Katalog Hansard
**[****Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini bahawa Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia baginda telah memperkenankan akta-akta yang telah diluluskan oleh Parlimen ke-14 dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-14 yang lalu seperti berikut:
(i) Akta Kastam (Pindaan) 2019;
(ii) Akta Eksais (Pindaan) 2019;
(iii) Akta Zon Bebas (Pindaan) 2019;
(iv) Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2019; dan
(v) Akta Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2019.
1. Tuan Wong Kah Woh [Ipoh Timur] minta Menteri Kewangan menyatakan rasional pelaksanaan Voluntary Disclosure Scheme dan jumlah pembayar cukai yang telah menyertai dalam skim ini serta jumlah cukai tambahan yang telah dikutip hasil dari skim ini.
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur, rasional pelaksanaan Special Voluntary Disclosure Program (SVDP) atau Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) yang mula dilaksanakan pada 3 November 2018. Ia merupakan salah satu usaha kerajaan dalam melakukan pembaharuan percukaian bagi menggalakkan pembayar cukai tampil secara sukarela dan melaporkan pendapatan yang sepatutnya untuk meningkatkan kutipan cukai bagi pembangunan negara.
Program ini menyediakan platform untuk memberi peluang kepada pembayar cukai mengisytiharkan secara sukarela sebarang pendapatan yang tidak dilaporkan bagi tujuan cukai termasuk akaun pesisir pantai dengan pengenaan kadar penalti lebih rendah dari tempoh 3 November 2018 sehingga 30 September 2019 ke atas pelaporan pendapatan.
Kadar penalti sedia ada ialah di antara 45 hingga 300 peratus. Sebaliknya kadar penalti yang dikenakan di bawah PKPS adalah jauh lebih rendah berbanding kadar penalti sedia ada seperti berikut:
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
(i) bagi tempoh pengakuan sukarela 3 November 2018 hingga 30 Jun 2019, kadar penaltinya hanyalah 10 peratus; dan
(ii) bagi 1 Julai 2019 hingga 30 September 2019, kadar penaltinya adalah 15 peratus.
Setelah pengakuan sukarela diterima dan diproses oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, surat persetujuan clearance akan dikeluarkan oleh LHDN dan tindakan audit atau siasatan tidak akan dibuat pada masa akan datang bagi tahun taksiran di mana pengakuan sukarela dibuat. Pengakuan sukarela merangkumi perkara berikut:
(i) melaporkan pendapatan yang belum ataupun kurang dilaporkan, perbelanjaan terlebih tuntut ataupun tidak dibenarkan dan pelepasan potongan rebat terlebih tuntut;
(ii) melaporkan keuntungan pelupusan aset iaitu harta tanah dan saham dalam Syarikat Harta Tanah; dan
(iii) penyeteman Surat Cara yang belum disetem.
Semenjak PKPS ini diperkenalkan, pada 3 November 2018 sehingga 23 Jun 2019, sebanyak 486,360 kes pengakuan sukarela telah diterima dan sedang diproses oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri. Jumlah kutipan cukai, akan kita umumkan pada akhir tahun.
Terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Skim ini merupakan satu skim yang amat baik dan progresif dalam sistem percukaian dan pada sebelum ini sememangnya kami menerima balasan daripada orang ramai yang mana mereka telah pun menerima surat daripada pihak Kementerian Kewangan (MOF) berkenaan dengan laporan sukarela ini dan mereka berasa amat bimbang kenapa kerajaan sedang menuntut cukai-cukai untuk tahun yang lepas. Persoalan saya adalah apakah pendekatan yang diambil oleh pihak Kementerian Kewangan dalam mengutip lebih banyak cukai daripada rakyat? Sama ada satu pendekatan yang lebih agresif ataupun satu pendekatan yang lebih mesra rakyat? Terima kasih.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah]
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Ya lah sudah tentu bila kita hendak kutip sesuatu daripada orang ini, pendekatan yang lebih mesra dan sebagainya adalah satu pendekatan yang akan dapat lebih diterima oleh orang ramai termasuk pembayar-pembayar cukai. Jadi, skim PKPS ini, saya kira adalah salah satu daripada langkah yang kita buat untuk memastikan bahawa mereka yang sebelum ini tidak declare ataupun under declare dan sebagainya untuk tampil dengan sendiri untuk memastikan bahawa mereka dengan secara sukarela dan istilah yang digunakan ialah suci hati declare perkara-perkara tersebut supaya dapat dikenakan cukai kepada mereka dengan kadar penalti yang rendah.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah]
Akan tetapi kalau sekiranya mereka tidak berbuat demikian dan untuk makluman Tuan Yang di-Pertua bahawa sekarang ini kita di bawah Automatic Exchange of Information di bawah negara-negara OECD, kita mempunyai maklumat tentang bank ataupun pemegang akaun di bank-bank di luar negara, yang mana kalau mereka tidak secara sukarelanya tampil, maknanya kita ada maklumat-maklumat yang boleh kita bila dia tak sukarela datang, jadi bila hendak pergi itu mungkin dia sudah tak jadi mesra alamlah.
Jadi, kita harap skim yang seumpama ini yang kita tawarkan Yang Berhormat akan memberikan suatu “galakan” untuk mereka tampil secara suka rela, dengan suci hati, declare dan kadar penalti yang kita kenakan adalah suatu yang amat munasabah untuk ini. Yang baiknya ialah akhirnya mereka juga dapat menyumbang untuk kita gunakan bagi kegunaan rakyat ramai. Terima kasih.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Lama tak tengok Menteri Kewangan. Selalunya dia hadir untuk jawab sendiri, rindu kita pun. Tak apalah walau macam mana pun saya hendak terus kepada soalan. Saya ingin bertanya berkenaan dengan penggunaan sistem Big Data Analytic and Automatic Exchange of Information (AEoI) yang diinisiatifkan oleh Organisation for Economic Co-
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
operation and Development (OECD) untuk mengakses maklumat kewangan individu dan syarikat.
Sejauh manakah sistem ini berupaya mengesan tax defaulters terutamanya yang berselindung di sebalik aktiviti black economy dalam rejim percukaian SST ini. Sila.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Ya, saya telah sebutkan sedikit tadi, memang sekarang ini kita punya capaian di bawah AEOI iaitu Automatic Exchange of Information ini berkenaan dengan maklumat-maklumat bank.
Maknanya mereka warganegara Malaysia yang mempunyai akaun bank di luar negara, kita ada maklumat-maklumat ini.
Jadi, kalau sekiranya didapati bahawa daripada maklumat ini kita have reason to believe dengan izin ada pendapatan-pendapatan yang tidak diisytiharkan, maka kita boleh menggunakan maklumat ini untuk approach orang-orang yang terlibat dan memastikan bahawa apa yang due untuk negara ini mereka bayar dengan sebaik mungkin. Terima kasih.
2. Dato' Sri Azalina Othman Said [Pengerang] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah perkembangan kajian yang dibuat oleh kementerian berkenaan pelaksanaan semula pilihan raya peringkat Kerajaan Tempatan serta adakah ianya akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad Baharuddin Shah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, saya mohon menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan oleh Yang Berhormat Kuala Nerus bertarikh 17 Julai 2019 kerana ianya menyentuh perkara yang sama iaitu pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, sehingga kini Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengadakan tiga siri bengkel kajian kebolehlaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan sepanjang tempoh 2018 dan 2019.
Lanjutan daripada itu, siri bengkel tersebut, kerajaan perlu meminda perundangan yang berkaitan untuk membolehkan pilihan raya kerajaan tempatan dilaksanakan. Antara perundangan yang terlibat ialah seperti berikut.
(i) Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 1960 (Pindaan) 1991 diaktifkan semula dan dipinda;
(ii) pindaan seksyen 10 dan seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171];
(iii) pindaan akta dan peraturan yang berkaitan di bawah bidang kuasa SPR; dan
(iv) mewujudkan peraturan-peraturan pilihan raya kerajaan tempatan.
Pihak KPKT sedang dalam peringkat penyediaan kertas Jemaah Menteri mengenai pilihan raya kerajaan tempatan yang akan diangkat untuk pertimbangan dan persetujuan dasar. KPKT juga akan membuat persediaan yang lebih menyeluruh dan komprehensif bagi pelaksanaan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan setelah mendapat keputusan Jemaah Menteri kelak.
Sehubungan itu, Pilihan Raya Kerajaan Tempatan tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat sehingga telah ada keputusan Jemaah Menteri mengenainya. Sekian.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana menjawab soalan bagi pihak Yang Berhormat Menteri ya. Saya ucapkan tahniah kalau betullah niat kerajaan untuk melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan ini boleh dilaksanakan sebelum pilihan raya ke PRU ke-15. Walau bagaimanapun, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, memetik daripada jawapan Yang Berhormat Menteri yang mana kertas Kabinet akan dibawa untuk kelulusan mesyuarat Kabinet saya ingin komen daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 10 Disember 2018 bahawa Pilihan Raya Kerajaan Tempatan tidak akan diadakan kerana ia boleh mengundang konflik antara kaum dan melebarkan jurang antara bandar dan luar bandar.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Boleh tak Yang Berhormat Menteri memberi komen terhadap kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tentang Pilihan Raya Kerajaan Tempatan. Terima kasih.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad Baharuddin Shah
Ya, terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Seperti yang saya sebutkan tadi, kita masih di dalam proses menyediakan kertas untuk dibentangkan kepada Jemaah Menteri. Segala perbincangan dan juga kajian telah dibuat comparative study, dengan izin contoh-contoh yang dilaksanakan di negara-negara Komanwel seperti Australia dan India dan non Komanwel seperti Amerika telah diambil kira. Ini akan merupakan sebahagian daripada kajian yang akan dikemukakan untuk pertimbangan. Kita juga telah dan sedang mengkaji dan menengok akta-akta yang perlu dipinda, yang perlu diubah dan inilah cara keseluruhannya kita perlu menghadapi situasi tersebut.
Kita juga telah mengadakan engagement dengan pihak-pihak tertentu seperti wakil- wakil kerajaan, SUK negeri, SPR, Peguam Negara dan juga other stakeholders. Ini adalah sebahagian daripada persiapan kita dan keputusannya akan dibuat apabila ia dibentangkan kepada Jemaah Menteri yang kita jangka sebelum akhir tahun ini. Insya-Allah.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sekiranya kajian yang dibuat kerajaan dalam melaksanakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan itu dan kita dapati ianya boleh dilaksanakan dan kita ingin bertanya, apakah jaminan kerajaan sekiranya pilihan raya peringkat kerajaan tempatan itu dikembalikan yang tidak akan menggugat perpaduan kaum. Terima kasih.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad Baharuddin Shah
Terima kasih di atas soalan tersebut. Seperti yang saya sebutkan tadi kita di dalam proses mengadakan satu pendekatan yang inklusif iaitu kita perlu mendengar semua pandangan termasuk kerajaan negeri, NGO yang berkenaan dan juga yang menunjukkan minat dalam isu tersebut. Ini kerana inilah approach yang kita ambil dan seperti yang saya sebut lebih awal juga, contoh-contoh seperti demokrasi di India merupakan demokrasi terbesar dunia untuk melihat apakah cara dilaksanakan masalah-masalah yang berkaitan dan juga negara yang mungkin tidak begitu besar populasinya seperti Australia dan inilah yang akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk mempertimbangkan segala kemungkinan, apakah orang kata implication atau implikasi yang akan kita hadapi apabila dan kalau kita berhajat untuk melaksanakannya.
Sehingga kita dapat membentangkan kertas yang akan dibentangkan dengan sepenuhnya mengikut peraturan ini, kita akan masih engage semua pihak untuk memberi gambaran yang seluasnya dan sekomprehensifnya untuk memastikan inclusivity approach kita. Insya-Allah.
3. Puan Nor Azrina binti Surip [Merbok] minta Menteri Kerja Raya menyatakan sehingga bulan Mei 2019, berapakah jumlah peruntukan menyelenggara jalan-jalan persekutuan yang telah dibelanjakan dan bagaimanakah pihak kementerian mengenal pasti jalan-jalan yang perlu dibaiki dan perlaksanaan pembaikan dengan segera.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Dewan sekalian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya bertanggungjawab untuk menyenggarakan jalan persekutuan di seluruh Malaysia.
Bagi tahun 2019, jumlah panjang jalan yang di selenggara adalah sebanyak 17,830.33 kilometer. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi program penyelenggaraan jalan-jalan persekutuan di seluruh Malaysia tahun ini sehingga bulan Mei 2019 adalah sebanyak RM124.3 juta iaitu kira-kira 34.33 peratus daripada peruntukan keseluruhan yang diluluskan sebanyak RM362 juta.
Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan jalan-jalan yang rosak dibaiki segera, Kementerian Kerja Raya telah melantik syarikat konsesi melalui perjanjian penswastaan di bawah skop kerja penyenggaraan rutin yang perlu melakukan rondaan pemeriksaan rutin di jalan-jalan persekutuan dengan kekerapan dua kali seminggu. Ini adalah untuk memastikan jika terdapat sebarang kerosakan jalan, seperti jalan berlubang, kerja tampalan lubang hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 24 jam, selaras dengan dasar kementerian kerja raya
Timbalan Menteri Kerja Raya - Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
iaitu dasar sifar lubang atau zero pothole di jalan persekutuan di seluruh negara mulai bulan Februari tahun 2016 lagi.
Dasar ini menetapkan supaya lubang jalan perlu ditampal atau diambil tindakan [Gangguan sistem rakaman] oleh syarikat konsesi dalam tempoh kurang daripada 24 jam.
Penalti akan dikenakan terhadap syarikat konsesi sekiranya tindakan yang diambil melebihi daripada tempoh tindakan yang telah ditetapkan. Kerja penampalan lubang ini merupakan langkah awal atau kaedah pencegahan atau preventive bagi tujuan keselamatan pengguna jalan raya sebelum kerja-kerja turapan kekal dilaksanakan.
Selain itu, Kementerian Kerja Raya juga menyediakan program penyenggaraan turapan berdasarkan notis kerosakan, Notice of Defects (NOD), dengan izin yang disediakan oleh syarikat konsesi penyenggaraan jalan persekutuan. Melalui NOD ini, Kementerian Kerja Raya akan menyenaraikan program penyelenggaraan turapan mengikut keutamaan dan keperluan mendesak untuk dikemukakan kepada Kementerian Kewangan Malaysia bagi tujuan kelulusan peruntukan. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan program penyenggaraan ini adalah tertakluk kepada kelulusan peruntukan dari Kementerian Kewangan.
Kementerian Kerja Raya sentiasa komited untuk melaksanakan program penyelenggaraan jalan di jalan persekutuan terutamanya penyenggaraan turapan serta memastikan dari semasa ke semasa, semua jalan persekutuan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan selesa untuk digunakan. Sekian, terima kasih.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Terima kasih kepada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seperti yang disebutkan tadi, lazimnya peruntukan merupakan response yang sering kita terima, masalah peruntukan ini adalah yang sering kita terima sebagai rakyat kebanyakan. Saya difahamkan kementerian sebelum ini pernah menjalankan kajian bersama Lembaga Getah Malaysia, yang mana menjalankan kajian penggunaan getah beku sebagai alternatif turapan jalan, yang mana hasil kajian tersebut menyaksikan turapan jalan yang dicampurkan dengan getah lebih tahan lama dan mengurangkan kos penyelenggaraan berbanding kaedah konvensional.
Soalan saya, sejauh manakah kementerian mengaplikasikan penggunaan getah beku secara extensive sebagai turapan jalan agar dapat meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah dan juga meningkatkan penggunaan getah tempatan secara significant pada masa hadapan? Terima kasih.
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat tadi bahawa kajian telah pun kita buat dan hasil daripada kajian itu menunjukkan bahawa apa yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat itu boleh dilaksanakan dan kita akan laksanakan untuk memastikan ketahanan jalan itu bertambah baik dan secara tidak langsung, akan membantu para pekebun kita yang menghasilkan getah. Hal ini memang dalam proses untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagaimana SOP atau satu jaminan pihak kementerian apabila jalan yang rakyat guna, rosak? Berapa lama proses yang diambil oleh pihak kementerian melalui JKR untuk memperbaiki? Saya difahamkan konsesi inilah yang selalu melambat-lambatkan proses untuk membaiki jalan.
Keduanya, adakah RM100 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2019 ini mencukupi dan adakah kementerian bercadang untuk menambahkan lagi peruntukan yang RM100 bilion? Adakah kementerian bercadang untuk bekerjasama dengan NGO-NGO yang sentiasa memberi komen yang negatif terhadap jalan berlubang ini? Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat yang membuat pertanyaan tambahan. Memang peruntukan yang kita terima itu belumlah mencukupi. Kita ingin mengambil kesempatan ini menunjukkan kepada Dewan bahawa Kementerian Kewangan sentiasa memberikan pertimbangan apabila kita minta peruntukan-peruntukan tambahan.
Untuk pengetahuan Dewan, saya tadi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Merbok iaitu berapa yang telah [Gangguan sistem rakaman] dilaksanakan kita gunakan sehingga bulan Mei peruntukan yang telah diberikan. Akan tetapi selepas bulan Mei pada
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
bulan Jun, beberapa hari selepas bulan Mei itu, kita sudah dapat peruntukan tambahan yang harus saya maklumkan di sini. Pertambahan sebanyak RM240 juta kita terima daripada Kementerian Kewangan pada 12 Jun. Jumlah keseluruhan kelulusan MOF sehingga kini ialah sebanyak RM602 juta sebenarnya.
Jaminan MOF ada lagi sebanyak RM180 juta yang akan diberikan. Jadi total atau jumlah keseluruhan yang dijamin oleh pihak Kementerian Kewangan semuanya berjumlah RM782 juta. Jadi kami tidak menerima serentak begitu. Kita menerima secara berperingkat- peringkat, berfasa-fasa dan kita akan gunakan seperti mana yang kita sebut tadi iaitu menurut prioritinya.
Seperti yang saya sebut syarikat konsesi punya tanggungjawab dalam soal-soal yang kecil-kecil, lubang sana-sini dan sebagainya, dalam masa 24 jam mereka mesti buatkan. Akan tetapi apabila hal itu besar, kerosakan jalan itu kerosakan besar yakni kita menunggu NOD daripada mereka dan kemudian kita bawa kepada Kementerian Kewangan supaya dapat kelulusan untuk kita tambahkan pembaikan itu.
Hubungan kita dengan NGO-NGO yang memberi kritikan, yang memberi pandangan kepada kita, sangat kami alu-alukan. Kita mendengar kepada mereka, soal cara penyampaian itu ada yang lembut, ada yang halus berseni, ada yang sedikit keras, itu tidak menjadi hal.
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
Kementerian sentiasa memberikan perhatian dan sentiasa bekerjasama. Malah NGO-NGO ini tidak sahaja harus berhubung dengan kami secara maya, datanglah pejabat saya, sentiasa terbuka untuk mereka. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah [Jasin] minta Menteri Kewangan menyatakan setakat manakah keberkesanan langkah BNM menurunkan kadar dasar semalam (OPR) daripada 3.25% kepada 3.0% bagi merangsang aktiviti pelaburan dan perbelanjaan domestik dalam masa yang sama sebagai usaha menyokong ekonomi kerana peningkatan risiko global.
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jasin di atas soalan yang diberikan.
Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari ataupun Monetary Policy Committee Bank Negara Malaysia pada 7 Mei 2019 telah memutuskan untuk mengurangkan Kadar Dasar Semalaman
(OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.0 peratus. Penurunan OPR ini bertujuan untuk memastikan ekonomi negara terus berada pada landasan pertumbuhan yang mapan dalam keadaan inflasi yang stabil, disokong oleh pengantaraan kewangan yang kukuh dalam ekonomi.
Pelarasan ini telah diterjemahkan serta-merta kepada kadar pinjaman runcit yang lebih rendah bagi isi rumah dan perniagaan untuk pinjaman baharu berikutan semakan ke bawah terhadap kadar asas atau base rate dan kadar pinjaman asas ataupun base landing rate oleh semua bank sebanyak 25 mata asas. Ini seterusnya telah melonjakkan jumlah kelulusan pinjaman. Pada April 2019, kelulusan pinjaman menurun 1 peratus berbanding Mac 2019. Manakala pada Mei 2019, kelulusan pinjaman melonjak 13 peratus berbanding April 2019. Pada masa yang sama, jualan motosikal dan kereta penumpang turut meningkat 7.8 peratus dan 23.3 peratus masing-masing.
Selain itu, bagi pinjaman runcit dengan kadar terapung yang sedia ada pula, BR dan BLR yang lebih rendah ini menyumbang kepada pembayaran balik yang lebih rendah.
Daripada April ke Mei 2019, jumlah pembayaran pinjaman mencatatkan pertumbuhan bulanan, minus 6.8 peratus manakala sebelum itu daripada Mac ke April, pertumbuhan bulanan adalah minus 0.4 peratus. Pengurangan jumlah bayaran balik ini memberi kesan positif kepada aktiviti pelaburan dan perbelanjaan swasta. Sektor isi rumah pula mendapat manfaat melalui penurunan komitmen pembayaran bulanan yang seterusnya meningkatkan pendapatan boleh guna ataupun disposable income. Manakala sektor korporat pula menikmati pengurangan dalam kos menjalankan perniagaan.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa mengambil langkah proaktif untuk memastikan ekonomi negara terus kukuh dan berdaya saing bagi merangsang aktiviti ekonomi dan perbelanjaan domestik. Langkah ini termasuk sumber pendapatan kerajaan,
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
menyediakan persekitaran kondusif bagi menarik pelaburan asing dan domestik, meningkatkan perdagangan dan produktiviti, mempergiatkan inovasi dan penggunaan teknologi serta meningkatkan potensi ekonomi digital. Pada masa yang sama, kerajaan akan sentiasa memastikan pasaran kewangan kekal stabil dan teratur bagi memangkinkan pertumbuhan masa hadapan. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya keputusan untuk menurunkan OPR ini adalah sebagai langkah awal untuk kita mengurangkan risiko penurunan yang cukup mendalam dalam ekonomi negara. Jadi soalan saya apakah kesannya kepada dana pelabur asing yang telah mengambil keputusan untuk menjual bon pinjaman Malaysia dan mengambil wang mereka untuk dilaburkan ke luar negara. Pengaliran ini cukup membimbangkan sekali terutamanya dia pergi ke Amerika yang telah menaikkan kadar OPR mereka. Ini ada kesan kepada tekanan kepada nilai ringgit kita dan apakah bentuk kawalan daripada bank pusat untuk mengekang perkara ini. Perkara yang terakhirnya apakah impak kepada household debt yang telah menjangkau 83 peratus pada ketika ini? Ini sangat membimbangkan sekali dan apatah lagi dengan saranan Yang Berhormat Menteri Kewangan supaya bank-bank memberikan kelonggaran tentang pinjaman perumahan yang boleh menyebabkan subprime loan pada akan datang. Terima kasih.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Terima kasih Yang Berhormat Jasin atas tambahan. Ya, memang antara polisi yang perlu diambil ataupun dilihat oleh Jawatankuasa Dasar Monetari ini ialah tentang untuk melihat sejauh mana interest rate itu dapat digunakan sebagai untuk hendak menyebabkan perbelanjaan domestik itu akan dapat kita tambahkan dengan sama ada dinaikkan ataupun diturunkan OPR itu. Jadi OPR ini yang sebelum ini pada Julai 2016 diturunkan sebanyak 25 basis point kerana pada tahun – kalau kita masih ingat pada tahun sebelum itu keadaan ekonomi kita melonjak dengan begitu baik, pada ketika itu untuk menyebabkan ataupun untuk memberikan perbelanjaan yang lebih, dia telah diturunkan 25 basis point. Kemudian pada Jun 2018, oleh kerana pada tahun 2017 kita lihat pertumbuhan negara, ekonomi yang cukup baik, maka ia telah dinaikkan 25 basis point. Pada baru-baru ini, pada Mei 2019 sekali lagi Jawatankuasa Dasar Monetari yang bermesyuarat setiap dua bulan lebih kurang ataupun 6 kali setahun ini telah melihat dan memerlukan bahawa ianya perlu diturunkan dan penurunan itu seperti yang saya telah sebutkan tadi telah menyebabkan paling tidaknya di dalam ekonomi domestik ini, maknanya perbelanjaan oleh sama ada syarikat ataupun individu oleh kerana mereka – pembayaran balik kepada bank itu telah diturunkan, mereka mempunyai disposable income yang lebih yang kemudiannya mereka dapat gunakan dan belanjakan untuk meningkatkan ekonomi tempatan kita.
Berkenaan dengan yang disebutkan tadi pelabur-pelabur asing yang membuat keputusan untuk menjual bon dan kemudiannya melabur di Amerika yang telah memberikan suatu kadar faedah yang lebih baik. Ini sebenarnya adalah di luar kawalan kita dan bukan sahaja Malaysia yang terkena dengan fenomena ini, di pasaran-pasaran di negara-negara ASEAN yang lain juga terkena tempias yang sama. Apa pun kita akan pastikan bahawa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jasin tadi tentang kebolehupayaan untuk rakyat Malaysia terutamanya mereka daripada IKS untuk membuat pinjaman bank dengan kadar yang lebih munasabah dan untuk mereka memperkembangkan ekonomi ini akan terus kita berikan perhatian dan memastikan bahawa ekonomi kita akan terus dapat berkembang dalam keadaan yang kita sebutkan tadi. Terima kasih.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Setiawangsa ingin bertanya kerana ada beberapa suara daripada beberapa Yang Berhormat Menteri yang menyatakan bahawa pihak bank perlu memudahkan pinjaman sama ada kepada pihak individu atau pada pihak syarikat. Akan tetapi kalau kita lihat tanggungjawab yang ada kepada pihak bank selepas krisis kewangan Asia dan juga pada tahun 1997 dan krisis kewangan global pada tahun 2008, yang mana kita tidak mahu ada fenomena NPL atau subprime yang berleluasa, bukankah sepatutnya perkara yang ditekankan adalah meningkatkan pendapatan rakyat ataupun ekonomi negara ini secara keseluruhan dan bukan hanya memudahkan pinjaman yang akan datang dengan risiko yang tersendiri.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa.
Ya, memang pihak bank perlu mengimbangkan dan kita juga yang daripada segi aspek fiskalnya juga untuk melihat bahawa ekonomi negara akan terus berkembang dalam keadaan
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
terutamanya pihak-pihak IKS yang perlu untuk memperbesarkan perniagaan mereka, perlu ada akses kepada dana daripada bank untuk mereka memperkembangkan business mereka.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Jadi kita sememangnya menyeru kepada pihak bank untuk lihat perkara ini, mengambil pertimbangan risiko yang mereka terpaksa hadapi dan sebagainya dan sememangnya apabila kita lihat bank sendiri pun mengambil tindakan-tindakan yang proaktif.
Bukan sahaja tunggu di bank, tunggu IKS dan syarikat-syarikat lain approach mereka untuk dapatkan pinjaman, mereka juga yang punya statistik tentang IKS yang beroperasi juga keluar dan berjumpa dengan syarikat ini untuk memudahkan mereka.
Kalau yang layak itu untuk mendapatkan pinjaman, kita hendak supaya berlakunya dalam perniagaan di dalam negara kita ini pihak IKS dan sebagainya ini boleh memperkembangkan perniagaan mereka yang seterusnya akan memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk-penduduk negara kita ini dan juga untuk meningkatkan eksport.
Sumbangan daripada IKS yang sekarang ini hanya dalam sekitar saya ingat tidak sampai pun 20 peratus sumbangan kepada GDP kita yang hendak kita tingkatkan supayanya menjadi lebih besar sesuai ke arah menuju trend menjadi sebuah negara maju. Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa.
5. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan tindakan yang diambil ke atas pemilik bangunan yang tidak mematuhi penyediaan keperluan infrastruktur bagi orang kurang upaya
(OKU) yang diwajibkan dalam pembinaan bangunan di negara ini.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad Baharuddin Shah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Untuk maklumat Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui pihak berkuasa tempatan boleh mengambil tindakan ke atas sebarang pemajuan yang tidak mematuhi penyediaan keperluan infrastruktur bagi orang kurang upaya (OKU) yang diwajibkan dalam pembinaan bangunan di negara ini.
Berdasarkan pada seksyen 70(13)(c), Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133) pemaju boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan boleh juga dikenakan denda tambahan tidak melebihi RM1,000 bagi tiap-tiap hari kesalahan diteruskan. Untuk maklumat Yang Berhormat juga, PBT boleh mengarahkan Principal Submitting Person (PSP) untuk membuat penambahbaikan ke atas sesuatu bangunan yang belum memperoleh Certificate of Completion and Compliance (CCC) seperti menyediakan infrastruktur bagi golongan OKU.
Principal Submitting Person (PSP) dengan izin yang gagal mematuhi arahan ini boleh dikenakan penalti di bawah subseksyen 70(27), Akta Jalan, Parit dan Bangunan dengan nilai penalti tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya. Sekiranya Principal Submitting Person (PSP) gagal melaksanakan tanggungjawab tersebut, PBT boleh melaporkan perkara tersebut ke badan profesional baik, Lembaga Arkitek atau Lembaga Jurutera yang berkaitan untuk diambil tindakan seterusnya. Sekian, terima kasih.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan itu. Bagi bangunan yang telah pun mematuhi piawaian KPKT untuk pengguna OKU, berapakah kekerapan pemantauan kemudahan ataupun fasiliti yang dilaksanakan? Saya juga ingin bertanya bagaimanakah peranan yang dimainkan oleh pihak kementerian dalam mendidik masyarakat kerana masih ramai lagi yang tidak peduli OKU dan menyalahgunakan contohnya tandas dan juga parking. Terima kasih.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad Baharuddin Shah
Terima kasih Yang Berhormat. Bagi pemantauan, kami di bawah Kerajaan Tempatan kita lebih menumpukan perhatian kepada pengawasan bangunan yang sedang berjalan atau sedang di bina. Walau bagaimanapun kita bersedia untuk mendengar dan menerima apa jua laporan daripada orang awam yang mendapati ada bangunan-bangunan yang tidak menepati atau tidak dijaga dengan baik atau disediakan dengan baik dengan maintenance yang agak lemah supaya ia dibiaki untuk memenuhi syarat dan juga tujuan asal pembinaan kemudahan OKU tersebut.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad Baharuddin Shah
Disebabkan kekurangan pegawai-pegawai untuk penguatkuasaan kami lebih bergantung kepada aduan dan kami mengharap pihak orang ramai lebih proaktif dan mengambil bahagian untuk memberi maklumat-maklumat yang berkenaan. Untuk menimbulkan kesedaran lebih kepada orang ramai, saya rasa ini perlulah kita hadapi dengan mengadakan kempen yang berterusan tentang betapa perlunya kita lebih prihatin tentang keperluan orang yang kurang upaya seperti untuk tidak mengambil tempat-tempat, ruang tempat letak kereta dan juga tandas-tandas awam yang khas di peruntukkan oleh mereka.
Ada juga shopping complex yang telah mengadakan penalti yang agak tinggi juga untuk memastikan kemudahan yang disediakan untuk OKU tidak disalahgunakan dan ini adalah salah satu daripada cara kita mengatasi masalah ketidakprihatinan mereka ke atas kemudahan tersebut.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya hendakkan sedikit penjelasan kerajaan tentang penyediaan rumah mesra OKU. Ada tidak unit-unit khas yang diperuntukkan kepada golongan OKU bagi mendapatkan unit-unit khas terutamanya bagi projek rumah-rumah kerajaan.
Kedua, adakah enforcement dibuat ataupun ada tidak sebarang arahan atau peruntukan khas kepada pemaju-pemaju swasta supaya turut menyediakan kemudahan- kemudahan mesra OKU ini dan juga kuota bagi rumah-rumah OKU bagi semua projek perumahan dalam negara kita. Terima kasih.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad Baharuddin Shah
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tersebut. Memang kita menggalakkan dan ada juga memberi panduan untuk ditepati oleh pemaju-pemaju untuk menyediakan unit-unit OKU.
Di mana beberapa unit di setiap pembangunan disediakan di aras-aras yang bersesuaian. Umpamanya seperti kalau di flat yang high risk dengan izin, ia sudah tentu mesti disediakan atau peruntukan yang sebaik mungkin di peringkat yang paling bawah kalau tidak ada lif. Kita juga memastikan bahawa kemudahan lif juga perlu diselenggarakan dengan baik untuk memastikan mereka tidak terjejas pergerakan dengan keadaan lif yang tidak terjaga dan diabaikan.
Untuk memastikan pihak-pihak yang melakukan pembangunan dan untuk memastikan memenuhi syarat-syarat OKU, kita ada juga cara-cara untuk mengenakan tindakan atau punitive measure untuk mengenakan penalti ke atas mereka yang tidak memenuhi kehendak. Ini kerana hari ini kita dapati bahawasanya rakyat dan juga masyarakat tempatan amat peka dan amat mengalu-alukan hak OKU yang mana mereka tidak lagi dipinggirkan dan perlu diberi keutamaan seperti juga warga-warga negara kita seperti yang lain. Sekian terima kasih.
6. Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh [Besut] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan usaha-usaha merancakkan industri pelancongan di Besut melalui kaedah-kaedah baru yang digunakan untuk menarik pelancong asing sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik
Terima kasih kepada Yang Berhormat Besut. Assalamualaikum. Bismilahir Rahmanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Tourism Malaysia telah pun mengadakan perancangan dan pelaksanaan awal mengenai pelan promosi kempen Visit Malaysia 2020 ataupun lebih dikenali sebagai VM2020 sejak dari tahun 2018 bagi memastikan sasaran 30 juta pelancong asing serta RM500 bilion jumlah pendapatan yang telah ditetapkan dapat dicapai.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah pelan Eko Pelancongan Kebangsaan 2016-2025, kementerian juga telah mengenal pasti kluster Kampung Raja, Besut, Pulau Perhentian, Jerteh sebagai salah satu daripada tujuh kluster destinasi pelancongan di negeri Terengganu. Kewujudan Pulau Perhentian sebagai tarikan pelancongan utama dan produk-produk pelancongan yang lain seperti Pantai Air Tawar, Pantai Bukit Kluang, Desa Ukiran Kayu Istana Tengku Long, Pusat Rekreasi Lata Tembakah, Pusat Rekreasi Lata Belatan, Hutan Simpan Gunung Tebu dan La Hot Spring menjadikan kluster ini sebagai kawasan yang berpotensi dibangunkan dan dipromosikan secara bersepadu di Terengganu.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik
Pada 19 Mac 2019, MOTAC juga telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan bilangan 1 bersama dengan EXCO Pelancongan Negeri-negeri termasuk negeri Terengganu bagi persiapan ke arah VM2020.
Lanjutan dari mesyuarat tersebut, Kerajaan Negeri Terengganu telah pun mengambil inisiatif bagi menganjurkan pelbagai pengisian program dan aktiviti Kalender Pelancongan Negara VM2020 termasuk di daerah Besut yang terkenal di serata dunia dengan keindahan pulau- pulau dan taman laut seperti Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil.
Antara aktiviti yang diyakini menarik minat pelancong adalah yang berasaskan sukan air dan marin. Antara usaha yang sedang dilaksanakan bagi menarik lebih ramai pelancong asing ke negeri Terengganu adalah nombor satu, melalui SKS Airways iaitu sebuah syarikat penerbangan pesawat ringan yang berpangkalan di Senai, Johor yang bakal memulakan penerbangan domestik dari Johor Bahru ke Kuantan dan Kuala Terengganu ke Kota Bharu. Bermula 1 Oktober ini, syarikat ini juga mendapat sokongan penuh dan kerjasama dari Tourism Malaysia dan juga Kerajaan Negeri Terengganu. Tourism Malaysia akan bertindak sebagai agensi yang akan mempromosikan penerbangan ini ke destinasi tersebut bagi pakej-pakej yang menarik.
Kedua Scoot Tigerair, syarikat tambang murah milik penuh Singapore Airlines yang telah pun memulakan penerbangan antarabangsa dari Singapura ke Kota Bharu pada 2 Julai 2019. Pesawat Scoot juga dengan kapasiti 180 tempat duduk bakal menawarkan penerbangan terus dengan kekerapan dengan tiga kali seminggu. Ia bakal menjadi satu- satunya syarikat penerbangan antarabangsa yang akan beroperasi di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan. Pada 25 Julai 2019, pejabat Tourism Malaysia- Singapura bersama pejabat TM Wilayah Timur telah pun berkolaborasi dengan Scoot untuk mengadakan fam trip ke Kelantan dan Terengganu dengan membawa 11 travel agents dari Singapura bagi melawat produk tarikan pelancong di Kota Bharu, Kelantan dan Utara Terengganu iaitu Kuala Besut dan juga Pulau Perhentian.
Selain itu juga, pertemuan telah diadakan antara agensi pelancongan Singapura bersama agensi pelancongan dari Kelantan dan Terengganu pada 4 Julai 2019. Dengan adanya penerbangan domestik dan antarabangsa ini, jumlah kedatangan pelancong ke Terengganu dijangka meningkat terutamanya pelancong dari Singapura ke negeri-negeri Pantai Timur amnya dan pulau-pulau peranginan di Terengganu terutama ke Perhentian dan Redang khususnya. Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh - Besut
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebenarnya Besut mempunyai banyak tempat dan budaya yang menarik. Seperti mana yang dikatakan tadi, bahawa Pulau Perhentian ini pernah diiktiraf sebagai pulau yang ke-13 terbaik di dunia oleh CN Travel. Juga yang tidak dikatakan tadi ialah ada lagi tentang paragliding di Bukit Dendong, di samping Besut adalah daerah Pengukir Kayu Negara. Oleh itu, diharapkan kementerian akan dapat menambahkan infrastruktur untuk meningkatkan lagi pelancongan di Besut dan juga pembangunan insan untuk masyarakat tempatan.
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik
Terima kasih Yang Berhormat Besut.
Kebetulan memang pada 12 hingga 14 Julai ini, saya akan mengadakan lawatan kerja ke Pulau Perhentian dan juga di Kuala Terengganu. Saya akan bertemu dengan EXCO Pelancongan Negeri Terengganu untuk membincangkan lagi perancangan untuk menambahbaikkan atau mempromosikan Terengganu sebagai antara destinasi yang baik di Malaysia ini.
Saya juga bertemu dengan beberapa syarikat yang akan mengadakan satu – untuk menarik high-end tourist iaitu syarikat – adakan Seaplane yang membawa pelancong- pelancong untuk sightseeing a scenic tour di Pulau-pulau Perhentian, Terengganu. Mereka akan beroperasi insya-Allah pada tahun hadapan dalam proses mendapatkan lesen untuk menjalankan perniagaan dan sebagainya. Ini antara satu tarikan terbaru juga untuk menarik high-end tourist di negeri Terengganu. Sekian, terima kasih.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya, memandangkan tahun hadapan tahun 2020 adalah tahun Melawat Malaysia dan kita akan jangka menerima pelancong seramai lebih 30 juta. Daripada 30 juta ini, segelintir adalah pasti pemangsa jenayah seksual kanak-kanak. Maka soalan saya adalah, apakah usaha kerajaan untuk melindungi kanak-kanak jangka masa pendek dan jangka masa panjang dan untuk
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
mewujudkan kesedaran di antara rakyat Malaysia dan pelancong akan penglibatan Kerajaan Malaysia untuk memerangi eksploitasi kanak-kanak melalui travel and tourism, dengan izin?
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya ingat soalan itu lari sedikit sebab pengkhususannya adalah tentang...
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed - Jeli
Tuan Yang di-Pertua, yang ada kaitan.
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya soalan ini akan ditanya pada 17 Julai, soalan yang sama. Jadi saya...
Tuan Yang di-Pertua
Usul dijawab.
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik
...memilih untuk menjawab pada 17 Julai akan datang. Oleh sebab soalan ini soalan yang sama Yang Berhormat Batu Kawan tanya pada 17 Julai ini. Jadi boleh saya memilih untuk menjawab...
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed - Jeli
Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakatuh. Besut ini jiran dengan Kelantan. Ada orang kata dahulu Besut sebahagian dari Kelantan, ia ada kaitan soalan ini. Pertamanya, apakah perancangan untuk menggabungkan promosi Besut dengan Pasir Putih dan Tok Bali? Oleh kerana Pasir Putih – Besut ini jiran dan ada saudara-mara, pantai yang indah.
Keduanya, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tentang Scoot. Kita mulakan perkhidmatan Singapore ke Kota Bharu. Apakah perancangan untuk memastikan pelancong yang ke Pulau Perhentian iaitu di Terengganu duduk lebih lama di Kelantan?
Kalau semuanya pergi ke Pulau Perhentian, maka kesan limpahan kepada Kelantan tidak seberapa. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Itu ada kaitan sedikit dengan Besut ya.
[Ketawa]
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik
Saya mengambil maklum cadangan Yang Berhormat Jeli berkenaan dengan perancangan tourism ataupun pelancongan di negeri Kelantan. Memang Kota Bahru merupakan satu gateway untuk pelancong-pelancong yang hendak pergi ke Pulau Perhentian. Selalunya mereka menggunakan lapangan terbang di Kota Bharu sebab ia dekat dengan Besut, daripada Kuala Terengganu hendak ke Besut.
Saya dapati memang kita menyediakan banyak pakej pelancongan di Kota Baharu, Kelantan sendiri. Antaranya ialah gastronomic tourism, tourism pemakanan. Kita juga bawa mereka ke beberapa destinasi-destinasi menarik di Kelantan sebelum mereka pergi menuju ke Pulau Perhentian. Jadi, selama ini memang kita sudah mengadakan banyak pakej pelancongan untuk pelancong yang hendak ke Pulau Perhentian berhenti di Kota Bharu sebagai destinasi transit. Insya-Allah, terima kasih.
7. Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [Tampin] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan apakah inisiatif kementerian dalam Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar dalam aspek pembangunan modal insan di kawasan luar bandar.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar - Tuan Sivarasa Rasiah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk maklumat Yang Berhormat Tampin dan Dewan yang Mulia ini, Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah melancarkan Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar 2018-2023 pada 29 Oktober 2018 tahun lepas. Pelan ini dirancang bagi tempoh lima tahun yang menggariskan sebanyak enam teras iaitu:
(i) prasarana;
(ii) ekonomi;
(iii) keusahawanan;
(iv) modal insan;
(v) wanita; dan
(vi) sistem penyampaian.
Sebanyak 29 strategi dan 94 program yang telah dirancang dan dijangka akan memberi manfaat kepada seramai 7.9 juta penduduk luar bandar.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar - Tuan Sivarasa Rasiah
Antara inisiatif yang dirancang dan sedang dilaksanakan bagi pembangunan modal insan ialah memperbanyak pusat jagaan kanak-kanak dan prasekolah KEMAS melalui pelaksanaan salah satu daripadanya ialah Tabika Transit KEMAS yang mana waktu-waktu operasinya dilanjutkan sehingga jam 5 petang untuk membantu ibu bapa yang bekerja.
Sebanyak 50 buah kelas transit disasarkan pada tahun ini yang dapat menempatkan seramai 700 kanak-kanak.
Berkenaan dengan KEMAS juga, satu langkah lain ialah untuk menaik taraf pendidikan prasekolah KEMAS dengan memperkenalkan modul pendidikan baharu iaitu Pendidikan STREAM ringkasan kepada Science, Technology, Religion, Engineering, Arts dan Mathematic. Seterusnya, langkah juga termasuk menyumbang keperluan tenaga kerja mahir melalui 274 buah institusi pendidikan TVET at KPLV yang dikawal selia oleh MARA, KEMAS, KEDA dan PERDA.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar - Tuan Sivarasa Rasiah
Sehingga 30 April 2019 terdapat peningkatan kemasukan pelajar sebanyak 7.2 peratus iaitu 3,519 kepada seramai 52,513 orang jika dibandingkan pada tahun 2018 iaitu hanya seramai 48,994 orang.
Satu langkah lain Tuan Yang di-Pertua ialah untuk menyesuaikan kemahiran belia dengan perubahan teknologi dan ICT melalui inisiatif yang dilaksanakan oleh MARA dengan mengkaji semula modul pembelajaran dan pengajaran di GIATMARA agar sejajar dengan perubahan ke arah revolusi industri 4.0.
Sehubungan itu KPLB yakin bahawa melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif pembangunan modal insan ini ianya akan dapat melahirkan lebih ramai masyarakat yang berilmu, mahir serta cemerlang dan seterusnya akan dapat menaiktarafkan kualiti hidup yang memenuhi keperluan sosioekonomi, fizikal, rohani dan sahsiah masyarakat khususnya penduduk di luar bandar. Sekian, terima kasih.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Terima kasih pada Yang Berhormat Menteri atas jawapan itu dan tahniah kepada kementerian kerana telah mewujudkan pelan harapan pembangunan luar bandar. Cumanya saya ingin bertanya selaras dengan strategi kelima dalam teras keempat pelan pembangunan luar bandar ini iaitu menyesuaikan kemahiran belia dengan ICT.
Soalan saya ialah adakah masalah jurang digital luar bandar menjadi kekangan utama di dalam kementerian melaksanakan teras yang keempat ini dan adakah kerajaan berhasrat untuk menetapkan sasaran tertentu bagi meningkatkan penglibatan belia luar bandar dalam industri teknologi ICT?
Tuan Sivarasa Rasiah
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan itu yang membangkitkan isu penting. Memang saya setuju ada jurang antara belia di kawasan luar bandar kalau dibandingkan dengan belia-belia di kawasan bandar. Jurang dari segi kegunaan ICT, kemahiran ICT dan sebagainya.
Halangan yang menghadapi kita dalam isu ini ialah prasarana. Prasarana jalur lebar dan connectivity di luar bandar memang masih mencabar di banyak kawasan dan ini lah satu halangan yang mesti diatasi dan sekarang memang ada perbincangan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan agensi-agensi yang berkaitan untuk menyelesaikan masalah ini. Seperti saya sebut kita masih juga gunakan institusi macam GIATMARA untuk proses susulan Untuk mengkaji semua kursus kita untuk pastikan kita mendedahkan belia luar bandar melalui GIATMARA kepada kemahiran ICT untuk sediakan mereka untuk keadaan terkini. Sekian, terima kasih.
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian telah mengenal pasti sebab-sebab kenapa golongan wanita luar bandar berhijrah ke bandar? Apakah tindakan kementerian untuk memberhentikan migrasi ini berbeza dengan migrasi orang muda Yang Berhormat Menteri yang pergi ke bandar? Seorang wanita mempunyai kekangan-kekangan yang lebih spesifik seperti telah berkahwin dan menjadi ibu tunggal dan semua faktor ini mesti diambil kira.
Seperkara lagi Yang Berhormat Menteri, saya ingin merujuk kepada pelan harapan pembangunan luar bandar teras lima mengenai wanita strategi kedua. Saya berpandangan tidak sesuai diletakkan usaha pembangunan mesra wanita setara dengan program
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
pembangunan OKU kerana ia mempunyai strategi-strategi dan keperluan yang berbeza.
Terima kasih.
Tuan Sivarasa Rasiah
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan itu juga. Penghijrahan wanita memang diakui seperti mana penghijrahan belia juga berlaku.
Statistik juga menunjukkan keadaan di kawasan-kawasan tertentu ada penghijrahan dari bandar balik ke luar bandar juga. Cara kita untuk menangani isu ini ialah kita balik kepada perkara-perkara asas atau dengan izin we go back to the basic iaitu meningkatkan status atau taraf prasarana di kawasan luar bandar untuk memastikan sebagai contoh isu yang dibangkitkan tadi. Pembekalan api untuk memastikan ada connectivity, ada jalur lebar seperti di bandar dan sebagainya. Itu pun akan membantu melambatkan atau mengurangkan penghijrahan ini.
Kedua adalah untuk memberi kemudahan latihan dan kemahiran kepada golongan wanita juga di kawasan luar bandar melalui institusi-institusi seperti KEMAS, MARA dan juga GIATMARA. Ini lah antara langkah-langkah kita yang sekarang sedang buat. Sekian.
8. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian] minta Menteri Pembangunan Usahawan menyatakan senarai sebab bangsa Melayu/Bumiputera kurang jadi usahawan dan mengapa masyarakat Cina ramai? Apa langkah untuk ramaikan orang Melayu jadi usahawan dan adakah pendidikan sekolah rendah, menengah dan universiti akan dirombak untuk ajar ilmu keusahawanan secara subjek yang tetap dan wajib lulus?
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan - Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pontian atas soalan yang sungguh mencabar ini ya.
[Ketawa] Mengenai kedudukan prestasi Melayu ataupun Bumiputera sebagai usahawan ini memang dari segi statistik dan juga persepsinya menggambarkan bahawa Bumiputera agak ketinggalan dan statistik yang kita peroleh daripada pihak yang mendaftar seperti SSM menunjukkan hanya 40 percent daripada hampir sejuta syarikat ataupun pertubuhan didaftarkan sebagai usahawan ini yang dimiliki oleh Bumiputera. Ertinya, ianya ada kebenaran di situ.
Maka, langkah yang perlu kita ambil bagi menjawab soalan Yang Berhormat Pontian ini ialah pertamanya ataupun puncanya, kurang sedikit latihan dan kemahiran keusahawanan serta minda keusahawanan di kalangan orang Melayu dan Bumiputera. Ini ada kekurangan.
Keduanya, kurang dorongan dan minat untuk meneroka peluang-peluang baharu dalam bidang keusahawanan.
Ketiganya, sikap yang banyak bergantung kepada bantuan kerajaan untuk menjadi usahawan. Sebenarnya kejayaan usahawan bergantung kepada daya usaha, kemahiran dan inisiatif mereka sendiri untuk merebut peluang dan ruang meskipun terdapat banyak bentuk sokongan daripada kerajaan bagi menangani masalah tersebut.
Keempatnya, masalah capaian kepada sumber kewangan yang berpunca daripada jurang, dengan izin the gap expectation antara pihak pembiaya dan usahawan. Untuk memulakan perniagaan, memerlukan modal permulaan. Namun, kesukaran menyediakan aset ataupun melengkapi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak pembiaya yang boleh diterima oleh pihak pembiaya sebagai cagaran atau ada juga kelemahan usahawan sendiri dalam pengurusan rekod kewangan dalam perniagaan mereka menyebabkan kemudahan pembiayaan yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan mahupun swasta tidak dapat dimanfaatkan oleh golongan ini.
Maka, bagi yang keduanya langkah-langkah yang dilaksanakan untuk melahirkan lebih ramai usahawan termasuk daripada kalangan orang Melayu dan Bumiputera ini adalah seperti berikut. Oleh kerana isu itu tadi isu budaya yang agak kurang di kalangan kita, maka membudayakan keusahawanan dalam kalangan masyarakat ini melalui program-program yang telah disediakan seperti program outreach, program kesedaran keusahawanan serta program bimbingan dan latihan keusahawanan bagi menarik minat mereka.
Keduanya menerapkan nilai budaya keusahawanan dalam sistem pendidikan. Ini juga dijawab dalam bahagian ketiga soalan tadi. Bermula daripada peringkat awal sekolah rendah hinggalah pendidikan tinggi.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan - Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli
Ketiganya mempromosi keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Ini akan disebut dalam pembentangan minggu depan ataupun hujung minggu ini apabila kita membentangkan Dasar Keusahawanan Negara.
Seterusnya, menyediakan khidmat nasihat dan akses kepada bantuan pembiayaan di bawah agensi kementerian kami seperti TEKUN Nasional, SME Corp, SME Bank dan Bank Rakyat.
Kelimanya, melaksanakan program bagi menggalakkan bagi dan memperkukuhkan penglibatan usahawan dalam inisiatif e-dagang ataupun e-commerce dalam perniagaan atas talian. Online ya.
Keenam, menggalakkan program pembangunan dan pengukuhan koperasi. Ini sangat penting bagi membuka lebih banyak peluang penglibatan usahawan di kalangan Melayu/Bumiputera.
Bahagian yang terakhir daripada soalan itu sama ada kita akan menukar kokurikulum dan menjadikan mata pelajaran wajib bagi menambahkan minat dan juga penglibatan Bumiputera dalam usahawan.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan - Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli
Kita telah berbincang dengan Kementerian Pendidikan dan mengikut sistem ataupun program sedia ada, sudah banyak ya dimasukkan unsur-unsur pendidikan usahawan ini. Sama ada di sekolah rendah, sekolah menengah dan juga di universiti- universiti awam. Jadi, buat masa ini kita akan memperkukuhkan beberapa program tersebut supaya pelajar-pelajar kita dapat menerima usaha-usaha ini sebagai membina budaya keusahawanan di kalangan mereka. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih. Lagi ramai jumlah usahawan di sesebuah negara, lagi bertambah maju negara itu. Itu adalah merupakan kajian di peringkat antarabangsa. Yang ingin saya tanyakan, apakah sasaran jumlah usahawan bumiputera setahun yang dirancang oleh kementerian? Berapa peratus yang gagal? Apa sebab kegagalan?
Seterusnya, hanya unsur-unsur pendidikan keusahawanan. Saya ingin mencadangkan supaya sekarang ini kita ada jurusan sains, ada jurusan sastera. Adakah Kementerian Pembangunan Usahawan akan bincang dengan Kementerian Pendidikan supaya ada jurusan satu lagi untuk sekolah menengah iaitu jurusan keusahawanan sebagai satu cadangan untuk difikirkan. Terima kasih.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli
Terima kasih Yang Berhormat Pontian.
Kita mempunyai sasaran yang tinggi untuk melahirkan 50 ribu usahawan setahun. Usahawan yang berjaya, bukan hanya sekadar mendaftarkan syarikat. Hampir keseluruhannya kita mengharapkan daripada golongan bumiputera dan orang Melayu. Ini sedang diusahakan melalui pelbagai program di bawah agensi dan juga sokongan daripada pihak-pihak pembiaya. Sama ada daripada kementerian ini dan kementerian yang lain. Kegagalannya kita belum dapat akses lagi. Kita harap tidak ada yang gagal.
Memang kita bersetuju tadi bahawa pendidikan ini menjadi asas pembinaan. Akan tetapi untuk merubah kurikulum dan juga menjadikan mata pelajaran wajib, saya rasa itu memerlukan tindakan yang lebih mendalam daripada pihak kementerian. Walau macam mana pun, Kementerian Pendidikan telah melaksanakan banyak aktiviti keusahawanan ini.
Sama ada dalam elemen-elemen rentas kurikulum di sekolah rendah dan juga di sekolah menengah yang juga diterapkan secara langsung dalam mata pelajaran melalui modul kinetik ataupun tema ataupun bidang yang sesuai dan juga sebagai mata pelajaran yang berdiri sendiri iaitu mata pelajaran Pengajian Keusahawanan atau Perniagaan.
Di universiti memang ada universiti di Malaysia ini yang memang dikenali sebagai universiti usahawan. Contohnya, UMK, UUM. Malah, di semua hampir semua universiti awam ada mata pelajaran dan kredit-kredit yang diwajibkan bagi sesetengah pelajar untuk meningkatkan kefahaman dan penglibatan mereka dalam program keusahawanan. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tuan Yang di-Pertua, saya sempat membaca dua buah buku yang ditulis oleh Robert Kiyosaki: Fake dan Rich Dad and Poor Dad. Mengatakan bahawa sistem pendidikan di US tidak menggalakkan anak muda, students untuk menjadi usahawan. Akan tetapi sebaliknya menjadi pekerja kepada syarikat dan awam.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Adakah masalah ini merupakan masalah yang menyebabkan minat dan minda anak-anak muda orang Malaysia yang tidak sampai ke tahap untuk mencebur diri dalam bidang keusahawanan. Adakah cabaran ini merupakan cabaran yang ditumpu oleh kementerian di masa akan datang.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Beluran. Memang kita menyedari tentang kajian-kajian ini dan kita pun juga mempunyai perasaan yang sama bahawa pendidikan yang ada pada hari ini walaupun ada unsur-unsur pendidikan keusahawanan. Akan tetapi akhirnya lebih membawa minat untuk menjadi pekerja, untuk bekerja dengan kerajaan di kalangan graduan-graduan kita. Termasuklah program latihan seperti SL1M yang kita adakan dahulu, adalah attachment untuk meningkatkan employability ataupun mudah diterima oleh pasaran.
Akan tetapi kali ini kita modified sedikit program supaya unsur-unsur keusahawanan itu diberi dalam latihan attachment mereka itu dengan menerapkan kurikulum keusahawanan supaya tidak semestinya mereka diambil ke dalam khidmat sebagai pekerja. Akan tetapi juga sebagai usahawan-usahawan. Ini adalah antara inisiatif-inisiatif selain daripada usaha untuk meningkatkan koperasi di sekolah-sekolah. Biar mereka terlibat daripada awal. Ada 2 ribu lebih koperasi sekolah yang memberikan peluang untuk anak-anak kita di sekolah menengah terlibat dengan program keusahawanan. Mudah-mudahan dengan sedikit usaha ini dan ditambah dengan inisiatif yang akan datang kita dapat melahirkan usahawan-usahawan yang lebih berjaya. Terima kasih.
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
Satu soalan lagi, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Orang Melayu. Untuk orang Melayu. Yang Berhormat Bagan Serai hendak tanya.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Bagan serai, saya ingat ini kita bagi peluang pada Yang Berhormat Keningau lah.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Satu daripada Sabah, satu daripada Sarawak. Silakan.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya setuju dengan kenyataan Yang Berhormat Beluran. Saya juga ingin bertanya kepada kerajaan kerana separuh daripada masalah keusahawanan ini ialah dasar-dasar kerajaan yang menggalakkan kebergantungan. Kita memanjatkan mereka supaya mereka bergantung pada kerajaan. Dapat usaha kerajaan untuk mengubahkan sikap seperti ini selain daripada isu pendidikan dan juga bantuan-bantuan yang ada. Terima kasih. Terutama di Sabah.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli
Terima kasih Yang Berhormat Keningau, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa isu ini bukan hanya berlegar di Sabah. Akan tetapi di seluruh negara. Kita juga menyebut di awal tadi. Kebergantungan usahawan-usahawan ini kepada kerajaan sama ada dalam pembiayaan dan juga mengenai keluasan kebebasan untuk menjalankan perniagaan. Kita memang berhajat supaya usahawan-usahawan bumiputera khususnya dia bertindak sendiri. Seperti disebutkan tadi ada inisiatif, minat, usaha, berani menghadapi cabaran. Akan tetapi dalam masa yang sama mereka juga memerlukan sedikit lonjakan daripada kerajaan.
Oleh yang demikian, kita kena bertindak secara adil supaya tidak terus memutuskan ataupun memberhentikan bentuk-bentuk bantuan ini tetapi menggalakkan, memberikan input-input kepada mereka dari segi galakan, latihan, bimbingan, coaching dan sebagainya supaya akhirnya mereka boleh berdikari dan tidak sentiasa menunggu pembiayaan bantuan daripada kerajaan. Akan mengambil masa sedikit. Akan tetapi insya-Allah dalam tempoh pelaksanaan dasar baharu sehingga 2030 nanti, kita boleh dapat hasilkan usahawan- usahawan yang merdeka, yang bebas. Terima kasih.
9. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Permatang Pauh] minta Menteri Kesihatan menyatakan adakah kementerian akan mengukuhkan komitmen kewangan kepada usaha membasmi kanser serviks di negara kita melalui vaksin, teknologi baru seperti "point of care diagnostics" dan program saringan kanser serviks HPV DNA yang mesra wanita seperti "Program ROSE".
Timbalan Menteri Kesihatan - Dr. Lee Boon Chye
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh yang kemukakan soalan berkenaan saringan kanser serviks menggunakan kaedah HPV DNA.
Tuan Yang di-Pertua, di Malaysia kanser serviks merupakan kanser ketiga tertinggi dalam kalangan wanita dan ketujuh tertinggi di kalangan keseluruhan penduduk Malaysia.
Walau bagaimanapun, insiden ini telah meningkat kepada 10.5 per 100 ribu berbanding dengan 6.5 per 100 ribu pada tahun 2011. Pada masa ini pap smear adalah ujian saringan yang disediakan di semua fasiliti kerajaan dan bukan kerajaan bagi pengesanan awal kanser serviks.
Namun begitu, kajian terkini menunjukkan bahawa jangkitan virus HPV berisiko tinggi adalah penyumbang kepada lebih daripada 95 peratus penyebab kanser serviks. Bagi tujuan pengesahan awal yang juga merupakan langkah pencegahan sekunder, pelaksanaan saringan kanser serviks perlu diperluaskan kepada teknik ujian yang lebih efisien. Malah yang lebih penting kaedah ujian yang memberikan keselesaan dan autonomi kepada wanita.
Jadi, wujudnya bukti yang kukuh untuk menyokong idea bahawa ujian saringan HPV mampu memberi impak yang positif dari sudut keupayaan untuk mengenal pasti virus penyebab penyakit kanser serviks bagi membolehkan intervensi selanjutnya dilakukan dalam mencegah kejadian kanser serviks.
Justeru itu, pada tahun ini Kementerian Kesihatan telah memperuntukkan sebanyak 2 juta ringgit bagi tujuan pelaksanaan fasa pertama ujian saringan kanser serviks dengan menggunakan kaedah ujian HPV.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dr. Lee Boon Chye
Ujian ini akan dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Kedah dan Kelantan dan dijangka akan sepatutnya telah mula bulan Julai tahun ini.
Kementerian Kesihatan amat komited dalam usaha membanteras kanser serviks ini. Justeru, permohonan peruntukan telah dibuat untuk melaksanakan perkhidmatan ini secara berfasa sehingga ia menjadi satu polisi saringan utama bagi kanser serviks di peringkat kebangsaan.
Sekian, terima kasih.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas komitmen dan juga jawapan.
Saya baru sahaja menjalankan kolaborasi untuk pemeriksaan kanser serviks menggunakan ujian DNA HPV dengan Universiti Malaya di bawah projek ROSE. Maka, saya menekankan di sini memandangkan peratusan wanita di Malaysia yang menjalani pap smear hanyalah di bawah 15 peratus sekarang. Apakah komitmen kerajaan seterusnya untuk mewujudkan pangkalan data yang ditubuhkan bagi memantau dan mengawal perkembangan setiap wanita yang melalui pemeriksaan ini? Oleh sebab ramai daripada mereka daripada golongan berpendapatan rendah, tidak mendapat rawatan selanjutnya yang mengakibatkan the mortality rate sangat tinggi. Terima kasih Yang Berhormat.
Dr. Lee Boon Chye
Terima kasih. Memang kementerian dalam usaha untuk buat saringan pap smear dan seterusnya untuk kanser serviks, kita sasarkan mereka yang umur 30 tahun hingga 65 tahun di kesemua fasiliti kerajaan. Kita memang tetapkan KPI untuk klinik- klinik kesihatan untuk menepati sasaran mereka. Kita mengambil hasrat baik untuk program ROSE yang dilakukan atas inisiatif oleh UMMC. Memang kita alu-alukan kerjasama antara UMMC dan juga Kementerian Kesihatan supaya kita boleh meliputi lebih ramai wanita dalam golongan yang berisiko ini untuk melalui program saringan menggunakan kaedah yang lebih moden dan lebih efisien dengan HPV DNA ini. Sekian.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya berkaitan dengan komitmen kewangan untuk membantu pesakit kanser ini. Dalam polisi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), pesakit yang ingin memohon dana daripada PERKESO perlu berhenti bekerja dahulu, barulah dibenarkan untuk mengeluarkan enam peratus daripada tabungan di PERKESO.
Adakah pihak kementerian boleh menyemak kembali polisi ini untuk membantu pesakit- pesakit kanser termasuk kanser serviks ini, untuk terus mendapatkan rawatan di hospital- hospital? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Salah kementerian saya ingat ya.
Dr. Lee Boon Chye
Saya tidak dapat jawab soal PERKESO di bawah ...
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat ...
Dr. Lee Boon Chye
Sumber Manusia. Mungkin soalan yang lain.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Tenggara.
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Tenggara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali, ucap tahniah kepada kementerian kerana sejak kebelakangan ini kejadian ataupun data menunjukkan bahawa kanser serviks ini menurun dengan adanya advocacy. Akan tetapi, usaha ini mesti kementerian nyatakan kepada kita. Apakah langkah yang terkini dan juga yang penting, kakitangan yang mengendalikan pengambilan sampel ini, adakah mereka cukup terlatih dan adakah kementerian bersetuju supaya mereka ini menjadi pakar dalam bidang tersebut dan melatih another kakitangan dari kawasan luar bandar?
Dr. Lee Boon Chye
Terima kasih atas soalan tersebut. Untuk maklumat Yang Berhormat, untuk program saringan menggunakan HPV DNA ini sebenarnya kita memerlukan latihan untuk wanita yang buat saringan sendiri. Sampel itu bukan dibuat oleh kakitangan ataupun jururawat, tetapi boleh dibuat oleh wanita sendiri yang menggunakan satu swab untuk dihantarkan kepada makmal. Jadi, untuk kita melakukan, kita telah menjalankan usaha latihan untuk kakitangan di Kementerian Kesihatan.
Untuk maklumat di Dewan ini, kita juga jangka sekiranya kita dapat lakukan untuk seluruh negara, kita jangka kos untuk buat test lebih kurang RM50 juta untuk seluruh negara.
Kita juga anggarkan lebih kurang RM400,000 diperlukan untuk latihan kakitangan untuk membantu mereka buat saringan HPV DNA ini. Sekian, terima kasih.
10. Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa [Sipitang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan kemajuan pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo bagi jajaran Sabah, dan apakah pengambilalihan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai pemantau projek tidak menjejaskan pelaksanaannya, dan sehingga kini apakah keseluruhan pakej projek tersebut sudah dianugerahkan kepada kontraktor.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan yang terhormat. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan nombor 38 dan 75 dari Yang Berhormat Papar yang dijadualkan pada hari ini juga, kerana menyentuh isu yang sama iaitu hala tuju Lebuh Raya Pan Borneo Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, sepertimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah dengan anggaran jarak keseluruhan 706 kilometer dibahagikan kepada 35 pakej kerja iaitu melibatkan laluan dari Tawau ke Semporna yang telah ditamatkan – Maaf.
Walau bagaimanapun, satu kontraktor pakej kerja iaitu yang melibatkan laluan dari Tawau ke Semporna telah ditamatkan kontrak disebabkan prestasi kontraktor yang tidak memuaskan, Tuan Yang di-Pertua. Perancangan untuk memulakan pembinaan bagi baki 23 pakej kerja yang belum dibuat pelantikan kontraktor adalah tertakluk kepada keputusan muktamad dan kemampuan kewangan semasa kerajaan. Secara keseluruhan, status kemajuan pembinaan sehingga Mei 2019 bagi pakej kerja yang dimulakan adalah sebanyak 16.90 peratus.
Berdasarkan perancangan asal, projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah dijangka siap sepenuhnya pada 31 Disember 2021. Walau bagaimanapun, Jabatan Kerja Raya Sabah sedang meneliti semula jadual perancangan tersebut dengan mengambil kira kelewatan untuk menyelesaikan isu-isu setempat terutama isu pengambilan balik tanah oleh Kerajaan Negeri Sabah. JKR Sabah dijangka akan membentangkan dalam masa terdekat berhubung jadual perancangan keseluruhan projek.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perjanjian rakan pelaksana projek, Project Delivery Partner (PDP) dengan izin, yang ditandatangani oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah dan pihak PDP bagi projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah pada 11 April 2016 telah menetapkan bahawa PDP layak dibayar sebanyak 5.5 peratus daripada kos pembinaan sebagai yuran PDP. Yuran PDP tersebut antara lain bertujuan, supaya PDP menyiapkan projek dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dengan kos yang telah dimuktamadkan oleh kerajaan. Kegagalan pihak PDP untuk mematuhi
Timbalan Menteri Kerja Raya - Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
kedua-dua elemen Key Performance Indicators (KPI) dengan izin, akan menyebabkan penalti ke atas yuran PDP tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, memandangkan kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah tanpa melibatkan PDP, kerajaan tidak perlu lagi untuk membuat bayaran melibatkan yuran PDP.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
Ini satu saving sebenarnya Tuan Yang di-Pertua. Namun, pelaksanaan projek di bawah pemantauan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah tidak akan melibatkan pengukuran dua elemen KPI di atas. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa - Sipitang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan dan penjelasan tadi. Saya hanya menyentuh sedikit perkara dalam soalan tambahan saya iaitu apakah masalah ataupun cabaran yang dihadapi oleh pihak kontraktor dalam melaksanakan projek ini sehingga menyebabkan banyak portion dengan izin, atau bahagian jalan yang terputus di mana antara yang saya lihat ialah mungkin daripada masalah koordinasi dengan syarikat utiliti yang melibatkan elektrik dan air.
Selain itu, kita juga ingin tahu sehingga kini berapa jumlah pampasan sudah pun dibayar oleh kerajaan kepada pemilik tanah, rumah dan sebagainya sepanjang jajaran di bahagian negeri Sabah dan juga adakah sehingga kini terdapat kes di mana pemilik tanah enggan menerima pampasan dan membawa kes mereka ke mahkamah. Jika kes begini berlaku, apakah langkah penyelesai pihak kerajaan khususnya kementerian terbabit. Terima kasih.
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
Tuan Yang di-Pertua, soalan-soalan itu khusus yang saya rasa saya perlu menjawabnya secara bertulis. Dalam soal kenapa kontraktor lambat, hal ini juga memerlukan kajian lanjut dan para kontraktor harus kita dapatkan jawapan daripada mereka kenapa sebenarnya keadaan ini berlaku. Jadi susah untuk saya hendak menjawab. Sekarang saya tidak pasti melainkan dengan jawapan bertulis selepas ini. Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof - Petrajaya
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Petrajaya ya. Soalan tambahan saya, saya mendengar tadi jawapan bahawa dengan penamatan PDP akan penjimatan kepada kerajaan. Cuma, sebab perjanjian sudah pun ditandatangani, adakah akan berlaku tindakan undang-undang diambil oleh pihak PDP dan adakah kerajaan bersedia daripada segi kemungkiran daripada perjanjian tersebut bahawa pampasan akan dibayar pada pihak PDP. Itu pertama.
Perkara yang kedua, apakah mekanisme untuk memastikan pelaksanaan projek yang telah pun di-award ataupun diberi kepada kontraktor akan dilaksanakan. Apakah kaedah? Adakah JKR akan melantik PMC ataupun JKR sendiri akan menjadi pemantau kepada projek tersebut. Ini kerana bila penamatan kepada projek pada PDP, maka ia akan memberi kesan kepada lantikan-lantikan seterusnya iaitu konsultan dan pelbagai pihak yang telah pun dilantik di bawah perjanjian tersebut. Terima kasih.
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
Tuan Yang di-Pertua, setakat ini saya belum punya maklumat sama ada, ada tindakan undang-undang dimulakan oleh pihak yang ditamatkan kontrak mereka itu. Namun kita sebagai kerajaan yang bertanggungjawab harus serba bersedia menghadapi mereka di mahkamah dan menyelesaikannya secara undang- undang. JKR yang telah mengambil alih sudah tentulah akan memantau seperti mana yang ditanya oleh Yang Berhormat Petrajaya tadi. Setelah kita mengambil alih, maka tanggungjawab memantau itu kepada kita. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dengan itu, selesai sudah pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Syarikat 2016; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Tuan Chong Chieng Jen]; dibacakan kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Maidin]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan DR15/2019 Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna
(Pindaan) 2019, di No. 1 seperti yang tertera di Aturan Mesyuarat pada hari ini dan selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Selasa, 9 Julai 2019.”
Tuan Yang di-Pertua
Sokong?
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan - Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendak lah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Chong Chieng Jen
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan iaitu suatu akta untuk meminda Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan untuk mengadakan peruntukan mengenai perkara berkaitan atau bersampingan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Akta Perlindungan Pengguna 1999 iaitu Akta 599 telah diwartakan dan mula berkuat kuasa pada 15 November 1999. Akta 599 memperuntukkan mengenai perlindungan pengguna, penubuhan Majlis Penasihat Pengguna Negara dan Tribunal Tuntutan Pengguna dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Selaras dengan itu, tribunal telah ditubuhkan sejak 15 November 1999 di bawah Bahagian 12 Akta 599. Ia bertujuan menyediakan satu saluran alternatif kepada pengguna untuk menuntut hak secara tebus rugi dan menyelesaikan pertikaian dengan cara yang lebih mudah, murah dan cepat.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Chong Chieng Jen
[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) **mempengerusikan Mesyuarat****] Pemfailan kes di tribunal tidak melibatkan khidmat peguam serta fi pemfailan yang dikenakan tidak tinggi berbanding fi yang dikenakan di mahkamah sivil. Tribunal dianggotai oleh seorang pengerusi dan timbalan pengerusi daripada perkhidmatan kehakiman dan perundangan serta terdiri daripada tidak kurang daripada lima orang anggota yang merupakan orang yang berkelayakan mengikut pengertian Akta Profesion Undang-undang 1976 iaitu Akta 166, Ordinan Peguambela Sabah Bab Ke-II atau Ordinan Peguam bela Sarawak Bab 110 dan orang yang tidak termasuk dalam sub perenggan 1 tetapi memegang atau pernah memegang jawatan yang dinyatakan dalam jadual keempat kepada Akta Mahkamah Rendah 1948 iaitu Akta 92.
Pindaan terakhir kepada Akta 599 telah dibuat pada tahun 2003 berhubung subseksyen 98(1), 100(1) dan 101(1) iaitu untuk menaikkan had nilai bidang kuasa tribunal daripada RM10,000 ke RM25,000 melalui Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Pindaan) 2003 iaitu Akta (A) 1999. Sejak pindaan tersebut, tiada lagi pindaan had nilai bidang kuasa tribunal dilakukan selama 16 tahun. Akta 599 dipinda buat kali terakhir pada tahun 2017 untuk memasukkan bahagian baharu 3B berhubung urus niaga jualan kredit bagi melindungi kepentingan pengguna yang membeli barang melalui urus niaga jualan kredit. Pindaan ini juga bertujuan untuk memperkukuh kuasa penguatkuasaan di bawah Akta 599.
Tuan Yang di-Pertua, Mesyuarat Jemaah Menteri yang telah diadakan pada 26 Jun 2019 bertujuan supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna segera mengambil tindakan bagi membolehkan Yang Berhormat Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menggunakan kuasa di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 untuk meningkatkan lagi hak pengguna dan memastikan peranan serta fungsi tribunal kekal relevan, mendepani cabaran isu-isu pertikaian dan tuntutan kepenggunaan di negara ini dengan meningkatkan had nilai bidang kuasa tribunal daripada RM25,000 kepada RM50,000 serta meningkatkan nilai penalti maksimum untuk ketidakpatuhan award tribunal.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Chong Chieng Jen
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menghuraikan setiap fasal di dalam rang undang-undang ini. Rang undang-undang ini mempunyai empat fasal seperti berikut.
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.
Fasal 2 bertujuan untuk meminda subseksyen 98(1) untuk meluaskan bidang kuasa tribunal berhubung dengan jumlah amaun yang berkenaan dengannya award boleh diminta daripada tidak melebihi RM25,000 kepada tidak melebihi RM50,000. Pindaan ini hendaklah terpakai bagi kuasa tindakan tanpa mengira sama ada kuasa tindakan itu tertakluk sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.
Fasal 3 dan 4 bertujuan untuk meminda subseksyen 100(1) dan 101(1) yang merupakan pindaan yang berbangkit daripada langkah untuk meningkatkan bidang kuasa tribunal.
Fasal 5 bertujuan untuk meminda subseksyen 117(1) dan (2) untuk meningkatkan hukuman yang boleh dikenakan terhadap mana-mana orang yang tidak mematuhi award yang telah dibuat oleh tribunal.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hannah Yeoh
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perlindungan Pengguna 1999 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Mengikut senarai yang diberikan oleh Ketua Whip masing-masing, sejumlah 16 orang Ahli Yang Berhormat berminat untuk mengambil bahagian. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Johor Bahru, 20 minit. Selepas itu Yang Berhormat Paya Besar, 20 minit.
Sila.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Johor Bahru bangkit hari ini untuk sama-sama membahaskan Rang Undang- undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2019 dan akan menyokong rang undang-undang ini.
Sebelum saya memulakan perbahasan, izinkan saya untuk memberi sedikit tribute ataupun mengenang jasa buat Allahyarham SM Mohamed Idris iaitu seorang tokoh pejuang pengguna yang juga merupakan Presiden Pengguna Pulau Pinang sebelum ini yang telah meninggal dunia pada 17 Mei 2019. Kalau kita singkap kembali perjuangan beliau, banyak isu yang dibangkitkan seperti macam mana beliau memperjuangkan untuk menghapuskan ubat-ubatan yang beracun, mewajibkan agar tarikh luput dipamerkan di bahan produk makanan, tiada lagi iklan merokok, tingkatkan manfaat pekerja melalui PERKESO, KWSP dan sebagainya. Cuma di sini saya ingin menyarankan kepada kerajaan sebagai langkah dedikasi kita kepada tokoh-tokoh sebegini mungkin boleh diperkenalkan anugerah ataupun bagi mengenang jasa mereka, menggunakan namanya sebagai usaha kita mengangkat isu kepenggunaan ini.
Jadi dalam Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2019, saya suka menyemak tiga perkara sama ada amendment ini ataupun pindaan ini iaitu:
(i) adakah kita akan tambah baik hak pengguna;
(ii) adakah pindaan ini akan meningkatkan kesedaran pengguna; dan
(iii) adakah pindaan ini dapat memaksa peniaga untuk bertindak lebih adil.
Jadi perkara asas untuk mereka di luar sana, basically tribunal ini akan meningkatkan had tuntutan itu daripada RM25,000 kepada RM50,000. Ini secara rasionalnya akan meningkatkan hak pengguna itu sendiri yang mana kalau dirujuk di laman web KPDNHEP ada dijelaskan perkara-perkara yang boleh dituntut. Cuma di sini saya hendak minta penjelasan Menteri agar ada penerangan sedikit iaitu sebagai contoh, salah satu kesalahan adalah representasi palsu atau mengelirukan berhubung dengan barang ataupun perkhidmatan.
Jadi kalau di peringkat pengguna ini, apakah kaedah mereka untuk mengesahkan bahawa mereka ini telah ditipu? Sebagai contoh, kita tahu dua industri ataupun dua barang perkhidmatan yang sering menjadi isu untuk pengguna di luar sana adalah:
(i) pembelian secara online; dan
(ii) berkaitan dengan barang-barang kosmetik.
Jadi untuk barang-barang pembelian secara online ini, saya ambil contoh mudah mungkin kalau di luar sana memang ini berlaku sepanjang masa apabila barang tersebut yang diiklankan itu tidak sama apabila barang itu mereka dapat. Jadi produk di website ditunjukkan begitu cantik dan sebagainya, baju mengembang dan sebagainya, bila dapat baju itu mengecut sebenarnya. Jadi yang ini kita mudah, secara fizikalnya kita boleh bandingkan.
Akan tetapi kalau dari segi barang kosmetik, saya ambil contoh, saya tidak tahulah Ahli-ahli Parlimen di sini berminat. Mungkin dari segi kosmetik kita tahu ada promosi nak lebatkan rambut, nak hitamkan rambut, nak kuruskan badan, naikkan ketinggian dan sebagainya, dengar memang cantik tetapi dicuba, dipakai semua tidak menjadi. Saya tahu yang ketawa ini mungkin pernah terkena dan sebagainya yang mana mungkin kesannya tidak nampak. Kita pakai, pakai, pakai, bila dia pakai produk A, dia kata “Oh! Recommend produk B, produk C, D, E, F, G.” Sampai ketikanya hasilnya tidak nampak, yang mana botak masih botak malah mungkin lagi teruk.
Jadi yang ini macam mana dari segi tribunal ini kita nak mengesahkan bahawa kita telah ditipu. Kalau kita tahu dari segi undang-undang lain, mungkin ada undang-undang yang lebih tinggi, maksudnya yang mendatangkan kecederaan, nauzubillah mungkin sampai kematian. Yang itu mungkin ada tindakan undang-undang jenayah dan sebagainya. Cuma perkara ini, saya yakin mereka-mereka ini merupakan pengguna yang mungkin tertarik dengan iklan yang ditawarkan tetapi macam mana pengguna boleh mengesahkan bahawa mereka ditipu. Adakah pengguna perlu mengambil risiko melalui semua pengalaman yang tidak menyenangkan ini sehingga akhir sekali mereka kata “Oh! Benda ini memang tidak
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
berkesan.” Baru nak buat tuntutan. Jadi keberkesanan produk itu sendiri, macam mana kita nak bandingkan spesifikasinya?
Sebagai contoh, mereka ini bukan sahaja rugi wang ringgit malah ada yang mencuba produk-produk ini bertahun-tahun lamanya. Akhirnya hasilnya elek, tidak nampak.
Jadi yang ini saya rasa kalau boleh, tribunal dah cantik RM50,000, daripada RM25,000 naik ke RM50,000. Saya yakin hak pengguna akan ditingkatkan tetapi apa contoh-contoh yang saya sebutkan tadi, macam mana pengguna-pengguna ini dilindungi?
Baik, point saya yang kedua, adakah amendment ataupun pindaan meningkatkan daripada RM25,000 ke RM50,000 ini dapat meningkatkan kesedaran pengguna? Di sini saya nak ambil beberapa contoh yang mana memang sering berlaku dan malah ada mangsa yang datang. Saya percaya juga ada yang datang ke pusat khidmat, dulu saya dengan NOW pun ada yang datang merayu yang mana mereka terjebak dengan scamming penipuan. Bukan sahaja menipu, maksudnya mereka ini sebagai penjual tetapi mereka scamming.
Sebagai contoh, dipasarkan di Mudah, handphone second hand harga RM500 dijanjikan akan dihantarkan pada petang ini. Tunggu punya tunggu sampai petang produk tak sampai, penjual akan tuntut kata maaf kita perlu tambah RM300 lagi, kalau tidak barang tak nak release, tambah lagi RM300. Kemudian bayar, tunggu, okey tak apa esok akan dapat.
Tunggu esok tak dapat lagi, kena bayar lagi.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Jadi online scamming ini banyak. Saya rasa ramai orang yang terjebak dengan advertisement, dengan iklan murah yang nampak begitu menarik produk baru dan sebagainya tetapi perkara ini tidak seperti yang dijanjikan. Malah ditipu bertingkat-tingkat, berkali-kali. Sejumlah RM500 jadi sehingga sampai RM5,000 dan sebagainya. Jadi di sini saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Menteri dan kementerian, ada juga peniaga yang memaparkan terma dan syarat yang agak kabur, yang sebenarnya bukan sekadar melindungi hak mereka sebagai penjual tetapi menghukum pengguna-pengguna ini.
Apa yang menjadi masalahnya, saya rasa kes-kes ini banyak berleluasa di luar sana tetapi pengguna memilih untuk tidak melaporkannya ataupun membawa kes-kes tersebut kepada tribunal-tribunal tuntutan pengguna. Jadi isu ini perlu dijawab. Salah satu mangsa yang saya jumpa, apabila saya tanya kenapa saudara tidak mahu membuat laporan polis?
Kenapa saudara tidak mahu membawanya kepada kementerian? Alasan mereka salah seorang itu adalah saya salah seorang pegawai bank, seorang pegawai eksekutif.
Kalau perkara ini dibawa ke laporan polis untuk menguatkan kesnya di tribunal, ini seolah-olah mendedahkan kekurangan integriti saya. Takkanlah pegawai bank boleh kena tipu? Takkanlah Ahli Parlimen boleh kena tipu ubat untuk melebatkan rambut sebagai contoh.
Saya percaya kalau Ahli Parlimen ada yang membeli ubat melebatkan rambut, tidak akan tampil ke depan sebab malu satu, sebab you sudah berusaha bertahun-tahun terpedaya dengan promosi dan sebagainya. Makin ramai yang senyum, saya rasa makin ramai sebenarnya terjebak dengan masalah ini yang mana saya rasa pengguna ini dia perlu satu perlindungan supaya maruahnya, supaya integritinya dijamin. Oleh sebab penipunya penjual tetapi kita pengguna hendak melaporkan seolah-olah kita pula yang buruk, takkan kau boleh kena tipu dengan advertisement sedemikian?
Kedua, yang sering menjadi alasan kenapa merak tidak mahu melaporkan. Ya betul, saya akan dapat balik tuntutan daripada tribunal. Saya semak laman web pagi tadi ada seorang yang melalui proses ini mendapat balik wang yang ditipu tetapi beliau sebut scammer tersebut, penjual tersebut masih berleluasa, masih menjalankan modus operandi yang sama.
Tribunal ini melindungi pengguna tetapi peniaga-peniaga ini mengambil kesempatan kepada yang lain-lain. Jadi, kalau sebagai contoh kita kerugian RM500 dan sebagainya, oh hendak melalui tribunal sudah tetapi mereka beranggapan bahawa penipuan ini akan terus berleluasa. Cuma di sini Yang Berhormat Menteri, saya hendak buat rujukan macam mana di Singapura mereka amalkan. Saya tidak pasti, mungkin Yang Berhormat Menteri boleh memberi penjelasan dalam jawapan nanti.
Di Singapura tahun 2016, mereka telah mengadakan satu pindaan berkaitan dengan Akta Perlindungan Pengguna iaitu yang disebut perdagangan adil iaitu mereka hendak menghantar isyarat yang jelas, yang kukuh kepada penjual di luar sana mungkin sebahagian kecil daripadanya untuk tidak terlibat dengan amalan yang tidak adil. Iaitu peruncit yang tidak
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
bertanggungjawab tidak boleh lagi secara rahsia menutup dan membuka semula perniagaannya di bawah nama yang berbeza untuk melarikan diri daripada pengesanan.
Satu lagi perangai yang kita tahu scammer itu masih berlegar tetapi cara mereka, mereka daftar nama syarikat yang lain. Jadi kalau syarikat A sudah didedahkan dibawa ke tribunal dan sebagainya, apabila sudah kantoi, mereka akan mewujudkan satu syarikat baharu untuk menjalankan modus operandi yang baharu. Di mana kalau daripada 100 kes mereka untung, satu terdedah, mereka dibawa ke muka pengadilan tetapi 99 lagi sudah membuat keuntungan secara jahat, secara kotor. Jadi yang ini kita kena lihat supaya kalau di Singapura, kerajaannya boleh menyiasat, boleh menyita, mengambil tindakan keras yang boleh mencegah daripada penipuan ini terus berlaku. Oleh sebab macam yang saya sebut tadi, tribunal ini bagus. Saya rasa ia meningkatkan kesedaran pengguna bahawa mereka ada hak.
Akan tetapi persoalan yang saya mohon untuk Yang Berhormat Menteri rungkaikan ialah pertama, macam mana supaya pengadu ini apabila dibawa kes-kes ini, hak ataupun nama mereka ini dilindungi, maruah mereka terjaga, integriti mereka ini tidak dicabar oleh orang awam. Kedua, macam mana kita hendak mengekang supaya scammers ini, online scammer dan pelbagai kaedah menipu ini terus dijalankan modus operandinya, terus dijalankan. Kita tahu skim-skim yang cepat kaya, Pak Man Telo dan sebagainya terus berlaku.
Kalau disiasat, kebanyakannya adalah daripada kumpulan pemikiran, daripada mungkin individu yang sama.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
[Bangun]
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Sila.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Padang Serai mencelah.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin menambah sedikit. Bukan sahaja barang-barang online dijual tetapi ubat-ubat seksual dijual dan menunjukkan wanita-wanita yang cantik dan menarik perhatian lelaki.
Adakah ubat-ubat ini boleh digunakan? Adakah ini diisytiharkan oleh kesihatan? Ia haruslah diawasi. Benda ini adalah satu benda yang berbahaya, online sales dan sudah ramai yang kena tipu dan sebagainya. Saya rasa perlu ditangani. Terima kasih.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Saya rasa biar Yang Berhormat Menteri menjawab persoalan tersebut. Apa yang baik sekali, saya masuk kepada perkara terakhir Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ya.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
...iaitu sama ada pindaan ini, tribunal ini kita hendak menjaga hak pengguna ini akan memaksa peniaga bertindak lebih adil. Kita tahu sebagai contoh – saya ucapkan tahniah kepada KPDNHEP bukan sahaja melindungi pengguna tetapi juga mengangkat taraf penjual, usahawan, peniaga dan sebagainya. Minggu lepas, kita sudah membahaskan soal macam mana Rang Undang- undang Cap Dagangan 2019 untuk memastikan produk-produk tiruan dan sebagainya, kita hapuskan.
Cuma di sini, saya hendak sebut macam mana ada juga syarikat-syarikat pengeluar ataupun pembekal yang sebenarnya perkhidmatan mereka tidak cekap ataupun ada unsur- unsur kegagalan tetapi yang dihukum akhirnya pengguna. Saya tidak pasti macam Yang Berhormat Menteri hendak lihat, mungkin dari segi terma dan syaratnya ataupun mungkin ada kaedah tertentu. Saya hendak ambil contoh, sebab bagi saya perkara yang lain baik, bukan saya hendak single out ataupun hanya hendak mempertikaikan syarikat Touch 'n Go tetapi yang ini saya mohon kalau kita boleh mencari jalan keluar.
Saya ambil contoh yang saya hadapi sendiri dan saya ada membaca komen-komen di Facebook yang mana pengguna lebuh raya, mereka menggunakan kad Touch 'n Go, ada tol yang single touch maksudnya amaun ia memang sudah fixed. contohnya Besraya, you masuk, you bayar terus. Akan tetapi macam PLUS, Lebuhraya Utara Selatan kita kena touch untuk masuk dan kita kena touch sebelum keluar. Apa yang berlaku yang saya sendiri terkena apabila masalah timbul, mesin tersebut tidak boleh membaca kad kita. Apabila kita keluar, kita akan dikenakan caj maksimum. Jadi maksudnya yang saya kena di Tol Batu Tiga, jaraknya RM1 berapa puluh sen sahaja antara dua tol. Akan tetapi apabila kerana kad saya
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
gagal dibaca oleh mesin reader Touch 'n Go tersebut, saya dikenakan penalti maksimum RM50 iaitu jarak daripada Johor ke penghujung tol. Ini saya baca sebab kesilapan, kegagalan itu bukan salah pengguna. Mungkin niatnya dia kata hendak hukum ada mungkin mereka yang cuba mengelak membuat bayaran, mungkin cuba mengelak daripada membayar dan sebagainya. Cuma yang berlaku adalah kesilapan provider ataupun pembekal tersebut.
Apa yang menjadi lebih masalah bukan kata sistem tidak ada penyelesaian, contohnya mereka kata you boleh tuntut balik, laporkan kesilapan tersebut di mana-mana plaza Touch 'n Go yang berdekatan untuk membuat tuntutan, claim balik. Akan tetapi yang ini kesilapannya di peringkat pengeluar, di peringkat syarikat tersebut. Orang yang menjadi mangsa adalah pengguna itu. Kalau perkara itu berulang setiap minggu, yang pertama memang saya bersemangat, saya baca sendiri saya pergi membuat tuntutan tetapi memakan masa setengah jam untuk kita meluangkan masa tersebut. Di mana kali kedua, saya sudah give up sebab ini bukan kesalahan saya tetapi yang saya rasa ini yang berlaku mungkin ada perkhidmatan-perkhidmatan yang lain, yang mana untuk mengekalkan kelangsungan business mereka tetapi apabila berlaku kecacatan, apabila berlaku kekurangan dari segi servis perkhidmatan ataupun barangan yang akan dikenakan caj, dikenakan penalti, yang akan menjadi mangsa adalah pengguna itu sendiri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Jadi, yang ini saya mohon pihak kementerian untuk teliti, kalau boleh kita ubah, kita minta supaya syarikat tersebut jika kamu atau mesin kamu yang gagal berfungsi, jangan dihukum pengguna, kamu hilang, hilanglah dekat situ. Itu adalah kesilapan kamu, bukan kesilapan pengguna. Jadi, yang ini saya mohon sempena kita hendak meningkatkan perlindungan kepada pengguna untuk kementerian meneliti agar perkara ini tidak terus berleluasa ataupun menjadi teladan untuk syarikat-syarikat yang lain.
Tuan Yang di-Pertua, jadi sebagai penutup, saya sudah terangkan sebentar tadi macam mana tribunal ini. Pengharapan saya adalah tiga perkara iaitu yang pertama, agar bila kita tingkatkan daripada RM25,000 kepada RM50,000 hak pengguna ini akan dinaikkan tarafnya. Ini supaya perlindungan yang diberikan ini bukan sahaja soal hak mereka tetapi dari segi keselamatan, dari segi kesihatan, dari segi tenaga, masa semuanya dilindungi.
Kedua, saya mohon juga, supaya dari segi penguatkuasaannya agar kesedaran ini dapat ditingkatkan. Ini supaya, saya yakin mungkin kalau dari segi statistik, kenapa salah satu punca kerajaan hendak naikkan daripada RM25,000 kepada RM50,000 mungkin aduan itu semakin berkurangan. Mungkin orang kata, “alah, terhad hanya sekadar RM25,000”.
Akan tetapi saya mohon, saya unjurkan kepada kementerian mungkin diteliti, faktor-faktor lain kenapa kesedaran itu tidak berlaku.
Apa yang saya sebut tadi, mungkin pengguna sebenarnya tidak mahu expose dengan izin, mendedahkan bahawa diri mereka ditipu sebab ada implikasi dalam masyarakat.
Kedua, ada juga berpandangan kita report, kita bawa kepada tribunal, saya dapat hak saya, tetapi sebenarnya proses penipuan ini terus berleluasa. Macam mana kita hendak hentikan daripada scammer, daripada penjual-penjual yang tidak jujur ini untuk terus melaksanakan modus operandi mereka.
Ketiga, bagi saya yang sangat penting sebenarnya pengguna ini adalah end-user, mereka yang hanya membeli, mengguna tetapi sebenarnya syarat utama adalah terletak kepada pengeluar, kepada penjual, dan kepada usahawan untuk memastikan barang ataupun cara mereka berniaga itu lebih adil. Pengguna ini hanya ikut, apa masalah mereka hanya complaint, boleh tuntut tetapi bagi saya asasnya kita kena pastikan pasaran, kita kena pastikan pengeluar, pembekal dan sebagainya ini bertindak lebih adil. Ini sebab saya yakin akhirnya apa yang rakyat mahukan walaupun kita mungkin berbalah dari segi politik dan sebagainya, akhirnya rakyat sebenarnya meneliti kehidupan harian mereka sama ada kita sebagai sebuah kerajaan kita menaik taraf kehidupan kita semua.
Akhir sekali, saya hendak bagi ucapan tahniah kepada Kementerian KPDNHEP yang mana rata-rata memuji usaha mereka mengawal harga barang ketika musim perayaan tempoh hari. Musim raya sangat-sangat bermakna, banyak barang-barang yang sebenarnya terkawal dan syabas. Saya harapkan kementerian terus memperjuangkan hak-hak pengguna. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong rang undang- undang ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Paya Besar. Selepas itu Yang Berhormat Bukit Bendera. Sila, 20 minit.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
*Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk turut serta membahaskan Rang Undang- undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2019. Saya kira Akta 599 ini merupakan sebuah akta yang memberikan hak kepenggunaan dan saya kira, akta ini juga amat penting Yang Berhormat Timbalan Menteri, kerana apa, akta ini khusus kepada pengguna. Ini kerana kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan akta ini memberikan tumpuan kepada pengguna.
Saya kira akta ini juga telah melalui satu proses yang cukup besar apabila ia telah dibahaskan pada 27 Julai 1999 oleh Allahyarham Tan Sri Megat Junid bin Megat Ayub. Saya juga memandang tinggi usaha Allahyarham Tan Sri Megat Junid ketika itu sebagai Menteri membawa akta ini kerana hendak memberikan penumpuan kepada hak rakyat. Rakyat ini bukan sahaja tertumpu kepada pengguna, tetapi juga ia melibatkan secara spektrum yang besar iaitu pengilang, pengeluar dan pembekal. Asasnya adalah akta ini diperkenalkan pada 27 Julai 1999. Saya kira dalam Hansard yang telah dikemukakan oleh Dewan Rakyat, ramai Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan terlibat berbahas iaitu seramai 22 orang.
Saya tengok ini semua adalah keadaan untuk memastikan hak kepenggunaan, hak rakyat itu dapat dicapai. Saya yakin pindaan— Sudah? Belum lagi Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar, terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua yang semakin handsome nampaknya. Setiap hari ada pantun, hari ini belum ada pantun lagi?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila. Sila.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Paya Besar, saya percaya Yang Berhormat Paya Besar ini adalah salah seorang pemimpin belia yang dihormati di dalam negara kita. Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan sebut, pemimpin belia ini di dalam negara kita hampir 15 juta orang. Ini bermakna pengguna di dalam negara kita adalah juga di kalangan belia yang hampir 15 juta orang. Saya percaya belia juga mesti dilindungi di bawah akta pengguna ini dan juga di bawah akta yang mengehadkan umur belia baru-baru ini. Pindaan kita daripada 15 tahun hingga 30 tahun, diluluskan. Akan tetapi, saya hairan kekeliruan yang berlaku, belia ini di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri-negeri. Di Johor telah membuat kenyataan bahawa akan mengekalkan pengguna di kalangan belia ini adalah 15 tahun hingga 40 tahun.
Selepas itu, Melaka juga bersetuju. Selepas itu Sarawak bersetuju. Selepas itu Selangor pun bersetuju. Bagaimana kekeliruan ini Yang Berhormat Johor Bahru, bagaimana kekeliruan had umur ini boleh melindungi belia sebagai pengguna? Ini kerana saya percaya banyak keistimewaan-keistimewaan yang akan diberikan oleh Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan-kerajaan negeri kepada belia yang disebutkan sebagai pengguna, 15 juta orang di dalam negara kita. Akan tetapi masalahnya ada polemik yang disebutkan oleh Yang Berhormat Johor Bahru sepatutnya— walaupun kita perbezaan dan fahaman politik tetapi untuk pengguna ini jangan ada perbezaan politik, kita mesti lindungi pengguna. Akan tetapi dalam parti yang sama, ada perbezaan di antara Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan- kerajaan negeri. Ini saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Paya Besar. Apa pandangan Yang Berhormat Paya Besar terhadap perbezaan ini? Terima kasih.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya kira apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kuala Krau sebentar tadi merupakan selaras dengan survey yang dibuat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada tahun 2018.
Report Internet Users Survey 2018 [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] . Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang mulia, kalau saya boleh ambil sedikit makluman yang dinyatakan dalam user ini, yang berumur 20 tahun menggunakan internet pada setiap hari sebanyak lapan jam. Jumlah umur yang tua iaitu 60 tahun ke atas, 3.7 jam.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Maknanya dalam konteks yang apa disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Krau tadi, saya setuju. Ini kerana kita mesti ada konsisten dalam pindaan ini. Kalau hanya di peringkat Federal sahaja menentukan umur 15 tahun ke 30 tahun, tetapi di peringkat akar umbi dan di peringkat negeri tidak menyambut, saya risau tribunal yang kita sedang bincangkan pada hari ini juga tidak mengambil keadaan semasa. Kalau hendak parti itu relevan, ia mesti konsisten. Ucapan Yang Berhormat Kuala Krau juga saya harap masukkan ke dalam ucapan saya.
Saya hendak pergi kepada pindaan-pindaan ini. Pindaan ini telah memaparkan tahun-tahun 2002, tahun 2003, tahun 2007, tahun 2010 dan yang terakhir pada tahun 2017.
Ini kerana apa pindaan ini dibuat, Yang Berhormat Timbalan Menteri? Saya yakin dan saya menyokong pindaan ini dibuat kerana kita hendak dilihat sebagai kekal, relevan dan kita hendak lakukan satu penguatkuasaan supaya hak kepenggunaan ini dapat diutarakan dan yang paling pentingnya hak rakyat ini juga dapat diutamakan.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya yakin dalam pindaan ini juga mengambil kira tentang pengguna atas talian. Ini sudah pastinya Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan Yang di-Pertua, ini sebenarnya situasi yang gagal dibuat, yang gagal kita kuatkuasakan sehingga wujudnya ketidakpercayaan kpd Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia ini dan sekiranya ketidakpercayaan ini berleluasa, consumer advocacy ini berleluasa ke peringkat akar umbi, saya yakin dan percaya sudah pastinya kes-kes penipuan yang saya telah sebutkan tadi akan menyebabkan tribunal ini akan terus dipandang sepi oleh rakyat dan pengguna.
Saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam Dewan yang mulia ini, seperti mana survey yang saya sebutkan tadi oleh SKMM Internet User Survey 2018, pengguna internet meningkat 10.5 peratus daripada tahun 2016. Daripada 24.5 juta kepada 28.7 juta dan saya kira kalau pindaan ini dibuat, memberi tumpuan kepada pengguna atas talian, saya yakin saya dan rakyat-rakyat Paya Besar akan memberi sokongan yang penuh kerana ia sebenarnya mengikut zaman.
Sebab kita risau e-dagang pada hari ini memberi 6.3 peratus sumbangan GDP kepada ekonomi negara, 25 bilion pasaran e-dagangan dan tahun hadapan pada tahun 2020 akan meningkat dua kali ganda. Apa yang berlaku pada hari ini adalah kita tidak mempunyai keupayaan dalam proses yang saya sebutkan sebagai penguatkuasaan. Saya risau Yang Berhormat Timbalan Menteri, laporan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) jelas menunjukkan bahawasanya ramai yang membuat tuntutan-tuntutan secara online dan PDRM juga telah menunjukkan banyak laporan-laporan yang dibuat.
Akan tetapi adakah pindaan 2019 ini dapat melegakan dapat meleraikan kekusutan dan menyelesaikan polemik yang sedia ada? Kalau sekadar kita hendak membuat pindaan Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekadar untuk menunjukkan bahawasanya kita meningkat kepada 25,000 kepada 50,000 tetapi kita lupa bahawasanya dalam Hansard pada tahun 2003, jelas menunjukkan bahawasanya perdebatan hujah-hujah oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ketika itu meningkatkan daripada 10,000 kepada 25,000. Banyak juga topik-topik yang hampir sama dihujahkan di Dewan yang mulia ini.
Saya risau kita meningkatkan jumlah award tribunal, kita meningkatkan jumlah hukuman tetapi matlamat ia masih tidak tercapai. Kita...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Paya Besar.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila Yang Berhormat Kuala Krau.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. saya setuju dengan Yang Berhormat Paya Besar, selain kita meningkatkan denda, award dan sebaginya. Dahulu kita sebut ahli-ahli RELA diguna pakai, dijemput untuk bersama-sama dalam penguatkuasaan. Jadi, apakah Yang Berhormat Paya Besar masih bersetuju untuk menggunakan khidmat ahli-ahli RELA kita untuk membantu kita, mungkin ada 30,000 ahli RELA seluruh negara atau kita mungkin ada 100,000 cuma jumlah angka itu saya tidak pasti.
Adakah kerajaan masih lagi dan Yang Berhormat Paya Besar bersetuju untuk kita menggunakan khidmat RELA dan sebagainya pasukan yang boleh membantu bagi memastikan kenaikan harga barang dan juga pengguna ini dapat dilindungi. Terima kasih.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya melihat begini Yang Berhormat Kuala Krau. Gunakanlah sesiapa pun dan rakyat kita ada 32 juta. Kalau kita guna RELA pun, RELA juga pengguna. Akan tetapi yang paling pentingnya, adakah penguatkuasaan pindaan ini akan berubah selepas kita wartakan dengan pindaan 2019 sebab kita sudah buat pindaan banyak, tahun 2002, tahun 2003, tahun 2007, tahun 2010, tahun 2017 dan kali ini kali yang kelima.
Maknanya, saya rasa ini adalah antara rang undang-undang yang banyak pindaan tetapi saya tidak ada masalah berkaitan hendak buat pindaan kerana apa, kita tahu ekosistem perniagaan masyarakat itu berubah-ubah, very dynamic. Jadi, elok kita buat pindaan.
Cumanya saya punya kerisauan Tuan Yang di-Pertua, adakah pindaan ini akan mencapai matlamatnya? Sebab saya tengok banyak perkara-perkara berkaitan jenayah siber, adakah kementerian bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi. Saya buat kajian sedikit melihat adakah Kementerian Komunikasi akan memperkenalkan undang-undang siber. Yang Berhormat Menteri Komunikasi kata bulan Mac dan hari ini bulan Julai, tidak adapun rang undang-undang diperkenalkan, Akta Siber.
Ini perkara-perkara yang amat sukar sebab 27.8 juta adalah pengguna internet dan kalau kita hanya bercakap untuk perniagaan atas talian tetapi tidak memberi kesan kepada penguatkuasaan dan saya risau kita akan dicemuh dan dihina oleh masyarakat-masyarakat kerana kita sebenarnya hanya sekadar lakukan kosmetik semata-mata. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah pihak PDRM tidak akan membuka buka kertas siasatan investigation paper sekiranya kerugian atas kes e-dagang bawah daripada RM500? Ini Yang Berhormat, saya perlukan penjelasan.
Kedua, saya hendak tahu tempoh masa penyelesaian kes-kes tribunal ini. Adakah tempoh masa tiga tahun, dua tahun kalau dia hendak tuntut RM5,000 ,RM10,000, RM20,000 ambil masa begitu jauh, ambil masa begitu lama. Adakah proses-proses ini menyebabkan akhirnya orang give up dan dia withdraw kes tersebut. Saya hendak tahu juga kedudukan pejabat-pejabat tribunal. Saya lihat contohnya di Pahang ada dua, satu di Kuantan, satu di Temerloh. Temerloh dengan Cameron Highlands amat jauh sekali hendak tuntut RM5,000 hendak pergi ke Temerloh.
Akhirnya kos perjalanan itu juga yang saya kira seolah-olahnya kita hanya hendak sekadar ada dan saya fikir mungkin Yang Berhormat kata kenapa Kerajaan Barisan Nasional tidak buat dahulu? Kenapa hari ini? saya harap di bawah slogan Malaysia Baharu ini tambahkanlah cawangan-cawangan ini. Kerana apa, cawangan inilah yang akan memberi kesan kepada pengguna-pengguna.
Saya hendak sentuh juga Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tuan Yang di-Pertua, ada di Dewan, berkaitan apa yang harus tribunal ini beri tumpuan kes sambung bayar kereta.
Ini adalah kes yang amat besar dan menjadi polemik negara kita pada hari ini. Ini kerana ramai anak muda hari ini, bila mereka keluar belajar, mereka hendak beli kereta dan sudah beli kereta tetapi mereka tidak mampu bayar dan mereka terikat dengan tidak mampu bayar ini, takut apa yang jadi pada kredibiliti kewangan mereka, mereka ambil tawaran apabila ada orang tawarkan untuk sambung bayar. Akan tetapi akhirnya kesan apabila penyewa kenderaan tersebut atas nama pembeli tersebut tidak diselesaikan, akhirnya ia akan berlarutan.
Kedua, kes kegiatan penarik kereta ini Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adakah tribunal ini juga melindungi pengguna-pengguna? Kadang-kadang yang penarik-penarik kereta ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, mereka kata bawa surat bank dan akhirnya advokasi kepenggunaan ini tidak faham, rakyat tidak faham bahawa surat itu bukan satu arahan yang membolehkan mereka untuk menarik kereta itu. Akan tetapi mereka terpaksa benarkan kerana penarik-penarik kereta ini sedang bermaharajalela. Saya minta penjelasan kepada kementerian berkaitan perkara ini.
Ketiga, berkaitan keldai akaun. Keldai akaun ini juga satu benda yang sedang berlaku apabila peminjam-peminjam seperti mana yang disebutkan oleh rakan daripada Johor Bahru tadi. Apabila peminjam meminjam duit daripada along, mereka tinggalkan, tinggalkan nombor akuan, rupa-rupanya sindiket memasukkan duit yang dapat secara haram dalam akaun tersebut dan akhirnya kesan itu kepada pengguna.
Tiga perkara ini saya harap sangat Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat memberi penjelasan. Kerana apa, statistik yang dibekalkan oleh kementerian, jelas menunjukkan bahawasanya jumlah tuntutan dan award tribunal agak pelik dan saya hendak
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
dapat penjelasan daripada kementerian. Contohnya tahun 2015, RM27 juta jumlah tuntutan tetapi award tribunal hanya RM12 juta. Tahun 2016 RM22.5 juta tetapi jumlah award hanya RM6 juta. Berapa jarak jumlah tuntutan dengan award tribunal. Apakah perkara ini disebabkan pengguna tipu atau tempoh masa yang terlalu panjang sehingga menyebabkan orang yang membuat aduan, orang yang memfailkan menarik diri.
Sebagai contoh tahun 2018 sahaja, jurang yang sangat luas iaitu RM38.7 juta, jumlah tuntutan award tribunal hanya RM7.6 juta. Mengapa perkara ini berlaku? Kalau ini berlaku Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya risau kita tidak akan mencapai satu keadaan yang lebih sebab kita yakin apabila teknologi masuk ke dalam negara kita daripada internet, 1G, 2G, 3G, 4G dan tidak lama lagi negara kita akan masuk kepada teknologi 5G. Teknologi ini bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia tetapi teknologi ini juga membawa aplikasi-aplikasi yang canggih.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Aplikasi-aplikasi canggih juga membawa satu kesan kepada ekosistem rakyat Malaysia terutamanya kepada kehidupan mereka. Hari ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, orang sudah tidak ke kedai memberi barang-barangan. Orang sudah menggunakan online, orang sudah menggunakan maya untuk beli beras, beli ikan, beli pampers, beli pakaian- pakaian. Akan tetapi, sepertimana yang saya sebutkan tadi, ini adalah ekosistem, hasil daripada pemindahan teknologi masuk ke negara kita. Sudah pasti pemindahan teknologi ini membawa‒ Ada risikonya tetapi saya berharap sangat kita ada Majlis Penasihat Pengguna Negara. Bagaimana majlis ini berfungsi yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha kementerian? Adakah kita tidak mahu lagi Ketua Setiausaha memegang Majlis Penasihat Pengguna Negara atau kita beri kepada pengerusi di luar? Ini kerana apa? Saya mahu Majlis Penasihat Pengguna Negara ini bersifat independent. Apabila independent, barulah mereka melihat bahawasanya majlis ini akan menjadi check and balance kepada kementerian. Kalau Ketua Setiausaha menjadi ketua kepada majlis ini, saya tidak nampak ia akan memberi kesan langsung kepada kementerian. Sepatutnya majlis ini adalah majlis yang dipengerusikan oleh orang luar yang mempunyai pengetahuan yang luas tentang apa yang sedang berlaku dalam hal ehwal kepenggunaan. Barulah kita nampak Tribunal yang kita sedang bincangkan pada hari ini akan memberi kesan yang lebih baik.
Saya juga ingin minta pandangan dan penjelasan daripada kementerian, apakah kerajaan bersiap sedia untuk menghadapi satu ledakan keadaan teknologi yang tidak pernah kita fikirkan? Ini kerana apa? Hari ini kita berhadapan dengan keadaan uncertainty. Kita jangka kapal terbang akan sampai dengan tepatnya. Akan tetapi akhirnya, kesan kepada kapal terbang itu, lewatnya kapal terbang hendak sampai ke London itu, menyebabkan satu pertemuan yang tidak dapat ditemukan. Kesan daripada itu, apakah Tribunal ini juga mengambil kesan?
Kita bincang dalam akta ini iaitu Akta 599 ini, Akta 599 ini memberi tumpuan kepada hanya barangan dan perkhidmatan. Akan tetapi kesan daripada perkhidmatan ini, adakah juga Tribunal ini mengambil kira sebab hak kepenggunaan, hak pengguna ini mesti kita beri tumpuan? Ini kerana apa? Teknologi yang saya sebutkan tadi, teknologi bukanlah datang dengan kemudahan tetapi teknologi datang dengan kesan. Kesan ini bukan sahaja merujuk kepada ekosistem kepenggunaan, tetapi ia memberi kesan langsung kepada pemikiran, masyarakat dan generasi akan datang.
Saya yakin dan percaya, kalau kita boleh meminda akta ini berkali-kali tetapi tanpa kita memberi tumpuan‒ sebab saya amat tersinggung Yang Berhormat Timbalan Menteri, kenapa kita tidak melihat secara keseluruhan? Oleh sebab, saya mengharapkan sangat Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagaimana perbincangan pada tahun 1999, bulan Julai Yang Berhormat‒ kali ini pun bulan Julai juga kita berbincang, semangat 20 tahun yang lalu harus diambil kira. Kebanyakan Ahli Yang Berhormat ketika itu adalah Ahli-ahli Yang Berhormat pembangkang telah menyatakan pelbagai‒ merujuk pelbagai. Akan tetapi, akhirnya pindaan ini hanya menumpukan kepada dua perkara sahaja iaitu jumlah meluaskan award Tribunal dan hukuman tanpa melihat perkara-perkara yang lebih spesifik tentang tafsiran-tafsiran barang, tafsiran-tafsiran pengguna, tafsiran-tafsiran perkhidmatan. Apa yang lebih pentingnya adalah hak pengguna mesti direalisasikan hak ini kerana inilah yang saya sebutkan hak rakyat, hak rakyat, hak rakyat.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Jadi, saya kira Tuan Yang di-Pertua, secara rumusannya adalah saya memandang tinggi pindaan ini walaupun ada sedikit tersinggung, tetapi saya mengharapkan sangat pindaan ini mesti dibuat segera dan tolong beri perhatian kepada dua perkara iaitu Majlis Penasihat Pengguna Negara dan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.
Saya, Paya Besar, mohon menyokong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Bukit Bendera. Masa 15 minit. Sila.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menyertai perbahasan terhadap pindaan Akta Perlindungan Pengguna 1999. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tinjau sejarah legislatif ataupun legislative history tentang Akta Perlindungan Pengguna yang telah digazet pada tahun 1999 dan telah mengalami pindaan empat kali iaitu pada tahun 2003, tahun 2007, tahun 2011 dan tahun 2017. Dalam mukadimah Akta Perlindungan Pengguna telah dinyatakan termaktub satu akta untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan pengguna, penubuhan Majlis Penasihat Pengguna Negara dan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia dan bagi pihak-pihak berkaitan dengannya.
Tuan Yang di-Pertua, objektif penubuhan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia seperti saya sebutkan tadi adalah untuk memberi perlindungan kepada pengguna, cara mudah dan tidak mahal untuk pengguna menyelesaikan ataupun membuat tuntutan terhadap tuntutannya. Seperti yang dinyatakan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, cadangan yang dipinda berkenaan dengan seksyen 98(1), award Tribunal pengguna diminta tidak melebihi RM25,000 dan daripada menjadi RM50,000 dan juga pengguna, ini membolehkan pengguna- pengguna boleh memfailkan tuntutan berkenaan dengan barangan dan juga perkhidmatan baginya yang sebelum ini yang tidak ada mekanisme tebus rugi yang diperuntukkan di bawah undang-undang lain.
Tuan Yang di-Pertua, jika kita meneliti seksyen ini, seksyen 98(1) ini, terdapat pindaan terdahulu iaitu akta pindaan 2003 yang dahulunya pada 20 tahun lalu, 1999, telah dinyatakan bahawa ialah RM10,000 ‒ pada tahun 2003, dinaikkan kepada RM25,000 dan sekarang kepada RM50,000 dan kali kedua dalam pindaan amount terhadap subject matter ini. Saya juga mengambil maklum terhadap pindaan seksyen 100, peluasan bidang kuasa melalui perjanjian, pindaan seksyen 101, penangguhan untuk membawa tuntutan ke dalam bidang kuasa, seksyen ‘117’ penalti jenayah kerana gagal untuk patuhi award Tribunal, dinaikkan RM5,000 kepada RM 10,000. Tambahan penalti kepada penalti tidak melebihi RM2,000 tiap-tiap hari. Saya setuju dengan pindaan ini. Teras pindaan meluaskan dan juga menambah bidang kuasa Tribunal.
Kedua, meningkatkan hukuman ke atas ketidakpatuhan award yang sering kali kita terima aduan bahawa bidang kuasa ini perlu dinaikkan dan juga hukuman perlu dinaikkan.
Selain daripada Tribunal pengguna, kita ada beberapa avenue lagi seperti Small Claims Court seperti Financial Mediation Bureau, seperti Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah, seperti MAVCOM dan sebagainya. Apa-apa yang tidak tercakup di bawah undang-undang bertulis lain, semuanya akan jatuh kepada Akta Perlindungan Pengguna ini.
Mengikut analisa saya, bahawa perlindungan pengguna sebenarnya belum lagi diberikan perhatian sepenuhnya dalam Akta Perlindungan Pengguna. Saya ingin mencadangkan supaya kita meneliti di sebalik undang-undang lain daripada negara lain.
Antara contohnya ialah Unfair Contract Terms Act (UCTA) di United Kingdom. Kalau di United Kingdom terdapat Unfair Contract Terms, satu legislative spesifik berkenaan dengan terma- terma tidak adil seperti yang dalam perundangan United Kingdom.
Terma dalam kontrak pengguna dengan ambil kira semua hal keadaan menyebabkan ketidakseimbangan yang signifikan dalam hak dan tanggungjawab pihak- pihak di bawah kontrak sehingga merugikan pengguna. Terma tidak adil ini, kalau di United Kingdom ada specific legislation, undang-undang khas untuk menangani terma-terma tidak adil ini. Ia terdapat satu senarai yang panjang, 20 keadaan pada undang-undang England terhadap penerangan dan contoh apa itu Unfair Contract Terms, apa itu terma-terma kontrak yang tidak adil.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Akan tetapi, dengan undang-undang kita, melalui pindaan terdahulu, kalau tidak silap saya ialah pindaan di bawah Bahagian IIIA yang telah dimasukkan satu chapter terhadap terma-terma tidak adil. Akan tetapi, pada pandangan saya, ini masih tidak mencukupi kalau dibandingkan dengan undang-undang United Kingdom.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Undang-undang di Bahagian IIIA di bawah Unfair Contract Term, terma-terma tidak adil di Malaysia masih kabur. Timbul kekaburan dari segi provision Bahagian IIIA di Malaysia dan sehinggakan ada laporan kes-kes mahkamah seperti saya quote satu kes mahkamah di High Court of Malaya. Satu kes baru-baru ini terhadap Fairview International School lawan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia dan keputusan telah memihak kepada responden dan – walaupun Tribunal Tuntutan Pengguna telah memihak kepada pengguna, akan tetapi apabila rayuan ataupun semakan kehakiman terhadap Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia ini memihak kepada sekolah ataupun responden berkenaan. Jikalau kita kaji keputusan kehakiman Fairview International School dan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia tersebut ada didapati bahawa – walaupun perkara yang telah – yang dalam perbincangan mahkamah ataupun adjudication mahkamah, ujian kemunasabahan ataupun reasonable test tidak dijalankan. Tidak seperti di negara England, reasonable test telah digunakan untuk meneliti terhadap kes-kes perbicaraan dan sebagainya di Mahkamah.
Maka dia telah memberikan satu perlindungan yang lebih menyeluruh dalam perundangan United Kingdom seperti – kalau perundangan negara United Kingdom bahagian – Part I Schedule 2 Bahagian Kesebelas kalau – dengan izin dalam bahasa Inggeris “Term which has the object of effect an abling the trader to alter the terms of the contract unilaterally without a valid reason which is specified in the contract.” Jikalau di perundangan UK satu terma undang-undang yang membolehkan peniaga untuk mengubah terma kontrak secara unilateral, secara satu pihak tanpa alasan yang munasabah adalah satu terma tidak adil.
Peniaga-peniaga tidak boleh membuat pengubahan dalam kontrak ini tanpa alasan yang munasabah dan perkara ini termaktub dalam Unfair Contract Terms, United Kingdom.
Di Malaysia kita membenarkan perundangan ini Perundangan Perlindungan Pengguna ini tidak mencukupi, masih membenarkan peniaga-peniaga boleh mengubah terma-terma kontrak dalam kontrak secara dua pihak. Oleh itu saya rasa bahawa kita perlu melihat kepada modul-modul perundangan penggunaan di United Kingdom dan juga negara lain seperti Yang Berhormat Johor Baharu sebut Singapura lihat kepada perundangan sebegini untuk penambahbaikan untuk memberi kekuatan lagi untuk memihak kepada tuntutan-tuntutan pengguna.
Terma Kontrak Tidak Munasabah di Malaysia ia tidak effective. Ia tidak – ujian kemunasabahan tidak terpakai. Oleh itu saya membuat cadangan kepada kementerian supaya lihat semula aspek Bahagian IIIA Akta ...
[Disampuk]
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Yang Berhormat Bukit Bendera.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Ya.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Satu minit. Kepong, Kepong.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Ya, ya, silakan.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Ini tentang syarat tidak munasabah, Unfair Contract Terms. Ini Syarikat Grab, kereta Grab. Sering kali kita baca dalam laporan berita, syarikat Grab ini, ia boleh sering kali terminate atau suspend driver dia tanpa consultation. Dia kata ada terima aduan tetapi tanpa menampilkan bukti kepada driver. Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat Bukit Bendera sama ada kerajaan patut ambil tindakan kepada syarikat Grab ini. Terima kasih.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Ya. Saya rasa ini memang satu Unfair Contract Terms kerana kalau satu pihak telah dianiaya, perlu ada perundangan yang diubah, dipinda supaya memberikan keadilan bukan sahaja kepada pengguna dalam segi employment contract kerana antara Grab driver dan juga syarikat Grab ia lebih terlingkup dalam employment contract. Akan tetapi sebagai pengguna juga dasar-dasar – saya baru terima satu jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan menjawab soalan saya berkenaan Grab bahawa tempoh moratorium 12 Julai 2019 untuk memberi masa adalah tidak akan dilanjutkan. Tidak berhasrat melanjutkan tempoh moratorium yang telah ditetapkan tersebut. Maksudnya selepas 12 Julai 2019 didapati bahawa Grab driver yang gagal
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
mempunyai lesen PSV ini barangkali terdedah kepada penguatkuasaan dan ia juga akan memberikan impak kepada pengguna-pengguna jalan raya, pengguna-pengguna Grab. Ini kerana apabila kurangnya Grab driver maka harga tumpang akan naik.
Saya rasa bukan sahaja Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia perlu lihat kepada aspek ini kerana Kementerian Pengangkutan ialah kawal selia lesen tetapi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia perlu lihat bagaimana untuk mengadakan peruntukan undang-undang ataupun peraturan untuk melindungi pengguna. Saya rasa dari segi kepenggunaan ini perlu lebih banyak reform lagi terhadap perundangan dan juga perkara-perkara – kalau di England terdapat sekurang- kurangnya tiga Unfair Conctract Term Act 1977. UK Consumer Protection Act 1977, Consumer Rights Act 2015. Sekurang-kurangnya ada tiga perundangan khas khusus untuk melindungi pengguna.
Kita harap dengan pindaan ini bukan sahaja meluaskan pelbagai bidang kuasa dan juga hukuman – reform perlu juga dilakukan di dalam perundangan untuk memihak ataupun memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna supaya pengguna ini boleh mengetahui hak mereka, boleh mengemukakan hak mereka untuk mempertahankan hak mereka. Ini kerana pengguna biasanya apabila dalam keadaan urus niaga yang tidak adil, terma yang tidak adil, pengguna akhirnya menjadi mangsa. Oleh itu kita menaruh harapan yang tinggi kepada Tribunal Pengguna dan juga kepada perundangan pengguna yang diluluskan di Parlimen. Dengan ini saya mohon menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kuala Nerus. Silakan.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Alhamdulillah Wassolatu Wassalamu Rasulillah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang memberi peluang kepada saya untuk membahaskan pindaan pada akta melibatkan perlindungan pengguna ini.
Saya merujuk kepada satu kenyataan media oleh Yang Berhormat Menteri dalam isu ini, di kala beliau menyatakan akan dibawa ke Parlimen pindaan terhadap akta ini, beliau menyebut antara sebabnya kerana ketika banyak penipuan berlaku menerusi pembelian online ataupun di Internet. Akan tetapi apabila kita lihat pada hari ini, pembentangan yang dibuat agak mengecewakan juga hanyalah dibincangkan tentang menaikkan kadar sahaja.
Kadar daripada RM25,000 ke RM50,000 itu sahaja yang dibawa ke sini tetapi pindaan- pindaan yang boleh menjamin hak kepada pengguna yang tertipu menerusi Internet tidak dibawa ke sini. Maka adakah apa yang dibuat pada hari ini juga merupakan suatu usaha tergesa-gesa oleh Yang Berhormat Menteri sedangkan banyak lagi isu yang boleh kita bawa untuk kita libatkan atau kita berikan hak kepada pengguna.
Suka saya sebut tentang bagaimana proses pendidikan yang dibuat oleh kementerian kerana kalau sekadar untuk membuat undang-undang mungkin senang bagi kita. Akan tetapi, dari sudut kesedaran pengguna dan juga kesedaran penjual dalam etika.
Dahulu pernah dicadangkan di dalam Dewan ini untuk diwujudkan Kod Etika Perniagaan Malaysia, diwujudkan pembangunan instrumen penilaian integriti penjaja dan peniaga kecil dan Ikrar Integriti Korporat. Saya mahu tahu sejauh mana tiga perkara ini telah berjalan sepanjang tempoh yang ada sehingga ke hari ini dan sejauh mana ia dapat mengawal penipuan-penipuan yang berlaku, bukan hanya di peringkat Internet, tetapi juga di luar daripada Internet.
Bagi saya kalau kita bincang tentang pendidikan pengguna, sangat wajar untuk kita bawa perkara ini ke peringkat pendidikan persekolahan dan juga pendidikan di universiti dan mengajar rakyat untuk melihat dosa dan juga pahala dalam proses jual dan juga beli. Di dalam Islam, menegaskan konsep asas kepada jual beli ialah redha ataupun kita kata sukarela dan juga merasa puas hati. Allah Taala berfirman [Membaca sepotong ayat Al-Quran] . “Wahai orang-orang yang beriman janganlah kau makan harta sesama kamu dengan cara yang batil...” [Membaca sepotong ayat Al-Quran] . “... melainkan menerusi perniagaan yang datang daripada keredaan, kepuasan hati antara sesama kamu”, itu al-Quran menyebut.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Dalam Hadis Nabi SAW menyebut, riwayat Ibnu Hibban dan juga Ibnu Majah...
[Membaca sepotong Hadis] “Jual beli itu berdasarkan kepuasan hati dan juga keredaan”. Maka, inilah perkara yang perlu kita didik dan kita bina dalam masyarakat hari ini, yang kita tengok begitu ramai para peniaga yang menipu hingga orang-orang bijak pandai pun tertipu dengan kepandaian penipuan yang dibuat oleh orang-orang yang menipu ini sama ada Internet atau di luar Internet.
Sampai hari ini, kita masih lagi mendapat aduan yang begitu banyak berkaitan scammers yang wujud di talian dan sebagainya. Bagi saya, apa yang penting ialah proses tadi. Proses pendidikan pengguna yang mesti dibuat. Saya mahu tahu banyak manakah bajet disediakan oleh kementerian untuk mendidik pengguna dan juga penjual sendiri supaya mereka bertindak dengan lebih adil bagi pihak rakyat sama ada dia adalah pengguna ataupun dia adalah penjual dalam Hadis Nabi SAW, Nabi SAW mengajar kita... [Membaca sepotong Hadis], “Orang berniaga yang bercakap benar dan juga amanah”, [Membaca sepotong Hadis], “Bersama Nabi, para siddiqin dan para syuhada”. Ini hadis riwayat Imam Al-Tirmidzi.
Kalau kita lihat Hadis Nabi SAW yang mengajar kita konsep jual beli... [Membaca sepotong Hadis] “Orang yang berjual beli ini, mereka ada ruang untuk Khiyar, untuk membuat pilihan membatalkan akad jual beli mereka selagi mana mereka belum berpisah”. [Membaca sepotong Hadis] “Kalau mereka berdua, sama ada penjual atau pembeli atau pengguna bercakap benar dan juga mereka ini menjelaskan kandungan sebenar barang yang mahu dijual, maka diberikanlah keberkatan kepada jual beli mereka berdua”. Sebaliknya, [Membaca sepotong Hadis] “Jika mereka berbohong dan menyembunyikan aib yang ada dalam jualan mereka”, [Membaca sepotong Hadis] “Akan dihapuskan keberkatan jual beli mereka berdua”. Maka, proses inilah yang perlu kita didik dalam masyarakat agar melebar luas lagilah pada peniaga yang amanah dan juga tidak ramailah para pengguna yang akan tertipu kerana disebabkan oleh penipuan-penipuan tadi. Maka, saya minta kementerian supaya menambahkan lagi usaha untuk mendidik para pengguna dan juga pada penjual ini agar dapat kita tangani masalah yang sedang berlaku sekarang.
Satu perkara lagi yang ingin saya bangkitkan ialah tentang Tribunal Tuntutan Pengguna (TTP) ini. Kalau kita lihat, TTP ini tujuannya adalah sebagai satu suara alternatif kepada para pengguna berbanding mahkamah yang kosnya begitu tinggi dan juga memakan masa yang panjang. Cuma persoalan saya ialah berapa banyak kes aduan yang sudah dibawa kepada TTP dalam tempoh enam bulan terakhir 2019? Daripada jumlah yang banyak itu, berapa banyak kes yang telah berjaya diselesaikan dan berapa lama tempoh satu kes itu, maksimum dapat diselesaikan? Ini untuk kita melihat sejauh manakah TTP memang mencapai matlamat dia untuk membantu pengguna mendapatkan hak mereka.
Saya juga ingin tahu tentang jenis aduan yang dikemukakan berdasarkan kategori jenis perniagaan. Ini terutamanya yang saya ingin tahu juga ialah tentang aduan oleh para pengguna terhadap gergasi-gergasi telekomunikasi kerana isu-isu melibatkan kepenggunaan menggunakan handphone ini, telekomunikasi ini, saya rasa sangat banyak berbangkit. Ramai yang tidak berpuas hati terhadap sama ada servisnya atau caj yang terselindungnya.
Dalam Islam, ada satu konsep namanya Al-Gharar, Bai'ul Gharar. Jual beli barang yang tidak jelas. Kontrak yang bukan semua orang baca. Kita kena terima realiti bahawa rakyat dia jarang membaca kontrak. Mungkin itu salah mereka tetapi kegagalan rakyat atau kurangnya keprihatinan rakyat melihat kontrak secara detail, memberi ruang dan peluang untuk diambil kesempatan oleh gergasi-gergasi telekomunikasi untuk akhirnya memasukkan caj-caj yang di luar daripada jangkaan pengguna.
Caj yang dikenakan, mungkin satu pakej dikenakan RM180 sebulan. Tiba-tiba, dalam bil ada pula tambahan lagi RM27 kerana dikatakan, apa entah, macam-macam isulah.
Fi itu, fi ini. Ini bagi saya, sesuatu yang mengelirukan dan mungkin barangkali oleh sebab nilai yang kecil bagi sesetengah orang, RM27, RM10, maka ramai yang tidak mahu berbuat gaduh dan membuat bising hingga membuat aduan dan sebagainya.
Akan tetapi, ia memberikan ruang kesempatan kepada gergasi telekomunikasi ini untuk meneruskan tindakan-tindakan mereka. Maka, bagi saya, caj yang tersembunyi seumpama ini perlu ditangani oleh kementerian. Itu kerana saya mengharapkan agar pindaan kita lebih jelas daripada itu bukan setakat hanya membincangkan tentang kadar yang boleh
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
dituntut oleh pengguna tetapi juga untuk menangani penipuan-penipuan oleh gergasi-gergasi telekomunikasi ataupun televisyen dan sebagainya.
Saya juga memohon agar pihak kementerian menyatakan mengikut jumlah negeri, mengikut kategori negeri. Negeri manakah yang paling banyak berlakunya aduan pengguna?
Khususnya saya mahu tahu untuk negeri saya Terengganu dan untuk kawasan Parlimen saya, Kuala Nerus, banyak manakah aduan yang sampai kepada kementerian? Saya rasa itu sahaja yang ingin saya sampaikan bagi pihak saya...
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Kuala Nerus?
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Ya?
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Minta mencelah berkenaan masalah pengguna. Terima kasih.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Okey. Terima kasih.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Silakan.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya hendak menyentuh sedikit masalah penggunaan, kepenggunaan ini yang kita lihat sepertimana yang disebut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam di kawasan Rompin, Pahang berkenaan dengan hendak dijadikan FELDA sebagai satu kaedah estet, Saya ingat sekarang ini moral. Moral peneroka-peneroka FELDA dari segi kepenggunaannya sangat rendah. Dengan pendapatan yang sangat rendah dan juga harga sama ada kelapa sawit dan getah yang sangat rendah. Ini juga melibatkan pengguna. Jadi, kerajaan sekarang, saya ingat saya tidak perlu, Pendang tidak perlu bersetuju dengan kita jadikan ladang-ladang peneroka FELDA ini sebagai estet. Cuma, kerajaan perlu sebab kerajaan yang dahulu telah berpuluh tahun menggunakan tanah-tanah untuk dibuka dan meletakkan peneroka-peneroka.
Sekarang ini, kerajaan harus melihat kepada keceriaan pengguna yang ada di dalam FELDA ini iaitu mereka meningkatkan harga getah dan harga kelapa sawit. Ini kerja- kerja kerajaan sekarang. Tidak perlu fikir lagi untuk hendak membuka tanah-tanah baru kerana mereka sudah ada infra ataupun infrastruktur yang lengkap. Ini perlu kita lihat. Cari pasaran baru, naikkan harga. Ini satu kepenggunaan yang kita bincangkan hari inilah, RUU Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2019 yang perlu kita tingkatkan. Macam mana pendapat Yang Berhormat Kuala Nerus?
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Menarik juga soalan daripada Yang Berhormat Pendang. Perkara yang berbangkit daripada industri FELDA ini ialah hak peneroka FELDA dalam penentuan harga dan juga hutang piutang mereka. Maka, saya rasa perkara ini mungkin sesuai dibangkitkan di peringkat kementerian yang menjaga FELDA tetapi soalan saya juga pada Yang Berhormat Menteri ialah banyak manakah aduan daripada peneroka FELDA untuk menggambarkan keprihatinan peneroka terhadap hak mereka sebagai pengguna.
Ini kerana antara tugasan Tribunal Tuntutan Pengguna dan juga antara perkara yang dibangkitkan dalam Akta Perlindungan Pengguna ialah hubungan antara majikan dengan pekerja. Dari sudut gajinya, hak gaji, hak pendapatan dan sebagainya. Maka, kita pun mahu tahu juga sejauh manakah peneroka ini menyedari hak mereka sebagai pengguna untuk mereka melihat balik kontrak mereka, melihat balik nilai harga getah ataupun sawit yang mereka jual kepada pihak FELDA?
Adakah benar seperti dikatakan bahawa peneroka dengan FELDA seumpama hamba dengan majikan? Bukan lagi antara pekerja ataupun antara pekerja dengan majikan.
Bukan antara pemilik hak yang namanya peneroka yang memiliki tanah dengan FELDA yang sebagai penyelaras. Saya rasa perkara ini elok kita bangkitkan juga atas nama konsep pengguna.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus, saya hendak ambil masa sedikit. Mengenai hak pengguna ini, selain daripada Yang Berhormat cakap, penjual pembeli. Ini hak kita kadang-kadang apabila kita masuk hotel.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ada tidak hak kita supaya meminta pihak pengurusan hotel ini, check dulu bilik kita? Ini kerana [Ketawa] sejak akhir- akhir ini, ada kamera tersembunyi. Ya lah, esok kita masuk hotel dengan famili pun nanti boleh di-viral-kan. Jadi, tambah pula, kes-kes semburit yang tengah kuat ini, jadi esok kita hendak masuk hotel pun kita takut ini. Jadi, apakah hak kita ini sebagai pengguna hotel?
[Ketawa] Boleh tidak kita hendak masuk, kita kata hotel, you check dulu, bilik saya dulu.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Ya.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Baru saya hendak masuk. Apa pendapat Yang Berhormat?
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Menarik, menarik daripada [Ketawa] Yang Berhormat Tanjong Karang, ya.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sekejap Yang Berhormat Kuala Nerus, hendak tambah sedikit yang itu.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Baik.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Apabila kita masuk ke dalam hotel Tuan Yang di-Pertua, adakah kita mandi bogel ataupun kita memakai kain basahan? Ini disebabkan kamera sekarang kita tidak tahu. Kita takut sangat.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ahli Yang Berhormat, apa kaitan dengan pindaan rang undang-undang ini?
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Baik, terima kasih.
Saya sebenarnya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Tanjong Karang tadi. Ini disebabkan, pertama sekali, saya diberikan amanah oleh Kerajaan Negeri Terengganu menjaga dua hotel.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Satu, Paya Bunga Hotel dan kedua Duyong Marina Resort di Terengganu.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Boleh isytihar harta itu.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Saya mengalu- alukan bahawa dua hotel ini insya-Allah, tidak ada buat intipanlah, tidak ada kamera. Datang ke hotel kami insya-Allah, tetapi yang boleh kita bangkitkan ialah sebegini. Sesetengah hotel di Kuala Lumpur, saya lihat dahulu lain, sekarang lain sebab kita selalu pergi. Dahulu tidak ada Bible dalam laci bilik, sekarang ada Bible. Sedangkan kalau ikut kaedah hak pengguna Muslim dalam sebuah negara yang namanya Islam Agama Persekutuan ialah Islam yang disebarkan, Al-Quran yang disebarkan bukannya Bible. Jadi, ini juga persoalan yang saya rasa kena timbulkan kerana begitu banyak, ketara. Sebelum Kerajaan Pakatan Harapan, saya pergi ke hotel-hotel tiada ada Bible. Sekarang ada, kenapa? Saya rasa ini juga kena bangkitkan melibatkan hotel, di samping kebimbangan tadi hotel-hotel yang memasang kamera dan sebagainya, membuat intipan yang mengganggu hak privasi para pengguna yang masuk ke dalam hotel.
Saya rasa itu sahaja daripada saya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Tenggara. Sila.
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Bismillahi Rahmani Rahim, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada kementerian kerana membawa satu akta untuk meminda Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang mana ia begitu menekankan aspek pengguna. Keselamatan pengguna saya hendak sentuh Yang Berhormat Timbalan Menteri iaitu salah satu hak pengguna ialah hak untuk mendapatkan keselamatan. Jadi bermaksud bahawa perlu ada perlindungan daripada barangan, proses pengeluaran, perkhidmatan yang boleh mendatangkan kecederaan fizikal, kemudaratan terhadap kesihatan pengguna atau mendatangkan kerosakan kepada harta benda. Saya bagi contoh, negara maju yang mempunyai peraturan dan kawalan yang ketat
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
terhadap keselamatan produk juga tidak terkecuali daripada lambakan barangan yang tidak selamat di pasaran mereka.
Saya bawa satu data yang menunjukkan bahawa pada tahun 2014, bahawa kes tarik balik produk di Amerika Syarikat dan Kanada telah meningkat dari tahun ke tahun.
Maknanya lambakan produk yang tidak selamat. Adakah kita di negara mengetahui dan juga membuat tindakan untuk mengatasi masalah lambakan yang tidak selamat? Dalam laporan yang sama, dinyatakan bahawa insiden barangan yang tidak selamat menjangkau semua kategori barang daripada poultry, tenusu, makanan, pakaian, barang mainan, peralatan rumah, automatik dan sebagainya. Jadi ada satu commission yang dipanggil Consumer Product Safety Commission (CPSC). Di Amerika Syarikat melaporkan bahawa pada tahun 2008, lebih kurang daripada 35 juta penduduknya terpaksa mendapat rawatan kecederaan dan kecemasan yang berkaitan dengan barang pengguna dan purata 473 produk di tarik balik dari pasaran setahun. Jadi, adakah barang-barang pengguna yang sedia ada di pasaran kita pada masa ini terjamin atau keselamatannya? Apakah langkah yang dilakukan oleh pihak kementerian untuk memastikan keselamatan barang pengguna di negara ini terjamin?
Saya mencadangkan supaya kementerian ataupun tribunal ini mestilah one step ahead daripada semua produk perdagangan atau perkhidmatan. Supaya apabila mereka masuk ke pasaran kita, kita telah mengetahui apakah perkara-perkara yang akan berlaku dan boleh menyelamatkan pengguna. Sudah tentu sekali perkara ini menyebabkan kita perlu mewujudkan database besar pada semua dagangan. Adakah kita bersedia dengan teknologi 5G yang kita terima pada masa akan datang menyebabkan kita secara konsisten? Adakah kita hendak menggunakan secara konvensional dan terkini online yang disebutkan oleh ramai Ahli Parlimen mengenai scam yang berlangsung dalam secara online ini?
Jadi kita tahu bahawa dalam sistem online ini peniaga menggunakan terma yang kabur dan juga terma-terma yang tidak wajar. Apa yang saya hendak pertahankan di sini ialah pengguna online orang tua dengan pengguna orang muda. Kalau akta belia dipinda umur 15 hingga 30, bermakna kita melihat bawah 30 tahun. Di mana pada hari ini kalau kita lihat terma dan juga syarat-syarat yang dikenakan oleh produk-produk online terutama sekali kanak-kanak ini yang menggunakan telefon...
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Tenggara.
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Sekejap lagi, sekejap lagi. Gunakan online mereka tertipu dengan terma di mana kalau mereka klik sahaja untuk mendapat perkhidmatan, mereka di-deduct setiap bulan katakanlah RM5 tanpa mereka tahu. Ini melemaskan emak dan bapa yang terpaksa membayar kalau telefon itu postpaid, maknanya dia deduct. Ataupun, adakah mereka ini juga terlindung daripada perkara ini? Okey Yang Berhormat.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Terima kasih Speaker, terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Boleh saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Tenggara ini.
Tadi saya terlewat sikit tangkap apa yang Yang Berhormat Tanjong Karang timbulkan tadi.
Sebenarnya perkara ini perkara yang serius. Bila kita sebut soal hak pengguna, hak pengguna ini selalunya kita pemikiran kita tertumpu kepada penipuan melalui wang ringgit, penipuan melalui material. Akan tetapi soal hak pengguna dalam soal privacy ini, saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Tenggara soal privacy. Saya ingat ketika saya di dalam masa saya berkhidmat di state dahulu bahawa privacy di tempat-tempat awam ini atau tempat-tempat yang mendapat perlindungan. Contoh hotel, saya beritahu. Dahulu kita hendak check nombor bilik pun tidak boleh, hotel tak bagi.
Ini kerana apabila kita dapati hotel membocorkan rahsia peribadi ataupun rahsia privacy kita kepada awam atau kepada orang lain, ini merupakan satu kesalahan yang dilakukan olehnya.
Akan tetapi sekarang secara berleluasa. Adakah pihak pengguna atau hak pengguna ini boleh mendakwa pihak hotel hasil daripada kebocoran maklumat yang seharusnya tidak dibocorkan oleh pihak hotel seperti yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Tanjong Karang tadi? Kalau ini tidak diambil tindakan oleh pihak kerajaan, saya fikir banyak pihak akan menggunakan kesempatan yang tidak sihat melakukan pelbagai perkara untuk menjatuhkan moral, untuk menjatuhkan maruah, untuk membuat pelbagai perkara yang boleh memburukkan keadaan khususnya keadaan politik dalam negara kita. Terima kasih.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Yang Berhormat Tenggara, sikit ya? Hendak tambah.
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Okey, perkara yang sama kah?
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Sikit sahaja hendak tambah, yang online tadi itu.
Saya dapati dalam akhir-akhir ini banyak yang business online terutamanya ubat yang jenis rangsangan, ubat kuat dan sebagainya. Kita tidak clear tahu? Kita tidak clear, apakah kesan ubat ini dan kita tidak dapat detect siapa sebenarnya? Akhirnya dalam mesej tersebut PM tepi, PM for price ataupun dia kata kalau berminat hubungi saya. Jadi, bagaimana kementerian dapat mengesan kalau berlakunya tuntutan di tribunal nanti mereka yang tidak dapat dikesan? Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Terima kasih Yang Berhormat Jelebu dan Yang Berhormat Jempol ya. Saya cukup takut sekarang dengan privacies ini dan tidak terlindungi di hotel-hotel. Ini kerana kalau dengan mudah maklumat ataupun kegiatan peribadi kita disiarkan, ia – perlu siapa kita cari? Hendak cari orang yang mengedar, orang yang melakukan atau orang yang tertuduh? Jadi ini perlu satu pendekatan baharu dalam Akta Pengguna. Saya rasa tribunal ini perlu one step ahead tadilah, mengetahui tentang kedudukan terkini.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sikit, ini Yang Berhormat?
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Okey.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya hendak meminta pandangan Yang Berhormat Tenggara, adakah Yang Berhormat berpandangan semasa pindaan di peringkat jawatankuasa nanti perlu membuat tafsiran yang jelas pindaan terhadap tafsiran ini masukkan sekali tafsiran ini? Supaya apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelebu dan Yang Berhormat Jempol tadi, tidak akan teruji hak kepenggunaan ini. Ini kerana tafsiran dalam akta ini kurang jelas, minta pandangan Yang Berhormat Tenggara.
Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Tenggara, sikit?
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Ya, terima kasih. Oh, Yang Berhormat Cameron Highlands hendak masuk, fasal Orang Asli kah?
Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Tidak. Ini kalau kita lihat penggunaan online ini, satu perspektif lagi ialah judi online. Adakah kementerian telah mengambil kira tentang ini dalam penggubalan undang-undang ini? Mereka yang telah menggunakan online ini juga boleh dikategorikan penjenayah. Adakah – ini adalah mustahak kerana perjudian adalah kesalahan dari segi perundangan dalam negara ini. Yang Berhormat Tenggara.
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar dan juga Yang Berhormat Cameron Highlands. Betul, tafsiran undang-undang ini perlu juga berkenaan dengan lambakan produk yang tidak selamat. Saya sebut awal tadi bahawa di negara barat, sebenarnya yang maju pun lambakan produk yang tidak selamat ini sebenarnya – adakah kita hendak tarik balik melalui tribunal ataupun hendak ganti rugi? Itu satu perkara. Dan tafsiran-tafsiran yang berkaitan dengan undang-undang pengguna ini. Judi online dan tafsiran berkaitan dengan perkara online baharu ini. Saya hendak kait – last sekali Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Hendak menggulung?
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Ya gulung. Saya hendak kaitkan, adakah perkara yang berkaitan dengan terkesan ini, peristiwa yang berlaku di Pasit Gudang ini. Adakah hak kita untuk melindungi kilang atau hak hendak melindungi rakyat? Ini kerana kilang perlu dilindungi dalam perkara melepaskan atau membazirkan toksik agen. Akan tetapi yang terkena ini, bagaimanakah mereka juga boleh kita bantu? Supaya kesan daripada aktiviti pengilangan dan pengeluaran ini dikaitkan secara tuntas, maknanya tidak ada belok- belok. Dia boleh – yang terkesan ini boleh mendakwa ke tribunal. Ini sangat penting dengan akta ini Yang Berhormat Menteri supaya kalau boleh dipinda satu lagi perkara yang berkaitan dengan online dan juga terkesannya second refract daripada pengeluaran, peringkat jawatankuasa. Terima kasih, saya menyokong rang undang-undang pindaan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Ahli-ahli Yang Berhormat, jam Parlimen menunjukkan pukul 1, Majlis disambung semula pada pukul 2.30 petang. Selepas itu Yang Berhormat Tebrau 15 minit.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang giliran Yang Berhormat Tebrau bukan? Silakan.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk saya sertai perbahasaan Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna
(Pindaan) 2019. Tuan Yang di-Pertua, banyak penipuan melalui talian yang dilakukan oleh penjual-penjual yang tidak etika dan ada yang sengaja dengan tujuan menipu. Masalah- masalah membeli barang atas talian termasuk barang tiruan, barang yang bukan seperti yang di dalam iklan dan barang tidak diterima oleh pembeli dan sebagainya.
Baru-baru ini, ada seorang pengguna mengadu kepada saya setelah beliau membayar deposit terhadap sebuah kereta terpakai yang diiklankan oleh seorang individu di Mudah.Com tetapi penjual itu terus hilang dan tidak boleh dihubungi. Ada yang dihantar barang yang tidak mengikuti spesifikasi yang diiklankan. Ada juga ramai pengguna yang saya ambil kesempatan untuk membahas di sini tetapi saya tahu ini tidak termasuk dalam Akta Perlindungan Pengguna tetapi bagi saya mereka pun adalah pengguna.
Ini adalah berkaitan dengan pembeli-pembeli harta tanah kerana saya sudah terima banyak aduan daripada pembeli-pembeli rumah. Saya sudah meneliti Akta Perlindungan Pengguna. Kemungkinan akta ini boleh meluaskan untuk merangkumi pembeli-pembeli harta tanah kalau boleh. Kalau tidak, saya berharap pihak KPKT boleh ambil bahagian.
Kumpulan pertama yang jumpa saya, mereka ditunjukkan pelan pembangunan oleh ILDA di Iskandar Puteri dan atas maklumat itu yang menunjukkan potensi peningkatan harga harta tanah, maka mereka membeli kedai di situ tetapi selepas empat tahun, kedai sudah siap tetapi mereka mengalami tiada peniaga yang sudi menyewa kedai-kedai di situ oleh sebab apa-apa yang dirancangkan ILDA dan juga negeri Johor tidak direalisasikan. Jadi mereka dalam keadaan yang – mereka mengadu telah ditipu tetapi siapa harus bertanggungjawab kepada mereka. Ini kita harus ada satu penyelesaian, adakah mereka boleh dimasukkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna atau di bawah— masuk dalam tribunal.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Tebrau, boleh mencelah sedikit ya.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sungai Petani minta laluan.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Tebrau, setujukah Yang Berhormat Tebrau dengan saya kalau saya katakan bahawa isu masalah teknikal— kadang- kadang kita anggap teknikal. Bukan ia berbentuk penipuan ataupun ini. Contoh, ada seorang itu dia order barang melalui online, barang sampai tetapi ada defect. Bila dia hendak hantar balik kepada pengusaha, pengusaha kata you sudah sampai mungkin sudah tujuh, lapan hari. Ini defect.
Ini masalah yang kita ada yang akhirnya apakah Yang Berhormat bersetuju supaya harus lihat oleh kementerian bagaimanakah hendak selesaikan isu-isu pertelingkahan ini dan secara baik supaya kedua-dua nama mereka ini tidak menjadi masalah khususnya di media sosial. Terima kasih.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Saya setuju dengan Yang Berhormat Sungai Petani. Memang itu adalah satu masalah besar juga kerana di negara kita, saya masih nampak ada kelemahan dalam segi ini kerana kalau diterima satu barang tidak mengikuti spesifikasinya, kalau hendak di pulang kemungkinan tidak boleh dipulangkan. Akan tetapi kalau berbanding dengan negara yang maju, mereka boleh dipulangkan dalam 14 hari tanpa alasan. Kalau dia tidak puas, dia boleh terus pulangkan dalam 14 hari. Kemungkinan itu kementerian boleh ambil perhatian dalam perkara ini dan masukkan perbahasan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani dalam perbahasan saya.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Kumpulan kedua adalah mereka adalah pembeli di lot kompleks perdagangan.
Mereka ditunjuk anchor tenant adalah siapa-siapa yang sudi masuk dan juga diberi jaminan pulangan sewa tetapi selepas itu anchor tenant tidak masuk, jaminan pulangan sewa pun tidak ditunaikan. Jadi mereka sudah jadi lagi satu mangsa amalan yang tidak etika yang dilakukan. Lawyer ada berjumpa dengan saya dan dalam segi undang-undang pun susah hendak memastikan pembeli-pembeli boleh dapat keadilan di mahkamah tanpa kos yang tinggi.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Kumpulan ketiga dan juga keempat, masalah mereka lebih kurang sama. Mereka adalah pembeli-pembeli kondominium. Mereka mengadu ditipu oleh pemaju kerana apa yang disenaraikan dalam perjanjian jual beli tidak dibuat atau dipasang oleh pemaju dan ada yang mutu kerja, workmanship memang teruk, tidak boleh diterima. Walaupun mereka sudah berjumpa dengan Tribunal Perumahan tapi perintah tribunal itu pun tidak dipedulikan oleh pemaju. Jadi, ada kelemahan di bawah KPKT dan kalau Akta Perlindungan Pengguna pun tidak merangkumi pembeli-pembeli harta tanah, di manakah pembeli-pembeli harta tanah akan dapat keadilan? Ada lagi satu, baru-baru saja makan tengah hari ada satu kumpulan jumpa saya lagi, ini melibatkan kondominium lagi. Perjanjian adalah di antara pembeli, pemaju dengan tuan tanah. Pemaju sudah di dalam keadaan liquidation, likuidasi, dengan izin, sekarang tuan tanah ambil tindakan legal untuk ambil balik tanah itu untuk dijual, sudah lantik agen untuk jual tanah itu.
Jadi, apa perlindungan dengan pembeli-pembeli yang sudah ada perjanjian dengan pembeli, dengan tuan tanah. Itu akan disiapkan dan diserahkan kepada mereka. Akan tetapi sekarang pemaju sudah bankrap, tuan tanah ambil balik tanah untuk dijual. Jadi, semua pembeli-pembeli dalam keadaan yang sengsara. Jadi, oleh sebab-sebab ini saya berharap kalau bukan di bawah Akta Perlindungan Pengguna, saya berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna boleh berusaha bersama dengan KPKT untuk memastikan pembeli-pembeli rumah atau harta tanah, mereka pun merupakan satu golongan pengguna supaya mereka tidak di jadi mangsa oleh sebab pemaju-pemaju tidak lakukan dengan secara etika.
Lagi satu saya berharaplah, dengan itu saya berharap memang Bahagian 3A di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999, terma ‘tidak adil’ itu boleh dipinda dengan termasuk ‘pembeli-pembeli harta tanah’ kalau itu boleh dilakukan. Itu satu kajian, saya berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna boleh mengkaji. Lagi, sebelum saya akhir ucapan saya adalah selalunya mangsa-mangsa pengguna di bawah amalan yang tidak etika ini adalah kerana mereka kurang bijak dan kurang pengetahuan tentang hak mereka. Saya berpendapat pendidikan dan kesedaran pengguna adalah penting dan harus dipertingkatkan. Saya berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna boleh berusaha dalam segi ini supaya semua pengguna dapat tahu hak mereka, dapat tahu amalan mana yang tidak etika supaya mereka tidak akan jadi mangsa kepada penjual-penjual atau pedagang-pedagang yang tidak etika dan ada yang sengaja dengan tujuan menipu pengguna.
Jadi, saya berharaplah perbahasan saya dapat perhatian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Ehwal Pengguna. Kalau tidak boleh dilakukan di bawah kementerian ini akan berusaha bersama dengan KPKT supaya pembeli-pembeli harta tanah yang saya sebutkan tidak akan jadi mangsa pada yang masa yang akan datang. Jadi dengan ini, dengan perhatian yang saya minta, saya mohon menyokong Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2019. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Yang Berhormat Arau, bawah sikit ya. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Sik. Yang Berhormat Arau baru masuk ya.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum Warahmatullaahi Taala Wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Saya bangun untuk juga berbahas Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2019. Pertama, saya juga ingin menzahirkan sokongan atas satu pandangan daripada Yang Berhormat Johor Bharu tadi berkaitan dengan pengiktirafan kepada seorang tokoh pengguna
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Malaysia, Almarhum SM. Mohd Idris yang telah kembali ke rahmatullah. Saya sendiri menjadi anak muridnya dan beliau telah melahirkan ramai aktivis pengguna, khususnya dalam usaha beliau yang bersungguh-sungguh mendidik pendidikan pengguna kepada anak-anak muda di peringkat sekolah, peringkat menengah dan seluruh masyarakat. Kehidupan beliau yang sangat sederhana telah melahirkan juga satu gerakan kepenggunaan yang sangat baik kepada masyarakat kita.
Tuan Yang di-Pertua, dalam membahaskan pindaan rang undang-undang ini saya ingin menyatakan bahawa ia bukan satu perkara yang cukup untuk kita mengatakan dengan undang-undang kita berjaya untuk melahirkan ataupun menjaga hak pengguna itu sendiri.
Apa yang lebih pentingnya ialah soal pendidikan di kalangan rakyat, khususnya kepada pengguna ini mengetahui hak dan juga apa yang perlu seorang pengguna itu belajar.
Bagaimana ia senantiasa terdedah dengan sebarang penipuan ataupun sebarang ketidakadilan ketika mana seorang pengguna itu berurusan dalam jual beli. Dalam hal ini, saya ingin menyampaikan sedikit pandangan berkaitan apa yang telah disebut dalam satu forum sumbang saran berdasarkan kertas kerja yang dibentang, Prosiding PERKIM Ke-6 2016 yang lalu, yang agak lama tetapi sangat relevan dalam persoalan mekanisme penyelesaian pertikaian pengguna ini yang diselia oleh Tribunal Tuntutan Pengguna.
Sumbang saran ini yang diterbitkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Pertama, bagaimana dilihat pada hari ini dari segi keberkesanan pejabat operasi, pejabat Tribunal Pengguna yang ada di negeri-negeri. Pada ketika ini, hanya pejabat ini diwujudkan di bandar- bandar besar. Kalau saya di Kedah, pengguna yang ingin membuat tuntutan, mereka perlu pergi ke Alor Setar atau Sungai Petani ataupun Kulim. Akan tetapi saya di daerah Sik, di Baling, Padang Terap, mereka agak sukar untuk pergi membuat tuntutan ataupun memfailkan tuntutan mereka di pejabat Tribunal Pengguna ini. Jadi, saya menyarankan supaya operasi pejabat Tribunal Pengguna ini diperluaskan dalam maksud litar pejabat tribunal ini. Maksudnya, pejabat ini boleh beroperasi di mana-mana tempat di mana ada aduan yang dilakukan oleh pengguna. Kedua, dari segi keanggotaan TTPM itu sendiri.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Yang Berhormat, boleh saya mencelah?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Saya tertarik dengan ucapan Yang Berhormat tadi. Satu lagi isu juga yang menjadi permasalahan untuk perlu ditangani oleh pihak kerajaan ialah berkaitan dengan susahnya untuk membuat tuntutan yang merupakan antara penyebab utama.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kedua ialah masa yang diambil untuk menyelesaikan kes ini. Ada yang pernah berlaku sebelum ini ialah mengambil masa hampir sebulan untuk menunggu masa perbicaraan. Jadi, adakah Yang Berhormat bersetuju supaya kerajaan juga melihat agar isu- isu teknikal seperti ini dapat dipercepatkan supaya perkara ini dapat diatasi. Terima kasih.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Saya bersetuju dan mohon juga dimasukkan dalam ucapan saya untuk dijawab oleh Menteri.
Kedua, dari segi keanggotaan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) ini, pada ketika ini, ia adalah terhad kepada individu yang berlatarbelakangkan undang-undang yang diberi kebenaran ataupun diberi satu surat oleh Menteri. Adakah pihak kementerian– Sebab untuk membuka ruang keanggotaan TTPM ini kepada selain daripada pengamal undang-undang, contohnya kepada aktivis-aktivis pengguna, individu tersebut sangat mahir tentang hal ehwal kepenggunaan. Begitu juga para pesara kerajaan yang mereka ada kepakaran dalam menilai tuntutan yang dibuat di TTPM ini.
Ketiga,...
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Kuala Terengganu.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Yang Berhormat, sekarang ini biasanya bagi tujuan yang berkait dengan waranti, jaminan, biasanya bila kita beli barang, jadi diberi kad jaminan. Keadaan yang selalu menggagalkan usaha pengguna untuk mendapat jaminan ini selalunya kehilangan dokumen-dokumen ini.
Bagaimana pandangan Yang Berhormat sekiranya dibuat satu peraturan yang mana sebab biasanya, maklumat lengkap disimpan oleh penjual. Adakah cara bagaimana untuk kita mewajibkan penjual supaya menyediakan senarai lengkap supaya memudahkan urusan jaminan oleh pembeli?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Sudah pasti dalam soal dokumentasi urusan transaksi jual beli itu, sangat penting. Ia perlu direkodkan dengan baik termasuklah melalui secara manual ataupun secara online juga perlu diterapkan dalam urusan di antara penjual dan pembekal barang-barang itu termasuk perkhidmatan dan sebagainya.
Ketiga, saya hendak sambung sedikit saranan ini ialah iaitu soal standing ataupun di mana pada ketika ini, pihak yang menuntut dan penentang, tidak dibenarkan diwakili oleh peguam dan hendaklah mengendalikan penukaran secara sendiri. Walau bagaimanapun bagi pihak penentang dan mana-mana syarikat yang mempunyai peguamnya sendiri, peguam tersebut dibenarkan hadir dan mewakili penentang di tribunal itu. Peguam pihak penentang yang dimaksudkan di sini ialah peguam yang bekerja dengan penentang di mana gaji yang dibayar sepenuhnya oleh penentang. Oleh itu timbul ketidakseimbangan kuasa perundingan di sini, di mana pihak penuntut tidak dibenarkan untuk diwakili oleh peguam.
Jadi ini juga prosiding yang perlu dilihat kembali oleh pihak kementerian.
Keempat, berkaitan dengan kelas tindakan yang lebih menguntungkan pengguna.
Dalam tribunal yang bersidang pada hari ini, tindakan kelas ataupun secara berkumpulan itu adalah tidak dibenarkan. Setiap penuntut daripada pengguna itu, dia hanya boleh mewakili untuk dirinya sendiri dan tidak boleh mewakili dalam satu jumlah individu yang ramai dalam tuntutan yang sama. Ini juga mendapat kritikan berkaitan dengan prosiding TTPM ini.
Seterusnya Yang Berhormat Menteri, dalam soal berhubung kredibiliti tribunal ini dalam mengadili satu kes. Tribunal dikata mengadili satu kes itu dengan terlalu ringkas sehingga tribunal sebagai pembela kepada pihak penentang tidak mesra kepada pengguna.
Ada kes yang diadili dengan sangat cepat dan kadang-kadang pihak penuntut itu tidak diberi ruang masa yang mencukupi untuk menyediakan dokumen-dokumen yang diminta dalam tribunal ini. Jadi, soal masa ataupun time frame itu juga perlu dilihat dengan teliti oleh pihak kementerian sendiri.
Seterusnya Yang Berhormat Timbalan Menteri, begitu juga dalam soal pembatasan had masa kepada pengguna dalam membuat sesuatu aduan. Pada ketika ini, tempoh yang diberikan adalah tiga tahun ke belakang dalam transaksi ataupun pembelian satu barang itu untuk dibuat tuntutan, jika ada suatu pelanggaran dalam soal itu. Adakah pihak kementerian melihat untuk memanjangkan lagi tempoh had untuk diadu ini lebih daripada tiga tahun?
Contohnya lima tahun kerana ada setengah-setengah barang itu yang ia akan lupus ataupun mengalami kerosakan dalam tempoh yang agak lama selepas tarikh dibeli itu.
Terakhir ialah adakah pihak kementerian cuba untuk membuka TTPM ini dalam soal tuntutan pengguna kepada agensi-agensi kerajaan yang tidak dapat menunaikan tanggungjawab yang sepenuhnya dan menyebabkan ada beberapa perkara yang menimbulkan kerugian kepada pihak pengguna? Contohnya, dalam soal pengguna yang menggunakan jalan raya pada ketika ada sebahagian jalan itu yang tidak diselenggarakan dengan baik oleh agensi yang terbabit, ada jalan yang rosak dan ada satu ketikanya pengguna itu yang menggunakan jalan raya tersebut, berlaku kemalangan, menyebabkan keretanya rosak. Adakah dalam soal ini, pihak TTPM juga diberi ruang untuk pengguna ini membuat tuntutan ganti rugi kepada agensi yang terbabit?
Begitu juga dalam soal sistem perparitan yang diuruskan oleh contoh pihak berkuasa tempatan yang tidak diselenggarakan dengan baik. Apabila berlaku banjir kilat contohnya, menyebabkan kerugian di pihak pengguna, pihak penduduk itu dan seperti juga kes yang berlaku di daerah saya di Daerah Sik. Pengguna-pengguna elektrik di rumah ini, domestik ini, mereka mengalami kerugian apabila berlaku kerosakan barang-barang elektrik akibat penyaluran elektrik yang berlebihan watt ini, menyebabkan mereka rugi. Pada ketika ini, adakah mereka diberi hak untuk membuat tuntutan ganti rugi di dalam TTPM ini?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Jadi Tuan Yang di-Pertua, itu saja pandangan saya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Sekarang Yang Berhormat Rasah. Yang Berhormat Rasah, silakan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan Akta Perlindungan Pengguna yang kita akan pinda pada petang ini. Saya hanya ada beberapa perkara yang ringkas sahaja.
Terlebih dahulu saya menyambut baik pindaan pada hari ini yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dan pindaan pada hari ini lebih menjurus kepada Bahagian XII iaitu seksyen 85 ke atas berkenaan dengan bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).
Kita tahu sejak akta ini diluluskan oleh Parlimen ini pada hampir 20 tahun yang dulu, ia bermula dengan bidang kuasa pada tribunal cuma ada RM10,000, bidang kuasa siling ketika itu. Selepas itu pada tahun 2003, berlaku pindaan, naikkan bidang kuasa tertinggi daripada RM10,000 kepada RM25,000 dan hari ini, ini kali ketiga jumlah siling bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna ini dinaikkan.
Saya menyambut baik cadangan ini. Bagi saya, memang ia adalah sesuatu yang perlu fleksibel, yang sentiasa bergerak ke hadapan sebab kalau dulu, 20 tahun dulu, RM10,000 mungkin memadai. Selepas itu tahun 2003, RM25,000 mungkin sesuai dengan keadaan semasa ketika itu. Akan tetapi dengan perkembangan terkini, dengan kos sara hidup, dengan pendapatan, dengan nilai jualan barangan pengguna yang ada di pasaran pada dewasa ini, saya rasa sepatutnya lebih awal lagi pindaan telah dibuat terhadap nilai siling, naikkan kepada RM50,000 ini. Saya anggap pembentangan pada hari ini untuk pindaan adalah sangat sesuai dengan keadaan semasa.
Begitu juga dengan keadaan berkenaan dengan penalti yang dikenakan iaitu maksimum daripada ketidakpatuhan, daripada RM5,000 kita naikkan kepada RM10,000 dan sekiranya berlaku keingkaran yang berterusan...
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Setiap hari RM1,000 kepada RM5,000. Saya berharap perkara ini dapat dijadikan sebagai ingatan, deterrent kepada pihak-pihak yang enggan mematuhi award ataupun perintah daripada Tribunal Tuntutan Pengguna.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sedikit Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Ya, Yang Berhormat.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Rasa, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Rasah bila tiga pindaan yang pada tahun 2003, tahun 2019 dipinda daripada RM10,000 kepada RM25,000, daripada RM25,000 kepada RM50,000 dalam penghujahan Yang Berhormat Rasah tadi ada sebut fasal kos sara hidup, adakah dengan pindaan ini dibuat membuktikan bahawasanya harga barang-barang sudah meningkat dan kos sara hidup semakin tinggi pada zaman kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Harapan?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Paya Besar, saya bagi peluang sebab untuk Yang Berhormat mengetengahkan fakta-fakta ataupun hujahan yang berkaitan dengan akta ini. Bukan cuba main politik, buat ceramah politik di sini. Tadi, kenapa tak sentuh apa yang saya katakan tadi, sepatutnya pindaan yang dibuat hari ini lebih awal. Kegagalan kerajaan rejim dahulu pada 2017 untuk buat pindaan untuk naikkan siling ini adalah satu ketinggalan yang saya tidak tahu apa hendak kata tetapi satu peninggalan yang sangat mengecewakan rakyat yang telah diperbaiki oleh Kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini.
Sepatutnya pindaan tersebut telah ambil tempat. Saya tak mahu sebut tadi. Akan tetapi terima kasih kepada Yang Berhormat Paya Besar kerana mengingatkan saya, memberikan peluang untuk saya...
[Disampuk]
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Bukan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Untuk bangkitkan kegagalan...
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Bukan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya tak bagi peluang lagi duduk.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Boleh.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Ini floor saya sila duduk. Ini floor saya, sila duduk.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Boleh sedikit.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tak ada. Sila duduk.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sedikit la.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Sila duduk. Tidak faham Bahasa Melayu kah?
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya faham bahasa Melayu.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya kata duduk Yang Berhormat Paya Besar.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Boleh sedikit, sedikit, sedikit.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya kata duduk. Tuan Yang di-Pertua, saya tak bagi peluang.
Tuan Yang di-Pertua
Sila duduk Yang Berhormat Paya Besar.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Ini kerana kalau orang yang berfakta cakap secara berfakta, saya bagi peluang.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya bercakap dengan fakta.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Akan tetapi kalau sengaja untuk mengundang.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Boleh sedikit.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Kekecohan dan sebagainya saya tak bagi peluang.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Bagilah sedikit.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Jadi saya harap, so bagi saya...
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Rasah, sedikit.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tahniah bagi Kerajaan Pakatan Harapan hari ini.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Rasah, boleh tak boleh?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Lakukan sesuatu yang gagal dilaksanakan dilakukan oleh kerajaan yang lepas...
Tuan Yang di-Pertua
Mengikut Peraturan Mesyuarat kalau Yang Berhormat tak bagi laluan sila duduk lah Yang Berhormat Paya Besar, sila duduk.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Boleh?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tak boleh.
Tuan Yang di-Pertua
Sedikit kah banyak kah, dia tidak bagi laluan, sila duduk lah.
Silakan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab itu, kalau orang hendak ceramah politik, sudah 20 minit bagi dia pun, dia tak cukup lagi. Kita bercakap secara akta tersebut, secara terus terang. Jadi, bagi saya sekurang-kurangnya pindaan pada hari ini telah dapat mengatasi kegagalan daripada kerajaan yang lepas yang gagal melakukannya walaupun ada pindaan terhadap akta ini pada tahun 2017.
Tuan Yang di-Pertua, bagi saya apa yang lebih penting selain daripada pindaan pada hari ini adalah merujuk kepada macam mana award yang telah diberikan oleh tribunal Pengguna tersebut dapat dilaksanakan yang akhirnya hak dan juga kepentingan pengguna yang menjadi pengadu dalam tribunal pengguna tersebut dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya yang mana mereka dapat mengatasi kerugian ataupun menyelesaikan kerugian
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
ekoran daripada penipuan dan sebagainya daripada pihak peniaga. Jadi, saya berharap pihak kementerian dapat mengkaji..
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat pinjam sat, pinjam sat boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Arau, minta laluan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat ini saya bagi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Boleh la, kita kawan la.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Arau.
[Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey Yang Berhormat, bila Yang Berhormat sebut kerajaan yang lepas, saya bukan boleh, berbulu kalau dengar yang itu kan.
Apakah Yang Berhormat sedar bahawa kerajaan sekarang ini tidak dapat memberi perlindungan kepada pengguna-pengguna hotel? Sebab apa orang pasang video sana sini?
Sekarang ini kita berada dalam keadaan tidak selamat. Sebab apa, kita pergi mana pun ada orang pasang video.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bayangkan orang pasang video, tengok-tengok kena gambar isteri kita. Apakah Yang Berhormat ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya siasat hotel-hotel yang membiarkan video dipasang dalam bilik tidur! Macam mana rakyat Malaysia tak selamat. Bayangkan Tuan Yang di-Pertua yang handsome ini.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Pasang untuk keselamatan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tiba-tiba ada gambar Tuan Yang di- Pertua buat macam itu. Tak bagus, ini kerana dia mungkin tersalah orang, tersalah bilik dan sebagainya. Tak boleh! Hukum dia haram nombor satu, terima kasih.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Okey, terima kasih Yang Berhormat Arau.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Arau tak payah takut, Yang Berhormat Arau orang baik.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Okey, terima kasih Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bukan begitu Yang Berhormat, cuma minta.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Cuma saya...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat bagi cadangan kepada kerajaan sekarang supaya memberi perlindungan kepada pengguna-pengguna hotel, termasuk Yang Berhormat semua ini. Kalau tidak, kita tak selamat.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Okey, terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Gambar kita dipamerkan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Arau, terima kasih atas pandangan tersebut. Cuma saya hendak ingatkan Yang Berhormat Arau juga, kita kena patuhi arahan daripada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Sebelum ini bahawa benda-benda fasal hotel ini, kalau boleh kita jangan sebut dalam Dewan yang Mulia ini. Saya patuhi sepenuhnya arahan daripada...
Tuan Yang di-Pertua
Ini umum ya.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Umum ya tetapi maksud dia kita faham lah.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, point of order.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Arau, saya tak bagi peluang lagi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Akta 599 Perkara 3(d) ...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya tak mahu diganggu lagi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...3(d) menyebut bahawa...
Tuan Yang di-Pertua
Ya, duduk.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya gunakan Peraturan 37, Yang Berhormat Arau, saya tak bagi peluang lagi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya ialah penyokong kuat Azmin.
Jadi, saya sedih dengan apa yang berlaku...
[Dewan riuh]
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Isu itu tak berkaitan.
Tuan Yang di-Pertua
Itu tak boleh, Oleh itu, sila duduk Yang Berhormat Arau.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Lari tajuk lah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tidak apalah, tidak apa. Saya dah tadi sengaja bagi dua peluang kepada Yang Berhormat dari sebelah sana tetapi sangat mengecewakan. Itulah buktinya Yang Berhormat dari sebelah sana terutamanya dua Yang Berhormat yang saya berikan peluang tadi, gagal untuk membicarakan perkara yang kita hendak bentangkan...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat baru jadi wakil rakyat sahaja, jangan menghina kami.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
...yang kita hendak bentangkan pada hari ini dia divert kepada perkara yang lain. Jadi, saya sambung ucapan saya. Saya berharap kementerian boleh mengkaji pindaan berterusan untuk akta ini pada masa akan datang terutama berkenaan dengan yang seperti yang saya sebutkan, bagaimana penguatkuasaan terhadap award. Ini kerana saya sendiri pernah menerima aduan-aduan daripada pengadu di tribunal pengguna yang mana award telah diberikan tetapi penguatkuasaannya, pelaksanaannya apabila kita dapat peniaga yang degil. Walaupun kalah, award sudah diberikan tetapi enggan untuk memberikan award kepada pengguna yang sepatutnya menerima award tersebut.
Sekiranya kita hendak menguatkuasakan ataupun meneruskan perintah tersebut, kena pergi mahkamah, sudah pastinya ia akan mendatangkan kesulitan kepada pengguna, khasnya kepada golongan yang berpendapatan rendah, golongan B40 dan sebagainya sebab mereka terpaksa ambil peluang. Ini kerana asal usul kenapa hendak tubuhkan tribunal ini adalah kerana kita hendak memberikan kemudahan sebagai satu sistem yang lebih mudah, lebih cepat, lebih murah tanpa membelanjakan kos untuk mengambil peguam sebagainya.
Perkara seterusnya yang saya hendak sebutkan di sini adalah pada minggu lepas Yang Berhormat Menteri sendiri ada menyebutkan bahawa tetapi yang hadir hari ini Timbalan Menteri, Yang Berhormat Menteri ada sebutkan fasal di kawasan beliau di Kulim bahawa penipuan online, kini menjadi aduan yang kedua terbesar iaitu hampir satu per empat daripada aduan yang diterima adalah berkaitan dengan aduan online. Pertama sudah tentu harga, yang kedua fasal online.
Jadi, saya sebenarnya lebih mengharapkan kalau pindaan ini turut melibatkan apa- apa tambah baik terhadap akta ini khasnya bidang kuasa tribunal dalam menangani aduan- aduan berkenaan dengan penipuan online. Ini kerana kita tahu, dunia perniagaan hari ini sebagai mana perkembangan Internet, jalur lebar dan juga perkembangan, saingan ataupun dunia tanpa sempadan pada hari ini banyak barangan telah dijual secara online ataupun dalam talian.
Saya bagi contoh, kalau tadi rakan-rakan yang telah membahaskan rang undang- undang ini tadi menyebutkan bahawa barangan kosmetik, makanan dalam tin dan sebagainya yang ialah kita tahu sejak beberapa tahun ini kita tak payah pergi kedai. Kita buat cara tempahan online atas talian selepas itu pembayaran pun secara talian dan akhirnya barang akan sampai. Trend yang terkini, trend terkini saya hendak nyatakan saya nampak barangan makanan segar termasuk ikan segar pun boleh dibeli secara online.
Ya, penghantaran yang cukup cepat. Kalau malam ini kita buat tempahan, esoknya hantar ke rumah kita. Jadi bila trend ini berterusan, kita boleh menjangkakan dunia
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
perniagaan menjurus ke arah perniagaan secara talian yang mana pengguna ataupun kita yang jadi pengguna ini tanpa perlu bersusah payah pergi ke kedai dan sebagainya tetapi secara talian, duduk di rumah tidak kira waktu walaupun malam dan sebagainya.
Kita boleh membeli barangan makan bukan setakat barangan kosmetik, pakaian ataupun keperluan harian yang lain tetapi makan segar ikan, saya bagi contoh. Ini sesuatu yang bagi saya mungkin beberapa tahun sebelum ini kita tak terbayang. Tidak pernah kita fikirkan benda ini akan berlaku tetapi ia berlaku hari ini dan telah menjadi satu trend yang sangat digemari oleh pengguna.
Jadi, saya mohon supaya kementerian boleh mengkaji keperluan untuk kita menambah baik akta ini supaya pada masa akan datang lebih banyak perenggan-perenggan yang berkaitan dengan perniagaan atas talian (online) ini yang mana akhirnya akan dapat memberikan lebih banyak perlindungan untuk pengguna khasnya mereka yang mungkin tertipu dan sebagainya supaya akhirnya akta ini dapat dilaksanakan untuk memberikan maksud yang sebenar iaitu melindungi para pengguna rakyat kita supaya akhirnya tiada penipuan dalam urusan perniagaan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Jadi, saya ambil peluang pada petang ini untuk menyokong dan saya ucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan Pakatan Harapan atas iltizam dan kejayaan membentangkan akta ini. Sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Sekarang giliran Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Jempol tidak ada.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jempol tidak ada. Yang Berhormat Arau boleh lah.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Lipis.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Lipis tidak ada dalam senarai.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Aik?
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Kuala Kangsar ada?
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Dah awal dah masuk.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak ada ya.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Bagi Lipis lah. Awal dah masuk.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Lipis.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Lipis dah awal masuk.
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Tuan Yang di-Pertua, Kuala Kangsar ada kah?
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Bagi lah Lipis dulu.
Tuan Yang di-Pertua
Inilah masalahnya sebab senarai yang diberikan...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Pontian pun patut ada Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pontian ada dalam senarai tetapi Yang Berhormat Kuala Kangsar dan Yang Berhormat Lipis tidak ada dalam senarai.
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Tidak ada?
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Bagi Lipis dulu. Boleh eh?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Mohon masukkan dua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Arau ada dalam senarai. Nanti saya tambah lah.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Hari itu saya bagi peluang Yang Berhormat Arau.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang Berhormat Pontian kena buka group WhatsApp satu.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Lipis. Ha! Bagi Yang Berhormat Lipis. Saya ikut senarailah sebab yang tidak ada dalam senarai ini tunggu sebentar ya. Yang Berhormat Jempol tidak ada ya? Yang Berhormat Jempol tidak ada ya?
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Lipis ada.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Jempol tidak ada.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jempol tidak ada.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Lipis dan Yang Berhormat Kuala Kangsar. Akan tetapi sebelum itu Pontian. Terima kasih.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Saya bagi Yang Berhormat Pasir Gudang dulu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya dahululah.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Arau dekat bawah sekali.
[Ketawa] Biar lah, biar. Yang Berhormat Arau, silakan Yang Berhormat Arau. Silakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Tuan Yang di-Pertua, lepas ini Lipis ada tidak?
Tuan Yang di-Pertua
Ya?
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Lepas ini Lipis ada tidak?
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Yang Berhormat Arau kena pukul 4 ke atas.
Tuan Yang di-Pertua
Saya tambah.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Kalau tidak ada, saya hendak balik lah.
Tuan Yang di-Pertua
Ada. Ada.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Ini awal lagi untuk Yang Berhormat Arau. Pukul 4 ke atas Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya. Pertama sekali saya hendak cakap perkara-perkara yang ada tafsiran di bawah Akta 599. [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Banyak daripada Yang Berhormat ini hanya baca pindaan. Tidak baca ibu dia. Baca akta ibu ya. Dalam akta ibu itu disebut di bawah tafsiran itu pelbagai.
Termasuklah yang akan saya bercakap ini ialah di bawah kemudahan dan di bawah pokok dan tumbuh-tumbuhan ya. Jadi, kalau Yang Berhormat hendak mencelah baca ini dulu, kalau tidak nanti malu besar ya.
Okey, yang pertamanya sekarang ini ialah saya hendak ambil Tuan Yang di-Pertua supaya Tuan Yang di-Pertua boleh menghayati agama dengan hebatnya. Supaya Yang Berhormat Menteri agama pun boleh menghayati. Bahawa Rasulullah SAW semasa baginda hendak wafat, baginda sebut kepada anak baginda Fatimah. “Ya Fatimah, sesungguhnya sakit yang aku alami kerana termakan racun.” Baginda pada peperangan yang terakhir, baginda telah pergi ke satu peperangan, ada satu wanita bubuh racun pada daging dan baginda makan. Bila tergigit, baginda luah sebab baginda bersabda, “Kenapa kau buat begini pada aku? Kalau kau Nabi, kau tahu aku bubuh racun.” Akan tetapi, lepas itu Nabi pun– ada satu orang askar ambil makan dan mati serta-merta. Akan tetapi kesan daripada racun itu di saat terakhir baginda, semasa baginda
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
gering selama dua minggu, masa itulah di antaranya disebut bahawa sakit kesan daripada racun.
Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini kita ada undang-undang. Kita ada macam- macam undang-undang. Akan tetapi kita terpaksa sebut di sini kerana pengguna di Malaysia, dia bukan tidak prihatin tetapi kerana kerajaan membiarkan benda itu berleluasa, akhirnya kita secara langsung atau tidak langsung termakan racun.
Tuan Yang di-Pertua, untuk membolehkan sayur-sayuran itu gebu, segar dan sebagainya, kita kena sembur racun. Sebagai contohnya ialah sayur daripada Cameron Highlands, Yang Berhormat Cameron Highlands ya. Sekarang ini dibawa, dieksport ke Singapore. Singapore dia ada machine, machine untuk melihat tahap racun yang dipakai.
Kita melihat mereka yang tanam sayur ini untuk eksport ke Singapore, dia guna racun yang dibenarkan.
Akan tetapi untuk pasaran tempatan, dia pakai sembur apa sahaja sebab saya tahu, saya terlibat secara langsung dalam penguatkuasaan di Cameron Highlands. Dia sembur apa sahaja. Di antara racun yang kuat dan murah, racun itu lebih digunakan tetapi kesannya cukup tidak bagus kepada manusia. Banyak orang yang menyembur racun. Kita tahu yang tidak menjaga, tidak pakai pelindungan dia akan menghadapi masalah. Jadi, penggunaan racun ini telah tidak dikawal.
Pasaran tempatan kita makan sayur, kita tidak tahu racun ini di tahap mana. Sebab apa, tidak ada satu badan yang mengawal selia orang yang tanam sayur itu, racun apa yang dia pakai. Tuan Yang di-Pertua pun terlibat makan sayur. Saya tidak makan sayur sebab saya tahu. Saya makan vitamin C sebab saya takut makan sayur. Ini kerana kadang-kadang sayur tidak dibasuh dengan sempurna. Untuk membolehkan sayur ini sempurna untuk dimakan, kita hendaklah rendam Tuan Yang di-Pertua, ini saya hendak bagilah supaya rakyat Malaysia selamat, jangan makan racun. Rendam sekurang-kurangnya sehari semalam, esok boleh kita pakai bila racun itu gugur. Mungkin, saya pun tidak tahu.
Akan tetapi penggunaan racun telah dibuat dengan cara berleluasa dan pengguna tidak mendapat perlindungan yang sebenarnya hasil daripada pengguna racun yang berleluasa. Jadi, kita minta supaya ini yang mana disebut di bawah akta asal ini, kita hendak saman siapa? Semua pengguna Malaysia terlibat dan makan sayur yang beracun.
Keduanya, pengguna racun ini juga tidak diberi peraturan-peraturan tertentu untuk kita gunakan racun. Orang yang sembur racun dia tutup muka. Akan tetapi orang lain di keliling dia tidak tahu. Di kawasan sawah padi sebagai contoh, bila orang sembur racun kita yang mungkin romantica de amor, sawah hijau terbentang tetapi orang sembur racun. Kalau angin bertiup sebelah sini, kita akan mendapat bahana daripada racun. Jadi, penggunaan racun itu juga pengguna tidak dapat perlindungan dan apabila hasil daripada tumbuh- tumbuhan tadi juga, pengguna tidak dapat perlindungan. Jadi yang ini Yang Berhormat kena bagi perhatian sungguh-sungguh sebab kadang-kadang undang-undang ini kita gunakan undang-undang ini untuk perkara-perkara tertentu seperti cerita online.
Akan tetapi cerita yang rakyat Malaysia sekarang ini sedang terdedah dengan racun tidak di highlightkan bersungguh-sungguh. Saya pernah bawa benda ini pada tahun 1986 atau 1987 dulu, pernah bawa. Akan tetapi saya tengok tidak ada usaha khas kecuali Akta Racun yang saya rasa penguatkuasaannya tidak kuat dan ianya hanya diberi perhatian kepada ubat-ubatan. Akan tetapi benda yang sedang kita hadapi sekarang ini ialah sayur yang penuh dengan racun. Jadi, Yang Berhormat diminta supaya beri perhatian kepada perkara ini. Bila saya cakap ini, saya harap janganlah harga sayur jatuh. Harga sayur boleh diteruskan.
Akan tetapi bagi cerita bahawa sekarang ini cara penggunaan racunnya ialah macam ini dan bila hendak guna racun kena bagi tempoh. Macam pukul 8, pukul 9 racun sedang disembur. Ini semua pada bila-bila masa sahaja. Di Cameron Highlands juga disembur pada bila-bila masa dan orang yang tanam sayur duduk di atas bukit. Kita di bawah ini akan menghadapi masalah. Itu sebab kita lihat di sana, lalat berleluasa.
Keduanya ialah yang ini kena sebut Yang Berhormat. Ini tentang saya sebut, saya tanya soalan tadi tetapi mereka cuba hendak jawab benda-benda yang kononnya kerajaan dulu tidak guna dan sebagainya. Sekarang ini soal kerajaan dulu dah cukup dah Yang Berhormat. Cukuplah, tidak payah sebut lagi. Rugi masa sahaja. Sekarang zaman moden, zaman sekarang Malaysia baharu yang kita sedang hadapi sekarang ini iaitu kita tidak
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
selamat. Bila pergi hotel, hotel sepatutnya memberi perlindungan kepada pengguna hotel.
Akan tetapi sekarang kita tidak selamat, Ahli Parlimen banyak yang tidak selamat sebab orang boleh akses kepada soal peribadi kita.
Orang yang jaga security itu kadang-kadang bukan orang tempatan. Mereka ambil pengawal keselamatan daripada luar dan dia buat apa kita tidak tengok langsung bahawa keselamatan pengguna hendaklah dijaga, diberi perlindungan. Saya tidak mahu, walaupun saya sebut yang awal tadi, kita tidak mahu benda ini berlaku dan tidak adil. Kita hanya pergi siasat kepada orang yang kita nampak dalam gambar. Bagaimana hotel? Hotel sekarang ini berada dalam keadaan bahaya, kerana mereka boleh berbuat apa sahaja dan kepada sesiapa sahaja. Jadi, kalau hal ini berterusan, apa akan jadi kepada rakyat Malaysia? Di mana kita bebas dan merdeka. Termasuk negara jiran juga membuat perkara yang sama bila kita pergi ke hotel.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak boleh macam ini. Kita tidak boleh berleluasa. Mungkin kementerian akan perkenalkan satu barangan, barang baharu iaitu camera detector. Alat yang boleh mengesan kamera sulit...
Dato’ Seri Dr. Santhara - Segamat
Boleh mencelah?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...yang digunakan untuk memerhati kita. Bayangkan kalau dipasang dalam bilik air, macam mana wanita kita? Kalau ia pasang dalam bilik air. Ya?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Segamat, silakan Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Santhara - Segamat
Saya hendak tanya, apakah pendapat Yang Berhormat bahawa perlindungan pengguna ini juga kepada pengguna WhatsApp dan juga Facebook? Kadang-kadang mereka menggunakan untuk menyebarkan fitnah. Oleh sebab esoknya kalau boleh macam-macam boleh keluar sekarang. Sejumlah RM25,000 cukup boleh ambil gambar dengan siapa-siapa, macam-macam boleh Yang Berhormat. Akan tetapi masalahnya, bagaimana kita hendak jaga pada pendapat Yang Berhormat yang berhak dalam WhatsApp dan Facebook itu?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, ini kita boleh berkawan. Boleh masuk dalam ucapan saya dan Yang Berhormat Menteri tolong jawab. Akan tetapi Menteri sekarang menghadapi masalah untuk menjawab. Fasal apa? Akta Racun bukan masuk bawah dia, dia kata ini akan serah pada kementerian yang berkenaan. Kacau Yang Berhormat.
Kemudian hotel Yang Berhormat serah dekat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Saya minta Yang Berhormat tolong jawab mudah sahaja bahawa kerajaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada perkara-perkara ini supaya ini tidak berleluasa.
Rakyat Malaysia jangan dibuaikan dengan fitnah, blackmail dan juga lain-lain lagi yang orang boleh buat dari semasa ke semasa. Selamatkan rakyat Malaysia, bersihkan Malaysia daripada perkara-perkara yang tidak patut.
Termasuk juga peristiwa toksik di Johor Bahru. Orang yang mengeluarkan bahan- bahan kimia. Bahan kimia sesetengahnya dijual kepada pihak yang mengeluarkan minuman seperti sahabat saya sebut minuman yang memabukkan. Kadang-kadang penggunaannya berlebihan. Sepatutnya ini kena ada peraturan. Kalau mereka hendak jual kepada sesiapa pun, orang yang hendak mengeluarkan barangan itu juga kena beri syarat bahawa penggunaan lebih daripada 30 peratus akan menyebabkan kematian dan sebagainya, tidak ada. Mereka terus berleluasa mengeluarkan barangan dan pengguna kita ada daripada pengguna kita yang telah meninggal dunia kerana menggunakan bahan itu secara berlebihan.
Berikutnya yang keempat dan yang terakhir sekali ialah di bawah akta ibu ini disebut di bawah tafsiran barang ini termasuk pokok, tumbuh-tumbuhan dan tanaman. Sama ada atau tidak ada di atas, di bawah ataupun terlekat pada tanah. Saya tidak berapa arif tentang ini tetapi sebab saya hendak sebut di sini tentang pokok. Yang Berhormat, European Union
(EU) boikot kita, boikot Malaysia kerana dituduh menanam kelapa sawit dengan mengambil tanah Orang Asli.
Mereka boikot kita dan kita menghadapi sengsara sekarang ini kerana mereka boikot. Akan tetapi pengguna di Malaysia juga ingin mengetahui bahawa orang yang
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
mengeluarkan, orang yang menjual kayu ini sumbernya daripada tempat yang sah.
Sesetengahnya mereka curi balak, kita tidak tahu. Sesetengahnya mereka ambil daripada kawasan hutan simpan.
Di sini saya ingin merujuk kepada kes di Perak yang ditimbulkan oleh pihak PEKA yang diketuai oleh Puan Sri To’ Puan Datuk Shariffa Sabrina bin Syed Akil. Mereka telah tunjukkan bahawa kerajaan negeri membenarkan pembalakan di kawasan hutan simpan kekal, kalau saya tidak silap di Kledang. Ini hutan simpan kekal. Padahal di zaman moden ini seperti yang dibuat di Sabah dan Sarawak, apabila kita tebang, kita tanam. Tebang dan tanam. Akan tetapi ini tebang, tidak tanam. Kenapa menggunakan hutan simpan kekal?
Negara Malaysia sudah tidak ada balak lagi Tuan Yang di-Pertua, tidak ada balak lagi sudah.
Cukup sudah kita boleh guna bahan-bahan lain untuk menggantikan balak.
Saya hendak bagi tahu sekarang ini bahawa Menteri Besar Perak tidak prihatin dengan arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyebut bahawa, “Saya bersimpati dengan masalah Orang Asli di mana kawasan mereka, kawasan rayau mereka telah diambil dan sebagainya.” Akan tetapi sama-sama parti Perak tidak mendengar. Masih mengeluarkan balak daripada kawasan hutan dan tidak ada pendekatan tebang dan tanam. Negeri Perlis pun ada juga, tebang pokok jati tetapi tidak tanam balik. Padahal pokok jati itu ditanam oleh Yang Berhormat Menteri Besar yang lalu, sekarang mereka ambil tetapi tidak tanam balik.
Padahal bila kita tanam pokok, kena ingat walaupun orang kata pokok ini kadang- kadang boleh menyebabkan accident, kereta langgar. Macam di Perlis itu tanam jati di tepi sungai. Setiap kali berlaku kemalangan, dia kata kerana pokok. Akan tetapi kalau tidak ada pokok, masuk dalam sungai. Antara dua lah. Akan tetapi kehadiran pokok boleh menguatkan tebing-tebing sungai. Hendak tebang, all right. Akan tetapi tebang dan tanam. Akan tetapi hutan simpan kekal tidak boleh disentuh. Jadi saya minta Menteri Besar Perak hentikan serta- merta pembalakan mana-mana kawasan hutan simpan kekal, simpanlah hutan itu.
Sebenarnya orang seluruh dunia akan datang, saya sebut baru-baru ini, saya ulang balik bahawa lebih mahal, lebih untung menjaga pokok daripada menebang pokok, tanam pokok kelapa sawit dan sebagainya. Sebagai contohnya, saya sebut sekali lagi di sini, sebatang pokok di Pulau Tioman, di puncak Pulau Tioman. Orang datang ambil gambar tiap- tiap minggu boleh kata beribu sebab pokok itu unik, ia ada bentuk orang sedikit. Satu pokok telah mendatangkan berjuta-juta keuntungan. Seekor harimau, singa di Afrika kalau bunuh mungkin dapat USD10,000 tetapi dengan menyimpan singa tersebut, dia akan dapat berjuta- juta orang datang melancong. Demikian juga dengan pokok, orang hendak tengok pokok bukan orang hendak tengok benda-benda lain. Datang ke negara ini dan apabila mereka melancong, mereka akan dapat pulangan yang baik kepada rakyat Malaysia.
Jadi, di samping menyokong akta ini, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah membawa rang undang-undang ini pada tahun 1999 dahulu, Yang Berhormat Allahyarham Tan Sri Megat Junid. Kita mengucap tahniah kerana prihatin tentang kepenggunaan di negara ini termasuk juga tokoh-tokoh pengguna yang telah disebut oleh Ahli Dewan. Kita memberi penghargaan yang tinggi.
Hari ini saya rasa semua orang setuju supaya akta ini disokong dengan beberapa cadangan supaya tindakan yang lebih tegas diambil kepada mereka yang melanggar hak- hak kepenggunaan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Sekarang giliran Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Akta Perlindungan Pengguna
(Pindaan) 1999.
Pertama, dalam perbahasan ini saya menumpu kepada bidang kuasa tribunal ini bersangkutan dengan subseksyen 98(1). Di peringkat dasar ini, saya ingin bertanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri, kenapa pindaan ini menggantikan perkataan “dua puluh lima ribu ringgit” dan dipinda kepada “lima puluh ribu ringgit” sebagai bayaran pampasan itu? Iaitu
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
mengapa tidak kita pinda peluang ada ini menjadi tidak lebih RM100 ribu, seperti bidang kuasa Mahkamah Majistret, sivil? Ini kerana tribunal pengguna ini penting kepada pengguna- pengguna, khususnya pengguna-pengguna yang rakyat biasa. Jadi, kalau masih boleh sempat rang undang-undang pindaan ini dapat dipinda supaya jumlah itu lebih menepati tentang keadaan semasa.
Kedua, masih berkenaan bidang kuasa tribunal. Disebut tadi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, tribunal pengguna ini juga meliputi kes-kes dalam bidang perumahan, housing yang melibatkan saya percaya kes-kes yang melibatkan antara pembeli-pembeli dan pemaju-pemaju perumahan. Apa yang saya faham pada waktu sekarang ini, tribunal pengguna ini hanya membicarakan atau mendengar kes-kes iaitu tentang rumah-rumah yang telah diserah kepada pembeli-pembeli milikan kosong. Rumah sudah siap diserahkan kepada pembeli-pembeli dan pembeli-pembeli ada masa jika akta yang ada sekarang selama 18 bulan failkan kes itu ke tribunal seandainya ada cacat, defective, tidak sempurna, rosak dan sebagainya, boleh tuntut kepada pemaju-pemaju di tribunal pengguna ini.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Soalan saya ialah kalau tidak dalam pindaan sekarang ini, tetapi mungkin difikirkan pada masa akan datang iaitu bidang kuasa tribunal pengguna ini juga ada kuasa untuk mendengar secara efektif, kes-kes rumah yang terbengkalai. Projek-projek rumah yang terbengkalai yang banyak berlaku di negara kita ini. Di kawasan saya di Pasir Gudang, banyak kes-kes rumah terbengkalai, di Johor dan negeri-negeri lain juga.
Pada keadaan sekarang, kalau hendak membawa kes rumah terbengkalai, mungkin boleh kepada tribunal pengguna ini. Akan tetapi apabila rumah itu terbengkalai tidak seperti rumah yang siap, tidak ada tarikh yang muktamad tentang delivery, penyampaian milikan kosong, penyampaian vacant possession itu kepada pembeli. Bila tidak ada satu tarikh surat, dalam biasa orang ramai sebut serah kunci. Bila tidak ada tarikh yang begitu bermakna bagaimana hendak kira ganti rugi pampasan untuk kelambatan, late delivery dengan izin?
Jadi, ini perkara yang tribunal pengguna mesti kaji kalau tidak dalam rang undang-undang yang sekarang ini, mungkin yang akan datang.
Iaitu, ramai pembeli-pembeli rakyat kita di seluruh negara, sama ada meminjam dengan bank atau meminjam biaya perumahan itu daripada kerajaan. Rumah tidak siap, bukan setahun dua. Kalau mengikut Surat Perjanjian Jual Beli (S&P), rumah yang biasa yang landed properties itu dalam masa 24 bulan atau dua tahun. Kalau yang flat, rumah pangsa atau kondo, 36 bulan atau tiga tahun. Akan tetapi, yang terbengkalai ini meliputi sampai lima tahun, lapan tahun, sepuluh tahun. Saya boleh tunjukkan kes-kes yang sampai sepuluh tahun. Projek ini terbengkalai, pembeli-pembeli tidak diberi perlindungan di bawah Akta Tribunal Pengguna yang ada sekarang.
Mereka boleh pergi ke mahkamah. Pergi ke mahkamah tidaklah murah dan yang kedua juga banyak dalih-dalih yang dibuat oleh pihak pemaju kerana rumah tidak siap, makna tidak ada tarikh penyampaian itu, milikan kosong itu. Jadi, pembeli-pembeli dalam keadaan yang tidak dilindungi. Jadi, saya berharap pihak kerajaan...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Untuk mengkaji perkara ini.
Terutama pembeli-pembeli yang terpaksa bayar bukan sahaja bayaran bulanan kepada bank atau kepada kerajaan yang meminjam, interest tiap-tiap bulan. Kadang-kadang sampai pencen, dipotong pencen tetapi rumah tidak siap. Jadi, dalam perkara ini saya rasa pihak kerajaan Yang Berhormat Menteri, supaya lihat betul-betul kita untuk membela pengguna- pengguna, terutama dalam pembeli-pembeli perumahan ini.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang lain yang ingin saya sentuh iaitu, mungkin tidak dalam pindaan rang undang-undang sekarang ini tetapi ialah untuk pada masa akan datang, pihak kerajaan untuk mengkaji akta perlindungan pengguna ini tentang takrif pengguna. Saya fikir sudah sampai masanya bagi sebuah negara yang hendak bergerak menjadi negara yang maju, yang ada wawasannya, supaya takrif pengguna itu diperluaskan iaitu umpamanya banyak kilang-kilang dibina termasuk kilang-kilang membuat pelbagai barangan sama ada kilang-kilang itu kilang-kilang makanan, kilang-kilang petrokimia dan sebagainya.
Akibat daripada kilang-kilang ini, telah menyebabkan kualiti khususnya kualiti udara di negara kita di setengah-setengah tempat seperti apa yang berlaku di kawasan saya di
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Pasir Gudang iaitu kerajaan cuba fikirkan bagaimana rakyat yang terjejas akibat daripada kualiti udara yang beracun ini, yang dalam gelombang pertama tiga bulan yang lalu, sekarang sudah ada tiga gelombang berlaku.
Gelombang yang kedua pada 20 Jun, gelombang yang ketiga pada 1 Julai. Beribu dalam tiga gelombang ini, beribu penduduk-penduduk yang terjejas. Kilang-kilang bagus, memberi pekerjaan, menjana kekayaan kepada negara tetapi mereka juga ada tanggungjawab menjada kualiti alam sekitar. Saya difahamkan daripada lebih 4,000 mereka yang terjejas daripada kesan pencemaran udara toksik di Pasir Gudang ini, saya dengar berita lebih kurang lebih 100 orang, lebih sedikit akan memfailkan kes ke mahkamah. Jadi, seperti yang kita maklum, bahawa tidaklah mudah untuk orang biasa memfailkan kes ke mahkamah dari segi kemampuan mereka. Jadi, bagaimana...
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Ruang lingkup ini. Ya, sila.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Mas, silakan.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya ingin merakamkan takziah dan turut bersedih dengan apa yang berlaku di Pasir Gudang. Cuma Pasir Gudang beruntung, kalau perkara itu berlaku di Kelantan, nescaya benda ini akan menjemput semua orang datang untuk membuat berita. Cuma saya hendak tanya Yang Berhormat Pasir Gudang. Adakah Yang Berhormat Pasir Gudang berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan dalam menangani isu di Pasir Gudang pada hari ini? Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Berkaitan Pasir Gudang, Pontian hendak mencelah sedikit.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Ya, sila,sila.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Arau minta sedikit ya.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Adakah Yang Berhormat Pasir Gudang berharap kerajaan memberikan pampasan untuk kumpulan pertama dan kumpulan kedua? Jika diberi pampasan, tidak adalah apa yang berlaku dibawa kes ini ke mahkamah.
Kedua, adakah kes-kes umpama ini ada tribunal yang tertentu? Adakah seumpama tribunal ini boleh dibawa kes ini? Ketiga, bila agaknya kementerian ingin meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling, yang disebut akta itu untuk meningkatkan hukuman agar kejadian seperti Pasir Gudang itu tidak lagi berulang? Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sedikit ya. Pertama sekali, saya hendak masuk dalam ucapan baru ini iaitu pampasan. Pampasan yang harus dibagi kepada semua, orang yang terlibat bukan kawasan itu juga, termasuk kawasan yang berdekatan.
Keduanya, apakah Yang Berhormat bercadang untuk minta kerajaan supaya menamakan kilang yang mengeluarkan bahan kimia tersebut dan membersihkan nama Menteri. Oleh sebab, kononnya dia ada hubung kait dengan Yang Berhormat Menteri. Jadi, apakah Yang Berhormat bercadang untuk minta supaya kerajaan perjelaskan dan bersihkan nama Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Pontian dan Yang Berhormat Arau. Penjelasan saya kepada Yang Berhormat Pasir Mas iaitu sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang, saya ingin merakamkan dalam Dewan Rakyat yang mulia ini iaitu saya amat berpuas hati dan ucap syabas kepada Menteri-menteri, pusat dan juga negeri yang telah turun ke kawasan kami di Pasir Gudang. Yang Berhormat Timbalan Menteri ada di sini. Yang Berhormat Menteri pusat— Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar dan Timbalan Menteri daripada tiga bulan yang lalu sampai sekarang, boleh kata lat-lat hari. Kalau orang Johor cakap lat-lat hari turun ke Pasir Gudang untuk buat yang terbaik yang boleh dilakukan. Begitu juga dengan Kerajaan Negeri Johor.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
[Bangun]
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Sabar. Saya nak jawab Yang Berhormat Pontian tadi dan juga Yang Berhormat Arau tadi tentang pampasan. Dalam hal ini, saya mempunyai persefahaman yang sama iaitu kerajaan kita yang ada sekarang ini,
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
kerajaan yang prihatin, jaga kebajikan rakyat. Tak banyak, sedikit mungkin kerajaan boleh fikirkan iaitu beri pampasan.
Saya nak bagi satu contoh tribunal ini. Apabila berlaku kejadian alam sekitar di Bhopal, India, beribu orang mati. Tribunal diadakan bukan sahaja di peringkat India, tribunal di peringkat antarabangsa dilakukan. Jadi maknanya, penting tribunal ini dan saya rasa menyambut baik usul cadangan daripada Yang Berhormat Pontian dan Yang Berhormat Arau iaitu ada baiknya sebagai kerajaan yang prihatin, ada ex-gratia. Bukan pampasan, wang ihsan. Ex-gratia kepada rakyat yang terjejas. Tentang soalan yang terakhir daripada Yang Berhormat Arau tadi tentang Yang Berhormat Menteri, saya rasa Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yang Berhormat Menteri telah begitu passionate iaitu betul bersungguh-sungguh menggerakkan segala agensi yang ada di peringkat Pusat.
Kerjasama dengan kerajaan negeri, dibantu oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Tenaga Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim daripada Pusat dan Alhamdulillah keadaan sekarang walaupun punca yang misteri itu belum kita dapat kenal pasti sepenuhnya tetapi saya percaya insya-Allah kerajaan yang ada sekarang boleh menangani bencana yang ada berlaku ini.
[Tepuk]
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tumpat minta laluan sikit.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Ya, silakan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Tumpat, silakan.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Yang Berhormat Pasir Gudang, kita mendengar bahawa Yang Berhormat Pasir Gudang menyatakan bahawa Yang Berhormat Menteri-Yang Berhormat Menteri telah pun membuat kerja dan hasilnya macam mana? Hasilnya? Kita juga mendengar Yang Berhormat Pasir Gudang tadi sudah berpuas hati. Apa yang saya hendak tahunya, tidak penting Yang Berhormat puas hati ataupun tidak puas hati. Rakyat yang menjadi mangsa. Apakah mereka itu sudah berpuas hati dengan apa yang berlaku di Pasir Gudang sekarang ini?
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tumpat. Dalam masa seminit, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Saya nak menyatakan dalam Dewan ini iaitu kerajaan yang baru sekarang ini, baru mentadbir negara kita selama setahun.
Akan tetapi on record, masalah pencemaran ini disebabkan berpuluh-puluh tahun, hampir 50 tahun kurangnya pengawasan, kurangnya pemantauan. Itu yang ditanggung oleh kerajaan yang sekarang!
[Tepuk] Kita buat apa yang kita dah lakukan. Jadi, saya berpuas hati.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat tidak bercakap benar.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Akan tetapi kita boleh lebih baik lagi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Itu tak benar Yang Berhormat, tak benar.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya nak minta laluan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tak baik menuduh. Yang Berhormat orang tua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang, terima kasih. Yang Berhormat Pasir Gudang beri laluan kepada saya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Arau ada.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya rasa rakyat di Pasir Gudang tahu bahawa Yang Berhormat -Yang Berhormat Menteri Persekutuan dan Exco dan juga wakil rakyat telah turun ke kawasan, bukan macam Kelantan dahulu masa banjir! Tak nampak batang hidung pemimpin-pemimpin di sana pun.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Yang Berhormat, saya orang Kuala Krai, Yang Berhormat. Saya orang Kuala Krai, Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kita masa Pulau Pinang banjir, kita pergi beri bantuan.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
[Bangun]
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Saya orang Kuala Krai, Yang Berhormat jangan buat tuduhan!
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tak malu kah? Rakyat di Kelantan puas hati kah?
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Yang Berhormat jangan buat tuduhan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tak malu? Tak ada seekor pun...
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Kembali kepada topik iaitu hal ehwal pengguna, sila.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Yang Berhormat, jangan buat tuduhan begitu. Saya orang Kuala Krai!
[Dewan riuh]
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
[Pembesar suara dimatikan]
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jelutong dan yang lain-lain sila duduk. Sila duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua, yang cari pasal ialah Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Saya tahu apa yang saya buat di kawasan saya, Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
[Pembesar suara dimatikan]
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jelutong, sila duduk. Sila duduk. Sila, sila duduk. Ya, Yang Berhormat Pasir Gudang boleh menggulung. Sila.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Banjir di...
[Tidak jelas]
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Pembesar suara dimatikan]
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Saya ingat forum yang lebih baik dekat luarlah ya. Silakan.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Ini tuduhan yang tidak bertanggungjawab, Yang Berhormat!
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Mencelah sedikit, Yang Berhormat Pasir Gudang bagi. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Gudang bagi saya mencelah sikit, sikit.
Tuan Yang di-Pertua
Masa Yang Berhormat Pasir Gudang dah habis dah pun, Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Dah habis dah? Kata nak gulung tadi?
Tuan Yang di-Pertua
Dia dah duduk.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tuan Yang di-Pertua, sebab ini kiri kanan ini tak peduli, menjerit-jerit. Ini yang saya jadi confuse. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bukan masalah jerit tetapi tuduhan yang tidak bertanggungjawab daripada Yang Berhormat Jelutong ini. Saya orang Kuala Krai, saya tahu apa yang saya buat dan apa yang kerajaan negeri buat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Akan tetapi Yang Berhormat Jelutong yang ganggu kami. Dia ganggu kami!
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Pembesar suara dimatikan]
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Tuan Yang di-Pertua, saya mahu menggulung.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Dengan hujahan saya tadi, perbahasan saya tadi, saya menyokong sepenuhnya pindaan Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2019 ini. Terima kasih.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Yang Berhormat Jelutong, jangan cari mileage percuma, Yang Berhormat Jelutong.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, kamu tak ada modallah friend. Cari modal barulah.
Tuan Yang di-Pertua
Saya akan beri senarai terbaru pembahas-pembahas yang akan membahas. Selepas ini, Yang Berhormat Lipis disusuli dengan Yang Berhormat Jeli, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Pontian dan Yang Berhormat Kuala Kangsar. Itu sahaja, tidak ada lain yang saya terima. Silakan. Yang Berhormat Lipis, silakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Senyumlah sikit.
[Tidak jelas] [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatauh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sebenarnya dah tak nak berbahas Tuan Yang di-Pertua, saya dah nak balik sebenarnya tapi dah panggil, saya bahaslah. Oleh sebab nombor saya, nombor tiga tapi telah ditukarkan ke belakang. Tuan Yang di-Pertua, saya juga dapat turut serta dalam Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2019. Saya tengok ramai pembahas kita, Ahli-ahli Yang Berhormat berbahas bahawa ini adalah satu rang undang-undang yang sepatutnya kita ubah.
Oleh sebab kalau melihat daripada segi semasa, kita merujuk kepada pengguna ini ialah individu yang membeli, memperoleh dan menggunakan semua jenis barang dan perkhidmatan. Pengguna sebenarnya melibatkan kita semua kerana terlibat dalam transaksi jual beli setiap hari. Pengguna harus dilindungi daripada penindasan oleh peniaga sama ada pembekal atau pengilang yang tidak beretika.
Perlindungan pengguna adalah penting untuk meningkatkan sosioekonomi pengguna dan seterusnya meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat. Saya sebenarnya meneliti hari ini semua para pembahas kita menyampaikan hujah, khususnya saya nak beri ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Pasir Gudang. Walaupun dia dah keluar tetapi kenapa saya katakan saya mengucapkan tahniah? Ini kerana beliau berani bersuara tentang hak-hak tersebut. Walaupun hari ini kita faham bahawa Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2019 ini tidak melibatkan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang. Akan tetapi dalam penelitian saya, ini sepatutnya beliau mengambil peluang untuk bercakap dalam hal ini sebab perkara ini amat penting sekali.
Sekarang ini kalau kita melihat, tidak ada langsung apakah keputusan yang berlaku di Pasir Gudang. Saya mengambil kata ini kerana saya menyebut tadi, ini adalah hak
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
pengguna sama ada pembekal ataupun pengilang. Ia tak kira sebenarnya tetapi ini soal keselamatan. Tak apalah, kalau nak dikatakan itu kerajaan terdahulu tetapi zaman kerajaan dahulu tak kena perkara itu. Kerajaan yang hari ini kena, kena tanggung. Itu sahaja jawapan ia, Tuan Yang di-Pertua. Kena tanggung. Kalau dah kena kepada kita, kita kena tanggung.
Jangan kita salahkan orang lain. Kita beli kereta accident, kita salahkan kilang yang membuat kereta sedangkan kita memandu tidak baik. Itu sebenarnya tetapi dalam soal ini, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang tadi, sebenarnya saya berpendapat luahan hati beliau yang cukup-cukup tidak puas hati kerana telah berlaku di kawasannya.
Saya nampak daripada riaknya walaupun sebagai seorang wakil kerajaan, terpaksa mempertahankan dalam hal itu tetapi sehingga hari ini, kita tengok dalam FB umpamanya.
Kita tengok dalam Twitter, kita tengok dalam WhatsApp groups, kita tengok dalam segala yang ada kemudahannya tetapi kita tidak dapat kata putus sehinggakan orang telah menuduh kepada Yang Berhormat Menteri bahawa itu adalah kilang bapa mertuanya, kilang IOI.
Sebenarnya kalau hendak memperjelaskan ini, nak membersihkan nama, senaraikan nama syarikat-syarikat yang telah terlibat dengan hal ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, tolong jangan buat tuduhan, Yang Berhormat. Tolong jangan buat tuduhan.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Saya tak buat tuduhan.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bagi Yang Berhormat Lipis cakap dulu, Yang Berhormat Lipis tak habis lagi itu.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Minta laluanlah, tak tahu undang- undang kah?
[Dewan riuh]
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Pembesar suara dimatikan]
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jelutong, sila duduk.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
[Pembesar suara dimatikan]
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Sila duduk Yang Berhormat Jelutong. Sila duduk, sila duduk.
Tidak ada tuduhanlah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak ada tuduhan.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Saya sudah beritahu, kalau hendak bersihkan nama, senaraikan nama syarikat tersebut. Saya bukan menuduh.
[Tepuk] Sekarang saya katakan sudah tular.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Tidak faham bahasa Melayu.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Dengar ucapan betul-betul. Saya hendak tolong Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Minta tolong Yang Berhormat Jelutong. Saya hendak bersihkan nama Menteri.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Dia tidak faham, dia tidak faham.
Tuan Yang di-Pertua
Teruskan.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Tuan Yang di-Pertua, saya menyebut tadi dalam soal ini, soal tribunal pengguna. Saya melihat daripada RM25,000, dinaikkan kepada RM50,000, sangat bersesuaian dalam keadaan semasa sekarang. Kita semua tahu bahawa dalam keadaan hari ini, kos sara hidup dan sebagainya telah meningkat naik, telah melambung naik yang seolah-olah seperti tidak dapat dikawal lagi dalam keadaan seperti hari ini. Jadi kita menyarankan supaya kerajaan yang ada lebih tegas untuk
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
memastikan bahawa hak pengguna ini amat penting sekali. Akan tetapi dalam soal ini, saya melihat juga banyak perkara, banyak sudut.
Kita mempunyai kalau tidak silap saya, kita ada lebih kurang dalam 2,000 lebih, 2,294 anggota penguat kuasa di seluruh negara. Di bawah kementerian KPDNHEP, yang ada 2,294. Kita mempunyai rakyat, mungkin angkanya lebih kurang dalam 32 juta atau 33 juta rakyat Malaysia, yang mana kita hendak kawal dari segi perkara ini. Saya bertanya kepada Menteri, adakah cara untuk penyelesaiannya ini?
Adakah kita hendak tambah anggota ini untuk menjalankan tugas-tugas tersebut supaya kita dapat memastikan bahawa kes tribunal ini dapat diselesaikan dengan cepat?
Saya dimaklumkan tahun lepas sahaja kita mempunyai 4,000 lebih kes dalam tribunal dan telah diselesaikan lebih kurang 1,000 lebih dan dimaklumkan sebahagiannya adalah di dalam proses perbincangan. Maknanya, kita telah dapat juga menyelesaikan serba sedikit masalah tentang pengguna ini.
Jadi untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, kalau mengikut laporan pada tahun 2018, “Jumlah pengguna internet di Malaysia menunjukkan peningkatan 25.08 juta pengguna, mewakili 79 peratus penduduk Malaysia. Daripada jumlah berkenaan, 75 peratus menggunakan perkhidmatan media sosial dan menggunakan purata tiga jam sehari di laman media sosial”, Laporan Digital 2018 yang dikeluarkan oleh Hootsuite dan We Are Social.
Laporan kemudian turut mengatakan bahawa kita sekarang duduk di tangga yang ke-9 paling aktif di laman sosial ini.
Jadi daripada itu, apakah kaitannya? Kaitannya sudah pastilah dari segi penggunaannya, kita adalah membuat banyak yang dinyatakan oleh rakan-rakan sebentar tadi, kebanyakan hari ini orang telah berniaga business online. Sebagai contoh, Yang Berhormat Rasah beritahu tadi, ikan pun sudah boleh order melalui online, baik untuk sedemikian rupa. Juga kita banyak barang yang mungkin Tuan Yang di-Pertua pun juga menggunakan online, mungkin. Saya katakan mungkin untuk mengorder barang-barang ke rumah. Sekarang ini makanan pun orang sudah order melalui online, boleh hantar ke rumah, tidak payah cerita fasal soal Pizza, fast-food semua ini, tidak payah. Akan tetapi sekarang ini kita telah menggunakan perkhidmatan tersebut.
Akan tetapi dalam soal ini, adakah kita sering ditipu menerusi penipuan perkhidmatan, penipuan harga, penipuan transaksi internet, jualan bahan petroleum, tiada tanda harga, bengkel kenderaan motor, perkhidmatan telekomunikasi, penipuan gores dan menang, penipuan penyewaan sewa beli, penyelewengan jualan langsung? Akan tetapi dalam perkara yang dinyatakan ini, KPDNHEP ini seharusnya melihat dalam perkara ini.
Kalau woksyop Tuan Yang di-Pertua, tidak payah ceritalah sebenarnya. Saya bukan hendak berkata hal ini. Sebenarnya woksyop ini adalah kita semua ramai yang terlibat. Dia kata tukar barang original tetapi tidak tukar barang original. Kalau melibatkan kereta-kereta mewah umpamanya, saya selalu mendengar rakan-rakan kata sehingga sekali repair mencecah RM25,000 BMW, Mercedes dan sebagainya tetapi ada juga kita mendengar rungutan daripada mereka ini. Dia kata, “Saya sudah kena. Saya dapat barang yang tidak original”. Umpamanya absorber sebuah BMW mencecah sebatang RM3,000 ke RM4,000.
Kalau dia tukar empat, sudah mencecah sampai belasan ribu ringgit. Maka, mereka mengatakan bahawa, “Saya sudah terkena. Absorber ini absorber yang bukan genuine daripada BMW”. Maknanya dalam hal inilah yang hendak dilihat bahawa KPDNHEP ini, saya mengaitkan dengan anggota mereka. Bilakah hendak penyelesaian tribunal-tribunal ini kalau kakitangan itu sendiri tidak mencukupi dengan keadaan semasa pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, realiti sekarang ramai anak muda kita yang terlibat dengan perniagaan atas talian. Ini merupakan satu perkara yang amat baik untuk tingkatkan ekonomi negara. Pada masa yang sama, terdapat juga syarikat-syarikat besar utama dalam perniagaan online seperti Mudah.my, Lazada, Shopee yang menjual pelbagai barangan. Ini memang top lah sebenarnya tetapi kita masih kurang dengar dari segi penyalahgunaan itu, tetapi kita hendak tumpukan kepada yang lain-lain ini, yang tidak bertanggungjawab. Berapa lamakah tempoh yang diperlukan untuk ambil tindakan sedemikian rupa? Saya hendak tanya kepada kerajaan, berapa lama tempoh?
Kadang-kadang kita buat sesuatu perkara, kita hendak mempermudahkan untuk pengguna, untuk orang ramai. Akan tetapi dalam soalnya hari ini, kita tidak dapat
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
menyelesaikan perkara tersebut dengan cepat. Ini yang perlu saya katakan tadi, memang kena perbaiki dari segi tribunal itu sendiri. Bagaimanakah kita hendak menyelesaikan perkara-perkara ini, yang sudah pasti selain daripada itu, terdapat penipuan yang dibuat laporan polis sekalipun masih bebas berniaga.
Sudah buat laporan polis pun tetapi masih bebas berniaga dan terus menipu pengguna dengan menggunakan akaun ataupun butiran lain. Ini perlu dilihat lebih jelas bahawa perniagaan-perniagaan seperti ini, yang mesti kita bersama untuk menyelesaikan perkara-perkara seperti yang saya katakan sebentar tadi. Hakikatnya, pengguna tertipu dengan penjualan yang sedemikian rupa.
Jadi, kalau kita melihat dari segi negara-negara maju umpamanya, kalau di Amerika, saya tidak pastilah Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi banyaklah saya bertanya dengan mereka yang suka melawat Amerika, saya selalu bertanya, “Barang ini genuine kah?”. Saya selalu tanya. Contohnya baju Polo, jam tangan. Saya tidak pasti yang saya katakan ini sebab mereka jawab, “Di Amerika Syarikat ini, di USA ini, tidak ada jualan barang yang tidak genuine”. Mereka nyatakan tidak ada yang tidak genuine. Semuanya genuine belaka sebab undang-undang mereka kalau dapat tangkap yang menjual barang-barang tiruan ini, maka hukuman mereka sangat berat sekali.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
[Bangun]
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Oleh sebab itu sekarang ini kalau kita melihat, kalau kita berjalan ke tempat-tempat seperti di uptown semua ini, ramai orang putih beli jam tangan. Chinatown kah umpamanya, ramai orang beli jam tangan. Bukan saya kata Chinatown itu, yang di Chinatown itu semua orang ada berniaga. Orang Melayu ada, orang India ada, orang Cina ada yang meniaga di sana. Sebarang apa bentuk mereka ada meniaga di sana dan saya tengok sendiri. Saya pernah pergi uptown, saya tengok ramai orang putih membeli jam tangan. Bila saya bisik kepada peniaga itu, peniaga itu kata mereka memang suka beli barang sini sebab bila dia balik US, mereka ingat dia akan pakai jam original. Maklumlah kalau sebuah jam umpama Omega kah sangat mahal harga. Saya tidak tahu sangat jenama-jenama sebab saya pakai jam seperti ini saja Tuan Yang di-Pertua. Lebih kurang jam cap ayam saja ini. Memang boleh tengok waktu saja saya pakai. Jadi sebab itu jenama-jenama seperti ini saya tidak tahu.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Lipis.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Sila.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Paya Besar, silakan.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Lipis sebab di hadapan kita ini dinyatakan bahawasanya setiap tahun lebih kurang 4,000 ke 5,000 jumlah pemfailan kepada tribunal. Akan tetapi daripada penghujahan Yang Berhormat Lipis tadi, nampak ia melebihi berpuluh-puluh ribu kes-kes yang telah berlaku tetapi hanya yang dilaporkan kepada tribunal, lebih kurang 4,000 ke 5,000 saja.
Apakah pandangan Yang Berhormat Lipis? Adakah ini hilangnya kepercayaan pengguna kepada tribunal? Adakah Yang Berhormat Lipis bersetuju sekiranya tribunal ini, mereka dapat saksikan session atau pengendalian tribunal ini dalam bentuk online dan live supaya meningkatkan keyakinan rakyat bahawasanya kerajaan hari ini menjaga hak pengguna?
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Saya boleh membuat perkara ini dalam dua bentuk. Pertamanya kadang-kadang mereka tidak peduli hal itu, kadang-kadang. Cuma dia cakap, “Alamak saya sudah kena tipu, saya dapat barang tiruan.” umpamanya, “Saya dapat barang yang tidak boleh diguna pakai.”, mungkin. Kedua, memang kelewatan dari segi tribunal itu sendiri.
Oleh sebab itu kalau kita melihat banyak perkara yang saya nyatakan tadi daripada setahun kalau tidak boleh selesaikan, ia akan meningkat tahun kedua, tidak boleh selesai dia akan meningkat tahun ketiga. Jadi kalau kita tidak boleh hendak selesaikan macam ini maknanya betul, kita bersetuju dengan rang undang-undang ini, saya pun bersetuju.
Sebenarnya saya bersetuju dengan rang undang-undang ini untuk kepentingan pengguna
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
sebab pengguna jarang menipu tetapi yang menipu adalah biasanya daripada pihak yang menjual tersebut ataupun pengilang-pengilang dan sebagainya.
Jadi rumusannya, saya menyokong rang undang-undang ini dan saya percaya KPDNHEP ini boleh menambah baik dari segi kualiti, mutu kerja supaya rakyat dapat menikmati kemudahan yang digunakan oleh mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Jeli. Silakan.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed - Jeli
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Saya bangun untuk menyokong cadangan pindaan Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna 2019.
Sebelum itu saya sokong dan menyambut saranan Yang Berhormat Johor Bahru dan juga Yang Berhormat Sik untuk mengingati sumbangan Almarhum SM Idris, pejuang hak pengguna, pejuang hak pekerja dan juga pejuang alam sekitar. Sesungguhnya Almarhum adalah seorang tokoh yang amat sukar kita ganti dan kita mendoakan semoga akan ada tokoh-tokoh baharu dalam beberapa tahun ini yang mungkin dapat memainkan peranan aktif memperjuangkan hak pengguna dalam negara kita.
Saya tidak mahu mengulang Tuan Yang di-Pertua apa yang telah disebutkan oleh ramai kawan, cuma saya hendak membangkitkan beberapa persoalan juga beberapa pemerhatian. Seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri semasa membentangkan pindaan ini, rasional penubuhan tribunal pada tahun 1999 adalah untuk mempermudah tuntutan dan juga untuk memastikan bahawa pengguna tidak terpaksa membelanjakan wang yang banyak dengan mengambil peguam untuk membantu menjayakan tuntutan mereka.
Jadi, kita mengucapkan tahniah kerana sejak ditubuhkan, sekarang ini sudah 20 tahun tribunal sudah pasti banyak berkhidmat kepada masyarakat, membantu pengguna seluruh negara dan kita berharap tribunal akan terus meningkatkan kecekapan dan memberikan keyakinan kepada pengguna bahawa segala tuntutan yang dibawa ke tribunal ini dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak membangkitkan beberapa persoalan. Pertama, kalau mengikut angka-angka yang dikeluarkan oleh kementerian terdapat pengurangan dalam bilangan pemfailan. Daripada kira-kira hampir 8000 pada tahun 2013 kepada hampir 5000 setahun dua yang lalu. Adakah ini bermakna bahawa pengeluar produk dan perkhidmatan lebih bertanggungjawab? Adakah ini mencerminkan bahawa mereka telah mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan? Atau adakah ini melambangkan bahawa pengguna kurang keyakinan kepada tribunal seperti yang didakwa oleh beberapa Ahli Yang Berhormat? Ini penting kerana terdapat pengurangan yang agak ketara dalam bilangan kes-kes yang difailkan.
Dalam pada itu, kalau mengikut angka-angka kementerian, hampir kesemua tuntutan yang difailkan, diselesaikan. Cuma selesai ini kita kurang pasti apakah maksudnya.
Sebanyak 99 percent dengan izin kes-kes yang difailkan diselesaikan. Jadi ini menggambarkan bahawa segala tuntutan yang dibuat oleh pengguna ini diselesaikan.
Angka-angka ini saya mahu dapatkan kepastian sama ada ia benar ataupun tidak. Kalau benar, maka ini satu perkara yang kita harus banggakan dan adakah bermakna bahawa pengguna berpuas hati apabila membuat tuntutan, apabila cuma satu peratus sahaja daripada kes-kes tidak dapat diselesaikan, adakah ini bermakna bahawa pengguna- pengguna berpuas hati dengan perkhidmatan tribunal, itu yang pertama.
Keduanya, seperti yang disebutkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat akhir-akhir ini tuntutan ataupun masalah berkaitan dengan online commerce, online business ini semakin meningkat. Ini bukan satu perkara yang luar biasa kerana semakin hari online commerce ini semakin laris, semakin popular. Seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat tadi, 20 peratus daripada complaint akhir-akhir ini, pemfailan adalah berkaitan dengan online business. Memandangkan bahawa kaedah perniagaan ini akan semakin popular di masa hadapan, apakah tindakan-tindakan proaktif yang akan diambil oleh kementerian untuk
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed - Jeli
memastikan bahawa complaint yang terbit daripada perniagaan online ini dapat kita kurangkan. Sebanyak 20 peratus ini adakah akan bertambah peratusannya di masa akan datang dan bagaimana kalau kita ada masalah dengan pemberi perkhidmatan luar negara, kita beli buku daripada Amazon.com umpamanya dan sudah pasti undang-undang ini tidak boleh meliputi complaints yang melibatkan peniaga luar negara. Jadi kalau saya ada masalah dengan pengeluar perkhidmatan dan produk di luar negara, apakah recourse dengan izin yang saya ada untuk memastikan bahawa perasaan tidak berpuas hati saya itu dapat ditangani oleh pihak berkuasa. Ini berkaitan dengan online commerce. Seterusnya kita perhatikan bahawa kes-kes di negeri-negeri yang kurang maju, Sabah, Sarawak, Kelantan, dan Terengganu umpamanya akhirnya kurang daripada 100.
Maknanya kes yang amat kecil. Tadi kita dengar beberapa Ahli Yang Berhormat menyatakan kes beribu-ribu yang kita dengar daripada surat khabar dan lain-lain. Jadi apakah ini menimbulkan kebimbangan kepada kementerian, adakah ini kerana di luar bandar ini, mereka kurang tahu tentang hak pengguna ataupun oleh sebab kurangnya pendidikan kepenggunaan bagi penduduk luar bandar. Jadi, kenapakah fenomena ini berlaku ataupun adakah pengguna-pengguna Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu berpuas hati dengan pengeluar-pengeluar perkhidmatan dan produk-produk. Jadi ini harus kita kaji.
Seterusnya berkaitan dengan pendidikan kepenggunaan ataupun consumer education. Langkah-langkah proaktif yang hendak diambil umpamanya mungkin pengguna tidak tahu ke mana hendak pergi kalau yang disebutkan oleh Yang Berhormat Lipis tadi mengenai woksyop yang tidak berpuas hati ataupun berkaitan dengan perumahan, apakah tempat untuk mengadu, adakah tribunal pengguna ini meliputi semua sekali? Jelas dalam undang-undang tetapi pertanyaan saya apakah langkah-langkah proaktif yang diambil untuk memastikan bahawa pendidikan kepenggunaan ini dilakukan oleh kementerian dengan berkesan supaya orang kampung tahu ke mana hendak pergi. Inilah antara perkara-perkara yang perlu kita pastikan.
Sehubungan dengan itu, adakah sekolah-sekolah, setakat mana perkara ini dimaklumkan kepada luar bandar dan juga sekolah-sekolah. Adakah ia termasuk dalam pendidikan ataupun kurikulum sekolah-sekolah untuk memaklumkan pelajar sekolah tentang platform yang boleh mereka kemukakan complaint, jika ada masalah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Jeli, saya cuma hendak bertanya pendapat Yang Berhormat Jeli perkara yang disentuh. Saya juga tertarik dengan ucapan Yang Berhormat Jeli di mana pada permulaan ucapan Yang Berhormat Jeli telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Allahyarham SM Idris yang merupakan seorang pejuang pengguna daripada Pulau Pinang yang tersohor yang juga mewakili Persatuan Pengguna Pulau Pinang yang memang terkenal dengan memperjuangkan hak pengguna.
Kalau saya boleh mencadangkan, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa mengenang jasa beliau sebagai satu penghargaan kepada beliau, kalau Kerajaan Persekutuan dapat memberikan satu posthumous award kepada beliau ataupun mendirikan institusi-institusi mengikut nama beliau, SM Idris yang terkenal bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh negara sebagai seorang pejuang, aktivis pengguna.
Apakah pendapat Yang Berhormat tentang perkara ini, memberikan satu posthumous award kepada beliau dan juga mengadakan acara-acara ataupun apa-apa program ataupun mendirikan sebuah institusi pengguna atau merangkumi nama beliau dalam apa-apa rancangan supaya kita dapat menyemarakkan lagi kesedaran pengguna di kalangan pengguna di Malaysia. Terima kasih.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed - Jeli
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Ramai kita mengenali Almarhum ini dan ramai daripada kita tersentuh dengan keperibadian dan sumbangan beliau. Akan tetapi mengenai posthumous award ini, saya kurang pasti sama ada family dia akan terima kerana ini mungkin melanggar prinsip beliau, saya kurang pasti berkaitan perkara itu tetapi hal-hal lain, saya rasa tidak ada cadangan Yang Berhormat yang lain tadi hendak menamakan institusi, saya rasa tidak ada seorang Ahli Yang Berhormat pun yang akan membangkang perkara ini, jadi saya sokong.
Saya rasa semua Ahli Yang Berhormat sokong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed - Jeli
Akhir sekali, berkaitan dengan peranan tribunal ini dalam mengekang kenaikan harga. Kita berdepan dengan masalah cost of living, ini adalah satu masalah yang besar dalam negara kita. Jadi kalau ikut keterangan daripada kementerian complaint ataupun aduan terbesar datang daripada mereka yang tidak berpuasa hati dengan kenaikan harga, 30 peratus daripada complaint datang daripada mereka yang mendapati bahawa berlaku kenaikan harga yang mungkin mendadak. Jadi, ini merupakan komponen yang terbesar sekali.
[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) **mempengerusikan Mesyuarat****] Jadi, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh tribunal ini untuk memastikan bahawa tidak berlaku kenaikan harga yang mendadak yang tidak munasabah peranan untuk mengekang inflasi, sama ada tribunal boleh memainkan peranan lebih aktif untuk memastikan bahawa kadar inflasi dapat dikawal pada tahap lebih rendah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak mahu ulangi apa yang kawan-kawan sudah sebut. Itu sahaja ucapan saya, saya menyokong cadangan pindaan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Jeli. Sekarang saya menjemput jirannya, Yang Berhormat Rantau Panjang. Sila.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama untuk membahaskan Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2019. Tuan Yang di-Pertua, sudah menjadi tanggungjawab kita terutama kita sebagai rakyat Malaysia dan tanggungjawab kerajaan untuk menjamin kesejahteraan dan kebajikan pengguna apa lagi dalam era globalisasi yang ada pada hari ini.
Tanggungjawab pemerintah juga bukan setakat menggubal undang-undang yang melindungi pengguna dan memantapkan penguatkuasaan tetapi untuk memastikan taraf dan kualiti kehidupan rakyat lebih baik dan lebih sejahtera. Termasuklah kemudahan asas, perumahan yang mencukupi, kemudahan kesihatan yang mampu dinikmati oleh semua golongan, jaminan makanan yang berzat, kemudahan pendidikan, perpustakaan kepada semua golongan, termasuk juga kemudahan teknologi maklumat. Semuanya memainkan peranan untuk mencapai kesejahteraan hidup yang berkualiti.
Peningkatan kualiti kehidupan memerlukan kerjasama dan muafakat antara kerajaan sektor swasta, termasuk juga pengguna. Jadi pihak kerajaan bertanggungjawab menyediakan infrastruktur yang mencukupi, pihak swasta juga harus memainkan peranan untuk mengambil kira faktor-faktor yang dapat menghasilkan pengeluaran barangan dan perkhidmatan dan pengguna juga bertanggungjawab untuk memastikan kualiti kehidupan dengan taraf yang terbaik.
Saya ingin penjelasan sejauh mana usaha yang telah dibuat oleh pihak kerajaan hari ini menepati Dasar Pengguna Negara. Kita melihat banyak isu-isu kepenggunaan yang kita dengar pada pembentangan ataupun perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini, begitu juga yang dilaporkan melalui media. Jadi, sejauh mana pencapaian setakat ini Dasar Pengguna Negara yang telah dicapai? Dan apakah kekangan ataupun halangan yang menjadi halangan untuk kita mencapai matlamat dalam objektif ini?
Jadi, saya ingin tahu juga sejauh mana pusat-pusat pemasaran yang lengkap berkaitan dengan barangan dan perkhidmatan yang telah disediakan untuk kemudahan pengguna sebab kita melihat banyak kilang-kilang ataupun pembekal yang tidak bertanggungjawab meletakkan harga yang sewenang-wenangnya, apa lagi berlaku penipuan dan sebagainya. Jadi, seharusnya pusat maklumat pasaran seharusnya disediakan di semua peringkat termasuk di peringkat negara ataupun di peringkat negeri ataupun di peringkat daerah.
Begitu juga saya ingin tahu berkaitan dengan sistem sokongan iaitu di antaranya ialah pergerakan persatuan pengguna-pengguna. Saya ingin tahu, setakat ini berapakah persatuan pengguna yang telah berdaftar? Berapakah yang aktif? Apakah peruntukkan yang
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
telah diberi dari pihak kerajaan kepada persatuan pengguna-pengguna untuk memastikan mereka memainkan peranan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terutama sekali untuk hak mereka sebagai pengguna?
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Rantau Panjang.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Pendang mohon mencelah.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Rantau Panjang beri sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang.
Bila menyentuh berkenaan persatuan pengguna, sekarang ini kita ingin melihat adakah persatuan pengguna ini diberi geran kerana persatuan pengguna ini memanglah, persatuan pengguna agak kontra dengan pandangan kerajaan. Akan tetapi dalam masa yang sama persatuan pengguna ini juga membantu kerajaan untuk menambah baik hak-hak pengguna.
Jadi kita hendak tanya kepada Yang Berhormat Rantau Panjang, kenapa sekarang kita dapati tidak ada peruntukan untuk persatuan pengguna sekarang? Sila.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Pendang.
Seharusnya persatuan pengguna diberi geran yang secukupnya sebab kerajaan tidak mampu hanya dengan pegawai ataupun agensi yang terhad, dengan kemampuan yang terhad untuk menangani semua isu yang berkaitan dengan kepenggunaan dengan jumlah penduduk yang ada dalam negara kita.
Jadi, seharusnya geran kepada persatuan-persatuan pengguna ini hendaklah disediakan dengan secukupnya dan memberi galakkan supaya mereka dapat berperanan secara aktif untuk memastikan hak pengguna ini dapat dibela dan kebajikan mereka terbela.
Kita tidak mahu sebagaimana yang dilaporkan beribu-beribu kes yang difailkan tetapi penyelesaiannya hanya satu peratus ataupun dua peratus, ini tidak menyelesaikan masalah.
Kita hendak setiap isu ataupun setiap kes yang dilaporkan dapat diselesaikan dengan cekap, mudah dan cepat. Begitu juga lambat bertindakan, contohnya satu aduan yang diberi sebulan, dua bulan, tiga bulan tidak selesai kes. Jadi ini menyebabkan orang semakin tidak berminat untuk mengadu kepada tribunal isu-isu berkaitan.
Jadi saya ingin tahu juga berapa kes yang telah dilaporkan setakat ini dan berapa kes yang telah diselesaikan dan berapakah pegawai-pegawai yang terlibat? Apakah cadangan pihak kementerian untuk memastikan supaya perkhidmatan hak pengguna ini dapat ditambahbaikkan sama ada menambahkan bilangan kakitangan ataupun menggunakan prosedur yang lebih mudah dan cekap supaya kesan terutama dalam melindungi hak pengguna ini akan lebih berkesan lagi.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Yang Berhormat Rantau Panjang, minta laluan sedikit.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Sila.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Apakah pandangan Yang Berhormat Rantau Panjang jika saya katakan bahawa kempen tentang hak-hak kepenggunaan ini perlu dibuat dengan lebih agresif. Ini kerana dari apa yang kita perhatikan bahawa pengguna di Malaysia ini merupakan antara pengguna yang masih mempunyai kurang kesedaran tentang hak-hak mereka.
Apakah kempen ini perlu dilakukan secara menyeluruh oleh pihak kerajaan supaya mereka menyedari hak mereka dan dapat dibuat aduan secara lebih teratur? Terima kasih.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Kuala Krai. Kempen pengguna bijak atau kempen kesedaran haruslah digerakkan.
Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Yang Berhormat Rantau Panjang?
Bolehkah? Adinda?
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Sekejap sahaja ya, masa saya terhad.
Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Sedikit sahaja, ya. Setuju tidak Yang Berhormat Rantau Panjang selain daripada kita bercakap tentang persatuan-persatuan hal ehwal pengguna kita juga cuba minta kementerian mungkin wujudkan satu badan seperti Biro Bantuan Guaman itu yang khusus bagi pengguna-pengguna kita yang kurang mampu supaya membantu mereka dalam mempercepatkan lagi perbicaraan dalam tribunal itu supaya hak mereka betul-betul dapat terjaga. Setuju kah?
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Setuju dengan pandangan Yang Berhormat Beaufort. Supaya satu badan menjadi– kita ada macam-macam badan yang boleh membantu terutama dalam bidang undang-undang untuk membantu terutama pengguna yang di pedalaman, pengguna yang mungkin pendapatan yang rendah.
Mungkin tidak mampu mereka menggunakan khidmat peguam dengan kos yang tinggi. Jadi perlu adanya untuk satu badan guaman yang membantu untuk memudahkan pengguna- pengguna ini dapat menyuarakan hak mereka ataupun bela hak mereka.
Begitu juga saya mencadangkan supaya persatuan pengguna haruslah dilebarkan program-program pelaksanaannya sama ada di peringkat daerah ataupun negeri supaya dapat mereka mengemukakan aduan, begitu juga melalui agensi kerajaan atau pihak berkuasa tempatan. Supaya dapat mereka mengemukakan aduan dan pandangan dengan lebih cepat dan berkesan.
Jadi ini amat penting. Saya ingin tahu sejauh mana mekanisme ini telah ada dari susun atur dari pihak kerajaan untuk memastikan hak pengguna terutama penduduk- penduduk di pedalaman dapat menyuarakan hak mereka. Begitu juga saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Kuala Krai tadi tentang masalah pendidikan pengguna.
Pendidikan pengguna ini sangat penting, program kesedaran bukan sahaja harus diberi kepada pengguna, juga harus juga diberi pembekal, harus diberi juga kepada pengilang- pengilang.
Ini kerana mereka juga bertanggungjawab sebagaimana kita tahu apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Gudang tadi, isu masalah kilang haram yang wujud yang menyebabkan isu masalah pencemaran udara dan sebagainya, kesan kepada kesihatan rakyat. Tanggungjawab pengilang, tanggungjawab pembekal, mesti diberi kesedaran dan undang-undang yang ketat, penegasan, penguatkuasaan perlu dibuat.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Tidak ada erti satu undang-undang akta yang baik tetapi kalau tidak ada penguatkuasaan yang berkesan. Maka, tidak ada erti keindahan ataupun kebaikan undang- undang itu. Jadi, saya ingin tahu, sejauh mana perkara ini telah diambil tindakan setakat ini?
Berapa kes yang telah berjaya? Serta, berapakah pembekal-pembekal ataupun pengilang- pengilang yang tidak bertanggungjawab yang telah diambil tindakan oleh pihak kerajaan?
Saya ingin penjelasan juga, bagaimanakah untuk memastikan sistem penyelesaian ini agar lebih mudah, murah dan lebih cepat dalam membantu terutama pengguna dalam menyelesaikan isu-isu yang berkaitan? Saya ingin tahu juga ialah berkaitan dengan program- program untuk memastikan supaya kebajikan dan kesejahteraan pengguna ini dapat dipenuhi ataupun diselesaikan dengan baik terutama dari sudut pemantauan. Jadi, kita melihat banyak isu penipuan ataupun pemalsuan sudah berlaku dalam pasaran negara kita. Kita cari contoh, saya pernah dapat aduan.
Contoh, barangan yang dijual, digoreng di tepi-tepi jalan. Ada yang menggunakan minyak masak yang letakkan plastik dalam minyak masak untuk memastikan gorengannya supaya lebih rangup ataupun tahan lama. Ini pernah berlaku satu kes yang kita melihat sendiri dengan mata kepala sendiri, sarung minyak plastik itu dilepaskan ke dalam minyak untuk menggoreng, rupa-rupanya itu ada peranannya. Ini sangat memberi kesan kesihatan kepada rakyat.
Begitu juga ada. Ini penjual, tidak semua yang tidak bertanggungjawab. Ada yang membuat kuah laksa, contoh, tetapi untuk memekatkan kuah laksa sepatutnya menggunakan ikan yang banyak, tetapi ada peniaga yang tidak bertanggungjawab guna kuah laksa dengan memasukkan tisu. Dia mesin kertas tisu untuk memekatkan kuah laksa. Bayangkan kalau makanan seperti kertas, tisu, plastik masuk dalam perut anak-anak kita. Begitu juga pasaran beras palsu, macam-macam yang ada di pasaran. Sejauh mana pemantauan dibuat oleh pihak kementerian untuk memastikan barang-barang palsu ini yang sudah tentu menjejaskan
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
kesihatan pengguna untuk diambil tindakan? Begitu juga tentang logo halal. Ada kadang- kadang yang dilabelkan halal tetapi perkaranya amat diragukan.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Rantau Panjang.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Jadi perkara ini, saya harap diambil perhatian yang serius oleh pihak kerajaan. Ya, sila.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Saya hendak bangkitkan masalah seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang tadi.
Kita difahamkan ini hak pengguna. Kita difahamkan factory atau kilang-kilang ini sudah beroperasi 30 tahun ke 40 tahun. Tiba-tiba tahun ke 41, berlaku kebocoran bahan kimia dan sebagainya menyebabkan kesan kepada penduduk di sekitar itu hari ini yang kita dapati. Jadi, di sini kita tentulah ada SOP. Bagi saya, setuju kah Yang Berhormat Rantau Panjang kalau saya katakan enforcement? Apabila kita hendak merenew lesen balik semula, ia akan ikut SOP. Adakah mereka deliver ataupun mengikut apa yang diminta sebelum kita meluluskan lesen-lesen ini? Begitu juga dengan infrastruktur dan sebagainya termasuk reservoir yang perlu ada setiap kali toxic waste ini mengalir keluar? Ini, saya ingat berkenaan dengan enforcement. Kerajaan perlu menitikberatkan hal-hal ini iaitu enforcement dan implementation serta monitoring.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya amat setuju dengan pandangan Yang Berhormat Pendang. Inilah yang menjadi tanggungjawab pemerintah ataupun kerajaan yang ada pada hari ini. Untuk memastikan segala dasar, SOP dan begitu juga penguatkuasaan serta segala syarat yang telah ditentukan dipatuhi. Di sinilah kita tidak mahu berlakunya salah guna kuasa ataupun rasuah yang menyebabkan yang tidak sepatutnya diluluskan tapi diluluskan, di sinilah perlunya integriti yang tinggi.
Jadi tanggungjawab untuk memastikan kualiti hidup rakyat yang sihat sebab kita semua adalah pengguna, sama ada rakyat dan pemimpin kita adalah pengguna. Jadi, untuk memastikan kualiti kesejahteraan rakyat, kita memerlukan supaya semua pihak sama ada pihak kerajaan untuk dari sudut penguatkuasaan dan undang-undang, pihak swasta, pihak pengilang, pihak pembekal dan pihak pengguna mesti celik undang-undang. Mesti tahu hak mereka, mesti mematuhi prosedur yang telah ditetapkan.
Jadi, saya juga ingin penjelasan sejauh mana perkara ini telah diambil tindakan?
Apakah perancangan pihak kementerian untuk memastikan supaya tidak ada penipuan?
Hasrat rakyat seluruh negara yang mana-mana kita pergi, rakyat mengeluh harga barang yang mahal, kos hidup yang tinggi. Janji Pakatan Harapan untuk menurunkan harga barang, untuk turunkan harga minyak, untuk menurunkan kos hidup harap ditunaikan.
Begitu juga tentang akta-akta yang berkaitan termasuk Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, Akta Timbang dan Sukat 1972, Akta Perihal Dagangan 2011 termasuk akta yang sedang kita bahaskan ini Akta Perlindungan Pengguna 1999 benar-benar dapat direalisasikan dengan sebenarnya supaya dapat melahirkan masyarakat yang sejahtera...
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Yang Berhormat Rantau Panjang.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
...masyarakat yang dapat hidup dengan suasana yang berkualiti.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Tuan Yang di-Pertua? Hendak mencelah sikit Yang Berhormat Rantau Panjang sebelum you tutup.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Okey.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Setujukah Yang Berhormat Rantau Panjang, sebelum ini memang ada satu persatuan yang dibuat, saya rasa di setiap Parlimen mungkin dalam kerajaan baharu, ia diteruskan, iaitu Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia. Ia terdiri daripada beberapa orang yang dilantik oleh kementerian ataupun dari mana sumber pelantikan. Jadi, pengalaman kita kalau di Limbang, iaitu kita tengok Persatuan Perlindungan ini terdiri daripada bukannya pengguna tetapi adalah– minta maaf, istilah kita penjual ini ialah tauke lah, semua tauke. Jadi, kadang-kadang timbul persoalan rakyat, ini hendak lindungi
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
pengguna atau hendak melindungi peniaga? Jadi, bagaimana pendapat Yang Berhormat Rantau Panjang dalam hal ini?
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Yang Berhormat Limbang dan saya harap ucapan Yang Berhormat Limbang ini juga dimasukkan dalam ucapan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila menggulung.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Saya ingin pihak kerajaan memberikan penjelasan...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Masa sudah tamat.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
...dari sudut Persatuan Perlindungan Pengguna ini sejauh mana keberkesanannya? Adakah ia betul- betul melindungi pengguna ataupun melindungi tauke-tauke? Itu sahaja Tuan Yang di- Pertua, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pontian. Sila.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. saya diberikan tips perkongsian kepada pengguna yang ingin saya kongsikan di sini apabila membuat– berada ketika pendengaran tribunal ini. Yang menuntut itu dipanggil penuntut. Kemudian yang kita tuntut itu dipanggil penentang dan pengadilnya dipanggil presiden.
Pertama, tipsnya ialah, kes juga melebihi satu tahun kalau kita ingin membuat tuntutan. Kedua, sebagaimana pindaan ini, jumlah yang dituntut oleh penuntut tidak lebih RM50,000. Ketiga, surat yang kita hantar itu kita sebagai penuntut hendaklah pastikan sampai kepada penentang. Kadang-kadang penentang ini, menyatakan mereka tidak menerima surat dan macam-macam.
Keempat, sediakan dokumen yang lengkap seperti resit, invois dan perjanjian jika ada. Kelima, menyediakan gambar-gambar yang baik sebagai dokumen sokongan. Contoh, kalau produk itu gambar-gambar produk yang baik, yang jelas, supaya boleh dilihat oleh presiden dengan baik. Keenam, kebolehan menjawab soalan dan penting bawa saksi supaya kes kita itu lebih ada harapan untuk didengar. Ketujuh, hendaklah membuat taksiran ikut nilai pasaran. Bukan kita main sekadar anggapan dan kira-kira semberono. Kelapan, kita hendaklah tahu sedikit sebanyak berkenaan dengan Akta Perlindungan Pengguna 1999 ini.
Tuan Yang di-Pertua, kedua ialah saya ingin membuat cadangan oleh sebab tadi ada ramai Ahli Yang Berhormat seperti Yang Berhormat Jeli, Yang Berhormat Lipis menceritakan tentang bagaimana sekarang ini, online business ini sudah menjadi satu budaya dan ia akan terus menjadi budaya yang hebat untuk masa-masa yang akan datang.
Kita ada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Kita juga ada Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR). Maka, cadangannya ialah kita adakan Tribunal Tuntutan Pengguna Online Business atau Tribunal Tuntutan Pengguna Niaga Atas Talian. Ini kerana ia memerlukan kepakaran yang tertentu, kepakaran itu boleh kita dapati daripada SKMM misalnya sebagai ahli-ahli kepada tribunal yang berkaitan.
Saya memberikan tiga contoh dalam internet...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh minta penjelasan sikit?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Sila. Tekan.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Pontian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam kes pengguna ini, penggunalah yang selalu tertipu.
Contohnya, kes perdagangan gold bar yang lalu. Beberapa tahun yang lalu Bank Negara telah bekukan aktiviti perniagaan gold bar.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jadi, sehingga sekarang dia punya pembeli ataupun pengguna yang itu tidak dapat menuntut duit mereka sudah bertahun-tahun. Bukan itu sahaja, bahkan skim macam piramid memungut kewangan di kalangan orang ramai dan tiba-tiba dibekukan. Ini juga telah— pengguna juga yang kerugian. Jadi dalam negara kita ini, istilahnya pokoknya yang tewas pengguna, jadi apakah Yang Berhormat Pontian akan mencadangkan satu mekanisme supaya mungkin pengguna akan terus dilindungi dan mendapat hak yang sebenarnya.
Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Beliau baru sahaja masuk dia sudah tahu apa subjek yang kita bincangkan, itu kehebatan Yang Berhormat Kinabatangan.
[Ketawa] Banyak apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kinabatangan dari segi piramid...
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Pontian, Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Allah.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Minta sedikit sahaja.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Okey.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Saya hendak sentuh berkenaan dengan tadi dia sebut masalah hak pengguna tentang pembelian rumah. Hari ini dalam media masa PR1MA telah disaman oleh 1,058 orang pembeli rumah. Apakah tribunal ini ataupun pihak PR1MA tidak ambil tindakan awal hasil daripada complaints yang dibuat oleh pengguna? Tentulah PR1MA telah mendapat complaint daripada pembeli-pembeli rumah, tiba-tiba hari ini di saman. Ini bermakna tindakan tidak diambil. Ini juga satu ketidakadilan yang dilakukan terhadap pengguna-pengguna yang membeli rumah di bawah PR1MA ini.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Itu sebab kita ada Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah tetapi ia di bawah Jabatan Perumahan Negara. Saya harap apa yang kita hendak pinda ini sedikit sebanyak diselaraskan antara kementerian-kementerian. Saya ingin patah balik Yang Berhormat Kinabatangan tadi.
Ini mengenai gold bar, skim piramid dan sebagainya, ini selalunya dibuat secara online. Secara online business atau pun perniagaan atas talian. Sebagai contoh saya hendak bagi tiga dalam internet. Pertama, contoh tajuk Tuan Yang di-Pertua, ada di dalam Internet dia tulis, “jadi CEO business sendiri simpanan RM200,000 poket tebal hari-hari”, itu tajuk dia.
Tajuk yang kedua, “rahsia buat duit pantas, income RM3,000 hingga RM6,000 seminggu”, itu satu lagi tajuk dalam internet. Satu lagi yang saya hendak kongsikan, “teknik buat duit terkini, kumpul RM200,000 tempoh enam bulan”.
Apabila kita melihat tadi Yang Berhormat Kinabatangan sebut Bank Negara Malaysia. Di dalam lama web Bank Negara Malaysia menyebut peringatan kepada semua pengguna. Ada dia buat, “Peringatan kepada semua pengguna” apa yang ditulis di situ siapakah yang boleh menawarkan perkhidmatan kewangan di Malaysia. Maka Bank Negara Malaysia pun menyenaraikan dalam laman webnya semua institusi kewangan berlesen.
Akan tetapi jika kita terlibat dalam perkara-perkara yang tidak dikawal selia ini, Bank Negara Malaysia memberi dua amaran. Pertama, pengguna tidak akan dilindungi jika orang ramai memilih dengan penyediaan khidmat kewangan yang tidak sah, tidak akan dilindungi pengguna itu. Walhal kadang-kadang bukan salah pengguna mungkin mereka tertipu.
Kedua, kesannya ialah pengguna yang terlibat dalam aktiviti kewangan tidak sah boleh didakwa kerana bersubahat dengan pengendali yang tidak sah. Jadi saya ingin bertanya berapa kes seumpama ini dan bagaimana kaedah untuk menangani kes penipuan online ini. Saya kembali pada cadangan saya iaitu adakan Tribunal Tuntutan Pengguna Niaga Atas Talian supaya boleh dipertimbangkan oleh kementerian.
Perkara ketiga ialah tuntutan tidak lebih daripada RM50,000 ini adakah melibatkan antara syarikat dan syarikat dan kalau belum ada tribunal itu, kita perlu adakan. Pernah saya sebut pada minggu sudah kes Telekung Siti Khadijah lawan Ariani. Ini mengenai hak cipta dan sebagainya, menyerupai tetapi tidak meniru. Ariani menyerupai tetapi tidak meniru walaupun demikian kes itu tetap dibawa ke mahkamah dan akhirnya kes itu diselesaikan di
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
luar mahkamah. Ini satu lagi antara syarikat dengan syarikat, saya tidak tahu sama ada pengguna tribunal ini boleh melibatkan perkara seumpama ini.
Saya lihat dalam syarat-syarat tribunal pengguna ini tidak boleh melibatkan hal-hal francais, perniagaan francais tidak boleh terlibat. Saya hendak tanya kenapa pula tidak boleh terlibat sedangkan perniagaan francais ini semakin banyak di negara kita. Macam-macam di francais kan, kita tahu antaranya KFC, McDonalds, Pizza Hut itu semuanya adalah francais.
Old Town White Coffee, Secret Recipe, Marry Brown, kalau hendak sebut macam-macam.
Kenapa hal-hal francais ini tidak boleh dilibatkan? Ini saya hendak tanya kenapa.
Satu lagi ialah tribunal ini melibatkan jumlah tertentu, kita juga kena ajar kepada pengguna bahawa ada Mahkamah Tuntutan Kecil. Saya pun kali pertama mendengarnya apabila saya membuat sedikit penyelidikan tentang hal yang ingin saya perkatakan ini, Mahkamah Tuntutan Kecil. Ia tidak perlu dibawa ke tribunal kerana tuntutan itu kurang daripada RM5,000.
Perkara yang keempat yang saya ingin tanya di sini ialah SOP jualan murah, harga runtuh, selagi stok masih ada, ini dia punya bahasa-bahasa pemasaran di luar sana. Barang- barang adalah terhad. Kemudian produk tinggal cuma 10 paket misalnya. Semua perkara- perkara ini adalah tujuannya memperdaya, mengelirukan, representasi palsu. Kes-kes pemasaran dan pengiklanan palsu begini perlu ada kaedah-kaedah untuk kita mengatasi, tetapi dalam khusus perkara yang keempat saya hendak tanya ialah SOP jualan murah.
Berapa kali boleh dibuat jualan murah dalam masa setahun? Apakah syarat-syarat jualan murah ini? Kadang-kadang mereka sengaja letakkan harga lebih mahal, selepas itu diturunkan kononnya 40 peratus. Walhal kalau kembali kepada harga 40 peratus itu sebenarnya sama dengan harga asalnya sahaja. Jadi SOP untuk jualan murah, harga runtuh ini perlu ada dan perlu diperjelaskan kepada pengguna.
Perkara yang kelima ialah tentang SOP tuntutan ini perlu datang sendiri tanpa peguam. Ini— apabila tanpa peguam, kadang-kadang apabila kita berdepan dengan orang yang kita hendak lawan itu dipanggil penentang, mereka adalah syarikat-syarikat besar, mereka ada peguam yang hebat-hebat yang pengguna ini langsung tidak ada peguam, kalah sahajalah Tuan Yang di-Pertua selalu kalah dan tewas. Jadi, saya ingin mengesyorkan agar KPDNHEP menyediakan peguam untuk pengguna, memang syor ini tidak pernah diutarakan, maka saya ingin mengutarakan syor itu.
Seterusnya tentang SOP ini juga, SOP kedua ialah pembayaran setelah menang.
Award itu hendak diberi dalam masa berapa hari? Saya lihat sekarang ini 60 hari. Itu terlalu lama Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mungkin kita boleh turunkan kepada 30 hari dan boleh terus bayar kepada mereka yang berjaya.
Perkara yang ketiga tentang SOP ialah kita perlu membolehkan pengguna diwakili oleh persatuan. Kita ada banyak persatuan, CAP itu biasa itu begitu hebat, CAP Penang.
Kemudian kita juga ada dewan-dewan perniagaan. Dewan perniagaan ini pun ada bermacam-macam-macam dewan perniagaan. Dewan Perniagaan Bumiputera, Dewan Perniagaan Melayu, Dewan Usahanita, macam-macam. Bagaimana jika boleh persatuan- persatuan ini mewakili pengguna kerana mereka mungkin kurang arif tentang isu-isu pengguna, maka diwakili oleh persatuan kerana mereka ahli kepada persatuan-persatuan yang berkaitan.
Perkara keenam seterusnya ialah kita ada Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan 2016. Tujuannya untuk melindungi pengguna. Ada garis panduan mengenai pelaksanaan mekanisme untuk tentukan keuntungan tinggi yang mana munasabah dan mana tidak munasabah. Peratusan itu dipanggil peratusan tokok atau peratusan margin ataupun dalam bahasa Inggeris mark-up. Saya hendak tanya setakat mana keberkesanan akta ini, peraturan ini melindungi pengguna. Berapa ramai yang telah ditangkap di bawah Akta Antipencatutan ini? Jikalau sudah ditangkap itu perlu dipublish, disebarkan dalam semua media sosial, media cetak, dan media elektronik untuk menjadi deterrent supaya peniaga-peniaga yang tidak beretika itu boleh dikurangkan.
Seterusnya yang ingin saya nyatakan di sini ialah kaedah yang ketujuh ini ialah kaedah untuk memudahkan tuntutan. Mungkin borangnya boleh dibuat secara online. Saya cuba search dalam lama web jadual pendengaran dalam KPDNHEP. Jadual pendengaran yang ada kecualilah sudah update seminit dua ini. Apa yang tadi saya lihat jadual pendengaran yang ada Ogos 2017, Tuan Yang di-Pertua. Ini sudah bulan berapa, Julai 2019.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Dalam laman web KPDNHEP, jadual pendengaran untuk membuat tuntutan ini jadual Ogos 2017.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Jadi, perkara ini perlu kita perbaiki supaya kita sentiasa up to date untuk kita memudahkan membuat tuntutan. Itu sahaja yang ingin saya sampaikan, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pontian. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kuala Kangsar. Selepas itu, Yang Berhormat Menteri menjawab. Sila.
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kita semua arif dan sedar ada berbagai hak mendapat keperluan asas antaranya mendapat keselamatan, hak untuk mendapat maklumat, hak untuk membuat pilihan, hak untuk mendapatkan ganti rugi, hak untuk menyuarakan pendapat dan juga hak untuk mendapat kependidikan dan kepenggunaan serta hak untuk mendapat alam sekitar yang sihat.
Saya juga difahamkan kementerian mahu meminda akta ini kerana mahu menangani kes penipuan dalam talian yang begitu jelas antara permasalahan yang terbesar dalam isu kepenggunaan negara. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, jumlah RM50,000 ini adakah ia satu jumlah realistik berdasarkan kepesatan dan juga perniagaan yang melepasi sempadan ketika ini?
Saya juga ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, kenapakah kita mempunyai had atau limit kepada jumlah award atau tuntutan ini? Kenapa tidak ia berdasarkan kepada keperluan pengguna itu sendiri menentukan jumlah yang hendak dituntut? Oleh sebab, ia akhirnya apa-apa permasalahan dan pertikaian, ia membabitkan kesan. Seorang OKU dan seorang manusia yang normal yang memakan sesuatu ubat-ubatan itu semestinya timbal balasnya berbeza-beza, Yang Berhormat Menteri. Itu satu contoh yang sangat simple.
Saya sebenarnya setuju dengan kajian yang hendak dibuat kepada akta ini dan juga pindaan ini. Akan tetapi dalam pada masa yang sama Yang Berhormat Menteri, presumption, dengan izin, badan tribunal yang ada di dalam akta ini ia harusnya satu badan adjudikasi yang bebas. Akan tetapi saya berpendapat ia harus dikaji semula dan tindakan segera harus diadakan. Ia harus menepati keperluan pengguna dari segi pembuktian dan penguatkuasaan yang rumit tetapi mesti bertepatan dengan perniagaan dan perkhidmatan di atas talian yang semakin sophisticated, dengan izin. Dunia perniagaan atas talian ini Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua telah menjangkau berbagai-bagai laras yang merentasi sempadan dan budaya serta cara. Sekiranya kita tidak menangani perkara-perkara yang sedia diterima di peringkat nasional ataupun negara-negara di peringkat antarabangsa, kita mungkin akan menghadapi masalah-masalah. Barangan dan perkhidmatan yang dijual yang akan dipertikaikan juga di peringkat antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, adakah proses tribunal ini merangkumi penjual, pengilang dan juga pemberi perkhidmatan barangan yang mencakupi sempadan-sempadan antarabangsa? Atau adakah kita mempunyai kaedah untuk berurusan dengan tribunal-tribunal sepertinya di peringkat pengguna-pengguna di negara- negara tertentu sekiranya barangan dan perkhidmatan kita dipertikaikan atau tuntutan dibuat ke atasnya?
Pengguna-pengguna di peringkat antarabangsa Tuan Yang di-Pertua, mereka lebih peka soal-soal dan hak-hak kepenggunaan dan mungkin akan membuat tuntutan-tuntutan yang mungkin menimbulkan permasalahan perundangan untuk lebih kompleks dan rumit.
Ketiga Tuan Yang di-Pertua, kaedah tribunal ini adalah saluran alternatif selain daripada mahkamah sivil untuk menuntut ganti rugi. Bagaimanakah kita hendak memastikan kaedah tribunal ini dapat menjadi deterrent, dengan izin, kepada kesalahan-kesalahan dan penipuan- penipuan yang bakal dirancang? Ini kerana, kelompangan daripada kaedah-kaedah perniagaan online ataupun perniagaan atas talian ini harus dikaji semula dan diteliti terma- termanya yang lebih berat dan merangkumi jangka masa dan juga merangkup segala pemain-pemain industri hiliran juga yang mungkin akan mengkaji cara-cara untuk mengelak dari didakwa di mahkamah atau oleh tribunal ini.
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Saya mencadangkan supaya selain daripada tribunal dan mahkamah, harus diwujudkan satu badan mediasi, mediation pengguna sebagai saluran ketiga untuk menangani masalah kepenggunaan. Saya suka mediasi ini Tuan Yang di-Pertua, kerana ia mewujudkan situasi atau persekitaran menang-menang dalam mana-mana industri dan boleh menyuburkan lagi komuniti perniagaan negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon Yang Berhormat Menteri nyatakan apakah perkara-perkara yang sedang diusahakan demi meningkatkan lagi tadbir urus yang baik di dalam komuniti perniagaan? Sebelum ini, di bawah Kerajaan Barisan Nasional kita mempunyai banyak usaha seperti Kod Etika Perniagaan Malaysia, Instrumen Penilaian Berintegriti Penjaja dan Peniaga Kecil serta pelaksanaan ikrar integriti korporat. Mohon sekiranya badan ini peka dengan pandangan-pandangan semua Ahli Parlimen yang berada dalam Dewan ini yang semestinya menerima banyak aduan, berbagai dan harian di kawasan masing-masing.
Saya juga mencadangkan piawaian-piawaian tertentu dan spesifik diwujudkan untuk perkhidmatan dan barangan-barangan yang mempunyai nilai yang besar. Contoh‒ saya percaya ramai Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyebut perkara ini iaitu bidang kosmetik dan juga perubatan yang mempunyai barangan yang dipamerkan dan perkhidmatan yang menjanjikan dapatan atau hasil untuk pengguna yang luar biasa. Ia harus mempunyai code dan piawaian spesifik dan tinggi dan berat kerana ia melibatkan kesihatan dan keselamatan pengguna.
Tuan Yang di-Pertua, kita sering diminta menandatangani surat perjanjian berterma ketat dan disertakan dengan tulisan-tulisan yang kecil dan bersenarai panjang. Ia memaksa pengguna-pengguna kita mengikut terma ini tanpa persetujuan atau kerelaan yang ikhlas pengguna dan juga dibuat dalam masa yang sangat singkat dan suntuk. Bahasa yang digunakan juga tidak mudah difahami dan juga tidak mesra pengguna. Saya mencadangkan supaya setiap perjanjian yang diadakan oleh mana-mana perniagaan sama ada atas talian atau tidak, harus menerima kelulusan kementerian sebelum ia diguna pakai dan dilambakkan di pasaran.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, sekiranya perkara ini dibuat secara serius, harus diwujudkan satu badan khas untuk mengkaji terma- terma dalam perjanjian ini. Ia harus bebas daripada apa-apa prasangka dan juga pengaruh pemain-pemain industri.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, jawatankuasa pengiklanan jadi satu persoalan.
Saya mohon Yang Berhormat Menteri lihat semula jawatankuasa pengiklanan bagi memastikan saringan maklumat dan paparan dibuat mematuhi bukan hanya soal-soal kepenggunaan tetapi juga eksploitasi terhadap wanita dan kanak-kanak yang digunakan begitu berleluasa sekali dalam pengiklanan di dalam negara ini.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tumpat minta laluan.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Kak Lah.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila-sila.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Okey, minta maaf.
Saya ingatkan Tumpat dahulu, okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan Yang Berhormat Kuala Kangsar menyebut tentang eksploitasi wanita. Kita lihat hari ini seolah-olah menjadi satu trend untuk melariskan perniagaan menggunakan wanita. Dengan meletakkan gambar-gambar yang ada setengahnya yang sangat mencolok mata. Jadi, adakah perkara ini sebenarnya adalah satu yang seharusnya disekat? Seharusnya perkara ini dihalang sebab wanita ada maruah. Jadi, kita bukan menjadi alat dagangan. Jadi, seharusnya ada satu undang-undang yang menyekat supaya wanita di Malaysia adalah wanita yang bermaruah. Kerajaan bertanggungjawab untuk memartabatkan wanita, bukan menjadi alat dagangan bagi pihak peniaga. Apa pandangan Yang Berhormat?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ya Tumpat, sila.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kuala Kangsar. Di mana Yang Berhormat Kuala Kangsar tadi menyebut tentang eksploitasi, tentang pelanggaran peraturan dan sebagainya. Saya ingin mendapat pandangan daripada Yang Berhormat Kuala Kangsar,
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
sehebat mana pun undang-undang, sebesar mana pun denda, sekeras mana pun hukuman, secekap mana pun penguatkuasaan, mereka yang ingin melanggar undang-undang, khususnya tamak untuk membuat keuntungan besar dan mudah, mereka akan tetap mencari jalan melepasi undang-undang yang ada.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Sehubungan itu, apakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya, sebagai negara yang beragama yang telah meletakkan Islam sebagai negara, Islam sebagai agama Persekutuan, dicadangkan supaya kerajaan di samping mengadakan undang-undang, hendaklah mendidik penjual supaya mengamalkan budaya niaga secara Islam? Justeru, melahirkan peniaga-peniaga yang mempunyai etika perniagaan yang baik, bagi mengurangkan kes-kes penipuan dan sebagainya. Nilai-nilai ini adalah merupakan nilai-nilai yang universal, yang sangat cantik diamalkan walaupun oleh peniaga-peniaga yang bukan Islam.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Rasulullah SAW telah melarang orang yang melakukan jual beli daripada bersumpah dan mengatakan sesuatu yang tidak benar. Baginda bersabda yang bermaksud, “Sumpah itu melariskan barang dagangan. Akan tetapi, menghapuskan keberkatan”. Oleh itu, pengguna adalah dilindungi daripada ditipu oleh janji-janji manis dan palsu yang semata-mata untuk melariskan barangannya. Tidak kira yang janji untuk menang pilihan raya.
Yang Berhormat, Rasulullah SAW juga melarang umatnya daripada melakukan dan menyembunyikan barangan untuk menunggu harga naik ataupun kita sebut sebagai menyorok barangan untuk mendapat keuntungan yang banyak apabila dijual. Baginda bersabda, “Sesiapa yang menyorok barangan, dia telah melakukan kesalahan”. Ini antara beberapa nilai Islam yang merupakan nilai universal, yang sepatutnya di samping penguatkuasaan undang-undang, sepatutnya kerajaan memberikan pendidikan supaya nilai- nilai yang universal ini dapat diamalkan dalam negara kita. Pada masa yang sama, dapat menjaga kepentingan ataupun dapat menjaga pengguna daripada disalahgunakan ataupun dianiaya. Minta komen Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ya, silakan Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Terima kasih. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Pencelahan panjang tetapi jawab ringkas, ya.
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang dan juga Yang Berhormat Tumpat. Saya pergi kepada Yang Berhormat Rantau Panjang. Saya setuju sangat. Memang kita, saya dan Yang Berhormat Rantau Panjang adalah antara yang sangat sensitif kepada eksploitasi wanita di dalam hal- hal apa saja termasuk pengiklanan.
Jadi, saya mencadangkan supaya Yang Berhormat Menteri memikirkan perkara ini dan Jawatankuasa Pengiklanan ini harus menimbulkan satu pendekatan baru sama ada dalam bentuk perundangan ataupun perkara-perkara yang boleh membantu membanteras perkara ini secara segera dan tuntas. Saya minta masukkan Yang Berhormat Rantau Panjang, pandangan beliau dan juga Yang Berhormat Tumpat, saya setuju.
Pada masa yang sama Yang Berhormat Tumpat, saya juga percaya bahawa semua agama yang dianuti di negara ini, mempunyai nilai-nilai yang baik. Mungkin kepada kita membagi sesi-sesi kepenggunaan ataupun pengajaran, kepenggunaan kepada mana-mana pihak. Mungkin pada pengguna-pengguna Islam, kita boleh menganjurkan nilai-nilai itu. Ya, saya setuju, nilai-nilai Islam itu adalah satu perkara yang universal tetapi dalam masa yang sama saya juga percaya, agama-agama lain juga menggalakkan perkara-perkara yang ada di dalam agama kita sebabnya semuanya adalah –setiap agama menjunjung perkara-perkara yang baik. Saya mohon, ya, Yang Berhormat Tumpat, semua yang diperkatakan tadi itu tadi dimasukkan ke dalam ucapan saya.
Akhir sekali, saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri supaya Jawatankuasa Pengiklanan ini mestilah sensitif kepada segala budaya dan setiap agama yang menggambarkan kemajmukan Malaysia. Ini penting kerana ia akan melayari satu cara baru
Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar
di mana dirangkumkan segala nilai-nilai yang baik dalam dunia perniagaan. Dalam pada masa yang sama, kita menghormati semua budaya dan agama yang ada di negara ini.
Penguatkuasaan berkala haruslah dibuat Yang Berhormat Menteri. Pada maklumat- maklumat yang telah ada di dalam iklan ini, jangan dibiarkan begitu sahaja sehingga berbulan-bulan dipaparkan. Seorang menjerit, barulah kementerian respons. Saya rasa itu tidak baik, cara itu tidak baik. Jadi, saya minta supaya iklan-iklan ini yang dikaitkan dengan premis-premis yang tertera dalam iklan-iklan tersebut itu, dibuat satu lawatan kejutan di tempat-tempat itu supaya ia menjadi satu contoh kepada semua iklan lain yang telah menyebabkan eksploitasi dan juga tidak sensitifnya kepada perkara, budaya dan agama kita di negara ini. Iklan-iklan ini harus dipersoalkan supaya betul-betul dan tidak menipu pengguna.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kuala Kangsar menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kangsar. Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Menteri menjawab, saya baru terima permintaan khas daripada Ketua Pembangkang. Oleh sebab itu, saya ingin memberikan ruang kepada Ketua Pembangkang untuk berbahas. Selepas ini, baru Yang Berhormat Menteri menjawab. Silakan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya. Simple saja. Sedikit saja saya hendak berucap ini. Pertamanya, saya hendak ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak kerajaan kerana membentangkan cadangan Akta Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2019 yang melibatkan perlindungan hak-hak kepada pengguna.
Seperti yang kita dengar, di dalam media dan sebagainya, pengguna selalu terdedah kepada penipuan-penipuan di dalam perniagaan. Kita dengar ada gores dan menang, ramai yang tertipu. Malahan, ejen-ejen untuk membawa jemaah haji pun kadang- kadang menipu pengguna dan sebagainya. Maka Tribunal Tuntutan Penggunalah platform yang terbaik untuk mereka cuba mendapatkan segala wang yang telah pun dibelanjakan dan tertipu dengan bayaran yang amat murah iaitu RM5 sahaja untuk – Kalau saya tidak silap, RM5 sahaja untuk memfailkan tuntutan pengguna ini.
Cuma, saya ingin bertanya beberapa soalan. Waktu ini, kita telah pun – Kita mencadangkan untuk meningkatkan dari segi jumlah tuntutan daripada RM50,000 kepada RM100,00. Ini bermakna secara automatiknya, bertambahnya tuntutan yang akan dibuat.
Lebih ramai yang boleh mengemukakan tuntutan. Soalan saya, sejauh manakah kemampuan tribunal ini untuk mendengar tuntutan yang semakin bertambah ini? Saya hendak tahu setakat ini, sebanyak manakah tuntutan yang diterima setahun dan berapakah jumlah tunggakan kes yang berada TTPM ini?
Saya difahamkan, setakat hari ini, ada 87 Tribunal Tuntutan Pengguna berbanding dengan lebih daripada 100 daerah di dalam Malaysia. Ini bermakna banyak lagi daerah dan kawasan yang tidak mempunyai Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) – Saya gunakan TTPM – Yang tidak mempunyai TTPM. Jadi, adakah akan menimbulkan masalah nanti? Sudahlah kekurangan TTPM, tiba-tiba kes semakin bertambah, hasil daripada pindaan yang kita buat pada hari ini. Jadi, itu soalan pertama saya.
Dari segi kesedaran pengguna, saya juga hendak tanya. Dengan jumlah tuntutan yang dibuat, adakah setakat ini pihak kementerian berpuas hati dengan kesedaran rakyat ataupun pengguna mengenai hak mereka? Ini disebabkan betul, TTPM ini murah untuk memulakan kes, TTPM ini cepat dan sebagainya. Tagline-nya, “Murah, cepat ...” dan sebagainya. Akan tetapi, kalau tiada kesedaran hak daripada kalangan pengguna, maka tidak ada maknanya juga walaupun kita membanyakkan, meluaskan peluang dan sebagainya.
Jadi, saya ingin mencadangkan, kalau kurang, kalau daerah-daerah banyak lagi yang tidak mempunyai Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) ini, saya mencadangkan supaya ikut apa yang dibuat oleh Mahkamah-mahkamah Majistret dan sebagainya. Ada visiting by the President, misalnya. Presiden TTPM mungkin dalam dua hari seminggu akan pergi ke daerah-daerah ataupun ke kawasan-kawasan yang tidak mempunyai TTPM kalau terdapat tiga ataupun lima, ataupun lima ke atas kes-kes yang perlu didengar.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Jadi bermakna mereka yang tidak berkemampuan untuk pergi jauh ke daerah- daerah yang lebih jauh terutamanya di kawasan seperti Sarawak, Sabah dan sebagainya, tuntutan mereka juga boleh didengari. Seterusnya adalah ini merunsingkan semua pihak adalah dari segi execution of judgement dengan izin betul, bawa kes, menang kes. Sebagai contoh mahkamah sudah award sebanyak RM20,000 sebagai contoh. Akan tetapi yang lebih penting bukan jumlah award yang diterima, menang kes satu cerita. Pengguna menuntut untuk mendapatkan balik wang dia, yes dia sudah menang RM20,000 sebagai contoh yang saya sebutkan tadi.
Akan tetapi apakah kemampuan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia TTPM ini untuk memastikan award yang diberikan boleh diterima oleh pengguna. Setakat hari ini masalah execution of judgement di dalam TTPM ini menjadi perkara yang sangat besar.
Banyak yang menang tetapi tidak mendapat apa-apa kerana yang akan enforce dengan izin award tadi adalah penguat kuasa. Penguat kuasa di bawah KPDNKK sendiri, di bawah KPDNHEP sendiri dan bidang kuasa penguat kuasa KPDNHEP hanya dari segi criminal iaitu apabila mereka enforce judgement tersebut kalau peniaga yang terpaksa membayar itu tidak boleh membayar, penguat kuasa KPDNHEP hanya boleh mengenakan tindakan denda semata-mata.
Denda semata-mata kepada peniaga tetapi peniaga masih lagi belum mendapat tuntutan mereka. Mereka perlu memfailkan kes sivil yang lain untuk mendapatkan tuntutan mereka. Jadi sekali lagi timbul isu bagi pengguna yang miskin, yang tidak mampu untuk membawa kes ke mahkamah sivil akhirnya terpaksa membiarkan dan menerima keputusan bahawa, keputusan mereka adalah on paper semata-mata tetapi dari segi wang sebenar tidak mereka peroleh. Jadi saya mencadangkan kepada KPDNHEP supaya TTPM ini menjadi satu one stop center bukan sahaja untuk mengemukakan tuntutan, avoid tuntutan tetapi mewujudkan execution unit di dalam TTPM itu sendiri supaya mereka boleh menuntut untuk mendapatkan pembayaran dan sebagainya.
Keduanya yang menjadi isu adalah apabila pengguna menentang peniaga, peniaga kalah ada di kalangan peniaga yang membawa kes ini untuk rayuan ke mahkamah yang lebih besar, mahkamah sivil mereka membuat rayuan. Apabila appeal ini dilakukan masalah lagi timbul kepada pengguna yang tidak mempunyai sumber kewangan untuk mendapatkan peguam dan sebagainya untuk melawan di dalam mahkamah sivil apabila kes appeal di – apabila pengguna membawa ini ke Mahkamah Rayuan.
Waktu saya menjadi Menteri KPDNKK dulu, kita bekerjasama dengan pihak Majlis Peguam Malaysia ataupun Bar Council supaya Bar Council menyediakan peguam yang tidak memerlukan bayaran yang besar cuma RM500 satu kes dan wang untuk membayar peguam daripada Bar Council ini diperoleh daripada sumbangan daripada agensi-agensi di bawah KPDNHEP seperti Bank Rakyat, SSM dan sebagainya. Mereka contribute wang kepada tabung yang kita sediakan kita bekerjasama dengan Bar Council. Bar Council apabila satu kes appeal daripada peniaga, lawyer Bar Council akan bertindak bagi pihak pengguna dengan bayaran minimum iaitu RM500 per kes sahaja. Dengan ini akhirnya pengguna itu tetap juga dilindungi walaupun kes dibawa ke Mahkamah Rayuan dan sebagainya.
Jadi saya hendak tanya adakah perkara itu masih lagi dilaksanakan, jikalau masih dilaksanakan saya ucapkan terima kasih dan saya harap perkara ini diteruskan. Jadi itu sahaja yang saya hendak bangkitkan Tuan Yang di-Pertua, jadi terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi laluan kepada kebenaran untuk saya berucap.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Bera. Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri menjawab masa 30 minit. Sila.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Chong Chieng Jen
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang berbahas dalam rang undang-undang pindaan ini khususnya saya meneliti bahawa semua Ahli-ahli yang berbahas menyokong rang undang-undang pindaan ini. Walaupun ada beberapa cadangan yang dibuat tetapi ada yang cadangan dibuat atau perkara yang dibahaskan bukan berkaitan dengan pindaan ini tetapi
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Chong Chieng Jen
dia sentuh – semuanya sentuh tentang isu pengguna. So away itu saya akan cuba sedaya upaya untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan.
Pertamanya saya ingin – isu saya akan jawab isu-isu yang dibangkitkan oleh hampir semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang berbahas iaitu ketiga-tiga isunya. Satunya kesedaran, sama ada kesedaran hak pengguna di kalangan pengguna dan juga ada di kalangan peniaga keduanya adalah online transaction dan ketiga adalah keselamatan barang. Saya rasa ramai yang sentuh tentang perkara ini.
Mengenai kesedaran hak pengguna yang disebut-sebut oleh Yang Berhormat Johor Bahru ada soalannya adalah adakah pindaan ini akan menambah baik kesedaran pengguna dan adakah pindaan ini akan membuat peniaga bertindak lebih adil. Jawapannya, pindaan ini secara tidak langsung akan memaksa peniaga bertindak adil terhadap pengguna kerana mana-mana pihak peniaga yang gagal selepas 14 hari untuk mematuhi sesuatu award yang dibuat oleh TTPM melakukan satu kesalahan dan apabila disabit boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 ataupun dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-dua.
Kita menambahkan amaun denda dengan pindaan ini. Ini telah diperuntukkan di bawah subseksyen 117 Akta 599. Dalam hal kesalahan berterusan kalau selepas didenda masih peniaga yang award telah dikeluarkan dan enggan bayar berterusan peniaga juga boleh dikenakan penalti tambahan denda tidak melebihi minimum RM100 dan tidak kurang daripada RM100 dan tidak melebihi RM5,000 setiap hari. Ini adalah satu denda yang kita telah tambahkan dan juga di samping itu kita juga akan ada menjalankan beberapa program kesedaran bagi melahirkan pengguna bijak. Kementerian telah memfokuskan penerapan pendidikan kepenggunaan yang lebih interaktif kepada generasi muda khususnya pelajar sekolah menengah dan mahasiswa di universiti dalam membentuk generasi muda yang berilmu, bijak dan bertanggungjawab.
Pendekatan perbelanjaan ini merupakan inisiatif yang lebih baik dalam menyebarluaskan maklumat penggunaan kepada generasi muda sekali gus mampu untuk dikongsi bersama rakan, ahli sekolah, ahli keluarga dan masyarakat setempat. Kementerian dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah menubuhkan Gerakan Pengguna Siswa (GPS) dan Kelab Pengguna Sekolah (KPS) sebagai usaha membudayakan amalan kepenggunaan dalam kalangan generasi muda. Kementerian juga telah membangunkan modal kepenggunaan untuk melengkapkan generasi muda khususnya ahli-ahli kepenggunaan KPS dan GPS dengan pengetahuan asas kepenggunaan.
Modul ini meliputi empat bahagian utama iaitu alam sekitar dan kelestarian, pengurusan makanan, pengurusan kewangan dan perlindungan pengguna.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Chong Chieng Jen
Untuk advokasi ini peruntukan sebanyak RM1.4 juta telah diperuntukkan untuk membantu persatuan NGO-NGO untuk melaksanakan program kepenggunaan manakala peruntukan adalah sebanyak RM3.7 juta diberi oleh kementerian pada tahun 2019.
Selain daripada itu, tribunal secara khususnya telah mengambil usaha-usaha proaktif di dalam menjalankan program kesedaran kepenggunaan kepada masyarakat, penjawat awam dan industri melalui Program Kenali Tribunal, taklimat advokasi semasa lawatan pelajar-pelajar IPTA dan IPTS serta wawancara bersama Pengerusi Tribunal di dalam rancangan televisyen seperti Suara Pengguna, Selamat Pagi Malaysia dan Suara Konsumer. Program-program advokasi ini dijalankan bertujuan untuk memberikan penerangan dan pengisian ilmu mengenai fungsi tribunal, jenis dan pengendalian tuntutan, di samping memberi kesedaran mengenai hak kepenggunaan. Itu adalah program-program yang kita jalankan untuk meningkatkan kesedaran di antara masyarakat tentang hak pengguna.
Kedua ialah mengenai online transaction. Secara latar belakang, saya ingin memaklumkan juga bahawa itu digital economy iaitu e-Dagang dalam tahun ini telah menyumbang lebih kurang 18 peratus kepada GDP negara kita dan juga dalam tiga tahun lagi sumbangannya akan meningkat sampai lebih kurang 22 peratus daripada GDP negara kita. Oleh itu amatlah penting kita menggubal satu polisi tentang bagaimana kita hendak melindungi hak-hak pengguna yang terlibat dalam online transaction. Akan tetapi pada masa yang sama juga kita perlu berhati-hati tentang apa-apa polisi yang dibuat kerana kalau kita menggubal polisi atau undang-undang yang terlalu tegas, hendak menyekat transaction online maka ia pun akan menyekat pembangunan digital
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Chong Chieng Jen
economy di negara kita. So, it is a matter of the two conflicting interests. Salah satu kaedah KPDNHEP, dibuat oleh kementerian untuk melindungi pengguna daripada online scamming adalah melalui SSM BizTrust.
SSM BizTrust itu adalah merupakan piawaian yang boleh diperolehi oleh entiti perniagaan secara atas talian melalui perakuan yang dikeluarkan oleh SSM bahawa entiti tersebut telah mematuhi ciri-ciri amanah yang telah ditetapkan, keselamatan dalam talian dan perlindungan maklumat. SSM BizTrust mengedarkan platform kepada para peniaga yang menjalankan urusan secara atas talian termasuk media sosial bagi mendapatkan pensijilan BizTrust melalui logo yang akan dipaparkan di dalam laman web perniagaan mereka.
Dengan adanya paparan logo SSM BizTrust di sesebuah laman web, pelanggan akan lebih berkeyakinan untuk berurusan dengan entiti perniagaan yang menawarkan perkhidmatan atau sekadar berkongsi maklumat di dalam laman web tersebut dan seterusnya membuat transaksi secara atas talian.
Tuan Yang di-Pertua, mengikut maklumat yang kita terima, aduan dan juga aduan kepada TTP juga berkenaan dengan online transaction telah meningkat, melonjak tinggi.
Dalam tahun 2016, hanya jumlah nilai lebih kurang RM400,000 sahaja tuntutan berkenaan tentang transaksi atas talian. Dalam tahun 2017, ia melompat tinggi sampai ke RM8 juta dari RM400,000 nilai tuntutan dalam tahun 2016 dan tahun 2017 nilai tuntutannya yang difailkan adalah RM8 juta. Dalam tahun 2018, nilai tuntutannya RM8.9 juta dan Mei 2019 hampir RM4 juta nilai tuntutannya.
Oleh itu, ia memang merupakan satu aspek yang amat penting. Satu masalah tentang tuntutan yang dibuat oleh online pembeli atau pengguna online transaction itu adalah bahawa yang pembeli itu tidak ada alamat, siapa itu pun tidak tahu kerana penjual itu hanya gunakan nama, tidak ada IC, tidak alamat, tidak ada business entity. Oleh itu hendak saman, hendak keluarkan – walaupun ada failkan tuntutan tetapi kertas tuntutan itu tidak dapat disampaikan kepada penjual.
Inilah masalah yang terbesar, oleh itu untuk mengatasi perkara ini kita menjalankan kempen untuk mempromosikan BizTrust. BizTrust ini adalah supaya sesiapa yang hendak berniaga di atas talian, mereka boleh membuat permohonan kepada SSM dan SSM akan menyemak, catatkan, rekodkan alamat mereka, bank account dan juga siapa pemiliknya, dengan IC nya, supaya kalau ada apa-apa aduan atau tuntutan, sekurang-kurangnya saman itu, kertas tuntutan itu dapat disampaikan kepada penjual.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila, Yang Berhormat Parit Sulong.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Saya tertarik dengan apa Yang Berhormat katakan tadi. Maknanya ada inisiatif daripada pihak kementerian dalam usaha untuk rectify kan perkara ini. Cuma saya hendak bertanya dengan pihak Yang Berhormat, daripada analisa Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Menteri dapati bagaimana feedback daripada umum mengenai cadangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Adakah dengan cara ini dapat dilihat bahawa kempen Yang Berhormat itu dapat membantu mereka ini ada saluran untuk membuat justification ataupun verifikasi atas perkara ini semua.
Saya minta maklumat...
Tuan Chong Chieng Jen
Ini mengenai BizTrust itu saya rasa masih something new. Oleh itu, kesedarannya tidak berapa luas dan juga online transaction, kita hendak tengok dari dua segi, online transaction e-Commerce dan digital economy itu. Kadangkala mereka yang berniaga di atas talian itu just on ad-hoc basis bukan seorang peniaga. Mungkin seseorang yang hendak jual satu barang atau dua barang dalam satu tahun, dia buat advertisement di social media untuk jualkan barangannya. So, itu pun menyumbang kepada total transaction online business. Akan tetapi untuk mereka yang bukan benar-benar buat business itu mereka tidak payah pergi mohon BizTrust daripada SSM. Akan tetapi untuk mereka yang betul-betul hendak berniaga atas talian, saya rasa adalah lebih baiklah, supaya pelanggan mereka ada confident, ada keyakinan atas business mereka, supaya adalah lebih baik untuk mereka memohon kepada pensijilan BizTrust.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
[Bangun]
Tuan Chong Chieng Jen
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ya, Yang Berhormat Paya Besar.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya syukur bahawasanya kementerian memandang tinggi perniagaan atas talian dan kaedah yang kementerian gunakan BizTrust ini.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Cuma saya agak keliru hendak mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi daripada RM400 ribu, ke RM800 ribu kepada RM8 juta. Itu satu peningkatan yang cukup besar tetapi kementerian sudah laksanakan kaedah BizTrust ini, itu yang pertama. Bagaimana kaedah ini tidak menyokong dengan data Yang Berhormat Menteri beritahu tadi? Oleh sebab ada fail atas talian daripada RM400 ribu atau RM800 ribu kepada RM8 juta, kemudiannya meningkat RM8 juta lebih.
Cumanya saya sempat went through dalam internet ini, saya tengok yuran yang dikenakan agak tinggi iaitu RM1,500 dan RM2,500 apabila untuk registration, walaupun registration sampai until 30 December 2020 itu free. Akan tetapi, adakah ini menyekat kepada yang Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi 18.3 peratus penyumbang kepada GDP negara dan akan meningkat sehingga 21 peratus pada lagi tiga tahun? Akan tetapi, bagaimana kementerian Yang Berhormat Menteri melihat dalam pengimbangan dua perkara ini? Sama ada kita hendak merancakkan ekonomi atas talian, dalam masa yang sama memastikan kaedah-kaedah yang digunakan oleh kementerian ini mencukupi untuk melindungi pengguna. Adakah kementerian akan waive registration level one dan security level ini?
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Silakan Yang Berhormat.
Tuan Chong Chieng Jen
Fi yang ditetapkan untuk pensijilan BizTrust ini, ini terpulang kepada SSM yang menetapkan fi pelesenan itu kerana SSM dia adalah lebih independent terhadap pengurusan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Tentang persoalan Yang Berhormat bangkit itu sama ada fi yang ditetapkan akan menyekat perkembangan online business, adakah itu soalannya?
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Betul, itu soalan saya. Cuma bagaimana kementerian mengimbangi, merancakkan ekonomi dengan melindungi pengguna ini?
Tuan Chong Chieng Jen
Itu bukanlah satu soalan senang hendak dijawab. Ini kerana apa yang kita buat sekarang, to find a balancing, point-point of balance untuk pada satu pihaknya kita hendak melindungi pengguna dan dari satu pihak lagi kita hendak merancakkan e-commerce. Akan tetapi saya rasa sebagai permulaannya, sekurang- kurangnya kita memastikan bahawa pengguna atau pengguna online transaction itu, sekurang-kurangnya mereka tahu who they are trading with. Bahawa sekurang-kurangnya tahu who they are trading with. Kalau ada apa-apa tuntutan, ada aduan, sekurang-kurangnya kertas tuntutan itu boleh disampaikan kepada penjual atau penjual perkhidmatan atau barang-barang itu. Dari segi selepas itu, kita tengoklah apa, bagaimana perkembangan itu.
Kalau kita menyekat bahawa sesiapa hendak jalankan online trading itu perlu lesen ini, perlu lesen itu, maka ia akan make it difficult-lah, menyusahkan mereka yang hendak membuat berniaga atas talian. Ini memang akan menjejaskan perkembangan, pembangunan e- commerce digital economy. Manakala pada masa yang sama juga, mereka yang berniaga di luar negara itu tidak tertakluk oleh undang-undang kita, tidak terikat oleh undang-undang kita. Umpamanya www.amazon.com yang di luar negara kita, mereka tidak – di bidang kuasa undang-undang negara kita. Oleh itu, setakat masa ini yang kita jalankan adalah untuk mempromosikan BizTrust itu supaya ia juga akan memberi bantuan kepada peniaga kerana ia menambahkan keyakinan pengguna dan pelanggan perniagaan itu. KPDNHEP juga melalui kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan menggunakan peruntukan seksyen 263(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, pihak kementerian boleh menurunkan akses lawan web atau menurunkan kandungan di-internet yang didapati telah melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan.
Tuan Chong Chieng Jen
Isu ketiga yang saya ingin memberi sikit maklumat adalah tentang keselamatan barangan yang juga disebutkan oleh ramai Ahli Yang Berhormat. Sehingga kini, KPDNHEP telah menggubal peraturan-peraturan standard keselamatan bagi enam barangan pengguna iaitu:-
(i) mainan kanak-kanak;
(ii) bateri primer;
(iii) tayar pneumatik;
(iv) keledar motosikal;
(v) pelapik brek gantian; dan
(vi) kaca keselamatan kenderaan, cermin.
Selain itu, KPDNHEP telah mewartakan larangan terhadap satu barangan pengguna yang tidak selamat iaitu tujuh color, seven color crystal bowl. Produk ini tidak selamat kerana fizikalnya yang berwarna-warni dan menarik, boleh disalah anggap sebagai makanan oleh kanak-kanak. Ada soalan mengenai adakah barangan pengguna yang ada di Malaysia terjamin selamat? Kini, jawapannya adalah kita masih mengkaji dan merangka bagaimana mekanisme untuk memastikan lebih banyak lagi barangan pengguna terutamanya yang berisiko tinggi seperti bateri sekunder, rokok elektronik, barangan bayi dan kanak-kanak dapat dipastikan tahap keselamatannya sebelum dipasarkan kepada pengguna Malaysia melalui perundangan serta garis panduan yang sedang dibangunkan. Garis panduan ini terdiri daripada Garis Panduan Standard Keselamatan Barangan Pengguna,Garis Panduan Pematuhan Standard Keselamatan Bateri Sekunder, Garis Panduan Aktiviti Pengeluaran, Pengedaran dan Peruncitan Rokok Elektronik, Garis Panduan Pematuhan, Pelabelan ASEAN NCAP 2019 dan Garis Panduan Pematuhan Standard Filem Penghadang Haba Kenderaan.
Mengenai barang-barang kosmetik atau makanan yang telah disebutkan, sebelum sesuatu produk kosmetik atau ubat boleh dipasarkan dalam pasaran Malaysia, mereka haruslah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan. Itu adalah di luar bidang kuasa KPDNHEP untuk memberi kelulusan ini yang di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan.
Satu lagi soalan iaitu mengenai tempoh penyelesaian kes difailkan dan penguatkuasaan award. Soalan yang ditanyakan oleh ramai Yang Berhormat adalah, apakah tempoh yang akan diambil untuk menyelesaikan satu-satu kes? Tadi Yang Berhormat Pontian pun ada sebut tentang penguatkuasaan award yang dibuat. Secara amnya, di bawah akta ini adalah disebutkan bahawa sekiranya kes itu bermula bicara, award mesti dikeluarkan dalam masa 60 hari. Selepas award dikeluarkan selama 14 hari, siapa yang di-award itu dikeluarkan, yang diputuskan bahawa hendak bayar duit itu, mesti bayar.
Tuan Chong Chieng Jen
So, it is dari masa pemfailan keluarkan dan hantar itu menyampaikan kertas tuntutan kepada penentang atau peniaga dan selepas itu peniaga akan mengembalikan apa-apa objection or bantahannya, alasan-alasannya lebih kurang dua bulan. Satu bulan, dua bulan selepas itu pada masa kita berbicara maksimum adalah 60 hari itu satu award mesti dibuat.
So, we’re talking about three months to four months. Tiga sampai empat bulan dari pemfailan kes sampai ke itu satu award dan selepas award dikeluarkan itu penentang atau peniaga yang dihukum diputuskan bahawa hendak bayar itu tebus rugi itu kepada pengguna itu hanya ada 14 hari untuk membayar. Kalau dia tidak bayar, ia merupakan satu kesalahan di bawah akta ini dan dengan kita pinda rang undang-undang pindaan yang diluluskan selepas itu, dia akan didenda RM10,000 dan untuk setiap hari yang dia tidak bayar lagi satu angka satu denda yang tambahannya di antara RM100 sampai ke RM5,000 setiap hari yang dia tidak dia bayar.
So itulah jangka masa dan tempoh yang...
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Yang Berhormat kalau tidak bayar, denda itu kita faham tetapi yang menuntut dia perlukan award tadi. Kalau denda dia bayar denda. Bayar denda kepada KPDNHP lah, penguat kuasa dia tetapi dari segi penuntut iaitu consumer masih tidak dapat apa yang dituntut.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Jadi itu persoalan yang kita tanya tadi.
Tuan Chong Chieng Jen
Yang Berhormat, kalau kita lihat tentang peruntukan yang dibawa itu, akta itu dendanya adalah RM10,000 dan untuk setiap hari tidak bayar the maximum can be RM5,000 setiap hari.
Seseorang peniaga yang kalau dikeluarkan award yang disuruhkan bayar, award- nya tidak melebihi RM50,000. Saya rasa kuranglah sesiapa yang sudi bayar denda sampai berpuluh-puluh ribu tetapi tidak mahu bayar award yang kurang daripada— tidak melebihi RM50,000 dan kalau kita bandingkan kesan award dengan kesan satu judgement debt.
Judgement yang dikeluarkan oleh mahkamah. For civil case— untuk kes sivil, judgement mahkamah tidak ada criminal implication. Siapa yang dihukum oleh— diputuskan oleh mahkamah hendak bayar sesuatu amaun kepada pihak lain, kalau dia tidak mahu bayar. Okey. Di Mahkamah Sivil itu judgement creditor boleh pohon untuk buat dia bankrap atau seizure of property tetapi tidak ada kesan— no implication of criminal offence tetapi untuk itu tribunal punya award, ada kedua-dua itu alternatif. Satunya melalui civil procedure. Hendak mohon kepada mahkamah untuk buatkan dia bankrap atau jualkan dia property dan lain-lain tetapi yang keduanya adalah supaya dia didenda RM10,000 atas kesalahannya dan seterusnya setiap hari tidak melebihi RM5,000.
Saya rasa tidak ada sesiapa yang begitu degil bahawa sampaikan dia hendak tiap- tiap hari bayar RM5,000 sepanjang masa seterusnya tetapi tidak sudi hendak bayar itu judgement debt, itu award punya amaun. So, saya rasa kita tengoklah apa kesannya itu pindaan yang dibuat selepas itu dan assess the situation before we come to any conclusion.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Menteri masa sudah tamat.
Tuan Chong Chieng Jen
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Setakat itu jawapan yang saya sempat beri dalam masa setengah jam dan tidak sempat beri saya akan minta pegawai untuk memberi jawapan bertulis.
Saya harap dengan pindaan ini kita akan memberi lebih bantuan kepada pengguna dan juga tentang satu soalan yang ditanya adalah adakah kita memuaskan tentang performance of the tribunal. Saya rasa we are trying our best but there is always room for improvement. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang semuanya menyokong rang undang-undang pindaan ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 5 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] *[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(Puan Hannah Yeoh) dan diluluskan]*
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis Mesyuarat ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi, hari Selasa.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.39 petang]