Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta yang telah diluluskan oleh Parlimen Keempat Belas dalam Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Parlimen Keempat Belas yang lalu seperti berikut:-
Akta Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2019; 2. Akta Perhimpunan Aman (Pindaan) 2019; 3. Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019; 4. Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019; 5. Akta Perikanan (Pindaan) 2019; 6. Akta Penyemakan Undang-undang (Pindaan) 2019; 7. Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja
(Pindaan) 2019; dan 8. Akta Syarikat (Pindaan) 2019.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Yang di-Pertua Dewan Negara yang menyatakan persetujuan Dewan itu kepada rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam sidang Parlimen Keempat Belas, Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua 2019 yang lalu. Saya menjemput Setiausaha membacakan perutusan itu sekarang.
[Setiausaha membacakan perutusan] “Tarikh Perutusan Daripada Dewan Negara kepada Dewan Rakyat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dewan Negara telah meluluskan rang undang-undang yang berikut tanpa pindaan:
Rang Undang-undang Cap Dagangan 2019; 2. Rang Undang-undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2019;
Tuan Yang di-Pertua
Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2019; 4. Rang Undang-undang Perhimpunan Aman (Pindaan) 2019; 5. Rang Undang-undang Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
(Pindaan) 2019; 6. Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019; 7. Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) 2019; 8. Rang Undang-undang Penyemakan Undang-undang (Pindaan) 2019; 9. Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2019; 10. Rang Undang-undang Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah- wilayah Persekutuan) (Pindaan) (No.2) 2019 11. Rang Undang-undang Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019; dan 12. Rang Undang-undang Syarikat (Pindaan) 2019.
Yang Ikhlas, t.t YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA”
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ini merakamkan sembah takziah perasaan yang amat dukacita dan sedih di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, Ayahanda Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pada hari Sabtu, 28 September 2019 bersamaan 28 Muharam 1441 Hijrah.
Bagi pihak Majlis Dewan Rakyat, saya ingin mengucapkan takziah kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan mengucapkan takziah kepada seluruh kerabat diraja negeri Kelantan Darul Naim.
Almarhum Baginda adalah sultan dan raja pemerintah negeri Kelantan Darul Naim bermula dari 30 Mac 1980 hingga 13 September 2010.
Upacara ini hendaklah disimpan di dalam Arkib Parlimen dan satu salinannya dihantar kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid. Semoga roh Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan perasaan yang amat dukacita dan sedih, saya juga ingin memaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bahawa Allahyarham Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Tanjong Piai telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu, 21 September 2019 bersamaan 21 Muharam 1441 Hijrah.
Sesungguhnya pemergian Allahyarham merupakan suatu kehilangan yang amat besar buat negara. Saya bagi pihak Ahli-ahli Dewan ini dan pihak Parlimen seluruhnya ingin merakamkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Wira Dr. Md. Farid bin Md Rafik, saya juga ingin merakamkan takziah kepada Yang Berbahagia Datin Farah Syazwani Hanis Ismail, isteri kepada Allahyarham Datuk Wira Dr. Md. Farid bin Md Rafik serta seluruh ahli keluarga Allahyarham.
Saya mengharapkan seluruh ahli keluarga terus tabah dan menghadapi situasi ini.
Kita berdoa moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh beliau serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan lagi beriman.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Allahyarham Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik adalah seorang pemimpin yang berwibawa dan yang sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat.
Beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Tanjong Piai semenjak 9 Mei 2018. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan Allahyarham amat besar dan bermakna kepada negara. Oleh yang demikian, saya menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bangun. Pada yang beragama Islam, diminta menghadiahkan Al-Fatihah kepada roh Duli Yang Mulia, Almarhum Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Allahyarham Datuk Wira Dr. Md. Farid bin Md. Rafik. Manakala kepada yang bukan beragama Islam, diminta bertafakur selama 1 minit.
[Ahli-ahli Yang Berhormat membaca Al-Fatihah dan bertafakur]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera. Saya ingin memulakan dengan mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua yang mendapat anugerah gelaran Tan Sri oleh Yang di-Pertuan Agong.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
1. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [Port Dickson] minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah dan tindakan yang diambil oleh kerajaan berkenaan dengan laporan yang dinyatakan oleh Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Berhubung Kemiskinan Tegar dan Hak Asasi Manusia, Prof. Philip Alston terhadap kadar kemiskinan negara yang kian meruncing.
Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Izinkan saya untuk menjawab pertanyaan berkaitan isu kadar kemiskinan di Malaysia ini secara bersekali dengan 16 soalan yang diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang berikut kerana menyentuh soal yang sama.
Satu, Yang Berhormat Kangar akan dijawab pada 7 Oktober 2019, Yang Berhormat Petrajaya akan dijawab pada 10 Oktober 2019, Yang Berhormat Klang akan dijawab pada 22 Oktober 2019, Yang Berhormat Hulu Terengganu akan dijawab pada 29 Oktober 2019, Yang Berhormat Padang Serai akan dijawab pada 4 November 2019, Yang Berhormat Kuala Kedah akan dijawab pada 7 November 2019, Yang Berhormat Kota Melaka akan dijawab pada 13 November 2019, Yang Berhormat Kota Kinabalu dan Yang Berhormat Ledang akan dijawab pada 19 November 2019, Yang Berhormat Kluang dan Yang Berhormat Selayang akan dijawab pada 25 November 2019 dan Yang Berhormat Mersing, Yang Berhormat Bukit
Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Bendera, Yang Berhormat Kepala Batas, Yang Berhormat Julau dan Yang Berhormat Libaran akan dijawab pada 28 November 2019. Akan tetapi semuanya akan dijawab pada hari ini kerana melibatkan perkara yang sama.
Tuan Yang di-Pertua, Laporan End of Mission Statements oleh Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Prof. Philip Alston telah mengundangkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat. Kerajaan mengambil maklum laporan tersebut, namun perlu dijelaskan di sini bahawa kadar kemiskinan rasmi di Malaysia dikira berdasarkan cerapan dan tinjauan pendapatan isi rumah ataupun household income survey (HIS). Ia dilakukan mengikut piawaian amalan antarabangsa yang diselenggara oleh Bahagian Statistik PBB, United Nations Statistics Division. Sehubungan itu, perangkaan kemiskinan daripada HIS masih relevan dan boleh dipercayai pada peringkat penilaian makro. Namun, pada peringkat yang lebih mikro seperti negeri ataupun daerah, perangkaan HIS perlu diguna secara berhati-hati kerana ia tidak menggambarkan corak penggunaan keperluan serta demografi sebenar isi rumah berikutan ralat persampelan yang tidak boleh dielakkan.
Menyedari hakikat ini, kerajaan sebenarnya telah pun memulakan kajian semula pendapatan garis kemiskinan (PGK) sejak bulan Mac 2019. Pelaksanaan kajian ini sedang giat dijalankan dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia serta jabatan dan agensi berkaitan. Saya juga telah mengarahkan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi agar meneliti laporan End of Mission Statements oleh Pelapor Khas PBB tersebut. Dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, kerajaan telah memperkenalkan Indeks Kemiskinan Kepelbagaian Dimensi ataupun Multi Dimensional Proverty Index (MPI). Ia sebagai pelengkap kepada PGK untuk mengukur dan memantau kemiskinan dalam perspektif pelbagai dimensi yang merangkumi kesihatan, pendidikan, pendapatan dan taraf hidup. MPI ini dilihat lebih inklusif selaras dengan amalan antarabangsa.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan bersedia untuk menyemak semula PGK ini bagi memberi gambaran sebenar isu kemiskinan di Malaysia.
Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Namun apa yang lebih penting adalah usaha-usaha pembasmian kemiskinan dilaksanakan secara berterusan dan efektif. Antara usaha yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan ialah dengan mengemas kini dan menambah baik sistem eKasih yang menjadi pangkalan dan data kemiskinan nasional.
eKasih akan turut mengambil kira bilangan ahli dan keperluan isi rumah supaya pemberian bantuan menepati keperluan dan kumpulan sasar. Mekanisme pengumpulan data dan formulasi strategi juga akan ditambah baik dengan memanfaatkan perkembangan teknologi terkini. Strategi utama kerajaan dalam membasmi kemiskinan adalah melalui usaha meningkatkan pendapatan dan kuasa beli rakyat terutamanya dalam kalangan isi rumah miskin dan berpendapatan rendah.
Antara bantuan kepada kumpulan sasar ini termasuklah bantuan sara hidup.
Kemudian, kemudahan pemilikan perumahan, akses kepada pendidikan dan kesihatan yang berkualiti. Usaha-usaha ini akan dapat memastikan setiap isi rumah diberi perhatian sewajarnya sejajar dengan konsep pembangunan inklusif Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Sekian, terima kasih.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana memberikan perakuan yang meyakinkan kerana sebelum Philip Alston pun, Khazanah Research Institute, Universiti Malaysia termasuk Profesor Ravallion, Fatimah Kari, Jomo telah memberikan perakuan yang sama. Sudah berapa tahun dan sekiranya ini diterima secara positif oleh kerajaan, maknanya kadar paras garis kemiskinan itu melonjak daripada 0.4 peratus yang diperakui sekarang kepada sekitar 15 peratus atau 20 peratus dan saya dengar beberapa penjelasan tentang langkah-langkah baharu yang diambil.
Akan tetapi apakah perakuan tentang paras garis kemiskinan ini akan menuntut supaya kerajaan memberikan tumpuan yang jauh lebih besar kepada menyelesaikan masalah ini dan dapat ditentukan nanti dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dan belanjawan minggu ini kerana kalau belanjawan minggu ini tidak memberi respons meningkatkan jumlah bantuan dan program untuk masyarakat miskin, maknanya angka-angka disebut itu tidak dapat diatasi, masalah itu tidak dapat diatasi dengan memuaskan. Jadi, saya minta penjelasan perakuan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Tuan Yang di-Pertua, bagi menentukan siapa yang miskin dan siapa yang kaya, kita memperkenalkan garis kemiskinan untuk sesebuah negara. Garis kemiskinan ini ditentukan pada satu masa dan untuk masa-masa yang akan datang, garis ini digunakan juga untuk menentukan sama ada, ada progress ataupun tidak dalam usaha membasmi kemiskinan. Kalau diambil garis kemiskinan yang lama, sudah tentu dalam pembangunan negara terdapat pengurangan kemiskinan yang ketara.
Sebenarnya Malaysia dapat hampir menghapuskan kemiskinan jika dikira daripada garis kemiskinan yang lama. Akan tetapi keadaan berubah. Sekarang ini kita dapati bahawa bukan sahaja pendapatan yang menentukan kemiskinan seseorang tetapi juga segala layanan yang diberi kepada mereka, kemudahan yang diberi kepada mereka, bantuan yang diberi kepada mereka. Kita bercadang supaya untuk mengurangkan kemiskinan, maka kita perlu menentukan keupayaan mereka mendapat pendapatan yang cukup untuk membeli tiga perkara iaitu makanan, pakaian dan bumbung di atas kepala mereka.
Ini yang akan menentukan sama ada seseorang itu ataupun satu kelompok itu miskin ataupun tidak. Jadi, ini akan termasuk dalam perkiraan asas yang baharu iaitu yang dikatakan di sini sebagai Multidimensional Poverty Index (MPI). Ini yang akan digunakan daripada sekarang dan ini akan menunjukkan taraf kemiskinan yang terdapat dalam masyarakat kita di Malaysia. Sudah tentu angka yang akan didapati akan berlainan daripada angka yang dahulu yang berasas kepada satu garis kemiskinan yang ditentukan di waktu dahulu iaitu pada tahun 1971. Terima kasih.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Langkawi. Dekat sini, Yang Berhormat Langkawi.
Pertama, saya bersetuju— anak muda. Pertama, saya bersetuju pihak kerajaan untuk melaksanakan Multidimensional Poverty Index (MPI). Cuma, bagaimana kerajaan Yang Amat Berhormat Langkawi melihat bagaimana pendapatan yang mencukupi itu merupakan satu perkara asas yang menyumbang kepada kemiskinan? Sebab kita tahu pengangguran anak muda tiga kali ganda berbanding pengangguran yang biasa. Adakah ini juga akan menyebabkan paras kemiskinan ini tertumpu kepada anak muda. Itu yang pertama.
Kedua, adakah indeks ini atau MPI ini mengambil kira demografi luar bandar dan bandar? Saya kira Yang Amat Berhormat Langkawi, kita kena memberi tumpuan kepada miskin bandar. Terima kasih.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Tuan Yang di-Pertua, kita memang sedar bahawa kemiskinan di kalangan anak muda lebih daripada purata kemiskinan dalam masyarakat.
Sebab itulah kita merancang untuk mewujudkan peluang-peluang latihan bagi anak muda supaya mereka dapat mengguna peluang-peluang yang diberi kepada mereka dengan berkesan. Pada masa ini, kita dapati bahawa walaupun peluang terdapat dengan banyaknya di dalam negara kita, kita masih bergantung kepada pekerja asing untuk datang ke Malaysia bekerja. Walaupun kerja itu bukanlah kerja yang berat sangat tetapi kita dapati bahawa ada pemilihan oleh anak muda tentang kerja yang mereka akan lakukan.
Sebab itu, kita mempunyai beraneka jenis latihan termasuk TVET dan lain-lain supaya mereka lebih bersedia untuk bekerja dalam peluang-peluang kerja yang akan diwujudkan. Dengan itu, kita percaya bahawa kemiskinan di kalangan anak muda akan berkurangan. Memang pun apabila mereka masuk dalam pasaran buruh, mereka terpaksa mendapat upahan yang rendah berbanding dengan pihak lain. Akan tetapi, lama-kelamaan setelah mereka mendapat pengalaman dan kecekapan, maka soal kemiskinan di kalangan mereka dapat dikurangkan.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Soal kemiskinan dalam bandar juga akan diberi perhatian, tetapi kemiskinan dalam bandar berbeza dengan kemiskinan di luar bandar. Dalam bandar, terdapat lebih banyak peluang untuk bekerja. Oleh sebab itu, mungkin kita akan dapat mengurangkan kemiskinan dalam bandar lebih awal daripada kemiskinan di luar bandar. Ini mungkin akan menyebabkan perbezaan pendapatan antara bandar dan luar bandar. Projek kita ataupun wawasan kita ialah supaya mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara bandar dengan luar bandar. Oleh sebab itu, tumpuan akan diberi kepada kawasan luar bandar kerana mereka agak sukar untuk menikmati peluang, mengguna peluang yang diberi kepada mereka tanpa latihan dan pengalaman.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Soalan tambahan ketiga boleh diberikan di sebelah kanan. Tidak ada? Silakan Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Soalan saya mudah dan ringkas. Apakah yang boleh kita - mungkin dapat sedikit gambaran bagaimana dalam Belanjawan 2020 nanti yang akan membantu kita untuk menangani masalah kemiskinan. Ini kerana bila kita sebutkan pengurangan kemiskinan tegar di Malaysia, semestinya yang kita ingin lihatkan - bahasa Inggerisnya disebut sebagai dengan izin, social mobility. Jadi, apakah yang mungkin boleh kita saksikan? Terima kasih.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Tuan Yang di-Pertua, kita mempunyai dana yang tidak mencukupi untuk pembangunan biasa. Oleh kerana itu kita perlu tentukan priority kita, yang mana hendak diutamakan, yang mana yang hendak dibelakangkan. Oleh kerana kita dapati ada kawasan-kawasan dan negeri-negeri yang mempunyai pendapatan yang kurang, maka saya yakin dalam belanjawan yang akan datang ini, agihan peruntukan akan lebih tertumpu pada kawasan di mana kemiskinan menjadi perkara yang ketara di kawasan itu.
Jadi, ini kita tunggulah sehingga belanjawan kita dikemukakan oleh Menteri Kewangan.
2. Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang [Marang] minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah kerajaan melalui Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030 untuk merapatkan jurang ekonomi dan sosial di antara orang Melayu Bumiputera dengan bukan Bumiputera.
Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab pertanyaan berkaitan Wawasan Kemakmuran Bersama secara bersekali dengan tiga soalan yang diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang berikut; Yang Berhormat Pasir Gudang akan dijawab pada 7 Oktober, Yang Berhormat Masjid Tanah akan dijawab pada 16 Oktober dan Yang Berhormat Batang Lupar akan dijawab pada 7 November.
Tuan Yang di-Pertua, kesemua soalan ini akan dijawab bersekali pada hari ini.
Kerajaan menyedari perbezaan jurang pendapatan yang ketara di antara golongan yang kaya dengan yang miskin boleh mencetuskan keadaan yang tidak harmoni di dalam negara ini. Ia akan bertambah buruk lagi sekiranya perbezaan ini terkait dengan kaum yang berlainan.
Masalah ini telah membelenggu negara sejak merdeka lagi. Sehubungan dengan itu, pada tahun 1970-an, kerajaan telah melancarkan program pembangunan 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. Objektif utama Dasar Ekonomi Baru ialah mewujudkan perpaduan nasional melalui penyusunan semula masyarakat dan pembasmian kemiskinan.
Segala program pembangunan negara dan dasar kerajaan yang diperkenalkan ketika itu dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai objektif tersebut.
Selepas 20 tahun pelaksanaan DEB, saya telah mengumumkan Wawasan 2020 yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri pada tahun 2020. Malangnya, walaupun kita bekerja keras siang dan malam, saya tidak fikir kita boleh mencapainya pada tahun 2020.
Kegagalan ini berpunca daripada pelaksanaan dasar yang tidak sesuai dengan matlamat asal Wawasan 2020 oleh kerajaan Perdana Menteri ke-5 dan ke-6. Namun begitu, tidak dinafikan terdapat sedikit pencapaian dalam bidang-bidang tertentu. Contohnya, bilangan profesional kini lebih ramai berbanding dahulu dan pendapatan isi rumah secara perbandingan juga telah meningkat.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun ekonomi negara berkembang dalam tempoh berkenaan, pengagihannya tidak seimbang di setiap peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan. Ini diburukkan lagi dengan pentadbiran kerajaan terdahulu yang dicengkam oleh masalah ketirisan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Justeru untuk mengatasi kepincangan ini, Wawasan Kemakmuran Bersama telah diperkenalkan. Kerajaan ini tidak lagi melihat pembangunan mengikut ukuran pertumbuhan ekonomi atau Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semata-mata. Kita melihat pembangunan dari aspek peningkatan kuasa beli rakyat dan pembangunan perlu dinikmati oleh semua rakyat ataupun shared prosperity (kemakmuran bersama). Ini bermakna tidak wujud jurang pendapatan yang terlalu lebar antara miskin dengan kaya, antara kaum dengan suku kaum dan antara wilayah luar bandar dengan bandar. Tidak harus ada golongan yang merasakan mereka terpinggir dari arus perdana pembangunan.
Tuan Yang di-Pertua, realitinya setelah hampir 50 tahun pelaksanaan DEB dan Wawasan 2020, masalah ketidakseimbangan pendapatan dan kekayaan antara Bumiputera dan bukan Bumiputera masih wujud. Ini boleh menyebabkan kegelisahan dan ketegangan kaum sekali gus merencatkan pertumbuhan ekonomi negara dan aspirasi perpaduan
Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
nasional. Oleh itu, usaha bagi mengatasi masalah ini perlu diteruskan dengan pendekatan baharu.
Kalau dahulu kerajaan memberi fokus kepada peningkatan bilangan peluang berdasarkan prinsip kesaksamaan peluang (equality of opportunities) untuk Bumiputera terutamanya dalam bidang ekonomi dan pendidikan.
Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Kini, aspek keberhasilan pencapaian berdasarkan prinsip Kesaksamaan Keberhasilan ataupun Equitability of Outcomes kepada bumiputera turut diberi penekanan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama. Peluang akan diberikan kepada bumiputera yang membuktikan kelayakan dan kemampuan mereka. Bagi yang masih belum layak dan mampu pula, bantuan latihan serta sokongan sewajarnya akan diberikan bagi meningkatkan peluang kejayaan mereka.
Melalui pendekatan ini, kerajaan berhasrat melahirkan generasi bumiputera baharu yang berpegang teguh kepada nilai moral, integriti, bersikap rajin berusaha dan bermaruah dan juga bersemangat kental nasionalis yang ingin menyelamatkan negara dan tidak bergantung kepada orang asing. Mereka juga akan anggap kerja sebagai sesuatu yang mulia.
Tuan Yang di-Pertua, Wawasan Kemakmuran Bersama ini tidak seharusnya disempitkan daripada sudut agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera sahaja. Ia sebenarnya merupakan panduan penetapan dasar, strategi dan inisiatif rancangan pembangunan jangka masa pendek, sederhana dan panjang negara.
Matlamat akhir segala usaha kerajaan ini adalah untuk memastikan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum mengecap taraf hidup wajar ataupun decent standard of living menjelang tahun 2030. Terima kasih.
Dato’ Seri Abdul Hadi Awang - Marang
Tuan Yang di-Pertua, saya mengikuti ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika melancarkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2021 – 2030 pada Oktober yang lalu menggariskan cabaran menangani jurang ekonomi yang masih melebar di antara kumpulan etnik, wilayah dan rantaian bekalan. Kita perlu memahami konsep keadilan yang sebenar ialah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Bukan sahaja konsep persamaan seperti yang ramai diperkatakan tetapi konsep kesaksamaan ini sangat penting.
Soalan saya, adakah kerajaan mengambil kira konsep kesaksamaan ini dengan tegas kerana masih menghadapi kesan penyusunan masyarakat warisan penjajah? Bukan sahaja perbezaan di antara bandar dan luar bandar, timur dan barat, termasuk juga jumlah yang sangat besar daripada bumiputera dan kemampuan pengalaman kesedaran dan kemahiran juga sangat jauh berbeza antara mereka. Terima kasih.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mengambil perhatian tentang segala yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Kerajaan merancang kali ini supaya segala bantuan oleh kerajaan dan peluang yang diwujudkan oleh kerajaan ini digunakan dengan sebaik mungkin. Apa yang berlaku dahulu ialah keutamaan diberikan kepada peluang, tanpa mengambil kira keupayaan mereka yang mendapat peluang ini.
Dengan itu, ramailah yang menyalahgunakan peluang sehingga mereka tidak dapat hasil yang sepatutnya didapati oleh mereka.
Kali ini, peluang akan diberi kepada mereka yang menunjukkan minat dan keupayaan dan jika mereka tidak mempunyai keupayaan ataupun pengalaman, maka kita akan memberi latihan yang sesuai untuk mereka menguruskan segala usaha mereka menambahkan pendapatan mereka. Inilah yang akan dilakukan di bawah wawasan yang baharu ini.
Dengan itu, kita percaya bahawa mereka yang mendapat peluang akan berjaya menghasilkan tujuan yang peluang itu diberi. Tidak seperti dahulu, yang mana kita dapati peluang diberi dan peluang ini juga dijual dengan harga yang murah dan mereka kembali menjadi miskin. Inilah perhatian yang akan diberi oleh kerajaan. Saya yakin, pihak parti lawan pun akan menyokong dasar kerajaan ini. Terima kasih.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Bagaimanakah pendekatan wawasan yang baharu ini dapat mengatasi beberapa kekurangan yang ada dahulu sebagaimana ada disebut sebentar tadi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri seperti pembolotan harta yang begitu besar oleh bukan hanya kaum lain tetapi juga elit bumiputera sendiri yang merugikan kelas pertengahan dan
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
bawahan bumiputera serta salah guna dan kerosakan terhadap institusi-institusi bumiputera seperti Tabung Haji dan lain-lain lagi?
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat telah menyebutkan semua kesalahan yang dilakukan dahulu, yang menyebabkan gagalnya wawasan yang dicipta pada masa itu. Segala kesalahan ini akan dihapuskan apabila kita laksanakan dasar kemakmuran bersama.
[Tepuk] Kita tahu sekarang ini, sebab-sebabnya Dasar Ekonomi Baru itu telah gagal mencapai matlamatnya. Ini akan kita tentukan bahawa mereka yang akan dapat peluang, memang pun berupaya untuk menggunakan peluang itu sepenuhnya. Hanya yang kita minta ialah supaya ada kesanggupan rakyat menerima dasar ini yang bukan lagi untuk memberi kekayaan yang mudah dengan segera tetapi memberi kekayaan yang lebih mapan dan boleh meningkat sepanjang masa.
Inilah cara kita menguruskan Wawasan Kemakmuran Bersama ini. Tidak hanya memberi peluang tetapi menentukan peluang yang diberi itu akan mencapai hasil yang ditentukan. Sekian.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tahun 1987, you are the Prime Minister at that time. Ingat retreat Pemuda UMNO Port Dickson. I was just release from ISA detain by. I already told you. Saya sudah beritahu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri waktu itu, “Jaga orang Melayu". “You are in the hurry to develop Malaysia”. I say, “I support you”. But I was worried at the time you sudah meninggalkan Melayu. I reminded you. Thirteen years later, nothing happens. Now you are talking about the same thing. You tell me, what give you the confidence? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Cakap bahasa Melayu.
[Ketawa]
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
‘Orang putih’ itu.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Dia ‘orang putih’. Dia cakap bahasa ‘orang putih’.
[Ketawa] Saya tidak ingat dia tegur saya. Dia bercakap pasal lain langsung. Tidak bercakap berkenaan dengan kesalahan yang berlaku. Kalau dia beritahu, saya pun dengar, saya ikutlah benda yang baik, nasihat yang baik memang saya akan ikut. Akan tetapi pada masa itu, kita percaya bahawa rakyat apabila mendapat peluang, akan menghargai peluang. Akan tetapi setelah berjalan beberapa lama, kita dapati bahawa rakyat tidak membuat sambutan yang baik. Mereka tidak menggunakan peluang itu untuk maksud peluang itu, untuk tujuan peluang itu.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Kita sedar bahawa kita perlu juga beri bantuan kepada banyak pihak tetapi ada pihak yang menggunakan bantuan sebab itu hari ini jurang antara miskin dan kaya sudah berkurangan. Oleh sebab itu kita juga dapati di kalangan bumiputera ada yang berjaya sehingga ada doktor yang boleh membedah sebab itu saya sanggup serah badan saya kepada doktor itu untuk dia bedah. Sebelum itu tidak ada doktor yang boleh bedah dada saya.
Jadi ada juga kejayaan, ada juga yang sudah jadi billionaire bukan millionaire. Ada seorang yang mula-mula dapat AP tetapi sekarang ini dia menjadi seorang businessman yang memiliki helikopter berpuluh-puluh dan dia bukan berusaha dalam Malaysia saja tetapi di seluruh dunia. Ada yang berpendapat bahawa orang ini adalah orang yang dalam business helikopter ini yang terbesar sekali daripada Malaysia kerana mereka menggunakan peluang yang diberikan kepada mereka.
Saya yakin kalau kita semua guna peluang yang diberi maka kita dapat atasi masalah jurang yang ketara yang begitu jauh yang ada sekarang ini. Itulah sebabnya kali ini sebelum diberi peluang mereka akan diperiksa sama ada mampu ataupun tidak mereka menggunakan peluang itu dengan jayanya. Kalau mereka kurang mampu kita bersedia untuk memberi latihan supaya menambah keupayaan mereka menggunakan peluang dan mencapai hasil daripadanya.
3. Dato' Johari bin Abdul [Sungai Petani] minta Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyatakan dalam menyediakan Draf Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) adakah kerajaan sudah mengenal pasti punca-punca utama kegagalan negara mencapai taraf negara maju pada tahun 2020, jika sudah dikenal pasti, apakah usaha untuk tidak ulangi kesilapan ini.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi - Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Tuan Yang di- Pertua, bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Sungai Petani kerajaan telah pun mengenal pasti punca-punca utama untuk mencapai matlamat asal Wawasan 2020 menjelang tahun 2020. Sebahagian daripada punca tersebut telah pun dicerakinkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebentar tadi dalam memberikan respond kepada soalan yang kedua.
Antara faktor dalaman adalah berkaitan dengan struktur ekonomi negara yang tidak banyak berubah. Pertumbuhan ekonomi negara masih belum digembleng sepenuhnya bagi mencapai potensi sebenar. Sumber pertumbuhan ekonomi juga masih bergantung kepada faktor tradisional seperti modal dan buruh dan bukannya peningkatan produktiviti yang dapat memastikan pertumbuhan yang lebih mampan.
Manakala sebahagian besar industri pula masih berada dalam kategori nilai tambah yang rendah disebabkan kadar penggunaan teknologi tinggi yang masih rendah iaitu sebanyak 37 peratus dalam sektor pembuatan dan 20 peratus dalam sektor perkhidmatan.
Di samping itu, struktur pasaran buruh yang masih bergantung kepada pekerja separa mahir dan berkemahiran rendah telah menyebabkan kurangnya pendapatan pekerjaan berpendapatan tinggi. Malahan kebergantungan kepada pekerja asing yang berterusan turut menjejaskan kadar gaji dan upah dalam pasaran buruh.
Ini menyebabkan bahagian pampasan pekerja kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar masih rendah iaitu sebanyak 35.7 peratus berbanding negara maju seperti Jerman 51.5 peratus, United Kingdom 49.4 peratus dan Korea Selatan 45.7 peratus pada tahun 2018.
Selain itu, pembangunan aktiviti ekonomi yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi lebih tertumpu di negeri yang maju berbanding negeri yang kurang membangun.
Pada tahun 2018, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor telah menyumbang 40 peratus kepada KDNK negara. Pemusatan pembangunan ekonomi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor telah melebarkan lagi ketidakseimbangan pembangunan antara negeri dan dalam kalangan wilayah. Ekonomi negara juga turut terdedah kepada beberapa faktor luaran, memandangkan Malaysia merupakan sebuah ekonomi yang kecil dan terbuka dengan jumlah perdagangan sebanyak 130 peratus kepada KDNK.
Antara punca yang menyebabkan ekonomi Malaysia menyederhana termasuklah kelembapan ekonomi dunia dan perdagangan global terutamanya kesan daripada ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China yang turut melibatkan rakan perdagangan utama negara. Selain itu, harga komoditi yang tidak menentu, keadaan kewangan global yang lebih ketat dan ketidaktentuan geopolitik turut mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah merangka strategi yang lebih holistik sepertimana yang telah dibentangkan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang bermula daripada tahun 2021 hingga 2030 yang akan dilaksanakan dalam dua rancangan Malaysia iaitu Rancangan Malaysia Kedua Belas dan Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
Antara strategi yang akan dilaksanakan kerajaan untuk menstrukturkan semula ekonomi adalah dengan memberi tumpuan untuk menarik pelaburan yang berkualiti yang akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.
Selain memperkukuhkan sektor pertumbuhan ekonomi sedia ada, tumpuan juga akan diberi kepada untuk mempergiat aktiviti pertumbuhan ekonomi masa hadapan yang bernilai tinggi dan mempunyai potensi untuk berkembang pesat sejajar dengan perubahan teknologi. Di samping itu bagi merapatkan jurang antara wilayah, pembangunan akan dibawa ke seluruh negara terutamanya negeri yang kurang membangun. Bagi memastikan kejayaan untuk mengurangkan jurang pembangunan antara wilayah kementerian telah melaksanakan sesi libat urus bersama semua kerajaan negeri sebagai dasar pendekatan baharu yang diambil di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas agar dasar yang akan dibentuk lebih holistik dan inklusif.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi - Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Kerajaan yakin Wawasan Kemakmuran Bersama akan berjaya membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu, makmur dan bermaruah seterusnya muncul sebagai paksi ekonomi Asia. Terima kasih.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Menteri kerana memberikan jawapan yang begitu panjang lebar. Akan tetapi bersetuju kah Menteri dengan saya, satu elemen yang missing yang mungkin Menteri terlepas pandang ialah soal minda dan iman.
Kita telah banyak membelanjakan duit semenjak Wawasan 2020 diperkenalkan oleh Perdana Menteri dahulu dan sekarang ini akan diperkenalkan pula wawasan yang baharu tahun 2021 hingga tahun 2030. Kalau isu kekuatan minda dan iman ini tidak diperkukuhkan saya yakin kita akan hadapi masalah yang sama, sebab itu setuju kah Menteri dengan saya bahawa Kementerian Pendidikan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia harus memainkan peranan yang lebih untuk memastikan rakyat berani tolak rasuah.
Rakyat mesti tolak apa juga kelemahan-kelemahan yang ada. Jadi kalau minda dan iman itu kuat dengan sendirinya apa juga yang kita akan buat akan berjaya. Setuju kah Menteri dengan saya? Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani.
Seperti yang telah ditegaskan oleh kerajaan dalam menjayakan Wawasan Kemakmuran Bersama ini, semua kementerian dan agensi harus terlibat secara menyeluruh untuk memastikan matlamat asal wawasan ini dapat dicapai.
Antara perkara yang ditegaskan seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Sungai Petani ialah soal perubahan sikap dan minda masyarakat dan ini juga telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memastikan wawasan ini berjaya, tawaran-tawaran dan peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan mestilah disambut baik bukan sahaja oleh public sector dan rakyat tetapi juga private sector. Pihak-pihak swasta memberikan kerjasama untuk menjayakan matlamat ini. Jadi pada prinsipnya saya bersetuju supaya rakyat harus memberikan satu pendekatan baharu, sikap baharu, minda baharu dalam menjayakan wawasan ini kerana bagi pihak kerajaan kita memberikan peluang-peluang ini kepada rakyat untuk mereka memberikan kesempatan menyambut hasrat yang murni ini. Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, tahniah.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Kita selalu kaitkan pertumbuhan ekonomi negara dan juga mencapai negara maju menjelang tahun 2020 tidak boleh lari daripada kadar dan masalah pengangguran di dalam negara kita.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Kalau kita lihat statistik utama tenaga buruh, kadar pengangguran adalah sebanyak 3.4 peratus sepertimana yang telah dikeluarkan pada bulan April. Dalam bulan yang sama, kadar pengangguran ini juga telah bertambah kepada 3.4 peratus iaitu sebanyak 0.4 peratus telah bertambah. Ini yang telah dikeluarkan oleh Pengarah Perangkaan Negara.
Jadi, soalan saya, dalam kita hendak menuju Wawasan 2020 negara maju, adakah disebabkan dasar dan polisi kerajaan sekarang yang tidak popular, yang saya sebut banyak rancangan atau penjualan-penjualan aset negara menerusi GLC dan sebagainya, dan juga kadar pengangguran ini disebabkan oleh penamatan pekerja-pekerja kontrak dan juga pekerja-pekerja yang ada di dalam negara kita apabila syarikat-syarikat kontraktor bertaraf Bumiputera juga tidak diberikan layanan yang istimewa sepertimana sebelum ini di mana tender-tender terbuka dan menyebabkan peluang bagi Bumiputera Melayu di luar bandar yang mempunyai kelas-kelas kontraktor G1 dan sebagainya tidak dapat merebut peluang dan akhirnya kadar pengangguran ini telah bertambah, meningkat dan akan mengakibatkan kesan kepada kegagalan atau terbantutnya untuk kita mencapai taraf negara maju? Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau.
Ingin saya tegaskan bahawa dasar kerajaan pada hari ini adalah untuk tidak lagi meneruskan pendekatan seperti yang diambil oleh kerajaan yang lama di mana ia lebih tertumpu kepada usaha untuk menyogok rakyat dengan pemberian wang tunai semata-mata. Akan tetapi, kerajaan hari ini lebih berminat untuk memberikan pendekatan dan dasar baharu untuk mendayakan rakyat dengan memberikan peluang-peluang latihan termasuk re-skilling dan
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
upskilling supaya mereka dapat membina bakat-bakat baharu, talent dan dapat memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi pada hari ini.
Kita boleh memberikan keyakinan kepada pelabur-pelabur asing untuk terus melabur di Malaysia dan meletakkan pelaburan mereka di sini. Akan tetapi, apakah tenaga kerja kita sudah bersedia untuk embrace ataupun menerima teknologi-teknologi baharu ini, sama ada artificial intelligence, robotic, automations dan sebagainya?
Oleh sebab itu, kerajaan akan memberikan tumpuan yang besar dalam Belanjawan 2020 untuk memberikan peruntukan latihan ataupun TVET yang lebih besar agar anak-anak muda di masa akan datang mempunyai bakat-bakat baharu dan talent baharu untuk memenuhi keperluan industri dan ini dapat mengurangkan kadar pengangguran di dalam negara di masa yang akan datang. Terima kasih.
4. Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau] minta Menteri Industri Utama menyatakan sejauh manakah Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) yang ditubuhkan oleh Malaysia dan Indonesia memainkan peranannya bagi mengatasi aktiviti pembukaan tanah ladang menerusi pembakaran terbuka oleh syarikat pemain industri sawit yang telah menyebabkan masalah jerebu rentas sempadan saban tahun.
Timbalan Menteri Industri Utama - Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Rembau.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, aktiviti pembukaan tanah adalah dipantau dan dikawal selia oleh kementerian tertentu di negara masing-masing dan bukan di bawah seliaan Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit. Malah, di Malaysia, ia melibatkan kuasa di bawah kerajaan negeri.
Namun begitu, Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) ini yang pada ketika ini dianggotai oleh Malaysia, Indonesia, Colombia telah ditubuhkan bertujuan antaranya adalah untuk memantapkan lagi amalan persekitaran mampan, pengurusan bekalan, aktiviti promosi dan pembangunan pekebun-pekebun kecil.
Melalui CPOPC, Malaysia dan Indonesia telah memberikan komitmen untuk memastikan pengeluaran minyak sawit dan produk-produk berasaskan sawit dilaksanakan secara mampan. Amalan penanaman lestari ini adalah menepati Standard Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia dan juga Pensijilan Minyak Sawit Mampan Indonesia termasuk menghalang pembakaran secara terbuka.
Usaha berterusan ini juga akan diperhalusi dalam Palm Oil Supply and Demand Outlook Conference, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, yang dianjurkan oleh CPOPC pada 22 Oktober 2019 di Bandar Baru Bangi. Persidangan yang akan dihadiri oleh penggiat industri sawit daripada Malaysia dan Indonesia ini akan membincangkan tiga aspek utama berkaitan industri sawit iaitu pengeluaran, permintaan pasaran dan unjuran harga termasuk isu alam sekitar yang merentasi sempadan.
Pada masa yang sama, Kementerian Industri Utama selaku kementerian yang bertanggungjawab pada industri sawit di negara ini telah berbincang dengan Kerajaan Indonesia mengenai isu ini. Kementerian akan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas ladang-ladang kepunyaan Malaysia yang terlibat dalam aktiviti pembakaran terbuka di negara Indonesia jika terbukti ia benar-benar berlaku. Sekian, terima kasih.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Industri kelapa sawit Malaysia dan juga di Indonesia berdepan dengan satu kempen negara lain terutamanya di Kesatuan Eropah. Ini adalah disebabkan tindakan antara lain pembukaan tanah pembersihan hutan bagi memberikan laluan kepada ladang-ladang yang baharu. Masalah jerebu daripada tindakan pembakaran terbuka tanah ladang yang melanda baru-baru ini hanyalah satu contoh kepada dakwaan deforestation ini.
Soalan-soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, pertamanya, sejauh mana masalah jerebu dan pembakaran terbuka ini memberikan kesan kepada kempen promosi kelapa sawit sebagai tanaman yang lestari dan mampan alam sekitar?
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Kedua, Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tentang tindakan tadi, apakah tindakan terhadap syarikat Malaysia yang terlibat dalam pembakaran terbuka, sekiranya ada?
Sebab, pihak Indonesia menyebut bahawa ada syarikat Malaysia yang terlibat.
Ketiga, apakah bentuk kawalan pada masa hadapan menerusi kerjasama CPOPC bagi memastikan industri sawit di dua negara ini mematuhi piawaian antarabangsa yang telah ditetapkan? Terima kasih.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Terima kasih Yang Berhormat Rembau di atas soalan-soalan yang baik.
Dari segi prinsipnya, kita menyatakan bahawa tidak ada― zero burning. Malah, dalam salah satu daripada requirement, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, di dalam Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia ini, sepertimana yang saya sebutkan tadi, ialah kita tidak akan kompromi dan bertolak ansur dengan pembakaran terbuka.
Dalam istilah itu, ia bermaksud― kita juga mempunyai Indonesian Sustainable Palm Oil (ISPO) Certification, pensijilan yang sama yang menekankan tentang prinsip tidak ada pembakaran terbuka. Justeru, dalam hal ini, kita ingin menyatakan bahawa di dalam CPOPC, antara perkara yang ditegaskan itu adalah untuk memastikan pensijilan yang telah pun kita nyatakan dan telah pun kita jalankan ini dipatuhi dengan ketat.
Bagi menjawab soalan di kawalan masa hadapan, saya percaya bahawa kita tergantung kepada undang-undang berkaitan dengan Indonesia kerana ia berlaku di Indonesia. Tentunya kerajaan dan kementerian mengambil sikap yang tegas. Kita masih menunggu lagi siasatan daripada negara jiran apakah benar syarikat yang dinyatakan itu milik Malaysia berkait ataupun terpalit dengan isu pembakaran hutan ini.
Malah, ada satu syarikat yang telah pun membuat kenyataan rasmi, mereka juga mengatakan bahawa akan memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia untuk memastikan siasatan itu lengkap dan benar-benar dilakukan. Sudah pasti, kalau itu dilakukan, kita menjangkakan kemungkinan akan ada tindakan oleh negara jiran dan tentunya kerajaan tidak akan berkompromi dalam hal ini kerana ia juga berkait dengan kempen kita, “Love MY Palm Oil” campaign dan kempen-kempen kita di Eropah terutamanya.
Jadi, untuk itu, untuk pengetahuan Dewan, kerajaan dan kementerian sentiasa mengambil tindakan yang tegas dan tidak bekerja in silo, malah bekerja dengan kementerian- kementerian yang lain untuk memastikan perkara ini akan dapat diatasi dan tidak akan berlaku lagi di masa yang akan datang. Terima kasih.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah bentuk hukuman yang dikenakan ke atas syarikat-syarikat ladang kelapa sawit yang terlibat di dalam pembakaran hutan yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan? Ini supaya mereka tidak mengulangi kesalahan pembakaran hutan secara tidak terkawal. Jika tidak, saban tahun isu jerebu berulang lagi. Saya ingin tahu, apakah nama-nama syarikat, mahupun di Malaysia, yang terlibat di dalam perkara ini? Terima kasih.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang. Untuk makluman Yang Berhormat, seperti mana yang diedarkan di atas meja semua Ahli Yang Berhormat bahawa tengah hari ini akan ada satu taklimat daripada Menteri yang berkaitan iaitu Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Khusus berkaitan dengan Rang Undang-undang Pencemaran Merentas Sempadan. Saya percaya itu akan dibahaskan tengah hari ini dan Yang Berhormat boleh bangkitkan isu-isu ini dalam forum tersebut pada tengah hari ini.
Soal hukuman, kita mempunyai undang-undang iaitu yang dipanggil sebagai Akta Kualiti Alam Sekeliling. Di dalam akta tersebut, seksyen 29A misalnya, menyatakan bahawa tidak boleh ataupun tidak dibenarkan langsung pembakaran terbuka, di mana boleh didenda sehingga RM500,000 ataupun lima tahun penjara, dari segi undang-undang saya fikir ini jelas. Soal syarikat-syarikat seperti mana yang dimaklumkan oleh negara jiran, kita ada– yang dimaklumkan ada empat buat syarikat tetapi kita masih lagi menunggu apakah betul empat buah syarikat ini terbabit kerana ia berkaitan dengan siasatan. Satu syarikat yang telah membuat kenyataan itu pun menyatakan bahawa mereka juga bersedia untuk facilitate, dengan izin, all the investigations dengan negara jiran.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Jadi, saya fikir setakat ini untuk menjawab soalan Yang Berhormat, tidak ada lagi mana-mana syarikat yang secara tuntas dikaitkan dengan pembakaran terbuka ini. Terima kasih.
5. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan dalam usaha meningkatkan mutu bola sepak negara, berapa ramai lagi pemain naturalisasi akan diserap menyertai pasukan Harimau Malaya.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga kepada Ahli Yang Berhormat Tanah Merah yang bertanya soalan nombor lima tersebut, inilah jawapan saya, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak kementerian sentiasa memberi perhatian terhadap pembangunan sukan bola sepak negara dan sentiasa terbuka untuk membantu perkembangan prestasi skuad kebangsaan. Justeru, pelaksanaan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) ataupun National Football Development Programmed (NFDP) bagi fasa satu telah bermula pada tahun 2014 sehingga tahun 2020. Manakala fasa dua dijadualkan bermula pada tahun 2021 sehingga tahun 2030. Penambahbaikan PPBN dibuat berdasarkan blueprint PPBN tahun 2019 hingga tahun 2025 yang telah disediakan pada awal tahun ini. Sebanyak tujuh inisiatif telah pun diperkenalkan melalui blueprint yang baru ini iaitu:-
(i) memperkemaskan struktur kejurulatihan;
(ii) penubuhan jawatankuasa pelaksana;
(iii) skim gaji yang lebih berstruktur;
(iv) modul pendidikan persendirian untuk Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), perancangan pemain selepas umur 17 tahun, kerjasama yang lebih erat bersama pemegang taruh dan pemain-pemain naturalisasi yang juga merupakan sebahagian soalan Yang Berhormat tersebut tadi.
Bagi isu pengambilan pemain naturalisasi, untuk meningkatkan prestasi bola sepak negara sehingga mampu layak ke Piala Dunia, pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah merangka dan meluluskan mekanisme proses pengambilan pemain naturalisasi melalui tiga peringkat mekanisme iaitu jangka masa pendek, pertengahan dan panjang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga kini seramai empat orang pemain telah melalui proses naturalisasi dan turut menyarung jersi kebangsaan di kejohanan-kejohanan utama yang dipertandingkan bermula pada tahun 2014. FAM juga turut mengesahkan bahawa dua orang lagi pemain naturalisasi akan menyarung jersi kebangsaan setelah menerima kelulusan daripada pihak Konfederasi Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). FAM juga akan terus mengkaji dan mempertimbangkan keperluan kaedah naturalisasi ini dari semasa ke semasa berdasarkan kepada peluang-peluang yang ada melalui tiga mekanisme yang saya sebutkan tadi bagi memastikan prestasi pasukan negara terus meningkat. Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Terima kasih jawapan yang diberi. Dalam usaha kita hendak mencungkil dan menggilap bakat-bakat ini, adakah Kementerian Belia dan Sukan bercadang untuk mewujudkan Akademi Bola sepak di kawasan Parlimen, terutama di kawasan luar bandar? Ini kerana memandangkan based on sejarah fakta, banyak bakat-bakat sukan, termasuklah bola sepak datang daripada kawasan- kawasan tersebut, khususnya kawasan luar bandar, terima kasih.
Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada soalan tambahan tersebut. Sememangnya di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara memang ada cawangan-cawangan bagi akademi bola sepak di seluruh negara. Contohnya, saya hendak berikan di sini ialah kita mempunyai bukan sahaja 18 orang jurulatih di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari, di peringkat negeri juga seramai 14 orang Ketua Jurulatih Negeri dan 602 orang jurulatih sambilan dilantik untuk mengendalikan latihan harian di pusat-pusat latihan yang telah ditetapkan. Namun, di sini saya mengambil kira cadangan Ahli Yang Berhormat tersebut untuk melihat kepada pembentukan cawangan ataupun akademi bola sepak di peringkat kawasan Parlimen. Sekian, terima kasih.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin memujilah dasar kerajaan pada hari ini yang meneruskan dasar kerajaan yang lama mengenai pemenaturalisasi ini. Ini kerana dasar pemenaturalisasi ini telah dimulakan oleh FAM di zaman dahulu lagi, saya rasa dari zaman Yang Berhormat Rembau dahulu.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah antara syarat-syarat lain selain daripada seseorang pemain yang hendak diberikan taraf pemain naturalisasi ini, dia mahir bermain bola sepak, umpamanya umur pemain itu untuk kita berikan taraf sebagai pemain naturalisasi. Ini kerana kalau kita melihat beberapa pemain yang telah diserapkan di dalam pasukan Harimau Malaya ini antaranya telah berumur 31 tahun, misalnya Brendan Gan daripada Australia telah berumur 31 tahun. Begitu juga Mohamadou Sumareh juga daripada Gambia, umurnya sudah 25 tahun. Kemampuan mereka untuk bermain mungkin tidak lama lagi, mungkin dua atau tiga tahun mereka sudah tidak boleh bermain. Jadi, apakah syarat-syarat yang ditetapkan oleh kementerian untuk memberikan taraf ini kepada pemain- pemain daripada luar supaya ia berfaedah kepada negara? Terima kasih.
Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Kota Bharu. Memang benar kita sentiasa akan meneruskan dasar-dasar dan program yang baik walaupun daripada kerajaan lama. Bak kata pepatah, “kita ambil yang jernih dan buang yang keruh”. Bagi menjawab soalan tersebut mungkin saya akan memberikan sedikit perincian tentang apa yang saya sebutkan tentang sebagai tiga mekanisme oleh FAM bagi pengambilan pemain naturalisasi. Satu, proses peringkat jangka pendek akan melibatkan pemain berdarah campuran sama ada pemain yang dilahirkan di Malaysia, ibu bapanya dilahirkan di Malaysia atau datuk dan neneknya dilahirkan di Malaysia.
Proses jangka masa pertengahan pula melibatkan pemain asing baharu yang berusia 18 tahun ke atas dan telah bermain dalam Liga Malaysia untuk satu atau dua tahun serta meyakinkan pemain untuk menetap di Malaysia dalam tempoh minimum lima tahun.
Manakala mekanisme terakhir iaitu proses jangka panjang ialah melibatkan pemain warganegara asing berumur 18 tahun ke bawah dengan mengambil kira jumlah pemain lingkungan usia negara asal dan juga lain-lain perkara yang berkaitan yang akan dicadangkan oleh Panel Jawatankuasa Teknikal FAM tersebut. Terima kasih.
6. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan peratus pengangguran di kalangan belia dan graduan serta langkah-langkah yang sudah diambil bagi memastikan jumlah pekerjaan adalah mencukupi dan sesuai dengan kelulusan dan kemahiran belia. Nyatakan juga langkah untuk mengurangkan pembuangan pekerja dan berapakah angka terkini mengikut pecahan industri.
Menteri Sumber Manusia - Tuan M. Kulasegaran
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Berdasarkan Survey Tenaga Buruh (STB) 2018, kadar pengangguran belia berumur 15 hingga 30 tahun ialah 6.8 peratus. Manakala di antara umur 15 tahun hingga umur 24 tahun adalah 10.9 peratus. Sebagai usaha bagi membantu belia mendapatkan pekerjaan, kerajaan telah melaksanakan usaha-usaha berikut:-
Pertama, menyediakan perkhidmatan pekerjaan JobsMalaysia yang memberi kemudahan kepada pencari kerja untuk mendapatkan kerja yang bersesuaian melalui pendekatan pemadanan kerja.
Menteri Sumber Manusia - Tuan M. Kulasegaran
Kedua, menganjurkan program penempatan pekerjaan yang merangkumi karnival kerjaya. Program-program yang dilancarkan diadakan dari semasa ke semasa bagi job matching pencari kerja dengan majikan yang sepadan. Bagi tempoh Januari ke Ogos tahun 2019 seramai 61,871 orang pencari kerja telah berjaya mendapatkan penempatan.
Ketiga, mewujudkan pusat sehenti menggabungkan agensi seperti JobMalaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Pembangunan Sumber Manusia Berhad
(PSMB) dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (JPM).
Keempat, melaksanakan program Graduate Enhancement Programme For Employability (GENERATE) 2.0 mengukuhkan dan memperkasa program Sistem Latihan Dual Nasional (LSDN) melalui pelbagai program dan kerjasama bagi mengurangkan jurang ketidakpadanan kemahiran dengan keperluan industri. Melaksanakan program Structured Internship Programme yang diterajui TalentCorp dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Memperluas akses kepada warganegara untuk mendapat latihan dan pendidikan teknikal dan vokasional. Sehingga kini terdapat 562 buah institusi latihan kemahiran awam yang telah ditubuhkan di seluruh negara dengan pelbagai kursus kemahiran ditawarkan mengikut keperluan industri.
Kelima, menyediakan program skilling, upskilling and re-skilling kepada golongan pelajar kemahiran dan pekerja bagi mempertingkatkan kemajuan kendiri dalam
Menteri Sumber Manusia - Tuan M. Kulasegaran
menyesuaikan diri dengan perubahan keperluan kerja masa hadapan, future job. Serta persekitaran yang semakin komparatif dan dinamik.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan laporan pemberhentian oleh majikan yang diterima oleh Jabatan Tenaga Kerja. Jumlah pemberhentian kerja bagi tempoh Januari sehingga September tahun 2019 adalah seramai 24,600 orang dengan sektor pembuatan mencatatkan kehilangan pekerjaan iaitu seramai 7,944 orang. Bagi maklumat pekerja yang diberhentikan kerajaan telah mengambil langkah-langkah berikut:
(i) memperkenalkan sistem insurans pekerjaan mulai 1 Januari 2018;
(ii) pihak majikan dihendaki melaporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) sekiranya ingin melaksanakan pemberhentian kerja;
(iii) kerajaan telah menetapkan melalui Akta Kerja 1955, memberi keutamaan kepada pekerja asing bila bekerja dalaman supaya pekerja asing diberi last choice dalam memberi pekerjaan.
Keyakinan, kerajaan yakin semua langkah yang telah dilaksanakan dapat membantu rakyat mendapatkan pekerjaan dan mengurangkan lagi kadar pengangguran negara. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Rumusan laporan pekerjaan masa hadapan tahun 2018 oleh World Economic Forum di Switzerland menyebut bahawa menjelang tahun 2022 iaitu 75 juta kerja bakal pupus dan 133 juta jenis pekerjaan akan berubah menjadi pekerjaan baharu.
Ini di antaranya ialah kerana Revolusi Industri 4.0 ataupun IR 4.0.
Soalan saya ialah selain apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri, apakah langkah-langkah untuk kita menyediakan anak-anak muda kita menghadapi situasi yang amat mencabar berhubung dengan IR 4.0 ini dan setakat ini, apakah kejayaan untuk kita memberikan pekerjaan baharu kepada 24,600 pekerja yang diberhentikan seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri.
Tuan M. Kulasegaran
Terima kasih Yang Berhormat. Kita tahu bahawa World Economic Forum itu telah menetapkan berjuta-juta yang akan kehilangan pekerjaan. Akan tetapi, kita ada alternatif di mana kita telah— apa yang dikatakan baru-baru ini World Bank dengan kementerian telah mengadakan satu perjumpaan dan satu analisa telah dibuat. Di mana kita telah tentukan critical occupation list di mana beberapa pekerjaan yang sedia ada seperti accountancy yang kerana automation kemungkinan besar dalam empat ke lima tahun ini, ini adalah satu di antara jurusan yang tidak perlu diberi penekanan untuk mendapat lebih akauntan di negara ini.
Dikatakan lebih kurang 80 peratus di antara mereka mungkin tidak ada kerja kalau belum belajar jurusan ini. Saya ada beberapa, ini saya hendak beritahu ada sedikit mustahak.
Macam data entry clerks iaitu 99 percent kemungkinan tidak ada kerja langsung. Contract center sales person iaitu 99 percent, dan sebagainya.
Ini adalah penekanan yang baharu kita perlu memberi perhatian supaya kita mempelawa warganegara supaya memberi perhatian kepada kerja-kerja yang ada harapan yang bagus untuk mendapat kerja itu adalah semua yang merangkumi di TVET. Mechatronic, electronic dan sebagainya itu menunjukkan satu sasaran yang perlu diberi satu penekanan perlu diberi supaya anak-anak kita memberi tumpuan untuk belajar atau mendapat kelulusan di sana di mana skilling, upskilling, and re-skilling boleh dibuat.
Ini adalah saya rasa yang mustahak sekali supaya kita semua boleh nampak satu holistic gain dalam negara ini. Terima kasih.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed - Jeli
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di bawah kita banyak mendengar tentang kesukaran para graduan termasuk pemegang ijazah dan diploma untuk dapat kerja. Sehubungan ini, adakah kerajaan ingin bercadang untuk mengetahui dengan lebih terperinci lagi? Sifat-sifat, ciri-ciri ataupun characteristic penganggur-penganggur graduan yang memegang degree ataupun diploma ini?
Ini kerana kalau kita tidak memahami dengan terperinci mungkin sukar untuk kita menggubal dasar yang sewajarnya. Jadi, saya hendak tahu sama ada kita sudah ada maklumat ini atau ada cadangan untuk mengetahui dengan membuat kajian yang lebih terperinci.
Tuan M. Kulasegaran
Yang Berhormat Jeli. Kita perlukan maklumat yang terperinci lagi. Akan tetapi, yang lebih mustahak adalah dari apa yang kita ada nampaknya ramai di antara graduan-graduan kita hari ini tidak— bukan untuk industri tetapi ada hanya dikeluarkan dari universiti-universiti yang ada tidak ada pasaran untuk mereka.
Ini kerana ramai di antara mereka hanya mempelajari teori. Itu kita memberi tekanan supaya pergi belajar kepada TVET dan sebaginya di mana ada kursus untuk kerja yang sedia ada. Akan tetapi untuk anak-anak kita dari universiti dan sebagainya yang mana graduan- graduan ini menjadi masalah tertentu dan kerajaan telah seperti jawapan yang sebelum ini yang saya beritahu bahawa ada beberapa inisiatif untuk sementara waktu untuk mereka ditempatkan di tempat kerja.
7. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas] minta Menteri Pengangkutan menyatakan rancangan kerajaan untuk memperluas lapangan terbang atau membina lapangan terbang baharu untuk memenuhi keperluan yang kian bertambah bagi kawasan utara Semenanjung Malaysia, iaitu negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Dato' Kamarudin Jaffar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Beruas. Untuk maklumat Yang Berhormat bagi memenuhi keperluan yang kian bertambah bagi kawasan Utara Semenanjung Malaysia iaitu negeri-negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Kerajaan mempunyai perancangan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang akan dinaiktarafkan dengan kapasiti pengendalian penumpang terminal ditingkatkan daripada 6.5 juta penumpang setahun kepada 12 juta penumpang setahun bagi fasa pertama. Pelaksanaan peringkat pertama fasa kedua pula, dengan kapasiti pengendalian penumpang seramai 16 juta penumpang setahun dan pelaksanaan peringkat kedua bagi kapasiti meningkat kepada 20 juta penumpang setahun masih dalam perancangan kerajaan kerana ia melibatkan kerja- kerja pengambilan tanah.
Kerajaan telah menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dengan meningkatkan kapasiti pengendalian terminal daripada 1.5 juta penumpang setahun kepada 4 juta penumpang setahun. Projek ini telah selesai dilaksanakan pada Ogos tahun 2018.
Kerajaan mempunyai perancangan untuk menaik taraf fasiliti Lapangan Terbang Langkawi terutama dengan menyediakan kemudahan aerobridge bagi melancarkan lagi pengendalian syarikat-syarikat penerbangan yang menggunakan pesawat jenis widebody iaitu B787 turut beroperasi di Langkawi.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Dato' Kamarudin Jaffar
Selain itu, kerajaan melalui Kementerian Hal Ehwal Ekonomi juga telah mengumumkan persetujuan berhubung dengan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) melalui kaedah pelaburan swasta. Walau bagaimanapun, cadangan ini masih di peringkat awal dan sedang melalui proses-proses yang berkaitan sebelum ia dilaksanakan.
Buat masa ini juga, kerajaan telah dimaklumkan oleh Kerajaan Negeri Perak berhubung hasratnya untuk menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh. Projek ini melibatkan skop pemanjangan landasan bagi menampung penerbangan antarabangsa khususnya dari China dan India. Walau bagaimanapun, perkara ini masih dalam peringkat perbincangan antara Kerajaan Negeri Perak dengan Kerajaan Persekutuan.
Kerajaan mengambil pendekatan bersifat terbuka dalam sebarang cadangan daripada mana-mana pihak untuk membantu merancakkan ekonomi negara termasuk cadangan untuk membina lapangan terbang baharu di wilayah utara. Pendirian kerajaan adalah untuk menyokong pertumbuhan industri logistik dan pelancongan di wilayah utara.
Sehubungan itu, sebarang cadangan berhubung pembinaan lapangan terbang baharu akan diteliti dengan mengambil kira peranan dan kapasiti lapangan-lapangan terbang sedia ada yang berdekatan.
Pada ketika ini juga, Kementerian Pengangkutan melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sedang menjalankan kajian bagi menyediakan dokumen dengan izin, National Airports Strategic Plan (NASP). Dokumen ini akan dijadikan sebagai rujukan pihak kerajaan dalam merancang dan mempertimbangkan cadangan pembangunan lapangan-
Timbalan Menteri Pengangkutan - Dato' Kamarudin Jaffar
lapangan terbang di Malaysia. Secara amnya, NASP ini akan menggariskan pelan pembangunan jangka panjang bagi membangunkan sistem lapangan terbang yang lebih efisien dan berdaya saing serta berkesinambungan dengan jaringan pengangkutan dan perhubungan pelbagai mod pengangkutan di dalam Malaysia. Kajian yang mengambil masa selama 18 bulan ini dijangka akan dimuktamadkan selewat-lewatnya pada Disember 2020.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tahu daripada pihak kerajaan, boleh-kah pihak kerajaan mempertimbangkan semula rancangan awal Northern Corridor Implementation Authority yang hendak membina lapangan terbang antarabangsa di Bagan Serai? Oleh kerana ini satu-satunya peluang untuk memajukan negeri Perak yang telah sekian lama terpinggir berdekad-dekad. Dengan terbinanya West Coast Expressway yang akan siap tidak lama lagi dengan lapangan terbang antarabangsa di Bagan Serai, ia akan melengkapkan infrastruktur di negeri Perak. Ini satu-satunya peluang untuk negeri Perak menjana pembangunan dengan pesat. Kalau tidak, negeri Perak akan terpinggir.
Seterusnya, dengan adanya lapangan terbang antarabangsa di Bagan Serai, ia juga akan memenuhi keperluan negeri-negeri di utara kerana Bagan Serai bersempadan dengan Pulau Pinang dan Kedah. Jadi harapan saya, kerajaan boleh mempertimbangkan sekali lagi rancangan melalui pelaburan swasta oleh AirAsia dengan Sime Darby. Terima kasih.
Dato’ Kamarudin Jaffar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Bagaimana saya laporkan tadi, bahawa cadangan-cadangan yang datang daripada pelbagai pihak sekalipun akan diberikan sambutan yang sesuai dan sepadannya.
Akan tetapi yang ada sekarang ini dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak pun ada ialah berkaitan dengan lapangan terbang di Ipoh. Cadangan untuk pemanjangan landasannya dan saya kira ia diberikan perhatian yang serius oleh Kementerian Pengangkutan. Begitu juga yang ada di utara ialah Lapangan Terbang Kulim yang saya nyatakan tadi. Oleh itu, kalau ada cadangan seperti di Bagan Serai dan dibawa ke peringkat Kerajaan Pusat, sudah tentu ia diberikan pertimbangan yang sewajarnya.
Begitu juga untuk maklumat Yang Berhormat daripada Semporna, kita juga sedang dalam perancangan untuk pembesaran lapangan terbang di Tawau, Sabah yang amat-amat diminta oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah kita. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan, adakah kerajaan bercadang untuk menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa?
Dato’ Kamarudin Jaffar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Sebagaimana saya jawab di Dewan yang mulia ini beberapa kali, projek itu masih berjalan dan kita sudah pun melalui peringkat tender pra kelayakan yang sudah pun ditutup.
Jadi, kementerian sekarang ini dalam proses menilai petender-petender pra kelayakan itu untuk diproses di peringkat Kementerian Pengangkutan dan seterusnya diproses di peringkat Kementerian Kewangan. So, setelah ia selesai, maka peringkat tender terbuka pula akan berlaku. Harapan kita semua ialah pada awal tahun hadapan, seboleh-bolehnya suku pertama tahun hadapan, projek Kota Bharu itu akan boleh kita mulakan pelaksanaannya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
8. Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican [Kepala Batas] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan status dan keputusan terkini Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) berkenaan pelaksanaan projek Pelan Induk Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR).
Menteri Wilayah Persekutuan - Tuan Khalid bin Abd Samad
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismilahir Rahmanir Rahim.
[Membaca sepotong doa]* . Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan nombor lapan, pertanyaan daripada Yang Berhormat Kepala Batas yang bertarikh 7 Oktober iaitu hari ini; soalan nombor lapan, pertanyaan daripada Yang Berhormat Jerai; dan soalan nombor 10, pertanyaan daripada Yang Berhormat Sik bertarikh 13 November; serta soalan nombor tujuh pertanyaan daripada Yang Berhormat Pendang bertarikh 19 November 2019 bersekali memandangkan keempat- empat soalan ini adalah saling berkait.
Menteri Wilayah Persekutuan - Tuan Khalid bin Abd Samad
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Wilayah Persekutuan melalui pelan Malaysia Jabatan Perancangan Bandar dan Desa telah menerima permohonan dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengangkat cadangan pembangunan Penang South Reclamation (PSR) untuk mendapat nasihat mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Suka dijelaskan bahawa MPFN memandang serius terhadap pembangunan tebus guna secara besar-besaran ini yang mempunyai pelbagai isu yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan negeri. MPFN tidak membuat sebarang kelulusan atau persetujuan ke atas projek tersebut, tetapi telah menasihati kerajaan negeri melalui 18 nasihat yang telah digariskan berserta dengan ulasan dan nasihat-nasihat tambahan yang telah dikemukakan oleh beberapa kementerian. Kerajaan negeri telah dinasihatkan untuk terus mengadakan perundingan bersama masyarakat setempat dan rakyat yang akan terkesan daripada pembangunan ini dan memastikan keperluan-keperluan mereka diberi perhatian sewajarnya.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Laporan Penilaian Impak Sosial
(SIA) juga telah dibentangkan dalam Mesyuarat Panel Penilai Laporan Penilaian Impak Sosial Ke-15 Bil.4/2019 pada 17 Mei 2019 yang telah bersetuju untuk meluluskan dengan syarat dibuat beberapa penambahbaikan ke atas laporan tersebut. Setelah beberapa penambahbaikan dibuat, laporan SIA tersebut akhirnya telah diluluskan pada 29 Ogos 2019.
Walau bagaimanapun, kelulusan SIA ini juga tertakluk kepada kelulusan Laporan Penilaian Impak Alam Sekeliling (EIA) dan kelulusan Fisheries Impact Assessment (FIA) kerana skop impak sosial adalah berhubung kait rapat dengan skop impak alam sekitar dan impak pembangunan terhadap sektor perikanan.
Menteri Wilayah Persekutuan - Tuan Khalid bin Abd Samad
Antara langkah-langkah mitigasi yang telah dipersetujui melalui pelan pengurusan impak sosial adalah supaya kerajaan negeri memberi perhatian kepada aspek-aspek yang berikut:
(i) peningkatan sumber pendapatan (livelihood improvement);
(ii) menjamin sumber pendapatan nelayan (fisherman livelihood); dan,
(iii) impak sosial lain iaitu memberi perhatian kepada kesejahteraan, psikologi, keselamatan marin, mengurangkan kacau ganggu semasa pembinaan dan pemuliharaan sosiobudaya setempat.
Selain itu, memandangkan laporan SIA yang dikemukakan ini dibuat berdasarkan Pelan Induk PSR yang merupakan conceptual plan, pihak pemaju dimohon perlu mengemukakan semula laporan SIA apabila pelan susun atur terperinci secara berfasa dikemukakan semula untuk mendapatkan nasihat MPFN di bawah subseksyen 22(2A) Akta 172. Ini bermakna, setiap fasa pembangunan yang telah ada pelan terperinci, perlu diangkat ke MPFN dan juga perlu mengemukakan semula laporan SIA sekiranya projek ini akhirnya diluluskan untuk dilaksanakan.
Walau bagaimanapun, kelulusan projek bergantung kepada kelulusan daripada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan. Kerajaan negeri dan PBPT perlu memberi perhatian terhadap nasihat yang telah diberikan dalam Mesyuarat MPFN Ke-31 sebelum meluluskan projek ini. Kita kena faham bahawa MPFN dia hanya advice, dia bukan ada kuasa. Kuasa untuk meluluskan akhirnya adalah pada pihak PBT dan kerajaan negeri. Terima kasih.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas
Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang memberi penjelasan. Sebagaimana sedia maklum bahawa PSR ini adalah isu yang cukup mendapat perhatian daripada rakyat Pulau Pinang kerana ia membabitkan penambakan yang sehingga mewujudkan artificial island yang agak besar, 4,500 ekar.
Saya hendak tanya, daripada 18 perkara nasihat yang telah dibangkitkan tadi, saya hendak tahu berapa banyak yang telah pun di comply oleh pihak ataupun walaupun ia bukan suatu bentuk authority dan sebagainya? Akan tetapi, berapa banyak yang telah diikuti ataupun di laksana atau comply by pihak konsultan?
Kedua, apakah Majlis Perancang Fizikal Negara tidak ingin mengambil pendekatan yang lebih bersifat legalistik untuk dicadangkan di pihak kerajaan? Salah satu yang saya hendak tekankan antara reclamation yang paling signifikan yang berlaku di rantau ini adalah di Singapura. Akan tetapi Singapura, I mean sebarang bentuk reclamation, they are regulated under apa yang dinamakan Foreshores Act, Akta Pasang Surut yang menghendaki kalau ada
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas
mana-mana bentuk reclamation yang melebihi lapan hektar, ia perlu dibawa kepada Parlimen. Ini kerana, bukan sahaja soal sovereignty, tetapi soal keselamatan tanah.
Apakah Majlis Perancang Fizikal Negara memikirkan bahawa ini adalah salah satu cadangan yang mungkin dilihat bagi memastikan kelestarian dalam sebarang bentuk projek- projek terutamanya membabitkan reclamation? Terima kasih.
Tuan Khalid bin Abd Samad
Terima kasih atas soalan tambahan itu. 18 nasihat yang telah dikemukakan telah pun diterima dengan baik oleh pihak Kerajaan Pulau Pinang dan mereka memberikan jaminan bahawa mereka akan patuhi kesemua 18 nasihat.
Dari segi sama ada mereka akan laksanakan ataupun tidak, that is to be seen lah bila ia dilaksanakan. Akan tetapi setakat ini, apabila dalam mesyuarat MPFN yang telah diadakan, maka, kesemua 18 nasihat itu telah pun diterima dengan baik dan pihak Kerajaan Pulau Pinang memberikan jaminan bahawa ia akan diambil kira dalam pembangunan yang akan dilakukan.
Dari segi amalan Singapura, mungkin mereka mempunyai undang-undang yang berbeza. Bagi MPFN, kita masih merupakan badan yang hanya memberikan nasihat dalam kes-kes di mana pembangunan itu adalah signifikan. Apa yang digelar sebagai pembinaan bandar baharu di mana syarat-syarat dan nasihat yang dikenakan oleh MPFN perlu diambil kira dan perlu dipatuhi. Akan tetapi, seperti mana yang kita semua faham as a federation, kerajaan-kerajaan negeri mempunyai kuasa atas aspek-aspek yang tertentu. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ada satu minit untuk soalan yang terakhir. Silakan.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tuan Yang di-Pertua, satu soalan.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Bukit Bendera.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya telah mendengar penjelasan Yang Berhormat Menteri dengan teliti iaitu Majlis Perancang Fizikal Negara telah memberikan 18 nasihat dan juga keperluan Fisheries Impact Assessment, Social Impact Assessment dan juga Environmental Impact Assessment. Saya percaya bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengikuti prosedur-prosedur yang diperlukan di bawah perundangan dan juga di bawah nasihat Majlis Perancang Fizikal Negara.
Soalan saya, apakah selepas nasihat tersebut, final approval oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan – Apakah peranan MPFN selepas nasihat, kemudian bawa kepada pihak berkuasa negeri, apakah peranan terdapat peranan berterusan oleh MPFN dari segi statutori? Inilah soalan saya.
Tuan Khalid bin Abd Samad
Baik, terima kasih soalan Yang Berhormat Bukit Bendera. Seperti mana yang saya sebutkan tadi, apa yang diberikan nasihat sekarang ini adalah berdasarkan kepada conceptual plan yang dikemukakan. Apabila sekiranya mereka memberikan jaminan bahawa mereka akan patuhi nasihat-nasihat yang diberikan dan sebagainya, maka apabila ingin dilaksanakan projek ini, mereka kena melakukan detail planning design dan pelan yang mana itu pun mengikut fasa, akan juga dipantau oleh pihak MPFN untuk menentukan bahawa nasihat-nasihat ini dilaksanakan dengan lebih terperinci.
Maka, ia bukanlah setelah kita berikan nasihat, tetapi kita lepas tangan. Kita akan terus memantau pelaksanaan projek ini termasuklah apabila ia dikemukakan dia punya detail planning dan dia punya phase by phase development. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dengan itu, tamatlah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali kedua pada Mesyuarat ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan untuk penderma makanan daripada apa-apa liabiliti sivil dan bagi perkara- perkara yang berkaitan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Chong Chieng Jen
; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali kedua pada Mesyuarat ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perhubungan Perusahaan 1967; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Tenaga Manusia [Tuan M.
Kulasegaran]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali kedua pada Mesyuarat ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengurusan mata wang Malaysia, pengawalseliaan perniagaan pemprosesan mata wang dan aktiviti pemprosesan mata wang dan bagi perkara yang berkaitan; dibawa ke dalam
Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Bank Negara Malaysia 2019; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah]: dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga dibahaskan dan diputuskan (D.R.
25/2019) Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis 2019 di nombor 1 seperti yang tertera dalam Aturan Mesyuarat hari ini dan selepas ini mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 8 Oktober 2019.”
Timbalan Menteri Kerja Raya - Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Mohon tambah hari hendak debate, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dahulu kami beri peluang...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua. Satu hari tidak cukup Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dahulu kami beri peluang berbahas sampai lewat malam akan tetapi sekarang ini nampaknya di tahan-tahan supaya boleh bercakap hanya 10 minit, lima minit. Ini ialah satu benda yang cukup tidak demokratik.
Kerajaan yang sepatutnya yang lebih demokratik akan tetapi tidak demokratik.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua, undang-undang ini penting.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, saya cadang tambah hari ya.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua, undang-undang ini penting melibatkan kepentingan rakyat dan diperbincangkan cukup hangat. Apa salahnya Dewan membenarkan supaya perkara penting ini di bincang dengan teliti kerana ia melibatkan kepentingan rakyat, bukan kepentingan kita Ahli Parlimen Dewan sahaja. Cara Parlimen membuat keputusan untuk debat sehari seolah-olah untuk menyegerakannya. Ia tidak adil kepada rakyat. Minta supaya ia dipanjangkan, beri keadilan kepada rakyat soal ini.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Malaysia baru... [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Saya telah menerima satu usul untuk merujuk perkara ini ke Jawatankuasa, jadi masa yang ada agak memadai akan diberikan.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Saya lihat kalau begini keadaannya, ia menampakkan seolah-olah kerajaan takut untuk berhadapan dengan kami yang mewakili rakyat untuk bercakap soal ini.
[Dewan Riuh]
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Minta supaya ia diberi ruang yang seluas-luasnya kerana banyak dapatan daripada rakyat yang diberikan kepada pembangkang untuk kita kemukakan dalam Dewan ini. Pendekatan dibawa oleh Dewan untuk mengehadkan perbahasan sehingga satu hari sahaja, ia menampakkan ketidaktelusan kerajaan, mahu menyekat dan menyegerakan undang-undang yang memberi impak besar kepada institusi penting dalam Negara ini iaitu polis.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Oleh sebab itu kita minta supaya perbahasan ini dilanjutkan, beri hak untuk kita bercakap. Ini penting kepada negara dan rakyat, minta. Jikalau kerajaan tidak membuat keputusan itu, ia dengan sendiri menunjukkan bahawa kerajaan memang mahu menekan institusi penting polis dalam negara ini.
Tuan Yang di-Pertua
Saya belum pun menerima senarai pembahas ya, jadi kita perlu tetapkan berapa ramai yang akan membahaskan dan seperti yang saya sebutkan tadi saya telah menerima satu usul untuk merujuk perkara ini ke Jawatankuasa Pilihan seperti yang acap kali dibangkit-bangkitkan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Yang di-Pertua, ini bukan soal berapa jumlah yang berbahas, persoalannya isu penting seperti ini harus memakan waktu untuk diperbincangkan sebab ia melibatkan kepentingan awam, pihak polis, orang awam, orang ramai dan apabila kita diberi tempoh yang sedikit untuk membincangkan perkara yang penting, rasa saya perkara ini tidak penting sudah. Lebih baik kerajaan bulldoze, endorse sahajalah, tidak payah bahas.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kinabatangan inginkan waktu selama mana?
Beberapa Ahli
Dua hari.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Paling tidak dua hari.
Tuan Yang di-Pertua
Bukan untuk berbahas, berapa minit?
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Semua mahu setengah jam paling kurang.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Setengah jam.
Tuan Yang di-Pertua
Setengah jam? Kita akan lihatlah bagaimana keadaan ya.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Akan tetapi Tuan Yang di- Pertua, minta tolonglah, ini rang undang-undang penting yang melibatkan perubahan besar kepada institusi penting negara. Oleh kerana ia penting, maka berilah ruang.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Apabila ruang tidak diberi begitu banyak, ia menampakkan bahawa kerajaan mahu menyegerakan dan mahu menekan institusi yang penting, yang bersama membangunkan negara ini. Tidak adil kalau kita menyekat ruang untuk berbahas kerana ia penting. Sekali lagi kita minta.
Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Tuan Yang di-Pertua, Cameron Highland mohon laluan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Cameron Highlands sudah bangun awal tadi, silakan.
Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Tuan Yang di-Pertua, sebagai contoh, pada pagi ini sahaja pindaan di dalam Jawatankuasa diletakkan di atas meja.
Bagaimana kita hendak betul-betul go through the law fasal PDRM adalah satu agensi – is very vital untuk kesejahteraan rakyat. Pagi ini sahaja baru letak and kita bincang dalam less than one day susah. Mohon izin.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Yang Berhormat Ketua Pembangkang.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Tuan Yang di- Pertua...
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Tuan Yang di-Pertua, saya percaya Tuan Yang di-Pertua perlu melihat secara keseluruhan, bukan setakat perbahasan rang undang- undang ini sahaja yang perlu diberikan kebebasan dan selama mana yang mungkin berdasarkan kepada jumlah pembahas-pembahas akan tetapi juga Tuan Yang di-Pertua atas apa yang kita bangkitkan hari ini, melihat secara lebih menyeluruh lagi termasuk soalan- soalan lisan setiap hari kita.
Kita hanya dibenarkan bertanya selama satu minit dan Yang Berhormat Menteri juga menjawab satu minit. Soalan lisan bukan sahaja berkenaan dengan projek-projek di kawasan kita tetapi melibatkan dasar kerajaan, dasar di setiap kementerian dan sebagainya. Satu minit
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
tidak cukup untuk menjawab. Jadi, seolah-olah satu minit itu dihadkan supaya pihak kerajaan tidak perlu menjawab yang sebaik-baiknya apa yang disoal oleh pihak pembangkang.
Kedua, dahulu, sesi ini saya tidak tahun. Dahulu Yang Berhormat Menteri apabila menggulung hanya diberikan setengah jam, kadang-kadang pembahas sampai dua, tiga puluh orang hanya dapat menjawab sepuluh perkara-perkara yang dibangkitkan oleh pembahas, tidak kesampaian apa yang kita bahaskan. Kalau begitu baik tidak payah bahas kerana akhirnya jawapan bertulis semata-mata. Itu pun kadang-kadang tidak dapat pun jawapan bertulis yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri yang berkaitan.
Jadi saya rasa demi menjaga maruah Dewan ini, kita berikan kebebasan sepenuhnya. Inilah platform yang terbaik bagi kita sebagai Ahli Dewan, tidak kiralah sebagai pembangkang ataupun daripada pihak kerajaan untuk mengutarakan pandangan dan membawa perkara-perkara yang perlukan pertanyaan, perlukan jawapan daripada Yang Berhormat Menteri, perlukan perubahan dan sebagainya dan semua kita membawa suara daripada rakyat.
Jadi bagaimana rakyat hendak yakin kepada kita kalau soalan pagi yang dilihat dalam siaran secara langsung hanya seminit dan Yang Berhormat Menteri menjawab sekejap, sudah berbunyi amaran supaya berhenti menjawab dan sebagainya. This is not Dewan yang sepatutnya kita ada hari ini.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Saya menghormati Tuan Yang di-Pertua untuk melakukan transformasi ataupun reformasi Dewan Rakyat akan tetapi kita nampaknya mengundur ke belakang, bukan berjalan bergerak ke hadapan untuk menambahbaikkan Dewan yang mulia ini. Jadi, saya harap untuk hari ini untuk IPCMC kita berikan kebebasan kepada kita untuk berbahas, kalau sampai – kita dahulu pernah berbahas sampai pukul dua pagi, mungkin tidak sampai dua pagi, kita boleh sambung besok dan sebagainya. Tidak ada apa yang perlu di rush kan.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Silakan. Sebelah sini dahulu Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Tuan Yang di-Pertua, ringkas sahaja. Saya dengar apa yang disebut oleh sahabat-sahabat dari pihak pembangkang dan saya rasa ada perkara yang bernas yang dibangkitkan. Akan tetapi pada masa yang sama apabila Tuan Yang di-Pertua sebutkan tadi bahawa telah ada usul di hadapan Tuan Yang di-Pertua untuk dirujuk perkara ini kepada satu Jawatankuasa Pilihan, bagi saya ini adalah satu langkah yang sebenarnya belum pernah kita saksikan dalam erti kata reformasi yang kita usahakan dalam Dewan ini sekarang.
Di mana Jawatankuasa Pilihan ini yang saya percaya dianggotai oleh kedua-dua pihak memberikan kita ruang untuk melaksanakan satu perkara baharu iaitu kita boleh melihat secara terperinci semua pindaan-pindaan, semua klausa-klausa yang ada pada rang undang-undang ini.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Jadi, saya tidak hendak panjangkan dan saya percaya Tuan Yang di-Pertua lebih arif dalam hal ini dan saya rasa seeloknya kita teruskan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kita perlu sokonglah. Ini pandangan bernas. Ini satu lembaran baru kepada kita ya. Jadi saya rasa kalau kita boleh setuju ada jawatankuasa pilihan, saya rasa perkara ini kena tarik balik...
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Kita tarik balik. Kita tarik balik rang undang-undang ini untuk masuk jawatankuasa pilihan.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Timbalan Menteri kata mesti diteruskan hari ini.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak semestinya. Kita mengikut peraturan yang sedia ada ya. Boleh dirujuk ke jawatankuasa pilihan selepas bacaan kedua. Ini usul yang saya terima.
Tidak ada usul lain.
Tapi walau apa pun, kalau Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sini inginkan masa yang lebih untuk berhujah― tetapi janganlah berhujah sampai sejam seorang. Nanti meleret- leret, nanti diulang-ulang. Saya akan berikan ruang untuk berbahas dengan wajar. Sebab, semua orang tahu, sebelah sini dan sebelah sini, perkara ini adalah perkara penting. Jadi, saya takkan memberikan lima minit begitu sekali ya untuk membincangkan perkara yang amat penting. Usul itu ada iaitu untuk merujuk kepada jawatankuasa dan mungkin berminggu-minggu dapat dibahas dalam jawatankuasa pilihan. Ini sesuatu kelainan yang ingin kita kemukakan kepada Dewan.
[Tepuk] Saya ingat kita teruskanlah ya untuk tidak melanjutkan masa.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Isu lain. Isu lain. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana bersetuju membenarkan Dewan ini untuk membincangkan usul saya kepada Yang di-Pertua untuk menimbang semula keputusan Yang di-Pertua untuk menolak usul persendirian saya untuk merujuk Yang Berhormat Bagan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Terima kasih.
Walau bagaimanapun, Yang Berhormat, dari segi Peraturan 15(2), urusan rasmi kerajaan akan didahulukan mendahului urusan-urusan lain. Kita lihat banyak urusan-urusan kerajaan yang akan dibincangkan. Berbagai-bagai rang undang-undang yang akan dibincangkan nanti. Jadi akhirnya, walaupun usul saya nombor 2 di dalam Aturan Urusan Mesyuarat, tetapi oleh kerana mengutamakan usul ataupun mengutamakan urusan kerajaan, jadi akhirnya usul itu tidak dibincangkan.
Kita memandang serius kepada perkara ini dan perlu kita bincangkan kerana tuduhan adalah amat serius. Tiga tuduhan yang dibuat. Pertama, “Angkara BN yang rakus dan rasuah”. Kedua, “Wang rakyat yang dirompak”. Ketiga, “Satu pengkhianatan kepada negara”. Jadi, sebab itulah saya memohon jaminan daripada Tuan Yang di-Pertua iaitu memberi jaminan bahawa usul ini akan dibahaskan sama ada minggu pertama ini ataupun di dalam sesi ini juga. Jadi saya mohon jaminan daripada Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Kita tunggu dululah ya.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Mengikut peraturan...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Peraturan Mesyuarat di bawah P.M. 15(2) juga. Boleh kita minta jasa baik Tuan Yang di-Pertua oleh kerana ini satu perkara yang telah kita bincang pada 15, 17, 18 Julai yang lalu. Saya rasa komitmen Tuan Yang di- Pertua pun kata boleh bawa usul. Apabila kita dengar boleh bawa usul, kita terpaksa tunggu sampai Oktober untuk bawa usul ini.
Jadi, kita tahu selepas usul dibawa pun, tertakluk kepada kelulusan Dewan ini, walaupun tak menang, tetapi dalam tempoh ini ada sesuatu perkara yang boleh dilakukan apabila tuduhan ini yang kononnya merompak ini akhirnya tidak menjadi kenyataan, itu yang menjadi pertikaian kita. Tarik balik, selesai masalah. Then we move forward. Itu yang kita hendak. Kalau tidak, ia akan berlarutan. We should move on. Banyak lagi perkara yang perlu kita lakukan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Walau apa pun, Yang Berhormat, peraturan hendaklah kita patuhi. Government business take precedence. Kita tengoklah pada penghujung- penghujungnya, kalau ada masa. Sebab ini bajet session ini. Saya tak boleh membenarkan perkara itu dibahaskan minggu ini. Kita mempunyai tempoh yang agak panjang sehingga Disember. Tunggu dan lihatlah ya.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Bajet sampai 28 November, selepas itu ada beberapa hari, satu hari mungkin satu atau dua jamlah. Kalau tidak, tempoh ini boleh dilakukan suatu mitigation, itu sahaja.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya ingat kita teruskan dengan perbahasan hari ini.
Banyak masa sudah dihabiskan ya.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tuan Yang di-Pertua, saya masih ingat lagi, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Di penghujung sesi kita yang lepas, bila isu perompak ini dibangkitkan telah dibuktikan memang tak rompak, RM19.4 bilion ini tak rompak dalam PAC...
[Disampuk] Tunggulah.
Tuan Yang di-Pertua
Tak mengapa, tak mengapalah. Kita teruskan dengan perbahasan hari ini.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dan Tuan Yang di-Pertua janji bawa ke sesi yang akan datang. Jadi, kami menuntut yang inilah sebab hendak clear, tarik balik sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, usulnya dimasukkan dalam Aturan Mesyuarat. Telah ada. Ya, silakan.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tapi kena bagi usul itu diterimalah untuk dibahas sebab benda ini penting, melibatkan imej.
Tuan Yang di-Pertua
Sudah pun diterima. Ya, silakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan penubuhan suatu Suruhanjaya Bebas bukanlah satu idea baharu dan kewajaran kewujudan tidak sepi daripada diperkatakan oleh rakyat di negara ini. Ia bermula hasil dapatan Laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia ataupun selepas ini dikenali sebagai Laporan RCI yang di antara lain mengesyorkan penubuhan suatu badan pemantau bebas bagi menangani salah laku dalam kalangan anggota pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Umum mengetahui bahawa terdapat sebanyak 125 cadangan penambah baik di dalam Laporan RCI tersebut. Isu kebajikan anggota pasukan PDRM turut menjadi sebahagian daripada agenda yang disyorkan bagi memperkemaskan sistem penyampaian PDRM.
Suka saya mengambil kesempatan di sini untuk menjelaskan bahawa selepas Laporan RCI dihebahkan kepada rakyat, pihak kerajaan sejak tahun 2005 lagi sehingga kini telah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menaik taraf kemudahan tempat bertugas, kuarters, pengangkutan dan sebagainya bagi mewujudkan prasarana kerja yang kondusif. Ia merupakan satu usaha yang berterusan dan telah disambung oleh kerajaan sehingga pada hari ini.
Sebagaimana semua sedia maklum, Tuan Yang di-Pertua, penubuhan Suruhanjaya Bebas ini direalisasikan melalui pemerkasaan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan ataupun dikenali sebagai EAIC. EAIC dilihat sebagai tidak efektif kerana ia hanya boleh mengemukakan pengesyoran hukuman kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) PDRM dan syor tersebut tidak mengikat PBT PDRM. Hal ini menyebabkan orang ramai kurang cenderung untuk mengemukakan aduan berkaitan salah laku PDRM kepada EAIC.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sedar bahawa ramai yang tertanya-tanya akan status 20 agensi lain yang dahulunya terletak di bawah bidang kuasa EAIC dan kerajaan juga mengambil maklum akan persoalan mengapa pasukan PDRM sahaja berada di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Bebas yang baharu ini.
Dalam hal ini, izinkan saya menjelaskan dengan ringkasnya seperti yang berikut― Pertama, fungsi baharu Suruhanjaya Bebas yang baharu yang bertanggungjawab dalam kawalan tatatertib khusus bagi anggota pasukan PDRM hanya diperuntukkan pada PDRM di bawah proviso Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan (PP).
Kedua, 20 agensi lain akan berada di bawah bidang kuasa unit integriti agensi masing-masing.
Ketiga, fungsi baharu Suruhanjaya Bebas yang baharu yang bertanggungjawab dalam kawalan tatatertib khusus bagi anggota pasukan PDRM hanya diperuntukkan pada PDRM di bawah proviso Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, pemerkasaan EAIC sebagai satu suruhanjaya bebas yang baru harus dilihat pada lensa yang positif kerana pegawai penyiasat EAIC telah mempunyai sumber kemahiran dalam mengendalikan aduan dan siasatan PDRM.
Suruhanjaya ini disifatkan bukan untuk menghukum, sebaliknya ia ditubuhkan untuk mengadili dan menzahirkan kebenaran. Oleh itu, kebebasan suruhanjaya ini boleh berperanan sebagai dwifungsi. Pertama, untuk melindungi kepentingan orang awam terhadap salah laku dalam kalangan anggota pasukan PDRM. Kedua, sebagai perisai kepada anggota pasukan PDRM terhadap tohmahan daripada orang awam. Selain daripada peranan di atas, kebebasan suruhanjaya bebas ini juga diserahkan melalui jaminan bahawa tiada campur tangan pihak luar, pihak ketiga atau tekanan politik dalam perjalanan atau pelaksanaan tugasan suruhanjaya.
Ingin saya menyatakan di sini bahawa semenjak penubuhan EAIC sehingga ke hari ini, EAIC bebas menjalankan siasatan, mengemukakan syor dan dapatan, hukuman tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak, termasuk kerajaan. Saya yakin integriti dan kebebasan suruhanjaya bebas baharu ini akan terus terpelihara dalam kelangsungan keyakinan anggota pasukan PDRM dan orang awam. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, sepanjang proses penggubalan draf rang undang-undang ini terdapat beberapa perkara yang berbangkit yang boleh diringkaskan seperti yang berikut:
(a) suruhanjaya bebas ini tidak mempunyai kuasa pendakwaan dan kuasa tersebut kekal dengan pendakwa raya seperti yang diperuntukkan di bawah Fasal 3, Perkara 145, Perlembagaan Persekutuan. Sebarang permulaan dan perjalanan pendakwaan tidak akan dimulakan kecuali dengan keizinan bertulis daripada pihak pendakwa raya;
(b) fungsi suruhanjaya ini sebagai pihak berkuasa tatatertib tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan proviso pada Perkara 140, Perlembagaan Persekutuan melalui pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan 1976, Akta A354 secara jelas membenarkan suatu pihak berkuasa lain untuk melaksanakan kawalan tatatertib ke atas semua atau mana-mana anggota pasukan PDRM melalui suatu Akta Parlimen;
(c) proviso Perkara 140, Perlembagaan Persekutuan ini telah mengatasi dan menidakkan prinsip yang diputuskan oleh privy council dalam kes Surinder Singh Kanda v The Government of the Federation of Malaya (1962) citation 1 MLJ 169 iaitu kuasa melantik termasuklah kuasa memberhentikan. Kesan proviso kepada klausa satu, Perkara 140, Perlembagaan Persekutuan juga telah dibincangkan oleh Tun Mohamed Suffian bin Mohamed Hashim dalam bukunya, The Constitution of Malaysia: Its Development, 1957-1977 yang berpandangan bahawa proviso berkenaan membenarkan Parlimen membuat undang-undang yang memberikan fungsi kawalan tatatertib kepada sesuatu pihak berkuasa lain;
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
(d) sebagai pihak berkuasa tatatertib, suruhanjaya ini menerima Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A)395/1993] selaras dengan status anggota pasukan PDRM sebagai penjawat awam di bawah Perkara 132, Perlembagaan Persekutuan;
(e) Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) akan terhenti daripada menjalankan kawalan tatatertib setakat kuasa yang diperuntukkan melalui apa-apa undang-undang yang bakal dikuatkuasakan.
Namun, SPP masih bertanggungjawab bagi pelantikan, pengesahan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan pencen, kenaikan pangkat dan pertukaran anggotanya sebagaimana peruntukan Fasal 1, Perkara 140, Perlembagaan Persekutuan;
(f) bagi memastikan keadilan kepada anggota pasukan PDRM, Lembaga Tatatertib Suruhanjaya akan turut dianggotai oleh Ketua Polis Negara atau wakilnya, PDRM dan seorang wakil Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang bukan dalam kalangan anggota pasukan PDRM;
(g) isu kehilangan kuasa dan peranan PDRM dalam mengendalikan hal berkaitan tatatertib anggota pasukan PDRM tidak berbangkit kerana Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) masih boleh menyiasat aduan salah laku atau pelanggaran tatatertib yang diterima sama ada daripada ketua jabatan PDRM atau orang ramai. Bezanya, dapatan penyiasatan JIPS akan dikemukakan kepada suruhanjaya untuk penentuan prima facie lembaga tatatertib suruhanjaya yang berkenaan.
(h) rang undang-undang ini tidak terpakai kepada pesara anggota pasukan PDRM. P.U.(A)395/1993 merupakan peraturan yang mengawal tata kelakuan pegawai awam. Bagi pegawai yang telah bersara, peraturan ini tidak lagi terpakai memandangkan pegawai itu telah terputus perkhidmatannya dengan kerajaan. Suruhanjaya ataupun lembaga tatatertib tidak lagi mempunyai bidang kuasa terhadap pesara itu. Namun, jika pegawai telah mencapai umur persaraan paksa tetapi suatu prosiding jenayah atau tatatertib yang mungkin berkeputusan dengan dia disabitkan atau dibuang kerja belum lagi selesai, maka perkhidmatan pegawai itu dianggap sebagai telah dilanjutkan melangkaui umur itu tetapi dikira cuti tanpa gaji sehingga kesnya diputuskan sebagaimana peruntukan subseksyen 10(2) Akta Pencen 1980, Akta 27.
(i) anggota polis bantuan dan polis sukarelawan bukan pegawai di dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan. Seseorang yang dilantik sebagai auxiliary police atau polis sukarelawan mungkin diberi kuasa sebagaimana yang telah diberikan kepada seorang pegawai polis biasa di bawah Akta Polis 1967, Akta 344 atau mana-mana peraturan hukuman tetap Ketua Polis Negara. Akan tetapi dia bukanlah seorang anggota PDRM atau pegawai di bawah P.U.(A)395/1993. Tafsiran pegawai menurut P.U.(A)395/1993 tersebut hanya boleh dipakai terhadap seseorang pegawai dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah dihuraikan dalam Perkara 132, Perlembagaan Persekutuan.
(j) dapatan siasatan akan mengambil kira aspek-aspek lain yang berada di luar kawalan anggota pasukan PDRM seperti kapasii lokap yang diwartakan, ketiadaan pegawai perubatan, kekurangan facility atau apa sahaja hal perkara yang tidak wajar untuk disabitkan sebagai suatu bentuk salah laku pada pihak anggota pasukan PDRM. Ini bersesuaian dengan wadah penubuhan suruhanjaya bebas yang bersifat mengadili dan bukannya menghukum; dan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
(k) suruhanjaya ini akan memastikan isu kebajikan anggota pasukan PDRM merangkumi semua sudut yang dikaitkan secara terus dengan integriti bagi melindungi moral dan juga semangat kerja anggota pasukan PDRM.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan mengiktiraf tugasan, pengorbanan yang baik dan ketelusan anggota PDRM untuk mempertahankan keselamatan negara yang kita cintai ini. Terdapat lebih daripada 150,000 anggota pasukan PDRM di negara kita ini yang ditempatkan di 10 jabatan, 14 wilayah, 148 daerah polis dan 837 balai polis. Mereka bekerja di kawasan yang sangat luas yang merangkumi dari penguatkuasaan trafik antikeganasan. Mereka adalah sebab kita boleh tidur nyenyak pada waktu malam.
Lelaki dan wanita kami yang memakai pakaian berwarna biru telah memikul tanggungjawab yang besar dalam melindungi komuniti kami terhadap perbuatan yang tidak sah. Polis adalah sebahagian daripada masyarakat yang mereka berkhidmat. Ini adalah selaras dengan slogan PDRM, Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada. Meskipun dengan tanggungjawab yang tinggi yang diamanahkan kepada PDRM dan dengan sifat profesionalisme PDRM, namun selalu ada masalah persepsi yang timbul. Oleh itu, kita berada di sini untuk melihat bagaimana kita dapat mengukuhkan PDRM dengan mempertingkatkan lagi akauntabiliti PDRM.
Tuan Yang di-Pertua, saya bersama pihak GIACC telah mengadakan beberapa sesi libat urus bersama pertubuhan bukan kerajaan ataupun dikenali sebagai NGO, Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO), SUHAKAM dan agensi-agensi kerajaan yang lain seperti yang berikut.
Sesi libat urus telah pun diadakan dalam tarikh yang saya sebutkan nanti iaitu 6 Ogos 2019. Antara yang hadir termasuk Lawyers for Liberty, Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights, Human Rights Watch, SUARAM, SUHAKAM, Badan Peguam Malaysia dan Ahli Dewan Rakyat seperti Yang Berhormat Puan Kasthuriraani a/p Patto, Yang Berhormat Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Pada 15 Ogos 2019 antara yang hadir dalam libat urus termasuk wakil Parti Sosialis Malaysia (PSM), Ahli Dewan Negara Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff, wakil daripada Sabah Law Society serta wakil Advocates Association of Sarawak, Women’s Aid Organization (WAO), Amnesty International Malaysia, Center to Combat Corruption and Cronyism Malaysia (C4 Center) dan juga ahli akademik seperti Prof. Datuk Dr. Denison Jayasooria.
Pada 5 September tahun ini juga satu sesi konsultasi khas tertutup bersama barisan kepimpinan tertinggi PDRM telah pun diadakan daripada Bukit Aman yang diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Negara iaitu Dato’ Pahlawan Mazlan bin Mansor.
Manakala pada 19 September yang lalu, sesi libat urus IPCMC terakhir berkonsep townhall bersama kesemua pertubuhan bukan kerajaan, pertubuhan masyarakat sivil dan juga SUHAKAM yang telah menghadiri sesi-sesi libat urus sebelum ini untuk memaklumkan mereka mengenai hasil daripada kesemua sesi tersebut termasuk cadangan pindaan kerajaan kepada RUU hari ini.
Manakala pada 20 September yang lalu, satu sesi konsultasi lagi telah pun diadakan khas tertutup bersama dengan PDRM sahaja di Maktab PDRM Cheras yang dihadiri oleh lebih 600 anggota PDRM bagi memperjelaskan kepada mereka mengenai fungsi dan juga peranan Suruhanjaya Bebas ini dan memaklumkan mereka mengenai cadangan pindaan kerajaan kepada RUU hari ini.
Sesi-sesi penerangan yang telah dianjurkan oleh EAIC sekitar negara iaitu pihak pegawai saya bersama dengan GIACC telah menghadiri beberapa sesi libat urus lain yang dianjurkan oleh SUHAKAM, Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO) dan Badan Peguam Malaysia pada 19 hari bulan dan juga 26 Ogos tahun ini bagi mendengar dan memahami kebimbangan masyarakat umum berkenaan RUU ini.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat berdasarkan kesemua libat urus ini bersama pihak kepentingan termasuk pertubuhan bukan kerajaan, Pertubuhan Masyarakat Sivil dan agensi-agensi kerajaan terdahulu, terdapat beberapa syor penambahbaikan yang perlu diambil kira oleh pihak kerajaan dalam memperkemas RUU ini.
Inisiatif untuk mewujudkan suatu Suruhanjaya Bebas untuk memantau anggota pasukan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
PDRM telah dinyatakan oleh kerajaan menerusi Janji 20 Manifesto Buku Harapan di mana kerajaan telah berjanji untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas ini bagi menyiasat salah laku dalam kalangan anggota pasukan PDRM.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya berdiri di dalam Dewan yang mulia ini membawa bersama janji kerajaan pada rakyat dan saya berharap penubuhan Suruhanjaya Bebas ini akan mengubah landskap kepolisian di negara ini. Sejarah akan tercipta dan keunggulan integriti ini menjadi titik tolak untuk mewujudkan generasi Malaysia baharu, Malaysia bersih yang merentasi fahaman politik yang berbeza demi kesejahteraan rakyat di negara ini. Maka dengan tertubuhnya suruhanjaya ini, ia memperkukuhkan moto PDRM iaitu Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis 2019 terdiri daripada sembilan bahagian yang mengandungi 60 fasal. Walau bagaimanapun terdapat beberapa perkara dasar yang memerlukan pindaan di peringkat jawatankuasa dengan mengambil kira pandangan daripada semua pihak yang berkepentingan setelah mengadakan beberapa sesi libat urus. Kesemua pandangan- pandangan yang diterima telah diambil kira dalam memastikan IPCMC menjadi sebuah badan bebas yang efektif untuk meningkatkan akauntabiliti PDRM.
Tuan Yang di-Pertua, tajuk panjang akta yang dicadangkan ini adalah suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis dan untuk mengadakan peruntukan mengenai fungsi dan kuasanya termasuklah perkara yang berhubungan dengan aduan salah laku, siasatan salah laku, prosiding salah laku dan sebagainya dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Sebelum rang undang-undang ini dibahaskan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, izinkan saya untuk menjelaskan berkenaan sembilan bahagian yang mengandungi 60 fasal seperti yang berikut.
Bahagian I, akta ini memperkatakan perkara permulaan yang mengandungi perkara yang seperti berikut; Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan permulaan akta yang dicadangkan.
Fasal 2 pula mengandungi takrif dan juga ungkapan yang digunakan dalam akta yang dibincangkan. Berkenaan dengan fasal 1 dan 2 ini suka saya maklumkan Yang Berhormat sekalian bahawa terdapat pindaan dalam jawatankuasa berkaitan fasal-fasal ini.
Pindaan tersebut telah pun dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini dan akan dibahaskan semasa peringkat bacaan kali yang kedua iaitu sekarang.
Bahagian II, akta yang dicadangkan ini memperkatakan penubuhan, fungsi dan kuasa Suruhanjaya.
Fasal 3 memperuntukkan penubuhan Suruhanjaya.
Fasal 4 dan 5 pula memperkatakan mengenai fungsi dan kuasa Suruhanjaya. Fasal 3 ini dicadangkan untuk dipinda di peringkat Jawatankuasa.
Fasal 6 pula memperuntukkan berkenaan keahlian Suruhanjaya. Fasal ini akan dicadangkan untuk dipinda di peringkat jawatankuasa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Fasal 7 mengandungi peruntukan tentang tempoh jawatan bagi anggota Suruhanjaya.
Fasal 8 mengadakan peruntukan mengenai pembayaran saraan dan elaun kepada anggota Suruhanjaya.
Fasal 9 menghuraikan hal keadaan bagaimana jawatan anggota Suruhanjaya menjadi kosong.
Fasal 10 memperuntukkan tentang mesyuarat Suruhanjaya.
Fasal 11 menyatakan hal keadaan di mana Timbalan Pengerusi atau anggota Suruhanjaya lain boleh menjalankan fungsi Pengerusi.
Fasal 12 memperuntukkan bahawa anggota Suruhanjaya mestilah mendedahkan kepentingannya mengenai apa-apa perkara...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua...
Datuk Liew Vui Keong
...Yang dibincangkan oleh...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Menteri, bentang pun panjang, macam mana bahas tak boleh panjang? Jadi kalau bentang pun panjang, jadi perbahasan pun kena panjang-lah...
Datuk Liew Vui Keong
Ya-lah...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Itulah dia punya cara dia.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Kita bagi ruang. Ahli Yang Berhormat, kita bagi ruang.
[Dewan riuh]
Datuk Liew Vui Keong
Yang Berhormat Kuala Krau tahu-lah ini di bidang kuasa Tuan Yang di-Pertua untuk memberikan...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Sebab tahu-lah saya merujuk kepada Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penjelasan Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Kita akan bagi ruang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bukan, kita minta penjelasan. Perkara 6 tadi akan dipinda di peringkat jawatankuasa. Sekarang kalau kita bercakap pun, ini adalah cakap kosong. Yang Berhormat cakap apa yang dipinda yang hendak dibawa, Perkara 6.
Perkara 6 iaitu pelantikan ahli-ahli Suruhanjaya. Saya percaya Yang Berhormat akan pinda 6(b) iaitu syarat supaya orang yang pernah jadi polis, pernah jadi penguat kuasa awam tak boleh jadi anggota Suruhanjaya. Kalau Yang Berhormat hendak pinda, Yang Berhormat beritahu sekarang sebab saya buat persediaan untuk bercakap tajuk itu. Jadi nanti kosong.
Rakyat kata ini cakap apa, benda ini kosong, sudah dipinda...
Datuk Liew Vui Keong
Apa-lah, Yang Berhormat ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Arau...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Cakap sekarang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
...Itu masuk dalam perbahasan nanti.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia, tak. Bukan. Dia hendak pinda, dia sebut sini dia kata kerajaan akan pinda di peringkat jawatankuasa...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Pinda sekaranglah, fasal apa hendak bagi tahu ataupun tarik balik...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sekarang ini masih lagi usul.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sebab kalau hendak pinda, ini hendak tunjukkan bahawa kerajaan tidak perinci betul-betul...
Datuk Liew Vui Keong
Yang Berhormat Arau ini...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Ini Perkara 6, sehingga terpaksa dipinda di peringkat jawatankuasa.
Datuk Liew Vui Keong
...Sabarlah sedikit.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, tidak bisa Yang Berhormat. Ini kena sebut apa dia hendak dipinda.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Arau, sila...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Supaya jangan saya bercakap tajuk itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Arau sila duduk, dengar.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jangan bagi saya marah Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Kita bagi masa. Sila Yang Berhormat Menteri teruskan.
Datuk Liew Vui Keong
Yang Berhormat Arau, kita akan beri peluang kepada Yang Berhormat...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua Speaker, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi setuju itu, you kena ikut Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi...
Datuk Liew Vui Keong
[Ketawa]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
...Dia setuju dengan kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Kuala Krau sila duduk. Saya minta Yang Berhormat Menteri teruskan.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Bakal-bakal PM ini.
Datuk Liew Vui Keong
Fasal-fasal..
[Ketawa]
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Bakal PM, Yang Berhormat Gombak bakal PM.
Datuk Liew Vui Keong
Okey. Fasal 13 menyatakan bahawa fungsi dan kuasa Suruhanjaya boleh dijalankan oleh seseorang anggota Suruhanjaya...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua, saya tarik balik kerana Yang Berhormat Sungai Petani tak setuju. Okey.
[Ketawa]
Datuk Liew Vui Keong
Ini batu api pula kat sini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya harap tidak ada gangguan dari Ahli-ahli Yang Berhormat. Teruskan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Liew Vui Keong
Okey. Fasal 13 Tuan Yang di-Pertua, menyatakan bahawa fungsi dan kuasa Suruhanjaya boleh dijalankan oleh seseorang anggota Suruhanjaya. Mana- mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya atau mana-mana anggota pasukan polis. Fasal 13 ini dicadangkan untuk dipinda di peringkat jawatankuasa.
Tuan Yang di-Pertua, Bahagian III akta yang dicadangkan ini pula memperkatakan pentadbiran Suruhanjaya.
Fasal 14 bertujuan memberi kuasa kepada Suruhanjaya untuk melantik seseorang Setiausaha yang akan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif.
Fasal 15 menetapkan keadaan di mana Suruhanjaya boleh melantik mana-mana pegawai Suruhanjaya untuk menjalankan fungsi Setiausaha buat sementara waktu.
Fasal 16 bertujuan memberi kuasa kepada Suruhanjaya untuk melantik mana-mana orang untuk menjadi pegawai Suruhanjaya.
Fasal 17 bertujuan untuk memberi kuasa kepada Suruhanjaya untuk mengambil khidmat perunding untuk membantunya dalam melaksanakan fungsi dan kuasanya.
Fasal 18 bertujuan untuk membenarkan Suruhanjaya untuk menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkannya perlu untuk membantu Suruhanjaya.
Datuk Liew Vui Keong
Fasal 19 memperuntukkan tentang pengeluaran kad kuasa kepada anggota Suruhanjaya dan pegawai Suruhanjaya.
Fasal 20 bertujuan membenarkan Suruhanjaya membuat perkiraan dengan jabatan kerajaan atau pihak berkuasa tempatan atau badan berkanun yang lain untuk mengguna kakitangan atau kemudahan mereka dan membuat perkiraan dengan pasukan polis bagi mendapatkan bantuan anggota pasukan polis untuk bekerjasama atau membantu Suruhanjaya melaksanakan fungsi di bawah akta yang dicadangkan ini.
Fasal 21 bertujuan membenarkan Suruhanjaya untuk bekerjasama dengan mana- mana agensi penyiasatan dan juga penguatkuasaan undang-undang, institusi pendidikan dan orang lain untuk melaksanakan fungsinya.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Bahagian IV akta yang dicadangkan memperkatakan peruntukan mengenai pengurusan aduan oleh Suruhanjaya.
Fasal 22 memperuntukkan Suruhanjaya boleh menerima aduan atau berurusan dengan aduan yang dirujuk kepadanya berkenaan salah laku berikut:
(a) apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh anggota pasukan polis yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang bertulis;
(b) apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh anggota pasukan polis yang tidak munasabah, tidak adil, menindas atau berdiskriminasi secara tidak wajar;
(c) apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh anggota pasukan polis yang dilakukan atas motif yang tidak wajar, alasan yang tidak berkaitan atau pertimbangan yang tidak berkaitan;
(d) apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh anggota pasukan polis yang alasan patut diberikan tetapi tidak diberikan;
(e) apa-apa kegagalan anggota pasukan polis untuk mengikuti kaedah- kaedah dan tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang atau oleh pihak berkuasa yang berkenaan; dan
(f) apa-apa perlakuan kesalahan jenayah oleh pegawai penguat kuasa.
Sub fasal 22(2) bertujuan untuk memperuntukkan salah laku hendaklah tidak termasuk kesalahan disiplin di bawah seksyen 96 dan 97 Akta Polis 1967. Sub fasal 22(2) Tuan Yang di-Pertua, ini dicadangkan untuk dipinda di peringkat jawatankuasa nanti.
Fasal 23 memperuntukkan berkenaan penubuhan Jawatankuasa Aduan.
Fasal 24 menyatakan cara untuk membuat aduan terhadap mana-mana anggota pasukan polis atau Polis Diraja Malaysia kepada Suruhanjaya.
Fasal 24 ini juga dicadangkan untuk dipinda di peringkat jawatankuasa.
Fasal 25 memperuntukkan klasifikasi aduan yang dibuat oleh Jawatankuasa Aduan.
Fasal 25 ini dicadangkan untuk dipinda di peringkat jawatankuasa juga.
Tuan Yang di-Pertua, Bahagian V akta yang dicadangkan ini mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan kuasa siasatan oleh Suruhanjaya dan pegawai Suruhanjaya.
Fasal 26 memperkatakan kuasa pegawai Suruhanjaya untuk memeriksa secara lisan atau melalui perintah notis bertulis mana-mana orang untuk memberikan suatu pernyataan yang dibuat bersumpah semasa menjalankan siasatannya.
Fasal 27 memperkatakan kuasa Suruhanjaya mendapatkan dokumen atau benda lain daripada seseorang.
Fasal 28 menghendaki pegawai Suruhanjaya untuk menyerahkan dapatan dan pengesyoran kepada Jawatankuasa Aduan. Jawatankuasa Aduan kemudian akan menentukan apa-apa seperti berikut:
(a) merujuk apa-apa dapatan salah laku kepada Lembaga Tatatertib;
(b) merekod dapatan dan juga memaklum kepada pengadu jika dapatan salah laku tidak disahkan;
Datuk Liew Vui Keong
(c) untuk merujuk apa-apa aduan salah laku yang diterima oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan kesalahan di bawah Bahagian IV Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 [Akta 694];
(d) untuk merujuk apa-apa dapatan salah laku yang diterima atau dirujuk kepadanya yang bersifat jenayah kepada pihak berkuasa yang berkenaan.
Jawatankuasa Aduan juga hendaklah memaklumkan pengadu mana-mana tindakan di atas yang diambil.
Fasal 29 memperkatakan tentang penubuhan pasukan bertugas bagi tujuan siasatan salah laku anggota pasukan polis.
Fasal 30 bertujuan untuk membolehkan Suruhanjaya memulakan penyiasatan salah laku atas inisiatifnya sendiri.
Datuk Liew Vui Keong
Tuan Yang di-Pertua, Bahagian VI akta yang dicadangkan ini memperkatakan tatacara perjalanan prosiding salah laku untuk menangani salah laku.
Fasal 31 memperuntukkan bahawa suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa kawalan tatatertib ke atas semua anggota pasukan polis di bawah akta yang dicadangkan.
Fasal yang dicadangkan juga bertujuan untuk menubuhkan Lembaga Tatatertib dan jawatankuasa tatatertib yang lain. Fasal 31 ini dicadangkan untuk dipinda di peringkat jawatankuasa nanti.
Fasal 32 memperuntukkan bahawa suruhanjaya hendaklah, selepas mempertimbangkan laporan di bawah fasal 28 dan selepas penyelesaian siasatan di bawah fasal 30, memulakan prosiding untuk menangani salah laku.
Fasal 33, menetapkan hukuman yang boleh dikenakan oleh Lembaga Tatatertib.
Fasal 33 ini Tuan Yang di-Pertua, dicadangkan juga untuk dipinda di peringkat jawatankuasa nanti.
Bahagian VII akta yang dicadangkan ini mengandungi peruntukan berkaitan kesalahan.
Fasal 34 menjadikannya suatu kesalahan bagi orang yang mengugut, mengeji atau mencederakan mana-mana orang yang memberikan keterangan di hadapan suruhanjaya.
Fasal 35 memperkatakan perlakuan penghinaan terhadap anggota suruhanjaya.
Tuan Yang di-Pertua, Bahagian VIII akta yang dicadangkan ini terdiri daripada peruntukan pelbagai.
Fasal 36 memperuntukkan kuasa kepada suruhanjaya untuk mengenakan surcaj ke atas mana-mana pegawai berdasarkan peruntukan dalam Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61].
Fasal 37 memperuntukkan perkongsian apa-apa maklumat dan statistik di antara suruhanjaya dengan pasukan polis, mana-mana agensi penguatkuasaan atau mana-mana suruhanjaya perhubungan dengan fungsi dan kuasa suruhanjaya.
Fasal 38 memperuntukkan perlindungan bagi suruhanjaya, anggota suruhanjaya dan pegawai suruhanjaya termasuk mana-mana orang yang bertindak di bawah arahan suruhanjaya atau mana-mana peguam bela dan peguam cara daripada sebarang tindakan liabiliti atau tuntutan yang juga memperuntukkan tiada keterangan, dokumen atau dapatan suruhanjaya boleh diterima dalam mana-mana tindakan sivil atau jenayah terhadap mana- mana orang yang memberikan keterangan itu.
Fasal 39 memperkatakan berkenaan peruntukan kewangan suruhanjaya.
Fasal 40 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 hendaklah terpakai bagi suruhanjaya.
Fasal 41 bertujuan untuk memperuntukkan suruhanjaya mengemukakan dan membentangkan laporan tahunan di Parlimen.
Datuk Liew Vui Keong
Fasal 42 memperuntukkan bahawa Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 adalah terpakai bagi suruhanjaya dan pegawainya.
Fasal 43 memperuntukkan bahawa tiap-tiap anggota suruhanjaya dan pegawai suruhanjaya hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan semasa menjalankan tugasnya.
Fasal 44 melarang penzahiran maklumat yang berhubung dengan hal ehwal suruhanjaya.
Fasal 45 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi permulaan dan perjalanan pendakwaan.
Fasal 46 memperuntukkan perlindungan kepada saksi dan orang yang membantu suruhanjaya.
Fasal 47 bertujuan untuk mengenakan kewajipan kepada pasukan polis untuk merujuk kepada suruhanjaya apa-apa kejadian atau insiden yang menyebabkan kecederaan yang teruk ataupun kematian seseorang yang pada masa itu berada di bawah tahanan atau jagaan pasukan polis. Fasal 47 ini Tuan Yang di-Pertua, dicadangkan untuk dipinda di peringkat jawatankuasa nanti.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Okey.
Datuk Liew Vui Keong
Fasal 48 memperuntukkan tanggungjawab pasukan polis untuk bekerjasama dan membantu suruhanjaya termasuk untuk memberikan apa-apa maklumat dalam pengetahuan mereka yang diperlukan oleh suruhanjaya dengan fungsi dan kuasa suruhanjaya.
Fasal 49 bertujuan untuk memberi kuasa kepada Perdana Menteri untuk meminda jadual.
Fasal 50 memperuntukkan kuasa kepada Perdana Menteri untuk membuat peraturan. Fasal 49 dan 50 dicadangkan untuk dipinda di peringkat jawatankuasa nanti.
Bahagian yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, dalam akta yang dicadangkan adalah Bahagian IX yang mengandungi peruntukan pemansuhan, kecualian dan peralihan berbangkit daripada pembubaran Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).
Tuan Yang di-Pertua, semasa sesi-sesi libat urus yang telah diadakan, terdapat satu perkara baharu telah dibangkitkan yang perlu diberikan perhatian oleh Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu berkenaan isu rayuan (appeal). Perkara ini akan dicadangkan di peringkat jawatankuasa.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan adanya rang undang- undang yang dicadangkan ini, kerajaan mempunyai keyakinan penuh yang dapat memberikan kesan dalam menangani isu-isu integriti dan salah laku dalam kalangan anggota pasukan polis. Pemantapan integriti PDRM melalui penjenamaan EAIC kepada suruhanjaya bebas ini akan memberikan keyakinan kepada orang awam untuk mengemukakan aduan berkaitan salah laku kepada suruhanjaya.
Kita berada di sini untuk melihat bagaimana kita dapat mengukuhkan PDRM dengan mempertingkatkan accountability nya. Perlu ada langkah yang berkesan untuk mengulangi elemen yang tidak diingini dalam PDRM dan ia tidak boleh dibenarkan untuk merosakkan reputasi dan kehormatan para anggota pasukan PDRM yang bekerja keras, amanah, jujur, bertanggungjawab dan baik.
Dengan itu, Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan. Sekian, terima kasih.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya hendak tanya dulu, ada sesiapa yang menyokong?
Seorang Ahli
Tidak ada, tidak ada.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak sokong, tidak sokong, tidak sokong.
Seorang Ahli
Tidak ada, tidak ada.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tidak sokong.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak sokong!
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tidak sokong.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ada sudah? Sudah ada sudah, Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tuan, tuan...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini bukan hendak bahas.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya hendak buka untuk teruskan urusan.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tidak tadi sebelum- Saya hendak, demi maruah Dewan. Kita ini mengamalkan Separation of Powers. Parlimen lain, government lain, Executive lain. Saya lihat– Ini saya cakap di Parlimen. Saya Ahli Parlimen, malu kalau orang luar tengok. Pengalaman saya dalam Parlimen lebih 20 tahun. Tidak pernah kita tengok pindaan satu akta yang baharu begitu banyak. Ini sampai 24 pindaan. Mengapa tidak dibawa dulu kepada Select Committee seperti mana yang kita buat dulu?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli Yang Berhormat telah hadir tadi. Dicadangkan. Akan tetapi, kita dengar dahulu perbahasan untuk peringkat...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Tuan Yang di-Pertua, apa Yang Berhormat Menteri kata, kita akan cadangkan pindaan di peringkat jawatankuasa.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Jawatankuasa.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Apa maksud dia? Pada dasar lulus dulu. Jadi, bila sudah lulus, sudah kahwin baru bincang mas kahwin berapa? Itu yang jadi masalah. Jadi saya rasa...
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Baru dapat anak. Sudah dapat anak baru kahwin.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Saya terima baik Yang Berhormat Lembah Pantai katakan tadi. Cara yang terbaik, kita buat secara Select Committee. Yang Berhormat Menteri sendiri pun tidak pasti apa yang hendak dibawa dan pada peringkat dasar kita hendak putuskan dan tertakluk kepada pindaan di peringkat kedua iaitu jawatankuasa.
Apa ini? Kalau sendiri pun tidak faham apa yang mereka buat, tidak akan kita ini baru dapat terima, oh, terus kita bincang. Kita bukan semua orang yang terlalu pandai macam Yang Berhormat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli Yang Berhormat, saya ingin teruskan dahulu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sikit saja Tuan Yang di-Pertua. Sikit saja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Boleh bawa dalam perbahasan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak, saya...
Beberapa Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tidak boleh.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua...
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua, saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli Yang Berhormat...
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua, benda ini tidak perlu dibahaskan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Isu teknikal.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Bawa usul, bawa usul yang baharu, bawa kepada jawatankuasa. Mengapa dibahaskan? Buang masa saja.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Teruskan.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Kalau bahas, mesti lulus.
Sudah lulus, macam mana kita hendak pinda. Untuk apa ini semua? Berkenaan ini, seperti mana Yang Berhormat Ayer Hitam kata, ini hendak beranak baru hendak bernikah? Tidak boleh macam itu. Malulah kita. Malu. Ini sejarah. Ini undang-undang. Saya memang setuju.
Undang-undang ini satu sejarah bagi negara kita, undang-undang baharu. Jangan kita cipta satu sejarah yang memalukan Dewan. Ada 24 pindaan, bukannya sedikit. Mengapa tidak bawa kepada Select Committee macam mana kita pernah buat dulu?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Kita memang ada cadangan untuk bawa ke dalam ini tetapi...
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Dulu kita bila buat TPPA...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Dengar dulu perbahasan Yang Berhormat.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Kita pernah dulu, TPPA. Kita pernah bawa Select Committee. Untuk apa kita bahas? Untuk apa kita bahas? Untuk apa kita bahas? Kalau bawa Select Committee, ada pindaan, adakah akan dibawa balik ke Dewan?
Buang masa.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Dua kali bahas.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Dua kali bahas itu.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Dua kali bahas. Untuk apa?
Tolonglah. Ini untuk maruah kami sebagai Ahli Parlimen. Malulah. Saya sebagai Ahli Parlimen, kalau peraturan Parlimen pun kita tidak faham. Ini dolak-dalik untuk apa? Bawa ke Select Committee, bincang baik-baik, bawa ke Dewan ini dan kita sokong.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Baru kita lulus.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Kita baru lulus. Ini baru betul, tolonglah. Sudahlah hendak mentadbir kerajaan tidak reti, hendak mentadbir ekonomi tidak pandai, hendak mentadbir kerajaan tidak pandai, tadbir Parlimen pun tidak pandai kah?
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein - Sembrong
[Bangun]
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Sila, Yang Berhormat Sembrong.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein - Sembrong
Yang Berhormat, ini bukan sahaja moral Dewan Rakyat ini kerana apa yang kita hendak bincangkan ialah institusi yang cukup penting kepada negara kita. Ini morale dan juga moral kedudukan PDRM. Kalau kita di dalam Dewan ini hendak memikirkan masa depan PDRM dalam sewenang-wenangnya sebegini, rakyat kita akan melihat bahawa kita tidak serius. Lebih-lebih lagi dalam konteks perkara yang boleh menentukan hala tuju PDRM dan kedudukan morale mereka sendiri.
Oleh sebab itu, saya harap bahawa Dewan, Speaker sendiri mengambil satu keputusan yang betul-betul tegas supaya rakyat dapat tengok apa yang kita bincangkan di Dewan ini yang akan menjejaskan dan juga akan menentukan kedudukan PDRM. Satu institusi yang cukup dihormati, mesti juga di bahas dan dibincangkan secara hormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih. Saya akan teruskan dahulu. Kita lihat untuk dibuka kepada input daripada belah sana. Ahli-ahli Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Lembah Pantai itu, Yang Berhormat Lembah Pantai mana?
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua faham tidak Select Committee ini?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Bagi Yang Berhormat Lembah Pantai punya pandangan. Yang Berhormat Lembah Pantai hendak...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya ingin menjemput Ahli Yang Berhormat daripada sebelah sini, minta Yang Berhormat daripada Bukit Bendera untuk ini.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Hendak terus bahas juga?
Hendak terus bahas juga? Apa guna ada Select Committee, kalau hendak terus bahas juga.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Speaker, takkan kita hendak re- counter...
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Untuk apa kita ada Select Committee ini? Untuk apa kita hendak berbahas? Buang masa sahaja.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Speaker...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, saya minta teruskan dahulu.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang yang diberi. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Kita teruskan dengan perbahasan ini.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Saya hendak tolong kerajaan, malulah jadi kerajaan. Oleh sebab Yang Berhormat wakil kerajaan, sepatutnya Yang Berhormat bersama dengan kita.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Perbahasan Ahli-ahli Parlimen adalah penting untuk memberikan input kepada Select Committee untuk meneliti cadangan- cadangan.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ini bukan soal apa, soal maruah polis dan juga prosedur kita, prosedur di dalam Parlimen.
[Dewan riuh]
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Malulah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat...
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat, dalam ini tidak kira kerajaan ataupun pembangkang, kita malu apabila pindaan begini banyak, 24 pindaan dibuat terus dibahaskan. Kita ada usul untuk bawa Select Committee, bawalah Select Committee.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Bawa, mengapa terburu-buru?
Kenapa terburu-buru kita hendak bawa isu ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Kita dengar dahulu pandangan daripada sana.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ini penting, maruah polis, sepertimana Yang Berhormat Sembrong cakap.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Kita akan bawa, terima input-input Ahli Parlimen...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Agenda, you want to bulldoze, hendak bulldoze sahaja.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat, tolonglah.
Ini maruah Ahli Parlimen. Saya juga Ahli Parlimen, sama-sama Ahli Parlimen, maruah kita.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Nanti, nanti you boleh bahas.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Hendak kah Yang Berhormat dikatakan Ahli Parlimen yang tidak tahu peraturan? Ahli Parlimen yang bodohlah kita senang cakap, yang memalukan kita sebagai Ahli Parlimen.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Tanjong Karang, sila...
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Kalau peraturan Dewan pun kita tidak faham, undang-undang pun kita tidak faham. Macam mana ini Tuan Yang di- Pertua? Sebanyak 24 pindaan, bukannya senang. Dia bentang tadi pinda, pinda, pinda, esok dalam jawatankuasa hendak pinda lagi. Apa ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya minta duduk dahulu.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tidak, tidak, kalau Tuan Yang di-Pertua hendak teruskan juga, memalukan kita.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, hari ini juga hari bersejarah, penghinaan kepada polis. Kita menghina polis.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta pandangan daripada Yang Berhormat Bukit Bendera.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ini Dewan, malulah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penghinaan kepada polis.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Tuan Yang di-Pertua, dari segi prosedur sepatutnya kalau masuk Select Committee, Select Committee kena jalan dahulu baru ke Dewan.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Jalan dahulu.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Kalau bawa ke Dewan dilulus walaupun dengan pindaan, bawa ke Select Committee, tidak ada makna Select Committee.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya faham, saya faham.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Oleh sebab itu bagi saya, prosedur ini perlu kita kaji sebetulnya Tuan Yang di-Pertua. Bukannya saya hendak kata Pejabat Tuan Yang di-Pertua membuat kesilapan tetapi ini peraturan yang akan mewujudkan satu amalan yang tidak biasa kepada proses pembuatan undang-undang negara kita, Tuan Yang di- Pertua. Sepatutnya dalam Dewan, Select Committee kemudian baru bawa kepada Dewan.
Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua saya harap boleh dikaji semula. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pengerang, terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya hendak dengar pandangan ini dahulu.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Ya, terima kasih...
Beberapa Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya hendak dengar daripada sebelah sini dahulu.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tuan Yang di-Pertua, kita hendak sokong Yang Berhormat Lembah Pantai ini. Nampak dalam kerajaan pun tidak ada penyelarasan, berbeza.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang sila duduk dahulu. Kita dengar dahulu daripada Yang Berhormat Bukit Bendera.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Lembah Pantai dia cadang supaya usul dibawa ke Jawatankuasa dahulu baru kemudian di bahas. Saya hendak sokong Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Dia sebut nama saya, saya kena jawab.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Saya teruskan, Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Pendang. Saya dengar, saya dengar.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya hendak sokong Yang Berhormat Lembah Pantai, nampak berbeza dalam kerajaan pun. Tidak ada consensus...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Poin yang sama juga.
Poin yang sama juga, saya minta Yang Berhormat Bukit Bendera, sila.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Jangan putar beli apa yang saya sebutkan. Jangan putar belit...
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tidak, bukan putar belit tadi kamu yang cadang, saya sokong kamu.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Jangan putar belit.
Saya faham.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Lembah Pantai dan Yang Berhormat Pendang.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kamu yang bawa, Yang Berhormat Lembah Pantai. Jadi kamu yang cadang, saya hendak sokong Yang Berhormat Lembah Pantai.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Pendang dan Yang Berhormat Lembah Pantai, saya minta duduk dahulu. Saya bagi peluang kepada Yang Berhormat Bukit Bendera untuk memberikan pandangannya.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya menghargai peluang ini kerana ini bacaan kali kedua ialah peringkat Dasar supaya Ahli-ahli Parlimen boleh memberikan input sebelum kita move on kepada peringkat Jawatankuasa ataupun selepas ini Select Committee. Saya ingin menyertai perbahasan Rang Undang- undang Suruhanjaya...
[Dewan riuh]
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya. Ini bahas kah atau bagi pandangan?
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kalau sudah kali ketiga sudah lulus.
Kalau kali ketiga sudah lulus.
Beberapa Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
...Pandangan apa ini? Malulah.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein - Sembrong
Walaupun ini dasar, kalau bawa kepada Jawatankuasa baru hendak buat pindaan, di mana kita hendak letak maruah PDRM? Mana hendak letak maruah Dewan kita? Mana hendak letak maruah dan kedudukan rang undang-undang yang ada sekarang ini?
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat, faham tidak?
Prosedur macam mana yang dikatakan, jadi tidak boleh Tuan Yang di-Pertua, tidak pernah berlaku ini. Memang memalukan. Memalukan kita sebagai Ahli Parlimen termasuk sebelah sana, malulah kalau teruskan juga proses ini. Mana hendak letak muka pergi international nanti. Borak dengan Ahli Parlimen dari negara-negara lain, hendak bercakap pandai, CPA kita bercakap pandai.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hari ini hari penghinaan kepada polis.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Kita sendiri pun tidak pandai uruskan Dewan kita. Peraturan pun kita tidak pandai ikut, main sokong membabi buta untuk apa? Apa ini?
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Tanjong Karang, kita hendak dengar pandangan.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tolonglah jaga maruah Ahli Parlimen.
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Tanjong Karang, yang lain-lain Ahli Yang Berhormat sila duduk. Kita dengar dahulu pandangan daripada Yang Berhormat Bukit Bendera. Baik, sila.
[Dewan riuh]
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
[Bangun]
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Bila dengar bahas, lepas itu usul lulus.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Dia bahas, dia bukan bagi pandangan. Bahas! Dia bahas, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Memang saya bahas.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
You bahaskan.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Okey, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Tarik baliklah senang, Tuan Yang di-Pertua. Jadi isu panjang nanti.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Tuan Yang di-Pertua, saya cuma hendak dapat panduan daripada Speaker. Prosedur sekarang masuk ke peringkat selepas pembacaan, perbahasan bermula, bermaksud apabila Yang Berhormat Bukit Bendera berbahas sudah masuk prosiding bacaan kali kedua kita berbahas.
Jadi rayuan kita, kita telah dengar sebelah sini, sebelah sana dan kita kata kita hendak buat satu Jawatankuasa Pilihan. Jadi memandangkan Yang Berhormat Menteri sendiri kata ada yang kita luluskan dan selepas itu bincang di Jawatankuasa, bukan Jawatankuasa di sini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Select Committee, faham.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Bermaksud dia kata Jawatankuasa, kita boleh pinda di Jawatankuasa, bermaksud kita kena luluskan apa yang ada dahulu selepas itu baru kita bincang pindaan. Tidak, tidak kena dan saya minta Speaker rujuk pada tahun 2006, 2007, bagaimana kita membuat pindaan terhadap Kanun Keseksaan seksyen 117.
Macam mana masa itu kita bincang dua pihak akhirnya saya ingat lebih kurang enam bulan satu laporan daripada Jawatankuasa Pilihan, akhirnya kita sudah pendekkan untuk hendak tahan seorang 14 hari jadi tujuh hari, mesti mendapat persetujuan daripada mahkamah dan sebagainya. Itu demi kebaikan semua, rakyat juga kita bela. Jadi minta jasa baik tahun 2006, 2007 sudah ada precedent dalam Dewan ini. Kita teruskan dengan itu kerana ini memang institusi polis itu kita tengok dan demi kepentingan rakyat kita kena seimbangkan. Terima kasih.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Ayer Hitam. Saya hendak minta untuk beri pandangan dahulu.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Pandangan, bukan bahas.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Saya akan teruskan, Tuan Yang di-Pertua.
Pada tahun 2005...
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Hei! Yang Berhormat Bukit Bendera, pandanganlah bukan bahaslah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Dengar dahulu pandangan dia, bukan bahas.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Itu bahas, itu bahas.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Bagi pandangan, bukan bahas, pandangan.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Saya bahas.
[Dewan riuh]
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Speaker, bahas itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta pandangan daripada Yang Berhormat Bukit Bendera.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Pandanganlah, bukan bahas.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Pandangan, pandangan, bukan debate.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Pandangan, Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya, sila saya minta pandangan dahulu.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Tidak faham kah?
Tuan Yang di-Pertua kata pandangan.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Tuan Yang di-Pertua, perkara ini penting. Apa yang kita hendak bincang ini agensi Polis Diraja Malaysia berusia 200 tahun.
[Dewan riuh]
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Tadi ada usul bahawa perkara ini hendak dirujuk kepada Select Committee, Jawatankuasa Khas. Kita belum dengar lagi usul itu apa. Kalau boleh usul itu, Select Committee bincang jangan perkara yang teknikal, Jawatankuasa itu perkara dasar.
Kemudian, hasil Select Committee, rumusannya bawa ke Dewan kita.
[Tepuk]
[Dewan riuh]
Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Sudah faham, faham.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Betul, betul, betul, ini arahan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Itu baru betul.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bagus, bagus, ini wakil rakyat bagus.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Betul, betul.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Setuju, setuju. Ini bagus, ini bagus, Yang Berhormat Pasir Gudang bagus.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Saya sebagai Ahli Select Committee...
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
Jadi Menterilah.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ini lawyer betul, bukan macam lawyer Yang Berhormat Jelutong, ini lawyer betul. Yang Berhormat Jelutong, lawyer buruk, ini lawyer betul. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Jelutong sokong IC.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini contoh PH yang terbaik, seorang ini sahaja ada.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Orang Johor, orang bangsa Johor.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Lembah Pantai satu lagi tetapi dia tidak mengaku.
[Dewan ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik Ahli-ahli Yang Berhormat, jam telah tepat pukul 1.00. Kita berhenti rehat dan disambung semula pada pukul 2.30 petang.
[Dewan riuh]
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) **mempengerusikan mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ahli Yang Berhormat, di depan saya adalah Perkara 54(2) Peraturan Mesyuarat. Ini adalah kali pertama pihak kerajaan mengambil inisiatif menyerahkan rang undang-undang kepada sesuatu jawatankuasa pilihan khas untuk membincang penambahbaikan kepada rang undang-undang tersebut.
Ahli Yang Berhormat, ini adalah selaras dengan langkah reformasi Parlimen dan memberikan ruang dan peluang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengemukakan pandangan supaya pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini diambil kira serta diperhalusi oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang.
Oleh yang demikian, berdasarkan kepada Peraturan Mesyuarat 54(2), saya memberikan peluang kepada Ahli Yang Berhormat untuk bahaskan suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis dan untuk mengadakan peruntukan mengenai fungsi dan kuasanya termasuklah perkara yang berhubungan dengan aduan salah laku, siasatan salah laku, prosiding untuk menangani salah laku dan sebagainya dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Bukit Bendera. Sila. Masa...
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyertai perbahasan...
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Tuan Yang di-Pertua, minta maaf, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
...Untuk Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis 2019 atau dalam bahasa Inggeris, Independent Police Complaints of Misconduct Commission (IPCMC).
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Tuan Yang di-Pertua, point of order.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Saya sudah jelaskan tadi.
Terima kasih.
Tan Sri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Kami tidak faham, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Pada tahun 2005...
Tan Sri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Sebab Tuan Yang di-Pertua telah jelas, kita hendak minta penjelasanlah daripada Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
...Suruhanjaya Diraja (RCI) yang diketuai oleh bekas Peguam Negara Tun Mohd Zaidi Abdullah telah mencadangkan...
Tan Sri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua, kita minta penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak faham apa Tuan Yang di-Pertua cakap. Saya tidak faham apa Tuan Yang di-Pertua cakap tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Tanjong Karang tidak faham apa yang saya cakap?
Tan Sri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Bahagian mana yang tidak faham?
Tan Sri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar] Saya faham perkara ini akan dibahas, okey. Bila sudah bahas, segala hujah- hujah kita ini akan di-take note, lepas itu akan dibawa pada select committee, betul? Itu satu.
Baik, apabila bawa ke dalam select committee nanti ada pindaan, adakah ini...
[Disampuk] Kalau kita sudah bawa, okey, kita sudah terus ke select committee, ada pandangan daripada kami perlu dibuat pindaan, adakah undang-undang ini akan dibawa balik ke dalam Dewan?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ya, akan dibawa.
Tan Sri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sebenarnya― boleh saya beri penjelasan?
Tan Sri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Okey, sila.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Okey, terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Sebenarnya Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang ini terdiri daripada anggota kedua-dua belah pihak termasuk Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat Santubong dan sebenarnya ini mungkin kali pertama kita ada kerajaan rujuk rang undang-undang kepada Jawatankuasa Pilihan Khas.
Oleh kerana itu, Ahli-ahli Yang Berhormat berasa ini perkara baharu yang tidak pernah kita buat dulu. Tapi saya rasa ini adalah baik dan memberikan ruang dan peluang― inilah reformasi Parlimen. Apa-apa sahaja― Yang Berhormat Tanjong Karang nanti saya akan bagi masa untuk bahas. Apa-apa pandangan yang dikemukakan, maka dia akan take note, selepas itu Jawatankuasa Pilihan Khas boleh memperhalusi untuk menambahbaikkan rang undang-undang ini.
Saya rasa tidak perlu kita memanjangkan perkara ini.
Tan Sri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Bukan panjang, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ini adalah perkara yang baik, yang murni, yang wajar kita sokong dan dukung bersama.
Tan Sri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Masalahnya mengapa tidak bawa ke Select Committee dulu? Mengapa mesti dua kali dibahaskan undang-undang ini? Ini soalan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Dia bukan dua kali dibahaskan.
Tan Sri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Ya, kalau ada pindaan― Yang Berhormat tadi baru cakap tadi, kalau Select Committee tengok perlu ada pindaan, benda ini akan dibawa ke Kabinet dan akan bentang balik dalam Dewan. Bermakna dua kali kita bahaskan undang-undang ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sebenarnya tidak. Okey.
Tan Sri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Mengapa tidak terus bawa kepada Select Committee, kemudian bawa ke Dewan ini? Sekali jalan saja.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Yang Berhormat, saya hendak tanya.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila, Yang Berhormat Bera.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Selepas kita berbahas, adakah akan diluluskan atau tidak?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Tiada apa-apa yang diluluskan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Ya lah, maknanya lepas perbahasan IPCMC ini, adakah Tuan Yang di-Pertua akan serahkan kepada Majlis untuk diputuskan untuk diluluskan atau tidak?
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Tidak. Okey.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Sebelum dimasukkan kepada Select Committee. Once enter kalau...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Saya jelaskan, boleh? Saya jelaskan. Terima kasih Yang Berhormat Bera, terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang kerana membawa isu-isu yang memang relevan.
Sebenarnya sekiranya kita tidak membuat proses ini, maka Ahli-ahli Yang Berhormat selain daripada mereka yang duduk di dalam Jawatankuasa Pilihan Khas tidak diberi peluang untuk memberikan pandangan, hujah, input untuk perkara yang dipertimbangkan oleh anggota Jawatankuasa Pilihan Khas. Sekarang ini― ini reformasi
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Parlimen― saya hendak berikan peluang dan ruang yang secukupnya kepada seluruh anggota Dewan.
Maka, apa-apa pandangan yang dikemukakan boleh diperhalusi dan kemudian diambil kira pada peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas. Selepas itu, nanti Yang Berhormat Menteri akan bawa usul dan di bawah Perkara 54(2), usul tidak boleh dibahas. Oleh kerana itu, sebelum usul, saya berikan peluang kepada Ahli Yang Berhormat dan Ahli-ahli Yang Berhormat bebas sama ada hendak bahas ataupun tidak. Sekiranya katakan ini bazir masa, tidak hendak, maka bagilah pihak sebelah kerajaan untuk bahas sahaja.
Tan Sri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Jadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Saya rasa penjelasan ini memang sudah jelas.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Tuan Yang di-Pertua, saya setuju.
Tan Sri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan penjelasan.
Tan Sri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua tidak jawab soalan Yang Berhormat Bera. Jawab soalan Yang Berhormat Bera.
Soalan Yang Berhormat Bera very simple. Adakah nanti lepas kita bahas, undang-undang ini akan diluluskan, akan diundi?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Tidak.
Tan Sri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Itu saya hendak tanya.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Undang-undang ini tidak akan diluluskan. Yang Berhormat, dia setelah kita bahas, Yang Berhormat Menteri akan bawa usul kemudian merujuk rang undang-undang ini kepada pertimbangan Jawatankuasa Pilihan Khas. Itu saja. Sebab itu sudah terang, tidak payah bersuluh. Saya rasa Yang Berhormat pun memang sudah faham.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Jadi, kalau begitu...
Tan Sri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat, ini yang kita bahas, tiba-tiba bahas, kita tidak ada undi.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Bukan. Tidak apa. Yang penting― sebab itu jika sekarang saya terus rujukkan rang undang-undang ini kepada Jawatankuasa Pilihan Khas, maka anggota-anggota lain yang tidak duduk dalam jawatankuasa ini tidak diberikan peluang dan ruang untuk mengemukakan pandangan. Sini ramai bekas Menteri, mungkin mereka hendak lahirkan pandangan ataupun keprihatinan.
Maka ia adalah baik. Sebab itu janganlah kita buat― apa-apa yang baik, kita terima dengan hati terbuka dan inilah reformasi Parlimen yang lebih telus dan memberikan ruang dan peluang.
Tan Sri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Ini reformasi tidak betul ini, Yang Berhormat. Reformasi tidak betul.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Yang Berhormat, ada dua isu di sini.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Tidak ada isu pun.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Ada dua isu.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Tidak ada isu. Selepas Yang Berhormat kemukakan, maka lepas itu biar Jawatankuasa Pilihan Khas― Yang Berhormat Pengerang akan jadi anggota, dia akan ambil...
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Okey, okey. Saya jelaskan. Yang Berhormat, ini bukan perkara baru. Ini dulu-dulu pun pernah berlaku. Ada dua isu.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Dulu tak pernah buatlah.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Ada dua isu. Satu isu sama ada hendak merujukkan kepada jawatankuasa khas atau tidak, then kita debate on that. Setuju tak setuju, dirujuk kepada jawatankuasa atau tidak, itu satu isu. Isu yang kedua adalah sama ada IPCMC ini diterima atau tidak oleh Dewan ini, jadi ada dua isu. Sekarang ini, tiba-tiba kita hendak bahas. Kalau kita bahas daripada segi rang undang-undang ini, akhirnya kita mesti membuat persetujuan sama ada setuju atau tak setuju dengan rang undang-undang ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Tidak.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Kalau Dewan setuju, rang undang- undang ini diluluskan. Akan tetapi sebelum kita debate, kita kena setuju dahulu sama ada ianya perlu dirujuk kepada jawatankuasa Select Committee atau tidak. Kalau kita dah setuju, then kita rujuk terus kepada Select Committee , tak perlu kita rugi masa lagi untuk bincang soal rang undang-undang IPCMC ini, because once kita dah setuju, that’s it. Apa perlu pindaan lagi? Apa perlu rujuk kepada jawatankuasa lagi kalau kita dah setuju.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Okey, terima kasih Yang Berhormat Bera.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Jadi, saya percaya kita perlu putuskan hari ini nak rujuk kepada Select Committee atau tidak. Kalau rujuk, then kita tak perlu debate lagi daripada segi rang undang-undang ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Bera atas pandangan.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Nanti saya bagi Yang Berhormat Sungai Petani, lepas itu Yang Berhormat Tanjong Karang. Sila, Yang Berhormat. Kita dengar kedua-dua belah pihak, adil untuk semua.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang, terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya setuju dengan Tuan Yang di-Pertua.
Apabila ianya dibawa ke Select Committee, tak semua orang duduk dalam Select Committee. 11 orang, mereka boleh panggil sesiapa yang mereka panggil tetapi pandangan kami yang bukan dalam Select Committee harus didengar. Jadi, sebelum ianya masuk ke Select Committee yang akhirnya kita akan buat keputusan ianya akan pergi ke Select Committee atau tidak. Yes, saya agree dengan Ketua Pembangkang, kita akan pergi ke Select Committee. Akan tetapi apa salahnya, apa salahnya berilah peluang kepada Sungai Petani, beri peluang kepada Yang Berhormat Merbok, beri peluang bercakap. Lepas itu, Yang Berhormat Menteri akan usulkan supaya ianya dibawa ke Select Committee. Kita akan vote. Kalau kita vote, sekurang-kurangnya Select Committee akan dengar, ya, dalam Dewan ada perbincangan-perbincangan dan mereka akan buat keputusan, recommendation. Lepas itu mereka akan nasihatkan Yang Berhormat Menteri tentang apa-apa juga pindaan.
Saya kira tidak ada masalah, because akhirnya mereka akan pergi ke Select Committee. Saya ingat it’s okay. Teknikal ini, mungkin kita tak pernah buat benda ini. Akan tetapi apa salahnya kita mendengar pandangan kita, lepas itu kita sokong satu usul untuk bawa rang undang-undang ini ke Select Committee, it is quite normal. Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, saya sokong. Tuan Yang di- Pertua, saya bimbang, bimbang satu sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Tak payah bimbang, tak ada apa pun perlu dibimbangkan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bukan, saya bimbang nanti bila habis perbahasan, kita minta pengundian setuju atau pun tidak. Itu yang saya bimbang. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua dah berjanji ini, macam mana janji ini hendak dipegang supaya usul ini tidak diputuskan, sebaliknya akan dirujuk kepada Select Committee? Oleh sebab semasa Yang Berhormat Menteri buat pembentangan tadi, dia tak sebut. Kalau yang ini, bagi peluang
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
untuk kami berucap, saya seronok. Saya menyokong tetapi saya tahu Pakatan Harapan ini banyak yang cakap tak berapa betul kan?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Arau, tak payah buat sangkaan buruk.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, saya minta tolong Tuan Yang di-Pertua, tolong pastikan bahawa tidak akan diputuskan, cuma dibincangkan pasal Yang Berhormat Menteri tak sebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ya. Saya tadi dah sebut. Oleh sebab Yang Berhormat Arau itu masuk lewat. Saat pertama saya duduk atas kerusi ini saya dah katakan, di depan saya ada Perkara 54(2) dan selepas Yang Berhormat keluarkan pandangan, Yang Berhormat Menteri akan bawa usul untuk rujuk rang undang-undang ini kepada Jawatankuasa Pilihan Khas. Maka, hari ini hanya kita selepas bahas kemudian kita setuju supaya perkara ini dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas. Itu sahaja. Mengapa nak bazir masa lagi? Yang Berhormat Santubong, sila.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Saya nak tanya satu sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Itu sahaja.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Apabila nak merujuk kepada Select Committee, okey saya setujulah Tuan Yang di-Pertua kata macam itu. Apabila memang dah rujuk kepada Select Committee, ada berlaku pindaan di Select Committee, adakah akan dibawa balik ke dalam Dewan?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ya. Oleh sebab itu-
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Jadi, ya...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Okey, saya terangkan. Yang Berhormat, selepas itu Yang Berhormat Santubong, Yang Berhormat Pengerang dan semua yang duduk dalam jawatankuasa, mereka akan diberikan tempoh masa yang tertentu untuk sediakan laporan dan kemudian yang buat keputusan akhirnya Dewan yang mulia ini juga.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ini bermakna, bermakna...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Kemudian itu dia akan bentang di Dewan ini untuk dibahaskan. Oleh sebab itu jika Yang Berhormat Tanjong Karang hari ini tak berbahas, boleh tunggu waktu itu, boleh bahas. Sila Yang Berhormat Santubong.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Saya bukan bahas, saya hanya hendak bertanya Tuan Yang di-Pertua, bermakna yang pertama kali lah, dua kali mungkin.
Satu bill, dua kali kita bahaskan dekat dalam Dewan.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Bukan dua kali.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Dua kalilah.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Kita bagi peluang supaya Ahli- ahli Yang Berhormat yang tidak duduk dalam Jawatankuasa Pilihan Khas, Yang Berhormat Sungai Petani sudah jelaskan. Sudah terang, jangan bersuluh. Sila.
Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Ya. Yang Berhormat, saya minta maaf.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila, sila Yang Berhormat Santubong.
Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Saya nak tanya keputusan Tuan Yang di-Pertua ini sahaja. Pertama, Select Committee itu adakah Select Committee Parliament ataupun Special Select Committee? Ini kena pasti sebab Special Select Committee dilantik oleh kerajaan. Kalau Parliamentary Select Committee, jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Tuan Yang di-Pertua itu. Jadi, yang mana satu kita pakai ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ya. Apa yang akan dirujuk adalah...
Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Tunggu Tuan Yang di-Pertua, saya belum habis lagi. Itu yang pertama. Kedua, saya minta penjelasan.
Adakah selepas perbahasan ini, saya tak ada masalah dengan perbahasan. Selepas ini dan
Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
selepas itu bahas, saya ada alasan semua. Adakah kita lulus dahulu dan selepas lulus baru direfer Select Committee ataupun habis perbahasan, tak payah lulus tetapi refer Select Committee terus?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ya. Terima kasih Yang Berhormat Santubong. Persoalan pertama, jawatankuasa yang akan dirujuk adalah Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini pada tahun lepas. Ini adalah salah satu langkah reformasi. Kedua adalah setelah perbahasan itu, Yang Berhormat Menteri akan bawa usul rujuk terus perkara ini ke Jawatankuasa Pilihan Khas. Maka, tunggulah selepas Jawatankuasa Pilihan Khas, dalam tempoh yang tertentu kemukakan laporan dan Dewan yang mulia ini bahas. Ini langkah yang baiklah untuk lebih telus.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ya. Bermakna lepas bacaan penggulungan Yang Berhormat Menteri, dia tidak akan masuk ke peringkat jawatankuasa?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Tak ada.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tak ada ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terus masuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Bermakna pindaan tidak terlibatlah ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Tak ada.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Saya rasa sudah cukup masa.
Tak payah kita- terima kasih atas segala pandangan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kali pertama kerajaan ada sedikit kebetulannya. Kalau tidak, semua pembohong dan Tuan Yang di-Pertua terus layak menjadi Pengerusi DAP lah ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Hari ini lihat Yang Berhormat Arau macho.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hari ini sahaja?
Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Macho, macho, dengan wajah yang baharu.
Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Tuan Yang di- Pertua, sikit sahaja. Sikit sahaja. Saya ini tak membantah ini, saya setuju semua. Akan tetapi bagi penjelasan sikitlah. Sebenarnya Special Select Committee dilantik oleh kerajaan, ia berhak untuk menilai, melihat dan membuat pertimbangan sama ada rang undang-undang itu patut diluluskan ataupun tidak diluluskan. Semua Ahli Parlimen berlainan daripada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sungai Petani, minta maaf. Semua Ahli Parlimen pun terbuka untuk boleh berjumpa dengan Special Select Committee, itu yang pertama.
Kedua ialah memang kita bahas dahulu macam Human Trafficking Act 2007, minta maaf. Kita buat macam itu. Diluluskan di sini, refer to Select Committee, Select Committee pinda lagi, bawa sekali lagi, bahas kali kedua sebab ada pindaan. Jadi, lepas itu ia tak ada masalah dua kali, tiga kali perbahasan itu asalkan prosedur itu tadi kita terima. Satu, Special Select Committee, bukan Parliamentary Select Committee ya. Special Select Committee, itu yang pertama. Kedua, tak ada kelulusan sebelum direfer ke Select Committee. Oleh sebabnya kalau dah Parlimen lulus, kita tak ada cerita lain lagi dah sebab dah lulus.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Tidak ada kelulusan ya.
Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Hanya soalan pindaan sahaja. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ya, terima kasih atas pandangan yang membina ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya di depan saya ada senarai 30 Ahli Parlimen yang ingin mengambil bahagian. Sekiranya pandangan sedemikian tak habis-habis,
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
kita baliklah pada subuh nanti. Ya Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang ini saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera. Sebagai pembahas pertama, 15 minit. Sila.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Terima kasih atas penjelasan yang sangat jelas oleh Tuan Yang di-Pertua dan juga rakan-rakan. Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Arau dan juga Yang Berhormat Santubong telah bersetuju juga untuk bersama- sama kita berbahas dalam rang undang-undang ini dan saya bukan ahli dalam Select Committee. Oleh itu, saya menghargai peluang untuk saya untuk mengutarakan pandangan sebagai seorang Ahli Parlimen terhadap Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis 2019.
Tuan Yang di-Pertua, kita sedia maklum bahawa pada tahun 2005, Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Zaidi Abdullah telah mencadangkan Suruhanjaya Diraja (RCI) yang diketuai oleh beliau telah mencadangkan satu suruhanjaya ditubuhkan untuk mengendalikan siasatan terhadap sebarang laporan membabitkan penyalahgunaan kuasa oleh anggota polis dan meningkatkan operasi dan pengurusan Polis Diraja Malaysia. Di bawah fasal 51, rang undang-undang depan kita menyatakan bahawa Suruhanjaya Integriti Agensi Pelaksanaan
(EAIC) adalah dibubarkan.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
EAIC ini sebenarnya merangkumi kawal selia integriti untuk 21 buah agensi penguatkuasaan selain daripada Polis Diraja Malaysia. Di bawah agensi EAIC ini ialah seperti Agensi Antidadah Kebangsaan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Imigresen dan sebagainya. Oleh itu, kalau di bawah IPCMC ini dibubarkan, saya rasa kita boleh, saya berpandangan bahawa inti pati EAIC ini untuk 20 buah agensi bolehlah kita semak, dikaji semula dan juga diserap kepada perundangan ombudsman yang dicadangkan oleh kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga telah meneliti perundangan daripada negara lain dan institusi seumpama IPCMC untuk negara-negara Komanwel lain. Di England, terdapat juga Independent Police Complaints Commission (IPCC), kalau di Hong Kong juga dipanggil IPCC tetapi Independent Police Complaints Council. Tuan Yang di-Pertua, saya meneliti laporan IPCC England and Wales pada tahun 2017. Terdapat 34,103 kes aduan kepada IPCC England and Wales pada tahun 2016 dan 2017. Bagi IPCC Hong Kong pula, nombor aduan yang dicatatkan bagi tahun 2017 ialah 3,014 kes. Oleh itu, apabila kita melihat kepada contoh-contoh di UK dan juga England— banyak kes, ribuan kes. Kalau mengikut satu laporan yang dikeluarkan oleh Home Affairs Committee, House of Commons di United Kingdom pada tahun 2013 mendapati bahawa IPCC UK dalam bahasa Inggeris yang berbunga-bunga, “hopefully under equip and hamstrung in achieving its original objective. It has neither the powers nor the resources that in needs to get to the truth when the integrity of the police in doubt”. Dalam contoh yang saya sebut tadi di IPCC UK ini nampaknya ia kurang dari segi peralatan, dari segi sokongan sumber manusia untuk mencapai objektifnya. Dari segi kuasanya juga adalah kurang.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Ya. Oleh itu pada tahun 2018 Tuan Yang di-Pertua, United Kingdom telah menggantikan IPCC dengan Independent Office for Police Conduct (IOPC) supaya dapat mempercepatkan prosiding dan memastikan bahawa proses itu dipermudahkan. Persoalan saya, pokok dasar yang kita bangkitkan kalau kita mengkaji model-model di UK, di Hong Kong banyak kes sangat sama ada two tier system yang dilaksanakan di IOPC UK dan IPCC Hong Kong akan diambil iktibar oleh kita. Ini kerana kalau IPCMC yang bakal kita tubuhkan, kita perlu barangkali hanya siasat kes-kes yang major dan menjadi overside body kepada siasatan untuk kes-kes salah laku yang kecil, IPCMC ini over side body iaitu menjadi rujukan kepada siasatan dalaman JIPS ataupun Department of Integrity and Compliance to Standards oleh PDRM.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Bukit Bendera, boleh?
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Ya, silakan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ya. Tuan Yang di- Pertua, boleh ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ya terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Yang Berhormat Bukit Bendera ada menyebut tentang EAIC yang disebut sebagai Enforcement Agency Integrity Commission yang telah ditubuhkan untuk meningkatkan integriti bukan sahaja di kalangan polis tetapi semua jabatan penguatkuasaan yang lain atau dalam bahasa Malaysianya SIAP.
Di samping kita ada SIAP, kita ada juga SPRM dan juga badan-badan penguatkuasaan yang lain yang boleh check and balance terhadap salah laku polis seperti mana yang termaktub di bawah Perlembagaan, di bawah Akta Polis sendiri ada suruhanjaya yang telah ditubuhkan. Jadi apakah pandangan Yang Berhormat Bukit Bendera, SIAP ini tidak mempunyai authority atau kurangnya kuasa seperti mana SPRM yang telah kita berikan kuasa untuk menyiasat dan mendakwa. Adakah perlu lagi disebut selain daripada SIAP, ada SPRM, ada lagi badan-badan penguatkuasaan yang lain tetapi kita perlu khusus pula kepada polis untuk kita menubuhkan IPCMC ini. Apa pandangan Yang Berhormat Bukit Bendera?
Terima kasih.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau.
Kalau kita merujuk kepada kuasa suruhanjaya, fasal 5 dalam rang undang-undang ini. Ia bukan sahaja membuat siasatan terhadap salah laku tetapi dalam fasal 5(2) subseksyen
(2)(a), IPCMC ini juga menasihati kerajaan mengenai penambahbaikan kesejahteraan dan kebajikan anggota pasukan polis. Ia bukan sahaja yang negatif tetapi ia juga promote menjaga kebajikan, boleh menasihati kerajaan menjaga kebajikan anggota pasukan polis.
Bahagian (d), IPCMC yang dicadangkan itu juga membuat lawatan ke mana-mana tempat dan premis seperti balai polis, seperti rumah kakitangan polis, lokap dan pusat tahanan dan membuat apa-apa syor yang perlu. Apabila lawatan-lawatan sedemikian dibuat, sebenarnya IPCMC ini boleh mencadangkan, mengangkat isu-isu kebajikan anggota- anggota polis kita kepada kerajaan. Saya nampak ini sebagai satu trend antarabangsa bahawa kita ingin menjaga imej dan juga integriti polis bukan sahaja oleh itu yang tajuk rang undang-undang ini, Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis.
Kalau di UK, mereka sudah panggil IOPC yang saya sebut seperti international standard, ia bukan independent police, Independent Office for Police Conduct, ia lebih neutral dari segi perkataannya agar ia tidak fokus kepada salah laku. Saya rasa modul United Kingdom ini perlu kita pelajari kerana mereka angkat kepada satu standard Independent Office of Police Conduct. Ia bukan sahaja salah laku tetapi juga boleh mengangkat isu-isu seperti kebajikan polis untuk perhatian kerajaan. Tuan Yang di-Pertua...
[Disampuk]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Bukit Bendera, ada satu last.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Mungkin Yang Berhormat Kuala Krau boleh terus dalam debate nanti.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Satu sahaja. Boleh satu last?
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Nanti, nanti.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Boleh satu, last sahaja. Soalan pendek saja tentang nama suruhanjaya salah laku ini.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Saya continue, nanti Yang Berhormat Kuala Krau boleh setengah jam tak apa.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Setengah jam ya.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Dengan syarat persetujuan Tuan Yang di- Pertua.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ringkas saja, satu soalan yang ringkas.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Tidak, sila duduk. Seksyen 6 Tuan Yang di- Pertua, Anggota Suruhanjaya. Di bawah seksyen ini, Yang di-Pertuan Agong atas nasihat
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melantik tidak lebih daripada 10 orang anggota suruhanjaya. Saya ingin meminta supaya pihak kerajaan apabila melantik anggota suruhanjaya ini boleh melantik mereka daripada pelbagai latar belakang dari Semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak.
Ini kerana apabila saya meneliti ahli-ahli Suruhanjaya Pasukan Polis yang ditubuhkan di bawah Perkara 140(3) Perlembagaan Persekutuan, semua adalah lelaki, sembilan orang anggota dalam Suruhanjaya Pasukan Polis yang ditubuhkan, semua adalah lelaki. Saya faham mungkin barangkali ada limited candidate untuk anggota Suruhanjaya Pasukan Polis tetapi untuk IPCMC ini saya cadangkan supaya mereka dari pelbagai latar belakang. Dari lelaki, perempuan, dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak dan pelbagai kaum dan latar belakang. Itulah penting untuk menggambarkan imej dalam keanggotaan suruhanjaya yang kita cadangkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merujuk kepada satu seksyen yang penting iaitu seksyen 30(1). Seksyen ini penting, suruhanjaya boleh memulakan sesuatu penyiasatan atas inisiatifnya sendiri. Ini satu seksyen yang penting kerana siasatan bukan sahaja atas aduan tetapi siasatan boleh juga atas inisiatif sendiri oleh suruhanjaya IPCMC ini. Ini boleh menggambarkan kebebasan oleh pihak IPCMC ini untuk mengadakan siasatan.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin teruskan dengan di kawasan Parlimen saya, Bukit Bendera terdapat lima buah balai polis. Balai Polis Pulau Tikus, Tajung Tokong, Batu Feringghi, Kampung Baru dan Bukit Bendera serta satu lagi pasukan FRU Unit 3. Saya sendiri telah melawat balai-balai tersebut dan mendapati banyak perkara yang harus dinaiktarafkan.
Saya meminta juga bajet dan juga resources tambahan...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tidak payah minta.
Tunggu suruhanjaya tubuh.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Ya, termasuk daripada segi peralatan, kuarters anggota polis dan juga infrastruktur balai. Saya berharap pihak kerajaan, Kementerian Dalam Negeri boleh memberikan lebih perhatian terhadap kebajikan anggota polis. Saya rasa ini adalah satu usaha dengan niat yang baik untuk meningkatkan lagi imej dan juga integriti Polis Diraja Malaysia.
Sebagai satu kesimpulan yang penting, pada pandangan saya, kewibawaan institusi polis sebenarnya bergantung juga kepada kewibawaan pemerintahan kerajaan dan pemimpin kerajaan. Sekiranya kerajaan yang corrupted, yang tidak kompeten, yang kuku besi, maka imej pasukan polis juga akan terjejas kerana mereka kadangkala terpaksa melaksanakan undang-undang menjadi alat kepada pemerintah untuk menguatkuasakan pemerintahan.
Sekiranya kerajaan menjalankan polisi dengan pentadbiran yang baik, yang bersih dan jujur dan menjaga kebajikan anak buah pegawai-pegawai polis, maka pasukan polis akan mengikuti rentak dan menjadi satu pasukan yang profesional yang menjalankan kerja mengikut undang-undang dan baik. Dengan itu, saya mencadangkan supaya kita menghalusi rang undang-undang ini dan dibawa kepada Jawatankuasa Khas yang kita tubuhkan. Ini supaya seksyen-seksyen yang boleh diberikan perhatian yang lebih serius dan juga diperbaiki. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Cameron Highlands, 15 minit. Sila.
Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Tuan Yang di-Pertua, IPCMC telah dikemukakan buat kali pertama oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia pada tahun 2005 sebagai salah satu cadangan antara 125 cadangan lain yang dikemukakan oleh suruhanjaya itu. Namun, cadangan penubuhan IPCMC tersebut telah mendapat bantahan daripada golongan persatuan-persatuan di dalam PDRM. Bantahan tersebut adalah relevan dan sebagai ganti siap, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan telah diwujudkan secara rasmi melalui Akta Parlimen [Akta 700] yang bukan sahaja mengawal salah laku PDRM, bahkan agensi- agensi penguat kuasa yang lain.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Cameron Highlands, boleh?
Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Dalam perbahasan rang undang-undang IPCMC ini...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Fasal bantahan daripada anggota polis.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Bagi dia mulakan dahulu.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Dia sudah mula. Dia sudah hendak tukar tajuk lain.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Enjin pun belum panas lagi.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tentang bantahan ini. Boleh Yang Berhormat Cameron Highlands?
Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Boleh, boleh.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Saya difahamkan ada tiga organisasi polis yang telah membuat bantahan iaitu Persatuan Pegawai Kanan Polis Cawangan Inspektor, Persatuan Pegawai Kanan Polis Cawangan Yang Diwartakan dan ketiga, Persatuan Polis Pangkat Rendah. Jadi saya ingin tanya Yang Berhormat Cameron Highlands, adakah tiga badan ataupun persatuan ini telah dibincangkan, telah dijumpa oleh pihak kerajaan? Adakah pendirian mereka tetap membantah atau menerima penubuhan IPCMC ini kalau Yang Berhormat Cameron Highlands ada dalam pengetahuan Yang Berhormat?
Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Kuala Krau, saya 34 tahun dalam pasukan polis ya. Apa diputuskan ketika itu solid 100 peratus kami menolak IPCMC.
[Tepuk] Sebab-sebabnya saya akan teruskan di sini.
Dalam membahaskan rang undang-undang IPCMC, Cameron Highlands mengambil pendirian bahawa rang undang-undang ini wajib ditolak oleh Parlimen kerana ia:
(i) tidak berperlembagaan. Dengan izin, substantive ultra vires the constitution; (ii) tidak mengambil kira prinsip-prinsip perundangan right to be heard dan rule of natural justice;
(iii) tidak mengambil kira impak terhadap pembangunan organisasi PDRM dari sudut pembangunan sumber manusia, pembangunan positif kerja terutama sekali kepada minda, moral, etik kerja dan ‘esprit de coupe’ pasukan secara individu dan organisasi amnya, yang akan akhirnya merugikan negara dari aspek perkhidmatan keselamatan;
(iv) tidak mengambil kira impak pembangunan material yang ada hubung kait positive outcome perkhidmatan positif yang dikehendaki oleh rakyat;
(v) rang undang-undang IPCMC ini dilihat telah melindungi penjenayah dan impaknya akan demoralize anggota pasukan polis untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat ini; dan
(vi) rang undang-undang IPCMC ini boleh dijadikan satu senjata oleh penjenayah bagi mengekang tindakan undang-undang terhadap mereka oleh pasukan polis.
Fakta-fakta ini menyokong kenapa saya berkata demikian. Dengan izin, substantive ultra vires constitution. Merujuk kepada Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan, Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa- apa undang-undang yang diluluskan selepas merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini tidak sah setakat ketidakselarasannya. Kalau dilihat pada tunggak Rukun Negara, dua perkara dari lima yang amat ditekankan bagi penghayatan rakyat Malaysia adalah berkaitan undang-undang iaitu, “Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang- undang”.
Ini diperkuatkan lagi dengan keputusan mahkamah, “In Ah Thian v Government of Malaysia (1976), Lord President Tun Suffian affirmed the supremacy of the constitution in unmistakable language ‘the doctrine of the supremacy of Parliament does not apply in
Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Malaysia. Here, we have a written constitution. The power of Parliament and state legislatures in Malaysia is limited by the constitution and they cannot make any law they please”.
Rang undang-undang IPCMC ini disaluti dengan kecacatan (flawed) dengan izin dan kelemahan (weakness) dalam perspektif perundangan yang boleh ditafsirkan mengandungi elemen-elemen substantive ultra vires Perlembagaan Persekutuan di mana ia bertentangan dengan peruntukan Perkara 4(1), Perkara 132, Perkara 135(1), Perkara 135(2) dan Perkara 140(1) Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan menyatakan pasukan polis adalah sebahagian daripada perkhidmatan awam. Jika dilihat pada rang undang-undang IPCMC, fasal 2 mengatakan anggota pasukan polis, ertinya mana-mana anggota pasukan yang ditubuhkan di bawah Perkara 132. Ambil maklum Dewan yang dimuliakan, Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan hanya menyatakan bahawa pasukan polis adalah perkhidmatan awam dan tidak menubuhkan pasukan polis. That is very crucial point of view. Kedua, tidak mengambil kira prinsip perundangan dan juga gagal mengambil kira prinsip perundangan right to be heard dan rule of the natural justice.
Perkara 135(2) Perlembagaan Persekutuan, tiada seorang pun anggota sesuatu perkhidmatan yang disebut dalam Perkara 132(1) boleh dibuang kerja atau diturunkan pangkat tanpa diberi peluang yang munasabah untuk didengar (right to be heard). Tiada satu pun fasal di dalam rang undang-undang IPCMC meletakkan prinsip-prinsip perundangan ini.
Dewan yang mulia ini diingatkan bahawa seorang anggota polis adalah juga rakyat Malaysia dan wajib diberi perlindungan perundangan sama seperti rakyat lain di Malaysia. Dengan izin, equal protection of the law yang mana tiada ternyata di dalam rang undang-undang IPCMC.
Merujuk kepada rang undang-undang IPCMC fasal 32 dan fasal 33, Bahagian VI - Prosiding Mengenai Salah Laku. Fasal 32 rang undang-undang IPCMC tidak memperuntukkan apa-apa klausa untuk rayuan kepada apa-apa hukuman yang dijatuhkan, malah prinsip undang-undang pentadbiran awam iaitu right to be heard dan natural justice tiada dalam rang undang-undang IPCMC dan ia melanggar Perkara 135(2) Perlembagaan Persekutuan.
Kita lihat pula pada fasal 33, hukuman salah laku.
Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Merujuk kepada fasal 33, Rang Undang-undang IPCMC, “Lembaga Tatatertib boleh, dalam menjalankan kuasa tatatertibnya, mengenakan satu atau lebih hukuman yang berikut”. Kita lihat di situ:-
“(a) amaran; (b) denda; (c) lucut hak emolumen; (d) tangguh kenaikan gaji; (e) turun gaji; (f) turun pangkat; *atau
(g) buang kerja*”.
Perkara 135(1) Perlembagaan Persekutuan, tiada seorang anggota mana-mana perkhidmatan awam yang termasuk perkhidmatan polis yang disebut dalam perenggan 132 boleh dibuang kerja atau diturun pangkat oleh sesuatu pihak berkuasa yang rendah daripada pihak berkuasa yang pada masa pembuangan kerja atau penurunan pangkat itu mempunyai kuasa atau melantik seorang anggota perkhidmatan awam itu yang sama pangkatnya.
Tuan Yang di-Pertua, ini boleh dilihat dengan nyata dalam kes Surinder Singh Kanda lawan Government of the Federation (1962) MLJ 169. Privy Council telah memutuskan bahawa pembuangan kerja yang dipersoalkan dalam kes ini tidak sah oleh kerana anggota perkhidmatan awam itu telah dibuang kerja oleh Pesuruhjaya Polis yang tidak berkuasa membuat sedemikian oleh kerana kuasa melantik (appointment) seorang anggota perkhidmatan yang sama pangkat telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis dan anggota perkhidmatan awam itu tidak diberi haknya untuk didengar oleh kerana laporan badan penyiasatan tidak diberi kepadanya, sungguh pun salinan laporan itu telah diberi
Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
kepada pegawai yang dilantik untuk mendengar dan memutuskan tentang pertuduhan terhadap anggota perkhidmatan awam itu.
Dalam kes Munusamy lawan Police Services Commission (1967) 1 MLJ 199, juga lihat Thambipillai lawan Government of Malaysia (1969) 2 MLJ 206. Privy Council memutuskan bahawa perlindungan yang diberi oleh Perlembagaan hanya dikenakan apabila pembuangan kerja atau penurunan pangkat itu dikenakan sebagai hukuman atau penalti dalam tindakan tatatertib.
Akhirnya dalam kes Lionel lawan Government of Malaysia (1971) 2 LMJ 172, keputusan ini telah disahkan oleh Privy Council. Lihat The Government of Malaysia lawan Lionel (1974) 1 MLJ 3 telah diputuskan bahawa pembuangan kerja seorang pegawai awam oleh Ketua Polis tidak sah oleh kerana tiada bukti bahawa kuasa-kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah diwakilkan. Ini secara analogi jika diambil kira, bertentangan Perkara 135(1) Perlembagaan Persekutuan kerana IPCMC adalah bukan badan yang melantik anggota pasukan polis. Lantikan anggota polis dibuat oleh Suruhanjaya Pasukan Polis di bawah Perkara 140 dalam limb pertama Perlembagaan Persekutuan.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat Cameron Highlands minta laluan, Kota Bharu.
Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Silakan.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya hendak tanya pandangan daripada Yang Berhormat Cameron Highlands. Saya merujuk kepada fasal 6 dalam rang undang-undang ini iaitu pelantikan anggota Suruhanjaya 6(1), Yang di-Pertuan Agong melantik Pengerusi dan Timbalan Pengerusi atas nasihat Perdana Menteri, 6(2) – ini penting. “Tiada seorang pun boleh dilantik sebagai anggota Suruhanjaya jika dia ialah atau pernah menjadi seorang anggota polis atau dia ialah seorang anggota perkhidmatan awam”.
Maksudnya di sini, adakah Yang Berhormat setuju dengan saya bahawa anggota IPCMC ini tidak boleh dia itu polis kah, atau bekas polis kah ataupun pada masa itu menjadi anggota perkhidmatan awam? Adakah ini Yang Berhormat maksudkan orang yang akan dilantik ini siapa saja termasuk orang yang menyokong aktiviti jenayah dalam negara ini?
Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Saya setuju daripada perspektif itu. The person who knows the job is the person who has been in the job. Itu saja boleh jawab, [Tepuk] dengan izin.
Saya teruskan. Menurut Tan Sri Datuk Sri Panglima Richard Malanjum, Chief Justice, Federal Court of Malaysia dalam bukunya Shad Maruki, 2019 Our Constitution, “The Federal Constitution is our basic law and the yardstick for testing the constitutionality of all governmental actions. Familiarity with and fidelity to its underlying values, principles, provisions and procedures is absolutely essential to the maintenance of our system of separation of powers, rule of law and constitutionalism. The constitution is often subordinated to policies, politics and pragmatic considerations. Due to lack of knowledge of the constitution’s basic principles, division of powers and negotiated compromises, many citizen state, federal state and state government versus state government disputes end up in the courts’’.
Dewan yang mulia ini, perlu mengambil kira apa Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara yang telah menyatakan sedemikian. Persoalan di sini timbul, adakah IPCMC ini akan mengambil alih tugas Suruhanjaya Pasukan Polis sebagaimana termaktub di Perkara 140 limb pertama iaitu melantik anggota pasukan polis? Jika kerajaan berhasrat untuk Rang Undang-undang IPCMC ini menggantikan Suruhanjaya Pasukan Polis yang ditubuhkan di bawah Perkara 140 Perlembagaan, bermakna kerajaan perlu meminda Perkara 140 dengan menggantikan Suruhanjaya Pasukan Polis dengan Suruhanjaya IPCMC. Atau adakah Rang Undang-undang IPCMC ini dengan izin, to create another Police Commission under the disguise of IPCMC using an inferior law to the constitutional, comparative to the constitution?
Perlembagaan telah memperuntukkan di bawah Perkara 140 iaitu pewujudan Suruhanjaya Pasukan Polis, lihat first limb menyatakan, “Maka hendaklah ada satu Suruhanjaya Pasukan Polis yang bidang kuasanya hendaklah meliputi semua orang yang menjadi anggota pasukan polis dan yang tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang- undang yang sedia ada, hendaklah bertanggungjawab bagi pelantikan, pengesahan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran dan perjalanan tatatertib ke atas anggota pasukan polis”.
Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Manakala – This is very interesting. Please look at limb 2, dalam Perkara 140(1).
“Dengan syarat Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi perjalanan apa-apa kawalan tatatertib...”, keyword “tatatertib”, “...ke atas semua atau mana-mana anggota pasukan polis mengikut apa-apa cara oleh mana-mana pihak berkuasa yang diperuntukkan dalam undang-undang itu, dan dalam keadaan sedemikian, jika pihak berkuasa itu bukan...” Suruhanjaya Pasukan Polis iaitu IPCMC, “...kawalan tatatertib yang boleh dijalankan oleh pihak berkuasa itu tidak boleh dijalankan oleh...” Suruhanjaya Pasukan Polis “...dan tiada peruntukan undang-undang itu boleh menjadi tidak sah atas alasan ketidakselarasan dengan mana-mana peruntukan bahagian ini”.
Isu yang timbul di sini, Perkara 140(1) limb pertama, Perlembagaan Persekutuan hanya memberi kuasa kepada IPCMC melalui rang undang-undang IPCMC dalam konteks dan ruang lingkup tatatertib sahaja. Tidak secara spesifik memberi kuasa bagi pelantikan, pengesahan dan sebagainya dalam in terms on service. Dewan yang mulia ini, dengan it,u IPCMC tiada kuasa untuk menurun pangkat dan membuang kerja anggota polis kerana bertentangan dengan Perkara 135(1) dan Perkara 140(1) Perlembagaan.
Tuan Yang di-Pertua, garis panduan am seperti mana diputuskan dalam kes tempatan bagi menentukan sama ada sesuatu rang undang-undang itu berperlembagaan telah pun diputuskan di mahkamah di dalam kes Palm Oil Research and Development Board Malaysia versus Premium Vegetable Oil Sdn Bhd (2004), 4 AMR 202. Hakim Gopal Sri Ram, Hakim Mahkamah Rayuan telah merujuk kepada dictum keputusan Balaskrishna Eradi J dalam kes Maharashtra SBOS and HS Education versus Paritosh Air (1984) SC 1548 iaitu sama ada sesuatu undang-undang itu mengikut Perlembagaan boleh diduga, can be tested, dengan izin dengan tiga perkara:
(i) sama ada proviso peraturan jatuh dalam bidang kuasa diberi oleh akta yang mewakilkan kuasa tersebut;
(ii) sama ada proviso peraturan dibuat atas kuasa perwakilan tidak konsisten dengan Akta Ibu (The Parents Law); dan
(iii) sama ada proviso peraturan itu melangkau atau melanggar mana-mana hak asasi atau sekatan atau sekatan had.
Perkara ketiga pula, IPCMC tidak mengambil kira impak kepada pembangunan organisasi PDRM dari sudut pembangunan sumber manusia, pembangunan positif bekerja terutama kepada minda, moral, ethic pekerjaan dan esprit de’ coupe pasukan secara individu dan organisasi amnya yang akhirnya merugikan negara. Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan di bawah Perkara 140 iaitu mewujudkan Suruhanjaya Pasukan Polis. Maka hendaklah satu Suruhanjaya Pasukan Polis yang bidang kuasanya meliputi semua anggota pasukan polis tertakluk pada peruntukan mana-mana undang-undang. Adakah IPCMC ini akan mengambil alih tugas dan tanggungjawab Suruhanjaya Pasukan Polis itu wujud di dalam kuasa undang-undang Perlembagaan dengan satu Suruhanjaya IPCMC yang akan diwujudkan melalui Akta Parlimen yang lebih inferior?
Keempat, tidak mengambil kira impak pembangunan material. IPCMC gagal mengambil kira pembangunan material yang ada hubung kait dengan positive outcome, perkhidmatan positif yang dikehendaki rakyat.
Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia pada tahun 2005 telah mencadangkan 125 perkara. Akan tetapi hanya satu sahaja dilihat penting iaitu IPCMC.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat, sila menggulung.
Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Okey. Keenam Tuan Yang di-Pertua, melindungi penjenayah dan demonization. Jika kita lihat dalam undang- undang IPCMC ini, there is no single fasal that is an offence for anybody yang datang kepada IPCMC hendak buat laporan palsu. Saya kalau sebagai penjenayah as indicated, any police officer who attack me, I will make sure somebody draw the report against him every time, at the end of the day dengan izin, rakyat juga yang akan rugi. Saya akan menggulung, walaupun ada dua, tiga point lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sebenarnya masa sudah tamat.
Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Dengan izin, saya be granted. Kalau rumusan cadangan dan penutupan. Tuan Yang di-Pertua, sebagai rumusan
Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Suruhanjaya IPCMC yang dicadangkan ini miliki kuasa judicial. Perlu ditubuh berlandaskan kuasa yang diturunkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Jika Suruhanjaya IPCMC ini telah pada awalnya melanggar mana-mana peruntukan Perlembagaan dengan itu Suruhanjaya itu adalah substantif ultra-vires Perlembagaan. Akibatnya satu badan yang wujud secara haram tanpa memiliki kuasa. Faktor yang penting perlu dipertimbangkan Ahli Dewan yang mulia ini adalah sama ada RUU IPCMC ini berperlembagaan selaras dengan kehendak perundangan Perlembagaan.
Ingin saya memetik kata-kata seperti yang dikatakan oleh YAA Tan Sri Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara dengan izin, “In Malaysia, the executive and legislative are ‘to some extent fused’, explaining that the two branches of government decide on policies, but that the judiciary has to exercise its powers to ensure that the decisions made comply fully with the rule of law.” Baru pada 5 Oktober 2019.
Akhir sekali jika kerajaan benar-benar serius dan ikhlas untuk menangani isu rasuah di dalam negara ini, Cameron Highlands mencadangkan Rang Undang-undang IPCMC ini ditolak dan akta siap yang mengawal salah laku semua agensi penguat kuasa Malaysia ditambah baik di mana ada kekurangan atau kelemahan. Dengan ini Cameron Highlands dengan izin, I rest my case.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Cameron Highlands. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tanah Merah selepas itu Yang Berhormat Santubong, masa 10 minit. Jika Yang Berhormat Tanah Merah tidak ada di dalam Dewan, Yang Berhormat Santubong dipersilakan.
Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Boleh Tuan Yang di-Pertua, 10 minit? Saya ucapkan tahniahlah ucapan Yang Berhormat Cameron Highlands itu cukup padat. Jadi saya tidak perlu pergi ke kawasan yang telah dibincangkan oleh Yang Berhormat Cameron Highlands.
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, undang-undang ini memang daripada awalnya di tolak oleh pihak polis. Itulah kenapa Suruhanjaya AES itu digubal pada tahun 2006 dahulu.
Oleh sebab melihat satu perkara yang pokok bahawa salah laku corruption dan pelbagai lagi kesalahan-kesalahan institusi bukan sahaja berlaku dalam polis, bahkan mengikut research pada masa itu, bukan SPRM yang mempunyai kesalahan-kesalahan korupsi dan salah laku yang tinggi, bahkan ada agensi-agensi lain.
Saya tidak perlulah melainkan ditanya, agensi-agensi lain yang lebih banyak melakukan kesalahan, banyak melakukan corruption dan sebagainya. Jadi, itulah kenapa argument daripada pihak polis pada ketika itu, apabila dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan polis pada tahun 2004 dan tahun 2005 dahulu, kerajaan membuat keputusan supaya AES itu dilaksanakan bukan IPCMC sebagaimana yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan polis. Saya refer pada Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Polis. Dokumen tidak ada di hadapan saya sebab benda itu sudah lama berlaku.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya bukan sahaja IPCMC dicadangkan untuk diperbaiki, bahkan banyak lagi welfare polis, kemudahan polis, bermacam-macam-macam lagi perlu dibuat kalau kita betul-betul hendak polis ini menjadi efisien, polis ini menjadi satu agensi yang terbaik, bukan hanya untuk menekan pihak polis menggunakan undang-undang IPCMC dan menubuhkan IPCMC. Jadi, itu nampaknya ada kelemahan untuk melaksanakan kerana keperluan kewangan yang begitu besar sekali.
Tadi disebut Yang Berhormat terdahulu bercakap berapa police station seluruh Malaysia? Berapa pejabat polis di seluruh Malaysia? Bahkan saya sudah melawat sendiri pada tahun 2013, tahun 2014 dan tahun 2015. Melihat sendiri kemudahan-kemudahan polis, yang mana di tempat-tempat yang begitu eksklusif tetapi kalau kita lihat kemudahan polis itu sendiri betul-betul macam reban ayam sahaja.
Bukan layak untuk polis, jauh lagi layak untuk ditempatkan di tempat-tempat yang eksklusif. Contoh, police station di Tanjung Lobang, yang mana rumah-rumah tauke di Tanjung Lobang itu mencecah sehingga nilai RM40 juta pun ada, RM30 juta, RM50 juta pun ada. Ada seorang tauke itu Sejinjang punya rumah, saya dimaklumkan rumah dia bernilai RM50 juta. Police station di bawah bukit itu, reban ayam pun lebih baik lagi.
Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Jadi semua benda-benda ini tidak dilaksanakan bahkan kita lihat IPCMC ini sahaja.
Kita tidak lihat welfare polis itu sendiri, itu yang kita ada kepincangan daripada sudut mengikut contoh ataupun mendengar laporan-laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan Polis pada ketika itu. Jadi, sepatutnya kita kena lihat seluruhnya, welfare polis kena ditangani dengan sebaik mungkin, gaji polis mesti dinaikkan tetapi sekarang kalau kerajaan membuat satu alasan bahawa kita tidak mempunyai sumber kewangan untuk menaikkan gaji polis, jadi selama itulah polis itu masih tertekan.
Jikalau kita lihat Singapura contohnya, kenapa gaji Ahli Parlimen dia tinggi, gaji Menteri dia tinggi, gaji pegawai dia tinggi, semua itu sebab alasan diberikan kita semua the end of the day bottom line is always the perk and and the gaji. Kehidupan kita sendiri, itulah sebabnya kenapa Singapura mengambil tindakan sedemikian dan akhirnya kita boleh jadikan Singapura itu negara yang begitu bersih dan baik sekali.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh sumbang sedikit?
Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Oleh sebab kita salah line tetapi kalau saya tahu dengan Perdana Menteri ini, 22 tahun dahulu pun pandangan dia macam itu sahaja. Jangan minta sedekah, jangan minta– orang Melayu ini malas, orang Melayu ini minta ini, minta kiri kanan, bermacam-macam tidak boleh minta...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh tumpang?
Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Gaji Ahli Parlimen pun dia tidak boleh naik...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Santubong, boleh tumpang?
Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Baik.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih.
Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Jangan panjang sangat Yang Berhormat ya.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak, terima kasih Yang Berhormat Santubong. Sebetulnya apa yang kita lihat perwujudan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis ini dia macam tidak membawa apa-apa makna. Oleh sebab kita hendakkan polis lebih performe, lebih telus, lebih berkualiti tetapi kita tidak lihat kebajikan polis, gaji polis berapa? Kuarters dia baru-baru ini, tiga hari yang lalu saya pergi Jalan Damai, Kuarters Polis di belakang Double Tree. Dia dalam bandar tetapi rumah dia macam reban ayam. Kalau hujan, bocor.
Macam mana kata hendak mengharapkan polis bekerja lebih baik daripada yang ada, sedangkan kita tidak melihat kebajikan mereka. Ini yang menjadi masalah, seharusnya suruhanjaya ini meneliti...
[Disampuk] Ya, diam dahulu, duduk.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Seharusnya suruhanjaya ini mencadangkan sesuatu untuk kebaikan polis.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Baru sedar kah Yang Berhormat Kinabatangan?
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Bukan baru sedar, sudah mahu buat lah sekarang. Kenapa tidak buat?
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Memang betul, memang betul kesian dia orang.
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat, sekarang Yang Berhormat Santubong bahas.
Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Sebenarnya saya yang bercakap ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Akan tetapi Yang Berhormat Kinabatangan panas sangat buat apa?
Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Tuan Yang di- Pertua kena ambil kira. Oleh sebab tadi kita sudah dapat– Dewan sudah dapat arahan daripada Tuan Yang di-Pertua, garis panduan telah diberikan oleh Tuan Yang di-Pertua, Dewan ini membincang sahaja. Kita bagilah idea-idea yang mana perlu dipertimbangkan oleh pihak kerajaan dan Jawatankuasa itu nanti. Jadi kita tidak payahlah hendak gaduh Yang
Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Berhormat ya, sebab apa Yang Berhormat Kinabatangan sebut itu memang betul, memang betul. Banyak tempat-tempat kemudahan polis ini memang teruk betul.
Pergi Bintulu Yang Berhormat, bayangkan Bintulu finance 40 percent of kewangan ke negara ini, keluar minyak, keluar gas tetapi lihat dia punya police station, dia punya IP bertaburan bawah mejanya. Dia duduk bawah tangga, mana bangunan dia?
Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Saya buat recommendation dahulu tetapi belum dapat lagi. Jadi, kita kena lihat di situ. Kita kena lihat benda-benda yang baik ini, kita perbaiki bersama dengan ini. Itu yang pertama. Kebajikan pihak polis, kemudahan pihak polis mesti diambil kira.
Kedua, saya sebut, banyak alasan-alasan yang disebut oleh pihak NGO. Saya menghadiri mesyuarat IPCMC ini bersama dengan NGO, Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita lihat IPCMC ini, kertas biru ini...
[Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Ini kerajaan yang buat. Yang ini...
[Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Pindaan daripada NGO.
Maknanya, undang-undang ini 50 percent, NGO yang buat. Akan tetapi, kita tidak pernah pun consult polis.
Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Cameron Highlands tadi, rank-and-file association police, persatuan yang terbesar di Malaysia ini, selepas itu inspector association― saya pernah menjadi naib presiden inspector association dahulu― dan gazetted officers association, tiga-tiga ini tidak pernah diconsult pun. Saya dimaklumkan, saya diberitahu oleh semua ahli ini, pemimpin-pemimpin ini, guna WhatsApp beritahu saya untuk rejectkan undang-undang ini sebab mereka the right stakeholder tidak di*consult.
[Tepuk]* Harap dengan IGP sahaja. IGP suka hati dia sendiri. Dia jadi IGP, selepas itu setahun lebih dia retired. Habis cerita IGP. Akan tetapi, dia buat keputusan untuk 150,000 orang, IGP buat keputusan. Adakah ini demokrasi kah itu? Inikah demokrasi yang kita sebut?
Jadi, consultation ini saya beritahu semasa mesyuarat, consultation― dalam Caucus ada briefing, Yang Berhormat Port Dickson mempengerusikan, kita ada beritahu.
Diberitahu, saya kata, tiga badan ini mesti diconsult, bincang dengan mereka dahulu. Don’t rush dengan IPCMC ini. Kita kena buat sebetulnya, sebaik mungkin supaya― saya bukan mahu sokong saya. Ini supaya polis ini sokong kerajaan nanti, kalau kita buat yang terbaik.
Kalau selepas ini, kalau masih juga kita tidak consult mereka, mereka memang marah.
Sebab, kita hendak tekan mereka sahaja, mengatakan bahawa mereka inilah yang corrupt, mereka inilah yang abusive, mereka inilah yang menganiaya negara. Padahal agensi lain pun buat benda yang sama juga. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, itu yang kedua.
Ketiga, ini interesting. Yang Berhormat Menteri bentang tadi mengatakan kes Surinder Singh Kanda versus The Government of the Federation of Malaya (1962), dia gunakan kes ini. Proviso dalam Perlembagaan Artikel 140 mengatakan dengan mewujudkan satu rang undang-undang supaya badan itu boleh mengawal selia tatatertib. Akan tetapi, proviso ini tidak adapun kata tubuhkan satu commission baharu, Tuan Yang di-Pertua. Ini berlainan. Menguatkan undang-undang, itu satu. Hendak menubuhkan satu lagi commission to overcome the commission yang sedia ada di bawah Perlembagaan, itu lain cerita. Jadi, maknanya kes ini never considered penubuhan suruhanjaya yang lain.
Begitu juga opinion yang dibuat oleh Tun Suffian. Saya cukup kenal dengan Tun Suffian. Tun Suffian juga tidak melihat bahawa tujuan kerajaan hendak bina satu lagi commission yang mengambil alih tugas commission yang lama itu, lock, stock, and barrel. Dengan sendirinya, autoriti sebagaimana yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Cameron Highlands tadi, the right to hire is also the authority to fire. Akan tetapi, di sini lain. One commission yang hire, lain jawatankuasa yang hanya boleh fire.
Akan tetapi, di dalam Perlembagaan― baca. Saya tidak ada buku Perlembagaan di sini tetapi saya masih ingat buku Perlembagaan itu kata. Buku Perlembagaan kata, membuat satu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen ini, Federal Law, buat kawal seliaan kepada disiplin polis tetapi undang-undang itu submitting kepada commission yang wujud di bawah Perlembagaan, bukan menubuhkan commission baharu. Jadi, kena lihat, this a fine line between establishing another commission and the existing commission di bawah Perlembagaan Malaysia, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, kita kena lihat benda ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ya.
Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Jadi, itulah sebabnya pada satu ketika dahulu bila polis membantah, inilah salah satu daripadanya.
Proviso itu, interpretasi kerajaan ini salah.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Santubong. Masa sudah tamat.
Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Sekarang ini saya tidak boleh kata kerajaan yang salah atau saya punya yang salah ataupun polis yang salah. Pergi ke mahkamah, refer kepada Select Committee sebagaimana Tuan Yang di- Pertua kata tadi, refer Select Committee , minta Select Committee itu bawa kes itu ke mahkamah, referral. Let mahkamah decide, boleh tidak kita tubuhkan satu commission baharu, take over the whole lock, stock, and barrel discipline authority daripada IGP dan daripada suruhanjaya di bawah Artikel 140 Perlembagaan Malaysia. Kalau mahkamah, Federal Court akhirnya mengatakan boleh tubuh banyak commission sedemikian itu, kita terimalah.
Akan tetapi― bukan terima undang-undang, Tuan Yang di-Pertua. Terima undang- undang itu satu. Terima undang-undang itu kalau you hendak laksana IPCMC, kena laksana semua the betterment of the police, sebagaimana yang dilaporkan oleh commission pada tahun 2005 itu. Kena laksanakan itu dahulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila menggulung. Sebenarnya masa sudah tamat lama.
Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Saya baru tengah-tengah, mana boleh gulung ini. Jadi, saya― oleh sebab masa itu 10 minit, saya akur dengan Tuan Yang di-Pertua, saya berhenti dekat sini. Gulung masa lain. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Santubong di atas kerjasama yang diberikan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Lembah Pantai, selepas itu Yang Berhormat Kubang Kerian. Sila.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya berdiri untuk membahaskan rang undang-undang yang berada di hadapan kita pada hari ini. Saya cukup berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan juga penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan laluan ataupun, dengan izin, pathway kita selepas ini. Ini kerana, bagi saya, ini adalah satu peluang yang cukup baik untuk kita menambah baik proses perbincangan, dengan izin, deliberation bagi mana-mana satu rang undang-undang yang dibawa ke Dewan yang mulia ini.
Mungkin tanggapan daripada sesetengah sahabat, rakan-rakan di kedua-dua belah, ini mungkin satu perkara ataupun satu kejadian yang belum pernah kita lalui tetapi, insya- Allah, akan menjadi satu kebiasaan kalau tidak kelaziman di masa hadapan di mana sesebuah rang undang-undang itu, sebelum kita bahas di mana Dewan duduk sebagai jawatankuasa, bersidang sebagai jawatankuasa, maka kita rujukkan kepada satu Jawatankuasa Pilihan Khas.
Saya terkesan juga dengan yang dibangkitkan oleh sahabat saya Yang Berhormat Kuala Krau dan juga Yang Berhormat Santubong berkenaan dengan beberapa badan-badan polis yang mungkin tanggapannya sama ada suara mereka belum didengar ataupun pandangan mereka belum kita catat. Harapan saya bila rang undang-undang ini dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas, maka kita jemput bukan sahaja Ahli-ahli Parlimen dan kita kumpulkan dapatan daripada perbahasan kita pada hari ini, tetapi kita jemput juga badan- badan yang mungkin sama ada belum lagi dipanggil untuk kita ketahui dan kita kenal pasti sebenarnya apa isu dan masalah yang mereka hadapi.
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat, memang Polis Diraja Malaysia sebagai sebuah institusi yang telah wujud selama 212 tahun pada tahun ini dan mempunyai anggota lebih 150,000 orang adalah satu institusi yang cukup penting. Bukan sahaja dari segi keselamatan negara, tetapi juga dari segi kedaulatan negara itu sendiri. Kalau kita lihat baru-baru ini― tadi disentuh ya oleh Yang Berhormat Santubong yang menyebut tentang Ketua Polis Negara. Saya rasa mungkin itu satu komen yang sedikit kurang wajar untuk kita lemparkan terhadap Tan Sri IGP. Bagi saya, seeloknya kita lihat secara keseluruhan dan bukan cuba untuk memecahbelahkan polis dengan cara satu antagonisme seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Santubong, tetapi kita lihat secara keseluruhan.
Saya berterima kasih kepada pihak polis yang telah banyak membantu. Contohnya baru-baru ini, kita dapat tahu satu tangkapan besar yang dibuat untuk mengekang edaran
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
dadah sebanyak setengah bilion ringgit pada 20 Ogos yang lalu. Laporannya, setengah bilion ringgit dadah yang telah dirampas oleh pihak narkotik.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Akan tetapi pada masa yang sama sehari sebelum itu, Ketua Polis Negara dalam satu sidang media ada menyebut tentang Ops Blue Devil yang mana telah membangkitkan seramai 100 orang anggota polis telah didapati positif untuk dadah. Jadi, ini ialah satu realiti yang di hadapan kita. Ini adalah satu realiti di mana badan penguat kuasa yang ditugaskan untuk mengekang jenayah, untuk menangkap penjenayah dan untuk menahan daripada gejala-gejala ini melebar ataupun tersebar luas dalam masyarakat.
Terdapat juga, bukan semua, kalau kita lihat daripada 150,000 anggota, mungkin 100 yang terlibat dalam perkara ini. Akan tetapi dek ‘nila setitik, maka rosak susu sebelanga’.
Saya berpandangan sekiranya kita dapat lakukan dengan baik, kalau kita dapat bahas dengan cermat dan kita lihat secara keseluruhan, memang dari segi keperluan ada keperluannya. Akan tetapi mungkin isi kandungannya perlu kita teliti dengan lebih lanjut.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sebut ya, sebagai Ahli Parlimen yang mana kawasan Bukit Aman itu adalah dalam kawasan saya. Maka, itulah antara sebabnya saya berdiri di sini. Baru-baru ini saya telah melawat Kuarters Bukit Aman. Tadi disebut tentang kuarters di Jalan Damai. Kuarters di Bukit Aman yang telah disiapkan pada tahun 1978. Bila saya pergi melawat baru-baru ini, saya difahamkan saya adalah wakil rakyat pertama yang menjejak kaki ke dalam Kuarters Bukit Aman itu.
[Tepuk] .
Bila masa saya turun ke situ, memang saya lihat rakan-rakan, sahabat-sahabat dan Ahli-ahli Yang Berhormat, memang benar apa yang disebut. Mungkin selama ini ada beberapa perkara yang terlepas pandang. Ada beberapa kemudahan dan infrastruktur yang sepatutnya ditambah baik dan saya percaya tidak terlambat. Tidak terlambat. Maka, itulah sebabnya saranan saya kepada pihak kerajaan pada ketika kita membahaskan rang undang- undang ini yang ada kesan yang cukup besar bagi moral anggota polis.
Kita perlu fikirkan dengan lebih mendalam apakah aspek-aspek kebajikan dan juga aspek-aspek penambahbaikan yang boleh kita ajukan dan kita usahakan. Harapan saya dalam Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini akan ada beberapa perkara yang boleh kita bawa kepada anggota polis untuk menunjukkan betapa kita hargai jasa dan bakti mereka kepada nusa dan bangsa.
Saya sentuh tadi tentang Kuarters Bukit Aman. Saya lihat dari segi infrastruktur memang saya kena sebut. Oleh kerana pada ketika kita menyebut tentang isu disiplin tetapi persoalan dasar yang boleh kita tanya, adakah suasana itu, ekosistem itu yang sebenarnya memungkinkan beberapa perkara pelanggaran disiplin itu berlaku? Tadi disebut tentang kertas-kertas siasatan yang kadang-kadang kita lihat bila kita bersama-sama dengan investigation officer (IO), dengan izin, memang longgokannya kadang-kadang memang keadaannya boleh ditambah baik.
Saya bertanya dalam era kita mempunyai Industrial Revolution 4.0, bukankah kita boleh membelanjakan sedikit untuk menambah baik infrastruktur yang ada supaya tidak lagi mereka perlu— mungkin walaupun sekarang sudah ada computerized system, sistem berkomputer tetapi mungkin ada cara-cara lain. Sebagai contoh, bila saya ditanya, bila saya pergi berjumpa pegawai penyiasat, kadang-kadang saya ulang perkara yang sama. Siapa saya, ahli keluarga saya, latar belakang saya. Mungkin boleh kita lihat bagaimana kita boleh tambah baik sistem supaya tidak berlaku redundancy. Itu cadangan saya.
Selain daripada itu, dari segi kebajikan. Tuan Yang di-Pertua, kalau saya lihat di kawasan saya ya, sebagai contoh. Memang pada beberapa sesi Parlimen yang lalu berlaku satu kejadian, di mana berlaku kematian anggota yang berkhidmat. Saya lihat untuk memastikan...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Sila.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Terima kasih Yang Berhormat.
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat yang begitu prihatin tentang keluarga dan kebajikan anggota polis. Sebenarnya, IPCMC ini telah pun dibentangkan dalam Parlimen pada Penggal ke-12. Waktu tersebut Yang Berhormat Menteri pun ada. Jadi, setelah kita berbincang begitu panjang, kita dapati ianya tidak relevan dan kita tolak habis-habis.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Kenapakah kita perkenalkan semula? Oleh kerana kita dapati IPCMC ini adalah tidak adil dan tidak relevan. Oleh kerana apa juga salah laku daripada pegawai polis dan anggota polis, tertakluk kepada banyak suruhanjaya ataupun agensi-agensi penguatkuasaan. Kita patutnya berikan perhatian kepada kebajikan mereka. Oleh kerana Yang Berhormat ada sebut tadi, moral mereka mesti dijaga sentiasa. Oleh kerana kalau tidak nanti, anggota polis tidak akan menjalankan kerja mereka seperti yang kita harapkan. Apatah lagi nanti kita hendak harapkan orang lain muda-muda ini hendak polis. Jadi, tidak mahu masuk polis lagi. Jadi, bagaimanakah sebenarnya keadaan polis pada masa akan datang?
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih sahabat saya daripada Yang Berhormat Jasin. Saya prihatin tentang perkara ini dan bagi saya, Tuan Yang di-Pertua, masa pun tidak banyak. Akan tetapi isunya memang jelas. Kita tidak mahu dengan rang undang-undang ini, dengan tertubuhnya sebuah suruhanjaya, memangsakan mana-mana pihak. Jadi, itulah sebabnya saya rasa ruang yang paling baik ya, di mana...
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Yang Berhormat Lembah Pantai. Sini. Sini.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Sila.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Ini pasal infrastruktur yang tadi Yang Berhormat Lembah Pantai sebut. Baru pagi ini, saya pergi Balai Polis Kepong. Tangki pecah dan bumbung bocor. Saya rasa ini bukan sahaja berlaku di Balai Polis Kepong, ia berlaku di semua balai seluruh Malaysia. Sama ada tangki pecah ke, pintu tandas rosak kah, bumbung bocor. Apa pendapat Yang Berhormat Lembah Pantai?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Saya setuju. Tadi saya sebutkan tentang Kuarters Bukit Aman ya. Memang ada anggota yang berhubung dengan saya menyatakan bahawa semua lif di situ rosak. Saya ingat pada satu program perarakan panji-panji sewaktu Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, saya terserempak dengan Tan Sri Ketua Polis Negara. Saya menyampaikan perkara itu kepada beliau dan petang itu beliau sendiri telah turun untuk melihat. Jadi, sebab itulah saya kata jangan kita serang peribadi Tan Sri Ketua Polis Negara tetapi Yang Berhormat Kepong sebutkan itu saya amat setuju.
Sebenarnya, kalau boleh yang kita usahakan dalam belanjawan yang akan datang ini, kita perlu tambahkan lagi lebih banyak dana yang kita sediakan. Akan tetapi pastikan dana itu tidak di seleweng. Saya kadang-kadang terkesan bila saya hendak sampaikan, contohnya sumbangan daripada kawan-kawan ataupun daripada pihak saya sendiri. Akan tetapi masih ada masalah dari segi kos untuk kita pastikan kos itu tidak keterlaluan untuk kita baiki.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, masa pun telah tamat. Harapan saya adalah kita dapat berbincang pada petang ini dengan baik dan melaksanakan satu reformasi dengan membawa rang undang-undang ini kepada satu Jawatankuasa Pilihan Khas. Dari situ harapan kita, sahabat-sahabat, termasuklah Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat Santubong dan ramai lagi akan dapat membawa semula kepada Dewan ini untuk pertimbangan kita. Sebuah rang undang-undang yang lebih baik dan lebih adil dan akan memulangkan moral kepada Polis Diraja Malaysia dan kepada rakyat Malaysia. Insya-Allah. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kubang Kerian, selepas itu Yang Berhormat Tanah Merah. Sila.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
*Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan selamat petang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian. Isu besar yang di hadapan kita sekarang ini ialah membahas isu Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis. Saya fikir bahawa yang penting bukan suruhanjaya tetapi bagaimana untuk mengurangkan salah laku polis supaya tidak perlu ada suruhanjaya. Kalau kita boleh atasi masalah salah laku polis, maka tidak perlu kita bincang adanya suruhanjaya.
Jadi, kita beri fokus kepada bagaimana untuk atasi salah laku tersebut supaya ianya menjadi penyelesaian menyeluruh, bukan hanya bersifat sementara bagi mengatasi suatu
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
isu yang berlaku. Kedua, minta maaf untuk saya sebut bahawa di antara tujuan dibawa ini juga disebut dalam pembentangan tadi, kerana menunaikan janji manifesto. Saya fikir banyak lagi janji-janji lebih penting untuk ditunaikan kepada rakyat lah, berbanding janji soal kebajikan dan sebagainya.
Seterusnya, saya tengok dalam- kita dah ada berapa agensi bagi mengatasi ini.
Sebagai contoh ya, kalau anggota tentera, kita ada beberapa badan bagi membaiki kebajikan ahli dan sebagainya, termasuk juga kor agama. Saya cadangkan bahawa kor agama polis ini diserapkan sebagai anggota tetap bagi pasukan polis supaya ia boleh berperanan dalam membina moral dan membaiki supaya salah laku itu dapat dikurangkan dan kita boleh atasi perkara-perkara yang kita bimbang.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Di samping itu, soal kebajikan. Saya setuju bahawa sebenarnya yang lebih urgent bagi pihak polis ialah soal kebajikan sama ada kebajikan anggota ataupun kuarters polis.
Saya melawat hampir semua balai polis di Kubang Kerian. Bayangkan ada berpuluh tahun sudah air-cond rosak tidak boleh dibaiki. Sehinggakan anggota tidak memakai uniform.
Sebab apa? kerana panas tidak sesuai tempat bekerja.
Saya fikir lebih baik bahawa kita beri keutamaan selesaikan masalah supaya kadang-kadang salah laku ini dia lahir daripada pelbagai masalah lain. Mungkin bukan sahaja masalah gaji, soal kebajikan tetapi juga termasuk tempat kemudahan bekerja, suasana bekerja. Kerja penat sebenarnya tidak apa kalau kita dapat wujudkan suasana kerja yang seronok. Oleh sebab itu, kita selesaikan masalah salah laku ini supaya tidak timbul kita hendak bincang soal perlunya di tubuh suruhanjaya bagi menyiasat.
Ketiga ialah beberapa agensi yang sedia ada sebagai contoh kita sudah ada SPP apakah fungsi SPP ini gagal? Kalau kita kata gagal, kita harus kemukakan apakah data yang cukup membuktikan bahawa SPP ini gagal. Saya fikir untuk menambahkan peranan dan fungsi SPP ataupun Suruhanjaya Pasukan Polis ini kita boleh tambahkan bidang kuasa dia supaya dia lebih berperanan dalam mengatasi masalah-masalah berlaku di kalangan anggota.
Terus terang saya sebut bila kita bahaskan untuk menyokong meluluskan IPCMC ini dia telah menimbulkan suatu rasa moral di kalangan anggota sangat tertekan. Apakah teruk sangat anggota polis sehingga perlu tubuh satu suruhanjaya khas. Bagaimana agensi lain dan saya fikir dalam pengalaman menteri yang turun bertemu beberapa pihak tengok anggota polis dan dengar berapa rungutan mereka ini sepatutnya saya fikir bahawa saya tidak jangka suruhanjaya kertas ini di bawa ke Parlimen dalam keadaan yang sebegitu segera.
Sebab, hampir semua pertemuan-pertemuan itu mendapat bantahan terutama dengan anggota polis dan mereka yang terlibat dalam anggota penguat kuasa. Yakni yang lebih malang lagi kalau kita lihat dalam cadangan jawatankuasa ini yang kita bimbang ialah soal bidang kuasa.
Dalam pelantikan Jawatankuasa ini bidang kuasa suruhanjaya diperincikan dalam Perkara 51(2) terlalu luas. Bukan hanya sekadar mengesyorkan langkah-langkah penggalakan integriti dan penghapusan salah laku tetapi juga merangkumi aspek pengauditan, pengoperasian, pemprosesan maklumat dan siasatan. Bahkan, suruhanjaya tidak membenarkan pelantikan anggota di kalangan bekas anggota polis atau anggota perkhidmatan awam yang lain. Maknanya anggota dia suruhanjaya ini bukan bekas anggota polis kerana hendak siasat polis mungkin ada rasional di situ. Akan tetapi, tidak memasukkan semua bekas anggota perkhidmatan awam saya fikir ini sangat pelik sebab siapa yang akan kita lantik?
Kedua, dalam siasatan dia mendedahkan kepada maklumat sulit negara bila suruhanjaya ini memanggil orang yang dituduh tentu ada beberapa maklumat-maklumat yang menjadi maklumat sulit tetapi dia terpaksa anggota yang dihadapkan oleh jawatankuasa terpaksa cerita. Ini menyebabkan soal keselamatan rahsia negara akan terlepas kepada tangan yang tidak sepatutnya. Saya fikir ini juga kita— oleh sebab kita mencadangkan beberapa pandangan-pandangan pada sesi petang ini, saya fikir ini juga perlu dilihat sejauh mana kerahsiaan negara itu dapat kita jaga supaya mereka yang terlibat dalam jawatankuasa menjadi anggota suruhanjaya ini benar-benar mereka yang dapat memelihara soal kedaulatan dan kerahsiaan negara.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Di samping itu, ada juga beberapa perkara yang sering kali ditimbulkan dalam perbahasan ialah supaya kita lebih berlaku adil kepada setiap anggota ruang mereka yang dituduh ataupun disabit supaya dia ada ruang untuk buat rayuan sama ada di peringkat mana- mana peringkat sekali pun yang pentingnya peluang kedua perlu diberi bagi dia menjelaskan ataupun membela diri dia.
Saya lihat di antara aspek-aspek besar yang juga perlu diberi perhatian ialah tentang bilangan anggota polis yang tidak sepadan dengan jumlah penduduk yang dia awasi atau dijaga. Kita akui bahawa kalau satu kawasan yang terluas dan keadaan anggota yang sangat terhad bebanan tugas yang besar bahkan kenderaan yang diberi kepada anggota polis pun memang sangat tidak sesuai berbanding tempat lain kalau kita lihat. Jadi, aspek-aspek ini perlu diambil kira sebab suasana kerja dan tension dengan kerja itu dia akan menimbulkan pelbagai masalah salah laku. Ini bukan soal rasuah sahaja tetapi termasuklah hubungan sama-sama anggota.
Jadi, oleh sebab itu saya mencadangkan supaya aspek-aspek ini diberi perhatian supaya apa yang kita hasratkan daripada rang undang-undang ini dapat dicapai dan saya mencadangkan dan saya setuju dengan Yang Berhormat Cameron Highlands bahawa akta ini tidak di bawa ataupun tidak disokong. Lebih baik kita cari jalan mengatasi salah laku anggota polis berbanding kita tubuh suruhanjaya untuk menyiasat salah laku kerana sudah ada badan-badan yang di dalam jawatankuasa tersebut yang boleh yang kita yakin boleh menjalankan fungsi dan tugas dengan cemerlang.
Aspek yang akhir yang saya ingin sentuh ialah soal kebertanggungjawaban.
Manusia ini dia ada dua elemen satu roh satu jasad. Memberi fokus kepada soal disiplin fizikal sahaja sebenarnya tidak mencukupi kerana itu kalau kita lihat dalam Islam aspek spiritual ini juga perlu diperkasakan. Ini kerana nilai-nilai spiritual ini dia lebih kuat bentang kalau kita berjaya membina.
Soal tanggungjawab bukan hanya habis dengan undang-undang yang ada. Sebab ada orang kadang-kadang boleh lari dengan kelemahan undang-undang yang ada. Maka kerana itu kita perlu memperkasakan kedua-dua elemen dalam soal mungkin kurikulum ataupun latihan kepada anggota polis. Memberi penekanan soal membina spiritual manusia.
Kalau kita lihat dalam beberapa buah Hadis Nabi SAW pun baginda menekankan soal tersebut. Soal [Membaca sepotong Hadis] “setiap manusia adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya oleh Allah SWT tentang apa yang dipikulkan di amanahkan kepadanya.” Mungkin dia lepas daripada undang-undang manusia di dunia tetapi dia perlu rasa takut dengan pengawasan Allah di hari akhirat. Sebab semua manusia akan menuju kematiannya. Nilai-nilai inilah akan menjadi asas melahirkan manusia yang berintegriti bukan hanya soal disiplin kadang-kadang kita lihat ada orang yang bagus di tempat kerja tetapi tidak bagus dengan keluarga dengan rakan sekerja.
Maka kerana itu aspek-aspek ini menjadi aspek keutamaan juga bagi kita mengatasi dan saya ingin membalik fokus kepada asas bagi yang saya sebut poin besar ialah bagaimana kalau kita cari jalan untuk atasi salah laku supaya kita tidak habis belanja untuk wujudkan satu badan menyiasat orang yang salah laku tersebut. Walaupun kita akui salah laku akan ada di mana-mana tetapi kita turun sampai had minimum kenapa tidak ada agensi yang lain kita tubuh suruhanjaya? badan penguatkuasaan lain? Jadi, saya fikir kita perlu fokus kepada perkara tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, itu adalah pandangan saya. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tanah Merah, 10 minit. Silakan.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Terima kasih. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasihlah di atas peluang yang diberi untuk saya sama-sama terlibat dengan rakan-rakan dalam membahaskan rang undang-undang ini.
Pada pandangan saya, bagi mencapai misi menjadikan Polis Diraja Malaysia bertaraf kepolisian antarabangsa. Sebagai sebuah penguat kuasa terbesar di negara ini. kita semua maklum bahawa PDRM adalah sebuah institusi yang cukup rapat dengan masyarakat
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
berbanding dengan agensi penguatkuasaan lain, PDRM mempunyai hubungan secara langsung dengan rakyat. Oleh itu, sudah pastilah integriti dan keupayaan pasukan tersebut akan sentiasa dipelihara ditingkatkan dan diperkukuhkan.
Tuan Yang di-Pertua, sejak tahun 2005 lagi apabila cadangan penubuhan IPCMC diadakan kita sudah mendengar pelbagai pandangan mengenai suruhanjaya ini. tanggapan yang paling popular ialah apakah penubuhan ini bertujuan untuk mencari salah polis sahaja sedangkan dalam soal tatatertib terdapat banyak lagi penguat kuasa yang sebelum ini seperti juga PDRM juga dipantau oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan ataupun EAIC.
Kini PDRM akan mempunyai pihak berkuasa tatatertib berasingan selain Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman. Persoalannya, bagaimana dengan agensi penguat kuasa lain? bagaimana pula dengan agensi-agensi ataupun jabatan-jabatan lain yang diberi kuasa berkaitan keselamatan negara?
Sebagai contoh baru-baru ini kita didedahkan bagaimana wujud penjualan MyKad kepada warga asing. Ini adalah satu soal serius yang melibatkan soal keselamatan negara.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Begitu juga kepentingan integriti agensi-agensi penguat kuasa lain selain PDRM.
Oleh itu, saya ingin menggesa supaya kerajaan memastikan sementara integriti PDRM akan dipantau oleh IPCMC, usaha pemantauan terhadap agensi-agensi penguat kuasa lain juga harus dipertingkatkan. Janganlah tumpuan hanya diberikan kepada PDRM sahaja, sedangkan kemelut integriti melibatkan agensi lain terus parah dari semasa ke semasa. Perlu difahami, semua agensi penguat kuasa tersebut secara keseluruhannya melibatkan soal keselamatan negara walaupun mereka tidak terlibat secara langsung menangani keselamatan rakyat seperti polis.
Contohnya Jabatan Imigresen, pegawai dan anggota mereka bertanggungjawab soal keluar masuk warganegara asing ke negara ini dan mereka juga menandatangani satu lagi dokumen penting iaitu pasport. Oleh itu, integriti mereka juga perlu berada pada tahap maksimum seperti PDRM. Begitu juga Jabatan Kastam, baru-baru ini kita membaca kenyataan Ketua Pengarah jabatan itu yang menegaskan negara kerugian hampir kerugian akibat ketirisan hasil sehingga RM8 bilion yang berlaku akibat amalan rasuah.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Kuala Terengganu.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Boleh saya habis? Saya bagi laluan pada Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Tanah Merah kerana menjiwai perasaan Menteri Besar. Di dalam laman web rasmi Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri menyenaraikan lima agensi penguatkuasaan yang utama iaitu Polis Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan juga SPRM. Tidakkah apabila suruhanjaya IPCMC memfokuskan kepada salah laku polis semata-mata, seolah-olah meletakkan seluruh jabatan polis ini, PDRM di kandang yang salah dan boleh menjatuhkan maruah anggota? Terima kasih.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu, saya setuju. Saya rasa terima kasih, memang sebab itu saya kata bukan PDRM sahaja, agensi-agensi lain perlu juga kita bagi perhatian.
Jadi, saya hendak sambung balik. Okey, integriti tadi saya sudah sebut bagaimana kastam ketirisan sampai RM8 bilion. Okey, integriti agensi kawalan sempadan Malaysia juga perlu ditingkatkan. Ini kerana sehingga hari ini, kita masih belum mampu menangani masalah kebocoran di sempadan hingga menyebabkan negara kerugian berbilion ringgit. Saya memahami seperti mana yang dijelaskan oleh kerajaan, penubuhan IPCMC bukanlah bertujuan mencari salah polis, apatah lagi menganiaya pegawai dan anggota PDRM.
Akan tetapi, ia bagi memastikan integriti pasukan itu dipertingkatkan, manakala keyakinan orang ramai menjadi meningkat. Akan tetapi sementara kita mengekalkan soal integriti, kita juga harus memastikan kebajikan pegawai dan anggota PDRM terbela. Kita mahu mereka melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan melalui tahap integriti yang tinggi seperti soal kebajikan mereka tidak diabaikan seperti yang dibangkitkan oleh rakan- rakan pembahas yang lain.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****] Berdasarkan makluman balas yang saya terima daripada sahabat-sahabat PDRM, terdapat beberapa perkara berkaitan kebajikan pegawai dan anggota PDRM yang perlu diberi keutamaan atau dipertimbangkan oleh kerajaan. Oleh itu, di Dewan yang mulia ini saya hendak bagi tiga cadangan untuk dipertimbangkan oleh kerajaan bagi memastikan kebajikan pegawai dan anggota PDRM terbela.
Pertama, kerajaan perlu mengkaji semula gaji dan elaun warga PDRM supaya ia setimpal dengan tanggungjawab yang mereka pikul. Skim gaji yang ada sekarang dilihat tidak berbaloi dan ia jauh berbeza dengan negara jiran termasuklah Singapura. Isu gaji ini sangat penting kerana ia menjadi pencetus inspirasi dan meningkatkan moral warga PDRM untuk bertugas dengan penuh dedikasi dan paling penting, mengelakkan mereka terlibat dengan gejala rasuah.
Pada masa sama juga, saya menggesa memastikan tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh warga PDRM, contohnya tuntutan perpindahan tidak terlalu lama untuk diselesaikan. Ini kerana ada warga PDRM mengeluh mengenai perkara ini. Satu masalah yang sudah berlanjutan sekian lama. Antara tuntutan contohnya, perpindahan tidak dibayar walaupun sudah lima bulan seseorang pegawai anggota berpindah, masih tidak terbayar. Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlanjutan kerana ia akan menjatuhkan moral anggota PDRM.
Cadangan kedua dalam menghadapi kos sara hidup semakin meningkat, termasuklah barang-barang keperluan, saya ingin menggesa kerajaan mengendalikan atau memperkenalkan semula pemberian privilege card dengan izin, kepada warga PDRM.
Melalui kad ini, mereka boleh membeli barang-barang keperluan dengan harga berpatutan dan dengan diskaun istimewa seperti pegawai dan anggota tentera Malaysia yang menikmati melalui Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA).
Sepatutnya sebagai agensi penguat kuasa terbesar, warga PDRM seharusnya diberikan keistimewaan seperti itu yang sekali gus akan menggalakkan lebih ramai rakyat negara ini menyertai PDRM termasuklah dalam kalangan bukan Melayu. Menyentuh soal kebajikan juga, saya mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan skim pembelian rumah khas untuk warga PDRM. Maksudnya, setiap warga PDRM diberi diskaun untuk membeli rumah dengan harga yang berpatutan. Langkah itu sudah pasti akan mampu membantu mereka untuk memiliki rumah sendiri sebagai persediaan apabila bersara kelak.
Tuan Yang di-Pertua, ketiga, saya ingin mencadangkan supaya proses temu duga melibatkan kenaikan Lans Koperal hingga Sub Inspektor dan Inspektor hingga Deputy Superintendent dikaji semula. Ia memandangkan terdapat rungutan dalam kalangan pegawai dan anggota PDRM. Sesi temu duga sering menjejaskan peluang mereka untuk kenaikan pangkat biarpun sudah berkhidmat dengan cemerlang berpuluh-puluh tahun. Ada di antara mereka yang cemerlang dalam bertugas, tetapi gagal dalam temu duga berikutan dilihat tidak pandai bercakap atau mengendalikan komputer.
Kita perlu adil, kalau pegawai anggota itu sudah memasuki kategori orang tua, maaf, ataupun berumur, sudah tentulah perkara berkaitan teknologi ini agak sukar bagi mereka.
Paling malang, disebabkan halangan-halangan seumpama ini, ada antara mereka yang sudah berkali-kali menghadiri temu duga tetapi gagal naik pangkat. Ini sudah tentu lah akan menjatuhkan moral dan semangat mereka untuk memberi khidmat terbaik kepada pasukan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menggulung perbahasan ini dengan meminta dan menggesa kerajaan untuk memastikan apa jua tindakan IPCMC ini ke atas mana-mana pegawai atau anggota PDRM dilakukan secara berhati-hati. Jangan lah kerana satu kesalahan yang dilakukan oleh mereka, ia memadamkan keseluruhan rekod cemerlang seseorang pegawai dan anggota PDRM. Sesuatu tindakan perlu diperhalusi dengan sebaik- baiknya. Sudah pasti sebagai manusia, warga PDRM tidak akan terlepas melakukan kesilapan ataupun kesalahan. Akan tetapi janganlah sampai kerana satu kesalahan, mereka dihukum hingga melenyapkan segala pengorbanan cemerlang mereka kepada bangsa, agama dan negara ini sebelum ini.
Selain itu, saya juga berharap IPCMC benar-benar akan menjadi sebuah badan bebas yang tidak dipengaruhi oleh sesiapa dalam melakukan tindakan. Sebelum ini, kita sudah dengar ada pihak-pihak tidak senang dengan PDRM. Oleh itu, jangan-lah sampai
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
IPCMC menjadi alat dan platform untuk melaksanakan agenda mana-mana pihak. Saya yakin, jika IPCMC melaksanakan tanggungjawab secara telus dan meletakkan keadilan pada tempatnya, insya-Allah kita akan pasti akan mendapat integriti dan memperjuangkan nasib warga PDRM dengan jayanya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanah Merah. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pengerang.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pertama sekali saya ingin menyatakan kepada pihak kerajaan Yang Berhormat Menteri, kerana keputusan daripada kerajaan untuk meletakkan rang undang-undang ini di bawah Parliamentary Select Committee bagi saya satu pendekatan yang baik. Ini dapat dilihat sebagai pendekatan yang mengakui bahawa rang undang-undang ini agak premature dan perlu lebih banyak rundingan dengan semua pihak. Saya harap dalam jawatankuasa Select Committee dalam law reform boleh dibincangkan dengan lebih mendalam cadangan- cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat-yang Berhormat sekalian.
Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya agak kagum tajuk kepada IPCMC ini di dalam bahasa Malaysia adalah Suruhanjaya Bebas. Kalau kita tengok di dalam akta ini, pelantikan sebagai contoh fasal 6, pelantikan adalah atas nasihat Perdana Menteri. Terdapat beberapa fasal di sini yang mana Perdana Menteri menasihati Yang di-Pertuan Agong, yang mana bagi saya tidak melambangkan kebebasan sepenuhnya suruhanjaya ini. Itu sebabnya saya mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya perkataan, ‘nasihat Perdana Menteri’ ini dikeluarkan dan kalau ia menjadi satu kenyataan, undang-undang ini adalah satu rang undang-undang yang begitu bebas. Pelantikan tidak melalui Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tetapi pelantikan dibawa ke Parlimen di bawah Select Committee.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Keduanya, saya ingin menimbulkan perkara yang kalau kita lihat kepada rang undang-undang ini, dalam beberapa perbahasan yang disebut oleh sahabat-sahabat, saya ingin menyatakan tentang apa yang disebut dalam kuasa suruhanjaya. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tengok di fasal 5(2), “Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen(1), suruhanjaya boleh...” Yang Berhormat-Yang Berhormat ada menyebutkan bahawa kononnya kuasa suruhanjaya ini akan dapat membantu rakyat, di mana suruhanjaya mempunyai kuasa untuk boleh menasihati, membantu kerajaan. Jadi di sini saya ingin menyatakan bahawa tidak logik kerana perkataan yang diletakkan adalah “boleh” ataupun boleh dilihat sebagai dalam bahasa Inggeris, dengan izin, “may” dan bukan “shall”. Kalau “shall” itu boleh dilihat sebagai satu tanggungjawab bernas oleh suruhanjaya iaitu suruhanjaya bertanggungjawab untuk menasihati. Akan tetapi kalau di sini dalam fasal 5, hanya “boleh”, bererti kerajaan boleh menolak ataupun menerima cadangan daripada suruhanjaya.
Seterusnya saya hendak sebut tentang anggota suruhanjaya dalam fasal 2. Kita lihat bahawa seperti yang disebut oleh Yang Berhormat sekalian, anggota polis sama ada sedang ataupun pernah menjadi anggota polis dan juga mereka di bawah anggota perkhidmatan awam, tidak boleh memegang jawatan ataupun dilantik di dalam suruhanjaya ini. Jadi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua, adakah tidak- sama ada status Ketua Polis Negara sebagai anggota Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) di bawah Perkara 140, Perlembagaan yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan di bawah Perlembagaan Persekutuan bagi tugas kawalan tatatertib terhakis sepenuhnya setelah IPCMC mengambil alih semua kuasa kawalan tatatertib daripada SPP?
Ini dibuktikan dengan fasal 6(2) yang saya sebut tadi iaitu suruhanjaya yang terdiri daripada individu yang bukannya polis ataupun bekas polis ataupun perkhidmatan awam.
Jadi, ini memberikan erti bahawa, IPCMC ini akan menjaga tatatertib, dan SPP di bawah Perlembagaan Persekutuan yang dilantik di bawah Perkara 140, tidak akan berfungsi dalam aspek tatatertib bagi anggota-anggota polis. Ini termasuk IGP. Jadi, IGP Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dan Ketua Setiausaha akan menjadi individu-individu di dalam SPP yang tidak bertaring.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Kemudiannya Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada beberapa isu Perlembagaan iaitu juga kalau kita lihat di dalam perkara ini yang disebut sama ada is it constitutional or not, dengan izin, untuk mengeluarkan bidang kuasa Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri di bawah SPP yang saya sebut tadi? Di mana kalau kita lihat IPMC ini, kalau diterima dalam bentuk sedemikian, kemungkinan boleh dicabar sebagai menentang kepada unconstitutional. Ini disebabkan Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tengok kepada bentuk peranan IPCMC ini, mereka menyatakan bahawa Perkara 140 membenarkan diwujudkan aspek tatatertib supaya boleh diwujudkan satu entiti yang berlainan.
Akan tetapi dalam perkara ini Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat kepada pembentukan yang disebut dalam IPCMC, agak tidak logik kalau fasal 6(2) bercakap bahawa dalam suruhanjaya tidak boleh orang, polis, ataupun bekas polis tetapi dalam fasal 13, sebagai contoh menyatakan bahawa 13(1), “Suruhanjaya boleh, mewakilkan fungsi dan kuasanya kepada- (c) mana-mana anggota polis”. Jadi, agak redundant lah iaitu fasal 13(1)(c) dengan fasal 6(2).
Jadi, agensi ini Tuan Yang di-Pertua, saya melihat seolah-olah mereka yang drafting rang undang-undang ini, agak keliru dalam definisi anggota suruhanjaya tidak boleh anggota polis, ataupun bekas polis ataupun pegawai awam tetapi dalam fasal 13, seolah-olah suruhanjaya boleh mewakilkan fungsi dan kuasanya di bawah “(c) mana-mana anggota pasukan polis”. Jadi, apa yang disebut tentang kebebasan hendak membezakan antara IPCMC dengan SPP kalau disebut dari segi individu yang memegang jawatan? Jadi, di sini saya melihat, adanya drafting flaws, dengan izin. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh mengkaji sedalam-dalamnya dan kalau kita tengok...
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Pengerang, saya minta.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Silakan.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Pengerang berkenaan dengan yang tidak boleh, yang berpencen daripada polis dan juga tidak boleh menjadi dalam IPCMC ataupun ahli lembaga ini, termasuk juga penjawat awam. Diambilnya orang-orang luar. Tidak adakah ini satu kerahsiaan pasukan keselamatan negara akan terbongkar? Ini kerana ada melibatkan orang-orang yang tidak faham yang menjadi ahli IPCMC ini dalam lembaganya untuk membincangkan perkara- perkara yang mereka tidak tahu langsung termasuk kerahsiaan, gengsterisme, terrorism yang dibincangkan dalam IPCMC ini maka, rahsia akan terbongkar. Apakah ini juga satu pencerobohan terhadap pasukan keselamatan negara? Minta penerangan.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima Kasih Yang Berhormat Pendang. Kalau kita lihat kepada fasal 6 Yang di-Pertuan Agong hendaklah atas nasihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melantik tidak lebih daripada 10 anggota. Disebutkan seramai sepuluh orang yang boleh dilantik tetapi mereka tidak mendefinisikan orang yang dilantik itu ialah orang yang good character, sebagai contoh. Tidak bankrap, sebagai contoh.
Tidak adanya kes polis, sebagai contoh. Benda ini tidak disenaraikan. Maknanya, sesiapa pun boleh dilantik dalam suruhanjaya. Maknanya, mereka yang dilantik kemungkinan tidak mempunyai pengalaman dalam elemen pentadbiran awam atau polis.
Jadi, secara tidak langsung kerana anggota suruhanjaya dalam fasal 6 akan melakukan ketidakadilan kepada pihak polis dan kemungkinan individu yang mempunyai niat jahat atau mala fide dilantik dalam suruhanjaya ini dan kononnya mereka hendak memantau dan menasihati. Akan tetapi yang hendak menasihati itu adalah individu yang sepatutnya berada dalam siasatan polis. Itu sebabnya manipulasi ini Tuan Yang di-Pertua dengan izin, perlu diperhatikan dengan begitu mendalam oleh kita sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat.
Kemudian sekarang ini, saya hendak sebut tentang skop salah laku. Kita tengok dalam definisi, luas. Cuba Tuan Yang di-Pertua baca ya fasal 22(1), “(a) apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang bertulis”. Ini kita tahulah undang-undang bertulis. Kemudian “(b) ketidakpatuhan kepada kaedah-kaedah dan tatacara operasi standard polis”. Mana kita hendak cari operasi standard polis ini Tuan Yang di-Pertua? Hendak cari di mana? Bukannya semua rakyat tahu apa itu operasi standard polis. Kemudian “(c) apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil yang tidak munasabah, tidak adil, menindas atau berdiskriminasi secara tidak wajar”.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Soalannya (c) Tuan Yang di-Pertua, soalannya dengan izin, dalam bahasa Inggeris, tidak munasabah pada siapa- unreasonable to whom? Kemudian tidak adil- unfair to whom? Kemudian menindas dan mendiskriminasikan. Siapa yang membuat kesimpulan ini? Ini adalah perkataan-perkataan yang diguna, yang begitu luas dan menurut prinsip undang- undang tersebut Tuan Yang di-Pertua, kalau yang dinyatakan adalah luas, akan wujudnya ketidakadilan yang akan berlaku dalam menginterpretasikan apa yang disebut sebagai skop salah laku.
Akhir sekali, saya hendak merujuk kepada apa yang disebut anggota polis seramai 150,000 lebih. Tuan Yang di-Pertua, cuba Tuan Yang di-Pertua bayangkan. Seramai sepuluh orang suruhanjaya yang tidak tahu kena mengena tentang fasal polis dan pangkat. Dari segi logik, SPP dipimpin oleh IGP, Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, KSU kementerian sebab mereka mempunyai kefahaman tentang tatacara kenaikan pangkat, kefahaman tatatertib pegawai polis dan kalau seramai sepuluh orang awam dilantik, yang tiada pengalaman, kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, IPCMC ini akan berlaku lebih kepada kezaliman daripada membantu.
Dengan itu, Yang Berhormat Pengerang menolak kepada IPCMC. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pengerang.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pasir Gudang, diikuti oleh Yang Berhormat Kota Bharu. Nanti saya sebut kemudian.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang saya membahaskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis 2019.
Perbahasan saya yang pertama, saya minta Yang Berhormat Menteri dan juga Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang akan mungkin merujuk perkara ini, untuk meneliti isu sama ada rang undang-undang yang hendak kita bentangkan ini, bila nanti lulus menjadi satu undang-undang, ia bercanggah dengan Perkara 140 subseksyen(1) Perlembagaan Persekutuan.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Ini perlu diteliti. Tidak ada gunanya kita meluluskan satu undang-undang yang baru kemudiannya akan dicabar di mahkamah sebagai tidak berperlembagaan. Jadi, ini perlu diteliti oleh Yang Berhormat Menteri undang-undang dan juga Select Committee sebab di dalam Perkara 140, subseksyen fasal 1 menyatakan bahawa salah satu bidang kuasa Police Force Commission atau Suruhanjaya Polis Diraja ialah exercise of disciplinary control over members of the police force. Maknanya Suruhanjaya Polis ini ada bidang kuasanya untuk menentukan soal disiplin dan perkara yang ingin hendak diluluskan oleh rang undang-undang ini ialah berkenaan salah laku polis. Jadi hal ini telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Cameron Highlands dan saya rasa ada meritnya supaya dikaji.
Perkara yang kedua Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang yang dibentangkan ini tidak muncul daripada vacuum, ada sebab asal usulnya. Pada 20 September 1998 di malam hari, di lokap nombor enam, di Balai Polis Bukit Aman, headquarters polis di Kuala Lumpur. Pada waktu, Timbalan Perdana Menteri yang baru dipecat telah dipukul, diserang oleh Ketua Polis Negara waktu itu, itu satu contoh.
Kedua, Ahli Parlimen yang bersidang hari ini perlu menyedari ramai rakyat kita keturunan India yang dituduh, belum lagi salah atau tidak salah dalam tahanan ramai yang mati dalam lokap, dalam tahanan. Ini fakta, bukan fitnah dan tohmahan daripada saya.
Antaranya saya boleh sebut nama seperti M. Kugan. Saya sebagai pengamal undang- undang pernah mengendalikan satu kes bagi pihak keluarga di mana anak mereka sihat tubuh badan, muda bernama Kalaiselvan dari Kulai Johor, mati dalam lokap polis. Jadi IPCMC ini ada sebabnya timbul, bukan sengaja hendak mencabar atau mempersoalkan integriti PDRM yang kita sanjung yang saya sebut pagi tadi telah berusia lebih 200 tahun.
Ketiga, ada relevannya kita berbincang, perhatikan dengan teliti rang undang- undang ini iaitu sampai sekarang ada beberapa orang rakyat Malaysia terang-terang diculik, hilang secara paksa. Saya sebut dua nama aktivis sosial bernama Amri Shaari, yang kedua
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
seorang paderi Kristian bernama Raymond Koh. Pihak SUHAKAM mendapati bahawa daripada siasatan, daripada pendengaran umum di bawah tribunal yang berwibawa, di bawah anggota polis daripada Special Branch terlibat dalam operasi rakyat kita hilang.
Kita sebagai Ahli Parlimen mesti menyedari kita tidak boleh membenarkan dalam sebuah negara Malaysia yang bebas, merdeka ini perkara-perkara seperti ini. Amri Shaari, paderi Raymond Koh ini sampai sekarang di mana mereka? Kita tidak boleh membenarkan lebih ramai lagi anak-anak kita suspek dan sebagainya seperti M, Kugan, seperti Kalaiselvan, ramai yang mati dalam tahanan. Kita tidak mahu lagi berlaku Timbalan Menteri, orang nombor dua dalam kerajaan dipukul oleh Ketua Polis Negara. Jadi sebab itu sekarang wujud rang undang-undang seperti ini.
Akan tetapi perlu diteliti, jangan terburu-buru. Kita jangan berdendam. Saya lebih 40 tahun sebagai aktivis politik pembangkang. Saya pernah di saman polis. Disiasat, ditangkap, dipenjarakan tetapi tidak ada dendam untuk membalas, tidak. Kita menghormati. Saya perlu beritahu datuk saya, ayah kepada ibu saya seorang pegawai polis di Muar, Johor mati sewaktu bertugas, diserang penjenayah dari belakang, ditetak dengan parang. Datuk saya seorang pegawai polis.
Jadi kita perlu berhati-hati. Kita perlu menjaga keseimbangan satu badan, agensi yang bermaruah yang menjaga keamanan negara kita ini jangan dimalukan, jangan diaibkan sesuka hati kerana kita marah, kita dendam tidak boleh. Akan tetapi dalam masa yang sama, kalau kita hendak menjaga supaya PDRM ini berwibawa, tidak ada salah laku kita mesti pastikan undang-undang yang kita akan luluskan ini tidak bercanggah dengan Perlembagaan.
Yang Berhormat Menteri, tolong teliti dalam Perlembagaan ini. Saya tidak jumpa.
Puas saya cari. Di manakah di dalam Perlembagaan ini membenarkan satu commission lagi, satu suruhanjaya lain untuk menggantikan Police Force Commission di bawah Perkara 140(1) yang membolehkan kita membenarkan satu suruhanjaya bebas yang lain yang fokus kepada salah laku polis. Kalau boleh dibuat, ya buatlah. Akan tetapi kalau boleh dibuat Select Committee siasat boleh dibuat, Yang Berhormat Menteri kata boleh buat maknanya rang undang-undang ini boleh diteliti lagi.
Ada beberapa perkara tambahan yang ingin saya sampaikan iaitu saya bersetuju dengan Yang Berhormat Pengerang dalam perkara terlalu banyak kuasa Perdana Menteri dalam menentukan suruhanjaya ini iaitu fasal 6(1), pelantikan suruhanjaya ini kuasanya dibagi kepada Perdana Menteri menasihatkan Yang di-Pertuan Agong. Sudah sampai masanya, kalau hari ini kita bersetuju merujuk perkara ini kepada Select Committee maka rujuklah. Kalau dibentuk suruhanjaya ini kuasa pelantikan ini kepada Select Committee Parlimen. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kota Bharu. Diikuti oleh Yang Berhormat Petaling Jaya, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Arau.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk turut sama membahaskan rang undang-undang yang berada di hadapan kita pada hari ini iaitu Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis 2019 yang akan ditukar menjadi Suruhanjaya Bebas Tata Kelakuan Polis di peringkat Jawatankuasa.
Tuan Yang di-Pertua, saya cenderung untuk bersetuju sangat dengan pandangan Yang Berhormat Pasir Gudang bukan kerana nama dia serupa dengan ayah saya tetapi kerana itu prinsip. Persoalan yang paling penting dalam kita menggubal undang-undang kerana kita adalah law makers di sini ialah sama ada undang-undang yang kita gubal, kita luluskan di dalam Dewan yang mulia ini constitutional or not. Adakah berperlembagaan ataupun tidak? Adakah sama ada undang-undang, akta yang kita luluskan itu suatu yang bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan yang sedia ada.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Dalam konteks IPCMC ini, sudah tentulah kita merujuk kepada Perkara 140 yang disentuh oleh semua pembahas-pembahas sama ada di pihak pembangkang mahupun di pihak penyokong kerajaan. Kalau kita melihat di sini, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri tadi merujuk penubuhan IPCMC berdasarkan kepada proviso kepada Perkara 140, fasal (1) iaitu di mana Parlimen boleh meluluskan undang-undang yang membuat peruntukan sebagaimana yang disebutkan.
Persoalan saya di sini ialah sama ada yang dibenarkan oleh proviso Perkara 140 ini menubuhkan suruhanjaya baharu ataupun sekadar satu undang-undang yang berkaitan dengan satu badan biasa. Perkara 140 adalah satu peruntukan khusus untuk Suruhanjaya Pasukan Polis di mana suruhanjaya ini dibentuk dengan jelas menyatakan bahawa orang yang menjadi pengerusi kepada suruhanjaya ini adalah Menteri yang pada masa ini dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab bagi polis, dengan kata lain Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Manakala ahli-ahli kepada SPP ini pula kalau kita merujuk kepada fasal (3)(e), tidak kurang dari dua tetapi tidak lebih dari enam orang anggota lain yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Tidak ada nasihat Perdana Menteri. Ini direct daripada Yang di-Pertuan Agong.
Selain daripada pegawai polis yang memerintah secara menyeluruh pasukan polis, saya percaya Ketua Polis Negara, kemudian Ketua Setiausaha Kementerian KDN, kemudian seorang anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, tidak ada nasihat Perdana Menteri. Saya bersetuju sangat dengan Yang Berhormat Pasir Gudang tadi bahawa IPCMC nampaknya satu suruhanjaya, nama pun suruhanjaya bebas tetapi ianya tidak bebas kerana ia tertakluk kepada badan eksekutif iaitu Perdana Menteri.
Kedua, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya meneliti tadi ucapan awal Yang Berhormat Menteri masa membentangkan rang undang-undang ini dikatakan fungsi IPCMC ada dua, dwifungsi disebut, perkataan yang digunakan. Pertama, melindungi kepentingan orang awam terhadap salah laku polis kepada orang awam. Kedua, melindungi polis daripada tohmahan orang awam.
Namun demikian, jika sekiranya saya ingin merujuk kepada satu soalan di dalam Dewan yang mulia ini iaitu soalan daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor pada 4 Julai 2019 yang berkaitan dengan- soalannya berbunyi, “Bilakah IPCMC akan dilaksanakan?” Saya turut mengemukakan soalan tambahan. Yang saya hendak sebut ialah yang disebut oleh Menteri, ini berdasarkan Hansard, “Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Dewan yang mulia ini, IPCMC yang akan ditubuhkan akan memberi perhatian khusus kepada isu salah laku dan integriti anggota dan juga pegawai PDRM.” Tak ada sebut yang kedua tadi – melindungi pegawai polis daripada tohmahan orang awam.
Begitu juga kalau kita melihat rang undang-undang ini, saya meneliti fasal demi fasal, tidak ada suatu peruntukan yang menunjukkan anggota polis atau pegawai polis yang ditohmah itu diberikan perlindungan. Yang ada hanya orang awam yang kononnya dikenakan atau dibuat salah laku oleh pihak polis dengan adanya Jawatankuasa Aduan. Aduan hanya daripada orang awam terhadap polis.
Saya tengok sini, fasal 24, “Apa-apa aduan yang dibuat oleh mana-mana orang terhadap pasukan polis”. Itu aduan daripada orang awam terhadap polis tetapi perlindungan terhadap polis ini tidak dinyatakan dengan jelas di sini.
Oleh sebab itulah kita tidak hairan, walaupun Yang Berhormat Menteri dalam menjawab soalan tambahan saya itu yang sama- ini saya quote ya. Saya tanya adakah dibuat consultation. Yang Berhormat Menteri yang membentangkan IPCMC ini menyatakan bahawa, “Seperti yang saya katakan tadi, bahawa proses perbincangan di antara pihak berkepentingan seperti PDRM, badan peguam dan juga pihak-pihak tertentu yang sedang aktif dijalankan dan mereka masih dalam proses untuk memperhalusi rang undang-undang ini”.
Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah semua pihak yang berkepentingan telah diberikan consultancy? Badan-badan persatuan-persatuan polis termasuklah saya ada satu dokumen daripada satu persatuan polis yang bernama Persatuan Pegawai Kanan Polis yang membuat satu memorandum bertarikh 19 Mac 2019 yang menyatakan, menyenaraikan semuanya usul-usul yang bertajuk usul menolak penubuhan IPCMC. Adakah persatuan ini diberikan consultancy yang secukupnya?
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Badan peguam. Badan peguam mana yang telah diadakan perundingan? Kalau diadakan perundingan, berapa kali dan bilakah tarikh diadakan perundingan ini?
Seterusnya, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyatakan bahawa jika kita melihat- saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kubang Kerian dan juga Yang Berhormat Pengerang tadi. Apabila IPCMC yang merupakan badan bebas yang dibentuk berdasarkan fasal 6 dalam rang undang-undang ini iaitu pengerusi dan timbalan dan juga ahli-ahlinya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, mereka ini adalah orang yang tidak ada kaitan dengan perkhidmatan awam, kerajaan. Malahan, bekas pegawai atau anggota polis pun tidak boleh menganggotai IPCMC ini.
Sejauh manakah jaminan pihak kerajaan bahawa kerahsiaan, secrecy, dengan izin, yang ada yang dipegang dengan begitu kemas oleh pasukan polis ataupun pasukan keselamatan kita ini terjamin ianya tidak leak ataupun tidak bocor kepada pihak-pihak yang tidak sepatutnya? Ini adalah satu ancaman terhadap keselamatan negara. Inilah yang disebut di dalam memorandum ini. Saya mohon izin untuk baca sepintas lalu.
Mereka mengatakan bahawa IPCMC merupakan satu badan bebas yang terdiri daripada orang awam dengan diberi kuasa untuk masuk ke dalam PDRM dan diberi kuasa untuk memantau, meneliti, menyelidik, menerobosi dan menyusuri melalui fizikal mahupun sistem perhubungan media melalui segala fail-fail sulit, rahsia operasional kepolisian, rahsia keselamatan negara yang dikategorikan sebagai rahsia besar ataupun Cicero atas alasan mencari salah laku seseorang pegawai polis. Ini adalah usul daripada mereka. Adakah usul- usul ini diambil kira? Banyak lagi usul-usul yang telah dibentangkan oleh mereka yang berkepentingan, stakeholders, kepada rang undang-undang ini.
Oleh sebab itu, Tuan Yang di-Pertua, saya amat bersetuju dengan pandangan rakan-rakan sama ada di sebelah pembangkang ataupun di sebelah penyokong kerajaan, amat wajar rang undang-undang ini dirujuk kepada Special Select Committee untuk diteliti dan kita mencari jalan yang paling harmoni untuk menyelesaikan masalah ini dengan ketegasan bahawa kita tidak pernah kompromi kalau ada salah laku polis, tetapi mereka perlu diberikan keadilan yang sewajarnya. Mungkin ada, tak ramai, beberapa kerat yang melakukan salah laku ini tetapi seolah-olah gambarannya seluruh anggota dan pegawai polis ini melakukan perkara-perkara salah laku ini. Ini adalah suatu yang tidak wajar.
Jadi, saya mohon supaya rang undang-undang ini diteliti semula dan saya tidak menyokong di peringkat ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Petaling Jaya.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi saya peluang untuk berbahas dalam Rang Undang-undang IPCMC.
Saya setuju dengan Rang Undang-undang IPCMC ini dan saya ingin mengingatkan Dewan yang mulia ini bahawa cadangan IPCMC ini bermula daripada Laporan RCI mengenai operasi dengan pengurusan pasukan polis Malaysia yang diluluskan oleh kerajaan lama pada tahun 2004. Akan tetapi, selepas laporan itu, tidak ada apa-apa tindakan yang telah diambil oleh kerajaan selama 15 tahun.
Laporan di dalam RCI ini, kalau saya tak salah, bukan hanya untuk menyelesaikan salah laku polis tetapi juga kebajikan pasukan polis yang telah diketepikan iaitu termasuk mengadakan proses untuk menyelesaikan isu-isu perumahan, gaji, work environment, dengan izin, insentif dan sebagainya.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Oleh sebab itu, tahniah kepada Kerajaan Pakatan Harapan ini untuk memberi peluang untuk kita membahaskan dan juga memberi pandangan untuk memperbaiki lagi rang undang-undang IPCMC ini. Saya lebih setuju bahawa pegawai polis dan penjawat awam tidak menjadi ahli dalam IPCMC kerana ini adalah satu conflict of interest, dengan izin.
Kalau kita baca Fasal 17, mereka boleh menjadi perunding atau melaksanakan apa- apa perkhidmatan yang difikirkan sesuai oleh suruhanjaya tetapi saya juga setuju bahawa seksyen 6, 13 dan 17 perlu diselaraskan. Ada beberapa perkara yang saya hendak timbulkan
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
tentang rang undang-undang IPCMC ini. Pertama ialah kuasa Perdana Menteri yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang. Kedua ialah kuasa rang undang-undang IPCMC tidak selaras dengan EAIC. IPCMC tersebut ini meninggalkan banyak kuasa yang sedang ada pada EAIC, termasuk kuasa mencari dan menyita tanpa waran. Sekurang- kurangnya IPCMC sepatutnya mempunyai kuasa yang sama dengan EAIC. Akta EAIC mempunyai suatu peruntukan nyata untuk pendengaran awam dengan budi bicara yang diberikan kepada suruhanjaya. Saya harap ini boleh dipertimbangkan lagi.
Begitu juga satu lagi ialah rujukan wajib, yang mana kesemua kes-kes kecederaan yang teruk dan kematian, saya harap ini boleh dirujuk dengan segera, bukan telah berlaku dalam penahanan polis. Ini adalah di bawah seksyen 47.
Last sekali ialah kerahsiaan yang tidak boleh menjadi alasan. Akta EAIC mempunyai suatu peruntukan, di mana saksi mesti menjawab soalan-soalan dan mengemukakan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan siasatan dan mereka tidak boleh menuntut kerahsiaan atau hak istimewa untuk menolak. Peruntukan ini tidak dimasukkan dalam rang undang-undang IPCMC. Saya harap cadangan-cadangan semua ini boleh dipertimbangkan bila berada di Select Committee. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Pertama sekali saya menjangkakan rang undang-undang ini ialah merupakan talian hayat kepada Kerajaan Pakatan Harapan untuk menunjukkan sifat mereka yang telus, demokratik kononnya, jadi kita harap rang undang-undang ini dibuat dengan tujuan tersebut.
Akan tetapi kita telah menghabiskan masa dekat dua jam pada hari ini apabila Menteri membentangkan rang undang-undang tidak bagi tahu hala tuju perbincangan kita.
Cuma selepas itu Menteri JPM yang merupakan burung kakak tua yang baca usul untuk Parlimen ini putuskan, tidak ditangguhkan sehingga diputuskan rang undang-undang ini.
Bererti rang undang-undang ini mesti diluluskan ataupun diputuskan. Menteri baca, jadi kita akan duduk di sini untuk hendak putuskan rang undang-undang tersebut. Akan tetapi 2.30 petang tadi, Speaker bagi tahu pula bahawa rang undang-undang ini cuma hendak di bincang, selepas itu Menteri akan bawa usul untuk dibawa kepada Select Committee, dengan izin.
Kalau bagi tahu dari awal, kami tidak bising. Jadi, nampaknya talian hayat tersebut telah gagal untuk dibuat dengan baik. Walaupun pada 2.30 petang itu kita lihat ada pembetulan dibuat tetapi kalau bagi tahu awal senang. Jadi, nampaknya ada sikit ke kelam- kabutan di pihak sana apabila hendak bentang rang undang-undang ini, termasuk juga rang undang-undang lain.
Jadi, saya berharap Menteri berhati-hati dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mulutnya selalu capoi itu, lain kali berhati-hati untuk hendak bentangkan usul supaya kita semua mesti putuskan, lepas itu tidak boleh balik. Saya tunggu daripada pukul 9 pagi tadi, saya tidak bergerak sebab saya takut saya tidak dapat berucap dalam rang undang- undang ini. Oleh sebab rang undang-undang ini penting kerana ia melibatkan maruah, maruah rakyat, maruah kerajaan. Hari ini saya seronok dengar tadi Menteri sebut bahawa hari ini hari bersejarah kerana hari ini kita memperkenalkan suatu rang undang-undang untuk rakyat. Hari ini ialah hari bersejarah pembunuhan kepada pasukan polis, moral pasukan polis hari ini jatuh sejatuh-jatuhnya bila diperkenalkan rang undang-undang ini.
Pada 2.30 petang tadi moral polis naik balik sikitlah, sebab apa? Rang undang- undang ini hanya akan dibincangkan sahaja oleh kita sebelum Select Committee membuat keputusan. Terima kasih. Itu saya terpaksa masuk intro sikit. Keduanya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Teruskan Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Masa, masa Yang Berhormat. Masa ini, masa Yang Berhormat...
[Disampuk] Sorry?
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sekejap lagi selepas saya berucap, saham akan naik. Sat, sat ini saham sudah naik 0.83 sebab kami dalam pasaran sekarang ini, kami sebut kalau saham naik, kami sebut ‘BN’. Kalau saham jatuh, kami sebut ‘PH’. Jadi saya tanya, “Hari ini saham macam mana? PH Dato’, PH Dato’...”. PH sepanjang masa, kecuali hari ini naik sikit sebab apa, selepas 2.30 petang tadi kerajaan telah buat keputusan hanya untuk bincang sahaja...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, teruskan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua, keduanya masa itu saya setuju tetapi 10 minit itu, okeylah sebab apa sudah kerajaan sekarang selalu tergesa- gesa. Dulu masa saya jadi Menteri Parlimen, bercakap satu jam, dua jam sampai pukul 2.30 pagi, 4.30 pagi, sampai dekat sembahyang Subuh kita benarkan kerana kita hendak bagi kebebasan yang sebebas-bebasnya, termasuk Yang Berhormat Bukit Katil. Masa itu dia bercakap, dia bercakap apa yang mereka suka, malah kawan-kawan kita yang suka happy hour, selepas happy hour datang balik Parlimen, Parlimen tidak habis lagi. Demikianlah demokratiknya kerajaan pada masa yang lepas.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Arau, sila. Masuk isi, sila.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini hendak cerita, intro sikit Tuan Yang di-Pertua. Okey, kedua kita mari kepada rang undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini. Tuan Yang di-Pertua kena bagi masa saya sikit sebab saya tegur Tuan Yang di-Pertua. Rang undang-undang ini untuk membaik pulih rakyat dan hati kami kata IPCMC ini bukan sahaja hendak jaga disiplin polis tetapi hendak jaga kebajikan polis.
Hei, Tuan Yang di-Pertua tahu tidak apa makna langit dengan bumi? Perbezaan yang cukup luas. Ini kebajikan, lain. Menteri Kebajikan hendak sama dengan Menteri KDN, tidak boleh. Demikian juga kebajikan polis, lain. Kita buat suruhanjaya, suruhanjaya untuk menjaga kebajikan polis dan tentera, itu lagi bagus. Fasal apa hendak campur tangan disiplin? Ini pi ketuk orang itu...
Okey, yang keduanya saya setuju dengan Yang Berhormat Kota Bharu tadi. Ini kerana berlaku empat, lima kes yang tertentu, kita telah rombak semua sistem yang ada.
Saya hendak bagi satu contoh pada Tuan Yang di-Pertua. Dulu semasa zaman sebelum masa selepas Perdana Menteri yang ketiga, yang keempat, saya tidak pasti. Pelaksanaan projek luar bandar ini kita buat melalui pejabat daerah tetapi apabila ada kompelin di sebuah negeri, kompelin bahawa pejabat daerah ini kononnya pilih kasih dan sebagainya, maka sistem itu dirombak dan diganti dengan konsultan. Konsultanlah jaga projek, orang awam tiba-tiba jaga projek, yang pegawai-pegawai technician daripada kerajaan ini cuma duduk tengok sahaja. Ahli-ahli Yang Berhormat, apa jadi? Tidak sampai enam bulan, projek itu gagal.
Konsultan itu pula dianggap melakukan rasuah dan sebagainya. Akhirnya, terpaksa ubah sistem itu balik kepada sistem lama iaitu projek-projek kecil diuruskan oleh pejabat daerah. Ini hanya satu negeri, semua negeri dirombak. Saya tahu sebab itu saya jadi Menteri Besar Perlis, saya buat yang terbaik di antara yang terbaik iaitu melaksanakan projek itu dengan jayanya, tidak ada masalah. Cuma kompelin daripada sebuah negeri, rombak sistem, selepas itu rombak balik.
Ini kompelin dua tiga kes berhubung dengan kesalahan polis, kita terus buat IPCMC tanpa melihat bahawa ia akan menjejaskan seluruh anggota polis dan juga moral polis. Jadi, kalau sekiranya betul-betul hendak jaga kebajikan polis, buat suruhanjaya kebajikan polis dan juga tentera. Kalau tidak, cara kita buat suruhanjaya ini, kita mengenakan sekatan-sekatan tertentu kepada polis mengikut cara perang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua pernah tengok perang pada zaman dahulu? Di masa tentera British perang dengan Perancis ya. Mula-mula orang berbaris, angkat senjata. Fokus- aim, tembak. Kita buat tiga prosedur itu, penjenayah akan tembak kita. kita tidak boleh buat undang-undang suruhanjaya penjenayah pula. Tak boleh. Jadi tiba-tiba kita kenakan syarat kepada polis iaitu 150,000 orang polis akan dilihat oleh sepuluh orang dan sepuluh orang ini pula- okey Yang Berhormat...
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Yang Berhormat Arau, minta laluan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Perkara 6(2)...
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Yang Berhormat Arau, Setiu. Yang Berhormat Setiu minta laluan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, ya. Sikit Yang Berhormat ya [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Masa terhad, sila.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Tuan Yang di-Pertua, kalau ikut dari segi laporan SUHAKAM berkenaan kematian orang dalam tahanan polis ini, hanya dua daripada 231 kematian berpunca daripada kecederaan yang disebabkan oleh polis. Mengikut statistik yang diberikan oleh PDRM, punca utama kematian adalah masalah kesihatan iaitu 207 kes. Punca kedua ialah membunuh diri dengan menggantung iaitu 30 kes dan dua kes kematian berpunca dari pergaduhan sesama sendiri dan dua lagi disebabkan tergelincir di bilik air lokap. Jadi, setujukah Yang Berhormat kalau saya katakan pihak kerajaan perlu memperkemaskan SOP tahanan itu sendiri di samping memperkemaskan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) tanpa diwujudkan IPCMC ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya okey. Saya setuju 100 persen itu yang saya maksudkan tadi. Kalau kes itu, kes tertentu lah. Kita siasat kes itu ataupun kalau sekiranya kita kawan-kawan kita cakap fasal 1401 tadi, punca kuasa. Ini adalah suruhanjaya yang tidak ada punca kuasa. Kalau sekiranya kita hendak masukkan semua di bawah IPCMC ini, kita perkuatkan Suruhanjaya Polis. Kita perkuatkan, kita perkasakan Suruhanjaya Polis supaya apa tingkah laku polis itu dapat disiasat. Akan tetapi, sekarang ini kita ada buat beberapa pembaharuan. Contohnya macam di lokap, kita kena pakai kamera dan kita ada buat pembaharuan. Jadi kita tidak mengiktiraf pembaharuan yang kita buat, sebaliknya kita hendak perkenalkan lagi satu suruhanjaya pula itu yang kita lupa bahawa semua pembaharuan yang menyebabkan orang kompelin itu, semua telah kita buat. Sekarang polis tidak boleh tak tentu fasal untuk pergi ke lokap, tumbuk orang...
[Disampuk]
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Arau...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Sebab kamera itu sudah ada di sana.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Arau, minta sedikit.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sikit sekejap...
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Arau, Pendang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Masa 49. Bos, 49 minit [Ketawa]
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sedikit sahaja.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Keduanya ialah perkara 6(2)...
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Masa 23 minit lagi tu.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tak apa nanti kita minta lebih sikit sebab ini penting.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kejap lagi saya minta, sikit saja. 6(2) ini, seksyen pelantikan Ahli Suruhanjaya. Saya setuju. Yang Berhormat kena beri sedikit masa saya hendak cerita sedikit tentang sejarah Islam. Ini tentang amanah.
Zaman Rasulullah SAW terdapat satu orang sahabat yang cukup alim, ibadatnya luar biasa dan dia seorang yang nabi pernah bersabda, “Engkau ini Abu Dzar, engkau ini aku”. Jadi, Rasulullah sayang kepada Abu Dzar, luar biasa dan Abu Dzar minta berilah lantiknya jadi jawatan Gabenor. Maka Rasulullah berkata, “Ya Abu Dzar, sesungguhnya jawatan ini amanah. Aku takut kamu di akhirat nanti segala amalan kamu akan terjejas kerana kamu pegang jawatan yang kamu tidak boleh tunaikan amanah”. Ini kita bagi syarat- Ahli Suruhanjaya mestilah seorang bukan pegawai polis, bukanlah anggota perkhidmatan awam- saya pun teringin hendak jadi suruhanjaya ini sebenarnya. Malangnya saya bekas anggota perkhidmatan awam, tidak bolehlah.
Jadi, sepatutnya kita tidak boleh beri syarat yang berkenaan. Kita kalau boleh beri syarat sekurang-kurangnya ada pengalaman perkhidmatan awam, baru kita lantik Ahli Suruhanjaya. Cuba tengok Menteri-menteri ini, jadi kerani pun tidak pernah. Jadi ‘piun’ pun tidak pernah. Tiba-tiba jadi Menteri, jadi kelam-kabut kita. Mereka tidak tahu bahawa jadi
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
menteri itu bukan untuk berkuasa, buat apa sahaja mereka suka sehingga pasaran saham kita jatuh merudum kerana mulut Menteri- Yang Berhormat Menteri Kewangan. Dulu semasa dia ambil alih, 1,900 —1,800. 1,900 poin. Sekarang tinggal 1,500. Yakni 300 atau 400 bilion duit lesap. Bukan kerana- kita blame Tabung Haji, ini Menteri Agama yang tak tahu...
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Dulu dia kata hendak ikut Umar bin Abd Aziz. Yang Berhormat Menteri Kewangan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Dia boleh kata Tabung Haji jatuh, apa lagi, LTAT jatuh. Jatuh tuan-tuan, bukan kerana mereka jatuh. Ini kerana pasaran saham jatuh, mereka pegang saham. Bila mereka pegang saham, saham jatuh, jatuh prestasi mereka. Saham jatuh kerana Yang Berhormat Menteri Kewangan. Apa tak faham yang ini.
Ini cakap “Ini telah diuruskan dengan tidak baik”. Kau Menteri yang tidak cerdik lah. Kamu memang tidak cerdik, cakap meraban. Dari segi agama pun...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Arau...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
....Dari segi agama pun cakap meraban. Kalau kita kata ini DAP hina agama, “Rahmatan lil-alamin”. Cakap tak betul. Menteri Agama yang- reti agama tapi tak pandai...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Arau, masa sudah habis, tapi tengok valid point sahaja.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sikit sahaja Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pendang hendak bercakap.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Atas premis yang sama oleh Yang Berhormat Arau. Dua tiga salah laku polis terus kita buat cadangan untuk IPCMC ini. Apakah premis yang sama kita ambil apabila pihak kerajaan, pemimpin kerajaan termasuk yang bertaraf menteri membuat komen terhadap kes-kes yang sedang siasatan polis seperti mana yang berlaku terhadap pemimpin DAP yang dituduh merogol di Ipoh dan juga kes yang sedang berjalan dalam siasatan semasa kes saudara Adib- Seafield, kes ini. Dibuat kenyataan oleh menteri-menteri ataupun pemimpin-pemimpin bertaraf menteri ini campur tangan dalam kerja siasatan, bolehkah mereka ini juga kita buat suruhanjaya untuk menyiasat orang-orang yang ganggu kerja polis ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Setuju 100 peratus Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Arau, rumuskan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Akhir sekali, fasal 31(1). Sebab ini Tuan Yang di-Pertua, kena tengok ini. yang ini, benda ini penting ya. Ini adalah tentang hukuman. Hukuman. Tadi Yang Berhormat Cameron Highlands ada sebut, di antara hukuman-hukuman 31(1) ini yang banyak ini ialah amaran, denda, lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat dan buang kerja.
Tuan Yang di-Pertua, yang lantik pegawai polis ialah SPP. Tiba-tiba hendak buang orang lain. Kad kuasa yang diberi kepada mereka, perkara 19, beri kad kuasa. Mereka tidak pernah pergi training polis kah, apa-apa tak pernah..., hendak jadi konstabel tiga bulan kena training baru dapat jadi konstabel. Ini tak pernah training Ahli Suruhanjaya, tiba-tiba dapat kuat kuasa untuk orang yang pergi training. Seperti kita ambil orang yang tidak ada kelulusan medic, dengan izin, tiba-tiba suruh jaga suruh jaga semua doktor-doktor. Tidak betul. Kena ambil orang yang jaga doktor ini, orang doktor sendiri. Orang yang hendak jaga polis ini, orang yang ada pengalaman tentang polis.
Jadi, pada hari ini polis di seluruh Malaysia saya minta supaya bertenang dan terimalah hakikat bahawa rang undang-undang ini tidak diluluskan dan saya pasti sudah Select Committee kana menolak rang undang-undang ini dan dengan itu kita perkuatkan rang undang-undang ini, isi-isi kandungannya, kita masukkan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Polis supaya ia lebih mantap dan kuat untuk menyiasat mana-mana salah laku pihak polis.
Jadi, saya dengan ini di peringkat awal tidak menyokong dan minta bila bawa ke Select Committee juga tidak menyokong dan Parlimen ini memberi perlindungan kepada polis dengan tidak melaksanakan IPCMC. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Alor Setar.
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sudah sentuh isu ini. Pertama sekali saya ingin menyambut baik hasrat semua pihak yang ingin memperkasakan PDRM ini. Saya, setahu saya sebenarnya polis pun ramai yang setuju. Cuma rungutan atau pandangan polis adalah sebaik mungkin kalaulah kita hendak laksanakan IPCMC ataupun cadangan yang diwujudkan sejak 2004 seperti yang diceritakan Yang Berhormat Petaling Jaya dalam Laporan RCI ini, pihak polis minta supaya cadangan lain di bawah RCI ini juga diambil kira. Contohnya kebajikan dan juga peralatan yang dicadangkan. Maka, saya di sini saya gariskan dua asas penting sebelum kita bincang.
Pertama, bagi saya kita hendak seimbangkan antara pihak penjawat awam khususnya polis dengan rakyat. Maka, sama ada IPCMC ataupun mana-mana EAIC memang kita hendak adil di antara dua pihak. Akan tetapi, kita kena ambil kira bahawa oleh sebab pihak polis ada kuasa yang lebih daripada rakyat, maka itu pun kena ambil kira. Ini kerana polis boleh keluar saman, rakyat tidak boleh keluar saman biasa kepada polis.
Kedua garis asas adalah kita semua setuju mempertingkatkan kebajikan pihak polis tetapi itu tidak bercanggah dengan membawa IPCMC pada waktu yang sama kalaulah tak bawa IPCMC, akta macam-macam pun tetap kita perlu mengambil kira peningkatan kebajikan PDRM.
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Maka dengan dua asas yang jelas ini, sekarang saya hendak bincangkan isu di bawah cadangan IPCMC ini. Pertama, saya dapat dengar bahawa pihak Menteri ada cerita bahawa dalam prosiding ini sebenarnya laporan JIPS di bawah PDRM merupakan laporan yang akan memberikan kes prima facie kepada kes IPCMC. Maka di sini saya ingin bertanya, sejauh mana laporan tersebut memainkan peranan dalam membuat keputusan kajian kes tersebut? Adakah kerana kes itu di bawah JIPS, tiada wujud kes prima facie, maka IPCMC tidak boleh mengambil kes tersebut ataupun tidak akan proceed kerana tiada prima facie dari JIPS?
Kedua, saya ingin cerita tentang apa yang termaktub dalam ICI sebelum ini.
Sebenarnya saya hendak tanya juga, pihak kementerian haruslah jawab juga. Apabila kita hendak cadang wujud IPCMC, maka sejauh mana cadangan yang lain dalam ICI sebelum ini telah dilaksanakan? Contohnya, beberapa isu cadangan allowance khas bagi PDRM yang bertugas khususnya di kawasan bandar di mana kos sara hidup lebih tinggi. Adakah kita bersedia untuk mempertingkatkan allowance tersebut?
Kedua, contohnya allowance pakaian dan juga allowance insentif bagi detektif yang sebelum ini adalah mengikut pangkat. Contohnya Lans Koperal, Koperal ataupun Sarjan, allowance sedia ada adalah mengikut pangkat tetapi cadangan ICI dulu adalah kita selaraskan semua, tidak ikut pangkat bagi allowance bayaran insentif detektif. Maka, saya hendak bertanya sejauh mana kita sudah laksanakan cadangan tersebut khususnya untuk kebajikan ini?
Ketiga adalah kelengkapan di balai-balai ataupun di IPD dan IPK. Saya sendiri bertanya IPD dan balai kawasan saya apa yang perlu kelengkapan. Saya hairan, keperluan dalam senarai itu termasuk alat tulis, fail, pensel, mesin cetak, cartridge, sabun pun ada. Saya hendak tanya, sejauh mana kita menyediakan kelengkapan yang khususnya untuk pengurusan urus tadbir untuk balai dan IPD? Ini kerana kekurangan barang-barang tersebut, sebenarnya pihak polis pun terpaksa keluarkan duit poket sendiri. Maka, kalau ada yang rasa kalau boleh mereka terus kurangkan kerja untuk elakkan belanjawan tersebut. Maka, bab ini kita perlu ambil kira tidak kira sama ada kita hendak laksanakan atau tidak IPCMC. Itu sebagai asas.
Walau bagaimanapun, saya menyambut baik cadangan dalam beberapa skop di bawah IPCMC ini. Di sini, saya rasa amat penting bagi seksyen 22 dan seksyen 25. Di sini, seksyen 22 telah menggariskan skop salah laku. Apa yang didefinisikan salah laku di bawah IPCMC ini untuk seksyen 22. Pertama, kita lihat ada skop SOP, ada juga salah laku yang tidak munasabah dan motif yang tidak wajar.
Di sini saya ingin hendak bertanya pihak kementerian, dalam seksyen 25, kita sudah gariskan bahawa kalaulah tindakan tersebut adalah melibatkan kesalahan di bawah contohnya rasuah, patutlah serah kepada pihak SPRM. Maka, saya hendak tanya di sini, sekiranya adalah kes-
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
kes rasuah tersebut dicadangkan oleh bawah suruhanjaya ini untuk rujuk kepada SPRM, apa katanya kalau siasatan ataupun pendapatan daripada pihak suruhanjaya ada berbeza dengan siasatan SPRM, apa akan jadi? Adakah SPRM terpaksa ikut laporan ataupun siasatan keputusan daripada suruhanjaya?
Kedua, kalau untuk subseksyen (b) untuk seksyen 25, aduan melibatkan kesalahan jenayah di bawah apa-apa undang-undang bertulis hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa yang berkenaan. Kalau begini, apakah katanya aduan tersebut adalah salah laku?
Contohnya, ugutan ataupun tindakan dari pihak polis. Adakah ia akan rujuk balik kepada pihak berkuasa iaitu polis sendiri? Maka, adakah ia akan defeat tujuan untuk kita wujudkan IPCMC ini?
Khususnya untuk seksyen 22 ini, saya hendak beri beberapa contoh aduan daripada pihak rakyat dan saya minta pihak kementerian sama ada contoh isu-isu tersebut boleh diambil kira di bawah skop-skop ini. Contohnya untuk skop seksyen 22 untuk subseksyen (b), ketidakpatuhan kepada kaedah-kaedah dan tatacara operasi standard polis iaitu SOP polis sendiri. Sebenarnya ramai rakyat di luar sana tidak berapa tahu apakah SOP polis sendiri.
Saya bagi satu contoh, kalau katakan polis hendak tahan kereta hendak buat siasatan. Kalau polis, dia cari satu kereta yang hanya ada seorang pemandu tetapi ada dua polis yang hendak polis yang hendak membuat siasatan kereta serentak. Adakah pemandu tersebut boleh minta supaya siasatan di but belakang itu boleh teman sekali dengan pemandu, tetapi ditolak oleh polis? Adakah ini boleh dijadikan satu aduan pihak pemandu kerana pemandu risau bahawa apa-apa berlaku sekiranya dia sendiri tidak mampu hendak jaga pada waktu polis yang lain siasat but belakang dia? Akan tetapi, adakah kes sebegini boleh diambil kira sebagai melanggar kepada SOP polis?
Bagi subseksyen (c), tindakan yang diambil atau tidak diambil yang tidak munasabah, tidak adil, menindas arau berdiskriminasi secara tidak wajar. Saya pernah ada pengalaman aduan kepada JIPS di mana ada IO polis trafik. Untuk makluman semua, sebenarnya IO Trafik boleh buat laporan atas kemalangan. Itu adalah amat penting laporan tersebut kerana sekiranya kes tersebut dibawa kepada mahkamah, maka tuntutan untuk kes itu akan berdasarkan kepada laporan. Maka, kita sudah biasa dengan banyak aduan bahawa laporan tersebut lambat keluar. Akan tetapi, apa yang kita risau adalah apa kata kalaulah IO tersebut cadangkan pengadu untuk ambil pihak perkhidmatan peguam yang dicadangkan oleh beliau, ini conflict of interest. Akan tetapi, adakah ini dibenarkan? Akan tetapi sekiranya ini tidak dibenarkan, bagaimana kita boleh buat siasatan kerana tidak ada sesiapa yang mampu dan berani memberi aduan dengan bukti? Contohnya, apabila IO ambil statement, dia hanya membenarkan seorang saja untuk masuk bilik memberi statement. Akan tetapi sekiranya sama ada offer ataupun tekanan tersebut di depan mata pun tidak ada bukti yang boleh dicadangkan, adakah skop ini mengambil kira ini?
Ketiga untuk subseksyen (d), apa-apa tindakan yang diambil atau tidak ambil dilakukan atas motif yang tidak wajar, alasan yang tidak berkaitan atau pertimbangan yang tidak berkaitan. Kita terima banyak aduan bahawa apabila roadblock ini, polis siasat kereta dan juga mengarahkan semua pemandu buka phone untuk tengok. Adakah setiap pegawai ada kuasa untuk bersangka untuk setiap kali membuat siasatan untuk membuat anggapan bahawa ada jenayah yang berlaku dan juga bukti di bawah phone tersebut? Akan tetapi oleh sebab ada aduan ini, maka ramai rakyat ingin wujudkan satu peluang untuk membuat aduan.
Akan tetapi, di mana kita boleh buat aduan sekiranya skop ini tidak mengambil kira anggapan polis tersebut adalah tidak munasabah? Maka saya hendak tanya kementerian, sama ada subseksyen (d) ini mengambil kira juga pandangan tersebut?
Maka, akhir sekali adalah yang paling penting di sini adalah kita faham, polis ada kuasa untuk siasat, ada kuasa untuk tangkap dan ada kuasa untuk semak, tetapi kita ada satu luar daripada fahaman kita adalah polis ada kuasa untuk menyusahkan. Bagaimana?
Apabila kalau seseorang tanpa ada buat sebarang kesalahan tetapi oleh kerana pihak polis atau orang polis yang block dia boleh menyusahkan untuk kerja-kerja dia, maka terpaksa dia memberi sama ada suapan ataupun rasuah. Itu akan jadi isu apabila kes tersebut kalau dibawa kepada SPRM akan dianggap bahawa orang yang bagi rasuah itu pun salah. Maka, tidak ada sesiapa yang sanggup dan berani untuk membangkitkan isu tersebut. Akhirnya, kita nampak tidak ada aduan.
Maka, akhirnya saya minta kita perlulah dalam skop-skop kesalahan ini mengambil kira keadaan di mana rakyat dalam keadaan tekanan tersebut tidak dapat tampil untuk memberi bukti dan juga aduan, maka perlulah di bawah IPCMC ini memberi satu penjagaan ataupun perlindungan kepada mereka yang memberi aduan supaya fungsinya boleh dicapai.
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Saya setuju supaya akta ini ataupun IPCMC ini diangkat untuk Select Committee untuk berbincang lebih lanjut sebelum kita luluskan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kuala Krau, diikuti oleh Yang Berhormat Kota Melaka. Kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Tanjong Karang.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana mempunyai jiwa dan semangat yang besar bagi kita meningkatkan taraf Parlimen kita di mana rang undang-undang ini telah dipersetujui bersama dengan pihak kerajaan untuk dirujuk kepada jawatankuasa- Select Committee.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Inilah satu sikap yang terbuka bagi pihak Pejabat Speaker dan rakan-rakan, Timbalan-timbalan Speaker, saya ucapkan ribuan terima kasih. Saya juga hendak bertanya dengan Yang Berhormat Menteri, pada asalnya, rang undang-undang ini disebut Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis 2019 tetapi telah diedarkan kepada kita di mana di peringkat Jawatankuasa, rang undang-undang ini akan ditukar kepada Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis kepada Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis.
Apakah sebab hendak ditukar?
Saya ucapkan tahniah kepada ‘abah’ kita daripada Cameron Highlands, ‘abah’ sherif kerana telah menjelaskan kepada Dewan yang mulia ini kenapakah suruhanjaya ini mesti kita tolak. Apa yang kita sebutkan apabila satu Suruhanjaya Diraja Bebas telah ditubuhkan dan kita imbau kembali pada 29 April 2005, di mana suruhanjaya ini sebenarnya telah dibincangkan agak lama dan panjang. Beberapa masyarakat, lapisan masyarakat mengadu dan sebagainya termasuk anggota polis juga telah ditemu bual dan dirundingkan. Apabila diputuskan, ada 125 cadangan yang telah dibawa dan ditubuhkan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) atau kita sebut juga EAIC di mana untuk meningkatkan integriti bukan sahaja di kalangan polis dan juga malah pegawai dan anggota penguatkuasaan dan agensi penguatkuasaan yang lain di dalam negara kita.
Saya juga tertanya-tanya apabila rang undang-undang ini dibentangkan, adakah persatuan-persatuan polis, anggota-anggota polis sama ada yang berpangkat tinggi, berpangkat rendah telah dirundingkan dan difahamkan bahawa IPCMC ini telah di bantah penubuhannya kerana ada sebab-sebab tertentu bantahan yang cukup kuat daripada tiga organisasi polis.
Pertama, Persatuan Pegawai Kanan Polis Cawangan Inspektor. Kedua, Persatuan Pegawai Kanan Polis Cawangan Diwartakan dan yang ketiga, Persatuan Polis Berpangkat Rendah. Adakah ketika ini, saat ini, ketiga-tiga persatuan ini telah dirundingkan sedalam- dalamnya? Implikasi yang disebut ramai di kalangan Ahli Dewan ini bertentangan dengan Artikel 140 Perlembagaan Persekutuan kita.
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita sebut SIAP ini sebelum di bentang IPCMC, mempunyai kuasa yang cukup luas juga iaitu untuk melihat dari segi salah laku, untuk melihat dari segi kebajikan, untuk melihat dari segi tangga gaji, untuk melihat dari segi kenaikan pangkat.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebut pagi tadi, ada tiga perkara yang penting untuk rakyat dalam negara kita iaitu untuk makanan, untuk pakaian dan untuk bumbung di atas kepala iaitu rumah. Saya percaya kalau kita fokuskan kepada tiga yang menjadi pokok utama sama ada kepada polis, kepada penjawat-penjawat awam yang lain, macam Yang Berhormat Sungai Petani dahulu jaga BERNAS, dia cukup hebat menjaga BERNAS, menjaga pegawai dan kakitangan BERNAS. Sekarang hendak memperjuangkan rakyat negeri Kedah, in syaa Allah menjadi Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah. Saya percaya kalau ini kita perjuangkan tiga perkara pokok ini, salah laku yang disebut oleh kita, Ahli-ahli Dewan ini terhadap mana-mana anggota perkhidmatan awam, mana-mana anggota penguatkuasaan, akan dapat kita elakkan atau kita minimumkan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Saya difahamkan bahawa di bawah SIAP ini, sepanjang tahun 2011 hingga 2018, sejumlah 1,919 daripada 2,640 aduan salah laku yang diterima membabitkan anggota PDRM.
Saya percaya salah laku ini disebabkan mungkin- mana mungkin kalau kita rasa tangga gaji kita rendah dengan kakitangan awam yang lain, tangga gaji kita rendah dari segi anggota penguatkuasaan yang lain, sedangkan anggota polis ini bertugas mungkin 48 jam atau langsung tidak balik. Ditambah lagi dengan ketidakselesaan sama ada dari segi bantuan- bantuan kebajikan, ketidakselesaan dari segi pejabat, ketidakselesaan dari segi perumahan.
Baru-baru ini saya menginap satu blok dengan Yang Berhormat Lenggong, di mana rumah saya di pecah masuk dua minggu lepas. Saya telah dipanggil untuk memberikan keterangan di bawah seksyen 112 Penal Code. Saya datang ke Balai Polis Dang Wangi, saya masuk lihat bangunan tersebut pada luar cukup hebat. Apabila saya masuk ke dalam bangunan, masuk ke pejabat IPD Dang Wangi, saya mengucap panjang kerana kerusinya sudah patah-patah, sofanya sudah koyak-koyak dan saya memberikan keterangan bersama dengan sekumpulan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang baru ditangkap melalui operasi.
Dengan keadaan mereka cukup ramai dalam bilik yang sama, saya masuk memberikan keterangan, ini macam mana pegawai dan anggota polis Dang Wangi tersebut untuk bertugas dalam keadaan selesa. Sedangkan bila dia pergi ke tempat lain, ke pejabat lain kah, ke Pejabat Speaker, Pejabat Timbalan Speaker cukup hebat. Saya pernah merasa cukup hebatlah sekarang tidak hebatlah. Pejabat-pejabat penjawat awam yang lain juga cukup hebat tetapi pejabat yang menjaga keselamatan, ketenteraman awam, yang menguruskan keamanan, yang menguruskan kemerdekaan tetapi mereka ini tidak diberikan perhatian walaupun pada tahun 2005 lagi, 125 cadangan di bawah SIAP ini telah disebut.
Saya yakin bahawa bukan masalah tingkah laku yang perlu kita fokuskan Yang Berhormat Sungai Petani iaitu masalah yang disebut masalah iman tadi. Masalah iman ini apabila dia rasa tidak puas hati, dia akan memberontak dan akhirnya, bahawa salah laku tersebut akan berlaku. Saya 10 minit habis sudah?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sudah, sila rumuskan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Allah, baru hendak mula. Baru mukadimah.
Saya hendak sebut kalau di bawah Artikel 140 Perlembagaan Persekutuan, dia hanya boleh menubuhkan satu suruhanjaya. Kita sudah ada satu Suruhanjaya Pasukan Polis. Mana mungkin kita tubuhkan satu lagi suruhanjaya, kalau kita tengok lagi satu suruhanjaya yang kita hendak tubuhkan adalah satu suruhanjaya hanya mengenai tatatertib.
Akan tetapi bila kita tengok rang undang-undang ini, fungsi suruhanjaya ini cukup banyak, untuk menggalakkan integriti di kalangan pasukan polis, untuk melindungi kepentingan orang awam, untuk membentuk dan mengadakan mekanisme bagi mengesan, menyiasat, mencegah salah laku polis dan yang kita persoalkan juga tentang anggota suruhanjaya ini.
Kenapa anggota suruhanjaya ini tidak boleh dilantik di kalangan bekas-bekas anggota polis yang tahu tentang taktik, taktikal, latar belakang masalah dapat mereka hayati sebenarnya kerana mereka telah lalui sekian lama. Kalau abah kita daripada Cameron Highlands tadi 34 tahun berkhidmat dalam pasukan polis. Dia tahu kenapa mereka ini, Yang Berhormat Cameron Highlands ini tidak layak duduk di dalam Suruhanjaya Salah Laku atau IPCMC ini.
Kenapa bekas anggota polis tidak layak? Kenapa bekas penjawat awam tidak layak? Mungkin kenapa ahli kongsi gelap atau gangster pula layak. Ini kita persoalkan. Jadi kita perlu kepada satu suruhanjaya, kalau hendak dilakukan dan saya yakin bila kita masuk dalam Select Committee nanti kita perlu panggil bukan saja hujah-hujah daripada ahli-ahli jawatankuasa- Select Committee, tetapi kita panggil tiga persatuan anggota polis yang saya sebutkan tadi untuk memberikan penjelasan, keutamaan pihak kerajaan lakukan. Saya berterima kasih sekali lagi kepada pihak Tuan Yang di-Pertua kerana mahu merujuk perkara ini kepada Jawatankuasa Kebebasan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada saya untuk membincangkan Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis 2019.
Tuan Yang di-Pertua, pertama saya ingin ucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Harapan terutamanya Yang Berhormat Menteri yang mempunyai hasrat yang begitu kuat untuk membawa rang undang-undang ini dalam persidangan kali ini dan saya lihat, saya amat hairan kenapa pihak pembangkang mereka ingin menolak rang undang-undang ini.
Sedangkan apabila kita lihat fasal 5, kuasa suruhanjaya 5(2)(a) mengatakan supaya suruhanjaya ini akan menasihati kerajaan mengenai penambah baik kesejahteraan dan kebajikan anggota pasukan polis. Ertinya suruhanjaya ini akan melihat bagaimana menambah baik kesejahteraan dan kebajikan anggota polis. Itu sesuatu yang baik dan saya amat hairan kenapa pihak pembangkang ingin menolak hasrat yang baik ini untuk kebaikan pasukan polis.
Tuan Yang di-Pertua, saya amat setuju supaya kita perlu menambah baik kebajikan anggota polis dan saya ada pengalaman saya sendiri semasa saya masih pembangkang, sebagai ADUN saya pergi melawat ke balai polis. Saya dapati balai polis di kawasan saya semuanya air conditioner mereka rosak. Air conditioner rosak, itu berlaku beberapa tahun yang lepas, air conditioner rosak menyusahkan anggota polis yang bertugas. Cuba bayangkan mereka bertugas dalam balai polis, sudahlah cuaca Malaysia begitu panas pada petang hari. Mereka terpaksa bekerja, bertugas di dalamnya, dengan uniform, dengan pakaian dan kain yang tebal itu. Itu beberapa tahun yang lepas. Menyusahkan orang awam yang pergi buat laporan.
Sebaik saja saya menjadi Ahli Parlimen dengan adanya peruntukan, saya gunakan peruntukan PMR, tukar air cond yang rosak di balai polis di kawasan saya. Ini berlaku semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional. Balai polis banyak yang sudah rosak. Mereka tidak ambil peduli. Sedangkan pada masa tersebut...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Kota Melaka, satu.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Anggota polis merupakan penyokong kuat kepada Barisan Nasional. Akan tetapi mereka tidak pernah ambil berat tentang anggota polis...
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Kota Melaka, celahan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Kota Melaka, celahan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Kota Melaka.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Tidak payah, tidak payah.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Hendak bantu.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, kita meneliti statement, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara mengatakan bahawa beliau juga mengaku bahawa dalam pasukan polis ada segelintir kecil yang pecah amanah, yang terlibat dalam salah laku dan juga yang terlibat dalam rasuah dan Ketua Polis Negara juga mengatakan bahawa memang kita perlu bersihkan pasukan Polis Diraja Malaysia. Oleh sebab itu sudah memang tepat pada masanya untuk kita adakan rang undang-undang ini dan diluluskan.
Untuk memastikan Rang Undang-undang dapat dilaksanakan dengan lebih baik, lebih berkesan, saya ingin menyentuh beberapa fasal. Yang pertama ialah mengenai dengan pelantikan iaitu fasal yang keenam di mana kalau kita melihat di sini, fasal 6 menyatakan, “Yang di-Pertuan Agong hendaklah atas nasihat Perdana Menteri, melantik tidak lebih daripada sepuluh anggota suruhanjaya yang dan daripadanya hendaklah ada seorang
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Pengerusi dan seorang Timbalan Pengerusi, bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma yang dinyatakan dalam surat cara pelantikan.” Maka di sini saya ingin mencadangkan supaya pelantikan anggota suruhanjaya ini kalau boleh kita melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, Select Committee yang mencadangkan calon-calon untuk dijadikan sebagai anggota suruhanjaya. Saya rasa ini perlu untuk menunjukkan kita lebih telus, untuk menunjukkan yang kita lebih adil.
Begitu juga Tuan Yang di-Pertua saya ingin menyentuh tentang fasal yang ke 24.
Fasal 24 mengatakan aduan terhadap pasukan polis. Di sini ada mengatakan apa-apa aduan yang dibuat oleh mana-mana orang terhadap pasukan polis atau anggota pasukan polis hendaklah dibuat secara bertulis dan dituju kepada Jawatankuasa Aduan. Jika aduan terhadap pasukan polis atau anggota pasukan polis yang dibuat oleh mana-mana orang secara terus kepada ketua jabatan, ketua jabatan hendaklah dengan serta-merta merujuk aduan salah laku itu kepada Jawatankuasa Aduan.
Jadi di sini untuk memastikan orang awam boleh membuat aduan dengan lebih berkesan, saya ingin mencadangkan supaya kita mesti ada saluran yang lebih banyak supaya orang ramai boleh buat aduan dan saya dapati dalam pindaan telah mengatakan fasal 24(4) telah memotong iaitu “Ketua Jabatan” itu mereka sudah potong. Akan tetapi itu tidak mencukupi. Bagi saya kita perlukan ada lebih banyak saluran sama ada melalui Facebook, melalui Internet untuk mereka buat aduan.
Begitu juga untuk memastikan keadilan untuk anggota polis yang telah diadu, saya mencadangkan supaya kita adakan open hearing, dengan izin, supaya pendengaran semua siasatan itu dijalankan secara terbuka. Supaya orang ramai boleh mengikuti semua proses siasatan demi memberi keadilan kepada semua pihak termasuk anggota polis yang telah diadu.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Begitu juga selepas siap siasatan, semua hasil siasatan sepatutnya dikemukakan secara terbuka dengan fakta-fakta. Ini juga perlu untuk menegakkan keadilan kepada yang telah dituduh dan juga yang membuat aduan. Akhirnya, barulah kita dapat memastikan IPCMC yang selepas ditukar nama dipanggil ICPC ini dapat dilaksanakan dengan baik untuk kita mengurangkan kes-kes salah laku segelintir kecil anggota polis dan juga yang paling penting ialah kita juga perlu menekankan kepada kebajikan anggota polis.
Saya ingin mencadangkan supaya sudah tiba masanya apabila suruhanjaya ini dibentuk, perkara pertama yang mereka harus lakukan ialah mengkaji semula gaji semua anggota polis terutamanya mereka yang berpangkat rendah. Ini bukan sahaja kita dapat meningkatkan kebajikan anggota polis tetapi pada masa yang sama, ia juga dapat mengurangkan unsur-unsur rasuah dalam pasukan Polis Diraja Malaysia.
Dengan itu, sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka.
Kemudian saya jemput Yang Berhormat Tanjong Karang. Sila.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Saja nak bagi Tuan Yang di- Pertua duduk dulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Tak apa, teruskan.
Teruskan.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Okey, terima kasih Timbalan Yang di-Pertua dan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua yang dapat panggilan “Tan Sri”.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, terima kasih.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Terima kasih banyak. Satu penghormatan, penghargaan bagi kita sebagai Ahli Parlimen bila Tuan Yang di-Pertua dah jadi Tan Sri ini.
Saya nak ucap terima kasih kepada pihak Tuan Yang di-Pertua kerana mendengar rintihan kita dan saya hendak ulang lagi supaya nanti jangan lagi timbul isu salah faham.
Yang saya faham bahawa selepas bill ini kita bahaskan, Yang Berhormat Menteri akan cadang untuk bawa ke Select Committee dan tidak ada bacaan untuk peringkat jawatankuasa. Itu yang saya faham.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ha, kalau itu, okey. Saya pun tak tahu mengapa benda-benda seperti ini jarang berlaku, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya ingat pertama kali dilakukan di Parlimen.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ha, pertama kali dilakukan.
Selalunya kita bawa Select Committee. Ini tak tahulah sebab apa, Tuan Yang di-Pertua. Bila saya tengok Aturan Mesyuarat ini, hanya satu sahaja rang undang-undang dibentangkan hari ini. Agak-agaknyalah kalau rang undang-undang ini ditarik balik, tentu kita akan pergi kepada agenda yang kedua. Agenda yang kedua ialah usul daripada Ketua Pembangkang untuk bawa Menteri Kewangan ke jawatankuasa. Jadi, adakah takut usul ini naik, maka bill ini, rang undang-undang ini kita teruskan juga supaya jangan naik usul yang kedua. Ini pandangan sayalah. Kalau tak ada, mungkin salah tanggapan.
Tuan Yang di-Pertua
Tak begitu tepat. Kita ada Rang Undang-undang Anti...
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
No. Yang hari ini punya satu rang undang-undang sahaja. Kalau bill ini ditarik, dah tentulah agenda yang kedua ini, usul daripada Ketua Pembangkang akan naik, kalau ikut peraturan inilah, peraturan yang ada ini.
Jadi, mungkin ada muslihat. Ini Yang Berhormat Sungai Petani yang lebih faham daripada sayalah, okey.
Tuan Yang di-Pertua, saya tengok benda ini satu sahaja iaitu daripada segi Perlembagaan. Tuan Yang di-Pertua bekas hakim. Saya ingat masa dulu, waktu kita bincang IPCMC ini, salah satu isunya ialah sama ada suruhanjaya yang kita hendak tubuhkan ini contradict ataupun tidak dengan Perlembagaan. Kalau saya tak silap, dalam satu mesyuarat, pada masa itu, Peguam Negara pada masa itu mengatakan kalau tubuh IPCMC ini, ianya akan bertentangan dengan Perlembagaan. IPCMC ini contradict dengan Artikel 140, tetapi saya difahamkan pula hari ini, bila rujuk pada Peguam Negara, Peguam Negara kata boleh, tidak ada contradict.
Jadi kerana itu, saya hendak cadang dan saya bersetuju dengan Yang Berhormat Santubong tadi yang meminta apabila masuk ke Select Committee nanti supaya Select Committee sebelum bawa balik ke Dewan, saya ingat eloklah kita bawa ke mahkamahlah untuk dapat tafsiran daripada segi undang-undang. Jangan esok bila kita bawa, akhirnya undang-undang ini kalau di-challenge nanti, dia ada ultra vires. Jadi ini salah satu langkah yang kita jarang buat. Ini mengapa kita tak buat? Sebab saya difahamkan ada pendapat yang berbeza. Daripada segi lawyer pun saya ingat ada pendapat yang berbeza. Ada kata tidak ada contradict. Kalau tanya saya, memang contradict. Ramai kawan cakap tadi memang contradict sebab di dalam Artikel 140 memang dah sebut dah tugas ini tugas kepada suruhanjaya melainkan kita pinda Artikel 140 ini, kita keluarkan tugas-tugas Suruhanjaya Polis ini daripada menjalankan tugas-tugas tatatertib. Itu sebagai contoh. Jadi, nak kena lebih teliti.
Yang kedua, saya tengok, mungkin saya terlepas pandang tetapi saya tengok macam tak berapa lengkap kerana tak ada ruang untuk polis yang kena tindakan ini untuk rayuan. Mungkin dia ada peraturan dia, mungkin dibuat, tetapi saya ingat elok ditulis bagaimana proses-proses rayuan ini.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Batu Kawan minta laluan.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Jadi, ini yang maksud saya.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Nanti. Saya bagi habis, saya akan bagi you bercakap.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Terima kasih.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Kemudian, saya nak tengok juga bahawa penubuhan IPCMC ini juga turut menghakis dan turut menghilangkan kuasa dan juga peranan Suruhanjaya Pasukan Polis, dah tentulah- kuasa Ketua Polis berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Akta Polis 1967 pun kita ada dan juga Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dalam kita mengendalikan hal-hal berkaitan dengan tatatertib pegawai polis.
Saya tengok pegawai polis ini bukan itu sahaja. Kalau kita tengok sekarang ini, macam-macam agensi yang memantau salah laku pegawai polis ini. Ada Suruhanjaya Pasukan Polis, ada lagi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), ada lagi PDRM, Urus setia KPN PDRM Bukit Aman, ada lagi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
(SIAP), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Bar Council, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Biro Pengaduan Awam dan berbagai-bagai lagi.
Badan NGO pun sama pantau polis ini. SUARAM nya, HAKAM nya, MyWatch dan sebagainya.
Adakah tidak cukup dengan berbagai-bagai badan yang ditubuhkan ini? Sedangkan kalau kita lihat, polis ini amat penting menjaga keamanan. Kadang-kadang saya kasihan melihat polis ini. Saya pernah menjadi Timbalan Menteri jaga polis ini. Memang apa yang dicakapkan itu semua betul daripada segi kemudahan. Sungai Petani saya pernah pergi, dapatlah balai polis yang baharu. Memang betul, kelemahan-kelemahan ini tetapi kita kena hargailah polis.
Kadang-kadang saya kasihan juga tengok polis. Apa juga kadang-kadang salah, polis akan kena tindakan tatatertib. Jadi kalau kita berikan tekanan kepada polis, saya bimbang akhirnya nanti polis jalankan tugas, orang kata sekadar menjalankan tugas, tidak ada kesungguhan. Buat betul-betul nanti, buat ambil tindakan lebih nanti, menyiasat lebih nanti, dah ada report dan sebagainya. Kalau polis menjalankan tugas hanya sekadar menjalankan tugas, saya bimbang keamanan negara kita.
Memang sebagai manusia, tentu ada silap. Kalau polis ini melakukan kesalahan, memang kita kena ambil tindakan. Saya ambil satu contoh. Apa juga orang kata pada polis, kita kena hargai jasa polis.
Saya secara peribadi, Tuan Yang di-Pertua, kereta saya hilang. Saya pun terkejut.
Dua hari. Saya hilang hari Sabtu, hari Selasa polis boleh dapat cari di mana kereta saya hilang. Hilang dekat Genting Highlands, boleh jumpa dekat Subang Jaya. Menunjukkan apa?
Kecekapan polis kita menjalankan tugas. Ini jangan kita hendak oleh sebab- mungkinlah adalah orang kata sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Jadi kerana itu, kita harap kalau masuk ke Select Committee nanti, kita juga mesti melihat kebajikan polis dan juga latihan-latihan polis. Kadang-kadang polis ini kena banyak diberikan latihan-latihan integritinya, pulihkan balik semangat mereka, ingatkan balik tugas- tugas mereka.
Jadi, saya percaya kalau ini juga diambil kira dalam peranan kita untuk menaikkan imej polis, in syaa Allah polis kita akan menjadi polis yang terbaik. Tuan Yang di-Pertua, saya juga tengok tugas IPCMC ini. Kalau saya tidak silap bahawa dalam klausa 29(3), ia ada kuasa untuk menjalankan penyiasatan sedangkan kalau di bawah Artikel 140 kalau saya tidak silap, kuasanya hanya untuk membuat tatatertib. Jadi, ini pula diberikan kuasa pula untuk menyiasat. Bagi saya dua benda yang berbeza. Saya dulu pernah jadi pegawai undang- undang MARA, Tuan Yang di-Pertua. Saya pernah jadi pegawai yang menyiasat kes-kes tatatertib MARA ketika itu. Saya faham, sebab menyiasat tatatertib lain daripada menyiasat jenayah...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Minta penjelasan sikit saja.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Arau minta penjelasan. Ya, silakan sikit.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Oleh kerana benda yang besar sekarang di hadapan mata ialah kebajikan polis. Polis boleh dikatakan selesaikan banyak kes. Cuma yang mungkin mereka tidak boleh selesai sekarang ini ialah kes penculikan,
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
mungkin kes Adib, mungkin kes Jho Low, had yang lain semua selesai. Hilang di Genting Highlands, boleh jumpa di Subang Jaya, pergi Genting Highlands buat apa tak tahu.
Tuan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, jadi saya hendak tanya kepada Yang Berhormat, oleh sebab...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Dia pergi berehat, dia pergi berehat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bukan sangkaan jahat, beliau mungkin makan anginlah kot ya.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Mala fide.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya tidak, ini kawan baik saya. Cuma saya hendak tanya Yang Berhormat, oleh kerana masalah besar yang dihadapi oleh anggota polis sekarang ini ialah masalah kebajikan, masalah balai polis. Kenapa Parlimen tidak beri perhatian kepada perkara tersebut? Kita luluskan undang-undang minta perbekalan tambahan RM1 bilion, dah jual aset RM25 bilion, RM1 bilion bagi kepada polis untuk membina balai polis dan sebagainya. Apakah Yang Berhormat setuju?
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Setuju. Saya ingat kalau boleh Tuan Yang di-Pertua, nak bagi Yang Berhormat Batu Kawan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Batu Kawan, silakan.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tadi dia bagi laluan. Pendek sahaja, masa nak habis, dah habis dah pun.
Tuan Yang di-Pertua
Tak apa, saya tambah masa.
Puan P. Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan saya mengenai isu yang dibangkitkan mengenai sama ada IPCMC ini melanggar Perlembagaan. Saya lihat perihal Enforcement Agency Integrity Commission
(EAIC) pun ada bidang kuasa untuk menyiasat seperti IPCMC. Maka, kalau dianggap IPCMC ini melanggar Perlembagaan, saya rasa kita boleh gunakan prinsip yang sama ke atas EAIC.
Akan tetapi saya lihat Yang Berhormat dari sebelah sini semua yang menyokong EAIC, tidak ada masalah dengan EAIC tetapi dengan IPCMC ada masalah. Juga jangan kita lupakan IPCMC ini akan digunakan untuk menyiasat kematian-kematian dalam penjara, the discharged of Firearms by cops against orang ramai. Kita faham bahawa polis perlu menjalankan tugas mereka tetapi yang kematian dalam penjara yang tidak dapat dijelaskan, itu adalah fungsi IPCMC sekarang. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat Tanjong Karang?
Terima kasih.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Okey, saya jawab Yang Berhormat Batu Kawan dulu sebelum Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat, Yang Berhormat kena faham kita ada tafsiran undang-undang. Kalau kita lihat bahawa kawalan tatatertib ini adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis yang termaktub dalam peruntukan 140, dah ada dah kat situ. Jadi, macam mana kita hendak ambil kuasa yang ditetapkan di dalam Perlembagaan? Ini persoalannya. Itu yang saya kata bahawa ada dua pandangan yang berbeza. Oleh sebab itu, saya punya pandangan Tuan Yang di-Pertua, elok kita bawa ke mahkamah, let mahkamah putuskan.
Puan P. Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Tanjong Karang, EAIC macam mana? Bidang kuasa pun ada juga kuasa untuk menyiasat. Banyak kes-kes kematian dalam lokap dibawa kepada EAIC untuk dipertimbangkan. Jadi, kuasanya adalah- if you doubt EAIC, you are saying IPCMC unconstitutional, bagaimana dengan EAIC? Semua kat sana sokong EAIC, IPCMC tak sokong pula.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ia suruhanjaya kan? Ia bukan badan. Saya ingat beza sekali Yang Berhormat. Ini suruhanjaya ini, ini akta, ini kita hendak buat akta sama ada akta kita ini nanti contradict dengan Perlembagaan, itu sahaja.
Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Boleh saya mencelah?
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ya, saya hendak menjawab ini. Mana?
Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Cameron Highlands nak mencelah.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ya.
Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Dengan izin, what is actually the different is IPCMC can demote and dismiss, EAIC doesn’t have that power. Kuasa itu adalah kepada the Constitution. The issue is that, not in terms of EAIC also doesn’t have the power to dismiss, it is unconstitutional. You look at firstly 140, look at secondly 140, look at EAIC, look at IPCMC rang undang-undang...
Puan P. Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat, if we remove this two provisions, will you support IPCMC? If we remove this two provisions, will you support?
Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
And amend the Constitutions.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Tanjong Karang ya.
Puan P. Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
No, but if we remove the provisions in IPCMC, will you support it?
Tuan Yang di-Pertua
Ya, one point- sudah diambil.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ya, point sudah diambil, Yang Berhormat.
Puan P. Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
We can’t be finding loopholes just not to support something good for the police, this is to protect the good policemen in our country.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat.
Puan P. Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
And reprimand the bad ones.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Saya bersetuju Yang Berhormat cakap, hanya saya hendak beritahu bila masuk Select Committee, ini cadangan saya. Bila Select Committee bawa ke mahkamah, ini the matter of interpretation. Lawyer ni, sebab lawyer ini kadang-kadang Tuan Yang di-Pertua, bukan pandai semua, dia separuh pandai saja. Oleh sebab itu ada peguam bela, ada peguam cara. Hari ini saya jadi peguam cara, esok jadi peguam bela, client yang sama. Boleh percaya ke lawyer ini? Dia 50-50 saja...
[Tepuk]
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Kena percayalah lawyer, jangan macam itu.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Eh betul, 50-50. Saya peguam, hari ini saya jadi peguam cara, jadi PP kepada pihak A, tiba-tiba saya letak jawatan, saya boleh pula jadi peguam bela kepada orang yang dulu saya dakwa. Ini the matter of interpretation. Jadi, saya cadangkan kalau boleh bawa supaya diputuskan oleh mahkamah, lepas itu tidak ada timbul lagi. Akhirnya, tadi kes yang dibangkitkan oleh anu, contohnya polis ini, contohnya Tuan Yang di-Pertua macam kes Adib. Saya respect polis, polis dah tahu dah kes Adib ini dulu mula-mula ada ditahan di bawah seksyen 307, menyebabkan kematian. Bila Adib meninggal, dia pun bawa kepada Peguam Negara supaya pinda kepada 302, bermakna polis dah nampak ada kes jenayah. Akan tetapi Peguam Negara suruh buat inkues sebagai contoh, menunjukkan polis lebih cekap daripada Peguam Negara dalam melihat bahawa kes Adib ini memang ada terlibat jenayah, sebagai contoh.
Jadi, jangan tengok yang negatif. Betul, saya pun simpati. Memang saya pun kadang-kadang dapat aduan juga bila ada orang kena tangkap polis, pukul dan sebagainya.
Akan tetapi percayalah, apa pun tindakan polis, mereka lebih untuk menjaga kepentingan, keamanan dalam negara kita. Oleh kerana itu saya tidak menyokong ini dan saya menyokong supaya bawa kepada Select Committee.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Arau tak jawab tadi, Arau tadi.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Arau telah diberi kesempatan tadi.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Apa dia?
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Oh, yang kebajikan saya dah cakap tadi yang kebajikan polis. Saya setuju bahawa kebajikan polis, tadi siapa yang kata kita tidak jaga polis, banyak jaga polis. Kalau nak kira tadi siapa kata tolong polis, saya pun sama juga, surau pun saya bagi pada balai polis ini. Pergi tengok, saya buat kuarters baru tetapi kita ini lain sikit, UMNO ini, BN ini yang kalah ini sebab kita ini jenis tidak mahu menunjuk-nunjuk. Kita buat, kita diam.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Satu lagi projek Barisan Nasional.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Beza kita ini Tuan Yang di- Pertua, BN ini mengamalkan budaya penyu. Penyu ini Tuan Yang di-Pertua, bila dia bertelur banyak pun diam saja, orang tidak tahu, diam-diam saja sekali tengok telur banyak. Kerajaan masa itu jadi pembangkang, dia mengamalkan seperti ayam, telur sebiji riuh sekampung. Ini bezanya...
[Tepuk] Jadi, kami pun nak kena mengamalkan jugalah macam ayam jugalah, tidak boleh mengamalkan budaya penyu lagi. Terima kasih banyak.
Tuan Yang di-Pertua
Persamaannya semuanya telur ya, penyu dan ayam [Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, pembangkang penyulah ya.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar
Jangan kambing dengan beruk dah la.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Pokok Sena ini mulut kurang ajarlah [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Paya Besar, silakan.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih atas ruang dan peluang yang diberikan untuk saya turut serta membahaskan dan memberi pandangan berkaitan IPCMC. Cumanya saya yakin dan percaya walaupun Menteri Hal Ehwal Undang-undang membawa rang undang-undang ini tetapi saya suka kita melihat kembali apa yang telah berlaku. Kerana apa? Ramai Ahli-ahli Yang Berhormat bercakap tentang bagaimana akta IPCMC ini wujud kerana tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Integriti Agensi Penguat Kuasa (SIAP). Bagaimana SIAP ini terhasil atau wujudnya kerana wujudnya satu RCI pada tahun 2005.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Jadi saya yakin dan percaya pihak kerajaan hanya mahu untuk memenuhkan janji mereka, Janji 20 dalam Buku Harapan supaya mewujudkan satu suruhanjaya yang dipanggil IPCMC. Saya agak kecewa sedikit Tuan Yang di-Pertua kerana sepatutnya suruhanjaya ini walaupun hendak dibuat kerana atas niat sepertimana dalam fasal 5 tetapi kita mesti mengambil kira supaya janganlah kita hanya membuat sesuatu melepas batuk di tangga.
Sepatutnya pindaan jawatankuasa ini harus diletakkan dahulu. Kemudiannya biarkan dua hari supaya pihak pembangkang dan pihak kerajaan dapat sama-sama memikirkan supaya dapat mencadangkan suatu pandangan yang baik.
Saya juga mengucapkan tahniah kepada Parlimen Malaysia untuk membuat satu reforms membawa kepada Select Committee. Akan tetapi, kita kena berasaskan kepada apa yang berlaku semalam. Kalau tidak ada kes-kes yang berlaku sebelum tahun 2005, sebelum Yang Berhormat Kepala Batas ketika itu menjadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mencadangkan supaya wujudnya hasil daripada laporan RCI yang dibuat.
Ini kerana kita mesti yakin, kita mesti walk the talk, mesti bercakap supaya apa sahaja yang kita bercakap pada hari ini, kita mesti bertanggungjawab kerana inilah yang akan menjadi panduan dan satu imej kepada masyarakat di luar sana.
Saya yakin dan percaya Yang Berhormat Menteri dalam pembentangan tadi menyatakan bahawasanya ada dua dwifungsi. Satu untuk rakyat, satu untuk orang awam dan satu lagi untuk menjaga kewibawaan dan kebajikan serta martabat sebuah satu institusi iaitu PDRM.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Akan tetapi apa yang menghairankan saya, apabila saya melihat Tuan Yang di- Pertua seolah-olahnya tidak ada walk the talk di pihak kerajaan. Ini kerana seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengerang bangkitkan berkaitan pelantikan suruhanjaya masih walaupun dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong tetapi budi bicara dan nasihat daripada badan eksekutif iaitu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Saya meneliti Tuan Yang di-Pertua pada 25 Jun 2009 ketika Yang Berhormat Padang Rengas ketika itu menjadi Yang Berhormat Menteri Undang-undang dan Yang Berhormat Menteri ketika itu yang membentangkan hari ini ketika itu menjadi Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang. Jelas lihat 25 Jun 2009, 29 Jun 2009 dan 30 Jun 2009. Saya kadang-kadang Tuan Yang di-Pertua sambil-sambil mendengar Ahli-ahli Yang Berhormat bercakap, kadang-kadang saya ketawa kerana saya sebagai pimpinan muda melihat adakah ini yang kita hendak tunjukkan kepada masyarakat luar bahawasanya banyak cadangan oleh pihak pembangkang dahulu tidak dimasukkan langsung dalam IPCMC. Kalau ini menjadi satu perkara dan asas untuk mewujudkan tanpa lupa tentang perkara yang sedang dinyatakan dahulu, saya yakin dan percaya patutlah Kerajaan Pakatan Harapan tidak mahu menunaikan keseluruhan janji-janji mereka. Mereka agak selektif dalam menentukan janji-janji mereka.
Ini kerana sebagai contoh yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengerang dan beberapa Ahli Yang Berhormat berkaitan lantikan anggota suruhanjaya di bawah Fasal 6.
Sebagai contoh, saya hendak kita baca dan saya agak kecewa kerana sepatutnya kalaulah ketika 25 Jun 2009 jelas di Dewan yang mulia ini kita bertanggungjawab atas apa yang kita sebut, mereka merujuk di Nepal, mereka merujuk di India, mereka merujuk di Korea. Buktikan supaya apa yang kita cakap pada hari ini, apabila kita menjadi kerajaan, buat. Ini kerana kita hendak lakukan demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.
Agak kecewa kalau inilah Wawasan Pembangunan Bersama yang dilancarkan 5 Oktober lalu seolah-olahnya tidak walk the talk. Saya yakin, saya amat kecewa sekali. Yang Berhormat Ipoh Timur banyak bercakap daripada 29 Jun 2009 sehingga 30 Jun 2009 jelas mengatakan mana Home Minister. Saya pun hairan, walaupun Yang Berhormat Menteri Undang-undang membentangkan, sepatutnya ada Yang Berhormat Menteri yang menjaga polis dekat sini. Menteri tiada, Timbalan Menteri tiada. Saya hendak ulang kerana apa dalam Hansard pukul 5.20 petang dan saya pun dekat-dekat pukul 6 ini, benda yang sama saya cakap. Patutlah hari ini Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri tidak ada di sini untuk mendengar, untuk menghadapi soalan ini.
Itu sebabnya saya beritahu, kalau kita betul-betul Tuan Yang di-Pertua ingin membuat suatu perkara yang lebih baik, seharusnya kita melihat bagaimana iltizam itu sebenarnya sepatutnya diterjemahkan. Kerisauan saya Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, kita meletakkan sesuatu perkara untuk melihat bahawasanya buruk sangat kah polis ini ataupun kita ingin mengupayakan polis dan keluarga mereka. Apakah nasib anak- anak polis? Apakah nasib keluarga-keluarga polis? kalau IPCMC ini bertindak untuk sebagai satu instrumen menghukum.
Sepatutnya mereka harus memperkasakan perkara yang paling simple. Saya tak nak bercakap seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Cameron Highlands. Ia begitu ultra virus kepada Perlembagaan Persekutuan kerana mencanggahi Perkara 132, Perkara 135 dan Perkara 140. Akan tetapi yang paling penting bagi saya Tuan Yang di- Pertua, kita hendak ada kesinambungan anggota PDRM dahulu, kini dan selamanya. Kalau ini dilihat sebagai satu instrumen menakut-nakutkan, saya yakin tidak akan ramai anak-anak muda. Kalau anak-anak muda ingin masuk anggota polis, kalau beginilah sikapnya, kalau beginilah caranya, saya yakin dan percaya mereka tidak akan masuk dalam bidang kepolisan.
Berikutnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga agak tersinggung apabila saya melihat seolah-olahnya kita semata-mata hanya melihat polis ini sebagai satu alat yang tanpa kita memikirkan adakah polis sahaja yang membuat penguatkuasaan. Tiga hari Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan bersidang dan berbahas, apabila Yang Berhormat Menteri membentangkan, membincangkan panjang lebar tentang 20 agensi penguatkuasaan tetapi hanya dilihat semata-mata kerana polis. Adakah ini sebenarnya satu penderaan emosi dan mental?
Saya harap sangat dalam ucapan Yang Berhormat Menteri tadi jelas menunjukkan bahawasanya Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
[Bangun]
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Bolehlah. Bos saya ini.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Lenggong minta mencelah. Silakan.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Paya Besar, kita kena akui bahawa pembangunan negara ini juga disumbangkan oleh anggota polis. Mereka yang memelihara keamanan dan akhirnya memudahkan eksekutif dan kerajaan untuk membangunkan negara ini.
Maknanya peranan polis cukup penting. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Paya Besar, apakah dengan adanya rang undang-undang baru ini ia juga akhirnya nanti akan menjatuhkan moral mereka dan sudah tentu ia akan mengganggu juga proses pembangunan negara yang hendak dibawa oleh kerajaan. Apakah perkara ini mungkin boleh berlaku. Saya hendak tanya pandangan.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Seperti mana yang saya sebutkan tadi, kita tidak boleh melihat dengan lensa yang negatif. Kenapa saya guna perkataan lensa. Ini sebut oleh Yang Berhormat Menteri pagi tadi lensa positif. Ini kerana inilah sejarahnya tetapi sebenarnya pergilah. Kita mesti bercakap atas fakta dan saya yakin Ahli-ahli Yang Berhormat sudah bertemu dengan ramai anggota polis.
Mereka bukanlah seperti mana yang kita sifatkan. Kalau betullah ingin membuat sesuatu perkara, ia mesti bertindak menyeluruh. Hari ini kita buat polis, dahulu kita tukar daripada BPR kepada SPRM, Badan Pencegah Rasuah kepada suruhanjaya. Hari ini kita buat polis.
Akan tetapi, ini semua yang saya beritahu kita bukan hendak buat untuk selektif.
Kita hendak keseluruhan agensi penguatkuasaan ini harus serta integriti. Saya yakin dan percaya Tuan Yang di-Pertua, yang paling pentingnya adalah kita mesti jaga kebajikan polis.
Saya suka apabila Yang Berhormat Menteri sebut tadi pada tahun 2005, kita sedang menjaga kebajikan mereka tetapi jangan sampai setitik nila, rosak susu sebelanga. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Bera ada hendak mencelah? Saya ingat hendak bangun bercakap.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya belum berucap Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Boleh. Tetapi Yang Berhormat Arau sudah pun berucap [Ketawa] Nasib baik saya semak.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Dia hendak mengelat, dia hendak mengelat itu.
Tuan Yang di-Pertua
Untuk berucap? Silakan. Akan tetapi, sebelum itu saya ingat bagi Yang Berhormat Bagan Serai dahulu mengikut aturan. Yang Berhormat Bagan Serai.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua terima anugerah baru-baru ini.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang IPCMC ini yang merupakan janji ke-20 manifesto. Bagus-lah sebab hendak buat manifesto sebab janji manifesto kalau tidak buat, banyak pula orang tanya.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Betul-kah, banyak?
[Ketawa] .
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Jadi kalau hendak ini, bagus- lah. Jadi, satu benda yang baik-lah. Tujuannya adalah untuk meningkatkan integriti untuk mengurangkan salah laku, untuk melindungi orang awam, untuk meningkatkan keyakinan orang ramai. Ini satu tujuan yang baik. Pada dasarnya, Bagan Serai setuju rang undang- undang IPCMC. Cuma melihatnya banyak-lah lompong-lompong yang saya rasa perlu dibuat pembetulan. Pada pendapat Bagan Serai, yang ini patut ditangguhkan dulu supaya dapat
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
diteruskan perbincangan hingga ia menjadi satu undang-undang yang komprehensif. Akan tetapi kita dapat tahu bahawa ia akan dirujuk ke jawatankuasa Select Committee.
Memang kita bukan tujuan untuk menghukum polis kerana polis ini adalah kerja yang sangat mulia. Kita ada slogan ‘’Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’’. Akan tetapi mungkin kerana kita dengar tadi kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kalau kita cerita tentang salah laku, tentang perbuatan jenayah, tentang rasuah, tentang curi duit, berlaku-kah dalam polis? Berlaku-kah dalam PDRM? Berlaku-kah dalam jabatan-jabatan yang lain, kementerian yang lain? Berlaku-kah salah laku di kalangan doktor-doktor, di kalangan lawyers, di kalangan cikgu-cikgu, dalam kebanyakan orang kerana kita manusia. Jadi kalau polis jaga yang lain, siapa yang jaga polis.
Jadi memang ada, saya dengar tadi ada jabatan-jabatan yang diwujudkan yang dulu kita ada AIC dan kita ada GIPS. Akan tetapi jelas nampak perkara-perkara yang dikatakan salah laku juga berlaku. Jadi, inilah yang menjadi debaran 150,000 orang polis dalam negara ini. Adakah undang-undang yang hendak dibuat ini menghukum mereka, menyusahkan mereka atau adakah undang-undang yang hendak dibuat ini boleh menyelamatkan kita semua termasuk polis.
Saya juga mengambil kesempatan ini juga seperti pembahas-pembahas yang lain, untuk bukan saja kita hendak cerita fasal rang undang-undang salah laku polis. Terima kasih- lah, saya dapat ini teks bahawa dalam peringkat jawatankuasa akan ditukarkan IPCMC ini kepada Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis. Sekurang-kurangnya tidak kita label terus dengan perception ini salah laku, ini jenayah sedangkan ini kumpulan yang banyak jasa dia.
Tengok hari ini polis jaga dekat jalan, buat roadblock kalau ada masalah-masalah jenayah, hujan, panas, tengah malam tinggal rumah. Kalau ada bencana dan sebagainya, polis yang turun, polis yang susah.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Bagan Serai. Saya dulu...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Banyak kerja-kerja mulia yang dilakukan oleh polis, tetapi hari ini kita tidak sebut.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Bagan Serai.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Jadi sekali lagi Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Bagan Serai.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Saya hendak kata tadi jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Bagan Serai
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Saya masa tidak cukup, minta maaf sahabat saya. Ini dua orang ini.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Tidak, sekejap sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Boleh tambah masa. Yang Berhormat Parit Sulong dan Yang Berhormat Arau.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Parit Sulong.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua hendak tambah masa untuk saya.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, boleh.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih. Silakan.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Satu saja, saya-lah dulu.
Tuan Yang di-Pertua
Siapa? Yang Berhormat Parit Sulong atau Yang Berhormat Arau?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Mak Cik ini bolehlah dulu.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Parit sulung, silakan.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
[Ketawa] Mak Cik ini sebab kasihan-lah pula saya risau dekat Yang Berhormat Bagan Serai sebab macam dia hendak marah dekat orang. Saya hendak bagi bertenang-lah sikit dengan Yang Berhormat Bagan Serai.
Jadinya soalan celahan saya kepada Yang Berhormat Bagan Serai. Yang Berhormat Bagan Serai tadi mengatakan bahawa persepsi dan segala-galanya, jadinya saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Bagan Serai, bila kita cakap hendak memperkasakan penguatkuasaan terhadap mungkin salah laku polis seperti yang cuba dilakukan sekarang ini, apa pandangan Yang Berhormat bila mengapa tidak kita boleh memperkukuhkan yang sedia ada iaitu Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, tidak payah kita buat yang baharu. Apa pandangan Yang Berhormat?
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong, very sentimental. Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Akan tetapi menjawab pun perlahan-lah juga, risau saya dengar.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tuan Yang di-Pertua, harapkan pegar, pegar makan padi. Ini yang kita risau. Apabila tidak ada control yang sebetulnya, harapkan pegar, pegar makan padi.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Lagi kuat pula jawabnya Tuan Yang di- Pertua, macam mana ini?
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Kita ada yang dulu, tetapi yang dulu tidak terkawal. Oleh sebab itu saya kata tadi, siapa makan cili, dia rasa pedas.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Siapa makan cili, dia rasa pedas.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat bertenang.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Sebab apa, kalau risau sangat dengan tindakan salah laku ini kalau kita buat salah.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Bagan Serai.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Kalau buat salah, baru-lah rasa hendak terkencing.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat, bertenang Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Baru hendak rasa susah hati.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua risau itu. Bertenang Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Kalau tidak terangkat, tidak mahu ikut.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya setuju dengan Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Sebab apa kita risau?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya setuju, Yang Berhormat sedang marah pada kerajaan sekarang.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Bagan Serai.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Akan tetapi berhati-hati, Yang Berhormat berada dengan mereka sekarang, bukan sebelah kami. Itu sahaja hendak beritahu.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Kalau marah sangat pun tidak elok. Takut tidak terjaga badan itu.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Bagan Serai.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tuan Yang di-Pertua, Bagan Serai cuba menyatakan bahawa Bagan Serai setuju dengan wujudkan IPCMC ini kerana kita dapat mengawal. Manusia ini sifat dia macam ini, kalau kita bagi power dekat dia lama-lama, dia lupa daratan. Dia boleh buat benda yang salah. Jadi justeru itu, patut ada satu kawalan supaya jaga sikit iman dia supaya takut sikit dia. Siapa makan cili, dia rasa pedas Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Bagan Serai.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat makan cili atau tidak?
[Ketawa]
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Kebajikan polis perlu kita jaga. Gaji mereka telah diulang-ulang oleh pembahas tadi, memang betul. Kalau boleh, bagi elaun khas. Saya sedih tengok polis jaga tengah malam, tengah hujan.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ya.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Baru-baru ini ada lori tanker jatuh di Parlimen Bagan Serai dalam parit. Polis jaga tengah malam, tengah hujan. Saya arahkan kumpulan saya tiap-tiap waktu makan, hantar makanan kepada polis-polis dan juga badan-badan sukarela yang lain.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Bagan Serai sikit. Saya hendak tanya soalan Yang Berhormat Bagan Serai.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tuan Yang di-Pertua, polis patut diberi elaun khas, yang ini yang kita kena bincangkan juga. Satu lagi...
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Minta pencelahan.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tuan Yang di-Pertua, masa sangat suntuk.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sikit sahaja. Nanti Tuan Yang di-Pertua bagi masa. Sekejap saja, sikit saja.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Rumah polis kena jaga. Saya pernah tengok rumah polis, polis pun tidak mahu duduk.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Bagan Serai bagi-lah.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Sebab apa? Sebab rumahnya tidak terjaga. Saya pernah tengok rumah yang kosong, yang retak, yang tidak elok, yang busuk, yang macam-macam telah berlaku.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Bagan Serai, merayu.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Air tidak ada, selalu blackout dan saya dengar tadi ada pembahas yang menyatakan...
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Bagan Serai, lagi sekali saya merayu.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Bahawa balai-balai yang tidak ada aircond, yang panas.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Akan tetapi undang-undang ini menekan polis.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tuan Yang di-Pertua, cuba- lah kita bayang kalau dalam...
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Macam mana Yang Berhormat cakap lain macam. Ini sokong atau tidak ini?
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Kalau dalam Dewan ini tidak ada aircond...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Bagan Serai...
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Bagan Serai, bagilah.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Saya ingat ini Yang Berhormat Parit sulung - Ini siapa yang berdiri ini? Siapa yang berdiri ini? Yang Berhormat Lenggong.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya? Pendang.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Yang Berhormat Lenggong duduk dahulu. Duduk.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Pendang.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Yang Berhormat Pendang akan panas, akan...
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Sudah pindah sana, boleh lupa pula dengan kawan baik. Ini macam mana ini.
[Ketawa] .
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Macam mana hendak tukar sana, kawan pun tidak ingat-kah? Mentang-mentang sudah pindah sana, kawan pun sudah tidak ingat sudah?
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
[Ketawa]
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Dulu bukan main lagi minta tolong.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Fasal Tuan Yang di-Pertua, kawan pun sudah lama hilang dekat Dewan, mana pergi tidak tahu.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Bagi-lah Pendang sikit, merayu ini.
Tuan Yang di-Pertua
Teruskan.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tuan Yang di-Pertua, saya sedang bercakap tentang kebajikan polis ini.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tidak duduk lagi, lama ini.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Ini-lah peluang yang saya hendak cakap bahawa rumah-rumah polis...
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ini saya hendak sokong Yang Berhormat Bagan Serai ini.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Jabatan polis, ada balai polis yang aircond selalu rosak, yang air selalu tidak ada, yang elektrik selalu blackout. Apa kerajaan hendak buat untuk yang ini juga, yang ini kena jawab.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Nasib Yang Berhormat Bagan Serai lari ke sana, kalau Yang Berhormat Bagan Serai ada dekat sini lagi, saya ingat lintang- pukang Menteri lari keluar dari Dewan.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, saya.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Bagan Serai risau tentang beberapa perkara. Saya juga hendak bercakap tentang percanggahan bidang kuasa dalam perkara 140. Cerita siapa yang lantik kerja, siapa yang buang kerja. Siapa yang ahli-ahli dalam IPCMC umpamanya tadi, yang hendak buang kerja, mereka tidak ada kepakaran umpamanya. Juga fasal 52(c), berkaitan dengan kuasa mengaudit dan juga memantau operasi PDRM. Operasi yang sulit, operasi yang kita pun tidak tahu SOP macam mana, yang ini saya ada kebimbangan di sini.
Tuan Yang di-Pertua, fasal 22(2), pengecualian definisi salah laku administratif di bawah seksyen 96 dan 97. Akta Polis 1967 perlu dikekalkan sebagai kuasa command and control oleh Ketua Polis. Ini perkara-perkara yang ada kerisauan saya dan kebimbangan saya. Sebab apa, jawatankuasa yang dilantik nanti, ahli-ahli yang dilantik dalam IPCMC,
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
siapa-kah mereka? Ini perlu ada satu pemantauan juga. Memang bagus-lah kalau ada polis- polis pencen yang ada pengalaman lama 30 tahun. Akan tetapi kita kena check, ada-kah dia betul-betul jadi suruhanjaya yang bebas.
Tuan Yang di-Pertua, fasal 24(1) berkaitan penerimaan aduan bertulis yang dialamatkan kepada IPCMC termasuk surat layang. Ini satu lagi. Saya boleh main hantar surat layang, siasatan dibuat. Kalau betul tidak apa, kalau tidak betul, kita kena ambil tindakan atas surat layang ini. Jadi, surat layang ini mesti ada particulars dia. Daripada mana, siapa dan sebagainya.
Fasal 32(2)...
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Berkaitan tempoh masa yang ditakrifkan sebagai expeditious dalam prosiding tatatertib...
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya ini Tuan Yang di-Pertua. Ini hendak tanya ini on atau tidak on ini- sokong atau tidak ini?
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Masa yang tidak ada expeditious, masa yang tidak sesuai...
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Ini sokong atau tidak ini- on atau tidak on ini? Kena beritahu ini, on atau tidak on ini- macam mana Yang Berhormat Bagan Serai ini?
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Yang Berhormat Parit Sulong ini...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tidak berapa on tu.
Tuan Yang di-Pertua
Sila duduk Yang Berhormat Parit Sulong.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Ini on atau tidak on ini? Cuba cakap ini.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Bagan Serai ini kata sekejap sokong, sekejap tidak sokong. Mana satu ini- on atau tidak on?
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Ini macam sokong atau tidak sokong ini.
Kena beritahu dalam Dewan ini- on atau tidak on ini?
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan Yang Berhormat Bagan Serai.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya tidak hendak ikut dengar cakap mereka ini yang bercakap ikut nafsu. Cakap ikut nafsu ini, nafsu hendak bercakap ada tetapi tidak ada kekuatan.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Semua orang ada nafsu.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik, baik.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Jikalau tidak ada nafsu bukan oranglah.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
[Ketawa]
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Mesti ada nafsu.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Ikut undang-undanglah, senang bukan.
Tuan Yang di-Pertua
Sila menggulung.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tuan Yang di-Pertua, bagi saya habiskan sedikit lagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua ...
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kalau tidak ada nafsu, macam mana hendak kahwin [Ketawa] .
Tuan Yang di-Pertua
Saya pun tidak tahu point itu apa dia.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Mana datang Tuan Yang di- Pertua. Saya berasa sedih juga, pihak pembangkang ini petang-petang dia meracau. Tengah cakap fasal IPCMC dia cerita fasal kahwin. Insaflah, insaflah.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sebab Yang Berhormat Bagan Serai sebut nafsu.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tuan Yang di-Pertua, tentang ‘expeditious’ tadi, tentang masa yang tidak lengkap. Cuba bayang, dalam masa-masa siasatan yang dilakukan yang tidak tentu habisnya, katakan tiba-tiba dia ada interview dan interview itu tidak dapat dijalankan. Maka kerja dia selama ini untuk kenaikan pangkat yang di hujung-hujung ini tidak dapat dilaksanakan. Ini satu perkara yang menyedihkan.
Tuan Yang di-Pertua sekali lagi Bagan Serai ingin menyatakan bahawa mewujudkan IPCMC ini setelah begitu lama EAIC, JIPS dan sebagainya yang tidak berkesan, adalah satu perkara kebaikan. Di samping itu, kita perlu lihat bahawa polis adalah satu kerja mulia, kerja yang hebat, polis dan masyarakat berpisah tiada kita selalu sebut tetapi kebajikan polis perlu dijaga.
Dengan itu, Bagan Serai mengucapkan terima kasih kerana keputusan untuk membawa perkara ini ke Select Committee. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Seterusnya, Yang Berhormat Bera, Ketua Pembangkang. Silakan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak menjerit, jangan bimbang. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merekodkan dalam Dewan ini bahawa saya tidak bersetuju dengan IPCMC ini, walaupun kita tidak membuat keputusan hari ini kerana kita akan rujuk perkara ini ke Jawatankuasa Pemilih ataupun Select Committee.
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat dari segi mukadimah RUU ini, ia memfokuskan terus kepada salah laku pihak polis dan sebagainya. Jadi, tujuan akta ini ataupun RUU ini dibentangkan adalah untuk memantau, bukan sahaja memantau tetapi juga menghukum pihak polis apabila mereka melakukan kesilapan dan sebagainya. Akan tetapi persoalannya, kenapa hampir 21 agensi penguatkuasaan, tiba-tiba hanya polis yang difokuskan. Akta ini ataupun rang undang-undang ini hanya difokuskan kepada polis. Sedangkan isu yang berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa, salah laku dan sebagainya, tidak hanya berlaku di dalam jabatan polis tetapi juga di dalam agensi penguat kuasa lain.
Kita dengar pihak imigresen juga melakukan kesilapan. Ada PATI yang meninggal sewaktu di dalam tahanan di bawah pihak imigresen dan sebagainya. Baru-baru ini di Pulau Pinang, isu pengeluaran kad pengenalan palsu dan sebagainya. Ia merupakan kesalahan- kesalahan yang berlaku di mana-mana sahaja agensi penguatkuasaan, malah yang bukan agensi penguat kuasa tetapi fokus kita hanya kepada polis. Ini akan menimbulkan persepsi daripada rakyat betapa teruknya anggota polis yang selama ini menjaga keselamatan kita, tetapi begitu teruknya mereka sehingga kita mewujudkan satu suruhanjaya khas untuk memantau mereka dan sebagainya.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Bera, minta jalan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pendang.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Bera, Pendang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ketua Pembangkang Yang Berhormat Bera. Yang Berhormat Bera, saya hendak minta atas permisi ini juga, kita sekarang ini sedang menghadapi krisis pengurusan. Di mana baru-baru ini kita lihat masalah kastam yang telah tersilap memasukkan duit kutipan daripada GST ke dalam consolidation account ataupun consolidated account. Adakah kesalahan ini menyebabkan Yang Berhormat Menteri Kewangan telah menyebut bahawa pemimpin-pemimpin UMNO “perompak”? Akan tetapi apabila dijawab oleh PAC dengan jelasnya bahawa kesilapan masuk dalam akaun, duit tidak hilang, jadi “perompak” kena tarik balik. Adakah ini juga kita perlu tubuh suruhanjaya untuk menyiasat pegawai-pegawai kastam yang telah membuat kesalahan ini?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Terima kasih Yang Berhormat. Itu yang saya sebutkan tadi, bahawa kesalahan berlaku bukan setakat di jabatan polis tetapi jabatan- jabatan penguat kuasa yang lain. Jadi, saya bimbang kepada persepsi inilah. Kalau persepsi ini yang boleh demoralize-kan anggota polis, yang akhirnya, yang mendapat kesan buruk adalah rakyat.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Kedua, persepsi daripada rakyat bahawa agensi lain tidak mampu, gagal di dalam menjalankan tugas masing-masing. Sebagai contoh, pelbagai agensi, pelbagai autoriti yang mempunyai kuasa untuk mengawal salah laku dan sebagainya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), SPRM, adakah apabila berlaku rasuah di kalangan pihak polis, maka tidak ada tindakan dilakukan? Bermakna, kita menyalahkan SPRM kerana gagal di dalam tugas mereka. Oleh sebab itu, kita perlu wujudkan suruhanjaya yang baharu ini, sebab kita menganggap SPRM gagal. Ada SUHAKAM, ada BPA, ada Bar Council, NGO ada SUARAM, HAKAM, MyWatch dan sebagainya.
Malah, di dalam jabatan polis, ada tiga badan yang menjaga ataupun mengawal salah laku pihak polis dan sebagainya. Ada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard yang bertanggungjawab terhadap perilaku anggota polis. Peraturan Pegawai Awam, Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan yang paling pentingnya, Suruhanjaya Perkhidmatan Polis yang termaktub di dalam artikel ataupun Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan siasatan dan juga tindakan tatatertib terhadap polis.
Adakah kita perlu ada suruhanjaya yang baharu kerana kita menganggap semua badan yang saya sebutkan tadi gagal di dalam melaksanakan tugas masing-masing? Jikalau kita percaya SPRM mampu untuk mengawal salah laku ataupun rasuah di kalangan polis, kita serahkan kepada SPRM dan tidak perlu lagi ada agensi suruhanjaya yang baharu seperti ini. Lagipun saya lihat banyak kelemahan di dalam IPCMC ini. Walaupun sudah tukar nama, saya percaya kalau tukar nama kita sudah – kita perlu buat pindaan di peringkat Jawatankuasa. Setakat ini, cadangan baharu sahajalah.
Dari segi kebebasan, bagaimana kita hendak menentukan bahawa IPCMC ini bebas tanpa campur tangan politik. Ini kerana di dalam seksyen 6(1), Yang di-Pertuan Agong di atas nasihat Perdana Menteri boleh melantik tidak lebih daripada 10 orang. Tidak diperjelaskan kriteria pelantikan tersebut, mungkin pelantikan ini Perdana Menteri boleh melantik orang- orang politik pun di dalam anggota Suruhanjaya IPCMC ini. Jikalau orang politik dilantik, tentu sahaja akan berlaku campur tangan politik di dalam IPCMC ataupun akta suruhanjaya ini.
Jadi, ini juga merupakan satu tindakan yang saya kira mungkin tindakan yang mengundur ke belakang. Ini disebabkan tidak ada satu pun diperjelaskan siapa yang boleh dilantik oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri boleh melantik wakil daripada DAP, misalnya contoh, wakil PKR, boleh lantik NGO-NGO yang selama ini menentang pihak polis, yang selama ini mungkin menghadapi masalah dengan polis apabila berlaku protes di jalan raya dan sebagainya, mendapat tekanan daripada pihak polis. Mungkin salah seorang daripada mereka akan dilantik menjadi anggota IPCMC ini. Bagaimana badan ini boleh menjadi badan ataupun suruhanjaya yang bebas?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Kalau kita lihat dari segi tatatertib ini, 31(1) kuasa terhadap apa-apa salah laku, begitu luas apa-apa salah laku. Prosiding dilakukan oleh jawatankuasa yang sama, hukuman dilakukan oleh jawatankuasa yang sama. Mereka menyiasat, hakim membuat prosedur, prosiding dan sebagainya, selepas itu mereka menghukum. Merekalah pendakwa raya, mereka jugalah yang menjadi hakim di dalam kes ini.
Selepas hukuman, seksyen 33(1). Tidak ada satu seksyen pun yang mengatakan bahawa mereka boleh membuat rayuan ke peringkat yang lebih tinggi. Dari segi basic, asas perundangan pun, salah. Hak mereka, basic rights mereka pun tidak diberi kerana selepas dijatuhkan hukuman tidak ada hak untuk merayu dan sebagainya. Saya mencadangkan oleh sebab sudah ada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) kita perkasakan, kita tambah baikkan EAIC ini. Ini kerana, di bawah EAIC ada 21 jabatan dan juga kementerian yang mempunyai agensi penguatkuasaan di bawah kementerian. Di bawah EAIC ada 21 agensi penguatkuasaan iaitu:
(i) Polis Diraja Malaysia;
(ii) Jabatan Kastam Diraja Malaysia;
(iii) Jabatan Imigresen Malaysia;
(iv) Agensi Anti Dadah Kebangsaan;
(v) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia;
(vi) RELA;
(vii) Jabatan Pendaftaran Negara;
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
(viii) Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia;
(ix) Jabatan Perikanan Malaysia;
(x) Jabatan Alam Sekitar;
(xi) KPDNKK, KPDNHEP iaitu Bahagian Penguatkuasaan;
(xii) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bahagian Penguatkuasaan;
(xiii) Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan;
(xiv) Kementerian Kesihatan Bahagian Penguatkuasaan;
(xv) Jabatan Penerbangan Awam Malaysia;
(xvi) Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan;
(xvii) Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia;
(xviii) Jabatan Tenaga Kerja;
(xix) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara;
(xx) Pendaftaran Perniagaan; dan
(xxi) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Unit Penguat Kuasa Bahagian Pelesenan.
Complete! Complete di bawah EAIC. Semua agensi penguat kuasa termasuk PDRM diletakkan di bawah ini. Kenapa kita perlu ada satu suruhanjaya yang baharu yang khusus untuk pihak polis? Itu yang saya tidak faham. Jadi, sebab itulah saya bukan hendak melepaskan polis daripada dipertanggungjawabkan terhadap apa yang mereka lakukan.
Akan tetapi, sudah wujud autoriti-autoriti yang boleh mengawal.
EAIC, sepatutnya kita perkasakan. Berikan kuasa yang lebih kepada mereka.
Letakkan EAIC, misalnya, direct answerable to Parliament, itu lebih baik, lebih baik. Tidak ada campur tangan perkara-perkara, tangan-tangan yang tidak diperlukan di dalam keputusan dan sebagainya. Letakkan di bawah Parlimen. Saya mencadangkan EAIC ini kita perkasakan dan kita tidak perlu mempunyai suruhanjaya yang baharu untuk menggantikan EAIC ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan pandangan rakan-rakan lain, sepatutnya kajian yang lebih holistik, menyeluruh kepada pihak polis bukan sahaja melihat dari segi salah laku mereka tetapi melihat kebajikan-kebajikan mereka. Tadi, rakan-rakan di sebelah pihak kerajaan pun mempunyai pandangan yang sama, kita pun sama. Semua kita menghormati pihak polis. Apa yang perlu kita lihat adalah kebajikan mereka. Lihat dari segi perumahan mereka dan sebagainya. Kenderaan mereka, bayangkan kenderaan di bandar, kenderaan polis hendak mengejar penjenayah sesetengah itu menggunakan kancil sahaja.
Di kawasan luar bandar seperti saya, kawasan Orang Asli, FELDA dan juga sebagainya menggunakan kancil, bukan menggunakan Four-wheel drive (4WD). Perkara-perkara ini yang perlu kita tekankan. Oleh sebab itu, saya harapkan kerajaan melihat secara menyeluruh. Bukan sahaja dari segi salah laku tetapi yang lebih penting adalah menaikkan imej dan semangat anggota polis apabila kita menjaga kebajikan mereka yang selama ini agak ketinggalan dari segi beberapa segi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Masa sudah habis.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak, sikit sahaja. Apakah Yang Berhormat Bera sedar bahawa ini kali pertama dalam sejarah saya sebagai Ahli Parlimen yang begitu lama, dalam sejarah di mana rang undang-undang dengan pindaan sama berat, sama besar.
Jadi, menunjukkan bahawa tergesa-gesanya rang undang-undang ini hendak dibuat. Jadi, dengan itu kita syorkan supaya ia dibalikkan kepada Select Committee berdasarkan kepada masalah yang timbul ini di mana pindaan ini akan dibuat di peringkat jawatankuasa sama berat dengan rang undang-undang yang dibentangkan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Ya, ada 25 pindaan daripada 69 seksyen kalau saya tidak silap. Jadi, pengakhirannya Tuan Yang di-Pertua, walaupun kita berikan pandangan, tidak ada keputusan hari ini. Kerajaan masih ada masa lagi, seperti kata Yang Berhormat Arau seolah-olah terburu-buru untuk membentangkan akta ini hanya kerana hendak memenuhi manifesto.
Rakyat hendak manifesto yang lain, perkara-perkara lain dan apa yang rakyat hendak ada kena mengena dengan rakyat, harga barang, minyak dan sebagainya. Itu yang rakyat hendak, bukan IPCMC pun. Jadi, tidak payahlah kerana manifesto maka kita segerakan perkara ini, sedangkan perkara lain lebih penting tidak kita segerakan.
Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, walaupun saya tidak buat keputusan, kesimpulannya, oleh sebab banyak masa lagi jadi saya harap kaji semula pandangan semua.
Kita menambah baikkan EAIC tadi dan dalam masa yang sama lihat dari segi kebajikan pihak polis yang mana banyak perkara-perkara yang perlu kita tambah baik bagi memberikan kebajikan kepada anggota polis malah keluarga mereka. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Lenggong.
Silakan.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pendirian saya sama dengan Yang Berhormat Bera tadi.
Kita menolak rang undang-undang ini kerana ia dengan sendirinya menjatuhkan moral institusi polis yang begitu lama di dalam negara ini dan sebenarnya memberi sumbangan besar kepada proses pembangunan negara. Perlu kita akui bahawa membangunkan negara ini bukan semata-mata dilakukan oleh dilakukan oleh kita sebagai ahli politik, oleh kerajaan tetapi sumbangkan kepada anggota polis yang benar-benar membantu dari segi aspek keselamatan.
Kita lihat di banyak negara, tidak boleh pembangunan dilakukan apabila keselamatan negara berkenaan tidak terpelihara. Oleh sebab itu, anggota keselamatan, polis dan badan-badan lain penting dalam aspek ini. Oleh sebab itulah, kita tidak bersetuju jika rang undang-undang yang pada asalnya IPCMC ini dan pada pagi tadi ditukar kepada rang undang-undang yang baharu bersifat menekan dan menjatuhkan moral anggota polis dan juga institusi ini yang penting kepada negara.
Oleh sebab itu, saya hendak merujuk kepada banyak kenyataan-kenyataan beberapa individu penting dalam negara ini. Misalnya, daripada bekas Ketua Polis Negara, dia sebut tentang penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku (IPCMC) ini disifatkan tidak selaras dengan Perlembagaan negara. Kenyataan yang dibuat oleh bekas Ketua Polis Negara ini saya percaya benar, mengambil kira pengalaman yang mereka telah ada di dalam institusi yang begitu lama.
Oleh sebab itu, IPCMC ini dilihat sebagai satu cubaan untuk mengambil alih kuasa yang selama ini diberikan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP). Selain dibimbangi akan berlaku ketidakadilan dalam menjatuhkan hukuman terhadap pihak yang terbabit. Oleh sebab itu saya minta supaya kerajaan mengambil kira pandangan-pandangan ini. Sementara, apa lagi kerajaan yang baharu mengambil alih negara ini bercakap soal kebebasan bersuara, mahu mendengar pandangan rakyat tetapi dengan jelas apa yang dilakukan ini menampakkan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan tidak mendengar pandangan terutama sekali pandangan dari pihak-pihak yang berkepentingan.
Oleh sebab itu, kalau kita lihat dalam Artikel 140, Perlembagaan Persekutuan, yang menggariskan bahawa Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang dianggotai oleh Menteri di dalam negeri bertanggungjawab terhadap pelantikan, naik pangkat dan isu tatatertib.
Perkara-perkara ini saya percaya akan memperlihatkan percanggahan-percanggahan yang dengan sendirinya akan menimbulkan sesuatu yang tidak baik kepada institusi yang cukup penting kepada negara ini.
Selain daripada itu, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur juga menyebut bahawa pasukan teknikal Polis Diraja Malaysia harus menyelaraskan semua bidang kuasa dengan teliti sebelum kertas penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku ini dikemukakan di Parlimen.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Maknanya, Tuan Yang di-Pertua, banyak komen, banyak pandangan daripada anggota yang pernah berkhidmat di institusi sendiri malah anggota-anggota yang masih berada dalam institusi-institusi polis ini tidak bersetuju dengan penubuhan suruhanjaya ini.
Sebab itu saya harap perkara-perkara ini diambil pertimbangan.
Malah, kalau kita lihat daripada CUEPACS sendiri, CUEPACS juga berpandangan bahawa Suruhanjaya Pasukan Polis sudah memadai untuk membantu meningkatkan kualiti Polis Diraja Malaysia tanpa kita wujudkan suatu perkara baharu yang mereka lihat bahawa IPCMC ini yang langsung tidak memiliki nilai-nilai kepolisan. Maknanya yang saya bimbang nanti ada anggota-anggota yang dilantik oleh kerajaan tidak ada kepakaran dalam bidang yang berkaitan. Sebaliknya, pandangan beliau bahawa IPCMC ini akan hanya mewujudkan prasangka dan ketidakpercayaan terhadap anggota polis.
Sebab itu, Tuan Yang di-Pertua, saya harap kerajaan mengkaji dengan begitu teliti rang undang-undang baharu ini. Jangan hanya kerana mahu melaksanakan janji pilihan raya, maka dilaksanakan juga perkara ini yang akhirnya menjejaskan negara ini. Malah kalau kita lihat dari segi janji-janji pilihan raya, banyak perkara-perkara yang dijanjikan tidak dilaksanakan. Malah dengar baru-baru ini, GST yang dahulu sehingga Yang Berhormat Pokok Sena pun berguling-guling tidak setuju, hari ini nampaknya hendak setuju balik. Jadi, apalah sangat soal janji pilihan raya kalau perkara yang dijanjikan itu menjejaskan?
[Disampuk] Macam mana Yang Berhormat Pokok Sena?
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Dia cakap rakyat yang mahu.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Rakyat yang mahu?
Sudahlah, Yang Berhormat Pokok Sena. Macamlah kita ini bodoh sangat, Yang Berhormat.
Yang hendak Yang Berhormat tetapi hendak menggunakan rakyat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tan Sri Yang di-Pertua. Saya panggil Tan Sri, sekarang ini Tan Sri Yang di-Pertua ya. Hendak minta penjelasan sedikit. Kalau Yang Berhormat kata rakyat yang mahu, sekarang kita pergi pilihan raya, kita buktikan rakyat mahu Yang Berhormat kah, rakyat mahu kami. Kalau betul anak jantanlah. Kalau anak jantan sedikit pun...
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Mahfuz bin Haji Omar
Rakyat sudah tidak mahu. Dia tolak dengan UMNO-UMNO sekali.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sekarang ini Tanjong Piai. Kita akan rampas Tanjong Piai, hendak bagi tahu Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Settle di luar Dewanlah ya.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Lenggong, tadi maklumkan bahawa apa Yang Berhormat Lenggong nyatakan tadi bahawa kemungkinan rakyat hendak dan sebab itulah mungkin hendak diperkenalkan semula. Akan tetapi dari segi apa yang kita bahaskan sekarang, jadinya Yang Berhormat rasa yang ini kah yang rakyat hendak ini? Sebab polis ini adalah rakyat juga. Okey, minta penjelasan mengenai perkara itu.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua, saya sebut tadi pandangan-pandangan dari pihak-pihak yang berkepentingan. Mereka ini mewakili rakyat. Kalau kerajaan kata bahawa mahu mendengar pandangan rakyat, jadi berasaskan daripada pandangan ini, dengan sendirinya yang menunjukkan bahawa rakyat menolak rang undang-undang ini. Sebab itu tidak pernah pun disebut oleh Yang Berhormat Pokok Sena.
Yang Berhormat Pokok Sena dia syok sendiri sahaja. Dia yang berguling-guling dahulu.
Seorang Ahli
Ya kah?
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Ya. Sebab itu, Tuan Yang di-Pertua, sebagai kerajaan baharu...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pokok Sena tidak dengar yang itu.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
...Saya harap kerajaan mendengar pandangan ini.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Teruskan. Teruskan. Masa sudah hampir habis.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Pokok Sena ini betul mengganggulah.
Jadi, kita harap kerajaan mendengar pandangan daripada rakyat dan pandangan daripada rakyat itu disuarakan melalui Wakil Rakyat. Rakyat tidak mahu. Apatah lagi daripada kalangan mereka yang ada kaitan langsung dengan institusi ini.
Yang perlu diberi perhatian ialah soal kebajikan mereka, pembangunan polis dan sebagainya, yang dahulunya telah pun dilakukan oleh kerajaan terdahulu. Barisan Nasional, kita buat pelbagai pembangunan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan anggota polis.
Apa maknanya kalau undang-undang dibuat tetapi kebajikan mereka tidak dijaga? Saya percaya undang-undang ini tidak akan mendatangkan hasil yang baik.
Sebab itu saya harap― saya boleh baca lagi dan bagi pandangan-pandangan, misalnya, yang dikemukakan oleh pihak yang berkaitan dengan undang-undang. Mereka pun sebut bahawa pandangan mereka bahawa adakah agensi-agensi yang disebut itu benar- benar efektif dalam memastikan salah laku di kalangan anggota polis sentiasa dapat pengadilan sewajarnya?
Jadi maksudnya, Tuan Yang di-Pertua, apakah dengan adanya kita menubuhkan rang undang-undang ini tanpa kita jaga kebajikan mereka tadi, ia akan memastikan supaya bahawa anggota polis akan dibela dan sebagainya? Saya lihat yang perlu diberikan perhatian ialah soal kebajikan mereka. Yang perlu diberikan perhatian ialah soal gaji dan sebagainya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penjelasan sikit saja. Yang Berhormat, kerajaan sekarang telah menjual aset lebih daripada RM20 bilion. Apakah boleh kerajaan bagi RM1 bilion kepada polis, diisytiharkan pada hari ini iaitu RM1 bilion untuk membaiki balai polis dan sebagainya? Nombor satu.
Kedua, seperti yang telah disebutkan oleh salah seorang para sahabat saya tadi, di mana Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, mana Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri untuk bersama-sama support bill ini? Ini mengenai polis. Walaupun yang perkenalkan adalah Yang Berhormat Menteri Undang-undang― saya tidak tahu pasal apa.
Sepatutnya Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri yang table-kan, dengan izin, rang undang-undang ini. Mana dia? Mana dia pihak kerajaan? Yang ada tinggal yang berguling- guling di atas jalan, yang dok main SMS, telefon, langsung tidak bagi perhatian kepada perbahasan yang dibawa sekarang.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Sebab itu, Tuan Yang di- Pertua, saya lihat bahawa kerajaan hari ini dia tidak serius. Memang daripada pagi tadi tidak adapun Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab dalam institusi polis. Sebab itu tidak ada keseriusan di kalangan kerajaan. Yang ada hanyalah untuk menunjukkan kepada rakyat semata-mata mahu melaksanakan janji pilihan raya. Itu sahaja.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Lenggong, ini ada lagi satu. Sebab nanti bila ada suruhanjaya ataupun rang undang-undang ini bila diluluskan, dia akan ada lantikan menteri semua kan. Eh, menterilah pula. Apalah aku hari ini. Pengerusi.
Ia akan ada lantikan pengerusi. Akan tetapi, polis juga dia ada IGP. Jadinya, tidak kah dia nanti akan nampak ada dua? Macam mana ini? Siapa yang lebih berkuasa ini? Kalau pengerusi itu boleh mengarahkan IGP, apa peranan IGP nanti?
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Itulah antara perkara-perkara yang harus dilihat. Saya percaya Yang Berhormat Menteri Undang-undang pun pening hendak jawab isu ini. Kerana ini akan berlaku. Perkara ini akan berlaku. Sebab itu jangan hanya semata-mata kerana janji pilihan raya akhirnya menjatuhkan kredibiliti institusi kepolisan yang penting yang dengan berjasa kepada negara. Kalau hendak bandingkan Yang Berhormat Pokok Sena atau saya, jasa polis lebih besar kepada negara ini kerana mereka yang menjaga keamanan dan akhirnya membantu kita untuk membangunkan negara ini. Sebab itu jangan jatuhkan moral mereka.
Yang penting ialah kita berikan kebajikan kepada anggota polis. Yang penting ialah kita tingkatkan kualiti perkhidmatan mereka. Dengan meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka, segala-galanya akan membantu kepada usaha untuk mewujudkan sistem kepolisan yang baik dalam negara ini. Itu yang perlu diberikan perhatian.
Sebelum saya berhenti, saya hendak nyatakan pendirian bahawa saya menolak rang undang-undang ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Yang terakhir sekali Yang Berhormat Padang Terap. Silakan.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Gerik tidak ada dalam senarai.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan berkaitan dengan satu badan yang hendak ditubuhkan yang banyak artikel telah keluar dalam lima bulan ini ada yang sebut sebagai reform agency, ada yang sebut political reform. Saya ingat kalau political reform, kepada rakan-rakan Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang berada di sebelah sana, dalam pemikiran masing-masing sekarang ini saya ingat ada perkataan political reform. Sebab itu Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri pun tidak datang pada hari ini untuk mendengar apa yang hendak dibahaskan berkaitan dengan polis sebab masing-masing tengah memikirkan apa akan berlaku besok dan lusa dalam political reform. Jadi...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ini adalah satu sangkaan yang jahat.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
Tidak ada sangkaan. Saya kata...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri ada di Geneva untuk menghadiri satu perhimpunan mengenai isu-isu kewarganegaraan.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
Terima kasih.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tidak akan isu daripada kawasan Yang Berhormat tidak ada isu kewarganegaraan.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
Terima kasih kerana beritahu.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Hendak settle isu atau tidak hendak?
Menteri pergi bukan untuk bercuti. Bukan macam dulu.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
Tidak apa lah. Dah tahu dah.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Ini sangkaan jahat Yang Berhormat.
Yang Berhormat senior kat sini.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
Dak. Kalau dah bagi kami tahu okey lah.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Ini bukan political reform semata- mata.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Menteri Dalam Negeri bagus.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Let’s be fair to him.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Padang Terap. Yang Berhormat Padang Terap. Yang Berhormat Padang Terap.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Let’s be fair to him. Beliau tidak ada di sini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang tidak bagus Yang Berhormat Batu Kawan.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Padang Terap bagi tidak dia bercakap ini? Dia tidak minta pun, terus bercakap sahaja.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
No. Oleh sebab dia mengelirukan Dewan. Ini sangkaan jahat.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
No. No. No. You have to get a permission from the Speaker first.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak mengapa, Yang Berhormat Batu Kawan, telah pun diterangkan. Sila Yang Berhormat Padang Terap.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
Tuan Yang di-Pertua, cakap banyak itu pun dah marah dah. Banyak lagi boleh cakap ini. Banyak lagi boleh cakap.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia nama Batu Lawan.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
Kalau saya hendak cakap political reform.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Mengarau.
Mengarau.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
Kalau saya hendak cakap political reform, apa yang sedang berlaku sekarang? Negara pun jadi tidak stabil sebab politik pun tidak stabil. Kita cakap pasal police reform lah. Habis you hendak cakap *political reform.
[Tidak jelas]* Habis itu marah ke saya pasal itu sebab apa?
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Baik. Khusus kan kepada IPCMC.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Terap khusus kan kepada IPCMC.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Batu Kawan marah tidak dapat pergi Afrika.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
Marah sebab tidur di katil yang sama tetapi mimpi lain-lain. Oleh sebab itu you marah?
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Dia marah sebab tidak dapat pergi Afrika dengan Menteri Seputeh.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Betul. Betul. Betul.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Seputeh tidak bawa dia.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
Okey. Balik pada IPCMC yang dibentangkan. Kita di Dewan ini, kita hendak buat satu keputusan. Yang Berhormat Menteri, eh Yang Berhormat Menteri pun dah hilang dah. Yang Berhormat Menteri...
Tuan Yang di-Pertua
Ada. Kejap lagi dia masuk.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
...disebut, discuss dulu, bincang dulu, bawa dekat Select Committee . Select committee ini telah dibentangkan oleh Tuan Yang di-Pertua, dulu tubuh Select Committee . Saya difahamkan selepas Select Committee itu, saya tidak pasti ini Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri.
Selepas Select Committee itu hendak dibawa ke Kabinet, akan dibawa ke Kabinet. Selepas Kabinet, bawa keluar sekali lagi, balik kita debate di Dewan ini. Itu saya baru dapat information katanya hendak dibawa ke Kabinet dulu selepas Select Committee . Jadi, saya hendak tanya Menteri, betul kah selepas Select Committee itu hendak dibawa sekali lagi ke Kabinet? Selepas itu, balik sini untuk debate. Jadi, maknanya sekarang kalau kita debate pun kira kita macam syok-syok sahaja lah. Jadi, berapa kali warm up? Jadi, yang ini ada kelainan sikit.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Padang Terap. Minta pencelahan, Yang Berhormat Padang Terap. Sekejap.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
Kita tunggu Menteri punya ini.
Tidak apa Yang Berhormat boleh bercakap.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Kita hendak minta perhatian, perkara yang perlu kita beri perhatian tentang satu cadangan di bawah IPCMC ini. Di mana, saya nampak tidak ada keadilan dan juga satu biased yang akan berlaku. Di mana, individu yang telah didakwa tidak mendapat hak untuk merayu secara automatik. Individu tersebut perlu memohon dahulu dan terpulang kepada budi bicara suruhanjaya ini. Ya. Bila ada suruhanjaya ini, adakah akan timbul satu biased ataupun melibatkan campur tangan kepada polis apabila
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
orang yang terlibat didakwa ini ada hubungan dengan suruhanjaya ini? Ini perlu kita tengok yang perkara ini sangat tidak adil dan boleh menimbulkan macam-macam ketidakadilan kepada pasukan polis.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
Terima kasih Yang Berhormat Pendang telah memberi satu cadangan yang baik. Cuma saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, tadi Yang Berhormat Menteri— berkaitan dengan selepas ini hendak masuk Select Committee dan selepas Select Committee , adakah akan dibawa ke Kabinet sekali lagi?
Selepas di Kabinet, baru kita bawa balik ke sini. Jadi, adakah dibawa masuk ke Kabinet? Itu minta Yang Berhormat Menteri. Adakah hendak jawab sekarang ataupun macam mana?
Tuan Yang di-Pertua
Kemudian lah.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
Jadi, saya rasa Yang Berhormat Menteri akan bawa ke Kabinet dan...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Padang Terap, boleh? Arau hendak tanya. Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat Batu Kawan beriya-iya untuk IPCMC ini dilaksanakan. Apakah dia berniat untuk menjadi Pengerusi IPCMC ini? Oleh kerana orang lain semua dah dapat jadi chairman dah. Dia belum lagi. Akan tetapi kalau tanya saya, saya lebih suka Yang Berhormat Kluang.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Ini bahaya ketum ini.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Setuju. Setuju. Sokong.
Sokong lantik dia lepas ini.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Bahaya ketum ini.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Lantik, boleh jadi caca marba lagi.
[Dewan ketawa]
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
Saya tidak pasti, itu di bawah Kerajaan Pakatan Harapan. Jadi, saya tengok selama ini saya perhati tengoklah kalau Menteri DAP, dia punya chairman, dia lantik itu semua daripada DAP. Kalau PKR, chairman daripada PKR. Kalau Bersatu, chairman daripada Bersatu. Saya nampak macam itulah.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tidak ada chance lah macam itu.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
Jadi, IPCMC yang Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Ya. Balik ke bumi nyata.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
Kita balik ke sini. Kita tengok isu ia berkaitan dengan keanggotaan IPCMC ini. Siapa hendak jadi members dalam ini? Kalau boleh diberi cadangan, eloknya kalau bekas pegawai-pegawai daripada PDRM. Bekas pegawai-pegawai tinggi PDRM yang mempunyai latar belakang kepolisian dan tahu masalah yang berkaitan dengan bidang kuasa dan tanggungjawab polis itu sendiri. Dia tidak boleh— kalau jadi macam disebut oleh Yang Berhormat Parit Sulong tadi, ia boleh jadi dua IGP ataupun tiga IGP. Masing-masing hendak tunjuk power dekat situ dan akhirnya nanti akan jadi masalah. Mestilah mempunyai- bidang penguatkuasaan ini sangat-sangat mempunyai orang yang lama berpengalaman.
Satu perkara lagi berkaitan dengan disebut oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang juga tadi adalah berkaitan dengan hak untuk membuat rayuan. Hak untuk membuat rayuan. Ini ada kes, sebab apa? Oleh sebab, kalau hendak ikut— saya tidak tahu sama ada IPCMC ini telah dipinda sebab ini kita debate. Kalau tidak dipinda, kalau macam ini, maknanya polis kena tunggu arahan untuk tidak boleh buat pengintipan. Polis kena tunggu arahan dan bila- perompak itu kena ada target, hendak tembak penjenayah itu mesti target— Tuan yang paling besar kata, “ready, tembak kaki!”.
[Dewan ketawa]
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
Penjenayah dah tembak dia dah pada waktu itu. Lepas itu kena, tidak boleh buat pengintipan.
Jadi, last sekali, dia tidak boleh buat apa-apa dah. Dia kena tunggu dulu, baru lah ambil tindakan. Jadi, di sini hak untuk membuat rayuan kepada polis itu sangatlah penting kerana prinsip keadilan ini, asasi seperti mana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia. Hak tiap-tiap rakyat untuk merayu hak keadilan untuk dia. Ia juga mestilah dimasukkan kuasa mahkamah. Disebut oleh Ketua Pembangkang tadi. Kuasa mahkamah
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
mesti ada, maknanya akhirnya ia balik menjadikan keputusan badan ini sebagai keputusan akhir. Jadi, individu yang telah dijatuhi hukuman sepatutnya boleh memfailkan prosiding, semakan kehakiman di mahkamah. Tidak boleh lah kata dia dah habis dah. Tidak boleh. Oleh sebab saya dengar itu hari, disebut sampai kes ini tutup, badan itu sahaja yang boleh menentukan hukuman. Hukuman kamu dibuang dari kerja. Habis, cukup. Maknanya, atas semua kesalahan itu, tajuknya, hukumannya dibuang kerja. Saya ingat perkara-perkara yang berkaitan dengan benda ini kena diambil kira oleh jawatankuasa dan sekarang ini akan dibawa kepada Select Committee . Kalau lah dibawa- selepas Select Committee ini dibawa sekali lagi kepada Kabinet, jadi saya rasakan Tuan Yang di-Pertua, bahawa hari ini satu hari kita duduk sampai pukul dekat 7 malam dah, kita hanya bercakap kosong sahajalah sebab last sekali kita akan debate sekali lagi. Benda ini akan bangun sekali lagi kita akan cakap selepas Kabinet membuat keputusan bila Select Committee .
Jadi, yang kali kedua ini nanti saya ingat kita semua hantar tape sahaja, kita bercakap sini tape itu apa kita cakap. Jadi, Yang Berhormat Pokok Sena, dia tidak boleh cakap apa, dia duduk di kerajaan sekarang ini, dia duduk diam. Jangan cakap apa-apa, duduk senyap sahaja situ. Jadi, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi, kita kira bahawa saya juga macam rakan-rakan yang lain bahawa perlu ditolaklah sehingga kita selesai semua kutipan yang kita buat daripada profesional, polis dan juga daripada agensi kerajaan sendiri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Sebenarnya, Yang Berhormat Gerik ada dalam senarai, tetapi tidak termasuk. Akan tetapi, oleh sebab dia sudah keluar, tidak mengapalah. Jadi, masa pun sudah memadai. Jadi, saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil peranan dalam perbahasan RUU IPCMC pada hari ini. Setiap komen dan juga pandangan yang telah diberi oleh setiap Ahli Parlimen akan diambil berat dan juga akan diambil maklum. Selepas itu, pertimbangan yang sewajarnya akan diberikan dalam rang undang-undang ini. Seterusnya, saya akan menggulung dan menjawab isu yang telah dibangkitkan oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, isu perlembagaan di bawah proviso Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan sama ada IPCMC sebagai lembaga tatatertib teratur daripada segi perlembagaan telah pun dibangkit oleh ramai Yang Berhormat pada hari ini, termasuk Yang Berhormat daripada Cameron Highland, Yang Berhormat Kota Bharu, Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Pasir Gudang. Seperti yang kita fahami bahawa peruntukan proviso kepada Fasal 1, Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan secara jelas membenarkan suatu pihak berkuasa lain untuk melaksanakan kawalan tatatertib ke atas semua atau mana-mana anggota pasukan PDRM melalui Suatu Akta Parlimen. This is what is happening now. Dalam hal ini, IPCMC telah pun boleh menjalankan kawalan tatatertib terhadap anggota pasukan PDRM dengan menerima pakai peruntukan proviso kepada Fasal 1(1) Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi seperti demikian. Tuan Yang di- Pertua, dengan syarat bahawa Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi perjalanan apa-apa kawalan tatatertib ke atas semua atau mana-mana anggota pasukan polis mengikut apa-apa cara dan oleh mana-mana pihak berkuasa yang diperuntukkan dalam undang-undang itu dan dalam keadaan yang sedemikian, jika pihak berkuasa itu bukan suruhanjaya itu, kawalan tatatertib yang dijalankan oleh pihak berkuasa itu tidak boleh dijalankan oleh suruhanjaya itu.
Tiada peruntukan undang-undang itu boleh menjadi tidak sah atas alasan ketidakselarasan dengan mana-mana peruntukan bahagian ini. Jadi, Tuan Yang di-Pertua kemasukan proviso ini jelas peruntukan treatment ataupun layanan undang-undang yang berbeza di bawah Perlembagaan Persekutuan terhadap kawalan tatatertib bagi anggota pasukan PDRM berbanding pegawai awam di bawah bidang kuasa suruhanjaya perkhidmatan yang lain. Berdasarkan proviso ini, sekiranya IPCMC diberikan kuasa untuk menjalankan kawalan tatatertib ke atas semua anggota pasukan PDRM, bidang kuasa
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
suruhanjaya pasukan polis mengenai kawalan tatatertib ke atas semua anggota pasukan PDRM hendaklah terhenti.
Semua peruntukan dalam Bahagian X ataupun 10, Perlembagaan Persekutuan berkenaan dengan kawalan tatatertib ke atas semua anggota pasukan PDRM juga tidak terpakai. Namun, fungsi-fungsi lain seperti pelantikan, pengesahan kemasukan ke dalam perjawatan tetap dan juga perjawatan pencen, kenaikan pangkat dan pertukaran anggota pasukan PDRM yang merupakan kuasa yang dijalankan oleh SPP di bawah Fasal (1) Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan akan dan hendaklah diteruskan. Tuan Yang di-Pertua, isu juga dibangkit sama ada penubuhan IPCMC ini mengambil kira model luar negara. Ini juga telah dibangkit oleh Yang Berhormat Bukit Bendera.
Dalam mendraf rang undang-undang IPCMC ini, kajian telah pun dilakukan terhadap model-model daripada luar negara dan kesemua model yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Bukit Bendera sebentar tadi dan telah pun dipertimbangkan. Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, kesemua model badan pemantau...
[Disampuk] .
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Liew Vui Keong
...luar negara ini...
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Liew Vui Keong
...tidak dilengkapkan.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Menteri, boleh sedikit?
Datuk Liew Vui Keong
Saya tamatkan dulu ini ya. Sekejap saja.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tidak, saya hendak pergi perkara yang ultra virus tadi.
Datuk Liew Vui Keong
Ultra Virus? Saya tidak sebut perkataan itu.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya yang sebut, boleh?
Datuk Liew Vui Keong
Silakan.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cuma hendak dapat penjelasan Yang Berhormat Menteri, betul Yang Berhormat Menteri ada sebut perkara 140 dalam Perlembagaan Persekutuan. Cuma, saya hendak dapatkan penjelasan berkaitan dengan 33(1) Hukuman Salah Laku, (f) dan (g). Turun pangkat atau buang kerja? Macam mana Yang Berhormat Menteri membuat tafsiran, kerana ia begitu jelas berkaitan dalam 135(1).
Yang Berhormat Menteri boleh baca, kita tidak boleh buang kerja kerana IPCMC bukan melantik seperti mana yang tercatat 132. Macam mana Yang Berhormat Menteri buat tafsiran dalam perkara ini?
Perkara 132, 135 dan Yang Berhormat Menteri hanya sebut Perkara 140. Ini yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat kerana apa, IPCMC tidak ada kuasa untuk melantik. Melantik hanya terletak di bawah Suruhanjaya SPP. Bagaimana pula Yang Berhormat membuat tafsiran dalam 135 dan 132? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih kepada Yang Berhormat menanya soalan ini.
Seperti yang saya katakan tadi, fungsi-fungsi seperti pelantikan mesti akan diteruskan di bawah Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan. Jadi, mengenai isu yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat, 135 ini saya tidak dapat lihat bagaimana dia boleh bercanggah dengan 140 yang akan dikekalkan dalam perkara ini. Jadi, saya rasa sekiranya ada isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat sekiranya ada isu ultra virus kah terhadap perlembagaan ini, saya rasa ini kena dibicarakan oleh pihak mahkamah sama ada kerana ini adalah isu undang-undang. Pada mana yang kita dapat lihat bahawa, tidak ada konflik seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat atas soalan yang ditanya tadi. Jadi...
[Disampuk]
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Menteri sedikit boleh?
Datuk Liew Vui Keong
Teruskan.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Okey. Yang Berhormat Menteri, saya agak kurang jelas. Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat beri penjelasan. Apa
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
yang saya maksudkan adalah, IPCMC bukan badan yang melantik anggota polis.
Suruhanjaya SPP yang melantik. Itu saya nampak statement Yang Berhormat Menteri jelas, bahawasanya Yang Berhormat Menteri menyebut SPP yang akan melantik dan meneruskan pelantikan. Akan tetapi, kita tidak boleh meletakkan hukuman di bawah IPCMC dalam Fasal 33. Saya tidak ada masalah Yang Berhormat Menteri. 33(1) a, b, c, d, dan e. Cuma, masalah saya adalah berkaitan tentang 33(1) f dan g yang berkaitan turun pangkat dan buang kerja.
Kenapa bila turun pangkat dan buang kerja, dia terkena Perkara 135. Perkara 135 menyatakan hanya boleh buang kerja siapa yang melantik, yang melantik ialah SPP. Bukan IPCMC. Akan tetapi dalam IPCMC hukuman salah laku ialah 33(1), jelas turun pangkat dan buang kerja. Itu sahaja saya hendak minta penjelasan. Bukan masalah hendak bawa mahkamah atau tidak, kerana apa saya yakin dan percaya kita tidak akan buang masa dalam perkara yang akhirnya telah diluluskan, kemudiannya rang undang-undang ini dilihat bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Datuk Liew Vui Keong
Saya faham dengan soalan Yang Berhormat yang mengatakan hukuman yang diberikan di bawah fasal 33 di mana fasal itu akan diaplikasikan apabila terdapat mereka yang telah pun didapati salah dalam kelakuan mereka di bawah IPCMC ini. Jadi sekiranya mereka telah pun didapati bersalah, maka itu-lah hukuman yang akan diberi kepada mereka antara yang lain-lain walaupun Yang Berhormat telah pun mengatakan bahawa untuk mereka dibuangkan kerja atau diturunkan pangkat tertakluk kepada artikel perkara 135. Akan tetapi, perkara ini mereka ada hak untuk merayu di mana kita telah pun memasukkan satu provision dalam IPCMC ini untuk memberikan mereka peluang merayu atas keputusan yang telah dibuat oleh IPCMC terhadap mereka yang telah pun didapati bersalah dalam kelakuan mereka. Jadi, itu-lah satu provision yang diberikan kepada mereka supaya mereka ada hak untuk merayu terhadap keputusan itu.
Selain daripada itu seperti yang saya katakan pada ucapan asal saya tadi bahawa proviso perkara 140 Perlembagaan Persekutuan ini telah pun mengatasi dan juga menidakkan prinsip yang diputuskan oleh Privy Council dalam kes B. Surinder Singh Kanda vs The Government of the Federation of Malaysia pada 1962 iaitu kuasa melantik termasuk kuasa memberhentikan. Jadi, kesan proviso pada kuasa (1) perkara 140 Perlembagaan Persekutuan juga telah dibincangkan oleh Tun Mohamed Suffian seperti saya katakan tadi yang berpandangan bahawa proviso berkenaan membenarkan Parlimen membuat undang- undang yang memberikan fungsi kawalan tatatertib kepada suatu pihak berkuasa lain. Jadi sebagai pihak berkuasa tatatertib, suruhanjaya ini menerima Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 selaras dengan status anggota pasukan penyelaras sebagai penjawat awam di bawah perkara 132 Perlembagaan Persekutuan. Jadi, kuasa melantik ini seperti yang dikatakan dalam kes tersebut juga termasuk kuasa untuk memberhentikan mereka sekiranya mereka telah pun didapati melanggar tatatertib di bawah IPCMC ini ya Yang Berhormat.
Selain daripada itu, saya juga ingin meneruskan jawapan yang telah pun saya beri tadi mengenai model luar negara yang sama ada telah pun di guna pakai. Seperti yang saya cakapkan tadi bahawa kesemua model badan pemantau ataupun luar negara ini tidak dilengkapkan dengan kuasa untuk menjalankan kawalan tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan dalam rang undang-undang IPCMC ini Tuan Yang di-Pertua. Rang undang- undang ini telah digubal dengan penyesuaian tertentu dengan turut mengambil kira model- model daripada luar negara bagi memastikan pelaksanaan yang lebih efektif.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Bendera dan juga Yang Berhormat Pengerang telah pun bertanya mengenai pelantikan anggota suruhanjaya yang tidak bebas kerana dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Di dalam isu ini Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan memastikan bahawa pelantikan anggota suruhanjaya dibuat dengan mengambil kira kepakaran pengalaman berhubung fungsi suruhanjaya dan latar belakang calon-calon yang akan dilantik supaya anggota suruhanjaya dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik selaras dengan fungsi dan juga kuasa suruhanjaya. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, banyak juga pelantikan dalam suruhanjaya yang dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di- Pertuan Agong atas nasihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi, perkara ini bukanlah perkara yang baharu dalam rang undang-undang.
Jadi Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Santubong, Yang Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Alor Setar dan juga Yang
Datuk Liew Vui Keong
Berhormat Kota Melaka telah pun membangkitkan kebajikan anggota pasukan polis yang perlu diberikan perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Menteri, sedikit.
Anggota suruhanjaya tadi. Saya ada bangkitkan dalam ucapan saya tadi berkaitan keanggotaan suruhanjaya. Seperti mana yang disebutkan, suruhanjaya ini dinamakan suruhanjaya bebas dan tatalaku polis. Akan tetapi walaupun Yang Berhormat Menteri ada menyatakan bahawasanya dirujuk kepada model-model luar negara dan ketika itu Yang Berhormat Menteri juga merupakan Yang Berhormat Timbalan Menteri Undang-undang semasa SIAP 2009 diwujudkan. Saya kira Yang Berhormat Menteri tahu perkara ini dan jelas menunjukkan bahawasanya dalam hujah-hujah Ahli-ahli Yang Berhormat ketika itu dan saya melihat Hansard dengan teliti Yang Berhormat Menteri, jelas menunjukkan bahawasanya sudah dibangkitkan oleh pihak pembangkang dahulu yang kini menjadi kerajaan bahawasanya pakatan bebas itu dilihat supaya betul-betul bebas. Saya mengharapkan sebagai Ahli Parlimen yang baharu, saya mengharapkan sangat kerajaan hari ini buat seperti mana mereka telah ucapkan di Dewan yang mulia ini.
Saya harap sangat lihat model di Nepal. Model di Nepal, Human Rights Commission Act di mana mereka ada Perdana Menteri, ada Ketua Hakim Negara yang advise kepada Parlimen untuk menentukan. Di India, President dibahagi dua. President Republic of India punya nama, Perdana Menteri punya nama. Sama juga di Korea. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri, saya harap sebab selepas ini kita akan masuk jawatankuasa Special Select Committee. Saya harap ini juga diambil buat supaya ini-lah yang dinamakan reform undang-undang yang kita hendak buat. Jangan Yang Berhormat Menteri sebut ini perkara biasa, ini perkara biasa. Saya harap Yang Berhormat Menteri rujuk kepada bagaimana usul yang telah saya bawa untuk mesyuarat kali ini. Ini kerana apa, perkataan nasihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong juga harus diberi tafsiran supaya perkara ini dilihat betul-betul bebas. Ini kerana apa, kita hendak ada integriti, kita hendak separation of power executive dengan legislative nampak betul-betul jelas. Saya harap Yang Berhormat Menteri lihat Hansard 25 Jun 2009, 29 Jun 2009 dan 30 Jun 2009. Yang Berhormat Menteri ingat semasa Yang Berhormat Timbalan Menteri dahulu.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih Yang Berhormat yang mengingatkan kedudukan saya pada kurang lebih pada 10 Tahun yang lalu. Pada masa itu, saya telah pun membentangkan rang undang-undang SIAP dan berdiri kurang lebih tempat yang sama bukan di sebelah seperti yang diduduki oleh Yang Berhormat sekarang ini. Jadi, saya tidak pernah ada peluang untuk menduduki di sebelah sana kerana pada masa itu saya juga jadi the front bencher di kerajaan.
Jadi, pandangan yang telah pun dibuat oleh Yang Berhormat untuk merujukkan perkara ini kepada jawatankuasa Select Committee ini saya rasa apabila telah pun dirujuk kepada mereka, jadi jawatankuasa tersebutlah yang akan memainkan - ahli yang akan memastikan hala tuju dalam perkara ini yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Jadi, harap Yang Berhormat boleh juga memberikan pandangan yang bernas kepada pihak jawatankuasa nanti sekiranya diajak untuk menghadapi mereka. Jadi, saya rasa itu satu cadangan yang baik-lah untuk pihak jawatankuasa untuk meneliti cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat.
Seperti yang saya katakan tadi bahawa kebajikan anggota pasukan polis yang perlu diberikan perhatian dan juga pertimbangan yang sewajarnya yang telah pun dibangkit oleh Yang Berhormat saya sebutkan tadi. Sememangnya Tuan Yang di-Pertua, fasal 5 rang undang-undang IPCMC ini yang memperuntukkan berkenaan kuasa suruhanjaya untuk menasihati kerajaan menambah baik kesejahteraan dan juga kebajikan anggota pasukan polis dan membuat pemantauan mengenai aspek kemudahan dan juga logistik pasukan polis.
Fasal ini Tuan Yang di-Pertua, adalah susulan dengan berbagai-bagai konsultasi yang telah pun diadakan dengan pihak polis dan di situ-lah di mana kita telah pun bersetuju memastikan bahawa IPCMC ini memperuntukkan special provision untuk memastikan kebajikan anggota PDRM ini dijaga dengan baik.
Datuk Liew Vui Keong
So, this is the proof of commitment Tuan Yang di-Pertua yang memberikan tekanan kepada kebajikan anggota dan juga anggota PDRM dan juga kesejahteraan mereka. So, you can be assured Yang Berhormat bahawa kebajikan dan juga kesejahteraan pihak anggota polis akan dijaga dengan baik di bawah IPCMC ini.
Datuk Liew Vui Keong
Di samping itu, suruhanjaya juga mempunyai kuasa untuk membuat lawatan ke mana-mana premis pasukan polis termasuklah rumah kakitangan polis, lokap dan juga balai- balai polis serta membuat syor bagi menambah baik premis-premis berkenaan. Pada masa lawatan saya ke balai polis di Cheras baru-baru ini, masa mengadakan taklimat dengan anggota-anggota sedemikian telah pun melawat kepada kuarters-kuarters mereka. Jadi terdapat juga kerosakan yang dialami oleh bangunan mereka dan juga lif-lif. Jadi di situ kerajaan telah pun memperuntukkan jumlah wang kurang lebih dalam RM100 juta untuk memastikan bahawa penambahbaikan ini dapat diberikan kepada bangunan tersebut. Jadi ini adalah satu kesan yang baik daripada IPCMC.
Dengan pembentangan ini, kita dapat lihat bahawa kerajaan amat komited untuk memastikan kesejahteraan anggota kita dapat dijaga. Saya telah pun memberitahu kepada mereka bahawa sekiranya anggota polis ini dijaga dengan baik, di mana keluarga mereka juga dijaga dengan baik dan tempat tinggal mereka adalah selesa dan juga keadaan mereka adalah kondusif, maka anggota polis dapat menjalankan tugasan-tugasan mereka dengan lebih tenang, dengan lebih profesional dan dengan lebih baik. Ini kerana apabila mereka tahu bahawa kebajikan mereka dan juga ahli-ahli keluarga mereka dijaga dengan baik, mereka akan dapat lebih tenang dan dapat pastikan bahawa mereka dapat jalankan tugas dengan baik. Jadi kuasa yang diperuntukkan kepada suruhanjaya ini secara tidak langsung dapat menjamin isu-isu berkenaan dengan kebajikan dan juga kesejahteraan anggota polis dipelihara.
Yang Berhormat Santubong dan juga Yang Berhormat lain telah pun membangkitkan ketiadaan sesi consultancy dalam libat urus dengan pasukan PDRM dalam penggubalan Rang Undang-undang IPCMC ini. Ini adalah tidak benar Tuan Yang di-Pertua.
Sesi telah pun diadakan dan juga consultancy berkenaan rang undang-undang ini dengan pihak PDRM termasuk Persatuan Pegawai Kanan Polis, Persatuan Pegawai Polis Pangkat Rendah dan juga Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara iaitu RESPA. Juga anggota pasukan polis daripada pelbagai pangkat melalui beberapa sesi libat urus sebelum ini. Sesi ini diadakan bagi memperjelaskan kepada anggota pasukan PDRM mengenai fungsi dan juga peranan suruhanjaya bebas ini.
Antara sesi libat urus dan consultancy yang telah dijalankan adalah seperti yang berikut. Pada 5 September, satu sesi consultancy khas tertutup telah diadakan bersama barisan kepimpinan tertinggi PDRM Bukit Aman yang diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Negara iaitu Yang Berbahagia Dato’ Pahlawan Mazlan bin Mansor. Manakala pada 11 September tahun ini juga, sesi consultancy di zon selatan telah diadakan di IPK Johor Bahru dengan dihadiri seramai 150 orang anggota pasukan polis daripada negeri Johor dan juga Negeri Sembilan. Pada 20 September 2019 tahun ini, sesi consultancy di zon negara, zon tengah di Maktab PDRM Cheras yang dihadiri seperti saya katakan tadi oleh lebih kurang 600 anggota pasukan polis daripada kontinjen Kuala Lumpur, Selangor dan juga Melaka.
Selepas itu, pada 24 September tahun ini juga sesi consultancy di zon utara telah diadakan di IPK Kedah dengan dihadiri oleh anggota pasukan polis dari negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan juga Perak.
Selain sesi libat urus yang telah diadakan, lawatan-lawatan juga telah dibuat ke premis-premis PDRM seperti balai polis, lokap dan juga kuarters perumahan. Sewaktu sesi libat urus tersebut juga pihak GICC telah di taklimatkan mengenai maklumat terperinci berkenaan aspek atau perkara yang perlu diberi perhatian atau di baik pulih.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Baharu dan Yang Berhormat Petaling Jaya telah pun membangkitkan isu mengenai anggota suruhanjaya terdiri daripada pihak luar yang boleh isu kebocoran maklumat. Untuk maklumat Yang Berhormat, di bawah seksyen 44 Rang Undang-undang IPCMC ini, semua anggota suruhanjaya, pegawai suruhanjaya dan juga perunding yang dilantik oleh IPCMC tidak boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang didapati semasa atau semasa tempoh tugasnya. Selain itu, orang lain yang mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubung dengan hal ehwal IPCMC juga tidak boleh menzahirkan maklumat tersebut. Perlanggaran kepada peruntukan ini boleh menyebabkan mereka dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan kedua-duanya.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Kota Bharu dan juga Yang Berhormat Pengerang telah pun membangkitkan isu mengenai pelantikan pesuruhjaya dilakukan oleh badan bebas selaras dengan prinsip pengasingan kuasa. Untuk maklumat Yang Berhormat, pelantikan anggota suruhanjaya dilakukan oleh seperti yang saya katakan tadi Duli Yang Maha Mulia Yang di- Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan di bawah fasal 6.
Datuk Liew Vui Keong
Walau bagaimanapun, GICC mencadangkan agar cadangan nama-nama anggota suruhanjaya ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilih Parlimen sebelum cadangan nama-nama tersebut diangkat kepada Perdana Menteri untuk pertimbangan dan juga pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Petaling Jaya ...
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Menteri, sikit.
Datuk Liew Vui Keong
Ya, silakan.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Jadi jawatankuasa Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi, GICC itu, maknanya, Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawasanya SOP, maknanya Jawatankuasa GICC inilah yang akan membuat saringan, angkat kepada Perdana Menteri dan Perdana Menteri akan angkat kepada Yang di-Pertuan Agong. Is it?
Datuk Liew Vui Keong
Yang Berhormat Paya Besar bahawa saya katakan tadi ialah cadangan yang telah pun dibuat oleh pihak GICC untuk nama-nama anggota suruhanjaya itu ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilih Parlimen. Sebelum cadangan nama- nama tersebut diangkat kepada Perdana Menteri dan selepas itu dilantik oleh Yang di- Pertuan Agong.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Cumanya Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua, maknanya bahawa di peringkat cadangan Jawatankuasa GICC bukan lagi termaktub sebagai SOP atau Yang Berhormat Menteri telah bersetuju supaya ia dilakukan SOP seperti mana Yang Berhormat Menteri sebutkan? Maknanya, jawatankuasa berbincang, saring satu nama dan bawa kepada Perdana Menteri dan Perdana Menteri bawa kepada Yang di-Pertuan Agong. Cuma persoalannya, jawatankuasa ini siapa yang tentukan?
Datuk Liew Vui Keong
Saya rasa memandangkan kita akan menyerahkan IPCMC ini kepada pihak jawatankuasa pemilih Select Committee, kita berikan ruang kepada pihak Select Committee untuk menentukan SOP yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sikit, sikit.
Datuk Liew Vui Keong
Akan tetapi saya rasa daripada keseluruhannya, sememangnya nama itu akan diberikan kepada pihak Jawatankuasa Pemilih Parlimen dan selepas itu akan disaringkan dan pihak Perdana Menteri akan membuat rekomendasi kepada Yang Berhormat di-Pertuan Agong untuk mereka dilantik.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya nampak Yang Berhormat Menteri, jika ini diambil sebagai satu asas perbincangan. Pada pandangan Paya Besar, jawatankuasa ini juga perlu dimasukkan di dalam fasal perkara 6 supaya jawatankuasa ini juga mempunyai suatu keadaan bebas. Jangan kita hendak bebas dari satu segi tetapi ada juga tangan-tangan yang ini – sebab saya mengharapkan sangat supaya niat sepertimana Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi untuk mencipta atau menempa satu sejarah, ia tercapai dengan adanya nilai prestasi dan berintegriti. Saya cadangkan supaya ia juga dimasukkan dalam rang undang-undang ini apabila selepas habis Select Committee , ia akan patah balik ke Parlimen dan kita hendak lihat keikhlasan what the talk pihak kerajaan. Terima kasih.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar di atas cadangan itu, saya serahkan kepada pihak Select Committee untuk menentukan hala tuju dalam perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Petaling Jaya juga telah membangkitkan kenapa terdapat kuasa yang diberikan kepada EAIC tetapi kuasa yang sama tidak diperuntukkan dalam RUU IPCMC ini seperti penggeledahan dan juga penyitaan serta pendengaran awam.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan melihat tiada keperluan untuk memasukkan beberapa kuasa yang ada dalam EAIC ke dalam RUU IPCMC seperti kuasa penggeledahan dan penyitaan kerana fungsi utama IPCMC adalah untuk memberikan keutamaan dalam penyiasatan aduan salah laku. Justeru tiada keperluan untuk IPCMC mempunyai kuasa penyitaan dan juga penggeledahan.
Datuk Liew Vui Keong
Walau bagaimanapun dalam siasatan aduan yang melibatkan cedera parah ataupun kematian dalam tahanan, death in custody dengan izin atau jagaan polis, anggota pasukan bertugas yang ditubuhkan di bawah klausa 29 mempunyai kuasa-kuasa tambahan termasuklah menjalankan penggeledahan juga penyitaan seperti yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah.
Sebagai tambahan, kerajaan juga tidak bercadang untuk mengadakan public hearing atau pendengaran awam memandangkan IPCMC akan melaksanakan fungsi sebagai pihak berkuasa tatatertib kepada pihak polis. Hal ini juga menimbulkan isu prejudgment oleh anggota suruhanjaya memandangkan anggota suruhanjaya akan menjadi panel kepada public hearing tersebut kemudiannya juga akan menjadi ahli Lembaga Tatatertib kepada anggota polis tersebut. Ini secara tidak langsung dapat mengelakkan pencegahan kepentingan ataupun conflict of interest dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kubang Kerian dan juga Yang Berhormat Cameron Highlands telah membangkitkan sama ada IPCMC ini perlu lebih adil dan memberi peluang kepada anggota polis untuk merayu dan membela diri. Seperti yang saya katakan tadi bahawa keputusan mengenai suatu kes tatatertib yang diputuskan oleh pihak berkuasa tatatertib IPCMC adalah tidak muktamad.
Penggubalan Rang Undang-undang IPCMC mengiktiraf hak anggota pasukan PDRM yang terkilan dengan keputusan pihak berkuasa tatatertib IPCMC untuk mengemukakan rayuan di mahkamah melalui prosedur semakan kehakiman judicial review sebagaimana amalan PBT PDRM sekarang. Jadi proses ini seperti Yang Berhormat sedia maklum bahawa kos ke mahkamah amat tinggi dan juga ia akan mengambil masa. Jadi kerajaan bercadang untuk membuat pindaan untuk memperincikan hal berkaitan rayuan sebagaimana yang telah saya sebutkan tadi iaitu memberikan proses rayuan kepada pihak anggota yang telah pun dijatuhkan hukuman di bawah IPCMC ini. So, they have the rights of appeal within the IPCMC without having to go to the court at the first instant dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Tanjong Karang juga telah pun mempertikaikan keperluan sub fasal 29(3) yang memperuntukkan kuasa pasukan petugas untuk mempunyai kuasa penyiasat sebagaimana kuasa siasatan dalam Kanun Tatacara Jenayah. Yang Berhormat, sub fasal 29(3) memperuntukkan bahawa pasukan petugas mempunyai kuasa siasatan di bawah Kanun Tatacara Jenayah bagi menyiasat insiden-insiden yang melibatkan kecederaan atau kematian dalam tahanan atau jagaan pasukan polis. Oleh yang demikian dalam insiden- insiden terbabit, kuasa siasatan sedemikian adalah diperlukan untuk pasukan petugas IPCMC menjalankan siasatan secara terperinci dan juga menyeluruh.
Selain daripada itu, terdapat juga isu yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Terap mengenai apakah keputusan Parliamentary Select Committee dirujuk kepada Kabinet sebelum dibentangkan semula di Dewan Rakyat. Seperti Yang Berhormat Padang Terap sedia maklum, pernah menjadi Menteri sebelum ini, bahawa keputusan dasar kerajaan perlu dirujuk kepada pihak Jemaah Menteri untuk Jemaah Menteri memberikan keputusan. Saya sendiri tidak boleh kerana ini adalah satu proses di mana dasar kerajaan perlu dimaklumkan kepada pihak Jemaah Menteri. Jadi semua keputusan itu termasuk RUU IPCMC ini perlulah mendapat arahan daripada pihak Jemaah Menteri.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
Sedikit Yang Berhormat Menteri.
Jadi maknanya kita macam saya katakan tadilah, kita debate di sini kemudian kita pergi kepada Select Committee then Select Committee siapkan paper dan Tuan Yang di-Pertua, akhirnya Select Committee akan bawa kepada Kabinet. Selepas keputusan Kabinet turun balik dan sekali lagi kita datang ke Dewan untuk kita debate pada waktu itu membuat keputusan untuk menyokong atau tidak menyokong untuk IPCMC ini atau apa nama pun selepas ini diluluskan.
Jadi maknanya itu yang saya tanya tadi sama ada adakah prosedur seperti ini ataupun peraturan seperti ini akan kita teruskan Tuan Yang di-Pertua untuk pada masa-masa akan datang sebab ini Dewan untuk kita membuat keputusan jadi maknanya kita bawa ke Dewan, kita bawa balik ke Kabinet, kita bawa balik ke Dewan. Jadi adakah perkara-perkara yang kita hendak buat nanti akan kita buat macam itu juga. Kita akan debate dahulu tidak ada keputusan, bawa Select Committee , bawa ke Kabinet, datang lagi ke Dewan ini. Makna kita akan ada dua kali. Itu maksudnya Yang Berhormat Menteri.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap dalam soalan ini. Seperti yang kita sedia maklum dalam jawatankuasa pemilih ini bukan semua Ahli-ahli Parlimen akan dijadikan anggota, jadi pandangan-pandangan daripada Ahli-ahli Parlimen lain
Datuk Liew Vui Keong
selain daripada mereka yang menjadi anggota dalam Select Committee ini akan diambil kira.
Jadi sekiranya kita tidak ada perbahasan seperti hari ini, maka Select Committee yang diketuai oleh beberapa anggota Ahli Parlimen itu tidak dapat mengadakan pandangan keseluruhan daripada semua Ahli-ahli Parlimen.
Jadi apa yang kita bincangkan pada hari ini, yang kita bahaskan hari ini akan direkodkan seperti Yang Berhormat sedia maklum di Hansard dan pihak Select Committee bolehlah merujuk kepada Hansard itu dan seterusnya mengadakan hala tuju dalam perkara mereka yang mereka akan bentangkan nanti. Jadi, saya rasa untuk mengembalikan proses yang saya telah pun katakan kepada Jemaah Menteri dan selepas itu kepada sini, ini menunjukkan ketelusan kerajaan untuk memastikan bahawa IPCMC ini kita dapat memberikan satu laluan yang lebih baik dan untuk memastikan bahawa nasib anggota polis ini dibela dengan secara baik. Jadi saya rasa itu bukan satu masalah Yang Berhormat.
Yang Berhormat Bera yang tidak ada di sini, sudah keluar, telah pun bertanya perkara yang dibangkitkan mengenai fokus kepada PDRM, bagaimana dengan agensi penguat kuasa yang lain.
Datuk Liew Vui Keong
Untuk makluman Yang Berhormat, IPCMC hanya memfokuskan kepada PDRM memandangkan kuasa kawalan tatatertib oleh suatu badan lain hanya dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan khusus ke atas PDRM sahaja berdasarkan kepada proviso Perkara 140(1) Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan seumpama ini tidak terdapat dalam peruntukan lain-lain suruhanjaya perkhidmatan.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tanah Merah juga telah pun membangkitkan mengenai pemantauan terhadap agensi-agensi lain seperti yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bera tadi. Jadi, bagi 20 agensi penguat kuasa yang diletakkan di bawah seliaan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), selain daripada PDRM, agensi- agensi penguatkuasaan tersebut akan diletakkan di bawah bidang kuasa Unit Integriti agensi masing-masing. Dalam isu ini, Unit Integriti agensi-agensi tersebut akan diperkasakan bagi memastikan unit-unit tersebut dapat beroperasi dengan lancar dan juga bebas.
Kerajaan sentiasa mengambil berat dan juga mengiktiraf sumbangan, jasa dan juga pengorbanan anggota PDRM dalam menjaga dan juga mempertahankan keselamatan negara yang kita cintai ini. Kerajaan juga memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap isu-isu berkaitan dengan kebajikan dan kesejahteraan anggota dan warga PDRM. Kita berasa sangat sedih dan hiba dengan keadaan kuarters-kuarters polis yang usang dengan bumbung yang bocor, keadaan pejabat yang uzur, kelengkapan logistik yang usang dan juga rosak.
Oleh yang demikian, isu integriti dan juga kebajikan warga anggota polis mestilah dilihat sebagai perkara yang beriringan dan bukannya berasingan. Jadi, saya yakin, Tuan Yang di-Pertua, dengan penubuhan IPCMC ini, suruhanjaya ini akan bertindak sebagai suatu medium yang mengetengahkan isu-isu kebajikan dan kesejahteraan anggota PDRM untuk dipertimbangkan oleh kerajaan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tadi saya timbulkan kepada Yang Berhormat bahawa kebajikan dengan disiplin polis ini dua benda yang berlainan. Disiplin polis ini ia melibatkan kerja tetapi kebajikan ia melibatkan― di samping kerja, ia melibatkan yang lain. Sebab perkataan ‘kebajikan’ itu luas dan besar. Jadi, jangan menyejukkan hati orang-orang yang marah kerana kita perkenalkan IPCMC ini dengan mengatakan bahawa kita akan beri perhatian kepada kebajikan. Kebajikan ia berasingan.
Itu sebab saya kata hari ini Yang Berhormat isytiharkan bahawa kerajaan akan memberi peruntukan khas kepada pihak polis untuk memperbaiki kuarters dan sebagainya.
Jangan kita bercakap secara umum, “Kita akan bina kuarters”. Jangan bohong cerita kita hendak bagi RM1 bilion, RM2 bilion.
Lagipun harta yang telah dijual, kita bukan tahu dia buat apa. Sudahlah jual tidak bagi tahu, tidak ditender apa dan sebagainya, jual diam-diam kepada geng-geng Singapore dan juga lain-lain lagi, selepas itu duit ini pergi mana? Jadi, duit ini bagi kepada pihak polis, umum. Bukan kata, “Sekarang kita akan perbaiki”― tidak. Semua orang ada masalah. Kita hendak bagi pada polis untuk perbaiki kuarters, RM1 bilion, RM2 bilion. Macam Yang
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Berhormat Pokok Sena tidak perlu sebab dia hendak berguling atas jalan raya. Akan tetapi, kami semua perlu supaya kita bagi fokus kepada polis.
Dan jangan sebut kata IPCMC ini untuk kebajikan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pokok Sena yang kena.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kebajikan jangan campur. Dia hanya disiplin polis. Sebab, 150,000 orang polis ini, kita hendak jaga disiplin polis 10 orang hendak jaga, yang tidak logiklah, tetapi jangan sebut soal kebajikan. Kebajikan mesti diberi perhatian yang khusus termasuklah mungkin dalam bajet ini kita kata kita akan bagi peruntukan khusus kepada polis. Itu macam itu ya.
Jadi, saya tidak setuju perkataan ‘kebajikan’ ini dikeluarkan. Tidak payah sebut. Ini takkan 10 orang itu hendak jaga kebajikan, hendak jaga balai polis. Ini hendak jaga beberapa kes yang berhubung dengan disiplin itu lagi banyak dia hendak kena jaga. Jadi, tidak payah sebut soal kebajikan. Jangan menyejukkan hati dengan kata, “Kami juga hendak jaga kebajikan”. Tidak perlu. Wakil Rakyat boleh jaga. Yang Berhormat Pokok Sena boleh jaga, Arau boleh jaga.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Mahfuz bin Haji Omar
Orang tua- tua.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih Yang Berhormat. Ada lagi?
Tuan Yang di-Pertua
Menteri menggulung. Ada lagi?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak. Hendak tegur Yang Berhormat Pokok Sena ini. Dia seorang yang ada ‘kureng’ sikitlah. Jadi, tidak apalah, biarkanlah.
Datuk Liew Vui Keong
Tidak payahlah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jawab, Yang Berhormat. Jangan kira Yang Berhormat Pokok Sena sebab dia pokok yang tidak sena ya.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa saya akan teruskan dengan ucapan ini.
Seperti yang saya katakan, bahawa pihak kerajaan akan memastikan bahawa rang undang-undang yang digubal ini amatlah komprehensif, teratur dan tidak mengenai mana- mana pihak terutamanya anggota pasukan polis. Ini adalah amat penting supaya tidak dilihat sebagai menekan anggota pasukan polis dan juga menjejaskan moral pasukan polis dalam melaksanakan tugasan mereka.
Melalui penggubalan rang undang-undang ini, diyakini bahawa impak positif dalam membaik pulih imej PDRM akan beransur-ansur disenangi dan diterima baik oleh seluruh warga pasukan PDRM. Peralihan adalah suatu detik yang sukar, namun ia boleh dicapai seandainya semua pihak berlapang fikiran dan menyahut usaha murni kerajaan untuk mengembalikan integriti perkhidmatan PDRM. Ia merupakan suatu usaha jangka panjang untuk generasi yang akan datang.
Jadi, semua isu yang dibangkitkan, seperti yang saya katakan tadi, akan diberikan perhatian yang teliti, berhati-hati dan serius dengan mengambil kira kepentingan semua pihak. Kerajaan akan memastikan rang undang-undang ini dapat diterima dan dilaksanakan dengan efektif demi kesejahteraan rakyat secara amnya dan anggota pasukan PDRM secara khususnya.
Suka saya kongsikan di sini bahawa rang undang-undang ini tidak digubal secara tergesa-gesa dan cadangan pindaan yang diluluskan adalah bagi membuktikan komitmen Kerajaan Pakatan Harapan yang menyantuni dan menghargai setiap pandangan yang dikemukakan.
Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini ia akan dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang untuk penelitian. Itu sahaja, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat, saya akan membaca formula biasa mengenai masalah tetapi tidak perlu diputuskan. Jadi, saya baca ya.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Ada usul. Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Tuan Yang di- Pertua, terima kasih. Jadi, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa berdasarkan kepada Peraturan Mesyuarat 54(2), suatu usul bagi menyerahkan Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (Pindaan) 2019 kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang. Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang hendaklah meneliti rang undang- undang tersebut dan membentangkan suatu penyata yang mengandungi cadangan penambahbaikan kepada rang undang-undang tersebut yang hendaklah dibentangkan kepada Dewan ini tidak lewat daripada 18 November tahun ini.”
Tuan Yang di-Pertua
Mengikut Aturan Mesyuarat, tidak ada pindaan boleh dibangkitkan dan tidak ada perbahasan atas usul ini. Jadi, saya kemukakan masalah.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan kepada Majlis usul Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri seperti yang dikemukakan tadi untuk diputuskan. Mengikut Peraturan Mesyuarat 54(2), usul ini hendaklah diputuskan dengan tidak boleh dipinda atau dibahas.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan]
Tuan Yang di-Pertua
Jadi, setakat itulah untuk hari ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Selasa, 8 Oktober 2019. Assalamualaikum.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.39 malam]