Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
1. Puan Nor Azrina binti Surip [Merbok] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, usaha-usaha kementerian dalam menangani isu kanak-kanak dan warga emas yang dijadikan ejen meminta sedekah oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab seperti Pusat-pusat Amal dan Rumah Kebajikan yang tidak berdaftar dengan pihak kementerian sehingga golongan ini terabai kebajikan mereka terutamanya kanak-kanak sekolah sehingga terganggu proses pembelajaran mereka.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hannah Yeoh
Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha kerajaan menangani isu berkaitan institusi-institusi yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan kanak-kanak dan warga emas untuk mengutip dana atau meminta sedekah di tempat awam, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif, antaranya:
(i) operasi berjadual, bersepadu dan ad hoc:
(a) kementerian melalui JKM menjalankan operasi menyelamat pengemis dan gelandangan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Pihak Berkuasa Tempatan, dan Jabatan Agama Negeri;
(b) apabila operasi bersepadu dijalankan kanak-kanak akan diselamatkan berdasarkan kepada Perenggan 17(1)K, Akta Kanak-kanak 2001 dan ditempatkan di tempat selamat. Manakala mereka yang mengeksploitasi kanak-kanak pula akan ditahan, disiasat dan didakwa di bawah seksyen 32, akta yang sama;
(c) bagi ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak yang diselamatkan pula, perlu menyempurnakan bon dengan Perintah Mahkamah bagi kanak-kanak di bawah Perenggan 31A, Akta Kanak-kanak 2001, bagi memastikan mereka menjalankan pemeliharaan dan penjagaan yang sepatutnya demi kesejahteraan anak mereka;
(d) berdasarkan Akta Orang Papa 1977, pengemis tempatan yang tidak mempunyai waris dan berumur bawah 60 tahun akan ditempatkan di Desa Bina Diri untuk pemulihan selama tempoh tidak lebih tiga tahun.
Manakala pengemis melebihi 60 tahun diberi perlindungan di Rumah Seri Kenangan. Bagi pengemis bukan warganegara atau pendatang asing tanpa izin,
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hannah Yeoh
mereka akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan mengikut bidang kuasa mereka.
(ii) kempen ‘Bijak Membantu Elak Tertipu’. Kempen ini dijalankan oleh JKM dengan tujuan menyampaikan mesej kepada masyarakat mengenai peranan mereka dalam menyalurkan sumbangan kepada saluran yang betul. Melalui kempen tersebut, orang ramai didedahkan tentang kepentingan sikap berhati-hati sebelum menderma atau bersedekah kerana khuatir sumbangan yang diberi jatuh ke tangan individu yang tidak sepatutnya yang mengambil kesempatan atas sikap prihatin masyarakat.
Kebanyakannya sindiket. Orang ramai juga akan diberi penerangan bagaimana mereka boleh menyumbang melalui rumah kebajikan, dan untuk senarai yang berdaftar boleh layari www.jkm.gov.my;
(iii) kerjasama JKM dengan pihak projek Lebuhraya Utara-Selatan
(PLUS) Berhad. Di mana PLUS akan membantu menyelamatkan kanak-kanak tersebut di kawasan jagaan PLUS, dan mengasingkan kanak-kanak berkenaan sementara menunggu ketibaan pelindung atau Pegawai JKM; dan
(iv) kerjasama JKM dengan JAKIM. Pihak JAKIM telah pun meminta Pihak Berkuasa Agama Negeri untuk mengambil beberapa tindakan seperti berikut. Senarainya panjang, saya akan bagi secara bertulis kepada Yang Berhormat.
Terima kasih.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Terima kasih Timbalan Menteri di atas jawapan yang panjang lebar.
Soalan tambahan, saya mengambil contoh seperti apa yang berlaku di Kedah yang mana kita telah menutup sebuah pusat rawatan amal di mana terbukti selama ini mengeksploitasi kanak-kanak. Kita dapati seramai 213 yang dikatakan sebenarnya anak yatim tetapi hakikatnya hanya 11 orang anak yatim. Soalan saya, apakah mekanisme amaran awal yang kerajaan boleh adakan supaya perkara sebegini tidak mudah berlanjutan, memakan tahun. Terima kasih.
Puan Hannah Yeoh
Tuan Yang di-Pertua, melalui projek ‘Bijak Membantu Elak Tertipu’ kita memberi kesedaran bahawa pastikan bila kita hendak derma, kita derma kepada orang yang mempunyai surat ataupun permit oleh pihak berkuasa. Permit ini boleh didapatkan di Kementerian Dalam Negeri- KDN yang memberikan permit tersebut. Selain itu juga, ada seperti busking activity untuk ahli-ahli seniman. Kalau mereka hendak buat performance semua, mereka perlu dapatkan permit daripada DBKL.
Jadi, ada agensi-agensi tertentu yang memberikan kebenaran dan kita pastikan kalau orang hendak mendermakan pun pastikan dokumen yang mereka gunakan itu sahih.
Kalau tidak pasti, telefon Talian Kasih 15999, ataupun hubungi pihak polis untuk pihak polis semak. Kita sudah ada senarai berdaftar di mana kalau betul-betul hendak bantu, hubungi agensi tersebut atau pun NGO tersebut untuk beri secara rasmi, cek atau pun bank transfer.
Akan tetapi jangan bagi kepada yang berjalan atas jalan, pergi rumah ke rumah atau pun pergi ke kedai runcit, from shop-to-shop, dengan izin. Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebab itu saya puji Tuan Yang di-Pertua tadi.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita sebut pasal Akta Kanak-kanak 2001.
Adakah kerajaan memikirkan akta ini perlu dipinda untuk dikuatkuasakan supaya hukuman yang lebih ketat dapat dikenakan? Bagaimana pula kalau kita memberikan sedekah kepada kanak-kanak yang menjadi ejen ini? Adakah ada ruang untuk kita dikenakan tindakan undang-undang dan di bawah akta ini, termasuk tidak menggunakan kanak-kanak yang berkempen di Pilihanraya Kecil DUN Rantau sama ada bagi pihak sana atau pihak sini? Saya mohon jawapan. Terima kasih.
Puan Hannah Yeoh
Tuan Yang di-Pertua, untuk penambahbaikan Akta Kanak- kanak, untuk menaikkan derma, sebenarnya kita baru sahaja laksanakan beberapa tahun yang lepas, di mana hukuman denda telah dipinda daripada RM5,000 kepada RM20,000 dan hukuman penjara, dua tahun kepada lima tahun. Jadi, memang Akta Kanak-kanak ada perundangan untuk mengambil tindakan dan kita mempunyai kekangan sedia ada dan kita tahu ada kelemahan dalam sistem tersebut sekarang dan kita akan berbincang semula dengan agensi, terutamanya KDN dan juga KKM.
Buat masa ini, bukan sahaja Akta Kanak-kanak perlu dilihat semula dalam aspek yang lain tetapi untuk Akta Orang Papa 1977 sudah ketinggalan zaman dan satu lagi adalah Akta Pungutan Rumah ke Rumah dan Jalan 1947. Jadi memang kalau kita lihat, ada gap, ada kekurangan dalam sistem sekarang, di mana bila kita keluar untuk operasi, kita ambil, kebanyakan kes kita hanya mampu beri amaran sahaja kepada mereka supaya jangan melakukannya sekali lagi dan mereka akan keluar balik dan mereka pulang ke jalan yang berlainan untuk mengutip derma untuk kanak-kanak.
Untuk kes eksploitasi kanak-kanak dalam kempen ini, tidak ada hubungan dengan kes pengemis. Jadi, saya tidak perlu jawab soalan ini Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tuan Yang di-Pertua, minta satu lagi Tuan Yang di-Pertua sebab soalan nombor satu ada kaitan, saya ada kepentingan.
Tuan Yang di-Pertua
Masa tak ada, saya membenarkan satu sahaja soalan tambahan selepas soalan satu.
2. Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim [Batang Lupar] minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah penyertaan golongan B40 dalam Skim mySalam yang membolehkan mereka mendapatkan perlindungan kesihatan dan adakah skim ini akan diperluaskan ke seluruh negara.
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar yang bertanya soalan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjawab soalan ini bersekali dengan soalan Yang Berhormat Rembau yang dijadualkan pada 11 April 2019 memandangkan ia melibatkan isu yang sama.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat
(BSHR) di seluruh Malaysia yang berumur antara 18 hingga 55 tahun dan pasangannya layak untuk menjadi penerima Skim mySalam. Seramai 3.8 juta golongan B40 dijangkakan layak untuk menjadi penerima skim ini. Skim ini berkuat kuasa pada 1 Januari 2019 dan penerima yang layak boleh membuat tuntutan takaful mulai 1 Mac 2019 menerusi portal mySalam. Skim ini bertujuan mengurangkan bebanan golongan isi rumah B40 yang mudah terjejas akibat kejutan kewangan sekiranya berlaku kemasukan ke hospital atau penyakit kritikal yang tidak dijangka.
Golongan isi rumah B40 lebih terdedah kepada kejutan kewangan dan kehilangan pendapatan sewaktu menerima rawatan, terutamanya mereka yang bekerja sendiri atau dibayar gaji harian. Skim ini bukan merupakan perlindungan takaful kesihatan dan perubatan yang lazim disediakan oleh pengendali takaful berlesen. Ini adalah kerana wang tuntutan skim ini akan dibayar terus kepada penerima dan bukan kepada hospital atau klinik perubatan.
Sehingga 4 April 2019, sebanyak 1,094 tuntutan telah diterima menerusi portal mySalam. Proses tuntutan oleh pengendali takaful skim akan dikendalikan dalam jangka masa dua minggu sekiranya semua maklumat yang diperlukan lengkap dan sebanyak 97 tuntutan berjumlah RM40,200 telah pun dibayar, di mana 95 tuntutan untuk kemasukan ke hospital dan dua untuk penyakit kritikal, iaitu yang dapat RM8,000 one-off itu. Terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar
Tuan Yang di-Pertua, memandangkan jumlah yang begitu besar disebut tadi, 3.8 juta targeted client untuk skim ini, jadi saya ingin mengetahui, apakah agaknya mekanisme yang digunakan oleh pihak kerajaan untuk memastikan bahawa mereka ini yang B40 yang layak ini tidak tercicir daripada sistem.
Terima kasih.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar yang cukup prihatin terhadap kelompok ini. Jadi, saya ingat yang menjadi tanggungjawab
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
terutamanya kita yang berada dalam Dewan ini untuk memastikan bahawa mereka yang berada dalam golongan B40 yang layak ini untuk mereka ini berdaftar dalam skim ini.
Kalau yang mungkin ada masalah untuk membuat pendaftaran atas talian dan sebagainya, saya ingat pusat-pusat khidmat kita di Parlimen ini boleh membantu mereka untuk mereka berada dalam sistem dan untuk memastikan bahawa bukan setakat mereka ini dapat kita bantu apabila mereka disahkan mendapat penyakit kritikal yang 36 itu sebab ini pun bukan semua orang minta doa nak bagi masuk dalam skim ini kerana dapat penyakit kritikal ini.
Akan tetapi kalau mereka juga dimasukkan ke hospital, bukan atas sebab penyakit kritikal ini, mereka juga layak untuk mendapat bantuan RM50 sehari dengan maksimum 14 hari dalam setahun walaupun mereka dimasukkan ke hospital kerajaan bukan kerana penyakit kritikal tetapi oleh kerana penyakit-penyakit yang lain. Jadi saya harap Yang Berhormat, kita seharusnya memastikan bahawa mereka yang berada dalam kawasan kita ini dapat didaftarkan masuk dalam Skim mySalam ini. Terima kasih.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed - Jeli
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tahniah kerajaan memperkenalkan skim ini. Selain daripada syarikat Great Eastern, ada tak syarikat-syarikat insurans lain yang bercadang untuk membuat sumbangan?
Yang keduanya, memandangkan skim ini mendapat sambutan yang baik, adakah kerajaan bercadang untuk melanjutkannya menjadikan skim yang kekal ataupun rancangan pada masa ini, adakah ia skim sementara ataupun kerajaan akan menjadikannya skim yang kekal sampai bila-bila. Terima kasih.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Terima kasih Yang Berhormat Jeli atas soalan tambahan tadi. Untuk Skim mySalam ini, ianya akan buat fasa yang pertama ini akan berlanjutan selama lima tahun, Yang Berhormat. Lima tahun dan insya-Allah, kalau kita dapati ianya memang terbukti mampu memberi sedikit keringanan kepada golongan B40 yang disahkan menghadapi penyakit kritikal ataupun sekurang-kurangnya 14 hari admission mereka ke hospital, walaupun sebab penyakit yang lain itu mendapat imbuhan RM50 sehari itu dapat membantu, insya-Allah kita akan kaji dan pastikan bahawa skim yang sebegini dapat kita teruskan.
Akan tetapi untuk lima tahun yang pertama ini Yang Berhormat Jeli, memang kita akan teruskan. Terima kasih.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Ikan diperam bersama keladi, Peram di raga, sedap dimakan, Benih yang haram, padi tak jadi, Soalan ketiga, Bagan Serai ajukan.
3. Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan bilakah kementerian akan mengedarkan benih padi RC2 dan RC8 hasil bertahun-tahun kajian UKM dan MARDI kepada rakyat dan bagaimanakah kementerian akan tingkatkan lagi usaha menurunkan kadar penggunaan benih tidak sah oleh pesawah padi.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato' Haji Salahuddin bin Ayub
Bismillahir Rahmanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih rakan saya Yang Berhormat Bagan Serai yang mengutarakan soalan yang penting dan bagus. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, varieti padi UKM RC2 dan RC8 telah saya isytiharkan sebagai varieti yang disyorkan untuk penanaman pada 21 Februari 2019. Saya ucap tahniah kepada UKM khususnya kepada Profesor Wicki dan team MARDI yang berjaya untuk mencipta satu lagi sejarah gemilang dalam industri padi benih kita.
Kedua-dua benih ini telah diedarkan kepada pesawah bermula bulan April 2019 bagi penanaman musim pertama tahun ini, musim pertama 2019. Pengeluaran benih padi sah UKM RC2 dan UKM RC8 ini telah dimulakan pada musim kedua oleh MADA Corporation.
Kuantiti benih yang dikeluarkan untuk UKM RC2 adalah sebanyak 120 metrik tan dan UKM RC8 sebanyak 80 tan untuk diedarkan bagi musim pertama 2019. Jumlah pengeluaran benih
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato' Haji Salahuddin bin Ayub
UKM RC2 dan UKM RC8 adalah 3.5 peratus daripada jumlah keseluruhan pengeluaran benih padi negara.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato' Haji Salahuddin bin Ayub
Kuantiti pengeluaran benih padi UKM RC2 dan UKM RC8 akan ditingkatkan pada masa akan datang sekiranya mendapat sambutan yang baik dari petani. Antara langkah kementerian untuk menurunkan kadar penggunaan benih padi tidak sah oleh pesawah adalah melalui satu sesi libat urus dan kempen penggunaan benih padi sah dengan melibatkan pelbagai agensi kementerian seperti DOA, MARDI, MADA, KADA, IADA dan LPP.
Pada 3 April 2019, saya sebagai menteri telah melancarkan kempen Penggunaan Benih Padi Sah Peringkat Nasional di Sungai Burung, Tanjong Karang dan saya telah isytiharkan satu Jawatankuasa Khas diketuai oleh salah seorang TKSU untuk membuat penilaian secara holistik terhadap sembilan syarikat yang telah berperanan untuk mengeluarkan, membekalkan padi benih sah ini. Sekiranya performance mereka bagus kita akan teruskan, sekiranya mereka melanggar atau melakukan kesilapan kita akan buat satu kajian semula.
Kementerian juga sedang menggubal Akta Benih Tanaman yang hampir 99 peratus siap hanya menunggu laporan daripada pelbagai pihak untuk kita bentang di Parlimen ini supaya kerajaan boleh mengawal sebarang penyalahgunaan benih padi untuk kepentingan petani-petani kita. Terima kasih
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Menteri.
Kebimbangan Bagan Serai ini adalah pada hasil padi tiga hingga empat metrik tan per hektar ini agak rendah dan kasihan pada pesawah-pesawah yang hidupnya susah. Baru-baru ini NCIA datang, katanya hendak bantu untuk tingkatkan hasil padi hendak buat estet padi ataupun EMM di Bagan Serai.
Jadi katanya boleh meningkatkan hingga lapan metrik tan pun kalau dibuat dan ada bukti-bukti kejayaan di Kedah dan di Penang dan saya hendak ucapkan tahniah kepada NCIA. Tahniah dan terima kasih NCIA di bawah NCR. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya bagaimanakah kaedah estet padi ataupun EMM ini hendak dilaksanakan di Parlimen Bagan Serai, yang saya fikirkan bagaimana teknologi tinggi yang boleh kita bawa supaya meningkatkan pendapatan.
Satu perkara lagi apakah langkah seterusnya kerajaan untuk mengekang padi benih tidak sah ini, yang berleluasa sebenarnya sekarang ini ataupun kita sebut sebagai benih beg putih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Haji Salahuddin bin Ayub
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai.
Kerajaan sentiasa terbuka untuk menggamit ataupun memberikan peluang kepada mana- mana pihak termasuk private sector untuk sama-sama menyumbang kepada industri padi dan beras negara terutama dalam isu untuk kita membekalkan benih padi yang bermutu.
Yang Berhormat Bagan Serai, saya rasa kita boleh berbincang nanti bagaimana kita boleh meningkatkan ataupun mengambil suatu pilot projek yang saya rasa boleh dilakukan dan ini insya-Allah kita boleh lanjutkan dengan perbahasan atau perbincangan selepas daripada ini. Saya rasa dalam semua kilang yang telah kita pastikan, saya rasa dengan penggunaan machine intended cylinder dan juga colour sorting machine ini kita berupaya paling tidak pun untuk kita mengenal pasti kita tidak lagi mengeluarkan padi angin.
Padi angin ini adalah suatu virus, kalau dulu bird flu tidak berbahaya kepada manusia tapi sekarang bird flu boleh membunuh manusia. Demikian juga dengan isu padi angin ini, jadi saya akan memastikan supaya kita dapat membuat yang terbaik termasuklah pada hari ini kita akan memastikan amalan myGAP itu dipraktikkan sesungguhnya oleh petani-petani kita, pesawah-pesawah kita dan ini adalah memerlukan komitmen semua pihak sama ada pada pihak-pihak kesemua agensi dalam kerajaan, MOA dan juga disiplin para petani kita untuk mengikut amalan-amalan yang telah kita tetapkan terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya hendak tanya tentang iaitu yang pertamanya dari segi perbandingan dengan benih-benih lain sama ada dari segi jumlah peningkatan hasil benih ini berbanding dengan benih-benih lain dan yang keduanya dari segi ketahanan. Ketahanan menghadapi serangan musuh-musuh padi seperti serangga dan lain-lain begitu juga dari segi cuaca. Ketahanan, dari segi cuaca banjir, berendam dalam air banjir ataupun panas.
Jadi apa perbandingannya yang menunjukkan benih ini jauh lebih baik daripada yang lain.
Dato’ Haji Salahuddin bin Ayub
Terima kasih Yang Berhormat Bera, bekas Menteri Pertanian. Saya boleh menyatakan di sini bahawa benih ataupun varieti UKM RC268 ini, kajian yang dibuat oleh Profesor Vicky dan team dia dengan kerjasama MARDI adalah ia boleh tahan ancaman banjir selama 14 hari itu ketahanan paling maksimum yang ada pada varieti ini. Dari segi yield ia telah dibuktikan dalam dua musim di dalam satu kajian dua musim di tanah MADA kita, ia boleh pergi pada average tujuh hingga lapan metrik tan satu hektar.
Jadi ini satu pencapaian yang paling baik setakat ini dan berbanding dengan varieti lain yang masih lagi diguna pakai tapi untuk in terms of bio security dan juga dalam kita memastikan keselamatan varieti ini, walaupun ia terbaik bukan ia sahaja yang boleh ditanam di semua bendang. Jika perlu ada varieti yang lain yang juga akan ditanam tapi setakat ini yang terbaik adalah varieti RC8 dan RC2 ini. Terima kasih
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bismilahir Rahmanir Rahim; Tuan Yang di-Pertua yang baik hati, Jalan Kuala Krai rosaknya amat, Harap Menteri tolonglah baiki, Soalan saya nombor empat.
4. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah langkah yang diambil oleh kementerian untuk menyelesaikan masalah:-
(a) kerosakan jalan utama Gua Musang - Kuala Krai yang semakin teruk termasuk garisan putih yang telah padam; dan
(b) masalah pencahayaan di kawasan-kawasan persimpangan utama dan kawasan tumpuan untuk mengelakkan kemalangan.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Yang Berhormat Kuala Krai yang telah menimbulkan soalan untuk kementerian kami menjawabnya pada pagi ini.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kewangan melalui surat bertarikh 8 Mac 2019 telah meluluskan peruntukan sebanyak RM200 juta untuk seluruh negara daripada permohonan peruntukan RM610 sebagai peruntukan tambahan yang sebelum ini dipohon oleh Kementerian Kerja Raya.
Tuan Yang di-Pertua, keutamaan akan diberikan kepada pembaikan jalan yang kritikal. Tambahan peruntukan akan disalurkan lagi oleh Kementerian Kewangan secara berperingkat-peringkat tertakluk kepada kemampuan kerajaan.
Untuk makluman ahli Yang Berhormat Kuala Krai bagi isu kerosakan jalan di laluan Gua Musang–Kuala, Krai FT8, melalui peruntukan tambahan yang telah diluluskan oleh kementerian baru-baru ini bagi program penyelenggaraan berkala pavement pada tahun 2019 sebanyak RM1 juta telah diperuntukkan untuk menyelenggarakan pavement di laluan tersebut iaitu sebanyak RM400,000 bagi laluan Gua Musang–Kuala Krai dan sebanyak RM600,000 lagi bagi laluan Kuala Krai–Machang, Seksyen 328.6 dan Seksyen 329.8.
Bagi penyelenggaraan bukan pavement berkala tahun 2019, Kementerian Kerja Raya telah meluluskan kerja-kerja menaik taraf longkang menggantikan guard rail yang rosak dan membaik pulih medium curve yang melibatkan peruntukan berjumlah RM680,000.
Manakala bagi tahun 2018 Kementerian Kerja Raya telah melaksanakan kerja-kerja mengecat semula garisan jalan di Gua Musang ke Kuala Krai FT008 dari Seksyen 189.28 ke Seksyen 252.4 yang melibatkan kelulusan peruntukan sebanyak RM200,000.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya sentiasa berusaha untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan jalan raya di negara ini, khususnya melibatkan lokasi atau kawasan yang kerap berlaku kemalangan blackspot. Pada tahun 2018, Kementerian Kerja Raya telah melaksanakan Program Blackspot di laluan Gua Musang ke
Timbalan Menteri Kerja Raya - Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
Kuala Krai FT008 dalam Daerah Kuala Krai iaitu di Seksyen 311.3 dengan kelulusan sebanyak RM215,000.
Antara skop kerja Program Blackspot Yang Berhormat, adalah seperti mengecat semula garisan jalan, memasang pepaku jalan pantulan, memasang lampu jalan, memasang papan tanda amaran, menyedia garisan jalan transfers bar dan memasang papan tanda peringatan kawasan kemalangan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemasangan lampu jalan di jalan persekutuan adalah terhad di lokasi-lokasi strategik dan berisiko kemalangan seperti di persimpangan jalan, selekoh dan kawasan tumpuan ramai.
Pemasangan lampu di sepanjang jalan persekutuan akan melibatkan kos yang tinggi kepada kerajaan. Oleh itu, faktor analisa, kos faedah projek di ambil kira secara keseluruhan semasa proses mereka bentuk sesuatu jalan itu bagi memastikan kerajaan memperoleh nilai terbaik untuk wang, dengan izin best value for money daripada setiap peruntukan yang dibelanjakan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon sedikit lagi. Kriteria yang perlu diambil kira dalam menentukan keutamaan penyediaan lampu jalan mengikut garis panduan Road Engineering Association of Malaysia Guidelines adalah seperti berikut:
(i) jumlah kemalangan yang tinggi kerap pada waktu malam;
(ii) aktiviti pejalan kaki dan melintas yang tinggi;
(iii) mempunyai median pembahagi jalan;
(iv) kawasan persimpangan akses utama;
(v) mempunyai isi padu kenderaan yang tinggi pada waktu malam; dan
(vi) merupakan kawasan bandar, pekan, kampung. Ini kawasan yang didevelop.
Sekiranya terdapat kekangan peruntukan atau sesuatu lokasi tidak mematuhi kriteria di atas penandaan, delineation di lokasi berkenaan akan ditingkatkan bagi menggantikan sistem lampu jalan seperti berikut:
(i) memasang delineator post;
(ii) memasang pepaku jalan pantulan;
(iii) memasang papan tanda chevron pada kawasan selekoh;
(iv) memasang papan tanda jalan dan amaran yang bersesuaian; dan
(v) memastikan garisan jalan jelas kelihatan pada waktu malam.
Sekian, terima kasih. Mohon maaf kerana terlebih sedikit.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Saya mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan kehadiran Pengarah dan juga kakitangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan ke Parlimen pada hari ini.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Selamat datang.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Saya cadangkan, selain daripada apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi dengan peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta yang diberikan untuk tahun ini, saya cadangkan supaya Yang Berhormat selepas sesi Parlimen nanti boleh turun buat perjalanan darat dari Temerloh ke Kuala Lipis, ke Gua Musang, ke Kuala Krai dan ke Kota Baharu, mungkin boleh dapat bantuan daripada Yang Berhormat Lumut sebagai Ahli Parlimen Kuala Krai untuk melihat sendiri apa yang saya sebut berkali-kali dalam persidangan ini supaya jalan-jalan dan juga tempat-tempat blackspot ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak kementerian.
Ini kerana peruntukan telah pun disebut oleh Yang Berhormat tadi, saya kira tidak mencukupi untuk memperbaiki jalan-jalan yang telah pun saya sebutkan ini untuk memastikan insya-Allah pengguna dapat melaluinya dengan selesa sebelum selesai CSR yang telah diumum oleh pihak kerajaan. Terima kasih.
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
Sebahagian daripada jalan-jalan Yang Berhormat sebut itu sebahagiannya telah saya lalui dengan darat dan saya akan penuhi insya-Allah permintaan Yang Berhormat itu, hasrat Yang Berhormat itu. Saya akan turun, tidak tahulah Yang Berhormat Lumut ini mahu tidak turun ke situ sebab dia sibuk di Lumut.
Insya-Allah kalau dapat peruntukan tambahan, kita terus menunggu peruntukan-peruntukan tambahan ini.
Saya percaya kita boleh bantu Yang Berhormat Kuala Krai dalam ini. Memang hal ini perlu ditekankan terus, diminta terus, diperjuangkan terus dan kami insya-Allah di
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
kementerian juga akan cuba memastikan supaya dapat kita turun hal yang penting itu untuk rakyat ini, terima kasih.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Berkaitan dengan pencahayaan di kawasan persimpangan, soalan saya apakah kerajaan bercadang untuk menggantikan lampu-lampu yang ada dengan penggunaan sistem solar.
Terima kasih.
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
Tuan Yang di-Pertua, memang hal ini sedang dibincang di kementerian dan kita menerima banyak pihak yang memberikan cadangan dan sehingga kita muktamadkan saya percaya perkara ini dalam pertimbangan kita.
5. Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [Sabak Bernam] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah status pembinaan kampus Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gambang, Pahang yang dilaporkan masih belum siap sempurna dan mempunyai banyak kecacatan serta apakah langkah kementerian bagi memastikan Kampus UIAM Gambang, Pahang ini dapat disiapkan dengan lebih sempurna dan apakah tindakan yang telah diambil terhadap kontraktor berkenaan.
Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat Sabak Bernam. Tuan Yang di-Pertua, Projek Pembangunan Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gambang dibina untuk memberi kemudahan pengajaran, pembelajaran dan penempatan kepada 5,000 orang pelajar dan 382 kakitangan dan pentadbiran.
Pembinaan pembangunan ini telah dilaksanakan melalui tiga fasa pembinaan iaitu fasa 1 yang melibatkan kerja-kerja tanah, fasa 2 melibatkan pembinaan Blok Pentadbiran dan Blok Kolej Kediaman Pelajar dan fasa 3 yang melibatkan pembinaan Blok Akademik dan Kemudahan Pelajar. Sebanyak lapan kali lawatan tapak joint inspection telah dilaksanakan untuk mengenal pasti kerosakan utama terhadap bangunan dan juga kemudahan pelajar.
Terdapat hanya tiga major non-conformance (NCR) sebelum ini iaitu berkaitan dengan kemudahan pelajar kelainan upaya (OKU) kemudahan telah dibaiki oleh Konsesi Pusat Asasi Gambang (KPAG). Kelulusan perakuan siap dan pematuhan (CCC) dan surat penerimaan telah diperoleh pada 1 Disember 2018. Pusat Asasi UIAM Gambang dijangka dapat beroperasi bagi kemasukan pelajar pada sesi akademik Jun 2019. Sekian, jawapan saya. Terima kasih.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberikan jawapan tadi. Tahniah kerana telah menyelesaikan masalah-masalah di UIAM. Saya hendak beralih sedikit ke kawasan saya di Daerah Sabak Bernam iaitu berkaitan dengan PPD Sabak Bernam tentang pembangunan jugalah.
Pada tahun 2018, kerajaan dahulu telah meluluskan pembinaan PPD Sabak Bernam dan daripada tempoh sekarang ini sudah hampir lima tahun, Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam tarikh tempoh tamat sudah habis.
Tuan Yang di-Pertua
Ini lari daripada soalanlah ya.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam
Jadi, saya hendak tanya, setakat manakah perancangan bagi memastikan projek pembinaan PPD Sabak Bernam dilaksanakan pada tahun ini kerana saya bimbang tentang keselamatannya. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, soalan mengenai Gambang, Kampus UIA Gambang. Saya ingat tidak perlu jawablah kecuali Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak jawab ya.
Puan Teo Nie Ching
Saya rasa saya bagi jawapan yang pendek kerana memang sudah sedia jawapan sebelum ini. Projek ini diluluskan pada tahun 2017 dan sekarang pihak JKR sedang dalam proses penyediaan reka bentuk akhir dan tawaran tender projek ini dijangka akan dibuat pada bulan Oktober tahun ini. Sekian, jawapan saya.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pusat Asasi UIAM Gambang ini adalah di bawah Parlimen Paya Besar, persoalan saya adalah berkaitan dengan intake Jun
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya hendak dapatkan kepastian daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah untuk kemasukan Jun 2019 full intake? Maknanya dengan tutupnya UIA di Petaling Jaya, adakah keseluruhan kesemua pelajar-pelajar akan dipindahkan ke Kampus Gambang?
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Paya Besar. Saya hanya dapat confirm bahawa untuk intake Jun 2019 ini memang tawaran telah dibuat melalui UPU online. Maksudnya untuk pelajar kemasukan untuk intake baharu ini memang tawaran telah dibuat. Jadi, maksudnya kampus ini sedia untuk beroperasi. Akan tetapi isu tentang sama ada kita hendak pindah pelajar-pelajar di Petaling Jaya ke Gambang itu, saya tidak dapat memberi confirmation sekarang. Saya pohon jawab secara bertulis. Terima kasih.
6. Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong] minta Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyatakan secara terperinci unjuran ekonomi Malaysia untuk tahun ini dan apakah mekanisme penampan ekonomi yang direncana kementerian bagi mengelakkan krisis ekonomi.
Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi - Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun 2019 dijangka berkembang sebanyak 4.3 peratus sehingga 4.8 peratus berbanding 4.7 peratus pada tahun lepas. Jangkaan pertumbuhan ini adalah selari dengan unjuran daripada pelbagai agensi luar seperti Asian Development Bank iaitu 4.5 peratus, Bank Dunia sebanyak 4.7 peratus dan Tabung Kewangan Antarabangsa sebanyak 4.6 peratus.
Berdasarkan laporan tahunan 2018 yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia, pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2019 akan disokong oleh pertumbuhan domestik, terutamanya permintaan sektor swasta yang kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan.
Penggunaan swasta disasarkan berkembang sebanyak 6.6 peratus, manakala pelaburan swasta dijangka meningkat sebanyak 4.9 peratus pada 2019.
Dalam masa yang sama, semua sektor ekonomi utama turut disasar mencatatkan pertumbuhan positif dengan sektor perkhidmatan dijangka meningkat sebanyak 5.7 peratus dan perkilangan sebanyak 4.8 peratus. Kedua-dua sektor ini kekal sebagai penyumbang terbesar ekonomi negara iaitu dalam lingkungan 79 peratus berbanding KDNK.
Tuan Yang di-Pertua, ekonomi Malaysia dijangka berkembang sederhana disebabkan oleh faktor luaran yang semakin mencabar. Antara cabaran tersebut ialah penutupan sementara operasi pentadbiran Amerika Syarikat yang paling lama dalam sejarah iaitu sebanyak 35 hari bermula dari 22 Disember 2018 sehingga 25 Januari 2019. Penutupan ini dijangka akan memberi impak kepada pertumbuhan negara tersebut dan secara tidak langsung memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi dunia bagi suku pertama 2019.
Selain itu, ketidakpastian dasar monetary Amerika Syarikat, kesan pertubuhan ekonomi China yang lebih perlahan serta ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China yang masih belum berakhir, turut dijangka akan memberi kesan kepada ekonomi dunia dan seterusnya kepada ekonomi negara.
Oleh yang demikian, kerajaan sentiasa mengambil inisiatif bagi memastikan momentum pertumbuhan ekonomi sentiasa meningkat. Tumpuan akan terus diberi kepada pengukuhan asas-asas ekonomi sebagai penampan dalam mengukuhkan ekonomi negara bagi menghadapi sebarang krisis ekonomi melalui pelaksanaan strategi-strategi berikut.
(i) memacu produktiviti pada peringkat nasional, sektor dan perusahaan bagi memastikan pertumbuhan yang mampan dan inklusif;
(ii) menggalakkan pelaburan berkualiti dengan menumpukan kepada pelaburan yang mempunyai nilai tambah tinggi yang menggunakan teknologi tinggi serta berintensif pengetahuan. Ini sekali gus dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran dengan gaji yang lebih tinggi;
(iii) melaksanakan inisiatif untuk beralih kepada rantaian nilai yang lebih tinggi. Ini termasuklah melalui penumpuan kepada perkhidmatan berintensif pengetahuan dan pemodenan sektor pertanian;
Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi - Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
(iv) mengukuhkan eksport dan mengurus import untuk menambah baik imbangan pembayaran;
(v) memberi penekanan kepada langkah pengukuhan fiskal untuk memastikan kemapanan dalam jangka masa sederhana.
Kerajaan yakin bahawa langkah-langkah ini dapat menyumbang kepada pengukuhan dan kemapanan ekonomi negara. Sekian, terima kasih.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Beberapa badan penarafan antarabangsa Moody’s misalnya menyemak semula dengan menurut unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia bagi tahun ini dan tahun 2020 masing-masing kepada 4.4 peratus dan 4.3 peratus berbanding 4.7 peratus dan 4.5 peratus yang diunjurkan pada awal tahun ini. Akhir tahun 2018 sebanyak 270 bilion nilai saham Malaysia sudah hilang. Apabila indeks Bursa saham jatuh 101,690.
Jadi, meskipun kerajaan mengatakan keadaan ekonomi semakin pulih, semakin baik sebagaimana yang disebut tadi, ekonomi rakyat tidak semakmur dahulu. Itu hakikat yang perlu kerajaan ketahui dan kemampuan berbelanja rakyat semakin menipis.
Sejauh manakah kenaikan harga barang yang terkawal ini dan sejauh manakah ketidaktentuan kadar inflasi negara dan Indeks Harga Pengguna pada masa akan datang dalam kajian dan juga tindakan kerajaan?
Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
Terima kasih Yang Berhormat. Bila kita bercakap tentang isu berkaitan dengan kos sara hidup, saya ada menyebut sebelum ini kita perlu melihatnya dari dua sudut. Pertama, dari sudut kos itu sendiri, perbelanjaan dan kedua, dari sudut pendapatan. Jika kita lihat kita akui bahawa peningkatan kos seperti apa yang berlaku sewaktu GST diperkenalkan. Kos meningkat secara keseluruhannya.
Kita tidak bercakap tentang barang-barang tertentu. Akan tetapi secara keseluruhannya kos meningkat. Apabila berlaku seperti mana kita sedia maklum, apabila harga meningkat the price is sticky. Dia hendak turun balik itu mengambil masa dan inilah pendekatan-pendekatan kerajaan yang sedang lakukan untuk membantu rakyat memastikan harga itu dapat diturunkan terutamanya melalui penguatkuasaan dan sebagainya.
Kedua, seperti mana saya sebut tadi komponen yang kedua adalah komponen pendapatan. Inilah antara komponen yang memberi tekanan kepada rakyat. Bank Negara pun ada menyebut bahawa pendapatan golongan siswazah contohnya agak stagnant for the past few years, dengan izin. Apa yang berlaku adalah kita menghadapi isu struktur. Isu struktur dan membaiki struktur ini mengambil masa dan kerajaan sedang melakukan yang terbaik. Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed - Jeli
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Akhir- akhir ini ada laporan yang menyatakan bahawa terdapat isu dan masalah bagi anak muda termasuklah graduan untuk mendapat pekerjaan. Ini dihighlight juga oleh laporan tahunan Bank Negara. Setakat manakah lulusan daripada program SL1M ribuan yang sedang dilatih oleh agensi kerajaan akan mendapat penempatan apabila mereka tamat latihan mereka. Itu yang pertama.
Keduanya, adakah kerajaan sedang memantau dengan rapi VSS ataupun pengurangan pekerja syarikat dalam swasta termasuklah hari ini syarikat-syarikat media?
Jika dipantau apakah langkah-langkah untuk membendung fenomena VSS ini supaya peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia dapat dipertahankan? Terima kasih.
Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
Terima kasih Yang Berhormat Jeli. Pertama, tentang lulusan SL1M. Kita telah melihat keberkesanan program SL1M ini dan program ini sekarang ini berada di bawah Kementerian Sumber Manusia jika tidak silap saya. Program ini kerajaan sedang melihat tentang program ini tentang keberkesanan, tentang kemapanan program tersebut.
Tentang VSS ini kita sedar bahawa terdapat banyak program VSS yang dibuat oleh syarikat-syarikat dan kerajaan sedang memantau secara terperinci dan pada masa yang sama berusaha mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baharu supaya mereka yang keluar daripada sesuatu syarikat itu mendapat peluang di dalam ekonomi secara keseluruhannya.
Sekian, terima kasih.
7. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk memperkenalkan undang-undang baru pembangunan semula bandar (urban renewal) untuk memudahkan pembangunan semula bangunan lama oleh pihak swasta seperti mana yang dilaksanakan di negara-negara seperti Hong Kong dan Singapura.
Menteri Wilayah Persekutuan - Tuan Khalid bin Abd Samad
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. *Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahirabbilalamin.
[Berucap dalam bahasa Arab]* Tuan Yang di-Pertua, pada mulanya saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Bintang kerana soalan yang cukup relevan dan yang merupakan cabaran yang dihadapi oleh semua bandar raya- bandar raya lama di seluruh dunia. Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Bintang, Kementerian Wilayah Persekutuan melalui PLANMalaysia iaitu Jabatan Perancangan Bandar dan Desa telah menjalankan satu kajian berhubung dengan persoalan ini dan telah menghasilkan satu panduan yang diguna pakai ataupun yang boleh diguna pakai oleh setiap PBT dalam menangani persoalan ini.
Menteri Wilayah Persekutuan - Tuan Khalid bin Abd Samad
Panduan Itu dinamakan Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar
(Urban Regeneration). Panduan pelaksanaan ini disediakan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172].
Pembaharuan semula bandar ditafsirkan sebagai satu program komprehensif dan bersepadu untuk tempoh jangka panjang bagi menangani isu kemelesetan ekonomi, keusangan fizikal, terbengkalai, usang, kawasan brownfield dan tidak ekonomik yang diselaraskan dengan visi dan dasar pembangunan kerajaan yang boleh dilaksanakan oleh pihak kerajaan atau pihak swasta.
Terdapat empat kategori yang telah ditetapkan dalam Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar iaitu― Pertama, pembangunan semula bandar (urban redevelopment). Membangunkan semula keseluruhan tapak yang luas. Sebagai contoh, KL Sentral dan Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur. Maknanya walaupun belum lagi ada undang-undang, ada panduannya dan panduannya memang diguna pakai tetapi tidak dikuatkuasakan dan ianya terserah kepada pihak PBT.
Kedua, pemulihan bandar (urban rehabilitation). Memulihkan semula sesuatu bangunan secara bersepadu dan komprehensif. Contoh, Taman Ikan Emas dan PPR Seri Labuan di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak.
Ketiga, pemeliharaan bandar (urban preservation). Memelihara semula tapak bangunan warisan dan bersejarah. Contoh, Kampung Morten, Melaka.
Keempat, penyegaran semula bandar (urban revitalization). Menyegarkan semula sesuatu tapak lama, usang dan terbengkalai. Contoh, Kemayan City, Johor Bahru.
Oleh kerana waktu pun hendak habis, yang penting yang saya hendak sampaikan ialah dalam konteks Malaysia, sehingga kini, tiada perundangan khusus bagi pelaksanaan pembaharuan semula bandar. Oleh itu, bagi memastikan pembaharuan semula bandar yang telah berdaya laksana dan efektif, maka satu perundangan yang baharu ke arah ini akan dikemukakan. Terima kasih.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Memandangkan banyak bangunan lama di pusat bandar Kuala Lumpur tidak dimajukan kerana hak milik bangunan adalah berlainan pemilik kecuali semua pemilik bersetuju untuk membangunkan, ini satu halangan pembangunan semula bandar.
Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan berhasrat untuk menggubal satu rang undang-undang untuk mempercepatkan proses pemajuan semula bandar, urban renewal, dengan izin, bagi memajukan sebuah bandar raya yang lebih moden dan boleh merancakkan pembangunan? Terima kasih.
Tuan Khalid bin Abd Samad
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang.
Memang ini di antara masalah-masalah yang dihadapi juga di seluruh dunia, Tuan Yang di- Pertua.
Dalam perundangan yang akan kita kemukakan, persoalan ini juga akan kita tangani. Kalau kita lihat apa yang sedang dilakukan di dunia, di negara-negara yang lain,
Tuan Khalid bin Abd Samad
sebagai contoh di Singapura, dia kata yang mana bangunan yang kurang daripada 10 tahun, ia hanya memerlukan 90 peratus persetujuan, dan bagi bangunan yang lebih daripada 10 tahun― 80 peratus. Tetapi sekarang ini memang yang ada di Malaysia, dengan izin, you need 100 percent agreement. Akan tetapi, perkara ini memang kita akan tangani dan kita akan lihat berdasarkan kepada usia bangunan itu dan mungkin kalau bagi bangunan yang lebih daripada 20 ataupun 30 tahun, maka kadar yang lebih rendah pun boleh dikemukakan. Ini, insya-Allah, akan dibentangkan dalam rang undang-undang baharu yang kita cuba bawa ke Parlimen.
Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor - Putrajaya
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak ucapkan syabas kepada Yang Berhormat Menteri Wilayah kerana saya terdengar tadi the urban renewal program masih dilaksanakan, khususnya di Taman Ikan Emas di Bandar Tun Razak dan taman-taman yang lain.
Saya hendak tanya dengan Yang Berhormat, kerana program yang telah kita laksanakan dahulu di mana di Kampung Kerinchi dan juga di Razak Mansion di mana kita ada program yang kita beri kepada rakyat marhaen yang duduk dalam rumah-rumah usang ini diberi secara percuma one to one free. Saya harap program ini dapat dilaksanakan tanpa menggunakan wang kerajaan. Ini yang penting. We do not want to take government’s money but we work with developer, dengan izin, supaya orang-orang miskin ini dapat perumahan kekal di tempat asal, tak kira dia Melayu, Cina ataupun India, supaya dia duduk tempat asal dan diberi secara percuma.
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Khalid bin Abd Samad
Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Saya pun ucapkan tahniah kerana sudi hadir dan bertanya soalan pada pagi ini. Memang saya duduk lama menunggu untuk kita bertukar fikiran kerana sebagai mantan Menteri Wilayah Persekutuan, sudah pasti ada banyak cadangan yang boleh kita pertimbangkan.
Benar apa yang telah dilakukan mengikut panduan yang telah ditetapkan oleh Pelan Malaysia sebahagian daripadanya adalah persoalan membangunkan rumah-rumah yang baharu dengan kita terpaksa merobohkan yang lama tetapi dengan itu kita memberikan pemilik-pemilik rumah-rumah lama itu hak milik dalam rumah-rumah baharu secara percuma.
Nombor satu.
Nombor dua, pendekatan cross-subsidy yang sepertimana yang telah lama diamalkan akan kita teruskan tetapi, insya-Allah, dengan satu cara yang lebih telus dan melibatkan perkiraan yang tidak terlalu menguntungkan pemaju. Kita dapati bahawa walaupun konsepnya adalah baik tetapi dalam banyak ketika, pelaksanaannya menimbulkan persoalan kerana didapati bahawa dalam program cross-subsidy itu, Yang Berhormat Lenggong, ada apa yang diberi kepada pemaju itu adalah terlalu banyak. So, kita kurangkan balik dan ini akan kita lakukan secara yang lebih telus dan lebih terbuka baik. Terima kasih.
8. Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria [Parit] minta Menteri Pembangunan Usahawan menyatakan:
(a) apakah bentuk bantuan yang telah diberikan oleh kementerian kepada golongan usahawan dalam memperluas pasaran mereka ke peringkat antarabangsa; dan
(b) adakah terdapat sebarang bentuk kerjasama di antara kementerian dan usahawan dalam mempertingkatkan kualiti produk mereka.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan - Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya orang Parit.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha membantu industri kecil dan sederhana memperluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa, pelbagai bantuan telah diberikan kementerian melalui agensi-agensi seperti contohnya program Going Eksport (Go-Ex) yang memang sedia berlangsung pada masa ini iaitu dalam bentuk geran bersamaan ataupun matching grant bagi membantu PKS yang bersedia menembusi pasaran eksport melalui pembiayaan 50 peratus daripada aktiviti dan perbelanjaan yang layak sehingga RM200,000.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan - Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli
Kita telah membiayai 287 PKS dalam beberapa tahun kebelakangan ini dengan 40 pasaran baharu telah diterokai dan berpotensi jualan eksport sebanyak setengah bilion ringgit.
Keduanya, program Galakan Eksport Bumiputera (GEB). Sejak tiga tahun yang lepas ini, sejumlah 46 permohonan telah diluluskan dengan nilai geran RM44 juta. Ia telah membantu PKS melaksanakan aktiviti promosi dan pemasaran di luar negara, peningkatan pembungkusan, pembangunan jenama dan pensijilan bagi piawaian antarabangsa termasuk juga pembelian mesin dan modal kerja bagi memenuhi permintaan luar negara seperti Jepun, United Kingdom, Arab Saudi, Australia, Belanda dan Indonesia.
Ketiganya, latihan keusahawanan untuk menyediakan PKS kita untuk mengeksport barangan mereka. Ini banyak dilakukan oleh agensi seperti SME Corp. Malaysia yang melaksanakan latihan dengan kerjasama MARA, MATRADE, EXIM Bank dan juga Jabatan Kastam dalam memberikan pendedahan khusus mengenai pemasaran luar negara seperti penyediaan pelan eksport, pengurusan barangan bersama kastam dan pematuhan peraturan-peraturan di luar negara.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan - Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli
Sehingga Januari tahun ini, sejumlah 663 buah syarikat dari seluruh negara telah menyertai siri latihan ini. Seterusnya, siri bantuan latihan menerusi Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) yang memberikan mentoring dan coaching kepada PKS kita untuk menyediakan mereka dalam beberapa sektor seperti post-natal care, access to retail, homestay, ecotourism, laundries, spa, bakery dan sebagainya.
Seterusnya ialah pemasaran dan promosi. Ini di bawah Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC). Usahawan-usahawan disediakan program access pasaran di luar negara, pemadanan perniagaan, program accelerator bertema ataupun thematic business accelerators, dan melalui unit ASEAN Center for Entrepreneurship, MaGIC telah mewujudkan jaringan di seluruh ASEAN untuk melangsungkan usaha-usaha ini.
Bahagian kedua- minta sedikit masa. Bagi tujuan membantu membangunkan dan meningkatkan kualiti produk keusahawanan, pelbagai bentuk kerjasama di antara kementerian dan usahawan telah dilaksanakan seperti Program Peningkatan Enterprise Bumiputera (BEEP). Ini usaha sama antara kementerian dengan kerajaan-kerajaan negeri di bawah EXCO Usahawan Negeri masing-masing dan kita telah meluluskan hampir 2,000 geran berjumlah RM189 juta untuk tujuan pembangunan PKS ini.
Kedua, khidmat nasihat kepada usahawan yang banyak dibuat oleh SME Bank.
Ketiga, latihan keusahawanan oleh INSKEN dalam membangunkan usahawan- mempertingkatkan kualiti produk melalui satunya program berbentuk coaching dan mentoring, dan keduanya kursus latihan teknikal keusahawanan jangka pendek.
Seterusnya yang ketiga, inovasi keusahawanan. Ini kita melalui MaGIC juga membantu design thinking dan service design. Untuk jangka panjang, MaGIC menjalankan pelbagai program accelerator, dan seterusnya MaGIC juga menyediakan platform khidmat nasihat seperti mentorship programme. Terima kasih.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak bertanya, adakah terdapat sebarang sasaran tertentu yang telah pun ditetapkan oleh kementerian kepada usahawan yang diberikan geran untuk memperluaskan pasaran mereka.
Kedua, setakat manakah kementerian membantu golongan huffaz dalam menyediakan mereka sebagai usahawan huffaz yang lebih berdaya saing. Apakah inisiatif kementerian dalam menyediakan platform keusahawanan di antara luar bandar dan bandar bagi merapatkan jurang persaingan dan juga peluang. Terima kasih Menteri.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Parit.
Memang kita bercadang untuk menyediakan seramai mungkin usahawan-usahawan kita yang boleh menembusi pasaran antarabangsa termasuk seperti apa yang kita buat baru- baru ini iaitu menyediakan usahawan kita untuk menembusi pasaran Jepun sempena dengan Olimpik Tokyo 2020. Setakat ini walaupun kita telah mengumpulkan 300 lebih usahawan, hanya 15 sahaja yang nampaknya export ready, dan kita sedang menyediakan mereka untuk ke peringkat yang lebih tinggi tersebut.
Bagi program huffaz ini memang ada inisiatif-inisiatif yang kita di kementerian buat bersama dengan persatuan-persatuan dan agensi-agensi swasta untuk memastikan peluang
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli
untuk mereka ini tidak hanya terhad dalam bidang yang mereka ajari pada masa ini sebagai huffaz tetapi juga berminat dan kita akan membuka peluang ini kepada mereka dalam pelbagai bidang termasuklah juga peruncitan dan juga F&B. Terima kasih.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan Timbalan Menteri. Soalan saya, apakah sektor perniagaan yang diberi tumpuan oleh kementerian untuk memperkembangkan potensinya.
Kedua, apakah kekangan yang dihadapi oleh kerajaan dalam meningkatkan promosi perdagangan di kalangan usahawan. Terima kasih.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Tampin.
Kita di kementerian membuka seluas-luasnya ruang untuk mana-mana usahawan terlibat, tidak menumpukan mana-mana satu tetapi yang menjadi favorite buat masa ini ialah sektor F&B, dan juga setaraf dalam program-program inovasi seperti yang dilaksanakan oleh MaGIC di kementerian ini. Walau apa pun, kita bercadang untuk memperluaskannya dalam penyediaan menghantar barangan runcit ke negara-negara tertentu seperti ke Negara China, seperti yang kita selesai uruskan ataupun kita bincangkan semasa MIHAS minggu lepas.
Nampaknya minat di antara kedua-dua pihak di Negara China dan Malaysia sungguh baik.
Kekangannya ialah kekangan penyediaan kompetensi dan juga pensijilan kerana syarat-syarat yang diletakkan oleh negara-negara yang mengimport barangan Malaysia sangat tinggi. Oleh yang demikian, kita harus menyediakan segala bentuk pensijilan supaya mereka dapat tembus ke dalam pasaran-pasaran, dan juga bagi MaGIC, kita mahukan mereka ini betul-betul mendapat teknologi yang terbaharu dan dibimbing secara rapat oleh MaGIC, supaya dapat menembusi paling tidak pun pasaran ASEAN seperti yang telah kita sebutkan di awal tadi. Terima kasih.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya mengemukakan soalan saya, saya ingin mengalu-alukan lawatan anak muda- kita masa depan negara kita iaitu pelajar-pelajar dan guru-guru dari Kelab Malaysiaku Daerah Hulu Selangor di bawah kelolaan pegawai-pegawai Jabatan Penerangan Daerah Hulu Selangor....
[Dewan tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Parlimen mengalu-alukan kehadiran.
9. Puan Wong Shu Qi [Kluang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, sama ada kerajaan berhasrat untuk menambah bilangan penjawat awam Gred KP19 dan KP22 untuk kerja intensif buruh di CIQ Bangunan Sultan Iskandar, dan Kompleks Sultan Abu Bakar memandangkan kerajaan merancang untuk mengurangkan jumlah penjawat awam.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Mohd Azis bin Jamman
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kluang.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 5 April 2019 perincian jumlah perjawatan, pengisian dan kekosongan jawatan mengikut gred dan lokasi adalah seperti berikut.
Bagi lokasi CIQ Bangunan Sultan Iskandar ataupun CIQ BSI, bagi jawatan Pegawai Imigresen KP19, Waran Perjawatan adalah sebanyak 1,045; pengisian jawatan sebanyak 1,006; kekosongan jawatan sebanyak 39 jawatan.
Bagi Pegawai Imigresen Kanan ataupun KP22, Waran Perjawatan sebanyak 186; pengisian jawatan sebanyak 170; dan kekosongan jawatan sebanyak 16.
Bagi CIQ Kompleks Sultan Abu Bakar ataupun CIQ KSAB, bagi jawatan Pegawai Imigresen Gred KP19, Waran Perjawatan sebanyak 481; pengisian jawatan sebanyak 472; dan kekosongan jawatan sebanyak 9.
Bagi jawatan Pegawai Imigresen Kanan ataupun KP22, Waran Perjawatan sebanyak 95; pengisian jawatan sebanyak 94; dan kekosongan jawatan adalah satu.
Kementerian Dalam Negeri khususnya Jabatan Imigresen Malaysia sememangnya prihatin dan mengambil tindakan daripada semasa ke semasa untuk mengisi kekosongan perjawatan di kedua-dua lokasi berkenaan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Mohd Azis bin Jamman
Bagi tujuan tersebut, seramai 204 orang Pegawai Imigresen Gred KP19 Lantikan Baharu telah ditempatkan di Jabatan Imigresen Johor termasuk di CIQ BSI dan juga CIQ KSAB melalui dua sesi kemasukan iaitu pada 11 Februari 2019, dan 1 April 2019.
Terbaharu, sebanyak 48 perjawatan kosong di GIM Johor termasuk di CIQ BSI, dan CIQ KSAB akan diisi sebaik sahaja proses pengambilan Gred KP19, dan KP22 selesai dilaksanakan pada pertengahan tahun ini. Terima kasih.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih, jawapan yang memang lengkap daripada Timbalan Menteri.
Memandangkan masalah di dua bangunan KIK ini, kami sebagai Wakil Rakyat selalu menerima aduan atau feedback on the ground iaitu pengguna di kedua-dua bangunan KIK ini selalu menghadapi masalah, bukan semua kaunter terbuka pada waktu puncak.
Namun pegawai yang bertugas di kedua-dua bangunan KIK ini pun tidak diizinkan ambil cuti pada musim cuti seperti Cuti Sekolah atau Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri iaitu mereka perlu jelaskan tunggakan cuti mereka pada hari biasa tetapi akhirnya masalah yang diakibatkan oleh ini adalah waktu puncak- hari biasa, tiada cukup bilangan Anggota Imigresen bertugas di semua kaunter.
Bolehkah saya tahu, sama ada kementerian ada perancangan- tenaga kerja yang lebih menyeluruh untuk menyelesaikan masalah tenaga kerja pada waktu puncak, hari biasa.
Terima kasih.
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Terima kasih dengan soalan tambahan yang diberikan sebentar tadi oleh Yang Berhormat Kluang.
Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya Kementerian Dalam Negeri kita pun telah pergi melawat termasuk Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri sendiri, dan saya sendiri telah pun pergi ke kedua-dua CIQ ini, dan kita pun telah berbincang tentang langkah- langkah yang kita ambil dalam usaha kita untuk mengurangkan kesesakan yang berlaku khususnya pada waktu puncak di kedua-dua lokasi ini.
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Untuk maklumat, inilah yang kita sebutkan untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, arahan Jabatan Perkhidmatan Awam kepada Jabatan Imigresen, selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengoptimumkan bilangan penjawat awam khususnya bagi JIM sahaja telah diminta untuk dikurangkan sebanyak 700 perjawatan pelbagai gred. KDN dalam usaha untuk memastikan penyusunan semula ini dapat kita optimumkan. Tetapi jika saya boleh letakkan, masukkan di dalam rekod dalam Dewan yang mulia ini, kita berharap agar kerajaan mempertimbangkan cadangan ini kerana kita tahu hari ini kekurangan perjawatan, khususnya di Johor sahaja, kita menghadapi masalah Tuan Yang di-Pertua kerana dengan kekurangan jawatan yang ada hari ini pun kita diminta untuk mengurangkan lagi.
Malah untuk makluman, UTC waktu dibuka oleh kerajaan, diimplemenkan oleh kerajaan, tiada pertambahan jawatan daripada sana melainkan hanya menggunakan perjawatan yang ada. Jadi kita ambil maklum tentang masalah ini dan pihak kementerian sedang meneliti dan kita juga sedang berbincang dengan Kerajaan Negeri Johor untuk langkah-langkah yang akan kita ambil dalam usaha kita untuk mengurangkan kesesakan di dua kawasan ini.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pintu masuk negara ini dikawal oleh imigresen dan ia merupakan satu perlambangan yang amat penting apabila pelancong mula-mula masuk ke sesebuah negara terutama Malaysia, negara kita ini. Apakah yang dibuat untuk memastikan mereka sentiasa cekap dan saya difahamkan, Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) sudah tiada. Kemudian, Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) kemungkinan akan tiada. Diberitakan bahawa ada Sistem Imigresen Bersepadu. Bila ia akan dilaksanakan, mengapa ia lebih baik daripada sistem-sistem sebelumnya.
Datuk Mohd Azis bin Jamman
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dengan soalan tambahan sebentar tadi. Kita ambil maklum. Sebenarnya pihak kementerian setakat ini masih mengkaji lagi kesemua sistem-sistem yang ada. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, untuk kita mengkaji sistem-sistem yang ada ini, ianya mengambil masa yang lama, lebih-lebih lagi bila mana sistem-sistem yang ada ini masih lagi terikat dengan kontrak-kontrak yang ada. Tetapi kita ambil maklum tentang perkara ini. Sebab itu kita berusaha selain
Datuk Mohd Azis bin Jamman
daripada ingin menambah baik sistem MyIMMs yang ada ini, kita juga masih lagi meluluskan sistem yang ada itu kerana sebagaimana saya sebutkan tadi, ianya masih lagi terikat dengan kontrak. Tapi pun begitu, dalam usaha kita untuk mempertingkatkan pintu masuk kita ini, langkah-langkah sedang diteliti oleh pihak kementerian. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang saya persilakan Yang berhormat Ayer Hitam.
Silakan.
10. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam] minta Menteri Pendidikan menyatakan:
(a) sama ada kerajaan berhasrat mengecualikan yuran peperiksaan SPM kepada semua calon SPM dari sekolah swasta termasuk sekolah menengah persendirian Cina demi menggalakkan lebih ramai calon dari sekolah swasta mengambil peperiksaan awam; dan
(b) adakah SPM akan dijadikan peperiksaan terbuka (open examination) yang mana pengambilan peperiksaan satu subjek sahaja dibenarkan.
Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman satu mesyuarat telah diadakan pada 27 Februari 2019, melibatkan beberapa bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membincangkan perkara berkaitan yuran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk calon SPM warganegara dan calon SPM sekolah swasta, termasuk sekolah menengah persendirian Cina.
Mesyuarat tersebut memutuskan untuk mengadakan perbincangan lanjut bagi meneliti dan memperhalusi secara mendalam untuk melihat kesan dan implikasi terhadap pengurusan peperiksaan.
Bahagian (b), SPM adalah peringkat pensijilan terbuka dengan minimum enam mata pelajaran bagi calon kali pertama mendaftar yang diadakan mengikut jadual ditetapkan setiap tahun. Sekian jawapan saya, terima kasih.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi. Saya rasa apa yang perlu kita lihat ialah sistem peperiksaan dikatakan terbuka itu. Sebenarnya, peperiksaan yang kita amalkan bukan terbuka kerana mestilah untuk kali pertama mengambil enam mata pelajaran teras. Itu adalah yang disyaratkan. Terbuka bermaksud boleh mengambil single subjek. Seperti IGCSE O’level, itu yang dikatakan terbuka.
Soalan saya, oleh kerana sekarang banyak kekangan, tidak boleh mengambil satu single subjek dan apakah perancangan kementerian melihat kekangan ini, apatah lagi janji 50 dalam Buku Harapan mengatakan, mengiktiraf UEC dengan syarat SPM mendapat kredit.
Bermaksud tidak mungkin kerana Sejarah itu soal satu mata pelajaran wajib. Kalau tidak ambil Sejarah, macam mana hendak ambil Bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia dapat A+ pun tidak dapat kelayakan SPM.
Jadi, bagaimana kementerian mengatasi kekusutan ini. Kalau tidak, janji ini sia-sia saja.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Ahli Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat Ayer Hitam. Memang setakat ini kita mewajibkan untuk pendaftaran kali pertama pelajar yang menduduki SPM untuk kali pertama diwajibkan untuk mengambil enam mata pelajaran. Tetapi setakat ini memang boleh dapat kelulusan kalau untuk buat permohonan kepada Lembaga Peperiksaan untuk mengambil satu mata pelajaran iaitu BM. Ini memang dalam sistem sekarang memang telah diizinkan. Saya pun rasa hairan kenapa seorang mantan Yang Berhormat Menteri tidak tahu bahawa sekarang Lembaga Peperiksaan memang boleh mengizinkan seseorang untuk mengambil satu mata pelajaran, sama di dalam SPM ataupun SPM ulang yang dianjurkan pada bulan 7 tetapi perlu dapat kelulusan daripada Lembaga Peperiksaan. Itu sahaja. Jadi jawapan saya. Terima kasih.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Tuan Yang di-Pertua, saya minta tarik balik kerana itu bukan sesuatu yang dinyatakan oleh Lembaga Peperiksaan. Tidak boleh cakap macam itu ya.
Puan Teo Nie Ching
Now, saya baca jawapan bertulis daripada Lembaga Peperiksaan. Kalau hendak cabar ini, saya boleh baca.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, soalan tambahan.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Sekarang tidak boleh mengambil SPM kali pertama, enam subjek mesti ambil. Itu wajib tanya sekolah. Semua tahu, pengetua tahu.
Puan Teo Nie Ching
Boleh memohon kebenaran mendaftarkan untuk kelas bahasa Malaysia tunggal peperiksaan SPM daripada Pengarah Peperiksaan. Itu jawapan.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan tambahan kedua di sebelah kanan. Tidak ada.
Soalan tambahan kedua di sebelah kiri. Silakan. Tidak ada juga.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Paya Besar, silakan.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak beralih berkaitan UEC sebentar tadi. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri yang bijak pandai ini, adakah subjek Bahasa Melayu lulus, sijil SPM. Bermakna dia tak perlu ambil sijil SPM, enam mata pelajaran itu, bermakna lulus Sejarah dan lulus Bahasa Melayu untuk membolehkan dapat sijil SPM atau hanya ambil satu subjek sahaja. Itu yang diberitahu dalam UEC. Tapi apa yang fahaman masyarakat di luar sana, maknanya ambil dapat sijil SPM dengan kelulusan bahasa Melayu.
Puan Teo Nie Ching
Saya kurang pasti tentang apa yang ditanya oleh Ahli Yang Berhormat Paya Besar tetapi apa yang saya hendak jelaskan di sini bahawa kalau dapat kelulusan daripada Pengarah Peperiksaan, memang setakat ini walaupun kali pertama menduduki SPM, seseorang calon boleh mengambil satu kertas sahaja iaitu Bahasa Malaysia. Itu jawapan saya kepada Ahli Yang Berhormat Paya Besar kerana saya kurang pasti apa yang sebenarnya hendak ditanya.
11. Puan June Leow Hsiad Hui [Hulu Selangor] minta Menteri Kesihatan menyatakan senarai klinik-klinik kerajaan yang terletak dalam lingkungan 3km daripada kampung- kampung Orang Asli di Hulu Selangor serta rancangan untuk membina klinik baru bagi kampung Orang Asli di Hulu Selangor.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dr. Lee Boon Chye
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. untuk makluman, terdapat 16 buah perkampungan Orang Asli di Daerah Hulu Selangor. Dari jumlah tersebut, terdapat sebanyak 3 buah perkampungan Orang Asli yang terletak dalam lingkungan 3 kilometer dari klinik kerajaan iaitu Perkampungan Orang Asli Tun Razak dan Perkampungan Orang Asli Kolam Air ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, Kuala Kubu Baru dan Perkampungan Orang Asli Cangkat Bintang ke Klinik Desa Kuala Slim, Perak.
Pada masa yang sama, Kementerian Kesihatan Malaysia turut menyediakan perkhidmatan klinik bergerak ke 13 buah perkampungan Orang Asli di Hulu Selangor dan klinik bergerak ini menawarkan perkhidmatan pesakit luar dan penjagaan klinik kesihatan ibu dan anak dengan kekerapan lawatan sekurang-kurangnya setiap 4 minggu sekali.
Sebagai kesimpulan, perkhidmatan sedia ada masih dapat menampung keperluan Orang Asli di Hulu Selangor. Susulan itu buat masa ini belum ada keperluan untuk membina klinik kesihatan di perkampungan Orang Asli di sana. Sekian, terima kasih.
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri jawapan dan soalan itu. Soalan tambahan saya, adalah kita difahamkan kawasan perkampungan Orang Asli ini memang dalam pedalaman. Jadi adakah kerajaan, kementerian melihat balik kepada perkhidmatan terutamanya di kawasan yang pedalaman, yang kurangnya kemudahan asas itu supaya klinik bergerak mobil ini berjadual untuk memastikan kemudahan ataupun memastikan perkampungan Orang Asli mendapat perkhidmatan kesihatan yang sewajarnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Lee Boon Chye
Terima kasih atas soalan tambahan tersebut. Memang kementerian selalu menjaga kebajikan Orang Asli di kawasan pedalaman. Akan tetapi kita
Dr. Lee Boon Chye
juga mempertimbangkan dari segi kos dan keberkesanan. Untuk kita adakan klinik kesihatan yang paling basic sekali adalah klinik kesihatan jenis 7. Ini memerlukan kos pembinaan RM5.5 juta dan biasanya klinik tersebut digunakan untuk penduduk antara ‘3000’ orang hingga 5000 orang penduduk.
Untuk Hulu Selangor, perkampungan yang paling ramai sekali adalah Bukit Mancung di mana penduduk Orang Asli di situ adalah sekadar 712 orang sahaja. Jadi nampak tidak ada kepadatan yang ada di kalangan perkampungan Orang Asli asal yang memerlukan perkhidmatan klinik kesihatan. Walau bagaimanapun, klinik bergerak terus memberi perkhidmatan kepada golongan orang asal di situ.
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan saya ialah berkaitan dengan klinik-klinik yang diadakan di kampung Orang Asli dan di kawasan saya Tenggara pun ada tiga penempatan Orang Asli. Cuma yang menjadi persoalan saya ialah Yang Berhormat Menteri kena jawab sama ada Kementerian Kesihatan sedar terdapat beberapa NGO yang berpaksikan kesihatan masuk ke kawasan Orang Asli dan mereka sebenarnya sama ada memberi rawatan ataupun mereka mengambil kesempatan untuk menjadikan Orang Asli sebagai sampel-sampel mereka dalam menjual produk-produk ataupun perkara yang berkaitan dengan kehidupan yang ada kaitan dengan kesihatan mereka. Hendak tahu itu sahaja.
Dr. Lee Boon Chye
Terima kasih Yang Berhormat Tenggara atas soalan tambahan.
Memang kita ambil perhatian bahawa ada NGO-NGO yang memberi perkhidmatan secara sukarela di kalangan orang asal dan ada yang memberi kemudahan dari segi rawatan pesakit luar dan sebagainya.
Biasanya golongan-golongan tersebut terdiri daripada persatuan-persatuan doktor ataupun NGO-NGO yang lain. Berkenaan dengan penjualan produk-produk kepada orang asal, saya belum terima apa-apa maklumat tetapi saya rasa ini mungkin bukan masalah yang besar. Oleh sebab dari segi pasaran, saya rasa itu bukan satu pasaran yang utama untuk mereka hendak jual produk-produk di kalangan orang asal. Akan tetapi sekiranya ada maklumat yang dalam bidang kuasa Kementerian Kesihatan, kita bersedia untuk siasat dan ambil tindakan selanjutnya. Sekian.
12. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau] minta Menteri Pengangkutan menyatakan tentang kesahihan penambahan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) di lebuh raya. Jika ada, berapakah jumlah kamera AWAS yang ditambah dan kos yang terlibat bagi pelaksanaannya.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Dato’ Kamarudin Jaffar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Kuala Krau yang bertanyakan tentang kesahihan penambahan kamera AWAS.
Jawapannya Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat ialah bahawa sehingga kini, tiada terdapat sebarang pertambahan atau pemasangan baharu kamera AWAS. Semua unit kamera sedia ada adalah merupakan kamera yang telah dipasang di bawah kontrak terdahulu di antara kerajaan terdahulu dan dua syarikat yang terlibat.
Kedua-dua kontrak telah luput dalam bulan Ogos dan September 2018 yang lepas.
Susulan itu, kerajaan menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengambil alih pengurusan dan pengoperasian sistem penguatkuasaan AWAS iaitu mulai 1 September 2018. Setakat semasa, terdapat 45 kamera AWAS telah beroperasi iaitu 29 kamera had laju dan 16 kamera lampu isyarat seperti pecahan negeri-negeri seperti berikut;
| Negeri | Jumlah | |||
|---|---|---|---|---|
| Johor | 4 | |||
| Melaka | 4 | |||
| Selangor | 4 | |||
| Kedah | 7 | |||
| Pulau Pinang | 1 | |||
| Perak | 15 | |||
| Negeri Sembilan | 2 | |||
| Terengganu | 2 | Kelantan | 2 |
Timbalan Menteri Pengangkutan - Dato’ Kamarudin Jaffar
| Wilayah Persekutuan | 1 | |||
|---|---|---|---|---|
| Wilayah Persekutuan Putrajaya | 1 | |||
| Pahang | Tiada | Perlis | Tiada |
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Alhamdulillah Pahang tidak ada kamera AWAS. Cuma, soalan saya adakah kerajaan memikirkan untuk menimbangkan kepada golongan berpendapatan rendah B40 yang kita ada senarai di bawah mana-mana kementerian untuk mengurangkan kadar denda AWAS ini oleh kerana kesempitan kehidupan mereka. Kalau ada perkara-perkara emergency yang kita terpaksa laju, isteri hendak bersalin, kita ‘hendak melepas’. Jadi kalau macam itu, apa caranya hendak kita buktikan. Ini soalan nampak lucu tetapi memang ada pengguna jalan raya tiba-tiba dia sakit perut dan dia hendak melepas, terpaksa laju. Akan tetapi, oleh kerana AWAS terbuang pula dalam kereta. Terima kasih.
Dato’ Kamarudin Jaffar
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Tentang pengurangan saman, saya merujuk kepada jawapan yang telah pun diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan minggu lepas saya rasa dalam ketidakhadiran saya ialah bahawa pada dasarnya pengurangan saman ini tidak dapat kita lakukan memandangkan beberapa sebab untuk memastikan bahawa disiplin di jalan raya, untuk memastikan keselamatan daripada maut kerana kemalangan dan untuk memastikan bahawa tiada sikap dengan melengah-lengahkan pembayaran kemungkinan dikurangkan akan datang. Oleh itu, sikap, attitude untuk membayar itu akan menjadi lemah. Itu bahagian pertama.
Bahagian kedua, saya fikir dalam kes-kes darurat seperti Yang Berhormat sebutkan, sudah tentu kami memahaminya dan menghormatinya. Akan tetapi saya rasa apabila proses yang dilakukan itu berjalan, ia sudah tentu akan dapat diselesaikan. Apabila akhirnya, saman dan terpaksa ke mahkamah. Jawapan-jawapan yang seperti itu sudah tentu diambil kira oleh hakim-hakim Majistret yang bijaksana untuk memastikan bahawa tindakan sebagaimana yang kita lakukan tidak terkena kepada orang-orang seperti ini. Terima kasih.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya ialah bagaimanakah kerajaan untuk mengukur keberkesanan pelaksanaan AWAS ini di lebuh raya bagi mengurangkan kemalangan maut di kalangan pemandu.
Soalan yang kedua, berapakah jumlah mereka yang telah disaman dan berapakah yang telah didakwa dan jumlah kutipan pendakwaan yang telah dilakukan.
Dato’ Kamarudin Jaffar
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Secara ringkasnya, dari segi analisis yang dilakukan oleh jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pengangkutan iaitu khususnya MIROS yang menyelidik tentang keselamatan jalan raya, didapati bahawa mengikut laporan mereka menunjukkan pengurangan 25 peratus kes kemalangan di lokasi- lokasi yang mana kamera itu dipasang pada tahun 2018 berbanding dengan sebelum ia dipasang.
Jadi jawapan mudahnya, ada kesan yang positif, pengurangan 25 peratus. Dari segi jumlah-jumlah saman yang dikeluarkan semenjak ia dimulakan September 2018 hingga - dalam kiraan kita daripada 1 September 2018 sehingga 4 April 2019 ada sejumlah 153,688 saman yang dikeluarkan dan jumlah yang dibayar ialah 18,167 orang. Jumlah kutipan sehingga kini RM5,277,900. Terima kasih.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Berdasarkan jawapan Yang Berhormat Menteri pada minggu lepas, hampir 90 peratus mereka yang disaman ini tidak membayar saman tersebut dan data yang kita ada apabila kerajaan membuat tawaran untuk yang kena saman ini, kita dapati ribuan, puluh ribu yang datang membayar saman tersebut.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Maka saya fikir, apakah pihak kerajaan tidak bercadang untuk mengekalkan polisi tersebut? Ini kerana apabila 90 peratus tidak bayar saman, tiada makna saman yang dibuat dan apabila kerajaan offer, ternyata mereka datang membayar kerana masalah sebagaimana yang disebut tadi ialah masalah kewangan yang ditanggung oleh rakyat yang mereka mengambil kesempatan terhadap waktu pengurangan ataupun diskaun yang diberi. Terima kasih.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Dato' Kamarudin Jaffar
Terima kasih Yang Berhormat sahabat saya, Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya boleh laporkan bahawa, pendirian tentang pengurangan saman ini di bincang oleh pihak Kementerian Pengangkutan dan juga pihak PDRM. Saya dapat laporkan bahawa keputusan bersama ialah kita akan selaraskan isu itu sebagaimana yang difikirkan terbaik untuk hal seperti ini.
Akan tetapi keduanya, jawapan tentang saman ini, ia tidak berakhir dengan mereka tidak membayar saman, proses seterusnya akan berjalan dan ia akan berakhir di peringkat mahkamah yang mana juga ia tidak dilaksanakan oleh yang kena saman ini, proses menyenaraihitamkan nama-nama mereka akan dilakukan dan kita harap dengan proses tersebut ia akhirnya akan membawa disiplin kepada pemandu-pemandu. Terima kasih.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan mengenai pengenaan Levi Pelepasan ke atas orang yang meninggalkan Malaysia dan bagi perkara yang berkaitan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
11.32 tgh.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Dato' Kamarudin Jaffar
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai di bahas dan diputuskan Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) 2019, Rang Undang-undang Eksais (Pindaan) 2019, Rang Undang-undang Zon Bebas (Pindaan) 2019, Rang Undang-undang Cukai Jualan
(Pindaan) 2019 dan Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan
(Pindaan) 2019 iaitu di nombor satu hingga nombor lima seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 9 April 2019”.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Mahfuz bin Haji Omar
Saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu Yang Berhormat. Saya telah menerima surat daripada Yang Berhormat Speaker mengenai Usul Peraturan Mesyuarat 18(1) iaitu usul Malaysia menarik semula penyertaan Malaysia selaku ahli Statut Rom. Saya akur dengan keputusan Yang Berhormat menolak usul ini kerana pihak kerajaan telah pun mengumumkan menarik balik penyertaan Malaysia ke Statut Rom ini.
[Dewan tepuk]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Saya ingin, saya bagi pihak rakan pembangkang ingin mengalu-alukan keputusan kerajaan bagi menarik balik atau membatalkan ratifikasi Statut Rom ini. Cuma Yang Berhormat, oleh sebab isu ini isu yang amat penting yang dibincangkan oleh rakyat secara keseluruhannya, malah di dalam Parlimen pun sewaktu membahaskan dasar Kementerian Luar Negeri dan juga peringkat Jawatankuasa Kementerian Luar Negeri kita membincangkan secara serius isu ini dan mendapat jawapan, pelbagai jawapan daripada pihak Yang Berhormat Menteri.
Maka saya mencadangkan supaya pihak kerajaan mengumumkan penarikan balik itu di dalam Parlimen ini. Mungkin secara penyataan Yang Berhormat Menteri ataupun ministerial statement, tidak ada perbahasan tetapi diumumkan di dalam Parlimen ini supaya dapat kita rekodkan kerana ini merupakan isu penting. Keduanya, dapat diperjelaskan secara terperinci mengenai penarikan ini kerana pelbagai spekulasi dan pelbagai pandangan yang dikemukakan oleh rakyat.
Kita tahu penarikan di bawah artikel 127, Statut Rom dan artikel ini telah pun dibahaskan secara terbuka oleh rakyat. Ada yang mengatakan bahawa penarikan mesti dibuat sebelum 1 Jun 2019 kerana selepas 1 Jun 2019, semua yang berkaitan dengan akta ini akan dikuatkuasakan. Ada yang mengatakan bahawa walaupun telah ditarik balik tetapi berkuat kuasa juga selama satu tahun. Ini kerana Filipina, apabila menarik balik pada 17 Mac 2018, ia terus berkuat kuasa sehingga 17 Mac 2019. Jadi, pelbagai kekeliruan di kalangan rakyat terutamanya tentang kuat kuasa Statut Rom ini.
Jadi, sebab itulah pihak kita berpandangan, pihak pembangkang berpandangan oleh sebab ia isu yang sangat penting, maka pengumuman mesti dibuat di dalam Parlimen dan yang keduanya mesti diperjelaskan bila submission akan dibuat, apa kesan dia kepada – dari segi penguatkuasaan akta Statute Rome ini kepada negara kita dan sebagainya. Jadi, kalau boleh Tuan Yang di-Pertua membuat petua dan membuat ruling, maka kita amat berterima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya hendak membuat ruling di bawah peraturan berapa?
Ini bukan sesuatu yang membuatkan ruling daripada Speaker. Speaker punya ruling ialah perkara ini sudah pun diselesaikan dan oleh itu tidak ada hal perkara di bawah Aturan 18 yang perlu disegerakan, sebab itu saya menolak.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Kita Tuan Yang di-Pertua, saya tidak argue dari segi penolakan ini. Kita pun sudah setuju dengan penolakan, cuma cadangan supaya pihak kerajaan membuat pengumuman ini di dalam Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, kita teruskan. Rang undang-undang Kastam (Pindaan), silakan Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan...
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Apa keputusannya?
Tuan Yang di-Pertua
Sudah telah direkodkan apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat. Biar pihak kerajaan menjawab. Saya tidak perlu membuat apa-apa ruling.
Silakan.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Kastam 1967 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, Rang undang-undang Kastam (Pindaan) 2019, yang dicadangkan adalah bagi meminda Akta Kastam 1967 iaitu Akta 235 dengan tujuan untuk menambah baik peruntukan sedia ada terutamanya berhubung sistem dan prosedur yang diguna pakai oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia di samping menjadikan perundangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia lebih konsisten dengan perundangan yang terkini selaras dengan perjanjian perdagangan bebas di peringkat antarabangsa.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Selain itu pindaan juga dibuat bagi memasukkan peruntukan baharu berkaitan Pulau Pangkor sebagai Pulau Bebas Cukai. Seperti mana yang telah diumumkan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2019 pada 2 November 2018. Selain itu, pindaan ke atas akta ini turut bertujuan untuk memantapkan lagi pentadbiran kastam, meningkatkan prosedur pembayaran duti dan cukai, memperjelaskan tanggungjawab menyimpan rekod barang, pergerakan barang melalui transit dan transshipment, penghantaran money fast, penggudangan barang yang diimport dan pelepasan kastam serta memperuntukkan pelesenan bagi pangkalan bekalan petroleum dan perkara-perkara berkaitan asal barang, preferential dan non- preferential tariff treatment di samping meningkatkan penguatkuasaan pegawai kastam serta meningkatkan amaun penalti bagi pelbagai kesalahan di bawah akta.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menghuraikan setiap fasal dalam Rang undang-undang Kastam (Pindaan) 2019. Rang undang-undang ini mempunyai 125 fasal seperti berikut:-
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan; Fasal 2 bertujuan memindah seksyen 2 untuk mengadakan takrif baharu bagi 19 terma baharu dan sedia ada seperti “customs agent”, “customs clearance”, “declaration of origin”, “sales tax”, “service tax”, “non-preferential certificate of origin”, “origin of goods”, “free zone” dan “principal customs area”. Fasal 3 bertujuan meminda seksyen 3 bagi memperuntukkan Timbalan Ketua Pengarah, Penolong Ketua Pengarah, Pengarah, Timbalan Pengarah, Penolong Kanan Pengarah dan Penolong Pengarah mempunyai kuasa yang diberi kepada Ketua Pengarah selain kuasa di bawah seksyen 10F, 13B, 22 dan 145.
Fasal 4 bertujuan menggantikan seksyen 8 untuk tidak membenarkan Pegawai Daerah atau Penolong Pegawai Daerah melaksanakan kuasa pegawai kanan kastam dan menjelaskan kuasa pegawai polis adalah berkaitan dengan pemeriksaan, penyiasatan, carian, rampasan dan penangkapan sahaja.
Fasal 5 bertujuan meminda Bahagian IIA dengan memasukkan perkataan “AND PUBLIC RULING” selepas perkataan “CUSTOMS RULING”.
Fasal 6 bertujuan meminda seksyen 10A bagi memperuntukkan mana-mana orang boleh memohon suatu ketetapan kastam berkenaan asal barang kepada Ketua Pengarah.
Fasal 7 untuk memasukkan seksyen baharu 10F bagi memberi kuasa kepada Ketua Pengarah membuat ketetapan am berkenaan dengan pemakaian akta;.
Fasal 8 untuk memasukkan seksyen baharu 11A yang menyediakan peruntukan bagi barang bona fide dalam transit termasuk barang untuk transhipment tidak boleh dianggap sebagai diimport bagi maksud mengenakan duti kastam.
Fasal 9 bertujuan meminda seksyen 14A bagi menomborkan semula peruntukan yang memberi kuasa kepada Menteri untuk meremitkan penalti atau surcaj di bawah seksyen 14A(1) dan memasukkan subseksyen baharu 14A(2) mengenai kelayakan untuk bayaran balik duti kastam, penalti, surcaj atau fi lain yang diremitkan.
Fasal 10 untuk meminda seksyen 16 memperuntukkan bahawa tuntutan bayaran balik duti kastam yang telah dibayar tidak dibenarkan melainkan tuntutan telah dibuat dalam tempoh setahun daripada tarikh keputusan klasifikasi, penilaian, verifikasi asal atau semakan semula atau rayuan telah diberitahu kepada penuntut.
Fasal 11 bertujuan meminda seksyen 17 berhubung dengan barang di bawah kawalan kastam yang dimiliki oleh orang yang bertanggungan untuk membayar amaun terhutang hendaklah dilucut hak kepada kerajaan dan di lupus dalam keadaan yang Ketua Pengarah boleh arahkan.
Fasal 12 untuk meminda seksyen 17A yang membenarkan Ketua Pengarah untuk mengeluarkan suatu perakuan kepada Ketua Pengarah Imigresen yang meminta seseorang itu dicegah daripada meninggalkan Malaysia melainkan jika dan sehingga membayar semua duti, penalti, surcaj atau wang lain yang kena dibayar.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Fasal 13 bertujuan meminda seksyen 17B yang memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk membenarkan bayaran duti kastam, surcaj, penalti, fi atau wang lain secara ansuran.
Fasal 14 untuk meminda seksyen 18 berhubung kuasa Ketua Pengarah untuk meremitkan duti kastam apabila barang berduti telah diimport adalah rosak, musnah atau hilang disebabkan kemalangan yang tidak dapat dielakkan selepas tiba di Malaysia atau sebelum dialihkan daripada kawalan kastam.
Fasal 15 untuk meminda seksyen 22B berhubung peruntukan untuk mendapatkan semula duti kastam, penalti, surcaj, fi atau wang lain boleh dibayar sebagai hutang sivil yang terhutang kepada Kerajaan Malaysia.
Fasal 16 untuk meminda seksyen 22C berhubung tanggungjawab secara bersama dan berasingan pengarah syarikat atau rakan kongsi firma atau ahli kelab, persatuan atau badan lain terhadap duti kastam, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar.
Fasal 17 dan 18 untuk meminda seksyen 24 dan 29 bagi membenarkan barang yang diimport dan dieksport melalui udara untuk perlepasan di lapangan terbang kastam.
Fasal 19 bertujuan memasukkan subseksyen baharu 29A mengenai peruntukkan bagi pengimportan dan pengeksportan dagangan melalui saluran paip.
Fasal 20 bertujuan memasukkan subseksyen baharu 29B untuk melarangkan dagangan daripada diimport atau dieksport dengan cara lain kecuali yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.
Fasal 21 untuk menggantikan seksyen 34 yang memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk mengenakan sejumlah jaminan bagi menentukan bayaran duti kastam yang kena dibayar oleh orang kena cukai.
Fasal 22 bertujuan untuk memperkenalkan bahagian baharu iaitu IVA yang khusus untuk memperjelaskan prosedur berkaitan transit dan transhipment.
Fasal 23 bertujuan memindah subseksyen 36(3) untuk meningkatkan penalti bagi kesalahan gagal melaporkan ketibaan kapal atau gagal memberikan maklumat atau dokumen di bawah subseksyen 36(1). Denda dinaikkan daripada tidak melebihi RM1,000 kepada tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Fasal 24 untuk meminda subseksyen 37(3) untuk meningkatkan penalti bagi kesalahan pelepasan atau percubaan untuk berlepas daripada pelabuhan kastam tanpa pelepasan pelabuhan di bawah subseksyen 37(1). Denda dinaikkan daripada tidak melebihi RM1,000 kepada tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua- duanya; Fasal 25— banyak lagi ni Tuan Yang di-Pertua
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Silakan, teruskan.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Fasal 25, saya hendak minta izin minum air.
Fasal 25 bertujuan meminda subseksyen 38(1) supaya nakhoda atau agen kapal yang berlepas daripada pelabuhan kastam tidak lagi perlu berjumpa pegawai kastam untuk memberikan maklumat berkaitan kapal, kargo, kru dan penumpang perjalanan.
Fasal 26 bertujuan meminda subseksyen 44(3) untuk meningkatkan penalti bagi kesalahan berkenaan kapal yang dijumpai tanpa alasan munasabah dalam perairan wilayah tanpa pelepasan untuk pelabuhan kastam di Malaysia atau tanpa manifes yang sepatutnya.
Denda tidak melebihi RM2,000 dan penjara tidak melebihi 12 bulan dinaikkan kepada denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Fasal 27 untuk memperkenalkan subseksyen baharu 48(4) berhubung penalti bagi kesalahan membuka atau memecah masuk kapal tanpa kebenaran pegawai kastam apabila kapal berada dalam kawasan pelabuhan kastam atau sebelum barang dihantar untuk didaratkan. Denda dikenakan tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Fasal 28 untuk memasukkan subseksyen baharu 49(4) berhubungan dengan penalti bagi kesalahan membawa barang berduti atau barang yang dilarang tanpa kebenaran Ketua Pengarah. Denda dikenakan tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Fasal 29 bertujuan menggantikan seksyen 52 bagi mengehendaki nakhoda atau ejen kapal yang tiba di pelabuhan kastam untuk memberikan manifes yang benar dan lengkap bagi keseluruhan kargo kapal dalam tempoh tidak kurang 24 jam sebelum ketibaan kapal atau tempoh masa lain yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah.
Fasal 30 bertujuan untuk memotong seksyen 53.
Fasal 31 bertujuan menggantikan seksyen 54 berhubung peruntukan untuk nakhoda atau ejen kapal mengikrarkan senarai lengkap kargo tanpa perlu hadir sendiri ke pejabat kastam dan bagi melarang kargo daripada mendarat atau dihantar kepada pengimport atau ejennya kecuali dengan kebenaran pegawai kastam.
Fasal 32 bertujuan meminda seksyen 55 untuk mengurangkan tempoh masa bagi nakhoda atau ejen kapal untuk mengemukakan certified statement bagi kargo outturn daripada dua bulan kepada satu bulan.
Fasal 33 bertujuan menggantikan seksyen 56 berhubung peruntukan bagi mengehendaki juruterbang atau ejen kapal terbang yang tiba di pelabuhan kastam atau lapangan terbang kastam untuk mengemukakan manifes yang lengkap dan benar bagi keseluruhan kargo dalam tempoh tidak kurang dua jam sebelum pendaratan kapal terbang atau mengikut tempoh lain yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Fasal 34 untuk meminda seksyen 57 yang mengehendaki pemunya atau ejen kapal terbang untuk mengemukakan manifes yang betul tidak kurang 24 jam sebelum pelepasan kapal atau tempoh lain yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah. Pada masa kini, manifes perlu dikemukakan dalam masa tujuh hari selepas pelepasan kapal; Fasal 35 bertujuan meminda seksyen 58 bagi memperuntukkan nakhoda kapal bahtera tempatan yang meninggalkan pelabuhan kastam untuk mengikrarkan semua kargo yang dibawa tanpa perlu hadir sendiri ke pejabat kastam dan bagi menghalang kargo daripada dipunggah ke dalam bahtera kecuali dengan kebenaran pegawai kastam.
Fasal 36 bertujuan meminda seksyen 59 bagi memperuntukkan juruterbang kapal yang meninggalkan lapangan terbang kastam untuk mengemukakan manifes yang betul tidak kurang dua jam sebelum pelepasan kapal terbang atau tempoh masa lain yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Fasal 37 bertujuan untuk meminda seksyen 60 bagi memperuntukkan station master di tempat pengimportan atau pengeksportan barang melalui landasan kereta api untuk mengemukakan invois atau waybills berkenaan barang tersebut.
Fasal 38 bertujuan meminda seksyen 65 berhubung kuasa Ketua Pengarah memberi lesen penggudangan barang dan membenarkan barang untuk disimpan dalam gudang berlesen.
Fasal 39 bertujuan meminda seksyen 65A yang memperuntukkan lesen berasingan untuk menjalankan proses pengilangan dan operasi lain berkenaan barang yang tertakluk kepada duti kastam dan apa-apa barang yang lain.
Fasal 40 bertujuan memasukkan subseksyen baharu 65AA, 65AB dan 65AC bagi memperuntukkan layanan duti kastam ke atas bahan dan sisa buangan hasil daripada aktiviti penggudangan; Fasal 41 bertujuan meminda seksyen 65B bagi menjelaskan bahawa syarikat yang telah diluluskan untuk penggulungan adalah sebuah syarikat yang dilesenkan di bawah Bahagian VIII (Penggudangan) dan bukan hanya pengilang berlesen.
Fasal 42 bertujuan untuk meminda seksyen 65C bagi menjelaskan bahawa receiver yang telah dilantik di bawah subseksyen 65C(1) sebagai receiver harta berlesen di bawah Bahagian VIII (Penggudangan) dan bukan hanya receiver harta pengilang berlesen.
Fasal 43 dan 44 bertujuan meminda subseksyen 65D(1) dan 65E(1) bagi membenarkan Ketua Pengarah untuk membatalkan lesen operasi kedai bebas cukai dan lesen operasi inland clearance depot.
Fasal 45 bertujuan memasukkan seksyen baharu 65F yang memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk meluluskan gudang berlesen atau tempat lain untuk mendepositkan barang berduti serta kuasa untuk menarik balik, menggantung atau membatalkan kelulusan tersebut.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Fasal 46 bertujuan menggantikan seksyen 66 yang memperuntukkan barang selain barang terlarang boleh dimasukkan ke dalam gudang kastam atau gudang berlesen atau tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah kecuali duti kastam telah dibayar, barang telah diluluskan bagi pergerakan transit atau transshipment, barang di import melalui pos jalan raya atau laut dan barang yang merupakan personal effects. Fasal 47 bertujuan meminda seksyen 68 untuk membenarkan pegawai kastam mengarahkan supaya barang atau bungkusan dibuka, ditimbang atau diperiksa.
Fasal 48 bertujuan meminda subseksyen 74(7) yang memberi pilihan kaedah pelupusan barang secara jualan lelongan dengan kehadiran pegawai kastam atau melalui cara elektronik seperti yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Fasal 49 bertujuan meminda seksyen 75 berhubung larangan pemindahan barang berduti daripada kawalan kastam kecuali bagi tujuan transit ke dalam gudang kastam, gudang berlesen atau tempat lain yang diluluskan Ketua Pengarah atau petroleum supply base.
Fasal 50 bertujuan untuk memotong seksyen 76 yang digubal semula sebagai seksyen 35I di bawah cadangan Bahagian IVA iaitu transit dan transshipment.
Fasal 51 bertujuan memperkenalkan Bahagian baharu VIIIA iaitu pangkalan bekalan petroleum yang memperuntukkan takrif bagi “licensee” dan “petroleum supply base” dan memberi kuasa Ketua Pengarah untuk mengeluarkan lesen kepada mana-mana orang untuk mengurus, mentadbir dan menjalankan aktiviti dalam petroleum supply base. Fasal 53 bertujuan menggantikan seksyen 78 untuk mengadakan peruntukan bagi tempoh masa membuat pengisytiharan ke atas pengimportan barang berduti kepada pegawai kastam.
Fasal 54 bertujuan memasukkan seksyen baharu 78A, 78B dan 78C yang memperuntukkan tempoh masa bagi pembayaran duti kastam dan caj lain oleh pengimport barang dan membenarkan pengimport untuk membuat pengisytiharan kepada pegawai kastam sebelum ketibaan barang.
Fasal 55 bertujuan untuk meminda seksyen 79 bagi memotong peruntukan berhubung pengisytiharan sementara memandangkan peruntukan ini digubal semula di bawah seksyen 87A.
Fasal 56 bertujuan meminda seksyen 80 dengan memotong proviso kepada subseksyen 80(1) untuk tidak lagi membenarkan pengeksportan barang tanpa membayar duti kastam terlebih dahulu.
Fasal 57 bertujuan meminda seksyen 87 berhubung keperluan untuk memberi satu akuan penuh dan benar tentang nombor dan perihal bungkusan, keterangan, berat, ukuran atau kuantiti, nilai barang dan negara asal barang.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Fasal 58, bertujuan menggantikan seksyen 87A bagi memberikan kuasa kepada Pegawai Kastam untuk membenarkan pengisytiharan sementara dibuat berhubung barang yang diimport atau dieksport. Pengisytiharan sementara tidak dibenarkan jika barang itu tertakluk kepada larangan.
Fasal 59, bertujuan memasukkan seksyen baharu 88A, dan 88B, yang memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk meluluskan penangguhan bayaran duti kastam.
Fasal 60, bertujuan memotong seksyen 91A yang digubal semula sebagai seksyen 35G, dalam fasal 22.
Fasal 61, bertujuan meminda seksyen 92 untuk mengehendaki setiap pengisytiharan yang dibuat di bawah Bahagian IX- Pengisytiharan Barang, dibuat dalam bilangan salinan yang diarahkan oleh Pegawai Kastam.
Fasal 63, bertujuan meminda seksyen 93 untuk meningkatkan nilai minimum tuntutan tarik balik duti kastam daripada RM50 kepada RM200 dan mengurangkan tempoh tuntutan tarik balik daripada 12 bulan kepada tiga bulan daripada tarikh duti dibayar bagi barang untuk tujuan dieksport semula.
Fasal 65, bertujuan memotong seksyen 95.
Fasal 68, bertujuan memasukkan seksyen baharu 99A yang memperuntukkan jikalau tarik balik atau pulang balik duti kastam kepada orang yang telah gagal membayar
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
duti kastam dan lain-lain, Ketua Pengarah boleh mengimbangi jumlah tarik balik atau pulang balik terhadap amaun yang orang itu gagal membayar.
Fasal 69, bertujuan memperkenalkan bahagian baharu XA yang menjelaskan tentang tempat asal barang, layanan takrif berkeutamaan, dan bukan berkeutamaan. Menteri boleh, selepas berunding dengan Menteri yang dipertanggungjawab untuk perdagangan antarabangsa dan industri, bagi melantik mana-mana agensi kerajaan sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan sijil tempat asal berkeutamaan, dan bukan berkeutamaan.
Fasal 70, bertujuan menggantikan seksyen 100A untuk mengehendaki setiap orang menyimpan rekod terkini mengenai semua urus niaga yang menyentuh atau boleh menyentuh kewajipannya dalam apa-apa perkara di bawah Akta.
Fasal 71, bertujuan memasukkan seksyen baharu 100B berhubung kuasa Pegawai Kastam untuk mengehendaki mana-mana orang memberi terjemahan dalam Bahasa Kebangsaan atau bahasa Inggeris jika barang, rekod, laporan atau dokumen itu dalam bahasa selain Bahasa Kebangsaan atau bahasa Inggeris.
Fasal 73, bertujuan memperkenalkan seksyen baharu 102A yang mengehendaki nakhoda kapal, juruterbang kapal terbang, atau ejen kapal untuk mengemukakan senarai yang betul dan lengkap berkenaan penumpang dan krew dalam tempoh masa tertentu, apabila tiba atau berlepas daripada lapangan terbang kastam, pelabuhan kastam atau pintu masuk ataupun keluar.
Fasal 74, bertujuan untuk meminda subseksyen 103(2) untuk membenarkan bagasi mana-mana orang untuk diperiksa dan dihantar mengikut cara yang boleh diarahkan oleh Ketua Pengarah.
Fasal 75, bertujuan meminda subseksyen 104(2) yang mengehendaki Pegawai Kastam memberikan resit ke atas sampel barang yang diambil.
Fasal 76, bertujuan memasukkan subseksyen baharu iaitu 105(2) yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya, bagi kesalahan membungkus barang berduti mengikut apa-apa cara dengan tujuan untuk menipu Pegawai Kastam.
Fasal 77, bertujuan untuk meminda seksyen 106A yang memberi kuasa kepada Pegawai Kastam untuk mendapatkan akses ke atas tempat atau premis di mana pengimport, pengeksport atau pengilang menjalankan perniagaannya dan mana-mana orang yang mempunyai urusan dengan pengimport, pengeksport, pengilang atau mana-mana orang lain yang menjalankan perniagaannya.
Fasal 78, bertujuan untuk meminda seksyen 107 bagi memberikan kuasa kepada Majistret untuk mengeluarkan waran geledah berkaitan apa-apa conveyance, premis atau tempat jika terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa apa-apa barang terlarang, atau lain-lain adalah terlindung atau dimasukkan ke dalam conveyance, premis atau tempat.
Fasal 79, bertujuan meminda seksyen 108 yang memberi kuasa kepada Pegawai Kastam untuk mencari conveyance, premis atau tempat tanpa waran sekiranya dipercayai terdapat barang yang dilarang.
Fasal 80, bertujuan meminda seksyen 110 yang memberikan kuasa kepada Pegawai Kastam untuk menggeledah tanpa waran apa-apa vessel, pesawat udara, tempat pendaratan, dermaga, jeti, pemasangan pelabuhan, atau kereta api, atau tempat di mana barang itu disimpan.
Fasal 81, bertujuan meminda seksyen 111A untuk meningkatkan penalti bagi kesalahan gagal mematuhi isyarat munasabah Pegawai Kastam yang mengehendaki seorang atau kenderaan berhenti. Denda tidak melebihi RM1000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya, dinaikkan kepada denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Fasal 82, bertujuan meminda seksyen 111B yang membolehkan Pegawai Kastam membuat salinan atau mengambil extract daripada maklumat yang direkodkan atau data berkomputer. Fasal ini juga memperuntukkan penalti bagi kesalahan gagal memberi akses kepada Pegawai Kastam kepada maklumat atau data berkomputer iaitu denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Fasal 83, bertujuan memasukkan seksyen baharu 111C yang memperuntukkan Pendakwa Raya memberikan kuasa kepada Pegawai Kastam untuk memintas artikel yang dihantar melalui pos, mesej atau perbualan yang dihantar atau diterima oleh mana-mana telekomunikasi.
Fasal 84, bertujuan memperkenalkan subseksyen baharu 112(2) yang membenarkan Pegawai Kastam menggunakan alat pengesan dan penjejakan, atau apa-apa bentuk bantuan lain dalam melaksanakan kewajipannya di bawah Akta.
Fasal 85, bertujuan menggantikan seksyen 113 bagi memberi kuasa kepada Pegawai Kastam mencari orang yang mendarat, sedang mendarat atau baru mendarat daripada mana-mana kapal atau pesawat udara, atau meninggalkan kapal di perairan wilayah atau pesawat, atau memasuki Malaysia melalui jalan raya, atau kereta api, dan barangan dan bagasinya.
Fasal 86, bertujuan meminda seksyen 114 bagi memansuhkan provisor kepada subseksyen 114(3) untuk menghapuskan kehendak supaya tidak memberikan notis penyitaan.
Fasal 87, bertujuan memasukkan seksyen baharu 114A yang memperuntukkan bahawa tiada seorang pun berhak kepada kos kemasukan atau penggeledahan premis, tempat atau penyangkut atau penyitaan barang, buku, rekod, dokumen atau benda atau apa- apa ganti rugi atau relief lain, melainkan jika kemasukan penggeledahan atau penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.
Fasal 88, bertujuan meminda seksyen 115 bagi memperuntukkan pemulangan barang kepada pemunya atau kepada orang yang daripada milikannya, jagaan, mengawal barang itu disita tertakluk kepada terma dan syarat yang dikenakan oleh Pegawai Kanan Kastam.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Fasal 89 bertujuan untuk meminda subseksyen 115A(1) dengan menggantikan perkataan movable property kepada goods. Minta izin minum air sedikit?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila. Ada 125 ya.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
[Ketawa] Fasal 90 bertujuan meminda seksyen 116 bagi memperuntukkan bahawa tiap-tiap orang yang ditangkap boleh dilepaskan daripada jagaan. Tertakluk kepada syarat tertentu yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah. Fasal ini juga memperkenalkan subseksyen baharu, 116(7) dan (8) yang membenarkan seorang yang ditangkap, yang menjalani hukuman penjara atau di bawah penahanan dibawa ke mana- mana tempat lain bagi maksud penyiasatan.
Fasal 92, bertujuan meminda subseksyen 119 yang memperuntukkan bahawa dalam apa-apa pendakwaan bagi mendapatkan kembali surcharge jika pertikaian timbul sama ada duti kastam telah dibayar berkenaan barang itu atau sama ada telah diimport atau dieksport dengan sah atau mengenai tempat dari mana barang itu dibawa atau barang itu dimuatkan. Maka, beban bukti hendaklah terletak kepada defendan dalam pendakwaan.
Fasal 93 bertujuan meminda seksyen 121 untuk mengadakan peruntukan bagi takrif penganalisis dan memberi Menteri kuasa selepas berunding dengan kementerian yang berkenaan untuk melantik orang berkelayakan atau kelas orang yang berkelayakan untuk menjadi penganalisis.
Fasal 94 bertujuan memperkenalkan seksyen baharu 121A dan 121B. Berhubung dengan kebolehterimaan pernyataan dan dokumen orang yang mati atau orang yang tidak dapat dikesan.
Fasal 96 bertujuan meminda seksyen 123 untuk memberikan suatu skala baharu yang terdiri daripada had baharu denda dan tempoh maksimum penjara yang dikenakan oleh mahkamah berkenaan dengan apa-apa denda yang tidak dibayar di bawah akta.
Fasal 97 bertujuan meminda seksyen 124A yang menjelaskan kewajipan kerahsiaan berhubung nombor kad pengenalan dan nombor pasport pemberi maklumat serta meningkatkan penalti bagi kesalahan mendedahkan maklumat yang berhubung dengan pemberi maklumat iaitu denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya kepada penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Fasal 98 bertujuan meminda seksyen 125A yang menjelaskan mengenai kerahsiaan maklumat dokumen atau pengisytiharan yang berhubung dengan pengimportan, pengeksportan, penilaian, klasifikasi atau penentuan asal barang.
Fasal 99 bertujuan meminda seksyen 126 yang memperuntukkan bahawa semua barang dilucut hak hendaklah dilupuskan mengikut arahan Ketua Pengarah.
Fasal 101 bertujuan meminda seksyen 128 berhubung dengan barang yang disita disifatkan telah dilucut hak jika tiada pendakwaan berkenaan dengan barang itu selepas tamat tempoh satu bulan dari tarikh notis penyitaan.
Fasal 102 bertujuan meminda seksyen 129 yang memperuntukkan bahawa Menteri boleh memerintahkan barang disita yang disifatkan telah dilucut hak untuk dihantar atau dikembalikan kepada pemunya yang berhak.
Fasal 103 bertujuan meminda seksyen 131 yang memberi kuasa kepada Pegawai Kastam untuk mengkompaun kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang dengan nilai tidak boleh melebihi 50 peratus amaun denda maksimum bagi kesalahan itu.
Fasal 104 bertujuan memasukkan seksyen baharu 131a yang memperuntukkan bahawa barang yang disita dan dalam jagaan Pegawai Kastam sementara menunggu prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan, kos memegang barang itu hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar oleh orang itu kepada kerajaan dan hendaklah didapatkan dengan sewajarnya.
Fasal 105 bertujuan memasukkan seksyen baharu 132A yang memberikan mahkamah kuasa mengenakan hukuman tambahan kepada orang yang menyebabkan kerosakan kepada harta kerajaan untuk membayar kepada Ketua Pengarah kos dan perbelanjaan untuk membaiki atau menggantikan harta tersebut.
Fasal 106 bertujuan meminda seksyen 133 yang menjadikan suatu kesalahan bagi orang yang tidak membuat perisytiharan barang yang diimport dalam borang yang ditetapkan.
Fasal 107 bertujuan meminda seksyen 135 untuk menaikkan hukuman penjara bagi kesalahan berkaitan penyeludupan rokok dan minuman keras iaitu daripada tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun kepada tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi tujuh tahun. Pindaan ini dibuat untuk menghalang penyeludupan rokok atau minuman keras yang semakin meningkat dan untuk menghalang kehilangan hasil kepada kerajaan.
Fasal 108 bertujuan memasukkan seksyen baharu 135A, 135B dan 135C yang memperuntukkan kesalahan berhubung dengan data yang disimpan dalam komputer.
Tuntutan pulang balik, tuntutan tarik balik dan penaltinya.
Fasal 110 bertujuan meminda seksyen 142 dan memasukkan perenggan baharu 142(4A) yang memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk membuat peraturan bagi mengawal pendaratan dan pemuatan barang, mengawal selia pelepasan barang di pelabuhan, kemasukan barang, penjagaan dan pengeluaran barang dari gudang atau tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah. Menetapkan syarat barang transit, mengawal selia perkara yang berhubung dengan manifest dan ejen kastam serta tempat barang.
Fasal 111 bertujuan menggantikan seksyen 143 untuk membenarkan mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan keputusan Ketua Pengarah untuk memohon semakan semula keputusan dalam tempoh 30 hari dengan syarat tiada rayuan dibuat atas keputusan sama kepada tribunal atau mahkamah.
Fasal 112 dan fasal 113 bertujuan memperkenalkan seksyen baharu 145A dan 145B mengenai perlindungan terhadap tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain berhubung dengan Pegawai Kastam, Pegawai Polis yang mempunyai kuasa Pegawai Kastam badan yang diberi kuasa dan pihak kuasa yang terlibat.
Fasal 115 bertujuan meminda seksyen 156 yang menjelaskan bahawa Labuan bukan tempat di luar Malaysia. Ini selaras dengan pindaan yang dibuat dalam subseksyen
(2)(1A) yang memperuntukkan bahawa Labuan adalah tempat di luar kawasan utama kastam.
Fasal 116 bertujuan meminda subseksyen 163 yang memperuntukkan bahawa duti Kastam ke atas barang yang disimpan dalam gudang Kastam, gudang berlesen atau tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah hendaklah dibayar pada masa itu dan mengikut apa-apa cara yang boleh ditetapkan oleh peraturan.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Fasal 118 bertujuan meminda seksyen 163C yang menjelaskan bahawa Langkawi bukan tempat di luar Malaysia. Ini selaras dengan pindaan yang dibuat dalam subseksyen
(2)(1A) yang menyatakan bahawa Langkawi adalah tempat di luar kawasan utama kastam.
Fasal 121 bertujuan meminda seksyen 163L yang menjelaskan bahawa Tioman bukan tempat di luar Malaysia. Ini selaras dengan pindaan yang dibuat dalam subseksyen 2(1A) yang menyatakan bahawa Tioman adalah tempat di luar kawasan utama kastam.
Fasal 123 bertujuan memperkenalkan bahagian baharu XIXD berkenaan peruntukan khas berkaitan dengan Pangkor.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Bahagian ini terdiri daripada Seksyen 163Q hingga 163W yang memperuntukkan definisi Pangkor sebagai tempat di luar kawasan utama Kastam serta layanan duti Kastam di Pangkor yang berhubung dengan pengimportan, pengeksportan dan pengangkutan barang.
Fasal 124 bertujuan memotong Bahagian XX yang berkaitan dengan Kapal Pencegah Singapura untuk tidak lagi memberi kuasa kepada nakhoda kapal atau orang lain yang mempunyai kuasa ke atas Kapal Pencegah Singapura untuk melaksanakan semua kuasa yang diberikan di bawah akta.
Fasal 125 bertujuan untuk menyediakan peruntukan bagi kecualian dan peralihan dan; Fasal-fasal lain yang tidak dinyatakan secara khusus adalah bersifat kecil atau consequential in nature. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ada sesiapa menyokong?
Timbalan Menteri Kesihatan - Dr. Lee Boon Chye
Saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Kastam 1967 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Saya menjemput Ahli-ahli yang ingin berbahas. Saya menjemput yang pertama, Yang Berhormat Bukit Bendera kemudian diikuti Yang Berhormat Pontian. Yang lain nanti saya akan sebutkan kemudian. Dipersilakan Yang Berhormat Bukit Bendera.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mula, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada Kelab Catur Pulau Pinang dari Universiti Utara Malaysia. Selamat datang kepada juga kepada Badan Pengawas Sekolah SMA Assaiyidah Khadijah dari Melaka.
Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk menyertai perdebatan tentang Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) 2019. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia telah menjadi anggota World Customs Organization atau dipanggil WCO pada tahun 1964. Sejajar dengan perdagangan antarabangsa yang makin rancak, maka perlulah prosedur dan perundangan Kastam disemak serta diperbaharui setiap masa.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ahli Yang Berhormat, saya nak menyebutkan tempoh masa. Saya berikan tempoh masa 10 minit seorang untuk membahaskan.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Cukup. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita imbas kembali sejarah legislatif Akta Kastam, ia berkuat kuasa pada tahun 1967 dan banyak pindaan telah dibuat sebelum ini dan pindaan terakhir ialah pada tahun 2018 iaitu tahun lalu, di Dewan Rakyat.
Saya ingin berdebat secara prinsip terhadap pindaan Akta Kastam kali ini iaitu saya ingin menyatakan bahawa Jabatan Kastam Diraja Malaysia perlu sentiasa memastikan urusan Kastam memenuhi ciri-ciri berikut;
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
(i) mencetus pertumbuhan ekonomi serta memperbaiki daya saing Malaysia dalam perniagaan antarabangsa;
(ii) menjana hasil kepada negara melalui kutipan hasil Kastam; dan
(iii) mengimbangi satu persekitaran antara perniagaan antarabangsa serta keselamatan nasional dan antarabangsa.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada perundangan ini, saya ingin menanyakan Yang Berhormat Menteri Kewangan, apakah usaha-usaha baru pihak Kastam terhadap pembaharuan daripada segi keselamatan, dokumentasi serta merancakkan perniagaan antarabangsa. Depan kita ada satu rang undang-undang tetapi saya tak tahu apakah usaha baru pihak Kastam terhadap usaha reform. Saya ambil maklum terhadap bab-bab baru dalam rang undang-undang ini antara lain transship and transshipment, petroleum supply based, origin and preferential and no preferential tariff treatment and special provision … Pangkor dan saya ucapkan tahniah Pangkor dan ini saya berikan peluang kepada Ahli Parlimen dari Perak untuk berbincang dengan lebih lanjut.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan ini dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia tentang Declaration of the Customs Co-Operation Council Concerning Good Governance and Integrity in Customs atau dipanggil Arusha Declaration yang telah diisytiharkan di Arusha, Tanzania pada tahun 1993 dan disemak tahun 2003. Dalam Arusha Declaration of The Customs Co-Operation Council Concerning Good Governance and Integrity in Customs dengan izin Tuan Yang di-Pertua, beberapa perbincangan telah dilakukan dalam pengisytiharan ini. Antara lain adalah national goals seperti collection of revenue, community protection, trade facilitation and protection of national security, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Dalam declaration ini juga, beberapa isu kritikal telah dibincangkan secara panjang lebar. Antara lain adalah penting isu kritikal untuk semua Kastam di seluruh dunia bahawa wujudnya corruption yang boleh melumpuhkan usaha Kastam. Antara contoh-contoh rasuah yang telah diutarakan dalam Arusha Declaration yang akan menyebabkan cabaran terhadap security national, revenue leakage ataupun fraud. Ketirisan ataupun fraud satu pengurangan daripada segi pelaburan antarabangsa dan juga kos perniagaan di komuniti akan meningkat.
Oleh itu kita perlu melakukan pelbagai usaha dan saya ingin bertanya, apakah usaha yang telah dilakukan, pencapaian ataupun program-program yang dirancang untuk memastikan integriti dan good governance dalam urusan Kastam.
Terdapat 10 poin ataupun 10 usul dalam Arusha Declaration ini. Antara lain berkenaan dengan transparency, berkenaan dengan reform and modernization menyatakan bahawa sekiranya kita dapat membuat perubahan atau reform dalam segala prosedur Kastam, maka ia akan mengurangkan insentif dan juga mengurangkan birokrasi kerana sekiranya terdapat birokrasi yang tinggi, maka ia akan juga membebankan kepada peniaga- peniaga maka barangkali timbullah unsur-unsur terhadap rasuah ini dan pelbagai reform dan modenisasi perlu dibuat di bawah urusan Kastam.
Saya juga ingin membangkitkan satu isu dalam rang undang-undang ini iaitu perkara 111C berkenaan dengan satu seksyen yang baru, Power to Intercept Communication. “Not withstanding the prohibition of any other written law, the Public Prosecutor may, if he considers that it likely to contain any information..” di bawah subseksyen (c) “to intercept or listen to any conversation bye any telecommunication”. Saya ingin membangkitkan tentang seksyen ini kerana ia sangat extra ordinary. Memberikan kuasa kepada Public Prosecutor untuk intercept tentang pendengaran daripada segi telefon, daripada segi e-mel, WhatsApp message. Kuasa itu untuk intercept terhadap perkara-perkara yang barangkali mendapat - Saya meminta seksyen ini dilaksanakan secara berhemat kerana kuasa besar, kuasa besar kepada Kastam tetapi juga ada unsur check and balance melalui Public Prosecutor kerana saya rasa perkara ini perlu kuasa extra ordinary dan harus dilakukan secara berhemat.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan satu isu tentang Kastam.
Masyarakat umum telah membaca pada tahun 2018, dilaporkan di media massa bahawa satu kes barang-barang kemas dari sebuah syarikat Lebanese dibawa masuk ke dalam negara oleh seorang VVIP, Datin Seri iaitu butirannya, 44 barang kemas berjumlah RM60 juta. Masih ingat tak kes itu? Kes itu tanpa deklarasi Kastam, pertama. Kedua, sama ada borang-borang pengisytiharan diisi. Ketiga, sama ada eksais duti dibayar. 44 barang kemas berjumlah RM60 juta oleh seorang VVIP, Datin Seri. Seorang isteri kepada Ahli Parlimen.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Minta Menteri memberikan satu statement tentang perkembangan lanjut bagi kes ini barang kemas di bawa masuk tanpa isytihar custom dan saya rasa minta butiran tersebut.
Sebagai kesimpulan, saya rasa masa depan kastam ialah tentang digitalization ataupun digital custom iaitu sejajar dengan kewujudan pelbagai perjanjian treat agreement, pelbagai penambahbaikan dan juga implementasi treat dokumen perlu dibuat prosedur untuk mengurangkan kos perniagaan.
Oleh itu, saya lihat kepada rang undang-undang ini membawa kepada pelbagai reform dan juga pengenalan perkara-perkara baharu termasuk juga petroleum base line dan saya rasa dengan unsur-unsur baharu, idea-idea baharu ini transship dan juga transshipment sebegini saya rasa kita boleh merancakkan lagi kutipan dari segi custom dan prosedur- prosedur perlu diketatkan supaya rule of law dapat ditambah baik. Dengan ini ucapan saya.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pontian, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Bagan Serai.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Diikuti oleh Yang Berhormat Gerik. Silakan Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Mengenai pindaan – tebal pindaan ini – Akta 235 ini tujuannya sebagaimana yang disebut tadi adalah untuk menambah baik dan mengenai standard operation procedure yang terkini mengenai Pulau Pangkor pulau bebas cukai, prosedur transit, manifest, gudang berlesen, asal barang, penguatkuasaan pegawai kastam. Itu antara beberapa perkara yang disebut.
Saya ingin menarik perhatian pada awal Januari 2018, empat kereta seorang pegawai kastam dibakar di Putrajaya, nama pegawai itu ialah Nor Azman Mat Jini. Kemudian, di Kelantan ada satu peristiwa pada tahun 2017, seorang pegawai kastam bernama Anisah Ali maut dirempuh tonto. Apa yang saya sebut ini Tuan Yang di-Pertua mengenai bagaimana pegawai kastam ini tugasnya amat mencabar dan apabila ingin melakukan segala penguatkuasaan mereka terdedah kepada perkara-perkara yang seumpama ini.
Setu lagi ialah bagaimana di Johor misalnya rumah dilempar molotov coctail kemudian yang paling hebat dalam jenayah itu ialah Timbalan Ketua Pengarah Kastam ditembak di Putrajaya, Allahyarham Shaharuddin Ibrahim pada 26 April 2013. Diberitakan bagaimana beliau cuba untuk memastikan satu jenayah kartel tetapi hingga ke saat ini kita tidak tahu butiran yang sebenar apakah yg berlaku kepada perkara ini. Saya juga mendapat maklum bahawa beratus ugutan diterima oleh pihak pegawai kastam. Lebih-lebih lagi apabila pegawai kastam diminta untuk mengetatkan pengauditan misalnya.
Apabila GST ditukar kepada SST sekarang ini kembali kepada cukai-cukai yang boleh bocor dengan mudah dalam sistem SST ini, saya diberitahu maklumat oleh pegawai kastam bagaimana mereka dikerah untuk memastikan perkara-perkara penguatkuasaan dilakukan untuk memastikan kurangnya kebocoran. Jadi, apa yang ingin saya tanyakan di sini ialah apakah langkah-langkah Kementerian Kewangan dan langkah-langkah JKDM untuk memastikan bahawa pegawai-pegawai kastam dilindungi ketika mereka melaksanakan tugas-tugas yang juga melibatkan penguatkuasaan sebagaimana dalam pindaan akta ini.
Perkara yang kedua yang saya ingin sentuh ialah mengenai kawasan bebas cukai ini. Kawasan bebas cukai ini ada banyak, Tasik Kenyir misalnya tahun 2017 yang terbaru, sebelum itu sudah lama di Pangkalan Kubur, di Rantau Panjang, Bukit Kayu Hitam, Kompleks Kastam Padang Besar, The Zone Johor Bahru misalnya, KLIA, KLIA2 kemudian ICQS Muara Sungai Melaka, Pangkalan Hulu di Gerik dan pulau-pulau yang terlibat tentunya contoh Langkawi, Labuan, Tioman dan kini ialah mengenai Pulau Pangkor.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, setakat manakah perkembangan, kemajuan di kawasan-kawasan bebas cukai ini. Tujuan kita mengadakan kawasan bebas cukai ialah untuk memajukan satu-satu tempat tetapi apakah barang-barang yang bebas cukai itu, itu satu perkara yang penting. Adakah barang-barang yang bebas cukai
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
itu hanya rokok dan minuman keras? Kalau rokok dan minuman keras, ia bukan mendatangkan faedah kepada rakyat. Kita ingin bebaskan cukai perkara-perkara yang seumpama itu. Jadi, apakah barang-barang yang bebas cukai yang boleh menguntungkan rakyat? Itu perkara yang kita ingin tegaskan di sini terlebih-lebih lagi kawasan Pulau Pangkor yang baru diumumkan sebagai Pulau Bebas Cukai.
Perkara yang ketiga yang ingin saya bertanya ialah projek STS Johor ini iaitu dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bukan di Johor tapi di Putrajaya mengikut laporan akhbar. Saya dapat maklum bahawa Singapura juga mohon maklumat apakah maksud projek STS Hab Pemindahan Kapal ke Kapal. Tadi saya terserempak dengan Menteri Kewangan Singapura di luar Dewan ini, ada pertemuan katanya dan tentunya perkara ini akan dijadikan perkara perbincangan juga agaknya, esok apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Singapura mengadakan pertemuan.
Adakah kerana ada hab pemindahan kapal ke kapal ini maka akan berlaku kebocoran dari segi perkara-perkara yang sepatutnya di cukai tetapi barang-barang itu tidak singgah di pelabuhan untuk di cukai, ia hanya dipindahkan daripada satu kapal ke kapal yang lain, kapal daripada sebuah negara ke sebuah negara yang lain. Saya kurang pasti tentang perkara ini tetapi dari segi laporan-laporan kemungkinan perkara itu akan berlaku dan ia menyebabkan kebocoran hasil daripada kastam.
Seterusnya, ialah mengenai jumlah cukai yang dikutip oleh kastam. Pecahan kutipan-kutipan itu mengikut jenis-jenis cukai yang berbeza dan perbandingan kutipan cukai tahun 2017 hingga tahun 2018 dan juga anggaran pada tahun 2019. Saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita ingin mengkorporatkan kastam ini, pengkorporatan kastam. Ia adalah untuk menambah baik skim, skim gaji untuk menaikkan gaji, untuk meningkatkan kecekapan dan berapakah jumlah anggota dan pegawai kastam sekarang ini adakah mencukupi.
Mengenai pengkorporatan ini kita telah umumkan sebelum ini oleh Kerajaan Barisan Nasional, ia adalah untuk kebaikan JKDM, adakah ia diteruskan oleh kerajaan sekarang?
Satu lagi perkara yang ingin saya tanya ialah mengenai e-dagang. Adakah melalui penghantaran laut, udara, darat dengan adanya e-dagang (business online) daripada seluruh dunia masuk barang-barang ke Malaysia ini. Bagaimana kastam ingin mengutip cukai pada barang-barang itu dan juga satu lagi ialah manifest yang lengkap dan benar sebagaimana fasal 29, berapa penipuan manifest ini. Kadang-kadang kastam ia tidak dapat untuk memeriksa keseluruhan barang-barang yang turun daripada kapal-kapal. Apabila dibuat pemeriksaan maka berlaku jem kesesakan yang luar biasa di kastam.
Setakat mana penggunaan mesin-mesin yang sophisticated dan terkini supaya mesin itu kontena tanpa dibuka, lalu di mesin itu ia boleh scan dan boleh nampak segala barang-barang yang ada di dalamnya lebih kurang dan manifest itu tidak boleh menipu kerana penipuan manifest itu menyebabkan kebocoran, kebocoran cukai.
Kemudian fasal 45 misalnya gudang berlesen. Berapa banyak gudang seumpama itu sudah ada di Malaysia? Apakah syarat-syaratnya dan berlaku perlanggaran syarat dan punca kebocoran hasil daripada situ. Seterusnya lagi saya juga ingin menyentuh tentang kemasukan barang terlarang ini. Apabila kita lalu di lapangan terbang di dalam negara kita, memang ada tempat kastam tetapi kastam yang berdiri di situ hanya melihat kita lalu, memberikan senyuman tanpa sekalipun secara random, secara rawak meminta mana-mana orang untuk membuka beg mereka, saya tidak pernah nampak lagi setakat yang saya lalui turun naik pelbagai airport di kawasan negara kita ini.
Ada dibuat secara random checked, saya hanya melihat pegawai-pegawai berdiri di situ, saya pun tidak tahu apakah kerja mereka. Adakah mereka membuat membuatkan kerja yang produktif untuk mendapatkan hasil. Jadi, cadangan saya ialah sesekali pegawai- pegawai kastam di airport ini perlu membuka barang-barang daripada pelancong kah, daripada orang Malaysia kah yang lalu supaya ia menimbulkan satu perkara yang merupakan deterrent, supaya orang merasa ada kawalan, ada pemeriksaan terhadap barang-barang yang mereka bawa bukan hanya mereka lalu tanpa sebarang pemeriksaan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Selain daripada itu, setakat mana kastam bersama dengan APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) bersama polis, bersama imigresen untuk memperhebatkan penangkapan terhadap penyeludupan, seludup barang-barang seludup ini.
Apa yang paling banyak barang-barang seludup ini misalnya ialah rokok dan juga barang-
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
barang minuman keras dan lain-lain, dadah juga dan saya ingin tahu penangkapan- penangkapan yang kita boleh jadikan sebagai teladan dan sempadan kepada pihak-pihak yang ingin melakukan perkara itu.
Akhirnya saya ingin bertanya, daripada banyak-banyak perkara yang dibentang pada hari ini begitu banyak sekali pindaannya dalam 125 fasal 19 terma baru ini. Apakah agaknya tambahan hasil daripada apa yang kita buat pinda ini? Kalau hasil yang dianggarkan misalnya dengan penguatkuasaan segala-galanya ini kita boleh menambah satu, dua, tiga bilion, maka berfaedah kita memperketatkan akta ini. Jika tidak ada menambah hasil apa- apa, saya kira kurang berkesan apa yang kita lakukan pada hari ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bagan Serai.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
[Berucap dalam bahasa Arab] Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua beri Bagan Serai peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) 2019 [Akta 235]. Akta yang pindaan begitu tebal ini dua perkara yang saya sangat minat ialah tentang meningkatkan kuasa penguatkuasaan pegawai kastam dan juga meningkatkan penalti bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta 235.
Tuan Yang di-Pertua, ini saat-saat yang penting berkenaan dengan pindaan yang perlu dibuat dalam Akta Kastam ini. Pertamanya saya hendak ucap tahniah dahulu. Tahniah pertama kepada Dato’ Paddy Abdul Halim sebagai new DG Kastam yang akan menggantikan Datuk Sri Subromaniam, DG yang lepas. Tahniah kepada Dato’ Paddy dan terima kasih untuk Datuk Sri Subromaniam.
Keduanya saya hendak ucap tahniah yang bersangkutan juga tentang satu majlis revolusi, Revolution Smoke-Free yang dianjurkan oleh MyWatch minggu lepas di Melaka iaitu tentang JV tentang gabungan revolusi ini win-win situation antara government antara NGO, antara pihak swasta, perhotelan di Melaka dan juga WHO. Ini adalah satu majlis yang sangat penting sebab kerana mewujudkan satu persekitaran yang selamat daripada asap.
Tuan Yang di-Pertua, yang keduanya saya hendak sampaikan berita sedih dan amat memalukan kita di Malaysia kerana dalam satu kajian menunjukkan jualan rokok haram yang digunakan di Malaysia adalah yang tertinggi di dalam dunia ini. Satu kajian oleh Gabungan Pengilang Tembakau Malaysia mengisytiharkan ini 58.9 peratus rakyat Malaysia hisap rokok seludup. Oh! This is critical! Ini adalah kritikal dan ini adalah bahaya dan ini adalah perkara yang sangat penting hari ini dan pindaan yang kita buat ini yang saya sebut dua perkara yang saya minat tadi adalah perkara yang sangat kritikal untuk perkara ini.
Kajian menunjukkan 12 bilion batang rokok dihisap 2018. Ini rokok seludup meningkat 33 peratus daripada tahun 2017 dan yang banyaknya ialah daripada Sabah dan Sarawak, daripada Terengganu, Kelantan, daripada Pahang yang paling banyak. Sebanyak 70 hingga 80 peratus adalah rokok seludup. Jadi maknanya rokok seludup. Jadi kajian mengatakan kerana naikkan tax ataupun harga yang tinggi ataupun penguatkuasaan yang lemah ataupun rasuah yang berlaku hari ini. Macam mana boleh bolos di border kita hari ini dan begitu banyak sekali.
Pada hari ini kita terkenal kita bukan sahaja antara negara yang paling banyak orang obese tetapi juga negara yang paling banyak guna rokok seludup hari ini. Bermakna rokok yang haram. Rokok itu sahaja sudah dibagi fatwakan haram. Agama kita telah memfatwakan haram. Jadi kerajaan telah hilang RM5 bilion kerana perkara ini berlaku. Sebanyak RM5 bilion hilang kerana rokok-rokok seludup ini berlaku.
Tuan Yang di-Pertua, kita negara kita adalah parti kepada FCTC. Parti kepada FCTC sejak 2005 telah diwujudkan oleh WHO dan hari ini ada Illicit Trade in Tobacco Products iaitu satu protokol yang diwujudkan di bawah FCTC ini yang telah ditandatangani dan di-rectify oleh banyak negara. Saya hendak tanya Malaysia ini bila hendak rectify? Oleh sebab dalam ITP ini dia memperkenalkan cara-cara yang jelas bagaimana untuk mengurangkan penyeludupan rokok dan kita hari ini telah jadi juara dalam dunia. Kerajaan Malaysia patut rectify illicit trade protocol ini supaya kita dapat menjalankan mengurangkan penyeludupan dengan lebih baik lagi.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Satu kajian menunjukkan yang mengatakan increasing tobacco tax adalah single most effective way dengan izin, untuk mengurangkan demand daripada rokok seludup. Ini penting. Walaupun daripada tobacco industries mengatakan sebaliknya. Oleh sebab ini telah diiktiraf oleh WHO dan juga World Bank tetapi increasing tobacco tax ini, dengan izin mestilah dilakukan secara annual. Bermakna dari tahun ke tahun naikkan, naikkan dan naikkan. Mesti berani buat macam ini dan juga tax yang dikenakan mestilah 20, 70 hingga 75 peratus daripada retail price. Contohnya kalau RM30, tax-nya RM21 untuk government. Jadi ini kita buat ini satu penekanan. Kalau dilakukan akan mengurangkan demand daripada mereka ini.
Jadi Tuan Yang di-Pertua saya rasa ini satu challenge, satu cabaran untuk Dato’ DG kita yang baru. Bila ITP akan directify dan juga kita dapat lihat hari ini dengan peningkatan penalti dan peningkatan penguatkuasaan, pegawai-pegawai hari ini bila kita hendak implement dan kita mestilah apa yang kita katakan pantau perkara ini. Bukan sahaja kita buat undang-undang, bukan sahaja kita implement, kita juga buat pemantauan, pantau.
Bukan Rantau, pantau.
[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya ada empat minit lagi saya hendak menyentuh sedikit tentang Lembaga Promosi Kesihatan. Lembaga Promosi Kesihatan ini adalah satu badan yang hendak bagi orang ilmu, yang hendak didik rakyat, dan yang hendak bagi sedar rakyat tentang masalah-masalah kesihatan. Jadi kita perkasakan, bukan kita bubarkan. Jadi, saya tahu ini di bawah MOH tetapi apa yang saya hendak katakan barulah rakyat tidak marah.
Hari ini kita tidak bagi orang merokok di kawasan restoran. Letak jauh tiga meter dan sebagainya rakyat ada yang merokok marah. Dia adalah alasannya dia hendak marah tetapi oleh sebab ilmu itu, hari ini kita kena tahu kesan-kesan buruk rokok pada diri sendiri, kepada keluarga, kepada anak-anak, kepada orang mengandung, kepada rakyat semua.
Kita kena ada prihatin begini. Jadi ini tugas Lembaga Promosi Kesihatan ataupun MySihat.
Tuan Yang di-Pertua, kita kena belajar daripada Thailand. Thailand ada ThaiHealth.
Ini telah jadi telah diiktiraf oleh WHO sebagai contoh kepada negara-negara untuk ikut.
Contoh sebab mereka berjaya hari ini. Apa yang saya hendak katakan hari ini contohnya yang pertama sumber dana. Sumber dana untuk menjalankan didik dan kesedaran ini boleh didapati daripada cukai-cukai khusus apa yang dikatakan earmark tax ataupun dedicated tax. Kita cukai daripada produk-produk dan komoditi yang menjejas kesihatan seperti rokok, arak dan minuman bergula seperti yang Kerajaan Pakatan Harapan buat tentang soda tax umpamanya. Ini penting kalau kita buat ini dan produk-produk yang mengganggu kesihatan.
Satu lagi kita letak Lembaga Promosi Kesihatan ini dalam satu tidak di mana-mana kementerian. Diletakkan kepada JPM supaya ia lebih bebas, berautonomi untuk menjalankan kerjanya mendidik rakyat tentang kesihatan. Apabila rakyat sihat barulah ekonomi jadi baik. Barulah orang boleh produktif boleh buat kerja dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi ialah JV. Maknanya kita bekerjasama secara direct, secara lebih serius dengan pakar-pakar kesihatan awam. Mereka ini daripada Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam supaya lembaga ini ataupun MySihat ini dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, Bagan Serai mengambil serius tentang pindaan yang akan berlaku ini. Macam-macam disebutkan tentang pembayaran duti kastam, transit kapal, tentang pengisytiharan Pangkor sebagai pulau bebas cukai dan sebagainya.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Akan tetapi, apa yang lebih penting hari ini ialah implementasi daripada undang- undang yang kita buat, pemantauan dan menghindarkan pegawai-pegawai dan sesiapa sahaja daripada rasuah. Kerana bila ada unsur-unsur rasuah, macam mana boleh bolos?
Macam mana boleh bolos rokok-rokok ini? Adakah semasa pemindahan kapal? Ataupun kita patut mewujudkan satu sahaja pintu masuk untuk rokok-rokok yang diimport?
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia hari ini telah diiktiraf sebagai juara hisap rokok seludup. Illegal cigarettes, we are the best now in the world. Inilah saya sebutkan tadi satu berita yang menyedihkan, yang memalukan Malaysia hari ini. Justeru itu, kastam― hari ini kita punya new DG. Mudah-mudahan rakyat semua dapat bangkit untuk kita nyatakan bahawa kita mesti rectify ITP ini, protokol dalam FCTC yang pertama ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Gerik. Silakan.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya juga turut mengambil bahagian dalam membahaskan Akta Kastam 1967 untuk kita pinda pada tahun ini.
Apa yang kita tahu, dengan keadaan ekonomi negara yang ada pada hari ini, peniaga-peniaga besar dalam negara akan beralih kepada perniagaan eksport ataupun perniagaan ke luar negara. Mungkin dengan perubahan-perubahan yang ada ini menyebabkan kuasa yang kita nampak diberi kepada Menteri, Ketua Pengarah dan pegawai- pegawai kastam, diharapkan kuasa-kuasa yang ada ini tidak disalahgunakan dan membolehkan kita beroleh pendapatan hasil daripada peningkatan perniagaan eksport keluar negara di samping perniagaan-perniagaan yang ada dalam negara.
Kita tahu Kastam ini digeruni oleh semua peniaga-peniaga terutama sewaktu GST dengan pelbagai peraturan. Mana-mana peniaga yang telah mengisytiharkan perniagaan mereka, pihak Kastam sentiasa memanggil company-company dan kita lihat banyak di kalangan mereka mengalami pelbagai masalah dalam hendak menyelesaikan pembayaran kepada kerajaan.
Suka saya menarik perhatian bahawa di Perak juga, Pulau Pangkor akan diisytiharkan kawasan bebas cukai. Akan tetapi, saya melihat infra tidak mencukupi di Pulau Pangkor di mana pelabuhan yang terdekat ialah Pelabuhan Klang tetapi Pulau Pangkor terpencil. Mungkin pihak kerajaan kena fikirkan untuk menaik taraf lapangan terbang di Pulau Pangkor dan bagaimana perniagaan import eksport boleh berpindah ke Pulau Pangkor.
Sedangkan di Pulau Pangkor yang kita tahu satu pemandangan laut yang amat cantik dan tempat yang paling terbaik dalam dunia kalau kawasan pelancongan, tetapi kita hendak fikirkan bagaimana ia menjadi di kawasan bebas cukai, bagaimana boleh menjana business baharu untuk negara kita Malaysia.
Ini yang kita sedang fikirkan, yang kita termenung. Bukan sekadar kita hendak jadikan Pulau Pangkor tempat mungkin eksport perikanan laut dalam dan pelbagainya lagi tetapi semua pihak kementerian di peringkat persekutuan ini mesti membantu bagaimana Pangkor tadi boleh jadi satu pulau di samping pulau yang cantik begitu juga sebagai pulau yang boleh menjadi tempat perniagaan business import eksport.
Dalam masa yang sama, saya juga hendak menarik perhatian kerajaan. Kawasan border saya dalam Parlimen Gerik iaitu Pengkalan Hulu di antara Betong dan Malaysia di mana Betong tadi telah dibina satu airport yang besar. Manakala di Pengkalan Hulu cuma ada CIQ yang mana kastam lebih mengetahui apa import eksport yang melalui di pintu masuk di Pengkalan Hulu.
Saya suka mencadangkan supaya pihak Kerajaan Persekutuan memikirkan supaya pembangunan dapat dibangunkan di sempadan Pengkalan Hulu dan juga Betong ekoran daripada pembangunan yang mungkin pesat di Betong. Mungkin setakat ini kita ada sebuah kedai bebas cukai sepertimana Yang Berhormat Pontian sebut tadi, hanya menjadi tarikan untuk mereka yang pergi ke Betong membeli minuman keras yang lebih murah, rokok yang lebih murah dan pada saya, saya tidak tahu tindakan kerajaan.
Saya salah seorang daripada perokok tegar juga. Kalau tidak bersetuju rokok, haramlah terus. Kalau tidak, ini yang berlaku seperti mana kata Yang Berhormat Bagan Serai, Malaysia akan menjadi satu destinasi, tempat menjadi tumpuan rakyat untuk membeli rokok haram. Rokok haram harga baru RM3 ke RM5. Rokok yang dijual di kedai-kedai sampai RM17 ringgit dan lebih lagi.
Oleh sebab itu, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya melihat semula di Pengkalan Hulu, kalau boleh dibina warehouse dan gudang-gudang seperti mana yang telah dicadangkan di dalam pindaan rang undang-undang ini. Ini boleh mungkin di pintu sempadan yang boleh kita lihat business-business baharu. Mungkin soal hasil pertanian daripada negara Thailand yang masuk ke Malaysia. Airport yang ada nanti di Betong boleh berkira-kira bawa masuk barangan daripada negara China ke airport sana dan melalui Pengkalan Hulu bolehlah kita salurkan ke seluruh Semenanjung Malaysia yang mana boleh memberi peluang perniagaan baharu.
Saya tidak pandai soal perniagaan tetapi saya melihat di Bukit Kayu Hitam, saya melihat di banyak tempat sempadan, warehouse tadi boleh membantu menjana pertumbuhan ekonomi sesuatu tempat.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Kalau dilihat potensi di pekan di parlimen saya Gerik, ialah kawasan pelancongan.
Akan tetapi saya percaya kalau di kawasan border di antara Malaysia dan Thailand ini, kita tentukan perniagaan yang macam mana. Mungkin business baharu akan wujud dalam parlimen saya di Gerik dan memberi peluang kepada anak-anak muda.
Dalam pada itu, kita melihat pelbagai perubahan yang dibuat. Kalau sekali pandang kepada perubahan yang dicadangkan dengan hendak meminda Akta Kastam ini, agak peniaga-peniaga daripada luar negara dan dalam negara agak takut.
Walau bagaimanapun, saya hendak menarik perhatian satu perkara. Waktu Hari Kebangsaan, tahun baharu, negara tidak mengeluarkan bunga api tetapi kita lihat apa-apa juga perayaan dalam negara, yang menjadi tarikan kepada rakyat di mana-mana tempat ialah tembakan bunga api. Sehingga hari ini, kita tahu bunga api ialah merupakan barang yang terlarang. Akan tetapi bila Tahun Baru Cina, Raya Haji, Raya Aidilfitri, kemasukan bunga api dalam negara yang kita lihat anak-anak kita kreatif dalam mencipta dengan menggunakan bunga api boleh putus tangan dan sebagainya.
Akan tetapi maksud saya ialah bagaimana kaedah yang terbaik dalam masa rakyat hendak melihat permainan bunga api bila sambutan Hari Kebangsaan dan pelbagai lagi, pihak Kastam bagaimana boleh membantu dibawa masuk dengan cara yang betul. Bukan sekadar bandar-bandar yang berhampiran border sahaja boleh masuk. Kadang-kadang masuk sahajalah. Saya sendiri pun dahulu saya kadang ambil juga bunga api daripada Betong. Akan tetapi, hasrat kita ialah rakyat suka melihat permainan bunga api.
Akan tetapi yang penting pada saya, bagaimana satu undang-undang yang bersesuaian yang kita bentangkan pada hari ini membolehkan bunga api ini masuk dalam negara dan boleh memberi keuntungan kepada semua pihak supaya ia dibuat secara halal.
Tidaklah orang kata bunga api ini tidak boleh bawa masuk daripada luar negara ke dalam negara. Kilang bunga api pun tidak ada di dalam negara.
Ya, Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tadi Yang Berhormat Gerik ada menyebut di awal termasuklah penguatkuasaan bunga api dan lain-lain ini. Ia adalah kuasa pegawai kastam untuk geledah tanpa waran dan tiada notis penyitaan, kalau tidak silap pendengaran saya apa yang disebut oleh Timbalan Menteri. Adakah perkara penguatkuasaan sedemikian rupa boleh membawa kepada salah guna kuasa? Apa pandangan Yang Berhormat Gerik?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta rumuskan.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua, kebimbangan saya ialah di situ. Penguatkuasaan yang boleh menakutkan kebanyakan, kesemua pihak.
Walau bagaimanapun, saya yakin kalau kita buat betul-betul, ini antara yang boleh membantu supaya Kastam lebih perkasa, boleh membuat penguatkuasaan, boleh menambah hasil kepada negara dan saya memang menyokong supaya rang undang-undang ini dapat diluluskan.
Dengan ini, saya sokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tepat pukul 1. Kita akan berhenti rehat dan akan disambung dengan jawapan oleh Menteri pada pukul 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
**[****Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ahli-ahli Yang Berhormat majlis mesyuarat di sambung semula. Minta Yang Berhormat Menteri menjawab, masa diperuntukkan 30 minit, sila.
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih pada rakan-rakan yang turut mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang yang telah dibentangkan tadi. Secara umumnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin maklumkan bahawa...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 13, cukup bilang bagi Majlis Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah mengandungi 26 orang.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ya, ada.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya kira belum lagi 26. Kalau kita boleh memastikan betul-betul ada 26.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ya lah, yang lain masuk boleh, Yang Berhormat Menteri terus jawab.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Secara umumnya Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang telah kita bentangkan ini pindaan adalah bagi memastikan seperti mana yang telah disebutkan oleh rakan-rakan kita yang berbahas tadi adalah bagi untuk memastikan bahawa untuk kita fasilitet trading untuk memastikan bahawa trading ini berlaku di dalam dan juga daripada luar negara.
Akan tetapi dalam masa yang sama, kita hendak memastikan bahawa sekiranya mereka yang mengambil kesempatan untuk mengelak daripada membayar cukai dan eksais yang sepatutnya dibayar, mereka ini yang perlu kita ambil tindakan jadi bukanlah pindaan- pindaan kita buat ini adalah untuk hendak deter dengan izin Tuan Yang di-Pertua daripada menggalakkan perdagangan especially perdagangan daripada luar negara untuk berlaku dan ini akan kita pastikan bahawa facilitation ini akan terus kita laksanakan.
Saya pergi kepada Yang Berhormat Bukit Bendera yang telah membangkitkan beberapa perkara terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Yang Berhormat Bukit Bendera bertanya tentang usaha-usaha baru Kastam dari segi prosedur perkastaman. Kita sebutkan tadi bahawa tempoh pengemukaan manifest yang diwajibkan dikemukakan pada tempoh 24 jam sebelum ketibaan kapal atau kapal terbang. Ini adalah bertujuan untuk kita membangunkan profiling untuk pengimportan dan pengeksportan barang-barang.
Jadi, bila dia dapat kemukakan secepat ataupun seawal 24 jam sebelum kapal itu berlabuh dan sebagainya maka kita dapat menggunakan ini untuk kemudiannya membuat profiling dan seterusnya mempercepatkan proses bagi barang-barang itu dibawa masuk ataupun barang-barang itu yang hendak dibawa keluar. Simplified procedure iaitu pengisytiharan borang Kastam dipermudahkan untuk para pengimport yang diiktiraf dan diluluskan oleh Ketua Pengarah Kastam iaitu accredited person. Ini juga kita laksanakan bagi memastikan bahawa syarikat ataupun mereka importers yang berkelayakan ini supaya akhirnya mereka boleh membuat simplified procedure bagi memudahkan saya sebutkan tadi iaitu fasilitet atau trade simplified procedure apabila mereka ini telah kita audit sebelum ini dan sebagainya. Maknanya mereka memenuhi kriteria dan syarat-syarat ini dan mereka ini akan diiktiraf dan kita luluskan mereka ini sebagai accredited person yang akan memudahkan urusan untuk membawa masuk barang atau keluar barang.
Yang ketiganya ialah deferred payment iaitu pembayaran Duti Kastam boleh dibuat secara tertangguh dengan kelulusan Ketua Pengarah Kastam maknanya oleh kerana mereka ini adalah trusted dan accredited person maknanya, barang sudah keluar kita boleh benarkan deferred payment ini berlaku walaupun barang itu telah dikeluarkan dan sebelum ini kita tidak benarkan kerana dia perlu bayar dahulu barang-barang itu dikeluarkan.
Kemudian Yang Berhormat Bukit Bendera membangkitkan tentang Russia Declaration on Integrity. Apakah usaha untuk memastikan integriti ini berlaku dan good governance dan sebagai nya. Untuk makluman Yang Berhormat, integriti ini adalah perkara yang perlu kita selalu sebut dan untuk kita budayakan. Ini adalah merupakan tindakan- tindakan prevention yang perlu kita buat dan kita tidak mahu ke tahap yang perlu kita ambil tindakan apabila perkara-perkara yang seperti rasuah dan sebagainya itu berlaku.
Jadi, memang di dalam jabatan, usaha-usaha ini dan terutamanya di bawah Kerajaan Pakatan Harapan ini memang kita mengambil serius tentang good governance dan juga integriti ini sehingga kita menubuhkan GIACC yang khas untuk melihat perkara-perkara
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
yang berkaitan dengan good governance, integriti dan sebagainya. Program-program membudayakan perkara ini adalah program-program yang sentiasa berlaku di dalam jabatan bukan sahaja di Jabatan Kastam tetapi dalam mana-mana jabatan yang ada dalam pentadbiran kerajaan ini sebenarnya sentiasa berlaku.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Selain daripada itu, usaha-usaha yang telah kita buat ialah penubuhan unit siasatan dalaman JKDM sendiri. Untuk tujuan siasatan dalaman ke atas pegawai-pegawai yang kita mendapat information bahawa mungkin mengamalkan perkara-perkara seperti rasuah dan menyebabkan ketirisan kepada hasil negara. Maka, unit siasatan dalaman ini akan melaksanakan dan memastikan bahawa daripada intelligent information yang kita dapat, untuk menyiasat dan mengambil tindakan-tindakan yang perlu untuk mana-mana kes penyeludupan ataupun penyelewengan yang berlaku di bawah undang-undang ini. Jadi, ini antara yang kita lakukan.
Keduanya ialah penggunaan non-inclusive inspection technology bagi mengurangkan human intervention dalam pemeriksaan barang dan pelepasan kastam yang lebih cekap dan berintegriti. Contohnya Tuan Yang di-Pertua, dalam pindaan yang kita buat ini—contohnya manifes penumpang. Penumpang bot ataupun penumpang kapal terbang yang sebelum ini pihak kastam tidak melihat ataupun dapat info mengenai ini. Sekarang ini, kira dengan pindaan ini manifes penumpang ini dapat kita dapati dan kita boleh berdasarkan maklumat yang kita dapat di peringkat antarabangsa dan sebagainya, kerjasama dengan pihak-pihak lain. Kita dapat memastikan lebih awal profil orang-orang yang hendak masuk ke dalam negara ini dan kemungkinan mereka membawa masuk barang-barang terlarang ataupun perkara-perkara yang menyebabkan negara kehilangan hasil dan ketirisan hasil.
Jadi, ini adalah tindakan-tindakan yang kita ambil secara berterusan.
Kemudian, Yang Berhormat Bukit Bendera juga sebut tentang kerisauan kemungkinan berlaku penyalahgunaan kuasa apabila dibenarkan ataupun diberikan kuasa untuk intercept communication. Jadi, memandangkan aktiviti penyeludupan ini semakin canggih dan bersifat syndicated, jadi Jabatan Kastam Diraja Malaysia memerlukan kuas ataupun penguatkuasaan yang lebih proaktif dan berkesan dalam melumpuhkan sindiket- sindiket penyeludupan seperti kuasa untuk intercept communication. Walau bagaimanapun, kuasa ini hanya boleh kita laksanakan dengan mendapat izin daripada public prosecutor di AGC sendiri. Maknanya, secara sewenang-wenangnya perkara ini tidak dapat kita lakukan. Saya kira pihak AGC sendiri ataupun public prosecutor hanya akan memberi kebenaran untuk kita intercept communication ini bila kita dapat buktikan berdasarkan intelligent information yang kita dapat daripada negara-negara lain ataupun yang kita dapat daripada pegawai-pegawai risikan di dalam JKDM sendiri ataupun mana- mana agensi pencegahan yang ada dalam negara kita ini.
Saya rasa bila kita sudah dapat buktikan ini sebahagian info yang kita dapat dan kita hendak sahkan lagi dengan communication yang berlaku, barulah kita pergi ke pihak public prosecutor untuk mendapat izin dan selepas izin ini diberikan, barulah kita mengambil tindakan yang sepatutnya kita ambil.
Jadi Yang Berhormat Bukit Bendera, kita— saya rasa kita tidak akan— pihak JKDM sendiri tidak akan secara sewenang-wenangnya menggunakan ini dan menyalahgunakan untuk tujuan lain tetapi hanyalah akan digunakan untuk tujuan mencegah penyeludupan dan sebagainya setelah kita berjaya meyakinkan pihak public prosecutor bahawa ini adalah suatu perkara yang perlu kita lakukan.
Yang Berhormat Bukit Bendera juga telah membangkitkan tentang barang kemas yang dirampas dalam kes berprofil tinggi yang berlaku sebelum ini. Untuk makluman secara umumnya, barang kemas tidak dikenakan duti kastam ataupun duti eksais. Jadi apabila barang kemas itu dibawa masuk ke Malaysia, tiada keperluan untuk di ikrar dalam borang kastam jika ia dibawa sendiri oleh penumpang apatah lagi dalam bagasi dia dan apatah lagi kalau dia hendak masuk dia pakai, jadi macam Mami Jarumlah.
[ketawa] Yang Berhormat Bukit Bendera lagi tahulah. Ini Tanjung punya. Penang mari punya. Jadi dia tidak perlu, kecuali diimport melalui kargo. Itu perlu dia buat pengisytiharan.
Bagi kes berprofil tinggi yang Yang Berhormat Bukit Bendera maksudkan, saya ingat telah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada tahun lepas, bahawa dia dibawa balik—dibawa masuk oleh ejen. Ejen ikrar bawa masuk. Kemudian ada pengikraran benda yang sama dibawa keluar. Jadi tidak berlaku pembelian setelah dibawa balik oleh ejen ini.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Akan tetapi sempatlah saya ingat kita semua tengok pink diamondnya lah, apalah semua itu tetapi kemudiannya ia telah dibawa keluar balik daripada Malaysia.
Bagi menjawab rakan saya daripada Pontian yang membangkitkan tentang langkah pemantauan rokok dan minuman keras. Jadi langkah berhubung dengan langkah penjualan arak di Malaysia, pihak kastam hanya mengawal dari sudut pengimportan, pengeksportan dan pergerakan minuman keras sahaja. Pihak yang bertanggungjawab terhadap aktiviti penjualan arak di Malaysia adalah pihak berkuasa tempatan yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan lesen premis dan sebagainya. Dari sudut kawalan pergerakan iaitu import dan eksport serta pencegahan penyeludupan minuman keras Malaysia, antara langkah yang telah dan sedang diambil JKDM adalah seperti berikut:
(i) mengenakan lesen import terhadap pengimportan minuman keras bagi tujuan transit melalui Perintah Kastam iaitu Larangan Mengenai Import 2017 yang telah berkuat kuasa pada April 2017. Jadi maknanya mereka memerlukan lesen import kalau hendak bawa masuk.
(ii) meminda Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976 bagi mengenakan hukuman yang lebih keras terhadap kesalahan yang melibatkan penyeludupan rokok. Ini dilakukan bagi mewujudkan fear factor kepada pihak-pihak yang telah dan akan melibatkan diri dalam aktiviti penyeludupan rokok.
(iii) menambah baik syarat pungutan rokok...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Minta laluan.
Timbalan Tuan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak bagi?
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Sila.
Timbalan Tuan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin bertanya berkenaan pada masa ini terdapat banyak kenderaan, lori-lori digunakan untuk mengangkut barang-barang daripada port ke satu tempat, gudang dan sebagainya. Apabila dapat tangkap oleh pihak empunya barang itu tidak membayar cukai dan sebagainya, mereka ditahankan dan lori itu tersebut sekali, di mana lori itu tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan.
Akan tetapi lori itu terletak bersama dengan kastam dan juga dirampas. So, bagaimana? Itu adalah suatu kezaliman pada kenderaan tersebut? Orang lain yang buat salah, orang yang datang untuk angkat - sebab sewa dan beli itu adalah “permit A.’’ Dia berhak, orang panggil, dia boleh pergi, dia boleh bawa lori, dia boleh angkat barang, dia run.
Apabila ditangkap, tangkap sepatutnya tangkap orang yang buat kesalahan, bukannya dengan lori sekali. Itu, sila beri jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.
Saya rasa saya boleh faham kenapa Yang Berhormat Padang Serai bertanya soalan yang sedemikianlah. Beliau...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Dia banyak lori.
[Ketawa]
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Saya tidak sebut. Yang Berhormat Bagan Serai yang sebut itu. Yang Berhormat Padang Serai, saya ingat saya perlu merujuk kepada, saya pada dasarnya, saya ingat saya boleh simpati kepada transporter itu yang mencari rezeki untuk membawa barang dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Tiba-tiba barang yang dibawa itu, tanpa pengetahuannya adalah barang yang lari daripada tak bayar cukai dan sebagainya. Ataupun ada barang-barang terlarang yang menyebabkan apabila ditahan, bukan setakat kontena itu sahaja ditahan, sekali dengan lori-lori dia ditahan sekali. Jadi saya mohon untuk check balik benda ini Yang Berhormat Padang Serai, untuk saya maklumkan kemudian secara bertulis.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Kemudian, yang tadi itu yang saya sebutkan yang kita telah menaikkan denda kepada rokok yang tidak bayar hasil dan sebagainya, saya ingat kita semua terlibat meluluskan perkara tersebut pada tahun lepas. Kita dapat lihat bahawa sedikit sebanyak dia telah mula memberikan kesan terhadap ini kerana mereka yang pada awal tahun ini yang telah apabila kita mula menjalankan aktiviti pendakwaan kepada yang ditangkap dan
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
sebagainya, jumlah denda yang kita kenakan itu menjadi suatu deterrent, dengan izin Tuan Pengerusi, kepada mereka untuk menjual rokok-rokok yang tidak bayar cukai ini. Ini kerana dulunya kita difahamkan, bila kena tangkap, yang tangkap ini bila mereka jual rokok yang tidak bayar cukai ini, peruncit itulah yang ditangkap dan didakwa. Kita difahamkan, oleh sebab dendanya tidak tinggi sangat, yang bayar denda ini di mahkamah ini ialah sindiket yang supply semua rokok tidak bayar cukai inilah. Akan tetapi, oleh sebab sekarang ini terlalu tinggi, maknanya minimum RM100,000, jadi dia menjadi satu deterrent dan kita mengharapkan deterrent ini akan mengubah – Saya ingat kita semua dalam Dewan ini termasuk Yang Berhormat Gerik yang mengaku sebagai perokok tegar.
[Ketawa] Kita semua memang mengharapkan supaya kita dapat membawa Malaysia ke arah sebuah negara yang bebas asap rokok dan bebas penghisap rokok ini. Itu memang ini. Saya ingat termasuk Yang Berhormat Gerik pun hasratnya macam itu. Akan tetapi, kita harap dengan kita meletakkan deterrent yang sebegini, akan menyebabkan bukan sahaja mereka tidak menghisap rokok yang tidak bayar hasil ini, juga rokok yang dibayar hasil pun makin berkuranglah orang yang hisapnya. Tidak begitu Yang Berhormat Gerik ya?
Ketiganya, menambah baik syarat pengimportan rokok dengan melaksanakan dasar pengimportan minimum bagi memastikan hanya pengimport yang tulen dan serius sahaja diberikan lesen untuk mengimport rokok. Tuan Pengerusi, Kastam telah meletakkan syarat-syarat bagi yang hendak import rokok ini. Maknanya bagi mereka yang mengimport dengan kuantiti yang besar sahaja kita benarkan. Dia tidak ada lagi the small players ini, sebab kita menjangkakan small players inilah yang celah-celah, sedikit-sedikit dia masuk yang dia bayar ini, celah-celah itu dia akan bawa masuk rokok yang tidak dibayar cukai.
Contohnya, syarikat yang telah mempunyai lesen import selama tiga tahun atau lebih, dikehendaki membuat pengimportan minimum dalam tempoh 12 bulan kalendar sebanyak 10 juta batang rokok, which is a lot. Sebenarnya, 10 juta untuk – minta izin ya Yang Berhormat Gerik [Ketawa] . Untuk merosakkan kesihatan rakyat Malaysia ini, 10 juta batang rokok dengan mengimport minimum 800,000 batang rokok sebulan. So, only the serious importers yang akan terlibat. Jadi, the small players ini tidak akan terlibat lagi lah dengan syarat-syarat yang kita kenakan ini.
Kemudian keempat, menjalinkan kerjasama perkongsian maklumat bersama Polis Diraja Malaysia, APMM, AKSEM dan juga agensi-agensi yang lain supaya ini dapat kita banteras.
Kelima, mengadakan operasi bersama agensi penguatkuasaan seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, pihak berkuasa tempatan dalam membanteras aktiviti penyeludupan rokok tidak sah dan belum lulus Kastam.
Keenam, JKDM juga mengadakan program khidmat masyarakat bagi memberi kesedaran mengenai kesalahan menjual, menyimpan, membeli dan terlibat dengan aktiviti penyeludupan dan pengedaran rokok yang tidak sah dan belum lulus Kastam. Ini memang kita buat dari semasa ke semasa, khususnya di tempat-tempat yang memang banyak berlaku penyeludupan rokok, yang datangnya daripada negara-negara jiran kita dan sebagainya.
Kemudian, Yang Berhormat Pontian juga membangkitkan tentang berapa banyak jumlah gudang berlesen yang telah dikeluarkan oleh JKDM. Sehingga tahun 2019 Yang Berhormat Pontian dan di bawah seksyen 65 Akta Kastam 1967 ini, sebanyak 65 gudang bonded warehouse ini, gudang berlesen ini telah diluluskan 65.
Kemudian, Yang Berhormat Pontian juga membangkitkan tentang STS Johor iaitu Ship to Ship (STS)Transfer. Aktiviti melibatkan penghantaran kargo kapal ke kapal dikenali sebagai ship to ship. Aktiviti STS kebanyakan melibatkan Crude Petroleum di mana kadar duti atau cukai jualan ialah sifar. STS melibatkan service charge di mana perlu dikenakan service tax, maka tiada kepunyaan hasil daripada aktiviti tersebut. Kawalan secara dokumen dibuat ke atas perkara berikut:
(i) Bill of Lading;
(ii) manifest;
(iii) surat izin berlayar dari Jabatan Laut; dan,
(iv) port clearance.
Ship to ship ini, apabila dia – kalau dia berlaku di perairan antarabangsa, there is no issue lah. Akan tetapi kalau ship to ship berlaku dalam perairan negara kita, maka dia hendak kena ikut semua prosedur seperti mana kalau dia berlabuh di mana-mana pelabuhan. Jadi,
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
itu prinsip asalnya, kecuali kalau STS yang disebutkan tadi nanti ada satu kawasan perdagangan bebas kah apa kah, itu cerita lain lah Yang Berhormat Pontian. Akan tetapi, prinsipnya, STS kalau berlaku dalam perairan negara, dia kena ikut semua prosedur seperti mana yang telah dikenakan oleh pihak Kastam.
Kemudian, Yang Berhormat Pontian sebut tentang e-Dagang. Apakah kawalan yang dibuat ke atas barangan-barangan yang diberikan secara e-Dagang ini? Jadi kawalan terhadap pengimportan barang-barang di bawah e-Dagang adalah sama seperti mana pengimportan barang-barang lain yang bukan dibeli secara online. Duti cukai hendaklah dijelaskan sekiranya tertakluk kepada duti ataupun cukai itu. Pengecualian duti cukai hanya diberikan kepada barang-barang bernilai di bawah RM500 bagi pengimportan melalui express courier udara sahaja. Jadi sebenarnya kalau kita order melalui Syarikat AYZ online dan sebagainya, barang itu datang daripada luar negara, jadi bila masuk ke sini, nanti akan mereka buat classification berdasarkan kepada pengikraran barang yang masuk itu berapa nilai dia dan sebagainya. Kalau bawah RM500 akan dihantar terus kepada pembeli. Kalau dia lebih dari RM500 dan sebagainya, maka pihak ini akan mengenakan cukai ataupun duti seperti mana yang sepatutnya, sebelum dihantar kepada pembeli secara online tersebut.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, minta penjelasan.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Sila Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, cuma ke belakang balik fasal STS tadi, Ship to Ship tadi. Apakah kerana ship to ship, saya sering kali semasa buat penguatkuasaan dengan Maritim dulu, pernah terbang di udara, melihat di bawah, berlaku pemindahan minyak. Pemindahan minyak ini selalunya dari kapal besar ke kapal kecil ini dia berlaku dan dia berada dalam merata-rata kawasan. Sesetengah hujung sana, sesetengah hujung sini.
Apakah kita hendak mensyaratkan bahawa pemindahan STS ini mesti ada kawasan dia? Bukan merata macam itu, yang saya rasa tidak mungkin Kastam boleh melaksanakan penguatkuasaan. Kapal yang masuk berada dalam kawasan kita, membuat pertukaran minyak dari kapal ke kapal, saya tidak pasti pergi mana tetapi saya dimaklumkan ini adalah pertukaran minyak yang berlaku di laut, Ship to Ship (STS). Jadi, apakah Kastam akan mensyaratkan supaya mereka berada di kawasan mana untuk membolehkan penguatkuasaan dibuat? Sekarang ini nampaknya merata, hujung sana, hujung sini dan sebagainya.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Seperti yang saya sebutkan tadi, kalau Yang Berhormat Arau memantau itu berlaku pemindahan Crude Petroleum sebut tadi, Kalau Crude Petroleum, dia tidak ada isu lah Yang Berhormat Arau sebab pemindahan Crude Petroleum ini dia zero duty. Jadi kalau barang-barang yang lainnya, macam saya sebut tadi kalau ship to ship berlaku dalam perairan negara kita, maka kita perlu memantau perkara tersebut kerana mungkin berlakunya pemindahan barang- barang seolah-olah macam kapal yang datang daripada luar negara bawa barang masuk, macam dia singgah di pelabuhan, kita hendak kenakan duti ataupun eksais kepada barang- barang tersebut, sama juga. Cuma yang ini dia tidak singgah di pelabuhan tetapi dia singgah, dia duduk di perairan. Akan tetapi, syaratnya perairan negara.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Jadi memang ini suatu challenge yang ada pada kita dan ini hanya akan dapat kita banteras sepenuhnya apabila kita mendapat - sebab JKDM tidak mempunyai pasukan penguatkuasaan laut yang mungkin sebaik APMM dan juga agensi-agensi yang lain. Akan tetapi apa pun kita perlu kerjasama untuk memastikan bahawa ini dapat kita banteras.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Menteri.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Tiga minit lagi tinggal ni.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Menteri, sikit lagi Menteri.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Yang Berhormat, saya banyak lagi nak ni, tinggal lagi tiga minit saja ni.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sedikit saja.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Tak apa, nanti kita sembang di luarlah Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, ya boleh.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Kita sembang di luar, kita sembang di luar.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tapi saya hendak minta. Saya ini bukan – ini minyak...
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Kemudian Yang Berhormat Pontian juga membangkitkan tentang barang yang tak kena cukai selain daripada rokok dan minuman keras di kedai bebas cukai.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bangun]
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Tak apa Yang Berhormat Arau, kita sembang di luarlah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, ini bukan...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Arau, sila duduk.
Menteri nak jawab isu yang lain, sila.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Dan semua barang berikut boleh dibeli oleh pelancong yang layak daripada KBC tanpa...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini kerajaan hilang duit banyak Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Tahu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kerajaan hilang duit begitu banyak dengan pembinaan minyak ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Saya tahu.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Yang Berhormat Pontian ya, jadi barang- barang yang lain ni bukan setakat rokok dan minuman keras sahaja, yang lain-lain seperti food products, chocolates, confectionary, leather products, textiles, wearing apparel, foot wear, seterusnya sports goods dan sebagainya, semua boleh dibeli oleh pelancong luar yang layak ataupun maknanya orang Malaysia sendiri yang pulang bercuti daripada luar yang memenuhi syarat-syaratnya lebih daripada 48 jam, berapa jam itu dan sebagainya layak untuk membeli barang-barang yang saya sebutkan tadi selain daripada rokok dan arak.
Kemudian, sejauh mana kerjasama JKDM dengan agensi penguatkuasaan yang lain. Memang JKDM membuat operasi dengan agensi yang lain. Kalau dengan Bank Negara ialah tentang AMLA. Kemudian ATIPSOM bersama dengan Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia. Strategic trade commodity bersama MITI, PDRM, EALB, STRIDE dan sebagainya. Operasi pasir pun ada, operasi bauksit ada, operasi sisa plastik pun ada yang kita jalankan operasi bersama dengan jabatan-jabatan yang lain.
Yang Berhormat Pontian juga bertanya tentang anggaran tambahan hasil bagi pindaan Akta Kastam yang kita buat kali ini. Kita menjangkakan dengan pindaan-pindaan yang telah kita cadangkan ini, Insya-Allah kita anggarkan boleh membawa masuk tambahan RM1 bilion.
Kemudian, Yang Berhormat Pontian juga bertanya tentang jumlah cukai kastam yang dikutip bagi tahun 2017, 2018 dan anggaran 2019. 2017, semua pungutan hasil oleh JKDM RM57.9 bilion. 2018 - RM41.3 bilion dan Januari hingga Mac 2019 RM11.6 bilion.
Jumlah unjuran hasil bagi 2019 adalah RM38.3 bilion.
Apakah kerajaan bercadang untuk mengkorporatkan JKDM? Setakat ini cadangan ini tidak diteruskan, sebaliknya institusi JKDM diperkasakan melalui penzonan semula serta pemerkasaan perundangan di bawah pentadbiran JKM khususnya berkaitan fungsi penguatkuasaan. Kerajaan akan mengkaji keperluan untuk pengkorporatan JKDM secara holistik pada masa hadapan dengan mengambil kira peranan Agensi Kutipan Hasil serta Agensi Kawalan Sempadan dan Penguatkuasaan seperti mana yang diamalkan di kebanyakan negara yang lain.
Kemudian, akhirnya ada dua lagi Yang Berhormat Bagan Serai dan Yang Berhormat Gerik. Yang Berhormat Bagan Serai banyak bersyarah fasal nak jadi sihat dan sebagainya.
Terima kasihlah tetapi saya hendak jawab sikit saja yang berkaitan dengan Kementerian Kewangan dan juga berkaitan dengan Kastam dan pindaan yang kita cadangkan.
Mengapakah Malaysia masih belum meratifikasikan The Protocol to Eliminate Illicit Trade di bawah Framework Convention of Tobacco Control (FCTC). Pada masa ini kerajaan
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
sedang mengkaji lagi untuk menimbang kesediaan dan keperluan negara bagi meratifikasi di bawah FCTC ini. Ini termasuklah Yang Berhormat bagi memastikan bahawa kita benar-benar bersedia dari aspek pelaksanaan, kesediaan mengenai perkongsian data dan maklumat serta penentuan semua agensi pengawal yang terlibat untuk memastikan bahawa bila kita dah ratify nanti maknanya kita memang dapat melaksanakan tugasan ini dengan kerjasama rakan-rakan kita dari negara lain dengan cara yang paling baik.
Akhirnya, Yang Berhormat Gerik tentang...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Agak-agaknya bila Menteri?
If you, minta sikit.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Okey.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Sebab apa Thailand yang pertama sekali yang ratify, baru-baru ini Singapore. Jadi kita nak bincang, apa nak buat tu agak-agak bila tu sebab ini jawapan kepada masalah yang sangat meruncing, kritikal ini sebab illicit drugs, illicit tobacco products. Terima kasih.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Ya terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai.
Seperti yang disebutkan tadi, kita masih lagi melihat kesediaan kita sendiri untuk memastikan bila kita dah sign nanti, kita ratify nanti, kesediaan kita untuk melaksanakan dengan secara efektif ataupun berkesan itu akan berlaku. Saya faham tentang concern pihak Yang Berhormat Bagan Serai tentang perkara ini.
Akhirnya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gerik yang juga banyak bersyarah tentang kawasan dia di Pengkalan Hulu dengan Betong itu. Kemudian membangkitkan tentang Pangkor menjadi pulau bebas cukai itu, tentang menaik taraf lapangan terbang di Pangkor. Jadi oleh kerana ini melibatkan perbelanjaan pembangunan, saya ingat kita akan bincang dan rujuk kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk melihat kesesuaian tentang perkara ini dilaksanakan.
Tentang bagaimana bunga api boleh dibawa masuk dan sebagainya, bila ada perayaan, kita lihat benda ini berlaku pada hal ia tidak dibenarkan. Bunga api merupakan barang larangan bersyarat sekiranya diimport. Bukan tidak boleh langsung, boleh dengan ada syarat. Contohnya untuk digunakan bagi majlis-majlis yang disebutkan oleh Yang Berhormat Gerik tadi. Akan tetapi saya ingat banyak yang digunakan itu bukan kita bawa masuk pun, yang kita rampas sahaja, daripada rampas begitu sahaja, kita gunakan untuk majlis-majlis keramaian yang menyebabkan Yang Berhormat Gerik kata tadi ramai orang suka pergi tengok dan sebagainya. Ia tertakluk kepada keperluan untuk mendapatkan permit yang dikeluarkan oleh PDRM, permit itu dikeluarkan oleh PDRM.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ingat yang dibangkitkan oleh rakan- rakan kita tadi kurang lebih saya telah jawab. Mungkin kalau ada kekurangan dan saya minta maaflah kepada Yang Berhormat Arau fasal tak bagi ini. Kita sembang di luar saya kata tadi.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Tambah sikit, Menteri tambah sikit.
Minta laluan, tambah sikit.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Kita nak consider dah Yang Berhormat, had lori kena tahan tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Masa sudah tamat Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua, masa dah habis, tak boleh jawab lagi.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Sikit lagi, minta laluan.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Laluan dia sudah tutup.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Yang Berhormat, untuk berlaku adil kepada semua, kita bersembang di luar macam saya hendak bersembang dengan Yang Berhormat Arau, kita joint sekalilah.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Ini tambah hasil, bukan kurang hasil, mahu tambah hasil.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Fasal-fasal 1 hingga 125 - Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Selain daripada Yang Berhormat Arau, ada sesiapa lagi yang berminat untuk bahas dalam peringkat Jawatankuasa?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak ada, seorang.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Seorang sahaja ya, okey seorang. Yang Berhormat Arau, sila.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Padang Serai sekali.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Padang Serai, dua orang okey.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya minta Yang Berhormat Pokok Sena jangan ganggu saya. Kalau dia ganggu saya, saya akan balas.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia ini kalau pukul...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar
... kastam P. Ramlee kata.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kalau pukul tiga, otak dia tak betul sikit.
[Dewan ketawa]
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Jangan merapu, masa 10 minit.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Pengerusi, saya hendak sebut Perkara 35 dan 36 iaitu bagi maksud akta ini tiap-tiap pegawai kastam hendaklah mempunyai semua kuasa yang diberikan di bawah Akta Kastam 1967.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi di sini kita bagi kuasa, sekarang kita lulus rang undang-undang ini, kita bagi kuasa kepada kastam. Akan tetapi kita tidak pernah menyebut di sini bahawa bagaimana penguatkuasaan itu boleh ditingkatkan. Ini kerana saya hendak sebut ada orang yang untung berjuta ringgit sebulan kerana perpindahan minyak. Ini bukan crued oil ini Tuan Pengerusi.
Ini adalah minyak yang telah diproses, minyak biasa yang dipindah daripada kapal ke kapal.
Pertama, apakah kapal yang hendak mendapatkan minyak itu, dia daftar ataupun tidak di pelabuhan? Keduanya ke mana minyak itu pergi? Ini kerana kita tahu apa yang berlaku, pernah berlaku di kawasan kapal terbalik dulu, ada pergerakan bot laju yang datang untuk berbuat sesuatu dan sebagainya. Selepas itu berlaku perpindahan atau sebagainya.
Akan tetapi yang paling penting di sini tentang minyak tadi ini, bagaimana cara penguatkuasaan dibuat supaya kita tidak rugi hasil negara dan orang ambil kesempatan untuk datang ke pelabuhan kita, datang dan melihat penguatkuasaan yang lemah, menyebabkan mereka lakukan perkara ini. Mereka tidak berani pergi ke negara jiran sebab penguatkuasaan dia mungkin ketat. Jadi, kita minta supaya Kastam tambahkan bahagian penguat kuasa ini. Saya tidak pasti sama ada Kastam ada helikopter ataupun tidak. Akan tetapi kastam mesti mempunyai kelengkapan yang cukup sebab dia pengutip cukai yang
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
hebat di negara ini untuk membuat penguatkuasaan. Apakah dengan kita membuat penguatkuasaan itu, pendapatan kita lebih? Kita tidak perlu bagi – kita boleh bagi penekanan kepada soal-soal tempatan. Akan tetapi ini soal orang luar yang menggunakan pelabuhan kita untuk tujuan mengaut keuntungan.
Saya hendak minta supaya bagaimana cara untuk membolehkan supaya penguatkuasaan kita itu dapat diperlengkap. Kuasa ada tetapi cara penguatkuasaan dan dengan itu saya cadangkan supaya di dalam kawasan pelabuhan itu ditentukan bahagian pemindahan ship to ship, S to S ini dikhaskan kawasan. Kita bubuh namalah, apa kata kawasan ini kawasan Parit kah, ataupun ini kawasan Pokok Sena kah, bubuh nama tempat.
Pihak yang selalu curi barang ini kita bubuh nama Pokok Sena macam itu. Kita buat zon untuk membolehkan...
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Jangan buat sangkaan jahat ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak, tidak. Contoh.
Timbalan Menteri Tenaga Manusia - Dato’ Mahfuz bin Haji Omar
Dia lebih 5 minit, dia kira menjadi.
[Ketawa]
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Pengerusi...
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
......orang yang mengaji sekolah ini, tidak kacau orang macam itu. Awak Yang Berhormat Menteri, jangan kacau orang. Ini tahu- tahu kalau silap sikit cakap, kau gila, kau gila. Ini kerana awak tidak mengaji. Orang mengaji sekolah tidak akan perlekehkan orang demikian rupa. Sebenarnya Yang Berhormat.....
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
....kurang layak sikit berada di jawatan tersebut Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
....kawan lama.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sebab apa Yang Berhormat suka di air pasang di tengah hari, ganggu orang bercakap. Yang Berhormat Menteri ganggu, tegur dia. Yang Berhormat Menteri ganggu Ahli Parlimen bercakap. Kalau Tuan Pengerusi adil, kena tegur. Kalau tidak Tuan Pengerusi tidak adil, Tuan Pengerusi tidak adil. Hang tengok...
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Apa yang dia kacau.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak ganggu.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Okeylah, teruskan, teruskan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia ganggu kononnya kata saya ini, kadang-kadang dia kata saya gila dan sebagainya. Orang ini, orang yang mengaji sekolah dia tidak buat macam itu pada orang. Ini mesti sijil palsu, ya.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Tidak berkaitan dengan pindaan Akta Kastam.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ataupun mengaji tidak habis ya.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Balik pada tajuk ini balik.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau, sikit.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi...
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Pendang minta.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey sila.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Benda yang penting dalam pindaan rang undang-undang ini, Yang Berhormat Pendang hendak menyentuh berkenaan dengan pelesenan pangkalan bekalan petroleum. Apabila Pulau Pangkor ataupun Pangkor dipindah menjadi pulau bebas cukai. Ini kerana yang pertama saya hendak sentuh berkenaan dengan – bila jadi pulau bebas cukai dan pelesenan pangkalan bekalan petroleum, adakah di sini juga tempat memproses petroleum? Itu yang pertama. Keduanya, bila pelesenan ini dilakukan oleh pihak Kementerian Kewangan, bermakna kita sangat bimbang berlaku penjualan di tengah laut, tidak di tanah besar bila Pulau Pangkor ini menjadi pelesenan bekalan petroleum.
Seterusnya kita tengok, sekarang ini polisi lama untuk menukarkan Pulau Pangkor sebagai kawasan bebas cukai. Jadi, di sini juga kita tengok tempoh kematangan ini bagi contoh sebagai pelepasan untuk levi dan sebagainya yang dilaksanakan ini menyebabkan kita terburu-buru kerana kita tengok pelaksanaan SST ini juga menimbulkan, merosakkan sistem percukaian yang ada dalam negara kita. Kita tengok apabila sepertinya ceti lah mengutip cukai. Rosak habis sistem bila kita melaksanakan sistem SST ini dan memberi kesan yang besar kepada penghasilan cukai negara. Kita tengok sistem yang termasuk juga levi yang kita akan bincangkan ini juga, ia ada kaitan dengan pindaan undang-undang kastam ini iaitu dalam sistem percukaian.
Perkara yang ini saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Arau berkenaan dengan pelesenan pangkalan bekalan petroleum yang termasuk dalam pindaan ini.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya, sila Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini soalan yang cukup bagus Yang Berhormat Pendang dan ia akan dimasukkan dalam ucapan saya yang Yang Berhormat Pokok Sena akan setuju. Kena sekali terdiam terus dia.
[Ketawa] Tuan Pengerusi ......
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Salahkan kementerian....
Timbalan Menteri Tenaga Manusia - Dato’ Mahfuz bin Haji Omar
Saya belajar daripada Yang Berhormat Arau dulu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Pokok Sena ini kawan baik saya. Jangan marah ya Yang Berhormat Pokok Sena, rambut sudah putih itu.
Okey, balik tajuk ini balik. Yang Berhormat, kita hendak supaya penguatkuasaan kastam itu ditingkatkan. Sekarang ini kita bagi kuasa, contohnya kita bagi kuasa bawah 35 Yang Berhormat, 35 ini, Perkara 35 ini, kita juga bagi kuasa kepada kastam di sempadan Yang Berhormat. Kita bagi kuasa di sempadan contohnya sempadan Wang Kelian. Kita bagi kuasa dia, kuasa penuh untuk dia hendak check tetapi kita lihat kontena yang membuat penyeludupan ini, semua kontena ini telah pun berkunci dan kunci semua itu kalau hendak proses untuk kita potong, dia akan mengambil masa sekurang-kurangnya setengah jam kita hendak potong baru kita boleh tengok apa yang berlaku dalam kontena.
Sekarang ini apa yang berlaku dalam kontena kita tidak tahu. Apa yang di kontena sebab dikunci dan kastam dalam bentuk kontena yang terpaksa berbaris panjang itu memberi ruang untuk berjalan kerana sempadan akan ditutup pada pukul 6.00 petang. Jadi, pukul 5.00 dia sudah berbaris. Bila dia berbaris, jadi tekanan kepada pegawai-pegawai kastam untuk menyemak apa yang berlaku di dalam, mereka hanya tengok kertas yang di declaration dengan izin yang ditunjukkan bahawa ini barangan yang ada dalam kontena. Akan tetapi siapa check barang itu dalam kontena? Tuan Pengerusi sendiri agak-agak boleh agak kah apa yang dalam kontena? Kita hanya baca kertas, baca declaration bahawa dalam kontena ada bawang. Contohnya bawanglah, selalu cerita bawang. Bawang ini bukan keluaran Malaysia. Ini ialah bawang daripada kita import daripada India kemudian kita re-export kepada Thailand. Kita hanya isi bawang tetapi apa yang ada dalam itu, kastam tidak dapat check dengan sepenuhnya, ini mini kontena yang di..
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
.....lori yang diubahsuai untuk mengeksport barang-barang ke sana dan demikian juga bila lori itu balik, kontena ini berkunci.
Jadi saya hendak minta supaya penguat kuasa ada satu alat yang mudah, yang boleh membuka kunci ini, tidak payah potong ataupun bagi syarat supaya tiap-tiap kontena mesti ada kunci untuk dibuka. Sekarang kalau ditanya mana kunci, dia kata kunci berada dengan tauke di sebelah negara jiran. Kalau hal berterusan, kita bimbang kita tidak dapat kutip cukai dengan baik. Kita juga bimbang penyeludupan-penyeludupan lain yang dibuat yang kita tidak
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
tahu. Jadi, kita minta penguatkuasaan kastam ini bukan saja diberi kuasa tetapi hendaklah memperlengkapkan penguatkuasaan itu dengan peralatan-peralatan canggih di masa kini ya.
Jadi saya menyokong Yang Berhormat dan tidak perlu sembang di luar, dekat sini pun Yang Berhormat boleh jawab.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Arau, sikit lagi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, itu saja.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sikit. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Masa sudah tamat.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya hendak dapat pastikan berkenaan dengan pelepasan levi ini. Sekarang ini in bounce sudah kita kenakan, out bounce ini termasuk orang-orang yang pergi umrah dan sebagainya yang akan dikenakan sekiranya undang-undang diluluskan. Minta pandangan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Perkara yang ini juga soalan yang cukup baik daripada Yang Berhormat Pendang yang sentiasa bertanya soalan baik. Kita sama-sama orang Kedah, akan tetapi hat Yang Berhormat Pendang bagus, jadi saya minta masuk kepada sebahagian daripada ucapan saya yang akan dijawab oleh Yang Berhormat Kubang Pasu dan bukan Yang Berhormat Pokok Sena. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya, terima kasih Arau, sekarang saya jemput Yang Berhormat Padang Serai, lepas itu Yang Berhormat Menteri jawab. Sila.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Di sini saya mengumumkan mahasiswa-mahasiswa dari Universiti Malaya di bawah kawasan Parlimen Lembah Pantai yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar UM, Jawatankuasa Pilihan Raya Kampar, UM. Terima kasih.
Seterusnya ucapan saya adalah berkaitan dengan rampasan barang-barang daripada kastam dan sebagainya haruslah dibicarakan dengan secepat mungkin.
Memandangkan perkara ini terletak lebih kurang kadang-kadang setahun, dua tahun, lima tahun. Maka barang-barang yang ada dalam rampasan itu akan rosak yang mana kita tidak boleh jual ataupun ambil hasil balik daripada barang tersebut seperti kereta dan sebagainya kadang-kadang rampas ditinggalkan beberapa tahun dan tempat itu pula disesakkan dalam gudang-gudang. So, ini harus ambil perhatian.
Di samping itu juga, saya mencadangkan harga asal samsu yang sekarang ini dinaikkan 500 peratus. Dinaikkan 500 peratus samsu. Banyakkan sedikit tax untuk negara kita. Ini memandangkan sebab kita jual samsu dengan murah, maka kerajaan akan belanja untuk rawat mereka di hospital lebih banyak belanjanya. So, kita naikkan sekarang, kita boleh kawal di sana.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Padang Serai, ini perkara berapa? Perkara berapa saya hendak tengok, hendak tumpang baca sama.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Menteri tahu.
[Ketawa]
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Arau rindu zaman dia jadi Menteri.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Okey, seterusnya saya ingin cadangkan kebanyakan kastam ini kadang-kadang mereka buat satu kod itu tidak menyamai dengan barang-barang import dan eksport. So, ini perlulah diambil perhatian. Oleh sebab kadang-kadang itu akan lari tax sebab mereka ada satu hubungan customer dengan orang yang itu. Dia boleh kata kalau letak kod ini, maka dia boleh tax kurang sedikit. So, ini patut kerajaan ambil perhatian serius. So, apa barang mereka eksport mestilah kod yang sama supaya tax itu memadai kehendak kerajaan.
Okey, di samping itu juga keselamatan kastam itu haruslah diambil berat dan berilah gaji yang setimpal dengan apa yang kita kutip hasil sekarang supaya mereka yang bekerja lebih ikhlas. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri jawab. Masa 10 minit, sila.
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai, terima kasih Yang Berhormat Pendang yang turut mencelah dan Yang Berhormat Padang Serai yang bertanya beberapa persoalan tadi. Tentang penguatkuasaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau, ya memang hasrat kita ialah dalam pindaan ini pun Yang Berhormat Arau adalah untuk pertamanya mendapat kuasa untuk penguatkuasaan ini berlaku dengan lebih berkesan.
Seterusnya sudah tentulah prosedur ataupun bagaimana penguatkuasaan itu hendak dijalankan yang mungkin memerlukan kita kepada peralatan-peralatan tertentu seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau tadi. Sememangnya dalam program untuk kita memastikan bahawa di pintu-pintu utama sempadan negara yang berlaku movement of goods dengan banyak di sempadan, di pelabuhan-pelabuhan utama untuk kita menyediakan peralatan seperti scanning machine yang apabila lalu sahaja kita boleh nampak apa barang-barang yang ada berbanding dengan manifes yang telah dibuat oleh pihak pengimport dan sebagainya. Jadi, itu memang kita akan tingkatkan dari semasa ke semasa untuk memastikan bahawa penguatkuasaan ini akan berjalan dengan lebih baik.
Tentang Yang Berhormat Arau sebut tadi, pemindahan minyak selain daripada tempat yang dibenarkan. Sebenarnya Tuan Pengerusi, kalau minyak yang mungkin disebutkan oleh Yang Berhormat Arau tadi ialah berlakunya penyeludupan minyak yang dibeli dalam negara kita, kemudian mereka masukkan kalau di sempadan melalui kereta yang telah ataupun lori yang telah diubahsuai. Sebenarnya yang ini sudah masuk di bawah KPDNHEP.
Begitu juga kalau berlaku di laut. Akan tetapi walau bagaimanapun, memang ada kerjasama di antara semua agensi penguatkuasaan kita dan memang negara hilang banyak hasil daripada minyak yang sepatutnya diberi subsidi untuk kegunaan dalam negara tetapi kemudiannya telah di seludup keluar ke tempat-tempat yang lain.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Yang Berhormat Menteri, Lembah Pantai. Sedikit pasal isu— tadi saya hendak bangun mencelah semasa Yang Berhormat Arau bangkitkan isu ini. Ini kerana untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri pun sedia maklum pada 29 Mac dalam media Reuters ada dibangkitkan dengan izin Iranian fuel oil cargo sits off Malaysia as US urges sanctions compliance. Jadi, selain daripada ship-to-ship transport ini yang kita ada sebutkan ini mungkin ada juga elemen-elemen lain yang selain daripada keuntungan ataupun duti kastam yang boleh dikenakan tetapi juga ada beberapa saya rasa perkara termasuk isu sanctions.
Mungkin yang itu juga saya rasa perlu kita berikan perhatian. Itu yang saya nampak, saya tidak pasti kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh berikan pandangan berkenaan perkara-perkara seperti ini supaya negara kita, kawasan perairan kita tidak digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang bercanggah dengan treaty antarabangsa. Terima kasih.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Macam saya sebutkan tadi maknanya interest to STS nampak tinggi. Sebenarnya kalau mana-mana berlaku aktiviti STS ini di perairan antarabangsa. So, itu beyond kita punya jurisdiction. Akan tetapi apabila ia berlaku dalam perairan negara kita, maknanya ia adalah subjek kepada semua kalau di bidang kastam ini hendak pastikan bahawa barang itu adalah barang yang telah dikenakan cukai ataupun duti dan sebagainya, itu memang kita akan ambil perhatian.
Satu lagi elemen yang disebutkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai tadi, ya betul mungkin berlakunya itu tetapi kita harap ia apabila berlaku di luar perairan kita nothing that we can do dengan izin. Akan tetapi kalau berlaku dalam negara kita, semua aspek ini perlu kita lihat dan pastikan ia dapat kita halang daripada benda-benda yang berlaku di luar daripada ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Pengerusi, sedikit Yang Berhormat. Hari ini bolehlah sebab saya penanya asal. Yang Berhormat, kawasan penguatkuasaan kastam ini, is it pelabuhan ataupun ikut sempadan negara. Contohnya macam sempadan negara kita ialah 200 batu nautika. Adakah itu adalah kawasan penguatkuasaan kastam?
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Saya ingat saya sudah sebut tadi, premisnya ialah kalau ia berlaku ship-to-ship transfer, berlaku dalam perairan negara maka ia adalah subjek kepada semua perundangan dan juga yang telah saya sebutkan tadi. Kemudian mungkin Yang Berhormat Arau akan tanya, kalau berlaku sekian jauh, adakah. Itu adalah kemampuan penguatkuasaan ataupun monitoring. Itu satu hal yang lainlah. Akan tetapi prinsipnya, kalau berlaku di luar perairan, something yang bukan bawah jurisdiction kita.
Akan tetapi kalau berlaku dalam perairan kita Yang Berhormat Arau, memang bawah tanggungjawab kita dan saya faham dari segi untuk kita hendak monitor ini adalah satu perkara yang agak sukar.
Kemudian dibangkitkan tadi tentang Pulau Pangkor. Ya macam disebutkan tadi sebenarnya petroleum supply base ini ia tidak terhad ataupun tidak melibatkan Pangkor.
Dekat mana-mana pun yang kita ada petroleum supply base ini contohnya di Kemaman Supply Base (KSB) yang menghantar barangan-barangan ke platform dan sebagainya. Jadi untuk petroleum supply base ini, ia apabila berlaku maknanya ia sudah jadi manufacturing punya ini di situ, ia blend, ia tambah additive dan sebagainya. Semua perkara yang berlaku itu menyebabkan mereka perlu membayar cukai ataupun duti kepada pihak kastam. Perkara yang lain-lainnya adalah tertakluk kepada cukai ataupun duti yang telah kita tetapkan dalam ini. Jadi timbul selepas itu dia hendak bawa pergi ke mana dan sebagainya sebab semuanya mereka telah menjalankan tanggungjawab untuk membayar cukai apa yang sepatutnya kepada negara.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kita tengok, yang kita bimbang ini agak totally different lah, dengan izin, antara Kemaman supply base dengan Pulau Pangkor sebab Pulau Pangkor ini kita hendak isytiharkan sebagai bebas cukai, Kemaman tidak. Itu dua. Sebab itu kita minta. Kita hendak lihat― biasanya benefit kepada kerajaan penghasilan daripada pengisytiharan bebas cukai ini― kita boleh banding, kita boleh ada satu kajian. Kita sudah ada beberapa pulau bebas cukai seperti Langkawi, Labuan, Bukit Kayu Hitam, Rantau Panjang, sebagai contoh, located at point entry atau borders compare to Pangkor. Jadi, ini kita hendak tengoklah. Bila kita ini, dia ada implikasi kewangannya terutamanya kita kena tambah kekuatan Kastam.
Selepas itu port fasiliti, bila kita sudah announce sebagai bebas cukai ini. Selepas itu kita bimbang juga ada redundancy sebab dia dekat dengan Penang. Ini yang kita minta Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan melihat balik benda-benda yang kita rasa ia akan merugikan dari segi penghasilan negara setelah kita isytiharkan ini.
Begitu juga dengan yang berlaku di perairan antarabangsa tadi yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, kerana barangan atau goods ini termasuk petroleum bermula daripada hak negara di-smuggle. Dia akan jadi black economy juga dengan pelaksanaan ini. Berlaku trade di perairan antarabangsa yang kita tidak boleh campur tangan. Ini yang kalau daripada luar masuk ke sini boleh tahan tetapi barang Malaysia akan di-smuggle masuk ke perairan antarabangsa sehingga kita tidak boleh campur tangan yang ini. Ini minta komen sedikit.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja tentang barangan Malaysia yang di-smuggle keluar negara. Saya setuju dengan Yang Berhormat Pendang supaya kita pastikan ada langkah-langkah yang diambil untuk memastikan bukan sahaja barangan Malaysia tetapi wang kepunyaan rakyat Malaysia juga tidak di-smuggle keluar.
Kita lihat berita yang dibongkar baru-baru ini, calon Barisan Nasional di Rantau yang telah menghantar RM10 juta melalui pengurup wang untuk membeli pangsapuri di London.
Kita kena pastikan perkara-perkara ini tidak berlaku. RM10 juta. Rakyat di Malaysia hendak beli rumah pun susah. Ini adalah pemimpin yang sekarang bertanding di Rantau, pemimpin UMNO Barisan Nasional yang membawa keluar RM10 juta untuk membeli pangsapuri di London. Pastikan perkara-perkara ini tidak berlaku. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Minta penjelasan.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Terima kasih Yang Berhormat Pendang.
Terima kasih Yang Berhormat― saya ingat tak apalah. Floor saya ini. Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya hendak jawab ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Fasal...
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Saya hendak jawab ini, Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Fasal Tuan Pengerusi benarkan soalan yang lari daripada tajuk. Jadi sekarang ini saya hendak tanya pasal tabung bukit cina yang dikumpulkan oleh DAP, dihantar ke mana?
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Arau, jangan merapu.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Ini floor saya.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ini adalah hak kepada Yang Berhormat Menteri. Terpulang kepada Yang Berhormat Menteri hendak beri laluan ataupun tidak.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya tahu, Tuan Pengerusi. Saya tahu
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ini Perkara 37, 38, 39. Yang Berhormat Arau memang arif tetapi sengaja berpura-pura tidak faham. Sila. Masa sudah tamat, Yang Berhormat Menteri. Isu terakhir.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Terima kasih. Saya ingat apa yang dibangkitkan oleh rakan-rakan kita tadi ialah concern yang valid. Kita akan ambil semua pandangan-pandangan itu untuk memastikan bahawa, macam saya sebut tadi, premis kita melaksanakan pindaan kepada Akta Kastam ini pertamanya adalah untuk facilitate trade supaya trading akan berlaku dalam dan juga keluar negara dengan lebih baik yang akan menyebabkan lebih ramai atau lebih banyak pihak yang akan membuat trading dengan Malaysia. Dalam masa yang sama, kita hendak pastikan bahawa kalau ada elemen-elemen mereka-mereka yang cuba untuk mengambil kesempatan untuk mengelak dari membayar duti dan cukai dan sebagainya, itu dapat kita banteras dengan kuasa-kuasa yang diberikan kepada pihak JKDM untuk memastikan bahawa hasil yang sepatutnya masuk ke dalam negara yang kemudiannya dapat kita agihkan untuk kesejahteraan rakyat itu dapat kita lakukan dengan sebaiknya.
Saya ingat itu sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Adakah pengutipan wang tabung bukit cina yang dibuat oleh DAP itu akan di...
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ini tidak berkaitan. Jelas.
[****Fasal-fasal 1 hingga 125** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] *[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(Puan Hannah Yeoh) dan diluluskan]*
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Eksais 1976 dibacakan kali kedua sekarang.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Eksais (Pindaan) 2019 yang dicadangkan adalah bagi meminda Akta Eksais 1976 [Akta 176].
Sebahagian besar pindaan yang dilaksanakan dalam akta ini merupakan pindaan susulan, dengan izin, consequential amendment daripada pindaan Akta Kastam 1967 yang
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
dicadangkan dan kita luluskan sebentar tadi. Selain itu, pindaan kepada akta ini juga bagi melaksanakan keputusan untuk menjadikan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menghuraikan setiap fasal mengenai Rang Undang-undang Eksais (Pindaan) 2019. Rang undang-undang ini mempunyai 80 fasal seperti berikut.
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan ke atas permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.
Fasal 2 bertujuan meminda seksyen 2 untuk mengadakan takrif baharu bagi 11 terma baharu dan sedia ada seperti kawalan kastam, kedai bebas cukai, ketetapan umum, pemindahan kapal, pengangkut, pengilang berlesen, surcaj, zon bebas dan kawasan utama kastam.
Fasal 3 meminda seksyen 4 untuk memasukkan perkataan “Timbalan Pengarah” dan memperuntukkan bahawa pelantikan Timbalan Pengarah adalah tertakluk kepada arahan dan pengawasan Ketua Pengarah.
Fasal 4 bertujuan memperkenalkan seksyen baharu 4A yang memperjelaskan bahawa pegawai polis hanya boleh melaksanakan kuasa berhubungan Bahagian X iaitu pemeriksaan, penyiasatan, penggeledahan, penyitaan dan penangkapan.
Fasal 5 bertujuan untuk meminda Bahagian IIA dengan memasukkan perkataan “Dan Ketetapan Umum” selepas perkataan “Ketetapan Kastam”.
Fasal 6 bertujuan untuk memperkenalkan seksyen baharu 5F yang memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk membuat ketetapan umum ke atas pemakaian mana-mana peruntukan akta.
Fasal 7 bertujuan memotong subseksyen 6(6) bagi memberi Menteri kuasa untuk mendapatkan balik surcaj, penalti dan wang lain yang kena dibayar sebagai suatu hutang sivil.
Fasal 8 bertujuan memasukkan seksyen baharu 6A yang menyediakan peruntukan bagi barang bona fide dalam transit termasuk barang untuk transshipment tidak boleh dianggap sebagai diimport bagi maksud mengenakan duti eksais.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Fasal 9 bertujuan menomborkan semula seksyen 11A dan memasukkan subseksyen baru 11A(2) yang memperuntukkan bahawa Menteri boleh meremit dan memulangkan semula duti eksais, penalti, surcaj, fi atau wang lain yang kena dibayar dan diremitkan.
Fasal 10 bertujuan meminda seksyen 13 untuk memperuntukkan bahawa tiada tuntutan bayar balik dibenarkan sementara menunggu keputusan suatu semakan atau rayuan kecuali tuntutan itu dibuat dalam tempoh satu tahun daripada tarikh keputusan ke atas penjenisan, penilaian semakan atau rayuan.
Fasal 11 bertujuan menggantikan seksyen 14 untuk memperuntukkan bahawa jika barang berduti yang telah diimport rosak, musnah atau hilang akibat kemalangan yang tidak dapat dielakkan pada bila-bila masa sebelum pengeluaran daripada kawalan eksais, Ketua Pengarah boleh meremitkan keseluruhan atau mana-mana bahagian duti eksais ke atasnya yang kena dibayar jika notis secara bertulis disokong oleh bukti yang cukup telah diberikan kepada atau sebelum masa pengeluaran itu.
Fasal 12 bertujuan meminda seksyen 15 untuk menghendaki orang yang bertanggungan membayar duti eksais, penalti atau wang lain yang belum dibayar dengan tidak sengaja, kecuaian, kesilapan, pakatan sulit atau salah tafsiran di bawah pegawai eksais atau melalui salah pernyataan tentang nilai, kuantiti atau perihalan oleh mana-mana orang atau kerana sebab lain atau orang yang kepadanya pembayaran balik itu telah tersilap dibuat untuk membayar kekurangan itu atau membayar balik amaun yang dibayar kepadanya secara berlebihan.
Fasal 13 bertujuan meminda seksyen 15A yang membenarkan Ketua Pengarah untuk mengeluarkan mempunyai suatu perakuan kepada Ketua Pengarah Imigresen yang meminta supaya seorang itu dicegah dari meninggalkan Malaysia, melainkan jika dan sehingga dia membayar semua duti, penalti, surcaj atau wang lain yang kena dibayar.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Fasal 14 bertujuan memperkenalkan seksyen baharu iaitu 15B yang menyediakan untuk mendapatkan semula duti eksais, surcaj, penalti, yuran atau wang lain yang kena dibayar sebagai hutang sivil yang perlu kena dibayar kepada kerajaan.
Fasal 15 bertujuan meminda seksyen 16 untuk memperuntukkan skop yang lebih luas bagi pengiraan kadar duti eksais bagi barang yang dikilangkan di Malaysia.
Fasa 16 bertujuan untuk meminda seksyen 19A bagi berkenaan pulang balik duti eksais bagi barang import selain barang persendirian atau barang yang dibawa oleh pelawat atau sampel yang dibawa oleh pengembara dagangan.
Fasal 17 bertujuan untuk meminda secara editorial seksyen 19B dengan menggantikan perkataan “dengan pendua kepada seorang pegawai kanan eksais yang pada keseluruhan isinya” dengan perkataan “kepada seorang pegawai kanan eksais”. Fasal 18 bertujuan untuk memotong seksyen 19D untuk menghapuskan kuasa Ketua Pengarah untuk membenarkan pulangan duti eksais atas barang yang mengalami kemerosotan atau kerosakan dan hendaklah dimusnahkan dengan kehadiran pegawai kanan eksais.
Fasal 19 bertujuan memperkenalkan seksyen baharu 19G bagi memperuntukkan jika pulangan cukai atau pulang balik duti eksais perlu dibayar kepada mana-mana orang yang telah gagal membayar amaun duti kastam, duti eksais dan lain-lain, Ketua Pengarah boleh mengimbangi pulangan cukai atau pulang balik duti itu terhadap amaun yang telah gagal dibayar.
Fasal 20 bertujuan untuk meminda secara editorial seksyen 20 untuk menggantikan perkataan “pemegang lesen di mana-mana jua terdapat” dengan perkataan “pengilang berlesen”. Fasal 21 bertujuan meminda secara editorial subseksyen 21 untuk menggantikan perkataan “pengilang tembakau berlesen” dengan perkataan “pengilang berlesen dalam produk tembakau” bagi tujuan keseragaman penggunaan perkataan “pengilang berlesen”.
Fasal 22 bertujuan untuk memotong perenggan 22(1)(b).
Fasal 23 bertujuan untuk meminda seksyen 23A berkaitan penalti kerana kegagalan penyelesai untuk mengemukakan dokumen dan memberi notis kepada Ketua Pengarah dan mengetepikan sekian jumlah wang dari aset bagi membayar duti eksais dan kesalahan di bawah subseksyen 23A(2B) dinaikkan kepada denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih dari tiga tahun atau kedua-duanya.
Fasal 24 bertujuan untuk meminda seksyen 23B berkaitan penalti kerana kegagalan penerima untuk mengemukakan dokumen dan memberi notis kepada Ketua Pengarah dan mengetepikan sekian jumlah wang dari aset bagi membayar duti eksais dan kesalahan di bawah subseksyen 23B(1) dinaikkan kepada denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih dari tiga tahun atau kedua-duanya.
Fasal 25 bertujuan untuk memotong seksyen 24.
Fasal 26 bertujuan untuk meminda seksyen 26 untuk menghapuskan fungsi gudang eksais awam sebagai tempat menyimpan apa-apa barang berduti.
Fasal 27 bertujuan untuk meminda seksyen 27A untuk menghendaki mana-mana barang diimport semasa ketibaan atau pendaratan didepositkan dalam sebuah gudang berlesen, sebuah gudang atau tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.
Fasal 28 bertujuan untuk memperkenalkan seksyen baharu 27AB untuk memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk meluluskan suatu gudang atau tempat lain bagi membolehkan barang berduti didepositkan.
Fasal 29 bertujuan meminda seksyen 28(b) untuk menghalang barang berduti dikeluarkan dari kawalan eksais melainkan untuk pemindahan ke gudang berlesen lain, gudang lain atau tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah atau tempat lain di bawah kawalan eksais atau bagi mengilang di suatu tempat lain yang dilesenkan di bawah seksyen 20.
Fasal 30 bertujuan untuk meminda seksyen 30 bagi menggantikan perkataan “pemegang lesen” dengan perkataan “pengilang berlesen”.
Fasal 31 bertujuan meminda subseksyen 32(2) bagi memasukkan perkataan “dalam mana-mana suatu hari” selepas perkataan “27 liter”.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Fasal 32 untuk meminda subseksyen 35(4) bagi menggantikan perkataan “pemegang suatu lesen yang dikeluarkan” dengan perkataan “pemegang lesen”.
Fasal 33 bertujuan untuk menggantikan seksyen 40D untuk memperuntukkan tempoh bagi membuat akuan ke atas barang berduti semasa import dalam borang yang ditetapkan kepada pegawai yang hak.
Fasal 34 bertujuan meminda seksyen 40G untuk menggantikan perkataan “dengan pendua atau dengan apa-apa” dengan perkataan “dengan apa-apa”.
Fasal 35 bertujuan untuk menggantikan seksyen 41B yang menghendaki setiap orang menyimpan rekod yang lengkap dan benar yang dikemas kini mengenai semua transaksi yang menyentuh atau boleh menyentuh tanggungannya ke atas apa-apa perkara.
Fasal 36 bertujuan untuk memperkenalkan seksyen baharu 41B yang memberi kuasa kepada pegawai kanan eksais untuk menghendaki orang yang telah disita, ditahan atau diambil milik barang, rekod, report atau dokumen untuk memberikan suatu terjemahan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris jika barang rekod, report atau dokumen itu dalam bahasa atau selain dari bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris.
Fasal 37 bertujuan meminda seksyen 41C untuk menghendaki ketua stesen kereta api di tempat pengimportan barang melalui kereta api dan di stesen kastam di mana dikonsainkan untuk mengemukakan invois dan bil muatan rel berkenaan barang itu tanpa suatu permintaan dibuat dan untuk menghalang kargo daripada dimuatkan ke dalam atau dipunggah dari kereta api kecuali dengan kebenaran pegawai yang hak.
Fasal 38 bertujuan meminda seksyen 41D berhubung peruntukkan mengenai jumlah wang yang kena dibayar oleh nakhoda atau ejen vesel kepada pegawai kastam jika barang yang dicatat dalam daftar muatan vesel tidak memuaskan hati pegawai kastam.
Jumlah wang dinaikkan daripada tidak melebihi RM500 kepada tidak melebihi RM5,000.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Fasal 39, bertujuan meminda seksyen 42A(2) untuk membenarkan bagasi penumpang atau mana-mana orang untuk diperiksa dan diserahkan mengikut cara yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.
Fasal 40, bertujuan untuk meminda seksyen 44 bagi memberikan akses yang lebih luas kepada pegawai kanan eksais atau pegawai yang diwakilkan oleh beliau untuk mempunyai akses, bukan sahaja ke tempat atau premis perniagaan yang dijalankan tetapi juga ke tempat atau premis pengilangan dijalankan.
Fasal 41, bertujuan memperkenalkan seksyen baharu iaitu 44B berkaitan perlindungan terhadap apa-apa tindakan saman, pendakwaan atau prosiding berhubung pegawai yang hak yang telah menjalankan tugas dengan suci hati dalam pelaksanaan kewajipannya.
Fasal 42, bertujuan untuk meminda seksyen 46 yang memperuntukkan bahawa seorang pegawai kanan eksais boleh menolak untuk berurusan dengan seorang pekerja melainkan orang atau firma itu mengemukakan sesuatu autoriti yang membenarkan pekerja itu menjalankan perniagaan bagi pihaknya.
Fasal 43, bertujuan untuk meminda seksyen 49 dengan memotong perkataan “sesuatu gudang eksais awam atau dalam”.
Fasal 44, bertujuan untuk meminda seksyen 52 dengan memperkenalkan subseksyen 51(3) dan 51(4) yang memberikan kuasa kepada pegawai eksais untuk mengseal rumah kediaman, kedai atau lain-lain bangunan, tempat, vesel atau kapal udara atau barang, dokumen atau benda di dalam rumah kediaman, kedai atau bangunan- bangunan lain, tempat, vesel atau kapal udara dalam mana ianya dijumpai oleh sebab jenis, saiz atau berjumlah tidak munasabah untuk memindahkan barang, dokumen atau benda yang disita.
Fasal 45, bertujuan untuk meminda seksyen 53A dengan memperkenalkan perenggan baharu 53A(2)(aa) yang membenarkan pegawai eksais membuat salinan atau mengambil cabutan daripada maklumat berekod atau data berkomputer dalam menjalankan kuasanya.
Fasal 46, bertujuan untuk meminda seksyen 53B dengan memperkenalkan subseksyen baharu 53B(2) untuk membenarkan pegawai yang hak menggunakan peranti
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
penjejakan atau pengesanan, instrumen tidak intrusif, atau apa-apa bentuk bantuan lain, termasuk binatang dalam melaksanakan tugasnya.
Fasal 47, bertujuan untuk meminda seksyen 54 bagi membatalkan syarat untuk mengehendaki pegawai yang menyita untuk memberi notis penyitaan.
Fasal 48, bertujuan untuk meminda seksyen 55 bagi memperuntukkan pemulangan barang kepada pemunya atau kepada orang yang daripadanya milikan, jagaan atau kawalannya barang itu telah disita.
Fasal 49, bertujuan meminda seksyen 56 dengan memperkenalkan subseksyen baharu dalam (2A) yang membenarkan pegawai yang hak untuk mengambil atau menyebabkan diambil gambar dan cap ibu jari mana-mana orang yang ditangkap. Seorang yang ditangkap boleh dilepaskan dari jagaan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu dan seorang yang telah ditahan boleh dikemukakan kepada pegawai kanan eksais bagi maksud penyiasatan dan boleh disimpan dalam jagaan bagi tempoh tidak melebihi 14 hari.
Fasal 50, bertujuan meminda subseksyen 61(5) yang memperuntukkan definisi “penganalisis” yang lebih komprehensif dan relevan.
Fasal 51, bertujuan memperkenalkan seksyen baharu 61A berkenaan peruntukan mengenai keterangan bagi maksud apa-apa prosiding.
Fasal 52, bertujuan untuk meminda seksyen 62 bagi memotong perkataan “vesal atau”.
Fasal 53, bertujuan untuk meminda seksyen 62C untuk menggantikan perkataan “atau duti anti-lambakan” dengan perkataan “anti-lambakan atau perlindungan”.
Fasal 54, bertujuan untuk meminda seksyen 63A berkenaan kewajipan kerahsiaan yang berhubung dengan nombor kad pengenalan dan nombor pasport seorang pemberi maklumat. Fasal ini juga menaikkan penalti bagi kesalahan tidak mematuhi kehendak kerahsiaan kepada denda tidak melebihi RM100,000 dan hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun.
Fasal 55, bertujuan untuk menggantikan seksyen 64A berkenaan kerahsiaan maklumat, dokumen atau akuan berhubungan dengan pengimportan, pengeksportan, penilaian dan penjenisan barang. Dengan pindaan ini, orang yang melakukan kesalahan menyampaikan maklumat, dokumen atau akuan itu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Fasal 56, bertujuan untuk meminda subseksyen 65(2) untuk menggantikan perkataan “kenderaan vesal yang tidak lebih daripada 200 tan berat-tan bersih yang didaftarkan dan kapal udara” kepada perkataan “dan pengangkut selain vesal yang melebihi 200 tan berat-tan bersih yang didaftarkan”.
Fasal 57, bertujuan untuk meminda seksyen 67 yang memperuntukkan bahawa jika tiada pendakwaan berkenaan dengan barang yang disita, barang itu atau hasil jualan atau amaun yang dijamin hendaklah diambil dan disifatkan terlucut hak pada tamat tempoh satu bulan dari tarikh notis penyitaan. Ketua Pengarah diberikan kuasa untuk mengarahkan pegawai kanan eksais melepaskan barang itu atau hasil jualan barang itu, atau sekuriti yang diberikan atau merujuk itu kepada Majistret Kelas Satu untuk keputusannya.
Fasal 58, bertujuan untuk meminda seksyen 69 untuk memberikan kuasa pegawai kanan eksais untuk mengkompaun apa-apa kesalahan yang telah ditetapkan sebagai satu kesalahan yang boleh dikompaun dengan keizinan bertulis pendakwa raya. Amaun yang dikompaun tidak boleh melebihi 50 peratus amaun denda maksimum bagi kesalahan itu.
Fasal 59, bertujuan untuk memperkenalkan seksyen baharu 69A yang memperuntukkan bahawa kos menyimpan barang, dokumen atau benda yang disita boleh didapatkan semual dari orang yang barangnya disita sebagai satu hutang kena dibayar kepada kerajaan.
Fasal 60, bertujuan untuk meminda seksyen 74 bagi menaikkan hukuman bagi kesalahan yang berhubung dengan rokok atau liquor yang dikilangkan secara tempatan dan diimport dengan menaikkan tempoh penjara daripada lima tahun kepada tujuh tahun.
Fasal 61, bertujuan untuk memperkenalkan Seksyen 74A, 74B dan 74C untuk memperuntukkan kesalahan berhubung data disimpan di dalam komputer, kesalahan berhubung tuntutan pulangan cukai dan kesalahan berhubung tuntutan pemulangan balik serta penaltinya.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Fasal 62, bertujuan untuk meminda seksyen 75 untuk meningkatkan penalti bagi kesalahan di bawah seksyen 75 daripada denda tidak kurang RM2,000 tetapi tidak melebihi RM10,000 kepada denda tidak kurang daripada RM5,000 tetapi tidak melebihi RM20,000.
Fasal 63, bertujuan untuk meminda subseksyen 781A untuk menggantikan perkataan “sesuatu vesal atau kapal udara atau lain-lain kenderaan lain” dengan perkataan “pengangkut”.
Fasal 64, bertujuan meminda seksyen 81 bagi menggantikan skala yang mengandungi nilai ambang yang baru bagi denda dan tempoh maksimum pemenjaraan yang dikenakan oleh mahkamah.
Fasal 65, bertujuan untuk meminda seksyen 82A dengan menggantikan perkataan “duti eksais, penalti atau surcaj” kepada perkataan “duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain”.
Fasal 66, bertujuan untuk memotong subseksyen 85(h) dan meminda subseksyen 85(p) untuk memberikan Menteri kuasa untuk menetapkan kriteria bagi mengkompaun kesalahan yang boleh di kompaun.
Fasal 67, 71 dan 75, bertujuan untuk meminda seksyen 87, 91A dan 91E untuk mengeluarkan Pangkor daripada kawasan utama kastam dan menjadikan Pangkor sebagai pulau bebas cukai serupa dengan Labuan, Langkawi dan Tioman.
Fasal 68, 72 dan 76, bertujuan untuk meminda seksyen 90B, 91DB dan 91J untuk menjelaskan bahawa Labuan, Langkawi dan Tioman bukan suatu tempat di luar Malaysia.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Ini selaras dengan pengenalan subseksyen baharu 2(1A) dan (1B) yang memperuntukkan bahawa Labuan, Langkawi dan Tioman adalah suatu tempat di luar kawasan utama kastam.
Fasal 69 bertujuan meminda seksyen 90C, dengan menggantikan perkataan “vesel atau pesawat udara” kepada perkataan “kenderaan, vesel atau kapal udara”.
Fasal 70 bertujuan meminda seksyen baharu 90E dengan menggantikan perkataan “vesel atau pesawat udara” kepada perkataan “kenderaan, vesel atau kapal udara”.
Fasal 73 bertujuan meminda seksyen 91DC untuk mengehendaki orang yang menjaga kenderaan, vesel atau kapal udara yang diangkut dari Langkawi ke kawasan utama kastam untuk membuat akuan dalam borang yang ditetapkan.
Fasal 74 bertujuan meminda seksyen 91DE dengan menggantikan perkataan “vesel atau pesawat udara” kepada perkataan “kenderaan, vesel atau kapal udara”.
Fasal 77 bertujuan meminda seksyen 91K untuk mengehendaki orang yang menjaga kenderaan, vesel atau kapal udara yang diangkut dari Tioman ke kawasan utama kastam untuk membuat akuan dalam borang yang ditetapkan.
Fasal 78 bertujuan meminda seksyen 91M dengan menggantikan perkataan “vesel atau pesawat udara” kepada perkataan “kenderaan, vesel atau kapal udara”.
Fasal 79 bertujuan untuk memasukkan bahagian baharu iaitu XVD mengenai peruntukan khas berkenaan dengan Pulau Pangkor.
Fasal 80 bertujuan untuk memperuntukkan peruntukan berhubung kecualian.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas huraian.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Mahfuz bin Haji Omar
Saya mohon menyokong.
Seorang Ahli
Belum habis lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ya sudah dan telah pun disokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Eksais 1976 dibaca kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ahli-ahli Yang Berhormat yang berminat, dijemput untuk berdiri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bangun]
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Pontian. Dua orang sahaja ya? Okey, sila, seorang 10 minit. Sila.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya, siapa dahulu?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Pertama, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini pindaan Akta Eksais 1976, pindaan susulan daripada Akta Kastam 1967.
Apa yang saya faham tentang duti eksais ini antaranya ialah cukai barangan yang diimport ke Malaysia. Satu lagi ialah barangan yang dikilangkan dalam Malaysia tetapi dia merujuk kepada barangan yang tertentu sahaja. Pertama, minuman keras seperti arak, liquor, toddy.
Kedua, rokok dan tembakau. Ketiga, daun terup dan mahjong tiles. Keempat, ialah kenderaan bermotor.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah Kementerian Kewangan bercadang untuk menaikkan kadar cukai terutama cukai arak?
Setakat manakah kutipan yang kita buat― apa yang kita panggil sebagai sin tax ini termasuklah juga tembakau dan jugalah rokok?
Perkara seterusnya ialah saya pohon agar cukai-cukai yang kita panggil sin tax ini diasingkan daripada Kumpulan Wang Disatukan, diketepikan dalam satu akaun khas sebagaimana yang telah dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional, supaya ia tidak dicampurkan untuk membayar gaji, khasnya kepada penjawat awam yang beragama Islam yang majoriti daripada penjawat awam adalah beragama Islam. Oleh itu, adakah kerajaan sekarang meneruskan apa yang kita buat iaitu mengasingkan segala pendapatan itu dalam satu akaun yang lain dan digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu yang dibenarkan?
Seterusnya, saya ingin tahu, berapa banyak cukai daripada pecahan-pecahan ini kenderaan bermotor? Minuman keras, berapa banyak cukainya setahun? Rokok dan tembakau, berapa banyak cukainya setahun? Selepas itu cukai yang agak kecil sedikit itu, daun terup dan mahjong tiles itu, berapa banyak cukainya setahun?
Sehubungan dengan itu juga, saya berminat untuk bertanya tentang cukai kenderaan bermotor. Pada tahun 2017, bulan April, kastam melalui arahan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika itu menurunkan cukai pacuan dua roda dan empat roda dengan enjin tidak lebih daripada 1500cc daripada 65 peratus cukai sebelum itu kepada 60 peratus cukai. Adakah kerajaan bercadang untuk menurunkan lagi cukai-cukai kenderaan ini? Kebanyakan cukai itu adalah datang daripada negara luar ASEAN. Kalau kenderaan tersebut dipasang dan diimport daripada negara-negara ASEAN, kita ada ASEAN Free Trade Area (AFTA) yang tidak mengenakan sebarang cukai. Oleh sebab itu, banyak kenderaan daripada Thailand masuk ke negara kita dan sebenarnya kita juga jika berjaya untuk mengeluarkan kereta dengan baik, kita juga boleh mengeksport kereta-kereta kita tanpa cukai ke negara-negara ASEAN yang lain.
Satu lagi ialah ini mengenai sindiket kereta mewah di Langkawi. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apa yang berlaku ialah, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kenderaan-kenderaan mewah boleh dibeli di Pulau Langkawi tanpa sebarang cukai. Jadi, kita boleh melihat kenderaan-kenderaan yang begitu berjenama di Langkawi. Walau bagaimanapun, apa yang berlaku ialah, kenderaan-kenderaan itu dibawa dan digunakan di luar Langkawi, di Semenanjung, dibawa melalui feri dan sebagainya.
Ada syarat-syarat yang tertentu yang dibawa keluar itu sebenarnya. Ia tidak boleh melebihi bulan-bulan yang tertentu. Walau bagaimanapun, sindiket ini melebihi daripada bulan-bulan yang berkaitan dan orang-orang yang terlibat dalam sindiket ini menggunakan kenderaan mewah tanpa membayar sebarang cukai kepada― apabila membeli daripada Pulau Langkawi dan didaftarkan di Pulau Langkawi, kemudian apabila dibawa keluar, dijual dengan harga yang agak mahal walaupun tidak semahal yang sepatutnya dan ia menjadi satu sindiket. Akibat daripada itu, perkara-perkara seumpama ini merebak dan kita
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
kehilangan cukai, kebocoran cukai. Saya ingin tahu, setakat manakah kejayaan pihak kastam untuk membanteras sindiket ini dan adakah ia masih lagi berlaku ataupun sudah terhenti?
Saya kira itu sahaja yang ingin saya nyatakan di sini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Arau. Selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab. Silakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya mohon maaf sebab saya diganggu oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi hingga menyebabkan saya telah salah merujuk Perkara 35. Perkara 35 itu adalah Rang Undang- undang Levi Pelepasan (2019) semasa membahaskan Akta Kastam tetapi mempunyai maksud yang sama, sebab kuasa kepada pegawai kastam. Akan tetapi oleh sebab Yang Berhormat Pokok Sena sebagai pengganggu utama selepas jam 3.00 petang, jadi menyebabkan tersasul. Jadi saya kena perbetulkan. Saya takut dalam Hansard nanti saya telah merujuk dengan salah.
Pertama sekali, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, di sini tentang perkara seksyen 91 yang merujuk Pulau Pangkor itu dengan beberapa buah pulau seperti Pulau Mentagor, Pulau Giam, Pulau Simpan, Pulau Tukun Terindak, Pulau Pelandok, Pulau Anak Pelanduk, Pulau Landak, Pulau Batu Orang Tua dan ini hat Yang Berhormat Pokok Sena ini dan Pulau Batu Jambul.
Jadi, bila kita meletakkan semua pulau ini atas nama Pulau Pangkor, bererti kawasan bebas cukai itu telah melampaui satu kawasan yang luas dan kastam saya rasa akan menghadapi masalah dari segi penguatkuasaan. Biarlah penguatkuasaan kastam itu dia kepada kawasan tertumpu dan dengan itu, kita lebarkan makna itu kemudian. Maknanya Pulau Pangkor itu dilebarkan, kemudian setelah pembangunan dibuat dengan hebatnya di Pulau Pangkor utama itu. Hat lain-lain itu, kita tambah kemudian. Tidak mengapa.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Akan tetapi kalau kita daripada awal, kita masukkan semua ini, kita mungkin akan menghadapi masalah dari segi penguatkuasaan sebab pulau-pulau ini adalah pulau-pulau yang jauh daripada Pulau Pangkor.
Okey, keduanya bila kastam menyebut perkataan kawasan bebas cukai tadi, ada satu benda yang tidak termasuk dalam mana-mana akta ialah kawasan bebas gerak.
Kawasan bebas gerak ini hanya diperkenalkan di Wang Kelian iaitu kita bebas bergerak tiga kilometer sebelah Malaysia dan tiga kilometer sebelah Thailand. Kawasan itu adalah kawasan yang bebas cukai. Makna kata kita boleh pergi dan juga bebas gerak. Kita boleh pergi ke Thailand tanpa pasport dan Thailand boleh juga datang ke sini. Kita membuat penguatkuasaan selepas tiga kilometer di kedua-dua belah pihak. Ini telah berjalan dengan lancar dengan hebatnya. Akan tetapi telah dimansuhkan oleh pihak kerajaan kerana kononnya ia berlaku salah guna kuasa.
Di mana terjumpanya kubur orang-orang Rohingya di sana dan selepas itu kita jumpa kem Rohingya. Walaupun disebut dalam Dewan ini cuma satu atau pun dua tetapi sebenarnya ada 28 kem di sana. Selepas itu kita menyalahkan kawasan bebas gerak, pada hal kem Rohingya itu yang dibina bukan terletak di kawasan bebas gerak. Ia terletak di kawasan lain, di kawasan FELDA Lubuk Sireh. Dia ada tempat kawasan hutan yang mereka melalui kawasan tersebut. Kawasan bebas gerak sahaja lah, tetapi bebas gerak haram. Hat ini bebas gerak halal ini dipersalahkan.
Kesalahan besar kita ini ialah bila berlaku satu insiden di sesuatu tempat, kita buat hukuman untuk semua. Contohnya dulu pernah berlaku kononnya penyalahgunaan projek- projek kecil di sebuah negeri, terus kita hendak selesai masalah negeri itu, terus kita perkenalkan pelantikan konsultan atau juru perunding. Padahal yang salah hanya negeri itu.
Negeri-negeri lain tidak bersalah. Akan tetapi kita akan perkenalkan undang-undang untuk semua walaupun kesalahan khusus kepada satu tempat. Ini tidak wajar berlaku kerana kita tidak boleh menghukum semua kerana kesalahan berlaku di satu tempat. Hanya satu negeri sahaja yang mungkin menyalahgunakan pejabat daerah atau pun pejabat kepunyaan negeri.
Akan tetapi tiba-tiba seluruh negara dihukum, diperkenalkan juru perunding untuk melaksanakan projek-projek kecil. Akhirnya benda itu gagal, diperbetulkan setahun selepas itu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Demikian juga apa yang berlaku di Wang Kelian, kita jumpa kubur Rohingya di tempat lain. Di FELDA Lubuk Sireh tetapi kawasan bebas gerak ada di Wang Kelian. Akhirnya bila kita tarik balik kawasan bebas gerak, kita dapati pembangunan sebelah Perlis itu boleh mati terus. Akan tetapi sebelah Thailand, mereka terus bangunkan dengan hebatnya. Kalau kita benarkan nanti, sudah pasti mereka tidak ada masalah sebab dari segi infrastruktur, mereka telah buat dengan baik seperti juga yang berlaku di Sarawak. Di sebelah Indonesia, mereka telah melaksanakan pembangunan dengan hebatnya.
Jadi, apa motif? Apa motif yang kita tutup kawasan bebas gerak ini tanpa tidak pasal- pasal. Kesalahan tempat lain, hukum tempat lain. Jadi, Kementerian Dalam Negeri dan juga kastam kena bagi balik pertimbangan supaya kawasan bebas gerak itu dibenarkan balik di Wang Kelian. Oleh kerana ia merupakan satu tarikan pelancong yang cukup menarik dan unik. Kita lihat tidak ada tempat yang sehebat begini boleh menarik pelancong beratus biji bas setiap hari apabila mereka datang untuk membuat urus niaga di kawasan bebas gerak.
Akan tetapi sekarang ini sudah ditangguhkan begitu lama. Sudah dijanjikan untuk diberi semula. Akan tetapi baru-baru ini bila saya buat soalan ini kepada...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Ini masuk kastam mana ini? Cukai apa?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya bagi contoh kawasan bebas cukai. Ini kawasan bebas gerak. Kalau tidak mahu ikut peraturan, Yang Berhormat Padang Serai awak bekas askar kena disiplin. Ini tidak ada disiplin langsung. Jangan ikut perangai Yang Berhormat Jelutong, dia memang tidak ada disiplin. Okey. Akan tetapi Tuan Yang di- Pertua ini bagus dia benarkan. DAP dia benarkan. Kalau kami, dia tegur lah, kan? Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Arau pun dibenarkan kan?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya. Ya. Ya. Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sebab itu Yang Berhormat Arau boleh panjang lebar pun saya tidak ganggu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya. Ya. Fasal saya hendak tanya ini kawasan bebas gerak kita hanya bercakap kawasan bebas cukai, kita tidak masuk kawasan bebas gerak. Sudah pasti Menteri akan jawab, ini akan dirujuk kepada kementerian yang berkenaan dan dia akan ambil tindakan yang selanjutnya. Itu jawapan itu saya ingat semua orang boleh jawab. Akan tetapi Yang Berhormat jawab bahawa kita akan bagi pertimbangan yang serius kepada permohonan yang telah dibuat. Kerajaan telah umum malah semasa lawatan Perdana Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Arau sendiri tanya, sendiri jawab.
[Ketawa] Macam ini tidak payah bahas, tidak payah merapu. Membazir masa sahaja.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Semasa lawatan Perdana Menteri ke Perlis jumpa dengan Raja Perlis, telah dijawab bahawa Wang Kelian ini akan diberi pertimbangan untuk dibuka semula.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Jika sudah tahu jawapan, mengapa bertanya lagi Yang Berhormat Arau.
[Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sudah habis dah Tuan Yang di- Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ya memang masa sudah— masa itu emas.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua hendak mencelah beritahu. Sebab Tuan Yang di-Pertua mencelah tidak beritahu. Okey, mai tajuk ini balik, sekarang ini, baru-baru ini saya hantar surat kepada pihak kerajaan dan kerajaan jawab bahawa tidak akan membuka. Padahal kerajaan telah berjanji, berjanji kepada Raja Perlis lagi bahawa akan buka kawasan ini. Akan tetapi sekarang bagi jawapan kepada saya bahawa kerajaan tidak akan buka lagi kawasan ini. Ini ialah berhubung dengan kawasan bebas gerak.
Oleh sebab dalam semua akta, saya tengok hanya menyebut kawasan bebas cukai tetapi zon bebas gerak ini tidak pernah disebut di mana-mana tetapi ianya telah dilaksanakan di Perlis, di Wang Kelian bersama dengan Perlis, Malaysia dan juga Thailand yang dibuka pada tahun 1980-an. Satu pergerakan yang unik, yang sepatutnya diberi pertimbangan wajar oleh pihak kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila menggulung Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua jangan lah ganggu, saya ada seminit lagi, lepas itu ganggu. Tidak ada masalah ya. Jadi, saya minta supaya difikirkan balik bagaimana kita hendak masukkan dalam akta atau pun sebagai tambahan bahawa zon bebas gerak boleh dilaksanakan di beberapa tempat kerana ianya boleh menggerakkan ekonomi dalam masa yang sama ia boleh mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi di peringkat tempatan.
Macam Tuan Yang di-Pertua tidak apa, dia duduk di bandar. Dia tidak tahu hal-hal di persempadanan, dia tidak berapa pandai. Akan tetapi saya ingat Menteri sebagai orang yang duduk dan tahu tentang apa yang berlaku di Bukit Kayu Hitam mengetahui bahawa betapa pentingnya kawasan bebas gerak ini diperkenalkan kerana dia boleh menolong ekonomi tempatan.
Saya ucap terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang telah memberi kebenaran kepada saya. Cuma saya minta selepas ini jangan ganggu saya semasa saya buat ucapan.
Terima kasih.
[Dewan ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Jika Yang Berhormat Arau tidak merapu, tidak ada orang hendak mengganggu. Okey, Yang Berhormat Menteri 10 minit, sila jawab.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Siapa yang merapu? Tuan Yang di- Pertua kah, saya?
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi menjawab perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian tentang adakah kerajaan berhasrat untuk menaikkan kadar duti eksais. Buat masa ini kerajaan, kita tidak mempunyai perancangan untuk menaikkan kadar duti eksais.
Semua kutipan termasuk yang dimaksudkan sebagai sin tax itu adalah kutipan yang kita masukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Secara rekodnya ia memang dinyatakan dengan jelas wang itu daripada sumber mana. Untuk pembayaran gaji, semuanya diambil daripada kumpulan wang yang sama iaitu Kumpulan Wang Disatukan.
Kemudian, tentang pertanyaan Yang Berhormat Pontian tentang hasil daripada duti eksais.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Timbalan Menteri, maksud saya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Supaya gaji ini tidak daripada sumber cukai yang kita panggil sebagai sin tax ini. Minuman keras, rokok, tembakau dan lain- lain seperti arak, judi, samsu ini. Jangan peruntukan itu kita guna untuk bayar gaji. Walaupun ia masuk dalam akaun Kumpulan Wang Disatukan masa zaman Yang Berhormat Pekan. Kita asingkan dan kita guna untuk perkara lain. Jangan guna untuk bayar gaji. Jangan dilonggokkan semua sekali. Itu cadangannya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Timbalan Menteri sorry, saya ada pertanyaan. Walaupun tidak dibangkitkan. Berkenaan sin tax ini, saya tertarik dengan perbahasan Yang Berhormat Pontian di mana beliau menggunakan istilah sin tax ini untuk cukai dikenakan ke atas arak, rokok dan sebagainya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ada cadangan oleh kementerian untuk pendapatan wang-wang haram umpamanya daripada rasuah, kita juga boleh menggunakan istilah sin tax, pendapatan rasuah.
Umpamanya kita buat rampasan di atas banglo Jho Low, penjualannya. Adakah kerajaan berhasrat untuk menggunakan istilah sin tax? Sepatutnya digunakan juga kerana itu adalah pendapatan yang tidak halal. Rasuah adalah sesuatu yang tidak halal. Adakah kerajaan bercadang untuk menggunakan istilah yang sama untuk pendapatan tersebut? Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penjelasan tambahan. Apakah kerajaan ingin menyiasat Tabung Bukit Cina yang dikutip oleh DAP untuk dimasukkan sebahagian daripada pendapatan...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...kalau didapati mereka telah menyalahgunakan Tabung Bukit Cina. Yang Berhormat semua tak ingat benda ini, ini dicadangkan pada tahun 80-an dulu semasa saya jadi Ahli Parlimen.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Arau. Pihak yang patut menjawab soalan...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Menteri, hanya jawab yang berkaitan sahaja.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Ya, betul, betul. Okey. Berkaitan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian tadi, macam saya sebutkan, secara khusus wang yang kita dapat daripada cukai arak, cukai rokok dan sebagainya memang dimasukkan dengan butirannya tetapi semuanya berada dalam Kumpulan Wang Disatukan dan kita tahu bahawa untuk tujuan pembayaran gaji ini, hasil-hasil kita yang daripada cukai selain daripada apa yang kita sebutkan itu jauh lebih besar daripada yang kita kutip daripada hasil-hasil itu dan itu digunakan untuk membayar gaji pekerja dan sebagainya.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Minta celahan sikit, Yang Berhormat. Satu minit sahaja.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Ada enam minit sahaja lagi ini Yang Berhormat Rantau Panjang.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Ya, satu minit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ringkaskan.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Saya berterima kasih atas penjelasan Yang Berhormat Menteri cuma kami nak mencadangkan, untuk akan datang, adakah kerajaan hari ini bercadang untuk mengasingkan pendapatan daripada cukai alkohol, cukai judi dan sebagainya yang tidak halal ini dengan akaun yang berbeza dengan cukai pendapatan yang halal sebagaimana yang sekarang ini dibuat di Kelantan. Adakah cadangan untuk akan datang? Minta penjelasan.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Terima kasih. Saya ambil cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Rantau Panjang itu untuk kita pertimbangkan tetapi macam saya sebutkan tadi, cukai yang disebut memang kita butirkan secara jelas daripada mana ianya datang cuma ia di dalam satu Kumpulan Wang Disatukan dan kita tahu bahawa hasil kita daripada cukai-cukai yang lain yang jauh lebih besar memang kita gunakan untuk membayar gaji pekerja dan sebagainya.
Kemudian untuk menjawab soalan Yang Berhormat Pontian tentang berapa pungutan duti eksais yang kita kutip. Untuk tahun 2018, Yang Berhormat Pontian, kenderaan penumpang adalah sebanyak RM536.9 juta, bir daripada Malt sebanyak RM412.65 juta, motosikal dan skuter sebanyak RM87.9 juta, minuman keras sebanyak RM40.2 juta, rokok sebanyak RM159.6 juta dan seterusnyalah benda-benda kecil yang lain. Tadi, daun terup, daun terup sebanyak RM157,369. Yang Berhormat Pontian sempat tulis ya? RM157,369.
Mahjong tiles, kita tak pernah dengar ini. Terima kasih Yang Berhormat Pontian tolong bangkitkan. Dia pun nak tulis ini. Banyak ini mahjong tiles ini, RM2,064. Itu antaranyalah, antaranya.
Kemudian untuk menjawab Yang Berhormat Arau, saya terus pergi kepada yang memang jelaslah yang kawasan bebas rayau. Betul ya? Rayau, Arau, dekat-dekat dah tu.
Bunyi dia dekat. Jadi, yang ini...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Hati dia tak dekat sangat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Walaupun Yang Berhormat duduk dengan DAP, jangan ikut perangai mereka. Kita kawan lagi, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Saya nak habaq bunyi dia sama.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Arau, sila duduk.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Kalau kita pantun...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia bukan bebas rayau, bebas raya.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Arau, sila ikut peraturan.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
...nak sebut rayau dengan Arau itu dia samalah, pembayang dan maksud dia sama.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tak apa, tunggu giliran Yang Berhormat untuk Kubang Pasu ya.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Apa kena mengenai dengan DAP?
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Pukul 4 dah, pukul 4 dah.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Untuk kawasan bebas rayau, saya ingat Yang Berhormat Arau pun tolong jawab dah tadi. Ia bukan bawah bidang kuasa MOF, Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri, saya ingat boleh Yang Berhormat bangkitkan dalam platform yang sesuai untuk dipertimbangkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri.
Tentang definisi Pulau Pangkor ini, memang pulau-pulau Yang Berhormat Arau sebutkan tadi, itu yang berhampiran dengan Pulau Pangkor juga dikategorikan sebagai Pulau Pangkor seperti mana juga pulau-pulau yang berdekatan dengan Pulau Langkawi. Pulau Tuba, Pulau Dayang Bunting dan sebagainya itu, makna sebahagian daripada gugusan pulau-pulau itu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, bagi tafsiran Pulau Langkawi, saya nak dengar.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Saya tak boleh bagi la ni lah, Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bagi jawapan bertulislah.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Nanti saya bagi jawapan kepada Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Boleh bagi jawapan bertulis untuk Pulau Tioman juga? Saya nak dengar perkataan itu...
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Habaq lagi apa lagi Yang Berhormat nak secara bertulis, senang saya tulis, saya bagi Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Semua Yang Berhormat ada, bagi dekat saya.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Ha! Tioman. Lagi apa lagi?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tioman, Pangkor, Langkawi.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Lagi? Tiga cukup?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sikit lah, tidak cukup. Yang Berhormat Arau boleh duduk...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ada lagi tak kawasan bebas cukai?
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Ada, Pangkorlah satu lagi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Labuan lah.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Labuan.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Arau, sudah ada dalam Jadual, ada definisi. Sila Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Jadi, macam yang saya sebutkan tadi, ini adalah untuk supaya memudahkan supaya kalau pulau-pulau yang berkaitan atau berdekatan dengan Pulau Pangkor ini akan mendapat tafsiran yang sama dengan Pulau Pangkor itu sendiri.
Kemudian dengan kawalan kenderaan yang disebutkan tadi. Kenderaan-kenderaan yang diimport masuk dan berdaftar di Langkawi memang tidak dikenakan duti ataupun cukai.
Jadi mana-mana kereta yang telah berdaftar di Langkawi yang dikecualikan daripada duti ini boleh dibenarkan untuk keluar selama 90 hari dalam masa setahun dengan syarat kenderaan kembali ke Langkawi sebelum tamat 90 hari dan dikenakan jaminan yang tertentu untuk memastikan bahawa dia dibawa keluar dan masuk balik dalam tempoh 90 hari yang
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
dibenarkan. Semua kenderaan yang dibawa keluar dari Langkawi perlu diikrar kepada JKDM iaitu Jabatan Kastam dan juga perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak kastam.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingat itu yang dibangkitkan dan yang dapat saya berikan jawapan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 80 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik) dan diluluskan]
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Zon Bebas 1990 dibacakan kali kedua sekarang.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Tuan Yang di-Pertua, pindaan akta ini melibatkan lima peruntukan baharu dan 12 peruntukan sedia ada yang ditambah baik dengan tujuan untuk meningkatkan penguatkuasaan dan kawalan kastam bagi mengelakkan ketirisan hasil kerajaan melalui zon bebas. Saya mohon untuk menguraikan setiap fasal mengenai Rang Undang-undang Zon Bebas (Pindaan) 2019. Rang undang-undang ini mempunyai 18 fasal sahaja seperti berikut.
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.
Fasal 2 bertujuan meminda seksyen 2 untuk meminda tarif perkataan tertentu dan mengadakan definisi bagi “pemunya” dan “Pangkor”.
Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 7 yang memperuntukkan bahawa barang yang digerakkan daripada kawasan utama kastam ke dalam zon bebas hendaklah menjadi seolah-olah dieksport dari Malaysia.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****] Fasal 4 bertujuan untuk memansuhkan seksyen baru 8A dan 8B yang mengenakan tanggungjawab ke atas orang yang membuat pengisytiharan untuk memberikan perakuan
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
yang lengkap dan benar tentang barang-barang tersebut serta tanggungjawab ke atas pemunya barang atau operator kedai atau gudang, bangunan lain, tempat atau premis dalam zon bebas untuk menjelaskan tentang semua barang yang disimpan dalam premis. Sekiranya didapati terdapat kekurangan, ia dianggap sebagai telah digerakkan secara tidak sah daripada zon bebas ke dalam kawasan utama kastam dan barang itu dianggap barang tidak berkastam dan tertakluk kepada duti.
Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 9 yang memperuntukkan penalti yang lebih berat untuk mengelakkan penyalahgunaan ataupun manipulasi kemudahan dan prosedur kastam dalam zon bebas.
Fasal 6 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 10A yang menghendaki setiap orang untuk menyimpan semua dokumen dan rekod yang berkaitan dengan aktiviti pengimportan, pengeksportan atau pengilangan barang dalam zon bebas bagi tempoh tujuh tahun.
Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 14 bagi memberikan kuasa kepada pihak berkuasa untuk meluluskan pembinaan bangunan dan struktur lain di dalam zon perindustrian bebas dan zon perdagangan bebas.
Fasal 8 bertujuan untuk meminda seksyen 15 bagi memberikan kuasa kepada pihak berkuasa untuk menghalang mana-mana orang daripada memasuki atau bermastautin dalam zon perdagangan bebas dan zon perindustrian bebas.
Fasal 9 bertujuan meminda subseksyen 17(2) untuk menjadikannya mandatori bagi pihak berkuasa untuk mengemukakan laporan tahunan mengenai zon bebas kepada Menteri dan Menteri boleh menetapkan bentuk laporan dan maklumat yang dikehendaki.
Fasal 10 bertujuan untuk meminda seksyen 18 yang memperuntukkan bahawa maklumat atau dokumen yang telah diberikan telah dikemukakan dengan tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau fraud atau disalah tafsir atau tidak ditafsirkan sepenuhnya oleh seorang penterjemah yang disediakan oleh orang yang telah memberikan maklumat atau dokumen itu tidaklah menjadi suatu pembelaan.
Fasal 11 bertujuan untuk meminda seksyen 19 berkaitan penalti am untuk memasukkan hukuman penjara dan untuk meningkatkan amaun denda.
Fasal 12 bertujuan memasukkan seksyen baharu 20A bagi membenarkan pegawai kanan kastam mengakses mana-mana kedai atau gudang atau bangunan lain, tempat atau premis dalam zon bebas bagi menjalankan penyiasatan dan sekiranya perlu menggunakan kekerasan.
Fasal 13 dan fasal 14 bertujuan untuk meminda seksyen 21 dan 22 untuk memasukkan tempat lain atau premis bagi tujuan geledah dengan atau tanpa waran.
Fasal 15 bertujuan meminda seksyen 23A bagi memperuntukkan mana-mana pegawai kastam untuk menguatkuasakan kuasanya di bawah seksyen 20A, 21, 22 dan 23 hendaklah diberi akses kepada maklumat berekod atau data berkomputer.
Fasal 16 bertujuan menggantikan seksyen 33 untuk menetapkan peruntukan berkenaan pengkompaunan kesalahan supaya lebih teratur.
Fasal 17 bertujuan memasukkan seksyen baharu 41A berkenaan peruntukan untuk mendapatkan semula apa-apa cukai yang tidak dibayar, duti atau bayaran sebagai hutang sivil. Ia juga memperuntukkan bahawa jika duti kastam tersebut merupakan duti yang telah diperuntukkan bagi negeri di bawah fasal 112C Perlembagaan Persekutuan, pembayaran hendaklah dibuat kepada kerajaan negeri.
Fasal 18 bertujuan untuk menyediakan peruntukan kecualian bagi seorang yang sebelum berkuat kuasanya pindaan ke atas seksyen 14 dan 15 telah menetap dalam zon perdagangan bebas dibenarkan untuk mengambil, memegang atau menikmati harta alih atau harta tidak alih serta peruntukan kecualian berkenaan bangunan yang masih dalam pembinaan pada masa kuat kuasanya akta yang dicadangkan ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ada sesiapa yang menyokong.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Piai. Ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang- undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Zon Bebas 1990 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Saya lihat Yang Berhormat Ipoh Timur, kemudian diikuti Yang Berhormat Pasir Panjang.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Rantau Panjang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Rantau Panjang, kemudian diikuti Yang Berhormat Arau. Silakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Masih panjang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk melibatkan diri dalam perbahasan ini. Seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, rang undang-undang ini adalah bertujuan untuk penambahbaikan penguatkuasaan dan juga keselamatan dari segi sekuriti berkenaan dengan zon bebas yang baru dibuat iaitu di kawasan Pulau Pangkor.
Kami mengalu-alukan tindakan kerajaan untuk mengklasifikasikan Pulau Pangkor sebagai satu pulau bebas cukai yang mana ada success storynya dengan izin. Sekiranya kita meninjau situasi di Pulau Langkawi yang mana apabila ia diisytiharkan sebagai pulau bebas cukai pada tahun 1987, bilangan pelancong telah bertambah mendadak dari 209,763 orang pada tahun 1986 sehingga 1.9 juta orang pada tahun 2002 dan 3.6 juta orang pada tahun 2018. Kita sememangnya berharap bahawa Pulau Pangkor boleh juga memperoleh satu pencapaian yang serupa dengan Pulau Langkawi.
Sekiranya kita meninjau definisi Pulau Pangkor seperti yang dalam Rang Undang- undang Kastam yang telah pun baru diluluskan tadi, Pulau Pangkor bermaksud Pangkor Island, Mentagor Island, Giam Island, Simpan Island dan beberapa pulau yang berdekatan seperti yang tercatat dalam seksyen 163Q yang akan menjadi undang-undang selepas ini.
Kita sedia maklum bahawa untuk Pulau Mentagor, pihak Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara pada sebelum ini telah membuat siasatan berkenaan dengan kes di Pulau Mentagor yang mana kita terdapat projek marina awam yang telah pun dibina dengan harga lebih kurang RM4.27 juta yang mana ia telah siap dibina pada tahun 2007 iaitu 12 tahun sebelum ini tetapi ia tidak mendapat sambutan daripada pelayar dan tidak mencatatkan apa- apa kemasukan kapal layar serta hasil di sepanjang tempoh beroperasi dan marina ini sudah tidak beroperasi sekarang.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Mungkin pihak kerajaan khasnya Kementerian Pelancongan boleh mengambil kesempatan ini untuk mencari satu jalan untuk membangunkan Pulau Mentagor dengan menggunakan kesempatan ini yang mana Pulau Mentagor akan dijadikan sebahagian daripada pulau bebas cukai dan membangunkan semula marina awam yang sudah pun dibina dengan satu kos yang begitu tinggi yang sepanjang masa ini ditinggalkan sebagai satu white elephant, dengan izin.
Namun demikian, dalam siasatan dan prosiding PAC yang tertera dalam laporan kita, kita telah pun mendapati bahawa apabila marina awam ini dibina, apa yang terjadi adalah tidak ada kawalan dari segi imigresen, tidak ada kawalan dari segi kastam dan tidak ada kawalan dari mana-mana segi sekuriti. In other words, dengan izin, the kapal layar can come and go freely, dengan izin dan sesiapa pun boleh mendarat melalui marina awam tersebut tanpa perlunya melepasi satu sistem sekuriti, satu sistem tapisan imigresen, satu sistem tapisan kastam. Ini merupakan satu kelemahan yang mana kita telah pun nampak dalam prosiding kita.
Apabila Pulau Mentagor sekarang dijadikan sebahagian daripada pulau bebas cukai di Pulau Pangkor, pihak kerajaan haruslah mengambil satu langkah yang amat besar, satu langkah yang amat serius, memandang serius berkenaan dengan perkara ini untuk memastikan bahawa segala development, segala kemajuan yang bakal dilakukan di atas di
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
pulau-pulau tersebut adalah mematuhi segala aspek sekuriti dan segala aspek kastam dan sebagainya.
Pada masa yang sama, apabila kita berbincang berkenaan dengan Pulau Pangkor, secara individunya Pulau Pangkor, tidak termasuk pulau-pulau yang lain, apabila Pulau Pangkor diisytiharkan sebagai pulau bebas cukai, perkara yang sama juga, bahawa saya menyeru supaya kerajaan dan kementerian yang terlibat haruslah memastikan bahawa kesemua aspek sekuriti, keluar masuk ke Pulau Pangkor haruslah dijaga dengan baik dan haruslah dikendalikan dengan baik.
Situasi di Pulau Mentagor yang berlaku lebih kurang 12 tahun yang lepas, tahun 2007 ini harus menjadi satu iktibar kepada kesemua kita, kepada kerajaan yang sekarang.
Kita tidak mahu another failed project, dengan izin dan kita berharap bahawa iktibar yang diambil dari peristiwa Pulau Mentagor ini boleh dijadikan satu amaran kepada projek-projek yang kita akan laksanakan nanti.
So, dengan itu, sekian daripada saya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Ipoh Timur. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Rantau Panjang.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali, saya ucapkan tahniahlah kepada pihak kerajaan dalam usaha menambahkan lagi kawasan zon bebas cukai di mana untuk menjadikan Pulau Pangkor sebagai satu zon bebas cukai yang baharu.
Cuma, saya ingin penjelasan daripada pihak kementerian, apakah perbezaan ataupun adakah mungkin yang kita boleh tengok perbezaan antara zon bebas cukai yang telah tersedia ada dengan Zon Bebas Cukai Pulau Pangkor yang akan dilaksanakan ini? Ini kerana kita tengok termasuk Langkawi, Labuan, Bukit Kayu Hitam termasuk juga Rantau Panjang adalah di antara zon bebas cukai yang telah digazetkan sekian lama tetapi kita melihat banyak kelemahan-kelemahan, kekurangan-kekurangan.
Saya ingin tahu setakat ini, berapakah pendapatan kerajaan hasil daripada pelaksanaan zon bebas cukai ini? Adakah ia memberi kesan terutama dari sudut pembangunan ekonomi? Sebab kalau kita tengok kelemahan-kelemahan ini supaya tidak berlaku terutama kalau kita tengok dalam fasal yang disebutkan ini, contohnya dari sudut pembinaan bangunan, pembinaan kediaman. Kalau kita lihat di zon bebas cukai di Rantau Panjang dalam kawasan saya, bukan setakat bangunan, kubur pun ada dalam zon bebas cukai, sekolah pun ada dalam zon bebas cukai, rumah orang kampung pun ada dalam zon bebas cukai. Jadi sebenarnya apakah kriteria yang sepatutnya ada dalam satu zon bebas cukai? Sejauh mana pindaan ini dapat dimanfaatkan dalam zon bebas cukai yang telah sedia ada? Saya ingin penjelasan juga.
Saya ingin tahu juga ialah sejauh mana cabaran-cabaran yang dihadapi setakat ini oleh pihak kerajaan dalam untuk memastikan zon bebas cukai ini mencapai objektif pelaksanaannya? Berapa ramai kah tambahan dari sudut kekuatan pegawai yang terlibat untuk memastikan supaya zon bebas cukai ini boleh memberi kesan yang besar kepada ekonomi termasuk dari sudut kekuatan pegawai kastam, termasuk dari sudut kemudahan pelabuhan dan sebagainya ataupun apa lagi yang berkaitan dengannya?
Begitu juga saya ingin penjelasan iaitu dari sudut pelanggaran undang-undang ataupun pelanggaran penguatkuasaan yang ada. Setakat ini, berapa kes yang telah diambil tindakan terhadap perlanggaran akta ini yang telah berlaku yang telah dilaksanakan terutama di kawasan zon-zon bebas cukai yang telah sedia ada? Apakah penambahbaikan ada dalam pindaan fasal baharu ini?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Rantau Panjang.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Supaya perkara ini tidak berlaku di masa depan. Ya.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila celahan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Antara tujuan zon bebas cukai ini adalah untuk menarik pelancong di tempat-tempat yang dibebaskan cukai itu. Setakat mana, ikut pengalaman Yang Berhormat Rantau Panjang, pelancong datang ke Rantau Panjang? Adakah bertambah? Setakat mana pertambahannya, lebih kurang?
Kedua ialah untuk tidak menyalahgunakan zon bebas cukai ini, ada tidak had barangan yang patut dibeli oleh pelancong yang datang? Kalau pelancong itu membeli barangan, kemudian dia hendak menjual di tempat lain misalnya, adakah ianya dibenarkan?
Kalau itu berlaku, maka banyaklah ketirisan cukai yang terjadi. Apa pandangan Yang Berhormat Rantau Panjang tentang perkara itu?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Pontian.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih, Yang Berhormat Pontian. Kita lihat dalam zon bebas cukai, kalau di Rantau Panjang, banyak sebenarnya ketirisan berlaku. Malah barangan-barangan yang tidak seharusnya dijual dalam zon bebas cukai dijual dengan berleluasa.
Kita melihat kedatangan pelancong memang ada tetapi apabila barang ini dijual dengan berlakunya ketirisan dan sebagainya, barang yang mereka beli di luar kawasan zon bebas cukai dengan harga yang lebih kurang sama, tidak ada beza dengan kawasan zon bebas cukai. Jadi, ini menyebabkan mereka mempunyai banyak pilihan dan yang menjadi kesan adalah peniaga-peniaga yang berada dalam zon bebas cukai. Jadi saya harap perkara ini diambil perhatian oleh pihak kerajaan dalam pelaksanaan program ini supaya tidak merugikan negara kita.
Begitu juga tentang pagar-pagar kawasan zon bebas cukai yang banyak dibolosi.
Kalau kita tengok dalam kawasan saya sendiri itu, banyak lubang-lubang tikus, dalam istilahnya, oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jadi barangan-barangan itu dibawa secara belakang, tidak melalui laluan pintu kastam yang menyebabkan pendapatan yang sepatutnya apabila keluar daripada zon bebas cukai memberi pendapatan kepada negara hasil daripada pemeriksaan cukai tetapi tidak berlaku. Jadi perkara ini merugikan dari sudut pendapatan negara.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Yang Berhormat Rantau Panjang.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Ya.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Mungkin minta Yang Berhormat Rantau Panjang bagi respons kerana pengalaman di Rantau Panjang sendiri tentang zon bebas cukai ini memberi manfaat kepada rakyat tempatan.
Walaupun mungkin kita sebut kedatangan pelancong memberikan pendapatan tambahan untuk kerja-kerja biasa sahaja tetapi kerja ekonomi, adakah benar-benar memberi manfaat kepada orang tempatan? Ataupun pada korporat-korporat luar sahaja? Walaupun Kementerian Kewangan ini tugasnya pada angka sahaja tetapi kesan sosial daripada pembukaan zon bebas cukai ini, adakah dikaji oleh kementerian? Minta ulasan daripada Yang Berhormat Rantau Panjang.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Saya harap perkara ini juga diambil perhatian oleh pihak kerajaan dan saya harap juga kementerian kalau boleh ada data yang kita hendak― saya sendiri pun hendak mendapatkan maklumat ini sebab kita lihat yang kaya hanyalah tauke-tauke besar. Malah kita tengok korporat-korporat kaya yang mendapat manfaat. Penduduk tempatan mungkin menjadi kuli ataupun kerja biasa sahaja.
Jadi, saya harapkan perkara ini diberi pemantauan supaya memastikan setiap zon bebas cukai yang kita laksanakan dapat mengaktifkan lagi terutama pendapatan penduduk tempatan.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Jadi saya ingin juga masukkan soalan-soalan daripada Yang Berhormat Pontian dan Yang Berhormat Kuala Nerus ini juga dalam ucapan saya supaya dapat penjelasan yang lebih lanjut daripada pihak kementerian. Jadi itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua yang budiman. Sekali lagi saya hendak bawa di bawah tajuk yang sama kerana jawapan yang dibagi saya tidak puas hati. Pertama, zon bebas rayau. Saya ingat rayau ini tidak sesuai perkataan tersebut. Yang Berhormat pun setuju. Kita bukan pergi merayau. Kita pergi membeli belah. Jadi yang hak yang kita dapat ialah bebas gerak. Sekarang ini saya tidak mahu yang itu sudah. Rugi masa.
Sekarang, saya hendak pohon kepada kerajaan, zon bebas cukai. Kenapa tempat lain boleh bagi dan tempat ini tidak boleh bagi. Yang Berhormat mungkin pernah pergi ke sana, mungkin tidak pernah pergi. Tuan Yang di-Pertua memang tidak pernah pergi iaitu inilah satu-satu kawasan yang Allah bagi secara semula jadinya luar biasa. Yang Berhormat tidak perlu lagi buat pagar. Sebab dia duduk di antara dua bukit. Pagarnya antara dua bukit tengah sahaja. Siapa hendak panjat bukit itu memang cari nahas lah. Tidak mungkin boleh berjaya orang biasa. Orang mesti ada kepakaran untuk mendaki bukit yang curam yang 90 darjah.
Jadi saya cadangkan Wang Kelian. Tapi tak payah sampai lah akhirnya. Wang Kelian ya saya ulang Wang Kelian. Kenapa tidak boleh bagi bebas cukai kepada Wang Kelian. Kerana dia bermula daripada kawasan bebas gerak ataupun kementerian bagi nama rayau. Ini bermula daripada 80-an. Sepatutnya selepas dia bergerak bebas, dia bagi lah bebas cukai. Ini kita tutup terus. Kononnya di atas alasan keselamatan.
Penutupan itu dibuat dengan tidak memberi beberapa pertimbangan yang wajar.
Siapa bagi laporan kita tidak tahu dan sebagainya. Walaupun Wang Kelian bukan duduk dalam Parlimen saya. Duduk dalam Parlimen Padang Besar. Akan tetapi ia berkepentingan untuk kerajaan, sekurang-kurangnya meletak satu kawasan di sebelah utara ini kawasan bebas cukai. Kita bagi Bukit Kayu Hitam. Kita bagi kawasan-kawasan sempadan utama dan sebagainya. Padahal saya hendak bagi tahu bahawa sempadan yang paling tua di Malaysia ini ialah Padang Besar, di mana di situ dibina jalan kereta api daripada Malaysia pergi ke Thailand dan seterusnya ke kawasan Asia. Akan tetapi tidak dibagi kawasan bebas cukai.
Kita hanya bagi kawasan-kawasan yang baru dibuka dan sebagainya. Belum lagi bebas bergerak dia bagi bebas cukai.
Okey, jadi dengan itu saya ingat lebih baik saya memohon kepada pihak kementerian untuk mempertimbangkan kawasan zon bebas cukai kepada Wang Kelian. Apa pun alasan kalau setakat bagi jawapan kerajaan pertimbangkannya, saya ingat saya tidak perlukan jawapan itu. Tidak payah jawablah sebab kerajaan malas hendak jawab senang cerita.
Akan tetapi saya hendak kerajaan bagi perhatian yang serius sebab pergi tutup kawasan bebas gerak itu menyebabkan kita telah menghukum ratusan peniaga-peniaga dan juga limpahan ekonomi yang kita dapat. Kita tahu bahawa kalau kita hendak beli barangan berbentuk katil yang kita buat di Sungai Petani, orang-orang Thailand berminat membeli barang-barang yang berkenaan daripada Malaysia. Orang Malaysia pula berminat untuk membeli barang-barang pelbagai daripada sana. Jadi ada satu bentuk pertukaran barang yang cukup luar biasa yang berlaku di sana.
Tapi apabila ditutup itu, kita seronok tutup tanpa melihat bahawa ia merugikan negara kerana kita tutup di atas alasan-alasan keselamatan yang berlaku kubur orang Rohingya ialah di FELCRA Lubuk Sireh. Akan tetapi yang ditutup di Wang Kelian. Dua tempat yang berbeza. Saya hendak terang pun di Dewan ini susah. Sebab kita tidak dibenarkan menggunakan skrin ini. Kalau tidak, saya boleh terangkan jaraknya yang cukup jauh berlaku.
Jadi tempat lain sakit, tempat lain yang kita hukum. Jadi, ini ialah perbuatan yang tidak wajar.
Macam kita duduk bincang perkara-perkara di sini. Yang Berhormat Jelutong akan bangun tanya tajuk pindah wang haram dan sebagainya. Tidak ada kena mengena pun. Akan tetapi sebab Tuan Yang di-Pertua di sebelah pihak mereka. Jadi dia benar berbuat demikian.
Keduanya, Tuan Yang di-Pertua, kita tengok kawasan bebas cukai dia diiringi dengan satu event yang boleh menggalakkan kawasan itu. Kita hendak kawasan itu berlaku pertumbuhan ekonomi. Walaupun kita tahu bahawa orang tempatan sejauh mana orang tempatan dapat manfaat.
Wallahualam, ini kajian mesti dibuat. Sebab apa kalau setakat memperkenalkan kawasan bebas cukai, kalau orang tempatan tidak dapat manfaat saya ingat itu lah sesuatu yang merugikan. Kita hendaklah wujudkan event yang berkaitan dengan kawasan bebas
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
cukai. Kawasan bebas cukai di Langkawi kita ada event yang besar. Di antaranya adalah LIMA.
LIMA ini telah menarik pendapatan berbilion ringgit LIMA dan kita ada hat dulu Le Tour de Langkawi bicycle dan juga lain-lain lagi. Jadi di antara orang yang membuat promosi di Langkawi ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri.
Jadi, saya cadangkan supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri yang buat promosi untuk semua kawasan bebas cukai. Sebab Perdana Menteri ini dia ada keistimewaan sedikit. Kalau dia bercakap, ada lah orang seronok untuk mengikutinya. Jadi, Pangkor bagi Perdana Menteri yang buat promosi. Tioman, even Rantau Panjang, Labuan.
Cuba tengok apa jadi dekat Labuan? Kawasan bebas cukai Labuan tetapi Labuan semakin menurun. Sebab tidak ada satu event untuk Labuan. Jadi kalau ada LIMA di Langkawi, ataupun ‘ENAM’ kah di Labuan, jadi ada satu orang yang boleh pergi ke sana. Kita kena anjurkan ataupun pertandingan memancing ikan layar. Ikan apa? Ikan yang itu. Ikan layar di Pulau Tioman. Kita buat tiap-tiap tahun. Jadi, ini akan menggerakkan ekonomi. Jadi kena ada satu sesuatu event yang berjenama yang bolehkan kawasan bebas cukai ini kita promosikan.
Keduanya, tempoh hayat Yang Berhormat. Berapa lama kita hendak bagi tempoh hayat. Adakah kita hendak biarkan dia, ‘hidup segan mati tidak mahu’ macam Labuan. Kita kena bagi tempoh. Macam dahulu kawasan bebas cukai Pulau Pinang. Dia ada tempoh hayat dia. Lepas itu kita tutup sebab sekarang ini tanpa bebas cukai pun dia boleh melancong ke sana. Lepas ini bila siap terowong, lagi senang kita melancong sebab banyak jalan untuk pergi ke Pulau Pinang. Jadi Yang Berhormat Jelutong hendak datang sini pun tiada masalah.
Dengan kapal terbang boleh, dengan terowong boleh dan sebagainya. Jadi kita ada tempoh hayat untuk Pulau Pinang. Jadi, bagaimana kawasan lain? Kalau kita bagi syarat, mesti dibuat dalam masa 20 tahun, jadi orang mungkin berlumba-lumba untuk memastikan supaya kawasan ini di ini.
Kemudian yang keduanya, di sini juga di bawah akta ini disebut tentang ada anti- lambakan, Yang Berhormat. Jadi kita hendak kena bagi syarat supaya kita kebanyakannya barang-barang berjenama daripada luar negara yang kita perniagakan di sana. Bagaimana barangan tempatan dan kita lihat kadang-kadang tempat ini juga jadi lambakan barang- barang daripada luar negara. Bukan barang-barang berjenama. Barang-barang tiruan yang dilambak dalam kawasan ini.
Jadi, bagaimana kawalan hendak dibuat supaya kita bagi syarat supaya barangan tempatan juga disyaratkan sekurangnya 30 peratus atau banyak mana supaya dapat diniagakan di sana. Kita lihat kalau kawasan zon bebas cukai itu kalau kita pergi ke sana, semua barang-barang yang diniagakan barang-barang yang berjenama. Akan tetapi kita sendiri bukan pandai tengok barang berjenama itu kualitinya dan sebagainya. Kita tengok nama sahaja. Bukan ramai orang yang tahu bahawa sesetengah barang itu dibubuh nama tetapi bukan barang berjenama sebenarnya barang tiruan. Jadi kita minta supaya tujuannya untuk menggerakkan ekonomi biarlah tujuannya untuk menggerakkan ekonomi negara supaya barangan tempatan dapat juga berada di kawasan sana.
Kedua ialah akhir sekali Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua setuju dengan saya? Ini ialah orang yang pekerja-pekerja yang ambil di sana. Kita kena bagi syarat supaya pekerja yang ambil bekerja di sana sekurang-kurangnya 70 peratus orang tempatan. Ini boleh kata 100 peratus bukan sahaja kawasan bebas cukai. Di airport sendiri kita lihat sukar untuk mencari orang tempatan berniaga di sana. Padahal kedai-kedai yang mudah, kedai-kedai biasa sahaja yang saya ingat kita boleh ambil orang tempatan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi kita bagi syarat supaya kawasan bebas cukai ini dilihat sebagai kawasan bukan sahaja bebas cukai untuk menggerakkan ekonomi tetapi sekurang-kurangnya dia boleh menggambarkan kawasan bebas cukai daripada Malaysia. Kalau semua orang luar duduk di sana, kita untung apa? Kita tak untung apa. Kalau semua barangan luar yang diniagakan sana, kita tidak untung apa. Akhirnya, kita jadi negara pengguna. Kita hendak, kita jadi negara apabila orang sebut kawasan bebas cukai dalam negara kita, ialah barang satu tempat yang menggambarkan Malaysia juga bukan luar negara semuanya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, 10 minit.
Timbalan Menteri Kewangan - Dato' Haji Amiruddin bin Hamzah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya ialah saya ingin menyentuh sedikit tentang apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur. Saya ingat perkara yang dibangkitkan itu cukup relevan dan dari segi penguatkuasaan, dari segi imigresen dan kastam, kita kena ingat bahawa ia kawasan pulau bebas cukai. Akan tetapi ia tidak bermakna warganegara daripada luar boleh bebas masuk dan keluar tanpa syarat-syarat imigresen seperti mana kita lakukan.
Apabila ia menjadi sebuah pulau bebas cukai, maknanya dari segi tugasan kastam, dari segi hendak mengutip cukai itu sudah tidak timbul.
Akan tetapi Jabatan Kastam Diraja Malaysia mempunyai tugasan untuk memastikan bahawa barang-barang yang ada di situ dibawa masuk dari luar yang tidak dikenakan cukai itu, tidak diseludup masuk ke kawasan-kawasan yang di luar pulau bebas cukai. Contohnya kalau di Pulau Pangkor itu, nanti diseludup masuk ke Lumut, contohnya. Atau di Pulau Langkawi, diseludup masuk ke Kuala Perlis ataupun Kuala Kedah ataupun tempat-tempat yang lain yang sebenarnya barangan itu patutnya dikenakan cukai.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
[Bangun]
Dato' Haji Amiruddin bin Hamzah
Jadi, pandangan yang diberikan Yang Berhormat Ipoh Timur itu pihak kerajaan akan mengambil pandangan tersebut untuk kita memastikan bahawa tujuan sebenar pengiktirafan sebagai pulau bebas cukai yang tadi dibangkitkan bagaimana Pulau Langkawi daripada sebuah pulau yang dahulunya dengan izin, sleepy and hollow. Akhirnya menjadi sebuah pulau yang kita lihat pergerakan ekonominya yang cukup hebat dan mampu memberikan peluang pekerjaan yang banyak kepada orang tempatan. Sudah tentu juga ada orang-orang daripada luar mengambil kesempatan daripada ekonomi yang melimpah, yang berada di tempat tersebut. Sila Yang Berhormat Ipoh Timur.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Cuma Tuan Yang di-Pertua, saya ingin hendak tegaskan di sini adalah berkenaan dengan masalah imigresen yang tadi saya bangkitkan. Itu sememangnya relevant especially khasnya untuk Pulau Mentagor yang mana satu marina awam telah pun dibina.
Apabila projek marina awam ini diutarakan kepada kerajaan, salah satu kriteria yang ditekankan oleh kerajaan adalah apabila kapal layar asing masuk ke melalui marina awam itu in a very short period of time dengan izin, mereka yang masuk hendaklah melaporkan diri ke pejabat kastam atau pejabat imigresen yang terdekat. Akan tetapi untuk Pulau Mentagor ini, saya hendak ingatkan kepada kerajaan memang seperti apa yang dinyatakan dalam report PAC kita, yang mana tidak ada pejabat imigresen tersebut yang wujud langsung, tiada.
So, that will cause a bit security problem to that area. Terima kasih.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur.
Macam saya sebutkan tadi, pengalaman-pengalaman yang tidak baik pernah berlaku itu, seharusnya kita ambilkan ia sebagai satu perkara untuk kita merancang dan melaksanakan di masa hadapan.
Kemudian saya berpindah kepada Yang Berhormat Rantau Panjang yang telah membangkitkan tentang beberapa perkara. Yang Berhormat Rantau Panjang membangkitkan tentang beberapa kes berkenaan perlanggaran peruntukan undang-undang dalam kawasan zon bebas. Dalam tahun 2017, sebanyak, untuk kenderaan, komoditi- komoditi lain memang keras. Rokok, tayar dan sebagainya ada 19 kes yang berlaku dengan nilai RM17.14 juta dan cukai sebanyak RM8.54 juta. Bagi tahun 2018, ada 14 kes Yang Berhormat dengan nilai RM 1.007 juta dan cukai sebanyak RM4.9 juta yang mereka sepatutnya bayar. Akan tetapi kalau digunakan di situ, tidak payahlah apabila diseludup maka itulah sepatutnya mereka bayar. Setakat ini bagi tahun 2019, ada lima kes dengan nilai RM1.221 juta dan cukai sebanyak RM971,000.
Kemudian Yang Berhormat Rantau Panjang juga membangkitkan tentang pentadbiran di dalam Zon Bebas Cukai Rantau Panjang secara khususnya. Sebenarnya ia adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa zon iaitu Majlis Daerah Pasir Malaysia.
Barangan yang dijual kebanyakan di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang ini adalah kebanyakan barang daripada ASEAN yang tidak pun ada membawa sebarang duti import di situ. Jualan di dalam Zon Bebas Cukai Rantau Panjang ini apabila tertakluk kepada cukai,
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
apabila pembeli keluar daripada zon bebas tertakluk kepada kuota yang dibenarkan. Ia adalah mungkin beberapa banyak dibenarkan, lebih daripada itu kita kira bukan untuk personal consumption lagi dengan izin, maka dikenakan cukai.
Isu ketirisan serta kawalan kastam di Rantau Panjang. Kita akan minta supaya pihak Jabatan Kastam menyediakan laporan lengkap seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang tadi tentang banyaknya lubang-lubang yang ada menyebabkan kita kehilangan hasil yang sepatutnya kita boleh kutip cukai dan sebagainya dan bagi memastikan bahawa penyalahgunaan kemudahan bebas cukai itu tidak berlaku.
Kemudian tentang layanan kawasan di Pulau Pangkor ini telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang. Layanan adalah sama dengan layanan di Pulau Langkawi, Labuan dan juga Tioman. Cuma kita perlu bezakan antara pulau bebas cukai dengan zon bebas cukai seperti di Rantau Panjang. Perbezaan adalah segi aktiviti yang dibenarkan dalam kawasan tersebut. Aktiviti yang dikecualikan cukai dan sebagainya, bagi kriteria zon bebas cukai in ialah:
(i) zon perdagangan bebas melibatkan aktiviti yang dibenarkan seperti perniagaan, memecah pukal. Maknanya ia dalam kuantiti yang besar, ia breakdown kepada kuantiti yang lebih kecil.
Kemudian, mengred pembungkusan semula dan melabel semula. Itu dalam zon perdagangan bebas; dan
(ii) zon perindustrian bebas hanya melibatkan aktiviti pengilangan sahaja.
Kemudian, saya pergi kepada Yang Berhormat Arau.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Boleh saya bertanya sedikit sahaja berkaitan Rantau Panjang.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Sila.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Adakah kerajaan bercadang untuk meminda dari sudut zon bebas cukai dalam kawasan yang lebih spesifik? Oleh sebab kita melihat apabila di dalam zon bebas cukai itu ada sekolah, ada kubur dan ada macam-macam. Perkara ini mungkin menyukarkan dari sudut pengurusan, dari segi pentadbiran dan juga memberi peluang yang mudah untuk berlakunya penyalahgunaan ataupun lari cukai mungkin mudah berlaku.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Sebab dalam zon itu ada berbagai-bagai suasana. Mungkin adakah cadangan masa depan supaya kerajaan memperkecilkan zon bebas cukai itu dalam kawasan yang tertentu, yang tidak melibatkan kawasan aktiviti masyarakat awam? Minta penjelasan.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Terima kasih. Saya ingat apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang macam yang disebutkan tadi, kita akan minta pihak JKDM untuk membuat satu laporan lengkap dan mungkin apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang tadi adalah relevan. Maknanya, oleh kerana terdapatnya kubur, mungkin tidak lah agaknya, tetapi rumah-rumah orang awam dan sebagainya yang berada dalam kawasan tersebut, yang akhirnya menyebabkan sedikit kesukaran untuk kita membuat kawalan dan sebagainya, yang menyebabkan ketirisan hasil kepada negara.
Akhirnya saya pergi kepada Yang Berhormat Arau yang telah membangkitkan beberapa perkara. Sekali lagi Yang Berhormat Arau membangkitkan tentang cadangan yang mana dia bermula dengan kawasan bebas rayau untuk ditukar kepada kawasan bebas bergerak. Saya pun sebenarnya Yang Berhormat Arau, saya curious juga Yang Berhormat Arau duk sebut “Tutup, tutup, tutup” itu. Jadi saya pun tidak ada maklumat, saya tanya lah, “Siapa yang tutup?”. Saya dimaklumkan di sini ditarik balik kawasan bebas rayau itu adalah pada 1 April 2015.
Jadi maknanya ditarik semasa mungkin Yang Berhormat Arau menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri lah agaknya, 2015. Jadi tidak apa lah. Yang Berhormat mencadangkan supaya benda itu hendak dihidupkan semula. Saya ingat pernah Yang Berhormat Menteri KDN iaitu Yang Berhormat Bagan Datuk pernah menyatakan bahawa benda itu akan dipertimbangkan semula. Kali ini saya ingat yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau ialah bukan sebagai bebas rayau atau bebas bergerak lagi, tetapi untuk
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
dijadikan sebagai zon bebas cukai. Itu merupakan cadangan yang saya akan angkatkan untuk kita pertimbangkan.
Tentang tempoh hayat dan sebagainya, saya ingat ya, memang satu yang relevan.
Pulau Pinang dahulu pernah mendapat status yang sedemikian. Oleh sebab Pulau Pinang telah dapat berkembang dengan baik dan sebagainya dan sampai satu masa dan ketika, ia ditarik balik. Jadi bagi yang telah kita berikan pengiktirafan ini, sudah tentulah untuk kita membuat penilaian semula daripada semasa ke semasa dan untuk memastikan bahawa kehilangan duti dan cukai oleh kerajaan itu akhirnya, sebenarnya, memberi impak yang jauh lebih besar dari segi ekonominya, limpahan ekonominya, dari segi mewujudkan peluang pekerjaan dan perkara-perkara lain yang dapat memberikan hasil kepada negara kita.
Tentang cadangan untuk mengehadkan peratusan pekerja tempatan dan sebagainya, saya ingat cadangan itu akan kita tengok dan kalau ia sesuai untuk dilaksanakan dan tidak ada percanggahan dengan mana-mana peruntukan untuk satu kawasan bebas cukai itu, saya ingat itu kita akan beri pertimbangan yang serius, insya-Allah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penjelasan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi saya ada sebut bahawa orang yang berjaya promote kawasan pulau bebas cukai ini ialah Perdana Menteri. Apakah Yang Berhormat Timbalan Menteri bercadang untuk Perdana Menteri juga promote kawasan pulau bebas cukai yang lain? Sebab ini diberitahu. Kawan-kawan daripada Pangkor dan juga Pulau Tioman yang ada hotel di sana beritahu. Saya tanya, “Langkawi berjaya?”. Dia kata, “Langkawi, yang promote Langkawi ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri” dan ada event dia yang boleh orang datang tiap-tiap tahun.
Jadi, apakah Yang Berhormat Timbalan Menteri bercadang supaya Pangkor, Langkawi dan juga Labuan, Labuan sekarang ini, “hidup segan, mati tidak mahu” supaya ada satu event yang membolehkan orang hadir di sana? Walaupun kita sengsara berbulan-bulan, tetapi dengan sebulan event yang diwujudkan itu, berjaya menampung segala kekurangan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Tidak apa.
Cadangan yang baik daripada Yang Berhormat Arau. Cadangan ini akan kita sampaikan kepada Yang Amat Berhormat Langkawi, yang kebetulan dia pun jadi Ahli Parlimen Langkawi untuk meluaskan pengaruhnya untuk membuat promosi agar pulau-pulau seperti Pulau Tioman, Pulau Labuan dan nantinya Pangkor supaya mendapat kesan seperti mana promosi yang dibuat di Pulau Langkawi.
Saya ingat terima kasih...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Soalan yang terakhir.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sudah, sudah. Saya tidak benarkan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sedikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sudah tambahan banyak.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Cukup sudah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sedikit sahaja. Ini penting.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya telah beri banyak masa...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini bagus untuk negara iaitu...
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
Rayuan gombal itu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Supaya DAP kurang sedikit wujudkan isu-isu yang boleh menyebabkan orang tidak datang ke sini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Cukup Yang Berhormat Arau. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]
Fasal-fasal 1 hingga 18 - Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ada Yang Berhormat ingin berbahas? Sila Yang Berhormat Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih Tuan Pengerusi mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang yang dicadangkan ini. Saya pohon penjelasan daripada fasal 1 dalam Perkara 2 (Huraian) Akta Zon Bebas 1990 [Akta 438] melibatkan dua perkara yang di bawah aktiviti perdagangan iaitu free commercial zone, dengan izin dan juga aktiviti perindustrian iaitu free industrial zone.
Untuk menggalakkan perniagaan di bawah aktiviti perdagangan, free commercial zone dan juga untuk aktiviti pengilangan di bawah free industrial zone. Jadi, soalan saya ialah apakah status pulau bebas cukai di bawah akta ini ataupun di bawah akta kewangan? Jika sekiranya boleh juga saya dapat maklum berkait dengan pulau bebas cukai di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir yang tidak diketahui statusnya sehingga hari ini kerana sebahagian daripada persiapan-persiapan untuk pulau bebas cukai itu sudah hampir 60 peratus siap keperluannya.
Kemudian yang kedua yang saya pohon penjelasan ialah juga daripada fasal 7 Perkara 8, di bawah huraian iaitu fasal 7 ini bertujuan untuk meminda seksyen 14 [Akta 438], “Untuk memberikan kuasa kepada pegawai berkuasa”. Adakah dengan maksud pegawai berkuasa di sini, satu jawatankuasa yang akan meneliti perancangan-perancangan yang perlu kepada kelulusan pembinaan bangunan atau binaan-binaan lain di dalam kedua-dua zon perindustrian bebas dan juga zon perdagangan bebas? Ini kerana banyak keperluan yang mesti dipenuhi untuk memastikan bahawa kelulusan diperoleh. Jadi, perlu kepada adanya kawasan yang tertentu yang ditetapkan, perlu adanya pagar-pagar dan kawalan- kawalan keselamatan dan lain-lain. Jadi perlu kepada maksud pegawai berkuasa itu adakah satu jawatankuasa atau pegawai yang diberikan tugasan.
Saya pohon juga satu jawapan bertulis berkait dengan zon-zon perindustrian bebas iaitu jumlahnya dan juga zon-zon perdagangan bebas dalam seluruh negara secara khususnya bagi kawasan Pantai Timur iaitu bagi Pahang, Kelantan dan Terengganu, supaya dilihat kepada kepentingan untuk meningkatkan ekonomi, sosioekonomi dan lain-lain kepada negeri-negeri di Pantai Timur. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan untuk menjawabnya.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Saya kena pusing belakang sedikit, lama sangat bercakap dia lenguh.
[Dewan Ketawa]
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Minta maaf. Zon Bebas Cukai Pengkalan Gawi dimaksudkan oleh Yang Berhormat Dungun. Saya pernah ada dengar cerita ini ya. Bila berada di belakang, dia mudah sampailah. Gawi tidak sampai lagi. Saya dengar kata kawasan ini telah pun diisytiharkan sebagai zon bebas cukai, ada dibina binaan seperti kastam punya ini dan sebagainya. Saya ingat saya kena minta notis lah dekat Yang Berhormat Dungun dan untuk saya berikan jawapan mungkin yang tepat tentang kedudukan Zon Bebas Cukai Pengkalan Gawi ini.
Maknanya di tengah-tengah negeri Terengganu itu, tiba-tiba ada kawasan bebas cukai Pengkalan Gawi ini saya dengar idea daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dahulu. Saya mohon notis ya. Tentang senarai Pengkalan Gawi tadi, Tasik Kenyir itu memang secara dasarnya dia telah diisytiharkan sebagai - telah lulus sebagai kawasan zon bebas
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
cukai. Cuma aktiviti promosi, aktiviti di situ khususnya di Tasik Kenyir itu adalah saya ingat sebahagian besarnya adalah tertakluk kepada perancangan pihak kerajaan negeri dan sekarang kebetulan Yang Berhormat Dungun, kerajaan negeri pun sudah bertukar di negeri Terengganu itu. Saya ingat boleh memainkan peranan yang cukup besar untuk membuat promosi...
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Pembetulan...
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
...bagi memastikan bahawa kawasan Zon Bebas Cukai di Tasik Kenyir itu dapat sambutan seperti mana yang dikehendaki lah semasa permohonan dibuat sebelum ini.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih Menteri. Dia sebenarnya adalah di bawah kelolaan Lembaga Kemajuan Terengganu (KETENGAH) dengan kerjasama kerajaan negeri, bukan solely on kerajaan negeri. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Teruskan Timbalan Menteri.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Terima kasih. Kemudian tentang zon-zon perdagangan bebas di Malaysia ini macam Yang Berhormat sebut tadi, minta secara bertulis betul lah itu. Ini sebab kalau saya hendak baca ini memang panjang dan ia akan kita jawab secara bertulis kepada Yang Berhormat.
Ada satu lagi ni, tetapi ini pun saya minta notis lah tentang yang dikatakan pegawai berkuasa itu siapa untuk di bawah fasal 7 Perkara 8 itu. Saya mohon dijawab secara bertulis.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Timbalan Menteri.
[****Fasal-fasal 1 hingga 18** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga; disokong oleh Timbalan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga (Puan Hannah Yeoh) dan diluluskan]
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan satu akta untuk meminda Akta Cukai Jualan 2018 dibacakan kali kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Cukai Jualan (Pindaan) 2019 yang dicadangkan adalah bagi mengemas kini akta dengan menambah peruntukan khusus berkaitan Pulau Pangkor selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewartakan pulau tersebut sebagai pulau bebas cukai.
Selain itu, pindaan juga dibuat bagi memperkemas pelaksanaan dan layanan cukai jualan antaranya dengan menambah baik peruntukan berkaitan pelaksanaan sistem kredit dan menyediakan peruntukan berkaitan cara penyampaian saman, tempoh maksimum penjara kerana gagal membayar denda serta peruntukan kesalahan bagi orang yang tidak membayar cukai jualan sepenuhnya ke atas pengimportan barang bercukai. Saya mohon untuk menghuraikan setiap fasal dalam rang undang-undang ini. Rang undang-undang ini mempunyai 10 fasal. Alhamdulillah 10 sahaja seperti berikut:
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.
Fasal 2 bertujuan meminda seksyen 2 untuk mendefinisikan semula kawasan ditetapkan untuk memasukkan Pangkor dan mendefinisikan semula kawasan khas untuk memasukkan Pangkalan Pembekalan Petroleum. Fasal ini selanjutnya mendefinisikan
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Pangkor sebagai Pulau Pangkor, Pulau Mentagor, Pulau Giam, Pulau Simpan, Pulau Tukun Terindak, Pulau Pelanduk, Pulau Anak Pelanduk, Pulau Landak, Batu Orang Tua dan Batu Jambal. Melalui pindaan ini, layanan cukai jualan di Pangkor adalah sama seperti Langkawi, Tioman dan Labuan.
Fasal 3 bertujuan meminda subseksyen 3(1)(b) untuk memberikan penerangan yang lebih jelas mengenai maksud pengilangan petroleum. Melalui pindaan ini, proses pengilangan petroleum bermaksud proses penapisan yang mana merupakan proses utama dan termasuk proses pemisahan, penukaran, penulenan dan pengadunan aliran penapisan atau aliran petrokimia.
Fasal 4 bertujuan meminda subseksyen 9(2) untuk menjelaskan pengiraan cukai bagi barangan diimport adalah berdasarkan kaedah yang ditentukan di bawah Peraturan Kastam (Kaedah-kaedah Penilaian) 1999 dan bukannya berdasarkan kepada harga jualan.
Fasal 5 merupakan pindaan editorial untuk menomborkan semula subseksyen (8) sedia ada sebagai subseksyen (9) dan menomborkan semula subseksyen 9 sedia ada sebagai subseksyen (8). Pindaan seterusnya dibuat ke atas subseksyen (10), (11) dan (12) sebagai consequential kepada pindaan editorial dalam subseksyen (8) dan (9).
Fasal 6 bertujuan untuk memasukkan peruntukan baharu iaitu seksyen 27A yang memberikan kuasa kepada Ketua Pengarah bagi mengimbangi ataupun offset apa-apa cukai surcaj, penalti, yuran atau apa-apa wang lain yang tidak dibayar oleh orang kena cukai di bawah akta ini dengan apa-apa amaun yang kena dibayar balik kepada orang itu di bawah Akta Cukai Jualan 2018, Akta Cukai Jualan 1972, Akta Cukai Perkhidmatan 1975, Akta Cukai Perkhidmatan 2018, Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014, Akta Kastam 1967 atau Akta Eksais 1976.
Fasal 7 bertujuan meminda seksyen 41A untuk memberi kuasa kepada Menteri bagi menetapkan peratusan potongan cukai jualan yang dibenarkan kepada mana-mana pengilang berdaftar. Pindaan ini selanjutnya bertujuan untuk memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk meluluskan permohonan pengilang berdaftar bagi mendapat potongan cukai jualan.
Fasal 8 bertujuan untuk memasukkan peruntukan baharu iaitu seksyen 84A yang mengenakan tempoh pemenjaraan maksimum bagi mana-mana orang yang gagal membayar denda mahkamah.
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Tempoh maksimum pemenjaraan adalah seperti berikut:
(i) tempoh maksimum dua bulan jika denda tidak melebihi RM5,000;
(ii) tempoh maksimum empat bulan jika denda melebihi RM5,000 tetapi tidak melebihi RM10,000;
(iii) tempoh maksimum enam bulan jika denda melebihi RM10,000 tetapi tidak melebihi RM20,000; dan
(iv) dengan tempoh pemenjaraan tambahan selama dua bulan untuk setiap RM10,000 selepas amaun RM20,000 pertama denda itu.
Fasal 9 bertujuan untuk memasukkan peruntukan baharu iaitu seksyen 86A untuk menjadikannya suatu kesalahan bagi mana-mana orang yang tidak membayar cukai jualan sepenuhnya ke atas pengimportan barang bercukai dan mengenakan penalti atas kesalahan tersebut.
Fasal 10 bertujuan untuk memasukkan peruntukan baharu iaitu seksyen 101A bagi menyediakan kaedah penyampaian saman kepada orang kena saman yang berkaitan dengan apa-apa prosiding sivil atau jenayah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hannah Yeoh
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
meminda Akta Cukai Jualan 2018 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Sila, saya jemput Yang Berhormat Pontian, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat ...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih. Dalam fasal 7, disebut bahawa ketua pengarah berkuasa untuk meluluskan apa-apa permohonan pemotongan cukai jualan. Apa yang ingin saya tanyakan ialah apakah guideline ataupun garis panduan untuk cukai jualan itu jumlahnya diberikan pemotongan. Jika tidak ada guideline yang tertentu, maka ia akan membawa kepada salah guna kuasa ataupun rasuah daripada pihak yang memberikan potongan kepada cukai jualan. Kadang-kadang katalah cukai jualan itu RM10 juta, kemudian dibuat perbincangan-perbincangan RM10 juta jadi RM5 juta sahaja dibayar. Jadi, oleh kerana itu saya ingin tahu ia perlu ada guideline ataupun dasar yang tertentu untuk dilaksanakan pemotongan cukai jualan.
Kemudian dalam fasal 4 misalnya, penilaian barang bercukai yang diimport.
Kadang-kadang berlaku di pelabuhan-pelabuhan bahawa dalam kontena itu dicampurkan barang-barang yang patut dibayar cukai SST dengan barangan yang dikecualikan cukai SST.
Dalam manifes, disebut hanya barangan yang ada dalam kontena itu adalah barangan- barangan yang tidak ataupun yang dikecualikan daripada cukai SST. Jadi, kita kehilangan kebocoran pendapatan daripada situ atas penipuan-penipuan yang seumpamanya. Ya, perkara ini berlaku dan bagaimanakah pihak kastam untuk memastikan ia boleh dikurangkan.
Seterusnya ialah sejak dilaksanakan pada 1 September tahun sudah, berapakah kutipan cukai jualan yang telah dikutip untuk tahun 2018 dan berapakah anggaran pada tahun 2019?
Satu lagi Yang Berhormat Timbalan Menteri, SST ini ada berlaku manipulasi.
Mereka tidak mengisytiharkan cukai yang sepatutnya. Ini dipanggil sebagai transfer pricing.
Contohnya dibuat anak-anak syarikat daripada syarikat utama, dijual pada anak-anak syarikat dengan harga yang murah, kemudian anak-anak syarikat itu menjual dengan harga yang tinggi dan syarikat utama itu declare pada kastam dengan cukai yang lebih rendah daripada sepatutnya.
Jadi, apakah langkah kastam untuk mengelakkan transfer pricing daripada berlaku dan ia sememangnya berlaku. Itu di antara sebab kenapa kita sebelum ini memansuhkan SST menggantikan kepada GST tetapi apabila kembali semula kepada SST, transfer pricing ini akan berlaku kembali.
Seterusnya ialah oleh kerana dalam sistem cukai jualan ini tidak ada apa yang dipanggil tuntutan semula dibandingkan dengan SST, kilang yang bayar enam peratus, kilang boleh tuntut balik input tax credit tetapi SST tidak ada sistem ini. Oleh kerana itu, apabila dikenakan cukai sebanyak 10 peratus terhadap harga barang, syarikat-syarikat menganggap ia adalah sebagai kos kepada syarikat itu. Oleh kerana itu, harga barangan dengan sendirinya boleh meningkat 10 peratus dan lebih apabila barangan itu dijual kepada pembekal, kemudian dijual kepada pekedai, dijual kepada pengguna, 10 peratus cukai jualan itu boleh naik kepada 15 peratus. Ini dipanggil cukai atas cukai, yang tadi transfer pricing, mewujudkan anak-anak syarikat untuk mengelakkan cukai yang lebih tinggi dan berubah kepada cukai yang lebih rendah.
Kedua ini ialah apa yang dipanggil sebagai cukai atas cukai. 10 peratus tidak dianggap sebagai – ia dianggap sebagai kos lantas dimasukkan dalam harga barang dan katalah barang RM100, ia akan jadi RM110. Barangan yang RM110 itu kemudian dijual kepada pembekal, pembekal jual kepada pekedai, pekedai jual kepada pengguna, yang RM110 itu tadi boleh menjadi RM115 ke RM120. Ini berlaku dalam sistem SST. Jadi saya ingin bertanya, apakah langkah-langkah yang dibuat oleh kastam untuk mengelakkan cukai atas cukai yang berlaku dalam sistem SST. Untuk kita mengelakkan daripada sistem cukai atas cukai ini, itu sebab kita laksana GST sebelum ini tetapi itu sudah menjadi sejarah, biarlah.
Kemudian satu lagi yang saya ingin tanya, ini adalah disebut oleh Ketua Pengarah Kastam yang baru bersara, Dato’ Sri Subromaniam a/l Tholasy. Beliau menyebut dalam ceramah-ceramah yang terbuka dan juga memberitahu saya secara peribadi bahawa dalam sistem SST, the black economy berjumlah RM30 bilion. Orang lari daripada cukai, orang tak bayar cukai ini dalam the black economy sistem SST ialah RM30 bilion. Apabila kita tukar kepada GST, RM30 bilion itu dikurangkan kepada hanya RM10 bilion. Dengan lain perkataan, GST menutup ruang the black economy sebanyak RM20 bilion.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Jadi, saya ingin bertanya kepada kastam, atas fakta ini apakah langkah-langkah yang dibuat oleh Kastam untuk memastikan the black economy itu tidak patah kembali kepada RM30 bilion. Biarlah apabila kita telah menurunkan kepada RM10 bilion, RM10 bilion ini ialah penipu tegar yang mereka masih boleh lari daripada menggunakan entah segala creative accounting dan segala macam perkara mereka boleh lagi menipu cukai. Itu ada RM10 bilion lagi tetapi apakah langkah yang dibuat oleh kastam dalam sales tax ini boleh mengelakkan daripada kehilangan yang begitu besar kepada ekonomi sebanyak RM30 bilion.
Jadi, itu sahaja yang saya ingin sampaikan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pontian, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana peluang yang diberikan untuk saya ambil bahagian dalam perbahasan pada petang ini. Saya cuma ambil masa yang singkat untuk dua perkara sahaja.
Pertama berkaitan dengan seksyen baru 84A yang akan diperkenalkan melalui pindaan pada petang ini iaitu pemenjaraan kerana tidak membayar denda. Saya nampak 84A yang diperkenalkan ini pecahannya ada (a), (b), (c) iaitu:
(a) jika denda tidak melebihi dari RM5,000;
(b) jika denda melebihi RM5,000 tapi tak melebihi RM10,000; dan
(c) melebihi RM10,000 tetapi tak sampai RM20,000.
Selepas itu di bawahnya ada kata dua bulan penjara tambahan untuk setiap RM10,000 selepas RM20,000 pertama denda itu. Jadi persoalan saya di sini, apakah had maksimum? Katakan denda yang dikenakan itu cukup tinggi RM100,000 tetapi tidak bayar, jadi macam mana? Ataupun yang dikenakan denda itu mungkin RM200,000 jadi berapa dia punya ini? Bagi saya, tak salah kalau dia tak bayar denda, gantinya memang kena penjara, itu biasa.
Dalam sistem pengadilan yang kita sedia ada, kalau dia tidak mampu ataupun tak sanggup ataupun enggan ataupun degil, jawabnya dia kena masuk penjara cuma dia ada satu limit dari segi bila kita soal tentang keadilan, ia kena ada satu limit, satu tempoh maksimum yang boleh dikenakan denda tersebut. Jadi, mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan perkara ini.
Perkara kedua yang saya hendak sebutkan pada petang ini berkenaan dengan Akta Cukai Jualan, kita sedia maklum cukai ini diperkenalkan semula di bumi Malaysia pada 1 September yang lepas iaitu menggantikan GST yang sebelum ini diperkenalkan selepas pemansuhan GST.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya hendak tanya sehingga data terkini daripada kementerian, daripada Perbendaharaan, berapakah jumlah yang telah dikutip setakat tujuh bulan pelaksanaannya.
Pada tahun lepas juga Yang Berhormat Menteri pernah mengatakan bahawa bahan-bahan mentah untuk pembinaan dikecualikan. Saya rasa banyak walaupun bukan semua, kebanyakannya dikecualikan daripada cukai jualan. Jadi ia untuk merangsang sektor pembinaan, sektor perumahan dan ditambah dengan Home Ownership Campaign (HOC) yang dilancarkan pada bulan lepas.
Jadi saya hendak tanya, dengan pengecualian cukai jualan tersebut, berapakah kekurangan kutipan yang patutnya dikutip, unjuran cukai yang patutnya dikutip tetapi tidak dikutip disebabkan oleh pengecualian tersebut dan apakah pengecualian tersebut di peringkat bulan pertama pelaksanaan kempen HOC ini mencapai matlamat ataupun sasaran atau tidak sebab kita tahu ia untuk membolehkan pemaju untuk mengurangkan harga rumah yang dibina, yang dijual kepada pembeli rumah supaya pasaran perumahan itu mendapat satu rangsangan.
Jadi apakah setakat bulan yang pertama sebab baru dilancarkan baru-baru ini dapat mencapai sasaran tersebut. Jadi dua persoalan singkat saja. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Rasah, sekarang saya jemput, oh ada satu lagi Yang Berhormat Tebrau. Sila Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin menyertai perbahasan. Dua perkara saja dan juga tidak ambil masa yang panjang.
Yang pertama adalah seksyen baharu 27A, mengimbangi cukai belum bayar terhadap pembayaran balik atau pulang balik. Ini ada satu penambahan seksyen baharu yang sangat dialu-alukan kerana saya tahu sebelum ini ramai pengusaha-pengusaha mengalami masalah kerana cukai yang terlebih bayar tidak dapat imbangi dengan cukai yang akan dibayar pada bulan yang depan. Dengan ini akan menambah baik aliran tunai pengusaha-pengusaha atau syarikat-syarikat dan juga dengan ini akan mengurangkan kos pengoperasi mereka. Jadi ini satu langkah yang baik yang diambil oleh Kementerian Kewangan yang saya ingin sebutkan ini dan ingin mengucapkan terima kasih bagi pihak semua pengusaha.
Lagi satu adalah pindaan seksyen 41A. Ini adalah permohonan untuk pemotongan cukai jualan oleh pengilang berdaftar. Saya cuma ingin hendak dapatkan penjelasan, kalau ini adalah bermaksud untuk mengizinkan pengilang untuk memohon adalah pemotongan cukai jualan. Kalau untuk memohon balik apa yang dibayar, ini adalah satu langkah seperti GST yang boleh diambil balik sebagai satu kredit. Kalau ini adalah maksudnya, ini adalah pun satu langkah yang sangat dialu-alukan kerana ini akan mengurangkan kos pengilangan dan juga akan mengurangkan kos jualan supaya harga barang akan menurun. Jadi inilah saya ingin mendapatkan pengesahan dan kalau ini adalah betul, ini ialah satu langkah yang sangat baik. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau, sekarang saya...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Satu lagi Tuan Pengerusi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membawa, berkaitan berbincang, ataupun memperkatakan tentang pindaan seksyen 2 iaitu masukkan Tioman dengan Tioman dan Pulau Pangkor.
Kenapa tidak dimasukkan sekali dengan Pengkalan Gawi di Kenyir sebagai tapak ataupun tempat untuk bebas cukai ini. Sebab ertinya Tioman, Pangkor dan Pengkalan Gawi, Hulu Terengganu. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan untuk menjawab.
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat saya pergi kepada yang Yang Berhormat Tebrau. Dua perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tebrau, seksyen 27A dan 41A adalah perkara-perkara yang mengikut pandangan beliau dan kita juga berharap bahawa ia akan memberikan suatu rangsangan kepada pihak industri untuk meneruskan kerja-kerja mereka dengan pindaan yang telah dicadangkan ini dan insya-Allah akan diluluskan sebentar nanti.
Yang Berhormat Rasah sebut— sebenarnya tiga Yang Berhormat Rasah, bukan dua tetapi okey. Tentang pemenjaraan yang dicadangkan menggantikan denda yang tidak dibayarkan itu, dia tidak diletak maksimum Yang Berhormat. Maknanya for every ringgit selepas RM20,000 itu ada multiple yang disebutkan itu maknanya kita add on, add on, add on sajalah. So kita harap ini juga menjadi satu deterrent dan tidak akan menggalakkan mana- mana pihak untuk melakukan kesalahan ini dan kalau tidak mahu penjara, bayar denda.
Keduanya, yang ini saya mohon untuk dapatkan notis daripada Yang Berhormat, saya akan jawab secara bertulis, efektif 1 September 2018 berapa banyak yang telah dikutip.
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Ini kita akan berikan jawapan secara bertulis dan ketiganya tentang apabila kita berikan insentif untuk barangan-barangan yang terlibat dalam pembinaan tidak dikenakan cukai ataupun dikurangkan cukai dan sebagainya. Kita mengharapkan itu akan memberi insentif kepada pembina dan pemaju untuk membina dan akhirnya dapat menawarkan rumah yang lebih rendah.
Cuma satu lagi yang perlu kita ingat bahawa apabila rumah telah ditawarkan dengan mungkin harga yang lebih baik, lebih rendah maksudnya, timbul pula tentang credit worthiness pembeli pula. Sebab itulah kita telah cadangkan di bawah— dengan kerjasama Bank Negara Malaysia untuk kita memberi kelonggaran kepada mereka yang berada khususnya di bawah B40 ini untuk mereka dapat pinjaman untuk membeli rumah yang dalam kategori kita kata rumah mampu milik itu supaya ini dapat ini. Cuma saya pun tidak dapat hendak berikan secara figures-nya kepada Yang Berhormat Rasah setakat mana harapan dan matlamat ini telah berjaya dicapai walaupun insentif-insentif itu telah diberikan.
Kemudian yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian, beberapa perkara yang sebahagiannya Yang Berhormat Pontian saya mohon untuk dijawab secara bertulis kutipan jualan 2018 sejak 1 September, berapa anggaran untuk 2019. Baru sampai ini Yang Berhormat Pontian. Pada tahun 2018 sebanyak RM2.8 bilion, saya kira ini sejak 1 September.
Anggaran bagi tahun 2019 adalah RM13.8 bilion. Juga mungkin untuk Yang Berhormat Rasah juga mengambil catatan ini.
Tentang fasal 7 berkenaan pindaan seksyen 41A itu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian, tidak adakah garis panduan kerana kalau tidak ia terdedah kepada kemungkinan berlakunya rasuah dan sebagainya. Kadar potongan yang dibenarkan di bawah kredit sistem ini adalah empat peratus bagi barang bercukai 10 peratus dan dua peratus bagi barangan bercukai lima peratus. Jadi dia tidak free for all ya Yang Berhormat Pontian. Dia ada macam yang Yang Berhormat Pontian berharap itu memang ada. Maknanya dia ada garis panduan yang boleh dipertimbangkan oleh Menteri ataupun Ketua Pengarah. So dia tidak free for all-lah. So, kita harap, insya-Allah, ini tidak akan terdedah kepada kemungkinan perlakuan rasuah seperti yang disebutkan itu.
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Kemudian, Yang Berhormat juga membangkitkan tentang apa yang dia ikrar dalam manifes dengan apa yang sebenarnya ada dalam kontena itu. Ya, ini memang bagi mereka yang memang business ialah untuk buat kerja yang kita kata terlarang ini, memang ada.
Cuma, di pihak Kastam, satunya, kita mempunyai bahagian risikan kita yang juga mendapat maklumat-maklumat daripada pemberi-pemberi maklumat.
Kita juga, berdasarkan maklumat tersebut, boleh secara random-nya, secara rawaknya untuk membuat pemeriksaan penuh kepada kargo yang masuk dan sebagainya untuk kita mengurangkan insiden penipuan. Apabila denda yang dikenakan itu adalah suatu yang besar, kita juga mengharapkan ia sebagai satu deterrent supaya mereka yang ada niat untuk memulakan kerja yang tidak betul ini supaya tidak melakukan perkara tersebut apabila hukuman yang dikenakan itu adalah besar dan berat yang mungkin menjadi satu deterrent kepada mereka.
Langkah bagaimana untuk mencegah transfer pricing dan sebagainya. Ya, ini juga suatu yang kita akui. Cuma, kali ini, ia kita kenakan hanya kepada manufacture sahaja dan tidak sepanjang rantaian itu. Ini adalah perkara yang sentiasa diberikan perhatian oleh pihak JKDM untuk memastikan bahawa kebarangkalian insiden ini berlaku dapat kita minimumkan kalaupun tidak dapat kita banteras 100 peratus.
Ya, tentang black economy yang disebutkan tadi itu, kita akan mengambil langkah- langkah terutamanya apabila perkara ini kita sedari memang berlaku dalam black economy yang mereka lari, tidak isytihar ataupun yang tadinya transfer pricing. Ini adalah perkara- perkara yang sentiasa kita mengambil ingatan untuk memastikan bahawa black economy ini dapat kita minimumkan seminimum mungkin dengan prosedur yang lebih ketat dan lebih menyeluruh bagi melihat perkara-perkara yang berlaku yang berada di sekeliling kita.
Saya ingat, Tuan Yang di-Pertua, itu jawapan yang dapat saya berikan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 10 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] *[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
(Puan Hannah Yeoh) dan diluluskan]*
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dibacakan kali kedua sekarang.
Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2019 yang dicadangkan adalah bagi mengemas kini Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dengan menambah peruntukan khusus berkaitan Pulau Pangkor. Pindaan juga dibuat bagi memperkemaskan lagi pelaksanaan cukai perkhidmatan antaranya dengan meminda peruntukan bagi membolehkan perakaunan cukai perkhidmatan dibuat dengan menggunakan asas akruan di samping asas tunai yang diamalkan sekarang.
Selain itu, pindaan yang dicadangkan juga adalah bagi melaksanakan langkah cukai yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2019 untuk mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital. Cadangan pengenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital ini adalah selaras dengan cadangan Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) supaya cukai tidak langsung dikenakan ke atas urus niaga yang melibatkan transaksi rentas sempadan, dengan izin, cross border transactions, sebagai salah satu opsyen dalam menangani cabaran mencukai ekonomi digital.
Bagi maksud ini, pindaan dibuat dengan menggubal peruntukan berkaitan perkhidmatan digital sebagai satu bahagian baharu yang berasingan dari perkhidmatan bercukai sedia ada bagi memudahkan pentadbiran dan pelaksanaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, perkara berikut telah diambil kira dalam menetapkan dasar bagi merangka model pengenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital.
Pertama, skop kenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital. Cukai perkhidmatan hanya dikenakan ke atas perkhidmatan digital yang disediakan oleh pemberi perkhidmatan asing kepada pengguna Malaysia sama ada pengguna individu ataupun pengguna perniagaan. Perkhidmatan digital merangkumi mana-mana perkhidmatan yang diberikan melalui internet atau rangkaian elektronik yang serupa yang mana tidak boleh diperoleh tanpa penggunaan teknologi maklumat.
Contoh perkhidmatan digital adalah seperti langganan muzik dan video atas talian, langganan e-book, penggunaan platform e-market place, langganan sistem storan berasaskan cloud computing serta pembelian perisian komputer secara atas talian.
Pengguna Malaysia ditentukan berdasarkan kaedah pembayaran, alamat internet protocol (IP) atau nombor peranti mudah alih yang digunakan semasa pembelian langganan perkhidmatan digital serta sama ada pengguna tersebut menetap di Malaysia.
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Kedua, mekanisme pelaksanaan. Cukai perkhidmatan akan dibayar kepada pemberi perkhidmatan asing berdaftar oleh pengguna yang membeli, melanggan perkhidmatan digital. Pemberi perkhidmatan tersebut seterusnya akan me-remit cukai perkhidmatan kepada pihak JKDM berdasarkan tempoh bercukai yang ditetapkan.
Ketiga, pemberi perkhidmatan asing adalah terdiri daripada orang yang sebenarnya membekalkan perkhidmatan digital kepada pengguna serta online market place operator yang menyediakan platform market place untuk penjualan dan pembelian barang dan perkhidmatan secara atas talian.
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Pemberi perkhidmatan asing perlu berdaftar sekiranya jumlah nilai keseluruhan perkhidmatan digital yang disediakan kepada pengguna di Malaysia bagi tempoh 12 bulan adalah melebihi RM500,000. Pendaftaran pemberi perkhidmatan asing akan mula dibuat mulai bulan Oktober 2019. Bagi memudahkan pemberi perkhidmatan asing mendaftar dan meremit cukai perkhidmatan, prosedur yang ringkas akan disediakan oleh pihak JKDM bagi membolehkan urusan pendaftaran dan peremitan dibuat secara atas talian. Tempoh bercukai bagi cukai perkhidmatan ditetapkan kepada tiga bulan yang mana selaras dengan amalan antarabangsa.
Ketiga, layanan dalam tempoh peralihan. Bagi perkhidmatan digital yang telah mula dilanggan sebelum tarikh kuat kuasa iaitu 1 Januari 2020, yang mana perkhidmatan tersebut akan melangkaui 1 Januari 2020, cukai perkhidmatan hanya akan dikenakan ke atas bahagian perkhidmatan digital yang diberikan selepas 1 Januari 2020. Namun demikian, sekiranya pembayaran penuh telah dilakukan sebelum 1 Januari 2020, bagi langganan perkhidmatan digital selepas tarikh tersebut, perkhidmatan itu tidak tertakluk kepada kenaan cukai perkhidmatan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menghuraikan setiap fasal di dalam rang undang-undang ini. Rang undang-undang ini mempunyai 52 fasal, alamak! Seperti berikut; Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.
Fasal 2 menyediakan peruntukan baharu iaitu seksyen 1A berkenaan pemakaian akta ini serta perundangan subsidiari di dalam dan di luar Malaysia serta ke atas mana-mana orang tanpa mengira kewarganegaraannya sekiranya orang itu memberikan perkhidmatan asing atau orang berdaftar di bawah seksyen 56C Akta.
Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 2 bagi memasukkan Pangkor sebagai ”kawasan ditetapkan” dan mendefinisikan Pangkor sebagai Pulau Pangkor, Pulau Mentagor, Pulau Giam, Pulau Simpan, Pulau Tukun Terindak, Pulau Pelanduk, Pulau Anak Pelanduk, Pulau Landak, Batu Orang Tua dan Batu Jambal. Melalui pindaan ini layanan cukai perkhidmatan di Pangkor adalah sama seperti Langkawi, Tioman dan Labuan. Fasal ini juga mewujudkan definisi ”perkhidmatan digital”. Penyedia perkhidmatan asing serta pengguna bagi maksud perkhidmatan digital.
Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan peruntukkan baharu iaitu subseksyen 9(1A) bagi menentukan nilai perkhidmatan bercukai bagi perkhidmatan yang mana pembayarannya dibuat melalui mesin seperti vending machine.
Fasal 5 bertujuan untuk meminda subseksyen 10(1) mengenai kadar cukai bagi meliputi pengenaan cukai ke atas perkhidmatan bercukai yang diimport.
Fasal 6 bertujuan meminda seksyen 11 untuk menyediakan peruntukan baharu bagi memberi option kepada orang berdaftar untuk mengakaun cukai perkhidmatan yang genap masa iaitu dengan izin due berdasarkan masa invois dikeluarkan dan bukan semata-mata berdasarkan bayaran diterima. Pindaan juga dibuat bagi menetapkan tempoh genap masa bagi perkhidmatan cukai yang menggunakan pembayaran melalui mesin seperti vending machine. Selain itu peruntukan baharu juga disediakan untuk memperjelaskan pemakaian subseksyen 11(3)(c).
Fasa 16 bertujuan untuk meminda seksyen 21 berkenaan invois untuk memperkemaskan pentadbiran cukai dan memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Kastam untuk memberi kebenaran supaya invois tidak dikeluarkan bagi perkhidmatan bercukai yang menggunakan pembayaran melalui mesin. Fasal ini juga menetapkan bahawa nilai bagi perkhidmatan yang mana pembayaran melalui mesin adalah nilai termasuk cukai dengan izin inclusive of tax.
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Fasal 24 bertujuan untuk memasukkan peruntukkan baharu iaitu seksyen 27A yang memberi kuasa kepada Ketua Pengarah bagi mengimbangi offset apa-apa cukai, surcaj, penalti, yuran atau apa-apa wang lain yang tidak dibayar oleh orang kena cukai di bawah akta ini dengan apa-apa amaun yang kena dibayar balik kepada orang itu di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018, Akta Cukai Perkhidmatan 1975, Akta Cukai Jualan 1972, Akta Cukai Jualan 2018, Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014, Akta Kastam 1967 atau Akta Eksais 1976.
Fasal 27 bertujuan untuk meminda seksyen 31 untuk menyediakan kaedah untuk menghalang mana-mana orang selain daripada orang kena cukai yang mengimport perkhidmatan bercukai daripada meninggalkan Malaysia sekiranya orang tersebut tidak membayar cukai perkhidmatan atau penalti.
Fasal 28 bertujuan untuk meminda seksyen 32 untuk membenarkan supaya penalti yang dikenakan di bawah subseksyen 26A(4) terhenti dikira dari tarikh Ketua Pengarah membenarkan pembayaran secara ansuran.
Fasal 29 bertujuan untuk meminda seksyen 34 untuk memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk mengecualikan mana-mana orang dari pembayaran keseluruhan atau mana-mana bahagian cukai perkhidmatan yang boleh dikenakan dan dilevikan ke atas perkhidmatan bercukai diimport atau perkhidmatan digital yang diberikan.
Fasal 37 bertujuan untuk memasukkan Bahagian baharu IXA yang menyediakan perkhidmatan khusus berkenaan pengenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital. Bahagian ini mengandungi 11 seksyen baharu seperti berikut;
(a) seksyen 56A berkaitan pengenaan cukai perkhidmatan, penetapan nilai perkhidmatan digital dan bila perkhidmatan menjadi genap masa;
(b) seksyen 56B untuk menjelaskan tanggungan pemberi perkhidmatan asing untuk berdaftar apabila nilai keseluruhan perkhidmatan digital yang disediakan kepada pengguna di Malaysia melebihi RM500,000 setahun;
(c) seksyen 56C menetapkan kaedah pendaftaran bagi pemberi perkhidmatan asing yang bertanggungan untuk berdaftar;
(d) seksyen 56D untuk pemberhentian tanggungan untuk berdaftar oleh pemberi perkhidmatan asing yang telah berhenti menyediakan perkhidmatan digital atau telah didaftarkan sebagai penyedia perkhidmatan bagi perkhidmatan bercukai;
(e) seksyen 56E untuk memperuntukkan pemberitahuan pemberhentian tanggungan untuk berdaftar secara bertulis dalam masa 30 hari dari tarikh pemberhentian;
(f) seksyen 56F untuk memperuntukkan pembatalan pendaftaran;
(g) seksyen 56G untuk menetapkan tanggungjawab kepada pemberi perkhidmatan asing untuk mengeluarkan invois atau dokumen apabila memberikan perkhidmatan digital kepada pengguna di Malaysia;
(h) seksyen 56H menetapkan tempoh bercukai bagi perkhidmatan digital;
(i) seksyen 56I menetapkan peruntukan berkenaan pembayaran cukai bagi perkhidmatan digital;
(j) seksyen 56J menetapkan kewajipan menyimpan rekod oleh orang berdaftar; dan
(k) seksyen 56K untuk menjelaskan kaedah mengemukakan notis kepada pemberi perkhidmatan asing.
Fasal 38 dan fasal 39 bertujuan untuk meminda seksyen 65 dan menyediakan peruntukan baharu seksyen 68(ba) berkaitan pembuktian dalam proses pendakwaan dan perkara berkaitan dengan pendakwaan.
Fasal 40 bertujuan untuk memasukkan peruntukan baharu iaitu seksyen 69A untuk mengenakan tempoh pemenjaraan maksimum bagi mana-mana orang yang gagal membayar denda di bawah akta. Tempoh maksimum pemenjaraan adalah seperti berikut;
(a) tempoh maksimum dua bulan jika denda tidak melebihi RM5,000;
(b) tempoh maksimum empat bulan jika denda melebihi RM5,000 tetapi tidak melebihi RM10,000; dan
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
(c) tempoh maksimum enam bulan jika denda melebihi RM10,000 tetapi tidak melebihi RM20,000 dengan dua bulan tambahan untuk setiap RM10,000 selepas RM20,000 pertama denda itu seperti yang kita lihat sebelum ini.
Fasal 41 bertujuan untuk meminda seksyen 71 untuk memperuntukkan kesalahan bagi mana-mana orang yang bertujuan untuk mengelak atau membantu orang lain mengelak cukai perkhidmatan melalui pemalsuan maklumat di dalam pengisytiharan.
Fasal 42 bertujuan meminda seksyen 75 untuk menghalang seseorang untuk menjalankan transaksi bagi pihak orang lain selain orang kena cukai yang mengimport perkhidmatan bercukai dalam menjalankan perniagaannya kecuali berhubung bayar balik, remisi, pengecualian atau perkara lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Fasal 49, bertujuan memperkenalkan peruntukkan baharu iaitu seksyen 86A untuk menyediakan kaedah penyampaian saman kepada Orang Kena Saman (OKS) yang berkaitan dengan apa-apa prosiding sivil atau jenayah.
Fasal 50, bertujuan memindah seksyen 91 bagi memberi kuasa kepada Menteri untuk membuat peraturan berhubung dengan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital.
Fasal 51 dan 52, bertujuan menyediakan peruntukkan dalam tempoh peralihan untuk tujuan pengenaan cukai perkhidmatan dan fasal-fasal lain yang tidak dinyatakan secara spesifik adalah merupakan pindaan kecil atau consequential initial selaras dengan pengenalan baharu iaitu Bahagian IXA berkaitan dengan berkenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hannah Yeoh
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama satu akta untuk memindah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk di bahas. Sila Yang Berhormat Bukit Bendera.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Ya, terima kasih...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Diikuti oleh Yang Berhormat Pontian.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Ya. Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk menyertai perdebatan Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2019.
Tuan Yang di-Pertua, saya mendengar ucapan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan dengan teliti dan salah satu perkara pokok ialah melevikan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital.
Tuan Yang di-Pertua, kita sedia maklum bahawa perkembangan digital ekonomi telah membawa kepada satu perubahan kepada kehidupan kita tetapi juga merupakan satu cabaran kepada international corporate taxs system. Dari segi diversiti digital ini walaupun memberikan peluang kepada perseorangan dan juga perniagaan tetapi kerajaan juga di merata dunia menghadapi cabaran dari segi collection ataupun kutipan dari segi cukai.
Amalan antarabangsa berkenaan dengan cukai ke atas perkhidmatan digital sebenarnya belum mantap lagi.
Tuan Yang di-Pertua, negara Singapura telah mengumumkan bahawa mereka akan mula mengutip cukai digital mulai tahun 2020. Begitu juga dengan United Kingdom telah mengumumkan hasrat memperkenalkan digital tax juga mulai tahun 2020. Negara United Kingdom mereka telah menerbitkan satu consultation paper setebal 57 muka surat, detailing dan outlining segala cabaran dan juga permasalahan terhadap digital tax ini. Seperti kita sedia mengetahui, bahawa kutipan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital ini
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
merentasi sempadan, cross boarder dengan izin, cross boarder transaction. Secara positif dari segi kutipan hasil, kutipan ke atas digital memang akan mendatangkan hasil yang lumayan kepada kewangan negara. Perkhidmatan digital mempunyai skop yang luas dan merangkumi software, music, video, digital advertising dan khasnya ditujukan kepada pemberi perkhidmatan asing.
Antara platform-platform yang bakal dikutip perkhidmatan digital antaranya seperti online game platform yang diberi nama Steam, online music platform, Spotify atau online movie atau video platform Netflix. Apa yang menarik saya ialah pemakaian ataupun akta pindaan ini terhadap untuk kawasan di luar wilayah. Saya memahami tujuan pindaan ini ialah untuk levelling the playing field antara kedai fizikal dan kedai online dan juga antara local service provider dengan foreign service provider.
Seperti seksyen yang dinyatakan secara jelas iaitu seksyen berkenaan dengan pemberi perkhidmatan asing. Mana-mana di bawah subseksyen fasal 3(e), pemberi perkhidmatan asing. “Mana-mana orang di luar Malaysia memberikan apa-apa perkhidmatan digital kepada pengguna atau termasuklah mana-mana orang di luar Malaysia yang memberikan perkhidmatan.” So, itu ia bukan terpakai kepada syarikat sahaja tetapi kepada orang perseorangan juga. Saya dapati bahawa ada beberapa cabaran, saya ringkaskan sebagai dua cabaran.
Cabaran pertama, website yang memberikan atau platform digital yang memberikan perkhidmatan digital ini sekiranya tidak memenuhi polisi awam. Antara lain immoral, perjudian dan sebagainya. Bagaimana kita dapat mengenakan cukai terhadap cukai perkhidmatan?
Apakah ini cabaran pertama, sekiranya digital perkhidmatan ini memberikan perkhidmatan bertentangan dengan polisi awam, bertentangan dengan normal masyarakat Malaysia?
Bagaimana dalam kes ini percukaian dapat dilakukan terhadap websites demikian?
Dalam cabaran kedua yang saya ingin bangkitkan dalam *business to consumer
(B2C*). Kita akan bakal menghadapi cabaran terhadap pengutipan cukai digital dan penguatkuasaan ke atas kegagalan kutipan cukai. Kalau kita merujuk kepada Fasal 37 cadangan seksyen baharu 56A – sorry, 56A(5) akta pindaan ini menyatakan bahawa, “Mana- mana orang berdaftar asing yang melanggar ataupun melakukan satu kesalahan apabila disabitkan didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara.” Saya rasa ini punitive action dari segi pemenjaraan dan denda. Akan tetapi, masalahnya ialah bagaimana ini dapat dilaksanakan kepada syarikat ataupun perseorangan untuk yang berlaku di luar wilayah di luar Malaysia? Masalahnya, bagaimana penguatkuasaan terhadap golongan ini?
Apakah impowering section untuk menghalang ataupun blocking the website untuk digital contents? Sekiranya mereka tidak membuat pembayaran, sekiranya gagal kita untuk menguatkuasakan kerana di luar wilayah, gagal untuk mengenakan denda, gagal untuk mengenakan hukuman penjara, apakah impowering section di bawah akta pindaan ini untuk blocking the website ataupun menghalang website itu supaya memaksa pengusaha itu untuk membayar cukai? Oleh itu saya rasa dua cabaran ini, cabaran iaitu bertentangan dengan polisi awam dengan cabaran kedua ialah penguatkuasaan di luar wilayah. Bagaimana kita dapat overcome ataupun mengatasi kedua-dua cabaran ini? dan Di samping itu, saya juga ingin membangkitkan satu usaha ataupun projek yang lama yang telah diumumkan sedikit masa lalu iaitu Digital Free Trade Zone (DFTZ). Digital Free Trade Zone yang sebelum ini diumumkan di Aero police Kuala Lumpur International Airport untuk mewujudkan satu regional getaway untuk electronic commerce. Apakah hala tuju projek ini? Sama ada sekiranya Digital Free Trade Zone sebegini dilaksanakan di kawasan-kawasan atau region tertentu di dalam Malaysia? Sama ada mereka akan tertakluk kepada cukai perkhidmatan digital seperti di bawah rang undang-undang ini. Saya rasa seperti yang saya katakan tadi, masih terdapat banyak cabaran dan juga perkara yang belum mantap sehinggakan negara-negara Singapura dan juga United Kingdom pun belum melaksanakan digital tax ini dengan mantap.
Saya rasa kita boleh merujukkan kepada contoh-contoh negara-negara yang berjaya melaksanakan dan kita memperbetulkan along the way. Ini kerana kita memang mengakui bahawa ini mendatangkan pulangan hasil yang banyak kepada negara, satu usaha inovatif untuk membuka ataupun mencari hasil baharu dengan mengenakan digital tax kepada foreign service provider dan kita harus juga belajar along the way bagaimana untuk mengatasi cabaran-cabaran yang saya sebut tadi. Itu sahaja debat saya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pontian atau Yang Berhormat Lipis? Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya melihat ada dua cabaran akibat daripada pelaksanaan cukai baharu, cukai yang diumumkan pada petang ini, Cukai Digital yang melibatkan perkhidmatan daripada luar negara.
Pertama, ia akan meningkatkan harga kepada pengguna, kepada sesiapa yang menggunakan eBooks, marketplace yang membeli Google Play Store, Microsoft Office, Alibaba, Netflix, Lazada, 11Street dan perkara seumpamanya. Sesiapa yang menggunakan perkhidmatan itu untuk membeli barangan atau menjual barangan. Oleh sebab perkhidmatan itu berpunca daripada luar negara, maka ia akan dikenakan cukai. Cukai itu berapa percent?
Itu soalan yang seterusnya. Adakah enam percent sebagai cukai perkhidmatan yang lain yang ada pada saat dan ketika ini?
Selalunya pihak pemberi perkhidmatan, ia tidak menyerap kos ini. Sekali lagi sebagaimana yang saya sebut dalam perbahasan akta sebelum ini. Mereka akan masukkan percentage itu – saya pun tidak tahu berapa percent nya sekarang ini – ke dalam kos, ya.
Berapa percent kah, Yang Berhormat?
[Bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri] Enam percent itu ke dalam kos. Akhirnya, pengguna di negara kita ini akan menerima perkhidmatan yang meningkat kosnya. Itu satu perkara, kesan negatif yang saya lihat daripada pelaksanaan cukai ini.
Satu lagi ialah apabila negara-negara lain belum lagi melaksanakan secara meluas Cukai Digital ini, maka kesannya ialah penyedia perkhidmatan asing itu akan pergi ke negara- negara yang belum mengenakan sebarang cukai. Oleh sebab itu, ada kemungkinan kematangan perkhidmatan itu di Malaysia akan terbantut dan pada saya, ia akan mengurangkan keberkesanan kita untuk menjadi negara e-dagang yang terkemuka di dalam dunia. Berapa negara kah yang sebenarnya Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah melaksanakannya? Saya cuba melihat di dalam internet, saya belum berjumpa. Tadi, telah disebut bahawa Singapura masih lagi merangka cukai ini.
Satu lagi ialah kalau kita ingin melihat – itu dua perkara yang negatif – dari segi perkara yang positif agaknya, maka pihak pembina content di Malaysia, apabila perkhidmatan daripada luar negara bercukai, maka ia akan menggalakkan supaya perkhidmatan itu dibuat daripada dalam negara. Ini satu perkara yang saya lihat satu perkara yang positif. Mungkin ada nanti Netflix versi Malaysia dan apabila content itu dilakukan di negara kita, maka ia akan dapat menambahkan penjanaan ekonomi digital dalam negara. Itu saya lihat dari segi konteks yang positif. Walau bagaimanapun, mudah-mudahan yang positif itu akan mengatasi yang negatif, dua perkara yang saya sebut tadi. Itu saja, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Sekarang, saya jemput Yang Berhormat Lipis. Silakan.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang mengizinkan saya untuk turut serta berbahas mengenai mengenakan dan melevikan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital. Perkhidmatan digital ini ditawarkan oleh pemberi perkhidmatan asing yang berdaftar, bakal dikenakan cukai apabila rang undang-undang ini diluluskan dalam Parlimen bagi tahun 2019. Malaysia akan menjadi negara yang kedua di Asia Tenggara mengenakan Cukai Digital selepas Singapura memperkenalkan. Sebentar tadi, Yang Berhormat Bukit Bendera ada memberitahu tetapi masih tidak ada kekemasan di Singapura. Usaha kita ini adalah usaha yang baik bagi memastikan bahawa percukaian digital ini dapat dilaksanakan sebab ini merupakan hasil kepada negara.
Perniagaan digital ini adalah merupakan perniagaan yang cukup meluas sekarang ini. Jadi, tidak salahlah kalau negara kita, yang positif dikatakan oleh Yang Berhormat Pontian tadi, kita katakan positif bahawa cukai ini hendaklah diperkenalkan. Sekarang ini, di India dan
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Hungary telah memperkenalkan tetapi Australia dan United Kingdom masih lagi di dalam kajian untuk memastikan bahawa percukaian digital ini dapat dipertimbangkan untuk dilaksanakan.
Jadi dalam soal ini, pengenalan cukai ini bertujuan untuk mewujudkan satu landskap perniagaan yang adil dan saksama antara perniagaan antarabangsa dan tempatan dalam sektor digital. Hal ini kerana perniagaan digital, global, sering mengelak daripada membayar cukai di Malaysia atas alasan bahawa syarikat mereka tidak hadir secara fizikal di Malaysia.
Inilah salah satu cabaran yang Kementerian Kewangan perlu hadapi iaitu bagaimanakah hendak mengenakan cukai kepada mereka ini.
Pemberi perkhidmatan asing yang gagal mematuhi peruntukan berkenaan boleh disabitkan kesalahan dan akan didenda atau dipenjarakan. Akan tetapi, bagaimanakah kita hendak melaksanakan undang-undang tersebut? Sedangkan seperti yang saya katakan sebentar tadi, mereka bukan berada di tempat kita, bukan berada di negara kita, mereka boleh mengelak daripada segalanya. Kalau kita lihat pada hari ini, yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pontian sebentar tadi, perniagaan-perniagaan terbesar ini seperti Lazada dan sebagainya telah membuat keuntungan yang mungkin agak besar. Oleh sebab itu, saya menyokong perkara ini dan yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Bukit Bendera tadi pun banyak membangkitkan perkara-perkara yang boleh membantu Kementerian Kewangan bagi memastikan bahawa perjalanan ini berjalan dengan lancar.
Isunya berkaitan dengan Cukai Digital ini, walaupun inisiatif ini baik, namun terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian, menjadi kebimbangan dan perlukan penjelasan secara mendalam. Contohnya, Lembaga Hasil Dalam Negeri mengenal pasti bayaran pasaran digital kepada syarikat bukan pemastautin sebagai pendapatan royalti.
Dengan itu, mereka dikenakan Cukai Pegangan (WHT). WHT adalah cukai yang dikenakan atas perniagaan Malaysia apabila jenis pembayaran tertentu (faedah, royalti, perkhidmatan) dibuat kepada syarikat bukan pemastautin.
Oleh itu, pengenalan Cukai Digital akan meningkatkan kebarangkalian kesan cukai dua atau tiga kali ke atas perniagaan. Inilah yang perlu diperhatikan juga supaya ia tidak berlapis di atas percukaian tersebut.
Isu berkaitan Cukai Digital. Contoh kebimbangan seperti yang dibangkitkan oleh Christy Ng, iaitu pengasas syarikat kasut wanita dalam talian ChristyNg.com. Beliau mengatakan, “Cukai ini digunakan untuk peniaga e-dagang adalah tidak praktikal dan kami kini perlu membayar SST dan skim cukai tambahan. Mungkin terlalu banyak untuk perniagaan”. Berapa banyak kah sistem cukai yang kita perlukan? Jadi, perkara-perkara yang dibangkitkan seperti ini juga perlu mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada Kementerian Kewangan untuk memastikan sistem percukaian ini.
Isu berkaitan juga...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Lipis. Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya tertinggal tadi point bahawa ada kemungkinan barangan yang perkhidmatan yang diimport ini akan dikenakan cukai dua kali, sebagaimana Yang Berhormat Lipis sebut.
Satu, Cukai Jualan yang sudah ada. Cukai Import ya, Cukai Jualan daripada barangan import. Satu lagi Cukai Perkhidmatan Digital. Jadi oleh sebab itu, kemungkinan, pengguna internet kita, kita ada 25 juta pengguna internet dalam negara kita ini, akan menerima peningkatan harga terhadap servis-servis yang diberikan oleh perkhidmatan daripada luar. Apa pandangan?
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Ya, Yang Berhormat Pontian. Ini yang saya katakan sebentar tadi. Apabila cukai yang berlapis-lapis akan melibatkan juga harga walaupun penjualan daripada digital ini agak rendah daripada jika dibandingkan dengan perbezaan di supermarkets yang besar. Maka ini juga boleh dilihat perkara ini dan bolehlah hujahan Yang Berhormat Pontian itu dimasukkan juga dalam persoalan saya dan boleh dijawab juga oleh pihak Menteri.
Jadi saya berharap supaya dalam perkara ini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia mempunyai satu tempoh yang masih panjang. Lebih kurang dalam masa setahun. Mungkin boleh memikirkan bagaimana untuk kita, untuk bagi syarikat-syarikat digital asing ini berdaftar bagi membolehkan cukai berkenaan dapat dikutip. Kalau syarikat-syarikat besar mungkin
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
tidak ada masalah. Bagi syarikat-syarikat kecil yang berlambak sekarang ini kita melihat dalam perkara itu.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Jadi dalam hal ini, pemberi perkhidmatan asing yang gagal mematuhi peruntukan berkenaan bolehlah disabitkan kesalahan. Jika yang telah dibentangkan oleh pihak kementerian sebentar tadi, oleh pihak Menteri, maka ini perlulah dilihat dalam perkara- perkara ini dan denda-denda yang telah tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.
Jadi persoalan saya ada beberapa perkara. Berapakah kadar cukai digital? Mungkin enam peratus yang ditunjukkan jari oleh Menteri sebentar tadi kepada Yang Berhormat Pontian, saya nampak sebab saya meneliti dua-dua― daripada Yang Berhormat Pontian dan daripada Yang Berhormat Bukit Bendera saya teliti ucapan sebentar tadi. Jadi sebelum ini saya tidak perasan.
Akan tetapi sekarang dah perasan bahawa enam percent. Adakah ia memadai ataupun boleh difikirkan oleh pihak kementerian? Berapakah anggaran pendapatan kerajaan menerusi percukaian digital kepada syarikat asing? Mungkin dalam perancangan tetapi bolehlah juga dibuat anggaran sedemikian rupa. Ketiga, apakah kesan terhadap rakyat yang menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan secara dalam talian oleh syarikat digital asing?
Itu sahaja persoalan saya Yang Berhormat Menteri. Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. 10 minit, sila.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Tebrau boleh? Tuan Yang di-Pertua Tebrau, Tebrau.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Dia orang ini tidak ada dalam senarai.
[Dewan Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila, Menteri jawab.
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya melihat yang duduk di kerusi itu bersilih ganti. Ini sudah masuk round kedua saya tidak habis lagi. Tidak acilah macam ini.
[Dewan Ketawa]
Seorang Ahli
Sabar, sabar.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sabar, sabar.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Okey, bagi menjawab semua persoalan yang dibangkitkan oleh rakan-rakan kita tadi, saya ingat kita tidak payah sebutlah daripada mana dan sebagainya. Saya cuba singgung semua yang dibangkitkan.
Ya, ini adalah cukai― kita hendak kata cukai baharu, sebenarnya tidak. Ia adalah cukai perkhidmatan. Cuma dia kita luaskan skop kenaan cukai perkhidmatan itu yang kita juga kenakan kepada penyedia perkhidmatan yang berada di luar negara. Oleh sebab macam disebutkan oleh ramai yang telah berbahas tadi. Bukannya berdebat― Yang Berhormat Bukit Bendera suka menggunakan perkataan berdebat. Berbahas. Tadi sebenarnya kita hendak menyediakan level playing field ya. Adalah tidak adil bagi penyedia perkhidmatan di dalam negara dikenakan cukai ini tetapi mereka yang berada di luar negara terlepas daripada pembayaran cukai ini. Jadi ini adalah bukan cukai baharu, cuma kita luaskan skopnya kepada penyedia perkhidmatan ini yang berada di luar negara yang menyediakan perkhidmatan ini.
Sebenarnya seperti yang disebutkan tadi, Singapura telah bermula dan sebenarnya banyak lagi negara-negara lain yang sebenarnya dalam menyediakan rang undang-undang ini kita membuat benchmarking ya, dengan izin, dengan negara-negara lain yang telah pun membuat langkahan untuk mengenakan cukai digital ini. Antaranya Rusia, Norway, Australia, New Zealand, Korea dan kebanyakan negara-negara di bawah OECD telah mula mengenakan cukai digital ini. Juga disebutkan tadi, adakah ini akan menyebabkan
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
perkhidmatan ini akan bertambah harganya kerana kita kenakan ini? Jadi, kalau negara- negara OECD yang lain telah mula mengenakan cukai perkhidmatan ini dan pihak penyedia bekalan perkhidmatan ini telah mengakui dan membayar cukai ini kepada negara-negara tersebut, saya tidak nampak kenapa kita perlu step back ke belakang dan tidak mengenakan dengan andaian takut bahawa nanti penerima perkhidmatan dalam negara kita perlu membayar dengan harga yang lebih mahal.
Tentang mungkin kah ataupun tidak ada dua kali cukai yang dikenakan. Bagi perkhidmatan secara talian, dalam talian seperti Netflix dan sebagainya, itu mungkin okey.
Akan tetapi, yang ditanya tadi ialah pembelian barang secara online, bagaimana? Jadi semua pembelian barang fizikal secara online dari luar negara akan melalui proses import sebab barang itu kena masuk. Oleh itu, mana-mana barang yang telah dibeli tertakluk kepada duti import ataupun cukai jualan dan cukai jualan tersebut hendaklah dibayar pada masa pengimportan itu dilakukan. Jadi, mungkin yang akan dikenakan ialah maknanya semasa barang itu secara fizikalnya masuk ke dalam negara kita.
Jadi, persoalan yang ditimbulkan juga oleh tadi pembahas-pembahas kita ialah boleh tidak kita menguatkuasakan kalau berlaku keingkaran untuk mereka berdaftar dan kemudian membayar cukai perkhidmatan digital kepada negara kita ini. Sebenarnya, kita mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan yang ini walaupun mereka berada di luar negara.
Sebenarnya inilah yang kita katakan kerjasama G2G dengan negara-negara yang khususnya yang berada dalam OECD untuk kita memohon kerjasama mereka untuk mengambil tindakan kepada mana-mana syarikat yang berada dalam negara mereka yang ingkar untuk membayar cukai digital kepada negara kita.
Satu lagi, memang betul yang disebutkan oleh Yang Berhormat Lipis tadi. Kita rasa tidak akan ada masalah untuk syarikat-syarikat yang besar ini untuk akur dengan apa yang kita akan putuskan ini dan membayar cukai tersebut. Oleh sebab, bagi mereka reputasi mereka sebagai sebuah syarikat luar yang besar sudah tentu akan terjejas kalau kita mula hebahkan bahawa mereka mengingkari, tidak mahu mengikut undang-undang apa yang disebutkan dalam negara kita dan juga dalam negara lain, dalam OECD yang mula mengenakan cukai digital ini.
Jadi saya ingat cabarannya ialah kepada syarikat-syarikat yang kecil yang menyediakan perkhidmatan ini, bagaimana untuk kita memujuk mereka yang berdaftar dan membayar cukai perkhidmatan digital ini dan mungkin mereka juga mempunyai ambition tidak kekal sebagai syarikat kecil. Mereka akan membesar dalam keadaan dunia digital sekarang ini dan sudah tentunya mereka akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya untuk memastikan bahawa kredibiliti syarikat mereka apabila mereka telah mula membesar tidak akan terjejas. Ini kerana akan keluar di dada-dada akhbar ataupun dalam online punya news yang mereka adalah merupakan syarikat-syarikat yang ingkar kepada undang-undang dalam mana-mana negara.
Seperti yang disebutkan tadi, kalau boleh saya rumuskan sedikit di sini. Cadangan implementation-nya adalah 1 Januari 2020. Walau bagaimanapun early registration disebutkan disebutkan mulai September itu. Tax rate-nya macam saya signal-kan tadi yang Yang Berhormat Lipis dapat lihat adalah enam peratus. Threshold-nya ialah RM500 ribu dan registration-nya juga adalah online dan kita meminimumkan, memudahkan supaya menyebabkan mereka berhasrat untuk berdaftar dan kemudian membayar cukai ini kepada kita. Return yang very much simplified dengan izin dan pembayaran secara quaterly basis, kita benarkan.
Kemudian, kalau boleh sedikitlah, saya berikan sedikit contoh. Rusia mula mengenalkan cukai ini pada 1 Januari 2017. Norway 1 Julai 2011, antara negara yang awal dan mungkin dalam benchmarking kita ini sebab itu kita ambil Norway untuk melihat― saya ingat sepanjang perjalanan mereka daripada tahun 2011 sampailah sekarang ini, sudah tentulah banyak perkara yang mereka telah hadapi dan membuat perubahan, adaptasi bagi memastikan kalau code, uncode kita boleh mengatakan untuk memujuk syarikat-syarikat ini untuk comply dan membayar cukai-cukai perkhidmatan ini seperti yang telah kita sebutkan.
New Zealand 1 Oktober 2016.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Cuma saya hendak sebutkan di sini, kalau mereka boleh comply dengan Russia, Norway dan New Zealand, saya tidak nampak kenapa mereka tidak mahu comply dengan rate ataupun kadar cukai yang kita kenakan di Malaysia. Russia 18 peratus, Norway tidak banyak 25 peratus, New Zealand 15 peratus. Jadi, 6 peratus ini Tuan Yang di-Pertua dengan
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
izin sap sap soi lah.
[Ketawa] Maknanya, yang sepatutnya mereka boleh bayar tanpa ada banyak...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Senang dicapai.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Senang dicapai sebab dia hanyalah 6 peratus.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua saya ingat itulah antara yang ingin saya jawab yang disentuh oleh rakan-rakan kita yang sebenarnya semua menyokong agar cukai terutamanya perkhidmatan digital ini kita kenakan supaya menyediakan satu level playing field antara penyelia perkhidmatan dalam negara dan juga di luar negara. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab dengan penuh sabar dan tabah.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal 1 hingga 5 dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 5 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]
Fasal 6 - Pindaan] – Tuan Pengerus
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa dalam teks bahasa kebangsaan dan teks bahasa Inggeris rang undang-undang dipinda dengan menggantikan perkataan ‘berkuat kuasa dari’ dengan perkataan ‘dan berkuat kuasa selepas’. Pindaan ini adalah bagi menjadikan perenggan 11(3)(c) akta tidak terpakai bagi perkhidmatan yang ditetapkan sebagai perkhidmatan bercukai selepas 1 September 2018.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan yang telah dibentangkan sekarang terbuka untuk dibahas.
[Tiada perbahasan] [Pindaan dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [****Fasal 6** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Fasal-fasal 7 hingga 52 dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 7 hingga 52** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang Undang-undang dilaporkan dengan ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga; disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Puan Hannah Yeoh) dan diluluskan]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan yang mulia hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Selasa, 9 April 2019.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.47 petang]