Jul112019

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tuan Ma'mun bin Sulaiman [Kalabakan] minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan kadar pengangguran belia dan membantu golongan belia mendapatkan pekerjaan. Berdasarkan kenyataan Menteri Kewangan, pada 27 Jun 2019 kadar pengangguran di kalangan belia Malaysia pada tahun 2018 adalah sebanyak 10.9 peratus jauh lebih tinggi daripada kadar pekerjaan iaitu 3.4 peratus.

final • 10:00 AM

Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran Malaysia pada tahun 2018 mencatatkan kadar 3.3 peratus manakala kadar pengangguran belia pada tahun 2018 adalah pada kadar 10.9 peratus. Mengikut takrifan Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) tahun 1999, negara yang mencatat kadar pengangguran di bawah empat peratus dikategorikan sebagai guna tenaga penuh ataupun full employment. Kadar pengangguran di kalangan belia berumur 15 sehingga 24 tahun adalah fenomena biasa yang dihadapi oleh negara membangun dan maju di dunia. Golongan ini dikatakan berada dalam proses transisi daripada alam pembelajaran kepada realiti pasaran pekerjaan. Antara faktor yang dikenal pasti menyumbang kepada pengangguran belia di Malaysia ialah ketidakcukupan kemahiran dan pendidikan, kekurangan pengalaman bekerja dan ketidakpadanan kemahiran.

Di samping itu, belia juga dituntut memantapkan jati diri dan sikap agar menepati ciri-ciri pekerja yang dicari oleh majikan iaitu yang komited, rajin, berdaya tahan, kerja berpasukan, berkeinginan untuk belajar, berkebolehan bekerja di bawah tekanan dan bersikap proaktif.

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha membantu belia mendapatkan pekerjaan, kerajaan telah melaksanakan usaha-usaha berikut:

(i) menyediakan portal perkhidmatan pekerjaan JobsMalaysia yang memberi kemudahan kepada pencari kerja untuk mendapatkan kerja yang bersesuaian melalui pendekatan pemadanan kerja serta menganjurkan program penempatan pekerjaan yang merangkumi karnival kerjaya, temu duga terbuka, program kerjasama antara agensi, holiday placements for students serta program penempatan golongan khas. Program-program ini telah diadakan dari semasa ke semasa bagi menemukan pencari kerja dengan majikan yang

final • 10:00 AM

Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

sepadan. Bagi tempoh Januari hingga Mac 2019, seramai 3,890 orang pencari kerja telah berjaya mendapat penempatan;

(ii) mewujudkan pusat sehenti menggabungkan agensi seperti JobsMalaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Pembangunan Sumber Manusia Berhad dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) bagi menyediakan khidmat nasihat profesional untuk mendapatkan pekerjaan dan latihan;

(iii) mewujudkan program Graduate Enhancement Programme for Employability (GENERATE) yang bertujuan membantu graduan menganggur mendapat latihan dalam bidang berimpak tinggi bersesuaian dengan keperluan industri selain meningkatkan penawaran pekerja berkemahiran dengan sasaran memanfaatkan 4,000 belia lepasan sekolah dan graduan;

(iv) memperkemaskan dan memperluaskan program perantisan dan latihan industri seperti skim PROTEGE yang bertujuan meningkatkan tahap kebolehan pasaran graduan melalui latihan soft skills dan on the job trainning. Program-program seperti ini telah menunjukkan kejayaan di mana lebih 90 peratus belia yang mengikuti program tersebut mendapat pekerjaan.

final • 10:00 AM

Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

(v) melaksanakan program Structured Internship Programme (SIP) yang diterajui oleh Talent Corporation dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Di bawah SIP, graduan akan mendapat pendedahan awal kepada dunia pekerjaan sebelum menamatkan pengajian supaya mereka lebih berdaya saing dan memiliki kemahiran yang memenuhi keperluan industri. Seramai 76,000 orang belia di kalangan pelajar universiti dan pelatih TVET telah menerima manfaat di bawah program ini; dan

(vi) mengukuhkan dan memperkasakan program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) melalui pelbagai program dan kerjasama bagi mengurangkan jurang ketidakpadanan kemahiran dengan keperluan industri. Program SLDN menawarkan latihan berasaskan industri dengan 70 peratus latihan praktikal di syarikat dan 30 peratus teori di institusi latihan.

Kesimpulannya, kerajaan dari masa ke semasa akan menambah baik langkah- langkah sedia ada dan akan mewujudkan lebih banyak program ataupun mekanisme bagi membantu rakyat mendapatkan pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran negara.

Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Terima kasih. Sebelum saya menyatakan soalan tambahan saya, saya ingin mengalu-alukan kehadiran pengetua dan pelajar Maktab Rendah Sains Mara, Jeli ke Dewan Rakyat.

[Tepuk]

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Selamat datang ke Dewan Rakyat.

final • 10:10 AM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Terima kasih Yang Amat Berhormat Tun atas jawapan yang diberikan yang saya kira boleh melegakan sedikit sebanyak kegusaran belia-belia kita. Sebagai soalan tambahan saya, adakah Yang Amat Berhormat Tun bersetuju bahawa peluang pekerjaan dapat diwujudkan jika aktiviti ekonomi dirancakkan dan pelabur- pelabur luar dan dalam negara digalakkan datang melabur di kawasan-kawasan yang berpotensi. Yang menjadi masalah adalah prasarana yang kondusif serta keperluan- keperluan asas, infrastruktur tidak dapat disediakan dengan baik untuk memungkinkan pelabur datang melabur di Sabah terutamanya di Kalabakan, sebuah kawasan yang luas terletak di sempadan negara dengan Indonesia tetapi agak tertinggal dalam serba-serbi.

Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mengadakan banyak cara seperti yang telah saya senaraikan tadi untuk mewujudkan pekerjaan bagi mereka yang menganggur. Di antaranya sudah tentu ialah pelaburan sama ada daripada negara luar ataupun dalam negara. Pelaburan bermakna mereka memerlukan pekerja- pekerja untuk melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab dalam industri di mana pelabur telah melabur. Pelaburan ini biasanya mengikut kehendak pelabur sendiri. Kita boleh dorongkan supaya mereka melabur di Kalabakan tetapi kalau mereka dapati keadaan di situ belum sesuai untuk mengadakan industri, maka sudah tentu mereka akan pilih tempat yang mempunyai infrastruktur yang cukup. Kalau Kalabakan tidak mempunyai infrastruktur yang diperlukan oleh pelabur, maka kerajaan akan kaji sama ada kita boleh mengadakan infrastruktur yang sesuai untuk Kalabakan menarik pelabur dan mengurangkan kadar pengangguran di tempat berkenaan.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Terima kasih. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, pelajar sekolah menengah ada dua juta lebih dan keluaran sekolah menengah setiap tahun ratusan ribu. Hanya sebahagian mereka sahaja masuk ke institusi pengajian tinggi, sebahagian masuk kemahiran, yang lebih ramai mereka kerja kilang, makan gaji. Selagi kita menanamkan sifat mentaliti makan gaji, maka pengangguran ini sukar untuk diatasi.

Jadi saya ingin mencadangkan, apakah pandangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri jika kita ada satu lagi aliran di sekolah menengah. Sekarang ini ada aliran Sains, aliran Sastera, tambah satu lagi aliran keusahawanan semoga apabila mereka keluar ratusan ribu itu boleh bekerja sendiri menjadi usahawan. Apa pandangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Usaha yang dicadangkan oleh Ahli Yang Berhormat sudah pun dijalankan oleh pihak kerajaan di tempat-tempat tertentu dan terpulanglah kepada mereka yang menganggur menggunakan peluang-peluang untuk melatih diri supaya lebih sesuai dengan pekerjaan.

final • 10:10 AM

2. Tuan Khairy Jamaluddin [Rembau] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan apakah pendirian dan langkah intervensi pihak kementerian terhadap usul yang telah dikemukakan agar Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dibubarkan selain yang berpunca daripada perubahan struktur Ahli Jemaah Pengarah (AJP) PPN.

final • 10:10 AM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato' Haji Salahuddin bin Ayub

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih rakan saya daripada Rembau.

Saya meneliti dengan cermat tentang ayat-ayat Yang Berhormat Rembau telah kemukakan dalam soalan ini. Setakat pukul 10.16 pagi ini, pihak kementerian tidak menerima apa-apa usul dokumen rasmi ataupun surat untuk Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) ini dibubarkan. Oleh itu, saya merasakan tidak perlu untuk saya merubah struktur yang sedia ada dan usul itu tidak relevan.

final • 10:10 AM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Terima kasih Menteri atas penjelasan itu. Saya dikhabarkan terdapat LPP yang telah memberi maklumat kepada saya yang masih lagi belum menerima senarai lantikan yang diluluskan oleh Menteri. Ini mengundang kepada pelbagai masalah. Bilakah lantikan ini akan diselesaikan memandangkan banyak urusan perniagaan sebagai contoh terganggu seperti LPP kawasan yang menguruskan stesen minyak dan sebagainya sebab tidak ada signatory bagi cek mereka sebab saya difahamkan ada yang masih lagi tidak menerima pengesahan daripada Menteri lantikan ahli jemaah mereka. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato' Haji Salahuddin bin Ayub

Tuan Yang di-Pertua, itu baru soalan yang betul- betul relevan. Mengikut jadual mesyuarat di peringkat PPK, tempoh masanya sehingga bulan Julai ini akan dapat diselesaikan. Ia tertangguh sebab kehadiran Ramadhan, mereka memilih untuk mengadakan mesyuarat selepas hari raya ini. Setakat ini hampir 40 peratus telah siap dan saya yakin dan percaya tiada sebarang masalah yang berlaku. Hujung minggu ini saya akan tandatangan semua senarai nama yang telah pun dikemukakan dan Insya-Allah selepas

final • 10:10 AM

Dato' Haji Salahuddin bin Ayub

itu PPK kawasan boleh terus berniaga, melakukan aktiviti. Selepas itu PPN dan kemudian NAFAS di akhir tahun ini. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan yang kedua di sebelah kanan, ada sesiapa? Tidak. Di sebelah kiri, ada? Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Pontian lagi.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Lagi sekali.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Terima kasih sebab tidak ada yang bangun. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri mengenai bantahan di beberapa PPK, PPN daripada Kelantan, Perak, seluruh negara mengenai kaedah apa yang dibuat oleh kerajaan sekarang. Boleh Yang Berhormat Menteri memberikan kita penjelasan apa sebab bantahan mereka dan apakah jawapan kementerian terhadap bantahan itu. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato' Haji Salahuddin bin Ayub

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Apabila saya menerajui kementerian ini, NAFAS telah digantung pada bulan Jun 2018. Oleh itu saya sebagai Menteri ada tanggungjawab untuk membuat reform dan perlu ada keberanian untuk mengubah struktur kepimpinan, bukan struktur peladang.

final • 10:10 AM

Dato' Haji Salahuddin bin Ayub

Oleh itu, saya telah mendapat sokongan dari peringkat bawah. Saya menjaga kepentingan hampir 920,000 ahli PELADANG. Mereka ang mengemukakan bantahan itu adalah segelintir, yang mereka pun telah bawa isu itu ke mahkamah dan biarlah dengan izin, the law takes its course. Apa yang perlu saya reform adalah pemimpin-pemimpin yang melakukan kesalahan itu, undang-undang akan mengambil tempat. Akan tetapi apa yang perlu saya betulkan adalah meremajakan kepimpinan, membetulkan ketirisan, mengaplikasikan good governance untuk kepentingan 920,000 ahli yang masih duduk dalam B40. Jadi besar cabaran saya untuk mengangkat dan menganjak kejayaan PELADANG ini agar ia dapat digerakkan pada masa akan datang. Terima kasih.

final • 10:20 AM

3. Dato' Sri Dr. Santhara [Segamat] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan dengan lebih lanjut mengenai pelan untuk menyediakan skim perumahan mampu milik, kos rendah dan juga sederhana rendah di Parlimen Segamat.

Bagaimanakah dasar pemilikan rumah negara mampu mengatasi permintaan dan keperluan di Parlimen Segamat.

final • 10:20 AM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillah, terima kasih Yang Berhormat Segamat kerana mengajukan soalan mengenai pelan perumahan untuk kawasan Segamat.

Jadi untuk pengetahuan Yang Berhormat Segamat dan juga Ahli-ahli Dewan, kerajaan di bawah KPKT dalam penyelarasan entiti tunggal rumah yang telah menyelaraskan projek-projek SPNB, PR1MA dan PPAM. Jadi untuk dasar yang baharu yang telah kita lancarkan iaitu Dasar Rumah Mampu Milik, kita tidak lagi ada kategori rumah kos rendah dan rumah sederhana rendah. Semuanya di bawah kategori rumah mampu milik, yang mana harganya akan tertakluk kepada kawasan dan lokasi projek perumahan itu. Maknanya tertakluk kepada median income of the population around the area, dengan izin. So that is the clarification untuk semua Ahli Dewan Rakyat.

Keduanya, ketika ini KPKT melalui JPN masih menunggu lagi tawaran tanah-tanah daripada kerajaan negeri. Setakat ini kita baru menerima dari seluruh negara dalam 50 tapak tanah untuk dibangunkan rumah mampu milik ini. Jadi bila kita sudah dapat cadangan- cadangan ini, kita akan buat lawatan untuk memastikan bahawa tanah-tanah ini adalah strategik dan tidaklah tanah-tanah ini terletak jauh yang akan membebankan kos sara hidup B40 yang akan memiliki rumah-rumah ini.

Jadi untuk Segamat, dasar ini juga terpakai. Cuma apabila saya teliti tanah yang diserahkan daripada Kerajaan Negeri Johor, tidak ada yang melibatkan kawasan di Segamat.

Namun demikian, Yang Berhormat Segamat jangan kecewa. Yang Berhormat Segamat boleh

final • 10:20 AM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

mencadangkan tanah sekiranya ada untuk terus kepada KPKT. Walau bagaimanapun, kena pastikan bahawa tanah yang dicadangkan itu tidak ada—bebas daripada pemilikan swasta ataupun pemilikan yang tidak boleh kita bangunkan. Jadi boleh— sebaiknya tanah ini dicadangkan melalui kerajaan negeri, exco negeri dan mereka boleh buat semakan dan bila tanah itu memang sesuai, mereka akan boleh serahkan kepada KPKT.

Setakat ini untuk Segamat, ada tiga projek perumahan yang telah dilaksanakan dan dalam pelaksanaan. Di bawah skim Perumahan Penjawat Awam Malaysia, ada 30 unit rumah yang dibina di Bandar Baru Tangkak 2 yang insya-Allah akan siap pada hujung tahun 2019.

Satu lagi di bawah SPNB, ada 260 unit rumah di Taman Chaah Idaman, Lot MLO 2560 Mukim Chaah Segamat. Sebanyak 260 yang insya-Allah akan siap pada 2020. Manakala satu program perumahan rakyat— ada satu projek iaitu 102 unit rumah telah siap di PPR Batu Anam Segamat pada tahun 2010 dan diserahkan kepada pemilik pada tahun 2011. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato' Sri Dr. Santhara - Segamat

Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, Yang Berhormat Menteri memberikan anggaran masa, dengan izin timeline bilakah kita akan dapat melihat rumah pertama siap bina yang mengguna pakai polisi Kerajaan PH dan di manakah kemungkinan projek tersebut akan dilaksanakan. Contohnya di Segamat kita telah mengenal pasti 20 ekar tanah di kawasan dalam lima kilometer di kawasan PULAPOL dan juga UiTM.

final • 10:20 AM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Yang Berhormat Segamat, untuk tanah yang telah dicadangkan dan disebutkan tadi, saya memang sudah terima melalui WhatsApp dari Yang Berhormat Segamat. Akan tetapi saya cuba minta membuatnya dengan in writing untuk tulis kepada KPKT dan cuba pastikan bahawa tanah itu seperti yang saya sebut tadi, bebas dari segala pemilikan. Jadi permintaan— rumah yang insya-Allah akan dibina dalam polisi baharu, RFP-nya atau tender RFP-nya akan dibuka daripada bulan Oktober ini dan insya-Allah kita akan buatkan satu model projek di Kluang, Johor yang mana tanahnya strategik, tanahnya sangat sesuai dan luas dan insya-Allah kita akan bina rumah mampu milik dasar baharu di Kluang untuk menjadikan model.

Akan tetapi walau bagaimanapun Yang Berhormat Segamat, sekiranya tanah itu ada di kawasan-kawasan yang dicadangkan, kita akan lihat kepada statistik keperluan rumah di kawasan itu. Kadang-kadang statistik itu tidak tepat. Sebab itu kita ada overhang unit and so on and so forth. So, jadi kita akan pastikan statistik keperluan itu untuk rumah mampu milik ini tepat dan tanah itu strategik dan harga rumah yang ditawarkan mengikut kawasan itu bertepatan dengan apa yang telah digariskan oleh Dasar Rumah Mampu Milik. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak minta penjelasan pihak Yang Berhormat Menteri, rumah mampu milik di kawasan-kawasan Parlimen luar bandar Yang Berhormat Menteri. Hari itu Yang Berhormat Menteri buat kenyataan di Dewan Rakyat bahawa lawatan ke kawasan Parlimen yang telah mendaftarkan ataupun sudah register. Sampai hari ini lawatan daripada kementerian masih lagi tidak dilakukan, yang pertama Yang Berhormat Menteri.

Keduanya, ada atau tak praktis kalau kita kawasan kerajaan negeri tak beri tanah, tak surrender tanah. Bagaimana keadaan tanah yang telah sedia ada, yang dimiliki oleh generasi B40 kawasan luar bandar tetapi rela untuk surrender tanah itu untuk dibina oleh pihak KPKT? Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu.

Mungkin Yang Berhormat Jelebu kena beri specific di mana kawasan mana tak turun. Setakat ini memang pegawai-pegawai turun untuk menyemak tanah-tanah itu seperti saya sebut mesti strategik, ada infrastruktur dan tidak jauh. Jadi saya tidak tahu di mana...

final • 10:20 AM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Menteri, saya sudah hantar.

Sudah lama hantar.

final • 10:20 AM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Sudah hantar?

final • 10:20 AM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya akan repeal balik.

final • 10:20 AM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Maknanya saya hendak tahu tanah itu sudah hantar, mungkin belum lagi sampai ke tahap pegawai-pegawai turun ke kawasan itu.

Jadi insya-Allah, kerana tanah yang diserahkan tidak mencukupi lagi untuk kami membina rumah satu juta. Jadi semua tanah yang dicadangkan insya-Allah kita akan turun untuk semakan. Cuma sama ada ia sesuai atau tidak itu adalah perkara kedua. Okey.

Seterusnya tentang tanah-tanah swastalah kita sebut. Tanah-tanah kerajaan tadi kita minta pada kerajaan. Untuk tanah swasta, kita juga memberikan peluang untuk pemaju- pemaju untuk mencadangkan kepada KPKT. Sekiranya projek ataupun pelan pembangunan itu dicadangkan sesuai, bertepatan dengan Dasar Rumah Mampu Milik, that means rumah itu sesuai ikut spesifikasi Dasar Rumah Mampu Milik dan harga yang mereka cadangkan haruslah disemak dengan KPKT sama dengan harga yang kita ada panduan itu. Insya-Allah kita akan— boleh teruskan perundingan dan sekiranya sesuai kita boleh luluskan insya-Allah.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dengan itu tamatlah sesi untuk pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

final • 10:20 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tuan Wong Hon Wai [Bukit Bendera] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah status diplomatik semasa dengan Timor Leste dan adakah Malaysia akan menyokong kemasukan Timor Leste sebagai negara ASEAN yang ke-11.

final • 10:20 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Saifuddin Abdullah

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Bendera atas pertanyaan yang dikemukakan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Malaysia adalah antara beberapa negara yang paling awal mengiktiraf dan menubuhkan hubungan diplomatik dengan Demokratik Republik Timor Leste iaitu setelah ia mencapai kemerdekaan daripada Republik Indonesia pada 20 Mei 2002. Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad juga adalah antara pemimpin dunia yang pertama melawat Timor Leste iaitu pada bulan Oktober tahun 2003. Malaysia juga telah membuka pejabat kedutaannya di Dili pada 13 April 2001 dan Timor Leste juga membuka kedutaannya di Kuala Lumpur pada 7 Ogos 2002.

final • 10:20 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Saifuddin Abdullah

Hubungan kerjasama dua hala di antara Malaysia dengan Timor Leste merangkumi pelbagai bidang. Ini termasuklah ekonomi, keselamatan, kesihatan, dan pembangunan sumber manusia.

Timor Leste juga merupakan antara negara penerima tawaran kursus teknikal kepada kakitangan awamnya melalui Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP). Bagi tahun 2018 seramai 12 orang kakitangan awam dari Timor Leste telah mengikuti sembilan kursus yang disediakan yang meliputi pelbagai bidang teknikal.

Berdasarkan keakraban yang sedia terjalin ini, Malaysia menyokong kemasukan Timor Leste sebagai anggota baharu ASEAN memandangkan ia terletak dalam rantau geografi Asia Tenggara. Ia selaras dengan Perkara 6 dalam Perlembagaan ASEAN mengenai penerimaan anggota baharu ASEAN. Ini juga selaras dengan prinsip ASEAN terutamanya yang dipelopori Malaysia yang berpegang kepada konsep prosper thy neighbor, dengan izin memakmurkan jiran.

Saya sendiri telah mengulangi sokongan Malaysia kepada Timor Leste semasa bertemu dalam lawatan Menteri Luarnya, Dr. Dionisio da Costa Babo Soares ke Putrajaya pada 1 hingga 2 Julai yang lalu. Saya telah memaklumkan bahawa Malaysia sentiasa konsisten dengan pendiriannya menyokong Timor Leste untuk menyertai ASEAN sejak permohonan mereka pada tahun 2011.

final • 10:30 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Saifuddin Abdullah

Menteri Luar Timor Leste menyatakan penghargaannya terhadap sokongan Malaysia dan memaklumkan bahawa kemajuan Timor Leste dalam memenuhi syarat-syarat penyertaan sebagai negara ASEAN sedang aktif dilaksanakan oleh mereka. Dari sudut dua hala pula, perjumpaan saya dengan beliau baru-baru ini telah membuka beberapa peluang baru dalam hubungan bilateral antara kedua-dua negara. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Luar Negeri untuk menjawab soalan saya berkenaan dengan Timor Leste dan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri bahawa permohonan telah dikemukakan untuk Timor Leste menyertai ASEAN pada 2011 iaitu lapan tahun lalu. Berapa lama lagi jangkaan Menteri Luar tentang secara formalnya kita mempunyai anggota kesebelas dalam ASEAN apabila ASEAN meluluskan Timor Leste? Berapa lama jangkaan? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Saifuddin Abdullah

Tuan Yang di-Pertua, ASEAN tidak menentukan tempoh masa untuk kemasukan Timor Leste tetapi negara-negara ASEAN telah bersetuju untuk mengadakan fact-finding mission, dengan izin tentang kesediaan Timor Leste untuk menjadi anggota ASEAN. Fact-finding mission ini meliputi ketiga-tiga teras Komuniti ASEAN iaitu teras politik dan teras keselamatan, teras ekonomi dan juga teras sosial dan budaya.

Fact-finding mission ini akan bermula pada bulan September tahun ini. Malaysia memang sangat berharap agar fact-finding mission ini menghasilkan dapatan yang positif dan memungkinkan Timor Leste untuk menjadi anggota ASEAN secepat mungkin. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan kedua di sebelah kiri. Ada? Yang Berhormat Pontian, tidak ada.

final • 10:30 AM

[Dewan ketawa]

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Terima kasih kerana peluang yang diberikan kepada saya.

final • 10:30 AM

[Dewan ketawa]

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Boleh tengok soalan?

final • 10:30 AM

[Dewan ketawa]

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Saya tahu ini mengenai Timor Leste. Cuma saya ingin bertanya daripada Kementerian Luar, Timbalan Menteri Luar apabila menjawab soalan saya di sini bahawa Wisma Putra menyatakan akan meneruskan rayuan kepada ICJ mengenai Pulau Batu Putih – lain sedikit, Tuan Yang di-Pertua.

Akan tetapi apabila berada di luar, Yang Berhormat Timbalan Menteri Luar mengatakan bahawa tidak jadi hendak merayu ke ICJ mengenai status Pulau Batu Putih.

Sekarang ini saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Luar, setuju merayu atau setuju tidak merayu? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Itu akan dijawab pada ketika yang lain lari daripada tajuk ya.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Menteri ada di sini mengenai isu besar, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Belum, belum.

final • 10:30 AM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Menteri kena jawab. Reputasi kerajaan tercalar, jawapan berbeza-beza.

final • 10:30 AM

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Timor Leste.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Timor Leste.

final • 10:30 AM

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Saya ingin mendapat penjelasan Yang Berhormat Menteri Luar. Kenapa terlalu lama ASEAN buat keputusan terhadap permohonan Timor Leste untuk menyertai? Apakah ada halangan atau bantahan daripada negara-negara anggota ASEAN yang lain? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Saifuddin Abdullah

Tuan Yang di-Pertua, macam ini baru betul soalan tambahan.

final • 10:30 AM

[Dewan ketawa]

Dato’ Saifuddin Abdullah

Sahabat saya Yang Berhormat Pontian ini dia terlajak perahu.

Tidak apalah, kawan-kawan. Terima kasih, Ahli Yang Berhormat. Malaysia dan ada beberapa negara yang lain memang secara konsisten dan serius untuk menerima masuk Timor Leste.

Namun demikian, ada pandangan yang ingin memastikan kesediaan Timor Leste.

Jadi pada Malaysia apabila semua negara ASEAN bersetuju untuk diadakan fact-finding

final • 10:30 AM

Dato’ Saifuddin Abdullah

mission, itu pada saya adalah petanda yang baik dan kita berharap dapatannya itu akan memihak kepada keputusan yang juga baik. Terima kasih.

final • 10:30 AM

2. Dato' Dr. Noraini Ahmad [Parit Sulong] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan usaha-usaha berterusan kementerian dalam mengekang sebarang bentuk logistik sampah dari luar negara.

final • 10:30 AM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Terima kasih, Yang Berhormat Parit Sulong di atas soalan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Parit Sulong, dan kesemua Ahli Dewan KPKT di bawah Jabatan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan import plastic scrap di bawah kod 3915. So, jadi import plastik dalam negara kita ada 25 kod kesemuanya tetapi hanya 1 sahaja di bawah bidang kuasa KPKT iaitu 3915.

Jadi dalam kod plastik 3915 ini, regulation dan SOP semua telah dikeluarkan oleh JPSPN dan mereka mengikut SOP yang telah kita keluarkan. Baru-baru ini kenapa plastic scrap ini diletak di bawah KPKT kerana bila perkataan scrap itu dia consider as a waste. So, jadi sebab itu ia diletakkan di bawah bidang kuasa KPKT. Jadi oleh kerana dia terletak di bawah bidang kuasa KPKT kita telah mengkaji selepas I ingat awal tahun lepas, banyak isu- isu mengenai illegal import plastic dan sebagainya, maka KPKT telah pergi menyemak kesemua kilang-kilang yang telah kita luluskan AP mereka.

So, mengikut rekod kita hanya 54 sahaja kilang-kilang plastik yang diluluskan AP import. So, kita telah semak semua kilang-kilang ini dan minta mereka membuat permohonan semula dengan kriteria-kriteria baharu yang kita menggariskan 18 kriteria yang mana mereka harus tetap, mengikutinya ataupun they have to fulfil. Di antaranya juga adalah kelulusan daripada DOE, satu daripada aspeknya.

Kita ada penambahan juga untuk memastikan bahawa penguatkuasaan dan import yang dibawa itu adalah import plastik bersih yang dibenarkan. Kita juga minta mereka declare negeri yang mana mereka import dan di manakah negeri yang dieksport balik. Jadi untuk plastic scrap ini, kita benarkan untuk masuk kerana mereka memproseskannya menjadi resin.

Selepas menjadi resin kita akan eksport kepada pengilang-pengilang besar-besar di luar negara yang membuat kasut dan membuat baju dan sebagainya.

Jadi yang ini untuk kilang-kilang yang lain, oleh kerana kita dapati bila isu plastik import ini dikatakan seolah-olah sampah yang datang maka KPKT bersama dengan MESTEC dan juga MITI dan juga kastam telah membentuk satu committee untuk menyemak semula garis panduan untuk kod-kod plastik yang lain agar dapat diselaraskan dan akan dapat di- regulasi-kan. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih. Terima kasih di atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi.

final • 10:30 AM

Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong

Bulan April baru-baru ini, Yang Berhormat Menteri sendiri ada menyatakan dalam laporan, menetapkan bahawa dalam masa dua tahun ini pusat pelupusan sampah akan berubah menjadi loji sisa tenaga. Ada juga laporan yang menyatakan bahawa pulangan pengimportan memberi pulangan kepada negara ini sebanyak RM30 bilion. Jadi, soalan tambahan saya adalah sejauh manakah keuntungan ini lebih utama daripada kelestarian alam sekitar? Juga apakah mekanisme untuk memastikan setiap pusat kitar semula di setiap kawasan yang di bawah kerajaan tempatan mempunyai lesen operasi dan mematuhi perintah-perintah di bawah Undang-undang Alam Sekitar? Ini termasuk juga kriteria Yang Berhormat Menteri nyatakan tadi. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Soalan ini ada dua perkara sebenarnya.

WTE itu tidak ada kena-mengena dengan plastik import dalam garis yang kasarlah. Akan tetapi kalau kita lihat dalam situasi yang lebih sophisticated atau lebih matured, matang mungkin kemudian ada kaitan. Akan tetapi untuk WTE, memang hasrat KPKT untuk memastikan bahawa sistem pelupusan sampah kita akan advance kepada WTE system. Kita

final • 10:40 AM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

amat berharap dalam 2020, by 2020 kita akan dapat memulakan projek ini. Jadi, untuk RM30 bilion plastic itu, sebenarnya ia sekarang ini kita melihatkan bahawa kita harus meningkatkan lagi pengurusannya dan penguatkuasaannya. So, apabila pengurusan dan penguatkuasaannya lemah dan kita tidak dapat capitalize on the business. Jadi sebab itu, apabila kita mencadangkan untuk to have a centralize location di atas nama waste park, maka ia memudahkan kita untuk memantau dan untuk menguatkuasakan undang-undang kepada pengilang-pengilang import plastik ini.

final • 10:40 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya dapati sebenarnya Malaysia, menurut kata Greenpeace Malaysia, bahawa Malaysia menjadi tapak bagi lambakan baru kitar semula ini kepada 19 buah negara termasuk Amerika Syarikat, UK dan juga Australia. Ada yang mengatakan Malaysia telah menjadi tong sampah dunia. Jadi, kita amat bimbang tentang perkara ini. Apakah pihak kementerian bersetuju, bukan sahaja dari segi penguatkuasaan tetapi menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani isu lambakan sampah? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Untuk isu lambakan sampah ini yang tidak- yang illegal, yang haram, kalau lambakan sampah itu adalah lambakan sampah yang haram, memang ada jawatankuasa seperti saya sebut tadi untuk melihatkan isu illegal. Saya akan refer ini kepada illegal plastic dumping site sebenarnya. Jadi, KPKT bersama dengan local government, pihak berkuasa tempatan telah membuat satu jawatankuasa untuk mengkaji bagaimana kita hendak menguatkuasakan dan mengetatkan lagi penguatkuasaan dengan tindakan-tindakan legal, perundangan dan juga saman yang lebih berat. Ketika ini PBT hanya boleh menyaman setakat RM300 kompaun. Selepas itu ditutup sekejap, dibuka balik. Jadi, itulah keadaannya. Jadi, sekarang ini kita tengah melihat undang-undang yang berkaitan dengan ini agar penguatkuasaannya akan lebih ketat dan dendanya akan lebih berat.

Namun demikian, KPKT juga di bawah JPSPN atau SW Corp telah mengambil satu inisiatif untuk membersihkan semua kilang plastik illegal yang telah disita seluruh negara dengan satu pelan yang mana kita akan mencari satu teknologi plasma ion yang akan turun, it’s a mobile combustion system yang mana akan diturunkan di kawasan-kawasan kilang- kilang haram yang telah disita dan kita akan membersihkannya. Kita akan meletakkan expenses atau perbelanjaan itu kepada pemunya tanah dan pemunya kilang. Terima kasih.

final • 10:40 AM

3. Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun [Beaufort] minta Menteri Kesihatan menyatakan sejauh manakah perkembangan Program PEKA B40 dan setakat ini berapakah bilangan yang mendapat manfaat daripada program ini, khususnya di negeri Sabah.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dr. Lee Boon Chye

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort dan Tuan Yang di-Pertua. Skim Peduli Kesihatan untuk kumpulan B40 atau dikenali sebagai PEKA B40 telah dilaksanakan di seluruh negara sebagai fasa ujian operasi bermula 15 April 2019. PEKA B40 memberi fokus kepada saringan kesihatan bagi penyakit tidak berjangkit. Empat pakej manfaat yang ditawarkan adalah;

(i) saringan kesihatan,

(ii) bantuan alat perubatan,

(iii) insentif melengkapkan rawatan kanser; dan

(iv) insentif tambang pengangkutan.

Skim ini dilaksanakan dengan kerjasama klinik perubatan umum swasta yang berminat dan enam makmal swasta rangkaian yang di kontrak. Sehingga 10 Julai 2019, terdapat sebanyak 1,172 klinik perubatan umum swasta yang telah berdaftar sebagai Klinik PEKA B40. Seramai 27,610 penerima Bantuan Sara Hidup dan pasangan mereka yang berdaftar berumur 50 tahun ke atas telah pun menjalani saringan kesihatan di bawah PEKA B40. Penerima yang telah berbuat demikian juga telah mula menikmati manfaat ii, iii, iv dan seterusnya. Sebanyak RM1,362,392 telah pun digunakan dalam pembayaran manfaat- manfaat ini sehingga tarikh 30 Jun 2019.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dr. Lee Boon Chye

Untuk maklumat, di negeri Sabah jumlah keseluruhan penerima Bantuan Sara Hidup yang berumur 50 tahun ke atas adalah seramai 293,763 orang. Bagi projek rintis ini dengan peruntukan RM100 juta untuk seluruh negara, maka adalah dianggarkan sekitar 59,613 orang rakyat negeri Sabah berpeluang menjadi penerima manfaat PEKA B40 berdasarkan konsep first come, first serve, dengan izin. Sehingga 10 Julai 2019, seramai 2,325 orang penerima manfaat telah pun menjalani saringan kesihatan di bawah PEKA B40. Ini menjadikan Sabah negeri kelima tertinggi mencapai saringan kesihatan selepas Sarawak, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Adalah diharapkan agar lebih ramai rakyat kumpulan B40 yang layak mengambil peluang menjalani saringan kesihatan untuk menikmati kesemua manfaat yang ditawarkan melalui skim ini. Buat masa ini, Kementerian Kesihatan sedang mempergiatkan lagi aktiviti promosi dan publisiti sama ada di media cetak, elektronik dan media sosial. Sesi penerangan secara bersemuka juga diadakan untuk menggalakkan kumpulan sasaran menyemak kelayakan dan seterusnya pergi menjalani saringan kesihatan di Klinik PEKA B40. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Seperti mana yang kita semua maklum, negeri Sabah merupakan sebuah negeri yang luas dan kebanyakan tempat-tempatnya adalah di luar bandar, daerah-daerahnya di luar bandar. Oleh kerana itu, maka tentulah di kawasan yang jauh terpencil itu tidak ada klinik- klinik kesihatan swasta. Seperti di tempat saya sendiri hanya dua klinik swasta yang telah diberikan kemudahan ini. Jadi, bagaimana pula kita dapat membantu rakyat B40 yang ada jauh di luar sana di pedalaman itu untuk mendapat kemudahan kepada PEKA B40 ini? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dr. Lee Boon Chye

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Memang kita sedar bahawa ada sesetengah kawasan pedalaman yang tidak mempunyai klinik swasta yang memberikan perkhidmatan dan juga yang mendaftarkan diri sebagai panel dalam Program PEKA B40 ini. Akan tetapi untuk sesetengah tempat kita telah membuat dua cara.

final • 10:40 AM

Dr. Lee Boon Chye

Pertama, melalui Outreach Program. Di mana kita pergi ke kawasan-kawasan tersebut untuk mendapatkan mereka yang layak untuk menyertai program tersebut. Kedua, kita juga mengguna pakai klinik kesihatan yang sedia ada untuk mereka membuat saringan, tidak semestinya di klinik swasta yang berdaftar.

Jadi, mereka yang layak boleh semak di laman web kelayakan dan juga boleh menyemak tempat yang terdekat untuk membuat saringan kesihatan. Sekian.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebenarnya saya juga hendak mengalu- alukan kehadiran pelajar-pelajar kolej vokasional, ada di luar tidak sempat masuk lagi. Di belakang, dia ada tengok TV serta tetamu kita di sini, di dalam Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, setakat ini PeKa B40 ini diberikan kepada mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Apakah kerajaan bercadang untuk melonggarkan pemberian ini kepada keluarga B40 ini? Ini kerana ramai daripada anak-anak mereka yang berumur di bawah 50 tahun ini juga menghadapi masalah kesihatan. Apakah cadangan kelonggaran yang diberikan kepada mereka?

final • 10:50 AM

Dr. Lee Boon Chye

Terima kasih Yang Berhormat Maran. Memang dari perancangan awal, Program PeKa B40 ini kita hendak merangkumi semua mereka di golongan bantuan sara hidup. Akan tetapi, oleh sebab kekangan dari segi kewangan dan kita bermula dengan mereka yang berumur 50 tahun ke atas sebagai projek perintis.

Sekiranya sambutan itu baik dan sekiranya masalah kewangan dapat diselesaikan, ada peruntukan yang mencukupi, kita akan mencadangkan supaya ada penambahan untuk merangkumi mereka yang lebih muda daripada yang berumur 50 tahun. Jadi, kita harap dalam tahun yang akan datang, kita boleh meliputi mereka yang mungkin berumur 40 tahun ke atas dan sebagainya. Sekian.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kerajaan telah menurunkan umur belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun. Jadi, kenapa jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak selaras dengan polisi yang telah dibawa oleh kerajaan?

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Tidak payah jawablah Yang Berhormat Timbalan Menteri, lari daripada soalan. Sekarang saya menjemput Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub. Ini baru betul Yang Berhormat Machang, silakan.

final • 10:50 AM

4. Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub [Machang] minta Menteri Kewangan menyatakan berapa nilai bersih hasil penjualan kapal Equanimity dan ke manakah wang tersebut akan disalurkan.

final • 10:50 AM

Menteri Kewangan - Tuan Lim Guan Eng

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada soalan yang ditujukan oleh Yang Berhormat Machang. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, kapal Equanimity telah dijual kepada pembida tertinggi iaitu Genting Malaysia Berhad dengan harga USD126 juta iaitu kira-kira RM527.4 juta. Hasil jualan tersebut telah diterima sepenuhnya pada 23 April 2019 dan kini disimpan dalam Sheriff Stakeholders Account, dengan izin, dalam sebuah syarikat guaman tempatan terkemuka di Malaysia, untuk tempoh tiga bulan bagi tujuan penyesuaian dengan tuntutan perbelanjaan penyelenggaraan kapal yang akan ditentukan melalui perintah mahkamah.

Baki hasil jualan setelah ditolak jumlah perbelanjaan yang terlibat dijangka akan didepositkan ke dalam recovery account milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam Kementerian Kewangan pada bulan Ogos 2019. Hasil jualan kapal Equanimity ini akan digunakan untuk melunaskan komitmen hutang 1MDB.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih di atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri, akhirnya hasil jualan kapal tersebut akan digunakan untuk membayar hutang 1MDB. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, sehingga terkini, berapakah hutang semasa 1MDB dan juga sudah tentulah 1MDB ini juga mempunyai aset-asetnya. Berapakah nilai-nilai aset 1MDB?

Contohnya, seperti TRX, Bandar Malaysia dan mungkin ada pelaburan-pelaburan strategik yang telah dibuat oleh 1MDB. Sehubungan dengan itu, berapakah nilai sebenar hutang 1MDB selepas ditolak dengan nilai aset semasa yang ada pada hari ini? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Lim Guan Eng

Terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat Machang, sekiranya kita lihat dari segi prinsipal yang telah dipinjam untuk 1MDB yang dijamin oleh pihak Kerajaan Persekutuan. Terbitan bon, USD 6.5 bilion dengan kadar USD1 bersamaan RM4.10, adalah sebanyak RM26,650 juta. Terbitan Sukuk sebanyak RM5 bilion dan jumlah yang telah dibayar oleh Kementerian Kewangan iaitu pada tempoh yang lama iaitu sebelum kerajaan ini. Kerajaan yang lama pun sudah bayar. Akan tetapi, saya rasa Yang Berhormat Machang pun tidak tahu. Hanya selepas kerajaan baharu kita dedahkan, baru rakyat tahu bahawa pihak kerajaan telah membayar hutang 1MDB untuk tempoh lebih dua tahun. Jumlah yang telah dibayar ialah sebanyak RM8,923 juta.

Ini bermakna, jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM40,573 juta secara prinsipal.

Kalau kita ambil kira faedah adalah sebanyak RM10,442 juta. Ini menjadikan jumlah besar keseluruhan adalah RM51,015 juta. So, ini adalah satu jumlah yang besar yang ditanggung oleh pihak 1MDB. Kalau kita lihat setakat ini, kita harap tidak akan berlaku apa-apa perbezaan tetapi, sebanyak RM51,015 juta. Kita tentu sedang berusaha untuk mendapatkan balik bayaran-bayaran ganti rugi ataupun pampasan daripada pelbagai pihak.

Ini adalah di bawah Peguam Negara. Ini termasuk juga kepada syarikat kewangan terkemuka di dunia, Goldman Sachs, seperti mana yang dimaklumkan dalam media. Tentang aset-aset, kalau kita lihat aset-aset nilainya kita masih belum dapat anggarkan. Ini termasuklah aset-aset tanah dan sebagainya. Ini kerana dari segi perundangan, masih belum dapat dilengkapkan.

final • 10:50 AM

Tuan Lim Guan Eng

Berkaitan dengan TRX, apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan ialah untuk menjalankan proses detoksifikasi. Proses detoksifikasi ini adalah supaya ia dapat diteruskan sama ada kita akan dapat hasil atau keuntungan, hanya akan dapat tahu apabila projek ini matang. Kita harap, lima tahun atau tujuh tahun yang akan datang. Ini tentu kita harap boleh dapat balik pelaburan ataupun CAPEX yang telah pun dibelanjakan. Mungkin, sekiranya keadaan pasaran dan kewangan mengizinkan, mungkin dapat sedikit hasil daripada pelaburan tersebut.

Akan tetapi, kita kena ingat bahawa sebanyak RM3 bilion telah pun dialihkan daripada projek ini untuk 1MDB. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan, Yang Berhormat Ipoh Timur silakan.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Yang Berhormat Menteri tidak menjawab sepenuhnya apa yang saya kemukakan, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Sekurang-kurangnya kita, minta maaf. Sekurang-kurangnya kita ada nilai dan anggaran aset semasa. Dalam perniagaan pun kita ada kedudukan nilai anggaran aset semasa. Sekurang-kurangnya kita tahu. Rakyat di luar hendak tahu, berapa banyak aset dan berapa banyak hutang semasa.

Itu yang saya maksudkan. Akan tetapi, saya rasa Yang Berhormat Menteri tidak menjawab dengan tepat apa yang saya kemukakan.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Apa yang saya dengar— Biarlah Yang Berhormat Menteri yang menjawab. Soalan sudah dijawab.

final • 10:50 AM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Soalan tambahan.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Tidak. Tidak. Bukan.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Soalan tambahan Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan? Mungkin Yang Berhormat Menteri hendak menjawab Yang Berhormat Machang?

final • 10:50 AM

Tuan Lim Guan Eng

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah menjawab. Saya harap Yang Berhormat Machang boleh meneliti jawapan saya dengan lebih lanjut lagi. Saya sudah menjawab tetapi nampaknya Yang Berhormat Machang mungkin tidak tangkap. Akan tetapi, sila baca balik Hansard.

final • 10:50 AM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Ya, soalan tambahan.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, soalan tambahan kedua Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua. Minta bagi jawapan bertulis ya. Bagi jawapan bertulis.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak, kita lihat pada Hansard dahulu. Ya, lihat pada Hansard dan kita...

final • 11:00 AM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Ya, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan dengan soalan tambahan saya.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 11:00 AM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan, kita boleh nampak usaha kerajaan untuk mengambil kembali wang yang hilang akibat daripada 1MDB.

final • 11:00 AM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Baru-baru ini, saya terbaca satu berita berkenaan dengan pengerusi KOJADI telah pun menyatakan beliau mahu mengembalikan wang 1MDB tetapi telah dihalang oleh sesetengah pihak. Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan berkenaan dengan kesemua wang 1MDB yang telah pun dikeluarkan kepada pihak-pihak berkenaan dan yang hendak dikembalikan kepada kerajaan?

final • 11:00 AM

Tuan Lim Guan Eng

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur atas soalan ini.

Memang seperti yang saya sebut tadi, pihak kerajaan berusaha untuk mendapat balik wang- wang yang telah dikeluarkan oleh 1MDB kepada organisasi-organisasi yang dikaitkan dengan parti-parti politik. Seperti Yang Berhormat tahu, bahawa 1MDB pun ada bagi kepada parti- parti seperti UMNO, MCA, MIC dan SUBP dan juga pelbagai parti lagi. Tentu saya rasa Yang Berhormat Machang pun berminat tentang perkara ini. Saya yakin bahawa pihak SPRM akan berusaha untuk mendapatkan balik wang-wang yang telah pun dikeluarkan. Sungguhpun senarai pertama sudah dikeluarkan, tetapi kita tahu bahawa senarai penerima adalah lebih banyak daripada jumlah yang telah diumumkan. Saya yakin bahawa SPRM akan umumkan tindakan lanjut kemudian.

Akan tetapi berkaitan dengan KOJADI disebutkan bahawa ia tidak ada berkaitan dengan 1MDB. Itu tidak benar. Kalau kita lihat bahawa dari segi 1MDB tentu dikeluarkan daripada 1MDB tetapi ada Yayasan 1MDB yang keluarkan wang. KOJADI, saya difahamkan wang sebanyak RM15 juta dikeluarkan daripada Yayasan 1MDB menerusi satu surat perjanjian. Sejumlah RM15 juta telah dikeluarkan daripada Yayasan 1MDB. Saya hendak sebut di sini untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, bahawa Yayasan 1MDB pun telah mendapat balik bayaran. Bayaran sebanyak RM6 juta. So, untuk menyatakan bahawa wang yang diterima oleh KOJADI sebanyak RM15 juta adalah tiada kaitan dengan 1MDB adalah tidak benar sama sekali.

Ini kerana akaun Yayasan 1MDB sebanyak RM6.1 juta pun telah pun dipulangkan.

Itulah sebabnya saya lihat usaha pengerusi yang telah pun dipecat kerana hendak pulangkan wang RM15 juta untuk Yayasan 1MDB adalah satu tindakan yang berani supaya dapat sekurang-kurangnya memulihkan atau membersihkan nama KOJADI. Di mana KOJADI sebelum ini mendapat wang kerana hubungan dan campur tangan daripada sebuah parti politik.

Saya harap perkara ini tidaklah berlarutan. Janganlah pecat orang yang hendak pulangkan wang 1MDB kepada kerajaan tetapi membela pula mereka yang tidak mahu pulangkan wang rakyat kepada pihak kementerian. Saya rasa itu adalah satu tindakan yang tidak bermoral dan tidak beretika. Sudah tentu Kementerian Kewangan akan meneliti perkara ini termasuk juga wang-wang yang telah pun ataupun dana yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan kepada KOJADI sebelum ini sekian. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Mohon tambahan. Tuan Yang di-Pertua, ini...

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kerajaan telah menjual banyak harta...

final • 11:00 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

...soalan penting. Saya mohon jasa baik Tuan Yang di-Pertua sebab ini perkara penting.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan ketiga, yang terakhir ya.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Siapa ya?

final • 11:00 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Ya, terima kasih...

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pontian.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Hai, tiga kali sudah.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Dalam jawapan Yang Berhormat Menteri pada saya bahawa hutang prinsipal 1MDB ini RM31 bilion. Yang Berhormat Menteri dalam jawapan bertulis pada saya menjelaskan perkara itu. Ini pada sesi

final • 11:00 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

sidang yang lepas. Ia selaras dengan apa yang disebut oleh bekas CEO 1MDB Arul Kandar hutang RM31 bilion.

Akan tetapi ada satu perkara lagi yang Arul Kandar sebut, aset RM43 bilion. Ini yang saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Aset RM43 bilion dan hutang RM31.

Hutang RM31 telah disahkan tetapi aset RM43 bilion sampai sekarang Kementerian Kewangan macam payah betul hendak mengira.

Satu lagi yang tentang tadi dana 1MDB dari segi yayasan. Ada 8,700 orang lebih kurang yang menerima wang Yayasan 1MDB untuk pergi ke Mekah. Adakah Yang Berhormat minta semua 5,800 orang yang telah pergi ke Mekah guna duit Yayasan 1MDB ini memulangkan semula duit itu?

final • 11:00 AM

Tuan Lim Guan Eng

Saya rasa itu Yang Berhormat Pontian hendak mainkan sentimen. Itu adalah sesuatu yang lari daripada prinsip perakaunan. Apabila kita sebut tentang wang yang diberikan kepada organisasi, saya sebut organisasi. Di mana organisasi seperti yang saya bagi contoh tadi ialah KOJADI. So, mengapa organisasi ini terima wang?

Ini kerana ada kaitan dengan parti politik. So, jangan lari daripada apa yang saya sebut dalam soal jawapan tambahan saya.

Tentang perkara yang berkaitan dengan aset itu, saya ingat Yang Berhormat pun tahu bahawa aset 1MDB susah untuk diaudit dan dikeluarkan. Sampai ada tiga buah syarikat perakaunan ditukar. So, sekarang kita hendak tentukan apa nilai aset sebenarnya.

Kadangkala kita rasa itulah nilainya tetapi sama ada ia dapat direalisasikan dalam pasaran, itu satu perkara yang belum dapat ditentukan lagi.

Macam saya sebut tentang TRX. Kita terpaksa jalankan detoksifikasi supaya dapat pulihkan keyakinan pelabur luar asing bahawa ia tidak ada kaitan dengan 1MDB. Ini kerana apa-apa yang ada kaitan dengan 1MDB, tidak ada sebuah syarikat swasta pun hendak sentuh. Ini kerana mereka bimbang, mereka akan terlibat dalam siasatan. Ini adalah skandal global. Di mana Malaysia digelar sebagai kleptocracy. So, itulah sebab kerana kleptocracy – land lease yang terlibat dalam pelaburan dalam Tun Razak Exchange (TRX) mereka amat bimbang. Hanya selepas didetoksifikasi proses ini dijalankan. Supaya kita dapat asing masalah-masalah 1MDB dalam projek ini dengan apa yang dilabur oleh land lease baharulah projek ini dapat diteruskan.

Dalam projek ini, kita harap secara keseluruhan apabila ia matang. Ini saya kena ulang lagi. Apabila ia matang kita harap hasilnya bukan sahaja dapat pulangan prinsipal tetapi juga dapat sedikit keuntungan. Akan tetapi kita belum pasti lagi, kita kena lihat kedudukan pasaran pada lima hingga tujuh tahun lagi.

Saya sebut di sini bahawa, apa yang kita nyatakan memang benar bahawa bila kita sebut RM31 bilion – ya, RM31 bilion prinsipal kerana tidak ambil kira jumlah yang telah dibayar sebanyak RM8,923 juta. Sekiranya kita lihat daripada RM31 bilion ini, ini prinsipal kena bayar faedah juga. Itulah sebabnya keseluruhannya adalah lebih RM51 bilion. Saya harap itulah perkiraan itulah hakikat di mana 1MDB memang membebankan negara dan menjadikan nama Malaysia busuk di dunia kerana digelar sebagai kleptocracy. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Hutang boleh dikira satu tahun dua bulan...

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Pasaran saham telah jatuh dengan teruknya. Baru-baru ini melibatkan RM100 bilion kerugian.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Setahun dua bulan tidak boleh hendak kira aset RM43 bilion. Kenapa hutang boleh kira aset tidak boleh kira?

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak boleh terima kenyataan Yang Berhormat Menteri Kewangan yang...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Aturan Urusan Mesyuarat. Ya, Aturan Urusan Mesyuarat.

Silakan.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Tuan Yang di-Pertua. Peraturan Mesyuarat 36(2), “Tidak boleh disebutkan apa-apa perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah sekira-kira pada pertimbangan Pengerusi harus merosakkan kepentingan pihak yang berbicara itu.” Yang Berhormat, oleh sebab kes 1MDB khususnya yang menggunakan AMLA terhadap 41 recipient itu sudah dalam kes mahkamah. Pada 24 Jun telah dilakukan perjumpaan pertama di mahkamah.

Jadi saya rasa perkara ini tidak harus disebut di sini kerana sub judice. Saya minta sebagai bekas hakim, Tuan Yang di-Pertua boleh membuat satu keputusan kerana ini tidak sepatutnya. Ini kerana kes perbicaraan sudah berjalan, hearing sudah ada. Jadi saya minta Tuan Yang di-Pertua supaya buat satu petua. Kalau macam itu kita boleh bawa kes sub judice. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Tanya soalan pun salah, jawab pun salah

final • 11:10 AM

[Dewan riuh]

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

.

final • 11:10 AM

Menteri Kewangan - Tuan Lim Guan Eng

Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, syarikat ialah‒ terpulang kepada Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Tanya kepada‒ Saya tanya kepada Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua jawablah.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terpulang kepada Yang Berhormat Menteri dahulu.

final • 11:10 AM

Tuan Lim Guan Eng

Ya, yang itu‒ Syarikat Kojadi tidak termasuk dalam senarai pertama sejumlah 41 buah organisasi yang menerima wang 1MDB. Mereka yang menerima wang ialah Yayasan 1MDB.

final • 11:10 AM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Menteri...

final • 11:10 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri kena korek telingalah.

final • 11:10 AM

Tuan Lim Guan Eng

Itu sebab Yang Berhormat...

final • 11:10 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Apa yang saya cakap mula‒ Yang Berhormat Menteri cakap yang sejumlah 41, itu yang saya kata kes pertama Yang Berhormat Menteri tidak boleh sebut kerana subjudis.

final • 11:10 AM

Tuan Lim Guan Eng

Itu sangat‒ ini sangkaan jahat.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ini, ini Petua saya ya.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kerajaan telah menjual banyak aset baru-baru ini. Apakah aset ini digunakan untuk membayar hutang ataupun disimpan di mana- mana? Sebahagian besar daripada aset yang dijual adalah harta orang Islam, jadi...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang ditanya saya adalah tentang Aturan Mesyuarat, tentang subjudis. Ini Petua yang saya kena keluarkan. Saya tidak nampak Yang Berhormat Menteri melanggar prinsip subjudis, sebab Yang Berhormat Menteri tidak menyatakan sesuatu pun tentang merit kes yang dibawa oleh mahkamah. Soalan yang diberikan, menjawab apa yang ditanya. Jadi, dari segi hakikat memang sudah ada kes-kes yang dibawa.

Jikalau Yang Berhormat Menteri berkata, memang sepatutnya kes ini diputuskan sebegini, sebegitu‒ itu melanggar subjudis. Akan tetapi, kalau dijawab secara umu tentang apakah status sekarang, dalam lingkungan soalan yang diajukan tadi, tidak ada pelanggaran prinsip subjudis dan sekali gus Aturan Mesyuarat. Itu Petua saya.

final • 11:10 AM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Tuan Yang di-Pertua, di dalam jawapan tambahan Yang Berhormat Menteri tadi ada menyebut...

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kita terlalu mengambil masa yang agak terlalu panjang di dalam sesi soal jawab lisan, banyak lagi soalan. Saya jemput Tuan Ali anak Biju mengemukakan soalan.

final • 11:10 AM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ayer Hitam ini benar.

final • 11:10 AM

5. Tuan Ali anak Biju [Saratok] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan jumlah projek perumahan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang telah diluluskan, sedang dibina dan telah siap serta jumlah permohonan yang diterima dan diluluskan di Sarawak setakat ini.

final • 11:10 AM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Terima kasih Yang Berhormat Saratok di atas soalan, kerana hendak mengetahui tentang projek perumahan PR1MA di Sarawak.

Setakat ini di Sarawak kita ada mempunyai tiga projek perumahan yang telah dilaksanakan iaitu, satu di – yang berjumlah 912 buah unit – dua lagi dalam pembinaan sebanyak 1,878 buah unit. Dua lagi projek kita tangguhkan kerana PR1MA di bawah sekarang sedang menjalani due diligence. Maka, projek yang belum take off kita tangguhkan untuk disemak semula. Jadi, untuk jumlah ketiga-tiga projek ini, jumlah rumah kesemuanya adalah sebanyak 2,790 buah rumah. Manakala, permintaannya adalah sebanyak 1,818 buah rumah. Ada lagi lebihan dari situ Yang Berhormat Seratok. Itu untuk projek perumahan PR1MA di Sarawak pada keseluruhannya.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan?

final • 11:10 AM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Soalan tambahan daripada Sarawak juga.

final • 11:10 AM

Tuan Ali anak Biju - Saratok

Saya ada soalan tambahan. Sarawak memerlukan lebih kurang sejumlah 67,000 unit rumah mampu milik, di mana PR1MA adalah sebahagian daripadanya. Keperluan ini semakin mendesak memandangkan jumlah setinggan golongan muda berhijrah ke bandar semakin bertambah. Ada sedikit percanggahan kenyataan yang dikeluarkan oleh Sarawak dengan pihak KPKT, di mana kerajaan Sarawak menyatakan sudah menyerahkan sejumlah 10 bidang tanah, seluas 1,223 ekar untuk tapak pembinaan sejumlah 12,000 unit rumah.

Soalan saya ialah, berapa banyak kah tanah yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak secara rasmi, untuk pembinaan rumah mampu milik?

final • 11:10 AM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Terima kasih Yang Berhormat Saratok.

Memang pada minggu lepas, saya baru terima, ini kerana ada claim dari Kerajaan Negeri Sarawak kononnya mereka telah menghantarkan senarai nama tanah-tanah untuk ditawarkan kepada KPKT.

Akan tetapi, selepas saya meneliti tidak menerima apa-apa dokumen daripada negeri Sarawak, maka saya membuat statement setakat ini saya belum terima, ketika itu ya, belum terima lagi. Akan tetapi, saya telah menerimanya pada minggu lepas, saya ingat dalam 3 Julai 2019, minggu lepas, surat yang bertarikh 26 Jun 2019 yang ada senarai tanah yang telah dikenal pasti oleh Kerajaan Negeri Sarawak sebanyak dalam 13 buah bidang tanah. I don’t have the detail’s. Saya tidak ada maklumat yang lebih detail, tetapi saya ingat dalam sejumlah 13 keping tanah yang telah dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak kepada KPKT untuk diteliti dan disemak, sama ada ia sesuai atau tidak untuk kita membina rumah mampu milik, terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Dari Sarawak juga Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan kedua‒ Ya sila, Yang Berhormat Sibuti.

final • 11:10 AM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Okey. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, dijawab dalam jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, terdapat lebihan permintaan. Maksudnya kekurangan pemohonlah. Adakah pihak kementerian akan menawarkan unit-unit PR1MA yang tidak dipohon ini diturunkan harga ataupun dilakukan satu mekanisme untuk mempromosikan lagi? Oleh sebab, saya rasa projek-projek PR1MA ini terlalu tertumpu di kawasan bandar raya Kuching, sedangkan pemilikan permohonan lebih banyak di bahagian utara Sarawak. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian bersedia untuk menerima sejumlah 13 buah bidang tanah yang ditawarkan kepada pihak KPKT untuk dilakukan kerjasama pembinaan rumah mampu milik?

final • 11:10 AM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

KPKT tidak ada masalah untuk menerima cadangan, tetapi kita perlu semak semula lokasi tanah itu sama ada sesuai atau tidak. Saya sebut, ia mesti strategik dan terletak di dalam kawasan yang ada infrastruktur. Kalau tidak ia akan membebankan kos sara hidup kepada B40 yang duduk dan memiliki rumah dalam kawasan ini.

Jadi, ia tertakluk kepada kesesuaian tanah itu di mana terletaknya. Kita akan pergi semak semua sejumlah 13 buah bidang tanah itu untuk dilihat sama ada sesuai atau tidak.

Jika tidak, sesuai kita akan maklumkan kepada kerajaan negeri dan mungkin kerajaan negeri boleh menggantikan dengan tapak tanah yang lain. Jadi, untuk permintaan yang kurang– permintaan– lebihan dari‒ Rumah yang telah siap sebanyak 2,790 buah unit, tetapi permintaan sebanyak sebanyak 1,800 buah unit. So, kita dalam about sebanyak 900 buat unit atau 700 buah unit rumah lagi yang belum dimohon ataupun mendapat kelulusan.

Akan tetapi, di bawah Program HOC yang telah KPKT kendalikan dengan harga diskaun dan wave pengecualian stamp duty, kita ada terima permohonan-permohonan baharu untuk rumah-rumah yang telah dibina itu, terima kasih.

final • 11:10 AM

6. Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah pelaksanaan duti eksais ke atas minuman bergula iaitu sebanyak 40 sen seliter berkuat kuasa pada 1 Julai 2019 tidak akan mengakibatkan kenaikan harga barang ke atas produk yang dikeluarkan.

final • 11:10 AM

Menteri Kewangan - Tuan Lim Guan Eng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, pengenaan duti eksais ke atas produk minuman bergula merupakan salah satu strategi yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah National Plan of Action for Nutrition of Malaysia III, untuk tempoh 2016 hingga tahun 2025, dengan tujuan untuk menangani isu peningkatan kos rawatan penyakit obesiti, diabetes atau penyakit kencing manis dan penyakit-penyakit tidak berjangkit atau noncommunicable diseases (NCDs) yang dikaitkan dengan pemakanan.

Selaras dengan strategi tersebut, kerajaan melaksanakan pengenaan duti eksais ke atas produk minuman bergula dalam bentuk pembungkusan sedia diminum, berkuat kuasa mulai 1 Julai 2019. Saya ingin tegaskan Tuan Yang di-Pertua, produk minuman bergula dalam bentuk pembungkusan sedia diminum. Bukanlah teh tarik dan sebagainya.

Duti eksais akan dikenakan di peringkat pengilangan tempatan dan semasa produk diimport ke atas minuman bergula dalam bentuk pembungkusan sedia diminum yang jatuh di bawah kepala kod takrif 20.09 dan 22.02 dan mengandungi kandungan gula atau Cultured Sugar melebihi nilai ambang threshold yang ditetapkan.

Minuman sedia diminum bermaksud, minuman tersebut sedia untuk diminum tanpa melalui proses seterusnya seperti pembancuhan, pemanasan dan sebagainya, tanpa mengambil kira bentuk pembungkusan. Minuman seperti teh tarik yang dibancuh di kedai atau restoran bukan minuman sedia diminum dan ia tidak akan dikenakan duti eksais.

final • 11:10 AM

Menteri Kewangan - Tuan Lim Guan Eng

Cukai ke atas minuman bergula telah dilaksanakan oleh 28 buah negara lain di dunia. Sebagai contoh, negara lain di rantau Asia juga sudah mula mengambil langkah

final • 11:20 AM

Menteri Kewangan - Tuan Lim Guan Eng

mengenakan cukai terhadap minuman bergula seperti negara Brunei yang bermula pada April 2017. Selain itu, negara seperti Hungary, Perancis, Mexico, United Kingdom dan beberapa negeri di Amerika Syarikat telah mengenakan cukai terhadap minuman bergula.

Pengenaan duti eksais pada kadar 40 sen per liter ini dijangka akan memberi kesan kenaikan harga jualan yang minimum bagi produk minuman bergula yang terlibat.

Contohnya, kenaikan harga sekurang-kurangnya 10 sen bagi minuman sedia diminum dalam bentuk pembungkusan bersaiz 250 mililiter, sekurang-kurangnya 20 sen bagi minuman bersaiz 500 mililiter dan sekurang-kurangnya 40 sen bagi minuman bersaiz satu liter.

Dengan kenaikan harga jualan, kerajaan berharap ia akan dapat mengurangkan permintaan minuman bergula tinggi di pasaran seterusnya mengubah trend pengambilan minuman ke arah pilihan yang lebih sihat iaitu kurang kandungan gula.

Di samping itu, langkah pengenaan duti eksais ini secara tidak langsung akan turut menggalakkan industri untuk menghasilkan lebih banyak produk minuman yang mengandungi kadar gula yang lebih sihat sekali gus membantu mengurangkan prevalence obesiti dan penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan di kalangan rakyat. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sebelum soalan tambahan pertama. Yang Berhormat Maran, mungkin pelajar-pelajar kolej vokasional sudah sampai.

final • 11:20 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

Terima kasih. Tadi dia masuk suku. Ini dia masuk penuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar dari Kolej Vokasional Pertanian Maran.

[Tepuk]

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Selamat datang ke Parlimen Malaysia. Silakan soalan tambahan pertama.

final • 11:20 AM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Tuan Yang di-Pertua, apabila tidak ada GST, kerajaan perkenalkan pelbagai cukai lain. Keuntungan kepada kerajaan, bebankan kepada rakyat. Kalau kita lihat cukai ini, ia memberi kesan kepada banyak industri kecil dan sederhana. Kesan yang cukup banyak dan...

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Selamat datang Yang Berhormat Port Dickson.

final • 11:20 AM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

...Dilaporkan dalam pelbagai kajian. Dalam satu kajian ditinjau oleh beberapa pihak terutama dalam Harian Metro, saya petik, pelaksanaan cukai ini ke atas minuman bergula telah menyebabkan kenaikan produk berkenaan. Berlaku kenaikan antara 20 hingga 70 sen. Antara minuman ialah minuman kopi, minuman tenusu dan sebagainya. Ini kesan yang berlaku.

Apakah kerajaan melihat perkara ini dan bagaimana mahu menangani kesan-kesan yang sebenarnya membebankan rakyat? Akan tetapi, saya hendak bagi tahu kalau jawapan itu dijawab “Oleh Kerajaan Barisan Nasional dahulu”, Yang Berhormat lah yang mula-mula membantahnya.

final • 11:20 AM

Tuan Lim Guan Eng

Yang Berhormat Lenggong, saya rasa soalan tambahannya nampaknya penuh dengan unsur-unsur politik. Akan tetapi, saya tidak mahu menjawab, membalas dalam bentuk yang sama. Hanya hendak menyatakan bila kita kenakan pengenaan duti eksais ke atas produk bergula, ia adalah untuk produk minuman bergula dalam bentuk pembungkusan. So, kalau ia dalam bentuk pembungkusan― yang kita terima banyak bantahan adalah daripada syarikat-syarikat F&B iaitu syarikat-syarikat besar. Kalau sebut tentang teh tarik, kopi, ia tidak berkaitan langsung.

final • 11:20 AM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Saya tidak sebut teh tarik.

Yang Berhormat tidak faham saya sebut.

final • 11:20 AM

Tuan Lim Guan Eng

Biar saya jawab. Sabarlah. Duduk, dengar. So, di sini ia adalah tidak ada kaitan sama ada ia teh tarik atau kopi yang dibancuh di warung ataupun di kedai. Ini kerana ia adalah untuk kotak-kotak dalam pembungkusan di mana kita hendak kurangkan kandungan gula ini.

final • 11:20 AM

Tuan Lim Guan Eng

So, yang saya minta daripada syarikat-syarikat yang membuat bantahan― memang saya akui Kementerian Kewangan ada terima bantahan daripada syarikat-syarikat tersebut kerana mereka terlibat dalam industri pembungkusan minuman air. Akan tetapi untuk bantahan daripada kedai-kedai dan warung, tidak ada satu pun kerana mereka tidak terbabit.

Teh tarik, milo, kopi adalah tidak terlibat dalam pemprosesan langsung.

final • 11:20 AM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Saya sebut IKS, Yang Berhormat. IKS, industri kecil dan sederhana.

final • 11:20 AM

Tuan Lim Guan Eng

Tentang IKS ataupun tentang industri-industri syarikat- syarikat tersebut, kita telah jelaskan bahawa dalam aspek ini, kalau sekiranya kurangkan kandungan bawah tahap yang ditetapkan, ia tidak akan dikenakan duti eksais. Itu sahaja.

Akan tetapi, sekiranya melebihi tahap yang dikenakan, tahap yang ditetapkan, barulah dikenakan duti eksais. So, itu mudah sahaja. Tidak mahu dikenakan duti eksais, biar ia tertakluk di bawah kadar ataupun kandungan gula yang telah ditetapkan. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Dr. Santhara - Segamat

Soalan tambahan.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan kedua. Yang Berhormat Setiawangsa.

Yang Berhormat Setiawangsa bangun terlebih dahulu. Ya, silakan.

final • 11:20 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertama sekali, bagi Setiawangsa, cukai ini bukan hanya sebagai satu alat fiskal tetapi sebagai satu nudge, dengan izin, untuk membantu penduduk kita mengamalkan gaya hidup sihat.

Setiawangsa hendak mengesahkan maklumat yang diterima. Adakah benar banyak pengusaha-pengusaha, pembuat-pembuat minuman pembungkusan ini yang sebenarnya meminta masa daripada kerajaan supaya mereka dapat merendahkan kandungan gula supaya patuh kepada permintaan pihak kerajaan sekali gus membuktikan kejayaan cukai ini?

final • 11:20 AM

Tuan Lim Guan Eng

Terima kasih Yang Berhormat daripada Setiawangsa.

Memang pihak kerajaan sebenarnya kita hendak laksanakannya lebih awal tetapi telah ditetapkan pada 1 Julai.

Saya hendak nyatakan di sini, sepertimana kita sebut tentang IKS, saya rasa untuk kebanyakan IKS, mereka boleh mematuhi kandungan gula yang ditetapkan. Seperti yang saya sebutkan tadi, sekiranya ia di bawah kandungan gula yang ditetapkan, tidak akan dikenakan duti eksais. Ini bukan macam kita kenakan duti eksais untuk gula secara am. Ini adalah secara selektif. Sekiranya melebihi kandungan gula yang ditetapkan, baru dikenakan duti eksais. Kalau kurang, tidak jadi hal.

So, yang menjadi masalah bukanlah IKS kerana mereka boleh buat adjustment, mereka boleh buat penyesuaian. Yang jadi masalah ialah syarikat berjenama besar di mana kerana minuman mereka adalah mengikut standard dan tahap yang ditetapkan. Mereka tidak boleh ubah. Saya tidak mahu sebut jenama apa tetapi Yang Berhormat Setiawangsa pun tahu. Itu pun jadi minat saya. So, saya pun kena kurangkan.

Akan tetapi, kerana kita mahu memastikan― seperti yang kita lihat arus global untuk mengurangkan kandungan gula. Ini bukan secara am. Kalau kita kenakan secara am kepada gula secara keseluruhannya, memang ini saya boleh setuju dengan pandangan Yang Berhormat Setiawangsa. Akan tetapi, itu tertakluk kepada kandungan gula. Yang melebihi, baru dikenakan. Yang kalau kita buat penyesuaian kurang daripada itu, tidak kena langsung.

Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Kalau ada soalan tambahan ketiga, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau soalan tambahan ketiga, di sebelah kiri. Yang Berhormat Arau lah. Silakan.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya. Ada dua soalan.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Mesti relevan ya, Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bukan. Ada dua perkara. Pertama, setelah kita memperkenalkan cukai ini, adakah Yang Berhormat telah buat penyelarasan dengan Kementerian Kesihatan berapakah rakyat Malaysia yang telah mengurangkan penggunaan gula? Dapat tidak kita statistik yang bagus yang dengan memperkenalkan cukai ini menyebabkan rakyat kurang makan gula yang mana merupakan mudarat kepada rakyat?

Saya minta yang kedua, Yang Berhormat, Yang Berhormat ubah sedikit cara jawab supaya― kalau jawab dengan elok, pasaran saham akan melambung. Tadi Yang Berhormat jawab tadi, pasaran kita sekarang jatuh...

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Itu bukan soalan, Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Kerana Yang Berhormat tidak jawab secara tepat berhubung dengan soalan yang ditanya. Contohnya macam kita tanya bilakah Jho Low akan ditangkap. Jadi Yang Berhormat akan kata kerajaan dahulu tidak tangkap. Jadi boleh tidak Yang Berhormat kata “Kita akan menangkap serta-merta”?

Pasaran akan naik. Jadi, cara kita jawab sebagai Menteri Kewangan...

final • 11:20 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Apa kaitan Jho Low dengan gula?

Apa lah.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bukan. Saya hendak minta― dia ini kawan saya. Saya hendak minta dia jawab cara Menteri Kewangan jangan libatkan benda- benda yang macam Yang Berhormat Jelutong...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ini sesi soal jawab Yang Berhormat. Ya, silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 11:30 AM

Tuan Lim Guan Eng

Terima kasih atas nasihat yang diberikan oleh Yang Berhormat daripada Arau. Akan tetapi saya rasa pun sukar untuk diterima. Oleh kerana sekiranya kita tidak mahu sebut tentang perkara-perkara penting, kita gagal laksanakan tugas kita dan amanah kita kepada rakyat. So, di sini kita jawab mengikut apa isi kandungan soalan yang ditujukan.

Saya rasa daripada dua soalan ini, hanya satu soalan yang relevan sahaja iaitu dari segi jumlah ataupun jualan. Adakah ia terjejas? Adakah ia menggalakkan orang ramai kurangkan penggunaan minuman kotak ini. Saya hendak sebut di sini Tuan Yang di-Pertua, bila kita berbincang dengan pihak Kementerian Kesihatan, sebenarnya pihak Kementerian Kesihatan ada pegawai pun menyatakan, seharusnya kita tambah lagi. Tambah lagi. Akan tetapi kita rasa kita hendak buatnya secara bertimbang rasa. Kita tidak mahu buat secara mendadak. Oleh kerana pihak Kementerian Kesihatan, mereka lihat daripada sudut kesihatan. Akan tetapi dari aspek Kementerian Kewangan, kita tidak lihatnya semata-mata dalam sudut fiskal, kita lihat juga untuk menggalakkan pembuat ataupun pengguna untuk kurangkan penggunaan gula. Seperti yang saya sebut, sama ada ia ada kesan atau tidak.

Tujuan utama, hasrat utama ialah untuk menggalakkan pengeluar supaya dapat kurangkan kandungan gula dalam air minuman mereka. Pada masa yang sama kita harap dapat menimbulkan kesedaran di kalangan pengguna supaya mereka juga sama-sama tahu.

Kalau hendak makan lebih gula dalam air minuman berkotak, itu ada lagi sedikit tambahan.

Kita harap untuk masa yang akan datang, sedikit sebanyak mereka akan tahu pentingnya kita kurangkan penggunaan gula supaya penyakit-penyakit yang sekarang menjadi lumrah khususnya diabetes, kita dapat kurangkan. Oleh kerana kita tahu, bahawa prevention is better than cure. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

7. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor] minta Menteri Kesihatan menyatakan isu penggunaan daun ketum di kalangan rakyat Malaysia dan sejauh mana pengalaman kementerian dalam menguruskan isu pesakit-pesakit yang berkaitan penggunaan bahan-bahan dari daun ketum.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dr. Lee Boon Chye

Terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor dan Tuan Yang di-Pertua. Alkaloid mitragynine yang didapati di dalam daun ketum adalah dikawal sebagai bahan psychotropic di bawah jadual ke-3 Akta Racun 1952 semenjak tahun 2003 dan terdapat kawalan khas ke atas aktiviti pengimportan, penjualan, pembekalan, pemilikan dan penggunaan di bawah Peraturan-peraturan Racun 1989.

Daun ketum telah lama digunakan khususnya oleh penduduk di sekitar utara Semenanjung Malaysia sebagai rawatan tradisional untuk beberapa masalah seperti rawatan untuk demam, cirit-birit, sebagai ubat cacing tanpa sebarang kesan sampingan yang teruk ataupun kematian dilaporkan. Walau bagaimanapun, semenjak kebelakangan ini terdapat banyak penyalahgunaan penggunaan daun ketum di dalam kalangan masyarakat yang menyebabkan masalah kebergantungan atau ketagihan.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia ada menerima pesakit-pesakit yang hadir di klinik kesihatan akibat daripada pengambilan substance ataupun dadah. Dalam kebanyakan kes pengambilan ketum selalunya berserta dengan substance jenis lain seperti minuman beralkohol, opioids, atau jenis amphetamine, methamphetamine atau disebut sebagai poly drug user.

Kes-kes yang mengalami pergantungan kepada ketum atau dengan substance yang lain dirawat secara sistematik dengan ubat-ubatan sedia ada. Jadi, kita lihat ketum sebagai satu one step kepada ketagihan dadah yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan penggunaan daun ketum masih belum dapat dibendung sepenuhnya Kementerian Kesihatan Malaysia dalam proses meminda Akta Racun bagi merangkumi kawalan ke atas tumbuhan psychoactive seperti pokok ketum. Pindaan ini akan memperuntukkan larangan ke atas aktiviti perladangan, penanaman, pengimportan, pengeksportan, pembekalan, penjualan dan pemilikan tumbuhan psychoactive seperti pokok ketum. Cadangan kawalan ini diharap dapat membendung masalah penggunaan ketum yang mempunyai banyak kesan negatif kepada masyarakat dan negara. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk Haji Shabudin Yahaya - Tasek Gelugor

Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kalau kita melihat kepada risiko pengambilan ketum secara tidak berperaturan ini amat teruk sekali lah. Kita juga selalu mendengar bahawa ramai yang telah pun hilang produktiviti, hilang daya tumpuan dan mereka mengalami masalah urat saraf yang akhirnya menyebabkan kepada kematian.

Ditambah pula dengan keadaan sekarang, daun ketum ini atau pun air ketum ini telah pun disebar luaskan sampai ke seluruh Malaysia. Walaupun tadi Yang Berhormat Menteri kata ia begitu luas di utara tetapi sebenarnya di Pantai Timur malah di Lembah Klang juga pengambilan daun ketum ini juga berlaku begitu berleluasa sehinggakan cara menghantar daun ketum itu menggunakan bas ekspres dan sebagainya. Jadi, keadaan ini kalau tidak dibendung, dia akan tetap menjadi musuh nombor satu kepada negara.

Cuma soalan saya ialah sejauh manakah perancangan kita untuk merealisasikan Akta Ketum, pengharaman daun ketum ini dapat dibuat kerana pada penggal yang lepas, isu ini dibahaskan dengan begitu serius sekali tetapi kita tidak dapat membuat keputusannya kerana kita terikat dengan masalah takrifan dan sebagainya. Jadi, apakah perancangan yang jitu daripada pihak Kementerian Kesihatan bersama-sama dengan pihak Kementerian Dalam Negeri untuk mengatasi perkara ini dan bilakah Akta Ketum ini akan dapat kita realisasikan?

Terima kasih.

final • 11:30 AM

Dr. Lee Boon Chye

Terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor atas keprihatinan berkenaan dengan masalah ketum ini. Kebetulan kementerian dan juga PDRM telah mengambil tindakan berkenaan dengan masalah ketum ini dan sebagai contoh untuk tahun 2017, seramai 8,118 orang telah ditangkap kerana menyalahgunakan ketum di bawah Akta Racun. Rampasan telah dibuat untuk air ketum untuk tahun 2017, sebanyak 89,060 liter air ketum dan untuk daun ketum 80,938 kilogram telah dirampas oleh PDRM. Kita faham memang kita memerlukan satu kawalan terhadap penanaman ketum. Akan tetapi ini perlu kita pertimbangkan juga kerana ketum memang senang tumbuh mungkin di belakang backyard, di kampung-kampung dan sebagainya.

final • 11:30 AM

Dr. Lee Boon Chye

Jadi, semasa kita hendak merangka kawalan terhadap tanaman ketum, kita akan mengkaji cara yang terbaik supaya kita dapat membendung penanaman ketum secara besar- besaran. Jadi, draf pindaan ini telah digubal dan berhasrat akan dibentangkan kepada Parlimen pada masa yang terdekat, mungkin sesi yang akan datang. Kita harap ada sokongan daripada Yang Berhormat Tasek Gelugor dan Ahli Parlimen yang lain.

final • 11:30 AM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat, daun ketum ataupun air ketum ini dia tergolong dalam Akta Racun.

Kalau kita lihat dari segi negatifnya, apa juga benda kalau diguna salah tempat, pisau di rumah sekali pun untuk masak kalau diguna untuk niat jahat boleh membunuh. Demikian juga daun ketum ini, sebab Thailand mengeksport daun ketum ke Amerika dan Britain dan mereka mempunyai keuntungan yang banyak. Daun ketum ini telah dibuktikan boleh mengubat berbagai-bagai penyakit. Jadi kenapa kita tidak, mungkin kementerian mengawal selia ladang-ladang ketum ini mungkin kita eksport dan sebagainya.

final • 11:30 AM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Di samping itu, penyalahgunaan di bawah itu kita boleh kawal. Apakah kementerian berhasrat untuk bersama-sama dengan kerajaan-kerajaan yang lain yang mengeksport daun ketum untuk kepentingan masyarakat? Terima kasih.

final • 11:40 AM

Dr. Lee Boon Chye

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Kita melihat dari segi masalah ketum, walaupun ia tidak menjadikan satu masalah kesihatan yang serius.

Akan tetapi, kalau di kalangan Malaysia khususnya golongan muda dan remaja, masalah ketum ini diguna sekali gus dengan ubat-ubat dadah yang lain seperti amphetamine dan methamphetamine. Jadi, ini yang menjadi masalah. Ramai daripada remaja menggunakan ketum ini sebagai tahap pertama. Selepas mereka menjadi ketagih kepada ketum, selepas itu dia akan naik taraf guna dadah yang lain.

Jadi, ini yang jadi masalah. Oleh sebab itu, kerajaan tidak berhasrat untuk menggalakkan penanaman ketum dan kita melihat ini satu masalah sosial yang perlu dibendung. Jadi, ini pendirian kementerian. Sekian.

final • 11:40 AM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Satu lagi soalan boleh tak? Penting, ketum.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ketum, ya silakan.

final • 11:40 AM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sebenarnya hendak merujuk kepada di Kedah. Dalam tempoh lima tahun sehingga 2018, kita menyaksikan ada lebih 13,000 penagih dadah, 10,000 daripada 13,000 itu adalah belia berusia 19 tahun sehingga 39 tahun. Isu di sini adalah, berbeza dengan negeri-negeri lain.

Kedah merupakan penyalahgunaan ketum ini merupakan yang tertinggi dan kita sebenarnya menghadapi masalah kekangan pelaksanaan penguatkuasaan berkenaan ketum. Kita tahu di Kedah umumnya ada lebih 100 hektar ladang ketum. Jadi, adakah pihak kementerian bercadang untuk bukan sahaja, bukan saya rasa daripada you pinda Akta Racun, lebih baik you gubal satu akta khas ketum daripada tanam, petik, jual, proses dan menghukum. Mohon response Yang Berhormat Menteri.

final • 11:40 AM

Dr. Lee Boon Chye

Terima kasih. Memang draf untuk pindaan Akta Racun ini sedang berjalan dan memang akan adakan sesi perbincangan dengan pihak pemegang taruh. Walaupun pandangan kementerian yang sedia ada itu memang tidak akan menggalakkan untuk commercialization ketum ini. Walaupun ada pandangan tertentu dan draf yang kita cadangkan, kemungkinan besar akan tidak membenarkan penanaman ketum secara besar-besaran. Kecuali, di dalam keadaan yang tertentu untuk penyelidikan dan sebagainya. Akan tetapi, kementerian akan memperincikan butiran draf tersebut sekiranya ada pandangan-pandangan daripada pihak-pihak yang berkenaan. Jadi, ini bulan Oktober kita akan cadangkan untuk dibentangkan di Parlimen. Sekian.

final • 11:40 AM

8. Dato' Jalaluddin bin Alias [Jelebu] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan apakah status terkini persediaan pihak kementerian bagi menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2020, dan berapakah anggaran hasil yang akan diperoleh negara melalui sektor pelancongan pada tahun 2020.

final • 11:40 AM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Datuk Mohamaddin bin Ketapi

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Izinkan saya menjawab soalan ini bersekali dengan pertanyaan lisan nombor 24 yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bintulu pada hari ini serta Yang Berhormat Rembau dan juga Yang Berhormat Mersing pada 17 Julai 2019 menyentuh isu yang sama iaitu berkenaan perancangan dan persediaan sempena Tahun Melawat Malaysia. Saya akan cuba pendekkan dan muatkan segala jawapan dalam masa yang singkat ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Tourism Malaysia telah pun mengadakan perancangan dan pelaksanaan. Pelaksanaan awal mengenai pelan promosi kempen Malaysia, Visit Malaysia 2020 sejak dari tahun 2018 bagi memastikan sasaran seramai 30 juta orang pelancong dan RM100 bilion jumlah pendapatan yang telah ditetapkan dapat dicapai. Insya-Allah, kita akan cuba. Bermacam-macam kempen telah dilakukan. Di antaranya ialah, kita menyertai promosi mempromosi Malaysia, *Travel Mart London.

Travel Mart* di London kita mempromosikan kawasan-kawasan pusat pelancongan yang ada di dalam negara kita. Di samping itu, kita mempromosikan kebudayaan yang ada di negara kita ini termasuklah persembahan tarian yang terdapat di negara kita yang kita ambil daripada negeri-negeri. Contohnya di Travel Mart London, kita telah mempersembahkan tarian kebudayaan iaitu joget daripada Selangor dan juga daripada Kota Marudu Sabah, persembahan kebudayaan tarian Rungus. Selepas itu, kita telah menyertai promosi Malaysia di FITUR Madrid.

Di Madrid, kita telah promosikan juga kawasan-kawasan pusat pelancongan dalam negara yang terdapat di setiap negeri. Saya telah menjemput semua negeri, saya telah menulis surat kepada menteri besar kepada ketua-ketua menteri untuk turut sama mempromosi Malaysia di mata dunia untuk Tahun Melawat Malaysia 2020. Di FITUR, kita telah di samping itu kita telah mempersembahkan juga tarian-tarian kebudayaan daripada negara kita termasuklah apa yang terdapat daripada Jabatan Kemajuan Kebudayaan Negara

(JKKN). Saya pendekkan di situ oleh sebab masa.

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Kasi pendek Yang Berhormat Menteri, panjang sangat jawab.

final • 11:40 AM

Datuk Mohamaddin bin Ketapi

Di samping itu, okay, kita.

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Teruskan Yang Berhormat Menteri, teruskan.

final • 11:40 AM

Datuk Mohamaddin bin Ketapi

Kita telah mengadakan promosi negara..

[Disampuk]

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Teruskan Yang Berhormat Menteri.

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Ada masa 12 minit, kasi habis.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jawapan cukup bagus, the best, the best.

final • 11:40 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Saya ada nombor 10 ini, saya hendak jawapan juga.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan.

final • 11:40 AM

Datuk Mohamaddin bin Ketapi

Saya hendak habiskan sampai jam 12.00 tengah hari supaya tidak ada soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua.

[Ketawa]

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Wah, ini Yang Berhormat Menteri tidak ikut peraturan.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini Yang Berhormat Menteri yang bagus.

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Yang Berhormat Menteri tidak ikut peraturan jawab soalan.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

You are the best Minister. Teruskan.

final • 11:40 AM

Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Itu dia ada planning, ada planning.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sampai pukul 1.00 petang.

final • 11:40 AM

Datuk Mohamaddin bin Ketapi

Oleh sebab...

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kami sokong hingga pukul 1.00 petang.

final • 11:40 AM

Datuk Mohamaddin bin Ketapi

Saya...

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Kita boleh keluar minum dulu.

final • 11:40 AM

Datuk Mohamaddin bin Ketapi

Saya hendak semua tahu apa yang kita buat.

[Tepuk] Ini kerana, kita menggunakan wang kerajaan dan wang rakyat.

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Sokong, sokong.

final • 11:40 AM

Datuk Mohamaddin bin Ketapi

Okay, kita ada satu promosi dinamakan ITB Berlin di mana negara kita satu daripada country partner. Kita telah mempersembahkan juga kebudayaan dan juga pusat-pusat pelancongan.

[Tepuk] Di ITB Berlin ini, saya dapati sambutan yang hangat daripada menteri-menteri besar dan ketua menteri. Kalau saya tidak silap, maafkan saya kalau silap. Daripada Menteri Besar Pahang, Menteri Besar Terengganu, daripada Ketua Menteri Melaka, Menteri Besar Johor, terima kasih banyak kepada ketua-ketua menteri dan menteri-menteri besar ini yang turut bersama ke Berlin.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Saya Pahang, saya Pahang. Saya menyokong penuh, saya dari Pahang.

final • 11:40 AM

Datuk Mohamaddin bin Ketapi

Terima kasih banyak, tetapi janganlah ganggu saya. Supaya saya boleh terus.

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Tidak.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kami sokong Yang Berhormat Menteri.

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Teruskan, teruskan.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

You are the best Minister.

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Teruskan jawab sampai pukul 12.00 tengah hari.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya cadangkan ambil soalan tambahan pertama. Ya, silakan. Silakan.

final • 11:50 AM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya?

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, bagi peluang dia jawab.

final • 11:50 AM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Menteri dah habis?

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Saya, soalan tambahan.

final • 11:50 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

[Bangun]

final • 11:50 AM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Dah boleh tanya dah?

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Rompin, Rompin.

final • 11:50 AM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Rompin, saya punya soalan belum selesai lagi. Bagi peluang dulu, Yang Berhormat Rompin.

final • 11:50 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Kuala Krai, Kuala Krai.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Bagi Yang Berhormat Menteri jawab dulu, belum habis.

final • 11:50 AM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Ha? Belum habis? Boleh terus?

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah, Yang Berhormat Menteri sudah habis jawab.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Menteri belum habis.

Jawab bagi habis sampai pukul 12.00.

final • 11:50 AM

Datuk Mohamaddin bin Ketapi

Saya minta Yang Berhormat kalau boleh habiskan saya dahulu baru ada soalan.

[Tepuk]

final • 11:50 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, mungkin dalam dua tiga ayat ya? Silakan.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Sampai esok pagi.

final • 11:50 AM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Menteri, saya diarahkan oleh Tuan Yang di-Pertua untuk bertanya soalan.

final • 11:50 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Tuan Yang di-Pertua, yang bertanya soalan lain pun nak jawapan juga.

final • 11:50 AM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tuan Yang di-Pertua, yang mana satu?

final • 11:50 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Kalau kita dah ada peraturan, kita ikutlah.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 11:50 AM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Oh, Yang Berhormat Menteri jawab? Saya tunggu. Yang Berhormat Menteri jawab, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 11:50 AM

Datuk Mohamaddin bin Ketapi

Yang Berhormat, saya minta bagi saya laluan kerana saya dapat lima soalan sebelum dimajukan...

final • 11:50 AM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya bagi Yang Berhormat Menteri, saya bagi.

final • 11:50 AM

Datuk Mohamaddin bin Ketapi

...Tetapi termasuk dalam hujah saya. Jadi satu kali saya akan jawab melalui hujah ini.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya ingin mencelah. Apa lagi tarian- tarian yang boleh dimasukkan dalam *Visit Malaysia Year?

[Pembesar suara dimatikan]*

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, bagi jawapan bertulislah untuk itu.

[Ketawa] Ya, silakan. Soalan tambahan pertama.

final • 11:50 AM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Soalan tambahan pertama?

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 11:50 AM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Menteri, you are the man lah.

You are the best minister lah! Sampai saya pun tak tahu nak tanya soalan tambahan apa dah.

final • 11:50 AM

Datuk Mohamaddin bin Ketapi

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Oh, sama-sama Yang Berhormat Menteri.

[Ketawa]

final • 11:50 AM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Duduklah.

final • 11:50 AM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Belum, belum lagi Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada soalan ke tiada?

final • 11:50 AM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Pasal apa Tuan Yang di-Pertua, saya nak...

final • 11:50 AM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Masjid Tanah.

final • 11:50 AM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

[Bangun]

final • 11:50 AM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tuan Yang di-Pertua, matikan mic saya.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tak tekan pun.

final • 11:50 AM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Oh tak tekan, okey.

[Ketawa]

final • 11:50 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Kempen Tahun Melawat Malaysia ini satu kempen yang penting. Promosi yang diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi sangat perfect dan baik.

[Tepuk] Sangat perfect dan baik.

final • 11:50 AM

Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Merapu itu.

final • 11:50 AM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Kita promosi— Yang Berhormat Sibuti, boleh saya minta laluan?

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, silakan.

final • 11:50 AM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Kempen joget, kempen budaya itu semua sama Yang Berhormat Menteri. Cuma saya nak tanya Yang Berhormat Menteri, AirAsia jumpa kita. AirAsia jumpa kita, dia tanya Ahli Yang Berhormat blok pembangkang ini tolong tanya sama Kerajaan PH, levi pelepasan yang dikenakan oleh kerajaan bermula September ini akan mengganggu kedatangan pelancong luar, menjejaskan kedatangan pelancong luar.

Jadi dia kata, boleh tak Yang Berhormat minta dengan kerajaan pembangkang, eh Kerajaan Pakatan Harapan ini supaya tangguhkan dulu levi ini sekurang-kurangnya pada tahun 2020 untuk kita bawa seramai mungkin pelancong datang ke Malaysia.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Ha, betul. Sokong.

final • 11:50 AM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Pertama, you are the man.

final • 11:50 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang kedua...

final • 11:50 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Baru pelancongan.

final • 11:50 AM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Kedua Tuan Yang di-Pertua, pasal Yang Berhormat Menteri jawab panjang, soalan tambahan saya kena panjang sikit. [Pembesar suara dimatikan]

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jelebu selalu ikut peraturan, kan? Ya, silakan Yang Berhormat Menteri. Sila jawab, jawab. Satu soalan sahaja. Ya, silakan.

final • 11:50 AM

Datuk Mohamaddin bin Ketapi

Yang Berhormat, saya berterima kasih dengan cadangan levi. Saya bersetuju sangat.

final • 11:50 AM

[Dewan riuh]

Datuk Mohamaddin bin Ketapi

[Tepuk] Hanya yang perlu, soalan ini ditujukan kepada Menteri Kewangan. Walau bagaimanapun, oleh kerana saya cakap bersetuju, saya akan cuba runding dengan Menteri Kewangan.

final • 11:50 AM

[Dewan riuh]

Datuk Mohamaddin bin Ketapi

Okey. Ini Ahli- ahli Yang Berhormat, apa yang saya katakan di dalam Dewan ini belum sampai setengah daripada kempen ini.

final • 11:50 AM

[Dewan riuh]

Datuk Mohamaddin bin Ketapi

[Tepuk] Akan tetapi kalau saya nak ceritakan, sampai jam 1.00 hari ini tak habis.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Menteri lain kena belajar.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Teruskan Yang Berhormat Menteri, teruskan.

final • 11:50 AM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Cantik, cantik. Boleh, boleh. Setuju, setuju.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh buat tak? Boleh buat tak?

[Pembesar suara dimatikan]

final • 11:50 AM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kami benarkan. Sampai jam 1.00, kita makan.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Siapa yang jadi Speakernya? Yang Berhormat Menteri, saya ingat memadailah ya.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Tak, belum habis lagi jawab.

final • 11:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Soalan tambahan.

final • 11:50 AM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Soalan tambahan.

final • 11:50 AM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Soalan tambahan.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan kedua ya, silakan Yang Berhormat Kota Melaka. Yang Berhormat Kota Melaka ya.

final • 11:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah ada apa-apa kajian yang telah dibuat untuk melihat kepada kempen yang telah dijalankan sama ada kempen- kempen yang dijalankan itu ada keberkesanannya untuk menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia. Juga saya ingin bertanya kepada kementerian sama ada, ada hasrat untuk kita adakan satu taklimat untuk semua Ahli Parlimen untuk mendengar apakah kempen yang akan dijalankan oleh kementerian supaya kita boleh turut sama membantu untuk mengempenkan sektor pelancongan ini dan juga kita jemput pemain industri dalam pelancongan ini untuk turut sama dalam taklimat tersebut. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Menteri, dengan ringkas ya.

final • 11:50 AM

Datuk Mohamaddin bin Ketapi

Terima kasih soalan tambahan sebentar tadi.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua kena bagi masa untuk dia jawab. Kami suka dengan dia.

final • 11:50 AM

Datuk Mohamaddin bin Ketapi

Terima kasih banyak Yang Berhormat Arau. Kajian tidak perlu. Apa yang saya katakan di sini untuk semua Ahli Yang Berhormat. Insentif, saya faham. Insentif Yang Berhormat bangkitkan tadi di sini saya katakan insentif. Kalau kita melihat, saya fikir dua hari ke tiga hari yang lalu, saya telah mengarahkan kementerian saya tolong bagi RM5 juta kepada industry player supaya mereka ini boleh menjalankan kempen menaikkan pelancong di dalam negeri.

Kita ini yang sebetulnya bukan soal nak tarik pelancong dari luar negara sahaja tetapi dalam negara pun perlu.

[Tepuk] RM100 bilion dalam 30 juta pelancong dari luar negara, itu cerita luar negara, belum ikut lagi dalam negara. Dalam negara, kita menganggarkan lebih kurang 92 juta — no, RM92 bilion daripada— Minta maaflah, ada yang saya tulis tadi saya dah lupa-lupa sedikit, terlalu banyak.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Hentam sahajalah Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Datuk Mohamaddin bin Ketapi

Eh, jangan. Salah nanti.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bagi jawapan bertulislah Yang Berhormat Menteri.

final • 11:50 AM

Datuk Mohamaddin bin Ketapi

Okey, tak apa. Kita hendak duit di samping RM100 bilion daripada foreigner, tourists, kita hendak naikkan lagi RM92 bilion daripada domestic tourist. So, ini yang kita buat. Yang sebetulnya, saya nak cerita lagi tentang pelancong masuk, senang masuk...

final • 11:50 AM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Silakan, silakan.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kita beri kesempatan yang seluas-luasnya melalui jawapan bertulis. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

final • 11:50 AM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Soalan tambahan, Masjid Tanah.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tak ada, tak ada. Dah tiga soalan tambahan. Tak ada.

final • 11:50 AM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Soalan tambahan.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang saya menjemput Tuan Willie anak Mongin...

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Ini penting, ini penting sebab inilah Yang Berhormat Menteri yang terbaik.

final • 11:50 AM

Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Arau, tolong duduk.

Ini saya punya floor.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bincang dekat luar, bincang dekat luar. Silakan.

final • 11:50 AM

9. Tuan Willie anak Mongin [Puncak Borneo] minta Menteri Kerja Raya menyatakan adakah kementerian berhasrat membina jejantas untuk memudahkan penduduk Kampung Sungai Barie dan Kampung Lintang Baru untuk menyeberang Lebuh raya Pan Borneo

(Jajaran Kuching - Serian) khasnya pelajar sekolah daripada Kampung Lintang Baru yang hendak menyeberang Lebuh raya Pan Borneo untuk pergi ke sekolah SK Sungai Kenyah.

Kini jumlah kenderaan amat banyak termasuk kenderaan berat dan amat berbahaya untuk para pejalan kaki untuk menyeberang lebuh raya tersebut.

final • 11:50 AM

Menteri Kerja Raya - Tuan Baru Bian

Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo dengan pantunnya yang begitu baik. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebahagian laluan utama dari Kuching ke Serian telah dinaiktarafkan kepada laluan empat lorong dua hala pada tahun 2009. Laluan Kuching – Serian ini merupakan antara jajaran Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang telah sedia dinaikkan taraf. Oleh itu, ia tidak termasuk dalam skop projek Rakan Pelaksana Projek atau PDP Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang kini sedang dilaksanakan.

Mengenai permohonan pembinaan jejantas pejalan kaki di laluan berkenaan iaitu berhampiran Sekolah Kebangsaan Sungai Kenyah, Kementerian Kerja Raya akan mendapatkan ulasan teknikal daripada JKR Sarawak bagi menentukan kebolehlaksanaan atau warrant, dengan izin. Peruntukan bagi pelaksanaan projek ini akan dipertimbangkan setelah ulasan teknikal berkenaan diterima. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan pertama, silakan.

final • 12:00 PM

Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelum saya mengajukan soalan tambahan kedua, saya ingin mengalu-alukan kedatangan kawan-kawan daripada Parlimen Tebrau.

[Tepuk]

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Selamat datang.

final • 12:00 PM

Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Soalan kedua saya, apakah visi dan harapan dan juga perancangan JKR dan juga Yang Berhormat Menteri untuk memajukan Sarawak dan Sabah yang jauh ketinggalan berbanding dengan Semenanjung dari arus pembangunan jalan, lebuh raya dan juga bangunan?

final • 12:00 PM

Tuan Baru Bian

Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo atas soalan tambahan. Kalau kita imbas kembali Tuan Yang di-Pertua, dengan ucapan Yang Berhormat Perdana Menteri tentang mid-term review, dengan izinnya, yang dikeluarkan di hujung tahun lepas, di mana dari segi pembangunan, fokus atau tumpuan kerajaan ini ialah untuk kepada lima negeri-negeri yang jauh ketinggalannya dalam pembangunan. Dari KKR, Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan ucapan dasar Yang Berhormat Menteri ini, visi, harapan dan rancangan KKR untuk memajukan Sarawak dan Sabah dari segi infrastruktur ialah meningkatkan infra rangkaian melalui fokus tiga projek aktiviti yang dianggapkan besar.

final • 12:00 PM

Tuan Baru Bian

Satu ialah Lebuhraya Pan Borneo yang giat dilaksanakan sekarang ini. Keduanya ialah Sarawak-Sabah Link Road yang telah diisytiharkan baru-baru ini oleh kementerian saya.

Ketiganya Tuan Yang di-Pertua ialah cadangan Projek Trans-Borneo Highway, dengan izin, ataupun Lebuhraya Trans-Borneo Malaysia, Indonesia, Brunei di bawah (BIMP-EAGA) atau pun East ASEAN Growth Area. Ini saya pasti Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Puncak Borneo, akan menarik pelancongan dan akan menaikkan status ekonomi negeri Sabah dan Sarawak. Sekian, terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan kedua di sebelah sini ya. Tak ada? Ya, silakan Yang Berhormat Putatan.

final • 12:00 PM

Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof - Petrajaya

Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya sebelah sini, jangan sebelah situ sahaja, yang tengah ini pun ada.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat bangun lambat sangat.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof - Petrajaya

Itu balik kepada kerajaan.

Sepatutnya giliran sebelah sini.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Petrajaya, silakan.

final • 12:00 PM

Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tiga projek yang dinyatakan tadi iaitu Lebuhraya Pan Borneo dan yang kedua, Sarawak Sabah-Link Road, yang ketiga, Projek Trans-Borneo Malaysia, Indonesia, Brunei. Kita ucapkan tahniah kepada ketiga-tiga program ini. Saya ingin berkongsi dengan Yang Berhormat Menteri, the latest data daripada Kementerian Infrastruktur Negeri Sabah mengatakan cuma 50 peratus daripada kombinasi jalan-jalan di Sabah itu berturap.

Kalau jalan JKR ia 60 peratus tetapi kombinasi keseluruhan jalan cuma 50 peratus sahaja. Setuju kah Yang Berhormat Menteri kalau peruntukan khas untuk skop yang saya cakap ini perlu diberi penumpuan kepada Sabah dan Sarawak kerana terlalu jauh gapnya Yang Berhormat Menteri. Cuma 50 peratus yang berasphalt pada tahun 2018, selain daripada tiga projek yang sudah dinyatakan tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, secara ringkasnya.

final • 12:00 PM

Tuan Baru Bian

Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Tentu sekali tumpuan kita adalah kepada Sabah dan Sarawak. Apatah lagi saya sebagai seorang yang datang daripada pedalaman Sarawak, faham mengenai semua cabaran yang dihadapi oleh kita di pedalaman Sarawak. Tentu sekali ini akan diangkat dan kita akan kajikan semua ini. Dengan apa yang saya katakan tadi, tumpuan kita sekarang ini mengikut ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tempoh hari, betul-betul ke arah Sabah dan Sarawak dan menaikkan taraf dan juga just narrow the gap, dengan izin, di antara negeri-negeri yang maju dan negeri- negeri yang jauh ketinggalan dalam arus pembangunan, tentu sekali. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Petrajaya, sila.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof - Petrajaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya mendengar jawapan Yang Berhormat Menteri tadi bahawa ada tiga projek tumpuan.

Akan tetapi kalau kita melihat, ada percanggahan saya dari segi jawapan Yang Berhormat Menteri kalau melalui dada akhbar. Pertama sekali, kalau kita melihat untuk infrastruktur, ada dua kementerian bertanggungjawab. Satu, Kementerian Luar Bandar untuk jalan-jalan luar bandar, kedua ialah Kementerian Kerja Raya iaitu jalan utama. Trans-Borneo Highway adalah apa yang kita laksanakan sekarang melalui Pan-Borneo Highway.

Akan tetapi malangnya, fasa ke-2 Pan-Borneo Highway telah pun dikeluarkan dan saya kira digantikan dengan jajaran Sabah dan Sarawak yang ingin dilaksanakan. Walhal, kalau mengikut peruntukan lama, jajaran Sabah dan Sarawak boleh dilaksanakan melalui jalan luar bandar. Peruntukan itu sepatutnya peruntukan tambahan tanpa menjejaskan Trans- Borneo Highway ataupun Pan-Borneo Highway itu. Itu yang pertama.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof - Petrajaya

Kedua ialah untuk semua jalan-jalan persekutuan, sepatutnya membantu menambahkan peruntukan pada Sabah dan Sarawak, bukan mengatakan bahawa sebahagian jalan itu adalah bidang kuasa kerajaan negeri, maka negeri yang patut laksana kan. Akan tetapi negeri kita tahu kurang pendapatan melainkan bantuan daripada Persekutuan. Ia patut diperjuangkan oleh Yang Berhormat Menteri iaitu lebih banyak peruntukan untuk Sabah dan Sarawak supaya infra itu dapat ditambahkan untuk Sabah dan Sarawak. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 12:00 PM

Tuan Baru Bian

Terima kasih Yang Berhormat Petrajaya. Satu, dengan hujah tadi mengenai fasa ke-2, kita tidak keluarkan fasa ke-2 ini ya, Yang Berhormat. Ini akan diteruskan tetapi pada masa akan datang. Tidak diutamakan sekarang ini kerana jalan dari fasa ke-2 ini sudah exist, dengan izin. Kita ada sudah. Saya selalu menggunakan jalan ini dan ini cukup sekarang setahap ini akan digunakan oleh pengguna jalan raya.

Akan tetapi Sarawak-Sabah Link Road ini adalah satu jajaran yang baru. Saya rasa ini akan menarik banyak lagi kegiatan ekonomi dan pelancongan ke pedalaman Miri, Limbang dan Lawas. Maksudnya di sini Tuan Yang di-Pertua, fasa ke-2 itu tidak dikeluarkan. It is just a matter of time. Keduanya, tentu sekali Yang Berhormat, kita akan memfokuskan Sarawak.

Kita akan minta kalau boleh Sarawak selalu diprioritykan dari segi bajet yang akan datang.

That I will always remember, dengan izin. Terima kasih.

final • 12:00 PM

10. Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan mengapa masih banyak lagi kontraktor, pembekal dan JKKK di Sarawak, termasuklah kawasan Kapit belum dibayar penuh walaupun projek-projek seperti projek jalan kampung, projek baik pulih dan bina baru rumah untuk yang termiskin, yang mereka buat lama sudah siap.

final • 12:00 PM

Menteri Pembangunan Luar Bandar - Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Terima kasih daripada Yang Berhormat Kapit. Tentang soalan yang nombor sepuluh. Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, FELCRA sebenarnya telah dilantik sebagai agensi pembayar bagi projek baik pulih dan bina baru rumah serta projek jalan kampung di Sarawak semasa daripada pentadbiran yang terdahulu. Peruntukan telah pun disalurkan sepenuhnya kepada FELCRA untuk tujuan ini.

Jadi, untuk maklumat Yang Berhormat jua, kesemua dokumen tuntutan projek jalan kampung yang telah diterima oleh pihak kementerian, termasuk projek-projek di negeri Sarawak telah dikemukakan kepada pihak FELCRA bagi tujuan pembayaran.

Untuk projek baik pulih dan bina baru rumah FELCRA dijangka akan membuat pembayaran setelah menerima bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman daripada kerajaan setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan dalam masa tempoh terdekat ini bagi membiayai perbelanjaan-perbelanjaan. Pembayaran tersebut juga telah akan dibuat secara berperingkat. Saya dimaklumkan bahawa telah pun ada pembayaran yang telah dibuat sementara menunggu peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan.

Kementerian sentiasa menyusul dengan pihak MEA dan juga FELCRA untuk memastikan bayaran ini dibuat. Pihak Kementerian Hal Ehwal Ekonomi juga mengambil maklum perkara ini untuk mempercepatkan bayaran kerana FELCRA sekarang berada di bawah Kementerian Ehwal Ekonomi, terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan pertama, silakan.

final • 12:00 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana jawapan itu adalah lengkap sekali. Apa yang kita hendak, maklumat seperti ini untuk mereka , stakeholders yang banyak bertanya. Kontraktor, pembekal dan JKKK Rumah Panjang yang mengendali pelaksanaan projek bantuan rumah secara gotong-royong. Mereka ini yang merasa sangat-sangatlah terlalu lambat ini dibayar. Jadi, terima kasihlah.

final • 12:00 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Saya tidak ada soalan tambahan. Cuma bila di peringkat-peringkat, bolehlah kita memberi jaminan dalam dua bulan atau satu bulan sebelum kita bersidang bajet dalam bulan Oktober, kalau boleh. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan kedua dan yang terakhir. Ada? Tidak ada?

Ada? Tidak ada? Dengan itu, tamatlah sesi soal jawab lisan. Seterusnya.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 12:10 PM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 2019 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Belia dan Sukan [Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua dan ketiga pada Mesyuarat ini.

final • 12:10 PM
RANG UNDANG-UNDANG STANDARD MINIMUM PERUMAHAN DAN KEMUDAHAN PEKERJA (PINDAAN) 2019 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Sumber Manusia [Tuan M. Kulasegaran]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua dan ketiga pada Mesyuarat ini.

final • 12:10 PM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PROFESION GUAMAN SYARIE (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2019 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2019, suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Lembaga Kelayakan Profesion Guaman Syarie, Badan Peguam Syarie dan Majlis Peguam Syarie untuk mengadakan peruntukan bagi penerimaan masuk peguam syarie untuk mengawal selia amalan profesion guaman syarie di Wilayah-wilayah Persekutuan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya, dibacakan kali kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan firman Allah SWT, [Membaca sepotong ayat Al-Quran], Surah An-Nahl, ayat 90 maksudnya, “sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang

final • 12:12 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa

melakukan mungkar dan perbuatan keji serta kezaliman. Ia mengingatkan kamu dengan suruhan dan larangan-Nya supaya kamu ambil ingatan memahaminya”*.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)* **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, peguam syarie merupakan satu profesion yang sangat penting dalam institusi kehakiman, perundangan dan pentadbiran keadilan. Peguam syarie juga apabila beramal di Mahkamah Syariah dianggap sebagai sebahagian daripada officer of the court yang turut menyumbang kepada kelancaran prosiding dan membantu mahkamah dalam membuat sesuatu keputusan yang lebih efisien, adil dan saksama.

Kebijaksanaan dan kecekapan pihak-pihak dalam berhujah dan mengemukakan keterangan yang boleh diterima oleh mahkamah sangat-sangat mempengaruhi keputusan sesuatu kes. Dengan peranan yang amat besar ini Tuan Yang di-Pertua, adalah penting agar segala perkara yang berhubung dengan peguam syarie dikawal selia secara teratur dan efektif demi menjaga kepentingan semua pihak.

Kita tahu bahawasanya kita dituntut untuk berdiri melaksanakan keadilan dan dalam hal melaksanakan keadilan kita tidak boleh dialih atas sifat-sifat kecenderungan atau kebencian kita terhadap sesuatu itu kerana kita dituntut untuk berlaku adil dan ia lebih hampir kepada sifat-sifat takwa.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Surah Al-Maidah, ayat kelapan.

Maka, sudah tiba masanya kita memperbaiki dan menyempurnakan keadilan ini dengan mempertingkatkan peguam-peguam syarie kita supaya mereka dapat melaksanakan tugas dengan lebih efektif bagi menjaga keadilan untuk semua pihak.

Justeru kerajaan hari ini, di atas dasar rahmatan lil alamin dan maqasid syariah serta modul Malaysia yang kita perjuangkan amat komited dalam memartabatkan profesion guaman syarie ini. Ini supaya ia dilihat dan diletakkan setaraf kerjaya ini sebagai satu kerjaya yang profesional seperti kerjaya profesional yang lain terutamanya peguam bela dan peguam cara yang beramal dalam sistem perundangan sivil.

Pada masa ini, undang-undang yang diguna pakai bagi mentadbir dan mengawal selia hal ehwal yang berkaitan dengan profesion guaman syarie di Wilayah-wilayah Persekutuan adalah berpandukan kepada Kaedah-kaedah Peguam Syarie 1993 (Kaedah- kaedah Peguam Syarie) yang digubal di bawah seksyen 59, Akta Pentadbiran Undang- undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan 1993) atau dikenali dengan Akta 505.

Kaedah-kaedah yang terpakai hari ini walau bagaimanapun adalah terhad dan tidak meliputi semua aspek yang berkenaan dengan pentadbiran dan pengawal seliaan profesion guaman syarie di Wilayah-wilayah Persekutuan. Sehubungan dengan keterbatasan ini, maka satu undang-undang yang komprehensif dan lebih holistik berkaitan dengan profesion guaman syarie ini iaitu Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie (Wilayah–wilayah Persekutuan 2019) telah digubal bagi tujuan pemakaian di Wilayah-wilayah Persekutuan dan seterusnya menggantikan kaedah-kaedah peguam syarie yang sedia diguna pakai hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, amat menarik jikalau kita memerhatikan sejarah inisiatif serta usaha untuk membawa rang undang-undang ini ke Parlimen. Melalui rekod kita, usaha untuk membawa rang undang-undang bagi mengawal selia profesion guaman syarie sudah pun bermula sejak tahun 1984 lagi. Di mana perjuangan pada ketika itu adalah untuk mengadakan undang-undang bagi mentadbir semua peguam syarie di seluruh Malaysia. Hasrat ini sudah pun lahir dengan niat yang cukup murni bagi memartabatkan peguam-peguam syarie kita.

Walau bagaimanapun, perjuangan itu tidak dapat diteruskan atas kekangan bidang kuasa di mana Perlembagaan Persekutuan dengan jelas meletakkan Mahkamah Syariah di bawah bidang kuasa perundangan negeri.

final • 12:12 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa

Dengan itu, segala urusan berhubungan dengan mahkamah tersebut termasuk penentuan orang-orang yang berkelayakan untuk hadir di hadapannya hendaklah ditafsirkan sebagai tertakluk kepada bidang kuasa yang sama. Itu kekangan paling besar. Kita ucap terima kasih kepada tokoh-tokoh sebelum ini dari kalangan peguam-peguam syarie kita, daripada mereka yang hari ini masih ada, mungkin hadir bersama untuk menyaksikan sejarah ini seperti Tan Sri Syeikh Ghazali yang telah berusaha untuk memartabatkan peguam- peguam syarie ini.

Perkara itu tidak berhenti untuk pengetahuan Dewan, hinggalah tahun 1995, satu Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil telah menyambung usaha penggubalan Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie (Wilayah-wilayah Persekutuan) dan telah pun ditambah baik dari semasa ke semasa, lanjutan perbincangan dan libat urus dengan pemegang-pemegang taruh. Alhamdulillah, atas dasar keprihatinan kerajaan pada hari ini, kita telah melihat semua dokumen itu. Dengan niat dan usaha yang murni oleh mereka yang sebelum daripada ini, kami meneruskan kebaikan ini. Alhamdulillah, hari ini dapat kita bentangkan di Dewan yang mulia ini.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, asas pertimbangan bagi mengadakan rang undang-undang ini adalah seperti berikut. Pertama, undang-undang yang diguna pakai bagi mentadbir profesion guaman syarie di Wilayah Persekutuan pada masa ini iaitu kaedah-kaedah peguam syarie adalah sangat terhad dan tidak meliputi semua aspek yang berkenaan dengan pentadbiran dan pengawalseliaan profesion guaman syarie. Ia hanya memperuntukkan tentang Jawatankuasa Peguam Syarie, kelayakan dan penerimaan masuk peguam syarie serta prosiding tatatertib sahaja. Oleh yang demikian, ia dilihat kurang berkesan untuk menjamin kebajikan, kepentingan peguam syarie dan lebih penting ialah kepentingan pelanggan-pelanggan yang menggunakan khidmat peguam syarie.

Sebagai contoh, kaedah-kaedah peguam syarie tiada peruntukan mengenai keperluan mengadakan latihan dalam kamar ataupun chambering. Sebaliknya melalui rang undang-undang ini, bakal-bakal peguam syarie diwajibkan untuk menjalani latihan dalam kamar ataupun chambering selama tempoh enam bulan untuk membiasakan diri mereka dengan perundangan substantif dan tatacara-tatacara yang perlu dipatuhi dalam pengendalian satu-satu kes. Latihan dalam kamar ini akan membantu dan akan dibantu oleh peguam syarie kanan yang mempunyai ilmu dan pengalaman yang luas dalam perundangan syariah.

Kedua, kaedah-kaedah peguam syarie yang digubal sejak tahun 1993 tidak pernah dipinda atau ditambah baik selepas penggubalan dan penguatkuasaannya. Justeru itu, rang undang-undang kali ini akan menggantikan kaedah-kaedah peguam syarie tersebut telah digubal secara komprehensif dan memastikan yang penting profesionalisme peguam- peguam syarie terjamin. Rang undang-undang ini bukan sahaja memberi fokus kepada kelayakan dan penerimaan masuk semata-mata, malah ia mengambil kira kesemua aspek yang material termasuk peruntukan yang berkaitan dengan penubuhan Lembaga Kelayakan Peguam Syarie, Badan Peguam Syarie dan Majlis Peguam Syarie yang bebas.

Penubuhan Jawatankuasa Tatatertib Peguam Syarie bagi mengawal selia disiplin, etika dan kelakuan peguam syarie. Peruntukan berkenaan dengan tadbir urus, akaun firma dan akaun pelanggan dan lain-lain perkara yang dapat memastikan hal ehwal berkaitan profesion guaman syarie ditadbir secara profesional, bebas dan berlandaskan kepada prinsip-prinsip keadilan. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini juga menerapkan aspek-aspek pembangunan, kompetensi di mana latihan dan juga kursus dari semasa ke semasa boleh diadakan bagi meningkatkan kualiti, kemahiran dan kecekapan peguam-peguam syarie dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Faktor yang ketiga diambil kira rang undang-undang ini ialah pada masa ini pentadbiran dan pengawalseliaan hal ehwal berkaitan dengan profesion guaman syarie terletak di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Sudah tiba masanya, ia ditadbir dan dikawal selia oleh satu badan bebas sebagaimana peguam cara dan peguam bela yang beramal di bawah sistem perundangan sivil yang dikawal selia dan

final • 12:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa

ditadbir oleh satu badan bebas yang kita kenali sebagai Majlis Peguam. Ia ditubuhkan di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976 atau Akta 166.

Kebebasan yang dinikmati oleh peguam sivil dalam mentadbir profesion mereka sendiri sewajarnya dinikmati bersama oleh peguam-peguam syarie.

[Tepuk] Ini kerana mereka juga punya peranan yang sama, tidak ada bezanya dari sudut tanggungjawab mereka untuk memastikan keadilan itu tertegak. Oleh kerana itu, peguam syarie adalah orang yang terbaik untuk mengendalikan hal ehwal yang berkaitan dengan profesion mereka dan akan lebih komited bagi memartabatkannya jika ia diletakkan di dalam satu entiti yang lain.

Perkara keempat yang perlu diambil kira di dalam rang undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua, ialah rang undang-undang ini merupakan salah satu inisiatif dan langkah kerajaan dalam memartabatkan syariah dan profesion guaman syarie, itu yang lebih penting.

Melalui rang undang-undang ini, kompetensi peguam syarie boleh digarap dan ditambah baik dari semasa ke semasa melalui pelbagai inisiatif seperti kursus dan latihan bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik sekali.

Pada waktu yang sama, ia dapat menjaga kepentingan semua pihak. Ramai yang menggunakan khidmat peguam-peguam syarie kita, maka sudah tentulah permintaan yang tinggi ini mesti diikuti dengan kualiti dan profesionalisme para peguam syarie kita dan ia dapat dilaksanakan melalui akta yang sedang dibentangkan sekarang. Dengan keberkesanan dan kualiti yang diberikan oleh seorang peguam syarie, sudah pasti ia akan memberi kesan kepada pemerkasaan perundangan syariah yang akan dilihat lebih adil dan lebih telus. Di samping itu, ia juga merupakan salah satu usaha kerajaan hari ini dalam memperkasakan mahkamah syariah bersesuaian dengan tiga teras iaitu rahmatan lil alamin, maqasid syariah dan moden Malaysia yang kita perjuangkan.

Seterusnya yang terakhir, faktor yang perlu diambil kira dalam rang undang-undang ini ialah jika kita telah luluskan rang undang-undang ini, maka perkara ini akan diturunkan kepada negeri-negeri. Rang undang-undang ini jika disetujui oleh negeri-negeri, maka model yang akan kita bahaskan sebentar lagi sudah pun ada di hadapan mereka untuk dijadikan sebagai model dan contoh. Apabila negeri-negeri telah pun menggubal dan membawanya di Dewan Undangan Negeri, maka sekali gus bukan sahaja di Wilayah Persekutuan tetapi di seluruh negara dengan negeri-negeri yang telah meluluskannya di peringkat enakmen negeri pastinya akan mempertingkatkan profesion guaman syarie di seluruh negara.

final • 12:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa

Itulah yang kita harapkan daripada pembentangan rang undang-undang ini. Sama- sama kita melakar satu sejarah dalam memartabatkan perundangan syariah di negara ini dengan memberikan tumpuan kepada peguam-peguam syarie ini. Kami, bagi pihak Persekutuan sudah pun berbincang dengan pelbagai pihak yang merupakan pemegang- pemegang taruh di peringkat negeri masing-masing, agar diharapkan keputusan penting yang akan dibuatkan dalam Dewan pada hari ini akan memberikan kesan besar kepada seluruh negara, apabila negeri-negeri akan menjadikan ini sebagai satu model, satu contoh yang akan mereka gubal di peringkat negeri masing-masing setelah diperkenankan oleh Raja-raja dan juga Sultan-sultan di negeri masing-masing.

Itulah beberapa perkiraan yang saya lontarkan kepada Dewan. Betapa pentingnya akta ini untuk dibahas dengan objektif dan lebih utama ialah, diharapkan di hujung nanti diterima sebagai satu lagi mercu tanda, usaha kita bersama untuk melengkapkan perjalanan Mahkamah Syariah dan peguam-peguam syarie di dalam negara ini. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini mengandungi 11 bahagian dan 93 fasal yang telah pun diedarkan di meja semua Ahli-ahli Parlimen. Agak tebal, tetapi dengan akta ini, banyak akan menyelesaikan isu-isu profesionalisme yang kita cuba tingkatkan.

Izinkan saya untuk membuat rumusan Tuan Yang di-Pertua, kandungan 11 bahagian dan 93 fasal yang ada di dalam akta ini. Bahagian I mengandungi fasal 1 dan 2, yang memperuntukkan tajuk ringkas dan pentafsiran perkataan dan ungkapan tertentu yang digunakan dalam rang undang-undang tersebut. Bahagian II mengandungi fasal 3 hingga 10, yang memperuntukkan perkara berkaitan dengan penubuhan Lembaga Peguam Syarie,

final • 12:30 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa

fungsi dan kuasanya. Bahagian III mengandungi fasal 11 hingga 27, yang memperuntukkan perkara berkaitan penerimaan masuk peguam syarie dan daftar peguam syarie.

Bahagian IV mengandungi fasal 28 hingga 32, yang memperuntukkan perkara berkaitan dengan pengeluaran Sijil Amalan Tahunan. Bahagian V mengandungi fasal 33 hingga 38, yang memperuntukkan perkara berkaitan dengan hak dan keistimewaan peguam syarie. Bahagian VI mengandungi fasal 39 hingga 41, memperuntukkan perkara berkaitan dengan nama firma peguam syarie. Yang ke VII, bahagian ini mengandungi fasal 42 hingga 63, yang memperuntukkan perkara berkaitan dengan Badan Peguam syarie, Majlis Peguam Syarie, fungsi dan kuasa-kuasanya.

Bahagian VIII mengandungi fasal 64 hingga 76, yang memperuntukkan perkara berkaitan dengan amalan, etika, kelakuan dan tatatertib profesional peguam syarie. Bahagian IX mengandungi fasal 77 hingga 85, yang memperuntukkan perkara berkaitan dengan prosiding tatatertib terhadap peguam syarie. Bahagian X, bahagian ini mempunyai fasal 86 hingga fasal 88, yang memperuntukkan perkara berkaitan dengan Kumpulan Wang Tatatertib dan Bahagian XI yang terakhir, mengandungi fasal 89 hingga fasal 93, yang memperuntukkan perkara-perkara berkaitan dengan fi, kerahsiaan, kuasa untuk meminda jadual dan pelbagai perkara yang lain.

Itulah lebih kurang isi kandungan yang kita harapkan dalam perbahasan nanti boleh ditumpukan agar sama-sama lah kita lakarkan sejarah di dalam Dewan ini untuk mengadakan satu akta yang belum pernah dan begitu tinggi hasrat dan cita-citanya untuk dilaksanakan sejak tahun 1984 yang bernama Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie (Wilayah- wilayah Persekutuan). Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadang. Sekian, terima kasih.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada sesiapa yang menyokong?

final • 12:30 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Lembaga Kelayakan Profesion Guaman Syarie, Badan Peguam Syarie dan Majlis Peguam Syarie, untuk mengadakan peruntukan bagi penerimaan masuk Peguam Syarie, untuk mengawal selia amalan profesion guaman Syarie di Wilayah-wilayah Persekutuan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Saya telah menerima seramai 20 Ahli-ahli Yang Berhormat. Pakatan Harapan sembilan, BN tujuh, PAS tiga dan GPS satu. Saya mulakan dengan menjemput Yang Berhormat Pasir Gudang, diikuti oleh Yang Berhormat Paya Besar.

final • 12:30 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Berapa minit?

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

20 minit.

final • 12:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya memulakan perbahasan saya izinkan saya bagi pihak Dewan Rakyat yang mulia ini mengalu-alukan di Dewan kita ini rombongan yang diketuai oleh Leftenan Kolonel (Kehormat) Datuk Hazmini Johan, Presiden Persatuan Artis Pelapis Malaysia dan Datuk N.D. Lala serta rombongan artis-artis Malaysia.

final • 12:36 PM

[Dewan tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Selamat datang.

final • 12:36 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk membahaskan Rang Undang- undang Profesion Guaman Syarie (Wilayah-wilayah Persekutuan) tahun 2019. Saya kira hari

final • 12:36 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

ini adalah hari yang bersejarah. Sekiranya rang undang-undang ini diterima dan diluluskan, maka akan terguballah suatu Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-wilayah Persekutuan) yang sebelum ini tiada. Saya berhasrat untuk menyokong rang undang-undang ini.

Soalannya, mengapa saya ingin menyokong? Ada dua alasan utama Tuan Yang di-Pertua, mengapa saya ingin menyokong.

Pertama, kerana tujuan rang undang-undang ini tujuannya baik. Apakah dia tujuan- tujuan tersebut? Jika kita teliti dalam rang undang-undang ini, sekurang-kurangnya ada lima tujuan baik yang akan terhasil dengan tergubalnya akta yang baharu ini. Pertama, penubuhan Lembaga Kelayakan Profesion Guaman Syarie. Penubuhan lembaga kelayakan sebelum ini tiada, insya-Allah akan datang akan diadakan. Kedua, akan tertubuhnya Badan Peguam Syarie. Ketiga, akan tertubuhnya Majlis Peguam Syarie. Keempat, akan ada kaedah peruntukan bagi penerimaan masuk peguam-peguam syarie dan yang kelima akta ini nanti boleh mengawal selia amalan profesion guaman syarie di Wilayah-wilayah Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, sebab yang kedua mengapa saya berhasrat menyokong rang undang-undang ini, bukan sahaja tujuannya baik, akan tetapi cara untuk mencapai tujuan itu juga baik. Saya lihat cara rang undang-undang ini dibentangkan mengikut cara yang betul.

Rang undang-undang ini disiapkan mengambil masa yang lama. Difahamkan selama 15 tahun, bukan satu waktu yang pendek, bermula pada tahun 1984 seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri.

final • 12:36 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Rang Undang-undang ini diteliti, telah disemak dan saya difahamkan rang undang- undang ini telah dibentangkan ke Majlis Raja-Raja untuk dapat persetujuan. Hanya selepas itu dibawa ke Kabinet untuk diluluskan dan kemudian pada hari ini dibawa ke Parlimen untuk dibentang, dibahas dan diluluskan, insya-Allah. Cara seperti ini betul, Tuan Speaker. Pada pandangan saya kerana segala hal berkaitan dengan perkara bersangkutan hal-ehwal Islam, seperti penggubalan suatu Akta Profesion Guaman Syarie yang berkait rapat dengan Sistem Kehakiman Syarie, tentulah perlu dirujuk terlebih dahulu ke Majlis Raja-Raja.

Tuan Yang di-Pertua, persoalannya mengapa perlu ada Akta Profesion Guaman Wilayah-wilayah Persekutuan? Saya berpendapat di negara kita Malaysia, terdapat dua sistem kehakiman yang berjalan serentak. Pertama, Sistem Kehakiman Mahkamah Sivil dan yang kedua, Sistem Kehakiman Mahkamah Syarie. Dua sistem kehakiman ini berjalan serentak selari tetapi terpisah.

Peguam-peguam yang mengamal dalam Sistem Mahkamah Sivil mempunyai Akta Profesion Guaman 1976, Legal Profesion Act 1976, dengan izin. Manakala di Mahkamah Syarie di Wilayah Persekutuan mahupun di negeri-negeri lain, tidak ada Akta Profesion Guaman seperti itu. Jadi, inilah yang sedang diusahakan oleh kerajaan dengan membentang Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2019.

Saya menyokong usaha yang baik ini. Dengan usaha yang ini, ada manfaatnya, Tuan Yang di-Pertua. Negara kita sebuah negara Persekutuan, di mana di dalam Perlembagaan Persekutuan ditetapkan hal-hal berkenaan Agama Islam terletak di dalam bidang kuasa Kerajaan negeri di mana Raja-raja atau Sultan di negeri-negeri tersebut menjadi Ketua Agama Islam yang mempunyai kuasa dalam hal ehwal Agama Islam.

Saya percaya jika rang undang-undang ini diterima dan suatu Akta Profesion Guaman Syarie di Wilayah Persekutuan dapat berkuat kuasa, maka saya berharap negeri- negeri lain dapat mengguna pakai akta ini nanti di negeri masing-masing. Tentu sahaja proses undang-undang perlu dilakukan di mana Dewan-dewan Undangan Negeri perlu menggubal enakmen-enakmen yang berkaitan untuk membolehkan Akta Profesion Guaman Syarie dapat digubal dan dilaksanakan di peringkat negeri masing-masing.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang saya ingin utarakan ini adalah keseragaman dalam profesion guaman syarie di Malaysia. Pada hemat saya, keseragaman adalah baik dan penting dalam perkara perjalanan Sistem Perundangan Syarie di Malaysia, di antara negeri-

final • 12:40 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

negeri dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Kita bermula dengan keseragaman dalam bidang profesion guaman syarie.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie yang dibentang ini saya telah teliti. Malam tadi saya telah baca dengan teliti sampai larut malam.

Hasil pemerhatian saya, ianya telah digubal dengan teliti, lengkap, menyeluruh, digubal dengan baik dan amat komprehensif.

Secara ringkas dalam ucapan bahagian dasar ini misal contoh, Bahagian I iaitu di peringkat permulaan dalam seksyen 2 dihuraikan tafsiran yang lengkap. Misalnya apa makna anak guam, apa makna peguam syarie, semuanya dinyatakan dengan bertulis, dengan lengkap tafsiran, interpretation itu yang sebelum ini dalam kaedah-kaedah yang diguna pakai perkara-perkara ini tidak dihurai dengan lanjut.

Bahagian II pula membicarakan dan menghuraikan penubuhan Lembaga Kelayakan, Qualifying Board. Fungsi Lembaga Kelayakan itu dihuraikan. Kuasa lembaga apa dia, dihuraikan. Keanggotaan lembaga, siapa yang boleh duduk dalam Lembaga Kelayakan itu dinyatakan sampai kepada misalnya seksyen 7 menjelaskan peranan setiausaha lembaga dan tentang elaun pun ada disebut dalam seksyen 8.

Jadi, rang undang-undang ini detail, meneliti daripada perkara yang pokok sampai ke akarnya. Misalnya saya teliti dalam pembacaan saya Bahagian III yang bermula dari seksyen 11 sampai seksyen 27, memperuntukkan fasal-fasal berkenaan penerimaan masuk peguam syarie. Siapa orang yang layak menjadi peguam syarie, apa syarat hendak masuk, tempoh pelatihan chambering disebut selama 6 bulan di situ. Ada proses chambering, pelatih dalam kamar untuk peguam syarie. Sesuatu yang baru sekarang ini.

Juga dihuraikan misalnya dalam seksyen 21 proses penerimaan. Kalau dalam Mahkamah Sivil dipanggil call to Bar, long call tetapi dalam peguam syarie pun ada prosedur seperti ini penerimaan masuk seorang syarie. Dalam Bahagian IV, saya meneliti disebut di situ mengatakan fasal-fasal berkenaan perakuan amalan tahunan, ini sijil tahunan.

Ertinya, peguam syarie nanti di bawah akta yang insya-Allah diluluskan ini, saya berharap maknanya disebut dengan teliti tiap-tiap tahun peguam syarie perlu mohon sijil.

Sudah ada sijil baru boleh practice, boleh mengamal sebagai peguam syarie. Bagaimana cara sijil itu dikeluarkan? Ada disebut pada seksyen 29 subseksyen (1). Bagaimana sijil itu, peguam itu boleh hilang kelayakannya sebagai pengamal peguam syarie ada disebut dalam seksyen 30(1). Semua disebut dalam rang undang-undang ini.

Apa yang menarik Tuan Yang di-Pertua, dalam Bahagian V rang undang-undang ini dinyatakan dengan meningkatkan nampaknya, meningkatkan taraf atau status peguam syarie ini iaitu Bahagian V ini di bawah seksyen 39 subseksyen (1) menyatakan tentang nama firma. Jadi, mulai jika ada akta yang baru ini, tidak lagi seperti sekarang. Tuan Yang di- Pertua, kalau sekarang, kalau ada satu firma guaman, kadang-kadang ia bercampur Mahkamah Sivil dan Syariah si polan bin si polan, peguam bela dan peguam cara. Di bawah itu kecil sahaja ditulis, beliau ini juga ialah peguam syarie.

Akan tetapi sekarang Tuan Yang di-Pertua, dengan adanya akta ini, peguam syarie boleh bentuk, tubuhkan firma guaman dia sendiri dan boleh naik signboard peguam syarie, pejabatnya di mana dan sebagainya. Ertinya ini memartabatkan profesion peguam syarie.

Firma ini bukan boleh buka sebarang, ada pendaftarannya macam mana, kelulusannya macam mana. Ini disebut dengan jelas di bawah seksyen 39.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Pasir Gudang, boleh saya tanya, mencelah?

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat, saya tertarik dengan rumusan Yang Berhormat tentang nama peguam syarie tersendiri dalam firma itu memang sesuatu yang diperjuangkan oleh peguam syarie. Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat, macam mana kalau peguam syarie itu, rakan kongsi satu firma biasa.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Contohnya Shook Lin & Bok Shearne ataupun firma-firma yang nama antarabangsa bukan nama Islam. Mungkin kalau nama Islam, Zaid Ibrahim kah bolehlah peguam cara– peguam syarie tetapi yang bukan Islam, macam mana kita hendak letakkan sebab dalam rang undang-undang ini tidak begitu jelas. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila, Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 12:40 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Saya rasa itu persoalan yang sangat relevan. Saya rasa Yang Berhormat Menteri mungkin dalam menggulung nanti boleh menjawab perkara ini. Izinkan Tuan Yang di-Pertua, saya meneruskan ini.

Ertinya di dalam rang undang-undang ini, profesion guaman syarie ini ada disebut dalam Bahagian VII. Ini amat menarik Tuan Yang di-Pertua iaitu berkenaan penubuhan badan peguam. Kalau peguam sivil, dia ada Malaysian Bar tetapi peguam syarie pun nanti akan ada Badan Peguam Syarie Wilayah.

final • 12:40 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Kemudian di bawah seksyen 48, ada disebut tentang penubuhan Majlis Peguam Syarie- yang sekarang tidak ada. Akan datang nanti akan ada Majlis Peguam Syarie, satu badan profesion yang berdikari, yang akan mengawal selia peguam-peguam syarie di Wilayah Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, biasalah dalam mana-mana profesion akan ada masalah- masalah tatacara, tingkah laku, etika yang dilanggar. Jadi saya teliti, saya cari di dalam rang undang-undang ini, ada dinyatakan di Bahagian VIII menyebut, khusus tentang, “amalan, etika, kelakuan, tatatertib, profesional peguam syarie.” Ini dinyatakan dengan jelas.

Misalnya saya ambil contoh seksyen 67. Peguam syarie dikehendaki di bawah seksyen ini mengemukakan laporan akauntan. Ertinya kalau dia hendak memperbaharui lesen tahunan itu, dia mesti mengemukakan laporan akauntan. Oleh sebab ada akaun-akaun melibatkan anak guam, client mereka. Jadi ini untuk mengelakkan salah guna kuasa, pecah amanah berlaku. Jadi benda ini ada di dalam rang undang-undang dan ini meyakinkan saya bahawa ini dalam usaha yang 15 tahun ini amat berbaloi. Ertinya meneliti perkara ini dalam aspeknya.

Kemudian, kita lihat umpamanya ada satu bahagian khusus mengenai prosiding tatatertib- dalam Bahagian IX. Misalnya di bawah seksyen 82 disebut penalti atau hukuman tatatertib yang boleh dikemukakan oleh Lembaga Tatatertib itu, daripada seringan-ringannya hukuman, celaan, sampai seberat-beratnya digantung ataupun dibatalkan nama peguam syarie itu dalam pada senarai.

Ada saya teliti supaya jangan berlaku penganiayaan. Ada seksyen di dalam bill ini, rang undang-undang ini tentang proses rayuan. Peguam-peguam syarie yang didapati bersalah di bawah pendengaran Lembaga Tatatertib, jika tidak puas hati masih boleh merayu keputusan itu ke Mahkamah Tinggi Syarie untuk merayu.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, rumusan dan penggulungan saya iaitu saya melihat kesan positif daripada rang undang-undang ini. Pertama ia akan meningkatkan martabat dan status profesion guaman syarie di Wilayah Persekutuan.

Kedua, saya melihat kesannya nanti apabila rang undang-undang ini menjadi akta dan dilaksanakan, ia akan meningkatkan kualiti Mahkamah-mahkamah Syarie di Wilayah Persekutuan.

Jadi, sebagai rumusan dan penggulungan Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong rang undang-undang ini diluluskan dan saya memohon juga sahabat-sahabat Ahli Parlimen dari kedua-dua pihak, baik kerajaan dan pihak pembangkang, mahupun Bebas, menyokong rang undang-undang yang baik ini.

Saya juga berharap dalam amalan negara kita menggunakan sistem federalism ini, saya mohon supaya Dewan-dewan Undangan Negeri yang- kita memahami, kita

final • 12:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

menghormati, mereka mempunyai bidang kuasa yang tersendiri tetapi dalam hal ini, diharap Dewan-dewan Undangan Negeri di setiap negeri, kerajaan-kerajaan negeri meneliti rang undang-undang ini dengan lebih dekat dan mengambil tindakan yang sesuai.

Saya berharap saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Parlimen, Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan Negeri-negeri dan Persekutuan, maka saya berharap sangat keseragaman dalam hal undang-undang bagi profesion guaman syarie di seluruh Malaysia pada satu hari nanti akan dapat direalisasikan.

Tuan Yang di-Pertua, maka saya dengan rendah hati menyokong Rang Undang- undang Profesion Guaman Syarie (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2019. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Paya Besar.

Mungkin lima minit sebelum tamat pukul 1. Sila sambung.

final • 12:50 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

*Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas ruang dan peluang yang diberikan untuk saya turut serta dalam menggubal rang undang-undang yang saya kira amat penting. Saya amat tertarik dengan mukadimah Bacaan Kali Kedua Yang Berhormat Menteri sebentar tadi.

Ada fasal-fasal atau klausa-klausa kata yang digunakan itu amat bersesuaian, melakar satu sejarah yang baru. Akan tetapi agak tidak adil apabila hanya menyebut nama sebahagian pihak yang turut serta melakarkan sejarah. Kerana apa, jangan lupa bahawasanya, daripada tahun 1985 sehinggalah wujudnya akta ini, jasa-jasa kerajaan terdahulu yang telah berbincang, menggubal dan turut sama dalam usaha memastikan rang undang-undang ini dapat dibentangkan. Itu yang saya harap Yang Berhormat Menteri harus peka kepada perkara ini.

Saya amat berterima kasih kepada kerajaan hari ini kerana mempunyai satu niat untuk menikmati secara bersama apa yang termaktub dalam Akta Profesion Undang-undang 1976 [Akta 166] diangkat supaya ia duduk sama tinggi dan sama rendah. Dalam klausa kata- dinikmati secara bersama.

Akan tetapi apa yang menghairankan saya, dahulunya akta ini Peguam Syarie hanya berada di bawah Akta 505, Perkara 59, tetapi dalam perkara 59(2) ini saya nampak, Majlis boleh dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong membuat kaedah-kaedah:

(i) untuk mengadakan peruntukan bagi prosedur kelayakan dan fi bagi penerimaan peguam syarie; dan

(ii) untuk mengawal selia, mengawal dan mengawasi kelakuan peguam syarie.

Apa yang saya cuba bangkitkan Tuan Yang di-Pertua adalah berkaitan dengan akta yang telah digubal ini, Yang Berhormat Menteri tidak langsung ada perkataan yang menyebut dan mengaitkan Yang di-Pertuan Agong. Hanya dengan kelulusan Yang Berhormat Menteri sahaja dalam perkara-perkara yang saya sifatkan sebagai fasal 9. Lembaga boleh dengan kelulusan Yang Berhormat Menteri membuat kaedah-kaedah perlu atau sesuai manfaat bagi melaksanakan peruntukan akta ini.

Saya gembira kalau apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang sebentar tadi, akta ini dirujuk dan dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja. Saya hendak dapatkan kesahihan perkara itu. Akan tetapi kalau Yang di-Pertuan Agong seolah-olahnya ditidakkan kuasa dalam rang undang-undang ini dan ada saya tanya kepada rakan-rakan saya yang praktis begitu lama dalam bidang peguam syarie ini, mereka kata mungkin disebabkan proses itu agak lambat kalau meletakkan nama Yang di-Pertuan Agong.

final • 12:45 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Akan tetapi kita mesti merujuk kepada Perkara 3. Perkara 3 - Agama bagi Persekutuan. Perkara 35, walau apa pun jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang, membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam.

Saya amat bersetuju. Yang Berhormat Menteri ada beritahu tadi untuk memperkasakan Mahkamah Syariah kerana ia memperkasakan hal ehwal Islam di negara ini. Akan tetapi perkara ini nampaknya begitu terpesong kerana tidak langsung dimasukkan perkataan, “Yang di-Pertuan Agong”. Kalau ini berlaku, nampaknya ada perkara-perkara yang cuba dipermudahkan dalam urusan dan menidakkan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan penyeragaman ini juga, saya rasa harus Yang Berhormat Menteri beri perhatian secara serius. Saya tidak mahu, ‘pisang berbuah dua kali’.

Saya tidak mahu apa yang berlaku dalam Akta Pindaan Belia tempoh hari, apabila had umur di Dewan ini dibincangkan dan diputuskan- umur 15 kepada 30, tetapi di negeri-negeri tidak menyambut Yang Berhormat Menteri...

final • 12:45 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Paya Besar...

final • 12:45 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Silakan.

final • 12:45 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar di atas perbahasan yang begitu baik. Saya juga di kesempatan ini ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan, Yang Berhormat Menteri khususnya yang bersungguh-sungguh niat baik ini untuk mengangkat martabat peguam-peguam syarie. Saya ada dua perkara yang saya hendak sebut dan apakah pada pandangan Yang Berhormat Paya Besar.

Pertama sekali berkaitan dengan peguam syarie ini, di mana hari ini kalaulah kita dapat putuskan untuk Wilayah-wilayah dan apa akan berlaku apabila peguam-peguam tersebut telah disenaraihitamkan dalam Wilayah-wilayah? Pada masa waktu yang sama, mereka boleh didaftarkan di negeri Pahang dan mereka juga boleh praktik, membuat amalan biasa di negeri Pahang dan di negeri-negeri lain. Jadi, bagaimana penyelarasan ini? Apa tujuan kita buat kalau kita tidak dapat bendung keseluruhannya.

Kedua, saya hendak bertanya dan minta pandangan Yang Berhormat Paya Besar berkaitan dengan integriti. Hari ini kalau dalam konteks akaun, yang mana kalau peguam biasa, dengan izin, ada cliental account. Kalau yang ini, Mahkamah Syariah saya nampak tadi apabila Yang Berhormat Menteri membentangkan tadi, ada sentuh perkara tersebut bahawa integriti ini akan dijaga dan Majlis ini akan pastikan duit ini tidak disalahgunakan kerana ia tidak ada cliental account, ia akan masuk akaun dia.

Jadi, persoalan saya, apakah jaminan kerajaan di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri sendiri, boleh memantau dan memastikan, dengan izin, berkaitan dengan kedua-dua perkara ini. Pertama sekali, bagaimanakah kaedah Yang Berhormat Menteri hendak pergi ke seluruh negeri, berjumpa dengan Duli-duli Sultan dan untuk meminta kebenaran agar ia dapat diseragamkan. Terima kasih. Apakah pandangan Yang Berhormat.

final • 12:45 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli Yang Berhormat, masa telah melewati sedikit pukul 1. Kita akan tangguhkan Dewan dan selepas rehat disambung oleh Yang Berhormat Petrajaya dan Yang Berhormat Paya Besar boleh jawab.

Terima kasih.

final • 12:45 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Ahli-ahli Yang Berhormat Majlis disambung semula dengan perbahasan Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie

(Wilayah-wilayah Persekutuan) 2019. Saya menjemput Yang Berhormat Paya Besar. Masa ada lagi 13 minit 20 saat, dipersilakan.

final • 2:30 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Oh! Yang Berhormat Menteri tidak ada, Yang Berhormat Timbalan Menteri pun tidak ada, tidak mengapalah. Saya hendak bagi tumpuan sebelum Dewan ditangguhkan pada sesi pagi tadi, saya membawa bagaimana akta ini dapat memenuhi apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri dalam bacaan kali kedua untuk mengawal hal ehwal agama Islam.

Apabila kita membawa akta ini, sudah pastinya bertujuan untuk memperkasakan mahkamah syariah dan individu yang berada di mahkamah syariah komponennya adalah peguam syarie. Akan tetapi yang menghairankan saya Tuan Yang di-Pertua, bagaimana dahulunya peguam syarie ini terletak di bawah Akta 505, Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993. Jelas dalam 59(2)...

[Membaca petikan] “Majlis boleh dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong membuat kaedah- kaedah; (a) untuk mengadakan peruntukan bagi prosedur kelayakan dan fi bagi penerimaan peguam syarie; dan, (b) untuk mengawal selia dan mengawal dan mengawasi kelakuan peguam syarie”.

Walaupun akta ini diwujudkan dengan tujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah dan meninggikan peguam syarie supaya dia, ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’ dengan peguam sivil, tetapi yang menghairankan saya dalam akta yang sedang kita bincangkan pada hari ini, Perkara 9 jelas menunjukkan bahawasanya kuasa Yang di-Pertuan Agong telah dinafikan dalam akta ini.

Apabila Perkara 9(1) lembaga boleh dengan kelulusan Menteri. Dalam Akta 505 yang menjadi punca kuasa segala urusan tadbir peguam syarie terdapat perkataan, “Yang di-Pertuan Agong”. Saya amat risau kalau perkara ini dapat diberi penjelasan sejelas- jelasnya. Walaupun ada pihak mengatakan bahawasanya rang undang-undang ini dibentangkan kepada Majlis Raja-raja? Persoalan saya kepada Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah Yang di-Pertuan Agong tahu perkara ini bercanggah dengan apa yang telah diuruskan semasa Akta 505 dan adakah yang di-Pertuan Agong mengetahui bahawasanya nama Yang di-Pertuan Agong tidak terdapat dalam rang undang-undang yang sedang kita bincang pada hari ini.

Jikalau kita pergi Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan penyeragaman perkhidmatan profesion peguam syarie di seluruh negara, saya masih risau, agak tersinggung, di Dewan inilah kita membincang panjang lebar Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia yang kita pinda melibatkan had umur. Apa sudah terjadi apabila Dewan yang mulia ini meluluskan had umur daripada belia turun kepada 30 tahun tetapi yang berlaku di akar umbi, yang berlaku di peringkat kerajaan-kerajaan negeri seolah-olahnya menolak.

Kerajaan Negeri Johor telah menyatakan pendirian, Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Perlis, Kerajaan Negeri Kedah dan baru-baru ini semalam, Kerajaan Negeri Pahang.

Ini jelas menunjukkan bahawasanya ini Akta Pertubuhan Belia, melibatkan belia, yang kita bincangkan pada hari ini adalah akta yang melibatkan mengawal selia hal ehwal Islam. Apa yang merisaukan saya Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, adakah kita hendak buat kerana kita hendak cepat-cepat menguruskan urusan tanpa memberi badan yang termaktub dalam Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan Agama bagi Persekutuan 35 yang saya bacakan sebelum Dewan ditangguhkan pagi tadi.

final • 2:32 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ini perkara-perkara yang sudah terjadi dan adakah model yang sama seperti mana hasrat Yang Berhormat Menteri tadi hendak bawa model yang kita bincangkan di Wilayah- wilayah Persekutuan ini dibawa ke negeri-negeri. Jikalau Yang di-Pertuan dipotong namanya dan diganti dengan Yang Berhormat Menteri, adakah Raja-raja, Sultan-sultan di sembilan buah negeri akan ditukar kepada Yang Berhormat Menteri Besar atau Yang Berhormat yang menjaga hal ehwal agama di setiap negeri. Kalau perkara ini berlaku, saya nampak niat dan keadaan yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri menikmati secara bersama profesional peguam syarie dan peguam sivil, saya nampak objektif ini tidak akan tercapai.

Tuan Yang di-Pertua, bagaimana tahap pendidikan pemahaman di antara negeri- negeri. Adakah negeri saya, negeri Pahang, adakah enakmen-enakmen? Ini kerana apa, keadaan kita pada hari ini adalah setiap negeri mempunyai kaedah-kaedah yang tersendiri.

Kaedah-kaedah tersendiri ini sudah pastinya akan merujuk kepada pentadbiran-pentadbiran yang diketuai oleh Raja dan Sultan. Kalau perkara ini tidak dirunding secara serius dan saya minta Yang Berhormat Menteri tolong beri pembuktian dan penjelasan, adakah Majlis Raja- raja tahu secara detail bahawasanya hak Raja-raja dinafikan dalam rang undang-undang yang sedang kita bincang pada hari ini.

Saya juga, Tuan Yang di-Pertua, mengharapkan sangat bahawa tahap pendidikan peguam syarie juga mesti berada di tahap yang optimum. Jangan seolah-olahnya berkaitan qazaf contohnya, ada negeri mentafsirkan begini, hanya melibatkan zina tanpa melibatkan liwat. Ada enakmen-enakmen negeri ini menggabungkan perkara sekali. Kalau ini tidak dapat dikuasai, kerana apa, saya lihat dalam fasal 4, jelas menunjukkan bahawasanya fungsi lembaga kelayakan yang jelas untuk membuat silibus, pengajaran bukan sahaja kepada bakal-bakal peguam syarie tetapi peguam syarie yang telah lama berkhidmat. Maknanya saya mengharapkan sangat tahap pendidikan dan pengetahuan peguam syarie ini harus memahami sebenarnya kita mesti berlandaskan kepada al-Quran dan al-sunah.

final • 2:32 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyinggung berkaitan fasal 91 .

Fasal 91 jelas bahawasanya ada ketidakadilan berlaku dalam fasal ini. Mana-mana peguam syarie yang menjalankan amalan peguam bela dan peguam cara di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976 di bawah Akta 116 di mana namanya telah dikeluarkan dalam dari daftar peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi yang disimpan oleh pendaftar Mahkamah Tinggi hendaklah dipotong dengan sewajarnya daripada semua daftar yang disimpan, dari diselenggara di bawah akta ini.

Fasal 91 ini jelas menunjukkan bahawasanya, berlaku kekaburan tanpa memberitahu dikeluarkan sebab apa. Adakah berlaku fraud? Adakah berlaku kebankrapan?

Adakah berlaku salah laku dan kategori macam mana salah laku itu berlaku? Akan tetapi, kalaulah peguam sivil yang mempunyai dua kelayakan sivil dan syarie. Kalau dia sivil, dia taknak lah untuk praktis dalam sivil, dia hanya tumpukan kepada syarie.

Akan tetapi, apabila nama Daftarai dikeluarkan dalam Akta 166 maknanya dia kena bayar lebih apa yang lakukan pada yuran ini. Saya harap Yang Berhormat Menteri omit fasal 91 ini. buat pindaan. Beritahu dikeluarkan sebab apa? Sebab fraud kah? Kebankrapan kah atau salah laku? Berikutnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak melihat bagaimana niat Yang Berhormat Menteri supaya peguam syarie ini dikawal selia dengan satu badan yang penuh dengan ada integritinya.

Akan tetapi saya lihat Yang Berhormat Menteri, anggota kelayakan, anggota lembaga, sebagai contohnya, kenapa dalam keahlian lembaga tidak dimasukkan Majlis Agama Islam Wilayah? Kalau kita lihat dalam keanggotaan ini, hanya tertumpu kepada mereka-mereka yang melibatkan pengurusan peguam sahaja tanpa melibatkan Majlis Agama Islam. Adakah Majlis Agama Islam ini tidak ada tempat dalam Majlis Peguam Syarie? Ini kerana bukan hanya terletak kepada Peguam Syarie sahaja dan saya harapkan sangat supaya kementerian mengambil maklum dan mengambil serius supaya kita tengok macam ini.

Kita hendak suatu lembaga yang ada credible tetapi keanggotaannya seolah- olahnya akan berlaku pada masa hadapan sekiranya peguam syarie ini hanya dianggotai

final • 2:40 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

oleh mereka yang berada dalam syarie tanpa melibatkan pentadbiran daripada Majlis Agama Islam Wilayah akan berlaku terpesongnya niat untuk menguruskan dengan cara yang lebih ada kredibiliti dan kewibawaan.

Sebagai contoh, kalau peguam syarie mengkritik Majlis Peguam Syarie tetapi semasa Lembaga Tatatertibnya hanya melibatkan orang-orang yang berada dalam bidang tertentu tanpa mengambil kira pandangan-pandangan daripada Majlis Agama dan sekiranya ini terus berlaku, saya nampak akan berlaku bias dan kita tidak akan dapat mengadili dan menghukum mereka yang betul-betul bersalah tetapi akhirnya kita tersalah hukum.

Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita tidak mengambil ini sebagai satu perkara yang penting, saya nampak niat asal, niat untuk membawa rang undang-undang ini akan terpesong daripada objektif utama usaha 35 tahun seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri, bermula tahun 1995 tetapi usaha ini akan pergi dengan begitu sahaja.

Saya marahkan sangat Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya bahaskan sebelum kita ditangguh dan sekarang ini kita mesti menggunakan rang undang-undang ini untuk memartabatkan agensi yang mengawal selia hal ehwal undang-undang Islam. Akan tetapi, kalau Perkara 3 yang saya sebutkan tadi sudah ada kejanggalan, sudah ada ketidakseimbangan dari segi akta ibu itu bermakna bagaimana kita hendak bawa ke seluruh negara.

Peguam yang berada dalam Akta 166 boleh pergi ke seluruh negara tetapi penerimaan masuk untuk peguam syarie mengikut negeri-negeri. Akan tetapi, kalau kita tidak menguruskan rundingan secara baik Tuan Yang di-Pertua, saya nampak akta yang kita bincangkan ini akan menggagalkan niat asal NGO-NGO dan pertubuhan-pertubuhan yang sentiasa berjuang untuk memastikan mereka, ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’.

Saya juga ingin menyentuh yang terakhirnya Tuan Yang di-Pertua. Bagaimana kita mesti menguruskan sesuatu perkara mesti berada asas. Saya juga mahu menyinggung berkaitan dengan laporan akauntan.

[Disampuk]

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Minta penjelasan sedikit.

final • 2:40 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sedikit sahaja.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya. Sedikit sahaja. Yang Berhormat sebut tadi saya tertarik hati dan saya ingat ini adalah ucapan cukup baik. Yang Berhormat sebut tentang kuasa Agong dan kita tahu agama Islam negeri-negeri, hak negeri-negeri.

Akan tetapi dalam Perlembagaan Persekutuan yang disebut Perkara 3 dengan jelas bahawa Islam ialah agama Persekutuan. Agama Persekutuan. Jadi, kenapa peguam- peguam ini yang hanya daftar di Wilayah, tidak boleh kena isi pendaftaran untuk negeri-negeri yang lain?

Jadi, perkataan agama Islam, agama Persekutuan itu nampaknya tidak menyeluruh kepada negeri-negeri. Apa pandangan Yang Berhormat?

final • 2:40 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Itu yang saya sebutkan Yang Berhormat Menteri. Adakah akta ini juga merujuk kepada Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan? Hal perkara undang-undang Persekutuan dan negeri? Desperation of power di antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri mesti jelas. Tidak boleh menidakkan kuasa daripada Yang di-Pertuan Agong dalam akta yang melibatkan yang kita bincangkan pada hari ini.

Kalau ini juga yang tidak dapat dirunding bersama, saya risau Tuan Yang di-Pertua, kita akan menghadapi satu lagi penentangan di peringkat akar umbi seperti mana berlaku dalam Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia yang telah kita pinda tempoh hari.

Terakhirnya, laporan akauntan. Saya harap sangat supaya laporan akauntan yang diminta oleh peguam syarie dikemukakan untuk dapat amalan tahunan ini mesti fair. Mesti adil seperti mana termaktub di bawah Akta 166.

Solicitor remuneration order (SRO) ini perintah saraan peguam ini mesti clear. Ini kerana apa? Dalam akta ini tidak merujuk kepada jadual mana-mana dan saya harap jangan

final • 2:40 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

kita biarkan peguam-peguam ini untuk bayar fi. Dalam Akta 166 kena bayar, dalam akta yang baharu kena bayar, business tidak ada. Akhirnya apa? Akhirnya berlakulah perlambakan peguam-peguam buat online punya business atau bawa Grab.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat, masa sudah tamat. Sila menggulung.

final • 2:40 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Jadi, saya harap sangat Tuan Yang di-Pertua. kuasa Raja-raja jangan dinafikan dalam rang undang-undang ini. Saya mengucapkan terima kasih.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Petrajaya. Masa 15 minit.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof - Petrajaya

Sudah potong lima minit Tuan Yang di-Pertua?

final • 2:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Ada 17 orang ahli lagi.

final • 2:48 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof - Petrajaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

saya bangun untuk menyokong secara dasar apa yang dicadangkan ataupun dihasratkan oleh kerajaan. Namun, sokongan saya ini tertakluk kepada beberapa perkara yang saya bakal bahaskan dan perbahasan ini saya tidak dapat lari daripada membahaskan selain daripada Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie Persekutuan 2019 juga menyentuh berhubung kait dengan Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah- wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2019 ini yakni Akta Pentadbiran Undang-undang Islam

(Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993.

Sebagai latar belakang, peguam syarie adalah terikat dengan seksyen 2 dan juga seksyen 59 Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 dan Kaedah-kaedah Peguam Syarie 1993. Seksyen 59 memberi kuasa kepada Yang di- Pertuan Agong dalam membuat kaedah-kaedah bagi; pertama, mengadakan peruntukan bagi prosedur, kelayakan dan fi-fi bagi penerimaan peguam syarie.

Kedua mengawal selia, mengawal dan mengawasi kelakuan peguam syarie.

Peguam syarie terikat dengan Kaedah-kaedah Peguam Syarie 1993 yang mana Jawatankuasa Peguam Syarie adalah Jawatankuasa yang menguruskan peguam syarie di Wilayah Persekutuan sebelum ini iaitu melalui kaedah 3.

Jawatankuasa adalah terdiri daripada Ketua Hakim Syarie, Peguam Negara atau wakil, Ketua Pendakwa Syarie, dua orang yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah.

final • 2:48 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof - Petrajaya

Ini dinyatakan dalam kaedah 4. Jawatankuasa boleh menetapkan prosedurnya sendiri tertakluk kepada Kaedah Peguam Syarie dan Arahan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Ini termaktub di dalam Kaedah 6. Yuran tahunan dan lesen beramal sebagai peguam syarie dibayar kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebelum ini adalah RM100 sahaja untuk setahun. Hukuman tatatertib ke atas peguam syarie dijatuhkan berdasarkan Kaedah 19, Peguam Syarie Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1993 iaitu:

(i) memotong daripada daftar nama peguam syarie;

(ii) menggantung peguam syarie daripada menjalankan amalan; dan

(iii) mencelah peguam syarie.

Tuan Yang di-Pertua, pemotongan seksyen 2 dan seksyen 9 Akta Pentadbiran Undang undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993. Dengan pemotongan seksyen 59 ini, secara keseluruhan boleh disifatkan sebagai pelucutan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam membuat kaedah-kaedah bagi mengadakan peruntukan bagi prosedur kelayakan dan

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof - Petrajaya

fi-fi bagi penerimaan peguam syarie dan mengawal selia ataupun mengawal atau mengawasi kelakuan peguam syarie.

Rang undang-undang Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2019 jelas memberikan kuasa yang seluas-luasnya kepada Menteri seolah- olah mengambil alih kuasa Yang di-Pertuan Agong menerusi fasal-fasal berikut.

Fasal 9 – kuasa untuk membuat kaedah-kaedah berhubung dengan penerimaan masuk sebagai peguam syarie.

Fasal 64 – kuasa membuat kaedah-kaedah mengawal selia amalan, etika, kelakuan dan juga tatatertib, profesion ataupun profesional peguam syarie.

Fasal 65 – kuasa untuk membuat kaedah-kaedah berhubung dengan pembukaan dan penyimpanan akaun.

Fasal 66 – kuasa untuk membuat kaedah-kaedah berhubung dengan tanggung rugi profesional.

Fasal 68 – kuasa untuk membuat kaedah-kaedah berhubung dengan pemeriksaan laporan akauntan.

Fasal 92 – membuat kaedah-kaedah yang berhubungan dengan kuasa penetapan fi dalam peruntukan seksyen 23 iaitu fi pengeluaran perakaunan peguam syarie. Seksyen 24, fi cabutan atau salinan daripada daftar peguam syarie. Seksyen 29, fi pengeluaran perakaunan amalan tahunan. Seksyen 31, fi memeriksa daftar pengamal. dan Fasal 93 – memberi kuasa kepada Menteri meminda jadual-jadual di dalam Akta Profesional Guaman Syarie yang meliputi Jadual Pertama, iaitu mengenai Lembaga Kelayakan Profesional ataupun Profesion Guaman Syarie. Jadual Kedua, mengenai Badan Peguam Syarie dan Majlis Peguam Syarie. Jadual Ketiga, mengenai kawalan harta, dokumen, wang dan ataupun sebagainya, anak guaman dalam hal tertentu.

Tuan Yang di-Pertua, Majlis Peguam Syarie hanya berbidang kuasa menetapkan melalui rang undang-undang yang kita bincangkan ini.

Fasal 47 – yuran tahunan dan levi sebagai anggota Badan Peguam Syarie tidak boleh melebihi RM300, setahun.

‘C. Hukuman Tatatertib Peguam Syarie’.

Fasal 82 – hukuman tatatertib ke atas Peguam Syarie yang boleh dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib adalah dengan:

(a) mencatat teguran atau celaan bertentangan dengan nama peguam syarie dalam daftar;

(b) mengenakan denda tidak lebih daripada RM50,000. Manakala kalau kita lihat dalam peguam sivil, hanya menetapkan tidak lebih daripada RM5,000 sahaja sebagai denda;

(c) menggantung peguam syarie daripada beramal tidak lebih daripada lima tahun; dan

(d) memotong nama peguam syarie daripada daftar.

Jadi persoalan yang ingin saya bangkitkan, pertama, pelucutan kuasa Yang di- Pertuan Agong ke atas peguam syarie yang beramal di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, sejauh manakah ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan di bawah Jadual Kesembilan, Senarai 2, Senarai Negeri dan juga Perkara 76, Perlembagaan Persekutuan? Ini persoalan pokok, sebab ia melibatkan dasar dan juga melibatkan perihal perundangan, iaitu hak di bawah perundangan Perlembagaan dan juga Perlembagaan Negeri.

Kedua, siapakah yang sepatutnya diberikan kuasa dalam menentukan kaedah fi yang berkaitan dengan batang tubuh seorang peguam syarie? Pihak Yang Berhormat Menteri atau Majlis Peguam Syarie itu sendiri? Sekiranya di bawah Yang Berhormat Menteri, bukankah ini bermakna tiada kebebasan bersuara diberikan kepada peguam syarie

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof - Petrajaya

sepenuhnya dalam hal-hal yang berkaitan dengan peguam syarie itu sendiri? Akta ini sebenarnya akan menyekat peguam syarie daripada bersuara.

Ketiga, nawaitu kepada penggubalan rang undang-undang ataupun Rang Undang- undang Profesion Guaman Syarie (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2019 adalah bagi membolehkan peguam syarie mengawal selia sendiri profesion guaman syarie sebagaimana peguam-peguam sivil di bawah Majlis Peguam Syarie– maafkan saya. Penggubalan rang undang-undang ini kalau kita lihat, kita hendak meletakkan, adakah membolehkan peguam syarie mengawal selia profesionalisme mereka sendiri melalui wujudnya Majlis Peguam Syarie? Kalau dalam sivil, kita ada Majlis Peguam yang mengawal selia segala profesion berhubung kait dengan amalan guaman di peringkat sivil. Jadi, ini akan mewujudkan situasi untuk tidak akan wujud fear ataupun favor. Kalau ia dikawal selia oleh Yang Berhormat Menteri, maka ada elemen di mana Yang Berhormat Menteri boleh mengawal amalan guaman di peringkat syarie. Manakala di peringkat sivil, tidak wujud keadaan sedemikian.

Selain itu, nawaitu kepada penggubalan rang undang-undang ini juga, adalah untuk menyeragamkan peruntukan berkaitan dengan kemasukan peguam syarie di seluruh Malaysia. Oleh sebab itu, saya tadi menyokong dan berbahas walaupun ini hanya melibatkan Wilayah Persekutuan. Akan tetapi, kalau ia diguna pakai di seluruh negara, maka kita dalam konteks Sarawak pun kena melihat. Adakah apa yang telah dibentangkan ini mematuhi peruntukan perundangan khususnya tidak akan wujud pertembungan di antara kuasa Yang di-Pertuan Agong, kuasa di bawah Perlembagaan Negeri, apatah lagi undang-undang Islam di Sarawak? Kita di bawah Yang di-Pertuan Agong.

Jadi, saya hendak tahu, apakah langkah seterusnya oleh Yang Berhormat Menteri untuk memastikan bahawa penyeragaman perundangan ini akan dapat digunakan ataupun diguna pakai di seluruh negara? Tadi, dinyatakan dalam ucapan Yang Berhormat Menteri, bahawa akan mengadakan perundingan dengan Menteri-menteri Besar dan juga Ketua-ketua Menteri, supaya sudah ada satu set perundangan yang boleh dirujuk sebagai garis panduan.

Akan tetapi, saya lebih melihat kepada pendekatannya sebelum kita wujudkan ini, sepatutnya sudah ada perundingan.

Bukan sahaja dengan Menteri-menteri Besar, Ketua-ketua Menteri, jabatan agama, tetapi juga melibatkan peguam seluruh negara. Oleh sebab, kalau di terima pakai, saya melihat bahawa kalau kita melihat keseluruhannya nanti, di Wilayah Persekutuan hanya lebih kurang tidak lebih ataupun 506 orang peguam syarie di Wilayah Persekutuan. Manakala, di seluruh Malaysia kita ada sejumlah lebih kurang, tidak kurang daripada 2,786 orang peguam syarie yang perlu dilibat sama dalam keseluruhan proses ini.

Jadi, inilah serba sedikit yang saya ingin mendapatkan penjelasan dan komitmen daripada Yang Berhormat Menteri, berhubung dengan persoalan perundangan, persoalan amalan dan bagaimana ia disebarluaskan aplikasinya kepada seluruh negara kita.

Saya melihat bahawa kesannya juga ialah kalau kita melihat sekarang ini yuran yang dibayar oleh peguam syarie hanyalah RM100 dan ia dinaikkan tidak kurang daripada RM300.

Maka, sudah pasti ia akan melibatkan kos tambahan untuk orang mengambil khidmat peguam syarie. Begitu juga sebab selain daripada perkara tersebut, ia juga dikenakan levi sebagai RM300. Selain itu juga, insurans tanggung rugi profesional di bawah fasal 66. Ini adalah tambahan, memang baik untuk melindungi hak pengguna tetapi pada masa yang sama akan menyebabkan pengguna terpaksa membayar lebih disebabkan yuran terpaksa ditransferkan balik kepada pelanggan-pelanggan peguam syarie tersebut. Sekian, terima kasih.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Petrajaya. Sekarang saya menjemput Kota Bharu, sila.

final • 3:00 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut membahaskan rang undang-undang yang berada di hadapan kita iaitu, Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2019.

final • 3:00 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak berhasrat untuk membuat apa-apa mukadimah kepada perbahasan saya kerana telah dibahaskan oleh pembahas-pembahas yang lebih awal daripada saya iaitu Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Paya Besar dan juga Yang Berhormat Petrajaya sekejap tadi. Saya ingin terus masuk kepada butiran-butiran ataupun draf dalam rang undang-undang ini.

Pertamanya, yang saya hendak sentuh ialah mengenai seksyen 12 kepada rang undang-undang ini, iaitu yang berkaitan dengan syarat bagi penerimaan masuk seseorang peguam syarie. Jika kita melihat, seksyen 12(1) mengenai kelayakan bagi mereka yang memohon untuk diterima masuk sebagai seorang peguam syarie di bawah seksyen 15, ia perlu memenuhi beberapa syarat antaranya seperti berikut; telah mencapai umur 21 tahun, ini sudah boleh mengundi lah, sebab undi 18 tahun. Kedua, beragama Islam. Ketiga, warganegara Malaysia atau pemastautin tetap di Malaysia.

Yang saya concernnya adalah (d), yang keempat, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri dalam penggulungan nanti memberikan penjelasan apa yang dimaksudkan dengan satu kriteria yang perlu kepada seseorang yang hendak menjadi peguam syarie berkelakuan baik. Saya telah meneliti rang undang-undang ini, khususnya di seksyen 2 yang berkaitan dengan tafsiran. Tidak ada suatu tafsiran yang memberikan taksiran apa yang dimaksudkan dengan ‘berkelakuan baik’. Ini adalah profesion peguam syarie. Adakah berkelakuan baik ini dilihat dari sudut pandangan undang-undang syariah ataupun undang-undang Islam?

Sehubungan dengan ini juga, dalam seksyen 18, ada satu peruntukan, di mana apabila seseorang membuat permohonan untuk diterima masuk sebagai seorang peguam syarie di Wilayah Persekutuan‒ dalam konteks kes ini, Majlis Peguam Syarie ini dalam seksyen 18(1)‒ “Majlis Peguam Syarie hendaklah apabila menerima sesalinan permohonan daripada pemohon membuat atau menyebabkan dibuat suatu siasatan penuh ke atas perilaku pemohon...”.

Apa maksud ‘perilaku pemohon’ ini? Adakah perangai dia ataupun dia ini berperilaku‒ kita tidak jelas. Kita mahu penjelasan apa yang dimaksudkan dengan ‘perilaku pemohon’? “...dan membuat atau menyebabkan dibuat satu siasatan penuh kepada atas perilaku permohonan dan apabila permohonan itu ditetapkan untuk pendengaran mengemukakan kepada Ketua Pendaftar satu laporan sulit hasil siasatan ini”. Jadi, ini nampak dalam peguam sivil pun tidak ada siasatan sehingga sebegini rupa.

Jadi, point saya yang saya hendak penjelasan Yang Berhormat Menteri, apa maksud ‘berkelakuan baik’ ini dan apa pula kriteria-kriteria yang akan diambil kira oleh Majlis Peguam Syarie apabila dia membuat siasatan mengenai perilaku seseorang?

final • 3:00 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Kota Bharu, boleh tidak saya mencelah?

final • 3:00 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Boleh, boleh.

final • 3:00 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Dalam bahasa Inggeris, Yang Berhormat. Boleh tidak kita rujuk pada definisi ‘moral’ dalam fasal 12 dan 18 yang disebut oleh Yang Berhormat. Saya hendak Yang Berhormat tengok pada bahasa Inggeris. Kalau Yang Berhormat tengok kepada fasal 6(3)(d), The Membership of the Board‒ belakangnya ialah (d) moral turpitude, dengan izin. Bacalah untuk fasal muka surat 12 dalam bahasa Inggeris. Konsep moraliti. Jadi saya hendak minta Yang Berhormat, sama ada boleh dipakai dalam perbahasan Yang Berhormat, terima kasih.

final • 3:00 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Okey, saya merujuk (d) Members of the Board, seksyen 6. Moral turpitude.

final • 3:00 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Dengan izin, the board member also has certain morality. Jadi, dalam rang undang-undang itu, proses of morality tidak perlu report.

final • 3:00 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya, betul, betul. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Pengerang. Itu dalam Member of the Board ataupun Ahli Majlis

final • 3:00 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

kepada Majlis yang membuat siasatan terhadap seseorang pemohon itu. Kepada mereka yang menduduki lembaga ini, Lembaga Kelayakan Profesion Guaman Syarie (d) itu dalam bahasa Melayu nya dipanggil ‘kecurangan dan keburukan akhlak’, itu Tuan Yang di-Pertua.

Jadi, kita hendak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri lah. Apakah sebenarnya the intention of legislation? Niat pembuat undang-undang ini berhubung dengan perkara-perkara ini.

Seterusnya, saya hendak masuk kepada point saya yang kedua, iaitu mengenai tindakan tatatertib yang dimasukkan di dalam rang undang-undang ini, di mana peguam- peguam syarie Wilayah Persekutuan tertakluk kepada tindakan tatatertib yang boleh diambil ke atas mereka sekiranya mereka melakukan sesuatu kesalahan ataupun melanggar etika guaman syarie dan sebagainya.

Persoalan saya begini. Andai kata seorang peguam bela dan peguam cara yang didaftarkan di bawah Akta Profesion Guaman 1976, seorang peguam sivil. Mereka juga menjadi seorang peguam syarie di Wilayah Persekutuan. Katakanlah peguam syarie yang kebetulan peguam sivil ini dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib di bawah undang-undang ini di bawah Akta Peguam Syarie ini, melakukan suatu kesalahan atau melanggar etika, beliau telah didenda ataupun dikenakan tindakan tatatertib di bawah akta ini, Akta Profesion Guaman Syarie ini.

Persoalannya, adakah peguam syarie ini yang juga merupakan peguam sivil, masih lagi tertakluk kepada Jawatankuasa Tatatertib ataupun discipline reboot yang diletakkan di bawah Akta Profesion Guaman? Legal Profesion Act. Ini kerana, kalau sekiranya seorang yang melakukan satu kesalahan dihadapkan ataupun dihukum di bawah dua perundangan, ia menjadi suatu dipanggil tindakan secara dua kali ataupun double jeopardy kepada seseorang itu. Jadi, dalam akta ini, tidak jelas Tuan Yang di-Pertua mengenai apakah perlindungan yang telah diberikan ataupun yang akan diberikan kepada peguam syarie dalam perkara ini.

Seterusnya, saya hendak memasuki perkara mengenai Majlis Peguam Syarie yang tidak wujud lagi lah di dalam ini. Kalau kita lihat dalam sistem perundangan sivil, peguam- peguam sivil mereka ada Majlis Peguam. Akan tetapi, oleh sebab Yang Berhormat Menteri adalah Menteri untuk seluruh negara, di dalam akta ini dan juga di dalam mungkin enakmen berkaitan di negeri-negeri lain tidak pernah dibincangkan perwujudan sebuah Majlis Peguam Syarie Malaysia, sebagaimana Malaysia Bar Council, Majlis Peguam Malaysia sebagaimana yang melindungi ataupun menaungi semua peguam-peguam sivil di Malaysia ini.

Mungkin Yang Berhormat Menteri akan menjelaskan bahawa isu perundangan Islam dan juga profesion guaman syarie ini adalah terletak di bawah negeri-negeri. Saya yakin itu akan dijelaskan. Akan tetapi, semua kita tahu bahawa untuk kebaikan pentadbiran undang-undang Islam di negeri-negeri, mungkin pihak kerajaan boleh mengusahakan suatu perundingan dengan Majlis Raja-Raja misalnya, untuk mewujudkan sebuah Badan Peguam Syarie seluruh negara. Kalaupun tidak diletakkan di bawah Majlis Raja-Raja, mungkin ia mendapat restu daripada Majlis Raja-Raja untuk majlis ini di peringkat Federal, peringkat Persekutuan. Akan tetapi, ia govern ataupun melindungi semua peguam-peguam syarie di seluruh negeri-negeri.

final • 3:00 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Walaupun setiap negeri itu dia mempunyai amalan yang tersendiri bagi melantik ataupun meluluskan sijil peguam syarie ini yang juga saya akan sentuh asal daripada ini.

Jadi, persoalannya, adakah kerajaan berhasrat untuk mengambil inisiatif ke arah mewujudkan majlis ini di peringkat Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mendapat penjelasan yang jelas daripada Yang Berhormat Menteri. Apabila rang undang-undang ini diluluskan ataupun dikuatkuasakan selepas daripada ini, di mana pula kedudukan Persatuan Peguam Syarie Malaysia yang sekarang ini memainkan peranan menaungi dan juga membimbing peguam- peguam syarie di seluruh Malaysia ini? Adakah mereka ini akan diarahkan dibubarkan ataupun mereka ini akan diserapkan menjadi ahli Majlis Peguam Syarie Wilayah Persekutuan? Itu satu.

final • 3:10 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Seterusnya, saya hendak menyentuh mengenai perkara yang saya sebutkan tadi.

Sijil peguam syarie. Saya rasa telah disentuh oleh rakan-rakan saya yang lain. Peguam syarie di Malaysia ini menghadapi suatu dilema yang agak besar iaitu apabila kita dilantik ataupun diterima menjadi seorang peguam syarie di sesebuah negeri. Katakanlah di negeri Selangor menjadi peguam syarie di Selangor, diterima di peringkat Kerajaan Negeri Selangor. Akan tetapi, kita tidak boleh menjalankan amalan di negeri-negeri lain kerana tidak ada penyelarasan dari segi pemberian sijil amalan guaman ini kepada seseorang peguam syarie itu.

Dengan kata lain, kalau hendak menjalankan amalan di 14 buah negeri, seseorang itu perlu pergi ke 14 buah negeri memohon untuk menjadi peguam syarie di setiap daripada negeri ini. Apakah kerajaan tidak mempunyai suatu inisiatif untuk misalnya sebagai peguam- peguam sivil, apabila diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi Malaya, maka mereka boleh menjadi peguam sivil di seluruh negara untuk menjalankan amalan mereka.

Seterusnya, saya juga ingin merujuk kepada seksyen 13 di dalam rang undang- undang ini iaitu berkaitan dengan pelatih di dalam kamar ataupun chambering student. Kalau mengikut seksyen 13, seseorang yang hendak diterima masuk sebagai seorang peguam syarie di Wilayah Persekutuan, perlu menjalani tempoh latihan di dalam kamar selama enam bulan. Kalau peguam syarie, sembilan bulan, ini enam bulan.

Persoalan yang saya hendak timbulkan ialah apakah perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh seseorang pelatih dalam kamar ataupun chambering student untuk peguam syarie ini? Semasa mereka menjalani latihan dalam kamar ini, adakah mereka boleh mengendalikan kes sebagaimana di kalangan chambering student dalam peguam sivil?

Mereka boleh menjalankan kes misalnya menyebut kes bagi pihak pengajar mereka ataupun master mereka sama ada mereka ini boleh berwakalah dengan anak guam ataupun menjalani fungsi-fungsi sebagai peguam syarie yang lain-lainnya.

Jadi, kalau sekiranya pelatih dalam kamar peguam syarie ini tidak boleh atau tidak diberikan penjelasan apa mereka boleh buat, maka saya berpendapat agak sia-sia mereka menjalani latihan dalam kamar itu. Seterusnya, saya hendak mendapat penjelasan mengenai seksyen 58, mengenai hilang kelayakan...

[Disampuk]

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

Yang Berhormat Kota Bharu. Satu.

final • 3:10 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Ya. Sila.

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Yang Berhormat Kota Bharu sebut pasal chambering student atau latihan dalam kamar bagi peguam syarie tetapi kita ada master, kita ada guru kita. Kalau di peguam sivil, master kita mesti pengalaman kita tujuh tahun. Di dalam kamar pula master kita, guru kita berapa tahun yang boleh melayakkan masters ini untuk mengambil anak-anak kamar mereka untuk mendapatkan latihan dalam kamar? Terima kasih.

final • 3:10 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Seorang peguam juga. Saya tidak meneliti aspek itu. Saya tidak jumpa. Kalau Yang Berhormat boleh ini, mungkin ada kah tidak, tidak tahu. Kalau di dalam peguam sivil, masternya mestilah seseorang peguam kanan yang mempunyai amalan lebih daripada tujuh tahun. Jadi, ini master dia macam mana?

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak landing. Akan tetapi, ada satu perkara yang saya hendak sebut iaitu mengenai hilang kelayakan anggota Majlis Peguam Syarie. Perkara 58 menyebutkan orang-orang yang hilang kelayakan antaranya ialah seseorang itu menjadi— Perkara 58(1)(a). Dia merupakan anggota Dewan Negara, Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Itu okey lah saya boleh terima atau seorang anggota mana-mana pihak berkuasa tempatan. Jadi, ini kalau di dalam jawatankuasa peguam biasa saya rasa boleh ahli Majlis PBT. Ini ahli Majlis PBT pun tidak boleh menjadi anggota Majlis Peguam Syarie.

final • 3:10 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terakhir sekali Tuan Yang di-Pertua ialah mengenai adakah kerajaan bercadang untuk oleh sebab perkembangan ataupun pembaharuan kepada undang-undang pentadbiran agama Islam di Malaysia ini, adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu jawatan yang bertaraf Peguam Negara untuk mengendalikan undang-undang syariah iaitu Peguam Syarie Negara. adakah itu menjadi hasrat kerajaan yang ada hari ini untuk mewujudkan perkara ini. Jadi, itulah perbahasan yang dapat saya sampaikan. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Hulu Langat. Masa 10 minit.

final • 3:10 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Cuma 10 minit?

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua, teman-teman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya memetik firman Allah SWT, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Tuhan menyebutkan kami telah turunkan kepada kamu Al-Kitab yang akan menerangkan pada tiap-tiap sesuatu dan ia menjadi sumber hidayah, wa rahmah sumber rahmat dan juga berita gembira kepada orang- orang yang beragama Islam”.

Dalam konteks apa yang kita bicarakan pada hari ini, satu usaha untuk menterjemahkan apa yang ada dalam al-Quran dalam kehidupan dan proses menterjemahkan ini memerlukan kepakaran-kepakaran supaya sesuatu yang begitu cantik dan indah itu dapat difahami oleh mereka yang beriman kepada keindahan itu dan kepada mereka yang tidak beriman kepada kitab itu. Ia adalah merupakan satu seni dan saya percaya kalau dahulunya urusan-urusan berkenaan nikah kahwin yang dipetik daripada al-Quran satu ketika dahulu dinamakan sebagai- [Berucap dalam bahasa Arab] Dengan izin tetapi selepas ia berkembang, berkembang, berkembang akhirnya satu istilah yang digunakan... [Berucap dalam bahasa Arab] Satu undang-undang atau peraturan berkaitan dengan urusan dan undang-undang peribadi seseorang.

Nah, pada hari ini kita sedang berusaha menyambung satu usaha yang pernah dilakukan sejak daripada zaman dahulu. Kalau saya merujuk kepada apa yang pernah disebutkan usul perundangan Islam di negeri Johor berdasarkan sumber majalah Al-Ahkam Johor tahun 1331 hijrah yang menyatakan tentang pemberian hak kepada siapa yang mendakwa dan didakwa. Berwakilkan kepada sesiapa yang mereka pilih dalam proses pendakwaan itu.

Majalah Al-Ahkam Johor adalah kod undang-undang sivil syariah Kerajaan Negeri Johor yang dikuatkuasakan pada tahun 1913 masihi lagi. Usaha itu telah ditunjukkan dan kini usaha yang telah dilakukan oleh pegawai-pegawai di Bahagian Hal Ehwal Islam sejak daripada tahun 1984. Mereka bertungkus-lumus untuk menerbitkan suatu tatacara undang- undang peguam yang tidak pernah ada. Saya tidak nafikan ada beberapa perkara ini di negeri-negeri lain tetapi dalam bentuk yang standard, yang boleh dipegang seperti yang sedang dibawa pada hari ini, sejak daripada tahun 1984.

final • 3:16 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Kita ucapkan tahniah kepada mereka. Akan tetapi, akhirnya dalam zaman Kerajaan Pakatan Harapan, ia dapat dikemukakan dalam Dewan ini dan kita bersama-sama membahaskannya.

[Tepuk] Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada sama ada kerajaan, pegawai kerajaan yang telah berusaha, tetapi rakyat Malaysia melihat kejayaannya itu berlaku pada kita pada hari ini dan kita sama-sama sedang membahaskannya.

Saya ingin mengingatkan yang kita ini sedang membahaskan daripada Akta 505.

Akta 505 ini ialah Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) dan dalamnya ada beberapa seksyen. Seksyen atau- Bahagian II sebagai contoh, membahaskan tentang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Kita tidak pernah membatalkannya.

final • 3:20 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Kita juga melihat di dalamnya ada Bahagian IV sebagai contohnya, daripada Akta 505 Mahkamah Syariah.

Kita juga ada Bahagian V, pendakwaan dan perwakilan. Di dalamnya ada seksyen 59 dan hari ini kita membincangkan bagaimana seksyen 59, peguam syarie ini sedang dikembangkan.

Dan akhirnya, bersama-sama di tangan kita ini satu usul yang saya kira dapat membantu mempertingkatkan kualiti peguam-peguam syarie yang sebelum ini mereka ada kelulusan undang-undang syariah sama ada di luar atau di dalam negeri, tetapi, mereka mendapat kursus-kursus yang tertentu. Akan tetapi, pada hari ini kita telah membawa satu usul yang mana kita telah memberikan definisi-definisinya. Saya tidak nafikan ketika kita berbahas, kita akan dapati...

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 3:20 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

...Kelemahan- kelemahan yang perlu sama-sama kita baiki, tetapi usaha untuk memastikan akhirnya peguam-peguam syarie boleh berbangga kerana mereka nantinya dilihat, ‘berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah’ dalam dunia mahkamah yang ada di luar sana.

Sila sahabat yang saya kasihi, silakan.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

Tuan Yang di- Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Ya, sila.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Cuma, bila Yang Berhormat Hulu Langat sebut Akta 505 ini. Ia mengenai Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan 1993. Di bawah tersebut, ada disebut “Menteri”. Ertinya, Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pentadbiran agama Islam Wilayah-wilayah Persekutuan, adalah Menteri yang dipertanggungjawabkan.

Cuma, saya hendak mendapat pencerahan melalui perbahasan Yang Berhormat Hulu Langat. Kalau di negeri-negeri, adalah Sultan atau Raja-raja Melayu yang dipertanggungjawabkan pentadbiran agama-agama Islam ini. Pentadbiran agama Islam ini di bawah negeri adalah Sultan. Kenapakah di Wilayah Persekutuan ini tidak disebut Yang di- Pertuan Agong, tetapi disebut Menteri? Ini yang saya mohon pencerahan daripada sama ada Yang Berhormat Hulu Langat boleh jawab atau ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Terima kasih, masa saya tinggal 3 minit sahaja. Saya boleh terima untuk dijadikan sebahagian daripada perbahasan saya untuk diberi kepada Yang Berhormat Menteri.

Cuma, saya ingin mengatakan bahawa kami tetap mempertahankan bahawa di negeri-negeri mempunyai kuasa-kuasa yang di bawah Tuanku Sultan. Bagi saya di Wilayah Persekutuan, ia tetap di bawah Yang di-Pertuan Agong. Itu yang dipraktikkan. Adapun sama ada dia bentuk bertulis atau tidak, satu benda yang kita tidak pernah cuba untuk mempertikaikannya.

Saya ingin kembali, apabila kita berjaya meluluskan RUU ini, kita akan mempraktikkannya di Wilayah Persekutuan sebab di negeri-negeri lain, mereka tidak selengkap ini. Saya percaya, kita akan berusaha untuk mempelawa kerajaan-kerajaan negeri, untuk dibentangkan di Dewan Undangan Negeri mereka dan mereka boleh merujuk dan berpandukan kepada asas yang lengkap dan cantik ini. Namun, masih boleh terdedah untuk dibaiki supaya mereka bawa ke negeri-negeri mereka, mengikut prosedur yang ada.

Nantinya, akhirnya selepas ia dipraktikkan di Wilayah Persekutuan dan kemudian menjadi contoh dan kalau ada negeri-negeri yang bersetuju untuk meluluskan dan dibentangkan di dalam Dewan Undangan Negeri menjadi satu enakmen pula, maka, ia akan

final • 3:20 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

sekali lagi menaikkan martabat peguam-peguam syarie yang sebelum ini hanya terbatas kepada negeri-negeri tertentu.

Akan tetapi, mereka dilatih untuk menguasai, untuk menjadi peguam syarie yang profesional dan ketika mereka pergi ke mahkamah-mahkamah syariah di negeri-negeri tertentu, mereka akan lihat undang-undang, peraturan, enakmen, syariah di negeri itu. Akan tetapi, mereka mempunyai kemahiran, mereka mempunyai talen dalam mengendalikan perkara ini.

Saya juga telah melihat, semalam sebagaimana Pasir Gudang, kami melihat dengan teliti. Saya percaya, bahawa suasana pelanggan-pelanggan yang datang bertemu dengan peguam-peguam syarie, kadang-kadang mereka merasa tidak jelas daripada sudut pembayaran fi dan sebagainya.

Akan tetapi, bila peguam di Wilayah ini diberikan latihan, diberikan kursus dan diberikan panduan, maka mereka yang menjadi klien kepada peguam-peguam ini akan lebih terbela. Lihat, peguam-peguam syarie akan dinaikkan martabatnya dan juga klien-klien yang datang juga akan merasa selesa untuk berurusan dengan peguam-peguam syarie. Kita juga akan dapat melihat, apabila peguam-peguam ini terlatih, maka dengan sendiri Mahkamah- mahkamah Syariah di Wilayah ini akan memperkemaskan diri mereka, berdepan dengan peguam-peguam yang terlatih.

Oleh itu, dengan sendirinya risalah Islam yang saya katakan mengurus perjalanan keluarga dengan baik, mengurus harta faraid dengan baik yang diterbitkan daripada al-Quran itu, diterjemahkan ke dalam bahasa undang-undang. Hari ini kita di Parlimen, sedang membawa benda itu untuk melatih para peguam syarie kita supaya mereka terbela, mendapat hak-hak mereka. Sekiranya mereka melanggar etika dan sebagainya, mereka didakwa dan mereka ada hak untuk membela diri, mereka ada hak untuk merayu dan sebagainya.

Kita tidak akan biarkan lantikan peguam-peguam syarie diberikan kepada pegawai- pegawai kuasa eksekutif, sehingga peguam-peguam syarie terikat dan terkurung dengan apa yang ada itu. Kita berikan kepada badan-badan yang sebagaimana yang telah didetailkan di sini, supaya peguam syarie kita mempunyai kebebasan dan keselesaan untuk menjalankan tugas mereka seadilnya.

Oleh sebab masa telah habis, saya menyokong penuh usul ini dan merayu kepada seluruh teman-teman Ahli Parlimen, Pembangkang mahupun kerajaan untuk bersama-sama kita mulakan satu sejarah baharu. Kita bercakap fasal kehebatan Islam, bukan hanya bercakap ceramah, tetapi kita kemukakan dalam bentuk RUU ini.

Tahniah kepada Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri dan pegawai-pegawai di belakang sana yang bekerja bertungkus-lumus untuk kebaikan negara.

Terima kasih.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat, penuh bersemangat.

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pengerang, sila. Masa 10 minit.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebenarnya 10 minit hendak bercakap tentang undang-undang yang baharu dan begitu elok bagi peguam-peguam syariah dalam negara kita ini memerlukan lebih daripada 10 minit.

Akan tetapi, disebabkan oleh hari Khamis mungkin malam Jumaat, jadi saya pun bercakaplah setakat yang saya mampu. Tuan Yang di-Pertua lagi faham, malam Jumaat...

final • 3:27 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Bijaksana.

final • 3:27 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Terima kasih. Jadi, pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri.

final • 3:27 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

Pada saya, kalau Yang Berhormat Pengerang itu yang lebih faham, itu saya hairan...

final • 3:27 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Saya tidak tahu saya faham kah tidak, dia kata saya faham.

final • 3:27 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Sama-sama faham.

final • 3:27 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Menteri, sebenarnya memang tertunggak. Kalau sesiapa yang menjadi peguam syariah, inilah yang diidam-idamkan. Akan tetapi, dalam perkara ini, saya dalam elemen bidang kuasa, saya memohon Yang Berhormat Menteri-Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa Majlis Raja-Raja telah dibentangkan, saya memohon semua negeri-negeri mempunyai sesuatu yang sama. Kalau tidak, dulu saya peguam syariah di Wilayah dengan di Selangor hendak ke Johor tidak boleh, hendak ke Kedah tidak boleh, hendak kena daftar, kena tunggu. Jadi, duplicity yang berlaku tidak adil kepada bakal-bakal anak guam yang mungkin mahukan peguam yang sama menjadi peguam mereka.

Jadi, saya berharap Yang Berhormat Menteri, sebab tidak mahu pula jadi macam pada umur belia. Johor pula tidak ikut. Nanti ini Johor tidak ikut, Perlis tidak ikut, Selangor tidak ikut. Jadi, berlaku tidak adil kepada Peguam-peguam Syariah yang mahu mencari rezeki.

Walau bagaimanapun, Yang Berhormat dengan rendah hati saya hendak buatkan beberapa teguran daripada segi drafting of the law, dengan izin. Pertama sekali, fungsi Lembaga. Kita tengok keanggotaan Lembaga ini dalam fasal 6. Kemudian, dalam fasal 6, fasal 1 yang merujuk kepada fasal 6(3), anggota dilantik hendaklah disifatkan telah mengosongkan atas sebab-sebab (a) hingga kepada (f). Di sini Yang Berhormat Menteri, semuanya diletak kecuali bagaimana kalau anggota itu sudah meninggal dunia, tidak ditulis.

Kedua, macam mana kalau anggota Lembaga itu dalam keadaan koma?

final • 3:27 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Ketiga, macam mana kalau anggota lembaga itu not of the sane mind? Itu tidak tertulis. Jadi, kalau anggapan ini tidak boleh dilucutkan daripada duduk di dalam Lembaga, jadi saya minta Bahagian Undang-undang di bawah Kementerian Jabatan Yang Berhormat Menteri untuk mengkaji semula dari segi drafting, dengan izin.

Kemudian, berkenaan dengan kelayakan. Kelayakan ini bagi saya sesuatu yang agak begitu tinggi dan saya memahami bahawa persepsi kononnya dalam menjadi peguam syariah itu tuntutan kepada kefahaman Islam bukan sahaja dari segi percakapan tetapi juga dari segi perwatakan. Kalau kita tengok dalam aspek perwatakan, ia menyatakan bahawa syarat-syarat bagi menerima masuk itu, fasal 12 menuliskan kategori-kategori yang ada seumpama sama dengan penerimaan Bar Council iaitu mencapai umur mungkin 21 ini boleh tolak ke 18 lah selepas minggu depan kalau lulus Perlembagaan (Pindaan), beragama Islam, warganegara, kelakuan baik semua ada. Kelakuan baik itu ada tetapi yang saya tidak faham Yang Berhormat Menteri, bila kita hendak bercakap sebagai Majlis Peguam Syarie, ada benda yang kita tidak laksanakan iaitu mengaibkan orang.

Jadi, bila fasal kepada fasal 18 siasatan kepada perilaku pemohon, kita terima tetapi tidak payah tulislah. Majlis Peguam Syarie boleh buat laporan kemudian laporan disimpan secara sulit tidak bolehlah. Kalau macam ini agak tidak adil kepada pemohon. Manalah tahu kes ada orang baring tengah jalan kah, kes kena keluar video kah macam-macam kes boleh terjadi tetapi tidak bolehlah menganggap seolah-olah adanya laporan bertulis. Bagi saya this is an administrative requirement. Biarlah administrative tetapi kalau kita rujuk fasal 18, tertulis siasatan ke atas pelaku perilaku pemohon. Bagi saya mengaibkan, memalukan. Sebab a person is innocent until proven guilty dalam Islam sekali pun lebih lagi dalam Islam.

Kemudian, kita tengok kepada bantahan pemohon oleh Ketua Pendakwa Syarie dan Majlis Peguam Syarie. Ini adalah individu yang dalam Majlis yang menentukan kelayakan adalah juga individu yang membantah. Bagi saya tidak payah ditulis bantahan, boleh juga dipanggil untuk bantahan sebab dalam permohonan ini ditengok dalam fasal yang tertulis

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

dalam fasal 19, pemohon boleh dibawa untuk bantahan itu dibicarakan pendengaran bagi notis bantahan.

Jadi, yang saya sebut itu notis bantahan itu kalau individu yang menentukan dalam Majlis adalah individu the complainant is the same person that is giving the authority for qualification bagi saya rule of biasness itu ada. Jadi, there must be a clear separation, dengan izin Yang Berhormat Menteri.

Saya juga merujuk kepada fasal 20. Bantahan pemohon oleh orang lain, third party, Yang Berhormat Menteri. Ini bini nombor empat, nombor tiga bantah ini macam mana? Third party, clarification of a person itu dia kata dibantah oleh orang lain tak payahlah. Bantahan bagi saya kalau character assasination on private matter itu private matter tetapi on legal bankrap, unsound mind ataupun dipenjarakan itu mungkin dilihat sebagai sesuatu yang boleh diterima.

Oleh sebab itu dalam legislation rules, sama dengan Bar Council tetapi bantahan permohonan oleh orang lain, a third party dan dibicarakan bantahan. Manalah tahu ada jenis peguam itu fasal ini Wilayah tetapi dia juga peguam syariah di Johor Bahru. Dia kalah kes, anak guam marah, dia bantah di Wilayah Persekutuan. Dia bantah sebab dia mengatakan bahawa individu yang memohon ini tidak berkelayakan menjadi peguam syarie di Wilayah sebab dia tidak hebat untuk menjadi dan gagal pada kes saya di Johor. Ini agak tidak seimbang.

Jadi, perkara ini Yang Berhormat Menteri, saya dengan rendah hati memohon Bahagian Undang-undang itu, Penasihat Syariah di bawah Jabatan Peguam Negara untuk mengkaji semula dan bagi saya kalau kita tengok kepada fasal 20, buang sahajalah tak payahlah Yang Berhormat Menteri dalam Jawatankuasa itu sebab tidak logik for a third party to participate on the objection. Dia boleh pergi kepada Ketua Pendakwa Syarie, dia boleh pergi kepada Majlis, tidak payah buat hearing on that ground. Tuan Yang di-Pertua, itu sebab cadangan saya fasal 20 ditarik balik dan juga fasal 18 itu bagi saya iaitu siasatan ke atas perilaku pemohon tidak payah tulis sebab tulisannya Yang Berhormat Menteri, Majlis Peguam Syarie hendaklah apabila menerima salinan permohonan daripada pemohon, membuat atau menyebabkan dibuat sesuatu siasatan penuh ke atas perilaku pemohon dan apabila pemohon itu ditetapkan untuk pendengaran mengemukakan kepada Ketua Pendaftar, satu laporan sulit hasil siasatan seperti kata Yang Berhormat Kota Bharu.

Yang Berhormat Menteri, when a civil person is given the power of police to investigate, kita akan membuka a floodgate. Itu sebabnya Yang Berhormat Menteri kalau ia adalah permohonan pindaan pelaksanaan tugas oleh pentadbiran administrative duty, buatlah administrative duty. Itu dalam Majlis tetapi jangan mengaibkan sebab perkara ini perihal perilaku pemohon is very wide Yang Berhormat Menteri.

Ini akan mewujudkan lebih kepada pemikiran negatif kepada peguam syariah berbanding dengan peguam sivil sebab peguam sivil mendapat permohonan. Isu-isu ini tidak dibicarakan secara terbuka. It is considered as an administrative point. Akan tetapi bila dalam kes syariah kita hendak berbicara secara terbuka, jadi bagi saya Yang Berhormat Menteri memulakan mukadimah dengan bercakap bahawa ini adalah rang undang-undang yang baik, rang undang-undang menuntut keadilan, rang undang-undang yang menaikkan taraf imej peguam syarie dalam negara kita jadi kita mesti berlandaskan kepada element innocent until proven guilty, dengan izin.

Akhir sekali, Yang Berhormat Menteri, saya merujuk kepada Yang Berhormat Pasir Gudang tentang signage. Saya tanya soalan kalau peguam syarie itu rakan kongsi dalam syarikat besar seperti Shearne, Skrine, Shook Lin & Bok, takkanlah mereka hendak letakkan peguam syarie dekat bawah. Entah-entah anak guam antarabangsa tidak berminat hendak mengambil mereka sebagai peguam.

Jadi, ini perlu kita pertikai dan melihat tetapi saya tahu dalam senarai sekarang kalau dia peguam syarie berdaftar dia ada bracket, rakan kongsi memang dia bracket, dia letak peguam syarie. Akan tetapi isunya ialah bila adanya peguam syarie dari segi signboard, bagaimana pula dengan peguam syarie di negeri-negeri lain yang tidak ada Majlis dan

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Lembaga seperti yang ada pada hari ini yang kita akan melaksanakan rang undang-undang ini? Adakah hanya di Wilayah sahaja signboard itu ada, di Selangor tidak ada, di Johor tidak ada, di Perlis tidak ada?

Jadi, berlaku seolah-olah peguam syarie di Wilayah ini lagi hebat, lagi maju daripada peguam syarie di negeri-negeri lain. Jadi, dari segi pentadbiran Yang Berhormat Menteri saya mohon dengan segala hormatnya boleh dilakukan seperti yang disebut dari sahabat-sahabat.

Kita samakan dari segi mana yang boleh dilaksanakan di peringkat negeri tidak payah hendak melalui sistem dari segi pelantikan tetapi lebih kepada benda yang boleh dilaksana supaya dapat berlaku adil.

Akhir sekali Yang Berhormat Menteri, saya banyak kali tanya soalan dalam Dewan, perintah mahkamah. Kita tahu banyak Mahkamah Syariah ini banyak kes-kes keluarga. Bila isteri, anak tidak terima nafkah, hendak serah ini, takkanlah cerai kat Wilayah hendak serah dekat Johor tidak boleh. Cerai dekat Johor, hendak serah dekat Pulau Pinang tidak boleh.

Semua kena pakai sistem proses yang ada yang melambatkan walhal dalam kes sivil, mana- mana peguam boleh serahkan. Jadi, perkara ini perlu dilihat. Kalau betullah kerajaan hendak mewujudkan keadilan, keadilan bukan sahaja kepada peguam, tetapi keadilan juga kepada anak-anak guam. Dengan itu saya menyokong kepada rang undang-undang ini dengan pindaan-pindaan yang dicadangkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Sekarang kita dengar suara dari Sabah. Saya menjemput Yang Berhormat Beaufort, sila.

final • 3:30 PM

Yang Berhormat Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya juga turut untuk sama-sama menyumbangkan buah fikiran dan perbahasan di dalam Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2019 ini. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana akhirnya perjuangan yang sekian lama yang telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak dalam pelbagai kumpulan, dalam pelbagai parti politik akhirnya berjaya pada hari ini sampai ke Dewan yang mulia ini, alhamdulillah. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan kepada kerajaan yang dapat membawa rang undang-undang ini ke Dewan Parlimen ini.

Ramai juga unsung heroes di luar sana daripada pelbagai persatuan malah daripada biro-biro dalam parti politik yang selama ini yang sebelum ini dalam kerajaan sebelum ini juga yang sama-sama berusaha termasuk diri saya sendiri juga dalam kumpulan-kumpulan tersebut untuk memperjuangkan perkara ini. Kita bersyukur dan berterima kasih kepada mereka semua akhirnya hari ini menjadi kenyataan. Mudah-mudahan kita semua memberikan sokongan kepada perkara yang baik ini dalam kita martabatkan lagi peguam- peguam syarie di dalam negara kita Malaysia ini dan Undang-undang Profesion Guaman Syarie dalam negara kita Malaysia.

Walaupun bermula pada peringkat yang awal ini di Wilayah-wilayah Persekutuan, bak kata Confucius, a journey of thousand miles itu bermula begins with the first step dengan izin, jadi ini adalah permulaan yang baik. marilah sama-sama kita sokong dan sekiranya ada keperluan kita menambah baik, kita sama-samalah menghujahkannya dalam perbahasan di Dewan yang mulia ini.

final • 3:38 PM

Yang Berhormat Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Tuan Yang di-Pertua, pertama saya ingin mensyukuri adanya nanti Lembaga Kelayakan Peguam Syariah, Badan Peguam Syariah, Majlis Peguam Syarie dan juga Lembaga Tatatertib. Saya ingin menyentuh terus kepada kuasa kepada kelayakan peguam syarie itu yang mana di sini kelayakan ini ada beberapa perkara yang telah disebutkan di dalam seksyen 9 ini dan juga ada pengecualian yang dibuat dalam seksyen 10.

final • 3:40 PM

Yang Berhormat Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Akan tetapi apa yang ingin saya sebutkan di sini ialah kerunsingan di kalangan rakan-rakan, sahabat-sahabat peguam syarie di luar sana. Apa akan terjadi kepada mereka yang sudah pun hari ini mengamalkan undang-undang syarie ini? Mereka sudah menjadi pengamal undang-undang ini sekian lama, ada yang 20 tahun, 15 tahun, lima tahun dan sebagainya.

Mereka mempunyai kes-kes yang sedang berjalan di mahkamah sekarang ini dan mereka mempunyai klien-klien mereka yang berharap kepada mereka. Adakah mereka ini boleh terus kita masukkan supaya mereka ini secara automatik menjadi peguam syarie yang diterima di bawah rang undang-undang yang baru ini. Ini adalah perlu. Kalau tidak nanti, kes- kes mereka akan tergendala. Mereka mungkin akan kehilangan klien mereka, klien pula akan tidak tahu ke mana mereka menuju kerana mereka tidak tahu sama ada peguam mereka boleh diterima di bawah rang undang-undang yang baharu.

Jadi oleh sebab itu, saya ingin meminta kepada Yang Berhormat Menteri dan kepada pihak yang berkenaan, supaya melihat kerana saya tidak nampak di dalam rang undang-undang ini kecuali ada kuasa untuk pengecualian tetapi tidak ada kuasa yang melantik secara automatik mereka yang sudah pun layak, yang sudah beramal selama ini untuk terus secara automatiknya diterima menjadi peguam syarie di bawah rang undang- undang ini.

Saya bersyukur dan berterima kasih kerana di bawah ini ada disebut tentang Majlis Peguam Syarie di bawah seksyen 14(3), Majlis Peguam Syarie boleh mengecualikan mana- mana orang berkelayakan yang telah berkhidmat sebagai peguam syariah sekurang- kurangnya selama tempoh satu tahun daripada menjalani apa-apa tempoh pelatihan di bawah seksyen 13 tentang pelatihan.

Akan tetapi bagaimana pula dengan mereka, peguam syarie yang telah pun menjadi pengamal undang-undang ini sekian lama? Mereka sudah melalui latihan-latihan ini. Bukan setahun, bukan enam bulan, bukan dua tahun tetapi banyak lamanya. Adakah mereka perlu lagi memohon untuk dikecualikan ataupun mereka juga secara automatik ini dikecualikan supaya tidak perlu lagi melalui proses latihan semula ini kerana mereka ini memang orang yang sudah terlatih dan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan sebaik mungkin.

Dalam masa yang sama juga, saya ingin bertanya kepada kementerian, kepada Yang Berhormat Menteri, adakah satu seksyen dalam rang undang-undang ini kerana saya tidak nampak, yang menjadikan satu kesalahan kepada imposters, mereka yang berpura- pura, menyamar dan menipu rakyat di luar sana yang memerlukan nasihat perundangan daripada segi syariah ini tetapi ada yang menjadi imposters. Adakah seksyen yang menjadikan ini satu kesalahan dan siapakah yang boleh mengambil tindakan kepada mereka kerana ini saya difahamkan ada juga berlaku sekarang ini. Di luar-luar, kadang-kadang di Mahkamah Syariah itu ada yang berpura-pura untuk menjadi peguam syariah.

final • 3:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

Yang Berhormat Beaufort. Boleh?

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Sila.

final • 3:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat tadi ada sebut tentang syarat-syarat kelayakan dan juga penerimaan masuk. Cuma saya hendak bertanya Yang Berhormat, sama ada Yang Berhormat Beaufort atau Yang Berhormat Menteri tentang di bawah perkara atau fasal 12(1)(g) yang disebut telah menghadiri dan lulus kursus pengajaran.

Di peringkat manakah yang disebutkan lulus di peringkat pengajaran ini? Adakah diploma undang-undang syariah wal-qanun atau pemegang ijazah di universiti-universiti yang telah diiktiraf? Sebabnya, kita tak mahu lihat lagi peristiwa berulang kembali, pelajar-pelajar kita atau lepasan graduan di Universiti Sains Islam Malaysia iaitu USIM yang masih lagi terkapai-kapai, ke manakah mereka ini hendak pergi walaupun mereka ini pemegang Ijazah Undang-undang Sivil dan Syariah tetapi masih lagi belum diiktiraf untuk mengamalkan undang-undang sivil di bawah Majlis Peguam Malaysia (Bar Council).

final • 3:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

Saya harap pihak Yang Berhormat Menteri bagi peguam syariah ini dapat mendetailkan di peringkat manakah kursus pengajaran dan universiti-universiti yang diiktiraf untuk pengambilan pelajar-pelajar ini di dalam kamar-kamar untuk mendapatkan amalan sijil peguam syariah. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Saya masukkan itu di dalam sebahagian daripada ucapan saya untuk dijawab oleh Yang Berhormat Menteri nanti. Saya juga ingin menyentuh tentang penubuhan Majlis Peguam Syarie (Wilayah-wilayah Persekutuan). Di mana saya difahamkan bahawa pada masa kini, jika seorang pengamal undang-undang, seorang peguam syarie itu, dia juga adalah juga advocate and solicitor di bawah sivil dan apabila berlaku sesuatu kesalahan tatatertib, Bar Council juga mahu campur tangan untuk mengambil tindakan terhadap mereka ini.

Jadi bolehkah kita minta, oleh sebab sekarang ini sudah ditubuhkan, di bawah rang undang-undang nanti, bila diluluskan nanti insya-Allah Majlis Peguam Syarie (Wilayah- wilayah Persekutuan) sudah pun diluluskan nanti, akan diwujudkan, maka mereka yang beramal sebagai peguam syarie yang juga advocate and solicitor, apabila kesalahan itu di bawah undang-undang syarie dan Mahkamah Syariah, maka biarlah Majlis Peguam Syarie Wilayah ini yang mengambil tindakan, bukan Bar Council. Ini saya minta kepada pihak Yang Berhormat Menteri supaya dijelaskan ini dengan nyata sekali supaya tidak ada lagi campur tangan daripada yang tidak berkenaan.

Seterusnya, juga saya ingin menyentuh tentang rayuan terhadap perintah atau keputusan lembaga tatatertib. Di bawah seksyen 84 ini, ada dikatakan dalam menjalankan bidang kuasa tatatertib boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi Syariah dalam masa 30 hari daripada penerimaan pemberitahuan perintah atau keputusan itu. Apakah tidak boleh kita juga naikkan hak merayu ini kepada Mahkamah Rayuan Syariah. Bukan setakat Mahkamah Tinggi tetapi kita naikkan lagi sampai ke peringkat yang tertinggi supaya hak untuk merayu itu boleh didapati oleh peguam-peguam syarie kita dan tidak terhad sehingga ke peringkat Mahkamah Tinggi sahaja.

Saya juga ingin meminta supaya apabila kita sudah meluluskan rang undang- undang ini supaya pihak kementerian, pihak kerajaan meneruskan usaha ini bukan sahaja di peringkat Wilayah Persekutuan ini sahaja tetapi kesemua negeri di negara kita Malaysia ini supaya semua peguam syarie kita yang ada dalam negara ini juga mendapat manfaat yang baik yang akan kita luluskan pada hari ini kerana ini adalah satu usaha yang baik.

Saya meminta supaya pihak kementerian, pihak Yang Berhormat Menteri supaya terus berusaha dengan kerajaan-kerajaan negeri, dengan Tuanku-tuanku di peringkat negeri- negeri supaya perkara yang sama dapat diluluskan di peringkat negeri-negeri dan akan ada keseragaman di seluruh negara kita dan dengan ini, betul-betullah kita dapat mengangkat martabat peguam-peguam syarie kita di seluruh negara.

Dengan itu, saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tanjong Karang. Sila.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

[Tepuk] [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat Arau gembira ya?

final • 3:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua memberi peluang kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2019. Kita sedia maklum iaitu apabila kita sebut sahaja perundangan, negara kita ini mengamalkan special of power. Kita ada tiga organisasi iaitu badan perundangan, badan eksekutif dan juga badan kehakiman. Hari ini kita nak sentuh badan kehakiman kerana

final • 4:48 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

ia berkaitan dengan rang undang-undang kita pada hari ini. Kita sedia maklum bahawa badan kehakiman mestilah bebas, satu badan yang bebas dan kita lihat bagaimana usaha kerajaan selama ini, Kerajaan Barisan Nasional untuk meninggikan taraf undang-undang syariah di dalam negara kita.

Bila kita sebut sahaja mengenai mahkamah ini, kehakiman, ia boleh dikatakan terdiri daripada tiga kategori. Pertama, mahkamah itu sendiri. Kedua, akta ataupun enakmen dan yang ketiga, peguam. Kita lihat daripada segi mahkamah, kita tahu bahawa kuasa Mahkamah Syariah ini ialah kuasa kerajaan negeri, kita tidak boleh pertikaikan. Oleh sebab itu, kalau kita lihat sejarah mahkamah ini, sebelum tahun 1988, segala urusan-urusan Mahkamah Syariah selalunya diganggu oleh Mahkamah Sivil. Apa yang telah diputuskan di Mahkamah Syariah selalunya mudah sahaja dioverrule oleh Mahkamah Syariah. Ertinya, sebelum 1988, Mahkamah Syariah ini orang kata low class mahkamah lah. Hukuman apa kalau tidak silap saya, tidak lebih RM1,000. Orang tidak hormat pun Mahkamah Syariah.

final • 4:48 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Akan tetapi, alhamdulillah dengan perjuangan Barisan Nasional akhirnya kita dapat masukkan Artikel 121(1A) iaitu peruntukan Perlembagaan yang menghalang mahkamah sivil mencampuri bidang kuasa mahkamah syariah, kita sudah buat. Namun demikian, kita lihat tidak cukup kerana hukuman kalau kita telah lihat hukuman dari mahkamah syariah ini amat rendah sekali kalau kita bandingkan hukuman daripada mahkamah sivil.

Kita sedia maklum bahawa dalam bidang kuasa mahkamah hanya boleh menjatuhkan hukuman kes jenayah, “Mahkamah syariah hanya boleh mengenakan hukuman maksimum denda RM5,000, penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan rotan tidak melebihi enam kali sebatan”. Jadi ertinya, hendak menaiktarafkan undang-undang syariah ini bukan perkara yang mudah. Kita kena melalui pelbagai cabaran, terutamanya kita kena mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri.

Kedua, dari segi mahkamah alhamdulillah, kita telah dapat meningkatkan. Hari ini kita berharap kita dapat tubuhkan lagi mahkamah lebih tinggi, mahkamah rayuan syariah.

Hari ini, kita juga bersyukur kerana kita telah pun dapat menubuhkan Jabatan Kehakiman Syariah kerana juga kita ada mahkamah tinggi syariah walaupun kita tahu bahawa lantikan- lantikan hakim ini selalunya dibuat oleh kerajaan negeri. Saya memahami sebab saya pernah terlibat secara langsung, lebih empat tahun. Macam mana kita hendak meninggikan taraf perjawatan kehakiman mahkamah syariah, bukan perkara yang mudah.

Ketiga, akta ini kita tahu bahawa penyelarasannya tidak sama. Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat tunaikan janji, saya baca statement Yang Berhormat Menteri kata tahun hadapan. Yang Berhormat Menteri kata hendak selaraskan segala enakmen undang- undang Islam di seluruh negara. Tadi banyak kita lihat dari segi undang-undang guaman syarie ini pun kita tahu kalau kita lulus di Wilayah Persekutuan ini hendak pergi ke Selangor sudah tidak boleh praktis, itu satu. Dari segi enakmen-enakmen lain, hendak poligami pun di Perlis lain dari segi undang-undang ia lebih mudah, di Selangor lagi susah.

Jadi Yang Berhormat Menteri hendak kena tunaikan janji, katanya setahun untuk hendak selaraskan. Jadi kalau kita boleh selaraskan akta ini dengan enakmen-enakmen dengan enakmen-enakmen yang sedia ada. Kita juga sedia maklum bahawa kita kena terima hakikat apabila kita kata penyelarasan, ia tidak automatik menjadi undang-undang ataupun enakmen. Ia kena bawa ke Dewan Undangan Negeri. Seperti yang saya kata dari segi penyelarasan di bawah Artikel 12(4) pun yang mana agama-agama lain tidak boleh disebarkan kepada orang-orang Islam pun kita dapati ada negeri-negeri yang masih tidak membuat enakmen-enakmen tersebut sejajar dengan kehendak Perlembagaan. Jadi cabaran ini, bukannya cabaran yang mudah untuk duduk di bawah satu jabatan yang mana kuasanya terbahagi dua di antara Kerajaan Federal dan juga kuasa kerajaan negeri dan yang.

Ketiga, kita tahu mahkamah, akta dan juga peguam. Peguam ini saya ucapkan tahniahlah walaupun tadi diberitahu oleh Yang Berhormat Hulu Langat, hendak beritahu benda ini bukan zaman Kerajaan Pakatan Harapan ini kita sudah lama buat sudah. Ini secara kebetulanlah Pakatan Harapan minta maka bawa ke Dewan. Ini telah lama proses ini dibincangkan banyak kali, banyak NGO terlibat. Hari ini telah pun di bawa di Dewan ini dan

final • 3:50 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

saya secara peribadi memang menyokong usul ini kerana ia boleh memberikan peluang yang lebih kepada peguam-peguam syarie.

Tadi disebut kata hendak jadi peguam ini – tadi Yang Berhormat Hulu Langat ada sebut, ‘’Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi‘’ dengan pindaan ini. Kalau kita hendakkan peguam syarie ini duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan peguam-peguam yang lain, maka kita minta kerajaanlah wakil jadi Menteri boleh bangkitkan di dalam Kabinet supaya peguam-peguam berkelulusan syarie ini juga diberi peluang untuk praktis di mahkamah sivil.

Mungkin kita kena pinda – boleh jadi Akta Profesion Guaman, mungkin hendak kena pinda.

Ini kerana kalau saya tengok syarat-syaratnya lebih kurang sama. Hendak ambil undang- undang syarie pun empat tahun juga ia punya tempoh ijazah, ia juga ada chambering. Jadi bagaimana supaya hari ini kita tahu kalau dia ada kelulusan daripada undang-undang sivil, dia ambil setahun diploma dan dia boleh praktis mahkamah syariah. Akan tetapi kalau mereka yang ada ijazah mahkamah syariah, dia tidak boleh hendak masuk ke mahkamah sivil. Jadi bagaimana cara kita supaya peluang-peluang diberi juga kepada peguam-peguam syarie ini untuk praktis di mahkamah sivil yang saya kata mungkin. Bak kata profesion guaman ini, mungkin kita terpaksa pinda.

Jadi perjuangan ini bukannya mudah kerana ia melibatkan beberapa pihak yang kata hendak memberi pengiktirafan kepada mahkamah syariah, sudah tentulah hendak kena mendapat kelulusan daripada Bar Council dan sebagainya. Akan tetapi perjuangan mesti diteruskan untuk kita meninggikan taraf syariah Islam di dalam negara kita. Akan tetapi yang menjadi kebimbangan kita, dalam kita usaha bertahun-tahun sejak merdeka, kita hendak meninggikan taraf agama Islam di dalam negara kita, tetapi hari ini kita tengok sejak akhir- akhir ini ada pula golongan-golongan tertentu yang cuba hendak menghalang. Seperti ini semalam yang saya baca ini, ada satu kumpulan Islamic Renaissance Front (IRF) yang membentangkan cadangan untuk mengubah serta menghapuskan kuasa undang-undang syariah melalui pindaan terhadap Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, protes kerajaan tidak perlu untuk mengawal dosa-dosa peribadi melalui undang- undang. Ini tidak tahulah Yang Berhormat Menteri setuju atau tidak dengan cadangan ini.

Bayangkan sudah ada satu badan yang cuba hendak menghalang usaha-usaha yang kita buat. Kononnya bila ada mahkamah syariah ini, negara kita ada dua sistemlah.

Sedangkan kita sedia maklum bahawa undang-undang syariah ini tidak ada kena mengena dengan bukan orang Islam. Hendak jadi dalam akta yang kita bincang ini pun disebut syaratnya mesti orang yang beragama Islam. Jadi orang yang bukan Islam ini jangan ganggulah, hormatilah undang-undang Islam yang ada. Tidak usah kacau, hak masing- masing sudah ada tetapi kalau kita tengok yang di dalam senarai-senarai nama yang turut hadir semalam ini, yang di IRF ini ramai yang bukan Islam.

Jadi kalau perkara-perkara seperti ini tidak kerajaan mengambil tindakan tegas, saya bimbang ia akan menimbulkan satu suasana yang kurang harmoni di dalam negara kita.

Begitu juga hari itu, apabila kita tengok ada satu hukuman sebat telah pun diputuskan oleh mahkamah pun menjadikan isu juga. Sehingga ada gabungan kumpulan wanita bertindak bagi kesamarataan jantina ataupun Joint Action Group (JAG) for Gender Equality mendesak kerajaan supaya memansuhkan undang-undang jenayah syariah kerana dianggap keterlaluan sehingga dilihat mencabar kedaulatan undang-undang di negara ini. Ini dua NGO yang saya sebut, mungkin interpret commission kah lagi ataupun NGOs lain yang mungkin ada. Jadi bagaimana tindakan kerajaan ini untuk menghalang supaya barah-barah ini tidak terus dibiarkan? Saya bimbang kalau barah-barah ini tidak dihalang daripada sekarang, maka nanti akan menimbulkan suasana yang agak tegang di antara orang Islam dengan bukan orang Islam. Oleh sebab itu, kita mengingatkan mereka supaya jangan ganggulah, jangan campur tangan urusan orang-orang Islam.

Akhir sekali, kehormatan dan kemuliaan mahkamah. Mesti ada satu undang-undang yang tegas (contempt of court). Ini kalau keputusan mahkamah pun boleh dipertikaikan dan boleh dicabar, maka di mana kemuliaan mahkamah. Dalam dewan ini pun kita kena hormat keputusan-keputusan Tuan Yang di-Pertua, suruh keluar Dewan pun kita keluar juga. Hormat tetapi macam semalam sebagai contohlah, semalam yang kes Wan Ji Wan Hussin ini. Ini saya cukup kesal Yang Berhormat Menteri pun terlibat. Sebagaimana seorang Menteri tidak

final • 3:50 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

faham kah mengenai contempt of court ini, keputusan mahkamah. Sudah dibuat dan telah dijatuhi hukuman pada Wan Ji. Kenapa hendak dipertikaikan lagi keputusan-keputusan ini?

Jadi kalau seorang Menteri pun sudah tidak faham undang-undang dan juga Ahli- ahli Yang Berhormat yang ada di dalam Dewan ini juga mempertikaikan keputusan mahkamah yang telah dibuat, bagaimana rakyat di bawah untuk menghormati keputusan- keputusan telah dibuat oleh mahkamah? Ini contempt of court bagi saya. Lebih-lebih lagi kes tersebut mengenai Sultan Selangor, saya orang Selangor, terasa menghina sultan saya.

Apakah tindakan mahkamah ini salah? Jadi kalau Ahli-ahli Parlimen sendiri, Menteri sendiri tidak menghormati undang-undang, tidak menghormati keputusan mahkamah, bagaimana kita hendak expect rakyat di luar sana?

Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri hendak kena tegas, jangan biar NGO yang sudah mula memainkan perasaan-perasaan supaya mahkamah syariah ini hendak diletakkan di level yang lebih bawah. Jangan nanti apabila berlaku ketegangan, nanti tuduh ini UMNO punya hasutanlah.

final • 3:50 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Macam Yang Berhormat Jelutong kata, apa sahaja berlaku, ini UMNO hasut, ini PAS hasut, ini racist, ini Melayu. Padahal kita mempertahankan hak kita. Jadi, sebelum ia menjadi barah, saya minta Yang Berhormat Menteri kena tegas untuk memanggil NGO-NGO ini fahamkan.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bangun]

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat, masa sudah tamat.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Minta penjelasan.

final • 4:00 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Boleh nak bagi satu saja?

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sikit, sikit.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Sebenarnya masa sudah tamat.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sedikit, Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Nanti Yang Berhormat Arau ada peluang, memang ada dalam senarai.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Benda ini kita, sedikit saja Yang Berhormat. Ini kes suruh keluar Dewan ini, saya setuju. Keputusan Tuan Yang di-Pertua kita kena hormati, dia lagi pun Tuan Yang di-Pertua yang handsome, jadi kita kena hormat ya.

Akan tetapi dalam Parlimen yang lepas, terdapat Ahli Yang Berhormat yang digantung enam bulan tetapi dia hadir Parlimen dan Tuan Yang di-Pertua telah keluar ruling. Kami kata ada orang yang digantung masuk dewan, dia kata “Anggaplah saya tidak nampak”. Tan Sri Pandikar Amin Mulia kata. Jadi, Yang Berhormat kalau ada Ahli yang digantung, dia masuk Dewan.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat Arau jangan buat ulangan tayangan apa yang lama.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat kena terima ruling bahawa *“Saya tidak nampak”.

[Ketawa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)* mempengerusikan

final • 4:00 PM

Mesyuarat] Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Ini seksyen berapa ini?

[Ketawa]

final • 4:00 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Saya setujulah apa yang dibuat oleh Yang Berhormat Arau.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli Yang Berhormat, sekarang saya jemput Yang Berhormat Tampin, 10 minit. Selepas Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Kuala Kangsar, kemudian Yang Berhormat Masjid Tanah.

final • 4:00 PM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

*Bismillahi Rahmani Rahim.

[Membaca sepotong doa] .* Saya ingin merakamkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk terlibat sama dalam membahaskan usul Rang Undang-undang Guaman Syarie 2019. Pada kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan syabas dan tahniah kepada kementerian kerana telah berusaha untuk membentangkan satu rang undang- undang yang kita lihat sebagai satu tindakan yang berani dan munasabah untuk kita pertimbangkan dan untuk kita sokong bersama.

Saya terpanggil untuk turut membahaskan usul Rang Undang-undang Guaman Syarie ini kerana saya merasakan ia suatu yang amat penting dan menyangkut kepentingan undang-undang, pengamal undang-undang dan masyarakat Islam pada keseluruhannya, yang perlu ada sistem perundangan yang menyeluruh dan lengkap. Kita membahaskan pada hari ini ialah berhubung kait dengan soal guaman syarie. Saya difahamkan bahawa rang undang-undang ini telah mula dibahas dan dibincangkan sejak tahun 1984 iaitu lebih kurang 35 tahun yang lepas. Namun ia belum dapat dibentangkan, mungkin terdapat beberapa kekangan ataupun halangan yang perlu diperhalusi dan di bincang secara mendalam dan bijaksana.

Saya ingin merakamkan tahniah kepada individu dan tokoh-tokoh yang telah berusaha membincang dan memperhalusi untuk meningkatkan kedudukan pengamal guaman syarie. Insya-Allah saya yakin dan percaya, kesungguhan kerajaan untuk membentangkan usul ini atas keprihatinan dalam mengangkat dan memartabatkan sistem perundangan Islam di negara ini. Saya percaya, sudah sampai masanya perbahasan usul Rang undang-undang Guaman Syarie ini diketengahkan bagi tujuan untuk meningkatkan kredibiliti profesion guaman syarie dan memastikan profesion guaman syarie diangkat ke kedudukan yang setara dan setaraf dengan profesion guaman sivil.

Kewujudan Akta RUU Guaman Syarie ini penting, malah perlu diadakan. Akta ini sepatutnya telah lama wujud, bersekali dengan kewujudan institusi Mahkamah Syariah dan guaman syarie. Bukan sahaja terungkap dalam Akta Pentadbiran Undang-undang Islam

(Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 yang berhubung kait dengan guaman syarie, dan diperhalusi melalui kaedah-kaedah guaman syarie, tetapi ia harus wujud satu akta yang tersendiri yang berkaitan dengan guaman syarie. Kelewatan mewujudkan akta ini bukan bermakna Ahli-ahli di dalam Dewan ini tidak berusaha melakukannya, di mana catatan- catatan awal sebelum ini telah di bentang pembentangan usul pada hari ini memerihalkan keinginan mewujudkan suatu RUU Profesion Guaman Syarie.

Justeru itu, hari ini akan dilihat sebagai satu keputusan kita bersama yang kita lakukan bagi memastikan piawaian profesion guaman syarie yang standard dapat dipersetujui dan direalisasikan di negara ini, demi kepentingan umat Islam pada keseluruhannya. Kewujudan Rang Undang-undang Guaman Syarie ini akan dapat menjadikan profesion guaman syarie lebih mantap, berwibawa dan disegani.

Apa yang berlaku dan diamalkan pada hari ini, banyak perkara yang boleh dipersoalkan dan ia perlu diperbaiki dalam usaha mengangkat profesion guaman syarie dalam pelbagai aspek. Akta ini akan berupaya mampu mengurangkan sangkaan yang kurang baik kepada guaman syarie. Dengan adanya rang undang-undang ini akan dapat menyelaraskan perbezaan yang ketara dari aspek kelayakan dan syarat-syarat untuk diterima masuk sebagai pengamal guaman syarie. Kalau kita lihat dalam kaedah-kaedah amalan syarie yang ada di negeri-negeri di seluruh negara, terdapat banyak perbezaan yang

final • 4:01 PM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

ketara sama ada dari segi aspek kelayakan, sama ada dari segi aspek latihan dalam kamar, sama ada dari segi aspek kelulusan dan sebagainya, terdapat perbezaan-perbezaan ketara.

Ini bukan bermakna wujudnya RUU Guaman Syarie ini yang hendak dilaksanakan di Wilayah Persekutuan akan memaksa negeri-negeri yang lain untuk melaksanakan. Ini kerana kita yakin, kita percaya, bahawa hak agama adalah hak negeri. Akan tetapi, dengan adanya rang undang-undang akan dapat menyelaraskan perbezaan yang ketara dari aspek kelayakan dan syarat untuk diterima masuk. Soal peguam bela dan peguam cara, soal lepasan ijazah dan bagi kelulusan syariah, ada negeri yang meletakkan kelayakan untuk masuk menjadi Peguam Syarie ini tidak semestinya lulus daripada bidang syariah.

[Disampuk]

final • 4:01 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Minta penjelasan sikit boleh? Saya nak ambil ucapan Yang Berhormat yang awal tadi. Boleh?

final • 4:01 PM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Boleh, tidak ada masalah.

final • 4:01 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

30 seconds ya sebab masa terlampau pendek yang saya tidak faham kenapa dipendekkan. Ini nak bincang rang undang-undang yang baharu, ini tidak boleh sama dengan akta pindaan, ini baru Yang Berhormat. Yang baharu, kena bincang 15 minit seorang, ini bukan pindaan ya. Jadi, minta maaf sebab Tuan Yang di-Pertua ini bagus.

Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat, agama Islam kita angkat dengan martabat yang tinggi. Akan tetapi, kita lihat di Malaysia ini banyak penghinaan dan dugaan yang dibuat kepada Islam tidak diketengahkan seperti yang dibuat kepada Raja. Jadi, yang kes yang melibatkan Raja kita lihat dihebahkan, tetapi kes yang penghinaan agama, diam macam itu sahaja. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat?

final • 4:01 PM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Masukkan sebahagian daripada ucapan dalam ucapan perbahasan saya. Selain daripada itu, perbezaan ketara yang terdapat di dalam kaedah-kaedah guaman syarie di negeri-negeri ialah perbezaan fi permohonan, pendaftaran dan sijil amalan guaman syarie. Semua perkara itu memberi gambaran yang kurang selesa kepada Peguam Syarie dan guaman syarie. Tidak ada satu landasan pegangan piawaian profesion guaman syarie,profesion guaman syarie di longgar dan kurang diyakini. Selain daripada itu, terdapat juga kelemahan-kelemahan dalam profesion guaman syarie yang boleh menjejaskan kredibiliti dan juga keutuhan institusi guaman syarie.

final • 4:01 PM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Antaranya, tiada kawalan dan senggara pendaftaran, perubahan dan pembatalan firma guaman syarie, salah laku pelatih, risiko salah nyataan dan risiko kecuaian dan misconduct, dengan izin. Semua elemen-elemen yang dinyatakan itu boleh memberi gambaran profesion guaman syarie perlu mempunyai suatu peraturan yang boleh dirujuk dalam memastikan profesion guaman syarie suatu yang hebat dan berwibawa.

Ketidakwujudan Rang Undang-undang Guaman Syarie ini memberi konotasi yang kurang menyenangkan kepada profesion guaman syarie. Malah ia dilihat sebagai suatu profesion yang tidak mendapat pembelaan sepenuhnya dalam sistem perundangan yang mengendalikan urusan umat Islam di negara ini.

Satu aspek lagi yang hendak saya singgung dalam menyokong usul untuk mewujudkan Akta Profesion Guaman Syarie ini adalah perkara yang berkait dengan Badan Peguam Syarie dan Majlis Peguam Syarie. Perkara ini amat penting dalam memastikan profesion guaman syarie lebih berwibawa dan diperakui profesionalisme yang mematuhi piawaian guaman syarie. saya cukup berkeyakinan dengan adanya badan dan Majlis Peguam Syarie ini akan mampu melahirkan bilangan peguam syarie yang sesuai dengan keperluan semasa dan firma guaman mencukupi dalam menyelesaikan masalah umat Islam yang berhadapan dengan perundangan syariah.

Ia juga akan dapat melaksanakan Akta Profesion Guaman Syarie yang mengikut piawaian guaman, mengurus prosedur kemasukan dan pelantikan peguam syarie yang berbeza-beza. Badan ini juga akan dapat memberi pandangan yang selaras dalam perkara- perkara yang berkaitan dengan undang-undang syariah. Badan ini juga akan dapat

final • 4:10 PM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

menggubal peraturan dan kaedah-kaedah guaman syarie yang standard, menjaga etika dan disiplin peguam syarie dan ia juga boleh menyelia dan mengawal firma guaman dan akaun guaman syarie, menjaga kebajikan peguam syarie dan menyediakan khidmat pada masyarakat yang kompeten dan telus. Semua perkara itu amat penting bagi melahirkan peguam syarie yang kompeten dan berkemampuan untuk menyelesaikan masalah umat yang sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua, untuk akhirnya saya menyokong usul bagi mengadakan satu Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2019 dengan usul untuk menyokong. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Kuala Kangsar.

Diikuti oleh Yang Berhormat Masjid Tanah, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Sik.

final • 4:10 PM

Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 4:13 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Pontian juga, seperti biasa.

final • 4:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila, Yang Berhormat Kuala Kangsar.

final • 4:13 PM

Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar

Ya. Saya ingin memanjatkan kesyukuran sebuah rang undang-undang yang saya tunggu begitu lama, akan...

final • 4:13 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim[Arau]

Yang Berhormat Jelutong jangan balik.

[Ketawa]

final • 4:13 PM

Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar

...Akan menjadi suatu realiti. Di sini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan hendak membuat special mention dengan izin untuk Yang Berhormat Beaufort, Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun dan rakan-rakan seperjuangan beliau, sahabat-sahabat pengamal undang-undang syarie ketika mengepalai sebuah jawatankuasa undang-undang ketika beliau berjuang sebagai Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Perjuangan yang begitu lama sekali dan saya bertuah kerana menyaksikan kesungguhan jawatankuasa ini berjuang dan telah membuat engagement dengan berbagai- bagai badan dan stakeholder yang berkepentingan. Apakan daya, perjuangan kami terhenti seketika ketika Barisan Nasional kalah pada PRU ke-14. Walau bagaimanapun Yang Berhormat Menteri, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana terus mengisi dan meneruskan perjuangan kami.

Tuan Yang di-Pertua, kita harus menerima hakikat bahawa di Malaysia, undang- undang syariah masih lagi berada di taraf yang rendah. Saya ingin merungkai sedikit sejarah mengenai kehebatan undang-undang syariah sebelum ini yang telah lama bertapak sejak Kesultanan Melayu Melaka lagi. Undang-undang terawal adalah Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Inilah sebab Melaka menjadi tumpuan ulama-ulama dan ingin saya rakamkan di sini, undang-undang syariah telah menjadi landasan yang utama sebelum pentadbiran Inggeris mentadbir Tanah Melayu.

Ketika Tanah Melayu melepasi fasa penjajah, undang-undang Melayu dipinggirkan dan diganti undang-undang sivil penjajah Inggeris. Hanya tinggal satu undang-undang yang digunakan untuk menjamin kesejahteraan rakyat. Maka undang-undang syariah ketika dahulu lagi telah mendapat tempat dan telah berkembang, berbanding undang-undang sivil yang dibawa penjajah. Undang-undang Islam telah berada di tahap yang begitu tinggi sekali di negara ini suatu ketika dahulu. Saya berharap Yang Berhormat Menteri kembalikan

final • 4:13 PM

Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar

kegemilangan dan anjakan paradigma yang menyelubungi bidang syariah di tempat yang sepatutnya. Terima kasih di atas inisiatif awalan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah melihat keseluruhan rang undang-undang ini. Yang saya yakini mahu membuat pemantauan kawalan dan kebajikan peguam syariah dan garis panduan etika guaman syariah. Saya berharap peruntukan-peruntukan yang ada dalam rang undang-undang ini mampu mengangkat peguam syarie setara dengan peguam sivil. Kita semua maklum bahawa bidang undang-undang syariah mempunyai persepsi second class yang tidak setara dengan kelebihan yang diberi kepada pengamal undang-undang sivil.

Demi memartabatkan perundangan syariah dan profesion syariah, ini adalah permulaan yang baik walaupun tidak sempurna cara totalitynya, dengan izin dan nikmatnya akan dirasai oleh pengamal undang-undang di Wilayah Persekutuan. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, saya memohon Yang Berhormat Menteri untuk mempercepatkan rang undang-undang yang sepertinya di seluruh negara supaya kita dapat menggunakan kelebihan yang ada di dalam rang undang-undang ini dan semua pengamal undang-undang dapat menjalankan amalan mereka secara efektif di seluruh negeri.

Ketidakseragaman dan ketidakselarasan amalan undang-undang di antara negeri- negeri telah mengakibatkan kekangan pengamal undang-undang syarie untuk menjalankan profesion mereka dengan baik dan secara optimum. Ianya juga meletakkan tekanan ke atas anak guaman-guaman yang tidak mempunyai kelonggaran untuk mendapatkan khidmat di negeri-negeri lain. Di dalam kes-kes tertentu, seseorang peguam syarie itu kena tindakan di Negeri Sembilan, misalannya. Dia masih boleh bertugas di Selangor. Ini tidak adil kepada anak guaman. Peguam dikenakan tindakan tatatertib juga boleh berleluasa kerana tidak ada satu badan induk yang boleh memantau setiap peguam di setiap negeri.

Ketidakseragaman juga mengakibatkan pentadbiran, pelaksanaan penguat kuasa undang-undang Islam ini menjadi rumit. Ia menyebabkan perbezaan dalam penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah Syariah antara satu negeri ke satu negeri yang lain walaupun penghakiman tersebut berhubung dengan kes yang mempunyai fakta yang sama. Ia menimbulkan kekeliruan dan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat negara dan juga orang Islam.

JAKIM telah banyak membantu menggubal undang-undang Islam Yang Berhormat Menteri. Memandangkan tidak ada mekanisme dan penyeragaman yang mengikat negeri- negeri di sisi undang-undang, maka satu mekanisme yang lebih berkesan perlu dibuat bagi mencapai matlamat tersebut.

final • 4:13 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim[Arau]

Minta penjelasan boleh?

final • 4:13 PM

Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar

Saya pendek masa, maaf ya Yang Berhormat Arau.

final • 4:13 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim[Arau]

Ya, ya.

[Ketawa]

final • 4:13 PM

Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar

JAKIM telah mengemukakan suatu cadangan supaya penyelarasan dan penyeragaman undang-undang Islam negeri dibuat oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Apabila Majlis Raja-Raja Melayu bersetuju, negeri- negeri hendaklah menerima-pakai undang-undang tersebut untuk dibentangkan di Dewan Undangan Negeri masing-masing tanpa membuat apa-apa pindaan dan diubah suai. Dengan demikian adalah diharapkan semua negeri akan mempunyai peruntukan undang-undang yang sama dan seragam.

Dalam masa yang sama, tahniah buat pertama kalinya, peguam syarie ternyata akan bebas. Guaman syarie Wilayah Persekutuan bakal menjadi model untuk ditiru dan diikuti oleh negeri-negeri lain. Oleh itu peguam syarie tidak boleh melangkaui bidang kuasa yang ditetapkan. Campur tangan Majlis Agama Islam juga akan terbatas dari segi pengeluaran dan pembaharuan lesen guaman syarie dan tindakan tatatertib yang sebelum ini dikawal selia melalui kaedah-kaedah peguam syarie akan tamat.

Saya ingin menyentuh sedikit mengenai keberkesanan prosiding sulh di pejabat agama. Saya berpendapat prosiding sulh harus dipertingkatkan dan digunakan sebelum kes

final • 4:13 PM

Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar

ini dimulakan dan juga ia harus dimasukkan ketika kes sedang berjalan. Supaya kes penceraian dan hadanah dapat diselesaikan secara yang lebih murni dan harmoni.

Saya ingin merujuk kepada fasal 11 ke 27 Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin merujuk kepada pendaftaran peguam syarie yang diperuntukkan dalam rang undang-undang ini. Permohonan masuk dalam peguam syariah masih mengikut negeri.

Saya mohon Yang Berhormat Menteri untuk mempercepatkan supaya peguam-peguam syarie dapat mendaftar di satu negeri tetapi dapat mengamalkan profesion mereka di seluruh negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon kepada kerajaan ini juga, apa saja rang undang- undang dan pindaan yang bakal dibuat terhadap hukuman yang sedia ada, harus berlandaskan hukum syarak dan bukan akal logik semata-mata.

final • 4:13 PM

Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar

Saya tahu usaha ini dibuat tetapi ada kalanya tekanan-tekanan daripada badan- badan tertentu telah meletakkan satu tekanan kepada Yang Berhormat Menteri untuk menjalankan tugas sebaik mungkin. Kalau boleh saya mencadangkan semua mufti di setiap negeri dipanggil- apa sahaja pindaan yang bakal dibuat mesti merujuk kepada mufti, dan juga penyeragaman undang-undang syarie senang dibuat. Pada masa yang sama penggunaan ini harus dipakai di seluruh negeri, dan saya mohon Yang Berhormat Menteri untuk memastikan peranan Raja dan Sultan dan Yang Dipertuan Besar Negeri harus diperoleh terlebih dahulu.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mohon Yang Berhormat Menteri untuk mengadakan latihan-latihan yang berimpak tinggi secara perdana kepada pelaksana perundangan sama ada penguat kuasa agama, penguat kuasa syarie, Peguam Syarie di Mahkamah Syariah.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin melihat semula dua institusi kehakiman di dalam Sistem Perundangan Islam di Malaysia iaitu Institusi Mahkamah Syariah, dan Institusi Jabatan Mufti disatukan. Ini kerana ada kalanya pada kes-kes tertentu seorang peguam akan menggunakan fakta-fakta yang akan dikeluarkan oleh mufti di negeri-negeri, dan dimuatkan dalam hujah-hujah mereka.

Kita juga tahu fatwa itu bersifat umum, tanpa melihat kepada bukti kes dan bukti lain.

Saya mohon Yang Berhormat Menteri untuk memikirkan supaya Peguam-peguam Syarie boleh terus menggunakan fatwa-fatwa tertentu untuk membantu kes-kes mereka dan sekiranya berlaku konflik di antara perundangan dan juga fatwa mesti ada satu kaedah untuk memastikan bahawa nas-nas harus diikuti secara ketat. Mengikut hukum semestinya fatwa itu mesti berlandaskan syarak dan harus diterima secara total.

Institut Fatwa adalah penasihat Sultan mengenai hal ehwal agama tetapi fakta yang kurang jelas harus memerlukan mufti mentafsirkannya. Jadi persoalannya berkisar sama ada fatwa yang diberikan oleh mufti yang diguna pakai oleh Hakim Syarie yang diguna pakai oleh seorang Peguam Syarie akan menjadi authority kepada pihak peguam dan pendakwaan.

Secara langsung mufti kelihatan lebih superior daripada hakim daripada segi ilmu agama. Itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Kangsar. Saya ingin meneruskan menjemput Yang Berhormat Masjid Tanah.

final • 4:20 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua di atas kesempatan ini untuk saya sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan bagi RUU Profesion Guaman Syarie Wilayah Persekutuan 2019.

Saya ingin mengucapkan dan merekodkan ucapan setinggi tahniah dan juga terima kasih di atas segala kerja keras bagi persiapan dan juga segala kajian dan gerak kerja yang

final • 4:22 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

telah pun dibuat sebelum-sebelum ini, sama ada daripada Kerajaan Barisan Nasional mahupun yang telah disambut oleh Kerajaan Pakatan Harapan, dan semoga ianya dapat direalisasikan selama 26 tahun di bawah kaedah Peguam-peguam Syarie 1993 tanpa ada sebarang pindaan, ianya dapat kita lihat dengan semangat ataupun spirit di bawah rang undang-undang ini bagi memperkasakan profesion Peguam Syarie itu sendiri dan sekali gus ianya dilihat bukan hanya dapat menjamin kepentingan Peguam Syarie tetapi dapat menjaga kepentingan dan kebajikan anak guam.

Malah kompetensi daripada Peguam Syarie juga dapat dipertingkatkan. Kalau dahulu hendak jadi Peguam Syarie cukup mudah. Saya dekat Melaka, saya pergi interview sahaja. Habis dekat UKM, LLB undang-undang dekat UKM pergi daftar untuk minta masuk sebagai ini, dipanggil interview. Lulus interview terus dapat jadi Peguam Syarie. Kalau Wilayah Persekutuan saya difahamkan, kena ambil exam. Kalau gagal exam, dan dibuat rayuan, boleh melalui interview pun boleh didaftar masuk sebagai Peguam Syarie.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, kita lihat di bawah Bahagian III, seksyen 13 yang menyatakan perlu ada latihan, latihan dalam kamar selama enam bulan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah justifikasi kerana menetapkan enam bulan itu.

Kenapa tidak sembilan bulan sama macam sivil ataupun tidak memendekkan kepada lima bulan. Apakah justifikasi enam bulan itu sendiri dan requirement, keperluan yang diletakkan untuk berada di bawah pengajar, Master yang mempunyai sama taraf sebagaimana Mahkamah Sivil juga cukup bagus, tujuh tahun supaya ianya dapat diserahkan ataupun diberikan segala pengetahuan kepada pelatih dalam kamar itu dengan cukup baik.

Malah ketiganya, accountability, kebertanggungjawaban juga lebih terserlah yang mana apabila Bahagian VIII melalui amalan etika kelakuan dan tatatertib profesional Peguam Syarie yang dahulu kalau kita tengok tidak perlu ada firm pun, duduklah bersidai dekat Mahkamah Syariah, selepas itu dapat kita punya kilen- tidak perlu ada pejabat. Begitu sahaja- saling tukar contact number dan terus boleh wakili anak guam.

Apabila adanya rang undang-undang ini, kita melihat Peguam Syarie yang buat freelance ini mereka perlu betul-betul ada accountability, ada integriti dan juga mereka boleh diambil tindakan tatatertib sekiranya mereka tidak mematuhi apa juga peraturan yang termaktub di bawah rang undang-undang ini, sebagaimana seksyen 65 subseksyen 3.

Saya juga ingin bertanya, apakah pihak Yang Berhormat Menteri ada garis panduan untuk tentukan tentang pihak Peguam Syarie ini boleh menentu ataupun skala fi guaman.

Kita tengok kalau hari ini sesuka hati sahaja pihak peguam mengenakan yuran guaman, kadang-kadang terlalu tinggi yang tidak terjangkau dek akal fikiran kita. Apatah lagi yang bercerai itu seorang jutawan. Kahwin dengan hartawan yang hendak bercerai yang menjadi mangsa keadaan anak-anaknya lah yang menjadi mangsa. Akan tetapi duit bukan menjadi persoalan tetapi bagaimana untuk mereka yang tidak berkemampuan.

Jadi saya juga ingin menyentuh tentang tahap profesionalisme seorang Peguam Syarie yang apabila adanya rang undang-undang ini diperkuatkuasakan, kita tidak lagi boleh memperlekehkan profesion seorang Peguam Syarie itu tidak lagi dipandang lekeh oleh masyarakat.

Oleh sebab apa, kita ada Majlis Peguam Syarie yang bertindak sebagai menguruskan Peguam Syarie dan juga memantau segala-gala perjalanan Peguam Syarie ataupun firma-firma Peguam Syarie ini. Saya hendak bagi contoh macam ada dekat satu keadaan di Melaka. Saya cerita dekat Melaka, daripada 3 batu boleh nampak terpampang dia punya iklan. Oleh sebab apa, dia boleh buat signage itu sesuka hati- tidak ada garis panduan. Kalau ikut Bar Council, kita ada dia punya papan besar mana, tulisan yang bagaimana. Kita ada mengikut garis panduan. Saya ingin bertanya, adakah pihak Majlis Peguam Syarie juga mempunyai garis panduan seperti itu.

Rang undang-undang ini juga saya ingin mengharapkan ianya agar dapat melancarkan dan agar lebih responsive terhadap apa juga yang dilaporkan oleh Peguam Syarie kepada Majlis Peguam Syarie. Kalau sebelum ini kita hanya melaporkan kepada Majlis Agama ataupun kalau dekat Jabatan Agama. Dekat Johor, undang-undang syarak Jabatan Agama Negeri Johor dan tidak 100 percent pun yang akan diambil maklum ataupun diambil

final • 4:22 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

tindakan oleh mereka. Jadi apabila adanya rang undang-undang ini dikuatkuasakan, boleh disalurkan segala aduan dan diambil tindakan- saya harap ianya akan ditambah baik.

Seterusnya besar harapan saya juga rang undang-undang ini juga akan jadi cerminan pada masa hadapan tentang profesion Peguam Syarie yang lebih dinamik, lebih progresif dan lebih dihormati. Cuma saya hendak tahu, bagaimanakah penerimaan negeri- negeri lain, bagaimanakah persiapan, bagaimanakah persediaan negeri-negeri untuk menyambutnya. Sudahkah ada rundingan yang dibuat, adakah sesi engagement yang telah dilakukan, dan sudah adakah sesi bersama dengan NGO-NGO yang dibuat supaya mereka ini dapat menyambutnya di akar umbi, malah dapat melancarkan lagi segala gerak kerja pelaksanaan yang akan kita buat kelak.

Besar harapan saya, Melaka juga akan turut menyokong dan juga manfaatnya dapat dikongsi...

[Tepuk] Dan dirasai oleh Peguam Syarie di negeri lain.

Saya juga ingin tahu daripada jumlah Peguam Syarie yang berdaftar di Wilayah Persekutuan seramai 884 orang, ada seramai 556 yang telah pun renew licensenya pada tahun ini, bagaimanakah keadaan ataupun berapakah jumlah yang masih lagi pending yang baru sahaja mendaftarkan permohonan, bagaimanakah keadaan mereka sekiranya RUU ini dikuatkuasakan. Adakah ia akan ikut akta lama ataupun akta yang baru?

Seterusnya juga – ada 3 minit. Laju ini macam kereta api...

final • 4:22 PM

[Dewan ketawa]

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Besar harapan saya juga dapat dilaksanakan dengan baik, empat perkara yang kita lihat dan bagaimanakah dengan perjawatan apabila akta ini dikuatkuasakan- perlukah diwujudkan perjawatan-perjawatan baharu ataupun penting ataupun lebih khusus dan bukan hanya pinjam sini duduk engkau dua tahun selepas itu kau pindah dekat agensi lain.

Adakah perjawatan ini sebagaimana di bawah bidang kuasa Majlis yang telah diperuntukkan di bawah fasal 59 yang menentukan keperluannya. Jadi ianya meletakkan Majlis yang menentukan keperluannya. Jadi saya ingin bertanya, bagaimanakah keperluan perjawatan?

Saya juga ingin bertanya daripada segi perancangan pelaksanaannya nanti Yang Berhormat Menteri, nampaknya ianya kita melihat bahawa kita hendak tengok Mahkamah Syariah kita ini pergi jauh lebih hebat dari apa yang ada sekarang.

final • 4:22 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Kita hendak tengok juga Mahkamah Syariah kita ini sama macam Mahkamah Sivil.

Hari ini Mahkamah Sivil pun sudah menggunakan kaedah CRT iaitu Court Recording Transcription yang mana ada usaha juga untuk menukarkan voice kepada transcription.

Hebat, saya juga diberitahu hari ini kalau tidak perlu pun daripada Johor hendak datang ke Perlis misal kata mereka hanya boleh melalui video conferencing sahaja melalui case management dengan izin boleh dilaksanakan di Mahkamah Sivil. Bagaimanakah perancangan yang ingin dilakukan bagi memperkasakan lagi bukan hanya Peguam Syarie tetapi juga Mahkamah Syariah.

Seterusnya, akhir sekali saya juga ingin menegaskan tentang peranan Bar Council. Maksudnya Majlis Peguam kita yang sedia ada ini. Berikan inspirasi. Saya mengharapkan mereka dapat memberikan inspirasi dan juga mainkan peranan secara bersama kerana peranan yang dimainkan oleh Bar Council hari ini cukup besar. Malah Majlis Peguam Malaysia juga harus sokong rang undang-undang ini dan usaha-usaha bagi memurnikannya kerana di bawah Perlembagaan Persekutuan, agama Islam adalah agama rasmi.

Jadi, tidak perlu kita hendak rasa tergugat kerana di bawah Bar Council ini dan juga Majlis peguam Syarie mempunyai bidang kuasa yang berbeza. Malah ia akan lebih melancarkan lagi lebih banyak perkara. Kalau dahulu tindakan tatatertib seorang Peguam Syarie yang juga seorang peguam bela dan peguam cara, ia akan memberikan kesan kepada mereka yang beramal sebagai peguam cara dan juga peguam bela sekiranya melakukan kesalahan sebagai seorang Peguam Syarie.

Akan tetapi dengan adanya rang undang-undang ini, kalau ada dia melakukan kesalahan sebagai seorang Peguam Syarie, terus direct boleh dikenakan tindakan di bawah

final • 4:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

rang undang-undang itu. Ini adalah cukup baik sekali. Ia lebih khusus, ia lebih spesifik. Jadi, besar harapan saya ia dapat dilaksanakan dengan baik dan juga mengambil kira dengan saranan-saranan yang dilakukan, yang telah dihujahkan oleh sahabat-sahabat Yang Berhormat budiman semua yang hebat di dalam Dewan ini.

Malah saya juga selepas ini kalau negeri-negeri lain boleh melaksanakan perkara yang sama, mudahlah saya Peguam Syarie daripada Melaka untuk beramal dan juga menjadi Peguam Syarie bolehlah ke lain dekat tempat atau negeri lain. Sekian. Dengan ini Masjid Tanah menyokong. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat masjid Tanah. Saya jemput seterusnya Yang Berhormat Sik, diikuti oleh Yang Berhormat Kapar. Kemudian Yang Berhormat Baling, kemudian Yang Berhormat Lembah Pantai dan Yang Berhormat Arau. Sila Yang Berhormat Sik.

final • 4:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Firman Allah SWT, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Katakanlah wahai Muhammad, aku beriman kepada semua kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allahlah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu”. Surah Assyura, ayat 15.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, terima kasih untuk juga saya bersama membahaskan Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019. Profesion guaman bukanlah suatu profesion yang baru bahkan ia telah bermula pada zaman Nabi SAW. Peranan ini juga pernah dilaksanakan oleh Nabi SAW bersama para sahabat Baginda. Sebagai contoh, ketika mana Sayidina Ali dalam kes perempuan yang telah berikrar di hadapan Khalifah Umar r.a yang ia telah melakukan zina.

Akhirnya perempuan itu telah dibebaskan dan ikrar di mahkamah diketepikan.

Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa perkara yang ingin saya memberi pandangan dan mohon pihak Yang Berhormat Menteri menjelaskan persoalan-persoalan yang saya bangkitkan ini, ada di antaranya yang telah dibangkitkan oleh rakan-rakan yang lain sebelum ini. Namun, ia sebagai penguat kepada persoalan yang perlu dijelaskan.

Pertama, peguam bela dan peguam cara sivil dikawal selia oleh Akta Profesion Undang-undang 1976. Semua tindakan tatatertib peguam bela dan peguam cara diambil di bawah akta tersebut. Namun bolehkah Yang Berhormat Menteri memberi jaminan seorang peguam syarie yang juga seorang peguam bela dan peguam cara apabila didakwa melakukan suatu kesalahan melanggar Etika Guaman Syarie tidak diambil tindakan di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976 dan juga Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 yang kita bentangkan hari ini.

Ia sudah pasti akan menyebabkan seseorang itu diambil tindakan secara dua kali ataupun double jeopardy. Bolehkah pihak Yang Berhormat Menteri tunjukkan klausa di mana di dalam rang undang-undang ini yang menghalang tindakan diambil di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976 secara spesifik. Terdapat banyak kes ketika ini yang mana seorang peguam bela dan peguam cara yang juga seorang peguam syarie diadukan di Lembaga Tatatertib Peguam di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976. Ada kes yang masih pending di mahkamah seperti kes Mohd. Rafie Mohd Syafie melawan Majlis Peguam.

Kedua, Tuan Yang di-Pertua, seorang peguam bela dan peguam cara sivil boleh mendaftarkan firmanya di bawah Akta Perkongsian Terhad 2016. Namun rang undang- undang ini digubal tanpa pindaan selari kepada Akta Perkongsian Terhad tersebut bagi membolehkan peguam syarie juga mendaftar firma mereka di bawah akta tersebut. Adakah pihak Yang Berhormat Menteri tiada rancangan meminda akta tersebut untuk tujuan ini kerana tidak dipinda dengan selari.

final • 4:33 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Hal ini penting kerana insurans atau takaful yang dikenakan ke atas perkongsian biasa adalah terlalu tinggi dan membebankan. Perkongsian terhad akan menjimatkan premium insurans atau takaful. Ia juga selaras dengan perkembangan dunia untuk mewujudkan perkongsian terhad seperti yang berlaku di negara-negara luar.

Tuan Yang di-Pertua, yang ketiga bagi peguam mahkamah sivil, mereka ada Majlis Peguam di peringkat Semenanjung Malaysia. Akan tetapi kenapa tidak diwujudkan Majlis Peguam Syarie Malaysia? Apakah kekangan yang ada bagi menubuhkan Majlis Peguam Syarie Malaysia? Tidakkah boleh Majlis Peguam Syarie Malaysia diletakkan terus di bawah Majlis Raja-raja dengan perkenan Raja-raja Melayu agar ia tidak menyentuh kuasa-kuasa negeri.

Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Akta Profesion Guaman ini jelas telah mengambil banyak kuasa yang ada pada ketika ini daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Persoalan saya kenapa tidak ada wakil Majlis Agama Islam di dalam Lembaga Kelayakan Profesion Guaman Syarie ini? Ia seolah-olah menidakkan fungsi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di dalam urusan hal ehwal peguam syarie.

Seterusnya, persoalan saya, pada 9 Julai 2019 yang lalu, Persatuan Peguam Syarie Malaysia melalui presidennya menyokong pembentangan Rang Undang-undang Akta Profesion Guaman Syarie 2019 ini. Beliau menyatakan rang undang-undang ini dapat membantu menyelesaikan masalah ketidakseragaman dan ketidakselarasan amalan undang-undang antara negeri serta mengelakkan kemudaratan.

Persoalan saya, bagaimanakah rang undang-undang ini dapat menyelesaikan masalah ketidakseragaman dan ketidakselarasan kerana rang undang-undang ini hanya bagi Wilayah Persekutuan sahaja. Negeri-negeri tidak boleh disuruh untuk menggubal enakmen yang sama. Adakah negeri-negeri sudah bersetuju menjadikan rang undang-undang ini sebagai model kepada negeri-negeri mereka? Adakah mereka bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia ini.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, persoalan yang sering timbul di kalangan peguam Syarie ialah apabila mereka diterima masuk sebagai peguam syarie di Selangor contohnya mereka masih perlu memohon untuk menjadi peguam syarie di negeri-negeri lain termasuk di Wilayah Persekutuan walaupun ada peruntukan yang membolehkan mereka diterima menjadi peguam syarie di Wilayah Persekutuan.

Hal ini sangat membebankan peguam syarie tersebut kerana terpaksa memohon di 14 negeri jika mahu menjadi peguam syarie di seluruh Malaysia. Adakah rang undang- undang ini mengadakan peruntukan bagi peguam syarie di negeri lain diterima secara automatik di Wilayah Persekutuan.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya memohon Yang Berhormat Menteri menjelaskan usaha-usaha yang telah dijalankan sehingga tercapainya rang undang-undang ini.

final • 4:33 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Adakah ini satu-satunya model yang ada dan disepakati atau terdapat model lain yang tidak dipilih? Saya percaya perjuangan untuk mewujudkan RUU ini dipelopori lama dahulu, khususnya, oleh Almarhum Profesor Tan Sri Ahmad Ibrahim dan rakan-rakannya dahulu. Jadi, mohon penjelasan adakah atau berapakah kaedah yang boleh dijalankan selain daripada RUU ini? Adakah Majlis Peguam Syarie Malaysia tidak boleh ditubuhkan melalui undang-undang ini?

Terakhir, Tuan Yang di-Pertua, saya memohon penjelasan Yang Berhormat Menteri, selalu yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri, untuk kita atau kerajaan baharu ini dengan menyeluruh dan komprehensif untuk mengangkat kedudukan Mahkamah Syariah Malaysia.

Saya ingin bertanya bilakah kerajaan hari ini merancang ataupun bercadang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 yang menjadi pokok kepada untuk mengangkat kedudukan mahkamah syariah khususnya dalam soal hukuman yang ada?

final • 4:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Saya mendapat jawapan bertulis daripada Yang Berhormat Menteri, beberapa hari yang lalu, soalan saya itu, beliau menjawab “kerajaan berhasrat untuk meminda Akta 355”.

Persoalan saya, bilakah akan dipinda? Sama ada pada bulan ini, tahun ini, dua tahun lagi, sepuluh tahun lagi, tolong berikan penjelasan time-frame yang dibuat oleh kerajaan untuk meminda Akta 355 ini. Khusus untuk kita hendak mengangkat kedudukan mahkamah syariah yang sangat penting di samping rang undang-undang ataupun soal profesion guaman syarie yang telah kita bentangkan hari ini di mana saya juga bersetuju dengan juga melihat pindaan- pindaan yang telah dicadangkan. Itu sahaja yang dapat saya sampaikan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Sik. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kapar.

final • 4:40 PM

Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Meneliti dan cuba memahami, walaupun bukan seorang peguam mahkamah syarie, tetapi saya akui bahawa menyentuh dan menyelami serta memahami itu amatlah perlu untuk saya menyertai sebahagian perbahasan dalam konteks Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2019. Melihat daripada sejarah yang lalu, kedengaran bunyinya sudah pun digedangkan tetapi tidak dijadikan realiti.

Saya terkejut apabila saya menerima naskhah ini untuk dibahaskan menjadi rang undang-undang. Saya terpegun, hargai, sebab perkara ini sudah lama dibicarakan sebelum ini. Setelah saya meneliti, kekaguman saya itu terserlah. Tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan kementerian yang telah pun berjaya melahirkan kedudukan untuk mengangkat martabat, darjat, harakat mahkamah syarie terutama sekali pemain-pemain dan watak utama.

Saya rasa terpegun atas tanpa berlindung, walaupun pada peringkat awal hujahan daripada semua pihak, ada pihak mempertikaikan Yang Berhormat Menteri, ada pihak mempertikaikan kebolehan kementerian. Akan tetapi, yang nyata kementerian telah pun berjaya membawa ke Parlimen untuk di-endorsed-kan sebagai Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2019. Ini juga salah satu senario yang memungkinkan boleh kita lunaskan. Seperti mana yang dibicarakan oleh Yang Berhormat Sik, inilah sebenarnya yang dilihat boleh mampu untuk memastikan bahawa tuntutan daripada Akta 355 itu menjadi kenyataan.

Ini yang sebenarnya harus di garis pandukan. Saya akui, banyak pihak mempertikaikan kewibawaan. Akan tetapi yang jelas, pewatak-pewatak di dalam peguam- peguam syarie ini diberikan peluang untuk di sama ratakan, untuk diberikan martabat mereka diakui dan dihargai. Saya juga ingin mengulas serba sedikit dengan komitmen kementerian dan Yang Berhormat Menteri itu sendiri. Apa bicara di luar sana, peduli apa? Apa yang penting keberanian untuk mengangkat undang-undang syariah ini dan menghargai pemainnya itu adalah wajib dalam segi untuk kita memastikan undang-undang yang kita selama ini dilaungi dan dilindungi oleh perlembagaan iaitu negara ini adalah negara Islam.

Maka, memetik daripada apa yang telah pun dicadangkan, dalam rang undang- undang yang baharu dijelmakan ini, walaupun kedapatan banyak permasalahan yang dibangkitkan oleh mereka pembahas sebelum ini, tetapi, saya yakin, dengan beberapa terma- terma yang ada, meyakinkan saya bahawa dalam konteks keyakinan itu maka terwujudlah cadangan Lembaga Kelayakan Profesion Guaman Syarie. Atur caranya, untuk menubuhkan lembaga, untuk memastikan kawal selia, untuk memastikan bahawa setiap mereka tidak tergelincir daripada untuk mengangkat kedaulatan pemain-pemain utama iaitu peguam- peguam syarie.

Kedua, saya juga ingin menyinggung dari aspek penerimaan masuk peguam syarie itu dipastikan bahawa mereka ini memang yang betul-betul layak untuk memegang dan memberikan serta mewakili mereka yang dianggap sebagai dizalimi atau penganiayaan atau mengambil hak mereka itu sendiri. Meneruskan hujahan saya, tanpa berlengah waktu, saya juga ingin menyentuh beberapa perkara yang membuatkan saya teruja. Salah satunya

final • 4:42 PM

Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

perakuan amalan tahunan untuk memastikan perjalanan itu mengikut sistem kerangka yang telah pun diberikan oleh kerajaan untuk memastikan pemain-pemain utama ini berdisiplin.

Kedua, hak keistimewaan peguam syarie. Ini memberikan saya banyak lingkaran, pengetahuan tentang betapa mulianya kita untuk memastikan bahawa pemain-pemain ini tidak akan diketepikan atau dipinggirkan atau diklasifikasikan sebagai kelas kedua atau kelas ketiga. Oleh sebab, mengangkat kedudukan itu adalah satu perkara yang sungguh mulia.

Seterusnya, dalam kesungguhan kerajaan untuk memastikan bahawa Badan Peguam Syarie dan Majlis Peguam Syarie pun dicadangkan untuk memastikan seiring dengan Bar Council, untuk memastikan bahawa peguam-peguam ini juga boleh merujuk ataupun mendapat kawal selia atau di-guideline-kan supaya mereka ini tidak memberikan tumpuan lain ataupun cuba untuk mengkhianati amanah yang diberikan.

Saya juga ingin menyinggung di atas Majlis Peguam Syarie Wilayah Persekutuan, walaupun kedapatan mengatakan ini untuk Wilayah Persekutuan. Kita mesti bermula dengan sesuatu. Apabila ia berjaya, lingkaran itu akan kita anjakan. Saya percaya seluruh negeri akan menyahutnya dan tidak ada persoalan yang mengatakan bahawa ini akan mengambil kuasa Agong, kuasa Raja-raja, tidak, tidak langsung terfikir. Saya memahami keadaan itu.

Akan tetapi, ini adalah spekulator ataupun speculate yang dibuat untuk mengecutkan semangat kerajaan ataupun mereka yang menjadi pemain utama dalam membentuk, mengangkat kedudukan peguam-peguam syarie ini. Saya juga merasai betapa amat pentingnya atas kawal selia dan juga syarat yang dikenakan di atas mereka yang diamanahkan. Apabila menjurus kepada amanah, ia melibatkan mahkamah rendah syarie, mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan. Meneliti daripada cadangan ini, memahami daripada kehendak isi cadangan itu dibuat, kita jangan pinggirkan, jangan kita lupa pemain utama yang lain, yang memberikan kesan atas mengangkat kedudukan itu. Salah satu daripada kumpulan ini ialah hakim-hakim.

Walaupun kedapatan di luar sana, saya begitu sedih dan dukacita apabila selama ini puluhan tahun, daripada tahun 1957, sehingga hari ini kita melihat kedudukan mahkamah syariah ini seolah-olah dipinggirkan, seolah-olah mereka ini di kelas dua, kelas tiga, mengapa saya katakan begitu? Ini kerana apabila kita menyentuh tentang mahkamah syariah, fungsinya sama, memberikan hak kesaksamaan dan keadilan serta kebenaran. Namun, kedudukan mereka itu dalam segi penggajian, dalam segi kedudukan, mahkamah tinggi yakni di mahkamah syariah kedudukan mereka N48. Bayangkanlah pegawai kerajaan di daerah kewangan N48 grednya Tuan Yang di-Pertua. Kita hendak samakan dengan Hakim Mahkamah Syariah Tinggi? Ho, dahsyat!

final • 4:42 PM

Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Apakah kita tidak terfikir bahawa mereka ini perlu dibela untuk kita mengangkat kedudukan kehakiman mahkamah yang kita rujuk kepada negara ini, negara Islam? mengapa jadi begitu? Ini kerana selama ini mereka dipinggirkan, hasrat dan keinginan mereka dipendamkan, tiada siapa pun yang cuba untuk mewakili mereka untuk memperjuangkan nasib hakim-hakim ini. Bayangkanlah kalau Ketua Hakim Mahkamah Rayuan di mahkamah syariah kedudukannya hanya JUSA C. Bayangkan begitu rendahnya kita meletakkan mereka, kita mengakui bahawa mahkamah syariah ini hendak diangkat kedudukannya sama baris atau sama level dengan mahkamah sivil.

Akan tetapi kita terlupa bahawa mereka ini juga memerlukan pembelaan. Kita terlupa bahawa mereka juga bekerja seperti mana mahkamah sivil dan juga description spesifikasi mahkamah sivil itu sama dengan mahkamah syariah. Akan tetapi mengapa mereka diperlakukan begitu, ini adalah waktu kita reform.

Saya tidak boleh meminggirkan, saya tidak boleh mengetepikan tangisan mereka dan saya tidak boleh membiarkan mereka keseorangan. Oleh sebab barang diingat, setiap rujukan itu mahkamahlah yang menentukan segala-galanya dan inilah yang saya lihat bahawa waktu yang terbaik, waktu apabila kerajaan ini terbina. Ini adalah waktu yang sesuai untuk kita kaji semula, fikir semula kedudukan dan kita angkat pemain-pemain ini supaya mereka tidak akan disisihkan. Supaya mereka dilihat boleh dibela, semoga mereka itu menjadi rebutan untuk menghakimi dan juga menelaah ilmu untuk melaksanakan tugas

final • 4:50 PM

Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

sebagai seorang hakim yang wibawa. Kita akui mereka hakim wibawa tetapi penghargaan tidak langsung kita fikirkan.

Maka, saya cabar Yang Berhormat Menteri dan kerajaan supaya memikirkan bersekali dengan hakim-hakim ini dan juga pejabat-pejabat dalam kehakiman itu yang perlu diangkat setara dengan mahkamah sivil. Ini tidak boleh diketepikan malah saya juga menyeru kepada kerajaan supaya harapan itu wajib diberikan kepada mereka untuk melombongkan segala hujah saya. Saya mengucapkan syabas kepada Yang Berhormat Menteri dan kementerian yang berani mencadangkan dan telah pun dicadangkan pada hari ini. Saya cukup kagum walau apa bicara di luar sana, pedulikan. Apa yang penting keberanian itulah yang benar-benar boleh mengangkat martabat, darjat, harakat untuk memastikan mahkamah syariah ini tidak akan diketepikan.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Di luar sana ialah harga minyak diturun.

final • 4:50 PM

Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Maka saya – ini Yang Berhormat Arau memang hendak mengganggu selalu tetapi akan menghilangkan tone saya sebagai pembahas.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya minta penjelasan.

final • 4:50 PM

Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Apa yang penting saya percaya dan yakin bahawa ini adalah saluran untuk kita mengangkat kedudukan pemain utama dan kita pastikan mahkamah syariah diberikan kesaksamaan dengan mahkamah sivil. Dengan demikian, saya menyokong sepenuh-penuhnya cadangan ini tanpa ada bantahan dan ada keraguan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Pontian dan kemudian diikuti Yang Berhormat Lembah Pantai dan seterusnya Yang Berhormat Arau, sila.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua tidak adil. Nama saya termasuk yang dekat atas itu.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Kita ada masa lagi Yang Berhormat Arau, terima kasih.

final • 6:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Kita ada masa lagi Yang Berhormat Arau. Sila Yang Berhormat Pontian.

final • 6:53 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak mengapa, perbuatan tersebut saya minta saya cakap 20 minit.

final • 6:53 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Saya tidak akan mengambil masa yang terlalu panjang, mungkin hanya lima minit agaknya.

Pertama usaha untuk memperkasa mahkamah syariah ini telah dilaksanakan sebelum ini lagi. Pada tahun 1998 misalnya, diwujudkan penubuhan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia ataupun JKSM. Pada saat dan ketika ini, Ketua Pengarah JKSM ini ialah Yang Amat Arif Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar dan isu-isu seperti apa yang telah berlaku sebelum ini, hakim mahkamah sivil misalnya mengendalikan kes penjagaan anak, gaji RM40,000 sebulan tetapi hakim mahkamah syariah mengendalikan kes yang sama, kes penjagaan anak, gaji cuma RM6,000 sebulan. Akan tetapi, apabila telah ditubuhkan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, perkara-perkara ini telah diselesaikan.

Kedua, antara perkara untuk memperkasa mahkamah syariah yang telah dilaksanakan sebelum ini ialah penubuhan jawatankuasa khas peringkat kebangsaan yang dipanggil sebagai JKMMS ataupun Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah 2017.

Antara mereka yang menganggotai JKMMS ini ialah wakil majlis agama Islam negeri-negeri terdiri daripada ahli-ahli akademik, daripada Jabatan Peguam Negara, aktivis NGO dan juga

final • 6:53 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

tokoh-tokoh perundangan. Itu antara dua perkara memperkasa mahkamah syariah. Saya sebenarnya tidaklah terlalu ingin menyatakan perkara yang negatif tentang apa yang diusahakan oleh pihak kementerian. Cuma saya ingin merujuk kepada apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Paya Besar dan Yang Berhormat Petrajaya dalam ucapan mereka sebelum ini. Bahawa dalam Akta 505 fasal 59(2) perlu kelulusan Seri Paduka Baginda Yang

final • 6:53 PM

di-Pertuan Agong dari segi

(i) penerimaan keahlian, dan

(ii) kawal selia peguam syarie.

Mengapakah dalam fasal rang undang-undang kita ini, fasal 9, fasal 64, fasal 65, fasal 66, fasal 68, fasal 92, fasal 93, lembaga dengan kuasa menteri, maka sudah tiada kelulusan yang di-Pertuan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong? Saya harap perkara ini dijawab dengan tuntas oleh Yang Berhormat Menteri kerana kita sebut sebelum ini, disebut oleh Yang Berhormat Paya Besar, disebut oleh Yang Berhormat Petrajaya ini adalah penafian hak ataupun pelucutan hak kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam bagi Wilayah Persekutuan merujuk kepada Jadual 9 dan Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan. Jika telah dibentang kepada Majlis Raja-raja, adakah perincian ini dimaklumkan? Adakah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong maklum tentang apa yang berlaku ini? Itu perkara kedua Tuan Yang di-Pertua.

Perkara ketiga ialah*...

[Disampuk]*

final • 6:53 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pontian.

final • 6:53 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Ya, sila Yang Berhormat Paya Besar.

final • 6:53 PM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Pontian kerana memahami apa yang saya bawa dalam hujahan saya.

Cumanya kita tidak hendak – adakah Yang Berhormat Pontian bersetuju apabila kerajaan memberitahu telah memaklumkan kepada Majlis Raja-raja tetapi akhirnya sebaliknya berlaku? Sebagai contoh kes ICERD dan apakah Yang Berhormat Pontian ada mempunyai jangkaan perkara ini hampir sama akan berlaku? Maknanya Majlis Raja-raja tidak tahu sebenarnya nama Yang di-Pertuan Agong telah ditiadakan dalam akta ini.

final • 6:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Pontian.

final • 6:53 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Kes Statut Rom, kita juga menimbulkan di sini tentang kes Statut Rom bagaimana Yang Berhormat Menteri Luar menyebut beliau telah sembah maklum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Dia berbeza ‘sembah maklum’ dengan ‘mohon perkenan’, dia berbeza. ‘Mohon perkenan’ dan ‘sembah maklum’ ini adalah dua perkara yang berbeza sehingga akhirnya apa yang berlaku kepada Statut Rom ia terpaksa ditarik balik kerana tidak ada perincian yang jelas dan juga pendetilan terhadap apa yang ingin dilakukan pada Majlis Raja-raja. Jadi saya kira, saya harap perkara ini tidak berlaku, saya harap Yang Berhormat Menteri telah memaklumkan dengan detil tentang perkara apa yang disebut oleh saya, oleh Yang Berhormat Paya Besar dan juga Yang Berhormat Petrajaya.

Perkara ketiga, ini mungkin perkara kecil kepada kita tetapi kepada mereka agak besar kerana saya juga berbincang dengan mereka yang menjadi peguam syarie, ada yang sudah berkhidmat 22 tahun misalnya. Iaitu tentang yuran. Yuran tahunan sebelum ini ialah RM100 tetapi yuran tahunan dalam rang undang-undang kita ini RM300 setahun. Itu hanya untuk Wilayah Persekutuan. Bayangkan kalau mereka ingin mengamalkannya di 13 buah negeri yang lain, RM300 kali 14 sudah RM4,200 setahun. Adakah RM300 setahun terlalu tinggi, sebelum ini cuma RM100 dan ia telah menjadi gandaan yang begitu tinggi?

Perkara keempat ialah mengenai takaful ataupun insurans liabiliti profesional yang ada dalam rang undang-undang ini. Ia perlu dibayar kepada Majlis Peguam Syarie Wilayah, bagaimana pembayaran itu juga perlu dibuat kepada negeri-negeri yang lain? Jadi 14 kali

final • 6:53 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

bayaran dia serupa lebih kurang sebagaimana yuran. Kalau kita perlu letakkan Takaful Insurans Liabiliti Profesional ini pada angka-angka tertentu ia boleh membantu profesion guaman ini.

Perkara yang kelima ialah satu lagi perkara yang mungkin dianggap kecil, tetapi agak penting pada pemikiran saya iaitu mengenai kuorum mesyuarat. Di sebut dalam rang undang-undang ini kuorum mesyuarat untuk Majlis Peguam Syarie ini tidak kurang daripada 50 orang ahli, 50 orang anggota daripada badan peguam syarie. Seramai 50 orang ahli ini kalau kita lihat di Wilayah Persekutuan sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Petrajaya ada 506 orang jumlah peguam syarie di Malaysia 2,786 orang. Mungkin angka ini perlukan penjelasan tentang dua angka ini?

final • 6:53 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Kalau 50 orang daripada 506 baru 10 peratus, sudah mencukupi untuk kuorum mesyuarat. Walhal pada saya angka yang lebih standard angka yang lebih baik, bukanlah 10 peratus kerana ia terlalu kecil. Mungkin yang lebih munasabah adalah ¼ ataupun 25 peratus daripada jumlah keseluruhan peguam syarie itu, barulah melayakkan satu mesyuarat itu dilaksanakan supaya ai boleh menjadi wakil yang benar-benar representative, dengan izin terhadap Majlis Peguam Syarie.

Perkara yang keenam ialah, daripada Universiti Malaya, daripada Universiti Islam Antarabangsa, daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), maka lahirlah peguam- peguam syarie. Perkara yang saya hendak timbulkan dalam perkara enam ini ialah, bagaimana peguam sivil untuk menjadi peguam syarie, mereka agak mudah. Ya agak mudah. Tadi Yang Berhormat Masjid Tanah ada sebut, terlalu mudah untuk beliau sebagai pegawai sivil untuk menjadi peguam syarie.

Ada Ijazah Sarjana Muda Undang-undang. Kemudian ada tambah lagi setahun Diploma Syariah Law and Practice (DSLP) dengan izin setahun. Ada temu duga selepas camberinglah tentunya. Terus boleh peguam sivil itu untuk jadi peguam syarie. Namun peguam syarie untuk menjadi peguam sivil itu yang ingin saya timbulkan di sini.

Susah Tuan Yang di-Pertua, peguam syarie untuk menjadi peguam sivil ini amat susah. Kerana apa? Pertama, mereka kena ada Ijazah Sarjana Muda Syariah daripada UM, UIA, USIM, dan mana-mana lagi universiti. Kemudian mereka kena ada diploma lepasan ijazah. Selepas itu chambering enam bulan latihan dalam kamar. Lulus ujian bertulis temu duga. Maka luluslah untuk mereka menjadi peguam syarie.

Untuk mereka menjadi peguam sivil juga, terpaksa membuat semacam ijazah pertama buat semula. Tambah lagi empat tahun. Walhal peguam sivil untuk jadi peguam syarie empat campur satu tahun. Peguam syarie untuk menjadi peguam sivil, empat campur satu tahun campur empat tahun lagi.

Jadi, perkara ini saya kira ia perlu ada perancangan untuk masa depan supaya memudahkan peguam syarie untuk menjadi peguam sivil supaya ada usaha-usaha yang dibuat tidak perlu kena buat ijazah baru, tambah lagi empat tahun dan jika boleh kerana ketika mereka mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Syariah itu, sudah ada pendidikan mengenai asas-asas perundangan sivil, sudah ada tentang Kanun Tanah Negara misalnya, sudah ada asas-asas undang-undang jenayah. Jadi tidak perlulah terpaksa mengambil masa lagi empat tahun untuk mengambil Ijazah Sarjana Muda Undang-undang.

Jadi, ini perkara yang saya kira bukan kecil dan mudah-mudahan ia dapat mempertingkatkan lagi profesion guaman syarie ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Lembah Pantai.

final • 5:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak

final • 5:03 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

kerajaan, khususnya Yang Berhormat Menteri di atas usaha untuk membawa Rang undang- undang Profesion Guaman Syarie (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2019 di hadapan kita pada hari ini.

Seperti yang kita sedia maklum yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri di awal tadi, perbincangan ataupun idea untuk mewujudkan satu akta berkenaan dengan profesion guaman syarie ini telah timbul nawaitunya sejak tahun 1984. Bermaksud kita telah menunggu lebih kurang 35 tahun. Bagi saya ini satu masa yang agak lama. Apa-apa pun saya mungkin ingin mendapatkan sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah sebabnya kita terpaksa menunggu 35 tahun sebelum kita dapat saksikan rang undang-undang seperti ini dibawa ke Dewan yang mulia ini.

Adakah ia melibatkan politik bukan kepartian tetapi mungkin politik organisasi dan sebagainya. Jika boleh diberikan sedikit sorotan kisah sejarah, mungkin kita boleh berikan konteks kepada Ahli-ahli Mesyuarat pada hari ini.

Kedua, saya juga melihat kalau angka-angka yang disebut oleh Yang Berhormat Petrajaya dan Yang Berhormat Pontian tadi, saya jangka merujuk kepada satu slide ataupun satu pembentangan yang dibuat oleh seorang yang bernama di satu konvensyen pada tahun 2017 ke arah penubuhan Badan Peguam Syarie Malaysia di USIM.

Pada waktu itu disebut angka-angka yang disebutkan tadi sebanyak 506 peguam syarie di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan sebagainya tetapi saya difahamkan setakat ini, angka sebenar untuk peguam syarie di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mungkin di antara 800 ke 1,000 peguam syarie. Manakala di seluruh negara angkanya mungkin lebih tinggi daripada 2,768 yang disebutkan tadi. Mungkin lebih daripada 3,000 orang.

Akan tetapi yang jelas pada waktu ini, tidak ada firma guaman syarie tetapi dengan adanya Akta Profesion Guaman Syarie nanti, insya-Allah maka undang-undang dan peruntukan disediakan mengikut undang-undang untuk membolehkan firma-firma guaman syarie ini ditubuhkan dan diwujudkan. Saya juga terpanggil untuk membincangkan sedikit apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengerang dan juga Yang Berhormat Kota Bharu bukan untuk menjawab bagi pihak Menteri.

Akan tetapi bila bab bahasa ini, saya cukup berminat kerana mereka mempersoalkan isu siasatan ke atas perilaku pemohon dan dalam bahasa Inggerisnya ada disebut terma ataupun frasa moral turpitude dan ini bila saya lihat buat carian dalam Merriam- Webster dia ditakrifkan sebagai dengan izin, “an act or behavior that gravely violates the sentiment or accepted standard of the community” ataupun “a quality of dishonesty or other immorality that is determined by a court to be present in the commission of the criminal offense.” Jadi, bagi saya memang jelas moral turpitude ini melibatkan takrifan perundangan dan sebenarnya tidak ada masalah kerana bila kita lihat seksyen 18 yang disebutkan ini dalam Rang undang-undang Profesion Guaman Syarie, dia sebenarnya ada equivalent ataupun persamaan dengan Akta Profesion Undang-undang 1976 iaitu seksyen 14 kalau tidak silap saya. Iaitu memfailkan petisyen untuk diterima masuk dan penyiasatan dan sebagainya.

Jadi bagi saya seksyen ini tidak ada yang sepatutnya menghairankan kita kerana memang dalam Akta Profesion Undang-undang, memang sudah ada. Jadi, ia adalah satu diguna pakai dalam akta yang sedia ada. Cuma, perbezaannya mungkin bila saya lihat Akta Profesion Undang-undang yang saya sebutkan tadi, dalam seperti yang terkandung di laman web pejabat ataupun laman web dengan izin, Attorney-General’s Chambers ini dia ada subseksyen (4) yang mana ia menyebut segala laporan dan perhubungan di bawah seksyen ini diistimewakan secara mutlak.

Akan tetapi kalau kita lihat dalam seksyen yang lebih kurang serupa bagi Rang undang-undang Profesion Guaman Syarie Wilayah-wilayah Persekutuan, 18(3) semua laporan dan komunikasi di bawah seksyen ini hendaklah dianggap sebagai rahsia. Jadi, mungkin saya ingin mendapatkan sedikit pandangan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah yang peruntukan-peruntukan perundangan yang boleh kita fahami, berkait dengan

final • 5:03 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

status rahsia yang disebutkan ini. Adakah ia melibatkan Akta Rahsia Rasmi ataupun bagaimana. Apakah peruntukan yang ada.

Saya lihat dalam rang undang-undang ini bila dijadikan akta nanti, insya-Allah banyak perkara yang sebenarnya memang kita boleh anggap progresif. Ada yang bertanya tentang tempoh menjadi, kita berguru ataupun di dalam kamar ataupun chambering dengan seorang guru kalau dibandingkan mereka yang ingin menjadi peguam syarie, mungkin hanya memerlukan enam bulan kalau berbanding sembilan bulan bagi sivil. Saya anggap ini adalah satu perkara yang semestinya membolehkan lebih ramai anak muda ataupun mereka yang baharu keluar untuk segera memasuki bidang guaman syarie.

Akan tetapi pada masa yang sama kalau kita lihat, saya difahamkan sebagai contoh, ramai kerana tidak ada firma mereka sendiri ataupun tidak wujud firma guaman syarie ini, maka ada yang mengatakan, ada peguam-peguam syarie yang duduk seperti dengan izin, touts di mahkamah-mahkamah yang mana mereka menunggu kes-kes datang kepada mereka. Tapi nampaknya dengan adanya akta ini akan membolehkan – dari segi profesionalisme peguam-peguam syarie ini memang akan dapat ditingkatkan, insya-Allah.

final • 5:03 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Akhir sekali, harapan saya adalah bila kita lihat rang undang-undang ini melibatkan cuma Wilayah-wilayah Persekutuan dan persoalan yang ingin saya ajukan kepada Yang Berhormat Menteri adalah apakah cabaran dan langkah-langkah yang akan kita ambil untuk memastikan ia dapat diserasikan di peringkat negeri. Ini kerana ada ramai yang bertanya, bukan sahaja tentang isu mungkin kuasa Menteri dan sebagainya tetapi dari segi administratif, apakah yang boleh kita pastikan dan kita laksanakan untuk memastikan bahawa tidak ada kelewatan dari segi implementasi ataupun pelaksanaan enakmen-enakmen yang berkaitan untuk memastikan rang undang-undang ini dapat diguna pakai di negeri-negeri pada kadar yang segera.

Akan tetapi pada masa yang sama seperti yang dibangkitkan oleh beberapa sahabat yang lain tadi. Isu apakah yang akan berlaku kepada peguam-peguam syarie pada waktu ini.

Adakah mereka akan dikira balik sebagai dengan izin, start from zero dari segi tahun mereka berkhidmat. Akan tetapi semestinya tidak. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh memberikan sedikit penjelasan tentang isu ini. Setakat itu sahaja, saya mohon menyokong.

Terima kasih.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Arau. Kemudian ada masa nanti, kita jemput Yang Berhormat Merbok sekiranya mencukupi masa. Sila Yang Berhormat Arau.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana bagi peluang kepada saya. Walaupun saya ada protes sedikit dari segi giliran.

Akan tetapi ini biasa-biasa lah. Kuasa Tuan Yang di-Pertua adalah muktamad dan juga mutlak. Kita hormat. Walaupun nama saya berada di atas tadi. Akan tetapi sudah pasti saya mungkin kurang istimewa. Jadi lepas ke bawah. Walau bagaimanapun saya bergurau, Tuan Yang di-Pertua. Saya sebenarnya menghormati keputusan.

Pertama sekali, rang undang-undang ini Yang Berhormat Menteri. Walaupun Menteri bagi macam-macam gelaran, saya hendak bagi tahu itu gelaran persepsi. Akan tetapi Yang Berhormat ini seorang yang baik. Dari segi peribadi seorang yang baik. Orang kata Yang Berhormat ini Menteri LGBT, nama Yang Berhormat ‘Mujahad’, macam-macam. Itu ialah kata-kata yang dilemparkan mungkin di atas sesuatu isu. Yang Berhormat terima lah dengan sabar dan terus jadi seorang yang berbudi tinggi seperti Yang Berhormat berbudi bicara pada saya secara peribadi.

Pertamanya ialah rang undang-undang ini kami sokong. Sebab kami sudah usaha buat, bawa dan NGO-NGO telah berduyun-duyun untuk menyokong rang undang-undang ini

final • 5:11 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

yang kita tunggu-tunggukan. Akan tetapi janganlah kita buat perbandingan. Yang Berhormat Hulu Langat kata ini ialah PH berjaya. Memang PH kena buat. Kalau kami memerintah pun, kami buat. Dia tidak ada masalah. Benda ini berterusan. Sebab kapal terbang di udara tidak boleh brake. Kapal terbang dia kena terus berjalan. Jadi, undang-undang ini pentadbiran negara dunia ini umpama kapal terbang. You brake, you jatuh. You kena terus berjalan. Jadi, saya ucap tahniah dan kita menyokong. Akan tetapi ada beberapa perkara yang kita ingin bagi teguran.

Pertama, Yang Berhormat telah bagi ayat Al-Quran tadi, iaitu tentang Islam ini ingin menegakkan keadilan. Yang Berhormat, agama Islam ini agama yang mudah. Akan tetapi kenapa kita buat peraturan dan prosedur yang payah? Kita sebenarnya banyak berlaku contohnya perkahwinan di Thailand. Apakah di Thailand bukan Islam? Mereka berkahwin di sana ataupun di Indonesia. Adakah kita lebih Islam daripada negara-negara lain. Sampai sesetengah daripada kita mempertikaikan Saudi, mempertikaikan mazhab-mazhab yang lain.

Seolah-olah kita sahaja yang betul. Jadi Yang Berhormat, apa pun prosedur yang kita buat, peraturan kita buat, termasuk rang undang-undang, biarlah menjurus Islam agama mudah, agama yang menegakkan keadilan. Jadi, rang undang-undang ini kita berharap di antaranya menjurus ke arah tersebut.

Pertamanya, saya setuju dengan kawan-kawan saya tadi. Ini ialah rang undang- undang Wilayah-wilayah. Saya hendak tanya Yang Berhormat, Wilayah mana? Adakah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ataupun dengan Labuan ataupun dengan Wilayah- wilayah lain. Sebab kalau ada Wilayah, kenapa dahulu pun Agong yang merupakan Ketua Agama bagi Sabah, Sarawak, Melaka, Pulau Pinang dan Wilayah. Jadi, perkataan Wilayah- wilayah itu apakah termasuk Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak. Sebab apa? Kalau ya, jadi undang-undang ini terbantut sebab kita buat rang undang-undang untuk Wilayah.

Contohnya rang undang-undang keluarga untuk Wilayah.

Jadi, apakah niat Yang Berhormat sebenarnya. Apakah kita hendak negeri-negeri lain ikut semua masalah yang ditimbul sekarang ini dan kes-kes yang tertunggak yang bertindan-tindan di Mahkamah Syariah ini kerana prosedur negeri yang berlainan dengan satu dengan lain. Jadi, yang ini yang saya ingat mana-mana pihak belum dapat merungkaikannya kerana agama Islam ialah hak Raja. Akan tetapi banyak kemudahan- kemudahan yang berada di peringkat negeri dirujuk oleh negeri-negeri yang lain.

Kita ambil contoh itu dan jadikan keseragaman. Contohnya macam kes talak tiga.

Yang Berhormat arif ya, kes talak tiga. Kes talak tiga ini semua rujuk kepada Perlis. Perlis, hang jatuh talak seribu kah, dia kadang-kadang tengah marah terjatuh talak seribu. Negeri lain jatuh tiga. Akan tetapi Perlis, dia berdasarkan kepada kali yang pertama. Sekali. Hang sebut tiga kali pun, talak sekali. Kali yang kedua, dua kali. Kali yang ketiga, tiga kali. Ini ada nas, semua diterima oleh semua pihak.

Akan tetapi negeri-negeri lain terikat dengan mungkin Mazhab Syafie dia terus pakai tiga dan banyak orang yang terlepas cakap pada isterinya. Sayang, takut isterinya dikahwini oleh orang lain. Terus berusaha untuk menjadikan talak satu. Semua rujuk kepada Perlis.

Semua pembesar-pembesar negara merujuk kepada Perlis. Jadi makna kata, undang- undang ini, Perlis bagus. Maka laksanakanlah seluruh negara. Itu maksud saya. Supaya yang mana negeri mana yang bagus, kita ikut.

Kemudian, fasal poligami. Perlis bagus. Okey, ikut Perlis. Sebagai contoh. Jadi, sebab dua-duanya ada nas yang hendak tunjukkan Malaysia ini jangan terikat seolah-olahnya apa yang kita buat itu semua betul. Orang lain semua tidak betul. Nampaklah Menteri biar menjadi orang tengah supaya membetulkan keadaan ini. Ini kalau kita buat, kita amalkan sesuatu yang kita rasa lain, ini wahabi. Wahabi, what is wahabi? You don’t even know what is wahabi? Lepas itu kata wahabi. Tidak ramai orang tahu apa itu wahabi. Lepas itu sebut wahabi. Saya ini dituduh wahabi. Saya ada tanduk hendak sondol kamu. Kita main pakai tuduh sahaja. Padahal kita tidak tahu. Inilah masalah perundangan yang ada kepada Islam kerana orang yang tidak tahu pun, cuba cakap bagi tahu.

Jadi, saya hendak tanya tentang Wilayah. Saya minta 20 minit sebab saya yang terakhir. Keduanya ialah Yang Berhormat menyebut mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.

Apakah dimaklumkan kepada Majlis Raja-Raja ataupun mendapat persetujuan Majlis Raja-

final • 5:11 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Raja. Kalau sekiranya mendapat Majlis Raja-Raja, ini bermakna undang-undang ini boleh pergi diketengahkan ke negeri-negeri yang lain.

Yang Berhormat, sesuatu yang cukup memalukan apabila kita sebut agama Islam di Malaysia ditadbir dengan hebat. Akan tetapi bila mari ke Johor lain, mari ke Perlis lain, mari ke negeri lain, lain. Hebat macam mana? Apakah perbezaan itu kehebatan. Kalau perbezaan yang dibenarkan tidak apa. Ini perbezaan yang berdasarkan kepada hukum. Tolong betulkan ini Yang Berhormat. Yang Berhormat hendak jadi hero yang hebat dalam dunia ini termasuk Yang Berhormat Langkawi ialah perbetulkan agama Islam ini supaya diselaraskan semua negeri.

Mana boleh di sebuah negeri yang kecil, kita ada undang-undang, 14 undang- undang tentang Islam. Islam Perkara 3 Yang Berhormat. Islam ialah Agama Persekutuan.

Dia bukan sebut agama negeri. Jadi, kenapa tidak laksanakan benda ini diperbetulkan di dalam Rang Undang-undang Persekutuan tadi. Saya tahu ini merupakan sukar. Benda yang sukar ini kita cuba lah buat. Kalau kita tidak cuba buat, kita akan menjadi masalah.

Sesetengah orang kata hendak pergi Malis Raja-Raja susah. Apa yang susah Majlis Raja- Raja? Dia akan dengan nasihat daripada kita dan Menteri-menteri dan juga Menteri Besar dia dengar nasihat. Kalau Baginda berpuas hati, okey lah. Ini tidak mahu mencuba, cakap susah. Macam kita percaya ini ada hantu. Tengok, tidak pergi. Padahal tidak ada hantu pun.

Okey, itu ialah yang kedua.

Kemudian, ketiga Yang Berhormat, kita melihat bahawa penghinaan kepada Raja yang mana kita di Parlimen ini tidak lut undang-undang. Kalau soal Raja, agama, bahasa, kita tidak boleh.

Akan tetapi sesetengah orang kata di Parlimen dia boleh bercakap. Dekat luar tidak boleh.

Tidak. Kalau hal ini tidak boleh. Sebab atas itu tetap masih ada. Saya bagi contoh- Parlimen sendiri telah mengabaikan benda ini.

final • 5:11 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, kelmarin ada soalan nombor 104, soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Labis iaitu bertanya tentang gaji Yang di-Pertuan Agong. Patutnya soalan ini dikeluarkan. Tidak boleh ditanya. Ini soalan ini- Yang di-Pertuan Agong adalah di bawah Tanggungan. Tanggungan tidak dibincangkan. Kita bincang hanya Pembangunan dan Pengurusan. Di bawah Tanggungan kita tidak bincang. Akan tetapi kenapa soalan ini dibenarkan? Ini menunjukkan bahawa tidak ada penghormatan kepada Raja-Raja- dengan mempersoalkan.

Kalau kita hendak mempersoalkan, kita boleh soal yang- orang lain tidak apa lah tetapi bukan Raja-Raja sebab gajinya dibayar di bawah Tanggungan. Jadi, saya minta supaya benda ini diperbetulkan, dan soalan nombor 104 kelmarin itu ditarik dan tidak dijawab walaupun Tuan Yang di-Pertua sepenuhnya – Tuan Yang di-Pertua kata, soalan nombor 104 bukannya akan sampai, tidak perlu bimbang. Akan tetapi ia akan dijawab bertulis. Jawab bertulis boleh dipamerkan di luar sana. Dan adalah tidak bagus- ini merupakan satu persepsi yang menghina Yang di-Pertuan Agong. Padahal kita tahu Yang di-Pertuan Agong ini secara peribadi ialah Yang di-Pertuan Agong yang terbaik sekali dalam dunia.

Kemudian, saya setuju dengan kawan-kawan yang lain – Yang Berhormat, tentang perkataan “Menteri” di bawah perkara 92 dan juga 93, dan lain-lain perkataan “Menteri”. Oleh kerana dia melibatkan agama – Yang Berhormat kita minta tukar kepada Yang di-Pertuan Agong perkataan “Menteri” ya. Kita baru-baru ini, kita bawa pindaan Majlis Keselamatan Negara, kita hendak tukar Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong, walaupun ditarik balik undang-undang ini sebab saya Menteri yang bawa rang undang-undang ini, kita hendak tukar “Perdana Menteri” kepada “Yang di-Pertuan Agong.” Di mana yang tidak perlu kita berbuat demikian sebab punca kuasa MKN ialah daripada Perkara 149, Perlembagaan Persekutuan. Akan tetapi Yang di-Pertuan Agong duduk di bawah kuasa 150 Perlembagaan Persekutuan. Jadi, kita tidak tengok yang itu, kita pergi buat. Walau bagaimanapun, ia telah ditarik balik di atas sebab-sebab yang saya tidak tahu.

Akan tetapi hat yang ini, saya bersetuju Yang Berhormat. Ini adalah- Yang Berhormat akan jadi yang terhebat dengan memasukkan perkataan “Menteri”, dan semua

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

perkataan “Menteri” itu ditulis “Yang di-Pertuan Agong” sebab menghormati Baginda sebagai Ketua Agama di Wilayah-wilayah.

Kemudian, yang berikutnya Yang Berhormat ialah saya ingin bertanya soalan- sebab Yang Berhormat akan jawab soalan. Pertama, yuran guaman. Kenapa kita tidak nampak ada sedikit penyelarasan. Sebab saya kasihan – banyak kes yang orang mari jumpa kita, minta tolong sebab kes guaman. Padahal kes itu kes yang mudah-mudah dan kita tahu bahawa di antara kes backlog yang tertinggi ialah di Mahkamah Syariah, supaya kita buat syarat.

Yang Berhormat contohnya macam kes fasakh. Fasakh dulu, zaman saya. Saya tidak tahu sekarang apa jadi. Saya bagi syarat, tiga bulan mesti selesai. Makna kata, bila dia dipanggil bicara tetapi dia tidak mari, maka dalam masa tiga bulan, kira habis. Bye bye! Sebab kadang-kadang lelaki ini dia menggunakan kuasa mulutnya, dia tidak pergi mahkamah. Jadi bertahun-tahu, sedangkan dia pi kahwin lain, dapat anak dua, tiga, yang perempuan itu tergoyang-goyang sampai umurnya sudah melepasi umur mudanya, dah masuk ke tua...

[Disampuk] Jadi, Yang Berhormat – ya digantung tidak bertali. Ya, terima kasih Yang Berhormat Pontian, walaupun telah potong trip saya tadi, okey.

Okey, sekarang ini saya minta Yang Berhormat supaya bagi syarat. Kes-kes macam ini, macam ini. Kes talak tiga, mari Perlis, tidak ada masalah. Kita akan sediakan homestay yang murah-murah untuk membolehkan orang datang ke sana dan rujuk kes talak tiga.

Banyak, bukan saya melawak ini. Cerita ini banyak berlaku kepada anak-anak kita, dan termasuk kalau kita sendiri yang berlaku, datang lah ke Perlis untuk diturunkan kepada talak satu...

final • 5:10 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Gulung. Gulung.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Iaitu kes tertangguh, ya.

Tuan Yang di-Pertua, ini rang undang-undang baharu. Bukan pindaan. Jadi kena ikut peraturan 15 minit.

final • 5:10 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Masa 10 minit kah 15 minit ini?

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya minta Yang Berhormat Arau menggulung.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tahu Tuan Yang di-Pertua orang yang baik. Kita dah berkawan. Penang dan Perlis berpisah tiada.

Kes disiplin Yang Berhormat, terdapat peguam-peguam yang melibatkan kes pecah amanah dan sebagainya...

final • 5:10 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Sekarang dah patah balik 15 minit ya, sekarang ini?

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akhir sekali. Akhir sekali.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Akhir sekali. Sila.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akhir sekali.

Okey, saya setuju berhubung dengan memartabatkan hakim-hakim tadi biar sama taraf. Sekarang ini saya rasa taraf ini sama. Akan tetapi kalau tanya saya, Hakim Mahkamah Syariah ini patut tinggi daripada Hakim Mahkamah Sivil. Sebab agama Islam, Agama Persekutuan. Jadi, kena lebih tinggi. Pasal apa mesti perkataan sama. Jadi, dulu dah rendah, sekarang ini hendak bagi sama. Patut bagi tinggi ya.

Kemudian Yang Berhormat tengok perkara 36, buka itu, 36 iaitu Peguam Negara dengan Peguam Cara dia boleh hadir sebagai Peguam Syarie. Akan tetapi perkara 6, Lembaga Pengarah Syarie mesti beragama Islam. Jadi, perkara 36 itu mesti dimasukkan perkataan iaitu “merujuk kepada perkara 6.” Kalau Yang Berhormat tidak menyebut perkara 36 ini, nampaknya overrule perkara 6. Jadi, perkara 6 ini ialah yang menyebutkan Lembaga

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

itu mestilah seorang Islam, dan sekiranya Peguam Negara bukan Islam, dia boleh mewakilkan kepada seorang Islam. Akan tetapi 36 tidak menyebut yang itu.

Jadi, ini beberapa perkara kecil yang mesti diperbetulkan, dan lepas ini kita semua ramai-ramai menyokong undang-undang ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Arau.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Berpuas hati tidak?

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih.

Ada lima minit lagi sebelum 5.30 petang. Akan tetapi saya gunakan Peraturan Mesyuarat 12(3) yang boleh tambah maksimum 15 minit.

Pembahas terakhir saya jemput Yang Berhormat Merbok. Masa 10 minit.

final • 5:10 PM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ringkas sahaja ya.

Pertama kali saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri yang telah membawa Undang-undang Profesion Guaman Syarie ini ke Dewan yang mulia ini. Suatu yang kita nanti-nantikan dan usaha ini sangat lah kita alu-alukan sebagai salah satu lagi usaha reform ataupun pengislahan dalam Profesion Guaman Syarie. Kita sebenarnya secara umum mengetahui usaha-usaha memartabatkan Peguam Syarie ini sebelum yang telah disebutkan sebelum ini, yang mana merupakan satu perjuangan yang panjang dan lama.

Maka, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada hero-hero yang tidak didendangkan, yang sebelum ini telah memperjuangkan isu ini. Walaupun mungkin tidak tertulis ataupun tersebut di mana-mana laporan. Namun, saya yakin nama-nama tersebut telah dihitung oleh Yang Maha Esa, dan moga ia menjadi amal soleh.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit secara umum di mata masyarakat persepsi profesion Peguam Syarie seolah-olah second class seperti yang telah disebutkan oleh beberapa pembahas. Walhal tanggungjawab dan peranan sama seperti profesion Peguam Sivil.

Keduanya, persepsi negatif juga sistem kehakiman syariah itu sendiri terutamanya dari kalangan kaum wanita. Oleh kerana wanita adalah sebahagian besar klien atau pelanggan utama yang mendapat khidmat Mahkamah Syariah terutamanya dalam kes-kes kekeluargaan. Ini dapat saya kongsi berdasarkan satu laporan kajian kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor yang telah dilakukan oleh NGO Sisters in Islam, yang bertajuk “Women's Experiences in The Syariah Court Proceeding” yang mana rata-rata wanita yang pernah berurusan dengan Mahkamah Syariah mempunyai pandangan yang negatif terhadap sistem kehakiman syariah di Malaysia.

Oleh kerana antaranya mereka kecewa dengan proceeding dan proses keadilan Mahkamah Syariah dan ada juga para wanita yang tidak berpuas hati dengan keputusan kes yang tidak memihak kepada mereka. Mereka juga merasakan mereka adalah mangsa keadaan. Ini juga amat menyedihkan persepsi negatif terhadap sistem kehakiman yang mana turut disemai oleh liputan akhbar dan juga media sosial yang banyak mengkritik dan memburukkan sistem kehakiman syariah Malaysia sebagai contoh kenyataan imej mahkamah sebagai, “The kangaroo tribunal of Peeping toms and provert official” yang pernah dinyatakan dalam akhbar The New Straits Times- telah memberi satu tamparan yang hebat kepada mereka yang terlibat dalam dunia kehakiman dan guaman Islam di Malaysia. Maka, saya lihat situasi ini lah yang harus diperbetulkan dan saya mengharapkan pindaan ini sebenarnya merupakan satu titik langkah yang amat baik.

Tuan Yang di-Pertua, antara bentuk-bentuk cabaran untuk mengangkat Profesion Guaman Syarie ini adalah, kita mengetahui bahawa pentadbiran Peguam Syarie yang tidak

final • 5:26 PM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

seragam kerana di Malaysia ini peruntukan berkenaan Peguam Syarie terletak di bawah kuasa negeri-negeri. Maka, setiap negeri memperuntukkan undang-undang berkaitan pentadbiran Peguam Syarie yang masing-masing mengikut negeri masing-masing.

Kemudian, seterusnya saya ingin menyebut berkenaan kelayakan menjadi Peguam Syarie juga berbeza bagi setiap negeri. Perbezaan ini adalah sangat ketara mengikut kelayakan dan syarat diterima sebagai Peguam Syarie.

Saya beri contoh ya, antara negeri-negeri yang mengenakan syarat tambahan perlu memiliki Diploma Pentadbiran Kehakiman Islam. Ada juga negeri yang tidak mensyaratkan.

Negeri yang tidak mensyaratkan Ijazah Sarjana Muda Syariah seperti Melaka dan Pulau Pinang. Kaedah-kaedah Peguam Syarie negeri Melaka pula hanya menyatakan berpengetahuan atau mahir dalam hukum syarak. Manakala, Pulau Pinang menerima masuk dengan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang. Jadi, perbezaan ini yang saya lihat sangat tidak signifikan.

final • 5:26 PM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Kemudian, seterusnya lagi jawatankuasa peguam syarie negeri juga tidak mempunyai bidang kuasa untuk menerima daftar penubuhan firma guaman syarie kerana penubuhan firma guaman syarie adalah sama seperti penubuhan syarikat-syarikat perniagaan di Malaysia. Bahkan, firma guaman syarie menghadapi masalah untuk mendaftarkan nama dengan nama firma guaman syarie. Firma guaman syarie ini kalau di SSM, perlu dikenali sebagai perunding keluarga Islam oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Seterusnya juga, firma guaman syarie tidak mempunyai peraturan khas mengenai akaun.

Jadi, bagi firma peguam lazimnya firma guaman, peguam bela dan peguam cara, mereka diwajibkan untuk mempunyai dua akaun iaitu akaun pejabat dan akaun klien.

Manakala, bagi firma guaman syarie, mereka hanya ada akaun pejabat. Ini akan menimbulkan masalah terutamanya dalam kes kematian dan firma guaman syarie yang ditutup. Jawatan peguam syarie negeri juga tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyemak akaun firma guaman syarie. Jadi, menurut kepada permasalahan-permasalahan ini, menunjukkan keperluan kepada penubuhan sebuah badan profesional yang bagi peguam syarie bagi memastikan peguam syarie ditadbir urus dan dikawal selia oleh sebuah badan profesional yang berautoriti menerusi akta khusus seperti yang sedang kita bicarakan.

Jadi, dan saya yakin peranan badan peguam syarie ini sangat penting kerana ia bersifat menyeluruh. Pada masa yang sama, dapat meningkatkan standard profesional dan kualiti peguam syarie itu sendiri serta memelihara masalah umum melibatkan amalan guaman syarie. Selain daripada itu, masyarakat umum, mahkamah syariah dan klien peguam syarie boleh membuat aduan kepada jawatankuasa tertib sekiranya mendapati ada kecuaian ataupun kesalahan yang dilakukan oleh peguam syarie. Cuma, ada satu yang ingin saya tanyakan kepada Yang Berhormat Menteri adalah, di mana perlu diletakkan keperluan peguam syarie mempunyai insurans Takaful yang akan cover peguam syarie jika berlaku kecuaian ketika mengendalikan kes syariah.

Saya sudah go through sedikitlah, tetapi saya tidak jumpa berkenaan keperluan adanya insurans. Kalau peguam sivil, mereka kena bayar insurans tahunan untuk cover profesional negligence jika berlaku. Contohnya, cuai kendali kes klien, guna duit klien secara salah, salah bagi nasihat guaman atau menghina mahkamah dan lain-lain. Jadi, kalau peguam syarie pula, kita mungkin tidak dengar cerita peguam syarie guna duit klien secara salah. Akan tetapi, lazimnya ponteng, tidak datang kes mahkamah, salah advise klien tentang hukum hakam dan prosedur mahkamah. Itu antaranyalah. Jadi, saya lihat tiada fasal yang menyatakan perlunya insurans Takaful. Maka, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua apa pun yang lebih penting, pentadbiran guaman syarie menerusi sebuah badan profesional ini, saya yakin akan dapat memperlihatkan keindahan Islam itu sendiri. Persepsi low-class atau second-class ini dapat kita perbaiki. Saya ingin mengutip kata-kata oleh Ibn Qayyim al-Jawziyya yang menyebut, “Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di

final • 5:30 PM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

dunia dan akhirat”. Syariah Islam itu segala-galanya keadilan, kebaikan dan hikmah. Maka, setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia-sia, maka ia bukan syariat Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya. Maka, saya yakin satu lagi sejarah akan kita lakar dengan lulusnya undang-undang ini yang mana akan mengurus urusan rakyat oleh para peguam syarie dan saya yakin juga RUU ini akan mengubah landskap sistem kehakiman Islam di Malaysia. Sekian, maka dengan ini Merbok menyokong.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Ahli Yang Berhormat, seramai 17 Ahli-ahli Yang Berhormat telah berbahas hari ini dan ada tiga lagi, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Bagan Serai dan Yang Berhormat Setiu, boleh disambung pada hari Isnin kemudian. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Isnin, 15 Julai 2019.

final • 5:30 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.34 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026