar, banyak lagi video saya boleh kasi nampak.
Yang Berhormat hendak dengarkah video satu-satu pemimpin Yang Berhormat?
[Ketawa] Kalau mahu, saya kasi hidup sekarang.
[Dewan riuh]
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Masuk TV besar ini, semua orang boleh tengok.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Semua orang boleh tengok pemimpin Yang Berhormat. Menteri Kewangan pun ada video, mahu saya kasi nampak?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kalau berdiri, boleh saya kasi nampak sekarang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jangan cabar saya, kau salah orang. Saya ini pendekar dari Sabah. Jangan main-main. Orang Sungai, minum darah.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua
Sabar. Sabar Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Kluang kata tulisan jawi itu macam porno. Apakah dia peminat filem porno? Yang Berhormat Kluang. Adakah ini berita palsu ataupun benar? Yang Berhormat nampak tulisan jawi macam porno ataupun
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat nampak saya atau siapa-siapa macam porno? Apakah berita Yang Berhormat kata tulisan jawi itu porno itu palsu atau benar?
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya masukkanlah dalam ucapan saya.
[Ketawa] Itu sebab...
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Minta sikit boleh?
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Saya minta Yang Berhormat Arau tarik balik. Ini kerana apa yang saya jelaskan dalam video itu bukan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Arau dan ucapan saya diambil, dipetik luar daripada konteks. Ini berita palsu...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini...
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Buat laporan polis, buat laporan polis. Berita palsu.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
...Dan ini contoh maklumat tak sahih ataupun berita palsu yang sering kali disebut oleh pembangkang. Ini contoh dalam Dewan ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya tanya Yang Berhormat...
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Akta ini baru ada-lah. Kalau mansuh, mana boleh.
Tuan Yang di-Pertua
Sila gulung.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang Berhormat Kinabatangan, boleh minta sikit?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini bekas pelajar UEC, macam ini-kah cara cakap? Saya tanya...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Masa sudah selesai ya. Masa, masa. Sila gulung. Sila gulung.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya, saya hendak gulung Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Minta sikit Yang Berhormat Kinabatangan, sikit saja.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jangan bimbang, tunggu ucapan saya
Tuan Yang di-Pertua
Tak perlu, tak perlu.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tolong duduk.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang Berhormat Kinabatangan, sikit saja.
Tuan Yang di-Pertua
Tak payah, tak payah.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Masa sudah habis, tidak ada sudah. Saya mahu gulung sudah. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, kerajaan harus mempertimbangkan semula. Akta ini terlalu baik untuk melindungi negara kita yang negara majmuk, berbilang kaum, berbilang bangsa, agama, kepercayaan, budaya. Jadi, jangan.
Negara kita ini seperti telur di hujung tanduk, bila-bila boleh pecah. Jadi, kita kena ada satu akta mempertahankan negara kita ini. Mana ada dalam negara Malaysia, dalam seluruh dunia macam kita. Berbagai-bagai agama, bangsa, kebudayaan. Cuti umum pun banyak.
Paling banyak di seluruh dunia, di Malaysia. Kita ada macam-macam, hari raya Melayu, hari raya Cina, Krismas, Iban, Deepavali, macam-macam. Kadazan, Dusun pun ada, Murut pun ada. Jadi, ini ke mana hala tuju dia kalau kita tidak ada satu akta yang boleh mempertahankan negara ini menuju beribu-ribu tahun lagi? Maka, akta inilah perlu dipertahankan. Saya menolak pemansuhan akta ini Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kuala Kangsar. Silakan, 15 minit juga.
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebelum itu saya ingin mengalu-alukan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, bersama- sama kita di dalam Dewan ini adalah pelajar Kolej SEGI Subang Jaya. Dewan ini mengalu- alukan kehadiran. Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Selamat datang ke Dewan. Silakan.
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Terima kasih kerana Tuan Yang di-Pertua memberi saya ruang untuk menyertai perbahasan Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar untuk dimansuhkan. Saya tidak setuju dari awal rang undang-undang ini dimansuhkan.
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Akta Antiberita Tidak Benar 2018 ini bukanlah diwujudkan sebagai salah satu bentuk halangan yang bersifat politik Tuan Yang di-Pertua. Ianya adalah kebebasan untuk bersuara rakyat supaya dibendung dan daripada melakukan kecederaan dan juga kemusnahan kepada rakyat. Sebaliknya, akta ini merupakan satu akta yang sangat penting untuk melindungi rakyat di peringkat nasional dan juga ancaman-ancaman di peringkat global,memandangkan berita-berita palsu atau fabricated information, dengan izin, semakin ganas di laman sosial.
Kita haruslah bersungguh-sungguh untuk melakukan mitigasi terhadap kemusnahan yang boleh berlaku akibat berita tidak benar di laman sosial dan akta ini adalah kaedah yang sesempurna mungkin. Pemansuhan akta ini langsung tidak mempunyai kewajaran dan saya hairan dalam kecelaruan dunia teknologi maklumat masa kini mengapa Kerajaan Pakatan Harapan memilih untuk memansuhkan akta ini. Ini semestinya akan menjadi akta yang penting dalam melindungi rakyat dari ancaman yang tidak terkawal di dunia siber dan mewujudkan keharmonian negara yang sejak kebelakangan ini dicabuli oleh perbuatan-perbuatan penyebaran fitnah dan maklumat-maklumat palsu yang memecahbelahkan kesepaduan masyarakat dan keharmonian sosial yang semakin tenat di bawah kerajaan ini.
Media sosial mempunyai kuasa ke atas kita. Ia mengawal kehidupan rakyat kita.
Sekiranya kita tidak menguruskan satu kawalan terhadapnya, ia akan menelan kesejahteraan harian rakyat dan pasti akan menyebabkan ketidaktentuan sama ada dalam kalangan unit keluarga terkecil hinggalah ke organisasi multinasional yang berpangkalan di tanah air.
Ternyata motif politik yang dianggap membayangi penggubalan akta ini ketika pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional adalah meleset dan satu fitnah dan pembohongan.
Saya beranggapan bahawa pemansuhan akta ini adalah semata-mata untuk memenuhi janji manifesto yang tidak tertunai. Banyak lagi janji-janji lain yang saya pasti kerajaan ini akan mewujudkan satu akta baharu sepertinya sekiranya akta ini dimansuhkan nanti. Saya amat rasa kerugian setelah mengkaji semula akta ini di mana seksyen 3 yang memperuntukkan pemakaian luar wilayah, 3(1), saya bacakan.
“Jika mana-mana kesalahan di bawah Akta ini dilakukan oleh mana-mana orang, walau apa pun kerakyatan atau kewarganegaraannya, di mana-mana tempat di luar Malaysia, dia boleh diuruskan berkenaan dengan kesalahan itu seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di mana-mana tempat di dalam Malaysia”. Ianya amat membantu Tuan Yang di-Pertua, kerana kita tidak tertakluk di bawah perundangan negara lain.
Seksyen 7 pula, proviso ex parte juga amat membantu mangsa berita tidak benar.
Ia memudahkan pemusnahan penerbitan yang boleh dibuat dalam kadar segera dan pasti ia akan melakukan mitigasi yang amat diperlukan oleh mangsa. Sekiranya mana-mana seksyen dianggap tidak menepati, Kerajaan Pakatan Harapan ini boleh membuat pindaan, tidak perlu sampai hendak memansuhkan akta ini. Jika Ahli-ahli Yang Berhormat masih ingat, satu tragedi yang mengakibatkan kematian seorang anak muda, Allahyarham Syed Muhammad Danial Syed Syakir di Lebuh raya Utara Selatan pada 10 Ogos yang lepas di mana kematian tersebut berpunca daripada perselisihan faham di antara dua individu di atas jalan raya.
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Di media sosial, ramai pengguna Twitter khususnya menyebarkan berita tidak benar mengenai Allahyarham Syed Muhammad Danial Syed Syakir. Belum lagi kes ini, melalui pendakwaan, pengadilan umum atau public judgement, dengan izin, sudah dilakukan di media sosial dan ini sangat-sangat mengecewakan. Ternyata, video-video yang tersebar di Facebook dan Twitter hanyalah video setengah masa yang langsung tidak menggambarkan keseluruhan peristiwa. Ia mengaibkan Allahyarham Syed Muhammad Danial Syed Syakir dan ahli keluarganya serta menyebabkan trauma yang amat berat yang telah mencetuskan ketegangan kaum apabila emosi mengatasi kewarasan di Twitter. Di dalam dunia perniagaan pula Tuan Yang di-Pertua, berbagai-bagai helah dan cara untuk memasarkan produk yang kalau tidak dikawal rapi akan menyebabkan kredibiliti produk-produk di pasaran itu merudum dan ia akan menjejaskan. Ada juga perniagaan yang menjual produk yang tidak wujud sama sekali. Saingan dan serangan bukan hanya di dalam negara, sudah tentu mendedahkan produk-produk ini dan pemasarannya di peringkat global setelah disiarkan di atas talian.
Apabila serangan berita tidak benar telah di-upload-kan beberapa jam, segala- galanya boleh musnah dalam sekelip mata sekiranya berita itu tidak dihapuskan dengan cepat. Proviso yang ada di dalam akta iaitu seksyen 7, dunia masyarakat perniagaan online akan dibela, dilindungi dan ia akan menimbulkan keyakinan kepada rakyat dalam keadaan ekonomi negara yang semakin tenat. Lihat saja industri sawit kita, diserang bertubi-tubi dengan penggunaan media sosial sehingga mereka hampir berjaya menolak minyak sawit kita dari EU dengan segala berita tidak benar mengenai forced child labour dengan izin dan berita tidak benar mengenai kemusnahan hutan kita yang juga tidak benar.
Di samping hujah dan pendapat saya untuk menyokong agar akta ini diteruskan, saya juga ingin mewujudkan beberapa persoalan dan perhatian serta respons Yang Berhormat Menteri. Pertama, sekiranya akta ini tetap diteruskan pemansuhannya, apakah pendekatan Kerajaan Pakatan Harapan dari aspek perundangan dalam mengekang segala bentuk provokasi, kebencian, penipuan, hasutan dan elemen-elemen negatif lain yang disebarkan di laman-laman sosial? Akta-akta...
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Yang Berhormat Kuala Kangsar, boleh mencelah?
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Yes. Silakan. Akan tetapi jangan lama, ya, Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Gudang, ya silakan.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Sekejap saja. Adakah Yang Berhormat Kuala Kangsar bersetuju dengan saya bahawa dari tahun 2009 hingga 2018, di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke-6 mengambil alih pentadbiran, berbagai- bagai isu besar telah berlaku yang merupakan skandal. Saya sebut di sini:
(i) National Feedlot Corporation (NFC);
(ii) kes pembunuhan Altantuya;
(iii) skandal dalam MARA;
(iv) skandal dalam Tabung Haji;
(v) skandal dalam Lembaga Tabung Amanah Angkatan Tentera; dan
(vi) skandal 1MDB.
Dalam suasana yang begini, wujudnya penggubalan Akta Antiberita Tidak Benar itu dan persepsinya, kami percaya ini adalah satu usaha untuk menekan rakyat daripada bersuara menggunakan teknologi yang baharu seperti telefon dan aplikasi-aplikasi seperti Facebook dan sebagainya. Terima kasih.
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya selalu percaya bahawa the rule of law akan mengatasi segala-galanya.
Setiap perkara, setiap provokasi, fitnah ataupun apa sahaja berita harus ada pembelaan yang tertinggi iaitu secara perundangan. Terima kasih.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sedikit minta laluan, Yang Berhormat Kuala Kangsar, sekejap.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pendang, alright.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kuala Kangsar. Tadi disebut oleh Yang Berhormat Pasir Gudang, skandal-skandal yang apa disebut tadi dan yang dibangkitkan itu adalah ketika sebelah sana menjadi pembangkang. Sekarang ini sebelah sana sudah menjadi kerajaan. Jadi, apabila kalau itu bukan fitnah sila ambil tindakan. Kalau tidak ambil tindakan bermakna yang menimbulkan kecelaruan fitnah adalah di sebelah kerajaan yang menjadi kerajaan sekarang. Kamu bercakap benda yang kamu buat. Jadi, kamulah yang terlibat dengan fitnah. Jadi apa komen Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Komen saya adalah setiap Yang Berhormat yang ada dalam Dewan Rakyat ini mempunyai conscience yang tinggi.
Bertanya diri sendiri, tepuk dada, tanya selera. Itulah ceritanya. Akta-akta yang sedia ada tidak sempurna dan mencukupi Tuan Yang di-Pertua dan tidak mampu mengatasi kemusnahan pembunuhan, kerosakan reputasi organisasi dan individu in real time akibat penyebaran berita tidak benar di laman sosial.
Adakah kerajaan ini rela menghadapi tambahan kemarahan rakyat lagi sekiranya orang tersayang di kalangan Ahli Yang Berhormat sendiri dicederakan akibat fitnah dan berita yang tidak benar yang mungkin mengakibatkan maut atau kecederaan fizikal dan mental.
Tanya pada Yang Berhormat sendiri. Tidak pelik sekiranya...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat Kuala Kangsar...
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Pada masa akan datang...
Beberapa Ahli
Yang Berhormat Ayer Hitam.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Ayer Hitam.
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Boleh saya habiskan ini? Just a little bit more. Tidak pelik sekiranya pada masa akan datang, akan ada warga yang akan membawa satu test case yang akan menyoal kembali peristiwa ini mengenai kes kerugian kerana kecuaian kerajaan ini memansuhkan suatu akta yang mampu membantu mereka melindungi diri mereka dari gejala berita tidak benar. Silakan Yang Berhormat Ayer Hitam.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kangsar. Sebagai seorang peguam yang terlatih, saya ingin bertanya Yang Berhormat dari segi definisi berita tidak benar. Tempoh hari, pihak sana telah menafikan bahawa, khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata, “Tidak pernah pun,itu salah tengok”. Yang Amat Berhormat kata hendak hapuskan tol.
Kita sebagai rakyat Malaysia ada baca. Adakah apa yang kita baca itu berita yang tidak benar? Jadi, apabila berlakunya kenyataan yang tidak konsisten, akhirnya pembangkang pula disalahkan kononnya kita ini menyebarkan berita tidak benar.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Saya rasa rakyat dapat menilai dan juga mengadili apa yang berlaku. Saya hendak minta definisi kedua. Pagi tadi kita asyik membincangkan tentang tersasul. Adakah seseorang ‘b’ dengan ‘m’ tidak sebut dengan jelas, tersasul akhirnya, “Ha! Ini kerja pembangkang”. Kita sudah buat bukan-bukan. Bila sudah silap, tersasul betulkan, betul tidak? Satu lagi apabila ada orang mengatakan, “Ini bukan konteks saya bercakap”. Kalau konteks tidak betul, betulkan lah, baca semua. Itu tidak boleh kata pihak sini yang menyebarkan berita tidak benar. Apa pandangan Yang Berhormat sebagai peguam yang berpengalaman dan saya dengar takrifan ini? Terima kasih.
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Sila.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat, sebagai seorang peguam Yang Berhormat, saya hendak tanya Yang Berhormat soalan. Adakah pemansuhan ini bererti bahawa seolah-olah Akta Antiberita Tidak Benar ini tidak membenarkan kritikan kerana ada perbezaan antara kritikan dengan berita tidak benar. Ada perbezaan dengan antara criticism dengan fake news? Jadi Yang Berhormat, tidakkah bererti bahawa ini hanya
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
melihat kepada berita tidak benar atau fake news, bukan kritikan. Jadi kritikan terhadap kerajaan ataupun sesiapa masih boleh berlaku dalam negara, walaupun adanya akta ini.
Beza antara kritikan dengan fake news. Terima kasih.
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam dan juga Yang Berhormat Pengerang.
Pertamanya fasal takrifan definisi. Saya nampak setelah 9 Mei 2018, segala takrifan dan definisi mengikut siapa yang menjadi kerajaan. Tidak lagi ada satu universaliti di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengikut takrifan-takrifan universal yang saya rasa harus diketepikan dan kita harus mengangkat diri kita ke atas dari laras itu. Keduanya, mengenai pendengaran tersasul atau tidak tersasul, saya rasa saya serahkan kepada rakyat untuk menentukannya.
Yang Berhormat Pengerang, mengenai kritikan dan juga fake news. Sepatutnya kita diberi ruang sepenuh-penuhnya untuk membuat kritikan, tetapi dalam keadaan yang membina. Fake news itu adalah satu takrifan di mana tidak ada satu kecederaan yang akan berlaku. There is a damage done and seharusnya akta yang telah disediakan dan digubal sebelum ini menjadikan satu aspek mitigasi yang cepat dan pantas untuk menyelamatkan supaya kecederaan tidak berlaku sepenuhnya.
Tuan Yang di-Pertua, saya akan cuba menggulung secepat mungkin.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan.
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Terima kasih. Persoalan kedua Yang Berhormat Menteri, adakah akta-akta yang sedia ada ini mampu membendung jenayah-jenayah siber seperti penggodaman akaun media sosial atau hacking dengan izin, untuk tujuan pengaiban imej seseorang individu kerana masalah hacking ini juga sehingga kini merupakan kerisauan sejagat kerana akaun-akuan media sosial boleh digodam untuk tujuan penyebaran fitnah dan kebencian melalui akaun media sosial mereka yang sememangnya tidak bersalah.
Kuala Kangsar amat gusar jika pemansuhan terhadap akta ini diteruskan. Pelbagai implikasi yang sangat buruk kepada imej negara bilamana berita-berita palsu yang beredar di laman sosial mahupun di internet dibiarkan. Tanpa penguatkuasaan undang-undang yang boleh memberi iktibar kepada penyebar-penyebar berita palsu serta pengguna-pengguna media sosial yang lain untuk tidak menggunakan platform media sosial untuk mencetuskan perbalahan, kebencian mahupun perpecahan daripada berita dan maklumat palsu yang disebar di internet.
Tuan Yang di-Pertua, Edelman Trust Barometer 2018 melaporkan bahawa sebanyak 73 peratus pengguna internet di negara ini amat gusar dan risau dengan impak negatif berita tidak benar. Sebanyak 63 peratus rakyat Malaysia tidak dapat membezakan berita angin dan pemberitaan yang baik. Sebanyak 50 peratus dari rakyat Malaysia tertipu dengan mempercayai berita tidak benar yang belum tahu kesahihannya. Ini menurut laporan antarabangsa IPSOS. Sedikit sahaja lagi Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Satu minit, boleh.
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Kepada rakyat di luar sana, bersiap siagalah dengan segala kesilapan demi kesilapan kerajaan ini. Saya yakin ini adalah satu lagi siri kesilapan kerajaan ini. Apa yang menyedihkan, rakyat juga yang terpaksa yang menanggung kesengsaraan ini. Akan tetapi apakan daya, kerajaan ini masih berkeras untuk memansuhkan akta yang amat diperlukan rakyat ini. Kuala Kangsar tidak menyokong pemansuhan akta ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kangsar. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Parit, silakan 10 minit.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk turut serta membahaskan rang undang-undang...
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Tuan Yang di-Pertua, Parit Sulong bila?
Sebab saya ada Kamar Khas juga.
Tuan Yang di-Pertua
Selepas Yang Berhormat Arau, silakan.
Seorang Ahli
Kamar mana itu, kamar mandi?
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk turut serta untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2019. Berita tidak benar bukan sahaja suatu yang tidak baik, bahkan ia juga boleh menjadi satu bentuk fitnah dan memberi kesan yang sangat buruk sekiranya dilakukan terhadap seseorang individu, institusi dan juga negara.
Berita tidak benar boleh memesongkan pengetahuan seseorang daripada memperoleh sesuatu fakta sebenar dan membawa kesan buruk besar kepada individu sekiranya ia dibuat dan disebarkan. Saya berpandangan bahawa berita tidak benar ini seharusnya tidak berleluasa di Malaysia sehingga boleh menjejaskan keharmonian di dalam negara.
Saya berpendapat kita hendaklah menerima secara prinsip bahawa perbuatan menyampaikan berita tidak benar perlu dihalang dan pelakunya perlu dihukum. Namun, berita palsu di Malaysia lebih menjurus kepada penyebaran fitnah pembohongan dan dakwaan tidak berasas yang disebar luas kepada kepentingan politik. Kesan berita tidak benar menyebabkan berita palsu melalui medium internet boleh menyebabkan negara kucar-kacir serta hancur sekiranya penyebaran terus berleluasa dan tidak ditangani dengan segera.
Berita palsu mampu menggugat keselamatan negara ke tahap sehingga boleh mencetuskan peperangan seterusnya berupaya menghancurkan sebuah negara. Kita mengambil contoh pada tahun 2003, negara Iraq hancur gara-gara berita palsu kononnya negara itu menyimpan senjata api. Penyebaran berita palsu ini tidak dapat dibendung sehingga mencetuskan peperangan Iraq dengan Amerika Syarikat. Pada ketika itu, sesiapa yang membaca berita mengenai berita palsu mengenai Iraq sudah pasti akan mempercayainya. Perkara yang dinyatakan adalah perkara sebenar sehingga tercetuslah peperangan bersama Amerika Syarikat.
Namun begitu, selepas tentera Barat tidak menjumpai senjata yang didakwa dimiliki Iraq ketika itu, dengan mudah sahaja mereka mengakui bahawa ia hanyalah berita palsu. Ini merupakan salah satu contoh kesan buruk daripada penyebaran berita palsu yang tidak dapat dibendung.
Saya berpandangan bahawa penyebaran berita tidak benar meninggalkan kesan buruk kerana ia mengundang permusuhan malah ia lebih bertambah buruk apabila mendorong masyarakat untuk memusuhi bangsa sendiri. Masyarakat kita seharusnya sedar bahawa kesan buruk penyebaran berita tidak benar ini. Saya berharap berita tidak benar wajib dijauhi oleh masyarakat kerana ia boleh memunculkan fitnah dan mengajak kebencian kelompok tertentu. Saya melihat sekiranya trend penyebaran berita tidak benar ini berterusan dalam masyarakat kita, maka saya bimbang masyarakat akan terdedah kepada perpecahan, pengelompokan dan radikalisme sehingga boleh menghancurkan negara.
Tujuan kerajaan terdahulu menggubal Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar 2018 ini digubal oleh kerajaan terdahulu Barisan Nasional adalah bertujuan untuk memastikan supaya orang awam menghormati hak bercakap, bersuara di bawah Perlembagaan Persekutuan. Pada masa ini, kepesatan pembangunan teknologi di Malaysia seiring dengan peredaran zaman. Kewujudan lambakan media sosial seperti Facebook, Twitter dan WhatsApp menjadi sesuatu berita atau isu cepat untuk disebarkan tanpa ditentu sahkan kebenarannya.
Oleh itu, saya merasakan seharusnya memang perlu adanya satu kawalan oleh pihak kerajaan bagi menghalang individu daripada bercakap ataupun menyebarkan sesuatu berita yang tidak dapat ditentu sahkan atau berita palsu. Oleh itu, langkah serta tindakan kerajaan terdahulu Barisan Nasional untuk mengadakan satu akta bagi mengawal penyebaran berita palsu ini adalah satu langkah yang bertepatan bagi membendung gejala ini.
Sekiranya tidak mempunyai kawalan terhadap berita yang disebarkan, sudah tentu ia akan membawa lebih banyak keburukan kepada keamanan negara serta ketenteraman
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
individu terkait dengan sesuatu isu, tohmahan ataupun fitnah. Saya yakin dan percaya akta yang digubal oleh kerajaan terdahulu ini akan menjadikan masyarakat lebih bertanggungjawab serta berhati-hati dalam menerima sesuatu berita atau isu sebelum ia disebarkan.
Tuan Yang di-Pertua, sesetengah negara telah melaksanakan undang-undang siber yang agak ketat dan mengenakan hukuman yang keras terhadap penyebaran berita bohong, berita palsu dan penyebaran kebencian melalui aplikasi media sosial. Negara-negara maju juga turut tidak terkecuali daripada isu ini seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman dan Perancis. Pada bulan April, tahun 2017, laman sosial di Facebook dilaporkan telah menggantung 30,000 akaun Facebook palsu di Perancis ketika negara itu menghadapi pilihan raya. Justeru itu, saya melihat tindakan kerajaan terdahulu dalam menggubal rang undang-undang ini adalah bertepatan dalam mengawal sesuatu berita yang tidak benar.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan. Apakah justifikasi konkrit pihak kerajaan untuk memansuhkan Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar ini memandangkan akta ini dibuat adalah bertujuan untuk mengawal keamanan negara dari berita tidak benar? Apakah pelan yang akan dirangka oleh kerajaan bagi menjamin tidak akan berlakunya lagi berita palsu ini sekiranya akta ini dihapuskan?
Adakah pendirian kerajaan untuk menghapuskan akta ini sekadar untuk meraih populariti tanpa memikirkan keselamatan serta keamanan rakyat di Malaysia? Apakah jaminan pihak kerajaan sekiranya akta ini dihapuskan tidak akan berlaku kelompongan dalam menangani berita tidak benar? Apakah mekanisme yang akan digunakan oleh pihak kerajaan dalam usaha mengekang penyebaran berita palsu di Malaysia?
Tuan Yang di-Pertua, saya sedar bahawa dalam setiap undang-undang yang mengawal kelakuan manusia, ia tidak dapat lari daripada persoalan hak asasi. Hendaklah diterima, bahawa hakikat kebebasan bersuara tidak patut merangkumi kebebasan untuk membuat dan menyebarkan berita tidak benar. Adalah ditegaskan juga, bahawa menjadi hak asasi setiap orang untuk mendapat dan menerima berita yang benar.
Akhir sekali, Parit menolak pemansuhan Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2019. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Parit. Masa sudah tiba untuk Mesyuarat ini ditangguhkan hingga pukul 2.30 petang.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Siapa selepas ini Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua
Ya, saya?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Tuan Yang di-Pertua, giliran selepas petang siapa?
Tuan Yang di-Pertua
Ya, saya akan baca giliran ya. Yang Berhormat Arau akan mengambil tempat pertama, 15 minit. Yang Berhormat Parit Sulong, 15 minit.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Maran, 10 minit. Yang Berhormat Sibuti, 10 minit. Yang Berhormat Jelutong...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ada 15 minit...
Tuan Yang di-Pertua
Cuma 11 minit.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ada 15 minit.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, 15 minit.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Tuan Yang di-Pertua, saya ada soalan Kamar Khas Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Kangar hendak minta 5 minit, Kangar 5 minit.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kangar, 5 minit?
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Tuan Yang di-Pertua? Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, saya ada soalan Kamar Khas. Jadi, selepas Yang Berhormat Arau mungkin the other side dulu, kemudian saya. Kalau saya boleh mencadangkan. Sebab saya terpaksa masuk Kamar Khas.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Biarlah Tuan Yang di-Pertua yang tentukan. Jangan...
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Tidak. Saya hendak mencadangkan.
Hendak mencadangkan. Nanti panggil nama saya, saya tidak ada, nanti hilang giliran.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak apa, Arau akan teruskan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang Berhormat Arau bagilah laluan.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, ditangguhkan sehingga 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.04 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Tuan Yang di-Pertua
[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat bersidang semula. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Arau, masa 15 minit. Sila.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, bakal Exco Kerajaan Negeri Perak yang sudah pasti akan memberikan keadilan.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terus kepada perbahasan, jangan berpolitik ya Yang Berhormat Arau. Sila.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bila sebagai seorang Islam, kita hidup berpandukan kepada al-Quran dan Sunah. Apabila kita duduk dalam kerajaan, perkara- perkara yang diambil kira supaya kita dapat membendung rakyat, dapat membendung manusia supaya menjurus ke arah jalan kebenaran dan ke arah akhirnya bila kita mati kita hendak pergi syurga.
Allah berfirman di dalam al-Quran...
[Membaca sepotong ayat al-Quran] Surah Hujuraat, ayat keenam, yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman, jika ada seseorang fasik datang kepada kalian dengan membawa satu berita penting, maka, telitilah dahulu agar jangan sampai kalian menimpakan sesuatu bahaya pada satu kaum atas dasar kebodohan kemudian akhirnya kalian menjadi kesal atas perlakuan kalian”.
Bila Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar ini diperkenalkan di atas dasar bahawa kita tidak mahu orang membawa perkara-perkara yang boleh mencetuskan berita- berita fasik. Apa makna fasik, Tuan Yang di-Pertua? Oleh sebab Tuan Yang di-Pertua ini selalu kata kepada kawan baiknya boss ku bahawa, kalau kita buat fitnah, kita akan pergi ke neraka. Tuan Yang di-Pertua selalu keluarkan fatwa.
Ini perkataan ‘fasik’ ini saya hendak beritahu kepada Tuan Yang di-Pertua ya...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Fatwa...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Fasik ini ialah- apa makna fasik?
Fasik ini bermakna ialah apabila dia janji, dia mungkir. Apabila dia bercakap, dia bohong.
Apabila dia dibagi amanah pegang jawatan, dia pecah amanah. Apabila dia bertengkar, dia hendak menang. Ini sifat orang fasik. Jadi kalau datang berita daripada orang...
[Disampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Fasik kah munafik?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ha? Sorry?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Fasik kah munafik?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Fasik, fasik. Tanda-tanda munafik itu.
Fasik ini ke arah munafiklah, ya. Ini sifat-sifat munafik dan juga fasik.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ini perbahasan kah tazkirah?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya hendak tazkirah sikit ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Tazkirah...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Apabila kita mengadakan rang undang-undang ini, kita tidak mahu...
[Disampuk]
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Hebat, hebat...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Berita daripada orang fasik itu, dijadikan berita benar. Banyak berita yang tidak betul telah disebarkan sehingga menjadi berita benar. Tun Mahathir, Perdana Menteri selalu dok pesan pada saya dahulu, dia kata, kalau sekiranya- semasa jadi Perdana Menteri, saya jadi Menteri Besar, berpesan, berita yang baik kita buat, kita diamkan, orang tidak tahu. Akan tetapi berita yang jahat, diulang berkali-kali kata baik, dia jadi baik.
Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti saya selalu buat cerita, seorang gadis cantik yang duduk di sebuah kampung yang jauh di sana, jadi orang tidak tahu dia cantik. Akan tetapi, apabila dia keluar ke pekan, jadi stewardess kah atau sebagainya, jadi orang tahu.
Makna kata, orang tahu kehadirannya. Batu permata yang duduk sebagai batu, orang tidak tahu. Apabila dia jadi permata dan dipamerkan di kedai, orang tahu. Demikian juga benda yang baik. Kalau kita simpan, ia jadi tidak baik. Akan tetapi, benda yang tidak baik diceritakan baik, diulang berkali-kali, maka jadi baik.
Maka, kerajaan seperti Yang Berhormat Kuala Krai sebutkan dalam ayat al-Quran tadi, memperkenalkan Akta Antiberita Palsu ini ialah untuk membendung gejala-gejala yang tidak baik. Tuan Yang di-Pertua, lihat keadaan perkauman sekarang. Kita meruncing, kita tidak bagus. Apa yang berlaku di bawah sana tidak bagus, saya tidak gemar. Tuan Yang di- Pertua pun tidak gemar. Dalam keadaan perkauman kita, berada di tahap meruncing, kita boleh tarik berita ini. Sifat apakah kita sehingga sanggup berbuat sedemikian? Yang Berhormat Sungai Petani semalam, sebagai Pengerusi Backbenchers berucap bagus, dia kata sebenarnya berita ini ditarik balik di atas alasan teknikal walaupun Yang Berhormat Sungai Petani silap.
Akan tetapi, dia masih bersetuju, mesti ada satu akta yang membendung berita- berita palsu. Tadi saya hendak berikan kepada Yang Berhormat Kluang, saya hendak tolong Kluang tetapi dia ini saya tidak tahu dia ambil SPM atau UEC, saya tidak tahu. Akan tetapi dia tidak faham. Saya hendak selamatkan dia. Orang tuduh dia kata tulisan jawi itu seperti porno. Ini saya mahu kata, ini berita palsu. Yang Berhormat Kluang boleh selamatkan diri dengan menggunakan akta ini. Akta ini boleh menyelamatkan Yang Berhormat Kluang supaya kata kepada orang itu berita palsu tetapi Yang Berhormat Kluang tidak kata. Yang Berhormat Kluang? Jadi saya mahu selamatkan Yang Berhormat Kluang dengan menggunakan akta ini.
Akan tetapi bila kita buang akta ini, akta apa lagi yang tinggal kepada kita untuk membendung berita palsu?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Walau bagaimanapun, saya percaya kerajaan sekarang seperti Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyebutkan pada 9 April. Menyebut bahawa kita tidak perlu rang undang-undang ini kerana kita takut rang undang-undang ini menyebabkan orang yang buat berita palsu bukan sahaja daripada orang awam, mungkin kerajaan. Ini bermakna Perdana Menteri tahu bahawa kerajaan ini diasaskan atas berita palsu. Dia takut orang yang pergi ke sana itu masih lagi tidak hilang sifatnya untuk hendak bawa berita palsu, jadi rang undang-undang ini boleh menyebabkan anggota kerajaan juga boleh terperangkap dengan berita palsu.
Macam cerita semalam tentang perkataan maruah dan barua, yang masa itu saya rasa kalau hendak kira-kira, mungkin orang Penang ini cakap maruah itu barua kah mana kita tahu. Akan tetapi Yang Berhormat Port Dickson kena perjelaskan sama ada ini palsu ataupun benar tetapi ia sudah disebarkan.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua sudah gelak. Tuan Yang di-Pertua sudah senyum.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Dia sudah jelas. Dia sudah jelas, cuma hendak dengar atau tidak mahu dengar.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Teruskan.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Yang Berhormat Port Dickson sudah jelas. Sama ada kita hendak dengar ataupun tidak mahu dengar. Itu sahaja.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak Yang Berhormat. Masalah besarnya ini soal video Yang Berhormat. Saya tahu banyak video yang berlaku dan sebagainya. Jadi selepas itu kita perjelaskan. Saya ingat yang terbaiknya kalau kita sudah tersebut perkataan ‘barua’, kita kena minta maaflah sebab tersebut barua sebab...
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Tiada siapa sebut.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak terikat-ikat di Parlimen ini, di Parlimen ini macam Yang Berhormat Jelutong. Kata kepala bapak tetapi tarik balik. Selepas itu Yang Berhormat Kula kata Melayu ini pendatang. Tarik balik. Itu perangai pembangkanglah iaitu...
Seorang Ahli
Kerajaan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hempuk kerajaan...
[Dewan riuh]
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Setuju, setuju.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Perangai pembangkang dahulu. Pembangkang dahulu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kerana pembangkang dahulu.
Perangai pembangkang dahulu.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Arau, celah sedikit.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang suka buat fitnah. Bukan main banyak fitnah. Akan tetapi saya ingin ulang sekali lagi bahawa kerajaan sekarang diasaskan di atas pembohongan dan fitnah menyebabkan mereka tidak kesah sama ada berita itu mereka boleh bendung ataupun tidak.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Arau, Lenggong di belakang ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kita kena ingat...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Lenggong hendak cakap sedikit dekat belakang. Boleh? Tadi Yang Berhormat Arau– Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tadi Yang Berhormat Arau sebut seolah-olah kerajaan hari ini tidak mahu untuk meneruskan akta ini sebab mereka hendak meneruskan amalan mereka dahulu. Fitnah, cakap perkara tidak betul dan sebagainya. Apakah itu menjadi punca bahawa kerajaan hendak menghapuskan akta ini? Sebab hendak mudahkan mereka melakukan kerja-kerja yang mereka lakukan dahulu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Itu sebenarnya masuk sebahagian daripada ucapan saya. Saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Jelutong, kepada Yang Berhormat semua bahawa Yang Berhormat ini terikut-ikut untuk menyebarkan berita palsu sebagaimana Yang Berhormat Tun menyebut bahawa, “Kami tidak sangka kami boleh menang. Itu sebab kami taburkan habis-habisan janji dan sebagainya.” Sebenarnya janji itu palsu. Jadi sekarang ini saya sudah buat report polis sebelum rang undang-undang ini pergi kepada Dewan Negara iaitu pembohongan dan berita palsu.
Pertama, janji yang dibuat hendak hapuskan tol. Tidak hapus. Jadi, ini janji palsu yang kena report, saya akan report. Jangan bimbang, saya akan report semua sekali apa yang pembangkang telah janji kepada rakyat, saya akan buat laporan sebelum rang undang- undang ini pergi ke Dewan Negara. Jadi, masih terikat dengan undang-undang yang ada.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya kalau boleh saya hendak ambil peguam saya Yang Berhormat Jelutong. Kalau dia ikhlas, dia ada prinsip. Kalau tidak, dia dituduh sebagai...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Jangan, nanti dia tarik diri last minute.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sebahagian daripada penderhaka kerana dia membela penderhaka walaupun ditarik balik. Ambil jadi lawyer saya, pro bono free Yang Berhormat. Untuk saman pihak kerajaan. Bukan kerajaan, individu dalam kerajaan yang telah membuat janji-janji bohong termasuk janji, “Kalau esok kita memerintah, kita akan turunkan harga minyak.”
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Minyak turun.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak turun. “Kita akan hapuskan tol, kita akan hapuskan PTPTN.” [Disampuk] Kemudian sekarang cuba tengok Yang Berhormat, kita kata jangan tukar GST kepada SST ini, nanti balik ke belakang. Tidak, tukar. Kita kena turunkan kepada empat peratus. Jangan tukar kerana sistem ini akan menyelamatkan kerajaan dan rakyat. Rakyat tidak ditipu dan kerajaan mempunyai hasil yang cukup untuk membela rakyat. Tidak percaya. Sekarang hendak pusing balik. Kerajaan sekarang ini disebut kerajaan U-turn, berapa banyak dia kata perkara-perkara yang U-turn…
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Arau, bukan U-turn. Kerajaan tunggang terbalik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Undang-undang ini boleh menyebabkan– Tun Mahathir kata, bukan saya kata, “Kerajaan pun akan terkena undang- undang ini.” Ini 9 April.
[Sambil menunjukkan dokumen yang dipegang] Kemudian Yang Berhormat Menteri Komunikasi bergambar, ambil gambar berjabat tangan dengan seorang wanita. “Kita akan rujuk isu media sosial ini kepada Jawatankuasa Select Committee.” Apa lagi perlu Select Committee? Kita sudah ada rang undang-undang ini. Gunakan rang undang- undang ini untuk kebaikan. Kalau tuduh bahawa kerajaan buat rang undang-undang ini untuk selamatkan kerajaan sekarang, gunakan rang undang-undang ini untuk membetulkan keadaan. Bukan mansuhkan.
Kita mansuhkan ini kita telah melanggar dari segi orang Islam yang ada sana saya hendak bagi you melanggar hukum Allah. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda, “Allah tidak kasih kepada kamu selagi kamu tidak kasih saudara kamu seperti kamu kasih diri kamu sendiri.” Apa makna? Maknanya, kalau kita kasih dekat saudara kita, kita tidak akan benarkan dia difitnah, dihina, ini kalau kita biarkan dia difitnah. Macam Tuan Yang di-Pertua difitnah, walaupun ini – fitnah atau betul? Yang Berhormat dituduh membuat posting supaya benci kepada Sultan Selangor. Difitnah betul kah atau betul Yang Berhormat?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Fitnahlah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kalau fitnah okey.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat gunakan rang undang-undang ini untuk hentam siapa yang buat fitnah kepada Yang Berhormat. Saya bersimpati, walaupun Yang Berhormat musuh saya tetapi kalau saya perang saya perang gentleman. Saya ini Salahuddin al-Ayyubi, bila musuh sudah kalah, kita tidak pergi tetak dia seperti yang dibuat oleh Genghis Khan...
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Mana boleh musuh dengan Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Gangguan ini terlampau mudah sangat. Umpama nyamuk, biar saya urus dengan Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua ini telah difitnah, dia itu minta orang-orang Cina supaya benci Sultan Selangor. Dia kata fitnah.
Kalau fitnah, gunakan rang undang-undang ini selamatkan Tuan Yang di-Pertua yang baik ini. Yang namanya akan meninggalkan kita untuk menjadi...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Buktikanlah dia kena fitnah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Exco Kerajaan Negeri Perak.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Arau, ada bukti kah dia kena fitnah?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Biar dia uruskan dengan polis. Akan tetapi gunakan akta ini supaya selamatkan dirinya, selamatkan diri Yang Berhormat Kluang
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
yang dituduh mengatakan tulisan Jawi ini porno. Kalau dia tidak boleh nampak bengkok sedikit, dia teringat. Jadi, itu fitnah. Dia tidak buat. Dia ini wanita yang bagus, dia tidak akan buat benda itu. Gunakan akta ini. Demikian juga kawan-kawan lain yang telah difitnah dengan teruk dan sekarang ini terbukti fitnah, macam kita tuduh cincin Datin Sri Hajah Rosmah itu harga RM20 juta yang telah dibeli. Sekarang ini telah terbukti ia fitnah dan banyak fitnah yang telah dibawa sehingga tumbang sebuah kerajaan kerana fitnah. Apakah kerajaan sekarang ini hendak tumbang dengan fitnah? Kalau tidak mahu tumbang dengan fitnah, pastikan akta ini dipertahankan, jangan dicampak begitu sahaja.
Kita tahu bahawa banyak kawan-kawan kita di sana yang terasa diri mereka difitnah dalam keadaan mereka hendak bentuk Malaysia baharu. Malaysia baharu setuju tetapi orang yang hendak menyertai Malaysia baharu tidak layak untuk menyertai kerajaan yang berkenaan kerana mereka sendiri masih diselubungi dengan pemikiran-pemikiran yang sentiasa buruk sangka, kolot. Ada Menteri burung kakak tua, dia akan jawab ini. Kami akan tunggu dia beramai-ramai. Menteri yang selalu menghina orang ini akan menjawab. Kami PAS dan UMNO akan tunggu kamu ini untuk hendak tengok Menteri kakak tua ini hebat dia tara mana. Tunggu, selamatkanlah dia.
Kami tidak mahu fitnah tetapi kami hendak beritahu bahawa Menteri ini mulutnya tidak dijaga. Dia pernah bercakap di Dewan ini masa dia pembangkang dahulu, dia kata, “Kalau aku jadi Tuhan...” Mana manusia macam ini layak boleh berada tempat itu. Cakap, “Kalau aku.” Mana boleh macam itu? Jadi, Menteri penyokong Azmin jangan campur tangan.
Biar saya hadapi...
[Dewan riuh]
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Dia belum Menteri lagi. Baru Timbalan Menteri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, rang undang-undang ini tidak wajar untuk kita mansuhkan tetapi kita adakan. Kalau kita tidak puas hati, kita buat pindaan.
Saya setuju dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, kita akan rujuk kepada Select Committee berhubung dengan fitnah yang berlaku dalam media sosial. Hendak rujuk apa?
kita sudah ada rang undang-undang. Wahai Menteri, guna rang undang-undang ini. Kalau tidak puas hati, tukar macam BR1M tukar jadi BSH. Tidak apa, tukar. Tukarkan nama-nama yang ada kami buat yang baik itu, tukarkan nama, tidak ada masalah. Akan tetapi, jangan menukarkan rang undang-undang ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya tahu bahawa GST...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Masa sudah tamat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua, penutup.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Contohnya ialah GST, sekarang ini tukar SST. Sekarang SST hendak tukar kepada GST. Kalau malu hendak pakai GST, pakai lah cukai pintar kah ataupun apa kah, pakai lah. Kami tidak ada masalah. Akan tetapi, kita tidak mahu berlaku fitnah tentang perkara ini dan kalau kerajaan ini cerdik, tarik balik. Kalau Menteri Jabatan Perdana Menteri tarik balik, kita akan tarik balik semua apa yang kita bersedia untuk petang ini. Akan tetapi kalau tidak tarik, maka bersiap sedia lah kamu sebelum kamu dihentam dengan teruknya.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Maran. Masa 10 minit ya.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Maran. Selepas itu Yang Berhormat Sibuti.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
Selamat datang kepada pelajar-pelajar di Dewan ini. Tuan Yang di-Pertua, pertama saya mengucapkan terima kasih banyak kerana beri peluang kepada saya untuk turut membahaskan cadangan memansuhkan Akta 803, Akta Antiberita Tidak Benar ini. Pertama, saya ingin menegaskan bahawa saya menolak. Kita akan pertahankan bahawa Akta Antiberita Tidak Benar ini perlu dipertahankan dan tidak perlu dimansuhkan.
Tuan Yang di-Pertua, Akta 803 ini digubal bertujuan untuk mengawal dan memantau penyebaran berita palsu di semua medium dan tidak terhad di media sosial sahaja. Ia juga tidak bertujuan menyekat kebebasan bersuara, sebaliknya bertujuan mengekang penularan berita tidak benar atau yang biasa kita gunakan sebagai fitnah dan sebagainya.
Antara faktor yang menyumbang kepada penggubalan akta ini dulu adalah kerana undang-undang yang lain yang berkaitan seperti Kanun Keseksaan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 digubal atau sebelum tahun 1990-an, tidak lagi mampu menangani sifat kesalahan yang kompleks seiring peredaran teknologi masa kini. Oleh sebab itulah, Akta 803 ini digubal.
Tuan Yang di-Pertua, kenapa ia perlu dimansuhkan kalau akta ini baik untuk kita semua. Baik bukan sahaja untuk kerajaan, bukan sahaja untuk parti politik sama ada pembangkang ataupun kerajaan pada hari ini, bahkan baik juga untuk rakyat keseluruhannya.
Oleh sebab itulah, saya melihat seperti mana yang dibahaskan oleh sahabat-sahabat kita dalam Parlimen ini, terutama daripada pembangkang, mempertahankan supaya akta ini dikekalkan dan tidak perlu dimansuhkan. Ini kerana kalau kita mansuhkan, kesan daripada berita-berita palsu, fitnah dan sebagainya bukan sahaja memberi kesan kepada kita pembangkang, bahkan juga kepada kerajaan keseluruhannya. Bahkan Tuan Yang di-Pertua, hari ini kekucaran, ketidaktentuan arah negara kita hari ini, begitu juga dalam politik, bahkan dalam politik kerajaan, Barisan Nasional, bahkan parti-parti yang lain adalah sebahagian disebabkan oleh faktor-faktor fitnah, hasad, berita palsu dan sebagainya.
Saya ingin bertanya Tuan Yang di-Pertua, kepada Yang Berhormat Menteri. Apakah cadangan pemansuhan akta ini berasaskan kerana ingin melihat bahawa akta ini digubal kerana politik? Oleh sebab itulah, faedahnya bukan sahaja kepada kita, kepada kerajaan yang ada pada hari ini, bahkan kepada pembangkang dan juga yang lain-lain. Cuma, saya hendak tahu apakah cadangan pemansuhan akta ini kerana politik? Oleh sebab akta ini digubal oleh Barisan Nasional dahulunya walaupun ia berfaedah pada kerajaan pada hari ini.
Seperti mana kita lihat sebahagian akta-akta yang lain, sebahagian program- program yang lain, seperti mana yang disebutkan oleh rakan-rakan saya daripada Barisan Nasional, daripada pembangkang bahawa banyak program yang dilakukan dan dilaksanakan oleh kerajaan dahulu, walaupun berfaedah, masih lagi diikut oleh kerajaan hari ini. Akan tetapi ia diubah kerana kepentingan politik.
Umpamanya GST. GST cukup baik dan telah diterima oleh masyarakat, oleh ramai masyarakat di negara kita dan memberikan faedah kepada kerajaan. Akan tetapi, oleh kerana hendak menjaga maruah politik Kerajaan Pakatan Harapan, maka dibatalkan GST dan diwujudkan semula SST. Hari ini, telah banyak suara mengatakan bahawa SST ini tidak berguna lagi dan GST perlu diwujudkan semula. Oleh sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, walaupun kita memerintah pada hari ini dan sebagai kerajaan, biarlah kita rasional. Jangan kita melihat kerana kepentingan politik kita, kita lakukan apa sahaja yang boleh menjaga kepentingan kita walaupun perkara itu berfaedah kepada orang ramai, termasuklah memansuhkan Akta 803 ini.
Tuan Yang di-Pertua, undang-undang baharu ini lebih melengkapi kelompangan pada undang-undang sedia ada kerana semua jenis berita palsu boleh dikenakan tindakan dan bukannya sekadar berita palsu yang bersifat fitnah dan menghasut. Penerbitan berita palsu yang boleh disebutkan adalah termasuk dalam bentuk berita, maklumat, data, laporan yang sebahagian atau keseluruhannya dalam apa-apa bentuk termasuk rencana, visual dan rakaman video. Seperti mana yang disebutkan oleh rakan-rakan kita yang membahaskan terutama daripada pembangkang, banyak video yang dikeluarkan, yang diviralkan dalam alam maya kita ini dan banyak berita yang dikeluarkan. Walaupun itu palsu, tetapi akhirnya, apabila ia sering kali dikeluarkan, seolah-olah berita itu menjadi berita benar. Sedangkan berita itu adalah palsu. Oleh sebab itulah, ini semua akan memberikan kesan yang cukup buruk kepada kita.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
Tuan Yang di-Pertua, saya membantah pemansuhan akta ini kerana tujuan akta ini cukup baik. Sebab yang pertamanya, untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat khususnya bukan sahaja anak muda, orang tua, pelajar-pelajar dan sebagainya supaya kita jangan membawa diri kita, jangan mendedahkan diri kita kepada membawa perkara-perkara yang palsu dan yang tidak benar. Apatah lagi kalau berita-berita itu boleh merosakkan kehidupan orang lain.
Banyak ayat al-Quran dan hadis telah dikeluarkan. Oleh sebab itulah, kalau hendak ikut pandangan agama kita, [Membaca sepotong maksud ayat al-Quran] “Fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh”. Bukan maknanya membunuh itu bagus, tetapi akibat dia difitnah. Bukan sahaja perkara-perkara yang buruk seperti perkelahian akan berlaku antara orang yang difitnah dan orang yang membuat fitnah, bahkan, ia boleh membuatkan berlakunya pembunuhan kepada ramai orang. Bukan setakat yang menerima fitnah ataupun yang memfitnah.
Kedua ialah, kita hendak menghalang dan mengurangkan kerja-kerja yang tidak baik ini. Apalah salahnya kita kekalkan akta ini dengan tujuan bahawa anak-anak muda kita dan kita sendiri termasuk ahli-ahli politik ini, bersedia melihat bahawa kerja-kerja membawa berita fitnah ini tidak baik. Kenapa harus kita mansuhkan? Dengan adanya akta ini, bermakna, kita akan bersedia, kita harus berhati-hati supaya kita tidak membawa berita-berita palsu atau fitnah kepada masyarakat kita.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya berharap, janganlah kerana kita ada perbezaan politik dalam Dewan ini, kita sanggup mengorbankan perkara-perkara, undang-undang dan peraturan akta yang cukup baik untuk kita, untuk parti kita, untuk bangsa kita, untuk negara kita, bahkan untuk keseluruhannya. Malahan, kalau kita lihat banyaknya insiden berlaku di dunia ini, bukan sahaja di negara kita adalah akibat daripada berita-berita palsu dan fitnah yang dilakukan oleh masyarakat dalam negara kita dan dunia ini.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya...
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Yang Berhormat, minta laluan sedikit. Kubang Kerian, Kubang Kerian.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
Yang Berhormat Kubang Kerian. Oh! Sorry.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih. Saya ingin minta pandangan daripada Yang Berhormat Maran soal kita sudah bincang isu ini satu masa.
Kita sudah bahas panjang lebar, kita sudah kemukakan hujah, kemudian diterima, ditolak di peringkat Dewan Negara, hantar balik kepada kita. Apakah ini tidak dilihat sebagai salah satu hikmah Ilahi supaya kita perhalusi semula, detail semula supaya kita tidak buat keputusan yang silap untuk masa depan?
Saya yakin bahawa kalau sekiranya rang undang-undang ini kita tolak, mungkin setahun dua kerajaan terpaksa gubal semula undang-undang yang hampir sama dan ini akan mengulang balik, kita habis masa bincang perkara yang telah kita bincangkan. Mungkin pandangan Yang Berhormat Maran, sejauh mana peristiwa-peristiwa ini untuk kita memperhalusi tanpa mengira siapa kita sama ada pembangkang ataupun kerajaan, bagi melihat masa hadapan, kepentingan rang undang-undang ini bagi negara kita? Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya minta supaya kenyataan Yang Berhormat Kubang Kerian dimasukkan dalam ucapan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila menggulung.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
Hendak gulung. Oleh sebab itulah saya bersetuju Yang Berhormat Kubang Kerian.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
Saya sudah sebutkan tadi, sebab itulah kita minta tolong lah. Bukan kerana saya pembangkang, bahkan dahulu kita kerajaan. Bukan kerana Yang Berhormat di sana kerajaan, kita pembangkang, tetapi kepentingan bersama. Kita tidak mahu Pakatan Harapan cuba mengelirukan rakyat. Bahkan kalau kita kelirukan rakyat kerana kita hendak pertahankan politik kita dan kita mansuhkan akta ini dengan mengatakan bahawa penggubalan akta ini dahulunya digubal bertujuan memberi kepentingan peribadi kepada
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
Barisan Nasional, cuba lah hari ini sebelah sana memerintah. Kalau dahulu kepentingan untuk kita, patut kita akan lawan supaya benda ini dibatalkan. Akan tetapi oleh kerana kepentingan untuk bersama, untuk kerajaan, untuk negara dan rakyat, maka kita pertahankan tidak perlu dibatalkan.
Saya minta sebab itulah kita bersetuju bukan kerana Yang Berhormat Kubang Kerian kita bersetuju, kita lulus di sini kerana kita kalah dalam pengundian. Akan tetapi hakikatnya orang-orang di sana juga sebenarnya tidak bersetuju, begitu juga bila sampai ke Dewan Negara Tuan Yang di-Pertua, mereka tolak. Ini bukti bahawa Allah hendak menunjuk pada kita Yang Berhormat Kubang Kerian, bahawa kalau kita setuju luluskan pemansuhan ini, terimalah, tunggulah masanya...
Timbalan Yang di-Pertua - Nga Kor Ming
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
Nanti Allah akan tunjuk kepada kita bahawa orang sebelah sana tidak kurang melakukan perkara-perkara seperti ini.
Kita terus katakan akta ini perlu dikekalkan untuk kebaikan bersama. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Sibuti. Selepas ini Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Kangar. Sila.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana memberi peluang kepada Sibuti untuk membahaskan dan juga memberi pandangan berkenaan tentang pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar 2018. Juga saya ingin menyatakan terdapat banyak pandangan dan juga hujahan daripada Ahli-ahli Parlimen dan juga saya tidak akan mengulangi perkara-perkara tersebut.
Akan tetapi saya ingin memberi sedikit pandangan daripada konteks Sarawak, di mana saya melihat kebanyakan mengapa Akta 803 ini digubal adalah apabila kerajaan berdepan dengan tekanan terlalu banyak maklumat-maklumat yang palsu, fitnah dan juga berita tidak benar. Ini berlaku apabila kita menghampiri Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 yang lepas.
Saya melihat di negeri Sarawak, kita akan berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri dan juga saya bimbang sekiranya pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar ini diteruskan, maka lebih banyak lagi maklumat-maklumat palsu akan disalurkan kepada masyarakat di Sarawak yang pada ketika ini hidup dalam keadaan harmoni. Saya mengambil contoh apabila Kerajaan Persekutuan memperkenalkan satu program ataupun melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar iaitu KMKK ingin diwujudkan, banyak berita palsu berlaku setelah perkara ini diumumkan oleh pihak kerajaan.
Maka, saya melihat apa-apa pun usaha Kerajaan Persekutuan melalui pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan ini akan banyak lagi berita-berita palsu akan wujud.
Maka, saya melihat apa-apa pun usaha, contohnya memperkenalkan subsidi, contohnya apakah usaha-usaha kerajaan untuk mengurangkan hutang dan juga menjual hasil kerajaan akan dilimpah dengan berita-berita palsu. Bagaimanakah kerajaan akan mengawal perkara ini? Walaupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan kita mampu mengawal berita-berita palsu ini, tetapi saya lihat dalam lubuk hati beliau pun agak bimbang dengan berita-berita palsu.
Contohnya pada pagi ini saya menerima satu video di mana di dalam video tersebut kita melihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita apabila satu kenyataan, ‘kongres maruah’ ataupun ‘kongres barua’ disebut dan diviralkan, adakah ini perkara benar, berita benar ataupun berita palsu? Juga saya dengar tadi apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Paya Besar bahawa penggunaan aplikasi WhatsApp ini adalah merupakan aplikasi yang sangat-sangat membantu penyebaran viral dan berita tidak benar di Malaysia ini. Contohnya pada PRU yang lepas, saya merupakan seorang pegawai JASA pada ketika itu. Banyak berita yang kami sebarkan, banyak juga berita yang kami peroleh daripada pihak bertanding dalam pilihan raya pada masa itu.
Saya melihat masalah di Malaysia ini adalah akta ini hanya digubal kemungkinan besar untuk melindungi kerajaan pada masa itu. Walaupun demikian, setelah kita melihat
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
hasil keputusan PRU yang lepas, saya merasakan Akta Antiberita Tidak Benar ini haruslah ditangguhkan sebelum dimansuhkan kerana ia akan membantu kerajaan pada masa ini.
Dalam pada masa kerajaan ingin membina kerajaan untuk memperkenalkan dasar-dasar baharu, tetapi dasar-dasar tersebut akan ditutupi dengan berita yang tidak benar, maklumat palsu this information akan berlaku. Kita lihat isu Jawi. Kita lihat sahaja isu seperti apabila Yang Berhormat Menteri Pendidikan menyebut kasut hitam, bagaimana perkara-perkara tersebut digembar-gemburkan sehingga maklumat sebenar pun kita tidak dapat. Ini adalah kebimbangan saya...
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Sibuti, sedikit.
Okey, boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Sibuti, adakah dengan mansuhnya akta ini, ia tidak akan memberi kesan langsung kepada kepimpinan Pakatan Harapan? Ini kerana seperti mana yang kita sedia maklum, semalam kecoh perbezaan pandangan di antara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan.
Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan posting di Twitter mengatakan dia telah angkat perkara Foodpanda di Kabinet, tetapi akhirnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan tidak ada. Jadi, kekeliruan ini menyebabkan chaos kepada mereka yang terkesan disebabkan isu Foodpanda ini. Jadi, kalau akta ini dimansuhkan, adakah ini tidak memberi kesan kepada mereka?
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Itulah yang saya katakan tadi.
Segala usaha yang baik, yang positif yang sedang diusahakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan pada masa ini akan musnah sekiranya berita palsu ini dibiarkan. Maka, kita memerlukan satu akta ataupun penambahbaikan ataupun kerajaan perlu memberi satu alternatif untuk gantian Akta Antiberita Tidak Benar ini supaya kita dapat bekerjasama. Ini kerana saya bimbang pada Pilihan Raya Negeri yang akan datang terutamanya Sarawak, keadaan kami akan dilimpahi dengan berita-berita yang berbentuk unsur-unsur perkauman, berita-berita yang tidak dapat...
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Boleh minta penjelasan sedikit?
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Okey Yang Berhormat Bandar Kuching, saya bagi peluang.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih. Mungkin selain akta, kita juga haruslah menggalakkan pemimpin-pemimpin kita mahupun daripada kerajaan negeri supaya tidak menyebarkan mana-mana fake news apa yang dikatakan. Saya boleh bagi contoh. Sekarang di Sarawak kita telah bertungkus-lumus, kita melawan untuk mendapat subsidi petrol secara pukal di Sabah dan Sarawak. Akan tetapi, masih ada pemimpin negeri Sarawak macam Dr. Sim, DCM, masing-masing yang cakap, “Oh, kita didiskriminasi. Kita tidak dapat mendapat subsidi”. Pada hal kalau baca polisi tersebut, memang kita dapat.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Okey, terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Apa pendapat Yang Berhormat?
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Itulah yang saya katakan. Kita memerlukan satu akta dan juga sekiranya akta itu wujud, kita boleh bawa Dr Sim itu. Juga saya bimbang contohnya...
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Akan tetapi kita kena mengajak pemimpin-pemimpin kita supaya tidak menyebarkan berita palsu.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Ya Yang Berhormat Bandar Kuching. Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Sebagai contoh saya hendak ambil, di Sarawak pada masa kini terlampau banyak video-video seorang pemimpin daripada pakatan Sarawak yang mengatakan akan menawarkan royalti dan juga pulangan tax.
Sekiranya video itu palsu, pemimpin tersebut bolehlah membawa mana-mana pemimpin Sarawak yang mengedarkan video-video tersebut.
Juga saya melihat sekiranya akta ini dimansuhkan, apakah alternatif yang ditawarkan oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah fake news ini dan juga fake news ini bukanlah hanya berlaku di Sarawak. Kita lihat apa yang berlaku di negara Indonesia pada pemilihan Presiden yang lepas. Dengan adanya berita palsu, maka rakyat telah diberi
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
maklumat palsu dan pemimpin yang kalah tersebut telah mengarahkan penyokong- penyokong untuk turun ke jalan raya. Juga kita tidak mahu proses demokrasi kita ini dicemari dengan berita-berita palsu.
Itu sahaja yang saya lihat apakah kerajaan dapat memberi alternatif dan juga kita kena mengawal apakah bentuk maklumat. Saya juga telah mendengar hujahan-hujahan daripada Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Lembah Pantai berkenaan tentang pendidikan, mesti bermula dengan pendidikan.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Saya juga berharap agar Kementerian Penerangan dapat melakukan literasi media kepada masyarakat di seluruh Malaysia dan juga menggunakan apa-apa pun kapasiti kerajaan untuk mengajar rakyat Malaysia untuk tidak menviral dan juga viral ini saya rasa telah merosakkan Kerajaan Malaysia puluhan tahun dan juga fake news ini telah berevolusi.
Pada pandangan peribadi saya, saya lihat kes-kes besar seperti 13 Mei, apa yang berlaku pada 1987, apa yang berlaku pada tahun 1998 di mana mantan Timbalan Menteri kita didedahkan dengan kes.
Saya ketika itu masih di sekolah menengah dan juga 21 tahun. Kemudian masih ada lagi metodologi menggunakan video mendedahkan keburukan pemimpin. Adakah kita ingin membiarkan masa depan anak-anak kita ini untuk membunuh pemimpin-pemimpin yang berpotensi? Ini adalah pandangan saya dan juga saya berharap, sekali lagi saya mengulang, saya tidak menyokong pemansuhan akta ini dan juga sekiranya ingin dimansuhkan, kita tunggulah supaya kerajaan menawarkan satu mekanisme baharu dan juga mekanisme alternatif untuk menyelesaikan fake news ini di Malaysia. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Parit Sulong. Sila, masa 15 minit.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi saya peluang untuk sama-sama berbahas dalam perkara yang kita discuss sekarang ini. Tuan Yang di-Pertua, pada saya, pemansuhan Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar ini sebenarnya menyebabkan Malaysia dilihat tidak setaraf dengan negara-negara maju yang lain.
Kenapa saya katakan begitu? Ini kerana sebarang undang-undang yang digubal ataupun dimansuhkan mestilah menunjukkan bahawa negara disediakan dengan satu jalur hukum yang progresif dan bukannya yang lama ataupun yang terkebelakang. Sebagai contoh, walaupun berhadapan dengan pelbagai kritikan, saya masih ingat lagi di Dewan yang mulia ini, kita menyaksikan Akta Keselamatan Dalam Negeri dimansuhkan walaupun telah beroperasi sejak tahun 1960an. Kerana apa? Ini kerana Kerajaan Barisan Nasional ketika itu mahukan undang-undang yang lebih progresif dan lebih relevan dengan keadaan semasa.
Jadinya dalam membahaskan rang undang-undang ini, saya ingin menarik perhatian Dewan dengan contoh-contoh sekeliling kita walaupun saya tahu ramai juga ahli- ahli wakil rakyat yang telah menggunakan contoh yang sama. Sebagai contoh, jiran kita Singapura telah memperkenalkan undang-undang yang dikenali sebagai Protection From Online Falsehoods and Manipulation Act yang telah berkuat kuasa baru-baru ini sahaja, 2 Oktober yang lepas dan tujuannya apa?
Tujuannya adalah untuk membanteras penyebaran berita tidak benar dan penipuan dalam talian dan hukuman yang dikenakan kalau menyebarkan berita palsu boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun. Itu baru Singapura. Kalau kita tengok pula negara lain, negara maju lain seperti Jerman, Perancis dan beberapa negara di EU juga turut mengorak langkah ke arah untuk merangka dan melaksanakan undang-undang yang serupa iaitu untuk menyekat kegiatan penularan berita palsu. Persoalannya sekarang, kenapa undang-undang ini ingin dimansuhkan sedangkan akta ini saya tengok sangat baik dan relevan dengan keadaan semasa.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Apakah sebab mungkin kerana ianya diperkenalkan pada zaman Barisan Nasional maka akta ini telah dianggap sebagai satu akta yang salah? Jadinya atas kesedaran itulah dengan niat yang baik iaitu demi kepentingan negara, Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini telah mencadangkan dan memperkenalkan Akta Antiberita Tidak Benar ini.
Tuan Yang di-Pertua, bila ada dakwaan yang seolah-olah yang rang undang-undang ini dahulu digubal bagi menyekat kebebasan rakyat bersuara. Saya nak rekodkan juga di sini bahawa sejak akta ini digubal, hanya ada satu sahaja kes yang dibicarakan di bawah Akta 803 ini dan kes ini melibatkan warga Denmark yang didakwa menerbitkan berita tidak benar kononnya polis lewat tiba semasa kes pembunuhan seorang pensyarah warga Palestin di Setapak pada 21 April 2018 yang lalu. Beliau telah dihukum penjara seminggu, dikenakan denda RM10,000 serta berhadapan hukuman penjara sebulan lagi sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Dia juga, ini yang paling penting, dia juga telah diperintahkan untuk memadam rakaman video yang dimuat naik dalam akaun YouTube miliknya. Pertuduhan ini dikemukakan melalui subseksyen 4(1) Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sewaktu sebelum PRU yang lepas, Yang Berhormat Pengerang ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah berulang kali dalam jawapannya mengatakan bahawa undang-undang ini adalah untuk membendung cabaran semasa yang mana media sosial hari ini boleh mewujudkan suasana yang tegang dalam negara. Jadinya penularan berita palsu yang semakin membimbangkan ini juga Tuan Yang di-Pertua, turut diakui sendiri oleh penasihat media kepada Perdana Menteri yang juga merupakan tokoh wartawan iaitu Yang Berbahagia Datuk Kadir Jasin semasa beliau di Universiti Malaysia Terengganu baru-baru ini.
Apa yang dia kata? Dia kata, “Bahawa kepentingan untuk rakyat adalah untuk merujuk berita kepada media konvensional seperti akhbar, televisyen dan radio kerana media arus perdana mempunyai kredibiliti, mempunyai integriti serta prosedur yang harus diikuti sebelum sesuatu berita dapat disebarkan”.
Daripada kenyataan ini, yang jelas apa yang saya baca adalah beliau sendiri tidak dapat untuk menafikan bahawa penularan berita palsu ini semakin berleluasa di negara kita dan ianya perlu untuk dibendung kerana jika dibenarkan, akan memberi impak tidak baik kepada negara.
Contoh lain. Contoh lainnya, kebelakangan ini di platform media sosial, pelbagai berita palsu yang kita lihat disebar dibimbangi mewujudkan ketegangan kaum dan ada pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja mencetuskan berita palsu untuk mewujudkan sentimen perkauman ini. Kita tak hendak, sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan negara ini, sudah semestinya kita tidak mahu ianya berterusan, kita tidak mahu ianya berleluasa...
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Yang Berhormat Parit Sulong.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
...Dan ianya perlu dibendung. Yes, okey.
Okey, Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Adakah Yang Berhormat Parit Sulong setuju bahawa kadang-kadang postings yang mewujudkan ketegangan ini sebenarnya dilakukan oleh mereka yang berada dalam kerajaan dan melibatkan peribadi Perdana Menteri.
Saya ambil contoh, apabila saya terjumpa satu posting dalam laman Facebook, Ronny Liew Tiang Hiu yang respons kepada kenyataan Perdana Menteri. “Kerajaan pimpinan Melayu hari ini tak kuat kemelayuannya”*.
Postingnya, “Hello Tun, kami bukan orang lain. Kami bukan lagi orang asing. Kata- kata macam ini sakitkan hati. Lain kali tolong pakai otak sebelum membuka mulut. Tun adalah PM untuk semua, bukan PM untuk Melayu sahaja.*” Jadi, kata-kata seperti ini ialah mengundang kepada konotasi yang tidak baik.
Terima kasih.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Sebab itulah kita tak hendak akta ini dihapuskan. Sebab ianya untuk menjaga kepentingan kedua-dua pihak. Baik di pihak kerajaan mahupun di pihak pembangkang. Sebab itulah kita tak boleh hendak biarkan...
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang Berhormat Parit Sulong, minta sikit.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
...Akta ini dimansuhkan begitu sahaja.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tumpat minta laluan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Boleh, Kangar?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Kangar.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Ya, adik Yang Berhormat Kangar.
Silakan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong.
Saya cuma nak minta sedikit penjelasan sebab sedikit terkeliru sebab bila Yang Berhormat Parit Sulong sebut tentang isu perkauman, saya rasa itu tak jatuh ke bawah persoalan berita benar atau tidak benar tetapi itu adalah perspektif yang kita mahu ambil dalam sesuatu perkara yang berlaku.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat, kalau sekiranya berita tidak benar itu...
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Yang Berhormat Parit Sulong, Tumpat minta laluan.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
...Bila dia masuk, kalau ada yang mengatakan yang berkaitan dengan perkauman, dia boleh mencetuskan. Benar tak benar, sebab itulah akta ini penting untuk dikekalkan dan tidak dimansuhkan seperti apa yang dibawa oleh pihak kerajaan sekarang ini. Tuan Yang di-Pertua, saya nak teruskan. Dia fasal 2.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tumpat minta laluan sikit.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Fasal 2 dia ada menyatakan...
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tumpat.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Ya, Yang Berhormat Tumpat.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Mengambil semangat kata-kata daripada Yang Berhormat Bagan lama dulu, sebelum daripada menjadi Menteri Kewangan. Orang yang takut kepada Undang-undang Hudud ini adalah di kalangan mereka yang berhasrat untuk melakukan kejahatan seperti mencuri. Itu yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan lama dahulu. Apakah boleh kita ambil daripada semangat itu? Orang yang takut kepada akta ini, orang yang berhasrat untuk memansuhkan akta ini adalah di kalangan mereka yang berhasrat untuk menguar-uarkan berita yang tidak benar ini? Terima kasih.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Oleh sebab itu kita tidak boleh hendak bagi kebebasan kepada total. Oleh sebab itu kita ada satu, kena ada batas undang-undang dan sebab itulah akta ini saya still banyak kali saya katakan bahawa tidak perlu dimansuhkan.
Saya hendak quote ini fasal 2. Fasal 2 dalam huraian yang diberikan dalam bill biru ini yang menyatakan bahawa Akta 803 ini tidak lagi relevan ini dia kata. Ini kerana kononnya Kanun Keseksaan, Akta Mesin cetak dan Penerbitan 1984 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah mencukupi dan boleh menangani penularan berita palsu di negara ini.
Akan tetapi waktu akta-akta ini dibuat waktu tidak ada Twitter. Masa itu belum ada Facebook pun, 2004 baharu ada. IG pun tidak ada. Jadinya, sebab itu saya tidak setuju.
Oleh sebab pada saya, sebenarnya wujud perbezaan ketara antara ketiga-tiga akta yang disebutkan tadi. Perbezaannya apa? Akta ini mempunyai perintah interim, di mana mahkamah boleh mengeluarkan perintah agar semua bahan berita palsu yang telah dimuat
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
naik di sosial media dipadam dan ditarik balik dengan serta-merta. Berbeza dengan yang lain, dia memberi kuasa, dia tidak memberi kuasa untuk mengarahkan syarikat besar untuk menarik balik. Kalau boleh pun dia akan makan masa bertahun-tahun sehingga selesai kes ini dibicarakan. Jadinya, akibatnya nanti imej itu sudah tercalar dan inilah perbezaan utama dan ia nampak jelas ada kelompangan.
Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Pakatan Harapan sekarang ini, katanya adalah kerajaan reform, Malaysia baharu. Sepatutnya, undang-undang yang sedia ada yang bagus, yang bagus ini perlu diakui sebagai akta yang bagus ataupun good act. Sepatutnya dikekalkan dan saya percaya dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan, sememangnya kerajaan sekarang ini silap memansuhkan rang undang-undang ini. Dengan itu, saya menolak. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Jelutong. Masa 15 minit.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pada asalnya saya tidak bercadang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan tetapi kelmarin setelah mendengar perbahasan-perbahasan yang diutarakan oleh Yang Berhormat-yang Berhormat di sebelah sana, saya terpanggil untuk memberi pendapat saya tentang undang-undang ini. Saya telah daripada pagi tadi membaca undang-undang ini yang telah digubal oleh kerajaan yang dahulu. Memang sebelum memasuki inti pati perundangan ini, mangsa berita palsu memang tidak boleh dinafikan adalah wakil-wakil rakyat daripada Pakatan Harapan.
Sebelum kita menjadi kerajaan, pemimpin-pemimpin daripada parti-parti komponen Pakatan Harapan sering kali dilemparkan dengan macam-macam tuduhan. Akan tetapi pada masa yang sama, kita lihat bahawa tujuan utama undang-undang ini digubal— ketika itu saya tidak menjadi Ahli Parlimen tetapi setelah melihat Hansard dan sebagainya dan setelah saya meneliti perundangan, saya keliru kerana Yang Berhormat-Yang Berhormat di sebelah sana yang telah berbahas, langsung tidak merujuk kepada peruntukan-peruntukan yang telah digubal yang sedia ada.
Di sini saya ingin memberi satu kesimpulan. Kenapa kita mengatakan undang- undang ini adalah undang-undang yang tidak lagi boleh dipertahankan, tidak lagi boleh digunakan? Saya akan merujuk kepada peruntukan yang tertentu, umpamanya peruntukan seksyen 7. Mahkamah boleh memerintahkan penghapusan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar. Peruntukan seksyen 71 berbunyi seperti berikut. Mana-mana orang yang disentuh seperti Yang Berhormat Pekan oleh sesuatu penerbitan yang mengandungi berita tidak benar, bahawasanya beliau berkawan dengan Jho Low, boleh memohon secara ex parte kepada mahkamah bagi suatu perintah bagi penghapusan penerbitan itu.
Maka, terserlahlah bahawa dalam undang-undang ini kalau kita lihat semua— ada banyak peguam di sebelah sana. Tidak ada satu pun definisi tentang berita tidak benar.
There is no definition, there is no preamble. Tidak ada sebarang definisi. Maka, saya tertanya bagaimanakah orang yang begitu pandai seperti Yang Berhormat Tanjong Karang ketika itu yang celik pandai.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Berbahas sampai berbuih- buih kelmarin, boleh menggubal undang-undang yang tidak memberi sebarang definisi kepada berita tidak benar.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Jelutong, sebentar. Siapa buat siaran langsung telefon bimbit dalam Dewan yang mulia ini, saya ingatkan sila padamkan telefon supaya persidangan tidak tergendala. Siapa punya telefon bimbit?
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
It is earphone from the gallery. Earphone, earphone.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Mana, mana...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Jelutong punya telefon kot.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
...video sila padamkan.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Translator, translator.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat Jelutong, check your handphone. Mungkin you lewat.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong, sila.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, bagi lima minit tambahan lagi ya.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Jelutong sudah check handphone sendiri tak?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya sudah, sudah. Lama sudah off.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Okey, terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tunggu giliran.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Kota Raja main telefon.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya teruskan. Kalau kita ikut berita ini, memang saya katakan bahawa the champions of fake news none other than Barisan Nasional. Saya bagi satu kesimpulan. Kesimpulan yang begitu baik yang masih saya teringat pada hari ini tetapi Yang Berhormat tidak hadirlah. GST menurunkan harga barang- barang, betul kah berita itu? Adakah itu betul? Ini adalah satu kesimpulan di mana kita lihat berita yang tidak benar diuar-uarkan untuk rakyat di luar sana percaya dan terpengaruh.
Saya di sini ingin menyeru Dewan yang mulia ini untuk mansuhkan, untuk kita luluskan undang-undang ini supaya satu undang-undang baharu digubal.
Ini kerana kalau kita lihat dalam undang-undang ini, seksyen 1 sehinggalah seksyen 14, saya tanya mana-mana Yang Berhormat di sebelah sana yang dari pagi tadi beria-ria hendak mempertahankan undang-undang ini. Ada baca tak undang-undang ini? Mana definisi berita tidak benar? Sekejap, saya bagi peluang. Duduk dulu.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Bagi saya sekejap.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Duduk dulu, saya bagi peluang.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Buka fasal tafsiran dua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Duduk, duduk dulu.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Buka, buka.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Duduk, duduk, duduk.
Dengar, dengar penghujahan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Paya Besar, tak bagi laluan dulu. Sila dengar dulu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kalau kita rujuk kepada undang-undang ini, lihat kepada tafsiran. Lihat, lihat tafsiran sekali lagi. Termasuklah apa- apa berita, maklumat, data dan laporan yang sebahagiannya atau keseluruhannya adalah palsu, sama ada dalam bentuk rencana, visual atau rakaman audio atau dalam apa-apa bentuk lain yang boleh menggambarkan perkataan atau idea. Ini bukannya definisi. This cannot be the definition. Yang Berhormat, this cannot be the definition. Saya bagi kesimpulan. Kalau undang-undang itu telah pun disediakan dan digubal, kita harus menyatakan seksyen demi seksyen. Jenis-jenis berita yang merupakan berita palsu. Tidak memberikan definisi yang begitu luas. Ini bukan definisi, ini cuma tafsiran sahaja.
Kalaulah umpamanya dulu kita katakan— kita gunakan kesimpulanlah.
Dulu ada berita mengatakan bahawa Yang Berhormat Pekan merupakan kawan karib kepada Jho Low. Bahawa Yang Berhormat Pekan dan Jho Low bersekongkol untuk mencuri
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
duit, umpamanyalah. Bolehkah berita itu ditafsirkan sebagai berita tidak benar? Boleh, kalau dulu boleh. Ikut tafsiran ini kalau menggunakan undang-undang ini, undang-undang ini boleh disalahgunakan oleh Kerajaan Barisan Nasional.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Point of order.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Perkara mana?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kes ini kes mahkamah.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Mana? Yang Berhormat, Perintah Tetap mana? Sila baca.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Perkara 36(6) pun boleh, sangkaan jahat.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Arau. Bacalah peraturan mesyuarat. Teruskan Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, sebabnya saya berkata demikian adalah kalau kita merujuk kepada kenyataan tafsiran, keseluruhannya adalah palsu. There is no definition of false news. What do you mean by false news? Apakah definisi berita yang palsu? Tidak ada sebarang seksyen yang mentafsirkan akta tersebut.
Maka apa-apa yang dilihat sebagai palsu oleh Kerajaan Barisan Nasional, tindakan boleh diambil.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
[Bangun]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jadi maksudnya dalam erti kata lain, akta ini digubal oleh Kerajaan Barisan Nasional. Duduk dahulu, duduk dahulu.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Berapa lama hendak tunggu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Duduk dahulu. Saya bagi peluang. Duduk dahulu.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tidak. Yang Berhormat Jelutong duduk dekat Dewan. Bagilah peluang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tidak mengapa. Duduk dahulu.
Saya bagi peluang. Duduk, duduk. Maka terserahlah bahawa undang-undang ini...
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Duduk dahulu kawan karib, adinda duduk.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya bukan adinda you.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tidak mengapa. Duduk, duduk dahulu.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya tak nak, saya tak nak.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tidak bagi peluang. Tidak bagi peluang. Duduk, duduk. Dengar. Dengar ikut tatatertib, duduk. Listen to me okay. Alright, listen to my lecture alright.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
You bukan pensyarah saya. You are not qualified to be my lecturer.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Lecture, lecture.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Pasir Salak saya bagi peluang. Yang Berhormat Pasir Salak saya bagi peluang.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Lecture konon, eleh.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Kita boleh tidak bersetuju dengan pandangan. Akan tetapi kita perlu menghormati hak untuk berucap siapa-siapa Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang Berhormat Jelutong, minta sedikit laluan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Point of order.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sila.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Okey, terima kasih Yang Berhormat Jelutong.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Perkara 36(2).
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Hei! Yang Berhormat Jelutong.
Double standard Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang Berhormat Jelutong bagi kepada Kangar.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Kangar.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ahli Yang Berhormat, sila duduk.
Yang Berhormat Arau bangkitkan Perkara 36(2). Ya, apa?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat bacalah. Tidak boleh perkara-perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah. Jadi Yang Berhormat tidak boleh sebutlah. Contoh pun tidak bagus. Itu sebab saya kata Yang Berhormat Jelutong berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan sebab Yang Berhormat sendiri pun sebenarnya seorang yang diwaswaskan ketaatsetiaan kepada negara ini apabila Yang Berhormat menjadi lawyer kepada penderhaka negara.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ya, elakkan mana-mana kes dalam pertimbangan mahkamah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, saya beri kepada Yang Berhormat Kangar, saudara saya Yang Berhormat Kangar. Terima kasih.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Ini apa Yang Berhormat Jelutong bahaskan ini ada kaitan dengan apa yang ditanya pada Yang Berhormat Parit Sulong sebentar tadi. Apabila kita tidak ada satu definisi khusus tentang apa yang dikatakan sebagai berita tidak benar. Ia akan membuka atau memberi kuasa yang sangat luas kepada pihak berkuasa dan dalam kes pada hari ini kitalah. Kita sebagai kerajaan yang mana apabila berlaku berbeza pandangan, akhirnya tafsiran rasmi yang diambil ialah tafsiran kerajaan.
Jadi memberi sangat banyak kuasa yang mana boleh digunakan secara salah yang akhirnya memangsakan orang ramai. Jadi, apa pendapat Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Kuala Terengganu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Betul, betul. Saya setuju, saya setuju.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya sambung sedikit Yang Berhormat Kangar.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sorry. Kamu bukan saudara, duduk.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ya, saya memang bukan saudara you tapi bagilah peluang.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Tadi kata adik. Ini sudah putus kah, sudah tukar ya?
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Oleh sebab itulah dia boleh tarik kes.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Dia beritahu seolah-olahnya Ahli- ahli Yang Berhormat sudah merujuk kepada- Dia yang tidak faham.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tadi saudara. Sekarang tidak mengaku saudara.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ya, ya Ahli Yang Berhormat.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
...Saudara-saudara dekat Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Kita ada peraturan Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya rasa Ahli Yang Berhormat semua ini arif tentang peraturan mesyuarat, tentang peraturan berbahas. Mungkin Ahli Yang Berhormat tidak bersetuju dengan pandangan. Sekiranya ingin memohon laluan itu perlu meminta keizinan. Ini terpakai kepada kedua-dua belah pihak.
Sekarang adalah hak Yang Berhormat Jelutong untuk berucap.
Sekiranya dia beri laluan, saya akan bagi. Jika tidak, kita kena hormat. Sama juga apabila sampai giliran Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin teruskan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua ...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Jelutong tidak bagi. Yang Berhormat Paya Besar sila duduk. Saya jemput Yang Berhormat Jelutong teruskan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Oleh sebab itu saya katakan.
Duduk dahulu.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya minta...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin teruskan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Di Perak Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Jelutong tidak bagi. Yang Berhormat Paya Besar sila duduk saya jemput duduk. Teruskan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Duduk dulu.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua, di Perak macam lain sahaja.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya di sini ingin menyatakan sebab itu kita lihat bahawa undang-undang ini tidak lain niatnya begitu jelas, niatnya adalah untuk cuba mengekang dan cuba memberi perlindungan kepada Kerajaan Barisan Nasional yang terbelenggu dengan macam-macam isu. Isu 1MDB, isu Tabung Haji, isu pembunuhan Altantuya, FELDA dan sebagainya...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Isu terowong. Isu terowong...
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Jelutong, bagi peluang saya jawab.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Minta izin, minta izin.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Isu penderhaka negara dibela oleh Yang Berhormat Jelutong.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Arau, ini bukan kedai kopi, ini bukan panggung wayang. Ahli Yang Berhormat Arau, tadi Yang Berhormat
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Arau sudah bahas. Tadi sudah diberikan masa laluan yang mencukupi. Sila Yang Berhormat beri kepada siapa?
Beberapa Ahli
[Berdiri]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya beri kepada saudari saya, Yang Berhormat Tangga Batu.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Saya minta izin Kuala Terengganu.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Okey, Yang Berhormat Tangga Batu, sila.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Paya Besar kah apa?
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Saudara juga ini.
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
Saya merujuk kepada apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Maran tadi mengatakan bahawa tindakan kita untuk mengusulkan pemansuhan akta ini adalah bermotifkan politik. Setuju kah Yang Berhormat bahawa akta asal yang digubal oleh Barisan Nasional adalah berteraskan politik juga? Kita Pakatan Harapan mengamalkan politik nilai. Kita cuba reverse dengan izin tindakan kerana Kerajaan Malaysia sekarang tidak mahu kita ambil tindakan berdasarkan politik.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Saya minta izin Kuala Terengganu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ala nilai, kes terowong tarik balik. Nilai tahi kucing. Tahi kucing!
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Kuala Terengganu minta izin. Saudara, saudara. Kuala Terengganu minta izin.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ahli Yang Berhormat.
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
Kita contohnya apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Parit Sulong tadi melalui akta ini hanya ada satu kes sahaja. Jadi di manakah efektifnya kita menggunakan akta ini?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Nilai, Negeri Sembilan. Ala...
[Dewan riuh]
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
Kita percaya bahawa agensi penguatkuasaan di Malaysia dapat menggunakan akta-akta seperti Akta Hasutan, Akta Fitnah dan sebaliknya secara efektif yang mana dalam Akta Fitnah secara nyata mendefinisikan fitnah itu adalah kenyataan yang tidak benar yang dibuat dengan tujuan menjatuhkan reputasi plaintif di kalangan masyarakat yang waras. Terima kasih.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Yang Berhormat Jelutong, saya baik insya-Allah.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jelutong, kes sama Yang Berhormat Jelutong. Ini menunjukkan bahawa akta ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Lenggong hendak berucap, boleh tetapi minta keizinan daripada yang berucaplah.
Jika dia bagi, bagilah. Dia tidak bagi, tunggu giliran. Itu peraturan mesyuarat. Semua faham tetapi sengaja tidak faham. Sila.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Saya minta izin ini. Bagi peluang Yang Berhormat Jelutong.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua sebut Yang Berhormat Lenggong kah bengong? Saya dengar macam bengong.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Setengah minit, setengah minit.
Same issue setengah minit sahaja.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Yang Berhormat Jelutong, please.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ahli Yang Berhormat Jelutong sila teruskan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jadi saya di sini...
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Jelutong...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Jelutong bagi lima minit. Saya hendak nafikan bahawa rang undang-undang ini tidak disalah guna lebih...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Lenggong, sila duduk.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Sebutlah betul-betul.
[Ketawa]
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Berdiri]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Jelutong teruskan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya cuma ingin menyatakan bahawa, walaupun...
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Jelutong...
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Saya minta izin.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya bagi peluang. Duduk, duduk bagi saya habis dahulu. Saya bagi peluang, saya bagi peluang. Duduk, duduk. Cuma saya hendak rumuskan. Sebelum itu...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Bagi Lenggong, bagi Lenggong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya bagi, saya bagi.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Kalau tidak bagi, memang penakut, memang penakut. Boleh?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya bagi, saya bagi.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Memang takutlah. Boleh?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tunggu dulu.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Bagilah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Masa sudah habis.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tak, bagi Lenggong. Sedikit saya cakap.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sebentar, sebentar.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Kalau Yang Berhormat Jelutong terror bagi. Okey?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya hendak teruskan...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Kalau you tidak bagi you penakut.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, saya diganggu.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Lenggong sudah berapa kali saya beri teguran? Yang Berhormat Lenggong, dia tidak bagi. Ahli Yang
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Berhormat, jika apabila Yang Berhormat Lenggong berucap sebelah sana pun berperangai macam Yang Berhormat Lenggong, ada kah Yang Berhormat Lenggong akan terima? Tidak terima kan. Oleh sebab itu saya kata Yang Berhormat Tanjong Karang, sila duduk, saya jemput. Kita bagi peluang yang adil dan saksama kepada kedua-dua belah pihak. Memang adil untuk semua.
Apabila Yang Berhormat bahas, saya bagi masa yang mencukupi. Oleh sebab itu waktu itu dipengerusikan oleh saya kan?
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Okey, okey sila duduk. Sabar, sabar. Tidak payah berhati panas. Hari pun sudah hujan. Sila, Yang Berhormat Jelutong sila menggulung.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya gulung.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Tuan Yang di-Pertua, baru sahaja saya hendak puji Tuan Yang di-Pertua baik, Yang Berhormat Jelutong baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Parit Sulong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dengar, dengar saya akan gulung.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Baru saya hendak puji, Alih-alih jadi macam ini pulak. Alamak! Macam manalah Yang Berhormat Jelutong.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Tidak payah puji-puji pun. Sila.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bagilah saya gulung. Salah satu berita yang betul-betul benar. Saya hendak memetik seorang tokoh politik iaitu arwah Tok Guru Nik Aziz. Pesanan beliau yang benar, janganlah sekali-kali kamu berkawan dengan UMNO.
[Tepuk]
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Jelutong bagi peluang dekat saya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kalau berkawan dengan UMNO seumpama dipatuk oleh ular yang sama kali kedua. Terima kasih. Jelutong menyokong.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kangar.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Bila dia bercakap Yang Berhormat Jelutong? Fitnah!
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Untuk menutup tirai perbahasan selepas ini Yang Berhormat Menteri menggulung. Sila.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Bila tarikh dia?
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Bismillahir Rahmanir Rahim...
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kamu menipu, sebab itu kamu hendak hapuskan undang-undang ini.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sudah.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kamu menipu, memfitnah.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Pendang. Sila Yang Berhormat Kangar.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Bismillahir Rahmanir Rahim. [Membaca sepotong doa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, atas peluang berbahas yang diberikan kepada saya. Sebelum itu saya ingin mengajak Dewan untuk mengalu-alukan rombongan daripada Royal Commonwealth Society yang ada bersama-sama kita di dalam Dewan pada petang ini.
[Tepuk] Saya sama seperti Yang Berhormat Jelutong, sebenarnya tidak bercadang untuk mengambil bahagian pada awalnya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Point of order, point of order. Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Kangar minta 5 minit, tengok sekarang 15 minit.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Ini keputusan Tuan Yang di-Pertua, minta maaf.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan mana?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tadi dia minta 5 minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sekejap. Tadi Yang Berhormat Kangar berapa minit diperlukan?
Beberapa Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] ...10 minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Selama 10 minitlah, okey.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sekarang ini...
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Tidak apa, bagi 15 minit pun tidak apa.
Kalau tidak habis, tidak habislah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak apa.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Tuan Yang di-Pertua, dia tidak pakai peraturan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak apa.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mana?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Tadi pembangkang minta 15 minit Yang Berhormat Parit Sulong saya bagi, yang lain tadi minta 15 minit pun saya bagi.
Janganlah buat tuduhan yang bukan-bukan. Sekarang Yang Berhormat dia minta 10 minit, saya ikut budi bicara saya. Saya rasa dia munasabah oleh kerana itu saya benarkan.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Saya setuju saya dapat 15 minit, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ini pun hendak buat aduan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Tadi sebenarnya Tuan Yang di-Pertua bagi 15 minit itu adalah peluang untuk hendak mencelah tapi sudah kurang, tidak adalah.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Apabila saya bagi 15 minit kepada sebelah pembangkang, mengapa tidak puji? Sekarang saya bagi sebelah kerajaan bagi 10 minit, buat aduan pula.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bukan.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Adillah kepada Tuan Yang di- Pertua juga. Sila Yang Berhormat...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tadi Tuan Yang di-Pertua, yang sebelum ini dia sudah habis sudah, dia mari kemudian dia minta 5 minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Okey.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, itu saja.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Malulah sikit.
Beberapa Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila Yang Berhormat Kangar, jangan bazir masa lagi.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Jadi saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan ini untuk memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar bagi menegaskan keperluan untuk pemansuhan dan juga membidas beberapa hujah yang telah dibangkitkan oleh kawan- kawan kita di blok pembangkang.
Terlebih dahulu saya ingin memetik kata-kata daripada Reinhold Niebuhr dalam karyanya The Children of Light and The Children of Darkness, “Man's capacity for justice makes democracy possible, but man's inclination to injustice makes democracy necessary.” Ataupun dalam terjemahan bebas saya bermaksud keinginan kepada keadilan memungkinkan demokrasi berlaku tetapi kemahuan kepada kezaliman menjadikan demokrasi sebagai satu keperluan. Kes yang berada di depan kita pada hari ini adalah satu ujian untuk menentukan sejauh mana kita memungkinkan demokrasi terjadi di dalam negara kita atau hanya sekadar menjadikan demokrasi sebagai satu keperluan bagi mengesahkan kecenderungan kita kepada kezaliman.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengajak Dewan meletakkan kes di depan kita pada kedudukan yang tepat. Kita akui dalam banyak keadaan demokrasi yang ditandai dengan adanya Perlembagaan yang menjamin kebebasan dan keadilan ia terdedah kepada pelbagai perbezaan pandangan, perubahan undang-undang dan juga manipulasi. Akta ini yang kita bincangkan pada petang ini sebenarnya daripada banyak perbahasan jelas menunjukkan bahawa ia dibuat dahulu tanpa rundingan yang mencukupi. Kita tidak tahu media mana yang kerajaan dahulu runding semasa hendak buat kerana merekalah tentunya menjadi pihak yang paling terjejas.
Dengan adanya akta ini kita tidak tahu siapa wakil-wakil daripada badan masyarakat sivil. Kita tidak tahu siapa aktor-aktor yang lain yang dirunding oleh kerajaan terdahulu semasa menggubal akta ini. Oleh sebab itu kita tidak hairan bila sebagaimana yang disebut oleh sahabat saya Yang Berhormat daripada Jelutong tadi definisi tentang berita tidak benar ini pun sendiri tidak jelas. Jadi ia membuka ruang manipulasi yang sangat besar kerana..
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Kuala Terengganu.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Sekejap lagi, kerana kita tahu dari segi rekod yang sebagaimana disebut sebagai contoh oleh kawan-kawan kita di pihak pembangkang, dia ambil contoh akta yang sama dibuat oleh Arab Saudi. Akta yang sama dibuat oleh China, akta yang sama dibuat oleh beberapa negara yang kita tahu negara- negara ini dari segi rekod, kebebasan media, dari segi rekod demokrasinya di peringkat antarabangsa bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.
Kecuali kawan-kawan kita juga ada mengambil beberapa contoh misalnya daripada negara Jerman dan juga negara Perancis. Tadi Yang Berhormat Parit Sulong pun ada sebut, daripada European Commission saya pun bukalah kata laporan European Commission.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Saya bagi contoh Singapura lah, apa bendalah Yang Berhormat Kangar.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Singapura pun bukanlah negara yang boleh dibanggakan dari segi demokrasinya, dari segi kebebasan medianya.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Kangar pun menipu.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Oleh sebab itu saya sebut ini bukan soal negara tetapi ini dari segi track rekod negara-negara yang berkehendakkan undang-undang begini.
Menteri Wilayah Persekutuan - Tuan Khalid bin Abd Samad
Yang Berhormat Parit Sulong sokong saja Singapura.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Bahkan dari segi laporan Kesatuan Eropah sendiri menyebutkan.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Ini apalah, Yang Berhormat Menteri yang sibuk.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Saya bacakan di sini dalam laporan European Commission menyebutkan, “The term fake news is not only in inadequate but also misleading because it has been appropriated by some politician and their supporters who used the terms to dismiss coverage that they find disagreeable and has become a weapon which is powerful actors can interfere in circulation of information and attack and undermine independent news media.”
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Kangar.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Ini adalah laporan, kalau kita hendak kata European Commission pun...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Pencelahan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Berminat dengan akta ini, ini laporan rasmi mereka yang sepatutnya kawan-kawan kita daripada pembangkang rujuk sebelum bercakap.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Kangar.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Boleh pencelahan?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya hendak bagi Yang Berhormat Kangar...
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Saya bagi dekat Yang Berhormat Jelutong dan juga tadi Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Pasir Salak tidak boleh?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Arau boleh?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Untuk makluman...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Team beza tidak boleh Yang Berhormat Kangar?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Untuk makluman Dewan yang mulia ini ketika undang-undang ini digubal, beberapa minggu sebelum undang-undang ini digubal terdapat berita daripada Amerika Syarikat the Department of Justice yang cuba dikekang oleh Kerajaan Barisan Nasional. Berita tersebut tular dalam laman web, laman sosial di mana dikaitkan dengan Yang Berhormat Pekan dan kita tahu semasa perbahasan ada juga kenyataan-kenyataan dikeluarkan. Pembangkang-pembangkang mengatakan bahawa undang-undang ini bertujuan untuk mengekang berita tersebut. Ia adalah untuk melindungi Yang Berhormat Pekan yang menghadapi skandal 1MDB, itu adalah tujuan undang-undang ini digubal.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.
Saya bagi Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ya, sila Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Apa- apa pun di dalam perbahasan yang lalu sewaktu diluluskan undang-undang ini telah melalui proses demokrasi. Tadi Yang Berhormat kata sebelum rang undang-undang ini dibawa ke dalam Parlimen ia tidak dirundingkan. Di dalam perbahasan saya semalam saya menyebut tentang apa yang disebut oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia bahawa sebelum rang undang-undang ini akan dibawa kembali untuk pemansuhan akan dirunding dulu dengan stakeholder. Adakah proses itu telah dibuat terlebih dahulu sebelum dibawa ke dalam Dewan ini untuk pemansuhan. Satu lagi.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Terima kasih Yang Berhormat Terengganu, terima kasih.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Saya hendak tambah satu lagi.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Cukup, nanti ramai lagi hendak tanya.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Tadi disebut fasal-fasal tentang kekurangan, fasal apa tidak buat pindaan sahaja?
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Okey, tidak apa terima kasih.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Fasal apa tidak buat pindaan sahaja?
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Terima kasih. Saya suka bila dia sebut begini kerana daripada awal perbahasan saya jelas menunjukkan kenapa saya petik kata- kata Reinhold Niebuhr ini ialah kerana ada saja pihak-pihak tertentu yang akan menyalahgunakan demokrasi atas maksud sebagai keperluan bukan atas sebagai satu yang untuk memenuhi keperluan ataupun hak-hak rakyat.
Sepatutnya sebelum kita tanya sama ada kerajaan merundingkan untuk pemansuhan kita patut tanya kerana asasnya undang-undang ini wujud tanpa rundingan. Itu yang mula dulu dari segi prioritynya bukan kita kata kena runding selepas ia wujud.
Sepatutnya masa hendak wujudkan itu dulu yang kita patut tanya.
[Tepuk] Jadi Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Tidak, undang-undang ini sendiri undang-undang yang bagus.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak meneruskan perbahasan saya. Bagi saya ialah persoalan yang patut kita utamakan dalam perbahasan kita ialah bagaimana kita khususnya rakyat boleh mendapatkan berita benar. Ini sudah lawan kepada berita tidak benar. Adakah rakyat mudah untuk mendapat berita benar ini dan jika ya, mengapa mereka gagal untuk menapis berita-berita yang tidak benar? Jika tidak ada kemudahan untuk mendapatkan berita benar, apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi membolehkan mereka mendapat berita benar?
Oleh sebab itu tadi saya bangun saya minta supaya sebagai pelengkap kepada pemansuhan ini kita sebagai kerajaan sepatutnya mengusahakan Akta Kebebasan Maklumat. Ini tidak berlaku pada zaman pentadbiran lalu. Mereka bukan sahaja hendak menghalang untuk mewujudkan Akta Antiberita Tidak Benar tetapi macam saya sebut tadi indeks kebebasan media kita antara negara yang terkebelakang. Akta Kebebasan Maklumat tidak ada, kita ada Akta Rahsia Rasmi jadi bagaimana rakyat hendak mengakses berita benar ini sebagai lawan sebenar kepada berita tidak benar. Akta ini diperkenalkan dalam realiti itu, itu yang kita kena faham dan...
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Minta laluan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang Berhormat Setiawangsa dan juga Yang Berhormat Pasir Salak, seorang setengah minit.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Okey, terima kasih Yang Berhormat Kangar. Saya cuma ingin bertanya sebab tadi Yang Berhormat Kangar ada sebut tentang cadangan Freedom of Information Act dan sebenarnya kalau kita lihat benda ini ada dibuat di negeri Selangor dan juga Pulau Pinang kalau tidak silap saya di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat dan kemudian Pakatan Harapan.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Jadi, bukankah sebenarnya Yang Berhormat Kangar bersetuju dengan saya sekiranya pihak pembangkang sepatutnya mengalu-alukan pemansuhan ini kerana dengan ini, apabila akta anti fake news ini dimansuhkan dan kemudian kita buat FOI, ini akan memberikan ruang sepenuhnya kepada pihak pembangkang untuk mengkritik kerajaan dengan bertanggungjawab dan juga bebas?
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Terima kasih. Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Yang Berhormat. Ada dua perkara saya hendak tanya, pengesahan. Yang Berhormat Port Dickson, saya tengok dalam video bunyi macam kata kongres itu kongres “barua”.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ya? Ada orang kata— sudahlah. Dengarlah dahulu. Ada orang kata kongres bermaruah. Yang mana satu betul ini?
“Barua” kah ...
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Okey. Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Belum habis lagi.
Tunggulah.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Sudah-sudah, cukuplah itu.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ini...
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Masa sudah tidak banyak sudah.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ada satu lagi.
[Ketawa] Satu lagi saya hendak tanya.
[Dewan riuh]
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
“Barua” itu berita palsu.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila Yang Berhormat Kangar, teruskan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Sekejap, sekejap.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ini GST.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Okey.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Kangar, bukan? Ada sebut kata GST ini nampak bagus juga ini. Boleh diperkenalkan balik, bukan? Akan tetapi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata, ya boleh kita tengok kalau rakyat hendak. Sehari kemudian sudah kata tidak jadi pula. Jadi berita mana yang betul ini?
Yang Berhormat Kangar ya...
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Okey, terima kasih.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Atau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kah atau siapa kah?
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Terima kasih. Saya tidak tahu berapa lama ...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Fasal definisi, dia kata tidak ada definisi.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Okey, duduk, duduk.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila, Yang Berhormat Kangar.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Okey, terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Saya tidak pasti, saya tidak pasti...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tidak pasti apa Yang Berhormat ada kata GST baik, bukan? GST bagus?
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Tidak apa. Duduk, duduk. Bagilah saya jawab.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yes or no. Yes or no?
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Sudah tanya, bagilah saya jawab.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya minta jawab, yes or no.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Biarlah Yang Berhormat Kangar jawab dahululah.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Sudah tanya berilah saya jawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila duduk.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Saya tidak pasti Yang Berhormat Pasir Salak ini sudah berapa lama di Parlimen sebab dia tidak tahu siapa yang ada kuasa Eksekutif dan siapa tidak ada kuasa Eksekutif. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata tidak, tidaklah itu. Kalau saya sokong sekalipun, keputusan prerogatif dia milik kuasa Eksekutif. Jadi tidak perlu tanya saya...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tidak perlu tanya lah?
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Terima kasih. Saya sangat bersetuju dengan apa kata-kata daripada Yang Berhormat Setiawangsa tadi. Kita berharap selepas ini, Kerajaan Persekutuan akan segera untuk membentang Akta Kebebasan Maklumat supaya akses kepada maklumat ini akan lebih mudah diperoleh oleh rakyat. Kita sepatutnya memikirkan bagaimana maklumat-maklumat benar ini dapat diakses dengan lebih mudah, bukan sahaja oleh kakitangan kerajaan ataupun kita daripada parti kerajaan, tetapi oleh semua orang. Ini kerana kita memang berharap, hanya dengan maklumat-maklumat inilah perbincangan kita dapat berlangsung dengan lebih baik.
Kita harus akui dalam demokrasi, ada beza pandangan, ada beza perspektif dan kadang-kadang maklumat yang ada ini adalah sejenis honest mistake, kalau dalam bahasa Inggeris yang boleh diperdebatkan. Jadi macam saya sebut tadi dalam perdebatan, kalau kita ambil maklumat rasmi, sudah tentulah kita akan ambil maklumat kerajaan. Akan tetapi dalam demokrasi ini, sifat dia ialah evolve. Dia berkembang. Ada maklumat yang hari ini benar tetapi bila ada teknologi baharu, realiti baharu akan mengubah apa yang kita faham sebagai kebenaran pada hari ini.
Setakat itu sahaja perbahasan saya, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas ruang berbahas. Saya dengan ini menyokong untuk memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sekian, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, setakat ini, 25 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Berapa masa perlu untuk menjawab?
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Oleh sebab persidangan dua hari, saya minta 1 jam. Boleh atau tidak?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Satu jam. Sila Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Because I want to give— saya hendak berikan ruang untuk mereka mencelah. Tiada masalah.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila. Yang Berhormat mempunyai segala ruang dan peluang yang mencukupi.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Kecuali Yang Berhormat Shah Alam, dia minta celah saya tidak bagi.
[Ketawa] Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
Pertamanya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli Parlimen yang telah mengambil bahagian berbahas RUU Antiberita Tidak Benar
(Pemansuhan) 2019, sama ada sebagai pembahas atau sebagai pencelah. Mereka yang berbahas sejak semalam sehingga hari ini adalah Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kuala Kangsar, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Jelutong dan yang terakhir Yang Berhormat Kangar. Seramai 25 orang ya.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tuan Yang di-Pertua, selama dua hari berturut-turut, saya tekun dan sabar mendengar dan mencatat hujah-hujah para pembahas dan para pencelah. Oleh itu, saya berharap mereka yang berbahas dan mencelah juga harus berlaku adil kepada saya ketika giliran saya untuk menjawab. Maka sabarlah mendengar jawapan saya dan kalau saya menggulung, rasa senak perut, minta maaf dan juga untuk saya merungkaikan segala kekeliruan yang ditimbulkan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja atau dalam lingo undang-undang, secara bona fide atau mala fide. Kalau Yang Berhormat Arau tidak faham, saya terangkan: bona fide, secara niat baik; dan mala fide, secara niat jahat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
‘Barua’ betullah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Kalau tidak fahamlah. Kalau faham, tidak ada masalah. Satu perkara yang harus kita sematkan dalam kepimpinan kita adalah...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, did I hear Yang Berhormat Arau say something, the word “barua”? Saya minta dia tarik balik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak. Saya kata “maruah”, “maruah”.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jangan gunakan kenyataan itu terhadap Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya kata “maruah”.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tidak ada masalah, Yang Berhormat Jelutong.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Macam Yang Berhormat Port Dickson cakap, Yang Berhormat Port Dickson sebut “barua”.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Saya dengar “maruah” tadi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bila ditanya balik, “*maruah”.
[Pembesar suara dimatikan]*
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ahli Yang Berhormat, apa kaitannya dengan perbahasan rang undang-undang ini? Teruskan, hanya fokus kepada isu- isu yang telah pun dibangkitkan sepanjang perbahasan. Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
Satu perkara yang harus kita sematkan dalam kepimpinan kita adalah perkara ini ya, the beauty of politics of parliamentary debate is that it is a tolerance business. Dalam Parlimen, bagi saya, kita harus tolerate mendengar segala hujah sama ada hujah yang mantap dan bernas ataupun hujah yang tidak begitu mantap dan tidak begitu bernas.
Bagi saya, mantap atau tidak mantapnya sesuatu hujah seseorang itu, bergantung kepada apakah alat atau tool yang ada padanya ketika dia berhujah. Kata-kata yang masyhur yang sering dikaitkan dengan Mark Twain adalah, dengan izin, “If your only tool is a hammer, then every problem looks like a nail”. Kalau sekiranya kita punya alat adalah tukul besi, kita nampak semua masalah adalah paku. Ini bukan saya kata ya, ini adalah orang lain katalah.
Itu yang pertama.
Keduanya, saya juga ingin tegaskan, apabila kerajaan PH yang ada sekarang teguh dan tegas dalam pendiriannya untuk memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar
(Pemansuhan) 2019, yang bagi kami digubal secara tergesa-gesa oleh rejim yang dahulu, ia tidak sama sekali bermakna kerajaan ini tidak endah atau tidak mengambil pusing soal penerbitan atau penyebaran berita palsu. Bagi saya lah, berita palsu ini bukan perkara yang baharu ya.
Oleh sebab Yang Berhormat Arau ini sering bercakap tentang Islam, dalam Islam pun kita tahu ada hadis mawdu’, ada hadis sahih. Jadi memang benda mawdu’ ini benda yang sudah lama, benda yang berterusan dan mungkin selepas ini akan berterusan sampai bila-bila. Jadi bagi kami, kami bukanlah tidak ambil endah atau tidak ambil pusing terhadap berita palsu. Mungkin jika ada tuduhan yang bahawa kami tidak ambil endah, itu sendiri adalah berita palsu.
Saya ingin tegaskan, kerajaan PH tegas tidak bersetuju dengan sebarang penerbitan atau penyebaran berita palsu oleh sesiapa sahaja dan ke atas sesiapa sahaja, sama ada ke atas kita ataupun musuh kita. Dalam hal ini, kami konsisten dari dahulu hingga
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
kini. Oleh sebab itu, meskipun Dewan Negara telah memilih untuk tidak menyokong pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar di Dewan Negara, sekali gus melambatkan proses pemansuhan akta tersebut, tetapi kita sebagai kerajaan yang menjunjung semangat ketinggian Perlembagaan, insya-Allah masih komited untuk memansuhkan akta tersebut.
Meskipun mungkin kami terpaksa melalui jalan yang sukar atau jalan yang panjang dan berliku di bawah Perkara 168 Perlembagaan Persekutuan.
Tuan Yang di-Pertua, ada Yang Berhormat pembangkang seperti Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan Yang Berhormat Tanjong Karang yang mempersoalkan kenapa kita masih juga mahu memansuhkan akta tersebut setelah Dewan Negara tidak menyokong pemansuhan Akta 803. Saya ingin menjawab begini. Tuan Yang di-Pertua, kita komited untuk memansuhkannya kerana sebagaimana kita tidak rela mana-mana orang menjadi mangsa berita tidak benar, kita juga dalam masa yang sama tidak rela melihat mana-mana orang menjadi mangsa kezaliman akta tersebut.
Jika kita teliti dengan penuh mendalam dan tanpa sebarang prasangka, pasti kita akan bersetuju bahawa akta tersebut, Akta 803 adalah bersifat draconian dan amat berpotensi tinggi untuk disalah guna, khususnya kalau sekiranya kita beri senjata, orang kata kalau kita beri senjata kepada orang gila, lebih bahaya daripada kita beri senjata kepada orang tidak gila.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Jadi, begitulah keadaan. Kalau kita bagi satu akta yang zalim kepada kerajaan yang terkenal dengan kezaliman, bagi kita akan lebih bahaya.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Sila, sila.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat, mencelah sikit.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Boleh tanya?
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Lenggong dulu? Lenggong dulu
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Saya akan bagi ruang. Jangan takut.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Yang Berhormat...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Akan tetapi, saya berharap jawab dengan apa jua pertanyaan...
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Yang Berhormat, saya tanya dulu ya?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Saya berikan kepada Ketua Pembangkang.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Yang Berhormat kata kalau disalah guna oleh kerajaan zalim. Sekarang ini Kerajaan Pakatan Harapan yang memerintah hari ini. Kalau hendak menyalahgunakan pun, hendak zalim pun, Kerajaan Pakatan Harapan, bukan kita orang.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tidak, saya hendak katakan...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Mungkin Yang Berhormat Bera mungkin tersalah faham. Maksud saya, kalau dibandingkan kita bagi satu akta di bawah seorang kerajaan yang zalim, tidak zalim, lebih bahaya dari kerajaan zalim. Oleh kerana kerajaan dahulu, kerajaan yang Kerajaan Barisan Nasional yang semua orang tahu lah, tidak payah menafikan, memang kerajaan yang penuh dengan kezaliman...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Oleh sebab itu dia perlukan akta yang zalim untuk melindungi kezalimannya.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Akan tetapi apabila kita memerintah, kita jadi kerajaan baharu, kita tidak mahu ada apa-apa kezaliman bersama dengan kita. Oleh sebab itu kita hapuskan akta zalim yang dibuat oleh Barisan Nasional. Akan tetapi, ada yang baik kita kekalkan.
[Tepuk] Saya akan beritahu kepada Yang Berhormat nanti bahawa dalam Akta Antiberita Tidak Benar [Akta 803] ini ada juga elemen-elemen yang baik, ada. Kita tidak nafikan. Seksyen 7 dan sebagainya, ada yang baik. Akan tetapi apabila kita ada benda baik dengan benda buruk ini, kita kena pilih yang lebih baik yang mana kalau lebih baik kita pilih- lah. Kalau yang buruk kita kena. Saya hendak bagi contoh...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Faham, faham Yang Berhormat Menteri. Sudah faham sudah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Sekejap-lah Yang Berhormat Lenggong, nanti saya bagi.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Bagi-lah kalau berani.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Walaupun Yang Berhormat Lenggong tidak ada soalan yang standard, tetapi kita akan bagi. Jangan takut.
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon****) mempengerusikan**
Mesyuarat] Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Inilah Yang Berhormat Menteri yang paling tidak standard sekali.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Sabar lah. I will give, I will give.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Bagi lah!
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Duduk.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Hendak tahu standard tidak standard, bagi!
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Duduk. Saya bagi. Sabar lah! Saya akan bagi.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Hendak tahu standard tidak standard, bagi!
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Okay. I’ll give lah. Tidak ada masalah.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Wei!
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Akan tetapi bukan sekarang, nanti, nanti.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Biar saya ulas dulu. Sabar.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Hendak tahu standard tidak standard, bagi saya ucap.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Sabar, sabar, sabar.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Yang Berhormat Lenggong, sabar Yang Berhormat Lenggong. Saya sudah biasa dengar Yang Berhormat Lenggong berhujah dulu lagi.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Saya hendak berucap dulu lagi.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
World class? Low class Menteri ini.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tanjong Karang, Tanjong Karang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Yang Berhormat Tanjong Karang, I will give.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat Menteri sebut Tanjong Karang tadi.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Yang Berhormat Tanjong Karang saya akan bagi.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tidak, Yang Berhormat sebut Tanjong Karang. Kenyataan Yang Berhormat itu tidak betul.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Okey, saya– sekejap, saya habiskan sekejap.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Saya hendak betulkan statement Yang Berhormat itu.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Okay. I will give, I will give.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Sebelum pergi lebih jauh, bagi saya betulkan statement Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Okey. Saya akan bagi, sekejap. Saya habiskan dulu ayat ini. Boleh?
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Okey.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Okey.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Bagi Lenggong dulu selepas itu.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Okay. No problem. I will give both. Jangan takut. Saya akan bagi semuanya seluas-luasnya. I like to debate.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Like to debate, jadi backbencher lah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Okey. Saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat, saya sudah mendengar semua debate. Saya dapati setengah daripada Ahli Parlimen ini mungkin tidak baca Akta Antiberita Tidak Benar. Tidak baca. Tidak meneliti pun apa kandungan dia.
Seorang Ahli
Betul. Baca, baca dulu.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Saya bagi contoh, saya tengok seksyen 2.
Tadi dikatakan oleh Yang Berhormat Jelutong tentang– Yang Berhormat Jelutong kata definisi dan tafsiran fake news itu. Kalau kita perhatikan dalam seksyen 2, maksud fake news itu, ia terlalu luas. Very wide. Ia merangkumi berita-berita yang factually wrong, dari segi fakta adalah salah. Akan tetapi, dia mungkin tidak berniat untuk menjahanamkan negara.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat, Yang Berhormat sudah lari tajuk itu. Saya hendak ucapan awal Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Okey, silakan.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Dua perkara. Tadi Yang Berhormat sebut Tanjong Karang. Semalam Yang Berhormat dengar tidak ucapan saya?
Dengar bukan? Saya kata semalam bahawa Kerajaan Pakatan Harapan ini kerajaan yang tidak ada perancangan. Yang Berhormat sudah tahu bahawa benda ini sudah lulus dan Yang Berhormat mengaku semalam bahawa di Dewan Negara itu ramai masih Barisan Nasional, sudah tentu akan ditolak. Kalau kerajaan yang smart, yang tahu perancangan, tidak perlu buat undang-undang ini dulu. Ini bawa sampai ke Dewan, patah balik. Bahas lagi. Bahas sampai dua hari lagi ini. Itu satu.
Kedua, Yang Berhormat kata zalim. Apa maksud zalim? Apa maksud zalim? Setahu kita yang zalim ini ialah contohnya kalau seseorang dijatuhkan kesalahan tanpa bicara.
Contohnya, ISA dan EO. Itu tahan tanpa perbicaraan. Okey. Siapa yang batalkan ISA? Siapa yang batalkan EO ini? Bukan Barisan Nasional? Ada sekarang ini lagi undang-undang yang macam itu? Kalau kata zalim ini, okey, tangkap tanpa bicara. Boleh kata zalim. Tafsiran. Yang
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Berhormat kata tafsiran, tafsiran. Let the court decide lah, tafsiran. Saya sudah kata sudah peguam ini betul semua kah?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Okey, sudah? Okey?
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Let the court decide!
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Sudah habis belum?
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ini sudah habis. Okey. Saya hendak tahu Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Bagi saya jawab.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat kena betul cakap itu.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Let me reply lah. Bagi saya jawab, boleh?
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Lenggong, Lenggong.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Jangan takut Yang Berhormat Arau, saya bagi Yang Berhormat Arau.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Bagi Lenggong lah pula.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini fasal zalim, zalim.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Relax, relax. Saya bagi, saya bagi.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Lenggong tak nak bagi?
Sekejap boleh?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Zalim, zalim.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Sekejap. Saya jawab dulu. Saya jawab, saya jawab.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Fasal zalim.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Saya jawab Yang Berhormat Pasir Salak.
Boleh? Jangan takut saya bagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tidak boleh? Bagi Lenggong.
Takut sangat fasal apa?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Lenggong duduk dulu. Yang Berhormat Menteri akan bagi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak, fasal zalim tadi.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Lepas saya jawab saya bagi. Yang Berhormat Lenggong, lepas saya jawab, saya bagi.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Bagi? Boleh? Nanti pergi ke lain.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Bagi lah Yang Berhormat Lenggong.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Yes, I will give you definitely.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Saya hendak jawab yang tadi, yang tadi
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini Yang Berhormat, fasal zalim.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Sila lah, sila lah. Malas hendak layan.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Selesaikan istilah zalim dulu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Zalim dulu. Zalim.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Selesaikan istilah zalim dulu.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Okey. Saya bagi Yang Berhormat Lenggong.
Saya bagi Yang Berhormat Lenggong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Okey. Sila bagi.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Okey. Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Arau duduk. Silakan Yang Berhormat Lenggong.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat berkali-kali menyebut bahawa akta ini zalim. Kononnya akta ini dibuat apabila dilaksanakan oleh kerajaan zalim, maka ia menzalimi rakyat. Untuk rekod Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri, lain kali check dulu. Sejak akta ini ditubuhkan, hanya seorang saja yang terlibat yang dikenakan hukuman, sedangkan banyak berita fitnah dibuat oleh kerajaan yang dulu pembangkang, tidak pun diambil. Kalaulah kerajaan dulu zalim, tentu Yang Berhormat sendiri pun akan kena. Akan tetapi, kita tidak kenakan ini. Itu menunjukkan bahawa kita bersikap adil.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Telus.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Ini kerana bukti. Ada dalam rekod bahawa yang kena hanya melibatkan seorang warga Denmark saja, Salah Salem Saleh Sulaiman. Itu saja. Ini bukti Yang Berhormat. Lain kali sebelum Yang Berhormat Menteri yang cerdik jawab, semak dahulu. Kalau tidak semak, itu menunjukkan Yang Berhormat Menteri tidak cerdik. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih Yang Berhormat Lenggong.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sikit, sikit Yang Berhormat.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tidak cerdik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dalam Malaysia ini cuma ada dua orang saja yang tarafnya sama. Satu Ayah Pin mengaku Tuhan. Keduanya, Yang Berhormat yang mengaku kalau dia jadi Tuhan.
[Ketawa] Dia dua orang ya. Yang Berhormat...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Soalan, soalan, soalan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Perkataan– soalannya ialah macam ini...
[Ketawa] Apa ini, Yang Berhormat menyebut perkataan zalim. Bagi rakyat, zalim ini ialah apabila rakyat hidup sengsara. Itu zalim. Kerajaan tidak kisah tentang rakyat dan rakyat pun sudah benci dekat kerajaan. Itu zalim. Akan tetapi masa kami, rakyat masih sayang tetapi malangnya rakyat telah ditipu oleh dengan fitnah dan sebagainya termasuk kawan-kawan saya yang pakai songkok itu.
[Ketawa] Terlibat sama-sama untuk memfitnah sehingga kami jatuh. Jadi, yang zalim itu ialah fitnah Yang Berhormat. Satu.
Keduanya, Yang Berhormat sebut kerajaan zalim, apakah kerajaan sekarang ini tidak zalim? Rakyat menderita. Harga barang naik dan harga saham jatuh Yang Berhormat, tidak zalim-kah itu? Ini-lah satu kerajaan yang...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Lembaga Hasil Dalam Negeri kejar.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kemudian, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita kata...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Yang Berhormat Arau, jangan panjang sangat.
Okey. Cukup, cukup lah. Saya faham sudah. Cukup lah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sudah Yang Berhormat Arau. Terima kasih Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun orang kata ‘barua’.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
SPRM kejar.
[Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Common man.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Polis kejar.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi perkataan...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Okey Yang Berhormat Arau, saya sudah faham.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini Yang Berhormat, saya minta Tuan Yang di-Pertua, dia berhati-hati menggunakan perkataan. Dia tidak berhati-hati. Jangan – jawab elok-elok, kami akan dengar. Akan tetapi Yang Berhormat...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Elok lah ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Mulut yang paling ‘cabul’ dalam dunia.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tidak apa lah. Tidak apa lah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Sila Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tidak apa lah. Hendak cakap apa, tidak kisah lah. No problem.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Menteri teruskan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Okey, terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Karang, terima kasih kepada Yang Berhormat Lenggong dan terima kasih kepada Yang Berhormat Arau. Okey, saya hendak jawab dulu yang fasal Yang Berhormat Tanjong karang dengan Yang Berhormat Lenggong yang ada kaitan dengan zalim. Tadi bertanya dengan saya apa makna zalim. Saya bagi dalam bahasa Arab lah, [Berucap dalam bahasa Arab] Kita letak satu benda yang bukan tempat itu, zalim.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sebut pun tidak betul.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Contohnya, contohnya...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Bahasa Arab itu sebut pun tidak betul.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta Yang Berhormat Padang Rengas, bukan tempat Yang Berhormat. Sila duduk ke tempat masing- masing.
[Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tadi masa you cakap, saya dengar...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Dia contoh kerajaan yang zalim, meletakkan Yang Berhormat di tempat itulah. Meletakkan orang yang tidak betul...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Whatever, whatever lah.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Di tempat Timbalan Menteri ini...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tidak kisah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya sokong, saya sokong, saya sokong.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Oleh sebab itu menjadi zalim.
Bukan begitu?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Orang yang meletakkan di tempat yang salah...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya tidak benarkan selain daripada Yang Berhormat Sepang untuk sesi penjelasan. Silakan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tadi apabila Yang Berhormat tanya soalan, saya dengar dengan penuh tekun. Saya hendak jawab, Yang Berhormat kena dengarlah.
Soalan tadi apa dia definisi zalim. Saya cakap dalam bahasa Arab, meletakkan suatu benda di bukan tempat itu adalah makna zalim.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Contoh macam meletakkan Yang Berhormat Sepang di tempat itu. Itu zalim.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Saya tahu lah Yang Berhormat Lenggong tidak faham bahasa Arab. Yang Berhormat Lenggong bukan tahu bahasa Arab pun. Cikgu...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tidak, dia contoh, dia contoh Kerajaan Pakatan Harapan meletakkan...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Lenggong, telah diberi masa tadi Yang Berhormat Lenggong. Silakan Yang Berhormat Sepang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Meletakkan Yang Berhormat Sepang di tempat yang salah itu zalim. Zalim, cukup zalim.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Pegawai kerajaan diberhentikan. Itu zalim.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tidak apa lah. Whatever lah.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Banyak pegawai kerajaan diberhentikan, zalim.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tegakkan songkok dulu, tegakkan songkok dulu.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Betul tidak?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tegakkan songkok dulu, baru cakap.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Dewan hendak pakai pun tidak bagi, zalim.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tegakkan dulu songkok, baru cakap.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Memang fesyen dia pakai senget.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tegakkan songkok dulu, baru cakap.
[Ketawa]
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Lagi, banyak lagi.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tegakkan songkok dulu, baru cakap.
[Ketawa]
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tadi baca bahasa Arab pun tidak berapa betul.
[Ketawa]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Whatever lah. Kalau saya kalau –saya tidak kisah. Saya, apa yang you cakap semua saya tidak ada masalah. Tiada masalah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
I’m okay.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penjelasan, penjelasan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Okey, okey Yang Berhormat Arau sekejap Yang Berhormat Arau, bagi saya jawab dahulu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sikit, sikit sahaja.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tadi kata Yang Berhormat Lenggong mengatakan bahawa dalam masa kita menjadi kerajaan, dahulu masa selepas akta ini diluluskan hanya seorang didakwa. Betul Yang Berhormat Lenggong itu saya bersetuju, itu pun pada zaman BN. Pada zaman kami jadi kerajaan, tidak seorang pun didakwa, walaupun hak kita tidak– akta ini masih lagi terpakai apabila dia tidak di...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Oleh sebab yang jahat itu kerajaan, kerajaan yang banyak buat cerita tidak benar, itu sebabnya.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tidak mengapalah, orang lain semua tengok apa yang Yang Berhormat Lenggong buat, jangan takut.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Teruskan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Jadi, saya hendak katakan kepada Yang Berhormat Lenggong, apa yang saya hendak katakan kepada Yang Berhormat Lenggong adalah, apabila kerajaan yang lama mereka dakwa seorang sahaja sebab mereka dapat hanya selamatkan akta ini beberapa bulan sahaja. Jikalau sekiranya akta ini berlangsung terus, andai kata mereka ini kerajaan lagi saya percaya ramai lagi yang akan didakwa, termasuk lah yang mungkin didakwa Yang Berhormat Langkawi yang disiasat di bawah akta ini. Oleh sebab itu Yang Berhormat...
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Buruk sangka itu.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Itu fitnah itu, fitnah itu, berita tidak benar itu, itulah contohnya. Contoh fitnah, berita tidak benar macam Yang Berhormat Menteri tadi itulah...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Itu fitnah itu.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Inilah masalah...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
...Membuat andaian.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
...Tidak sabar dengar jawapan...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Andaian.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Itulah contoh dia...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Sabarlah, dengar jawapan.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Itu contoh berita tidak benar, andaian yang macam Yang Berhormat Sepang buatlah itulah, itu contoh dia.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya dapati Yang Berhormat Lenggong telah tidak mengikuti Speaker punya arahan, bangun tanpa dapat kebenaran daripada Speaker. Banyak kali sudah, saya sudah bilang sudah, sekali lagi kalau tanpa kebenaran saya boleh halau keluar. Sama juga dengan Yang Berhormat Arau, ini floor Yang Berhormat Sepang untuk menjawab, telah diberi laluan tadi. Sila.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Tidak bagi, tidak boleh.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tuan Yang di-Pertua, dua hari dengar, dan dua hari bagi, sekarang ini bagi lagi ruang...
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tidak, bukan...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
...Sekurang-kurangnya Yang Berhormat Tanjong Karang ini, dia nampak civilized sedikit. Yang Berhormat Tanjong Karang okey.
Sekejap, sekejap ya.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Boleh bagi jalan?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Yang Berhormat Tanjong Karang, walaupun saya mungkin tidak setuju dengan dia, tetapi hari ini dia civilized.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tidak, saya hendak tanya, boleh bagi jalan atau tidak?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Selepas ini, selepas ini.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Okey, selepas ini. Oleh sebab Yang Berhormat cakap tadi hendak satu jam.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Selepas ini, selepas ini.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Hendak satu jam, hendak satu jam hendak bagi peluang kami bertanya.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
I know, sabarlah selepas ini.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Di dalam ini pun sudah menipu, hendak cakap banyak. Betul Tuan Yang di-Pertua? Tuan Yang di-Pertua dengar tadi dia kata minta satu jam...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Satu jam, betul.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
...Konon hendak bagi peluang kepada kami bertanya, sekarang kami hendak tanya, tidak bagi jalan, apa ini? Dalam Dewan pun menipu.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Tunggulah, tunggu lah ada peraturan.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ini memang tidak benar ini, ini memang tidak benar.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tadi baru saya beri jalan kepada Yang Berhormat Tanjong Karang kata civilized.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ya lah, saya bangun balik.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Itu yang tidak betul.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ini untuk point yang baru. Saya dengar...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Sabar.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
...Setiap apa Yang Berhormat cakap saya dengar.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Let’s me...
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Apabila saya dengar Yang Berhormat cakap itu, bullshit tidak betul, saya kena tanya. Takkan saya hendak terima.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik Yang Berhormat Tanjong Karang, sila duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sedikit, sedikit...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Yang Berhormat sedikit, sedikit.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tuan Yang di-Pertua ada tiga orang yang bertanya, saya baru menjawab dua orang...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sedikit, sedikit.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
...Sabar dahulu.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tidak. Yang Berhormat kata fasal undang-undang? Salahkan kami. Oh! Sebab zaman kami satu orang kena kes. Selepas itu tidak ada, zaman Yang Berhormat tidak siapa yang didakwa. Rule mana lawyer lah, lawyer apa ini? Apabila Yang Berhormat berkuasa, langkah pertama yang PH buat ialah memansuhkan akta ini. Jikalau sudah masa itu kita luluskan dah mansuh, tidak akan polis
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
hendak ambil tindakan berdasarkan undang-undang yang telah dimansuhkan di dalam Parlimen, walaupun masih boleh diguna.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Tanjong Karang...
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
...Takkan guna undang- undang yang lain.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sudah, baik.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tidak, ini saya hendak betulkan, dia hendak salahkan kerajaan lama. Sebenarnya dia ini tidak reti, lawyer apa ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik, Kita minta penjelasan daripada Yang Berhormat Sepang.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Takkan hendak gunakan undang-undang yang telah dimansuh di dalam Dewan.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Masa telah diberikan kepada permintaan untuk penjelasan, baik. Saya minta Yang Berhormat Sepang teruskan untuk memberi penjelasan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Okey, terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Okey, okey.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, Yang Berhormat, sikit-sikit.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Dia lawyer agreement itu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya minta ini Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya minta semua duduk, saya minta Yang Berhormat Sepang beri penjelasan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Tuan Yang di-Pertua, kami minta supaya kita undi terus, tidak perlu jawab, jawab bertulis. Oleh sebab apa nanti kita...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Tidak beri yang lain-lain laluan kecuali Yang Berhormat Sepang, sila beri penjelasan.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
My friend, my friend.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Okeylah. Saya rasa Tuan Yang di-Pertua, tadi saya...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya minta...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tuan Yang di-Pertua tadi saya...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya minta supaya kita undi terus, kami hendak pergi kepada akta yang berikut Yang Berhormat, iaitu...
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Yang Berhormat Arau hendak balik, biar dia balik.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Yang Berhormat Arau baliklah rumah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sekarang ini saya minta penjelasan.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Setuju dengan Yang Berhormat Arau, jawapan pun tidak ada class.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tidak apalah, tidak ada kelas tidak ada kelas, dengar dahulu.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Jawapan Yang Berhormat Menteri rugi masa sahaja.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, saya minta penjelasan sedikit.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Saya boleh dengar dua hari– tidak mengapa semua keluar, lagi baguslah keluar.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Jawapan pun low class, undilah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Keluar lagi baguslah, it’s okay, tidak mengapa, tidak ada masalah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya minta belah bahagi.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya masih beri peluang kepada Yang Berhormat Sepang untuk menjawab.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Saya tahu, Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tidak perlu jawab, tidak perlu jawab.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tuan Yang di-Pertua saya tahu, Tuan Yang di-Pertua saya tahu mereka...
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tidak perlulah jawapan Yang Berhormat Menteri, tidak ada class.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kami tidak mahu, tidak mahu, jawab, jawab terus.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Mereka takut dengan Mujahid.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tidak perlu jawapan macam itu, tidak perlu. Jawapan tidak ada standard tidak perlu.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Mereka takut.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kami tidak mahu dengar...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Takut.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kami tidak mahu dengar...
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tidak perlu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kami tidak mahu dengar.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Setiawangsa, sila Yang Berhormat Setiawangsa.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Yang Berhormat...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tidak mahu dengar keluar. Saya tidak ada masalah, tidak mahu dengar keluar.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
...Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 35(1).
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tidak mahu boleh keluar, silakan keluar.
Jikalau hendak dengar silakan. Saya boleh tahan dengar you punya hujah yang merepek, meraban itu...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat. Hei! Yang Berhormat, saya hendak beritahu...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
...Saya baru cakap you sudah tidak tahan, macam mana ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya hendak beritahu Yang Berhormat...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Selama dua hari saya dengar you cakap benda entah apa-apa Yang Berhormat Arau, saya boleh dengar...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hei! Muntahlah you, muntahlah you.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
...You tidak boleh dengar, apa ini Yang Berhormat Arau.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Sepang, Ahli-ahli Yang Berhormat sila duduk dahulu, kita hendak dengar daripada Yang Berhormat Setiawangsa.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Point of order.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Tuan Yang di-Pertua bagi Yang Berhormat Setiawangsa.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Point of order.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Peraturan 35(1). Peraturan 35(1), “Seseorang Ahli yang hendak bercakap, hendaklah bangun di tempatnya dan apabila dipanggil oleh Pengerusi”.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ya, betullah, kenapa?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ha! Bodohlah.
[Dewan riuh]
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Yang Berhormat saya ingat semua...
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ah! Duduklah.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Sekarang floor saya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Point of order.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Betul...
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Dengar dahulu, floor saya. Saya panggil point of order.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tidak payah, tahu sudah.
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik. Saya telah menggunakan sepanjangnya Peraturan 35(1), jadi sekarang saya minta semua duduk dan saya bagi masa seperti yang diminta tadi untuk selama satu jam untuk beri penjelasan dengan sebaiknya. Sila Yang Berhormat Sepang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Point of order.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Telah dibangkitkan tadi, saya tidak bagi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya hendak bagi point of order baru. Point of Order 36(1). Dia kata selama dua hari dia dengar ucapan apa-apalah. Mana boleh sangkaan jahat begitu kepada kami. Dia ingat, dia jadi loyar buruk, dia ingat dia pandai, kami tidak pandai. Saya ada PhD tau!
[Ketawa]
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat Tanjong Karang ada cakap ‘penipu’.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dahulu, walaupun Yang Berhormat Pokok Sena cakap macam-macam, kami tidak kata apa dekat dia.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Yang Berhormat Tanjong Karang cakap ‘penipu’ tadi.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Beli PhD dekat mana Yang Berhormat Arau, beli dekat mana.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Arau, sila duduk.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, point of order.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ya. Yang Berhormat Arau sila duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, point of order. Saya rujuk kepada 41(e). “Masa Mesyuarat bersidang, masa seorang itu bercakap, semua Ahli-ahli lain hendaklah diam dan tidak boleh mengganggu dengan cara kurang adab”.
[Dewan riuh]
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Itu sesuai untuk dia sendirilah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sekarang, sekarang saya ingin bercakap.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jadi saya minta supaya kalau hendak dengar penjelasan, duduk diam-diam dan dengar penjelasan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak, tidak, saya point of order dahulu.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Yang Berhormat Jelutong buat lawaklah. Yang Berhormat Jelutong buat lawak.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
*Point of order.
[Pembesar suara dimatikan]*
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia buruk sangka kepada kami, sila tarik balik perkataan itu. Dia kata berbincang apa-apalah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila duduk Yang Berhormat Arau. Saya minta semua menghormati Dewan yang mulia ini. Peraturan mesyuarat sekarang saya minta sesi jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Minta dia tarik balik perkataan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tolonglah berkelakuan, beradablah. Hormatlah sama Menteri.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, ya hormat kepada Menteri ya.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Saya mula-mula hendak bagi ruang, tetapi nampak mereka tidak pandai gunakan ruang, jadi saya bacalah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Barua.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Sebagai contoh, bila kita lihat definisi berita tidak benar di seksyen 2, definisi tersebut amat luas dan saya bersetuju dengan kenyataan sahabat saya Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia, Yang Berhormat Puchong bahawa berdasarkan definisi tersebut di seksyen 2 itu, berita tidak benar juga boleh merangkumi sebarang kenyataan termasuklah kategori ia sekadar factually wrong, tetapi tidak sampai ke tahap menjejaskan keselamatan awam atau keselamatan negara.
Apabila kenyataan seperti itu juga berpotensi dijadikan sebagai kesalahan jenayah dan mendedahkan pelakunya kepada tangkapan, pendakwaan, sabitan dan hukuman di bawah akta tersebut, bagi kami ia bukan sahaja zalim dan draconian ia juga berpotensi untuk memusnahkan sistem demokrasi yang Kerajaan PH sekarang ini sedang bertungkus-lumus untuk kembalikan semula kepada rakyat negara ini setelah sekian lama ia mungkin hanya sekadar mimpi di zaman Barisan Nasional.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Setiu...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Point of order, point of order.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Bahasa cantik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Point of order.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Sabar dahulu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Peraturan 36(1), dia buruk sangka kepada Yang Berhormat Langkawi. Yang Berhormat Langkawi pernah jadi Presiden Barisan Nasional selama 25 tahun. Dia buruk sangka, dia sebut mimpi ngeri pada zaman Barisan Nasional. Pemimpin BN yang lama memerintah ialah Yang Berhormat Langkawi. Dia buruk sangka dekat Yang Berhormat Langkawi. Jangan sebut lagi Kerajaan Barisan Nasional, sebab apa, orang yang paling lama memerintah BN ialah Yang Berhormat Langkawi. Jangan buruk sangka dengan Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Langkawi bagus. Jangan kata dia barua, tidak bagus.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih Yang Berhormat Arau. Sila, berikan penjelasan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau.
Tidak apalah. Tolerate dengan Yang Berhormat Arau lah. Whatever. Yang Berhormat Setiu membandingkan kesalahan dalam akta ini yang tidak memerlukan pihak pendakwa membuktikan mens rea dengan kesalahan di bawah seksyen 8A, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Dalam kes jenayah ada dua ya iaitu mens rea dan actus reus. Jadi kata Yang Berhormat Setiu, akta ini tidak memerlukan pihak pendakwa membuktikan mens rea, niat jahat.
Ya, saya setuju dengan Yang Berhormat Setiu. Ini boleh dilihat dalam seksyen 4 Akta 803 yang secara jelas tidak mensyaratkan perlunya mens rea dibuktikan. Dengan lain perkataan ia termasuk dalam kategori kesalahan yang dipanggil dalam undang-undang a strict liability. Pihak pendakwa hanya perlu buktikan the actus reus tanpa perlu membuktikan mens rea. Betul Yang Berhormat Setiu, saya setuju dengan yang itu.
Namun begitu Yang Berhormat Setiu, walaupun saya setuju dengan Yang Berhormat Setiu tentang tiada keperluan pembuktian mens rea tetapi juga ingin menegaskan pada— saya akan hujah Yang Berhormat Setiu, hakikatnya hujah Yang Berhormat Setiu itu menyokong hujah kami kenapa lebih perlu Akta 803 ini perlu dimansuhkan. Kalau dalam bahasa Arab Yang Berhormat, hujah Yang Berhormat itu hujah tun’alaika, bukan waju’alaika. Hujah itu hujah ke atas Yang Berhormat, bukan hujah menyokong Yang Berhormat.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tidaklah, saya bercakap dengan orang PAS.
Sudah berkawan dengan PAS, tidak faham bahasa Arab lagi kah? Peliklah, baik berkawan dengan orang lainlah.
[Ketawa]
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Boleh duduk sudah tu.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Kami baru berkawan, ini sudah menang pun PAS lari. Malulah!
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Beliau, beliau...
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Duduk, duduk. Tidak ada kelas tu.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Dia boleh pula politik, dia yang mula politik.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Okey, duduk. Duduk.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Kalau cakap fasal politik, Yang Berhormat Menteri lagi malulah. Menang tiket PAS lari, tinggalkan parti. Kencing parti sendiri! Lagi malulah!
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Duduklah, duduk.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
PAS yang steady, PAS tetap dengan pendirian. Bukan macam Yang Berhormat Menteri. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Tanjong Karang, kena dapatkan kebenaran daripada saya untuk bercakap.
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Ada Yang Berhormat seperti Yang Berhormat Pengerang dan Yang Berhormat Pontian yang membangkitkan kerajaan negara lain seperti di Singapura juga telah menggubal akta khas memerangi berita palsu. Betul ya, Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat— tadi Yang Berhormat Parit Sulong pun ada membangkitkan bahawa Kerajaan Singapura memang telah menggubal baru-baru ini satu akta seperti mana kata Yang Berhormat Parit Sulong. Betul ya? Saya tidak nafikan.
Akan tetapi, kalau kita lihat— saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat baca tidak akta yang di Singapura itu? Kalau kita lihat seksyen 7 di bawah akta Singapura itu, dia jelas menunjukkan ada requirement mens rea. Perkataan “knowingly”. Okey, saya ada copy di sini ya.
[Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] “Protection from Online Falsehoods and Manipulation Act 2019”, nombor 18 of 2019. Saya bacakan seksyen 7. Tengok beza dengan seksyen 4. Seksyen 4— kita punya seksyen 4 dipanggil ‘strict ability’ tidak perlu buktikan mens rea tetapi kita lihat seksyen 7, “Communication of false statements of fact in Singapore”.
Tengok ayat dia, “A person must not do any act in or outside Singapore in order to communicate in Singapore a statement knowing...” Itu dipanggil mens rea lah tu. “...Or having reason to believe that; (a) it is a false statement of fact and...” Ini dipanggil bila ‘and’ maknanya ‘dan’ lah.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Memang aku bagi lecture, korang tidak faham.
Memang saya bagi lecture sebab kalau tidak, tidak faham. Lagilah songkok yang senget mana nak fahamnya...
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ya, sekejap.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Kita ini, kita ini ialah legislator...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat saya berikan laluan kepada Yang Berhormat Tanjong Karang untuk mohon penjelasan. Sila.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Boleh? Yalah, saya minta penjelasan. Yang Berhormat Menteri...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Apa dia?
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tidak. Saya cakap...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Sekejap, saya baca kejap. Saya baca, habiskan.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Okey bagi habis, bagi saya nak tanya Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Bagi Yang Berhormat Sepang habiskan dulu, Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Okey.
[Ketawa] Saya dengan Yang Berhormat Tanjong Karang ini tidak bolehlah. Kadang— kawan juga mereka semua ini.
Okey, knowing or having reason to believe that it is a false statement of fact… [Ketawa] Tengok songkok senget, saya terketawa. Minta maaf, minta maaf. Minta maaf, minta maaf.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Standard punya Menteri...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Saya minta maaf. Tidak apalah, kita kawan kan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Teruskan Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Okey, selepas itu dia kata apa (b)— dia macam conjunctively. Secara conjunctive, the communication— minta maaf.
[Ketawa] Saya tidak tahan nak ketawa. “The communication of the statement in Singapore is likely to; (i) be prejudicial to the security of Singapore or any part of Singapore”. Sebenarnya kenyataan itu pertamanya mesti ada mens rea, dia ada niat. Kedua, mesti ada prejudicial, dia mengganggu keselamatan negara.
Jadi di Singapura walaupun mereka ada akta yang cuba nak memerangi berita- berita palsu tetapi mereka dari segi menggubal akta itu, mereka memastikan elemen dalam jenayah mens rea itu mesti ada. Sedangkan kita dekat seksyen 4, kita borong kita letak ‘strict ability’. Strict ability maknanya tidak perlu mens rea. Ini boleh menyebabkan penyalahgunaan. Maknanya kalau orang tersilap pun boleh ini dipanggil dalam undang- undang ‘false news simply seater’, maknanya false news in per say nya boleh kena. Ini bahayanya.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Menteri? Kenapa tidak mahu pinda? Kenapa mesti mahu mansuh? Nanti kang jadi macam GST pula, mansuh selepas itu kemudian eloklah pula, itulah, pasang orang cakap eloklah, nanti hendak buat balik. Dua, tiga kali kerja.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tidak, hujah itu pun hujah yang makan tuan itu. Okey, sebelum ada Akta Antiberita Tidak Benar ini, ada akta Penal Code, ada dari Penal Code atau Kanun Keseksaan. Ada juga akta Printing and Publication Act atau Akta Mesin Cetak dan Penerbitan. Ada juga Akta Komunikasi dan Multimedia...
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Yang Berhormat Menteri?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Ini semua akta-akta ini ada mempunyai peruntukan tentang memerangi berita palsu. Jadi, kalau menggunakan hujah Yang Berhormat Parit Sulong...
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Yang Berhormat Menteri?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
...Kalau sekiranya undang-undang yang sudah ada itu patutnya ada kekurangan, pindalah undang-undang itu, baru buat undang- undang yang ini. Itu yang sepatutnya. Bukan perlu pinda undang-undang ini. Undang- undang ini tidak perlu. Kamu patut pinda undang-undang itu, selepas itu bawa ke Parlimen.
Kamu tidak boleh buat itu, kamu buat undang-undang baharu. Yang silap kamu, bukan kami.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ada memohon pencelaan daripada Yang Berhormat Bera.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Bagi Yang Berhormat Pengerang sebab Yang Berhormat Pengerang dulu, saya quote dia tadi dalam perbahasan saya.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Saya bagi Yang Berhormat Bera, saya bagi Yang Berhormat Pengerang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Okey Yang Berhormat Bera dulu diikuti dengan Yang Berhormat Pengerang.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Saya hendak minta penjelasan, dari segi seksyen 4(1) ini, dalam— saya baca, “Mana-mana orang yang, melalui apa-apa cara, dengan niat jahat...” Yang Berhormat Menteri mengelirukan Dewan mengatakan tidak perlu mens rea. Niat jahat ini adalah mens rea. Apa masalah? Yang Berhormat Menteri tidak fahamkah dari segi mens rea ini? Atau sudah lupa? Saya pun pencen jadi lawyer tetapi masih ingat lagi apa maksud mens rea itu. Kalau niat jahat, meaning adalah mens rea lah tu.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Boleh isu yang sama?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Tadi Yang Berhormat Pengerang tadi?
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Saya cakap isu yang fasal undang-undang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Hendak tanya Yang Berhormat Sepang.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Boleh? Saya isu yang sama dari segi undang-undang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat ini Timbalan Menteri, Yang Berhormat faham tidak the meaning of separation of power? Kita ini legislature, membuat undang-undang, biarlah judiciary yang mentafsir undang-undang. Ini Yang Berhormat Menteri hendak menjadi tafsir undang-undang ini fasal apa? Kita bukan mahkamah. Kita separation of power pun tidak faham, itu sebabnya Yang Berhormat Bera cakap tadi, Yang Berhormat Menteri tidak faham apa undang-undang Yang Berhormat Menteri cakap.
Kita pun ada yang tahu bab undang-undang ini, jangan anggap kita tidak tahu mens rea dan actus reus ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Sila...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat Pengerang mahu tadi? Tadi ada bangun kan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Pengerang, sila.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tidak mahu? Okey, okey. Saya bagi.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya tengah pasang cermin mata tadi. Hendak tengok Yang Berhormat Timbalan Menteri dengan begitu jelas yang kadang-kadang nampak kecil, kadang-kadang nampak besar.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat sebut tadi tentang niat tetapi saya hendak perbetulkan bila saya tanya soalan dalam perbahasan saya, saya beritahu Yang Berhormat ialah penentu kepada fake news di bawah rang undang-undang kita ialah mahkamah. Saya bandingkan dengan Singapura kerana Singapura yang menentukan adalah Menteri. Jadi saya memberikan maksud bahawa, Menteri di Singapura iaitu kerajaan iaitu politik yang menentukan berita tidak benar, berbanding dengan sistem di Malaysia yang mana undang-undang itu lebih adil kerana yang menentukan adalah mahkamah. Pertama.
Kedua, Yang Berhormat cakap fasal adanya undang-undang Kanun Keseksaan.
Komen saya Kanun Keseksaan itu dibuatnya laporan polis, kemudian pendakwa raya, atas arahan pendakwa raya boleh— timbalan pendakwa raya akan melaksanakan pendakwaan atas kebenaran daripada pendakwa raya. Akan tetapi dalam rang undang-undang fake news ini, yang membuatkan permohonan di mahkamah adalah individu. Dia tidak payah mengikuti Kanun Keseksaan ataupun apa-apa akta kecuali akta ini, iaitu memberikan bukti kepada mahkamah bahawa kenyataan tersebut di platform social media adalah berita tidak benar.
Jadi, saya mahu perbetulkan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang mengatakan bahawa niat sahabat saya Yang Berhormat Bera sudah menyebutkan memang ada dan saya
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
mahu tambah mengatakan bahawa akta Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar membenarkan individu sendiri pergi ke mahkamah untuk membuat rujukan bahawa kes itu adalah kes berita tidak benar.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Berbanding dengan sistem Kanun Keseksaan yang mana pendakwa raya yang menentukan adanya kes untuk mahkamah tentukan adanya berita tidak benar. Sila jelaskan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Okey terima kasih. Saya jawab Yang Berhormat Pengerang dahulu. Yang Berhormat Pengerang kata kadang-kadang gemuk, kadang-kadang kuruskan. Macam Yang Berhormat Pengeranglah sekejap nampak macam perempuan, sekejap nampak macam lelaki. Minta maaf. Minta maaf.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat. Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Hei! Hei! Tarik baliklah. Tarik balik. Mana boleh menghina macam itu.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Jangan menghina Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Bukan menghina.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Saya hanya tanyakan soalan...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Hei! Tarik baliklah. Tarik baliklah.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Jangan menghina Yang Berhormat.
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya harap.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Kalau Yang Berhormat tidak boleh jawab, kata tidak boleh jawab. Saya tengok - Yang Berhormat tarik balik Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Okey. Saya minta maaf.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Tarik balik, tarik balik Yang Berhormat.
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri tarik baliklah.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tarik balik. Apa punya bodoh punya Menteri.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Okeylah. Saya tarik baliklah.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tidak sekolah punya Menteri kah?
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Minta Yang Berhormat tolong, saya awalkan– Baik, terima kasih.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Peraturan mesyuarat. Peraturan mesyuarat.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Yang Berhormat. Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya faham maksud peraturan.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Yang Berhormat Sepang.
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Ayer Hitam. Saya faham. Saya sudah faham dah Yang Berhormat Ayer Hitam. Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri tarik balik ayat itu.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Sexist remark kita pinda peraturan mesyuarat.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Yang Berhormat Sepang belajar daripada Yang Berhormat Temerloh, cara jawapan hormat semua. Belajar daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tongong punya Menteri. Betul-betul tongong punya Menterilah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Okeylah. Okey.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tidak sekolah kah?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Okeylah cakap apalah tongong kah apakah.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Tuan Yang di-Pertua, dia kena tarik balik.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Belajar daripada Yang Berhormat Kulim-Bandar Baru.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Peraturan mesyuarat.
Baik.
[Dewan riuh]
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Banyak bodoh punya Menteri.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Tuan Yang di-Pertua, pada penggal yang lalu saya duduk dalam Jawatankuasa Standing Committe. Kenapa kita pinda Peraturan Mesyuarat supaya tidak ada sexist remark. Tadi Yang Berhormat sudah dengan jelas sekali telah membuat satu sexist remark dan mempersoalkan jantina seseorang. Itu memang tidak betul. Ini memang sexist remark. Minta tarik balik.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Saya tarik baliklah ini. Saya tarik balik.
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya minta supaya Yang Berhormat Timbalan Menteri minta maaf.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Yang Berhormat Pengerang saya tarik balik dan minta maaf. Yang Berhormat Pengerang kita kawan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Dah. Terima kasih. Yang Berhormat Pasir Salak duduk.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Saya salah, saya minta maaf.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ini penghinaan, bukan sahaja *remark, it is not just a remark.
[Sistem pembesar suara dimatikan]*
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sudah. Sudah. Yang Berhormat Pasir Salak, dengar tidak?
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya sudah dengar statement daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila.
Teruskan. Saya minta yang lain duduk. Yang Berhormat Pasir Salak sila duduk. Dia sudah keluarkan statement. Baik. Terima kasih. Teruskan.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ini penghinaan tidak habis-habis. Otak ini.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Saya minta maaflah.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang di belakang apa Salak Salak? You all mana ada maruah. Cakap banyak.
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Pasir Salak minta duduk. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Teruskan.
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon pandangan...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jawapan ini agak low class sedikit.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Throw the Minister out.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kita minta supaya kita undilah, Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Tuan Yang di-Pertua, saya minta sedikit pandangan. Kubang Kerian.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kita merugikan masa.
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Memandangkan saya fikir jawapan-jawapan Menteri dan sebagainya menimbulkan kekeliruan. Saya cadang jawapan diberi secara bertulis dan kita terus undi. Senang. Kita terus cadangkan pengundian...
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Sokong. Sokong.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Setuju Tuan Yang di-Pertua. Ini Menteri tidak payah jawablah. Menyemak sahaja. Bodoh punya Menteri.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Sokong cadangan Yang Berhormat Kubang Kerian.
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, demi Dewan yang mulia ini saya minta semua duduk. Saya minta semua duduk dan saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri beri ulasan sewajarnya.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tadi saya sudah minta maaf dengan Yang Berhormat Pengerang. Settle lah.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya minta pandangan supaya kita hentikan jawapan Menteri dan kita buat undi belah bagi. Kalau jawab lagi, dia akan banyak lagi. Cara Yang Berhormat Timbalan Menteri ini dia akan menjadi satu provokasi kepada sebelah pihak di sini. Jadi kita undi sahajalah. Tidak payah jawablah. Tidak payah jawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pendang.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Dia pun tidak faham apa yang dia cakap.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Tuan Yang di-Pertua, saya ingat Yang Berhormat Timbalan Menteri ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya boleh minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk habiskan dan rumuskan.
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Okey.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tidak payahlah. Tidak payah. Tidak payah Tuan Yang di-Pertua. Kita undi sahaja terus.
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Pendang, saya buat keputusan. Saya buat keputusan.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Memberi cadangan sebab kita tengok tidak akan selesaikan masalah dengan cara Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Itu sebab saya membuat keputusan untuk beliau rumuskan.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Rumus. Rumus seminit. Oleh sebab jawapannya agak bodoh sedikit lah..
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kena buat kursus untuk Yang Berhormat Timbalan Menteri ini cara menjawab.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tuan Yang di-Pertua saya hendak jawab pasal PAS pula. UMNO sudah habis. PAS pula.
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tunggu PAS. Tunggu. Tunggu.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua. Tengok dia buat provokasi Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Sabar dahulu. Takut dengan PAS. Relaklah.
Kita jawab PAS pula. UMNO sudah.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Ini tidak jawab lagi Tuan Yang di- Pertua.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Mulut itu, mulut apa, mulut...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Yang Berhormat daripada PAS membangkitkan bahawa mereka selalu kena fitnah tetapi mereka tidak sedar. Mereka juga adalah ejen pemfitnah.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Buktikan. Buktikan. Buktikan.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Tidak boleh jawab macam Menteri kah? Tidak boleh jawab macam Menteri kah?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Sabar dahulu. Dengar saya jawab.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Buktikan.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Inilah Menteri Pakatan Harapan. Contoh Menteri Pakatan Harapan.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Jawablah macam Menteri.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Inilah Kerajaan Pakatan Harapan.
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Saya ingat Tuan Yang di- Pertua...
Seorang Ahli
Tiada standard langsung.
[Dewan riuh]
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Tuan Yang di-Pertua macam manalah level Timbalan Menteri...
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Nampak daripada awal ini hendak provoke ini.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sudahlah, sudahlah Yang Berhormat Menteri. Kamu kalau jawab, memang tidak ada standard. Tidak ada standard Menteri ini.
Ikutlah Yang Berhormat Kubang Pasu kah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta bertenang. Semua duduk.
[Dewan riuh]
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Menteri tidak insaf lagi ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya minta supaya Yang Berhormat, bagi Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Rasah jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri lagi bagus.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta semua duduk dan saya minta sekali lagi Yang Berhormat Sepang untuk rumuskan dan selesaikan.
[Dewan riuh]
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tidak payah rumuslah. Suruh duduk sahaja.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak jawab. Dia tidak jawab soalan saya.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Timbalan Menteri ini suruh duduk sahaja. Buang masa Dewan sahaja. Banyak tongong punya Timbalan Menterilah.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Kita kena tegas Tuan Yang di- Pertua dengan pembangkang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tuan Yang di-Pertua bagi saya rumus.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tidak payah rumuslah, buang masa Dewan sahaja.
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Minta yang lain semua duduk. Minta Ahli-ahli Yang Berhormat duduk. Sama juga peruntukan itu. Baik. Baik. Baik.
Benar. Minta Ahli-ahli Yang Berhormat duduk. Yang Berhormat Baling duduk. Yang Berhormat Baling, sila duduk.
[Dewan riuh]
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Suruh dia balik, makan ubatlah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Jelutong dengan Yang Berhormat Rasah jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri lagi baguslah. Memalukan.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tidak apa kita berdepan.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Malu Kerajaan Pakatan Harapan macam ini Menteri.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bagi dua contoh.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak payah. Tidak payah.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tidak payah. Tidak payah, buat malu sahaja.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jawab. Jawab. Jawab. Jawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta sekali lagi untuk semua duduk. Baik.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Suruh Yang Berhormat Timbalan Menteri pun duduk. Suruh dia duduk sekali sebab dia yang selalu bagi provokasi.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Tuan Yang di-Pertua. Peraturan Mesyuarat. Peraturan mesyuarat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tuan Yang di-Pertua, ini kenyataan daripada PAS.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Tuan Yang di-Pertua. Peraturan mesyuarat. Peraturan mesyuarat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Saya hendak bagi contoh, bukti.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Lain kali bagi Menterilah. Tidak payah Timbalan Menteri. Bagi Menteri yang jawab.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Bagi Menteri lah jawab.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Takut. Takut.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Bagi Menteri lah jawab.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta supaya Yang Berhormat Sepang bagi jawapan yang baik.
Beberapa Ahli
Tak payah.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tidak pandai, tidak pandai. Tidak ada jawapan, tidak ada jawapan.
[Dewan riuh]
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tidak payahlah Yang Berhormat Sepang.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Duduklah.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tidak payahlah Yang Berhormat Sepang.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Duduklah. Minta duduklah.
[Dewan riuh]
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Artikel macam itu, siapa pun boleh buatlah Yang Berhormat Sepang.
Beberapa Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Standard tidak ada Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Ini betul-betul tongong punya Timbalan Menteri lah.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
Tuan Yang di-Pertua. Boleh saya...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta supaya seorang-seorang Ahli Yang Berhormat atas izin saya untuk seorang bercakap. Bukan kesemua berdiri. Sila.
[Disampuk] Sila Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tuan Yang di-Pertua, saya ada di sini. Saya bercakap atas berdasarkan bukti.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sekejap. Yang Berhormat Sepang tunggu sekejap.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Bukti boleh direkalah. Sekarang kita tidak boleh terima bukti-bukti macam ini.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sebab sekarang ini banyak sangat fitnah. Tambah lawyer semua pun bukan boleh pakai sekarang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Pendang. Saya tidak berikan izin Yang Berhormat Pendang untuk bercakap. Yang Berhormat Pendang.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Pendang, sila duduk Yang Berhormat Pendang.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ingat semua lawyer pandai kah?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Pendang, sila duduk.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Kubang Kerian, Kubang Kerian mohon.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Mohon Kubang Kerian.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik. Sorang dibenarkan. Yang Berhormat Pendang duduk dulu.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya?
Biar saya bercakap sedikit. Tuan Yang di-Pertua, saya tengok Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi penjelasan penggulungan berkaitan dengan apa ini. Yang Berhormat Timbalan Menteri sebenarnya Yang Berhormat tidak ambil kesempatan untuk buat apa tugasan yang sepatutnya. Yang Berhormat ambil ini untuk perli, untuk kata dekat orang, untuk...
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Betul, betul, betul.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Daripada awal lagi dah start macam itu.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
...Yang Berhormat guna stage ini.
You tengok Yang Berhormat yang lain ada di sini, kami boleh bagi pujian dekat Menteri lain dekat sini tahu!
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
Ada Menteri yang ada di sini yang terbaik lagi tetapi Yang Berhormat, Yang Berhormat guna stage ini untuk perli UMNO, untuk perli PAS, ini kah?
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Cap ayam lah ini.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
Ini kami boleh panggil cap ayam sahaja tahu!
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Okey, okey lah. Cakap lah apa hendak cakap.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Terima kasih, sila Yang Berhormat.
Beberapa Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tidak apa lah, hendak cakap cap ayam kah, cap itik kah. Saya tidak kisah.
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tidak ada masalah. I am okay.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Duduklah. Duduk, duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kita mengundi.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Sabar, duduk dululah. Bagi saya jawab dulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Arau.
Yang Berhormat Arau. Minta kebenaran daripada Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya tidak benarkan, duduk.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Duduk, duduk dulu sebab kita kena address satu persatu. Daripada Yang Berhormat Padang Terap, sila.
Seorang Ahli
Saya tidak dapat lagi, sedikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta yang lain duduk. Satu persatu penjelasan. Baik.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tuan Yang di- Pertua, dulu dia ini hendak jadi Tuhan. Tidak dapat jadi Tuhan, jadi Menteri sekarang. [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya tidak benarkan Yang Berhormat Baling untuk bercakap.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Mohon Kubang Kerian sedikit.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tuan Yang di-Pertua, tadi sebab saya cakap tadi...
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Tuan Yang di-Pertua, peraturan...
[Sambil menunjukkan buku Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tuan Yang di-Pertua, biar saya cakap dululah.
Biar saya cakap. Biar saya cakap dulu. Dengar saya cakap. Kalau dengar saya cakap, insya- Allah okey.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Peraturan...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Dengar saya cakap.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kalau bercakap hendak timbul lagi suasana yang tegang tidak payah bercakaplah.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
[Bangun]
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Tuan Yang di-Pertua, peraturan...
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sepatutnya Menteri kena...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Tumpat, saya tidak benarkan Yang Berhormat Tumpat bercakap. Sila duduk. Yang Berhormat Tumpat, sila duduk.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Sila.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Useless!
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya tidak benarkan Yang Berhormat Tumpat bercakap!
[Dewan ketawa]
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Belum, belum bercakap.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Satu-satu.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya jawab ini sebab saya jawab Tuan Yang di-Pertua kerana apa, saya bagi dua bukti ini...
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Sudahlah Tuan Yang di-Pertua! Saya tidak mahu dengarlah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Jelutong dengan Yang Berhormat Rasah lagi baguslah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Bising lah.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Minta laluan. Minta laluan.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Banyak buang masa lah Menteri. Tongong punya Timbalan Menteri ini.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Minta laluan. Tuan Yang di- Pertua, minta laluan.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Peraturan, peraturan... [Sambil menunjukkan buku Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Tumpat. Ini floor, floor Yang Berhormat Sepang. Minta Yang Berhormat Sepang.
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Okey. Cuba dengar, cuba dengar. Wakil PAS dengar ya.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tuan Yang di-Pertua, Tumpat minta laluan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Pada...
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Belum bercakap. Tumpat belum bercakap lagi.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tidak apa. Nanti, nanti.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Minta laluan sekali sahaja.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Nanti, nanti. Lepas ini, lepas ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Sepang akan bagi laluan. Duduk dulu.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Minta laluan sekali sahaja.
Belum bercakap lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Tumpat.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Tumpat, kita minta nanti beri laluan. Sila minta Yang Berhormat Sepang memberi ulasan dahulu. Sila.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan oleh Ahli Yang Berhormat Ahli Parlimen PAS, mereka mengatakan mereka sendiri jadi mangsa fitnah.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Saya mengatakan bahawa mereka juga terlibat dengan fitnah.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua, tadi kata hendak suruh dia menggulung.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Saya ada bukti ini. Saya ada bukti.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ini bukan menggulung ini. Ini balik semula untuk perbahasan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, saya simpati dengan Yang Berhormat. Yang Berhormat tidak sihat.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Sedikit sahaja Tuan Yang di- Pertua.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Hendak menggulung atau apa ini?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, cukup lah, cukup lah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Mereka tidak mahu dengar benda benar ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kami tidak hendak dengar. Kami dengar sebab...
[Tidak jelas]
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Point of order. Point of order.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
...Tadi ada satu minit untuk menggulung, sekarang dah jadi lain.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Point of order.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Tumpat, apa dia point of order?
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Perkara 100. Tuan Yang di- Pertua, sudah hampir 1 jam rakyat Malaysia melihat gelagat Ahli-ahli Parlimen ini yang diprovokasikan oleh Tuan Yang di-Pertua dan suasana ini sangat memalukan kita. Saya memohon Tuan Yang di-Pertua supaya menghentikan suasana gelagat seperti ini supaya kita tidak dilihat bodoh oleh rakyat Malaysia pada hari ini. Jadi, Menteri tidak perlu buat jawapan seperti itu.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Timbalan Menteri itu berhentikan. Cukup bodoh!
[Tidak jelas] Malu lah!
[Dewan riuh]
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Point of order. Point of order.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Malulah! Belajar dengan Dr. Maszlee itu macam mana hendak berucap. Bangang!
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tuan Yang di-Pertua, Perkara 100 ini Tuan Yang di-Pertua boleh gunakan untuk hentikan Yang Berhormat Menteri daripada memberi jawapan dan melahirkan suasana gelagat yang dilihat oleh masyarakat luar, gelagat yang memalukan Ahli-ahli Parlimen. Saya hendak balik ke Tumpat pun rasa malu dengan suasana yang ada seperti ini.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya hendak balik Baling pun malu tengok Yang Berhormat Sepang macam ini.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya bagi satu lagi peluang untuk peraturan mesyuarat. Sila Yang Berhormat Setiawangsa.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Peraturan 35(1), Tuan Yang di- Pertua, kita dari tadi tunggu untuk Timbalan Menteri gulung. Kita setuju atau tidak setuju dengan penggulungan Timbalan Menteri, itu soal kedua. Akan tetapi kalau sebelum ini kita boleh dengar semua pihak, pembangkang, kerajaan berbahas tentang isu ini, biarlah kerajaan boleh menjawab kemudian kita mengundi. Saya berharap...
[Dewan riuh]
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Masalahnya Timbalan Menteri tidak pandai jawab!
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
Provokasi.
[Dewan riuh]
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Floor saya, Floor saya. [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik. Terima kasih.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Saya minta Tuan Yang di-Pertua menggunakan kuasa Tuan Yang di-Pertua mengawal Mesyuarat ini sebab banyak lagi urusan kita dan jangan bagi diprovokasikan oleh pembangkang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kerajaan gagal untuk menjawab, macam kami hendak dengar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Oleh sebab itu saya menyatakan supaya Yang Berhormat Sepang boleh terus rumuskan supaya kita boleh terus masuk ke urusan seterusnya. Sila Yang Berhormat Sepang.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tidak payah rumus dah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Tumpat dah. Sudah dapat penjelasan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak gulung ini.
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Sabar dulu. Jangan bising lah. Saya hendak beritahu saya dah bagi point UMNO. Ini point PAS pula.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua, kami tidak mahu dengar dia. Kami tidak mahu dengar.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Hendak cakap sahaja dia kacau. Tuan Yang di-Pertua, boleh halau tidak Yang Berhormat Arau keluar? Daripada semalam...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Nanti otak kami rosak dengar dia.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta Yang Berhormat Arau duduk.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tuan Yang di-Pertua, pada isu pencemaran di Sungai Kim Kim, ada seseorang mengatakan ada orang mati. Orang PAS yang kata begitu, sedangkan itu berita palsu.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Akan tetapi kita tidak dakwa dia sebab kita kerajaan yang ada belas ihsan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Saya mohon penjelasan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak jawab.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Lepas itu Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Saya hendak jawab dakwaan Timbalan Menteri itu. Sik hendak jawab. Timbalan Menteri, minta sedikit penjelasan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tuan yang di-Pertua, apabila PAS mengatakan mereka dibersihkan nama oleh Ketua Pesuruhjaya...
[Tidak jelas]
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ini bukan menggulung ini Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Fokus pada penggulungan lah Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
Gulung apa ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya hendak minta Yang Berhormat Sik, semua duduk. Sebab saya bagi peluang, hanya tinggal 7 minit, selama 1 jam dah diberikan tadi untuk selesaikan.
[Dewan riuh]
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Dalam peraturan mesyuarat.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Lain kali bagi Menteri sahaja bentangkan rang undang-undang ini. Jangan bagi Timbalan Menteri. Habis masa sahaja.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua, dia kena beritahu Ahli Parlimen mana.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tuan Yang di-Pertua, mereka mengatakan mereka – mereka mengatakan bahawa Ketua Pengarah SPRM membersihkan mereka dalam isu RM90 juta.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Itu bukan menggulung.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat dakwa...
[Tidak jelas]
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kita tidak mahu dengar lah itu semua!
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Kacau lah. Bising lah. Diam lah.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kita tidak mahu dengar.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ini peraturan mesyuarat lah...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta supaya Timbalan Menteri untuk rumuskan.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Tidak apa. Tidak apa Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tuan Yang di-Pertua, kalau betul berita RM90 juta ini palsu, kenapa kes di London ditarik balik?
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Apa kena-mengena? Siapa yang bangkitkan isu ini?
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Apa ada kena-mengena? Apa ada kena-mengena pula ini? Ini menggulung kah apa ini?
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Menggulung kah atau hendak mengesahkan penipuan? Menggulung kah atau hendak mengesahkan dakwaan?
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Menggulung apa yang dibangkitkan dalam Parlimen.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang hendak menggulung kah atau hendak mengesahkan...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Dibangkitkan oleh mereka, saya jawablah.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Bodoh! Tidak ada standard lah. Bodoh jadi Timbalan Menteri. Tolong sebut siapa yang bangkit isu ini. Ahli Parlimen mana? Respons.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Yang Berhormat Timbalan Menteri, 30 Mac 2018 mengancam untuk menyaman. Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak pernah menyaman...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain sila duduk.
[Dewan riuh]
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya minta Yang Berhormat Pokok Sena tolong jawab sekejap. Saya ingat Yang Berhormat Timbalan Menteri telah gagal untuk menjawab.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tuan Yang di-Pertua, bagi saya jawab, bagi saya jawab.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kita akan bergaduh sesama kita.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasno
Saya hendak minta sedikit masa lagi untuk Yang Berhormat Sepang terus rumuskan.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasno
Tidak apa. Saya hendak minta dia rumuskan, habiskan. Sila Yang Berhormat Sepang.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tidak payah Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Tahu atau tidak? Kamu kerajaan kan.
Semalam sayaKamu kerajaan. Yang Berhormat Menteri, jangan bercakap sahaja.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Saya cadangkan, saman lah, dakwa lah.
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasno
Ahli Yang Berhormat, semua sila duduk. Ahli Yang Berhormat semua, sila duduk. Baik, sila duduk.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasno
Yang Berhormat Pendang, sila duduk, Yang Berhormat Pendang. Yang Berhormat Baling, sila duduk Yang Berhormat Baling.
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tuan Yang di-Pertua, mereka yang bangkitkan isu..., saya jawab.
[Dewan riuh]
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tidak payah, tidak payah.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tidak payah! Kalau ada bukti, bawa!
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tidak payah, tidak payah.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kalau ada bukti walaupun ditarik balik, bawa mahkamah Malaysia.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Tuan Yang di-Pertua, Kubang Kerian mohon.
Seorang Ahli
Cubalah jadi Timbalan Menteri.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya baca ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasno
Teruskan.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tidak payah. Kamu kata kamu ada bukti, bawa ke mahkamah.
[Dewan riuh]
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Tuan Yang di-Pertua, Kubang Kerian mohon.
[Dewan riuh]
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya perlukan Timbalan Menteri untuk menggulung dan tutup, kemudian baru kita masuk seterusnya. Sila.
[Dewan riuh]
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Timbalan Menteri bagi salam sahaja, wassalamualaikum sudah.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua, minta beri jawapan yang bertulis sahaja lah.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Wabillahitaufikwalhidayah [Pembesar suara dimatikan]
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Apa bendanya. Tidak payah lah, duduk sahajalah.
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Kesimpulannya, akta ini patut dimansuhkan.
[Tidak jelas] Semua ini akan...
[Tidak jelas]
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey, okey.
[Dewan riuh]
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik. Itu rumusan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang- undang ini dibacakan untuk kali kedua sekarang.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hari ini hari yang paling teruk dalam dunia lah.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Diamlah Arau, diamlah. Cukuplah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, saya minta Yang Berhormat Bera untuk peraturan mesyuarat.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Sudah undi. Peraturan apa?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Peraturan Mesyuarat 46(1) iaitu jika 15 atau lebih daripada 15 orang bangun, kerana itu maka Pengerusi hendak memerintahkan diadakan belah bahagi. Jadi, saya memohon untuk belah bahagi.
[Lebih 15 orang Ahli bangun minta diadakan belah bahagi]
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Tuan Yang di-Pertua, sudah undi. Proses undi sudah dijalankan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sudah undi. Tuan Yang di- Pertua, sudah undi. Kita lagi banyak, tidak perlu belah bahagi.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, masuk Jawatankuasa terus.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Sudah undilah. Mana boleh jalankan sekali lagi.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Permohonan [Tidak jelas] sudah lambat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kita sudah undi. Kita lagi banyak.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
You orang semua kata tidak.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Itu sepatutnya dibuat sebelum
undi. Apalah. Tidak tahu peraturan kah? Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Jelutong mahu jadi Menteri kah?
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Jelutong ini apa kena lah. Duduklah. Adakah berdiri hendak sokong kita. Kalau Yang Berhormat Jelutong berdiri, sokonglah itu. Sama macam cabut undi juga.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kita sudah undi.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Jangan jadi bodohlah, duduk lah.
Seorang Ahli
Yang Berhormat Jelutong boleh duduklah.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
You sudah undi sudah kalah, hendak undi sekali lagi. Perangai apa?
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Sudah undi, sudah kalah lagi hendak sekali.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Tanjong Malim ini, aduh.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Dengar kah semua sudah setuju. Sudah lah apek.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Aku pun malu hendak balik Tanjong Malim.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Aiya belah udang lagi baiklah.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Lu Yang Berhormat Menteri lagi malulah semua orang tengok.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Lu tengok perangai Barisan Nasional.
[Dewan riuh]
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Kalau macam ini undang-undang apa pun depa lanyak.
Menteri Wilayah Persekutuan - Tuan Khalid bin Abd Samad
Eh! Tidak puas- puas bincang kalah kah?
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, kena ada lebih daripada 15 orang bangun minta diadakan belah bahagian.
[Dewan Riuh]
Tuan Yang di-Pertua
. Jadi kita ikut Peraturan Mesyuarat 46(4). Saya memerintahkan supaya suatu belah bahagian diadakan sekarang.
Jadi, Setiausaha, bunyikan loceng selama dua minit.
[Loceng dibunyikan]
[Dewan berbelah bahagi]
Tuan Yang di-Pertua
[Pengundian dijalankan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, saya telah menerima keputusan undian.
Jadi saya akan bacakan.
Ahli-ahli yang bersetuju iaitu the eyes, sebanyak 93...
[Tepuk] Ahli-ahli yang tidak bersetuju, the nose, sebanyak 53...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Senarai Ahli-Ahli Yang Bersetuju:
YB. Tuan Loke Siew Fook (Seremban) 2. YB. Tuan Gobind Singh Deo, (Puchong) 3. YB. Tuan M. Kulasegaran. (Ipoh Barat) 4. YB. Dato’ Haji Salahuddin bin Ayub (Pulai) 5. YB. Datuk Ignatius Dorell Leiking (Penampang) 6. YB. Datuk Dr. Shahruddin Bin Md. Salleh (Sri Gading) 7. YB. Dato' Haji Amiruddin bin Haji Hamzah (Kubang Pasu) 8. YB. Tuan Eddin Syazlee bin Shith (Kuala Pilah) 9. YB. Dato' Haji Mohd Rashid bin Hasnon (Batu Pahat) 10. YB. Tuan Nga Kor Ming (Teluk Intan) 11. YB. Puan Fuziah binti Salleh. (Kuantan) 12. YB. Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik (Balik Pulau) 13. YB. Dr. Maszlee bin Malik. (Simpang Renggam)
Tuan Yang di-Pertua
YB. Puan Zuraida binti Kamaruddin (Ampang) 15. YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail (Kulim Bandar Baharu) 16. YB. Tuan Khalid bin Abd. Samad. (Shah Alam) 17. YB. Datuk Liew Vui Keong. (Batu Sapi) 18. YB. Tuan Sim Tze Tzin (Bayan Baru) 19. YB. Dr. Lee Boon Chye. (Gopeng) 20. YB. Tengku Zulpuri bin Raja Puji. (Raub) 21. YB. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan. (Segambut) 22. YB. Puan Teo Nie Ching (Kulai) 23. YB. Tuan Sim Chee Keong (Bukit Mertajam) 24. YB. Datuk Mohd Azis bin Jamman (Sepanggar) 25. YB. Dato' Haji Mahfuz bin Omar (Pokok Sena) 26. YB. Tuan Haji Mohd Anuar Mohd Tahir (Temerloh) 27. YB. Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli (Lumut) 28. YB. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin (Sepang) 29. YB. Dato' Kamarudin Jaafar (Bandar Tun Razak) 30. YB. Tuan Wong Kah Woh (Ipoh Timur) 31. YB. Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus (Hulu Langat) 32. YB. Datuk Dr. Hasan bin Bahrom (Tampin) 33. YB. Tuan Ma'mun bin Sulaiman (Kalabakan) 34. YB. Tuan Kesavan a/l Subramaniam (Sungai Siput) 35. YB. Tuan Chang Lih Kang (Tanjong Malim) 36. YB. Puan Nor Azrina binti Surip (Merbok) 37. YB. Puan June Leow Hsiad Hui (Hulu Selangor) 38. YB. Tuan Ali bin Biju (Saratok) 39. YB. Dato' Seri Dr. Santhara (Segamat) 40. YB. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching) 41. YB. Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir (Johor Bahru) 42. YB. Tuan Chan Ming Kai (Alor Setar) 43. YB. Tuan Noor Amin bin Ahmad (Kangar) 44. YB. Tuan Karupaiya a/l Mutusami (Padang Serai) 45. YB. Puan Rusnah Binti Aluai (Tangga Batu) 46. YB. Puan Hajah Natrah Binti Ismail (Sekijang) 47. YB. Puan Wong Shu Qi (Kluang) 48. YB. Tuan Teh Kok Lim (Taiping) 49. YB. Tuan Cha Kee Chin (Rasah) 50. YB. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji (Jelutong) 51. YB. Puan Noorita Binti Sual (Tenom) 52. YB. Tuan Wong Hon Wai (Bukit Bendera) 53. YB. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil (Lembah Pantai)
Tuan Yang di-Pertua
YB. Tuan Steven Choong Shiau Yoon (Tebrau) 55. YB. Tuan Hassan bin Abdul Karim (Pasir Gudang) 56. YB. Tuan Awang Husaini bin Sahari (Putatan) 57. YB. Tuan Jonathan bin Yasin (Ranau) 58. YB. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed ( Jeli) 59. YB. Tuan Pang Hok Liong (Labis) 60. YB. Tuan Chan Foong Hin. (Kota Kinabalu) 61. YB. Tuan Haji Ahmad bin Hassan (Papar) 62. YB. Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (Julau) 63. YB. Prabakaran a/l M. Parameswaran (Batu) 64. YB. Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali (Bagan Serai) 65. YB. Dato'Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz (Tanah Merah) 66. YB. Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh (Sabak Bernam) 67. YB. Dato' Rosol bin Wahid (Hulu Terengganu) 68. YB. Datuk Abd. Rahim bin Bakri (Kudat)` 69. YB. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Beluran) 70. YB. Tuan Lim Kit Siang (Iskandar Puteri) 71. YB. Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid (Kapar) 72. YB. Dato' Johari bin Abdul (Sungai Petani) 73. YB. Tuan Tan Kok Wai (Cheras) 74. YB. Puan Nurul Izzah binti Anwar (Permatang Pauh) 75. YB. Dato' Ngeh Koo Ham (Beruas) 76. YB. Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (Batu Gajah) 77. YB. Puan Alice Lau Kiong Yieng (Lanang) 78. YB. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew (Wangsa Maju) 79. YB. Dr. Azman bin Ismail (Kuala Kedah) 80. YB. Dato' Mansor Othman (Nibong Tebal) 81. YB. Tuan Su Keong Siong (Kampar) 82. YB. Tuan Lim Lip Eng (Kepong) 83. YB. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh (Bukit Gelugor) 84. YB. Tuan Charles Anthony a/l Santiago (Klang) 85. YB. Puan Kasthuriraani a/p Patto (Batu Kawan) 86. YB. Puan Maria Chin binti Abdullah (Petaling Jaya) 87. YB. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad (Setiawangsa) 88. YB. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh (Ledang) 89. YB. Tuan Muslimin bin Yahaya (Sungai Besar) 90. YB. Tuan Oscar Ling Chai Yew (Sibu) 91. YB. Tuan Wong Ling Biu (Sarikei) 92. YB. Tuan Khoo Poay Tiong (Kota Melaka) 93. YB. Puan Vivian Wong Shir Yee (Sandakan)
Tuan Yang di-Pertua
Senarai Ahli-Ahli Yang Tidak Bersetuju:
YB. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Bera) 2. YB. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam) 3. YB. Datuk Seri M. Saravanan (Tapah) 4. YB. Dato' Sri Azalina Othman Said (Pengerang) 5. YB. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim (Arau) 6. YB. Tan Sri Noh bin Haji Omar (Tanjong Karang) 7. YB. Dato' Dr. Noraini Ahmad (Parit Sulong) 8. YB. Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah (Lenggong) 9. YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan (Pontian) 10. YB. Dato' Sri Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan) 11. YB. Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad (Lipis) 12. YB. Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim (Baling) 13. YB. Dato' Hasbullah Osman (Gerik) 14. YB. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris (Jerantut) 15. YB. Dato' Haji Jalaluddin bin Alias (Jelebu) 16. YB. Tuan Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) 17. YB. Tuan Ramli Bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) 18. YB. Dato' Seri Mahdzir bin Khalid (Padang Terap) 19. YB. Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman (Pasir Salak) 20. YB. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub (Machang) 21. YB. Dato' Sri Hasan bin Arifin (Rompin) 22. YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah (Jasin) 23. YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib (Maran) 24. YB. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique (Kota Tinggi) 25. YB. Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria (Parit) 26. YB. Dato' Haji Mohd Salim bin Haji Sharif @ Mohd Sharif (Jempol) 27. YB. Datin Mastura binti Mohd Yazid (Kuala Kangsar) 28. YB. Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Kubang Kerian) 29. YB. Dato' Takiyuddin bin Hassan (Kota Bharu) 30. YB. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz (Bachok) 31. YB. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Rantau Panjang) 32. YB. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli (Dungun) 33. YB. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary (Pengkalan Chepa) 34. YB. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari (Pasir Mas) 35. YB. Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi. (Tumpat) 36. YB. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman (Kuala Krai) 37. YB. Tuan Haji Awang bin Hashim (Pendang) 38. YB. Tuan Sabri bin Azit (Jerai) 39. YB. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman (Sik)
Tuan Yang di-Pertua
YB. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir (Setiu) 41. YB. Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim (Kuala Terengganu) 42. YB. Tuan Che Alias bin Hamid (Kemaman) 43. YB. Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof (Petrajaya) 44. YB. Puan Rubiah binti Wang (Kota Samarahan) 45. YB. Dato' Sri Hajah Nancy Shukri (Batang Sadong) 46. YB. Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim (Batang Lupar) 47. YB. Datuk Alexander Nanta Linggi (Kapit) 48. YB. Dato' Henry Sum Agong (Lawas) 49. YB. Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah (Limbang) 50. YB. Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong (Hulu Rajang) 51. YB. Datuk Robert Lawson Chuat (Betong) 52. YB. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni (Sibuti) 53. YB. Tuan Arthur Joseph Kurup (Pensiangan) Senarai Ahli-Ahli Yang Tidak Mengundi:
Tiada - Senarai Ahli-Ahli Yang Tidak Hadir:
YAB. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Langkawi) 2. YAB. Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail (Pandan) 3. YB. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin (Pagoh) 4. YB. Tuan Lim Guan Eng (Bagan) 5. YB. Tuan Haji Mohamad bin Sabu (Kota Raja) 6. YB. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor) 7. YB. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) 8. YB. Puan Yeo Bee Yin (Bakri) 9. YB. Tuan Baru Bian (Selangau) 10. YB. Dato' Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) 11. YB. Tuan Chong Chieng Jen. (Stampin) 12. YB. Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak) 13. YB. Datuk Seri Rina binti Mohd Harun. (Titiwangsa) 14. YB. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman. (Muar) 15. YB. Datuk Seri Mohd Redzuan bin Yusof. (Alor Gajah) 16. YB. Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam. (Kuala Langat) 17. YB. Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa. (Parit Buntar) 18. YB. Datuk Mohamaddin bin Ketapi. (Lahad Datu) 19. YB. Datuk Seri Shamsul Iskandar @Yusre bin Mohd Akin (Hang Tuah Jaya) 20. YB. Tuan R. Sivarasa (Sungai Buloh) 21. YB. Tuan Ong Kian Ming (Bangi)
Tuan Yang di-Pertua
YB. Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis (Kota Belud) 23. YB. Tuan Wong Tack (Bentong) 24. YB. Tuan Willie Anak Mongin (Puncak Borneo) 25. YB. Tuan Jugah Ak Muyang @ Tambat (Lubok Antu) 26. YB. Datuk Rozman bin Isli (Labuan) 27. YB. Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin (Masjid Tanah) 28. YB. Dato' Seri Hamzah bin Zainudin (Larut) 29. YB. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad (Mersing) 30. YB. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya (Tasek Gelugor) 31. YB. Datuk Zakaria bin Mohd Edris @Tubau (Libaran) 32. YB. Tuan Yamani Hafez bin Musa (Sipitang) 33. YB. Dato' Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd Dun. (Beaufort) 34. YB. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (Port Dickson) 35. YB. Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal (Semporna) 36. YB. Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) 37. YB. Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu (Tambun) 38. YB. Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir (Jerlun) 39. YB. Tuan William Leong Jee Keen (Selayang) 40. YB. Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) 41. YB. Tuan Tony Pua Kiam Wee (Damansara) 42. YB. Tuan Wong Chen (Subang) 43. YB. Datuk Liew Chin Jing @ Christina Liew (Tawau) 44. YB. Dr. Micheal Teo Yu Keng (Miri) 45. YB. Tuan Mordi Bimol (Mas Gading) 46. YB. Dato' Sri Anifah bin Aman (Kimanis) 47. YB. Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) 48. YB. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (Pekan) 49. YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi (Bagan Datuk) 50. YB. Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh (Besut) 51. YB. Tuan Khairy Jamaluddin (Rembau) 52. YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said (Kuala Krau) 53. YB. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz (Padang Rengas) 54. YB. Datuk Seri Dr. Adham bin Baba (Tenggara) 55. YB. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa. (Ketereh) 56. YB. Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein (Sembrong) 57. YB. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) 58. YB. Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican (Kepala Batas) 59. YB. Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor (Putrajaya) 60. YB. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin (Padang Besar) 61. YB. Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang (Marang)
Tuan Yang di-Pertua
YB. Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) 63. YB. Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh (Pasir Puteh) 64. YB. Dato' Sri Dr. Wan Junaidi bin Tunku Jaafar (Santubong) 65. YB. Datuk Seri Panglima Madius Tangau (Tuaran) 66. YB. Dato' Sri Dr. Richard Riot Jaem (Serian) 67. YB. Datuk Seri Panglima Dr.Maximus Johnity Ongkili (Kota Marudu) 68. YB. Dato' Seri Tiong King Sing (Bintulu) 69. YB. Dato' Hajah Hanifah Hajar Taib (Mukah) 70. YB. Datuk Ago Dagang (Kanowit) 71. YB. Tuan Anyi Ngau (Baram) 72. YB. Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan (Keningau) 73. YB. Dato' Masir Kujat (Sri Aman) 74. YB. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi (Igan) 75. YB. Tuan Yusuf bin Abd Wahab (Tanjong Manis)
Tuan Yang di-Pertua
Jadi, lebih ‘suara’ yang bersetuju. Bukan lebih ‘suara’, lebih undian yang bersetuju. Rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]
Tuan Yang di-Pertua
[Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Ketua Pembangkang ingin menimbulkan sesuatu Peraturan Mesyuarat, silakan.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Dulu zaman kita, Menteri tak jawab, Yang Berhormat Puchong bising.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Tuan Yang di-Pertua, kita mohon belah bahagi di bawah 46(4).
Tuan Yang di-Pertua
Belah bahagi sekali lagi, mengikut peraturan.
Menteri Wilayah - Tuan Khalid bin Abd Samad
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Kita bukan hendak Yang Berhormat Menteri ini jawab. Yang Berhormat Menteri ini tak payah jawab, dia tiada kaitan.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Yang Berhormat Lenggong tak malu kah Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Lenggong tak...
Tuan Yang di-Pertua
Saya akan dengar, saya dengar. Ya, sila.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Menteri ini saudara dengan Yang Berhormat Sepang- tidak boleh, tidak boleh.
Tuan Khalid bin Abd Samad
Dalam perbahasan tadi...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Menteri ini hendak bela pula. Parti sama, parti sama tidak apa, tidak apa.
Tuan Khalid bin Abd Samad
...Di bawah Jawatankuasa, tidak ada...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Ini Yang Berhormat Menteri tidak ada kena mengena, duduk, duduk, duduk.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Ini semua hendak bela PAN, hendak bela PAN...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Tidak apa lah.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Selesaikan masalah orang Melayu, kaum Melayu dulu, baru bercakap banyak.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Shah Alam, duduk lah...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Tidak mengapalah, sebab ini hak di bawah peraturan, jadi kita belah bahagilah.
Tuan Khalid bin Abd Samad
Nampak sangatlah Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Hidup Tuan Yang di-Pertua, hidup Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khalid bin Abd Samad
...Main-main...
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Malu Yang Berhormat Menteri, malu Yang Berhormat Menteri.
Tuan Khalid bin Abd Samad
Ini lah pembangkang yang main-main.
Tuan Yang di-Pertua
Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Hoi, Yang Berhormat Menteri cap ayam duduklah.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Kamu jaga orang Melayu Kampung Baru dululah.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Cap ayam punya Menteri.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Orang Melayu Kampung Baru...
Tuan Yang di-Pertua
Oleh sebab lebih daripada 15 orang Ahli bangun, maka mengikut Peraturan Mesyuarat 46(4), saya memerintahkan supaya satu belah bahagian diadakan sekarang. Bunyikan loceng sekali lagi selama dua minit.
[Loceng dibunyikan]
[Dewan berbelah bahagi]
Tuan Yang di-Pertua
[Pengundian dijalankan]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Ahli Yang Berhormat, keputusan undian. Keputusan undian.
Ahli-ahli yang bersetuju, sebanyak 92...
[Tepuk] Susut satu mata.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sebanyak 51...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Susut dua mata.
Senarai Ahli-Ahli Yang Bersetuju:
YB. Tuan Loke Siew Fook (Seremban) 2. YB. Tuan Gobind Singh Deo (Puchong) 3. YB. Tuan M. Kulasegaran (Ipoh Barat)
Tuan Yang di-Pertua
YB. Dato’ Haji Salahuddin bin Ayub (Pulai) 5. YB. Datuk Ignatius Dorell Leiking (Penampang) 6. YB. Datuk Dr. Shahruddin Bin Md. Salleh (Sri Gading) 7. YB. Dato' Haji Amiruddin bin Haji Hamzah (Kubang Pasu) 8. YB. Tuan Eddin Syazlee bin Shith (Kuala Pilah) 9. YB. Dato' Haji Mohd Rashid bin Hasnon (Batu Pahat) 10. YB. Tuan Nga Kor Ming (Teluk Intan) 11. YB. Puan Fuziah binti Salleh (Kuantan) 12. YB. Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik (Balik Pulau) 13. YB. Dr. Maszlee bin Malik (Simpang Renggam) 14. YB. Puan Zuraida binti Kamaruddin (Ampang) 15. YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail (Kulim Bandar Baharu) 16. YB. Tuan Khalid bin Abd. Samad (Shah Alam) 17. YB. Datuk Liew Vui Keong (Batu Sapi) 18. YB. Tuan Sim Tze Tzin (Bayan Baru) 19. YB. Dr. Lee Boon Chye (Gopeng) 20. YB. Tengku Zulpuri bin Raja Puji (Raub) 21. YB. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan (Segambut) 22. YB. Puan Teo Nie Ching (Kulai) 23. YB. Tuan Sim Chee Keong (Bukit Mertajam) 24. YB. Datuk Mohd Azis bin Jamman (Sepanggar) 25. YB. Dato' Haji Mahfuz bin Omar (Pokok Sena) 26. YB. Tuan Haji Mohd Anuar Mohd Tahir (Temerloh) 27. YB. Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli (Lumut) 28. YB. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin (Sepang) 29. YB. Dato' Kamarudin Jaafar (Bandar Tun Razak) 30. YB. Tuan Wong Kah Woh (Ipoh Timur) 31. YB. Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus (Hulu Langat) 32. YB. Datuk Dr. Hasan bin Bahrom (Tampin) 33. YB. Tuan Ma'mun bin Sulaiman (Kalabakan) 34. YB. Tuan Kesavan a/l Subramaniam (Sungai Siput) 35. YB. Tuan Chang Lih Kang (Tanjong Malim) 36. YB. Puan Nor Azrina binti Surip (Merbok) 37. YB. Puan June Leow Hsiad Hui (Hulu Selangor) 38. YB. Tuan Ali bin Biju (Saratok) 39. YB. Dato' Seri Dr. Santhara (Segamat) 40. YB. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching) 41. YB. Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir (Johor Bahru) 42. YB. Tuan Chan Ming Kai (Alor Setar) 43. YB. Tuan Noor Amin bin Ahmad (Kangar)
Tuan Yang di-Pertua
YB. Tuan Karupaiya a/l Mutusami (Padang Serai) 45. YB. Puan Rusnah Binti Aluai (Tangga Batu) 46. YB. Puan Hajah Natrah Binti Ismail (Sekijang) 47. YB. Puan Wong Shu Qi (Kluang) 48. YB. Tuan Teh Kok Lim (Taiping) 49. YB. Tuan Cha Kee Chin (Rasah) 50. YB. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji (Jelutong) 51. YB. Puan Noorita Binti Sual (Tenom) 52. YB. Tuan Wong Hon Wai (Bukit Bendera) 53. YB. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil (Lembah Pantai) 54. YB. Tuan Steven Choong Shiau Yoon (Tebrau) 55. YB. Tuan Hassan bin Abdul Karim (Pasir Gudang) 56. YB. Tuan Awang Husaini bin Sahari (Putatan) 57. YB. Tuan Jonathan bin Yasin (Ranau) 58. YB. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed ( Jeli) 59. YB. Tuan Pang Hok Liong (Labis) 60. YB. Tuan Chan Foong Hin (Kota Kinabalu) 61. YB. Tuan Haji Ahmad bin Hassan (Papar) 62. YB. Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (Julau) 63. YB. Prabakaran a/l M. Parameswaran (Batu) 64. YB. Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali (Bagan Serai) 65. YB. Dato'Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz (Tanah Merah) 66. YB. Dato' Rosol bin Wahid (Hulu Terengganu) 67. YB. Datuk Zakaria bin Mohd Edris @Tubau (Libaran) 68. YB. Datuk Abd. Rahim bin Bakri (Kudat) 69. YB. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Beluran) 70. YB. Tuan Lim Kit Siang (Iskandar Puteri) 71. YB. Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid (Kapar) 72. YB. Dato' Johari bin Abdul (Sungai Petani) 73. YB. Tuan Tan Kok Wai (Cheras) 74. YB. Puan Nurul Izzah binti Anwar (Permatang Pauh) 75. YB. Dato' Ngeh Koo Ham (Beruas) 76. YB. Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (Batu Gajah) 77. YB. Puan Alice Lau Kiong Yieng (Lanang) 78. YB. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew (Wangsa Maju) 79. YB. Dr. Azman bin Ismail (Kuala Kedah) 80. YB. Dato' Mansor Othman (Nibong Tebal) 81. YB. Tuan Su Keong Siong (Kampar) 82. YB. Tuan Lim Lip Eng (Kepong) 83. YB. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh (Bukit Gelugor)
Tuan Yang di-Pertua
YB. Tuan Charles Anthony a/l Santiago (Klang) 85. YB. Puan Kasthuriraani a/p Patto (Batu Kawan) 86. YB. Puan Maria Chin binti Abdullah (Petaling Jaya) 87. YB. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad (Setiawangsa) 88. YB. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh (Ledang) 89. YB. Tuan Muslimin bin Yahaya (Sungai Besar) 90. YB. Tuan Wong Ling Biu (Sarikei) 91. YB. Tuan Khoo Poay Tiong (Kota Melaka) 92. YB. Puan Vivian Wong Shir Yee (Sandakan) Senarai Ahli-Ahli Yang Tidak Bersetuju:
YB. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Bera) 2. YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi (Bagan Datuk) 3. YB. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam) 4. YB. Datuk Seri M. Saravanan (Tapah) 5. YB. Dato' Sri Azalina Othman Said (Pengerang) 6. YB. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim (Arau) 7. YB. Tan Sri Noh bin Haji Omar (Tanjong Karang) 8. YB. Dato' Dr. Noraini Ahmad (Parit Sulong) 9. YB. Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah (Lenggong) 10. YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan (Pontian) 11. YB. Dato' Sri Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan) 12. YB. Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad (Lipis) 13. YB. Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim (Baling) 14. YB. Dato' Hasbullah Osman (Gerik) 15. YB. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris (Jerantut) 16. YB. Dato' Haji Jalaluddin bin Alias (Jelebu) 17. YB. Tuan Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) 18. YB. Tuan Ramli Bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) 19. YB. Dato' Seri Mahdzir bin Khalid (Padang Terap) 20. YB. Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman (Pasir Salak) 21. YB. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub (Machang) 22. YB. Dato' Sri Hasan bin Arifin (Rompin) 23. YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah (Jasin) 24. YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib (Maran) 25. YB. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique (Kota Tinggi) 26. YB. Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria (Parit) 27. YB. Dato' Haji Mohd Salim bin Haji Sharif @ Mohd Sharif (Jempol) 28. YB. Datin Mastura binti Mohd Yazid (Kuala Kangsar) 29. YB. Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Kubang Kerian)
Tuan Yang di-Pertua
YB. Dato' Takiyuddin bin Hassan (Kota Bharu) 31. YB. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz (Bachok) 32. YB. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Rantau Panjang) 33. YB. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli (Dungun) 34. YB. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary (Pengkalan Chepa) 35. YB. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari (Pasir Mas) 36. YB. Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi (Tumpat) 37. YB. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman (Kuala Krai) 38. YB. Tuan Haji Awang bin Hashim (Pendang) 39. YB. Tuan Sabri bin Azit (Jerai) 40. YB. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman (Sik) 41. YB. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir (Setiu) 42. YB. Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim (Kuala Terengganu) 43. YB. Tuan Che Alias bin Hamid (Kemaman) 44. YB. Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof (Petrajaya) 45. YB. Dato' Sri Dr. Richard Riot Jaem (Serian) 46. YB. Puan Rubiah binti Wang (Kota Samarahan) 47. YB. Dato' Sri Hajah Nancy Shukri (Batang Sadong) 48. YB. Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim (Batang Lupar) 49. YB. Datuk Alexander Nanta Linggi (Kapit) 50. YB. Dato' Henry Sum Agong (Lawas) 51. YB. Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah (Limbang) Senarai Ahli-Ahli Yang Tidak Mengundi:
Tiada - Senarai Ahli-Ahli Yang Tidak Hadir:
YAB. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Langkawi) 2. YAB. Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail (Pandan) 3. YB. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin (Pagoh) 4. YB. Tuan Lim Guan Eng (Bagan) 5. YB. Tuan Haji Mohamad bin Sabu (Kota Raja) 6. YB. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor) 7. YB. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) 8. YB. Puan Yeo Bee Yin (Bakri) 9. YB. Tuan Baru Bian (Selangau) 10. YB. Dato' Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) 11. YB. Tuan Chong Chieng Jen. (Stampin) 12. YB. Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak) 13. YB. Datuk Seri Rina binti Mohd Harun (Titiwangsa)
Tuan Yang di-Pertua
YB. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman (Muar) 15. YB. Datuk Seri Mohd Redzuan bin Yusof (Alor Gajah) 16. YB. Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam (Kuala Langat) 17. YB. Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa (Parit Buntar) 18. YB. Datuk Mohamaddin bin Ketapi (Lahad Datu) 19. YB. Datuk Seri Shamsul Iskandar @Yusre bin Mohd Akin (Hang Tuah Jaya) 20. YB. Tuan R. Sivarasa (Sungai Buloh) 21. YB. Tuan Ong Kian Ming (Bangi) 22. YB. Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis (Kota Belud) 23. YB. Tuan Wong Tack (Bentong) 24. YB. Tuan Willie Anak Mongin (Puncak Borneo) 25. YB. Tuan Jugah Ak Muyang @ Tambat (Lubok Antu) 26. YB. Datuk Rozman bin Isli (Labuan) 27. YB. Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin (Masjid Tanah) 28. YB. Dato' Seri Hamzah bin Zainudin (Larut) 29. YB. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad (Mersing) 30. YB. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya (Tasek Gelugor) 31. YB. Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh (Sabak Bernam) 32. YB. Tuan Yamani Hafez bin Musa (Sipitang) 33. YB. Dato' Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd Dun. (Beaufort) 34. YB. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (Port Dickson) 35. YB. Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal (Semporna) 36. YB. Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) 37. YB. Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu (Tambun) 38. YB. Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir (Jerlun) 39. YB. Tuan William Leong Jee Keen (Selayang) 40. YB. Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) 41. YB. Tuan Tony Pua Kiam Wee (Damansara) 42. YB. Tuan Wong Chen (Subang) 43. YB. Datuk Liew Chin Jing @ Christina Liew (Tawau) 44. YB. Tuan Oscar Ling Chai Yew (Sibu) 45. YB. Dr. Micheal Teo Yu Keng (Miri) 46. YB. Tuan Mordi Bimol (Mas Gading) 47. YB. Dato' Sri Anifah bin Aman (Kimanis) 48. YB. Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) 49. YB. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (Pekan) 50. YB. Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh (Besut) 51. YB. Tuan Khairy Jamaluddin (Rembau) 52. YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said (Kuala Krau) 53. YB. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz (Padang Rengas)
Tuan Yang di-Pertua
YB. Datuk Seri Dr. Adham bin Baba (Tenggara) 55. YB. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa (Ketereh) 56. YB. Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein (Sembrong) 57. YB. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) 58. YB. Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican (Kepala Batas) 59. YB. Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor (Putrajaya) 60. YB. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin (Padang Besar) 61. YB. Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang (Marang) 62. YB. Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) 63. YB. Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh (Pasir Puteh) 64. YB. Dato' Sri Dr. Wan Junaidi bin Tunku Jaafar (Santubong) 65. YB. Datuk Seri Panglima Madius Tangau (Tuaran) 66. YB. Datuk Seri Panglima Dr.Maximus Johnity Ongkili (Kota Marudu) 67. YB. Dato' Seri Tiong King Sing (Bintulu) 68. YB. Dato' Hajah Hanifah Hajar Taib (Mukah) 69. YB. Datuk Ago Dagang (Kanowit) 70. YB. Tuan Anyi Ngau (Baram) 71. YB. Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan (Keningau) 72. YB. Dato' Masir Kujat (Sri Aman) 73. YB. Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong (Hulu Rajang) 74. YB. Datuk Robert Lawson Chuat (Betong) 75. YB. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi (Igan) 76. YB. Tuan Yusuf bin Abd Wahab (Tanjong Manis) 77. YB. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni (Sibuti) 78. YB. Tuan Arthur Joseph Kurup (Pensiangan)
Tuan Yang di-Pertua
Jadi, oleh yang demikian, lebih undian yang bersetuju. Rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga sekarang.
[Rang undang-undang dibacakan kali yang ketiga; dan diluluskan]
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Yang di-Pertua, maka dengan ini sahlah orang ramai boleh membuat fitnah di luar sana. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sudah habis perbahasan [Ketawa] Silakan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu suatu Rang Undang-undang Perlindungan Penderma Makanan 2019 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumussalam wbt.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, latar belakang kepada rang undang-undang ini ialah pertama di negara kita banyak berlaku pembaziran makanan yang masih elok untuk dimakan tetapi dibuang. Saya memetik satu angka yang dikeluarkan oleh Perbadanan Sisa Pepejal Negara atau SWCorp yang mencatatkan bahawa 20 peratus atau 3,000 metrik tan daripada 15,000 metrik tan lebihan makanan yang dihasilkan setiap hari sebenarnya masih boleh dimakan tetapi dibuang. Keadaan ini menyebabkan pembaziran dan pembaziran ini merugikan.
Oleh kerana itu, sesuai dengan matlamat United Nations Sustainable Development Goal yang meletakkan sasaran bagi mencapai pengurangan setengah daripada pembaziran makanan keseluruhan yang dikeluarkan oleh industri dan pengguna pada tahun 2030, maka kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada Ogos 2018 telah memulakan satu inisiatif dengan melancarkan Program Food Bank Malaysia dengan kerjasama pasar raya-pasar raya dan badan bukan kerajaan sebagai rakan strategik kementerian bagi mengagihkan lebihan makanan yang dihasilkan di peringkat industri kepada kumpulan sasar yang memerlukan.
Inisiatif ini juga selari dengan peranan kementerian sebagai sekretariat induk Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara atau NACCOL yang berperanan untuk membantu kerajaan dalam menangani isu-isu berkaitan kos sara hidup rakyat dan seterusnya mengurangkan bebanan kos sara hidup selain meningkatkan kesedaran pengguna untuk mengurangkan amalan pembaziran makanan di negara kita.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tuan Yang di-Pertua dan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, hasilnya sejak dimulakan pada Ogos 2018 sehingga sekarang, kementerian telah berjaya menyelamatkan 1,701 metrik tan makanan, satu tan bersamaan 1,000 kilogram dan kami dapat selamatkan 1,701 metrik tan dan telah dapat menyediakan makanan kepada 311,189 ahli isi rumah berpendapatan rendah.
Tuan Yang di-Pertua, kami juga dapat menggerakkan program yang sama yang dikenali sebagai Food Bank Siswa dan Food Bank Satria di 17 universiti awam di negara kita dan telah memberi manfaat kepada 5,000 pelajar universiti dari golongan berpendapatan rendah. Tuan Yang di-Pertua, sasaran kami ialah sehingga Disember tahun ini kesemua 20 universiti awam akan dapat kami datangkan program Food Bank di mana kita buat Food Pantry dan kita buat Central Kitchen di universiti. Kita masak makanan dan kita agihkan kepada pelajar dari kalangan keluarga miskin dan berpendapatan rendah.
Tahun hadapan in syaa Allah Tuan Yang di-Pertua, kami hendak wujudkan pula program yang sama di 123 institusi. Terdiri daripada Institusi Pendidikan Guru, Politeknik dan Institut Pendidikan Tinggi Swasta. Tuan Yang di-Pertua, kami juga dapati bahawa sambutan terhadap program ini sangat baik. Hari ini kami telah mendapat sokongan hampir 430 pasar raya, supermarket dan minimarket di negara kita yang terlibat dalam memberikan bekalan makanan yang berterusan.
Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, kami dapati bahawa ada keperluan untuk program ini ditambah baik terutama apabila program ini yang telah berjalan hampir setahun melalui engagement dengan pihak pengeluar, pengilang, peruncit, pengusaha
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
makanan, katering dan hotel yang memberikan sumbangan lebihan makanan ini terdapat semacam satu kebimbangan juga sekiranya dikenakan tindakan undang-undang oleh penerima yang mendapat kesan daripada makanan yang didermakan.
Pada masa ini penderma makanan tidak dilindungi oleh mana-mana undang- undang yang spesifik kerana tidak ada undang-undang itu wujud dalam negara kita. Maka, di sana ada keperluan untuk dibentangkan atau diwujudkan satu undang-undang bertujuan melindungi penderma makanan. Bermula daripada situ pihak kementerian telah mempelajari beberapa amalan baik atau best practises di negara-negara yang telah pun mewujudkan undang-undang.
Kita menjadikan Republik Korea, Kanada, Amerika Syarikat, Argentina dan Itali antara model negara yang telah mewujudkan undang-undang bagi melindungi penderma makanan. Di sana ada juga negara yang program seperti ini berlangsung dengan baik walaupun tanpa undang-undang. Negara Jepun misalnya, Program Food Bank di sana dikenali sebagai The Second Harvest dan di sana tidak ada satu keperluan undang-undang kerana masyarakatnya sangat berdisiplin, pihak yang hendak menderma makanan akan pastikan makanan yang benar-benar baik. Manakala pihak yang menerima makanan akan menerimanya dengan penuh syukur dan terima kasih.
Di negara kita, kita dapati bahawa jika diperkenalkan undang-undang melindungi penderma makanan kita menyasarkan peningkatan sumbangan, akan meningkat sehingga 20 peratus dengan mengambil kira pengalaman negara-negara yang telah wujud undang- undang ini. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, penggubalan Rang Undang- undang Perlindungan Penderma Makanan 2019 akan mewujudkan satu peruntukan bagi perlindungan daripada liabiliti sivil kepada mana-mana orang yang menderma atau mengedarkan makanan.
Rang undang-undang ini akan menggalakkan orang awam untuk menderma makanan tanpa berasa takut, bimbang di saman. Selain itu, kementerian ini juga boleh mengeluarkan garis panduan sebagai panduan dan rujukan kepada rakan strategik kementerian, pihak industri dan orang awam untuk menderma lebihan makanan terutamanya di bawah Program Food Bank Malaysia.
Kementerian ini akan memastikan setiap penderma makanan mengikuti piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dalam mengendalikan makanan yang didermakan mengikut undang-undang yang sedia ada. Dengan pembahagian dan pengkhususan tugas yang dibuat melalui penetapan Standard Operation Procedure (SOP) dengan izin, SOP baharu setiap penderma makanan memainkan peranan penting bagi memastikan kualiti dan keselamatan makanan yang dikendalikan adalah selamat untuk di makan oleh penerima sumbangan.
Selain itu, kementerian melalui Yayasan Food Bank Malaysia akan menjalankan lebih banyak program advokasi dan sesi libat urus untuk mendapatkan lebih banyak penyertaan daripada pemain industri bagi menderma dalam program ini.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-undang Perlindungan Penderma Makanan 2019 digubal bagi mencapai empat objektif utama:
(i) meningkat dan menggalakkan lebih ramai penderma lebihan makanan dengan memberikan perlindungan kepada mana-mana penderma makanan daripada dikenakan tindakan undang-undang sivil oleh penerima sumbangan;
(ii) menggalakkan kesedaran pengguna dalam menangani pembaziran makanan dan mempertingkatkan pengurusan lebihan makanan yang lebih sistematik kepada industri;
(iii) menyokong usaha kerajaan dalam menangani isu-isu berkaitan kos sara hidup dengan membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna melalui penjimatan pembelian makanan; dan
(iv) kami ingin mengembangkan fungsi Food Banking di Malaysia sebagai salah satu inisiatif di peringkat global sesuai dengan
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
sasaran sustainable development goals terutama bagi mencapai kebuluran sifar dan mengurangkan pembaziran makanan.
Tuan Yang di-Pertua, dan Ahli-ahli Yang Berhormat, rasional penggubalan rang undang-undang ini adalah pertama, mewujudkan satu perundangan yang terperinci bagi melindungi penderma makanan. Seterusnya memberikan keyakinan kepada pihak industri dan penderma makanan yang berpotensi untuk mengambil inisiatif menderma lebihan makanan.
Kedua, meningkatkan kesedaran pengguna bagi mengurangkan pembaziran makanan dan meningkatkan pengurusan lebihan makanan secara lebih sistematik.
Ketiga, rang undang-undang ini selaras dengan dasar kerajaan di bawah Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara 2016 untuk mengurangkan penjanaan sisa pepejal dan mengoptimumkan penggunaan sumber dan yang keempat untuk membantu usaha kerajaan mengurangkan impak kepada alam sekitar, selain daripada kesan daripada lebihan makanan yang merupakan penyumbang ketiga terbesar kepada pencemaran alam dari segi pelepasan karbon.
Rang undang-undang ini mencadangkan tiga fasal seperti berikut, Fasal 1, akan menerangkan tajuk ringkas akta yang dicadangkan dan memberi Menteri kuasa untuk menetapkan tarikh kuat kuasa akta yang dicadangkan.
Fasal 2, akan menerangkan tentang takrif makanan dan penderma makanan yang digunakan dalam akta yang dicadangkan. Takrif makanan diadakan bagi menjelaskan maksud makanan yang meliputi semua jenis makanan termasuk minuman. Manakala takrif penderma makanan bagi menjelaskan siapakah penderma makanan yang dilindungi di dalam akta yang dicadangkan.
Fasal 3, akan menerangkan mengenai peruntukan bagi perlindungan kepada penderma makanan daripada apa-apa liabiliti sivil. Fasal yang dicadangkan mengecualikan liabiliti sivil seseorang penderma makanan daripada apa-apa kecederaan diri atau penyakit yang dideritai oleh mana-mana orang atau kematian mana-mana orang yang diakibatkan daripada pengambilan makanan yang di derma atau diedarkan oleh penderma makanan melainkan jika boleh dibuktikan bahawa kecederaan diri, penyakit atau kematian disebabkan oleh kecuaian atau salah laku yang disengajakan oleh penderma makanan.
Penderma makanan tidak mematuhi peraturan keselamatan dan kebersihan makanan di bawah mana-mana undang bertulis. Makanan itu tidak selamat untuk dimakan pada masa didermakan dan pendermaan makanan tidak dilakukan dengan suci hati. Untuk mendapatkan perlindungan di bawah akta yang dicadangkan ini, penderma makanan perlu memastikan keselamatan dan kebersihan makanan terjamin mengikut undang-undang yang terpakai di Malaysia.
Walau bagaimanapun beban pembuktian adalah terletak kepada pihak yang ingin memulakan tindakan sivil tersebut. Sekiranya penerima makanan terkesan dengan makanan yang diterima dan telah mengakibatkan kecederaan diri, penyakit dan kematian. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua
Menyokong?
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi peruntukan bagi pelindungan untuk penderma makanan daripada apa-apa liabiliti sivil dan bagi perkara- perkara yang berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya mohon...
Tuan Yang di-Pertua
Senarainya agak panjang.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Panjang.
Tuan Yang di-Pertua
Saya ada 28 orang yang...
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Kepong.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau boleh saya cadangkan untuk pembahas dari senarai nombor 1 hingga 12 sepuluh minit dan yang lainnya lima minit.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Bagi saya dahulu?
Tuan Yang di-Pertua
Kalau tidak, tak habis hari ini. Jadi...
Seorang Ahli
...Mengikut kesesuaian lah Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Mengikut kesesuaian. Kalau lebih pendek lagi bagus sebab hanya satu isu sebenarnya yang terlibat. Isu liabiliti.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Ya lah tapi undang-undang baharu, dan bukan melibatkan keseluruhan isu makanan. Hanya liabiliti penderma makanan. Jadi saya ingat, kalau boleh dikhususkan lebih baik.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Okey Tuan Yang di-Pertua, saya bersedia.
Tuan Yang di-Pertua
Di antara Yang Berhormat Kuala Kedah dan Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Bagi saya pula. Lepas Yang Berhormat Menteri, selepas itu belah sana, mendengar suara pembangkang dahulu.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sik mahu juga, Sik.
Tuan Yang di-Pertua
Baiklah, kita berikan Yang Berhormat Pontian dahulu.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Selepas itu Yang Berhormat Kuala Kedah ya.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Pertama, apa yang diusahakan oleh rakan saya ini, rakan lama. Dulu sama-sama Setiausaha Politik. Beliau Setiausaha Politik Menteri Luar ketika itu, saya Setiausaha Politik Menteri Pembangunan Usahawan.
Terima kasihlah kerana memberikan satu idea...
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Masa, masa. Time.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Food bank. Food bank ini soalan saya yang pertama, banknya di mana Yang Berhormat Menteri?
[Ketawa] Itu soalan bodoh lah itu dan...
[Ketawa]
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Masa, masa Yang Berhormat Tan Sri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
...Kalau guna istilah program bantuan makanan, ia lagi mudah untuk difaham Yang Berhormat Menteri- ‘Program Bantuan Makanan’.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Masa tak set lagi. Timer, timer ya.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Apabila sebut “food bank” ini, rakyat tak berapa jelas. Kemudian saya juga mencadangkan supaya sukarelawan digunakan di dalam yayasan yang berkenaan. Jadi kita tidak perlu membayar gaji dan sebagainya. Kita cari sukarelawan-sukarelawan untuk memastikan ia boleh ini. Yang pertama tadi cadangan saya ialah “food bank” ini ditukar nama sebagai ‘Program Bantuan Makanan’. Setuju tak setuju, itu belakang kira.
Menderma ini cukup bagus Tuan Yang di-Pertua. Nabi Muhammad SAW bersabda yang antara maksudnya, bahawa tangan yang di atas iaitu yang memberi sedekah lebih baik
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
daripada tangan yang di bawah iaitu yang menerima sedekah. Ini hadis riwayat Al-Bukhari.
Dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud, “Perumpamaan mereka yang membelanjakan harta-harta mereka di jalan Allah adalah seperti satu biji benih yang menumbuhkan tujuh batang tangkai yang mana pada setiap satu tangkai itu mempunyai 100 biji benih dan Allah melipatgandakan pahala kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Allah itu maha luas lagi maha mengetahui.” Surah Al-Baqarah ayat 261. Jadi menderma dan bersedekah itu adalah sesuatu yang amat digalakkan dalam Islam.
Saya ingin mencadangkan Tuan Yang di-Pertua supaya akta ini dipinda.
Pindaannya tafsiran 2(a), (b), (c) itu.
Pindaan yang pertama saya ingin mengesyorkan supaya perkataan “lebihan” dibuang dan 2(a) itu ada perkataan “lebihan”, saya syor untuk dibuang.
Pada (b) pun ada perkataan “lebihan”, saya syor dibuang.
Pada (c) pun ada perkataan “lebihan”, saya syor dibuang.
Cuma letakkan sahaja “Apa-apa bahan mentah, dimasak, diproses atau disedia untuk dimakan.” Kenapa saya cadang begitu Tuan Yang di-Pertua? Dalam bahasa yang difahami oleh rakyat, lebihan ini apa? Sisa. Lebihan ini apa? Baki.
Kita hendak bagi orang ini, Yang Berhormat Menteri kawan saya, benda yang bagus. Bukan benda yang sisa. Bukan benda yang lebih-lebih. Walaupun tadi sudah disebut untuk mengatasi pembaziran 20 peratus lebihan makanan dibuang. Itu saya bersetujulah tetapi itu hanya untuk jangka pendek. Untuk jangka panjang, rakyat perlu dididik supaya mereka mengurus segala-galanya dengan cekap.
Sebagai contoh, katering untuk 500 orang. Satu kepala RM20- RM500 darab RM20 sama dengan RM10,000. Akan tetapi yang datang cuma 450 orang. Kemudian ada baki lebihan 50, dia membazir. Kita mesti membuat dan mengajar rakyat kita supaya lain kali kalau buat apa-apa katering dan buat apa-apa majlis, mesti tolak peratusan yang tertentu orang yang tidak hadir. Jadi tidak ada pembaziran dan duit lebih itu, beli makanan yang sempurna.
Itu maksud saya.
Untuk masa panjang, jangan kita guna perkataan “lebihan” sebab lebihan ini, balance, excess, leftover. Kata bahasa Orang Putih- extra. Benda-benda yang memberikan konotasi yang negatif. Jadi dalam Islam pun kalau kita hendak bersedekah, sedekahlah perkara-perkara yang baik-baik. Itu perkara yang kedua dan Yang Berhormat Menteri...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Dapat RM3 juta peruntukan...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Minta mencelah Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
...Pada program ini, dibeli 14 lori dilengkapi pendingin untuk mengutip sisa dan baki. Saya sedih betul mendengar sisa dan baki ini, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Bukit Gelugor minta laluan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Itu kemudian lah, dia ada masa.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Kejap sahaja.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Kalau saya 20 minit, confirm saya bagi...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Akan tapi ini sekejap sahaja, berkaitan.
Tuan Yang di-Pertua
Dia minta laluan Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Kalau 20 minit, confirm saya bagi. Cuma tinggal lima minit.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Berkaitan Yang Berhormat Pontian. Dengan “lebihan”.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya tahu dalam bahasa Inggeris adalah surplus, saya tahu. Dalam bahasa Inggeris sebelah sini pun ada...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Ya, berkaitan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya, saya tahu itu. Tuan Yang di-Pertua, saya tak bagi ruangan. Kemudian boleh bangun.
Kita perlu ajar rakyat untuk mengatur secara hampir tepat dan elak membazir dan jangan beri sisa kepada rakyat. Itu perkara pokok kedua yang saya ingin sampaikan.
Perkara yang satu lagi ialah saya ingin mengesyorkan satu lagi tambahan 2(d).
Pertama tadi syor saya tadi perkataan “lebihan” itu semua dipotong sebab kalau tidak ada perkataan “lebihan” itu pun dia memberi makna yang lagi baik pada pandangan saya lah.
Iaitu 2(d) kita tambah begini, “Segala bahan mentah, dimasak, diproses atau disediakan atau ramuan untuk dimakan atau diminum mestilah halal dan baik jika digunakan atau didermakan kepada orang Islam.” Saya ingin mengesyorkan supaya ditambah paragraf itu ya. Saya tahu kadang-kadang syor kita ini hanya umpama angin berlalu sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Mereka tak buat pun apa yang kita syorkan.
Saya tahu Yang Berhormat Menteri pernah menjawab di sini tentang perkataan “halal” itu dan kita hendaklah mencari bahan-bahan yang halal. Akan tetapi kita masukkan dalam akta. Masukkan, masukkan satu paragraf itu. Apa masalahnya hendak masukkan? In syaa Allah Yang Berhormat Menteri banyak pahala kalau masukkan perkara itu, mudah- mudahan. Kalau tidak, apa yang kita terima itu adakah perkara itu halal ataupun tidak?
Bahan-bahan lebih daripada orang-orang kaya yang makan, yang membazir itu, daripada hotel entah mana, lima bintang, empat bintang itu halal atau tidak. Kita main terima sahaja bahan-bahan itu.
Memang mungkin ada guideline yang tertentu tetapi apa salahnya kalau dimasukkan dalam akta ini. Saya harap perkara ini diberikan persetujuan dan kalau boleh rakan-rakan yang lain juga memberikan pandangan yang serupa supaya perkataan “halal” itu hendaklah dimasukkan. Bukan sahaja halal, dalam Islam kita ada konsep, apa dia?...
Seorang Ahli
Halalan toyyiban.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Halalan toyyiban. Bukan hanya halal tetapi juga yang baik.
Jadi saya ingin mengesyorkan, saya ingin ulang di sini bahawa segala bahan mentah dimasak, diproses. Saya sudah buang perkataan “lebihan” ya. Segala bahan mentah dimasak, diproses atau disediakan atau ramuan, dia kadang-kadang ramuan itu juga tentunya perlu halal untuk dimakan dan diminum sebab yang didermakan ini bukan hanya makanan tetapi juga minuman, mestilah halal dan baik. Jika digunakan, itu ada klausa sikit- jika digunakan atau didermakan kepada orang Islam. Jika kepada orang bukan Islam tidak mengapalah. Akan tetapi jika kepada orang Islam, eloklah kita adakan tambahan perkara ini.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Siapa ingin mencelah? Daripada... ya, silakan. Yang Berhormat Rantau Panjang.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Rantau Panjang silakan, silakan.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Saya sangat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat. Itu juga saya pun bercadang menyebut isu yang sama iaitu isu jaminan halal ini disebut secara terus terang, secara jelas dalam undang-undang ini. Ini sebab yang kita hendak pastikan bukan saja keselamatan terjamin, bukan sahaja kebersihan terjamin tetapi dari sudut halal terjamin.
Jadi, kita ingin penjelasan daripada pihak Yang Berhormat, sekiranya undang- undang ini tidak dimasukkan perkataan “halal”, mungkin kesannya cukup besar. Apa pandangan Yang Berhormat tentang isu ini?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya, terima kasih. Saya bersetuju apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang itu. Saya kira tentunya Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain boleh bersetuju dengan saya tentang perkara ini. Bukan
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
payah pun untuk kita tambah. Pegawai-pegawai di belakang itu, saya kira boleh menyediakan sekarang dan kita boleh print sekejap lagi di sebelah sana. Boleh kita edarkan bahawa ini pindaan yang kita hendak buat. Akan tetapi selalunya mereka tidak setujulah cadangan pihak pembangkang ini. Itu yang masalahnya walaupun cadangan itu baik. Ya Yang Berhormat, ya? Walaupun cadangan yang baik itu, apa salahnya dipersetujukan.
Satu lagi perkara yang saya ingin tanya ialah fasal 3(d) ini, “pendermaan ataupun pengedaran makanan itu tidak dilakukan dengan suci hati”. Apa ukuran suci hati itu? Ia terlalu subjektif. Jadi, pada pandangan saya, elok ada ukuran-ukuran yang tertentu.
Akhirnya dalam 30 minit ini, saya lihat daripada senarai penderma makanan itu, ada satu, mungkinlah, mungkin, ya. Kalau kita hendak letak, satu tambahan pertubuhan khairat, badan khairat, katerer dan pengeluar pertanian. Kadang-kadang parti politik juga perlu diletakkan di situ- satu tambahan...
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Parti politik sebab parti politik ini ada banyak ya, program-program setiap masa...
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Silakan Yang Berhormat Kubang Kerian.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih. Dalam masa sedikit saja, saya hendak memberikan pandangan bahawa saya tengok dalam akta yang ada ini, tiada satu pengiktirafan kepada pihak penderma sebagai galakan. Apakah Yang Berhormat fikir bahawa kita kerajaan perlu beri sesuatu insentif ataupun satu pengiktirafan supaya menggalakkan pembaziran dapat dikurangkan dan yang menderma akan bertambah?
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Pontian, boleh? Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Belakang.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Bagi saya jawab Yang Berhormat Kubang Kerian dulu. Pandangan itu, pandangan yang bagus. Yang Berhormat Bagan sedang menyiapkan bajet. Yang Berhormat Menteri baik dengan Yang Berhormat Bagan. Pernah jadi kerja bersama Yang Berhormat Bagan pun. Boleh maklumkan kepada Yang Berhormat Bagan, ada insentif yang tertentu pada bajet hari Jumaat ini kepada penderma-penderma yang dalam program ini.
Saya tidak tahu apa insentifnya. Insentif percukaian kah, insentif tertentu. Boleh ditolak sesuatu kah apa daripada cukai pendapatan mereka misalnya. Cukai syarikat mereka misalnya. Semua sekali boleh diaturkan tentang perkara itu. Ya, Yang Berhormat Jelebu.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Masa sudah habis ya?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Habis?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jelebu boleh bangkitkan masa...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Okey, terima kasih, terima kasih. Saya menyokong dengan pindaan cadangan saya tadi. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Kedah.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk turut berbahas tentang Rang Undang-undang Perlindungan Penderma Makanan 2019.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Saya mengambil peluang di sini untuk menyatakan bahawa selain daripada menyokong sepenuhnya usul yang dibentangkan ini, saya juga mengambil peluang mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat, daripada Yang Berhormat Menteri sehingga kepada sukarelawan yang terakhir yang terlibat dalam program ini. Hal ini kerana Tuan Yang di-Pertua, saya sendiri sangat menyokong tetapi masih belum dapat berpeluang hadir, meskipun dijemput setiap kali dilakukan acara dan pelancaran food bank ini.
Tuan Yang di-Pertua, pada saya, ini adalah satu usaha yang sangat baik kerana memberi makan kepada orang yang lapar dan memberi minum kepada orang yang haus itu merupakan satu anjuran dan juga merupakan galakan yang disanjung tinggi dalam semua peradaban semua agama.
Apa yang terpenting juga, kita mengelakkan pembaziran. Dianggarkan bahawa dalam pengeluaran makanan- food production, satu pertiga atau 30 peratus jadi membazir.
Secara kasar, nilainya lebih kurang 1.3 bilion tan setahun seluruh dunia. Ini bernilai hampir USD1 bilion setahun. Jadi, satu nilai yang besar dan kalau kita selamatkan, maka ia akan membantu ramai orang. Apatah lagi kita di ambang menghadapi satu krisis kewangan, kesulitan ekonomi yang sekarang telah dirasai.
Tuan Yang di-Pertua, ada satu fenomena baru yang saya tidak alami ketika saya di universiti bermula tahun 1981 iaitu fenomena pelajar lapar. Sekitar tahun 2016 baru saya terjumpa pelajar begini. Ini kerana sebab tertentu, mereka menggunakan wang mereka, PTPTN semua kepada keluarga. Jadi mereka lapar, makan sehari sekali. Saya amat gembira dan sukacita apabila mengetahui bahawa mereka sekarang mendapat manfaat daripada food bank. Oleh sebab itulah, saya ucapkan tahniah dan saya sokong sepenuhnya.
Seterusnya, saya juga menyokong supaya ini diperkemas dan diperelok dengan mengadakan undang-undang ini supaya para penderma tidak merasa ragu-ragu. Cuma ada dua perkara yang saya rasa perlu diperhatikan supaya program ini menjadi lebih bermanfaat, lebih teratur dan lebih kemas.
Pertamanya ialah ilmu kepada setiap orang yang terlibat mengendalikan program ini. Ilmu dalam mengetahui makanan mana yang baik dan makan mana yang tidak baik.
Dalam isu ini, termasuk juga isu halal tadi diambil kira sekali walaupun tidak ada pada akta dan saya sokong cadangan Yang Berhormat Pontian tadi, dimasukkan perkataan itu. Jadi, ilmu ini perlu dan diperlukan. Ada dan perlu diamalkan.
Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, makanan, ia tidak sama dengan ubat. Ia tidak ada tarikh luput. Ia ada best before ataupun baik sebelum tarikh itu. Itulah tarikh yang disebut shelf life, dengan izin, hayat di atas rak, di atas rak. Makanan itu boleh dilihat kembali. Minyak kelapa misalnya, ia tidak ada tarikh luput. Akan tetapi, ia ada best before. Baik sebelum tarikh ini. Boleh dilihat, rasanya, baunya, sifatnya, keadaannya, warnanya, diputuskan boleh makan, harus dimakan. Itu yang menjadi pembaziran. Jadi, itu satu konsep lain yang perlu difahami.
Keduanya Tuan Yang di-Pertua, ada apa yang disebut sebagai the ‘ugly food’, dengan izin. Ini adalah istilah National Geographic. Banyak makanan yang dihasilkan oleh pertanian, tidak dapat masuk ke industri makanan. Maka, ia disebut sebagai ‘ugly food’. Ia tidak- bukanlah makanan yang boleh diletakkan dengan elok, disasarkan dan dikategorikan di supermarket. Jadi, benda ini berlaku banyak di negara maju. Lagi banyak supermarket, lagi banyak ‘ugly food’ tadi. Kentang misalannya yang kecil dan kemetot itu tidak digunakan.
Akan tetapi, ini ialah makanan yang berkhasiat.
Maka, kena difahami konsep itu dan kena diusahakan. Kebanyakan di negara maju yang terbazir itu ialah ‘ugly food’ tadi. Sedangkan ia makanan yang berkhasiat. Jadi, dengan banyaknya supermarket dan pasar raya besar dan internasional di negara kita, akan berlaku banyak benda tadi. Maka, itu kena difahami. Setelah dipilih dengan sesuai dan diberikan, saya rasa satu peringkat yang penting telah kita atasi.
Akan tetapi, ada satu lagi perkara yang sangat besar dan sangat membimbangkan saya. Setelah makanan itu dipilih dan didermakan, maka hendaklah diketahui bahawa makanan mana yang baik dimakan dan boleh dimakan kerap. Sekarang makanan konsepnya bukan lagi diet atau makanan seimbang. Akan tetapi, healthy diet dan unhealthy diet, dengan izin. Ada benda yang boleh kita makan kerap dan sihat. Ada benda kalau kita makan kerap, kita akan sakit. Ia jadi toksik iaitu gula dan apa yang disebut sebagai refined carbohydrates iaitu karbohidrat yang telah diperhalusi tepung, terutamanya.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Makanan inilah yang saya difahamkan banyak didermakan oleh bakeri dan juga supermarket. Makanan begini Tuan Yang di-Pertua, akan menyebabkan jangka panjang yang berat kepada kesihatan. Sugar atau gula dan refined carbohydrates terbukti ialah masalah terbesar zaman moden. Ia punca kepada masalah penyakit-penyakit kronik. Penyakit- penyakit tidak berjangkit, kencing manis, obesiti, sakit jantung, strok dan kanser. Itu yang saya lihat berlaku sepanjang masa di tempat saya. Sekarang ini, golongan B40, mereka tidak merempat mencari makanan. Akan tetapi, makanan yang mereka mampu kerana sistem pengeluaran makanan kita ialah hanya makanan-makanan berasaskan gula dan tepung.
Maka, tidak luar biasa golongan B40 di kawasan-kawasan pinggir bandar seperti di Kuala Kedah, pada ketika umur 30 tahun atau lewat 20 tahun, 20-an, mereka sudah kena obesiti, kencing manis dan lain-lain lagi. Badannya nampak steady tetapi sangat berpenyakit.
Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, semalam saya ditelefoni tentang seseorang di kawasan saya. Umurnya baru menjelang 40 tahun. Kena diabetes, kencing manis. Matanya sebelah buta dan sebelah lagi rabun. Kakinya sudah bengkak. Sekarang dia memerlukan dialisis.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Ini hasil kajian seluruh dunia. Sebab terbesarnya ialah makanan-makanan yang berasaskan gula dan refined carbohydrate atau karbohidrat yang diperhalusi tadi iaitu tepung.
Ini kalau didermakan dengan banyak dan para pelajar kita masuk universiti kelaparan, tidak ada makanan, setiap hari pagi, petang, siang dan malam dia makan makanan berasaskan gula dan tepung tadi, selepas empat tahun tamat belajar, bekerja setahun dua, dia kena kencing manis, dia kena obesiti, dia kena kanser, dia kena sakit jantung, dia kena strok, dia kena kerat kaki, dia buta, itu sangat malang. Jadi, perlu kita ketahui bahawa makanan itu tidak boleh dimakan sepanjang masa. Jikalau kita ada ilmu, boleh kita nasihatkan dan kita boleh beri panduan kepada orang-orang yang kita dermakan tadi. Saya bimbang kerana yang paling banyak terkesan tentang pemakanan toksin ini ialah golongan muda, pengalaman saya.
Dia sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya sebut pada tahun 2013 di Dewan ini, pemahaman kita sebelum ini terbalik sainsnya. Saya ingin menarik perhatian Dewan pada satu penerbitan terbaru 20 September 2019, satu kajian terbaik daripada Malaysia oleh UKM, Taylors University dan juga Malaysian Palm Oil Council. Satu kajian yang mantap dengan orang-orang yang berkredibiliti tinggi dan di akhirnya diterbitkan di jurnal yang berimpak tinggi. Kajiannya dipanggil Malaysia Lipid Study (Kajian Lemak Lipid Malaysia) dan kajian ini membuktikan secara saintifik di tangan saya, saya ada the original paper membuktikan secara jelas bahawa pemahaman kita seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan melalui piramid makanan itu tidak betul, dia terbalik.
Apa yang bermasalah ialah karbohidrat seperti yang saya sebutkan tadi, itu yang menjadi kunci kepada penyakit jantung, strok dan lain-lain lagi. Apa yang sihat sebenarnya ialah lemak sihat seperti minyak sawit dan lain-lain lagi. Jadi, diet yang sihat itu ialah diet yang rendah karbohidrat dan agak tinggi kandungan lemaknya. Sebelum ini kita kata lemak sedikit-sedikit sahaja. Akan tetapi yang di supermarket, di pasar raya yang dipasarkan banyak itu terutamanya bakery ialah terbalik, terlalu banyak gula dan karbohidrat yang diperhalusi lagi, refined carbohydrate. Jikalau pelajar kita yang kelaparan tadi makan empat tahun makanan tadi, dia akan akhirnya selepas keluar dari universiti, bekerja, dia akan mula kena kencing manis dan sakit-sakit kronik. Jadi, itu kena perhatikan-lah.
Jadi, saya ucapkan tahniah. Apa yang saya sebutkan tadi tidak mengurangkan kekaguman dan juga penghormatan saya kepada semua yang terlibat dan juga rasa terhutang budi saya kepada semua penderma kerana ia mengurangkan juga tekanan saya.
Dahulu banyak permintaan daripada pelajar Kuala Kedah yang lapar di institusi pengajian tinggi dan supaya diadakan- dan supaya kita faham makanan sihat. Pelajar bukan makan gula dan tepung sahaja, tetapi boleh makan ikan, telur sangat sihat, sayur, ulam, daging dan sebagainya.
Jikalau-lah yang mengendalikan food bank ini dapat memastikan status halal baiknya dan juga dapat memberikan gambar serba sedikit panduan cara makan yang juga sihat, maka in syaa Allah itu akan merupakan satu usaha yang sangat baik. Saya doakan supaya Allah SWT menerima ini sebagai usaha yang baik dan membawa kebaikan dunia dan akhirat kepada kita semua. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sik, silakan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri.
Saya bersama hari ini untuk menyokong Rang Undang-undang Perlindungan Penderma Makanan 2019 ini. Pertama tadi saya bersetuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat Pontian untuk kita melihat kembali nama kepada program ini, food bank itu. Saya nampak lebih sesuai untuk kita menyebut dalam maksud ‘Pusat Pengumpulan Sedekah Makanan’ yang kita dapat fahami dengan jelas. Ada konsep sedekah di situ, ada konsep untuk mengelak pembaziran dan juga mewujudkan kasih sayang di antara kita. Walaupun istilah food bank itu diguna oleh orang-orang kampung di Sik sana, tetapi tidak mungkin menepati ciri yang kita ingin lahirkan daripada program ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya beberapa soalan untuk kita lihat penambahbaikan kepada rang undang-undang ini iaitu yang pertamanya, dalam Perkara 3 dalam akta ini tidak disebut secara jelas klausa untuk kita menyatakan bahawa pihak penderma itu perlu bertanggungjawab ke atas sumbangan yang diberikan. Maksudnya, jika ingin kita kukuhkan bahawa mereka perlu menyatakan segala sumbangan yang diberikan itu adalah yang terbaik dan sudah pasti-lah mereka juga bertanggungjawab di atas kualiti sumbangan yang diberikan dan mereka juga bertanggungjawab jika ada perkara-perkara ataupun makanan yang diberikan itu menyebabkan kesihatan ataupun keselamatan kepada orang yang menerima itu.
Kedua, saya ingin bangkitkan persoalan makanan yang diproses yang diimport yang mungkin juga akan disumbangkan. Di sini juga perlu diteliti dalam soal kehalalannya dan juga dari segi food security ataupun makanan yang sihat dan tidak memberi satu kesan buruk kepada mereka yang menerima itu.
Seterusnya juga saya ingin membangkitkan soal bagaimana pihak kementerian untuk mengenal pasti golongan-golongan miskin tegar yang dapat menerima dalam program ini. Ini kerana kita meyakini bukan hanya pihak ataupun golongan mahasiswa atau pelajar sahaja yang menjadi sasaran untuk kita menyumbang makanan ini, kita juga melihat keperluan itu bergantung khususnya kepada masyarakat B40 di luar bandar. Contoh di daerah saya, daerah Sik ketika musim hujan sekarang, ramai di kalangan penduduk- penduduk ini yang memerlukan makanan untuk membantu mereka ketika mana mereka tidak dapat menoreh dan sebagainya.
Walaupun telah dibuat oleh pihak-pihak khususnya pihak masjid, pihak NGO dan sebagainya, jadi ia perlu diperluaskan konsep penerimaan itu dalam maksud bagaimana kerajaan melihat sistem untuk mengenal pasti golongan yang boleh menerima sumbangan ini, sama ada melalui sistem eKasih yang sedia ada ataupun bagaimana pula jika golongan ini yang secara langsung mereka menerima kesan contoh, apabila akibat bencana banjir dan sebagainya. Jadi mekanisme itu perlu difikirkan oleh kementerian...
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Minta laluan sedikit.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya.
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Tuan Yang di-Pertua, soal yang jelas ialah pembaziran berlaku pada Ramadhan. Kalau kita tengok laporan daripada SWCorp, hampir 300,000 tan makanan dibuang sepanjang bulan Ramadhan. Paling banyak menyumbang pembaziran ialah hotel-hotel yang mengadakan bufet yang terpaksa dibuang selepas berbuka puasa. Mungkin Yang Berhormat Sik boleh pertimbangkan bagaimana kita dapat manfaatkan 300,000 tan makanan yang dibuang sepanjang bulan Ramadhan ini kepada apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi soal tempat-tempat yang kita fikir perlu, sekolah-sekolah, asrama dan sebagainya. Terima kasih.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya, terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Memang benar ketika Ramadhan, sepanjang bulan Ramadhan itu berlaku pembaziran yang sangat besar kita lihat di hotel-hotel. Ini kerana kita menyaksikan satu sikap masyarakat bahawa Ramadhan itu sudah menjadi komersial kepada khususnya hotel-hotel.
Mereka sudah tidak ada lagi menyelami bahawa Ramadhan itu adalah bulan untuk berjimat
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
cermat, bersedekah dan sebagainya. Jadi mungkin perlu ada satu peraturan kepada hotel- hotel ini supaya tidak berlaku pembaziran, di samping kita mendidik para orang-orang Islam khususnya supaya jangan berlaku pembaziran ketika berbuka puasa dan sebagainya.
Seterusnya Yang Berhormat Menteri, saya juga ingin membangkitkan bagaimana juga pihak kerajaan untuk sama ada memperluaskan sedekah makanan ini kepada pihak gelandangan yang sebahagian mereka itu berada di Kuala Lumpur. Golongan pelarian- pelarian yang mungkin ada. Mereka ini menjadi gelandangan di bandar kita, pelarian daripada Rohingya, Syria dan sebagainya. Adakah mereka ini juga sebagai senarai kepada pihak yang kita sasarkan untuk menerima projek kita ini?
Seterusnya juga dalam soal kita memberi galakan kepada badan-badan kerajaan untuk membantu menjadi pihak yang menyumbang makanan ini, di pihak individu itu sendiri, adakah mereka perlu didaftarkan ataupun satu mekanisme bahawa mereka direkodkan dari segi latar belakang dan bagaimana proses mereka mengambil makanan, khususnya makanan yang masak dan sebagainya?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Seterusnya Yang Berhormat Menteri, juga saya mahu timbulkan adakah rang undang-undang ini juga melibatkan bahan yang bukan makanan? Contohnya, pakaian yang hendak disumbangkan, ubat-ubatan ataupun juga seperti alat tulis yang mungkin ada keperluan diberikan kepada pihak-pihak yang hendak menerima ataupun golongan yang kita menjadi sebagai golongan yang sepatutnya mendapat bantuan ini.
Seterusnya juga, saya ingin membangkitkan persoalan bagaimana juga pemantauan atau penguatkuasaan yang telah diatur oleh pihak kementerian dalam soal kita meletakkan bahawa ada prioriti ataupun kepentingan utama sama ada dari segi pihak-pihak itu, di bandar ataupun di luar bandar? Jadi, kategori-kategori itu perlu disusun dan diletakkan dan dengan tujuannya untuk penyelarasan kepada pengagihan makanan yang telah dikumpulkan ini supaya tidak ada longgokan di satu tempat ataupun di satu daerah.
Terakhirnya, ialah saya mencadangkan supaya pihak kerajaan mewujudkan garis panduan yang jelas untuk bagi pihak yang menyumbangkan makanan ini dan juga melakukan promosi. Dengan garis panduan itu, mereka dapat melaksanakan ataupun memberikan suatu susunan kerja yang khususnya dibuat oleh mereka itu, dengan akhirnya, perkara ini dapat dikembangkan sehinggalah seluruh rakyat dan masyarakat itu sangat seronok untuk mereka menyumbangkan makanan.
Sudah pasti juga kita ingin memastikan bahawa pihak yang menyumbang itu tidak memberikan satu sumbangan yang hanya ala kadar dan seolah-olah seperti ingin membuang makanan ataupun apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pontian tadi, sebagai mana yang berlaku di satu kes, di pusat tahfiz di daerah Keramat, Kuala Lumpur. Di mana kita lihat di viral kan di Facebook, orang yang menyumbangkan itu meletakkan makanan itu di dalam plastik sampah yang sangat tidak sesuailah untuk diberikan kepada anak-anak tahfiz itu, begitu juga di tempat-tempat yang lain.
Jadi, garis panduan ini perlu dibuat atau perlu disebarkan kepada masyarakat inilah yang perlu diikuti ketika mana kita ingin menggalakkan mereka untuk menyumbang. Jadi, akhirnya saya dengan ini menyokong rang undang-undang ini untuk kita bersama memupuk semangat sedekah di samping kita ingin mengelakkan pembaziran dalam masyarakat kita.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Sik, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Rasah. Silakan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan kepada saya mengambil bahagian di dalam perbahasan pada petang ini.
Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada pihak kerajaan khasnya pihak kementerian KPDNHEP atas inisiatif, bukan setakat untuk melancarkan food bank pada bulan Ogos, tahun lepas, tetapi juga pembentangan Rang Undang-undang Perlindungan Penderma Makanan 2019 pada petang ini yang menunjukkan satu komitmen berterusan, komitmen yang begitu jitu daripada pihak Kerajaan Pakatan Harapan untuk secara serius menjadikan food bank sebagai satu amalan dalam masyarakat kita supaya kita menggalakkan syarikat-
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
syarikat besar, penderma-penderma, pihak korporat, pasar raya, kedai dan sebagainya boleh memberikan derma ataupun memberikan sumbangan kepada mereka yang kurang berada, yang memerlukan bantuan daripada pihak lain.
Saya juga tertarik dengan angka yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri ketika pembentangan tadi, yang mengatakan bahawa setakat tahun pertama, ini selalunya tahun pertama banyak kelemahan, banyak kekurangan untuk diperbaiki lagi. Sebanyak 1,701 metrik tan makanan telah berjaya diselamatkan. Saya percaya dan saya yakin, angka 17,000 metrik tan ini kalau untuk tahun kedua, ia pasti akan berlaku satu lonjakan lebih 3,000 metrik tan dan sebagainya.
Saya yakin dengan adanya rang undang-undang pada hari ini, yang kita bahaskan pada ketika ini, ia sesungguhnya akan dapat menggalakkan lebih banyak khasnya pihak korporat untuk turut membantu dalam memberikan sumbangan. Saya juga percaya pembaziran dapat dielakkan dan sebagainya. Cuma, dua perkara yang saya hendak sebutkan, tetapi sebelum saya hendak sebutkan dua perkara tersebut adalah saya nampak, walaupun hanya ada tiga fasal sahaja, ini antara rang undang-undang bagi saya, rang undang-undang baharu, akta yang kita hendak gubal ini yang cukup singkat, cukup ringkas, tiga fasal sahaja...
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Yang Berhormat Rasah?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Ya?
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Boleh bagi saya laluan sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kuala Kangsar silakan.
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Dua perkara, Yang Berhormat Rasah. Dua kategori penderma yang tidak ada di dalam senarai ini, satu adalah badan antarabangsa yang gemar membuat kebajikan di negara kita. Kedua, adalah individu-individu yang tidak mahu dikenali di atas dasar agama. Orang Islam selalunya memberi tangan kanan, tangan kiri tidak tahu. Begitulah. Terima kasih.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Okey, terima kasih Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Saya teruskan. Saya nampak ini sebagai- walaupun tadi saya kata, hanya ringkas sahaja, singkat sahaja tiga fasal, tetapi ada pengecualian di situ. Ia adalah satu akta yang bagi saya agak seimbang bukan setakat melindungi penderma sahaja. Memang hendak melindungi penderma itu sebab di antara tujuan utama akta ini diwujudkan. Akan tetapi, empat pengecualian di bawah fasal 3, juga menunjukkan ada proviso, ada pengecualian tertentu yang disenaraikan. Cuma, saya nampak ada- saya tidak mahu kata kekurangan, tetapi ada cadangan daripada saya. Dikatakan liabiliti sivil dikecualikan.
Bagaimana pula keadaannya sekiranya terbukti ada penderma dengan niat tertentu terutamanya mereka yang tahu pada ketika makanan itu diedarkan di bawah sub(b) dan sub(c) iaitu makanan tersebut tidak selamat untuk dimakan dan sebagainya. Apakah mereka tertakluk kepada liabiliti dari segi jenayah? Adakah apa-apa undang-undang bertulis lain yang terpakai yang berkuat kuasa pada ketika ini yang boleh dikuatkuasakan sekiranya ada?
Saya bukan mahu tuduh penderma ini tidak suci hati dan sebagainya, tetapi kadang- kadang kita tahu, kita tidak boleh elakkan manusia ini macam-macam. Kadang-kadang daripada ribu, berpuluh ribu penderma cuma mungkin ada seorang dua- disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Jadi, macam mana kita hendak handle macam mana hendak atasi sekiranya kita menghadapi situasi seperti begini?
Kedua, yang saya mahu tanya berkenaan dengan agensi mana yang akan menjadi agensi pemantau untuk memastikan kualiti makanan, tidak kiralah minuman kah makanan kah, daripada pasar raya, daripada penderma tidak kiralah sesiapa pihak yang menderma, kualiti makanan tersebut? Bagaimana dari segi logistik? Oleh sebab benda ini berlaku di seluruh negara, di bandar, di desa, di kampung dan sebagainya. Ia bukan dipusatkan di bandar tertentu sahaja. Jadi, agensi mana? Apakah di bawah kementerian sahaja ataupun turut melibatkan JKM ataupun Pejabat Kesihatan Daerah dan sebagainya.
Jadi, saya mohon penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan perkara ini. Itu sahaja, saya tidak mahu mengambil masa yang panjang sebab saya rasa straight to the point. Saya mohon menyokong terhadap rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Arau.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Setiawangsa...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Bagan Serai.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Oh, sorry.
Tuan Yang di-Pertua
Ada, Yang Berhormat Arau.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Yang Berhormat Arau sudah letih bercakap. Yang Berhormat Arau mahu rehatkah- kuat lagi?
Tuan Yang di-Pertua
[Ketawa] Ya, silakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang saya kasihi.
Okey, yang pertama sekali Yang Berhormat Menteri daripada segi tafsiran.
Penderma makanan ertinya, “Mana-mana orang yang menderma atau mengedarkan makanan kepada mana-mana orang tanpa apa-apa bayaran atau apa-apa bentuk balasan dan termasuklah...”. Apakah boleh tafsiran ini, “Mana-mana orang dan persatuan- persatuan?” kita masukkan ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi ayat ini dia jadi ada sedikit- saya tidak tahu macam mana AG draf yang ini.
Supaya mana-mana orang dan pertubuhan-pertubuhan selain syarikat. Yang memberi- menyediakan makanan tanpa apa-apa bayaran. Kenapa yang itu dimasukkan yang kedua?
Jadi menyebabkan kita confuse-lah kalau kita baca. Kenapa yang utama itu dia masuk yang kedua? Padahal mestilah termasuk mana-mana orang ataupun katerer, pengeluar makanan dan sebagainya. Jadi dengan itu kita tahu bahawa mereka ini memberi derma tanpa apa-apa bayaran.
Ini dimasukkan mereka selepas apa-apa bayaran. Yang Berhormat tengok pentafsiran. Saya cuma hendak minta supaya Menteri bagi senang kita bagi orang baca ini supaya penderma itu dia masuk pertama selepas itu dia menderma tanpa apa-apa bayaran.
Okey. Nombor satu.
Kedua, saya setuju dengan Yang Berhormat Pontian tadi. Biarlah makanan itu ada logo halal. Kalau tidak kita ada masalah Tuan Yang di-Pertua, nanti timbul macam-macam fitnah.
Pertama sekali saya hendak komen kerajaan ini. Bila kerajaan tadi menarik balik Akta Antiberita Tidak Benar, maruah kerajaan telah jatuh Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Tidak ada kena mengena itu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Pasaran saham.
Tuan Yang di-Pertua
Tiada kena mengena menderma makanan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini contoh. Saya hendak beritahu kerajaan sekarang imej dia jatuh.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Keluar tajuk ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Harga saham jatuh tadi- jatuh. Akan tetapi saya hendak cerita- ini Tuan Yang di-Pertua dengar bagi habis.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Salah tingkap.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hari ini kerajaan tiba-tiba markah dia naik balik. Faham tidak? Ini saya cerita itu. Ini bahasa orang-orang yang menghayati bahasa.
Tuan Yang di-Pertua
Naik balik. Bursa.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Naik balik bila diperkenalkan akta ini.
Yang Berhormat kena faham. Tadi jatuh sekarang naik. Ini Yang Berhormat kena- kalau boleh Yang Berhormat hadir kuliah-kuliah makrif, kuliah agama. Dengar ucapan Rasulullah SAW.
Semasa Baginda datang Madinah, apa ucapan beliau? Ustaz kawan-kawan daripada PAS tolong betulkan. Pertama dia kata, bagi salam. Kedua, bagi makanan. Bagi makan. Ketiga, eratkan silaturahim. Keempat, jangan lupa sembahyang tengah malam. Tuan Yang di-Pertua bangkit tengah malam tidak?
Ini bila saya tidak betul- itu nombor dua. Saya hendak beritahu di sini bahawa Rasulullah SAW menyebut beri makanan. Mulianya kerajaan sekarang. Tidak ucap terima kasih kah saya cakap macam itu?...
[Disampuk] Sama-sama.
Okey, saya hendak beritahu mulianya pasal apa? Dia mengiktiraf penderma makanan. Cukup mulia kerajaan ini. Jadi- tetapi tadi bukan kerajaanlah, yang seorang ini. Hat yang lain kalau Timbalan Menteri ni tidak boleh masuk senarai- tadi. Sebab apa? Sampai Menteri sendiri pun panik tidak berani jawab, sembunyi di sebalik tiang kerana Timbalan Menteri telah membuat malapetaka di Parlimen ini sehingga imej Pakatan Harapan jatuh merudum. Pasaran saham jatuh. Akan tetapi kalau pasaran saham dapat diteruskan tadi setelah perkenalkan akta ini, Tuan Yang di-Pertua tengok esok saham akan naik sebab apa dilihat usaha gigih kerajaan untuk memberi makan dan membuat kerja-kerja yang mulia kerana Allah. Ini kerja yang mulia.
Ustaz dua orang yang bersongkok di sana itu kena terima hakikat. Ini kerja yang mulia. Kena sokong. Akan tetapi membasmi Akta Antiberita Tidak Benar tadi itu adalah tidak mulia. Sepatutnya apabila Allah turun ayat al-Quran untuk kita tidak menerima berita daripada orang fasik, itu adalah kerja yang mulia yang kerajaan kena pegangkan. Ini kerana terlalu ramai orang fasik sekarang. Terlampau ramai orang yang bercakap, bila dia bercakap, dia bohong. Hampir separuh daripada- lebih separuh anggota kerajaan bercakap bohong. Sebab berjanji. Bila berjanji, dia mungkir. Dia janji hendak turun tol, hendak hapus PTPTN. Janji yang mungkir ya Allah ya Tuhan ku. Ini fasik...
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Boleh tidak saya hendak mencelah sedikit? Saya tadi tertarik dengan apa yang Yang Berhormat Arau katakan mengenai- bukan pasal saham Tuan Yang di-Pertua, tetapi saya hendak bertanya mengenai cadangan yang pasal halal. Makanan-makanan yang disediakan itu terutamanya untuk memastikan dia ada certification halal.
Jadi, boleh tidak tanyakan dengan Menteri dengan kementerian. Menteri pun ada tadi. Bagaimana cara hendak memastikan yang makanan yang itu betul tidak tercemar, pertama. Kedua, sebab kita tahu dia kena berhubung dengan kementerian lain untuk mendapatkan certification halal ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ia masuk daripada sebahagian daripada ucapan saya- makcik ketua wanita ini ya...
[Dewan ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, sekarang ini mari tajuk ini balik. Tuan Yang di-Pertua, saya akan mencadangkan...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Anti...
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Itu Chairman PAC.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Ya lah jangan kacau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sekarang saya akan mencadangkan satu benda baharu. Ini Yang Berhormat semua jangan menentang ini sebab ini kerja mulia.
Allah SWT akan merestui kita. Kita kena ingat, kita buat kerja apa pun kalau Allah tidak restu, itu pakcik dua orang yang pakai songkok ini, dia biarkan orang- dia biarkan kerajaan tidak terhuyung-hayang membiarkan apa yang...
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Ada orang lain pakai songkok.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey. Tidak apalah. Membiarkan akta yang begini murni untuk menjaga orang fasik, dibiarkan dimansuhkan. Puak-puak ini tidak apalah setengahnya mereka tidak faham tentang agama. Akan tetapi Yang Berhormat kena tegur. Ini macam Yang Berhormat Kangar. Dia antiberita palsu tetapi tidak apalah.
Sepatutnya dia patut lawan tadi supaya akta ini dipertahankan kerana orang tuduh dia ada sijil palsu macam-macam. Dia kena pertahan. Saya pertahankan dia sebab apa dia kawan saya. Okey.
Keduanya ialah Yang Berhormat membiarkan benda yang murni dikeluarkan tetapi memperkenalkan benda yang baharu. Ini mulia. Ini kamu dapat markah yang tinggi. Jadi, bila berlaku perubahan kerajaan nanti, mungkin Menteri ini naik pangkat sedikit sebab sudah memperkenalkan kerja yang mulia.
Kami berdoa ini orang yang beri makanan walaupun seorang Tuan Yang di-Pertua.
Kalau Tuan Yang di-Pertua keluar nanti Tuan Yang di-Pertua bagi ke security guard atau dekat Bentara ini, dia berdoa dia minta, “Ya Allah, murahkanlah rezeki kawan ini.” Allah, di antara kita ini kita tidak tahu siapa yang Allah makbulkan doa. Mungkin tukang sapu, mungkin Tok Bilal. Kita tidak tahu siapa dia. Itu sebab bila orang berdoa ramai-ramai, salah seorang yang tidak mulia di dunia tetapi mulia di langit, Allah akan makbulkan doa- Al-Qarni, Al-Qarni...
[Disampuk] Ya? Ya, al-Qarni. Dia tidak...
Ustaz Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Uwais al-Qarni.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Berucap dalam bahasa Arab] [Dewan ketawa] ‘Kuwais’ al-Qarni. Dia tidak dikenali di dunia...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Uwais.
Tuan Yang di-Pertua
Ada yang tidak faham. Tolong terjemahkan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Orang tidak kenal dia di dunia tetapi masyarakat langit kenal dia. Popular di langit. Ada orang popular di dunia tetapi masyarakat langit tidak langsung membincangkan nama-nama tersebut. Kita hendak supaya masyarakat langit membincangkan kita kerana kemuliaan kita. Ini kerana kita berusaha untuk membanteras perkara-perkara mungkar dan yang paling penting sekali ialah Rasulullah SAW telah sebutkan bahawa, berilah makan kepada orang. Ini cukup mulia.
Keadaan sekarang ini memang rakyat memerlukan makanan. Sebab apa? Semua ini kesalahan daripada usaha-usaha Malaysia Baharu yang ditadbir oleh orang yang tidak ada pengalaman. Orang yang dilantik jadi Timbalan Menteri untuk hendak jawab undang- undang, keluh-kesahkan undang-undang. Jawab nak bagi orang sakit hati. Tidak bolehkah muliakan jawapan? Jangan sebut kerajaan yang lepas. Kerajaan lepas ialah kerajaan Tun Mahathir. beliau 25 tahun jadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri. Kerajaan itu kerajaan dia. Kami sekejap sahaja. Saya lamalah di Perlis. Akan tetapi di Parlimen ini tidak sekejap juga. Okey.
Jadi, kerja-kerja yang mulia ini diteruskan dan satu benda yang saya hendak cadangkan. Ini benda yang boleh menyelamatkan dari segi undang-undang dan kita boleh pertanggungjawaban kepada dia kalau sekiranya dia bagi makanan tidak betul iaitu sistem bapa angkat. Okey. Kita namakan- katalah Universiti Malaya bapa angkatnya Shahidan Kassim sebagai contoh. Ataupun Universiti Kebangsaan bapa angkatnya ialah Tuan Yang di- Pertua. Dia bagi makan tiap-tiap hari. Jadi dengan itu kalau jadi apa-apa sakit perut semua, orang boleh kenal pasti inilah bapa angkatnya. Ataupun mana-mana syarikat yang saya tidak boleh sebut nama dia. Sebut dua orang sahajalah- saya dengan Tuan Yang di-Pertua.
Jadi, termasuk kawan-kawan saya yang lain hendak bagi derma supaya mereka juga bukan sahaja kerja bagi derma macam itu, bertanggungjawab juga sedikit kepada apa yang mereka lakukan. Tidak bolehlah kita kata, aku telah buat kerja-kerja baik, jadi mereka buat tidak baik, aku tidak peduli. Tidak boleh. Kalau sekiranya kita boleh tegur, kita tegur.
Jadi, sistem bapa angkat ini dapat menyelamatkan keadaan, dengan masa yang sama kita menggalakkan lebih ramai orang yang menderma. Ini kerja murni. Yang Berhormat sebut di Parlimen ini tiap-tiap hari kita minta derma sedikit untuk diberi kepada studen dan juga lain-lain lagi. Sudah pasti ia adalah kita akan menyokong 100 peratus sebab kita tahu bahawa tertekan, terdesaknya rakyat, terdesaknya studen kerana masalah kos hidup yang tinggi dan juga kegagalan kerajaan untuk menguruskan ekonomi dengan baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Menteri Kewangan, saya tak setuju dia buat pembentangan bajet. Kalau boleh Perdana Menteri sendiri yang bentang sebab tiap-tiap kali dia bercakap, dia bercakap baik pun saham akan jatuh. Contohnya macam, tadi dapat maklumat dia jual tanah di FELDA Chuping di Perlis...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Dan juga dia jual saham...
Tuan Yang di-Pertua
Masa dah habis.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Hotel Seri Malaysia- Hotel Seri Malaysia. Betul tidak betul kita tidak tahu kepada pihak syarikat dan juga pihak yang berada di Singapore.
Jadi, ini sebagai contoh bahawa Menteri sedang menghabiskan harta kita, jual sana, jual sini. Keadaan ekonomi masih merudum. Akan tetapi, ini adalah kerja yang mulia Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua dengarlah ucapan saya yang murni ini.
Tuan Yang di-Pertua
Dah habis dah. Dah habis dah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kerja yang mulia ini teruskan dan pastikan kita buat sistem bapa angkat kepada usaha-usaha untuk menderma. Saya ingin mengisytiharkan bahawa saya salah seorang yang sanggup menjadi bapa angkat walaupun cara kecik-kecik, cara miskin kepada mana-mana tempat yang boleh kita dermakan makanan. Terima kasih. Hat ini saya menyokong. Hat ini. Hat yang tadi saya menentang.
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kemaman. Yang Berhormat Kemaman. Selepas Yang Berhormat Kemaman, Yang Berhormat Permatang Pauh, lepas itu Yang Berhormat Paya Besar, lepas itu Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Bandar Kuching. Selepas itu kita sampai zon 5 minit ya.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Pertama, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada saya untuk bersama-sama membahaskan Rang Undang-undang Perlindungan Penderma Makanan yang merupakan satu akta baharu yang dicadangkan oleh pihak kerajaan.
Pertamanya, saya mengirakan akta ini merupakan satu perkara yang baik dalam menggalakkan masyarakat kita bermurah hati dan menderma ataupun bersedekah kepada golongan yang benar-benar memerlukan bantuan. Agama Islam sendiri menggalakkan umatnya memperbanyakkan sedekah bagi menyelamatkan kita khususnya di Hari Akhirat kelak daripada azab api neraka seperti mana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya, bahawa sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api.
Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa inisiatif yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam melancarkan Program Bank Makanan Malaysia ataupun Food Bank Malaysia merupakan satu perkara yang baik bagi mengelakkan pembaziran dan membantu golongan yang memerlukan bagi berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi masa kini dengan mewujudkan satu pengurusan lebihan makanan lebih tersusun. Lebihan makanan yang masih elok, seharusnya di kumpul dan diagihkan kepada golongan sasar yang memerlukan di negara kita pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, Islam sendiri amat melarang umatnya melakukan pembaziran sehingga Allah menyifatkan orang yang suka membazir itu sedara daripada Syaitan...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Antara maksudnya iaitu, sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran adalah saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur terhadap Allah.
Saya begitu kecewa dan sedih dengan isu pembaziran makanan yang cukup membimbangkan kita. Bukan sahaja dalam kalangan masyarakat di Malaysia tetapi seluruh
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
dunia. Berdasarkan kajian yang dibuat mendapati sebanyak 1.3 bilion tan metrik makanan dibazirkan di seluruh dunia pada hari ini yang mampu diberi kepada tiga bilion orang makan.
Rakyat Malaysia membuang makanan kira-kira lapan ribu tan sehari. Makanan ini boleh memberi manfaat kepada lapan juta orang termasuk 990 tan makanan yang siap sedia tanpa dimakan.
Kebanyakan makanan yang dibuang memerlukan tapak pelupusan yang selamat dan telah melampaui kapasiti yang sepenuhnya. Oleh itu lah statistik yang dilakukan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) sendiri menjelaskan kira-kira empat ribu tan metrik makanan telah dibazirkan termasuk makanan yang masih elok dan tidak disentuh daripada hotel, penjaja, penduduk kediaman dan sebagainya, daripada mana-mana sumber.
Oleh itu lah, angka ini akan terus meningkat sehingga 20 peratus apabila tiba bulan Ramadhan dan perayaan. Merujuk kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, lebih 15 tan metrik makanan dibuang setiap hari. Malah amat mendukacitakan apabila hampir 4,600 tan metrik makanan yang masih elok juga dibuang sepanjang bulan Ramadhan.
Oleh yang demikian, Program Food Bank ini merupakan satu program yang seharusnya mempunyai dasar pelaksanaannya yang jelas secara holistik, tersusun dan sistematik di seluruh negara bagi menangani isu kadar pembaziran makanan di negara kita yang saban tahun meningkat sekali gus dapat membantu golongan miskin dan mereka yang kurang berkemampuan ini yang benar-benar memerlukan bantuan untuk mendapatkan sumbangan makanan secara percuma.
Tuan Yang di-Pertua, saya berharap dengan adanya akta ini, inisiatif Program Food Bank ini dapat diperluaskan lagi kepada seluruh industri dan lain-lain sumber yang menyumbang pengeluaran makanan dalam negara kita pada hari ini. Selain itu, saya juga mencadangkan supaya program ini mewujudkan satu sistem yang membolehkan kita mewajibkan semua NGO atau mana-mana persendirian yang ingin menyumbangkan makanan kepada golongan tersasar ataupun miskin ini seharusnya berdaftar di bawah Program Food Bank dan mewujudkan satu kerjasama yang lebih efektif bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang boleh terjadi.
Contohnya pembaziran makanan daripada penerima makanan dengan pertindihan kuantiti makanan yang diedarkan. Makanan yang disumbangkan tidak sampai kepada golongan yang selayaknya, kebersihannya, kualiti makanan terjamin dan yang penting sekali orang yang menyumbangkan makanan juga mengikuti SOP ataupun garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan dalam pelaksanaan Food Bank ini.
Tuan Yang di-Pertua, di samping itu, saya juga mencadangkan agar kerajaan dengan kerjasama kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan untuk menubuhkan sebuah dapur berpusat dengan kelengkapan sebagai satu tempat dalam pengagihan makanan di seluruh negara. Dapur ini bukan sahaja tempat penyimpanan stok bahan makanan basah dan kering sahaja, malahan dapat digunakan untuk memasak dengan NGO, bantuan NGO dan sukarelawan sebelum diedarkan kepada golongan sasar.
Saya juga berharap akan wujudnya satu Bank Makanan Bergerak- Mobile Food Bank yang diharapkan bagi memudahkan penerima makanan ini dapat memilih makanan mereka sendiri secara tersusun. Perkara ini dapat dilakukan dengan berganding bahu dengan agensi-agensi ataupun sukarelawan-sukarelawan selain mengenal pasti golongan sasar dan juga lokasi yang hendak diedarkan.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Yang Berhormat Kemaman. Sedikit sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Mas minta laluan. Ya, silakan.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Tuan Yang di-Pertua, saya mahu pandangan Yang Berhormat Kemaman, adakah Yang Berhormat setuju bahawa Food Bank untuk penghujung tahun ini diberikan tumpuan kepada kawasan-kawasan yang mengalami banjir terutamanya di Pantai Timur, Pasir Mas, Rantau Panjang dan sebagainya, sebagai membuktikan komitmen kerajaan. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas.
Saya bersetuju dengan cadangan yang dibawa oleh Yang Berhormat Pasir Mas bagi
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
memastikan bukan sahaja mereka yang tidak mampu di seluruh negara kita tetapi khususnya juga kepada mereka yang berdepan dengan musibah-musibah yang khususnya seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi melibatkan banjir dan sebagainya. Oleh itu, saya mencadangkan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas dimasukkan sebagai ucapan saya.
Kemudian juga, saya seperti mana rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain mencadangkan supaya memastikan makanan yang hendak diedarkan itu mestilah makanan yang halal. Oleh itu lah, pengagihannya mestilah memastikan mana makanan yang halal dan makanan yang tidak halal agar dapat memastikan mereka ini dapat mengedarkan makanan ini kepada mereka yang betul-betul khususnya di kalangan golongan Muslim dengan makanan yang halal. Oleh itu sebelum saya mengakhiri perbahasan ini, suka untuk saya bertanya kepada pihak Menteri beberapa soalan yang saya kira akan dijawab oleh pihak Menteri.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Pertamanya, setakat ini bagaimanakah pencapaian Program Bank Makanan atau Food Bank ini yang telah dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negara bermula Januari tahun ini dan berapa banyak kah makanan yang dapat dikurangkan dapat kita selesaikan lebihan makanan ini?
Keduanya, saluran yang digunakan untuk menghebahkan atau mempromosikan Program Food Bank ini secara menyeluruh dan meluas dan di seluruh negara.
Ketiga, sejauh manakah kajian yang telah dilakukan untuk memperluaskan lagi golongan sasar sepertimana yang berlaku yang dilakukan oleh Foodbank of Indonesia (FOI).
Apakah adakah kementerian berhasrat untuk memperluaskan golongan sasar yang lain terutama kepada para pelarian daripada negara luar?
Suka juga saya menyatakan hasrat seperti Program Food Bank ini ditambah baikkan lagi dari semasa ke semasa selain pelaksanaannya yang bersistematik dan berterusan bagi memastikan apa yang dicadangkan ini berjaya terhadap perancangan yang dibuat oleh pihak Yang Berhormat Menteri.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Yang Berhormat Kemaman, boleh sedikit?
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Rantau Panjang Silakan.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih. Apa pandangan Yang Berhormat Kemaman, sepatutnya kerajaan juga menyediakan pasukan pemantau yang berkesan sebab kita hendak memastikan setiap sumbangan itu terjamin dari sudut kebersihannya, keselamatannya dan dari sudut halal. Walaupun arahan ada dari sudut undang-undang akan tetapi sekiranya pasukan pemantau tidak berkesan maka dia menggagalkan hasrat kerajaan. Apa pandangan Yang Berhormat?
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Rantau panjang itu perlu diambil tindakan oleh pihak kementerian kerana kita yakin dengan pemantauan inilah juga bagi memastikan makanan yang diedarkan itu betul-betul bersih ataupun betul-betul halal kerana kita umat Islam khususnya orang Muslim mestilah meletakkan halal itu keutamaan yang utama dalam makanan kita. Kerana apa pemantauan ini perlu, sepertimana penguatkuasaan yang lain. Kita mewujudkan akta dan pelbagai akta akan tetapi penguatkuasaan tidak ada, kita rasakan ia gagal.
Oleh itu dalam masa yang sama apa yang kita cadangkan Food Bank ini, yang kita cadangkan ini kalaulah jika tidak ada pemantauan yang sebaiknya mengikut sistematik rancangan yang sebaiknya kita rasakan ia gagal untuk memberi manfaat kepada rakyat yang sepatutnya dapat menerima apa yang kita rancang ini.
Akhir sekali saya mengharapkan supaya dalam Belanjawan 2020 ada peruntukan yang selayaknya dalam program Food Bank ini selain peruntukan yang telah diberikan oleh pihak kementerian Menteri Kewangan sejumlah RM3 juta pada tahun ini bagi membeli sebanyak 14 unit lori yang dilengkapi pendingin bagi tujuan logistik. Kita harapkan dapat dipertingkatkan lagi untuk kemudahan usaha yang hendak dilakukan ini bagi memastikan
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
kejayaan program ini dan dengan ini saya menyokong rang undang-undang-undang ini, Rang undang-undang Perlindungan Penderma Makanan 2019. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Kemaman. Sepatutnya selepas ini Yang Berhormat Permatang Pauh akan tetapi Yang Berhormat Permatang Pauh telah menarik diri, jadi saya menjemput Yang Berhormat Bagan Serai.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
[Membaca sepotong doa] Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatulallahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil bahagian dalam perbahasan Rang undang-undang Perlindungan Penderma Makanan dan tahniah kepada KPDNHEP atas usaha Food Bank Malaysia yang sudah lebih daripada setahun. Kita dapat lihat seramai 300,000 orang dapat manfaat, 17 universiti dengan hampir seramai 5,000 pelajar-pelajar mendapat manfaat.
Cadangan untuk tahun depan hendak pergi kepada IPG dan seterusnya ke swasta adalah satu usaha yang sangat baik. Jadi dua perkara di sini. Pertamanya, kita usaha untuk bagi orang makan. Tadi kita dengar ada pembahas menceritakan bahawa penting kita bagi orang makan. Bagi orang makan ini satu usaha yang sangat mulia yang sangat disanjung dalam agama yang sangat disuruh oleh Rasulullah SAW.
Keduanya, kerajaan hari ini peka kerana apabila kita bagi makanan kalau jadi apa- apa macam mana pula kalau orang yang memberi itu dituduh dan di saman umpamanya.
Jadi inilah antara sebab undang-undang ini dibuat dan kita lihat usaha yang dilakukan ini adalah seiring dengan SDG 12 iaitu responsible sustainable consumptions and production, dengan izin, dan saya lihat ini satu pertiga makanan dunia telah dibazirkan. Inilah yang menyebabkan climate change. Meningkatnya greenhouse gas, dengan izin, dan menyebabkan pemanasan global, kita dapat lihat hari ini hasil daripada perangai manusia, tabiat manusia, pembaziran yang dilakukan. Inilah yang jadi. Oleh sebab itu hari ini usaha yang sangat-sangat baik.
Tuan Yang di-Pertua, pembaziran ini seperti yang kita dengar tadi adalah satu perangai daripada perangai syaitan. Sebab itu Allah SWT berfirman... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Orang yang membazir ini adik-beradik syaitan. Syaitan ini perangai ingkar dia, perangai kufur dia. Perangai hina dia dengan sifat-sifat mazmumah dia dan takabbur dia maka Allah SWT hina laknatullah. Jadi ini perangai yang tidak baik. Oleh sebab itu pembaziran dikaitkan dengan syaitan.
Oleh sebab itu hari ini kita lihat dan bukan kita hendak tuduh sesiapa, kita tepuk dada tanya iman sendiri. Tanya diri kita sendiri. Kita makan ini habis tak? Ataupun kita ambil banyak terutamanya kalau bufet, kita ambil banyak kita habis tak? Itu perangai syaitan. Oleh sebab itu, hari ini kita dapat lihat yang kita kata tadi, saya dengar dari perbahasan ini yang mengatakan bulan puasa. Minta maaflah hendak ambil contoh bulan puasa sebab bulan puasa sepatutnya kita jadi sihat. Sebagai seorang doktor, kebanyakan bulan puasa saya lihat orang yang datang klinik yang puasa dia jadi sakit lagi. Darah tinggi lagi teruk, kencing manis lagi teruk, bila puasa dia puasa, buka puasa dia balun, dia makan, gulanya banyak yang menyebabkan kesakitan. Jadi tak jadi sihat.
Oleh sebab tu tadi kita dengar sebanyak 300,000 tan bulan puasa. Amalan yang baik sudah jadi tidak elok pada hari ini sebab itulah semua rakyat Malaysia kena insaf dan elakkan pembaziran kerana pembaziran ini adalah geng syaitan. Ingat itu, jadi apabila kita buat pembaziran, bila kita membazir kita ingat inilah perkara yang tidak baik. Di Malaysia 15,000 tan satu hari dan sebanyak 3,000 tan tidak sepatutnya dibuang. Boleh makan sebanyak 2.2 juta manusia. Lebih ramai orang daripada KL ini saya rasa.
Jadi, inilah perangai-perangai yang kita telah amalkan selama hari ini. Hari ini kita setiap hari ada makan. Kita tengok, kita dalam taklimat kita ada makan. Makanan habis tak?
Ke mana pergi makanan itu? Ke mana pergi makanan itu yang kita sentuh? Sampah, tong sampah, atau kita bagi kepada siapa? Nanti kita pergi jamuan, macam-macam jamuan, tak habis lagi. Inilah perangai yang kita hendak- kita semua hendak betulkan diri kita. Maknanya kita muhasabah diri kita, kita insafkan perkara ini sebab Tuan Yang di-Pertua kita di Malaysia ini tidak rasa.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Saya ingin ceritakan pengalaman saya dan ada beberapa MP di sini yang bersama- sama. Pada November 2017, kami seramai 19 telah pergi ke Bangladesh. Seramai 12 MP kerajaan dan tujuh MP daripada pembangkang. Kita lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana pelarian-pelarian Etnik Rohingya daripada Rakhine, Myanmar. Bagaimana mereka duduk di kem-kem tahanan di Kutupalong Cox’s Bazar. Tuan Yang di-Pertua, rumah buat daripada buluh. Bumbung daripada plastik sampah. Lantai tanah liat. Banyak budak- budak tak pakai seluar. Baju tak pakai.
Apabila kita hendak edarkan, kita pergi untuk edarkan sumbangan daripada Kerajaan Malaysia dan juga sumbangan daripada MP. Apabila kita hendak bagi makanan, berebut. Satu butir nasi jatuh atas tanah, ramai yang menangis. Yang ini tak jadi di Malaysia.
Saya lihat sendiri kami makan. Selepas makan kita letakkan kotak itu dalam tong sampah.
Mereka serbu tong sampah. Berebut serbu tong sampah cari lagi, tengok kalau ada tulang- tulang ayam yang kita tidak makan sampai licin, dia makan.
Tuan Yang di-Pertua, inilah yang kita tidak dapat lihat kecuali kita pergi ke sana.
Saya sarankan Ahli Parlimen ini kita kutip duit, kita pergi sekali lagi, pergi ke Cox’s Bazar, lihat penderitaan orang-orang Rohingya baru dapat kita insaf. Kalau tidak kita tak insaf.
Malam ini lagi orang akan membazir makanan, setiap hari orang membazir makanan. Jadi sebab itulah usaha yang dilakukan oleh KPDNHEP ini sangat mulia. Sangat patut kita sanjung dan usaha untuk menjaga melindungi pengguna-pengguna adalah satu usaha yang sangat baik. Oleh sebab itu kita lihat ada negara-negara yang ada undang-undang France, Italy, USA, Kanada, Portugal, Spain dan sebagainya. Peningkatan orang yang hendak bagi derma.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Jadi ini patut dilaksanakan supaya kita dapat orang yang hendak bagi derma ini tidak bimbanglah, tidak bimbanglah perkara-perkara yang akan berlaku ini.
Jadi di antara interaksi, saya hendak sentuh sikit interaksi antara penyumbang, antara rakan strategik dan orang yang buat operation atau operasinya dan kumpulan sasarnya. Kumpulan sasar mestilah orang yang betul sebab tadi disebut makanan lebihan.
Tentulah kita hendak kena tengok makanan yang bersih, yang halal, yang sihat, makanan yang bagus. Bukan kita bagi orang makan gula banyak. Makan gula banyak akan menyebabkan badan akhirnya jadi gemuk. Makan banyak kali- hah, ini satu lagi masalah.
Kita berapa kali makan satu hari, Tuan Yang di-Pertua? Kita satu hari berapa kali makan?
Rasulullah SAW, Isnin dan Khamis puasa. Tarikh 13, 14, 15- hari putih, puasa dan pada hari Rasulullah SAW makan, dia hanya makan sehari sekali. One meal a day. Ini Rasulullah SAW tunjuk pada umat Islam dan juga manusia sedunia ini bagaimana patut kita makan. Ini kerana bila kita makan banyak, hati kita jadi keras, kita dapat penyakit, kita jadi masalah. Sebab itu dikatakan hari ini...
[Membaca sepotong ayat al-Quran] Perangai syaitan, jadi geng syaitan hari ini dan hati yang keras kerana makanan yang banyak, kerana makanan yang dibazirkan hari ini. Hari ini rakyat Malaysia, cuba kita lihatlah hari ini. Balik malam ini pergi restoran, tengok cara orang makan. Habis atau tidak? Saya selalu perhati Tuan Yang di-Pertua dengan penuh keinsafan dan kesedihan.
Saya teringat anak-anak yang tidak ada ibu bapa di Kem Kutupalong di Cox’s Bazar, Bangladesh, pelarian Rohingya. Makanan tidak ada, betul-betul tidak ada. Bukan macam di Malaysia ini. Di Malaysia ini, orang miskin pun tidak serbu tong sampah. Akan tetapi di sana serbu tong sampah. Tengok itu! Malu kita, insaf kita. Takut kita dengan nikmat yang Allah bagi ini, adakah kita jadi insan yang bersyukur atas nikmat yang diberikan ini.
Tuan Yang di-Pertua, sebab itulah Bagan Serai amat menyokong usaha ini dan diharapkan ramai lagi orang jadi dermawan, yang fikirkan bagaimana makanan ini jangan buang dalam tong sampah. Sama ada kita recycle kah, sama ada kita bagi pada orang kah, bagi binatang makan kah. Apa yang tidak elok sahaja boleh bagi binatang makan dan sebagainya. Jangan kita buang macam itu dan menyebabkan banyak pembaziran dan akhirnya, dunia jadi rosak sebab pembaziran, pembuangan yang berlaku hari ini.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi Bagan Serai ingin mengucapkan tahniah kepada KPDNHEP yang seiring dengan Sustainable Development Goals, dengan SDG12, yang fikirkan tentang bagaimana manusia hari ini dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Kita harap sangatlah yang pengecualian yang dikatakan tadi, tidak ada kecuaian, tidak
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
ada sengaja yang tidak patuhi SOP kebersihan, keselamatan dan tidak ada yang memberikan makanan yang sudah tidak selamat.
Juga saya tidak fahamlah kenapa tidak suci hati ini. Kalau orang menderma ini, dia patut kena suci hatilah, bukan. Saya tidak tahu apa yang suci hati sebenarnya itu. Akan tetapi apa pun, usaha yang sangat mulia, sangat baik, semua kita tidak kira apa bangsa, apa agama, apa culture kita, patut kita bersama-sama setuju dengan Rang Undang-undang Perlindungan Penderma Makanan ini untuk menjaga dan melindungi pengguna.
Tuan Yang di-Pertua, Bagan Serai menyokong. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Sekarang giliran Yang Berhormat Paya Besar, silakan.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya memikirkan Rang Undang-undang Perlindungan Penderma Makanan 2019 merupakan satu rang undang-undang yang boleh saya sifatkan sebagai satu rang undang-undang yang julung-julung kalinya dibuat berkonsepkan Undang- undang Samaritan- Good Samaritan Law. Ini kerana perbezaan Samaritan Law dengan Common Law sebagaimana Yang Berhormat Menteri juga sedia maklum bahawasanya Common Law tidak meletakkan kewajipan terhadap seseorang untuk bertindak membantu orang lain dan tidak pula memberikan perlindungan terhadap tindakan atas Good Samaritan Law, atas dasar Good Samaritan Law. Jadi, atas penggubalan rang undang-undang ini, saya melihat rang undang-undang ini sebenarnya sudah diwujudkan pada tahun 1996 oleh Kongres Amerika Syarikat yang dinamakan sebagai Emerson Good Samaritan Food Donation Act. Kongres Amerika ketika itu menggubal rang undang-undang ini untuk menggalakkan penderma seperti mana Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi.
Kita yakin, apabila rang undang-undang ini diperkenalkan, sudah pastinya niat asalnya untuk minimumkan liabiliti kepada dua pihak utama. Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua, satu ialah penderma dan NGO yang membuat agihan makanan. Akan tetapi saya ingin melihat Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks dan gambaran yang lebih besar.
Ini kerana, dalam penghujahan Yang Berhormat Menteri tadi jelas menunjukkan bahawasanya perkara asas adalah pembaziran makanan dan pembaziran makanan ini juga naratifnya berdasarkan kepada SDG, matlamat pertama, dan matlamat 12 di mana matlamat pertama- Zero Hunger atau tiada kelaparan dan matlamat 12 nya adalah penggunaan dan pengeluaran yang bertanggungjawab- Responsible Consumption and Production. Jadi kalaulah naratif ini diambil, kerjasama di antara pihak kerajaan dan swasta diambil, saya harap sangat rang undang-undang ini lebih bersifat luas terhadap realiti nasional dan global.
Bukan hanya tertumpu pada isu-isu yang kecil seperti menderma makanan.
Saya yakin Yang Berhormat Menteri ada sebut dalam penghujahan Yang Berhormat Menteri tadi, supaya memenuhi matlamat SDG12 iaitu mengurangkan 50 peratus sisa makanan dan bagaimana Khazanah Research Institute (KRI) yang telah melaporkan 16,688 tan sisa makanan daripada isi rumah. Akan tetapi yang lebih pentingnya adalah bagaimana laporan SWCorp yang mengatakan bahawasanya 44.5 peratus isi rumah menyumbang kepada sisa makanan tetapi 44.5 peratus adalah satu jumlah yang agak besar.
Akan tetapi yang paling besar Yang Berhormat Menteri, adalah sektor ICI iaitu 55.5 peratus. Itu sebabnya saya ingin supaya rang undang-undang ini menumpukan kepada bagaimana kita hendak mengurangkan pembaziran sisa makanan oleh pihak industri. Ini kerana, kalau kita berdasarkan dua faktor utama iaitu faktor tiada undang-undang yang boleh mewajibkan sektor ICI ini melaporkan pembaziran atau sisa makanan.
Ini kecuali- keduanya, tiada organisasi kecuali Tesco sahaja Yang Berhormat Menteri, yang mengambil inisiatif secara sukarela Tuan Yang di-Pertua, untuk menyediakan bahan-bahan berkaitan seperti mana yang kita sedia maklum.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Itu sebabnya saya mengharapkan sangat supaya Dewan yang mulia ini kita pergi dalam gambaran yang lebih besar. Ini kerana, rang undang-undang ini sebenarnya adalah berdasarkan amalan terbaik negara-negara lain kalau kita lihat bagaimana Yang Berhormat Menteri sebut tadi iaitu Korea, Kanada, Amerika Syarikat, Itali. Kita tengok di UK pada tahun 2015, bagaimana satu rang undang-undang dibentuk, Food Waste (Reduction) Bill telah dibentuk atas tiga matlamat utama:
(i) mengurangkan pembaziran;
(ii) sasaran mengurangkan sisa makanan sekurang-kurangnya 30 peratus menjelang 2025; dan,
(iii) pihak industri untuk melaporkan tahap pembaziran dan lebihan sisa makanan.
Ini kerana, apa yang dibuat di UK adalah berdasarkan tiga perkara. Akan tetapi bila kita rujuk kembali pada tahun 2016 yang dibuat oleh Parlimen France, satu-satunya negara yang pertama di dunia yang menggubal undang-undang ini dengan mendapat undian sebulat suara yang melarang pasar raya dengan saiz tertentu daripada membuang lebihan makanan dan mewajibkan menderma lebihan makanan dan berdepan dengan tindakan undang-
undang-undang. Mereka berdasarkan juga tiga faktor utama Yang Berhormat Menteri iaitu
(i) melaporkan statistik pembaziran;
(ii) sekolah-sekolah perlu mengajar dipanggil food sustainability iaitu kemapanan makanan; dan,
(iii) restoran menyediakan beg bungkus makanan bagi lebihan makanan.
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita berbalik-balik seperti mana yang saya sebut di awal tadi pada tahun 1996, apabila Kongres Amerika, Kongres Amerika Yang Berhormat Menteri, pada tahun 1996 zaman Presiden Clinton. Dia menggubal Emerson Good Samaritan Food Donation Act pada tahun 1996.
Akan tetapi semasa Presiden Bush, George W.Bush pada tahun 2006, kongres sekali lagi mengubah Emerson Good Samaritan Food Donation Act ini dengan satu lagi rang undang-undang yang dinamakan Federal Food Donation Act pada tahun 2008. Ia bertujuan menggalakkan syarikat kontraktor yang mempunyai kontrak dengan agensi persekutuan dalam pembekalan perkhidmatan dan penjualan makanan di US untuk menderma lebihan makanan kepada NGO supaya NGO inilah yang akan mengagihkan kepada golongan yang memerlukan dan dengan liabiliti seperti undang-undang sebelumnya yang saya sebutkan pada tahun 1996.
undang-undang. Mereka berdasarkan juga tiga faktor utama Yang Berhormat Menteri iaitu
Barack Obama pada tahun 2016, Kongres Amerika Syarikat mengambil langkah proaktif menggubal Food Waste Accountability Act yang meminda supaya mewajibkan syarikat-syarikat kontraktor dengan agensi persekutuan. Kita banyak kontraktor-kontraktor yang mendapat pembekalan makanan, MOE, MOA, MOH, Kementerian Kesihatan, mewajibkan supaya mereka mengemukakan laporan tahunan mengenai berat lebihan dan sisa makanan yang telah didermakan atau dibuang.
Atas perkara dan premis ini Yang Berhormat Menteri, saya mencadangkan tiga perkara supaya mana dalam perbahasan Yang Berhormat Menteri nanti dapat diberi penjelasan kerana tiga komponen utama yang saya ingin cadangkan pertama, berdasarkan amalan-amalan best practices yang Yang Berhormat Menteri sebut tadi.
Pertamanya, bukanlah saya hendak mengatakan rang undang-undang ini bersifat remeh dan ke terbelakang, cumanya apabila kita hanya menumpukan perlindungan kepada penderma, matlamat asas adalah untuk mengurangkan pembaziran seperti mana Yang Berhormat Menteri sebut tadi. Cumanya, kita mengharapkan sangat supaya ia pergi kepada isu trust. Isu trust supaya ia dilihat lebih holistik supaya dia juga mempunyai keupayaan untuk mengakses makanan berkualiti supaya kita dapat menyelesaikan isu kebuluran isi rumah berpendapatan rendah dan juga pengeluaran sisa oleh pihak industri. Itu perkara yang pertama.
undang-undang. Mereka berdasarkan juga tiga faktor utama Yang Berhormat Menteri iaitu
Saya juga mencadangkan supaya rang undang-undang supaya dilihat lebih besar Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Ini supaya rang undang-undang ini mungkin saya boleh cadangkan supaya kita ubah sedikit nama kepada Rang Undang-undang Derma Makanan atau Rang Undang-undang Kebertanggujawaban Lebihan Makanan ataupun Rang Undang-undang Pengurangan Sisa Makanan yang mana perlindungan kepada pengeluar makanan adalah sebahagian komponen, bukannya Yang Berhormat Menteri, sebagai tajuk utama.
Keduanya, saya mengharapkan sangat supaya rang undang-undang ini juga perlu ada peruntukan untuk mewajibkan atau menggalakkan industri supaya menyediakan statistik dan laporan tahunan berhubung sisa makanan food waste untuk dikemukakan kepada pihak berkuasa yang berkaitan. Ini kerana apa Yang Berhormat Menteri, kalau kita rujuk semula kepada apa yang berlaku di France. Laporan statistik pembaziran sisa makanan dilaporkan dalam laporan alam sekitar. Jadi, saya mengharapkan sangat rang undang-undang ini juga berupaya supaya ia melaporkan satu laporan khusus kepada pihak kerajaan supaya kita dapat mengurangkan pembaziran seperti mana Sustainable Development Goals (SDG).
Terakhir, ketiga Yang Berhormat Menteri, saya mencadangkan agar rang undang- undang ini juga menyatakan dengan lebih jelas. Pertama, sasaran mengurangkan pembaziran makanan di dalam peratusan ataupun sama ada berat atau tan secara spesifik.
Kedua, tempoh masa seperti mana matlamat pembangunan mampan iaitu menjelang 2030, kita hendak kurangkan 50 peratus. Saya harap sangat rang undang-undang ini juga dapat kita letakkan satu timeline supaya milestone yang kita ingin bawa ke hadapan ini lebih bersifat goal oriented future proffering dan asas perundangan berdasarkan dasar-dasar berkaitan.
Yang Berhormat Menteri, saya sebenarnya Yang Berhormat Menteri, agak sedikit gelisah. Satu minit, hendak gulung.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya agak gelisah sedikit Yang Berhormat Menteri. Sekiranya Fasal 3 Yang Berhormat Menteri, ada pembuktian itu jatuh kepada pihak lain dan pihak lain itu adalah keluarga yang penerima bantuan ini. Keluarga ini bukan-lah keluarga yang begitu berupaya dari segi kewangan, bagaimana dia hendak buktikan? Saya harap supaya- rang undang-undang ini cukup cantik Yang Berhormat Menteri. Seperti mana yang saya sebutkan berdasarkan Good Samaritan Laws, tetapi bagaimana keadilan dapat kita teraskan dalam perkara ini. Terakhir Yang Berhormat Menteri, saya mengharapkan sangat nutrisi anak-anak muda harus diberi perhatian dalam konteks rang undang-undang ini di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri. Saya mohon mencadangkan dan menyokong dengan bersyarat. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Setiawangsa, 10 minit. Selepas itu, lima minit.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian. Setiawangsa tampil untuk turut serta dalam perbahasan ini dan Setiawangsa ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Menteri dan KPDNHEP kerana Setiawangsa telah menerima manfaat daripada program Food Bank dan Yang Berhormat Menteri sendiri turun dua kali.
Pertama ke AEON Wangsa Maju ke Desa Rejang, kawasan PPR dan seterusnya untuk kita menangani isu kelaparan mahasiswa di UTM Kuala Lumpur di Semarak. Bagi saya, ini menunjukkan selepas inisiatif ini dimulakan di Pulau Pinang dan kemudian diperluaskan ke seluruh negara, inisiatif Food Bank ini sangat-sangat memberi kesan yang besar dan kita perlu ada kerangka perlindungan yang sewajarnya. Setiawangsa sendiri pernah menyebut tentang keperluan Good Samaritan Laws ini dalam perbahasan Parlimen yang lepas.
Tadi kita banyak sebut, bila kita sebut ya-lah kita sedih kerana kita sebut bulan Ramadhan ini, tidak patut dikaitkan dengan pembaziran makanan kalau kita hayati roh Ramadhan itu sendiri. Akan tetapi, masalahnya bukan hanya di hotel. Kita perlu jujur yang mana di pasar-pasar Ramadhan pun kerana kita pergi ke pasar Ramadhan ini dalam keadaan
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
jam 5.00 petang, sudah lama tidak makan, kita tengok semuanya sedap, kita beli tanpa ingat dunia-lah. Apabila itu berlaku, kita pulang, banyak tidak habis dan terpaksa dibuang dan juga itu realiti. Makna bukan hanya masalah bufet di hotel-hotel mewah, tetapi juga di pasar-pasar Ramadhan. Saya dimaklumkan selain daripada hotel, pasar-pasar Ramadhan juga ada turut serta dalam program Food Bank sebelum ini.
Tadi banyak juga disentuh soal halal oleh beberapa Yang Berhormat dan Setiawangsa setuju. Isu halal ini ialah isu yang sangat penting, tetapi kita tengok dia perlu ada konteks dan keutamaan dia. Ini sebab isu kelaparan, masalah bantut ataupun stunting, ini adalah masalah real yang berlaku dan sebahagian besarnya di kalangan masyarakat Bumiputera yang kebanyakannya Muslim sendiri.
Jadi, apa yang saya hendak katakan ialah kita kena ada kerangka yang praktikal, tidak boleh terlalu rigid, yang sesuai kerana kita ada peraturan-peraturan sedia ada untuk mengawal soal halal dan sebagainya. Malah, kadang-kadang kita umat Islam ini di Malaysia, kita tekankan dalam bab makan minum ini memang kita sangat tekankan soal halal daripada segi yang kita nampak atau zahirnya. Akan tetapi soal daripada mana sumber pendapatan, adakah itu wang curi, wang rasuah, wang judi, itu kita tidak sebut pula, kita tidak kisah. Akan tetapi bila depan mata itu kita kata, kita hendak insist on isu halal. Jadi saya bukan memperkecilkan soal halal, tetapi ia perlu dilihat dengan konteks yang luas. Malah, kita lihat dalam pelaksanaan syariat sendiri ketika Sayidina Umar Al-Khattab, pelaksanaan undang- undang hudud pun pernah ditangguhkan apabila untuk menyelesaikan masalah kelaparan ketika itu.
Jadi, Setiawangsa ingin menyentuh tentang beberapa contoh kajian perundangan antarabangsa termasuk yang disebut oleh Yang Berhormat Paya Besar sebentar tadi iaitu Bill Emerson Good Samaritan Food Donation Act 1996, dan Federal Food Donation Act 2008. Akan tetapi apa yang boleh kita belajar daripada Amerika Syarikat ialah meskipun ada kedua- dua undang-undang ini, tetapi masalah pembaziran makanan masih meluas di Amerika Syarikat. Ini kerana banyak perniagaan di Amerika Syarikat tidak maklum tentang perlindungan liabiliti yang mereka boleh nikmati di bawah perundangan yang ada di sana.
Jadi, perniagaan masih lagi takut. Kita tahu di Amerika, mereka adalah litigious society, masyarakat yang suka menyaman. Jadi, syarikat-syarikat ini takut bahawa dan tidak jelas tentang bagaimana mereka boleh dilindungi. Jadi, ini satu pengajaran untuk kita di Malaysia.Bila kita ada undang-undang ini, tidak cukup dengan ada undang-undang, tetapi perlu diuar-uarkan kepada pihak peniaga dan sebagainya.
Di Perancis pada 2016, tadi saya ingat ada beberapa Yang Berhormat sentuh juga.
Senat Perancis telah meluluskan undang-undang yang mengisytiharkan bahawa haram untuk supermarket membuang ataupun melupuskan makanan yang tidak dijual. Ini terpakai dan semua kedai-kedai lebih besar daripada 400 meter persegi, kena ada kontrak sumbangan dengan pihak-pihak kebajikan. Jadi bagi saya, ada kesan positif kalau berbanding dengan Amerika. Apa yang dilakukan di Perancis, kesan dia kita telah lihat banyak start up dan juga apps ataupun aplikasi seperti “Too Good To Go”, timbul di Perancis untuk mengambil kesempatan daripada perundangan yang ada.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Cuma kritikan yang ada di Perancis ialah kerajaan setakat ini belum lagi mendenda mana-mana supermarket yang tidak comply, dengan izin, dengan peraturan ini. Di Perancis 5,000 charity bergantung kepada food bank sekarang. Di Korea Selatan buangan makanan harus diasingkan sebelum dibuang supaya ia boleh di-recycle atau di kitar semula sebagai makanan haiwan ataupun kompos. Ini adalah relevan untuk makanan yang tidak lagi boleh dimakan oleh manusia.
Saya lihat ada penerangan oleh kementerian tentang carta yang mana makanan yang mungkin jatuh ke dalam kategori tersebut. Sejak tahun 2005 di negara Korea Selatan, kerajaan telah mengharamkan pembuangan makanan di landfill atau pusat pelupusan sampah. Sebanyak 95 peratus buangan makanan di Korea Selatan dikitar semula, hampir 100 peratus. Sebanyak 95 peratus di kitar semula di Korea Selatan.
Di Itali juga ada perundangan yang diluluskan pada tahun 2016 yang mana pihak peniaga tidak akan berhadapan kesan perundangan sekiranya bahan yang diberikan atau disedekahkan melepasi tarikh luputnya dan tadi ada juga disebut tentang inisiatif untuk penderma. Di sini di Itali, potongan cukai diberikan kepada mereka yang menderma makanan
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
dan pihak petani juga dibolehkan untuk menyumbang makanan-makanan yang tidak dapat dijual.
Jadi contoh terakhir yang Setiawangsa hendak sentuh di Argentina yang mana peniaga dan juga supermarket diberikan general immunity, dengan izin, jika penerima sakit kerana memakan makanan yang disumbangkan. Ini kerana Argentina sebelum ini juga berhadapan dengan masalah pembaziran makanan yang meluas dan digunakan polisi food bank ini untuk mengatasinya.
Saya ingin kembali semula dari segi mikro Program Food Bank Malaysia antara Ogos 2018 sehingga Februari 2019, 1,055 metrik tan telah berjaya diselamatkan. Di Pulau Pinang sahaja ketika program ini dimulakan oleh Yang Berhormat Menteri juga yang ketika itu bertugas di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang hampir 50,000 orang telah mendapat manfaat daripada program ini. Ia telah berkembang ke Kelantan, Melaka, Johor, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.
Jadi, saya mengalu-alukan perundangan ini dan saya fikir semua perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum ini perlu diberi perhatian oleh pihak kementerian. Ini sebenarnya pun bukan perundangan Food Bank secara umum tetapi hanya tentang liabiliti Food Bank itu apabila sekiranya mereka memakan makanan yang menimbulkan kesan yang tidak diingini.
Jadi bagi saya, kita harus maklum tentang perkara tersebut dan mungkin ada mekanisme-mekanisme lain seperti peraturan ataupun garis panduan daripada pihak kementerian untuk regulate, dengan izin, dasar Food Bank secara lebih menyeluruh. Ini kerana hanya kita fokus tentang isu liabiliti ataupun Good Samaritan Laws tersebut.
Jadi sekali lagi Setiawangsa menyokong penuh dasar ini dan berharap dasar Food Bank ini dapat diperluaskan lagi supaya kita kurang membazir makanan yang bukan hanya pertama kita lihat implikasi daripada segi kelaparan ataupun masalah nutrisi dari kalangan masyarakat, masalah ekonomi dari kalangan masyarakat dan juga masalah pencemaran. Ini kerana makanan yang tidak dimakan itu menimbulkan kesan kepada alam sekitar daripada segi gas emission dan lain-lain lagi. Jadi Setiawangsa menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Dungun, lima minit. Sila.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Bismillahi Rahmani Rahim.
[Berucap dalam bahasa Arab] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perlindungan Penderma Makanan 2019.
Allah SWT menyebutkan pada Ayat 8, Surah Al-Insan... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Maksudnya, “Dan mereka memberi makan atas kasihnya kepada orang-orang miskin, anak-anak yatim dan orang-orang dalam tawanan”. Tuan Yang di-Pertua, matlamat pembangunan milenium yang dibentangkan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2001 mengandungi lapan matlamat yang tertumpu kepada penambahbaikan keadaan hidup rakyat di negara-negara membangun.
Matlamat pertama daripada lapan matlamat itu ialah membasmi kemiskinan dan kelaparan yang melampau. Oleh itu dalam usaha membasmi kemiskinan, fokus utama kerajaan sepatutnya ialah bagaimana untuk memastikan wang lebih banyak di dalam poket rakyat. Kedua, dalam membasmi kelaparan yang melampau iaitu makanan yang lebih baik di atas meja mereka.
Program-program membasmi kemiskinan rakyat mesti diberi keutamaan. Dalam konsep yang hendak dilaksanakan ini iaitu perlindungan kepada penderma makanan, kita mewujudkan peoples before profit, mengutamakan rakyat sebelum daripada keuntungan.
Apabila kita melihat kepada unjuran yang akan terpaksa kita lalui apabila melibatkan rakyat yang dalam keadaan perlu kita berikan perhatian dalam usaha penghapusan kemiskinan dan kelaparan melampau, maka tentulah pertamanya ia bukan sahaja melibatkan Semenanjung Malaysia tetapi juga kita melihat kepada Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak.
Kemudian perbandingan di antara Pantai Barat dengan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Kemudian kepentingan semua kaum mesti diambil kira dalam apa-apa program
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
kerajaan. Begitu juga program-program melibatkan kepentingan yang disebutkan ini terhadap Orang-orang Asli dan juga kaum peribumi yang ada di Malaysia.
Oleh itu, saya ingin untuk bertanya, adakah perlindungan kepada penderma makanan ini melibatkan entiti yang kita wujudkan kepada mereka yang menyertai Program Bank Makanan yang dicadangkan oleh kerajaan? Bagaimana dengan pihak-pihak yang tidak termasuk dalam entiti program ini yang melakukan usaha dan kerja yang sama? Adakah mereka juga mendapat perlindungan daripada undang-undang yang dicadangkan ini iaitu Rang Undang-undang Perlindungan Penderma Makanan 2019?
Kemudian yang kedua yang juga penting adalah apakah jenis-jenis hukuman yang dikenakan. Kalau berdasarkan kepada fasal yang dicadangkan melalui Perkara 4, Fasal 3 mengadakan peruntukan bagi perlindungan kepada penderma makanan daripada apa-apa liabiliti sivil dengan pengecualian (a), (b), (c) dan (d) kerana dalam konteks apabila ada penderma makanan, tentulah juga ada pengguna.
Oleh itu dalam konteks Quran, [membaca sepotong ayat al-Quran] Bermaksud, “Perkataan yang baik dan keampunan serta minta maaf adalah lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan menyakiti”. Maksudnya kalau ada sesuatu yang melibatkan kesakitan selepas daripada pendermaan makanan yang berlaku itu, bagaimana tindakan yang dikecualikan daripada (a), (b), (c) dan (d) ini boleh dikenakan terhadap mereka. Apakah jenis hukumannya? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Johor Bahru, selepas itu Yang Berhormat Tumpat kemudian Yang Berhormat Batu Gajah. Sila, Yang Berhormat Johor Bahru. Silakan.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Oleh kerana masa telah diringkaskan lima minit, saya cuba straight to the point. Cuma pertama saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kementerian atas inisiatif ini walaupun mulanya dengan hasrat sebagai satu bentuk kebajikan tetapi sekarang ini kita angkat satu model yang lebih menyeluruh.
Pertama pandangan saya Rang Undang-undang Perlindungan Penderma Makanan ini sangat diperlukan. Cuma, pemahaman saya dari segi komponen untuk menjayakan Food Bank ini ada tiga komponen iaitu pertama penderma ataupun barang-barang yang dibekalkan.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Kedua, adalah pengurus iaitu menguruskan daripada penderma untuk ke komponen yang ketiga iaitu penerima. Cuma sebentar tadi disebut oleh Ahli Parlimen sebelah sana bahawa lebihan ini seolah-olah sisa. Cuma pandangan saya, bila disebut lebihan ini adalah lebih kepada ketidakefisienan market iaitu antara supply dan demand. Ada masa sebelah itu lebih, demand kurang dan ada lebihan. Bila mana demand itu tinggi komponen penderma ini akan naikkan supply-nya, maka akan berlakunya lebihan.
Akan tetapi dalam soal menguruskan lebihan makanan ini satu komponen yang perlu diberikan perhatian yang saya mohon Menteri lihat sebagai contoh dalam kita menguruskan Food Bank Siswa di peringkat kampus, peringkat mahasiswa, makanan itu kita tahu mungkin ada di luar sana penderma mahu perlindungan tetapi siapa yang hendak uruskan makanan ini. Apa yang berlaku, kementerian ada inisiatifnya menyediakan trak-trak untuk mengambil makanan tersebut.
Kita tahu bahawa dari segi keselamatan ini menjadi keutamaan penderma tetapi perkara yang kedua apabila kita hendak menyelamatkan makanan ini, sebenarnya walaupun nampak mengurangkan pembaziran tetapi ada kosnya. Iaitu kos untuk menguruskan makanan ini daripada dibuang. Sebagai contoh mungkin dari segi keselamatan itu penderma mungkin merasakan lebih mudah kita buang sahaja supaya tidak ada kesan sivil ataupun kesan implikasi dari segi undang-undang kalau makanan itu tidak baik ataupun busuk bila diberikan kepada orang.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Akan tetapi komponen yang kedua, penderma atau supplier ini lebih mudah untuk buang sebab memang orang kutip sampah, dia kutip sampah-sampah ini. SWM kah apa memang sampah ini diambil diuruskan. Cuma kalau kita membiarkan kepada penderma ini untuk uruskan sendiri, menghantar ke pusat pengumpulan makanan dan sebagainya saya pasti penderma ini akan kata kepada kerajaan, “Tengok kami hendak selamatkan makanan tapi kami perlu keluarkan kos yang lebih tinggi”. Hendak beli trak, hendak pergi hantar makanan ini, hendak pastikan makanan disimpan sebaik-baiknya. Kalau makanan itu perish ataupun rosak dengan mudah, sayur sebagai contoh, ikan dan sebagainya perlu ada kemudahan peti sejuk dan sebagainya.
Jadi yang ini bila disebut soal insentif saya tidak bersetuju kalau insentif ini diberikan kepada penderma makanan sebab suruh dia menderma makanan. Niat kita hendak kurangkan pembaziran. Kalau kita bagi insentif untuk mereka supply lagi banyak makanan, maksudnya itu a business. Maksudnya lebih mudah produce banyak makanan dan dia dapat pengecualian cukai sebagai contohnya tetapi untuk menguruskan lebihan makanan ini, saya merasakan perlu ada kewajaran kerajaan sediakan insentif supaya pengurusan ini dapat dilaksanakan. Kita mahu pastikan makanan ini sampai ke penerima. Jadi komponen yang pertama tadi mudah, penderma tadi sudah jelas, pengurusan sudah jelas.
Ketiga Yang Berhormat Menteri adalah soal macam mana kita hendak bagi sedikit keyakinan kepada penerima. Dalam soal lebihan ini saya rasa kita kena sampaikan ke orang ramai bahawa lebihan ini bermaksud lebihan akibat perbezaan supply dan demand tetapi penerima ini juga perlu diberi keyakinan ada perlindungannya. Sebagai contoh dalam undang-undang ini disebut bahawa jika berlaku- ada pengecualian. Ada empat perkara di bawah fasal 3 tersebut, kalau berlaku sebarang kerosakan, penyakit ataupun kesan-kesan sampingan daripada makanan ini, saya rasa penerima ini hendak cari punca silapnya dekat mana ini susah.
Jadi saya punya pandangan, perlu ada garis panduan supaya ada, dengan izin, self-regulatory. Mungkin ada rekod simpanan di peringkat mana makanan ini sampai bila dan sebagainya. Bagi saya jangan sampai bebankan birokrasi tetapi paling kurang kepada penderma untuk melindungi mereka daripada tindakan undang-undang sivil, ada juga usaha dari segi self-regulatory supaya sekiranya berlaku apa-apa masalah kita boleh rujuk di mana punca masalah tersebut.
Dengan itu, lima minit yang ada Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Rang Undang-undang Perlindungan Penderma Makanan ini tanpa syarat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat.
Masa itu emas. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tumpat, sila.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang- undang Perlindungan Penderma Makanan 2019 yang merupakan satu akta untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan daripada liabiliti sivil kepada mana-mana orang, perbadanan, perkongsian, perusahaan, persatuan, entiti kerajaan, pengilang, pembekal, pemborong, peruncit, pasar raya dan sebagainya yang menderma dan mengedarkan makanan kepada mana-mana orang tanpa apa-apa bayaran ataupun bentuk balasan.
Tuan Yang di-Pertua, tidak ada banyak perkara yang hendak saya sebut dalam perbahasan ini, lagi pun telah banyak disentuh oleh semua pembahas-pembahas sebelum ini. Saya cuma ingin menyentuh beberapa perkara dan mengemukakan beberapa persoalan untuk diberi perhatian dan memohon jawapan daripada pihak kerajaan agar rang undang- undang yang akan kita luluskan ini dapat benar-benar memberi manfaat sebagaimana yang disasarkan kerajaan, yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri semasa pembentangan tadi.
Menyentuh tentang Bank Makanan ataupun Food Bank yang mana Bank Makanan ini dilaksanakan secara meluas di beberapa negara maju termasuklah di Amerika Syarikat, Kanada dan Australia. Ia adalah sebahagian daripada strategi bagi mengatasi masalah kelaparan, mengurangkan beban kekurangan makanan di sesetengah tempat dan juga tahap keselamatan makanan yang rendah.
Asasnya Bank Makanan ini ataupun apa saja nama seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pontian tadi adalah bagi mengatasi kemiskinan dan ukuran di peringkat
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
global kini menggunakan pendekatan kemiskinan pelbagai dimensi ataupun, dengan izin, Multidimensional Poverty (MDP) di mana laporan terbaru daripada Human Development Report, dengan izin, pada 11 Julai 2019 menunjukkan 1.3 bilion daripada keseluruhan penduduk dunia berada dalam kemiskinan pelbagai dimensi ini.
Apa yang ingin saya sebut kekurangan zat makanan turut tertakluk kepada satu sektor penting dalam kemiskinan pelbagai dimensi tadi. Maka sebaiknya ukuran Multidimensional Poverty (MDP) ini turut dijadikan indikator utama dan aspek kemiskinan termasuklah kemiskinan bandar supaya sasaran pengendalian Bank Makanan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan ia dapat turut mengambil kira apa yang disebut oleh Yang Berhormat daripada Kuala Kedah tadi.
Konsep Bank Makanan mungkin sedikit sebanyak berbeza dengan konsep soup kitchen yang mana food is serve to those who are homeless dalam konsep soup kitchen ini tetapi ia boleh disepadukan bersama pada masa-masa tertentu. Antaranya ketika berlaku sesuatu bencana yang menimpa rakyat seperti banjir besar yang mana dalam masa terdekat ini di sebelah Pantai Timur akan menghadapi banjir yang besar.
Baru-baru ini ketika rumah-rumah penduduk di Sungai Kedondong, Paya Jaras Hilir dirobohkan, Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor yang terawal memberikan bantuan serta membuka dapur rakyat bagi memberi makanan secara percuma kepada penduduk di kawasan berkenaan. Ini menunjukkan konsep soup kitchen mahupun Bank Makanan atau atas apa nama sekalipun juga boleh disepadukan dan diberikan perhatian yang khusus ketika musim bencana melanda.
Saya menyokong hasrat supaya beberapa aspek dalam penyediaan makanan yang berhasrat untuk didermakan diteliti supaya yang terkandung dalam fasal 3 ini, malah dalam masa yang sama cadangan untuk memperkenalkan Akta Pembaziran Makanan seperti yang pernah disebutkan oleh Timbalan Perdana Menteri juga perlu dipertimbangkan secara complementary kepada memperluaskan konsep Bank Makanan ini.
Kita sedia maklum statistik pembaziran makanan yang tinggi yang banyak disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi berlaku dalam kalangan rakyat di negara ini. SWCorp pernah mengeluarkan statistik sekira-kira 3,330 tan sisa makanan boleh dielakkan jika pengurusan sisa tersebut diurus dengan baik dan sistematik. Kita boleh memfokuskan kepada kawal selia lebihan makanan yang bersih di restoran mahupun di hotel-hotel supaya ia tidak dibuang terus tetapi disalurkan kepada pihak yang memerlukan dengan mengambi kira konsep halal dan bersih seperti yang disebutkan dengan jelas oleh Yang Berhormat Pontian tadi.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Berdasarkan statistik, restoran menyumbang 23 peratus kepada sisa lebihan makanan. Manakala hotel menyumbang tujuh peratus. Nilai ini dapat dikurangkan jika kerajaan boleh campur tangan dengan akta yang dicadangkan ini.
Saya juga ingin membangkitkan cadangan berkenaan World Hunger Day yang dilaksanakan pada 28 Mei 2019 di peringkat global. Ini supaya pendedahan dan kesedaran tentang makanan dapat diberikan kepada masyarakat supaya lebih menghargai rezeki kurniaan Allah SWT., di samping mengambil bahagian yang perlu ketika makan dan tidak membazir.
Amat mendukacitakan juga apabila statistik pembaziran makanan meningkat dengan mendadak ketika musim bulan Ramadan dan Hari Raya.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat, sila menggulung. Terima kasih.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Terima kasih. Bulan yang umat Islam diajar supaya menjaga pemakanan dan sederhanalah dalam berbelanja.
Yang terakhir saya ingin bangkitkan adalah berkenaan latihan kepada sukarelawan dalam mengurus Bank Makanan dan sebagainya. Apakah kerajaan mempunyai perancangan bagi memberikan latihan kepada sukarelawan mengenai aspek penyediaan makanan yang sihat, stok makanan dan pengendalian sumbangan makanan kepada mereka yang memerlukan tadi supaya aspek kebersihan dan kualiti makanan yang didermakan sentiasa terpelihara. Maknanya bukan sekadar mengadakan peraturan dan undang-undang tetapi juga mengadakan latihan kepada penyedia-penyedia makanan ini.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat Rasah supaya adanya pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan makanan yang didermakan ini terkawal dan tidak kesusahan kepada pihak yang dibantu. Akta ini dibuat untuk menjaga penderma tetapi perlu juga ada peruntukan untuk menjaga orang yang mendapat manfaat daripada derma ini, manfaat daripada peruntukan akta ini. Saya juga menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Batu Gajah. Selepas itu Yang Berhormat Hulu Langat dan Yang Berhormat Lembah Pantai. Sila.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruangan kepada Batu Gajah untuk turut membahaskan Rang Undang-undang Perlindungan Penderma Makanan 2019. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Perlindungan Penderma Makanan 2019 dibentangkan di Dewan Rakyat dengan tujuan yang murni iaitu menghindari pembuangan makanan yang berlebihan.
Rang undang-undang ini memberi perlindungan kepada semua penderma makanan atau pengedaran makanan yang dilakukan dengan suci hati. Undang-undang ini diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada penderma makanan daripada apa-apa liabiliti sivil. Ini membolehkan dan menggalakkan lebih ramai penderma dengan beraninya menderma makanan kepada orang-orang yang memerlukan. Tambahan pula, ini akan menjadi satu permulaan yang baik bagi mengatasi masalah pembuangan makanan yang berlebihan.
Begitu banyak titik peluh dan hasil usaha telah disumbangkan oleh pelbagai pihak untuk menghasilkan makanan. Akan tetapi sering kali kita lihat banyak daripada makanan yang dihasilkan itu dibuang kerana penawaran yang berlebihan. Pada pandangan saya, pembuangan makanan yang direzekikan oleh alam maya pada ini merupakan satu dosa yang tidak boleh dimaafkan. Makanan adalah kurniaan tuhan kepada umat manusia dan keseluruhan benda hidup yang dijadikan oleh-Nya. Apabila kita membuang makanan yang berlebihan, kita tidak menghormati rahmat dan kurniaan Tuhan kepada kita.
Dalam pada itu, jutaan penduduk di muka bumi ini sengsara kelaparan setiap hari.
Ribuan anak-anak mati kebuluran di merata dunia tetapi kita yang mempunyai makanan yang berlebihan pula tidak menguruskannya dengan baik. Kita harus sedar bahawa isu makanan juga merupakan isu hak kemanusiaan dan harus diberi keutamaan dalam amalan demokrasi yang berprinsip.
Tuan Yang di-Pertua, masalah pembuangan makanan juga merupakan masalah global. Menurut data yang diterbitkan oleh Food and Agriculture Organization (FAO), kira-kira 1.7 bilion tan metrik makanan dibuang atau dibazirkan setiap tahun. Dalam kata lain, satu per tiga daripada jumlah makanan yang dihasilkan telah hilang atau dibazirkan di seluruh dunia.
Jumlah ini dianggarkan bernilai lebih kurang RM4.4 trilion. Isu ini sememangnya memerlukan usaha yang sepadu bagi menanganinya.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, secara puratanya setiap isi rumah membuang makanan di antara 0.5 dan 0.8 kilogram setiap hari di negara kita. Statistik menyatakan 38 peratus pembuangan makanan dilakukan oleh isi rumah berbanding dengan 25 peratus daripada pasar basah, diikuti dengan restoran 23 peratus, dan tujuh peratus daripada hotel. Secara kumulatif, lebih kurang tiga ribu tan metrik tan makanan yang berada dalam keadaan yang baik dibuang setiap hari.
Tuan Yang di-Pertua, menurut MARDI, 15 ribu tan metrik makanan dibuang oleh rakyat Malaysia setiap hari. Jumlah ini boleh menyuap 2.2 juta orang sebanyak tiga kali sehari. Ini bermakna jika makanan ini diuruskan dan disalurkan dengan baik, maka tidak ada seorang insan pun di bumi Malaysia akan kelaparan. Kita boleh melihat satu anjakan paradigma terutamanya terhadap golongan miskin tegar yang tidak lagi perlu memikirkan soal makanan bagi seisi keluarga. Kedudukan kewangan mereka akan bertambah kukuh dan akhirnya mereka akan melangkah keluar daripada zon kemiskinan.
Ada juga pandangan mengatakan bahawa negara Malaysia membuang lebih banyak makanan daripada jumlah yang dihasilkan. Adalah amat sukar untuk menghadamkan
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
fakta bahawa kita membuang lebih kurang 5.5 juta tan metrik tan makanan setiap tahun.
Tambahan pula ketika musim perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali- jumlah pembuangan meningkat 20 peratus hingga 25 peratus. Statistik yang diberikan oleh MARDI lagi menunjukkan bahawa 24.8 peratus daripada jumlah padi yang dihasilkan hilang begitu sahaja. Manakala buah-buahan dan sayur-sayuran pula 20 peratus hingga 50 peratus dibuang dan tidak sampai kepada pengguna. Jika benar, bukankah ini amat merugikan negara kita.
Pembaziran makanan ini adalah satu tabiat yang buruk yang amat membimbangkan. Ada juga pendapat mengatakan bahawa kerana pembuangan makanan ini menjadi salah satu punca kepada penghasilan gas rumah hijau dan seterusnya mengakibatkan pemanasan global. Saya juga difahamkan juga bahawa pembuangan makanan ini juga memberi implikasi kewangan kepada negara. Kerajaan terpaksa memperuntukkan RM2.5 bilion untuk menguruskan sisa pepejal pada tahun 2017. Saya ingin mengetahui nilai perbelanjaan bagi tahun 2018 dan 2019.
Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab masa tidak mengizinkan, sebagai kesimpulan, pembaziran atau pembuangan makanan adalah suatu yang tidak dibenarkan, malah dianggap sebagai suatu amalan yang menghina terhadap Maha Pencipta. Saya dengan sepenuh hati menyokong hasrat kerajaan memperkenalkan Rang Undang-undang Perlindungan Penderma Makanan 2019. Saya berharap rang undang-undang ini akan diluluskan oleh Dewan yang mulia ini secara sebulat suara untuk mengisi perut-perut kosong yang sedang menanti pemberian suci itu sampai ke pinggan mereka.
Saya juga berharap mulai sekarang, semua pihak dengan rela hati akan menyalurkan makanan berlebihan kepada golongan yang memerlukan. Tahniah juga diucapkan kepada usaha dan inisiatif yang diambil oleh pihak-pihak yang menggiatkan Food Bank di Malaysia. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Hulu Langat. Selepas itu Yang Berhormat Lembah Pantai dan Yang Berhormat Jeli.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada teman-teman Ahli Parlimen yang masih setia menunggu dan terlibat dalam bahas Rang Undang-undang Perlindungan Penderma Makanan 2019...
[Tepuk]
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Termasuk dua lelaki Melayu terakhir yang berada di hadapan sana...
[Ketawa]
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Saya mulakan dengan...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Dia sudah hendak balik dah itu [Ketawa]
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Tak jadi balik lah dia.
Saya menyebutkan sebuah ayat dalam Surah Al-Balad yang menyebutkan...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Iaitu, “Tahu kah kamu di hari, di mana ketika itu amalan- amalan yang mulia yang akan dapat menyelamatkan kita daripada kehidupan yang susah di akhirat nanti, antaranya ialah....” [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “...memberi makan”.
Disebut dengan jelas iaitu memberi makan di hari orang sedang lapar.
Jadi saya percaya kerajaan yang ada pada hari ini adalah merupakan kerajaan yang membawa pembaharuan, yang memikirkan tentang rakyat dan orang ramai, terutama yang lapar. Lalu diadakan satu rang undang-undang untuk menjamin keselesaan orang ramai, para penderma untuk memberikan makanan kepada mereka yang memerlukan.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Satu lagi ayat yang saya ingin kongsikan, dengan jelas disebutkan... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Sifat buruk yang ada pada golongan tertentu yang dikutuk antaranya
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
ialah mereka ini tidak menggalakkan diri mereka apatah orang lain untuk memberi makan kepada miskin. Saya percaya keputusan yang kita buat pada hari ini adalah merupakan satu keputusan yang sangat penting yang saya percaya kerajaan ini akan diberikan berkat dan rahmat yang cukup tinggi...
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Yang Berhormat Hulu Langat, minta...
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Ini kerana kita menggalakkan orang ramai untuk memberi makan kepada orang lain. Kita ada...
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Minta laluan. Sikit saja Yang Berhormat Hulu Langat.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Setengah minit.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Isu yang sering berlaku di kawasan bandar khususnya Kuala Lumpurlah iaitu isu gelandangan yang kita nampak banyak di- kadang-kadang tidur di tepi-tepi bangunan. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat? Saya cadangkan supaya kerajaan mengambil perhatian serius dalam menyelesaikan isu mereka ini.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Ya, saya sangat setuju dan saya percaya Jabatan Kebajikan Masyarakat akan juga diperkasakan dan diperdayakan supaya mereka juga memainkan peranan sebagaimana yang diharapkan oleh Yang Berhormat Kemaman tadi. Terima kasih. Saya ingin meneruskan dalam masa yang tinggal lagi...
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Setiu, Yang Berhormat. Setiu...
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Yang Berhormat Setiu.
Minta maaf dan terima kasih. Saya ingin menyebutkan bahawa kerajaan akan memastikan golongan yang menerima dan saya percaya golongan yang menerima makanan ini telah ada akta yang melindungi mereka. Kalau kita lihat Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
(BKKM), Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985, Peraturan Kebersihan Makanan 2009, telah ada akta yang menjaga dan membela supaya masyarakat tidak menerima makanan-makanan yang tidak baik, yang rosak, yang kotor dan sebagainya.
Hari ini, kita memperkenalkan satu lagi undang-undang untuk menjamin keselesaan kepada mereka yang bersedia untuk memberikan sumbangan dan bantuan.
Saya ingin mengemukakan satu pengalaman yang berlaku di Indonesia. Kalau kita lihat, kerajaan mereka mewajibkan syarikat korporat menyumbangkan dua peratus daripada keuntungan kepada program tanggungjawab sosial korporat (CSR). Dari situ mereka memberikan peruntukan kepada Foodbank of Indonesia (FOI) yang tadi disebutkan juga.
Mereka mempunyai dana yang tetap yang diambil daripada CSR diserahkan kepada FOI Indonesia ini. Daripada situlah dibelanjakan untuk memberi jaminan supaya makanan yang ada itu dapat diedarkan dengan baik kepada mereka yang sangat memerlukan.
Saya juga ingin bertanya apakah kerajaan akan cuba untuk memikirkan kerana saya percaya apabila perkara ini diluluskan, sudah tentu ia memerlukan kepada bajet dan peruntukan yang besar untuk memastikan ia dapat berjalan dengan baik. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada masyarakat yang telah pun melaksanakan Food Bank ini di pelbagai tempat, di masjid, di church dan di temple yang telah mengadakan tabung seumpama itu.
Sebagai Ahli Parlimen Hulu Langat, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma dan juga Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi yang memang mempunyai satu skim untuk menyediakan tempat masyarakat meletakkan makanan dan dengan sendirinya orang miskin datang mengambil tanpa segan dan silu. Saya sangat menyokong RUU Perlindungan Penderma Makanan 2019 ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Lembah Pantai.
Beberapa Ahli
....Tidak ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Mungkin tidak sempat.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Jeli. Selepas itu, Yang Berhormat Pasir Gudang.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed - Jeli
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera, ringkas saja.
Alhamdulillah perbahasan ini sejuk kerana sebahagian kerana sudah malam, sejuk.
Kedua, semua setujulah. Tidak ada masalah ya. Tidak ada kontroversi.
Jadi, kita ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Kerajaan Malaysia kerana telah merangka program yang cukup mantap dan disokong oleh semua. Saya pun sokong juga.
Saya ada beberapa cadangan dari aspek pengurusan dan penambahbaikan. Saya setuju cadangan supaya diwujudkan skim mobile untuk menangani masalah di kawasan- kawasan tertentu termasuklah di luar bandar. Mungkin di Kelantan, ada kawasan bergantung kepada laporan daripada bawah, ya. Tadi sebut banjir, di bandar kecil luar bandar, lokasi tertentu diadakan perkhidmatan mobile selain daripada yang ada ini.
Keduanya, kita perhatikan bahawa majlis-majlis kerajaan, ya, termasuk taklimat di Parlimen juga mungkin. Kadang-kadang yang hadir itu separuh. Kalau kenduri di Kuala Lumpur, kalau di kampung tiada masalah. Kadang-kadang lebih banyak. Jadi, langkah- langkah hendaklah diambil untuk memastikan bahawa dalam kerajaan pembaziran sebegini dapat dihapuskan kerana ini boleh menjimatkan peruntukan kerajaan. Itu function atau majlis kerajaan.
Ketiganya, ia berkaitan dengan tempat yang bermasalah. Tadi sebut gelandangan.
Universiti, ya. Ini boleh dipanggil sebagai flash point dan harus diadakan ranking. Mana yang risiko tinggi. Chow Kit kah, mana kah? Mana yang rendah risikonya? Dalam lain perkataan, harus ada ranking supaya kita boleh tackle tempat-tempat kawasan yang serius masalah ini dengan menyediakan peruntukan lebih besar. Itu yang ketiga.
Keempatnya, data yang diperoleh daripada skim ini hendaklah dikaitkan ataupun di- link dengan jabatan lain. Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang bertanggungjawab dalam membasmi kemiskinan. Ini penting. Data ini adalah mustahak dalam konteks kita menangani kemiskinan. Sekarang perbahasan agak panas berkaitan kadar kemiskinan berikutan laporan daripada Alston, repertoir daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Oleh itu, harus data ini dikongsi dengan rakan-rakan lain ataupun kerajaan.
Kelima dari segi laporan. Disebut di sini 311,189 isi rumah- households, sejak Ogos tahun lepas. Saya cadangkan supaya ditukar pelaporan ini kepada harian. Umpamanya 1,000 KR- ketua rumah satu hari. Lebih senang untuk ditangkap oleh mereka yang ingin mengikuti kemajuan program ini. Kalau 311,189 ini banyak tetapi lebih bermanfaat sekiranya di convert laporan ini dalam bentuk harian ataupun mingguan. Ini supaya kita boleh tahu betapa besarnya program ini.
Seterusnya, saya cadangkan supaya dibuat laporan sekali dalam tiga bulan kepada rakyat Malaysia melalui iklan. Saya tahu Yang Berhormat Menteri dan rakan-rakan kementerian telah banyak mengadakan publisiti untuk program ini tetapi harus diperbaiki lagi supaya program diketahui umum tentang sumbangan besar lebih 430 outlets yang telah menyertai program ini dan dengan undang-undang ini sudah pasti lagi banyak outlet yang akan menyumbang kepada program yang cukup baik ini.
Mungkin sudah boleh diadakan satu pertandingan. Kita harus recognize, mengiktiraf syarikat-syarikat yang banyak menyumbang. Ranking satu, dua dan tiga umpamanya. Ini adalah untuk menggalakkan mereka bagi memberi sumbangan yang lebih besar kepada program ini. Itulah tujuh, lapan cadangan saya dalam konteks untuk memperbaiki pengurusan penambahbaikan termasuklah laporan. Ini kerana kalau kita highlight-kan dengan lebih berkesan lagi program ini, sudah pasti dengan ada publisiti yang berkesan dan saya yakin ia akan menggalakkan lebih banyak lagi penyumbang.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed - Jeli
Jadi, harapan saya dan saya tahu juga ini harapan kerajaan supaya undang-undang ini akan menggalakkan lebih banyak lagi penyumbang. Ini dapat menangani, kalau dulu kita tidak berapa hendak iktiraf masalah di universiti, hari ini sudah 17 dan 18, serta kita alu- alukan dan program ini akan diperluaskan. Maka, ia telah menepati ataupun memenuhi satu keperluan yang amat mendesak. Itulah sebabnya saya berpendapat elok kita adakan satu ranking. Mana tempat, institusi atau lokasi paling serius supaya kita dapat menangani masalah ini. Program ini ataupun makluman ini dapat dikaitkan dengan jabatan-jabatan lain dalam kerajaan. Saya menyokong. Terima kasih dan tahniah kementerian.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Jeli.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pasir Gudang. Selepas itu, Yang Berhormat Lembah Pantai.
Seorang Ahli
...Ada Yang Berhormat Lembah Pantai?
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ada pandangan yang positif dan negatif terhadap Rang Undang-undang Perlindungan Penderma Makanan ini.
Pandangan yang positif- kebaikan undang-undang ini apabila digubal nanti telah dinyatakan banyak pembahas-pembahas tadi iaitu menggalakkan pihak-pihak menderma, menyumbangkan makanan-makanan itu kepada rakyat kita yang kurang bernasib baik.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Jadi saya hendak fokus kepada yang ada negatif yang saya lihat perlu diambil kira sekiranya Yang Berhormat Menteri dapat meyakinkan saya reservation saya ini. Maka tidak ada masalah untuk saya menyokong rang undang-undang ini.
Pertama ialah soal jelas sekali rang undang-undang ini memberi perlindungan kepada penderma iaitu melindungi mereka daripada civil liability. Penderma-penderma ini adalah syarikat-syarikat besar. Kita hendak lindungi mereka. Ada logik juga sebab mereka dengan baik hati tanpa bayaran apa hendak sumbang derma. Akan tetapi yang menerima makanan ini, rakyat kita yang miskin. Kita juga ada tanggungjawab moral untuk melindungi rakyat kita yang miskin, yang mendapat makanan daripada yang selamat tetapi berupa lebihan daripada pengeluar-pengeluar yang kaya itu. Jadi, ada hubungan yang tidak seimbang antara satu pihak, kita hendak lindungi syarikat-syarikat korporat yang besar dan kaya, global players tetapi apa perlindungan kita pada rakyat kita yang miskin ini, yang kelaparan kalau tidak ada makanan ini?
Persoalannya ialah personal injuries, satu kesalahan tort dari segi undang-undang.
Rang undang-undang ini saya melihat iaitu akan mengetepikan prinsip-prinsip dalam undang- undang tort iaitu duty of care, tanggungjawab untuk menjaga. Perkara ini tidak dapat dipertahankan kerana tidak ada kontrak di sini. Tidak ada offer and acceptance, tidak ada balasan kerana sumbangan itu percuma. Jadi jaminan kepada rakyat itu.
Saya melihat, rang undang-undang ini tidak rumit. Ia ringkas sahaja. Seksyen yang ketiga, fasal di situ dia ada sebut, “Perlindungan penderma makanan”. Agak lega juga bila dia sebut situ. Saya baca, “Seseorang penderma makanan tidak menanggung apa-apa liabiliti sivil berkenaan dengan kecederaan diri dan sebagainya... melainkan jika boleh dibuktikan bahawa kecederaan diri...” dan sebagainya, (a), (b), (c), (d) itu dilakukan oleh penderma- penderma itu, mereka cuai dan sebagainya.
Soal saya ialah, kalau berlaku kecederaan diri seperti sakit, mati, ke atas golongan yang menerima ini, bagaimana keupayaan mereka untuk mengambil tindakan civil action terhadap syarikat-syarikat besar ini? Adakah kerajaan akan membantu mereka dalam Biro Bantuan Guaman dan sebagainya? Mereka ini adalah golongan yang hendak menerima makanan ini, kalau berlaku personal injuries ke atas diri mereka, mampukah mereka engaged- melantik peguam-peguam untuk lawan kes ini ke mahkamah untuk menuntut keadilan itu?
Jadi, penjelasan daripada pihak kerajaan Yang Berhormat Menteri, kalau dapat memberi jaminan, tidak ada masalah untuk disokong rang undang-undang. Akhirnya, ada
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
atau tidak kemungkinan jika berlaku kemalangan diri kepada penerima-penerima ini, kerajaan boleh di saman? Maknanya dilindungi pihak yang menderma tetapi bagaimana kerajaan yang dilihat ialah pihak yang ketiga dalam undang-undang ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Dia tepat pada masanya.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Perlindungan Penderma Makanan 2019. Sebenarnya sebelum PRU yang lalu, saya telah menjadi seorang penderma di kawasan Lembah Pantai sendiri di mana pada waktu itu dengan bantuan beberapa NGO, saya telah mengumpulkan lebihan makanan untuk diedarkan.
Akan tetapi pada waktu itu, saya menjadi mangsa di mana ada kelompok politik yang mengambil kesempatan melihat daripada barang lebihan yang diberikan, mereka memilih makanan yang paling mungkin sudah sedikit busuk dan mereka ambil dan mereka gambarkan seolah-olah parti ataupun saya memberikan makanan yang busuk. Jadi, kalau ada contohnya undang-undang ini pada waktu itu, saya akan semestinya selamat.
Akan tetapi, apa yang saya hendak sampaikan, sebenarnya di Kuala Lumpur, telah banyak ada syarikat-syarikat ataupun NGO-NGO yang terlibat dalam aktiviti menderma makanan, termasuklah Lost Food Project, Kechara Soup Kitchen, Food Aid Foundation dan banyak lagi.
Saya lihat konsep tabung makanan ini- saya ditegur, saya rasa kita ada ditegur oleh Yang Berhormat Port Dickson, kita guna “food bank”, tetapi kita mungkin boleh membahasakan juga sebagai “tabung makanan”. Ini adalah satu perkara yang di- pada waktu ini, saya rasa bulan Mac tahun 2019, kita terkesan dengan insiden siswa ikat perut. Berita terkeluar dari Universiti Malaya mengatakan ramai pelajar mahasiswa yang makan sehari sekali sehinggakan Yang Berhormat Pekan pada waktu itu menitiskan air mata dalam Facebook mengatakan, betapa Menteri-menteri Pakatan Harapan tidak kisah dan sebagainya. Sehinggalah beliau telah ditegur oleh salah seorang daripada Food Aid Foundation di mana pada waktu itu- barulah orang ramai tahu. Sejak tahun 2016 sebenarnya, Food Aid Foundation telah berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada kerajaan dahulu. Jadi saya hendak ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan juga kerajaan sekarang kerana cukup prihatin tentang keperluan adanya rang undang- undang ini dan kita perlu bagi sokongan yang padu.
Cuma, cadangan saya kalau boleh dipertimbangkan mungkin dalam pembentangan Belanjawan pada hari Jumaat ini, dapat diberikan insentif cukai. Pelepasan cukai kepada syarikat-syarikat, kepada NGO-NGO mereka yang mahu menderma. Ini kerana walaupun kita lihat banyak yang telah didermakan sebagai contoh di Lembah Pantai sendiri, daripada bulan Januari hingga September tahun 2019, melalui kerjasama pejabat saya dengan Lost Food Project, sebanyak 85,460 kilogram lebihan makanan telah berjaya kami edarkan kepada kawasan PPR, kepada kelompok B40.
Jadi, bagi saya ini adalah satu jumlah yang besar iaitu sebanyak 85 tan makanan.
Saya percaya kalau kita lihat di bawah beberapa agensi yang lain seperti JAWI, pengurusan masjid, dan surau Jumaat, ada di sesetengah tempat gerobok rezeki. Di mana penderma boleh meninggalkan ataupun meletakkan lebihan makanan di situ.
Jadi, harapan saya dengan adanya rang undang-undang ini, bila kita luluskan, Insya-Allah, akta ini akan dapat melindungi tetapi pada masa yang sama seperti ada sahabat- sahabat yang lain yang menyatakan, ini cuma satu keselamatan daripada liabiliti daripada di saman, contohnya.
Akan tetapi, saya lihat dari segi pelaksanaan, banyak beberapa perkara lagi boleh kita usahakan termasuklah kepada hemat saya, satu pendaftar ataupun pendaftaran
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
terhadap penderma-penderma terutamanya yang besar-besar dan jika diberikan juga insentif pelepasan cukai, maka kita akan dapat satu data yang agak besar.
Sebagai contoh saya difahamkan, Kechara Soup Kitchen mempunyai sistem penyimpanan makanan lebihan yang cukup kreatif dan sebenarnya cukup sistematik. Mereka juga tahu yang penerima mereka juga bukan menerima selonggok makanan tetapi mereka menerima mengikut satu kuota. Sistem itu saya rasa satu sistem yang baik.
Selain daripada mengadakan akta seperti ini, saya rasa kita kena lihat supaya kita boleh memaksimumkan, mengoptimumkan setidak-tidaknya lebihan makanan terutama bagi manfaat golongan B40. Jadi setakat itu dahulu, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kapar.
Selepas itu Yang Berhormat Hulu Terengganu dan berakhir dengan Yang Berhormat Batu. Sila.
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya meneliti dan memahami hasrat yang tersirat kementerian setelah melalui episod percubaan. Kejayaan itu dijelmakan dengan hasil yang cukup memberangsangkan. Menjadi satu iltizam kepada setiap kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan.
Pada tahun 2014, seingat saya, isu ini menjadi isu yang begitu sensitif apabila kerajaan terdahulu cuba mengharamkan pemberian kepada orang-orang yang sepatutnya dibantu.
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Namun, bila tercetusnya idea oleh kementerian yang didukung oleh Yang Berhormat Menteri sendiri, yang menzahirkan 1.3 bilion tan makanan yang tidak langsung dianggap sebagai makanan rezeki di bumi Allah ini, diberikan kepada mereka yang berhak atas sedekah. Namun yang jelas, apabila akta ini diberikan perhatian, maka lingkaran daripada itu, maka lahirlah episod untuk kita mengatakan objektif sebenar setelah kita ketahui bahawa kadar kemiskinan negara ini menghampiri 22 peratus yang membimbangkan kita kalau tidak ada bantuan secara segera diberikan kepada mereka yang memerlukan bantuan.
Di atas sifat objektif itu-lah, saya ingin merungkai sedikit dalam masa lima minit ini, meningkatkan kesedaran pengguna, meningkatkan pendapatan boleh guna dan meningkatkan kesedaran pengguna yang mempertingkatkan pengurusan makanan lebih sistematik. Ini adalah satu alunan atau atur cara yang begitu mulia yang dianggap untuk mengemas kini dan memastikan saluran bantuan itu dapat dirasai walaupun kita melihat negara-negara besar yang maju pun ada undang-undang ini yang boleh menjamin kestabilan ataupun mereka yang menyumbang kepada ke arah untuk membantu rakyat miskin.
Saya ingin menyinggung atas beberapa perkara yang melibatkan tafsiran yang memberikan penjelasan- oleh sebab itu saya lebih mendorong untuk membahaskan soal kebaikan atas inisiatif kementerian yang sebegitu mulia, yang tidak pernah terfikir sebelum ini. Inilah yang memberikan saya sentuhan untuk saya rungkaikan keresahan ataupun kesedihan daripada mereka yang terlibat. Apa pun bahan mentah, lebihan dimasak, diproses atau disediakan untuk dimakan, ini melibatkan pelajar-pelajar universiti yang dihantar oleh mak ayah yang ada keperluan untuk kelengkapan pelajaran semata-mata tetapi dalam segi pemakanan, mereka terpaksa ikat perut kerana kemampuan untuk berbelanja itu tidak ada.
Saya mengakui kerana pengalaman bila kita menghantar anak-anak ke universiti, saya akui bahawa sahabat anak-anak saya ini melahirkan kesedihan kerana tidak dapat menerima ataupun disediakan kelengkapan untuk menyempurnakan mereka dari segi fizikal.
Maka, saya mengambil peluang ini mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana kita ketahui bahawa perbelanjaan makanan untuk mak ayah yang menghantar anak-anak mereka ke universiti, sekitar melebihi hampir 60 peratus mereka yang tidak ada kemampuan untuk menyediakan makanan yang sesuai untuk anak dalam pendidikan untuk mereka meneruskan agenda pelajaran.
Itu-lah yang saya lihat sebagai satu sentuhan yang luar biasa yang tidak pernah terfikir. Selama 63 tahun kita merdeka, baru sekarang kita memikirkan bagaimana
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
lengkapnya untuk kita membantu anak-anak yang memerlukan bantuan terutama sekali mereka yang sedang dalam proses pendidikan di peringkat universiti, kolej dan sekolah- sekolah. Kita lebar luaskan sekolah-sekolah di perkampungan, yang memerlukan bantuan yang amat mendesak. Saya percaya dan saya yakin dengan apa yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai berkenaan dengan pengecualian percukaian sedikit untuk penderma ini untuk merancakkan lagi pendermaan dari segi pemakanan ini.
Saya percaya, 1.3 bilion tan itu in syaa Allah, negara kita akan menjadi negara contoh yang memberikan pertolongan dan kebajikan kepada rakyat miskin yang sekitar 22 peratus ini yang membimbangkan kita. Sekarang ini kos sara hidup meningkat, barangan luar biasa yang tidak boleh kita jangkau. Inilah yang berlaku pada hari ini. Peluang ini yang saya ambil dengan rumusan bahawa Rang Undang-undang Perlindungan Penderma Makanan 2019 tidak boleh kita nafikan kebaikannya. Tidak boleh kita memikirkan ataupun kita mengatakan tidak kepada akta ini. Sesiapa yang mengatakan tidak, mereka tidak ada hati manusiawi, hati perut yang murni dan bersih terutama sekali Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini. Saya menyokong sepenuhnya rang undang-undang ini diluluskan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Hilang perasaan hendak tidur.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih juga kerana memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Perlindungan Penderma Makanan 2019. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak kerajaan yang mengambil inisiatif untuk mengadakan rang undang- undang ini untuk memastikan penderma makanan di negara ini dilindungi.
Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang singkat ini saya ingin mengatakan bahawa tujuan penderma makanan ataupun...
[Berucap dalam bahasa Arab] Memberi makan kepada orang lapar dan juga memberikan keamanan kepada orang yang takut adalah sesuatu tindakan, sesuatu usaha murni yang dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan bahawa kita rakyat Malaysia berada di dalam keadaan yang selamat, selesa dan sejahtera.
Oleh yang demikian, saya suka mencadangkan beberapa pandangan dan cadangan untuk memastikan rang undang-undang ini akan lebih baik pada masa yang akan datang.
Antaranya ialah perluasan kawasan operasi Food Bank ini agar diperluaskan dan sistem penggiliran sumber makanan dapat dipertingkatkan. Ini bagi memastikan keperluan kumpulan sasaran dapat dipertingkatkan dalam semasa ke semasa dan untuk mengelakkan lambakan sumbangan di sesetengah kawasan operasi Food Bank. Kita mohon juga ia diadakan di kawasan-kawasan luar bandar, terutamanya di kawasan Hulu Terengganu.
Kedua, saya juga mencadangkan kepada pihak Menteri agar penambahbaikan SOP penyampaian sumbangan makanan ini untuk menjadikan Food Bank ataupun Food Bank Siswa yang sedia ada sebagai satu rujukan untuk penambahbaikan program ini. Ini adalah kerana makanan yang disumbangkan itu ada yang cepat rosak dan cepat basi dan boleh memudaratkan para penerima ataupun mereka yang makan makanan tersebut.
Ketiga, cadangan saya Tuan Yang di-Pertua ialah mewujudkan pusat sehenti ataupun one-stop center mengikut zon. Ini adalah bagi memudahkan pengumpulan makanan, sumber makanan tersebut yang berbentuk ad hoc oleh penderma makanan, di mana penerimaan makanan diselia dan diurus oleh pengurus pusat sehenti yang dibentuk itu.
Keempat, sebagai mana yang dikatakan oleh rakan-rakan ahli yang berbahas tadi, bahawa makanan yang halal dan baik juga perlu diberikan perhatian yang khusus terutamanya kepada orang Muslim.
Kelima, cadangan saya ialah untuk menggalakkan keterlibatan lebih banyak NGO pada masa hadapan agar ini akan mengurangkan beban kos pentadbiran dan penyeliaan Food Bank oleh kerajaan. Jadi, ini meringankan beban kerajaan dari segi kewangan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya suka mencadangkan agar Food Bank ini ditumpukan kepada rakyat Malaysia. Kita bimbang kalau-kalau ada yang berlaku ‘kera di hutan disusukan, anak di riba mati kelaparan’. Jadi, saya berharap agar Food Bank ini dapat dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia sepenuhnya agar ia dapat dimanfaatkan oleh kita semua.
Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian, saya suka mencadangkan agar Food Bank ini dipersetujui dengan sebulat suara kerana ia suatu usaha murni yang baik untuk kebaikan kita bersama. Saya rasa itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Batu. Selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab. Sila.
Tuan P. Prabakaran - Batu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua untuk memberikan saya ruang untuk berucap di dalam Rang Undang-undang Perlindungan Penderma Makanan 2019. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih, syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri untuk mengambil inisiatif ini. Kita akui bahawa negara ini mencatatkan pembaziran makanan yang besar. Penyumbang kepada pembaziran ini juga berlaku daripada pelbagai jenis industri. Contohnya, pasar raya, restoran dan sebagainya sedangkan kita semua mampu untuk mengawal pembaziran yang akan berlaku. Apabila Malaysia mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan program Food Bank, kesan utamanya adalah kita mampu menurunkan nilai pembaziran dari semasa ke semasa.
Selain daripada itu, kita mampu membantu mahasiswa kerana kebanyakan pelajar tidak terdiri daripada keluarga bangsawan. Dengan adanya program ini, setidak-tidaknya kebajikan mereka terjaga. Manakala di peringkat pengguna, kesedaran dapat diwujudkan seperti cara untuk menangani pembaziran makanan dan mempertingkatkan pengurusan lebihan makanan yang lebih teratur dan sistematik. Secara tidak langsung, ia membantu meningkatkan pendapatan disposal income, dengan izin.
Tuan P. Prabakaran - Batu
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menekankan bahawa kewujudan food bank ini adalah satu inisiatif yang baik bagi membantu banyak golongan sasaran. Akan tetapi sebelum program ini sempat dijalankan secara menyeluruh, kini telah wujudnya persepsi dan kerisauan daripada pihak-pihak yang ingin menderma makanan lebihan walaupun mereka mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh kementerian.
Untuk makluman semua, bagi makanan yang telah dimasak, lebihan makanan yang masih tidak terusik boleh digunakan untuk didermakan ke hab-hab yang disediakan.
Walaupun begitu, kerisauan berlaku apabila bagaimana jika sesuatu makan yang dihantar ke hab-hab dalam keadaan elok tetapi makanan tersebut rosak ketika berada di hab-hab tersebut.
Bagi mengatasi masalah sebegini, pelbagai alternatif boleh dilakukan seperti setiap hab di universiti haruslah mempunyai sukarelawan koordinator mereka. Peti ais beku dan microwave harus disediakan. Penderma boleh menggunakan retort machine untuk memastikan makanan tersebut boleh digunakan dalam satu tempoh masa sehingga dua tahun dan hanya perlu disimpan di dalam suhu bilik.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagai maklumat tambahan, saya ingin merakamkan pada hari ini projek retort makanan bagi kegunaan food bank telah dilakukan buat kali pertama di dunia pada Ramadhan lepas. Selama ini retort makanan hanya digunakan untuk kegunaan tentera dan industri.
Pihak yayasan food bank dengan kerjasama daripada koordinator siswa telah menjalankan pilot project dengan izin untuk retort makanan dan diagihkan sepanjang Ramadhan. Projek ini berkesan dan impak daripadanya adalah lebihan makanan hotel sepanjang Ramadhan dapat dikurangkan dan bantuan dapat disasarkan kepada golongan yang memerlukan.
Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang baik, tidak semestinya akan sentiasa berjalan dengan lancar. Di antara asas-asas pertimbangan bagi penggubalan rang undang-
Tuan P. Prabakaran - Batu
undang ini adalah kebimbangan pihak industri sekiranya dikenakan tindakan undang-undang oleh penerima jika berlaku sesuatu di luar jangkaan. Tiada sebarang undang-undang yang melindungi pihak penderma. Tanpa rang undang-undang tersebut kita kekurangan pihak industri dan individu yang ingin menyumbang.
Sebagai maklumat tambahan, beberapa negara yang mempunyai undang-undang bagi melindungi penderma adalah Perancis, Itali, Amerika, Kanada, Republik Korea dan Argentina. Manakala garis panduan juga harus dikeluarkan oleh kementerian bagi memastikan penderma tidak melakukan dengan keadaan sambil lewa. Saya juga dimaklumkan bahawa peranan pihak KPDNHEP dalam program food bank ini adalah menyelaras di antara penyumbang dan rakan strategik utama. Mereka akan menguruskan logistik operasi, mengenal pasti dan menyelaras kumpulan sasar. Dengan bantuan yang diberikan oleh KPDNHEP saya yakin food bank dapat dijalankan dengan baik dan jayanya.
Sebagai rumusan, sebagai wakil Kuala Lumpur untuk food bank, saya ingin membangkitkan beberapa isu kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri sedia maklum kita telah memiliki hab-hab food bank di UM, UTM, UPM, UKM dan UPNM.
Masalah telah dikenal pasti setelah kita menjalankan program ini. Di antara masalah yang ingin saya ketengahkan adalah apabila kita tidak mempunyai pelan rancangan bagi memastikan program ini mampu diteruskan kerana kita hanya mempunyai impak sekitar 20 peratus kerana tidak semua pelajar di IPT tersebut mengetahui tentang kewujudan food bank. Apakah kementerian mempunyai perancangan untuk mengadakan promosi- promosi di kawa IPT yang terlibat bagi memastikan semua pelajar tahu tentang kewujudan hab-hab food bank ini? Masalah kekurangan bekalan makanan juga turut berlaku dan pelajar- pelajar...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat masa sudah tamat, sila menggulung.
Tuan P. Prabakaran - Batu
Okey. Masalah kekurangan makanan juga berlaku, saya yakin dan pasti masalah kekurangan makanan dapat diatasi selepas penderma ini dilindungi di bawah rang undang-undang yang bakal dibentuk. Batu ingin menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat.
Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri menjawab. Masa selama 30 minit.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua saya bangun untuk membuat reaksi terhadap isi-isi perbahasan yang telah disampaikan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat. Pada saat ini saya ingin menzahirkan rasa terima kasih, syukur dan merasa sangat dihargai, bagi pihak kami di kementerian dan seluruh warga dan keluarga besar kementerian, apabila mendengar perbahasan-perbahasan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat.
Benarlah seperti yang disebut oleh Pendeta Za’ba “Jikalau kamu bersifat budiman, dipandang sebagai bunga di taman, jikalau kamu sifat dermawan, segala orang dapat kau tawan, jikalau kamu bersifat pemurah, segala manusia datang menyerah”.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Cantiklah.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Saya tujukan khusus sebab saya tahu Speaker berminat dengan kata-kata pujangga. Ketika kami di kementerian memikirkan tentang bagaimana langkah melihat ke hadapan bagi menterjemahkan satu idea ataupun polisi yang baik. Di sana kami terjumpa pesan pemikir Yunani Socrates. Disebut rahsia dalam menjayakan perubahan ialah kita tidak menumpukan tenaga kita menentang yang lama.
Sebaliknya kita menumpukan tenaga kepada membina yang baru.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua dan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, kerana itu saya ingin mulakan dengan memberikan reaksi kepada beberapa pandangan Ahli Yang Berhormat.
Rakan saya dari Pontian yang membuka gelanggang membangkitkan perkara dari sudut
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
perkataan lebihan yang memberikan konotasi yang kurang sedap. Kementerian berpendapat bahawa dari istilah lebihan atau bahasa Inggerisnya surplus itu tepat kerana ia menggambarkan makanan yang dibazirkan atau tidak dimakan atau tidak digunakan.
Perkataan sisa adalah merujuk kepada wastage dan tidak selamat dimakan. Akan tetapi saya tidak mahu sangat bergelut soal semantik ini ya. Apa yang paling penting core business kita adalah kita hendak sama-sama menjayakan satu ikhtiar yang kita yakin manfaatnya besar.
Perkataan halal yang banyak dibangkitkan oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Kemaman, Yang Berhormat Setiawangsa dan sebagainya. Sudah tentu dalam melaksanakan program ini, aspek itu sangat ditekankan dan sangat diberi perhatian serius oleh kementerian. Soalnya apakah kita perlu memasukkan dalam naskhah rang undang-undang atau memadai nantinya kita menghasilkan satu garis panduan. Kita berpendapat bahawa garis panduan sesuai dengan pengalaman kita mengerakkan program ini selama setahun.
Bahkan, dari segi pelaksanaannya kita beri penekanan kepada pihak yang hendak menderma, pihak yang menjalankan usaha, sukarelawan dan pihak yang menerima diberikan keyakinan. Misalnya melalui rakan strategik kita di Pulau Pinang iaitu Mutiara Food Bank. Kita telah mengadakan perjanjian dengan Persatuan Pengusaha Hotel di Pulau Pinang yang kesemuanya memiliki sijil halal. Jadi tidak timbul sumbangan dari dapur hotel itu menimbulkan keraguan kerana pihak autoriti yang bertanggungjawab telah pun memberi pengesahan. Kita juga mengadakan kerjasama dengan Persatuan Tukang Masak yang menawarkan latihan dari sudut aspek pengendalian makanan. Jadi hal itu sememangnya di dalam makluman dan pelaksanaan kementerian. Perkara yang turut dibangkitkan...
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Minta penjelasan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Sila.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila, Yang Berhormat Rantau Panjang.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Saya tertarik dengan apa yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri. Saya pernah mendapat aduan bagaimana pendedahan yang dibuat oleh tukang masak sendiri. Ada majikan yang sengaja mengelirukan pengguna dengan label halal tetapi hakikatnya semasa pemeriksaan dibuat barang-barang yang tidak halal itu disembunyikan.
Ini diadukan oleh tukang masak sendiri yang non-Muslim tetapi dia bersimpati dengan orang Islam.
Sejauh mana kerajaan mengambil tindakan ataupun memastikan supaya sijil halal itu tidak dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, apa lagi contohnya dalam promosi bufet Ramadhan dan sebagainya sedangkan periuknya, dapurnya, masakannya, bahan-bahan yang tidak halal masih lagi dipergunakan dalam proses penyediaan makanan.
Minta penjelasan apa tindakan kementerian.
Datuk Seri Saifuddin Nasutkion bin Ismail
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bercadang untuk menafikan tentang kalau di sana wujud perkara seperti yang diperihalkan.
Bukan sekadar mereka patut melaporkan atau memaklumkan pada Ahli Yang Berhormat, bahkan Ahli Yang Berhormat patut mencadangkan kepada mereka membuat aduan kepada pihak berkuasa.
Dari sudut pelaksanaan sijil halal kalau ada pelanggaran, authority itu ada pada KPDNHEP dan juga pada JAKIM. Dari segi authority halal sebenarnya datang daripada KPDNHEP. KPDNHEP lah yang kemudiannya empower JAKIM dan untuk tujuan promosi komersial pula itu di bawah Halal Development Cooperation. Dia adalah kombinasi tiga kementerian. Jadi, kalau ada aspek pelanggaran, sementara saya tidak nafikan, langkah yang lebih baik adalah memperbetulkan keadaan itu.
Setakat kita laksanakan sekarang, kita telah melaksanakan dengan cermat dan penuh hati-hati kerana itu, misalnya saya bagi contoh. Sukarelawan Food Bank kita di Pulau Pinang terdiri daripada anak-anak siswa dan siswi kita di UiTM Pulau Pinang. Mereka telah dapat menghasilkan satu kaedah di mana lebihan makanan di dapur hotel yang tidak disentuh
Datuk Seri Saifuddin Nasutkion bin Ismail
dalam bulan Ramadhan, mereka masukkan dalam bungkusan plastik kedap udara, mereka masukkan dalam retort machine 125 degree Celsius, 25 minit pemanasan, mereka keluarkan kemudian makanan itu dihantar ke makmal. Makmal kemudian telah membuat laporan bagaimana makanan itu selamat dimakan untuk tempoh satu tahun. Rancangan kita adalah untuk memperbanyakkan lagi retort machine ini ditempatkan di dapur-dapur hotel. Kemudian kalau musim banjir, dia bukan soal sardin dan ikan masin. Akan tetapi dia merupakan bekalan dari dapur-dapur hotel di mana makanan itu telah kita bungkus dan retort. Ini kita dalam proses untuk mendapatkan lagi laporan dari makmal Kementerian Kesihatan. Apa yang telah kita hantar adalah dengan makmal swasta.
Saya mengambil maklum dan prihatin tentang teguran dan pandangan daripada Ahli Yang Berhormat tentang peri pentingnya aspek halal ini diberikan penekanan kerana itu membabitkan soal hukum. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat menyinggung, saya ucapkan terima kasih sebab saya dari Dungun bahkan saya pernah hadir dalam program berceramah dengan beliau dan beliau titipkan saya satu kitab sirah para sahabat. Sana diceritakan tentang bagaimana peristiwa kemarau zaman Sayidina Umar dan makanan tidak cukup di Madinah, Sayidina Umar perintahkan wilayah Islam yang tidak menghadapi bencana kemarau supaya didatangkan makanan ke Madinah. Di situ didirikan central kitchen dimasak dan diagihkan ke dapur-dapur. Di situlah, dalam kitab itu, buku warna hijau, kulitnya kulit keras, saya masih ingat lagi terima daripada Ustaz Wan Hassan. Kebetulan hari ini, sahabat saya dia dengar dari Dungun. Disebut [Membaca sepotong hadis] “Barangsiapa meringankan kesusahan golongan yang dibeban kesukaran, Allah akan ringankan baginya di dunia dan akhirat”. Hadis riwayat Muslim.
Saya hari ini rasa bersyukur dapat berkongsi pengajaran hadis itu...
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
...Dan usaha kita untuk menterjemahkannya dalam skala yang kita anggap kecil, tetapi alhamdulillah impaknya besar. Sila Yang Berhormat Pendang.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya hendak mengucapkan tahniahlah kepada Yang Berhormat Menteri yang begitu serius dan juga menjawab dengan profesional. Sekali lagi tahniah kerana serius berkenaan dengan bab makanan yang berlebihan dan mengurangkan pembaziran. Ini adalah satu tuntutan agama juga yang mana agama sangat melarang kepada pembaziran. Saya hendak minta agar kementerian juga menyediakan makmal-makmal premis yang menentukan halal bukan sahaja untuk orang Islam, untuk peniaga-peniaga yang bukan Islam yang memberi perkhidmatan kepada orang Islam kerana kita ada perkara yang berbeza dari segi bersih dan suci. Dalam Islam adalah dua perkara yang berbeza. Bersih sahaja tidak cukup, dia mesti suci. Inilah yang kita kena tentukan. Educate peniaga-peniaga kita....
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penjelasan. Penjelasan dalam penjelasan.
[Dewan ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penjelasan. I hendak minta penjelasan daripada you.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Minta...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dak bukan. Sebab...
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Nanti sat Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya ke sana tetapi saya hendak sebut Yang Berhormat sebut dia jawab secara profesional itu, maksud Timbalan Menteri JPM tidak profesional ke?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Dia tidak mahu diganggu. Sila.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Itu yang pertama. Jadi, saya hendak minta pihak kementerian menyediakan makmal-makmal halal ini yang penting sebab kita hendak lebih daripada bersih iaitu suci yang menyelamatkan semua kaum tidak kira apa bangsa dalam Malaysia ini. Ini satu cadangan.
Keduanya, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri KPDNHEP ini yang mana nampak serius sangat dalam bab ini berkenaan dengan Food Bank yang dilebarkan ke
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
masjid-masjid ini. Di mana kita nampak adakah satu SOP yang diberikan arahan kepada masjid untuk diagihkan kepada golongan asnaf yang miskin di kampung-kampung hasil daripada Program Food Bank ini. Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Sekian.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih rakan saya dari Pendang.
Idea tentang mengadakan makmal untuk ujian halal itu di bawah territory JAKIM. Saya tidak ada keraguan kalau idea itu nanti boleh disampaikan. Soal gerobok rezeki inisiatif hotel, itu belum sampai dalam jangkauan program kami. Itu adalah inisiatif berasingan oleh pihak- pihak lain. Cuma yang kami tumpukan sekarang adalah mendatangkan program ini di peringkat komuniti dan juga di peringkat kampus dan harapan kami diperluaskan ke 123 institusi pendidikan yang lain mulai Januari tahun hadapan.
Saya hendak ucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua kepada rakan saya dari Sik yang ikut memberikan beberapa syor yang sangat baik. Saya ingin memberikan reaksi sebahagian daripadanya soal bagaimana proses mengenal pasti kategori miskin tegar. Sifat program ini dalam mengenal pasti sasaran penerima kita tidak terlalu bersifat birokratik. Oleh kerana, sukarelawan kita kalau terdiri daripada penggerak atau aktivis tempatan, dia boleh berpandukan kepada data eKasih, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Zakat dan sebagainya tetapi kami mengambil pendekatan bahawa merekalah yang lebih tahu padang dan kawasan permainan mereka. Mereka lebih tahu rumah siapa yang miskin, rumah siapa yang patut dibantu. Ibu tunggal mana, warga emas mana, orang kurang upaya mana dan anak yatim yang mana, jadi boleh sahaja sukarelawan kami membawa senarai ini sekalipun tidak ada dalam mana-mana data rasmi jabatan.
Itu sifat program begini yang saya berikan arahan khusus tidak terlalu terikat dengan asal isi borang pengesahan JKK, pengesahan wakil rakyat, there is no such things. Program ini harus sampai secara meluas dan sebab miskin dia tidak kenal warna kulit. Ada Melayu miskin, ada Cina miskin, ada orang India miskin, orang Dayak, orang Kadazan miskin. Tidak kenal agama dan tidak kenal warna kulit.
Pembaziran Ramadhan yang turut di sentuh oleh sahabat saya dari Sik dan beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain benar. Bukan sahaja di dapur hotel tetapi juga di bazar Ramadhan. Ini pada Ramadhan yang lepas, kita telah mengambil beberapa inisiatif dengan NGO setempat yang mereka letakkan semacam tabung besar di bucu bazar Ramadhan dan penjual yang tidak habis jualannya, mereka menempatkan makanan di situ.
Akan tetapi ini masih lagi inisiatif kecil-kecilan yang tidak mampu menjawab isu pembaziran yang sangat meluas pada musim Ramadhan. Kita tidak meluaskan ini kepada gelandangan.
Dia ada pro and con. Memberi makan secara mudah akan menggalakkan lagi amalan gelandangan.
Pada ketika yang sama kita ada kategori miskin dan miskin tegar yang ada rumah kediaman, ada anak-anak siswa-siswi kita di universiti yang survive dengan RM100 sebulan kerana lebihan PTPTN dia. Kalau dia belajar diploma, RM800 enam bulan, satu semester.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Jadi lebihannya cuma RM100. Jadi bila kita saya turun ke Universiti Malaysia Sabah, Universiti Utara, Universiti Perlis,saya ke Universiti Malaya, Universiti Putera, Universiti Pertahanan. Waktu saya bertanyakan kepada penerima Tuan Yang di-Pertua, saya bertanya adik-beradik berapa orang? Sembilan. Kakak anak ke berapa? Nombor satu. Ayah ada lagi?
Ayah kerja apa? Ayah dekat pusat serenti. Emak ada lagi? Emak ada, emak kerja ambil upah basuh pinggan di warung. Adik siswi ini kalau dia putus wang belanja, dia takkan telefon emak dia, sebab dia anak sulung harapan ibu bapa. Jadi, saya boleh memberikan cerita yang panjang kerana saya berjumpa sendiri dengan anak-anak siswa ini.
Oleh sebab itu, mereka berpendapat bahawa mendatangkan dapur berpusat (central kitchen) dan juga food pantry yang berupa makanan yang merupakan Milo 3 in 1 , roti Gardenia dan sebagainya, itu adalah merupakan satu kelegaan buat mereka. Saya boleh melihat sendiri. Orang putih kata, seeing is believing and I have seen that with my own eyes.
Oleh sebab itu saya mendapat keutamaan kepada kelompok ini sementara gelandangan perlu juga ditangani, namun fokus kementerian adalah kepada golongan asnaf ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak menyebut bahawa bukan sahaja barang makanan untuk makluman sahabat saya dari Yang Berhormat Sik. Kadang-kadang pasar raya ikut menyumbangkan alat penjagaan diri, pembersihan diri. Dia bagi Colgate, dia bagi
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
losyen, apa sahaja dia boleh bagi dan kita ambil dan kita letakkan di sudut mana-mana food pantry universiti. Siswa siswi boleh manfaatkan.
Saya juga menyambut baik bahawa perlu ada garis panduan yang jelas promosi usaha kita ini Alhamdulillah sedang berjalan dengan lancar dan memang kita beri tumpuan.
Sahabat kita Yang Berhormat Rasah ingin turut mengambil bahagian bahawa aspek melindungi penderma, ini juga dibangkitkan oleh sahabat saya Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Yang di-Pertua, tujuan khusus rang undang-undang ini adalah untuk perkara melindungi penderma. Apakah di sana kita tidak mengambil perhatian soal pembelaan kebajikan dan interest dengan izin penerima, bahkan tidak. Oleh sebab itu, kita sebut undang- undang yang sedia ada seperti Food Act 1983, Undang-undang Prevention and Control of Infection Disease 1988 adalah undang-undang yang sudah pun ada.
Di sana kalau penerima boleh membuktikan empat perkara tadi yang tercatat dalam Seksyen 3, mereka bahkan boleh memulakan tindakan. Itu tidak ada keraguan. Jadi, benar seperti Yang Berhormat Pasir Gudang sebut, tugas paling sukar adalah mencari keseimbangan. Jadi, pada kita adanya undang-undang-undang ini, dia akan mendorong merangsang, menarik penderma untuk memberikan derma. Pada masa yang sama, kita tidak kompromi aspek kepentingan dan kebajikan penerima Tuan Pengerusi kita tidak address dalam akta ini kerana kita sudah pun ada akta yang di bawah kawal selia Kementerian Kesihatan. Silakan Yang Berhormat
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ada satu soalan senario contohnya pada Ahad lalu ada satu program di Shah Alam satu Kongres Maruah Melayu yang mana ada seramai 197 para pelajar yang telah keracunan makanan. Dalam kes seperti ini, adakah dalam konteks program seperti itu mereka yang menyediakan makanan itu kalau ada undang-undang ini, adakah mereka dianggap sebagai penderma? Dalam kes seperti ini, apakah tidak ada tindakan yang boleh dikenakan kepada mereka ataupun adakah di bawah akta yang lain kerana seramai 197 yang kita hendak cari maruah, yang kena sakit perut untuk anak-anak para pelajar ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Betul, Kongres Maruah Umat Melayu dan sebagai nya dan katerer yang menyajikan makanan, kemudian berlakulah peristiwa itu.
Dalam konteks yang kita cakap ini adalah penerimaan tanpa sebarang keuntungan.
Katerer pula dibayar oleh penganjur. Itu sedikit berbeza. Kita pula terima dan kita tak bayar apa-apa. Jadi, ada sedikit perbezaan, ada sedikit. Akan tetapi kalau nanti suasana satu masa ke depan nanti umpamanya pihak yang menderma makanan sebahagian daripada Program Food Bank dan yang menerima itu berlaku juga umpamany,a akan tetapi itu belum berlaku.
Jadi, saya mengambil pendekatan pernah satu hari Imam Ghazali ditanya tentang satu masalah, dia hendakkan jawapan. Imam Ghazali tanya balik masalah itu berlaku belum?
Dia jawab belum. Imam Ghazali kata sudah berlaku nanti datang, baru aku bagi jawapan.
Jadi saya pun ambil pendekatan yang sama, untuk makluman ya.
Jadi, saya hendak lanjutkan Tuan Yang di-Pertua kepada Yang Berhormat Kuala Kangsar ikut membangkitkan bahawa celahannya tadi tak termasuk dalam badan antarabangsa individu yang tak mahu dikenali. Benar, akan tetapi dalam tafsiran penderma makanan sebenarnya dia mencakupi. Benar, dalam pengalaman kita menggerakkan setahun, memang ada watak-watak begitu. Cuma dalam tafsiran undang-undang-undang, watak-watak itu pun terkandung dalam takrif penderma makanan tanpa kita spell out secara verbatim di dalam akta ini kerana tafsirannya yang sangat luas.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin melanjutkan pada Yang Berhormat Arau ada di sini saya sangat hargai Yang Berhormat Arau dan saya ada satu persamaan. Kami merupakan pengasas Palestine Cultural Organization of Malaysia (PIKOM). Bantuan kami kepada rakyat Palestin termasuklah bantuan makanan, ubat-ubatan, pakaian. Itu, saya sangat kenal Yang Berhormat Arau dari dekat. Saya ucap terima kasih banyak dan saya dapat rasa dia genuine dalam memberi pandangan walaupun sesekali ada lari alignment dia, but it doesn’t matter kerana saya kenal peribadinya dekat, sudah lama. Saya tahu bahawa
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
beliau seorang yang sangat generous, pemurah dan PIKOM adalah satu lagi manifestasi bagaimana kalau kita ubah secara baik.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Hebat Yang Berhormat Menteri gosok- gosok.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Soal Palestine ini yang juga soal makanan seperti yang disebut oleh rakan saya yang Berhormat Bagan Serai, soal Rohingya di Kem Cox Bazaar dan sebagainya benar. Kita telah lama melakukannya, lama sebelum menjadi Menteri lagi. Kita telah lakukan secara bersama dan masih berjalan. Alhamdulillah kita teruskan. Itu komponen kalau kita pencen orang politik, kita fokus ke situ nanti. Insya- Allah.
Yang Berhormat Kemaman kita ikut membangkitkan cadangan yang saya rasa sangat baik iaitu Mobile Food Bank yang turut disokong oleh Yang Berhormat Jeli. Untuk makluman Yang Berhormat Kemaman dan Yang Berhormat Jeli, kami baharu sahaja memulakan Mobile Food Bank ini di beberapa kawasan flat PPR di Lembah Klang di mana lori kami yang lengkap dengan chiller di bahagian belakang itu, dia akan ambil makanan dari pasar raya, dari Aeon, Tesco, Maydin, KL Value Mart, 999 Speed Mart, apa sahaja yang hari itu dalam jadual kutipan. Masuk di bahagian trak belakang kemudian trak itu bergerak ke flat Projek Perumahan Rakyat yang didiami rata-rata oleh masyarakat golongan bawahan. Di situ kami edarkan.
Kami baru sahaja mulakan. Roll out belum lagi sebab ini kira pilot project dan tadi juga disebut bahawa perlu ada semacam kolaborasi dengan PBT dan juga Kerajaan Negeri.
Kami menyambut baik kalau Yang Berhormat Kemaman ataupun Yang Berhormat Tumpat boleh melanjutkan idea ini, kementerian dan Yayasan Food Bank sangat senang hati, berbesar hati untuk mengembangkan idea ini Mobile Food Bank di negeri-negeri dengan kerjasama negeri dan PBT. Saya sangat menghargai cadangan ini. Pilot project sedang dibuat, apa lagi tadi dibangkitkan cadangan apakah boleh kita lanjutkan juga ketika musim banjir atau musibah. Benar.
Orang Asli Kuala Koh tempoh hari yang ditimpa penyakit misteri, kita turun melalui inisiatif Food Bank ini. Kita agihkan barangan penjagaan diri dan makanan, cukup untuk bekalan mereka sepanjang musim itu. Musim banjir juga adalah sasaran kami. Ketika banjir berlaku, program Food Bank ini akan kita arahkan untuk ikut memberi bantuan. Ini telah kami lakukan melalui rakan strategik kami di Pulau Pinang, acara Food Bank ketika Pulau Pinang mengalami banjir tempoh hari.
Kemudahan dapur komoditi dengan kerjasama kerajaan negeri dan PBT. Model ini untuk makluman Yang Berhormat Kemaman telah berjalan di Pulau Pinang di mana kerajaan Pulau Pinang berikan satu bangunan. Tuan Yang di-Pertua tahu, dia berasal dari Pulau Pinang, diberikan satu bangunan namanya Kompleks Penyayang di Pulau dan di situ kami bangunkan central kitchen, di situ juga kami jadikan tempat food pantry dan di situlah pusat operasi kami di seluruh Pulau Pinang. Kalau umpamanya Kerajaan Negeri khususnya Terengganu dan Kelantan boleh mencadangkan kepada kami kemudahan logistik seperti itu, usaha seperti ini boleh sahaja kami lakukan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bangkitkan soal perkara yang dibangunkan.
Apakah wajar pelarian ikut diluaskan sebagai golongan penerima. Seperti saya sebut tadi, fokus kita masih lagi kepada anak-anak tempatan kita yang masih lagi ramai belum kami dekati sementara kami hargai usaha oleh kalangan NGO’s yang lain yang menjadikan pelarian Rohingya, Syria sebagai sasaran. Saya tahu banyak NGO yang mengusahakan bantuan khusus dengan menyediakan bangunan, makanan, pakaian dan kelas pelajaran kepada anak-anak pelarian Rohingya dan juga Syria di Malaysia.
Kami anggap memadai dulu usaha itu dipikul oleh NGO’s sementara kementerian akan fokuskan kepada kumpulan sasaran yang berbeza. Saya juga hendak maklumkan bahawa rakan saya dari Paya Besar, saya hargai pandangan-pandangannya, membuat kerja rumah yang cukup baik. Saya nak sebut bahawa aspek nutrisi, benar sebagaimana Yang Berhormat hujahkan. Saya baru-baru ini sempat ke Afrika Selatan. Di sana, satu inisiatif Food Bank namanya Give of the Givers. Berpusat di Cape Town dan operasi mereka adalah terbesar di Benua Afrika.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
They are the biggest in Africa for the whole African continent dan penekanan mereka adalah hanya memberi makanan yang bernutrisi. Kita belum ada lagi kelebihan untuk memilih, kita belum sampai tahap itu. Insya-Allah satu masa nanti kita akan sampai ke situ.
Buat masa sekarang, kita belum lagi dapat memilih. Kita katakan bahawa kalau pasar raya atau dapur hotel ataupun kilang nak bagi, kita terima tetapi kita ada satu regime sorting, penyisihan antara yang baik dengan yang kurang baik. Sebab itu alhamdulillah selama setahun, 311,000 penerima manfaat, di universiti sudah hampir 5,000. Alhamdulillah, kita minta tak berlaku tetapi sekarang setakat berjalan, tak ada kes yang berupa makanan yang dianggap tidak berkualiti, yang menyebabkan mudarat dan sebagainya.
Ini kerana disiplin sekarang yang kita dokumenkan, modul latihannya, aspek pengendalian makanannya, latihan sukarelawannya, kita pastikan rejim ini adalah rejim tapisan yang ketat sekalipun belum wujud undang-undang. Oleh kerana itu aspek nutrisi adalah wish kami, harapan kami ke depan nanti, kami boleh sampai kepada tahap memilih bagi menentukan makanan yang betul-betul berkhasiat. Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Paya Besar kerana mengingatkan saya poin penting ini.
Yang Berhormat Setiawangsa, benar. Saya telah menggerakkan dua program di kawasan beliau dan masih terus berjalan. Yang Berhormat Dungun membangkitkan soal apakah ada aspek jenis penderma dilindungi. Soal apakah dia hanya melibatkan undang- undang ini cuma binding ke atas program Food Bank kerajaan. Bagaimana pula program Food Bank yang dilakukan oleh di luar inisiatif ini? Bila undang-undang kita luluskan, ia terpakai ke atas program Food Bank kerajaan dan bukan kerajaan. Dia binding ke atas semua sekali. Oleh sebab itu, ianya lebih kepada satu undang-undang sebagai kawalan dan garis panduan. Dia tidak bersifat punitive, hukuman.
Oleh kerana ini soal kita hendak menarik orang untuk menderma. Jadi kita tak ketengahkan sangat aspek punishment atau hukuman. Saya hendak sebut respons kepada rakan saya dari Johor Bahru. Dia dah ada? Ada. Soal bagaimana membina keyakinan penerima bahawa program ini benar-benar manfaat. Alhamdulillah, setakat ini yang kita bagi Tuan Yang di-Pertua, ada kebun sayur waktu petang, dia petik sayur yang dia hendak jual di pasar borong. Akan tetapi banyak lagi di kebun sayur dia ada lebihan. Kita bawa lori kita, kita punggah sayur lebihan itu. Petang itu juga kita pergi ke kampung-kampung, edar kepada orang kampung.
Jadi keyakinan penerima tak pernah timbul. Kita Alhamdulillah, esok pagi nak makan di mana. Kita ini masih boleh atur lagi atau esok pagi nak makan apa. Kita masih boleh rancang begitu. Bahkan, esok pagi nak makan siapa. Ada juga sampai tahap itu, ya. Okeylah, kita...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Pernah dengar itu.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Kita masih boleh tetapi kita kena terima hakikat secara jujur. Walaupun ini mungkin kes yang berupa pocket poverties tetapi ada sebenarnya yang masih tak pasti hidangan makanan apa boleh mereka nikmati untuk mereka dan anak-anak ketika pagi dan tengah hari. Jadi, program ini alhamdulillah setakat ini dapat memberikan impaknya.
Sahabat saya dari Tumpat sambil berpendapat bahawa rang undang-undang ini wajar disokong. Apakah mungkin idea yang dibangkitkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang berupa Akta Pembaziran boleh menjadi pelengkap. Saya menyambut baik syor ini dan saya akan bincangkan di peringkat pegawai-pegawai kementerian, apakah ada keperluan serentak dengan wujudnya akta ini sambil latihan kesukarelawanan dan juga bantuan musim banjir juga disentuh oleh Yang Berhormat Tumpat. Saya telah memaklumkan daripada segi modul latihan sukarelawan dalam pembikinan dan membantu ketika musim banjir adalah yang sedang berjalan sekarang.
Yang Berhormat Jeli memberikan banyak pandangan termasuklah laporan dalam tempoh tiga bulan bagi menyebar luaskan maklumat dan data di link dengan jabatan-jabatan lain. Saya hargai pandangan ini. Saya anggap ianya suatu yang durable bahkan lebihan kalau kita dapat wujudkan perkara ini, kita sampai berhasrat untuk wujudkan apa yang kita istilahkan sebagai virtual food bank. Virtual food bank, dia tidak lagi bersifat logistik.
Bangunan, collection center dan sebagainya tetapi memadai inisiatif food bank ini Tuan Yang di-Pertua, menghubungkan maklumat antara penderma dengan penerima terus. Penerima boleh terus masuk ke dalam apps itu dan kemudian mendapat maklumat langsung. Itu namanya virtual food bank yang sekarang menjadi amalan. Satu inisiatif food bank juga di
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Afrika Selatan iaitu Food Forward. Kami sedang melakukan kolaborasi dengan mereka untuk bagaimana mempelajari.
Yang Berhormat Pasir Gudang tadi telah saya jelaskan soal personal injury, saya agak memadai. Saya juga hendak sebut bahawa bila kita terima barang yang berupa produk makanan ini Tuan Yang di-Pertua, syarikat-syarikat ataupun kilang-kilang ini, mereka sendiri telah pun perlu comply atau patuh dengan semua akta, peraturan, garis panduan yang sedia ada. Dia bukan berada dalam keadaan vacuum. Oleh sebab itu kalau berlaku juga satu kejadian, penerima boleh sahaja mengambil tindakan.
Banyak rakan-rakan Ahli Yang Berhormat menyentuh tentang insentif cukai. Buat permulaan, kita dahulukan dengan menggubal undang-undang ini. Sememangnya dalam perbincangan kementerian dengan Kementerian Kewangan kerana insentif cukai membabitkan kuasa Kementerian Kewangan, sekarang ialah memberikan perlindungan liabiliti sivil kepada penderma.
Berikutnya adalah mengusahakan agar pihak yang menyumbang dapat menikmati pengecualian atau insentif cukai. Itu memang dalam perancangan kami cuma itu memerlukan pihak Kementerian Kewangan ikut bersetuju. Jadi kita merasakan bahawa satu undang- undang, dia bersifat dinamik, dia bukan statik. Jadi kita boleh sahaja adakan keperluan itu pada masa hadapan.
Yang Berhormat Hulu Terengganu mencadangkan agar program ini ikut diluaskan di kawasan-kawasan pedalaman termasuk kawasan beliau. Saya mengambil maklum. Soal lambakan sumbangan, setakat setahun ini tak berlaku sebab hari kita kumpul, hari itu juga kita agih. Tak ada berbaki. Yang itu sifat modus operandi kita, tak ada lebihan. Yang kita ambil itu sudah lebihan daripada sumber. Walaupun kita ada pusat pengumpulan, akan tetapi kita pastikan hari yang sama, pusat pengumpulan itu juga clear, tak ada lagi stok simpan.
Yang Berhormat Batu bangkitkan soal ‘retorts’. Saya dah berikan penjelasan. Benar, elemen sustainability. Saya selalu sebut dengan pegawai-pegawai saya, saya kata program ini tak boleh gah pada masa kita lancar dengan ceremonial nya kemudian tak ada sustainability kerana bekalan terputus. Program ini, dalam bahasa direct yang saya sebut dengan pegawai-pegawai saya di kementerian dan penggerak program ini ialah saya kata, dosa besar kepada program ini ialah bila berjalan kemudian bekalan terputus.
Itu tak boleh berlaku. Kerana itu, dengan sokongan 430 setakat ini outlet penderma, setakat ini kalau ada terputus bekalan, itu bukan kerana penderma tak bagi. Itu kerana kelemahan daripada segi pengurusan untuk memaklumkan yang bekalan dah habis. Jadi, saya ucap terima kasih banyak dan promosi hub kepada siswa ini tidak timbul...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat. Penjelasan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Sila.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat mungkin terlepas pandang. Saya bertanya tentang sistem bapa angkat. Ini disebabkan, Yang Berhormat menyebut dosa besar kalau bekalan terputus. Kita tahu bahawa ada kumpulan sasar yang dia tidak boleh bagi makan hari ini, esok tidak bagi, tidak boleh.
Kalau boleh sebab mereka ini memang memerlukan makanan berterusan sehinggalah tempoh tertentu. Jadi kalau kita ada sistem bapa angkat, katakanlah syarikat berkenaan memastikan supaya kalau bapa angkat bagi tidak cukup, kita ambil yang lain tampung. Akan tetapi, kalau Yang Berhormat buat sistem cara umum ini, dia boleh akan menyebabkan bekalan terputus.
Apakah mungkin sistem bapa angkat itu diperkenalkan? Contohnya, Syarikat Khazanah, dia menguruskan 10 kampung. Jadi kalau tidak cukup, ada orang lain tolong ganti.
Akan tetapi, kalau tidak ada satu syarikat ataupun satu bapa angkat menguruskan kumpulan sasar ini, saya rasa mungkin kita boleh tersasar. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Sila Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih Yang Berhormat Arau.
Praktis sekarang Yang Berhormat Arau ialah hotel-hotel membekalkan kepada universiti- universiti tertentu. Di Terengganu, Hotel Primula misalnya dia bekalkan ke Universiti
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terengganu. Di Johor, sebuah hotel enam bintang di Johor Bahru, dia membekalkan untuk Universiti Teknologi Malaysia di Skudai. Jadi, itu masih sama dalam prinsip bapa angkat.
Cuma yang bapa itu adalah hotel, ada juga bapa itu pasar raya. Jadi alhamdulillah, setakat ini berjalan elok. Cuma yang individu yang memberi sokongan. Kami terima semua. Ada yang bagi barang, ada juga yang beritahu saya Tuan Yang di-Pertua, “Saya baca inisiatif ini di surat khabar. Saya tidak ada sayur, ikan, roti, kek, saya tidak ada tetapi, saya ada wang tunai”. Wang tunai pun kami terima. Alhamdulillah, sebab itu kita wujudkan Yayasan Food Bank sebagai vehicle pelaksanaan projek ini, sebagai inisiatif pendorong.
Tuan Yang di-Pertua, saya sudah hampir ke penghujung.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Menteri, sebab masalah tafsiran itu. Saya sebut tafsiran tadi. Yang Berhormat Menteri, tafsiran “ ...mana- mana orang yang menderma atau yang mengedarkan makanan”. Jadi, adakah perkataan “menderma” itu duit? Jadi, supaya kita puas hati bila Yang Berhormat Menteri sebut bahawa kita boleh bagi duit. Saya ingat akan ramai orang bagi duit, dengan syarat, mana-mana hotel boleh tolong masak lah ya. Jadi, kalau disebut dengan terang, “menderma...” wang tunai kah dan sebagainya.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Seperti yang saya sebut tadi, sebagai permulaan, ketika kita menggubal – Yang Berhormat Arau untuk makluman, kita mulakan Ogos. Sekarang Oktober. Dalam tempoh setahun ini sambil kita menggerakkan, kita juga menggubal rang undang-undang ini dengan mengambil contoh amalan baik. Sudah tentu, soal tafsiran penderma makanan untuk maksud ini, kita kata orang yang “... menderma atau mengedarkan makanan kepada mana-mana orang tanpa apa-apa bayaran”. Kemudian, kita juga sebut ayat ini komponen kedua “... dan termasuklah mana-mana perbadanan, perkongsian, perusahaan, persatuan, entiti kerajaan...”. Jadi, ada dua kategori di situ. Di sana ...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Maaf Yang Berhormat Menteri. Oleh sebab Yang Berhormat Menteri, “...mengedarkan makanan tanpa apa-apa bayaran”. Jadi, kalau kita bagi duit, hendak bayar apa lagi. Jadi itu sebab saya rasa kena sebut itu. Ini disebabkan, kalau kita bagi duit, tidak akan hendak bayar duit pula. Lebih kurang macam itulah. Jadi, bila dia sebut “... menderma atau mengedarkan makanan ini tanpa apa-apa bayaran...”. Makna kata, tanpa di caj apa-apa lah. Akan tetapi kalau kita bagi duit, hendak bayar apa? Jadi, Yang Berhormat Menteri sebut dengan terang tafsiran itu. Terima kasih.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih, saya ambil maklum tentang cadangan Yang Berhormat Arau.
Saya juga hendak menutup Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya tempoh masa saya sudah cukup. Saya juga hendak...
[Disampuk]
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Boleh sedikit Yang Berhormat Menteri? Sedikit sahaja.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Sila.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cuma hendak satu pencerahan atau penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Seperti mana yang saya sebut dalam penghujahan semasa saya memberi pandangan berkaitan dengan undang-undang ini, adalah berkaitan tentang timeline, milestone. Apakah pembatuan atau milestone Yang Berhormat Menteri cadangkan supaya niat asal Yang Berhormat Menteri untuk melihat kita dapat mengurangkan pembaziran ini dapat dicapai? Kalau SDG, kita sudah nampak jelas dalam matlamat 12 untuk 50 peratus sehingga 2030. Di bawah kementerian, macam mana kita hendak measure perkara ini supaya nampak bahawasanya usaha yang kita bincang pada hari ini bukanlah satu usaha yang boleh dipandang enteng? Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih sahabat saya dari Paya Besar. Apakah milestone ya, timeline? Apakah outcome dia, satu result yang tangible, okey.
Pengalaman kita berbeza dengan beberapa negara lain. Macam the Second Harvest, inisiatif food bank di Jepun, dia tidak sukat kejayaan dari segi bilangan tan makanan yang diselamatkan. Akan tetapi, dia jumlah kepada nilai monetary. Jadi di sana, setahun dia
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
selamatkan USD7 juta nilai makanan. Kita, sukat dari segi berat makanan. Itu ukuran yang pertama. Sekarang, setahun kita selamatkan 1,701 metrik tan. Akan tetapi SWCorp kata, sehari makanan yang dibazirkan adalah sebanyak 3,000 metrik tan. Kita setahun tidak sampai sehari punya lebihan makanan, itu ya tahap. Maknanya, masih banyak lagi ruang yang belum kita terokai, satu.
Ukuran yang kedua, dari segi berapa banyak outlet yang kita dapat adakan. Macam sekarang, apa ukuran dia? 17 universiti awam. Apa dia food pantry dan central kitchen? Universiti yang ada Fakulti Sains Teknologi Makanan, Fakulti Sekolah Pengurusan Hotel, di situ ada dapur. Kalau di Universiti Malaya, ada dapur kolej kediaman yang sudah tidak berasap lama sudah sebab kafeteria tidak dibuka. Pelajar tidak cukup wang, jadi tutup. Jadi, kita pergi, kita tukar dapur sebagai central kitchen. Di situ sukarelawan masak. Siapa?
Mahasiswa sendiri. Mereka diuruskan oleh Persatuan Mahasiswa.
Jadi, apa ukuran dia, berapa banyak food pantry dan central kitchen dapat kita wujudkan? Berapa universiti? 17 universiti awam, jumlah 20. Belum lagi tiga. Sebelum Disember, semua 20. Januari onwards tahun depan, kita move pula ke IPG, politeknik dan IPTS. Bahkan, Universiti Tunku Abdul Rahman, pentadbirnya menelefon saya, bila hendak datang ke Universiti Tunku Abdul Rahman? Universiti yang diasaskan lebih dikaitkan dengan MCA tetapi ikut menghargai usaha ini dan dia tahu pelajar dia juga ada masalah ketidakcukupan belanja untuk biaya.
Jadi, ukuran kita adalah, target kita tahun ini 20 universiti awam. Kita sudah capai 17. Berapa food pantry? Berapa central kitchen? Berapa pelajar yang dapat manfaat, 5,000?
Berapa pula negeri yang telah berjalan dan berapa banyak makanan telah –? Itu ukuran- ukuran yang saya anggap tangible buat masa sekarang, sebab kita tidak nilai dari segi bilangan ringgit yang dapat kita selamatkan. Jadi, itu kaedah negeri yang berbeza, negara berbeza, kaedah ukuran sukses nya itu berbeza. Jadi buat masa sekarang, kita kekal dengan petunjuk-petunjuk itu. Jadi, silakan.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya cuma hendak minta pandangan. Kalaulah Yang Berhormat Menteri mempunyai niat yang begitu jauh pandangnya, kenapa – sebab saya nampak kementerian Yang Berhormat Menteri ini adalah satu kementerian yang penting.
Akan tetapi, bagaimana yang saya sebutkan dalam hujahan saya, Kongres Amerika Syarikat membuat pindaan sampai tiga kali. Jadi, adakah Yang Berhormat Menteri akan impose satu keadaan wajib kepada industri supaya sektor ICI ini yang menyumbang 55.5 peratus ini sebagai jalan penyelamat untuk menyelesaikan shortage yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi? Terima kasih.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Seperti Yang Berhormat Paya Besar sebut mengambil – sebab Amerika Syarikat, dia antara negara yang paling awal. Bahkan, kalau mengikut rekod dan dokumen, inisiatif food bank ini dimulakan di Amerika Syarikat lah.
Oleh sebab itu dia paling awal mengadakan undang-undang. Sekarang, yang menggabungkan di peringkat antarabangsa badan itu namanya Global Food Bank Networking. Kita belum menjadi anggota kepada badan itu.
Akan tetapi, uniknya inisiatif kita untuk makluman Yang Berhormat Paya Besar dan rakan Ahli Yang Berhormat ialah, sementara semua inisiatif food bank di negara-negara luar diusahakan oleh pihak bukan kerajaan, Malaysia satu-satunya negara yang menggerakkan Program Food Bank dengan dokongan kerajaan. Saya sebenarnya dalam perkara ini, saya ada sedikit pandangan. Kalau ikut teori ekonomi klasik, menguruskan sumber itu tanggungjawab kerajaan dan swasta. Itu teori ekonomi klasik.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Akan tetapi ada seorang pemegang pemenang anugerah Nobel Prize, Profesor Elinor Ostrom, seorang perempuan. Dia dapat anugerah Nobel Prize ekonomi. Dia kata, sebenarnya ada non-state actors yang boleh menguruskan sumber dengan lebih cekap.
Mereka itu siapa? Badan bukan kerajaan, persatuan penduduk. Ini-lah inisiatif. Jadi dalam konteks demokrasi, kalau kita empower mereka, mereka sebenarnya lebih efektif. Sebab apa? Kalau kerajaan kerenah birokrasi. Kalau swasta, orientasinya keuntungan. Kalau tidak untung, dia lambat. Kalau untung, dia cepat. Kerajaan pula, red tape, birokrasi dan sebagainya. Jadi non-state actors itu lebih berkesan. Ini teori yang diangkat oleh Profesor Elinor Ostrom. Ini kerana idea itu dia berpendapat bahawa usaha seperti ini adalah jauh lebih
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
efektif kalau dapat digerakkan oleh non-state actors. Program ini akhirnya tidak boleh selamanya bernaung di bawah kerajaan. Kerajaan fungsinya cuma pemudah cara.
Akhir sekali, kita mesti empower rakyat. Biar rakyat yang menggerakkan sebagai satu gerakan masa. Itu yang kalau ditanya kepada saya, impian akhir saya ke situ. Jadi, kerajaan sedikit demi sedikit boleh melepaskan. Oleh sebab apabila itu berlaku, isu sustainability, kelangsungan, ia suatu yang everlasting yang kalau kita tengok dalam model pelaksanaan program.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai landing remarks saya dengan izin, saya memetik pandangan Kung Fu Tze. Kata dia, jika kamu ingin kebahagiaan selama setahun, warisi-lah harta. Jika kamu ingin kebahagiaan yang abadi, bantu-lah orang lain. Jadi dengan mengambil semangat, pesanan, nasihat para pujangga, kita harap bahawa Dewan hari ini boleh ikut memberikan sokongan dan dukungan.
Saya juga mempelawa Ahli Yang Berhormat kalau tergerak untuk mengajak kami menggerakkan program ini di kawasan masing-masing, sila-silalah menghubungi Yayasan Food Bank, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Kami cuma perlu mapping di mana lokasi di Pontian, di Paya Besar, di Kuantan, di Kapar, di Batu Gajah, di Pasir Mas, di Kuala Krai di mana pasar raya yang paling hampir, kami-lah yang akan menguruskan dengan pasar raya atau supermarket itu bahawa datangkan-lah program ini di kawasan-kawasan Ahli Yang Berhormat.
Perkara ini kami telah adakan di beberapa pilot project seperti di Setiawangsa, di Ledang. Yang Berhormat Ledang diam sahaja, dia langsung tidak bercakap sedangkan dia ada satu pasar raya di sana yang telah pun memulakannya di Ledang, di Muar, di Pagoh yang sedang pun berjalan. Jadi sangat mudah prosesnya, asal Ahli Yang Berhormat ada kumpulan aktivis sukarelawan yang komited, kami akan bantu menghubungkan dengan penderma.
Jadi itulah, saya hendak tamatkan dengan ucapan terima kasih ke atas semua yang mengambil bahagian dan bertahan sehingga jam sekarang. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
[Tepuk] Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 3 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tiada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin) dan diluluskan]
Menteri Sumber Manusia - Tuan M. Kulasegaran
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Perhubungan Perusahaan (Pindaan) 2019 iaitu suatu akta untuk meminda Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dibacakan bagi kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-undang Perhubungan Perusahaan (Pindaan) 2019 telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini untuk bacaan kali pertama pada 7 Oktober 2019. Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177] selepas ini disebut sebagai Akta 177 merupakan undang-undang buruh utama yang mengawal selia hubungan antara majikan, pekerja dan kesatuan sekerja melalui pendapatan hak-hak pekerja dan majikan serta menyediakan mekanisme penyelesaian bagi sebarang bentuk pertikaian perhubungan perusahaan di antara pihak-pihak yang terlibat.
Objektif utama Akta 177 adalah untuk mempromosi dan menggalakkan suasana perhubungan perusahaan yang harmoni di negara ini. Akta 177 terpakai kepada semua majikan, kesatuan sekerja, majikan, pekerja dan kesatuan sekerja pekerja di negara ini.
Walau bagaimanapun, beberapa bahagian di bawah akta ini tidak terpakai kepada majikan, kesatuan sekerja majikan, pekerja dan kesatuan sekerja pekerja di sektor awam.
Akta 177 ini dikuatkuasakan oleh Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia. Sejak dikuatkuasakan pada tahun 1967, Akta 177 ini telah dipinda sebanyak enam kali di mana pindaan terakhir dibuat pada tahun 2014. Dalam menggubal pindaan Akta 177, Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah mengadakan sesi libat urus yang menyeluruh dengan pihak berkepentingan khususnya kesatuan sekerja, persatuan majikan dan agensi kerajaan yang berkaitan untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas mengenai pindaan Akta 177 ini.
Selaras dengan perkembangan ekonomi dan teknologi, kerajaan berpandangan Akta 177 perlu dipinda bagi meningkatkan dan memperluaskan perlindungan dan kebajikan golongan pekerja di negara ini. Pindaan ini juga akan menjadikan sebahagian besar peruntukan Akta 177 selari dengan standard perburuhan antarabangsa yang digariskan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa dengan izin, International Labour Organization (ILO) khususnya berkaitan dengan izin, Freedom of Association and Protection of the Right to Organise Convention (1948) dan *Rights to Organise and Collective Bargaining Convention
(1949).*
Menteri Sumber Manusia - Tuan M. Kulasegaran
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, secara amnya rang undang- undang bagi meminda Akta 177 ini adalah bertujuan untuk memenuhi hasrat berikut iaitu menjunjung Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa pembukaan Penggal Kedua Majlis Parlimen Keempat Belas pada 11 Mac 2019. Baginda antara lain bertitah bahawa kerajaan akan mereformasi undang-undang buruh bagi memastikan ia mematuhi standard antarabangsa di samping menambah baik aspek perlindungan ke atas pekerja.
Kedua, menambah baik sistem penyelesaian pertikaian sedia ada bagi membolehkan pertikaian yang berlaku diselesaikan dengan lebih berkesan dan pantas.
Ketiga, memenuhi janji kerajaan bagi memastikan perlindungan hak pekerja di Malaysia sekurang-kurangnya setara dengan standard antarabangsa. Kerajaan Pakatan Harapan telah berjanji untuk meningkatkan martabat golongan pekerja dan memastikan perlindungan hak pekerja di Malaysia setara dengan standard antarabangsa termasuklah konvensyen- konvensyen yang digariskan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa.
Keempat, memudahkan Malaysia merunding perjanjian-perjanjian perdagangan yang pada ketika ini kerap memasukkan fasal perhubungan standard minimum perburuhan sebagai salah satu daripada perjanjian yang perlu dipatuhi oleh negara-negara yang terlibat.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, secara amnya rang undang- undang ini melibatkan pindaan ke atas 29 peruntukan sedia ada dan memperkenalkan empat peruntukan baharu. Seterusnya saya akan menjelaskan fasal-fasal rang undang-undang ini.
Menteri Sumber Manusia - Tuan M. Kulasegaran
Pertama, Fasal 1 adalah mengenai tajuk ringkas rang undang-undang ini dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa pindaan ini.
Kedua, Fasal 2, rang undang-undang meminda akta seksyen berkaitan definisi Presiden dengan memasuki perkataan includes Deputy President bagi menjalankan kuasa- kuasa Presiden Mahkamah Perusahaan semasa ketiadaan beliau.
Fasal 3, rang undang-undang ini bertujuan meminda kuasa Menteri di bawah seksyen 8 kepada Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan bagi mempercepatkan proses rujukan aduan ke Mahkamah Perusahaan berkaitan pelanggaran terhadap hak-hak majikan pekerja dan kesatuan sekerja.
Fasal 4 hingga 9 rang undang-undang merupakan pindaan bagi menambah baik dan menyelaras serta mempercepatkan proses penyelesaian, pertikaian berkaitan isu kapasiti dan tuntutan pengiktirafan (recognition). Antara pindaan substantif terhadap peruntukan ini adalah seperti berikut:
(i) memindahkan kuasa (transfer) kuasa Menteri di bawah seksyen 9 kepada Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan bagi mempercepatkan proses penyelesaian pertikaian berkaitan isu kapasiti dan tuduhan tuntutan pengiktirafan ke Mahkamah Perusahaan;
(ii) menetapkan pengiktirafan secara sukarela oleh majikan atau kesatuan sekerja. Majikan hendaklah selaras dengan skop keanggotaan kesatuan sekerja pekerja yang menuntut pengiktirafan. Ini bertujuan bagi mengelakkan majikan atau kesatuan sekerja, majikan memberi pengiktirafan secara sukarela kepada kesatuan sekerja pekerja yang skop keanggotaannya tidak meliputi pekerja-pekerja majikan atau kesatuan sekerja majikan berkenaan;
(iii) memansuhkan keperluan Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan. Merujuk kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja untuk menentukan isu kelayakan kesatuan sekerja pekerja yang menuntut pengiktirafan. Ini bertujuan bagi mempercepatkan proses tuntutan pengiktirafan;
(iv) Ketua Pengarah Perhubungan Pengurusan akan menentukan sama ada skop keanggotaan kesatuan sekerja pekerja yang menuntut pengiktirafan adalah selaras dengan perlembagaan kesatuan sekerja berkenaan. Ini bertujuan untuk memastikan pekerja-pekerja yang hendak diwakili oleh kesatuan sekerja pekerja yang menuntut pengiktirafan tidak bertentangan dengan skop perlembagaan kesatuan berkenaan;
(v) penentuan peratusan keanggotaan Kesatuan Sekerja pekerja melalui undi sulit digantikan dengan peratusan sokongan terhadap kesatuan sekerja pekerja. Ini memandangkan undi sulit tidak dapat menggambarkan peratusan sebenar keanggotaan kesatuan sekerja pekerja yang menuntut pengiktirafan; dan
(vi) tempoh sekatan untuk sesebuah kesatuan sekerja. Menurut pengiktirafan selepas sesebuah kesatuan sekerja lain mendapat pengiktirafan dipendekkan daripada tiga tahun kepada satu tahun. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada kesatuan sekerja lain untuk memohon tuntutan pengiktirafan.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, seksyen baharu 12A dan 12B.
Sebagai mana yang saya sebutkan awal tadi salah satu tujuan cadangan pindaan 177 ini adalah untuk memastikan peruntukan di bawah akta ini adalah sekurang-kurang setara dengan standard Perhubungan Antarabangsa, International Labour Organization. Antaranya berkaitan dengan izin, Freedom of Association and Protection of the Right to Organise Convention 1948 (No. 87). Berdasarkan konvensyen ini pekerja-pekerja bebas untuk menubuhkan kesatuan sekerja tanpa sekatan dan ini akan mewujudkan pelbagai kesatuan sekerja dengan izin, multiplicity of traits union ia sesuatu organisasi atau tempat pekerjaan. Bagi maksud ini Fasal 10 bertujuan memasukkan subseksyen baharu iaitu subseksyen 12A mengenai hak perundingan tunggal, sole bargaining rights dan seksyen 12B mengenai kesan apabila
Menteri Sumber Manusia - Tuan M. Kulasegaran
kesatuan sekerja pekerja memperoleh hak perunding tunggal. Antara pindaan substantif terhadap peruntukan ini adalah seperti berikut.
Pertama, membenarkan kesatuan-kesatuan pekerja yang telah mendapat pengiktirafan memutuskan di kalangan mereka sesebuah kesatuan sekerja yang mempunyai hak perunding tunggal atau memohon kepada Pengarah Perhubungan Perusahaan untuk menentukan kesatuan sekerja yang mempunyai hak perundingan tunggal.
Kedua, Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan apabila menerima permohonan boleh mengambil langkah-langkah menyelesaikan permohonan berhubung hak perunding tunggal di kalangan kesatuan sekerja pekerja tersebut. Sekiranya tiada penyelesaian tercapai Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan boleh mengadakan undi sulit bagi membolehkan pekerja-pekerja yang terlibat memilih satu kesatuan sekerja pekerja sahaja untuk mewakili mereka di dalam perundingan kolektif. Kesatuan sekerja yang mendapat undi tertinggi akan mempunyai hak berunding tunggal sehinggalah ada kesatuan sekerja lain berjaya mendapat hak tersebut.
Ketiga, seksyen 12B bertujuan untuk menjelaskan bahawa sesebuah kesatuan sekerja pekerja mendapat hak perunding tunggal. Tiada kesatuan sekerja lain boleh mempunyai hak perunding tunggal kecuali selepas tempoh tiga tahun atau kesatuan sekerja pekerja yang mendapat hak perunding tunggal itu sudah tidak wujud lagi.
Pindaan seksyen 13. Fasal 2 bertujuan untuk menjelaskan prosedur bagi memulakan perundingan kolektif untuk membolehkan kesatuan sekerja pekerja-pekerja yang memperoleh hak perunding tunggal untuk menjemput majikan atau kesatuan sekerja majikan bagi memulakan perundingan kolektif. Fasal ini juga bertujuan untuk membenarkan kesatuan sekerja pekerja-pekerja membangkitkan secara umum perkara-perkara yang berkaitan dengan pertukaran, pengambilan pekerja, penginapan pekerja dengan izin retrenchment, penamatan dan pembuangan kerja serta agihan tugas di samping perkara berkaitan kenaikan pangkat.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan seksyen 20. Fasal 12 bertujuan untuk meminda kuasa Menteri di bawah seksyen ini kepada Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan.
Menteri Sumber Manusia - Tuan M. Kulasegaran
Di samping itu, kuasa budi bicara sama ada untuk merujuk atau tidak merujuk sesuatu representasi berhubung pembuangan kerja ke Mahkamah Perusahaan juga dimansuhkan bagi membolehkan semua kes terus dirujuk ke Mahkamah Perusahaan apabila tiada penyelesaian dicapai melalui proses perundingan damai oleh Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan. Ini bertujuan untuk mempercepatkan proses penyelesaian kes dan membolehkan pekerja mendapat keadilan dan hak untuk didengar di Mahkamah Perusahaan, dengan izin access to justice and the right to be heard, juga kepada majikan.
Fasal ini juga bertujuan untuk memberi lebih pilihan kepada majikan dan pekerja untuk memilih perwakilan mereka dengan membenarkan mana-mana orang selain daripada peguam bela dan peguam cara untuk mewakili majikan dan pekerja semasa prosiding rundingan damai. Selanjutnya seksyen 20(6)(a) yang baharu diperkenalkan bagi membenarkan pekerja kurang upaya mental yang tidak mempunyai, dengan izin guardian ad litem untuk diwakili oleh waris terdekat semasa prosiding di Mahkamah Perusahaan.
Fasal 13 bertujuan untuk memperkenalkan perenggan baharu di bawah seksyen ini untuk membolehkan pelantikan Timbalan Presiden Mahkamah Perusahaan untuk menjalankan kuasa-kuasa dan tugas Presiden semasa ketiadaan beliau. Pindaan seksyen 22 dan seksyen 23.
Fasal 14 dan 15 bertujuan untuk meminda subseksyen 22(5) dan 23(4) bagi membenarkan Presiden, Timbalan Presiden dan Pengerusi Mahkamah Perusahaan untuk bersidang bersendirian dalam mengendalikan aduan ketidakpatuhan award di bawah subseksyen 20(3) kerana ia tidak melibatkan isu yang rumit. Cadangan pindaan ini secara tidak langsung akan mengurangkan perbelanjaan kerajaan dari segi pembayaran elaun kepada Ahli-ahli Panel.
Subseksyen baharu bagi 23A bertujuan bagi membolehkan mana-mana orang berkelayakan sebagaimana yang ditaksirkan di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976 dan mempunyai sekurang-kurangnya 15 tahun pengamalan dalam perburuhan dan
Menteri Sumber Manusia - Tuan M. Kulasegaran
perhubungan perusahaan di Kementerian Sumber Manusia dipertimbangkan untuk pelantikan sebagai Pengerusi Mahkamah Perusahaan.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, subseksyen baharu bagi seksyen 25, fasal 17 bertujuan membolehkan pegawai-pegawai daripada Skim Perkhidmatan Pegawai Perhubungan Perusahaan dilantik sebagai Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar serta diwartakan.
Proviso baharu di bawah seksyen 26, fasal 18 bertujuan untuk memperkenalkan proviso baharu bagi mengehadkan kuasa Menteri untuk merujuk kes-kes yang melibatkan perjanjian kolektif ke Mahkamah Perusahaan. Ini bertujuan bagi membolehkan proses perundingan kolektif berjalan secara bebas dan sukarela serta meningkatkan kuasa tawar menawar dengan izin, bargaining power pihak-pihak yang terlibat.
Walau bagaimanapun terdapat empat pengecualian yang membolehkan sesuatu pertikaian dirujuk ke Mahkamah Perusahaan tanpa persetujuan mana-mana pihak yang terlibat seperti yang dinyatakan di fasal ini iaitu:
(i) kes-kes yang melibatkan perjanjian kolektif yang pertama;
(ii) kes-kes yang melibatkan perkhidmatan perlu dinyatakan dalam Jadual Pertama;
(iii) kes menyebabkan acute crisis jika tidak diselesaikan dengan segara; dan
(iv) pihak yang terlibat tidak bertindak secara good faith dalam penyelesaian pertikaian dengan segera.
Pindaan seksyen 29, fasal 19 bertujuan untuk memberi kuasa kepada Mahkamah Perusahaan memutuskan pertikaian berhubung tarikh pembuangan kerja. Selanjutnya fasal ini juga memberi kuasa kepada Mahkamah Perusahaan untuk meneruskan prosiding sekiranya seseorang pekerja yang telah memfailkan representasi pembuangan kerja meninggal dunia.
Pindaan seksyen 30, fasal 20. Bertujuan untuk meminda seksyen 30 untuk membolehkan Mahkamah Perusahaan mengenakan faedah ke atas award pada kadar lapan peratus setahun atau apa-apa kadar yang lebih rendah bagi meningkatkan pemantauan terhadap award Mahkamah Perusahaan. Di samping itu, satu proviso baharu di bawah subseksyen 30(6A) diperkenalkan bagi memberi kuasa kepada Mahkamah Perusahaan untuk menurunkan award berkaitan pembuangan kerja yang terlibat di seksyen 4, 5 dan 7 tanpa terikat dengan sekatan di bawah jadual kedua.
Selain itu subseksyen 30(6B) baharu telah diperkenalkan bagi membenarkan gaji kebelakangan atau pampasan sebagai ganti kepada pemulihan kerja dan kedua-duanya sekali di-award-kan kepada waris terdekat pekerja yang meninggal dunia.
Pindaan seksyen 32, fasal 21 bertujuan untuk membenarkan waris terdekat pekerja yang meninggal dunia menjadi pihak kepada award, dengan izin party to the award yang melibatkan kes representasi pembuangan kerja.
Pindaan seksyen 33A, fasal 22 bertujuan untuk memotong seksyen 33A berikutan dengan mekanisme baharu rayuan terhadap award ke Mahkamah Tinggi. Dulu dikenalkan sebagai ousted clause yang tidak membenarkan appeal kepada Mahkamah Tinggi.
Pindaan seksyen 33B, fasal 23 merupakan pindaan berbangkit berkenaan pengenalan mekanisme baharu rayuan terhadap award ke Mahkamah Tinggi.
Seksyen baharu 33C, fasal 24 bertujuan untuk memperkenalkan seksyen 33C bagi memperjelaskan mekanisme baharu bagi proses rayuan terhadap award yang diperturunkan oleh Mahkamah Perusahaan ke Mahkamah Tinggi yang tidak mengehadkan hanya kepada persoalan undang-undang sahaja. Ini bertujuan untuk mempercepatkan proses rayuan dan memberi hak substantif, dengan izin substantive rights kepada pihak yang terkilan untuk merayu atas persoalan fakta dan persoalan undang-undang.
Pindaan seksyen 40 dan 46. Fasal 25 dan 27. Bertujuan untuk meminda seksyen 40(3), subseksyen 46(1) dan subseksyen 46(2) Akta 177 untuk memansuhkan hukuman penjara dan menaikkan kadar denda bagi kesalahan berhubungan piket, mogok dan tutup pintu daripada RM1,000 kepada RM5,000.
Menteri Sumber Manusia - Tuan M. Kulasegaran
Subseksyen baharu 44A fasal 26, bertujuan untuk memperkenalkan subseksyen 44A yang baharu bagi membolehkan Menteri menghentikan tindakan mogok atau tutup pintu jika ia membahayakan nyawa, keselamatan atau kesihatan awam.
Pindaan seksyen 47 dan seksyen 48, fasal 28 dan 29. Bertujuan untuk meminda seksyen 47 dan seksyen 48 dengan menaikkan kadar denda kepada RM5,000 bagi kesalahan menghasut atau memberi bantuan kewangan kepada mogok haram dan tutup pintu haram, dengan izin illegal strikes and illegal lockouts. Pindaan seksyen 52, fasal 30. Bertujuan untuk memperkenalkan subseksyen 52(3) yang baharu yang membolehkan pekerja yang digajikan oleh badan berkanun untuk memfailkan representasi pembuangan kerja kepada ketua pengarah melalui perintah yang diwartakan oleh Menteri.
Fasal 31 pindaan kepada seksyen 56. Bertujuan untuk meminda seksyen 56 bagi meningkatkan kadar denda RM50,000 bagi memastikan pematuhan award. Subseksyen 3A yang baharu diperkenalkan bagi membolehkan mahkamah memerintahkan jumlah award tertunggak dibayar kepada pekerja yang terlibat.
Pindaan seksyen 60, fasal 32, bertujuan untuk meminda seksyen 60 untuk memperjelaskan sebarang pelanggaran kepada peraturan-peraturan di bawah akta ini adalah menjadi satu kesalahan. Selanjutnya kadar denda di bawah seksyen ini dinaikkan kepada RM50,000 untuk memastikan pemantauan kepada akta ini.
Pindaan seksyen 62, fasal 33, bertujuan untuk meminda seksyen 62 Akta 177 bagi membolehkan Menteri membuat peraturan berkaitan proses penentuan hak berunding tunggal.
Menggantikan Jadual Pertama, fasal 34 bertujuan untuk memperuntukkan senarai perkhidmatan perlu (essential services) yang baharu dalam Jadual Pertama. Senarai perkhidmatan perlu yang baharu ini adalah setara dengan Standard Perburuhan Antarabangsa.
Fasal 35 adalah fasal terakhir rang undang-undang ini yang memperkatakan peruntukan-peruntukan dan peralihan.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-undang Perhubungan Perusahaan (Pindaan) 2019 ini adalah satu langkah pembaharuan undang- undang yang signifikan bagi menambah baik perlindungan dan kebajikan golongan pekerja di negara ini dan juga ia akan memberi manfaat kepada majikan.
Menteri Sumber Manusia - Tuan M. Kulasegaran
RUU ini juga secara keseluruhannya dapat menambah baik sistem penyelesaian pertikaian perusahaan sedia ada agar ia menjadi lebih berkesan dan pantas. Peruntukan Akta 177 yang ditambah baik supaya selari dengan Konvensyen ILO. Ini menunjukkan usaha dan komitmen kerajaan dalam merealisasi janji Buku Harapan serta memastikan undang- undang buruh negara ini selari dengan standard dan instrumen sejajar, seterusnya meningkatkan imej dan memudah cara penyertaan Malaysia dalam apa-apa juga perdagangan antarabangsa.
Akhir kata saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama setakat ini yang tidak berbelah bagi dalam menjayakan rang undang-undang ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Mahfuz bin Haji Omar
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Pokok Sena. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk di bahas. Ahli-ahli Yang Berhormat, ada sembilan yang memberikan nama, sembilan kalau bagi 10 minit, satu jam setengah, betul. Saya ada sini..
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Setuju, setuju.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Hendak 10 ke 5 minit.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kena bagi sebelah sinilah sebab dibentang sana, 10 minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya ada senarai Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Klang dan Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Saya bagi 10 minit untuk yang lima ke atas dan lima minit yang lainnya.
Puan Hajjah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Minta Rantau Panjang dahulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya jemput yang pertama, Yang Berhormat Pasir Gudang, sila.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Pertama, saya ucapkan tahniah kepada Kementerian Sumber Manusia yang berjaya membentangkan pindaan Rang Undang-undang Akta Perhubungan Perusahaan 1967.
Pindaan ini penting kerana dalam keadaan sekarang, pertumbuhan ekonomi negara tidak memberangsangkan dan ramai pekerja telah dibuang. Dalam masa setahun ini saya ada baca lebih 20,000 orang telah dibuang kerja. Pembuangan pekerja ini ada isunya, sama ada pembuangan itu adil ataupun zalim, tidak ada.
Dalam hal ini saya ingin membahaskan rang undang-undang ini merujuk kepada fasal 12 bertujuan untuk meminda seksyen 20 Akta 177. Seksyen 20 akta berkenaan adalah berkait rapat dengan isu pembuangan pekerjaan. Pembuangan pekerjaan ini ada dua kategorinya iaitu pembuangan yang tidak adil iaitu wrongful dismissal dan satu lagi ialah constructive dismissal, dengan izin.
Di dalam fasal 12, pindaan ini, bertujuan menggantikan kuasa Menteri dengan kuasa Ketua Pengarah untuk merujuk representasi pembuangan kerja oleh pekerja kepada Mahkamah Perusahaan bagi mempercepat proses. Ini perkara yang baik. Apabila seseorang pekerja itu diberhentikan, mereka ada dalam satu tempoh yang tertent,u mungkin dahulu 60 hari. Sekarang dalam masa 60 hari dirujuk kepada Pejabat Perhubungan Perusahaan, mendaftar kes pembuangan mereka di bawah seksyen 20.
Lazimnya iaitu kes ini dirujuk kepada proses runding damai di Pejabat Perhubungan Perusahaan. Selepas melalui satu atau biasanya lebih dua atau tiga kali, kalau gagal proses perhubungan damai antara pekerja dan majikan itu, maka kes itu akan dirujuk kepada Menteri di bawa atas arahan Ketua Pengarah. Selalunya lambat Menteri membuat keputusan sama ada, ada merit atau tidak kes pembuangan pekerja itu dirujuk ke Mahkamah Perusahaan.
Jadi ini baiknya pindaan ini iaitu mempercepatkan, tidak perlu dihantar, dirujuk representasi itu kepada Menteri tetapi Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan buat keputusan.
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Yang Berhormat Pasir Gudang, boleh saya mencelah?
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Ya, sila, sila.
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila, Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Saya ingin membuat sedikit cadangan kalau Yang Berhormat Pasir Gudang dan Yang Berhormat Menteri bersetuju. Di peringkat rundingan damai ini, saya ingin bertanya juga kepada Yang Berhormat Menteri, is it sama atau setara dengan hal-hal mediasi yang kita buat di mahkamah lain. Sekiranya rundingan damai itu bersifat seperti mediasi, saya rasa masalah untuk memendekkan tempoh masa akan lagi cepat dan berakhir di situ. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Pasir Gudang, sedikit. Pontian, Pontian.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Ya, ya, sila.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Sebanyak 24,600 pekerjaan ataupun hilang kerja Januari hingga September ini dijawab oleh Menteri apabila saya bertanya baru-baru ini. Apa yang saya ingin tanyakan, adakah Skim Insurans Pekerjaan ada dalam mana-mana akta. Adakah ianya diaktakan dalam perhubungan perusahaan pindaan kerana skim yang kita mulakan sewaktu era Barisan Nasional bermula 1 Januari 2018 amat membantu pada pekerja-pekerja yang hilang pekerjaan ini. Jadi cadangan saya dan pertanyaan saya, adakah Skim Insurans Pekerjaan itu ada dimasukkan ke dalam akta ini.
Saya tidak nampak di mana-mana, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Pontian. Sila.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Kangsar dan Yang Berhormat Pontian. Saya bersetuju dengan cadangan daripada Yang Berhormat Kuala Kangsar dan berkenaan soalan Yang Berhormat Pontian, mungkin Yang Berhormat Menteri boleh menjelaskannya.
Saya sambung tadi, Yang Berhormat Menteri, adakah boleh untuk cepatkan perkara ini apabila runding damai itu gagal, ertinya kes itu dapat segera dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan. Ini bermakna tidak perlu melalui keputusan Ketua Pengarah. Selepas dua atau tiga kali, katakan maksimum tiga kali bawa ke Mahkamah Perusahaan. Oleh sebabnya ialah kalau perkara itu diputuskan oleh Ketua Pengarah, pekerja ini sudah hilang kerja, tidak ada duit. Kalau keputusan Ketua Pengarah itu menolak rayuan untuk dibawa ke Mahkamah Perusahaan, pekerja terpaksa bawa kes ini ke Mahkamah Tinggi untuk semakan kehakiman (judicial review), perlu lantik lawyer untuk challenge keputusan Ketua Pengarah tadi. Ini tiada kemampuan pekerja itu untuk menanggung kos guaman itu kerana pihak Biro Bantuan Guaman tidak tolong dalam kes seperti ini.
Jadi kenapa tidak permudahkan rayuan ke Mahkamah Perusahaan. Tidak perlu kuasa Menteri itu yang dibagi kepada Ketua Pengarah, Ketua Pengarah sekarang sudah macam Menteri pula menentukan ada merit atau tidak hendak rujuk ke Mahkamah Perusahaan. Oleh sebab bezanya Menteri saya rasa ada penasihat undang-undang in- house di kementerian, manakala Ketua Pengarah mungkin seorang pentadbir awam sahaja yang tidak, saya tidak pasti tentang expertise dia dari segi perundangan. Jadi itu yang pertama.
Dalam hal yang ini yang kedua juga ada kaitannya dengan runding damai tadi ada baiknya di sini iaitu kedua-dua pihak majikan dan pekerja pada peringkat runding damai, apa yang saya baca di situ fasal 12 tidak boleh menggunakan khidmat peguam.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Ada baiknya di sini iaitu kedua-dua pihak majikan dan pekerja pada peringkat runding damai, apa yang saya baca di situ fasal 12 tidak boleh menggunakan khidmat peguam, yang boleh kalau pekerja boleh gunakan yang lepas-lepas ini ialah pemimpin kesatuan sekerja dan sebagainya bantu. Ini saya rasa satu benda yang baik, sebelum ini keadaan tidak adil, pekerja tidak boleh lantik peguam di peringkat runding damai tetapi majikan boleh lantik peguam. Jadi amalan itu diberhentikan dengan ada pindaan seperti ini yang baik.
Ada kaitannya juga dalam soal seksyen 20 ini mohon Yang Berhormat Menteri iaitu soal pampasan. Sekiranya pekerja dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan, tuntutan remedi yang mereka tuntut ialah pertama reinstatement, lantik semula pekerjaan mereka. Kedua ialah tuntut pampasan ganti gaji yang tertunggak back wages dan yang ketiga ialah pampasan galang ganti in lieu of reinstatement maknanya pekerja kalau menang kes dapat pampasan itu, galang ganti. In lieu of reinstatement akan tetapi jumlah yang diberi quantum itu, yang lepas-lepas ini sedikit sangat. Pekerja sudah bekerja berbelas tahun dapat hanya 12 bulan gaji misalnya. Jadi kalau boleh dalam pindaan ini, saya tidak tahu di mana boleh –
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
jumlah quantum yang lebih banyak. Sebanyak 24 bulan atau lebih daripada itu. Saya rasa, saya fokus kepada hal ini sahaja Yang Berhormat Menteri, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Paya Besar.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
*Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri pertamanya, saya mengucapkan terima kasih kerana beri ruang kepada Paya Besar untuk turut serta berkaitan Akta Perhubungan Perusahaan 1967.
Saya yakin sebagaimana Yang Berhormat Menteri sebut sebentar tadi, niat Yang Berhormat Menteri begitu baik sekali kerana niat asal 1967 masih dikekalkan sebagai undang-undang untuk mengawal selia hubungan di antara tiga parti yang penting, majikan, pekerja dan kesatuan. Sama ada kesatuan sekerja ataupun persatuan majikan.
Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, saya bukanlah ingin menolak supaya pindaan ini tidak dibuat. Ini kerana saya melihat di luar sana, di luar Dewan, di media sosial banyak sangat yang menimbulkan kekeliruan. Saya kira kekeliruan ini harus diperjelaskan di Dewan ini dan inilah masanya untuk Yang Berhormat Menteri untuk memperjelaskan kerana apa? Ada dakwaan yang mengatakan pihak kerajaan membelakangkan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan terdapat juga aduan daripada pihak MTUC yang mendakwa kementerian membentang pindaan akta ini tanpa berunding terlebih dahulu dengan pihak MTUC. Manakala pukul tiga petang tadi saya dapat pula maklumat Yang Berhormat Menteri sendiri telah memperjelaskan dan menafikan perkara tersebut.
Jadi, saya mengharapkan sangat, adakah cadangan-cadangan pindaan akta-akta ini mendapat persetujuan dan rundingan serta perbincangan daripada Jawatankuasa Teknikal dan Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) dan Persekutuan Majikan-majikan Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, jika benarlah dakwaan ini ia merupakan seolah-olahnya kita membelakangkan pihak berkepentingan seperti MTUC, NLAC dan MEF adalah tidak wajar kerana begitu contradict dengan Konvensyen 144 ILO dan saya kira tripartite consultation, rundingan secara bersama ini, pihak ketiga harus dilakukan.
Sekiranya benar dakwaan ini ia merupakan satu penghinaan yang besar kepada MTUC dan MEF.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Paya Besar.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sekejap, saya habiskan point ini dahulu.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Okey.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya mengharapkan sangat supaya undang-undang ini seperti mana Yang Berhormat Menteri sebut tadi merupakan undang-undang yang terpenting kerana apa, ia merupakan hak keadilan dan sudah pasti Yang Berhormat Menteri sebut tadi ada empat perkara. Tujuan utama yang ketiganya adalah untuk menunaikan dan memenuhi janji Pakatan Harapan. Pakatan Harapan juga harus memastikan undang-undang yang terpenting ini mesti mendapat kesepakatan.
Percanggahan pendapat antara kerajaan dan pihak berpentingan ini adalah satu perkara yang saya rasa ia tidak elok.
Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, bak kata pujangga, masakan pokok bergoyang kalau tidak ada angin. Jadi, saya mengharapkan sangat supaya Yang Berhormat Menteri jangan terjadi seperti mana yang lepas-lepas. Saya sayang Yang Berhormat Menteri ini, kerana apa yang berlaku dalam Akta Pertubuhan Belia, had umur belia, sama juga Majlis Belia Malaysia tidak dapat dirunding terlebih dahulu dan ini pihak-pihak berkepentingan. Jadi MTUC, NLAC, MEF ini merupakan satu aset penting.
Saya mengharapkan sangat Yang Berhormat Menteri tolong jelaskan di Dewan yang mulia ini, apakah cadangan-cadangan yang mereka ini yang mungkin sedikit sebanyak
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Menteri tidak bersetuju, itu sebabnya mereka rasakan disisih. Yang Berhormat Pontian sila.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya, saya ingin bertanya misalnya kepada Yang Berhormat Paya Besar. Fasal 10, hak perundingan tunggal dibenarkan hanya pada satu kesatuan sekerja dalam satu-satu kilang misalnya. Mengapa kita tidak benarkan beberapa kesatuan sekerja yang ada dalam kilang itu duduk sekali.
Katakanlah ada tiga kesatuan sekerja dan mereka berunding sekali di hadapan majikan dan akhirnya mereka mendapat consensus terhadap perkara-perkara yang dituntut seperti kebajikan pekerja misalnya. Kenapa mesti ada di sini hak perundingan itu mesti diwakili oleh satu kesatuan sekerja sahaja. Itu satu saya nampak kejanggalan dalam sini.
Satu lagi Yang Berhormat Paya Besar orang muda, sehari dua ini kita tengok mogok, ada disebut dalam pindaan ini. Mogok pekerja Foodpanda di luar Lembah Klang, saya lihat yang membuat komen dan sebagainya ialah Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia saya tidak – mungkin ada jugalah komen, saya mungkin tidak terbaca. Jadi, bagaimana managing director Foodpanda ni menyebut “Kalau tidak mahu kerja beri pada orang lain”. Itu nampak macam kasar kita melayan pekerja-pekerja ini. Jadi saya harap ada keputusan yang baik dalam kes mogok Foodpanda ini supaya dia boleh dijadikan contoh kepada syarikat-syarikat lain untuk lebih sensitif terhadap tuntutan pekerja.
Pada 31 Januari 2019, misalnya “Majikan gagal bayar gaji pekerja asing, punca mogok di Sepang.”
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Panjang sangat ini Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Kilang sarung tangan. Untuk perkara macam ini perlu diselesaikan dengan baik.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya banyak lagi lepas ini.
[Ketawa]
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya ingat bab GST sahaja panjang, bab ini pun panjang juga.
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Yang Berhormat Paya Besar, pencerahan.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Bolehlah.
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Terima kasih. Saya meneliti hujah Yang Berhormat Paya Besar tadi berkenaan dengan kesepakatan daripada beberapa pertubuhan terutama sekali MTUC. Saya dimaklumkan Majlis Penasihat Buruh (NLAC) telah mengadakan setiap bulan mesyuarat untuk penambahbaikan dan membuat pindaan. Jadi saya tidak nampak sebenarnya kementerian tidak merujuk kepada Majlis Penasihat Buruh ini kerana majlis itu terdiri daripada MEF, MTUC dan juga kerajaan. Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Paya Besar, apakah Yang Berhormat Paya Besar dimaklumkan perkara ini. Terima kasih.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Pertamanya saya hendak menjawab soalan Yang Berhormat Kapar. Itu sebabnya saya bertanya kepada Yang Berhormat Menteri dan saya harap Yang Berhormat Menteri dapat menjawab persoalan dan kekeliruan saya. Ini kerana pada hemat saya ia tidak dirundingkan dan kalaulah dikeluarkan di media dan saya rasa Yang Berhormat Menteri harus membuat penjelasan di Dewan yang mulia ini. Ini kerana penjelasan Yang Berhormat Menteri merupakan satu aras yang akan digunakan sebagai maklumat. Maklumat ini juga akan menyelesaikan kekeliruan. Itu yang pertama.
Kedua yang dibangkit Yang Berhormat Pontian. Saya amat bersetuju supaya kesatuan ini tidak ada kesatuan tunggal dan Yang Berhormat Menteri ada menyebut bagaimana untuk menubuhkan kesatuan mengikut cita rasa dan pelbagai tadi. Ketiganya saya hendak masuk point yang kedua saya adalah saya mengharapkan sangat – yang Foodpanda saya jawab Yang Berhormat Pontian dalam hujah saya yang kedua ini, sebab saya ada selama dua minit lagi. Saya harap sangat Yang Berhormat Menteri bukan isu bincang di Kabinet atau tidak Yang Berhormat atau bincang di meja hanya tiga orang Menteri.
Itu saya tidak hendak bincang di sini.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Cumanya saya punya kerisauan adalah, apabila mogok ini harus kita selesaikan kerana kita jangan biarkan perkara-perkara yang dalam gig economy ini, dianaktirikan oleh majikan. Bukanlah saya hendak mementingkan pekerja. Saya pun sebagai majikan. Ini kerana dalam hal kita berurusan ini, yang paling penting adalah keadilan. Itu sebabnya saya harap sangat Yang Berhormat Menteri berkaitan Foodpanda ini juga harus kita bawa ke peringkat atasan supaya semua pihak dapat diputuskan di peringkat Mahkamah Perusahaan.
Terakhir Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, saya mengharapkan sangat supaya kita harus ada satu sistem untuk memantau majikan-majikan zalim. Saya sebagai seorang majikan juga, saya yakin untuk mengurus pekerja ini adalah satu perkara yang susah, tetapi dalam konteks kita melihat bahawasanya ada segelintir majikan-majikan yang zalim. Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri bagi saya pencerahan berkaitan kes-kes yang menyebabkan orang itu mati, gaji tidak diberikan, bagaimana pemberian gaji yang tidak setimpal, bagaimana pekerja Bangladesh diperdagangkan dari majikan kepada majikan tanpa persetujuan mereka. Ada juga kes majikan mendera, merogol amah.
Perkara-perkara inilah yang kita kena lihat supaya pekerja asing ini juga sah. Mereka adalah manusia. Mereka juga harus mendapatkan hak yang seadilnya. Akan tetapi sekiranya ada majikan-majikan yang hanya menumpukan kepada keuntungan, saya risau, ia juga akan memberikan imej yang tidak baik untuk negara kita sekiranya mereka balik bercerita di luar negara, Malaysia tidaklah seperti ‘Indah khabar daripada rupa’. Ini semua akan kita lihat sebenarnya niat asal tahun 1997 akan terluput begitu sahaja.
Saya mengharapkan sangat Yang Berhormat Menteri, jagalah hubungan di antara pekerja ini kerana merekalah aset yang penting untuk negara. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Klang.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan juga Kementerian Sumber Manusia kerana telah pun membentangkan Rang Undang- undang Perhubungan Perusahaan (Pindaan) 2019. Ia adalah antara siri reformasi undang- undang buruh yang sedang dijalankan oleh kementerian dan merupakan rang undang- undang pertama yang dibincangkan, dibahaskan di Dewan yang mulia ini.
Saya memuji kementerian dan juga Yang Berhormat Menteri kerana telah berjaya mereformasi beberapa seksyen yang penting untuk melindungi hak-hak pekerja.
Umpamanya:-
(i) mempertimbangkan situasi pekerja yang kurang upaya dan sudah meninggal dunia dalam kes-kes Mahkamah Perusahaan;
(ii) konsolidasi proses pengesahan kesatuan sekerja dengan meletakkan kuasa di tangan Jabatan Perhubungan Perusahaan;
(iii) desentralisasi kuasa Menteri kepada ketua pengarah untuk mempercepatkan proses merujuk kes-kes pertelingkahan pekerja ke Mahkamah Perusahaan; dan,
(iv) mengurangkan bilangan perkhidmatan penting ataupun essential services dalam Jadual Pertama.
So, tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan juga kepada kementerian.
Perubahan tersebut tidak pernah berlaku pada zaman Barisan Nasional kerana dasar-dasar new liberal yang ditetapkan untuk memenangi hati pelabur dan telah meminggirkan hal-hal pekerja. Kuasa yang tidak seimbang di antara majikan dan pekerja adalah punca utama pendapatan bahagian buruh iaitu labour share of income ataupun compensation of employees berada di tahap 35 peratus. Manakala, pendapatan bahagian buruh di negara-
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
negara Eropah termasuk Singapura di ASEAN adalah lebih kurang 50 peratus sehingga 60 peratus.
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Perhubungan Perusahaan (Pindaan) 2019 ini adalah satu inisiatif seperti yang dikatakan adalah bagus. Akan tetapi, jika Kerajaan Pakatan Harapan berazam merealisasikan visi-visi seperti Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (Shared Prosperity 2030) dan menunaikan janji-janji kepada masyarakat pekerja ataupun komuniti pekerja dalam manifesto PRU14, reformasi undang-undang buruh termasuk Akta Perhubungan Perusahaan, harus diperkasakan supaya selaras dengan dasar- dasar penting yang baru dikemukakan.
Oleh itu, saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjelaskan dan juga adakah kerajaan telah membuat study dan sebagainya, bagaimana pindaan yang dibuat pada hari ini dapat selaraskan pindaan dengan the shared visions or shared prosperity untuk mencapai 48 peratus of labour share of income in the next ten years. This is very challenging. So, the question I have Yang Berhormat Menteri, ialah what is the strategy? What is the study whether the ministry telah buat kajian dan apakah kajian mengatakan dan cara kita untuk mencapai 48 peratus ini dalam 10 tahun akan datang?
Wawasan Kemakmuran Bersama mengatakan sasaran pekerja adalah meningkatkan pendapatan pekerja ke 48 peratus pada tahun 2030. This is the challenge for Pakatan Harapan. So, soalan saya ialah bagaimanakah kerajaan akan membuat strategi untuk mendapatkan 48 peratus? Ini memandangkan bahawa Bank Negara Malaysia pada bulan Julai tahun ini mengatakan bahawa, “There is a need to fundamentally reform the labour laws in Malaysia supaya...” there is – what we call it, inconsistent with the global markets and to make workers – labour and environment challenging in the country. Mereka mengatakan, satu information yang penting dan saya fikir harus mendapat pandangan dalam perbincangan kita ialah produktiviti pekerja kita telah naik. Melambung tinggi, sebenarnya. Produktiviti pekerja melambung tinggi tetapi gaji telah kurang. Gaji tidak setimpal dengan kenaikan produktiviti ini. So, ini saya fikir adalah satu yang mismatched yang harus diselaraskan. Statistik yang telah digunakan oleh Bank Negara Malaysia ialah jika pekerja menghasilkan pengeluaran sebanyak USD1,000, the part – bahagian yang pergi kepada pekerja hanya RM340. Therefore, the workers are only getting one third of the labour share which is not what we want. We want 48 percent, bukan lebih kurang 30 peratus.
So, I think, therefore – dan juga Khazanah Research juga menunjukkan jurang produktiviti dan pendapatan pekerja telah semakin lebar. Sejak tahun 1970, produktiviti telah bertambah tinggi – there is an increase, tetapi workers salary actually has decrease. I wish I have a Powerpoint actually I can show the difference between productivity increase and labour which decrease. Tuan Yang di-Pertua, saya telah membangkitkan soalan ketidaksamarataan di negara ini beberapa kali, bahawa rakyat bawahan khususnya orang miskin dan rakyat yang berpendapatan tinggi semakin kaya. Contoh yang paling baik ialah CEO Mydin berkata, penjualan di pasar rayanya semakin menurun, bukan sahaja disebabkan oleh inflasi tetapi sebenarnya rakyat bawahan langsung tidak ada duit untuk membeli barang-barang harian.
This is hakikat. This is reality untuk Malaysia.
Soalan saya di sini ialah purchasing power is going down. How are these amendments going to help workers untuk memperkasakan persatuan sekerja untuk mendapatkan gaji yang lebih baik ataupun in the collective bargaining process? This is a question I have. Mungkin Yang Berhormat Menteri dapat jawab soalan itu. Soalan yang spesifik ialah strategi kerajaan bagi meningkatkan pendapatan bahagian buruh dari 38 peratus kepada 48 peratus dalam 10 tahun yang akan datang. This is the question, the main question I have. Tuan Yang di-Pertua, tiga isu saya bangkitkan – in a very short, saya ada – Pertama ialah bagi saya, Rang Undang-undang Perhubungan Perusahaan harus menimbangkan, should need to considers issue seperti berikut, pertama, pengesahan kesatuan ataupun union recognition adalah proses yang paling susah kerana majikan selalu menentang penubuhan kesatuan di tempat kerja. Pemimpin-pemimpin kesatuan yang saya bincang, kawan-kawan dan sebagainya mengatakan kepada saya bahawa majikan akan menggunakan pelbagai taktik untuk menghentikan usaha-usaha pengesahan kesatuan.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Misalnya, memberikan amaran kepada pekerja, jangan menyertai kesatuan pekerja ataupun jika berbuat begitu, mereka akan dipecat ataupun ada majikan akan mengumumkan hari undi sulit sebagai hari cuti dan menghantar pekerja pergi ke tempat pelancongan dan sebagainya. So, cara majikan kerja itu berlainan sikit. So, therefore we have to be proactive. Apa yang paling mendukacitakan hati ialah apabila mereka membuat aduan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan, tiada tindakan diambil terhadap majikan yang intimidasi pekerja- pekerja dan mencabul hak-hak pekerja yang jelas dinyatakan dalam seksyen 4, Akta Perhubungan Perusahaan Hak Pekerja dan Majikan.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Saya percaya dengan mengadakan mekanisme yang lebih adil, a much more fair dan satu proses, satu platform yang lebih adil dan saksama, kita dapat menjalankan ini dan juga dapat mencapai sasaran Menteri sendiri yang hendak meningkatkan peratusan ahli kesatuan dari enam peratus hingga 30 peratus.
Kedua, memperkasakan hak pekerja dalam proses perjanjian kolektif. Dengan isu ini, kita dapati tiga isu. Pertama, hak kepada maklumat (right to information). Kedua, hak kepada perundingan tentang collective redundancy dan ketiga, hak mogok (right to strike). Ketiga-tiga isu ini sebenarnya adalah yang penting untuk collective bargaining dan masuk dalam ILO Convention. Oleh sebab itu, saya tidak akan bincang dengan lebih terperinci.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, saya juga berpendapat bahawa Seksyen 13(2)(a) mempunyai skop perjanjian kolektif yang terhad pada masa kini.
The amendment is very limited iaitu latihan, sistem gaji. First is latihan, kedua sistem gaji dan juga sistem imbuhan. Akan tetapi kalau kita merujuk kepada Convention C154 ataupun Collective Bargaining Convention sebenarnya the scope is very luas. Very luas. Kita dapati determining working conditions and terms of employment. Nombor dua, regulating relations between employers and workers. Nombor tiga, regulating relations between employers or their organization and a workers’ organization or workers’ organizations. Ini termasuk dalam ayat law, tetapi we pick and choose. We need to choose latihan, sistem gaji dan sistem imbuhan pekerja. Why are we not looking at the other areas as well? So, saya minta Yang Berhormat Menteri supaya dapat meluaskan skop. So that, you give the workers the power, the strength to negotiate as equal partner and not the negotiate with the hand tight at the back. This is quite important. Saya juga baca beberapa pandangan yang telah dibuat Yang Berhormat Menteri bahawa pekerja di Malaysia harus diperkasakan. The labor union has to be strengthen sebab *the last so many years, we find that the labor law has victimizes workers and have favored the employers. So, this relationship has to change. Is unequal relationship have to change in favor of workers.
So* dengan itu, saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Klang. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Rantau Panjang, diikuti oleh Yang Berhormat Ipoh Timur, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Kapar.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Okey. Bismillahi Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Akta Perhubungan Perusahaan (Pindaan) 2019.
Kita melihat daripada pembentangan yang telah dibuat oleh pihak Menteri di mana akta ini telah meluli enam kali pindaan sehingga terakhir tahun 2014 dan kali ini melibatkan 29 pindaan dan empat peruntukan baharu. Pada umumnya, saya mengalu-alukan semua penambahbaikan dalam akta ini untuk memberi perlindungan dan kebajikan kepada kaum pekerja di seluruh negara. Ini sebab kita memahami kaum pekerja ataupun majikan dan kesatuan pekerja adalah rakan kongsi yang terbaik untuk kita sama-sama berusaha untuk memastikan kejayaan terutama dalam perancangan dalam membentuk sebuah negara yang berjaya terutama dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Cuma saya ingin penjelasan, sejauh mana pindaan yang telah dibuat ini telah dilibat urus dengan sejujurnya dengan kesatuan sekerja, dengan pihak NLAC, MEF dan juga kesatuan MTUC dan lain sebagaimana yang telah disebut oleh Yang Berhormat Menteri.
Akan tetapi, ada dakwaan dalam media mengatakan bahawa mereka tidak dilibatkan terutama di fasa-fasa terakhir sebelum pindaan ini dibawa kepada Jabatan Peguam Negara.
Jadi, sejauh mana kebenaran dakwaan ini dan kenapa perkara ini berlaku? Sekiranya ini berlaku, adalah satu perkara sangat dikesalkan.
Saya ingin penjelasan kepada pihak Yang Berhormat Menteri iaitu sejauh mana undang-undang yang telah dipindah ini memberi kebaikan terutama kepada kesatuan sekerja yang melibatkan terutama sektor swasta, terutama yang melibatkan kebajikan kaum pekerja.
Ini sebab kita melihat banyak isu yang terlibat dalam negara kita yang melibatkan pekerja. Ini sebab kita melihat ada majikan yang sewenang-wenangnya mengambil kesempatan menggunakan akta ataupun melakukan satu pelanggaran untuk menamatkan perkhidmatan pekerja tempatan dengan tujuan untuk mengurangkan kos urusan pengurusan pekerja dengan menamatkan pekerja tempatan dan menggaji pekerja asing sedangkan ini sangat bercanggah dengan Seksyen 60 Akta Kerja. Jadi saya ingin tahu, berapakah kes yang telah dikenal pasti oleh pihak kementerian untuk mengambil tindakan terhadap majikan yang sengaja memberhentikan pekerja tempatan dan mengambil pekerja taraf yang sama, mengambil pekerja asing dengan tujuan untuk menjimatkan kos pengurusan operasi mereka.
Begitu juga berkaitan dengan kebajikan pekerja, ada pekerja yang mereka yang dinafikan hak. Sebagai contoh, pembantu rumah. Kita lihat banyak pelanggaran berlaku.
Contoh, banyak pembantu rumah yang dibawa ke dalam negara kita dengan permit sebagai pembantu rumah, tetapi mereka diletakkan di tempat-tempat restoran, kedai-kedai makan sedangkan ini bercanggah dengan Akta Imigresen itu sendiri. Jadi, sejauh mana tindakan yang telah diambil dan berapa kes yang telah diambil tindakan? Ini sebab kita lihat pelanggaran itu di mana-mana. Sebagai contoh, banyak pembantu-pembantu kedai hari ini menggunakan pekerja-pekerja daripada Indonesia. Itu sebagai contoh, sedangkan mereka di bawa masuk atas permit pembantu rumah. Jadi, sejauh mana kementerian melihat isu ini?
Kenapa tidak ada tindakan dibuat sehingga rata-rata berleluasa berlaku pelanggaran ini?
Sejauh mana perkara ini kuatkuasakan?
Begitu juga saya ingin penjelasan berkaitan dengan hak pekerja terutama pekerja yang telah dibuang kerja. Kita dapati perangkaan yang telah dimaklumkan kepada kita daripada Januari hingga September tahun 2019, lebih daripada 24,600 pekerja yang telah diberhentikan. Sejauh mana pampasan yang telah diberi kepada pekerja? Apakah bentuk penguasaan yang telah dibuat? Apakah kerajaan telah mencadangkan untuk menaikkan skim insurans pekerja untuk memastikan mereka yang diberhentikan ini mendapat ruang kebajikan yang sebaiknya sebelum mendapat pekerjaan yang baru. Setakat ini, berapakah daripada jumlah yang telah diberhentikan yang telah mendapat semula pekerjaan baharu dalam pasaran pekerjaan? Jadi, saya ingin penjelasan berkaitan dengan ini.
Begitu juga tentang masalah pengangguran yang semakin berleluasa dalam negara kita. Dalam statistik jawapan yang terima di Parlimen tahun 2017, pengangguran lebih daripada 500,000 pengangguran berlaku dalam negara kita dan yang paling malang sekali, 66.6 peratus. Ini jawapan saya terima daripada dalam Dewan ini melibatkan pengangguran di kalangan siswazah. Jadi saya ingin tahu, sejauh mana tindakan yang telah dibuat oleh pihak kementerian untuk memastikan anak-anak kita yang telah berjaya dalam bidang pelajaran, tetapi mereka masih ketinggalan dan menganggur. Ramai di kalangan mereka bekerja di bawah kelulusan. Adakah kerajaan membuat kajian statistik, mereka yang bekerja di bawah kelulusan ini berapa jumlah di kalangan mereka? Jadi dengan kelulusan ijazah yang ada pada mereka, kelulusan diploma yang ada pada mereka, tetapi mereka ada yang bekerja di supermarket, pasar raya setaraf dengan SPM dengan gaji yang tidak seberapa kerana tidak ada ruang pekerjaan yang baik. Sejauh mana bantuan yang telah diberi kepada golongan siswazah ini untuk membantu mereka berada di pasaran pekerjaan?
Begitu juga saya ingin penjelasan berkaitan dengan program yang telah dirancang oleh kerajaan iaitu di bawah TVET iaitu dana pinjaman TVET melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran di mana sebelum ini dalam Rancangan Malaysia Kesebelas di mana kerajaan telah memperuntukkan lebih kurang RM1 bilion untuk menjana lebih kurang 66,000 pekerja. Akan tetapi, apakah perkara ini dalam berdepan dengan Revolusi Industri 4.0 ini, adakah kerajaan bercadang dalam Rancangan Malaysia Ke-12 nanti, kerajaan akan meningkatkan lagi dana bantuan dana pinjaman TVET ini untuk melahirkan lebih ramai lagi tenaga-tenaga mahir dalam negara kita.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Begitu juga saya ingin penjelasan berkaitan dengan isu yang berkaitan dengan sindiket penipuan pekerja terutama yang melibatkan pekerja yang ingin bekerja di luar negara. Sejauh mana pemantauan dibuat supaya mereka tidak ditipu oleh agensi pekerjaan yang tidak berlesen? Saya ingin tahu setakat ini berapakah jumlah agensi pekerjaan yang diiktiraf oleh kementerian...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Rantau Panjang. Yang Berhormat Rantau Panjang.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
...Untuk memastikan tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tumpang. Tumpang lalu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Pontian ingin mencelah.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Sebelum beralih jauh. Tadi Yang Berhormat Rantau Panjang menyebut tentang bagaimana anak-anak kita bekerja di bawah kelulusan. Ini adalah sebenarnya satu isu yang serius. Adakah pada pendapat Yang Berhormat Rantau Panjang, kerana kerajaan yang ada ini tidak mampu untuk menunaikan janji memberi satu juta peluang pekerjaan bernilai tinggi? Itu yang pertama.
Adakah kerana kerajaan ini telah melewatkan projek-projek besar seperti ECRL, High Speed Rail (HSR), Bandar Malaysia yang sebenarnya tujuan utama projek-projek besar itu adalah untuk memberi peluang pekerjaan berdasarkan kelulusan pada anak-anak kita untuk menjadi engineer dan macam-macam yang sesuai di projek-projek besar itu. Adakah dua sebab ini antaranya? Terima kasih.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Pontian. Banyak faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pengangguran yang semakin tinggi dalam negara. Jadi, isu janji manifesto Pakatan Harapan untuk menyediakan satu juta pekerjaan kepada rakyat, sampai hari ini tidak menjadi satu kenyataan. Walaupun kerajaan menyatakan kerajaan berusaha, berusaha menunaikan tanggungjawab tetapi sampai hari ini tidak jadi kenyataan.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Yang Berhormat Rantau Panjang.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
...Jadi kita tidak mahu perkara ini terus menjadi pembohongan kepada rakyat.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Pencelahan.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Jadi kita tidak mahu perkara-perkara ini menjadi agenda yang terus mengelirukan rakyat. Saya tidak ada masa, terima kasih Yang Berhormat Kapar ya. Jadi, dalam keadaan sekarang ini kita melihat banyak isu termasuk dari sudut projek-projek yang telah dijanjikan oleh kerajaan yang ditangguhkan, ada yang dibatalkan dan sebagainya. Jadi, sepatutnya dalam Malaysia menuju Revolusi Industri 4.0 ini, sepatutnya banyak ruang-ruang ataupun peluang-peluang yang lebih baik disediakan terutama pada generasi muda.
Jadi, sebab itu lah saya hendak mengambil kesempatan ini juga untuk mengingatkan kepada semua terutama Kerajaan Pakatan Harapan hari ini supaya jangan mengelirukan rakyat. Sebelum ini, Yang Berhormat pernah mengelirukan rakyat dengan mengatakan Melayu adalah pendatang dalam negara kita. Walaupun telah ditarik balik kenyataan, tetapi perkara ini pernah disuarakan. Jadi, begitu juga dan ia disebutkan di sini bahawa rundingan urus yang telah dilibatkan dengan semua agensi yang berkepentingan tetapi pihak yang berkaitan mengatakan bahawa di saat akhir sebelum pembentangan undang-undang ini dibuat tidak ada libat urus dibuat secara telus.
Jadi, saya ingin tahu sejauh mana sebenarnya kejujuran Kerajaan Pakatan Harapan. Saya ingin melihat supaya cadangan, rancangan untuk membina masa hadapan negara mestilah dibuat sejujurnya dan kita bersama dengan rakyat, kita bersama dengan kaum pekerja, mestilah kerajaan hari ini bertanggungjawab untuk memastikan masa hadapan
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
kaum pekerja kita lebih terjamin. Ini lah yang kita harapkan. Sekian dahulu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, masa sudah tamat Yang Berhormat Rantau Panjang. Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana mengizinkan saya untuk menyertai dalam perbahasan ini dan cuma beberapa point yang singkat sahaja. Berkenaan dengan rang undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua, apabila saya membaca rang undang-undang, ia memang memberikan kuasa kepada Ketua Pengarah sebagai gantian kuasa kepada Menteri. Saya ada sedikit perbezaan pandangan dengan rakan bijaksana saya dari Yang Berhormat Pasir Gudang yang mana sekiranya saya membaca berkenaan dengan pindaan kepada seksyen 20, ia menyatakan bahawa; *“ (3) Where the Director General is satisfied that there is no likelihood of the representations being settled under subsection (2), the Director General shall refer the representations to the Court for an award.”.
So*, daripada bacaan dan juga fahaman saya, mungkin pihak Menteri boleh memberikan pencerahan nanti bahawa sememangnya Ketua Pengarah nampaknya tidak diberikan apa-apa pilihan selain daripada untuk merujuk kes di hadapan beliau untuk ke Mahkamah Persekutuan yang tidak sama seperti kuasa yang diberikan kepada Menteri. So, itu nombor satu.
Lanjutan daripada itu, walaupun ia merupakan satu pindaan yang amat baik dengan tujuan untuk mengurangkan segala birokrasi dan juga memendekkan masa untuk kes-kes dirujuk ke Mahkamah Perusahaan, yang mana pada sekarang kita selalu menghadapi satu delay ataupun satu kelewatan sebanyak sembilan bulan sehingga satu setengah tahun sebelum kes dapat dirujuk ke Mahkamah Perusahaan.
Namun demikian, setelah kuasa Menteri diganti dengan kepada kuasa Ketua Pengarah, saya ada satu kebimbangan di sini yang mana, bagaimanakah kerajaan dan kementerian boleh memastikan bahawa kes-kes yang tidak ada merit langsung, tidak ada klausa tindakan munasabah ataupun kes-kes yang selalu dikatakan sebagai remeh ataupun mengaitkan juga akan dibawa kepada perhatian Ketua Pengarah dan juga di bawa ke Mahkamah Perusahaan pada akhirnya. Oleh kerana, kita tidak ada satu mekanisme ataupun undang-undang untuk membenarkan kes-kes yang telah dibawa ke mahkamah dibatalkan dengan satu permohonan daripada mana-mana pihak. Ini merupakan kebimbangan saya yang mana sekiranya apabila kuasa Menteri ataupun tanggungjawab dan peranan Menteri diambil dan Ketua Pengarah tidak diberikan kuasa untuk menilai semula keseluruhan kes, maka kejadian bahawa seperti sekiranya kes yang remeh mungkin akan dibawa ke mahkamah.
Di sini saya ingin merujuk kepada satu artikel yang juga menyatakan bahawa apabila Menteri menjalankan tugasnya untuk menentukan sama ada hendak membenarkan kes dirujuk ke Mahkamah Persekutuan dengan izin, “The Minister has to ask himself, the key question whether the representations make by a workmen is fit to be referred to the industrial court. The test whether there are serious issues of law or fact to be tried.” So, bagaimanakah test ini boleh dijamin dengan pindaan kita. Memang saya hendak menegaskan bahawa pindaan ini merupakan satu pindaan yang baik tetapi kebimbangan saya berkenaan dengan bagaimana kita boleh memastikan kesemua kes yang dibawa itu mempunyai isu undang-undang ataupun isu fakta yang hendak dibicarakan. Itu nombor satu.
Nombor dua dalam perkara ini kita juga nampak ada pindaan yang mana berkenaan dengan sesi reconciliation dengan izin yang mana kedua-dua pihak majikan dan pekerja diberikan peluang untuk reconcile sebelum kes dirujuk ke mahkamah. Dalam pada itu, saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk mempertimbangkan supaya dalam kes ini untuk membenarkan kedua-dua pihak diwakili oleh peguam. Oleh kerana, secara hakikatnya apabila kita berbincang berkenaan dengan hak majikan, sememangnya untuk majikan
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
mereka selalu ada In-house Legal Advisor mereka yang bukan merupakan peguam tetapi mempunyai latar belakang guaman, mereka mempunyai penasihat-penasihat mereka yang mempunyai latar belakang guaman juga. Akan tetapi, sekiranya pekerja tidak diberikan satu peluang juga untuk diwakili oleh peguam dalam peringkat reconciliation maka mungkin hak pekerja tidak dapat dibela semasa reconciliation tersebut.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Perkara yang seterusnya adalah saya juga berpandangan bahawa dalam peringkat apabila kes dirujuk ke Mahkamah Perusahaan, hendaklah juga mahkamah diberikan satu kuasa, diberikan kuasa untuk melaksanakan satu alternate dispute resolution di peringkat mahkamah sebelum perbicaraan atau semasa perbicaraan. Ini kerana ada kalanya sekiranya kes tidak dapat diselesaikan dalam peringkat reconciliation, maka mungkin kes itu boleh diselesaikan sekiranya terdapat pegawai-pegawai yang lebih bakat dalam Mahkamah Perusahaan untuk membantu dalam kedua-dua pihak mencapai satu solution ataupun satu persetujuan yang baik.
Akhir kata Timbalan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh berkenaan dengan rang undang-undang ini dan dengan memendekkan ataupun the shorten daripada period yang mana kes tersebut tidak perlu ditentu sahkan oleh Menteri, maka ia merupakan satu perkembangan yang baik. Akan tetapi seperti yang saya kata tadi ada sedikit reservation ataupun kebimbangan daripada pihak saya berkenaan dengan isu yang akan terbangkit.
So, dengan itu sekali lagi saya berterima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan saya menyokong rang undang-undang ini. Sekian daripada saya, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Ipoh Timur. Saya jemput Yang Berhormat Kapar, 10 minit, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Pendang, kemudian Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Pengkalan Chepa dan yang terakhir Yang Berhormat Maran. Sila, Yang Berhormat Kapar, 10 minit.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya meneliti cadangan pindaan Rang Undang-undang Akta Perusahaan 1967 ini dan saya, rakyat yang pertama yang harus dan wajib saya segerakan ialah tahniah Yang Berhormat Menteri kerana ini adalah satu tuntutan awal yang dibuat pada peringkat me- reform Akta Perusahaan, Akta Pekerja dan Akta Kesatuan.
Apa yang saya ingin menyinggung ialah beberapa perkara yang melibatkan kuasa Menteri itu di bawah 20.3 diserahkan kepada ketua pengarah dan ketua pengarah akan mengklasifikasikan sama ada kes itu boleh dibawa ke Mahkamah Perusahaan mengikut seksyen 20. Ataupun yang lebih jelas daripada isu-isu dispute termasuk collative agreement dan sebagainya yang menggaris pandukan rujukan itu untuk memantaskan atau melajukan kes itu ke mahkamah. Itu satu usaha yang cukup luar biasa kerana sebelum ini kita hendak meminda satu ayat daripada akta-akta yang terbabit itu sudah tidak termimpi untuk kita menjangkau.
Akan tetapi apa yang saya lihat di sini ialah kuasa itu diserahkan namun saya mohon Menteri pertimbangkan apakah boleh di-delegate-kan kuasa itu kepada pengarah-pengarah negeri supaya ianya lebih memacu kelajuan untuk rujuk ke mahkamah. Jadi itu daripada segi kuasa Menteri yang telah pun diserahkan kepada ketua pengarah.
Seterusnya saya juga ingin melibatkan bicara saya tentang pindaan yang dibuat terutama sekali dalam seksyen 8 yang membolehkan Menteri menyerahkan kuasa dan di situ juga ada satu clause yang Menteri telah pun membuka ruang sedikit iaitu kalau union busting dia sudah boleh tidak ada terkurung 24 bulan.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Kalau itulah yang dimaksudkan tidak terkunci dengan 24 bulan, saya bersyukur kerana kes-kes terutama sekali apabila selepasnya kes – Malik Hakim melawan kes Telekom di Sabah menyebabkan tempoh benefit 24 bulan itu terjelma. Jadi saya merasakan bahawa kalau melibatkan seksyen 4, 5 dan 6 itu membolehkan union busting dipanggil, maka untuk lingkungan 24 bulan itu sudah tidak terpakai.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Maka saya mengucapkan syabas tetapi dalam masa yang sama saya ingin merungkaikan Menteri supaya 24 bulan itu cuba kalau boleh dibiarkan atas lingkungan kes itu didengar berapa lama. Saya begitu sedih apabila saya bicarakan yang lepas seperti mana mahkamah, Yang Arif Param yang telah pun memutuskan untuk tidak mahu mendengar dan membatalkan kes Megasteel dan dikatakan tiga tahun sudah melepasi tempoh.
Jadi saya minta Menteri supaya tempoh untuk kita hendak tidak mahu mendengar kes itu diselesaikan tidak boleh dipakai kerana ianya akan memberi kesan beban kerana kes itu akan menjadi kes tangguhan oleh pihak lawyer, pihak Yang Arif dan juga pihak yang terlibat iaitu pihak pekerja. Jadi saya mohon supaya dipertimbangkan arahan itu sebagai satu KPI.
Seterusnya saya juga ingin menyinggung tentang undi sulit. Dalam undang-undang tidak disentuh bahawa pekerja asing itu silent. Boleh, tidak boleh, boleh, tidak boleh, majikan Borang B dia masuk pekerja asing. Pekerja di masuk Borang A. Jadi bila tengok perbezaan itu Menteri ada memberikan penerangan tentang yang membolehkan untuk mempercepatkan pertubuhan itu, maka diambil daripada borang A itu.
Jadi saya akui itu langkah yang cukup bijaksana dan saya mohon supaya ianya definisi pekerja asing itu perlu diberikan penjelasan yang jelas kerana saya takut pihak kesatuan akan dipermainkan oleh pihak majikan disebabkan oleh entitlement itu sendiri.
Oleh sebab itu adalah konvensyen ILO yang kita tidak boleh menafikan pekerja asing tetapi kebanyakan kesatuan dia lesu, dia pun tidak memahami tentang hak itu adalah hak kepada melayakkan pengiktirafan.
Seterusnya Akta Perusahaan ini Tuan Yang di-Pertua, ia melibatkan lapan peratus sahaja total keseluruhan pekerja dalam negara iaitu siapa yang ada kesatuan. Kecuali seksyen 20 yang membenarkan semua pekerja swasta boleh memfailkan atas unfair dismissal, dengan izin. Namun saya juga ingin menyinggung tentang definisi yang merungkaikan tentang kebebasan dan Konvensyen ILO 1987 yang menjadi pertikaian yang mengatakan Menteri bersetuju daripada apa yang kita perjuangkan selama ini, kita setuju untuk memberikan menyebarluaskan orang yang mahu masuk kesatuan. Akan tetapi dalam masa yang sama kita dapati NTUC pula tidak bersetuju. Saya pun keliru benda ini, keliru.
Macam saya dapat makluman Majlis Penasihat Buruh mengadakan mesyuarat tiap- tiap bulan. Dahulu setahun sekali pun susah. Zaman saya jadi acting Presiden dahulu tetapi sekarang saya dapat tahu tiap-tiap bulan, it is a good move. Maknanya semua terlibat MEF yang kata tidak ada itu semua itu kita kena siasat dahululah sebelum kita hendak bicara kita kena siasat dahulu. Apa yang kata kita tumpukan satu juta. Masa zaman Barisan Nasional dahulu dia kata dia propose tiga juta. Tidak sampai pun sekarang 511,000 masih lagi menganggur.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kapar. Minta mencelah sedikit untuk bertanya.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Jadi saya tidak mahu merosakkan otak saya memikirkan soal itu. Apa yang jelas ialah saya hendak beritahu saya mengikut Peraturan 37 saya tidak benarkan pencelahan.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kapar.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Saya akan teruskan. Jadi saya nampak seksyen 20. Seksyen 20 ini kalau Menteri mengikut daripada peruntukan undang- undang itu dia 60 hari, saya hendak Menteri kaji semula bolehkah ianya diberikan kelonggaran untuk ditambahkan 90 hari kerana kebanyakan kes 60 hari kes itu tidak dipanggil. Jadi saya minta Menteri pertimbangkan untuk melanjutkan tempoh kelayakan memanggil kes itu ke mahkamah.
Seterusnya saya diberitahu di bawah seksyen 52, saya sudah sembang dengan ‘Si Khalid’ tadi dia kata 52 terlibat secara langsung. Itu seksyen 20 itu melibatkan kanun GLC, kanun yang terpinggir, Tabung Haji, SOCSO, EPF, PERHEBAT, Bank Simpanan Nasional dan beberapa lagi yang dilihat begitu mendesak. Mahkamah tidak boleh pergi, Mahkamah Perusahaan tidak layak, Mahkamah Tinggi memakan belanja yang banyak, jadi saya dengan pindaan ini maka berkanun itu dapat masuk dalam skop seksyen 20.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Akan tetapi saya juga ingin memohon supaya mereka juga terlibat di bawah seksyen 13, 14, 15, 16, 17 dipanggil perjanjian bersama. Sekurang-kurangnya perjanjian bersama dengan kesatuan mereka itu diberikan hak untuk berbincang dan untuk mengadakan faedah- faedah yang membolehkan mereka merasai atas nikmat perjanjian bersama. Ini kerana CA mereka itu tidak dikategorikan sah kerana mereka itu dalam kategori yang tidak memungkinkan mereka merujuk kepada Mahkamah Tinggi ataupun Mahkamah Perusahaan memang tidak boleh.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Jadi saya mohon Yang Berhormat Menteri supaya pertimbangkan untuk membolehkan yang berkanun terpinggir ini, mereka juga layak untuk berbicara soal CA.
Kalau trade dispute, mereka boleh merujuk kepada Mahkamah Perusahaan terutama sekali violation of the CA ataupun interpretation di bawah seksyen 33.
Maka saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana tarikan mereka ini sudah berlalu, 11 tahun saya memperjuangkan dalam Dewan ini, hari ini pindaan dibuat. Sekurang-kurangnya ruang itu, seksyen 20, mereka ada. Saya merasai, bersyukur kerana mereka ada platform untuk mereka rujuk terutama sekali tentang pembuangan kerja atau pembuangan yang tidak adil di bawah seksyen 20.
Saya juga ingin menyinggung dalam rumusan untuk dalam fasal 3 tadi saya dah beritahu, tempoh KPI tiga tahun dahulu tidak boleh kita terima. Jadi Yang Berhormat Menteri supaya jangan tekankan supaya tempoh itu menjadi satu masalah igauan yang buruk kepada mereka.
Okey, yang keduanya saya diberitahu baru-baru ini, pekerja Utusan Malaysia, saya diberitahu mereka diarahkan untuk packing semua barang hari ini, last day. Jadi, hendak masuk seksyen 20 tak boleh, nak masuk seksyen 18 tak boleh kerana majikan dia tak bagi signal. Jadi saya nak minta Yang Berhormat Menteri, keperluan tak untuk Yang Berhormat Menteri boleh masuk seksyen 18 untuk membantu mereka ini.
Bulan September tak dapat gaji, bulan Oktober sudah pun kena notis tetapi notis tak diberi. Notis termination tak diberi, macam mana dia orang nak bawa kes ini? Atau mereka tak dapat SIP sebab mereka bukan dalam kategori retrenchment sebab tak dapat surat. Jadi, kekeliruan dan kegusaran mereka ini saya lihat begitu dizalimi oleh keadaan pengurusan yang sebegitu. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri kalau boleh gunakan trade dispute seksyen 18 itu untuk menegur dan memberi amaran kepada pengarah urusan dan kepada syarikat owner baharu iaitu Tan Sri Syed Mokhtar, saya diberitahu. Kalau betul, betullah. Syed Mokhtar ambil.
Jadi dia bertanggungjawab, kena bertanggungjawab untuk memastikan mereka yang terlibat dibayar pampasan mengikut panduan hak mereka. Jadi ini tak boleh berkompromi. Kita tak boleh, kita tak boleh biarkan korporat menekan rakyat, pekerja yang sekarang mengharapkan. Saya diberitahu Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua, sikit lagi. Sikit lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Saya diberitahu, sedihnya ialah anak-anak mereka ini bukan susu dibagi tetapi teh ‘O’ untuk bayi-bayi ini. Saya dengar itu, menitis air mata saya dan ini, atas tekanan ini, saya rasa kita tidak boleh biarkan.
Tuan Yang di-Pertua, kita ini hati lembut jadi kita kena ada manusiawi. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri supaya segerakan hantar pegawai untuk siasat benda ini dan tolonglah pekerja-pekerja Utusan Malaysia ini kerana mereka mengharap pertolongan kita.
Rumusan daripada pindaan ini, seketul tahniah saya ucapkan kerana ini adalah pindaan yang saya tunggu sebegitu lama. Malah saya boleh diberikan penambahbaikan seperti mengadakan mahkamah khas tinggi, kategori tinggi daripada perusahaan. Jadi ini juga saya mohon Yang Berhormat Menteri supaya memberikan pertimbangan untuk dia merujuk kepada kes-kes yang terlalu beban pada costly ataupun perbelanjaan tinggi. Maka Tuan Yang di-Pertua, dengan sepenuh hati saya menyokong pindaan ini tanpa berbelah bahagi. Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pendang, lima minit.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih. Saya pun hendak 10 minit juga, Yang Berhormat Kapar 10 minit. Kalau begitu, tak adillah.
Tuan Yang di-Pertua
Tak sampai 10 minit.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ha, 10 minit juga sebab saya minta penjelasan tadi dia tak bagi. Jadi saya pun nak yang ini. Jadi kita balik kepada– terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang saya untuk membahaskan pindaan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang mana akta ibunya adalah Akta 177.
Saya nak bangkitkan sikit kepada Yang Berhormat Menteri yang membentangkan akta ini di mana 30 pindaan, hampir 30 pindaan akta ini. Kita hendak melihat yang dibentangkan dengan beberapa jam. Macam mana kita hendak membela pekerja-pekerja dengan hampir 30 pindaan dengan dua jam? Kita tak mendapat roh kebajikan yang kita hendak bela ini. Ini kena kita berhati-hati dan bersungguh. Kita nampak macam tak serius.
Secepat mungkin, hari ini tiga rang undang-undang sedangkan Akta Perhubungan Awam ini adalah penting.
Akta Pekerja ini adalah sangat penting. Hampir– campur MTUC dengan juga perkhidmatan awam hampir 1.67 juta pekerja. Lebih kurang 10 peratus ke 12 peratus daripada penduduk Malaysia merupakan pekerja kita. Jadi yang ini Yang Berhormat Menteri melihat sebagai satu pindaan yang kita buat hari ini hampir 30 pindaan.
Kita tengoklah kepada roh seperti mana rujukan yang dibuat oleh Hakim Gopal Sri Ram dalam kes yang melibatkan Kathiravelu iaitu dia melihat kepada keputusan keadilan dan falsafah penyelesaian yang dibuat oleh Hakim Gopal Sri Ram ini terhadap pekerja dalam kes ini. Dia hendak tengok keadilan bukan kita hendak mempercepatkan tugas kita, memindahkan tugas Yang Berhormat Menteri yang mana dipindahkan kepada presiden ataupun Timbalan Presiden Mahkamah Persekutuan yakni melemparkan tanggungjawab yang mana campur tangan daripada Yang Berhormat Menteri ke atas presiden yang mengarahkan supaya kes-kes tertentu diberi perhatian.
Jadi apa sahaja keputusan, kesalahan jatuh ke atas presiden dan timbalan presiden hasil daripada pindaan akta ini, Yang Berhormat Menteri lepas tangan sedangkan Yang Berhormat Menteri yang ada campur tangan. Ini juga satu kita tengok kesan buruk daripada kecepatan kita membentangkan dan juga membuat pindaan dalam sejam ke dua jam.
Saya nak membaca, kesatuan sekerja adalah mekanisme untuk melindungi kepentingan pekerja secara kolektif. Kesatuan dapat memberi lebih banyak faedah keselamatan sosial kepada anggota berbanding individu-individu, pekerja yang tidak bersatu.
Berdasarkan laporan jumlah kesatuan sekerja dan anggota yang dilaporkan oleh MTUC menunjukkan peningkatan yang agak signifikan sejak tahun 2010 hingga 2014. Pada tahun 2010, jumlah anggota ialah 803,000 orang dan 690 kesatuan sekerja, manakala pada tahun 2014, jumlah anggota mencecah 919,000 dan 727 kesatuan sekerja.
Ini peningkatan yang semakin meningkat sealiran dengan pembangunan negara.
Jadi kalau dalam masa dua jam kita bincang untuk kebajikan pekerja, saya minta Yang Berhormat Menteri tarik baliklah dan bincang, ambil masa yang sesuai bagi kita membela nasib pekerja dalam negara kita ini. Kita hendak buat sesuatu biarlah serius. Ini nampak macam main-main sahaja. Yang Berhormat Menteri pula, dia kita boleh pertikai daripada segi integritinya dengan rekod-rekod yang lepas.
Yang kedua, peningkatan ini adalah satu indikator positif yang menunjukkan para pekerja memberi perhatian penting terhadap peranan yang boleh dimainkan oleh kesatuan sekerja di organisasi pekerjaan masing-masing. Apabila pekerja merasakan tindakan yang dilakukan oleh pihak majikan tidak adil, menindas, tidak selari dengan terma perkhidmatan, maka inilah mekanisme yang terbaik untuk para pekerja menuntut keadilan. Fokus mereka bukan berorientasikan keuntungan, sebaliknya membela nasib pekerja. Ini tanggungjawab kerajaan.
Jadi kena seriuslah. Kita hendak bela nasib pekerja. Dalam masa sejam, kita hendak bela hampir dua juta pekerja ini, macam mana? Seluruh Malaysia. Berpuluh tahun mereka terlibat dan sekarang kerajaan diuji lagi dengan pembuangan pekerja-pekerja hasil daripada majikan yang rasa dia ada kuasa, ikut suka dia. Pekerja, kamu punya pasal. Ini juga perlu
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
lihat. Hari ini kerajaan diuji dengan pembuangan pekerja yang sangat besar hasil daripada perubahan negara hari ini.
Kita juga mengharapkan agar intervensi kerajaan dalam memastikan––saya malas nak sebutlah. Hari ini ada satu rekod besar seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Kapar tadi. Mesti ada pembelaan terhadap mereka, pekerja-pekerja yang dibuang. Itu baru satu, hari ini. Kilang-kilang yang banyak telah berpindah ke tempat lain dan pekerja sekarang tidak ada pendapatan. Berhubung dengan perkara ini, terdapat isu yang hangat. Saya minta sepuluh minit, ini baru lima minit.
Tuan Yang di-Pertua
Lima minit sahaja. Saya ingat sudah dipersetujui. Ramai lagi ini ya.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tadi Yang Berhormat Kapar dapat 10 minit, tak adillah.
Tuan Yang di-Pertua
Eh ada cut off, lima minit. Lima minit.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya nak minta ini banyak benda ini.
Kita nak bincang benda penting ini, nak membela pekerja.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau Yang Berhormat Pendang tidak menyimpang hal-hal lain, cukup masalah kan.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ya lah, memang. Dia mesti ada. Ini biasalah, dalam kita berbahas, berbincang dia kait sana kait sini tetapi fokus kepada membela pekerja.
Tuan Yang di-Pertua
Tutup, tutup.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kalau tidak buat apa kita bentang?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Arau sudah tunggu dah. Ya, silakan.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey, baik. Sikit sahaja lagi, sikit. Saya nak rumus sahaja. Saya nak rumus, Tuan Yang di-Pertua. Saya nak rumus terus. Pada hari ini, Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pula mempersoalkan tindakan Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia yang tidak berbincang secara terperinci dengan mereka. Adakah betul atau tidak? Hari ini kita dapat laporan.
Sebelum usul Kajian Pembaharuan Undang-undang Perburuhan ini dibentangkan oleh Dewan Rakyat, Setiausaha Agong MTUC mendakwa Yang Berhormat Menteri telah menyalahgunakan kuasa dengan menghantar cadangan pindaan tiga undang-undang termasuk rang undang-undang ini kepada Jabatan Peguam Negara untuk diluluskan walaupun belum diperakui oleh Jawatankuasa Teknikal dan Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC). Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Arau. Silakan, lima minit juga.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya tidak pernah ikut masa sangat.
Saya sekejap sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sekejap, tidak apa.
[Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri tidak perlu jawab apa yang saya hendak timbulkan. Oleh sebab apa saya cakap tajuk berlainan sedikit tetapi ada hubungan. Nombor satu.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak perlu jawab ya?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak perlu jawab. Akan tetapi, hendak jawab lagi bagus kan Yang Berhormat Menteri. Saya masalahnya, Yang Berhormat ini, kalau Yang Berhormat – ini orang-orang yang saya cukup sayang dan suka. Akan tetapi, bila Yang Berhormat kata Melayu pendatang itu saya marah betul Yang Berhormat. Jadi,
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
walaupun Yang Berhormat minta maaf tetapi dengan izin the damage done. Okey, Yang Berhormat bagi tajuk ini ya.
Pertama sekali, fasal MTUC telah pun disebut, okey. Nombor dua, kita buat macam- macam undang-undang untuk memberi ruang kepada pekerja bekerja, pada majikan untuk melabur. Akan tetapi, sekarang yang kita hadapi masalah di Malaysia sekarang ini ialah pelabur-pelabur China boleh kata kosong. Pelabur-pelabur India boleh kata kosong.
Padahal, kita ada Menteri-menteri yang pandai berbahasa Tionghoa, ada yang pandai berbahasa India. Kenapa pelabur India menarik diri daripada Malaysia? Kenapa pelabur- pelabur China tarik diri daripada Malaysia? Kenapa pelabur-pelabur Singapore, yang kedua terbesar menarik diri daripada Malaysia? Malaysia berada dalam keadaan kita buatlah undang-undang untuk menjamin pekerja majikan tetapi pelabur keluar satu demi satu.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Ini mengelirukan Dewan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Semua ini...
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Ini mengelirukan Dewan. Ini fakta yang tidak benar.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kalau Yang Berhormat Menteri hendak jawab, bagi Yang Berhormat Menteri jawab. Bila kamu jadi Yang Berhormat Menteri?
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Saya tidak menjadi Yang Berhormat Menteri. Saya cuma tanya penjelasan, janganlah...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini saya pun baca. Ini semua daripada sosial media.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Jam tidak jalan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini yang telah disebut di sini bahawa...
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Yang Berhormat Arau, pukul empat sudah lalu sudah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Angin pelaburan di Malaysia telah turun.
Tuan Yang di-Pertua
Jam tidak jalan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, mana ada dalam sejarah Malaysia yang pasaran saham kita turun daripada 1,800 lebih, sekarang 1,500.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Akan tetapi tadi Yang Berhormat Arau cakap...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Menteri, 300 bilion.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Laporan kosong, itu tidak berfakta.
Itu tidak berasas itu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Bandar Kuching, kalau tidak berasas bangun cakap. Jangan duduk di situ. Ini mana? Tidak hormat undang- undang ini. Ikut peraturan, bangun cakap. Jadi lelakilah yang hebat, jangan duduk di situ, cakap macam ya teruskan.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Perempuan pun hebat juga.
[Ketawa] Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Apa dia Yang Berhormat Bandar Kuching? Malu-malu kucing nampak.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Memang comel.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Bandar Kuching comel, okey lah. It’s okay, saya pun gembira juga tengok. Okey, berbalik tajuk ini. Yang Berhormat, pelaburan kita turun jatuh. Orang hilang confident kepada negara ini kerana beberapa kenyataan-kenyataan Menteri dan juga pengurusan negara yang dibuat dengan baik. Kita mungkin ada undang-undang. Baguih Yang Berhormat Kulai, buat undang-undang ini bagus. Saya menyokong ya. Saya di antara orang yang menyokong supaya ada undang-
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
undang yang melindungi pekerja dan juga majikan. Akan tetapi, kalau orang tidak masuk, apa yang ada pada kita sekarang?
Kenapa saya hendak tanya, kenapa saya hendak tanya? Kerajaan ini membuat undang-undang untuk melindungi pekerja dan juga majikan. Akan tetapi, di mana undang- undang untuk melindungi pekerja-pekerja kerajaan? Pekerja-pekerja kerajaan kontrak telah dibuang begitu sahaja. Yang Berhormat kejam, zalim. Contohnya adalah pekerja-pekerja JASA, telah dibuang begitu sahaja. Pekerja kakitangan daripada PLKN telah dibuang begitu sahaja.
Di mana kerajaan sebagai majikan, kakitangannya sebagai pegawai memberi pelindungan kepada pegawai dan kakitangan kerajaan. Di mana undang-undang untuk melindungi mereka? Undang-undang yang sekarang ini ialah Menteri-menteri dan juga pihak kerajaan untuk memastikan supaya pegawai-pegawai kerajaan diadili. Akan tetapi, malangnya tidak ada orang yang memberi pembelaan kepada pekerja-pekerja. Itu nombor satu.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Nombor dua.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tanya sedikit. Mengenai penjawat awam dan pekerja kerajaan ini. Adakah Yang Berhormat Arau bersetuju terhadap cadangan yang telah dibuat oleh kerajaan bahawa selepas ini penjawat awam tidak dapat pencen dan semuanya menjadi pekerja kontrak? Setuju atau tidak kalau kita sebut, PH ini ialah ‘pencen hapus’. Setuju Yang Berhormat Arau?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Pontian, ini saya rasa perbuatan tersebut bukan sahaja menzalimi anggota kerajaan. Akan tetapi, ia juga rasis sebab majoriti kepada orang yang kerja dengan kerajaan ialah orang Melayu dengan itu kita menghina, membuat penghinaan kepada mereka. Tidak betul, kita kena bagi pengadilan.
Lebih-lebih lagi kita kena ingat, pegawai-pegawai kerajaanlah yang telah membangun dan menggerakkan negara ini. Orang-orang yang kaya-kaya semua itu, mereka kaya kerana mereka digerakkan oleh pegawai kerajaan. Yang Berhormat sebut siapa orang yang kaya itu, tanpa pegawai kerajaan mereka boleh jadi kaya.
Sebut nama, Robert Kuok, Lim Goh Tong, siapa lagi? Ananda Krishnan? Pegawai kerajaan yang membuat kertas kerja sehingga mereka mendapat penswastaan. Benda- benda yang bagus-bagusnya, YTL dapat IPP. Kalau sekiranya dia sampai ataupun tidak...
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Jho Low.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia akan mendapat bayaran 2,000 megawatts. Jadi, saya sebagai bekas Pengerusi, masih Pengerusi kalau saya tidak silap, IPP negeri Perlis*.
[Ketawa]* Saya mengetahui di mana mereka ini mendapat duit percuma kerana dengan kontrak yang menguntungkan sebelah pihak. Pihak kerajaan rugi pada masa itu. Akan tetapi, semua ini kertas kerja dibuat oleh pegawai kerajaan. Pegawai kerajaan lah yang telah menyebabkan mereka jadi kaya. Pegawai kerajaanlah yang menyebabkan kita berada di sini. Anda semua, anda semua pula sudah. Yang Berhormat semua, dapat gaji sama seperti JUSA A. You kena ingat ini, Ahli-ahli Parlimen gaji kita sama seperti JUSA A.
Saya yang bawa usul, Yang Berhormat M. Kulasegaran ini sokong masa pukul 2.30 pagi di Parlimen ini. Jadi, siapa yang buat kertas kerja? Pegawai kerajaan termasuk Setiausaha Parlimen bersengkang mata untuk membuat kertas kerja supaya Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dinaikkan elaun daripada M54 ke JUSA A. Kita bagi perlindungan yang hebat kepada wakil rakyat tetapi kita tidak bagi perlindungan kepada anggota-anggota kerajaan. Jadi, Yang Berhormat Menteri hendak jawab pun tidak apa, tidak jawab pun tidak apa. Saya sudah lepas geram saya, kerana kerajaan sekarang gagal untuk memberi perlindungan kepada anggota kerajaan dan membuat pelbagai polisi yang menunjukkan mereka zalim kepada anggota kerajaan.
Wahai anggota kerajaan seluruh Malaysia, inilah masanya kita tukar kerajaan yang kamu sokong selama ini kepada Kerajaan Barisan Nasional yang akan memberi pembelaan kepada kamu semua. Kalau kami memerintah...
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Standard.
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
[Tidak jelas] ...Belum lagi pilihan raya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya hendak pastikan supaya pencen...
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Skim pencen dikembalikan balik kepada pegawai kerajaan.
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pang Hok Liong - Labis
Tidak ada standard, tidak ada standardlah ini.
Tuan Yang di-Pertua
Masa sudah lama tamat, silakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumussalam. Seterusnya Yang Berhormat Pengkalan Chepa, silakan. Lima minit juga.
Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Bismillahir Rahmanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua, gesaan Bank Negara Malaysia agar memperbaiki undang- undang buruh dan memperbaharui pasaran buruh perlu dilaksanakan oleh kerajaan. Hal ini berikutan hasil kajian yang diterbitkan dalam laporan Bank Negara 2018, menunjukkan pekerja di negara kita tidak mendapat imbuhan yang selayaknya untuk kerja yang dilakukan mereka. Buruh di Malaysia dibayar kurang daripada satu pertiga pada tahap produktiviti yang setanding jika dibandingkan dengan pekerja di Amerika, Australia, United Kingdom, Jerman dan Singapura.
Ekonomi negara kita terdiri daripada industri yang berintensif tenaga buruh. Namun, kita memberikan gaji pekerja lebih rendah daripada pendapatan negara. Sebanyak 35.2 peratus daripada KDNK, sedangkan negara-negara benchmark yang saya sebutkan tadi ialah berjumlah 52.7 peratus daripada KDNK. Kajian Bank Negara juga menunjukkan kita masih belum berjaya dalam mencipta jenis pekerjaan berkemahiran tinggi dan bergaji tinggi walaupun di janjikan dengan peluang pekerjaan yang bergaji tinggi ini dengan jumlah sejuta.
Saya juga hendak bertanya kepada Kerajaan Pakatan Harapan yang ada pada hari ini yang dikatakan sejuta dalam tempoh lima tahun itu, sudah berapa banyak peluang pekerjaan yang telah pun diwujudkan?
Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Jikalau jika kita mahu menjadi negara maju, ekonomi berpendapatan tinggi juga maka negara usaha reformasi buruh perlu dilaksanakan secara komprehensif dan juga serius dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan juga bergaji tinggi.
Rang undang-undang sebegini Tuan Yang di-Pertua mengandungi tidak kurang daripada 29 pindaan dan juga empat peruntukan baharu. Saya bersetuju usaha menurunkan kuasa menteri kepada ketua pengarah seperti yang terkandung dalam Fasal 3, Fasal 5, Fasal 6, Fasal 7 dan Fasal 8 agar proses rujukan aduan kepada mahkamah boleh dipercepatkan.
Ini kerana biasanya kalau kuasa ini ada pada menteri, berlakulah campur tangan politik yang tidak sewajarnya.
Kami tidak ada masalah untuk menyokong ini tetapi perlulah juga betul-betul melibatkan persatuan-persatuan yang telah pun disebut oleh rakan-rakan tadi yang mendakwa bahawa mereka tidak dilibatkan dalam urusan pindaan ini. Dalam iklim ekonomi dunia yang sihat, impaknya turut dirasai oleh negara kita Malaysia.
Persoalan kebajikan pekerja, keadilan kepada kedua-dua pihak iaitu majikan juga pekerja perlu dititik beratkan supaya setiap pertikaian tidak memihak kepada sebelah sahaja.
Saya ingin tahu berapakah bilangan kes perbicaraan di Mahkamah Perusahaan yang sudah dan sedang dipertimbangkan bagi tempoh 2018 sehingga sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, beberapa isu yang walaupun saya banyak untuk diperkatakan tetapi dengan keterbatasan masa ini, saya merujuk beberapa isu yang berkaitan dengan
Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
pekerja yang dihalang untuk solat pada waktu bekerja. Mana dalam peruntukan undang- undang ini yang memberi hak kepada mereka untuk menggunakan sumber kuasa yang ada ini untuk membela hak mereka.
Begitu juga dihalang daripada bertudung, menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki oleh agama. Saya apabila naik kapal terbang. Daripada dahulu lagi kita perjuangkan termasuk dengan Yang Berhormat Pokok Sena yang ada di sini. Kita memperjuangkan kepada pramugari-pramugari ini supaya mereka menutup itu dan itu kehendak mereka.
Namun sayangnya dalam peruntukan yang ada pada hari ini, yang dipinda ini tidak memasukkan apa-apa peruntukan yang secara holistik untuk memberi hak kepada mereka.
Bahkan yang sangat mengesalkan dalam Fasal 6, mereka dihalang daripada melancarkan mogok, hendak membantah tidak boleh. Ini seakan-akan mengikat tangan mereka.
Sedangkan ada di kalangan pekerja-pekerja MAS tadi apabila kita naik kapal terbang, mereka menghampiri kita, pramugari menghampiri kita. Mereka mengatakan mereka tidak boleh bersuara lantang kerana kerja mereka secara kontrak.
Walaupun dalam Akta Pekerja ini tidak boleh dibuang pekerja secara sewenang- wenangnya tetapi pekerja-pekerja kontrak tadi tidak disambung kontrak mereka. Mana dalam peruntukan yang dibincangkan pada hari ini yang hendak diluluskan pada malam ini yang memberi hak kepada mereka pekerja-pekerja kontrak yang sengaja tidak disambungkan kontrak mereka hanya kerana kelantangan mereka dalam menyuarakan hak basic human rights dalam beragama. Kebebasan beragama di kalangan mereka dipaksa untuk menghidangkan arak dalam kapal terbang.
Ini perjuangan daripada dahulu. Kalau barangkali Yang Berhormat Menteri tidak berapa arif, timbalan menteri barangkali yang dahulu pernah bersama berjuang bersama kami mesti menyuarakan perkara ini. Ini saya rasa beberapa perkara yang saya perlu kerajaan beri fokus. Saya minta supaya kalau tidak boleh buat pindaan memasukkan beberapa perkara yang boleh memberi hak kepada mereka ini untuk bersuara, saya minta supaya undang-undang ini ditarik balik dan kita bincang semula secara holistik dan juga komprehensif.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
[Bangun]
Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ya, sila Yang Berhormat Rantau Panjang.
Tuan Yang di-Pertua
Ringkas. Masa sudah habis sebenarnya.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Beri satu minit sahaja.
Satu minit sahaja sebab ...
Tuan Yang di-Pertua
Satu minit pun tidak boleh. Masa sudah habis.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Maran. Kalau tidak saya kena.
Silakan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dalam salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk turut membahaskan pindaan Rang Undang-undang Perhubungan Perusahaan 1967 ataupun Akta 177. Saya juga hendak ambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Sumber Manusia kerana meneruskan perjuangan kerajaan dahulu yang telah berusaha hendak meminda berbagai- bagai akta di bawah kementerian ini bukan sahaja Akta perhubungan Perusahaan ini bahkan lebih kurang 21 akta yang lain. Ini semata-mata untuk kepentingan pekerja, majikan dan negara kita.
Juga diucapkan tahniah kepada pegawai di kementerian yang cukup komited bukan sahaja daripada Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) bahkan semua jabatan di bawah kementerian ini yang telah bertungkus-lumus mencari jalan bagaimana untuk memberi kesejahteraan kepada pekerja-pekerja negara kita.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
Oleh sebab itulah saya minta Yang Berhormat Menteri jangan politikkan isu-isu pindaan rang undang-undang ini. Kita perjuangkan untuk masa depan pekerja kita. Ini kerana pekerja kita perlukan mereka. Kita tidak panggil mereka pekerja kalau tidak ada majikan.
Majikan tidak akan dipanggil majikan kalau tidak ada pekerja dan kita semua ini daripada JPP atau daripada Kementerian Sumber Manusia tidak akan berada di sana kalau tidak ada majikan dan juga pekerja. Oleh sebab itulah talian rantaian antara ketiga-tiga ini sebab itulah konsep tripartite ini mesti kita laksanakan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan tahniah kerana untuk makluman kita semua Akta Perhubungan Perusahaan 1967 ini merupakan sebuah akta yang mengawal selia hubungan antara majikan dan pekerja serta kesatuan sekerja dalam bentuk pencegahan dan penyelesaian apa-apa perselisihan antara mereka.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bawa lain sedikit. Kenapa pertikaian ini berlaku di antara pekerja dan majikan? Kita biasanya melakukan sesuatu tindakan sama ada sudah membuat akta, meminda akta dan mengambil tindakan selanjutnya apabila berlaku masalah antara pekerja dan majikan dan juga dalam isu-isu yang lain.
Oleh sebab itulah saya ingin mencadangkan dalam bentuk yang lain. Pertamanya saya minta supaya kementerian pastikan supaya akta-akta yang dibentangkan, yang kita terima selama ini. Maknanya kerajaan hari ini tidak boleh menolak 21 akta lebih kurang dalam negara kita di Kementerian Sumber Manusia, akta ini semuanya digubal oleh kerajaan dahulu. Maknanya kalau pinda, batalkan semua sekali. Kita tidak ada lagi undang-undang tentang pekerja dan juga majikan di negara kita ini. Oleh sebab itulah buat perubahan, buat pindaan terbaik. Paling penting kita dapat membela masa depan pekerja kita.
Saya perhatikan, bukan saya banyak sangat pengalaman Tuan Yang di-Pertua tetapi saya perhatikan kita minta supaya JPP ini melihat. Janganlah kita terlalu tergesa-gesa hendak ambil tindakan kepada pekerja-pekerja ini apabila mereka protes, mereka menimbulkan masalah.
Oleh sebab itulah kenapa mereka mogok? Kenapa mereka berpiket? Kenapa mereka lakukan benda-benda ini? Ini kerana mereka tidak puas hati tentang perkhidmatan- perkhidmatan dan sebagainya. Perkara yang telah disebutkan oleh rakan-rakan saya dalam Dewan ini dan juga sebelah sana tentang keperluan majikan kepada pekerja ini.
Oleh sebab itulah saya mencadangkan supaya kementerian akta-akta ini berikan pendedahan kepada pekerja-pekerja kita. Berikan pendedahan. Kadang-kadang mereka pekerja ini tidak tengok pun akta apa yang ada bersama mereka. Akhirnya, apabila berlaku sesuatu perkara yang bertentangan dengan undang-undang maka mereka diambil tindakan.
Amat malang apabila mereka ini dibuang kerja dan sebagainya.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
[Bangun]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
Yang Berhormat Rantau Panjang, sila. Sedikit sahaja Yang Berhormat.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Ya terima kasih. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat supaya pendidikan kepada pekerja ini seharusnya diberikan oleh majikan. Saya minta pandangan Yang Berhormat. Ada satu kes diskriminasi kepada pekerja tempatan. Ada satu kes di Pulau Pinang saya dapat makluman satu orang pekerja tempatan yang dinafikan hak mereka dengan syarat-syarat tertentu untuk mendapat pekerjaan sedangkan pekerja asing diambil dengan mudah tanpa syarat-syarat yang disebut. Jadi apa pandangan Yang Berhormat dalam isu ini?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
Tuan Yang di-Pertua, ini very clear cut. Sebenarnya dalam undang-undang sudah ada. Setiap pekerja yang hendak diambil mestilah kita berikan keutamaan pekerja tempatan. Jadi ini suatu tindakan yang salah oleh majikan berkenaan dan pihak kementerian perlu mengambil tindakan yang sewajarnya.
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta supaya tadi berikan penjelasan kepada pekerja- pekerja supaya mereka tahu akta ini. Apa faedah yang mereka boleh dapat dalam akta ini.
Akhirnya apabila kita sudah wujud keserasian, harmoni dalam majikan dan pekerja maka tidak akan berlaku protes ataupun piket-piket seperti ini.
Berikutnya ialah saya minta supaya kementerian pastikan pegawai yang mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan JPP ini mestilah pegawai-pegawai yang
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
cukup mempunyai kasih sayang ataupun caring kepada pekerja. Jangan orang yang ganas, jangan orang panas baran. Pastikan kita ada rundingan awal. Kalau boleh jangan sampai bawa ke mahkamah.
Saya beberapa kes pernah saya selesaikan. Kalau tidak kes ini lebih kurang 95 orang pekerja akan dibuang kerja tetapi mereka telah kita selamatkan. Ini kerana adanya perundingan yang harmoni antara kita jabatan kerajaan, majikan dan juga pekerja. Akhirnya mereka diselamatkan.
Tuan Yang di-Pertua
Gulung.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong pindaan ini dan kalau boleh buat yang terbaik demi masa depan pekerja kita, majikan dan juga negara kita dan kita semua. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Maran dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian. Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Mungkin 20 minit mencukupi?
Menteri Sumber Manusia - Tuan M. Kulasegara
Cukup Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab, saya ingin beritahu bahawa perkara-perkara yang telah dibangkitkan berkaitan dengan rang undang-undang ini seberapa yang boleh saya akan jawab dan jika tidak dijawab, akan memberi jawapan bertulis. Saya ingin mengambil beberapa isu yang telah dibangkitkan, bukan saja Ahli-ahli Parlimen lebih kurang 10 orang yang telah menghujah hari ini.
Perkara yang pertama adalah mengenai ada dakwaan bahawa tidak ada perbincangan dengan MTUC dan MEF dan ini adalah satu tohmahan yang tidak benar kerana dalam lingkungan hanya satu setengah tahun pun sebanyak 11 kali perjumpaan setiap bulan telah diadakan. Pada akhir tahun dulu, kita telah mengadakan beberapa technical committee meeting dan kita telah mengadakan technical committee meeting ini lebih daripada 12 kali kalau saya tidak salah, dekat 15 kali di seluruh negara. Pandangan mereka seberapa yang boleh seperti yang saya telah katakan adalah consultation process telah diambil kira pandangan mereka, pandangan MEF.
Ini berbeza dengan apa yang telah berlaku pada zaman dulu di mana dari tahun 2002 hingga 2017 iaitu lebih kurang 15 tahun, hanya ada lebih kurang 10 pertemuan. Akan tetapi dalam satu tahun setengah kita telah berjumpa dengan MTUC dan MEF sebanyak 11 kali. Ini menunjukkan kesungguhan kita.
[Tepuk] Ini adalah satu antara shift yang baharu di mana kita mendapat pandangan mereka. Bukan saja mereka, kita ada perbincangan dengan setiap kerajaan negeri dari Perlis ke Kedah, ke Sabah dan Sarawak. Kita juga telah mengadakan perbincangan dengan NGO dari seluruh negara seberapa banyak yang boleh.
Saya sendiri Tuan Yang di-Pertua, telah mengendalikan lebih kurang 50 town hall sessions di seluruh negara. Jika itu tidak cukup, lagi apa mahu? Lagi apa yang boleh kita buat? That is consultation, bukan kita enggan.
Kita adalah satu di antara kementerian yang pertama yang membuat online tahun lalu untuk mendapat pandangan dari orang ramai. Kita open seberapa yang boleh dan setiap hari Selasa Tuan Yang di-Pertua, we have open day dalam kementerian untuk berjumpa dengan orang ramai dari pukul 8.00 ke 10.00, seberapa kali yang boleh. Saya sendiri berada di sana untuk berjumpa dengan orang ramai. Beribu-ribu orang sudah datang dalam tempoh satu tahun lebih.
Jadi, ini adalah satu di antara proses buka yang dibuat oleh saya dan kementerian dan juga oleh kementerian-kementerian yang lain. Jadi untuk mengatakan bahawa kita tidak ada konsultasi langsung, saya rasa sangat dukacita kerana saya lagi ingat Tuan Yang di- Pertua, saya ada memanggil Parlimen untuk membenarkan kita mengadakan mesyuarat di Parlimen pada hari Ahad petang kerana kita tidak cukup masa. Saya terlibat dengan beberapa hal dan kita adakan mesyuarat pada hari Ahad di sini. Ini adalah satu yang luar biasa. Itu tidak cukup, lagi apa saya perlu buat? Saya telah mengadakan consultation dengan
Menteri Sumber Manusia - Tuan M. Kulasegara
Bar Council sebanyak tiga kali, dengan SUHAKAM, dengan Exco, setiap orang yang in charge dengan sumber manusia. Ini luar biasa. Lagi apa yang saya perlu buat?
Bukan apa yang mereka mahu satu di antara mereka adalah pandangan mereka semestinya dimasukkan ke dalam akta ini, saya tidak ada kuasa sedemikian. Pandangan mereka saya ambil kira, lepas itu kami bawa ke Attorney General Chambers, lepas itu bawa ke Kabinet. Kabinet akan memberi arahan-arahan tertentu. Bukan semua yang dicadangkan oleh kami akan diterima. Maka, itu adalah stand of the government dan kita bawa ke Parlimen untuk mengadakan debate hari ini dan mendapat kelulusan.
Saya rasa sangat dukacita-lah kerana apa yang dibuat oleh beberapa institusi macam MTUC yang walaupun pegawai-pegawai kementerian mengambil banyak masa, luar biasa sebenarnya. Kalau membuat minit saja setiap bulan tahu-lah dan saya adalah satu di antara Menteri yang mengarahkan semua pegawai menghantar minit-minit itu. Kalau boleh dalam 48 jam selepas mengadakan mesyuarat dan ini adalah sistem yang baharu. Kalau kita sudah buat apa yang boleh, lagi apa marah? Bukan setakat semua yang mereka mahu kita boleh mengikut dalam undang-undang kerana kita adalah kerajaan, public policy warrants that.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
[Bangun]
Tuan M. Kulasegaran
Yang Berhormat Paya Besar.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan Yang Berhormat Paya Besar.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya teliti permulaan ucapan penjelasan jawapan-jawapan Yang Berhormat Menteri. Cumanya saya faham dukacitanya Yang Berhormat Menteri. Cumanya saya minta tadi dalam ucapan saya, sekiranya Yang Berhormat Menteri dapat terangkan di dalam Dewan yang mulia ini apa sebenarnya MTUC hendak supaya kekeliruan ini dapat diperjelaskan. Apakah yang elemen yang tidak dimasukkan dalam rang undang-undang ini yang menyebabkan MTUC seolah-olahnya membuat kenyataan pada pukul 10.00 dan kemudian kenyataan balas oleh Yang Berhormat Menteri.
Ini sebab saya nampak ada beberapa Ahli Parlimen yang menyebut perkara yang saya bangkitkan. Saya kira saya minta Yang Berhormat Menteri dapat beri penjelasan supaya kita clear the air. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan M. Kulasegaran
Banyak perkara yang telah dibangkitkan, tetapi mereka hendak lagi technical committee meeting, lagi perlukan mesyuarat. Kita ada batasnya. Saya hendak beritahu kenapa kita perlukan mengadakan perbahasan hari ini, kenapa bukan lagi mungkin cukup bulan atau end of the session kerana perkara-perkara yang saya bangkitkan ini kita telah memberitahu kepada orang ramai pada tahun lalu semasa bajet dibentangkan.
It took us more than a year for discussion. What else to be done? Semua yang ini kita hendak katakan dirangkumi telah dimasukkan di sini and we have made it better. Takkan kita hendak tunggu technical committee, adakah kementerian lain - saya minta maaf-lah. Adakah lain orang yang mahu membuat perbincangan sedemikian? Hardly any. Kita terbuka, tetapi ada batas. Kalau kita ikut lagi mengadakan perbincangan, tidak habis-habis. There must be a cut of point. Kita perlukan tindakan tegas dan saya telah berkata ini adalah pindaan interim. Saya perlu buat sedemikian. Jika ada lagi yang perlu dibuat, saya akan bawa ke Parlimen lagi, tidak ada masalah.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran
Jadi kalau semua itu perlu dimasukkan baru dibawa, saya ingat akan perlu berpuluh-puluh tahun-lah, it’s never ending.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Menteri, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Pendang.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya pun rasa sama-sama menumpang sedih dengan Yang Berhormat Menteri tadi. Sedih kerana tidak mendapat pujian tetapi pekerja yang kena terlibat ini lagi sedih daripada kita, yang dibuang kerja apa semua. Tidak apa-lah kita sedih kerana kita tidak dapat sokongan, kita buat kerja teruk, orang tidak menilai, kita sedih. Akan tetapi pekerja yang kena buang lagi sedih, hendak makan apa semua untuk anak-anak.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan pindaan yang kita buat hampir 30 pindaan ini, adakah kita beritahu, kita bincang dengan Kesatuan Sekerja ini perkara-perkara yang kita hendak pinda? Kalau ada, okay, thank you. Kalau tidak ada, saya ingat kita balik sebab dalam begitu huge, dalam benda yang besar macam ini bila kita bincang, kita tidak spesifik benda apa yang kita hendak buat pindaan, mungkin akan timbul pertikaian dan juga macam hari ini-lah. Terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran
Boleh jawab secara terus terang. Seberapa yang boleh, seberapa yang tertera dalam rang undang-undang ini telah pun berbincang dengan mereka.
Macam Seksyen 52 yang kita hendak pinda, saya tidak ada berbincang langsung dengan MTUC kerana tidak ada kena mengena dengan mereka kerana di mana pembuangan kerja oleh statutory department dalam sejak tahun 1967, tidak dibenarkan dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan, perlu rujuk ke Mahkamah Tinggi. Sekarang kita memberi kuasa itu, mempercepatkan kuasa itu ke Mahkamah Perusahaan.
Saya hendak alih ke perkara yang lain, tidak cukup masa...
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sikit saja Yang Berhormat Menteri, sikit. Yang Berhormat Menteri, saya masih tidak dapat penjelasan apakah MTUC ini dilihat seolah-olahnya menentang Yang Berhormat Menteri? Itu yang pertama.
Keduanya, bagaimana, apakah puncanya, apakah satu sebabnya menyebabkan MTUC seolah-olahnya mengamuk, seolah-olahnya memberitahu pada dunia bahawasanya Menteri tidak consult pada dia orang? Itu yang kedua.
Ketiga Yang Berhormat Menteri, banyak pindaan dibuat oleh Yang Berhormat Menteri. Bagaimana kaedah Yang Berhormat Menteri hendak buat supaya kefahaman pindaan hari ini difahamkan di peringkat pekerja?
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Bukan pekerja bawahan sahaja Yang Berhormat Menteri, saya ada banyak kes yang saya terima. Ini kerana bagi saya adalah yang paling penting kefahaman ini mesti diberi pendidikan yang sempurna. Bagaimana Yang Berhormat Menteri melihat perkara ini?
Tuan M. Kulasegaran
Yang Berhormat, saya terpaksa memberitahu kepada Yang Berhormat lah. Yang Berhormat bila saya ada perbincangan dengan MTUC, ada pula MTUC A Team, B Team, C Team yang juga ingin berjumpa, saya jumpa juga. Itu bukan apa yang saya perlu buat. Mana yang menentang itu atau yang setuju itu, itu pandangan merekalah, saya tak berapa— menyusahkan diri saya sendiri. Saya mengikut public duty saya, merasa apa yang saya perlu buat, saya buat. Dengan Team B dan Team C, mereka ada kes mahkamah dan sebagainya. Saya bukan macam lain orang, tolak tak mahu dengar langsung.
I said I am willing to hear faction yang lain, faction yang B dan C. Ini juga memakan banyak masa kita kerana semua pegawai-pegawai kita perlu memberi keterangan dari A ke Z kepada mereka, yang saya telah beri kepada Team A. Adakah ini masalah dengan kita? Ini yang menjadi satu perkara yang mustahak.
Saya ingin beralih kepada lebih lagi kepada pekerja yang dibangkitkan di sini. Saya hendak katakan Tuan Yang di-Pertua, ini kali pertama sejak tahun 1967 di mana seorang Menteri berani menyatakan bahawa saya tak perlukan kuasa sedemikian. Saya arahkan— saya beri itu kepada pekerja. Never before. Bila kita di sebelah sana, Yang Berhormat Rantau Panjang, kita semua lawan kepada Menteri kerana dia ada kuasa untuk membuat— he becomes judge, jury and prosecutor. Ini kerana ini sangat besar kuasa dia. Saya cakap pada pandangan saya, tak perlu. Ini patut kita beri kepada pekerja, dia ada hak untuk merujuk kepada Mahkamah Perusahaan melalui KP Industrial Relation Office. Apa yang mustahak adalah ini, pendirian kita Tuan Yang di-Pertua. Kalau seseorang boleh membawa kes ke Mahkamah Sivil sesuka dia, kalau boleh seorang pekerja boleh membawa kes ke Mahkamah Buruh, apatah terikatnya dalam Mahkamah Perusahaan dia tak boleh bawa kes terus ke Mahkamah Perusahaan, dia perlu kebenaran Menteri. Jangan lupa, lebih kurang 25 tahun dahulu kes di mana Utusan Malaysia menyingkirkan beberapa pekerja- pekerja di mana Menteri, walaupun ada bona fide untuk merujuk kepada Mahkamah Perusahaan, hingga enggan merujuk perkara tersebut kerana personal interest. Saya rasa itu satu di antara kita perlu bebas dari itu supaya Menteri menjalankan tugas mereka dengan tidak terikat dengan emotional atau political interference. Ini saya rasa seperti yang dikatakan
Tuan M. Kulasegaran
oleh Yang Berhormat Pasir Gudang dan Yang Berhormat Ipoh Timur di sebelah sana, adalah kita sekarang memberikan kuasa terus kepada- the reconciliation. Kita akan memberi lebih training kepada mereka, dan saya difahamkan lebih kurang 75 peratus dari kes-kes yang dirujuk dari seksyen 20 ke reconciliation, semuanya selesai, hanya 25 peratus dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan. Dengan proses yang dicadangkan ini, ini akan disegerakan di mana Ketua Pengarah akan merujuk kes serta-merta apabila dia dapat dari reconciliation. Rasanya ini adalah satu proses yang baharu dan kita perlu iktiraf bahawa ini adalah satu proses yang pantas, yang mana kes dapat diselesaikan.
Saya telah mengarahkan pada masa sekarang, semasa saya berucap bahawa semua kes-kes yang dirujuk kepada pembuangan kerja perlu dirujuk kepada Menteri dalam tempoh 90 hari. Saya serta-merta akan merujuk kepada Mahkamah Perusahaan dan mereka ada KPI-KPI yang tertentu. Satu di antara mereka adalah arahan bahawa kes perlu diselesaikan kalau boleh dalam satu tahun atau kurang dari satu tahun.
Sekarang Tuan Yang di-Pertua, yang di— pekerja-pekerja trade union marah kepada kami adalah kenapa kes diselesaikan dengan seberapa cepat. It is the reverse.
Dahulu mereka kata mengambil bertahun-tahun. Bila saya menjadi peguam, mengambil tujuh tahun, lapan tahun. Sekarang dalam tempoh kurang dari satu tahun boleh diselesaikan. Kalau tidak saya telah pun berbincang dengan kehakiman dan yang berkaitan bahawa kalau dirujuk kepada Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan, akan diselesaikan dalam tempoh masa secepat yang boleh. Ini adalah proses yang baharu yang kita perlu supaya there is a win-win position. Tuan Yang di-Pertua, yang mustahak sekali adalah ini. Apabila seorang hilang kerja, dia ada beberapa manfaat dari segi sistem insurans pekerjaan di mana dia akan dapat pampasan untuk bulan pertama 80 peratus dan sebagainya, untuk enam bulan. Dia akan dapat skilling, up-skilling, re-skilling dan sebagainya. Akan tetapi yang lebih mustahak adalah dia hendak penentuan, he wants certainty.
Adakah kes dalam mahkamah akan diselesaikan seberapa segera yang boleh so that he can move on. Apa yang lebih mustahak adalah majikan. There is a certainty of business decision to be made. Takkan kita hendak tunggu lima tahun, sepuluh tahun.
Sekarang saya harap bahawa kes-kes ini semua— dalam rayuan ini boleh diselesaikan dalam tempoh dua tahun, lebih-lebih, kalau boleh kurang dari itu. Itu satu di antara inisiatif ini. Saya rasa dari pengalaman saya sendiri Tuan Yang di-Pertua, beberapa kes yang telah dibuat dalam 33 dekad ini dan saya percaya ini adalah satu proses yang kita boleh tolong.
Tuan Yang di-Pertua, selain dari itu saya juga ingin bangkitkan di mana ramai di antara dikatakan ada banyak pembuangan kerja ini dan sebagainya. This a cycle, biasa. Kalau 26,000 setakat ini bukan luar biasa dan lagipun setiap pekerja yang dibuang kerja, dia ada diberi safeguards. They are given safeguards dari SIP. Peratusan yang dapat balik kerja adalah dalam lingkungan 90 peratus. Kita ada kekurangan tenaga Yang Berhormat Pontian.
Tolong sama kita. Kita ada lebih dari 680,000 kekosongan. Kalau Yang Berhormat Pontian hendak senang, tolong mari kerja. Kita ada kerja. There are so much, so many vacancies. Bukan setakat negara-negara lain di mana high unemployment rate. Kita punya 3.3. We are begging Malaysians to go beg to work. Ini sistem yang baharu. Kalau katakan kita menyediakan kerja 1,000 atau satu juta no problem. Sekarang dalam sistem 690,000 Yang Berhormat. Ini yang perlu kita isi. Dengan sudah ada 2.2 juta pekerja asing, lagi ada kosong 660,000 orang pekerjaan dalam negara ini.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tanya sikit Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Adakah pekerjaan itu boleh kategorikan daripada 600,000 itu yang bergaji tinggi, bergaji sederhana, bergaji rendah.
Berapa lebih kurang peratus. Lebih kurang.
Tuan M. Kulasegaran
Itu saya tak boleh beritahu tetapi saya boleh beritahu bawah pengurusan...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Lebih kurang.
Tuan M. Kulasegaran
...Dari graduan dan sebagainya dalam lingkungan 20-30 peratus. Kita ada kekosongan yang banyak Ahli-ahli Yang Berhormat. Kalau kita tengok dalam JobsMalaysia, you go and see. Bukan saya tembak dalam angin. These are the real practical thing. Bila majikan datang jumpa sama saya katakan rintihan-rintihan mereka, mereka kata, “Can you recommend, saya hendak beri gaji RM2,000, RM3,000, adakah rakyat Malaysia tak ingin kerja?” Mereka tak mahu. Jadi kekosongan yang sedia ada adalah dekat dengan 700,000. Apa yang menjadi masalah kita tak cukup orang. Nombor satu.
Nombor dua kita do not have the qualified people. Jadi kita perlu— hari itu saya berjumpa dengan pengerusi satu insurans, dia kata, “Big data, saya hendak 50 orang, can you find for me?” Di Vietnam ada, di Malaysia tak ada. Jadi ini menjadi masalah. Saya telah beritahu Tuan Yang di-Pertua bahawa masa di mana dari kita menghantar anak-anak kita belajar di universiti. Academic - academia qualification, no more relevant now. It is compatible tapi tengok negara-negara maju, macam Germany, South Korea, Japan dan Taiwan.
Sebanyak 60 peratus anak-anak mereka dihantar ke technical school. Adakah kita buat sedemikian? Kita hantar mereka ke akademik— belum tukar dalam 62 tahun.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
[Bangun]
Tuan M. Kulasegaran
Kementerian kita ada buat critical occupation list (COL). We going to release thousands of books…
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Minta laluan sedikit.
Tuan M. Kulasegaran
...Untuk mengatakan apakah jurusan-jurusan yang patut mengambil kira. Jaga sedikit kerana artificial intelligence, automation, big data dan robotics dan sebagainya. Yang Berhormat boleh percaya kah accountancy lagi lima sepuluh tahun, irrelevant? Tapi di Malaysia lagi ada inisiatif untuk pergi ke universiti melanjutkan pelajaran sedemikian.
Tuan M. Kulasegaran
Kedoktoran Yang Berhormat tahu, medical doctor. Belajar enam tahun, susah payah. Kasihan sama mereka Tuan Yang di-Pertua. Mereka baik two years no job. Ramai di antara mereka jumpa dengan saya. Can we have temporary job? Can I have temporary initiative? TVET dan sebagainya. Jadi, ini adalah semua di arah yang kita perlu faham. New era of IR 4.0. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan masa, selain daripada itu, saya akan bagi jawapan...
Tuan Yang di-Pertua
Jawapan bertulis.
Tuan M. Kulasegaran
...Bertulis, ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, ya.
[Tepuk] Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.
Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 35 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula]
Tuan Yang di-Pertua
[Rang undang-undang dilaporkan dengan tiada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia (Dato’ Mahfuz bin Haji Omar) dan diluluskan]
Tuan Yang di-Pertua
Alhamdulillah. Selesai Mesyuarat malam ini. Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 10 Oktober 2019. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 11.23 malam]