Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
1. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah usaha kementerian dalam membendung ancaman siber yang boleh menggugat kedaulatan negara jika tidak ada langkah-langkah proaktif dilakukan.
Timbalan Perdana Menteri - Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas.
Kerajaan telah mengambil langkah proaktif bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi ancaman dan serangan siber melalui pembangunan dan pelaksanaan Pelan Pengurusan Krisis Siber Negara- National Cyber Crisis Management Pelan (NCCMP). Pelan ini yang dibangunkan berdasarkan kepada rangka kerja pengurusan risiko yang menggariskan strategi bagi mengurangkan kesan serangan siber dan tindak balas yang perlu dilaksanakan oleh agensi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara- Critical National Information Infrastructure (CNII) yang terdiri daripada pelbagai agensi awam dan swasta.
Pelan ini telah diterjemahkan kepada Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No.
24, Dasar dan Mekanisme Pengurusan Siber Negara, serta prosedur tindak balas komunikasi dan penyelarasan krisis siber negara. Salah satu aktiviti utama yang digariskan di bawah Arahan MKN 24 ini pelaksanaan Latih Amal Krisis Siber Negara (X-MAYA) yang bertujuan untuk menguji keberkesanan prosedur dan membiasakan- familiarize agensi CNII dengan mekanisme pengendalian insiden siber serta meningkatkan tahap keupayaan dan kesiapsiagaan agensi bagi menghadapi sebarang ancaman siber.
Selain itu, kerajaan telah juga menetapkan keperluan dan baseline keselamatan siber yang perlu kepada agensi-agensi CNII melalui pelaksanaan pensijilan MS ISO/IEC 27001, Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat - Information Security Management System (ISMS). Pensijilan ini menetapkan keperluan pematuhan melalui satu pendekatan yang sistematik dan pengurusan maklumat bagi menjamin keselamatan maklumat termasuk polisi, proses, prosedur dan fungsi perkakasan- hardware, serta perisian- software berkaitan.
Tuan Yang di-Pertua, ancaman keselamatan siber akan terus memberi cabaran kepada pengurusan keselamatan negara apabila berlaku peningkatan kebergantungan kepada teknologi-teknologi baru yang bermanfaat tetapi pada masa yang sama mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara.
Justeru itu, kerajaan melalui Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) akan mengeluarkan Strategi Keselamatan Siber Negara pada pertengahan tahun ini bagi menangani ancaman tersebut secara komprehensif. Strategi ini akan dilaksanakan melalui penggemblengan sumber tenaga dan pembangunan prasarana yang memfokuskan kepada pembentukan National Cyber Security Workforce, dengan izin, bagi memastikan negara dapat mengoptimumkan penggunaan sumber yang sedia ada. Sekian, terima kasih.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri di atas jawapan tadi.
Soalan saya ialah, saya membaca kenyataan daripada Yang Berhormat Menteri SKMM tahun lepas bahawa Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Banteras Jenayah Siber selari dengan tindakan beberapa buah negara yang telah menubuhkan jawatankuasa khusus untuk menangani jenayah siber.
Selain daripada serangan virus, serangan kepada protokol internet dan sebagainya, penyebaran berita palsu juga boleh dianggap salah satu daripada jenayah siber. Jadi tidakkah kerajaan merasakan bahawa pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar merupakan salah satu langkah mengundur ke belakang di dalam menangani jenayah siber. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Terima kasih kerana soalan tambahan itu.
Memang kita ada langkah-langkah untuk menangani masalah cyber crime ini, dan kita meningkatkan lagi tahap kesiapsiagaan dan juga latihan.
Namun apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat, Antifake News Bill itu adalah satu daripada usaha kalau kita menjalani- ada mekanisme yang boleh kita menanganinya tanpa membuatkan satu bill yang baharu. Walaupun kita- Jawatankuasa Jenayah Siber Berita Palsu ini, kita ada pindaan-pindaan kepada akta yang sedia ada sekarang ini melalui prosesnya.
Kalau ada detail-nya saya akan beri kemudian dengan terperinci, secara bertulis. Terima kasih.
Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju
Tuan Yang di-Pertua, pembangunan keupayaan merupakan elemen yang sangat penting dalam memastikan negara mempunyai kepakaran yang secukupnya. Saya hendak tahu, apakah perancangan dan tindakan kerajaan dalam membangunkan tenaga kerja serta mempertingkatkan kepakaran dalam menghadapi ancaman siber di era IR 4.0. Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Kita ada tenaga mahir sekarang ini, sedia ada dalam keselamatan siber dan kita mahukan pengurusan keselamatan siber yang dikenakan dilaksanakan secara efektif. Adapun tetapi kalau tidak efektif, buat apa. Jadi dalam usaha kita menangani ancaman siber yang semakin kompleks sebab tahap kepakaran yang kita ada tetapi kumpulan penggodam iaitu yang hackers ini mempunyai keupayaan juga untuk mengelak daripada dikesan sentiasa menambah baik apa yang dikatakan reengineering atau merekayasa corak-corak serangan ini.
Jadi, apa yang kita buat adalah dalam usaha meningkatkan bilangan tenaga kerja mahir dalam bidang keselamatan siber ini, kerajaan telah melaksanakan pelbagai program.
Satunya pensijilan profesional kepada tenaga kerja sektor awam dan swasta kerana ada juga penggodaman (hacking) ini tidak memilih. Kadang-kadang dia pilih swasta juga. Jadi, setiap pensijilan mempunyai fokus yang berbeza-beza supaya dapat menambah kepelbagaian tenaga kerja mahir siber, seterusnya membentuk satu ekosistem. Bakat keselamatan siber yang menyeluruh untuk negara kita.
Jadi selain itu, pengenalan dan pelaksanaan silibus berkaitan keselamatan siber dan teknologi dalam sistem pendidikan juga turut dilaksanakan sebagai langkah awal dalam mempersiapkan graduan-graduan yang berpengetahuan dan berpengalaman selaras dengan tuntutan pasaran, meningkatkan bilangan tenaga pakar keselamatan siber. Kita juga memilih mereka yang memang khusus, yang bidang mereka itu adalah dalam hobi mereka juga. Pengkhususan itu mereka duduk di situ bagi dia tools, mereka akan kerja dan melihat itu adalah salah satu caranya untuk meningkatkan keupayaan kita dan kita menarik anak- anak muda yang berminat begini. Terima kasih.
2. Dato' Sri Hasan bin Arifin [Rompin] minta Menteri Kerja Raya menyatakan berapakah kos pembinaan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Adakah seluruh jumlah kos pembinaannya telah selesai dibayar. Jika belum berapakah lagi baki kos pembinaan yang belum diselesaikan.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Tuan Yang di-
Timbalan Menteri Kerja Raya - Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
Pertua, saya merasa terhormat untuk menjawab soalan daripada sahabat senior saya Yang Berhormat.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kos pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan
(PLUS) adalah berjumlah RM5,944.77 juta. Dalam erti kata lain, RM5.9 bilion. Apabila PLUS dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada tahun 2011, PLUS terpaksa menerbitkan bon sukuk sebanyak RM30.6 bilion untuk membeli balik semua saham awam. Untuk makluman Yang Berhormat, sebahagian besar daripada kutipan tol disalurkan untuk membayar balik pinjaman sukuk, menampung kos operasi dan penyelenggaraan lebuh raya. Ia termasuk juga projek-projek penambahbaikan yang sesuai untuk meningkatkan tahap keselamatan serta menampung jumlah trafik yang tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun PLUS mempunyai liabiliti yang meningkat, syarikat ini tidak pernah gagal untuk membayar balik pinjaman yang telah ditetapkan. Ini dicapai menerusi pengurusan kos yang baik serta perbelanjaan berhemah tanpa mengabaikan aspek-aspek keselamatan dan kualiti seperti mana yang termaktub dalam perjanjian konsesi.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah penstrukturan semula yang telah dibuat pada tahun 2011, kesemua lebuh raya di bawah konsesi PLUS Malaysia Berhad, termasuklah Lebuhraya Utara-Selatan dilanjutkan tempoh tamat konsesi daripada tahun 2018 ke tahun 2038. Penstrukturan semula Lebuhraya PLUS melibatkan penstrukturan kadar tol yang lebih rendah. Kerja-kerja menaik taraf Lebuhraya PLUS, di mana lima persimpangan baharu dibina dan kerja pelebaran lebuh raya dilaksanakan serta pulangan kepada pemegang saham. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Terima kasih Timbalan Menteri. Di antara sebab tol ini tidak boleh dihapuskan ialah pinjaman daripada pihak PLUS ini terlalu tinggi dengan institusi kewangan dan akhirnya rakyat sebenarnya membayar bukan kepada PLUS tetapi membayar kepada institusi kewangan. Baik, selagi kerajaan tidak membuat injection, dengan izin, satu jumlah yang besar, selagi itulah isu tol ini tidak akan selesai. Dia akan berpusing-pusing antara institusi kewangan dengan pengguna jalan raya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalannya?
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Adakah perlu atau tidak kerajaan berbuat injection atau suntikan kewangan kepada syarikat PLUS ini? Terima kasih.
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang disebut sewaktu saya menggulung tempoh hari dan disebut oleh Yang Berhormat Menteri saya sebelum ini bahawa kita telah melantik satu konsultan bebas, beraudit untuk mencadangkan semua cadangan kepada kerajaan berhubung dengan isu tol, isu penghapusan tol dan sebagainya. Ia akan diserahkan kepada pihak Kabinet, kepada pihak kerajaan pada bulan Jun ini.
Jadi, apa Yang Berhormat sebutkan tadi barangkali termasuk di dalam consultancy tersebut, sudah ambil kira apakah antara yang boleh kita buat. Apakah perlu ada injection daripada kerajaan atau tidak. Bagaimana semuanya kita akan lihat secara menyeluruh Yang Berhormat.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
[Bangun]
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Mohon satu soalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua...
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Kubang Kerian.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Bagan Serai.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya, bilakah ada dua tol yang menyambung daripada North-South Highway ke Johor Bahru dan ke Tambak Johor iaitu Tol Perling dan Tol Kempas. Dua-dua tol ini sudah lama sangat, bilakah kerajaan bercadang untuk hapuskan seperti Tol EDL telah dihapuskan? Walaupun Highway EDL lebih baru dibina. Terima kasih.
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak boleh menjawab bila, kapan. Ini kerana hal ini masih dalam perbincangan dan seperti mana yang saya sebutkan tadi, masih menjadi suatu yang saya tidak boleh mendahului Kabinet, tidak boleh mendahului Menteri, kerana kedudukan yang mana yang kita hendak hapuskan dahulu, yang mana kita hendak kekalkan, yang mana kita hendak turunkan, semua itu mesti diselesaikan secara holistik. Sampai masanya saya rasa Yang Berhormat, kita boleh menjawab. Kalau Yang Berhormat mahu gambaran secara bertulis dahulu, insya-Allah pegawai-pegawai saya akan mengaturnya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Masa ada sedikit lagi.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Satu soalan lagi.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Soalan penting ini. Saya mohon Kubang Kerian, masa ada sedikit lagi ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Kubang Kerian.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Untuk Bagan Serai.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih, terima kasih.
Saya mengucapkan terima kasih kepada jawapan Timbalan Menteri. Saya hendak tanya, satu tol yang memang confirm sudah tamat konsesi dan lebih tempoh yang panjang iaitu Tol Karak dan Tol Gombak yang menyumbang kepada kesesakan lebuh raya yang sangat kritikal pada musim perayaan. Apa pihak kerajaan tidak bercadang untuk mansuhkan kedua-dua tol ataupun mencari satu alternatif supaya kesesakan dapat diatasi? Terima kasih.
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
Hal yang sama Tuan Yang di-Pertua, telah ditanya sebelum ini dan saya telah jawab sewaktu penggulungan bahawa dua tol Yang Berhormat sebutkan itu memang dalam perhatian. Akan tetapi kita tidak boleh hendak buat pengumuman sekarang mengatakan, semuanya bergantung kepada keputusan akhir yang akan dicadangkan pada bulan Jun nanti. Terima kasih.
3. Tuan Lim Lip Eng [Kepong] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan status terkini kebenaran eksport buah durian sejuk beku dalam bentuk biji ke negara China. Cara dan syarat permohonan dengan teliti bagi bakal pengeksport buah tersebut.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Tuan Sim Tze Tzin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kepong yang sangat minat tentang durian, selalu tanya saya tentang durian. Saya ada berita baik untuk Yang Berhormat Kepong dan juga untuk Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Raub, Yang Berhormat Balik Pulau dan tempat-tempat yang menanam durian di seluruh negara.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, usaha Malaysia untuk menembusi pasaran durian ke Republik Rakyat China telah dimulakan semenjak 12 tahun yang lalu. Negara Malaysia telah berjaya mengeksport durian sejuk beku dalam bentuk pulp and paste yang bermula sejak Mei 2011. Bagi pengeksportan durian sejuk beku dalam bentuk biji, protokol mengenainya telah ditandatangani pada 20 Ogos 2018 di Beijing, China.
Sungguh pun begitu, pengeksportan hanya boleh bermula setelah fasiliti dan ladang yang memenuhi, yang mematuhi syarat protokol diluluskan oleh General Administration of Customs of the People's Republic of China (GACC). Melalui rundingan terkini pihak kementerian pada Februari 2019, pihak GACC telah bersetuju untuk mula menjalankan pemeriksaan facilities dan ladang di Malaysia. Adalah dijangkakan GACC akan menjalankan pemeriksaan tersebut bagi kumpulan pertama permohonan pada 21 hingga 27 April, bulan ini. Ini satu berita yang baru.
Antara syarat-syarat yang telah dinyatakan dalam protokol pengeksportan durian tersebut, yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Tuan Sim Tze Tzin
(i) pengusaha facilities dan ladang hendaklah berdaftar dengan Jabatan Pertanian Malaysia selaku competent authority;
(ii) pengusaha facility perlulah mengamalkan good manufacturing practices (GMP) dan mempunyai sijil GMP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia;
(iii) pengusaha ladang durian hendaklah mengamalkan amalan pertanian baik (good agriculture practices) dan pengurusan perosak bersepadu (integrated pest management) di ladang mereka;
(iv) pemasangan jaring adalah dimestikan di bawah pokok durian bagi mengelakkan buah durian terkena tanah, rosak atau lebam semasa proses penuaian dan rawatan selepas tuai; dan
(v) buah durian perlu melalui rawatan sejuk beku dengan suhu di antara 80 celsius hingga 110 celsius selama satu jam.
Hanya setelah kesemua syarat di dalam protokol ini dipatuhi dan diluluskan oleh GACC, barulah proses pengeksportan durian sejuk beku dalam bentuk biji ke Republik China dapat dijalankan. Penembusan pasaran Republik China yang lebih luas dengan populasi kira- kira 1.4 bilion dapat meningkatkan nilai eksport negara dalam sektor agromakanan.
Walau bagaimanapun, kerajaan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan melakukan Durian Tourism, akan melaksanakan beberapa inisiatif Durian Tourism yang menyasarkan peminat-peminat durian untuk makan durian di Malaysia. Ini lebih menguntungkan rakyat jelata Malaysia, bukan hanya pekebun-pekebun durian tetapi rakyat yang datang daripada China, Hong Kong, Macau, malah Singapura, Australia dan Amerika Syarikat akan menguntungkan rakyat jelata.
Durian Tourism adalah strategi kementerian akan pursue, akan melaksanakan supaya ia menggunakan durian mendapatkan sumber kekayaan yang baru demi semua rakyat Malaysia daripada pemandu Grab, pemandu teksi, airport, homestay dan juga sebagainya. Jadi Durian Tourism adalah hala tuju yang lebih menguntungkan rakyat Malaysia. Terima kasih.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terima maklumat ada bekas pegawai tinggi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani cuba kontrol, monopoli perniagaan eksport durian khususnya ke negara China dengan syarikat beliau sendiri. Oleh itu soalan saya, boleh tidak kerajaan tidak sekat syarikat tempatan atau individu rakyat Malaysia yang hendak mengeksport durian ke negara luar khasnya negara China? Terpulang kepada keupayaan, usaha, kepandaian mereka yang hendak eksport ke luar negara untuk mendapat kebenaran daripada negara asing yang mereka hendak jual.
Sekatan sekarang semua daripada Kerajaan Malaysia. Ini tidak patut. Terima kasih.
Tuan Sim Tze Tzin
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Saya rasa ini mungkin practice kerajaan lama yang hanya menguntungkan segelintir kroni-kroni. Akan tetapi untuk kerajaan baharu, Pakatan Harapan kita tidak melaksanakan kontrol kepada kroni-kroni Kerajaan Pakatan Harapan. Tidak, ia open kepada semua.
Untuk makluman Yang Berhormat Kepong, sebanyak – untuk pengeksportan whole fruit sejuk beku ke China kita telah mendapat registration sebanyak 67 ladang yang telah register dengan Jabatan Pertanian. Kita tidak kira Pakatan Harapan kah, UMNO kah atau mana-mana pihak. Mereka adalah peladang, mereka adalah pekebun, we open to all. Untuk processing plant, sebanyak 18 telah hantar permohonan tetapi setakat ini hanya lima sahaja mendapat GMP daripada MOH, Good Manufacturing Practices Certificate daripada MOH. Itu adalah satu syarat yang perlu dipatuhi dan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh MOH. Jadi lima yang lulus, maka GACC akan inspect lima processing plant tersebut. Terima kasih.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak dapatkan soalan tambahan saya. Saya dengar tadi Yang Berhormat kata ada 67 ladang telah pun mendapat kelulusan untuk mengeksport durian sejuk beku ke China. Itu pertama saya hendak tanya, saya dengar 67 kata.
Kedua, tadi Yang Berhormat Kepong beritahu hendak jelaskan dalam Dewan ini, siapakah yang menentukan syarat-syarat untuk mendapatkan kelulusan eksport durian ini?
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Sama ada Malaysia ataupun negara mana yang hendak mengeksport durian ini? Supaya Yang Berhormat Kepong ini faham sikit soalan tambahan yang dia tanya. Asyik hendak tuduh Barisan Nasional tidak habis-habis.
Tuan Sim Tze Tzin
Saya ingin membuat pembetulan kepada Yang Berhormat Tanjong Karang. Yang Berhormat Tanjong Karang tidak faham walaupun bekas Menteri ya.
Sejumlah 67 ladang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian untuk disemak oleh GACC.
Kalau mereka ikut syarat, maka mereka boleh mendapat eksport ke China.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat jawab tidak betul. Soalan dia tadi ialah...
Tuan Sim Tze Tzin
Bukan, bahawa 67 telah lulus.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
...berapa banyak yang telah dieksport? Bukan yang baru daftar. Itu sebab saya dengar jawapan Yang Berhormat. Saya pun terkejut apabila Yang Berhormat kata sebanyak 67 ladang. Itu saya tanya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tuan Sim Tze Tzin
Ini bukan dialog, ini floor saya. Tolong duduk.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ini waktu saya menjadi Menteri Pertanian, ada kelulusanlah. Yang Berhormat baru ambil alih, Yang Berhormat jangan cakap banyaklah.
Tuan Sim Tze Tzin
Ini floor saya, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Okey, sila jawab Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Sim Tze Tzin
Jadi untuk 67 ladang itu telah didaftar dengan Jabatan Pertanian dan kita tunggu kelulusan daripada GACC. Syarat-syarat adalah ditetapkan oleh GACC tetapi saya tahu bahawa GACC telah tetapkan syarat-syarat dan Jabatan Pertanian kena melaksanakan pemeriksaan terhadap ladang-ladang tersebut. Terima kasih.
4. Puan Rubiah binti Haji Wang [Kota Samarahan] minta Menteri Pembangunan Usahawan menyatakan skim-skim latihan yang sedia ada dan bakal dilaksanakan bagi melatih para graduan yang sudah menamatkan pengajian.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan - Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Samarahan.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan - Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli
Kementerian Pembangunan Usahawan melalui agensi di bawahnya telah menyediakan skim latihan bagi melatih para graduan yang sudah menamatkan pengajian seperti berikut:
(i) Skim Latihan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan di bawah PROTEGE, yang dahulu dikenali sebagai Skim Latihan 1Malaysia yang telah diperbaiki, yang boleh dimanfaatkan oleh para graduan. Antara kursusnya ialah PROTEGE Entrepreneurship Intern, PROTEGE Business Accelerator, PROTEGE Ready to Work, PROTEGE Booster, PROTEGE for Industry, dengan izin. Program-program ini telah direka khas untuk para graduan untuk melatih entrepreneurial thinking, dengan izin, dalam hasil kerja. Program ini dibangunkan bagi melahirkan generasi usahawan, terutamanya dari kalangan para pelajar dan graduan bagi mengembangkan ekonomi negara dengan lebih pesat.
(ii) Program komuniti dan jerayawara (road show) seperti SPARK, Idea Lab dan Startup Weekend kepada golongan lepasan universiti dan penuntut tahun akhir institusi pengajian tinggi seluruh negara yang dilaksanakan oleh MaGIC bagi memberi
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan - Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli
pendedahan dan inspirasi tentang keusahawanan serta pengetahuan rancangan perniagaan, prototyping dan pemasaran.
(iii) Program Skim Latihan Kerjaya Koperasi kepada graduan Kolej iCOOP disediakan oleh Institut Koperasi Malaysia untuk memberi pengalaman learning by doing, dengan izin, kepada graduan sebelum memasuki alam pekerjaan. Latihan ini dijalankan selama enam bulan khusus di koperasi dan juga agensi-agensi berkaitan koperasi.
(iv) SME Corp turut menyediakan latihan yang berkonsepkan boot camp iaitu Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) untuk mempersiapkan usahawan muda dan golongan belia untuk menceburi bidang keusahawanan. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama lebih 30 rakan strategik meliputi pelbagai kementerian dan agensi di peringkat Persekutuan dan negeri, juga termasuk institusi perbankan, badan bukan kerajaan serta pihak swasta.
Untuk tujuan penyelarasan, kementerian melalui rangka kerja keusahawanan (NEF) telah melantik Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) sebagai agensi peneraju dalam menyelaraskan program-program keusahawanan untuk mengelakkan pertindihan program.
Inisiatif ini merupakan salah satu inisiatif di bawah teras kedua NEF yang memberi penekanan kepada pembangunan usahawan dan pelan latihan yang komprehensif bagi melahirkan usahawan yang berdaya maju dan koperatif. Sekian, terima kasih.
Puan Rubiah binti Wang - Kota Samarahan
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Nampaknya semua program sebelum ini diteruskanlah untuk peningkatan usahawan di kalangan siswazah. Sebelum ini, di bawah pentadbiran dahulu, kementerian MITI telah menyediakan Tabung Usahawan Siswazah menerusi SME Bank untuk membolehkan graduan universiti mendapatkan microcredit untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Begitu juga dengan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad. Oleh itu, saya ingin mendapat maklum daripada kementerian. Apakah kedudukan program pembiayaan untuk program keusahawanan pasca pengajian buat graduan universiti setakat ini?
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Semua program-program pembiayaan melalui microcredit seperti SME Bank, PUNB saya tak sentuh, bukan bawah kementerian kami, adalah diteruskan. Begitu juga program-program yang melibatkan SME Corp, yang dahulu di bawah MITI, kita akan teruskan dengan menambah peluang-peluang dan program khusus mereka, yang ternyata baharu ialah pengenalan program PROTEGE ini.
Walaupun ia asalnya SL1M dahulu tetapi dikembangkan bukan sekadar latihan industri tetapi juga komponen keusahawanan dimasukkan. Kita harap lebih kurang 30 peratus daripada graduan-graduan yang mengikuti program latihan pascasiswazah ini akan melibatkan diri di dalam keusahawanan. Ini kita akan menyediakan bantuan-bantuan melalui peruntukan yang disediakan kepada kementerian ini. Oleh kerana PROTEGE terus mendapat peruntukan seperti sebelumnya walaupun dalam jumlah yang sedikit berkurangan.
Terima kasih.
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ucapkan tahniah kepada kementerian yang telah memperkenalkan Program PROTEGE ini. Namun demikian, sebagai sebuah kementerian yang baru diwujudkan semula, adakah kementerian akan membuat kajian ataupun monitor situasi graduan-graduan kita yang masih lagi belum beroleh sumber pendapatan ataupun kerjaya? Apakah tindakan proaktif kementerian untuk reach out dan mengenal pasti mereka yang boleh didayaupayakan dalam bidang keusahawanan, terutamanya mereka yang datang daripada kawasan luar bandar? Terima kasih.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Beaufort. Memang PROTEGE ini kita sedang pertingkatkan, malah untuk seluruh bulan April ini urus setia PROTEGE sedang bergerak ke 13 buah universiti untuk cuba meyakinkan pelajar-pelajar menyertai program ini. Saya semalam baru bersama-sama di UIA dan insya-Allah hari ini di UiTM. Jadi, program itu ialah untuk merangsang mereka,
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli
untuk memaklumkan kepada mereka peluang-peluang kepada graduan apabila mereka keluar nanti di mana peluang-peluang yang ada.
Cuma yang tak dapat kita kaji pada masa ini adalah bagaimana penyediaan di IPT, kesediaan mereka untuk melaksanakan kerja-kerja keusahawanan dalam konteks kurikulum mereka. Itu saya berkeyakinan banyak daripada IPT ini memang menyediakan latihan keusahawanan. Cuma kita akan lihat kesannya sama ada mereka betul-betul, akhir menjadi usahawan ataupun tidak. Ini di dalam kajian PROTEGE. Mudah-mudahan dapat kita resultnya nanti.
5. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed [Jeli] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah kementerian akan mengambil pendirian untuk mewajibkan suntikan vaksin diberikan kepada kanak-kanak yang baru lahir. Bagaimanakah kerajaan bercadang untuk menangani masalah ibu bapa yang menolak suntikan vaksin.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dr. Lee Boon Chye
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mohon untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Jeli berkenaan vaksin, dijawab sekali bersama dengan pertanyaan sama yang telah ditanya Yang Berhormat Parit yang dijadualkan pada 11 April 2019. Program Imunisasi Kanak-kanak Kebangsaan dilaksanakan bertujuan untuk mengurangkan kadar morbidity dan kadar mortaliti, terutama di kalangan kanak-kanak berumur bawah lima tahun yang berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit berjangkit. Vaksin untuk mencegah 11 jenis penyakit diberikan kepada bayi, sejurus selepas lahir sehingga umur 18 bulan mengikut jadual yang ditetapkan.
Semua vaksin ini diberikan agar mereka terlindung dari ancaman jangkitan 11 jenis penyakit ini. Namun, liputan imunisasi yang tinggi iaitu lebih daripada 95 peratus diperlukan untuk mencapai imuniti kelompok bagi memastikan bayi yang belum mencapai umur untuk divaksinkan ataupun kanak-kanak yang tidak sesuai untuk menerima suntikan vaksin seperti kanak-kanak yang sedang menerima rawatan kemoterapi turut terlindung dari penularan jangkitan.
Kementerian Kesihatan Malaysia menyedari wujudnya kelompok ibu bapa yang menolak vaksin untuk diberi kepada bayi dan anak-anak mereka dengan alasan-alasan tertentu. Penyebaran pendirian dan diayah golongan yang menolak vaksin dengan mengaitkan fakta-fakta yang salah berkaitan vaksin dan program imunisasi adalah satu fenomena yang tidak sihat kerana ia menurunkan peratusan penerimaan imunisasi, seterusnya mendedahkan kepada penularan penyakit cegahan vaksin.
Kementerian Kesihatan Malaysia sedang mengkaji kebolehlaksanaan tindakan mewajibkan suntikan vaksin kepada kanak-kanak. Dalam mengkaji kebolehlaksanaan tindakan mewajibkan suntikan vaksin, kementerian turut mendapatkan pandangan pelbagai pihak, termasuk kementerian lain, agensi bukan kerajaan, pertubuhan kesihatan antarabangsa. Pelaksanaan program imunisasi mandatori di negara-negara lain di seluruh dunia turut diteliti.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dr. Lee Boon Chye
Kementerian mengambil kira semua faktor penting sekiranya suntikan vaksin diwajibkan termasuk implikasi kepada ibu bapa, kepada penyedia perkhidmatan imunisasi serta kepada pusat jagaan taska, tadika dan sekolah. Faktor-faktor yang mendorong kepada kegagalan ibu bapa membawa anak-anak mereka untuk mendapatkan suntikan vaksin turut diperhalusi.
Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada pertanyaan Yang Berhormat Parit, sehingga kini Kementerian Kesihatan melaksanakan pendekatan pendidikan advokasi pelbagai kaedah dalam mendidik masyarakat dan juga golongan anti-vaksin tentang kepentingan imunisasi dan bahaya penyakit cegahan vaksin. Kementerian Kesihatan turut bekerjasama dengan pakar perubatan serta NGO yang aktif dalam menyampaikan mesej sahih, tepat dan jelas berkaitan vaksin dan imunisasi seperti Persatuan Pediatrik Malaysia dan Medical Mythbusters Malaysia dan NGO yang lain melalui saluran media sosial dan sebagainya.
Terkini, kementerian bekerjasama dengan MCMC dalam memantau laman sesawang serta akaun media sosial yang menyebarkan maklumat tidak benar mengenai vaksin. Semua aduan yang diterima berkaitan pengamal perubatan yang berdaftar yang
Timbalan Menteri Kesihatan - Dr. Lee Boon Chye
menyebarkan maklumat yang tidak benar mengenai vaksin dirujuk kepada Majlis Perubatan Malaysia untuk tindakan seterusnya.
Akhirnya, Kementerian Kesihatan turut bekerjasama dengan pihak JAKIM dan Pejabat Mufti bagi menjelaskan isu vaksin dan imunisasi dari sudut agama yang sering digunakan oleh golongan anti-vaksin. Selain itu, Kementerian Kesihatan juga bekerjasama dengan Majlis Perubatan Homeopati Malaysia bagi menjelaskan perkara sebenar mengenai tidak wujudnya vaksin homeopati yang digunakan oleh sesetengah pihak untuk mengaut keuntungan. Sekian.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed - Jeli
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Oleh sebab faedah itu jelas terbukti di beberapa buah negara jika dijadikan mandatori, Yang Berhormat Menteri sebut tentang beberapa halangan termasuklah penyebaran maklumat palsu tentang vaksin ini. Saya hendak tahu selain daripada tindakan-tindakan yang diambil setakat ini, apakah tindakan-tindakan berbentuk pendidikan yang diperlukan? Ini kerana ia telah menyebabkan kematian, umpamanya bulan Februari di Johor baru, difteria, meninggal dunia seorang kanak-kanak.
Satu lagi berkaitan dengan task force yang ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan.
Bila agaknya perkara ini hendak dimuktamadkan? Saya kira ini adalah satu perkara yang mustahak dimuktamadkan dan saya cadang supaya disegerakan pertimbangan mengenai menjadikan imunisasi ini satu kaedah yang mandatori. Terima kasih.
Dr. Lee Boon Chye
Terima kasih Yang Berhormat Jeli atas soalan tambahan tersebut. Memang dalam usaha kita meningkatkan peratusan vaksin supaya kita dapat perlindungan dari segi imuniti kelompok. Kementerian telah engage dengan mereka yang pemegang taruh khususnya persatuan-persatuan, penganjur-penganjur taska jagaan kanak- kanak dan sebagainya dan juga kementerian lain dan juga bahagian keagamaan.
Jadi, melalui engagement tersebut, kita dapat feedback berkenaan dengan isu yang penting, soal mewajibkan vaksin. Kita juga mendidik ibu bapa yang tolak vaksin dan mereka akan dirujuk kepada pakar untuk nasihat dan sebagainya. Jadi, berkenaan dengan task force, memang task force sedang berjalan dan laporan itu akan dikemukakan kepada kementerian akhir bulan ini untuk keputusan seterusnya. Sekian.
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, saya hendak mintalah supaya perkara ini ditangani dengan serius kerana saya hendak tanya Menteri, berapa peratus kah yang telah dikaji anti-vaksin dalam negara ini? Kelompok-kelompok yang ada, berapa peratus sebenarnya berlaku? Adakah ia betul atau tidak? Kalau ia betul, bermakna Yang Berhormat Menteri kita kena mewujudkan hebahan sebesar-besarnya dan saya hendak tahu sama ada portal atau aplikasi yang dibuat atas talian sampai tidak kepada akar umbi?
Dr. Lee Boon Chye
Terima kasih. Memang kita faham ada sesetengah anti-vaxxer yang dikatakan anti-vaksin ini berada di kalangan masyarakat. Kalau kita banding dengan negara-negara luar, anti-vaxxer ini adalah antara yang boleh dikatakan organize. Akan tetapi buat sementara waktu di negara kita, setakat ini tidak ada sebarang organisasi yang sebagai anti-vaxxer. Jadi, mengikut feedback yang kita dapat kurang daripada satu peratus daripada penduduk Malaysia adalah golongan yang anti-vaxxer.
Jadi, kementerian sedang menggunakan platform sosial media dan platform MCMC untuk kita menyebarkan maklumat dan untuk juga sebarkan maklumat yang sahih. Mereka yang menggunakan vaksin ini sebagai isu untuk kepentingan sendiri seperti mereka yang promote homeopati sebagai satu alternatif kepada vaksin ini, kita akan ambil tindakan yang sewajarnya. Jadi, melalui sosial media, melalui tindakan engagement dan sebagainya.
Sekian.
6. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir [Setiu] minta Menteri Industri Utama menyatakan strategi pembukaan pasaran baru sawit di Afrika dan apakah perancangan kementerian dalam meningkatkan bahan api sawit dalam diesel petroleum kepada B20.
Timbalan Menteri Industri Utama - Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Hari ini sambutan Israk Mikraj, dengarkan jawapan saya biar jelas. Saya mohon untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Tampin bersekali dengan Yang Berhormat Setiu pada hari ini.
Timbalan Menteri Industri Utama - Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Kedua-dua pertanyaan Ahli Yang Berhormat ini telah membangkitkan isu yang lebih kurang sama.
Tuan Yang di-Pertua, antara strategi kementerian dalam pembukaan pasaran baharu di Afrika adalah seperti berikut. Pertama, meneroka pasaran baharu untuk produk- produk komoditi negara melalui misi ekonomi dan pelaburan ke Mesir dan Maghribi yang diketuai oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Industri Utama pada 21 hingga 24 September tahun yang lalu. Kedua, menjalinkan kerjasama untuk memasarkan produk- produk berasaskan sawit seperti Tocotrienol dengan pengeksport dari Malaysia serta beberapa syarikat yang berkaitan di Mesir dan Maghribi. Ketiga, menjalankan promosi produk sawit yang mempunyai khasiat yang tinggi di Mesir.
Untuk jawapan bagi perancangan Program B20 Tuan Yang di-Pertua, perancangan meningkatkan bahan api sawit diesel dan petroleum kepada B20 telah dirangka seperti berikut:
(i) mengadakan sesi konsultasi dengan semua pemegang taruh untuk mendapatkan input dan pandangan ke atas pelaksanaan program bio bahan api, biodiesel B20;
(ii) menjalankan ujian lapangan dan makmal ke atas enjin-enjin diesel untuk mengesahkan biodiesel B20 tidak memberikan kesan yang negatif;
(iii) menyalurkan input ke atas dasar-dasar yang lain seperti Dasar Automatif Nasional supaya selaras dengan misi dan visi kementerian; dan
(iv) menaiktarafkan 35 depot adunan bagi menampung adunan yang lebih tinggi untuk menyokong pelaksanaan program B20.
Untuk makluman Dewan, Program B10 telah dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 Disember 2018 dan secara mandatori bermula 1 Februari 2019. Sehubungan dengan itu, masih terlalu awal untuk mengatakan program B10 ini telah menstabilkan harga minyak sawit. Walau bagaimanapun, impak positif peningkatan harga minyak sawit dapat dilihat seawal Januari 2019 dan Februari 2019 yang mana harga purata bulanan minyak sawit meningkat masing-masing kepada RM2,037 dan RM2,122.65 satu tan berbanding Disember 2018 iaitu RM1,794.50 satu tan. Secara keseluruhan, program B10 akan menggunakan 543,000 tan minyak sawit setahun dan dapat menyumbang kepada pengurangan pelepasan gas rumah kaca sebanyak 1.629 juta tan karbon dioksida setara setahun. Sekian, terima kasih.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Okey, Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Sejauh manakah penerimaan rakyat terhadap penggunaan B10 dan apakah punca kelambatan penggunaan B20 di negara kita berbanding Indonesia yang telah melaksanakan semenjak Januari 2016?
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Saya dimaklumkan dalam satu kenyataan Perdana Menteri pada Disember 2018 yang lalu, telah meletakkan target 2020 sebagai tahun untuk dilaksanakan biodiesel 2020.
Adakah kerajaan bercadang untuk mewajibkan penggunaan B20 sebagaimana di negara jiran kita, apabila dilaksanakan pada tahun 2020. Sekian, terima kasih.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Terima kasih, Yang Berhormat di atas soalan yang baik. Saya ingin maklumkan bahawa daripada segi penggunaan ataupun penerimaan rakyat saya fikir cukup baik, dan sekarang ini pun kita di dalam Program Kempen “Sayangi Sawitku” dan kita lihat bahawa bukan sekadar bio bahan api tetapi kita juga ingin maksimumkan penggunaan minyak sawit.
Untuk sasaran B20, kita meletakkan sasaran 2025 tetapi apabila Perdana Menteri menyasarkan pada tahun 2020, kita sedang berusaha untuk mencapai sasaran tersebut kerana seperti mana yang saya sebutkan tadi di dalam jawapan, cabaran kita adalah bagaimana untuk menaik taraf depoh adunan bagi menampung adunan yang lebih tinggi.
Buat masa ini adunan kita sasarnya B10, dan sudah pastilah apabila kita bercakap tentang menaik taraf ianya memerlukan peruntukan tambahan. Jadi perkara ini yang sedang kita teliti.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Saya percaya kalau kita laksanakan B20 ianya akan tentunya dijadikan mandatori seperti mana yang kita laksanakan B10 pada bulan Februari tahun ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mohon sekiranya soalan yang sama daripada Yang Berhormat Tampin sekiranya ingin menanyakan, sekiranya tidak, saya jemput Yang Berhormat Libaran.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Jika dilihat Kempen “Sayangi Sawitku” yang telah dilancarkan oleh kerajaan baru- baru ini sebagai satu usaha yang baik. Soalan saya sejauh manakah kempen ini dapat membantu para pekebun kecil di ladang dalam konteks pengurusan ladang yang baik, seperti jalan yang tidak rosak- untuk membantu meningkatkan aktiviti mereka dalam usaha pendapatan mereka sendiri, dan apakah juga hasil perbincangan Yang Berhormat Menteri di Indonesia di bawah Council of Palm Oil Producing Countries (CPOPC) berkenaan isu penggunaan biodiesel dan strategi melawan kempen antiminyak sawit oleh EU. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Terima kasih, Yang Berhormat Libaran di atas soalan yang baik.
Antara perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Libaran tadi ialah soal bagaimana Kempen “Sayangi Sawitku” ini boleh membantu pekebun-pekebun kecil. Saya ingin jelaskan bahawa kita ingin mengajak rakyat bersama-sama di dalam jihad kita untuk memerangi serangan-serangan yang dilakukan di Kesatuan Eropah “jihad” maksudnya kerja kuat kitalah...
[Dewan riuh]
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Itu dalam konteks yang lebih mesra...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih kerana menggunakan perkataan “jihad” juga. Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Terima kasih kerana memahami perkataan “jihad”.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Ia bergantung macam mana diguna perkataan itulah.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Pandai menggunakan bahasa di mana yang sesuai...
[Dewan ketawa]
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Baik, saya hendak...
[Dewan riuh]
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Cantik Yang Berhormat Bagan Serai kerana memahami juga.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Baik, saya hendak teruskan.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jangan cakap banyak nanti perang, tau...
[Dewan ketawa]
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Isu yang ....
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Nanti tolong sebut di Rantau.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Baik, sejauh manakah membantu pekebun kecil? Kita lihat bahawa dalam konteks ini apa yang sedang kita tumpukan sekarang ini ialah untuk memastikan agar pekebun kecil mengambil manfaat daripada Program MSPO kita- yang ini sedang dilakukan dengan bersungguh-sungguh, dan kita harap by year end tahun ini, hujung tahun ini, kita akan berjaya mencapai sasaran tersebut.
Kedua, berkaitan dengan CPOPC- Council of Palm Oil Producing Countries. Dalam penggulungan yang lalu, saya telah nyatakan bagaimana peranan kita penting, kita sekarang ini menjadi Pengerusi bagi council ini. Dalam Council ini, dalam Majlis ini, kita ada dua lagi negara iaitu Indonesia dan Colombia dan tentulah kita bekerja dalam satu muafakat untuk memastikan agar beberapa pendekatan yang lebih efektif dapat kita ambil untuk menangani
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
serangan-serangan daripada Eropah, dan saya yakin kita akan sama-sama berjihad melawan mereka. Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Terima kasih, Yang Berhormat. Kita lihat pihak kementerian menumpukan Afrika- negara-negara Afrika. Akan tetapi seperti yang kita maklum, banyak negara Afrika telah pun terlibat di dalam industri sawit ini, penanaman sawit- di Afrika Barat, Afrika Tengah dan sekarang ini merebak ke Afrika Timur pun. Congo misalnya mempunyai 1 juta hektar ladang sawit; Guinea – 2 juta; Nigeria – 2.5 juta; Togo – 600,000 hektar; dan sebagainya, dan pengaruh Negara China di Afrika terlalu kuat dan tentu sahaja kita akan menghadapi persaingan dengan Negara China daripada segi eksport sawit ke negara-negara Afrika.
Jadi adakah pihak kerajaan membuat kajian mengenai kemungkinan-kemungkinan, potensi-potensi daripada segi jumlah eksport yang boleh kita lakukan, untuk kita eksport produk-produk sawit ini ke Afrika ini. Jadi adakah kita buat kajian atau pergi sahaja berkempen untuk pembelian sawit, sedangkan seperti yang saya sebut tadi, banyak perkara, rintangan yang besar untuk kita eksport ke Afrika itu, adakah kajian dibuat, berapa jangkaan kita jumlah sawit yang boleh dijual di negara Afrika ini.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Terima kasih, Yang Berhormat Bera yang berikan...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
“Bra” pula.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
B-E-R-A- Bera.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Pagi-pagi ingat bra.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Dahulu saya belajar bahasa baku...
[Dewan ketawa]
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
B-E-R-A- Bera... [Mengeja dan menyebut dalam sebutan baku]
[Dewan ketawa]
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Untuk Afrika ini saya boleh bagi Yang Berhormat secara terperinci tentang eksport kita ke negara-negara Afrika. Mereka merupakan antara rantau yang penting sekarang ini yang sedang naik. Kalau kita tengok misalnya African Economic Outlook- itu potensi baharu ekonomi di rantau Afrika ini.
Jadi sebab itulah daripada segi kajian memang kita teliti kerana ada data yang membantu dan kita ambil misalnya top ten, negara 10 teratas, Afrika ini untuk kita pastikan mereka mengambil lebih lagi minyak sawit daripada kita kerana kita mempunyai produk- produk yang bukan sekadar CPO tetapi produk-produk yang lain. Jadi yang inilah menjadi tumpuan kita seperti yang saya sebutkan tadi tokotrienol dan sebagainya pasaran yang lebih berkualiti produk hiliran yang lebih berkualiti supaya pasaran Afrika ini menjadi pasaran yang baharu yang boleh mengganti dan menampung sebarang serangan yang diberikan.
Untuk makluman sedikit, kerana tadi ada dibangkitkan tentang data. Antara negara- negara yang mencatatkan peningkatan eksport memberangsangkan minyak sawit Malaysia bagi dua bulan pertama 2019 berbanding tempoh yang sama 2018 adalah Mozambique – 93.5 peratus; Nigeria – 125 peratus; dan Afrika Selatan sendiri – 75 peratus. Sementara itu antara negara-negara yang berpotensi besar meningkatkan import minyak sawit termasuk Angola, Tanzania dan Kenya. Saya boleh sahaja nanti bawa Yang Berhormat Ketua Pembangkang untuk bersama-sama dengan trip ini terutama di negara Afrika...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Angola [Ketawa] Kelam sahaja.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Angola boleh, kita pergi Mozambique- kita boleh sama-sama tengok bagaimana...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sampai ke sana tengok gelap sahaja [Ketawa]
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
[Ketawa] Akan tetapi gelap walaupun gelap tetapi tidak gelap...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Enam bulan selepas itu putih pula jadinya.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
7. Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan, bagaimana caranya untuk membantu belia yang melibatkan diri dalam pengeluaran filem dan program hiburan tempatan. Adakah RTM sudi membeli hasil pengeluaran visual tempatan, nyatakan caranya.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Tuan Eddin Syazlee Shith
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Dengan izin Tuan Yang di-Pertua dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Penyiaran Malaysia atau RTM tidak pernah mengamalkan dasar penetapan had umur dalam proses perolehan program TV dan proses perolehan yang berkaitan. Proses perolehan di RTM dilakukan secara terbuka kepada semua yang layak dan memenuhi syarat serta kriteria Tatacara Perolehan Program TV yang telah ditetapkan.
Bagi tujuan pembekalan program TV kepada RTM, mereka yang berminat perlu mempunyai syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, dan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Tuan Eddin Syazlee Shith
Garis panduan pendaftaran pembekalan rancangan televisyen RTM sama ada terbitan tempatan atau luar negara boleh dimuat turun di laman sesawang Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia iaitu www.kkmm.gov.my pada bahagian perkhidmatan dalam talian dan klik perkara sistem pendaftaran rancangan TV.
Selain itu, kementerian melalui (FINAS) selaku agensi pelaksana memperkenalkan bantuan dana kepada penggiat industri kandungan kreatif tempatan termasuk golongan belia untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu di bawah Projek Rancangan Malaysia Ke-11 iaitu dana kandungan digital (DKD) untuk merangkumi filem TV, animasi digital, games, dokumentari dan filem pendek. Bantuan dana kandungan digital (DKD) yang melibatkan golongan belia ini adalah melalui dana mikro, merupakan inisiatif kerajaan untuk menyokong pencipta kandungan yang memberi tumpuan kepada pembikinan kandungan video pendek untuk tayangan dan perkongsian pada platform media sosial seperti YouTube, Instagram dan Facebook. Peruntukan pembiayaan bagi dana mikro adalah sehingga RM5,000 bagi satu projek untuk seorang permohonan yang layak, bergantung kepada idea, subjek dan kos pembikinan. Untuk makluman, bilangan projek yang diluluskan dari tahun 2016 hingga 2018 adalah sebanyak 175 projek dengan nilai kelulusan berjumlah RM757,000. Dari aspek pembangunan modal insan, industri perfileman, kementerian melalui (FINAS) komited melahirkan karyawan pelapis di kalangan golongan belia dengan memperkenalkan Program Pemerkasaan Modal Insan Industri Perfileman. Bagi tahun 2018, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebanyak 1,632 penyertaan dengan penganjuran 33 buah program bagi membantu dan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam industri kreatif.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya ialah adakah RTM mempunyai rancangan untuk mereformasikan isi kandungan program mereka supaya ia lebih menarik dan lebih bersaing dengan TV swasta yang sedia ada dan sila jelaskan bagaimana ia dilakukan dan time frame untuk yang mereformasikan program dia. Saya juga ingin bertanya tentang adakah kerajaan akan mengeluarkan lebih banyak lesen siaran TV atau radio kerana baru-baru ini, Kerajaan Negeri Sarawak dengan parti politik mereka GPS, mereka merancang untuk melancarkan TV program mereka.
Adakah kerajaan akan mengeluarkan lesen siaran TV kepada parti-parti politik?
Tuan Eddin Syazlee Shith
Terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat.
Yang pertama, berkenaan lesen kepada parti-parti politik setakat hari ini masih belum ada perancangan. Manakala, bagi proses transformasi dan mereformasikan kandungan digital TV itu adalah perkara yang sememangnya menjadi tumpuan RTM pada hari ini. Kita boleh lihat sama ada saluran berita dan saluran hiburan dalam tempoh 9 bulan ini, banyak perkara- perkara penambahbaikan yang telah dibuat dan kita juga mengalu-alukan sekiranya ada bentuk cadangan dan pandangan yang boleh menyumbangkan ke arah penambahbaikan ini.
Tuan Eddin Syazlee Shith
Saya dan juga pihak kementerian sangat terbuka kepada pandangan-pandangan yang positif supaya kita dapat sama-sama mempertingkatkan dan menghasilkan mutu dan kualiti penyiaran RTM ini, terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri, akhirnya dapat juga. Terima kasih. Saya difahamkan bahawa filem-filem dan juga drama-drama keluaran daripada TV1 ini, RTM ini atau mana-mana penerbitan, dia utamakan pekerja-pekerja dalaman berbanding dengan membeli daripada karya-karya daripada luar, daripada industri tempatan melibatkan belia dan sebagainya. Saya ingin tahu juga tentang rating di antara drama atau terbitan filem RTM berbanding dengan TV swasta yang lain.
Saya juga mencadangkan, kita ini dalam Dewan ini, ramai pelakon-pelakon yang hebat. Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, hebat. Lepas itu, Yang Berhormat Jelutong hebat, Yang Berhormat Kapar pun hebat, Yang Berhormat Sungai Petani hebat, Yang Berhormat Kuala Krau hebat.
[Dewan ketawa]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
SUDR pun hebat Tuan Yang di-Pertua. Saya cadangkan satu filem yang heronya, Yang Berhormat Syed Saddiq, Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Ini boleh mengelirukan Dewan ini.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Heronya, ikonnya diterbitkan untuk gelagat-gelagat yang terjadi di dalam persidangan Dewan Rakyat.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Jangan lupa Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Datuk Arif juga pelakon utama, terima kasih.
[Dewan ketawa]
Tuan Eddin Syazlee Shith
Ya, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tersebut.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Lupa, Yang Berhormat Pokok Sena.
[Dewan ketawa]
Tuan Eddin Syazlee Shith
Ya, berkenaan pelakon-pelakon yang hebat ini di dalam Dewan ini.
Seorang ahli
Jalan ceritanya walk out, keluar Dewan.
[Ketawa]
Tuan Eddin Syazlee Shith
Itu adalah satu perkara yang subjektif tetapi malangnya saya ini bukanlah seorang pengarah untuk menilai kebolehan seseorang pelakon itu. Kalau hendak dikira hebat, di belah sana pun tidak kurang juga hebatnya kan*?
[Ketawa] [Dewan riuh]* Baik, berkenaan dengan apa yang Yang Berhormat sebutkan tadi, kebanyakan filem- filem yang diambil oleh RTM seperti mana Yang Berhormat sebutkan adalah terdiri daripada filem-filem yang dikemukakan melalui kakitangan RTM. Ya betul.
Barangkali inilah perkara yang sedang diteliti oleh pihak kementerian sekarang kerana kita melihat ini berlaku beberapa tahun sebelum ini tetapi saya boleh beri jaminan bahawa untuk sekarang, tempoh lapan ke sembilan bulan sekarang, perkara tersebut sedang diperbetulkan. Kita tidak mahu memberi keutamaan kepada orang-orang dalam ataupun proses-proses yang seumpamanya. Memberi keutamaan kepada orang dalam untuk membekalkan filem-filem kepada RTM dengan menyediakan peluang kepada semua dengan izin industri player yang ada dan mempunyai bakat-bakat di luar sana.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Menteri berilah insentif yang lebih kepada orang dalam itu Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Untuk soalan lisan seterusnya saya jemput Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ini pun pelakon utama juga. Ini samseng Kampung Dusun ini. Samseng kampung Dusun ini.
[Dewan ketawa]
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua, izin.
Seorang Ahli
Sharif Dol.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, jangan ada gangguan. Sila.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Izinkan saya hendak rakamkan rasa terkilan saya sebagai Ahli Parlimen, kerana hari ini saya melihat Parlimen mencipta sejarah hitam. Di mana tiada seorang Menteri pun hadir untuk menjawab soalan lisan kecuali Yang Berhormat Menteri Belia. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri Belia pun tiada soalan hari ini. Tiada soalan tetapi beliau datang. Jadi, harap...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila, teruskan dengan pertanyaan sahaja.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ini maruah Parlimen. Menteri- menteri, tolong hormat.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Timbalan Perdana Menteri hadir tadi.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Mana ada jawab soalan.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Tadi ada. Dia jawab soalan pertama. Jangan tuduh-tuduh sebenar.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat.
8. Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar [Tanjong Karang] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan jumlah peruntukan pembangunan untuk kawasan IADA Barat Laut Selangor sepanjang 2018 dan 2019
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Tuan Sim Tze Tzin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin perbetulkan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Mahfuz bin Haji Omar
Itu lah pelakon tadi tu*.
[Ketawa]*
Tuan Sim Tze Tzin
Hendak memperbetulkan Yang Berhormat Tanjong Karang.
Yang Berhormat Tanjong Karang tidak hadir Dewan, lewat datang ke Dewan...
Seorang Ahli
Yang Berhormat Tanjong Karang kata sekaranglah.
Tuan Sim Tze Tzin
Timbalan Perdana Menteri sudah jawab soalan. Jangan tuduh menuduh. Kalau tiada fakta, jangan cakap ya.
[Dewan riuh]
Tuan Sim Tze Tzin
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Tanjong Karang, kementerian ini telah memperuntukkan sejumlah RM8.3 juta melalui lapan projek infrastruktur pengairan dan saliran iaitu RM7.3 juta dan dua Program Pembangunan Industri Padi Berjumlah 1 juta pada tahun 2018 kepada IADA Barat Laut Selangor, termasuk pada kawasan Tanjong Karang.
Pada tahun 2019, peruntukan ini meningkat kepada RM9.4 juta, melalui pelaksanaan tujuh projek pengairan dan saliran berjumlah RM8.4 juta dan dua projek pembangunan industri padi iaitu RM1 juta.
Sehingga tahun 2019, peruntukan pembangunan sepanjang RMKe-11 yang telah disalurkan kepada kawasan IADA Barat Laut Selangor adalah sebanyak RM29.43 juta iaitu 72.7 peratus daripada jumlah keseluruhan RM40.5 juta.
Tuan Sim Tze Tzin
Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan tidak meminggirkan mana- mana kawasan termasuk kawasan-kawasan pembangkang ya. Tanjong Karang tahun lepas RM8.3 juta, tahun ini dapat RM9.4 juta. Jadi, ini menunjukkan bahawa Kerajaan Pakatan adil kepada semua kawasan dan menjaga petani dan pesawah di seluruh negara Malaysia.
Terima kasih.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ya, saya hendak tanya Yang Berhormat, yang bila Yang Berhormat kata Tanjong Karang, Barat Laut ini bukan Tanjong
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Karang sahaja. Dia melibatkan tiga kawasan Parlimen dan juga melibatkan sembilan blok kawasan, melibatkan 19,507 hektar dan melibatkan 9,693 orang petani. Saya hendak tanya Yang Berhormat, daripada peruntukan tersebut, berapakah peruntukan yang diperuntukkan untuk membaiki palong-palong, sistem pengairan yang banyak ada di kawasan Barat Laut ini dan hari ini kerana sistem palong ini sudah mula bocor, maka menyebabkan sistem pengairannya kurang memuaskan. Jadi, adakah peruntukan palong ini diberikan khas untuk pastikan sistem pengairan berjalan dengan baik.
Tuan Sim Tze Tzin
Terima kasih kepada soalan tambahan daripada Yang Berhormat Tanjong Karang, buat masa sekarang saya belum dapat detail yang penuh tapi saya akan bagi secara bertulis. Terima kasih.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya Tuan Yang di-Pertua ingin mengalu-alukan kehadiran sahabat-sahabat saya, pemimpin-pemimpin PKR Cabang Alor Gajah ke Dewan Rakyat ini.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua apakah long-term planning IADA....
Seorang Ahli
Loncat.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Untuk meningkatkan hasil terutamanya dalam menghalangi pelbagai penyakit-penyakit padi sekarang yang menjadi- jadi sehingga menjejaskan hasil padi negara. Ini juga terjadi kepada pesawah-pesawah di Parlimen Bagan Serai. Setiap tahun kita tidak dapat hasil tuaian melebihi hasil purata negara 5 metrik tan per hektar. Jadi, ini saya hendak tahu apakah rancangan long-term IADA.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sim Tze Tzin
Terima kasih Yang Berhormat yang telah menanya soalan yang sangat baik kerana ini menunjukkan bahawa Yang Berhormat Bagan Serai ini sangat prihatin kepada petani, pesawah di kawasan beliau. Untuk isu penyakit yang berlaku di kawasan-kawasan penanaman padi, ini berlaku kerana ada terutamanya beberapa penyakit seperti bacteria panical blight, perosak ulat batung atau pena perang, siput gondang dan sebagainya dan juga padi angin yang sekarang melanda kawasan-kawasan IADA dan juga jelapang-jelapang padi dan juga di luar jelapang.
Ini adalah masalah yang sedang ditangani oleh Jabatan Pertanian dan juga MARDI.
Researchers kita tengah mencari penyelesaian yang terbaik termasuk mencari nasihat daripada luar negara termasuk negara-negara yang menanam padi untuk sama-sama kita mencari penyelesaian kepada isu-isu yang ini dan yang sangat penting adalah kita harus memohon supaya pesawah-pesawah menjalankan good agricultural practices ya.
Kalau mereka menjaga bendang dengan baik dan according to schedule, memberi racun dan juga baja according to schedule dan pengairan, dia akan mengurangkan sedikit sebanyak ya. Itu adalah apa yang usaha kerajaan untuk menangani masalah penyakit.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Sebelum saya menjemput pertanyaan lisan seterusnya, saya ingin menambahkan fakta. Yang Berhormat Menteri yang hadir selain daripada TPM adalah Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia, hadir pada pagi tadi. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Dato’ Ngeh Koo Ham, Beruas.
9. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan mengapa pihak pemaju perlu membuat bayaran kepada Telekom semasa memajukan sesuatu projek padahal Telekom yang ingin menjalankan perniagaan di kawasan projek tersebut.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Tuan Eddin Syazlee Shith
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat, langkah penambahbaikan, garis panduan utiliti dirujuk sebagai panduan kontraktor, pemaju yang melibatkan pelbagai pihak dan penyeragaman perlu dimaklumkan kepada pihak terbabit dalam satu projek. Antaranya dengan pemakaian garis panduan, pengalihan dan pemasangan semula utiliti dalam
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Tuan Eddin Syazlee Shith
pelaksanaan program dan projek kerajaan Bilangan 1 Tahun 2016 telah diedarkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.
Ia terpakai dalam pelaksanaan kawasan rizab persekutuan dan negeri termasuk jalan sungai, jalan sungai terusan, landasan kereta api dan pihak berkuasa tempatan, tanah persendirian termasuk wayleave. Oleh itu, tatacara pengalihan utiliti melibatkan pemakluman projek kepada syarikat telekomunikasi dan kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) selaku one stop centre utiliti komunikasi. Proses perancangan bersama oleh semua pihak dan pelaksanaan berdasarkan persetujuan pihak terlibat agar kerja pengalihan dan pemasangan semula berdasarkan kualiti dan tatacara yang betul.
Sehingga Disember 2018, sebanyak 21 kes kerosakan kepada infrastruktur komunikasi telah dikompaun. Oleh itu, Telekom Malaysia (TM) menegaskan bahawa tiada caj bayaran tertentu dikenakan sebelum rangkaian telekomunikasi talian tetap dibina dan dipasang di kawasan-kawasan pembangunan kepada pemaju yang tertakluk dengan kelulusan, kebenaran merancang pihak berkuasa tempatan. Itu saja.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, boleh saya dapat penjelasan? Daripada jawapan tadi dikatakan pemaju tidak perlu membayar sumbangan ataupun bayaran kepada Telekom semasa sesuatu projek pembangunan dijalankan. Betul tidak? Kalau daripada jawapan, kerana aduan yang saya dapat ialah pemaju terpaksa membayar sumbangan dan soalan tambahan saya ialah pemaju terpaksa membayar 37 jenis cukai sumbangan atau bayaran semasa memajukan sesuatu projek termasuklah kepada Telekom. Ini telah menyebabkan kos memajukan sesuatu projek dan akhirnya menaikkan harga rumah dan bangunan. Adakah kerajaan memastikan Telekom sebagai sebuah syarikat persendirian akan menanggung semua kos berkaitan dengan perkhidmatan Telekom di sesuatu kawasan pembangunan.
Tuan Eddin Syazlee Shith
Ya, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, TM menawarkan bermula daripada tahun 2006, satu program perkongsian pintar bersama pemaju. Ini bukan bermaksud caj yang dikenakan itu adalah caj yang dibuat secara sewenang-wenang tetapi ianya lebih kepada perkhidmatan yang diberikan oleh Telekom untuk sesuatu projek kerana kita tahu bahawa selain daripada air dan api, telekomunikasi juga adalah satu keperluan pada hari ini. Jadi, ini adalah perkongsian pintar bersama di antara pemaju dan juga Telekom untuk menyediakan, memberikan perkhidmatan.
Sudah tentu ada di antara kos-kos perkhidmatan ini yang dikenakan oleh Telekom dan ianya bukanlah satu caj tambahan yang dibuat sewenang-wenangnya melainkan di atas maksud untuk memberikan perkhidmatan. Kadar-kadar yang ditentukan melalui program perkongsian pintar ini tertakluk kepada bentuk perkhidmatan yang diberikan oleh Telekom di atas permintaan pemaju perumahan. Ini tidak semestinya Telekom termasuk mana-mana pembekal perkhidmatan selain daripada Telekom sekiranya memberikan perkhidmatan juga akan mengenakan caj yang sama kepada mana-mana pemaju. Dengan izin Tuan Yang di- Pertua.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri jawablah ikut time. Soalan saya nombor 13 sangat penting sudah tidak sempat. Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya fasal Telekom ini.
Telekom ini, untuk makluman Yang Berhormat Menteri, sekarang ini kaunter yang ketiga paling rugi di Bursa termasuk semua antara kita ini kena. Kaunter yang paling rugi dan the third quarter of 2018. Kita sudah rugi hampir RM180 juta.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tentunya biasanya Kerajaan Pakatan Harapan ini bila rugi, jual aset. Bila rugi, jual aset. Saya nak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, selain daripada jual aset, apakah tindakan yang lebih realistik untuk kita ambil tindakan supaya Telekom Malaysia selamat dan boleh tak Yang Berhormat Menteri bagi jaminan supaya pemberhentian staf Telekom ini dapat kita elakkan hasil daripada kerugian ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Eddin Syazlee Shith
Ya, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Jelebu, pada hari ini saya tidak mempunyai fakta yang lengkap berkenaan berapa banyak aset Telekom yang telah dijual tetapi kalau Yang Berhormat sudi berkongsi dengan saya, mungkin saya boleh teliti.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Nanti saya jawab bertulis Yang Berhormat Menteri.
[Dewan ketawa]
Tuan Eddin Syazlee Shith
Cuma saya melihat beberapa bulan kebelakangan ini, wujudnya petanda bahawa saham-saham Telekom ini sudah kembali meningkat dan menunjukkan satu prestasi yang baik. Akan tetapi sudah tentulah pihak kementerian meletakkan keutamaan nasib dan masa depan kakitangan Telekom dan bukan di atas maksud untuk memberhentikan mana-mana kakitangan di atas kerugian ataupun dengan cara menjualkan aset seperti Yang Berhormat sebutkan. Akan tetapi saya yakin dan percaya di atas perkembangan terkini dan petanda-petanda positif, semua masalah ini akan dapat kita selesaikan secara berperingkat. Minta maaf, ada sikit makan masa.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tuan Yang di-Pertua, satu soalan Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin teruskan dengan pertanyaan jawapan seterusnya saya jemput Tuan Lukanisman bin Awang Sauni Sibuti.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Timbalan Menteri, jawapan saya semasa Menjunjung Titah belum dapat lagi.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Anak panda makan buluh, soalan Sibuti nombor 10.
10. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [Sibuti] minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah pihak kementerian telah mempertimbangkan penggabungan sekolah kurang murid di Sarawak adalah salah satu langkah penambahbaikan bagi mengatasi sekolah daif dan bina semula sekolah bersepadu yang baru.
Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat Sibuti. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyemak secara terperinci mengenai sekolah kurang murid
(SKM) di seluruh negara termasuk di Sarawak. Pelbagai aspek telah diambil kira dan dimasukkan dalam Pelan Hala Tuju Sekolah Kurang Murid. Pelan tersebut telah pun dilaksanakan oleh KPM melibatkan pelbagai strategi bertujuan untuk menangani aspek keberkesanan kos dan peningkatan prestasi murid. Antara strateginya ialah melaksanakan penggabungan SKM.
Di Sarawak, terdapat sebanyak 843 buah SKM iaitu 715 buah daripadanya adalah sekolah kebangsaan (SK) dan 128 daripada sekolah jenis kebangsaan Cina atau SJK(C).
Antara syarat-syarat yang membolehkan sesebuah sekolah itu digabungkan ialah;
(i) sekolah yang sama aliran;
(ii) terdapat beberapa sekolah dalam radius lima kilometer hingga 10 kilometer yang telah pun menjadi SKM;
(iii) sekolah yang tidak berlaku peningkatan enrolmen dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
(iv) mendapat persetujuan ibu bapa untuk digabungkan.
KPM melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak bersedia untuk mempertimbangkan sebarang cadangan untuk menggabungkan beberapa sekolah yang mempunyai enrolmen yang semakin menurun di sesuatu kawasan. Sekian, jawapan saya.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jawapan yang sangat positif berkenaan tentang penggabungan sekolah. Isu yang ingin saya bangkitkan adalah adakah kerajaan mempunyai timeline ataupun cadangan untuk mewujudkan satu success story tentang penggabungan sekolah ini dan juga saya faham bukan mudah kerana kita mempunyai halangan daripada pihak ibu bapa dan adakah pihak KPM akan mulakan inisiatif penggabungan sekolah ini secepat mungkin?
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebenarnya penggabungan sekolah telah dilaksanakan tetapi kita laksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di antara tahun 2017 hingga 2019 yang melibatkan 19 sekolah di mana mereka telah digabungkan untuk menjadi 10 buah sekolah.
Setakat ini KPM pun telah menerima cadangan daripada JPN Sarawak yang telah juga bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak untuk menggabungkan 357 buah SKM kepada 126 buah sekolah pusat SKM.
Cadangan daripada JPN Sarawak adalah untuk melaksanakan penggabungan ini melalui tiga fasa tetapi seperti yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat Sibuti, kita tak ada satu timeline yang sangat rigid kerana yang paling penting adalah kita perlu dapat pandangan daripada ibu bapa. Kita perlu dapat persetujuan daripada ibu bapa. Jadi, maksudnya kalau masih ada ibu bapa yang tidak setuju, maksudnya walaupun kita letak satu timeline tetapi kita tak boleh paksa kerana bagi kita, kelangsungan akses pendidikan murid-murid ini adalah paling penting. Kita tak mahu ada kes-kes keciciran apabila kita gabung sesebuah sekolah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Jempol.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan yang kedua saya jemput Yang Berhormat...
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Pandang, tak pandang pun.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Rasah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Rasah, sila.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan langkah-langkah yang akan diambil oleh KPM dalam proses penggabungan, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada mengatakan bahawa antara faktor yang diambil kira adalah pandangan daripada ibu bapa. Kalau untuk SJK(C) dan SJK(T) khususnya, macam mana peranan ataupun yang akan dimainkan oleh LPS sekolah-sekolah tersebut dalam penggabungan tersebut? Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat Rasah. Untuk SJK(C) dan juga SJK(T) dan sebenarnya sama untuk SK tetapi SK tak ada LPS. Akan tetapi untuk sekolah-sekolah yang mempunyai PIBG ataupun LPS ataupun kedua-dua, kita harap boleh dapat sokongan daripada kedua-dua pihak ini kerana kalau tanpa kerjasama ataupun persetujuan daripada kedua-dua pihak ini, susah sangat untuk kita dapat persetujuan daripada ibu bapa. Selain daripada itu, saya percaya Ahli-ahli Yang Berhormat ataupun pemimpin-pemimpin tempatan masyarakat juga memainkan peranan yang sangat penting.
Jadi cara ataupun pendirian KPM adalah seperti ini. Pertama, kita mesti dapat persetujuan daripada LPS untuk sekolah bantuan kerajaan dan juga PIBG dan juga ibu bapa dan saya percaya melaluilah sokongan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai wakil rakyat tempat itu dan juga ibu bapa serta pemimpin masyarakat, saya harap kita dapat gabungkan sekolah bukan untuk menjimatkan kos tetapi untuk mewujudkan satu suasana yang lebih kondusif untuk PdP murid-murid kita. Sekian jawapan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Saya jemput seterusnya kepada pertanyaan jawab lisan, dijemput Yang Berhormat Puan Rusnah binti Aluai, Tangga Batu.
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor 11 tetapi sebelum itu saya ingin menekankan bahawa saya sangat menghargai kehadiran yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Bagan Serai tadi iaitu empat orang adik-beradik penggerak reformasi di Alor Gajah sejak 1998. Terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar untuk menjawabnya tiga minit.
11. Puan Rusnah binti Aluai [Tangga Batu] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan prosedur untuk mendapat geran peruntukan RM10,000 setiap tahun bagi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang menyukarkan pihak MPKK.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar - Tuan Sivarasa Rasiah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menjawab soalan Yang Berhormat Tangga Batu ini bersekali dengan soalan Yang Berhormat Rasah nombor 13, yang juga pada hari ini. Untuk maklumat kedua-dua Ahli Yang Berhormat, prosedur permohonan geran MPKK sebenarnya tidaklah sukar. Pihak MPKK hanya perlu mengadakan mesyuarat MPKK dan memutuskan program yang hendak dipohon.
Permohonan geran MPKK ini merangkumi tiga skop yang boleh dipilih oleh MPKK iaitu program yang menjana pendapatan ekonomi masyarakat kampung atau program keceriaan kampung atau program kesejahteraan kampung. Skop ini terlalu luas. Kemudian MPKK tersebut hendaklah menyediakan kertas kerja ringkas mengenai program yang akan dilaksanakan seperti program tentatif, objektif, pengiraan kos, impak program serta mengisi borang profil kampung mengikut format yang telah disediakan. Syarat untuk melengkapkan borang profil kampung juga telah diberi kelonggaran kepada pengisian data asas daripada beberapa modul utama sahaja.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Seterusnya MPKK perlu mengemukakan maklumat-maklumat tersebut bersama- sama dengan borang permohonan yang lengkap dan dokumen sokongan seperti nombor akaun bank MPKK bagi memastikan penyaluran peruntukan geran MPKK dapat dilaksanakan dengan lancar. Bagi menggalakkan lebih banyak MPKK memohon geran MPKK ini, kementerian telah menyediakan borang permohonan yang boleh dimuat turun menerusi portal kementerian serta boleh didapati di semua pejabat KEMAS negeri dan daerah, KEJORA, KESEDAR, KETENGAH, FELDA, KEDA dan Pejabat KPLB Negeri.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar - Tuan Sivarasa Rasiah
Borang permohonan boleh dihantar kepada agensi-agensi tersebut dan juga boleh dikemukakan melalui pejabat daerah yang berperanan sebagai pemudah cara untuk membantu MPKK dalam proses permohonan geran ini. Penilaian dan kelulusan permohonan geran MPKK ini juga adalah berdasarkan dengan izin first come, first serve. Sehingga kini, sebanyak 130 permohonan geran MPKK telah diterima dan pihak kementerian sedang memproses permohonan-permohonan tersebut mengikut prosedur yang telah saya sebutkan sebentar tadi.
Selain itu, kementerian juga sedang melaksanakan kursus induksi MPKK di seluruh negara yang turut melibatkan penerangan mengenai proses permohonan geran MPKK tersebut yang telah disempurnakan di lapan buah negeri sampai sekarang. Sekian, terima kasih.
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Daripada 48 MPKK di Parlimen Tangga Batu, hanya 30 peratus yang telah menyediakannya dan ia hanya atas anggaran. Data yang ada pada KEMAS sudah pun lama dan ada yang tidak ada. Jadi, saya mencadangkan atau pun bolehkah kita adakan bancian atau pun daripada Jabatan Statistik supaya MPKK perlu ditolong segera kerana mereka ini lah yang menggerakkan rakyat dari bawah. Terima kasih.
Tuan Sivarasa Rasiah
Terima kasih Yang Berhormat atas cadangan tadi. Seperti yang saya sudah terangkan tadi, semua agensi yang saya sebut tadi, pejabat KEMAS negeri dan daerah dan pejabat KPLB negeri juga telah ditugaskan untuk membantu apa-apa masalah berkenaan dengan penyediaan permohonan tersebut. Jadi, buat masa sekarang kita tidak melihat masalah yang berkaitan isu ini. Kita harap permohonan-permohonan ini akan disampaikan secepat mungkin.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, soalan tambahan kedua Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi, ketika menjawab soalan asal, Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyatakan bahawa setakat ini telah menerima 130 permohonan daripada MPKK. Saya rasa jumlah itu terlampau kecil
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
daripada jumlah MPKK yang kita ada. Akan tetapi saya lebih berminat kepada berapa lama permohonan akan ditapis dan sebagainya? Sebab bagi saya kalau mengambil masa berbulan-bulan ia akan menyusahkan pimpinan kita di peringkat akar umbi. Seperti yang tadi Yang Berhormat sudah kata, dia banyak pada hendak simplified a lot of things. So, saya hendak tanya, berapa lama akan diambil? Terima kasih.
Tuan Sivarasa Rasiah
Terima kasih Yang Berhormat Rasah atas soalan yang cukup relevan itu. Untuk permohonan yang telah diterima yang saya sebut tadi adalah dijangkakan bahawa jawapan akan diterima oleh mereka pada bulan depan. Untuk permohonan dan saya setuju memang 130 itu agak kecil tetapi saya rasa selepas taklimat telah dibuat setakat ini, untuk lebih kurang hampir 8,000 kampung, kita menjangkakan jauh lebih banyak permohonan akan diterima. Untuk permulaan permohonan yang baharu yang akan diterima timeline mengikut SOP kita di kementerian adalah lebih kurang dua sampai maksimum tiga bulan untuk proses dan pastikan geran itu sampai. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, dengan itu selesailah sesi pertanyaan jawab lisan.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kastam 1967; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Kewangan [Tuan Lim Guan Eng]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Eksais 1976; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Kewangan [Tuan Lim Guan Eng]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Zon Bebas 1990; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Kewangan [Tuan Lim Guan Eng]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Jualan 2018; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Kewangan [Tuan Lim Guan Eng]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Perkhidmatan 2018; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Kewangan [Tuan Lim Guan Eng]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan dalam peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri sehingga Kementerian Pengangkutan di nombor satu hingga nombor sembilan dalam Ringkasan Jadual Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2018 dan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2018 bagi Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2018(2019) dan usul Anggaran Perbelanjaan Tambahan Pertama 2018 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 4 April 2019”.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Mahfuz bin Haji Omar
Saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2018) 2019 dan Anggaran Pembangunan
(Tamb.) (Bil.1) 2018 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Pertama] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi
Minta Yang Berhormat Menteri Kewangan mengemukakan anggaran perbelanjaan bagi semua kementerian.
Menteri Kewangan - Tuan Lim Guan Eng
Saya ingin mengemukakan supaya wang sejumlah tidak lebih daripada RM4,133,360,760 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2018. Bagi Maksud-maksud Bekalan B.4, B.6, B.9, B.10, B.12, B.13, B.42, B.60, B.62 dan B.63 untuk kementerian-kementerian dan jabatan yang berkenaan dijadikan Jadual dan wang sejumlah tidak lebih daripada RM15,485,384,142 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama tahun 2018 bagi Maksud-maksud Pembangunan P.6, P.10, P.15, P.21, P.22, P.23, P.27, P.28, P.30, P.31, P.32, P.43, P.45, P.46, P.60, P.62 dan P.63 untuk kementerian-kementerian dan jabatan yang berkenaan seperti yang ditunjukkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 1 Tahun 2019 dan Kertas Perintah 2 Tahun 2019, masing-masing dijadikan Anggaran Perbelanjaan.
Menteri Kewangan - Tuan Lim Guan Eng
Tuan Pengerusi, keperluan bagi mengadakan peruntukan-peruntukan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2018 dan juga Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Pertama 2018 telah pun dibentangkan terdahulu.
Di samping itu, penjelasan lanjut mengenai cadangan-cadangan Anggaran Peruntukan Tambahan ini juga diberi dalam memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 1A, Tahun 2019 bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2018, dan Kertas Perintah 2A, Tahun 2019 bagi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2018.
Oleh itu, saya tidak berhajat hendak memberi apa-apa penerangan tambahan lagi.
Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan.
Tuan Pengerusi
Kepala Bekalan B.4, B.6, B.9 dan Kepala Pembangunan P.6 di bawah Jabatan Perdana Menteri terbuka untuk bahas.
Akan tetapi sebelum itu Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan, selama dua hari diperuntukkan untuk perbahasan di Peringkat Jawatankuasa bagi Rang Undang- undang Perbekalan Tambahan (2018)2019 bermula daripada hari ini Rabu, 3 April 2019 hingga Khamis 4 April 2019.
Oleh yang demikian, saya juga ingin memaklumkan bahawa pada hari ini tempoh perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2018) 2019 dihadkan selama 10 minit sahaja pada setiap Ahli Yang Berhormat. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Pengerusi, yang berucap tiga orang sahaja, tak kan 10 minit. Nanti Yang Berhormat Menteri hendak jawab 30 minit. JPM duit banyak tetapi kita boleh bercakap tiga, empat orang.
Tuan Pengerusi
Empat orang di sebelah pembangkang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Pembangkang dua orang.
Tuan Pengerusi
Sebelah backbenches- kerajaan pun ada orang yang bercakap.
Kita bermulalah dengan 10 minit tetapi ada kelonggaran sedikit sebanyak.
Yang Berhormat Arau hendak cakap dahulu? Silakan Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Semalam tidak boleh berucap, hari ini hendak berucap.
Pertama, saya menyokong supaya kerajaan memperuntukkan RM119.5 juta kepada Majlis Keselamatan Negara. Saya cuma hendak menegur kepada Yang Berhormat Lembah Pantai semalam yang menyebutkan bahawa, dia mempertikaikan kerajaan supaya tidak bagi
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
peruntukan kepada Majlis Keselamatan Negara kerana Akta Majlis Keselamatan Negara melanggar Perlembagaan. Ini masalah. Sekejap, belum habis...
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Saya tidak sebut.
Saya rasa Yang Berhormat Pasir Gudang. Bukan Lembah Pantai.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat pasir Gudang tidak terlibat. Ini Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Bukan Lembah Pantai. Saya rasa saya tidak sebut pasal MKN semalam.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya sebab di pihak kerajaan selalu silap orang. Jadi saya sengaja silapkan [Ketawa]
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Yang Berhormat Arau, belum pukul 4 lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Hari ini Yang Berhormat Arau datang awal. Silakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya hendak beritahu bahawa kita bercakap, kita kena ada fakta. Kalau kita cakap tidak ada fakta, nanti Kerajaan Pakatan Harapan ini tuduh bukan sahaja berbohong mengenai manifesto, tetapi juga berbohong tentang fakta-fakta yang terkini. Contohnya ialah apabila Yang Berhormat Pasir Gudang kata, kerajaan telah melanggar Perlembagaan apabila kerajaan menggubal Akta Majlis Keselamatan Negara. Dia tidak sebut Perlembagaan mana, di bawah perkara mana Tuan Pengerusi.
Saya tahu, otak dia itu hendak sebut tetapi oleh kerana dia tidak baca, dia hendak sebut bahawa di bawah Perkara 150, Perlembagaan. Akan tetapi Perkara 150, Perlembagaan ialah kuasa Agong untuk mengisytiharkan darurat...
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Yang Berhormat Arau, boleh celah? Gerik.
Tuan Pengerusi
Silakan.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Tuan Pengerusi, dalam sidang Dewan sebelum pilihan raya dahulu, kita ubah mengikut Perlembagaan. Datang dari mana Yang Berhormat Pasir Gudang kata tidak ada mengikut Perlembagaan ini, dan Yang Berhormat Arau ketika itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan yang berkenaan. Apa komen Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Itu boleh masuk dalam ucapan saya ya. Akan tetapi sekarang ini saya akan bagi sebelah sana untuk bertanya sebab untuk mengurangkan kejahilan mengenai Perlembagaan Persekutuan. Saya mencabar lawyer di sana, peguam-peguam di sana, ‘loyar burok’ saya tidak mahu- untuk berdebat dengan saya mengenai Akta Majlis Keselamatan Negara, okey. Sekejap lagi kita ini.
Kita hendak cerita dahulu. Selepas dengar, saya akan bagi peluang.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Mohon petua Tuan Pengerusi, berkenaan dengan 36(2)...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Pertama ialah Majlis Keselamatan Negara, tidak payahlah. Rugi masalah.
Tuan Pengerusi
Peraturan Mesyuarat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Pertama ialah Majlis Keselamatan Negara bukan dibuat di bawah Perkara 150.
Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi arif tentang Perlembagaan. Bukan dibuat di bawah Perkara 150 tetapi...
Tuan Pengerusi
Ada Peraturan Mesyuarat yang dibangkitkan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya silakan.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Ini berkait Yang Berhormat Arau, Tuan Pengerusi berkait dengan jawapan Yang Berhormat Bagan kepada Yang Berhormat Pasir Gudang semalam berkenaan dengan beliau Yang Berhormat Bagan
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
tidak dapat menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang berkenaan dengan isu Majlis Keselamatan Negara kerana ia satu perkara yang sedang dipertimbangkan dalam mahkamah.
Jadi saya ingin bertanya Tuan Pengerusi, Peraturan 36(2) berkenaan memandangkan isu keperlembagaan ataupun constitutionality isu Majlis Keselamatan Negara ini, adakah kita boleh berbahas tentang isu ini memandangkan Yang Berhormat Menteri mungkin tidak boleh menjawab. Boleh minta petua?
Tuan Pengerusi
Ya saya ingat tidak timbul isu subjudice sebab kita tidak membincangkan merit dalam kes itu. Ya ini soal daripada kewangan. Silakan, silakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya inilah hebatnya seorang hakim.
Bagus, dia adil kepada semua. Jangan carik seluar cukup ya.
Okey balik kepada isu ini balik, Majlis Keselamatan Negara, akta ini kita buat bukan berdasarkan Perkara 150. Perkara 150 ialah hak Agong untuk mengisytiharkan darurat apabila berlaku ancaman keselamatan. Akan tetapi akta ini dibuat di bawah Perkara 149, di mana Parlimen diberi kuasa untuk membuat apa-apa undang-undang bagi menjamin keselamatan.
Jadi keselamatan maksudnya yang berskala kecil. Contohnya berlaku rusuhan kecil di tempat-tempat tertentu, maka Perdana Menteri diberi kuasa untuk mengisytiharkan keselamatan di situ. Bukan darurat. Darurat ini untuk menyeluruh- untuk seluruh negara.
Jadi kalau Yang Berhormat hendak rujuk Perlembagaan, sebut perkara berapa.
Perkara 150 itu hak Agong, tidak ganggu. Akan tetapi Perkara 149 ialah hak Parlimen.
Yang Berhormat hendak bagi hilang hak Parlimen- ini hak Ahli Parlimen, hak kita Ahli Parlimen untuk menggubal undang-undang bagi membolehkan kita menangani segala bentuk ancaman keselamatan.
Demikianlah jawapan yang saya ingat semua lawyer boleh faham. Kalau tidak faham, saya ingat kita masalah untuk merujuk balik kelulusan kita di mana-mana, tetapi kelulusan sekarang ini boleh tipu ya.
Okey sekarang ini mari tajuk ini balik. Kemudian yang keduanya Tuan Pengerusi kita lihat peruntukan untuk Government Integrated Radio Network (GIRN) RM119.5 juta, alright sebab kita kena ingat radio ini penting, sistem ini penting kerana ia membantu kita untuk menangani macam-macam masalah keselamatan. Masa banjir, banyak menolong kita untuk menyelesaikannya. Sekarang ini- yang ini kita sokong walaupun Yang Berhormat Menteri Kewangan tidak boleh jawab tetapi saya sokong ini sebab Yang Berhormat Menteri Kewangan tunai janji.
Okey, keduanya kerajaan telah juga mencadangkan tanda RM40 iaitu RM10 untuk pelbagai tetapi yang pertamanya saya hendak sebut di bawah Butiran 93000 - Projek Kecil.
Dia bubuh tanda RM10. Saya rasa kerajaan- mungkin Yang Berhormat Menteri Kewangan atau Yang Berhormat Menteri Ekonomi yang menunggu hari-harinya, juga sedang memikirkan bagaimana untuk menunaikan manifesto, manifesto Pakatan Harapan.
Sekarang ini kami bukan ada manifesto apa lagi, kami kalah tetapi harap Pakatan Harapan ada manifesto iaitu manifesto untuk satu, dua, tiga, empat dan lima. Manifesto yang pertama yang disebutkan utama yang kami hendak tahu sekarang ini iaitu peruntukan Ahli Parlimen dikatakan akan diberikan sama rata. Akan tetapi kalau di atas dasar membalas dendam, sudah pasti rakyat tidak akan menyokong Pakatan Harapan. Rakyat menyokong Pakatan Harapan kerana Pakatan Harapan kata hendak bagi sama rata, telus dan sebagainya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Akan tetapi bila mereka bagi peruntukan, dia bagi peruntukan kepada Ahli Parlimen PH RM1.8 juta, kepada puak-puak Barisan RM100,000 tapi saya rasa sebab mungkin mereka terpanggil untuk menyelesaikan masalah Manifesto ini, maka dia bubuh tanda RM10.
Kita menyokong tapi menyokong khusus untuk diberi peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen. Ini bukan kita tuntut. Ini ialah kita hendak minta mereka tunaikan Manifesto.
Jadi, kalau siapa-siapa yang teringin hendak jadi Perdana Menteri masa akan datang, ini buat ini dulu. Tunaikan ini dengan Ahli Parlimen selesai dan rakyat akan melihat bahawa kita telah melakukan keadilan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kemudian yang keduanya iaitu berhubung dengan projek kecil ini, kita lihat anggota- anggota kerajaan sekarang berada dalam keadaan yang tidak dapat mentafsirkan sesuatu itu dengan tepat kerana mereka takut. Takut nanti ini salah dari segi SPRM, ini salah dari segi audit, yang salah itu kerana kita melanggar peraturan tetapi yang mengikut peraturan, tidak salahlah. Contohnya ialah projek-projek kecil di bawah RM20,000 kita boleh bagi terus. Ini peraturannya tetapi mereka takut nanti disoal oleh audit, oleh SPRM. SPRM dengan audit nak soal macam mana? Sebab apa, yang ini telah diperuntukkan bahawa projek yang boleh dia boleh bagi secara terus RM20,000 ini, boleh dibagi.
Sekarang ini, kita tengok banyak projek tergendala kerana pegawai kata ini hendak kena panggil SPRM masuk. Mana SPRM mampu hendak masuk sampai 1,000 projek untuk ditimbangkan, contohnya dalam masa sebulan. Tidak mungkin. Ini boleh dilaksanakan, yang lebih RM20,000 sudah pasti kita mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Jadi, saya minta PH, sebenarnya PH ini, saya tahu pemikiran DAP yang cukup unik ialah mereka memberi tekanan benda-benda halus seperti diulang berkali-kali untuk membolehkan kita sebut.
Oleh kerana mereka telah berjaya mempengaruhi diri saya maka saya sebut hari ini, dia selalu menyebut, ‘Kerajaan UMNO Barisan Nasional, Barisan yang dikuasai oleh UMNO’. Sekarang saya hendak sebut hari ini bahawa Kerajaan PH-DAP. DAP yang menguasai PH. Jadi, saya tahu PKR ada 50 kerusi tapi PKR yang seorang ini saja yang Menteri Ekonomi yang bagus, hat yang lain pening kepala.
Tuan Pengerusi
Peringkat Jawatankuasa Yang Berhormat Arau, lebih banyak butir lagi.
[Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya gulung.
Tuan Pengerusi
Gulung, gulung ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sekarang saya hendak, ingin menggulung bahawa kepada Kerajaan PH-DAP ini supaya mereka hendak saya sebut.
Macam Yang Berhormat Jelutong selalu sebut, ‘Kerajaan UMNO-BN’ dia selalu sebut. Dia hendak saya sebut hari ini, Kerajaan DAP-PH. Jadi dia hendak saya sebut, saya sebut tapi kalau ada cabaran daripada PKR, saya akan kata Kerajaan PKR-PH pula tapi hari ini DAP lah sebab apa Menteri Kewangan dipegang oleh DAP, jadi dia orang hendak...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Ceramah pergi Rantau malam ini.
Tuan Pengerusi
Tidak payah. Terima kasih Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi Tuan Pengerusi saya ucap terima kasih kerana bagi peluang untuk saya menyebut perkara-perkara ini dan saya ingin menyebut bahawa sesungguhnya Cameron Highlands, Semenyih dan akan berulang di Rantau. Rantau kita akan menang, terima kasih.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Selalu sebut DAP, DAP, bala dapat dekat DAP nanti.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dapat DAP hari ini, esok kita akan perang habis-habisan.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Saya ingin turut serta dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa untuk Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan yang ada di hadapan kita pada hari ini. Saya ingin menyentuh maksud P.6 00101 – Majlis Keselamatan Negara, memandangkan apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Arau tadi, saya rasa kerajaan kita perlu tegaskan yang Kerajaan Pakatan Harapan ini dengan izin, it’s not soft on security, it’s not soft on isu-isu keselamatan.
Jangan salah sangka dan saya sebagai Ahli Parlimen yang salah satu daripada institusi yang berada dalam kawasan Lembah Pantai ialah Bukit Aman. Maka, saya percaya Kerajaan Pakatan Harapan akan sentiasa menitik beratkan isu keselamatan dan tidak akan
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
berkompromi dalam isu ini. Jadi, itu adalah sedikit yang ingin saya bidas daripada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Arau tadi.
Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh maksud B.4 – Suruhanjaya Pilihan Raya.
Saya ingin mendapat sedikit pandangan daripada kerajaan sekiranya kita baru mendengar, baru-baru ini pihak Suruhanjaya Pilihan Raya menyatakan ada usaha untuk mereformasi proses pilihan raya itu sendiri. Adakah pihak kerajaan ada menerima cadangan-cadangan ini dan adakah kita akan mengimplementasikan, melaksanakan secara serius reformasi ataupun penambahbaikan yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Pada masa yang sama, saya ingin bertanya apakah status usaha kita untuk memastikan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya ini dapat kita letakkan di bawah Parlimen, bebas daripada pihak eksekutif, pihak pelaksana.
Ini bagi saya adalah satu langkah yang akan meningkatkan kesedaran umum dan juga persepsi umum terhadap sikap SPR itu sendiri bahawa ia adalah neutral, tidak berpihak kepada sesiapa dan bertanggungjawab terus kepada Parlimen. Jadi, apakah undang- undang yang akan dibawa ke Parlimen untuk memastikan SPR ini akan benar-benar bebas.
Saya ingin menyentuh maksud B.9 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan saya terpanggil untuk melanjutkan perbincangan Yang Berhormat Arau dan juga daripada pihak pembangkang yang ingin mendapatkan dana daripada pihak kerajaan dan walaupun kita sedar bahawa pihak pembangkang pada hari ini menerima RM100,000 lebih daripada apa yang diterima oleh pihak pembangkang terdahulu.
Saya rasa satu langkah yang semestinya akan, yang boleh saya rasa menjadi pembuka bicara kepada komitmen kerajaan untuk memberikan dana yang lebih secara sama rata.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Silakan Yang Berhormat Kapar.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya diberitahu Yang Berhormat Lembah Pantai ialah sejarah sebelum ini dua penggal menjadi pembangkang ini, satu sen pun tidak dapat pun. Tak apalah tapi kita alhamdulillah kita dapat menang Pilihan Raya (PRU14).
Isunya ialah ada saya diberitahu oleh ICU yang mengatakan bahawa peruntukan RM100,000 itu sudah dibagi pada tahun lepas tapi banyak Ahli-ahli Pembangkang, Tuan Pengerusi dia tidak claim, dia tidak minta duit itu. Adakah Yang Berhormat Lembah Pantai bersetuju dengan saya bahawa tuntutan itu mesti dihadam dan difahami bahawa telah diberi pada tahun lepas. Maknanya Pakatan Harapan ini begitu berhati mulia, berjiwa besar dan saya percaya bila reform itu dibuat, insya-Allah semua akan selesa dan senyum lebar macam Yang Berhormat Arau mohon tadi. Apa pandangan Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Saya sangat setuju.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Malu hendak terima.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Saya sangat setuju dengan apa yang disebut dan saya ingin memasukkan sebahagian daripada ucapan saya.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Sikit.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Minta celahan sebab saya rasa salah satu...
Tuan Pengerusi
Ya, sila Yang Berhormat Ayer Hitam.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Interpretasi yang tidak tepat ialah apabila kita sebut di sini kata tidak dapat, bukan kata RM100,00 itu tidak dapat. Untuk Pusat Khidmat Ahli Parlimen, rujuk balik Hansard saya yang RM50,000 yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Langkawi, itu yang tidak diberikan.
RM100,00 tahun lalu dapat dan selepas kita bangkitkan pada jam 6.39 petang, kita baru dapat berita bahawa RM100,000 tahun ini baru dapat. Itu yang kita hendak beritahu peruntukan kenapa macam itu dan sebelum itu pun Pakatan Harapan sudah dapat RM1.8
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
juta keseluruhan dan untuk Pusat Khidmat RM300,000. Untuk kita, satu sen pun tidak ada.
Itu masih lagi fakta, terima kasih.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Sikit Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Pengerusi
Silakan Yang Berhormat Kangar.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Setuju tidak Yang Berhormat Lembah Pantai?
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tidak payahlah, tidak payah bagi pun tidak apalah.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Peruntukan sebenarnya memang ada.
Sekarang ini macam di Perlis misalnya, jadi bahan percakapan orang ramai. Misalnya Yang Berhormat Arau dia ada bertemu dengan Menteri dan dapat juga Menteri bagi untuk kawasan dia.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Kalau begitu, mungkin apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kangar, mungkin kita boleh dapatkan tips daripada Yang Berhormat Arau bagaimana pihak pembangkang boleh dapatkan akses kepada Menteri-menteri, sama seperti yang mereka dapat.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Pengerusi, saya ingat kalau payah sangat, tidak usah bangkit lagi isu ini.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Tuan Pengerusi, saya hendak teruskan. Saya hendak teruskan.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tidak hendak bagi pun tidak apa. Saya minta kawan-kawan sebelah sini kalau sudah menjadi isu hendak memalu- malukan kita, tidak usah bagi.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Saya hendak bangkitkan bahawa...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Lawan tetap lawan.
Tuan Teh Kok Lim - Taiping
Jangan sebutlah.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Kenapa dalam maksud...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tengok nanti di Rantau apa macam.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Dalam maksud B.9...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
PRU akan datang apa macam.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, kerana bagi saya langkah pertama yang perlu dilakukan oleh pihak pembangkang adalah mengisytiharkan aset. Isytiharkan aset anda semua, sama seperti yang kita semua buat. Di situ saya percaya bila kita dapat...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kita pun isytihar, you tidak tahu kita isytihar.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Bila kita dapat maklumat tepat mengenai aset-aset yang dimiliki oleh pihak pembangkang...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Bukan hendak isytihar kepada Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Sama juga di mana- mana sahaja, di Dewan Negeri dan sebagainya, saya rasa perlu ada satu komitmen yang jelas untuk memastikan bahawa wakil rakyat mengisytiharkan aset mereka.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Bagi saya dengan komitmen itu kita dapat kebertanggungjawaban, satu akauntabiliti daripada mereka yang telah dipilih oleh rakyat dan saya percaya dari situ kita akan dapat nilai sama ada satu proses penambahbaikan dalam sistem itu dapat kita usahakan bersama, tidak timbul masalah yang mana ada pihak yang mengatakan si polan-si polan wakil rakyat ini mengambil sekian-sekian.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
[Bangun]
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Sila, sila.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Masa saya jadi ADUN dua penggal dan Parlimen yang penggal sudah, sebenarnya pihak kerajaan memang memberi borang kepada kami untuk isytiharkan harta. Cuma di bawah Kerajaan Pakatan Harapan ini tidak ada borang diberi kepada kita Ahli Parlimen untuk mengisytiharkan harta. Sebenarnya memang kita dah isi borang daripada dulu, saya ingat lagi.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Sila Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sedikit saja. Orang isytihar harta ini yang paling utama sekali ialah Lembaga Hasil Dalam Negeri. Kita tidak boleh lari dari situ, everybody, tiap-tiap orang Tuan Pengerusi, kita kena isytihar. Jadi apa yang dipertikaikan lagi? Check dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri siapa yang belum isytihar harta, pendapatan, berapa dah bayar. Kita takkan nak cerita sini saya bayar sekian-sekian.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jangan timbulkan persepsi seolah-olah kita menyorok.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Jadi saya sambung hujah saya.
Tuan Pengerusi
Ya, silakan.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Nampaknya pihak pembangkang rata-rata bersetuju bahawa mereka perlu dan bersedia untuk mengisytiharkan harta. Jadi saya ingin meminta pihak kerajaan untuk menyatakan adakah kita bersedia untuk segera mendapatkan pihak SPRM memberikan borang-borang kepada pihak pembangkang dan isytihar aset dalam sesi ini.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
*No problem, no problem.
What is the problem?* Jangan timbulkan persepsi seolah-olah kita...
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Tak ada, saya tidak timbulkan persepsi. Saya letak hujah saya dalam satu soalan...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Cuba kita bangkitkan berapa ramai yang sana yang sorok. Ini semua ini ada yang sorok-sorok ini.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Dalam satu soalan kepada pihak kerajaan.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ingat betul semua ke?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Untuk mengiakan adakah pihak kerajaan bersedia untuk menyediakan borang-borang SPRM kepada pihak pembangkang dan juga Ahli-ahli Parlimen yang bebas untuk mereka sama-sama mengisytiharkan aset mereka. Bukan sahaja mereka tetapi juga sekiranya mereka ada pegawai-pegawai sama seperti yang berlaku dengan Ahli-ahli Parlimen dan juga Menteri- menteri.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Mohon laluan sikit.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Saya ingin...
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Sila, sila.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih. Pertama sekali, saya ingat soal pengisytiharan harta, ada beberapa perkara yang perlu kita beri juga perhatian ialah soal pertama sekali peraturan yang kita buat ialah mewajibkan semua pihak kerajaan mengisytiharkan harta. Kewajipan tersebut tidak dilebarkan kepada pembangkang, ini satu perkara.
Kedua, apa mekanisme supaya harta yang disorok itu dapat disiasat. Kalau kita isytihar, suami isytihar berapa banyak lagi harta yang ada dan di waktu yang sama kita harus lihat bahawa apa jaminan terhadap harta sebab saya fikir apa yang disebut tadi ialah Jabatan Hasil memang mengenakan cukai kepada semua yang kita isytihar. Jadi saya fikir yang penting ialah supaya mekanisme terhadap siasatan sama ada harta yang di isytihar itu adalah harta yang betul ataupun masih banyak lagi yang disorok di belakang. Terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya setuju dengan apa yang dibangkitkan dari segi prinsip. Oleh sebab itu saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, pihak kerajaan, adakah pihak kerajaan bersedia sekiranya sudah wujud satu - sama seperti di Amerika Syarikat satu badan siasatan kleptocracy. Adakah pihak kerajaan bersedia untuk menubuhkan dan jika ada, adakah boleh dibentangkan di Parlimen hasil siasatan daripada badan seperti ini. Jadi saya rasa setakat itu sahaja, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tanjong Karang, silakan.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya perlu sentuh di bawah B.4 dan juga B.6. Yang pertama tadi sebab Yang Berhormat Lembah Pantai dok ungkit lagi fasal RM100 ribu ini. Saya hendak ulang balik. Ini buku manifesto, saya hendak baca, dengar baik-baik. Ini bukan kami yang minta.
Di dalam janji yang keenam; mengembalikan wibawa institusi Parlimen. Dengar baik-baik ya; ‘pembiayaan berdasarkan formula yang telus akan diberikan kepada semua Ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan mereka menjalankan tugas dan mengurus pusat khidmat masing-masing’. Siapa yang buat ini?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
[Bangun]
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ya, sila.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang dan terima kasih Tuan Pengerusi. Yang saya tekankan Yang Berhormat Tanjong Karang ialah apa yang saya cadangkan adalah satu langkah ke arah membolehkan perkara tersebut direalisasikan, dizahirkan. Bila masa orang ramai dapat melihat apakah aset-aset ataupun harta yang dimiliki telah diisytiharkan. Jadi yang saya cadangkan adalah ini adalah langkah untuk membolehkan ke arah itu. Terima kasih.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tuan Pengerusi, inilah masalah Yang Berhormat Lembah Pantai ini pembangkang. Lain saya cakap, lain yang ditanya. Saya bangkitkan ialah peruntukan RM100 ribu yang diberikan kepada pembangkang yang tadi dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapar waktu mereka jadi pembangkang tak pernah dapat.
Yang Berhormat Lembah Pantai pergi tanya fasal isytihar harta ini fasal apa? Itu lain. Jadi sebab itu...
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
[Bangun]
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Saya ingat tak payahlah Yang Berhormat Lembah Pantai, kena faham. Kami ini, kita tidak minta pun, janji mesti ditunaikan.
Oleh sebab itu orang kata kalau tak tunai, dipanggil kerajaan Pakatan Harapan, kerajaan PH, ‘Kerajaan Pakatan Hancing’, menipu kalau tak bagi. Bagi pun RM100 ribu, baca betul-betul taklimat. Oleh kerana inilah...
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang Berhormat Tanjong Karang, boleh minta sikit?
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Kerana janji inilah, kerana janji- janji inilah maka rakyat tertipu memilih kepada Pakatan Harapan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang Berhormat Tanjong Karang, boleh minta sikit?
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Hari ini bukan saya...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Kangar belajar sikit, tidak boleh mencelah dalam pencelahan.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Saya bagi, saya bagi, saya bagi. Okey, tak apa Yang Berhormat Kangar, saya bagi, sila-sila.
Tuan Pengerusi
Silakan Yang Berhormat Kangar.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Sebelum ini saya pernah tanya ketika sahabat kita daripada blok PAS berucap dululah, beberapa waktu yang lalu. Yang Berhormat Tanjong Karang setuju tak bila pengundi Tanjong Karang tidak mengundi PH, maksudnya mereka tidak percaya dengan Manifesto PH. Jadi sama juga saya tanya.
Seorang Ahli
Tak faham.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ini pun satu lagi. [Dewan ketawa] Sama ada saya menang ataupun tidak, kami ini wakil rakyat, dipilih oleh rakyat dan di dalam manifesto ini kena faham Ahli yang disebut di sini ialah ‘yang akan diberikan kepada Ahli Dewan Rakyat’. Ia tidak sebut Ahli Dewan Rakyat PH ke, Ahli Dewan Rakyat BN ke, ia tidak sebut, semua Ahli Dewan Rakyat. Jadi kami menuntut hak kami. Seperti yang saya kata Tuan Pengerusi, yang kena kencing ini bukan sahaja rakyat, kami Ahli Parlimen pun kena kencing.
[Dewan ketawa]
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Habis macam mana? Jadi sebab itu...
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Yang Berhormat Tanjong Karang, sedikit.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Jadi sebab itu PRK Cameron Highlands kalah, Semenyih kalah, Rantau pun akan kalah, tunggu.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Yang Berhormat Tanjong Karang, sikit.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ini kenyataan yang saya sebut.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Kuala Nerus minta laluan.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Saya nak, ya ..Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Minta sikit. Adakah Yang Berhormat Tanjong Karang bersetuju seolah-olahnya Pakatan Harapan hari ini mahu menghukum rakyat yang tidak menyokong Pakatan Harapan dengan tidak memberikan peruntukan yang mereka janjikan seperti mana manifesto mereka.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Yalah, dia bukan sahaja menghukum rakyat, pelajar kena tipu, nelayan kena tipu, semua kena tipulah sampai kita Ahli Dewan Rakyat pun kena tipu, kena kencing juga. Jadi sebab itu dalam Parlimen ini makin hancinglah baunya.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Sedikit Yang Berhormat Tanjong Karang.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Boleh saya...
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Baru tadi Timbalan Menteri jawab, peruntukan di kawasan Tanjong Karang dapat lebih banyak tahun ini berbanding tahun lepas, baru tadi.
[Ketawa]
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
*Astagfirullahalazim.
[Ketawa]* Macam manalah standard Yang Berhormat Kangar ini?
[Dewan ketawa]
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Saya dah jawab tadi, peruntukan itu bukan untuk Parlimen Tanjong Karang, itu untuk...
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Tadi Yang Berhormat Tanjong Karang kata hukum rakyat, rakyat dapat.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi
Silakan, silakan.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tak apalah, dia tidak boleh beza di antara rakyat dengan wakil rakyat. Yang saya jemput ini ialah mengembalikan wibawa institusi Parlimen, rakyat itu Ahli Parlimen ke?
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Itu lain cerita, rakyat dah kena tipu.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Tadi Yang Berhormat Tanjong Karang kata rakyat tidak dapat.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tak apalah. Saya boleh bagi Tuan Pengerusi, kalau standard macam ini buang masa saya sajalah.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Dia tidak boleh hendak beza.
Saya hendak teruskan.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Yang Berhormat Tanjong Karang, Kuala Krai minta laluan.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Kuala Krai minta laluan.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Jadi saya hendak beritahu...
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Pihak sebelah sana jangan nak kencing rakyat.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kuala Krai minta laluan Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ya?
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kuala Krai sikit.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ya, sila.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Adakah Yang Berhormat bersetuju kalau saya katakan bahawa berdasarkan kepada apa yang di bincang pada hari ini dan sebelum daripada ini bahawa ada di kalangan Ahli Parlimen Pakatan Harapan sendiri pun tidak percaya dengan manifesto yang dikemukakan oleh mereka sendiri berdasarkan kepada penolakan mereka kepada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Tanjong Karang tadi. Adakah Yang Berhormat bersetuju?
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ya, memang banyaklah― manifesto dia sendiri, dia pun tidak percaya. Siapa buat manifesto ini, kita pun tidak tahu, sampai Ahli Parlimen pun tidak faham. Saya hendak pindah kepada tajuk yang lain. Tajuk kepada SPR.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Yang Berhormat Tanjong Karang, boleh saya tanya Butiran mana yang Yang Berhormat rujuk sekarang? Butiran mana?
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
JPM lah. Saya kata tadi, peruntukan-peruntukan kecil.
[Ketawa] Ha, Yang Berhormat― saya sudah sebut tadi sudah.
Dia tidak dengar. Sekarang saya pergi kepada SPR.
[Ketawa] Dia bukan― dia mungkin tidak faham. Baik saya hendak tukar kepada SPR. Hendak tukar ke SPR pula.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Yang Berhormat Tanjong Karang, boleh saya― Tanjong Karang.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Tampin minta laluan.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Boleh saya?
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Apa dia? Sila.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Saya hendak tanya, adakah peruntukan RM100,000 itu Yang Berhormat Tanjong Karang menerima?
Seorang Ahli
Ha, terima ke atau tidak terima?
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tidak mengapalah, soalan―
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Tidak faham.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Malu kepada pendatang di belakang itulah. Tidak perlu saya jawablah. RM100,000 itu dia bagi, yang kita tuntut ini janjinya patutnya sama dengan pihak kerajaan. Okey tidak?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Akan tetapi ambil lah? Jawapannya ambil lah? Ada ambil.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Saya hendak pergi kepada SPR. Saya hendak tanya― masa pun sudah tidak ada sudah.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Pasir Gudang, ada soalan hendak tanya?
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
SPR ini, saya dapat penjelasan. Kita tahu bahawa satu tribunal telah pun ditubuhkan dan juga tribunal ini ditubuhkan ialah berdasarkan kepada surat yang dihantar oleh Bersih 2.0 yang dihantar kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Surat tersebut bertarikh 14 Ogos 2018. Bila surat daripada SPR, daripada Bersih ini― ada 10 ia bagi sebab-sebab salah laku SPR. Maka, kita lihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah berhubung dengan AG dan akhirnya, tribunal telah ditubuhkan. Soalan saya ialah, ada dua pendapat. Dahulu peguam, saya lupa nama dia. Dia kata kalau buat tribunal ini, hanya sebagai akademik sahaja kerana ahli SPR ini sudah telak jawatan sudah pun. Akan tetapi tribunal ini masih diteruskan. Jadi, saya hendak tanya apakah hasil dan mengapakan tribunal ini diteruskan? Oleh kerana tribunal ini adalah untuk memecat ahli-ahli SPR ini. Sedangkan mereka telah pun meletakkan jawatan.
Lebih menyedihkan lagi, tribunal ini ditubuhkan hanya berdasarkan kepada laporan Bersih.
Hebat Bersih ini. Ia hantar sahaja surat 10 sebab, terus tribunal ditubuhkan.
Tribunal ini kalau kita tengok, bukan tribunal yang calang-calang. Tribunal ini sama taraf dengan tribunal semasa pemecatan Tun Salleh Abbas dahulu. Jadi, kita hendak tanya apa, mengapa dibuat tribunal? Itu yang pertama. Kedua, SPR ini. Ini juga saya tidak mahu pertikai keputusan hakim. Akan tetapi saya tengok satu precedent kita dapat. Hari ini apabila Pengerusi SPR mempengerusikan mesyuarat, seorang-seorang sahaja. Seorang sahaja, tidak ada ahli pun. Dahulu masa kes [Tidak jelas] itu at least ada juga ahli. Ini dia seorang.
Jadi hendak tanya, adakah ini suatu precedent yang nanti bahawa yang akan datang, bahawa yang akan datang― ini keputusan mahkamah, saya tidak mahu pertikai.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Jadi, ini saya hendak tanya, adakah nanti pihak yang akan datang― bukan sahaja Pengerusi SPR, boleh jadi pengerusi- pengerusi tribunal yang lain. Maknanya, bila hendak mesyuarat tidak payah hendak ramai- ramai, seorang sahaja. Dia jadi pencadang, dia jadi penyokong, dia boleh buat keputusan.
Oleh kerana ini telah pun di-endorse oleh mahkamah. Jadi, ada― ini satu precedent yang akan dibuat oleh pihak yang sebelah sana. Ya, Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Ya, satu sahaja.
Sebenarnya saya rasa ada Ahli-ahli Lembaga untuk SPR yang telah dilantik. Jadi, saya cuma hendak perbetulkan, memang ada. Boleh rujuk dalam mesyuarat.
[Dewan riuh]
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Ada, ada dalam laporan media ada.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Dia mungkin tidak faham. Ini yang dilantik itu selepas. Saya cerita keputusan― yang satu ini adalah, membuat semasa Pilihan Raya Kecil Semenyih. Masa itu dibuat, lepas itu baru dilantik enam orang. Jadi, saya― ini keputusan mahkamah, saya tidak mahu pertikai. Akan tetapi nampaknya satu precedent telah pun ada lah. Maknanya sekarang ini, bermakna sesiapa pun boleh buat mesyuarat mana-mana tribunal, tidak payah panggil jawatankuasa, seorang-seorang sahaja mesyuarat, boleh lulus. Ini satu― bukan sahaja Malaysia Baharu, ‘SPR Baharu’. Apa yang ada hari ini kita kesianlah SPR ini, tiap-tiap bulan sekarang ini ada pilihan raya kecil-pilihan raya kecil.
Saya hendak minta SPR, tolong jaga pengundi dan senarai-senarai pengundi. Ini belum apa- apa lagi sudah heboh sudah. Hendak buat kajian balik kawasan persempadanan yang baharu kita luluskan tahun lepas, hendak buat kajian balik.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Sedikit, sedikit sahaja.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Sedikit sahaja.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Saya fikir, yang penting tribunal ditubuh ialah untuk menyelesaikan konflik. Apabila pengerusi bermesyuarat tanpa kehadiran jawatankuasa, dia telah lari daripada matlamat penubuhan tribunal. Saya fikir ini satu benda serius, pelanggaran kepada peraturan yang sangat serius. Sepatutnya tidak dibuat demikian. Apakah Yang Berhormat Tanjong Karang bersetuju bahawa jawatankuasa hanya mesyuarat dengan seorang pengerusi tanpa ahli jawatankuasa yang lain, telah melanggar peraturan dan tujuan objektif untuk ditubuhkan tribunal tersebut?
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Itu Yang Berhormat Dato’, itu kita tidak boleh pertikai. Mahkamah sudah kata boleh. Jadi, sebab saya kata kita kena ikutlah yang tribunal. Okey, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Okey, terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Nibong Tebal, silakan.
Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 04000 di bawah Maksud P.15 Kementerian Hal Ehwal Ekonomi sebagai permulaannya. Di peruntukkan sebanyak RM219,024 juta dan ini berkenaan dengan RISDA, Tuan Pengerusi. Fungsi utama RISDA adalah berkaitan dengan isu getah dan juga berkenaan dengan pekebun-pekebun kecil. Isu yang saya hendak bangkitkan ialah satu, tentang harga getah yang selalu menjejaskan kehidupan dan taraf sosioekonomi rakyat dalam kategori B40 khususnya. Keduanya, RISDA kita difahamkan juga untuk menyumbang kepada usaha membina industri getah negara dengan harapan aktiviti-aktiviti hilirannya dapat juga membantu golongan sasar dan juga di samping menyumbang kepada pendapatan negara.
Tuan Pengerusi, soalan yang saya ingin bangkitkan ada dua. Pertama adalah tentang harga yang ditawarkan kepada pekebun-pekebun kecil oleh peraih-peraih di peringkat akar umbi. Saya difahamkan― ini pihak RISDA kena siasat, betul atau tidak betul.
Pihak Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah tetapkan harga sebanyak RM2.80 sekilo. Akan tetapi peraih-peraih ini mengambil dan membelinya dengan harga RM1.80 sekilo. Ini cukup beza yang besar dan melibatkan punca pendapatan utama kepada pekebun-pekebun kecil ini. Jadi...
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tuan Pengerusi, boleh minta penjelasan daripada Tuan Pengerusi sekejap? Saya hendak tanya sahaja, kalau saya tidak silap― kalau salah saya, minta maaf, betulkan saya. Kalau tidak silap saya, kita tengah bincang B.4 B.6 B.9, bukankah kita ikut jabatan-jabatan, Tuan Pengerusi?
Tuan Pengerusi
Ya, ya.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Akan tetapi sekarang ini sudah lompat ke ekonomi. Jadi, itu saya hendak tanya.
Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal
Saya difahamkan Tuan Pengerusi, yang pagi tadi dimaklumkan yang kita boleh bincang di bawah 1 sampai 9.
Tuan Pengerusi
Tidak ada. Sekarang bincang di bawah Jabatan Perdana Menteri
(JPM).
Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal
Jadi, itu yang saya fahamkan.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Itu sebab saya hendak minta penjelasan daripada Tuan Pengerusi. Kena ikut― lepas itu saya boleh bangun balik, bukan?
Tuan Pengerusi
Ya, tidak. B.4, B.6, B.9. Ya, memang saya terima. Mungkin bila sampai kepada Yang Berhormat masa yang sesuai.
Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal
Kalau Tuan Pengerusi kira yang sekarang kita hanya ikut kementerian by kementerian. Okey, tidak mengapa. Akan tetapi kalau ikut amalan yang sidang lepas, kita bincang daripada kita tetapkan kementerian 1 sehingga kementerian berapa untuk hari ini, dengan izin.
Tuan Pengerusi
Tidak, tidak.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Nibong Tebal, bila tiba masanya, saya akan panggil semula.
Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal
Okey, terima kasih, baik.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Kuala Nerus dahulu, silakan.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Bismillaahi Rahmaanir Rahiim, alhamdulillah wassalatu wassalamu ala Rasulillah. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 95000 - Halal Industry Development.
Saya hendak merujuk tentang satu konsep berkaitan dengan Hotel Patuh Syariah. Adakah kerajaan bersedia untuk membantu membangunkan satu SOP untuk lebih tepat dan juga lebih jelas dalam usaha usahawan-usahawan, termasuk hotel-hotel di peringkat kerajaan negeri yang ingin melaksanakan konsep Hotel Patuh Syariah? Apa yang dimaksudkan dengan patuh syariah, bukan hanya merujuk kepada makanan yang halal tetapi juga merujuk kepada layanan, bersifat akhlak Islam, persekitaran mesra ibadah, bebas daripada kemungkaran, melibatkan pengurusan kewangan dan sebagainya.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Ini kerana ia boleh menjadi satu dakwah bukan hanya pada orang Islam sendiri bahkan juga dakwah kepada bukan Islam untuk mengenali Islam menerusi konsep hotel ini.
Saya sangat yakin market yang sedia ada sangat besar kerana orang Islam di dunia sahaja berjumlah lebih daripada 2.6 bilion dan untuk konteks Malaysia sahaja rakyat Malaysia 61 percent adalah Muslim. Tentulah mereka yang senantiasa bermusafir ini memerlukan penginapan hotel yang baik maka inilah masa untuk kerajaan mengemukakan satu konsep yang lebih jelas, satu SOP yang dibuat oleh JAKIM, oleh kerajaan untuk membantu agar konsep hotel patuh syariah ini boleh kita kembangkan lagi, bawa kepada masyarakat untuk melihat Islam dilihat begitu cantik, indah, memaparkan hospitaliti berkaitan dengan Islam. Itu yang pertama, berkaitan dengan hotel syariah.
Kedua, saya hendak merujuk kepada Butiran 060000 – Kemajuan Islam khususnya berhubung dengan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Semalam dalam perbahasan penggulungan oleh Menteri membincangkan tentang isu Sister in Islam yang ada fatwa dikeluarkan oleh Majlis Fatwa, Jawatankuasa Fatwa di peringkat Selangor. Kata Menteri semalam bahawa di peringkat Persekutuan hanya ada satu fatwa umum oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan berkaitan dengan isu-isu liberal dan sebagainya maka adakah kerajaan menerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sendiri ataupun menerusi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bersedia untuk mengeluarkan fatwa yang lebih tegas berhubung apa sahaja kesalahan akidah khususnya melibatkan NGO yang mengguna pakai Islam sister in Islam.
Sudah tentulah akan dikaitkan tentang peruntukkan yang diberikan oleh Kementerian Kewangan kepada NGO terbabit kerana ia melibatkan satu penghinaan kepada Islam. Satu NGO yang menggunakan label Islam tetapi tidak islamik, menentang banyak akidah dan juga hukum hakam syariat maka kerajaan mesti tegas untuk menyatakan pandangan mereka dan oleh sebab Menteri semalam menyebut bahawa tidak ada fatwa khusus.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Saya minta Menteri menerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan atau menerusi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan fatwa yang khusus berkaitan dengan sister in Islam untuk menggambarkan bahawa Menteri dan juga Kerajaan Pakatan Harapan memang konsisten dalam perkara melibatkan penjagaan akidah, memelihara akidah dan juga syariat. Itu adalah tanda keprihatinan Kerajaan Persekutuan. Selanjutnya saya mahu pergi kepada...
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Minta sedikit Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Ya, sila.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Yang Berhormat. Saya tertarik apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat, saya minta pandangan Yang Berhormat, apakah peraturan dalam akta yang termasuk dalam akta yang telah sedia ada sekarang ini, hukuman kepada mereka yang melanggar fatwa yang telah difatwakan?
Apa pandangan Yang Berhormat sekiranya fatwa itu telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri, apakah perkara ini tidak diiktiraf oleh peringkat Persekutuan? Saya minta penjelasan.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Dari sudut undang- undang telah diselaraskan di peringkat, sama ada akta di peringkat Wilayah Persekutuan mahupun enakmen di peringkat negeri iaitu kesalahan melanggar fatwa. Antaranya ialah penjara sehingga dua tahun, itu diperuntukkan oleh semua negeri termasuk akta di peringkat Wilayah Persekutuan maka yang tinggal lagi ialah di peringkat Persekutuan kerana kita ini bercakap dalam Dewan Rakyat tentang kuasa Kerajaan Persekutuan maka Kerajaan Persekutuan yang hari ini dipimpin oleh Pakatan Harapan mesti menunjukkan komitmen mereka tentang Islam menerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan juga Pejabat Mufti Wilayah tadi.
Saya hendak pergi pada Butiran 080000 – Pengurusan Sumber Manusia. Saya hendak bangkitkan balik apa yang dibincangkan oleh Yang Berhormat Tanjong Karang tadi, isu peruntukkan untuk Ahli Parlimen. Kami di peringkat pembangkang bukanlah kemaruk sangat untuk mendapatkan dana daripada kerajaan, saya menjadi pembangkang lima tahun, kita survive, cari dana sendiri, kutip derma, buat business dan sebagainya untuk menjaga rakyat kita.
Akan tetapi satunya isu janji manifesto bila menang pilihan raya maka sebagai seorang Muslim dan oleh sebab ketua bagi kerajaan kita adalah seorang Muslim dan juga sebagai seorang Ahli Parlimen adalah Muslim dan juga kerajaan sebahagiannya adalah Muslim maka tentulah perlu melaksanakan janji yang kita buat. Janji itu tuntutan syarak kerana memberikan keadilan adalah kewajipan semua.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Jangan sampai kebencian kamu pada mana-mana kaum menjadikan kamu tidak berlaku adil.” Dahulu di kala mana Pakatan Harapan bersama di peringkat pembangkang dengan kami, kita mengecam Kerajaan Barisan Nasional kerana tidak memberikan peruntukkan yang adil. Kenapa hari ini kita perlu mengulang kembali kesilapan yang dibuat oleh Barisan Nasional? Maka hari ini perlu kita tunjukkan kepada semua.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Berikan peruntukan yang adil kepada semua orang...
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tumpat minta laluan.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Pasir Gudang minta laluan.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Saya bagi yang...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Pasir, silakan.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Kuala Nerus, saya lihat perkara peruntukkan Ahli-ahli Parlimen baik di peringkat kerajaan ataupun pembangkang ini telah banyak kali dibangkitkan. Saya rasa kita kena ambil serius perkara ini iaitu pertama, bukan sahaja soal janji dalam manifesto tetapi di bawah Perlembagaan juga iaitu mesti bersikap adil Perkara 8. Jadi saya memohon kepada kerajaan pertimbangkan mana peruntukkan yang adil kepada semua Ahli Parlimen. Terima kasih.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Ya, terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tumpat minta laluan.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Ya, sila Yang Berhormat Tumpat. Ringkas sahaja.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Yang Berhormat, Tuan Pengerusi terima kasih. Saya cuma menyambung apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Gudang tadi. Alhamdulillah, di kalangan pihak kerajaan sendiri ada yang faham dan saya yakin ramai yang faham sebenarnya namun ada beberapa yang kita nampak yang tidak faham. Yang Berhormat Jelutong semalam tidak faham antara duit Pakatan Harapan dengan duit kerajaan, tadi Yang Berhormat Kangar pula seolah-olah tidak faham apabila mengemukakan soalan apabila rakyat tidak mengundi Pakatan Harapan adakah bermakna rakyat menolak kerajaan.
Kerajaan ini kita ada satu sahaja, kita ada satu kerajaan sahaja, sama ada mereka mengundi Pakatan Harapan ataupun tidak mengundi Pakatan Harapan tetapi Kerajaan Malaysia itu adalah merupakan kerajaan kepada rakyat tersebut. Jadi keadilan mesti diberikan kepada rakyat sama ada mereka memilih Pakatan Harapan ataupun tidak memilih Pakatan Harapan. Jadi ada juga kelas Yang Berhormat Jelutong yang tidak faham itu minta difahamkan.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Baik, terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Isu kita mudah sahaja, kalau sebelum ini RM100 ribu yang diberikan kepada Ahli Parlimen kita hanya mencadangkan sahaja dan Jabatan Persekutuan yang akan mengagihkan tidak ada masalah. Berikan peruntukkan yang sama dan mereka boleh agihkan, kami ini hanya cadangkan sahaja bukan masuk poket kami pun, masuk poket rakyat.
Maka rakyat saya 80,000 rakyat Kuala Nerus yang berhak untuk mendapatkan peruntukkan yang sewajarnya daripada Kerajaan Persekutuan. Kalau tidak mahu bagi tidak apa tetapi silalah bertanggungjawab di hadapan Allah SWT di hari akhirat nanti kerana ini adalah hukum Allah SWT.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Saya hanya menyatakan dakwah kami di sini untuk rakan-rakan kita di peringkat Pakatan Harapan menyedari bahawa kita bukan hanya bertanggungjawab di hadapan manusia tetapi di hadapan Allah SWT. Kalau rasa sanggup tanggung di hari akhirat silakan, teruskan. Kami di peringkat pembangkang tidak ada apa-apa, kami akan cari dana sendiri untuk menguruskan rakyat kami insya-Allah.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Yang Berhormat sedikit sahaja, satu minit. Pengalaman saya tiga penggal di Dewan Rakyat, sebelum ini pihak kerajaan yang sebelum ini menjadi pembangkang pernah menyaman di mahkamah dalam isu peruntukkan ini tetapi sekarang ini apabila mereka menjadi kerajaan mereka mengulangi apa yang dahulu tentang. Apa pandangan Yang Berhormat?
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Oleh sebab itulah saya katakan bahawa ayat Al-Quran tadi.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Kebencian pada mana-mana kaum tidak boleh menyebabkan kita tidak berlaku adil.” Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Langkawi yang memberikan peruntukkan yang wajar kepada negeri Terengganu untuk royalti tetapi saya juga agak terkilan dengan sikap Menteri lain yang tidak menyokong dan melambat-lambatkan kemasukan dana royalti untuk negeri Terengganu. Itu satu lagi bentuk yang saya rasa seolah- olah ada sedikit kebencian.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Walaupun mungkin kita akan bergaduh di sini, berperang di sini, berperang menggunakan suara tetapi di luar Dewan kita boleh makan sekali, minum sekali, tidak ada apa-apa maka kita kena ambil sikap ini untuk lebih berlaku adil kepada rakyat kita di seluruh negara insya-Allah. Ya, silakan Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin bertanya pandangan Yang Berhormat, bukankah sebagai langkah pertama mendapat RM100,000 ini lebih baik daripada tidak mendapat apa-apa langsung?
[Dewan riuh]
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Setuju.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Kedua, adakah Yang Berhormat setuju dengan apa yang saya bangkitkan tadi, keperluan mengisytiharkan harta sebagai satu langkah good...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Langgar janjilah kalau tidak boleh.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Untuk kita dapatkan lebih banyak. Terima kasih.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Baik, Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya ucapkan tahniahlah dan terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Harapan yang memberikan RM100,000. Saya mengucapkan takziah kepada Pakatan Harapan yang gagal memberikan baki yang patut diberikan kepada semua Ahli Parlimen...
Seorang Ahli
Ya, betul.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Maka kalau kita berjaya buat satu perkara fardu, solat subuh jangan bangga kerana kita ada empat lagi solat yang belum kita buat.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Maka tunaikan semua kewajipan itu, itulah lambang seorang Muslim yang baik.
Maka, saya yakin Yang Berhormat Lembah Pantai sebagai seorang Muslim boleh mendidik, mengajak semua Ahli Parlimen yang lain terutama Yang Berhormat Langkawi dan juga Menteri-menteri untuk memberikan contoh yang baik. Untuk rakyat kita, mekanisme lagu mana terpulanglah kepada Kerajaan Pakatan Harapan yang penting sampai kepada rakyat kami Insya-Allah. Terima kasih Tuan Pengerusi. Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Lembah Pantai Islam yang tulen.
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang saya menjemput pembahas di sebelah kanan, ada? Tidak ada. Yang Berhormat Kinabatangan, silakan Yang Berhormat.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Satu topik sahaja berhubung dengan Suruhanjaya Pilihan Raya. Saya dan rakyat di luar sana berpendapat bahawa kempen pilihan raya 13 hari terlalu lama Tuan Yang di-Pertua.
Jadi, sebab ia pertama membazir tenaga, waktu dan meletakkan suasana terlalu panjang.
Kalau mungkin saya boleh mencadangkan untuk saya bawa iaitu SPR mengkaji semula keputusan untuk meletakkan 13 hari untuk kempen pilihan raya. Kalau boleh, pendekkan.
Jadi, menjimatkan dari kos kewangan, menjimatkan kos masa dan menjimatkan tenaga dan sebagainya.
Mungkin boleh mengurangkan keadaan yang tegang di kalangan pengundi- pengundi di sesuatu kawasan itu. Jadi, mungkin boleh dicadangkan kepada 10 hari ataupun lapan hari. Cukuplah, buat apa hendak lama-lama hendak bertelagah. Akhirnya rakyat juga yang kita minta untuk menentukan hala tuju masa depan negara kita. Jadi, ini salah satunya.
Kedua, apakah Suruhanjaya Pilihan Raya berhasrat untuk membenarkan pendaftaran online kepada mereka yang layak untuk mengundi. Jadi, tidak perlu lagi kita buat kempen, buat ceramah kampung ke kampung untuk membawa borang dan sebagainya, automatik bagi kebenaran, macam di negara Eropah, Amerika dan sebagainya.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sebab kalau ini kita benarkan, akhirnya kita akan menambah lebih ramai lagi pengundi dalam negara kita dan memberi peluang kepada anak-anak muda ini untuk menentukan hala tuju dan masa depan mereka.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya, Yang Berhormat Kinabatangan. Tuan Yang di-Pertua, pendaftaran automatik ini kalau dilaksanakan ia boleh mendaftarkan 3.89 juta orang pengundi baharu. Akan tetapi, kelihatan yang dikejar oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan yang ada di hadapan ini ialah 1.5 juta pengundi-pengundi berumur 18 tahun ke 21 tahun. Adakah itu yang patut diutamakan atau pendaftaran automatik yang patut diutamakan, yang hampir empat juta itu belum lagi terdaftar eloklah kalau di automatik kan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya rasa Yang Berhormat Muar setuju dengan saya supaya pendaftaran automatik ini dapat dilaksanakan oleh SPR.
Sebab ini sebetulnya banyak negara-negara yang demokrasi terbuka ini telah mengamalkannya. Kita cuma negara Malaysia yang saya tidak tahu apa – dari dahulu sebetulnya dan semenjak saya jadi wakil rakyat semenjak tahun 1999, sudah dua tiga kali saya menyuarakan, tetapi SPR tidak juga boleh melaksanakan.
Jadi, mungkin dengan Kerajaan Malaysia Baharu ini, dengan kesungguhan Yang Berhormat Muar membantu untuk merealisasikan hasrat ini, mungkin dapat dilaksanakan supaya SPR mengkaji, membuka untuk talian khas untuk pendaftaran secara automatik kepada mereka yang layak.
Kedua, apakah jua SPR mempertimbangkan untuk kelayakan seseorang individu mengundi itu had umur 18 tahun, bukan lagi 21 tahun sebab kalau berkahwin pun kita benarkan umur 18 tahun. Berkahwin ini bukan mudah sebab mendirikan sebuah mahligai istana memerlukan orang yang matang. Jadi, untuk mengundi pun saya rasa lebih baik 18 tahun sudah matang. Bagi yang belum kahwin mungkin boleh kahwin
[Dewan ketawa]
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
. Akan tetapi saya nampak sudah ada girlfriend -lah
[Dewan ketawa]
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Lembah Pantai minta laluan. Silakan Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih.
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih, saya ingin ...
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Lembah Pantai kah atau Yang Berhormat Kubang Kerian.
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Saya ingin soal SPR tadi.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Lembah Pantai dahulu.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Tuan Yang di-Pertua kata ...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Lembah Pantai dahulu. Mana?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Bagi Yang Berhormat Kubang Kerian, okey, okey.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kubang Kerian dahulu. Silakan.
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Tetapi Yang Berhormat Kinabatangan tunjuk ke sana.
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Soal pembaziran ...
Tuan Yang di-Pertua
Sini ya? Silakan.
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya hendak bangkitkan soal apa yang ditimbulkan ialah pembaziran oleh pihak SPR. Apa pandangan Yang Berhormat Kinabatangan penggunaan helikopter waktu musim pilihan raya kecil? Saya fikir sangat tidak wajar dan ia boleh meningkatkan jumlah perbelanjaan? Apakah perlu diteruskan penggunaan helikopter, pemantauan pada setiap kali pilihan raya kecil sebagai contoh? Demikian juga penggunaan anggota polis yang terlalu ramai bahkan setengah-setengah kawasan dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu sebagai contoh, bilangan anggota polis itu terlalu ramai
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
sehingga ramai yang tidak ada tugas dan ini di antara mekanisme bagi mengurangkan perbelanjaan oleh pihak SPR, minta pandangan Yang Berhormat Kinabatangan. Terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya ingin bertanya – saya dengan izin we are on the same page dalam isu menurunkan had umur. Bagi saya, sekiranya seseorang boleh berkhidmat sebagai anggota polis ataupun masuk dalam tentera, dengan izin, you can lay your life for the country, you can vote for your government. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Kinabatangan, apakah langkah-langkah atau cadangan- cadangan Yang Berhormat untuk kita meningkatkan pemahaman dan kematangan di kalangan anak muda supaya mereka bersedia untuk menjadi pengundi nanti. Apa pandangan Yang Berhormat Kinabatangan?
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kinabatangan, apakah dengan kita beri undi yang boleh menjadi pengundi pada umur 18 tahun ini melanggari pula yang satu Konvensyen Geneva yang mengatakan umur 18 tahun itu masih kanak-kanak. Jadi, ini tidak mematangkan mereka yang akhirnya nanti akan memberi masalah kepada negara. Ini pandangan sayalah, saya tidak berapa setuju umur 18 tahun ini kita bagi dia jadi pengundi, biar umur 21 tahun kerana ini sudah matang.
Cuma yang saya bersetuju cadangan daripada Yang Berhormat Kinabatangan tadi ialah umur 21 tahun boleh kita buat automatik didaftarkan. Terima kasih.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Ada tiga persoalan daripada Yang Berhormat Kubang Kerian iaitu soal pembaziran iaitu sama ada penggunaan – Yang Berhormat Kubang Kerian ya, helikopter dan juga anggota polis.
Sebetulnya ia mengikut kawasan Yang Berhormat Kubang Kerian. Jikalau contohnya di luar bandar, ia memerlukan pengangkutan helikopter yang banyak sebetulnya, tetapi kalau dalam bandar, mungkin polis memikirkan perlu menggunakan helikopter untuk memastikan keselamatan. Jadi, ada keperluan-keperluan itu pun, pada saya bergantung kepada keperluanlah. SPR juga perlu mengkaji keadaan ini mengikut keadaan semasa.
Kedua, soal daripada Yang Berhormat Lembah Pantai soal ke arah kaedah macam- mana untuk kita memberi kefahaman ataupun kematangan kepada pengundi-pengundi baru.
Ini SPR perlu buat satu kajian ke arah bagaimana untuk mungkin memberi kefahaman kepada mereka. Bukan soal cara mengundi kerana cara mengundi ini rasa saya budak-budak pun faham. Akan tetapi ke arah bagaimana untuk menentukan untung nasib mereka dan hari ini pun sebetulnya banyak portal-portal, banyak media sosial yang kita boleh guna pakai. Ada yang fake akaun pun ada. Jadi, bukan satu masalahlah untuk kita menyampaikan mesej kepada pengundi-pengundi muda, kepada rakyat berhubung dengan isu-isu yang boleh memberikan mereka kematangan dalam turut serta dalam pilihan raya.
Yang Berhormat Gerik, saya tidak pasti pula soal Konvensyen Geneva ini. Akan tetapi kalau adapun sebab di negara Eropah kalau saya tidak silap, di UK, umur 18 tahun sudah mengundi. Jadi, tidak menjadi halanganlah saya rasa untuk Malaysia turut serta. Kita menyahut perubahan ini demi memastikan anjakan paradigma kepada masyarakat kita, negara kita untuk sama-sama membangun dengan negara-negara yang terus membangun dalam konteks demokrasi dan dalam menentukan hala tuju bangsa mereka sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Sekarang saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab. Silakan. Yang Berhormat Parit Sulong, sebelah sini mungkin yang – dua terakhir, ya silakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa
Belum lagi?
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Alor Setar?
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan.
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Selepas itu Yang Berhormat Parit Sulung ya.
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma hendak sentuh satu butiran iaitu B.9 di mana SPRM kita ada peruntukan RM5 juta lebihan untuk Belanja Mengurus.
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Saya harap pihak kerajaan pertambahan tersebut adalah penting dan barangkali kalau kita boleh kita tambah baik lagi cara operasi SPRM. Saya tertarik dengan satu berita dua minggu lepas di mana SPRM sendiri buka kedai urut untuk tangkap penguat kuasa.
Inilah sebenarnya salah satu usaha yang baik kerana kita kena faham zaman sekarang ini, bukan lagi macam dahulu rasuah ini suka sama suka, tidak.
Kalau zaman dahulu rasuah suka sama suka, saya ini hendak rasuah bagi penguat kuasa untuk jaga saya tetapi zaman la ini beza sampai ada penguat kuasa paksa orang rasuah. Cara macam mana? Penguat kuasa ada kuasa untuk pergi buat semakan di mana- mana tidak semestinya Polis termasuk Imigresen, PPT dan semua. Mereka boleh guna macam-macam cara ataupun sekatan untuk buat sampai akhirnya pengusaha perniagaan ini terpaksa. Contohnya kalaulah saya penguat kuasa PPT, saya boleh pi sampai kedai makan. Kalau katakan tidak kerjasama saya boleh bagi macam-macam kata sini kotor, sana tidak bolehlah, kalau you tidak bagi kita sedikit nanti kita buat sesuatu sehingga dia terpaksa tutup kedai dua minggu.
Kerja yang sama boleh berlaku dekat pegawai kesihatan. Ini yang saya hendak ceritakan di sini adalah kita perlu pertingkatkan cara operasi SPRM seperti apa usaha yang telah dilakukan pada dua minggu lepas ini. SPRM buka kedai urut untuk tunggu sama ada penguat kuasa mai sini hendak minta macam-macam dan inilah sebenarnya salah satu usaha yang baik yang saya rasa patut kita pertingkatkan ini belanjawan untuk SPRM dalam usaha ini.
Oleh kerana apa yang kita lihat sekarang adalah penguat kuasa ini dia boleh guna kuasa mereka ini sehingga tuan-tuan, Tuan Yang di-Pertua Imigresen la ini dia pergi semak, dia pergi tangkap dia nampak mana-mana ada pekerja asing dia tidak semestinya dia tangkap. Sebab dia tahu dia dekat sana, dia boleh pi setiap bulan. Seolah-olah dia ini ATM boleh pergi cocok wang. Oleh sebab apa? Oleh kerana ada kuasa sama ada hendak tangkap atau tidak hendak tangkap. Inilah memberi satu keadaan suasana rasuah yang senang dilakukan oleh penguat kuasa.
Maka SPRM dalam kerja usahakan ini termasuk juga usaha kerajaan kita hendak push untuk tubuhkan IPCMC, saya anggap itu satu perancangan yang baik. Akan tetapi kita kena faham dahulu bagaimana wujudnya rasuah sekarang ini. Maka ini yang saya hendak tegaskan di sini sebenarnya kalau kita asyik keluarkan undang-undang baru sebenarnya lagi memberi peluang untuk penguat kuasa ini untuk menekan sehingga mereka yang tertekan ini walaupun dia ada salah mungkin tidak salah pun terpaksa kena bagi rasuah supaya mereka boleh terus bekerja ataupun berniaga.
Saya hendak cadangkan satu cara yang dahulu pernah wujudkan di bawah Kementerian Pengangkutan iaitu SPAD dahulu Suruhanjaya Pengangkutan Awam ini ada letak satu sticker di mana-mana kereta, van ataupun lori ada nombor telefon semua. Di mana kalau dia ada salah laku walaupun orang tersebut tidak dapat hendak betul tangkap gambar ataupun evidence boleh buat laporan telefon kepada SPAD boleh dipanggil driver tersebut yang barangkali dia bawa kereta dengan laju ataupun tidak betul.
Maka cara ini boleh wujudkan di bawah SPRM di mana pengadu-pengadu ini dia kena selamat kalau tidak mereka terpaksa dalam tekanan untuk bayar rasuah tetapi tidak berani hendak lapor sehingga SPRM terpaksa wujudkan cara sebegini untuk tangkap penguat kuasa. Maka kalau boleh kita wujudkan satu SOP di mana pengadu ini dia boleh buat aduan kepada SPRM apabila wujud di mana-mana ada kes rasuah tanpa mereka sendiri dianiayai.
Oleh kerana apa? Oleh kerana kalau inilah berlaku seperti apa yang terpaksa usahakan sekarang adalah apabila seorang ini ada penguat kuasa mai dekat minta macam- macam, kalau dia orang tidak bagi akan ada masalah kemudian sama ada mai dekat sini, saman sini sana setiap hari, setiap malam sehingga dia tidak boleh berniaga akhirnya semua pun terpaksa hendak bayar. Inilah suasana yang sudah wujud sekarang. Maka saya rasa usaha...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya telah mendengar Yang Berhormat kian lama.
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Okey.
Tuan Pengerusi
Oleh sebab kita berada dalam peringkat Jawatankuasa, jadi elok kalau dirujuk kepada butiran dan oleh kerana banyak lagi kementerian yang perlu didengar hari ini, saya cadangkan selepas ini...
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Ya. Tidak apa saya berhenti sekarang.
Tuan Pengerusi
Saya khaskan kepada 5 minit supaya dapat diselesaikan.
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Tidak payah saya berhenti sahaja. Itulah sebab saya minta dalam peruntukan tambahan kepada SPRM ini boleh dikaji supaya diguna untuk tujuan yang seperti cadangan yang seperti tadi.
Tuan Pengerusi
Saya faham, saya faham tetapi jangan bertindih dengan peringkat dasar. Di dasar kita boleh bincang berbagai benda tetapi sekarang khusus kepada butiran supaya lebih ringkas. Silakan, Yang Berhormat Parit Sulong.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
5 minit.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih, saya hendak merujuk kepada Maksud B.4 Butiran 040000 mengenai SPR. Ini adalah berikutan tidak cukupnya bayaran untuk kajian semula persempadanan bahagian pilihan raya yang telah diluluskan dan ada dimaklumkan bahawa duit yang didahulukan ini kerana penjimatan yang tidak kenal pasti. Jadi soalan saya pada pihak kementerian, berapakah sebenarnya penjimatan tersebut.
Kemudian soalan seterusnya adalah baru-baru ini saya ada membaca satu laporan mengenai kenyataan Pengerusi SPR yang dalam laporan tersebut menyatakan bahawa dia meminta Parlimen untuk membatalkan semula persempadanan semula yang kita telah bincangkan yang bernilai RM98 juta ini. Beliau juga turut menyatakan bahawa SPR masih lagi mengkaji dan meneliti kaedah persempadanan semula ini dilakukan.
Jadinya saya Tuan Pengerusi, saya hendak memohon supaya Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan mengenai apa yang diperkatakan oleh Pengerusi SPR ini.
Jadinya soalan seterusnya yang saya hendak ajukan kepada pihak kementerian adalah apa rasional sebenarnya apabila dalam SPR ini apabila empat orang anggota Bersih telah dilantik menjadi Ahli Suruhanjaya SPR dan seterusnya apakah penambahbaikan yang dibawa di dalam SPR dan terutamanya dalam daftar pemilih yang telah dilakukan oleh SPR.
Saya juga setuju dengan rakan-rakan yang lain dan saya hendak minta supaya Yang Berhormat Menteri yang menjawab supaya menyatakan dalam usaha kementerian ataupun kerajaan untuk mencadangkan 18 tahun sebagai usia yang boleh mengundi.
Apakah langkah-langkah yang telah dibuat oleh pihak kementerian dalam memberikan kesedaran terutamanya kepada mereka yang akan boleh mendaftar sama ada akan pergi ke sekolah-sekolah untuk memberikan penerangan, akan melalui kampung-kampung ataupun bagaimana. Jadinya saya mohon supaya Yang Berhormat Menteri yang menjawab dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan saya. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Yang Berhormat Padang Serai, 5 minit dengan butiran.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi, di sini saya mengalu-alukan rombongan dari Agensi Antidadah Kebangsaan Kapar dalam Dewan ini*.
[Tepuk]*
Tuan Pengerusi
Selamat datang ke Parlimen.
[Tepuk]
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Seterusnya butiran saya adalah Butiran B.4. Saya ingin sentuh berkenaan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya. Seperti mana yang dikatakan oleh ramai Yang Berhormat di Dewan ini, pada masa ini kita lihat kita perlu adakan satu garis panduan daripada suruhanjaya di mana apa yang boleh kita gunakan dan apa yang kita tidak boleh gunakan. Seperti semasa berkempen perlulah ditegaskan bahawa agama dan bangsa tidak boleh disentuh, itu diutamakan.
Selain daripada itu juga, suruhanjaya berusaha tegas bagi anggota-anggota tentera haruslah mereka undi ke kawasan masing-masing bukannya mengikut di mana mereka duduk. Pada masa dahulu, saya rasa dalam 21 tahun saya hanya undi dua kali sahaja. Satu dekat-dekat hendak habis pencen baru tengok surat sampai ke rumah katakan undi dekat Wangsa Maju, saya duduk dekat Kedah. So, banyak bercanggah. So, saya rasa SPR mestilah tegas dan juga susun balik di mana mereka berada dan mereka tinggal.
Di samping itu juga kita tidak mahu lihat bekas-bekas tentera ataupun tentera diundi oleh orang lain. Apa yang berlaku semasa zaman dahulu saya tidak mahu komen tetapi perlu ditangkis dan juga tidak dilakukan pada zaman Pakatan Harapan. Di samping itu juga beberapa perbelanjaan dalam SPRM semasa berkempen dan sebagainya mesti dihadkan dan tidak boleh digunakan sewenangnya.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Kita lihat mereka meletakkan bendera yang begitu banyak mengikut parti-parti tetapi buang duit kerajaan. Saya rasa ia perlu dikurangkan, dihadkan sebab duit itu kalau ada, kita boleh belanja untuk perkara yang lain. Akan tetapi kita tengok kita belanja bermacam-macam, saya tidak tahu duit itu datang daripada mana tetapi tengok, bendera macam itu satu kawasan itu diikat dengan bendera habis.
So, SPRM mestilah membuat satu garis panduan dan beritahu bagaimana kita hendak berkempen, apa barang, berapa banyak peralatan-peralatan yang boleh digunakan dan juga bahasa-bahasa semasa kita berceramah haruslah dihadkan kerana perlulah ditingkatkan bagaimana kita membangunkan bangunan-bangunan negara dan juga tidaklah menghina mana-mana orang. Sila.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Pengerusi, saya setuju dengan cadangan daripada Yang Berhormat. Cuma saya hendak tanya, adakah boleh pihak tertentu terutamanya dari DAP yang mengatakan hubungan baik PAS-UMNO ini ialah mungkin akan menubuhkan Kerajaan Taliban. Apakah itu bentuk perkauman?
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi
Apa butirannya Yang Berhormat? Ya, silakan.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Itu tidak ada maktub dalam suruhanjaya.
Tuan Pengerusi
[Ketawa]
[Dewan ketawa]
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tidak ada butiran ya?
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Tidak ada butiran.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Ya betul, tiada dalam SPR.
[Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Setuju, setuju.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Mana ada termaktub. Tadi Yang Berhormat cakap.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
So, kita tidak boleh seandainya diri di dalam Dewan yang Mulia ini kalau tidak ada fakta dan sebagainya.
[Dewan Riuh]
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Mana ada tidak fakta Yang Berhormat.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
So, kita tidak boleh dengar khabar- khabar angin sebab dekat luar macam-macam dia orang boleh cerita tetapi dalam Dewan yang Mulia ini kita mesti ada fakta dan ada bukti baru kita boleh tunjuk jari kepada siapa- siapa. Kita jangan sentiasa tunjuk jari kepada DAP. DAP pun adalah satu parti untuk bela rakyat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Parti rasis Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Akhir sekali Yang Berhormat Pengerang. Silakan, lima minit sahaja.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Saya merujuk kepada Butiran 05000, Butiran 050100, Butiran 050600, Butiran 080100. Berkenaan dengan Jabatan Insolvensi Malaysia, soalan saya kepada Yang Berhormat menteri berkenaan dengan status pelepasan pada tahun 2018, kita membuat pindaan untuk melepaskan 40,000 iaitu 10,000 setahun dengan tambahan peruntukan target pelepasan boleh ditambahkan kepada 20,000 setahun. Jadi soalan saya pada Yang Berhormat Menteri, apakah status pelepasan di bawah Jabatan Insolvensi Malaysia.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Pengerang sedikit.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Keduanya...
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Hendak habis sudah ini.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sedikit sahaja, sedikit sahaja.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Bankruptcy.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Pengerang
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Bankruptcy.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
...Saya hendak mendapat
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Bankruptcy.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Pengerang tidak bagi laluan.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
...Penjelasan butiran 050100 juga.
Berapa lama apabila sudah dimasukkan nama si polan bin si polan dalam Insolvensi, berapa tahun – kalaulah dia tidak ada apa-apa kemungkinan, dia tidak boleh buat kerja apa, tidak boleh buat pinjaman, tidak boleh berniaga dan sebagai kerana nama adalah Insolvensi. Jadi berapa tahun letaknya dalam syarat yang ditetapkan oleh Insolvensi.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Soalan dalam ucapan ya.
Sebenarnya memang itu satu isu sebab sekarang hendak lepas pun bukan satu yang mudah sebab walaupun dikatakan automatik tetapi perlu mendapat pelepasan daripada mahkamah.
Keduanya, butiran berkenaan dengan saya sebut tentang Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Butiran 080100. Soalan saya Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan bercadang untuk meletakkan kursus pengkhususan kepada pakar- pakar hakim dan juga pendakwa di dalam Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak- kanak dari segi kepakaran, mendapat statement daripada kanak-kanak dan proses perundangan untuk kanak-kanak sebab telah diwujudkan undang-undang, apa status, sejauh mana kerajaan memberikan komitmen yang positif kepada anak-anak kecil yang menjadi mangsa kepada jenayah seksual. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Dipersilakan Yang Berhormat Menteri untuk menggulung silakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana memberi ruang kepada saya sebagai giliran awal Jabatan Perdana Menteri ada dua persoalan. Namun pertamanya, kita berada di peringkat Jawatankuasa Tuan Pengerusi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
Berenang-renang seperti ikan, Bertegur sapa sesama jiran, Apabila cokmar diturunkan, Itu tanda persoalan butiran. Akan tetapi apabila ditanya tadi tentang isu Butiran 0600 – JAKIM di bawah Kemajuan Islam di bawah pejabat mufti dan juga Halal Industry Development Cooperation, persoalan itu lebih kepada pandangan dan pendapat. Jadi oleh kerana itu, saya mengambil kira pandangan dan pendapat itu untuk dibawa ke dalam perbincangan di peringkat agensi sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Menteri seterusnya. Jabatan Perdana Menteri, seorang sahaja?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Menteri apa [Tidak jelas]. Penjelasan kepada Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tidak, SPR tidak jawab pun.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat sudah menjelaskan berdasarkan butiran, Yang Berhormat menjawab,
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya hendak minta penjelasan...
Tuan Pengerusi
Sila Yang Berhormat Menteri, jawab Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sedikit, sedikit. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri. Dahulu Yang Berhormat Menteri, JAKIM kata wahabi itu aliran Sunnah Wal Jamaah. Baru-baru ini, apabila saya bertanya soalan, Yang Berhormat berkata wahabi bukan Sunnah Wal Jamaah. Jadi, Yang Berhormat Menteri, JAKIM kena bagi penjelasan kerana boleh bertukar pandangan dalam masa sekejap apabila Yang Berhormat menjadi Menteri.
Seorang Ahli
Jawab dekat luar la.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
Tuan Pengerusi, pertama saya nombor satu.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Hendak tanya, Yang Berhormat Arau penyokong wahabi ke tidak?
[Dewan Riuh]
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Ketawa]
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
Itu tanya sama dia.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya penyokong wahabi.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
Tuan Pengerusi, boleh saya – izinkan saya kerana dia sebut pertama perkara tersebut tidak ada dalam butiran.
Tuan Pengerusi
Memang-memang.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
Kedua, kenyataan itu pun tidak betul. Saya harap dia tarik balik. Bila saya kata di mana sebab ini akan menimbulkan kekeliruan di dalam Dewan yang Mulia ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat ini jawapan bertulis Yang Berhormat bagi pada saya.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
Bagi mana?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jangan lari.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
Saya hendak tengok.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
‘Tidak lari gunung dikejar, hilang kabus tampaklah dia’
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
Tidak, saya menafikannya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Akan ku cari kamu di mana-mana.
Tuan Pengerusi
Putuskan di luar Jawatankuasa. Silakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Wahai kakanda...
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
Saya minta ...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Akan ku cari kamu di mana-mana.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
..Kalau betullah ada itu saya ... rasa saya minta.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sebab menuduh wahabi sebagai sungguh tidak...
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
Saya tidak pernah menyatakan bahawa wahabi itu bukan ahli sunnah dan sebagainya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sunnah itu ada.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
Saya tidak pernah mengatakan demikian, satu yang...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat jawapan bertulis.
Wahabi bukan ahli.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
..Yang kedua dia tidak ada kena mengena dengan kita punya perbahasan sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak Yang Berhormat. Walau bagaimanapun...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Menteri, dia orang tengah cari tip untuk Rantau.
Tuan Pengerusi
Silakan Yang Berhormat Menteri, kesempatan yang masih ada.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Allahuakbar.
Tuan Pengerusi
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Menteri, sila bagi jawapan bertulis bahawa wahabi ialah aliran Sunnah Wal Jamaah. Terima kasih.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
Perlu bagi jawapan bertulis yang tidak ada kena-mengena dengan kita punya perbahasan. Itu boleh
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, dahulu...
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
...Sekadar untuk mencari...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Pembangkang walaupun DAP...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Arau, peringkat Jawatankuasa. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya fahamlah Yang Berhormat tetapi ini hendak...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya harap Yang Berhormat Arau dengan Yang Berhormat Menteri pergi jumpa pergi jumpa dekat luarlah, bincang- bincang.
Tuan Pengerusi
Ya memang, saya setuju. Semua setuju dengan Yang Berhormat Kinabatangan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tolong jawab, kata akan jawab bertulislah Yang Berhormat Menteri. Tuan Pengerusi ini akan melibatkan raja dan sebagai nya.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Belum pukul empat sudah naik angin ini.
[Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Perlis. Saya kena jaga institusi raja.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Ini baru perenggan satu ini.
Tuan Pengerusi
Di luar Jawatankuasa. Silakan, ya silakan. Dua minit.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini penting sebab Kerajaan Saudi juga sedang memerhati kita, jangan buat begitu Yang Berhormat. Jawab kata wahabi ialah Sunnah Wal Jamaah.
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Arau hendak tunggu pukul satu kah?
[Ketawa] . Silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini semua diam ya. Biar saya cakap dengan Yang Berhormat Menteri.
[Dewan Riuh]
Tuan Pengerusi
Silakan.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak pernah tengok Yang Berhormat Arau macam ini.
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik
Bismilahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Pengerusi, saya mempunyai masalah yang sama. Perkara-perkara yang dibangkitkan ini sebenarnya tidak secara langsung menyentuh butiran-butiran yang mana kalau ingin saya perjelaskan di sini. Pertama, berkenaan dengan projek-projek kecil, peruntukan tambahan yang berjumlah RM10 ini adalah bagi projek-projek kecil tahun 2018 yang mana ia merupakan token pada amalannya ini tidak selalunya dibahaskan.
Saya ambil maklum dan kita sudah bahaskan secara panjang lebar sebelum ini berkenaan dengan peruntukan yang diberikan pada Ahli-ahli Parlimen Pihak Pembangkang.
Ini kita akan bawa kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, bincangkan elok-elok, bincangkan baik-baik. Permulaan yang diberikan RM100,000 pada tahun yang lepas dan RM100,000 pada tahun ini, saya percaya banyak lagi ruang untuk penambahbaikan supaya janji yang kita berikan itu dapat kita tunaikan dengan sebaik yang mungkin.
Butiran-butiran lain yang mana dipertanggungjawabkan bagi saya tidak disentuh langsung Tuan Pengerusi. Jadi dengan itu saya...
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya hendak sentuh satu. Butiran 040100..
Tuan Pengerusi
Masa sudah habis.
Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik
Minta maaf masa..
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tinggal dua butir je, bagi lah sikit.
Tuan Pengerusi
Sekarang tepat pukul satu. Majlis Jawatankuasa akan bersidang pukul 2.30 seterusnya.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Tuan Pengerusi
[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) **mempengerusikan Mesyuarat****] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ahli-ahli Yang Berhormat, selaras dengan Peraturan Mesyuarat Perkara 67(1) di mana ini adalah Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan, maka mulai sekarang perkara spesifik saja yang wajib kita bangkitkan, wajar dibangkitkan dan hak perbahasan dihadkan kepada 5 minit seorang dan penggulungan satu kementerian, 15 minit. Sila.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hujah asal Yang Berhormat, Yang Berhormat sekarang ini permohonan untuk peruntukan tambahan RM19 bilion lebih. Mungkin 10 minit atau 5 minit boleh cerita sedikit sahaja. Jadi Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat dulu adalah di antara orang yang bahas cukup lama, kita bagi peluang seluas-luasnya.
Kerajaan dulu bagi ruang untuk berbincang dengan terperinci tentang apa yang dibentangkan. Kadang-kadang sampai pukul... lewat-lewat malam. Tapi sekarang ini Yang Berhormat, kita bagi 5 minit, apa pun kita buat dengan 5 minit. Saya minta kalau boleh bagi 10 minit, balik seperti asal.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya, terima kasih pandangan daripada Yang Berhormat Arau. Sekiranya kita tidak keluar tajuk, fokus kepada kepala, 5 minit ini memang memadai. Jika hendak keluar tajuk, saya bagi 10 jam pun tidak mencukupi. Ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak Yang Berhormat, sebab di bawah Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat bagi 5 minit, Jabatan Perdana Menteri kita ada 3 jabatan utama iaitu SPR, SPRM dan juga Jabatan sendiri. Mana mungkin kita boleh bincang dalam masa 5 minit. Yang Berhormat kalau ikut bawah kementerian, sesetengah kementerian kita bagi 5 minit. Saya tahu keputusan Tuan Yang di-Pertua selalu muktamad, tidak boleh dicabar-cabar. Tapi diminta ihsan, pandangan sebab macam Yang Berhormat Menteri Kewangan dari sini, Yang Berhormat tidak masuk mempengerusikan mesyuarat, Yang Berhormat Menteri Kewangan ada, kita bagi ruang yang seluas-luasnya.
Saya di antara orang yang menyokong Yang Berhormat Menteri Kewangan, jadi saya seorang tinggal hendak sokong dia. Kenalah bagi banyak masa.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Okey, terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kalau tidak Yang Berhormat, jadi saya minta dapat 10 minit seorang ya.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih kepada Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau tadi pun pandangannya untuk Jabatan Perdana Menteri kerana banyak tapi pada hakikatnya perbahasan untuk Jabatan Perdana Menteri sudah tamat.
Sekarang hanya penggulungan terakhir. Tidak ada lagi perbahasan berkaitan dengan Jabatan Perdana Menteri. Itu waktu pagi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ada sikit lagi jawapan Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Jawapan saja.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Dr. Farid sudah jawab sikit lagi fasal peruntukan RM20 ribu yang saya tanya itu. Apakah perlu diundi ataupun dibagi terus sebab kita ada proses undi, proses pemberian terus.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Untuk menjimatkan masa, saya teruskan dengan jawapan dari Yang Berhormat Menteri. Hendak jawab terus kepada Yang Berhormat Sepang atau sudah landing.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dr. Md Farid bin Md Rafik
Sikit saja.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Okey, sila.
Dr. Md Farid bin Md Rafik
Saya sebenarnya Yang Berhormat, perkara yang dibangkitkan berkenaan dengan peruntukan RM20 ribu itu tidak menyentuh mana-mana butiran yang terdapat di dalam perbahasan pada kali ini Tuan Pengerusi. Akan tetapi saya mohon kepada pihak Yang Berhormat Arau, perkara ini pun kita telah perjelaskan semalam masa perbincangan. Saya katakan bahawa pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak ICU itu cukup jelas dan sekiranya tidak ada apa-apa unsur yang melibatkan ketirisan, rasuah dan sebagainya dan yang paling penting segala bantuan ataupun projek kecil yang ingin dijalankan itu, sampai itu dengan cepat kepada pihak rakyat. Itulah yang sebenarnya, ingin kita permudahkan dan ini jelas. Kalau boleh mohon rujuk pada Hansard yang ada semalam dan telah pun saya bagi pihak ICU jawab, saya rasa dengan jelas.
Akan tetapi semalam, itulah perbincangan kita dengan izin, you know a little bit distracted. Jadi, dengan itu saya rasa butiran-butiran yang lain yang mana saya dipertanggungjawabkan untuk menjawab pada hari ini, tidak sebenarnya disentuh. Saya
Dr. Md Farid bin Md Rafik
mohon sahabat saya daripada Sepang untuk meneruskan penggulungan bagi pihak Jabatan Perdana Menteri.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya, sila Yang Berhormat Sepang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya isytiharkan Yang Berhormat sebagai Yang Berhormat Menteri yang baik. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Semua Yang Berhormat Menteri baik ya.
Okey. Tapi nanti jangan panaskan Dewan. Sila.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Sebelum saya memulakan jawapan, minta jam itu betul dululah. 15 minit kan. Okey, itu pertama. Yang keduanya saya ingin membacakan satu ini, rombongan Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dari Daerah Batang Padang, kawasan Tanjung Malim, berada dalam Dewan sekarang.
[Tepuk] Selamat datang. Seterusnya Tuan Pengerusi, saya akui banyak yang berbahas termasuk daripada Ahli Parlimen Arau, tetapi malangnya Yang Berhormat Arau yang lama ini pun tidak faham peraturan mesyuarat.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Patutnya apabila kita berbincang atau berbahas mengenai peringkat jawatankuasa ini, izinkan saya merujuk kepada perkara 49(9).
Perbahasan atas Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan dalam Jawatankuasa hendaklah terhad kepada butir-butir terkandung dalam anggaran belanja. Minta maaf bukan 49, dia 46 tidak salah saya, yang diminta untuk dibelanja.
Jadi yang saya pergi pada Yang Berhormat Arau dulu, Yang Berhormat Arau kata tentang MKN. Untuk makluman Yang Berhormat Arau, untuk MKN, kalau Yang Berhormat Arau baca sedikit tadi tentang lampiran itu ya, ia mengenai peruntukan dia minta, peruntukan tambahan ini ialah berkaitan dengan dipanggil penyelenggaraan Government Integrated Radio Network (GIRN) di bawah Majlis Keselamatan Negara. Jadi kalau hendak bincang, hendak bahas, bahas benda itu. Bukan bincang tentang artikel 149, 150. Itu sudah melampau tajuk. Tidak payahlah, buang masa sajalah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini Yang Berhormat Sepang, saya menjawab...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Saya tidak bagi, saya tidak bagi.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Arau, sila duduk. Tunggu giliran, minta kebenaran dulu. Ya. Dia tidak bagi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Dia kata Yang Berhormat Arau tidak faham peraturan. Sila, sila. Masa 13 minit saja. Ada lapan lagi kementerian hendak menggulung hari ini.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Yang Berhormat Arau saya tidak bagi. Jangan buang masa tau
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak, saya minta penjelasan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Kalau hendak, pergi keluarlah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penjelasan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tidak ada, tidak ada. Saya tidak bagi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hai orang gila. Minta penjelasan.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ahli Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tidak mahu layanlah Yang Berhormat Arau, sorry Yang Berhormat Arau.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Janganlah sebut, jaga bahasa sikit. Ya.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Masa dia bentang MKN macam gini, macam gitu juga kerjanya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya, sebab dia kata tidak faham.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Memang tidak faham pun.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya menjawab Yang Berhormat Tebrau, bukan saya jawab dia. Dia ini saya bercakap, tidak mahulah. Merugi masa saja.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Okey.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Sekarang saya hendak bangkitkan kepada yang nampak, sikit Ahli Parlimen Pengerang lah yang kita boleh puji lah. Dia merujuk kepada butiran.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Nampak dia faham peraturan mesyuarat dan nampak dia sepatutnya kena ajar Yang Berhormat Arau lah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini Yang Berhormat, saya cakap pasal Yang Berhormat Tebrau.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya, ya, tidak payah. Saya faham, saya faham Yang Berhormat Arau. Sebenarnya Yang Berhormat Arau pun tidak payah jawab kepada Yang Berhormat Tebrau. Yang Berhormat Tebrau belum jadi Menteri lagi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak, saya mengulas.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Apa yang perlu, okey, saya sudah buat...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Pengerusi... [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Saya faham. Yang Berhormat Sepang, fokus kepada jawapan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Izinkan saya menjawab daripada Yang Berhormat Pengerang. Yang Berhormat Pengerang mengatakan apa status pelepasan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia hingga tahun 2018?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak, saya mengulas. Tuan Pengerusi tidak boleh bercakap macam itu. Saya mengulas. Saya mengulas kepada... [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Arau, sila duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia provoke saya. Kenapa diganggu saya? Saya tidak...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Okey, jangan buang masa. Teruskan penggulungan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Saya tidak sokong dia. Oleh sebab itu saya minta Yang Berhormat Menteri fokus kepada jawapan. Itu sahaja.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Sebab dia tidak cerdik.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tidak mengapalah, whatever.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bodoh! [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Soalan daripada Yang Berhormat Pengerang tadi adalah apa status pelepasan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia sehingga tahun 2018?
Untuk makluman Yang Berhormat Pengerang, walaupun tidak ada di sini, saya ingin jawab.
Jabatan Insolvensi Malaysia sehingga tahun 2018 telah melepaskan 56,058 orang si bankrap melalui Sijil Perakuan Ketua Pengarah Insolvensi. Saya ulang 56,000.
Seterusnya, beliau juga bertanyakan berapakah tempoh yang diambil untuk melepaskan seorang yang telah bankrap? Untuk makluman Yang Berhormat, mengikut Akta Insolvensi 1967, terdapat empat cara seseorang itu yang bankrap boleh dilepaskan dari kebankrapan. Pertamanya, pelepasan melalui sijil KPI atau ketua pengarah iaitu berdasarkan seksyen 33A iaitu yang menetapkan sekurang-kurangnya lima tahun untuk memohon pelepasan Sijil Ketua Pengarah Insolvensi.
Kedua, seksyen 33 - bankrap boleh dilepaskan pada bila-bila masa melalui permohonan di mahkamah dan mengikut perintah yang telah ditetapkan. Ketiga, seksyen 105. Ini apabila si bankrap telah bayar hutanglah. Ini pembatalan melalui mahkamah.
Bankrap boleh dilepaskan pada bila-bila masa sekiranya hutang telah selesai sepenuhnya.
Terakhir atau yang keempat, seksyen 33C iaitu pelepasan secara automatik. Bankrap boleh dilepaskan selepas dari tiga tahun dari tarikh pemfailan penyata hal ehwal. Jadi, itu empat cara bagaimanakah seseorang bankrap itu boleh melepaskan dirinya.
Yang Berhormat Pengerang juga ada membangkitkan tentang ILKAP. Beliau bertanya, adakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan kursus khusus kepada hakim di Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-kanak? Walaupun soalan ini secara spesifik tidak merujuk kepada item sebab dalam item tidak ada langsung peruntukan mengenai Mahkamah Jenayah Seksual. Akan tetapi untuk benefit semua orang, izinkan saya menyatakan, ILKAP akan melaksanakan kursus ini berdasarkan keperluan daripada Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan. Itu sahaja.
Seterusnya, mengenai SPR. Banyak isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen tetapi malangnya tidak satu pun menyentuh tentang item yang dipohon dalam butiran. Contohnya, ada yang bercakap tentang pendaftaran automatik, bercakap tentang tribunal. Untuk makluman semua, sebenarnya peruntukan yang SPR mohon ini berkaitan dengan peruntukan yang telah dibelanjakan pada PRU-14 yang lebih khusus kepada perbelanjaan, contohnya memberikan honorarium kepada petugas-petugas dan sebagainya. Jadi, saya mengharapkan perbahasan itu merujuk kepada perkara-perkara itu supaya kami boleh menjawab.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Termasuk Yang Berhormat Parit Sulong juga tidak masuk tajuk.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Tak, saya bawa. Saya bawa mengenai maksud B.4 RM98 juta ini mengenai kajian semula ini yang terdapat dalam ini Yang Berhormat. Sila jawab mengenai perkara itu. Jangan cakap pula pegawai kalau tidak menjawab, kalau tidak buat, minta saya mohon sebab saya baca.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat ini tidak bacalah.
Berhentilah, berhentilah.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Oleh sebab saya buat, saya bawa mengenai perkara ini secara spesifik.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tidak mengapalah. Saya layanlah sebab Yang Berhormat Parit Sulong ini wanita. Kita layanlah ya.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Amboi, mana boleh macam itu Yang Berhormat. Ini soalan secara spesifik. Yang Berhormat tadi kata kita lari daripada tajuk.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Okeylah, okeylah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat...
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Arau, duduklah dahulu.
Saya tengah bercakap ini. Yang Berhormat Arau, duduk dahulu.
Tuan Jonathan bin Yasin - Ranau
Yang Berhormat Arau, duduk.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya, saya setuju. Yang Berhormat Arau, jangan tambah asam garam. Ini Yang Berhormat Parit Sulong punya floor. Yang Berhormat Arau, sila duduk.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Oleh sebab saya tanya satu soalan yang sangat spesifik mengenai tajuk ini. Jadinya, saya minta jawapan tersebut. Saya tidak ada merapu pergi perkara lain. Saya tujukan terus kepada butiran yang dinyatakan dan jumlah juga saya nyatakan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya, telah dimaklumkan. Sila, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Arau, jangan tambah lagilah asam garam. Cukuplah cili padi.
Tuan Jonathan bin Yasin - Ranau
Duduk Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidaklah. Saya sekarang sokong Yang Berhormat Menteri balik, yang tidak cerdik.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tidak mengapalah. Kalau saya tidak cerdik, tidak tahu macam manalah. Untuk makluman Yang Berhormat Parit Sulong, kalau kita lihat dalam Lampiran A ini, saya bacakan. “Tambahan sebanyak RM98,463,000 adalah dikehendaki bagi menampung perbelanjaan semasa berkaitan peruntukan tahun 2018 yang tidak mencukupi berikutan kajian semula... Jumlah ini didahulukan daripada Kumpulan Wang di Luar Jangka kerana penjimatan belum dapat dikenal pasti.” Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, memanglah sebab itulah saya katakan tadi oleh kerana pada asalnya Yang Berhormat, peruntukan yang dipohon itu adalah tidak melibatkan perbelanjaan semula yang diluluskan. Jadi apabila berlakunya itu, itu yang menyebabkan itu. Jadi sebenarnya Yang Berhormat, tidak sangat kata orang itu, SPR tidaklah membelanjakan suatu yang di luar daripada yang ditetapkan. Akan tetapi kalau Yang Berhormat hendak bertanya soalan tambahan, silakan. Ada? Saya bagilah.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih, terima kasih Tuan Pengerusi.
Oleh sebab dikatakan dalam ini bawah jumlah ini kerana penjimatan itu yang belum dikenal pasti. Jadinya, saya ada bertanya juga mengenai penjimatan itu sekarang ini sudah dikenal pasti atau tidak? Oleh sebab sebelum itu, dikatakan didahulukan kerana tidak pasti jumlah tersebut. Jadinya, kalau Yang Berhormat ada jawapan tersebut, saya memohon jawapan tersebut. Kemudian, apabila kita buat, yang kita luluskan ini adalah mengenai kajian semula persempadanan. Saya dalam soalan awal tadi, saya ada tanyakan juga mengenai laporan yang mengatakan yang pengerusi ada mengatakan berkemungkinan hendak buat kajian semula terhadap persempadanan itu. Jadinya, ia berkaitan juga kepada butiran ini. Terima kasih.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Yang Berhormat, setakat yang ada pada saya, tidak ada jawapan Yang Berhormat tanya itulah. Akan tetapi kalau Yang Berhormat, saya dengan Yang Berhormat Parit Sulong ini untuk makluman Tuan Pengerusi, saya memang sentiasa beri dia jawapan yang terbaik. Tanyalah dengan Yang Berhormat Parit Sulong.
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Kalau Yang Berhormat Arau, saya kadang-kadang hendak bagi pun susahlah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Pengerusi, kalau Yang Berhormat Menteri hendak pilih-pilih orang, pergi buat bawah pokok pisang. Ini untuk semua. Kamu dibayar gaji bukan untuk jaga Yang Berhormat Parit Sulong sahaja. Jaga saya sama.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Betul lah, betul lah, saya setujulah tetapi hendak jadi Ahli Parlimen pun jadilah Ahli Parlimen yang terbaik. Jangan jadi Ahli Parlimen macam Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kurang cerdik. Ini Yang Berhormat Sepang ini antara Menteri paling teruk. Ini Menteri Kewangan, Menteri yang paling teruk di Malaysia.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tidak apa. Yang Berhormat Parit Sulong, saya akan bagi jawapan secara bertulis. Yang Berhormat Parit Sulong, okey? Yang Berhormat Parit Sulong, minta Yang Berhormat Arau duduk, boleh tak?
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Menteri yang teruk sekali. Tidak payah bayar gaji. Dia jaga Yang Berhormat Parit Sulong sahaja.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Jadi, saya mohon jawapan bertulis tetapi janganlah kacau sangat Yang Berhormat Arau, sebab dia pernah jadi bos saya dahulu.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Okey, tidak mengapalah. Yang Berhormat Arau ini pun kawan saya juga. Saya tidak ada masalah dengan Yang Berhormat Arau ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dengan ini saya isytihar perang dengan Yang Berhormat Parit Sulong.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Janganlah begitu, wahabi. Tahulah pengerusi tetapi janganlah serang orang semua, Yang Berhormat Arau. Rilekslah Yang Berhormat Arau. Selepas ini kita boleh minum kopi, Yang Berhormat Arau. Bukan kita tidak pernah bertengkar. Akan tetapi saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Arau beginilah. Okey, saya jawab. Okey, untuk makluman. Peruntukan tambahan ini khusus untuk peruntukan bagi tahun 2019 tetapi jangan takut Yang Berhormat Parit Sulong. Saya akan pastikan selepas ini pegawai-pegawai ada dekat sini. Mereka di belakang, mereka akan beri jawapan. Perkara lain ini, untuk makluman Tuan Pengerusi, kebanyakan tidak begitu menepati tajuklah. So, saya rasa saya tak nak jawablah. Saya memilih untuk tidak menjawab. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM98,463,000 untuk Maksud B.4, RM215,425,000 untuk Maksud B.6, dan RM5,000,000 untuk Maksud B.9; di bawah Jabatan Perdana Menteri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM98,463,000 untuk Maksud B.4, RM215,425,000 untuk Maksud B.6, dan RM5,000,000 untuk Maksud B.9; diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM119,593,567 untuk Maksud P.6 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2018 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM119,593,567 untuk Maksud P.6 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2018]
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Sekarang adalah perbahasan peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Kewangan. Setiap orang lima minit. Sila, Yang Berhormat Jasin.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian. Pertama, saya pergi kepada B.12 Butiran 050100 iaitu peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun sebanyak RM1.922 bilion. Jumlah ini adalah merupakan sebanyak 46 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan tambahan untuk belanja mengurus. Kalau kita tengok daripada hasil pula sebanyak RM236.5 bilion. Mengurus RM235.5 bilion iaitu kita ada lebihan sebanyak RM1.1 bilion. Kalau kita mohon RM4.1 bilion ini, dengan sendirinya akaun kita akan menghadapi defisit sebanyak RM3 bilion.
Jadi, ini saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, ini bermakna bahawa kerajaan tidak mematuhi dan menghormati konvensyen bajet yang telah kita tetapkan untuk perbelanjaan mengurus. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri yang kononnya kita sebuah kerajaan yang credible, kita kerajaan yang responsible dan juga prudent.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Selepas itu, saya pergi kepada P.10 Butiran 09000 iaitu pelbagai suntikan ekuiti.
Selepas itu saya pergi kepada Butiran 97000 – Dana Fasiliti yang semuanya berjumlah sebanyak RM9.2 bilion. Peruntukan sebanyak RM9.2 bilion ini atau merupakan sebanyak 59 peratus daripada keseluruhan peruntukan tambahan pembangunan sebanyak RM15.4 bilion untuk tujuan kepada Perbendaharaan.
Jadi, saya mohon kalau boleh Yang Berhormat Menteri berikan penjelasan apakah kegunaan sebenar khususnya kegunaan pelbagai suntikan ekuiti dan juga dana fasiliti ini?
Adakah wang sebanyak ini kita gunakan untuk bayaran semula tuntutan GST? Defisit bajet kita meningkat sebanyak RM53.9 bilion kepada RM73.5 bilion.
Persoalannya, apakah sebabnya tambahan bajet pembangunan sebanyak RM15.5 bilion masih kita perlukan? Sedangkan, kerajaan pada ketika ini telah mengurangkan kos, memberi ataupun membeku dan juga menangguhkan serta membatalkan sebahagian daripada projek-projek pembangunan yang telah dirancang semasa kita merangka bajet tahun 2018 oleh Kerajaan Barisan Nasional. Tidak kah terdapat apa-apa saving? Malahan kita hendak minta lagi tambahan daripada peruntukan tambahan.
Seterusnya, saya mohon daripada kerajaan untuk memberikan penjelasan kerana kita dapat lihat kalau lah keseluruhan bajet kita pada ketika ini kita menghadapi defisit sebanyak RM73 bilion. Ia merupakan sebanyak 5.3 peratus daripada GDP RM1.4 trilion.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Inilah dia, menepati peraturan mesyuarat. Khusus dan spesifik. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Akan tetapi saya hendak maklum pada Tuan Pengerusi, kita 10 minit ya sebenarnya.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya merujuk Maksud B.12 iaitu peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun. Mohon Menteri Kewangan untuk menjelaskan pada Parlimen. Saya merujuk kepada muka surat empat kertas perintah satu. Sebanyak RM1,922,069,620 merupakan jumlah lebihan dari akaun hasil disatukan yang dipindahkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan dan di charge sebagai perbelanjaan di bawah Maksud B.12. Maksud ayat itu, apa maksudnya dari segi perakaunan itu?
Kedua, saya ingin penjelasan apa yang dimaksudkan, “Jumlah ini bukan satu perbelanjaan tetapi merupakan sebahagian daripada keperluan kewangan untuk perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2018.” Jadi, penjelasan ini mungkin dapat menolong Ahli Parlimen memahaminya. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Arau. Lima minit. Sila.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya. Mana boleh macam itu Tuan Pengerusi. Okey.
[Dewan ketawa]
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Jika tidak ada mukadimah, tidak ada cerita dongeng lima minit memang mencukupi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak ada yang paling banyak buat cerita dongeng dulu Tuan Pengerusi tau. Saya jadi Menteri, saya Menteri Parlimen Tuan Pengerusi lah yang banyak buat cerita dongeng. Akan tetapi Tuan Pengerusi, apa pun Tuan Pengerusi telah pun menjadi kaya raya apabila dapat tanah daripada Kerajaan Negeri Kelantan dan sebagainya.
[Dewan Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ini sangkaan jahat, kan?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya. Ya.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Tarik balik lah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya. Ini ialah di bawah Maksud P.10 Tuan Pengerusi, P.10. Kita lihat permohonan peruntukan tambahan ini kita sokong. Tidak ada masalah sebab kerajaan memerlukan peruntukan untuk meneruskan sesebuah kerajaan. Akan tetapi persoalan saya hendak tanya pada Yang Berhormat. Ini ialah permohonan peruntukan tambahan, tetapi dalam masa yang sama kita telah jual banyak aset, aset kita kepada negara luar. Apakah ini ialah saya tidak tahu sebab ini tidak dibagi dengan detail.
Aset yang kita jual itu berapa kita dapat? Kalau kita dapat sekian banyak, peruntukan yang dipohon ini ialah tambahan. Kalau sekiranya kita boleh memohon peruntukan tambahan begini kita tidak perlu jual aset Yang Berhormat. Yang Berhormat minta dua kali ganda untuk menggantikan aset yang kita jual. Aset itu jangan jual. Akan tetapi minta peruntukan tambahan, kami puak-puak kami sebahagian besar termasuk kawan baik saya Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat Parit Sulong dan Ketua Pembangkang akan menyokong.
Akan tetapi kalau kita pi juai aset dan dalam masa yang sama, kita minta peruntukan tambahan, jadi ini menimbulkan syak wasangka dan juga tanda tanya. Saya adalah kawan Yang Berhormat. Yang Berhormat, pasaran saham kita jatuh. Saya pun teruk. Akan tetapi kawan-kawan DAP pun tidak tahu lah. Akan tetapi orang yang bermain saham teruk kerana saham kita turun sampai 40 peratus, menguncup. Kita tahu bahawa bila saham ini turun, kita berniaga rugi. Akan tetapi pasaran saham itu tidak menggamit untuk orang datang ke sini.
Oleh kerana kita sering nampak bergaduh dan kerajaan baharu sering mengatakan ini kerajaan lama dan sebagainya.
Kalau Yang Berhormat Jelutong itu lagi teruk. Dia kata ini Kerajaan UMNO-BN. Jadi, hari ini dia hendak supaya saya sebut, sebutlah Kerajaan DAP-PH. Okey, saya sebut Kerajaan DAP-PH. Janganlah buat begini. Wujudkan pasaran saham yang membolehkan orang datang di sini. Dengan itu kita boleh pulihkan balik pasaran saham kita. Akan tetapi dalam bentuk kita menghukum orang, menuduh ada kecurian wang dan sebagainya. Orang takut hendak datang sini, nanti takut kerajaan ini pula mencuri wang. Padahal benda itu sudah berlaku. Kita akan ambil tindakan kepada siapa yang bersalah, kita ambil tindakan.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Biar mahkamah tentukan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Biar mahkamah tentukan. Akan tetapi di pihak kerajaan, wujudkan keadaan di mana orang seronok datang untuk melabur di sini.
Kita tidak mahu. Dulu, kita tahu bahawa ada juga di kalangan kawan-kawan di sana yang pergi ke luar negara hentam negara kita balik. Akan tetapi pelabur masih datang. Akan tetapi sekarang ini, pelabur bukan sahaja tidak datang tetapi lari keluar. Jadi menyebabkan kejatuhan harga pasaran saham termasuk apa yang berlaku di Tabung Haji. Di mana pegangan saham mereka dalam beberapa syarikat jatuh bukan kerana salah Tabung Haji.
Akan tetapi salah pihak kerajaan tidak dapat mewujudkan satu suasana untuk orang datang melabur.
Saya percaya Menteri Kewangan sikit ya. Dia boleh ubah sikit sebab kita cakap silap sikit esok pasaran jatuh. Esok kata kita hendak bergaduh, pasaran jatuh. Pasaran cari pasai sahaja sekarang ini. Kalau Yang Berhormat kata disebabkan ini kerajaan sekarang ini akan berbaik-baik dengan semua orang, esok harga saham naik. Saya boleh kata sebab apa saya monitor dari masa ke semasa pasaran kita naik dengan secebis mulut. Mulut yang manis akan menyebabkan orang suka.
Macam Tuan Pengerusi, saya isytiharkan perang. Akan tetapi hari ini boleh berdamai sementara sebab apa, dia nampaknya baik balik. Walau bagaimanapun dengan mulut juga dia boleh menyebabkan kita bergaduh. Dia kata kami Taliban sahaja, kita bergaduh. Jangan sebut Taliban. Kita semua Taliban. Makna Taliban itu pelajar tetapi pemerintahan Taliban itu lain.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Arau, apa kaitan dengan belanjawan tambahan?
[Dewan ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Contoh.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Itulah sebab saya kata jika bagi Yang Berhormat Arau, 50 minit pun tak cukup. Saya minta dia bangkitkan perkara spesifik, khusus, tetapi dia cakap dan cerita Taliban pula.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, 36(6) kepada Tuan Pengerusi.
Sangkaan jahat kepada saya.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Eh! Tak ada sangkaan jahat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua telah menyangka jahat kepada saya.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ini pelawaan untuk berdamai. Tengok, masa sudah tamat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini bahasa untuk melihat keindahan, itu cara kita menegur.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya, okey.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya tegur siapa pun orang tak boleh marah sebab saya, mulut sentiasa manis walaupun perut saya tumbuk. Jadi saya bagi tajuk ini, saya hendak Yang Berhormat Menteri Kewangan, ubah pendekatan dengan menyebut benda-benda yang boleh melegakan pasaran dan saya nak tanya, berapakah nilai aset yang telah kita jual terutamanya kepada Singapura sehingga kita minta peruntukan tambahan begini. Kami lebih suka minta peruntukan tambahan, kami akan sokong tetapi jangan menjual aset. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Okey, terima kasih Yang Berhormat Arau.
Yang Berhormat Pontian, sila.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, tambahan RM76.3 juta ini untuk menampung perbelanjaan kontrak pembangunan sistem 1GFMAS.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Di bawah kepala mana Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ada ini. Maksud B.10 – Perbendaharaan, perkara 4, muka surat 2 dalam Buku Perintah 1A. Saya tahu butiran- butiran, sebab dulu saya yang menjawab belah sana bab-bab begini. 1GFMAS ini apa dia Yang Berhormat Menteri? Sistem apa ini? Kontrak pembangunan sistem 1GFMAS ini.
Kemudian, Butiran 09000 – Pelbagai Suntikan Ekuiti, Dana Fasilitasi. Saya ingin tahu senarai projek dana infra yang disebut muka surat 2, Kertas Perintah 2A, ada depan saya ini. Apa dia yang terlibat? Berapa syarikat? Apa contoh-contoh projek dalam DanaInfra ini?
Kemudian disebut yang kedua, RM9.2 bilion ini digunakan untuk PFI. Apakah senarai projek yang terlibat PFI? Sebutkan contoh-contoh projek-projeknya. Yang ketiga, RM9.2 bilion ini diguna untuk projek prasarana. Saya nak tahu senarai prasarana itu dan yang keempat, bayaran dana fasilitasi. Dana ini apa? Dana untuk pengkomersilan daripada penyelidikan? Jika ya, apakah contoh-contoh projek dan syarikat-syarikat yang memperoleh?
Saya harap pegawai-pegawai di belakang itu tolong bantu Yang Berhormat Menteri untuk memberi senarai-senarai itu.
Kemudian, RM1.9 trilion turun kepada RM1.7 trilion nilai Bursa Malaysia. Bererti RM200 bilion ekonomi kita kehilangan dalam pasaran saham. Apakah yang dibuat oleh Kementerian Kewangan untuk mengatasi perkara itu dan kemudian hutang RM686 bilion meningkat kepada RM773 bilion, RM87 bilion ini. Apakah yang dibuat oleh Kementerian Kewangan untuk mengurangkan hutang sebab dulu selamanya disebut tentang pengurangan hutang. Itu sahaja.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penjelasan, penjelasan.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Arau, jangan tambah garam lagi.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Sila.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Tapi dah bagi peluang?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya bagi penjelasan.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Bukan ada masa, dah tamat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sikit, sikit sahaja.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ada dua minit lagi.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Sila-sila.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dulu kerajaan sebut bahawa...
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Tekan mikrofon.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Mikrofon, mikrofon.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Hala kepada Tuan Pengerusi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, sorry, terlupa. Okey, kerajaan menyebut bahawa hutang RM1 trilion. Bagaimana Yang Berhormat berani pula kata hutang RM686 bilion? Di mana Yang Berhormat dapat angka padahal kerajaan dah dapat angka RM1 trilion. Sila jawab.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Kerajaan yang ada salah kira dan salah angka sebab dalam dokumen rasmi mereka yang saya sebut semalam, mereka menyebut hutang rasmi memang RM686 bilion. Apakah angka di dokumen mana? Satu, Laporan Ekonomi atau Economic Report apabila pembentangan Bajet yang dibuat pada tahun sudah untuk bajet tahun ini. Memang disebut di situ dengan jelas bahawa hutang RM686 bilion. Kemudian, satu lagi dokumen ialah pada tahun sudah dibentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas. Dalam dokumen itu juga menyebut bahawa hutang ialah RM686 bilion dan disebut 50.8 peratus pada KDNK.
Saya juga ingin bertanya, sekarang ini dah 77.3 peratus ini, berapa percent daripada KDNK? Adakah kita masih lagi mematuhi peraturan yang kita set sendiri iaitu hutang kerajaan tidak boleh lebih daripada 55 peratus pada KDNK. Itu soalan saya seterusnya kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Pontian.
Yang saya lihat, tak ada lagi Ahli Yang Berhormat yang berminat untuk mengambil bahagian.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk menggulung. Masa 15 minit, sila.
Menteri Kewangan - Tuan Lim Guan Eng
Terima kasih kepada empat Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam peringkat Jawatankuasa. Saya hendak jelaskan tentang tiga perkara iaitu satu, berkaitan dengan pertambahan Perbelanjaan Pembangunan di bawah B.10 – Perbendaharaan sebanyak RM9.2 bilion yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat.
Pertambahan perbelanjaan merujuk terutamanya kepada bayaran khidmat hutang bagi pembiayaan off-balance sheet yang telah dibuat oleh kerajaan dahulu. Pertambahan perbelanjaan untuk Butiran 09000 – Pelbagai Suntikan Ekuiti sebanyak RM8,703 juta merujuk kepada pertama, DanaInfra sebanyak RM3,500 juta, prasarana sebanyak RM188 juta dan PFI sebanyak RM5,006 juta.
Perbelanjaan diperlukan untuk membayar faedah dan principal ataupun wang pokok pinjaman off-balance sheet antara baki hutang pada 31 Disember 2018 di bawah DanaInfra melibatkan RM52.7 bilion untuk projek MRT dan projek Pan Borneo Sarawak. Di bawah Prasarana, RM31.4 bilion untuk projek LRT dan di bawah PFI, RM43.5 bilion untuk pelbagai perbelanjaan. Ini adalah daripada segi faedah. Ada pihak yang membangkitkan bahawa perbelanjaan dan defisit meningkat di bawah Kerajaan Pakatan Harapan. Hakikatnya, defisit yang diumumkan oleh kerajaan yang terdahulu tidak mencerminkan keadaan sebenar kerana tidak mengambil kira pelbagai perbelanjaan yang dibiayai secara off-balance sheet melalui mekanisme seperti PFI.
Menteri Kewangan - Tuan Lim Guan Eng
Antara perbelanjaan yang dibiayai di bawah PFI adalah untuk perbelanjaan biasa yang sepatutnya diperuntukkan di bawah Belanjawan dan diluluskan oleh Parlimen. Sebagai contoh, perbelanjaan di bawah PFI termasuk perbelanjaan penyelenggaraan dan baik pulih seperti untuk sekolah daif, program sukan seperti penganjuran Sukan SEA, projek perumahan dan kuarters, pejabat kerajaan, pusat latihan dan sekolah dan projek tebatan banjir. Ini sepatutnya dimasukkan dalam Belanjawan tetapi dibuat secara off-balance sheet. Perbelanjaan ini semua dibuat pada tahun-tahun yang lalu tetapi ditinggalkan pinjaman tersebut untuk kerajaan sekarang menanggung perbelanjaan khidmat hutang serta bayaran balik hutang. Dengan itu mengurangkan ruang menyediakan peruntukan program berteraskan rakyat untuk keperluan sekarang.
Berkaitan dengan dana fasilitasi sebanyak RM499.6 juta, pada asalnya ditubuhkan bagi menyediakan dana bagi membantu dan memudahcarakan pelaburan swasta dengan nilai strategik dan kesan penggandaan ekonomi yang tinggi. Seperti yang dijelaskan semalam, sebahagian dana tersebut telah digunakan untuk membantu membiayai faedah berhubung dengan skandal 1MDB.
Dalam tahun 2018, sejumlah RM1.6 bilion telah disediakan oleh Kementerian Kewangan untuk perbelanjaan berkaitan dengan pinjaman 1MDB dan tentu untuk tahun ini, kita akan hadapi lagi banyak tekanan lebih-lebih lagi untuk pembiayaan atau pembayaran balik faedah berkaitan dengan projek SSER yang telah pun dibatalkan dan juga projek ECRL di mana jumlah wang yang dibayar akan naik melambung tinggi sungguhpun mungkin tidak sebanyak 1MDB tetapi tidak jauh juga.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
[Bangun]
Tuan Lim Guan Eng
Sila Yang Berhormat Jasin.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang memberikan penerangan. Saya nampak kerana kebanyakan daripadanya adalah untuk bayaran selain daripada projek-projek sedia ada, faedah untuk banyak daripada off-budget project. Akan tetapi saya nak maklumkan kepada Yang Berhormat Menteri, satu ketika dahulu, Kerajaan Pakatan Harapan telah mengumumkan bahawa ia telah berjaya menjimatkan kira-kira RM24 bilion hasil daripada menyemak, hasil daripada merunding semula lebih daripada 120 projek. Ini selain daripada patutnya saving yang kita buat kerana banyak projek tidak dilaksanakan, kita tangguhkan projek, kita tidak laksanakan projek.
Sepatutnya banyak saving. Kenapakah kita masih lagi memohon untuk peruntukan tambahan? Terima kasih.
Tuan Lim Guan Eng
Terima kasih kepada... nanti sekejap saya berucap dulu.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Jasin kerana telah pun menyebut tentang projek-projek yang telah diteruskan oleh pihak kerajaan baharu iaitu projek-projek yang telah pun dimulakan oleh kerajaan lama. Tapi kerana kita adakan rundingan semula, pihak kerajaan telah berjaya menjimatkan RM806 juta dan projek sebanyak RM13.2 bilion diteruskan.
So, adalah tidak benar bahawa menyatakan projek ini tidak diteruskan tidak.
Sekiranya SAC dikeluarkan kita teruskan projek dan kita adakan rundingan semula harga dan harganya telah pun dikurangkan sebanyak RM806 juta seperti yang diumumkan sebelum ini.
So, ini adalah sesuatu kejayaan yang dicapai oleh pihak kerajaan yang menunjukkan bahawa sememangnya apabila SST dikeluarkan untuk projek secara rundingan terus dan bukan tender terbuka ia menimbulkan banyak masalah.
Untuk projek yang dibuat secara tender terbuka itu tidak diusik langsung, itu dibenarkan terus berjalan yang kita runding semula hanyalah projek di mana tidak ada tender terbuka dibuat secara rundingan terus dan itulah sebabnya.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
[Bangun]
Tuan Lim Guan Eng
Saya habis ada lagi satu saya hendak jawab adil kepada Yang Berhormat Jasin sikit dan oleh kerana itu kita buat itu rundingan semula dan selepas mereka bersetuju untuk mengurangkan kos, projek ini dibenarkan terus berjalan. So, di sini jumlah, nanti saya belum habis lagi. Di sini harga atau nilai projek yang kita benarkan terus berjalan adalah sebanyak RM13.2 bilion, asalnya hampir RM14 bilion. Ini penjimatan yang amat besar kepada rakyat.
Tuan Lim Guan Eng
Kedua, apabila disebut tentang dua mega projek iaitu LRT3 dan MRT2 di mana pihak kerajaan telah berjaya menjimatkan RM23.84 bilion. Ini adalah untuk satu tempoh masa kira-kira 10 tahun, so penjimatan ini kita akan peroleh dan nikmatinya tapi bukan sekarang untuk tempoh masa kerana apa yang kita jangka harga yang kita harus bayar tapi kita telah berjaya kurangkan RM23.84 bilion. Tapi sungguhpun ada penjimatan sedemikian, ini saya rasa rakan-rakan saya akan membuat pengumuman kemudian.
Ini kita terpaksa gunakan untuk menyelamatkan institusi-institusi yang telah pun menghadapi masalah selepas berlaku salah laku yang berlaku pada pentadbiran lama tapi ini kita akan jelaskan macam mana wang ini digunakan. So, dari aspek ini ya penjimatan ada tapi malangnya wang ini digunakan sebagai suntikan dana untuk menyelamatkan institusi yang bermasalah. Silakan Yang Berhormat Jasin.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sepatutnya kerajaan telah dapat menjimatkan sejumlah wang yang besar kerana selepas mengambil alih kerajaan, peruntukan-peruntukan yang sepatutnya telah dimasukkan dalam Bajet 2018 yang pertamanya kita telah mengurangkan kos, yang kedua kita telah membeku, kita menangguhkan dan juga membatalkan sebahagian daripada projek.
Sepatutnya kita telah saving di sana.
Mengapakah sekarang projek yang tidak kita laksanakan yang it was already been budgeted for and it was not been actually implemented yet. Kita masih lagi tidak ada saving. Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku?
Tuan Lim Guan Eng
Saya rasa Yang Berhormat tidak faham. Saya sebut ialah untuk projek di mana SST dikeluarkan. Untuk projek di mana belum ada SST ia belum dimuktamadkan lagi kita buat secara tender terbuka. So, di sini tentu ada savings tapi kita tidak dapat ukur berapa banyak penjimatan yang saya sebut ialah SST di mana sudah ada letter of award tapi bila ini dikeluarkan kita rasa bahawa kita harus rundingkan semula kerana harga yang ditawarkan secara rundingan terus adalah terlalu tinggi.
Ini dibuktikan bila kita boleh nampak penjimatan sebanyak RM806 juta. Ini bukan satu, dua projek ini projek yang banyak. So, kalau kita sebut tentang LRT3 dan MRT2 ini dua projek saja hendak lagi...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya. Boleh saya, boleh bagi Pontian pula?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Lim Guan Eng
Terakhir kepada Yang Berhormat Jasin.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Dalam kata lain...
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Jasin duduk pula.
Tuan Lim Guan Eng
Yang terakhir kepada Yang Berhormat Jasin.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Okey, baik. Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng
Yang terakhir Yang Berhormat Jasin, yang terakhir kepada Yang Berhormat Jasin.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Menteri menyebut tentang...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sekejap saya lepas ini.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya bangun dulu lepas Yang Berhormat Jasin tadi.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Menteri sebut tentang penjimatan, tentang mega projek saya ingin membawa ke pengetahuan Ahli-ahli Dewan bahawa sekarang ini yang terkini ada tuntutan ganti rugi yang terbesar dalam sejarah negara Malaysia maka saya ingin memaklumkan kepada Ahli Dewan iaitu KAJ Development dan Melaka Gateway membuat tuntutan ganti rugi terhadap Kerajaan Pakatan Harapan sebanyak RM139 bilion.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Kita tidak pernah dengar angka sebesar itu tuntutan ganti rugi dan saya kira kerajaan kena bersedia untuk menghadapi tuntutan ganti rugi yang cukup besar ini iaitu apabila pembatalan lesen pelabuhan yang telah dibagi kepada KAJ Development untuk Melaka Gateway dan apabila dibatalkan oleh Menteri Pengangkutan, rakan Yang Berhormat Bagan daripada DAP maka bersedialah untuk membayar jika menang kes di mahkamah RM139 bilion ini, tidak pernah terdengar dalam sejarah Malaysia.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Pontian, ini keluar tajuk itu di bawah Kementerian Pengangkutan bukan Kementerian Kewangan.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng
Saya jawab dulu, saya jawab dulu. Saya rasa Yang Berhormat ini macam beria-ia ada kes mahkamah yang buat tuntutan begitu besar tapi itu tuntutan. Tuntutan siapa pun boleh buat. Takkan ini dianggap sebagai satu liabiliti bila ia belum dibicarakan di mahkamah. Saya rasa Yang Berhormat sungguhpun bukan seorang peguam pun faham. Kita tunggu perbicaraan dan juga penghakiman yang akan dijatuhkan di mahkamah dan saya rasa di sini bila ada sebut..
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
1MDB pun belum lagi tapi dituduh macam-macam.
Tuan Lim Guan Eng
Nantilah biar saya habis dulu. Saya bagi peluang kepada Yang Berhormat, hormat sikitlah. So, bila kita lihat tuntutan yang begitu besar saya rasa ini bukanlah sesuatu yang serius kerana macam mana boleh tuntut ataupun ganti rugi atau pampasan begitu besar RM139 bilion.
Ini tidak masuk biarlah kita berbincang tentang perkara yang masuk akal bukan perkara yang tidak masuk akal. Akan tetapi dalam aspek ini saya hendak berikan itu jaminan bahawa dalam aspek ini pihak kerajaan telah berhemat. Berhemat dari segi perbelanjaan dan juga pengurusan projek dan kita boleh lihat dari segi penjimatan yang kita capai bukan setakat RM806 juta yang dijimatkan untuk 121 buah projek tapi untuk projek mega.
Kita harapkan lagi apabila SSER dan ECRL kita dapat jimat lebih lagi. So, itulah saya rasa satu petanda yang amat jelas apabila kita sebut tentang projek-projek mega ataupun 1MDB memang ia merugikan negara dan kita cuba kurangkan kerugian ini. Ini adalah usaha daripada pihak kerajaan. Saya telah janji kepada Yang Berhormat Pasir Salak, sila.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya sila. Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Menteri bagi laluan.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Pengerusi. Ini tadi Yang Berhormat kata kita kena bawa perkara yang masuk akal. Ini saya hendak bawa satu yang masuk akal punya. SPV, MOF, MKD telah membeli harta Tabung Haji RM19 bilion ataupun transfer daripada Tabung Haji kepada SPV, Urusharta Jamaah dan juga Prokhas sebagai pengurus.
Ini sudah kita ada maklumat yang mengatakan bahawa sekarang aset hartanah dan juga ekuiti itu, ini hutang kerajaan kepada Tabung Haji sebanyak RM15 bilion ini. Di mana peruntukan dalam bajet tambahan ini untuk bayar. Kalau tidak orang beranggapan bahawa MOF telah merompak harta Tabung Haji RM19 bilion this is a lot of money you know, RM19 bilion Yang Berhormat, macam mana dalam perakaunan Perbendaharaan untuk membayar hutang ini.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Lim Guan Eng
Saya tidak pernah sebut Tabung Haji di sini dalam itu anggaran perbelanjaan tambahan ini untuk tahun 2018. Di sini pun tidak sebut pun Tabung Haji. Sekarang Yang Berhormat cuba hendak cari kesempatan itu biasalah.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ini kesempatan jangan salah sangka, jangan buruk sangka because this is serious issue. I just want to remind you dengan izin. You know if anything happens…
Tuan Lim Guan Eng
Saya jawab, saya jawab di sini. Saya nak tegaskan di sini bahawa ini tidak ada kaitan dengan Tabung Haji, mana ada sebut Tabung Haji di sini. Ini untuk 2018. Akan tetapi sekiranya berkaitan dengan Tabung Haji, ia akan dijelaskan oleh Yang Berhormat Mujahid kerana Tabung Haji di bawah beliau. Saya kesal bahawa Yang Berhormat sebut tadi bahawa Kementerian Kewangan hendak rompak Tabung Haji. Itu memang satu perkara yang tidak betul.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ya kerana SPV itu..
Tuan Lim Guan Eng
Tidak ada...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
...Milik Kementerian Kewangan.
Tuan Lim Guan Eng
Ya tetapi...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang sudah mengambil alih semua harta itu. Dalam akaun Tabung Haji tidak ada lagi harta itu.
Tuan Lim Guan Eng
Ini di bawah perundangan tetapi di sini untuk menunjukkan bahawa MoF merompak aset Tabung Haji, itu tidak benar. Kebenaran adalah sebaliknya. So, di sini saya tidak mahu sebut tentang perkara ini kerana ini bukan di bawah MoF. Ini adalah di bawah Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Yang Berhormat Mujahid.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
SPV itu milik siapa?
SPV itu milik siapa Yang Berhormat?
Tuan Lim Guan Eng
Semua SPV adalah di bawah MKD.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Hah MKD.
Tuan Lim Guan Eng
Akan tetapi pengurusannya adalah di bawah kementerian berkaitan.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Perbendaharaan, MKD perbendaharaan Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya masa sudah tamat.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat punya.
Tuan Lim Guan Eng
Saya hendak berikan contoh, Khazanah adalah yang satu MKD di bawah Kementerian Kewangan tetapi ia diuruskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat daripada Langkawi di mana pun bukan seorang ahli lembaga pengarah. So, di sini saya harap Yang Berhormat janganlah kita mainkan sentimen.
Kita kena berdasarkan fakta dan angka dan ini saya rasa kenyataan yang cuba dibuat ataupun cuba dimainkan prasangka jahat iaitu bahawa...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tidak betul, tidak.
Tuan Lim Guan Eng
Biar saya jelas dulu. Tadi saya bagi jalan Yang Berhormat.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat buruk sangka.
Tuan Lim Guan Eng
Biar keluarkan prasangka jahat bahawa MoF rompak aset Tabung Haji bila ini tidak berlaku langsung. Kita ada banyak MKD yang diuruskan di bawah FELDA dan sebagainya yang diuruskan oleh kementerian lain. Ini hanya satu aspek perundangan dan untuk menyatakan perkara sedemikian adalah tidak betul dan amat jahat sekali. Di sini saya tidak mahu menjelaskan lebih lanjut kerana ia akan dijelaskan oleh Yang Berhormat Mujahid, minta maaf, Yang Berhormat daripada..
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Parit Buntar.
Tuan Lim Guan Eng
...Parit Buntar.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya kami kurang confident sikit dengan Yang Berhormat Mujahid.
Tuan Lim Guan Eng
Nanti saya habis dahulu. Nanti saya bagi...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia sebagai Menteri pengiring
Tuan Lim Guan Eng
Saya percaya
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, saya ingat Yang Berhormat yang bertanggungjawab.
Tuan Lim Guan Eng
... Beliau akan jelaskan dengan terang sekali bahawa bukanlah seperti yang disebarkan oleh pihak Yang Berhormat tetapi sebenarnya menunjukkan bahawa kerajaanlah yang menyelamatkan Tabung Haji.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng
Itu saya akan serahkan.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat, kami pun ada buat kajian.
Tuan Lim Guan Eng
Saya tidak mahu cerita . lebih panjang daripada itu..
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kita ada buat kajian...
Tuan Lim Guan Eng
...Tetapi janganlah cuba mainkan sentimen kerana saya adalah sasaran mudah.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Lagi-lagi sentimen.
Tuan Lim Guan Eng
Sasaran mudah kerana menggunakan sentimen seperti ini, ini amat bahaya dan yang penting sekali ini satu fitnah yang jahat.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Lim Guan Eng
Saya harap kita henti di sini.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kalau begitu bayarlah RM19 bilion itu kepada Tabung Haji.
Tuan Lim Guan Eng
Saya hendak...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Pay that RM19 billion to Tabung Haji.
Tuan Lim Guan Eng
Ini akan dijelaskan oleh Yang Berhormat Mujahid.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Tuan Pengerusi.
Tuan Lim Guan Eng
...Tetapi apa yang disebutkan di sini tidak pernah sama sekali.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Tuan Pengerusi, peraturan.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Setiawangsa, Peraturan Mesyuarat mana?
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
35(1), ‘seseorang Ahli yang hendak bercakap hendaklah bangun di tempatnya dan apabila dipanggil oleh Tuan Pengerusi maka hendaklah dia berdiri mengarahkan ucapannya kepada Tuan Pengerusi’. Jadi ini adalah giliran Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya Yang Berhormat Menteri, sila menggulung, masa sudah tamat.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ini bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan.
Tuan Lim Guan Eng
Tuan Pengerusi, saya akur kepada arahan Tuan Pengerusi.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Lim Guan Eng
Berkaitan dengan 1GFMAS yang telah pun...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja.
Tuan Lim Guan Eng
Yang telah pun ditanya oleh Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Menteri, saya hendak tambah sedikit saja.
[Dewan riuh]
Tuan Lim Guan Eng
Tentang pertambahan perbelanjaan mengurus di bawah P.10 sebanyak RM76.3 juta.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, perkataan ‘perompak’ jangan pakai, pakai ‘samun’.
Tuan Lim Guan Eng
*Government Financial Management and Accounting System
(1GFMAS)* merupakan sistem pengurusan kewangan dan perakaunan kerajaan.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Menteri, saya tidak pernah minta laluan, bagi saya sekejap sahaja.
Tuan Lim Guan Eng
Di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang digunakan oleh semua kementerian dan agensi.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Sedikit saja bagi saya laluan.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Baling, sila duduk.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
No, saya tidak pernah minta. Saya hendak minta kepada Menteri.
Tuan Lim Guan Eng
Peruntukan tambahan dipohon berikutan bayaran perkhidmatan...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Apa salahnya bagi saya sedikit saja.
Tuan Lim Guan Eng
...Ekoran pelanjutan kontrak 1GFMAS disebabkan tambahan spesifikasi bagi pelaksanaan perakaunan akruan menjelang tahun 2021. Kontrak tersebut dilanjutkan selama tempoh tiga tahun mulai Ogos 2018 sehingga Julai 2021 dengan kos tambahan sebanyak RM151 juta. Kos kontrak asal mulai 2013 sehingga 2018 adalah sebanyak RM228.8 juta. Kos pelanjutan kontrak iaitu untuk tempoh 2018 hingga 2021 adalah sebanyak RM151.4 juta. Jumlah keseluruhan kontrak adalah sebanyak RM380.2 juta. Di sini saya hendak berikan pecahan tentang kos tersebut.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Menteri, sedikit saja Yang Berhormat Menteri sebelum pergi jauh. Sedikit saja fasal Tabung Haji tadi.
Tuan Lim Guan Eng
Kos perkakasan...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Sedikit sahaja.
Tuan Lim Guan Eng
...Adalah sebanyak RM94.8 juta. Kos rangkaian adalah sebanyak RM15.5 juta.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Menteri, minta secara baik pun tidak boleh,
Tuan Lim Guan Eng
Kos software adalah sebanyak..
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
...Minta cara kasar pun tidak boleh, minta cara baik.
Tuan Lim Guan Eng
...Kos RM33.3 juta.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya minta sedikit saja, saya bukan hendak tanya, saya tanya Menteri.
Tuan Lim Guan Eng
Kos perkhidmatan atau kos services adalah...
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Nanti, Yang Berhormat Baling. Yang Berhormat Baling, tadi saya dengar dengan jelas isu Tabung Haji akan dijawab oleh Yang Berhormat Parit Buntar.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Perkara yang berkaitan.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Dengan kata lain, ini bukan di bawah bidang kuasa beliau.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Betul, betul, perkara yang berkaitan.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Sila Menteri menggulung.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Betul perkara yang berkaitan Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Baling, jika dia kata Yang Berhormat Parit Buntar akan jawab, tanya seribu kali pun...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya tidak akan cabar.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
...Dia tidak ada jawapan.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya tidak akan cabar, saya tidak akan gunakan perkataan yang kesat.
[Sistem pembesar suara ditutup]
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya, sila.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
I mean Menteri, takkanlah saya hendak jadi macam...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Pengerusi tidak boleh marah- marah, steady lah.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Baling faham. Yang Berhormat Baling pun tidak faham, dia berpura-pura tidak faham.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
No, no, saya hendak cakap baik-baik.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Kalau begitu Menteri, bagi saya tanya soalanlah.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Kalau begini tiap- tiap hari tanya Menteri soalan, semua kena halau, halau, halau.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Tidak ada halau. Kita tidak halau.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya hendak tanya baik-baik.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Kita cuma katakan ia akan dijawab
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya...
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
...Oleh Yang Berhormat Parit Buntar. Itu saja.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Berilah peluang.
[Sistem pembesar suara ditutup]
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya, sila.
Tuan Lim Guan Eng
Untuk redakan keadaan, saya bagi kepada Yang Berhormat Sungai Petani.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Sungai Petani, sila.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Untuk redakan keadaan, saya hendak tanya walaupun ini tidak ada – oleh kerana ini ada kaitan langsung cuma masih lagi berkenaan dengan Tabung Haji walaupun akan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Saya
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
cuma hendak dapat pengesahan Yang Berhormat Menteri, adakah benar bahawa Tabung Haji rugi pada tahun 2017 saja RM4,000 juta.
Ada hendak dapat pengesahan daripada Tabung Haji, hendak dapat pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri, benar kah ada satu transaksi yang dinamakan TH Indo Plan ... iaitu di mana kita mempunyai ladang di Riau yang dijual kepada satu pihak.
Pentadbiran Tabung Haji cuma membayar 10 peratus sahaja daripada jumlah yang sepatutnya dibayar tetapi geran telah pun diserahkan kepada pihak pemilik dan ini menunjukkan betapa kita serahkan ladang kita dengan bayar 10 peratus, kemudian yang lain- lain itu dibayar selama empat tahun secara berperingkat dengan mengambil hasil daripada ladang tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Okey, sekarang kita boleh cakap fasal...
[Sistem pembesar suara ditutup]
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Nanti, nanti sebelum Yang Berhormat Menteri menjawab. Sekarang Tuan Pengerusi nak jawab, bukan nak jawablah. Saya hendak mengalu-alukan kedatangan pegawai ketua-ketua jabatan dari Parlimen Teluk Intan. [Dewan tepuk] Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Pengerusi, jangan buang orang ya.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Selamat datang.
Yang Berhormat Menteri, saya hendak tambah sedikit saja Yang Berhormat Menteri.
Tuan Lim Guan Eng
Ya saya ingin nyatakan. Sila duduk, sila duduk.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya tambah sedikit saja lagi perkara berkaitan.
Tuan Lim Guan Eng
Sila duduk, sila duduk.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Perkara yang berkaitan, sedikit saja.
Tuan Lim Guan Eng
Ini floor saya, saya minta sila duduk. Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Sungai Petani. Saya hanya hendak sebut di sini bahawa apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani adalah seperti mana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Parit Buntar.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Okey, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Lim Guan Eng
Kerana beliau mendapat maklumat sedemikian.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Lim Guan Eng
Jangan ganggu, ini floor saya.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Berkaitan dengan Menteri, berkaitan dengan Menteri Jabatan Perdana Menteri.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Baling.
Tuan Lim Guan Eng
Ini floor saya, duduk-duduk.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
No, berkaitan dengan Menteri.
Tuan Lim Guan Eng
Ini adalah sesuatu yang amat memudaratkan keadaan dan saya rasa Yang Berhormat daripada Parit Buntar akan berikan data-data terperinci.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Betul, betul.
Tuan Lim Guan Eng
Tentang apa sebenarnya yang berlaku.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya sokong. Apa Yang Berhormat Menteri Kewangan cakap itu betul, betul, saya sokong.
Tuan Lim Guan Eng
Saya rasa kita tunggu apa yang akan didedahkan..
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya sokong, saya sokong.
[Sistem pembesar suara ditutup]
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Baling. Ini tak payah pun disokong.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
No, tetapi Menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak tahu menjawab macam mana Menteri Kewangan menjawab.
Tuan Lim Guan Eng
Ini saya rasa akan didedahkan secara panjang lebar...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Jadi saya minta Menteri Kewangan tolong ajar Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu...
Tuan Lim Guan Eng
...Oleh Yang Berhormat dari Parit Buntar.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Baling, sila duduk.
Tuan Lim Guan Eng
Saya rasa tidak lama lagi, pada minggu depan.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Baling.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Sudah tidak bagi peluang, saya terpaksa cakaplah.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Baling.
Tuan Lim Guan Eng
So, di sini jelas sekali apa yang disebutkan...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Datang Parlimen bukan menjadi bisu.
Tuan Lim Guan Eng
...Oleh Yang Berhormat Sungai Petani memang adalah sesuatu skandal yang amat besar.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Datang ke Parlimen bagilah peluang sebab Tabung Haji ini ada berkaitan, saya tahu berkaitan Tabung Haji.
Tuan Lim Guan Eng
Kita tunggu penjelasan lanjut daripada Yang Berhormat Parit Buntar.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Selama ini saya diam.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Baling sila duduk.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
... Tetapi takkan tak bagi peluang saya bercakap.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Menteri Kewangan, masa telah tamat.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya beritahu baik- baik Menteri.
Tuan Lim Guan Eng
Tuan Pengerusi, saya amat kesal bahawa bila...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Karang bila orang cakap ... Menteri marah.
Tuan Lim Guan Eng
...Kita tidak terlibat dalam sesebuah institusi.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Bagilah peluang, saya bekas Pengerusi Tabung Haji, saya tahu banyak.
Tuan Lim Guan Eng
Kita tidak terlibat langsung tetapi sungguhpun wang...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Let me explain to you, explain to everybody here. Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Port Dickson hendak tahu, saya boleh cakap.
Tuan Lim Guan Eng
...Kehilangan daripada dalam sesebuah institusi tetapi yang berlaku ialah kita pula dipersalahkan sungguhpun kita tidak terlibat langsung, pihak kami pula dipersalahkan.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng
So, itu saya rasa tidak adil.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Minta...
Tuan Lim Guan Eng
Saya harap biar kita tunggu kebenaran yang akan di... oleh Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Bila, bila? Dia takut hendak jawab...
Tuan Lim Guan Eng
Yang Berhormat Parit Buntar akan buat.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Dia takut hendak jawab...
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Baling, Baling, hendak ditegur berapa kali? Tadi apabila- ini harus dijawab oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Apabila Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjawab, di mana Yang Berhormat Baling, mengapa tidak ada dalam Dewan?
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Ada... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara].
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Mana ada, saya tadi pukul 2.30 petang masuk. Yang Berhormat Baling tidak ada dalam Dewan. Jangan memesongkan kepada Dewan. Sila duduk.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara].
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Jangan lagi mengundang kekecohan dan membuat tohmahan yang tidak berasas, sila duduk. Duduk! Faham... [Dewan riuh] Tidak payah faham, kamu hendak jadi hero, tetapi akan jadi zero. Duduk!
Yang Berhormat Menteri Kewangan habiskan.
Tuan Lim Guan Eng
Ya.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Ingat Yang Berhormat Menteri Kewangan ini kebal kah?
Tuan Lim Guan Eng
Saya akan sebut sekali lagi ...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Kebal sangat tidak boleh hendak cakap...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Point of order.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tidak boleh hendak tanya soalan...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Baling, tidak lama lagi you kenalah.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Sudahlah, saya- you all tidak layaklah hendak lawan dengan sayalah.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat, sedikit sahaja.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Point of order.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sedikit. Tadi, Yang Berhormat Sungai Petani sebut ...
Tuan Lim Guan Eng
Tidak! Tidak!
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tabung Haji rugi RM4 bilion.
Tuan Lim Guan Eng
Tidak! Saya tidak bagi jalan.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri...
[Pembesar suara dimatikan] .
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Pasir Salak minta kebenaran, jika dia bagi, saya bagi. Ini hak, laluan kepada Yang Berhormat Menteri.
Tuan Lim Guan Eng
Saya tidak bagi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Point of order, point of order kepada speaker.
Tuan Lim Guan Eng
Saya tidak bagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Mana satu?
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Betul atau tidak masa Pakatan Harapan ambil alih...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat tuduh Yang Berhormat Baling...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Disebabkan oleh Pakatan Harapan, Tabung Haji kerugian RM5 bilion lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Jangan membazir masa lagilah Yang Berhormat Arau. Orang lama ini, jangan buat macam ini.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Okey. Sekarang sudah jadi RM9 bilion sebab Pakatan Harapan menyebabkan kejatuhan nilai... [Pembesar suara dimatikan].
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ya, Yang Berhormat Pasir Salak, adakah cara dia, perangai dia hendak- order, order kita tidak perlu tengking-tengking sedemikian. Yang Berhormat Menteri Kewangan ada lagi atau tidak? Okey, sila jawab.
Tuan Lim Guan Eng
Daripada segi cost services adalah sebanyak RM241.8 juta, kos perubahan sebanyak RM1.3 juta, kos operasi RM3.5 juta. Ini adalah untuk...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penyokong-penyokong Yang Berhormat Port Dickson jangan bawa perangai macam itu, elok-elok sedikit.
Tuan Lim Guan Eng
Berkaitan dengan kos GFMAS sebanyak RM76.3 juta.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jumlah RM5 bilion rugi itu tidak bagi tahu kah?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Lim Guan Eng
Berkaitan dengan persoalan tadi, ya, berkaitan dengan peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun sebanyak RM1,922 juta. Saya hendak sebut di sini bahawa, pemindahan hasil daripada akaun Hasil Disatukan pada tahun 2018 ke Kumpulan Wang Pembangunan sebanyak RM1,922 juta, pindahan ini ditunjukkan sebagai perbelanjaan di bawah maksud B12 peruntukkan kepada Kumpulan Wang Terkanun.
Pindahan ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 10(1) Akta Tatacara Kewangan. Jumlah sebanyak RM1,922 juta ini bukan satu perbelanjaan baru, tetapi merupakan sebahagian daripada keperluan kewangan untuk perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2018 yang berjumlah RM56,095 juta. Bakinya adalah dibiayai melalui pinjaman.
Di sini saya juga saya ingin menjawab beberapa kenyataan tentang hutang dan saya hendak sebutkan sekali lagi bahawa kalau kita sebut tentang hutang kerajaan, hutang rasmi seperti yang dinyatakan tetapi pihak kerajaan mahu mengambil pendekatan yang telus supaya bukan sahaja rakyat, tetapi pelabur tahu apakah kedudukan hutang sebenarnya.
Khususnya tentang jaminan-jaminan yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk syarikat- syarikat seperti 1MDB, SCR dan sebagainya. Supaya kita dapat tahu apa yang akan dibayar oleh pihak kerajaan untuk hutang seperti ini yang sudah, dengan izin, crystalize. Ini kerana
Tuan Lim Guan Eng
apabila kita lihat jaminan ini sungguh pun pihak kerajaan bukanlah peminjam utama, akan tetapi apabila peminjam tidak mampu buat pembayaran, kerajaan terpaksa mengambil alih dan membuat pembayaran tersebut. Oleh itu, ini harus dikira sebagai tanggungan untuk hutang. Saya rasa Yang Berhormat pun setuju, okey nanti saya kan bagi Yang Berhormat Arau satu kali...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Very good.
Tuan Lim Guan Eng
Akan tetapi bagi saya habis ini dahulu. Akan tetapi kerajaan kena berikan penjelasan sepenuhnya supaya rakyat tahu dan pelabur tahu, inilah kedudukan- bukan hanya sekadar hutang rasmi sahaja. Jikalau kita sebut hutang rasmi, memang kita telah memenuhi syarat tidak melebihi 55 peratus. Sekarang kira-kira 51 peratus, kalau saya tidak silaplah. Sebanyak 51 peratus, 52 peratus, tidak melebihi 55 peratus.
Akan tetapi, sekiranya kita lihat dalam aspek jaminan yang pun sudah perlu ditanggung oleh pihak kerajaan...
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Lim Guan Eng
Ini jauh lebih daripada itu.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Menteri Kewangan.
Tuan Lim Guan Eng
Kerana...
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Pendang.
Tuan Lim Guan Eng
Kerana ini...
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Depan.
Tuan Lim Guan Eng
Kerana ini adalah sesuatu perkara yang sangat serius.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya minta elok ini.
Tuan Lim Guan Eng
Yang kita harus lagi kerana sekiranya kita cuba sorok-sorok, saya rasa itu tidak akan memulihkan keyakinan pelabur asing. Kita lihat selepas ...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat penjelasan.
Tuan Lim Guan Eng
Ya, ya. I habis dahulu saya akan bagi. Saya janji, you sabar sedikit. So, ini kita boleh lihat dari aliran FDI yang masuk kepada negara Malaysia iaitu sungguhpun kita lihat fiskal yang mencabar, tetapi aliran FDI telah naik. Sebanyak 48 peratus untuk tahun 2018. Selepas 9 Mei 2018, apa yang kita lihat ialah approved manufacturing investment, apa yang telah pun diluluskan.
Ia telah pun naik lebih daripada 200 peratus selepas 9 Mei 2018. Ini menunjukkan bahawa sungguhpun pihak kerajaan menghadapi cabaran-cabaran fiskal, tetapi untuk pelabur luar negara, mereka yakin bahawa ini adalah satu jalan atau satu tindakan yang betul.
Ya, kita akan menghadapi cabaran, kita akan menghadapi tekanan tetapi ini adalah jalan dan tindakan yang betul supaya kita dapat tunjuk kepada negara bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara kleptokrasi tetapi adalah mulai 9 Mei 2019, adalah sebuah negara yang bersih dan beramanah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, terima kasih. Yang Berhormat Menteri, kerajaan telah menjual banyak aset terutamanya yang untung kepada orang asing dan tujuan kerajaan adalah untuk mendapatkan lebih banyak. Apakah kerajaan bercadang untuk menjual semua sekali aset 1MDB kerana nilai asetnya lebih banyak daripada untung.
Dengan menjual semua aset 1MDB bererti Yang Berhormat Menteri akan berhenti menyebut 1MDB, sebaliknya biarlah mahkamah yang tentukan. Jadi, bilakah kerajaan bercadang untuk menjual semua aset 1MDB kerana ia merupakan keuntungan kepada kerajaan dan bukan lagi beban.
Tuan Lim Guan Eng
Saya hendak beritahu...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Peraturan Mesyuarat 13.
Tuan Lim Guan Eng
Saya hendak beritahu...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Peraturan 26(12)
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Peraturan Mesyuarat mana Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Peraturan Mesyuarat 36(12).
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila bacakan.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Mengelirukan Dewan.
Saya hendak bagi bukti Yang Berhormat Menteri sebut FDI meningkat sebanyak 40 peratus.
Saya dapat perangkaan daripada jabatan kerajaan- Jabatan Statistik, hanya RM31 bilion berbanding dengan dahulu RM40 bilion. Maknanya ada penurunan sebanyak hampir 20 peratus.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Untuk tempoh mana?
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tempoh tahun yang berkenaan tahun 2018.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Dari mana, jabatan mana?
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jabatan Statistik Malaysia...
[Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Jangan. Sabar!
Yang Berhormat suruh kita sabar, Yang Berhormat tolong sabar. Tolong Yang Berhormat Menteri sampai cara macam ini kah. Menteri lah tanya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Speaker tidak perlu hendak tanya.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Bukan tugas Speaker tanya. Speaker menjadi seorang hakim...
[Pembesar suara dimatikan] .
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Pasir Salak dia bangkitkan Peraturan Mesyuarat. Adalah tanggungjawab Speaker minta penjelasan. Saya tidak menjawab, saya tidak menjawab untuk pihak Menteri tetapi saya kena mendapatkan penjelasan...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ini yang Yang Berhormat rujuk sebanyak RM80 bilion telah pun disebut oleh Timbalan sebelum ini. Akan tetapi Timbalan sudah membuat kesilapan, dia merujuk kepada angka daripada MIDA. Angka daripada MIDA bukan FDI yang sudah realised. Cuma approved, approved. There is big difference between approved and realised. This is – I can show you. Yang Berhormat kalau saya boleh tunjuk macam mana?
Tuan Lim Guan Eng
Boleh saya jelaskan atau tidak?
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya, sila.
Tuan Lim Guan Eng
Saya rasa Yang Berhormat tadi tidak tahu sengaja atau tidak mahu dengar. Saya sudah cakap ‘approved manufacturing investments’. So, ini juga angka yang selalu digunakan oleh kerajaan lama. Kita gunakan wajaran dan kaedah yang sama.
Kita tidak ubah supaya kita boleh bandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. So, di sini Yang Berhormat, saya harap tolonglah bahas secara munasabah dan adil. Kita sebut tentang ‘approved manufacturing investments’.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya bandingkan the actual- Tuan Yang di-Pertua...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Pasir Salak, jika hendak mencelah boleh tetapi sila minta kebenaran.
Tuan Lim Guan Eng
Jangan buang masa, jangan buang masa. Yang Berhormat hendak buang masa, saya tidak mahu.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Cakap baik-baik Yang Berhormat! Cakap baik-baik! Jangan...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Lim Guan Eng
Janganlah bertindak liar.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Pasir Salak, adakah ini perangai dan teladan yang hendak ditunjukkan? Dia tidak― Yang Berhormat Menteri hanya katakan ‘jangan buang masa’.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Berucap tanpa pembesar suara]
Tuan Lim Guan Eng
Siapa hendak layan tingkah laku macam ini.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Don’t treat us like bloody fools. We are Members of Parliament… [Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Baling, janganlah dua kali lima sama dengan Yang Berhormat Pasir Salak.
[Dewan riuh]
Tuan Lim Guan Eng
Kalau Yang Berhormat Arau tidak mahu, saya tidak payah jawab.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya cakap elok-elok!
Jangan macam itu Yang Berhormat!
Tuan Lim Guan Eng
Saya di sini...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Main kasar lah Yang Berhormat!
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Pasir Salak, berapa kali hendak kena tegur? Tanyalah baik-baik.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Baling duduklah. Ya, Yang Berhormat Pasir Salak pun sila duduk. Tadi Yang Berhormat Menteri sudah jawab.
Tuan Lim Guan Eng
Jangan ugut, saya tidak makan ugut punya.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya pun tidak makan ugut tahu! What do you think?
Tuan Lim Guan Eng
...bahawa pada masa ini tiada aset atau tanah kerajaan yang dijual oleh Kementerian Kewangan. So, itu tidak benar sama sekali.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Bohong banyak.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya, sudah...
[Dewan riuh]
Tuan Lim Guan Eng
Sudahlah, tengoklah macam ini. Macam mana kita hendak layan tingkah laku macam ini? Sudahlah, tidak payahlah.
[Dewan riuh]
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Menteri Kewangan, Yang Berhormat Menteri Kewangan.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Menteri boleh baca lagi, banyak lagi? Masa lima belas minit lagi tapi Yang Berhormat Menteri sudah jawab 30 minit sebenarnya.
Tuan Lim Guan Eng
Tidak mahu, tidak mahu, sudah. So, saya hendak― saya yang terakhir sekali ialah....
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya, yang terakhir sila. Dengarlah, dengar dahulu.
Tuan Lim Guan Eng
...ialah bahawa bila kita sebut tentang...
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Menteri, sekali, sedikit sahaja? Saya hendak minta, hendak selesaikan?
Tuan Lim Guan Eng
Tidak perlulah, saya hendak habiskan.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya hendak cadang buat RCI lah― 1MDB. Kita cadang selesaikan masalah 1MDB ini Tuan Yang di-Pertua, dengan kita usulkan 1MDB jadikan RCI.
Tuan Lim Guan Eng
Tuan Yang di-Pertua, dari aspek klasifikasi...
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Pendang, duduk Yang Berhormat Pendang. Terakhir, sila.
Tuan Lim Guan Eng
Seperti yang saya telah sebutkan dalam ucapan saya, kalau kita lihat dalam aspek klasifikasi, kita harap bahawa dengan klasifikasi daripada perbelanjaan mengurus kepada perbelanjaan pembangunan, kita dapat pastikan bahawa yang off-balance sheet ini sungguh pun oleh sebab apa yang berlaku sebelum ini kita tidak dapat hapuskan sama sekali. Akan tetapi sekurang-kurangnya kita dapat kurangkan. Ini adalah satu perkara yang amat serius. Seperti Yang Berhormat Arau sebut tadi, tentang aset-aset yang hendak dijual. Tadi saya hendak minta jalan tetapi dia tidak mahu ambil, sudah. Akan tetapi saya hendak sebut di sini, kita akan cuba uruskan tentang aset-aset 1MDB. Seperti yang kita lihat pada hari ini. Akhirnya, setelah berusaha sekian lama, pihak kerajaan telah berjaya menjualkan salah satu daripada aset 1MDB iaitu kapal layar mewah Equanimity sebanyak USD126 juta.
Ini saya rasa sungguhpun adalah lebih rendah daripada harga pembelian, sekurang-kurangnya rakyat boleh lihat, pulangan seperti ini yang telah diambil oleh pihak kerajaan daripada rakyat Malaysia yang merugikan rakyat Malaysia. Marilah kita pastikan bahawa negara Malaysia tidak akan kerugian oleh skandal 1MDB, sekian [Pembesar suara dimatikan]
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kerajaan bayar Tabung Haji...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Pasir Salak. Sila jaga tatatertib Dewan.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ada seramai 10 juta orang pendeposit, bayar balik!
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Pasir Salak, saya percaya Yang Berhormat Pasir Salak adalah Ahli Yang Berhormat yang budiman dan beriman. Sila lah jaga perangai dan juga jaga bahasa. Tunjukkan keimanan, ya. Sila.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, bilakah Yang Berhormat bercadang untuk menjual lagi aset 1MDB untuk membolehkan hutang dilangsai?
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Okey, Yang Berhormat Menteri Kewangan sudah habis.
Ahli-ahli Yang Berhormat, kepala Bekalan B.10 dan B.12 dan kepala Pembangunan B.10 telah pun dibuka untuk di bahas dan telah pun dijawab.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM76,300,000 untuk Maksud B.10 dan RM1,922,069,620 untuk Maksud B.12 di bawah Kementerian Kewangan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM76,300,000 untuk Maksud B.10 dan RM1,922,069,620 untuk Maksud B.12 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual] Dengar guruh pun sudah berbunyi, sila cool.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM9,202,951,000 untuk Maksud P.10 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2018 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM9,202,951,000 untuk Maksud P.10 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2018]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Langit pun marah kes Tabung Haji, Tuan Yang di-Pertua. Langit pun marah.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Baling, jangan bangkitkan perkara yang khurafat ya.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Mana ada khurafat? Betul lah itu. Langit pun marah, hujan lebat. Mana ada khurafat? [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Hujan membawa berkat, ia tidak bermakna langit-langit ini marah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tidak lama lagi you punya kes lah Yang Berhormat Baling.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
None of you bloody business.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tidak lama lagi you macam Yang Berhormat Pekan.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Jangan― dengar-dengar. Ada pengumuman.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya- kes terowong pun saya juga, kes terowong!
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Tabung Haji! Yang Berhormat Baling. Apa ini? Sekarang ini hendak kita―
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Semua― sebab itu, pada petang yang penuh dengan berkat ini silalah kita... Okay, stay cool.
Maksud B.13 - Jadual] – Tuan Pengerus
Ahli-ahli Yang Berhormat, kepala Bekalan B.13 di bawah Kementerian Luar Negeri sekarang dibuka untuk dibahas. Lima minit seorang.
Ya, Lembah Pantai.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh maksud B.13 di bawah Butiran 010300 permintaan sebanyak RM14.27 juta. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah jumlah ini mencukupi? Memandangkan sebelum ini Yang Berhormat pernah memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa terdapat beberapa daripada pejabat perwakilan luar negeri kita yang menghadapi masalah sehinggakan kos penerbangan juga terpaksa dibayar sendiri.
Apakah perancangan untuk memastikan perbelanjaan yang cukup sekiranya berlaku apa- apa kejadian yang tidak dingini di luar negara yang perlukan pemberian peruntukan yang segera? Saya juga ingin bertanya Butiran 050000 - Program Khusus iaitu 050600 - Sumbangan Tahunan Pertubuhan Antarabangsa, termasuklah yang melebihi RM40 juta, terutama kepada PBB. Apakah selain daripada penggunaan untuk yang dimaksudkan dalam sini berkenaan dengan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ke-73?
Bolehkah Yang Berhormat Menteri memaklumkan kepada Dewan ini, apakah manfaat ataupun kebaikan yang telah Malaysia terima sebahagian daripada Perhimpunan Agung tersebut? Apakah komitmen kita ke hadapan kepada PBB? Jadi, itu sahaja. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Kepala Batas, sila.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya pertama sekali hendak ucapkan berbanyak tahniah kepada Kementerian Luar Negeri di atas kejayaan dan juga menangani isu penahanan 47 orang di Cambodia dan juga berkaitan dengan kes pembunuhan beramai-ramai di Christchurch yang membabitkan warga negara Malaysia. Saya hendak menyentuh ketiga-tiga butiran dan kerana saya berdiri di sini Tuan Pengerusi, adalah untuk menyokong sebenarnya. Oleh sebab saya tahu bahawa Kementerian Luar Negeri adalah kementerian yang amat terkesan dengan kedudukan kewangan yang amat meruncing, terutamanya Butiran 01000 - Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Dua Hala. Sememangnya dapat dimaklumkan berbeza dengan kementerian lain,
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas
Kementerian Luar Negeri - 66 peratus daripada belanja mengurusnya adalah denominated dalam foreign currency, sama ada USD ataupun dalam Euro.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas
Banyak kali terdedah dengan fluctuation, bayangkanlah dolar naik dengan kadar yang begitu tinggi dan ini terpaksa ditanggung oleh mission kita di luar negara. Demikian juga dengan peraturan-peraturan di host country terutamanya yang membabitkan Locally Recruited Staff (LRS) yang kadang-kadang kita terpaksa comply dengan undang-undang domestik negara tersebut. Sebagai contoh, minimum wage kalau yang di Europe kebanyakan berkisar di antara 1,000 euro ke 1,200 euro, bererti jumlahnya jauh lebih tinggi daripada kadar yang ada ditawarkan di dalam negara dan ini terpaksa ditanggung. Demikian juga bayaran- bayaran yang terpaksa dibayar terutamanya dari segi soal sewaan yang merupakan contractual dan demikian juga perkara-perkara yang lain maka sebab itu saya fikir bahawa sebagaimana Yang Berhormat Menteri sebut ketika pembentangan Belanjawan 2019 yang lalu bahawa sememangnya ada keperluan untuk belanja mengurus tambahan untuk ditingkatkan.
Kedua, saya hendak sentuh berkaitan dengan Butiran 040000 berkaitan pengurusan kementerian yang membabitkan perkhidmatan dan bekalan, saya hendak minta daripada Yang Berhormat Menteri sebab sepengetahuan saya antara yang menjadi kekurangan kepada perwakilan-perwakilan luar negara adalah belanja-belanja yang bersifat perayaan. Kita ada 112 mission malah wakil tetapi saya difahamkan tidak semua mission kita ada spesifik peruntukkan contohnya Hari Kemerdekaan. Kadang-kadang sambutan Hari Kemerdekaan perlukan mereka sendiri untuk cari dana dan ini saya fikir amat tidak wajar kerana banyak perwakilan ataupun mission di negara-negara yang lain mereka mengadakan hari kebangsaan bukan kita tidak ada, ada.
Akan tetapi kalau di tempat-tempat tertentu contohnya kalau kita ambil Australia mungkin dia akan buat di Canberra sedangkan the most populated Malaysian dengan izin staying di Australia adalah di Melbourne dan Melbourne ada perwakilan. Contohnya, inilah tempat-tempat yang saya rasa wajar diberi peruntukkan tambahan agar bukan sahaja dari segi soal kaunselor tetapi dari segi Malay ataupun Malaysian diaspora dapat dilakukan outreach secara lebih berkesan.
Ketiganya adalah berkaitan dengan Butiran 050000 berkaitan dengan sumbangan tahun pertubuhan antarabangsa. Ada tiga benda yang saya hendak sentuh di sini, pertama berkaitan dengan UN, Yang Berhormat Menteri. Di bawah United Nations Security Council satu resolution yang kita tahu yang telah dicapai oleh negara pada tahun 2016 iaitulah Resolusi 2334 yang dikatakan resolusi yang amat bersejarah kerana itu adalah resolusi yang mengecam Israel tentang pendudukan haram di Jerusalem. Kenapa ia bersejarah kerana ia dicapai di kala dalam keadaan di mana semua negara-negara bersetuju termasuk B5 manakala Amerika abstain for the first time. Itu adalah satu-satunya resolusi dalam tempoh 36 tahun sejak tahun 1980 dan ia di bawa tidak lain tidak bukan oleh Malaysia.
Persoalannya ialah sehingga sekarang resolusi masih belum di enforce. Jadi saya hendak tanya rancang dan perancangan, bagaimana strategi yang digunakan sama dengan mission kita United Nations untuk pastikan ia di implements. Selain daripada itu, yang terakhirnya adalah penyertaan kita dalam organisasi-organisasi kita sudah tanda tangan 178 triti, kalau masuk dengan Rome Statute sudah 179.
Kita ada berbahas sebelum ini berkaitan dengan Rome Statute kerana ini adalah kemasukan kita ke dalam organisasi yang baharu iaitulah ICC, cuma sebagaimana yang dibangkitkan dahulu Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya apakah Yang Berhormat Menteri akan bawa perkara ini sebab kita ada two disputed opinion from two perspective, akan bawah benda ini kepada Majlis Raja-raja. Seandainya sudah bawa apakah respons daripada pihak Majlis Raja-raja terhadap perkara berkaitan sebab bagi saya isu ini amat penting kerana kita ada two different perspective of opinion tetapi umumnya kita berpandangan bahawa ia menyentuh.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Kepala Batas.
Boleh saya mencelah?
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas
Boleh.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Point saya Yang Berhormat Kepala Batas, adakah betul ataupun tidak bahawa kerajaan masih boleh tarik diri daripada
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
penyertaan ini jikalau perlu dilaksanakan atas apa-apa sebab maknanya tidak boleh dikatakan tidak boleh keluar daripada komitmen dalam ICC ini. Betul kah Yang Berhormat Kepala Batas? Terima kasih.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas
Ya, boleh sebab dalam Rome Statute satu perkara yang berbeza dengan kebanyakan konvensyen yang lain bahawa Rome Statute dia tidak ada reservation tetapi dia ada artikel yang kita boleh invoked kalau kita hendak withdraw kalau tidak silap saya di bawah 127. In fact, Philippine, Burundi, South Africa they withdraw, US tidak tanda tangan langsung and then Singapore tidak tanda tangan, Indonesia tidak tanda tangan, Thailand tidak tanda tangan, di Asian hanya dua negara.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kalau mereka semua tidak tanda tangan kenapa Malaysia galak hendak tanda tangan?
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas
Oleh sebab itulah tadi benda ini dibangkitkan kerana benda ini dalam bentuk butiran. Jadi saya menyentuh kata adakah benda ini dibawa dan saya masih menganggap bahawa ia menyentuh hak dan liabiliti Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan pastinya Majlis Raja-raja wajar dirundingi terlebih dahulu, must be consulted first jadi saya rasa itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma ada satu sahaja Yang Berhormat Menteri iaitu di bawah Butiran 010300 di mana isu ini telah pun di bawa oleh Yang Berhormat Kepala Batas saya ingat tahun lepas, di mana pelajar- pelajar Indonesia berbanding dengan pelajar-pelajar kita. Pelajar-pelajar Indonesia datang ke negara kita untuk belajar supaya mereka dapat visa, full visa. Meaning to say that kalau dia belajar tiga tahun untuk diploma full visa, dia belajar untuk empat tahun dia dapat full visa dan dibayar nominal untuk datang belajar di sini.
Akan tetapi sedar kah Menteri bahawa kalau pelajar-pelajar Malaysia pergi belajar ke Indonesia, first year dia kena bayar KITAS dan pusingan untuk buat KITAS itu bukan mudah. Baik, selepas dia first year dia kena tambah lagi atau buat lagi KITAS baharu maknanya every two years or three years. Kemudian sedar kah Menteri kalau sekiranya dia terlupa bahawa KITAS itu telah tamat dia kena denda satu hari satu ribu rupiah dan ada budak-budak medic yang terlupa sampai tidak berani keluar takut kena tangkap dan akhirnya menjadi masalah.
Jadi saya masih ingat lagi apabila Yang Berhormat Kepala Batas menjadi Timbalan Menteri dahulu dan ini hampir selesai. Akan tetapi berubah kerajaan, jadi adakah benda ini di pursue kerana ini penting. Kita ada puluhan ribu pelajar-pelajar kita di Indonesia tetapi oleh sebab masalah KITAS ini bukan sahaja ia masalah kos tetapi masalah not fair lah. Kita boleh terima yang baik daripada Kerajaan Indonesia seharusnya Kerajaan Indonesia juga berubah sistem mereka, tinggal memberikan treatment yang saya rasa agak comparable dengan apa yang kita berikan kepada mereka. Terima kasih Tuan Pengerusi, itu sahaja.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Pendang.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak menyentuh berkenaan dengan Butiran 040200, Butiran 050100 dan juga Butiran 050000. Pertamanya khidmat pengurusan, saya hendak mencadangkan di sini bahawa dalam bajet tambahan ini kita kena melihat kepada keperluan yang ada kepada khidmat pengurusan kepada dua badan yang menjadi marketing arm bagi Kerajaan Malaysia iaitu MIDA dan MARDEC.
Jadi di sini pula mereka mempromosikan kerajaan Malaysia dan juga produk-produk yang hendak di bawah masuk ke Malaysia melalui MIDA, yang hendak dikeluarkan daripada
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Malaysia yang kita tengok mereka ini ada keupayaan bersaing dan juga boleh dimasukkan di pasaran antarabangsa yang mana ini adalah bidang tugas MARDEC. MIDA bawah masuk FDI, MARDEC bawa keluar barang daripada kita untuk pasaran antarabangsa, yang ini kita perlu kepada sedikit kursus iaitu bajet tambahan untuk kita hendak meng-international-kan pengusaha-pengusaha tempatan yang boleh bersaing di pasaran antarabangsa dalam program-program seperti pameran-pameran antarabangsa. Contohnya di Jerman dipanggil Hannover Messe yang ini sangat baik mendedahkan pesaing-pesaing kita di pasaran antarabangsa.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kedua, kita tengok kita mestilah memberi sedikit kelebihan kepada agensi-agensi Kerajaan Malaysia iaitu kita tengok bertugas di luar negara dalam Butiran 50100. Ini penting kerana kita melihat agensi-agensi yang dilantik oleh kerajaan bagi mewakili Kerajaan Malaysia, mereka ini terikat dengan satu perbelanjaan termasuk transisi ataupun currency luar negara yang berubah.
Tentulah mereka perlu kepada keselesaan daripada Kerajaan Malaysia untuk mereka menterjemahkan, memperkenalkan Kerajaan Malaysia dan juga entertainment yang mana saban tahun mereka terlibat dalam negara-negara yang mereka diletakkan sebagai agensi Kerajaan Malaysia di luar negara. Ini juga harus dilihat Kementerian Luar untuk memberi satu kemudahan kepada wakil-wakil kita yang dipanggil ataupun duta-duta Kerajaan Malaysia di sana.
Itu berkenaan dengan Butiran 50100, dan yang terakhir iaitu Butiran Perbelanjaan- perbelanjaan lain - 50000 yang ini kita panggil miscellaneous cost. Setiap bajet tambahan, setiap bajet yang dibuat oleh mana-mana kementerian ataupun agensi mesti ada miscellaneous cost yang di luar jangkaan yang mana miscellaneous cost inilah yang kita lihat boleh memberi satu rangsangan kepada agensi kita untuk memperkenalkan barangan Malaysia di pasaran antarabangsa.
Sekarang kita hendak masuk dalam pembangunan usahawan yang mana kita lihat kita perlu vendor-vendor yang boleh membekalkan peralatan yang berkualiti tinggi seperti kereta terbang, buluh yang diproses. Bukan saya hendak perli, ini kita melihat ke depan, kita perlu melihat ke depan. Kemungkinan suatu hari dahulu telefon kita tidak pernah terfikir tidak ada wayar kita boleh bercakap, tidak ada kabel. Dahulu mesti ada kabel. Kita tidak pernah terfikir 30 tahun dahulu, sekarang kita boleh bercakap tanpa kabel. Ini juga jangan kita mengambil satu pandangan yang sinis tetapi boleh jugalah hendak sinis pun. Mungkin 20 tahun, 30 tahun kita ada kereta yang boleh terbang untuk memudahkan- zaman berubah sangat cepat, itu satu.
Kedua, buluh mungkin kita boleh proses. Kita tengok saya pergi ke Coimbatore di India, buluh diproses, saya tidak tahu apa jenis buluh sehingga boleh menjadi satu kualiti dipanggil material untuk membuat linen yang sangat mahal, kain linen material ini...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dekat Malaysia boleh buat ekzos paip.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Ketawa] Tidak apalah. Jadi ini benda- benda yang kita perlu beri rangsangan untuk kita jadikan satu R&D marketkan benda ini di pasaran antarabangsa supaya peruntukan-peruntukan lebih ini diberi kepada pengusaha- pengusaha yang kita tengok ada potensi dalam negara untuk bersaing di pasaran antarabangsa. Saya ingat itu sahaja, Tuan Pengerusi, cadangan-cadangan kepada Kementerian Luar Negeri. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Jeli, selepas itu Yang Berhormat Pengerang. Sila.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed - Jeli
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terbang tidak apa, jangan duit terbang.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed - Jeli
Pertama 040200, dan yang kedua Butiran 050600.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed - Jeli
Tuan Pengerusi, pertama saya ucap tahniahlah kepada warga Wisma Putra kerana walaupun menghadapi pelbagai kekangan telah menjalankan tugas dengan begitu cemerlang dan kita mendoakan mereka akan terus mampu untuk menaikkan imej Malaysia di seluruh dunia. Kita tahu bahawa keadaan dunia semakin mencabar. Malaysia terus main peranan yang aktif. We are punching above our weight, dengan izin. Kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menonjolkan negara kita di seluruh dunia dan Malaysia merupakan sebuah negara yang dihormati.
Soalan saya yang pertama berkaitan dengan butiran 050600 - Sumbangan Tahunan Pertubuhan Antarabangsa yang dipohon tambahan ialah kalau di sini RM53 juta, RM53.658 juta.
Persoalannya, oleh kerana ini merupakan, dengan izin, regular contribution. Kita tahu sudah tahun depan berapa, kenapa perlu tambahan? Kalau sejuta-dua mungkin kita faham tetapi angka yang besar ini saya hendak dapat kefahaman apakah yang silapnya?
Kenapa tidak diunjurkan semasa Belanjawan dibentangkan pada tahun lalu dan apakah ini mencerminkan kepentingan kita umpamanya hubungan bilateral yang disebut Yang Berhormat Kepala Batas tadi, ASEAN umpamanya. Apakah ini untuk Bangsa-Bangsa Bersatu ataupun ASEAN ataupun Komanwel dan lain-lain?
Keduanya Tuan Pengerusi, saya ingin tahu kalau dibandingkan kemudahan- kemudahan yang dinikmati oleh pegawai kita termasuklah elaun dan juga entertainment, gaji dan lain-lain, adakah ia setara dengan kemudahan-kemudahan yang diterima oleh negara- negara setara dengan kita, sebaya dengan kita, jiran-jiran ASEAN umpamanya? Ini penting demi menjaga imej. Imej ini adalah satu perkara yang penting dalam hubungan luar. Kita hendak jaga imej Malaysia, hendak menjalankan tugas dengan cemerlang. Setakat mana ia setara dengan faedah yang diberikan oleh warga Kementerian Luar di negara seperti Singapura, Thailand dan lain-lain. Ini penting daripada segi moral pegawai-pegawai kita.
Akhir sekali, saya hendak tahu apakah tindakan-tindakan kreatif yang telah diambil oleh Yang Berhormat Menteri menghadapi pelbagai kekangan yang dihadapi. Ini bukan khusus kepada Kementerian Luar Negeri. Saya yakin kementerian lain pun menghadapi kekangan yang sama memandangkan tugas besar, tugas mencabar Malaysia merupakan sebuah negara yang penting di dunia sama ada OIC ke ASEAN, seluruh dunia dihormati.
Apakah tindakan-tindakan kreatif yang diambil untuk memastikan bahawa Malaysia terus mampu bukan setakat memainkan peranan biasa tetapi menjadi ketua ataupun leader menjadi pemimpin di kalangan negara-negara ASEAN, negara-negara ASIA dan negara- negara yang membangun. Tindakan-tindakan kreatif untuk memastikan bahawa Malaysia terus menonjol dalam bidang antarabangsa. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih, Yang Berhormat Jeli.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pengerang, sila.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya rujuk hanya kepada dua perkara 050100 – Petugas Luar Negara, dan Butiran 050600 – Sumbangan Tahunan Pertubuhan Antarabangsa.
Untuk perkara yang pertama, Butiran 05100, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, sama ada adakah kerajaan dengan cabaran ekonomi hari ini, baru tadi Yang Berhormat Menteri Kewangan menyatakan tentang masalah kekurangan kewangan negara.
Adakah kerajaan mengarahkan tentang pegawai-pegawai atasan kementerian- kementerian dalam perjalanan untuk kementerian-kementerian to downgrade themselves, dengan izin. Maknanya bukan lagi naik first class sebab saya percaya dalam sistem kerajaan selalunya melalui Malaysia Airlines System pada gred tertentu adalah Business Class ke atas.
Jadi, soalan saya, adakah kita akan ikut negara Amerika ataupun negara Eropah kah, United Kingdom kah, Australia bahawa kalau perjalanan empat jam luar negara dia naik ekonomi. Hanya empat jam ke atas sahaja, naik Business Class dan First Class.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Keduanya, bolehkah kerajaan memberikan jawapan sama ada adakah dalam perjalanan luar negara adanya dasar untuk mencari penerbangan yang paling murah tidak semestinya Malaysia Airlines. Ini kerana kalau kita kira pembelian daripada segi online dan airlines tertentu walaupun jauh walaupun mungkin transitnya banyak tetapi mungkin lebih murah bagi pegawai-pegawai kerajaan terutama sekali Kementerian Luar yang mana pegawai-pegawainya selalu pergi ke luar negara.
Ketiga, berkenaan dengan Butiran 05600 - Sumbangan Tahunan Pertubuhan Antarabangsa. Adakah kerajaan bercadang untuk melihat semula kalau sumbangan ini tidak membawa kebaikan kepada negara dalam keadaan masalah ekonomi kita relook dan revamp kepada mana-mana pertubuhan antarabangsa yang akan memberikan keutamaan, priority kepada tuntutan rakyat negara terutama sekali dari segi hubungan antarabangsa. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerang.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sik, mohon.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Sik selepas itu Yang Berhormat Petaling Jaya. Sila.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya merujuk Butiran 010300 – Pejabat Perwakilan Luar Negeri.
Saya ingin bertanya, adakah pihak kementerian melihat kembali kedudukan Pejabat Perwakilan Malaysia di Oman yang pada ketika ini menjalankan dua fungsi, menyelia dan menghubungkan diplomasi kita dengan negara Oman itu sendiri termasuk juga negara Yemen selepas pihak kementerian telah menghentikan operasi perwakilan kita di Sana’a beberapa tahun yang lalu.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Pada ketika ini, ramai lagi rakyat Malaysia yang berada di Yaman, khususnya pelajar-pelajar yang berada di sebelah Hadramaut dan pelbagai urusan yang terpaksa mereka gunakan perwakilan di Oman. Jaraknya sangat jauh dan mungkin mereka juga melihat ada keperluan untuk kementerian mempertimbangkan untuk membuka kembali pejabat perwakilan kita di sebelah Yaman iaitu di sebelah Hadramaut. Pada beberapa minggu lepas, saya sendiri telah mendapat kerjasama daripada pihak kedutaan kita di Oman ketika saya dihalang masuk ke Yaman untuk bantuan kemanusiaan di sana.
Saya melihat kepentingan yang sangat tinggi untuk kita meneruskan pejabat perwakilan kita atau membuka kembali di Yaman itu di atas keperluan bantuan kemanusiaan yang banyak dihantar oleh NGO-NGO daripada Malaysia dan juga menguruskan hal-hal berkaitan dengan rakyat Malaysia di sana.
Kedua, Yang Berhormat Menteri, berkaitan Pejabat Perwakilan Malaysia di Mesir juga sekarang ini menjalankan dwifungsi menguruskan hal rakyat kita di Mesir dan juga hal yang berkaitan bantuan di Semenanjung Gaza. Jadi, adakah pihak kementerian bercadang untuk memperluaskan atau menambahkan kapasiti petugas atau pegawai-pegawai kita di Mesir untuk mereka khusus menjalankan hubungan diplomasi kita dengan pihak pentadbiran di Semenanjung Gaza. Khususnya di ketika ini, ramai di kalangan rakyat Malaysia ataupun badan-badan NGO untuk masuk ke Gaza, untuk memberi bantuan atas nama rakyat Malaysia.
Ketiga Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan pihak pejabat perwakilan kita di Bangladesh. Saya dimaklumkan dan saya sendiri telah melawat pihak atase di sana beberapa minggu lepas. Mereka maklum bahawa atas kemanusiaan yang telah ada sebelum ini, telah menghentikan khidmat di sana dan mereka mengatakan adalah sangat penting untuk kita berusaha meneruskan usaha, ada pegawai yang menguruskan atase kemanusiaan ini khususnya untuk bantuan Malaysia yang direct terus bagi kita membantu rakyat Rohingya yang berada di kem-kem di Cox’s Bazar di Bangladesh.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sudah pasti juga di bawah Kementerian Pertahanan yang kita juga teruskan berkhidmat membantu melalui Hospital Medan yang ada di sana dan sudah pastilah atase kemanusiaan ini sangat penting untuk kita meneruskan khidmat di sana, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Sik.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Petaling Jaya, selepas itu Yang Berhormat Pontian dan Yang Berhormat Menteri menjawab. Sila.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Arau, Arau? Tuan Pengerusi, saya bangun awal nombor 1 tadi.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Arau sudah banyak kali diberi peluang tadi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, tetapi ini kementerian yang lain.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Nanti boleh minta kawan-kawan beri peluang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak boleh, saya hendak bercakap sebab saya sudah bersedia untuk bercakap.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya, Yang Berhormat Petaling Jaya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tak, tak. Saya hendak bercakap sebab saya bangun yang pertama.
[Pembesar suara dimatikan]
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Yang Berhormat...
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Sila Yang Berhormat Petaling Jaya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya bangun yang pertama Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Arau sabar menanti sedikit ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya minta saya berucap sedikit.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Berilah peluang kepada rakan-rakan yang lain.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya minta, saya berucap sedikit Yang Berhormat.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Saya hendak merujukkan kepada Butiran 050000...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Pengerusi tidak berlaku adil kepada saya, dengan itu saya minta Tuan Pengerusi keluar dari Dewan ini.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Buat tohmahan la.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Yang Berhormat...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak boleh macam itu Tuan Pengerusi. Saya bangun awal.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Apalah dia.
[Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya sudah bersedia. Bagi saya dua minit. Okey, dua minit.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Tarik balik dululah. Tarik balik kenyataan dululah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tarik balik apa Tuan Pengerusi?
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Tadi minta Tuan Pengerusi keluar.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tak apalah, tunggu, tunggu dulu.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Okey ya, tarik balik ya okey. Boleh dipertimbangkan nanti. Sila Yang Berhormat Petaling Jaya.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Terima kasih. Saya merujuk kepada Butiran 050000. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas kepada Kementerian Luar Negeri dalam kecekapan membantu rakyat Malaysia dalam kesusahan semasa berada di luar negara seperti insiden penahanan 47 rakyat Malaysia di Cambodia dan kejadian serangan terkutuk di Christchurch. Tindakan pegawai kita di luar negeri yang menjalankan tugas tanpa mengira waktu haruslah dipuji.
Saya turut difahamkan, ada kalanya pegawai kita turut mengeluarkan perbelanjaan sendiri dalam membantu rakyat Malaysia yang dalam kesusahan di luar negara dan kadang- kadang berjauhan dengan keluarga demi menjalankan tugas. Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan agar perkhidmatan luar negeri ini dapat diperkasakan lagi bagi memastikan perkhidmatan cemerlang yang diberikan selama itu dapat diteruskan.
Soalan saya berikutan dengan peruntukan tambahan sebanyak RM70.4 juta yang telah diberikan pada tahun 2018 ini, adakah kebajikan pegawai kita turut diberi perhatian.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya, sekarang menjemput Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya ingin merujuk kepada Butiran 050100 - Bertugas ke Luar Negara. Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Menteri pada 4 Mac 2019, Malaysia menandatangani instrumen memperakui Statut Rom ini. Siapa yang menandatangani? Adakah Yang Berhormat Menteri pergi sendiri untuk menandatangani di mana ia ditandatangani?
Kefahaman saya adalah pada 26 Disember 2018, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menulis kepada Pemangku Yang di-Pertuan Agong mengenai keputusan Jemaah Menteri. Pada 15 Februari, Menteri Luar menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, bukan memohon izin. Pada 10 Mac, Wisma Putra menjelaskan perihal Statut Rom ini. Pada 12 Mac, Menteri Luar menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menjelaskan proses memperakui Statut Rom ini. Saya juga ingin bertanya mengapa Arab Saudi, Brunei dan Thailand?
Maklumat daripada Yang Berhormat, mengapa tiga negara beraja itu tidak menjadi ahli Statut Rom, kemudian negara yang tidak menjadi ahli yang tadi yang beraja ya tiga negara. Negara yang tidak menjadi ahli, Amerika Syarikat. Kenapa Amerika Syarikat tidak menjadi ahli. Kenapa Rusia tidak menjadi ahli? Kenapa China tidak menjadi ahli? Kenapa India tidak menjadi Ahli? Kenapa Singapura tidak menjadi Ahli? Kenapa Indonesia tidak menjadi ahli?
Mungkin Yang Berhormat dapat maklumat-maklumat dan boleh memberikan kefahaman kepada kami, mengapa negara-negara besar itu tidak menjadi ahli Statut Rom ini? Kemudian, negara yang menarik diri pada Statut Rom ini Filipina, Afrika Selatan, Burundi Gambia. Mengapa mereka menarik diri daripada Statut Rom ini? ICC ini. Apakah contoh- contoh kes besar yang di bawah ICC yang diselenggara di bawah ICC.
Adakah ICC pernah membawa Israel? Mengenai kes Palestin pernah membawa kes Rohingya, pernah membawa kes Bosnia dan satu lagi perkara ialah Statut Rom ini sepatutnya dibentang kepada Majlis Raja-raja bagi mendapatkan kebenaran memandangkan terdapat keperluan untuk membuat pindaan kepada peruntukan Perlembagaan berkaitan dengan Mahkamah Khas...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Di bawah Perkara 152.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Batu Kawan hendak mencelah, hendak bagi kemudian?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tidak mengapalah ya. Boleh bercakap sendiri nanti.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Sedikit sahaja mengenai ICC.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Kemudian, mengapa pertimbangan Majlis Raja-raja...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tidak berbahas Yang Berhormat, sedikit penjelasan atau pencerahan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang tidak diperolehi kerana ia...
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Batu Kawan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Merupakan polisi nasional yang merubah liabiliti jenayah...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Bolehlah Yang Berhormat Pontian, sedikit mengenai ICC sahaja.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Pontian, takut kah Yang Berhormat Pontian?
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Untuk bantu Yang Berhormat Pontian sedikit.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Warganegara Malaysia.
Sebagai tambahan di bawah Artikel 77 Statut Rom...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Hendak bantu pun takut kah?
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Pontian, saya hendak bantu pun tidak hendak kah?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Jika disabitkan kesalahan Yang di-Pertuan Agong...
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Dia tidak perlukan bantuan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya tidak pernah takut kepada sesiapa. Saya tidak pernah takut pada seorang manusia pun dalam dunia ini kecuali Allah Taala.
[Dewan riuh]
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Baiklah, steady.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya hanya takut kepada Allah Taala.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Pontian masa sudah tamat.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Dahulu takut dengan Yang Berhormat Pekan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Jelutong, saya tidak takut langsunglah.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Pontian maaf, sedikit.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
You takut Yang Berhormat Pekan!
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya tengok kau orang kecil sahaja. Tidak takut langsung.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Masa hendak habis itu, masa hendak habis.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya, takut kepada Tuan Pengerusi bolehlah.
Hormatlah, hormat.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tidak takut kepada sesiapa pun dalam dunia ini. Kita tidak patut takut kepada manusia. Kita hanya takut kepada Allah Taala ya.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Sila teruskan. Sila teruskan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Di bawah Artikel 77...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Eh! Dahulu Yang Berhormat Pekan curi duit pasal apa tidak tanya?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Apa petang ini tidak pergi ke mahkamah bagi sokongan kepada Yang Berhormat Pekan ha?
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Rasah sila duduk.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya ada tugas di Dewan Rakyat. Artikel 77 Statut Rom ini, Speaker disabitkan kesalahan Yang di-Pertuan Agong...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Pengerusi tidak tegur pun mereka bercakap ikut peraturan?
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Sila duduk termasuk Yang Berhormat Arau.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Atau Warganegara Malaysia dikenakan hukuman penjara tidak lebih 30 tahun atau seumur hidup atau denda atau dirampas aset dan hartanya. Sebagaimana Yang Berhormat Menteri pernah menjawab bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak akan terlibat dalam empat kes berat yang dinyatakan tetapi pada saya dan pada teman-teman di sini ialah prosedur untuk membawa kepada Majlis Raja-raja itu untuk patut dilaksanakan.
Kami berpandangan Malaysia patut mengikut negara-negara yang telah menarik balik seperti Filipina, Afrika, Burundi Gambia untuk kita tarik balik tandatangan Statut Rom ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya, sebelum terakhir ya Yang Berhormat Arau...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
...Seperti yang dijanjikan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Sila.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Oleh kerana Yang Berhormat seorang yang menunaikan janji, Yang Berhormat kira hebatlah pada hari ini. Kalau tidak, Yang Berhormat kurang sikit ya. Okey Yang Berhormat, sekarang ini 50600, kita rujuk kepada butiran iaitu berhubung dengan sumbangan tetap kepada Bangsa-bangsa Bersatu. Jadi saya setuju dengan Yang Berhormat Kepala Batas tadi, kita telah tandatangan banyak triti, adakah kita mengambil serius tentang apa yang telah kita tandatangani.
Persoalan yang besar sekarang ini ialah kita ahli kepada United Nations tetapi banyak juga orang yang sudah mempertikaikan tentang keahlian kita dengan United Nations ini keuntungannya apa? Itu sebab Presiden Philipines, Duterte mengisytiharkan untuk keluar daripada United Nations. Sebab apa? Apabila terdapat negara-negara dalam United Nations cuba campur tangan tentang masalah yang berlaku di Philippines. Philipines masalah yang besarnya ialah masalah dadah, penagihan dadah. Apabila ditangani masalah dadah, tiba- tiba presiden disalahkan. Jadi dia kata buat apa dia jadi ahli United Nations kalau United Nations tidak cuba mencampuri hal-hal Philipines padahal dia cuba menangani masalah yang besar yang dihadapi oleh Philipines.
Kita minta supaya Kementerian Luar Negeri, bagi saya ialah wakil agensi yang terbaik Malaysia dan mereka telah melaksanakan kerja-kerja yang terbaik termasuk yang terakhir ini di Christchurch seperti yang telah dilaporkan dari semasa ke semasa. Terbaik, Kementerian Luar Negeri adalah terbaik. Malah mereka terbaik kerana mereka satu-satunya
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
agensi wakil Malaysia di luar negara. Jadi, tentulah mereka kena buat yang terbaik dan mereka terbaik.
Akan tetapi kita hendak supaya wakil kita persoalkan, pertama apa yang dicakap oleh Yang Berhormat Langkawi? Yang Berhormat Langkawi menyebut bahawa veto power ini tidak adil kerana satu negara boleh veto kan keputusan semua negara sekiranya mereka tidak setuju. Jadi, kalau mereka tidak setuju, maka tidak setujulah. Kalau semua kuasa-kuasa veto ini, negara yang mempunyai kuasa veto ini boleh veto semua keputusan yang dibuat. Ini kita kena persoalkan.
Yang Berhormat Langkawi pernah berucap, saya ingat mungkin dua ke tiga kali mempersoalkan tentang kuasa veto ini. Saya minta supaya wakil kita di luar negara menimbulkan perkara ini tiap-tiap tahun. Jangan berhenti sehingga dilihat bahawa mereka jangan menyalahgunakan kuasa veto seperti Amerika Syarikat yang mempunyai kuasa veto dan menyalahgunakan. Amerika ialah negara dalam dunia ini yang dahsyat, tidak berguna kerana mengiktiraf Golan Heights yang dipunyai oleh Syria sebagai kawasan Israel. Jadi, Amerika tidak berguna.
Keduanya, triti yang kita buat itu kita kena serius dengan triti yang berkenaan. Itu sebab Duterte, sekali lagi Presiden Philipines yang namanya sedap disebut, iaitu dia mempertikaikan kenapa ada negara yang tandatangani triti tetapi tidak hormat kepada triti terutamanya fasal UNCLOS. UNCLOS ini ialah undang-undang laut yang ditandatangani oleh China, oleh semua negara tentang undang-undang laut. Akan tetapi bila tuntutan dibuat dan mereka menang dalam Mahkamah Antarabangsa, Philippines menang tetapi China tidak mahu iktiraf UNCLOS, dengan itu dia tidak mahu mengiktiraf Nine-Dash Line yang China kata dia ambil peta, dia bubuh tanda-tanda, ini Nine-Dash Line ini China punya termasuklah melanggar sampai kawasan Laut China Selatan.
Jadi, bila disebut dalam UNCLOS, kita tidak boleh buat macam ini, ini salah, dia kata dia tidak iktiraf UNCLOS tetapi dia sign. Jadi, wakil Malaysia kita minta di luar negara memastikan supaya semua negara mematuhi triti yang telah mereka buat. Cuba tengok Tuan Pengerusi, saya timbulkan benda yang cukup baik, yang harus didengar oleh rakyat Malaysia. Lain kali Tuan Pengerusi kena bagi peluang untuk saya berucap terus di semua kementerian. Jadi, saya minta supaya kita lebih serius sikit tentang perkara ini, hendak pastikan supaya semua negara menghormati UNCLOS, perjanjian-perjanjian triti yang telah kita buat.
Akhir sekali, kita minta supaya Kementerian Luar Negeri, apabila dia mengeluarkan kenyataan, seiring dengan apa yang berlaku. Contohnya ialah apabila kes Beting Patinggi Ali disebut, maka jawapan yang kita daripada MKN, daripada kementerian luar adalah jawapan yang sama. Kita sedang berbincang semua. Saya tahulah jawapan ini pegawai buat. Saya tahu pegawai yang buat jawapan pun tidak pernah pergi Beting Patinggi Ali pun. Minta maaflah.
Yang Berhormat ini tidak lama akan sampailah, Yang Berhormat belum sampai lagi.
Yang Berhormat kena pi Beting Patinggi Ali ya, pergi dengan bombardier, dia boleh, boleh pergi naik heli boleh. Pergi Beting Patinggi Ali dan lihat sendiri ciptaan Allah Taala, sebuah batu muncul di tengah Laut China Selatan yang cukup cantik.
Saya ingat kalau hendak jual harga RM1 trilion pun, orang boleh beli sebab cukup cantik, luar biasa. Akan tapi yang paling luar biasa sebab bahan-bahan gas di bumi sana di antara yang terbanyak dalam dunia.
Mari balik kepada tajuk ini, kementerian kata berbincang, berdiplomasi dan sebagainya. Saya tahu Yang Berhormat Kepala Batas dahulu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, dia jawab soalan, sebenarnya saya dalam hati saya, saya tidak kata apalah tetapi tidak puas hati juga. Sebenarnya kita tidak berbincang banyak, padahal China sendiri telah menghantar diplomatik, diplomatic note dengan izin, menuntut bahawa Beting Patinggi Ali dia kata dia punya sebab nama itu Laut China Selatan, tentulah China punya.
Kita kena jawablah. Ini bukan Laut China Selatan, ini ialah laut di selatan negeri China. Macam kita kata selatan India, lautan India, bukan India punya. Jadi demikian juga Laut China Selatan, bukan China punya. Hak ini kita kena bertegas tetapi kita kata ini sedang kita bincang. Bincang apa? Enam bulan sekali baru buat surat.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Arau, masa sudah tamat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kalau hendak bincang, kena bincang tiap-tiap hari Tuan Pengerusi, barulah kita boleh menuntut hak kita di Beting Patinggi Ali. Ini Beting Patinggi Ali mereka buat surat protes, kita jawab apa saya tidak tahu sebab saya tidak diberi hak untuk melihat jawapan.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Sila habiskan ucapan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jawapannya saya rasa saya tidak puas hati. Kita kata kita sedang berbincang. Berbincang apa? Bagi tahu dengan tarikh.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Tidak payah ulang-ulang lagi. Memang sudah faham.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bagi tahu pada sekian tarikh, kita akan laksanakan benda ini. Bagi schedule kepada jawapan kita.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Sila habiskan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih, saya menyokong. Tuan Pengerusi sabarlah sikit, bagilah chance tempoh masa. Kalau tidak, kita perang lagi ya.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Selama 60 tahun, pasai tidak minta?
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jangan menyibuk ya.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
...Kementerian Luar Negeri untuk menjawab. Masa 15 minit. Sila.
Menteri Luar Negeri - Dato’ Saifuddin Abdullah
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya mengucapkan terima kasih kepada teman-teman, Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Seperti mana yang dimaklumi bahawa Kementerian Luar Negeri telah diperuntukkan peruntukan tambahan berjumlah RM40.43 juta bagi bayaran sumbangan tahunan kepada pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan sebanyak RM30 juta bagi perbelanjaan mandatori dan kontraktual di Wisma Putra dan perwakilan luar negeri.
Tuan Pengerusi, memang ada sesetengah pejabat kita di luar negara, saya hendak bezakan, saya rasa pejabat masih okey, ada yang baru refurbish. Contohnya di London, nampak cantik, comel tetapi ada sesetengah kuarters kita di luar negara itu memang agak menyedihkan dan memerlukan maintenance yang besar juga. Kalau sebelum ini saya cerita tentang kebocoran di Paris, hari ini saya hendak cerita kebocoran di Bangkok. Jadi oleh kerana bocor, kuarters kita itu dalam apartment. Sekadar hendak tunjuk bocornya itu ada masanya teruk, ada sekali itu ia bocor dalam lif. Jadi bayangkan dalam lif ada air. Jadi itu menimbulkan masalah, bahkan boleh bahaya juga takut nauzubillah, electric shock dan sebagainya.
Akan tetapi saya hendak ucap terima kasih kepada Kementerian Kerja Raya sebab segera melihat perkara ini dan saya difahamkan minggu depan, rombongan daripada mereka akan pergi ke sana untuk melihat sejauh mana dan secepat mana dan sebanyak mana boleh dilakukan untuk diperbaiki.
Berkenaan dengan sumbangan tahunan pertubuhan antarabangsa, sambil menjawab Yang Berhormat Jeli, yang ini perlukan tambahan bukan kerana kita tiada unjuran dalam perbelanjaan yang lepas tetapi perbelanjaan yang lepas itu tidak cukup.
Menteri Luar Negeri - Dato’ Saifuddin Abdullah
Jadi itu yang terpaksa dibayar pada tahun ini kepada beberapa tempat. Misalnya untuk sumbangan mandatori kepada PBB, kemudian ada sumbangan-sumbangan yang kita perlukan misalnya untuk pasukan-pasukan pengaman yang melibatkan Malaysia, contohnya
Menteri Luar Negeri - Dato’ Saifuddin Abdullah
di Sudan, Congo, Mali dan Dafur. Ini semua memerlukan perbelanjaan dan ada yang tertunggak yang harus dibelanjakan pada kali ini.
Saya kira dari segi manfaat kita berada di pentas-pentas antarabangsa ini adalah amat jelas. Ini kerana dari segi objektif kita di pentas antarabangsa, ia selari dengan objektif Dasar Luar yang selalunya kita sebut ada tiga, iaitu dari segi kepentingan, keselamatan dan keamanan rakyat dan negara kita.
Kedua, dari segi mempromosi kepentingan kita khususnya dalam bentuk ekonomi dan perniagaan perdagangan antarabangsa. Ketiga ialah soal identiti dan imej negara di pentas antarabangsa.
Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Kepala Batas. Maknanya pengalaman Yang Berhormat Kepala Batas sebagai Timbalan Menteri Luar itu berbaloi, nampak kesannya itu masih jelas sekali.
Memang benar, ada perkara-perkara yang telah pun dimulakan oleh zaman Yang Berhormat Kimanis dan Yang Berhormat Kepala Batas menerajui Kementerian Luar Negeri yang kita teruskan yang dahulunya pun tidak sempat hendak dicapai dan digapai. Ini saya jawab sekali dengan Yang Berhormat Petaling Jaya sebab dia sangat berkaitan. Misalnya kementerian secara berperingkat-peringkat cuba mengembalikan. Ini saya jawab Yang Berhormat Petaling Jaya dahulu sementara masuk Yang Berhormat Kepala Batas.
Kementerian secara berperingkat mengembalikan semula beberapa kemudahan dan kebajikan pegawai-pegawai kita di luar negara yang sebelum ini telah dibekukan terutamanya sejak tahun 2016 disebabkan oleh kekangan kewangan. Contohnya ialah kemudahan tambang beristirahat di negara penempatan hardship. Ini negara-negara yang hardship, misalnya Bangladesh itu dikira hardship. Sesetengah negara di Afrika dianggap negara yang kita anggap hardship dan juga kemudahan visitation untuk anggota keluarga terutamanya anak-anak mereka.
Sekarang ini kita sedang usahakan supaya dapatkan semula. Itu kita sudah mula dapat yang saya sebutkan tadi itu Yang Berhormat, kita sudah mula dapat. Kemudian kita sudah mula dapat kemudahan, maksud saya dapat semula. Kita sudah dapat semula kemudahan tambang balik sekali dalam penempatan tetapi belum sepenuhnya. Ini kita cuba hendak dapat dengan izin Tuan Pengerusi, kita hendak reinstate apa yang pernah pegawai- pegawai kita dapat dahulu tetapi tidak dapat dua tiga tahun kemudian. Kita hendak reinstate.
Itu sebahagian besar sudah mula dapat dan sebahagiannya sedang kita cuba dapatkan.
Ada sebahagian duta-duta kita di luar negara yang menggunakan kereta rasmi yang sudah berusia lebih 10 tahun. Sebenarnya perbelanjaan untuk membaiki dan maintenance kereta itu sudah tidak lagi economical. Dalam perbelanjaan akan datang dan kita akan ulang lagi permintaan dari zaman dahulu, beberapa tahun dahulu, kita perlu mengganti unit-unit kereta yang sudah memang dimakan zaman. Kita ada 26 duta yang menggunakan kereta yang sudah berusia lebih 10 tahun.
Saya rasa Yang Berhormat pun kalau bagi percuma pun Yang Berhormat tak nak.
Walaupun Mercedes tetapi sudah begitu lusuh sekali. Pada masa yang sama, kaunselor.
Kerja-kerja kaunselor tidak lagi hanya menguruskan perkara-perkara di kaunter. Kerja-kerja kaunselor pada hari ini juga melibatkan lawatan-lawatan seperti yang disebut oleh beberapa Ahli Yang Berhormat tadi untuk menyelesaikan isu rakyat kita yang di Kemboja, Liberia, Palembang, Bali, Palu, Lombok dan yang terakhir di Christchurch. Jadi, ini semua melibatkan penambahan perbelanjaan.
Saya berterima kasih kerana ada Ahli Yang Berhormat yang menyentuh soal belanja bagi hari perayaan negara. Pada tahun 2018, kita hanya dapat peruntukan sekitar RM800,000 untuk sambutan Hari Malaysia. Maknanya hari perayaan utama negara. Kita cuma boleh bagi kepada tidak sampai 30 kedutaan yang besar-besarlah tetapi itu memang bukan perkara yang sepatutnya berlaku seboleh-bolehnya, kalaupun tidak setiap pejabat.
Saya hendak jelaskan sebab kalau di Australia, kita ada kedutaan, kita ada kaunselor yang lain. Mungkin tidak semua pejabat, maknanya bukanlah kalau di Australia itu di Canberra pun dapat, di Melbourne pun dapat. Tidak semestinya begitu.
Akan tetapi tentu harus ada perbelanjaan yang wajar dan saya terima kasih cadangan yang baik daripada Yang Berhormat Kepala Batas. Mungkin kalau di Australia, tempat yang paling sesuai ialah di mana rakyat paling ramai iaitu di Melbourne. Jadi ini
Menteri Luar Negeri - Dato’ Saifuddin Abdullah
perkara-perkara yang- langkah kita berjimat- jimatlah Tuan Pengerusi. Orang lain setengah itu buat dekat hotel, kita buat dekat pejabat kitalah, secara ala kadar.
Ada masanya pegawai-pegawai kita dan kalau isterinya, ini perwakilanlah nama persatuannya Perwakilan. Mereka masak sendiri untuk berjimat, memang masak sendiri Tuan Pengerusi. Lain kali hendak ajak Tuan Pengerusi pergi tengok, bagus tak dia punya lemang dan bawa ketupat ini. Panjat kelapa, bukanlah panjat kelapa. Beli daun kelapa, hantar ke Malawakil dan mereka anyam ketupat dan masak untuk buat Hari Kemerdekaan dan sebagainya.
Berkaitan dengan resolusi mengecam Israel yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat, memang itu adalah satu daripada legasi Malaysia ketika kita paling akhir berada di Majlis Keselamatan. Kita konsisten untuk meneruskan bukan sahaja kecaman kepada Israel, kita juga, saya sebut begini ya sebab ini belum jadi dasar lagi. Saya hanya sebut begini sahaja.
Kalaupun kita tidak boleh hendak buat lebih dari segi lebih daripada mengecam Israel, saya kira, ini yang saya harus berhati-hati sebab ini bukan dasar ya. Saya kira dan ini saya nanti minta pandangan. Ini yang kalau ada Select Committee di kalangan Yang Berhormat sesuai, mungkin untuk Palestin itu kita harus lihat dengan lebih terbuka.
Oleh sebab Ahli-ahli Yang Berhormat faham Palestin itu ada dua. Saya tidak payah sambunglah sebab Menteri Luar Negeri tidak boleh cakap lebih sangat. Nanti orang anggap sebagai dasar yang baru tetapi kita harus, kalau makna tidak boleh hendak kecam, tidak boleh hendak buat lebih dari mengecam Israel, bagaimana kita boleh buat lebih untuk membantu Palestin. Saya fikir itu juga sebahagian daripada semangat apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kepala Batas.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] Saya akan jawab ICC kemudian. Perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani. Sebenarnya perkara ini di bawah bidang Kementerian Dalam Negeri tetapi saya difahamkan bahawa bab KITAS ini sudah dibincangkan dan saya rasa saya malaslah hendak ulang perkataan yang sama. Akan tetapi memang hampir-hampir selesailah. Ini persoalan yang saya sudah bawa sendiri dengan Yang Berhormat Menteri Luar Indonesia dan perkara ini sudah sampai kepada Presiden Indonesia juga. Jadi saya yakin perkara ini boleh diselesaikan.
Yang Berhormat Pendang. Di samping Kementerian Luar Negeri, sebenarnya memang betul ada agensi-agensi lain yang bekerja di luar negeri. Hubungan antara kita Malawakil Duta. Duta adalah sebagai kita punya ketualah apabila di luar negara dengan jabatan-jabatan lain. Mereka dipandu oleh suatu sistem yang cukup teratur yang dipanggil Sistem Pentadbiran Kerajaan Malaysia (SPKM). Jadi, ada hubungan walaupun hubungan ini perlu diperbaiki dari semasa ke semasa. Cuma dari segi bajet, agensi-agensi ini ada bajet mereka masing-masing.
Soal promosi produk Malaysia di luar negara, itu kita akan sentiasa tingkatkan. Oleh sebab itu Malawakil main peranan, misalnya untuk bantu Menteri Perusahaan Utama, isu kelapa sawit terutamanya di Eropah. Di samping itu juga, kita telah berbincang dengan Kementerian Pendidikan sebab Kementerian Pendidikan ada cadangan untuk mempromosi bahasa, buku sastera Malaysia di luar negara.
Menteri Luar Negeri - Dato’ Saifuddin Abdullah
Begitu juga kita boleh memainkan peranan dalam mempromosi filem Malaysia yang baik-baik. Termasuk yang menang award seperti ‘Crossroads: One Two Jaga’ sebagai contoh dan yang lain-lain juga. Dimaksudkan oleh Yang Berhormat Jeli tadi, sebahagian saya dah jawab. Sebahagian lagi tentang kemudahan yang pegawai-pegawai kita dapat di luar negara, berbanding dengan pegawai-pegawai negara lain. Secara umumnya, saya fikir tidaklah malu. Namun, kalau boleh dapat bajet tambahan, saya rasa tentulah boleh kita tingkatkan lagi. Akan tetapi yang paling utama sekarang seperti saya sebutkan tadi ialah kita hendak, dengan izin, reinstate apa yang mereka pernah dapat, termasuk soal pendidikan anak-anak mereka. Jadi, yang menjadi penting dari segi kebajikan pegawai-pegawai kita ini ialah soal pendidikan anak-anak mereka. Visitation dan sebagainya.
Menteri Luar Negeri - Dato’ Saifuddin Abdullah
Soal kita menjadi pemimpin, saya fikir suatu kebitaraan kita sementalahan kita mempunyai Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri ialah moral leadership. Memang itulah kekuatan Malaysia selama ini. Yakni, soal moral leadership. Oleh sebab itu, dalam kerangka Dasar Luar Malaysia Baharu, kita menggariskan bahawa di samping kita main peranan membuat keputusan di tempat-tempat yang kita boleh buat keputusan, kita juga mainkan peranan dan kita hendak mainkan peranan untuk mempengaruhi keputusan dan memainkan peranan untuk membentuk perbahasan dan discourse. Satu pendekatan baharu yang lebih kita gunakan sekarang ialah bagaimana kita bekerjasama dengan pihak CSO antarabangsa yang light-minded dengan kita untuk kita ke hadapan kan perkara-perkara yang ingin kita perjuangkan.
Soal berjimat cermat yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Pengerang. Memang kita berjimat cermat. Menteri, KSU dah tak naik first class sejak daripada KSU yang terbaru sebelum ini, from the immediate past KSU. Kita cuba membeli ada masanya tiket itu secara online kerana itu lebih murah dan kita akan cari penerbangan yang semurah mungkin. Yang Berhormat Sik, tentang Yaman, saya ambil maklum. Memang kita tidak aktif di Yaman sekarang. Akan tetapi kita sentiasa teliti dari semasa ke semasa. Bagaimana kita boleh bantu sebab Yang Berhormat timbulkan khusus tentang pelajar-pelajar. Saya akan minta pegawai lihat sebab ini memang perkara yang sangat munasabah Yang Berhormat timbulkan.
Begitu juga tentang Mesir. Tentang atase kemanusiaan di Bangladesh, kita merasakan bahawa keperluan itu tidak wujud lagi. Oleh kerana itu di suatu peringkat yang awal. Kita sudah dapat kenal pasti sebenarnya kedudukan masalah di Bangladesh. Maksud saya, Rohingya dan juga pelarian Rohingya di Bangladesh. Kita sudah ada Hospital Medan.
Pada waktu yang sama, kita guna pendekatan yang baharu. Dua iaitu melalui CSO kita sendiri yang ada di sana. Juga, melalui keterlibatan lebih aktif Menteri-menteri Luar ASEAN dalam isu-isu berkaitan dengan Rohingya.
Yang Berhormat Petaling Jaya, saya rasa saya dah jawab tadi. Yang Berhormat Pontian, saya jawab last. Yang Berhormat Arau ataupun saya jawab Yang Berhormat Pontian sekarang.
[Ketawa] Yang Berhormat Pontian menimbulkan soal ICC. Begini lah Tuan Pengerusi, saya dah jawab ini saya rasa dua kali. Saya telah keluarkan kenyataan akhbar panjang, sebanyak empat muka surat. Perkara Yang Berhormat Kepala Batas pun ada berkaitan dengan ini. Ia dua perkara.
Dua komponen dari segi perbahasan tentang ICC ini. Pertama ialah tentang undang- undangnya dan ini kita sudah debatkan. Kedua ialah tentang proses membuat keputusan. Ini pun telah saya debatkan di sini dan di tempat-tempat yang lain. Pandangan memang ada dua, itu saya tidak nafikan, ya. Ada pandangan yang bersetuju, ada pandangan yang tidak bersetuju. Saya kira kita telah buat keputusan. Kita akan cuba melunaskan keputusan itu dengan cara yang sebaik-baiknya.
Saya hendak minta kefahaman daripada Dewan kerana ada benda yang saya tidak boleh hendak sebutkan sekarang. Terutama soalan akhir oleh Yang Berhormat Kepala Batas.
Itu saya harap Yang Berhormat faham. Bukan saya tak nak menjawab. Akan tetapi ya lah, ada masanya kita tidak boleh hendak sebut benda itu kerana hanya yang berhak yang wajar menyebutkannya.
Jadi, saya mohon kefahaman setakat itu dulu tetapi kalau selepas ini ada lagi, kita boleh sambung balik Yang Berhormat Pontian punya perbahasan. Cuma saya minta kefahaman sebab saya tidak menjawab Yang Berhormat Pontian. Saya menjawab Yang Berhormat Kepala Batas. Oleh sebab Yang Berhormat Kepala Batas punya soalan akhir itu, yang itu yang saya tidak boleh hendak jawab. Buat hari ini dan buat masa ini.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas
Saya faham.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat jawab sikit-sikit lah.
Sikit-sikit. Bagi hint. Bagi hint.
Dato’ Saifuddin Abdullah
Tidak. Yang Berhormat Kepala Batas dah faham. Saya rasa Yang Berhormat Arau, lagi lama lagi faham.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bila Yang Berhormat Kepala Batas tanya soalan, kami tertanya-tanya jawapan. Orang kata tidak mahu jawab, jangan cakap. Bila dah cakap, kami tertanya-tanya Yang Berhormat. Bagi hint sikit lah. Hint sikit.
Dato’ Saifuddin Abdullah
Tuan Pengerusi. Hint itu yang tidak boleh itu.
Tuan Pengerusi
Menteri dah menjawab, tidak boleh. Tunggu masanya.
Dato’ Saifuddin Abdullah
Ha?
Tuan Pengerusi
Tunggu masa yang sesuai.
Dato’ Saifuddin Abdullah
Tunggu masa yang sesuai. Ia ada masa benda-benda ini kita kena menghormati apa yang sedang dilakukan. Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau ini kan Tuan Pengerusi, seingat saya lah kalau dia bangun tidak sebut Beting Patinggi Ali, itu bukan Yang Berhormat Arau.
[Ketawa] Itu sah lah kita boleh panggil Yang Berhormat Beting Patinggi Ali.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Dia hendak tukar bertanding sana itu.
Dato’ Saifuddin Abdullah
[Ketawa] Ya. Saya tidak tahu lah, dia mungkin ada tinggalan. Oleh sebab dia kata orang lain tidak pernah pergi. Dia pergi, ada tinggalan kot?
[Ketawa] Ha! Jatuh hati? Saya tidak tahu. Begini lah...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, sebenarnya di situ kawasan reserve minyak dan gas asli di antara yang terbanyak di dunia.
Dato’ Saifuddin Abdullah
Betul.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Itu yang saya concern. Kalau Yang Berhormat hendak saya terus jadi wakil rakyat Beting Patinggi Ali pun, saya rela dan reda.
Akan tetapi saya sorang-sorang lah. Tidak ada penghuni di sana.
Dato’ Saifuddin Abdullah
Tidak apa. Tidak apa. Tidak apa. Saya tidak boleh mendahului, ada lagi satu benda. Itu lah, ada masa saya minta kefahaman juga. Akan tetapi nanti Yang Berhormat akan lihat bahawa kalau sekarang ini Yang Berhormat kata Yang Berhormat sorang sahaja yang pergi, nanti Yang Berhormat akan tengok orang lain pun pergi.
Akan tetapi siapa pergi itu, saya tidak boleh hendak sebut lagi lah.
Bukan, maksudnya begini Tuan Pengerusi, memang kita pandang serius apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Arau dan kita memang cuba sedaya upaya. Apa yang saya boleh sebut begini. Sekarang kita mempunyai peta Malaysia yang kita isytiharkan iaitu peta pada tahun 1979. Sejak zaman Yang Berhormat Kepala Batas dan Yang Berhormat Kimanis, sudah ada perbincangan untuk melihat kembali peta itu dan mengambil kira UNCLOS. Oleh sebab UNCLOS 1982.
Akan tetapi kita hendaklah hilang apa yang kita dah ada pada tahun 1979 hanya kerana ada UNCLOS. Oleh kerana itu, ada lah berlaku apa yang dipanggil dispute antara kita dengan jiran. Kita kena pertahankan lah. Dalam hal-hal tertentu, tradisi kita ialah kita tidak akan kompromi dan jika perlu kita pergi ke timbang tara antarabangsa. Cuma dengan China ini, memang masalah ia luar biasa lah. Saya tidak tahu sama ada kita boleh, misalnya berunding tentang ia punya bot kawalan pantai. Akan tetapi saya hanya boleh menyatakan bahawa kita sedang melihat perkara itu. Ia hendak claim, semua orang akan claim. Akan tetapi sekurang-kurangnya kalau ia bersetuju untuk mengurangkan tension, dengan izin, sebab ada masanya tension ia itu disebabkan antara lain, oleh saiz bot kawalan pantainya yang ada waktunya lebih besar daripada aset-aset navy yang kita miliki.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas
Boleh? Berkaitan dengan soalan yang disebut tadi. Apakah kerajaan berhasrat juga untuk mengambil posisi sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Philippines? Oleh sebab dalam isu UNCLOS ini, dalam isu Laut China Selatan, antara yang paling penting ialah untuk kita tentukan maritime features. Oleh sebab ia ada tiga jenis. Satu, an island. Kedua dipanggil rock dan yang ketiga, dipanggil low-tide elevation. Paling penting ialah when it comes to orang kata, bukan soal features itu yang penting tapi what it’s reserved.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas
Dia ada 12 mile nautical, territorial water, EEZ 200 and then continental shelf, another 350. So, sebab itulah Filipina, dia ambil keputusan untuk bawa ke arbitration bukan untuk menentukan hak tetapi untuk menentukan actually at least maritime features yang berada sebab itu secara tak langsung memberi kesan juga kepada keberadaan apa yang menjadi hasil mahsul di bawah laut tersebut dan tentu sekali sebagaimana yang disebutkan sama ada kapal boleh lalu, tak lalu. I’m quite sure Yang Berhormat Menteri tahu, ada kalanya dipanggil safe passaging, mungkin dia boleh lalu tetapi sekurang-kurangnya ia memerlukan kebenaran daripada kita kalau kita identify the features itu. Terima kasih.
Dato’ Saifuddin Abdullah
Tuan Pengerusi, itu antara perkara yang digunakan bila kita menimbangkan soal peta baru tadi sebab kita dengan Indonesia. Indonesia dia lihat ada masanya daripada bentuk yang berbeza, kita lihat daripada pendekatan yang berbeza. Jadi, ini Singapura tak ada peta. Tuan Pengerusi, bayangkan sukarnya pegawai kita bila berunding dengan Singapura kerana kita ada peta yang diisytiharkan, Singapura tak ada peta yang diisytiharkan.
Jadi kerana itu, ada waktunya apabila ada maritime dispute dengan izin, ini adalah perkara-perkara fundamental yang harus dilihat tetapi saya ucap terima kasih kerana Yang Berhormat Arau, sangat passionate dengan izin, dalam perkara-perkara yang ditimbulkan dan terima kasih juga Yang Berhormat Kepala Batas dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain.
Saya lupa nak jawab tadi...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, sikit sahaja. Boleh tak kita mulakan satu rundingan, dialog yang mungkin kita boleh adakan tiap-tiap bulan sebab sekarang ini tidak ada satu pendekatan yang menunjukkan bahawa MKN dan Kementerian Luar Negeri yang berunding perkara ini dengan pihak China. Kita kena ingat dalam peta 1979, Spratly Island itu semua kita punya. Sebelum ini, semua kita punya sebab Yang Berhormat Langkawi pergi duduk sana dan claim semua island ini kita punya tetapi ada satu masa, masa ribut melanda, Vietnam telah mengambil dua pulau. Yang ini kita telah bina batu tanda di sana, dia ambil dua dan Filipina ambil dua dan tiga lagi diambil oleh negara China.
Yang sekarang ini kita tinggal tigalah, tiga ataupun empat, saya tak pasti. Jadi sekarang ini, peta itu sendiri pun sudah pun terubah apabila mereka masuk dengan tentera mereka untuk mengambil tempat-tempat berkenaan. Akan tetapi, Beting Patinggi Ali ini jaraknya ialah 4,000 kilometer daripada Hainan, selatan negara China. Jadi, kita minta supaya satu jawatankuasa atau perundingan Menteri ke Menteri dibuat tiap-tiap bulan sebab kita hendak supaya coast guard dia mesti keluar daripada kawasan Beting Patinggi Ali.
Ini kerana ada maklumat daripada nelayan kita, bila nelayan kita pergi ke sana, dia tegur dan kata ini kawasan negara mereka, sila balik. Jadi nelayan kita takut. Ada sebuah pelantar yang berwarna oren yang dibina di sana, sampai sekarang tidak ada penghuni.
Mungkin ketakutan untuk pergi ke sana kerana coast guard China yang besarnya lebih besar daripada kapal perang kita terus berada di sana walau apa pun kita buat.
Akan tetapi kalau kita tambahkan kapal kita, mungkin tiga ataupun empat dan kita letakkan dengan jarak yang tidak jauh, sudah pasti dia akan pergi kerana kapal kalau dia hanyut sekali, sudah pasti akan kapal bertemu kapallah. Jadi, kita minta supaya kehadiran kita lebih menampakkan ini negara kita bukan menampakkan kita takut kepada dia. Terima kasih.
Dato’ Saifuddin Abdullah
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya nak rakamkan sekali lagilah terima kasih. Pegawai-pegawai dan saya juga ambil maklum tentang pandangan Yang Berhormat Arau. Tentu ini akan membantu dalam kita meningkatkan lagi kawalan dan sebagainya dan ini melibatkan bukan sahaja Kementerian Luar. Sebenarnya lead agency nya ialah maritim, navy dan sebagainya. Jadi saya hendak ucapkan sekali lagi terima kasih Tuan Pengerusi atas semua sumbang saran daripada Ahli-ahli Yang Berhormat.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM70,430,000 untuk Maksud B.13 di bawah Kementerian Luar Negeri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM70,430,000 untuk Maksud B.13 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Maksud P.15 - Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2018] – Tuan Pengerus
Kepala Pembangunan P.15 di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi terbuka untuk dibahas. Silakan. Ada pembahas?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Pontian. Silakan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Baru nak melihat iaitu bantuan khas FELDA ini sebanyak RM77 juta, Butiran 16400. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa FELDA ini adalah satu agensi yang amat penting. Ia telah membuktikan berjaya sebelum ini dan apabila kita senaraikan FGV dalam tempoh tujuh tahun kebelakangan ini, enam tahun itu FGV untung tetapi baru-baru ini FGV rugi. Jadi, daripada segi peruntukan tambahan bagi bantuan khas sara hidup ini, ia perlulah konsisten dan apa yang telah kita beri sebelum ini wajar diteruskan dan bukan dipotong.
Kemudian, saya ingin bertanya juga tentang RM528,864,500 yang mengenai penajaan pendidikan di bawah MARA ini. Saya ingin tahu daripada segi angka, berapakah yang sedang ditaja pada saat dan ketika ini dan adakah program penajaan ini akan ditingkatkan daripada semasa ke semasa? Saya difahamkan bahawa penajaan ke luar negara semakin dikurangkan pada ketika ini dan penajaan lebih kepada pelajar-pelajar di dalam negara.
Saya kira pengalaman belajar di luar negara itu agak berbeza, banyak bezanya. Ia memberikan pendedahan yang lebih kepada pelajar-pelajar kita dan saya harap ianya dapat diteruskan dengan tambahan peruntukan yang mencukupi untuk pelajar-pelajar bumiputera khasnya dilatih di luar negara. Saya pohon berapa jumlahnya dan apakah perancangan untuk membiayai program penajaan pendidikan di luar negara ini? Adakah MARA melaksanakan apa yang tidak dilaksanakan oleh PTPTN. PTPTN sebelum ini kepada siapa yang mendapat ijazah kelas pertama, maka segala pinjaman itu dijadikan biasiswa. Adakah MARA mengikut langkah itu ataupun MARA mengekalkan dasar bahawa mana-mana pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama maka pinjaman itu menjadi biasiswa dan tak perlu dibayar.
Butiran 04000 – RISDA. Saya melawat pejabat RISDA di Pontian khasnya dan saya lihat KPI RISDA ini ialah untuk memastikan penduduk luar bandar di bawah RISDA mempunyai pendapatan RM4,000 dan ke atas. Saya ingin tahu, apakah langkah-langkah yang dibuat oleh RISDA untuk memastikan perkara itu dilaksanakan dan apabila banyak kawasan terutama di kawasan selatan tidak lagi mempunyai pohon getah. Banyak getah di sebelah Kelantan, di sebelah Kedah, utara Perak misalnya. Akan tetapi di bahagian selatan misalnya Johor, apakah peranan RISDA itu boleh diubah daripada menjaga hal-hal yang berhubung kait tentang getah boleh diubah kepada hal-hal untuk meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar?
Seterusnya ialah mengenai FELCRA ini, Butiran 03100. Memang saya membaca dalam laporan-laporan bahawa peruntukan sara hidup FELCRA ini diturunkan daripada RM1,000 kepada RM450. Saya ingin tahu, bagaimana perkara ini boleh berlaku dan sebelum ini dijawab di sini ialah mengenai bangunan. Saya difahamkan bangunan yang didirikan itu ada sumber pendapatannya, dia bukan dibina tanpa dikira daripada segi nilai ekonominya.
Dua bangunan itu disebut boleh disewakan, tentunya dan daripada sewaan itu boleh mendapatkan keuntungan yang tertentu. Jadi dengan lain perkataan, bangunan FELCRA itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak meneruskan jumlah yang sewajarnya diberikan peruntukan sara hidup kepada pihak-pihak yang terlibat.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya kira FELCRA perlu belajar daripada kejayaan-kejayaan yang dibuat oleh agensi lain dalam menguruskan ladang sawit kerana sebelum ini apabila kita bandingkan antara FELCRA dengan FELDA, FELDA melebihi dari segi pencapaian daripada FELCRA.
Jadi, FELCRA perlu belajar daripada FELDA. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Silakan Yang Berhormat Jeli.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed - Jeli
Tuan Pengerusi terima kasih. Dua perkara yang pertama mengenai FELDA 16400. Seperti diumumkan oleh kerajaan, oleh Menteri, Timbalan Menteri, akan ada satu Kertas Putih berkaitan isu-isu yang dihadapi oleh FELDA.
Jadi, saya hendak tahu, sama ada bila kertas ini akan dimuktamadkan dan apakah sebab ia
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed - Jeli
lewat jangkaan awal hujung tahun lepas? Sekarang ini kita difahamkan di sidang ini dan sama ada peruntukan waktu yang sewajarnya akan disediakan untuk membolehkan Ahli Parlimen berbahas tentang Kertas Putih yang akan dibentangkan oleh kerajaan, itu 16400.
Kedua ialah FELCRA, kita tahu bahawa FELCRA ini sudah pun dikorporatkan, berdikari, tidak mendapat bantuan daripada kerajaan yang sini ialah pinjaman di mana kena bayar balik. Kita juga difahamkan bahawa FELCRA ada isu-isu masalah, mungkin tidak sama dengan FELDA, isunya berbeza. Akan tetapi dalam konteks ketelusan dan juga keterbukaan, penting kerajaan membentang kepada Dewan dengan agak terperinci isu-isu yang dihadapi oleh FELCRA.
Isunya sama ada FELCRA ini lestari boleh, dengan izin, sustainable dalam keadaan yang mencabar harga getah, harga kelapa sawit dan mungkin pelaburan-pelaburan yang perlu dilihat semula. Jadi soalan saya Butiran 03100, adakah kerajaan bercadang untuk membentangkan kertas- bukan Kertas Putih mungkin, ataupun penjelasan tentang business model FELCRA ini, setakat mana FELCRA lestari. Maknanya, ia tidak memerlukan bantuan kerajaan di masa akan datang. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Arau, silakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, terima kasih kepada Tuan Pengerusi yang memberi peluang untuk saya berbahas bersama.
Pertama sekali, saya tengok dalam kementerian baharu ini, ia tidak ada peruntukan tanda. Ia semua peruntukan baru yang diwujudkan dan diberi peruntukan. Sepatutnya ada satu peruntukan tanda kerana kalau berlaku perkara-perkara yang menuntut untuk mereka melaksanakan apa-apa projek yang diambil daripada wang luar jangka, jadi kita sudah ada peruntukan tanda.
Kementerian lain memasukkan peruntukan tanda RM10, jadi yang ini tidak masuk peruntukan tanda termasuklah peruntukan tanda sebagai contohnya ialah peruntukan untuk semua Ahli Parlimen, bubuh tanda siap-siaplah dengan itu senang. Lepas itu kalau kerajaan terfikir suatu hari terfikir bahawa mereka harus berlaku adil pada semua, jadi dengan itu tidak ada masalah untuk memberi peruntukan. Jadi, peruntukan tanda itu penting dalam penyediaan apa-apa belanjawan sebab kementerian ini kementerian baru.
Jadi, bubuh tanda RM10 peruntukan projek-projek khas dan sebagainya untuk membolehkan apa-apa saja perkara yang menuntut untuk kerajaan terlibat kita boleh keluarkan wang daripada Tabung Luar Jangka. Jadi, itu yang pertama.
Keduanya, saya ucapkan terima kasih kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Timbalan pun tidak ada di sini. Dia sering kali dinampak untuk memudah cara dan kurang sikit sifatnya untuk menuduh kita ini perompak, penyamun dan sebagainya kuranglah sikit.
Akan tetapi dengan itu kita akan mewujudkan suasana ekonomi yang lebih menarik.
Sekarang ini suasana ekonomi tidak menarik kerana terdapat beberapa mulut yang mengancam kepada orang untuk melabur di sini. Termasuklah beberapa Ahli Parlimen mereka, hari ini saya nampaknya ada sedikit ketenangan yang telah diberikan kepada Yang Berhormat Jelutong, saya ingat dia tidak bercakap berapa langsung. Ini menunjukkan ada sedikit kemajuan...
[Ketawa] Orang pun melihat bahawa negeri ini harus ditadbir dengan baik dan tidak perlu bergaduh dan sebagainya.
Jadi sudah pasti saya ingat Tuan Pengerusi pun sudah panggil dia untuk memberi teguran dan kami tidak ada masalah. Kami ialah jenis manusia yang baik, kami baru-baru ini saja...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Masalah semua daripada sana.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Parit Buntar awak askar dulu, awak tidak tahu apa yang berlaku. Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Padang Serai.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Padang Serai, dulu askar disiplin, sekarang ini jangan tidak disiplin. Sekarang saya masih hormat sebagai bekas
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
askar dan saya penyokong kuat bekas askar. Jadi, sebenarnya kalau sana tidak buat provokasi, tanya Tuan Pengerusi, simpan dalam diari Tuan Pengerusi kalau hendak mati esok, saya hendak tengok bahawa orang yang membuat provokasi kepada Barisan ialah Kerajaan DAP-PH.
PH selalu menyebut Kerajaan UMNO-PH. Sebut UMNO-PH, UMNO-BN, sorry [Ketawa] Eh! Silap-silap jadi doa. Sering menyebut.
[Ketawa]
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang Berhormat Pendang dok tengok itu, Yang Berhormat Pendang dok rasa lain sudah itu.
[Ketawa]
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Sudah hati itu UMNO-PH.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
UMNO dan PAS berpisah tiada.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Tidak apa, nanti kita bagi borang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kita selalu menyebut UMNO-BN, UMNO-BN dengan niat supaya saya mengatakan bahawa Kerajaan DAP-PH. Jadi sekarang saya sebut pada hari ini, kami akan sebut bahawa ini kerajaan walaupun majoritinya PKR tetapi DAP yang lebih terlantang di hadapan. Kita tahu bahawa Perdana Menteri daripada parti yang ada 13 Kerusi. Sekarang ini adalah Yang Berhormat Jeli dengan beberapa orang pergi sana 15 orang, jadi ada 28 ataupun 29 Kerusi.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, apa kena mengena dengan Butiran?
[Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Pengerusi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Cukuplah sudah merapu kang.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Ini ceramah Rantau ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Pengerusi, saya cakap fasal ekonomi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Arau, cukuplah. Cukup, cukup.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Akan tapi puak-puak ini tidak reti berniaga. Kita hendak wujudkan suasana ekonomi yang lebih terangsang. Saya berniaga, berniaga saham sekarang, saham jatuh Tuan Pengerusi kerana mulut...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Hiduplah Yang Berhormat Pekan dalam mahkamah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya Allah, ya Tuhan ku siapa ini? Ini zoo negara kah ini?
[Ketawa] Jangan ganggu saya, saya tidak hendak ganggu tuan-tuan.
Jadi saya minta supaya ada yang kita bantu kepada FELDA, FELCRA dan juga RISDA kita teruskan.
Keduanya, latihan MARA, yang kita bagi kepada MARA daripada pendidikan dan juga latihan di bawah ini, kita minta supaya MARA mempertingkatkan latihan supaya...
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Itu butiran lain itu.
[Ketawa] Tidak ada dalam ini dalam butiran ini.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Kangar jangan kacau, hendak habis sudah ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini penyamun ini tidak baca buku ini.
Jadi dia tengok di bawah Butiran 00615 ini...
[Menunjukkan dokumen berkaitan] Mungkin penyamun dan perompak tidak baca. Jadi kita minta supaya MARA memberi latihan dengan lebih hebat kerana..
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Pekan di mahkamah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Di antara sebab rakyat Malaysia sekarang ini, kerja-kerja rakyat Malaysia diambil alih orang-orang asing kerana kita kekurangan kemahiran. Jadi, kalau sekiranya rakyat Malaysia ada kemahiran ataupun latih sikit bawah...
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Lepas ini terowong masuk mahkamah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Aku akan ganggu kamu sampai habis sekejap lagi.
[Ketawa] Kalau sekiranya kita bagi latihan sikit kepada semua orang, sudah pasti rakyat Malaysia perlahan-lahan boleh mengambil alih daripada orang-orang asing yang bekerja.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Arau, Parit Sulong.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi Kerajaan DAP-PH...
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Parit Sulong belakang ini saja.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Parit Sulong.
Tuan Pengerusi
Silakan.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih. Tadi Yang Berhormat Arau ada cakap mengenai Butiran 00613 ini yang program penajaan pendidikan, Butiran 00615 sorry. Boleh tidak, saya hendak minta Yang Berhormat Arau untuk mungkin boleh terangkan lagi ataupun mungkin boleh tanya dengan pihak kementerian sebab ia bertindih dengan apa yang ada di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Saya hendak tahulah sebenarnya MARA ini bawah kementerian yang kita bincangkan sekarang bawah ekonomi kah bawah Kementerian Luar Bandar, itu yang hendak tanya itu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Soalan Yang Berhormat Parit Sulong ini cukup baik. Orangnya manis, cukup baik soalannya. Jadi, masukkan sebahagian daripada ucapan saya. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Masa sudah habis Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sekarang giliran siapa?
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Sibuti.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Kangar.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Kangar dulu.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
*Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.*
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Kangar ini tidak layak berucap lagi. Dia baru bangun saja, yang bangun lama Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
[Ketawa] Terima kasih kepada Tuan Pengerusi atas keizinan untuk saya menggunakan ruang yang singkat ini...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia ganggu saya bercakap tadi, saya akan ganggu dia sampai habis.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Untuk bercakap tentang perkara di bawah maksud P.15, Butiran 16400 – Bantuan Khas FELDA 2018.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Tadi saya mendengar Yang Berhormat Arau dia memuji Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Pagi tadi semasa Yang Berhormat Arau keluar, saya ada sebut kepada kawan- kawan dia yang lain bahawa Yang Berhormat Arau dapat peruntukan lebih banyak daripada mereka. Jadi kena tanya dengan Yang Berhormat Arau, macam mana dia buat.
Saya cuma nak sebut balik apa yang...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, ini sangkaan jahat dan berniat untuk menjatuhkan reputasi saya. Yang Berhormat, kami ini tidak dapat peruntukan, yang kami dapat peruntukan tahun lepas yang ditahan oleh Menteri Kewangan. Jadi Yang Berhormat jangan tanya yang cukup bodoh. Bodoh itu!
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Saya tahu Yang Berhormat Arau dapat peruntukan lebih, tak apa Yang Berhormat Arau, duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya tak dapat.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Saya hanya nak sebut, saya hanya nak sebut tentang...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya tidak dapat peruntukan. Saya dapat ialah peruntukan yang diberhentikan kerana surat daripada Menteri Kewangan, bukan saya seorang.
Tuan Pengerusi
Okey, teruskan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Pengerusi, inilah orang yang membawa cerita tak baik di Perlis yang cuba menjatuhkan maruah saya.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Saya hendak menyentuh tentang 16400 – Bantuan Khas.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dan dia ini, budak ini bukan ada jasa di Perlis, dia menang...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Arau, giliran dah habis ya. Silakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tadi dia ganggu saya, saya hendak bercakap pun tidak boleh. Suruh dia minta maaf apa yang dia ganggu saya tadi.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Yang Berhormat Arau pergi makan ubatlah Yang Berhormat Arau, pergi makan ubat.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang saya sebut dalam...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, budak ini...
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang saya sebut sebenarnya dalam perbahasan saya tetapi tidak dijawab oleh kementerian.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Budak ini tidak pernah ada jasa tetapi dia menang baru-baru ini, dia ingat dia boleh buat semua.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Iaitu tentang penutupan kilang gula Chuping.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini kalau sekiranya PH menang tetapi dia kaya, apakah PH boleh apa itu ha! Ini bila dia menang kita boleh menghukum orang.
Kerajaan harapan baru...
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi
Sila duduk Yang Berhormat Arau. Dia kacau satu saat, Yang Berhormat Arau bangun kacau 10 saat, tak jadilah. Ya, silakan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma nak mengulang balik oleh kerana semasa perbahasan tempoh hari, kementerian tidak menjawab satu isu yang saya bangkitkan iaitu mengenai penutupan kilang gula. Walaupun kilang gula ini terletak di luar kawasan saya tetapi ia...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Pengerusi, minta penjelasan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Ia terletak di negeri Perlis, jadi kilang gula ini ialah satu...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penjelasan Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi
Tidak diberi laluan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tadi Yang Berhormat sebut Yang Berhormat Arau dapat peruntukan, Yang Berhormat cuba nak pelaga di antara Yang Berhormat Port Dickson dan Yang Berhormat Gombak. Sangkaan yang jahat.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
[Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, kononnya saya baik dengan Yang Berhormat Gombak, dengan itu saya dapat peruntukan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Saya hanya nak beritahu kerajaan baru ini baik, dia bagi juga peruntukan. Jadi, saya minta kawan-kawan Yang Berhormat Arau belajar daripada Yang Berhormat Arau, macam mana nak dapatkan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bukan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Saya puji Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bukan puji, itu menyebabkan nama saya tercemar.
Tuan Pengerusi
Teruskan, teruskan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dengan itu saya hendak minta...
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Saya ingin bertanya kerana jelas...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat tarik balik.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Daripada peruntukan tambahan ini kementerian menunjukkan komitmen.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Amin, kita kawan, tarik balik tu.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Untuk membantu golongan penduduk FELDA tetapi oleh kerana dengan penutupan kilang gula Chuping di bawah FGV ini, lebih kurang 400 orang pekerja tetap dan 100 orang pekerja kontrak kehilangan sumber pendapatan dan 200 daripada mereka ini kehilangan juga tempat tinggal kerana mereka sebelum ini tinggal di kawasan penempatan FELDA. Jadi, apakah langkah-langkah yang diambil oleh FELDA khususnya FGV melalui FGV untuk membantu kebajikan mereka selepas penutupan kilang gula ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, ini penjelasan. Saya menyokong yang ini, ini saya sokong 100 peratus ya, saya menyokong.
[Ketawa] Apakah Yang Berhormat hendak tanya kepada kementerian, sekiranya kerajaan nak tutup kilang gula, kerajaan menjual balik kepada pengurusan ataupun orang yang dibuang kerja itu untuk membolehkan mereka meneruskan kehidupan. Sebab kekuatan gula ialah pada raw sugar yang diimport. Jadi tidak ada masalah untuk uruskan kilang.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Masukkan apa Yang Berhormat Arau sebut itu dalam perbahasan saya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, kita kawan ya.
[Dewan ketawa]
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Tuan Pengerusi, lepas daripada pukul 4, energy kuat dia.
Tuan Pengerusi
Ini di luar jangkaan.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Yang Berhormat Arau sudah makan ubat, jadi kawanlah.
Tuan Pengerusi
Seterusnya Yang Berhormat Sibuti, silakan.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Okey terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingin bercakap berkenaan satu perkara.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Pengerusi, 36(6), itu menghina saya. Sat ni Yang Berhormat Bagan Serai itu. Bekas askar ini. Askar lain bagus, yang ini nampaknya ada kurang sikit. Tuduh saya datang pukul 4, saya datang pada pukul 8.30 tadi tau.
Tuan Pengerusi
Itu betul. Yang Berhormat Arau datang pada 8.30 tadi walaupun bersidang pukul 10.
[Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Minum kopi dululah.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Sibuti.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Arau atas keprihatinan tentang Beting Patinggi Ali. Beting Patinggi Ali merupakan sebahagian daripada kawasan Sibuti sebenarnya.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Saya ingin hanya bercakap berkenaan satu perkara, Butiran 03100 berkenaan FELCRA. Memandangkan FELCRA telah dipindahkan ke bawah Kementerian Ekonomi dan ada satu masalah yang timbul di Sarawak berkenaan tentang peruntukan ataupun pembayaran rumah-rumah dan juga baik pulih bina baru rumah dan juga baik pulih rumah yang terdahulu dilaksanakan oleh Kementerian Luar Bandar melalui agensi FELCRA.
Setakat ini kebanyakan pegawai-pegawai daerah di seluruh Sarawak dan juga kontraktor mengeluh, termasuk di kawasan Parlimen Sibuti. Sekurang-kurangnya terdapat lebih 55 projek yang belum dibayar dan juga saya berharap agar pihak FELCRA dapat memberi penjelasan dan juga dapat menyalurkan pembayaran tersebut kepada kontraktor- kontraktor dan bagi memudahkan urusan-urusan pegawai-pegawai daerah di Sarawak.
Saya juga ingin menyampaikan juga keluhan peserta-peserta FELCRA, pembangunan projek FELCRA di kawasan Parlimen Sibuti yang mengeluh berkenaan tentang pembayaran dividen yang sangat rendah sejak tahun lepas. Saya berharap agar FELCRA dapat memikirkan sesuatu untuk memastikan pulangan pelabur-pelabur dan juga peminjam peserta FELCRA di negeri Sarawak terutamanya di kawasan Parlimen Sibuti dapat pulangan yang baik. Itu saja, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Ya silakan Ketua Pembangkang.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tak apa bagi Ketua Pembangkang dulu.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Bera dulu.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga merujuk kepada FELCRA – 03100. Seperti yang disebutkan oleh rakan-rakan tadi bahawa peserta FELCRA ini memang bergantung kepada dividen sebab tanah mereka diserahkan kepada FELCRA untuk dimajukan dan akhirnya mereka bergantung sepenuhnya kepada dividen. Kalau kita lihat hari ini, berbagai-bagai masalah timbul di dalam FELCRA. Kita faham harga sawit jatuh menyebabkan pendapatan tentu sahaja berkurangan.
Kita tidak tahu sama ada FELCRA masih mampu untuk membayar dividen kepada peserta. Kalau kita lihat daripada dulu tahun 2013, tahun 2014, semuanya lebih kurang RM300 juta dividen dibayar kepada peserta-peserta. Saya hendak tahu tahun 2018 dulu, adakah dibayar sebanyak tiga kali seperti biasa dan berapa jumlah dividen yang dibayar secara averagenya kepada peserta.
Saya faham FELCRA tidak lagi dibantu oleh kerajaan kerana telah pun dijadikan sebagai GLC. Jadi saya hendak tahu, oleh kerana kekurangan pendapatan daripada ladang, perladangan sawit, apa business-business lain yang dilaksanakan oleh FELCRA yang boleh menjana keuntungan. Sebab kita dengar rumours, khabar angin mengatakan oleh kerana tiada pendapatan kepada FELCRA, jadi difahamkan dalam khabar angin ini difahamkan FELCRA bercadang untuk menjual bangunan FELCRA, menara FELCRA projek Semarak.
Kita faham projek itu dulunya menguntungkan daripada unlock asset, projek Semarak itu daripada RM120 juta meningkat kepada RM1.1 bilion iaitu merupakan satu investment yang menguntungkan. Kalau hendak dijual, berapa harga yang hendak dijual dan kalau tidak dijual, saya hendak tanya apa status penjualan apartmen yang ada di menara FELCRA tersebut.
Saya juga difahamkan, saya ingin mendapat kepastian adakah benar di projek perumahan Seberang Perak, rumah-rumah yang dibina tidak mampu tidak boleh dijual. Ini juga merupakan punca-punca antara yang menyebabkan pendapatan FELCRA tidak sebaik dulu dan ianya tentu sahaja akan menjejaskan dividen yang akan diberikan kepada peserta- peserta FELCRA.
Saya juga ingin merujuk kepada FELDA walaupun dah beberapa kali ditanya tapi saya belum mendapat jawapan yang tepat lagi. Mungkin sedang menyediakan jawapan bertulis kepada saya sebab janji nak bagi bertulis tetapi tidak apa, mungkin boleh jawab hari ini. Dari segi pinjaman sara hidup untuk peneroka-peneroka yang menanam semula, mereka tidak ada pendapatan lain. Mereka hanya bergantung kepada pinjaman sara hidup yang dulunya berjumlah RM1,500.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Saya difahamkan hendak dikurangkan kepada RM1,000. Mungkin FELDA juga menghadapi masalah kewangan. Terbaru saya dengar, sama ada benar atau tidak akan dikurangkan kepada RM750. Jikalau RM750, dalam keadaan ekonomi seperti yang ada hari ini, dalam keadaan kos sara hidup yang begitu tinggi, harga barang meningkat dan sebagainya dan sebanyak RM750, even RM1,000 pun tentu sahaja tidak mencukupi. Jikalau benar, saya harap FELDA review balik, kaji semula supaya kalau boleh kekalkan kepada RM1,500.
Akhir sekali adalah RISDA. Kita ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana memperkenalkan harga lantai RM2.50 yang mendapat faedah daripada harga lantai ini kebanyakannyalah adalah pekebun-pekebun kecil di bawah RISDA. Akan tetapi seperti yang kita tahu, bayaran dibuat oleh LGM. LGM tidak mempunyai pejabat di setiap daerah. Kalau di Pahang, tidak silap saya di Kuantan dan juga di sebelah utara Kuala Lipis agaknya, kalau difahamkan.
Jadi, untuk claim different perbezaan harga lantai tersebut, mereka terpaksa pergi ke Kuantan. Mungkin yang mereka akan perolehi mungkin RM100 atau RM50 dan sebagainya. Akhirnya merugikan untuk pergi ke pejabat LGM. Saya minta kalau boleh RISDA bincanglah dengan LGM supaya bayaran kepada pekebun kecil ini diserahkan kepada RISDA. Ini kerana RISDA mempunyai pejabat di setiap daerah di seluruh negara. Malah di setiap daerah, kadang-kadang ada dua, tiga pejabat satelit di kawasan-kawasan kampung.
Jadi, tidak perlulah penoreh-penoreh getah, pekebun-pekebun kecil ini terpaksa pergi ke bandar-bandar besar tetapi pergi ke pejabat RISDA di daerah ataupun mungkin di kawasan perkampungan masing-masing. Ini saya kira boleh membantu. Saya harap pihak kementerian boleh berbincang dengan pihak LGM untuk menyelesaikan isu ini, Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin merujuk kepada Butiran 16400 – Bantuan Khas FELDA 2018 sebanyak RM77 juta. Saya menyokong peruntukan tambahan ini dan saya ingin fokus satu isu FELDA ini.
Saya amat bimbang tentang masa hadapan peneroka-peneroka FELDA di seluruh tanah air ini. Di mana tanaman utama di kawasan rancangan FELDA ini ialah kelapa sawit dan saya bimbang tentang perang perniagaan perdagangan. Perang dingin antara Kesatuan Eropah dengan Malaysia. Sekiranya perang dingin antara Kesatuan Eropah dengan Malaysia berkait dengan kelapa sawit ini, betul-betul menjadi realiti dan ini menjejaskan tentang industri utama kita sawit dan menjejaskan masa depan beratus ribu peneroka dan dengan keluarganya yang berjumlah lebih 1 juta yang terlibat. Kita lihat bahawa di negara benua Afrika pun banyak negara-negara yang telah mengusahakan tanaman sawit juga. Jadi competition, persaingan dengan kelapa sawit ini begitu serius.
Jadi, tidaklah terlalu terlambat kalau kerajaan sekarang cuba memikirkan, maknanya masa depan peneroka-peneroka FELDA ini sampai bila mesti bergantung kepada industri sawit ini. Kita lihat permintaan import ke negara China pun juga terjejas. Walaupun kita ada mengemukakan industri biodiesel dan sebagainya, tetapi pada masa akan datang nampak kenderaan menuju ke arah penggunaan elektrik ya kan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang akan membentangkan Kertas Putih ini, mengapa boleh berlaku dalam kawasan FELDA setiap peneroka ada 10 ekar tanah, ada rumah, ada bantuan FELDA dan sebagainya tetapi masalah berterusan. Sedangkan usaha, matlamat penubuhan FELDA ini sejak zaman Perdana Menteri yang kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak untuk membasmi kemiskinan, tetapi sekarang peneroka FELDA yang telah meninggal dunia dan sudah tua ini, jumlah hutang yang mereka tanggung begitu tinggi. Jadi saya berharap dalam usaha kementerian untuk membentangkan Kertas Putih ini, elok juga untuk diteliti, diambil kira cadangan-cadangan daripada civil society seperti NGO. Anak mereka juga ada mengemukakan cadangan-cadangan yang saya kira perlu diambil kira.
Kita ingin lihat kalau pihak Yang Berhormat Menteri dapat memberitahu iaitu dalam Bantuan Khas FELDA ini, kebimbangan kami ialah tentang hak milik mereka, geran mereka.
Ada disebut telah digadai dalam proses penyenaraian FGV ini, adakah maklumat-maklumat
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
itu betul? Kita berharap bahawa tujuan untuk menghapuskan kemiskinan di FELDA sejak dahulu dapat pada akhirnya. Kita tangani perkara ini oleh kerajaan yang ada sekarang, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pendang yang bangun awal tadi.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Di dalam bekalan tambahan ini saya hendak menyentuh tiga perkara yang saling berkait di antara butiran ini iaitu Butiran 03100, Butiran 16400 dan Butiran 04000, fokus kepada player dan industri yang sama dalam market yang sama iaitu FELCRA, FELDA yang mana kedua-dua ini ada kaitan dengan RISDA yang diuruskan oleh RISDA.
Jadi saya hendak minta cadangan daripada Pendang untuk kebetulan di kawasan Pendang ini kebanyakannya adalah penoreh getah dan juga kelapa sawit. Termasuk juga sawah padi, tetapi sawah padi tidak termasuk dalam kementerian ini. Jadi kita hendak sentuh terus berkenaan dengan RISDA dan juga FELCRA serta peranan yang perlu dimainkan oleh RISDA dalam tambahan ini.
Kita ingin mencadangkan kepada kerajaan dalam peruntukan tambahan ini untuk menambahkan bayaran imbuhan penanaman semula getah kepada pekebun kecil yang mana sekarang kerajaan hanya membayar sebanyak RM9,600 setiap hektar dalam masa 25 tahun. Ini kerana sudah tiba masanya dengan berlaku peningkatan kos dan juga standard of living dengan izin yang merata, yang terus kepada rakyat dari peringkat hingga ke bawah.
Jadi kita mencadangkan dalam peruntukan tambahan ini, supaya kerajaan menaikkan kepada RM12,000, kerana apa? Ini bukan duit kerajaan. Sebab itu saya tidak panggil bantuan untuk penanaman semula. Ia dipanggil imbuhan khas yang mana kerajaan telah mengenakan potongan setiap kilogram getah yang telah dijual sebanyak 14 sen iaitu 10 sen merupakan ataupun sinking fund yang disimpan oleh kerajaan untuk penanaman semula selepas 25 tahun pokok-pokok getah ini telah menjadi tua dan ditebang dan ditanam semula. Ini 10 sen selama 25 tahun, sekilogram satu hektar maknanya kerajaan mendapat hampir RM13,000.
Apabila berlaku penanam semula, kerajaan hanya memberi RM9,600. Jadi kerajaan mendapat keuntungan atas imbuhan khas yang disimpan oleh RISDA untuk memberi keringanan kepada penoreh-penoreh getah dan pekebun-pekebun kecil yang dikelolakan oleh RISDA. Jadi, saya cadangkan supaya kembalikan balik simpanan yang telah dibuat oleh kerajaan, duit ini kepada peneroka ataupun pekebun-pekebun kecil keran ini adalah duit mereka.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kalau kerajaan hendak ambil sebagai service ataupun simpanan, ambillah lebih kurang 5 persen daripada peruntukan 14 sen yang dipotong setiap sekilogram getah yang dibuat oleh kerajaan kerana empat sen itu telah diberi kepada LGM untuk buat R&D dan sepuluh sen disimpan untuk penanaman semula.
Yang seterusnya kita tengok, tadi saya hendak menyambung balik ucapan Ketua Pembangkang berkenaan harga lantai. Saya tidak menyebut harga lantai, saya lebih suka menyebut harga yang kerajaan memberi bantuan. Kalau harga lantai, terus price bila penoreh getah menjual getah dengan harga RM2.50, terus mereka mendapat RM2.50. Ini tidak, penoreh-penoreh getah hanya mendapat sama ada RM1.80, RM1.90, RM2.00. Jadi yang lebihan perlu dibuat tuntutan kepada LGM. Ini bukan harga lantai.
Harga lantai harga yang dijual oleh pekebun-pekebun ataupun penoreh-penoreh getah pada hari mereka menjual getah dengan mendapat kalaulah pada hari itu harga komoditi ini dengan harga RM2.50, mereka terus mendapat harga RM2.50. Ini bukan harga lantai. Ini saya jelaskan lagi sekali, kita tidak boleh panggil harga lantai kerana harga RM2.50 yang diletakkan adalah harga yang menyusahkan lagi penoreh-penoreh yang susah ini, yang marhaen ini. Apatah lagi mereka bekerja dengan pokok pawah, yang bahagi dua dengan tuan tanah. Lagi teruk, kalau jual RM2.00 sekilo sehari, 50 sen mereka terpaksa membelanjakan hampir RM10.00, RM15.00, RM20.00 makan minum dan minyak kereta untuk pergi menuntut lagi 50sen di mana jaraknya lebih kurang 30 ke 40 kilometer.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang ini kita minta supaya kerajaan kaji balik dengan sebaik mungkin untuk memudahkan penoreh-penoreh getah yang susah di luar bandar ini. Inilah kerajaan yang saya anggap satu Kerajaan Malaysia baharu yang membuat perubahan bagi membantu rakyat. Jadi saya menyokong peruntukan ini. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat. Ada pembahas di sebelah kanan?
Tidak ada? Yang Berhormat Jelebu, silakan.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak menyentuh Tuan Pengerusi, Perkara 03100 FELCRA, sedikit FELCRA. Saya cuma hendak fokus dua tajuk sahaja Tuan Pengerusi, FELCRA dan FELDA.
FELCRA ini Tuan Pengerusi, saya hendak sentuh supaya masalah tentang persiapan ataupun pembangunan kawasan untuk menanam durian Musang King seluas 1,200 ekar di FELCRA Lakai. Setakat ini masih lagi belum ada sebarang perancangan dan juga belum lagi ada pembangunan untuk tanah yang berkenaan. Kita tahu bahawa sebahagian daripada pendapatan untuk masyarakat luar bandar selain daripada kita menumpu kepada sawit dan getah, kita juga harus menumpu kepada hasil pertanian yang lain. Kita dapat tahu dan kita dapati setakat ini, sebahagian daripada hasil pertanian yakni Musang King ini adalah merupakan antara produk pertanian yang boleh memberi pendapatan yang baik kepada petani-petani atau peladang-peladang yang mengusahakan tanaman durian Musang King.
Jadi saya hendak minta supaya pihak FELCRA terutamanya Kementerian Hal Ehwal Ekonomi supaya kita dapat beri penumpuan sepenuhnya kepada projek-projek seumpama ini untuk faedah peneroka-peneroka FELCRA di samping itu dapat menampung serba sedikit kerugian dan juga kemelesetan harga komoditi yang kita jangka akan berlaku dalam masa yang akan datang.
Tuan Pengerusi, saya dengar perbahasan daripada Yang Berhormat Pasir Gudang tadi yang beliau risau tentang masa depan peneroka FELDA. Akan tetapi saya hendak menyebut dalam perbahasan ringkas petang ini saya lebih risau kepada masa depan dan juga keadaan dan juga suasana yang akan dihadapi oleh golongan muda generasi kedua FELDA Tuan Pengerusi. Kalau kita rujuk kepada Perkara 16400 Bantuan Khas FLEDA 2018.
Yang Berhormat Pasir Besar dengan Yang Berhormat Lipis boleh tolong diam sedikit.
Kalau kita hendak rujuk itu, Tuan Pengerusi, Bantuan Khas kepada FELDA ini saya hendak sebut masalah Menteri Kewangan, Menteri Hal Ehwal Ekonomi ini, bila dia hendak bentang Kertas Putih, tolong jangan ketepikan soal perumahan generasi kedua FELDA. Kita dapati soal perumahan generasi kedua FELDA bukan sahaja di Negeri Sembilan, bukan sahaja di FELDA tempat Jempol dan Jelebu, tetapi banyak kawasan-kawasan rumah generasi kedua FELDA yang masih lagi hampir siap tetapi tidak disiapkan seperti di kawasan Parlimen saya FELDA Pasoh Dua, FELDA Pasoh Tiga, FELDA Lui Selatan, FELDA Titi, semua ini memerlukan sentuhan terakhir daripada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang harus dijadikan priority dalam pembentangan Kertas Putih nanti Tuan Pengerusi. Itu yang pertama.
Kedua Tuan Pengerusi, dahulu kita ada bantuan untuk mereka membina dan juga membaiki rumah, bantuan khas sebanyak RM40 ribu kepada setiap peneroka untuk anak- anak mereka. Akan tetapi sekarang sudah tidak ada. Bagaimana mungkin untuk mereka meneruskan kehidupan untuk membina keluarga yang lebih baik dengan harga komoditi yang rendah dengan pendapatan yang minimum, tetapi tidak ada bantuan lagi daripada pihak kerajaan? Jadi ini saya hendak tekankan dalam Dewan yang mulia ini supaya bantuan ini kita dapat diteruskan kepada generasi kedua dan mereka tidak lagi berkumpul beramai-ramai di rumah ibu bapa mereka. Ini membuatkan pemikiran mereka lebih terbuka untuk meneruskan kehidupan mereka.
Saya ingat ketika Kerajaan UMNO - Barisan Nasional ketika dahulu, kita beri kepada golongan peneroka tadi, ada Yang Berhormat Bera kah yang bercakap atau Yang Berhormat Pasir Gudang, setiap peneroka kita ada 10 ekar. Yang Berhormat Pasir Gudang yang cakap tadi ada 10 ekar.
Keluasan 10 ekar ini Tuan Pengerusi itu untuk ladang mereka, untuk kawasan rumah, kawasan rumah itu mempunyai satu keluasan yang boleh dibina sehingga dua hingga tiga unit rumah untuk keluarga mereka. Jadi kalau mak ayah ada satu rumah dan mak ayah
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
beri kebenaran untuk anaknya bina rumah di dalam tapak rumah mereka dalam kawasan rumah mereka tetapi mereka tidak mempunyai kos atau kewangan yang mencukupi.
Saya minta supaya pihak FELDA, pihak kementerian supaya memberikan sedikit kelonggaran kepada anak-anak mereka, generasi kedua mereka untuk kita pecah lot bagi kepada mereka lot rumah. Rumah kedua di tanah keluarga mereka. Mereka bolehlah diusahakan untuk mendapatkan bantuan daripada agensi kalaupun FELDA tidak mempunyai fund yang cukup, boleh dapatkan daripada agensi kerajaan SPNB dan sebagainya untuk kita bagi pinjaman perumahan RM40 ribu yang FELDA keluarkan atau RM40 ribu yang KPKT keluarkan, RM40 ribu yang...
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat sedikit.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Payah Besar minta laluan. Silakan.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Jelebu yang menyatakan tadi adalah kawasan tapak rumah sedia ada. Akan tetapi di kawasan Parlimen saya pun banyak FELDA Yang Berhormat Jelebu. Adakah Yang Berhormat Jelebu bersetuju agar di kawasan rancangan tanah-tanah kosong itu dipecah-pecahkan lot, diberi tapak rumah kepada anak- anak bukan di kawasan tapak yang sedia ada tetapi di kawasan rancangan FELDA yang sedia ada itu?
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Pengerusi, sebahagian daripada ucapan saya memang saya hendak sebut ini tadi yang Yang Berhormat Paya Besar sebut tetapi belum sampai. Yang Berhormat Paya Besar lebih advance daripada saya. Selain daripada tapak rumah ibu bapa itu Tuan Pengerusi, tapak yang ada dalam FELDA ini, tapak yang banyak kosong ini diracik-racik dipecah-pecah, orang Jelebu panggil diracik-racik Tuan Pengerusi.
Racik 10 ribu, 10 ribu, 10 ribu bagi kepada generasi kedua. Let the generasi kedua to usaha untuk mendapatkan pinjaman khas daripada FELDA, pinjaman khas daripada SPNB, pinjaman khas daripada KPKT, pinjaman khas daripada kerajaan negeri dan settle once for all masalah rumah untuk generasi kedua FELDA Tuan Pengerusi.
Jadi hendak minta supaya Kertas Putih yang bakal dibentangkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi bukan sahaja meletakkan kesilapan dan mencari silap Kerajaan UMNO- Barisan Nasional tetapi mengeluarkan suatu formula yang brilliant, sesuatu formula yang baharu yang boleh kita selesaikan masalah golongan peneroka pertama, generasi kedua FELDA, malah generasi ketiga FELDA untuk mereka menghadapi suasana kehidupan mereka yang lebih baik untuk masa yang akan datang Tuan Pengerusi. Terima kasih Tuan Pengerusi, saya mohon membentang.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kuala Nerus. Silakan.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
*Bismillahir Rahmanir Rahim.
[Membaca sepotong doa]* Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 03100 - FELCRA. Setahun yang lalu, ada perancangan daripada FELCRA untuk supaya FELCRA boleh menghasilkan satu income yang besar, sekitar 10 juta bagi setiap satu hektar. Itu perancangan yang dibuat setahun yang lalu. Saya ingin mendapatkan penjelasan Menteri tentang isu ini, sejauh mana perancangan itu diteruskan? Juga untuk pembayaran dividen FELCRA pada tahun ini? Kalau di Terengganu pada tahun lepas, agihan yang dibuat kepada 5,998 peneroka, peserta FELCRA ini sebanyak RM1.3 juta diagihkan.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Saya mahu tahu untuk tahun ini 2019, banyak mana dividen yang telah dilunaskan atau akan dilunaskan kepada peserta FELCRA ini. Juga dalam keadaan menghadapi situasi kritikal berkaitan pasaran sawit pada hari ini, adakah kerajaan bersedia untuk turun padang bertemu dengan para peserta FELCRA dan juga FELDA sendiri untuk menceritakan secara bersemuka dengan peserta-peserta ini tentang masa depan mereka? Apakah ia pelan perancangan pemulihan berhadapan dengan situasi seumpama ini? Oleh sebab saya lihat orang-orang kampung dalam keadaan keliru dan tidak tahu ke mana hala tuju mereka
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
berhadapan dengan isu yang seumpama ini. Dalam keadaan mereka juga berhadapan dengan isu penanaman semula, hutang yang tinggi dan sebagainya, itu yang pertama.
Kedua, 16400 - Bantuan Khas FELDA ini. Saya ingin mendapat kepastian, berapakah jumlah ataupun amaun yang akan diberikan kepada peneroka FELDA sebagai bantuan khas untuk mereka bagi tahun ini. Oleh kerana isu ini masih kita perdebatan lagi.
Adakah ia mengambil kira keadaan semasa hari ini? Kenaikan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat dalam keadaan hasil pula semakin menurun. Maka, apakah kerajaan, berapakah amaun yang akan diumumkan nanti? Apakah cara kita menilai amaun itu berdasarkan status terkini kos hidup mereka? Juga tentang projek perumahan generasi baharu FELDA. Ini isu yang tertangguh begitu lama. Saya ingin mendapat penjelasan juga khusus untuk FELDA di kawasan saya di Kuala Nerus, FELDA Belara. Bagaimana perkembangan terkini, tentang projek perumahan generasi baharu di FELDA Belara ini?
Kemudian saya pergi kepada 00615 - Pinjaman Pembiayaan Secara Islam. Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk melihat kepada keperluan anak-anak muda untuk membeli motosikal. Oleh kerana rata-rata mereka yang membeli motosikal ini mereka menggunakan kaedah pinjaman cara riba yang kononnya disebut sebagai ansuran. Akan tetapi hakikatnya, para penjual motosikal ini mereka telah sub kepada satu syarikat pinjaman dan mereka, pembeli-pembeli membayar secara ansuran menggunakan kaedah pinjaman riba yang diharamkan oleh Allah SWT.
Maka, saya mengharapkan agar Pakatan Harapan boleh menyediakan, kerajaan menerusi Kementerian Hal Ehwal Ekonomi boleh menyediakan satu skim khusus untuk membantu anak-anak muda ini mendapatkan motosikal dengan cara pembiayaan patuh syariah seperti mana yang disebut dalam kertas di hadapan kita pada hari ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi - Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa ke atas Rang Undang-undang Pembekalan Tambahan (2018) 2019 dan usul mengenai Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2018 menyentuh perkara- perkara di bawah bidang tanggungjawab Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Sebelum saya menjawab soalan-soalan yang lebih spesifik, izinkan saya memberi penjelasan mengenai butiran Peruntukan Tambahan Perbekalan 2019 bagi Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
Tuan Yang di-Pertua, bagi Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2018) 2019 dan usul mengenai Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2018 ini, terdapat empat butiran di bawah peruntukan pembangunan melibatkan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang berjumlah RM876,462,220.
Tuan Yang di-Pertua, untuk perkara pertama iaitu Butiran 031000 P. baharu - Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA). Pada bulan Oktober 2017, FELCRA telah menerima kelulusan bajet bagi tahun 2018 berjumlah RM215,462,210.
Dimaklumkan bahawa pada ketika itu FELCRA masih di bawah pengawasan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Kelulusan peruntukan pinjaman tersebut adalah bertujuan untuk membiayai pembangunan 495 Projek Tanam Semula dan Projek Penyatuan dan Pemulihan
(P&P) sawit dan getah seluas 74,166 hektar dengan perincian projek seperti berikut.
(i) tanam semula sawit berjumlah RM177 juta; dan
(ii) penyatuan dan pemulihan tanah berjumlah RM38 juta.
Untuk makluman, Projek Penyatuan dan Pemulihan adalah merujuk kepada projek- projek sawit dan getah yang diusahakan di kawasan yang baharu, sama ada dengan kelulusan kerajaan negeri atau persetujuan pemilik tanah.
Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi - Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
Terimaan wang pinjaman ini telah pun dimasukkan ke dalam special loan account
(SLA). Penggunaan peruntukan ini adalah berasaskan bayaran balik berdasarkan tuntutan
(reimbursable basis) ke atas perbelanjaan yang telah di laksana oleh FELCRA. Daripada jumlah RM219 juta tersebut, sebanyak RM135 juta telah dituntut daripada SLA untuk tujuan bayaran kepada kontraktor yang telah melaksanakan kerja-kerja pembangunan ladang.
Manakala, baki RM80 juta yang masih di dalam SLA akan dibuat tuntutan ke atas projek- projek yang sedang dalam pelaksanaan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk perkara kedua iaitu Butiran 16400 - Bantuan Khas FELDA 2018. Sebanyak RM77 juta telah disalurkan kepada FELDA pada 27 Disember 2018.
Pinjaman ini digunakan sebagai langkah interim kerajaan membantu FELDA bagi melunaskan bayaran-bayaran tertunggak tahun 2018 dan memenuhi obligasi FELDA kepada peneroka sehingga penyelesaian menyeluruh isu kewangan FELDA dapat dilaksanakan.
Dari RM77 juta ini, sebanyak RM50 juta telah diperuntukkan bagi peneroka yang kebunnya diuruskan oleh FELDA, di mana RM43.83 juta telah digunakan untuk bayaran pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil peneroka, RM6 juta untuk pendahuluan hasil tunai peneroka dan RM1 juta untuk bayaran khairat kematian peneroka. Baki sebanyak RM26.17 juta dari RM77 juta ini pula diperuntukkan bagi peneroka yang kebunnya diuruskan oleh FELDA Techno Plant Sdn. Bhd. untuk kerja-kerja operasi pembangunan ladang peneroka. Sebanyak RM6.17 juta digunakan untuk pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil dan 20 juta adalah bayaran kepada kontraktor untuk kos operasi ladang bagi bulan Ogos 2018. Tuan Yang di-Pertua, untuk perkara ketiga Butiran 00615 - Pinjaman atau...
Dato’ Jalaluddin bin Alias [Jelebu] Tuan Yang di-Pertua, boleh saya sedikit?
Sebelum masuk apa tadi Yang Berhormat Menteri. Saya dengar yang Yang Berhormat Menteri sebut pasal bantuan khairat RM1 juta tadi. Saya jangka bantuan khairat- boleh tidak diperincikan lagi? Saya mohon penjelasan tentang bantuan khairat RM1 juta ini untuk memberikan perkhidmatan atau menampung kepada jumlah peneroka melebihi, melampaui 100 ribu orang lebih. Jadi, bagaimana perincian khairat RM11 juta ini, Yang Berhormat Menteri? Terima kasih
Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
Terima kasih Yang Berhormat, izinkan saya teruskan penjelasan asas sebelum saya lebih spesifik kepada soalan ya. Tuan Yang di-Pertua, untuk perkara ketiga Butiran 00615 - Pinjaman Pembiayaan Secara Islam. Penjelasannya adalah seperti berikut. Semasa proses penguntukan semula bajet yang dibuat pada 13 Ogos 2018, keseluruhan butiran MARA diletakkan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Ini menjawab soalan Yang Berhormat Parit Sulong ya.
Apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memutuskan bahawa MARA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), semua butiran tersebut dipindahkan semula kepada KPLB. Walau bagaimanapun, surat kelulusan khas Kementerian Kewangan bertarikh 30 November 2018 menjelaskan bahawa semua pegawai pengawal kementerian penerima dibenarkan untuk terus mengurus peruntukan seperti pembayaran dan pindah peruntukan agensi walaupun agensi telah dipindahkan ke kementerian lain, sehingga selesai penutupan akaun tahun 2018 pada 31 Disember 2018.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Menteri, saya ada tanya sedikit mengenai perkara itu. Hendak minta penjelasan sahaja, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Silakan.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Bermaksud daripada jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, ini bermaksud mungkin saya hendak minta pemahaman lebih lanjut mengenai perkara ini. Kalau sekiranya daripada MARA ada permohonan, permohonan itu harus dibuat kepada Kementerian Ekonomi. Adakah itu Yang Berhormat maksudkan ataupun bagaimana?
Ataupun mungkin kementerian terus pindahkan ke KPLB atau KPLB kena mohon satu-satu. Minta penjelasan Yang Berhormat mengenai perkara ini, bawah Butiran 00615 ini, terima kasih.
Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
Terima kasih, Yang Berhormat Pontian. Saya kena mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Parit Sulong.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Parit Sulong.
Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
Oh! Sorry, Yang Berhormat Parit Sulong. [Dewan ketawa] Dua-dua “P”. Okey, saya akan berikan maklumat lanjut tentang hal berikut dan saya hendak teruskan sedikit. Butiran 00615 – Pinjaman/Pembiayaan Secara Islam ini adalah pelarasan kepada proses ini. Ianya sebahagian daripada proses pelarasan terakhir sebelum dipindahkan semuanya. Dana ini adalah untuk tujuan pinjaman pelajaran MARA dan penerangan lanjut mengenai perkara ini akan diberikan oleh pihak KPLB pada giliran kementerian tersebut menjawab. Seterusnya Tuan Pengerusi, untuk perkara keempat Butiran 04000...
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Menteri, minta maaf Tuan Pengerusi. Maksudnya, MARA dia kena mohonlah ya. Kena mohon sebab dia jadi pegawai ataupun penyelaras, jadinya MARA kena mohon kepada badan ini untuk membolehkan kewangan ini digunakan. Betulkah? Terima kasih.
Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
Terima kasih, Yang Berhormat Parit Sulong. Dari segi technicalities, dengan izin saya tunggu jawapan daripada pegawai dari segi technicalities tetapi dari segi pengurusannya itu adalah sebahagian daripada pelarasan untuk baki yang masih tinggal di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
Saya teruskan Tuan Pengerusi, untuk butiran keempat, butiran– jawapan telah sampai.
[Dewan ketawa]
Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
Kesemuanya di bawah KPLB tiada di bawah MEA, dipindahkan terus di bawah butiran KPLB peruntukan tersebut, close case. Terima kasih.
Seterusnya Butiran 04000 – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memerlukan peruntukan tambahan berjumlah RM55 juta bagi pembayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT). Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jemaah Menteri pada 12 Disember 2018 telah bersetuju supaya Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) diteruskan.
Pemberian bantuan ini dilaksanakan oleh RISDA di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
Peruntukan tambahan ini bagi membolehkan kerajaan membuat bayaran BMT yang berjumlah RM164 juta kepada 274,639 orang pekebun kecil.
Tuan Pengerusi, izinkan saya untuk menjawab perkara-perkara yang spesifik yang telah disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan sebentar tadi dan saya akan menjelaskannya melalui agensi-agensi yang berkaitan supaya lebih mudah untuk dijelaskan. Pertama berkaitan dengan FELDA. Yang Berhormat Jeli membangkitkan mengapa Kertas Putih FELDA tidak dibentang pada sesi yang lepas.
Untuk makluman Yang Berhormat, pihak kementerian mendapat nasihat daripada Jabatan Peguam Negara supaya tidak diteruskan pembentangan dalam sesi yang lepas atas sebab-sebab perundangan dan perkara ini telah dibawa kepada Jemaah Menteri dan pihak Jemaah Menteri telah membuat keputusan supaya pembentangan ini ditangguhkan kepada sesi ini. Untuk makluman Yang Berhormat juga, kertas putih ini akan dibentangkan pada 10 April 2019 dan seperti mana ditanya oleh Yang Berhormat sama ada akan ada penglibatan Ahli-ahli Yang Berhormat, ya akan ada penglibatan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan berkaitan kertas putih ini.
Merujuk kepada cadangan daripada Yang Berhormat Pasir Gudang mengenai pandangan-pandangan yang perlu diambil dari pemegang-pemegang taruh. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Pasir Gudang, pihak kementerian telah melakukan sesi libat urus dengan pelbagai pihak termasuklah NGO-NGO untuk mendapat pandangan yang lebih menyeluruh berkaitan dengan isu FELDA.
Seterusnya, Yang Berhormat Pontian menyebut bahawa apa-apa sahaja yang baik yang diberi diteruskan dan saya ingin menyentuh secara umum bahawa maklumat lanjut mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai FELDA, akan disentuh di dalam kertas putih yang akan dibentangkan. Jadi saya tidak bercadang untuk menyentuh secara mendalam maklumat-maklumat tersebut.
Akan tetapi saya ingin menjawab sedikit pertanyaan oleh Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Bera pun ada, insya-Allah saya akan teruskan. Yang Berhormat Bera menyentuh tentang elaun sara hidup untuk peneroka dan beberapa Yang Berhormat lain menyentuh akan hal tersebut, ianya agak spesifik dan seperti yang saya sebut tadi ia akan disentuh dalam kertas putih. Cumanya yang umumnya, Yang Berhormat Pontian sebut tadi tentang FGV. Bagaimana FGV boleh rugi jika sebelum ini dikatakan FGV mencatatkan keuntungan?
Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
Antaranya pertama, seperti mana yang kita sedia maklum, antara punca kerugian FGV adalah berkaitan dengan harga komoditi sawit yang rendah iaitu satu hakikat pertama.
Kedua, adalah tentang tanam semula. FGV membelanjakan sekitar RM300 juta untuk menanam semula 15,000 hektar, itu yang kedua. Ketiga, adalah mengenai rosot nilai. Rosot nilai dalam akaun FGV untuk tahun 2018 yang belum diaudit adalah sebanyak RM795.67 juta dan yang keempat adalah berkaitan dengan pelaburan-pelaburan yang tidak produktif yang telah dibuat oleh FGV terutamanya selepas IPO. Itu secara umumnya penjelasan mengenai FGV.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Yang Berhormat, saya rasa tidak perlu tunggu kertas putihlah kalau hendak jawab tentang elaun ataupun pinjaman sara hidup. Ada figures itu, tidak perlu tunggu kertas putih, sekarang pun boleh.
Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
Tentang elaun tersebut seperti mana yang saya sebut tadi, secara mendalamnya ada di dalam kertas putih tetapi saya boleh sebut sedikit tentang elaun ini. Antara isunya kelewatan elaun dan juga jumlah elaun dan sejumlah elaun inilah yang saya rasa saya kata saya tidak patut dahului kertas putih dahulu. Jadi tentang kelewatan elaun, saya dimaklumkan ianya dibayar on-time cuma bulan ini akan dibayar dalam masa terdekat. Jadi saya rasa itu tentang elaun yang...
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh tahu bila waktu terdekat untuk bentang kertas putih?
Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
Saya sudah sebut tadi.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Tidak perasan tadi.
Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
Pada 10 hari bulan, 10 hari bulan, minggu depan 10 hari bulan, insya-Allah. Itu tarikh pembentangan kertas putih dan saya ingin menyentuh sedikit tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelebu tentang bantuan pinjaman pembesaran rumah tanpa faedah ini. Ianya masih diteruskan oleh pihak FELDA dan keutamaan diberikan kepada peneroka yang mempunyai rumah asal yang belum pernah diubahsuai atau dibaiki. Projek Perumahan Generasi Baru FELDA itu saya ambil maklum tentang isu tersebut. Jika ingin saya sentuh sedikit tentang Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan tentang PGBF ini.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat, yang PGBF itu yang kertas putih. Tuan Pengerusi, saya hendak minta sedikit penjelasan tadi. PGBF itu okey, yang bantuan khas rumah ini, rumah yang tidak pernah mohon bantuan khas ini. Cuma berdasarkan kepada rungutan peneroka Yang Berhormat, kami dapat tahu bahawa permohonan banyak tidak lulus dan banyak tidak mendapat response daripada pihak FELDA.
Jadi, boleh Yang Berhormat tolong jelaskan perkara ini? Terima kasih.
Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
Terima kasih, Yang Berhormat Jelebu. Saya ambil maklum hal tersebut dan akan saya bawa kepada pihak FELDA. Terima kasih. Seterusnya isu berkaitan FELDA, saya rasa umumnya begitu...
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat, rumah generasi kedua tadi belum lagi.
Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
Okey, rumah generasi kedua. Izinkan saya jelaskan secara mendalam rumah generasi kedua ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek PGBF ini telah diumumkan semasa pembentangan Bajet 2013 dengan sasaran 20,000 unit dalam tempoh lima tahun. Dinyatakan dalam Bajet 2013 tersebut, FELDA akan menerima sebanyak RM1.5 bilion namun sehingga 2017 FELDA hanya menerima RM200 juta daripada asalnya dikatakan RM1.5 juta, FELDA cuma menerima RM200 juta.
Oleh yang demikian, hanya 38 tapak dengan 8,314 unit rumah sahaja dapat diteruskan. Status pembinaan rumah adalah seperti berikut, 8 tapak yang mempunyai 1,498 unit rumah telah disiapkan dan diduduki oleh 792 peserta.
Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
(i) manakala baki 706 unit lagi akan diserahkan selepas proses pemilihan diselesaikan;
(ii) 19 tapak yang mempunyai 5,082 unit rumah masih berjalan dengan kemajuan yang perlahan; dan
Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
(iii) 11 tapak yang mempunyai 1734 unit rumah terbengkalai dan diberhentikan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, 30 tapak yang bermasalah dengan jumlah rumah sebanyak 6,816 unit ini adalah berpunca daripada kesan masalah kewangan pada tahun 2016. Sekiranya baki 6,816 unit ini hendak disiapkan, FELDA memerlukan suntikan sebanyak RM711 juta.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat boleh. Pasal Rumah Jasa kebun ini Yang Berhormat. Kita faham masalah aliran tunai yang dialami oleh FELDA tetapi Yang Berhormat, kebanyakan Rumah Jasa Kedua ini sebenarnya kalau Yang Berhormat lihat, progress ataupun status pembinaan ini ada yang hampir siap Yang Berhormat dan ada sudah siap tetapi tidak lagi dibuat pengisian atau pengambilan peserta.
Saya jangka ini sudah mengakibatkan aliran tunai terhadap projek ini tersekat. Itu yang pertama. Yang keduanya Yang Berhormat, ada projek-projek yang terbengkalai kerana kesilapan kontraktor yang berkenaan yang diberi untuk melakukan projek pembinaan dan sebagainya. Kenapa FELDA tidak mengambil tindakan kepada kontraktor ini untuk sama ada untuk terminate atau pun sebagainya kerana ada projek-projek Rumah Jasa Kedua ini Yang Berhormat kalau Yang Berhormat lihat, proses ataupun peratusan pembinaannya hampir siap Yang Berhormat. Ini melibatkan kos.
Sekarang ini macam contoh di FELDA Pasu Dua Yang Berhormat. Projeknya terbengkalai, rumahnya hampir siap dan terbengkalai. Lepas itu kalau hendak buat balik, untuk kita reclaim balik Yang Berhormat, ia memerlukan kos yang lebih besar kerana sekarang sudah menjadi tempat gejala-gejala yang tidak baik berlaku di dalam kawasan projek yang berkenaan ini.
Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Tuan Yang di-Pertua, kalau diberikan kebenaran berkaitan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelebu. Saya minta sangatlah di atas apa isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelebu kerana contoh di Kota Tinggi, FELDA Bukit Aping Timur. Projek perumahan Gen 2 terbengkalai sampai hari ini. Sampai tebing kawasan perumahan sudah runtuh merosakkan jalan utama kepada FELDA di Rancangan.
Keduanya, bagi pihak rakan saya daripada Tenggara, FELDA Sungai Sibul rumah Gen 2 sudah siap tetapi sampai hari ini tidak selesai lagi. Saya hendak nasihatkan pada FELDA, sekiranya ada urusan CCC dengan pihak berkuasa tempatan, dengan pihak Utiliti selesaikan. Jangan sampai yang jadi mangsa ialah anak-anak generasi ke-2. Jadi saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri supaya dapat mengambil perhatian akan perkara- perkara ini terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Yang Berhormat berkaitan. Yang Berhormat jawab dahulu tentang tadi sambung ke saya ya. Sebelum PRU baru-baru ini, sekitar bulan April dan sebagainya, saya berjumpa dengan dan berbincang dan telah dipersetujui dengan Bahagian Perumahan FELDA iaitu memang benar masalah besar bagi FELDA kerana membina rumah memerlukan kos yang tinggi dan anak generasi kedua sukar mendapat pinjaman kerana tidak ada slip gaji dan sebagai. Itu keperluan utama bank untuk mendapatkan slip gaji.
Jadi, akhirnya tidak dapat dan rumah itu akhirnya dibeli oleh orang lain yang membuat investment dan sebagainya. Jadi, FELDA bersetuju waktu itu seperti tadi ada pernah disebut untuk menjual tapak rumah semata-mata. Tapak rumah lebih kurang 4 ribu hingga 5 ribu kaki persegi dengan harga pun affordable iaitu lebih kurang RM5,000 hingga RM10,000 dan pembinaan itu diserahkan kepada generasi kedua itu untuk bina sendiri.
Kalau ini dapat dilakukan, ramai generasi kedua boleh membina rumah mereka sendiri. Untuk membuat keseragaman, FELDA akan menyediakan pelan rumah. Mereka beli tanah. Bila mereka mampu untuk buat rumah dan mereka boleh buat rumah di tapak tersebut.
Ini sebenarnya telah dipersetujui dan di banyak daerah, di banyak kawasan Parlimen, telah banyak tapak-tapak itu telah dikenal pasti. Misalnya di kawasan saya sudah lima kawasan tapak untuk tapak-tapak yang hendak dijual itu telah dikenal pasti dan telah pun dihantar ke
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Pejabat Daerah Pejabat tanah untuk membuat pelan tanah dan sebagainya. Jadi, saya harap kalau boleh perkara ini diteruskan supaya boleh membantu generasi kedua FELDA.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Yang Berhormat Menteri, sedikit lagi.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat saya hendak tambah sedikit fasal saya takut terlupa ni pasal saya sudah sebut tadi masalah generasi kedua ini masalah yang sangat serius. Apa jadi dengan program kita buat rent-to- own Yang Berhormat. Ada pasal Bera,Bera sorry, minta maaf Yang Berhormat Bera bagi tahu tadi Rumah Jasa Kedua hendak pinjam bank susah dan supaya kita buat satu program Yang Berhormat, rent-to-own. Maknanya peneroka ini masuk dahulu, bayar sewa dan sampai ketika dia akan memiliki rumah itu. Sewa itu dikira pembayaran rumah. Sekurang-kurangnya dia dapat collect daripada Jasa Kedua ini macam kita lakukan kepada FELDA Pasoh Satu Yang Berhormat.
Akan tetapi sekarang ini saya dengar tidak collect pula. Itu yang menjadi maslah.
Jadi boleh Yang Berhormat jelaskan tentang peristiwa ini terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Tuan Pengerusi, kalau FELDA tidak reti macam mana hendak buat, belajar daripada KPKT kerana Program Rent To Own, Kementerian Perumahan dan Kajian Tempatan yang mulakan. Belajarlah, jadi boleh selesaikan masalah generasi kedua dan tidak menyusahkan kita wakil rakyat buat kerja.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Yang Berhormat Menteri sedikit lagi. Saya tanya khusus tadi tentang FELDA Belara tadi. Saya mohon jawapan bertulis sahaja untuk 79 lot yang telah disediakan untuk generasi kedua ini. Di FELDA Belara, apa status pembangunan di tapak tersebut? Itu hanya perlukan bertulis sahaja terima kasih.
[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan
Jawatankuasa] Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Minta sedikit sahaja. Di FELDA Palong Sembilan,10,11, lebih kurang seribu unit rumah terbengkalai generasi kedua. Saya hendak tahu juga statusnya kerana rumah yang hampir siap ini dia punya pendawaian semua sudah kena curi. Tangki air semua sudah kena curi. Jadi, kalau hendak bina semula mungkin kos yang agak tinggi. Jadi mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Menteri, masa sebenarnya sudah tamat tetapi saya bagi lagi lah lima minit jawab.
Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
Lima minit. Ini baru satu agensi. Izinkan saya menyentuh sedikit terima kasih Tuan Pengerusi. Izinkan saya sentuh sedikit terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izin saya sentuh sedikit tentang permohonan generasi baru FELDA.
Secara umumnya kami di kementerian amat mengambil berat tentang perumahan PGPF ini.
Saya sendiri telah melawat. Yang Berhormat sendiri telah melawat sewaktu di Koyan contohnya, kita pergi tengok rumah sudah hendak siap. Apa yang tak siap? Tiada elektrik daripada dua tahun lepas tiada elektrik tetapi alhamdulillah selesai.
Jadi kita sekarang ini apa kita buat? Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Jempol tadi. Apa yang kita buat, kita tengok secara keseluruhannya. Apabila rumah ini hampir siap, jika tidak disiapkan maknanya kita tidak dapat unlock the value yang ada pada rumah tersebut yang tidak menguntungkan generasi kedua juga. Cuma apa yang sedang diusahakan adalah untuk melihat isu ini secara lebih holistik di mana kita sedang melihat keutamaannya. Yang mana perlu diberi keutamaan, untuk memastikan konteks kewangan yang ada, kita dapat memaksimumkan hasilnya untuk manfaat kepada anak-anak peneroka.
Seterusnya cadangan tentang rent-to-own tadi. Ia telah dilaksanakan di FELDA Padang Pior. Insya-Allah program ini akan diteruskan. Jadi, itulah secara umumnya saya sentuh mengenai tapak. Tentang tapak itu adalah satu model yang sedang dilihat juga. Apa yang kita buat sekarang terima kasih Yang Berhormat Bera, kita hendak tengok semua
Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
inventory yang ada, semua tapak yang ada, semua kawasan yang ada, apa yang telah siap, setakat mana percentage nya dan kita susun mengikut prioriti untuk melihat bagaimana cara terbaik kita maksimumkan impak dia kepada anak-anak atau generasi kedua FELDA. Itu berkaitan dengan Rumah PGPS. Saya harap penjelasan itu sedikit sebanyak memberi...
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Tuan Pengerusi, saya hendak bagi satu tip sahaja lah. Saya ambil kota tinggi punya tip tadi. You selesaikan dengan pihak pengusaha tempatan, CCC adalah satu barah yang sangat penting untuk you selesaikan.
Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
Saya.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
You selesai CCC, selesailah masalah untuk pemilikan. Terima kasih.
Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
Saya amat bersetuju Yang Berhormat dan saya sendiri telah melawat beberapa tapak.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Kalau setuju sebutlah kota tinggi tadi. Kan Kota Tinggi yang cadangkan.
Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
Ya, tertinggal Yang Berhormat Kota Tinggi. Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi di atas cadangan yang diberikan. Kita sedang melihat akan hal tersebut dan seterusnya Tuan Pengerusi, izinkan saya sentuh sedikit satu agensi yang kedua iaitu RISDA.
Saya betulkan sedikit tentang RISDA ini kerana maklumat yang diberikan oleh Yang Berhormat Pendang tadi tidak tepat. Jadi saya kena betulkan berkaitan dengan kutipan SES ini.
Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
Kutipan ses getah hanya dikenakan pada tahun keenam selepas getah itu ditanam ya dan di mana pokok getah mula ditoreh sehingga tempoh penanaman semula dia 20 tahun hingga 25 tahun. Jadi jumlah kutipan Ses ini secara puratanya adalah sekitar RM2,900 sahaja. Itu jumlah kutipan ses dan kerajaan melalui RISDA telah memberi bantuan tanam semula sebanyak RM9,230. Kutipan Ses sekitar RM2,900, apa bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM9,230 dan kerajaan sebenarnya menampung, bukan ambil ya, Yang Berhormat Pendang bagi gambaran seolah-olah kerajaan simpan. Tidak. Kerajaan sebenarnya menampung bantuan tanam semula sebanyak sekitar RM6,350 sehektar. Itu berkaitan dengan RISDA.
Seterusnya apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bera tentang IPG dan juga Yang Berhormat Pendang tentang IPG. Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi telah umumkan bahawa RISDA perlu memainkan peranan dalam membantu LGM dalam proses mendapatkan, dalam proses membantu pekebun-pekebun kecil membuat tuntutan. RISDA akan membuka kaunter untuk penerimaan borang permohonan IPG bagi memudahkan pekebun kecil untuk membuat tuntutan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Setakat ini belum lagi Yang Berhormat.
Belum.
Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
Ya, baru sahaja diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri selepas lawatan beliau ke Kedah tempoh hari bertemu dengan pekebun-pekebun kecil. Insya-Allah akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Seterusnya peranan RISDA yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian. Peranan RISDA ini lebih kepada getah dan selain daripada itu apa yang dibangkitkan tentang peningkatan pendapatan pekebun-pekebun kecil, apa yang RISDA tekankan adalah melalui aktiviti ekonomi dan RISDA memberi peruntukan pada pekebun-pekebun kecil yang terlibat untuk membantu mereka dalam apa yang dipanggil sebagai aktiviti ekonomi tambahan. Ada peruntukan RISDA untuk tujuan tersebut.
Inilah antara usaha yang dibuat oleh RISDA untuk mencapai KPI hasil pendapatan pekebun kecil di sekitar RM4,000. Tuan Pengerusi, izinkan saya teruskan sedikit lagi.
Bolehkah?
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Sila menggulung.
Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
Sila menggulung?
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya.
Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
Silap tanya.
[Ketawa]
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Masa itu emas.
Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
Jadi untuk soalan-soalan yang tidak dapat dijawab, kami akan berikan jawapan bertulis dan kepada yang jawapan...
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh sentuh sikit FELCRA tadi...
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
FELCRA.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Pasal orang ramai dengar ini sekarang. Orang kampung saya ramai hendak dengar jawapan FELCRA Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Minta tolong sikit. FELCRA.
Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
Okey. Kena tanya Tuan Pengerusi, boleh saya sentuh sikit FELCRA.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Okey, topik yang terakhir.
Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
Terima kasih Tuan Pengerusi. Ini bagus Tuan Pengerusi kita. Pertamanya kita bercakap tentang isu dividen. Saya sentuh yang dibangkitkan isu dividen FELCRA tadi, jumlah dividen pada tahun 2019, interim dividen satu telah dibayar bulan Jun 2018 sebanyak RM35 juta. Interim dividen dua yang dibayar pada Disember 2018 sebanyak RM25 juta dan dividen akhir akan dibayar pada Mei 2019 sebanyak RM22 juta. Itu tentang bayaran dividen oleh FELCRA. Menara FELCRA, persoalan sama ada ianya akan dijual. Pertama sekali FELCRA dalam proses...
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Eh! Yang Berhormat Timbalan Menteri saya hendak tanya sikit yang pasal FELCRA tadi.
Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
Ya.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Ada yang tidak bayar FELCRA, peneroka FELCRA. Dia berbeza sikit, dia ada peneroka. FELCRA yang tidak bayar 10 bulan ini. Adakah ianya penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
Terima kasih Yang Berhormat. Tentang yang disebutkan tadi yang tidak dibayar pinjaman bantuan sara hidup, saya sudah jelaskan dalam jawapan saya dalam Parlimen semalam ya tentang hal ini bahawa bukanlah tidak dijelaskan, ditangguhkan pembayaran kerana FELCRA sedang menghadapi masalah kewangan.
FELCRA sedang berusaha untuk mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan atau dari kerajaan untuk membolehkan pembayaran ini dibuat semula. Seterusnya mengenai...
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Yang Berhormat Timbalan Menteri, berapa sebenarnya jumlah tahun 2018 untuk keseluruhan dividen sama ada daripada interim pertama sehingga interim ketiga itu?
Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
Okey, interim pertama RM35 juta, interim kedua RM25 juta, interim ketiga RM22 juta. Ya, okey, RM82 juta. Okey, seterusnya mengenai Menara FELCRA tadi, FELCRA dalam proses melantik jururunding bebas untuk membuat penilaian di atas progress kerja semasa di Menara FELCRA. Dalam masa yang sama, FELCRA sedang berurusan atau dengan pihak-pihak yang berminat untuk memberikan cadangan sama ada untuk berusaha bekerjasama dengan FELCRA dalam menjayakan projek menara tersebut. Jadi FELCRA open for cadangan untuk dari pihak-pihak yang berminat.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Yang Berhormat, saya hendak beri figures ini. Kalau betul, okey, kalau tidak betul saya minta maaflah. Saya dapat ini iaitu dividen FELCRA based on back pada dividen. Tahun 2013 - RM707 juta, 2014 - RM319 juta, 2015 - RM236 juta, 2016 - RM352 juta, 2017 - RM299 juta. Sedangkan tahun 2018 hanya RM82 juta. Jadi figure yang saya beri tadi tahun 2013 sampai tahun 2017 betul atau tidak?
Kalau betul bermakna terlalu sedikit dan berapa jumlah yang dibayar kepada peserta kalau berdasarkan jumlah ini terlalu sikit.
Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
Terima kasih Yang Berhormat Bera, izinkan saya dapatkan maklumat lanjut tentang hal tersebut. Seterusnya masih tentang FELCRA. Yang Berhormat Sibuti membangkitkan tentang pembayaran baik pulih rumah. Isu pembayaran
Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
kepada kontraktor projek baik pulih rumah ini juga adalah satu isu yang FELDA ambil maklum dan antara puncanya adalah kekangan kewangan yang dihadapi bukan FELDA, FELCRA, banyak sangat ‘FEL’ dalam kami ini. Isunya adalah kekangan kewangan yang dihadapi oleh FELCRA. Isu pembayaran ini akan diselesaikan segera oleh FELCRA setelah kedudukan kewangannya distrukturkan semula dengan beberapa usaha untuk membaik pulih atau menambah baik prestasi FELCRA dalam masa terdekat.
Pembayaran dividen saya sudah sebut tadi. Seterusnya, ke arah kelestarian FELDA sama ada FELDA ini boleh sustain. Antara FELCRA ini boleh sustain. Antara penekanan yang diberikan oleh pengurusan baru FELCRA adalah untuk menumpukan kepada perladangan dan meningkatkan prestasi bidang perladangan ini supaya ianya dapat menghasilkan hasil yang lebih baik kepada FELCRA dan pada masa yang sama, FELCRA juga sedang melihat bidang-bidang yang bersesuaian dalam membantu FELCRA meningkatkan pendapatan, khususnya membantu peserta-peserta mendapat dividen yang lebih tinggi. Saya rasa itu sahaja Tuan Pengerusi. Yang mana jawapan yang saya tertinggal, kita akan berikan secara bertulis. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat. Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM876,462,220 untuk Maksud P.15 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2018 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM876,462,220 untuk Maksud P.15 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2018]
Maksud P.21 - Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2018] – Tuan Pengerus
Oleh sebab P.21 hanya token sahaja, P.21 yang melibatkan hanya RM110 tidak perlu dibahas.
[Tiada perbahasan]
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM110 untuk Maksud P.21 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2018 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM110 untuk Maksud P.21 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2018]
Maksud P.22 - Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2018] – Tuan Pengerus
Kepala Pembangunan P.22 di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar sekarang terbuka untuk dibahas. Setiap orang lima minit. Sila.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya, saya jemput Yang Berhormat Jelebu, 5 minit.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak sebut masuk dalam P.02600. Sedikit sahaja Tuan Pengerusi sebelum mula perbahasan ini.
Saya hendak masuk Kepala 02600 - Pembangunan Ekonomi Komuniti Baru, Tuan Pengerusi.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Pengerusi, saya hendak minta penjelasan daripada pihak kementerian KPLB ini tentang pembangunan ekonomi masyarakat luar bandar di seluruh negara dan yang penting sekali Tuan Pengerusi, saya hendak sebut soal pembangunan ekonomi bagi masyarakat luar bandar di bawah KPLB di kawasan Parlimen Jelebu Tuan Pengerusi.
Kali ini saya sebut sekali lagi tentang peruntukan ataupun tentang pembangunan pusat ekonomi komuniti yang ada di dua tempat. Satu di Simpang Gelami, satu di Simpang Durian yang mana ini adalah premis milik MARA Tuan Pengerusi. Premis milik MARA yang telah menjalankan kegiatan ekonomi masyarakat setempat sejak sekian lama. Sekarang ini tidak boleh berjalan kerana bangunan ini sudah didowngrade ataupun sudah ditutup oleh pihak MARA untuk tujuan menaik taraf ataupun tujuan pembaikan. Peruntukan RM1 juta sudah diluluskan di Simpang Gelami dan RM1 juta sudah diluluskan di Simpang Durian. Akan tetapi oleh kerana beberapa sebab yang dikemukakan oleh pihak MARA, maka pembangunan dan pembaikan ini tidak dapat dijalankan.
Jadi oleh kerana itu, saya hendak minta penjelasan daripada pihak MARA bagaimana ekonomi masyarakat luar bandar hendak berkembang dalam keadaan ekonomi yang teruk sekarang, dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi tetapi the real source ataupun sumber utama yang sedia ada di komuniti ataupun di tempat-tempat luar bandar, kita biarkan begitu sahaja. Sedangkan kos untuk naik taraf bagi bangunan ini akan meningkat dari semasa ke semasa Tuan Pengerusi kalau dibiarkan premis berkenaan terbiar begitu sahaja. Itu yang pertama.
Kedua Tuan Pengerusi, saya sebut sekali lagi bahawa untuk kita menyemarakkan pendapatan ekonomi masyarakat luar bandar sama ada orang Melayu, orang Cina, orang India, Orang Asli ataupun masyarakat minoriti yang berada di beberapa kawasan Parlimen termasuk Parlimen Jelebu, di satu kawasan yang saya kata prime area bagi kawasan bandar kecil di Simpang Pertang di dalam DUN Pertang. Yang Berhormat Rasah tahu tempat ini.
Saya tahu pasal Yang Berhormat Rasah dahulu datang marah saya ketika kita sudah tutup.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
[Bangun]
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Rasah, biarlah saya habis sekejap Yang Berhormat Rasah. Karang saya bagi Yang Berhormat Rasah. Saya sebut Yang Berhormat Rasah itu kira okey. Pasal apa, masa itu Yang Berhormat Rasah pembangkang.
Sekarang saya pembangkang. Yang Berhormat Rasah marah saya hendak naikkan tempat ini dahulu. Sekarang ini Yang Berhormat Rasah setuju kerana tanah kerajaan kita tutup pusat yang tidak boleh mendatangkan hasil dan kita serah secara bulat kepada MARA.
Sebanyak 2.187 ekar, prime area, kawasan bandar. Kita sudah serahkan kepada MARA dan MARA sudah bayar premium. Kenapa tidak bangunkan dengan kos lebih kurang – kalau kita gunakan kabin. Tuan Pengerusi, kabin memerlukan kos sekitar paling tinggi RM2.5 juta sahaja tetapi dia boleh beri manfaat kepada puluhan ribu masyarakat luar bandar.
Kita boleh beri manfaat kepada puluhan orang peniaga setempat, orang Cina, orang India dan orang Melayu di kawasan berkenaan. Itu harapan saya. Saya hendak tengok pusat komuniti bersepadu di dalam satu kawasan prime area kawasan DUN. Yang Berhormat Rasah, sila.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Okey terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Itu bukan sayalah. Selama Yang Berhormat Jelebu jadi Exco, saya tidak pernah kacau kawasan DUN Pertang. Saya ingat lagi waktu itu Yang Berhormat Jelebu ADUN Pertang, itu ADUN Bahau yang kacau waktu itu.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Silap orang, silap identiti.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tidaklah. Saya beritahu Yang Berhormat Rasah pasal ADUN Bahau tidak masuk sini. Dia sudah pergi ke ADUN. Kalau dia ada sini, saya cakaplah ADUN Bahau masa itu Teoh. Kacaulah Yang Berhormat Rasah. Tuan Pengerusi ...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Bukan dia. Bukan, bukan Teoh. Orang lain. You salah oranglah Yang Berhormat Jelebu.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Point of order. Duduk Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Mana point of order?
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
State matters. Bincang kampunglah.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya bawa isu ini ke...
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Saya sambung Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
...Dewan Undangan Negeri Sembilan.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Pengerusi, boleh saya sambung?
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Jangan datang ke Dewan Rakyat.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tidak, saya minta pihak kementerian please appreciate walaupun saya sekarang pembangkang tetapi please appreciate. Kita usahakan untuk kebaikan masyarakat luar bandar. At least kita tolong pihak kerajaan supaya pendapatan untuk menyemarakkan ekonomi masyarakat luar bandar ini boleh kita kurangkan burden kepada pihak kerajaan. Kita bagi peluang kepada orang kampung. Mereka sudah ada produk untuk dipasarkan cuma tempat tidak ada.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Sila menggulung.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Saya hendak gulung ini Tuan Pengerusi.
Kawasan itu sekarang ini jadi parking percuma. Kawasan itu jadi tempat lembu dan kerbau.
Kawasan itu jadi tempat lalang tumbuh. Ini adalah merupakan satu pembaziran yang tidak sepatutnya berlaku di atas tanah MARA dan di dalam kawasan bandar Tuan Pengerusi.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya. Terima kasih Yang Berhormat Jelebu.
Yang Berhormat Pontian lima minit. Sila.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Butiran projek 00620 – Dana Latihan Pendidikan MARA ini. Tadi saya bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi tetapi beliau tidak menjawab iaitu apakah dasar MARA apabila mendapat first class honest dalam negara dan luar negara sama ada pinjaman dijadikan biasiswa. Itu soalan pertama.
RM1.42 bilion ini adalah untuk isu pendidikan dan latihan. Berapa banyak MRSM yang kita sudah sedia ada sekarang dan adakah kerajaan melalui MARA bercadang untuk menambah lagi bilangan MRSM? Saya ingin mencadangkan supaya MRSM ini boleh dibina di Sabah dan Sarawak, boleh dibanyakkan untuk Sabah dan Sarawak untuk manfaat Bumiputera Sabah dan juga di Sarawak apabila ada lagi cadangan untuk membina MRSM.
Satu lagi ialah gerai-gerai dan juga bazar MARA. Ada sebahagian gerai itu kosong sama ada tidak disewakan ataupun penyewanya tidak menjalankan perniagaan tetapi hanya membayar sewa, dijadikan stor dan sebagainya. Saya ingin mencadangkan agar perkara itu diteliti dan kalau perkara itu berlaku keluarkan penyewa itu dan jadikan ia sebagai pusat- pusat tuisyen yang boleh dibayar oleh MARA. Pusat-pusat tuisyen itu boleh membantu pelajar-pelajar luar bandar, di bazar-bazar MARA dan juga di gerai-gerai MARA yang tidak dijalankan perniagaan di dalamnya.
Seterusnya mengenai perkara yang sama, MARA ini juga. YPM sebelum ini Yayasan Pelajaran MARA ada mengadakan apa yang dipanggil sebagai tuisyen untuk SPM, kepada pelajar-pelajar di luar bandar. Saya ingin bertanya, adakah perkara ini diteruskan? Jika telah dihentikan, harap diteruskan. Untuk masa-masa akan datang, saya mengharapkan agar peruntukan seumpama ini, pendidikan dan latihan MARA ini diteruskan.
Apakah perancangan kementerian untuk tahun-tahun selepas ini? Adakah peruntukan ini akan dikurangkan atau peruntukan akan bertambah dari semasa ke semasa? Kita mengharapkan agar ditambah dari semasa ke semasa. Kita pastikan yang menerima adalah mereka yang layak iaitu Bumiputera B40 daripada Perlis sampailah ke Sabah supaya mereka layak, maka mereka boleh diberikan bantuan pinjaman dan juga biasiswa MARA ini.
Ini kerana pendidikan ini boleh merubah generasi dan boleh merubah melalui sosial mobiliti dan generasi yang pertama dan generasi yang kedua itu berbeza. Generasi yang pertama mungkin hanya orang kampung biasa tetapi generasi yang kedua boleh menjadi
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
profesional di bandar-bandar besar dan mengubah nasib hidup mereka. Jadi pendidikan untuk MARA ini perlu ditambah dan perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya. Yang Berhormat Sibuti. Selepas itu Yang Berhormat Ledang.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus pergi ke Butiran 02600 berkenaan tentang Pembangunan Ekonomi Komuniti. Saya ingin mengetengahkan satu isu berkenaan tentang pembangunan ekonomi komuniti. Jika di kawasan Parlimen Sibuti, RTC telah digugurkan daripada senarai pembangunan atau pun seliaan di bawah Kementerian Luar Bandar. RTC ini telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak.
Maka dengan itu, saya melihat bahawa pembangunan ekonomi yang datang daripada Persekutuan akan kurang jelas. Begitu juga saya ingin berkongsi berkenaan tentang program-program pembangunan komuniti walaupun pada kerajaan lepas rakyat di Sarawak kurang menikmati apakah bentuk pembangunan ekonomi yang terdapat di kawasan DUN ataupun di kawasan Parlimen-parlimen di 31 Parlimen di seluruh Sarawak.
Itu adalah masalah utama yang saya lihat. Saya juga merasakan kita perlu memberikan tumpuan kepada pembangunan komuniti ini kerana telah timbul satu isu di mana terdapat lebih kurang tujuh buah daerah dikatakan miskin dan juga memerlukan perhatian daripada pihak kerajaan.
Saya tidak merasakan pengguguran RTC di kawasan Parlimen Sibuti merupakan satu masalah yang besar tetapi apa yang ingin saya ketengahkan adalah pelan-pelan ataupun program-program pembangunan ekonomi komuniti ini haruslah sampai dan juga tidak hanya diberikan kuota-kuota tertentu mengikut pecahan-pecahan negeri ataupun Parlimen.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Kita sekarang menuju kepada equal partners. Maka, polisi berkenaan tentang pembahagian program-program ekonomi komuniti ini harus dilihat dalam konteks equal partners itu. Seterusnya adalah berkenaan tentang Butiran 00620 berkenaan tentang Dana Latihan Pendidikan. Saya mengambil contoh Program Latihan Bakti Desa di bawah Kementerian Luar Bandar satu ketika dahulu. Pernah diumumkan oleh kerajaan walaupun demikian saya masih merasakan masalah utama di Sarawak adalah program-program ini hanya sampai di sesetengah kawasan sahaja.
Seperti yang kita sering memperdengarkan, kami daripada GPS sentiasa mengatakan bahawa kami adalah sebuah gabungan yang mesra kepada Kerajaan Persekutuan. Walaupun demikian, saya agak khuatir peruntukan-peruntukan atau pun dana- dana latihan ini akan bersifat selektif dan tertumpu kepada Parlimen-parlimen yang di bawah kerajaan atau pun parti-parti yang memerintah di dalam Persekutuan.
Saya tidak kisah, saya harap agar sekiranya kami daripada GPS diketepikan. Akan tetapi berilah tumpuan sewajarnya kepada Parlimen-parlimen di bawah Pakatan Harapan ini.
Oleh kerana saya masih merasakan bahawa agak kurang informasi dan juga program- program latihan sampai terutamanya di kawasan luar bandar termasuk di kawasan Parlimen Sibuti.
Kalau kita lihat program-program di dalam Kementerian Luar Bandar hanya berkisarkan kepada program-program jalan desa dan lampu-lampu jalan. Akan tetapi program-program berbentuk latihan atau pun dana-dana yang diperlukan untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat ini masih berkurangan. Mungkin kuota diberi dalam satu Parlimen lima atau pun sepuluh ini tidak mencukupi. Saya juga berharap agar Kementerian Luar Bandar melihat sewajarnya berkenaan dana yang ada pada peringkat kementerian dan juga memberi latihan yang baik untuk mereka atau pun penduduk-penduduk di kawasan luar bandar seperti kawasan Parlimen Sibuti ini untuk menerima peruntukan dana latihan yang sewajarnya daripada Kerajaan Persekutuan. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi[Tuan Nga Kor Ming]
Ya Yang Berhormat Ledang. Silakan.
Selepas itu Menteri menjawab. Sila.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 00620 - Dana Latihan Pendidikan yang mana jumlah peruntukan tambahan sebanyak RM1,427,031,920 dan ini dikatakan untuk menampung keperluan pembayaran pengajian di institusi pendidikan dan latihan dalam dan luar negara di bawah MARA.
Saya ingin menarik perhatian jawatankuasa bahawa pada tahun 2015 hingga 2017 dalam zaman kerajaan BN, MARA dilihat mengalami masalah kewangan. Sehingga terpaksa memotong pembiayaan pendidikan terutamanya bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada 31 Januari 2016, Menteri yang berkenaan pada ketika itu iaitu Yang Berhormat Bera berkata mereka bercadang untuk mengurangkan kursus universiti di luar negara di bawah tajaan MARA dan hanya pelajar yang terpilih akan dihantar ke luar negara dan yang lain belajar dalam negara. Alasannya adalah untuk melonjakkan Malaysia sebagai hab pendidikan.
Menurut laporan pada 6 Februari 2016 memang terdapat sekumpulan mahasiswa dari IPT Swasta yang berlainan melahirkan perasaan bahawa mereka ada masalah berkenaan dengan status permohonan untuk mendapatkan pinjaman daripada MARA untuk membiayai pengajian masing-masing. Jadi, pada masa yang sama juga kita ada mendapat banyak aduan pada ketika itu bahawa ada yang di kalangan mereka ini ditawarkan asalnya untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Kuala Lumpur dengan persetujuan bahawa yuran kursus dan elaun sara hidup akan disediakan melalui pinjaman MARA. Akan tetapi bila mereka mulakan pengajian mereka tidak dapat apa-apa tawaran pembiayaan. Apabila dihubungi kepada pihak MARA, dimaklumkan bahawa permohonan belum dibuka. Akhirnya pihak pelajar terpaksa mendapatkan pinjaman melalui pinjaman pendidikan sama ada PTPTN dan lain-lainnya.
Jadi, dalam perkara ini Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, kepada pihak Menteri bahawa apakah MARA masih meneruskan dasar oleh kerajaan lama BN dulu? Oleh kerana kita lihat bahawa soal pendidikan ini adalah soal yang penting dan MARA antara agensi yang penting dalam memastikan pembiayaan pendidikan kepada pihak pelajar-pelajar bumiputera khususnya. Apakah sikap atau pun dasar kerajaan dalam memastikan bahawa pembiayaan ini dapat dilaksanakan? Apakah dana latihan pendidikan ini digunakan atau pun diambil kesempatan untuk membiayai pelajar-pelajar tersebut? Berapakah juga pelajar yang ditaja untuk belajar di dalam dan luar negara? Apakah kursus mereka serta institusi atau pun universiti mereka?
Saya rasa ini juga penting supaya kita dapat maklumat berkenaan dengan perincian dari segi dana latihan pendidikan ini yang mungkin juga digunakan untuk menaja pelajar- pelajar kita dari dalam dan luar negara supaya ianya adalah selari dengan kehendak dan keperluan pendidikan dalam negara. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Pengerusi. Tadi saya bercakap di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi berhubung dengan MARA. Oleh kerana peruntukan yang telah dipindah kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar, saya minta ucapan tadi dimasukkan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya. Boleh. Sila Yang Berhormat Menteri jawab.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar - Tuan Sivarasa Rasiah
Terima kasih Tuan Pengerusi mengizinkan saya menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh beberapa Yang Berhormat-yang Berhormat berkaitan dengan tajuk-tajuk di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Saya ucap terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian dalam perbahasan tadi. Atas semua pandangan yang kita anggap sebagai ikhlas dan akan diambil maklum tentang beberapa cadangan tadi.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar - Tuan Sivarasa Rasiah
Saya sekarang akan menjawab beberapa soalan-soalan yang spesifik yang dibangkitkan. Saya akan mula dengan tajuk Pembangunan Eekonomi Komuniti sebelum saya alih kepada tajuk MARA.
Yang Berhormat Jelebu tadi dah mula dengan bertanya tentang PKD. Dua-dua PKD yang milik MARA yang dicadangkan untuk dinaik taraf dan apa tindakan yang akan diambil.
Saya ingin memberitahu Yang Berhormat Jelebu, status semasa bazar Simpang Gelami.
Bazar Simpang Gelami sedang dalam proses perubahan skop, daripada skop asal iaitu pembangunan semula yang tidak diluluskan oleh PBT yang berkenaan dan sekarang ditukar kepada peningkatan imej sahaja dan kerja ini akan diteruskan secepat mungkin.
Kedua, yang ditanya oleh Yang Berhormat Sibuti tentang RTC yang telah diserahkan kepada kerajaan negeri.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang Jelebu satu lagi Yang Berhormat Timbalan Menteri, di Simpang Durian.
Tuan Sivarasa Rasiah
Ya. Malangnya saya masih belum ada maklumat tentang itu. Kalau tidak sempat untuk hari ini, kita akan bagi secara bertulis ya. Berkaitan dengan RTC di Sibuti. RTC Sibuti telah diserahkan kepada kerajaan negeri seperti yang disebut dan ini lah melalui Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED) di peringkat kerajaan negeri. So, telah diserahkan kepada kerajaan negeri melalui MANRED yang telah setuju untuk meneruskan fungsi RTC Sibuti dengan peruntukan kerajaan negeri. Jadi, itu lah kedudukan sekarang ya. Kita setuju— I mean memang saya terima pandangan yang disebut secara umum tentang pembangunan ekonomi di peringkat kampung-kampung dan luar bandar. Semua pandangan itu akan diambil kira.
Saya alih sekarang kepada pertanian-pertanian yang dibangkitkan berkaitan dengan MARA. Boleh saya mula berkaitan dengan soalan daripada Yang Berhormat Pontian dulu.
Yang Berhormat Pontian tanya tentang dasar yang telah dibangkitkan tadi dalam perbahasan di bawah MAA. Apakah dasar MARA sekarang tentang students yang cemerlang yang dapat first class dan sebagainya?
Tuan Sivarasa Rasiah
Sukacita saya nak beritahu bahawa dasar itu masih dikekalkan, di mana MARA kekalkan dasar bayaran balik pinjaman mengikut pencapaian akademik pelajar itu. Jadi, pelajar-pelajar yang cemerlang hanya membayar 10 peratus sahaja daripada jumlah pinjaman mereka. Secara umum, paling tinggi pelajar perlu membayar balik semula pinjaman mereka ialah sebanyak 25 peratus daripada jumlah pinjaman. Jadi, tidak ada apa-apa perubahan berkaitan dengan dasar itu. Seterusnya, Yang Berhormat Pontian telah bertanya tentang MRSM di negara kita, Yang Berhormat tanya berapa MRSM di negara kita buat masa sekarang. Sekarang terdapat 54 buah MRSM yang sekarang beroperasi di seluruh negara dengan kapasiti untuk menampung sebanyak 41,000 pelajar.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Mohon celahan sikit, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Sivarasa Rasiah
Biar saya habis dulu. Pada tahun 2019, kerajaan telah meluluskan dua MRSM baru iaitu MRSM di Dungun dan MRSM di Lawas, Sarawak. Silakan Yang Berhormat Kangar.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berkaitan dengan MRSM, kita tahu baru-baru ini- bukan baru-baru inilah, selepas kerajaan baharu mengambil alih, Menteri Pendidikan ada mengumumkan hasrat untuk membuka sekolah-sekolah berasrama penuh ini kepada lebih banyak peluang kepada pelajar kategori B40. Saya percaya MRSM juga terlibat dalam dasar yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan. Cuma saya dapat makluman, dalam tahun pertama pelaksanaan ini ada sedikit masalah kerana sudah tentulah yuran di asrama penuh ini lebih tinggi daripada yuran sekolah biasa. Jadi, adakah dana latihan pendidikan ini juga disalurkan untuk membantu supaya golongan B40 ini menerima tawaran masuk ke asrama penuh?
Tuan Sivarasa Rasiah
Terima kasih Yang Berhormat Kangar atas soalan tambahan itu. Memang benar, penegasan Kerajaan Pakatan Harapan adalah untuk memastikan jumlah lebih besar daripada golongan B40 dapat menikmati dan merasai kelebihan yang ditawarkan, peluang belajar di MRSM. Tahun ini kita sudah menambahkan peratusan daripada B40 kepada hampir dua pertiga daripada B40 kalau banding dengan dulu
Tuan Sivarasa Rasiah
ialah kurang daripada 50 peratus. Pembayaran untuk setiap bulan adalah lebih kurang RM60 tetapi untuk mana-mana pelajar yang menghadapi masalah kewangan, mereka boleh memohon untuk dikecualikan dan hampir semua akan dapat pengecualian itu sekiranya perlu.
Yang Berhormat Pontian juga - sorry, ini berkaitan dengan gerai. Saya habiskan dengan isu pendidikan dahulu. Berkaitan dengan jumlah yang dibelanjakan sekarang ialah RM2.057 bilion untuk rekod, yang dibelanjakan untuk skim pinjaman ini secara keseluruhan.
Pada tahun 2018, lebih kurang seramai - ini untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Ledang. 56,957 orang pelajar di dalam dan luar negara sedang menerima pinjaman MARA. Untuk jumlah di luar negara, angkanya ialah lebih kurang 1,000 orang.
Soalan berkaitan dengan Yayasan Pelajar MARA, sama ada Program Tuisyen SPM itu diteruskan. Saya memang boleh sahkan di sini bahawa program itu diteruskan.
Daripada pendidikan, saya akan beralih sekarang kepada isu gerai-gerai MARA yang dibangkitkan tadi. Isu gerai-gerai yang kosong yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian. Memang pihak MARA sedar ada gerai-gerai yang kosong dan tindakan yang sewajarnya akan diambil secara berterusan terhadap penyewa-penyewa yang berkenaan dan pengisian akan dibuat kepada lot-lot yang kosong. Saya balik kepada Yang Berhormat Jelebu tadi tentang Simpang Durian. Bazar Simpang Durian telah dibuat pengisian baru bermula 1 April 2019 dengan konsep bengkel. Penyewa yang telah gunakan sebagai stor telah dikeluarkan. Itulah jawapan berkaitan dengan Simpang Durian. Jadi, kedua-dua tempat ini memang akan diteruskan. Jangan risau, tidak akan ditutup. Kita faham manfaat yang diberi kepada kawasan tempatan dan aktiviti serta program ini akan diteruskan di sana.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Menteri, yang MARA tadi, yang Simpang Pertang. Simpang Pertang, tanah MARA tadi.
Tuan Sivarasa Rasiah
Ya betul, Simpang Pertang. Berkaitan dengan 2.17 ekar itu, saya belum dapat jawapan. Saya masih menunggu dan kita akan bagi jawapan secara bertulis, ini sangat spesifik.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Menteri, minta tolong sikit Yang Berhormat Menteri, pasal perkara ini sangat serius. Pengundi saya tunggu jawapan Yang Berhormat Menteri di dalam Dewan yang mulia ini, tolong pegawai cepat sikit submit jawapan. Terima kasih.
Tuan Sivarasa Rasiah
Baik. Ini ialah sangat spesifik. Kita akan check, kita nak pastikan apa yang disebut itu tepat. Kita tak mahu mengelirukan Dewan juga. Kita tak pandang ringan pada soalan, soalan diambil secara serius dan jawapan akan disediakan dan diberi kepada Yang Berhormat secara bertulis.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ahli-ahli Yang Berhormat, sebab itu daripada mula saya dah tekankan. Untuk adil kepada kedua-dua pihak, yang bahas itu harusnya bangun di bawah Kepala supaya pegawai ini memang ada jawapan dan bersiap sedia untuk jawab di bawah Kepala itu. Akan tetapi apabila Yang Berhormat bawa isu baru, maka mereka kena carilah statistik, tempat.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Pengerusi, itu saya bahas dalam Kepala ini, bawah Kepala.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Di bawah Kepala ini tapi subject matter sama?
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Ya, tak lari.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Then jika macam itu, Yang Berhormat Menteri kena jawablah. Jika tak sempat, jawab bertulis.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Saya ikut nasihat Tuan Pengerusi. Kalau Tuan Pengerusi tak bagi, saya tak buat. Mana Tuan Pengerusi bagi, saya buat.
[Ketawa]
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Sama-sama.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Jelebu ini bagus.
Tuan Sivarasa Rasiah
Tuan Pengerusi, boleh saya betulkan sedikit?
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya, sila Yang Berhormat.
Tuan Sivarasa Rasiah
Kepala itu sangat umum, Kepala itu ialah Pembangunan Ekonomi Komuniti, itu sahaja. Bila ditanya tentang satu tempat spesifik di dalam satu kawasan DUN, memang adalah tidak adil kepada pegawai untuk jawab terus. Lebih baik dia buat siasatan, dia check dan bagi fakta yang betul dan tepat supaya Yang Berhormat akan puas hati dengan jawapan itu.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Boleh beri jawapan bertulis.
Tuan Sivarasa Rasiah
Jadi dengan itu Tuan Pengerusi, sekali lagi saya ucap terima kasih kepada semua Yang Berhormat...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penjelasan, penjelasan Tuan Pengerusi. Ini daripada segi accounting.
Tuan Sivarasa Rasiah
Silakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, tadi Kementerian Ekonomi memohon RM528,864,500 kemudian Yang Berhormat memohon RM1.427 bilion.
Jadi, apakah peruntukan yang dipohon ini campur dua-dua ini? Oleh sebab kementerian— Jadi, bererti Yang Berhormat mohon ini ialah RM2 bilion? Jadi, bukan sebab- Kementerian Ekonomi minta, sebut di sini minta RM500 juta. Yang Berhormat minta RM1.4 bilion jadi jumlah lebih kurang RM2 bilion. Am I right daripada segi accounting?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kalau tidak lulus benda yang sama daripada dua kementerian, yang keduanya Yang Berhormat tadi saya telah bercakap di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi oleh kerana sekarang MARA duduk di bawah luar bandar, apakah Yang Berhormat bercadang untuk menjawab secara bertulis pada saya?
Tuan Sivarasa Rasiah
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Tidak perlu menjawab bertulis, kita jawab sekarang. Saya sudah sebut tadi mungkin Yang Berhormat Arau tidak perasan bila saya sebut jumlah secara keseluruhan untuk tajuk pinjaman, untuk pelajar MARA ialah memang RM2.057 bilion iaitu dua-dua angka itu dijumlahkan. Saya boleh sahkan di sini sekian.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya ada cakap di bawah tadi, saya cakap di bawah MARA tadi, Yang Berhormat mungkin tidak sempat dengar sebab dia cakap bawah kementerian lain, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Jadi saya minta Yang Berhormat jawab bertulis sebab kita hendak jaga Tuan Pengerusi yang cukup hurry ini, yang tergesa- gesa ini untuk kita jawab cara bertulis.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Saya tidak pernah tergesa-gesa, saya penuh sabar dengan Yang Berhormat Arau.
[Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya sabar, tidak apa.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Walaupun kesabaran saya sudah sampai satu tahap yang cukup tinggi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sama saya pun sabar sampai satu tahap ini, kena perli.
Tuan Sivarasa Rasiah
Tuan Pengerusi sudah jawab, Yang Berhormat Arau sudah dengar, dia ada salah faham...
[Tidak jelas]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Minta jawab bertulis boleh tidak?
Saya bercakap...
Tuan Sivarasa Rasiah
Yang Berhormat Jelebu, boleh saya jelaskan berkaitan dengan Simpang Bertam. Kita telah mendapat jawapan status terkini Simpang Pertang ini telah di siasat dan disahkan sebagai rizab jalan oleh JKR sebab itu projek apa-apa yang dulu dicadangkan tidak dapat dibangunkan. Tuan Pengerusi...
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Ini tidak betul, tidak betul. Kalau rizab jalan mana mungkin premium dibayar oleh MARA?
Tuan Sivarasa Rasiah
Sebab itu...
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Almost half million MARA, ini bawah tangan saya ketika saya menjadi ADUN dulu, kerana itu saya kata tidak betul. Saya ketika itu menjadi ADUN dan Exco Kerajaan Negeri, saya tahu MARA kita kenakan bayaran premium almost RM989 ribu semasa itu dan MARA minta diskaun 50 percent. Kita bagi percent kerana hendak bina pusat komuniti masyarakat setempat.
Memang ia di tepi jalan, it is a prime area tetapi bukan rizab jalan Yang Berhormat.
Saya minta pegawai-pegawai tengok baliklah. Geran pun sudah keluar Yang Berhormat.
Yang Berhormat, saya hendak maklum, saya hendak tambah sikit lagi maklumat tambahan, geran pun sudah bagi sudah. Geran pun sudah bagi Tuan Pengerusi.
Beberapa Ahli
Pegawai salah.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi, geran pun sudah bagi.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya, tapi saya tidak ada jawapan.
[Ketawa]
Tuan Sivarasa Rasiah
Terima kasih Yang Berhormat Jelebu.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Saya mempengerusikan sidang dan saya tidak ada jawapan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Exco dulu yang kasi kah?
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Saya hendak beritahu Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi tolonglah saya. Tolong saya Tuan Pengerusi.
Tuan Sivarasa Rasiah
Tuan Pengerusi, saya...
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Sebab itu saya bagi Yang Berhormat tanya.
Okey, sila.
Tuan Sivarasa Rasiah
Tuan Pengerusi, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Jelebu atas maklumat tambahan. Kita ambil dalam good faith, maklumat telah diberikan niat yang baik. Kita akan siasat semula sebab itu saya sebut lebih baik kita siasat betul-betul.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Doubly siasat.
Tuan Sivarasa Rasiah
Kita akan siasat dan bagi jawapan yang tepat. Sekian terima kasih.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Pengerusi, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya, terima kasih. Yang Berhormat Arau, apa lagi?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia tidak berjaya jawab bertulis tadi.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Tak. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia minta jawab bertulis. Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih kepada Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Pengerusi, dia kena jawab bertulis saya sudah timbulkan tadi.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah janji akan beri jawapan bertulis.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sudah janji kah?
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya tidak dengar tadi.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Apa Yang Berhormat Arau ini?
[Ketawa] Janganlah...
[Disampuk] Bukan, dia berkhayal dekat mana, orang jawab dia tidak dengar tapi lepas habis jawab, mengganggu pula.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak, dia tengah hendak jawab..
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ahli-ahli Yang Berhormat, Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM1,427,031,920 untuk Maksud P.22 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2018 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM1,427,031,920 untuk Maksud P.22 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2018]
Maksud P.23 - Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2018] – Tuan Pengerus
Ahli-ahli Yang Berhormat kepala pembangunan P.23 di bawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Arau lagi, sila lima minit
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Pengerusi, oleh kerana saya seorang-seorang jadi tidak patut tulis lima minit, tulis 10 minit Tuan Pengerusi sebab saya seorang Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Lima minit.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Apakah peruntukan yang diminta sampai berpuluh juta, beratus juta tiba-tiba lima minit saja kita hendak putus Tuan Pengerusi.
Seorang saja.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ini peringkat Jawatankuasa, peringkat Dasar sudah bahas dua minggulah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sabar Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi ini selalu buruk sangka pada orang.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Tadi kata saya hebat, sekarang kata saya buruk sangka.
[Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Apa sudah jadi dengan Yang Berhormat Arau?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Buruk sangka sebab Yang Berhormat kata kami Taliban itu yang buruk sangka, itu saja.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ini tidak ada dalam bajet.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat ini nampak bagus, tertib, cakap bahasa Malaysia cukup bagus tetapi kadang-kadang buruk sangka sedikit.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Jangan ada duri dalam daging.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli - Dr. Xavier Jayakumar
Itu bukan Yang Berhormat Arau.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Teruskan Yang Berhormat Arau, mukadimah satu minit belum mulakan lagi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak apa.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Akan tapi masa tetap berjalan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak apa jangan tergesa-gesa. Tuan Pengerusi akan menyimpan rekod cakap lima minit lulus beratus juta. Tuan Pengerusi, malu tahu. Biar cakap kurang-kurang setengah jam barulah lulus beratus juta, yang dipohon ialah RM417 juta. Cakap lima minit Tuan Pengerusi, malu tidak bagus. Kerajaan dahulu bagi berjam-jam pada Tuan Pengerusi untuk bercakap, yang ini lima minit minta RM417 juta. Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Apa isu ia?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Isunya ialah ini ialah rancangan bekalan air negeri-negeri di bawah P.23. Jadi di sini disebut Rancangan Bekalan Air Negeri.
Saya tidak dapat butiran sama ada rancangan bekalan air ini hanya untuk membuat loji air ataupun Tuan Pengerusi kena libatkan kawasan sumber air.
Jadi kalau sekiranya kita hanya membincangkan tentang rancangan bekalan air ini hanya untuk memperbaiki loji ataupun distribution dengan izin, pengedarannya tetapi sumber air sering tidak dimasukkan dalam peruntukan. Benda yang jadi masalah besar dalam negara sekarang dan dunia tapi dunia tidak apalah yang ini jauh sangat, kita dalam Malaysia ialah sumber air. Kita tidak bincang iaitu mensyaratkan kepada kerajaan negeri supaya menjaga sumber air sebab apa, sumber air sering kali dicemari.
Hampir semua kawasan sumber air sekarang ini dicemari, kawasan rizab hutan, kawasan tadahan telah dicemari dan diteroka. Kita lihat soal penerokaan ini memang manusia yang suka mencari kekayaan cepat dan sebagainya jadi mereka akan meneroka.
Mereka tengok orang tidak nampak dia teroka. Masalah penguat kuasa kerajaan ini bila dia orang sudah siap teroka, siap tanam barulah kita gundah gulana untuk membuat penerokaan tapi masa mereka memulakan penerokaan haram itu kita tidak buat apa.
Demikian juga bangunan-bangunan haram yang dibina di seluruh negara. Masa dia hendak mulakan membina bangunan haram semua orang nampak. Benda ini bukan zaman Aladdin dengan lampu ajaib, di mana bil dia minta jadi serta-merta. Ini zaman kita kena ambil masa untuk bina, dua, tiga tahun. Bangunan haram kebanyakannya dibina setahun, dua tahun, mengambil masa tapi penguat kuasa tidak ambil tindakan. Bila sudah siap hendak ambil tindakan.
Jadi ini yang menimbulkan masalah dan kita rugi, rugi masa, rugi duit dan sebagainya. Demikian juga, ini cerita rancangan bekalan air negeri-negeri, kita tidak memberi perhatian kepada sumber air. Jadi saya hendak syorkan kepada Yang Berhormat supaya mensyaratkan kepada kerajaan negeri supaya menentukan rizab kawasan sumber air. Kalau rizab kita contohnya katakan 100,000 ekar ialah kawasan rizab. Dia mesti pastikan kawasan rizab ini dikuatkuasakan bersama oleh Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri.
Kalau tidak Kerajaan Persekutuan hanya ada kuasa kepada pembinaan cerun.
Macam yang berlaku di Cameron Highlands, Kerajaan Pusat hanya boleh ambil tindakan undang-undang kepada orang yang membuat pembangunan di kawasan cerun tertentu yang melebihi 30 darjah dan sebagainya, baru kita boleh ambil tindakan. Kalau tidak, yang lain semua hak berkuasa negeri, kalau semua hak berkuasa negeri sudah pasti kita akan menghadapi masalah berhubung dengan bekalan air. Yang Berhormat kena bagi syarat supaya sungai ataupun sungai yang mengalirkan air ke loji nanti biarlah kawasannya tidak dicemari dan mesti dibuat penguatkuasaan. Oleh kerana saya seorang-seorang yang bercakap bagi 10 minitlah.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Masa sudah tamat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Oleh kerana loji ini akan mendatangkan kesan kalau loji ini tidak mendapat bekalan air yang cukup maka bagi syarat supaya kawasan sumber air, kawasan tadahan, kawasan rizab hutan ini dipastikan penguatkuasaannya mencukupi supaya tidak ada mereka yang gatal tangan untuk menceroboh kawasan tersebut.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya telah minta, Yang Berhormat telah bagi jawapan saya ucap terima kasih kepada kementerian Yang Berhormat. Walaupun Yang Berhormat baru, saya pun baru dengan Yang Berhormat, saya terima daripada jawapan Yang Berhormat dan Yang Berhormat suruh tulis pula sama ada saya terima jawapan ataupun tidak berhubung dengan Kerajaan Persekutuan bersetuju dengan saya supaya kawasan penampan ataupun kawasan
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
tadahan dengan kawasan reserve itu mesti dipunyai oleh Kerajaan Persekutuan. Kalau tidak orang yang meneroka ini, kalau dia tengok tanah itu tanah kerajaan negeri, dia akan teroka begitu sahaja.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Arau, masa sudah tamat, sila menggulung.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Bagilah peluang kepada rakan-rakan lain.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, kenapa mesti bergaduh-gaduh, kita janji 10 minit, 10 minitlah.
[Dewan ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bagi dua minit lagi.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Saya janji bagi lima minit tetapi sudah bagi masa tambahan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dua minitlah Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Sudah bagi, dua minit pun dah habis.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dua minit setengah, okey. Nak gulung ini Yang Berhormat Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Sini bukan kedai runcit, ini adalah Dewan yang mulia.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi Tuan Pengerusi ini pemborong besarlah.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Sila habiskan ucapan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Patut Tuan Pengerusi dapat tanah banyak di Kelantan.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Jangan buat sangkaan jahat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, Tuan Pengerusi dapat 10,000 ekar ke.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Jangan buat tuduhanlah, kena tarik balik.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Sila tarik balik.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Kena tarik balik Yang Berhormat Arau.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Arau, tarik balik.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Jangan kata Tuan Pengerusi dapat tanah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya kawan baik dengan dia lebih dari Yang Berhormat.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Peraturan Dewan, Peraturan 36.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tarik balik, tarik balik. Sekarang saya hendak gulung.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Tak payah menggulung lagi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Shut uplah, saya tarik balik, diam, diam.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Masa sudah tamat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Rasah, terima kasih Yang Berhormat Arau.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana peluang yang diberikan untuk saya turut serta dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa pada petang ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Inilah diktator ... ini diktator.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Walaupun saya orang baru tetapi saya tidak mahu ikut cara orang lama yang berceramah di sini. Saya terus kepada Butiran 8000 iaitu di bawah Projek Pembetungan Negara. Saya nampak sebanyak RM417 juta diperuntukkan. Ini untuk tahun lepas, tahun 2018. Satu saya hendak tanya, kenapa peruntukan yang sebegitu besar diperuntukkan di bawah projek pembetungan yang saya nampak tidak ada peningkatan dari segi perkhidmatan yang drastik yang boleh menguntungkan pengguna, boleh menguntungkan rakyat kita walaupun peruntukan yang begitu besar.
Saya hendak beri contoh di Seremban, daerah Seremban sendiri. Apabila kami meminta supaya ada peralatan tertentu dipasang untuk saluran pembetungan dan sebagainya, permohonan daripada wakil rakyat sendiri yang tidak diberikan layanan, tidak diberikan maklum balas yang positif oleh IWK sendiri. Padahal saya tengok RM417 juta untuk projek-projek pembetungan, satu jumlah yang begitu besar padahal kami hanya minta benda- benda yang kecil, hanya nilainya mungkin dalam beribu ringgit saja. Jadi saya mohon pencerahan daripada pihak Timbalan Menteri berkenaan dengan perkara ini.
Saya juga mohon supaya peruntukan yang besar untuk projek-projek pembetungan ini dikaji semula untuk pastikan sama ada peruntukan yang besar ini benar-benar dapat memberikan manfaat kepada pengguna ataupun tidak. Jadi sebab saya nampak ini antara perkara asas, perkhidmatan asas yang ditawarkan kepada pengguna setiap hari khasnya pengguna domestik yang memerlukan satu perincian, keprihatinan daripada kerajaan supaya perkhidmatan yang terbaik dapat ditawarkan kepada penduduk. Jadi itu sahaja daripada saya sebab nanti ceramah kita pergi Rantau untuk ceramah, di sini saya tidak mahu berceramah.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Rasah.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tebrau, selepas itu Yang Berhormat Kalabakan.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas tentang P.23 Butiran 80000. Saya cuma hendak meminta Menteri untuk memberi senarai projek yang dibuat pada tahun 2018 kerana satu peruntukan besar yang diminta seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Rasah.
Apakah manfaat yang akan dibawa kepada rakyat secara umumnya dan apakah hala tuju Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli pada masa yang akan datang supaya projek-projek yang akan dilaksanakan tidak membazirkan duit rakyat. Itu sahaja, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tebrau. Yang Berhormat Tebrau dulu lepas itu, eh bukan Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Pasir Gudang, selepas itu Yang Berhormat Kalabakan dan sebelah sini Yang Berhormat Jelebu.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Sibuti sikit.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ringkas sahaja. Saya merujuk kepada Butiran 80000 juga Maksud P.23 – Projek Pembetungan Negara. Saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan, dalam Projek Pembetungan Negara ini, adakah ia melibatkan dengan sistem pembetungan di Pasir Gudang? Saya dimaklumkan tidak ada sistem pembetungan yang sempurna di kawasan Pasir Gudang. Saya dimaklumkan semua kumbahan, waste ini dibuang ke laut di Selat Johor. Jadi saya harap makluman ini tidak betul. Jadi saya perlukan daripada Yang Berhormat Menteri sebab Pasir Gudang ini tahun depan hendak dinaiktarafkan menjadi bandar raya. Kalau sistem pembetungan yang sempurna tidak ada, jadi bagaimana hendak jadi bandar raya.
Kedua, kasihanlah Pasir Gudang, sudahlah tercemar dengan udara, sungai, kimia beracun dan sebagainya kalau sistem pembetungan tidak sempurna. Jadi mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak sentuh dua perkara P.23 80000 – Projek Pembetungan Negara. Di Tawau dan Kalabakan juga mengalami masalah-masalah pembetungan sehingga ada orang demonstrasi sehingga sekarang. Itulah saya mahu tanya sama ada peruntukan ini cover untuk Sabah atau tidak sebab di sana kita ada Jabatan Kerja Raya yang tidak berfungsi sebaiknya. Kita hanya submit, selalu submit, complained and complained tetapi tidak ada tindakan.
Satu lagi mengenai Rancangan Bekalan Air Sabah. Kita ada dua loji yang selalu mengalami masalah bekalan. Kalau loji Kampung Murut, Kalabakan ini kita mahu bikin pekan Kalabakan pun rasa-rasanya mungkin tidak tercapai kalau air selalu tiada. Orang di sana sudah bosan complained, lojinya tiap-tiap bulan pun rosak, kita complained dengan jurutera daerah dia pun sudah tidak mahu layan sampai hari ini. Jadi kita pun akur sudahlah, inilah nasib orang Sabah, nasib yang tidak pernah diutamakan. Kita selalu dapat kelas nombor dua punya treatment.
Lagi satu, ada satu bandar besar, satu perumahan besar di Tawau dibina dengan baik, promosinya dengan tangki besar. Bandar Seri Indah di Batu 10, Jalan Apas, Tawau baru-baru ini penduduknya datang ke pejabat jabatan air, demonstrasi, berbincang fasal sudah dua tahun air tidak pernah selesai di Bandar Seri Indah ini. Jadi mintalah kalau ada Kerajaan Persekutuan boleh tolong rakyat di sana ini yang sudah menderita dua tahun air tidak pernah selesai. Di Tawau dan Kalabakan ini air tidak pernah selesai, elektrik tidak pernah selesai. Jadi kita minta tolong kalau ada peruntukan sedikit untuk selesaikan masalah di Sabah. Okey, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Jelebu, lepas itu...
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Pengerusi, saya pendek sahaja, saya simpati kepada Yang Berhormat Kalabakan ya. Kasihan Sabah ini.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya, ya, lepas itu Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Mas Gading. Selepas Yang Berhormat Mas Gading, Menteri menjawab.
Seorang Ahli
Menteri jawab terus.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Saya kasihan Sabah ini Tuan Pengerusi tetapi saya hendak sebut kerajaan sekarang ini jangan kata ini semua Kerajaan Barisan Nasional.
Dulu punya pemikiran engineer, the town planner dalam pembetungan ini, ketika itu, itu yang the best in market. Sekarang ini kita sudah ubah. Kita ada masalah pembetungan domestik dan pembetungan komersial Tuan Pengerusi di bawah PBT dan juga di bawah kementerian.
Jadi saya hendak once for all, kementerian pihak kerajaan sekarang yang kita dah upgrade sekarang ini. Maknanya kita dah pergi kepada satu era digital dan teknologi yang terkini.
Cuba kita tengok pembetungan ini Tuan Pengerusi supaya dapat kita selesaikan masalah ini.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Saya hendak sebut di bawah KPKT lah, Yang Berhormat Menteri ada di sini. Kita ada berapa banyak yang dahulunya kita panggil Rumah Rakyat atau Rumah Murah Yang Berhormat Menteri. Setuju tidak dengan saya, Rumah Murah dan Rumah Rakyat yang pembetungannya totally out Tuan Pengerusi. Pasal apa saya kata totally out, pembetungan katalah satu blok Rumah Rakyat atau Rumah Murah ini di kawasan saya banyak ini termasuk kawasan tuan-tuan. Sabah lagi teruk, ada 20 buah rumah satu unit pembetungan melalui setiap rumah dan satu tank diletak di hujungnya.
Sekarang ini nasib baik kita ada IWK, nasib baik ada IWK, tetapi IWK ini lagi Char Kuey Teow, minta maaf Tuan Pengerusi. Pasal apa saya kata Char Kuey Teow, IWK charge kepada pengguna tetapi tidak buat perkhidmatan, apabila tidak buat perkhidmatan, pengguna suruh servis dia ambil datang ke setiap kawasan perumahan collect setiap rumah kalau hendak bersihkan. Kalau tidak bayar, dia tidak bersihkan dan ini akan menjadi masalah besar
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
kepada masyarakat dan penduduk di rumah-rumah rakyat ini Tuan Pengerusi. Bagaimana kita hendak buat?
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Apa kaitan dengan Char Kuey Teow? Kuey Teow goreng apa?
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tidak, Char Kuey Teow itu maksudnya Tuan Pengerusi, macam-macam semua masuk dalam satu menu, mana orang boleh makan satu menu terlampau banyak sangat ingredient Tuan Pengerusi, tidak boleh makan. Ini yang saya kata dia kena ubah.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ini istilah baru.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Pengerusi ini hari pun sudah petang, jangan kacau saya Tuan Pengerusi, nanti Tuan Pengerusi ambil masa saya. Tuan Pengerusi saya hendak bagi tahu, jadi apabila rumah rakyat ini yang ada dua bilik ini sekarang ini dahulu apabila buat anak dua orang, anak satu orang okey. Akan tetapi sekarang anak sudah ada lima, enam orang sudah tentunya modifikasi kepada rumah itu akan berlaku di dalam rumah itu.
Ini bermakna paip semua ditutup di dalam dapur masing-masing. Apabila tersumbat Tuan Pengerusi, the whole block akan jadi masalah, ini pembetungan. Saya hendak cadang kepada pihak kerajaan supaya pembetungan ini kita total change Tuan Pengerusi, kita ubah sekali melalui kerjasama dengan IWK dan sebagainya supaya pembetungan domestik ini dapat kita urus peringkat demi peringkat. Baru masalah Yang Berhormat Kalabakan, masalah Sabah, masalah Negeri Sembilan, masalah Jelebu, masalah Paya Besar, masalah Jempol dan sebagainya semua kita selesai sekali. Walaupun peringkat demi peringkat.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Sini sekejap, mencelah sikit...
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Termasuk Parit Sulong.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Yang Berhormat Jelebu, saya mencelah sedikit pasal dia sebut Jempol tadi. Saya ingin supaya pembetungan ini dilihat secara lebih khusus.
Baru-baru ini ada mayat lapan bulan sudah ada dalam tangki air. Baru orang 14,000 orang minum air itu air mayat baru SAINS Negeri Sembilan tahu bahawa ada mayat. Ini kerana tersangkut dalam pembetungan. Ini menunjukkan penyelenggaraan dan juga keselamatan dari segi pembetungan tadi, jadi apa pendapat Yang Berhormat Jelebu?
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Ya Tuan Pengerusi, air mayat itu yang saya katakan Char Kuey Teow tadi, terlampau banyak menu dalam sampai dia pun tidak tahu air mayat ke apa yang dia minum. Tengok orang Jempol nampak sihat sahaja
[Dewan ketawa]
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
. Tuan Pengerusi, boleh saya sambung sedikit lagi. Saya hendak masuk pembetungan komersial pula. Pembetungan komersial tadi ada kawan daripada mana tadi yang sebut masalah pembetungan hotel yang campak semua pembuangan dia kepada sungai. Jangan kacau.
Ini masalah dia Tuan Pengerusi, pasal pembetungan ini sangat penting. Apabila dia campak pergi ke laut, dicampak oleh PBT dan sebagainya, saya nampak kita tertinggal 15 tahun ke belakang daripada pembangunan apa yang sepatutnya kita kecapi Tuan Pengerusi.
Jadi saya sangat bersetuju, peruntukan sebanyak RM52 juta ini malah kalau boleh Tuan Pengerusi dalam bajet negara akan datang peruntukan pembetungan ini boleh kita tambah lagi bagi kita selesaikan masalah pembetungan dari semasa ke semasa. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tidak ambil masa tambahan.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Jelebu, baru pertama kali you cakap seperti negarawan.
[Dewan ketawa]
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Baru tahu kah?
[Dewan ketawa]
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ambil masa pendek sahaja. Saya cuma hendak tanya berkenaan dengan proses covert
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
ataupun pindah taraf daripada hutang kerajaan negeri Kelantan RM600 juta kepada pusat.
Saya difahamkan bahawa Yang Berhormat Menteri sudah diberikan surat permohonan daripada Kelantan untuk menukar hutang RM600 juta kepada geran. Jadi saya mahu tahu setakat manakah prosesnya dan apakah tindakan-tindakan kementerian dalam menurunkan NRW yang mana di Kelantan adalah merupakan di antara negeri-negeri yang tertinggi.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Ya, silakan Yang Berhormat Sibuti.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh berkenaan tentang Butiran 02801 – Penentuan dan Pengukuran Sempadan Antarabangsa, Darat dan Maritim Malaysia dan Brunei Darussalam.
Satu ketika dahulu semasa pentadbiran Perdana Menteri yang kelima, terdapat dibangkitkan satu isu berkenaan tentang negara kita telah menggadaikan dua blok minyak kepada Brunei iaitu Blok L dan juga Blok M. Ini berkaitan berkenaan tentang penentuan dan juga pengukuran sempadan. Saya masih ingat dan juga membaca beberapa artikel dan dokumen berkenaan tentang Malaysia akan mengkaji berkenaan sempadan antara Brunei dan juga Malaysia dan juga bagaimanakah status tentang tuntutan negara Brunei terhadap Limbang. Setelah dilakukan pengukuran sempadan ini, adakah kita akan dapat mengembalikan semula Blok L dan juga Blok M ini kepada Malaysia. Saya juga tahu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada ketika itu yang sekarang juga Perdana Menteri sekarang mengkritik berkenaan tentang pelepasan Blok L dan juga Blok M ini.
Saya juga berharap sekiranya dilakukan pengukuran dan persempadanan ini, saya berharap agar sekiranya kedua-dua blok ini dapat dikembalikan ataupun dapat dibahagikan antara Brunei dan juga Malaysia supaya kita tidak rugi hasil minyak kita. Itu sahaja Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih, Yang Berhormat Mas Gading. Selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab. Silakan.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri saya ingin menyentuh Butiran 29000 – Rancangan Bekalan Air di Sarawak. Saya berharap di bawah butiran ini akan ada sedikit jumlah yang akan diagihkan di kawasan Mas Gading iaitu untuk membina telaga air bagi kawasan-kawasan yang tiada sumber air seperti air gunung ataupun air sungai. Oleh sebab di kawasan Mas Gading ada beberapa buah kampung seperti Kampung Kendaie, Kampung Pasir Hilir, Kampung Sebandi Ulu, Kampung Sebandi Hilir, Bukit Papan dan Sibong yang mengalami masalah air berpanjangan.
Jadi, adapun sungai seperti di Kampung Sebandi Ulu dan Sebandi Hilir tetapi sungai tersebut sudah terlalu keruh dan kotor dan terlalu jauh untuk kegunaan harian. Jadi, kalau hendak tunggu penyelesaian segera ataupun jangka masa panjang daripada Kerajaan Negeri Sarawak terlalu lama. Masalahnya sekarang, sesetengah kampung ini sudah menerima projek bekalan air terawat, maksudnya ada paip dan ada meter yang sudah disambung ke rumah-rumah.
Akan tetapi, masalahnya sekarang tidak ada air langsung, jadi mereka masih bergantung kepada air sumber dari gunung ataupun sungai. Akan tetapi untuk kampung- kampung yang saya sebut ini tadi lokasinya agak jauh daripada gunung ataupun sungai. Jadi, Yang Berhormat Menteri sekarang ini musim kemarau di kawasan saya dan di Sarawak khususnya dan tidak ada hujan berminggu-minggu. Jadi penduduk di kawasan saya di Mas Gading ini tidak ada air, jadi apa yang mereka lakukan sekarang adalah mengepam air daripada sungai yang terdekat yang tidak terlalu dekat sebenarnya dan naik lori dan dihantar ke kampung. Maksudnya di sini hendak sewa lori ini pun satu hal lagi Yang Berhormat.
Jadi kita perlukan penyelesaian segera iaitu membina telaga air untuk mereka di kampung-kampung ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Menteri sila. Masa 15 minit.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli - Dr. Xavier Jayakumar
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah pun tanya soalan dan juga – Yang Berhormat Arau tidak ada sini kah?
[Dewan ketawa]
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli - Dr. Xavier Jayakumar
.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Dia sudah mengundur diri.
Dr. Xavier Jayakumar
Banyak ini tadi. Saya hendak jawab, dia pergi toilet ya.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Sudah lari.
Dr. Xavier Jayakumar
Akan tetapi saya hendak jawab Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau ini kena tahu undang-undang sedikitlah.
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
Macam mana Yang Berhormat Menteri tahu dia pergi toilet?
Dr. Xavier Jayakumar
Penguatkuasaan itu ialah di bawah negeri, negeri ada kuasa penuh untuk buat sesuatu yang diminta oleh Yang Berhormat Arau tadi. Kerajaan pusat tidak ada kuasa untuk jadi penguat kuasa di dalam negeri. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Arau saya setuju 100 peratus. Kena ada buffer zone, orang tidak boleh masuk di dalam kawasan-kawasan tadahan air dan juga water basin sini kita kena jaga dan sebagainya. Itu saya ingat Yang Berhormat Arau bagus untuk katakan kemudian.
Akan tetapi penguatkuasaan ialah di dalam tangan negeri, negeri yang bagi kelulusan untuk permit, negeri yang bagi kelulusan untuk orang masuk di dalam kawasan- kawasan tertentu untuk adakan industri-industri kepentingan dengan hutan dan sebagainya.
Akan tetapi kalau Yang Berhormat Arau setuju dengan saya, kalaulah katakan kerajaan pusat hendak ambil tindakan dan kerajaan pusat hendak jadi penguat kuasa, kita kena tukar Kanun Tanah Negara untuk jadi satu isu.
Ini isu kalau saya sebut di sini kita kena tukar Kanun Tanah Negara, ini jadi isu besar juga, tetapi itulah realitinya ya Yang Berhormat Arau. Kita kena faham bahawa isunya ialah...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penjelasan Tuan Pengerusi.
Dr. Xavier Jayakumar
Penguat kuasa di dalam tangan negeri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Menteri hendak bagi, Yang Berhormat Arau hendak minta celah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat sedikit sahaja.
Sedikit.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya hendak mengesyorkan supaya Yang Berhormat masukkan dalam klausa semasa kita hendak bagi duit kepada pihak berkuasa negeri, masuk bahawa kawasan tadahan, kawasan reserved tidak dibenarkan diteroka. Kalau sekiranya mereka meneroka bererti mereka telah melanggar perjanjian dan apa-apa hukuman hendaklah dikenakan. Itu maksud saya. Sebab apa hendak tukarkan Kanun Tanah Negara lambat tetapi dari segi syarat yang kita kenakan supaya kawasan tadahan, kawasan reserved, sumber air mestilah dijaga. Yang Berhormat jangan tanya Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang tidak pandai, tanya saya.
Dr. Xavier Jayakumar
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Apa-apa pun saya boleh tulis di dalam klausa sebagainya sebelum kita bagi pinjaman ataupun geran kepada negeri untuk membuat sesuatu. Kalau dia bukan mengikut undang-undang yang kita ada, kita tidak boleh ikat dengan mana-mana negeri pun. Kalau katakan yang terbaik itu pun tidak jadi.
Kalau hendak buat sesuatu kena tukar Kanun Tanah Negara sahaja.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Menteri sedikit Yang Berhormat Menteri.
Dr. Xavier Jayakumar
Kepada Yang Berhormat Rasah yang minta.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Menteri sedikit.
Perkara yang sama.
Dr. Xavier Jayakumar
Ada banyak lagi.
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Paya Besar tadi tidak bahas kan?
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sebab sama dengan Yang Berhormat Arau punya. Kang saya bangun Tuan Pengerusi marah pula.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okeylah bagi can lah.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Boleh?
Tuan Pengerusi - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Menteri bagi kah tidak?
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya just hendak minta satu pandangan Yang Berhormat Menteri. Apabila tindakan Kerajaan Negeri Pahang mengambil tindakan kepada 61 pengusaha tempoh hari Sungai Icat dan saya sudah pergi hari Jumaat lepas melihat apa yang berlaku. Adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju dengan tindakan Kerajaan Negeri Pahang mengambil tindakan yang menceroboh kawasan tadahan air?
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dr. Xavier Jayakumar
Ini luar dari perbahasan sekarang ini, masuk kepada isu yang di Cameron Highland. Akan tetapi itu saya akan jawab di Parlimen minggu depan ya.
Terima kasih.
Yang Berhormat Pasir Gudang yang telah bertanya tentang isu Johor terutamanya di Pasir Gudang, Yang Berhormat Pasir Gudang kena faham bahawa perkhidmatan pembetungan masih berada di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Pasir Gudang.
Mereka tidak mahu serahkan IWK outlets ataupun pembetungan ini kepada kita untuk jaga, baik pulih dan naik taraf. So, kalau Yang Berhormat Pasir Gundang boleh convince Kerajaan Negeri Johor untuk berbuat demikian, saya sebagai Menteri boleh jamin bahawa bulan depan saya boleh memulakan kerja di Pasir Gudang untuk baik pulih semua pembetungan di dalam Pasir Gudang. Ini fakta. Ini kita mesti bekerjasama di antara negeri dengan kementerian atas isu ini. Ini sudah lama tertangguh.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dr. Xavier Jayakumar
Lagi satu Yang Berhormat Pasir Gudang ada tanya tentang pembetungan negara, apa projek-projek yang ada? Actually bukan sahaja Pasir Gudang tetapi seluruh negeri Johor ini, kita ada pendekatan yang baru di mana kita buat kajian sekarang untuk seluruh negeri Johor ada zero dependency dengan Singapura untuk dapatkan air dan kita hendak buat satu kajian dan juga projek-projek di dalam negeri Johor untuk pastikan bahawa negeri Johor ini akan ada air sendiri untuk digunakan di dalam negeri Johor. Kajian ini sekarang sedang dilakukan dan again kerjasama antara Johor dengan kementerian, kalau rapat kita boleh selesaikan masalah ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Jelebu tentang isu IWK itu semua. Janganlah keras sangat dengan IWK, dia buat kerja dia. Hendak ketuk-ketuk buat apa IWK, mereka pun hendak buat sesuatu yang terbaik untuk penduduk di dalam kawasan dan dalam negara kita. IWK ini tanggungjawabnya ialah kepada rakyat biasa di bawah. Sekarang hutang kepada IWK sahaja dari semua negeri ialah hampir RM937 juta. Tunggakan sahaja yang ada banyak kita hendak – saya bersetuju dengan you sebab kita hendak meningkatkan taraf perkhidmatan IWK pada masa depan yang akan datang. Sekarang ada inovasi-inovasi yang terkini yang boleh digunakan.
Akan tetapi untuk tentukan inovasi-inovasi ini digunakan ataupun diguna pakai ataupun kita hendak bentukan inovasi baru ini, we need fund. Fund ini datang dari mana?
Datang dari Pusat sebab IWK tidak cukup fund untuk buat demikian. Kita sedia untuk membantu IWK untuk buat program-program pembetungan ini di seluruh negara. Kita telah mula pun untuk berbuat ini dan perbelanjaan besar. Sebab itu, saya minta kita kena bagi masa dan juga cara untuk IWK teruskan dengan kerja. Tidak betul kata IWK tidak buat kerja.
IWK masuk ke semua kawasan untuk bantu mereka dan juga buat kerja mereka. Akan tetapi sikap penduduk-penduduk di kawasan-kawasan pun kita kena ambil perhatian juga. Sikap
Dr. Xavier Jayakumar
mereka sekarang, dia boleh campak apa-apa pun yang dia suka ke dalam longkang, di parit ataupun di mana-mana. Minyak, satu isu yang besar yang tidak dikawal, digunakan sebagai – untuk dikosongkan di mana-mana parit dan air, minyak itu jadi isu besar. Minyak itu boleh jadi keras dan selepas itu ia jadi satu obstruction kepada keluaran air dan untuk ambil ini keluar pun tiada charges sekarang ada untuk IWK buat kerja. Charges yang ada. Tarif yang ada untuk IWK sangat rendah. Kita tidak lihat macam mana kita boleh teruskan dengan tarif yang ada sekarang dengan IWK.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Menteri boleh? Minta penjelasan sedikit Yang Berhormat Menteri. Saya tidak keras Yang Berhormat Menteri.
Semasa saya dalam kerajaan dahulu pun saya sudah tegur IWK. You know why kita bayar perkhidmatan walaupun Yang Berhormat Menteri bagi tahu perkhidmatan bayaran itu sangat minimal. Saya hendak sebut Tuan Pengerusi, Kementerian Pengangkutan. Kementerian Pengangkutan, kalau dia tidak buat satu pendekatan subsidi kepada operator bas, operator bas akan lingkup tutup. Akan tetapi kalau tetapi rakyat juga tidak akan susah kerana ada rakyat yang memerlukan perkhidmatan bas sama juga dengan IWK Yang Berhormat Menteri.
Ini kerana sebab saya beritahu tadi dalam perbahasan saya supaya bajet ini boleh difikirkan untuk ditambah kerana masalah pembetungan negara bukan masalah kecil tetapi masalah besar yang harus diselesaikan either you like it or not Yang Berhormat Menteri.
Dr. Xavier Jayakumar
Saya setuju.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Saya tambah sedikit lagi menteri.
Dr. Xavier Jayakumar
Saya setuju. Saya setuju.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Boleh tidak saya tambah sedikit lagi Yang Berhormat Menteri. Saya cuma beri pandangan kepada kementerian supaya ada satu solusi yang terbaik bagaimana hendak bantu IWK untuk beri perkhidmatan. Yang Berhormat Menteri, kemungkinan IWK yang Yang Berhormat Menteri cakap tadi yang jalankan tugas hanya ada IWK yang ada di hadapan mata. IWK yang ada di luar kawasan terpinggir, di kawasan luar bandar saya minta Yang Berhormat Menteri pergi tengok. Terima kasih.
Dr. Xavier Jayakumar
Terima kasih kepada Yang Berhormat Jelebu. Fasal itu saya katakan untuk kita mengadakan satu sistem yang terbaik untuk negara ini, kita kena membuat perbelanjaan. We have to spend. Tanpa perbelanjaan kita tidak boleh mendapat satu perkhidmatan yang cemerlang atau apa yang dikehendaki oleh rakyat pada masa yang sekarang.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Saya sokong. Saya sokong.
Dr. Xavier Jayakumar
Sebab itu...
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Saya sokong Yang Berhormat Menteri.
Dr. Xavier Jayakumar
...Cadangan-cadangan dari kerajaan sekarang macam mana kita hendak membawa satu agensi macam IWK kepada taraf yang katakan orang semua lihat sebagai satu syarikat ataupun agensi yang membuat kerja dia. Sekarang kerajaan setiap tahun kita tambah dekat RM200 juta untuk sustained IWK di dalam kerja dia sebab tidak cukup dana yang dikutip oleh IWK untuk teruskan kerja-kerja di bawah. Tidak cukup.
Oleh sebab itu kita kata kita ada cadangan joint-joint billing satu or volumetric charges satu, yang kita kena buat. Akan tetapi ini semua cadangan. Kita kena bincang. Saya minta semua Ahli-ahli Parlimen di sini di dalam kawasan masing-masing tengok macam mana keadaan itu dan kalau boleh bantu kita di dalam kementerian, volumetric charges dan juga joint billing ini kalau boleh dilakukan ini akan bantu kita semua dari segi pembendungan di dalam negara.
Kita kalau tiada back to square one dan katakan kita akan belanja berapa pun kita belanja, akhirnya kalaulah agensi itu tidak menaik taraf tetapi kita buat belanjaan dan sebagainya untuk maintenance operation and maintenance kawasan-kawasan terbaharu yang kita bina ini sangat tinggi untuk operation dan maintenance (O&M). Ini mesti kita kena kaji dan kita kena ada satu ke depan yang mana ini boleh berlaku, kita boleh buat sesuatu.
Oleh sebab itu saya mintalah kerjasama dari semua untuk kita buat yang terbaik untuk IWK ini untuk masa depan, dia akan buat kerja mereka yang kita harap.
Dr. Xavier Jayakumar
Kepada Yang Berhormat Kalabakan, Loji Rawatan Rancangan Bekalan Negeri Sabah ini melibatkan pembangunan infrastruktur yang kita akan ada skim untuk bekalan air Tawau fasa tiga ini di mana statusnya sekarang empangan dia― kita sudah setuju untuk dibina, akan diteruskan.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dr. Xavier Jayakumar
Sudah.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dr. Xavier Jayakumar
Not yet, listen, listen, hear me out, hear me out.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Pandang sini, pandang sini
Dr. Xavier Jayakumar
Saya jawab kepada dia.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dr. Xavier Jayakumar
So, ini untuk Tawau, empangan dia kita akan teruskan.
Saya telah bincang dengan Yang Berhormat Ketua Menteri Sabah dan saya minta kerjasama dari Sabah untuk kita teruskan dan lepas berbincang dengan kontraktor dan juga negeri Sabah― dalam tempoh yang terdekat kita akan buat announcement bahawa projek ini akan diteruskan di Tawau.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dr. Xavier Jayakumar
Dekat-dekat lah.
[Ketawa] Untuk Yang Berhormat Tebrau yang dia minta RM470 juta bagi tahun ini, projek- projek mana akan dilaksanakan. Ini ialah projek-projek yang dijalankan sekarang, bayaran ini adalah bayaran progresif yang kita kena bayar kepada kontraktor-kontraktor yang telah pun mula kerja dan di dalam reka bentuk ataupun sudah mula dengan pembinaan-pembinaan seperti di bandar Kuantan, di Taiping, di Langat, di Pantai, di Bayan Baru Pulau Pinang, di Batu Berendam Melaka, di Pulau Pangkor dan juga di Papan, Ipoh Fasa 2 yang kita telah pun mula untuk membuat demikian.
Ini saya hendak beritahu bahawa kawasan-kawasan saya sebut sekarang adalah cara terbaharu dengan inovasi terbaharu untuk pembetungan yang kita buat, di bawah tanah.
This is a suction system yang kita buat di mana walaupun duduk di luar bandar sedikit ataupun di dalam bandar, sekarang sumber air yang keluar rumah, air yang sudah digunakan ini akan masuk kepada satu kawasan di mana dia akan dibersihkan sebelum ia keluar balik kepada sungai. Air itu, saya minta kajian di buat di kementerian― air itu tidak payahlah di keluar kepada sungai. Air itu boleh digunakan balik untuk syarikat, factory dan tempat-tempat industri. Kita boleh jual balik air kepada mereka sebab air yang dikeluarkan dari sistem kumbahan ini adalah Gred 2. You boleh minum kalau you hendak, tidak ada masalah. Akan tetapi, ini air yang akan digunakan dan kita boleh supply air ini kepada industri di dalam semua kawasan.
Dr. Xavier Jayakumar
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Seorang Ahli
Syabas.
Dr. Xavier Jayakumar
Yang Berhormat Sibuti dengan isu persempadanan di antara Brunei dengan Malaysia― kita tidak akan bagi mana-mana blok kepada sesiapa. Ini sekarang dalam kajian. Saya diberitahu bahawa boundary ini― ukuran boundary ini bermula pada tahun 2012 sahaja, recently sahaja kita mula. Sekarang kita telah buat - ada lagi 470 kilometer yang kita belum selesai lagi. Ada 450.24 kilometer yang belum selesai. Siap diukur sahaja 47.76 kilometer sahaja. Kerja-kerja ini bukan senang ya― ukuran untuk border antara Brunei dengan Sarawak akan ambil masa dan kita akan nampak masa akan panjanglah untuk buat kerja ini.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Yang Berhormat Menteri, oleh sebab ia melibatkan darat dan maritim dan juga ia melibatkan blok dan juga saya difahamkan Blok L dan M ini telah diserahkan kepada Brunei. Adakah ini akan mewujudkan satu dispute pada
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
masa akan datang? Ini adalah satu perkara yang sangat penting kerana ia sangat melibatkan sumber asli daripada bumi Sarawak kerana menyatakan jelas bahawa darat dan maritim.
Blok ini terletak di kawasan maritim.
Dr. Xavier Jayakumar
Saya faham. Akan tetapi, kita belum selesai lagi perundingan dan maritim ini pun kita belum selesai lagi sebab― saya faham Yang Berhormat Sibuti tanya sebab ini adalah tentang eksplorasi minyak bagi blok-blok minyak tersebut di dalam kawasan dia. Akan tetapi, kita belum habis lagi. Kita masih sempadan maritim dan darat antarabangsa Malaysia dengan Brunei Darussalam telah selesai melalui exchange of letters pada tahun 2009 oleh kedua-dua pemimpin tertinggi Malaysia dan Brunei Darussalam.
So, ini adalah oleh Wisma Putra dan JUPEM bahawa KATS hanya merupakan pengukuran dan juga di sempadan darat sahaja dengan peruntukan yang diberikan. Kita buat untuk darat, untuk yang ada sekarang.
Kepada Yang Berhormat Tebrau ya, yang minta hala tuju KATS berkaitan projek bekalan air ini, Kementerian KATS merancang pembiayaan projek-projek bekalan air sama ada projek bekalan air setiap negeri diberi geran atau pun pinjaman. Itu adalah hala tuju Kementerian KATS. Ini adalah antara pinjaman dengan geran macam ini. Kita ada kemarau yang kita hadapi sekarang. Contohnya negeri Kedah― memang teruk situasi di dalam negeri Kedah. Tiada air―. So, oleh sebab itu, kita telah pun menukarkan pinjaman kepada geran untuk kita teruskan immediate geran kepada mereka untuk adakan projek-projek di dalam negeri Kedah.
Ada banyak permintaan― dari Kelantan pun kita ada permintaan tentang macam mana pinjaman akan ditukar kepada geran. Kalau perlu kita akan bawa perkara ini kepada pegawai kewangan ataupun MoF untuk mereka tentukan. Saya boleh tulis surat kepada mereka untuk tanya mereka, untuk tukarkan pinjaman kepada geran. Kelulusan itu kena datang daripada MoF sebelum saya boleh buat sesuatu. Akan tetapi, saya akan minta kalaulah itu jadi isu dan dia sangat kritikal di dalam satu-satu kawasan, memang Kerajaan Pusat akan bagi tukarkan pinjaman kepada geran untuk masa depan yang akan datang.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Minta pencerahan. Yang saya difahamkan, negeri Johor adalah dalam keadaan yang sangat kritikal kerana kekurangan air.
Jadi, apa kerja-kerja atau langkah-langkah diambil oleh KATS untuk mengatasi kekurangan air yang bersih di Johor? Terima kasih.
Dr. Xavier Jayakumar
Terima kasih Tebrau. Di Johor bukan seluruh negeri Johor.
Ada beberapa kawasan di dalam negeri Johor sahaja sekarang ada masalah sedikit dengan air contohnya di Ayer Hitam dan kawasan-kawasan sebagainya.
Kita telah turun padang dan juga telah buat kajian dan apa yang kita dapati di sana ialah tidak mencukupi air terawat di sana. Oleh sebab itu, cadangan kita holistically untuk selesaikan masalah di dalam negeri Johor ialah kita kena bawa air mentah dari utara kepada selatan. It’s going to be a bit costly ya. Kos dia lebih dari RM1 bilion lebih untuk bawa air dari utara kepada selatan untuk kita katakan air itu mencukupi untuk Johor keseluruhannya― Pasir Gudang, Johor Bharu dan kawasan-kawasan yang lain. Ini terlibat dengan pembinaan loji, pembinaan paip baharu dan juga untuk kita pastikan bahawa semua orang di Johor mempunyai air mencukupi. So, Johor ini kita ada perancangan besar untuk kita selesaikan.
Akan tetapi, saya hendak kerajaan Johor kerja bersama-sama dengan Kerajaan Pusat untuk kita atasi masalah ini. I cannot repeat myself more-lah. Itu sahaja yang saya boleh katakan.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Okey, Terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Menteri. Jadi saya minta adakah ini akan dilakukan dalam masa dua tiga tahun yang akan datang? Atau apa tindakan jangka masa panjang atau dalam dua tiga tahun ini akan dilakukan?.
Dr. Xavier Jayakumar
Kita ada dua-dua juga. Jangka pendek untuk kita bagi tumpuan kepada perkara yang ada tetapi jangka panjang pun kita adalah. Yang pendek itu pun kita akan tentukan untuk pastikan bahawa kawasan-kawasan yang saya sebut itu ada air untuk masa depan akan datang. Terima kasih
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, sesuai dengan perkara yang Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi. Kota Tinggi antara daerah yang paling teruk dan saya pun sudah berbisik dengan Yang Berhormat Menteri
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Yang Berhormat Menteri, saya minta tolong tengok balik dalam perbahasan Titah Ke Bawah Duli Tuanku saya bangkitkan, saya minta supaya pihak kementerian dapat membantu rakyat daripada enam rancangan FELDA untuk kita bina sistem paip baru supaya air terawat boleh disalurkan daripada Loji Air Sungai Lebam ke Loji Air Lok Heng. Oleh kerana saya fikir Yang Berhormat Menteri sahajalah yang boleh buat. Yang Berhormat Menteri, kerajaan di negeri Johor inikan Kerajaan Pakatan Harapan, saya tidak fikir kerajaan negeri mahu mencari masalah dengan kementerian yang dimenterikan oleh Yang Berhormat Menteri. Jadi, pohon Yang Berhormat Menteri, terima kasih banyak.
Dr. Xavier Jayakumar
Terima kasih, terima kasih. Air di dalam FELDA ialah dalam Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Saya tidak berkaitan.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Saya tahu Yang Berhormat Menteri. Ini loji air daripada Sungai Lebam.
Dr. Xavier Jayakumar
Ya, saya faham, saya faham.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Sungai Lebam is not in FELDA scheme. So, saya cuma minta jajaran itu kalau ia boleh rundingkan.
Dr. Xavier Jayakumar
Ini saya kena bentangkan dengan Ministry Ekonomi dan juga Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Oleh kerana jajaran daripada Sungai Lebam.
Dr. Xavier Jayakumar
Air ini kita ada tiga Menteri yang jaga air ini.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Ya, saya faham, saya faham.
Dr. Xavier Jayakumar
Air ini, ada tiga Menteri yang jaga air ini. Satu adalah saya - KATS, dua ialah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan nombor tiga ialah Menteri Ekonomi. Ada tiga kementerian yang jaga air.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Kadang-kadang Yang Berhormat Menteri, kita pun tidak tahu pada siapa yang kita hendak bangkitkan. Oleh kerana bila kita bangkitkan dengan Menteri Ekonomi, dia kata sini, sana.
Dr. Xavier Jayakumar
Tidak apa, saya akan bawa. Terima kasih, terima kasih.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Jadi, saya bergantung harap kepada Yang Berhormat Menterilah.
Dr. Xavier Jayakumar
Yang Berhormat Kota Tinggi, terima kasih. Saya akan bawa perkara ini kepada semua Menteri itu.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Terima kasih, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Menteri, masa telah tamat.
Dr. Xavier Jayakumar
Akhir kata Tuan Pengerusi, peruntukan yang telah di...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Rasah punya, Yang Berhormat Menteri tidak jawab lagi.
Dr. Xavier Jayakumar
Yang Berhormat Rasah punya macam ini ya. Di Seremban, bahawa kita ada projek-projek yang kita lakukan sekarang di Seremban dan di Negeri Sembilan. Saya harap apa yang kita lakukan di bawah, bukan kata tidak boleh rasa dengan apa kerja yang dibuat oleh IWK tetapi saya ingat ini adalah holistic approach kepada semua bandar-bandar besar yang kita akan lakukan. Kita akan belanja besar dan sistem yang kita akan gunakan sekarang di bandar-bandar ini ialah sistem suction di bawah tanah yang akan buat. It is going to be one whole area yang kita buat. Bukan sahaja macam di Taiping sekarang kita buat, Ipoh kita telah buat, Klang kita telah adakan, Pantai kita telah adakan dan sekarang Kuantan kita buat. Kita buat di beberapa kawasan Langat Besar, Perak dan sebagainya. So, this will be overall yang kita buat untuk orang-orang di Seremban akan rasai di dalam tempoh yang terdekat. Terima kasih.
Dr. Xavier Jayakumar
So, peruntukan yang kita minta ialah untuk teruskan dengan projek-projek yang kita telah cadangkan dan ini adalah projek-projek yang dilaksanakan sekarang, Tuan Pengerusi.
Setakat itu sahajalah penjelasan saya dan sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah kemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan KATS. Kementerian akan mengambil perhatian dan tindakan di atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan. Saya memberi jaminan bahawa mana- mana pertanyaan yang tidak dapat dijawab oleh saya pada kali ini akan diambil catatan untuk tindakan susulan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM417,476,465 untuk Maksud P.23 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2018 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM417,476,465 untuk Maksud P.23 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2018]
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang kita beralih ke Kementerian Kerja Raya.
Maksud P.27 - Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2018] – Tuan Pengerus
Kepala Pembangunan P.27 di bawah Kementerian Kerja Raya terbuka untuk dibahas.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Pengerusi, boleh bagi saya, Tuan Pengerusi? Saya ada...
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya jemput Yang Berhormat Taiping dahulu kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Jelebu.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Selepas itu Jelebu.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Selepas itu Parit Sulonglah dahulu.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Jelebu.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Parit Sulong satu sahaja butiran.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
5 minit sahaja saya minta Speaker.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Hulu Selangor.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Parit Sulong.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Diikuti oleh...
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Parit Sulong satu butiran sahaja.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Parit Sulong kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Kota Tinggi.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Jelebu tidak dapat, Jelebu tidak ada chance?
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik nanti saya akan aturkan.
Tuan Teh Kok Lim - Taiping
Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberi di bawah Maksud P.27 - Kementerian Kerja Raya, Butiran 00700 – RM31,000, RM61,000, RM81,000 peruntukan tambahan untuk menaik taraf infrastruktur dengan jumlah RM1,970,000,000 juta. Saya mengambil kesempatan ini memohon Kementerian Kerja Raya untuk mewujudkan satu kaedah yang lebih menyeluruh dalam mengawal dan memantau kos projek-projek pada masa yang akan datang. Oleh kerana seperti yang sedia maklum, 121
Tuan Teh Kok Lim - Taiping
projek infrastruktur di seluruh negara yang diluluskan sebelum PRU-14 oleh kerajaan lama Barisan Nasional dengan kos RM13,930,000 juta telah berjaya dirunding semula dan diteruskan dengan kos yang jauh lebih rendah iaitu RM13,126,000 juta sahaja. Satu penjimatan sebanyak RM806,000,000 juta wang rakyat berjaya dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Di sini saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan baharu dan saya berharap ia akan diteruskan demi kepentingan rakyat. Itu sahaja daripada saya sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Taiping. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Jelebu.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terperanjat saya, Tuan Pengerusi. Saya minta masa sedikit sahaja. SUDR pakai cermin mata pula malam-malam ini, nampak lawa pula saya tengok. Tuan Pengerusi, saya hendak fasal bila Projek ECRL, Tuan Pengerusi ya. Bila Projek ECRL dan High Speed Rail, bila kita tangguh dan juga kita batalkan, kalau keputusan kerajaan sudah buat pembatalan, bermakna ia memberikan atau menjejaskan jajaran kemudahan rakyat untuk ke sesuatu tempat.
Terutamanya bagi Pantai Timur dan juga bagi kawasan di Selatan, Tuan Pengerusi. Saya hendak cadang ataupun hendak minta pihak kementerian supaya dalam kita menaik taraf jalan raya ini, Tuan Pengerusi, bukanlah hanya tertumpu kepada sistem jajaran jalan raya di kawasan bandar. Kalau di Sabah ada Pan-Borneo dan sebagainya, itu satu perkara yang dalam proses untuk kita naik taraf bagi kemudahan rakyat luar bandar.
Akan tetapi masalah kita Tuan Pengerusi, kebanyakan rakyat jadi stress ini, termasuk Ahli Parlimen yang kadang-kadang masuk ke Dewan Rakyat naik angin ini kerana traffic jammed. Ini tidak boleh lari Tuan Pengerusi, sampai 2-3 jam traffic jammed, lebih-lebih lagi daripada utara. Jadi, saya hendak cadang, kita kalau di Negeri Sembilan dahulu kita ada Negeri Sembilan ataupun Negeri Sembilan Outer Ring Road. Kita ada jajaran jalan– ring road. Saya hendak cadang di kawasan saya, di kawasan Parlimen Jelebu ini sebenarnya boleh menyumbang kepada penyelesaian masalah trafik untuk Kuala Pilah, untuk Pantai Selatan dan juga Pantai Barat untuk di Kelantan, Terengganu dan sebagainya. Saya sudah offer sudah Tuan Pengerusi, pada pihak kerajaan dahulu. Akan tetapi oleh kerana tidak sempat hendak buat apa-apa, kita sudah serah kerajaan ini kepada Kerajaan Pakatan Harapan, fasal Kerajaan Pakatan Harapan janji terlampau banyak sangat.
Jadi tidak apalah, kita bagilah, bagi dahulu. Kerajaan Pakatan Harapan kata semuanya untuk kesejahteraan rakyat. Ini jalan Tuan Pengerusi, kita buat Jelebu Outer Ring Road. Makna, jajaran daripada Kuala Kelawang pergi ke Chenah, pergi ke Ampang, the most half an hour. Jalan sudah ada cuma naik taraf...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Ini saya sokong.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Fasal ini untuk rakyat. Untuk makluman, DUN yang terlibat itu adalah DUN daripada Menteri Pengangkutan. Saya yang penting, pembangunan untuk rakyat boleh kita jalankan. Bila jajaran ini siap, kita buat dual carriage way. The most Tuan Pengerusi, paling lama ambil masa hanya 30 ke 40 minit daripada Jelebu ke punca ataupun the prime center of Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, rather than sekarang ini mengambil masa 1 jam 40 minit. Ini akan membantu trafik daripada Pantai Timur dan juga beberapa jajaran trafik, kesesakan trafik yang berlaku pada setiap kali hujung minggu dan juga pada setiap musim perayaan, Tuan Pengerusi. Saya hendak sebut itu sahaja supaya dapat direkodkan dalam Dewan yang mulia ini. Saya minta perhatian kementerian supaya dapat kita masuk. You tidak apalah, sekarang tidak ada duit, masuklah dalam Rolling Plan Ke-12, 13 dan sebagainya. Akan tetapi saya harap ini dapat perhatian daripada pihak kementerian. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Sokong, sokong.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Jelebu. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Hulu Selangor.
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Saya ingin sentuh Butiran 61000. Cuba dapatkan jawapan yang tepat daripada kementerian.
Hulu Selangor masih ketinggalan berbanding dengan kawasan lain terutamanya infrastruktur...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Jelebu balik cepatlah.
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
[Ketawa] Permohonan Hulu Selangor untuk menaik taraf jalan raya yang telah lama dipohon daripada sejak kerajaan lama sampai hari ini tetapi masih lagi tiada sebarang tindakan. Hulu Selangor mohon sangatlah agar Kementerian Kerja Raya memberi keutamaan naik taraf jalan daerah ini.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang ada dalam Dewan yang mulia ini baru-baru ini Mukim Serendah yang terletak di Hulu Selangor ini telah diumumkan sebagai kawasan industri mampan dengan UMW High Value Manufacturing Park. Oleh itu, kerja-kerja naik taraf, infrastruktur perlulah diutamakan di samping dapat mengurangkan kadar kematian kemalangan dan memberi keselesaan kepada orang awam dengan population, dengan izin yang makin meningkat.
Dengan itu, sekian sahaja pendek dan ringkas daripada saya. Saya minta jawapan cepat dan tepat daripada Kementerian Kerja Raya. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Hulu Selangor menyebut rujukan butiran mana, bagus. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Parit sulung, kalau boleh rujuk mana butiran.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih, Tuan Pengerusi. P.27 Butiran 31000 – Pembinaan Jalan dan Jambatan. Saya hendak bangkitkan satu isu yang telah banyak kali saya bawa ke dalam Dewan ini. Ini berkaitan dengan isu pembinaan jalan- jalan baru di FT05 dan juga jambatan kedua ataupun bypass Batu Pahat. Jambatan Sungai Batu Pahat ini terletak di dalam kawasan Parlimen Parit Sulong dan setakat ini laluan tersebut daripada Muar masuk ke Bandar Batu Pahat setiap hari. Ada satu kajian yang dibuat ada lebih daripada 200,000 kenderaan setiap hari melalui jambatan itu.
Bila turun sahaja daripada jambatan saya pula kawasan Parlimen Parit Sulong ini juga bersebelahan dengan kawasan Parlimen Tuan Pengerusi, jadinya sama-sama kita.
Apabila apa yang menjadi keresahannya adalah setiap hari peak hours dia akan menjadi sesak dan sesak untuk masuk ke dalam dan dahulu pernah apabila telah dibangkitkan ada terdapat sampai satu tahap ada lawatan telah dibuat dan telah dibawa ke peringkat EPU.
Akan tetapi sampai sekarang kita tidak lihat apa-apa yang dilakukan oleh pihak kementerian.
Saya sebelum ini, apa yang mendorong kesesakan itu terjadi adalah apabila Jambatan Parit Keliling telah di naik taraf pada tahun 2017, dia menjadikan dianya ada seolah-olah ada bottle-neck untuk masuk ke jambatan yang sedia ada sekarang.
Oleh sebab itulah permintaan daripada penduduk setempat di kawasan Daerah Batu Pahat yang merupakan daerah yang kedua terbesar di Johor ini adalah bagaimana dan adakah cadangan daripada pihak kerajaan untuk membina jambatan kedua ini ataupun bypass untuk mengurangkan kesesakan laluan di Daerah Batu Pahat ini. Maknanya, yang terlibat di Daerah Batu Pahat ada empat kawasan Parlimen, Parlimen Parit Sulong, Parlimen Batu Pahat, Parlimen Sri Gading dan juga Parlimen Ayer Hitam.
Jadinya keempat-empat kami akan menggunakan tempat yang sama ataupun laluan yang sama dan di sinilah pentingnya perlu di naik taraf jambatan dan juga laluan ini bagi membolehkan kesesakan ini dapat dihindarkan dan dikurangkan. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Parit Sulong. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tampin.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Tadi kata Kota Tinggi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ulang dahulu.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Janganlah marah.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya akan membangkitkan Butiran 31000 – Pembinaan Jalan dan Jambatan. Perkara ini telah saya bangkitkan dalam perbahasan belanjawan yang lepas di mana saya membangkitkan tentang jambatan di Kampung Kurnia Diraja kerana jambatan ini telah diungkap ataupun telah dibicarakan sudah lama dan apabila banjir berlaku jambatan ini pun tenggelam kerana jambatan ini adalah jambatan gantung.
Saya pun tidak pastilah, kita sudah 60 tahun merdeka masih lagi ada jambatan gantung. Jadi justeru itu, kalau di peruntukan untuk membina jambatan gantung ini kepada satu jalan raya untuk masuk kampung ini adalah suatu perkara yang cukup bermakna bagi masyarakat di kampung itu.
Satu lagi ialah saya bangkitkan juga dalam bahas belanjawan yang lepas ialah pembinaan jalan di antara FELDA Bukit Jalor dengan Gemas di mana akan memendekkan hubungan di antara FELDA Bukit Jalor dengan Gemas itu bagi memudahkan perjalanan masyarakat FELDA untuk sampai ke Bandar Gemas. Akan meningkatkan peningkatan soal pembangunan ekonomi di kawasan tersebut. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Saya jemput seterusnya Yang Berhormat Kota Tinggi kemudian diikuti oleh...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Arau, Arau, terima kasih ya.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
...Yang Berhormat Rasah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini Arau dahulu.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Sibuti dan diikuti oleh Yang Berhormat Pasir Gudang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Arau tidak masuk senarai?
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Kemudian, selepas ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Fasal saya hendak kena keluar awal.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ada tiga sahaja perkara tetapi ini kalau kementerian tidak dapat buat pun tidak tahulah apa lagi hendak cerita dekat kementerian. Pertama, Tuan Pengerusi, saya pohon di bawah Butiran 61000 – Naik Taraf Jalan-jalan. Sudah tentu jalan JKR.
Pertama, daripada Petronas Simpang Waha ke FELDA Lok Heng jalan utama, jalan sangat rosak banyak kemalangan berlaku. Kedua, Jalan Mawai daripada Batu Dua sampai Batu Sembilan, Batu Dua ke Bukit Samsu, Batu Tiga, Batu Sembilan ke Sungai Udang, itu sahaja Tuan Pengerusi. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri akan menjawab dengan baik. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Tuan Pengerusi, minta maaf. Saya hendak tanya sedikit sebab sekarang kita bahas ini adalah belanjawan yang telah dibelanjakan tahun lepas bukan masa untuk kita mohon benda akan datang.
Seorang Ahli
Nasi, orang sudah makan.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Itu yang tanya.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Kangar. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kangar walaupun kita berdua ini sama-sama orang baru tetapi kita faham.
[Dewan ketawa]
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Kita tidak mahu sebut benda yang baru sebab ini Belanjawan 2018.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Alah, kita pun tidak sebut yang baru sebab tidak ada cerita fasal nama jalan. So, dia kata naik taraf jalan, kita masukkanlah. Ada masalah kah Yang Berhormat Rasah? Ada masalah kah?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Siapa makan cili dia rasa pedas.
[Dewan riuh]
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Oleh sebab itu kata mohon.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Siapa makan cili dia rasa pedas.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Ada masalah kah?
[Dewan riuh]
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya tidak buat tuduhan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Oleh sebab sebut mohon tadi itu.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Jangan terasa pula!
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Itu yang hendak tahu status, sama ada dia ada atau tidak ada. Kalau tidak ada tidak apa, nanti Yang Berhormat Menteri jawablah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya hendak teruskan kepada Butiran 00700...
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Hendak tahu status...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Sabarlah.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Nanti Yang Berhormat Menteri jawablah itu.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Okey, terima kasih, terima kasih.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Kalau tidak ada, tidak adalah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Sudah jadi Timbalan Menteri tetapi macam budak- budak.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta Yang Berhormat Rasah teruskan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya mohon merujuk kepada Butiran 00700 dan Butiran 31000 iaitu kedua-duanya berkenaan dengan pembinaan jalan baru. Oleh sebab pada tahun 2017 dan 2018 ada pembinaan jalan yang tadi Yang Berhormat Jelebu ada menyebutkan Jalan Lingkaran Tengah Seremban. Jadi apakah belanjawan ataupun peruntukan tambahan yang disebutkan di bawah kedua-dua butiran tersebut iaitu yang berjumlah lebih kurang dalam RM46 juta tersebut terlibat dan melibatkan pembinaan Jalan Lingkaran Tengah yang fasa 3B, itu sudah siap. Sama ada melibatkan kos tersebut dan jika ya berapa kosnya?
Berkenaan dengan Jalan Lingkaran Tengah Seremban sebab sejak tahun lepas siap itu setakat tahun ini dia tiada benda, jadi apakah fasa seterusnya akan diteruskan pada masa akan datang? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Rasah. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sibuti.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Saya ingin menyentuh sedikit sahaja berkenaan tentang Butiran 31000 – Pembinaan Jalan dan Jambatan dan juga Butiran 81000 – Membina Jalan-jalan Baru, Butiran 61000 – Naik Taraf Jalan-jalan secara umum berkenaan tentang Sarawak.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Saya ingin membangkitkan berkenaan dengan tentang projek-projek yang telah dicadangkan oleh kerajaan lepas contohnya pembinaan jambatan, naik taraf jalan-jalan. Ada yang telah dilaksanakan dan juga ada yang dikatakan telah dibatalkan. Saya juga merasakan agar pihak kementerian perlu mendapatkan satu persepakatan antara Kerajaan Sarawak dan juga Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan projek-projek yang dapat memberi manfaat kepada kerajaan.
Saya juga ingin membangkitkan berkenaan tentang masalah yang timbul pada tahun lepas berkenaan tentang banyak jalan-jalan persekutuan yang tidak diseliakan dengan baik terutamanya berkenaan dengan rumput-rumput yang tumbuh di sepanjang Jalan Persekutuan. Ini agak memalukan apabila pelancong ataupun saya sendiri mendarat ke lapangan terbang di mana-mana di Sarawak, rumput di Jalan Persekutuan panjang, tidak terurus dan juga telah dipolitikkan. Penyelesaian yang diperolehi pun memerlukan ahli politik berdiri di tepi jalan raya untuk melihat kontraktor memotong rumput.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Perkara ini tidak perlu berlaku, dan juga saya tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Jelebu tadi berkenaan tentang masalah jem. Saya setuju tapi kalau kami di Sarawak, tempat seperti saya, kami ingin hendak jem tapi jalan raya tidak ada, dan juga saya berharap agar sekiranya terdapat bajet-bajet tambahan ini untuk membina jalan, saya ingin kementerian segerakan pembinaan jalan-jalan yang telah tertangguh. Itu saja.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang, diikuti oleh Yang Berhormat Tebrau dan kemudian diikuti terakhir Yang Berhormat Padang Serai. Silakan Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingin merujuk Butiran 00700. Peruntukan tambahan diminta sebanyak lebih RM27 juta dikehendaki untuk projek infrastruktur dan kemudahan awam bagi pembangunan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang daerah Kota Tinggi, Johor. Ini berkaitan dengan projek Rapid.
Soalan, saya hendak tahu projek infrastruktur yang disebut itu, apa contoh- contohnya? Kemudahan awam yang hendak dibina itu, apa dia kemudahan-kemudahan awam itu? Saya hendak minta penjelasan daripada pihak kerajaan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada satu perkara yang saya hendak sebutkan. Kerajaan belanja untuk projek, Kementerian Kerja Raya belanja projek ini untuk projek besar oil and gas di Pengerang dan kita tahu di sana ada tiga syarikat yang besar. Syarikat Malaysia, Petronas, yang kedua Aramco milik Saudi Arabia yang bersama dengan Petronas. Satu lagi ialah syarikat Dialog.
Jadi jalan-jalan raya ini, infrastruktur ini untuk faedah mereka, syarikat-syarikat besar ini. Jadi soalan saya, apakah sumbangan mereka? Tidak akan kerajaan saja keluar duit menyediakan prasarana ini tapi hasilnya nanti kecuali Petronas, pihak-pihak ini yang mengaut keuntungannya. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak sentuh Butiran 61000 - Naik Taraf Jalan-jalan.
Saya hendak minta Menteri Kerja Raya untuk bagi tahu Dewan yang mulia ini, adakah ini termasuk jalan-jalan di sekitar Johor Bahru kerana jalan-jalan utama yang di bawah JKR kebanyakan tiada lampu jalan dan lampu isyarat selalu tidak berfungsi dan yang lebih penting adalah jalan sudah hilang garisan putih yang akan menjejaskan keselamatan pengguna jalan. Saya berharap peruntukan ini akan termasuk jalan-jalan khususnya jalan daripada Johor Bahru ke Kota Tinggi dan juga dari Johor Bahru ke Senai.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Mengenai Butiran 81000 - Membina Jalan-jalan Baharu. Saya berharap dalam peruntukan besar ini termasuklah pembinaan atau naik taraf untuk membina atau tambah lagi satu laluan daripada dua laluan kepada tiga laluan daripada Kangkar Tebrau ke Taman Perling atas Lebuhraya Pasir Gudang kerana lebuh raya ini separuh sudah ada tiga laluan tapi dari Kangkar Tebrau ke Perling belum ada.
Jadi itulah tidak sempurna kalau ini boleh dilakukan secepat mungkin, jadi akan mengurangkan kesesakan lalu lintas di situ. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Padang Serai. Yang terakhir.
Tuan Karupaiya Mutusami - Padang Serai
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Butiran saya ialah B27 - 00700, dan juga Butiran 610000. Jalan Mahang dari Kulim ke High Tech ke Sungai Kop perlu dibesarkan. Tidak ada lampu isyarat di kedua-dua simpang dan perlulah dibahagikan daripada satu lane ke dua lane sebab tempat-tempat yang tidak ada trafic light itu adalah Simpang Batu Putih dan juga Taman Sipulai.
Seterusnya, Jalan Paya Besar perlu dibesarkan, kerap kali alami accident dan juga jalan BKE ke Gerik perlu dibesarkan. Ini pun jalan utama ke Kelantan dan juga jalan perlu dibesarkan sebab kerap kali berlaku kemalangan.
Di samping itu juga, jalan dari Bandar Baru ke Padang Serai beberapa kali telah dibangkit tetapi tidak ada penentuan dan jalan ini perlu dibesarkan memandangkan kerap kali jalan highway ke Pulau Pinang, ke Kulim didapati sesak. Kalau jika dapati jalan ini dibesarkan, maka tiga kawasan boleh digunakan iaitu Kulim Bandar Baru, Padang Serai dan juga Baling.
Seterusnya akhir sekali, lampu isyarat di Sungai Kop perlu diadakan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Satu, mohon.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya sudah sebut- yang terakhir, tadi.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Satu lagi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya sekarang menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab selama 15 minit.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat. Walaupun dalam masa yang singkat ini kita berpeluang mendengar cadangan dan rungutan yang disampaikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai keadaan jalan raya, jambatan, traffic light, lampu-lampu jalan dan sebagainya tetapi ia cukup bermakna bagi kami di Kementerian Kerja Raya untuk melihat perkara-perkara yang perlu kita berikan perhatian untuk projek-projek selanjutnya yang akan dilaksanakan. Hari ini kita dalam sesi penggulungan ke atas Perbahasan Rang Undang- undang Perbekalan Tambahan (2018) 2019 di Peringkat Jawatankuasa.
Tuan Pengerusi, sukar untuk saya menjawab semua setiap satu yang dikemukakan dalam masa yang singkat ini. Namun, kita mengambil perhatian tentang apa yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Taiping supaya kita perlu mewujudkan kaedah memantau kos projek supaya wang yang digunakan untuk sesuatu projek itu tidak terlalu besar supaya ianya boleh digunakan pada tempat-tempat lain Tuan Pengerusi. Kita juga mengambil kira apa yang disebut oleh Yang Berhormat Jelebu tentang perlunya menaik taraf jalan raya luar bandar dan apa yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tentang perlunya dinaikkan
Timbalan Menteri Kerja Raya - Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
taraf dari Kelawang ke Ampang. Cadangan ini akan diteliti dan diambil perhatian oleh pihak kementerian tetapi ia tidak terlibat dalam peruntukan perbekalan tambahan pada tahun ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
Tentang menaik taraf jalan di daerah Hulu Selangor terutamanya di kawasan Serendah. Kita mengambil kira tentang kedudukan yang ada di Hulu Selangor yang semakin baik dan memerlukan jalan raya yang setimpal dengan kenaikan taraf daerah itu. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya akan memohon cadangan Yang Berhormat ini untuk dibawa ke dalam rancangan Malaysia yang seterusnya.
Saya tidak dapat menjanjikan untuk segera melaksanakan dalam masa yang terdekat ini apa yang dipohon oleh Yang Berhormat. Akan tetapi walau bagaimanapun, saya tahu Yang Berhormat telah begitu proaktif telah menulis kepada Yang Berhormat Menteri dan saya akan sekali lagi membawa hal ini kepada pihak Yang Berhormat Menteri.
Saudara, Yang Berhormat Parit Sulong yang begitu concern dengan keadaan jambatan, keadaan kesesakan yang melibatkan seluruh kawasan Batu Pahat. Malah Yang Berhormat mencadangkan apakah boleh dipertimbangkan misalnya pembinaan jambatan kedua dan alternatif-alternatif yang lain supaya kadar kesesakan ini tidak melampaui batas.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat.
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
Ya Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Ada sedikit. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Sebenarnya bukannya jambatan tetapi jambatan itu ada bypass. Maknanya jambatan itu dan ia bukan satu cadangan baru. Telah dibawa sebelum ini dan dimasukkan di dalam senarai keperluan oleh JKR negeri pun.
Kemudian telah dibawa ke EPU dan telah diturunkan untuk melihat lokasi yang sesuai dan telah di-identify dan segala-galanya Yang Berhormat.
Cumanya hendak tahu sama ada kali ini ada atau tidak dan kalau tidak ada, perlu juga saya rasa perlu untuk kita bagi pihak Ahli-ahli Parlimen lain di daerah Batu Pahat memang keperluan itu sangat-sangat perlu. Jadinya minta pertimbangan kepada kementerian. Saya pun bercakap bagi pihak Tuan Pengerusi sebab dia jiran saya. Jadi jambatan itu akan menyambungkan antara Parlimen saya dengan Parlimen Batu Pahat. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Batu Pahat. Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Terima kasih sebut Batu Pahat. Sila teruskan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
Terima kasih Yang Berhormat. Pastinya saya akan melaporkan kepada kementerian esok hari tentang apa Yang Berhormat kemukakan pada hari ini. Oleh kerana hal ini, Yang Berhormat sebut telah lama, telah ada siasatan, telah ada kunjungan, telah masuk ke EPU dan sebagainya. Saya percaya perkara ini boleh kita buka balik, kita refer balik, kita rujuk balik dan insya-Allah. Cuma saya sekali lagi tidak berani menjamin. Saya tengok dalam senarai untuk kali ini dalam perbekalan ini belum lagi dimasukkan. Terima kasih.
Kemudian, Yang Berhormat Tampin juga sama seperti kawan-kawan kita yang lain, Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain yang mengemukakan keadaan yang sangat tidak menariklah di kawasan luar bandar tentang jambatan ke Kampung Kurnia Diraja yang masih pakai jambatan gantung dan keadaan jalan raya yang sangat rendah mutunya. Insya-Allah perhatian akan kita ambil dan juga dengan cadangan jalan yang menghubungkan FELDA Bukit Jalur ke Gemas. Insya-Allah dalam catatan kita dan pegawai-pegawai saya sudah tentu akan menyenaraikan semua ini untuk saya membawa esok ke kementerian dan segera kita bawa ke post gap yang akan berlaku sehari dua lagi.
Begitu juga dengan pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Rasah, daripada Yang Berhormat Sibuti iaitu projek-projek kerajaan yang diputuskan oleh kerajaan lepas tetapi ada yang dilaksanakan dan ada pula yang dibatalkan. Ini akan kita buat kajian. Cadangan beliau Yang Berhormat supaya hubungan antara Persekutuan dan negeri Sarawak diperbaiki lagi, dimantapkan lagi untuk membolehkan projek-projek kita yang
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
berkaitan dengan infrastruktur di Sibuti khususnya dan di Sarawak amnya mendapat perhatian.
Memang ada satu masa baru-baru ini soal rumput panjang tidak diurus dengan baik itu berlaku oleh kerana ada satu gap masa. Bukan sahaja berlaku di Kuching atau di Sarawak malah di tempat saya sendiri pun di Temerloh sampai ada yang demonstrasi juga kerana rumput yang terlalu tinggi. Waktu itu ada masalah sedikit dari segi wang belum turun tetapi apabila dalam tempoh sebulan selepas itu, kita laksanakan kembali kerana kita telah mendapat peruntukan segera daripada MOF, daripada Kementerian Kewangan.
Insya-Allah, hal-hal seperti ini tentulah takkanlah kita hendak memalukan diri kita, jalan-jalan protokol, jalan-jalan daripada airport antarabangsa sampai jadi begitu. Akan tetapi kadang-kadang keadaan tidak terelakkan lagi dan terjadi. Insya-Allah pada masa-masa akan datang kita harap perancangan akan berjalan dengan lebih baik.
Yang Berhormat Pasir Gudang membicarakan tentang soal Projek RAPID. Itu projek besar yang akan bakal membawa pulangan yang besar kepada negara. Namun, kebimbangan Yang Berhormat di mana PETRONAS, Aramco, Dialog yang sebenarnya menjadi pemain-pemain utama di RAPID Pengerang itu. Mereka akan sudah tentu sebagai syarikat besar, mereka turun itu kerana kepentingan keuntungan.
Apakah mereka akan bergantung sepenuhnya kepada kita menggunakan seluruh kewangan negara sedangkan mereka hanya menggunakan seluruh kemudahan. Saya rasa itu kita tidak akan biarkan keadaan itu berlaku. Kita akan tetap berunding dengan mereka supaya mereka juga memberikan sumbangan yang sesuai. Akan tetapi oleh kerana kita sebagai tuan rumah, kerana projek ini akan mendatangkan kedudukan kewangan yang besar kepada negara, sudah tentulah kita juga kena memberikan perhatian yang khusus kepada mereka.
Yang Berhormat Tebrau bertanya, apakah dalam peruntukan tambahan ini akan melibatkan jalan-jalan di Johor Bahru? Bagaimana dengan keadaan lampu jalan, lampu isyarat, garisan putih yang sudah kelabu. Itu insya-Allah semua ini sekarang saya ambil catatan dan tambahan juga pegawai-pegawai saya ambil catatan dan kita akan perhalusinya mulai esok.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, demikian juga dengan Yang Berhormat Padang Serai yang saya rasa bukan sekali beliau membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan keadaan di kawasannya soal perlunya menaik taraf, perlunya perluasan jalan, perlunya dibesarkan jalan antara Bandar Baru ke Padang Serai dan beliau juga menyebut soal lampu isyarat dan sebagainya.
Semua ini insya-Allah saya sendiri ambil catatan dan pegawai-pegawai saya di belakang juga mengambil catatan. Saya berharap ia akan kita cuba cari dalam masa yang terdekat kalau tidak the next yang paling dekat sekurang-kurangnya dalam rolling plan yang akan datang.
Untuk makluman Yang Berhormat Padang Serai, pihak kementerian mengambil maklum akan keperluan menaik taraf jalan-jalan Yang Berhormat sebut tadi. Namun begitu, sekali lagi saya sebut bahawa projek-projek tersebut tidak terlibat di dalam perbekalan tambahan ini.
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
Pihak kementerian akan mengemukakan permohonan untuk kelulusan agensi pusat supaya semua yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Padang Serai dan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain mendapat perhatian dan membolehkan kita merancang untuk melaksanakan, untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mohon maaf kalau saya tidak dapat menggembirakan semua. Saya terpaksa berterus terang, inilah kemampuan yang ada walaupun perbekalan tambahan ini nampaknya besar tetapi masih belum mendapat...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
...menyelesaikan semua masalah. Mudah- mudahan Allah...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sikit pencelahan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Sikit hendak minta.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya beri kebenaran pada Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Mohon Yang Berhormat Menteri untuk juga membuat catatan berkaitan pembinaan atau pun pembaikan sebuah jambatan yang dinamakan jambatan Kuala Teloi yang menghubungkan Parit Panjang ke Batu Lima, Sik.
Jambatan yang sangat uzur, yang sudah tua dan sangat sempit yang menyebabkan kemalangan maut sering berlaku di situ.
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
Sekali lagi nama jambatannya?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Jambatan Kuala Teloi yang menghubungkan daripada Parit Panjang ke Batu Lima, Sik. Perlu diberi perhatian oleh pihak kementerian. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sik.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Saya sikit, minta boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Di belakang sana Yang Berhormat Kangar.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Saya rujuk Butiran 31000 iaitu pembinaan jalan dan jambatan dan juga Butiran 61000 – naik taraf jalan-jalan. Boleh tidak kalau selepas ini Kementerian Kerja Raya – sebab perkara ini dah dibelanjakan. Jadi, boleh bagi salinan kepada setiap Ahli Parlimen kalau di kawasan dia ada terlibat jalan-jalan ini. Jadi, sekurang- kurangnya kita tahulah kementerian sudah salurkan itu ke mana. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Sila rumuskan.
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
Okey. Terima kasih. Insya-Allah, kita boleh pertimbangkan sepenuhnya apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kangar tadi. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk meneruskan kerja-kerja kita di kawasan masing-masing. Saya di kementerian akan cuba sedaya upaya bersama dengan Menteri saya, Yang Berhormat Tuan Baru Bian untuk melihat semua dari Perlis sampai ke Sarawak dan Sabah supaya keadaan boleh diperbaiki lagi.
Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat.
Tepat pada masanya 15 minit. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM1,970,369,500 untuk Maksud P.27 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2018 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM1,970,369,500 untuk Maksud P.27 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2018]
Maksud P.28 - Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2018] – Tuan Pengerus
Ahli-ahli Yang Berhormat Kepala Pembangunan P.28 di bawah Kementerian Pengangkutan terbuka untuk dibahas. Dimulakan daripada Yang Berhormat Johor Bahru.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Seminit sahaja.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
...Kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Pasir Mas. Kemudian diikuti oleh...
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Lembah Pantai.
Sila.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Okey baik. Maksud P.28, Kementerian Pengangkutan Tuan Pengerusi. Saya hendak sebut perkara berkaitan 00300 berkenaan dengan bayaran pampasan dan premium tanah. Perkara ini saya telah bangkitkan kepada Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Menteri telah bagi komitmen. Cuma saya hendak rekodkan perkara ini di dalam peringkat Jawatankuasa. Di mana terdapat rumah-rumah di kawasan Kampung Melayu Majidee yang terletak di berhampiran dengan landasan kereta api telah diberikan notis untuk mengosongkan tanah pada tahun lepas. Di penghujung tahun.
Cuma, isunya ada beberapa perkara. Sebanyak hampir 40 buah rumah terlibat dan saya difahamkan bukan hanya di Parlimen Johor Bahru tetapi juga di Parlimen Pulai. Apa yang berlaku maklumat yang saya terima, proses pengambilan tanah ini telah berlangsung dan telah tamat. Namun, tahun lepas mereka bertemu ataupun menjumpai rumah-rumah yang dikatakan masuk dalam kawasan right of way (ROW).
Kedua, untuk makluman Yang Berhormat Menteri kawasan tersebut memang diakui kawasan setinggan. Cuma mereka ini telah menetap di kawasan tersebut, ada yang hampir 40 tahun. Mereka ini bukannya daripada golongan yang berada. Golongan yang berpendapatan rendah. Jadi, bagi saya walaupun mungkin mereka ini setinggan, kita harus memberi perhatian yang secara lebih terbuka.
Ketiga, berkaitan dengan isu pembangunan atau pengambilan tanah bagi kegunaan landasan berkembar ini. Penduduk kampung membina rumah di luar kawasan berpagar hijau.
Apa yang berlaku difahamkan sekitar awal tahun 2000 kawasan landasan kereta api itu telah di pagar dengan pagar hijau. Jadi, rumah yang telah masuk kawasan telah dipindahkan lebih awal. Cuma sekarang ini bila diukur balik oleh pihak pemaju, mereka mendapati bahawa rumah yang tidak melangkaui kawasan pagar hijau itu dikatakan telah masuk kawasan. Jadi, yang ini mungkin Menteri boleh bagi sedikit penjelasan macam mana kaedah pengiraan tempoh yang lalu dengan yang sekarang ini, mungkin ada yang mengatakan bahawa dahulu sekadar lima meter dan sekarang dah naik sampai 10 meter. Ini minta Yang Berhormat Menteri perjelaskan sedikit.
Terakhir, dalam isu yang sama ini. Rumah-rumah yang dikatakan telah masuk kawasan ini sebenarnya dari segi jaraknya tidak banyak. Ada rumah yang telah ditandakan masuk ROW nya hanya sekitar 30 centimeter. Ada rumah yang masuk satu meter. Tanda itu telah dibuat oleh pemaju. Masalahnya kalau diambil dapur mereka, rumah tersebut bukan lagi sebuah rumah. Atau pun diambil tandas dan sebagainya. Jadi, pandangan daripada pemaju bahawa penduduk hanya perlu pecahkan sebahagian daripada rumah mereka.
Sebenarnya ini bagi saya tidak menyelesaikan masalah.
Maka, saya mohon pihak kementerian jika perkara ini perlu diambil, rumah penduduk perlu dikosongkan, saya mohon agar pihak kementerian - kalau peruntukan yang lepas itu mungkin belum dimasukkan. Sebab bila saya bangkitkan kepada wakil kementerian di Johor Bahru, mereka sebut bahawa bajet tersebut sudah tidak ada. Ex gratia itu telah habis diguna pakai. Jadi,saya rasa elok kita juga berlaku adil kepada penduduk ini kalau sekiranya rumah mereka ini diambil, mohon sekurang-kurangnya sedikit wang ihsan ex gratia ini dapat diberikan kepada penduduk di kawasan Kampung Melayu Majidee. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya hanya pendek sahaja. Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berhubung Butiran 20000 – Peningkatan Infrastruktur Rel. Jadi, pertanyaan saya ialah menyambung apa yang telah ditanya oleh sahabat saya daripada Yang Berhormat Tumpat beberapa hari lepas berkenaan dengan perjalanan kereta api daripada Wakaf Bharu melintasi Pasir Mas, Kuala
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Krai, Gua Musang sehingga ke Kuala Lumpur yang masih tergendala semenjak banjir besar 2014.
Sehingga ke hari ini perjalanan sehingga ke Gemas dan para penumpang terpaksa turun dan ambil pula kereta api kedua untuk ke Kuala Lumpur. Jadi, saya berpandangan bahawa sudah tidak ada sebarang masalah untuk terus dibuat perjalanan terus daripada Tumpat ke Kuala Lumpur. Jadi, saya mohon supaya Yang Berhormat Menteri dapat membuat penjelasan dalam ruang ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Maksud P.28, Butiran 20000 – Peningkatan Infrastruktur Rel. Saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat Menteri dalam satu laporan media dalam akhbar The Edge baru-baru ini dengan tajuk dengan izin ya, ‘Lobbying Intensify For Klang Valley Next Big Rail Job’. Ada beberapa dakwaan yang saya harap berkaitan dengan peningkatan infrastruktur rel Yang Berhormat Menteri boleh mungkin berikan penjelasan kepada Dewan yang mulia ini. Dalam artikel ini ada menyebut nama sebuah syarikat iaitu Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn. Bhd. (DMIA) yang mana saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri boleh mengesahkan sama ada Putrajaya, kerajaan sekarang pada waktu ini ada mengadakan sebarang perbincangan dengan syarikat DMIA ini? Sekiranya ada sebarang perbincangan berkenaan dengan isu-isu berkaitan dengan penambahbaikan rel dan penggantian rel dan sebagainya, adakah pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berpuas hati dengan kerja-kerja yang telah dilakukan oleh DMIA di fasa satu, Kuala Lumpur ke Rawang? Adakah kerja-kerja itu dilakukan mengikut jadual atau pun adakah benar ia lewat?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Jika lewat, apakah tempoh kelewatan itu dan adakah Yang Berhormat Menteri boleh mengesahkan sama ada kerja-kerja yang tersebut telah mengakibatkan pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengalami penurunan dari segi pendapatan akibat kesan kepada pengguna rel dan jika benar, adakah Yang Berhormat Menteri boleh memberikan sama ada secara lisan ataupun bertulis, kesan daripada kerja-kerja yang lewat ini. Jadi itu sahaja, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat.
Oleh kerana tidak ada perbahasan lagi, saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih kepada tiga Ahli Yang Berhormat yang membahaskan peringkat Jawatankuasa Kementerian Pengangkutan.
Yang pertamanya berkenaan dengan Yang Berhormat Johor Bahru yang membangkitkan isu pampasan. Untuk maklumat Yang Berhormat, untuk Butiran 00300 – Bayaran Pampasan dan Premium Tanah sebanyak RM40.7 juta itu, sebenarnya RM40 juta ini hanya melibatkan kos bayaran pampasan untuk tanah Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Ia tidak ada berkaitan dengan pampasan kepada tanah-tanah kereta api. Namun begitu, saya mengambil maklum apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Johor Bahru berkenaan dengan notis pemindahan untuk rumah-rumah di Kampung Melayu Majidee di Johor Bahru.
Untuk makluman Yang Berhormat, seperti yang saya janjikan sebelum ini, saya akan melawat Johor Bahru pada 18 April nanti. Saya akan menjemput Ahli Yang Berhormat, sama-sama untuk menghadiri satu sesi dialog bersama-sama dengan pihak kontraktor untuk projek landasan kereta api antara Gemas ke Johor Bahru. Dalam dialog nanti Ahli Yang Berhormat bolehlah membangkitkan isu-isu itu dan kita akan sama-sama menyelesaikan isu-
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
isu yang berbangkit dengan itu. Bagi saya, kalau hanya daripada segi [Tidak jelas] itu, kalau hanya melibatkan 30 sentimeter ataupun satu meter itu mungkin kita boleh bincang sama ada itu boleh dikecualikan.
Jadi, apa pun berkenaan dengan isu pemindahan itu, saya akan jemput Ahli Yang Berhormat Johor Bahru bersama-sama dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain yang kawasan mereka ada terlibat dengan projek ini, maka mereka akan dijemput untuk menghadiri sesi dialog ini. Saya harap Yang Berhormat Johor Bahru akan dapat hadir bersama pada 18...
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Okey, terima kasih. Kedua, berkenaan dengan Yang Berhormat Pasir Mas. Berkenaan dengan peningkatan infrastruktur dan rel. Permintaan untuk kita memulakan semula perkhidmatan di antara Tumpat ke Kuala Lumpur secara terus. Untuk makluman Yang Berhormat, memang pihak KTMB sedang mempertimbangkan untuk mengembalikan perkhidmatan ini. Jadi dalam tahun ini, perkhidmatan terus daripada Tumpat ke Kuala Lumpur itu akan dihidupkan semula. Jadi, kita akan pastikan supaya perkhidmatan ini kalau boleh dapat dimulakan semula dalam kadar yang segera.
Ketiga, berkenaan dengan Yang Berhormat Lembah Pantai. Yang Berhormat Lembah Pantai membangkitkan isu KVDT 2. Untuk makluman Yang Berhormat, memang untuk projek KVDT 2, memang seperti yang telah saya umumkan dalam sidang media sebelum ini, kita sebenarnya telah pun membatalkan SST tersebut ataupun projek tersebut yang dianugerahkan kepada Syarikat DMIA tetapi selepas kita membatalkan projek tersebut kepada DMIA, mereka ada membuat rayuan kepada pihak kerajaan supaya dapat dibatalkan pembatalan tersebut. Maka kita sekarang ini masih berunding dengan pihak syarikat tersebut, belum ada sebarang keputusan yang dimuktamadkan.
Kalau ada keputusan nanti, saya akan umumkan melalui media. Berkenaan dengan projek KVDT 1, memang daripada segi pelaksanaan projek tersebut, memang ada penurunan bilangan penumpang tetapi ini memang maklum kerana ada penutupan landasan. Memang daripada segi trip kereta api, terutamanya KTM Komuter memang ada pengurangan dan ini menyebabkan ada penurunan penumpang. Secara detail nanti saya boleh bagi secara bertulis kepada Yang Berhormat. Memang projek ini daripada segi pelaksanaannya memang ada sedikit kelewatan. Ada permintaan daripada pihak kontraktor untuk extension of time ataupun EOT kerana ada pelbagai faktor yang menyebabkan kelewatan itu.
Pihak kerajaan telah pun membenarkan ataupun meluluskan permintaan untuk EOT selama kalau tak silap saya lapan bulan, daripada apa yang sepatutnya tarikh siap itu tetapi apa pun kita sedang memantau dengan teliti, dengan terperinci untuk memastikan supaya projek tersebut dapat dilaksanakan dalam kadar mengikut jadual mereka dan disiapkan kerana memang kita tahu bahawa projek KVDT 1 ini amat penting untuk kita pastikan perkhidmatan komuter dan ETS itu tidak tergendala. Untuk KVDT 2, seperti yang saya katakan tadi, belum ada keputusan muktamad. Apa-apa keputusan kita akan nyatakan kepada pihak orang awam.
[Tuan Yang di-pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
[Bangun]
Tuan Loke Siew Fook
Silakan.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya. Adakah di sini juga kita akan amalkan prinsip open tender ataupun bagaimana? Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Itu yang saya katakan tadi, memang daripada segi projek itu yang telah pun diberikan ataupun diluluskan oleh kerajaan terdahulu kepada syarikat DMIA. Itu adalah secara rundingan terus tetapi dia ada pakej 1 dan pakej 2. Pakej 2 memang kita dah batalkan tetapi selepas kita batalkan, ada permohonan, ada rayuan daripada syarikat itu dengan penurunan kos projek. Jadi kita sedang berbincang dengan mereka. Kita sedang
Tuan Loke Siew Fook
mempertimbangkan rayuan itu. Sebelum rayuan itu dimuktamadkan, kita belum membuat sebarang keputusan secara muktamad.
Akan tetapi apa pun prinsipnya ialah kita hendak mengurangkan kos projek tersebut.
Kalau kos projek tersebut dapat dikurangkan, maka rayuan itu mungkin dipertimbangkan.
Jadi sekarang ini saya tidak boleh memberikan satu kepastian kepada Yang Berhormat sama ada syarikat ataupun rayuan itu akan diterima ataupun kita akan membuka balik kepada tender terbuka. Akan tetapi memang rayuan itu sedang dipertimbangkan oleh pihak kerajaan.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi, itu sahaja jawapan daripada saya kerana hanya tiga Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan isu-isu berkenaan dengan Kementerian Pengangkutan.
[Tepuk] Jadi saya harap dengan jawapan yang ringkas ini dapat menceriakan Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Amat ceria sekali ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Hidup Pakatan! Hancur Barisan!
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat. Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM1,400,000,010 untuk Maksud P.28 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2018 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM1,400,000,010 untuk Maksud P.28 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2018] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Khamis, 04 April 2019.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.37 malam]