Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon] **mempengerusikan Mesyuarat****]
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Bismillahir Rahmanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, Rang Undang-undang Cap Dagangan 2019, Rang Undang-undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2019 dan Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2019 seperti yang tertera di nombor 4, 5 dan 6 dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini ditangguhkan Bacaan Kali yang Kedua dan Ketiga dan di bawa ke mesyuarat akan datang.”
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baiklah.
1. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [Lembah Pantai] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah pertimbangan kerajaan dalam memberi pengecualian mulai April 2019 kepada semua kapal negara asing yang terlibat dalam kerja pembaikan kabel dasar laut di perairan Malaysia dan sama ada dasar baru ini akan menggugat perkembangan industri perkapalan tempatan di Malaysia.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Salam sejahtera. Selamat pagi Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Lembah Pantai kerana mengemukakan soalan ini.
Pada 28 Mac 2019, kerajaan telah mewartakan keputusan untuk memberi pengecualian di bawah seksyen 65(U) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 di mana kapal bukan Malaysia dikecualikan daripada pemakaian subseksyen 65(KA)(1) ordinan berkenaan dengan perkhidmatan pembaikan kabel dasar laut yang mendarat di mana-mana pusat pendaratan kabel dasar laut di dalam perairan Malaysia berkuat kuasa mulai 1 April 2019.
Untuk makluman Dewan, demi melindungi dan memupuk industri perkapalan domestik, kerajaan melaksanakan dasar kabotaj di mana hanya kapal Malaysia boleh menjalankan aktiviti perkapalan saudagar di dalam kawasan perairan Malaysia seperti yang
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
diperuntukkan di bawah Seksyen 65(KA) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. Untuk kapal asing, dasar kerajaan sekarang memerlukan mereka untuk memperoleh perakuan daripada Malaysia Shipping Association terlebih dahulu sebelum permohonan berkenaan dapat dipertimbangkan oleh Lembaga Lesen Perkapalan Dalam Negeri.
Untuk makluman, Malaysia mempunyai sebanyak 16 rangkaian kabel dasar laut antarabangsa dan sembilan rangkaian kabel dasar laut tempatan yang mendarat di kabel landing station seluruh Malaysia. Kerosakan kabel dasar laut adalah satu fenomena yang disebabkan oleh banyak faktor yang tidak boleh dijangka. Ini akan menyebabkan gangguan talian telekomunikasi di Malaysia yang boleh menyebabkan kerugian di tahap pengguna biasa dan perniagaan yang menggunakan prasarana komunikasi untuk berhubung.
Proses pembaikan kabel dasar laut ini memerlukan perhatian segera bagi mengelakkan kerugian dan masalah talian telekomunikasi yang berterusan. Menurut Laporan International Cable Protection Committee pada tahun 2016, bilangan hari yang diperlukan untuk sesuatu pembaikan kabel dasar laut di perairan Malaysia adalah 27 hari. Ini bermaksud apabila kabel dasar laut rosak, masa yang diambil untuk memperbaiki adalah sangat panjang.
Kedudukan prestasi Malaysia adalah antara yang terendah di dunia dan ini mempunyai kesan yang sangat negatif terhadap daya saing kita dalam menarik pelaburan tempatan dan asing dalam sektor telekomunikasi dan internet.
Pada bulan November 2018, saya dihubungi oleh syarikat tempatan Telekom Malaysia dan TimeDotCom yang masing-masing mempunyai pelaburan dalam Konsortium Antarabangsa Kabel Dasar Laut. Mereka merayu supaya proses permohonan membawa masuk kapal asing dalam memperbaiki kerosakan kabel dasar laut dipermudahkan dan dipercepatkan.
Seterusnya itu pada bulan Februari 2019, saya juga berjumpa dengan rakan saya Menteri Komunikasi dan Multimedia untuk membincangkan perkara ini dan permohonan ini amat disokong oleh pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Untuk makluman, pembaikan ini memerlukan khidmat kapal yang khas iaitu kapal cable laying ships jenis dynamic positioning 2 (DP2). Memandangkan jenis kapal ini sangat sedikit di Malaysia, pengecualian diberikan kepada kapal asing untuk mempercepatkan proses pembaikan yang jika dibiarkan berterusan akan merugikan negara.
Pertimbangan utama kerajaan adalah untuk menambah daya saing Malaysia dalam menarik pelabur-pelabur asing seperti Facebook, Google dan Amazon dalam membina kabel dasar laut yang mendarat di Malaysia dan membina pusat data di Malaysia.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Ini bukan sahaja dapat menambah peluang pekerjaan, juga dapat memupuk perkembangan industri telekomunikasi dan internet di negara kita.
Di samping itu ingin ditekankan, bahawa kementerian mengambil langkah dengan memastikan pengecualian yang diberikan adalah hanya untuk kabel yang mendarat di Malaysia sahaja. Kementerian juga memastikan agar kapal asing yang diberikan pengecualian direkodkan untuk melihat keperluan khidmat kapal yang sangat spesifik ini di Malaysia dan seterusnya dapat memberikan satu gambaran bagi pihak yang berminat untuk melabur dalam perkhidmatan pembaikan kabel dasar laut di Malaysia. Sekian, terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hargai jawapan yang telah diberikan. Soalan tambahan saya ialah sebegini, apakah nilai khusus industry niche ini daripada segi dalam bahasa Inggerisnya, underwater submarine cable link, daripada segi industri perkapalan itu? Apakah langkah-langkah yang boleh diusahakan untuk membabitkan lebih banyak pemain industri perkapalan tempatan dalam sektor ini? Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Tuan Yang di-Pertua, secara spesifik saya tidak dapat memberikan angka. Akan tetapi sebab seperti yang saya ketahui bahawa, pada ketika ini, hanya satu kapal yang berdaftar di Malaysia, yang dapat menjalankan kerja-kerja ini. Itu yang menyebabkan setiap permohonan daripada syarikat-syarikat telekomunikasi apabila ada kerosakan kabel dasar laut ini, mereka perlu mendapatkan pengesahan ataupun rayuan diberikan kalau pengecualian ingin diberikan kepada kapal asing, maka rayuan perlu dikemukakan.
Akan tetapi setiap kali rayuan mereka ini ditolak, kerana ada kepentingan syarikat tempatan ini. Bukan kita tidak mahu mempertahankan kepentingan syarikat perkapalan tempatan tetapi hakikatnya oleh kerana kapal yang dimiliki oleh syarikat perkapalan Malaysia
Tuan Loke Siew Fook
ini hanya sebuah. Ini menyebabkan bahawa pembaikan kabel-kabel dasar laut ini mengambil masa yang amat panjang iaitu purata 27 hari.
Saya diberikan maklumat oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Secara purata, kalau di negara Vietnam, hanya mengambil 12 hari, di South Korea hanya lebih kurang 15 hari. Jadi, oleh kerana kita mengambil masa yang panjang, banyak syarikat telekomunikasi mereka mengelak daripada meletakkan kabel dasar laut di Malaysia ini. Saya nanti boleh tunjukkan sekeping peta kepada Ahli Yang Berhormat [Sambil menunjukkan sekeping peta] iaitu kebanyakan kabel dasar laut ini, mereka mengelak daripada Malaysia.
Mereka landing in Singapore. Jadi perkara ini kita harap semua pihak boleh melihat kepada kepentingan negara, bukannya kepentingan mana-mana satu syarikat perkapalan sahaja tetapi kepentingan negara kita pertahankan dan kita pastikan supaya adanya satu dasar memudahkan. Kita tidak ada masalah kalau ada syarikat-syarikat perkapalan Malaysia yang ingin melabur, membeli kapal-kapal yang besar ini untuk meletakkan ataupun memperbaiki kabel dasar laut. Kita alu- alukan dan kita akan menggalakkan perkara ini kalau mereka ingin membuat pelaburan yang besar seperti ini. Akan tetapi pada ketika ini, oleh kerana ada keperluan yang mendesak, kita melaksanakan pengecualian ini untuk satu specific industry sahaja. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada soalan tambahan yang kedua?
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Kuala Terengganu, Kuala Terengganu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Kuala Terengganu, 30 saat.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Ya, ya.
Pada masa sekarang, syarikat-syarikat kapal pesisir pantai, offshore support vessels yang terlibat di dalam oil and gas memerlukan perlindungan kerajaan kerana lebih 30 peratus daripada kapal-kapal tempatan tidak bekerja. Kerajaan mestilah memastikan syarikat- syarikat tempatan mendapat kerja yang secukupnya. Walau bagaimanapun, kini terdapat banyak kapal asing yang sudah bekerja di Malaysia. Ada yang telah berdaftar sebagai kapal Malaysia bagi memasuki pasaran tempatan kita. Kapal-kapal ini mengambil peluang-peluang perniagaan daripada kapal-kapal tempatan yang sebenar. Negara lain seperti Indonesia mengekalkan kawalan yang ketat bagi melindungi kapal-kapal tempatan. Malangnya, kelihatannya tidak diamalkan oleh Malaysia. Bagaimana selain untuk kerja pembaikan kapal dasar laut ini, untuk kapal oil and gas ini kementerian memberikan bantuan? Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Yang Berhormat Kuala Terengganu, dia luar tajuk. Apa yang ditanya ini hanya satu spesifik untuk kapal-kapal memperbaiki kabel dasar laut. Ia bukan melibatkan oil and gas. Memang seperti yang saya katakan tadi, dasar kita, kita ada Dasar Kabotaj iaitu melindungi syarikat-syarikat perkapalan tempatan. Kalau mana-mana syarikat perkapalan asing yang ingin masuk beroperasi di Malaysia, mereka perlu mendapatkan pengakuan ataupun endorsement daripada Malaysia Shipowners’ Association (MASA) iaitu kalau hanya tidak ada kapal tempatan sahaja, pasaran itu boleh dibuka kepada syarikat asing. Dalam kes yang saya sebut ini, ini memang hanya satu kapal sahaja yang ada. Itu menyebabkan banyak pembaikan kabel-kabel dasar laut ini tidak dapat dijalankan dengan cepat. Itu sebabnya kita memberikan pengecualian kepada syarikat perkapalan asing.
Jadi, soal oil and gas itu lain. Kita ada Dasar Kabotaj sedia ada yang melindungi syarikat-syarikat perkapalan tempatan. Terima kasih.
2. Tuan Willie anak Mongin [Puncak Borneo] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah penambahbaikan yang cuba kementerian ketengahkan dalam penjenamaan semula Syarikat Pemberi Pinjam Wang menjadi nama baru iaitu kredit komuniti yang baru dilancarkan minggu lepas.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Bismillahir Rahmanir Rahim. Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengalu-alukan kehadiran AJK, anggota Cabang Ampang Wanita dan MK. Selamat datang.
[Tepuk] Ampang power.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Selamat datang.
[Ketawa]
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Alhamdulillah. Betul atau tidak Yang Berhormat Tapah, Ampang power? Betul. Okey, terima kasih.
[Ketawa]
Datuk Seri M. Saravanan - Tapah
Power rangers.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Alhamdulillah, okey. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Puncak Borneo, baru-baru ini KPKT telah melancarkan penjenamaan semula syarikat pinjaman wang berlesen kepada kredit komuniti. Kita melaksanakan penukaran penjenamaan semula semata-mata ingin memastikan bahawa hak peminjam terjaga dan sambil itu kita juga hendak mengangkat peranan syarikat pemberi pinjam wang ini agar tidak dianggap sebagai along yang bertebaran dan menipu rakyat.
Jadi, dengan adanya penjenamaan semula ini, kita harap akan dapat meningkatkan keyakinan rakyat untuk datang kepada syarikat-syarikat yang berlesen di bawah KPKT ini dan hak mereka akan dapat terjaga. Kita tidak mahu mereka pergi kepada along. Jadi bila pergi ke syarikat kredit komuniti ini, hak peminjam itu terjaga. Maknanya setiap kali dia datang meminjam, ada kertas, ada perjanjian dan kadar faedahnya terjamin, tidak lebih daripada 12 peratus. Sekiranya mereka tidak dapat membayarnya, ia boleh dibawa ke muka undang- undang. Jadi, tidaklah mereka ini dianiayai kalau mereka pergi kepada along-along yang mana tidak ada ketetapan faedahnya, dengan tidak ada tempat premis yang betul dan mereka mudah dianiayai dan diugut oleh along.
Selain daripada itu juga kita hendak pastikan bahawa peminjam-peminjam kredit komuniti ini adalah kita faham bahawa petty-petty traders, peniaga-peniaga kecil yang menggunakan along untuk mendapat pinjaman yang sedikit ini yang RM400, RM500, RM300 untuk menjual nasi lemak dan sebagainya. Jadi untuk mengelakkan mereka pergi kepada along kerana mereka takut kalau pergi ke syarikat pinjaman berlesen ini ada paperwork atau documentation yang mereka harus sediakan, sebenarnya tidak ada.
Jadi, kita hendak menyelamatkan mereka daripada pergi jumpa kepada along, datang kepada kredit komuniti yang diselenggarakan oleh KPKT, agar hak peminjam mereka sebagai peminjam terjamin dan terjaga. Jadi, inilah yang KPKT laksanakan untuk menggalakkan sekiranya hendak meminjam wang, pergi ke KPKT, syarikat wang yang berlesen dan tidaklah pergi kepada along.
Dengan adanya penjenamaan semula ini, ada logo baharu telah kita lancarkan dan juga namanya adalah kredit komuniti dengan logo yang telah kita siapkan dan ada QR Code sekali. Jadi, dengan adanya QR Code ini akan dapat menjamin bahawa syarikat wang berlesen ini adalah yang genuine, yang tulen, yang boleh mereka gunakan secara sah daripada segi undang-undang-undang.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberi penjelasan yang cukup menyeluruh dan juga mempunyai inisiatif yang amat baik. Soalan tambahan saya, adakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak Menteri untuk menukar persepsi rakyat yang menyamakan syarikat pemberi pinjaman berlesen ini compare dengan along? Terima kasih.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Itu yang saya sebutkan tadi Yang Berhormat Puncak Borneo agar rakyat tidak akan salah tafsir atau bila melihat syarikat pemberi pinjam wang berlesen, seolah-olah satu konotasi bahawa syarikat ini tidak legal because kena emphasizekan berlesen itu.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Jadi kalau dengan ada nama kredit komuniti ia lebih friendly. That means rakyat akan mudah rasa seolah-olah ini adalah satu tempat mereka boleh meminjam wang dengan cara lebih selamat dan mereka yakin hak mereka juga akan terjaga dan terpelihara. Oleh sebab itu kita tukarkan kepada kredit komuniti. Selain daripada itu juga, kredit komuniti ini juga melancarkan i-KrediKom yang mana mereka boleh membuat carian nama kredit komuniti yang genuine, yang sah di bawah lesen KPKT. Mereka juga boleh buat aduan kepada syarikat-syarikat yang tidak mengikut dan melanggar peraturan.
Jadi dengan ini, saya amat berharap ia akan menggalakkan ekonomi daripada petty traders daripada peniaga-peniaga kecil agar mereka ada ruang, ada tempat yang mereka boleh pergi untuk meminjam dengan cara lebih sah, lebih legal dari segi undang-undang dan mereka tidak dianiayai oleh along-along yang menjadi lintah darat dan dengan wang yang
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
sikit faedahnya bertambah dengan tinggi dan kadangkala membuatkan keluarga mereka dalam keadaan dan diugut sebagainya. Jadi, inilah inisiatif KPKT agar kita dapat membantu rakyat di luar sana terutama sekali petty traders, peniaga-peniaga kecil. Terima kasih.
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya ingin mendapat penjelasan, apakah pihak KPKT tidak bercadang untuk memastikan sistem ini ialah berdasarkan sistem kewangan Islam supaya untuk mengelak riba? Ini kerana riba ini dosa besar yang dilaknat oleh Allah SWT.
Kedua, saya ingin mendapat sejauh mana, berapa banyak lesen yang telah dikeluarkan? Apakah ada agensi lain yang mengeluarkan lesen kepada pengurup wang?
Terima kasih.
Puan Zuraida binti Kamaruddin
Dalam pengendalian KPKT, hanya satu sahajalah syarikat berlesen wang yang kita sudah jenamakan semula, kredit komuniti.
Memang ketika perbahasan dahulu, even Yang Berhormat Rantau Panjang ada meminta saya untuk memikirkan sama ada kita boleh menggunakan shariah compliance, mengikut undang-undang Islam. Ketika ini, syarikat berlesen yang telah dapat lesen daripada KPKT mereka boleh pergi ke panel-panel pensyariahan itu. Mereka boleh join dengan syarikat- syarikat ini untuk mengangkat syarikat mereka sebagai shariah compliance. Walau bagaimanapun, di peringkat KPKT kami sedang menggubal Akta Kredit Pengguna. Di mana dalam Akta Kredit Pengguna ini, akan kita serapkan sekali pinjaman berlandaskan syariah. Jadi, yang ini kita telah duduk dan adakan town hall session pada 19 Februari 2019 untuk mendapatkan maklum balas daripada agensi-agensi kerajaan. Insya- Allah, penggubalan Akta Kredit Pengguna ini akan kita dapat laksanakan dalam tahun ini bersama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna. So, ini telah, sedang diuruskan. Akan tetapi yang mana sudah ada sekarang, mereka boleh pergi syarikat-syarikat yang panel syariah untuk mendapatkan shariah compliance certificate. Terima kasih.
3. Tuan Wong Kah Woh [Ipoh Timur] minta Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan status penjanaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) Negara memandangkan kementerian telah mengumumkan sasaran 20 peratus TBB pada 2025 dan bagaimana sasaran ini akan dicapai.
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Puan Yeo Bee Yin
Tuan Yang di-Pertua, bagi mencapai sasaran 20 peratus campuran kapasiti Tenaga Boleh Baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik negara menjelang tahun 2025, sebanyak 3,991 megawatt iaitu kira-kira empat gigawatt kapasiti tambahan TBB diperlukan.
Sasaran ini tidak termasuk penjanaan hidro berskala besar yang melebihi 100 megawatt.
Selaras dengan komitmen tersebut, kerajaan akan meningkatkan penjanaan bekalan elektrik daripada pelbagai sumber TBB melalui pelaksanaan inisiatif seperti berikut:
(i) mekanisme Feed-in Tariff (FiT). Untuk penjanaan hidro kecil, biogas dan biomass;
(ii) Net Energy Metering (NEM) dan Supply Agreement for Renewable Energy (SARE) untuk memangkinkan penjanaan solar atas bumbung;
(iii) bidaan terbuka untuk projek solar berskala besar (large scale solar); dan
(iv) kerajaan juga mengkaji projek-projek TBB lain yang berpotensi seperti waste-to-energy (WTE).
Yang Berhormat Ipoh Timur, kerajaan bukan sahaja telah merancang projek-projek TBB untuk mencapai empat gigawatt itu tetapi kerajaan juga berusaha untuk memastikan pengusaha-pengusaha swasta mendapat fasiliti kewangan yang mencukupi untuk melaksanakan projek-projek ini. Tiga insentif kewangan yang utama adalah seperti berikut:
(i) Green Investment Tax Allowance (GITA), untuk memberi pengecualian cukai pelaburan kepada syarikat yang melabur ataupun memperoleh peralatan dan perkhidmatan hijau;
(ii) Green Income Tax Exemption (GITE), untuk memberi pengecualian cukai pendapatan, income tax exemption bagi penyampaian perkhidmatan hijau;
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Puan Yeo Bee Yin
(iii) Green Technology Financing Scheme (GTFS), di mana kerajaan menampung dua peratus daripada kadar faedah pinjaman, two percent of interest rate subsidies dengan izin, untuk lima tahun pertama pelaksanaan projek-projek TBB dengan jumlah nilai projek RM2 bilion untuk tahun 2019 dan 2020.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kementerian ini sedia maklum tidak cukup kalau dorongan kewangan hanya daripada kerajaan. Oleh itu, kementerian ini juga telah melantik Suruhanjaya Sekuriti untuk mempengerusikan Green Financing Task Force untuk memberi cadangan kepada kerajaan bagaimana kita boleh memangkinkan pertumbuhan pelaburan swasta, private financing di industri hijau. Laporan Green Financing Action Plan akan siap 31 Julai 2019.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya adalah setakat ini, berapakah peratusan TBB yang telah pun dicapai? Kedua, apakah manfaat kepada negara dalam pencapaian TBB ini?
Puan Yeo Bee Yin
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Sehingga 31 Disember 2018, jumlah kapasiti penjanaan TBB dalam campuran pembekalan elektrik adalah sebanyak 1,590 megawatt iaitu bersama 4.71 peratus. Pecahan berdasarkan sumber TBB adalah seperti berikut:
| Sumber | Jumlah (megawatt) |
|---|---|
| biogas | 69 |
| biomass | 725 |
| small hydro | 89 |
| solar | 700 |
Antara manfaat yang kita boleh dapat daripada penggunaan industri TBB adalah dua. Pertama, adalah dari segi alam sekitar. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kalau kita menggunakan dengan pelaksanaan 20 peratus ini, kita dapat mengurangkan emission intensity sebanyak 30 peratus berbanding tahun asas 2005 iaitu bersamaan dengan pengurangan pembebasan karbon dioksida sebanyak 17.3 juta tan.
Dari segi ekonomi, saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini.
Pembangunan TBB akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan daripada penjanaan kuasa fosil. Saya bagi satu contoh, menurut scientific American penjanaan kuasa solar boleh mencipta 6.65 peluang pekerjaan untuk penjanaan setiap gigawatt jam berbanding dengan hanya 0.07 dan 0.06 untuk penjanaan kuasa per gigawatt jam berasaskan arang batu dan gas masing-masing.
Kementerian ini menjangka dengan peningkatan pembangunan TBB sebanyak 20 peratus menjelang tahun 2025, kita boleh mewujudkan sebanyak 187,000 peluang pekerjaan dan juga menarik pelaburan berjumlah RM40 bilion.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai untuk soalan tambahan kedua.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Pada 15 Februari 2019, kementerian telah melaksanakan pembidaan terbuka projek loji jana kuasa solar berskala besar (LSS) pusingan ketiga selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kapasiti penjanaan tenaga boleh baharu kepada 20 peratus menjelang tahun 2025.
Soalan saya ialah bolehkah kementerian nyatakan perkembangan terkini pembidaan tersebut? Adakah sudah ada pembida yang berjaya? Mohon nyatakan pembida tersebut. Terima kasih.
Puan Yeo Bee Yin
Pembidaan itu akan terbuka untuk enam bulan dan Julai baru kita tutup. Akan tetapi untuk perkembangan yang kita dapat, jumlah dokumen pembidaan kali ini LSS pusingan ketiga adalah kita telah jual 719 dokumen untuk pembidaan iaitu ada ramai pengusaha-pengusaha swasta yang berminat untuk membida projek large scale solar ini.
Puan Yeo Bee Yin
Kita telah membuat beberapa penambahbaikan apabila kita membida Projek Large Scale Solar ini. Pertama, penawaran kuota berdasarkan julat kapasiti seperti dalam proses pembidaan sebelum ini telah dimansuhkan untuk membolehkan pemaju membida pada kapasiti yang lebih tinggi kerana ini adalah yang kedua iaitu had penawaran kuota ini akan affect kos penjanaan.
So, kedua penambahbaikan adalah had penawaran kuota setiap pemaju ditingkatkan kepada 100 megawatt dan tawaran kapasiti daripada satu megawatt hingga 100 megawatt boleh dilaksanakan di satu lokasi ataupun secara agregat. Ini bertujuan untuk memastikan pemaju projek mendapat kadar pembiayaan yang lebih baik daripada institusi kewangan, lower interest rate melalui skala yang lebih besar dan seterusnya dapat menurunkan harga tarif elektrik yang boleh ditawarkan.
Ketiga, penambahbaikan yang ketiga ialah kita telah menetapkan syarat bahawa komponen engineering construction and commissioning bagi Projek LSS3 perlu melantik kontraktor tempatan yang berdaftar dengan CIDB bagi meningkatkan keupayaan teknikal syarikat-syarikat tempatan. Ini adalah tujuan kerajaan supaya kita bukan sahaja membangunkan ekonomi ataupun membangunkan TBB di Malaysia tetapi juga dengan ini membangunkan industri dan juga pemain-pemain lokal tempatan di Malaysia.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
1. Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong] minta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan perkembangan rundingan Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak
(SPRWS). Juga perincikan perkembangan kelulusan semakan Surcaj Penjimatan Air (WCS) Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
(SPAN).
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli - Dr. Xavier Jayakumar
Tuan Yang di- Pertua, Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak melibatkan dua komponen iaitu penyaluran air mentah dari negeri Perak ke negeri Pulau Pinang dan pembinaan loji rawatan.
Kedua-dua komponen ini pun kita telah bincang dengan negeri Pulau Pinang dan negeri Perak. Saya diberitahu bahawa ada persetujuan untuk melaksanakan projek ini pada masa akan datang.
Akan tetapi, sebelum kita boleh laksanakan projek ini, kita kena buat sesuatu kajian untuk kemungkinan sumber air dan juga untuk air yang digunakan di dalam kawasan- kawasan pertanian di Perak, contohnya ialah kawasan Kerian untuk skim pertanian di dalam kawasan itu. Pada masa sekarang, kita telah pun berbincang kedua-dua skim ini ialah satu, membawa air mentah dari negeri Perak kepada satu loji air yang besar yang akan kita adakan di negeri Perak. Loji air ini akan jadi JV di antara Pulau Pinang dan negeri Perak. Selepas itu, air yang telah dirawat akan dihantar kepada Pulau Pinang dan juga dikongsi di negeri Perak.
Ini di dalam perbincangan dan saya dimaklumkan bahawa sudah pun ada persetujuan dan kita akan teruskan dengan perbincangan dengan macam mana kita hendak laksanakan projek ini pada masa depan yang akan datang.
Soalan nombor dua ialah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang iaitu PBAPP tidak akan meneruskan pelaksanaan surcaj perkhidmatan air, water conservation surcharge.
Perkara ini telah diambil kira di dalam pelaksanaan mekanisme penetapan tarif, that is the tariff setting mechanism. Di dalam isu ini, kita telah pun diberitahu bahawa bila tarif di dalam Pulau Pinang akan kita kaji balik dan bila kita ada persetujuan dan kita setuju untuk tariff mechanism yang baharu, water conservation surcharge ini akan dibatalkan. Terima kasih.
Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Soalan tambahan, berhubung dengan skim bekalan air mentah secara dasar dan precedent, penyaluran di antara dua negeri seperti Johor ke Melaka, Pahang ke Selangor adalah melibatkan air mentah dan bukan air terawat. Jadi, selari dengan dasar negara dan precedent, adakah dalam kajian yang akan dilakukan kementerian akan lihat bagi negeri Pulau Pinang, air mentah yang dibekalkan dan bukan air terawat.
Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong
Seterusnya, Yang Berhormat Menteri ada menyatakan tentang mekanisme penetapan tarif. Jadi, saya ingin Yang Berhormat Menteri memaklumkan kepada Dewan, sama ada tariff setting mechanism ini sudah pun dibentangkan kepada Kabinet Pakatan Harapan untuk diluluskan oleh Kabinet Pakatan Harapan. Baru-baru ini Yang Berhormat Menteri ada menyebut dalam akhbar bahawa enam negeri sudah setuju, saya ingin tahu apa yang disetujui itu? Adakah disetujui kadar tarif ataupun tariff setting mechanism, ada bezanya. Sekian, terima kasih.
Dr. Xavier Jayakumar
Terima kasih. Kementerian KATS belum lagi membawa kadar tarif mekanisme yang telah pun dipersetujui kepada Kabinet lagi. Ini kerana kita belum selesai perbincangan di antara negeri-negeri masing-masing.
Perbincangan dengan negeri-negeri sekarang ialah tariff setting mechanism itu sudah pun selesai. Sekarang kita berbincang dengan negeri, di atas tarif air di dalam tiap- tiap negeri dan itu lah yang sekarang kita bincangkan dan kita pun sudah ada beberapa perbincangan dengan negeri-negeri. Apa yang saya kata kelmarin, memang ada in principle, persetujuan dari enam negeri tetapi ini masih di dalam perbincangan dan telahpun ditetapkan.
Pada masa itu, kementerian akan bawa ini kepada Kabinet untuk diluluskan dan lepas itu diberitahu kepada umum. Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. apa jaminan Yang Berhormat Menteri bahawa air di Sungai Perak itu, bekalannya cukup buat petani-petani di seberang Perak dan memastikan bahawa bekalan air Sungai Perak jangan dibekalkan ke Pulau Pinang terlalu banyak sangat.
[Ketawa]
Dr. Xavier Jayakumar
Kalau minta jaminan, memanglah saya tidak boleh jamin apa pun.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Menteri...
Dr. Xavier Jayakumar
Akan tetapi kita sekarang buat kajian atas isu ini dan lepas kajian itu telah pun diselesaikan, di mana kita akan ambil perhatian atas isu air terawat untuk seluruh penduduk di dalam negeri Perak dan Pulau Pinang.
Pada masa yang sama, apa yang saya telah katakan di sini, kajian ini termasuk untuk digunakan di dalam pertanian juga di Perak, khususnya di Perak Utara untuk diadakan di dalam kajian ini. Selepas itu sahaja kita akan ada satu persetujuan ataupun satu mekanisme yang kita akan minta Perak dan Pulau Pinang untuk ditandatangani dan lepas itu mekanisme pembayaran dan mekanisme projek ini akan dilaksanakan, kita akan tentukan pada masa itu. Terima kasih.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tuan Yang di-Pertua, satu soalan sahaja, penting.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya beri soalan tambahan yang ketiga kepada Yang Berhormat Permatang Pauh.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Bagan Serai tak payah lah!
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Pasir Salak yang tak payah tadi.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Bagan Serai dah tak mewakili dah!
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Saya hargai penjelasan bahawa tariff setting mechanism ini belum dimaklumkan kepada Kabinet, maksudnya ia merupakan cadangan kerajaan lama.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh
Persoalan saya, daripada segi kesan dan perbezaan- variance ke atas pengguna domestik dan juga industri selepas pengenalan ini. Mungkin secara am boleh Yang Berhormat khabarkan. Kerana saya tahu rundingan sedang diteruskan tetapi pengguna harus memahami tentang peningkatan kos selepas pengenalan TSM yang dibawa kerajaan dahulu.
Terima kasih.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli - Dr. Xavier Jayakumar
Cara dia ialah kita telah- bagi pihak kepada tarif air itu ialah Band 1, Band 2, 3 dan 4. Ini Band 1 kepada golongan pendapatan rendah di semua negeri- yang katakan pendapatan keluarga mereka- itu akan ditentukan oleh negeri masing-masing. Band itu akan digunakan untuk siapa dan golongan apa. Ada negeri yang katakan RM4000 dan ke bawah pendapatan keluarga- itu dimasukkan dalam Band 1- ataupun RM5000 dengan bawah. Itu Band 1. Itu ialah satu yang akan diguna pakai oleh negeri dan kita akan berbincang sama-sama dengan SPAN dan negeri.
Kita kena faham di sini bahawa, satu-satunya yang kita hendak adakan tarif, yang setting mekanisme ini ialah untuk pastikan bahawa industri air ini, di tiap-tiap negeri ini, ia boleh adakan industri ini dengan secara yang baik, nombor satu; dan cukup dana untuk industri ini, untuk OpEx- operational cost cukup untuk negeri masing-masing melalui syarikat- syarikat berkenaan untuk mengadakan satu mekanisme di mana air akan terus dihantar kepada semua. Dapat 24 jam dan 365 hari setahun.
Sebab itulah business plan juga kena dikaji dan dibaca, dan dibuat semua sekali.
Dengan negeri dan SPAN, dan selepas itulah kita akan ada persetujuan.
Saya boleh katakan di sini bahawa perhatian- kepentingan kita ialah untuk pergi kepada Band 1, di mana golongan pendapatan rendah kita faham dan kita akan adakan- kalaupun adakan kenaikan, itu akan jadi satu isu antara negeri dengan kita untuk adakan kenaikan yang bukannya besar sangat. Terima kasih.
2. Dato' Sri Azalina Othman Said [Pengerang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, apakah status penubuhan Suruhanjaya Kanak-kanak yang bebas di Malaysia yang sebelum ini dikatakan sedang dikaji serta timeline sekiranya kementerian benar-benar serius dalam hal ini.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pengerang.
Kerajaan sememangnya amat serius dalam menubuhkan Suruhanjaya Kanak- kanak di Malaysia. Pada 5 Julai 2018 tahun sudah di Parlimen, Yang Berhormat Timbalan Menteri Pembangunan kami telah mengatakan kesediaan kementerian kami untuk meneliti keperluan untuk mewujudkan sebuah Suruhanjaya Kanak-kanak. Susulan itu SUHAKAM telah mengemukakan kertas cadangan pelantikan Pesuruhjaya Kanak-kanak, Children’s Commissioner kepada kementerian pada 5 November 2018.
Bagi tujuan mendapatkan pandangan pemegang taruh, stakeholders terhadap Kertas Cadangan tersebut, Sesi Libat Urus pelantikan Pesuruhjaya SUHAKAM bagi portfolio kanak-kanak telah di adakan pada 23 November 2018, dengan kehadiran pegawai-pegawai kementerian, jabatan kerajaan dan NGO-NGO.
Tuan Yang di-Pertua, bahagian BHEUU iaitu Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri telah memulakan proses pengiklanan kepada umum mengenai pengambilan Pesuruhjaya SUHAKAM pada akhir tahun sudah 2018.
Individu-individu yang telah mengemukakan pencalonan telah disaring dan kini sedang dimuktamadkan untuk kelulusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. BHEUU dijangka akan membuat pengumuman pelantikan pada bila-bila masa pada tahun ini- April.
Suka saya tekankan pada masa ini kerajaan ingin menumpukan terlebih dahulu kepada pelantikan seorang Pesuruhjaya Kanak-kanak di bawah struktur yang sedia ada, di bawah SUHAKAM.
Pesuruhjaya yang akan dilantik ini sekurang-kurangnya boleh meneliti dahulu gambaran menyeluruh pelaksanaan hak kanak-kanak di Malaysia. Pemerhatian lanjut seterusnya boleh dipertimbangkan untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya yang ideal untuk kanak-kanak pada masa depan. Pesuruhjaya ini akan bertindak sebagai, dengan izin, check and balance dalam mengimbangi pengendalian isu kanak-kanak oleh pihak kerajaan, NGO, dan organisasi tempatan atau antarabangsa. Terima kasih.
Dato' Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Masa 30 saat untuk tanya soalan tentang kanak-kanak yang jumlah 18 tahun ke bawah seramai 9.4 juta orang Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.
Dato' Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Saya ucapkan terima kasih pada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sebab jawapannya di bawah SUHAKAM.
Soalan saya Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, SUHAKAM ditubuhkan di bawah Akta 597 pengkhususan kepada hak asasi. Isu kanak-kanak melebihi isu asasi. Soalan kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, kenapa kerajaan reluctant, dengan izin, ataupun berat hati untuk mewujudkan suruhanjaya yang betul-betul bebas khas untuk kanak-kanak yang boleh advocate, dengan izin children’s rights, examine the review, laws, policy practices, health, wellcare, protection, development of all children. Maknanya SUHAKAM itu saya faham, tetapi SUHAKAM fokus pada hak asasi.
Kenapa tidak kerajaan wujud badan yang bebas, wujudkan akta yang khas, supaya 9.4 juta kanak-kanak dalam negara kita di bawah umur 18 tahun dapat dilindungi 100 peratus, tanpa adanya kata orang, kejap nak bagi kejap tak nak bagi. Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.
Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Pengerang atas soalan susulan. Berkenaan nak bagi, tak nak bagi- tak adalah.
Kita memang serius ini, seperti mana yang saya telah jawab.
Buat masa ini kerajaan memutuskan melantik seorang Pesuruhjaya Kanak-kanak berbanding menubuhkan satu Suruhanjaya Kanak-kanak yang dikatakan- kerana mengambil kira struktur sedia ada SUHAKAM, untuk menjimatkan kos dan memantau isu kanak-kanak secara bebas.
Walaupun memang SUHAKAM untuk hak asasi manusia tetapi kita wujudkan untuk kanak-kanak khusus, memandangkan kebelakangan ini terlalu banyak isu menyedihkan melibatkan eksploitasi kanak-kanak. Kita ambil kira ini Yang Berhormat Pengerang.
Daripada penderaan seksual- kepada kanak-kanak digunakan sebagai pengemis- dan melantik dan meletakkan Suruhanjaya Kanak-kanak dalam struktur sedia ada untuk menangani dalam masa terdekat ini, dilihat sebagai satu penyelesaian jangka pendek yang lebih praktikal.
Ini bagi memastikan semua isu berkaitan kebajikan dan perlindungan kanak-kanak dapat dipantau dan memastikan agensi atau badan-badan yang berkaitan memikul tanggungjawab masing-masing.
Walaupun- memanglah katakan struktur ini di bawah SUHAKAM tapi ia akan melaksanakan fungsi khusus melibatkan kanak-kanak sahaja dan Pesuruhjaya Kanak-kanak juga memerlukan melaporkan secara berkala serta mengesyorkan kepada Parlimen mengenai isu berkaitan kanak-kanak selaras dengan pengumuman kerajaan pada 1 Julai tahun sudah- 2018 mengenai laporan SUHAKAM ke Parlimen.
Sebagai contoh, proses penubuhan Suruhanjaya Kanak-kanak di Hong Kong pun melibatkan masa yang lama walaupun sejak 2006 lagi NGO telah mendesak, tetapi mereka adakan juga Child’s Right Forum dahulu, dan sudah mendapati peranan yang tidak menepati keperluan pada masa itu, Kerajaan Hong Kong telah mewujudkan pula jawatankuasa persediaan – Preparatory Committee bagi menjalankan libat urus dengan pelbagai penglibatan awam secara meluas tentang keperluan penubuhan Suruhanjaya Kanak-kanak yang khusus itu.
Jadi saya ingat secara positifnya kita melihat- kita sudah mula, kita buatkan jangka pendek – short term, kita buatkan apa-apa yang ada itu, struktur itu- yang sedia ada di bawah SUHAKAM. Suhakam juga telah mengesyorkan kepada kami, dan kita akan sambut baik, kita akan teruskan untuk menjaga insya-Allah semua kebajikan kanak-kanak di Malaysia. Terima kasih.
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Mengapakah kementerian telah membuat keputusan untuk melantik seorang Pesuruhjaya Kanak-kanak sahaja, dan bukan meneruskan cadangan untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Kanak-kanak yang saya rasa pastinya akan dapat memainkan peranan check and balance yang lebih berkesan.
Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Terima kasih [Ketawa] Memang menyamai soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Pengerang tadi.
Akan tetapi saya memang hendak teruskan. Tadi saya berhenti sebab ada kekangan masa ya. Sebab kita ada yang saya katakan Hong Kong.
Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Hong Kong mengambil masa 2006 sampai ke 2018 baru bermula pada Jun tahun 2018. Saya juga mengambil kira bahawa negara-negara ASEAN yang berdekatan, bagaimana kita hendak buatkan best practices, cara mana kita menangani masalah kanak- kanak memang ini juga kita ambil kira.
Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Kita melihat di Indonesia, Komisi Perlindungan Anak Indonesia yang ditubuhkan pada tahun 2002, berfungsi dan memantau keberkesanan pelaksanaan hak asasi kanak- kanak di Indonesia, yang lebih lagi ya, walaupun yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pengerang bahawa kita ada berapa juta di sini, di Indonesia lebih ramai lagi dan telah ada ditubuhkan di bawah Undang-undang ‘Nombor’ 23 Tahun 2002 tentang Perlindungan Anak.
Jelaslah di sini bahawa kedua-kedua suruhanjaya Hong Kong dan Indonesia ditubuhkan berdasarkan ketetapan, sama ada melalui penubuhan satu jawatankuasa dahulu ataupun perundangan.
Jadi kita meneliti pengalaman Hong Kong dan Indonesia serta negara-negara lain supaya melaksanakan fungsi pesuruhjaya kanak-kanak dahulu dan pada masa depan, kita akan melihat bagaimana kita hendak pesuruhjaya dahulu sebelum kita membuat penubuhan suruhanjaya kanak-kanak pada masa hadapan. Akan tetapi pada masa ini, memadai di bawah SUHAKAM. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya teruskan kepada pertanyaan yang seterusnya. Saya jemput...
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Soalan tidak boleh Tuan Yang di-Pertua? Tentang SUHAKAM itu. Satu sahaja soalan, sekejap saja. Soalan saya pada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, adakah Akta 597, Akta SUHAKAM akan dipinda untuk membuat pindaan ini? Itu saja, terima kasih.
Timbalan Perdana Menteri - Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Yang Berhormat Pengerang, saya akan mendapatkan detil-detil itu dan berikan secara bertulis.
Oleh sebab ini adalah khusus, akta ini tepat pada SUHAKAM, itu kita akan buat kajian dan bagaimana saya menjawab, biarlah khusus dan biarlah tepat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan Karupaiya Mutusami - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya teruskan ini, saya mengalu-alukan kehadiran daripada Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM, Merbok, Kedah, jiran saya dan seterusnya SMK Pendidikan Khas, Setapak, mengalu-alukan kedatangan mereka.
[Tepuk] Seterusnya adalah sebuah pantun.
Padi di huma di pinggir hutan; Mari dipunggah dengan cermat; Ucapan mesra daripada tuan; Kami dengar sehingga tamat.
3. Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai] minta Menteri Kesihatan menyatakan bolehkah pihak kementerian membuka klinik pada jam 7 pagi supaya pesakit boleh berehat di dalam memandangkan masih ramai pesakit terpaksa menunggu di luar klinik kesihatan sebelum klinik dibuka pada jam 9 pagi.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih pantun, tidak terjawab nampaknya pagi ini.
Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Padang Serai, Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa mengambil maklum dan mengakui bahawa ada klinik kesihatan menerima kedatangan pelanggan seawal sebelum 7.00 pagi, 6.00 pagi lagi sudah mula beratur Tuan Yang di-Pertua. Waktu beroperasinya klinik-klinik kesihatan kita adalah, waktu pejabat 8.00 pagi sehingga 5.00 petang dan waktu pejabat diteruskan selepas waktu pejabat, 5.00 petang hingga 9.30 malam pada hari-hari bekerja dan 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari pada hari Sabtu Tuan Yang di-Pertua.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad
Kita sangat sedar dan sangat insaf, pelanggan tidak perlu datang ke klinik seawal 7.00 pagi, namun mereka datang juga kerana merebut tempat-tempat parking lot dan sebagainya. Walau bagaimanapun, anggota kesihatan seperti pembantu perawatan kesihatan sentiasa datang awal ke klinik bagi membuat persiapan dan memastikan segala peralatan dan kelengkapan yang diperlukan sedia digunakan dapat disediakan.
Pelanggan lazimnya mula masuk sekitar 7.30 pagi untuk mengambil nombor giliran dan pendaftaran. Keperluan membuka klinik lebih awal ada dilakukan di setengah-setengah lokaliti contohnya di Sabah, Sarawak. Saya melihat sendiri bagaimana mereka menghantar gambar-gambar ini kepada saya dan dimulakan seawal 7.00 pagi. Ada yang beratur seawal pukul 6.00 pagi pun ada Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat.
Kementerian Kesihatan sentiasa berusaha untuk menambah baik perkhidmatan dari semasa ke semasa. Antara yang kami telah lalukan adalah untuk mengambil langkah melaksanakan sistem temu janji secara berperingkat, staggered appointment system namanya. Melalui pelaksanaan sistem temu janji ini, setiap pesakit akan diberikan temu janji mengikut masa yang ditetapkan. Ini akan dapat mengurangkan congestion ataupun kesesakan kepada pesakit terutama pada waktu-waktu kemuncak, waktu-waktu puncak.
Kementerian berharap setiap pesakit dapat memberikan kerjasama dalam mematuhi temu janji yang diberikan bagi memastikan pelaksanaan sistem temu janji ini dapa dilaksanakan dengan baik.
Melaksanakan juga kita lakukan dari semasa ke semasa ya, pendekatan- pendekatan lain. Begitu dahulu Tuan Yang di-Pertua, langkah-langkah yang kita ambil menangani perkara ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Karupaiya Mutusami - Padang Serai
Soalan seterusnya, memandangkan banyak klinik diletakkan tepi jalan, ramai yang mai tunggu awal pagi. Untuk keselamatan, kita minta dibuka awal. Di samping itu juga, bolehkah perawatan untuk penghidap kencing manis ini dipercepatkan memandangkan mereka datang berpuasa dan mereka perlu menunggu masa yang panjang. Jika dapat pihak kesihatan percepatkan, mereka boleh balik awal.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Ya memang betul, ada klinik-klinik yang terletak berdekatan dengan jalan. Inilah perkara yang kami sedang tangani dalam istilahnya ialah waiting time, masa menunggu.
Masa menunggu hendak jumpa doktor, menunggu berjumpa pakar, klinik-klinik pakar menunggu untuk mendapat surgeri, khususnya elektif surgeri. Jadi, kesemua ini memang dalam pemerhatian dan usaha saya untuk menangani isu waiting time, masa menunggu.
Penantian satu penyeksaan, semua tahu.
Jadi, inilah langkah-langkahnya dan khususnya bagi mereka yang datang dengan berpuasa, the fasting sugar sangat penting. Kesemuanya itu kita tahu bahawa ada kita punya SOP dan kita akan sentiasa menimbang dan menambah baik SOP ini bagi kepentingan dan kemaslahatan pesakit Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi soalan saya, sejauh manakah penutupan Klinik 1Malaysia memberi kesan terhadap penyampai perkhidmatan kesihatan terutama kawasan tumpuan dan apakah perkembangan penjenamaan 20 buah klinik yang bakal dinaiktarafkan sebagai klinik kesihatan?
Saya juga mencadangkan klinik-klinik yang sesak tadi itu beroperasi 24 jam. Kita tahu bila masa pukul 9.00 pagi sampai 5.00 petang, semua bertumpu. Adakah kementerian ingin membuat masa tambahan iaitu 24 jam untuk semua klinik yang beroperasi sesak ini?
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, kalau boleh sedikit ringkaskan. Untuk kita mengadakan klinik 24 jam itu belum lagi dalam pertimbangan kami. Namun, kalau ada waktu-waktu dan keadaan-keadaan tertentu memanglah akan dapat kita– itu dalam keadaan kes-kes yang seperti mana dalam epidemik dan dalam keadaan-keadaan, crack crisis tertentu.
Adapun seperti mana yang telah kita tetapkan membuat servis pada hari Sabtu sehingga 12.00 tengah hari dan waktu malamnya itu sudah boleh mengatasi permasalahan kesesakan dan atas keperluan-keperluan yang crisis situation, itu mungkinlah kita akan menggunakan keadaan-keadaan yang krisis itu memerlukan pengurusan krisis juga tetapi untuk 24 hours kita pun tahu belum dalam perancangan kami. Mungkin ke depan nanti, kalau terlalu sesak kita boleh menimbangkannya tetapi untuk sementara ini, tidak ada dalam perhitungan kami lagi.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad
Pertimbangan itu mungkin kita boleh fikirkan ke depan. Adapun dalam konteks soalan Klinik 1Malaysia yang telah kami rangka kan dan rasionalisasikan itu, telah kami jawab beberapa kali. Tolong rujuk kepada Hansard. Tidak perlu saya ulang dalam soalan ini...
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Boleh cadang?
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad
...Dapat dilihat dalam Hansard. Berulang kali telah saya sebutkan apakah dasar rasionalisasi penukaran Klinik 1Malaysia kepada Klinik Komuniti ya. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Boleh cadang Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Pertanyaan diteruskan.
Minta maaf. Saya teruskan pertanyaan seterusnya. Dijemput Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Hari ini merupakan adalah hari terakhir Dewan dan Yang Berhormat Padang Serai tadi ada berpantun, saya pun hendak berpantun.
Ini pantun 12 kerat, Dibawa dari Parlimen Tumpat, Soalan saya nombor empat, Minta Menteri jawab dengan tepat, Demi untuk kebaikan rakyat, Kerana Jelutong pun datang lewat, Pantun ini pun saya baca sekerat-sekerat, Sila Menteri nombor empat.
4. Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi manipulasi orang tengah dalam pemasaran hasil laut bagi membantu nelayan meningkatkan pendapatan mereka.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Tuan Sim Tze Tzin
Terima kasih. Saya cuba balas jawapan ini dengan tepat sekali ya. Untuk makluman Yang Berhormat Tumpat, untuk mengatasi manipulasi orang tengah dalam pemasaran hasil laut. Ia ada tiga caranya. Nombor satu, ia perlu ada enforcement. Penguatkuasaan terhadap manipulasi itu perlu dijalankan. Ini adalah kuasa di bawah KPDNHEP.
Kedua, kita perlu mengurangkan lapisan-lapisan orang tengah kerana ada dalam supply chain ini ada ramai, ada pula ada tiga layer, empat layer, lima layer yang menyebabkan harga naik.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Tuan Sim Tze Tzin
Jadi, ada usaha untuk mengurangkan lapisan-lapisan orang tengah ini. Ketiga adalah cara dengan disruptive technology. Kita perlu menggunakan teknologi yang baru untuk mengalihkan supply change tersebut. Ingatkan dahulu kita beli barang kena pergi beli di kedai. Sekarang beli barang melalui online, daripada Lazada ataupun daripada Amazon dan sebagainya.
Ini akan mengurangkan harga-harga tersebut. Jadi untuk tujuan yang tersebut, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Jemaah Menteri pada 29 Mac 2019 telah bersetuju untuk menubuhkan supaya lima kementerian iaitu KPDNHEP, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Wilayah Persekutuan serta KPKT telah menubuhkan jawatankuasa khas menangani penguasaan pasaran oleh pendatang asing bagi memecahkan monopoli warga asing terutamanya pendatang tanpa izin dalam rantaian urus niaga di peringkat borong, runcit dan consumer.
Ia turut menjadi antara punca kenaikan harga hasil laut. Kementerian juga membawa isu ini ke Jawatankuasa Bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang merupakan platform kerjasama kedua-dua kementerian bagi membincangkan isu-isu berkaitan rantaian bekalan makanan.
Sehubungan itu, kementerian ini akan menumpukan kepada usaha-usaha untuk mengurangkan lapisan pemasaran sebagai strategi utama dalam mengatasi manipulasi orang tengah. Melalui strategi ini, nelayan digalakkan untuk memasarkan sendiri hasil
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Tuan Sim Tze Tzin
perikanan melalui outlets jualan terus produk perikanan di seluruh negara. Bagi tujuan tersebut, LKIM telah membina sebanyak 128 buah pasar nelayan yang melibatkan seramai 532 peserta.
Selain itu, LKIM juga diberi peluang untuk menjual ikan terus kepada pengguna di outlets Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) seperti pasar tani, Agrobazaar, Kedai Rakyat 1Malaysia dan MyFarm Outlet. Melalui strategi ini, nelayan dapat menjual hasil tangkapan mereka pada harga lima peratus hingga 10 peratus lebih tinggi berbanding harga peraih. Manakala pengguna pula dapat menjimatkan sehingga 20 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.
Ini bermakna, pendapatan peserta pasar nelayan telah meningkat sebanyak 33.6 peratus iaitu daripada RM1,870 kepada RM2,500 sebulan. Kementerian turut menggalakkan persatuan nelayan untuk berperanan sebagai orang tengah dan terlibat dalam aktiviti pemasaran ikan. Jualan ikan kepada persatuan nelayan memberi pulangan harga yang lebih baik kepada nelayan selain memberi peluang kepada persatuan nelayan untuk menjana aktiviti ekonomi. Sehingga tahun 2018, sebanyak 27 buah persatuan nelayan menjalankan aktiviti di 27 buah pusat pengumpulan dan pengedaran marin LKIM di seluruh negara. Terima kasih.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan usaha-usaha mengatasi manipulasi orang tengah dalam pemasaran hasil laut ini, saya ingin membangkitkan persoalan mengenai langkah untuk membangunkan suatu sistem jualan terus daripada tengah laut seperti yang diketengahkan oleh pihak kerajaan sebelum ini.
Jadi, apakah cadangan yang dikemukakan ini telah melindungi kelompok persatuan nelayan untuk mengetahui feedback awalnya.
Apakah kerajaan juga bercadang membangunkan satu mekanisme penjualan terus ikan ke pasar khas nelayan-nelayan tani sedia ada serta memastikan persatuan gabungan nelayan menjadi price leader bagi meningkatkan pendapatan mereka. Terima kasih.
Tuan Sim Tze Tzin
Saya telah jawab tadi bahawa kerajaan melalui PNK, telah melibatkan PNK supaya menjual ikan-ikan segar dari jeti sehingga terus kepada pasar-pasar seperti FAMA dan pasar tani dan juga Agrobazaar Rakyat.
Kerajaan juga telah membina 128 buah pasar nelayan yang melibatkan 532 peserta.
Jadi ini adalah usaha-usaha kerajaan untuk menjual ikan segar terus kepada jeti kepada pengguna. Inilah usaha kita. Terima kasih.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya percaya manipulasi orang tengah ini terjadi juga disebabkan oleh nelayan- nelayan yang turun bersabung nyawa cari ikan ini tidak dapat lari daripada orang tengah. Ini kerana mungkin ada ikatan hutang-hutang yang tidak dapat diselesaikan.
Tahniah kepada LKIM dan PNK buat kerja tetapi selagi masalah mereka terikat dengan hutang-hutang ini, dia tidak dapat bagi ikan dia kepada tempat lain. Terpaksa bagi kepada orang tengah dan berlakulah manipulasi di situ. Bagaimana kerajaan hendak bantu nelayan-nelayan ini yang sudah tersangkut ini. Sudah lama sangkut ini. Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Masalahnya Yang Berhormat Bagan serai dah lari.
Tuan Sim Tze Tzin
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya nampak bahawa hutang ini, kerajaan telah memberi beberapa penyelesaian. Contohnya, kita telah memohon supaya TEKUN untuk kita menggalakkan nelayan-nelayan itu meminjam daripada TEKUN secara terus kepada orang-orang tengah. Ini supaya mereka break away from this yang terikat dengan orang-orang tengah ini.
Jadi, itulah cara kita dan kita memohon supaya nelayan itu ambil loan daripada TEKUN supaya mereka boleh terlepas daripada ikatan orang tengah. Terima kasih.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad - Mersing
Pohon delima dibuat gasing; Soalan lima daripada Mersing;
5. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad [Mersing] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan:
(a) apakah langkah kementerian dalam menangani ketirisan data peribadi melibatkan sektor perkhidmatan; dan
(b) bagaimanakah kerangka nasional artificial intelligence (AI) akan mempengaruhi potensi ekonomi digital Malaysia.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Tuan Eddin Syazlee Shith
Bismillahir Rahmanir Rahim. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kementerian melalui Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), sebelum itu Tuan Yang di- Pertua, ada dua soalan daripada Yang Berhormat Mersing. Pertama, berkenaan data perlindungan data peribadi dan kedua berkenaan artificial intelligence.
Untuk menjawab soalan pertama, untuk maklumat Yang Berhormat, kementerian melalui Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) telah menguatkuasakan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Akta 709 pada 15 November 2013 yang bertujuan untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial.
Setiap pengguna data syarikat yang memproses data peribadi wajib mematuhi tujuh prinsip-prinsip perlindungan data peribadi dalam mengendalikan data peribadi, subjek data atau pemilik data peribadi bagi memastikan data peribadi tersebut tidak disalahgunakan.
Akta 709 mewajibkan pendaftaran bagi setiap pengguna data yang tergolong di bawah 13 golongan pengguna data. Sehingga Februari 2019, sebanyak 13,739 pengguna data telah berdaftar di bawah Akta 709. Kegagalan untuk mendaftar di bawah Akta 709 merupakan satu kesalahan yang mana jika sabit dengan kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM500,000 dan penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Bagi memastikan pematuhan Akta 709 dengan lebih cekap dan efisien serta sesuai dengan operasi perniagaan, pengguna data yang unik setiap pengguna data akan membangunkan kod data amalan, code of practice bagi memastikan setiap pengguna data di bawah golongan pengguna data tersebut mematuhi tujuh prinsip perlindungan data peribadi.
Selain dari itu, bagi memastikan keupayaan dan kebolehan pengguna data mematuhi peruntukan-peruntukan di bawah Akta 709 khususnya berkenaan tadbir urus data peribadi bermula 2016 hingga Disember 2018, JPDP telah menjalankan 77 lawatan pemeriksaan sistem data peribadi di bawah peruntukan seksyen 101, Akta 709.
Manakala bagi menjawab soalan kedua, artificial intelligence adalah salah satu teknologi bidang terkini yang dapat memacu Revolusi Perindustrian Keempat IR 4.0 serta menjana sistem ekonomi yang besar untuk negara dalam usaha merancang dan membangunkan sektor dan bidang artificial intelligence ini.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Tuan Eddin Syazlee Shith
Kerajaan melalui KKMM dan agensinya MDEC sedang membangunkan rangka kerja Artificial Intelligence Kebangsaan yang dijangka disiapkan pada suku tahun ketiga 2019 dan tujuan utama pembangunan rangka kerja Artificial Intelligence Kebangsaan ini adalah untuk membangunkan strategi dan pelan tindakan bagi meningkatkan potensi dan manfaat ekonomi dan sosial daripada segi penggunaan teknologi artificial intelligence dan pembangunan sektor teknologi artificial intelligence. Dengan pelaksanaan rangka kerja dan inisiatif yang dirancang ini, kerajaan berharap teknologi dalam bidang artificial intelligence ini dapat memberikan manfaat antaranya untuk memacu penjanaan ekonomi dan meningkatkan daya saing Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat tumpuan bagi pembangunan dan penggunaan artificial intelligence.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad - Mersing
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kalau tengok kepada semangat Akta Perlindungan Data Peribadi ini, dia sebenarnya melindungi hak-hak private personal digital property. Saya hendak tahu, banyak kes pelanggaran di bawah akta tersebut, saya nak tahu berapakah bilangan kes-kes pendakwaan yang telah dibawa ke mahkamah mahupun kompaun yang dikenakan sejak Akta 709 ini dikuatkuasakan.
Tuan Eddin Syazlee Shith
Terima kasih kepada Yang Berhormat Mersing di atas soalan tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan, bermula daripada tahun 2017, sebanyak tiga kes pendakwaan telah dibawa ke mahkamah dan yang telah disabitkan
Tuan Eddin Syazlee Shith
dengan kesalahan telah dikenakan denda sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan manakala enam kes yang telah dikompaunkan dengan sebanyak RM10,000 oleh Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi bagi setiap kesalahan yang telah dibuat.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Paya Besar.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya nak bertanya berkaitan kes siasatan terkini kes kebocoran maklumat pelajar UiTM yang telah didakwa sebanyak 1,194,540 rekod yang telah didakwa bocor, itu yang pertama. Saya nak tahu juga, Gold Global DFTZ dengan izin, apakah status pemindahan teknologi antara Alibaba.com, lazada dan eBay. Terima kasih.
Tuan Eddin Syazlee Shith
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk kedua-dua soalan itu, saya tidak mempunyai maklumat yang lengkap berkenaan ataupun data-data yang membolehkan saya menjawab dengan tepat soalan itu. Walau bagaimanapun, saya akan menyediakan jawapan bertulis Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tuan Yang di-Pertua, ada masa sikit lagi. Boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya bagi laluan satu lagi, sila.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih. Tadi mengenai ketirisan data peribadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah langkah kementerian dalam menangani ketirisan dokumen rasmi kerajaan yang diupload dalam laman web rasmi sehari sebelum ianya dibentang kepada umum. Saya ingin merujuk kepada dokumen Kertas Putih FELDA, IPMS/EPS/2019-04-09/WJDO11490 yang telah diupload keseluruhan dokumen itu tanpa ditulis embargo dalam laman web rasmi Parlimen. Itu yang saya ingin tanyakan. Terima kasih.
Tuan Eddin Syazlee Shith
Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kalau soalan itu berkaitan dengan kakitangan kerajaan, dokumen rasmi yang melibatkan kakitangan kerajaan, itu adalah perkara yang sangat kita titik beratkan. Pihak kementerian sentiasa mengambil kira dan meletakkan ini sebagai keutamaan untuk dipastikan tidak berlaku kebocoran dan sebagainya.
Akan tetapi sekiranya ianya dilakukan oleh individu yang bukan kakitangan kerajaan atau secara terang cuba memanipulasi sesuatu keadaan yang berlaku itu, itu tidak berada di dalam kawalan kami dan keadaan-keadaan ini adalah saya percaya benda baru yang sedang diteliti dan saya juga percaya pihak-pihak yang bertanggungjawab akan mengambil tindakan yang bersesuaian tergantung kepada bentuk kebocoran itu berlaku dan perbuatan di atas niat kenapa perbuatan itu dilakukan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Tuan Yang di-Pertua, saya tak sepandai Yang Berhormat Tumpat berpantun 12 kerat. Walau bagaimanapun saya cubalah dulu dua kerat dalam loghat Terengganu pekat.
“Tuan Yang di-Pertua yang henseng budimang, Soalang saya nombor enang.”
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Menteri Luar Negeri untuk menjawabnya. Tempoh masa tiga minit.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Kena dengar betul- betul ‘budimang’ dengan ‘enang’.
6. Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah langkah-langkah proaktif yang akan diambil oleh kerajaan dalam mendepani tindakan-tindakan provokatif daripada Kerajaan Singapura
seperti penamaan Selat Johor sebagai “Waters Territory of Singapore (WTS)” dan penghantaran kapal-kapal perang ke kawasan yang menjadi pertikaian untuk menakut- nakutkan bot-bot nelayan dan polis.
Menteri Luar Negeri - Dato’ Saifuddin Abdullah
Tuan Yang di-Pertua, Cinta kasih keris dan bulan; Terima kasih atas soalan...
[Dewan riuh]
Menteri Luar Negeri - Dato’ Saifuddin Abdullah
Kalau nak bunyi Terengganu, ‘soalang’ lah, ‘soalang’.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Menteri sayang dekat bulan.
Dato’ Saifuddin Abdullah
Baling tak ada bunyi Terengganu, Baling juga.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Terima kasihlah ingat dekat bulan.
Dato’ Saifuddin Abdullah
Berkenaan langkah-langkah proaktif yang diambil oleh kerajaang, eh! Kerajaan...
[Dewan riuh]
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Hari akhir ini, tersasul.
Dato’ Saifuddin Abdullah
Dalam mendepani tindakan-tindakan proaktif daripada Kerajaan Singapura, saya ingin menekankan bahawa Kementerian Luar Negeri yang pertama, sentiasa konsisten apabila berlaku apa-apa seperti pengisytiharan Kawasan Had Pelabuhan Johor yang mereka maksudkan sebagai Singapore Territory Waters dengan izin, atau penghantaran kapal perang dan penguasaan ke kawasan dalam perairan kita oleh pihak Kerajaan Singapura kita akan mengemukakan nota bantahan.
Kedua, Malaysia juga menuntut dengan izin, Malaysian Territorial Waters di kawasan had pelabuhan tersebut di mana timbulnya isu pertindihan had pelabuhan. Ketiga, Malaysia akan mengekalkan pendekatan untuk terus mempertahankan kedaulatan negara tanpa meningkatkan sebarang ketegangan di kawasan-kawasan yang berkaitan.
Dalam hal ini, pada 7 Mac 2019, Malaysia dan Singapura telah menandatangani satu dokumen perjanjian mengenai hasil rundingan kumpulan kerja dan bersetuju dengan beberapa cadangan bagi meredakan ketegangan di kawasan yang melibatkan pertindihan had pelabuhan di antara Malaysia dan Singapura. Kedua-dua negara telah berjaya menangani situasi tegang di kawasan tersebut dengan bersetuju secara bersama untuk menggantung pelaksanaan pertindihan had pelabuhan Malaysia–Singapura yang selalu kita kata Johor Bahru Port Limits dan sebagainya mulai jam 001 pada 8 April 2019.
Satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar Malaysia dan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Negeri Singapura juga ditubuhkan untuk melaksanakan rundingan persempadanan maritim. Saya nak sebutkan dengan izin, tambah sedikit masa. Selepas bincang soal Johor Bahru Port Limits itu, akhirnya Singapura bersetuju untuk melaksanakan rundingan dalam tiga lagi perkara yang menjadi dispute persempadanan maritim antara Malaysia dan Singapura. Jawatankuasa ini akan mula berbincang dan ini antara perkara yang disepakati juga dalam retreat pimpinan antara Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Singapura pada dua hari yang lepas. Terima kasih.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Sejauh manakah kesediaan pihak kementerian melakukan rundingan sempadan maritim? Adakah terhad kepada kawasan pertikaian Pelabuhan Johor Bahru Tuas atau merangkumi semua bahagian yang berpotensi mencetuskan konflik maritim?
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Juga berhubung dengan isu tuntutan Pulau Batu Putih, adakah sudah terhenti setakat itu sekalipun adanya dakwaan unsur rasuah melibatkan mantan Peguam Negara seperti mana yang dilaporkan MalaysiaKini, AG bertanggungjawab kes hilang Batu Putih sudah dimasukkan di dalam KeadilanDaily, ‘Rafizi ke Hong Kong Siasat Gani Patail’.
Menteri Luar Negeri - Dato’ Saifuddin Abdullah
Tuan Yang di-Pertua, saya hanya akan menjawab perkara-perkara yang rasmi hubungan antara Malaysia dengan Singapura. Seperti saya sebutkan tadi ada tiga isu maritim.
Menteri Luar Negeri - Dato’ Saifuddin Abdullah
Pertama, yang disebutkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, Batu Putih kalau mengikut keputusan ICJ 2008 itu diputuskan untuk di bawah Singapura, Middle Rocks di bawah Malaysia kemudian kita ada South Ledge yang ini pertindihan claim antara Malaysia dengan Singapura dan kita ada apa yang dipanggil Malaysia-Singapore Joint Technical Committee
(MSJTC) yang berbincang tentang ketiga-tiga perkara itu.
Apa yang disebut yang sebelum itu oleh Yang Berhormat ialah tentang Tanjong Piai dan Tuas. Ini memang masalah timbul kerana pihak Singapura melakukan reclamation di kawasan itu dan itu menyeberang atau impinge dalam kawasan perairan kita yang biasanya Yang Berhormat Kepala Batas biasa istilah ini ‘point twenty’ dan itu sebelum ini mereka langsung tak nak berbincang. Akan tetapi seperti yang saya kata tadi apabila kita bincang Johor Bahru port limits akhirnya mereka bersetuju untuk bincang perkara ini dan tentu kita akan mempertahankan soal ‘point twenty’ ini.
Ketiga Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan persempadanan maritime yang keseluruhan antara Malaysia dengan Singapura. Ini masih perlu dirundingkan kerana yang ada perjanjian cuma Perjanjian Straits Settlement and Johore Territorial Waters Agreement of 1927 yang menyebut soal maritime border yang rasmi antara Malaysia-Singapore. Ini akan mengambil masa tapi ini akan terus kita rundingkan, terima kasih.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang dan dari Johor ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Luar Negeri yang telah banyak berusaha dan berjaya merundingkan perkara-perkara pertikaian di Johor khususnya. Hanya soalan saya, dengan perkembangan ini adakah Menteri Luar Negeri boleh menyatakan hubungan kita dengan jiran kita Singapura semakin baik malah bertambah baik? Terima kasih.
Dato’ Saifuddin Abdullah
Hubungan kita dengan Singapura pada saya normal dan apabila kalau ikut pandangan kita oleh kerana mereka mula bersetuju untuk bincang perjanjian air, mula bersetuju untuk bincang maritime borders, bermakna ia bertambah baik bagi kita. Namun untuk Yang Berhormat Pasir Gudang dan Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Johor, saya hendak sebutkan pada sembilan hari bulan yang lepas. Satu isu yang sebelum ini kita tidak bincang dengan detail dengan Singapura ialah bagaimana menyelesaikan kesesakan di Causeway.
Kita mendapat laporan daripada kajian negeri Johor dan kita angkat laporan itu dan kedua-dua pihak bersetuju untuk berbincang bagaimana untuk meredakan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas yang satu hari lebih 260,000 individu yang menyeberang causeway untuk ke Singapura dan sebaliknya. Terima kasih.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas
Boleh satu soalan lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya bagi ruang satu kepada Yang Berhormat Kepala Batas, 30 saat.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas
Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana berjaya mengendalikan perkara ini dengan baik terutamanya penubuhan jawatankuasa bersama antara Malaysia dengan Singapore.
Sememangnya isu ini adalah isu yang kompleks dan Yang Berhormat Menteri pun sedia maklum bahawa Singapura tidak mengiktiraf the unilateral 1979 map. Cuma saya hendak tanya satu soalan ialah 13 Disember, ‘Singapore filed the declaration under Article 298 (UNCLOS)’ bagi mengelakkan mana-mana third party arbitration. Saya hendak tanya, apakah Kerajaan Singapura tidak melihat bahawa kalau ada deadlock arbitration ini mungkin salah satu daripada option out. Terima kasih.
Dato’ Saifuddin Abdullah
Ada dua perkara Tuan Yang di-Pertua, pertama ialah seperti yang sebutkan ketika menjawab soalan lain sebelum ini. Kita sedang melihat kembali peta Malaysia 1979 untuk disesuaikan dengan UNCLOS 1982 tapi dengan syarat kita tidak rugi apa yang kita sedia ada dalam peta 1979.
Soal arbitrari ini sebenarnya ini akan jadi satu terjemahan undang-undang kemudiannya. Ini kerana sefaham saya, betul bila hendak pergi arbitrari perlu persetujuan dua negara. Akan tetapi untuk sesebuah negara, secara unilateral mengatakan UNCLOS boleh digunakan untuk menghalang berlaku arbitrari itu saya fikir akan menimbulkan pentafsiran undang-undang dan saya tidak fikir kita akan bersetuju dengan pandangan tersebut sebab sefaham saya UNCLOS bukan merujuk kepada soal arbitrari.
Dato’ Saifuddin Abdullah
Ia adalah persoalan persempadanan, persoalan menentukan had perairan dan sebagainya tetapi ini mungkin satu lagi perkara yang nantinya akan berlanjutan sebagaimana banyak isu-isu antara Malaysia dengan Singapura yang mengambil masa untuk diselesaikan.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli Yang Berhormat sebelum saya menjemput Yang Berhormat seterusnya saya ingin membuat satu pengumuman.
Sukacita dimaklumkan bahawa hadir bersama-sama kita di Dewan yang mulia ini ialah Delegacy National Assembly of Kenya, yang diketuai oleh Honourable Mr. Aden Duale, Leader of the Majority Party of the National Assembly of Kenya.
[Tepuk] Kepada Honourable Mr. Aden Duale, Dewan ini mengalu-alukan kehadiran beliau dan delegasi ke Dewan yang mulia ini. Semoga dengan kehadiran Honourable Mr. Aden Duale dan delegasi ini akan mengukuhkan lagi tali persahabatan dan hubungan antara Parlimen Malaysia dan National Assembly of Kenya.
Mereka akan dibekalkan dengan language voice translator. Jadi dia akan faham apa yang kita bincangkan. Ikut peraturan dan berbahasa yang baik.
[Ketawa] Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Petaling Jaya.
7. Puan Maria Chin binti Abdullah [Petaling Jaya] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah kerajaan untuk mengadakan konsultasi bersama NGO dalam merangka rang undang-undang baru untuk menggantikan Akta Hasutan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Mohd Azis bin Jamman
Sebelum saya jawab soalan, saya juga ingin mengalu-alukan rakyat Sepanggar, sekarang ini tengah melihat secara online.
[Ketawa] [Tepuk] Kempen sikit.
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Akta Hasutan Tahun 1948, digubal oleh pihak British di Tanah Melayu untuk memperuntukkan hukuman bagi kesalahan berkaitan hasutan.
Akta ini memperuntukkan larangan bagi sebarang bentuk perbuatan, ucapan dan penulisan yang mempunyai kecenderungan menghasut. Kerajaan masa kini komited dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
Hasrat kerajaan untuk memansuhkan akta ini adalah untuk menggalakkan keterbukaan dan menjamin hak asasi manusia daripada segi kebebasan bersuara.
Kementerian Dalam Negeri telah pun menubuhkan Jawatankuasa Khas Kajian Undang- undang Berkaitan Keselamatan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. Jawatankuasa khas ini dianggotai oleh Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM), Badan Peguam Malaysia, Pengamal Undang-undang, ahli akademik, pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dan Jawatankuasa Pembaharuan Institusi.
Penubuhan jawatankuasa ini bertujuan untuk menjalankan kajian terhadap enam undang-undang di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri. Akta Hasutan Tahun 1948 merupakan salah satu undang-undang yang dikaji di bawah jawatankuasa ini.
Jawatankuasa Khas juga telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal untuk membuat perincian setiap peruntukan dalam akta dan seterusnya mengemukakan pandangan dan hasil kajian kepada Jawatankuasa Khas.
Jawatankuasa Teknikal ini dianggotai oleh wakil jabatan, agensi dan pertubuhan hak asasi manusia seperti Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Badan Peguam Malaysia, SUHAKAM, Pertubuhan Hak Asasi Manusia, Suara Rakyat Malaysia, Amnesty International, Lawyers for Liberty dan ahli akademik.
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Penglibatan NGO Tuan Yang di-Pertua dan ahli akademik dalam kedua-dua jawatankuasa ini merupakan salah satu usaha kerajaan dalam mengadakan konsultasi bersama pihak NGO. Pandangan dan maklum balas yang diberikan oleh mereka membantu dalam memastikan setiap undang-undang yang dikaji, sama ada melibatkan pemansuhan, pindaan akta atau pun merangka akta baru adalah dibuat dengan mengambil kira kepentingan semua pihak.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adakah kementerian mempunyai time frame untuk memansuhkan Akta Hasutan kerana dalam Kanun Keseksaan ada seksyen-seksyen yang mencukupi untuk mengendalikan isu-isu sensitif seperti hate speech, perkataan perkauman sensitif dan lain- lain. Ini adalah dalam seksyen 295, 297, 505 dalam Kanun Keseksaan dan juga dalam Communications and Multimedia Act 233. Terima kasih.
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Terima kasih dengan soalan tambahan sebentar tadi. Sebagaimana apa yang telah saya sebutkan, perkara-perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat itu tadi sebenarnya itulah di antara perkara-perkara atau pun item-item yang disebutkan dan dibincangkan di dalam jawatankuasa yang telah dibentuk sebentar tadi yang saya sebutkan, Jawatankuasa Khas dan juga Jawatankuasa Teknikal.
Maknanya di sini Tuan Yang di-Pertua, ia memerlukan proses yang agak panjang dan pandangan stakeholders kita ambil kira, termasuklah Majlis Raja-raja dalam kes Akta Hasutan ini. Akan tetapi saya mengambil maklum apa yang telah diambil, dijanjikan di dalam manifesto Pakatan Harapan iaitu ingin memansuhkan akta ini dan saya telah jawab sebentar tadi hasrat kerajaan untuk memansuhkan akta ini adalah untuk menggalakkan keterbukaan dan menjamin hak asasi manusia daripada segi kebebasan bersuara. Jadi, dari segi time frame itu saya tidak boleh nyatakan di sini kerana ia bergantung kepada proses yang dilakukan oleh dua jawatankuasa yang telah saya sebutkan tadi.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri. Akhir-akhir ini, rakyat merasa resah, Raja-raja hendak kita sanjung, Perdana Menteri pun hendak kita hormati dan banyak dalam Twitter, Facebook, Instagram mengenai perbalahan, sama ada secara halus tetapi sangat dirasai oleh rakyat yang sangat menghormati Institusi Raja-raja Melayu.
Adakah patah-patah perkataan yang dikeluarkan oleh Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor boleh dikategorikan sebagai kesalahan di bawah Akta Hasutan dan adakah kerajaan bersedia untuk mengambil tindakan? Apakah mekanisme jika kerajaan bersedia untuk mengambil tindakan terhadap Ke Bawah Duli YAM Tunku Mahkota Johor ini. Oleh kerana ini, boleh menjejaskan kestabilan politik, menjejaskan kredibiliti kerajaan terutama Yang Amat Berhormat Langkawi yang saya sangat hormati dan sanjungi. Jadi saya dalam masa yang sama, rakyat dengan Raja tidak boleh dipisahkan.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Buat police report lah. Buat police report. Jangan sebut sini.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Eh! Apahal lu? Apahal? Apahal?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Saya hendak tanya. Saya hendak tanya. Apa ini?
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya tidak benarkan untuk—sila Yang Berhormat Kuala Krau duduk! Yang Berhormat Kuala Krau, sila duduk. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
You Minister kah? You anak Minister kah?
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Orang mabuk jangan masuk dalam Dewan ini lah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Hormati tetamu yang ada. Sila. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya mengalu- alukan rakyat Sepanggar yang menonton sekarang secara online.
[Tepuk]
[Dewan ketawa]
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dengan soalan tambahan yang diberikan tadi. Soalan yang diberikan, yang diajukan sebentar tadi, ianya kita di peringkat kementerian ini, kita serahkan kepada pihak polis untuk membuat tindakan dan berpandukan kepada report polis kalau ada.
Jadi, saya bukanlah peguam di sini Tuan Yang di-Pertua tetapi realiti dia, jika ada laporan-laporan polis of course, biarlah pihak polis dan kita serahkan kepada kebijaksanaan polis untuk menilai tentang isu ini.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Ahli Yang Berhormat, saya ingin mengalu-alukan tetamu juga daripada kumpulan pelajar-pelajar
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Graduate Employability Management Scheme (GEMS) yang anak murid saya, 10 tahun lalu.
[Tepuk] Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada pemimpin-pemimpin UMNO DUN Sungai Lembing, Parlimen Paya Besar. Ada belakang. Ada belakang.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Selamat datang UMNO.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
...Dan lain-lain. Tuan Yang di-Pertua, Dari Cameron Highlands ke Semenyih; Terus ke Rantau minggu depan; Insya-Allah BN ada harapan kali nih; Soalan Maran nombor lapan.
8. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan jumlah peruntukan pembinaan jalan-jalan luar bandar pada tahun ini dan nyatakan juga secara pecahan mengikut negeri.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar - Tuan Sivarasa Rasiah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Maran atas soalan itu.
Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, jumlah peruntukan tahun 2019 bagi program Jalan Luar Bandar (JALB) di bawah kementerian adalah sebanyak RM830.82 juta. Pecahan bilangan projek mengikut negeri dan peruntukan seperti yang diminta oleh
Yang Berhormat Maran adalah seperti berikut
(i) Johor, 6 projek - RM45.45 juta;
(ii) Perak, 5 projek - RM34.3 juta;
(iii) Kelantan, 15 projek - RM65.5 juta;
(iv) Melaka, 2 projek - RM11.8 juta;
(v) Negeri Sembilan, 3 projek - RM14.3 juta;
(vi) Pulau Pinang, 1 projek - RM5 juta;
(vii) Kedah, 5 projek - RM16.9 juta;
(viii) Pahang, 15 projek - RM78.5 juta;
(ix) Perlis, 2 projek - RM5.5 juta;
(x) Terengganu, 9 projek - RM36.6 juta;
(xi) Selangor, 1 projek - RM100,000;
(xii) Sabah, 61 projek - RM316.9 juta; dan
(xiii) Sarawak, 32 projek - RM199.97 juta.
Jumlah keseluruhan seperti saya sebut tadi RM830.82 juta. Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat, boleh saya nasihatkan Yang Berhormat Maran, mungkin pada masa depan soalan begini lebih sesuai untuk jawapan bertulis, bukan lisan. Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terdapat sebahagian daripada jalan luar bandar ini dibuat secara konkrit simen dan sebahagiannya tidak. Difahamkan konkrit simen itu lebih baik daripada jalan tar yang biasa kita lakukan. Jadi, saya ingin tahu berapa banyakkah jalan-jalan konkrit simen ini? Adakah pihak kementerian membuat kajian antara kebaikan dua bentuk pembinaan jalan ini. Terima kasih.
Tuan Sivarasa Rasiah
Terima kasih Yang Berhormat Maran atas soalan tambahan itu. Kementerian dipandukan oleh panduan JKR ya tentang teknologi untuk jalan-jalan dan secara lazimnya ada tiga teknologi yang di dalam skop JKR.
Satu, ialah memang jalan konkrit simen. Dua ialah bitumen yang biasa atau yang pakai premix semua. Itu yang kedua. Ketiga, soil stabilization technology, dengan izin. Kita jenis ini.
Untuk jalan-jalan yang di buat oleh kementerian atau KPLB kita gunakan yang premix itu, yang kita pakai bukan konkrit. Jadi, walaupun Yang Berhormat sebut ada jalan konkrit yang dibuat, saya difahamkan kalau jalan konkrit, ini dibuat di bawah skop JKR, bukan di bawah Kementerian KPLB. Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed - Jeli
Tuan Yang di-Pertua, adakah benar andaian saya bahawa RM830.82 juta adalah cuma untuk bina jalan baru? Jika benar, adakah kerajaan tidak mahu pertimbangkan untuk baiki jalan-jalan kampung. Oleh kerana sesetengah tempat ini kerosakannya teruk dan sesetengah mungkin memerlukan pembinaan semula sepenuhnya jalan yang sudah rosak. Jadi, adakah kerajaan akan beri prioriti kepada jalan-jalan kampung yang rosak. Adakah dalam RM830 juta itu termasuk juga baiki jalan.
Terima kasih.
Tuan Sivarasa Rasiah
Terima kasih, Yang Berhormat Jeli, soalan tambahan itu.
Peruntukan yang saya sebut tadi itu bukan sahaja untuk jalan baharu sahaja.
Memang ia termasuk jalan baharu dan juga ada jalan di mana- I mean projek untuk naik taraf jalan yang sedia ada. Mungkin naik taraf daripada skop R1 kepada R2; R2 kepada R3; dan sebagainya. Angka RM830 juta itu termasuk projek lama yang telah atau projek sambungan yang telah mula dahulu yang disambung, dan juga projek baharu yang akan dimulakan pada tahun ini, tahun 2019. Sekian, terima kasih.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya, apakah perbezaan program jalan luar bandar yang telah dirangka di bawah Pelan Harapan Luar Bandar 2018 dan 2023 akan datang, dengan Accelerated Rural Programme (ARPP) sebelum ini telah dilancar pada tahun 1977.
Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya ambil peluang ini- memang kawasan Libaran luar bandar, ada berapakah peruntukan selain daripada keseluruhannya di Sabah itu untuk kawasan Libaran sahaja. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sivarasa Rasiah
Terima kasih, Yang Berhormat Libaran. Angka yang spesifik untuk Libaran, tidak dengan saya sebab soalan asal daripada Yang Berhormat Maran berkaitan seluruh negara dan angka berdasarkan negeri. Jadi angka yang diminta oleh kawasan Libaran kita akan jawab secara bertulis.
Daripada segi soalan yang berkaitan dengan Pelan Harapan Luar Bandar untuk yang lima tahun ini, memang ini meliputi jalan yang seperti saya sudah sebut, dan saya lupa sebut tadi kepada Yang Berhormat soalan daripada Yang Berhormat Jeli juga- kategori jalan luar bandar ini ada termasuk juga kategori jalan perhubungan desa atau jalan kampung. Kita ada dua kategori yang kecil sekali ialah Jalan Perhubungan Desa (JPD) termasuk jalan luar bandar. Dua-dua ini adalah termasuk kategori peruntukan itu. Sekian, terima kasih.
9. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [Lembah Pantai] minta Menteri Pertahanan menyatakan, hala tuju Lembaga Tabung Angkatan Tentera di bawah Kerajaan Pakatan Harapan, khususnya langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan pelaburan mendatangkan faedah lumayan kepada pelabur serta menjamin veteran-veteran angkatan tentera dibantu mendapat pekerjaan selepas bersara.
Menteri Pertahanan - Tuan Mohamad bin Sabu
Pertamanya saya ucap tahniah dan terima kasih, terutama bekas menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri. Saya lihat mereka rajin datang berbahas, beri pandangan, teguran, hentam - kadang-kadang sampai malam ertinya spirit nampaknya kuat. Saya ucapkan terima kasih...
[Tepuk] Itulah kita hidupkan Demokrasi Berparlimen di negara kita. Bukan senang bekas menteri hendak datang duduk dan berdebat begini, dan saya ucap penghargaan sebagai orang lama dalam Parlimen ini.
Tuan Yang di-Pertua, Lembaga Tabung Angkatan Tentera pada dasarnya dana prasarana yang bertanggungjawab untuk menguruskan dana wang caruman dengan cara yang cekap dan berkesan, untuk memberikan pulangan yang maksimum kepada pencarumnya. Pada masa ini, LTAT sedang melaksanakan penstrukturan semula dalam pelan perniagaannya untuk mengoptimumkan pulangan daripada aktiviti pelaburannya.
Lembaga Pengarah dan Pengurusan LTAT akan terus berusaha untuk mengenal pasti pelaburan baru yang menguntungkan dan berdaya maju, dan menyemak semula pelaburannya dari semasa ke semasa untuk memastikan pelaburan yang dibuat oleh LTAT selamat dan memberi pulangan yang sebaiknya.
LTAT menerusi Penerangan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) menjalankan pelbagai program latihan kemahiran, teknikal dan bukan teknikal khususnya
Menteri Pertahanan - Tuan Mohamad bin Sabu
untuk anggota-anggota ATM yang akan bersara dan veteran ATM. PERHEBAT telah melatih veteran ATM dalam pelbagai bidang khusus untuk pembangunan kerjaya kedua mereka, setelah tamat perkhidmatan.
Sejak PERHEBAT diwujudkan tahun 1994 sehingga sekarang, 305,040 orang telah dilatih. PERHEBAT melaksanakan Program Pembangunan Sosioekonomi Veteran ATM tidak berpencen iaitu Program Latihan Khusus untuk veteran ATM tidak berpencen, bagi menceburi bidang keusahawanan, atau untuk membantu mereka mendapatkan pekerjaan di sektor awam dan swasta. Program ini diadakan bertujuan untuk memperkasa status sosioekonomi veteran ATM di seluruh Malaysia.
PERHEBAT juga telah menjalinkan kerjasama dengan Persekutuan Pengilang- pengilang Malaysia (FMM) Pulau Pinang bagi menyediakan 20,000 peluang pekerjaan kepada veteran ATM dan ahli keluarga mereka dalam tempoh dua tahun. Memorandum kerjasama antara FMM dan PERHEBAT telah dimeterai pada 23 November 2018. Inisiatif ini melibatkan 40 syarikat dan industri di Pulau Pinang. Terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya ucapkan terima kasih di atas jawapan yang telah diberikan.
Sebelum ini Dewan yang mulia ini telah dikejutkan dengan pelbagai laporan tentang pelaburan-pelaburan yang tidak begitu baik termasuklah dalam kes 1MDB, kes Tabung Haji dan semalam kita lihat secara terperinci kedurjanaan tadbir urus korporat ataupun corporate malfeasance yang telah dilakukan terhadap FELDA.
Persoalan saya kebiasaannya, laporan tahunan bagi LTAT diterbitkan bulan Mac.
Sekarang kita sudah masuk pertengahan bulan April, bilakah rakyat Malaysia dan Dewan ini boleh dapat laporan bagi tahun 2017, laporan terkini, dan adakah ini kerana- maaf saya berkata sebegini, adakah ini kerana Kementerian Pertahanan tidak membuat kerja dengan baik dalam isu ini.
Tuan Mohamad bin Sabu
Terima kasih. Penyata Kewangan LTAT bagi tahun 2017 mengandungi beberapa teguran daripada Jabatan Audit Negara. Bagi memastikan Penyata Kewangan LTAT bagi tahun 2018 tepat, semakan semula terhadap Penyata Kewangan LTAT 2017 terpaksa dilakukan. Semakan mendapati dua kesilapan dalam Penyata LTAT.
Sejumlah RM2,002 juta telah diisytiharkan sebagai pendapatan hasil jualan tanah.
Penjualan ini sebenarnya tidak boleh diambil kira kerana transaksi tersebut masih belum selesai pada penghujung 2017.
Kemerosotan harga pasaran RM88 juta juga tidak diambil kira.
Mengambil kira dua kesilapan ini, LTAT pada 2017 sebenarnya mengalami kerugian terkumpul RM31.60 juta. Bukannya keuntungan RM259 juta untuk diumumkan sebelum ini.
Dahsyat!...
[Dewan riuh]
Tuan Mohamad bin Sabu
Semakan-semakan inilah yang menyebabkan kelewatan terhadap Penyata Kewangan LTAT bagi tahun berakhir 2018. Mungkin akan dibuat pada bulan Jun atau bulan Julai akan datang untuk memastikan teguran Jabatan Audit Negara diambil kira, dan dikemukakan sebaik mungkin sebab kajian Penyata Kewangan 2017 dan 2018 hendaklah dikaji semula oleh LTAT untuk dipersembahkan kepada kita semua. Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Terima kasih, Yang Berhormat. Tahniah Yang Berhormat Menteri.
Soalan saya, kalau kita lihat banyak agensi yang terpaksa menjual aset dan sebagainya kerana masalah aliran tunai mereka dalam keadaan kritikal. Saya hendak tanya adakah LTAT mempunyai masalah aliran tunai yang kritikal kerana kita difahamkan bahawa LTAT telah pun menjual hotel di Hotel Royal Chulan kalau tidak silap saya, dan kalau benar, apakah sebabnya dan apakah status terkini dari segi penjualan tersebut.
Tuan Mohamad bin Sabu
Tuan Yang di-Pertua, pada 19 Februari 2019 Bousted Holding sebuah anak syarikat di bawah LTAT, dan Resort Sdn. Berhad, anak syarikat milik penuh Bousted Holding Berhad telah menerima tawaran daripada Hotel Royal Limited Singapore bagi penjualan Hotel
Tuan Mohamad bin Sabu
Harga tawaran sebanyak RM197 juta. Harga pasaran yang dibuat oleh pihak yang membuat kajian iaitu - Tetuan Na Tee Liew- RM192. Maka dijual dengan RM197 juta, tawaran yang tertinggi. Daripada lokal, hanya lebih kurang RM80 juta. Tawaran ini hundred percent berbeza, maka dalam keadaan perniagaan di situ, occupancy-nya lebih kurang 50 persen sahaja dan mengalami kemerosotan di dalam perniagaan. Maka dijual satu untuk terus kita pertahankan satu lagi Hotel Royale Chulan yang berdekatan dengan situ. Jadi, keputusan akhir penjualan ini terletak kelulusannya kepada EPU nanti.
10. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [Padang Besar] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan apakah tindakan kementerian dalam memastikan kenyataan- kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan dan Menteri berhubung isu rakyat tidak dikelirukan oleh pihak media.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Tuan Eddin Syazlee Shith
Dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, KKM melalui jabatan dan agensi di bawahnya sentiasa mengharapkan media mematuhi etika kewartawanan dalam menghasilkan berita. Etika kewartawanan jika patuhi dapat meningkatkan tahap profesionalisme dan mengelakkan kejadian laporan media yang mengelirukan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan dan Menteri.
Bagi memastikan penyebaran maklumat yang mengelirukan dan tidak sahih dapat dibendung, maka pengamal media diseru untuk mengamalkan etika kewartawanan. Etika kewartawanan berteraskan prinsip Rukun Negara akan menjadi panduan kepada pihak media untuk melaporkan berita secara benar, adil dan saksama serta yang mempertahankan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
Selain daripada itu, kerajaan juga melalui perancangan iaitu majlis media atau media consul dengan izin, yang akan diwujudkan tidak lama lagi boleh mengambil tindakan terhadap media yang mengelirukan isu-isu rakyat. Dalam kes-kes tertentu, tindakan juga boleh diambil, dibuat di bawah Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Media Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Hak Cipta 1987.
Kementerian juga melalui Jabatan Penerangan Malaysia membuat identifikasi media melalui pengeluaran kad perakuan media yang wajib ditunjukkan bagi membuat sesuatu liputan di dalam majlis atau program rasmi kerajaan. Melalui penguatkuasaan kad perakuan media ini dapat memastikan laporan berhubung kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan akan disampaikan kepada rakyat secara tepat dan benar.
Daripada tahun 2018 sehingga kini, sebanyak 4,419 kad perakuan media telah dikeluarkan. Selain daripada itu, JAPEN atau Jabatan Penerangan Malaysia melaksanakan advocacy dasar kerajaan kepada rakyat melalui kerjasama dengan kementerian, jabatan dan agensi yang berkaitan. Jabatan Penerangan memastikan hanya maklumat yang benar dan terkini disampaikan kepada rakyat melalui platform digitalnya.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Soalan tambahan saya ini adalah berkenaan dengan cadangan. Adakah cadangan pihak kementerian untuk memberikan kuasa kepada pihak SKMM untuk memadam sebarang posting yang berbau perkauman dan menyentuh isu-isu agama dan juga institusi raja-raja.
Ini kerana apa yang saya lihat sekarang ini pihak kementerian gagal. Contohnya saya tengok sini ada daripada Daily News, “TMJ anak raja paling kurang ajar dan paling bangsat!” tetapi tidak padam sampai hari ini pun. Kedua, adakah kita, kalau boleh kita mengambil tindakan kepada mereka yang menggalakkan mereka yang menyentuh isu-isu tersebut. Saya beri contohnya ini ada lagi, “Syed Saddiq menggalakkan orang mengkritik TMJ”, “terima kritikan TMJ”. Ini Yang Berhormat Muar. Saya rasa Yang Berhormat Muar lah, Syed Saddiq ini saya rasa Ahli Parlimen Muar.
Ini adalah satu usaha-usaha untuk menggalakkan kritikan kepada institusi raja.
Adakah kita ambil tindakan kepada mereka yang sebegini? Ini kerana kita ambil tindakan kepada saya rasa Yang Berhormat Pekan kerana bangkitkan isu. Kan, isu apa itu tetapi kenapa tidak boleh ambil tindakan kepada orang begini? Terima kasih.
Tuan Eddin Syazlee Shith
Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar di atas soalan tambahan. Pertama, saya berterima kasih di atas cadangan. Kedua, dakwaan Yang Berhormat mengatakan bahawa kegagalan KKMM untuk mengambil tindakan itu adalah tidak tepat. Ini kerana sebenarnya KKMM melalui Suruhanjaya Multimedia bertindak berdasarkan
Tuan Eddin Syazlee Shith
ke atas laporan dan siasatan yang dibuat oleh pihak polis sebab kita tidak membuat pemantauan secara 24 jam.
Setiap tindakan yang dibuat melalui peruntukan-peruntukan yang ada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia ini perlu dibuat selepas sesuatu laporan polis dibuat dan dilengkapi dengan investigation paper dengan izin. Selepas sesuatu hasil siasatan itu berkait dengan untuk tindakan sekiranya perlu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia, maka baru tindakan dibuat oleh KKMM. Jadi dakwaan Yang Berhormat sebentar tadi bahawa KKMM gagal untuk menjalankan tanggungjawab adalah kurang tepat dan tidak benar sama sekali.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang soalan asal daripada Yang Berhormat Padang Besar. Saya hendak tanya berhubung dengan tindakan yang bakal diambil, yang akan diambil oleh pihak baik kementerian ataupun pihak KKMM terhadap sesiapa pihak media yang mengelirukan apa-apa penghebahan ataupun pengumuman daripada Menteri. Saya hendak tanya, tindakan akan diambil berlandaskan undang-undang yang kita warisi daripada kerajaan yang lama ataupun undang-undang yang telah dikaji semula selaras dengan kerajaan baharu di bawah konsep Malaysia baharu.
Tuan Eddin Syazlee Shith
Terima kasih kepada Yang Berhormat Rasah di atas soalan tambahan. Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat bahawa kita akan bertindak berdasarkan peruntukkan undang-undang yang sedia ada, yang pertamanya.
Cuma perkara ini perlu dibezakan sama ada ia berkaitan dengan isu berita-berita palsu, yang pertama ataupun perkara-perkara yang di-spin dengan izin, perkara ataupun fakta yang telah diputar belitkan oleh pihak media.
Sebagai mana saya nyatakan sebentar tadi, terdapat peruntukkan undang-undang yang sedia ada dan terpakai dalam menangani perkara-perkara yang boleh mencetuskan keadaan ketidakstabilan politik dan sebagainya. Ini termasuklah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia serta juga beberapa akta yang saya sebutkan tadi. Walau bagaimanapun, dalam konteks akta AKM contoh seksyen 233, Suruhanjaya Multimedia juga pernah mengenakan tindakan-tindakan dengan mengenakan hukuman denda ke atas pesalah-pesalah yang telah melakukan perbuatan-perbuatan seperti penyebaran berita palsu dan sebagainya.
Selain daripada itu, kuasa untuk menghukum dan bertindak diletakkan di bawah KDN melalui pihak polis untuk bertindak dan mendakwa di bawah Kanun Keseksaan.
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Asam pedas, buah kundor; Soalan sebelas dari Tasek Gelugor.
11. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor] minta Menteri Kesihatan menyatakan mengenai jumlah graduan lepasan bidang perubatan yang masih belum mendapat tempat untuk menjadi doktor pelatih (House Officer) dan apakah sebab-sebabnya.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Tasek Gelugor. Saya jawab seringkasnya. Tuan Yang di-Pertua, purata graduan siswazah dalam negara dan luar negara setahun ialah berjumlah lima hingga enam ribu setahun. Terkini sehingga Februari 2019, seramai 4,431 graduan perubatan masih menunggu penempatan. Slot latihan siswazah dalam sesuatu waktu berjumlah 11,706 slot seluruhnya.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad
Sebaik sahaja satu-satu kumpulan atau cohort lulus, selepas dua tahun latihan dalam enam posting, slot diisi oleh yang menunggu. Ada enam kali pengambilan kita buat setahun. Terdekat, KKM akan melantik 1,236 graduan pada April ini dan bakinya 3,195 akan dibuat seterusnya. Tuan Yang di-Pertua, di samping kekangan dengan jumlah hospital, latihan siswazah yang berjumlah 47 seluruhnya termasuk di bawah KKM, Hospital Universiti MOE dan juga di bawah ATM, kita juga berdepan dengan kekangan di mana 70 peratus sahaja Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) ini lulus dan ini menimbulkan satu kekangan sebagai backlog yang mengekang pengambilan seterusnya. Jadi itu seringkasnya Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih atas soalan.
Datuk Haji Shabudin Yahaya - Tasek Gelugor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Adakah kerajaan mempunyai cadangan untuk menambahkan lagi bilangan pelajar-pelajar kedoktoran sama ada dalam negara atau pun di luar negara bagi memenuhi keperluan? Adakah mereka ini berpeluang untuk mendapatkan bantuan biasiswa, penderma siswa ataupun pertolongan kewangan? Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor. Ringkasnya saya boleh menyebutkan bahawa kita mewujudkan satu moratorium atas penambahan jumlah universiti-universiti ataupun institut medical school. Sekolah-sekolah latihan kolej perubatan ini dan justeru kerana jumlah itu yang kita dapat setiap tahun 5,000 hingga 6,000 itu pun satu kekangan untuk fasiliti-fasiliti khususnya hospital latihan siswazah untuk kita serap.
Justeru itu, kita tidak sebenarnya bercadang untuk menambah jumlah graduan tetapi yang pentingnya adalah untuk menambah fasiliti kita. Dengan itu, backlog ya dengan kekangan itu akan dapat kita atasi dan saya yakin dengan moving forward dengan izin ke depan nanti kita akan juga memandang kepada hospital-hospital universiti swasta. Andainya cukup fasiliti, kepakaran, dan casemix yang ada maka boleh kita pertimbangkan. Itu jawapan saya terima kasih.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat] [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) **mempengerusikan mesyuarat****]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Usul-usul Menteri di Jabatan Perdana Menteri (DR) 35/2018 dan Rang Undang-undang Sivil (Pindaan) 2018, di No. 1, No. 2, dan No. 3 dan Usul-usul Menteri Kewangan di No. 7, No. 8 dan No. 9 seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini dan selepas ini Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga suatu tarikh yang tidak ditetapkan.”
Menteri Luar Negeri - Dato’ Saifuddin Abdullah
Tuan Yang di-Pertua saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, dengan hormatnya saya berdiri di hadapan Dewan yang mulia ini untuk mengemukakan satu Usul seperti berikut.
“BAHAWA pada hari Selasa, 9 April 2019 jam 5.39 petang, Yang Berhormat Pekan Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak telah mengeluarkan kenyataan dan memaparkan perenggan 1.4.6 dan 1.4.7 muka surat 8, Lampiran 1 - Bab 3, Kertas Putih Ke Arah Kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), di akaun media sosial Facebook beliau ‘Najib Razak’. Kertas Putih Ke Arah Kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) merupakan Kertas Perintah 6 Tahun 2019 yang masih dalam Embargo sehingga jam 11.30 pagi, Rabu, 10 April 2019.
DAN BAHAWA Dewan yang mulia ini memandang serius perbuatan Yang Berhormat Pekan di mana Yang Berhormat Pekan telah melanggar Embargo dokumen Kertas Putih Ke Arah Kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Perbuatan Yang Berhormat Pekan jelas melanggar Peraturan Mesyuarat 95A Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan disifatkan telah melakukan satu perbuatan menghina Majlis.
MAKA INILAH DIPERSETUJUI BAHAWA Yang Berhormat Pekan hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.”
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ada sesiapa menyokong?
Menteri Luar Negeri - Dato’ Saifuddin Abdullah
Saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas. Saya akan benarkan empat orang daripada pihak kerajaan dan empat orang daripada sebelah pembangkang. Setiap orang akan diperuntukkan dengan 10 minit. Saya jemput Ketua Pembangkang sila.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Usul yang kita bincangkan pada hari adalah mengenai embargo, kesalahan dari segi embargo.
Saya hairan semalam kita menerima usul untuk menggantung Yang Berhormat Pekan selama tiga bulan. Tiba-tiba pagi ini mungkin after second thought, dengan izin dipinda.
Dipinda pula kepada merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Flip-flop, U-turn dan yang jelas ia seolah-olah terburu-buru dan saya percaya seolah-olah ada agenda tersembunyi against Yang Berhormat Pekan.
Yang Berhormat, pada 9 hari bulan iaitu sehari sebelum pembentangan kertas putih website Parlimen telah pun mengeluarkan detail tentang kertas putih tersebut dan apabila website Parlimen mengeluarkan tentang kertas putih ini dan ia boleh diakses oleh public, bermakna tidak lagi ada embargo dan secara automatik embargo tersebut terbatal. Jadi bermakna apabila Yang Berhormat Pekan mengeluarkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kertas putih ini di dalam Facebook dan sebagainya, ia tidak lagi dianggap melanggar embargo kerana dokumen ini telah pun menjadi dokumen public. Yang Berhormat Pekan tidak hadir ke Parlimen sejak daripada hari Isnin kalau tidak silap saya kerana berada di mahkamah.
Semalam Yang Berhormat Menteri Ekonomi challenges kenapa Yang Berhormat Pekan tidak datang? Sebenarnya Yang Berhormat Pekan berada di mahkamah untuk menghadapi perbicaraan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Pembangkang.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Bera tengah berucaplah.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Oleh sebab Yang Berhormat Pekan tidak datang ke Parlimen...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Boleh? Tadi Yang Berhormat Ketua Pembangkang ada menyebut dokumen itu telah di-upload oleh pihak Parlimen. Saya ingin memberikan alamat penuh. Ini bukan tajuk ya. Ini upload the whole kertas putih.
www.parlimen.gov.my/ipms/eps/2019-04-09-wjdo11490 maksudnya 9 April 2019. Itu adalah alamat penuh yang Ahli-ahli Yang Berhormat boleh buka di sini atau di luar atau di Kutub Utara atau di Kutub Selatan atau di seluruh lingkaran dunia garisan Khatulistiwa.
[Tepuk]
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Semua sekali boleh 9 April sehari sebelum ia dibentangkan. Yang Berhormat Ketua Pembangkang, apa pandangan?
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Ketua Pembangkang...
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Bera, Yang Berhormat Bera.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya hendak tanya Yang Berhormat Ketua Pembangkang, pukul berapa di upload masuk dalam website itu?
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Bera.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dia tengok time. Jadi kalau dibentangkan dalam usul ini, 5.39 petang. Kita hendak tahu yang di-upload dalam website itu pukul berapa? Kalaulah website itu mendahului time yang dibuat oleh Yang Berhormat Pekan, bermakna orang yang memaparkan dalam website itu perlu diambil tindakan. Bukan Yang Berhormat Pekan.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Bera, sedikit.
Terima kasih Yang Berhormat Bera. Saya harap sangat― yang paling pentingnya adalah pihak kerajaan membawa usul ini. Usul ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan masyarakat di luar sana ada integriti.
Akan tetapi, apabila ada dua pihak― embargo seolah-olahnya diletakkan di dalam Dewan, tetapi di media sosial, di website rasmi Parlimen Malaysia tidak diletakkan embargo.
Itu yang pertama.
Adakah Yang Berhormat Bera bersetuju supaya pihak kerajaan menangguhkan usul ini, buat forensik IT terlebih dahulu supaya jangan tersalah langkah? Bila tersalah langkah, ia akan memalukan bukan sahaja memalukan pihak kerajaan, tetapi memalukan rakyat Malaysia. Forensik IT, Yang Berhormat Bera.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tambahan ini, Ketua Pembangkang. Saya juga dihubungi oleh wartawan― bertanya. Dia kata, “Kertas Putih embargo tapi kami boleh akses dalam website Parlimen”. Jadi apa embargo kalau begini?
Kalau embargo, tidak perlu upload di website Parlimen. Tunggu dulu. Dibahaskan, barulah upload. Ini bermakna semua orang boleh akses, Taliban pun boleh akses...
[Ketawa] Sebab dia ada dalam website. Minta penjelasan.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sambung lagi, Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Ini kerana 9 hari bulan, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Pekan tidak ada dalam Dewan ini dan saya hendak pastikan Yang Berhormat Pekan, buku embargo itu adakah masih di atas meja Yang Berhormat Pekan?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Okey, saya jawab dulu ya.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Bera, boleh sedikit penjelasan?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Saya jawab dulu. Saya ada lagi empat minit. Saya jawab dulu, kemudian saya buka.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Minta Tumpat, minta sedikit.
Sama saja. Yang...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Ini kerana kalau seseorang itu buat salah, bolehkah orang lain bebas untuk ulang kesalahan itu? Boleh dapat penjelasan tidak?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Tidak, tidak. Saya hendak jawab dulu.
Waktu saya tiga minit. Saya tidak benarkan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Bera, Yang Berhormat Bera.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Yang Berhormat Bera, Yang Berhormat Bera.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Saya ada tiga minit. Saya ada tiga minit. Saya tidak benarkan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Kalau orang itu memfitnah, mereka yang mengulangi fitnah itu salah juga.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Beruas, dia tidak bagi laluan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Saya tidak benarkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Bera, Yang Berhormat Bera sila teruskan. Masa ada tiga minit lagi.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Okey.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Minta sedikit, Yang Berhormat Bera. Tumpat minta.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Okey, saya cuma jawab satu sahaja tadi iaitu adakah orang lain akan terlibat boleh diambil tindakan jika melanggar embargo ini?
Peraturan 95A menyebutkan, “Mana-mana orang yang mengeluarkan rang undang- undang...” Mana-mana orang bermaksud termasuk di pihak Parlimen sendiri. Kakitangan Parlimen pun boleh diambil tindakan di bawah P.M. 95A ini.
Saya cuma hendak sebut dari segi ketidakhadiran Yang Berhormat Pekan. Oleh sebab Yang Berhormat Pekan tidak hadir, persoalannya adakah Yang Berhormat Pekan tahu tentang embargo ini apabila Yang Berhormat Pekan melihat sendiri perkara ini telah pun dikeluarkan di dalam website Parlimen? Apabila melihat dalam website Parlimen― saya kalau saya sebagai orang biasa, kita tidak akan tahu apakah akan ada embargo kerana perkara ini telah pun dikeluarkan.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Yang Berhormat Pekan bukan orang biasa.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Bukti menunjukkan bahawa dengan mengeluarkan di dalam website menunjukkan bahawa tidak ada embargo lagi. Saya lihat ada buku Kertas Putih Yang Berhormat Pekan masih berada di atas meja dia dan kita tidak tahu daripada mana Yang Berhormat Pekan mendapat maklumat yang dikeluarkan di dalam Facebook dia. Mungkin yang Yang Berhormat Pekan dapat itu yang dikeluarkan dalam Facebook dia, mungkin datangnya daripada website Parlimen. Jadi inilah perkara-perkara yang kita perlu lihat...
[Dewan riuh]
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Paling lemah.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Jangan ada― saya harap jangan ada agenda personel kepada Yang Berhormat Pekan. Jangan ada agenda personel. Saya harap kita perlu rasional. Jangan kita hukum semata-mata kerana andaian bahawa Yang Berhormat Pekan telah pun mempunyai Kertas Putih ini dan mengeluarkan di dalam Facebook.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Tuan Yang di-Pertua, fasal ‘bosku’ ini terlampau popular, kerajaan takutlah.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Siapa tadi?
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ya, sila Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Apabila dinyatakan bahawa perkara yang dianggap sebagai embargo itu telah pun tersiar dalam website rasmi Parlimen, tiba-tiba kerajaan pada hari ini mengemukakan satu usul bagi mengambil tindakan terhadap
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Yang Berhormat Pekan, apakah Yang Berhormat Bera merasakan bahawa pihak kerajaan sahaja tidak sedar benda ini telah pun tersiar dalam website rasmi Parlimen itu? Jadi kalau tidak sedar, apakah Yang Berhormat Bera bersetuju dengan saya teruk benarlah government yang ada hari ini?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Oleh sebab saya ada 30 saat lagi, saya buat conclusion. Jadi saya amat berharap kita perlu ada suasana yang harmoni di dalam Parlimen ini. Tidak ingin menekan individu-individu tertentu.
Jadi saya mengharapkan, oleh sebab mungkin ada kekhilafan daripada pihak kerajaan apabila membentangkan usul ini kerana mungkin tidak sedar bahawa Kertas Putih ini telah pun dikeluarkan di dalam website dan boleh diakses oleh public dan embargo itu terbatal dengan sendiri, maka saya mohon kepada pihak kerajaan supaya menarik balik usul ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Ketua Pembangkang yang bahas dengan cara penuh berhemah. Terima kasih. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Sungai Petani, lepas itu Yang Berhormat Kubang Kerian dan Yang Berhormat Iskandar Puteri. Sila.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil ingatan terhadap pesanan sahabat saya Ketua Pembangkang supaya kita berlaku adil dan berbicara dengan penuh hikmah.
Untuk itu, saya ingin mengatakan bahawa ini bukanlah kali pertama kita menghadapkan mana-mana ahli kita dalam Majlis ini ke jawatankuasa khususnya Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat yang masih ingat, bekas Ketua Pembangkang suatu masa dahulu, Yang Berhormat Permatang Pauh waktu itu, juga pernah dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan walaupun ada perkara-perkara yang beliau katakan itu benar. Akan tetapi akhirnya beliau dikenakan tindakan selama enam bulan.
Apa yang kita bawa hari ini, Tuan Yang di-Pertua, ialah satu cadangan untuk menghadapkan ahli kita ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang mana apabila kita lulus di sini, beliau akan diberikan segala bentuk keadilan di mana jawatankuasa itu akan dipengerusikan sendiri oleh Yang di-Pertua Majlis iaitu Speaker.
Maka di sinilah yang dipanggil, dalam kes ini, Yang Berhormat Pekan mempunyai segala-galanya untuk mempertahankan dirinya hatta apa juga dokumen yang dia ada untuk dipertahankan. Supaya akhirnya saya yakin, Tuan Yang di-Pertua, kita dan juga ahli-ahli yang akan dilantik ini akan meneliti sama ada benar pihak Parlimen telah melakukan kesalahan ataupun Yang Berhormat Pekan sendiri telah melakukan kesalahan.
Jadi bagi saya, apa juga yang akan kita sebut nanti, ia amat tergantung kepada jawatankuasa yang akan dibentuk nanti dan saya yakin pengerusi kita yang, insya-Allah, akan mempengerusikan jawatankuasa ini adalah seorang bekas Hakim, bBeliau tentu mengetahui bagaimanakah selok-belok perjalanan sebuah mahkamah dan tentulah akan memberikan satu pertimbangan yang jelas dalam mengendalikan kes ini. Sudah pasti...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Minta laluan, Yang Berhormat.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Minta laluan boleh?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jelutong.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Saya bagi Yang Berhormat Kota Bharu dahulu.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih sahabat saya daripada Sungai Petani. Saya ingin merujuk apa yang disebut oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang tadi, di mana usul yang dibawa pada hari ini adalah amended motion, satu usul pindaan. Kalau dalam mahkamah, pertuduhan pindaan.
Maknanya semalam, usul terhadap Yang Berhormat Pekan terus meletakkan hukuman atau telah meletakkan hukuman kepada Yang Berhormat Pekan seolah-olahnya
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
pihak kerajaan mempunyai upper hand kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan sekarang ini telah dipinda.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Jadi, bagaimana Yang Berhormat Sungai Petani meyakini bahawa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan boleh bertindak adil sedangkan indikasi telah diberi oleh kerajaan, gantung tiga bulan.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Yang Berhormat Sungai Petani, Lembah Pantai.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih. Apakah pandangan Yang Berhormat bahawa tindakan yang diambil ini adalah tindakan menurut peraturan-peraturan buku kalau dibandingkan dengan kerajaan dahulu di mana saya masih ingat lagi. Yang Berhormat Gelang Patah pada ketika itu tanpa dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan telah terus dilarang daripada memasuki Dewan kerana membangkitkan isu 1MDB.
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Di sini kita mengambil tindakan...
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Check your case lah, lawyer.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Yang teratur. We are following the rule of law dengan izin Yang Berhormat. Terima kasih.
[Dewan riuh]
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
You rule the law.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Itu rule of tiger.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Saya ingin mendapatkan pandangan Yang Berhormat Sungai Petani, bahasa Inggerisnya disebut two wrongs don’t make a right. Kalau yang disebut oleh Ketua Pembangkang tadi dan rakan- rakan di sebelah sana, maka saya rasa tidak sepatutnya mengaburi mata kita daripada apa yang ada di hadapan kita pada hari ini iaitu satu usul untuk merujuk Yang Berhormat Pekan.
Perkara-perkara lain saya rasa boleh dipertimbangkan tetapi isunya ialah untuk merujuk Yang Berhormat Pekan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Saya rasa bukan untuk kita membincangkan isu merit forensik tentang perkara lain selain daripada isu ini. Terima kasih.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Baik, terima kasih.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Sungai Petani, boleh sikit? Terima kasih. Ini sahabat saya memang dah lama dalam Dewan, dia memang berpengalaman. Adakah asas seseorang dirujuk dalam Jawatankuasa Hak dan Kebebasan sedangkan pertuduhan itu ada keraguannya iaitu ada pihak Parlimen, ada bukti telah upload di website Parlimen, dokumen yang sama dan orang itu dituduh menyebarkan dokumen yang ada di dalam Dewan yang embargo. Jadi, ada asaskah seseorang itu dibawa ke jawatankuasa sedangkan ada keraguan dalam pertuduhan tersebut? Terima kasih.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Baik terima kasih, saya ingin menjawab bagi ini ya. Kadangkala kita membawa satu barang curi dan bila ditahan polis, pasti barang curi berada dengan kita. Kita tidak tahu barang itu curi, sudah tentu polis akan membawa kita dan ke mahkamah dan dituduh. Terbuktilah kepada kita untuk menyebut sama ada barang yang kita bawa itu curi atau tidak. Dalam kes ini, mahkamahlah yang akan menentukan sama ada kita bersalah atau tidak.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Siasat dulu sebelum bawa ke mahkamah, siasat dulu.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Dalam kes ini, sebab itu untuk siasat.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Siasat dulu.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Sebab itu dalam kes ini...
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
[Menyampuk]
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Menyampuk]
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Sebab itu dalam kes ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Paya Besar.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Apa punya rule of law?
Apa punya undang-undang ini?
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat. [Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ahli-ahli Yang Berhormat, ikutlah contoh Ketua Pembangkang. Sila.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kita bukan ketua.
[Dewan ketawa]
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Minta laluan boleh?
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
No, no saya ada tiga minit lagi.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Minta laluan.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Saya hendak sebutkan di sini, Yang Berhormat Pasir Salak sama dengan saya. Yang Berhormat Pasir Salak juga telah berkali- kali menyebut bahawa dia senior, sudah tentu dia tahu. Yang Berhormat Pasir Salak tentu tahu walaupun bukan ketua hari ini, mungkin esok atau lusa jadi ketua. Akan tetapi dia tahu bahawa yang kita sebut ini ialah membawa Yang Berhormat Pekan untuk dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Kita bukan menghukum dia di sini. Yang akan menentukan sama ada Yang Berhormat Pekan salah atau tidak ialah jawatankuasa ini yang akan dipengerusikan sendiri oleh Tuan Yang di-Pertua. Apa masalahnya?
[Dewan tepuk]
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Baik, saya tak bagi, saya tak bagi Yang Berhormat Pasir Salak, minta maaf. Isunya sekarang di sini sama ada maklumat yang telah diupload dalam website Parlimen itu, adakah genuine atau tidak? Is it genuine atau tidak?
Kita belum tentu, kita belum tentu, belum tentu.
[Dewan riuh]
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
[Menyampuk] Parlimen pun...
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Sebab saya mendapat maklumat. No, no, no.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ahli Yang Berhormat dengar, hormatlah ini laluan Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Baik, baik. Oleh sebab itu kita ada jawatankuasa. Jawatankuasa ini juga akan mendapat maklumat, sama ada sebab saya...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh minta?
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Nanti, nanti, nanti.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Sungai Petani, boleh saya tanya?
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Nanti, nanti, nanti. Cukup, cukup.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Dengar dulu, sabar-sabar.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Sebab di tangan saya Yang Berhormat Pengerang, di tangan saya dimaklumkan...
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Nak tanya Yang Berhormat Sungai Petani.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
[Bangun]
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat, Yang Berhormat Pontian.
[Dewan riuh]
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Kuala Terengganu.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Pontian ini bekas pegawai saya di BTN dulu, duduklah.
[Dewan ketawa]
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Kuala Terengganu.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Ini bos hendak bercakap ni. Bos nak bercakap, duduk dulu.
[Dewan riuh]
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Dengar, ini bos hendak bercakap.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Kuala Terengganu.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Isunya ialah kalau betul-betul itu ialah website dan tindakan akan diambil kerana setelah kebenaran diestablishkan. Oleh sebab itu jawatankuasa ini penting, sebab itu Ahli-ahli yang berada dalam jawatankuasa ini penting, sebab itu yang akan dikenakan tindakan adalah oleh jawatankuasa ini. Oleh sebab itu Yang Berhormat Pekan mesti dihadapkan untuk mendapat keadilan seadil-adilnya.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh minta sikit?
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Kuala Terengganu.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sikit saja.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Baik, okeylah.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Okey, terima kasih sahabat.
Adakah Yang Berhormat, saya nampak Yang Berhormat Sungai Petani ada nakal sikit dalam perkara ini sebab dia seolah-olah mempertikaikan kesahihan Portal Rasmi Parlimen, ini portal rasmi kerajaan tahu. Tidak boleh dipertikaikan. Ini seolah-olah akan menjadi joke of the day.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini menghina Dewan Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Lembah Pantai.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak boleh sebab ini betul- betul sahih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Lembah Pantai.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Ya, sebab itu saya sebut...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat Sungai Petani, Beluran.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Oleh sebab itu, saya sebut akan dibuat siasatan, akan dibuat siasatan sama ada betul-betul diupload oleh orang yang mempunyai authority atau tidak, sebab isunya sekarang kita tidak. Jawapan di tangan saya, ia cuma diuploadkan selepas Menteri Hal Ehwal Ekonomi membentangkan, maknanya ada khilaf di antara saya dengan sebelah sana. Oleh sebab itu harus ada jawatankuasa itu membuat siasatan sama ada betulkah ianya diupload sebelum Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyebut ataupun diuploadkan oleh...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tipikal Pakatan Harapan.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuduh, tuduh, tuduh, tuduh.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
9 hari bulan, macam mana Yang Berhormat Pekan boleh tengok embargo?
Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
[Bangun]
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Saya tidak bagi kepada– Yang Berhormat Santubong, Yang Berhormat Santubong.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat, boleh Yang Berhormat? Pengerang Yang Berhormat.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Santubong ini orang yang pakar undang-undang. Hat lain duduk, hat lain duduk sat.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
[Ketawa] Saya bukan pakar kah?
[Dewan ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila Yang Berhormat Santubong.
Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya minta sedikit untuk penjelasan ya. Yang tadi dibangkit oleh Yang Berhormat daripada Jelutong berhubung dengan kesalahan yang berlaku dalam Dewan yang dilihat oleh Tuan Yang di-Pertua sendiri. Itu yang boleh immediately dihukum oleh Tuan Yang di-Pertua. Ini kes yang berlaku di luar.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Perlu gathering of evidence. Jadi ini adalah question of fact. Jadi, oleh sebab ia question of fact, penyelidikan oleh pihak jawatankuasa privilege itu adalah sesuai dibuat secara...
[Dewan tepuk]
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat Sungai Petani, Beluran Yang Berhormat.
Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Bahkan dia boleh meminta kepada Tuan Yang di-Pertua membawa peguamnya sendiri, di sini tidak boleh. Jadi saya cukup yakin, kita jangan menghakimi. This is a question of fact. Kalau betul apa yang disebut oleh Ketua Pembangkang tadi bahawa benda ini dah diembargo, dah keluar dalam website, ia tidak ada embargo lagi dah walaupun on paper it’s embargo tetapi di luar sana telah keluar. Jadi ini a question of fact. Kalau ia question of fact, it is a right thing to do, refer to committee of privilege not bersalah. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat Sungai Petani, one minute Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Santubong itu memang kepakarannya luar biasa. Ya, Yang Berhormat Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ya. Saya penuh hormat dengan Yang Berhormat Pekan, dia bos saya dari dulu sampai sekarang. Akan tetapi saya melihat apa yang diupload oleh Yang Berhormat Pekan adalah based on hardcopy buku. Pada 9 April, 5.39 pm based on hardcopy buku dan bukan uploaded softcopy dari website.
[Dewan tepuk]
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
So this is based on hardcopy buku yang diembargo dalam Parlimen. So, are you aware of this Yang Berhormat Sungai Petani?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ya, sila.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
[Bangun]
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Pengerang, just one minute Yang Berhormat. Oleh sebab itu Yang Berhormat Pontian dan teman-teman sekalian, kita hendak bawa Yang Berhormat Pekan untuk dihadapkan ke jawatankuasa ini untuk macam Yang Berhormat Santubong kata, let’s establish facts. Selepas itu kita tengok di manakah boleh kita tengok sama ada Yang Berhormat Pekan melakukan kesalahan atau tidak.
Jadi yang kita takut sangat ini kenapa sebab sekarang ini maklumat bercampur- campur. Saya dapat maklumat katakan yang diupload itu bukan oleh pihak tertentu tetapi ada juga yang katakan ini diupload melalui buku. Jadi maknanya daripada pandangan berbeza- beza ini, lebih baiklah jawatankuasa ini menilai dan akhirnya membuat keputusan sama ada Yang Berhormat Pekan atau– Ya Yang Berhormat Pengerang.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Sungai Petani, betul analogi Yang Berhormat Sungai Petani. Jadi saya rasa kita tangguh, siasat dulu, kemudian bawa balik sesi akan datang.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Itu sahaja, siasat faktalah betul atau tidak, upload atau tidak. Itu crucial point. Dalam jawatankuasa pun ialah berkenaan dengan perlakuan, isunya ialah embargo itu. Jadi saya cadang tangguh, selesai embargo dulu, kemudian kita buat balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Sungai Petani, sila menggulung.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima kasih.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Saya rasa Yang Berhormat Pengerang pun tahu, bila orang kita tuduh orang kita bawa ke mahkamah dahulu. Di mahkamah itulah kita siasat, bukan kita siasat dahulu sebelum mahkamah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Kuasa hak bukan mahkamah...
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Dia siasat dahulu Yang Berhormat.
Yang Berhormat siasat dahulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tahu― yang lain-lain semua sila duduk.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuduh dahulu baru siasat. Itulah Kerajaan Pakatan Harapan...
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Pasir Salak sila duduk.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ahli-ahli Yang Berhormat saya tahu Dewan ini panas. Sekarang ini tengah hari, cuaca pun panas. Hari ini hari terakhir Dewan bersidang untuk kali ini. Sebelum Yang Berhormat Kubang Kerian, pagi ini saya menerima satu pantun yang dihadiahkan oleh cikgu Bahasa Melayu saya. Saya ingin kongsi bersama.
Tingkap papan kayu bersegi Sampan sakat di pulau angsa Indah tampan kerana budi Tinggi bangsa kerana bahasa Saya harap kedua-dua belah pihak semua bergelar Yang Berhormat boleh berhemah― boleh bahas.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Cakap tidak serupa bikin.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Seperti meludah kerajaan langit.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Siapa? Siapa tadi? Tarik balik.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Okey Tuan Yang di-Pertua.
Saya mohon laluan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Paya Besar.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Eh Yang Berhormat Paya Besar...
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Paya Besar beritahu...
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Tadi, siapa kata cakap tidak serupa bikin?
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ha, siapa cakap? Yang Berhormat Jelutong tuduh.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya tidak cakap Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak mengatakan kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya kata yang bahas ini cakap tidak serupa bikin.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Termasuk Yang Berhormat Baling lah, termasuk Yang Berhormat Baling.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Ya saya tidak kata pun Tuan Yang di-Pertua...
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Kubang Kerian sila.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
*Bismillahi Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...*
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
...terasa.
[Dewan riuh]
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Mohon bertenang semua.
Kita sekalian Tuan Yang di-Pertua, isu di hadapan kita ialah satu isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri bagi kes embargo. Saya melihat bahawa apa tujuan embargo dibuat?
Tujuan embargo dibuat supaya tidak ada sesiapa yang dapat akses kepada maklumat sebelum waktu yang sepatutnya. Itu tujuan embargo. Akan tetapi, apabila perkara tersebut dapat dicapai oleh semua orang kerana di-upload dalam website, maka tujuan embargo sudah hilang. Sehubungan dengan itu, saya melihat bahawa kita Dewan tidak perlu habis masa panjang untuk bincang perkara ini. Pertama sekali, saya setuju dihadapkan Yang Berhormat Pekan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, sekiranya tidak ada sebarang upload dalam website. Bila sudah upload dalam website, tidak ada makna kalau kita bawa Yang Berhormat Pekan. Sebab dia sudah tidak dilihat melanggar embargo.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Duduklah Yang Berhormat Jelutong.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Saya mencadangkan begini Tuan Yang di-Pertua. Saya mencadangkan Tuan Yang di-Pertua supaya kita mengambil jalan yang tengah di antara kes ini iaitu pertama sekali, Dewan perlu beri amaran dan peringatan kepada kedua-dua pihak supaya tidak lagi mengulang kesilapan yang sama termasuk minta maaf untuk sebut, Jawatankuasa Dewan― upload pada waktu yang sebelum. Keduanya, peringatan juga harus diberi peringatan kepada semua Ahli-ahli Parlimen supaya beri perhatian kepada soal embargo supaya kes-kes ini tidak berulang pada masa akan datang dan sehubungan dengan kes yang ini saya mencadangkan supaya kertas ini ditarik balik. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Yang Berhormat Kuala Terengganu, saya celah.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Yang Berhormat Iskandar Puteri, sila.
Tuan Lim Kit Siang - Iskandar Puteri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya percaya kalau dahulu ada embargo dalam Dewan yang mulia ini dan ada pelanggar embargo ini, kerajaan dahulu tentulah sudah ambil tindakan terhadap pelanggaran ini. Saya rasa di hadapan kita sangat simple dan straight forward, adakah satu embargo dan adakah embargo ini dilanggari. Saya rasa tindakan untuk merujukkan perkara ini kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan ialah satu tindakan yang tepat. Kita tidak buat pre-judgement dan sebab- sebab yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang, boleh tempat untuk kemukakan ialah Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan. Sama ada benar bahawa Parlimen sudah ada upload laporan itu pun perlu disiasat. Akan tetapi, two wrongs, do not make a right.
[Dewan tepuk]
Tuan Lim Kit Siang - Iskandar Puteri
...two wrongs, do not make a right. Ada satu embargo dan saya rasa untuk keadilan bertempat, wajar untuk siasat dan buat perakuan, tindakan-tindakan ialah Jawatankuasa hak dan Keistimewaan dan balik kepada Dewan yang mulia ini untuk buat keputusan yang terakhir. Oleh sebab itu saya rasa, tidak perlulah ambil masa yang panjang, kita sentuh matter of fact macam Yang Berhormat Santubong yang kata kita rujuk dan biarlah jawatankuasa siasat.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Yang Berhormat boleh mencelah?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Iskandar Puteri.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Oh, sudah habis sudah?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, kita sekarang ini bincang mengenai peraturan 95A. Bila kita dilihat 95A ini― pertama kita kena tanya― walaupun sekarang masih ada dalam peraturan, tetapi dahulu kita pernah bincang sebenarnya bahawa 95A ini sudah tidak sesuai dijadikan sebagai peraturan bagaimana dengan embargo dalam kita hari ini dalam zaman IT. Kalau kita lihat 95A ini, dia tidak ada― dia open. Bukan sahaja Ahli Parlimen, kalau kita baca betul-betul di dalam ini, dia kata, saya ringkaskan “yang dinyatakan adalah dilekatkan slip bagi maksud itu, dan mana- mana orang yang mengeluarkan rang undang-undang atau risalah”. Ertinya, mana-mana orang. Kalau kata betul telah masuk dalam laman web Parlimen, Yang Berhormat Menteri kena bertanggungjawab.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Yang Berhormat Tanjong Karang minta laluan.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Okey saya― okey. Saya baru hendak mula. Okey, tidak mengapalah.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Just hendak tanya.
Terima kasih― ha? Sorry? Sekejap sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ini hak Yang Berhormat Tanjong Karang sama ada hendak beri.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Sekejap Terima kasih.
Yang Berhormat Tanjong Karang mengambil atau pun menimbulkan 95A, dan menimbulkan mana-mana orang boleh diambil tindakan. Setujukah Yang Berhormat Tanjong Karang bahawa mana-mana orang itu termasuk Yang Berhormat Pekan? Setujukah? Dan saya hendak tanya bahawa memandangkan mana-mana orang itu termasuk Yang Berhormat Pekan, setujukah Yang Berhormat Tanjong Karang bahawa apa yang telah dilakukan ataupun didakwa dilakukan oleh Yang Berhormat Pekan itu meng-upload-kan perkara ini pada jam 5.00 lebih hari itu, itu merupakan satu kesalahan prima facie telah pun dilakukan, secara prima facie. Itu secara prima facie, that’s meant and offence had been committed. Apa pandangan Yang Berhormat Tanjong Karang?
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Saya faham, saya faham.
Soalnya mana-mana orang, kalau kita hendak dakwa, hendak bawa Yang Berhormat Pekan ke jawatankuasa. Yang Berhormat Menteri pun kita kena bawa. Yang Berhormat Menteri pun kita kena bawa supaya kena buktikan. Tidak mengapa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita kena bawa, siapa yang bertanggungjawab― siapa yang bertanggungjawab menjaga Parlimen. Siapa yang bertanggungjawab? Ini― jadi kalau hendak bawa kena bawa dua-dua.
Seorang Ahli
Ya, bawa dua-dua.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Oleh sebab sekarang ini benda yang timbul ini bukan lagi soalan embargo, benda telah pun dimasukkan di dalam laman web Parlimen. Walaupun Yang Berhormat Sungai Petani cuba menyatakan ia punya kesahihan. Bila Yang Berhormat Sungai Petani cakap macam itu, Yang Berhormat Puchong
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
senyum sahaja. Buat malu Yang Berhormat Puchong sahaja. Ini sudah masuk laman web, saya tengok Yang Berhormat Puchong senyum sahaja. Dia senyum.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ini hak dia untuk senyum.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Macam mana Yang Berhormat Sungai Petani boleh kata ini tidak genuine, sudah masuk dalam laman web Parlimen. Ini menghina Parlimen maksudnya. Menghina kita seolah-olah laman web kita ini low class sangatkah? Kalau hendak bela pun, janganlah bela lebih-lebih sangat. Biar lebih adil Yang Berhormat Sungai Petani. Jangan kita hendak merendahkan sesama kita.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang saya sebut upload itu sahih atau tidak, itu sahaja. saya tidak kata genuine atau tidak.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Sahih!
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
Dengar elok-elok lah.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Saya tidak― dengar elok-elok. Kita siasat, kita siasat lah.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tidak, sudah.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Soalan― mohon pencerahan.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ini yang pertama. Kedua, nanti sekejap, saya―
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya hendak tunjuk sahih ini.
Saya hendak tunjuk sahih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Tanjong Karang, jika Yang Berhormat Puchong tidak senyum, adakah Yang Berhormat mahu Puchong ini menangis kah?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih. Yang Berhormat Tanjong Karang saya hendak membukti ia sahih. Boleh saya mencelah?
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Sudah tentu sahih sudah.
Sudah tentu sahih sudah.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Bagi lah sedikit.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Tanjong
Karang tidak bagi. Yang Berhormat Pontian duduk dahulu. Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Masa― saya...
[Ketawa]
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Sedikit sahaja. Malam tadi, apabila saya membuka laman web Parlimen ini, www.Parlimen.gov.my kemudian saya pergi ke bahagian Risalat Parlimen dan saya melihat bahawa pada 10 April 2019, sudah di-upload semua risalat untuk 11 hari bulan. Untuk pagi ini, dan dalam senarai risalat-risalat yang keluar 9 hari bulan termasuk CMD6/2019 Kertas Putih Ke Arah Kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Apabila kita lihat kepada IP di dalam ini. Memang sah seluruh risalat itu, diupload pada 9 April sebelum 10 April sudah ada...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Beluran, dengar itu...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
...Dalam laman web rasmi Parlimen.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
...Sudah pandai mengampu sekarang.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Itu kita kata bawa maklumat ini ke Jawatankuasa...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Beluran jangan mengampu.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
...Biar Jawatankuasa putuskan, betul atau tidak.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, sila dengar Yang Berhormat Tanjong Karang. Sila.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua, kalau hendak bawa kepada Jawatankuasa Khas ini, bukannya Yang Berhormat Pekan, Menteri yang bertanggungjawab. Yang Berhormat Menteri yang patut didakwa di depan Jawatankuasa Hak Kebebasan, bukan Yang Berhormat Pekan. Sebab yang mula mendedahkan yang ini ialah Parlimen, iaitu Menteri yang bertanggungjawab. Dia yang patut kita dakwa, bukannya Yang Berhormat Pekan, ini yang pertama.
Kedua, ini rule of jungle kah rule of law ini?
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
No rule.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Sebab semalam disebarkan, sudah buat hendak gantung selama tiga bulan, hari ini tukar. Ini menunjukkan apa? Kerajaan PH kerajaannya tidak mengikut undang-undang, suka hati sahaja.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Betul.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Soalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Lembah Pantai minta laluan.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Sebab itu...
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Soalan, pohon.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
...Saya tidak mahu bagi tahu.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Sebab itu kita lihat negara kita ini jadi kelam kabut, rule of jungle. Bukan sahaja di luar, dalam Parlimen pun dilaksanakan rule of jungle ini. Dalam Parlimen, memalukan kita.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Tanjong Karang, Tanjong Karang.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Saya juga, saya hendak bagi tahu juga...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Kuala Krau, Kuala Krau.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
...Semalam Yang Berhormat Gombak, Gombak mana pergi? Oh! Yang Berhormat Gombak, bila Yang Berhormat Pekan tidak datang bukan main act lagi kata dia penakut. Dia lagi penakut ini, penakut. Mana dia?
Di dalam ucapan dia, kalau saya dengar, dia kata dia juga telah menghantar usul kepada Speaker supaya Yang Berhormat Pekan dibawa, dihadapkan kepada Jawatankuasa ini. Hari ini tengok-tengok Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri pula yang bawa usul, yang mana satu betul?
Saya hendak tanya Speaker, kena bagi tahu kepada kita, adakah tidak Yang Berhormat Gombak menghantar usul? Kalau ada usul, yang mana mula diterima. Usul daripada Yang Berhormat Gombak ataupun usul daripada Jabatan Perdana Menteri. Kalau betul Yang Berhormat Gombak tidak ada hantar usul, kita akan mendakwa Yang Berhormat Gombak kerana mengelirukan Dewan, menipu Dewan.
Jadi, hari ini kita hendak menegakkan keadilan. Ya, Yang Berhormat Kuala Krau, sila.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya– yang saya simpati dan sangat simpati adalah Speaker, Setiausaha Dewan dan juga anggota yang menguruskan Dewan. Tadi disebut ada dua usul, yang kita sudah kata tadi flip-flop tergesa-gesa. Saya hendak sebut juga, saya simpati dengan Pengurusan Dewan apabila soalan jawab lisan termasuk soalan-soalan kepada Menteri, last minit ditukar.
Contoh hari semalam, soalan nombor sembilan, diedarkan kepada kita petang semalam, soalan kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan adalah Tuan Oscar Ling Chai Yew, Sibu, mengenai pembayaran kepada China mengikut pecahan tahunan dan offset program yang ditawarkan oleh China dan teknologi yang dipindah ke Malaysia.
Akan tetapi, tiba-tiba hari ini, mungkin ada sebab sesuatu, kita sudah sediakan soalan tambahan untuk kita tanya, tiba-tiba soalan nombor sembilan daripada Yang Berhormat Lembah Pantai, Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, mengenai Tabung Angkatan Tentera. Ini agenda politik yang menyusahkan Speaker, yang menyusahkan Setiausaha Dewan, ini kerana flip-flop atau permintaan Yang Berhormat Menteri sendiri yang menyusahkan Pengurusan Dewan.
Saya pernah duduk di atas kerusi tersebut, tidak pernah terjadi perkara-perkara yang last minute yang dibawa dalam Dewan ini...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Memalukan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
...Termasuk soalan-soalan Menteri yang berlaku pada Yang Berhormat Parit Sulong dan juga Yang Berhormat Paya Besar. Yang Berhormat Paya Besar diberitahu soalan dia naik, tiba-tiba Yang Berhormat Parit Sulong duduk di luar, soalan you kena jawab. Jadi, inilah perkara yang perlu kerajaan timbangkan, janganlah tergesa-gesa.
Kedua...
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Masukkan ucapan Yang Berhormat Kuala Krau sebagai sebahagian daripada ucapan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ambil masa panjang, tetapi sila menggulunglah.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Akan tetapi ini bukti.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila menggulung.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Krau, ini membukti bahawa Kerajaan PH ini, bukan sahaja kerajaan ‘hancing’, tetapi kerajaan flip-flop, kerajaan kongkalikung. Kalau hendak mengurus Dewan pun tidak pandai, hendak mengurus Dewan pun tidak tahu undang-undang, bagaimana hendak menguruskan negara.
[Dewan riuh]
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Inilah, inilah yang dahulu bercakap pandai, bercakap pandai sebelum ada kuasa. Apabila sudah ada kuasa, hampeh tidak tahu apa hendak buat, memalukan.
Sebab itu, rakyat sudah boleh menilai kerajaan ‘hancing’ ini, yang bukan sahaja menipu rakyat, menipu Dewan. Hari ini menggunakan kuasa mereka, kerana mereka ini majoriti, kita tahu kalau undi kita kalah. Akan tetapi, walau bagaimanapun kita mencipta sejarah, yang mana kita rasa kerana mereka sebelah sana, mereka pun tidak faham undang- undang. Macam yang baru lepas, dua malam lepas, apabila kira undi untuk pinda Perlembagaan, hanya dapat 128, wah, Yang Berhormat Kota Raja tepuk bukan main kuat lagi. Bukan main kuat lagi tepuk, memalukan.
[Dewan ketawa]
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Bermakna sebelah sana tidak faham, hendak pinda Perlembagaan, perlukan 138, eh 148.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
“Menang sorak kampung tergadai”.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
148...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
...Apabila Speaker umum 138...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
...Masa sudah tamat, terima kasih.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Masa sudah tamat, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Beruas, selepas itu Yang Berhormat Santubong, sila.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Masa sudah tamat. Sudah bagi tahu, saya kena adil kepada setiap Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ya, Yang Berhormat Beruas, sila jangan bazir masa.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Tanjong Karang tidak payah jadi berlagak hendak jadi jaguh. Inilah perangai buruk yang tidak harus dicontohi.
Apabila melemparkan tohmahan fitnah yang tidak berasas dan Yang Berhormat Tanjong Karang kena berlaku adil kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, kerana mempunyai status yang sama.
Yang Berhormat Tanjong Karang diberi 10 minit setiap Ahli Yang Berhormat, termasuk Ketua Pembangkang pun 10 minit. Saya akan menepati masa, Yang Berhormat Tanjong Karang sila duduk. Tidak payah tunjuk ini ialah perangai buruk, inilah perangainya yang tidak harus jadikan contoh. Tidak mengapa, sila duduk. Sila Yang Berhormat Beruas.
Ya, Yang Berhormat Beruas, sila.
[Dewan riuh]
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ingin saya membawa kepada Dewan yang mulia ini lima perkara tentang usul yang dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Pertama, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat mestilah diikuti dan dihormati oleh semua. Kalau tidak, kewibawaan Parlimen boleh dicabar sesuka hati, setuju tidak semua? Jadi Peraturan 95A, menyifatkan perbuatan melanggari embargo itu adalah satu perkara penghinaan Parlimen. Jadi ini merupakan satu perbuatan yang dianggap sangat serius. Saya rasa semua di sini bersetuju dengan saya.
Kedua, tindakan Yang Berhormat Pekan itu prima facie, on the face of it sudah melanggari Peraturan 95A dan oleh yang demikian Parlimen ini mesti mengambil tindakan.
Ini, kita semua setuju, kalau langgari mana-mana peraturan, kita untuk menjaga kewibawaan Parlimen, kita mesti ambil tindakan.
Ketiga, kita mesti berlaku adil kepada Yang Berhormat Pekan kerana dari ucapan tadi termasuk pembangkang, saya rasa ramai yang menganggap beliau telah melanggari peraturan ini, bahawa beliau telah melanggari embargo dokumen berkenaan. Jadi seperti dalam kes mahkamah, apabila ada satu kes prima facie, telah ditunjukkan atau diwujudkan, orang itu belum bersalah lagi, dia mesti diberi peluang untuk menjawab ataupun mengemukakan pembelaannya. Jadi, haruslah kita semua di sini berlaku adil kepada Yang Berhormat Pekan. Jangan katakan beliau telah melanggari embargo, itu satu kes prima facie sahaja. Nanti bagi saya habiskan dahulu.
Jadi, yang keempat, ingin saya nyatakan di sini, bahawa seperti yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Bera, seakan-akan kalau seseorang itu membuat salah, orang lain boleh mengulangi kesalahan itu. Di dalam kes fitnah, kalau seseorang itu mengeluarkan sesuatu kenyataan yang berunsur fitnah, sesiapa lain yang mengulangi fitnah itu juga bersalah.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Inilah undang-undangnya. Jadi kalaulah pun ada pekerja di Parlimen yang tersilap, itu tidak bermaksud orang lain semua, kita semua boleh melanggar Peraturan Mesyuarat Parlimen.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Yang Berhormat Beruas, Lembah Pantai.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terakhir sekali, saya menyatakan bahawa...
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Baik, satu minit.
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Bila Yang Berhormat Beruas sebutkan tadi tentang staff Parlimen, saya ingin bertanya dua perkara. Pertama, adakah memadai untuk kita lihat sahaja print out seperti yang di jaja pada hari ini. Bukankah ini satu bukti yang amatur, bukan berasaskan forensik. Maksudnya bila melibatkan sistem pengkomputeran, ada tahap-tahap pembuktiannya untuk meyakinkan bahawa apa yang disebut itu adalah benar. Saya risau apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat di sebelah pembangkang bagai mengaburi mata kita. Ini bukan bukti yang boleh, that can stand in court.
[Dewan riuh]
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Kedua, adakah Yang Berhormat Beruas berasakan tohmahan yang dibuat oleh pihak pembangkang mengatakan bagaikan staff Parlimen tidak ada apa-apa rasa hormat terhadap institusi Parlimen itu sendiri sehingga mereka mahu melakukan kesalahan.
Dokumen embargo yang diletakkan di atas meja kita...
[Disampuk]
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sudah uploaded, apa lagi fitnahnya?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Juga diletakkan oleh...
[Disampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Pasir Salak,
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
...staff parlimen.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Boleh minta kebenaran. Minta kebenaran.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Adakah Yang Berhormat Beruas setuju dengan line of argument yang telah dibentangkan oleh pihak pembangkang. Bukankah ini bagaikan satu tohmahan terhadap staff, keseluruhan staff Parlimen yang saya rasa amat berdedikasi. Jangan, don’t attack the staff, don’t attack the staff. Terima kasih.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Lembah Pantai yang tidak dedikasi.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Bagi saya jawab dulu.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kalau hendak mengampu pun...
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ya, biar Yang Berhormat Beruas jawab dulu. Ya, yang lain duduk.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Bagi saya jawab dulu.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Paya Besar sikit.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya ingin menjelaskan di sini saya tidak mengatakan mana-mana staff Parlimen yang telah melakukan apa-apa kesalahan. Maksud saya tadi dakwaan, kalau pelaku itu tidak bermaksudnya kita lain-lain boleh pun melanggar mana-mana peraturan. Jadi, saya hendak jelaskan saya tidak menyatakan mana-mana staff melakukan kesalahan.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Boleh.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Okey. Saya last ada satu poin, okey boleh.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Beruas. Saya tanya soalan ini kerana Yang Berhormat Beruas seorang peguam.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Kalau saya tanya Yang Berhormat Sungai Petani mungkin tidak adil. Okey, kalau ya, kalau kita melihat bidang tugas ataupun fungsi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, kalau kita boleh baca Peraturan 80, ditubuhkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Satu paragraph disebut, “Kepada Jawatankuasa ini hendaklah diserahkan apa-apa perkara yang nampaknya menyentuh kuasa-kuasa, hak-hak kebebasan Majlis”. Jadi dalam kes ini Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat sendiri menyebut tadi bahawa ia mungkin perlu ada satu prima facie evidence.
Apabila Yang Berhormat Ketua Pembangkang membangkitkan satu isu iaitu upload yang lebih awal ataupun tarikh yang sama di dalam website Parlimen mengenai embargo ini, adakah Yang Berhormat merasakan bahawa pihak Yang Berhormat Menteri sebagai pihak yang membawa usul perlu membuat siasatan semula apakah dakwaan ataupun apa yang disebut oleh Ketua Pembangkang itu benar. Jika sekiranya benar, pertuduhan ini ataupun usul ini bukan hanya kepada Yang Berhormat Pekan sahaja, mungkin boleh dibawa joint charge ataupun usul yang bersama. Satu kepada Yang Berhormat Pekan, satu lagi kepada pihak yang in charge Parlimen menyebabkan ia berlaku. Apa pandangan Yang Berhormat?
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Yang Berhormat Beruas, boleh saya, just tanya berkenaan soalan tadi oleh Yang Berhormat Kota Bharu.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ya, Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih. Yang Berhormat Kota Bharu menimbulkan perkara ataupun Peraturan Mesyuarat 80 di mana Yang Berhormat Kota Bharu membaca kepada jawatankuasa, saya quote ya, “Kepada Jawatankuasa ini hendaklah diserahkan apa-apa perkara yang nampaknya menyentuh kuasa-kuasa, hak-hak dan kebebasan”. Akan tetapi, ia berterusan dan berbunyi macam ini, “Adalah jadi kewajipan atas Jawatankuasa ini menimbangkan apa-apa perkara demikian yang diserahkan kepadanya”. In other words, setujukah Yang Berhormat Beruas following from apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Bharu tadi, perkara yang perlu dibawa ke jawatankuasa tersebut perlu ditimbangkan. That’s means no hukuman perlu ataupun keputusan dibuat pada masa ini.
Maksudnya apa yang kita debate sekarang adalah hanya pada peringkat prima facie, belum ada apa-apa keputusan. Setujukah Yang Berhormat Beruas? Keputusan dan penimbangan tersebut perlu dibuat oleh jawatankuasa mengikut Peraturan Mesyuarat 80.
Apa pandangan Yang Berhormat Beruas?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ya, Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu dan Yang Berhormat Bukit Gelugor. Dalam Parlimen ini, jawatankuasalah tempat yang tepat sekali untuk apa-apa siasatan ataupun pendengaran dibuat. Bukan oleh Yang Berhormat Menteri. Jadi harap Yang Berhormat Kota Bharu faham bahawa dalam set up kita, jawatankuasalah tempat yang tepat sekali. Nanti.
[Disampuk]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Siasatan oleh Yang Berhormat Menteri, bukan buat keputusan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Ini kerana jawatankuasa mempunyai hak ataupun kuasa untuk memanggil mana-mana saksi dan juga mendapat apa-apa dokumen yang perlu untuk menentukan kesahihan dan juga fakta sebenar. Oleh kerana tidak cukup masa saya hendak mengakhiri ucapan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ya, sila menggulung.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Dengan menyatakan kita semua sini mesti bersyukur kerana kita ada Kerajaan Pakatan Harapan yang begitu adil sekali.
[Dewan riuh]
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Sungguhpun pada permulaannya mereka berasa tersinggung kerana dikatakan perbuatan Yang Berhormat Pekan melanggar embargo. Akan tetapi, apabila mendapat pandangan daripada Ahli-ahli Parlimen bahawa itu bukan langkah yang terbaik, mereka perlu berikan peluang kepada Yang Berhormat Pekan untuk menjawab. Jadi, syabaslah kepada kerajaan yang begitu prihatin tentang keadilan. Kita mesti sanjung tinggi tindakan sedemikian dan bukan ini satu bukan tindakan u turn tetapi kerajaan yang responsif kepada cadangan.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Sikit, sikit saja Yang Berhormat Beruas. Saya hendak minta sikit saja. Masa ada lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Tidak ada masa lagi.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Apakah Yang Berhormat Beruas setuju bahawa kalau itulah sifat keadilannya, maka bukan hanya Yang Berhormat Pekan dirujuk, tetapi ada pihak yang lain.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Beruas, sila tamatkan ucapan.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Tuan Yang di-Pertua, masa sudah habis Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Masa sudah tamat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Semua, mana-mana orang pun boleh mengusulkan. Jadi di bawah peruntukan...
[Disampuk]
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tutup mic lah, tutup mic. Mic tutuplah.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ya, Yang Berhormat Beruas masa sudah tamat.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tutup mic.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Masa sudah habis.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Masa sudah tamat sekarang.
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang lain. Sila Yang Berhormat Santubong.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua, sabar sikit.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya hanya untuk membentangkan peraturan. Sebenarnya kita tidak banyak mengamalkan ataupun merujukkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Ahli Parlimen ini. Itulah jadi makanya, apabila berlaku usul ini pada pagi ini dia menjadi satu kontroversi besar. Akan tetapi, kalau di England apa saja kompelin berhubung dengan sikap Ahli-ahli Parlimen yang dianggap telah melanggar peraturan, dia akan terus dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
[Disampuk]
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Itu di England Yang Berhormat, ini Malaysia.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Tunggu Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Dengar dulu Yang Berhormat Kinabatangan.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Setiap ahli Yang Berhormat...
[Disampuk]
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jangan terperangkap Yang Berhormat Santubong. Jangan terperangkap.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Saya bercakap bukan berlandaskan dongeng Yang Berhormat ya, ini dalam seksyen 32...
[Disampuk]
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jangan terperangkap dengan politik Pakatan Harapan.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Bahawa The Houses of Parliament (Privileges and Powers) Act 1952, kita masih merujuk kepada Parlimen England. Okey. Jadi itu sebagai matter of course dan bila laporan itu nanti datang, baru dia masuk ke dalam Dewan.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebut lagi, memang betul pada ketika dulu Yang Berhormat daripada Iskandar Puteri selalu menyebut dan saya setuju bahawa Parlimen ini adalah satu mahkamah yang tertinggi, the highest tribunal of the country. Jadi it all the fact appears before Parliament, Tuan Yang di-Pertua boleh buat keputusan sendiri.
Jadi maknanya kalau question of embargo ini, siapa yang dulu mengeluarkan, memecahkan embargo itu, dia lah yang buat salah. Dia tidak kisah siapa. Sebab mana-mana orang, makna dia, pegawai kerajaan kah, pegawai Parlimen kah, kalau dia telah melanggar embargo itu, dia telah melakukan kesalahan, itu di bawah peraturan. Kalau hendak tahu lagi, baca semua ini.
[Disampuk]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Santubong.
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Santubong
Baca Erskine May, baca laporan, baca kes Duncan Sandy.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Santubong.
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Santubong
Saya pernah dengar kes ini. Jadi ini...
[Disampuk]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Santubong.
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Santubong
Jadi ini kes ya. Jadi kalau dapat today di-proof before the Tuan Yang di-Pertua bahawa Yang Berhormat Pekan kemudian daripada benda itu di-upload dalam website. Maka tidak ada kesalahan berlaku.
It’s a question of fact. Balik kepada question of fact. Jadi kalau dia berlaku dahulu daripada upload, dia memang melakukan kesalahan sudah. This is very clear dalam Peraturan Mesyuarat 95A.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, soalan peraturan dan perundangan ini is the tribunal sendiri boleh membuat keputusan kalau all the fact appears before the figure.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Santubong.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Santubong, sekejap.
Seorang Ahli
Yang Berhormat boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Jam Parlimen menunjukkan pukul 1.01 petang. Yang Berhormat Santubong hendak sambung bahas ataupun menggulung.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Sambung, sambung.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terpulang kepada budi bicara Yang Berhormat Santubong.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sambung.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Memang hendak sambung itu gayanya.
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Santubong
Komen ini saya sambung, tetapi kalau saya boleh diberi, tetapi Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Boleh, boleh. Dua minit. Sila.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Boleh saya.
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Santubong
Itu singkat sangat.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ini terpulang kepada Yang Berhormat Santubong.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Boleh Yang Berhormat Santubong. Sikit saja.
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Santubong
Biarlah, sambung.
Saya sambung.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sambung okey.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Petang-petang sikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ahli Yang Berhormat, lepas ini Yang Berhormat Santubong akan teruskan. Majlis akan sambung semula pada 2.30 petang.
Selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Saya selalu senyum.
[Ketawa]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Sebab Tuan Yang di-Pertua dia Dato’ Mohamad Ariff. Dia arif dan bijaksana, adil lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Santubong belum habis ya? Dipersilakan.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya waktu sesi awal pagi, mengatakan bahawa soalan breach embargo ini di bawah Peraturan 95A adalah the question of fact. Jadi, kalau fact itu boleh diestablish, sekarang ini dalam persidangan ini, sebenarnya Tuan Yang di-Pertua tidak perlu lagi refer kepada Jawatankuasa Hak Keutamaan Ahli Parlimen itu sendiri dan Tuan Yang di- Pertua boleh membuat keputusan sama ada kes itu ada ataupun tidak.
Jadi, kalau sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat, tidak ada bukti-bukti ini.
Itu baru kita boleh bincang soalan ini. Akan tetapi, kalau bukti dalam masa sejam setengah tadi saya bangkit awal pagi tadi, Ketua Pembangkang telah sebut bahawa it’s the question of fact. Jadi kalau itu boleh diestablish dalam satu jam setengah kita ada break, saya cukup yakin boleh dia tahu, bila publish itu dimulakan oleh pihak Parlimen mengeluarkan oleh kerana omission ataupun negligence ataupun tidak ada arahan yang tertentu berhubung dengan pengeluaran di dalam website.
Jadi, kalau didapati daripada website orang pakai itu, publish itu, embargo itu tidak ada lagilah. Mana ada embargo...
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Yang Berhormat Santubong.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Selayang minta pencelahan.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Jadi...
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Saya minta...
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Tunggu sekejap.
Saya hendak habis soalan itu tadi. Akan tetapi, kalau sebelum itu dimasukkan dalam website oleh pihak Parlimen dan Yang Berhormat Pekan mengeluarkan itu terdahulu dari itu, barulah kita mengatakan bahawa there is a breach. Jadi, dalam keadaan sedemikian, mungkin betul juga direfer kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan itu kerana Tuan Yang di-Pertua itu sendiri duduk di atas kerusi, at the highest tribunal of the country, boleh menghakimi dan boleh memutuskan hal dalaman Parlimen itu sendiri.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Jadi, ini kes dalaman, bukan mahkamah punya kes walaupun semua yang disebut tadi prima facie case dan sebagainya itu applied dalam kes Privilege of Parliament ini. Ya, Yang Berhormat.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Hujah yang diberikan bahawa kalau Kertas Putih upload di portal Parlimen, itu bukan dibuat oleh Yang Berhormat Menteri dan hanya Menteri atau pegawai yang ada autoriti boleh melepaskan embargo. Kalau dibuat oleh pegawai yang tidak ada autoriti, maknanya Kertas Putih itu masih berembargo. Kita kira tidak akan hilangkan embargo sebab ada kebocoran. Kalau itu kita tidak akan ada rahsia lagi.
So, pada saya itu bukan satu hujah yang kita boleh terima pada waktu ini seperti yang dikatakan sehingga kita mengadakan siasatan tentang fakta yang penuh. Pada saya, kalau itu prima facie ada satu kes untuk rujukan kepada Select Committee.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Santubong, Kuala Krau.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kuala Krau.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak komen itu sebelum saya lupa.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Isu yang sama...
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Soalan embargo ini...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Isu yang sama.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Tunggu Yang Berhormat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Okey.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Isu yang sama.
Memang saya tahu isu yang sama. Tidak ada isu lain. Kalau isu lain irrelevant.
[Ketawa] Soalan embargo ini, ia berakhir apabila Yang Berhormat Menteri itu membuat pembentangan.
Jadi, Yang Berhormat Menteri tidak boleh dikenakan. Menteri yang membentangkan Kertas Putih semalam tidak boleh kena because the embargo ends by the time the Menteri baca itu.
So, akan tetapi kalau ada pengeluaran dahulu daripada itu sama ada omission ataupun negligence, ia adalah the question of fact. Akan tetapi, kalau benda ini dijumpa dalam website secara logiknya, siapa orang lain yang membuat publisiti yang sama, memang kalau secara teknikalnya melakukan kesalahan. Akan tetapi, semua kena. Everybody must kena.
Pegawai yang memasukkan ia ke dalam website, semua terkena.
Jadi, saya berharap Tuan Yang di-Pertua, saya memberi peringatan jugalah pegawai kita. Ingat kalau benda yang embargo ini tidak boleh dikeluarkan dalam website. Tunggu Yang Berhormat Menteri bentang dahulu. Apabila Menteri sudah mula baca boleh masuk website. Tidak ada KPI benda itu kerana embargo. Jadi, dalam keadaan sedemikian is again, the question a fact. Right?
Jadi, yang kedua soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Tanjong Karang tadi, saya amat bersetuju Tuan Yang di-Pertua, sebabnya 95A ini banyak diperbincangkan dahulu apabila Yang Berhormat di sini, mungkin yang lama-lamalah selalu bangkitkan soalan ini. Kenapa menghalang Ahli Parlimen mengetahui rang undang-undang yang didraf sebelum dibentangkan atas meja?
Jadi kita sudah bersetuju. Benda ini memang tidak elok untuk Parlimen. Transparency, accountability itu Ahli Parlimen itu tahu. Kena baca dahulu sebelum datang ke Dewan untuk berbahas. Jadi, kenapa kita emphasize so much on the issue of breach 94A ini dan 95A ini?
Bahkan saya dalam kertas kerja saya, semasa seminar diadakan di Parlimen, saya kata 95A ini kalau kita hendak benarkan Ahli Parlimen membacakan dokumen-dokumen dikatakan embargo di bawah 95A ini, sepatutnya 95A ini sudah pupus. Oleh sebab bukan original. 95A, kenapa ia jadi A itu? Oleh sebab ia datang kemudian. Saya pun tidak tahu bila dia datang. Dahulu-dahulunya apabila kita adopt daripada House of Commons dahulu tahun 1956. Selepas itu, kita pinda 1969. Tidak ada peraturan itu, hanya sekarang.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Jadi mana-mana peraturan, is always two edge sword. Somebody else will kena. Kita hendak kena orang lain, kita sendiri boleh kena. Jadi, itulah 95A. Kena lihat sekarang ini.
Bahkan hakim saya dengar sekarang ini, kalau kes itu dibawa di bawah Drugs Act 39B, hakim pun tidak hantar orang untuk digantung lagi sebab dia tahu, the politic semasa, pandangan semasa bahawa jangan hantar orang ke galore lah untuk melakukan kesalahan sedemikian ini.
Jadi kita Parlimen, must show the way. Okay, show the way, bahawa there must be conscience, they must be pandangan orang awam tersebut walaupun rang undang-undang itu tidak ada. Jadi, dalam keadaan sedemikian Tuan Yang di-Pertua, this is up to you, the conscience of this country hold.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Jadi dalam keadaan yang kedua, soalan yang tadi dibangkit.
Tuan Yang di-Pertua
Belum habis?
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Soalan perundangan. Tuan Yang di-Pertua, saya sudah beritahu, perundangan 1952 ini tidak pernah dipinda, masih diguna pakai.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong
Saya refer dengan House of Commons. Ada kawan mengatakan, “Oh! Apa refer undang-undang House of Commons? Itu England”. Kita yang buat salah. Undang-undang ini tak pinda, tak ganti. Kecil undang-undang ini, 33 seksyen sahaja. Seksyen 32 itu very jelas. Kena ada ini. Saya simpan ini dalam poket saya. Saya distribute dengan GPS punya Ahli Parlimen supaya jangan jadi ignorance of law. Undang-undang ini, seksyen 32 kata, “The privilege and right of the common, in the House of Commons shall be enjoy by the Members of the House”. Jadi kita pun enjoy benda-benda yang sama. Kita bring the conscience of the House of Commons together with us under this law unless we repel it. Jadi dalam keadaan sedemikian, kalau di House of Commons, anything that is already before the Speaker, Speaker boleh buat keputusan benda macam ini tadi. Very simple. When the publicity come, when Yang Berhormat Pekan buat publisiti, bila dia upload, jadi kalau Yang Berhormat Pekan ambil daripada uploading itu, dia buat, *then we got to have all the compassion and the conscience to think this is not his fault because he didn’t know.
Because* dia tengok Parlimen, this is rasmi. How can you blame?
Jadi dalam keadaan sedemikian, Tuan Yang di-Pertua, we have to use that particular idea to membuat keputusan dalam ini. Bukan majoriti. Majority is not always correct under this particular provision. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Datuk Seri M. Saravanan - Tapah
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Yang Berhormat Tapah.
Datuk Seri M. Saravanan - Tapah
Ada penjelasan. Nak minta penjelasan. Saya lihat Yang Berhormat Santubong berucap hampir empat minit lebih daripada masa yang ditetapkan tetapi Tuan Yang di-Pertua menggunakan budi bicara Tuan Yang di-Pertua untuk membenarkan.
Akan tetapi, saya lihat satu budaya baru di Parlimen ini, saya tak pernah lihat sebelum ini. Ini kali pertama saya lihat. Itu budaya baru iaitu di mana apabila ada Ahli Parlimen berucap, Tuan Yang di-Pertua tutup mic. Saya cuma nak tahu, ada tak peruntukan untuk Tuan Yang di-Pertua untuk menutup mic? Atas peruntukan mana?
[Dewan ketawa]
Datuk Seri M. Saravanan - Tapah
Bukan Tuan Yang di-Pertua sekarang.
Saya cuma nak tahu, ada tak peruntukan untuk tutup mic? Sekiranya ada, di bawah peruntukan yang mana? Kalau ada peruntukan ini di mana-mana negara seperti Taliban dan sebagainya, cuma nak pastikan. Cuma saya hendak penjelasan, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Hei! Yang Berhormat.
Datuk Seri M. Saravanan - Tapah
Sebab saya lihat satu budaya yang baru.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Mengapa perlu gunakan perkataan Taliban?
Datuk Seri M. Saravanan - Tapah
Tengok? Yang Berhormat Jelutong dah bangun pula.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Why use the word Taliban?
Kalau nak bahas, bahas secara teraturlah!
Datuk Seri M. Saravanan - Tapah
Look. Saya cakap...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jelutong, duduk dulu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Jelutong perangai macam Taliban.
Tuan Yang di-Pertua
Ini benda yang serius ini.
Datuk Seri M. Saravanan - Tapah
Saya cakap lutong dia tak marah, Taliban dia marah.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Itu untuk hadkan masa, untuk control masa.
Tuan Yang di-Pertua
Ini hari akhir kita bersidang ya. Silakan.
Datuk Seri M. Saravanan - Tapah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Itu soalan yang paling sukar untuk dijawab.
[Dewan ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Akan tetapi, mengapa ada butang untuk tutup mic kalau tidak boleh digunakan?
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
[Tepuk]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Tapah, dengar betul-betul. Bodohlah Yang Berhormat Tapah!
Menteri Sumber Manusia - Tuan M. Kulasegaran
Ini jawapan hakim, jawapan hakim.
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sebab itu Yang Berhormat Tapah betul-betul bodoh.
Datuk Seri M. Saravanan - Tapah
Tuan Yang di-Pertua, saya setuju.
Tuan Yang di-Pertua
Tak apalah, tak apalah. Ini soal remeh.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tarik balik bodoh, bodoh.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Saya nak dengar Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri M. Saravanan - Tapah
Saya cuma nak tahu ada peruntukan atau tidak untuk tutup mic?
Tuan Yang di-Pertua
Bukan semua benda ada peruntukan dalam standing orders.
Datuk Seri M. Saravanan - Tapah
Okey, tapi saya tak lihat kedua-dua Tuan Yang di-Pertua buat kecuali yang satu.
Tuan Yang di-Pertua
Siapa?
Datuk Seri M. Saravanan - Tapah
Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di- Pertua A tak buat, B sahaja buat.
[Dewan ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Saya tak faham soalan ini. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
Nanti mahu pergi toilet pun minta peruntukan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat Jelutong tarik balik perkataan bodoh. Dia kata bodoh kepada Yang Berhormat Tapah tadi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tak ada masalah. Saya tarik balik perkataan bodoh. Saya gunakan perkataan kurang pandai.
Tuan Yang di-Pertua
Sila duduk, sila duduk. Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jelutong.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sebenarnya dia bodohlah.
Tuan Yang di-Pertua
Saya tidak mahu dengar lagi bodoh kah, komunis kah apa.
Semua orang duduk ya. Saya nak dengar Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Silakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya menjawab soalan ini, saya mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan tetamu kita daripada Universiti Kuala Lumpur Student Representative Council.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Selamat datang.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada semua lapan Ahli-ahli Parlimen yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan ini atas usul untuk merujukkan Yang Berhormat Pekan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan juga kepada semua Ahli Parlimen yang telah pun mencelah pada perbahasan oleh lapan Ahli-ahli Parlimen itu.
Saya ingin, Tuan Yang di-Pertua, untuk menegaskan di sini bahawa saya hanya merujukkan kepada kertas pink color ini, perkara yang telah pun diusulkan di mana yang ada di atas meja Ahli-ahli Parlimen. Jadi dengan itu, saya di sini kena menyatakan fakta-fakta mengenai usul ini, mengenai kes ini di mana pada fakta pertama iaitu pada 9 April tahun ini...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua.
Datuk Liew Vui Keong
...Dewan Parlimen...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Benarkan saya ingin mencelah mengenai kertas yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri sebelum Yang Berhormat Menteri terus kepada fakta. Boleh?
Datuk Liew Vui Keong
Tak. Saya hanya menegaskan di sini bahawa saya hanya merujuk kepada kertas ini.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Saya nak respons kata menggunakan kertas yang telah dibaca usul tadi, sebelum daripada fakta. Saya mohon kalau boleh, saya ingin bertanya.
Datuk Liew Vui Keong
Tak payahlah. Kita pergi kepada ini terus.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri tak berikan untuk berbincang ini.
Datuk Liew Vui Keong
Saya akan beri peluang kepada Yang Berhormat nanti.
Jadi, biarkan saya katakan fakta-fakta yang terdapat di sini iaitu pada mulanya, Parlimen iaitu daripada urus setia telah pun mengeluarkan risalat di laman utama Parlimen iaitu senarai sahaja yang mengatakan sekiranya Yang Berhormat rujuk kepada laman utama risalat Dewan Rakyat, hanya pada hari itu menyenaraikan tiga perkara iaitu:
(i) ST.98/2019 – Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Kemajuan Wilayah Terengganu Tengah (KETENGAH) bagi tahun 2017;
(ii) ST.95/2019 – Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) bagi tahun 2017; dan
(iii) ST.79/2019 – Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Maktab Koperasi Malaysia bagi tahun 2017.
Jadi, saya kena kembalikan kepada hari Selasa itu iaitu 9 April 2019. Sekiranya Yang Berhormat Ahli-ahli Yang Berhormat masuk pada hari itu, Ahli-ahli Yang Berhormat hanya boleh dapat lihat tiga perkara sahaja yang telah pun disenaraikan di laman web tersebut. Tidak ada menyatakan Kertas Putih Ke Arah Kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).
[Tepuk] Tidak ada langsung, tidak ada langsung.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
[Bangun]
Datuk Liew Vui Keong
Biarkan saya...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Boleh?
Datuk Liew Vui Keong
Jadi, tidak ada. Tak ada link. Tak ada link sama sekali yang mengenai CMD.6/2019. Tidak ada sekali. Jadi, tidak ada akses kepada sesiapa untuk masuk kepada link tersebut pada 9 April 2019.
Jadi pada 3 pagi, jam 3 pagi...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Lepas ini boleh bagi saya, Yang Berhormat Menteri ya. Selepas ini.
Tuan Yang di-Pertua
Biarkan Yang Berhormat Menteri jawab dulu.
Datuk Liew Vui Keong
Nanti saya akan bagi peluang kepada Yang Berhormat Pontian. Pada Selasa 9 April 2019, 3 pagi, apa yang berlaku? Pegawai-pegawai Parlimen telah pun mengedarkan hardcopy yang embargo ini. This copy... [Menunjukkan senaskhah dokumen] Pada 3 pagi hari itu. Supaya Ahli-ahli Parlimen apabila datang ke Dewan pada hari itu, sebelum jam 10 pagi ataupun selepas itu akan dapat lihat this embargo copy di atas meja Ahli-ahli Parlimen.
Jadi di sini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan penghargaan kepada semua pegawai Parlimen...
[Tepuk] yang telah pun bekerja begitu profesional, yang begitu baik sekali untuk memastikan bahawa the business of the House dapat berjalan dengan lancar dan baik.
[Tepuk] Jadi what happened selepas itu daripada fakta?
Jadi, pada hari yang sama, pada jam 5.39 petang, kita dapat lihat dalam akaun social media iaitu FB di bawah nama Najib Razak telah pun mempamerkan the impugned document iaitu embargo document di bawah 1.6 and 1.7 secara snapshot iaitu diambil― saya tidak katakan dia. Di mana snapshot di dalam laman web social media dinamakan Najib Razak adalah snapshot daripada hardcopy ini telah pun dimuat naik. That was at 5.39 pm.
Datuk Liew Vui Keong
Jadi pada hari berikutnya, hari berikutnya ialah pada hari Rabu, 10 April 2019 iaitu pada lebih kurang jam 11.43 pagi, Yang Berhormat Gombak telah pun berdiri, bangun membentangkan Kertas Putih FELDA tersebut dan membentangkan ini. Jadi ikut fakta yang saya ada, pada jam 11.51 pagi kurang lebih lapan minit kemudian, barulah softcopy Kertas Putih ini FELDA tersebut telah pun dimuat naikkan di laman web Parlimen.
[Tepuk] Jadi, di sini saya kena menerangkan snapshot yang telah pun dibangkit oleh Yang Berhormat Pontian. Pautan yang memaparkan keseluruhan isi kandungan Kertas Putih FELDA dan pada masa yang sama saya juga melihat...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Boleh mencelah?
Datuk Liew Vui Keong
Tunggu dulu. Daripada laman web Facebook yang telah pun dikenal pasti sebagai Najib Razak yang telah pun bertanya dengan soalan, ‘betul ke ni?’ yang mengeluarkan risalah-risalah yang telah pun ditunjuk oleh Yang Berhormat Pontian tadi.
Jadi kita kena faham Ahli-ahli Yang Berhormat di sini, bahawa di sini menunjukkan link ini telah pun dimuat naik pada 10 April 2019. Sekiranya dimuat naikkan 10 April 2019 ia akan menyenaraikan apa yang telah pun disenaraikan pada 9 April 2019 dan pada yang sama dia tambahkan link. Link yang mengatakan CMD.6/2019 Kertas Putih Ke Arah Kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).
Bermaksudnya, ialah bahawa 10 April 2019, kurang lebih 11.53 pagi telah pun dimuat naik perkara ini kepada laman web Parlimen.
[Tepuk] Jadi, bagi saya pautan yang dibangkit oleh Yang Berhormat Pontian, sama sekali tidak akan memaparkan isi kandungan Kertas Putih pada 9 April 2019 tersebut kerana ia hanya memaparkan senarai tajuk dokumen yang dibentangkan pada hari tersebut, bukan isi kandungannya.
[Tepuk] Isi kandungannya Kertas Putih FELDA tersebut hanya seperti yang saya katakan boleh diakses selepas jam 11.51 pagi pada hari Rabu, 10 April 2019, di Portal Rasmi Parlimen Malaysia. Silakan Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
[Bangun]
Datuk Liew Vui Keong
Silakan Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Apa yang saya lihat pada 9 April 2019, dalam senarai laman web parlimen.gov.my ST.98/2019 mengenai KETENGAH, ST.95/2019 mengenai FELDA Laporan Tahunan Penyata Kewangan, ST.79/2019 mengenai Laporan Kewangan Maktab Koperasi Malaysia dan CMD.6/2019 Kertas Putih ke Arah Kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
(FELDA).
Dalam setiap tajuk itu kalau kita melihat semuanya disenaraikan pada 9 April 2019.
Apabila kita buka dokumen dan pada saat dan ketika kita boleh buka dokumen dalam handphone masing-masing, dalam komputer riba di hadapan kita. Kita akan melihat dokumen yang ada IP number, ipms/eps/2019-04-09. Maksudnya dokumen itu di dalam itu 9 April 2019, -wjd011490 dokumen itu dan segala isinya di dalam web itu bertarikh 9 April 2019 dan malam tadi untuk mengesahkan kerunsingan saya, sebelum pukul 12 tengah malam saya buka laman web ini. Seluruh apa yang hendak dikeluarkan, risalat pada hari 11 hari bulan ini, semuanya sudah ada di dalam laman web 10 hari bulan. Bererti, pada 9 hari bulan, semuanya sudah ada untuk 10 hari bulan. Ini dia dan saya ingin mengesyorkan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Pontian dongeng lagi kah?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tuan Yang di-Pertua, kita menggunakan forensik komputer.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Shut up, Yang Berhormat Jelutong.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Guna forensik komputer supaya membuktikan seluruh dokumen itu telah keluar pada 9.4.2019— forensik komputer.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, tidak payahlah buang masa dengar dengan dia. Yang Amat Berhormat Langkawi pun tidak beritahu. Ini semua cerita dongeng.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Kalau kita ada *forensic accounting.
[Disampuk]* Yang Berhormat Jelutong...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Hoi! Bodoh duduklah. Duduk.
Duduklah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Duduklah. Sudahlah. Kamu tidak ada...
[Pembesar suara dimatikan]
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Duduklah. Duduk.
Tuan Yang di-Pertua
Saya sudah tekan butang, ya sila.
[Ketawa] Silakan Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Satu lagi saya dimaklumkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di sini bahawa berita Bloomberg telah keluar pada 9 April 2019...
Seorang Ahli
RM6 bilion.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
RM6 bilion itu. Mana mereka tahu kalau mereka tidak ada akses kepada segala dokumen-dokumen itu. Saya ingin mengesyorkan kalau kita ada forensic accounting untuk FELDA, kita juga kena ada forensic accounting untuk laman web ini untuk mengesahkan seluruh dokumennya dikeluarkan pada 9 April 2019. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon kalau boleh Yang Berhormat Menteri?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
[Bangun]
Datuk Liew Vui Keong
Okey, Yang Berhormat Sungai Petani.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Saya ada forensic document. [Dewan riuh] Apa yang berlaku Tuan Yang di-Pertua, benar pada 9 April 2019 pada GMT430— Yang
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Berhormat Pontian dengar betul-betul. Pada 9 April 2019, GMT430 bersamaan waktu Malaysia pukul 12.30 tengah hari— benar, keluar dalam portal kita ST.98/2019 mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Kemajuan Wilayah Terengganu Tengah
(KETENGAH) bagi tahun 2017.
Benar, keluar juga ST.95/2019 mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pada tahun 2017. Benar, keluar pada tarikh tersebut dan masa tersebut ST.79/2019 mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Maktab Koperasi Malaysia bagi tahun 2017.
Akan tetapi yang keluarnya ialah tajuk kerana tajuk— dengar dulu Yang Berhormat Bukit Gantang. Dengar dulu. Apa yang keluarnya tajuk tetapi selepas Menteri Ekonomi menjawab pada pukul 11.43 pagi, 10 April 2019, maka portal— ini forensiknya [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] semua diuploadkan semua maklumat yang ada dalam buku ini— dengar Yang Berhormat Pontian. Semua maklumat yang ada dalam buku ini [Sambil menunjukkan sebuah buku] sebiji verbatim keluar pada 10 April 2019, jam 11:51:52 pagi. Di tangan saya, [Sambil menunjukkan senaskah dokumen]
[Dewan tepuk]
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
kalau Yang Berhormat Pontian tidak setuju, usulkan, masukkan usul supaya dikenakan tindakan terhadap Menteri.
Akan tetapi di tangan saya ialah apa yang keluar. Maknanya Yang Berhormat Pontian, kalau Yang Berhormat Pontian akses pada 10 April 2019 tentulah keluar sebab ia keluar pada 10 April 2019 jam 11.00 pagi. Tentu keluar tetapi tidak mungkin ia keluar sebelum itu, sebelum Menteri berucap. Ini ialah forensic document [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] yang ada di tangan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Tepuk] Last, last..
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Pontian penipulah.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Dongeng. Bila buat forensic document ini?
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Dongeng, cerita dongeng.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
[Bangun]
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Last, last Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Sungai Petani bukan forensik komputer...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Pontian tidak ada class lah.
Tuan Yang di-Pertua
Biar Yang Berhormat Sungai Petani yang bercakap dulu ya silakan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Lepas ini saya jawab.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua, kalaulah betul Yang Berhormat Pekan ambil daripada apa yang berlaku dalam komputer, kenapa harus print shot?
[Dewan riuh]
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Kenapa harus ambil print shot dari buku ini? Apakah tidak boleh upload...
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Setuju, setuju.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tidak payah. Ambil saja terus upload, ‘ini maklumat yang saya terima dalam buku ini’. Sebut tetapi tidak. Dia fotostat, fotostat ambil screenshot baru upload. Maknanya tidak ada maklumat dalam komputer waktu itu.
[Tepuk] Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, yang kita minta berlaku adil.
Dengar. Kita mesti— kawan saya. Yang Berhormat Pekan kawan saya, Yang Berhormat Bera kawan saya, Yang Berhormat Rompin kawan saya. Semua kawan saya tetapi saya akan pertahankan Yang Berhormat Pekan. Saya akan pertahankan Yang Berhormat Pekan untuk dia diadili. Berlaku adillah kepada beliau. Untuk itu kita minta dia dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk kita tahu apa yang terjadi dan kalau dia tidak bersalah, dia tidak bersalah.
Lagipun Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua cuma chair satu jawatankuasa, keputusan untuk menghukum masih balik ke Dewan ini.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Kenapa? Akhirnya, yang akan buat keputusan sama ada hendak menghukum Yang Berhormat Pekan atau tidak, kita. Kita yang akan jatuhkan hukuman. Bukan jawatankuasa. Jawatankuasa hanyalah fact finding. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Saya rest my case.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Menteri, dalam dokumen ini tarikhnya ialah 9 April 2019, komputer sukar untuk berbohong.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Itu bukan tarikh, itu nama.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Dokumennya. Dokumennya.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Tak tahu komputer jangan cakap.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tajuk dokumen itu. Tajuk dokumen itu ada 9 April 2019.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
[Pembesar suara dimatikan]
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Dah kata tajuk lah.
Tuan Yang di-Pertua
Bagi saya ini menunjukkan ada sesuatu yang perlu disiasat.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Menteri, sikit Menteri. Menteri, sikit.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Okey.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sikit sahaja.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Dokumen itu tarikhnya 9 April.
Uploadnya 9 April. Perlu forensik komputer.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan jawab Menteri.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Bukan tajuk sahaja, full dokumen. Telinga ini dengar kah tak?
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Liew Vui Keong
Okey Yang Berhormat Paya Besar.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Menteri bagi saya Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ada lagi? Silakan Yang Berhormat Paya Besar.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya setuju sangat apa yang diberitahu oleh Yang Berhormat Sungai Petani sebentar tadi.
Seorang Ahli
[Tidak jelas]
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Eh! Hello! Besar, besar pula.
Awak itu besar. Saya beritahu dia orang yang besar. Mempunyai jawatan yang besar.
Peranan dia besar. Salah kah? Saya setuju sangat apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani tadi. Kita bukan persoalkan pasal forensik dokumen. Kita hendak forensik IT. Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri, tolong bagi jaminan pada saya sebenarnya apa yang termaktub dalam Kertas Putih tidak bocor. Kalau Yang Berhormat Menteri beritahu tidak bocor bukan disebabkan oleh Yang Berhormat Pekan, apa yang dilaporkan oleh Bloomberg? Saya baca yang dilapor dan dipetik oleh beberapa media. Tarikh dia 9 April pukul 7.05 malam. Kalau ini berlaku, macam mana dunia tahu yang FELDA akan dibail out oleh kerajaan sebanyak 6 bilion.
[Dewan riuh]
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya tidak terkejut Yang Berhormat Gombak sebut. Saya tidak terkejut sebab apa telah diketahui oleh dunia. Menteri tolong bagi jaminan...
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Pekan lah dedah itu.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
...yang Menteri beritahu perkara ini tidak dibocorkan.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Ya. Sila. Silakan Menteri.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri boleh saya? Lembah Pantai.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Menteri, Puncak Borneo minta laluan.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Lembah Pantai.
Sekejap. Sekejap.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Puncak Borneo.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Sekejap. Sekejap.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Saya rasa ini lah, ini lah apa yang berlaku bila orang yang sebenarnya kurang tahu pasal IT, hendak berbincang pasal IT.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Eh! Saya master bidang IT lah.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Sekejap. Sekejap.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya ada master dalam bidang IT lah.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Sebentar. Biar saya, biar saya...
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Lembah Pantai, I am qualified!
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
…Sebutkan.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sijil saya tidak palsu!
[Dewan riuh]
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Paya Besar diberi kesempatan tadi. Beri kesempatan kepada Yang Berhormat Lembah Pantai. Silakan.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tuan Yang di-Pertua. Saya malu [Tidak jelas] kalau kata saya tidak pandai IT!
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Paya Besar dapat master IT. Bukan sijil...
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Sudah? Dah Master IT. Silakan. Silakan.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tuan Yang di-Pertua, saya dapat CGPA 3.95. Saya bukan cukup makan!
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Bagus. Bagus.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
CGPA saya master 3.95.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya...
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ingat bodoh kah saya ini?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
...Masalah yang dibangkitkan.
[Dewan riuh]
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih. Jadi, saya cuma hendak tekankan...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kebodohan amat menyerlah di pihak PH...
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
...yang sebenarnya...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Kerana sijilnya palsu.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
...Saya rasa banyak kenyataan-kenyataan yang kalau kita keluarkan...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini Yang Berhormat Lembah Pantai kaki kencing lah.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Lembah Pantai kelulusan apa?
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Ya. Tenteram, tenteram. Silakan Yang Berhormat Lembah Pantai.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Apa kelulusan Yang Berhormat Lembah Pantai.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Lembah Pantai kelulusan apa Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
...A lion dengan izin.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya minta kelulusan Yang Berhormat Lembah Pantai.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Peraturan mesyuarat silakan. Peraturan mesyuarat silakan.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak merujuk pada Peraturan Mesyuarat 36(6). Sangkaan jahat. Yang Berhormat Lembah Pantai telah bersangka jahat pada saya beritahu saya tidak pandai.
[Dewan riuh]
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya sebut Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya master dalam bidang ini. Saya 3.95.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Saya tidak ada sebut nama siapa-siapa.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Lembah Pantai tarik balik lah.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Dia beritahu saya tidak pandai.
Dia merujuk.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Tidak. Tidak. Saya tidak sebut nama siapa-siapa.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya minta dia tarik balik Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Tarik balik! Tarik balik! Tarik balik.
[Dewan riuh]
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Lembah Pantai tarik balik. Yang Berhormat Paya Besar ada master IT.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Ada sijil. Ada sijil.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Saya hormat. Saya hormat Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Lembah Pantai tarik balik lah. Tarik balik.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Saya hormat Tuan Yang di-Pertua dan saya tarik balik. Oleh kerana the point is, the point is dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dengan izin a lion doesn't concern himself with sheep. Jadi, saya hendak teruskan dengan point saya. Sebenarnya...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kinabatangan.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
...Sebenarnya isu yang ada di sini banyak sebenarnya yang boleh kita rungkaikan dengan membawa perkara ini terus ke dalam Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Banyak yang dibangkitkan, seperti yang dibangkitkan oleh sahabat saya Yang Berhormat Paya Besar tadi, boleh dibawa ke dalam jawatankuasa.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tidak.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
...Jadi saya minta...
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
...Saya minta pandangan daripada Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Menteri sikit?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Ini floor saya, sit down. Sit down!
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Eh! Minister punya floor.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Sit down! Sit down! I have a right.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Not your flow.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Sit down! Sit down!
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Not your floor. Not your floor!
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Sit down! Sit down!
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
*Not your floor. Not your floor!
Minister* punya floor.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Paya Besar sila duduk.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Sit down! Sit down!
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Minister’s floor.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Respect the Tuan Yang di-Pertua. Sit down!
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Paya Besar, warning ya. Silakan.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Jadi, saya hendak tegaskan kepada Yang Berhormat Menteri, saya rasa banyak yang Menteri dah sebutkan tadi memang jelas. Memang jelas dan mungkin ada pihak yang akan mempertikaikan. Jadi, sebenarnya cara yang paling baik apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani tadi. The best way dengan izin, Tuan Yang di-Pertua bawalah terus ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Sila teruskan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh Yang Berhormat Menteri? Sikit.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Menteri, Puncak Borneo minta laluan sikit.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kinabatangan.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Puncak Borneo. Yang Berhormat Menteri Puncak Borneo.
Datuk Liew Vui Keong
Tuan Yang di-Pertua, ini bossku.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Puncak Borneo. Saya orang IT, saya hendak bagi penerangan sikit.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kinabatangan silakan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Saya orang IT.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kinabatangan dulu.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, rasa saya Menteri pun dah dengar hujah kita. Kita dengar dah hujah dan ulasan daripada sana. Jadi, saya mengesyorkan dan memandangkan kerajaan mempunyai majoriti, gunakan lah usul yang pertama iaitu menggantung tiga bulan.
Jadi, tidak banyak cerita lagi lah.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Alang-alang. Alang-alang zalim, zalim lah sekali. Kita terima sahaja lah. Tidak perlu lagi kita rujuk pergi committee, ini pun sudah keluar juga. Cuma ditangguhkan, ditukar kepada yang merah ini. Jadi, alang-alang ada niat tidak baik, teruskan sahaja lah. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Yang Berhormat.
Datuk Liew Vui Keong
Saya rasa...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Liew Vui Keong
...Peluang terakhir kepada Yang Berhormat Bera memandangkan Yang Berhormat Bera Ketua Pembangkang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Di atas dasar untuk bagi zalim, zalimkan habis-habisan.
Datuk Liew Vui Keong
Akhir sekali.
Tuan Yang di-Pertua
Ketua Pembangkang akhir sekali.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Okey, terima kasih. Kita bincangkan tentang kenyataan Yang Berhormat Pekan sewaktu embargo belum ditarik balik. Bila kita bangkitkan, bangkitkan tentang website Parlimen, kita hendak menunjukkan bahawa kenyataan ataupun apa yang dipost oleh Yang Berhormat Pekan itu selepas Parlimen mengeluarkan di dalam website itu. Itu perbincangan kita daripada pagi tadi. Apabila dibuktikan bahawa di dalam Bloomberg pun dah keluar, cuma kita hendak buktikan Bloomberg dapat daripada mana? Adakah Bloomberg dapat daripada sini? [Menunjukkan senaskhah dokumen] Adakah Bloomberg dapat daripada sini pada 9 hari bulan? Oleh sebab 9 hari bulan belum lagi dibentangkan. Jadi, mungkin Bloomberg juga dapat daripada website Parlimen. Jadi, itu– jadi, bermakna...
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Bloomberg US time kot.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
...Bukan setakat Yang Berhormat Pekan...
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Bloomberg US time.
Dia file US time.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
...Bukan setakat Yang Berhormat Pekan yang keluarkan cerita tentang ini, tetapi Bloomberg juga keluarkan pada 9 hari bulan.
Maknanya, bukan rahsia lagi apa yang terkandung di dalam buku putih ini. Itu yang pertama.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Yang Berhormat Pekan yang bagi maklumat kepada Bloomberg.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Kedua, yang disebut oleh Yang Berhormat Kinabatangan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Saya faham.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Boleh ya?
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan, silakan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Boleh, boleh sekejap.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ya, ya.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Sini ada Parlimen kedua ya, di belakang. Ya, silakan, silakan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Okey, yang kedua. Saya faham apabila kita rujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan akan bawa rumusan kepada Parlimen untuk diputuskan. Sebenarnya prejudgement sudah dibuat, ia berdasarkan keputusan undi yang dibuat oleh Ahli Parlimen yang ada. Kita sudah tahu sudah keputusannya. Sebelum bawa pun kita sudah tahu kerana dari segi majoritinya, tentulah pihak kerajaan yang membawa usul ini sure akan menang. Tidak ada isu. Jadi oleh sebab itulah saya setuju tadi seperti yang dikatakan oleh....
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Kinabatangan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Yang Berhormat Kinabatangan. Apa pun kita buat keputusan kita sudah tahu iaitu untuk menentukan Yang Berhormat Pekan salah di dalam apa yang kita bincangkan hari ini.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Bera, itu...
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Kita sudah tahu sudah keputusan. Jadi sebab itulah...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Itu menghina kita Ahli Parlimen.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
...Saya katakan ada dua pilihan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Kita Ahli Parlimen kita tidak semestinya ikut kerajaan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Kalau kita betul-betul hendak berlaku adil kepada Yang Berhormat Pekan...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Beruas sila duduk.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
...Tarik balik usul ini dan kalau hendak diteruskan, kita sudah tahu sudah keputusannya iaitu tentunya akan menghukum Yang Berhormat Pekan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Bera, kita tidak macam dahulu Barisan Nasional. Kita tidak semestinya...
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Menteri, Puncak Borneo minta laluan sedikit sahaja.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Kita bebas bersuara.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua. Untuk meningkatkan sifat kezaliman dan kekejaman, saya ingat gantung tiga bulan seperti yang Yang Berhormat Kinabatangan sebut tadi dan saya minta dibuat pindaan, gantung tiga bulan semua Ahli Parlimen yang ada di sebelah sini.
[Dewan ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi dengan itu...
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Menteri, Puncak Borneo.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Nampaklah kehebatan kerajaan untuk lebih adil, zalim, kejam bukan sahaja kepada Ahli Parlimen tetapi kepada rakyat jelata dengan membiarkan rakyat...
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Menderita, harga barang naik dan sebagainya.
[Dewan riuh]
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua daripada Yang Berhormat Arau kita pergi yang terakhir sekali Yang Berhormat Puncak Borneo.
Tuan Yang di-Pertua
Terakhir ya.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Pendang sokong. Pendang sokong Yang Berhormat Arau.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Saya sebagai seorang...
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Pendang sokong Yang Berhormat Arau.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
...Pengusaha IT, saya rasa terpanggil...
[Dewan riuh]
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Saya rasa terpanggil untuk memberi sedikit penerangan. [Dewan riuh]
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sudahlah.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Bagilah kesempatan untuk Yang Berhormat Puncak Borneo.
Silakan Yang Berhormat Puncak Borneo.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, kita gantunglah, gantung tiga bulan. Dengan itu rakyat akan nampak kerajaan ini...
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Sabarlah dahulu, dengar dahulu.
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Dengar, dengar, dengar. Silakan Yang Berhormat Puncak Borneo.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tidak payahlah. Gantung semua.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Gantung, gantung.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Pembangkang gantung semua.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Gantung semua.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Gantung semua, setuju, sokong Yang Berhormat Arau.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Saya akan teruskan..
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Menteri tidak payah jawab...
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Gombak sudah mai, Yang Berhormat Pekan mana?
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Dengarlah dahulu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya rasa Yang Berhormat Menteri tidak payah jawab.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau saya rasa— dengar dahulu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kita sokong gantung tiga bulan, gantung sekarang...
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Pendang sokong.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Supaya kekejaman dan kezaliman kerajaan nampak.
Datuk Liew Vui Keong
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Sebagai seorang pengamal IT, setiap dokumen yang diupload itu ada logger dia.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Diamlah bodoh!
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Ada logger dia dan itulah yang...
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Undi? Baik...
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Saya rasa sijil ada kah Yang Berhormat Puncak Borneo, sijil?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kami tidak mahu dengar.
Datuk Liew Vui Keong
Yang Berhormat Puncak Borneo, bolehlah kita bincang...
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kami hendak supaya digantung terus.
Tuan Yang di-Pertua
Teruskan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kami sokong gantung terus tiga bulan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kalau boleh Menteri jawab.
Datuk Liew Vui Keong
Jadi Tuan Yang di-Pertua...
Seorang Ahli
Duduk Yang Berhormat Arau.
Tuan Yang di-Pertua
Okey teruskan.
Datuk Liew Vui Keong
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ambil maklum dengan cadangan-cadangan...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak payah, tidak payah, kita gantung terus.
Datuk Liew Vui Keong
...Yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Pasir Puteh...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Gantung, gantung.
Datuk Liew Vui Keong
...Dan juga daripada...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tiga bulan.
Datuk Liew Vui Keong
...Yang Berhormat Lembah Pantai. Dalam perkara ini kita dapat lihat banyak...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak payah, tidak payah.
Datuk Liew Vui Keong
...Pakar-pakar di sini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kita gantung.
Datuk Liew Vui Keong
Saya rasa yang boleh dijadikan saksi apabila jawatankuasa itu ditubuhkan.
[Dewan riuh]
Datuk Liew Vui Keong
Jadi mereka bolehlah kasi pandangan...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Gantung.
Datuk Liew Vui Keong
...Apa sahaja kepada jawatankuasa.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Gantung, gantung, gantung.
Datuk Liew Vui Keong
Jadi bagi saya isu mengenai Bloomberg itu pun boleh dirujukkan kepada jawatankuasa untuk kita...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Gantung sahaja. Gantung tiga bulan.
Datuk Liew Vui Keong
Jadi dengan itu saya mengatakan di sini dalam perkara ini...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kita gantung dengan Bloomberg sekali.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Arau tidak berani bawa jawatankuasa itu Yang Berhormat Arau.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak,
Datuk Liew Vui Keong
Usul terhadap Yang Berhormat Pekan ini...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Gantung sekarang.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Apa hendak gantung?
Datuk Liew Vui Keong
...Adalah diberi peluang kepada ....
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Allah lebih berkuasa daripada kamu semua, tahu?
Datuk Liew Vui Keong
Dengarlah sedikit.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tuan Yang di-Pertua, saya lagi ingin membuat satu lagi pendedahan.
Datuk Liew Vui Keong
Tidak, tidak payah lagi...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Sesi perbahasan sudah pun tamat ya. Yang Berhormat Menteri menjawab.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Tidak payahlah, Yang Berhormat Pontian duduk.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Bahawa memang sah seluruh dokumen 9 hari bulan...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kami memang sokong gantung tiga bulan.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kalau boleh enam bulanlah, enam bulan lama sedikit.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak diterima, tambahlah diusir ke Beting Patinggi Ali mungkin ya. Ya, silakan.
Datuk Liew Vui Keong
Oleh itu Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Menteri...
Datuk Liew Vui Keong
...Saya sekali lagi mahu ucapkan...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
...Klik butang kanan...
Datuk Liew Vui Keong
...Ribuan terima kasih kepada semua Ahli Parlimen...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
...Pergi mouse pergi inspect akan keluar bukti forensik...
Datuk Liew Vui Keong
Ahli Parlimen...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
...Dokumen seluruhnya 9 April.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Peluang telah diberikan kepada Yang Berhormat Pontian.
Kalau hendak diulang, ulang, ulang sampai esok, saya tidak benarkan. Silakan, Yang Berhormat Menteri.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Gantung saya.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya mohon digantung.
[Dewan ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, gantung saya Tuan Yang di- Pertua.
Datuk Liew Vui Keong
Jadi dengan itu jelaslah...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tujuan kita untuk dizalim. Biar puas hati...
Datuk Liew Vui Keong
...Tuan Yang di-Pertua, dengan jawatankuasa ini kita memberikan peluang kepada Yang Berhormat Pekan untuk menjelaskan kedudukan yang sebenarnya.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Liew Vui Keong
Jadi dengan itu saya pohon bahawa perkara ini disokong dengan penuh. Terima kasih.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri boleh penjelasan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya minta digantung tiga bulan.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Mohon laluan.
Tuan Yang di-Pertua
Penjelasan yang penuh telah diberikan.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Sedikit, saya mohon sedikit sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri sudah pun duduk.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Kubang Kerian mahu sedikit.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah Perkara 1 itu hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Belah bahagi, belah bahagi.
Tuan Yang di-Pertua
Belah bahagi, ini
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Baiklah sebab saya mengikut prosedur ada 15 orang? Sudah ada.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Setiausaha bunyikan loceng selama dua minit.
[Loceng dibunyikan]
[Dewan berbelah bahagi]
Tuan Yang di-Pertua
[Pengundian dijalankan]
Tuan Yang di-Pertua
Saya telah menerima keputusan.
Yang bersetuju 86.
Yang tidak bersetuju 33.
[Dewan riuh]
[Usul disetujukan]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua, kalah ini tak apa tapi kalah isu pindaan Perlembagaan lagi hebat.
[Dewan riuh]
Tuan Ma'mun bin Sulaiman - Kalabakan
Mengkhianati orang Sabah.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Kita kalah bermaruah.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Menang menipu buat apa?
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Tuan Yang di- Pertua, saya tidak tahulah sama ada rakan...
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Parit Sulong,
Datuk Liew Vui Keong
...kita di sebelah itu akan membantah ataupun tidak.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang ini kita sokong.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Manifesto.
Datuk Liew Vui Keong
Jadi kita tengok sekiranya ada pengundian dalam perkara ini. Kita tengok.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan
“Bahawa Yang Berhormat Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad dari Parlimen Parit Sulong dipilih menggantikan Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Ahli Parlimen Beluran sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara bagi Parlimen Keempat Belas.”
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kesian Yang Berhormat Beluran. Yang Berhormat Beluran, kesian.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Beluran, kesian sama lu.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang ini kita sokong.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Saya ucap tahniah, Yang Berhormat Beluran akan dilantik jadi Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Menyokong?
Menteri Luar Negeri - Dato’ Saifuddin Abdullah
Tuan Yang di-Pertua, saya sokong sepenuh hati.
Tuan Yang di-Pertua
Ada perbahasan?
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Tak ada lah.
Tuan Yang di-Pertua
Ada?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tak ada, tak ada.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Beluran Yang Berhormat Menteri tak ‘*berportfolio’.
[Ketawa]*
Tuan Yang di-Pertua
Tak ada belah bahagi?
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tahniah Yang Berhormat Gombak.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
My Tuan Yang di-Pertua perli nampak?
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Yang Berhormat Arau berbelah bahagi Yang Berhormat Arau.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Kasar Tuan Yang di-Pertua perli?
Tuan Yang di-Pertua
Sahaja hendak menceriakan keadaan.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Hai! Kasar nampak Tuan Yang di-Pertua perli?
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat di bawah Perkara 2 itu hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di-
Pertua. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hidup Yang Berhormat Menteri Gombak!
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua, kerana ada usul yang lebih penting pagi tadi untuk menggantung Yang Berhormat Pekan, saya percaya rang undang-undang lain tidak penting. Jadi, kami orang minta pulang balik awal.
[Dewan riuh]
[Dewan ketawa]
Beberapa Ahli
Terima kasih
Seorang Ahli
Duduk!
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Ini hendak bela Yang Berhormat Pekan sahaja.
Seorang Ahli
Memanglah boss ku. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya tak bela, saya kata gantung tiga bulan. Kamu tak nak.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Ini dia bela bossku bukan hendak bela rakyat.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Rantau, Yang Berhormat Rantau.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Beluran fasal apa tu Yang Berhormat Beluran? Ada apa itu?
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tuan Yang di-Pertua, saya harap Pembangkang kalau hendak balik, balik dengan aman sebab kita hendak bentang ini. Rakyat melihat apa yang berlaku. So okey lah tak nak berhujah. Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda...
[Disampuk]
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sikit sahaja.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Yang Berhormat, ini kacaulah.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sedikit sahaja.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kalau hendak pergi memancing; Jangan lupa membawa umpan; Kalau tidak mahu kena kencing; Jangan sokong Pakatan Harapan.
[Dewan riuh]
[Dewan ketawa]
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Kelas. Kelas.
Tuan Yang di-Pertua
Okey biarkan, ya silakan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Rang undang-undang-undang bernama suatu akta untuk meminda...
[Disampuk]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kami hendak ucap terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Kacaulah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kecuali seorang Tuan Yang di-Pertua kami tak mahu ucap terima kasih iaitu Tuan Yang di-Pertua Taliban itu. Yang lain kita ucap terima kasih. Terima kasih, bye-bye, jumpa di Rantau.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Dekat pukul 4 Yang Berhormat Arau, dekat pukul 4.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tuan Yang di-Pertua selepas ini Yang Berhormat Arau tidak ada kacau lagi dah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Undang-undang dibawa ke dalam Mesyuarat. Saya mohon membacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini Tuan Yang di-Pertua. Akta undang-undang ini merupakan satu akta berhubungan dengan pelaksanaan...
[Disampuk]
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Kerajaan syok sendiri. Bincang sendiri.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Akta undang-undang Sivil 1956 Akta 67 merupakan satu Akta berhubungan dengan pelaksanaan Undang-undang Sivil di Malaysia.
Seksyen 7 dan 28A Akta 67 mengenakan had senteri bagi ganti rugi yang boleh dituntut oleh tanggungan si mati dalam kes kemalangan maut dan oleh plaintif dalam kes kecederaan diri.
Sejak digubal, akta ini hanya dipinda sekali sahaja pada tahun 1984 melalui Akta Undang-undang Sivil Pindaan 1984 Akta A (602) untuk memasukkan peruntukan mengenai pengiraan dan pemberian ganti rugi kemalangan maut dan kecederaan diri yang bertujuan untuk memenuhi keperluan semasa pada waktu tersebut.
Pada Tahun 2010, kerajaan melalui Jabatan Peguam Negara telah mengambil inisiatif untuk memulakan penyelidikan dan menilai semula prinsip undang-undang mengenai pemberian dan pengiraan ganti rugi bagi kecederaan diri dan kemalangan maut di bawah Akta 67 supaya selari dengan keadaan ekonomi dan sosial pada masa ini.
Objektif kajian yang telah dijalankan adalah untuk menentukan sama ada terdapat keperluan untuk meminda dalam Akta 67 berhubung dengan had senteri yang dikenakan bagi ganti rugi yang boleh dituntut oleh plaintif dengan tindakan kecederaan diri dan tanggungan mangsa yang meninggal dunia dalam kemalangan maut. Tuan Yang di-Pertua, antara perkara yang diperhalus semasa menjalankan kajian adalah seperti yang berikut:
(i) meluaskan kategori tanggungan kepada orang kurang upaya di bawah jagaan si mati mengikut pengertian di bawah Akta Orang Kurang Upaya 2008 ataupun AKTA 685 bagi tujuan kehilangan penanggung;
(ii) menaikkan hak umur senteri kepada 60 tahun;
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
(iii) kesesuaian kaedah pengiraan jumlah ganti rugi kemalangan maut dan kecederaan diri;
(iv) menaikkan jumlah ganti rugi kesedihan atau dalam bahasa Inggeris bereavement; dan
(v) meluaskan kategori orang yang layak menuntut ganti rugi kesedihan.
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Sivil (Pindaan) 2010 ini wajar digubal untuk menangani perubahan sosioekonomi dan juga sosial di Malaysia terutamanya peningkatan kos sara hidup keperluan rumah tangga, penjagaan kesihatan, pendidikan dan pengangkutan. Pindaan ini sangat penting untuk mengimbangi antara keperluan masyarakat yang sentiasa berubah dengan peruntukan perundangan negara.
Rang undang-undang ini akan mengambil kira kepentingan orang kurang upaya yang kehilangan penanggung yang kematiannya disebabkan oleh perbuatan salah, pengabaian dan peninggalan atau peninggalan untuk membuat ganti rugi. Rang undang- undang ini juga akan mengamati formula jangka kali ataupun pendarab yang dihasilkan 33 tahun yang lalu kerana ia sudah ketinggalan zaman dan tidak mengambil kira perubahan ekonomi dan keadaan sosial rakyat Malaysia pada masa ini. Ini kerana had umur senteri bagi tujuan pengiraan jangka kali ataupun pendarab di bawah sub perenggan 7(3)(iv)(d) dan sub perenggan 28A(2)(d)(ii) Akta 67 ditetapkan pada 55 tahun selepas menimbangkan umur persaraan yang biasa pada ketika itu.
Walau bagaimanapun memandangkan had umur persaraan bagi Pegawai Perkhidmatan Awam akan dilanjutkan ke umur 60 tahun dengan penggubalan Akta Pencen
(Pindaan) 2011 Akta A(1419) dan umur persaraan minimum bagi pekerja di bawah kontrak perkhidmatan dengan bayaran majikan yang telah ditetapkan pada umur 60 tahun dengan penggubalan Akta Umur Persaraan Minimum 2012 Akta 753 pindaan kepada peruntukan yang berkenaan boleh dibuat agar selaras dengan kedua-dua undang-undang tersebut.
Rang undang-undang-undang ini juga digubal agar ia selaras dengan had umur persaraan yang telah dilanjutkan dalam menentukan kaedah penaksiran ganti rugi dalam kes kemalangan maut bagi kehilangan pendapatan ataupun loss opening atau dalam kes kecederaan diri bagi kehilangan pendapatan masa hadapan, loss of future earnings. Penaksiran ganti rugi tersebut diperoleh dengan mendarab multiplicand dan dalam jangka kali iaitu multiplayer ataupun pendarab. Multiplicand adalah kehilangan pendapatan tahunan si mati atau plaintif ketika kemalangan berlaku yang meliputi gaji, elaun, caruman KWSP oleh majikan, kerja lebih masa dan pendapatan sampingan ditolak dengan perbelanjaan kehidupan si mati atau plaintif dan cukai pendapatan.
Dalam menentukan multiplicand ini, pengiraan dibuat dengan mengambil kira pendapatan si mati semasa kematian atau pendapatan plaintif semasa kecederaan berlaku.
Jangka kali pendarab. Jangka kali atau pendarab dirujuk sebagai years of purchase. Sebagai mana yang diperuntukkan dalam perenggan 7(3) (4)(d) dan 28A (2)(d)(ii) Akta 67. Jika si mati atau plaintif berumur 30 tahun atau ke bawah semasa kematian atau kecederaan berlaku jangka kali ataupun pendarab adalah 16 tahun. Pada masa ini jika si mati atau plaintif berumur antara 31 hingga 54 tahun semasa kematian atau kecederaan berlaku jangka kali atau pendarab dikira seperti yang berikut iaitu 55 tolak umur ketika kematian atau kecederaan dan dibahagi dengan dua.
Melalui pindaan yang dicadangkan, jika si mati atau plaintif berumur antara 31 hingga 59 tahun semasa kematian atau kecederaan berlaku, jangka kali atau pendarab yang baharu adalah seperti yang berikut iaitu 60 tolak umur semasa kematian atau kecederaan dibahagikan dengan dua. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan jangka kali atau pendarab pada masa kini terdapat jurang perbezaan yang besar antara si mati dan plaintif yang berumur 30 tahun dengan si mati atau plaintif yang berumur 31 tahun.
Jangka kali atau pendarab si mati atau plaintif yang berumur 30 tahun ialah 16 tahun.
Manakala bagi berumur 31 taun ialah 12 tahun. Oleh demikian pengiraan bagi jangka kali sedia ada menunjukkan terdapatnya jurang perbezaan sebanyak empat tahun. Si mati atau plaintif yang berumur 31 tahun akan mendapat jumlah ganti rugi yang lebih rendah dibandingkan dengan jumlah ganti rugi yang berumur 30 tahun.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Dengan pengiraan ini jurang perbezaan dapat dikecilkan kepada hanya satu poin lima tahun untuk menyelaraskan peralihan yang konsisten antara penaksiran ganti rugi si mati atau plaintif yang berumur 30 tahun dan 31 tahun yang mana mengikut formula yang dicadangkan jangka kali atau pendarab bagi pengiraan ganti rugi kehilangan pendapatan mereka yang [Tidak jelas] tahun ialah 14.5 tahun sahaja.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Justeru, melalui cadangan pindaan ini, jumlah ganti rugi yang lebih tinggi dapat diberikan dalam hal keadaan si mati atau plaintif yang berumur 31 tahun.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai contoh, sebelum pindaan yang dicadangkan ini bagi seorang yang berusia 30 tahun misalnya, yang berpendapatan bulanan sebanyak RM5,000 iaitu RM60,000 setahun. Maka, ganti rugi yang akan diterima adalah sebanyak RM960,000 iaitu 16 kali RM60,000 sama dengan RM960,000. Sementara itu, bagi seorang yang berumur 31 tahun yang berpendapatan bulanan yang sama iaitu sebanyak RM5,000 iaitu RM60,000 setahun maka akan menerima ganti rugi sebanyak RM720,000 sahaja, iaitu 12 kali RM60,000 sama dengan RM720,000.
Pada masa ini, perbezaan jumlah ganti rugi bagi seorang yang berumur 31 tahun adalah RM240,000. Melalui pindaan ini Tuan Yang di-Pertua, jumlah ganti rugi yang akan diperoleh oleh seorang yang berpenjawat akan berbeza. Penaksiran ganti rugi yang baru bagi seorang yang berusia 31 tahun yang berpendapatan bulanan sebanyak RM5,000 ialah RM60,000 setahun adalah sebanyak RM870,000 berbanding RM720,000 sebelum pindaan iaitu 14.5 kali RM60,000 jumlahnya ialah RM870,000. Dengan pindaan ini Tuan Yang di- Pertua, perbezaan jumlah ganti rugi bagi seorang yang berumur 30 tahun dan 31 tahun hanyalah RM90,000 sahaja berbanding dengan yang sebelum ini ataupun sebelum pindaan dia punya perbezaan adalah RM240,000 seorang sekarang.
Kita tidak boleh elak perbezaan tersebut kerana jangka kali pendarabnya berbeza.
Walau bagaimanapun, dengan pindaan ini, kita berjaya mengecilkan perbezaan amaun yang bakal diterima.
Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini turut menggugurkan keperluan keadaan kesihatan yang baik dalam membuat pengiraan award bagi kehilangan pendapatan.
Pada masa ini, perkembangan teknologi dalam bidang perubatan dan rawatan perubatan telah menjadikan elemen kesihatan yang baik tidak lagi menjadi relevan dalam pengiraan award ini. Sebagai contoh, walaupun si mati atau plaintif menghidap penyakit kronik sekalipun sebelum kematian atau kecederaan berlaku, si mati atau plaintif masih boleh lagi bekerja secara produktif dengan bantuan ubat-ubatan dan rawatan perubatan yang terdapat pada masa ini.
Seterusnya, rang undang-undang ini juga bertujuan untuk menaikkan jumlah ganti rugi kesedihan atau bereavement memandangkan jumlah ganti rugi kesedihan sebanyak RM10,000 adalah terlalu rendah serta tidak sesuai dengan keadaan ekonomi dan sosial pada masa ini. Tambahan pula, jumlah ini perlu dikongsi sama rata oleh orang yang layak untuk membuat tuntutan ganti rugi tersebut.
Rang undang-undang ini juga turut meluaskan kategori orang yang berhak untuk menuntut ganti rugi kesedihan kerana kategori sedia ada tidak mencerminkan nilai ikatan kekeluargaan yang wujud di Malaysia. Semua ahli keluarga terdekat semestinya akan terkesan atas kehilangan salah seorang ahli keluarga. Pindaan yang dicadangkan akan membolehkan pasangan si mati, anak si mati dan ibu bapa si mati berhak mendapat ganti rugi kesedihan atas kehilangan si mati.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan cadangan dan asas pertimbangan tersebut adalah wajar pindaan di buat terhadap Akta 67 ini untuk menangani perubahan ekonomi dan sosial di Malaysia terutamanya peningkatan kos sara hidup, keperluan rumah tangga, penjagaan kesihatan, pendidikan dan pengangkutan. Pindaan ini sangat penting untuk mengimbangi antara keperluan masyarakat yang sentiasa berubah dengan kekangan peruntukan perundangan negara. Pindaan ini juga untuk memastikan pihak yang terkesan dengan kehilangan pencari nafkah keluarga terutamanya ibu bapa, pasangan, anak-anak dan orang kurang upaya yang berada di bawah jagaan si mati akan mendapat ganti rugi dari sudut kewangan.
Selain itu Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini juga akan menaikkan kadar ganti rugi kesedihan serta memberikan hak bukan hanya kepada si isteri ataupun suami dan juga ibu bapa kepada si mati, tetapi juga hak kepada anak-anak si mati juga. Pindaan ini juga adalah
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
wajar untuk memberikan hak kepada si mati dalam kos kemalangan maut atau plaintif dalam kes kecederaan diri yang bekerja sehingga usia 60 tahun seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Pencen dan Akta Umur Persaraan Minimum 2012 untuk membuat tuntutan ganti rugi bagi kemalangan maut dan kecederaan diri yang disebabkan oleh perbuatan salah, pengabaian atau peninggalan. Tuntutan ganti rugi bagi si mati akan dituntut oleh waris.
Ini memandangkan pada masa ini, Akta 67 meletakkan had umur 55 tahun sahaja sebagai jangka kali atau pendarab dalam membuat tuntutan bagi mereka yang berusia 31 tahun ke atas. Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini juga dapat menaikkan impak yang besar kepada semua lapisan masyarakat dalam konteks ganti rugi melibatkan kemalangan maut atau kecederaan diri.
Pindaan ini juga dapat membantu pihak yang terkesan dalam kes kemalangan maut atau kecederaan diri untuk mendapat pembelaan yang sewajarnya dari segi kewangan untuk meneruskan kelangsungan kehidupan selepas ditimpa musibah. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Sivil (Pindaan) 2018 telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen Ketiga Belas pada 26 Mac 2018.
Walau bagaimanapun, RUU tersebut yang telah dijadualkan untuk bacaan kali kedua dan kali ketiga telah ditarik balik. Menurut Peraturan Mesyuarat 62, Peraturan- peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat pada 4 April 2018 oleh kerajaan dahulu untuk penambahbaikan. RUU tersebut telah ditarik balik kerana Bank Negara Malaysia dan pihak Persatuan Insurans Am Malaysia, melalui surat yang dikemukakan kepada Menteri Kewangan tidak bersetuju dengan kadar ganti rugi kesedihan atau bereavement yang dinaikkan daripada jumlah RM10,000 kepada RM50,000. Selain itu juga, cadangan perluasan kategori tanggungan kepada orang kurang upaya (OKU) yang berada di bawah jagaan si mati mengikut pengiraan di bawah Akta Orang Kurang Upaya untuk membuat tuntutan ganti rugi kehilangan penanggung.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Peguam Negara telah mengadakan perbincangan bersama-sama dengan pihak Bank Negara Malaysia dan Persatuan Insurans Am Malaysia pada 23 Mei 2018 bagi membincangkan perkara tersebut. Persatuan Insurans Am Malaysia juga telah memohon Jabatan Peguam Negara untuk mengkaji semula fasal pengecualian untuk mengeluarkan klausa tindakan yang teraku sebelum tarikh kuat kuasa akta daripada mendapat manfaat pindaan yang dicadangkan oleh RUU ini kerana premium yang telah dibayar adalah berdasarkan liabiliti di bawah akta sedia ada.
RUU ini juga mengandungi pindaan berbangkit pada Akta Had Masa (Pindaan) 2018 yang telah dibentangkan dan diluluskan di Parlimen semasa Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen Ketiga Belas, Akta Had Masa (Pindaan) 2018 tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 27 April 2018 dan telah diwartakan sebagai Akta A1566 pada 4 Mei 2018.
Walau bagaimanapun, Akta A1566 tidak boleh berkuat kuasa sehinggalah RUU dibentangkan dan diluluskan di Parlimen. Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhan terdapat sebanyak empat seksyen telah dipinda melalui Rang Undang-undang ini seperti yang berikut.
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan.
Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 67 untuk memasukkan takrif “persons with disabilities” ke dalam Akta 67.
Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 7 Akta 67.
Subfasal 3(a) bertujuan untuk meminda nota bahu kepada seksyen 7 Akta 67 untuk menyatakan orang yang boleh membuat tuntutan ganti rugi bagi kehilangan penanggung.
Subfasal 3(b) bertujuan untuk meminda subseksyen 7(2) Akta 67 untuk meluaskan kategori orang yang boleh membuat tuntutan ganti rugi bagi kehilangan penanggung kepada orang kurang upaya di bawah jagaan orang yang kematiannya disebabkan oleh perbuatan salah, pengabaian atau peninggalan. Dengan pindaan ini, orang yang bukan isteri, suami, ibu atau bapa atau anak boleh menuntut ganti rugi bagi kehilangan penanggung jika orang itu ialah orang kurang upaya mengikut pengertian Akta Orang Kurang Upaya 2008 ataupun Akta 685 yang di bawah jagaan orang yang mati itu.
Subperenggan 3(c)(i)(A) bertujuan untuk meminda subperenggan (iv)(a) proviso kepada subseksyen 7(3) Akta 67 untuk melanjutkan had umur bagi maksud mentaksir kehilangan pendapatan dalam tuntutan ganti rugi bagi kehilangan penanggung. Sebelum
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
pindaan ini, kehilangan pendapatan tidak akan dipertimbangkan jika orang yang mati itu telah mencapai umur 55 tahun pada masa kematiannya. Walau bagaimanapun, memandangkan umur persaraan bagi pegawai perkhidmatan awam telah dilanjutkan ke umur 60 tahun dengan penggubalan Akta Pencen (Pindaan) 2011 dan umur persaraan minimum bagi pekerja di bawah kontrak perkhidmatan dengan majikan telah ditetapkan pada umur 60 tahun semasa penggubalan Akta Umur Persaraan Minimum 2012, pindaan kepada peruntukan itu adalah selaras dengan kedua undang-undang tersebut memandangkan kini seseorang itu boleh bekerja sehingga umur 60 tahun.
Subperenggan 3(c)(i)(B) bertujuan untuk meminda subperenggan (iv)(a) proviso kepada subseksyen 7(3) Akta 67 untuk memotong kehendak “kesihatan yang baik” sebelum kematian si mati.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Ini kerana dengan perkembangan teknologi dalam bidang perubatan dan rawatan perubatan, seseorang masih boleh bekerja dengan produktif. Dengan pindaan ini, faktor kesihatan akan hanya dijadikan asas untuk mengurangkan award bagi kehilangan pendapatan.
Tuan Yang di-Pertua, perenggan 3(c)(ii) bertujuan untuk meminda subperenggan
(iv)(d) proviso kepada subseksyen 7(3) Akta 67 berkenaan dengan pengiraan pendarab bagi pentaksiran kehilangan pendapatan.
Subfasal 3(d) bertujuan untuk meminda subseksyen 7(3A) Akta 67 untuk menaikkan amaun ganti rugi bagi kesedihan daripada RM10,000 yang sedia ada kepada RM30,000.
Subfasal 3(e) bertujuan untuk meminda subseksyen 7(3B) Akta 67 untuk meluaskan kategori orang yang berhak untuk menuntut ganti rugi bagi kesedihan. Sebelum pindaan ini, hanya pasangan kepada si mati dan ibu bapa kepada si mati yang merupakan orang yang belum dewasa atau minor dan tidak pernah berkahwin yang boleh membuat menuntut ganti rugi bagi kesedihan di bawah subseksyen 7(3A) Akta 67.
Subfasal 3(f) bertujuan untuk meminda subseksyen 7(3C) Akta 67 untuk diselaraskan dengan pindaan kepada subseksyen 7(3B).
Subfasal 3(g) bertujuan untuk meminda subseksyen 7(4) Akta 67 untuk diselaraskan dengan pindaan kepada subseksyen 7(3B).
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 11 Akta 67 sebagai pindaan berbangkit dengan kemasukan seksyen baharu 6A ke dalam Akta Had Masa atau Limitation Act 1953 [Akta 254]. Subseksyen baharu 6A Akta 254 membolehkan seseorang untuk mengambil tindakan ke atas kecuaian yang melibatkan kerosakan pendam dalam kes pembinaan yang ditemukan di luar tempoh had masa enam tahun dari tarikh kausa tindakan itu terakru.
Disebabkan terdapat suatu pelanjutan tempoh had masa di bawah seksyen baharu itu, maka pindaan ini bertujuan untuk memperuntukkan bahawa apa-apa bunga (interest) yang diberikan oleh mahkamah bagi mendapatkan ganti rugi di bawah seksyen baharu 6A Akta 254 hendaklah bagi semua atau sebahagian daripada tempoh antara penemuan kerosakan itu dengan tarikh penghakiman dan bukannya berdasarkan daripada tarikh kausa tindakan itu terakru.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 28A Akta 67. Perenggan 5(a)(i) bertujuan untuk meminda subperenggan 28A(2)(c)(i) Akta 67 untuk melanjutkan had umur bagi maksud mentaksir kehilangan pendapatan masa hadapan dalam tuntutan ganti rugi bagi kecederaan diri yang tidak menyebabkan kematian. Sebelum pindaan ini Tuan Yang di-Pertua, kehilangan pendapatan masa hadapan tidak akan diambil kira jika plaintif telah mencapai umur 55 tahun pada masa kecederaannya.
Walau bagaimanapun, memandangkan umur persaraan bagi pegawai perkhidmatan telah dilanjutkan ke umur 60 tahun dengan penggubalan Akta Pencen (Pindaan) 2011 dan umur persaraan minimum bagi pekerja di bawah kontrak perkhidmatan dengan majikan telah ditetapkan pada umur 60 tahun dengan penggubalan Akta Umur Persaraan Minimum 2012, pindaan kepada peruntukan ini selaras dengan kedua-dua undang-undang tersebut memandangkan kini seseorang itu boleh bekerja sehingga umur 60 tahun.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, perenggan 5(a)(ii) bertujuan untuk meminda subperenggan 28A(2)(c)(i) Akta 67 untuk memotong kehendak “kesihatan yang baik”
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
sebelum kecederaan plaintif. Ini kerana dengan perkembangan teknologi dalam bidang perubatan dan rawatan perubatan seseorang yang mempunyai penyakit masih boleh bekerja dengan produktif. Dengan pindaan ini Tuan Yang di-Pertua, faktor kesihatan akan dijadikan asas untuk mengurangkan award bagi kehilangan pendapatan masa hadapan.
Seterusnya subfasal 5(b) bertujuan untuk meminda subperenggan 28A(2)(d)(ii) Akta 67 berkenaan dengan pengiraan pendarab bagi pentaksiran kehilangan pendapatan masa hadapan.
Fasal 6 mengadakan peruntukan pengecualian.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk mengusulkan.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan - Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Undang-undang Sivil 1956 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Silakan Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya walaupun petang ini nampak lengang tetapi kami yang masih stay di sini tetap prihatin terhadap satu akta yang nampak ringkas tetapi membawa makna yang cukup besar kepada masyarakat kita.
[Dewan tepuk]
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Khasnya sesiapa yang terlibat dalam kemalangan yang perlu membuat tuntutan kepada syarikat insurans. Impaknya bukan setakat kita tengok setakat beberapa klausa yang terlibat dalam pindaan tersebut tetapi impaknya kepada hala tuju, masa depan keluarga kepada mangsa kemalangan jalan raya khasnya anak-anak bawah umur ataupun balu kalau yang meninggal.
Jadi, kami mengambil berat tentang perkara ini dan saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan baharu walaupun kata orang belum lagi genap satu tahun tetapi telah berjaya melakukan satu pindaan yang gagal dilakukan oleh kerajaan sebelum ini sebab pindaan yang terakhir berlaku pada tahun 1984.
[Dewan tepuk]
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Kalau kita bandingkan tahun 1984 sehingga tahun ini, telah lebih 35 tahun, satu tempoh yang cukup lama. Maknanya banyak klausa dalam perenggan-perenggan dalam akta tersebut telah tidak menepati keperluan semasa, kesesuaian telah tiada lagi.
Akta untuk umur bersara telah dinaikkan kepada 60, bukan tahun lepas, bukan dua tahun dulu, dah lama dah beberapa tahun tetapi klausa yang ada dalam akta ini kita biarkan oleh kerajaan lama. Jadi saya ucapkan syabas kepada pihak kerajaan baharu yang berjaya melakukan beberapa pindaan yang bagi saya ia sekali gus dapat menyaksikan bahawa kerajaan baharu ini bukan setakat berusaha sedaya-upaya mungkin, bersungguh-sungguh untuk prihatin ataupun menepati janji dalam manifesto pilihan raya tetapi jauh lebih penting daripada itu adalah untuk memberikan yang terbaik. Walaupun saya tahu ada lobi daripada syarikat insurans yang akan terkesan secara negatif terhadap pindaan-pindaan ini adalah syarikat gergasi insurans tetapi rakyat akan untung.
Jadi saya cukup yakin Kerajaan Pakatan Harapan yang kita ada pada hari ini.
Selepas membuat pertimbangan, pengimbangan memutuskan bahawa kepentingan rakyat kebanyakan khasnya keluarga kepada mangsa kemalangan perlu diutamakan berbanding dengan kepentingan perniagaan syarikat-syarikat insurans.
Saya menyambut baik melanjutkan umur daripada 50 kepada 60 tahun. Saya juga menyambut baik menaikkan tuntutan kepada bereavement daripada RM10,000 kepada RM30,000. Kita kena tahu hari ini apa yang ada pada RM10,000 apabila kita kata kita nak membantu rakyat dan sebagainya. Cuma saya mohon memberikan satu pandangan, kalau saya tengok rang undang-undang ini yang adil itu naik daripada RM10,000 kepada RM30,000. Bolehkah kita ada dua peringkat ataupun dua cabang, satu RM30,000, satu mungkin dinaikkan kepada RM50,000.
Saya bagi satu contoh keadaan, sekiranya untuk pasangan (spouse) khasnya kepada isteri. Kalau dah kahwin lama, katalah dah kahwin 15 tahun, 20 tahun, apabila si
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
suami meninggal disebabkan kemalangan jalan raya. Prospek atau peluang untuk isteri itu kahwin semula adalah jauh lebih rendah kalau hendak dibandingkan dengan isteri yang mungkin baru berkahwin tidak berapa lama. Ini faktor, termasuk faktor umur. Jadi, saya mohon apakah ada pertimbangan, saya mohon cadangkan kepada pihak kerajaan supaya kalau boleh kita buat dua cabang.
Mana yang kahwin bawah 15 tahun mungkin RM30,000. Mana yang dah kahwin lebih dari 15 tahun, kita naikkan kepada RM50,000 sebab saya rasa kenaikan ini adalah sesuatu yang berpatutan, munasabah dengan mengambil kira keperluan semasa. Walaupun kita sendiri sedia maklum bahawa bereavement itu tak kira dulu RM10,000 ataupun RM30,000 ataupun apa yang saya cadangkan RM50,000 itu, tak dapat kita nak ganti dengan kesedihan, dengan perasaan kehilangan pasangan yang terpaksa ditanggung.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Perasaan itu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Akan tetapi, sekurang- kurangnya bolehlah kita membantu mereka dari segi khasnya isteri dalam menanggung dari segi aspek kewangan yang terpaksa mereka tanggung di bahu mereka khasnya apabila anak-anak itu masih bersekolah dan sebagainya. Jadi saya mohon mencadangkan itu dan saya juga berharap.
Satu lagi, berkenaan dengan 16 tahun itu. Kita sedia maklum, Yang Berhormat Timbalan Menteri ketika pembentangan tadi telah menyatakan bahawa hendak umur 30 tahun, 16 tahun dia punya claim prospect of income. Kalau boleh, saya mohon ada kajian untuk menaikkannya. Sebab itu saya kata, yang akan terkesan secara negatif adalah syarikat gergasi insurans. Kalau boleh 16 tahun itu kita naikkan sedikit, mungkin 18 tahun. Kalau tadi yang lebih 30 tahun itu kepada 60 tahun, ada kenaikan, ada sedikit penambahan. Saya anggap itu sebagai sesuatu yang sangat positif dan sangat menggalakkan. Cuma, saya harap yang di bawah 30 tahun itu kalau boleh kita naikkan sedikit juga supaya sama-sama dapat rasa.
[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) **mempengerusikan Mesyuarat****] Jadi, saya menyokong penuh cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam rang undang-undang ini dan saya harap supaya ia boleh direalisasi, dipraktikkan tidak lama lagi.
Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kampar.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk berbahas pindaan Akta Undang-undang Sivil 1956 ini.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Harapan kerana telah mengambil inisiatif dan membawa rang undang-undang untuk membawa pindaan kepada Akta Undang-undang Sivil 1956 yang telah lama tertangguh.
Walaupun rang undang-undang ini telah dibentangkan oleh kerajaan yang terdahulu, namun ia telah ditangguhkan sehingga hari ini. Saya mengucapkan syabas kerana kita telah mengambil satu langkah untuk memperbetulkan apa yang memang sudah lama Ahli-ahli Parlimen dan juga stakeholders berpendapat ia perlu dipinda.
Tuan Yang di-Pertua, Akta Undang-undang Sivil ini adalah sebuah peruntukan mengenai pemberian dan pengiraan ganti rugi bagi kecederaan diri dan kemalangan maut yang boleh dituntut oleh mangsa-mangsa kemalangan. Akta ini adalah mengenai pengiraan bayaran pampasan bertujuan memberi ganti rugi yang munasabah kepada mangsa-mangsa kemalangan dan mengambil kira kedudukannya dari segi umur, pendapatannya serta juga kedudukan ekonomi dan taraf pembangunan negara.
Kerajaan terdahulu telah bersetuju bahawa kesesuaian dan pemakaian peruntukan ini perlu dikaji semula kerana tuntutan kes-kes kemalangan adalah masih berdasarkan jumlah ataupun amaun yang amat tidak bersesuaian dan amat berkurangan.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Kali terakhir akta ini dipinda adalah pada tahun 1984 iaitu 35 tahun yang lalu dan akta ini adalah jelas amat tidak adil dan tidak mencerminkan pampasan yang berpatutan dan munasabah setelah lebih daripada 35 tahun.
Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, pada tahun 1994 iaitu pada 4 Mei 1994, Yang Berhormat Bagan pada ketika itu, dia juga telah membangkitkan satu kes di mana satu kemalangan yang melibatkan lima kematian dan kelima-lima balu ini tidak dapat membuat tuntutan ke atas kerugian kematian suami-suami mereka kerana masalah pengiraan kes ini menetapkan bahawa selepas 55 tahun tidak ada tuntutan loss of support boleh dibenarkan.
Jadi ini memang sudah lama, bukan yang baru. Pada 25 tahun yang lalu sudah ada kes-kes dan ketidakadilan telah berlaku.
Semenjak tahun 2010, terdapat banyak usaha untuk membawa pindaan kepada akta ini telah dijalankan. Pada tahun 2013, Peguam Negara juga telah berkata bahawa satu kajian akan dijalankan untuk memperbaharui Akta Undang-undang Sivil ini di mana selaras dengan perkembangan ekonomi dan sosial terkini Malaysia yang telah banyak berubah.
Oleh yang demikian, Peguam Negara juga telah menyatakan bahawa bagi memastikan kajian semula akta tersebut lebih menyeluruh, satu borang kaji selidik telah dimuat naik di halaman utama laman sesawang rasmi Jabatan Peguam Negara bertujuan mendapatkan maklum balas orang awam mengenai cadangan dan penambahbaikan akta tersebut.
Saya percaya kajian online ini dan juga pendapat-pendapat daripada pihak-pihak yang berkepentingan seperti stakeholders, Bar Council dan juga pihak syarikat insurans yang besar bersetuju bahawa pindaan kepada akta ini adalah amat diperlukan dan tepat pada masanya.
Oleh itu, kita boleh lihat sebelum ini, sebelum pindaan pada hari ini, kami terikat kepada pengiraan dan jumlah yang ditetapkan begitu lama dahulu. Sebagai contoh, seksyen 28A(2)(c) memperuntukkan bahawa untuk pengiraan tuntutan kehilangan pendapatan masa depan, multiplier yang digunakan adalah 55 tahun.
Jadi, sepertimana yang telah dihujahkan oleh Yang Berhormat Rasah dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekarang had umur persaraan kakitangan kerajaan adalah 60 tahun, tetapi kami masih terikat kepada pengiraan yang digunakan iaitu 55 tahun sahaja. Jadi ini jelas menunjukkan ketidaksamarataan yang amat ketara dan patut diperbetulkan demi keadilan untuk mereka yang telah mengalami kesusahan dan kesengsaraan akibat kemalangan.
Selanjutnya, seksyen 7(3)(iv) memperuntukkan bahawa tuntutan kehilangan tanggungan loss of support akibat kematian, multiplier adalah 55 tahun juga. Jadi, sepertimana yang telah saya jelaskan, Yang Berhormat Bagan yang membawa kes ini pada tahun 1994 adalah kerana 55 tahun multiplier ini, selepas 55 tahun, multiplier tidak terpakai lagi, tidak boleh tuntut kehilangan tanggungan akibat kematian. Jadi ini adalah amat tidak adil.
Selanjutnya juga kepada seksyen 7(3A) yang telah menetapkan bereavement, kesedihan sebanyak RM10,000. Ini adalah angka yang telah ditetapkan pada tahun 1984 dan sehingga hari ini, tiada revise yang dibuat. Walaupun dalam Akta Undang-undang Sivil ini pada seksyen 7(3D)― dengan izin saya membacanya, “Yang di-Pertuan Agong may from time to time by order published in the gazette vary the sum satisfied in subsection (3A)”. Seksyen 3A adalah untuk bereavement yang ditetapkan RM10,000. Walaupun kami ada satu saving clause tetapi langsung tidak ada tindakan yang diambil oleh kerajaan dahulu untuk memberi satu pampasan bereavement yang berpatutan. RM10,000 yang dibenarkan pada tahun 1984 hingga sekarang, 35 tahun yang lalu masih terpakai.
Jadi inilah apa yang telah berlaku apabila satu undang-undang digubal dan ada juga provision yang membenarkan untuk variation tetapi kita tidak ambil. Saya harap perkara sebegini dapat dilihat dengan lebih holistik agar betul-betul satu keadilan diberikan kepada mangsa-mangsa kemalangan yang memang telah pun menghadapi kesusahan apabila mereka tidak dapat kerja ataupun memang terlantar atas katil mereka. Tidak dapat kerja tetapi tidak boleh tuntut sebarang pampasan.
Tuan Yang di-Pertua, dalam cadangan pindaan untuk rang undang-undang ini, memang ia adalah satu undang-undang yang amat saya alu-alukan. Sebab, ada beberapa proviso yang telah pun digubal dalam ini adalah baik terutamanya dalam isu good health. Sekarang selepas pindaan ini, good health tidak lagi menjadi satu isu kerana ia telah diambil
Tuan Su Keong Siong - Kampar
keluar dengan memotong, dengan izin, pada fasal 3(B) dengan memotong perkataan *“was in good health but for the injury that caused his death”.
I think that is a proactive and progressive move forward* agar dalam satu kes kemalangan, ia tidak perlu membuktikan dia masih dalam keadaan kesihatan yang baik pada masa kemalangan. Because, if a person can work, kita benarkan dia membuat tuntutan kehilangan pendapatan atau apa, tetapi kalau dia tidak buktikan good health, dia tidak boleh claim. Jadi, discrepancy dan percanggahan di sini. Jadi dengan memotong perkataan “good health” ini, ini adalah satu langkah yang saya memang amat-amat alu-alukan.
Berkenaan dengan tuntutan untuk bereavement ini, memang telah dibenarkan diubah daripada RM10,000 kepada RM30,000. Akan tetapi, saya difahamkan pada mulanya apa yang disetujui adalah RM50,000. Mengambil kira kemerosotan nilai mata wang, kenaikan kos sara hidup di Malaysia, I think RM50,000 is fair. Jadi, kenapakah kerajaan tiba- tiba kemudian hendak sekarang bagi hanya RM30,000?
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Maafkan saya Yang Berhormat Rasah. Saya tidak setuju untuk ada dua tier untuk bereavement sebab memang adalah sukar untuk kami membuat satu penilaian nilai kesedihan tersebut. Apa yang kami boleh buat adalah beri satu jumlah yang kita fikir patut.
Jadi, tidak kira sama ada dia muda atau tua, seseorang statistik kesedihan mereka adalah sama bila mereka ada ahli keluarga mereka meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Jadi saya harap kerajaan memberi balik RM50,000 which I think is very fair dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Kemudian, atas isu multiplier ini memang saya mengalu-alukan pada masa sekarang 60 tahun as a multiplier (pendaraban) adalah amat adil sebab umur persaraan kakitangan kerajaan juga ada 50 tahun. Akan tetapi, saya khuatir, selepas pindaan ini, apa akan jadi jika kita naikkan umur persaraan kakitangan kerajaan? Saya rasa kita juga patut ada satu sistem saying clause macam seksyen 7(3)(D) di mana Yang Berhormat Menteri atau pun Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diberi satu budi bicara, discretion vary the multiplier sekiranya berlakunya perubahan tahap umur persaraan kami. Ini kerana ia amat nyata, life expectancy di Malaysia semakin tahun semakin meningkat.
Dalam tahun 1984, life expectancy adalah 69 tahun dan pada hari ini life expectancy untuk rakyat Malaysia pada purata adalah dengan 75 tahun sekarang. Jadi, it always increasing the life expectancy. Jadi, untuk masa depan, saya tidak hairan kalau umur pekerjaan kami dinaikkan lagi kepada 62 tahun atau 65 tahun. Jadi, adakah kita patut plan for the future? Kalau kita ada satu perenggan seperti 7(3D) ia ada memberi satu kebebasan untuk meminda multiplier sekiranya perlu. Ini adalah sangat penting. Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri look into this, adakah sama ada kita boleh add satu clause seperti 7(3D) untuk multiplier ini.
Tuan Yang di-Pertua, satu isu yang saya hendak bangkitkan di sini adalah tentang tuntutan kehilangan pendapatan yang mana ia memang perlu dibuktikan bahawa seseorang itu perlu adalah dengan izin, gainfully employed. Maknanya, dia mempunyai satu pendapatan daripada pekerjaan, baru dia boleh claim. Akan tetapi, apa yang tidak adil adalah sekiranya seseorang pada masa-masa tertentu dia baru habis universiti, telah memohon pekerjaan, telah pun ditawarkan pekerjaan, tetapi dia belum start, belum mula.
Daripada segi tuntutan ini dia tidak akan dapat menuntut kehilangan pendapatan kerana pada masa kemalangan dia tidak ada pekerjaan yang memberi pendapatan. Jadi we have to look into this. Kita ada peluang untuk mengkaji semula Akta Undang-undang Sivil ini tetapi kita tidak membawa apa-apa pindaan kepada isu ini. Saya harap ia dapat dipertimbangkan juga dalam isu ini.
Satu lagi isu yang perlu kami pertimbangkan adalah di dalam kes-kes mahkamah kebanyakan kes mahkamah mereka mengambil kira living expenses yang akan ditolak daripada tuntutan mereka kerana mahkamah mengatakan seseorang itu perlu untuk menggunakan living expenses dan ia akan ditolak.
Akan tetapi, ini adalah tidak adil sebab tiada perbezaannya sama ada anda dapat bekerja atau tidak bekerja sebab memang *living expenses is going on, because you are living.
You need to stand*. Jadi, kenapa ada perbezaan antara untuk isu ini di mana jika anda tidak dapat bekerja, tuntutan pendapat, living expenses akan ditolak daripada jumlah tuntutan tersebut. Jadi, isu gainfully employed ini pengertiannya saya rasa perlulah diteliti dengan lebih teliti.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Satu lagi isu memandangkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat panjang lagi?
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Tidak panjang lagi. Lima minit sudah habis.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Dua isu sahaja. Jadi isu lagi satu yang perlu kami perlihatkan adalah tuntutan medical expenses di pihak swasta di mana masa kini mahkamah akan memberikan satu per tiga sahaja. Saya harap ia akan diperjelaskan dengan satu akta dalam seksyen dalam akta ini yang mengatakan ia patut dibenarkan untuk dengan sepenuhnya.
Oleh sebab ada kalanya mangsa-mangsa kemalangan mereka tidak ada choice, no choice. Bila mereka terlibat dalam kemalangan, ada orang hantar mereka kerajaan pihak swasta. Jadi rawatan itu dia hanya boleh claim satu pertiga. Oleh sebab sekarang banyak orang yang hendak dapatkan rawatan yang lebih baik, mereka akan pilih ke swasta. Jadi kita tidak patut penalize mereka kalau mereka buat pilihan untuk mendapat rawatan daripada hospital swasta tersebut. Jadi oleh yang demikian, dua tiga isu ini memang kita perlu pertimbangkan dan sama ada kita dapat menjadikan ia satu seksyen dalam akta ini agar ia dengan jelas tidak akan menjadi isu bila kes-kes di bawa kepada mahkamah.
Secara keseluruhan, memang saya menyokong penuh pindaan ini sebab it is long overdue. Everybody knows that this act is ought to be amended dan kita telah mengambil langkah― saya faham memang kerajaan menghadapi tentangan daripada pihak insurans yang memang hendak limit tuntutan yang boleh diclaim dan untuk mangsa-mangsa kemalangan. Akan tetapi, kita telah buat keputusan untuk mengubah akta Undang-undang Sivil ini. Dengan itu, saya sokong sepenuhnya pindaan dengan Rang Undang-undang ini.
sekian Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Ada wakil daripada Pembangkang? Tidak ada Pembangkang hendak bahas.
Sekarang ada sesiapa lagi berminat untuk berbahas?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya, saya. Saya sudah bangun tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Dua. Okey, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Ipoh Timur selepas itu Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Menteri menjawab. Selama 10 minit cukup, sila.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Terima kasih Timbalan Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Tuan Yang di-Pertua, saya membahaskan, menyertai perbahasan dalam rang undang-undang bernama Akta Undang-undang Sivil 1956. Timbalan Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang untuk meminda Akta Undang-undang Sivil 1956 ini bagi saya merupakan satu tindakan yang amat progresif, menepati keperluan semasa dan juga selari dengan pandangan-pandangan daripada kesemua pemegang taruh biarpun law expert dengan izin, ataupun para akademik ataupun pengamal undang-undang secara keseluruhannya.
This is a very good amendment dengan izin. Sekiranya kia meninjau kembali sejarah berkenaan dengan klausa-klausa yang bakal kita pinda pada hari ini, klausa 7 dan juga klausa 28A iaitu Akta Undang-undang Sivil 1956 pada tahun 1984, Parlimen ini telah pun meluluskan satu rang undang-undang Civil Law Amendment Act 1984 dengan izin yang mana ia telah mengubah kedudukan common law yang sepanjang masa ini diamalkan di mahkamah dan juga di negara ini.
Apa yang terjadi adalah pada sebelum tahun 1984, kita boleh nampak bahawa, untuk mereka yang untuk tuntutan dan untuk mangsa yang lebih daripada umur 55 tahun, mahkamah mempunyai budi bicaranya sendiri untuk sama ada membenarkan ataupun menolak tuntutan-tuntutan sebegitu. Terdapat dua case yang mana mahkamah benarkan dan memutuskan apabila seseorang meninggal dunia pada lebih kurang atau umur 60 tahun, pihak dependent mereka turut dibenarkan untuk meneruskan tuntutan mereka. Ini adalah situasi sebelum tahun 1984. Kes-kes tersebut termasuk Yaakob melawan Sintat Rent a Car Services 1983 case dengan izin, Chong Saw Yin melawan Official Administrator 1984 case dengan izin.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Pada hari ini yang mana had umur 55 tahun ini telah pun ditingkatkan kepada umur 60 tahun selari dengan umur pencen yang telah pun ditingkatkan beberapa tahun yang lepas.
Ini merupakan satu tindakan yang baik, tetapi ia boleh diperhalusi lagi sekiranya pihak kerajaan boleh mempertimbangkan supaya memberikan satu proviso untuk membenarkan satu situasi yang mana mahkamah boleh mempunyai satu budi bicara untuk membuat keputusan mereka untuk kes-kes yang melebihi umur 60 tahun.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Seperti situasi pre 1984, mahkamah mempunyai satu budi bicara untuk berbuat demikian kerana pada masa itu undang-undang tidak menyatakan secara jelas dan nyata, secara restrictive dengan izin berkenaan dengan umur 55 tahun itu. Apabila had umur dinyatakan secara jelas, dalam kes kita 60 tahun, maka saya harap kerajaan boleh mempertimbangkan supaya satu budi bicara juga boleh diberikan kepada mahkamah untuk membenarkan tuntutan.
Kita maklum bahawa kesemua kes-kes mahkamah adalah diputuskan secara begitu konservatif. The court has used a very conservative approach dengan izin selepas tahun 1984. Kami di sini adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa kepentingan dan juga manfaat rakyat secara keseluruhannya boleh dibela oleh kerajaan ini.
Tuan Yang di-Pertua, isu kedua adalah berkenaan dengan *bereavement.
Bereavement,* pampasan kesedihan. Bereavement yang telah pun sekarang ditingkatkan daripada RM10,000 sehingga RM30,000. Ini juga merupakan satu pendekatan yang amat baik kerana angka RM10,000 itu sememangnya terlalu rendah.
Walau bagaimanapun, apabila kita membenarkan anak iaitu dalam perkataan yang digunakan dalam undang-undang adalah child dengan izin untuk membuat tuntutan bereavement. Definisi child dengan izin dalam Civil Law Act 1956 adalah harus diperhalusi lagi yang mana saya membaca di sini klausa 7(11) Civil Law Act 1956 memberikan satu definisi bahawa child include son, daughter, grandson, granddaughters, stepsons and stepdaughters. Masalah yang kita hadapi adalah apabila nexus ataupun hubungan antara si mati ataupun mereka yang cedera dengan orang yang membuat tuntutan itu khasnya si mati dalam kes ini, hubungan antara si mati dengan orang yang membuat tuntutan ini, bagaimana kita boleh membuktikan nexus nya sebagai anak adalah dengan satu birth certificate. Ada kadang kalanya birth certificate itu untuk apa-apa masalah jua, kita ada masalah citizenship yang selalu dibentangkan, dibahaskan di Parlimen ini, kita nampak bahawa kadang-kadang it’s a really hard to actually proof the matter by way of documentation, dengan izin.
Kita ada teknologi yang baru iaitu DNA test dan sebagainya dan mungkin kerajaan boleh mempertimbangkan bahawa untuk membuat satu definisi yang baru, yang mana child sepatutnya juga termasuk biological child, kanak-kanak biological. Selagi mereka yang membuat tuntutan boleh membuktikan bahawa beliau merupakan biological child untuk si mati tersebut, maka tuntutan tersebut haruslah dilayan.
Isu yang terakhir yang saya ingin bangkitkan di sini Tuan Yang di-Pertua adalah berkenaan dengan laws of earning dan laws of future earning, dengan izin. Kita ada situasi yang mana satu situasi yang mungkin agak pelik yang mana adalah satu syarat bahawa si mati dalam kes ini ataupun mereka yang menghadapi kecederaan haruslah mereka yang sedang memiliki satu punca pendapatan, satu pendapatan yang konsisten.
Akan tetapi sebelum ini kita ada nampak ada kes-kes yang mana mungkin yang cedera atau yang meninggal dunia itu mereka adalah or no paid leave dengan izin dan mahkamah telah pun tidak membenarkan tuntutan-tuntutan mereka. Juga seperti kes-kes yang mana untuk university student, mahasiswa-mahasiswa yang dalam final year mereka yang sebelum mereka keluar, sebelum mereka graduate dan bekerja, mereka tidak mendapat satu sumber pendapatan tetapi kita tahu bahawa in the next one year atau dalam satu tahun yang akan datang ini, mereka sememangnya boleh memiliki satu punca pendapatan yang amat baik.
So, perkara-perkara ini mungkin adalah perkara-perkara yang boleh diperhalusi, yang boleh dipertimbangkan oleh kerajaan dalam masa hadapan apabila mungkin kita akan membuat pindaan untuk membaik pulihkan lagi akta Undang-undang Sivil 1956 ini.
Dengan itu, sekali lagi saya menyatakan bahawa saya menyokong rang undang- undang yang dibentangkan pada petang ini dan sekali lagi saya berterima kasih kepada Tuan
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk menyertai dalam perbahasan ini. Sekian daripada saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Jelutong untuk melabuh tirai perbahasan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya berharap dapat diberi masa lebih tambahan sedikit kerana kita lihat pada hari ini, Dewan ini begitu sunyi dan sepi di mana kita dapat melaksanakan tugas-tugas dan amanah kita dengan tiada sebarang gangguan. Saya berharap ini akan disaksikan oleh rakyat Malaysia dan juga wartawan di luar yang akan melaporkan bahawa apabila Dewan bersidang untuk membincangkan satu rang undang-undang yang begitu bermakna kepada rakyat Malaysia, satu rang undang-undang yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia, tidak ada seorang pun daripada wakil-wakil rakyat UMNO, PAS, GPS yang hadir untuk memberi pandangan. Ini adalah perkara yang begitu mendukacitakan.
Kita lihat dewasa ini mereka begitu terbawa-bawa dengan niat hanya untuk mengucar-ngacirkan Dewan yang mulia ini, mengganggu prosiding Dewan yang mulia ini dan selalu hanya menumpukan perhatian dan kudrat mereka terhadap membela Yang Berhormat Pekan. Apa yang sepatutnya dibela adalah rakyat Malaysia.
Berbalik kepada rang undang-undang ini, cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri dan Kerajaan Pakatan Harapan adalah sesuatu yang dinanti-nantikan. Ini adalah perkara sebagai seorang pengamal undang-undang yang perlu dipuji seperti pembahas-pembahas tadi. Yang Berhormat Rasah merupakan seorang peguam, Yang Berhormat Kampar merupakan seorang peguam, Yang Berhormat Ipoh Timur juga merupakan seorang peguam dan saya juga merupakan seorang peguam. So, kita...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Parlimen sudah jadi mahkamah.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Saya jadi hakim.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Memang saya akui Tuan Yang di-Pertua memang mempunyai kredibiliti dan juga cukup sifat dan juga peramahnya dan juga pendidikan undang-undang yang saya juga difahamkan merupakan seorang peguam yang hebat juga. Kita fahamlah parti DAP ini selalu melahirkan peguam-peguam yang hebat seperti Karpal Singh, Gobin Singh, Ramkarpal dan sebagainya. Mungkinlah satu hari nanti...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apa pula?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Boleh tidak mencelah sikit? Yang Berhormat Timbalan Menteri yang membentangkan pun seorang peguam yang hebat. Jangan lupakan pembentang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, saya akui, saya akui Yang Berhormat Sepang juga merupakan seorang.....
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Hari peguam ini, hari ini peguam.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Petang ini Parlimen jadi majlis peguam.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih.
[Ketawa] So, manalah kita tahu suatu hari nanti Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua akan menjadi Ketua Hakim Negara. So, Yang Berhormat Jelutong akan menyokonglah kalau diberi peluang. Pada masa yang sama jumlah RM30,000 ini Tuan Yang di-Pertua adalah bukan jumlah yang begitu banyak. Kalau kita lihat bukanlah wang yang begitu banyak. RM10,000 dan RM30,000 ini bukan wang yang banyak. Kita lihat sekarang ahli-ahli politik dapat menghantar jumlah sebanyak RM10 juta ke luar negara untuk membeli pangsapuri di London, RM10 juta. Kita buat perbandingan. Jumlah RM10 juta yang dihantar oleh calon yang bertanding di Rantau,
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
10 tahun yang lalu untuk membeli pangsapuri di Rantau. Kita bandingkan jumlah itu kepada jumlah RM30, 000, it’s nothing, it’s chicken fee dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Akan tetapi sekurang-kurangnya lah kita patut memberi pujian kepada Yang Berhormat Sepang yang telah pun mengambil inisiatif untuk mengusulkan undang-undang ini supaya yang terlibat dalam kemalangan, yang meninggal dunia dan juga tanggungan- tanggungan yang meninggal dunia itu sekurang-kurangnya dapat menampung perbelanjaan- perbelanjaan serta-merta mereka dengan jumlah RM30, 000 itu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Akan tetapi saya juga mohon diberi pertimbangan kepada beberapa perkara pada masa yang sama. Pertama, saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagaimanakah pihak-pihak yang menuntut ini akan dipertimbangkan sekiranya seseorang itu mempunyai lebih daripada seorang isteri, umpamanya. Itu adalah persoalan saya. Kalaulah katakan isteri pertama dan isteri kedua, kedua-dua bertelagah untuk memfailkan tuntutan dan pada masa yang sama kita ada keluarga yang pertama dan keluarga kedua umpamanya, bertelagah untuk memfailkan tuntutan.
Bagaimanakah cara perancangan ini akan memutuskan keluarga yang mana satu, isteri yang mana satu yang akan diberi peluang untuk membuat tuntutan terhadap RM30,000 ini. Ini adalah perkara pertama yang ingin saya lontarkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Jelutong, nasihat saya, kahwin satu sahaja.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Okey, baik Tuan Yang di- Pertua. Saya tidak ada masalah. Saya satu sahaja berkahwin, Tuan Yang di-Pertua dan saya bercadang untuk berkahwin satu sahaja.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
[Bangun]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Padang Serai hendak kacau juga?
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya tertarik berkenaan kahwin isteri dua dan empat. Saya ingin bersuara sedikit. Bagi kaum India, dia hanya boleh daftar seorang isteri sahaja. Lebih daripada itu tidak boleh tetapi bagi orang-orang Muslim, dia boleh kahwin empat, tidak jadi masalah sebab empat ada certificate. Macam mana pendapat Yang Berhormat?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tidak mahu komenlah perkara itu dan saya akan serahkan kepada Tuan Yang di-Pertua yang akan buat penggulungan.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Saya tidak buat akan penggulungan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
...Timbalan Menteri buat penggulungan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Menteri, maafkan saya. Akan tetapi berbalik kepada isu ini, memang ini adalah isu yang perkara yang saya ingin membahaskan di sini. Kita lihat bahawa pada masa sekarang memang di bawah Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 dengan izin, perkahwinan-perkahwinan seseorang yang bukan merupakan seorang beragama Islam perlu didaftarkan.
Akan tetapi terdapat juga keadaan-keadaan di mana pada masa yang lampau di mana ada juga individu-individu yang tidak merupakan seorang yang beragama Islam itu telah berkahwin lebih daripada satu. So, bagaimanakah undang-undang ini berhasrat untuk menyelesaikan perkara ini?
Saya cuma memohon supaya perkara ini dapat diperhalusi. Pada masa yang sama, kita juga harus memberi perhatian kepada pemfailan tuntutan ini di mana saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah apa-apa time frame dengan izin, di mana undang-undang ini akan dikuatkuasakan? Daripada bila ia akan mula dikuatkuasakan? Itu adalah perkara-perkara yang ingin saya lontarkan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Akan tetapi daripada hasrat dan niat murni ini, kita lihat bahawa kerajaan begitu tegas walaupun terdapat syarikat-syarikat insurans yang cuba memaksa kerajaan untuk menarik balik undang-undang ini. Kita lihat kerajaan begitu tegas. Kerajaan tidak akan berkompromi dan pihak-pihak insurans juga perlu mengetahui, kita lihat setiap kali pihak insurans mengutip duit, mereka begitu senang mengutip duit. Akan tetapi apabila mereka ingin membayar, macam-macam persoalan ditimbulkan. Apa-apa insurans sahajalah, kita lihat.
Tuan Pang Hok Liong - Labis
Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Labis pun hendak kacau?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila.
Tuan Pang Hok Liong - Labis
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Jelutong.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Seorang lagi peguam.
Tuan Pang Hok Liong - Labis
Yang Berhormat Jelutong, dengan adanya pindaan ini sudah tentulah jumlah bayaran oleh pihak insurans, pampasan kepada mangsa atau keluarga mangsa kemalangan akan meningkat. Jadi persoalan saya kepada Yang Berhormat Jelutong, apakah langkah dapat diambil oleh kerajaan supaya pihak insurans ini tidak mengambil kesempatan atas alasan ini untuk menaikkan kadar bayar insurans atau untuk insurans cover. Minta penjelasan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang Berhormat Labis. Seorang lagi peguam yang hebat daripada Parti Tindakan Demokratik. Satu soalan yang begitu baik. Saya ingin di sini menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada perkara ini. Ini adalah perkara yang saya ingin bahaskan tetapi saya mohon dimasukkan dalam ucapan saya.
Kita harus pastikan bahawa syarikat-syarikat insurans tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan premium atau bayaran insurans ataupun bayaran untuk memberi perlindungan kepada kenderaan, perlindungan kepada orang perseorangan menggunakan alasan ini.
Ini kerana RM30,000 Yang Berhormat Timbalan Menteri bukanlah sesuatu jumlah yang begitu besar, RM30,000 is nothing. So, saya di sini mohon kementerian dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi perhatian kepada perkara ini supaya syarikat-syarikat insurans tidak menggunakan pindaan kepada undang-undang ini untuk menaikkan bayaran premium yang akan dikenakan kepada pengguna-pengguna jalan raya.
Pada masa yang sama, saya ingin tanya juga kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalaulah kita boleh minta supaya sejumlah wang ini juga diletakkan ataupun digunakan bagi pendidikan kanak-kanak si mati. Kita lihat bahawa balu si mati kemungkinan ada kecenderungan untuk menggunakan wang itu semuanya.
Akan tetapi bolehkah sekurang-kurangnya RM10,000 atau RM15,000 daripada wang ini dijadikan pra syarat akan digunakan bagi tujuan pendidikan kanak-kanak si mati sekiranya si mati telah meninggal dunia, meninggalkan anak-anak yang masih bersekolah lagi. So, ini adalah persoalan-persoalan yang saya timbulkan di sini. Saya sekali lagi berterima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang telah memberi peluang kepada saya dan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah mengusulkan rang undang-undang ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong dan keempat-empat Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan berbahas dengan penuh tenang dan berhemah pada petang ini. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Masa 15 minit. Sila.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Ada empat orang yang telah berbahas iaitu Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Ipoh Timur dan juga Yang Berhormat Jelutong dan dua orang yang mencelah iaitu Yang Berhormat Padang Serai dan juga Yang Berhormat Labis.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jelutong tadi, malangnya pada hari ini ada Ahli Parlimen yang tidak mengambil bahagian. Saya pun rasa hairan Tuan Yang di-Pertua apabila tadi ada seorang Ahli Parlimen yang mengatakan bahawa bagi dia yang penting adalah hanya usul melibatkan Yang Berhormat Pekan sahaja.
Jadi bagi saya ini satu kekeliruan yang ditunjukkan oleh Ahli Parlimen. Oleh sebab Parlimen ini sepatutnya tempat untuk kita antaranya meminda undang-undang dan juga membuat undang-undang, sebagai legislatif untuk legislate law. Sepatutnya undang-undang yang dibuat ini perlu dibahaskan dengan baik. Selalu mereka mengatakan mereka tidak diberikan masa untuk berbahas tetapi sekarang ini mereka bukan tidak diberikan masa.
Mereka sendiri yang lari daripada untuk berbahas.
Jadi ini bagi saya rakyat boleh menilai dan bagi saya tidak sepatutnya Ahli Parlimen mana-mana pun tidak mengambil kesempatan ini untuk berbahas. Tadi walaupun ada dua orang Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional tetapi nampaknya pun sudah balik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri, atas isu ini, sedikit sahaja. Yang Berhormat Menteri setuju dengan saya yang sebenarnya kencing rakyat adalah Ahli-ahli Barisan Nasional, yang tidak hadir di Dewan walaupun menerima gaji yang halal hanya datang ke Dewan ini untuk membela Yang Berhormat Pekan sahaja tetapi meninggalkan Dewan dan tidak membahaskan usul apabila undang-undang ini melibatkan rakyat. Sebenarnya yang kencing rakyat adalah Barisan Nasional, UMNO dan PAS. Terima kasih.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Kencing lari.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Terima kasih kepada sahabat saya daripada Yang Berhormat Jelutong. Saya rasa biarlah rakyat menilailah siapa yang kencing, siapa yang di kencing, itu biar rakyat menilailah. Saya tidak bercadang untuk menjawab benda itu.
Saya terus kepada Yang Berhormat Rasah. Yang Berhormat Rasah telah menyatakan bahawa antara isu yang dibangkitkan adalah supaya kita bagi dua peringkat dari segi pemberian bereavement atau wang kesedihan. Dia kata ada yang kita patutnya beri RM30,000, ada juga kalau boleh kita bagi RM50,000.
Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini udang-undang yang ada sekarang ini, yang kita hendak pinda ini hanya kita berikan satu sahaja. Jadi, saya rasa Yang Berhormat buat masa ini tidak ada keperluan dan saya rasa ini pun telah pun Yang Berhormat Kampar kalau tidak silap saya ada kata bahawa lebih baik kita standardize kan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Yang Berhormat, masalahnya, yang saya nampaklah, kalau sekiranya kita membahagikan dua golongan ini berbeza, walaupun mungkin baik tetapi kadang-kadang dia mungkin boleh menimbulkan rasa tak puas hati pula kepada pihak yang mungkin mendapat jumlah yang kurang daripada jumlah yang banyak. Kita dalam Perlembagaan ini ada apa yang dipanggil Artikel 8 yang melibatkan sama rata itu. Jadi ini kadang-kadang kita harus juga mengambil kira supaya undang-undang ini tidak dijadikan sebagai alasan untuk dibatalkan kerana bersifat discriminatory, dengan izin.
Walau bagaimanapun, saya mengucapkan terima kasihlah kepada Yang Berhormat Rasah kerana telah memberikan cadangan tersebut. Mungkin buat masa ini, Yang Berhormat Rasah, kita tidak lagi mencadangkan untuk membahagikan dua itu tetapi tak mustahillah kalau pada masa akan datang, kalau sekiranya keadaan memerlukan. Undang- undang ini, Yang Berhormat Rasah, adalah sebenarnya dia bersifat vibrant. Mungkin kali ini kita pinda begini, akan datang mungkin, Yang Berhormat, apa Yang Berhormat cadangkan itu mungkin akan diambil kira oleh kerajaan-kerajaan yang pada masa akan datang dan mungkin akan menjadi satu undang-undang. Jadi, kadang-kadang saya tak boleh cakap benda ini satu yang mungkin tak sesuai tetapi mungkin belum lagi sesuai pada zaman ini, di waktu ini.
Seterusnya, Yang Berhormat menyatakan mengapakah multipliers 16 bagi kategori orang yang berumur 30 tahun tidak dipinda. Yang Berhormat, pengekalan jangka kali pendarab tetap 16 tahun bagi si mati atau plaintif yang berumur 30 tahun dan ke bawah bagi menyelaraskan lagi penaksiran ganti rugi di antara si mati dan plaintif yang berbeza umur agar lebih konsisten terutamanya si mati atau plaintif yang berusia 30 dan 31 tahun.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Yang Berhormat, untuk maklumat Yang Berhormat, the idea untuk undang-undang ini ialah untuk kita mengurangkan jumlah perbezaan di antara umur 30 tahun dengan 31 hingga 54 tahun. Kalau dahulu, seperti tadi saya bentangkan, macam mana 16 tahun yang dulu satu 16 tahun dan 12 tahun, jadi dia mengakibatkan jumlah ganti rugi yang diterima itu akan berkurangan. Jadi dengan berlakunya pindaan ini, Yang Berhormat, kita cuba mengecilkan perbezaan itu. Itulah ideanya.
Mungkin tidak lagi sama tetapi kita cuba mengecilkan dia punya jumlah perbezaan itu. Itulah the idea supaya pihak-pihak yang mendapat ganti rugi itu untuk masa kini, lepas pindaan ini, dia akan dapat jumlah yang lebih baiklah. Walaupun tidak sama dengan jumlah yang umur 30 tahun ke bawah tetapi paling kurang, dia dapat jumlah yang agak munasabahlah yang kita rasa perbezaan itu tak begitu ketara. Kalau dahulu, untuk makluman Yang Berhormat, kalau dahulu sebelum pindaan ini, yang sekarang ini, dia agak berbeza.
Tadi saya telah terangkan semasa penerangan tadi bagaimana perbezaan itu agak besar.
Yang Berhormat, seterusnya Yang Berhormat ada bangkitkan tentang isu― sekejap ya. Pasal pasangan ya? Saya rasa Yang Berhormat, bila bertulis pakai tangan ini kadang saya pun tak boleh baca ini. Lagilah waktu petang-petang ini, Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon maaf. Sebab yang mencatat ini pun mereka mencatatkan agak cepat juga. Akan tetapi, Yang Berhormat, saya minta maaflah, kalau mungkin ada Yang Berhormat nak tanya, Yang Berhormat boleh bangkitkan ini.
Seterusnya saya ingin bangkitkan tentang Yang Berhormat Ipoh Timur. Eh! Yang Berhormat Kampar dahulu. Ada beberapa isu dibangkitkan. Ini juga salah seorang peguam yang saya rasa terlibat dalam kes-kes kemalangan ini, yang biasa buatlah saya rasa. Saya nak betulkanlah, Yang Berhormat.
Walaupun hari ini nampaknya perbincangan di kalangan peguam, tadi Yang Berhormat Jelutong kata saya juga adalah salah seorang peguam yang hebat. Sebenarnya yang itu tak betul, fakta tak betul itu. Saya rasa saya peguam yang cokia lah, tak pandailah.
Jadi yang itu saya harap Yang Berhormat betulkanlah supaya tidak dalam Hansard satu fakta yang tak betul ya.
Yang Berhormat Kampar minta terangkan, bagaimanakah tuntutan bagi orang yang tidak mempunyai pendapatan, contohnya penuntut yang baru hendak bekerja. Tadi pun Yang Berhormat Ipoh Timur ada bangkitkan juga.
Yang Berhormat Kampar, saya rasa Yang Berhormat Kampar pun sedar bahawa tujuan undang-undang ini adalah untuk kita menuntut kehilangan pendapatan, kehilangan apa dipanggil gainful activity. Bila orang yang terlibat dalam kemalangan ini, dia terlibat dalam satu aktiviti yang menguntungkan ataupun yang menimbulkan wang, yang tetaplah, dan itu yang menyebabkan adanya multipliers, multiplicands ini. Kalau tidak ada satu jumlah yang tertentu, ia akan menyusahkan untuk pengiraan ini.
Sebab itulah, untuk makluman Yang Berhormat, tuntutan ganti rugi yang tidak mempunyai pendapatan, yang tetaplah khususnya, sukar untuk ditentukan kerana di bawah akta ini, penetapan ganti rugi diperoleh dengan mendarab multiplicands dengan jangka kali, multipliers. Multiplicands perlu wujud dalam pengiraan itu iaitu kehilangan pendapatan tahunan si mati...
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ya, Yang Berhormat Kampar.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
...Atau plaintif yang meliputi gaji, elaun, caruman oleh majikan, elaun kerja lebih masa dan pendapatan sampingan ditolak dengan perbelanjaan kehidupan si mati atau plaintif.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Kampar hendak mencelah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Silakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Mengenai isu yang telah dibangkitkan oleh saya tadi berkenaan dengan gainfully employed, apa yang kami hendak adalah sama ada kerajaan boleh pertimbangkan definisi tersebut. Sebab, bukan sahaja graduan, malah sekiranya seseorang mengambil cuti ataupun unpaid leave, masa itu kalau dia terlibat dalam
Tuan Su Keong Siong - Kampar
kemalangan jalan raya, itu akan menjejaskan tuntutan kehilangan pendapatan beliau sebab masa kemalangan, dia tak ada income, no salary. That is unjust. Jadi adakah kita boleh pertimbangkan definisi gainfully employed ini maknanya mengikut definisi potensi juga ataupun memang dia dalam gainfully unemployed, hanya sementara dia tak ada pendapatan itu. Itu yang saya hendak tanya.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Okey, terima kasih kepada Yang Berhormat Kampar. Yang Berhormat Kampar, kalau saya boleh share experience saya sikit. Yang Berhormat, apa Yang Berhormat terang dan nyatakan itu sebenarnya bagi saya ada poin dia, valid juga point dia. Akan tetapi, Yang Berhormat, inilah kepentingan mana-mana orang yang terlibat dalam kemalangan ini untuk mendapatkan khidmat peguam dan peguam ini, mereka mesti antaranya bersifat kreatif daripada segi berhujah ini. You can always break a new ground. Perkataan “gainfull activity” ini sepatutnya mungkin boleh dihujahkan di mahkamah untuk mahkamah memberikan tafsiran yang mungkin lebih anjal ataupun lebih fleksibel.
Jadi bagi saya, undang-undang ini kita jangan hanya ingat Parlimen sahaja yang terlibat daripada segi...
[Disampuk] Mahkamah bukan tak bagi. Mungkin kadang-kadang Yang Berhormat kena cuba banyak kali. Saya pengalaman jadi peguam dulu, Yang Berhormat, banyak kali kita cuba, kadang-kadang kali yang kesepuluh itu baru berjaya. Jadi Yang Berhormat kena sabar. Kadang-kadang Yang Berhormat berhujah hari ini, mungkin anak Yang Berhormat berhujah nanti baru boleh terima. Ini memang realiti undang-undang.
Ia memang begitu.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bangun]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Silakan Yang Berhormat daripada...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Beruas.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Yang Berhormat Beruas, sila. Boleh Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Seorang lagi peguam.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Ya, seorang lagi peguam. Hari ini memang medan peguam ya.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Dengan hormatnyalah. Yang Berhormat Menteri, bagi kita penggubal undang-undang, kita mesti menggubal undang-undang dengan jelas.
Kalau kita nak masukkan mereka yang boleh bekerja tetapi kerana mungkin cuti ataupun sabbatical leave, orang ini memang ada kapasiti untuk menjalankan kerja yang boleh mendapat pendapatan. Jadi, adalah tanggungjawab kita untuk jelaskan pendirian kita.
Bukan hakim. Hakim mengatakan bahawa kitalah yang buat undang-undang, mereka tafsir.
Kalau undang-undang kita jelas, tak perlulah mereka creative judgement. Jadi, saya haraplah pihak kerajaan dapat mempertimbangkan kes-kes yang sedemikian.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Kalau saya nak jawab ini, tetapi secara berguraulah, kalau undang-undang jelas ini, tak perlulah ada hakim. Ini kadang-kadang itu pun kita boleh berhujahlah. Lawyer like that lah. Okey?
Akan tetapi saya nak bagi tahu beginilah, Yang Berhormat. Sebenarnya bagi saya, Yang Berhormat, kita kena lihat philosophy ataupun falsafah undang-undang ini secara jelaslah. Undang-undang ini, bagi sayalah, dia adalah bertujuan untuk memastikan satu pendapatan yang tetap.
Yang Berhormat kata orang ini mampu bekerja, orang ini sepatutnya bekerja. Itu saya tak pernah menafikan dan saya rasa itu memang yang sepatutnya diambil kira. Akan tetapi, Yang Berhormat, dalam kita menggubal undang-undang ini, sebenarnya kerajaan ini dia tidak hanya mengambil kira daripada sudut plaintif sahaja tetapi dia mengambil kira daripada semua sudut. Itulah bezanya kerajaan dengan orang luar. Kerajaan ini dia mengambil kira pemegang taruh, bahagian insurans pun dia kena ambil kira, mahkamah diambil kira, Ahli Parlimen diambil kira, semua diambil kira. Jadi, Yang Berhormat, kadang- kadang kita tidak boleh mencapai apa yang kita hendak dalam masa yang kita gubal ini.
Saya akui, Yang Berhormat, kadang-kadang apabila kita berhujah di Parlimen ini, kita memang kadang-kadang bersifat idealistik, kita hendak semua, tetapi Yang Berhormat, undang-undang ini dia sebenarnya ada juga elemen-elemen compromise yang kita perlu ambil kiralah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Sebab itulah, Yang Berhormat, balik kepada Yang Berhormat Kampar juga tadi. Dia mengatakan mengapa kita dapat pendapatan, tolak pula living expenses. Jadi, makin mengurangkan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Bagi saya Yang Berhormat, ada kewajarannya ada sebab tertentu falsafah di sebaliknya. Kenapa living expenses itu ditolak? Ini disebabkan Yang Berhormat, tidak boleh kita kata seorang itu dia hanya berpendapatan katakan RM5,000, kita boleh anggap dia tidak berbelanja. Oleh sebab itu, dia hanya living expenses, dia tidak kata, emphasized segala expenses, dia kata living expenses. Ini bermakna Yang Berhormat, supaya apabila dapat ganti rugi itu, betullah ganti rugi berdasarkan kehilangan income sungguh. Contohnya, oleh sebab itu kalau kita tengok apabila peguam menyoal balas kan? “Adakah kamu merokok atau tidak? Berbelanja rokok macam mana belanja, minyak kereta semua?” Kalau kita tidak tolak itu semua Yang Berhormat, seolah-olah kita mengatakan kita dapat RM5,000 ini kita pun patutlah bagi kepada RM5,000.
Jadi, secara tidak langsung Yang Berhormat, kita juga telah berbohong. Tidak boleh kata kita dapat RM5,000, balu kata, “Dia bagi saya RM5,000’’. Mahkamah kata “Tak kan dia tidak belanja”. Jadi, kita tidak boleh Yang Berhormat mengambil satu perkiraan yang tidak rasional.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Maafkan saya. Apa yang saya maksud adalah living expenses akan ditolak untuk tuntutan loss and support dalam kes kematian. Akan tetapi, untuk tuntutan kehilangan pendapatan, bukan. Itu maknanya kenapa ada berbezaan. Hal ini sepatutnya sama ada mati ataupun cedera living expenses should not be deducted. Kes Chan Qing Ming yang saya rujukkan itu.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Saya ada jawapan di sini Yang Berhormat, tetapi saya –sekejap Yang Berhormat, banyak sangat kertas dekat sini. Sekejap Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua saya minta maaf, saya dekat sini banyak kertas ini Yang Berhormat [Ketawa] saya kena tengok juga.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Boleh. Banyak kertas tugas berat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Akan tetapi tidak apa Yang Berhormat, Yang Berhormat kalau sekiranya saya tidak boleh jawab ini saya insya-Allah akan jawab secara bertulis. Akan tetapi, untuk makluman memang tadi saya ada cuma saya tidak tahu mana sudah. Sudah banyak sangat ini, too many documents on my table. Akan tetapi, Yang Berhormat kalau ada perbezaan itu saya rasa memang kita boleh inilah –Yang Berhormat saya mohon maaflah memang –Ok, I got it. Oh, ini lain pula.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dapat jawab semua kita boleh sokong no problem.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Sekejap, sekejap. Saya kena jawablah semua, tidak adillah. Tuan Yang di-Pertua, saya minta masa sikit. Yang Berhormat, tentang soalan itu nanti saya akan jawab bertulislah, minta maaf. Akan tetapi, Yang Berhormat juga bangkitkan tentang mahkamah hanya kenakan 1/3 sahaja daripada kos perbelanjaan perubatan, ada bangkitkan eh? Yang Berhormat, tentang kos perubatan ini Yang Berhormat pun tahu ini adalah termasuk dalam kategori dipanggil special damages ataupun ganti rugi khas. Hal ini di mana kos perbelanjaan disebabkan – memerlukan pihak yang mengalami kecederaan membuktikan, Yang Berhormat tahu bahawa bila melibatkan ganti rugi khas ini ia berbeza dengan ganti rugi am di mana ia agak bersifat subjektif untuk ganti rugi am. Sedangkan ganti rugi khas ialah ganti rugi yang kita keluar daripada poket kita, yang mesti dibuktikan. Tidak boleh kita campakkan ke mahkamah untuk mahkamah tafsir sendiri.
Sebab itu Yang Berhormat, kalau sekiranya kita boleh membuktikan bahawa pertamanya, kita rasa kita hantar dia ke klinik swasta ataupun di hospital swasta itu adalah justified dan memang memerlukan satu yang kita perlu buat. Saya rasa mahkamah ini Yang Berhormat, tidak akan kedekutlah untuk hendak tolong plaintif mendapatkan ganti rugi tersebut. Jadi, sekarang ini pun Yang Berhormat, bagi saya bila kos perbelanjaan perubatan
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
tersebut tidak dapat dibuktikan, mahkamah masih lagi memberikan 1/3 berdasarkan kes yang dirujuk.
Bermakna mahkamah ini masih lagi bersifat gentle lah walaupun tidak dapat buktikan dia masih kata dapat 1/3. Itu mahkamah punya ini lah. Akan tetapi, bagi saya Yang Berhormat, di sinilah betapa perlunya kecekapan para peguam untuk mewakili anak guam mereka. Seterusnya Yang Berhormat, Yang Berhormat Kampar juga bagaimanakah tuntutan bagi orang yang tidak mempunyai pendapatan saya sudah jawab tadi. Yang Berhormat daripada Ipoh Timur, antara isu dia ialah berkaitan dengan proviso.
Kalau dulu kata Yang Berhormat, sebelum 84 tahun bila 55 tahun ke atas, mahkamah boleh bagi dalam keadaan tertentulah iaitu bila berlakunya ada budi bicara di situ.
Akan tetapi, undang-undang sekarang ini kata Yang Berhormat, 60 tahun dinaikkan, daripada 55 tahun ke 60 tahun. Hal ini bermakna tidak timbul lagi budi bicara tapi kalau lepas 60 tahun macam mana? Tidak ada peruntukan. Yang Berhormat, izinkan saya mengatakan beginilah, walaupun tidak ada peruntukan itu Yang Berhormat, saya ingin mencadangkan Yang Berhormat kita gunakan apa dipanggil inherent powers of the court, kuasa sedia ada sebab kuasa sedia ada inilah kuasa yang kita, sebagai saving clause. Kita kata sebab peranan mahkamah ini Yang Berhormat adalah untuk menegakkan keadilan. Walaupun undang-undang ini kadang-kadang ia bersifat silence dalam hal tertentu, Yang Berhormat tidak ada masalah untuk berhujah dari segi mahkamah seharusnya menggunakan kuasa sedia ada inherent powers untuk menegakkan keadilan. Itu kuasa yang mahkamah memang ada dalam setiap masa. Oleh sebab itu, jangan takut kalau sekiranya kita ini –saya hendak bagi contoh Yang Berhormat saya pernah mengalami benda yang sama semasa saya mewakili kes petisyen pilihan raya, di mana ketika itu satu kes yang melibatkan DUN Sanglang. Ketika itu saya masih lagi peguam kepada Parti PAS.
Di mana undang-undang telah dipinda iaitu tidak boleh lagi mahkamah mengisytiharkan seorang calon itu yang kalah sebagai calon yang menang, walaupun berlakunya dipanggil ketidakadilan dibuat oleh SPR sendiri. Apa yang berlaku, SPR telah salah kira yang menyebabkan calon BN menang, calon PAS yang patut menang diisytiharkan kalah. Oleh kerana undang-undang itu telah memperuntukkan bahawa tidak boleh calon yang sepatutnya menang itu diisytiharkan menang terpaksa buat pilihan raya baru, saya kata kepada mahkamah ini tidak adil. Hal ini kerana kesalahan ini bukan kerana kesalahan daripada calon, daripada SPR.
Akan tetapi, Mahkamah Tinggi, hakimnya yang masa itu tidak pernah buat kes petisyen, tidak ada pengalaman dia kata tidak boleh kena buat pilihan raya semula. Ketika di Mahkamah Persekutuan, saya berhujah ini adalah tidak adil. Hal ini sepatutnya bukan salah calon, ini salah SPR. Jadi, mahkamah tidak perlu ada pilihan raya, pilihan raya ini bukan pilihan raya yang terbatal tidak perlu lagi kita buat pilihan raya baru. Maka inherent powers nya mahkamah seharusnya membenarkan calon PAS diisytiharkan menang dan mahkamah telah membenarkan calon PAS diisytiharkan menang tanpa pilihan raya.
Hal ini bermakna Yang Berhormat, saya hendak katakan ada pada masanya apabila kita tidak ada peruntukan tertentu kita masih boleh berhujah menggunakan inherent powers of the court. Hal ini disebabkan peranan mahkamah adalah untuk menegakkan keadilan. Oleh sebab itu, kalau Yang Berhormat baca keputusan banyak yang ditulis oleh Lord Denning, mendiang Lord Denning, banyak dia buat keputusan yang kadang-kadang tidak ada diperuntukkan dalam undang-undang. Ini disebabkan dia kata peranan mahkamah adalah untuk menegakkan keadilan. Silakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Silakan.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Cuma saya hendak nyatakan bahawa sekiranya kita kena rely on dengan izin, inherent jurisdiction yang ada dekat mahkamah, memang we will be lagging in our job as a law maker, dengan izin. Kita sedia maklum bahawa selepas tahun 1984 apabila pindaan telah pun diluluskan dan menjadi undang-undang memang untuk kes-kes, untuk mereka yang melebihi umur 55 tahun memang tidak nampak ada reporter cases yang mana mereka telah pun berjaya.
Walau bagaimanapun, dalam perkara ini I’ll leave it to Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk membuat satu kajian yang lebih mendalam lagi terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat panjang lagi?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Rasanya saya cuba pendekkan Tuan Yang di- Pertua. Akan tetapi, saya rasa oleh kerana empat orang saja yang berbahas, saya akan jawab sikit Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat daripada Ipoh Timur tadi saya rasa sudah hendak hampir habis sudah.
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur, memang saya akui patutnya undang- undang ini sebaiknya kita letakkan spesifik provision lah, sebab saya katakan tadi Yang Berhormat,kalau sekiranyalah kita merasakan dalam keadaan adanya lakuna ataupun kekosongan dalam undang-undang ini yang kita rasa menyebabkan kita mungkin tidak dapat ini. Saya tadi mencadangkanlah kalau Yang Berhormat rasa lepas ini Yang Berhormat mungkin ada klien-klien yang mungkin Yang Berhormat perlu wakili mungkin Yang Berhormat masih boleh menggunakan inherent powers itu.
Akan tetapi, saya bersetuju dengan Yang Berhormat, sepatutnya cara terbaiknya kita letak satu provision di mana dalam keadaan kes tertentu mahkamah masih diberi budi bicara. Saya rasa itu cadangan yang baik, kalau sepatutnya lepas ini akan ada pilihan jawatankuasa, Yang Berhormat patutnya boleh mencadangkan pindaan itu dalam jawatankuasa. Jadi, ini pun kadang-kadang keliru bahawa kita ada kuasa. Kita Ahli Parlimen kalau kita merasakan – ini kami pernah buat zaman kami pembangkang dulu, di mana ketika kami berbahas tentang POTA dan POCA kami telah mengemukakan beberapa peruntukan yang kami mencadangkan peruntukan-peruntukan itu dipinda.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Ini kita buat dan kita telah bercakap dalam peringkat jawatankuasa. Jadi, saya hendak mencadangkan Ahli-ahli Parlimen yang baru ini kalau boleh selepas ini kalau sekiranya Yang Berhormat dalam pindaan undang-undang ini, kalau Yang Berhormat merasakan ada peruntukan tertentu perlu dimasukkan, tidak salah Yang Berhormat boleh mencadangkan buat satu usul untuk meminda. Ini Yang Berhormat ada hak untuk bercakap dan Yang Berhormat boleh berbahas. Sama ada percaya tidak percaya, itu satu hal lain. Akan tetapi sekurang-kurangnya Yang Berhormat telah menjalankan tugas dan akan direkodkan dalam Hansard Yang Berhormat telah menjalankan tugas. Akan dibaca oleh generasi akan datang bahawa Yang Berhormat ini telah menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen yang baik.
Jadi, saya harap lepas ini kita mungkin boleh buat begitu lah pada masa akan datang eh.
Yang Berhormat Jelutong, sebagai seorang peguam juga telah menanyakan soalan tentang...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tidak apa Menteri, saya sokong Yang Berhormat Timbalan Menteri. No problem. Tidak jawab pun tidak apa.
[Ketawa]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Isi keluarga yang — tidak lah saya kena berlaku adil sebab Yang Berhormat ini kan. Tentang berapa orang isteri...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Malam Jumaat ini.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
...Yang boleh dituntut itu. Yang Berhormat, sekejap. Tentang berapa orang isteri keluarga yang boleh tuntut kalau dua orang. Saya tidak hendak campur dari segi sama ada kita boleh itu kan. Sebenarnya Yang Berhormat dalam undang-undang sekarang, semua kalau dua orang, kalau tiga orang, semua boleh tuntut.
Asalkan Yang Berhormat, ia perkahwinan yang sah lah. Bukan yang tidak sah dan yang diiktiraf oleh undang-undang. Kalau dia poligami, dia mesti pastikan isteri kedua dia adalah isteri yang sah dari segi undang-undang dia boleh tuntut. Jadi, saya berharap Yang Berhormat, walaupun Yang Berhormat tidak bercadang untuk kahwin dua, tetapi Yang Berhormat boleh nasihatkan kawan-kawan Yang Berhormat untuk memberitahu bahawa mereka boleh tuntut.
Saya rasa Yang Berhormat lain, saya rasa saya pun telah hampir menjawab semuanya. Saya mohon maaf jika ini–– oh Yang Berhormat Labis ada ini. Jaminan bahawa syarat insurans tidak akan menaikkan premium. Ini saya rasa penting juga.
Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa kini premium insurans motor pihak ketiga masih dalam keadaan tetap. Walau bagaimanapun, dalam pasaran tanpa–– hendak baca pun susah ini. Orang hendak balik hari Khamis ini.
[Ketawa] Tadi bercakap pasal kita jalankan tugas sebagai lawyer, sebagai Ahli Parlimen tapi hendak balik juga.
[Ketawa] Adalah penting. Saya minta maaf saya baca. Walau bagaimanapun dalam keadaan pasaran tanpa tarif adalah penting mempertimbangkan isu akses rakyat kepada kesediaan insurans motor pihak ketiga yang wajib daripada pihak undang-undang. Jika tahap ganti rugi terlalu tinggi
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
dan tidak munasabah, akan timbul masalah akses di mana syarikat insurans tidak akan menjual polisi insurans motor pihak ketiga dan masalah akses ini akan membebankan rakyat.
Jadi, Yang Berhormat Labis, memang walaupun kita mengharapkan insurans tidak akan menaikkan premium atau pun bayaran insurans itu. Akan tetapi seperti mana saya katakan tadi, sebab itu lah Yang Berhormat sebelum kita pinda undang-undang ini pun kita telah buat engagement dengan pihak insurans, dengan pihak pemegang taruh. Sebab saya kata tadi government ini apabila kita buat undang-undang kita tidak boleh hanya memikirkan satu sektor sahaja. Kita kena fikirkan secara holistik. Sebab mereka-mereka ini lah orang- orang yang ada kepentingan yang perlu kita ambil kira juga.
Ini perbezaan antara kerajaan dengan bukan kerajaan. Kerajaan harus mengambil kira semua pihak. Dia tidak boleh mengambil kira hanya pihak plaintiff, dia juga kena ambil kira pihak defendan juga. Kadang-kadang ada compromise yang perlu dibuat. Saya akui kadang-kadang Tuan Yang di-Pertua, kadang-kadang kita tidak boleh mencapai matlamat yang kita hendak itu semua. Kita hendak 10, mungkin tidak dapat 10, mungkin dapat lima atau empat, atau pun mungkin lapan, atau pun mungkin tujuh. Akan tetapi ini lah sekurang- kurangnya yang terdaya yang kita boleh buat dengan kemampuan. Akan tetapi saya tekankan Tuan Yang di-Pertua, sebagai kesimpulannya undang-undang ini sebenarnya kalau pihak pembangkang dia tadi sedar, undang-undang ini sebenarnya memang untuk membantu menaikkan lagi taraf sosioekonomi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pembangkang bodoh Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Sebab itu lah bagi saya, undang-undang ini walaupun mereka tidak berbahas, sebenarnya undang-undang ini menunjukkan betapa Kerajaan PH, kerajaan yang peka kepada kesusahan rakyat. Sebab kalau undang-undang ini, nanti insya-Allah diluluskan. Bila diluluskan Yang Berhormat, ikut dia punya undang- undang selepas diwartakan akan berkuat kuasa lah. Undang-undang ini perlu pergi Dewan Negara, Agong dan diwartakan.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Menteri sikit Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Bila diwartakan Yang Berhormat, insya-Allah undang-undang ini kalau dapat dilaksanakan saya rasa rakyat nanti dapat tahu betapa Kerajaan Pakatan Harapan ini kerajaan yang memang peka pada masalah rakyat. Kita cuba untuk...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Padang Serai minta laluan.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Padang Serai minta sikit. Sebab kadang-kadang di kawasan saya ramai yang pi kahwin dekat Siam. Adakah itu sah?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Kahwin ini Yang Berhormat. Saya jawab pasal soal kahwin pula ini. Kalau kahwin dekat Siam kah, dekat mana-mana Yang Berhormat, selagi mana ada dia punya syarat-syarat nikah itu dia memang sah lah. Cumanya, dalam undang- undang negara kita Yang Berhormat dia perlu didaftarkan. Ia bukan perkahwinan tidak sah, perkahwinan itu mesti didaftarkan untuk membolehkan dia tidak mengalami masalah komplikasi undang-undang. Itu saja Yang Berhormat. Jadi kalau Yang Berhormat hendak kahwin, kahwin lah. Akan tetapi pastikan daftar. Itu sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Soal kahwin pergi tanya Yang Berhormat Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Sudah habis? Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dengan jawapan yang menyeluruh.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
[****Fasal-fasal 1 hingga 6** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy) dan diluluskan]
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan:
"Bahawa mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya kerajaan memindahkan sebanyak RM13,305 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) di bawah seksyen 3(1) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut diluluskan." Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk membentangkan satu resolusi berkaitan ketetapan mengenai pemindahan wang Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) daripada akaun pinjaman yang disatukan kepada akaun Kumpulan Wang Pembangunan mengikut keperluan seksyen 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275]. Resolusi ini dibentangkan supaya kerajaan memindahkan sebanyak RM13,305 juta atau pun RM13.3 bilion wang terimaan akaun pinjaman disatukan daripada baki semasa MGII tahun 2018 yang pada masa ini berada dalam akaun pinjaman yang disatukan kepada akaun Kumpulan Wang Pembangunan untuk menampung keperluan perbelanjaan pembangunan.
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kumpulan Wang Pembangunan ialah satu Kumpulan Wang Amanah Kerajaan yang ditubuhkan mengikut Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 bagi tujuan membiayai projek pembangunan. Salah satu sumber dana yang terdapat dalam Akaun Kumpulan Wang Pembangunan adalah melalui pindahan dari Akaun Pinjaman yang Disatukan.
Seksyen 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 memperuntukkan bahawa terimaan daripada terbitan pelaburan kerajaan hanya boleh dipindahkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan setelah mendapat kelulusan Dewan Rakyat dengan resolusi. Apa yang sedang kita lakukan sekarang.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Sekuriti Pinjaman berasaskan syariah ini telah diterbitkan oleh kerajaan di bawah Akta Pendanaan Kerajaan 1983 dan antara tujuan utama terbitan berasaskan syariah adalah bagi meningkatkan pembangunan pasaran kewangan Islam. Dengan ini saya memohon mencadangkan resolusi berkaitan ketetapan pemindahan baki semasa tahun 2018 bagi MGII sebanyak RM13,305,000.00 daripada Akaun Pinjaman Yang Disatukan kepada Akaun Kumpulan Wang Pembangunan untuk diluluskan oleh Dewan Rakyat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tidak payah bahas, Tuan Yang di-Pertua. Sokong sepenuhnya.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ahli-ahli Yang Berhormat, tiada yang hendak berbahas.
[Tiada perbahasan]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah Perkara 7 hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan; "Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang ditetapkan padanya oleh subseksyen 10(3), Akta Cukai Jualan 2018 supaya Perintah Cukai Jualan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Statut bilangan ST.68 bagi tahun 2019 disahkan." Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini mengambil ketetapan seperti mana yang saya sebutkan tadi. Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai)
(Pindaan) (No.3) 2018 [P.U. (A) 400/2018] bertarikh 31 Disember 2018, Kertas Statut Bilangan ST.68.
Perintah ini dipinda bertujuan untuk meminda peruntukan sedia ada bagi melaksanakan dasar semasa kerajaan. Pindaan yang dilakukan adalah melibatkan Jadual Pertama, Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2018 yang mengandungi senarai barang yang dikenakan cukai jualan lima peratus. Pindaan yang terlibat adalah seperti berikut:-
(a) pindaan bersifat dasar supaya sekam padi di bawah Kod 12.13 yang sebelum ini ditetapkan cukai jualan pada kadar lima peratus dikecualikan dari dikenakan cukai jualan. Layanan ini dibuat bagi memberi kemudahan kepada pengilang beras dalam mentadbir cukai kerana hampir keseluruhan produk yang dikilangkan oleh pengilang padi dikecualikan daripada cukai jualan;
(b) pindaan bersifat dasar bagi barangan berikut yang sebelum ini ditetapkan cukai jualan pada kadar 10 peratus diturunkan kepada lima peratus iaitu:
(i) air mineral;
(ii) tayar pneumatic;
(iii) Stranded steel wires for prestressing concrete iaitu merupakan bahan asas dalam industri pembinaan; dan
(iv) alat penyapu lantai.
Perintah ini telah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2019. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih. Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas.
[Tiada perbahasan]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah Perkara 8 yang telah dibentangkan sebagai Kertas Statut Bilangan ST.68 bagi tahun 2018 hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Tuan Yang
di-Pertua, sekali saya bangun mohon mencadangkan
"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang ditetapkan padanya oleh subseksyen 11(2), Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Statut Bilangan ST.47, ST.48, ST.49, ST.50, ST.51, ST.52, ST.53, ST.54, ST.55, ST.56, ST.57, ST.58, ST.60 dan ST.72 bagi tahun 2019 disahkan." Tuan Yang di-Pertua, Perintah Kastam Duti Lambakan iaitu Kajian Semula Pentadbiran 2016 (Pindaan) 2018 [P.U.(A) 242/2018] bertarikh 3 Oktober 2018, Kertas Statut Bilangan ST.47. Perintah ini diwartakan bertujuan meminda secara pentadbiran ke atas Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (Kajian Semula Pentadbiran 2016) iaitu [P.U.(A) 239/2016] yang mengenakan duti anti-lambakan ke atas produk Cellulose Fiber Reinforced Cement Flat dan Pattern Sheets dan secara khususnya mengecualikan external roofing yang diimport dari Thailand bagi tempoh mulai 14 September 2016 hingga 29 Mac 2019.
Pengenaan duti anti-lambakan ini dibuat selaras dengan peraturan di bawah seksyen 24 Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 iaitu Akta 504 dan subseksyen 11(1) Akta Kastam 1967 iaitu Akta 235 dan berkuat kuasa mulai tempoh 1 April 2017 sehingga 29 Mac 2019.
Kedua, Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (Kajian Semula Dipercepat) (No. 2) 2014 (Pindaan) 2018 iaitu [P.U.(A) 243/2018] bertarikh 3 Oktober 2018 iaitu Kertas Status Bilangan ST.48. Perintah ini diwartakan bertujuan meminda secara pentadbiran ke atas Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (Kajian Semula Dipercepat) (No. 2) 2014 [P.U.(A) 258/2014] yang mengenakan duti anti-lambakan ke atas produk Electrolytic Tinplate yang diimport dari Republik Rakyat China bagi tempoh mulai 13 September 2014 hingga 15 November 2018. Pengenaan duti anti lambakan ini dibuat selaras dengan peraturan di bawah seksyen 24 Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 [Akta 504] dan subseksyen 11(1) Akta Kastam 1967 [Akta 235] dan berkuat kuasa mulai tempoh 1 April 2017 hingga 15 November 2018.
Ketiga, Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (No. 3) 2013 (Pindaan) 2018 iaitu Kertas Statut Bilangan ST.49. Perintah ini diwartakan bertujuan meminda secara pentadbiran ke atas Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (No. 3) 2013 [P.U.(A) 339/2013] yang mengenakan duti anti-lambakan ke atas produk Electrolytic Tinplate yang diimport dari Republik Rakyat China dan Republik Korea bagi tempoh mulai 16 November 2013 hingga 15 November 2018.
di-Pertua, sekali saya bangun mohon mencadangkan
Pengenaan duti anti-lambakan ini dibuat selaras dan dengan peraturan di bawah seksyen 24 Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 [Akta 504] dan sub seksyen 11(1) Akta Kastam 1967 [Akta 325] dan berkuat kuasa bagi tempoh mulai 1 April 2017 hingga 15 November 2018.
Keempat, perintah Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (No.4) 2013 (Pindaan) 2018 kertas statut ST.50. Perintah ini diwartakan bertujuan meminda secara pentadbiran ke atas Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (No.4) 2013 [P.U. (A) 390/2013] yang mengenakan duti anti-lambakan ke atas produk konkrit prategasan lembar tujuh wayar dan khususnya mengecualikan polyethylene grease-coated PC strand, galvanized steel wire, galvanized PC strand, indented PC strand, PC strand with spiral ribs, tali-tali dan kabel-kabel yang diimport dari Republik Rakyat China bagi tempoh mulai 5 Januari 2014 hingga 4 Januari 2019. Pengenaan duti anti-lambakan ini dibuat selaras dengan peraturan di bawah seksyen 24 Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 [Akta 504] dan subseksyen 11(1) Akta Kastam 1967 [Akta 235] dan berkuat kuasa bagi tempoh 1 April 2017 hingga 4 Januari 2019.
Kelima, Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) 2014 (Pindaan) 2018 kertas statut bilangan ST.51. Perintah ini diwartakan bertujuan meminda secara pentadbiran ke atas Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) 2014 [P.U. (A) 81/2014] yang mengenakan Duti Anti- Lambakan ke atas produk cellulose fiber reinforced cement flat dan pattern sheets dan secara khususnya mengecualikan external roofing yang diimport dari Thailand bagi tempoh 30 Mac 2014 hingga 29 Mac 2019. Pengenaan Duti Anti-Lambakan ini dibuat selaras dengan peraturan di bawah seksyen 24 Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 [Akta 504] dan subseksyen 11(1) Akta Kastam 1967 [Akta 235] dan berkuat kuasa bagi tempoh 1 April 2017 hingga 29 Mac 2019.
Keenam, Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) 2015 (Pindaan) 2018 kertas statut bilangan ST.52. Perintah ini diwartakan bertujuan meminda secara pentadbiran ke atas Perintah Kastam Duti Anti-Lambakan 2015 [P.U. (A) 24/2015) yang mengenakan duti anti- lambakan ke atas produk keluaran gulungan rata aloi (selain besi tahan karat) dan bukan aloi, gegelung gulungan panas, keluaran gulungan rata bukan aloi, gegelung gulungan panas dengan corak sebagai ganti dan keluaran gulungan rata bukan aloi, gegelung gulungan panas, dijeruk yang diimport dari Republik Rakyat China dan Republik Indonesia bagi tempoh 14 Februari 2015 hingga 13 Februari 2020. Pengenaan duti anti-lambakan ini dibuat selaras dengan peraturan di bawah seksyen 24 Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dan subseksyen 11(1) Akta Kastam 1967 dan berkuat kuasa bagi tempoh 1 April 2013 hingga 13 Februari 2020.
Ketujuh, Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (No.2) 2015 (Pindaan) 2018 kertas statut bilangan ST.53. Perintah ini diwartakan bertujuan meminda secara pentadbiran ke atas Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (No.2) 2015 [P.U. (A) 45/2015] yang mengenakan duti anti-lambakan ke atas produk polyethylene terephthalate dengan kelikatan intrinsik yang diimport dari Republik Rakyat China, Republik Indonesia dan Republik Korea bagi tempoh mulai 14 Mac 2015 hingga 13 Mac 2020. Pengenaan duti anti-lambakan ini dibuat selaras dengan peraturan di bawah seksyen 24 Akta Duti Timbal Balas dan Anti- Lambakan 1993 dan subseksyen 11(1) Akta Kastam 1967 dan berkuat kuasa bagi tempoh mulai 1 April 2017 hingga 13 Mac 2020.
Kelapan, Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) 2016 (Pindaan) 2018 kertas statut bilangan ST.54. Perintah ini diwartakan bertujuan meminda secara pentadbiran ke atas Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) 2016 [P.U. (A) 11/2016] yang mengenakan duti anti- lambakan ke atas produk keluaran gegelung keluli yang dipracat, dicat atau disalut warna yang diimport dari Republik Rakyat China dan Republik Sosialis Vietnam bagi tempoh mulai 24 Januari 2016 hingga 23 Januari 2021. Pengenaan duti anti-lambakan ini dibuat selaras dengan peraturan di bawah seksyen 24 Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dan subseksyen 11(1) Akta Kastam 1967 dan berkuat kuasa bagi tempoh mulai 1 April 2017 hingga 23 Januari 2021.
Kesembilan, Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (No.2) 2016 (Pindaan) 2018 kertas statut bilangan ST.55. Perintah ini diwartakan bertujuan meminda secara pentadbiran ke atas Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (No.2) 2016 [P.U. (A) 144/2016] yang mengenakan duti anti-lambakan ke atas produk keluli aloi dan bukan aloi gegelung gulungan sejuk yang mempunyai ketebalan antara 0.2 milimeter hingga 2.6 milimeter dan kelebaran antara 700 milimeter hingga 1,300 milimeter tidak termasuk plat hitam kilang timah dan dagangan subjek yang diimport bagi maksud penggunaan akhir automotif daripada semua
di-Pertua, sekali saya bangun mohon mencadangkan
gred dan spesifikasi yang diimport dari Republik Rakyat China, Republik Korea dan Republik Sosialis Vietnam bagi tempoh mulai 24 Mei 2016 hingga 23 Mei 2021. Pengenaan duti anti- lambakan ini dibuat selaras dengan peraturan di bawah seksyen 24 Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dan subseksyen 11(1) Akta Kastam 1967 dan berkuat kuasa bagi tempoh mulai 1 April 2017 hingga 23 Mei 2021.
Kesepuluh, Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan Sementara) 2018 kertas statut bilangan ST.56. Perintah ini diwartakan bertujuan mengenakan duti anti-lambakan ke atas gegelung/kepingan besi bergalvani atau galvanized iron (GI) yang berasal atau diimport dari Republik Rakyat China dan Republik Sosial Vietnam pada kadar di antara 3.25 peratus hingga 16.13 peratus mulai 8 November 2018 hingga 7 Mac 2019. Pengenaan duti anti- lambakan ini sekali lagi dibuat selaras dengan peraturan di bawah seksyen 24 Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dan subseksyen 11(1) Akta Kastam 1967 dan berkuat kuasa bagi tempoh mulai 8 November 2018 hingga 7 Mac 2019.
Kesebelas, Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan Pembatalan) 2019 kertas statut bilangan ST.57. Perintah ini diwartakan bertujuan menamatkan pengenaan duti anti- lambakan mulai 9 Februari 2019 ke atas import produk gegelung gulungan panas (hot rolled coils) dalam P.U. (A) 24/2015 yang diimport dari Republik Rakyat China dan Republik Indonesia dengan kadar antara 2.49 peratus hingga 25.4 peratus yang pada asalnya dikenakan bagi tempoh mulai 1 April 2015 hingga 13 Februari 2020. Penamatan duti anti- lambakan ini dibuat selaras dengan peraturan di bawah seksyen 24 Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dan subseksyen 11(1) Akta Kastam 1967 dan berkuat kuasa pada 9 Februari 2019.
di-Pertua, sekali saya bangun mohon mencadangkan
Kedua belas, Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) 2019, Kertas Statut bilangan 58. Perintah ini diwartakan dengan tujuan menggunakan duti anti-lambakan ke atas gegelung kepingan besi bergalvani atau galvanized iron (GI) yang berasal atau di import dari Republik Rakyat China dan Republic Socialist Vietnam pada kadar 2.66 peratus sehingga 16.13 peratus bagi tempoh lima tahun mulai 8 Mac 2019. Pengenaan Duti Anti Lambakan ini dibuat selaras dengan peraturan di bawah seksyen 24, Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dan subseksyen 11(1) Akta Kastam 1967 dan berkuat kuasa mulai 8 Mac 2019 sehingga 7 Mac 2024.
Ketiga belas. Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No. 2) 2018, Kertas Statut bilangan ST.60. Perintah ini diwartakan bagi melaksanakan penghapusan atau pengurangan duti import ke atas produk berasaskan teknologi maklumat (ICT) melibatkan 48 barisan tarif selaras dengan komitmen Malaysia di bawah deklarasi Expansion of Trade in Information Technology (ITA) 2 bagi tahun 2018. Perintah ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2019.
Perintah keempat belas. Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No. 3) 2018, Kertas Statut bilangan ST.72. Perintah ini bertujuan untuk melaksanakan langkah cukai yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2019 iaitu untuk menurunkan kadar duti import produk basikal.
Di bawah kod tarif 8712.00.30 daripada 25 peratus kepada 15 peratus. Langkah ini dilaksanakan bertujuan untuk terus menyokong gaya hidup sihat melalui aktiviti berbasikal dan menjadikan produk basikal ini lebih mampu dimiliki. Perintah ini telah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2019.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Penat lelah Yang Berhormat Timbalan Menteri berhujah. Ada yang menyokong? Yang Berhormat Sepang.
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri - Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah Perkara 9 yang telah dibentangkan sebagai bilangan ST 47, ST 48, ST 49, ST 50, ST 51, ST 52, ST 53, ST 54, ST 55, ST 56, ST 57, ST 58, ST 60 dan ST 72 bagi tahun 2019 di sahkan hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ahli-ahli Yang Berhormat, sidang Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-14 ini telah berlangsung selama 20 hari mulai dari hari Isnin 11 Mac 2019 sehingga hari ini, petang ini. Seperti mana semua Ahli Yang Berhormat sedia maklum, persidangan ini merupakan Persidangan Penggal Kedua selepas Pilihan Raya Umum Ke-14. Saya bersama Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Tuan Yang di- Pertua Dewan ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang memberi kerjasama bagi membolehkan perjalanan Majlis Mesyuarat disempurnakan sepanjang tempoh 20 hari ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua pegawai kerajaan, pegawai Parlimen Malaysia khususnya Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat, [Tepuk] Setiausaha Dewan Rakyat, wakil media massa serta semua pihak yang turut terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan pengendalian urusan Majlis Mesyuarat sepanjang tempoh Dewan kali ini bersidang. Ahli-ahli Yang Berhormat — Yang Berhormat Lumut sila pergi ke sebelah sana.
[Dewan ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua yang beragama Islam yang dijangka pada Isnin, 6 Mei 2019 bersamaan 1 Ramadhan 1440 dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang pada Rabu, 5 Jun 2019 bersamaan 1 Syawal 1440.
Sebelum berpisah, bagi pihak di mana Tuan Yang di-Pertua telah menulis serangkap pantun untuk dihadiahkan kepada semua. Saya hanya baca untuk pihak Tuan Yang di-Pertua.
Bintang kecil di langit yang tinggi, Berkilauan menghias angkasa, Ternyata cukuplah sampai di sini, Mesyuarat Pertama Penggal Kedua. Akhir kalam saya ingin mengucapkan kepada semua, Indah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa, Selamat pulang dan selamat sampai, Ke destinasi masing-masing, Semoga Ahli-ahli Yang Berhormat sentiasa sihat walafiat di samping keluarga tersayang supaya tidak ada pilihan raya kecil.
[Dewan ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ahli -ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan pada hari ini ditangguhkan hingga ke satu tarikh yang tidak ditetapkan.
Terima kasih.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.36 petang]