Mar252019

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato' Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu] minta Perdana Menteri menyatakan apakah usaha yang telah diambil Kerajaan Persekutuan dan jumlah peruntukan yang dikeluarkan, dalam usaha menangani bencana banjir yang telah melanda negeri-negeri Pantai Timur antara November 2018 hingga Januari 2019 baru-baru ini.

final • 10:00 AM

Timbalan Perdana Menteri - Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail

Tuan Yang di-Pertua, Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan ini, izinkan saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Polis ke-212.

[Tepuk] ‘Two one two’, 212 pada hari ini. Polis dan masyarakat berpisah tiada dan semalam Selamat Hari Angkatan Pertahanan Awam.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menangani masalah bencana banjir yang telah melanda negeri-negeri Pantai Timur dari November 2018 hingga ke Januari 2019, Kerajaan Persekutuan telah meningkatkan tahap kesiapsiagaan pelbagai agensi, yang mana di antara usaha yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

(i) menggerakkan semua agensi yang terlibat dengan pengurusan bencana selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara 20, Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara bagi memastikan pengurusan banjir di selaraskan dengan berkesan dan lancar;

(ii) memastikan semua agensi persekutuan berkaitan pengurusan bencana bersiap-sedia semasa monsun timur laut (MTL) baru- baru ini dengan menyediakan anggota yang mencukupi. Dalam hubungan itu, sejumlah 6,076 anggota telah diarah bersiap- siaga untuk menghadapi bencana banjir semasa MTL.

Pembekuan cuti juga telah dikuatkuasakan mulai 1 November sampai 31 Disember 2018 dan Januari hingga Mac 2019 mengikut keperluan;

(iii) melaksanakan 3 siri program latihan persediaan menghadapi bencana banjir MTL sepanjang 2018 yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM60,000;

(iv) menyediakan pangkalan hadapan di bawah JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) bagi memenuhi keperluan mangsa- mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan. Bagi tujuan ini, JKM telah mengeluarkan peruntukan sebanyak RM2.8 juta bagi kegunaan perolehan pelbagai keperluan asas seperti tilam, tikar, selimut, bantal dan lain-lain untuk mangsa-mangsa di pusat pemindahan sepanjang 2018 hinggalah Januari tahun ini 2019;

final • 10:00 AM

Timbalan Perdana Menteri - Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail

(v) menyediakan peruntukan bagi perbelanjaan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan perbelanjaan operasi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah di negeri- negeri Pantai Timur yang melibatkan keseluruhannya peruntukan sebanyak RM320,000; dan

(vi) mengaktifkan sebanyak 1,875 pusat pemindahan di Pantai Timur.

Walau bagaimanapun, Alhamdulillah bagi tempoh November tahun sudah, 2018 hingga ke Januari 2019 malah kini, sampai ke bulan ini, Mac, bencana banjir yang berlaku di negara ini amat berkurangan berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini. Maknanya, jumlah banjir terlibat adalah 4,110 berbanding dengan 80,965 semasa MTL 2017/2018. Jadi, kita dapati ada pengurangan. Dari pusat pemindahan, ia berkurangan daripada 658 kepada 57 buah pusat pemindahan pada kali ini, 2017/2018 ini. Peruntukan bagi pusat pemindahan Terengganu, Kelantan dan Pahang adalah sebanyak RM5.6 juta. Oleh itu, keseluruhan peruntukan yang telah dibelanjakan setakat 7 Mac 2019 bagi MTL adalah RM8.78 juta.

Akhir sekali bagi mangsa-mangsa banjir, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan bantuan ihsan sebanyak RM500 bagi setiap ketua isi rumah dan setakat ini, Terengganu telah mendapat RM482,000, Pahang RM91,000. Bagi negeri Kelantan, Kerajaan Pusat masih lagi menunggu tuntutan daripada Kerajaan Negeri Kelantan. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih dengan jawapan yang diberi. Difahamkan bahawa kerajaan telah belanja sebanyak RM482,000 untuk wang ihsan banjir untuk negeri Terengganu. Persoalannya adalah Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2017 ihsan banjir, mereka dapat RM1,000 satu keluarga. Akan tetapi pada 2018, menurun menjadi RM500 satu keluarga. Persoalannya kenapa?

Kedua, apakah peranan NADMA dalam mengurus ataupun mengatasi masalah bencana alam kerana dikatakan NADMA kurang berperanan dan semuanya diserahkan kepada jabatan negeri ataupun JKM di kawasan masing-masing. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail

Terima kasih Yang Berhormat daripada Hulu Terengganu.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail

Kita hendaklah juga bagi lebih pada itu namun kemampuannya kurang. Jadi, kita bagi apa yang kita mampu. Itu pun wang ihsan. Jikalau kita ada lebih, kita boleh bagi lebihlah.

Peranan NADMA ini memang apabila sampai ke peringkat kebangsaan, jika berlaku bencana dan bila diperlukan NADMA mengambil peranan yang lebih aktif. Sebab peringkat-peringkat daerah, peringkat negeri dan barulah sampai ke peringkat NADMA dan peringkat persekutuan. Kita tengok tahap-tahapnya. Walau bagaimanapun, NADMA memang sedia membantu dan juga kita telah memberikan bantuan-bantuan dan juga di mana-mana yang perlu dan kita menambahbaikkan dan menambah lagi apa-apa yang diperlukan. Akan tetapi saya baru dapat, minta maaf Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:10 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Maksudnya itu, adakah kerajaan bercadang untuk membuka cawangan NADMA di negeri-negeri?

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail

Minta maaf, sekejap ya. Saya tidak pernah diberikan jawapan ini daripada nota yang saya difahamkan. Di mana Yang Berhormat dapat kata 2017 dapat RM1,000? Saya pun hendak tahulah mana dapatnya? Akan tetapi NADMA di negeri-negeri memang lah kalau dipanggilnya NADMA, diberikan laporan atau permohonan baru hendak NADMA menolong, memang akan diberikan pertolongan.

final • 10:10 AM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Persoalan saya adakah pihak kerajaan bercadang untuk membuat insurans tambahan bagi petugas-petugas semasa bencana? Berapakah jumlah kerugian barang-barang asas pangkalan hadapan yang tidak digunakan jika di kawasan itu tidak banjir? Ketiga, apakah bantuan yang akan diberikan kepada bencana Sungai Kim Kim? Kalau kerajaan bagi bencana banjir RM500, berapa ringgit untuk mangsa-mangsa di Sungai Kim Kim?

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail

Terima kasih. Insurans itu kita belum lagi berikan kepada mereka yang bekerja. Namun memang ada yang telah di-cover-kan dengan

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail

apa yang sedia ada, skema-skema yang sedia ada. Akan tetapi yang khusus saya ingat tidak ada dan saya akan berikan jawapan bertulis kalau ada perubahan itu.

Akan tetapi yang Sungai Kim Kim itu adalah yang baru berlaku dan setakat sekarang apa yang kerajaan telah mengambil bahagian atau mengambil tanggungjawab adalah untuk memberikan mereka kesihatan dan rawatan yang diperlukan setakat ini. Akan tetapi yang lain itu kita sekarang sedang ambil maklum manakah puncanya. Bagaimana kita hendak mengurangkan ataupun preventive measures, dengan izin. Untuk pampasan itu belum lagi dikira berapa ataupun bagaimana hendak diberikan pampasan kepada mereka semasa itu.

Terima kasih.

final • 10:10 AM

Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat TPM. Soalan saya, saya rasa amat penting kepada Ahli Parlimen kawasan khususnya. Soalan saya berbunyi macam ini. Mengapakah pemimpin tempatan tidak dijemput untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana daerah atau negeri bagi menyampaikan pandangan dan masalah yang dihadapi oleh rakyat? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor atas soalan itu. Berdasarkan arahan Majlis Keselamatan Negara 20, dasar dan mekanismenya pemimpin tempatan tidak menjadi ahli pada jawatankuasa itu. Oleh kerana bukan untuk menghalang mana-mana Yang Berhormat untuk mengemukakan cadangan atau syor bertulis. Penambahbaikan pengurusan kepada pegawai daerah, pegawai jajahan atau Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri masing-masing untuk dibincangkan. Namun apa yang kita mahu adalah satu badan yang tidak tertakluk, kadang-kadang kita tidak mahu apa-apa pun dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

Inilah yang menyebabkan Ahli-ahli Parlimen atau ahli-ahli yang menjadi wakil rakyat di situ tidak masuk. Namun, kita memang mengalu-alukan apa-apa cadangan, penambahbaikan atau apa-apa yang boleh diberikan syor kepada jawatankuasa yang berkhidmat. Terima kasih.

final • 10:10 AM

2. Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan sebab penutupan Bazar Rakyat di Jalan TAR yang sering menjadi tumpuan orang Melayu dan orang India ketika musim perayaan.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan - Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Lipis dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup aktiviti bazar rakyat. Maksudnya mungkin bazar Ramadhan ataupun bazar Deepavali yang sering menjadi tumpuan kepada orang Melayu dan orang India ketika musim perayaan di lorong, bukan di jalan. Di Lorong Tuanku Abdul Rahman sebelum ini.

Sebaliknya bazar ini akan dipindahkan ke Jalan Raja iaitu berhadapan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka. Lokasi baru ini dijangka lebih selesa, teratur dan terurus yang akan dianjurkan dan diuruskan sepenuhnya oleh pihak DBKL. Lokasi asal di Lorong Tuanku Abdul Rahman, tidak lagi sesuai kerana pihak DBKL telah menerima banyak bantahan dan aduan daripada pemilik-pemilik premis kedai di kawasan tersebut.

Selain itu terdapat beberapa isu lain yang dibangkitkan seperti laluan masuk premis kedai berhampiran yang terhalang dan terganggu. Kesesakan lalu lintas kerana ribuan para pengunjung bazar oleh kerana banyaknya kenderaan masuk ke kawasan tersebut. Termasuk juga isu kebersihan, persekitaran dengan longgokan sampah sarap ekoran peningkatan jumlah pengunjung-pengunjung dan aktiviti perniagaan di kawasan tersebut.

Selain itu, sekarang ini berlaku aktiviti yang giat dijalankan iaitu tentang pembinaan pejalan kaki atau pedestrian walk di kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman, Lorong Tuanku Abdul Rahman dan juga Jalan Masjid India. Makanya, sudah tentu akan memberikan kesukaran kepada pengunjung-pengunjung ke bazar tersebut, mungkin akan berlaku kemalangan dan sebagainya. Maka sebab itu keputusan setakat ini untuk memindahkan daripada Lorong Tuanku Abdul Rahman ke Jalan Raja. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Kalau melihat daripada kajian-kajian yang dibuat, kita kalau dipindahkan ke Bangunan Sultan Abdul Samad iaitu merupakan salah satu bangunan sejarah dan merupakan tempat kawasan pelancongan. Adakah ia mengganggu pelancong di sana?

Apakah mekanisme yang hendak dibuat oleh kerajaan untuk menentukan petak-petak? Oleh

final • 10:10 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

kerana kita tidak mahu lagi pada tahun lepas berlaku salah seorang Ketua Pemuda Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan terpalit dengan menggunakan isu politik untuk berniaga petak tapak tersebut. Saya cadangkan supaya petak tersebut dibida dan tidak melalui online.

final • 10:10 AM

Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh

Yang Berhormat Lipis. Memang pun apa yang disebutkan tadi ada perkara yang kita ambil maklum. Pihak DBKL memang hendak menjadikan kawasan Jalan Raja menjadi tumpuan kepada para pelancong yang mana bazar- bazar yang kita akan diberikan adalah bazar yang terurus, bersih, dan cantik. Kita akan dirikan marquee tent yang besar dengan petak-petak yang lebih luas dan kawasan jalan kaki yang lebih baik. Saya rasa dengan adanya bazar yang lebih tersusun dan teratur tidak seperti yang ada sekarang di Lorong Tuanku Abdul Rahman.

final • 10:10 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Memandangkan permohonan pasar Ramadhan kini dibuat melalui e-permohonan, ini amat sesuai dan juga saya mengalu-alukan untuk mengelakkan parti yang ketiga mengaut keuntungan yang lumayan. Adakah Kementerian Wilayah Persekutuan ingin mempertimbangkan bahawa satu tapak yang lebih sesuai ialah di Bukit Jalil? Satu tapak yang lebih luas dan pengangkutan awam pun mencukupi. Minta penjelasan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh

Terima kasih. Bagi menjawab soalan yang dinyatakan memang aktiviti bazar juga dibuka di Bukit Jalil. Pihak DBKL akan memberikan kelulusan tentang aktiviti itu. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Pertanyaan seterusnya saya ingin...

final • 10:20 AM

Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor - Putrajaya

Satu lagi, satu lagi, Putrajaya.

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh

Benarkan, benarkan.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, saya beri Yang Berhormat Putrajaya.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor - Putrajaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tanya dengan pihak Kementerian Wilayah Persekutuan, apa akan berlaku kepada bazar-bazar Ramadan di Putrajaya dan juga di Pulau Labuan? Adakah ia akan menghadapi nasib seperti apa yang telah dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh

Saya ingin menyatakan bahawa apa yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Putrajaya, luar daripada apa yang kita bincangkan soalan pada pagi ini.

final • 10:20 AM

3. Puan June Leow Hsiad Hui [Hulu Selangor] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan apakah usaha kementerian bagi memelihara khazanah warisan negara pada masa yang sama mempromosikan tapak warisan UNESCO di Malaysia untuk menggalakkan kedatangan pelancong.

final • 10:20 AM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Datuk Mohamaddin bin Ketapi

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Antara usaha-usaha yang telah dijalankan bagi memelihara khazanah warisan negara termasuklah tapak warisan dunia UNESCO di Malaysia adalah dengan mewartakannya di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 untuk tujuan memulihara, memelihara dan melindungi khazanah warisan negara. Sehingga kini sebanyak 302 tapak telah diwartakan. Antaranya Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM) dan Kota Melawati di Selangor serta lain-lain. Jabatan Warisan Negara juga telah mengambil usaha untuk mengangkat tapak warisan yang memenuhi kriteria bagi pengiktirafan antarabangsa terutama sekali di peringkat UNESCO.

Setakat ini, empat tapak telah mendapat pengiktirafan UNESCO iaitu Taman Negara Gunung Mulu Sarawak, Taman Kinabalu Sabah, Bandar Warisan Dunia Melaka dan Georgetown dan Tapak Arkeologi Lembah Lenggong Perak. Jabatan Warisan Negara juga melaksanakan kerja-kerja konservasi tapak atau bangunan yang mana sehingga kini sebanyak 200 tapak atau bangunan telah melalui proses konservasi sejak tahun 2006.

final • 10:20 AM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Datuk Mohamaddin bin Ketapi

Antaranya Pusat Kawalan Kusta Negara Selangor, Rumah Penghulu Mat Natar Melaka dan lain-lain.

Dalam usaha mempromosikan tapak-tapak warisan dunia UNESCO di Malaysia, kementerian telah melaksanakan beberapa usaha untuk menggalakkan kedatangan pelancong seperti berikut:

(i) melalui pelaksanaan program mega familiarization dengan mempelawa wakil-wakil media dan para pengusaha pelancongan antarabangsa, menyertai acara-acara dan program-program pelancongan di tapak warisan UNESCO untuk dipromosikan di luar negara.

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya teruskan? Sudah bunyi, kalau boleh saya teruskan.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Masa telah tamat, mungkin boleh ditambah dengan soalan tambahan.

final • 10:20 AM

Datuk Mohamaddin bin Ketapi

Nombor dua...

final • 10:20 AM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 10:20 AM

Datuk Mohamaddin bin Ketapi

Soalan tambahan?

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya minta Yang Berhormat Hulu Selangor untuk...

final • 10:20 AM

Datuk Mohamaddin bin Ketapi

Saya kena duduk dulu, then I’ll wait for the additional question, all right? Thank you.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih. Sila saya jemput soalan tambahan pertama, Yang Berhormat Hulu Selangor.

final • 10:20 AM

Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor

Saya minta diteruskan sebab maklumat tak lengkap. Boleh tak Tuan Yang di-Pertua? Saya minta Menteri untuk teruskan dengan cepat.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, itu pertanyaan yang kedua.

final • 10:20 AM

Datuk Mohamaddin bin Ketapi

Saya boleh terima tetapi kalau saya teruskan ini, jangan ada soalan tambahan because it will take my time on that one. Boleh?

final • 10:20 AM

[Dewan ketawa]

Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor

Tak boleh. Okey, baik Tuan Yang di- Pertua saya bagi soalan tambahan. I minta jawapan diberi secara bertulis ya.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya, sila Yang Berhormat Hulu Selangor.

final • 10:20 AM

Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor

Soalan saya berbunyi macam ini, terima kasih atas usaha Kementerian Pelancongan. Apakah perkembangan terkini dalam merancang Bandar Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor sebagai satu tapak warisan dunia UNESCO di Malaysia dan inisiatif kerajaan untuk membantu membangunkan Bandar Kuala Kubu Bharu bagi menarik lebih ramai pelancong ke daerah ini. Sekian, terima kasih. Cepat dan tepat ya soalan, jawapan.

final • 10:20 AM

Datuk Mohamaddin bin Ketapi

Terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat, tapak Bandar Warisan Kuala Kubu Bharu dalam kajian untuk diangkat sebagai warisan kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 sebelum dicalonkan ke peringkat UNESCO. Kajian ini sedang dilaksanakan oleh Jabatan Warisan Negara, PLANMalaysia, pihak Kerajaan Negeri Selangor, pihak berkuasa tempatan dan lain-lain agensi berkaitan.

I’m replying the second additional question now. Untuk makluman Yang Berhormat, saya minta kemukakan permohonan kepada kementerian melalui UPEN untuk dipertimbangkan. Boleh Yang Berhormat? Okey, thank you.

final • 10:20 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih. Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Kuala Kangsar.

final • 10:20 AM

Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, Dondang Sayang telah dipilih oleh Pertubuhan Pendidikan Saintifik Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi kategori warisan

final • 10:20 AM

Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar

kebudayaan tidak ketara ataupun intangible cultural heritage. Mohon Yang Berhormat Menteri menyatakan apakah kriteria-kriteria untuk melayakkan sesuatu budaya atau produk di dalam kategori ini supaya kita boleh syorkan lagi produk-produk budaya kita dan mendapat pengiktirafan daripada UNESCO seperti makanan kita Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Datuk Mohamaddin bin Ketapi

Yang Berhormat, banyak kriteria ini tetapi saya tidak ingatlah yang sebetulnya. So, kalau Yang Berhormat boleh terima, I think the criteria I will give you in writing so that Yang Berhormat ini bolehlah melihat berapa banyak kriteria.

Boleh? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Dari Taiping ke Teluk Intan, singgah sebentar di Bukit Rapat, saya UMNO bukan Taliban, mohon jawapan soalan nombor empat.

final • 10:20 AM

4. Tan Sri Noh bin Haji Omar [Tanjong Karang] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah perancangan kementerian dengan kerajaan negeri dalam menurunkan kadar premium tanah untuk memastikan harga rumah mampu milik dapat diturunkan.

final • 10:20 AM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillah Yang Berhormat Tanjong Karang dari luar baru masuk dalam. Okey terima kasih.

[Ketawa] Okey Yang Berhormat Tanjong Karang, terima kasih di atas soalan itu kerana memberikan saya peluang untuk memberikan penjelasan kepada Ahli Dewan dan juga khalayak rakyat di luar sana. Ketika ini kementerian ada beberapa usaha yang telah dibuat oleh kementerian untuk memastikan bahawa rumah yang dibina untuk golongan B40 itu adalah di dalam harga yang berkemampuan oleh mereka. Oleh sebab itu dalam Dasar Rumah Mampu Milik, kita ada menggariskan panduan-panduan bahawa tanah yang kita akan prioritykan untuk membina rumah adalah tanah yang ditawarkan oleh kerajaan negeri.

Dengan tanah yang ditawarkan oleh kerajaan negeri, kita tidak akan membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan tanah itu. Maka, nominal cost itu mungkin ada ditetapkan.

Dengan ini development cost juga akan turun, insya-Allah. Keduanya, compliance-compliance kos yang melibatkan utiliti seperti TNB, IWK, Telekom dan juga syarikat air negeri juga kita minta mereka untuk menyerap kos pembinaan utiliti mereka. Ini juga kita harap akan dapat menurunkan construction cost dan lepas itu tidak akan membebankan kepada harga rumah. Seterusnya juga, bahan binaan telah juga dikecualikan daripada SST. So, jadi ini satu juga cara untuk menurunkan harga kos rumah mampu milik.

final • 10:20 AM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Kita juga akan memberikan tumpuan ataupun emphasis, fokus untuk membina rumah-rumah mampu milik ini dengan kaedah menggunakan bahan IBS yang mana bila sudah ada modelnya untuk dibina, maka kos pembinaannya akan juga turun dan masa juga cepat untuk kita selesaikan. Seterusnya, KPKT juga sedang melihat beberapa skim. Funding scheme yang mana boleh juga dapat membantu meringankan ataupun memudahkan cara untuk pemohon-pemohon rumah ini untuk mendapatkan pinjaman perumahan atau pemilikan rumah untuk mereka beli. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Terima kasih. Saya hendak tanya dua perkara. Pertama, mengenai― satu, skim. Satu lagi tanah kerajaan negeri.

Sejauh mana kerajaan yakin kerajaan negeri boleh bagi tanah ini? Sebab kita tengok anak- anak syarikat kerajaan negeri pun banyak sedang mencari tanah pun tidak dapat tanah. Itu yang pertama.

Kedua, skim. Semasa Kerajaan BN dahulu, KPKT ada menyediakan bantuan percuma 10 peratus dari harga rumah ataupun maksimum RM30,000 untuk pembeli rumah pertama di bawah skim MyHome dan juga MyDeposit. Soalan saya, adakah kedua-dua skim ini masih lagi diteruskan? Dan apakah bezanya skim MyHome, MyDeposit dan juga skim baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan PH iaitu skim FundMyHome ini? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Mengenai question tadi― the first one apa tadi, Yang Berhormat Tanjong Karang?

final • 10:30 AM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Sejauh mana kerajaan negeri boleh bagi tanah? Syarikat kerajaan negeri pun banyak cari tanah itu.

final • 10:30 AM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Okey. Alhamdulillah, ketika ini memang waktu sebelum kita melancarkan Dasar Rumah Mampu Milik, kita telah menulis kepada menteri besar seluruh negara dan mereka telah menawarkan beberapa bidang tanah. Setiap negeri telah menghantarkan tawaran tanah-tanah yang mereka rasa sesuai untuk dibina rumah. Jadi sekarang KPKT sedang buat lawatan tapak untuk memastikan bahawa tanah- tanah yang kita pilih untuk membina rumah itu adalah tanah yang sesuai dan lokasinya juga sesuai. That means dalam kawasannya ada infrastruktur. Jadi tidak akan membebankan sara hidup untuk golongan B40.

Jadi yang itu, insya-Allah, tanah-tanah memang banyak. Projek juga, insya-Allah, kita akan tawarkan sebanyak tiga atau lima projek yang di bawah tanah kerajaan telah kita keluarkan untuk RFP dan selanjutnya. Kita akan teruskan lagi.

Untuk skim MyDeposit dan MyHome, sekarang KPKT masih mengekalkan skim MyDeposit kerana untuk membantu khususnya golongan B40 untuk membantu mereka untuk membayar deposit rumah mereka sebagai peringkat awalnya. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, bolehkan kerajaan tubuhkan lembaga perumahan di peringkat persekutuan dan negeri untuk menyelaraskan pembekalan rumah pertama kepada rakyat? Ini kerana rumah yang tidak terjual pada suku ketiga pada tahun 2018 sebanyak 30,115 unit. Harga rumah terlalu tinggi. Bukan tidak cukup permintaan. Harap kerajaan tidak patut jadi jurujual kepada pemaju hartanah. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Yang Berhormat Pasir Gudang, ketika ini di peringkat federal, kita sudah ada Majlis Perumahan Mampu Milik yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Yang ini kita menyelaraskan dari peringkat federal.

Akan tetapi di peringkat negeri, ia diselaraskan oleh kerajaan negeri sendiri di bawah lembaga perumahan masing-masing. Akan tetapi, insya-Allah, ia juga akan dipantau di peringkat federal.

Jadi untuk mengatakan bahawa rumah yang tidak terjual ketika ini, hanya 23 peratus sahaja yang melibatkan rumah yang berharga RM300,000 ke bawah. Jadi, alhamdulillah, dalam kempen Home Ownership Campaign (HOC) yang baru-baru ini kita lancarkan pada 1 sehingga 3 Mac yang lepas, rumah-rumah yang berharga RM300,000 ke bawah mendapat sambutan yang sangat baik. Saya kira mungkin hampir 100 peratus rumah-rumah ini dapat diselesaikan.

Jadi isu rumah yang tidak terjual adalah banyak melibatkan rumah-rumah yang berharga RM500,000 ke atas yang mana ketika itu developer menyangka itulah market yang patut mereka tawarkan. Jadi di situ ada sedikit kesilapan dari segi projection dari peringkat swasta. Terima kasih.

final • 10:30 AM

5. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan keputusan Kerajaan tentang kanak-kanak yang menjadi tanpa kewarganegaraan (stateless) semata-mata kerana ibu warga asing kanak-kanak ini semasa melahirkan mereka tidak mendaftarkan perkahwinan mereka dengan bapa kanak-kanak ini yang berwarganegara Malaysia.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Mohd Azis bin Jamman

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya menjawab soalan saya, izinkan saya untuk mengucapkan Selamat Hari Polis yang ke-212.

[Tepuk] Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih bagi pihak rakyat Malaysia khususnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia di atas jasa bakti mereka menjaga keamanan negara.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kelahiran di Malaysia tidak menyebabkan seseorang individu memperoleh kewarganegaraan Malaysia secara automatik. Berhubung dengan rekod individu tanpa kewarganegaraan, adalah dimaklumkan bahawa kementerian melalui Jabatan Pendaftaran Negara hanya merekodkan seseorang individu sebagai warganegara atau bukan warganegara berdasarkan kepada status perkahwinan dan taraf kewarganegaraan ibu bapa individu sewaktu kelahiran berlaku.

Justeru itu, tiada individu yang direkodkan sebagai stateless di Malaysia.

Walau bagaimanapun, sekiranya ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut mendaftar lewat perkahwinan mereka selepas kelahiran kanak-kanak tersebut dan ibunya adalah bukan warganegara, maka permohonan kewarganegaraan kanak-kanak berkenaan boleh

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Mohd Azis bin Jamman

dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Negara di bawah Perkara 15A dan akan dipertimbangkan sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan perundangan yang berkaitan.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, kalau mengikut kaedah penentuan kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang iaitu Perkara 14, bila seseorang bapa bukan warganegara dan ibu warganegara, perkahwinan mereka didaftarkan ataupun tidak, anak akan tetap warganegara. Walau bagaimanapun, bila mana bapa warganegara tetapi ibunya bukan warganegara dan perkahwinan tidak didaftarkan, maka anak itu bukanlah warganegara. Walau bagaimanapun, sebagaimana yang saya sebutkan tadi, kalaupun keadaan di mana perkahwinan tidak didaftarkan sebelum kelahiran anak berlaku, permohonan di bawah Perkara 15A boleh dilakukan oleh ibu bapa tersebut.

Sukacita diingatkan bahawa adalah menjadi tanggungjawab sepenuhnya ibu bapa atau penjaga untuk menguruskan dokumen pengenalan diri dan dokumen perjalanan dengan negara asal kanak-kanak bertaraf bukan warganegara sebelum kanak-kanak tersebut berumur 21 tahun bagi mengelakkan isu keberadaan yang tidak sah di negara ini. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi soalan saya ialah mereka adalah tidak berwarganegara kerana dalam surat lahir mereka dikatakan bukan warganegara Malaysia tetapi mereka pun tidak ada kewarganegaraan mana-mana negara yang lain. Sebab itu dalam keadaan sedemikian, saya harap pihak kerajaan boleh menyelesaikan perkara ini dengan secepat mungkin.

Sebelum pindaan kepada Perkara 15 Perlembagaan, seorang anak rakyat Malaysia berhak didaftarkan sebagai warganegara Malaysia. Selepas pindaan dibuat kepada Perkara 15, kerajaan boleh, the government can― before amendment― has override “berhak”. Jadi isu sekarang ialah penyelesaian kepada ramai kanak-kanak yang sekarang stateless ini.

Saya hendak tanya. Soalan saya ialah kenapa kerajaan tidak sudi untuk mendaftarkan mereka menjadi warganegara supaya mereka boleh menjadi manusia, insan yang boleh membawa kemakmuran kepada negara dan tidak membiarkan mereka begitu sahaja hingga menimbulkan pelbagai masalah peribadi dan sosial?

final • 10:30 AM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Terima kasih atas soalan tambahan yang diberikan tadi. Sebenarnya apa yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Beruas ini― saya faham, ada banyak masalah yang berlaku di negara kita berkenaan dengan isu kanak-kanak yang tanpa dokumen. Akan tetapi, sebagaimana yang saya sebut dalam jawapan saya, bebanan terhadap pembuktian anak ini terletak di bahu ibu bapa tersebut. Bukan di bahu kerajaan. Sebab itu penting bagi ibu bapa yang ada di luar sana― untuk makluman Yang Berhormat Beruas, masalah yang berlaku ini banyak perkahwinan yang sebenarnya tidak didaftarkan.

final • 10:30 AM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Bilamana perkahwinan itu tidak didaftarkan, anak yang lahir itulah yang akan menanggung masalah dia. Oleh sebab itu saya menyerulah kepada rakyat Malaysia khususnya baik lelaki ataupun perempuan, berani kahwin, berani daftar.

final • 10:40 AM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Berani tanggung!

final • 10:40 AM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Berani tanggung sebab implikasi dia akan berlaku kepada anak kita nanti. Oleh sebab itu menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan agar anak-anak yang dilahirkan ini mempunyai dokumen disebabkan oleh ibu bapa dia yang mempunyai kebertanggungjawaban.

Sekali lagi saya ingin menyatakan, walaupun isu-isu seumpama ini banyak berlaku di negara kita di mana perkahwinan itu kemudian anak lahir dulu. Sebab itu saya sebutkan tadi, walaupun keadaan itu berlaku, kerajaan kita masih lagi menerima permohonan tetapi bukan lagi di bawah Perkara 14 tetapi kita boleh masukkan dia, permohonan ini di bawah Perkara 15A. Jadi, sekali lagi kepada semua yang hadir, Ahli-ahli Yang Berhormat yang hadir pada hari ini, maklumkanlah kepada rakyat kita di kawasan kita agar pastikan perkahwinan itu didaftarkan. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya ingin bertanya, kalau tak silap lebih kurang sehingga tahun 2018, sejumlah lebih daripada 82,000 orang kanak-kanak di bawah umur 21 tahun telah memohon kerakyatan di negara kita, lebih daripada 80,000. Jadi setakat ini, kalau kita biarkan mereka ini tidak didaftarkan sudah tentu menjadi masalah kepada negara. Jadi

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

setakat ini berapa ramai kah kanak-kanak yang memohon ini telah didaftarkan sebagai rakyat Malaysia?

final • 10:40 AM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana ini merupakan soalan berbentuk statistik, saya tidak ada data tentang itu dan saya akan bagi secara bertulis.

Cumanya untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, baru-baru ini Kementerian Dalam Negeri dan juga Timbalan Menteri Kementerian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga Timbalan Menteri Pendidikan, kita ada berbincang dengan pegawai- pegawai di peringkat Kementerian Dalam Negeri untuk kita mengkaji beberapa langkah untuk membantu khususnya mereka-mereka yang ada isu khususnya yang melibatkan kanak- kanak yang kecil ini.

Hasil daripada perbincangan ini, kita akan bawa ke peringkat kementerian dan insya-Allah selepas ini kementerian mungkin akan memberikan, mengemukakan cadangan kepada Kabinet untuk dijadikan sebagai dasar jika ianya dipersetujui di peringkat kementerian. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Henry Sum Agong - Lawas

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengemukakan soalan, saya ingin mengalu-alukan kehadiran pemimpin masyarakat dari Parlimen Tasek Gelugor.

[Tepuk]

final • 10:40 AM

6. Dato’ Henry Sum Agong [Lawas] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan sama ada projek asas keperluan penduduk luar bandar seperti jalan kampung, bekalan elektrik dan air serta bantuan PBR diteruskan.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar - Tuan Sivarasa Rasiah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Lawas atas soalan itu.

Untuk maklumat Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan terus melaksanakan projek-projek asas keperluan penduduk luar bandar seperti jalan kampung, bekalan elektrik dan air serta Program Bantuan Rumah atau PBR kepada masyarakat luar bandar di seluruh negara dengan peruntukan hampir RM2.6 bilion bagi tahun 2019.

Kementerian telah pun mula melaksanakan pelbagai projek infrastruktur asas luar bandar pada tahun 2019 bagi manfaat seluruh masyarakat luar bandar. Kerajaan juga komited untuk meneruskan projek infrastruktur luar bandar pada tahun 2020 di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas atau RMKe-11. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Henry Sum Agong - Lawas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang diberikan. Tuan Yang di-Pertua, rakyat kawasan luar bandar mengharapkan sangat bantuan kerajaan untuk membawa kemudahan asas ke kawasan mereka seperti mana yang disebutkan tadi selaras dengan dasar transformasi khasnya untuk luar bandar. Berhubung perkara ini, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, di kawasan saya di Lawas belum ada projek-projek yang dinyatakan tadi dilaksanakan di kawasan Lawas.

Saya ingin tahu berapakah peruntukan yang disediakan ataupun projek-projek yang akan dilaksanakan di kawasan Lawas dan amnya untuk Sarawak, berapakah peruntukan yang disediakan untuk tujuan ini? Kedua, Tuan Yang di-Pertua, kemudahan lampu jalan kampung yang telah dipersetujui kerajaan sebelum ini sebanyak tidak kurang daripada 10 unit setiap kampung luar bandar sama ada diteruskan program ini ataupun tidak. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Sivarasa Rasiah

Terima kasih kepada Yang Berhormat Lawas atas soalan tambahan. Saya mula dengan peruntukan secara keseluruhan untuk Sarawak sahaja seperti yang ditanya. Angka yang saya ada dekat saya ialah untuk Sarawak bagi tahun 2019 ialah lebih kurang RM794 juta. Saya boleh bagi mengikut perincian dalam jawapan bertulis. Untuk Lawas, projek-projek khusus untuk Lawas yang saya ada maklumat di sini ialah berkenaan dengan pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang baru yang akan mula pada tahun ini, proses itu.

final • 10:40 AM

Dato’ Henry Sum Agong - Lawas

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 10:40 AM

Tuan Sivarasa Rasiah

Untuk lampu jalan kampung, memang projek ini diteruskan.

Ada peruntukkan yang belum dihabiskan dan proses pembinaan lampu jalan kampung memang akan diteruskan. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed - Jeli

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertama, bolehkah kementerian bersetuju dengan cadangan supaya Ahli

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed - Jeli

Parlimen kemukakan cadangan mengikut keutamaan jalan-jalan kampung yang perlu dibina dan juga dibaiki? Keduanya, di kawasan saya Jeli dan mungkin banyak lagi kawasan, kita perlu apa dipanggil air bukit ataupun graviti khususnya kemarau ini. Boleh kementerian buat satu kajian keperluan yang diperlukan segera untuk menambah bekalan air melalui air bukit ataupun melalui graviti? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Sivarasa Rasiah

Terima kasih kepada Yang Berhormat Jeli atas soalan tambahan itu. Berkaitan dengan cadangan untuk mengikut cadangan Ahli Parlimen kawasan, prosedur yang sedia ada ialah kementerian akan mengikut senarai keutamaan yang dicadangkan melalui kerajaan negeri. Itulah proses yang digunakan sekarang. Jadi, saya ingin cadangkan buat masa sekarang proses itu perlu diikuti dan apa-apa cadangan tentang jalan-jalan kampung yang baru perlu mengikuti proses itu.

Akan tetapi pada masa yang sama, Ahli Parlimen yang berkenaan boleh juga kemukakan cadangan itu terus kepada kementerian supaya maklumat itu sampai di peringkat kementerian dan adalah dalam pengetahuan kita. Berkaitan dengan air bukit, memang kerajaan komited untuk memastikan bahawa semua kampung di luar bandar dapat bekalan air dan usaha untuk mempertingkatkan kemudahan-kemudahan air bukit ini masih berterusan. Ada kawasan yang memang terlalu jauh dan di mana sambungan kepada paip- paip utama sangat mahal atau sangat susah untuk dibuat. Jadi, penegasan kementerian buat masa ini adalah terus menggunakan cara-cara alternatif dan terus menaiktaraf kemudahan- kemudahan yang sedia ada. Terima kasih.

final • 10:40 AM

7. Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [Tampin] minta Menteri Pendidikan menyatakan langkah kementerian bagi membela pelajar-pelajar yang teraniaya dalam isu penyelewengan pinjaman pendidikan PTPTN oleh mana-mana kolej swasta.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tampin. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semua institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang beroperasi di Malaysia adalah tertakluk di bawah Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta (Akta 555) termasuklah kawalan daripada berlakunya penyelewengan atau penyalahgunaan wang. Dalam hubungan ini, setiap aduan mengenai penyelewengan IPTS terhadap PTPTN akan disiasat dan diambil tindakan secara bersama antara Jabatan Pendidikan Tinggi dan PTPTN.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Teo Nie Ching

Sekiranya siasatan membuktikan penyelewengan berlaku, tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukan Akta 555 akan diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan kemudahan pinjaman PTPTN akan ditanggung. Namun begitu, usaha-usaha awal oleh KPM yang dibuat adalah dengan melaksanakan pemantauan bagi memastikan kebajikan pelajar terpelihara termasuk aktiviti pendaftaran pelajar. Setiap program yang dijalankan oleh IPTS perlu mendapat kelulusan Ketua Pendaftar yang turut mencakupi jumlah yuran kursus pengajian yang diluluskan. Justeru sekiranya IPTS melanggar syarat-syarat kelulusan kursus pengajian seperti mengenakan yuran melebihi kadar yang telah diluluskan ke atas pelajar oleh Ketua Pendaftar, KPM akan mengenakan tindakan ke atas IPTS di bawah seksyen 40(2) Akta 555 termasuk membatalkan kelulusan kursus pengajian berkenaan.

Sekian jawapan saya, terima kasih.

final • 10:50 AM

Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Terima kasih atas jawapan itu. Soalan yang kedua ialah apakah ada kajian yang menyeluruh daripada kementerian terdapat kolej-kolej swasta yang melanggar peraturan dan apakah ada jawatankuasa khas untuk menilai dan memantau sejauh mana pentadbiran dan pengurusan PTPTN yang diuruskan oleh kolej swasta melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

final • 10:50 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Tampin. Setakat tahun 2016 sehingga 2018, kes atau aduan yang diterima oleh KPM terhadap IPTS mengenai PTPTN adalah lima kes yang melibatkan lima institusi. Ada di antaranya adalah IPTS yang telah diambil tindakan guaman di mana mereka telah menerima perintah penggulungan dalam kes tersebut, bayaran PTPTN akan digantungkan. Selain daripada itu juga ada kes di mana IPTS sendiri menghadapi isu kewangan dalaman dan oleh sebab itu mereka terpaksa untuk hentikan operasi mereka dan bagi KPM kita akan membantu pelajar-pelajar untuk pindah mereka ke IPTS yang lain untuk sambung pelajaran.

Hanya ada satu kes di mana memang melibatkan unsur pemalsuan dokumen ataupun unsur penipuan di mana kursus yang ditawarkan telah dipendekkan daripada enam semester kepada lima semester tetapi IPTS itu buat tuntutan untuk enam semester. Dalam

final • 10:50 AM

Puan Teo Nie Ching

kes tersebut, kita telah gantung bayaran kepada pelajar baharu dan kita minta IPTS tersebut untuk bayar balik kesemua bayaran yang PTPTN telah lepaskan kepada institusi tersebut.

Sekian, jawapan saya. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Ya, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyebut tentang penyelewengan dokumen. Saya ingin bertanya setakat ini berapa banyak kah IPTS yang telah menipu dari segi pemberian sijil-sijil ataupun sijil palsu dan adakah kerajaan akan mengambil tindakan kepada mereka yang memiliki sijil palsu dan telah terbukti memiliki sijil palsu. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas soalan tambahan tersebut tetapi saya rasa dia tidak berkaitan dengan PTPTN. Jadi saya minta Ahli Yang Berhormat Pontian merupakan seorang Timbalan Menteri dahulu, janganlah salah guna Dewan ini. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Tadi ada sebut pemalsuan dokumen. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sebut pemalsuan dokumen, termasuk pemalsuan sijil, ada.

final • 10:50 AM

Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit

Satu lagilah.

final • 10:50 AM

Puan Teo Nie Ching

Saya rasa jawapan itu......

final • 10:50 AM

Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit

Penyelewengan itu yang penting......

final • 10:50 AM

Puan Teo Nie Ching

Jawapan sebenar itu pernah dijawab dan saya hendak nyatakan di sini sahaja bahawa saya di sini tidak ada angka ataupun statistik tentang pemalsuan sijil. Yang saya sebut tadi adalah pemalsuan di mana IPTS tersebut walaupun kursusnya hanya untuk lima semester tetapi dia buat tuntutan untuk enam semester. Akan tetapi tentang kes yang melibatkan sijil palsu itu yang ditawarkan oleh IPTS, saya mohon maaf. Saya tidak ada angka di sini. Mungkinlah Yang Berhormat Pontian boleh minta lagilah dalam sesi Parlimen yang akan datang ini. Terima kasih.

final • 10:50 AM

  1. Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyatakan apakah sebenarnya status ekonomi Malaysia yang terkini. Adakah ekonomi Malaysia sedang mengalami kemerosotan atau perkembangan. Jelaskan dan perincikan sektor mana yang mengalami kemerosotan dan yang mana mencapai perkembangan.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi - Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Penyederhanaan dalam aktiviti ekonomi dunia dan rakan dagangan utama seperti Amerika Syarikat dan China serta ketegangan perdagangan antara dua negara ini telah memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun 2018. Pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) telah menyederhana pada kadar 4.7 peratus pada tahun 2018 selepas mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.9 peratus pada tahun 2017. Walau bagaimanapun, pertumbuhan ini masih dalam lingkungan sasaran yang ditetapkan dalam Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kesebelas iaitu pada kadar purata 4.5 peratus hingga 5.5 peratus bagi tempoh 2018-2020.

Pertumbuhan pada tahun 2018 telah didorong oleh permintaan domestik terutamanya penggunaan swasta yang meningkat sebanyak 8.1 peratus dan pelaburan swasta yang berkembang sebanyak 4.5 peratus. Di samping itu, pertumbuhan juga disokong oleh sektor luaran berikutan ekonomi negara yang masih berdaya tahan dan tidak terlalu bergantung kepada mana-mana komoditi dan juga pasaran eksport. Kadar pengangguran terus berada pada tahap guna tenaga penuh iaitu di bawah empat peratus. Kedudukan inflasi juga terus terkawal iaitu pada kadar satu peratus sahaja pada tahun 2018 berbanding 3.7 peratus pada tahun 2017. Kadar inflasi ini merupakan yang terendah sejak tahun 2010 hasil daripada langkah-langkah penyesuaian fiskal dan kewangan serta pentadbiran.

Tuan Yang di-Pertua, dari segi pengeluaran pula, pertumbuhan dipacu oleh peningkatan dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan yang berkembang masing-masing sebanyak 6.8 peratus dan lima peratus. Walau bagaimanapun, pertumbuhan sektor pertanian dan perlombongan telah menguncup pada tahun 2018. Penguncupan pengeluaran bagi sektor pertanian berlaku akibat faktor cuaca dan harga komoditi yang rendah terutamanya bagi getah dan kelapa sawit.

Bagi sektor perlombongan pula, pengeluaran telah terjejas berikutan terdapat gangguan bekalan gas akibat dari penutupan loji pengeluaran di Sabah dan Sarawak bagi

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi - Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin

tujuan penyelenggaraan. Sementara itu di sektor pembinaan masih menyumbang secara positif dengan pelaksanaan pelbagai projek infrastruktur di bawah aktiviti kejuruteraan awam.

Kerajaan yakin bahawa kesan penyederhanaan pertumbuhan ekonomi ini adalah bersifat sementara dan dijangka berkembang pada kadar 4.9 peratus pada tahun 2019.

Jangkaan ini turut disokong dengan keyakinan agensi kredit antarabangsa seperti Fitch Ratings yang mengesahkan pengekalan kredit Malaysia pada tahap A minus dengan tinjauan yang stabil pada masa hadapan. Di samping itu pelbagai agensi antarabangsa seperti Bank Dunia dan IMF serta agensi penarafan seperti Fitch dan Moody’s juga turut menjangkakan pertumbuhan ekonomi Malaysia berkembang pada kadar antara 4.5 peratus hingga lima peratus. Unjuran ini adalah selaras dengan perkembangan ekonomi global dan serantau. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Ekonomi Malaysia telah mengalami kemerosotan setelah Pilihan Raya Umum Ke-14.

Malaysia digelar The Biggest Asian Laggards setelah pelaburan asing keluar dari pasaran ekuiti Malaysia. Dinyatakan Global Funds telah mengeluarkan USD2.9 bilion dari pasaran ekuiti tempatan dalam tahun 2018 dan telah terus sebagai nett sellers pada tahun 2019.

Soalan saya, saya ingin bertanya, apa peranan Permodalan Nasional Berhad dalam strategi kerajaan memulihkan keadaan pasaran ekuiti Malaysia dan ini ada kaitan dengan perihal ekonomi negara Malaysia, Tuan Yang di-Pertua. Sila jawab.

final • 10:50 AM

Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin

Terima kasih Yang Berhormat Kapit. Soalan itu menjurus kepada PNB di mana agak berbeza sedikit dari soalan asal. Akan tetapi saya ingin menyentuh sedikit tentang keluarnya aliran keluar modal selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.

Jika kita lihat di negara-negara di dunia, apabila berlaku pertukaran kerajaan, pasaran modal akan bertindak dalam keadaan yang mereka lihat ketidaktentuan itu akan bertindak mengambil tindakan berhati-hati dan ini berlaku di pasaran-pasaran lain juga dan ianya pada kebiasaannya mengambil masa. Pada kebiasaannya antara setahun dan setahun setengah sehingga mereka dapat melihat ke mana arah pasaran akan bergerak.

final • 10:50 AM

Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin

Tentang PNB tersebut tadi seperti mana saya sebut, ia agak tersasar daripada soalan asal. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Susulan daripada penerangan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, mungkin di pihak sana mengatakan ekonomi menguncup dan sebagainya. Cuma saya lihat, selepas berlakunya peralihan kuasa, kita perlu memerangi rasuah dan juga mengurangi bebanan hutang yang ditanggung oleh negara.

Jadi pandangan Yang Berhormat Menteri, bilakah keadaan ini akan menimbulkan keyakinan untuk pelabur asing masuk sebab kalau ikut rekod FDI dikatakan meningkat, betul, ataupun macam mana prospek kita dalam masa dua, tiga tahun akan datang ini.

final • 11:00 AM

Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin

Terima kasih. Jika kita lihat- bila kita bercakap tentang FDI, FDI ini ada satu FDI yang diluluskan dan FDI yang direalisasi. FDI yang diluluskan terdapat peningkatan seperti mana yang telah disebut oleh Yang Berhormat Menteri MITI tempoh hari, dan FDI yang diluluskan ini pada kebiasaannya akan direalisasi pada kadar 70 hingga 80 peratus dan akan direalisasi dalam masa 18 bulan, pada kebiasaannya.

Jadi kita berharap, dalam tempoh tersebut kita akan melihat kesan daripada FDI yang diluluskan tadi dapat direalisasi dan melihat kesannya kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sekian terima kasih.

final • 11:00 AM

9. Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai] minta Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan, sejauh manakah kementerian mempunyai data kesan aktiviti promosi kadar pencemaran plastik, sejak seluruh dunia termasuk Malaysia aktif mempromosikan kesan pencemaran plastik dan penggunaan plastik pakai buang terhadap manusia dan kehidupan laut.

final • 11:00 AM

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:00 AM

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Ikan ditimbang dipagut camar; Isi disiat siapa yang empunya; Bagan Serai bimbang laut tercemar; Kesedaran rakyat apa kesannya?

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Malangnya saya tidak ada jawapan kepada pantun tersebut, saya teruskan dengan jawapan saya.

Mengikut satu laporan tahun 2018 oleh United Nations Environment Programme bertajuk “Single-use Plastics: A Roadmap for Sustainability”, terdapat negara-negara yang telah mengambil langkah drastik dengan mengharamkan penggunaan beg plastik tetapi tidak berjaya kerana kesukaran penguatkuasaan. Dengan itu, isu pencemaran plastik ini perlu ditangani melalui pendekatan yang holistik dengan mengambil kira kepentingan awam, industri plastik dan kelestarian alam sekitar.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia's Roadmap Towards Zero Single- use Plastics 2018-2030 telah dilancarkan pada 17 Oktober 2018. Kementerian dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta agensi dan badan berkaitan juga sedang giat menjalankan program communication, education and public awareness mengenai kaedah mengurangkan penggunaan produk plastik sekali guna termasuk di semua agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri. Satu surat Pekeliling Am mengenai pelaksanaan ‘’Kempen Hindari Penggunaan Plastik Sekali-guna’’ di kementerian, agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri juga telah disediakan sebagai panduan.

Bagi memastikan keberkesanan kempen dan promosi pengurangan plastik sekali guna, kementerian pada setiap tahun akan menjalankan penilaian dan survey terhadap impak, aktiviti dan promosi yang diadakan di Malaysia. Selain itu, Kajian Separuh Penggal (Mid Term Review) Roadmap Towards Zero Singe-use Plastics ini akan dilaksanakan pada tahun 2023. Pada masa yang sama adalah diperhatikan sejak pelancaran Roadmap Towards Zero Single-use Plastics, pelbagai pihak telah mula menyahut dan memulakan inisiatif sendiri seperti restoran makanan segera yang telah menggantikan cawan plastik kepada cawan kertas dan hanya menyediakan straw sekiranya diminta. Terima kasih

final • 11:00 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sejauh manakah kejayaan Malaysia dalam implementasi 3R, dan apakah langkah kerajaan untuk meningkatkan lagi kesedaran rakyat tentang pencemaran plastik dan juga kajian yang dilakukan untuk pencemaran plastik dan juga teknologi baru dan insentif kepada pengilang-pengilang plastik. Sebab apa, plastik yang dibuang sampai ke laut dimakan oleh ikan. Kebanyakannya tidak terurai dan kita makan ikan. Jadi bermaknanya kita makan plastik.

Ini bahayanya. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy

Setakat ini, oleh kerana Roadmap Towards Zero Single-use Plastics ini baru kita lancarkan pada bulan Oktober tahun lepas. Jadi dari segi keberkesanan data itu kita tidak boleh bagi sekarang kerana terlalu awal untuk kita sediakan, maka kita akan tengok. Sebab sekarang ini pun seperti jawapan saya tadi, dalam setiap tahun kita akan menjalankan penilaian dan juga survey terhadap impak aktiviti yang telah kita lakukan dan kita akan ada Kajian Separuh Penggal (Mid Term Review) tentang roadmap kita pada tahun 2023. Dalam masa yang sama, kita dengan kerjasama Kementerian KPKT dan juga Kementerian Pendidikan menjalankan banyak aktiviti dan program awareness. Kita bermula di sekolah, seperti Roadmap Towards Zero Single-use Plastics ini dan juga tidak memakai straw. Jawapan yang soalan ketiga saya akan beri jawapan bertulis. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Selamat menyambut Hari Polis yang ke-212, terima kasih. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Adakah terdapat program khusus yang dirancang oleh kementerian untuk menggalakkan rakyat menggunakan beg serba guna ataupun beg kitar semula berbanding menggunakan plastik dalam kehidupan seharian dan sejauh manakah usaha kementerian dalam menyarankan kilang-kilang pengeluar plastik untuk menukar produk plastik mereka kepada plastik biodegradasi yang dikatakan lebih selamat dan tidak mencemarkan alam sekitar. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy

Terima kasih kepada soalan tambahan kedua. Kita di Kementerian MESTECC memang menggalakkan dan giat menjalankan aktiviti-aktiviti bermula dari sekolah seperti yang saya sebutkan tadi dengan

final • 11:00 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy

kerjasama Kementerian Pendidikan dan juga KPKT tentang kesedaran tentang isu plastik ini.

Kalau saya sebut saya tidak ada maklumat yang terperinci tentang itu.

Minggu lepas saya ada merasmikan satu kempen kesedaran di peringkat sekolah di Putrajaya. Walau bagaimanapun saya akan berikan jawapan bertulis tentang aktiviti-aktiviti yang telah pun kita jalankan di peringkat kementerian. Terima kasih.

final • 11:00 AM

10. Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican [Kepala Batas] minta Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyatakan secara terperinci, isu-isu teras sosioekonomi yang akan diberikan perhatian khusus oleh Majlis Tindakan Ekonomi (MTEN). Jangka masa impak dan kesan positif segala cadangan MTEN.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi - Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menjawab pertanyaan ini bersama pertanyaan lain yang berkaitan dengan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi yang turut diutarakan oleh Yang Berhormat Tumpat, bertarikh 25 Mac 2019 soalan nombor 14. Oleh itu jawapan saya ini agak panjang sedikit, kombinasi dua soalan.

Seperti mana Ahli Yang Berhormat ambil maklum, kerajaan telah menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi atau, dengan izin Economic Action Council (EAC) pada 11 Februari 2019 berdasarkan situasi semasa dan sebagai respond untuk menangani masalah mendesak yang melibatkan kepentingan sosioekonomi rakyat. EAC akan meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi, kewangan serta kebajikan rakyat.

EAC juga berperanan untuk mendapatkan input, pandangan dan cadangan daripada semua kelompok pemegang taruh termasuk pakar-pakar dari pelbagai bidang di luar kerajaan. Kombinasi input serta pandangan swasta dan kerajaan akan membolehkan satu penyelesaian holistik seterusnya akan memberi manfaat yang optimum kepada rakyat.

Matlamat utama EAC adalah untuk merancakkan dan merangsang pertumbuhan ekonomi yang mampan, pengagihan kekayaan yang saksama dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan rakyat.

EAC akan turut memberi tumpuan khusus kepada isu-isu kritikal seperti mengurangkan kos sara hidup, mewujudkan peluang pekerjaan, membasmi kemiskinan dan meningkatkan pemilikan rumah. EAC adalah satu badan yang bersifat action-oriented dalam menyelesaikan isu-isu tersebut. Mesyuarat EAC yang pertama telah diadakan pada 20 Mac 2019. Antara perkara yang diketengahkan dalam mesyuarat tersebut adalah berhubung dengan pendekatan menyeluruh menangani kos sara hidup termasuklah pelaksanaan keputusan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).

Mesyuarat tersebut juga telah mendapatkan cadangan dan maklum balas dari ahli- ahli majlis untuk menangani isu kos sara hidup, meningkatkan produktiviti dan kuasa beli rakyat serta menambah baik taraf hidup isi rumah B40. Kerajaan akan meneliti semua cadangan yang telah diutarakan oleh ahli majlis dan cadangan-cadangan yang bersesuaian akan dipertimbangkan untuk pelaksanaan segera.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi - Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk menyentuh soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tumpat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu kenaikan kos sara hidup sememangnya perlu ditangani secara efektif bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus pelihara. Di antara langkah-langkah segera yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam menangani isu dan cabaran berkaitan dengan kos sara hidup adalah seperti berikut;

(i) dalam konteks pengangkutan awam contohnya, kerajaan telah menawarkan pas perjalanan tanpa had My100 dan My50 mulai 1 Januari 2019 dan diskaun sebanyak 20 peratus tambang Kereta Api Tanah Melayu Komuter bermula 1 April 2019 kepada semua warga negara Malaysia;

(ii) memperluaskan Program Food Bank Malaysia di bawah seliaan KPDNHEP kesemua institut pengajian tinggi menerusi Yayasan Food Bank Malaysia;

(iii) menambahbaikkan bantuan sara hidup supaya lebih bersasar dalam menjamin kebajikan dan kualiti hidup isi rumah B40;

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi - Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin

(iv) penetapan harga siling petrol RON95 pada RM2.08 sen seliter, ini bermakna harga runcit RON95 akan dihadkan pada RM2.08 sen seliter walaupun harga minyak dunia meningkat lebih daripada itu;

(v) melaksanakan Sistem Perlindungan Kesihatan (PeKa) bagi B40 berumur 50 tahun ke atas dan layak menerima BSH oleh Kementerian Kesihatan; dan

(vi) kerajaan juga telah menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Menteri bagi kajian semula Dasar Monopoli Perkhidmatan dan Bekalan yang di pengerusi oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Jawatankuasa ini akan mengenal pasti perjanjian konsep perkhidmatan dan bekalan yang bersifat monopoli serta merancang perubahan dasar dan strategi yang bersesuaian. Usaha ini adalah untuk mencipta pasaran yang lebih efektif serta mesra pasaran dan berdaya saing.

Adalah diharapkan dengan pelaksanaan langkah-langkah segera ini ia dapat membantu rakyat mendepani isu terutama berkaitan dengan kos sara hidup. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas

Baik, terima kasih.

Saya hendak bertanya, apakah MTEN ada buat kajian secara teliti dan secara komprehensif berkaitan dengan tingkatan sosial ekonomi rakyat antara B40 dan M40 dengan mengambi kira profiling secara komprehensif. Oleh sebab kerap kali M40, mereka yang terperangkap dalam kumpulan yang terlepas pandang daripada mendapat bantuan, terutamanya the utmost bottom of M40. Contohnya ialah kalau mereka yang berpendapatan RM4,000 yang dianggap M40 tetapi ada anak lima, duduk di Kuala Lumpur, relatively dia akan lebih miskin daripada yang mendapat RM2,000 atau pun RM3,000 yang berada di Kepala Batas mahupun di Baling. Jadi, adakah kajian yang sebegini dibuat bagi memungkinkan bantuan yang diberi itu lebih dilihat adil dan saksama? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin

Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Ya, kerajaan sedang melihat tentang isu tersebut. Apabila kita bercakap tentang B40 itu sendiri, B40 terbahagi kepada beberapa peringkat, termasuklah yang miskin tegar, miskin dan juga apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kepala Batas tadi, M40 di peringkat bawah yang hampir kepada group B40. Kerajaan amat menyedari akan hal ini dan sedang meneliti dan mengkaji secara mendalam bagaimana untuk menangani group ini. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya lihat penjelasan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri di mana kita lihat kerajaan sekarang bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat. Kita lihat juga penjelasan yang telah diberikan memang cukup meyakinkan bahawa masalah yang dihadapi oleh rakyat di sana akan diatasi.

Saya cuma ingin tanya, adakah kementerian bercadang untuk menguar-uarkan semua langkah-langkah yang diambil ini melalui media massa dan juga melalui televisyen dan radio. Pertamanya, supaya rakyat di sana yang belum dapat mengecapi kenikmatan ini dapat membuat permohonan untuk mengecapi semua perkhidmatan-perkhidmatan yang telah disediakan. Pada masa yang sama, supaya perkara ini dapat diuar-uarkan supaya tuduhan-tuduhan dan tohmahan-tohmahan yang dibuat oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dapat ditangkis bahawa kerajaan pada masa sekarang tidak mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh rakyat. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Ya, seperti mana yang kita lihat, kerajaan telah membuat penjelasan dan penerangan dan akan terus membuat penjelasan dan penerangan, khususnya tentang program-program yang telah diwujudkan kerajaan bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat. Saya beri contoh My100. Ini adalah satu pendekatan yang cukup baik apabila perjalanan setiap bulan itu dihadkan kepada RM100 sahaja, perjalanan tanpa had. Inilah antara yang disampaikan oleh kerajaan kepada rakyat. Saya dimaklumkan ratusan ribu telah mendaftarkan untuk My100.

Jadi, itulah dan usaha ini akan terus ditingkatkan untuk makluman Yang Berhormat Jelutong.

Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mulakan dengan satu pantun.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Batu Luyang buat asahan, Batunya hitam seruas jari, Bimbang malam boleh ditahan, Bimbang siang soalan nombor sebelas yang dicari.

final • 11:10 AM

11. Tuan Ahmad bin Hassan [Papar] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan apakah kerajaan akan terus memberi kuasa kepada agensi kerajaan seperti FELCRA dan Giat MARA melantik kontraktor-kontraktor yang sedia ada dalam senarai mereka tanpa pengetahuan wakil rakyat di setiap Parlimen.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar - Tuan Sivarasa Rasiah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Papar atas soalan dan juga pantun yang baru disampaikan. Untuk makluman Yang Berhormat, Giat MARA melaksanakan proses lantikan kontraktor mengikut prosedur perolehan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Manakala bagi FELCRA yang merupakan sebuah syarikat milik kerajaan (GOC), semua perolehan kerja, bekalan atau perkhidmatan kepada kontraktor-kontraktor adalah mengikut Manual Perolehan FELCRA Berhad (Pindaan) 2013 yang diluluskan Ahli Lembaga Pengarah FELCRA Berhad. Pelantikan kontraktor juga akan dibuat adalah di bawah seliaan Ahli Lembaga Pengarah FELCRA Berhad yang ahlinya turut dianggotai oleh wakil-wakil kerajaan iaitu Kementerian Kewangan (MoF), Kementerian Pembangunan Luar Bandar

(KPLB) dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA). Di samping itu, buat masa ini tiada sebarang peraturan yang menetapkan mengenai keperluan untuk memaklumkan mana- mana kontraktor yang berjaya kepada pihak-pihak ketiga. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Soalan tambahan saya ialah apakah mekanisme yang perlu diajukan oleh kementerian supaya setiap peruntukan atau kelulusan yang turun ke pejabat dan majlis daerah, wakil rakyat ataupun pejabat wakil rakyat Parlimen dapat maklum terlebih dahulu supaya tidak ada kekecohan berlaku antara orang-orang ADUN dan Parlimen kerana kita mahu situasi win-win, menang-menang. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Sivarasa Rasiah

Terima kasih Yang Berhormat Papar atas soalan tambahan itu. Seperti yang saya sebut tadi, buat masa sekarang mengikut prosedur dan peraturan sekarang tiada sebarang peraturan ataupun keperluan untuk maklumkan mana-mana pelantikan untuk apa-apa kontraktor kepada pihak-pihak ketiga. Akan tetapi pada masa yang sama, KPLB terbuka untuk menerima cadangan-cadangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat. Akhirnya, sebab semua peraturan dan peruntukan ini adalah dimuktamadkan oleh Kementerian Kewangan dan semua cadangan ini akan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan termasuk EPU untuk diperhalusi demi kebaikan semua pihak yang terlibat, sekian.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Soalan saya sebetulnya begini. Soalan saya ialah apabila ada peruntukan ataupun kelulusan setiap permohonan, sekurang- kurangnya wakil rakyat Parlimen diberitahu terlebih dahulu, jadi kita senang mahu menguruskannya.

final • 11:10 AM

Tuan Sivarasa Rasiah]

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah jawab soalan itu.

final • 11:10 AM

12. Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong [Hulu Rajang] minta Menteri Pendidikan menyatakan bilangan sekolah-sekolah di kawasan Parlimen Hulu Rajang yang telah dipilih untuk menerima peruntukan membaik pulih sebanyak RM100 juta dari Kementerian Pendidikan.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah peruntukan pembangunan Rolling Plan Keempat tahun 2019, Rancangan Malaysia Kesebelas, terdapat dua buah sekolah di bawah Parlimen Hulu Rajang telah disenaraikan untuk projek naik taraf dan pembangunan semula bangunan sekolah daif di negeri Sarawak. Dua buah sekolah tersebut adalah Sekolah Kebangsaan Long Gang dan Sekolah Kebangsaan Nanga Sempili. Untuk makluman, pelaksanaan projek ini melibatkan pembinaan semula bilik darjah dan kemudahan lain yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya. Sekian, jawapan saya. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong - Hulu Rajang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya baru sahaja merasmikan Mesyuarat PIBG di SMK Baleh iaitu sekolah yang jauh di pedalaman, sekolah menengah. Jadi, saya sempat untuk melihat keadaan sekolah itu iaitu budak-budak yang menuntut di SMK Baleh masih tidur di lantai Yang Berhormat Menteri. Jadi saya minta, apakah mekanisme ataupun tindakan supaya sekolah seperti itu dapat diangkat dalam senarai untuk diperbaiki dalam peruntukan yang berjumlah RM1 bilion atau RM100 million itu? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Hulu Rajang terhadap soalan tambahan tersebut. Senarai sekolah yang berjumlah RM1 bilion itu belum kita finalize-kan lagi, dengan izin. Akan tetapi, kita memang akan bermula dengan sekolah daif yang berskala tujuh. Di Sarawak, kita ada 45 buah sekolah yang berskala tujuh yang akan menjadi keutamaan dengan penggunaan kos RM1 bilion itu. Selepas itu, kita akan bergerak kepada 57 buah sekolah daif yang berskala enam.

Selepas itu, barulah kita bergerak ke sekolah berskala lima. Saya mohon maaf kerana saya tidak ada maklumat terperinci sama ada sekolah yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat adalah sekolah yang berskala lima, enam ataupun tujuh.

Akan tetapi, keutamaan kita adalah mengikut situasi how depleted the school is— kita bergerak dari skala tujuh, enam dan lima. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya fokuskan kepada soalan, apakah pandangan oleh pihak kementerian berkenaan status kelengkapan pemberian yang sempurna serta berkualiti di sekolah-sekolah Sabah dan Sarawak. Adakah ia mempunyai kelengkapan pemberian sekolah-sekolah yang sama dengan Semenanjung?

Selain daripada sekolah di Sabah dan Sarawak, berapakah jumlah SJKT atau SJKC yang berada dalam status daif? Adakah pihak kementerian menetapkan sebarang tempoh masa bagi meletakkan sekolah-sekolah Malaysia ini berkadar sifar daif? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Ahli Yang Berhormat Libaran. Memang itu adalah hasrat KPM bahawa kita mahu memastikan bahawa di Malaysia kita sifar sekolah daif. Oleh sebab itu, seperti yang saya sebutkan tadi, kita akan bergerak dari sekolah daif skala tujuh, selepas itu kepada skala enam dan selepas itu kepada skala lima. Ini adalah tiga skala yang kita kategorikan sebagai sekolah daif.

Tentang isu berapakah jumlah SJKT dan SJKC yang dikategorikan sebagai sekolah daif, saya mohon maaf saya tidak ada breakdown di sini tetapi saya boleh sebutkan untuk Sabah, sekolah daif yang berskala tujuh sebanyak tujuh buah sekolah, manakala di Sarawak adalah sebanyak 45 buah sekolah. Untuk sekolah daif yang berskala enam di Sarawak, kita ada 57 buah sekolah manakala di Sabah sebanyak 683 buah sekolah. Akan tetapi saya memohon maaf saya tidak ada breakdown sama ada mereka adalah SK, SMK, SJKT atau SJKC.

final • 11:20 AM

13. Puan Rusnah binti Aluai [Tangga Batu] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan apakah langkah kementerian untuk meneliti semula birokrasi yang terdapat dalam setiap permohonan bantuan kebajikan.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hannah Yeoh

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kementerian melalui JKM telah meneliti beberapa langkah untuk penambahbaikan perkhidmatan bantuan JKM untuk mengurangkan birokrasi. Pertama adalah transformasi terhadap prosedur kerja bagi penyiasatan dan keputusan permohonan bantuan kewangan bulanan melalui kaedah Perekayasaan Proses dan Prosedur Kerja (PPPK) atau Business Process Reengineering (BPR). Pelaksanaan proses dan prosedur kerja yang baharu ini berupaya mempercepatkan proses penyiasatan dan keputusan permohonan bantuan kewangan yang mana tempoh kelulusan dan pemberian bantuan kebajikan telah dipendekkan dari dua bulan kepada satu minggu untuk kes-kes yang clear-cut seperti OKU fizikal yang memohon elaun pekerja cacat, EPC serta permohonan yang mempunyai dokumen yang lengkap yang mana lawatan ke rumah klien tidak perlu dilakukan dan kelulusan diberikan serta-merta. Ini bukan untuk semua kes tetapi untuk clear- cut case yang mana mereka boleh melihat secara fizikal memang layak untuk menerima bantuan. Transformasi ini telah dilaksanakan bermula pada 1 Julai 2018.

Keduanya, borang permohonan perkhidmatan JKM yang lebih mesra pengguna iaitu pindaan pada sembilan muka surat kepada tiga muka surat tanpa perlu kepada tandatangan

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hannah Yeoh

saksi. Ini saya ada sampel [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] untuk diberikan kepada Yang Berhormat nanti.

Ketiga, JKM telah mengeluarkan garis panduan pengurusan permohonan bantuan alat tiruan ataupun alat sokongan. Antara objektifnya adalah untuk memudahkan prosedur permohonan yang tidak lagi perlu menggunakan kaedah perolehan kerajaan. Ini bermakna mereka tidak perlu lagi mengemukakan tiga quotations dan bantuan alat tiruan ataupun alat sokongan dimasukkan ke dalam akaun klien EFT. Klien boleh terus meneruskan sendiri pembelian dengan pembekal yang dipilih. Mereka hanya membekalkan harga siling sahaja dan mereka boleh membelinya secara terus. Itu adalah tiga langkah yang telah dilaksanakan baru-baru ini untuk mengurangkan birokrasi bagi pemohon bantuan JKM. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu

Syabas kementerian, Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi maklum balas yang saya terima ialah apabila terlalu banyak dokumen- dokumen sokongan yang diperlukan dan mengambil masa semakan selama satu hingga tiga bulan. Jadi, kalau tindakan tadi telah betul-betul effective dengan izin, saya mengucapkan tahniah. Kalau ada lagi masalah saya minta dipercepatkan dan dipermudahkan untuk masyarakat yang memerlukan ini. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Puan Hannah Yeoh

Tuan Yang di-Pertua, tadi saya juga telah terlupa untuk menjawab bahawa salah satu pindaan paling utama yang telah kita laksanakan adalah untuk mengeluarkan column yang memerlukan saksi ahli politik ataupun wakil rakyat untuk setiap permohonan JKM.

Jadi sekarang ini, dalam tiga muka surat ini tidak lagi memerlukan tandatangan ahli politik ataupun wakil rakyat. Ini akan memudahkan pemohon supaya kita boleh keluarkan naungan politik (political patronage), ataupun kalau anda sokong saya, saya akan sign sebagai saksi, itu sudah tidak digunakan. Kita pastikan dalam usaha untuk memberikan bantuan kebajikan kita tidak melihat fahaman politik. Ini bermaksud negeri pembangkang penduduk yang layak mendapat akan mendapat bantuan. Ini adalah satu cara yang saya rasa mesti dilaksanakan oleh satu kerajaan yang prihatin.

Memang saya setuju dengan Yang Berhormat memang ada kes-kes lagi dalam waiting list di mana pegawai dalam proses untuk melaksanakan siasatan. Saya ada statistik di sini. Izinkan saya untuk kongsikan. Dalam tahun ini sahaja, 31,000 permohonan dan dalam siasatan— 20 peratus permohonan masih dalam siasatan. Permohonan yang lulus— sebanyak 58 peratus permohonan telah lulus dan yang gagal sebanyak 22 peratus. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, adakah kerajaan bercadang untuk menambah kakitangan terutama kawasan-kawasan yang kritikal yang memerlukan perkhidmatan yang lebih baik terutamanya kawasan pedalaman untuk mengatasi pelbagai permasalahan dalam melancarkan gerak kerja di bawah JKM ini? Minta penjelasan.

final • 11:20 AM

Puan Hannah Yeoh

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Ini soalan yang bagus, memang JKM sekarang ini menghadapi kekangan dalam pegawai kerajaan bawah JKM. Ini kerana JKM adalah closed service dan banyak permohonan terutamanya untuk daerah-daerah yang utama mereka telah minta daripada JPA untuk menambah staff. Saya bagi contoh ya, sekarang ini satu pegawai kemungkinan menghadapi 200 kes hingga 300 kes yang mereka perlu pergi siasat.

Jadi, memang on the ground kita tidak cukup pegawai dan kita dalam kementerian sedang mengusahakan penambahan pegawai JKM supaya permohonan boleh diproses dengan lebih cepat lagi. Terima kasih.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 7.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 26 Mac 2019.”

final • 11:32 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan - Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli

Saya menyokong.

final • 11:32 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:32 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak- banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kedua, Parlimen Yang Keempat Belas”.

[21 Mac 2019]

final • 11:32 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 77(2), ini tentang Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Jawatankuasa ini hendaklah mengandungi seorang Pengerusi dan Naib Pengerusi yang akan dilantik oleh Majlis. Tuan Yang di-Pertua adalah ternyata bahawa kebanyakan backbenchers kerajaan ingin mengganti Pengerusi PAC dengan seorang Ahli Parlimen daripada pembangkang. With all due respect, dengan izin, Yang Berhormat Beluran dia kawan lama, tetapi demi principle. Alasan permintaan ini ringkas sahaja, ini adalah manifesto pilihan raya Pakatan Harapan. Kita mesti tunaikan there is no two way about it. Jadi saya minta Tuan Yang di-Pertua buat satu keputusan. Terima kasih.

final • 11:32 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kepong kita akan ambil maklum dan akan bawa dalam perbincangan, terima kasih.

final • 11:32 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kepong. Memang patut pun tunai janji, banyak janji tidak ditunaikan selama ini.

final • 11:32 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, baik, baik. Untuk sesi perbahasan saya menjemput Yang Berhormat Tawau untuk berbahas, 10 minit.

[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 11:32 AM

Datuk Christina Liew Chin Jin - Tawau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Malaysia pasca Pilihanraya Umum Ke-14, post-GE14 telah merangkumi atau, dengan izin, speaks volume of peoples hope confidence and high expectation for change, terutama sekali dalam soal membanteras rasuah, integriti, kepimpinan negara, kebertanggungjawaban mengurus tadbir negara, menghormati hak asasi manusia, dan paling penting sekali menambah baik dan meningkatkan agenda yang momentum pembangunan negara.

Perubahan senario politik di Sabah juga terkesan daripada aspirasi harapan dan cita-cita yang sama. Sebagai sebuah negeri yang masih serba kekurangan, rakyat Malaysia di Sabah juga mahukan tawaran yang lebih baik dalam segala sudut dalam bidang pembangunan termasuklah soal pengurusan sumber hasil negeri, pembangunan sosial ekonomi, penambahbaikan kemudahan infrastruktur awam seperti jalan raya, bekalan air, kemudahan pendidikan serta usaha-usaha meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, Tawau mempunyai potensi besar untuk pembangunan pelancongan ditambah pula Lapangan Terbang Tawau merupakan kedua terbesar di negeri ini. Seperti sedia maklum, Tawau, dengan izin, an important get way to the world in diving side at Sipadan and Mabul in Semporna dan juga tanah valley di Lahad Datu, sebuah pusat pelancongan dan pusat penyelidikan hutan tropika terkenal di dunia.

Sehingga Oktober 2018, Lapangan Terbang Tawau telah merekodkan sejumlah 1.6 juta orang penumpang dengan pertumbuhan 9.7 peratus merupakan keempat tertinggi dari segi pertumbuhan penumpang selepas Lapangan Terbang KLIA, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang.

Saya sangat teruja dan bersetuju dengan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan Persekutuan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan Tuan Loke Siew Fook bahawa pembangunan infrastruktur terutama sekali menambahbaikkan Lapangan Terbang Tawau tidak akan merugikan. Selain itu, saya juga ingin membangkitkan di Dewan yang mulia ini tentang keperluan yang agak mendesak untuk menambah pegawai imigresen di Lapangan Terbang Tawau terutamanya sekali semasa ketibaan penerbangan berjadual dari Kuala Lumpur dan antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan cukai pelancongan, saya mengalu-alukan pengumuman Yang Berhormat Menteri Kewangan di mana beliau telah menjanjikan bahawa Sabah akan menerima 50 peratus daripada cukai pelancongan yang belum dibayar kepada Sabah pada suku pertama tahun ini, tahun 2019. Pembayaran cukai pelancongan itu akan dapat membantu Kerajaan Negeri Sabah memperhebatkan usaha meningkatkan industri pelancongan di negeri itu.

Tuan Yang di-Pertua, daerah Tawau yang kini mempunyai penduduk lebih setengah juta orang juga sangat memerlukan kemudahan infrastruktur, termasuklah infrastruktur sekolah. Sebanyak dua buah sekolah di kawasan Parlimen Tawau yang iaitu SK Andrassy Tawau dan SK Ranggu memerlukan penambahan bilik darjah. Keperluan ini sangat mendesak disebabkan penambahan taman perumahan di kawasan tersebut. Sebanyak enam bilik darjah diperlukan bagi menampung para pelajar yang akan bertambah di kawasan tersebut. SK Tanjong Batu adalah sekolah takrif yang berada di kawasan bandar. Projek kilat yang dibuat pada tahun 80-an tidak lagi selamat untuk digunakan dan bilik darjah perlu diganti dengan baharu. SMK Wallace Bay telah mengalami kebakaran satu blok bilik darjah pada Julai 2018, namun sehingga kini belum diganti. Akibat daripada masalah itu, guru-guru terpaksa ditempatkan di pondok-pondok yang dibina sementara.

Tuan Yang di-Pertua, Hospital Tawau sangat memerlukan mesin mammogram bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh kaum wanita yang menghidap penyakit kanser payu dara ia adalah paling biasa di Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, komitmen dan persetujuan Kerajaan Persekutuan untuk membuat pindaan dalam Perkara 1, Fasal 2, Perlembagaan Persekutuan bagi menjadikan

final • 11:33 AM

Datuk Christina Liew Chin Jin - Tawau

Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi dengan Semenanjung adalah satu yang sangat positif dan saya berharap ia akan menjadi satu legasi bagi Kerajaan Pakatan Harapan.

final • 11:33 AM

Datuk Christina Liew Chin Jin - Tawau

Langkah ini juga diharap dapat meredakan segala perdebatan yang tidak berkesudahan, never ending debate, mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA 63) sehingga isu ini dilihat seolah-olah ‘duri dalam daging’, ‘a thorn in the flesh’. Saya yakin langkah dan niat baik ini boleh mengukuhkan semangat dan asas pembentukan Malaysia kerana kita mesti ingat bahawa MA 63 asas pembentukan Malaysia. Langkah ini juga bukanlah untuk kepentingan mana-mana pihak atau individu tetapi demi kebaikan, kesejahteraan dan keharmonian negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan anutan agama.

Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir ialah soal kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sabah. Untuk makluman, Dewan Undangan Negeri Sabah sudah pun meluluskan usul penambahan 13 kerusi DUN iaitu dari 60 kerusi kepada 73 kerusi pada Ogos 2016. Saya ingin tahu, apakah langkah Kerajaan Pusat untuk menghormati keputusan DUN Sabah itu?

Sekian, saya mohon menyokong.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih, Yang Berhormat Tawau. Ahli-ahli Yang Berhormat, hari ini merupakan hari yang terakhir perbahasan Titah Diraja. Setakat ini, 89 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan. Mengikut senarai yang dikemukakan oleh ketua whip masing-masing, masih ada lagi 42 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin berbahas.

Oleh kerana itu, saya akan menghargai sekiranya setiap Ahli Yang Berhormat menepati masa 10 minit yang ditetapkan supaya rakan-rakan yang lain diberikan peluang yang adil dan saksama. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Lipis.

final • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Ya, Yang Berhormat Jelutong.

final • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya ingin membangkitkan satu isu berkenaan dengan peraturan.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Yang mana?

final • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya mohon petua Tuan Yang di-Pertua iaitu di bawah Peraturan 18(1) iaitu berkenaan kepentingan orang ramai yang mungkin perlu disegerakan.

Dua, tiga hari yang lalu, kita telah melihat berita yang telah keluar dalam surat khabar mengenai satu kejadian beberapa pelajar Universiti Malaya yang telah diserang dan dipukul oleh penyokong-penyokong kepada Yang Berhormat Pekan. Perkara ini menjadi perkara penting kerana kebanyakan pelajar-pelajar di universiti bertanyakan sama ada Kerajaan Pakatan Harapan akan mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong mereka kerana perkara yang berlaku itu adalah sesuatu yang keterlaluan di mana kita lihat pelajar-pelajar di situ yang sedang berdemonstrasi secara aman telah diheret, dipukul― macam-macam perkara sudah dilakukan.

Jadi saya mohon petua daripada Tuan Yang di-Pertua sama ada apa-apa usul ataupun adakah perkara ini akan dibicarakan, dibincangkan dalam Dewan yang mulia ini?

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong. Di hadapan saya, Yang Berhormat Jelutong telah membangkitkan satu perkara di bawah Perkara 18(1). Saya nasihatkan supaya Yang Berhormat baca kepada Perkara 18(2) iaitu sekiranya Yang Berhormat ingin mengeluarkan usul di bawah Perkara 18(1), satu pemberitahu bersurat perlu dikemukakan tidak kurang daripada tempoh 24 jam.

Oleh kerana perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tidak menepati kehendak Peraturan Mesyuarat, maka petua Yang di-Pertua Dewan tidak diperlukan.

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Lipis.

final • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Yang di-Pertua, pertamanya, saya merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk saya turut serta dalam perbahasan membahaskan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong yang ke-16.

Pertamanya, saya berfikir satu malam hendak ambil masa 10 minit apa yang hendak dibahaskan. Kalau bahasa yang mudahnya, kanda berfikir satu malam untuk berbahas dalam perkara ini.

final • 11:44 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Padat dan tepat.

final • 11:44 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Tuan Yang di-Pertua, saya di kesempatan ini memikirkan apakah yang berlaku pada senario politik sekarang ini dalam keadaan suasana kerajaan yang ada ini mentadbir Putrajaya, dasar baharu yang diperkenalkan. Adakah dasar baharu ini telah diperkenalkan ataupun masih belum dilaksanakan? Tetapi sering kali saya masih mendengar ungkapan bahawa Kerajaan Barisan Nasional tiada lagi untuk kita melaksanakan pemulihan sebab Kerajaan Barisan Nasional banyak telah melakukan perkara kerosakan. Itulah yang sering diperkatakan oleh pihak Kerajaan Pakatan Harapan.

Soalnya sekarang ini, saya nak beritahu di dalam Dewan yang mulia ini, rakyat sangat resah dan gelisah tentang memikirkan soal politik, memikirkan soal ekonomi, memikirkan soal apakah yang terjadi dalam keagamaan. Inilah yang disentuh oleh Yang di- Pertuan Agong, bagaimanakah kita nak mewujudkan satu perpaduan yang agak erat di antara rakyat di negara kita ini.

Sebab itu dalam soal ini, kita sekarang ini banyak perkara yang kita lakukan di luar, umpamanya, yang telah dibawa ke dalam Parlimen. Sebentar tadi― saya minta maaf kepada Yang Berhormat Jelutong― Yang Berhormat Jelutong membangkitkan dalam perkara tersebut. Saya nak ingatkan, ‘sarang tebuan jangan dijolok’. Maknanya, kita jangan kacau tempat orang. Kalau orang kacau tempat kita, mesti perkara itu akan berlaku sebenarnya.

Sebab itu saya katakan perkara luar jangan dibangkit ke dalam Dewan kerana inilah yang akan menjadi perkara-perkara pokok utama dalam perpaduan kaum di dalam negara kita yang saya anggap cukup harmoni, yang cukup cantik apabila kita melaksanakan perpaduan kaum ini.

Apa sebab saya mengatakan sedemikian rupa? Apa yang meresah gelisahkan rakyat sekarang ini? Kita lihat hari ini dari segi ekonominya, banyak yang dibangkitkan oleh rakan-rakan kita sendiri...

final • 11:44 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Minta laluan.

final • 11:44 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Saya minta maaf. Saya ada enam minit sahaja. Kalau nak bagi saya tambah masa, saya beri laluan. Saya tak cukup.

Saya ada bertimbun kertas nak bercakap. Sebab itu saya kata 10 minit saya nak fikirkan, kanda nak fikirkan apa yang hendak dibahaskan.

final • 11:44 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Okey, Yang Berhormat. Padat dan ringkas.

final • 11:44 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Jadi saya nak katakan bahawa saya nak sentuh dahulu soal FELDA, umpamanya. Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini saya dapat slip pendapatan FELDA. Betul, maknanya tepat apa yang dikatakan dalam Parlimen ini. Maknanya, di satu kawasan, mereka dapat 7.4039 per tan, bersamaan nilai RM2,906.14.

Kos operasi― RM1,600. Apakah kos operasi? Baki― RM1,306.13. Tolak hutang RM1,375.

Maknanya mereka berhutang RM69.31. Itu dengan kadar 7.4 tan yang mereka dapat di satu- satu kawasan FELDA. Bagaimana kawasan yang belum dapat 7.4? Mungkin ada yang lima lebih. Mungkin ada yang enam lebih.

Bagaimanakah mereka hendak menyara hidup mereka? Bagaimana nak menghantar anak ke sekolah? Bagaimana nak membayar bil api dan air? Sedangkan, sekarang ini bayaran sara hidup sahaja telah turun kepada RM1,000 bagi kawasan tanam semula. Dulu BN bagi RM1,500 dan dalam perancangan, sekiranya menang, akan diberi sebanyak RM2,000 bagi sara hidup bagi yang tanam semula. Kalau rakyat FELDA dia mengambil langkah untuk mengusahakan sendiri, saya percaya FELDA akan bertambah parah lagi kalau tak dapat diselesaikan perkara ini.

final • 11:44 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Tidak menyentuh soal FELCRA lagi. FELCRA di tempat saya sudah sembilan bulan tidak dibayar elaun, tidak dibayar apa-apa imbuhan...

final • 11:44 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Penjelasan.

final • 11:44 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Sekarang ini mereka hanya menjalankan cara pendapatan sendiri.

final • 11:44 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Saya minta maaf Yang Berhormat Jelutong. Saya tidak ada cukup masa. Kalau ada masa, saya beri. Tinggal 4:32 saat sahaja lagi.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Ya, teruskan.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Empat minit 32 saat. Dengan hujahan yang masih banyak hendak dinyatakan.

Bagaimana pula dengan orang FELCRA? Ini yang Kerajaan PH kena fikirkan. Belum lagi dalam soal kos sara hidup. Sekarang ini saya hendak beritahu bahawa kita kena mengambil tindakan yang sebenar-benarnya, Kerajaan PH kena mengambil. Kalau tidak, saya berani kata, Kerajaan PH kalau ada pilihan raya pada hari ini, akan tumbang serta- merta. Ini amaran. Kami juga sering diingatkan dahulu oleh pembangkang PH bagaimanakah untuk mengekalkan Kerajaan Barisan Nasional. Perkara seperti inilah yang diingatkan.

Rakyat sudah tidak hendak dengar lagi kita berhujah dalam Parlimen, ke manakah suara kita di dalam Parlimen, suara Menteri yang menjawab soalan. Mereka kadang-kadang semua kata “Penipu” apa yang dikatakan sebab selagi kita tidak dapat laksanakan apa yang kita janjikan ataupun akujanji kita semasa sebelum pilihan raya mesti kita laksanakan. Rakyat sudah tidak ada apa-apa. Saya hendak beritahu, yang mengeluh bukan sekadar Melayu, bukan sekadar Cina juga India mengeluh dalam keadaan pada hari ini. Mereka semua mengeluh apa yang telah dilakukan.

Oleh sebab, itu kadang-kadang Menteri, saya hendak beritahu kepada Menteri Industri Utama, hendak tukar pula tanam sawit kepada buluh. Ini satu perkara kelakar sebenarnya. Jangan hendak mengikut cara Jepun. Jepun tidak ada buluh. Ia mungkin boleh banyak buat chopstick, mungkin ia boleh banyak buat pencungkil gigi tetapi kita di Malaysia ini sampai berdarah gigi boleh dicungkil dengan buluh yang ada di dalam negara kita. Dalam daerah Lipis sahaja, saya sebut “Daerah”, saya tidak sebut “Parlimen”, sebab Parlimen adalah Parlimen Lipis dan Parlimen Cameron Highlands terletak dalam daerah Lipis. Buluh bertimbun-timbun. Tidak payah hendak tanam.

final • 11:50 AM

Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim

Lipis, Lipis. Minta laluan. Lipis.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Boleh ambil sahaja buluh yang hidup secara liar.

final • 11:50 AM

Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim

Tanjong Malim, Tanjong Malim.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Oleh sebab itu saya katakan bahawa ...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Tanjong Malim minta mencelah.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Kena bercakap biarlah berfikir.

final • 11:50 AM

Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim

Tanjong Malim. Lipis.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Saya minta maaf.

final • 11:50 AM

Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim

Buluh, buluh. Tentang buluh.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Kalau sampai masa Yang Berhormat boleh berucap, Yang Berhormat berucap. Saya ada dua minit, 2 minit 19 saat.

final • 11:50 AM

Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim

Tidak apalah. Beri 20 saat pun okey.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Kalau saya beri, boleh saya beri.

Saya tidak ada masalah boleh beri dengan syarat Tuan Yang di-Pertua benarkan saya tambahan masa.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

‘Masa itu emas’.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

‘Masa itu emas’. Masa mencemburui kita. Kena hargai perkara itu. Saya bercakap secara terus-terang. Maknanya

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

kita lontarkan pandangan kita di dalam Dewan yang mulia ini supaya kita dapat berbahas dengan baik, supaya kita dapat melontarkan kepada pihak kerajaan apa yang harus dilakukan.

Tadi saya dengar dari Sabah, ada mempertikaikan soal royalti dan sebagainya. Kita tengok sekarang, ada rasa ketidakpuasan hati dari PH sendiri, Yang Berhormat Permatang Pauh – saya tidak tahu sama ada ditularkan benar ataupun tidak. Dia kata dia tidak akan bertanding sudah kerana tidak berpuas hati dengan apa yang dikatakan tidak dapat ditunaikan. Beliau meneliti perkara itu, maka beliau tidak sanggup berdepan dengan masyarakat ...

final • 11:50 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Saya rasa tidak perlu sentuh Yang Berhormat Permatang Pauh tadi. Di sini tidak payah sebut ya. Yang Berhormat Permatang Pauh tidak ada di sini.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Kerana tidak dapat melaksanakan perkara ini. Saya sebut soal yang ditularkan semalam. Saya tengok semalam.

final • 11:50 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Tidak payah sentuh, tidak payah sentuh. Teruskan. Satu minit sahaja tinggal.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Sama ada benar atau tidak benar, tidak apa. Dia belum berucap. Nanti dia boleh jawab.

final • 11:50 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Tidak payah sentuh ya.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Yang Berhormat Permatang Pauh boleh bangkitkan. Dari sebab itu, saya katakan sedemikian rupa, banyak perkara yang hendak dilakukan. Banyak perkara yang hendak saya nyatakan tetapi ramai rakan saya dalam Parlimen ini telah menghujahkan perkara-perkara tersebut.

Oleh sebab itu, saya kadang-kadang tidak sanggup melihat perkara-perkara yang dilaksanakan oleh kerajaan yang ada pada hari ini. Penjualan syarikat-syarikat hasil aset negara ini sebenarnya yang amat keterlaluan. Kalau ada kesempatan masa saya boleh sebut satu persatu perkara-perkara yang dilakukan, yang di luar jangkaan, dijual di bawah harga bidaan. Bagaimanakah perkara-perkara ini boleh berlaku sedangkan kita mengatakan bahawa kita hendak lebih telus daripada Kerajaan Barisan Nasional sedangkan harga bidaan ini ataupun tender ini lebih rendah daripada harga pasaran, dijual kepada syarikat luar negara. Ertinya kita sekarang, Malaysia Baharu hendak jual harta kita semua kepada orang luar negara.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat.

Sila menggulung.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Mungkin ada sebab perkara dilakukan. Inilah kadang-kadang yang dinamakan sering disebutkan kronisme, nepotisme.

Inilah perkara yang berlaku. Jadi Tuan Yang di-Pertua ...

final • 11:50 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jho Low itu siapa dia Yang Berhormat? Jho Low.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Saya banyak perkara yang hendak dibangkitkan tetapi perkara tidak dapat hendak dibangkitkan.

final • 11:50 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jho Low, Arul Kanda itu kroni siapa?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Jelutong, sila duduk.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Siapa? Kalau kita hendak bahas nanti, saya boleh cakap lebih Tuan Yang di-Pertua, nanti you panas telinga. Saya tidak hendak beri dalam Dewan panas telinga.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Okey, terima kasih.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Saya boleh sebut beberapa perkara yang boleh memanaskan telinga.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Okey.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Saya boleh sebut perkara yang hendak memanaskan telinga yang mungkin melompat nanti atas meja.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Jadi Yang Berhormat, masa sudah tamat.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Saya hormat Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

‘Jangan jolok sarang tebuan’.

Kalau jolok, saya boleh panjangkan hujahan saya lagi buat panas telinga dan panas Dewan ini.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya menghormati masa, terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang benarkan.

final • 11:50 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Lipis.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Saya hendak bangkitkan isu terowong. Boleh saya bangkitkan isu terowong?

[Pembesar suara dimatikan]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Cukup. Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Dipersilakan duduk. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Bukit Gelugor. Sila.

final • 11:50 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk berbahas. Ingin saya mengemukakan ataupun menimbulkan dua atau tiga isu semasa yang perlu ditimbulkan, dibangkitkan di Dewan yang mulia in. Seperti yang telah pun ditimbulkan oleh rakan saya Yang Berhormat Jelutong dan juga Yang Berhormat Lipis, to a certain extend, dengan izin tadi, iaitu berkenaan dengan insiden yang kita semua tahu telah pun berlaku beberapa hari yang lalu. Di mana beberapa students ataupun pelajar di Universiti Malaya (UM) telah pun mengadakan satu demonstrasi yang aman, satu assembly yang aman itu perlu ditekankan.

Dengan izin, mereka held a peacefull assembly di perkarangan universiti tersebut kalau tidak silap saya ...

final • 11:55 AM

Seorang Ahli

[Bangun]

final • 11:55 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

I will give you. Just sekejap. Di mana mereka telah pun mengadakan satu perhimpunan yang aman pada tarikh tersebut, di mana mereka telah pun meluahkan perasaan mereka terhadap bekas Perdana Menteri Yang Berhormat Pekan.

Apa yang mereka buat? Apa yang mereka buat yang agak sensitif itu sehingga mereka boleh diserang oleh sekumpulan samseng datang ke dalam perkarangan universiti tersebut? Attack dan serang mereka. Bilakah kejadian ini berlaku? Pada hari Jumaat kalau tidak silap saya. Sekarang hari Isnin. Sudah tiga hari atau empat hari. Adakah sesiapa ditahan? Adakah sesiapa ditahan sejak Jumaat yang lalu, empat hari atau tiga hari yang lalu?

Walaupun perkara ini sudah dijadikan tular, semua orang tahu, satu Dewan tahu apa yang berlaku. Ada video, ada gambar berkenaan apa yang berlaku. Adakah ini satu perkara yang susah untuk kita tangani, untuk pihak autoriti tangani? Apakah kesusahannya? Adakah mereka di dalam video itu ataupun di dalam gambar-gambar itu? Fugitive, dengan izin seperti Jho Low? Kita tidak tahu mana mereka, tidak boleh tangkap. Kenapa sehingga sekarang tidak ada apa-apa tindakan diambil?

Ini adalah suatu perkara yang penting Tuan Yang di-Pertua. Perkara yang penting yang saya dengan segala hormatnya ...

final • 11:55 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

[Bangun]

final • 11:55 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Ingin menjemput – Yang Berhormat Lipis, minta maaf. Dia sudah bangun. Saya akan beri, nanti, sekejap. Saya akan beri. Just give me a few minutes.

final • 11:55 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Yang Berhormat Lipis telah pun menyatakan tadi. Ini satu perkara yang sepatutnya kita tidak bincang dalam Dewan kerana ia boleh mengakibatkan sensitiviti dan sebagainya.

Sekiranya kita tidak bincang di Dewan, di mana kita hendak bincang?

final • 11:55 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Betul. Betul.

final • 11:55 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Di mana kita hendak bangkitkan isu ini? Bukankah Dewan ini Dewan di mana kita menggubal undang-undang?

Bukankah ia satu perkara yang amat penting sekarang untuk menggubal undang-undang untuk menghentikan racism, to outlaw racism, dengan izin? Rakan saya boleh.

final • 11:55 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Yang Berhormat Bukit Gelugor, saya ingin bertanya sebab tadi Yang Berhormat Lipis mengatakan bahawa masuk ke tempat orang sedangkan bukankah pengerusi masjid itu sendiri membuat laporan polis kerana pihak masjid tidak berikan kebenaran kepada program tersebut?

final • 12:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dengan izin, Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Kita juga lihat bahawa ada penglibatan terus daripada Yang Berhormat Pekan kerana orang yang menyerang dan memukul pelajar-pelajar mahasiswa di sana adalah seorang yang telah kelihatan bergambar bersama-sama Yang Berhormat Pekan. Kita lihat Yang Berhormat Pekan juga telah seolah-olah merestui apa yang telah berlaku. Bukankah beliau juga perlu dipanggil untuk disiasat? Ini adalah mahasiswa, pemimpin-pemimpin kita masa akan datang. Pelajar-pelajar universiti yang berdemonstrasi secara aman. Apakah kita akan benarkan perkara ini terus berlaku? Tindakan dalam video itu yang menunjukkan dengan jelas serangan yang telah dibuat terhadap pelajar-pelajar itu sampai lehernya diheret.

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

Patah? Mati kah?

final • 12:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

[Bangun]

final • 12:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ada orang yang cuba mencekik beliau dan tidak ada permohonan maaf daripada Yang Berhormat Pekan kerana penyokong-penyokongnya adalah orang yang menyebabkan perkara ini Yang Berhormat Bukit Gelugor. Apa pandangan?

final • 12:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Bukit Gelugor, boleh saya sedikit? Boleh? Yang Berhormat Bukit Gelugor, asyik sebelah sana sahaja dibagi?

Saya boleh sedikit?

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Yang Berhormat Bukit Gelugor.

final • 12:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Boleh, boleh.

final • 12:00 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Gelugor, sedikit?

final • 12:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Alright, boleh.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Pada saya, apa yang berlaku sebab saya melihat dan menonton video yang berkaitan dan saya terdengar apa yang disebut bahawa “Dato’ Sri Mohd Najib perompak”. Saya hendak tanya Yang Berhormat Bukit Gelugor, mahkamah di Malaysia ini, mahkamah yang mana telah memutuskan bahawa Dato’ Sri Mohd Najib ini perompak? Tolong beritahu.

final • 12:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Yang Berhormat Bukit Gelugor...

final • 12:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Yang Berhormat Batu Kawan.

final • 12:00 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Saya ingin bangkitkan mengenai harassment terhadap mahasiswa yang berlaku dua hari lepas. Jangan kita lupa juga wartawan wanita juga diherdik dan dipersendakan oleh geng-geng UMNO ini. Jadi saya ingin tahu, so not just a student Tuan Yang di-Pertua, but also the journalist as well. So, I think they have to be responsible for this. Terima kasih

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Boleh Yang Berhormat Bukit Gelugor?

final • 12:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Cepat.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Oleh sebab itu saya katakan sebentar tadi dalam ucapan saya, saya sudah tekankan kenapa kita hendak jolok sarang tebuan? Itu pepatah Melayu, mungkin Bukit Gelugor tidak tahu atau tahu, saya tidak tahu.

final • 12:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Saya tahu, saya tahu.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Itu jolok sarang tebuan.

Maknanya dia datang untuk menjolok sarang tebuan sebab itu saya bercakap, jangan bawa dalam Parlimen.

final • 12:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Minta maaf sudah lambat, tiga minit sahaja ya. Saya sudah bagi laluan untuk tiga minit, boleh saya teruskan?

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Only 30 seconds, boleh?

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Sila.

final • 12:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

No, no. Sudah terlambat, saya mengambil maklum apa yang dikatakan oleh semua pihak di sana dan di sini.

Akan tetapi, we are missing the point. We are missing the point dengan izin, Tuan Yang di- Pertua. Kalau ada api, kita jangan lawan dengan api. Kenapa dalam demonstrasi ini perlu ada serangan? Adakah sama ada Yang Berhormat Pekan itu disabit di mahkamah relevan?

Adakah itu memberi kami kebenaran untuk masuk dan menyerang pelajar? Adakah bukan ini kerja UMNO? Kita kena mengakui ini kerja UMNO.

[Tepuk] Jangan kita menyembunyikan fakta itu. Ini bukan kali pertama.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

How do you know dia UMNO?

How do you know?

final • 12:00 PM

Seorang Ahli

Adakah yang menentang itu DAP pula?

final • 12:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Saya tidak bagi laluan Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang pelajar-pelajar itu pun dari DAP juga.

final • 12:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Masa saya terhad.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Adakah pelajar itu daripada DAP?

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Sila minta kebenaran.

final • 12:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Duduk, saya tidak bagi kebenaran.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Ya, sila.

final • 12:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tadi saya sudah bagi banyak kebenaran...

[Disampuk] Ini perlu kita ambil perhatian Tuan Yang di-Pertua. They were university students, ada juga wartawan kalau tidak silap saya, bukan? Wartawan apa dia punya salah? You tidak suka apa dia laporkan pergi serang. Jadi, itu sebabnya saya hendak tanya kepada Kementerian Dalam Negeri, adakah kita akan menggubal undang- undang untuk menjadikan ia jenayah outlaw untuk perkara-perkara bukan sahaja perkara- perkara fizikal tetapi juga kata-kata yang berbaur racism.

[Tepuk] Ini adalah diperlukan, sekiranya saya pergi rompak satu kedai. Saya tahu itu satu jenayah, itu akan mengelakkan saya pergi rompak kedai itu. Akan tetapi, kalau kita cakap perkara rasis, kita tahu tidak ada undang-undang sebab itu kita more willing to do something like that. Itulah perlu kita buat undang-undang tersebut. Tahun lepas kita sudah dengar Yang Berhormat Menteri ada sebut hendak memperkenalkan beberapa undang-undang yang akan menangani masalah rasisme ini dan sebagainya. Akan tetapi, ini perlu dipercepatkan Tuan Yang di-Pertua supaya kita dapat mengelakkan perkara-perkara seperti ini berlaku. Tidak kira dari sebelah sini, tidak kira dari sebelah sana. Saya rasa semua di Dewan ini perlu menyokong undang-undang untuk menjenayahkan racism.

[Tepuk] racism

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya sokong!

final • 12:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Let us all dengan izin, before I finish Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Saya pun menyokong.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya sokong.

final • 12:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Let us all throw our support behind legislation outlawing racism. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kuala Nerus.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] ...13 Mei.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Mana Yang Berhormat Kuala Nerus? Ada tidak?

final • 12:00 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Yang Berhormat Kuala Nerus tidak ada.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Kuala Nerus tidak ada dalam Dewan maka saya sekarang menjemput Yang Berhormat Papar, sila.

final • 12:00 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya ruang membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkait rapat dengan soal keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. Dengan ini haruslah kerajaan menyelaraskan gaji minimum, pemberian bantuan sara hidup, subsidi bersasar kepada nelayan dan petani, Program Food Bank serta peningkatan kualiti sistem penyampaian kerajaan.

Alhamdulillah bajet yang telah disampaikan untuk tahun 2019 adalah bajet kasihkan dan pedulikan rakyat. Saya yakin dengan kepimpinan kerajaan baharu Pakatan Harapan, akan dapat memulihkan ekonomi negara dalam masa yang singkat ini. Ini terbukti bahawa Malaysia akan kembali sebagai Harimau Asia dalam masa tiga tahun. Foreign Direct Investment melompat 48 peratus kepada RM80.5 bilion pada tahun 2018 berbanding RM54.4 bilion pada tahun 2017.

Ini menunjukkan bahawa pelabur yakin akan ekonomi Malaysia terutamanya China dan Jepun. Dari itu saya merayu supaya Kerajaan Persekutuan dapat menurunkan bajet yang telah dijanjikan kepada negeri Sabah sebanyak RM5 bilion seberapa segera yang boleh.

Almaklumlah untuk menghantar ke Sabah, kena menyeberang Laut China Selatan. Dana yang dijanjikan ini akan dapat menyempurnakan segala pembangunan yang dirancang rapi oleh kerajaan negeri demi rakyat dan untuk rakyat Sabah. Rakyat Sabah tidak tahu pembangunan yang mencakar langit, mereka mahu kehidupan harian terpelihara, dapur mereka berasap, ada makanan dimasak untuk anak-anak dan tidak merempat di negeri sendiri.

Untuk makluman, Kerajaan Negeri Sabah telah merancang banyak mega projek untuk dilaksanakan. Ini tentunya memerlukan dana yang besar. Sebagai contoh, Daerah Papar telah dikenal pasti sebagai hab pendidikan. Ini memerlukan tambahan peruntukan yang melebihi RM1 bilion untuk tujuan ini. Sebagai wakil rakyat, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memohon dan merayu kepada Kerajaan Pusat supaya permohonan ini dapat perhatian dan kelulusan peruntukan tambahan melebihi RM1 bilion.

Kegagalan kerajaan dahulu untuk menjamin pelaksanaan MA63 ini telah menyebabkan Sabah ketinggalan jauh dalam pembangunan infrastruktur, walaupun besar pengorbanan Sabah dan Sarawak untuk menjadi satu rakan yang setaraf dengan negeri- negeri lain di Malaysia. Ini menyebabkan Sabah ketinggalan dari arus pembangunan infra seperti jalan raya, bekalan elektrik, bekalan air yang bersih, kemudahan telekomunikasi termasuk internat di pedalaman.

Sekarang waktu kemarau, penduduk yang bergantung pada air graviti akan susah untuk mendapatkan air kerana takungan air semuanya kering. Apa yang menyedihkan ialah ada juga kampung-kampung yang terletak berhampiran beberapa kilometer dari jalan besar seperti Kampung Bolotikun, Moloyon, Mondikot, Kampung Molonsi, Kaiduan, Bisuang, Kampung Labau dan lain-lain tidak mempunyai bekalan air terawat.

final • 12:06 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Di waktu kemarau akan berlaku kebakaran. Banyak poly pipe yang digunakan untuk menyalurkan air ke rumah-rumah terbakar kerana poly pipe ini hanya diletak di atas tanah dan tidak ditanam. Ini menyebabkan penduduk kampung terputus bekalan. Ini memerlukan dana untuk membaik pulih. Jalan raya yang buruk dan berlubang menyebabkan orang-orang kampung menyedut debu di waktu kemarau dan bermain lumpur di waktu hujan. Inilah kehidupan mereka seharian. Fikir-fikirkanlah wahai rakan kongsi yang budiman. Dari itu kami berharap agar Kerajaan Pakatan Harapan dapat mengembalikan status Sabah dan Sarawak berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963. Ini satu janji yang ditunggu-tunggu oleh rakyat kedua- dua buah negeri. Kami meminta apa yang sudah tersurat bukan “Dapat betis mahukan paha”.

Kami mahu apa yang hak untuk negeri Sabah dan negeri Sarawak, fikir-fikirkanlah.

Baru-baru ini Kabinet bersetuju untuk membuat pindaan 1(2) Perlembagaan Persekutuan untuk menjadikan Sabah, Sarawak dan Semenanjung sebagai rakan kongsi.

Persetujuan untuk meminda Perlembagaan berkenaan telah dibuat dalam mesyuarat yang lalu adalah satu langkah besar ke arah merealisasikan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963

(MA63). Pindaan Perlembagaan ini akan dibentangkan di Parlimen. Akan tetapi untuk merealisasikan pindaan ini memerlukan sokongan dua pertiga majoriti anggota Parlimen di Dewan ini.

Sebagai wakil rakyat, saya merayu kepada semua Ahli Dewan untuk menyokong apa-apa usul yang baik untuk kesejahteraan rakyat, “Rakyat Sejahtera, Negara Maju Jaya.” Saya ingin merujuk ayat Al-Quran yang bererti, *“Dan tolong-menolonglah kamu dalam

(mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksaNya.”*, Surah Al-Maidah ayat 2. Dari itu, marilah kita berbuat yang terbaik untuk rakyat Sabah dan Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin melihatkan beberapa gambar di sini. Kalau boleh, tolong fokus sedikit gambar ini. Kalau dapat difokus, tolong fokus gambar ini. Inilah gambar yang menunjukkan betapa susahnya orang Sabah. Inilah gambar, kalau dapat difokus lagi bagus ya. Banyak gambar ini. Ya, macam mana orang-orang Sabah begitu susah dengan kehidupan harian mereka.

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat, boleh sikit?

final • 12:10 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Ini lihatlah kehidupan mereka. Sekejap tuan, sekejap tuan. Ini banyak lagi gambar mahu dilihatkan ini tuan. Inilah gambar- gambarnya. Tolong lihatlah macam mana susahnya orang Sabah. Hari-hari kita terpaksa pergi ke Sabah untuk, semua apa yang kita lihat ialah rumah-rumah yang dibuat daripada bambu yang sudah uzur. Kalau kita di dalam, kita boleh tengok yang di luar dan apa yang di luar, kita boleh tengok apa yang di dalam. Rumah ini ada dua buah keluarga. Satu daripadanya ialah orang berketurunan India. Walaupun dia bersuamikan orang Kadazan tetapi di dalam ini kalau kita tengok, kita menangiskan air mata. Terlalu susah kalau susah, memang susah. Begini jugalah keadaannya tuan-tuan dan puan-puan.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Sudah cukup gambar-gambar ya?

final • 12:10 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Okey, sudah cukup.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Sila cadangkan cara penyelesaian.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Terima kasih. Jadi selepas itu, selepas mana pilihan raya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan pemberian royalti sebanyak 20 peratus. Rakyat Sabah dan Sarawak berasa gusar kerana belum ada tanda- tanda yang positif bahawa royalti ini akan dibayar dalam masa terdekat. Sedar kah kita ramai pejuang kita yang telah pergi untuk selama-lamanya dan tidak sempat menikmati kesan kenaikan royalti yang dijanjikan. Saya berharap dengan Malaysia Baharu, semua yang dijanjikan dapat ditunaikan mengikut perancangan yang terbaik.

Negeri Sabah telah mengemukakan permintaan kepada Kerajaan Persekutuan untuk diberikan kuasa autonomi bidang pendidikan dalam usaha memastikan pelaksanaan dan pembangunan apabila bidang pendidikan itu di urus dengan lebih cekap di negeri ini setelah tertubuhnya Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah. Negeri Sabah perlu autonomi untuk membuat keputusan sendiri dalam bidang pelajaran, bukan untuk berkonfrontasi

final • 12:10 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

dengan Kerajaan Pusat tetapi soal hak Sabah boleh di urus dan ditunaikan dengan baik kerana Sabah adalah rakan kongsi Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, pekebun-pekebun kecil getah di bawah Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dianaktirikan kerana tidak diberi bantuan musim tengkujuh. Manakala pekebun kecil di bawah RISDA diberi bantuan musim tengkujuh. Apakah bezanya mereka ini sama-sama penoreh getah? Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah telah berkali-kali bersama rombongan LIGS ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Yang Berhormat Menteri dan pegawai-pegawai tinggi Kementerian Industri Utama untuk menyuarakan masalah ini di mana MPI telah menulis surat kepada MOA, malangnya permohonan ini ditolak.

Sebagai wakil rakyat, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk bertanya kepada MOA, kenapakah ada perbezaan antara penoreh getah LIGS dengan RISDA? Kerajaan Pusat sepatutnya tidak membezakan antara pekebun-pekebun getah LIGS dan RISDA dalam memberi bantuan tengkujuh. Tolonglah mereka ini kerana mereka ini juga memerlukan bantuan untuk menyara hidup mereka.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Ya, sedia menolong. Sila menggulung.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Bagi sedikit, satu lagi. Tuan Yang di-Pertua, penanaman padi di Daerah Papar bagi mencapai objektif untuk meningkatkan pengeluaran beras, kerajaan negeri menyasarkan untuk membangunkan tanah terbiar di negeri Sabah dengan tanaman padi secara besar-besaran. Negeri Sabah hanya mengeluarkan beras sebanyak 28 peratus dan bergantung kepada beras import setakat ini. Kerajaan Negeri Sabah telah mengenal pasti beberapa kawasan terbiar yang sesuai untuk ditanam padi yang melibatkan 3,400 ekar kawasan di Daerah Papar.

Bagi mencapai tujuan ini, kerajaan perlu memperhebatkan lagi infrastruktur perairan dan saliran di kawasan-kawasan dikenal pasti berpotensi untuk penanaman padi. Bilakah kerajaan bercadang untuk membangunkan Daerah Papar sebagai daerah pengeluaran beras terbesar di Sabah, di mana Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah diberi dana pembangunan untuk tahun 2019 sebanyak RM1.36 bilion.

Jadi, sebelum saya mengundur diri saya ingin mengingatkan kepada kementerian- kementerian berkenaan supaya jangan lupa akan permohonan-permohonan yang telah dibuat oleh pemimpin P.175 Papar yang telah dipohon. Kerajaan mesti menjana banyak pekerjaan untuk para graduan yang menganggur kerana mereka ini adalah bakal pemimpin pada masa hadapan. Dengan ini, saya menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Okey, terima kasih Yang Berhormat Papar. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kapit. Selepas itu Yang Berhormat Puncak Borneo dan Rompin.

final • 12:10 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi saya peluang dan ruang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada kali ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya hanya ingin menyentuh tiga perkara sahaja kalau cukup masa.

final • 12:18 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Ya, sila.

final • 12:18 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Ini kerana masa amat terhad pada pagi ini.

Pertama, saya ingin menyentuh hal pembentangan usul pindaan kepada Perlembagaan yang berkaitan dengan Artikel 1(2) yang dikatakan akan mengembalikan status Sarawak dari salah satu sebuah negeri kepada salah satu wilayah yang bertaraf equal partner kepada Malaya dan Sabah dalam Malaysia yang diberitakan baru-baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjelaskan pendirian saya berkaitan perkara ini.

Saya mungkin tidak akan menyokong rang undang-undang ini sekiranya ia dibentangkan tanpa dipersetujui terlebih dahulu oleh Kerajaan Negeri Sarawak dan juga Sarawak Legislative Assembly. Oleh sebab saya takut dan saya tidak mahu terperangkap nanti oleh rang undang-undang usul pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan yang bakal dibentang ini.

final • 12:18 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Jika ia tidak memuaskan dan memenuhi kehendak saya dan seluruh rakyat Sarawak, kami tidak mahu sesuatu yang hanya half baked atau yang tidak menangani masalah hakisan hak-hak dan keistimewaan Sarawak seperti yang termaktub dalam bukan hanya Perlembagaan Persekutuan tetapi sebenarnya yang lebih bermakna ialah implementasikan apa-apa yang amat jelas terkandung dalam Malaysia Agreement 1963

(MA63), juga Intergovernmental Committee (IGC) dan Cobbold Commission.

final • 12:18 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Oleh kerana di dalam ketiga-tiga itu, di sanalah di mana butiran-butiran yang jelas menyatakan hak-hak dan keistimewaan kami.

Tuan Yang di-Pertua, masalah sebenarnya bukanlah dengan Perlembagaan Persekutuan Artikel 1(2), akan tetapi tidak menghormati terma-terma yang jelas meminta Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab membantu Sarawak dan Sabah membangun supaya mencapai tahap kesejahteraan rakyat dan pembangunan infrastruktur juga tahap sosioekonomi Sarawak dan Sabah setaraf dengan Malaya.

Tuan Yang di-Pertua, jelas setelah sekian lama negara Malaysia wujud, kami di Sarawak dan Sabah merasakan ketidakpuasan dengan bagaimana kami ditinggalkan. Di sini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjelaskan dengan seterang-terangnya, saya ingin menegaskan kita merasa ketinggalan kerana di masa lampau dahulu di mana di masa itu sepatutnya yang perlu kami dibantu. Kami menghargai―saya menghargai, kawasan saya banyak mendapat―semasa 10 tahun lampau sahaja, recent 10 years ago di mana dalam era itu kami dapat banyak ya. I want to make a clear―membezakan kerana sebelum itu, berpuluh tahun sebelum itu di situlah masalahnya bermula di mana Kerajaan Persekutuan pada masa itu tidak begitu prihatin kepada kami.

Oleh sebab itu, dalam perbahasan saya ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan hanya dalam sejak tahun 2009 dan kebelakangan ini barulah kami di Sarawak dapat berlebihan. Kita tahulah Pan Borneo Highway yang memakan belanja berbilion-bilion, juga jalan ke kawasan saya Kapit. Hanya dalam enam, lima tahun ini sahaja ia bermula dan akan siap dan juga bantuan-bantuan kepada rakyat miskin yang sebelumnya tidak ada, tidak ada kita merasakan atau menikmati.

Jadi, dalam ucapan saya ini saya ingin menegaskan perbezaan dalam semasa ke semasa kebelakangan 60 tahun yang dikatakan era Barisan Nasional dahulu. Termasuk kami juga di Sarawak, GPS dahulu pun Barisan Nasional, kita tidak menafikan fakta itu. Akan tetapi sama memimpin, kita harus melihat kepada dari satu masa ke satu masa di mana di situlah yang memimpin bagaimana dasar-dasar ataupun cara-cara memimpin itu berbeza.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, kalau saya melihat keadaan di Sarawak dan Sabah masih jauh ketinggalan dalam pembangunan adalah kerana kesan apa yang telah berlaku sejak era tahun mungkin bermula lewat tahun 70-an, keseluruhan dekad dalam tahun 80-an. Cuma selepas itu kita mendapat bantuan dan agihan dalam bajet untuk kami mendapat pembangunan yang bermulanya sudah menukar corak luar bandar di Sarawak dan juga sebelum itu memang tidak ada.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, jadi saya syorkan agar bill pindaan Perlembagaan Persekutuan itu biarlah diedarkan juga kepada kami Ahli-ahli Dewan daripada Sarawak dan Sabah untuk kami semakkan dahulu―terlebih dahulu sebelum dibentangkan di dalam Dewan ini. Ini kerana kalau dibentangkan dan kita rasa terpaksa menyokong tetapi tidak kepuasan hati, jadi mungkin tidak betul. Jadi, saya tidak mahu nanti dalam sejarah Dewan dan sejarah diri sendiri saya di masa saya dalam Dewan, saya mengambil bahagian, saya menyokong sesuatu yang generasi kemudian nanti menyalahkan saya. Oleh sebab itu, saya hendak ingin menjelaskan. Silakan Yang Berhormat Pontian.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Terima kasih. Kami di Semenanjung juga ingin tahu tentang bill yang berkaitan kerana kita juga ingin memberikan pandangan yang bernas terhadap apa-apa yang ingin dilakukan itu, ingin direkodkan di sini Yang Berhormat Kapit.

final • 12:20 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Maaf, saya tidak berapa jelas dengan tadi.

Boleh...

final • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Ahli Parlimen di Semenanjung pun ingin juga bill itu. Bukan hanya Sabah dan Sarawak.

final • 12:20 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Tuan Yang di-Pertua, dengar. Mungkin kesemua dalam Dewan ini hendak bill itu diedarkan terlebih dahululah. Jadi, supaya adil

final • 12:20 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

kepada kami semua termasuk Tuan Yang di-Pertua sendiri lah. Ini kerana Tuan Yang di- Pertua pun mengundi nanti kan.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Tuan Yang di-Pertua berkecuali.

final • 12:20 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Berkecuali? Mengapa berkecuali?

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Bila kita bertugas, kita berkecuali.

final • 12:20 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Tidak apalah. Itu hak Tuan Yang di-Pertua berkecuali. Tuan Yang di-Pertua, masa begitu singkat. Saya hendak beralih kepada perkara yang kedua.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan dan mengucapkan syabas kepada Menteri Industri Utama Yang Berhormat Seputeh kerana baru-baru ini sampai ke Kuching dan berjumpa dan berbincang dengan kerajaan negeri, Kerajaan Sarawak dan juga Ketua Menteri Sarawak untuk mencari jalan bagaimana membantu pengusaha pekebun-pekebun kecil sawit di seluruh negara dan juga di Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak dan Kerajaan Sarawak telah bersetuju dan akan memberikan sokongan yang padu dan penuh kepada Kementerian Industri Utama ini dalam usaha mempromosikan dan menjalankan kempen untuk meningkatkan jualan dan eksport minyak sawit. Di samping itu, Sarawak juga menyatakan kesediaan untuk bersama Kementerian Industri Utama ini dalam usaha melawan sekatan kegunaan minyak sawit oleh Eropah. Untuk itu, Kerajaan Sarawak seperti saya telah difahamkan telah memberi sebanyak RM3 juta kepada MPOB Research Fund. Ini adalah sumbangan daripada Sarawak kerana Sarawak amat prihatin kepada pengusaha sawit lebih-lebih lagi pekebun-pekebun kecil sawit baik di Sarawak dan di mana-mana tempat di seluruh negara.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, perkara ketiga saya tidak kesempatan, tidak ada masa.

Akan tetapi kalau Tuan Yang di-Pertua memikirkan saya dari jauh pedalaman, mungkin bagi saya 20 minit lagi boleh tidak? Boleh?

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Tidak boleh, masa itu emas.

final • 12:20 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Tidak boleh ya.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Saya kena adil kepada semua.

final • 12:20 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Jadi, maka setakat ini dahulu. Saya menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Kapit. Sebenarnya saya hendak bagi tetapi masa amat mencemburui. Tidak boleh lah. Minta maaf. Sekarang saya teruskan, Yang Berhormat Puncak Borneo. 10 minit.

final • 12:20 PM

Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Selamat pagi dan salam sejahtera, salam harapan baharu untuk semua Ahli Yang Berhormat dan semua rakyat Malaysia.

Semoga tuhan berkati anda semua. Semasa titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Majlis Parlimen Yang Keempat Belas, baginda menyeru kepada semua pihak khususnya sektor swasta agar berganding bahu dengan kerajaan untuk membangunkan ekonomi negara dan seterusnya membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih disegani di persada antarabangsa. Baginda juga akan terus berusaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat luar bandar, orang asal Sabah dan Sarawak serta masyarakat orang asli dengan mengambil pendekatan yang menyeluruh meliputi pembangunan ekonomi, modal insan dan infrastruktur.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Harapan kerana telah mendengar rintihan dan rayuan penduduk Parlimen Puncak Borneo untuk meneruskan Projek Klinik Siburan Jenis 3, Projek SK Taba Sait, Projek ILP Serian dan Projek Klinik Serian Jenis 3 di mana Projek Klinik Siburan Jenis 3, Projek SK Taba Sait telah pun di-tender, Projek ILP Serian pun telah bermula dan Projek Klinik Serian Jenis 3 akan dimulakan pada tahun 2020.

Kami anak Sarawak khasnya daripada Parlimen Puncak Borneo dan Parlimen Serian amat bersyukur dengan keprihatinan Kerajaan Pakatan Harapan. Namun dalam

final • 12:27 PM

Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo

kesyukuran ini, kami juga akur bahawa banyak lagi pembangunan yang perlu dilaksanakan secara berterusan dan mampan.

Selain daripada itu, saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan MCMC Sarawak kerana telah menyiapkan sembilan buah menara komunikasi di Kampung Temurang, Kampung Tringgus, Kampung Subang, Kampung Senah Rayang, Kampung Jambu, Kampung Sebemban, Kampung Munggu Kopi dan SK Tuba yang bakal beroperasi sepenuhnya pada penghujung tahun ini.

final • 12:27 PM

Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Saya juga merayu supaya Kementerian Komunikasi dan Multimedia terus mempercepatkan lapan lagi menara komunikasi yang telah dikenal pasti untuk dilaksanakan dengan kadar yang segera berlokasi di SK Puak Bau, BRS Kampung Danu, Kampung Gayu, Kampung Begu, Kampung Senah Rayang, Borneo Highlands Resort dan Kampung Abang.

Masyarakat Parlimen Puncak Borneo juga berharapan besar agar SMK Puncak Borneo yang dicadangkan tahun lepas dapat dirancang dalam pelan perancangan Kementerian Pelajaran Malaysia dan mendapat kelulusan segera. Saya juga mengucap syukur pada Kerajaan Pakatan Harapan kerana projek bekalan air luar bandar BALB kawasan Puncak Borneo Fasa 2 bahagian Kuching Sarawak dengan siling 129 juta telah diluluskan. Status kini adalah di dalam proses pelantikan perunding.

Selain daripada itu, sebanyak 263 unit lampu jalan kampung telah pun dipasang dengan pecahan 256 lampu dengan jenis high-pressure sodium vapor mana kala 35 unit lampu jenis light-emitting diode di seluruh kampung-kampung di Kawasan Puncak Borneo.

Untuk kawasan yang belum dipasang, saya telah menggesa JKK kampung untuk membuat permohonan dengan kadar yang segera ke pejabat Pusat Khidmat Puncak Borneo.

Syabas juga kepada Kerajaan Pakatan Harapan kerana tidak melaksanakan AES di Sarawak. Ingin saya maklumkan Yang Berhormat Bintulu telah mengelirukan Dewan dengan menuduh Kerajaan Pakatan Harapan telah melaksanakan AES di Sarawak. Itu tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

Tuan Yang di-Pertua, di kawasan Puncak Borneo kita masih dibelenggu dengan masalah ketiadaan perhubungan jalan desa ke Kampung Sungai Burung, Kampung Biya Jaber, Kampung Muk Ayun, Kampung Sting dan Kampung Nyegol. Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar dan Projek Bekalan Air Luar Bandar juga perlu disegerakan ke Kampung Sapit dan Kampung Kiding. Saya juga mencadangkan jajaran Jalan Puncak Borneo dari Kota Padawan ke Kampung Annah Rais di segerakan kerja-kerja pemasangan lampu jalan. Saya juga mohon mencadangkan agar jajaran Jalan Kuching Bau, sepanjang 20 kilometer dinaiktarafkan siap dengan lampu jalan dan disenaraikan di dalam Rancangan Malaysia Ke- 12. Saya juga merayu agar projek Jalan Padawan diluluskan dan dilaksanakan semula kerana dibatalkan pada zaman Barisan Nasional.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan Perlembagaan Perkara 1(2). Saya amat bersyukur kerana akhirnya pindaan Perlembagaan Perkara 1(2) bakal dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini. Perjuangan kita untuk mengangkat Sabah Sarawak sebagai rakan kongsi bakal termakbul. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, perjuangan kita untuk mengangkat Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi secara rasmi bermula pada tahun 2008 di mana kita telah menerbitkan buku jingga bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat ketika itu termasuk rakan daripada PAS.

Pada tahun 2012, kita juga telah mementeraikan deklarasi Kuching pada 16 September 2012 untuk menyatakan konsistensi kita dan komitmen kita untuk mengembalikan hak Sabah Sarawak sebagai rakan kongsi setara iaitu equal partners. Pada tahun 2018, sekali lagi kita menyatakan konsistensi dan komitmen kita dalam Buku Harapan untuk memperjuangkan hak Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi setara.

Menurut kajian saya pada kertas-kertas Hansard Dewan Rakyat pada penggal- penggal yang lalu, tidak ada mana-mana Ahli Dewan Rakyat daripada Barisan Nasional mahupun GPS yang memperjuangkan hak Sabah Sarawak di dalam Dewan yang mulia ini secara total sebelum pertukaran kerajaan pada 9 Mei 2018. Pakatan Harapan adalah pejuang sejati yang komited konsisten dan ikhlas untuk merealisasikan harapan anak-anak Sabah dan Sarawak.

[Tepuk] Pindaan ini bakal menjadi titik permulaan...

final • 12:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Minta laluan.

final • 12:30 PM

Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo

...Bagi mengembalikan hak autonomi Sabah Sarawak secara total. Dengan ini saya menyeru seluruh Ahli-ahli Dewan yang mulia ini memberi sokongan padu terhadap pindaan ini.

final • 12:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Minta laluan.

final • 12:30 PM

Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Saya juga ingin mencadangkan Sabah dan Sarawak harus diangkat sebagai negara Sabah dan negara Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

final • 12:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Minta laluan Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Saya tidak benarkan.

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Tuan Yang di-Pertua, masalah mutu kesihatan perkhidmatan kesihatan di Sarawak pada tahun 2002 Kam Agong yang berasal dari penempatan Lun bawang di Long Semadoh apabila syarat untuk melahirkan anak, dia terpaksa dihantar ke hospital Daerah Lawas dengan perjalanan selama lima jam dalam kenderaan pacuan empat roda untuk melahirkan bayinya. Namun Kam Agong meninggal dunia akibat komplikasi yang dialami kerana melahirkan anak dan kelemahan mutu perkhidmatan hospital negara kita ketika itu.

Hampir 17 tahun sudah berlalu, walaupun hospital baru telah dicadangkan untuk Lawas dalam Rancangan Malaysia Ketujuh. Akan tetapi walaupun kini, sudah Rancangan Malaysia Ke-11 masih tiada hospital di Lawas. Jangan biarkan peristiwa Kam Agong berulang. Oleh itu, saya menyambut baik hasrat Kerajaan Pakatan Harapan yang dinyatakan oleh Menteri Kerja Raya Yang Berhormat Tuan Baru Bian...

final • 12:30 PM

Dato’ Henry Sum Agong - Lawas

Lawas.

final • 12:30 PM

Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo

...Baru-baru ini bahawa Kerajaan Persekutuan akan membina hospital Lawas yang merupakan projek yang sakit di bawah pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini.

final • 12:30 PM

Dato’ Henry Sum Agong - Lawas

Lawas ini, bagi peluang.

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

Lawas sini.

[Ketawa]

final • 12:30 PM

Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Baru-baru ini terdapat pesakit di klinik Siburan iaitu mendiang Encik Laikim juga meninggal dunia akibat kelemahan mutu perkhidmatan ambulans kesihatan. Saya juga telah menyebut kelemahan khidmat ambulans pada sesi Parlimen yang lalu. Oleh itu KKM perlu mengambil langkah positif supaya perkara ini tidak berulang. Saya juga menyeru supaya KKM memperbanyakkan mesin-mesin dan juga pusat dialisis kerajaan demi untuk membantu para pesakit buah pinggang yang kian bertambah di kawasan Puncak Borneo. Pada masa yang sama, saya juga faham semua warga KKM khasnya di peringkat hospital dan klinik telah bekerja dengan sepenuh hati dan tenaga. Saya amat hargai pengorbanan mereka demi rakyat negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, masalah pengangguran di kalangan Bumiputera. Meskipun institusi pendidikan tinggi dianggap satu loncatan kepada belia untuk menjamin masa depan yang lebih baik. Satu laporan menunjukkan bahawa graduan Bumiputera menghadapi kesukaran untuk mendapat pekerjaan. Laporan Tinjauan Ekonomi Kementerian Kewangan 2019 yang meneliti kadar pengangguran dalam kalangan rakyat Malaysia dari tahap pendidikan yang berbeza berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia 2017.

Oleh itu, menyebut bahawa belia Bumiputera dengan pendidikan yang tinggi, merekodkan kadar pengangguran yang tinggi pada tahun 2017 iaitu 4.5 peratus. Oleh itu, kerajaan perlu mengkaji kenapa graduan Bumiputera ini kurang mendapat pekerjaan. Di mana silapnya?

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Sila menggulung Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Oleh itu, pihak kerajaan dan swasta hendaklah berganding bahu demi mencari jalan penyelesaian dan kemelut pengangguran ini.

Selain daripada itu, masalah warga asing juga berlaku di Sarawak, di mana baru- baru ini warga asing datang ke Sarawak dan mereka ini juga terlibat dengan gejala militan.

Saya menyeru kepada kerajaan negeri yang mempunyai autonomi imigresen untuk memperkuatkan kemasukan warga asing ini demi untuk kesejahteraan rakyat dan juga anak- anak Sarawak.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Ya.

final • 12:30 PM

Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Memandangkan masa amat cemburu dengan saya...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Bukan suntuk, masa sudah tamat.

final • 12:30 PM

Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo

...Banyak lagi perkara yang hendak saya lakukan. Tapi dengan ini saya memohon menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo atas kerjasama yang diberi.

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Rompin, selepas itu Yang Berhormat Kampar dan Yang Berhormat Kuala Terengganu. Sila.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatulallahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertamanya selaku rakyat negeri Pahang, saya bersama-sama dengan Ahli Parlimen yang lain mengucapkan junjung kasih, tahniah di atas pelantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang baru. Patik yakin Tuanku akan menjadi Raja yang berdaulat, mercu kepada segala keadilan dan akan disayangi rakyat.

final • 12:39 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Ini sesuai dengan tradisi falsafah dan budaya warisan kesultanan Pahang yang sejak zaman berzaman, di mana Raja dan rakyat berpisah tiada. Di antara inti pati penting dalam ucapan Ke Bawah Duli Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ialah kepada Ahli-ahli Parlimen iaitu mempertahankan ketinggian Perlembagaan Persekutuan. Saya percaya Tuanku Agong adalah sebahagian daripada Parlimen dan atas sifatnya sebagai pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan. Ahli-ahli Parlimen ingat bahawa Perlembagaan pernah digantung dalam satu peristiwa pahit yang tidak perlu saya sebut. Ini disebabkan oleh tidak ada perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

Tidak guna kita membangun, menjadikan negara ini membangun dengan hebat kalau tidak ada pembangunan. Tidak ada perpaduan dalam negara kita. Malangnya, selepas Pilihan Raya Keempat Belas, ternyata perpaduan di kalangan masyarakat di Malaysia ini semakin longgar. Semakin longgar. Orang bercakap sesuka hati, malah pemimpin tertinggi parti pun berani bercakap mengisytiharkan perang. Satu perkara connotation dengan izin, mengguris hati semua rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Soalnya, kenapa semua orang berani bercakap? Oleh kerana mereka merasai mereka dilindungi oleh, mereka dilindungi kerana fakta-fakta sebelum ini. Peguam Negara menunjukkan kuasa-kuasa melindungi pihak-pihak yang tertentu dalam...

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Minta penjelasan Yang Berhormat. Penjelasan.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Saya tidak membenarkan Yang Berhormat Jelutong kerana saya dapati mula-mula dia menjejak kaki ke Parlimen ini, dia adalah di antara orang yang menimbulkan Parlimen ini tidak harmoni.

final • 12:40 PM

Seorang Ahli

Ya, betul.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Dan saya...

final • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Minta laluan. Yang Berhormat Setiawangsa.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Dan saya dan, dan...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat Setiawangsa...

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Pengundi-pengundi orang India di kawasan saya berpesan kepada saya jangan layan Yang Berhormat Jelutong ini Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Pesanan kepada Yang Berhormat Setiawangsa macam mana?

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Kerana pesan rakyat pengundi saya, orang India...

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, siapa yang menyebabkan keadaan tidak harmoni? Siapa yang mencium keris semasa Perhimpunan Agung?

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Tengok…

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya hendak tanya.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat Jelutong, sekarang adalah giliran Yang Berhormat Rompin.

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jangan buat tuduhan Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat Rompin tidak bagi laluan.

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jangan buat tuduhan.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Yang Berhormat Rompin tidak bagi laluan itu.

final • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Tuan Yang di-Pertua, saya cuma...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat Rompin, sekarang Yang Berhormat Setiawangsa minta hendak bagi tidak?

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Tidak boleh. Saya...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Semua tidak mahu bagi ya.

final • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Tadi dia kata Yang Berhormat Jelutong tidak boleh, jadi ini Setiawangsa.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat Pontian, sila duduk Yang Berhormat Pontian.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Saya ingatkan Ahli-ahli Parlimen...

final • 12:40 PM

Seorang Ahli

Apa salah cium keris itu?

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat Pontian, sila duduk.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Saya ingatkan kepada Ahli-ahli Parlimen yang muda-muda, demokrasi kita terpimpin. Demokrasi kita terpimpin. Demokrasi disokong oleh pelbagai akta untuk menentukan keharmonian dalam negara kita ini dijamin. Kalau kita membenarkan satu demokrasi yang tidak terpimpin bercakap sesuka hati. Maka saya percaya akan berlaku Parlimen akan digantung sekali lagi. Kalau kerajaan hari ini Pakatan Harapan tidak mampu untuk mengawal suasana dan kelonggaran serta bibit-bibit keadaan perpaduan yang semakin parah dalam negara kita ini, jangan salahkan orang lain. Salahkan kita semua, Ahli-ahli Parlimen tidak menjaga kedaulatan Perlembagaan dan Perlembagaan akan digantung sekali lagi. Ini ingatan saya, selaku yang berumur kepada Ahli-ahli Parlimen yang muda-muda yang tidak mengkaji sejarah latar belakang sosial, bagaimana negara ini dibentuk dan kita adalah bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia.

Ya, saya tidak mahu menyebutkan saya benci dengan peristiwa itu. Saya benci dengan peristiwa itu. Akan tetapi gelagat Ahli-ahli Parlimen ketika ini terutama yang muda- muda sangat membimbangkan kita kerana peristiwa ini. UMNO berjiwa besar. Kita pulangkan balik, Tun Haji Abdul Razak pulangkan balik demokrasi walhal migran boleh kita lanjutkan sampai 10 tahun. Akan tetapi UMNO Barisan Nasional berjiwa besar. Kita pulangkan balik demokrasi kepada rakyat. UMNO dan Barisan Nasional berjiwa besar, kita kalah, kita menerima kekalahan. Akan tetapi perintahkan lah negara ini, kita terima kekalahan...

final • 12:40 PM

Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya

Yang Berhormat, boleh?

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Tetapi perintahkan lah negara ini dengan baik...

final • 12:40 PM

Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya

Boleh minta penjelasan?

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Dan majmuk. Itu yang kita mahu.

final • 12:40 PM

Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya

Bagi laluan.

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Boleh.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Ya, Ahli Parlimen wanita minta Yang Berhormat Rompin hendak bagi.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Beri masa. Beri masa. Saya hormati. Sila wanita.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Sila Yang Berhormat Petaling Jaya. Sila. Cepat ya, masa tinggal tiga minit sahaja.

final • 12:40 PM

Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya

Ada tanya soalan ya. Makna kalau kita hendak mempertahankan perpaduan, setuju kah di mana keganasan digunakan terhadap mahasiswa dan racist remark yang digunakan kepada mahasiswa adalah menjejaskan perpaduan?

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Itu saya katakan demokrasi terpimpin. Anak- anak tidak diajar jangan provokasi. Orang buat majlis jangan kacau.

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Adabnya tidak ada. Oleh kerana hendak sebut demokrasi ini tidak terpimpin...

final • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Minta laluan.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Adabnya tidak ada.

final • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Minta laluan.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Ya, Yang Berhormat Setiawangsa minta.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Beri saya masa lebih saya kerana...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Masa tidak ada lebih.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Saya hendak cakap...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Itu terpulang kepada Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Terpimpin. Terpimpin.

final • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Minta laluan. Saya hendak tanya kenapa tidak minta kebenaran Pengerusi Masjid?

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Ya? Apa dia cakap?

final • 12:40 PM

Beberapa Ahli

Tidak payah layan, tidak payah jawab.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Saya percaya kalau kita Ahli-ahli Parlimen membuat provokasi ucapan di Dewan ini berjuta rakyat mendengar. Yang Berhormat Pekan ada pengikut. Yang Berhormat Bagan Datuk ada pengikut. Terlampau. Sekali boleh cakap.

Hari-hari cakap Dewan yang sama. Mengguris hati rakyat seluruhnya.

final • 12:40 PM

Seorang Ahli

Kita cakap tidak boleh?

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Ini saya hendak pesan kepada Ahli Parlimen Jelutong ya. Mengguris hati. Faham.

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Memandangkan saya telah disebut. Boleh saya tanya soalan?

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Sila.

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Okey. Setuju dengan saya Yang Berhormat, yang menggugat demokrasi di negara ini adalah pemimpin-pemimpin UMNO yang pernah merempuh masuk dalam Parlimen, dalam Dewan Undangan Negeri untuk menyerang Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Saya cakap Yang Berhormat Jelutong bercakap dalam konteks yang berlainan.

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Setuju tidak? Yang menggugat demokrasi berparlimen.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Kesan-kesan dia cakap...

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang menyerang Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh adalah pemimpin-pemimpin UMNO.

final • 12:40 PM

Seorang Ahli

Duduklah!

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Dia bercakap dalam konteks yang berlainan.

Selalu. Inilah yang menjadi sebabnya. Patutnya dia dah digantung seminggu. Diberi kursus kepada Yang Berhormat Jelutong ini. Sepatutnya, sepatutnya...

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Boleh saya tanya soalan?

Nama saya disebut sekali lagi.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Masa tinggal 30 saat. Sila menggulung.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Semalam ada Kempen Sayangi Sawit.

Sebenarnya sawit tidak boleh dijual. Pekebun-pekebun kecil tidak boleh jual. Kilang tidak terima. Stok tinggi. Buruk buah kerana stok tinggi, kerajaan benarkan import CPO dari Indonesia. Menjaga company-company yang besar. Ini salah. Barter trade harus diperkenalkan semula. Banyak isu-isu ekonomi tidak ditangani dengan baik oleh kerajaan hari ini kerana tujuannya politik. Angka-angka ekonomi indication economy, indication salah.

Inflation satu percent. Bermakna menuju kepada deflation. Deflation maknanya kepada recession. Hutang negara RM1 trilion. Bank Negara cakap RM680 juta. Dirompak RM19 bilion, tetapi saya difahamkan RM5 bilion.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Semua indicator-indicator economics yang diberi oleh Pakatan Harapan ini menjurus kurang yakinnya pelabur-pelabur luar.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat Rompin, sila...

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Saya hendak menggulung sekali lagi bahawa...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Masa sudah tamat. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Rompin.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Tidak, just a moment. Interest harus diturunkan.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat Rompin, sekiranya setiap Ahli Yang Berhormat semua bersikap sedemikian...

final • 12:50 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Saya dikacau tadi.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Saya rasa Dewan ini boleh bersidang sampai larut malam dan ini tidak adil kepada Ahli-ahli Yang Berhormat rakan-rakan kita di sebelah sini atau sebelah sana. Terima kasih Yang Berhormat Rompin.

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kampar, sila.

final • 12:50 PM

Tuan Su Keong Siong - Kampar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua yang dihormati, salam sejahtera kepada semua. Saya berterima kasih atas peluang untuk turut bersama menjunjung kasih di atas titah ucapan Tuanku yang jelas menggariskan hala tuju yang akan kerajaan baharu ini lalui dengan mengambil kira aspirasi rakyat dan cabaran semasa supaya manfaat pertumbuhan ekonomi dirasai oleh segenap lapisan masyarakat.

Di dalam titah ucapan Tuanku, Tuanku telah menyarankan bahawa dalam mengejar kemajuan, integriti dan nilai-nilai murni hendaklah terus dititikberatkan dan gejala rasuah terus diperangi kerana rasuah membebankan rakyat dan meruntuhkan asas sesebuah negara. Dalam hal ini, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara mengenai pengurusan projek pembangunan semula sedia ada di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil yang telah dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini.

final • 12:50 PM

Tuan Su Keong Siong - Kampar

Tuan Yang di-Pertua, projek pembangunan semula Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil ini merangkumi dua fasa iaitu fasa pertama adalah projek pembangunan semula kemudahan sedia ada yang mana pada asalnya kos siling adalah sebanyak RM499,213,402 sahaja yang telah diperuntukkan untuk membina semula kemudahan sedia ada di sekitar kawasan kompleks dan bertujuan untuk mewujudkan sebuah bandar sukan yang turut menjadi hab belia dan sukan.

Dalam fasa kedua, ia adalah projek pembangunan kemudahan di persekitaran kompleks. Antaranya pembinaan hotel, hospital sukan, muzium sukan, kompleks membeli- belah dan juga pusat konvensyen yang akan menelan peruntukan kos siling sebanyak RM1,100,768,589 telah diperuntukkan untuk membina kompleks-kompleks baru yang telah dirancang seperti yang dinyatakan. Projek fasa kedua ini hanya akan dilaksanakan setelah kos projek fasa pertama dimuktamadkan dengan sepenuhnya.

Seperti mana yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara tersebut, projek ini dilaksanakan di bawah kaedah public finance partnership (PPP) secara land swap bagi memenuhi keperluan temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Projek fasa tersebut telah disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dan temasya Sukan Kuala Lumpur telah berjaya dianjurkan dan Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil telah memenangi beberapa anugerah antarabangsa. Antaranya winner of the Stadium of the Year by Worlds Stadium Congress 2018 Award di Netherland dan winner of Exterior Lighting Design Award 2018 di Bangkok.

Di dalam laporan yang telah dibentangkan tersebut, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara telah membuat rumusan dan syor yang memuaskan dan memberangsangkan untuk pelaksanaan projek fasa pertama ini. Akan tetapi ada satu isu yang saya rasa pihak Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara ini mungkin terlepas pandang ialah bagaimana kos projek fasa pertama yang pada asalnya hanya berjumlah RM499 juta melambung naik kepada RM1.03 bilion untuk projek fasa pertama ini iaitu satu lonjakan kenaikan sebanyak 73.72 peratus daripada kos siling projek asal fasa pertama tersebut.

Saya difahamkan projek fasa pertama ini langsung tidak melibatkan sebarang pembinaan bangunan ataupun struktur kompleks yang baharu kerana ia hanya melibatkan pembangunan semula kemudahan sedia ada iaitu kemudahan sedia ada seperti mana yang terkandung dalam perjanjian kontrak yang telah ditandatangani dan dimeterai.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya baca skop projek fasa pertama yang tertera iaitu refurbishing, renovating and upgrading of the National Stadium, Putra Stadium, Hockey Stadium and Aquatics Center together with the construction of common infrastructure including boulevard, parking, steps and new signage. Jadi adalah memang jelas kita dapat lihat bahawa projek fasa pertama yang sebahagian besarnya hanya melibatkan renovation dan refurbishment sahaja dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Kos projek ini telah menelan perbelanjaan lebih daripada RM1 bilion. Takkan kos untuk infrastruktur boulevard, parking, steps, new signage dan juga pembangunan semula kemudahan sedia ada perlu peruntukan sebanyak lebih daripada RM1 bilion tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara tersebut, ia dinyatakan bahawa terdapat 2,365 kecacatan kerja yang telah dilaporkan oleh Perbadanan Stadium Malaysia iaitu PSM. Akan tetapi jumlah kecacatan kerja sebenar yang dilaporkan oleh pihak JKR yang terkandung dalam tiga senarai adalah sebanyak 3,641 kecacatan kerja yang telah dilaporkan kepada pihak JSV iaitu kontraktor yang telah menjalankan projek tersebut. Tempoh tamat kecacatan kerja iaitu defect liability period adalah pada 21 Julai 2019. Masih terdapat banyak kecacatan yang masih belum diambil tindakan pembaikan oleh kontraktor.

Walaupun PSM yang telah dilantik oleh Kementerian Belia dan Sukan sebagai pengarah projek dan juga KSU Belia dan Sukan untuk melantik CEO PSM sebagai wakil KSU dalam project management committee, namun surat permintaan atau permohonan untuk membekalkan maklumat berkenaan kerja-kerja kontrak fasa satu telah ditolak oleh pihak MRCB yang merupakan pemilik JSV atas alasan Perlembagaan Persekutuan dan tidak membenarkan pemberian maklumat tersebut.

Kenapa pihak MRCB perlu berselindung dan tidak memberi maklumat yang dikehendaki oleh pihak pengarah projek dan juga merupakan wakil KSU dalam projek tersebut. Oleh yang demikian, saya menyeru bahawa pihak jawatankuasa PAC ataupun Kementerian Belia dan Sukan harus membuka semula penyiasatan ke atas projek fasa satu ini untuk menentukan sama ada perbelanjaan RM1 bilion tersebut adalah wajar dan berpatutan. Jika tidak, ia perlu saya rasa Kementerian Belia dan Sukan harus menjalankan

final • 12:50 PM

Tuan Su Keong Siong - Kampar

penyiasatan dan menuntut balik wang yang tidak wajar dibayar jika terdapat pembayaran yang tidak berpatutan.

Tuan Yang di-Pertua, Battle of Kampar. Di dalam kawasan Kampar terdapat satu kawasan yang amat bersejarah iaitu semasa Perang Dunia Kedua yang dikenali sebagai Kawasan Pertempuran Kampar ataupun lebih dikenali dengan Battle of Kampar. Tempat ini terletak di Green Ridge Kampar dan terdapat banyak usaha untuk mewartakan kawasan tersebut sebagai tapak warisan peringatan perang namun sehingga hari ini tapak tersebut masih belum diwartakan sebagai tapak warisan taman peringatan perang. Ia adalah amat penting untuk mewartakan tempat ini sebagai tapak warisan kerana ia adalah medan pertempuran yang hebat di atas bukit di mana sepasukan tentera British yang turut membabitkan tentera India, Sikh dan Gurkha menentang 4,000 tentera Jepun selama empat hari empat malam pada bulan Disember 1941.

Pertempuran tersebut menyaksikan kemenangan di pihak British dan juga menyaksikan 150 askar British terkorban demi mempertahankan kedudukan Tanah Melayu daripada serangan askar imperialis Jepun. Askar British telah menduduki kawasan Green Ridge yang merupakan benteng pertahanan yang paling kuat terhadap serangan askar Jepun dan berjaya memaksa askar Jepun berundur, mengakui kekalahan pertama yang pernah dialami oleh askar Jepun dalam Kempen Malaya sebelum askar Jepun mengatur semula serangan ‘MPV’ dan merampas kedudukan di belakang dan sisi batalion British.

Oleh yang demikian, saya berharap Jabatan Warisan Negara melalui Kementerian Pelancongan akan mengambil usaha untuk mewartakan tapak tersebut dengan mengguna pakai klausa-klausa yang terkandung dalam Akta Warisan Negara 2015 terutamanya Klausa 27 yang memberi kuasa kepada pesuruhjaya untuk mengambil langkah-langkah untuk mewartakan sesuatu tapak sebagai tapak warisan.

Isu yang terakhir adalah kempen pemilikan tanah (HOC) di mana rumah PR1MA ini sekarang diberi diskaun 30 peratus telah menyebabkan ramai pembeli sedia ada mengalami kesusahan kerana bimbang harga yang dibeli oleh mereka sekarang adalah 30 peratus lebih daripada harga pasaran sekarang. Jadi oleh yang demikian, kami harap bahawa pihak kementerian mengkaji semula pelaksanaan projek diskaun 30 peratus rumah PR1MA ini agar pembeli-pembeli sedia ada tidak terbeban oleh penurunan harga yang telah dibeli oleh mereka. Saya berharap kerajaan mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan bahawa pembeli-pembeli rumah PR1MA sedia ada tidak dibebankan akibat pelaksanaan polisi kerajaan, walaupun inisiatif dan pelaksanaan kempen ini adalah bertujuan untuk membantu bakal pembeli rumah PR1MA ini.

Dengan ini, saya menyokong titah Tuanku. Sekian, terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Ahli-ahli Yang Berhormat, jam Parlimen menunjukkan pukul 1 petang. Majlis Mesyuarat akan disambung semula pada 2.30 petang. Sekian.

final • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan mesyuarat]

final • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pembahas yang terakhir tadi adalah Yang Berhormat Kampar, betul? Yang Berhormat, memandangkan kita masih ada 35 orang yang belum berbahas, jadi untuk menepati waktu yang telah kita tetapkan, dengan dukacita saya terpaksa mengurangkan tempoh berbahas kepada tujuh minit. Kalau tidak, tidak selesai kita hari ini.

Jadi, berbahaslah dengan secara padat dan ringkas.

Dipersilakan sekarang Yang Berhormat Kuala Terengganu. Silakan.

final • 2:30 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan bagi menyampaikan ucapan

final • 2:33 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan yang mulia ini.

Saya mengambil kesempatan yang ringkas ini untuk, pertama sekali, mengucapkan Selamat Hari Polis ke-212 yang mana Kuala Terengganu sebagai sebuah kawasan yang mana telah mendapat pengiktirafan daripada Kajian Indeks Kebahagiaan Kebangsaan 2018 yang meletakkan Kuala Terengganu sebagai antara kawasan yang paling gembira di Malaysia, yang antara lain disumbangkan oleh peranan Polis Diraja Malaysia.

Penurunan takat indeks jenayah yang paling tinggi dicatatkan oleh negeri Terengganu sebanyak 19.32 peratus sudah tentulah oleh usaha gigih yang telah dilakukan oleh pihak Polis Diraja Malaysia yang mana mencatatkan penyelesaian kes bagi tahun 2018 antara yang terbaik di dalam negara iaitu sebanyak 66.2 peratus. Kerana itu, saya mengambil kesempatan untuk antara lain membangkitkan tentang beberapa isu berkait dengan kepolisan di negeri Terengganu khususnya di Kuala Terengganu.

Antara lain tentang keperluan balai polis yang berimej moden policing, keadaan balai polis yang telah lama uzur dan saiz yang tidak seiring perkembangan populasi penduduk masa kini. Dengan memfokuskan kepada tiga balai yang utama iaitu, pertama, Balai Polis Cabang Tiga di Kuala Terengganu, Balai Polis Manir berhampiran Kuala Terengganu juga dan Balai Polis Batu Rakit. Balai-balai tersebut tidak lagi sesuai di dalam keadaan sekarang dengan nisbah ratio penduduk yang bertambah ramai serta senario lonjakan ekonomi yang pesat membangun. Tugas polis masa kini adalah melaksanakan tugas dalam konteks community policing dan modern policing yang memerlukan infrastruktur balai moden seimbang dengan kemodenan kerajaan masa kini.

Selain daripada itu, berkait dengan permasalahan keperluan logistik di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuala Terengganu yang antara lain melibatkan motosikal dan kereta yang telah berusia lebih 15 tahun, selain daripada jumlah yang tidak mencukupi, juga dalam keadaan yang sangat uzur sehingga tidak mencapai tahap yang optimum untuk melaksanakan tugas-tugas kepolisan.

Kuala Terengganu pernah mengalami masalah rempit yang sangat serius.

Alhamdulillah, hasil kerjasama antara polis dan komuniti masyarakat melalui khususnya Persatuan Kepolisan, Komuniti Durian Burung di Kuala Terengganu, misalnya, masalah rempit ini dapat diselesaikan sehingga Kuala Terengganu diiktiraf sebagai zero rempit setelah dua tahun lebih berhadapan dengan masalah rempit.

Saya ingin juga membangkitkan tentang masalah berkait tentang klinik-klinik desa di Kuala Terengganu yang sebahagiannya khususnya di dalam kawasan bandar itu sendiri yang di dalam keadaan yang sangat tidak bersesuaian yang mana reka bentuk yang ada serta kemudahannya, pada pandangan kita, perlulah dinaiktarafkan yang mana ibu-ibu mengandung terpaksa menunggu dalam jumlah yang ramai dalam keadaan tidak berkerusi, terpaksa duduk bersila. Ibu mengandung. Bayangkan dalam keadaan perut yang sarat mengandung terpaksa duduk di atas lantai. Jadi ini berlaku di kawasan Bandar Raya Kuala Terengganu yang diiktiraf sebagai sebuah bandar raya.

Selain daripada itu, saya ingin membangkitkan juga berkait dengan masalah nelayan tempatan khususnya di Pulau Kambing dan juga di Jeti Perikanan Chendering yang antara lain juga di Setiu berlaku perkara yang sama. Umumnya, ketika musim tengkujuh, nelayan tidak dapat keluar ke laut. Walau bagaimanapun, setiap tahun, Kementerian Pertanian dan Perikanan, terutama sekali, mengeluarkan lesen sementara pukat tunda.

Lesen sementara pukat tunda khas untuk pukat tunda yang jenis untuk menangkap udang yang mana ketika musim tengkujuh, ombak ini akan menolak udang-udang ke persisiran pantai. Inilah menjadi punca pendapatan yang sangat penting kepada nelayan di Terengganu dan Kelantan dan saya dimaklumkan di Pahang yang mana ia menjadi rezeki tambahan kepada mereka.

Walau bagaimanapun, untuk kali pertamanya pada tahun ini setelah bertahun-tahun biasanya dikeluarkan lesen sementara pukat tunda ini, tahun ini tidak dikeluarkan lagi.

Dimaklumkan kerana masalah dari segi pukat tunda berkait dengan merosakkan bubu dan sebagainya. Perlu difahami bahawa pukat tunda untuk udang ini adalah pukat tunda yang berbeza. Sifat masalahnya adalah masalah yang berbeza. Saya minta supaya kementerian melihat keadaan ini.

Dalam masa yang sama, saya ingin menyebut berkait dengan masalah dadah yang melibatkan anak muda kita. Alhamdulillah, Kuala Terengganu walaupun semua pemimpinnya daripada Parti Islam Se-Malaysia baik empat ADUN mahupun seorang Ahli Parlimen― seorang Ahli Parlimen datang daripada Parti Islam Se-Malaysia walaupun

final • 2:33 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

ditohmah Taliban dan sebagainya― kita diiktiraf sebagai antara kawasan yang menurut Kajian Indeks Kebahagiaan Kebangsaan 2018 sebagai antara kawasan yang paling gembira di seluruh Malaysia.

Walau bagaimanapun, ini tidak menafikan bahawa walaupun kita di Terengganu mendapat pengiktirafan dari segi kebersihan, keceriaan dan sebagainya, tidak menafikan bahawa masalah yang dialami di tempat-tempat lain, misalnya isu dadah, adalah juga merupakan antara isu yang perlu ditangani dengan serius dan bijaksana.

Saya khuatir, akhir-akhir ini ada kekeliruan di kalangan rakyat bila adanya sebahagian daripada kepimpinan yang bercakap tentang mahu me-legalize penggunaan ganja. Jadi ini mengelirukan rakyat. Saya ada bercakap dengan polis dan sebagainya. Dia kata betul, mungkin ada property tertentu yang baik seperti mana juga ketum dan sebagainya.

Akan tetapi, perkara ini perlulah saya minta supaya diperhalusi, sebab adanya di kalangan pemimpin yang membuat kenyataan seolah-olah bagus industri ganja ini nanti, ada negeri tertentu boleh jadi pengeluar terbesar ganja di dunia.

final • 2:33 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Jadi ini pada saya adalah suatu yang sangat mengelirukan. Tuan Yang di-Pertua dan sahabat-sahabat Yang Berhormat sekalian. Saya ingin membangkitkan sedikit. Sudah masa?

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah ya.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Ya, tidak apa. Selain daripada itu saya ingin menyebut sedikit. Sedikit sahaja tentang Kerajaan Persekutuan telah menggunakan sejumlah RM1.5 bilion duit pendahuluan yang diberi Terengganu untuk sebahagian kos pembinaan lebuh raya pantai timur yang katanya mahu dibayar balik. Walau bagaimanapun, di dalam surat daripada MOF menyebut dari segi pembayaran balik dalam bentuk menyegerakan projek-projek tertentu yang mana antara lain yang telah dikatakan sebagai offset adalah Kerajaan Persekutuan melaksanakan pembinaan jalan berdekatan dengan Awana Kijal di Kemaman berjumlah RM200 juta.

Sekiranya duit itu adalah duit negeri Terengganu, diguna dahulu oleh Kerajaan Persekutuan dan mahu dibayar balik. Sudah tentulah dalam bentuk projek milik negeri. Kalau dalam bentuk melaksanakan projek Kerajaan Persekutuan, itu tidak dikatakan sebagai membayar memulangkan kembali. Jadi saya harap perkara ini dapat diperhatikan sebab jumlah sebanyak RM1.85 bilion duit Terengganu ialah jumlah yang sangat besar yang membabitkan kebajikan yang banyak boleh digunakan untuk kepentingan negeri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum.

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kuala Nerus yang hilang giliran pagi tadi. Dipersilakan sekarang.

final • 2:40 PM

Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahirobbil alamin washolatu wassalamu ala Rasulillah. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Ada beberapa perkara penting dalam ucapan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk kita sama-sama lihat pada hari ini. Pertamanya tentang Islam sebagai rujukan utama negara berdasarkan peruntukkan Perlembagaan, Islam Agama Persekutuan. Bila kita sebut Islam sebagai Agama Persekutuan bermaksud nilai Islam mesti dirujuk. Ini juga bermaksud bahawa hukum Islam mesti dirujuk. Kami Oleh kerana itu bila kita bincang tentang mati yang banyak di promosi oleh sebelah pihak sana perlu kita rujuk pada hukum Islam ada hukum mati yang ditetapkan oleh Islam kepada mereka yang membunuh. Hukumannya adalah bunuh balas. Maka saya mahu sebelum kita bincang perkara seumpama ini perlu kita rujuk kepada Islam. Rujuk kepada hukum-hakam yang disediakan oleh Allah SWT. Bila kita sebut tentang nilai Islam pula tidak mungkin kita boleh menerima satu hakikat menerima budaya songsang LGBT. Maka LGBT mesti dikecam.

Adapun memberikan hak kepada individu-individu atas nama rakyat. Dia seorang rakyat, seorang individu, itu adalah hak kemanusiaan yang mesti kita berikan. Akan tetapi bukan hak dalam bentuk kelompok. Bentuk kumpulan yang menamakan mereka sebagai LGBT. Saya sangat bimbang kerana ada kalangan pimpinan-pimpinan di negara kita ini yang seolah-olah menghalalkan dan juga menyukai budaya songsang seumpama ini. Begitu juga

final • 2:41 PM

Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

bila kita bincang tentang isu perkahwinan bawah umur. Ini isu perkahwinan, ada hukum- hakam agamanya yang mesti kita rujuk kepada kerajaan negeri kerana agama Islam berada di peruntukan kerajaan negeri. Ini kerana dibenarkan berkahwin bawah umur dengan syarat diluluskan oleh mahkamah. Ada kaedahnya.

Begitu juga bila kita bincang tentang isu khitan. Isu berkhatan wanita. Ada hukum- hakamnya maka tidak boleh kita sebagai sebuah negara yang rujukannya adalah Islam tiba- tiba tunduk dan juga mengikut kehendak para pejuang hak asasi yang mereka lupa untuk meletakkan hak Allah SWT di samping hak manusia. Mereka hanya perjuangkan hak manusia. Mereka tidak bincang hak Allah SWT. Bezanya Islam bincang hak manusia, bincang hak Allah SWT maka Malaysia sebagaimana acuannya Islam Agama Persekutuan mesti merujuk nilai Islam. Merujuk pada hukum Islam bila kita bincang apa sahaja isu berkaitan dengan negara.

Saya juga tertarik bila disebut tentang rahmatan lil alamin yang hari ini mirip tema kepada Kerajaan Persekutuan. Ini merujuk kepada firman Allah SWT tentang nabi, wama arsalnaka illa rahmatan lil alamin. Akan tetapi yang perlu kita ingat ialah rahmat yang dibawa oleh nabi kita Muhammad SAW tidak akan dirasai oleh umat manusia sekiranya dibiarkan manusia dengan sewenang-wenangnya mencerca, menghina nabi kita Muhammad SAW. Itu satu.

Kedua, makna rahmat ialah dipraktikkan segala hukum-hakam yang diberitahu oleh nabi kita Muhammad SAW, di kala itu baru lah terdengar rahmat itu untuk semua alam. Akan tetapi di kala hanya diambil sebagai hukum, ditinggal sebagai hukum yang jadi bukan rahmatan lil alamin tetapi “musibatan lil alamin”. Menjadi musibah kepada seluruh alam. Oleh kerana itulah saya bimbang kata-kata ini, istilah ini dijadikan seumpama disebutkan oleh para alim ulama...

[Berucap dalam bahasa Arab] Satu kalimah yang benar tetapi dengan tujuan yang sangat jahat benda yang sangat salah.

Baru-baru ini saya menonton satu drama TV Alhijrah, semalam. Kebetulan buka TV Alhijrah tengok satu filem drama. Dramanya sangat bagus, mempromosikan budaya khilaf, memahami kaedah khilaf di kalangan para alim ulama. Cuma saya bimbang pelakon yang melakonkan watak sebagai seorang ustazah dilihat bercakap menggunakan skrip yang saya rasa sangat longgar yang perlu ada rujukan. Saya hendak minta penjelasan daripada Menteri yang jaga hal ehwal ini, yang jaga TV Alhijrah untuk melihat kembali skrip drama ini dan saya minta untuk dirujuk skrip drama ini kepada Mufti Wilayah Persekutuan.

Oleh kerana ada dibincangkan tentang hukum perempuan hendak masuk masjid kerana hendak ambil gambar sempena majlis perkahwinan maka ustazah yang berlakon ini menyatakan bahawa di sana ada khilaf tentang perempuan masuk ke masjid. Jadi saya rasa ia sangat mengelirukan. Saya minta agar segala drama yang dibawa bukannya hanya TV Alhijrah bahkan juga di TV yang lain mesti jika melibatkan hukum Islam, melibatkan agama Allah SWT dirujuk terlebih dahulu pada mufti dan wujudkan satu jawatankuasa khas untuk melihat skrip yang seumpama ini.

Saya juga hendak merujuk kepada isu berkaitan dengan subsidi, subsidi tabung haji, subsidi haji. Saya sangat tertarik bilamana Yang Berhormat Menteri menyebut tentang subsidi ini bakal akan dikurangkan. Alasan yang diberikan dia kata kerana haji ini ada istita’ah.

Istilah Arab yang sedang cuba dipopularkan. Saya hendak menegur Menteri bahawa dalam bab haji bila kita bincang bukan hanya bincang tentang istita’ah, kemampuan. Dia dua benda.

Satu, kemampuan.

Satu lagi, keinginan. Bila Allah cerita tentang Nabi kita Ibrahim AS selepas membina kembali Kaabah. Dia berdoa kepada Allah SWT.

[Berucap dalam bahasa Arab] Jadikan hati manusia cenderung untuk ke Makkah Al-Mukarramah untuk menunaikan ibadah di sana.

Maka jiwa rakyat kita yang hendak ke Mekah mesti kita raikan. Oleh kerana itu kita menubuhkan Tabung Haji untuk mengumpul segala deposit awal orang-orang yang hendak pergi buat ibadah haji kita gunakan sebagai modal perniagaan dengan harapan mendapat untung dan dipulangkan kepada orang-orang yang hendak pergi ibadah haji dalam bentuk subsidi. Maka yang patut dibuat oleh kerajaan menerusi Tabung Haji ialah bukannya merancang banyak mana hendak beri subsidi berdasarkan duit yang ada.

Akan tetapi yang sepatutnya ialah merancang apa yang perlu kita usahakan untuk mendapatkan duit bagi menampung sebanyak mungkin keperluan subsidi. Maka cara fikir ini mesti kita betulkan kerana kita harap kembalikan hak kepada rakyat untuk mengerjakan ibadah haji kerana itulah hasrat di mana Tabung Haji diwujudkan di negara kita. Saya juga mengambil kesempatan pada kali ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Langkawi yang memperkukuhkan konsep federalisme. Memberikan hak kepada negeri

final • 2:41 PM

Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

terutamanya negeri Terengganu yang diberikan hak mendapat royalti seperti mana sebelumnya. Cuma saya agak terkilan bila ia dilambat-lambatkan oleh orang yang menjaganya.

Barangkali untuk urusan kewangan rujuk kepada Kementerian Kewangan, Yang Berhormat Bagan. Saya mendapat maklumat untuk bayaran royalti RM220 juta untuk Mac masih lagi belum dimasukkan ke akuan negeri. Kenapa dilambat-lambatkan? Ini hak rakyat.

Kita mengajak semua untuk kita bersikap adil, i'diluu. Berlaku adillah pada semua orang termasuk orang yang kita tidak suka. Ini hak rakyat. Maka saya minta agar Yang Berhormat Langkawi boleh menegur Yang Berhormat Bagan menyegerakan bayaran royalti yang jadi hak rakyat di dalam akaun kerajaan negeri. Saya ucapkan terima kasih atas masa yang diberikan. Akulu kauli haza wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 2:41 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Masjid Tanah. Silakan.

final • 2:41 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam tengah hari.

Jalan raya bersama Sugu, Dapat makan nasi ketupat, Sudah lama Masjid Tanah menunggu, Baru kali ini mendapat. Terima kasih kerana memberikan peluang untuk saya bahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya ada lima perkara. Tuan Yang di-Pertua, pagi ini saya menerima berita, melihat berita di mana di dalam Sinar Harian ada didedahkan tentang sindiket penjualan bayi dan ini adalah merupakan pendedahan yang bukan kali pertama.

Malah dalam tahun 2016 Al Jazeera telah pun menyebutkan bahawa terdapatnya wujud sindiket ini dan melabelkan Malaysia sebagai hab penjualan bayi di rantau ini.

final • 2:56 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Ini adalah satu label yang cukup memalukan dan apakah undang-undang pengangkatan, Akta Pemerdagangan Orang dan Akta Kanak-kanak di negara kita tidak cukup untuk mengatasi aktiviti jijik dalam menjual bayi ini. Siap ada yang meletakkan harga mengikut kecomelan. Kalau comel, harganya tinggi. Kalau kurang comel, mungkin harganya sedang-sedang dan pendedahan ini telah pun dibuat.

Maka hari ini sudah tiba masanya, agensi termasuk NGO, media massa, polis, JKM, JPN berganding bahu untuk mencari penyelesaian tentang hal ini sebab sindiket ini telah dihidu sebagai sindiket jenayah yang terancang dan mereka ini bijak untuk menggunakan undang-undang sedia ada dan loophole yang sedia ada untuk menutup jenayah mereka ini.

Malah saya diberitahu ada anggota polis, maaf. Hari ini Hari Polis tetapi ada anggota polis yang mendedahkan maklumat pemberi maklumat. Pemberi maklumat ini didedahkan identiti yang sepatutnya ditutup, diberikan kepada sindiket ini dan ini adalah satu perkara yang mengejutkan dan satu perkara yang memalukan.

Laporan juga terhadap EAIC telah dibuat, jadi apakah tindakan seterusnya?

Kerajaan kena lihat sama ada undang-undang yang terlibat ini daripada segi proses pengangkatan anak-anak ini dan bagaimana seorang individu yang dia pun sendiri tidak pasti dia lelaki atau wanita dan sebagainya boleh mengangkat dua orang bayi, seorang bayi perempuan dan seorang bayi lelaki, yang mana dia adalah seorang lelaki bujang, boleh ada seorang anak angkat perempuan. Ini bertentangan sekali dengan undang-undang yang sedia ada dan telah tersebar di media sosial. Belum lagi tentang satu personaliti jutawan, usahawan kosmetik yang mempunyai anak angkat yang dibayar beribu-ribu tetapi akhirnya telah diambil kembali oleh keluarganya yang mana telah pun tersebar di dalam media sosial.

Seterusnya, saya ingin menyebut tentang masalah ekosistem dan juga pencemaran sungai akibat kerja-kerja pengorekan dan pengambilan pasir di dalam Parlimen Masjid Tanah yang mana untuk makluman, kawasan sungai Parlimen Masjid Tanah terkenal sebagai kawasan pelancongan semula jadi. Ada udang, kelip-kelip, ada habitat buaya dan pelbagai spesies paya bakau. Hari ini terdapatnya ekosistem sungai yang terancam, tebing sungai runtuh, pokok nipah tumbang dan pendapatan nelayan terjejas.

final • 2:50 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Kalau dulu dapat udang galah satu kilo lebih kurang RM60, tolak duit minyak RM30, tolak kos umpan RM10, tinggallah RM20. Hari ni, untuk mereka mendapatkan 200 gram udang galah pun agak susah. Yang ini yang mana telah pun diakibatkan oleh aktiviti pengorekan dan pengumpulan pasir sejak terlalu dekat dengan jeti-jeti nelayan yang lebih kurang daripada satu kilometer yang mana kerja-kerja mencuci pasir dijalankan tanpa SOP dengan tepat dan air yang kotor termasuklah dengan minyak yang tumpah dan sampah- sampah daripada bahan buangan, kayu balak yang telah berada lama di dasar sungai yang tidak diuruskan dengan betul.

Saya mengharapkan agar pihak kementerian dapat melihat dan mengambil tindakan di atas aktiviti yang mencemarkan sungai kita, pantai kita dan menjejaskan kehidupan nelayan, kehidupan laut dan sebagainya dan begitu juga dengan kehidupan sungai. Sudah adapun laporan daripada nelayan dibuat kepada pihak polis dan juga laporan kepada pihak lain tetapi tidak ada tindakan.

Ketiga, masalah penyakit sosial di kalangan rakyat. Sebelum ini kita bercakap tentang soal sosial, soal dadah, soal seks bebas dan sebagainya tetapi hari ini saya nak menyebut tentang kaki nombor ekor. Di Parlimen saya juga tidak terlepas. Bayangkan di dalam Pekan Lubok China, pekan yang tak berapa besar, dekat dengan Parlimen Rembau, ada tiga kedai nombor ekor haram dan kedai-kedai ini berdekatan dengan balai polis. Tak jauh, 700 meter sahaja dan mereka beroperasi tanpa rasa bersalah. Mereka ini menutup perniagaan mereka dengan menjual top-up, menjual hardware dan sebagainya tetapi pada masa yang sama, mereka ini juga jual nombor ekor.

Ada satu kes, atok, orang tua, membeli nombor ekor sedangkan diletakkan cucunya di dalam raga motor. Cucu tengah tunggu dekat dalam raga, atuk pergi beli dalam, beli nombor ekor. Perkara ini amat memalukan dan amat membimbangkan kerana ianya menarik bukan hanya golongan muda tetapi juga melibatkan orang tua. Jadi saya harap pemantauan dibuat oleh pihak yang berkaitan.

Seterusnya perkara yang keempat, saya ingin menyentuh tentang GAM iaitu Geran Agropreneur Muda yang mana saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Pertanian kerana telah pun mengemukakan satu program yang baik dan telah membuatkan satu promosi yang cukup hebat, viral banyak. Ada fasa satu, dua, tiga dan empat. Akan tetapi saya difahamkan, walaupun promosinya cukup hebat dan telah menarik minat ramai anak muda untuk menyertai agropreneur muda ini tetapi dalam kawasan, bila dibagi lebih kurang puluhan yang mendaftar tetapi yang nak dipilih dalam Daerah Alor Gajah cuma dua. Macam mana perkara ini boleh berlaku?

Promosinya cukup hebat tetapi yang hendak dibantu cuma dua orang dan saya hendak tanya, bagaimanakah sesi pemilihan ini dibuat? Kalau bendanya cukup terhad, bagaimanakah pemilihan ini dapat dibantu dengan lebih meluas untuk anak-anak muda yang lain sekiranya kerajaan benar-benar berhasrat untuk mengangkat anak muda dalam sesi pertanian.

Akhirnya, saya ada 40 saat. Saya nak sentuh tentang Amanah Ikhtiar Malaysia.

Banyak wanita yang telah dapat diperkasakan dalam program keusahawanan. Contoh dalam Parlimen Masjid Tanah, lebih kurang 1,100 orang yang menyertai sebagai ahli AIM tetapi saya ingin bertanyakan, hanya 20 ke 30 percent sahaja yang daripada segi prospek peningkatan, daripada dia punya prestasi perniagaan itu. Yang lainnya bagaimana? Sebab itulah saya mengharapkan supaya pihak AIM ada silibus ataupun ada continuity, penerusan daripada segi bimbingan dan latihan untuk peserta-peserta AIM ini. Saya rasa itu sahaja yang dapat saya sentuh dalam tempoh tujuh minit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah, tepat pada waktunya. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Hulu Rajang.

final • 2:50 PM

Datuk Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Yang paling hulu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terharu dengan ucapan Baginda tempoh hari yang banyak menyentuh perihal mengenai kepentingan rakyat Sarawak dan Sabah. Kos sara hidup. Tuan Yang di- Pertua, kos sara hidup meningkat begitu mendadak selepas pemansuhan GST. Walaupun SST diperkenalkan, namun tiada sebarang penurunan harga, namun penjual mengambil kesempatan dengan menjual semua barangan keperluan harian dengan harga yang tinggi.

final • 2:56 PM

Datuk Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Tuan Yang di-Pertua, rakyat di pedalaman mengeluh semasa saya melawat di kawasan minggu yang lalu. Saya tidak pasti harga barangan di kota raya mahupun di bandar- bandar besar di negara kita. Namun di kawasan pedalaman, rakyat terpaksa membeli barangan keperluan harian mereka dengan harga lebih mahal. Ini kerana pihak penguatkuasaan yang sangat lemah saya ingat, daripada pihak penguat kuasa. Saya tidak boleh membiarkan perkara ini berlarutan kerana ia bakal menjadi satu penyakit kronik yang akan membunuh rakyat di kawasan saya iaitu kawasan pedalaman, Tuan Yang di-Pertua.

Masalah bekalan minyak di Kapit, Tuan Yang di-Pertua. Beberapa bulan yang lepas, berlakunya kekurangan bekalan minyak di Pekan Kapit. Perkara ini amat dikesali dan sepatutnya sudah tidak berlaku lagi. Mujurlah dan terima kasih kepada Timbalan Menteri KPDNHEP yang telah datang ke Kapit untuk melihat keadaan tersebut. Namun apakah penyelesaian yang diberikan oleh KPDNHEP, Tuan Yang di-Pertua? Apa yang rakyat mahu adalah penyelesaian kepada masalah kekurangan bekalan minyak itu dapat ditangani dengan segera, Tuan Yang di-Pertua.

Pertanian. Sejak akhir-akhir ini, kita dibelenggu dengan harga komoditi kelapa sawit yang jatuh mendadak di pasaran antarabangsa. Ini menyukarkan banyak petani memperoleh keuntungan daripada hasil tanaman mereka dan menyebabkan ramai yang terpaksa mencari sumber pendapatan lain bagi menyara kehidupan keluarga mereka, Tuan Yang di-Pertua.

Namun baru-baru ini, cadangan oleh Yang Berhormat Menteri Industri Utama yang mencadangkan agar petani menanam buluh sebagai sumber alternatif dan seolah-olahnya memberi gambaran bahawa tiada sebarang usaha daripada pihak kerajaan bagi membantu menangani masalah komoditi kelapa sawit, Tuan Yang di-Pertua.

Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, buluh satu tan berapa harganya Tuan Yang di-Pertua? Dan berapa lama diperlukan untuk mendapatkan hasil buluh dan pasarannya terdapat di mana? Hendak dihantar ke mana seperti kawasan saya di Hulu Rajang, Tuan Yang di-Pertua? Harap Yang Berhormat Menteri yang memberi saranan ini dapat memberi jawapan kepada semua petani di kawasan pedalaman, Tuan Yang di-Pertua.

Jaringan jalan di luar bandar iaitu di kawasan saya di Hulu Rajang. Jaringan jalan raya di kawasan pedalaman seperti Jalan Bakun sering kali mengalami gangguan di mana terdapat banyak jalan utama dihiasi dengan lubang-lubang besar kerana dilalui oleh lori balak, Tuan Yang di-Pertua. Justeru itu, saya mencadangkan agar pihak Kementerian Kerja Raya memberi perhatian yang cukup serius ke atas perkara ini khususnya melibatkan Jalan Empangan Bakun dan penaiktarafan harus disegerakan.

final • 2:56 PM

Datuk Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Saya harap Yang Berhormat Menteri Kerja Raya yang baharu dari negeri Sarawak memberikan perhatian yang lebih serius kepada perkara ini. Di sini saya ingin menyentuh kepada jalan yang saya pohon di kawasan saya Tuan Yang di-Pertua kerana kawasan saya, rumah panjang saya belum ada jalan lagi. Jadi saya mohon kepada Kementerian Kerja Raya supaya dapatlah senaraikan jalan Danga Mujung ke Rumah Tunku, Sungai Gat sepanjang 74 kilometer Tuan Yang di-Pertua.

Kemudahan internet luar bandar. Malaysia maju pada tahun 2020. Jadi, justeru saya ingin menyeru dan memohon pertimbangan agar pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia dapat menyediakan tambahan menara telekomunikasi di kawasan Parlimen Hulu Rajang dengan menggunakan tenaga solar tanpa bergantung lain kepada tenaga diesel, yang dilihat tidak relevan dalam memastikan bekalan elektrik untuk menara telekomunikasi ini sentiasa tidak mencukupi.

Daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya memerlukan menara telekomunikasi dengan kadar segera. Satu di Long Busang dan Long Jawit, Rumah Melintang di Sungai Gat, Balik Kapit, Punan Samar Punan Biau di daerah Belaga, SK di Danga Kain, Balik Kapit, Rumah Nyamuk Nanga Serawu Sungai Gat dan juga Danga Melerai, Batang Balih, SK Lubok Mawang Sungai Majau, Kapit dan Klinik Danga Melinau, Sungai Mujung, Kapit.

Saya juga menyeru kepada kerajaan iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia agar Kerajaan Pakatan Harapan meneliti semua keperluan di Hospital Kapit, di mana saiz kapasiti perlu diperbesarkan dengan melibatkan penambahan doktor pakar dan menambahkan jumlah mesin dialisis di Hospital Kapit, Belaga, Sungai Asap dan Song mesti ditambah Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya juga klinik di Long Busang telah lulus dan bila dapat dibangunkan Tuan Yang di-Pertua?

Kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, saya sedih dan kecewa dengan kerajaan Pakatan Harapan tidak membariskan sebarang wakil masyarakat kaum, kaum Dayak diberi

final • 3:00 PM

Datuk Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

jawatan sebagai KSU, pengarah dan dalam perkhidmatan tentera mahupun Ketua Polis Negeri Sarawak. Di mana kaum Dayak Tuan Yang di-Pertua?

Mengapa tidak jawatan Ketua Polis Negeri Sarawak ini diberi kepada kaum-kaum Dayak atau kaum orang Sarawak sendiri. Adakah kami tidak layak menjadi Ketua Polis Negeri Sarawak, Tuan Yang di-Pertua? Saya sebagai wakil rakyat dari gabungan Parti Rakyat Sarawak, ingin menyatakan sokongan penuh pada kerajaan dalam sebarang inisiatif dan usaha untuk memberi manfaat kepada rakyat Sarawak. Kami akan sentiasa akan menjadi mata dan telinga dan juga dalam menegur sebarang kesalahan yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Semoga perjalanan ini menjadi permulaan terbaru untuk rakyat negeri Sarawak.

Izinkan saya mengakhiri dengan serangkap pantun Tuan Yang di-Pertua.

“Angkut-angkut terbang di langit, Sampai di langit dimakan merbah”, “Biar tertungkup bumi di langit, Setia saya bersama GPS tidak akan berubah.” Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Tepuk]

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 3:00 PM

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab masa yang diberikan terlalau singkat, saya hanya akan membahas satu isu saja iaitu isu ekonomi negara. Tahniah diucapkan kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri kerana berjaya memperoleh pelaburan sejumlah RM201.7 bilion pada tahun 2018. Selain itu FDI juga dijangka akan terus meningkat dengan kembali keyakinan para pelabur asing. Akan tetapi perkembangan positif ini tidak dapat membantu mengurangkan kebimbangan komuniti peniaga dan masyarakat umum terhadap ekonomi yang suram ini untuk tempoh masa 12 bulan yang akan datang.

Kita boleh memahami sentimen seperti ini kerana projek-projek pelaburan memerlukan masa kira-kira satu tahun atau lebih bagi melengkapkan proses perancangan sebelum memulakan pembinaan kilang dan pengambilan pekerja. Manakala penurunan harga minyak sawit terus berlaku setiap hari. Eksport minyak sawit merosot manakala stok minyak sawit meningkat pada 3 million tan pada bulan lepas. Penurunan harga minyak sawit telah memaksa para pengeluar untuk mengurangkan jumlah pengeluaran. Situasi ini amat menghimpit pekebun sawit kecil kerana dengan harga yang rendah itu mereka tidak dapat menampung kos operasi mereka dan terdapat juga kes-kes di mana pengilang tidak mahu membeli hasil sawit mereka sebab tidak ada pasaran.

Oleh itu, saya menggesa kerajaan untuk segera menubuhkan satu dana khas untuk membeli stok yang berlebihan atau membeli secara terus daripada beberapa peratus pengeluaran daripada pekebun kecil pada harga subsidi bagi menstabilkan pasaran dan membantu mereka untuk meneruskan operasi dengan kos bebanan yang minimum. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada membeli stok-stok sawit berlebihan, sektor pelancongan juga boleh memberikan immediate effect kepada ekonomi negara. Sebarang perbelanjaan oleh para pelancong merupakan wang tunai diterima secara terus oleh pengurus hotel, pemilik restoran, penjaja makanan dan souvenir. Ini merupakan cara yang paling cepat untuk menyalurkan wang ke pasaran.

Tatkala komoditi tidak berjalan dengan rancak, usaha perlu digandakan bagi menambah bilangan pelancong ke negara kita. Saya turut dimaklumkan bahawa Malaysia is the only country in this region that had negative arrivals last year. Oleh yang demikian, saya menggesa pihak Jabatan Imigresen mempercepatkan proses visa pelancong kerana setiap kelewatan yang berlaku membawa kerugian kepada industri pelancongan kita. Selain itu, pihak Kementerian Pelancongan juga perlu meningkatkan promosi bagi menarik para pelancong untuk berkunjung ke Malaysia. Kita perlu juga menyemak semula cukai lapangan terbang dan mengurangkan bayaran visa pelancong.

Tuan Yang di-Pertua, untuk strategi ekonomi jangka panjang, saya menyokong sepenuhnya dasar-dasar yang membantu meningkatkan usahawan Melayu. Namun demikian, dasar-dasar ini perlulah diperbaharui. Kita perlu satu model ekonomi yang baru.

Dasar lama meletakkan AP kepada orang tengah yang tidak beroperasi telah terbukti tidak

final • 3:03 PM

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju

berkesan. Matlamat untuk membentuk usahawan Melayu pada mulanya telah bertukar kepada membentuk sekumpulan penjual AP yang tidak produktif.

Penolakan AP kepada pengilang, pengimport dan pengedar yang tulen akan memaksa mereka untuk menyewa AP daripada syarikat lain yang mana akan menambah kos pengeluaran dan menyebabkan harga barangan lebih tinggi. Ini adalah salah satu isu yang diperjuangkan sebelum kita mengambil alih kerajaan. Saya berasa amat kecewa kerana terdapat pengedar dan pengimport gula dan tepung yang masih tidak boleh mendapatkan AP dan terpaksa meneruskan dagangan menggunakan AP syarikat lain.

Saya sekali lagi menggesa pihak kerajaan untuk meletakkan kembali perniagaan ke landasan yang betul. Put businesses back to the right track dan mengukuhkan syarat bumiputera sahaja dalam meluluskan AP. Tuan Yang di-Pertua, sepanjang 30 tahun yang lalu, kita telah berjaya mewujudkan satu kumpulan besar Melayu profesional, doktor, jurutera dan akauntan yang cemerlang dalam bidang masing-masing. Bukan saja di Malaysia, malah di luar negara. Akan tetapi persoalannya mengapa kita masih gagal mewujudkan sekumpulan usahawan Melayu. Di manakah segala sumber dan keistimewaan yang diberikan kepada mereka saban tahun.

final • 3:03 PM

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju

Seorang pengusaha wanita yang menjual keropok lekor dengan jayanya di Terengganu sehingga beliau mampu membeli sebuah banglo dan sebuah kereta Mercedes memberitahu saya bahawa kejayaan perniagaannya merupakan hasil titih peluh dan usaha gigih beliau sendiri tanpa sebarang bantuan kewangan daripada kerajaan. Dalam satu kes yang lain, seorang pengusaha perabot dari Negeri Sembilan memaklumkan bahawa perusahaan yang beliau jalankan tidak pernah sama sekali bergantung kepada kontrak bantuan kerajaan dan produk perusahaan beliau juga 100 peratus berjaya dieksport ke negara Jerman.

Mereka yang lantang mempertahankan keistimewaan Bumiputera di dalam bantuan kerajaan dan monopoli perniagaan adalah mereka yang bertahan di dalam urusan perniagaan berbentuk ‘ali baba’. Perniagaan ‘ali baba’ ini telah melahirkan banyak jutawan Melayu dan bukan Melayu sejak 30 tahun yang lalu. Namun...

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat, masa sudah...

final • 3:10 PM

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju

Ya, sikit lagi.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Masa sudah tamat.

final • 3:10 PM

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju

Namun, bagi SME tulen sama ada mereka dari bangsa Melayu ataupun bukan Melayu, mereka dibiarkan terkapai-kapai sendirian. Ramai daripada masyarakat Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan pula masih terperangkap dalam kemiskinan. Tuan Yang di-Pertua, rakyat mengharapkan perubahan kerajaan baharu telah diberikan mandat untuk memerintah kerajaan ini dengan haluan yang baharu. Majlis Tindakan Ekonomi Negara seharusnya tidak mengehadkan kerja mereka untuk menyelesaikan masalah harian dan secara piece meal. MTEN harus berusaha untuk mewujudkan model ekonomi baharu bagi memberi anjakan kepada pembangunan negara.

Saya mencadangkan supaya Yang Berhormat Port Dickson yang telah memimpin Gerakan Reformasi sejak 20 tahun yang lalu diberi peluang dan ruang untuk mengetuai MTEN supaya unsur-unsur reformasi dapat dilihat dengan jelas di dalam strategi pembangunan negara.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju

Sekian.

[Tepuk]

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Jempol.

final • 3:10 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Bismilaahir Rahmaanir Rahiim, Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan Jempol mengambil bahagian bagi membahaskan Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Secara keseluruhan, Titah Baginda menyentuh pelbagai aspek berkaitan kehidupan rakyat. Hal ini membuktikan Baginda sangat dekat dengan rakyat dan berjiwa rakyat. Masalah yang saya ingin bangkitkan adalah berkaitan dengan kawasan di Jempol. Pertamanya, saya ingin menarik perhatian

final • 3:13 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Kementerian Kewangan agar pembinaan Masjid Kariah Taman Desa Puteri, Taman Mahau, Taman IOI telah diluluskan pada tahun 2016 yang lalu. Namun begitu, peruntukan ini telah ditarik balik. Jadi, keadaan ini menjadikan rakyat di kawasan di Parlimen Jempol khususnya, merasa marah dan sebagainya kerana kehilangan sebuah masjid yang telah diluluskan. Jadi, saya pohon perkara ini dapat diteruskan pembinaan masjid kerana ia memberi peluang kepada 10,000 jemaah atau pun orang Islam dalam persekitaran tersebut.

Keduanya, saya juga ingin membangkitkan sebuah lagi peruntukan yang bajetnya telah pun diluluskan iaitu Dataran Batu Kikir untuk anak-anak muda bersantai dan sebagainya, berniaga, mempunyai food truck dan sebagainya, ia juga ditarik balik, pada tahun 2017 telah pun diluluskan. Jadi, saya harap perkara ini dapat diteruskan untuk peruntukan yang akan datang. Berkaitan dengan kos sara hidup rakyat, di mana sering kali saya sebut, Ketua Pembangkang juga sebut tentang kesengsaraan, kepayahan, penderitaan rakyat di kawasan pedalaman yang khususnya pekebun getah, pekebun sawit dan juga mereka yang mengusahakan kecil-kecilan kebun.

Apa yang saya ingin menarik perhatian, FELCRA Rompin B setelah 10 bulan tidak di bayar kos sara hidup yang berjumlah setiap bulan RM800. Di mana dengan RM800 ini dibayar kerana menanti enam tahun tempoh boleh ditoreh getah tersebut. Dalam keadaan ini memang kehidupan mereka cukup sengsara, hendak bagi makan pun susah. Ada sebahagiannya telah pun menjual kenderaan, menjual kereta dan ada sebahagiannya juga telah meminjam Ah Long. Jadi, keadaan ini saya harap Menteri yang bertanggungjawab datanglah melihat kesengsaraan rakyat ini. Jangan zalimi rakyat, menang sudah menang.

Jangan lagi cari isu kerana rompakan dan sebagainya dan akhirnya, rakyat tidak tahu yang semua ini. Rakyat hendak hari ini, bagaimana kehidupan mereka ini bahagia, sejahtera seperti Kerajaan Barisan Nasional dahulu. Begitu juga kaitan juga dengan FELDA.

final • 3:13 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Penjelasan sikit.

final • 3:13 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dalam lingkungan masa yang dihadkan.

final • 3:13 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Setengah ini, 30 saat.

final • 3:13 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Sikit-sikit boleh. Sikit.

final • 3:13 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

30 saat. Apakah ini menunjukkan bahawa Kerajaan PH telah gagal untuk menangani masalah rakyat? Itu saja.

final • 3:13 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Terima kasih. Jadi, kita tahu bahawa...

final • 3:13 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Arau pun dapat peruntukan.

final • 3:13 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

...rata-rata memang seluruh negara.

final • 3:13 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Shut up you.

final • 3:13 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Saya bersama dengan Yang Berhormat Lipis pun sama, sebut isu yang sama tentang bagaimana kesengsaraan rakyat. Semua pekebun getah, pekebun sawit hari ini susah. Jadi, tidak adakah mereka ini yang dapat menguruskan, diamanahkan oleh rakyat untuk bersama-sama kita membantu rakyat, jangan zalim rakyat.

Hari ini rakyat tunggu lima tahun yang akan datang. Lima tahun cukup sengsara hendak menanti, hendak tengok siang dan malam.

final • 3:13 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tidak sampai lima tahun.

final • 3:13 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Tidak sampai lima tahun, kata Yang Berhormat Jelebu. Jadi, harap perkara ini tidak akan berulang dan tuntas membuat tindakan yang segera. Begitu juga saya tertarik dengan ucapan yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Tun semalam. Katanya, ‘’Sayangi Sawit ku. Satu sudu, satu hari minum minyak sawit ‘’. Saya hendak bertanya, adakah minyak sawit ini bila minum, ia panjang umur, boleh hidup 100 tahun? Ataupun minyak sawit ini mempunyai seperti Viagra, kalau makan tahan lama? Jadi, ini mungkin tidak jelas. Jadi, kita berharap apakah benda ini minum satu sudu, yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Tun ini memberi khasiat yang cukup bagus? Jadi, saya Jempol ingin tahu sejauh mana khasiat yang disebutkan?

final • 3:13 PM

Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong

Yang Berhormat. Yang Berhormat, sikit saja lagi.

final • 3:13 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Jadi, saya tidak ada masa untuk layan orang- orang...

final • 3:13 PM

Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong

Satu second saja.

final • 3:13 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Alamak.

final • 3:13 PM

Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong

Tidak, tadi - Tuan Yang di-Pertua, susulan daripada mengenai perkara tersebut. Bila ada kempen-kempen seperti itu dinyatakan, terutamanya yang dikatakan satu hari satu sudu sawit.

final • 3:13 PM

Seorang Ahli

Bukan sawit.

final • 3:13 PM

Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong

Minyak sawit.

[Ketawa] Saya cuma nak tanya, Yang Berhormat setuju tidak dengan saya, sebelum kita buat apa-apa, kita jangan sembarangan dan perlu dibuat satu kajian mengenai perkara seperti ini? Setuju kah tidak?

Jadinya, tidak bolehlah pihak pembangkang dia hint pada Barisan Nasional dengan membuat pengumuman-pengumuman yang seperti ini. Jadinya, minta pandangan Yang Berhormat.

final • 3:13 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Terima kasih. Boleh masuk dalam saya punya ucapan supaya ia dikaji dahulu, tidak suka-suka cakap. Bila seronok hendak cakap tapi tidak tahu apa. Keduanya, saya hendak bertanya jugalah isu rakyat tadi, dulunya ada membaiki rumah, zink rosak bagi RM5,000, rakyat susah di kampung. Ini sekarang tidak ada. Zink rumah bocor tapi buat landasan kapal terbang boleh, buat macam-macam ia boleh. Akan tetapi fikirlah, kalau kita tengok rakyat di bawah ini susah, tidakkan lah tidak tersentuh hati.

Mereka ini yang berada di dalam kerajaan sekarang ini, dulu sibuk tidak cukup siang dan malam untuk merampas kerajaan penipu, pembohong katanya tetapi hari ini rakyat kena bohong, rakyat kena tipu. Bila rakyat kena tipu hari ini, mereka sedar bahawa gula-gula yang diumpan adalah gula-gula yang beracun yang terus memusnahkan rakyat yang berada di kampung kita. Rakyat kita sengsara sekarang ini. Jadi tuan-tuan, saya mungkin masa tidak cukup. Saya hendak tanya lagi soalan, kerjasama PAS dan UMNO ini disebut racist, disebut pemerintahan Taliban. Jadi, saya hendak Menteri jawab, apakah maksud racist? Apakah maksud Taliban?

final • 3:13 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Jawab Menteri.

final • 3:13 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Jadi, Menteri akan jawab bila menggulung nanti.

Jadi, yang terakhir, masa ini cukup pendeklah. Bagi satu lagi. Saya hendak baca satu puisi kesengsaraan yang orang Jempol. Peneroka FELCRA, FELDA suruh saya baca.

Mereka ini sedang tengok saya baca, untuk menang akan datang ini, mereka ini suruh bawa. Ini macam ini, jangan ingat janji-janji kosong.

*Kini kami mengerti, Janji tinggal kenangan, Harapan tinggal lamunan, Kini kami mengerti, Janji adalah ungkapan, Harapan adalah penderitaan.

Kini kami mengerti, Janji hanyalah omongan Harapan hanyalah penyeksaan, Kini kami mengerti, Janji itu umpan, Harapan itu sengsara.* Sekian, saya menyokong Titah Tuanku. Sekian, terima kasih.

final • 3:13 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tahniah Tuan Yang di-Pertua, sebab bagi masa lebih.

final • 3:13 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Jempol, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Klang.

final • 3:13 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, dalam beberapa bulan yang lalu, beberapa perkembangan ataupun beberapa trend telah muncul di Malaysia dan ini berkait dengan kualiti kehidupan yang merosot dan ketidaksamarataan atau inequality di kalangan rakyat Malaysia.

final • 3:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Pertama kita dapati kelaparan di kalangan mahasiswa dan mahasiswi di universiti tempatan. Kedua, kita dapati bahawa apa yang dipanggil stunted growth di kalangan kanak- kanak di bawah lima tahun dan kajian ini telah dibuat oleh UNICEF yang bertajuk Children Without. Ketiga, kajian Khazanah Research Institute menunjukkan bahawa isi rumah ataupun household pendapatan mereka kurang daripada RM2,000 bersusah payah.

Penjimatan sebelum kumpulan ini telah merosot ke RM70 pada tahun 2016 daripada RM124 pada tahun 2014. Ini tiga perkara merupakan perkembangan saya fikir harus diambil serius oleh pihak kerajaan.

Punca utama Tuan Yang di-Pertua kepada trend kemiskinan ialah ketidaksamarataan di kalangan rakyat Malaysia. Amalan sistem ekonomi trickle down yang diguna pakai di negara kita telah gagal untuk mencapai kesamarataan di antara orang kaya dan miskin. Malah trickle down ini ataupun trickle-down economics ini has access ´a better’ income inequality and credit systemic poverty in the country. Saya percaya Tuan Yang di-Pertua bahawa Kerajaan Pakatan Harapan harus melontarkan beberapa pandangan yang baru out of the box approaches for example menghentikan aliran kewangan haram (IFF), menambahkan perbelanjaan sosial, melindungi hak pekerja, memperbaharui sistem perlindungan sosial, mengagihkan semula kekayaan dalam cukai progresif, dan mengkaji semula garis kemiskinan.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada masa untuk membincangkan semua ini, tetapi saya hendak fokus illicit financial flows. Apakah itu illicit financial flows? Ini adalah pengaliran wang haram atau illicit financial flows merupakan wang yang diperoleh melalui kaedah- kaedah yang tidak sah dan tidak patuhi undang-undang negara dan seterusnya dipindahkan ataupun digunakan merentasi sempadan negara seperti 1MDB.

Menurut laporan tahun 2019 Global Financial Integrity pada tahun 2015, aliran kewangan haram Malaysia menerusi pengiraan misinvoicing— this is important Tuan Yang di-Pertua. Misinvoicing adalah USD33.7 bilion iaitu RM137.8 bilion. Ini merupakan yang keluar daripada negara Malaysia secara haram. Bajet pada tahun lalu ialah sebanyak RM314.5 bilion. So, ini menunjukkan bahawa illicit atau wang haram yang keluar dari Malaysia adalah lebih kurang 44 peratus daripada bajet Malaysia. So, saya percaya kalau kita dapat control wang yang dikeluarkan daripada— apa yang dipanggil illicit financial flows, maka kita boleh menggunakan wang itu untuk menambah peruntukan bajet kesihatan, memberi pendidikan pengajian tinggi secara percuma, merealisasikan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya, melaburkan infrastruktur awam, dan meninggikan gaji minimum dengan memberi subsidi kepada small and medium industries.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi cara untuk memberi menambah tinggikan kualiti hidup rakyat ialah untuk meninggikan gaji pekerja di Malaysia. Baru-baru ini Perdana Menteri telah membincangkan mengenai isu ini di dalam seminar yang dipanggil Invest Malaysia 2019 iaitu pada 19 Mac 2019 yang mana beliau mengatakan dengan izin, “We notice that the pay for the CEO has been increasing multiple folds, but workers’ wages had been slow to rise”. Ini Perdana Menteri “if not stagnant” kata Perdana Menteri. Beliau menyatakan, “This is not right. I urge all of you as stakeholder to change the mindset. Pay your workers better if you make more profits”. Akhir kata Tuan Yang di-Pertua, Perdana Menteri mengatakan, it’s concern over the growing income gap which he said if left unchecked, could create tension and hostility, and eventually lead to confrontation among Malaysian”. Pandangan Perdana Menteri adalah selaras dengan janji manifesto Pakatan Harapan iaitu meninggikan gaji pekerja untuk kurangkan jurang pendapatan di antara orang kaya dan miskin. Selaras dengan pandangan ini, saya cadangkan Kementerian Sumber Manusia dapat selaraskan undang-undang buruh negara seperti Employment Act, Industrial Relations Act, trade and ordinance setara dengan piawaian antarabangsa termasuklah dengan konvensyen-konvensyen International Labor Organization.

Saya juga minta Kementerian Sumber Manusia untuk kaji semula kemungkinan sistem PERKESO diluaskan supaya memberi perlindungan 24 jam dan tujuh hari kepada semua 3.4 juta orang pencarum. Oleh sebab kos perubatan semakin tinggi, 24/7 coverage akan membantu pekerja membayar bil-bil, ubat-ubat, rawatan dan sebagainya. Ini adalah satu amalan yang digunakan di New Zealand for example.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini British Broadcasting Corporation (BBC) news telah menerbitkan satu laporan bahawa Jenjarom yang terletak di daerah Kuala Langat telah menjadi tong sampah dunia dalam siaran mereka ‘The world’s rubbish bin’ kerana terdapat 17,000 tons sisa-sisa plastik haram diimport dari luar negara dan dibuangkan di pekan-pekan seperti Pelabuhan Klang, Pandamaran dan Jalan Meru. Pelabuhan Klang dan Pandamaran

final • 3:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

adalah di kawasan saya. Oleh yang demikian saya cadangkan supaya satu audit kesihatan ataupun health environmental audit dijalankan secepat yang mungkin di dua kawasan seperti di Pelabuhan Klang, Pandamaran dan juga di Teluk Gong. Audit kesihatan amat penting kerana penduduk berdekatan terpaksa hidup dengan bau busuk dan kes tertentu terdedah kepada asap-asap dari pembakaran sisa plastik yang merupakan carcinogenic iaitu cancerous. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa perhatian kepada masalah statelessness. Saya telah menerima aduan daripada ibu bapa kepada anak-anak yang stateless mengenai keadaan emosi mereka termasuk cuba untuk bunuh diri. Saya telah berjumpa dua ibu bapa pada dua minggu yang lalu yang menyatakan bahawa oleh sebab stateless mereka, mereka hendak bunuh diri. This is serious Tuan Yang di-Pertua dan saya harap kerajaan mengambil isu ini secara serius and therefore, we need to help but unfortunately Kementerian Dalam Negeri tidur.

Memandangkan isu ini terlalu serius, pejabat saya telah menyediakan perkhidmatan kaunseling keluarga-keluarga yang menghadapi masalah ini. Pejabat saya di Klang telah menubuhkan satu kumpulan sokongan kepada kanak-kanak tanpa warganegara iaitu support group for statelessness children. Oleh itu saya berharap pihak kerajaan mempercepatkan proses kelulusan kewarganegaraan kepada kanak-kanak tanpa warganegara dan warga emas yang berkelayakan. Saya minta agar kerajaan mereformasi undang-undang berkenaan dengan permohonan taraf kewarganegaraan dan memberi kelonggaran kepada kanak-kanak Malaysia yang dilahirkan sebelum ibu bapa mendaftar perkahwinan mereka.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, permohonan kewarganegaraan pasangan asing rakyat Malaysia juga harus diluluskan sekiranya mereka telah memenuhi syarat-syarat minimum yang telah dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Sekian, terima kasih.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Jerai.

final • 3:20 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan Titah Diraja. Saya mulakan ucapan ini dengan penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi atas pengumuman tujuh projek yang bernilai lebih RM3 bilion untuk rakyat Kedah.

Kami mengalu-alukannya, namun saya juga ingin mendapat penjelasan apakah status permohonan Kerajaan Negeri Kedah yang meminta agar Kerajaan Pusat menanggung sepenuhnya kos membina dan menaik taraf lima loji rawatan air di Kedah yang menelan belanja hampir RM1 bilion. Isu air di Kedah ini sudah lama berlarutan, maka projek membina dan menaik taraf Loji Rawatan Air Pelubang, Loji Rawatan Air Bukit Selambau, Loji Rawatan Air Sungai Limau, Loji Rawatan Air Lubuk Buntar Lama serta Loji Rawatan Air Jenun Baru sepatutnya tidak dilengahkan lagi. Apabila tiba musim kemarau sekarang, rakyat di Kedah begitu terkesan dengan masalah kekurangan bekalan air.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini pihak Sekretariat PAS Kedah menawarkan bantuan dan telah pun berjalan, tiba-tiba pihak Pakatan Harapan negeri Kedah menghentikan bantuan yang dibuat oleh Sekretariat PAS Negeri Kedah. Sekretariat wakil rakyat negeri Kedah.

final • 3:28 PM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Mohon...

final • 3:30 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Ya?

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Minta laluan.

final • 3:30 PM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Mohon mencelah?

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan.

final • 3:30 PM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Saya hendak respons ya sebab kita berjiran. Oleh sebab, bila you sudah sebut saya kena beritahulah cerita sebenar ya.

Menghantar air, kita ada SOP. You hantar semasa memohon itu atas kapasiti NGO, tetapi bila turun itu you menggunakan parti politik. So, SADA telah memberikan respons kepada

final • 3:30 PM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

saya itu yang sebenarnya, so, saya rasa tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Pakatan Harapan di Kedah. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Terima kasih tetapi yang penting kita merasai denyut nadi rakyat di Daerah Singkir ini, kita tidak kiralah dalam pihak mana yang bagi bantuan, sekurang-kurangnya penduduk merasa lega sedikitlah dengan bantuan mana-mana pihak pun insya-Allah. Jadi, seterusnya, isu tanah sawah milikan sekolah-sekolah di seluruh negeri Kedah. Mohon Pejabat Tanah dan Galian dapat serahkan kepada PIBG sekolah. Ada sekolah yang memohon melalui PIBG untuk mendapatkan dana sekolah melalui tanah sawah tersebut, tetapi ditolak oleh pihak tanah dan galian. Mohon disegerakan untuk diberikan peluang kepada pihak PIBG untuk mengusahakan tanah-tanah milikan sekolah.

Seterusnya, sesi lepas isu larangan ke sekolah Yang Berhormat Menteri telah uar- uarkan telah selesai setelah ada kebenaran bertulis daripada Yang Berhormat Menteri.

Namun, stigma ketakutan masih menghantui dan larangan untuk wakil rakyat pembangkang untuk masuk ke premis berkenaan masih lagi tidak dapat dilaksanakan. Seterusnya, isu ikat perut dalam kalangan warga kampus. Apakah langkah segera Yang Berhormat Menteri selesaikan isu ini? Bantuan pelajar untuk mahasiswa sebanyak RM100, itu pun untuk membeli buku.

Seterusnya, dalam Parlimen Jerai baru-baru ini, dua orang kanak-kanak telah dibunuh dengan kejam iaitu Nurul Hanim Idris dan Muhammad Hafiz Idris. Apa pun keputusan kes, namun, kita mohonlah kepada pihak yang berkuasa untuk menyiasat hingga ke lubang cacing penglibatan tokan-tokan dadah di Parlimen Jerai.

Seterusnya, LGBT dan suara-suara mempertikaikan kedudukan Islam perlu kepada tindakan drastik Kerajaan Pakatan Harapan. Untuk itu, seperti mana yang kita dengar baru- baru ini, perarakan LGBT dan sebagainya ada dalam di kalangan suara-suara yang menyokong LGBT menghentam Yang Berhormat Menteri yang mengeluarkan kenyataan tentang larangan mengadakan perkara berikut. Jadi, ini tidak boleh dibiarkan berlaku.

Harapan saya agar pihak Kerajaan Pakatan Harapan tegas untuk menyekat golongan- golongan ini.

Seterusnya, tulisan jawi programkan semua guru-guru, khatamkan pengkaedahan tulisan jawi kerana pengkaedahan tulisan jawi Dewan Bahasa dan Pustaka telah mewujudkan buku ataupun modul pengkaedahan tulisan jawi yang perlu dipelajari oleh semua guru-guru dalam Kementerian Pendidikan. Sekarang ini, kursus-kursus yang diadakan hanya berbentuk musim. Ini perlu ditegaskan oleh Kementerian Pendidikan Yang Berhormat Menteri supaya kursus-kursus guru untuk pengkaedahan penulisan jawi perlu dibuat secara drastik.

Tuan Yang di-Pertua, untuk masa yang akhir ini, suka saya sentuh sedikit tentang isu terbaru di UKM iaitu program anjuran mahasiswa yang menjemput Yang Berhormat Marang, Presiden PAS terpaksa diadakan di luar kampus kerana pihak pentadbir berdalih dengan 1001 alasan untuk memberikan kelulusan tempat. Sedangkan program dijadualkan malam ini bukan bicara politik, program yang bersifat akademik, ilmiah yang bertajuk, “Pembangunan Masyarakat Madani”. Persatuan Mahasiswa Islam, Ikatan Studi Islam UKM terpaksa menyewa dewan di luar kampus bagi meneruskan juga program yang sudah dirancang sejak November 2018 lagi.

Saya menuntut penjelasan Yang Berhormat Menteri berkenaan tentang isu ini agar- kerana kita tidak mahu adanya sikap double standard Kerajaan Pakatan Harapan dalam kebebasan bersuara mahasiswa. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Lubok Antu. Silakan.

final • 3:30 PM

Tuan Jugah a/k Muyang @ Tambat - Lubok Antu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk berucap pada Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada kali ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya akan menyentuh tentang beberapa perkara. Pertama, taraf hidup rakyat luar bandar. Menurut data rasmi terkini kajian Profesor Dr. Amiruddin Bamba dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Sarawak merupakan tiga daripada yang terkaya di Malaysia seperti yang ditunjukkan oleh keluaran negeri kasar dan pendapatan per kapita.

final • 3:35 PM

Tuan Jugah a/k Muyang @ Tambat - Lubok Antu

Pada tahun 2017, Sarawak menyumbang kepada 9.2 peratus KDNK Malaysia.

Pendapatan per kapita adalah sebanyak RM49,327. Pertumbuhan ekonomi negeri yang pesat sebanyak 4.2 peratus berbanding dengan negeri lain di Malaysia. Daripada sepuluh daerah miskin di Malaysia, tujuh daerah di Sarawak, Lubok Antu adalah salah satu daripada tujuh daerah yang termiskin di Sarawak dan sepuluh daerah termiskin di Malaysia. Dengan berfikiran positif, saya mengakui fakta tersebut adalah benar dan apa yang lebih menyedihkan majoriti penduduk di kawasan Lubok Antu adalah kaum Iban.

Dari segi kemudahan infrastruktur yang ternyata Lubok Antu jauh ketinggalan daripada daerah-daerah lain di Sarawak. Pembangunan infrastruktur harus diseimbangkan dengan pembangunan ekonomi rakyat di kawasan luar bandar. Pembangunan infrastruktur yang baik dapat menggalakkan peningkatan ekonomi. Jika pembangunan infrastruktur untuk rakyat tidak disediakan, ekonomi negara tidak akan berkembang. Tujuan untuk pembangunan infrastruktur ialah untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat.

Setiap aspek pembangunan kemajuan sepatutnya meliputi di kawasan luar bandar dan kawasan pedalaman supaya setiap masyarakat dapat menikmati kemajuan. Malaysia dalam era baharu pimpinan Pakatan Harapan harus melangkah ke hadapan untuk menyelesaikan masalah yang dialami oleh penduduk di luar bandar terutama di kawasan Parlimen Lubok Antu. Laksanakanlah penggunaan tanpa memberikan syarat kepada rakyat demi kemajuan kawasan luar bandar.

Kedua, saya menyentuh tentang jalan raya di kawasan Lubok Antu. Tuan Yang di- Pertua, pada masa sekarang penduduk di sepanjang Hulu Skrang mengalami kesukaran untuk masuk ke jalan utama disebabkan jalan yang sedia ada rosak teruk dan beberapa temporary crossing yang reput dan roboh. Keadaan jalan raya yang semakin rosak serta berbahaya kepada penggunaan terutama pada musim tengkujuh. Saya menggesa kerajaan agar mempercepatkan pelaksanaan Projek Jalan Hulu Skrang, Fasa Kedua. Projek ini telah diluluskan oleh KPLB dengan peruntukan sebanyak RM28.5 juta.

Saya juga menggesa kerajaan mempercepatkan projek naik taraf jalan balak di negeri Sarawak fasa empat di bahagian Sri Aman. Projek ini juga telah diluluskan oleh KPLB dengan peruntukan sebanyak RM12.42 juta. Di antara jalan lain yang perlu diutamakan cadangan, kemudahan jalan raya ke Aiman Batang Ai Resort, Lubok Antu menaik taraf tujuh kilometer jalan raya.

Cadangan menaik taraf Jalan Merindun, Bario, Engkilili bahagian Sri Aman perlu diutamakan. Selain itu juga, cadangan Jalan Sungai Basi, Trunk Road, naik taraf sepanjang 12 kilometer. Kerajaan perlu memberikan keutamaan dan naik taraf jalan-jalan tersebut untuk mengurangkan tekanan dan kebimbangan penduduk terhadap keadaan jalan raya teruk ketika berdepan dengan situasi kecemasan, sakit tenat dan ibu hendak bersalin.

final • 3:35 PM

Tuan Jugah a/k Muyang @ Tambat - Lubok Antu

Apa yang kita harapkan jalan tersebut dapat dinaiktarafkan dan disenggarakan secepat mungkin demi kebaikan penduduk dengan mempertimbangkan penyelesaian masalah dihadapi mereka dan pengguna lain.

Perkara ketiga, masalah bekalan air di kawasan Lubuk Antu. Isu bekalan air bersih di kawasan Parlimen Lubuk Antu berada pada tahap kritikal dan perlu diberi perhatian segera.

Kebanyakan kampung dan rumah panjang tidak ada bekalan sumber air bersih langsung.

Ada rumah panjang yang sudah ada paip tetapi masih tidak ada air. Rumah panjang yang terlibat adalah Sungai Keruh, Pais, Engkaras, Meriuk dan Sukong.

Kapasiti yang ada tidak dapat menampung penggunaan yang semakin meningkat bilangan penduduk. Oleh itu saya sangat-sangat berharap agar kerajaan membuat tindakan drastik menyelenggara dan menggantikan salur paip dengan yang baru kerana yang ada sekarang ini uzur dan tidak dapat menampung kapasiti penggunaan penduduk yang bertambah bilangan dan meningkat penggunaan setiap tahun. Justeru saya menggesa agar Kerajaan Persekutuan mempercepatkan Projek Bekalan Air Fasa 2 dan sambungan paip di rumah panjang di daerah Lubok Antu diberi perhatian segera terutamanya di kawasan Bukung Kecangkul Ensawang dan Hilir Engkilili.

Masalah keempat sekolah daif di Lubok Antu. Lubok Antu adalah antara yang mempunyai banyak sekolah daif dan usang. Wajar diberi perhatian segera oleh kerajaan untuk naik taraf. Keadaan kebanyakan sekolah rendah adalah amat menyedihkan dan sukar untuk digambar. Atap kelas bocor, dinding reput menunggu masa untuk runtuh. Sekolah- sekolah tersebut masih lagi menggunakan generator sebagai bekalan elektrik utama.

final • 3:40 PM

Tuan Jugah a/k Muyang @ Tambat - Lubok Antu

Antara yang memerlukan tindakan drastik dengan segera ialah SK Nanga Menyebat, SK Nanga Kesit, SK Nanga Menjuau, SK Nanga Tibu, SK Nanga Uyau, SK Basi dan Nentalau. Saya berasa amat sedih melihat keadaan sekolah yang sangat daif.

Walaupun di pinggir bandar keadaan sekolah ini sama seperti 40 tahun dahulu tanpa ada perubahan. Justeru Kementerian Pendidikan Malaysia perlu komited memastikan sekolah daif di kawasan Lubok Antu di selesaikan dengan secepat mungkin.

Walaupun keadaan dan kemudahan di Sekolah Engkilili jauh ketinggalan tetapi guru tetap semangat untuk mengajar dan pelajar juga menunjukkan semangat belajar tinggi, saya yakin jika kerajaan menyediakan prasarana yang lebih baik mereka, guru dan pelajar pasti dapat meningkatkan kualiti pelajar di sekolah ini.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini juga ada agensi yang kononnya dilantik oleh kerajaan negeri untuk mendaftar pengambilan pelajar terutamanya di luar bandar dan mendapatkan yuran pemprosesan. Saya mohon kementerian menyiasat perkara ini dengan segera untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku di luar bandar. Masalah dadah yang amat ketara di kalangan budak sekolah luar bandar yang melibatkan anggota keselamatan terlibat dalam gejala dadah, saya mohon Kementerian Dalam Negeri menempatkan anggota narkotik di kawasan Lubok Antu.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Masa sudah tamat, Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Jugah a/k Muyang @ Tambat - Lubok Antu

Saya menggulung, Tuan Yang di-Pertua. Saya mencadangkan untuk mengatasi masalah agar Kementerian Pendidikan mengambil semula guru-guru bahasa Iban yang sudah pun bersara untuk mengatasi kekurangan guru bahasa Iban buat sementara waktu dan tenaga sokongan kepada guru yang sedia ada untuk keperluan memenuhi 2,240 guru tenaga Iban yang diperlukan masa kini.

Untuk itu, saya mohon menyokong titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Lubok Antu. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kuala Kangsar.

final • 3:40 PM

Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya juga turut menyuarakan suara rakyat Bandar Diraja Kuala Kangsar pada membahas usul Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Daulat Tuanku! Saya memohon maaf kerana tidak mampu dalam ruang yang masa sedikit ini membenarkan pencelahan dari sahabat-sahabat Yang Berhormat yang saya pasti mempunyai pandangan yang sama ataupun berbeza. Maafkan saya.

Tuan Yang di-Pertua, institusi diraja yang termaktub dan dipelihara di dalam Perlembagaan Persekutuan dengan baik selama ini, selama kita merdeka harus betul-betul dihayati dan difahami dan dilindungi. Setiap kita di dalam Dewan ini harus ikhlas dan jujur mempertahankannya. Jangan dibenarkan apa-apa bentuk sama ada lisan ataupun perlakuan, bahan cetak dan gerakan, sama ada perlanggaran itu bersifat tempatan ataupun antarabangsa yang mencuit ataupun melanggar roh institusi ini.

Acap kali kita masih mendengar dan membaca perbuatan yang jelas menghina institusi diraja banyak laporan polis telah dibuat tetapi malangnya tidak peka sama ada sengaja ataupun tidak efisiennya Jabatan Peguam Negara ini. Rakyat Kuala Kangsar bertanya, apakah tindakan semasa. Cuba fikir kembali dan bayangkan peranan institusi diraja ketika peralihan kuasa berlaku. Begitu aman sekali pada malam 9 Mei 2018. Pakatan Harapan wajib menjunjung kasih dengan terwujudnya Institusi Raja-raja Melayu ini.

Mohon Yang Berhormat Menteri pertimbangkan hukuman setimpal yang berat terhadap pesalah-pesalah ini. Rakyat yang biadab dan tidak kenal susur galur dan tanda bersyukur harus dihukum seberat-beratnya. Tidak cukup setakat memohon maaf dan hukumannya saya anggap ringan bukan jalan penyelesaian.

Kedua, sebelum isu-isu lain saya terus ke hal-hal dan masalah-masalah di kawasan Parlimen saya. Pertama, isu pembinaan dewan Bukit Chandan yang saya telah suarakan beberapa kali dan surat-surat telah saya uruskan dengan Yang Berhormat Menteri.

Keperluan dewan ini amat diperlukan dan peruntukan pembangunannya sudah ada di peringkat ICU. Saya mohon jasa baik Yang Berhormat Menteri.

final • 3:44 PM

Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar

Kedua, permohonan rayuan baik pulih rumah kepada Yang Berhormat Menteri sebanyak 264 buah rumah kampung yang amat daif yang perlu dibaiki. Saya mencadangkan satu proses membaik pulih rumah secara gotong-royong dengan memberi perbelanjaan untuk membeli bahan mentah dan dibuat secara gotong-royong.

Ketiga, membina tiang elektrik berserta lampu jalan yang sekarang masih belum dibuat dan amat berbahaya di sebahagian besar jalan-jalan kampung di kawasan saya.

Keempat, masalah banjir yang melanda sesebuah kawasan, mohon Yang Berhormat Menteri lihat semula kawasan-kawasan banjir yang memerlukan tindakan segera.

Lokasinya adalah Taman Jasa dan Taman Jerun Jaya yang melibatkan 100 buah rumah yang dilanda banjir kesemuanya setiap kali hujan lebat. Mohon Yang Berhormat Menteri lihat kawasan ini untuk mencari jalan penyelesaian.

Tuan Yang di-Pertua, pada penggal yang lepas saya telah menyuarakan bahawa apa sahaja ratifikasi yang hendak dibuat harus mengambil kira perkara-perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan tetapi malangnya Yang Berhormat Menteri tidak mengendahkan permintaan kami di sebelah sini. Kami menyatakan kerisauan itu bukan atas dasar politik tetapi ianya demi melindungi rakyat yang mengharapkan pembelaan dan perlindungan dan mewujudkan kestabilan negara.

Saya merujuk kepada beberapa konvensyen-konvensyen perjanjian-perjanjian antarabangsa iaitu I-Cerd, ICCPR, ICESCR, ICRMW–– saya boleh bagi panjangnya tetapi mengambil masa. Apa sahaja usaha untuk meratifikasikan konvensyen-konvensyen dan perjanjian ini atau mana-mana konvensyen-konvensyen antarabangsa yang lama atau baru harus dirujuk dahulu kepada kami sebagai badan legislator di Parlimen supaya suara rakyat didengari dan diambil kira kalau apa sahaja komponen yang ada dalam konvensyen- konvensyen antarabangsa ini yang melanggari perkara-perkara yang tersedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Yang Berhormat Menteri, lebih baik dan bijaksana untuk mewajibkan tidak dipertimbangkan oleh kerajaan ini apalagi untuk dibawa ke Dewan yang mulia ini. Definisi hak asasi manusia adalah berbeza-beza, Yang Berhormat Menteri di setiap negara. Budaya hak asasi di situ, di negara lain tidak semestinya sama di negara ini. Contohnya berkenaan LGBT dan jenayah sodomi.

Saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri untuk betul-betul cermat sebelum menandatangani apa sahaja bentuk dokumen atau perjanjian atau konvensyen seperti yang telah berlaku kepada Statute Rome yang mempunyai implikasi yang amat besar kepada undang-undang syariah dan jenayah negara. Statute Rome ini satu instrumen luar negara yang mencampuri urusan undang-undang dalam negeri dan adalah wajib Yang Berhormat Menteri membawa apa-apa pertimbangan ke Majlis Raja-raja Melayu sebelum diputuskan.

Tuan Yang di-Pertua, Artikel 38 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Majlis Raja-raja Melayu berkenaan dasar hubungan luar negeri kerana hubungan luar negeri adalah termasuk dalam soal dasar negara. Artikel 39 Perlembagaan Persekutuan juga tidak mengasingkan kuasa berkenaan hubungan luar negeri di antara eksekutif Kerajaan Persekutuan dan Majlis Raja-raja Melayu. Mahkamah Syariah dan hukuman ke atas jenayah syariah adalah di bawah bidang kuasa Raja-raja Melayu di Malaysia seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

final • 3:44 PM

Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar

Tolonglah, Yang Berhormat Menteri. Sekali lagi saya memohon, Yang Berhormat Menteri. Yakinlah Kementerian Luar Negeri adalah benteng pertama yang menjulang kedaulatan negara di mata dunia. Saya mohon berdasarkan Artikel 38 Perlembagaan Persekutuan, sekiranya apa-apa pindaan undang-undang memberi kesan ke atas bidang kuasa Raja-raja Melayu dalam perihal agama seperti di atas, maka Majlis Raja-raja Melayu perlu dirujuk.

Kenyataan Menteri Luar Negeri bahawa hubungan luar negeri tidak termasuk dalam bidang kuasa Majlis Raja-raja Melayu adalah tidak benar. Saya mohon, Yang Berhormat Menteri, di atas sebab-sebab ini, kita wajib menarik diri dari Statute Rome ini di bawah peruntukan Artikel 127 *Statue Rome.

[Tepuk]* Terima kasih.

Akhir sekali, sebagai penutup, Tuan Yang di-Pertua― sebenarnya banyak lagi saya hendak cakap tetapi terlalu pendek masanya, Tuan Yang di-Pertua.

Insiden-insiden dan tragedi yang berlaku setelah PRU14 amat menggusarkan rakyat. Netizen dan rakyat yang dahulunya jelas membanjiri ruang media maya yang

final • 3:50 PM

Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar

menunjukkan sokongan kepada apa sahaja kenyataan yang berbentuk fitnah atau tidak yang disajikan oleh parti komponen Pakatan Harapan kini fenomenanya adalah sebaliknya. Rata- rata kemarahan dan ketidakpuasaan hati terhadap pentadbiran Pakatan Harapan mewarnai ruang media yang bertahun-tahun sebelum ini menjadi benteng dan senjata serangan bertubi-tubi terhadap Kerajaan BN.

Kita harus bertanya dan saya minta supaya suara rakyat yang keramat ini didengar dan janganlah kita pula sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat yang dipilih rakyat cuba menegakkan ‘benang yang basah’ dan menyuburkan lagi persekitaran yang membiak kebencian dan kemunafikan yang jelas kini dibenci dan ditolak rakyat.

Persoalannya kini, nyatakan di Dewan yang mulia ini secara jelas apakah yang sama dengan kes wira negara Muhammad Adib yang diserang ketika menjalankan tugas untuk negara ketika kini penyerangnya tidak didakwa. Di mana pendakwaan terhadap mereka yang bertanggungjawab yang menyebabkan tragedi Pasir Gudang? Laporan- laporan polis mengenai penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW membangkitkan kemarahan yang kian memuncak di kalangan umat Islam seluruh negara. Di manakah tindakan segera dan tindakan yang setimpal dan kajian forensik yang berpilih terhadap membuktikan kes narkotik berfail tinggi, SOP yang berbeza, bahan pembuktian dalam tempoh masa kajian yang berdasar kedudukan tertuduh?

Persoalan rakyat, kenapa usaha membetulkan keadaan dan membela yang hak mengambil masa begitu lama dan lembap oleh kerajaan ini? Bagi pihak rakyat Kuala Kangsar dan seluruh rakyat Malaysia, saya mohon supaya semua amalan berpilih ini diberhentikan serta-merta. Sekiranya ada di antara yang bertanggungjawab tidak mampu mengalas tugas yang berat ini, maka berilah tugas ini kepada yang mampu melaksanakannya supaya hak rakyat dan harapan rakyat tidak lagi dipandang remeh setelah berlalunya 10 bulan yang memeritkan. Anugerah telah diberikan oleh rakyat kepada Pakatan Harapan sebuah pentadbiran negara yang berdaulat.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin akhiri dengan satu pepatah orang kampung saya Kalau hendak cari tempat mandi, Yang pertama telok yang kedua pantai, Kalau hendak cari pemimpin, Yang pertama elok yang kedua pandai. Tuan Yang di-Pertua, Kuala Kangsar menyokong. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kangsar. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Sibu. Silakan.

final • 3:50 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan beberapa isu berkaitan bidang farmasi di Malaysia. Sehingga kini, Rang Undang-undang Farmasi telah digubal sepanjang 20 tahun yang lalu tetapi masih belum lagi dibentangkan di Parlimen. Jadi, beberapa perkara haruslah dipenuhi pada masa kini iaitu pengeluaran preskripsi oleh pengamal berdaftar adalah mandatori kerana itu adalah hak pesakit. Ia belum lagi dipenuhi. Selain itu, maklumat indikasi dalam preskripsi mestilah dimasukkan ke dalam preskripsi kecuali penyakit-penyakit tertentu yang amat peribadi seperti HIV dan lain-lain.

Tuan Yang di-Pertua, aktiviti compounding ubat hanyalah boleh dilakukan oleh ahli farmasi tetapi sehingga sekarang, ia belum lagi diamalkan oleh Kerajaan Malaysia. Jadi saya harap ini boleh dijadikan sebagai satu praktis yang perlulah diamalkan oleh kementerian.

Pembekalan produk psychotropic hendaklah dilakukan oleh ahli farmasi yang berdaftar sahaja, bukan jururawat atau sesiapa yang mengendalikan bahagian farmasi dalam klinik.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak membawa satu masalah iaitu pengasingan dispensari, dispensing separation, yang perlu diamalkan di Malaysia. Isu ini adalah isu yang amat penting. Dispensing separation sudah pun diamalkan di banyak negara di luar negara yang maju tetapi belum lagi diamalkan di Malaysia. Jadi ini haruslah dijadikan sebahagian

final • 3:53 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

prioriti oleh Kementerian Kesihatan agar memberikan peluang yang lebih banyak kepada ahli- ahli farmasi di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan bahawa ahli farmasi di Malaysia, setakat ini, mereka tidak akan menerima apa-apa fi untuk membekalkan nasihat kepada pesakit. Jadi saya mencadangkan supaya ahli-ahli farmasi juga boleh mengendalikan fi kepada pesakit yang menerima perkhidmatan seperti yang dibekalkan oleh ahli-ahli farmasi seperti kaunseling untuk berhenti merokok, kaunseling ubat dan menjalankan perkhidmatan home medication review. Juga untuk yang memberi nasihat untuk mengawal berat badan dan juga penghantaran ubat ke rumah. Semua perkhidmatan yang dibekalkan oleh farmasi ini belum lagi di bawah undang-undang, mereka boleh dikenakan fi kepada pesakit. Jadi saya harap kementerian boleh mengkaji semula adakah perkhidmatan yang dibekalkan oleh ahli-ahli farmasi ini boleh dikenakan fi.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang harga ubat yang selalu dibincangkan dalam Dewan yang mulia ini iaitu harga ubat di Malaysia adalah tinggi. Isu harga ubat yang tinggi dan tidak seragam sering dibincangkan dalam sidang Parlimen. Ada juga kajian yang melaporkan bahawa harga ubat di Malaysia adalah lebih tinggi berbandingkan dengan negara-negara jiran mahupun di Australia. Punca utama ia berlaku adalah kerana pihak kerajaan masih belum melaksanakan satu bentuk kawalan terhadap harga ubat demi kepentingan rakyat.

Pharmaceutical Society telah memberikan kerjasama kepada KKM secara konsisten dalam aspek ini. Jadi saya ingin menyentuh bahawa banyak masalah harga ubat di Malaysia adalah disebabkan oleh syarikat ubat yang menentukan harga ubat yang terlalu tinggi walaupun sesebahagian ubat itu yang ada patent right sudah expired tetapi mereka masih menentukan harga yang lebih tinggi terhadap ubat mereka. Hal ini kerajaan harus berbincang dengan syarikat-syarikat perubatan supaya ubat yang sudah expired, yang bukan patent right, haruslah dikurangkan harga supaya boleh memanfaatkan semua rakyat di Malaysia.

Satu lagi ialah banyak syarikat perubatan, mereka memberikan satu bonus scheme yang tidak konsisten kepada bidang yang berbeza. Contohnya, banyak syarikat perubatan memberikan bonus scheme yang lebih besar kepada klinik swasta atau private hospital tetapi mereka memberikan bonus scheme yang lebih kecil kepada farmasi-farmasi yang kecil. Jadi ini mengakibatkan harga-harga di dalam pasaran tidak konsisten. Klinik mungkin dia boleh menjual ubat dengan lebih murah tetapi di farmasi, dia mesti menjual ubat mereka dengan lebih mahal kerana kos barangan mereka adalah berbeza.

Jadi saya harap kerajaan boleh membuat sesuatu terhadap masalah ini kerana ubat bukan merupakan satu barang dagangan atau komoditi. Ia haruslah dijadikan satu bahan yang perlu oleh rakyat dan mesti meratakan harga supaya rakyat― biar dia dapat beli ubat di klinik atau di farmasi, dia boleh dapatkan harga yang konsisten, yang sama rata.

final • 3:53 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Jadi saya harap ini boleh dipertimbangkan oleh kementerian dan dengan masa yang singkat saya ingin juga menyentuh isu yang terakhir iaitu isu sufferance wharf. Isu sufferance wharves fees di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Borneo terdiri daripada tiga negara iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia. Sebenarnya Brunei adalah terletak di tengah-tengah Borneo.

Jadi perairan Sarawak kalau menghantar barangan dari Sibu ke Lawas, dia akan menyeberangi perairan Brunei. Jadi apabila menyeberangi perairan Brunei, ia dianggap sebagai bahan itu sudah eksport, import lagi dari Brunei.

Jadi apabila menghantar barang dari Sibu ke Lawas dia akan dikenakan satu fees iaitu sufferance wharf fees. Jadi ini adalah amat tinggi pada setakat ini, RM150 akan di caj bagi penghantar. Selepas itu penerima juga akan perlu membayar RM150 untuk membayar sufferance wharf fees ini. Jadi saya harap mungkin kementerian akan mengkaji semua supaya semua sufferance wharf yang dikenakan dalam Sarawak ini haruslah dihapuskan. Ini adalah lebih adil supaya barang yang dihantar dari Sibu ke Lawas tidak akan dikenakan caj yang sebegitu tinggi. Sekian, terima kasih.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya Yang Berhormat Baram, silakan.

final • 4:00 PM

Tuan Anyi Ngau - Baram

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ingin ucapkan terima kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana telah

final • 4:01 PM

Tuan Anyi Ngau - Baram

menitahkan supaya kesejahteraan rakyat luar bandar, orang asli, Sabah dan Sarawak serta Orang Asli di Semenanjung dipertingkatkan. Saya rasa bahawa apa yang telah dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ini adalah satu perkara yang sangat penting oleh sebab dia melibatkan orang asal.

Kalau di Sarawak Tuan Yang di-Pertua, kaum bumiputera yang ada di Sarawak bagi saya adalah kaum asal. Daripada kaum asal ini kita masuk dia, Melayu pun kaum asal, kaum Iban pun kaum asal, masyarakat Melanau pun macam itu, Bidayuh pun macam itu dan termasuk juga satu masyarakat yang kita kenali sebagai Orang Ulu. Masyarakat Orang Ulu ini terdiri daripada banyak etnik dan saya sendiri adalah masyarakat Orang Ulu yang beretnik Kenyah. Yang Berhormat Lawas adalah Lun Bawang, Yang Berhormat Selangau, kita punya Menteri ini pun Lun Bawang.

Selain daripada Kenyah, selain daripada Lun Bawang, lain-lain kaum yang tergolongkan dalam istilah Orang Ulu ini adalah Kayan, Kelabit, Penan, Bisaya, Berawan, Saban dan lain-lain lagi. Inilah kompleksiti yang ada dalam lingkungan Orang Ulu ini.

Anehnya, fortunately or unfortunately kaum Orang Ulu ini memang dia tidak ramai Tuan Yang di-Pertua. Dalam lingkungan seramai 250 ribu orang sahaja. Kebanyakan adalah kawasan di Hulu Rejang dan juga di Lawas dan juga di Baram dan juga di Limbang ini. Orang Ulu ini tergolong dalam empat kawasan Parlimen ini sahaja.

Boleh dikatakan Tuan Yang di-Pertua bahawa kaum Orang Ulu ini seperti juga kaum-kaum lain yang ada di negara kita ini adalah warga Sarawak Malaysia yang menetapkan di Sarawak dan kebetulan mereka ini menetap di kawasan pedalaman. Di kawasan yang gunung ganang dan inilah yang jauh daripada pusat bandar dan apabila dia jauh dari pusat bandar sudah semestinya masalah-masalah komunikasi, masalah sekolah daif, masalah sosial ekonomi taraf hidup, kos hidup dan sebagainya seperti yang telah dinyatakan oleh rakan-rakan yang lain. Inilah yang menjadi apa orang kata, trademark kehidupan orang di luar bandar termasuk Orang Ulu ini.

Orang Ulu kalau saya tidak silap, mengikut yang saya tahu melalui sejarah mereka juga terlibat – pemimpin-pemimpin Orang Ulu satu ketika dahulu terlibat bersama-sama dengan kaum-kaum yang lain yang ada di Sarawak dalam membentuk negara Malaysia yang kita cintai ini. Oleh sebab itu, kita rasa bahawa oleh sebab Orang Ulu ini memang di kawasan pedalaman yang susah hidup, masalah jalan itu memang sudah beberapa kali di sebut dalam Dewan ini. Akan tetapi, sampai 50 tahun pun masih lagi mahu sebut. Sampai bila kita hendak sebut? Sebut sampai dunia kiamat?

Jadi saya rasa penting untuk pihak kerajaan untuk mengambil berat berkenaan dengan kemudahan-kemudahan yang ada di kawasan luar bandar di Sarawak di mana bumiputera ini ada di kawasan-kawasan di Sarawak. Ini adalah oleh sebab dalam Perlembagaan di tetapkan juga supaya Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sekian banyak ataupun mesti mengambil berat berkenaan dengan tahap kemajuan yang ada di negeri Sarawak. Akan tetapi, memang ada diberi, terima kasih. Akan tetapi, yang diberi itu bukan oleh sebab kita minta sudah diberi betis, mahu minta paha. Ia tidak macam itu sebab dia berdasarkan kepada semangat MA63.

Berdasarkan semangat MA63, saya difahamkan dan saya yakin bahawa apabila pemimpin-pemimpin Sarawak bersetuju untuk menubuhkan Malaysia pada masa itu yang ada di lubuk pemikiran mereka ialah supaya Kerajaan Pusat yang ada di Semenanjung ini sama-sama untuk membantu menentukan supaya taraf hidup masyarakat orang asal yang ada di luar bandar dipertingkatkan supaya sama dengan apa yang kita nikmati di Tanah Melayu ini. Ini saya percaya, inilah pegangan GPS yang mengatakan Sarawak diutamakan, ‘Sarawak First’. “ Jadi saya merayu kepada Kerajaan Pusat supaya sentiasa ingat bahawa Sarawak dan Sabah yang kebetulan menjadi equal partners dalam pembentukan Malaysia satu ketika dahulu dimajukan, dibangunkan sejajar dengan apa yang telah dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tempoh hari. Dengan itu, sekian, terima kasih.

final • 4:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Yang Berhormat Baram.

Sekarang Yang Berhormat Merbok, silakan.

final • 4:01 PM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian

final • 4:09 PM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

untuk membahaskan usul menjunjung kasih Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Meskipun singkat saya cuba untuk tidak mengulangi perbahasan yang disebut oleh rakan-rakan sebelum ini. Di kesempatan ini juga ingin saya mengingatkan kepada semua yang berada di sini bahawa kita berada di sini kerana pilihan rakyat dan mewakili rakyat. Maka tidak perlulah kita saling mencerca, apatah lagi membuka keaiban kawan ataupun lawan meskipun ada kalanya hujah kita berbeza tetapi harus dibalas balik dengan hujah tetapi penuh dengan etika dan adab.

final • 4:09 PM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Bagi mereka yang telah lama dalam Dewan ini seharusnya memberikan tauladan yang baik, bukannya memperlekehkan mereka yang masih baharu kerana kita juga dulu pernah tidak ada pengalaman. Saya juga ingin mengulang pesanan Titah Diraja agar kita semua mengambil bahagian dalam perbahasan secara sihat dan matang.

Tuan Yang di-Pertua, kita telah memasuki penggal kedua tempoh lebih 10 bulan.

Perubahan pertukaran kerajaan ini wajar kita muhasabah secara jujur. Sejauh mana kesungguhan kita dalam menjana perubahan dalam isu-isu yang sangat terkait dengan rakyat atau kita lebih fokus untuk menjaga kedudukan masing-masing sehingga kita hilang fokus terhadap isu rakyat. Saya juga mengharapkan agar isu kepentingan dan keperluan rakyat itu menjadi tangga teratas dalam semua tindakan kita termasuklah sebarang penggubalan polisi- polisi baharu.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan sentiasa dalam usaha melakukan usaha-usaha reformasi dalam urus tadbir kerajaan daripada tidak baik kepada baik, daripada baik kepada lebih baik dan akhirnya haruslah yang terbaik. Saya jangkakan ia bukanlah suatu yang mudah kerana perubahan ini memerlukan anjakan yang besar serta keazaman politik (political will) dari kita semua yang diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk berada di dalam Dewan ini. Andai ada kebejatan kerajaan terdahulu, tidak perlu diungkit- ungkit lagi tetapi cukuplah sebagai iktibar besar buat kita semua dan jangan sesekali kita ulangi. Saya juga mengharapkan peranan para pembangkang sebagai semak dan imbang

(check and balance) harus dibuktikan dan haruslah bekerjasama dalam ruang lingkup fastabiqul khairat yang sering kita laung-laungkan, bukannya mencari kelemahan-kelemahan kecil lalu dibesar-besarkan dan akhirnya jauh daripada matlamat asal.

Tuan Yang di-Pertua, dalam sidang yang lepas, saya telah bangkitkan beberapa isu yang terkait dengan kawasan antaranya isu keperluan asas iaitu bekalan air terawat yang melebihi satu dekad. Isu pendidikan melibatkan kemudahan serta prasarana asas, klinik- klinik kesihatan dan juga isu pelancongan Lembah Bujang Kedah Tua. Jadi untuk yang kali ini, pada hari ini, mengambil sempena hari 25 Mac merupakan tarikh keramat sambutan ulang tahun memperingati Hari Polis yang disambut seluruh Malaysia kali yang ke-212, bertemakan “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada” terus dikekalkan bermakna ia melambangkan hubungan yang sangat signifikan antara polis dan masyarakat. Masyarakat memerlukan polis untuk menjaga kepentingan dan keselamatan mereka manakala polis pula memerlukan kepercayaan, sokongan dan kerjasama daripada masyarakat dalam sama-sama memelihara ketenteraman dan kedaulatan negara.

Tuan Yang di-Pertua, usia polis yang melebihi dua abad ini mungkin kita ada kalanya terlepas pandang akan kebajikan mereka dan keperluan mereka di lapangan dalam menjalankan tugas. Saya yakin keadaan ini turut berlaku di dalam Parlimen-parlimen lain juga. Saya akan memberikan contoh untuk menyokong hujah saya ini. Baru-baru ini berlaku tularnya berita berkenaan PDRM Kuala Muda yang dikatakan lewat hampir empat jam mengambil mayat di tempat berlakunya kejadian. Anggota polis telah dipersalahkan oleh masyarakat sehinggakan sedikit sebanyak ia tetap mencarik imej polis. Kenapakah ini berlaku?

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, daerah Kuala Muda meliputi kawasan yang sangat luas, 90 kilometer persegi dengan anggota sekitar 832 orang meskipun kekuatan penuh sebanyak 900 untuk menjaga hampir 600,000 penduduk. Cuba bayangkan land rover yang dahulunya dibekalkan ada 10 buah, kini tinggal tiga sahaja yang mana empat telah lupus dan tiga rosak. Land rover yang lupus pun tidak berganti sehingga sekarang. Itulah land rover untuk angkat mayat, itulah juga land rover untuk buat roadblock dan itulah juga land rover untuk bawa team LSF dan juga untuk urusan-urusan lain. Jadi bayangkanlah bagaimana mungkin tiga buah land rover ini boleh dikongsi oleh balai-balai sedia ada.

Saya juga sempat meninjau IPD Kuala Muda. Sangat mengejutkan bahawa bangunan kantin mereka juga hanyalah sebuah ruangan terbuka yang digunakan untuk tempat letak kenderaan polis. Bilangan kenderaan polis juga sangat terhad kerana banyak

final • 4:10 PM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

yang telah rosak, meskipun statusnya telah dilupuskan tetapi tiada gantian. Begitu juga dengan keadaan kuarters polis yang daif. Rata-ratanya keseluruhan bangunan di setiap tingkat tiga telah tidak diduduki kerana kerosakan bumbung yang serius.

Saya juga ingin menyentuh profesion anggota polis yang wajar dioptimumkan sumbernya. Contohnya baru kita perasan, yang menjaga sekuriti ataupun pondok-pondok kawalan balai, IPD dan IPK adalah anggota polis sendiri. Begitu juga termasuk dengan mekanik. Sewajarnya mereka yang kita latih untuk menjadi hero kepada masyarakat tetapi akhirnya peranan mereka amat berbeza ketika mereka bertugas menjadi polis. Ini yang saya jangkakan berlaku pembaziran tenaga tanpa kita sedari.

Satu lagi ingin saya sentuh adalah – masih banyak lagi sebenarnya keperluan anggota polis yang tidak mencukupi. Kemudahan berek, kenderaan rondaan, keperluan asas, urusan pentadbiran seperti bekalan kertas, komputer, printer dan sebenarnya perlu juga menaik taraf Police Reporting System (PRS) seperti membekalkan iPad pada setiap anggota polis untuk mengesan kenderaan hilang kerana kenderaan yang hilang merupakan jenayah indeks paling tinggi di Malaysia. Jadi cuba bayangkanlah ini keadaan yang sedia ada.

Saya ingin menyentuh di sini Suruhanjaya Diraja untuk meningkatkan operasi dan pengurusan PDRM menyarankan 125 cadangan untuk menambah baik PDRM merangkumi aspek kebajikan anggota, persekitaran kerja, gaji dan elaun dan lain-lain. Penubuhan IPCMC hanyalah salah satu daripada 124 cadangan yang lain. Namun orang ramai atau kita sendiri cenderung untuk mengutarakan cadangan tunggal ini kerana mungkin ada kaitan dengan tahap keyakinan mereka terhadap PDRM selama ini. Kita juga sedia maklum bahawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet 21 September yang lalu, kita bersetuju untuk penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis iaitu IPCMC.

Di sini ingin saya katakan adalah, tujuan IPCMC ini adalah untuk menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan iaitu EAIC dan menyiasat salah laku dalam kalangan anggota PDRM. Bezanya IPCMC ini kita berikan kuasa pendakwaan dengan merujuk kepada kelemahan EAIC. Beberapa soalan yang menjadi tanda tanya saya adalah kita telah mempunyai agensi sedia ada turut memantau salah laku polis seperti Suruhanjaya Pasukan Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Suruhanjaya Asasi Manusia, Biro Pengaduan Awam, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard dan Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan seperti HAKAM, SUARAM, MyWatch dan sebagainya bagi memainkan peranan dalam memastikan polis melaksanakan tugas mengikut landasan yang betul.

Maka dengan ini, saya mengharapkan sebarang penggubalan polis yang baharu terhadap pasukan penguat kuasa yang kedua terbesar di negara kita ini, mengambil banyak perkara dan lebih adil kepada mereka. Maka dengan ini, Merbok menyokong. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Sekarang Yang Berhormat Parit. Silakan.

final • 4:10 PM

Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya turut menjunjung kasih saranan Yang di-Pertuan Agong dalam usaha memperkukuhkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini. Negara Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum, perpaduan kaum di Malaysia telah terbina dan terbentuk semenjak kemerdekaan Malaysia lagi.

Selaras dengan kemajuan teknologi masa kini, terdapat juga individu yang sering kali memainkan isu perkauman di media sosial. Sekiranya perkara ini berlanjutan dan tidak ditangani dengan baik oleh kerajaan, sudah tentu ia akan mencetuskan permusuhan di antara kaum. Oleh itu saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah usaha yang telah dilakukan bagi mengukuhkan perpaduan di antara kaum di Malaysia? Sejauh manakah kerajaan telah berjaya membawa kefahaman rakyat terhadap prinsip rukun negara supaya ideologi kebangsaan negara dan perasaan rakyat pelbagai kaum dapat dipersatukan.

Kedua, tentang ekstremisme. Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan insiden serangan pengganas di atas dua buah masjid di New Zealand. Insiden ini memberikan satu pengajaran berguna kepada semua pihak supaya tidak memandang mudah berkenaan isu keselamatan di dalam negara. Selaras dengan kemajuan teknologi masa kini, puak ekstremisme ini juga turut menggunakan media sosial dan internet sebagai platform untuk mempengaruhi dan juga merekrut orang ramai. Saya melihat adalah menjadi suatu keperluan

final • 4:17 PM

Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit

penting untuk kerajaan mengukuhkan sistem pengawasan media sosial dan internet supaya dapat mengenal pasti pelaku yang menyalahgunakan platform ini bagi menggalakkan keganasan dan juga ekstremisme. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah langkah jangka masa panjang kementerian yang telah pun dirangka bagi menangani masalah ekstremisme ini? Sejauh mana kerjasama rentas sempadan antara Malaysia dan negara serantau dalam menangani isu ekstremisme ini?

Ketiga, mengenai kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi. Tuan Yang di- Pertua, Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan cukup jelas yang memperuntukkan bahawa Islam adalah agama bagi persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. Menerusi peruntukan Perlembagaan tersebut, secara jelas memperlihatkan bahawa Islam bukan sekadar menjadi agama untuk upacara keraian atau acara rasmi sahaja, bahkan Islam adalah agama negara yang hendaklah diambil berat keberadaannya dalam membentuk polisi pentadbiran dan hala tuju negara.

final • 4:17 PM

Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Saya melihat isu menghina agama di negara ini masih lagi berlaku dan seperti tiada kesudahan. Agama Islam yang menjadi anutan majoriti penduduk di Malaysia sering kali menerima provokasi serta penghinaan. Saya berharap agar kerajaan segera memainkan peranan yang penting bagi mengekang perbuatan menghina agama ini.

Hal ini kerana sekiranya kerajaan tidak mengambil peranan yang serius terhadap isu penghinaan agama ini, sudah pasti akan berlaku permusuhan di antara penganut agama tertentu. Saya ingin bertanya kepada kerajaan, berapakah jumlah individu yang telah pun ditangkap akibat daripada perbuatan menghina agama? Adakah undang-undang yang sedia ada tidak mampu dan tidak mencukupi bagi memberi kesedaran kepada individu mengenai kesalahan menghina agama? Apakah perancangan masa panjang kerajaan bagi memperkasakan lagi undang-undang menghina agama?

Keempat, isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW. Baru-baru ini saya mendapati terdapat beberapa individu yang tidak bertanggungjawab, yang sengaja mencetuskan provokasi dengan melakukan pelbagai bentuk penghinaan terhadap Islam termasuk melibatkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga baginda.

Saya berharap kepada kerajaan melakukan sesuatu dalam isu berkenaan supaya provokasi agama ini dapat dibendung sepenuhnya. Saya juga berpendapat sudah sampai masanya kerajaan memberikan komitmen penuh untuk menggubal beberapa peruntukan baharu membabitkan kesalahan kebencian agama.

Perkara ini sangat jelas perlu direalisasikan segera memandangkan masih terdapat individu-individu yang tidak bertanggungjawab yang sengaja menghina nabi dan agama Islam. Apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi membendung kegiatan menghina agama dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW?

Kelima, saya ingin menyentuh mengenai harga komoditi khususnya getah. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan supaya mendengar rintihan golongan penoreh getah sebagai mana yang telah disebut oleh ramai Ahli-ahli Yang Berhormat. Purata harga getah sekerap di Semenanjung Malaysia pada hari ini sekitar RM2.29 sekilogram. Harga ini dilihat masih rendah dan menyukarkan penoreh getah dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup semasa. Saya juga melihat golongan penoreh getah benar-benar terkesan akibat pembatalan insentif yang pernah diberikan kepada mereka oleh Kerajaan Barisan Nasional terdahulu seperti bantuan musim tengkujuh.

Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah usaha yang telah direncanakan oleh kerajaan bagi membantu pekebun getah ini dalam meningkatkan pendapatan mereka?

Adakah terdapat sebarang penerokaan penjualan getah ke pasaran baharu supaya dapat meningkatkan permintaan getah di luar negara?

Begitu juga dengan harga komoditi sawit. Saya sering ditanya oleh orang-orang kampung yang mengusahakan sawit ini―begitu rendah. Apakah perancangan kerajaan bagi memastikan supaya harga komoditi sawit ini dapat ditingkatkan selain daripada perkara- perkara yang lain yang perlu dilaksanakan?

Perkara yang terakhir dalam kesempatan ini juga saya ingin memohon kepada kerajaan untuk dapat membina Hospital Seri Iskandar yang sering saya sebut dalam Parlimen ini. Ini kerana hospital daerah Perak Tengah khususnya di Seri Iskandar telah pun diluluskan dalam Rancangan Malaysia yang Kesepuluh dan tapak memang telah pun sedia ada.

final • 4:20 PM

Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Justeru itu, saya berharap kepada kerajaan dapat mengotakan janji apatah lagi hospital ini juga telah lulus. Begitu juga dengan yang kedua iaitu Jalan Parit Seputih sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah juga, kerana jalan yang berliku-liku untuk masyarakat di kawasan saya di Parit untuk menggunakan manfaat jalan raya yang sebaik-baiknya. Jadi, itulah beberapa perkara yang ingin saya sampaikan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Parit. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Mas Gading.

final • 4:20 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana kesempatan yang diberikan untuk membahaskan ucapan Duli Yang Maha Mulia Agong kita.

Mungkin lain kali perlu ada masa 15 minit untuk setiap wakil rakyat di Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:24 PM

Tuan Yang di-Pertua

Lebih awal dalam senarai, lebih banyak masa ya.

final • 4:24 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Tuan Yang di-Pertua, “Ayam tua masak dalam buluh, Cuaca panas berpeluh-peluh, Menteri cadang tanaman hiliran seperti buluh, Bukan tebang sawit ganti dengan buluh.” Jadi, bersabarlah wahai Menteri. Sesungguhnya buluh itu juga yang berjaya mencuri perhatian media dan menjadi perbualan hangat masyarakat kita. Apa yang pasti jika dibukakan hati untuk baca isi kenyataan Menteri bukan tajuk atau headline semata-mata, dengan mudah dapat difahami bahawa Menteri mencadangkan tanaman hiliran atau sampingan lain bagi mengurangkan kebergantungan pekebun kecil kepada sawit. Buluh adalah salah satu contoh dan itu pun bergantung dengan kesesuaian tempat.

Seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batang Sadong dalam ucapan bahasnya, di Sarawak rakyat digalakkan tanam nanas, tanam lada. Kalau sesuai tanam pisang tanamlah pisang, kalau sesuai tanam nanas tanamlah nanas, kerana setiap tanaman ini ada potensi dan pasaran masing-masing. Kalau sesuai tanam kangkung tanamlah kangkung. Tanam buluh ini bukanlah perkara baharu Tuan Yang di-Pertua. Zaman Barisan Nasional dahulu lagi mereka sudah galakkan orang tanam buluh lebih-lebih lagi apabila panda dibawa masuk, boleh sahaja tajuk berita pada masa itu tanam buluh demi panda.

Yang Berhormat Hulu Rajang, kita di Sarawak pada tahun 2014, Menteri muda kita Datuk Mohd Naroden Majais, dulunya Menteri muda BN sekarang Menteri muda GPS begitu optimis dengan industri buluh. Pada tahun 2014 beliau berkata “Buluh mempunyai banyak kegunaan selain praktikal dari segi penggunaannya.” Malah beliau melihat potensi buluh di kawasan Bauk, kawasan saya. Beliau mencadangkan agar REDEEMS iaitu Research and Development of Singai Sarawak menubuhkan satu atau dua pasukan khas untuk mencari sumber buluh untuk dibekalkan secara konsisten kepada pengusaha produk berasaskan buluh.

Beliau turut menyarankan agar penduduk memanfaatkan tanah yang dimiliki dengan membuka ladang buluh di kawasan masing-masing. Malah katanya lagi “REDEEMS sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan bagi tanaman buluh juga harus menjalankan penyelidikan ke atas tanaman buluh bagi pembangunan industri hiliran.” Mungkin Yang Berhormat Hulu Rajang boleh merujuk dengan Menteri muda GPS tersebut tentang harga buluh per tan nanti. Kini di kawasan saya...

final • 4:24 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Mereka mudah lupa.

final • 4:24 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

...kita ada Bamboo Botanical Park seluas 40 ekar di Kampung Apas Singai untuk tujuan penyelidikan. Mungkin Menteri Industri Utama boleh menyuntik dana untuk memperkembangkan lagi projek buluh di REDEEMS Apas Singai dan seterusnya merancakkan lagi industri buluh di Sarawak, seperti yang telah disarankan oleh BN atau kini GPS di Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, mantan Ahli Parlimen Mas Gading sebelum ini juga merupakan Timbalan Menteri Pertanian pada penggal lepas pernah memperkenalkan

final • 4:24 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

tanaman nanas dan durian Musang King di kawasan saya. Dengan jutaan ringgit yang telah dilaburkan, saya berharap agar pihak kementerian akan terus memantau dan membantu penanam nanas di kawasan Mas Gading. Kita tidak mahu projek ini terbiar dan tiada hala tuju seperti projek tanaman yang lain. Terlalu banyak tanaman yang telah diperkenalkan untuk rakyat tetapi akhirnya tiada kesudahan yang jelas kerana bila ada tanaman yang baharu yang diperkenalkan, maka ada lah pihak-pihak tertentu yang akan mengaut keuntungan melalui kontrak pembekalan benih tanaman tersebut. Lepas rakyat tanam, dibiarkan sahaja.

Di Mas Gading saya mohon agar dana diperuntukkan untuk membantu mereka yang membuka pusat pengumpulan serta pemprosesan nanas tersebut. Bermula bulan April nanti, projek nanas MB2 di Mas Gading bakal mengeluarkan 25,000 biji buah nanas. Jadi, keperluan untuk pusat pengumpulan, proses, grading sangat-sangat diperlukan. Mohon pertimbangan Menteri yang budiman untuk perkara ini.

[Timbalan Yang di-Pertua (Nga Kor Ming) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, benda bagus kita sokong yang kurang bagus kita tegur.

Macam kereta terbang. Dengan masalah ekonomi dan tekanan akibat kos sara hidup yang tinggi di Sabah dan Sarawak, jalan tar pun ada tempat yang belum rasa lagi apatah lagi flyover bertingkat-tingkat, highway pun belum siap lagi tiba-tiba timbul idea kereta terbang.

Kalau jadi lah kereta terbang itu nanti, harap dahulukanlah kami di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Hal ini kerana kami sudah penat dengan alasan bentuk muka bumi jadi halangan pelaksanaan jalan raya. Lebih 60 tahun kami dengar alasan yang sama dari Barisan Nasional.

Akan tetapi diharapkan kerajaan baharu hari ini dapat memperbetulkan keadaan. Kami perlukan jalan raya yang baik di kawasan pedalaman Sarawak. Sebutlah pertanian apa sekalipun, jika tidak ada jalan raya macam mana orang kampung hendak keluar jual hasil tani mereka.

Tuan Yang di-Pertua, “Jambatan Selampit jambatan yang dijanji, Dari tahun 2003 sampai hari ini, Tender akan dibuka Oktober nanti, Harap benarlah jawapan Menteri.” Kali ini saya sebut lagi tentang Jambatan Kampung Selampit ini. Walaupun Menteri sudah beri jaminan RM30 juta sudah diluluskan dan tender akan dibuka Oktober nanti. Bukan apa Tuan Yang di-Pertua, enam kali pilihan raya kena tipu. Pilihan raya ketujuh yang lalu, pada PRU-14 yang lalu, rakyat di Mas Gading khususnya di Kampung Selampit telah hilang sabar dengan janji tersebut. Akan tetapi Jambatan Selampit yang saya sebut-sebut ini adalah janji BN dahulu, 15 tahun tidak siap-siap.

Di Sarawak, Jambatan Bakor yang bernilai RM41.3 juta yang mula dibina pada tahun 2016 kini sudah siap selepas dua tahun. Bulan lepas, Ketua Menteri Sarawak telah mengumumkan lagi peruntukan RM85 juta untuk bina jalan pintas sepanjang 8.5 kilometer untuk menghubungkan Kampung Bakor dan Buntal.

final • 4:24 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Projek itu adalah projek jalan pintas sebagai laluan alternatif, bukan jalan utama.

Akan tetapi itu adalah projek Kerajaan Negeri Sarawak, saya puji dan berterima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah kenapa ada kawasan sudah boleh ada perancangan untuk jalan alternatif? Padahal banyak lagi kawasan lain di Sarawak khususnya masih tidak ada jalan utama. Saya berharap agar Kerajaan Pusat lebih bijak dalam memberi keutamaan projek. Utamakanlah kawasan yang selama ini terpinggir. Maka dengan itu, saya harap janji 15 tahun Jambatan Kampung Selampit itu nanti akan ditunaikan.

Tuan Yang di-Pertua, ingin juga saya menyentuh masalah kewarganegaraan atau masalah stateless kids di negara kita. Saya juga menyokong hujah Yang Berhormat Klang tentang isu ini tadi. Saya berharap agar kementerian merangka penyelesaian baharu untuk masalah ini. Jika tidak, sampai bila-bila pun masalah ini tidak akan selesai. Saya ingin mencadangkan agar sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan di semua negeri. Di Sarawak, saya cadangkan semua Ahli Parlimen diberi mandat ataupun kepercayaan untuk bersama

final • 4:30 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

dengan jawatankuasa khas tersebut dalam menilai dan mempertimbangkan setiap permohonan tersebut. Sebelum itu, terima kasih saya ucapkan kepada Kementerian Pendidikan kerana telah memudahkan proses kemasukan pelajar yang tiada warganegara untuk ke sekolah.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh isu kebebasan beragama serta perpaduan kaum di Malaysia. Ini isu terakhir. Saya berbangsa Bidayuh beragama Kristian. Di sekolah rendah di SRK Gersik di Petrajaya, Sarawak pada tahun 80-an, 90-an. Saya dan adik-beradik saya tidak pernah mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral. Oleh kerana jumlah pelajar bukan Islam di sekolah tersebut pada ketika itu tidak ramai, kami terpaksa mengambil pendidikan agama Islam. Kami belajar tulisan jawi, kami hafal doa serta surah-surah Al-Quran.

Akan tetapi tidak sedikit pun orang tua kami rasa tergugat atau risau dengan kepercayaan kami sebagai orang Kristian. Rakan-rakan saya yang beragama Islam pergi ke sekolah mubaligh Kristian, tidak pernah timbul isu agama. Malah daripada pengalaman serta pergaulan tersebut, kami jadi lebih memahami dan menghormati bangsa, kaum serta agama lain. Oleh sebab itulah Sarawak adalah contoh di mana wujudnya perpaduan kaum serta agama yang baik.

[Tepuk] Di Sarawak, kami ada ramai orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam.

Kebanyakannya atas faktor perkahwinan tetapi tidak semua perkahwinan itu indah dan tidak semua penghijrahan itu berjalan lancar. Banyak yang tidak berakhir seperti mana yang dirancang. Dipendekkan cerita, ramai yang ingin kembali kepada kehidupan sebelum ini dan pulang kepada kepercayaan agama asal mereka. Akan tetapi, mereka terperangkap dengan one way journey ini. Tidak ada U-turn untuk mereka di atas kertas. Dalam kehidupan harian mereka, mereka mengamalkan kehidupan bukan Islam tetapi di atas kertas, dari segi undang- undang mereka masih sah beragama Islam. Jadi, bagaimanakah hala tuju mereka? Tidakkah mereka seharusnya diberikan peluang serta kebebasan untuk memilih jalan hidup mereka seperti Yang Berhormat Parit sebut tadi? Kebebasan beragama.

Ramai masyarakat di luar sana khususnya di Sarawak, dibelenggu masalah ini.

Ramai yang tidak pasti, tidak tahu dan takut untuk bersuara tentang hal ini. Jadi, maafkan saya jika tersilap bahasa dan bukan niat saya untuk menyinggung mana-mana pihak. Saya di sini mewakili ramai di luar sana inginkan kepastian. Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat memberikan penjelasan tentang polisi kerajaan berkenaan perkara ini. Sekian sahaja dari Mas Gading, mohon menyokong. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Mas Gading. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Lawas.

final • 4:30 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Raya hendak buluh, election hendak buluh tetapi tidak mahu tanam buluh.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Siapa?

final • 4:30 PM

Dato’ Henry Sum Agong - Lawas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut menjunjung kasih kepada...

final • 4:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Sila.

final • 4:33 PM

Dato’ Henry Sum Agong - Lawas

Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Keempat Belas pada 11 Mac 2019. Saya mengucapkan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia di atas pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-XVI.

Tuan Yang di-Pertua, rakyat Sarawak dan Sabah gembira dan berterima kasih kepada kerajaan atas persetujuan membawa pindaan Perlembagaan Persekutuan, Perkara 1(2) untuk mengembalikan status Sarawak dan Sabah selaras dengan Perjanjian Pembentukan Malaysia (MA63) yang saya difahamkan akan dibentang dalam persidangan Dewan kali ini.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada Perlembagaan ini perlu dilihat sebagai usaha dan kesungguhan Kerajaan Pusat untuk membantu Sarawak dan Sabah membangun seiring rakan Semenanjung, mencapai tahap negara maju menjelang tahun 2035. Oleh itu, pindaan Perlembagaan ini, perlu dengan izin, include the whole package iaitu yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan juga Perjanjian Pembentukan Malaysia (MA63) agar ia dapat memberi makna dan faedah kepada Sarawak dan Sabah.

final • 4:33 PM

Dato’ Henry Sum Agong - Lawas

Tuan Yang di-Pertua, saya menjurus kepada soal pembangunan dan permasalahan di kawasan Parlimen Lawas. Melihat kepada senario pembangunan masa depan Lawas agak lembab dan tidak ada kepastian bagi mana-mana projek mega dijalankan di Lawas. Saya ingin bertanya dan mendapat kepastian kerajaan berhubung perkara tertentu. Di bawah kerajaan sebelum ini Barisan Nasional, Lawas telah dijanjikan sebuah lapangan terbang baru menggantikan lapangan terbang sedia ada yang kecil dan sering dilanda banjir dan hanya boleh mendaratkan kapal terbang jenis Twin Otter sahaja. Kedua, Pan Borneo di kawasan Lawas telah hampir dimuktamadkan dengan jajaran jalan dikenal pasti termasuk pembinaan jambatan. Kini, kedua-dua projek tersebut hilang dari radar. Tuan Yang di-Pertua, rakyat Lawas ingin tahu, apakah nasib kedua-dua projek tersebut?

Selain itu, projek hospital Daerah Lawas yang di dalam pelaksanaan fasa pertama sudah siap, tertangguh hingga sekarang disebabkan perlu melalui proses kajian semula.

Walau bagaimanapun, menurut jawapan Kementerian Kesihatan ke atas soalan lisan saya baru-baru ini, pembinaan hospital di Daerah Lawas dijangka bermula pada tahun hadapan dan mengambil masa 40 bulan untuk dibina. Ini bererti, lebih empat tahun dari sekarang jika tidak ada halangan dan kelewatan, barulah projek penting ini dapat direalisasikan.

Sehubungan itu, saya merayu kepada kerajaan dan Kementerian Kesihatan supaya mempercepatkan proses kajian dan lain-lain yang dijalankan dengan mengambil kira keperluan masa hadapan projek tersebut, khusus dari segi saiz dan jumlah katil pesakit memandangkan bilangan pesakit meningkat.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan Kementerian Pendidikan kerana meluluskan pembinaan dan menaik taraf lapan buah sekolah di kawasan Lawas. Perlu dimaklumkan bahawa kesemua sekolah di Lawas yang berada dalam keadaan daif adalah 31 buah. Oleh itu, saya minta agar Kementerian Pendidikan meneruskan usaha untuk menyelesaikan masalah sekolah daif di kawasan Lawas. Di samping itu, saya mohon perhatian dan keutamaan diberi terhadap pembinaan baru SMK Lawas yang sudah lama dan uzur ke satu tapak yang baru kerana mengalami kesesakan dan tidak ada ruang untuk extension, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah melaksanakan Jalan Lawas-Ba’kelalan di bawah Projek Jiwa Murni. Terakhir, membina Jalan Ba’kelalan ke Bario. Saya ingin tahu, apakah tahap pelaksanaan Jalan Bario sekarang dan bila boleh siap? Soalan saya seterusnya, sama ada Projek Jiwa Murni ini diteruskan pada masa akan datang?

Untuk makluman Dewan, pihak Indonesia telah melaksana dan menyiapkan pembinaan jalan hingga ke sempadan Sarawak di Ba’kelalan. Dengan road link ini, menghubungi Long Bawan, Indonesia dan Ba’kelalan, Sarawak, rakyat di kedua-dua kawasan mendapat manfaat selain perniagaan melibatkan rakyat Malaysia dan Indonesia berkembang dan lebih menguntungkan Malaysia. Sehubungan itu, saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Pusat untuk mengambil alih Jalan Lawas-Ba’kelalan hingga ke sempadan Indonesia sebagai jalan persekutuan yang menghubungkan negara jiran Indonesia di Long Bawan, dijadikan salah satu projek kerajaan di bawah gabungan BIMP-EAGA.

final • 4:33 PM

Dato’ Henry Sum Agong - Lawas

Tuan Yang di-Pertua, agensi dan jabatan kerajaan yang menjalan tugas untuk membanteras gejala sosial seperti dadah dan pendatang tanpa izin (PATI) di Lawas menghadapi masalah apabila pihak polis, kastam dan imigresen mengambil tindakan dan tangkapan terhadap penjenayah-penjenayah dan mereka ini harus dibawa ke Limbang atau Miri untuk direman dan dibicarakan di Mahkamah.

Jalan mudah dan kos efektif bagi penghantaran penjenayah ini ke Limbang dan Miri ialah melalui jalan darat melepasi Jalan Temburong dan Brunei Darussalam dan memerlukan surat pengenalan diri atau pasport. Disebabkan ketiadaan pasport, mereka yang berkenaan terpaksa dihantar mengikuti penerbangan MAS, melibatkan kos yang tinggi. Saya menyeru kepada kerajaan, agar mencari jalan terbaik untuk menangani masalah tersebut dengan melibatkan pihak Kerajaan Brunei Darussalam untuk memberi kemudahan bagi melancarkan perjalanan menghantar banduan-banduan dari Lawas ke Limbang dan Miri.

Selain pihak polis, kastam dan imigresen, Jabatan Kesihatan juga menghadapi masalah yang sama apabila menghantar pesakit yang dirujuk oleh hospital awam...

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Sila menggulung Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Dato’ Henry Sum Agong - Lawas

Hospital Limbang dan Miri. Tuan Yang di-Pertua sekian, saya menyokong.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Alor Setar. Sila.

final • 4:40 PM

Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang saya untuk berbahas Titah Yang di-Pertuan Agong dan saya ucap Selamat Hari Polis kepada pihak pasukan polis.

Dalam Titah Yang di-Pertuan Agong ini ada beberapa isu penting yang saya anggap perlu kita cuba bahaskan. Pertama saya nampak dalam Titah Baginda ini ada menitikberatkan kepada reformasi buruh atau pekerja yang saya anggap Kementerian Sumber Manusia akan membawa juga perubahan undang-undang akan datang.

Maka, di sini saya ingin bahaskan satu isu adalah bahawa baru-baru ini minggu lepas sahaja kementerian Dalam Negeri sudah berhentikan bekalan outsourcing company di mana yang dapat permit lawatan kerja sementara sebelum ini akan ditamatkan dan diwajibkan untuk pindah atas nama syarikat asal yang kerja. Maksudnya tiada lagi outsourcing company, sedangkan sebenarnya ini pekeliling hanya keluar kepada hujung tahun lepas dan diberi masa dalam satu minggu untuk buat daftaran. Minggu lepas sudah berhenti tarik, maka kalau sesiapa yang tidak sempat daftar terpaksa hendak hantar balik.

Akan tetapi apa yang saya dimaklumkan bahawa ada di kalangan mereka ini sebenarnya sudah renew pembaharuan permit mereka tahun lepas. Barangkali sampai tahun ini.

Maksudnya bulan Mac, mungkin dalam bulan September, bulan November barulah tamat permit tersebut.

Akan tetapi, oleh kerana pekeliling yang baru ini, maka mereka di antara tengah- tengah ini, kalau tidak berjaya untuk tukar atas nama majikan, maka terpaksa batalkan dalam beberapa bulan yang walaupun sudah lulus tetapi tahun lepas. Saya anggap, sebenarnya kita ada cara yang lebih baik untuk selesai masalah ini. Contohnya kita boleh wujudkan soft landing di mana kita membenarkan mereka yang sudah mendapatkan kelulusan renew tersebut biar dia punya habiskan tempoh tersebut. Kalaulah lepas habis tempoh tersebut masih gagal untuk tukar hak milik atas majikan yang sebenarnya, barulah kira hantar balik.

Kalau tidak, maka dia mereka ini seolah-olah tergantung di tengah-tengah.

Pada waktu yang sama, oleh kerana kita hendak berhentikan outsourcing ini, maka akan wujudkan satu vakum pasaran buruh yang perlu kita penuhkan. Di sini, kita memang cadang lebih ramai daripada kalangan orang Malaysia untuk bekerja tetapi bagaimana? Saya cadangkan bahawa contohnya mereka ini yang dalam masa proses permohonan PR ini kita makan masa sepatutnya lima tahun untuk layakkan mereka untuk mohon sementara dia dapatkan IC merah. Maka, barangkali dia sudah tunggu sepuluh tahun.

Apa kata kita boleh wujudkan di mana mereka sudah lepas lima tahun layak untuk mohon sementara itu, dibenarkan untuk kerja supaya kita menyumbangkan satu daya kerja kepada pasaran ini. Pada waktu yang sama, saya hendak tanya juga, sebelum ini kita, kerajaan ada wujudkan satu tracking refugees information system (TRIS), di mana kita sudah kenal pasti di Malaysia ini adalah lebih kurang 84,000 orang yang daftar UNHCR, khususnya Rohingya termasuk juga etnik lain yang berada di Malaysia.

Akan tetapi kononnya kita boleh membenarkan mereka bekerja kalau ikut jawapan pihak kementerian, di mana mereka boleh bekerja dalam sektor tidak formal contohnya pembinaan, perkilangan, perladangan tetapi masalah apa yang berlaku adalah apabila mereka bekerja, memang mereka tidak salah tapi imigresen yang kacau. Bukan kacau dia punya pekerja tetapi kacau majikan. Akhirnya tiada sesiapa majikan yang sanggup ataupun berani ambil mereka untuk kerja, maka mereka kosong, tidak ada kerja, tidak ada pendapatan.

Bagi saya, perlu wujudkan satu proses untuk legalized atau membuktikan mereka ini layak untuk kerja. Majikan tidak akan dikacau atas mereka ambil pekerja dari Rohingya ataupun mereka yang pemegang kad UNHCR ini, supaya kita wujudkan satu sumbangan buruh untuk pasaran kita yang secara legal. Pada waktu yang sama, saya mencadangkan bahawa satu cadangan daripada trade union yang saya rasa daripada Kesatuan Pekerja yang saya anggap sesuai untuk kita angkat adalah kita hendak cadangkan supaya kontrak- kontrak kerajaan, contohnya sekolah untuk cleaner, untuk jaga gardening. Semuanya

final • 4:41 PM

Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar

sebelum ini kita sub kepada syarikat. Syarikat-syarikat ini sub kepada lagi outsourcing company yang kononnya syarikat ini asyik tukar nama, walaupun orang yang sama untuk bekerja.

Akhirnya syarikat ini barangkali dia tidak bagi, tidak submit untuk SOCSO, atau pun EPF, akhirnya syarikat ini dia berhenti, pekerja tersebut kita tidak boleh tanggung. Akan tetapi apa katanya kalau kita wujudkan RELA yang pakai sekarang. RELA sekarang ada ramai.

Mereka ini sudah berkhidmat di bangunan-bangunan kerajaan. Jaga keselamatan dan sebagainya dan saya difahamkan mereka ini memang di bawah gaji mereka mengikut servis yang diberi oleh agensi tersebut. Cuma setakat ini mereka belum ada lagi SOCSO, maka saya hendak cadangkan supaya kita wujudkan peluang itu dengan cara kita berhentikan cara subcontract untuk syarikat tersebut tetapi direct kita ambil pekerja kita melalui cara RELA tersebut untuk kita kurangkan dependence on the foreign worker. Isu yang lagi satu saya hendak bahas di sini adalah pertanian, di mana kita ada beberapa isu di mana sebelum ini SPRM sudah rampas baja dan juga biji benih yang tidak sah di market kenapa? Ini kerana dalam skim-skim yang wujud sekarang ini, ada yang ketidaksempurnaan yang saya ingin hendak cadang di sini. Pertama, kita hendak selesaikan masalah padi angin. Saya hendak tanya pihak Kementerian Pertanian, sejauh mana garis panduan yang kita wujud sebelum ini untuk menangani isu garis panduan padi angin ini telah dilaksanakan ataupun ada masalah apabila kita menghadapi pelaksanaan tersebut. Apakah masalah yang menyebabkan kita tidak boleh hendak laksanakan ini?

Pada waktu yang sama, saya dapati bahawa harga barang, sama ada racun kononnya dekat NAFAS, NAFAS beli daripada MADA ataupun beberapa syarikat. Lepas itu jual kepada petani. Akan tetapi harga racun tersebut lagi mahal daripada pasaran. Contohnya Akara 500 gram ataupun Akess 300 gram yang kita beli daripada MADA Corp dan juga Rumputox satu kilo dari Agriculture Chemicals (M) Sdn. Bhd. dan Nativo 250-gram dari Bayer

(M) Sdn. Bhd. Harga belian termasuk harga jual kepada petani adalah lebih daripada pasaran contohnya Akara 500 gram. Harga beli daripada MADA Corp RM84.55, jual kepada petani RM93 tetapi di pasaran kita boleh beli dengan harga RM80.

Maka, saya ingin minta Jabatan Kementerian Pertanian jelaskan bagaimana kontrak ini boleh berlaku walaupun sejak dulu dan kalaulah ini perlu reformasi atas NAFAS ini, maka saya sarankan supaya kita wujudkan sebaik mungkin untuk reformasi dan juga pentadbiran NAFAS ini. Saya mengalu-alukan pelantikan Pengerusi NAFAS yang baru, Ahli Dewan Undangan Negeri di bawah kawasan saya iaitu tidak silap saya Timbalan Amanah di negeri Kedah.

Saya hendak tanya dan juga ada ramai juga di kalangan kita hendak tanya bagaimana pelantikan Ahli-ahli Lembaga khususnya di bawah NAFAS ini. Adakah kita mengambil kira perkhidmatan ataupun pengetahuan yang diperlukan kerana ramai yang di antara kita pun ada yang berminat dan saya difahamkan ada 15 orang telah interviu ataupun temu duga. Maka, minta Kementerian Pertanian untuk jelaskan bagaimana pelantikan Ahli Jawatankuasa NAFAS ini.

Maka, akhir sekali saya hendak gulungkan dengan satu cadangan di mana khususnya kepada Kementerian Kebajikan, di mana saya rasa ada juga kalangan yang orang kurang upaya (OKU) khususnya yang mempunyai penyakit glaucoma ataupun buta, tidak nampak. Biasanya mereka pakai stick ataupun tongkat untuk jalan.

Di sini, ada juga NGO yang mencadangkan kita legalized atau mewujudkan perkhidmatan guide dog, anjing yang bawa orang buta yang saya anggap ini salah satu cadangan yang baik kerana mereka yang buta ini dia kalau hendak jalan pakai tongkat saja susah.

final • 4:41 PM

Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar

Saya rasa dalam bab ini untuk mewujudkan satu masyarakat yang berprinsip dan penyayang ini, saya minta mungkin kalau ‘kementerian kebajikan’ boleh kaji dari segi mana undang-undang yang perlu kita wujudkan, SOP yang perlu kita wujudkan supaya di Malaysia boleh kita legalised guide dog ini, dengan izin, untuk orang yang OKU dan yang memerlukannya. Saya anggap ini salah satu kemajuan dari segi masyarakat Malaysia ini.

Maka dengan ini, saya Alor Setar menyokong.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Maran. Sila.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk turut serta membahaskan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al- Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah semasa merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Keempat Belas, pada 11 Mac yang lalu.

Kesempatan ini juga saya ambil untuk menyembahkan tahniah berganda ke sisi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana telah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang.

Begitu juga kepada Tengku Ampuan Pahang dan kemudian dimasyhurkan pula sebagai Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pada 31 Januari yang lepas. Sembah tahniah Tuanku.

Daulat Tuanku! Dirgahayu Tuanku.

Tuan Yang di-Pertua, lebih 60 tahun Barisan Nasional berjasa kepada rakyat, kepada negara. Oleh kerana hasad dengki, fitnah dan perbuatan yang tidak baik, menyebabkan kerajaan ini jatuh. Suka saya maklumkan dan mengingatkan kepada kerajaan yang ada pada hari ini bahawa kemenangan yang diperoleh daripada kerja-kerja jahat, kerja- kerja fitnah, kerja-kerja hasad sudah tentunya tidak memakan masa yang lama. Akhirnya, perkara-perkara seperti ini akan kecundang di tengah jalan. Terbukti kepada kita bahawa kemenangan pilihan raya kecil di Cameron Highlands dan juga di Semenyih, menunjukkan bahawa rakyat telah sedar dan kemenangan ini telah membuktikan bahawa, terima kasih kepada pengundi-pengundi. Terima kasih kepada penyokong-penyokong PAS. Terima kasih juga kepada penyokong-penyokong Pakatan Harapan kerana telah buat U-turn dan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional.

Tuan Yang di-Pertua, pekerja asing diperlukan di negara kita. Namun demikian, kita tidak harus berpegang sepenuhnya kepada pekerja asing kecuali dalam sektor-sektor 3D.

Kalau tidak silap saya, semasa kerajaan dahulu kita telah mempunyai seramai hanya 1.7 juta pekerja asing. Hari ini saya difahamkan lebih daripada 2 juta pekerja asing yang telah meningkat di negara kita.

Kehadiran pekerja asing ini bukan sahaja mendatangkan pelbagai masalah kepada negara dan menimbulkan jenayah, menimbulkan berbagai-bagai perbuatan yang tidak baik, termasuklah perbuatan-perbuatan sundal, pelacuran dan sebagainya. Saya ingin tahu apakah usaha kerajaan dalam menangani isu ini? Saya ingin tahu, berapakah jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan oleh kerajaan kerana melaksanakan kerja-kerja dalam mengatasi kegiatan-kegiatan pekerja asing ini? Saya juga ingin tahu, berapakah jumlah wang pekerja asing bawa pindah ke luar negara?

Tuan Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga menekankan masalah kebajikan dan kesihatan rakyat jelata. Saya ingin meminta kerajaan memastikan dan saya mendesak supaya pembinaan Hospital Maran dapat diteruskan dan hospital ini telah pun diluluskan pada Rancangan Malaysia Kesebelas. Tapak telah pun disediakan dan peruntukan telah pun disediakan. Saya harap Menteri Kewangan jangan cuba menipu rakyat. Jangan cuba mengkhianati rakyat kerana kalau perlakuan ini dilakukan, sudah tentulah rakyat membalas...

final • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, dengan izin saya minta kalau hendak teruskan...

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

Tidak! Tidak! Saya tidak ada masa.

final • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jangan melanggar peraturan dan membuat tuduhan. Menteri Kewangan tidak ada di sini.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

Tidak kira lah...

final • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya minta Yang Berhormat supaya waswas...

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

Banyak kos yang telah pun dibelanjakan dan kita harap...

final • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Siapa yang menipu rakyat, Yang Berhormat?

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

Kita harap...

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat Maran...

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

Kita harap projek ini dapat diteruskan.

final • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jangan buat tuduhan terhadap Menteri Kewangan bila beliau tidak ada di Dewan.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

Tuan Yang di-Pertua, saya pergi kepada isu lain.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Okey.

final • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri Kewangan tidak curi itu RM2.6 bilion ha.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

Balai Polis Daerah Maran.

Saya ucapkan Selamat Hari Polis kepada polis seluruh negara, terutamanya kepada polis di kawasan Maran.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Siapa yang curi?

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Pekan curi.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Bila mahkamah buat keputusan?

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

...pembinaan Balai Polis Maran telah pun selesai. Namun demikian, banyak pembaikan...

final • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tanya Rosmah lah.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

...dan pemulihan perlu diberikan kepada balai ini, terutama kepada pembinaan rumah atau pun tempat tinggal pegawai-pegawai polis dan kakitangan polis. Saya telah mengemukakan sejumlah lebih kurang RM2 juta bagi memperbaiki kompleks pejabat polis dan juga kediaman polis di kawasan Maran ini. Saya harap Kementerian Dalam Negeri dapat memberikan perhatian dan meluluskan peruntukan kepada pembaikan balai dan juga kediaman polis di kawasan Maran ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyebut tentang pemberhentian pekerja- pekerja di negara kita. Ramai daripada pekerja-pekerja telah pun diberhentikan. Saya difahamkan sehingga Ogos 2018 sejumlah 13,000 lebih pekerja telah pun diberhentikan.

Kenapa ini boleh berlaku? Apakah sebabnya? Saya juga dimaklumkan terdapat beberapa agensi di bawah kementerian, pekerja-pekerja mereka juga telah diberhentikan. Saya ingin tahu berapa ramai kah jumlah pekerja di Kementerian Sumber Manusia yang telah diberhentikan oleh kementerian atas arahan-arahan tertentu yang dilakukan oleh pihak atasan? Sedangkan mereka ini saya difahamkan tidak melakukan apa-apa kesalahan, cuma disyaki terlibat dengan beberapa perkara tetapi lantas mereka diberhentikan begitu sahaja.

Saya harap kerajaan berikan perhatian dalam perkara ini. Jangan kita khianati pekerja- pekerja kita yang telah banyak berjasa kepada negara dan kepada rakyat keseluruhannya.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi yang saya hendak sebut ialah dari segi keperluan bekalan air. Hari ini kita berhadapan dengan masalah cuaca yang panas, paras air yang merosot di semua takungan air. Saya ingin minta kerajaan berikan perhatian kepada keperluan meningkatkan loji-loji bekalan air di negara kita. Bagi Maran, saya mohon Loji Air Bukit Kertau diperbaiki segera, dinaikkan taraf segera dengan kos hanya lebih kurang RM21 juta. Begitu juga lah Loji Air Simpang Jengka yang memberikan bekalan air pada sebahagian besar penduduk di kawasan Maran.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali ialah saya berharap supaya etika sahsiah Ahli-ahli Parlimen dalam Parlimen ini dapat diberikan perhatian. Ini memalukan kita sebenarnya.

Setiap kali kita berbahas dalam Parlimen, banyak karakter-karakter yang cukup memalukan.

Kita mendapat maklumat di luar bahawa apa dah jadi dengan Parlimen pada hari ini? Apakah dalam Parlimen ini mereka yang mempunyai peribadi yang baik...

final • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kena bagi kuliah kepada Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat Jelutong, sila duduk.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

Mereka yang telah layak dilantik. Kalau amalan ini kita lakukan Tuan Yang di-Pertua, saya percaya satu hari nanti mereka ini akan diajar oleh masyarakat dan rakyat. Saya minta kepada anak-anak muda dan anak-anak kita di luar supaya memberikan perhatian tentang perkara ini. Jangan mengambil contoh perbuatan-perbuatan dan amalan-amalan yang tidak baik. Sebaliknya kita harap mereka akan mengambil alih tempat kita dan mereka lahir sebagai Ahli Parlimen yang cukup mempunyai personaliti, sahsiah dan juga etika yang mulia bagi memastikan Parlimen negara kita adalah Parlimen nombor satu. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Maran. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Beruas, selepas itu Yang Berhormat Petrajaya dan Yang Berhormat Nibong Tebal.

final • 4:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Pakatan Harapan kerana terbuka kepada cadangan baik daripada Ahli-ahli Parlimen atau pun daripada rakyat. Oleh kerana kekangan kewangan yang disebabkan oleh hutang sekeliling pinggang yang diwarisi daripada kerajaan yang lepas, Kerajaan Pakatan Harapan terpaksa memansuhkan bantuan musim tengkujuh kepada pekebun kecil. Akan tetapi apabila mendengar rintihan pekebun-pekebun kecil dan juga daripada Ahli-ahli Parlimen, termasuk saya...

final • 4:58 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Minta laluan.

final • 4:58 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

...kerana harga getah masih rendah, kerajaan telah meluluskan semula bantuan sebanyak RM600 kepada 247,639 pekebun-pekebun kecil yang mereka telah dibayar dengan dua ansuran iaitu RM300 pada bulan Disember 2018 dan RM300 pada bulan Januari 2019. Syabas saya ucapkan. Ini adalah kerajaan yang prihatin dan terbuka dan bukannya kerajaan U-turn yang dilaung-laungkan oleh pihak pembangkang.

final • 4:58 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya sesungguhnya percaya, kerajaan akan mempertimbangkan semula pendirian dan keputusan kerajaan berkenaan dengan empat perkara yang hendak saya kemukakan kerana Kerajaan PH kerajaan prihatin, tentunya perkara-perkara ini akan dipertimbangkan.

Perkara pertama, pendirian bahawa isteri atau suami asing hanya dibenarkan pas lawatan sosial jangka panjang sahaja. Tuan Yang di-Pertua, dengan hormatnya, saya ingin menyatakan bahawa amalan ini telah menyebabkan ramai isteri asing menjadi mangsa dan juga kedua, amalan ini, pada hemat saya, adalah melanggar peruntukan Perlembagaan negara kita.

Terdapat suami-suami yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan amalan ini untuk menghalau isteri balik ke negara asal atas pelbagai alasan termasuklah kerana sudah ada jodoh baharu. Bagaimanakah perasaan isteri yang terpaksa meninggalkan anak-anak dan juga perniagaan atau kerjaya mereka di Malaysia kerana amalan ini? Amalan ini juga merupakan satu amalan yang melanggar Perkara 15(1) Perlembagaan Persekutuan kita.

Dengan hormatnya ingin saya nyatakan tafsiran saya ini mendapat sokongan daripada tokoh profesor undang-undang Perlembagaan yang terunggul, Profesor Datuk Dr.

Shad Saleem Faruqi yang menyatakan amalan sekarang ini, dengan izin, is as unconstitutional as it can be. Jadi harapan saya, kerajaan akan mempertimbangkan semula amalan sekarang ini.

Perkara kedua, anak warganegara Malaysia yang stateless. Ramai anak warganegara Malaysia menjadi stateless kerana semasa mereka dilahirkan, ibu bapa mereka tidak mendaftarkan perkahwinan mereka. Perkara ini pun telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Klang dan juga Yang Berhormat Mas Gading.

Mengikut undang-undang Perlembagaan kita, sebelum Perkara 15(2) dipinda, anak sedemikian berhak didaftarkan sebagai seorang rakyat Malaysia kerana bapanya adalah seorang warganegara Malaysia. Akan tetapi, ia telah dipinda, Perkara 15(2) ini telah dipinda,

final • 5:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

di mana peruntukan sekarang ialah kerajaan boleh or may mendaftarkan anak sedemikian sebagai rakyat Malaysia.

Polisi kerajaan mestilah ditukar untuk mendaftar kanak-kanak ini sebagai rakyat Malaysia supaya mereka boleh membesar seperti rakyat Malaysia yang biasa, dididik menjadi insan yang boleh berbakti kepada negara. Jika mereka dibiarkan begitu sahaja, akan timbul pelbagai masalah peribadi seperti yang telah Yang Berhormat Klang nyatakan, ada yang hendak bunuh diri kerana tidak nampak masa depan di Malaysia dan mereka tidak ada tempat lain untuk pergi kerana ini satu-satunya negara mereka. Daripada masalah peribadi, ia menyebabkan masalah keluarga dan juga masalah sosial.

Perkara ketiga, peruntukan atau kelulusan yang telah diluluskan oleh kerajaan lepas yang telah diberhentikan untuk audit atau semak semula hendaklah diluluskan atau dipulihkan semula dengan secepat mungkin. Dalam perkara ini, projek-projek di Daerah Manjung, Perak seperti penyelenggaraan jalan-jalan raya ini haruslah diluluskan semula dengan secepat mungkin. Ini kerana sekurang-kurangnya ada empat tempat di mana sampai hari ini penyelenggaraan tidak dapat dibuat kerana projek tersebut telah diberhentikan. Projek pertama ialah jalan Beruas ke Kampung Banjar. Jalan kedua ialah jalan Kampung Koh ke Pantai Remis ke Batu Hampar. Jalan ketiga ialah Jalan Perindustrian Kampung Acheh. Jalan keempat ialah jalan Batu Hampar ke Beruas dan kemudian ke Buluh Akar.

Perkara yang keempat dan perkara akhir ialah projek menaik taraf Jalan FT.060, jalan Damai Laut ke Changkat Jering. Wang sebanyak lebih kurang RM243 juta telah diluluskan untuk Pakej 1 dan Pakej 2A yang sedang dalam pembinaan tetapi nampaknya ia sudah berhenti sekali lagi. Saya harap projek ini dapat diteruskan dengan segera. Saya juga diberitahu bahawa rancangan asal empat lorong jalan ini sekarang sudah dikecilkan kepada dua lorong sahaja. Jika ia dikurangkan kepada dua lorong, saya khuatir ia tidak dapat memuat trafik yang begitu sibuk dan tidak mencapai matlamat asal untuk menyelesaikan kesesakan jalan raya ini yang begitu sibuk.

Sekianlah perbahasan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Petrajaya. Yang Berhormat Petrajaya tidak ada dalam Dewan. Saya jemput Yang Berhormat Nibong Tebal. Sila.

final • 5:00 PM

Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal

*Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalammualaikum* dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Saya ingin memulakan dengan mengucapkan syabas kepada Kerajaan Pakatan Harapan yang menunjukkan komitmen tinggi dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memulihkan kedudukan ekonomi negara, menangani bebanan kehidupan rakyat dan meletakkan kembali imej negara ke tahap kedudukan disegani di persada dunia antarabangsa seperti langkah-langkah pembaharuan melalui penubuhan. Sebagai contoh, Majlis Tindakan Ekonomi Negara bagi merencana pelbagai tindakan strategik untuk pertumbuhan ekonomi di pelbagai sektor dan peringkat dan keduanya, Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara bagi tangani bebanan kehidupan rakyat untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Kerajaan berhasrat melaksanakan kesemua ini walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai kekangan dan cabaran-cabaran. Di antaranya, kedudukan ekonomi yang tidak ketentuan di peringkat ekonomi global, kejatuhan harga komoditi utama negara dan juga bebanan hutang yang begitu besar, sangat besar yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu.

Sementara itu, Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang sama, kita perlu akur dengan suasana kegelisahan rakyat hari ini. Rintihan-rintihan kegelisahan rakyat semasa adalah benar dan tulen. It is real. Yes, it is real, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Ini termasuk kos sara hidup yang cukup tinggi yang semakin meningkat, harga barang-barang keperluan yang tidak turun, rumah mampu milik yang menjadi impian lagi, graduan-graduan lepasan pengajian ternanti-nanti untuk mendapatkan pekerjaan, peniaga-peniaga kecil dan juga usahawan-usahawan kecil, pertengahan merungut tidak cukup modal bagi memenuhi permintaan perniagaan, kontraktor-kontraktor sederhana merungut tidak ada kerja dan

final • 5:06 PM

Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal

lambat mendapat bayaran walaupun kerja telah selesai dan masyarakat perniagaan kelas atasan mengeluh tidak ada projek.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini, kalau kerajaan terpaksa berhutang, maka berhutanglah. Saya ingat rakyat tidak marah tentang ini. Akan tetapi, berhutang untuk menjana pertumbuhan ekonomi dengan melaksanakan pelbagai projek pembangunan yang berupaya menghasilkan pulangan ekonomi.

Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh persoalan ketidaksamaan ataupun kesenjangan pendapatan dan status sosioekonomi, inequality, dengan izin, di antara wilayah antara kaum dan di antara kaum. Isu ini adalah cukup membimbangkan dan wajib ditangani segera kerana ianya terkesan kepada kestabilan politik dan negara. Kajian Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) 2018 mendapati walaupun ukuran gini coefficient ratio, dengan izin, ukuran kesenjangan pendapatan menurun dari 0.513 dalam tahun 1970 kepada 0.399 dalam tahun 2016, jurang pendapatan antara kelompok T20 atau top 20 percent, dengan izin, dengan kelompok terendah B40 dan M40 didapati semakin dan berterusan melebar.

final • 5:06 PM

Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal

Jurang pendapatan orang kaya dan miskin melebar dua kali ganda dalam jangka waktu 20 tahun. Lebih dari 1 juta isi rumah hidup dalam kepompong kemiskinan. Ketiganya, yang mengejutkan juga didapati keluarga yang berpendapatan kurang dari RM2,000 sebulan hanya berbaki pendapatan mereka RM76.00 sahaja selepas ditolak berbagai-bagai perkara konsumsi asas dan lain-lain perbelanjaan. Data 2016 juga menunjukkan isi rumah berpendapatan kurang dari RM2,000 sebulan terpaksa berbelanja 94.8 persen pendapatan mereka ke atas barangan consumption, dengan izin. Padahal mereka yang berpendapatan lebih daripada RM15,000 sebulan hanya berbelanja 45 persen daripada pendapatan mereka.

Ini bermakna perbezaan gaya hidup yang cukup ketara, yang kaya berbelanja ke atas hiburan, makan di luar, sosial dan kebudayaan. Manakala yang miskin terpaksa bergelut untuk hendak mengisi perut. Jadi, kesenjangan pendapatan di antara bandar dan luar bandar masih ketara. Isi rumah bandar berpendapatan 80 peratus dari isi rumah luar bandar. Justeru itu Tuan Yang di-Pertua, dasar-dasar yang boleh mempertingkatkan pendapatan dan taraf sosioekonomi serta program-program yang boleh membantu mengurangkan bebanan kehidupan rakyat B40 dan M40 perlu dan mesti digubal, dilaksanakan dan berterusan dilaksanakan dengan efisien agar objektif pelaksanaannya tercapai dengan secepat mungkin.

Sebagai contoh, program-program Inisiatif Peduli Rakyat yang dilaksanakan di negeri Selangor dan di negeri Pulau Pinang perlu dijadikan contoh dalam hal ini. Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong usaha dan inisiatif Kementerian Hal Ehwal Ekonomi memberi perhatian khusus kepada agenda pembangunan bumiputera tanpa mengabaikan kehendak dan kepentingan lain-lain kaum dalam proses pembangunan negara.

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dan tumpuan. Satu, institusi-institusi amanah negara perlu diberi tanggungjawab dan memainkan peranan aktif menggerakkan modal tabungan serta aset-aset bumiputera ke dalam bidang-bidang industri yang mempunyai nilai tambah, tidak cukup sekadar dengan pegangan saham sahaja.

Keduanya, pengurusan sumber asli seperti tanah Melayu di bandar, tanah terbiar di kampung-kampung dan tanah wakaf di bandar utama perlu di pengoptimuman kegunaannya.

Bidang kewangan dan perbankan Islam perlu lebih aktif. Perlu mempertingkatkan lagi penyertaan bumiputera dalam bidang keusahawanan.

Tuan Yang di-Pertua, lanjutan kepada usaha-usaha meningkatkan pendapatan dan taraf sosioekonomi golongan berpendapatan rendah M40 dan B40 khususnya, dalam usaha- usaha tangani isu kemiskinan dan melebarkan kelas menengah. Dalam usaha memerangi isu inequality ini saya ingin menarik perhatian kepada pelaksanaan sistem mikro kredit yang dilaksanakan oleh kerajaan seperti di Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN, Hijrah Selangor dan juga PTSR di Pulau Pinang.

Namun demikian Tuan Yang di-Pertua, skim-skim ini perlu diuruskan dengan lebih teratur lagi. Pengalaman saya dalam penglibatan dalam skim-skim ini, dalam Amanah Ikhtiar, TEKUN dan Hijrah Selangor mendapati pelaksanaan program-program mikro kredit berjaya meningkatkan pendapatan dan sosioekonomi peniaga-peniaga kecil. Terdapat permintaan tinggi dan sokongan yang cukup menggalakkan dari kalangan usahawan kecil dalam menyertai program dan...

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Ya, sila mengakhiri ucapan ini Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal

Hendak gulung Tuan Yang di-Pertua, dengan izin. Kekangan utama bagi memenuhi permintaan ini adalah berkenaan dengan dana sokongan ataupun dana pusingan kepada program-program ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ada satu cadangan iaitu untuk memperkasakan skim mikro kredit ini. Kerajaan perlu juga memberi perhatian kepada skim Ar-Rahnu. Ini merupakan skim alternatif yang terdapat dalam negara kita kerana ia mempunyai berbagai-bagai kepentingan yang lain. Saya tak dak masa untuk hendak pergi tentang kelebihannya Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin timbulkan satu sahaja isu Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya. Ini aduan daripada pelajar-pelajar yang mengikuti...

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Serah secara bertulis kepada Yang Berhormat Menteri.

final • 5:10 PM

Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal

Tulis kepada Yang Berhormat Menteri?

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat kawan baik Yang Berhormat Menteri. Boleh serah secara bertulis.

final • 5:10 PM

Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal

Saya hendak sebut tentang Natherland Maritime Institute of Technology, itu saya akan tulis kepada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Oleh sebab masa terhad, minta maaf. Terima kasih Yang Berhormat Nibong Tebal. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pontian, sila.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Saya menyokong usul Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, kos sara hidup menjadi isu utama rakyat. Ia melibatkan kos barangan, kos rumah sama ada untuk membeli atau menyewa, kos pengangkutan terutamanya harga minyak, kos pendidikan dan kos perubatan.

Apakah langkah berkesan yang dibuat oleh KPDNHEP memandangkan banyak harga barangan tidak stabil? Apakah langkah berkesan yang dibuat oleh KPKT untuk mengawal harga sewa rumah dan caj penyelenggaraan apartmen pangsapuri?

Apakah langkah berkesan yang dibuat oleh Kementerian Pengangkutan bagi memastikan pengangkutan awam lebih cekap dan murah? Apakah langkah berkesan yang dibuat oleh Kementerian Kewangan bagi memastikan subsidi minyak diberi bagi menurunkan harga minyak petrol? Apakah langkah berkesan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan untuk mengawal kos pendidikan sekolah rendah, menengah swasta dan universiti swasta bagi mereka yang memilih pendidikan di situ kerana tidak dapat memasuki universiti awam?

Kementerian Luar Negeri, mengapa tandatangani Statut Rom tanpa dibawa ke Majlis Raja-raja? Apa ulasan tentang Titah Duli yang Maha Mulia Sultan Johor Jumaat baru- baru ini, bahawa Statut Rom dan ICERD melanggar Perlembagaan Malaysia? Saya ingin mencadangkan agar Malaysia tarik balik tandatangani Statut Rom itu.

Kementerian Dalam Negeri, apakah langkah-langkah praktikal untuk kurangkan kebergantungan kepada buruh asing? Adakah kenaikan gaji pada pekerjaan 3D iaitu demanding, dirty and difficult boleh tarik pekerja tempatan dan kurangkan pekerja asing?

Kementerian Kewangan, ekonomi Malaysia kehilangan sekitar RM200 bilion akibat dari kejatuhan Bursa Saham sejak PH menang, besar angka ini. Apakah yang kementerian lakukan untuk atasi?

Mengapa hutang rasmi kerajaan meningkat sekitar RM82.8 bilion sehingga Mac 2018 kepada RM768.8 bilion berbanding RM686 bilion pada akhir 2017? Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, apakah usaha-usaha konkrit MITI untuk pastikan pelaburan yang masuk berupaya memberi rakyat gaji dan pendapatan tinggi? Berapa ramai pekerja sektor perkilangan yang diberhentikan dari Mei 2018 hingga Mac 2019? Kementerian Pendidikan, dianggar 45,000 diancam hilang pekerjaan, disebut Yang di-Pertua Persatuan Kontraktor Bumiputera Sisa Pepejal dan Pembersihan akibat format tender baru. Dianggar 12,000 Pengawal Keselamatan sekolah diancam hilang pekerjaan, dakwaan Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM). Mohon ulasan tentang dua isu ini.

final • 5:15 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Jabatan Perdana Menteri, bilakah pendaftaran pengundi secara automatik akan dibuat agar sekitar 3.7 juta yang belum mendaftar boleh layak mengundi? Mengapa kerajaan belum bercadang untuk membentangkan RUU ‘Anti Lompat Parti’ agar perbuatan itu boleh dihentikan? Kementerian Pembangunan Usahawan, peruntukan Bumiputera Enterprise Enhancement Programme (BEEP) dipotong daripada RM30 juta tahun 2018 pada hanya RM3 juta tahun 2019.

final • 5:15 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Minta penjelasan Yang Berhormat.

final • 5:15 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Jelutong minta penjelasan.

final • 5:15 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Mengapa dan harap ditambah.

Tidak ada masa.

final • 5:15 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Tidak ada masa.

final • 5:15 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

e-Dagang, e-marketing perlu ditambah kursus dan diperuntukkan untuk PKS di luar bandar. Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, mengapa selama 10 tahun Khazanah untung tetapi rugi baru-baru ini? Mengapa selama enam tahun FGV untung tetapi rugi baru-baru ini? Apakah langkah untuk untung semula? Aset PNB 2008 RM120 bilion, 2017 RM279.2 bilion, aset Khazanah 2008 RM33.7 bilion, 2017 meningkat ke RM115.7 bilion. Berapa nilai aset-aset itu sekarang? Apa lagi yang akan dijual? Senaraikan aset yang dibeli antara Mei 2018 hingga Mac 2019?

KPDNHEP, 6,405 barangan yang ada SST. Berapakah barangan yang naik harga pada bulan lepas, jangan dicampur dengan barang yang tiada SST.

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, mengapa bermula 1 Mac 2019, surcaj elektrik untuk pengguna komersial termasuk kedai, ladang, kilang, pejabat dinaikkan dan apa kesan kepada rakyat? Berapa dan bila pampasan untuk mangsa bencana Sungai Kim Kim akan diberi? Apakah langkah untuk atasi kejadian seperti itu tidak berlaku lagi? Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, Menteri sebut rakyat perlu mengasihani kerajaan dalam isu kenaikan tarif air. Berapa negeri yang telah dan akan naikkan tarif air dan apa peranan Kerajaan Pusat untuk kurangkan beban rakyat dalam isu ini?

Kedua belas, Kementerian Industri Utama. Apakah langkah-langkah berkesan untuk menaikkan harga getah dan sawit? Bilakah harga sawit dan getah akan kembali pada harga yang baik untuk manfaat rakyat dan berapa banyak negara pasaran baru untuk sawit dan getah?

final • 5:15 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Ketiga belas, Kementerian Kesihatan. Bilakah Hospital Pontian akan dibesarkan kerana ia telah diumumkan dan bilakah Pusat Kesihatan Benut akan siap yang pembinaan sudah dibuat sekian lama.

Keempat belas, Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Sebutkan usaha-usaha berkesan yang telah dan sedang dilakukan untuk menaikkan pendapatan masyarakat desa.

Apakah usaha-usaha baharu bagi mengatasi kemiskinan luar bandar.

Kelima belas, Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Apakah kesudahan tentang RUU Akta Antiberita Tidak Benar kerana diterima untuk dimansuh di Dewan ini. Akan tetapi tidak setuju untuk dimansuhkan di Dewan Negara.

Keenam belas, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Apakah program gedung makanan negara yang telah dibuat di FELDA akan diteruskan. Setakat manakah tahap keselamatan bekalan makanan ataupun food security negara ini dan langkah-langkah untuk memantapkannya.

Ketujuh belas, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Setakat manakah janji KWSP untuk suri rumah dapat dipenuhi. Apakah langkah-langkah yang dibuat agar penerima bantuan kebajikan masyarakat boleh hidup berdikari.

Sajak dan puisi Zaini Ujang, Bandar Baru Bangi.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

*“Sungai Tetap Mengalir.

Sungai tetap mengalir ke hilir, Mengairi tanaman dan menghijaukan bumi, Biarpun sering kali dicemari, Tangan-tangan kotor berlumuran sampah dan darah, Sisa berbahaya dan keladak, kumbahan dan toksisiti.

Sungai tetap mengalir, Membekalkan sumber air untuk pembangunan dan kehidupan lestari, Biarpun sering kali dilupakan, disampahkan dan tidak dihargai, Oleh manusia yang sudah kepupusan sifat manusiawi.

Sungai tetap mengalir, Membiakkan ikan, udang dan ketam, Melabuhkan sampan nelayan tua, Dan menakung limpahan hujan setiap longkang, Menyerap segala sisa kehidupan dari kota dan desa, Dan membekalkan air keruh untuk minuman, Biarpun sering dicemari, dikotori malah dikhianati!

Sungai tetap mengalir.* Pantun.

*Tanam ganja tanam buluh; Ganti getah ganti sawit; Sudah terang lagi bersuluh; Rakyat susah bertambah sakit.

Tanam ganja tanam buluh; Lebih baik pokok jati; Negara bangsa boleh jatuh; Bila manifesto tidak ditepati.* Terima kasih.

final • 5:20 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Sendiri curi, sendiri tanya kita.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Mungkin ini bukan sesi perbahasan iaitu sesi soal-menyoal. Soalan saya, bila Yang Berhormat Pontian akan berhenti menyoal. Akan tetapi terima kasih menepati masa dan juga dengan pantun. Ini adalah hak budi bicara Yang Berhormat masing-masing.

Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Batu. Selepas ini Yang Berhormat Kepala Batas. Yang Berhormat Saratok. Sila.

final • 5:20 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua untuk memberi peluang kepada saya untuk memberi ucapan sempena Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Kami sedia maklum bahawa tapak bazar juadah Ramadan pada tahun ini akan bermula dengan wabak yang baru, di mana tapak tersebut akan diurus sendiri oleh pihak DBKL. Saya bersetuju dengan cadangan ini. Akan tetapi selepas difikirkan dengan kapasiti yang sebagai seorang wakil rakyat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, saya tertarik untuk berkongsi beberapa perkara.

Saya melihat adalah wajar apabila kita mulakan dengan program percontohan atau, dengan izin, pilot program daripada kita terus melaksana secara mengejut di seluruh kawasan. Saya tidak memperkecilkan DBKL kerana dalam beberapa bulan kebelakangan ini, saya telah bekerjasama dengan DBKL dan saya melihat sendiri keupayaan DBKL. Cuma kekhuatiran ini berlaku di atas beberapa faktor utama yang saya akan bentangkan.

final • 5:22 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Hampir 60 tapak bazar juadah Ramadan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merangkumi hampir enam ribu pengusaha dan setiap tapak bazar haruslah mempunyai pemantauan rapi bagi memastikan kelancaran sepanjang tempoh waktu perniagaan. Permohonan tapak bazar juadah Ramadan pula dilakukan di atas talian melalui laman sesawang rasmi. Permohonan di atas talian mampu menjimatkan masa dan kos-kos lain. Akan tetapi berapa peratus daripada enam ribu pengusaha tidak fasih menggunakan teknologi baharu. Dengan wujudnya sistem ini, maka ulat-ulat akan mulakan memanfaatkannya. Ulat-ulat ini akan caj pengusaha kerana mereka tidak mahir menggunakan komputer dan teknologi baharu untuk mendaftar.

Untuk pengetahuan, majoriti pengusaha bazar juadah Ramadan adalah di kalangan penjaja pasar malam dan telah membina rangkaian perniagaan terus kepada pelanggan.

Mereka telah mempunyai pelanggan tetap dan jika mereka tidak diberi sedikit keistimewaan seperti menggalakkan tapak seperti kawasan tapak pasar malam, ia akan menjadi masalah apabila berlaku pertindihan kawasan apabila hari perniagaan bazar tersebut jatuh pada hari pasar malam dan ia juga akan menyukarkan pelanggan tetap mereka untuk mencari lokasi baharu.

Dengan adanya pihak penganjur, kemungkinan untuk melihat kedai jenis jualan yang sama bersebelahan adalah mustahil kerana setiap lokasi kedai telah dimasukkan dalam lampiran pemetaan atau, dengan izin, mapping. Pengusaha akan memilih sendiri lot-lot mereka bagi mengurangkan persaingan di antara mereka. Untuk pengetahuan semua, majoriti peniaga di tapak bazar juadah makanan terdiri daripada penduduk dan persatuan- persatuan setempat. Dengan wujudnya sistem pendaftaran online, lokasi peniagaan mungkin akan diberikan secara rawak. Peniaga juga mungkin tidak dibenarkan memilih kawasan perniagaan mereka.

Selain daripada persoalan tersebut, bagaimana nasib pemohon-pemohon di kalangan yang muflis kerana mereka tidak mampu untuk memberi lampiran penyataan akaun bank. Pemohon yang tidak memiliki rumah untuk membuktikan mereka adalah bermastautin di Kuala Lumpur dan bagaimana DBKL ingin kawal selia setiap tapak-tapak bazar juadah Ramadan tersebut dari segi kebersihan dan keselamatan. Saya yakin dan pasti selepas kita melaksanakan program percontohan, kita akan mula mengenal pasti setiap permasalahan.

Selepas melakukan baik pulih permasalahan dan cara operasi dari peringkat dalaman, saya pasti DBKL mampu melaksanakan sendiri kelak.

Seterusnya saya ingin mengambil perhatian berkaitan isu PPR di mana pendaftaran baharu telah menjangkau angka yang besar. Akan tetapi masih tiada kekosongan untuk mereka. Kebanyakan penduduk terpaksa menyewa bilik-bilik kecil untuk memastikan keluarga mereka mempunyai tempat berteduh kesengsaraan mereka untuk teruskan kehidupan di sini dilihat terlalu membebankan. Walaupun begitu, mereka tiada pilihan lain.

Siapa tidak mengimpikan kehidupan yang baik untuk keluarga. Oleh itu perkara yang saya utarakan ini, saya memohon kerajaan untuk memperbanyakkan lagi rumah-rumah PPR bagi kemudahan rakyat.

Baru-baru ini, DBKL menjemput Pejabat Parlimen Batu untuk menghadiri mesyuarat penyelarasan Hari Bertemu Pelanggan (HBP) bagi mengeluarkan bil tertunggak. Saya difahamkan bahawa bil air tertunggak bagi tiga PPR di dalam kawasan Parlimen Batu adalah seperti dirujuk Seri Kelantan, Seri Pangkor dan Seri Pangkor 1 atau dikenali sebagai Sentul Utara. Bil tunggakan tersebut bermula pada tahun 2011 sehingga terkini. Tunggakan tersebut berlaku oleh sebab sistem DBKL mempunyai masalah untuk operasi dan bil tidak dapat dikeluarkan mengikut jadual dan perkara berlarutan sehingga kini.

Saya juga difahamkan bahawa penguatkuasaan untuk pembayaran juga akan turut bermula tidak lama lagi selepas DBKL harus membayar hutang tersebut kepada pembekal dan membayar semula lagi bil bagi bil tunggakan dicadangkan secara ansuran dalam tempoh masa satu tahun.

Tuan Yang di-Pertua, apakah perkara ini wajar dilakukan ke atas penduduk. Jika kesalahan ini berpunca daripada penduduk sendiri kerana melanggar pembayaran, saya akur dan menyokong tindakan untuk menguatkuasakan pembayaran. Akan tetapi kesalahan ini adalah berpunca di atas kelemahan urus tadbir sendiri. Alasan sistem rosak tidak boleh diterima selepas hampir lapan tahun tunggakan berlaku...

final • 5:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Ya, sila menggulung.

final • 5:22 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Ketahuilah Kerajaan Pakatan Harapan yang bakal dipersalahkan oleh rakyat dan saya ingin mengingatkan Dewan yang mulia ini bahawa ketidakcekapan urus tadbir bekalan air dan DBKL berlaku pada zaman kerajaan dahulu

final • 5:22 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

kenapa ingin dikuatkuasakan ketika saya diangkat sebagai Ahli Parlimen di kawasan tersebut. Saya tidak akan membenarkan pengundi saya ditindas oleh mana-mana pihak yang saya ingin menyatakan bahawa saya tidak bersetuju dengan cadangan ini.

final • 5:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Ya.

final • 5:22 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya Malaysia adalah sebuah negara yang unik di mana kita mampu hidup harmoni hormat-menghormati antara satu sama lain. Kepelbagaian agama dan bangsa menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Keharmonian diwariskan oleh datuk nenek kita tidak mampu dibeli dengan kekayaan dunia pada hari ini. Saya berbangga kerana dilahirkan sebagai anak Malaysia.

Walaupun begitu, kerajaan akur bahawa masih wujudnya kumpulan-kumpulan minoriti yang cuba membakar api perkauman di antara kita. Saya berpendapat pihak PDRM harus memperkuatkan lagi penguatkuasaan ke atas golongan-golongan yang mampu menggugat kestabilan negara.

final • 5:22 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita telah diwariskan keharmonian oleh datuk nenek kita.

Hari ini kita merupakan salah seorang daripada pimpinan negara. Saya memohon untuk kita bersama-sama menyemarakkan keharmonian ini. Hantar pesanan kepada seluruh akar umbi agar hentikanlah perbuatan menghina agama dan bangsa lain. Belajar menghormati untuk dihormati. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon kepada MCMC agar dipantau setiap kenyataan di media sosial dan saya berharap agar rakyat mengambil iktibar daripada kes penghinaan terhadap junjungan besar umat Islam tempoh hari.

Begitu juga kita di dalam Dewan Rakyat ini. Hentikan daripada penggunaan perkataan-perkataan yang sensitif, hentikan menggelar kumpulan tertentu dengan gelaran komunis, hentikan juga gelaran kepada kumpulan tertentu sebagai Taliban. Setidak-tidaknya malulah kepada kami barisan pimpinan yang muda. Jangan cemar pemikiran kami dengan budaya-budaya sebegini. Dengan itu, saya menyokong. Terima kasih...

[Tepuk]

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Batu. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Kepala Batas. Yang Berhormat Kepala Batas tiada dalam Dewan, Yang Berhormat Saratok. Yang Berhormat Saratok pun tak ada dalam Dewan.

final • 5:30 PM

Tuan Ali anak Biju - Saratok

Ada, ada.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Mana? Oh! Ada, sila. Minta maaf, sila.

final • 5:30 PM

Tuan Ali anak Biju - Saratok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk bersama-sama terlibat dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda pada 11 Mac yang lalu.

Cadangan mempelbagaikan tanaman. Tuan Yang di-Pertua, Titah Baginda menyarankan agar kerajaan lebih proaktif dalam mencari jalan bagaimana kita mampu menangani kejatuhan harga komoditi sawit dan getah amatlah dialu-alukan. Harga komoditi tanaman seperti sawit, getah dan lada mengalami kejatuhan yang mendadak. Segala sokongan dan galakan perlu dipertingkatkan oleh kerajaan untuk membantu golongan kecil.

Sehubungan itu, saya ingin memperkenalkan tanaman kelapa hibrid baharu yang dipanggil kelapa macapuno. Mengikut kajian yang dijalankan oleh seorang saintis luar negara, kelapa macapuno ini mampu menghasilkan pulangan yang jauh lebih lumayan dibandingkan dengan tanaman kelapa sawit. Daripada segi pengeluaran minyak mentah, kelapa macapuno boleh mencapai 16 tan per hektar berbanding dengan kelapa sawit yang hanya mampu mengeluarkan minyak mentah hanya lima tan per hektar. Maknanya, kelapa macapuno dapat menghasilkan tiga kali ganda minyak mentah dibandingkan dengan kelapa sawit.

Kalau diproses kepada bahan api biofuel, kelapa macapuno mampu menghasilkan 15 tan per hektar manakala kelapa sawit hanya menghasilkan biofuel 2.5 hingga 3 tan per hektar. Maknanya kelapa macapuno mengeluarkan hasil lima kali ganda bahan api biofuel setiap hektar. Tanaman kelapa macapuno mempunyai kelebihan dan potensi iaitu senang dituai sepanjang tahun, sesuai ditanam di kebanyakan jenis tanah seperti pantai, tanah

final • 5:31 PM

Tuan Ali anak Biju - Saratok

gambut atau tanah bukit. Kurang dipengaruhi oleh keadaan cuaca, boleh dituai seawal dua tahun sehingga 25 tahun. Minyak kelapa macapuno mempunyai rantaian light hydrocarbon yang amat sesuai digunakan sebagai bahan api untuk kapal terbang.

Penanaman kelapa macapuno tidak akan menghadapi sekatan daripada negara di dunia, tidak seperti minyak kelapa sawit. Tanaman kelapa macapuno ini adalah mesra alam.

Pemasaran minyak kelapa macapuno ini adalah sangat luas sekali. Oleh yang demikian, kelapa macapuno ini amatlah sesuai ditanam untuk menggantikan tanaman sawit.

Isu sekolah usang dan kurang kemudahan di SMK Saratok dan SMK Kalaka. Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingin merakamkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan kerana telah bertindak menghantar dua pegawai dari Jabatan Pendidikan Persekutuan ke SMK Saratok dan SMK Kalaka sebagai lawatan tindak balas terhadap isu ini yang saya bangkitkan pada sidang lepas. Oleh itu, cadangan pembelian katil dan almari yang cukup, pembaikpulihan bangunan atau bina blok baru asrama dan kelas yang usang haruslah diberi perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya dan apakah tindak balas yang seterusnya daripada pihak kementerian?

Kekurangan guru terlatih bahasa Iban. Tuan Yang di-Pertua, bercakap mengenai mata pelajaran bahasa ibunda, saya amat bersetuju dengan Menteri Pendidikan yang menyatakan bahawa tidak ada diskriminasi di dalam pengajaran bahasa ibunda. Oleh itu, saya ingin menyelitkan kekhuatiran tentang kekurangan pengambilan guru terlatih untuk subjek Bahasa Iban di Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia tahun ini.

Saya difahamkan daripada lebih 6,000 pengambilan guru di seluruh negara, hanya 20 orang sahaja dikuotakan sebagai guru terlatih subjek Bahasa Iban. Pengambilan yang begini amatlah sedikit jika diambil kira jumlah keperluan guru bahasa Iban iaitu 2,200 untuk memenuhi keperluan di sekolah rendah dan menengah di seluruh Sarawak. Oleh itu, saya ingin menyarankan Kementerian Pendidikan untuk mengkaji kembali kuota yang dikhaskan bagi pengambilan guru bahasa Iban.

Penyelenggaraan ban-ban di Skim Kawasan Tanah Bersepadu IADA. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa perhatian Dewan ini kepada keperluan peruntukan untuk menyelenggarakan yang lebih khusus dan menyeluruh terhadap struktur tebing yang terhakis, jalan kebun dan pengukuhan ban yang sedia ada di bawah seliaan IADA Kalaka- Saribas yang merangkumi keluasan 10,300 hektar melibatkan 26,400 petani. Kesejahteraan dan keselesaan perkampungan keluarga tani terlibat amatlah bergantung kepada keberkesanan sistem pengairan dan saliran yang diselenggarakan oleh IADA.

Kampung dan rumah panjang yang terlibat ganggu oleh masalah sistem pengairan dan ban pecah ialah seperti Empayang, Kampung Nyabor, Sesang dan Gerigat. Banyak tanaman terjejas akibat kemasukan air masin dan menambahkan lagi beban petani yang sudah mengalami harga komoditi yang merudum. Justeru itu, saya mohon perhatian serius daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berkenaan dengan isu penyelenggaraan ban di kawasan IADA Kalaka-Saribas. Peruntukan dana khas perlu dibuat oleh pihak kementerian untuk membaik pulih ban-ban yang rosak dengan secepat mungkin.

Kemudahan kesihatan di Hospital Saratok. Saya ingin mengetengahkan keadaan Hospital Saratok yang sangat memerlukan penaiktarafan. Hospital ini dibina pada tahun 70- an dan keadaannya sangat sempit dan uzur. Banyak peralatan perubatan perlu diganti.

Jumlah pesakit yang kian bertambah menimbulkan masalah kepadatan. Oleh yang demikian, saya meminta jasa baik daripada Kementerian Kesihatan untuk membuat lawatan dan meninjau keadaan Hospital Umum Saratok.

Kekurangan mesin hemodialisis di Unit Hemodialisis Hospital Saratok. Unit Hemodialisis Hospital Umum Saratok saban tahun mengalami kesesakan untuk menampung pesakit buah pinggang. Unit hemodialisis di hospital hanya mempunyai sembilan buah mesin sahaja. Yang menyedihkan, lima daripada sembilan mesin ini dikategorikan sebagai uzur kerana sering rosak dan berumur lebih 10 tahun. Untuk makluman, unit hemodialisis ini telah beroperasi pada tahap maksimum iaitu merawat 48 pesakit setiap hari.

Jalan Kupang-Bajau. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meminta pencerahan daripada KPLB akan perkembangan rancangan pembinaan jalan raya menghubungkan Jambatan Kerian dan Pan Borneo Highway. Projek Jalanraya Kupang-Bajau sepanjang 20 kilometer sudah diluluskan pembinaannya oleh kerajaan terdahulu tetapi kerja fizikal telah ditunda tahun lepas oleh KPLB kerana kekangan kewangan. Satu lagi projek infrastruktur yang ditunda ialah pembinaan Jalan Kerian dengan harga RM90 juta tetapi Kerajaan Negeri Sarawak telah mengambil alih pembinaannya bersama dengan perbelanjaan. Justeru itu, tanggungan Kerajaan Persekutuan sudah berkurangan.

final • 5:31 PM

Tuan Ali anak Biju - Saratok

Ini yang the last point ya. Maka pembinaan Jalan Kupang-Bajau ini semakin mendesak. Kita tak nak keadaan di mana Jambatan Kerian yang dibina oleh Kerajaan Sarawak siap dibina nanti tetapi tidak ada jalan raya yang menghubungkan jambatan tersebut dengan Pan Borneo. Saya amatlah menyeru pihak KPLB memulakan semula pembinaan Jalan Kupang-Bajau. Janganlah sampai rakyat memperlekehkan Kerajaan PH nanti. Dengan ini, saya ingin mengakhiri ucapan saya dan menyokong Titah Baginda Yang di-Pertuan Agong.

final • 5:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Saratok. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Padang Terap, sila. Lepas itu Yang Berhormat Sekijang.

final • 5:31 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menjunjung kasih di atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas Titah Baginda Tuanku di Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Ke-14, tahun 2019.

Tuan Yang di-Pertua, antara perkara-perkara yang disentuh oleh Tuanku termasuklah yang berkait dengan pendidikan dan juga ekonomi. Salah satu perkara yang menjadi dasar pendidikan negara hari ini adalah apabila kerajaan yang dipimpin oleh Perikatan dan Barisan Nasional 61 tahun yang lalu telah memberi pengiktirafan kepada tiga aliran sekolah kebangsaan.

final • 5:39 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap

Sekolah kebangsaan, sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) dan sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil (SRJKT). Sebanyak 1,200 buah sekolah SRJKT dan lebih kurang 500 buah sekolah Tamil yang ada dalam negara kita berasaskan kepada bahasa ibunda masing-masing dan ianya kekal hingga hari ini. Kewujudan sekolah vernakular ini merupakan satu-satunya sistem pendidikan yang wujud di negara-negara di rantau sebelah sini. Singapura tidak ada sekolah, ia ada satu aliran. Di Indonesia pun satu aliran, Thailand, di Philippines. Jadi, kita saja yang ada.

Sehingga hari ini saya kira bahawa sekolah-sekolah yang ada ini seperti mana dalam Laporan Razak 1956. Begitu juga kemudian diikuti oleh status quo ini dikekalkan dalam Laporan Rahman Talib. Kemudiannya perjuangan ini diteruskan oleh pemimpin-pemimpin yang terkemudian. Walau bagaimanapun, pihak Dong Zhong yang tidak berpuas hati dengan bahasa dan pendidikan ini terus berusaha untuk memisahkan sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) daripada aliran pendidikan dan hingga hari ini wujud SMPC.

Dalam SMPC ini ada peperiksaan yang dikenali sebagai UEC dan usaha-usaha telah banyak kali hendakkan supaya pengiktirafan kepada UEC. Menteri Pendidikan yang Kerajaan Pakatan Harapan telah membuat penjelasan pada 2, 3 hari yang lepas mengenai dengan kedudukan UEC yang sedang ada jawatankuasa untuk mengkaji kedudukan UEC sama ada hendak diiktiraf ataupun tidak diiktiraf. Pada masa yang sama kita sedar bahawa ada sijil UEC yang dengan syarat ada SPM untuk membolehkan mereka mengambil ijazah di institut pendidikan guru (IPG).

Usaha-usaha ini saya tidak pasti apabila ada Yang Berhormat Menteri Kewangan pada awal tahun ini telah memberi peruntukan kepada sekolah menengah persendirian Cina

(SMPC). Jikalau ditengok kepada rekodnya adalah Yang Berhormat Menteri Kewangan menyampaikan direct peruntukan kepada SMPC, tidak kepada Kementerian Pendidikan.

Disebut bahawa Yang Berhormat Menteri Kewangan memberi terus peruntukan ini kepada SMPC. SMPC adalah bukan sebenarnya di bawah Akta Pendidikan.

Keduanya, berkaitan dengan pendidikan juga. Ingin saya sebut di sini bahawa Dasar Pendidikan yang ada hari ini adalah dasar pendidikan yang pada saya telah meletakkan priority yang berkaitan dengan perpaduan kaum. Perpaduan kaum ini menjadi penting yang berteraskan kepada budaya dan juga, habis sudah?

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Ya, memang. Oleh sebab itu saya selalu mengatakan masa itu emas. Terus, percepatkan speed.

final • 5:40 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap

Jadi, saya tidak, belum pun masuk yang kedua, Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Ya, 7 minit.

final • 5:40 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap

Jadi, perkara yang kedua saya hendak sebut di sini iaitu Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi telah pergi ke Kedah pada 19 hari bulan dan membuat pengumuman mengenai Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dengan peruntukan RM1.6 bilion. Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi sebut ia adalah peruntukan sejumlah daripada sejumlah RM3.6 bilion. Akan tetapi pada hari Jumaat, Yang Berhormat Menteri Kewangan sebut peruntukan RM1.6 bilion itu bukan daripada peruntukan kerajaan tapi ia adalah private initiative. Jadi, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi sebut peruntukan RM1.6 bilion, Yang Berhormat Menteri Kewangan sebut ia adalah inisiatif swasta. Jadi, saya hendak mintalah penjelasan daripada...

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Menteri jawab.

final • 5:40 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap

...Menteri Kewangan ataupun Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua ialah mengenai dengan, kita juga hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan iaitu Jabatan Perangkaan telah mengeluarkan satu figure, angka berkaitan dengan foreign direct investment yang angka itu berlainan seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Jadi, itu sajalah. Masa pun sudah habis. Terima kasih.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Sekijang, lepas itu Yang Berhormat Jasin dan Yang Berhormat Sungai Siput.

final • 5:40 PM

Puan Hajah Natrah Ismail - Sekijang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:46 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Sila.

final • 5:46 PM

Puan Hajah Natrah Ismail - Sekijang

Pertama sekali, saya mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-XVI. Saya menzahirkan sokongan menjunjung Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang singkat ini saya hanya akan membangkitkan satu isu sahaja iaitu isu pendidikan. Dalam kita menjadikan negara mempunyai rakyat yang berilmu dengan melahirkan modal insan yang berkualiti, perkara pokok atau perkara asas perlu dititikberatkan. Pembelajaran anak-anak di sekolah perlu diberikan perhatian yang sewajarnya oleh pihak kerajaan.

Saya difahamkan bahawa banyak sekolah menghadapi masalah kekurangan guru, khususnya guru dalam bidang bahasa Inggeris. Perkara ini lebih membimbangkan apabila ada di kalangan guru-guru terpaksa mengajar mata pelajaran Bahasan Inggeris sedangkan mereka bukan pakar dalam bidang tersebut. Seni mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris, the art of teaching, dengan izin, memerlukan guru, bagi guru bukan dalam bidang ini adalah berbeza dengan guru dalam bidang bahasa Inggeris. Cara berfikir dan mengajar pastinya tidak sama.

Apabila perkara ini terjadi, bagaimana tahap keberkesanan dapat dilihat sedangkan cara pengajaran adalah berbeza dan guru-guru ini bukan pakar dalam mata pelajaran yang diajar. Selain itu, berlaku juga lambakan guru bahasa Inggeris di bandar-bandar besar yang tidak mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris. Oleh kerana guru-guru dalam bidang bahasa ini telah pun mencukupi dan tidak ada keperluan untuk mereka terus berkhidmat di sekolah- sekolah tersebut. Oleh yang demikian, pihak kementerian seharusnya mengkaji semula komposisi guru-guru di setiap sekolah agar guru-guru yang telah ditempatkan akan mengikuti keperluan berdasarkan bilangan pelajar yang sedia ada dan juga berdasarkan kepada keperluan mata pelajaran tersebut. Saya juga dimaklumkan bahawa terlalu banyak peruntukan yang telah dipotong di setiap sekolah.

Jika sebelum ini bantuan bayaran tambahan persekolahan (BBTP) diberikan kepada setiap pelajar sebanyak RM23.80 iaitu sekolah menengah untuk seorang pelajar yang merangkumi perbelanjaan tambahan bagi kertas ujian kokurikulum, pendidikan Islam atau moral, sukan tahunan sekolah. Dianggarkan lebih daripada 30 ribu diperuntukkan tambahan bagi tujuan ini untuk setiap sekolah, kini telah dihapuskan sama sekali iaitu pada tahun 2019.

final • 5:46 PM

Puan Hajah Natrah Ismail - Sekijang

Bagaimana pihak sekolah mampu untuk mencari peruntukan sendiri jika perbelanjaan tambahan dipotong sedangkan Bajet 2019 meletakkan sektor pendidikan

final • 5:50 PM

Puan Hajah Natrah Ismail - Sekijang

antara penerima peruntukan yang tertinggi di antara sektor-sektor lain. Satu lagi ingin saya tegaskan ialah kekurangan pekerja-pekerja swasta di sekolah. Saya ambil satu contoh di sebuah sekolah menengah di dalam Parlimen Sekijang.

Sekolah itu mempunyai lebih daripada 2,000 orang murid, gurunya melebihi 100 orang dan bangunan sekolah itu tiga tingkat dan mempunyai tiga blok. Pada tahun-tahun lepas, pekerjanya ialah 13 orang iaitu pekerja swasta. Pada tahun ini telah dikurangkan kepada empat orang sahaja. Bayangkan empat orang pekerja untuk mengendalikan sebuah sekolah yang besar. Jadi ini akan merupakan satu perkara yang kita perlu ambil berat. Saya mohon supaya kementerian melakukan sesuatu terhadap sekolah-sekolah yang menghadapi masalah yang sama.

Begitu juga dengan peruntukan untuk utiliti contohnya untuk membayar bil elektrik, air dan juga perkhidmatan Indah Water. Sekolah yang saya sebutkan tadi terpaksa mengarahkan iaitu pengetua mengarahkan sekolah tersebut supaya tandas-tandasnya separuh itu ditutup sebab tidak mampu untuk membayar perkhidmatan Indah Water yang berjumlah RM15,000 setiap tahun. Ini adalah satu perkara yang saya rasa ramai yang tidak nampak tetapi saya sendiri telah pergi ke sekolah tersebut dan banyaklah masalah yang dihadapi.

Saya mohon agar pihak kementerian melihat semula isu ini agar pelajar-pelajar tidak dibebani dengan tambahan yuran sekolah sekiranya peruntukan kepada setiap sekolah sering kali tidak mencukupi. Jika peruntukan yang mencukupi tidak diberikan kepada sektor pendidikan, keperluan asas sekolah-sekolah tidak dititikberatkan dan persekitaran sekolah yang tidak kondusif, maka hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang tidak akan tercapai.

Kemenjadian murid atau pelajar ini sangat penting sebab mereka adalah pewaris negara pada masa hadapan dan janganlah kita jadikan mereka ini seperti, ‘ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan’. Dengan ini saya mencadangkan untuk menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Daulat Tuanku. Terima kasih.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Jasin, selepas itu Yang Berhormat Sungai Siput dan Yang Berhormat Gerik. Sila.

final • 5:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua bagi saya peluang untuk sama-sama mengambil bahagian menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, kita mengakui bahawa pertumbuhan ekonomi global pada tahun ini 2019 adalah lembap dan juga menurun. Sekarang dicatatkan oleh Bank Dunia dan juga IMF hanya sebanyak 3.5 peratus. Kalau tahun 2018 kita telah mencatat sebanyak 3.7 peratus. Jadi mahu tidak mahu negara kita akan menerima impak negatif ini. Jadi, soalan saya kepada pihak kerajaan apakah sebenarnya usaha mitigasi yang telah, akan dijalankan dan dirancang oleh kerajaan bagi memastikan supaya ekonomi kita terus berkembang dan rancak termasuk menyediakan peluang-peluang pekerjaan.

Seterusnya, setiap hari rakyat bersungut mereka mempunyai mulut untuk disuap, perbelanjaan persekolahan, sewa rumah, anak yang sakit semua ini perlukan wang dan juga wang. Kerajaan seharusnya rancakkan pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan dan juga peluang perniagaan. Rakyat sebenarnya tidak mahu tahu tentang hutang negara yang dimomok-momokkan kepada rakyat. Bahkan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pontian itu cukup bertepatan sekali.

Kalau dulu kita hanya mencatat RM686 bilion pada tahun 2018, sekarang kita hendak meningkat angka sebanyak RM82 bilion lagi. Rakyat tidak mahu tahu tentang hutang ini semua ataupun salah tadbir daripada kerajaan yang lalu. Patutnya kita selesaikan sekarang. Janganlah hendaknya kita main dengan blame game lagi ini sudah kolot lagi cerita ini dan rakyat tidak minat dan tidak faham dengan isu ECRL, isu HR dan yang lain-lain yang jauh daripada perut mereka yang mereka tahu hari-hari dapur mereka berasap. Ada makanan atas meja dan ada duit untuk bekalkan kepada anak-anak. Malangnya dalam tempoh 10 bulan Pakatan Harapan memerintah, isu basic ini gagal dapat diselesakan dan difahami oleh kerajaan. Lantas ekonomi kita terus merudum.

final • 5:53 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Untuk maklumat Tuan Yang di-Pertua pada ketika ini terdapat lebih kurang setengah juta mereka yang menganggur dan lagi setengah juta lagi mereka yang underemployed. Lantas ekonomi kita terus merudum dan kelembapan ekonomi ini diburukkan lagi dengan kelewatan pembayaran oleh agensi-agensi kerajaan. Inilah rungutan yang telah kita dapati dari peniaga-peniaga, daripada pihak kontraktor dan mereka yang terlibat dengan projek- projek.

Kita berharap semoga pembayaran ini dibuat dan saya hendak tanya kepada pihak kerajaan apabila mereka mengambil alih pada tahun 2018, telah dibajetkan perbelanjaan dan pada masa yang sama mereka telah mengeluarkan ataupun tidak melaksanakan projek- projek yang telah dirancang. Berapa banyakkan sebenarnya current account balance kita, kerajaan punya current account balance. Kita hendak tahu. Apakah sebenarnya wang tersebut dibelanjakan? Asyik-asyik dikata kita tidak ada wang, kita hutang banyak-banyak, hendak hutang lagi. Jadi, manakah sebenarnya perbelanjaan yang sepatutnya dibelanjakan pada tahun 2018 dan projek-projek ini tidak dilaksanakan?

Seterusnya kita hendak melihat kalau boleh dipermudahkan akses kepada modal.

Macam-macam insentif yang telah disediakan oleh kerajaan, bank dan juga institut kerajaan.

Namun, sebenarnya tidak mudah untuk diperoleh. Kita hendak minta pihak kerajaan supaya dalam usaha kita mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi perkara ini mestilah kita berikan perhatian. Mereka mengenakan berbagai-bagai syarat terutama untuk business startup micro dan SMB. Hendak perlukan collaterallah, hendak perlukan success storylah. Kita hendak bantu mereka. Kalau kita hendak bantu mereka kita mesti benar-benar komited dan begitu juga kita mahu mempermudah kos modal.

Seterusnya saya pergi kepada penjualan aset kerajaan. Semasa pembentangan Bajet 2019, Yang Berhormat Menteri Kewangan telah menyebutkan bahawa empat langkah untuk memanfaatkan aset kerajaan bagi tujuan menambah hasil. Kita faham penjualan aset ataupun asset monetization programme memang satu daripada perkara yang kita perlukan untuk menambahkan hasil kerajaan tetapi kita kena terima dalam masa yang sama. Mana- mana aset yang strategik tidak seharusnya kita jual. Sepatutnya dalam keadaan saham ataupun market kita, pasaran saham yang merudum pada ketika ini. Harga hartanah yang merudum patut kita beli lagi tetapi masa ini kita jual lepas satu, satu, lepas satu, satu dan akhirnya pula MAS kita pun akan dijual. Ini adalah aset strategi kerajaan yang sebenarnya MAS flying the Malaysian flag tidak seharusnyalah..

final • 5:53 PM

Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Jasin, Puncak Borneo minta laluan.

final • 5:53 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Saya minta maaf saya ada masa yang cukup singkat sekali. Saya teruskan. Saya hendak minta kalau boleh pihak kerajaan perincikan apakah sebenarnya tujuan mereka menjualkan aset ini. Aset ini bukannya nama penjual aset ini aset stripping. Seterusnya kita pergi kepada defisit keyakinan. Kita dapat lihat pada ketika ini setelah kerajaan baharu memerintah Pakatan Harapan, defisit keyakinan ini cukup ketara sekali dalam semua sektor bukan saja daripada ekonomi, daripada pembangunan, daripada kehakiman pun begitu juga. Maka kita berharap supaya pihak kerajaan dapat memperbetulkan keadaan ini. Janganlah hendaknya rakyat hilang keyakinan dan kerajaan tidak dapat meneruskan perjalanan untuk menjayakan kerajaan ini. Kita tengok sekarang apa yang telah disiarkan oleh invoke parti. Tahun lepas, bukan tahun ini invoke telah mencatatkan penurunan 20 peratus kehilangan keyakinan terhadap Perdana Menteri dan juga kerajaan.

final • 5:53 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Seterusnya, saya pergi kepada pasaran saham, ini satu daripada hilangnya keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat, sila menggulung ya.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Ya, Allah. Saya apabila cakap dan ditegur oleh Tuan Yang di-Pertua, saya pun hilang segala. Akan tetapi yang akhirnya saya hendak sebut tentang Tabung Haji, memang belum reda lagi masalah yang telah ditimbulkan oleh rakyat pada ketika ini. Saya hendak tahu Tuan Yang di-Pertua, bilakah kerajaan akan umumkan untung hibah dan juga bonus bagi tahun kewangan tahun 2018.

Berapakah sebenarnya kos bagi seorang jemaah haji pada tahun ini? Berapakah kos yang ditanggung oleh jemaah dan berapakah perlu subsidi yang perlu kita tanggung?

final • 6:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Kita juga hendak tahu, siapakah yang menanggung kos subsidi ini? Pendeposit, Tabung Haji atau kerajaan atau mana pihak dan apakah keuntungan yang diperoleh atas kerugian yang ditanggung oleh Tabung Haji dan juga pendeposit ekoran daripada pemindahan aset yang bernilai lebih kurang RM10 bilion kepada SPV.

Saya hormati masa Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Jasin kerana kerjasama yang diberikan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Sungai Siput, selepas ini Yang Berhormat Gerik dan Yang Berhormat Hulu Selangor.

final • 6:00 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana mengizinkan Sungai Siput mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Yang di-Pertua, Titah Baginda memuji beberapa langkah-langkah Kerajaan Pakatan Harapan dalam usaha untuk meringankan kos sara hidup rakyat. Pada masa yang sama menasihati, menegur dan juga menyeru kita semua supaya menjunjung ‘Keluhuran Perlembagaan’.

Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan Titah Baginda, perkara 21 di mana Baginda menitikberatkan soal perpaduan kaum di negara ini. Ini kerana sejak akhir-akhir ini ada pelbagai pihak yang cuba mencetuskan ketegangan kaum yang boleh memusnahkan sesebuah negara. Di dalam Perkara 21, Baginda mahu melihat kita semua sebagai Ahli Yang Berhormat memimpin, menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat di luar sana supaya kita sama-sama menyuburkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, Titah Baginda, Islam bukanlah sekadar sebuah agama yang eksklusif untuk kumpulan tertentu, malah ia merupakan cara hidup universal dan membawa rahmat buat sekalian alam. Tuan Yang di-Pertua, dengan izin saya mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat merenung ayat 13 Al-Hujurat dengan izin “*O mankind! We have created you from a man and women and made you nations and tribes. So you may get to know one another.

The best among you in the eyes of God is the most pious. God is all knowing and deep in is knowledge”.* Ayat ini memberikan gambaran kepada kita memberi maksud bahawa kita semua adalah daripada Pencipta yang mahu melihat sebuah negara yang aman, harmoni dan damai kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh satu isu yang menjadi bicara di kalangan masyarakat India di Malaysia iaitu isu berkenaan kadar visa yang dikenakan oleh Kerajaan India baru-baru ini. Sejak beberapa bulan yang lalu, isu ini menjadi bicara di kalangan masyarakat India di mana pada asalnya kadar visa adalah sebanyak RM190 untuk enam bulan. Kemudian ia dinaikkan kepada RM470 untuk tempoh setahun. Baru-baru ini semasa kunjungan Yang Berhormat Port Dickson dalam kunjungan lawatan ke New Delhi dan saya turut bersama dalam lawatan itu bersama-sama dengan Yang Berhormat Segamat dan juga Saratok, di mana Yang Berhormat Port Dickson telah membawa suara kadar visa ini semasa berlaku pertemuan dengan Menteri Luar Negara India, Puan Sushma Swaraj untuk dipertimbangkan. Baru-baru ini saya difahamkan di mana Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia juga telah bertemu dengan Duta India di Malaysia bagi perkara yang sama.

Seminggu yang lalu, Yang Berhormat Menteri Luar Negara telah mengumumkan kadar visa diturunkan sebanyak RM100 daripada RM470 kepada RM370. Persoalannya, di mana masyarakat India di Malaysia yang ingin hendak pergi ke India untuk menunaikan ibadat di kuil-kuil khususnya di India Selatan menghadapi kesukaran dan menyebabkan mereka tidak dapat menunaikan hajat untuk ke India. Ini kerana rata-rata mereka adalah yang berpendapatan rendah dan miskin ingin hendak pergi menunaikan ibadat sekali dalam hidup mereka, maka tidak dapat ditunaikan.

OIeh sebab itu, saya merayu kepada Kerajaan Malaysia, khususnya Menteri Luar Negeri di mana Kerajaan Malaysia telah mengenakan kadar visa kepada pengunjung daripada India bagi tempoh dua minggu pertama sebanyak RM80. Maka adalah amat sesuai sekiranya Kerajaan Malaysia meminta Kerajaan India untuk mengenakan kadar visa sebanyak RM80 untuk dua minggu pertama bagi golongan masyarakat India yang ingin menunaikan hajat mereka melawat kuil di India Selatan. Saya berharap khususnya Menteri Luar Negeri terus mengadakan rundingan dengan Kerajaan India bagi membantu masalah

final • 6:01 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

ini dapat diselesaikan dengan segera. Saranan ini menjadi bicara di akhbar harian Tamil setiap hari. Saya harap Kerajaan Pakatan Harapan dapat terus mengadakan rundingan bagi mengurangkan kadar visa kepada RM80 untuk dua minggu yang pertama bagi golongan menunaikan ibadat di India Selatan.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, bagi melahirkan generasi yang berkualiti dan berpengetahuan, adalah melalui pendidikan yang baik dan berkualiti. Kewujudan sekolah baharu akan memberi impak kepada pembangunan sekeliling. Pelantikan kontraktor adalah antara sangat kritikal dalam memastikan sebuah sekolah dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan dan penyusunan pembelajaran di sekolah-sekolah berdekatan dapat dilaksanakan dengan baik dan sistematik.

Akan tetapi, apabila wujud kontraktor yang tidak bertanggungjawab, ini menyebabkan projek tersebut dikategorikan sebagai projek sakit dan kerajaan dipersalahkan.

Saya memohon Kementerian Pendidikan untuk melihat semula projek pembinaan SJK(T) Heawood di Sungai Siput di mana projek ini telah diberhentikan. Tuan Yang di-Pertua, projek ini sepatutnya siap pada penghujung tahun 2018, tetapi kini projek lewat sebanyak 59 peratus dan saya mohon Kementerian Pendidikan Malaysia memberikan penjelasan bagi projek yang terlewat disiapkan dan tidak mengikut seperti yang dijadualkan.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya juga ingin membawa isu di kawasan Sungai Siput di mana ada sebuah pusat dialisis yang bernama DaVita Malaysia. Baru-baru ini hampir 40 orang pesakit yang mendapat perkhidmatan dialisis ini merungut kepada saya di mana pusat swasta DaVita ini telah menaikkan kadar sebanyak RM200, di mana sebelum itu adalah RM150. Maka mereka perlu mendapatkan khidmat ini sebanyak lapan kali, kalau kali dengan RM50, sudah pasti RM400. Sebanyak 40 orang pesakit dialisis ini menghadapi kesukaran dan menyebabkan mereka mengadu kepada saya untuk dibawa kepada kementerian supaya dapat dilihat untuk menyelesaikan masalah ini.

Maka saya merayu kepada Kementerian Kesihatan dan juga Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia di mana jabatan SOCSO perlu melihat perkara ini mengapakah Pusat Dialisis DaVita Malaysia ini mengenakan kadar yang tinggi yang tidak mampu dibayar oleh pesakit dialisis yang kesemuanya dikategorikan sebagai golongan miskin berpendapatan rendah.

Dengan itu saya mengucapkan terima kasih menjunjung kasih Titah Tuanku. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Gerik, silakan.

final • 6:01 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Saya juga hendak membahaskan Titah Diraja dengan membaca tekslah. Satu, tajuk perpaduan dan kesetiaan. Malaysia pernah dijadikan negara contoh dalam soal perpaduan dan keharmonian hubungan antara kaum selama 61 tahun kecuali pada peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

final • 6:09 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Rakyat Malaysia menikmati kehidupan aman damai sekali pun kita berbilang kaum, berbilang agama, berbilang budaya dan beraneka gaya hidup, masing-masing pandai memelihara hubungan baik antara satu sama lain, hormat-menghormati dan bersetia kawan.

Walau bagaimanapun, di akhir-akhir ini nampaknya suasana harmoni sedemikian itu sudah mula menunjukkan tanda-tanda yang membimbangkan. Jika tidak ditangani segera ia boleh menular ke arah kebinasaan negara, bangsa yang telah dibina sekian lama. Kelak tidak ada gunanya pembangunan dan kemakmuran yang kita sama-sama usahakan selama ini. Pada kesempatan yang agak singkat ini, saya ingin menyentuh sedikit sebanyak punca kepada fenomena keresahan hubungan kaum yang agak membimbangkan itu semoga dengan mengetahui punca, mudah-mudahan dapat pula kita temui ubatnya.

Kesetiaan kepada Raja dan negara, salah satu penambat perpaduan ialah kesetiaan. Ia bermula dengan kesetiaan kepada Raja dan negara seperti termaktub dalam Rukun Negara. Melalui kesetiaan bentuk ini, penyatuan rakyat berbilang kaum dapat dicanai dalam kerangka yang terarah kepada kedaulatan negara bangsa.

final • 6:10 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Malangnya di akhir-akhir ini, terdapat pelbagai perbuatan yang mencemari kesetiaan kepada Raja dan negara, sudah ada anasir-anasir yang memperlekehkan institusi Raja Berperlembagaan dan sudah terdapat beberapa insiden rakyat Malaysia mengutuk negara sendiri di kaca mata dunia, walaupun sebilang mereka itu hidup mewah atas kekayaan negara. Kita perlu cari ubat dan penawar bagi menangani anasir berkenaan.

Nilai setia kawan, seterusnya saya ingin menyentuh soal nilai setia kawan. Semasa kita menuntut kemerdekaan seluruh rakyat berbilang kaum berpadu tenaga bagi mencapai matlamat bersama. Kebersamaan itu telah melonjakkan kita sebagai rakyat yang merdeka dalam negara yang berdaulat, bertitik tolak daripada 31 Ogos 1957, walaupun terdapat gerombolan komunis yang mengancam ketenteraman awam, berkat kerjasama rakyat berbilang kaum, ancaman itu berjaya kita tangani.

Ringkasnya berbekalkan semangat setia kawan atau setia berkawan kita telah bersama-sama bangunkan negara ini. Walaupun tahap kecapaian ekonomi di antara kita tidak seimbang, berjurang di sana-sini, namun kita boleh hidup aman damai atas perkongsian k- ekonomi dan perkongsian kuasa.

Namun, di akhir-akhir ini nampaknya keberlangsungan dan kelestarian nikmat perkongsian kek ekonomi dan perkongsian kuasa juga telah mula menunjukkan tanda-tanda yang menggusarkan. Kenapa jadi begitu? Menggamit jawapan dari pelbagai diemasi, berpandukan kata-kata bestari yang berbunyi ‘kalau jernih air di hulu, jernihlah juga air di kuala’. Kata-kata bestari tersebut memberi makna yang mendalam iaitu satu yang mencorakkan nilai-nilai kehidupan suatu masyarakat ialah kepimpinannya.

Jika iktibar ini boleh kita jadikan sandaran, mereka yang bergelar pemimpin tidak boleh lari dari tanggungjawab menyatukan padukan rakyat, bukan menjadi batu api memecahbelahkan rakyat demi matlamat politik masing-masing. Dalam konteks ini peribahasa Cina juga ada menyebut; ‘busuknya ikan bermula di kepala’, ini membawa maksud kalau kepala ataupun ketua masyarakat itu busuk, usah bercakap soal perpaduan, usah menyalahkan rakyat jelata kerana tidak bersatu padu.

Setia kepada janji. Satu lagi aspek yang menjadi teras kepada soal perpaduan dan kebersamaan ialah setia kepada janji. Itu sebabnya dalam Islam dijadikan salah satu ukuran munafik ialah mereka yang mungkir janji. Di antara pihak yang menabur janji atau yang melabur janji dengan pihak yang mengharapkan janji ditepati, termeterai satu ikatan atau jalinan ekspektasi. Janji yang ditepati akan mengakrabkan hubungan antara kedua belah pihak yang berjanji dan yang dijanjikan, sebaliknya jika berlaku kemungkiran atau kemungkaran, terjejaslah hubungan dan terburailah kebersamaan serta kesetiaan.

Dalam masa yang sama rakyat yang mengharapkan tertunainya janji untuk meraih manfaat akan dihambat rasa kecewa dan berlaku pertembungan nilai yang akhirnya menjadi pemisah dan racun kepada kesetiaan dan perpaduan. Di celah-celah itu akan muncul golongan yang mengadu domba kerana di mana ada rasa kecewa, maka di situlah anasir ratusan hasutan menjadi raja. Di akhir-akhir ini pula terdapat golongan yang amat gemar menabur dan melabur janji untuk meraih laba politik. Melalui laba politik itulah akan diperoleh kuasa sekali gus dapat tiket ataupun lesen memerintah negara.

Rakyat memberikan undi kemenangan kerana teruja kepada janji tetapi apabila kuasa diperoleh janji tinggal janji atas alasan bahawa manifesto yang termaktub janji bukan kitab suci. Selain daripada itu disajikan pelbagai alasan dan kerja menuding jari, ini bertepatan dengan maksud pantun Melayu yang berbunyi Matinya semut kerana gula, Kail berduri bersalut umpan, Janji dipaut mengharapkan laba, Rupanya diri yang menjadi korban Menyedari hakikat yang terpancar di maksud pantun itu, rakyat kini tertanya-tanya ke arah mana kesetiaan harus diberi, kesetiaan yang terhakis menjadi racun kepada perpaduan. Dalam masa yang sama mereka bersandiwara di pentas kuasa, berkokok mengenai perpaduan dan menuduh pihak lawan yang dikatakan menyalahkan api perpecahan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara tercinta ini. Naratifnya, stereotaipnya iaitu menuding jari ke arah racist dan menyalahkan agama tanpa menyedari satu jari menuding kepada orang lain...

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat, sila. Masa sudah tamat. Saya beri peluang kepada semua tetapi kena adil. Sila menggulung. Sila.

final • 6:10 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Okey saya gulunglah. Dengan pantun dalam pepatah di kalangan orang Melayu. Dan pantun yang paling akhir ‘Kerbau dipegang tali, Manusia di pegangan janji, Kalau janji tidak ditepati, Di mana nilai budi pekerti.’ Saya mohon menyokong titah ucapan Diraja. Terima kasih.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Hulu Selangor.

final • 6:10 PM

Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Salam sejahtera kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Hulu Selangor bangkit untuk berbahas usul menjunjung kasih ke atas titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Perbahasan saya pada petang ini adalah demi memelihara nasib rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan begitu komited untuk membantu meningkatkan taraf kemudahan asas di kawasan luar bandar, pelbagai inisiatif telah dirangka oleh Kerajaan Pakatan Harapan dan memperuntukkan sejumlah amaun untuk pembangunan ini. Justeru itu, Hulu Selangor ingin bertanya kepada Kementerian Kerja Raya apakah perancangan menaiktarafkan infrastruktur di daerah Hulu Selangor? Kesejahteraan rakyat luar bandar perlulah kita jaga untuk memastikan keselesaan dapat dinikmati secara adil dan saksama, pembangunan juga perlulah seimbang dan inclusive seperti yang di titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Hulu Selangor masih ketinggalan berbanding daerah lain di dalam negeri Selangor.

Keselamatan jalan raya di daerah ini amat membimbangkan. Permohonan Hulu Selangor untuk menaiktarafkan jalan raya telah lama dipohon tetapi masih tiada sebarang makluman balas mahupun tindakan. Lantaran itu Hulu Selangor memohon kepada Kementerian Kerja Raya agar dapat mengutamakan naik taraf jalan di daerah ini, diharapkan dengan inisiatif ini kita dapat mengurangkan kadar kematian disebabkan jalan raya yang tidak selamat dan seterusnya memberi keselesaan kepada orang awam untuk menggunakan infrastruktur ini.

Tuan Yang di-Pertua, Hulu Selangor kini dilihat sebagai satu kawasan yang strategik bagi menarik lebih banyak pembangunan perindustrian aeroangkasa. Justeru itu, Hulu Selangor ingin bertanya kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri adakah badan-badan kerajaan mahupun swasta yang terlibat dapat turut sama membangun sektor aeroangkasa di kawasan Hulu Selangor?

Tuan Yang di-Pertua, pendidikan merupakan satu elemen penting di negara kita.

Kerajaan begitu proaktif dalam merangka pelan pendidikan dalam memastikan masa depan rakyat Malaysia berpendidikan tinggi.

final • 6:17 PM

Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor

Atas justifikasi tersebut, sekali lagi, Hulu Selangor membawa usul dan harapan tinggi kepada Kementerian Pendidikan untuk mewujudkan sebuah universiti awam di daerah ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian, seperti yang dimaklumkan, Hulu Selangor akan dibangunkan sebuah UMW High Value Manufacturing Park, dengan izin, di Serendah. Ia juga telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor baru-baru ini. Dengan keluasan tapak seluas 861 ekar, pelbagai industri berteknologi tinggi akan berkembang pesat.

Maka, amat tepat sekali Kementerian Pendidikan dapat merancang untuk membina sebuah institusi pendidikan tinggi seperti universiti, politeknik, institut kemahiran di kawasan Hulu Selangor, khususnya di Serendah dalam bidang pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET). Pelbagai kerjasama dari pelabur besar industri berteknologi tinggi dapat diwujudkan bagi memastikan keberkesanan institut pendidikan ini dalam memenuhi kehendak pasaran semasa di samping dapat membantu para ibu bapa mengurangkan kos perbelanjaan bagi menghantar anak-anak mereka ke institusi pendidikan tinggi di luar Daerah Hulu Selangor. Kewujudan universiti awam ini juga dapat menjadi pemangkin kepelbagaian pembangunan ekonomi penduduk setempat.

final • 6:20 PM

Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya, isu pendatang asing tanpa izin (PATI) masih lagi menghantui negara kita. Kita tidak nafikan usaha pihak Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Imigresen dalam menangani isu ini. Namun, di sini saya ingin suarakan kegusaran masyarakat terutama di sekitar Bukit Beruntung, Hulu Selangor. Ketenteraman awam diganggu gugat oleh kehadiran PATI yang bebas ke mana-mana. Penduduk juga berasa tidak selamat apabila berada di luar rumah.

Oleh yang demikian, pertanyaan buat Kementerian Dalam Negeri, berapa ramaikah sehingga kini PATI yang telah ditangkap di sekitar Hulu Selangor? Berapakah yang telah dihantar balik ke negara asal? Apakah tindakan yang diambil terhadap majikan yang menggaji PATI ini? Apakah langkah kerajaan bagi mengawal selia kemasukan PATI selain daripada penguatkuasaan? Sejauh manakah keberkesanan langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak kementerian?

Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan meneruskan pelbagai projek rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia. Saya juga menyokong pemberian dana untuk membantu rakyat kita yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah mampu milik.

Namun, saya ingin memohon pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk sama-sama melihat kembali syarat-syarat yang telah ditetapkan serta membantu rakyat dari segi mendapatkan pinjaman perumahan yang baik. Apakah perancangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam membantu permasalahan ini? Amat wajar untuk kita bersama melihat isu ini agar dapat kita pastikan setiap rakyat Malaysia mampu untuk memiliki rumah sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, jika dibandingkan dengan kawasan bandar, belia di luar bandar masih jauh ketinggalan apatah lagi untuk merebut peluang pekerjaan yang begitu terhad. Hulu Selangor ingin mencadangkan agar pihak Kementerian Sumber Manusia dapat mempergiatkan lagi program latihan kemahiran tenaga kerja dan menubuhkan sebuah pusat perkembangan latihan kemahiran di Daerah Hulu Selangor.

Dengan adanya pusat perkembangan ini, Kementerian Sumber Manusia dapat membantu golongan lepasan sekolah terutamanya mempersiapkan diri dengan kemahiran- kemahiran asas yang diperlukan di alam pekerjaan. Sebagai contoh, pelajar-pelajar yang kurang cemerlang dapat menggunakan platform ini untuk persiapan diri mereka dengan kemahiran asas teknikal. Melalui inisiatif ini, kita dapat membantu melahirkan pekerja- pekerja yang memenuhi permintaan pasaran pekerja.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup, saya berharap barisan Kerajaan Pakatan Harapan komited di dalam memperkukuhkan tadbir urus negara ke arah yang lebih mampan.

Hulu Selangor juga berharap semoga barisan Kerajaan Pakatan Harapan dapat mempertimbangkan segala permasalahan yang dibangkitkan dan usul yang dicadangkan dalam perbahasan menjunjung kasih ke atas Titah Diraja Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hulu Selangor dengan ini menyokong Titah Diraja. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat...

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Ya. Apakah peraturan mesyuarat itu?

final • 6:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Peraturan Mesyuarat 35(7).

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Apa itu? Sila baca.

final • 6:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Iaitu Speaker boleh mengehadkan ucapan. Oleh sebab pada hari yang lepas saya tak dapat buat conclusion, kesimpulan, saya mohon untuk berucap membuat kesimpulan.

final • 6:20 PM

[Dewan ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat Arau...

final • 6:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Hari ini saya minta menggulung bagi pihak Barisan sebab tidak ada wakil Barisan.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Minggu depan bila menteri menggulung, Yang Berhormat Arau boleh menggulung bersama.

final • 6:20 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bukan.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat, seterusnya kita menjemput Yang Berhormat Pasir Gudang. Selepas itu Yang Berhormat Segamat dan Yang Berhormat Ranau akan menutup tirai.

final • 6:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab tidak ada wakil Barisan.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat Arau jangan bazir masa. Semua wakil Barisan telah diberi mengikut senarai yang dibekalkan ketua Whip.

final • 6:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akan tetapi saya tak dibagi masa lajak.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Semua telah diberikan ruang dan peluang yang cukup.

final • 6:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat tak bagi masa lajak untuk saya. Saya tak boleh lajak.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat Arau, jangan bazir masa.

final • 6:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat tidak berlaku adil kepada saya.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat Pasir Gudang, sila.

final • 6:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat... [Pembesar suara dimatikan]

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Sila.

final • 6:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Peperangan akan tetap diteruskan dengan Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

*Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Isu pertama yang saya ingin kemukakan ialah berkenaan pencemaran alam sekitar.

Seperti sedia maklum bahawa di kawasan saya di Pasir Gudang, beberapa hari yang lalu berlaku pencemaran kimia toksik. Dalam Parlimen pada petang ini, saya bersama-sama rakyat di Pasir Gudang ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang telah membantu dalam menangani isu bencana itu.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan ramai Menteri Kerajaan Pusat telah turun ke Pasir Gudang menangani isu bencana itu.

Walaupun darurat tidak diisytiharkan seperti yang saya tuntut tetapi saya rasa bersyukur kerana Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri telah menolong rakyat melakukan tugas- tugas mereka seolah-olah seperti darurat. Jadi, pada akhirnya, keadaan sekarang sudah beransur pulih, keadaan telah kembali seperti sedia kala selepas 18 hari berlaku.

Dalam hal ini, Tuan Yang di-Pertua, lebih 5,000 orang rakyat di Pasir Gudang telah menerima rawatan sewaktu tempoh bencana pencemaran itu. Sebanyak 113 buah sekolah di Pasir Gudang ditutup dan akan dibuka apabila cuti penggal ini berakhir. Dalam keadaan ini, saya mohon supaya Hospital Pasir Gudang yang telah dipersetujui, telah ada peruntukannya, supaya segeralah dibina di Pasir Gudang.

Berkenaan perkara yang sama, saya berharap kejadian bencana ini ada hikmahnya untuk kita ambil iktibar. Saya berharap pihak Jabatan Alam Sekitar tingkatkanlah penguatkuasaan, jaga sungai-sungai itu supaya jangan tercemar lagi. Undang-undang perlu disemak dan kalau perlu dipinda, haruslah dipinda. Hukuman yang lebih setimpal patut dikenakan. Dalam perkara ini, saya ingin mencadangkan supaya Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkenaan alam sekitar eloklah ditubuhkan.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang berlaku di Pasir Gudang itu menunjukkan pembangunan yang tidak seimbang iaitu bagaimana sistem capitalism yang tamak dan

final • 6:26 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

haloba telah merosakkan alam sekitar hanya kerana mengejar keuntungan yang tidak memikirkan tentang nasib bencana kepada rakyat.

final • 6:26 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan isu pencemaran itu isu yang kedua ialah kemusnahan alam sekitar, ini berkaitan. Kemusnahan alam sekitar di negara kita ini. Bukan di Pasir Gudang sahaja tetapi meluas ke seluruh negara kita. Pertama, sungai yang menjadi sumber air minuman kepada rakyat kita dan juga hidupan laut telah banyak yang tercemar dan rosak. Seperti yang kita tahu bukan Sungai Kim Kim sahaja, malah banyak sungai di negara kita yang keadaannya sama.

Kedua, hutan bakau, hutan pokok bakau. Setengah itu mempunyai status Ramsar.

Ada di sesetengah tempat hutan-hutan bakau ini telah musnah ditebang dijadikan padang- padang golf, resort dan ini adalah contoh kemusnahan alam sekitar. Negara kita kaya dengan mineral, ada kawasan umpamanya kaya dengan mineral bauksit dan ini satu anugerah. Saya berharap supaya perlombongan bauksit yang boleh memberi pendapatan kepada rakyat dan negara ini supaya diurus dengan baik mengikut SOP yang menjaga kelestarian alam sekitar.

Perkara yang lain juga saya lihat bahawa dalam kemusnahan alam sekitar ini ada pulau-pulau buatan manusia bukan sahaja satu malah banyak yang saiz begitu besar dibina di atasnya ialah hartanah yang tinggi-tinggi dan pulau-pulau seperti ini dengan menambak pasir di tengah laut ini satu kemusnahan alam sekitar. Jadi saya mintalah supaya jangan sangat mengejar tentang keuntungan tetapi rosak negara kita ini.

Begitu juga industri-industri seperti yang berlaku di kilang Lynas di Kuantan itu yang bahaya radioaktif perlulah ditangani dengan baik supaya rakyat tidak menjadi mangsa.

Hutan-hutan di negara kita yang berlaku pembalakan ini haruslah dijaga supaya masyarakat Orang Asli tidak menjadi mangsa di mana kawasan-kawasan telah dimusnahkan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya menyokong usul menjunjung kasih Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Gudang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Segamat.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Santhara - Segamat

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Pasir Gudang atas keprihatinan ke atas pihak pencemaran dan juga dengan menyelesaikan masalah telah memartabatkan konsep bangsa Johor itu sendiri. Syabas!

Saya difahamkan hanya diberikan tujuh minit maka susah untuk saya berdebat secara mendalam. Pertamanya saya hendak mula ialah mengenai “kementerian agama” di mana di Segamat saya mendapati bahawa kita ada dua buah masjid di mana saya telah berjumpa dengan Yang Berhormat Menteri iaitu Masjid Makam Lubok Batu yang merupakan satu masjid yang baru tetapi telah diberhentikan, tidak diberikan peruntukan. Mereka memerlukan RM5 juta dan saya difahamkan kalau tidak ada peruntukan pada tahun ini ,diharapkan kementerian akan uruskan pada tahun hadapan agar ianya dimulakan.

Akan tetapi yang lebih mendesak ialah Masjid Kampung Sepinang di mana kita memerlukan hampir RM2 juta memandangkan Menteri Besar Johor dengan keprihatinan telah bersetuju memberikan RM500,000 maka kita memerlukan RM1.52 juta. Saya telah pun berjumpa dengan Menteri Agama dan beliau bersetuju untuk memastikan yang masjid ini yang telah tertangguh selama dua tahun ini untuk disiapkan.

Saya berharap benar dan ini adalah rayuan saya sebagai Ahli Parlimen walaupun non-Muslim MP tetapi saya mewakili semua rakyat...

[Tepuk] Saya meminta jasa baik kementerian agar tolong beri kelulusan serta-merta kepada Kampung Masjid Sepinang agar kalau boleh setidak-tidaknya tahun depan jemaah, warga kampung bolehlah bersembahyang untuk waktu hari raya dan juga sebagainya di sana.

final • 6:33 PM

Dato’ Seri Dr. Santhara - Segamat

Seterusnya, saya ingin juga membawa kekecewaan sedikit kepada pihak ICU kerana saya difahamkan di bawah PMR atau Projek Mesra Rakyat mula-mula dikatakan Ahli Parlimen boleh meluluskan kewangan untuk masjid-masjid dan juga sebagainya. Saya telah pun meluluskan dan baru hari ini saya dapat tahu daripada panggilan, mereka katakan sudah tidak boleh untuk diberikan kepada masjid-masjid tetapi hanya boleh digunakan dewan- dewan.

Saya rasa ini merupakan satu perkara yang harus dikaji kembali kerana kita mendapati contohnya di kawasan Segamat, saya mempunyai 26 buah kampung dan kita mempunyai banyak masjid-masjid dan juga surau yang perlukan peruntukan serta-merta.

Oleh kerana itulah saya menjadikan ianya sebagai tajuk pertama dalam isu pendapat saya.

Saya mohon kepada pihak ICU untuk rujuk kepada ini.

Seterusnya kepada Kementerian Belia dan Sukan, saya pernah banyak kali bertanya mengenai kejohanan catur, permainan catur dan juga sebagainya. Saya benar- benar harap bahawa Malaysia boleh mengeluarkan seorang grand master kerana kalau kita ada grand master di Indonesia, kita ada grand master di India dan juga juara catur di India dan kini ada grand master di China, Melayu, Cina, India tetapi di Malaysia ini kita tidak adapun grand master walaupun telah sekian lama. Saya berharap Kementerian Belia dan Sukan akan memberikan satu peruntukan dan juga mengadakan satu sistem sistematik program catur di sekolah agar anak-anak bolehlah berjaya dalam ini.

Pada masa yang sama, saya juga merayu kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk mengkaji kembali Malaysian Chess Federation, kewangannya dan sebagainya agar dikendalikan sebagai profesional. Malah dahulunya saya sendiri pernah memberikan peruntukan peribadi sebanyak RM50,000 kepadanya tetapi saya mendapati duit yang saya beri itu tidak digunakan untuk tujuan yang diberikan. Saya berharap ramai juga yang melakukan perkara-perkara sebegini, saya mohon MCF akaunnya diaudit kembali dan kita harap kementerian boleh menjawab.

Kepada Kementerian Kerja Raya, saya mohon jasa baik Yang Berhormat Menteri, pertama sekali saya ucapkan terima kasih atas kelulusan yang telah diberikan kepada persimpangan KSM yang telah pun beroperasi sebelum Krismas yang lepas tetapi pada masa yang sama kita mempunyai satu lagi persimpangan di Taman Astaka Jaya di mana di sana banyak berlaku kemalangan dan juga sebagainya. Anak-anak dan ibu bapa yang bawa balik anak ke sekolah dan juga sebagainya ditimpa kemalangan.

Saya mohon kepada Menteri Kerja Raya hanya luluskan RM1 juta ini dapatlah dengan ini persimpangan tersebut disiapkan dan ianya merupakan satu yang paling berbahaya. Setiap minggu ada sahaja kemalangan melibatkan kemalangan nyawa dan juga sebagainya. Saya ingin mengatakan kepada pihak kementerian, seandainya ada kuasa di tangan anda dan ianya tidak dibuat, maka bila berlaku kemalangan ada meninggal maka darah adalah di tangan anda juga dan juga di tangan saya, kerana kita gagal menjalankan tanggungjawab.

Satu lagi isu yang saya ingin bawa adalah yang melibatkan mengenai scammer.

Scammer mengenai e-dagang ataupun di mana kita mendapati banyak site di e-dagang yang memasarkan barangan dengan harga yang murah, contohnya G Pro RM100 dan RM200 dan dikatakan cash on delivery. Ini bermaksud ramai orang kampung juga tertipu di mana mereka tidak dapat beli barang mahal maka mereka beli melalui online tetapi apabila barangnya sampai, apabila vendornya sampai dia kata barang sudah sampai tetapi sepatutnya cash on delivery tetapi dia minta duit itu dahulu, diberikan duitnya daripada tangan, kalau kita buka bungkusan itu kita mendapati barangan yang dihantar bukanlah barangan yang kita order ataupun yang kita pilih.

Kita mendapati bahawa tiada borang kastam dan sebagainya. Saya juga difahamkan bahawa syarikat penghantaran courier ini bekerja secara komisen. Contohnya saya mendapati, saya telah mendapat kajian website ini dia advertise hampir RM1,000 sehari dan saya mendapati dalam sebulan dia boleh mendapat sehingga RM100,000 hingga RM200,000 jualan dan ianya merupakan satu scam dan kita mendapati syarikat penghantaran ini juga mendapat komisen.

Saya telah pun tanya di Kamar Khas tetapi saya difahamkan pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia kata ianya juga adalah tugas Kementerian Dalam Negeri dan juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Saya harap ketiga- tiga kementerian ini dapat duduk bersama dan menyelesaikan masalah ini kerana tiap-tiap hari warga kampung hampir RM100 ke RM200 ditipu malah saya telah pun berjenaka kalau

final • 6:33 PM

Dato’ Seri Dr. Santhara - Segamat

ianya tidak diberhentikan, maka saya ingat ini merupakan satu perniagaan yang bagus.

Semua Ahli-ahli Parlimen boleh buat perniagaan ini.

Saya mintalah jangan lah, carilah penyelesaian dan syarikat DHL saya harap menjadi lebih bertanggungjawab sosial kerana bila mereka tahu syarikat yang sama, barangan yang sama ditipu tetapi mereka masih meneruskan walaupun laporan polis telah dibuat. Saya telah mencuba dan saya sendiri telah membeli dan saya pun telah membuat laporan tetapi mereka masih teruskan juga.

Seterusnya kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, saya ucapkan tahniah kepada Menteri kerana beliau juga telah menjawab soalan saya yang melibatkan Projek Perumahan Rakyat khususnya Segamat walaupun belum ada, tetapi Menteri kata Menteri akan kaji dan juga sebagainya.

final • 6:33 PM

Dato’ Seri Dr. Santhara - Segamat

Kepada Yang Berhormat Menteri, di Segamat ini kalau mengikut kajian daripada saya alasannya hampir dekat 1 ribu hingga 2 ribu buah rumah diperlukan dalam masa lima tahun kerana kita mendapati ramai orang-orang kampung khususnya orang Melayu pun menyewa daripada masyarakat ataupun warga Singapura yang memiliki tanah.

Satu lagi ialah saya hendak mencadangkan juga dengan menggulung pada hari ini di mana kita mendapati kos kenaikan rumah dan juga sebagainya ia tidak dapat dibendung.

Akan tetapi kita perlu belajar daripada luar negara khususnya daripada negara-negara dari Australia dan juga sebagainya. Apabila ada rumah contohnya rumah-rumah yang kurang daripada RM500 ribu dan mereka memiliki empat atau lima rumah dan rumah itu digunakan sebagai pelaburan, maka cukai yang tinggi dikenakan terhadap pelaburan dan sebagainya.

Maksudnya orang tidak akan membeli rumah, tamak dan hendak menyewa. Maka mereka membeli satu atau dua. Dengan itu dapatlah kita membendung kos kenaikan rumah secara mendadak ataupun tanah mendadak.

Akhirnya saya ingin juga mencadangkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga kementerian lain yang berkaitan di mana kos yang digunakan untuk peguam dan juga sebagainya. Kalau rumah itu kurang daripada RM300 ribu adalah rumah-rumah untuk rakyat dan rumah rakyat ini kalau kita mendapati mereka terpaksa berjumpa dengan peguam. Akan tetapi kalau di luar negara, dokumen peguam itu adalah tiga muka surat, dokumen yang sama sahaja yang telah dipersetujui law society, maka orang tidak perlukan peguam. Dia boleh isi, berapa harga, berapa lama dia bayar dan sebagainya.

Kalau di Malaysia, kalau kita dapat berbuat demikian, ramai orang yang kurang berpendapatan atau B40 ini tidak perlulah bayar sampai RM3,000 atau RM 2,000 atau RM4,000 sebagai yuran guaman. Akan tetapi kita boleh menggunakan dengan warga kita ataupun dengan peguam-peguam muda kita. Kita boleh bantu melalui Peguam Negara, di mana kita boleh laksanakan ini. Maka, kita dapat membantu mereka yang berpendapatan rendah.

Dengan itu walaupun saya hanya diberikan tujuh minit, saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Walaupun saya telah ambil satu minit terlebih, tetapi sekali lagi saya berharap kementerian-kementerian yang saya sebutkan tadi akan mengambil iktibar untuk menyelesaikan masalah rakyat. Ini kerana kita tidak boleh menyalahkan kerajaan terdahulu tetapi kita harus juga bergerak ke hadapan.

Kita tidak boleh melihat cermin belakang sahaja. Kalau kita hanya membawa kereta melihat cermin belakang, maka kita memandu ke arah belakang. Ada skalanya, maka 90 peratus kita harap cermin hadapan, maka kita dapat bergerak ke hadapan. Marilah kita mencari iktibar janganlah kita asyik mengatakan bahawa kita tidak boleh membuat kerana masalah-masalah. Biar kita mencari penyelesaian dan inilah cabaran-cabaran saya berikan kepada Yang Berhormat Menteri-menteri. Sekian, terima kasih. Saya sokong Titah Diraja.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Ranau.

final • 6:40 PM

Tuan Jonathan bin Yasin - Ranau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana diberikan ruang sekali lagi untuk berbahas dalam Dewan yang mulia ini.

Pertama-tama sebenarnya saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas Titah Diraja Baginda sebelum persidangan bermula pada kali yang kedua, Parlimen Keempat

final • 6:42 PM

Tuan Jonathan bin Yasin - Ranau

Belas ini. Ini kerana Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memberi perhatian yang khusus dalam Titah Baginda terhadap nasib rakyat Sabah dan Sarawak. Khususnya di perenggan sembilan, Titah Baginda telah menekankan hal berkaitan dengan pembangunan wilayah yang lebih seimbang dan inklusif dan mengurangkan jurang pembangunan di negara ini.

Namun, sebelum saya teruskan poin-poin yang seterusnya, saya ingin menekankan satu perkara. Tahniah kepada Kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, kerana kita telah membuktikan bahawa apa keputusan yang telah dibuat oleh pimpinan Barisan Nasional pada masa yang lalu, pada 2015 mengatakan bahawa mesti GST dilaksanakan untuk pembangunan negara.

Kita telah membuktikan bahawa Pakatan Harapan boleh hidup sampai setahun walau tanpa GST dilaksanakan.

final • 6:42 PM

[Dewan tepuk]

Tuan Jonathan bin Yasin - Ranau

Ini kita sudah buktikan bahawa kita di landasan yang benar. Apa yang kita perlukan adalah pemimpin yang baik, pemimpin yang amanah, pemimpin yang jujur untuk memerintah negara. Biarkan mereka yang masih lagi menganggap bahawa tidak ada kehilangan wang 1MDB, biarkan mereka bermimpi tetapi kita sebagai Kerajaan Pakatan Harapan, kita laksanakan yang terbaik untuk rakyat, untuk Malaysia, untuk negara ini.

final • 6:42 PM

[Dewan riuh]

Seorang Ahli

Hidup Pakatan!

final • 6:42 PM

[Dewan tepuk]

Tuan Jonathan bin Yasin - Ranau

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

final • 6:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Tuan-tuan dan puan- puan. Yang Berhormat-Yang Berhormat.

final • 6:42 PM

Tuan Jonathan bin Yasin - Ranau

Saya amat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Kerajaan Pakatan Harapan kerana telah membuat keputusan supaya Perkara 1(2) di dalam Perlembagaan negara dipinda supaya merefleksikan kepada pembentukan Malaysia ini sebagai mana ia telah dibentuk pada tahun 1963. Ini adalah hal yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Sabah. Ini adalah hal yang dinanti-nantikan bukan sahaja Sabah, tetapi Sarawak dan bagi rakan-rakan kami di Semenanjung yang bersimpati terhadap nasib Sabah dan juga Sarawak.

Oleh sebab itu, kita sama-sama berharap pada 9 hari bulan ini, usul akan dibentang di dalam Dewan yang mulia ini supaya status itu dikembalikan. Ingin saya memetik kata-kata Tuanku Abdul Rahman pada 2 Oktober 1962. Almarhum Tuanku Abdul Rahman berkata; “Masa imperialisme telah berlalu, Malaya tidak ada hasrat atau tujuan untuk mengekalkan atau mengembalikannya. Apabila Wilayah Borneo menjadi sebahagian daripada Malaysia, ia berakhir sebagai jajahan. Mereka akan menjadi rakan kongsi sama rata tidak kurang, tidak lebih”.

final • 6:42 PM

[Dewan tepuk]

Tuan Jonathan bin Yasin - Ranau

Oleh sebab itu kita berharap bahawa pindaan Perkara 1(2) nanti akan mencerminkan apakah roh Perlembagaan yang telah dipersetujui pada tahun 1963.

Perkara kedua yang ingin saya tekankan ialah berkaitan dengan Titah Baginda.

Bagaimana pembangunan wilayah yang lebih seimbang dan inklusif serta mengurangkan jurang pembangunan antara Sabah dan Sarawak.

Pertama, kita kembali kepada pembentukan Malaysia ini. Malaya 53 kerusi, Singapura 15 kerusi, Sabah 16 kerusi, Sarawak 20 kerusi. Ini adalah tujuannya untuk menyeimbangkan kedudukan kerusi MP di dalam negara ini. Malaya 53 kerusi, 51 percent.

Sabah, Sarawak dan Singapura 49 percent diwakili 51 MP. Jumlah total 104.

Pada tahun 1965 ketika Singapura keluar, kerusi Singapura dibahagi dua dan Sabah dan Sarawak dan Semenanjung. Sepatutnya kerusi Singapura itu diserahkan sepenuhnya kepada Sabah dan Sarawak supaya tidak ada satu daripada kalangan rakan kongsi itu punya kuasa dominasi Parlimen di dalam sidang ini. Oleh sebab itu tujuannya ialah untuk mengimbangi kuasa antara entiti di dalam negara ini. Jika bukan kerana jaminan ini, pembentukan negara ini pada masa yang lalu, tidak mungkin Sabah dan Sarawak akan menyertai di dalam pembentukan Malaysia.

Kita berharap dengan kerusi yang ada pada masa sekarang 222, 166 kerusi Semenanjung dan 56 Sabah dan Sarawak, supaya tolonglah kembalikan. Kalau Semenanjung ada 166, bagilah Sabah dan Sarawak ini tambahan kepada 165 supaya mencerminkan kepada pembentukan spirit kepada Perlembagaan iaitu 51 peratus dan 49

final • 6:42 PM

Tuan Jonathan bin Yasin - Ranau

peratus di antara negara entiti yang membentuk negara ini. Kami mohon sungguh-sungguh sebab kami pun kadang-kadang sunyi di Dewan Parlimen ini. Adik abang, Sabah, Sarawak, Semenanjung bukan membenci, tetapi, saling mengasihi. Kalau kami ini kurang, tambah- tambahkan di dalam Dewan ini, apa salahnya.

final • 6:42 PM

Seorang Ahli

Setuju.

final • 6:42 PM

Tuan Jonathan bin Yasin - Ranau

Supaya roh Perlembagaan itu, roh pembentukan Malaysia itu benar-benar terserlah di dalam Parlimen ini. Saya ada satu dua minit lagi, saya akan usahakan. Baru-baru ini tentang hasil minyak Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Shafie bin Haji Apdal merasa tidak berpuas hati dengan peruntukan yang diberikan kepada negeri Sabah. Kenapa tidak berpuas hati? Tentu ada sebabnya.

Saya nyatakan salah satunya secara pendek. Hasil daripada minyak dan gas negeri Sabah, jumlahnya lebih kurang RM25 bilion dalam setahun. Bahkan Sabah dan Sarawak memberikan minyak dan juga gas 71 persen untuk negara ini daripada Sabah dan Sarawak dan daripada minyak 68 persen. Hasil kita RM25 bilion, lebih daripada RM 25 bilion setahun, dikembalikan untuk Sabah tahun lalu baru RM1.6 bilion untuk Sabah. Betapa kecil dan betapa sedihnya kita dengan peruntukan yang begitu kecil. Oleh sebab itu, kita mintalah, buat-buat baiklah. Jadikanlah adik Sabah dan Sarawak ini sebagai rakan kongsi yang sebenar- benarnya di dalam negara ini. Tunjukkanlah itu melalui perbuatan, bukan hanya retorik semasa memancing, semasa pilihan raya.

final • 6:42 PM

Seorang Ahli

Betul!

final • 6:42 PM

Tuan Jonathan bin Yasin - Ranau

Kita berharap bahawa itu akan direfleksikan pada masa akan datang. Sedikit sahaja lagi Tuan Yang di-Pertua. Tolong, bagi saya.

final • 6:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Silakan, silakan.

final • 6:42 PM

Tuan Jonathan bin Yasin - Ranau

Isu penyeragaman harga barang di bawah KPDNKK. Terdapat kata-kata daripada luar sana yang kadang-kadang menyindir atau betul atau tidak, kita pun tidak tahu. Hasratnya untuk menyeragamkan harga barangan antara Borneo, antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung ini satu niat yang murni. Namun kita dapati ada laporan-laporan yang mengatakan bahawa di point of sales ini, tidak menjual dengan harga yang seimbang, sama dengan Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Ada di kalangan mereka yang menjual harga mahal. Kita minta supaya KPDNKK benar-benar menjalankan tugas. Ada pula sindiran-sindiran yang mengatakan bahawa tiada pun barangan yang dihantar ke luar bandar atau ke point of sales. Akan tetapi claim syarikat- syarikat transporter tetap dibuat, pos pula khabarnya dibayar dan tidak perlu menjual barang terkawal tersebut. KPDNKK kena pastikan POS benar-benar menjual pada harga yang sepatutnya.

Satu lagi, minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan isu antarabangsa.

Sabah daripada dahulu sampai sekarang tidak selesai masalah tuntutan Kerajaan Filipina terhadap Sabah bertaraf Sabah ini. Kita mendesak Kerajaan Malaysia mengambil satu pendirian yang tegas supaya isu tuntutan ini diselesaikan dengan segera. Sudah lebih 30 tahun, 40 tahun, 50 tahun isu ini berlanjutan dan tidak ada penyelesaian sehingga menjadikan Sabah ini tidak ada tempat bagi mereka yang melarikan diri kepada negeri Sabah untuk boleh didaftarkan sebagai rakyat negara Filipina. Tidak adil kepada Sabah. Setiap kali lambakan PTI, Sabah harus absorb kepada semua PTI ini. Oleh sebab itu, kita minta supaya Kerajaan Filipina, kita desak mereka supaya menubuhkan mereka punya kedutaan di Kota Kinabalu, Sabah supaya rakyat mereka sendiri boleh mendaftarkan rakyat mereka supaya masalah PTI di negeri Sabah dapat diselesaikan dengan segera.

Sekian sahaja Tuan Yang di-Pertua. Mohon menyokong Titah Diraja.

final • 6:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Ranau dengan penuh semangat. Ahli-ahli Yang Berhormat, telah tamat perbahasan. Seramai 128 pembahas telah membuat perbahasan ini. Ahli Yang Berhormat, ada usul.

final • 6:42 PM
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan - Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh

Saya sokong.

final • 6:52 PM

Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Puncak Borneo menyokong.

final • 6:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 6:52 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 26 Mac 2019.

final • 6:52 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.53 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026