Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****]
1. Dato' Seri Dr. Santhara [Segamat] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan sejauh manakah Dasar Komuniti Negara yang baru dilancarkan dapat menyelesaikan masalah komuniti setempat khususnya di kalangan B40.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Bismillahir Rahmanir Rahim, alhamdulillah. Tuan Yang di-Pertua, mungkin kita boleh bertafakur sebentar untuk mendoakan rakyat Malaysia yang terkini yang telah menjadi mangsa di Christchurch. Boleh kita minta Dewan untuk sedekahkan al-Fatihah kepada arwah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Al-Fatihah selama satu minit. Sila, saya benarkan.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Minta berdiri semua. [Ahli- ahli beragama Islam membaca surah al-Fatihah] [Ahli-ahli bukan beragama Islam bertafakur seketika]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Silakan duduk.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Alhamdulillah, terima kasih Yang Berhormat Segamat kerana membawa soalan mengenai Dasar Komuniti Negara. KPKT telah menerajui satu dasar baharu yang tidak terdapat lagi di dunia iaitu Dasar Komuniti Negara. Dasar Komuniti Negara ini tercetus hasil daripada kepekaan KPKT dalam masalah perumahan, terutamanya di kalangan golongan B40. Merealisasikan atau menyedari bahawa, kita mendapati bahawa golongan B40 ini, kedudukan perumahan mereka adalah dalam keadaan yang sangat kurang selesa.
Jadi, tidak lengkap sekiranya KPKT menyediakan Dasar Perumahan Mampu Milik Negara yang baharu yang mana kita telah menggariskan bahawa rumah-rumah untuk golongan B40 ini mestilah besar 900 kaki persegi dengan cukup kemudahan dan sebagainya. Tidak cukup kalau setakat kita memberikan satu pembangunan fizikal tanpa ada usaha untuk memastikan bahawa komuniti B40 ini mampu mendayakan diri mereka, mampu mendayakan komuniti mereka, mampu untuk menjaga harta benda mereka, mampu untuk menjaga keselamatan mereka, mampu untuk menjaga keselesaan mereka dan mampu untuk menguruskan kewangan mereka.
Jadi, kita bukan hanya bertumpu kepada pembangunan fizikal tetapi juga pembangunan komuniti agar ia menjadi mampan, sustainable community. Dengan adanya Dasar Komuniti Negara, kita akan menggariskan beberapa program di bawah lapan kluster iaitu:
(i) kluster infrastruktur dan penyelenggaraan;
(ii) kebersihan alam sekitar dan kesihatan;
(iii) keselamatan;
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
(iv) pendidikan dan kemahiran;
(v) keprihatinan terhadap kanak-kanak, warga emas, orang kurang upaya, wanita, ibu tunggal dan lain-lain;
(vi) keusahawanan dan perniagaan sosial;
(vii) perkhidmatan sosial; dan
(viii) sukan dan rekreasi.
Setakat ini, KPKT telah, untuk menjayakan program ini, KPKT telah membentuk Sekretariat Muafakat Komuniti di kawasan PPR yang telah kita buat program rintis di Lembah Subang Kedua yang mana telah menghasilkan 40 program. Ramai penduduk di situ telah sama-sama ke hadapan untuk menggiatkan aktiviti di dalam Sekretariat Muafakat Komuniti ini.
Sekretariat Muafakat Komuniti juga menjadi penyelaras kepada agensi-agensi kerajaan yang lain untuk bersama-sama menyampaikan, memberikan penerangan polisi dan buat aktiviti di kalangan B40. Dengan ini juga kita dapat beberapa agensi lain seperti universiti juga mengambil bahagian dan juga pihak-pihak swasta juga kita galakkan untuk mengambil bahagian.
Ini kerana ketika ini kita lihat banyak pihak swasta yang telah membantu memberikan sumbangan mungkin makanan, mungkin library dan sebagainya tetapi tidak diselaraskan dengan lengkap. Jadi, oleh sebab itu dengan adanya Sekretariat Muafakat Komuniti ini, maka penyelarasan itu akan dapat diadakan dan memudahkan untuk kita melaksanakan aktiviti di kawasan PPR ini terutamanya. Terima kasih.
Dato' Seri Dr. Santhara - Segamat
Jawapan Yang Berhormat Menteri tadi menyebut tentang penyelenggaraan PPR. Adakah sistem pengurusan PPR yang baharu itu akan dinikmati oleh semua PPR di Malaysia, khususnya di Daerah Segamat dan juga di Parlimen Segamat?
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Insya-Allah Yang Berhormat Segamat. Ini kerana Dasar Komuniti Negara ini, kita akan menumpukan kepada rumah-rumah yang dikendalikan oleh KPKT dahulu.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Jadi, peringkat pertama yang selepas program rintis di Lembah Subang 2, tahun ini kita akan melaksanakan lagi 20 kawasan PPR. Malangnya Segamat adalah tidak ada dalam senarai ini memandangkan mungkin Yang Berhormat Segamat tidak ada program rumah PPR yang dibawa KPKT. Namun demikian, biar saya teliti sama ada Segamat, kita boleh meninjau whether kita boleh melaksanakannya di Segamat.
Akan tetapi untuk yang lain, Dasar Komuniti Negara ini insya-Allah akan dilaksanakan di Kuala Lumpur – PPR Sentul Murni dan PPR Jalan Cochrane; Perlis – PPR Mukim Sena; Kedah – PPR Kuah; Langkawi – PPR Aman Jaya; Pulau Pinang – Jalan Tambi; Perak – Batu Dua Setengah, Taiping; Selangor – Lembah Subang 2; Negeri Sembilan – PPR Senawang; Johor – Sri Stulang, PPR Sungai Melana Fasa 1 dan Fasa 2; Sabah – PPR 4 Sandakan, PPR Telipok, Kota Kinabalu; Terengganu PPR Padang Hiliran; Kelantan – PPR Gua Musang dan Kota Bharu; Melaka – PPR Batu Berendam; Sarawak – PPR Kemenah; dan Pahang – Kuala Pahang, Pekan dan PPR Kampung Hijrah, Kuantan.
Jadi, insya-Allah kita akan laksanakan program-program Dasar Komuniti Negara ataupun membentuk Sekretariat Muafakat Komuniti di kawasan-kawasan ini. Pada masa yang sama, dasar ini telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 17 Februari dan di peringkat negeri juga kita galakkan untuk mengadakan satu pelancaran Dasar Komuniti Negara, di peringkat PBT juga kita galakkan mereka untuk melaksanakan pelancaran ini.
Ahli-ahli Majlis juga sebagai lantikan politik di peringkat kerajaan tempatan juga, kita mengadakan taklimat kepada mereka agar mereka boleh turun untuk memberikan taklimat kepada persatuan-persatuan penduduk, pada penghuni-penghuni yang lain agar mereka faham tentang konsep Dasar Komuniti Negara adalah untuk membangunkan komuniti walaupun tertumpu kepada B40. Ini kerana kami percaya, KPKT percaya sekiranya kita mampu untuk mengangkat kualiti hidup dan mutu hidup B40 ini, ia sudah tentu akan membawa gelombang perubahan kepada seluruh negara dan mengangkat martabat rakyat Malaysia
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin
bahawa rakyat Malaysia kualiti hidupnya daripada bawah hingga ke atas untuk persediaan kita untuk menjadi negara maju pada tahun 2020.
Jadi, saya amat berharap kerana saya akan teliti balik untuk Yang Berhormat Segamat, sama ada kemungkinan untuk kita mengendalikan program ini di Segamat. Namun demikian, kita boleh laksanakan di peringkat-peringkat yang lain ya Yang Berhormat Segamat.
Terima kasih.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada pihak kementerian yang telah melaksanakan program dasar yang begini baik. Kita harap program ini akan memberikan kesan yang sangat besar untuk keseluruhan negara kita. Saya ingin tahu apakah program yang dibuat terutama dalam menangani isu gejala sosial terutama di kawasan PPR ini dan apakah program ini juga akan diperuntukkan dana kepada PBT supaya program ini dapat disalurkan di semua peringkat negeri dan di peringkat daerah. Terima kasih.
Puan Zuraida binti Kamaruddin
Dalam program-program yang telah kita laksanakan dalam program rintis seperti yang saya sebut ada 40 program yang telah kita laksanakan. Program sosial termasuk AADK pun juga termasuk dalam sebagai satu daripada rakan strategik dengan program ini dengan KPKT dan mereka sudah tentu melaksanakan program-program yang akan dapat memberikan kesedaran dan juga pengetahuan kepada anak-anak yang tinggal di flats atau PPR ini. Ini kerana golongan ini yang mudah terdedah kepada gejala-gejala sosial.
Di samping itu juga, KPKT dalam Dasar Perumahan Mampu Milik Negara, kita pastikan bahawa perumahan rumah PPR ini lengkap dengan facilities dengan kemudahan- kemudahan dewan, padang, parkir dan sebagainya untuk memastikan bahawa anak-anak yang tinggal dalam PPR B40 ini, mereka dapat meluangkan masa beriadah dalam kawasan itu sendiri dan mudah untuk dipantau. Kita juga ada pasukan-pasukan gotong-royong yang mana terdiri daripada ibu bapa yang mana kita akan dapat engagement atau berinteraksi dengan mereka.
Banyak lagi program-program di bawah sosial juga selain daripada kita faham tentang masalah sosial di kalangan penduduk PPR ini. Selain daripada AADK, kita juga ada program seperti kita bersuai kenal dengan penduduk, hendak pastikan bahawa mendapatkan maklumat data dan tentang anak-anak mereka dan sebagainya. Jadi, mudah untuk kita kenal pasti anak- anak ini untuk kita mengadakan program penerangan, penjelasan dan sebagainya.
Aktiviti-aktiviti sukan juga akan membantu anak-anak ini untuk meluangkan masa mereka agar lebih meluangkan masa dengan lebih manfaat, tidak lah membuang masa yang tidak tentu.
Jadi, insya-Allah selain daripada itu, program-program pembelajaran dan pengetahuan, rohani juga ada kita masukkan dalam program-program yang telah kita laksanakan di Subang 2 dan insya-Allah akan kita perluaskan di kawasan-kawasan yang lain.
Terima kasih. Sukan juga kita laksanakan.
2. Dato' Seri Mahdzir bin Khalid [Padang Terap] minta Menteri Pendidikan menyatakan sejauh manakah perlaksanaan Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP) berupaya untuk menerapkan nilai pendidikan yang komprehensif secara "hands on" kepada pelajar menerusi penekanan aspek Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) di samping memperkasakan "Pedagogical Technological Content Knowledge" di kalangan guru.
Menteri Pendidikan - Dr. Maszlee bin Malik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap kerana bertanyakan soalan yang begitu menarik dan teknikal. Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP) di tangan saya ini diperkenalkan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas ataupun IPGKIK sebagai antara inovasi yang dirancang berdasarkan analisis keperluan bagi membudayakan pembelajaran abad ke-21 dan penerapan nilai.
Sehingga kini, lebih 260 buah sekolah telah mengamalkan dan melaksanakan Modul 10 Minit Perhimpunan ini. Pihak KPM tidak pernah mewajibkan mana-mana sekolah untuk melaksanakan modul ini. Namun, pengetua dan guru besar digalakkan untuk menggunakan kreativiti mengikut konteks sekolah dalam melaksanakan aktiviti di sekolah masing-masing.
Modul ini adalah merupakan himpunan aktiviti yang bersifat unpacked curriculum yang komprehensif dan berstruktur. Modul 10 minit ini juga dilaksanakan semasa perhimpunan
Menteri Pendidikan - Dr. Maszlee bin Malik
selama 10 minit sahaja, menggunakan peruntukan waktu perhimpunan sebenar tanpa mengabaikan tatacara perhimpunan yang sedia ada yang dilaksanakan selama 30 minit. Jadi, 10 minit daripada keseluruhan itu dan bukanlah perhimpunan itu hanya 10 minit semata-mata.
Aktiviti-aktiviti lain dalam perhimpunan masih diteruskan. Biasanya amanat guru besar, perkembangan semasa dan lain-lain lagi. Pihak sekolah digalakkan menggunakan manual ini dalam perhimpunan kecil seperti aktiviti kokurikulum juga selain daripada perhimpunan biasa. Hasil tinjauan terhadap keberkesanan pelaksanaan modul ini kepada kemenjadian murid pada tahun 2018 ke atas pentadbir sekolah dan guru-guru seramai 267 orang, program ini menyumbang kepada penguasaan kemahiran insaniah murid dari beberapa aspek seperti berikut:
(i) kepimpinan;
(ii) komunikasi;
(iii) pemikiran inovatif dan kreatif;
(iv) kemahiran dwi-bahasa kerana ia dilaksanakan diselang-selikan, bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris;
(v) pembangunan karakter murid khasnya atribut diri; dan
(vi) nilai dan etika.
Ini adalah kerana selama 10 minit, acara perhimpunan ini dilaksanakan sepenuhnya oleh anak-anak murid dan bukan oleh guru. Jadi, anak-anak murid ini berkreativiti di dalam melaksanakan 10 minit tersebut. Selain daripada manual ini, KPM juga sedang menyediakan Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni yang berfokus kepada tanggungjawab, kebahagiaan, kasih sayang dan hormat-menghormati.
Penerapan nilai yang terdapat dalam manual yang akan kita perkenalkan ini disesuaikan dengan kepelbagaian etnik di Malaysia ke arah pembentukan warganegara yang baik dan memperkukuhkan perpaduan nasional. Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
Dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ini, Higher Order Thinking Skill ini dan Pembelajaran Abad Ke-21, salah satu yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri adalah berkaitan dengan amalan nilai-nilai murni dan juga pembelajaran sivik yang saya kira bahawa di negara kita ini sangat penting amalan nilai- nilai murni dan sivik.
Jadi, pada pandangan Yang Berhormat Menteri apakah dengan jumlah waktu aktiviti kita yang ada di sekolah itu termasuklah juga perhimpunan 10 minit itu mampu untuk mempertingkatkan amalan nilai-nilai murni dan juga sivik di dalam sekolah dan juga masyarakat. Terima kasih.
Dr. Maszlee bin Malik
Tuan Yang di-Pertua, seperti mana telah disebutkan sebelum ini bahawa amalan 10 minit ini adalah sebahagian daripada usaha kita untuk menerapkan nilai.
Di samping itu, kita juga akan memperkenalkan manual nilai-nilai murni yang akan dibacakan di setiap perhimpunan sekolah dan diikuti dengan aktiviti untuk mengamalkan dan juga mengaplikasikan segala nilai-nilai yang di belajar sewaktu dua minggu ataupun seminggu tersebut yang mana diterjemahkan kepada aktiviti kokurikulum dan juga ekstra kurikulum.
Di samping itu, kementerian juga dalam usaha untuk memperkenalkan semula pendidikan sivik ke sekolah, yang mana ia bukan sekadar dalam bentuk subjek semata-mata tetapi juga dimasukkan di dalam segala subjek-subjek yang sedia ada dan juga digabungjalinkan dengan segala aktiviti kokurikulum dan juga ekstra kurikulum. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri, apakah langkah kementerian untuk mengadakan kurikulum khusus pelajar 16, 17 tahun untuk mereka menghadapi masa depan dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Sekian, terima kasih.
Dr. Maszlee bin Malik
Tuan Yang di-Pertua, dahsyat. Yang Berhormat Kapar, seperti mana yang kita maklum, kita memulakan pendidikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi sedari awal Darjah 1 sehinggalah Tingkatan 5. Maksudnya kita tidak hanya menumpukan kepada mereka yang pada Tingkatan 4 dan 5 semata-mata tetapi ia akan berterusan kesinambungannya daripada sekolah rendah sehinggalah ke Tingkatan 5.
Dr. Maszlee bin Malik
Ini yang cuba kita terapkan, bukan hanya merentasi kurikulum malah juga dalam aktiviti kokurikulum dan ekstra kurikulum. Di samping itu, kita juga menggalakkan aktiviti PIBK ataupun Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti untuk turut sama terlibat di dalam menganjurkan pelbagai aktiviti tambahan kepada anak-anak agar mereka didedahkan dengan pelbagai kemahiran, bukan sekadar berfikir aras tinggi semata-mata tetapi kemahiran soft skill ataupun kemahiran kebijaksanaan yang akan membawa mereka untuk menilai kepada nilai-nilai yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat.
Begitu juga kita menggalakkan syarikat-syarikat swasta untuk turut serta datang ke sekolah menganjurkan program-program untuk mendedahkan anak-anak murid kita sedari darjah awal sehinggalah ke Tingkatan 5 untuk mereka didedahkan dengan kemahiran dengan juga segala aktiviti yang akan membolehkan mereka menjadi warga yang baik dan warga negara maju. Terima kasih.
3. Tuan Wong Hon Wai [Bukit Bendera] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah perancangan kementerian terhadap "land bank" Perbadanan Aset Keretapi dan sama ada projek pembangunan akan dilakukan secara tender tertutup atau tender terbuka.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Salam sejahtera, Selamat Pagi. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera yang mengemukakan soalan. Perbadanan Aset Keretapi ataupun RAC merupakan badan berkanun Kerajaan Persekutuan yang bertanggungjawab mengurus tadbir aset-aset kereta api selaras dengan Akta Keretapi 1991. Selaras dengan itu, RAC memainkan peranan penting dalam mengusahakan projek-projek pembangunan yang bersesuaian di atas tanah-tanah kereta api.
RAC menyedari potensi pembangunan hartanah di sepanjang jajaran kereta api berupaya membolehkan industri perkeretapian berdaya maju. Ini kerana pembangunan hartanah yang diintegrasikan dengan pengangkutan awam khususnya stesen kereta api, dapat memberikan sumbangan kepada dua aspek penting iaitu meningkatkan penumpang kereta api dan meningkatkan hasil kepada kerajaan.
Dalam hal ini, RAC telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan projek-projek penswastaan melalui konsep usaha sama dengan swasta yang dapat membawa pulangan ekonomi secara jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Sebagai contoh, melalui projek penswastaan KL Eco City oleh RAC, telah berjaya menyiapkan sebuah stesen baru iaitu Stesen Keretapi Abdullah Hukum pada akhir tahun 2017.
Stesen tersebut telah siap dibina dan beroperasi sepenuhnya. Stesen ini adalah terletak bersebelahan dengan pembangunan KL Eco City yang dianggarkan nilai kasar pembangunan berjumlah RM7 bilion merangkumi pembangunan komersil, pejabat dan kediaman. Oleh yang demikian, pembinaan sebuah stesen baharu bukan sahaja dapat memberi sumber pendapatan baharu kepada KTMB tetapi juga dapat meningkatkan penumpang stesen LRT Abdullah Hukum sedia ada.
Kedua-dua stesen ini telah direka bentuk untuk diintegrasikan bagi mewujudkan connectivity yang lebih baik di antara dua perkhidmatan kereta api, KTMB dan Prasarana di samping mengurangkan kesesakan di stesen KL Sentral. Selain daripada itu, RAC juga memperoleh ruang pejabat seluas 12,000 kaki persegi di dalam pembangunan KL Eco City bagi menjana pendapatan jangka panjang perbadanan ini.
Selain itu, RAC juga melaksanakan projek Kajang 2 iaitu pajakan tanah rizab kereta api secara jangka panjang kepada syarikat swasta. Dalam hal ini, RAC akan memperoleh kutipan wang tunai secara tahunan dan pulangan sebuah stesen kereta api baharu yang dianggarkan tidak kurang daripada RM20 juta. Pembinaan stesen ini adalah dikelilingi dengan bangunan kediaman yang dijangka dapat meningkatkan penumpang KTMB. Projek pembinaan stesen baharu ini masih di peringkat pembinaan, dijangka siap pada akhir 2019.
RAC juga memberikan sumbangan besar dalam projek pembangunan Penang Sentral yang merangkumi komponen hab pengangkutan dan pembangunan bercampur di sekitar Stesen Butterworth. Projek ini dijangka dapat memberikan peningkatan penumpang KTMB.
Selain itu RAC baru sahaja melancarkan majlis pecah tanah bagi satu projek penswastaan yang menjanjikan pulangan menara pejabat di Brickfields, Kuala Lumpur. Menara pejabat ini mempunyai keluasan lantai tidak kurang daripada 180,000 kaki persegi.
Dimaklumkan bahawa RAC pada masa ini telah menyediakan perancangan yang antaranya merangkumi pembangunan tanah-tanah perbadanan untuk sepanjang tempoh tiga tahun. Beberapa bidang tanah RAC di sekitar Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang telah
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
dikenal pasti untuk dibangunkan dalam tempoh tiga tahun. RAC akan melaksanakan kajian pasaran dan kajian feasibility terhadap tanah-tanah yang terlibat bagi mengenal pasti potensi pembangunan hartanah berkenaan.
RAC akan menawarkan notis prakelayakan bagi tujuan pemilikan syarikat kerjasama yang berkemampuan dari segi pengalaman dan kewangan. Syarat-syarat prakelayakan akan disenaraikan dalam notis prakelayakan dan hanya syarikat yang lulus penilaian prakelayakan sahaja yang akan ditawarkan dokumen request for proposal. RFP yang diterima oleh RAC akan dinilai oleh jawatankuasa berkaitan. Secara kesimpulannya, untuk menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Bukit Bendera, ya semua tanah-tanah yang akan dibangunkan akan melalui RFP ataupun tender terbuka. Terima kasih.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Terima kasih kepada Menteri Pengangkutan terhadap jawapan yang sangat jelas dan juga bahawa projek akan dilakukan secara tender terbuka. Oleh kerana sebelum ini, saya baca sebelum ini, sebelum Pakatan Harapan menerajui kerajaan, banyak projek RAC dijalankan melalui negotiated tender dan bukan tender terbuka dan saya hendak tadi dengar bahawa tender terbuka akan menjadi satu praktis yang baik.
Soalan saya, berkenaan dengan cadangan pembangunan di Pulau Pinang. Adakah apa-apa pengumuman awal yang boleh dilakukan oleh Yang Berhormat Menteri terhadap cadangan tersebut.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Memang tidak dinafikan, sebelum ini RAC ada beberapa projek pembangunan dijalankan melalui tender terhad ataupun direct negotiation, tetapi selepas kita mengambil alih, kita telah mengkaji semula dan kira merundingkan semula supaya dapat memaksimumkan pulangan walaupun beberapa projek yang telah diluluskan sebelum ini secara prinsip, kita telah merundingkan semula dan kita hendak memastikan supaya pulangan kepada pihak kerajaan dapat dipertingkatkan dan dimaksimumkan untuk kepentingan orang ramai.
Berkenaan dengan projek-projek di Pulau Pinang, setakat ini ada dua bidang tanah yang telah dikenal pasti untuk dibangunkan di Pulau Pinang iaitu di Bukit Mertajam dan di Nibong Tebal. Di Bukit Mertajam ada 32 ekar yang boleh dibangunkan dan di Nibong Tebal ada 4 ekar. Setakat ini kita belum lagi membuka kedua-dua bidang tanah ini untuk di tender tetapi walau bagaimanapun kita menjangkakan ini dapat dilaksanakan pada tahun depan.
Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, berapa pemaju bumiputera yang tersingkir hasil daripada perundingan semula dan siapa ini yang memohon, yang baru- baru ini, ada bumiputera atau tidak?
Tuan Loke Siew Fook
Tuan Yang di-Pertua, tiada soal pemaju Bumiputera yang tersingkir. Kalau dulu dia ialah melalui rundingan terus. Kalau rundingan terus itu, kita merundingkan semula sahaja. Untuk makluman, pemaju-pemaju yang dirundingkan terus oleh kerajaan terdahulu, pun bukannya semua Bumiputera. Ada juga syarikat bukan Bumiputera.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya hendak tanya, berapa Bumiputera ini kerana kebanyakan...
Tuan Loke Siew Fook
Tidak ada.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tidak ada Bumiputera?
Tuan Loke Siew Fook
Tidak ada yang disingkirkan. Maksud saya, bukannya tidak ada syarikat Bumiputera.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ya, saya hendak tanya itu sahaja.
Tuan Loke Siew Fook
Akan tetapi, kalau ada syarikat Bumiputera yang masuk, kita terima sahaja. Tidak ada masalah. Kalau RFP ini dia terbuka kepada semua. Jadi kita lihatlah mana syarikat yang memberikan pulangan yang baik kepada kerajaan.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya hendak tanya, adakah syarikat Bumiputera yang dapat secara runding terus yang disingkirkan akibat daripada perubahan dasar ini?
Tuan Loke Siew Fook
Tidak, tidak ada syarikat yang disingkirkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Tidak ada yang disingkirkan.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Okey lah, bagus lah tu.
Janganlah hendak create open tender hendak bagi pada kontraktor besar-besar, pemaju besar- besar. Saya tahu matlamat ini.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tender terbuka kita tahu apa sebab.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Semua dengki Bumiputera dapat.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Bukan kita tidak tahu kenapa buat tender terbuka ini.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Menteri pun bukan Bumiputera.
Tuan Loke Siew Fook
Bukan...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Dengki, saya tahu.
Tuan Loke Siew Fook
Yang Berhormat Pasir Salak ini, saya tahu dia hendak cakap apa...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tahu apa?
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Apa pasal Yang Berhormat Pasir Salak tengking ini? Tidak dapat kontrak ke?
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tahu apa?
Tuan Loke Siew Fook
Saya hendak bagi tahu, syarikat yang berikan rundingan terus dulu pun bukan syarikat Bumiputera oleh kerajaan terdahulu.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Itu ada yang Bumiputera, ada yang tidak. Kita adil.
Tuan Loke Siew Fook
Apa yang tidak adil?
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Apa perlu persoalkan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Saya hendak jawab Yang Berhormat Pasir Salak, syarikat yang diberikan oleh kerajaan terdahulu pun bukan syarikat Bumiputera.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ya, itu menunjukkan keadilan pihak Kerajaan Barisan Nasional.
Tuan Loke Siew Fook
Ya lah, betul lah.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Jadi kalau kita buat macam itu, kita tidak buat keadilan ke?
Tuan Loke Siew Fook
Yang kita hendak sebut...
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Barisan Nasional buat keadilan, kita buat tidak keadilan.
Tuan Loke Siew Fook
Jangan hendak memutarbelitkan. Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meminggirkan syarikat Bumiputera. Tidak ada memangsakan mana-mana syarikat Bumiputera...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kita hendak lihat nanti.
Tuan Loke Siew Fook
Kalau betul-betul layak.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tidak, kita hendak lihat nanti hasil daripada apa yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.
Tuan Loke Siew Fook
Tidak payah lah, you tidak ikut peraturan pun.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Berapa banyak syarikat Bumiputera yang akan dapat. Saya hendak tengok.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Bentangkan dalam Dewan ini nanti.
Tuan Loke Siew Fook
Tanya...
[Perkataan kurang jelas] [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Pasir Salak, saya telah benarkan soalan tambahan sekali sahaja dan telah dijawab oleh Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan- pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Temerloh, ada pemakluman.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua dan anggota Dewan yang mulia. Izinkan saya dari Temerloh mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan penghargaan saya dan kawan-kawan kepada seluruh pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang bakal menyambut Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam Yang Ke-67 pada 24 Mac 2019.
[Tepuk] Sesungguhnya usaha dan jasa bakti tuan-tuan dan puan-puan dalam memberikan sumbangan bakti kepada rakyat dan negara amat-amat kita hargai.
Tuan Yang di-Pertua, tidak dilupakan juga kepada seluruh warga keselamatan negara dari komuniti Polis Diraja Malaysia yang menyambut Peringatan Hari Polis Ke-212 pada 25 Mac 2019 ini. Penghargaan ini penghargaan yang setulusnya buat seluruh warga PDRM. Tuan Yang di-Pertua, sekian terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tebrau.
1. Tuan Steven Choong Shiau Yoon [Tebrau] minta Menteri Pendidikan menyatakan sama ada Kerajaan PH akan mengkaji semula perenggan-perenggan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang melaksanakan dasar diskriminasi pendidikan bahasa ibunda.
Menteri Pendidikan - Dr. Maszlee bin Malik
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Tebrau, saya ingin menasihati Yang Berhormat agar berhati-hati untuk menggunakan istilah yang boleh membawa kepada tuduhan yang berat dan tidak berasas seperti melaksana dasar diskriminasi bahasa ibunda di dalam soalan yang Yang Berhormat Tebrau kemukakan. Kementerian Pendidikan Malaysia ingin menegaskan bahawa KPM tidak pernah melaksanakan dasar yang mendiskriminasikan pendidikan mana-mana bahasa ibunda dalam sistem pendidikan di Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025 digubal dengan melakarkan visi sistem pendidikan dan aspirasi murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa hadapan selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan aspek bahasa, keperluan untuk menguasai bahasa Melayu adalah penting untuk memupuk perpaduan dan juga identiti kepada warga Malaysia.
Manakala penggunaan bahasa Inggeris adalah untuk membentuk individu dan warga yang bersedia untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Manakala mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil, masih dikekalkan sebagai mata pelajaran teras di Sekolah Jenis Kebangsaan. Mata pelajaran Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan dan Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan juga diajar di Sekolah Kebangsaan sebagai mata pelajaran tambahan yang boleh dipilih oleh murid bersama-sama dengan mata pelajaran bahasa lain seperti Bahasa Iban, Bahasa Kadazan Dusun dan Bahasa Semai.
Menteri Pendidikan - Dr. Maszlee bin Malik
KPM sentiasa memastikan mata pelajaran bahasa ibunda sentiasa dikemas kini dalam aspek kurikulum, bahan bantu belajar serta kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Melaksanakannya di sekolah agar pembelajaran bahasa ibunda dilaksanakan dengan berkesan dan dengan penuh kualiti. Pengukuhan pembelajaran dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah berdasarkan keperluan murid mengikut tahap penguasaan bahasa masing- masing. Untuk menjayakan pelaksanaan mata pelajaran ini, KPM telah menyediakan sukatan atau standard kurikulum mata pelajaran bahasa ibunda tersebut. Bahan sokongan juga disediakan dan diedarkan ke sekolah berkenaan untuk diguna pakai dalam pelaksanaan kurikulum bahasa-bahasa tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan bahasa ibunda ini adalah selari dengan saranan PPPM 2013-2025 agar murid yang menamatkan persekolahan menguasai sekurang- kurangnya tiga bahasa bagi membolehkan mereka berkomunikasi secara berkesan dan mampu bersaing di peringkat global. Di samping itu, dengan izin the way forward ataupun jalan ke hadapan kita adalah untuk menghasilkan para murid dan juga para warga yang multilingual ataupun jamak bahasa. Sekian, terima kasih.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan yang beri jawapan yang memuaskan. Jadi soalan tambahan saya, adakah Kementerian Pendidikan ada turun arahan supaya pendidikan Bahasa Melayu adalah sekurang-kurangnya 240 minit seminggu itu masih kekal? Terima kasih.
Dr. Maszlee bin Malik
Kementerian Pendidikan sentiasa komited dengan usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di samping tidak mengetepikan bahasa ibunda. Kita ingin memastikan bahawa para pelajar di Malaysia ini kekal dengan identiti jati diri sebagai warga Malaysia dan mengangkat bahasa kebangsaan.
Maka, pendidikan bahasa kebangsaan adalah satu keperluan dan perlu dihayati oleh setiap anak murid dan juga guru di sekolah-sekolah. Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Oleh sebab ia melibatkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan sebagainya. Saya ingin bertanya, apakah pihak kerajaan telah pun mengiktiraf sijil UEC? Ini kerana dalam beberapa iklan di dalam surat khabar, jelas menunjukkan ada iklan tentang kemasukan ke IPTA dan sebagainya yang membolehkan penggunaan sijil UEC tersebut. Jadi adakah pihak kerajaan telah pun mengiktiraf sijil UEC?
Dr. Maszlee bin Malik
Seperti mana yang kita telah maklum dan saya telah sebutkan berkali-kali dalam Dewan yang mulia ini, kita telah menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji dasar berkaitan UEC. Pada hari ini, akan ada satu program sidang media di BTP milik Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperkenalkan ahli jawatankuasa tersebut dan mereka akan berinteraksi dengan media untuk membentangkan sebahagian daripada aktiviti yang telah mereka laksanakan.
Mereka masih lagi dalam proses libat urus, proses menganjurkan aktiviti dan juga berkomunikasi dengan semua pihak. Maka, belum ada lagi keputusan yang dibuat. Sebarang keputusan hendaklah diputuskan di Kabinet. Berkenaan dengan iklan, seperti mana yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Bera. Okey, supaya tidak salah sebut. Ia berkaitan dengan pengambilan ke kampus IPG, Institut Pendidikan Guru.
Dr. Maszlee bin Malik
Ini telah dimulakan semenjak tahun 2012 lagi.
[Tepuk] Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Rembau kerana telah mengemukakannya di Twitter beliau yang mengatakan isu ini bukan isu politik dan telah dilaksanakan semenjak tahun 2012 lagi dan bukan suatu isu yang baharu. Terima kasih.
2. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [Machang] minta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah pihak kementerian mempunyai perancangan untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi meningkatkan hukuman terhadap pelaku kesalahan jalan raya sehingga menyebabkan kematian terutamanya memandu di bawah pengaruh alkohol.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Machang.
Pihak kementerian akan meneliti dan menjalankan kajian secara mendalam sebelum sebarang keputusan untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 sedia ada. Ia perlu dilakukan di samping mendapat pandangan dan persetujuan daripada pelbagai agensi lain seperti PDRM kerana penguatkuasaan terhadap kesalahan jalan raya berhubungan dengan
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
kematian terutamanya yang menyebabkan kematian memandu di bawah pengaruh alkohol adalah di bawah bidang kuasa PDRM, di samping pandangan daripada Jabatan Peguam Negara dan MIROS. Pada masa yang sama, pandangan semua pihak termasuk pihak industri pengangkutan juga perlu diperoleh dan dipertimbangkan sebelum sebarang keputusan dibuat.
Untuk makluman Yang Berhormat, pada ketika ini, seksyen 41 Akta 333 telah memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang telah didapati bersalah menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau berbahaya hendaklah dihukum penjara untuk tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM20,000. Jika seseorang yang disabitkan melakukan kesalahan di bawah seksyen 41 ini adalah merupakan pemegang lesen memandu percubaan, maka mahkamah, selepas menyabitkan kesalahan, akan membatalkan lesen memandu percubaan itu.
Di bawah peruntukan seksyen 44 pula, mana-mana orang yang menyebabkan kematian atau kecederaan akibat memandu di bawah pengaruh alkohol, apabila disabitkan, hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan didenda tidak kurang daripada RM8,000 dan tidak lebih daripada RM20,000. Pesalah yang memegang lesen percubaan juga adalah disabitkan akan dibatalkan lesen tersebut.
Seseorang yang disabitkan di bawah seksyen 41 juga akan hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun, dan lima tahun bagi kesalahan di bawah seksyen 44 dari tarikh sabitan. Dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, hilang kelayakan selama tempoh 10 tahun dari tarikh sabitan.
Selain dari itu, lesen memandu orang yang melakukan kesalahan yang sedang dalam proses pertuduhan juga akan digantung bermula dan berkuat kuasa dari tarikh pertuduhan itu diadakan pertama kalinya kepada orang itu sehingga mahkamah membuat keputusan muktamad terhadap pertuduhan itu. Sekian, terima kasih.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih atas penjelasan Yang Berhormat Menteri. Kita berharap dan mencadangkan agar pindaan ini dapat dibawa ke Dewan yang mulia ini dalam kadar yang segera memandangkan pengaruh alkohol semasa memandu ini amat berbahaya bukan sahaja kepada pemandu lain tetapi kepada diri sendiri.
Saya ada satu soalan tambahan berkenaan dengan pemandu-pemandu yang terlibat dalam kemalangan yang mana pemandu tersebut adalah pemandu OKU. Sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa kemalangan yang melibatkan pemandu-pemandu OKU. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, ada tidak garis panduan ataupun pindaan yang perlu dibuat yang melibatkan pemandu-pemandu OKU ini dalam kategori mana? Ada pemandu OKU dalam kategori lembam, contohnya, ia boleh menyebabkan suatu akibat yang buruk kepada pengguna jalan raya yang lain. Kemalangan-kemalangan yang telah berlaku ini ada yang didakwa tetapi akhirnya terpaksa digugurkan kerana atas alasan OKU.
Jadi saya hendak tanya sekali lagi, Yang Berhormat Menteri, ada tidak kategori- kategori untuk kita bagi lesen kepada pemandu-pemandu ini ataupun dengan pandangan ataupun surat daripada pihak doktor? Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Machang kerana menyokong supaya pindaan diadakan untuk memastikan hukuman yang lebih berat kepada pemandu-pemandu yang menyebabkan kemalangan dalam keadaan mabuk. Memang dalam perkara ini kita tidak berkompromi dan kita memang bersetuju bahawa setiap pemandu itu mesti bertanggungjawab.
Dalam hal ini, saya hendak mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud yang baru-baru ini telah menjatuhkan hukuman yang begitu berat iaitu 17 tahun penjara ke atas seorang pemandu yang mabuk yang menyebabkan empat kematian di Tawau, Sabah. Inilah hukuman yang telah dapat memberikan mesej yang kuat kepada semua pemandu supaya lebih bertanggungjawab di atas jalan raya.
Berkenaan dengan OKU, memang kita ada kategori khas untuk pemandu OKU. Dari segi keselamatan dan sebagainya, memang itu diberikan pertimbangan. Walau bagaimanapun, kita akan sentiasa mengkaji dan melihat bagaimana memastikan supaya keselamatan pemandu-pemandu OKU ini dan pemandu-pemandu lain di atas jalan raya juga terjamin. Kalau ada kelemahan-kelemahan dari segi peraturan dan juga pelesenan, kita akan sentiasa mengkaji semula. Terima kasih.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Berapakah jumlah kemalangan yang menyebabkan kematian disebabkan oleh pengaruh handphone, penggunaan handphone semasa memandu? Ini kerana guna handphone memandu ini dia macam mabuk lebih, Tuan Yang di-Pertua, dan dia hilang orientasi. Dia tidak tahu di mana traffic light, dia tidak tahu dia di mana berada dan tiba-tiba sudah sampai. Jadi, apa kerajaan hendak buat untuk menurunkan tabiat buruk menggunakan handphone semasa memandu? Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya, pertamanya, tidak ada data khusus kalau mana-mana kemalangan maut yang disebabkan oleh penggunaan handphone di atas kereta. Ini kerana kita memerlukan data ini daripada pihak PDRM. Mana- mana data mengenai kemalangan maut diperoleh melalui PDRM.
Dari segi kategori pecahan itu, saya memerlukan notis dan saya akan memberikan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat Bagan Serai. Terima kasih.
3. Tuan Wong Ling Biu [Sarikei] minta Perdana Menteri menyatakan berapa ramai keluarga yang telah didaftarkan di bawah sistem e-Kasih sehingga kini. Apakah bentuk bantuan yang ditawarkan kepada mereka pada masa ini dan apakah bantuan lain yang akan ditawarkan pada masa akan datang.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan juga salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Sarikei ini bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat Lanang bertarikh 21 Mac 2019 serta juga soalan daripada Yang Berhormat Batang Sadong yang bertarikh 2 April 2019 kerana ia membawa maksud dan isu yang sama dengan soalan ini.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kerajaan amat prihatin terhadap golongan miskin dan sentiasa berusaha untuk membasmi kemiskinan serta meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. Terdapat pelbagai program dan bantuan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri khususnya bagi memastikan kadar kemiskinan terus dikurangkan.
Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan telah membangunkan sistem eKasih sebagai satu pangkalan data kemiskinan, dengan izin, sebagai satu database nasional yang bertujuan untuk mendaftarkan golongan miskin di Malaysia dan mengklasifikasikan kategori golongan miskin di Malaysia ini sama ada mereka tergolong di dalam kalangan miskin tegar dan miskin berdasarkan kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
Kriteria penetapan kategori kemiskinan ini bergantung kepada jumlah pendapatan per kapita isi rumah dan ia berasaskan kepada formula perkiraan yang disediakan oleh pihak Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan juga Jabatan Perangkaan Malaysia melalui Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah 2016 ataupun, dengan izin, Household Income Survey 2016. Berdasarkan rekod eKasih sehingga 28 Februari 2019, sebanyak 631,587 ketua isi rumah (KIR) telah berdaftar dengan eKasih di seluruh Malaysia. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 55,981 KIR adalah di bawah kategori miskin tegar dan 134,553 KIR di bawah kategori miskin, manakala seramai 441,053 KIR adalah di bawah kategori terkeluar. Dalam sistem eKasih, data di dalam sistem eKasih adalah bersifat dinamik dan sentiasa berubah dari semasa ke semasa.
Sistem eKasih juga bertujuan untuk merekodkan maklumat bantuan dan mengelakkan sebarang pertindihan atau ketirisan penyaluran bantuan ataupun program kepada golongan sasar. Sistem eKasih memberi ruang kepada semua agensi pemberi bantuan yang terlibat di dalam proses pembasmian kemiskinan di peringkat persekutuan dan negeri untuk mengakses maklumat ataupun data kemiskinan yang sama dan seterusnya membolehkan pihak kerajaan menyalurkan bantuan yang sewajarnya dengan lebih berkesan dan efisien.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik
Maklumat-maklumat bantuan ini dikunci masuk dan dikemas kini oleh kementerian dan agensi pemberi bantuan masing-masing mengikut jenis bantuan yang telah disalurkan.
Perincian bantuan yang disalurkan secara asasnya ada seperti berikut, keperluan asas seperti bantuan bina rumah baru ataupun baiki rumah, bantuan ekonomi seperti program peningkatan pendapatan, Program AZAM, bantuan usahawan, Bantuan Minda Insan seperti kursus-kursus
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik
jahitan, pembangunan latihan dan kerjaya, Program Minda Insan dan juga AZAM Kerja, sosial, kebajikan, bantuan untuk orang tua, kanak-kanak, elaun pekerja cacat dan juga bantuan sara hidup, pelajaran daripada Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin, Bantuan Rancangan Makanan Tambahan dan lain-lain seperti Program Peningkatan Ekonomi Setempat, kampung sejahtera dan juga Program Pembangunan Masyarakat Setempat.
Enam kementerian utama yang terlibat dalam menyalurkan bantuan adalah seperti berikut:
(i) Kementerian Pendidikan Malaysia;
(ii) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat;
(iii) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani;
(iv) Kementerian Pembangunan Luar Bandar;
(v) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; dan
(vi) Kementerian Sumber Manusia.
Bagi meringankan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah, kerajaan melalui agensi pemberi bantuan akan terus menawarkan bantuan kepada mereka untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup pada masa akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, selain itu untuk memastikan kelestarian data eKasih dan bantuan dapat disalurkan kepada golongan sasar yang tepat, aktiviti pemutihan akan dijalankan sekurang-kurangnya dua tahun sekali kepada KIR yang berdaftar. Di bawah Program Kelestarian eKasih, mobile team atau lawatan turun padang bersama agensi pemberian bantuan terhadap golongan sasar juga dijalankan khusus untuk mengenal pasti bentuk bantuan sama ada program atau projek yang bersesuaian dan menyalurkan bantuan berkenaan dengan kadar yang segera. Sekian, terima kasih.
Tuan Wong Ling Biu - Sarikei
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adakah secara automatik bagi mereka yang telah berdaftar di dalam sistem eKasih diberikan kesemua faedah yang berhak atau mereka masih perlu mendaftarkan diri dengan jabatan atau agensi-agensi yang berkaitan? Contohnya bagi bantuan rebate RM40 bil elektrik, adakah mereka perlu mendaftarkan diri dengan Sarawak Energy atau Tenaga Nasional Berhad? Terima kasih.
Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik
Terima kasih Yang Berhormat Sarikei. Terdapat dua perkara di sini. Selepas kita mendaftarkan ataupun kita mengemukakan sesuatu KIR itu untuk didaftarkan di bawah sistem eKasih, terdapat satu proses penyaringan ataupun bancian yang akan dijalankan oleh pihak ICU.
Di sinilah kedudukan di mana terdapat satu bottleneck yang agak besar yang mana sehingga pertengahan bulan Mac ini, terdapat lebih daripada 4000 pendaftaran yang perlu diproses. Selepas ia didaftarkan dan layak dan dimasukkan di dalam sistem eKasih, pihak ICU selalunya akan berkongsi maklumat tersebut dengan mana-mana agensi yang menyalurkan bantuan terutamanya untuk golongan sasar sama ada miskin tegar ataupun miskin.
Sekiranya terdapat sebarang keciciran, perkara ini boleh kita maklumkan dengan agensi-agensi berkenaan untuk memastikan bahawa semua pihak yang layak untuk menerima bantuan tersebut akan mendapat bantuan yang sewajarnya.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong
Tadi Batang Sadong ada soalan situ tadi.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua. Okey, selain daripada apa tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri jawabkan mengenai adanya pemutihan dan segala-galanya. Soalan saya kepada pihak kementerian dan pihak kerajaan adalah, apakah kerajaan ada cadangan dalam mengkaji semula berkaitan dengan tangga gaji terutamanya bagi mereka bagi membolehkan terutamanya golongan B40 ataupun miskin dapat berdaftar dan mengikuti skim eKasih ini disebabkan kos sara hidup yang semakin meningkat. Terima kasih.
Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik
Terima kasih kepada Yang Berhormat.
Sebenarnya sistem PGK yang digunakan itu sentiasa dikaji dan pihak ICU sekarang sebenarnya dalam satu penggubalan garis panduan PGK yang baru berdasarkan kepada isu- isu semasa termasuklah peningkatan kos sara hidup dan sebagainya.
Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik
Kita juga melihat bagaimana selain kita bagikan kepada kawasan luar bandar dan juga kawasan bandar, terdapat perbezaan terutamanya di antara negeri-negeri. Terdapat negeri yang mana PGK yang diguna pakai itu mungkin perlu ditingkatkan lagi untuk memastikan terutamanya golongan miskin bandar ini dapat dimasukkan di dalam senarai eKasih. Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana sudah disebutkan tadi. Walau bagaimanapun, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apa yang kita dengar tadi apa Yang Berhormat Timbalan Menteri cakap bermakna kalau mereka berdaftar dengan eKasih itu adalah sebagai satu step dengan izin kelayakan untuk memohon bantuan daripada kerajaan. Jadi adakah ini juga yang mempengaruhi formula kemiskinan di sesebuah kawasan? Terima kasih.
Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik
Pohon Yang Berhormat Batang Sadong cuba perjelaskan lagi soalan itu, daripada mempengaruhi formula kemiskinan yang bagaimana itu Yang Berhormat?
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong
Terima kasih. Oleh sebab apa yang terjadi di sini ialah apabila sesuatu kawasan itu digolongkan sebagai sebuah kawasan miskin, adakah ia bergantung kepada mereka berdaftar dalam eKasih? Oleh sebab eKasih ini satu formula untuk membantu mereka melayakkan diri untuk mendapat bantuan daripada kerajaan.
Jadi, kita hendak tahu bagaimana korelasi ini di antara formula kemiskinan dengan mereka yang berdaftar dengan eKasih itu. Terima kasih.
Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik
Yang Berhormat Batang Sadong, apa yang mungkin boleh saya cuba perjelaskan di sini, eKasih ini adalah satu pangkalan database, iaitu database nasional dengan izin yang mana kita kumpulkan golongan-golongan yang telah didaftarkan dan kita lihat sama ada mereka itu miskin tegar, miskin ataupun terkeluar.
Ini sebenarnya diguna pakai oleh agensi-agensi kerajaan untuk menyalurkan bantuan masing-masing. Saya rasa tidak ada korelasi dari segi geografi dan sebagainya. Mana-mana kumpulan yang boleh didaftarkan di sini, kita selaraskan. Terdapat beberapa isu sebenarnya telah dibangkitkan.
Saya difahamkan terutamanya untuk Yang Berhormat daripada Sarawak pada hari ini, pihak ICU telah menganjurkan satu taklimat pada masa tengah hari untuk berbincang dan juga untuk melihat beberapa isu yang berkaitan dengan pelaksanaan ICU, eKasih dan sebagainya.
Kita hendak lihat bersama-sama. Daftar daripada database yang telah ada Yang Berhormat, terdapat satu perbezaan yang cukup mendadak di antara negeri-negeri. Banyak perkara yang perlu kita buat terutamanya saya lihat di sini daripada 55,000 orang miskin tegar yang kita ada sehingga Februari, beberapa buah negeri menunjukkan satu jumlah yang jauh lebih besar daripada negeri-negeri lain.
Negeri-negeri ini perlu kita turun bersama, duduk bersama. Kerjasama yang erat di antara Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri bahawa semestinya bantuan untuk golongan- golongan ini dapat kita salurkan dengan kadar segera dan dapat kita berikan kepada mereka supaya dapat kita keluarkan mereka daripada kategori miskin tegar dan juga miskin ini. Sekian, terima kasih.
4. Tuan Yusuf bin Abd. Wahab [Tanjong Manis] minta Menteri Industri Utama menyatakan apakah langkah kementerian untuk membantu pekebun-pekebun kecil yang terkesan disebabkan oleh penurunan harga jualan hasil tanaman seperti kelapa sawit, lada hitam, koko, getah dan lain-lain.
Menteri Industri Utama - Puan Teresa Kok Suh Sim
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Salam Sayangi Sawit ku. Saya memohon untuk menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat bukan sahaja Yang Berhormat Tanjong Manis, bersama juga dengan Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Kota Tinggi, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Ketereh dan Yang Berhormat Kinabatangan kerana kesemua sembilan orang Ahli Yang Berhormat tersebut membangkitkan isu yang lebih kurang sama dengan Yang Berhormat Tanjong Manis.
Antara usaha agresif dan produktif terbaru kementerian untuk membantu pekebun- pekebun kecil yang terkesan disebabkan oleh penurunan harga komoditi sawit dan getah adalah melalui langkah-langkah berikut;
Menteri Industri Utama - Puan Teresa Kok Suh Sim
Bagi komoditi sawit, kerajaan meningkatkan adunan bio bahan api sawit dengan diesel petroleum melalui Program Biodiesel B10 yang telah dilaksanakan secara mandatori pada 1 Februari tahun ini bagi sektor pengangkutan dan pelaksanaan Program B7 bagi sektor industri yang akan bermula pada 1 Julai tahun ini.
Program B10 telah memberikan impak positif kepada peningkatan harga minyak sawit, di mana seawal bulan Januari dan bulan Februari tahun ini, harga purata bulanan minyak sawit meningkat masing-masing kepada RM2037 pada Januari dan RM2122.60 pada Februari, berbanding dengan harga dalam bulan Disember 2018 iaitu hanya RM1794.50 setan.
Menteri Industri Utama - Puan Teresa Kok Suh Sim
Kerajaan juga telah menandatangani dokumen hasrat pembelian dengan syarikat China bagi mengeksport sebanyak 1.62 juta tan minyak sawit bernilai RM3.64 bilion ke negara republik itu yang telah melibatkan empat syarikat Malaysia dan tiga syarikat di China.
Persetujuan ini adalah susulan lawatan kerja kementerian ke China untuk meningkatkan pembelian minyak sawit Malaysia pada bulan Ogos tahun lalu.
Kita akan mengukuhkan pasaran di India yang merupakan negara pengimport terbesar sawit dan negara-negara berpotensi seperti Iran, Mesir dan negara-negara Afrika melalui misi ekonomi dan pelaburan yang diketuai oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Misi ini telah berjaya meyakinkan negara-negara tersebut untuk meningkatkan pembelian minyak sawit negara. Selain itu, langkah Kerajaan India mengurangkan duti import minyak sawit CPO daripada 44 peratus kepada 40 peratus serta pengurangan duti import minyak sawit proses dari 54 peratus kepada 45 peratus juga telah memberi kesan positif kepada industri sawit negara.
Bagi menjawab isu berkaitan getah, saya telah menghadiri mesyuarat khas peringkat Menteri, International Tripartite Rubber Council (ITRC) pada 22 Februari di Bangkok. Hasil mesyuarat ini, ketiga-tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand bersetuju bahawa Agreed Export Tonnage Scheme (AETS) merupakan instrumen yang berkesan untuk mengimbangi stok di pasaran dunia serta dijangka dapat meningkatkan lagi harga getah asli bagi jangka masa pendek. Mesyuarat ITRC pada peringkat pegawai telah menyusuli perkara ini pada 4 dan 5 Mac tahun ini di Bangkok dan telah menetapkan pengurangan kuota eksport sebanyak 240,000 tan mulai 1 April tahun ini. Sejak pengumuman (AETS) ke-6 oleh ITRC, paras harga Standard Malaysia Rubber 20 (SMR 20) dan Free on Board (FOB) telah meningkat sebanyak 14.8 peratus daripada harga RM5.21 sekilogram pada 31 Disember pada tahun lepas kepada RM6 per kilogram pada 14 Mac tahun ini.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga masih meneruskan bantuan kepada pekebun kecil lada dan koko seperti berikut; Pada tahun ini kerajaan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk bantuan seperti input dan peralatan pertanian, latihan dan kursus kepada pekebun lada di bawah program Pembangunan Kawasan Penanaman Baharu Lada. Kita juga telah melaksanakan Skim Tanaman Baharu Lada dengan nilai bantuan sebanyak RM26,000 sehektar bagi tempoh dua tahun.
Kerajaan juga telah melaksanakan Skim Peningkatan Kualiti Lada Peringkat Ladang bagi meningkatkan kualiti lada di peringkat ladang dan menggalakkan pekebun mengeluarkan lada premium seperti Lada Berkualiti Eksport (LBE) dan Lada Putih Krim (LPK) untuk mendapat harga lebih lumayan. Kerajaan juga telah memberi bantuan dalam bentuk kemudahan lepas tuai seperti pengipas, pelerai, spiral separator, pelantar jemuran, tangki rendaman, dan bahan binaan untuk empangan kecil anak sungai.
Bagi komoditi koko pula, kerajaan telah menyediakan latihan seperti Kursus Asas Teknologi Tanaman Koko, Kursus Lanjutan Teknologi Tanaman Koko, Kursus Pembangunan dan Pengurusan Nurseri dan Teknologi Cantuman, Kursus Insitu dan gerak gempur tanaman koko dan Kursus Farmer’s Field School (FFS). Sekian, terima kasih
Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberi jawapan yang panjang lebar. Soalan tambahan saya, saya mencadangkan kementerian melantik pemborong-pemborong melalui tender terbuka untuk membeli terus dari pekebun-pekebun kecil di luar bandar. Pemborong-pemborong yang terpilih iaitu yang menyebut harga ataupun memberi quotation yang paling tinggi, akan diberi sedikit insentif oleh kerajaan. Secara tidak langsung ini akan membantu pekebun-pekebun kecil di luar sana, menggalakkan pekebun menanam semula dan menstabilkan harga komoditi. Apa komen Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.
Puan Teresa Kok Suh Sim
Terima kasih Yang Berhormat. Berita baik ya, kementerian saya sebenarnya telah menyediakan RM1 juta yang mana kita akan beri RM100,000 bagi Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM). Amaun RM100,000 itu adalah modal pusingan. Tujuan mengadakan modal pusingan ini sebenarnya kita hendak mengetepikan orang tengah yang selalu mengeksploitasi penanam sawit dan kita cuba membantu penubuhan lebih Koperasi Penanam Sawit Mampan ini di banyak tempat negara supaya kita boleh beri harga yang lebih lumayan kepada para penanam sawit. Sekian, terima kasih.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri setiap kali ada masalah harga sawit turun di Dewan ini— 19 tahun saya duduk di Dewan ini. Sering kali dikatakan bahawa ada program, ada kajian untuk menggunakan sawit sebagai bahan api. Itu merupakan alasan yang sering kali digunakan. Saya ingin tahu sejauh mana progress sawit ini, minyak sawit ini digunakan sebagai bahan api? Sejauh mana?
Adakah itu memberikan harapan kepada pekebun kecil sawit ataupun cuma hendak lari daripada keadaan harga sawit yang sekarang merudum harganya? Terima kasih.
Puan Teresa Kok Suh Sim
Terima kasih Yang Berhormat Beluran. Sebenarnya dengan menggunakan adunan B10 biodiesel ini kita akan membakar lebih kurang 710,000 tan minyak sawit pada tahun ini. Ini lebihan, tambahan lebihan. Sebenarnya memang kita tidak akan lari daripada soalan macam mana kita akan meningkatkan lagi harga minyak sawit.
Berita baik untuk Yang Berhormat Beluran, maklumat yang terbaru. Eksport minyak sawit Malaysia bagi bulan Januari hingga Februari tahun ini telah meningkat sebanyak 10.5 peratus berbanding dengan Januari dan Februari pada tahun lepas. Jadi, sedikit maklumat ialah eksport kita ke India meningkat sebanyak 65 peratus, eksport kita ke China sebanyak 62 peratus, eksport kita ke Mozambique sebanyak 98.5 peratus, dan Nigeria meningkat 2.3 kali ganda. Korea Selatan meningkat sebanyak 46.3 peratus dan Amerika Syarikat meningkat sebanyak 2.3 peratus.
Semua ini menunjukkan usaha yang dilakukan oleh kementerian saya dan kerajaan ini telah mendapat impak yang sangat baik.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Lu tipu punyalah. Sarawak tangki penuh..
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulung
Harga sawit naik tidak Yang Berhormat Menteri? Harga sawit itu yang penting itu. Harga sawit. Eksport lain tetapi harga sawit. [Dewan riuh]
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Yang Berhormat Menteri, harga teruk Yang Berhormat Menteri. Eksport banyak pun tidak guna.
Puan Teresa Kok Suh Sim
Tuan Yang di-Pertua.
Seorang Ahli
Soalan tambahan Menteri.
[Dewan riuh]
Puan Teresa Kok Suh Sim
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Teruskan jawapan Menteri.
[Disampuk] Ya, sila.
Puan Teresa Kok Suh Sim
Tentang harga sawit. Sebenarnya tadi saya sudah jawab. Pada tahun ini ia telah meningkat Januari dan Februari— harganya telah meningkat kalau berbanding dengan harga pada Disember tahun lepas. Harga bulan Disember tahun lepas adalah RM1,794.50 satu tan. Akan tetapi harga pada bulan Januari secara purata adalah RM2,000.37 satu tan.
[Dewan riuh]
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Harga telah naik.
Puan Teresa Kok Suh Sim
Harga pada bulan Februari secara purata adalah RM2,122.65 satu tan.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
RM400 setan.
Puan Teresa Kok Suh Sim
Jadi Yang Berhormat tidak mendengar betul-betul.
Hanya jerit untuk sebagai pembangkang sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, sila beri perhatian.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Ini dengarlah ini. Sebab itu tanya.
[Dewan riuh]
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Soalan tambahan, Setiu.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Soalan tambahan, Lembah Pantai.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Telah dijawab oleh Menteri.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Buluh, buluh hendak buat apa?
Hendak buat ekzos?
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tuan Yang di-Pertua, satu soalan?.
5. Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus [Hulu Langat] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan usaha-usaha kerajaan mencapai hasrat 1 juta pekerjaan berkualiti seperti dalam Manifesto Pakatan Harapan.
Menteri Sumber Manusia - Tuan M. Kulasegaran
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. kerajaan berhasrat untuk mewujudkan satu juta pekerjaan berkualiti untuk warganegara Malaysia. Bagi mencapai tujuan ini, langkah-langkah berikut sedang dijalankan.
Kerajaan sedang berusaha bagi menarik lebih banyak Foreign Direct Investment dan meningkatkan Domestic Direct Investment (DDI) yang menyumbangkan terhadap penghasilan high value jobs dan Knowledge Worker (K-Worker).
Oleh yang demikian, negara perlu bersifat selektif dengan tidak lagi menarik pelaburan yang berintensifkan:
(i) buruh lebih intensif dan bergaji rendah, low paying jobs.
Penghasilan pekerjaan yang bersifat high value jobs dan K-Worker adalah amat wajar kerana kadar upah yang tinggi dinikmati oleh golongan ini antara penyumbang terbesar dalam meningkatkan peratusan kadar upah daripada KDNK seperti yang dinikmati negara maju;
(ii) menggalakkan latihan-latihan bersifat internship di kalangan majikan bagi membolehkan lebih ramai pencari kerja tempatan diserap dalam pekerjaan dalam Skim Latihan Dual Nasional;
(iii) memperbanyakkan elemen automasi yang berteknologi tinggi bagi meningkatkan lagi peluang pekerjaan berkemahiran tinggi untuk mencari kerja berkemahiran dengan menambah nilai kerja melalui inovasi dan kreativiti; dan
(iv) mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan pergantungan terhadap pekerja yang melalui penubuhan jawatankuasa bebas pekerja asing.
Saya hendak tambah sikit mengenai pekerja-pekerja, kategori pekerjaan berkualiti.
Saya ada 10. Di antaranya saya ingin memberi tiga yang utama yang memberi peranan besar.
Ianya adalah nombor satu mengenai pengurusan. Di mana tahun dahulu, lebih 5,160 orang telah mendapat kerja profesional sebanyak 13,102 orang, juruteknik dan profesional bersekutu 28,811 orang. Saya ada banyak lagi profesional mungkin saya boleh beri secara bertulis.
Terima kasih.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mengaitkan sasaran 1 juta pekerjaan berkualiti ini dengan sasaran-sasaran lain seperti membina satu juta rumah mampu milik. Hal ini kerana pembinaan rumah mampu milik sejumlah yang besar itu memerlukan ramai tenaga kerja mahir. Begitu juga dalam memenuhi Paris Agreement, dengan izin yang akan menangani permasalahan pemanasan global yang ketika itu juga memerlukan ramai pekerja mahir dan berkualiti. Sejauh mana kementerian ini menyelaraskan Projek 1 Juta Pekerjaan berkualiti dengan sasaran-sasaran manifesto yang lain seperti yang saya sebutkan tadi?
Tuan M. Kulasegaran
Terima kasih terhadap soalan itu. Kita ada banyak sasaran.
Di antaranya bukan sahaja membina rumah satu juta. Akan tetapi juga, macam green jobs di mana usaha sedang dibuat, yang mana kita merangka lebih daripada 200,050 kerja boleh diwujudkan. Ini adalah satu antara inisiatif-inisiatif yang dibuat dan yang mustahak adalah skills training. Di mana kita perlu pekerja-pekerja yang pakar dalam, itu sebab kita ada macam- macam rancangan yang sedang dijalankan di TVET, yang mana mana melangkah ke arah yang baharu supaya reskilling and upskilling sedang dibuat. Kita percaya ini boleh dicapai.
Terima kasih.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya meneliti jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, saya melihat ada usaha untuk menarik FDI masuk supaya ada pekerjaan yang berkualiti. Akan tetapi, apa yang berlaku saya nampak kerajaan hari ini menarik keluar FDI dan ramai pelabur- pelabur yang keluar. Itu satu.
Keduanya, saya hendak tahu daripada 1 juta peluang pekerjaan ini, berapa ramai untuk anak muda dan bagaimana iltizam Pakatan Harapan untuk membuat gaji minimum RM2,500 untuk anak muda? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan M. Kulasegaran
Terima kasih kepada soalan tersebut. Kita semua tahu itu adalah dasar kita iaitu meningkatkan gaji untuk anak muda kita RM2,500. Akan tetapi, yang mustahak adalah, adakah pada masa ini kerja-kerja sedemikian ada? Saya percaya, dalam masa yang terdekat ini dapat dijayakan.
Mengenai pelaburan yang keluar itu, itu tidak benarlah kerana kalau tengok dalam angka statistik Kementerian Kewangan, menunjukkan bahawa FDI ini adalah yang terbaik dalam lingkungan beberapa tahun ini. Terima kasih.
[Dewan ketawa]
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Berapa ramai? Dak, berapa ramai Menteri? Menteri, berapa ramai yang anak muda daripada sejuta itu? Berapa ramai? Berapa peratus untuk anak muda sejuta itu?
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Soalan tambahan.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Tidak, saya tidak benarkan soalan tambahan lagi.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
...Menteri! Menteri!
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Soalan tambahan kedua, mohon.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya ingin meneruskan ke pertanyaan seterusnya.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Jawab lah Menteri, berapa ramai?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya ingin...
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Anak muda tunggu dekat luar sana.
Dia sedang tengok sekarang ini Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Paya Besar, Sila duduk.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sejuta. Berapa ramai? Saya tanya berapa ramai anak muda?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Paya Besar, sila duduk. Terima kasih. Saya jemput seterusnya Yang Berhormat Pasir Salak.
6. Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak] minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah tuntutan balik GST yang masih belum dapat dijelaskan pembayarannya oleh kerajaan.
Menteri Kewangan - Tuan Lim Guan Eng
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada soalan yang ditanya tadi oleh Yang Berhormat Pasir Salak. Dalam ucapan Belanjawan 2019 pada 2 November 2018, Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa Petronas akan membayar dividen khas sebanyak RM30 bilion kepada kerajaan untuk
Menteri Kewangan - Tuan Lim Guan Eng
digunakan dalam pembayaran tunggakan bayaran balik GST dan cukai pendapatan LHDN sebanyak RM37 bilion pada tahun ini.
Dividen khas ini adalah secara one-off. Ini telah pun mula dibayar kepada kerajaan secara beransuran. Bayaran balik cukai-cukai tersebut kepada pembayar cukai juga telah bermula sejak bulan Januari tahun ini. Bagi tahun 2019, sehingga 28 Februari 2019, dividen khas sebanyak RM8 bilion telah diterima daripada Petronas dan jumlah sebanyak RM7.9 bilion telah dibayar balik kepada pembayar cukai GST dan cukai pendapatan seperti berikut:
(i) 1 Januari hingga 28 Januari bayaran dividen khas Petronas RM8 bilion;
(ii) bayaran balik cukai pendapatan RM3.9 bilion; dan
(iii) bayaran balik cukai GST, ini bukan 28 Februari tetapi 3 Mac adalah RM4 bilion.
Untuk bayaran balik cukai pendapatan sebanyak RM3.9 bilion, telah dibayar balik oleh LHDN sehingga 28 Februari 2019 yang melibatkan 75,776 kes bayaran balik, yang melibatkan 38,104 kes syarikat dan 37,672 kes selain syarikat. Manakala untuk bayaran balik GST pula sebanyak RM4 bilion telah dibayar balik kepada 54,603 registrant GST oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia sehingga 3 Mac 2019.
Tunggakan pembayaran balik cukai pendapatan selama enam tahun dan GST selama tiga tahun yang berjumlah RM37 bilion ini merupakan kegagalan pengurusan kewangan negara oleh kerajaan yang lalu. Pembayaran balik cukai-cukai ini menunjukkan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan tidak menyediakan pulangan dividen daripada Petronas dan ikhlas menunaikan janji memulangkan tunggakan pembayaran balik cukai kepada rakyat dan syarikat Malaysia. Sebaliknya tindakan ini akan memberi satu impak yang positif kepada perniagaan- perniagaan Malaysia dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tunggakan bayaran balik GST setakat 31 Mei 2018 adalah sebanyak RM19.4 bilion yang melibatkan lebih 120,000 registrant. Pada bulan Ogos 2018, JKDM telah menetapkan RM19.4 bilion sebagai amaun yang telah melalui pelbagai proses verifikasi tapisan dan sebagai dalaman untuk bayaran balik. Hanya kerana wang yang tidak mencukupi dalam Tabung Amanah bayaran balik GST yang menyebabkan jumlah ini tidak diluluskan dan dipamerkan dalam laman web JKDM agar langkah terakhir pembayaran tidak dilaksanakan. Sekiranya ada wang, tentu ia akan diluluskan dan dipamerkan dan bila dipamerkan, tentu ada tanggungjawab perundangan untuk membuat pembayaran balik.
Menteri Kewangan - Tuan Lim Guan Eng
Sehingga 4 Mac 2019, tuntutan bayaran balik GST yang masih belum selesai adalah sebanyak RM22.145 bilion yang melibatkan 298,457 penyata dan 168,839 registrant. Amaun tuntutan bagi 100 syarikat yang tertinggi masih belum dibayar dan disahkan untuk pembayaran adalah RM9.36 bilion yang mana melibatkan 1,028 penyata. Semua tunggakan bayaran balik GST akan dibayar balik sepenuhnya seperti mana yang telah diumumkan tertakluk kepada tuntutan yang dibuat oleh syarikat adalah teratur dan mengikut peraturan semasa yang ditetapkan. Kita boleh lihat bahawa jumlah tuntutan sejak 31 Mei ke 31 Disember telah meningkat dan tentu ini akan diproses. Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih banyak.
Campur GST dan bukan GST pun campur jugalah. Saya tanya hanya GST, berapa yang belum dibayar? Tidak apalah, terima kasih banyak. Soalan tambahan saya ialah yang RM19 bilion Yang Berhormat buat tuduhan kata dirompak tempoh hari. Mengikut kajian daripada kita tidak dirompak, duit itu tidak dibawa ke mana-mana kecuali digunakan oleh kerajaan mungkin untuk tujuan yang lain. Tolong jelaskan.
Tuan Lim Guan Eng
Terima kasih. Saya hormati Yang Berhormat, itu sebab saya cuba berikan jawapan secara menyeluruh, bukan sahaja GST tetapi merangkumi lain supaya Yang Berhormat dapat satu gambaran yang lebih menyeluruh. Itulah sebabnya kita cuba sebagai sebuah kerajaan yang telus bagi maklumat yang kita ada. Di sini saya hendak nyatakan bahawa daripada RM19.4 bilion, kalau kita lihat dari segi syarikat-syarikat sahaja, senarai 100 syarikat tertinggi dalam aspek hutang bayaran balik GST yang tidak dipulangkan selama lebih dua tahun adalah satu jumlah yang besar. Saya hanya nak sebut Petronas sahaja.
Kalau kita lihat Petronas dan juga anak-anak syarikat Petronas, mereka di hutang RM4.2 bilion sahaja.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Menteri, saya tanya RM19 bilion yang dikata dirompak itu.
Tuan Lim Guan Eng
Ya, ya.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Adakah betul-betul dirompak ataupun duit itu bersama dengan kerajaan?
Tuan Lim Guan Eng
Bolehkah saya berikan jawapan?
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang lain-lain tak payah, masa tidak ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Menteri.
Tuan Lim Guan Eng
Saya cuba jawab.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang lain kita bincang di luar.
Tuan Lim Guan Eng
Saya hendak bincang dalam Dewan saja kerana Dewan yang mulia ini kita patut berikan maklumat. Di sini kita boleh kita lihat sekiranya ada pertikaian dalam aspek jumlah yang sahih atau tidak. Kita boleh lihat Petronas sendiri saja dan anak syarikatnya, mereka di hutang RM4.2 bilion dan takkan kita sebut bahawa Petronas buat satu tuntutan yang palsu. Jadi, di sini sememangnya ini adalah satu jumlah yang telah pun...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat tidak jawab soalan saya. Yang Berhormat tak jawab, saya tanya RM19 bilion itu betulkah dirompak atau ada lagi dengan kerajaan atau digunakan untuk tujuan lain? Tuduhan merompak serius Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng
Sabarlah, biar saya...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kalau dalam Islam, dosa besar itu.
Tuan Lim Guan Eng
Biar saya sampaikan dulu.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Dalam Islam berdosa besar tuduh orang kata merompak, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya nasihatkan supaya Yang Berhormat jadi pemimpin yang baik, jangan tuduh sembarangan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak, terima kasih.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Malu seluruh dunia, seluruh dunia mendengar.
Tuan Lim Guan Eng
Baik, saya setuju saya akan jadi pemimpin baik seperti yang disarankan oleh Yang Berhormat dengan bercakap benar. Sememangnya wang ini yang sepatutnya dibayar balik kepada lebih 120,000 registrant tidak dibayar balik sungguhpun lebih dua tahun.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Duit itu, duit itu diambil ke tidak?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Masih ada dalam akaun atau tidak?
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Anybody stole the money or not?
Tuan Lim Guan Eng
Antaranya, di antaranya...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua, anybody steal the money or not?
Tuan Lim Guan Eng
Tuan Yang di-Pertua, ini saya punya floor.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Pasir Salak, ini adalah your session untuk menjawab.
Tuan Lim Guan Eng
Tuan Yang di-Pertua, di antaranya RM19.4 bilion hanya syarikat Petronas dan anak syarikatnya di hutang RM4.2 bilion, takkan ini sesuatu yang tidak benar.
Tuan Lim Guan Eng
Saya rasa sekiranya pihak pembangkang masih tidak mahu menerima hakikat, tanyalah lebih 120,000 syarikat-syarikat tersebut.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
The money collected...
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Adakah duit itu masih ada dalam Consolidated Account atau tidak?
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Dia tidak boleh jawab dah tu, Yang Berhormat Pasir Salak, tak boleh jawab dah tu. Cukuplah, tak boleh jawab dah tu. Malu Menteri tu, cukuplah.
[Ketawa]
Tuan Lim Guan Eng
No, you are not interested in the facts.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Menteri duduklah, malu Menteri tu.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Menteri boleh tarik balik tak perkataan merompak?
[Dewan riuh]
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Cukuplah Yang Berhormat Pasir Salak, malu Menteri itu.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Tarik balik ‘rompak’ itu, tarik balik ‘rompak’.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Teh Kok Lim - Taiping
Soalan tambahan.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tak apalah, kasihan Menteri, kita maafkanlah dia.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Ya, ya, sijil ada ke tak, sijil?
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kasihan Menteri, I pity you.
[Dewan riuh]
Tuan Teh Kok Lim - Taiping
Soalan tambahan.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kewangan. Saya jemput soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Taiping.
Tuan Teh Kok Lim - Taiping
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas usaha yang diambil oleh pihak Kementerian Kewangan untuk membangunkan semula ekonomi negara. Soalan tambahan saya ialah Akta GST memperuntukkan untuk pembayaran balik GST dalam masa 14 hari. Apakah sebab utama penangguhan pembayaran ini sehingga dua, tiga tahun? Sila jelaskan.
Tuan Lim Guan Eng
Terima kasih. Itulah yang saya sebut tadi bahawa di bawah undang-undang kena bayar balik dalam 14 hari tapi lebih dua tahun tidak bayar. Di antaranya ialah seperti yang saya sebut tadi ialah Petronas, anak syarikatnya sendiri secara terkumpul dihutang RM4.2 bilion tak dibayar balik. Kalau kita lihat sepuluh syarikat yang dihutang paling banyak, sepuluh syarikat utama sahaja, nombor satu hingga sepuluh dihutang RM5.4 bilion, takkan ini sepuluh syarikat di antaranya semua adalah syarikat-syarikat terkenal. Mereka tidak akan buat tuntutan yang palsu, lebih-lebih lagi data dari Petronas yang berikan dividen dan akhirnya kita pun akan angkat sebahagian ini untuk pulangkan kepada Petronas tetapi itu adalah sumbangan kepada negara. Saya rasa rakan daripada parti PAS, beliau pun salah seorang mangsa, di mana beliau tidak dapat tuntutan balik bayaran GST juga. Ini kita akan bayar balik kepada 120,000 syarikat-syarikat lain.
[Tepuk] Kalau kita hendak kasihan, kasihanlah rakyat Malaysia yang menjadi mangsa kerajaan yang lama. Sekian, terima kasih.
[Dewan riuh]
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Kerajaan baru sama saja, patut bayar sekarang, tak bayar lagi.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, satu Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Soalan tambahan satu lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, saya akan terus kepada pertanyaan seterusnya, Yang Berhormat Sungai Besar.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi.
Kasihan rakyat tau, rakyat dimaklumkan dirompak.
7. Tuan Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Kesihatan menyatakan adakah cadangan bagi menjadikan Hospital Tengku Ampuan Jemaah Sabak Bernam menjadi salah satu hospital pakar kerana hospital pakar sedia ada jauh dan padat dengan pesakit.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya, jiran saya Yang Berhormat Sungai Besar. Tuan Yang di-Pertua, Hospital Tengku Ampuan Jemaah Sabak Bernam merupakan sebuah hospital tanpa pakar, berkapasiti 93 buah katil. Kadar penggunaan katil, dengan izin, bed occupancy rate (BOR) adalah pada tahun 2017 – 42.3 peratus. Dari sudut itu pun kita tahu bahawa belum wajar kami pertimbangkan. Namun Tuan Yang di-Pertua, perkhidmatan kepakaran di hospital tersebut disediakan oleh pegawai perubatan terlatih di samping pakar-pakar pelbagai bidang dari hospital-hospital berdekatan yang membuat lawatan secara berkala di dalam sepuluh bidang kepakaran yang boleh saya sebutkan sebagai beberapa contoh.
Kalau bidang ortopedik daripada Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dua kali sebulan. Kalau perubatan am (general medicine) Hospital Teluk Intan sebulan sekali. Pediatrik, kepakaran kanak-kanak, Hospital Tengku Ampuan Rahimah sebulan sekali. Psikiatri daripada Hospital Teluk Intan dua kali sebulan dan seterusnya, dalam bidang-bidang oftalmologi, perubatan respiratory, otorhinolaryngology (ENT), pembedahan plastik, O&G dan sebagainya.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad
Jadi Tuan Yang di-Pertua, di samping itu, bagi memudahkan akses kepada perkhidmatan kepakaran untuk penduduk setempat, Kementerian Kesihatan Malaysia merancang untuk memulakan inisiatif hospital kluster, Yang Berhormat ya. Di bawah inisiatif ini, Hospital Tengku Ampuan Jemaah Sabak Bernam akan menjadi hospital non-lead ataupun hospital yang mendapat manfaatnya bersama-sama dengan Hospital Sungai Buloh yang merupakan lead hospital atau anchor hospitalnya. Hospital Tanjung Karang juga mendapat manfaat dan Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) juga mendapat manfaatnya.
Hospital Sabak Bernam juga telah dipilih sebagai antara hospital perintis (pilot project) di dalam Global Surgery Framework dengan izin, di mana Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) diberi amanat oleh International Society of Surgery untuk create satu framework di mana dalam rangka kerja ini, Pegawai Perubatan (The MOs), pegawai-pegawai perubatan dan anggota sokongan yang bekerja di Hospital Sabak Bernam akan diberikan latihan khusus di dalam bidang pembedahan am, anestesiologi dan sebagainya bagi membekalkan prosedur-prosedur yang semudah ini, seumpama circumcision seumpama hernia repair, herniorrhaphy dan sebagainya. Lalu dengan itu Sabak Bernam mendapat manfaatnya. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Terima kasih,Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Cuma saya hendak merujuk kepada Laporan Jabatan Perangkaan pada 31 Oktober 2018 yang menyatakan bahawa CDR iaitu kadar kematian kasar daerah Sabak Bernam kedua tertinggi di Malaysia selepas daerah Kanowit dan Kuala Pilah di tempat yang ketiga. Kadar ini melibatkan 8.8 peratus daripada 1,000 penduduk. Maksudnya, tendency untuk rakyat Sabak Bernam mendapatkan perkhidmatan di Hospital Sabak Bernam ini sangat tinggi dan saya kira sudah sampai waktunya untuk di naik taraf. Cuma soalan saya Yang Berhormat Menteri, bila cadangan Hospital Sabak Bernam ataupun Tengku Ampuan Rahimah ini akan di naik taraf untuk hospital pakai kerana itu adalah hasrat daripada rakyat Sabak Bernam khususnya di kawasan Parlimen Sungai Besar. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya yang terus menunjukkan keprihatinannya kepada rakyat yang dijaga dalam kawasan Sabak Bernam ini. Kalau dilihat daripada sudut keperluan ataupun dilihat daripada perspektif mortaliti itu, memang kita dapati dan kita kesani punya kadar kematian yang seperti disebutkan tadi. Namun, saya kira dengan program kluster dan juga dengan apa yang saya sebutkan tadi The Global Surgery Framework itu saya yakin akan dapat membantu rakyat di kawasan Sabak Bernam. Kami dalam waktu yang terdekat ini menaik taraf tidak kurang daripada 11 hospital-hospital yang tidak tanpa pakar menjadi hospital pakar. Yang juga saya perhatikan Gerik, Tampin, Kota Tinggi, Besut, Dungun, Kuala Kangsar. Namun Sabak Bernam
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad
belum lagi dalam list itu. Insya-Allah saya yakin dengan program kluster dan program Global Surgery ini akan dapat memanfaatkan rakyat di kawasan Yang Berhormat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tidak ada soalan tambahan yang kedua. Sila Yang Berhormat Ledang.
Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, saya bagi yang sebelah sini. Sila Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
30 saat.
Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Kerana tidak ada soalan tambahan. Barangkali tidak berkaitan kerana soalan spesifik. Saya hendak luar sedikit daripada ini kerana Menteri jarang boleh jumpa. Berkaitan dengan penempatan untuk medical officer. Selepas tamat latihan siswazah ataupun housemanship. Mengapa ada syarat mengatakan bahawa mana-mana yang buat houseman di negeri berkenaan bila hendak di posting untuk first posting kena keluar daripada negeri tersebut. Sedangkan kekosongan masih ada di negeri yang dia buat houseman. Jadi saya rasa kalau polisi seperti ini dikekalkan oleh kementerian, ia sangat contradict dengan usaha kerajaan untuk menghapuskan doktor duka lara yang berjauhan daripada suami dan juga keluarga.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Saya sangat sedar dan insaf akan gendala-gendala yang pastinya di sudut kebajikan MO telah mereka jalani latihan housemanship. Namun kita punya peraturan yang buat hari ini sebegitu ketika mana mereka telah berkhidmat di satu-satu kawasan A dalam housemanship-nya mereka perlu berpindah. Namun kalau perkara-perkara – kalau perhitungan itu adalah satu yang sangat mendesak atas perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat, kita sebenarnya ada ruang untuk perhitungan. Akan tetapi ia tidak boleh diambil satu pengecualian yang begitu sahaja. Ia mesti dipertimbangkan segala faktornya. Atas perkara itu saya yakin perkara itu dari masa ke semasa akan dapat dipertimbangkan secara per case basis, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat.
8. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Kota Tinggi] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan jumlah kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tempoh 2017 hingga 2019 terkini dan nyatakan jenis-jenis keganasan rumah tangga yang dilaporkan serta langkah Kementerian bagi membendung gejala ini serta langkah bagi melindungi mangsa keganasan rumah tangga ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hannah Yeoh
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Soalan Yang Berhormat Kota Tinggi sangat menyeluruh. Terdapat tiga soalan dalam soalan tersebut. Jadi saya inginkan masa untuk menjawab secara terperinci.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah merekodkan sebanyak 1,037 kes bagi tempoh 2017 hingga Jun 2018. Data di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga ini kita sedang dalam semakan untuk mengemas kini daripada Jun 2018 sehingga sekarang. Data itu kita akan berikan secara bertulis kepada Yang Berhormat.
Jadi 1,037 kes.
Izinkan saya membacakan jenis-jenis keganasan rumah tangga yang telah dilaporkan kepada JKM. Yang paling banyak sebanyak 484 kes melibatkan kecederaan atau mencederakan mangsa secara fizikal. Keduanya paling banyak adalah 401 kes sengaja atau cuba meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal. Ketiganya adalah melakukan penderaan secara psikologi dan emosi terhadap mangsa 69 kes. Keempat, melakukan khianat atau memusnahkan atau merosakkan harta dengan niat untuk menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa 30 kes.
Saya juga ingin menyatakan bahawa daripada 1,037 kes tersebut, bukan semuanya adalah mangsa wanita. Lelaki juga merupakan mangsa keganasan rumah tangga dan kita mempunyai daripada 1,037 kes tersebut, terdapat 56 mangsa lelaki iaitu 5.4 peratus.
Yang Berhormat Kota Tinggi juga bertanyakan langkah-langkah kementerian bagi membendung gejala ini. Saya ingin menjawab kementerian telah melalui pindaan dua kali pada
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hannah Yeoh
tahun 2012 dan tahun 2017 telah memperbaiki dan mempertingkatkan lagi usaha untuk memberikan perlindungan kepada mangsa dan dalam data yang kita ada, tindakan yang telah diambil paling banyak adalah 425 kes diberi perintah perlindungan sementara (IPO).
Keduanya adalah melakukan tindakan memindahkan ataupun pindah tinggal berasingan seperti kembali ke rumah ibu bapa, saudara mara. Yang itu 95 kes. Ketiganya adalah memberikan kaunseling di Pejabat Kebajikan Masyarakat melibatkan 89 kes. Keempat adalah diberi perintah perlindungan (PO) 79 kes.
Langkah untuk melindungi mangsa juga telah dipertingkatkan melalui pindaan tahun 2017 iaitu membenarkan EPO diberikan iaitu melantik Pegawai Polis dan Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk memberikan EPO. Sejak akta ini dipinda, kita telah mengeluarkan 10 Emergency Protection Order di seluruh Malaysia seperti berikut:-
| Negeri | Bilangan kes |
|---|---|
| Perlis | 2 |
| Selangor | 4 |
| Kedah | 1 |
| Melaka Tengah | 1 |
| Negeri Sembilan | 1 |
| Sabah | 1 |
Jadi kalau kita lihat daripada jumlah kes yang dilaporkan, kami percaya bahawa sebenarnya trend ini di luar agak tinggi. Akan tetapi hanya kurang laporan dan kurang kesedaran. Kementerian akan terus fokus untuk memberikan kesedaran melalui engagement dengan stakeholders dan NGO-NGO. Terima kasih.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, daripada jumlah yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi sudah tentu lebih ramai wanita. Kita pun tahu keganasan rumah tangga ini berlaku setiap hari. Sekarang ini pun sedang berlaku tanpa mengira kaum, bangsa dan lain-lain.
Termasuk status pendapatan dan sebagainya.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Saya nak tanya dengan Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri benar-benar yakin bahawa Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Pindaan) 2017 ini telah benar-benar dapat memberikan perlindungan dan keadilan kepada mangsa yang tidak berupaya untuk menyelamatkan diri dan anak-anak dan adakah EPO itu benar-benar dapat memberikan perlindungan yang diharapkan. Apakah outreach programme supaya lebih ramai lagi akan dapat maklum tentang hak mereka terhadap akta ini, kerana ramai lagi yang sedang didera di luar sana tetapi tak berani tampil ke hadapan kerana memikirkan keselamatan diri dan juga anak-anak. Jadi, apa jawapan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.
Puan Hannah Yeoh
Banyak soalan tambahan dalam soalan tambahan tersebut.
Akan tetapi kalau kita lihat Yang Berhormat, itu sebab apabila kita mempunyai Ahli Parlimen yang menyedari kepentingan isu ini dan membangkitkan dan mengambil masa dalam Parlimen untuk bertanyakan soalan seperti ini, ia sedikit sebanyak membantu meningkatkan kesedaran.
Jadi, saya ucapkan syabas kepada Yang Berhormat Kota Tinggi dalam membangkitkan isu tersebut. Apa yang saya lihat, setelah pindaan dibuat tahun 2018, kita hanya mempunyai 10 kes EPO. Bermaksud, ada ramai yang tidak tahu bagaimana untuk melaporkan dan juga Akta Keganasan Rumah Tangga ini bukan sahaja digunakan untuk melindungi isteri ataupun suami, tetapi merangkumi kanak-kanak dan juga warga emas ataupun saudara mara yang tinggal bersama dalam satu rumah.
Saya rasa kita perlu memperkuatkan lagi kesedaran dan setelah berbincang dengan NGO seperti Women’s Aid Organisation, cadangan adalah untuk mewujudkan satu multistakeholder platform on domestic violence, satu gerak kerja bersepadu yang melibatkan kementerian dan juga pihak polis dan NGO supaya bila ada satu kes yang dilaporkan, mangsa boleh pergi ke tempat yang paling dekat. Saya bagi contoh, dalam kes seperti ini, kita telah mewartakan 43 rumah selamat untuk memberikan perlindungan. Akan tetapi, dalam senarai
Puan Hannah Yeoh
JKM ini negeri Pulau Pinang tak ada yang di bawah seliaan JKM tetapi di negeri Pulau Pinang, kita ada Pertubuhan Kebajikan Wanita Darul Hasanah, NGO yang terlibat.
Oleh sebab itu, stakeholders consultation ini kita perlu institutionalize-kannya.
Bermaksud, dalam satu tahun, kementerian kita mesti memulakan jawatankuasa ini.
Perbincangan pernah berlaku dalam dua tahun yang lepas tetapi untuk menetapkan jawatankuasa ini belum dimulakan dan ini kita akan mulakan pada tahun ini supaya gerak kerja dan kita hendak juga melibatkan wakil-wakil rakyat. Ahli Parlimen dengan Ahli Dewan Negeri, saya percaya ada ramai yang tidak tahu kalau mereka menerima aduan daripada penduduk mengenai kes seperti ini, mereka tidak tahu bagaimana hendak membantu. Oleh itu, kita akan mulakan gerak kerja ini dan melibatkan semua wakil rakyat. Terima kasih.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terpanggil untuk bertanyakan soalan sebab tadi daripada jawapan Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa daripada 1,300 itu ada juga lelaki dan bagaimana kita nak melihat. Sebenarnya banyak kes yang berlaku setiap hari sebagaimana Yang Berhormat Kota Tinggi katakan. Bagaimana kita hendak meyakinkan supaya mereka yang didera, yang tidak membuat laporan itu supaya mereka buat laporan dan mereka ini bagaimana yang boleh kementerian melindungi mangsa-mangsa yang didera ini supaya jumlah yang berada di luar sana, yang tidak dilaporkan dapat diketahui dan kita dapat bantu mangsa dera ini. Terima kasih.
Puan Hannah Yeoh
Okey. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ambil peluang ini untuk menggalakkan lebih ramai lagi pelapor untuk melaporkan kes keganasan rumah tangga.
Jika ada kes keganasan rumah tangga, bukan sahaja melibatkan isteri dan suami tetapi anak ataupun saudara mara, boleh menelefon Talian Kasih–15999 dan 15999 ini beroperasi 24 jam dan apabila laporan dibuat, pegawai JKM akan membantu. Dalam dua jam selepas permohonan, boleh mengeluarkan emergency protection order untuk memindahkan mangsa daripada tempat tersebut dan dalam tujuh hari boleh ke mahkamah untuk mendapatkan interim protection order semasa siasatan dijalankan.
Izinkan saya juga membaca sedikit sebanyak punca keganasan rumah tangga yang telah kita peroleh. Yang paling common, perselisihan faham, campur tangan pihak ketiga, cemburu, isteri mohon cerai, masalah kewangan, panas baran, pemabuk dan baru-baru ini juga penagih dadah. Okey. Jadi, ini akan dibincangkan di Majlis Sosial Negara juga yang melibatkan semua agensi kerana impaknya adalah bukan sahaja terhadap orang dewasa tetapi kanak- kanak yang menjadi saksi kes keganasan rumah tangga ini di rumah masing-masing. Terima kasih.
9. Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kapar] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan pelan pindaan Akta Perusahaan.
Menteri Sumber Manusia - Tuan M. Kulasegaran
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia sedang dalam proses akhir untuk meminda secara holistik beberapa akta perburuhan termasuk Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Draf cadangan pindaan akta ini telah dimuat naik di laman web Kementerian Sumber Manusia sejak 4 Disember 2018 bagi membolehkan kementerian mendapat pandangan daripada stakeholders. Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pindaan Undang-undang Buruh bagi membincangkan draf cadangan telah diadakan pada 14 Januari 2019 dan 13 Februari ke 14 Februari yang lepas.
Adalah dijangkakan cadangan pindaan ini akan dibentangkan di Parlimen pada Mesyuarat Kedua tahun ini. Terima kasih.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Meneliti daripada perancangan kementerian, saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Menteri supaya ia tidak terlepas pandang. Apakah rancangan kementerian untuk mengadakan Mahkamah Tinggi Perusahaan dan termasuk dalam pindaan juga di bawah Seksyen 20(3) jangan dilepas pandang, yang mengehadkan kuasa-kuasa Menteri, yang mana Yang Berhormat Menteri dengan saya sama-sama berjuang semasa penggal yang selepas-lepas sebelum ini yang memastikan bahawa pindaan itu wajib dibuat untuk memastikan tidak ada mala fide terhadap pekerja. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan M.Kulasegaran
Soalan bagus ini. Nombor satu, yes kita ada rancangan untuk menubuhkan Mahkamah Rayuan di Industrial Court dan cadangan ini telah dipersetujui oleh pihak-pihak berkenaan dan akan dimasukkan dalam akta secara holistiknya dan akan dibawa ke Parlimen pada bulan Jun. Kedua, mengenai Seksyen 20(3), saya adalah di antara orang yang percaya bahawa kita perlu mengehadkan kuasa Menteri dan saya telah setuju dan itu
Tuan M.Kulasegaran
telah pun dimasukkan dalam cadangan akta dan harap ia juga boleh dibawa ke Parlimen untuk kelulusan dan saya harap Yang Berhormat akan sokong kepada perkara tersebut.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Menteri, berapa banyak berlaku strike, lockout, piket dan juga mogok apabila collective agreement dilanggar oleh majikan dan setakat mana kebenaran diberi untuk piket dan mogok bagi kesatuan sekerja menyatakan tidak setuju mereka terhadap apa yang dibuat oleh majikan di kilang terutamanya di Malaysia.
Tuan M. Kulasegaran
Mengenai piket dan mogok ini, kebanyakan kes yang ada ini akan dirujuk. Kalau tidak dipersetujui oleh terma-terma dalam collective agreement, maka Menteri akan merujuk kepada Mahkamah Perusahaan, jadi banyak kes yang tidak menjadi.
Angka itu saya akan beri secara bertulis tetapi yang lebih mustahak adalah kita menggalakkan collective agreement kepada semua majikan. Saya sendiri pergi ke seluruh negara untuk menyaksikan collective agreement ini dipersetujui supaya kita ada satu inisiatif yang baharu untuk mengelak mogok dan sebagainya. Terima kasih.
[Soalan No.10 – YB. Dato’ Takiyuddin bin Hassan (Kota Bharu) tidak hadir]
11. Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah kerajaan berhasrat untuk mengkaji syarat Bantuan Sara Hidup bagi golongan bujang memandangkan ada kes individu bujang berada dalam kategori orang kurang upaya (OKU) tidak mendapat bantuan tersebut.
Menteri Kewangan - Tuan Lim Guan Eng
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Tanah Merah. Sesuatu yang amat manis sekali.
Menteri Kewangan - Tuan Lim Guan Eng
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan Yang Berhormat Tanah Merah pada 21 Mac 2019 dan Yang Berhormat Lenggong pada 1 April 2019 secara bersekali memandangkan isu yang dibangkitkan adalah hampir sama iaitu pemberian BSH kepada golongan bujang.
Bantuan Sara Hidup atau BSH merupakan salah satu bantuan bersasar bagi golongan berpendapatan rendah untuk meringankan kos sara hidup mereka di samping membuktikan keprihatinan Kerajaan Pakatan Harapan terhadap golongan yang memerlukan dan seterusnya memberi impak yang tinggi kepada rakyat. Untuk makluman Yang Berhormat, tempoh pendaftaran atau pengemaskinian BSH pada tahun 2019 telah dibuka mulai 1 Februari 2019 hingga 15 Mac 2019. Sehingga 3 Mac 2019, lebih daripada 1.5 juta permohonan BSH 2019 telah diterima merangkumi 310,000 permohonan baru dan 1.2 juta permohonan kemas kini.
Disebabkan tarikh pendaftaran ataupun pengemaskinian BSH 2019 akan berakhir pada 15 Mac 2019, jumlah sebenar permohonan masih belum dikenal pasti. Seperti mana yang diumumkan oleh kerajaan, BSH 2019 dijangka memanfaatkan lebih daripada 4 juta isi rumah dan melibatkan peruntukan hampir RM5 bilion. Sebagai kerajaan berjiwa rakyat dan amat mengambil berat pelbagai perkara termasuk anak muda yang belum berkahwin dan bekerja tetapi berpendapatan kecil, kerajaan bersetuju membuat bayaran RM100 kepada setiap individu yang berdaftar di bawah kategori bujang dalam pangkalan data BSH 2018. Bayaran tersebut akan dibuat pada hujung bulan Mac tahun ini dan dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka. Bayaran ini akan memanfaatkan lebih daripada 3 juta individu dan melibatkan peruntukan hampir RM300 juta.
Perlu disebutkan bahawa bayaran ini adalah untuk, adalah dalam bentuk bayaran awal dan sama ada, ada bayaran selanjutnya, akan diputuskan kemudian oleh Kabinet.
Berhubung dengan bayaran selanjutnya, kadar bantuan BSH bagi 2019 untuk golongan bujang akan dikaji semula dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan. Selain itu sebanyak 1.2 juta pelajar IPTA dan IPTS yang menerima bantuan pelajar pendidikan tinggi sebanyak RM100 seorang. Kerajaan juga komited dalam membantu meringankan beban kos sara hidup di kalangan OKU dan memastikan kesaksamaan hak dan peluang seperti anggota masyarakat yang lain dalam semua aspek kehidupan.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat turut menyediakan pelbagai kemudahan dalam bentuk bantuan kepada golongan OKU seperti elaun pekerja cacat, elaun OKU tidak berupaya kerja dan bantuan penjagaan OKU pesakit kronik terlantar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan akan
Menteri Kewangan - Tuan Lim Guan Eng
memastikan semua bantuan kerajaan adalah berkesan dan menepati kumpulan sasar yang ditetapkan terutamanya golongan B40 supaya tidak ada pihak yang tidak layak menerimanya juga mendapat manfaatnya. Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Alhamdulillah lah jika Yang Berhormat Menteri tadi maklum bahawa jumlah ini akan dikaji semula kerana pemberian RM100 ini dianggap rendah berbanding dengan RM450 ketika BR1M dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu. Namun dalam keadaan kewangan kini, walaupun agak kecil namun syabaslah kepada kerajaan yang mendengar rintihan dan keluhan rakyat. Dari asalnya BSH bagi golongan bujang ini telah dihentikan tapi setelah rayuan Yang Berhormat Pagoh dan rakyat, kerajaan telah bersetuju pemberian untuk golongan bujang diteruskan dan saya haraplah Yang Berhormat Menteri dapatlah dinaikkan lagi jumlahnya.
Jadi soalan tambahan saya, kebanyakan bantuan sara hidup kategori bujang adalah mereka yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan hanya bekerja biasa termasuk kerja-kerja kampung. Oleh itu apakah kerajaan berhasrat untuk melaksanakan satu program bersepadu melibatkan semua agensi khususnya di bawah Kementerian Kewangan bagi membantu golongan tersebut bagi menambahkan pendapatan dan menjadi mereka tidak perlu lagi menerima bantuan BSH ini. Terima kasih.
Tuan Lim Guan Eng
Terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan tambahan yang menunjukkan keprihatinan Yang Berhormat tentang masalah dihadapi bukan sahaja oleh pengundi beliau tapi juga untuk mereka yang memerlukan bantuan. Seperti yang ditegaskan tadi oleh saya dan juga rakan-rakan Kabinet saya bahawa memang kita tidak akan menafikan bahawa golongan di mana perlukan bantuan tidak menerimanya atas beberapa faktor struktur.
Kita ingin mengatasi masalah struktur ini dengan memperkenalkan satu program seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat iaitu gandingan di antara pihak swasta dan juga sektor awam. Di sini secara peribadi ini pun sedang dikaji ialah macam mana kita boleh memastikan gandingan ini lebih berkesan di mana selain daripada mewujudkan peluang perniagaan, untuk memastikan bahawa pihak swasta mengambil pekerja-pekerja daripada golongan tersebut.
Adalah dicadangkan bahawa satu skim tambah pendapatan atau income supplement dengan izin supaya sekiranya majikan mengambil pekerja, pihak kerajaan lihat sama ada kita boleh tambah pendapatan supaya menggalakkan majikan mengambil pekerja-pekerja tersebut.
Tapi ini tentu tertakluk kepada keupayaan dan kemampuan pihak kerajaan. Di sini itulah boleh sebut sebagai passion saya. Untuk saya sekiranya boleh kalau sumber kewangan, saya lebih berminat untuk buat program ini daripada projek-projek kerana tumpuan untuk program- program sedemikian akan membawa perbezaan yang ketara kepada pendapatan isi keluarga dan sekali gus dapat juga menggerakkan pembangunan ekonomi bukan sahaja di peringkat penggunaan tapi juga di kawasan-kawasan kampung tersebut. Sekian, terima kasih.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak bertanya berkaitan bantuan sara hidup golongan bujang dan saya kira ramai di luar sana sedang menunggu apabila Yang Berhormat Menteri mengumumkan akan ada bayaran selanjutnya. Saya hendak tahu bayaran selanjutnya ini yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi akan diumumkan tahun ini atau bagaimana. Kerana apa, RM100 yang diberikan, diumumkan semasa PRK Semenyih itu sebenarnya tidak mencukupi. Itu sebabnya Pakatan Harapan kalah di PRK Semenyih. Terima kasih.
Tuan Lim Guan Eng
Saya hendak ingatkan Yang Berhormat bahawa pembayaran adalah dalam bulan Mac. So sekiranya ada berkaitan dengan Semenyih, kita akan cepat-cepat bayar sebelum hari pengundian Semenyih. So...
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tapi pengumuman Yang Berhormat Menteri, pengumuman.
Tuan Lim Guan Eng
Itulah saya rasa dari segi hasrat kalau kita umum tapi tidak bayar saya rasa tidak kenalah. So di sini ini secara ikhlas bahawa kita hendak buat secara akhir suku. So itulah sebabnya kita faham tentang masalah yang dihadapi oleh rakyat tapi kita pun tersekat oleh kekangan kewangan dan hendaklah berusaha untuk cari sumber kewangan yang mencukupi supaya dapat membayar kepada BSH pada golongan bujang dan pada masa yang sama teruskan pentadbiran kerajaan seperti biasa.
Tapi saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa Kabinet akan buat keputusan tentang bayaran selanjutnya dan yang penting ialah kita kena lihat kedudukan kewangan selepas suku pertama ini. Pembayaran pertama akan dibayar pada 28 Mac, belum
Tuan Lim Guan Eng
sampai lagi. Biar bayaran pertama ini dibuat dan lepas ini kita akan buat pengumuman dan tentu Yang Berhormat akan dimaklumkan juga. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Dengan itu tamatlah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:
“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak- banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kedua, Parlimen Yang Keempat Belas”.
[19 Mac 2019]
Tuan Yang di-Pertua
Sebelum saya memanggil pembahas seterusnya, saya ingin mencadangkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa memandangkan senarai yang masih ada agak panjang, jadi saya mencadangkan supaya perbahasan dihadkan kepada 10 minit seorang.
[Disampuk] Lebih kurang 10 minit, injury time dan sebagainya.
Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut berbahas Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Johor Bahru.
Dalam kesempatan berbahas yang amat terbatas dengan hanya 10 minit ini, saya berharap dapat 20 minit. Tuan Yang di-Pertua, saya akan fokus pada isu-isu berbangkit mengenai pembangunan wilayah dan luar bandar di negara ini dengan harapan ia akan terus mendapat perhatian serius daripada Kerajaan Persekutuan khususnya bagi Sabah dan Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, pada asasnya, Tuaran berterima kasih kerana kerajaan terus berusaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat luar bandar khususnya orang asal Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli dengan mengambil pendekatan yang menyeluruh meliputi pembangunan ekonomi, modal insan dan infrastruktur sebagaimana Titah Yang di- Pertuan Agong. Sangat jelas, yang menjadi harapan rakyat ialah agar pembangunan wilayah yang lebih seimbang dan inklusif juga akan diberi tumpuan agar jurang pembangunan antara negeri-negeri serta kawasan bandar dan luar bandar dapat dikurangkan.
Tidak dinafikan sejak pembentukan Malaysia 56 tahun yang lalu, sudah banyak perubahan dan pembangunan di Sabah. Walau bagaimanapun, apabila dibuat perbandingan di antara wilayah, maka timbullah rasa tidak puas hati, perasaan marah, malah mungkin ada keinginan memberontak.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya kemakmuran, kesejahteraan dan kekukuhan Persekutuan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat akan jauh lebih mantap apabila semua warganegara di bumi tercinta ini gembira dan benar-benar merasakan bahawa setiap kepentingan mereka dipenuhi. Walau bagaimanapun, realiti di lapangan ialah “indah khabar dari rupa”. Keluhan demi keluhan diluahkan. The people on the ground are restless, dengan izin.
Mengapa tidak? Menurut statistik daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah, pada tahun 2017, pendapatan per kapita GDP Sabah adalah keempat terendah di Malaysia ataupun ranking ke-12 daripada 15 negeri dan wilayah. Dengan kata lain, GDP per kapita Sabah hanyalah RM23,979 atau sekadar 57 peratus berbanding GDP per kapita negara yang berjumlah RM42,228.
Tuan Yang di-Pertua, dari segi purata pendapatan isi rumah, Sabah adalah antara yang terendah di Malaysia iaitu hanya sejumlah RM5,354 sahaja berbanding purata pendapatan isi rumah negara berjumlah RM6,958. Realitinya, Sabah berada pada kedudukan negeri ke-12 terendah dalam hal ini. Bagi sebuah wilayah dengan keluasan 76,000 kilometer persegi yang merupakan salah satu wilayah yang di antara yang kedua terbesar bagi negara ini, tentu sekali perangkaan ini membuat kita sedih, Tuan Yang di-Pertua.
Menurut data terkini iaitu sehingga tahun 2016, Sabah masih mencatat kadar kemiskinan tertinggi dalam negara iaitu 2.9 peratus berbanding 0.4 peratus bagi negara kita Malaysia.
Setelah hampir enam dekad dan meski dikurniakan dengan pelbagai sumber semula jadi seperti minyak dan gas, kayu balak serta tanah yang dibawa naik jutaan ekar tanaman komoditi, apakah kerajaan sedar mengenai perkara ini dan mengapakah Sabah masih di takuk yang lama?
Sebenarnya janji demi janji sering dikumandangkan. Contohnya, antara usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat luar bandar ialah memastikan Sabah dan Sarawak diberi peruntukan kewangan yang sewajarnya. Andai kita imbas kembali komitmen sedemikian, nyata ia sudah diungkapkan sejak sekian lama. Kita mengharapkan ini semua diberikan.
Namun, dalam Belanjawan 2019, sebagai contoh, daripada RM314.5 bilion jumlah belanjawan keseluruhan negara, Sabah hanya mendapat RM5 bilion. RM5 bilion sahaja. Padahal rakyat Sabah tahu sumbangan Sabah kepada pendapatan negara adalah jumlah yang jauh lebih besar.
Selain daripada itu, dari segi perjanjian pembentukan Malaysia dahulu, memang termaktub, tertera bahawa 40 peratus daripada hasil kutipan Persekutuan yang lahir dari negeri Sabah adalah kepada negeri Sabah. Inilah yang kita harap-harapkan supaya dapat ditunaikan secepat mungkin.
Persoalannya ialah, Tuan Yang di-Pertua, apakah peruntukan sewajarnya sudah diwujudkan? Apakah hak-hak Sabah itu sudah dipenuhi? Kalau kita melihat Belanjawan 2019, jawapannya jelas tidak. Keadilan, bagi kita, belum dilaksanakan dengan sepenuhnya. Kalau kita lihat di media sosial, Tuan Yang di-Pertua, rata-rata rakyat memperlekehkan pelbagai janji yang dinyatakan terhadap Sabah. Semuanya hanya as token sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, setiap kali perbincangan merangka belanjawan diadakan, wakil daripada 15 buah negeri dan Wilayah Persekutuan akan hadir. Difahamkan dalam Majlis Kewangan Negara itu, semua akan memberikan rasional terhadap permintaan mereka. Lain- lain perkataan, Sabah has to compete with 14 others.
Seharusnya Sabah dan Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu mengadakan perbincangan di platform tersendiri sejajar dengan Perjanjian Malaysia 1963 dan seharusnya kita tidak berada dalam Majlis Kewangan Negara yang mana kita terpaksa compete dengan 14 lagi yang lain. Kita memerlukan satu platform yang baharu jika sekiranya kita serius menyatakan bahawa we are equal partners.
Justeru, kewujudan Majlis Kewangan Negara perlu dirasionalisasikan supaya satu platform baharu dapat dibentuk berlandaskan kepada konsep equal partners. Tuaran memohon ingin bertanya, apakah kerajaan sependapat dengan saya? Apakah kerajaan sedar hanya dengan langkah-langkah seperti ini Persekutuan Malaysia akan dapat diperkukuhkan lagi?
Tuan Yang di-Pertua, data GDP, kadar kemiskinan, purata pendapatan isi rumah yang saya sebutkan sebentar tadi hanyalah sebahagian daripada sebab mengapa rakyat sangat
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
marah. Tidak keterlaluan kalau saya katakan warga Sabah merasa terpinggir, merasa ditindas, merasa dianaktirikan sejak sekian lama.
Menurut Perjanjian Malaysia 1963 seperti saya katakan tadi, we are equal partners.
Sebab itu perlu diingat bahawa Sabah dan Sarawak setuju membentuk Malaysia kerana mahukan pembangunan setaraf dengan apa yang mereka nampak di Semenanjung pada ketika itu tahun 1963. Sedihnya, pencapaian pembangunan Sabah bukan saja berkurangan tetapi semakin jauh jurang berbanding dengan apa yang ada di Semenanjung.
Tuaran sekali lagi ingin bertanya kepada Kerajaan Persekutuan, apakah langkah- langkah baharu yang diambil untuk merapatkan lagi jurang pembangunan wilayah ini?
Bagi Kerajaan Sabah, kita lipat gandakan usaha untuk meningkatkan sumbangan sektor industri pembuatan daripada 7.2 peratus kepada sekurang-kurangnya 30 peratus iaitu satu benchmark untuk mencapai status ekonomi maju.
Namun demikian, usaha ini sangat-sangatlah mencabar. Sangat mencabar kerana the very basic iaitu kemudahan asas seperti air, bekalan elektrik masih lagi menjadi cabaran, hal-hal logistik masih lagi menjadi cabaran. Malah bahan mentah yang penting seperti gas yang dimiliki kita sendiri menjadi masalah sebab kita masih bertanya meminta daripada Petronas dan sebagainya.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Industri pembuatan Sabah berasaskan sumber asli terutama sekali minyak dan gas tetapi ini dalam kuasa Petronas seperti yang saya katakan tadi. Bila pelabur datang dan bertanya, kita wajib bertanya kepada Petronas, kita kena minta kepada Petronas. Oleh sebab itu berkali-kali kerajaan negeri meminta supaya pihak Petronas memberikan sejumlah- katakan sejumlah bilangan gas untuk Sabah pada kadar harga yang ditetapkan supaya kita boleh gunakan ini apabila ada pelabur yang datang.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan cadangan pindaan Artikel 1(2), Perlembagaan Persekutuan yang akan mencerminkan kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai equal partners. Saya bagi Tuaran sangat mengalu-alukan cadangan ini. Walau bagaimanapun, cadangan ini hendaklah komprehensif, janganlah hanya dalam bentuk- it cannot be just form, there must be substance. Jangan hanya meminda Artikel 1(2) tetapi terlupa meminda Artikel 160 di mana dimuatkan definisi Persekutuan dalam Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan masih dinyatakan bahawa erti Persekutuan itu Persekutuan Tanah Melayu sedangkan kita ini sudah menjadi Malaysia, sudah 56 tahun. Ini bererti bahawa Perjanjian Malaysia 1963 telah tidak diambil kira sepenuhnya semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan dahulu.
Selain daripada itu, perkara-perkara yang berkaitan berkenaan dengan hal-hal perkongsian kuasa, hal-hal dengan perkhidmatan awam, hal-hal dengan percukaian juga harus dilihat. Apabila kita lihat sebagai contoh daripada segi percukaian, sehingga pada hari ini Sabah tidak mempunyai free-trade zone, oleh sebab itu kita tidak mendapat insentif khusus untuk menarik pelabur dengan baik.
Oleh sebab itu, kerajaan negeri telah meminta Kerajaan Persekutuan supaya negeri Sabah itu diisytiharkan sebagai least developed area dengan qualification, dengan kedudukan yang saya nyatakan tadi bahawa sememangnya kita ini least developed area, dan setelah diisytiharkan sebagai least developed area, maka seluruh negeri Sabah itu hendaklah di mana- mana sahaja pelabur melabur ataupun menubuhkan kilang, hendaklah diberi insentif cukai yang rendah, yang bersesuaian sehinggakan dia dapat menarik pelabur-pelabur ke negeri Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, saya bangga menjadi anak Malaysia. Saya tidak mahu kedengaran bersikap parochial. Namun demikian, persoalannya ialah bagaimana kita dapat memperkukuhkan lagi Persekutuan Malaysia ini. Bagi saya jika kita terus menerus mengabaikan peruntukan-peruntukan dalam Perjanjian Malaysia, kita tidak laksanakan dengan sepenuhnya, saya sangat khuatir negara ini tidak dapat diperkukuhkan dengan sebaik-baik mungkin. Kita harus sedar bahawa Perjanjian Malaysia 1963, satu perjanjian antarabangsa, yang melibatkan juga...
Tuan Yang di-Pertua
Boleh Yang Berhormat menggulung sekarang?
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
...United Kingdom sudah didaftarkan dalam Bangsa-Bangsa Bersatu, dan sebab itulah apa-apa kandungan di situ hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Apabila saya mengambil contoh tentang 40 peratus daripada pungutan cukai Persekutuan, pungutan hasil Persekutuan daripada Sabah
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
hendaklah dilaksanakan dan jangan ada lagi alasan-alasan seperti Kerajaan Persekutuan tidak mencukupi dana dan sebagainya.
Hak itu tetap hak. Oleh sebab itu jika sekiranya ada peruntukan-peruntukan, kandungan-kandungan dalam MA63 itu tidak dapat diselesaikan kita boleh rujuk kepada arbitration. Kita boleh rujuk kepada arbitration dan Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab masa yang terlalu suntuk saya ingin mencadangkan supaya kita dapat berjaya mendapat kelulusan sepenuhnya daripada Dewan yang mulia ini, untuk cadangan pindaan terhadap Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan. Saya mencadangkan supaya rang undang-undang nanti hendaklah dirujuk kepada satu Jawatankuasa Pilihan Khas.
Ini adalah sebaik-baik mungkin supaya kita ada engagement pada rakyat seluruhnya, di seluruh negara. Oleh sebabnya kita adalah memperkukuhkan negara kita Malaysia. Bukan setakat melihat sebelah Sabah sahaja tetapi keseluruhannya. Bagaimanakah sebaik-baik mungkin urus tadbir Malaysia ini dapat dijalankan supaya keadilan dapat dilaksanakan sebaik- baik mungkin untuk seluruh rakyat Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua
Sila menggulung.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menggulung dan menyatakan bahawa tolonglah, tolonglah laksanakan sepenuhnya apa yang ada dalam Perjanjian Malaysia 1963 itu, dan biarlah Malaysia itu diurus tadbir seperti mana yang telah diungkap, seperti mana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri apabila melawat Sabah semasa perayaan Hari Malaysia bahawa kita ini equal partners. Let it be in substance and not just in form. Saya mohon menyokong, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Setiu. Silakan.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
...Peraturan Mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Semalam apabila timbul Peraturan Mesyuarat 36(12) iaitu, “Apabila seseorang Ahli-ahli Dewan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan”. Bila Timbalan Menteri MITI memberitahu bahawa FDI yang masuk RM81 bilion, saya kata RM30 bilion.
Tuan Yang di-Pertua masa itu mempengerusikan mesyuarat Dewan yang mengatakan bahawa eloklah buat kajian dahulu dan bawa balik apa dia yang diperoleh daripada kajian itu. Saya ingin memaklumkan iaitu daripada apa yang saya telah siasat kenyataan Timbalan Menteri itu mengelirukan kerana fakta itu tidak betul. Sebanyak RM81 bilion ataupun RM80 bilion itu adalah angka daripada MIDA, yang mana mengatakan bahawa itu adalah merupakan permohonan yang diluluskan tetapi tidaklah di - belum lagi realize sebagai investment yang masuk ke dalam negara kita.
Manakala angka RM30 bilion, adalah angka daripada Jabatan Statistik, kerajaan iaitu angka yang menyebutkan investment yang sudah masuk ke dalam negara kita. Jadi inilah kedudukannya dan saya mengharapkan keputusan Tuan Yang di-Pertua. Saya akur sama ada hendak minta dia tarik balik atau hendak rujuk kepada mana-mana pihak saya pulangkan kepada kebijaksanaan Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat oleh sebab perkara ini berasaskan perangkaan, saya ingat lebih baik kalau Yang Berhormat menulis sepucuk surat kepada saya ya, supaya saya lebih prihatin. Oleh sebab kerap kali ada perbalahan sikit di antara apakah perangkaan yang betul. Tidak semestinya akan menimbulkan isu, misleading the House ya.
Kalau- tetapi tidak mengapa, tulis sepucuk surat kepada saya dapat saya pertimbangkan dengan lebih baik.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tuan Yang di-Pertua 36(12), satu lagi kes.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Sebentar tadi apabila Yang Berhormat Bagan didesak oleh Yang Berhormat Pasir Salak beberapa kali, adakah RM19.4 bilion wang claim refund GST itu dirompak ataupun tidak oleh Kerajaan Barisan Nasional dahulu, beliau tidak menjawab. Apabila saya bangkitkan supaya dia kena tarik balik perkataan “merompak”, dan kerajaan kami perompak, beliau juga tidak mahu tarik balik. Dengan lain perkataan, beliau telah mengelirukan Dewan pada satu ketika sebelum ini bahawa RM19.4 bilion itu telah dirompak oleh Kerajaan Barisan Nasional sedangkan pada hari ini beliau tidak berani mengulangi perkataan yang sama, perkataan “merompak” itu. Minta petua daripada Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sama prinsipnya. Sila menulis sepucuk surat kepada saya ya, sebab bila dibangkitkan, saya bukan menjadi Pengerusi Majlis, jadi saya perlu lihat Hansard dan sebagainya. Ya.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, Kota Melaka Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Setiu.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kota Melaka. Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, saya.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, pada 18 hari bulan, apabila Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Dewan ini ada mengatakan bahawa akan merujuk kepada Hansard ke atas kata-kata yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Ketereh.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya ingin tahu sudahkah Tuan Yang di-Pertua merujuk kepada Hansard tersebut ke atas tuduhan beliau terhadap parti DAP?
Tuan Yang di-Pertua
Ya, saya sudah pun merujuk kepada Hansard. Akan tetapi Hansard sahaja tidak memadai sebab ditimbulkan juga isu tentang laporan oleh Kementerian Dalam Negeri dan sebagainya. Saya ingat sebaik-baiknya kalau Yang Berhormat Ketereh hadir, perkara ini boleh dibincangkan dengan lebih baik lagi. Oleh sebab saya pun tidak tahu apa yang dirujuk. Akan tetapi kalau lihat daripada Hansard, saya ingat kurang pasti sama ada Yang Berhormat sendiri telah meneliti Hansard itu. Sudah atau belum?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya sudah meneliti Hansard tersebut. Akan tetapi dalam Hansard tersebut dengan rakaman ada perbezaan. Kalau boleh saya minta supaya kita ulang tayang rakaman dan kita boleh lihat apa yang disebut oleh Yang Berhormat Ketereh.
[Dewan riuh]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Oleh sebab dalam rakaman yang saya dapat dan yang telah disiarkan dalam laman web, memang Yang Berhormat Ketereh mengeluarkan tuduhan tersebut. Akan tetapi dalam Hansard tersebut...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini bukan main bola.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kinabatangan.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Orang sebelah pun tergelak.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Ya, biarkan Yang Berhormat Kota Melaka menyatakan apa yang perlu dinyatakan. Ya, silakan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Oleh sebab mengikut peraturan, memang kita berhak melihat semula dan menyaksikan semula rakaman tersebut. Jadi barangkali saya hendak— mungkin saya akan tulis surat kepada Tuan Yang di-Pertua untuk sama-sama melihat semula...
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Kota Melaka, peraturan mana?
Tuan Yang di-Pertua
Sebaik-baiknya.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Rakaman tersebut.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Peraturan mana?
Tuan Yang di-Pertua
Supaya kita tidak dipengaruhi oleh emosi.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Saya telah menyatakan hari itu saya akan melihat Hansard secara keseluruhannya. Oleh sebab hari itu banyak sangat kata-kata yang dikeluarkan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Akan tetapi kita memperincikan secara yang lebih adil.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Okey. Jadi, saya minta supaya kalau boleh kita mainkan semula rakaman tersebut dan kita lihat apa yang dikeluarkan olehnya. Tuan Yang di-Pertua, buat satu keputusan selepas itu.
Tuan Yang di-Pertua
Saya ingat mungkin tidak perlu dan kita lihat apa yang ada dalam Hansard secara keseluruhan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Oleh sebab saya pasti Yang Berhormat pun tahu apa yang disebut pada hari itu. Saya pun dengar.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Jadi untuk memastikan sahaja...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua macam mana? Hansard lain, rakaman lain. Macam mana itu?
Tuan Yang di-Pertua
Sehingga dimuktamadkan, masih ada ruang untuk meminda.
Akan tetapi terpulang kepada Speaker untuk menyatakan sama ada apa yang terdapat dalam Hansard itu memang tepat. Jadi nanti kita lihat bersama.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Yang Berhormat Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Membaca sepotong doa]* Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Setiu untuk sama-sama berbahas menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Keempat Belas tahun 2019.
Isu pertama yang saya ingin sentuh adalah berkait dengan berleluasanya penghinaan kepada Rasulullah SAW di dalam media sosial hari ini. Saya berpandangan mungkin disebabkan tiada satu akta khusus untuk mengenakan hukuman kepada orang yang menghina Rasulullah SAW melainkan hanya satu akta yang bersandarkan kepada Akta Hasutan sahaja.
Oleh sebab itu, saya mencadangkan supaya kerajaan dapat membuat satu akta yang khusus bagi menjatuhkan hukuman kepada sesiapa yang didapati menghina Nabi Muhammad SAW.
Saya juga mengharapkan penghapusan hukuman mati mandatori yang diputuskan oleh kerajaan tidak membawa kepada penghapusan hukuman mati keseluruhan di masa yang akan datang kerana ia menjadi keperluan untuk membendung penjenayah. Saya mencadangkan kepada kerajaan supaya kembali kepada hukum Islam, hukum qisas yang disebut oleh Allah SWT di dalam Al-Quran dan kita yakin hukum Allah SWT ini adalah hukum yang terbaik. Allah SWT berfirman, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Apakah hukum jahiliah yang kamu kehendaki, siapakah hukum, siapakah orang yang paling bijak membuat hukum selain daripada Allah daripada kaum yang yakin.” Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang isu-isu yang berkait dengan isu rakyat khususnya di kawasan saya di Setiu. Pertama, isu keselamatan pengguna jalan raya.
Di Setiu ada dua isu yang berkait dengan keselamatan pengguna jalan raya ini. Pertama, jambatan sempit di Jalan Persekutuan, Kuala Terengganu ke Kota Bharu iaitu jambatan sempit di Desa Jaya-Sungai Tong dan juga jambatan sempit di Kampung Sungai Lerek di mana disebabkan kesempitan jambatan ini menyebabkan sentiasa berlaku accident di kawasan tersebut.
Kedua, isu selekoh tajam. Terdapat tiga selekoh tajam di jalan Kuala Terengganu- Kota Bharu khususnya dalam Daerah Setiu iaitu di sempadan Kuala Nerus-Setiu di hadapan
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Balai Polis Chalok dan juga berhampiran dengan masjid Kampung Sungai Tong di mana ketiga- tiga tempat ini disebabkan oleh selekoh yang teramat tajam dan sering berlaku kemalangan yang meragut nyawa.
Isu yang kedua berkait dengan banjir. Terdapat di Setiu kawasan yang mempunyai ketebalan jalan yang terlalu rendah menyebabkan apabila datangnya banjir, jalan tersebut ditenggelami air walaupun banjir tidaklah banyak sangat. Di mana jalan yang saya maksudkan tersebut adalah jalan simpang Bandar Permaisuri ke Hulu Seladang dan juga Jalan Chalok Kedai ke Gong Terap.
Kedua, jambatan yang terlalu kecil yang menghubungkan Kampung Tok Nandong- Pelong, Langkap yang sering ditenggelami banjir saya rasa kerajaan perlu membuat satu jambatan baru untuk menyelesaikan masalah banjir yang sentiasa menghantui mereka.
Ketiga, pusat pemindahan banjir tetapi turut tenggelam apabila datangnya banjir. Ada kawasan-kawasan rendah yang dijadikan sebagai pusat penempatan banjir contohnya Balai Raya Kampung Tasik dan Balai Raya Pengkalan Merbau yang mana bila datang banjir, tempat untuk penempatan mangsa banjir ini turut tenggelam. Saya mengharapkan supaya kerajaan dapat membuat pusat pemilihan baru yang selamat untuk mangsa banjir.
Keempat, isu pendidikan. Isu pendidikan yang pertama berkait dengan masalah pelantikan warden asrama. Hari ini masih ramai guru-guru yang dilantik menjadi warden dan mendapat elaun sekadar RM280 sebulan yang secara langsung tidak berpadanan dengan tugas warden yang mencabar. Apatah lagi warden ini dilantik di kalangan guru. Saya mencadangkan supaya ada warden yang khusus yang bukan daripada guru untuk dilantik sebagai warden.
Kelima, sebelum ini sebelum tahun 2019 ada bantuan tambahan persekolahan sebanyak RM28 untuk satu pelajar tetapi dimaklumkan kepada saya bahawa bantuan ini telah diberhentikan bermula awal tahun 2019. Di mana dengan ada RM28 per head ini menjadikan sekolah boleh menggunakan bantuan tersebut untuk membeli keperluan asas yang ada di sekolah.
Keenam, kemudahan sekolah yang uzur, surau-surau yang tidak dibaik pulih dan padang bola yang rosak. Saya beri contoh Sekolah Kebangsaan Renek. Insya-Allah ada satu surat yang saya hendak beri kepada Menteri Pendidikan. Insya-Allah selepas daripada ucapan saya nanti.
Ketujuh, isu guru duka lara. Sehingga ini banyak permohonan pertukaran guru duka lara tetapi hanya sebahagian kecil sahaja daripada mereka yang diluluskan. Sedangkan disebabkan berlakunya pemisahan antara suami dan isteri, seorang bertugas di Johor, seorang bertugas di Terengganu contohnya, menyebabkan berlakunya kemurungan, stres dan ada yang sampai peringkat hendak berlaku perceraian.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Jadi saya mengharapkan supaya Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil penyelesaian segera bagi mengatasi masalah ini. Bersama-sama saya ini ada beberapa permohonan daripada guru di kawasan saya yang memohon supaya dibuat pertukaran segera disebabkan telah lama berpisah antara suami dan isteri, dan insya-Allah, saya berikan surat ini kepada Yang Berhormat Menteri selepas ucapan saya ini.
Keempat, isu bomba. Di Setiu berlaku satu kebakaran hutan, bermula pada 11 Mac 2019 yang lalu dan hari ini pihak bomba telah menjalankan operasi untuk memadamkan kebakaran tersebut yang melibatkan 120 orang anggota daripada 11 buah balai bomba di seluruh negeri Terengganu. Apabila saya turun melihat keadaan yang berlaku, saya menerima aduan daripada pihak bomba, antaranya kerana jentera yang uzur. Di Setiu ada dua buah jentera yang uzur, satu sudah lama- uzur tidak digunakan. Satu lagi guna tetapi sirennya kerap rosak.
Ketiga, kebakaran macam ini, tidak dikategorikan dalam senarai bencana yang menyebabkan agensi-agensi lain selain daripada bomba, tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya dalam menjayakan operasi ini.
Begitu juga elaun kerja berisiko yang telah diluluskan oleh kementerian dalam sidang Parlimen yang lepas, saya dimaklumkan sehingga hari ini, elaun kerja berisiko ini masih belum diperoleh oleh anggota bomba.
Kelima, isu futsal. Dahulu saya bangkit dalam sidang Dewan ini juga berkaitan dengan gelanggang futsal terbuka yang hampir semua sudah rosak dan perlu dibaiki dan di baik pulih.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Walaupun, gelanggang futsal dicadangkan untuk dilupuskan, tetapi saya telah mencadangkan dalam sidang Dewan yang lepas supaya gelanggang futsal ini diberi satu peruntukan untuk di baik pulih. Saya ucapkan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan kerana telah meluluskan pembinaan mini stadium di Jabi.
Keenam, berkaitan dengan balai polis. Balai Polis Kampung Alor Lit yang saya telah timbulkan dalam sidang Dewan yang lepas, sampai hari ini belum lagi menerima jawapan. Saya cadangkan menaik taraf Pondok Polis Jabi kepada Balai Polis Jabi. Saya dimaklumkan telah diluluskan pada tahun 2012, sehingga ke hari ini belum dibina.
Masalah penanaman padi di Setiu, masalah perairan yang tidak sempurna menyebabkan penanam padi tidak mampu untuk menanam padi setiap dua kali setahun. Ini terjadi di Kampung Darat sekitar Batu Rakit.
Masalah peneroka FELDA. Empat tahun yang lepas, peneroka FELDA dapat membeli baja daripada FELDA, tetapi baja tersebut sehingga ke hari ini sudah dibatalkan oleh FELDA yang menyebabkan peneroka terpaksa membeli daripada pengeluar yang bukan daripada FELDA. Ini menyebabkan harga tinggi dan terpaksa dibayar dengan tunai.
Tuan Yang di-Pertua, isu perikanan sentiasa menghantui rakyat Setiu, khususnya masalah muara yang cetek dan saya dapati Kompleks Pendaratan di Kampung Penarik tidak dapat berfungsi dengan sempurna kerana kecetekan Sungai Mangkuk. Walaupun kerajaan telah meluluskan pembinaan breakwater sebanyak RM150 juta. Takut oleh kerana pembinaannya mungkin mengambil masa yang lama, saya mencadangkan pada kerajaan supaya membuat penyelesaian sementara dengan mengorek mendapan pasir yang menutup pintu muara.
Akhir sekali, saya mendapat maklumat berkait dengan harga sawit daripada peneroka secara direct. Pada bulan Februari, harga sawit RM343 setan. Semalam harga yang terbaru RM316 setan. Jadi, saya cukup hairan bagaimana Yang Berhormat Menteri yang berkenaan sebut tadi, eksport kita semakin banyak tetapi harga semakin turun. Pendapatan peneroka hari ini untuk 10 ekar tanah sawit dengan mendapat sebanyak lima tan, selepas ditolak harga kos upah dan juga kos transportation, peneroka hanya memperoleh sebanyak RM1,080 lebih kurang dalam jangka masa sebulan.
Jadi saya harapkan apa yang saya timbulkan ini mendapat perhatian daripada kementerian-kementerian berkenaan dan saya mohon menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kluang, silakan.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih dan salam sejahtera Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih atas peluang bagi saya ambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Memandangkan masa yang tidak mencukupi, saya hanya akan membangkitkan tiga isu sahaja pada kali ini. Saya mohon perhatian dan maklum balas daripada para Menteri- kementerian yang berkaitan.
Sejak beberapa bulan yang lalu, seluas 10,000 ekar hutan di daerah Mersing telah ditebang akibat aktiviti pembalakan dan perladangan komersial. Jika saya boleh gambarkan keadaan tersebut untuk Dewan yang mulia ini. Bayangkan sebuah gunung telah hilang warna hijaunya. Daripada pandangan satelit, kita boleh lihat bahawa suatu tembok besar coklat kini menggantikan bumi hijau yang telah wujud pada suatu ketika tidak lama dahulu.
Kita sedia maklum bahawa semua pembangunan ekonomi ada kosnya. Kemerosotan kualiti alam sekitar merupakan antara kesan utama pembangunan. Namun, segala semua kos jika boleh diimbangi dengan manfaat kepada masyarakat setempat, maka kita boleh menjustifikasikan pembangunan yang telah dilaksanakan.
Namun dalam kes ini, kehilangan 10,000 ekar hutan secara mendadak dalam masa beberapa bulan telah mendatangkan mudarat kepada masyarakat tempatan. Di antaranya kehilangan habitat semula jadi menyebabkan binatang liar terutamanya gajah liar berkeliaran memasuki ladang dan kebun pengusaha kecil di daerah Mersing serta Kluang. Gajah liar yang hilang habitat semula jadi bukan seekor, dua ekor atau 10 ekor atau 20 ekor. Dianggarkan terdapat kira-kira 50 hingga 60 ekor kesemuanya. Haiwan spesies terancam ini, akibat
Puan Wong Shu Qi - Kluang
kehalobaan manusia dan pembangunan yang tidak dirancang dengan baik, maka makhluk tidak berdosa dan spesies terancam menjadi mangsa.
Kini, masyarakat setempat terpaksa bergelut dengan gajah liar. Kita yang telah musnahkan habitat gajah, maka gajah tiada pilihan selain mencerobohi ladang-ladang dan kebun-kebun di sekitarnya. Hal ini pula menyebabkan kerosakan dan kemusnahan yang teruk di ladang dan kebun tersebut. Ini mengakibatkan petani dan pekebun kecil terpaksa menanggung kerugian besar. Para petani dan pekebun kecil ini tidak akan mendapat sesen pun daripada kegiatan pembalakan. Namun, mereka terpaksa menanggung kos kerugian yang disebabkan oleh pembalakan itu. Adakah ini adil?
Sejak aktiviti pembalakan berlaku, laporan polis tentang gajah telah dibuat oleh pekebun-pekebun kian bertambah. Mengikut statistik yang saya terima, di seluruh negeri Johor terdapat hanya kira-kira 140 ekor gajah. Pada asalnya, terdapat 20 ekor hingga 30 ekor gajah di daerah Mersing dan juga Kota Tinggi dan 20 ekor hingga 30 ekor gajah di kawasan Kahang daerah Kluang. Selepas 10,000 ekar hutan ditebang untuk pembangunan ladang kelapa sawit, gajah-gajah liar tersebut memasuki penempatan manusia.
Sekiranya PERHILITAN menghalau gajah-gajah tersebut keluar dari daerah Mersing, gajah-gajah tersebut akan memasuki kawasan Kluang atau Kota Tinggi. Sini halau keluar, masuk sana, sana halau keluar, masuk sini balik pula. Akhirnya, kesemua pekebun kecil dalam tiga daerah ini akan bergilir-gilir diserang tentera gajah. Akan tetapi, patutkah gajah dipersalahkan? Sudah tentu tidak! Yang salah adalah mereka yang melakukan kemusnahan 10,000 ekar hutan, iaitu 10,000 ekar habitat gajah.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Di dalam kes ini adalah salah pembalak tetapi kos ditanggung oleh pekebun kecil.
Tuan Yang di-Pertua, ini bukan kali pertama bumi hijau negara kita dimusnahkan secara mendadak. Pada bulan Mei tahun 2017, saya telah menerima maklumat bahawa seluas 2,000 ekar hutan paya bakau akan ditukar guna kepada kegunaan komersial. Selepas saya membuat pendedahan dalam Dewan Negeri Johor, ketika itu saya ADUN di negeri Johor, tiada tindakan diambil oleh mana-mana pihak, termasuklah kerajaan ketika itu. Satu tahun selepas itu, hutan sudah tidak ada lagi. Di tempat khazanah hijau negeri Johor, kini berdiri sebuah hotel dan padang golf. Apabila 2,000 ekar hutan paya bakau diambil untuk membina padang golf, kini, 10,000 ekar hutan simpan ditebang untuk pembalakan dan ladang sawit. Kita kena tanya, sama ada rakyat terbanyak mendapat manfaat? Secara jujurnya, saya kurang pasti. Justeru, saya menyeru agar Kerajaan Pusat bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Johor agar kita mengambil satu pendirian untuk melaksanakan pembangunan seimbang dan lestari.
Pembangunan ekonomi tidak patut dijadikan alasan untuk memusnahkan khazanah bumi kita.
Tuan Yang di-Pertua, bulan Julai tahun lepas, saya telah bangkitkan isu peralihan politik dalam ucapan saya. Ketika itu saya berkata, peralihan politik bukan benda ajaib ataupun magic, dengan izin, yang akan secara automatiknya menjadikan Malaysia sebagai model demokrasi yang terbaik di dunia. Jelasnya, selepas 10 bulan perjalanan kita baharu sahaja bermula, cabaran yang bakal kita hadapi memang besar. Ini kerana setiap orang mempunyai keutamaan sendiri, dengan izin, priority. Golongan A, mahu kerajaan selesaikan masalah pendidikan yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Golongan B, mahu kerajaan terus naikkan gaji. Golongan C, mahu kerajaan hentikan pengambilan pekerja asing. Maka, golongan D, mengadu kerana tiada tenaga kerja yang mencukupi. Semua ketidakpuasan hati ini menunjukkan bahawa betapa serius cabaran yang kita hadapi. Kerajaan Pakatan Harapan, termasuklah Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri serta Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain perlu mencari penyelesaian yang menyeluruh, bukan piecemeal, dengan izin.
Bagi saya, 9 Mei tahun lepas, bukan destinasi perjuangan kita. Sebenarnya, kita baru mulakan perjalanan reformasi negara ini, tidak mungkin berjalan lancar tanpa halangan.
Justeru, kita perlu meneliti dari semasa ke semasa apa yang telah dicapai sama ada kita masih berpegang pada agenda reformasi kita. Tuan Yang di-Pertua, kita sedang di dalam perjalanan pembaharuan institusi. Mungkin, proses perubahan ini terlalu sukar dan lama, golongan yang mahu saksi semua janji ditunaikan dalam masa sehari, tidak boleh sabar. Namun, kita adalah dalam perjalanan yang betul.
Tuan Yang di-Pertua, salah satu contoh saya sebutkan di sini, kebebasan media sekarang disahkan lebih baik dari rejim Barisan Nasional oleh Laporan Kedutaan Amerika Syarikat pada dua hari yang lalu. Walaupun kita tidak sempat mansuhkan semua undang- undang zalim dengan segera, maka kita tidak lagi menggunakan undang-undang tersebut seperti Barisan Nasional dahulu untuk menyekat suara kritik.
[Tepuk] Tentulah ini satu
Puan Wong Shu Qi - Kluang
pencapaian. Tuan Yang di-Pertua, banyak pencapaian dan pembaharuan telah dilaksanakan.
Semua ini adalah dasar-dasar atau keputusan...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penjelasan.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Maaf Yang Berhormat Arau, saya tinggal 90 saat lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Laluan tidak diberikan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Rejim ini untuk negara macam mana?
Komunis kah ataupun negara demokrasi? “Rejim”, perkataan “rejim”.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Maaf, saya akan teruskan kerana tidak sempat.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak diberikan laluan. Silakan.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Semua ini adalah dasar-dasar atau keputusan yang mengubah kehidupan rakyat Marhaen luar sana. Misalnya, Kementerian Pendidikan menyarankan semua sekolah untuk masukkan kanak-kanak tanpa dokumen, kalau mereka ingin masuk ke sekolah. Keputusan yang dilihat kecil ini telah mengubah nasib seramai 2,635 orang kanak-kanak. Ini adalah satu pencapaian yang besar walaupun dilihat kecil.
[Disampuk]
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Macam mana merubah? Hala tuju dia ke mana dalam sekolah, tidak ada...
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Maaf Yang Berhormat Kinabatangan, saya tidak berikan laluan.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak diberikan laluan. Ya, silakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Ketawa]
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Kedua, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim membatalkan empat kontrak IPP dan turut jimatkan RM1.2 bilion.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Bayangkan, tanpa satu kerajaan baharu, empat kontrak bernilai RM1.2 bilion ini akan ditanggung oleh semua rakyat Malaysia, manakala kroni dimanfaatkan. Akan tetapi sekarang kita batalkan empat kontrak IPP ini, RM1.2 bilion dijimatkan! Ketiga, kerajaan mengambil alih seluruh Projek AES serta membatalkan semua saman yang dikeluarkan dari mula pelaksanaannya sejak tahun 2012 sehingga 31 Ogos tahun lepas. Ini semua adalah pencapaian. Mohon izin, saya akan menggulung. Keempat, Kerajaan Pakatan Harapan melakukan satu paradigm shift dalam dasar kutipan tol. Dahulu, tidak kira bila waktu pengguna jalan raya masuk ke highway, terpaksa dikenakan caj yang sama.
Pembinaan lebuh raya ini adalah untuk mengalihkan kesesakan lalu lintas. Maka, sekian banyak lebuh raya dibina, sekian banyak caj yang dikutip, sekian sesak lalu lintas kita. Tidak memenuhkan manfaat atau tidak mencapai matlamat untuk membina semua lebuh raya ini.
Sekarang, kita ada satu paradigm shift dalam rangkaan polisi. Senangnya kalau kita lihat dari kos ekonomi sahaja. Senang sahaja kita menjadikan semua lebuh raya percuma.
Manakala, masalah kesesakan lalu lintas tidak akan diselesaikan. Kualiti kehidupan tidak dinaikkan walaupun kos sara hidup mungkin ketika itu diringankan sekejap sahaja. Masa banyak dibazirkan di dalam perjalanan yang semakin meningkat. Justeru, adalah lebih baik kerajaan baharu meneliti semua isu ini dengan terperinci. Dengan keputusan yang kita ambil ini yang lebih terperinci dan ada impak yang besar terhadap...
[Disampuk]
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Kluang. Tadi Yang Berhormat Kluang ada mengatakan mengenai kehidupan baharu. Adakah dalam cadangan Yang Berhormat Kluang itu adalah untuk menghapuskan tol seperti dalam manifesto daripada Pakatan Harapan?
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Saya sudah kata– Terima kasih kepada Yang Berhormat Parit Sulong, kawan baik saya. Memang soalan yang baik. Saya sudah kata, ini adalah satu paradigm shift untuk kerajaan baharu dalam rangkaan dasar. Bukan sahaja ambil segi ekonomi untuk ringankan beban sahaja tetapi kita mahu selesaikan kesesakan lalu lintas sekali gus. Bukan sahaja meringankan kos itu, kalau pengguna mahu masuk mahu guna lebuh raya off-peak hours, dapat diskaun ataupun langsung tidak perlu menggunakan kos, tidak dikenakan caj. Itu adalah satu improvement yang besar.
[Disampuk]
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Flying car? Flying car?
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Yang Berhormat Pasir Salak, cukuplah. Terlebih dahulu, Barisan Nasional langsung tidak pakai otak pun dalam semua rangkaan... [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kluang, sila gulung.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Eh, tiada otak?
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Yang ‘tidak pakai otak’ tarik balik.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kluang, mungkin kurang manislah “tidak pakai otak” ini.
[Ketawa] Ya, tak?
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Tuan Yang di-Pertua, apa dia ini cakap “tidak pakai otak” ini? Tidak ada adab.
Tuan Yang di-Pertua
Sila gulungkan.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Yang Berhormat Kluang lembut, tetapi bahasanya kasar, kesat.
Tuan Yang di-Pertua
Tarik balik. Tarik baliklah untuk mengekalkan harmoni.
[Ketawa]
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Pemimpin kerajaan baharu...
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Tuan Yang di-Pertua, saya tarik balik. Mungkin tidak bijaksana sangat.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Paradigm shift, paradigm shift. Macam mana?
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Cukuplah! Saya hendak gulung.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya hendak mengatakan di sini, saya mahu menyokong...
[Pembesar suara dimatikan]
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Pembinaan Malaysia baharu... [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Kluang sedang menggulung. Ya, silakan. Masa pun sudah saya beri masa yang lebih ya. Silakan.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Pembinaan Malaysia...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Muka manis sudah jadi masam.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
...baharu ini adalah satu proses yang mengambil masa yang panjang. Kawan-kawan seperjuangan perlu sabar. Belajar daripada pengalaman negara lain yang menjalankan transformasi selepas peralihan politik. Jangan putus asa. Saya percaya Malaysia akan tentu menjadi model demokrasi sedunia. Saya mohon menyokong.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Kluang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Point of order, point of order, Tuan Yang di-Pertua, 35(7). Saya hendak ucap tahniah sebab Tuan Yang di-Pertua bagi masa untuk tempoh, ada lajak. Tapi Speaker kelmarin...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Arau sudah berbahas semalam, sila duduk.
[Dewan ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang...
Seorang Ahli
Kuala Krau.
Tuan Yang di-Pertua
Bukan Kuala Krau.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Eh! Kuala Krau lah.
Tuan Yang di-Pertua
Limbang, Limbang.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Kuala Krau dahululah Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau dibenarkan oleh Yang Berhormat Limbang, saya boleh.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Limbang, bagi saya Yang Berhormat Limbang.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Limbang dahulu.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Limbang dahulu.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Bagilah Kuala Krau.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kuala Krau selepas Yang Berhormat Padang Serai. Silakan Yang Berhormat Limbang. 10 minit.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam membahas Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di kesempatan ini saya dan rakyat Tuanku di Parlimen Limbang ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah. Semoga di bawah naungan Seri Paduka Tuanku, negara kita yang tercinta ini sentiasa dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.
Tuan Yang di-Pertua, dalam titah Baginda yang lepas, banyak perkara yang telah disentuh. Antara yang menarik perhatian saya adalah isu mensejahterakan rakyat. Baginda ada bertitah supaya kerajaan terus berusaha meningkatkan kesejahteraan rakyat luar bandar, orang asal Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli dengan mengambil pendekatan yang menyeluruh meliputi pembangunan ekonomi, modal insan, infrastruktur dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan di atas kesudian untuk terus berunding bersama dengan Kerajaan Negeri Sarawak, bagi memastikan status dan hak wilayah Sarawak dapat dikembalikan seperti yang terkandung dalam Perjanjian MA63. Harapan saya yang juga merupakan harapan besar warga Sarawak dan Sabah khususnya, agar perundingan ini dapat membuahkan hasil dan memberikan perkhabaran gembira kepada kami rakyat Sarawak dan Sabah. Sebagai equal partners, dengan izin, Sabah dan Sarawak perlu diberikan status yang sewajarnya sebagai mana yang termaktub dalam perjanjian pembentukan Malaysia 1963.
Mengingatkan kembali tujuan asal pembentukan Malaysia, salah satu tujuannya adalah untuk berkongsi faedah ekonomi antara wilayah-wilayah yang terlibat. Keuntungan daripada hasil perdagangan dan ekonomi haruslah dikongsi sama bagi setiap wilayah. Namun, apa yang kita lihat sekarang equal partner bagi Sabah dan Sarawak masih jauh ketinggalan dari segi ekonominya, infrastrukturnya dan sebagainya.
Kenyataan ini bukan ingin menyalahkan siapa-siapa. Kita teruskan apa yang telah dibincangkan semasa kerajaan dahulu. Kita move on. Sekarang ini di bawah kepimpinan yang baharu, kita mengharapkan agar jurang yang ada dapat dirapatkan, apa yang kita nikmati di Malaysia hari ini, alhamdulillah. Bukannya dibina semalam, tetapi sejak 1963 walaupun kadarnya antara tiga partner ini tidak sama. Janganlah pula kita nanti seperti peribahasa Melayu, “Telunjuk lurus, kelingking berkait”.
Tuan Yang di-Pertua, bila bercakap soal merapatkan jurang pembangunan infrastruktur, saya terpanggil untuk menyentuh tentang isu perkhidmatan kesihatan di tempat saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan, di atas inisiatif untuk membantu golongan B40 dengan memperkenalkan skim saringan dan perlindungan. Saya tahu niat kerajaan baik, ingin membantu golongan berpendapatan rendah. Namun di kawasan luar bandar khususnya, masih banyak facility kesihatan yang tidak mencukupi. Saya mengambil contoh di kawasan saya di Parlimen Limbang, ini very specific kepada Kementerian Kesihatan.
Di Limbang tidak ada private clinic untuk gigi, very important. Orang sakit gigi dia tidak tahu pergi mana, pergi hospital sahaja. Akan tetapi, sekarang ini katil-katil untuk merawat pesakit gigi di hospital semua rosak. Pakai portable chair, saya sendiri kena. Jadi saya mintalah kepada kerajaan, sakit gigi ini walaupun sedikit, tetapi tidak tidur malam, sakit gigi. Siapa sakit
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
gigi dia tahulah ya. Jadi, saya minta please look into this immediately sebab orang sakit gigi tidak tahu hendak pergi mana. Mesti klinik ini juga.
Segala perabot seperti katil dan kerusi yang digunakan untuk tujuan rawatan ini hampir semuanya tidak berfungsi. Itu baru cakap tentang klinik gigi, belum lagi berhujah tentang kekurangan facility di keseluruhan hospital. Kepada Kementerian Kesihatan, saya ingin bertanya, bilakah Klinik Long Napir yang terbengkalai yang telah pun diterminate dan akan ditender semula? Bilakah akan disambung pembinaannya? Itu pertanyaan saya.
Baru-baru ini Menteri Kerja Raya, beliau ada berkunjung ke Limbang dan telah mengulangi untuk menguatkan lagi permohonan saya sejak tahun 2008 untuk menaik taraf Hospital Limbang kepada hospital berpakar minor dan beliau mengatakan akan diketengahkan oleh beliau dalam Bajet 2020 akan datang. Terima kasih. Jika usaha ini dapat direalisasikan, bagi saya ini adalah suara bersama Ahli-ahli Dewan Rakyat berasal dari bahagian Limbang, Sarawak walaupun beliau wakil Selangau tetap hatinya masih di bahagian Limbang.
Seterusnya saya ingin menyentuh tentang isu perumahan. Sebagai kesinambungan, kerajaan sekarang ini sedang melaksanakan Dasar Perumahan Negara 2018-2025. Dasar ini adalah untuk menyasarkan penyediaan tempat tinggal yang mampan, berdaya huni, berkualiti dan inklusif serta mampu milik rakyat. Secara peribadi, saya merasa dasar ini cukup baik untuk membantu golongan berpendapatan sederhana dan rendah untuk memiliki rumah persendirian.
Di Sarawak, kerajaan kami telah pun memperkenalkan program Rumah Pertiwiku bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah. Tahun ini dianggarkan 2,500 unit rumah akan dibina dengan harga pemilikan antara RM90 ribu sehingga RM150 ribu. Saya bertanya dan berharap agar Kerajaan Persekutuan dapat turut sama membantu bagi memperbanyakkan lagi pembinaan rumah mampu milik ini.
Ramai golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang masih memerlukan tempat tinggal persendirian. Saya mengharapkan agar kementerian yang terlibat bukan hanya menumpukan pembinaan rumah mampu milik di kawasan bandar sahaja, tetapi dapat dipanjangkan ke kawasan luar bandar juga. Hal ini kerana penduduk di kawasan luar bandar juga masih banyak yang memerlukan rumah mampu milik ini.
Selain itu, saya ingin menyentuh isu pendidikan. Sebagai Titah Baginda, pendidikan berkualiti adalah penting sebagai ejen perubahan bagi mendapatkan jurang sosioekonomi dan masyarakat. Tuan Yang di-Pertua, seorang pelajar mendapatkan pendidikan yang berkualiti ini adalah elemen-elemen penting yang menunjanginya. Antaranya ialah keselesaan dalam pembelajaran.
Tuan Yang di-Pertua, umum sedia maklum masih banyak sekolah daif di negara ini, khususnya di Sabah dan Sarawak yang belum menerima bantuan. Sekali lagi saya ingin bertanya, menyuarakan denyut hati warga SMK Mendamit, Limbang yang masih belum mendapat bantuan untuk membina semula blok pentadbiran dan guru yang telah terbakar pada November lepas, tahun 2018. Saya menyuarakan kepada Menteri supaya dapatlah dibina dengan segera ya dan ini tidak termasuk dalam skop kerja yang RM1 bilion.
Selain itu pada minggu lepas saya terbaca satu petikan akhbar menyatakan bahawa terdapat cadangan untuk menyenaraikan hitam peminjam PTPTN yang ingkar untuk membayar balik pinjaman. Walaupun ini sekadar cadangan, belum tentu diangkat untuk dilaksanakan.
Namun saya terpanggil untuk mengulas isu ini.
Saya bukanlah membangkang, bukan juga menyokong cadangan itu. Akan tetapi, jika kerajaan hendak melaksanakan, saya berharap agar diberi perhatian pengecualian kepada pemegang pasport terhad melintasi negara Brunei Darussalam. Masih ada pasport terhad untuk melintasi negara Brunei. Bagi orang Limbang, pasport biru RM50 dengan 64 muka adalah nyawa, lifeline untuk keluar masuk. Jadi saya berharap, bila sekiranya pengharaman untuk keluar negara ini dilaksanakan, saya minta untuk pasport merah sahaja dan jangan pasport terhad. Kalau tidak, anak-anak muda, student kita akan meronta-ronta lagi tentang perkara ini.
Untuk makluman, belia-belia di kawasan saya majoritinya pemegang pasport terhad Malaysia ini yang untuk melintasi Brunei khususnya. Jadi, sekali lagi saya minta kepada kerajaan sekiranya berhasrat untuk melaksanakan pengharaman pasport terhadap peminjam PTPTN, saya harap pasport biru jangan dibatalkan. Mereka tidak boleh pergi mana pun, lari luar negara pun tidak boleh, tidak laku. Hanya untuk lintas Brunei sahaja, yang merah laku, boleh lari mana-mana.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Jadi, saya terus kepada pembangunan luar bandar iaitu saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri KPLB, bilakah kerja pembinaan penyambungan semula Jalan Meritam, Telahak, Buangabai, Pangkalan Rejab, fasa dua yang dua kali telah ditender, terbengkalai dan dua kali ditender dan ini belum ada lagi tanda sambungan pembinaannya.
Satu lagi isu ialah tentang kepada mana-mana kementerian yang bertanggungjawab iaitu penjualan nombor ekor haram yang memang haram pada hukum agama Islam yang berleluasa beroperasi di Pekan Limbang dijual kepada anak-anak di bawah umur. Minta penguatkuasaan yang ketat daripada kementerian.
Jadi sebagai rumusan saya, besar harapanlah Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terhadap kerajaan dan juga Ahli Dewan untuk melaksanakan tugas dengan komited bagi membantu rakyat yang sekarang ini dibebani dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Saya mendoakan agar semua ini dapat bersama-sama menggembleng tenaga untuk membantu rakyat di kawasan masing-masing.
Sebelum mengundur diri, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa serangan pengganas di Masjid Christchurch, New Zealand. Saya berdoa agar roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Mungkin ini adalah juga fenomena akhir zaman. Mudah-mudahan syurga menjadi milik mereka. Akhir kata, saya menjunjung kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, wabillahi taufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Limbang. Tepat pada masa yang diperuntukkan. Oleh kerana sekarang pukul 1.00, saya tangguhkan majlis sehingga pukul 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Tuan Yang di-Pertua
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya saya?
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Bawah Peraturan 13(1). Tidak cukup bilang.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
20, 21, 22, 23, 24...
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Cukup Yang Berhormat Parit Sulong.
Tuan Yang di-Pertua
25, 26. Ngam, ngam.
[Ketawa]
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Yang Berhormat Parit Sulong tidak tahu kira kah?
[Dewan ketawa]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Jelutong sudah masuk. Yang Berhormat Jelutong sudah masuk. Cukuplah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Parit Sulong sengaja hendak huru-harakan Dewan ini.
Tuan Yang di-Pertua
Well, well, masa...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya masuk saya tengok...
Tuan Su Keong Siong - Kampar
...
[Tidak jelas] kerja tentu cukup kuorum punya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Parit Sulong...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Beluran datang, cukup.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Cuma hendak pastikan Yang Berhormat Jelutong ada dalam Dewan. Itu sahajalah. Sebab itulah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Jelutong, inilah kerja- kerja...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jangan terbawa-bawa perangai macam Yang Berhormat Ketereh ini. Dia pun sakit.
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang giliran Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat Padang Serai ada tidak? Ada. Ada.
[Dewan riuh]
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Saya tidak puas hati ni, macam mana Yang Berhormat Beluran boleh masuk sana ni?
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, menteri-menteri dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat. Seterusnya atas Titah Ke bawah Duli yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong Ke-XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah, salam sejahtera dan salam harapan, salam Malaysia Baharu. Terima kasih memberi peluang kepada Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh tentang kedudukan jawatan dalam kementerian dan juga perpaduan antara kaum. Seperti yang sedia diketahui oleh semua pihak bahawa Yang Berhormat Langkawi selaku Perdana Menteri kita yang dihormati dan disanjung tinggi oleh semua pihak telah pun melantik Menteri-menteri dan juga Timbalan Menteri, setelah mengkaji latar belakang dan juga kemampuan serta menaruh harapan pada kewibawaan mereka bagi menerajui jawatan yang diamanahkan dengan harapan yang tinggi.
Masih didapati rungutan dan ketidakpuasan hati di kalangan segelintir Ahli-ahli Yang Berhormat. Mereka ini merupakan anasir-anasir yang melakukan kegiatan dengan niat jahat dan memecah belah perpaduan di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga rakyat di luar.
Pelantikan sesuatu jawatan kementerian bukanlah mengikut bangsa atau agama. Ia adalah bergantung terhadap pelantikan oleh Perdana Menteri mengikut dasar-dasar yang tertentu. Di sini saya ingin menyarankan supaya perkara ini tidak perlu dipertikaikan lagi. Kita harus mewujudkan semangat setia kawan dan perpaduan untuk berganding bahu, bersama- sama bagi meningkatkan ekonomi negara dan juga kestabilan politik untuk menarik pelabur- pelabur asing bagi mengukuhkan kedudukan ekonomi negara yang sedang dipulih di bawah kepimpinan Kerajaan Pakatan Harapan. Faedah yang diperoleh akan dapat disalurkan untuk kepentingan rakyat Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin teruskan dengan masalah sekolah. Kebanyakan sekolah-sekolah di sini tidak mencukupi infrastruktur bangunan yang lengkap dan didapati kerosakan aliran litar elektrik kerana bangunan-bangunan yang lama, di mana sistem pendawaian tidak sesuai untuk menampung bekalan elektrik yang mencukupi. Selain itu, sekolah terpaksa mengadakan dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Kebanyakan sekolah di kawasan Parlimen Padang Serai berada di lokasi tumpuan kediaman, kedudukan yang ramai dan juga di luar bandar.
Tuan Yang di-Pertua, beberapa sekolah semasa musim tengkujuh dilanda banjir dan mengalami kerosakan peralatan sekolah. Salah satu sekolah ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang BMR. Sekolah ini terletak lebih kurang dua kilometer dari Kulim Hi-Tech Park.
Sekolah ini dikelilingi dengan kebun kelapa sawit. Kita bangga dengan Kulim Hi-Tech Park tetapi apabila memandang keadaan bangunan sekolah, memang menyedihkan kerana ia masih bangunan lama dan juga uzur. Perkara ini saya telah pun bawa ke tengah pada Persidangan Parlimen yang lepas tetapi tiada sebarang maklum balas dari pihak pendidikan.
Di sini, saya tidak mempersalahkan mana-mana pihak kerana pihak sekolah telah mengajukan masalah mereka kepada kementerian dahulu tetapi tidak ada sebarang perubahan. Mungkin tidak sempat sebab mereka sudah diubah oleh kerajaan kerana mereka yakin kepada Kerajaan Pakatan Harapan. Saya minta Kerajaan Pakatan Harapan akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membina sebuah bangunan sekolah baharu yang dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur yang mencukupi di sini supaya membuktikan kepada rakyat bahawa Kerajaan Pakatan Harapan tidak meminggirkan mana-mana pihak
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
terutama sekali di dalam bidang pendidikan. Mohon kajian terperinci tindakan dan susulan dari Kementerian Pendidikan.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya bekas tentera. Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini terdapat ramai anggota tentera yang berpencen dan juga anggota tentera yang tidak berpencen. Kajian telah membuktikan bahawa pembandingan pencen yang diperoleh oleh bekas tentera yang berpencen tahun 2004 dan bekas tentera yang berpencen tahun 2000 ke atas, didapati satu jurang berbeza. Hidup mereka berada dalam bawah golongan B40.
Kementerian yang berkaitan perlu mempertimbangkan perkara ini supaya satu penyelarasan kenaikan pencen bekas tentera harus diadakan bagi menyeimbangkan mengikut taraf hidup zaman sekarang. Ia juga bagi mengenang jasa dan pengorbanan bekas tentera yang menjaga keamanan dan kedaulatan negara dari ancaman musuh. Hari ini kita boleh senyum kerana merekalah.
Selain itu, bagi bekas tentera yang tidak berpencen (berhenti awal). Sebagai tanda penghargaan bagi jasa dan pengorbanan mereka ketika dalam perkhidmatan mereka, satu pemberian sumbangan dari Kerajaan Pakatan Harapan haruslah diadakan bagi setiap tahun berturut-turut dan berkuat kuasa dalam dasar kerajaan. Ia juga merupakan bantuan kos sara hidup dari Kerajaan Pakatan Harapan untuk meredakan rasa tidak puas hati dan juga rungutan yang sedang berlaku di kalangan bekas tentera.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya berhujah berkaitan dengan minuman samsu haram yang masih bermaharajalela di dalam segelintir kaum India.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, samsu haram ini merupakan satu jenis minuman keras yang rendah kualiti dan diproses secara haram, harganya paling murah dan senang diperoleh.
Tragedi hitam pada 25 Januari 1981 di mana seluruh negara kita terkejut dan terpulih dengan kehilangan nyawa seramai 32 orang akibat minum samsu haram di Lunas, Kedah.
Perkara yang sama juga berlaku di Seremban pada tahun 1977 di mana kehilangan nyawa seramai 18 orang kerana minuman samsu haram manakala seramai 21 orang meninggal dunia pada tahun 1978.
Penyakit kronik yang mempunyai dari pengambilan samsu haram ialah depresi, kehilangan ingatan, sakit jantung, kecelaruan fikiran kerana kerosakan saraf, kerosakan buah pinggang, sindrom tarikan dan juga mati tenaga batin.
[Ketawa] Saya berharap pihak...
[Disampuk]
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Tolong bagi penjelasan.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Saya berharap pihak kesihatan membuat kajian terperinci untuk...
Tuan Yang di-Pertua
Tidak diberi laluan.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Membentangkan dalam Parlimen bagi mengetatkan lagi undang-undang yang sedia ada bagi membanteras samsu haram ini bagi mewujudkan suasana hidup yang sihat tanpa kira agama dan bangsa supaya kita semua adalah anak Malaysia. Semoga Kerajaan Pakatan Harapan akan mempertimbangkan perkara yang menjelaskan kesejahteraan masa depan generasi muda yang terpengaruh dengan najis samsu haram ini. Ia juga merupakan, “musuh dalam selimut” yang patut dimusnahkan.
Seterusnya ke pejabat imigresen di kawasan saya. Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini, imigresen yang sedia ada tidak dapat menampung kunjungan pelanggan. Lokasi pejabat tersebut terletak di antara bangunan kedai teres manakala keadaan dalam pejabat, ruang yang sempit dan pelanggan terpaksa menunggu di luar dalam keadaan cuaca yang panas.
Ketiadaan kemudahan seperti tandas awam, ruang atau tempat menunggu dan tempat meletakkan kereta. Pelanggan terpaksa meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan raya yang mengganggu pengguna kenderaan yang lain. Kadangkala pihak berkuasa mengeluarkan saman.
Pihak imigresen telah pun mengenal pasti lokasi baru di Kulim Hi-Tech Park dan perbincangan awal telah pun dilakukan dengan pihak Kulim Hi-Tech Park. Akan tetapi masih tiada perbincangan susulan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mohon Kementerian Dalam Negeri mengadakan satu perbincangan dengan kedua-dua pihak supaya perkara ini
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
dapat diselesaikan secepat mungkin. Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, didapati hasil kutipan di pejabat imigresen di kawasan saya adalah lebih kurang RM5 juta setahun.
Seterusnya, masalah ibu tunggal. Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan hujah saya yang terakhir tentang masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal di negara ini yang belum diselesaikan. Di sini, izinkan saya memberi satu perkataan dalam bahasa Tamil yang berbunyi...
[Berucap dalam bahasa Tamil] bermaksudnya, “Selepas ibu, segala-galanya adalah isteri.” Kebanyakan ibu tunggal mengalami hidup yang sengsara dalam dunia yang penuh cabaran setelah ditinggalkan suami mereka, secara bercerai atau meninggal dunia.
Bagi ibu tunggal yang disebabkan oleh suaminya meninggal dunia bagi golongan B40, maka kerajaan akan memberi bantuan saraan hidup pada kepada mereka dan juga anak-anak mereka melalui jabatan kebajikan. Manakala kes penceraian pula berbeza, undang-undang yang sedia ada perlu diperketat lagi, di mana suami yang bercerai harus memberi nafkah sara hidup yang secukup-cukupnya secara berterusan...
[Tepuk] kepada bekas isteri yang anak- anaknya untuk meneruskan hidup mereka yang penuh cabaran.
Dengan ini masalah kaum wanita terutama beban yang dihadapi oleh ibu tunggal dapat diringankan. Di samping itu juga, kita harus beringat hari ini wanita adalah orang yang bukan serba-serbi berkebolehan. Mereka bersaing dengan lelaki. Sekarang kalau lelaki boleh kahwin empat, jangan sampai isteri minta kahwin empat lagi, kita semua susah. Saya berharap kita tuntut bela. Isteri-isteri ini selalu, wanita ini selalu dianiaya di negara ini. Kita mesti bela, mereka ini tidak, apabila diceraikan, ditinggalkan banyak masalah. So, kita harus bela.
Kerajaan mesti keluarkan satu arahan, suami yang cerai mesti ambil tanggungjawab yang penuh kepada isteri yang diceraikan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya sokong, saya sokong Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, sila. Sila menggulung.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Seterusnya saya gulungkan dengan sebuah pantun.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Perkara yang itu saya pun sokong tetapi perempuan kahwin empat itu saya tidak sokong.
[Ketawa]
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Sebuah pantun.
*Bunga dedap di atas para, Anak di dusun pasang pelita, Andai tersilap bicara, Jari disusun maaf dipinta.
[Tepuk]* Saya menyokong Titah Ucapan Diraja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kuala Krau yang sudah lama menunggu.
[Ketawa]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih rakan saya Yang Berhormat Jelutong juga ada dalam Dewan.
[Ketawa] Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terlebih dahulu saya melafazkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana pada hari ini dapat saya membahaskan usul menjunjung kasih di atas Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Ke-14 tahun 2019.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merafakkan sembah menjunjung kasih mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Kebawah Duli Tuanku sebagai Yang di- Pertuan Agong Malaysia yang ke-XVI. Sembah tahniah juga buat Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang sudah pasti
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
menjadi ikon dan inspirasi kepada seluruh Muslimah di Malaysia ini. Selaku rakyat negeri Pahang, saya rasa bangga terhadap pelantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Ini Yang Berhormat Jelutong ya. Janji Pakatan Harapan 100 hari untuk 10 janji mestilah ditepati. Pertamanya menghapuskan GST. Saya ucap tahniah kepada Kerajaan Pakatan Harapan. Tepuklah Yang Berhormat Jelutong, tahniah ini hendak bagi. Akan tetapi janji yang kedua, batalkan GST gantikan SST dengan menjamin kos sara hidup akan turun.
Seorang Ahli
Ya.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Harga barang- barang keperluan harian. Masyarakat miskin luar bandar dan dalam bandar mengeluh Tuan Yang di-Pertua. Kita yang gaji tinggi ini Tuan Yang di-Pertua, okey lah Tuan Yang di-Pertua.
Mereka yang di luar bandar sana, kedai kopi, gerai goreng pisang, kedai roti canai, peniaga yang jual bunga-bunga, buka nurseri, boleh katakan 90 peratus tutup.
Seorang Ahli
Tutup?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tutup. Ini di kawasan saya, saya sebut. Tutup kerana kalau dia jual goreng pisang, jual roti canai, pelanggan hilang 90 peratus. Daripada RM200 dapat RM20. Macam mana nak, ini kenyataan. Macam mana hendak menjamin supaya kesejahteraan rakyat. Ini bukan soal Kuala Krau tidak buat kerja, ini janji Pakatan Harapan. Janji Pakatan Harapan hapus GST ganti SST dengan kos sara hidup turun ini. Ini janji, bukan main-main. Ini soal masyarakat luar bandar yang kita mesti sejahterakan, yang mesti kita bela rakyat keseluruhannya Yang Berhormat.
Ini meleset sama sekali. Tengok anak-anak kita, pelajar-pelajar universiti yang dahulu dapat bantuan baucar tuisyen RM400, RM300 sekarang dikurangkan RM100. Yang Berhormat Port Dickson bagi tahu, minta supaya Perdana Menteri, Menteri Kewangan segera selesaikan masalah pelajar di Universiti Malaya, terpaksa ikat perut. Ini di bawah Kerajaan Barisan Nasional atau Kerajaan Pakatan Harapan, Yang Berhormat? Dahulu tidak pernah terjadi, Yang Berhormat.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Dahulu mereka jumpa Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Pekan tidak tolong pun.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat, Peraturan 37.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tanya Tuan Yang di-Pertua, Peraturan 37.
Tuan Yang di-Pertua
Jangan ganggu, jangan ganggu.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Kalau degil-degil, sila keluar. Itu dahulu saya cakap. Sekarang Tuan Yang di-Pertua yang cakap.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Kalau minta boleh?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Sila, sila.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Yang Berhormat Kangar.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau.
Tuan Yang di-Pertua, semalam Yang Berhormat Kota Melaka sudah berbahas dan menjelaskan data daripada Majlis Harga Negara. Daripada 900 barang yang dipantau di seluruh negara, di lebih hampir 3,000 premis menunjukkan ialah 540 barang harga turun, 352 barang harga naik dan hanya lapan barang harga kekal. Jadi, secara general-nya ataupun secara umumnya, harga barang turun.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih, Yang Berhormat. Barang ini bukannya 100. Ada 6,500 lebih barangan keperluan dalam negara kita, Yang Berhormat*.
[Tepuk]* Kena SST. Ini kedai dobi pun sudah kena. Pengumuman baru, kedai dobi, khidmat nasihat kaunseling untuk broker-broker pun kena. Saya tidak tahulah. Itu belum lagi saya sebut projek-projek kecil di luar bandar.
Kawasan Yang Berhormat ada projek kecil? Jalan kampung rosak, jalan pertanian rosak, longkang tersumbat, sekarang tidak ada. Ini hakikatnya. Syarikat-syarikat kontraktor kecil gulung tikar, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Mereka ini ada isteri-isteri. Macam
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
saya, ada isteri-isteri, tidak apa. Ada saraan Wakil Parlimen, ada pencen sebagai Timbalan Speaker. Tidak apa. Tetapi yang ada isteri-isteri yang tidak ada pendapatan yang stabil akibat daripada, saya pinjam ya, rejim. Saya tidak suka sebut perkataan ini tetapi dia orang ulang- ulang, Tuan Yang di-Pertua. Rejim Kerajaan Barisan Nasional. Bukan masa rejim Kerajaan Barisan Nasional tetapi rejim Kerajaan Pakatan Harapan. Ini yang berlaku yang perlu kita insaf.
Dan pertandingan apa itu? Istana Raja Masai? Istana Raja Masai, kita sudah menang 2-0. Di Cameron Highlands, di Semenyih. Kerana apa? Kerana kos sara hidup. Itu satu.
Yang peliknya, bila sebut kos sara hidup ini, Menteri-menteri tidak fikir bagaimana hendak menurunkan kos sara hidup, hendak menaikkan pendapatan. Kalau komoditi, dua komoditi yang terbesar...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Minta penjelasan, Yang Berhormat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Sila.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya hendak tanya dua perkara. Satu, adakah Yang Berhormat mengatakan bahawa Yang Berhormat tidak yakin dengan pimpinan Yang Berhormat Langkawi? Soalan saya yang pertama.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang kedua?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jawab yang pertama.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Okey, saya tahu.
Dari segi kepimpinan Yang Amat Berhormat Langkawi, saya teliti patah-patah perkataan Yang Amat Berhormat Langkawi setiap kali dia berucap, buat press statement. Sampai ada satu patah perkataan yang saya takkan lupa, “Jawatan saya sebagai Perdana Menteri, pun atas ihsan DAP”. DAP berbanggalah. Berbangga. Tahniah saya ucapkan, Yang Berhormat Jelutong, kerana Yang Amat Berhormat Langkawi sebut jawatan Perdana Menteri pun ihsan DAP.
Bermaknanya Yang Berhormat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, itu bila? Bila kenyataan itu dibuat oleh Yang Amat Berhormat Langkawi?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Boleh, kalau saya kemukakan, boleh.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sila.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Okey. Ini semua tahu, semua tengok video. Yang Berhormat Jelutong janganlah hendak menafikan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Janganlah buat tuduhan, Yang Berhormat. Tidak ada.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tidak ada. Saya tidak buat tuduhan.
Tuan Yang di-Pertua
Kita dengar Yang Berhormat Kuala Krau.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
P.M. 37 ya. P.M.
Tengok peraturan, Yang Berhormat.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Minta penjelasan. Minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kangar minta laluan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bangun]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Okey, sila.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kangar dibenarkan?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Arau. Yang Berhormat Kangar cukup sudah.
Tuan Yang di-Pertua
Lain parti.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat. Saya minta supaya mereka berhentikan perkataan “rejim-rejim yang lama” dan sebagainya. Sebenarnya rejim yang lama 23 tahun ialah di bawah Yang Berhormat Langkawi. Kalau mereka dok sebut perkataan itu, sebenarnya mereka secara tidak langsung cuba menghakis kuasa Perdana Menteri.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, tapi masa itu wang RM2.6 bilion tidak masuk akaun peribadi Yang Berhormat Langkawi. Duit itu masuk akaun Yang Berhormat Pekan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jelutong.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, apakah perbuatan untuk menuduh rejim yang lama itu sekali gus sebenarnya mereka cuba menghakis kuasa Perdana Menteri?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kita tuduh rejim penyamun, pencuri, Yang Berhormat Pekan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jelutong, tidak diberikan laluan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua, saya dah sebut lesson number one, number two, number three ini kepada Yang Berhormat Jelutong. Tuan Yang di-Pertua bagilah. Saya ingat, kena bagi kuliahlah kepada Yang Berhormat Jelutong ini, Tuan Yang di-Pertua. Tolonglah, khas untuk dia.
Saya terus kepada perbahasan saya, Yang Berhormat Arau. Okey, Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, Yang Berhormat Arau, sila duduk.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ini 53 saat sahaja tinggal. Yang saya sebut tadi Menteri-menteri ini...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Soalan yang kedua, Yang Berhormat belum jawab lagi.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Apa?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Lembah Pantai mohon.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ada berita menunjukkan Yang Berhormat mencium tangan Yang Berhormat Langkawi. Apa maksudnya? Hendak masuk belah sini kah?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ini saya seronok.
Ini saya seronok.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Yang Berhormat Kuala Krau, Lembah Pantai.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jelutong tanya anak-anak kita di belakang ini, ada Rukun Negara.
Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan.
[Tepuk] Yang Berhormat baca.
[Disampuk] Sebab itu kena baca. Kesopanan dan kesusilaan. Ini wajib ini. Kena! Kita paksi membina negara atas Rukun negara.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Mohon, Yang Berhormat Kuala Krau.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Kita tak nak apabila Perdana Menteri melalui SUDR, Pejabat Speaker bagi surat kepada saya, saya ada surat, mengatakan bahawa Yang Amat Berhormat ingin menjawab soalan saya yang dijadualkan pada 21 Mac tetapi disegerakan soalan nombor satu. Pertama, disegerakan. Mustahak ECRL untuk negeri Kelantan, Terengganu, Pahang. Itu satu poin.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Kedua, bila disegerakan soalan jadi soalan nombor satu, rekod, Tuan Yang di-Pertua, tidak pernah pembangkang, Ketua Pembangkang pun. Sorry, with due respect to you, Sir. Ketua Pembangkang pun tidak pernah dapat soalan nombor satu.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Kuala Krau. Peraturan, Yang Berhormat Kuala Krau.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, Itu bermaksud lebih baik daripada Yang Berhormat Pekan, kan?
Tuan Yang di-Pertua
Dua-dua mantan Timbalan Speaker.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
P.M. 36(9). P.M. 36(9), sifat peribadi, soal peribadi tidak boleh sentuh. Saya rasa cium tangan itu peribadi.
[Dewan ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tetapi Yang Berhormat Kuala Krau...
Tuan Yang di-Pertua
Jadi Yang Berhormat Beluran sokong Yang Berhormat Kuala Krau?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Bagi saya gulung, saya cakap ini. Saya hendak cakap fasal poin ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini membuktikan bahawa orang-orang Barisan lebih berbudi bahasa.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
No. Itu lebih baik daripada Yang Berhormat Pekan. Dahulu tidak pernah jawab soalan pun.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
DAP jangan bersifat penyamun.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Pekan dahulu tidak pernah masuk Dewan pun untuk jawab soalan.
Tuan Yang di-Pertua
Ikut peraturan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Jelutong, awak belum datang sini...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Jam sudah merah. Masa sudah hendak habis ya. Silakan, silakan gulung ya. Gulung.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Gulung, gulung.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Boleh tambah satu dua minit lagi? Boleh bagi?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Kuala Krau menyanjung Yang Berhormat Langkawi. Bagus! Lebih baik daripada Yang Berhormat Pekan.
Bagus.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Tuan Yang di-Pertua, boleh tambah satu dua minit lagi, sebab dia tengah rancak. Kalau boleh saya hendak selit 15 saat, hendak minta penjelasan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Saya dulu, saya dulu.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Saya bagi Yang Berhormat Bera, saya bagi Yang Berhormat Bera. Saya bagi Yang Berhormat Bera.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Selepas itu bagi Lembah Pantai. Lembah Pantai sedikit.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon Tuan Yang di-Pertua memberikan petua. Isu Yang Berhormat Pekan ini sedang dibicarakan oleh mahkamah. Yang menentukan bersalah, perompak, penyamun adalah mahkamah. Sekarang ini tidak ada satu bukti pun, tidak ada satu keputusan pun yang mengatakan Yang Berhormat Pekan bersalah dan dia boleh dianggap sebagai perompak, penyamun seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jelutong.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Jadi, saya harap Tuan Yang di-Pertua buat satu petua mengatakan bahawa tidak boleh lagi disebut di dalam Parlimen ini, yang mengatakan Yang Berhormat Pekan perompak, penyamun dan sebagainya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya jawab, Tuan Yang di-Pertua? Boleh saya jawab? Kalau Yang Berhormat Pekan berani, bukan pencuri, penyamun, kalau Yang Berhormat Pekan tidak mencuri, menyamun, mengapa beliau takut untuk...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Duduk dahulu, duduk. Duduk dahulu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terowong, terowong.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Terowong apa?
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Saya hendak mencelah Yang Berhormat Kuala Krau fasal kos harga...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Berikan laluan?
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Fasal kos sara hidup, Yang Berhormat Kuala Krau.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua, saya kalau diberikan masa 10 minit, saya bagi.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Tuan Yang di-Pertua kata hendak tambah dua minit.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Sebab ada budi bicara, boleh bagi 10 minit.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Saya hendak celah fasal kos sara hidup.
Boleh, Yang Berhormat Kuala Krau?
Tuan Yang di-Pertua
Boleh?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Sila, sila.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Kuala Krau. Semalam dalam perbahasan saya juga, saya menyebut, sebab Yang Berhormat Kuala Krau menyebut fasal kegagalan Pakatan Harapan menurunkan kos sara hidup. Saya sebut pada zaman pentadbiran Yang Berhormat Pekan, sembilan tahun lebih kurang, apa yang berlaku ialah subsidi dikurangkan, hutang negara bertambah daripada 33 peratus KDNK kepada 53 peratus KDNK, tetapi data KWSP menunjukkan 74 peratus rakyat Malaysia tidak ada simpanan kecemasan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Ini berlaku pada zaman Yang Berhormat Pekan dalam keadaan macam itu. Jadi janganlah kita tak sampai setahun lagi, cakap seolah-olah kita sudah gagal.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Okey, Terima kasih.
Oleh sebab itu, jangan janji macam berjanji dengan bintang dan langit Ahli-ahli Yang Berhormat. Ini tidak sampai 24 jam kita diisytiharkan menang, tidak sampai 24 jam, minyak akan turun, RM1.50. Tol akan dihapuskan. Mana Yang Berhormat Simpang Renggam?
PTPTN, hutang akan dihapuskan. Hutang peneroka 50 peratus dihapuskan. Jangan janji kalau tidak mampu. Oleh sebab alasannya kerana isu 1MDB. Akan tetapi, isu 1MDB ini sebelum pilihan raya dah dimomok-momokkan. Bila masa dimomok-momokkan, bermakna Yang Berhormat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Penjelasan Yang Berhormat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Saya tidak benarkan, saya tidak benarkan Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Penjelasan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Saya tidak benarkan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tentang 1MDB.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk, duduk, duduk. Habiskan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Sebab itu...
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Akan tetapi, saya tidak sebut 1MDB.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ya lah, sebab itu isu yang dimomok-momokkan sehinggakan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bukan momok Yang Berhormat, benar. Siapa curi duit RM2.6 bilion? Siapa pencuri?
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Sudah! Duduk, duduk, duduk.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat, sebab itu Yang Berhormat kena tengok Peraturan 36 Yang Berhormat. Kalau kes sedang dibicarakan, belum diputuskan, jangan sebut Yang Berhormat. Saya sebut satu perkataan sahaja, memomok-momokkan isu 1MDB menyebabkan rakyat percaya. Akan tetapi, apabila masa ada isu 1MDB, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, dulu Ketua Wanita hebat di kawasan. Kita boleh bagi BR1M, Bantuan Rakyat 1 Malaysia sehingga RM2,000. Dulu dimomok-momokkan itu dedak rasuah, tetapi tukar nama Bantuan Sara Hidup (BSH). Jadi sama sahaja, tetapi halnya dikurangkan. Dulu RM2,000, sekarang RM500. Dulu RM300, sekarang RM100. Ini fakta Yang Berhormat. Jadi Yang Berhormat...
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Boleh ulas sedikit itu?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Saya hendak pada isu yang seterusnya Yang Berhormat, yang saya rasa hendak ketawa ini...
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Tak mahu bagi, gulung lah gulung.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
...apabila teguran Yang Berhormat Perdana Menteri sendiri terhadap Menteri-menteri Kabinet.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Cukuplah Yang Berhormat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ini teguran saya hendak sebut, ini teguran.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Itu nasihat sahaja.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Gulunglah.
Tuan Yang di-Pertua
Seperti yang selalu saya sebutkan, setiap pihak mempunyai kebebasan untuk bersuara. Biarkan Yang Berhormat Kuala Krau menyatakan pendapatnya.
Silakan.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Yang Berhormat Jelutong semua hendak marah. Sikit marah, sikit marah, tidak mahu dengar.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua, ini kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak puas hati dengan prestasi Menteri Kabinet. Saya sebut, adakah kita dulu bela kelapa sawit dari serangan kempen...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Minta penjelasan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
...Ahli-ahli Parlimen.
Saya tidak benarkan Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya minta penjelasan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Saya tidak benarkan.
Ahli yang...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Tidak jelas]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jelutong duduk. Ya silakan. Gulungkan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Sebelum gulung, saya hendak bagi...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
...Jadi, kita memerangi kempen tersebut dan kita hampir berjaya sampai kita menghantar, masa itu Pengerusi MPOB, arwah suami kepada Yang Berhormat Kuala Kangsar. Yang Berhormat Kuala Kangsar pergi ke sana dan kita berjaya meyakinkan harga kelapa sawit kita naik. Akan tetapi, bila Menteri ini, ini yang katakan tidak puas hati dengan prestasi Menteri. Adakah hendak dikurangkan keluasan perladangan kelapa sawit, kerana apa? Kerana terpengaruh, kerana...
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Yang Berhormat Kuala Krau.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
...Kononnya pencemaran alam sekitar. Tidak boleh.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Yang Berhormat Kuala Krau.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Lepas itu tiba-tiba belum lagi kajian dibuat, kelapa sawit hendak dibuang, hendak ditebang. Bukan hendak menaikkan harga kelapa sawit, kelapa sawit hendak ditebang, hendak dibuang, hendak dibakar, hendak dihangus hitam.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Mohon pencelahan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tanam buluh.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Mencelah.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Lepas itu hendak naikkan pendapatan rakyat, tanam ganja dalam negara kita.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Yang Berhormat Kuala Krau.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Apa ini?
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Tanam ganja zaman BN.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ini ADUN di dalam negeri Selangor, daripada Pakatan Harapan.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Cukup, gulunglah, gulung.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Minta tanam ganja luas-luas dalam negara kita.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Itu semua tipu.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Apa cerita ini?
Tuan Yang di-Pertua
Masa untuk menutup, silakan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Satu, last, last.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang Berhormat Kuala Krau, saya hanya hendak sebut sedikit sahaja Yang Berhormat Kuala Krau.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Cukuplah.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Kuala Krau beri pada saya.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Saya hendak sebut sedikit sahaja.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Duduk, duduklah. Yang Berhormat Kuala Krau bagi pada saya.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Tak payahlah, tak payahlah. Bagi sahaja kat sini.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Kuala Krau...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Duduk, duduk, duduk, duduk. Kita kena ikut peraturan, ya silakan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Kuala Krau bagi kat saya.
Tuan Yang di-Pertua
Pencelahan yang terakhir, lepas ini tutup.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Akta Dadah Berbahaya 1952 menyenaraikan ganja salah satu bahan yang termasuk dalam dadah berbahaya. Hukuman mati mandatori. Kenapa rejim PH ini mencadangkan supaya tanam ganja ini? Ini satu cadangan yang tidak masuk akal. Apa pandangan Yang Berhormat Kuala Krau?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Itu yang saya katakan tadi, Menteri Kabinet prestasinya kurang memuaskan. Yang Berhormat ADUN pun
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
boleh cadang tanam ganja? Ini satu pun saya tidak boleh terima akal. Last point Yang Berhormat, ini mengenai kita.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Itu cadangan, zaman BN pun banyak cadangan.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Kuala Krai, sekurang- kurangnya dalam Pakatan Harapan bukan merasuah.
Beberapa Ahli
[Bangun]
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, terlalu banyak last point lah. Sila tutup, sila tutup.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Sila tutup.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Kuala Krau, keluar nanti cium tangan.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Itu baru cadangan, sebab zaman BN banyak cadangan guna tutup.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kuala Krau tutup perbahasan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Sebab itu, baca Rukun Negara. Isu cium tangan, baca Rukun Negara.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Kalau baca Rukun Negara...
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Last, last, last.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Kuala Krai.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Yang Berhormat Kuala Krau ada baca kenyataan dari Menteri.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Last, last, last.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Cium tangan kah, buat permohonan?
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sudah ya. Sudah ditutup.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Okey Tuan Yang di- Pertua. Kalau saya respons, panas lagi Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Memanglah.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Dulu, ada Menteri kata Maha Firaun. Akan tetapi sekarang bukan cium tangan, peluk. Dulu Yang Berhormat Langkawi kata DAP rasis, bukan sekarang ni cium tangan, peluk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dulu PAS dengan UMNO pun bergaduh.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Sebab itu...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
PAS kata UMNO kafir.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, itu bukan menutup. Itu buka poin baharu.
Sila.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Saya hendak respons.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jelutong sudah berbahas hari itu. Silakan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Okey, sebagai penutup saya mintalah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dulu bergaduh dengan PAS, la ni berkawan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ha! Samalah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tidur sekali.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Itulah politik, indahnya politik dalam Negara Malaysia.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Bukan berkawan, tidur sama, sekatil.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Amalan Demokrasi Berparlimen. Ini lah amalan Demokrasi Berparlimen dalam negara kita. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Tutup.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Saya hendak tutup.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dulu PAS kata UMNO kafir.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ini Tuan Yang di- Pertua, saya hendak tutup Tuan Yang di-Pertua. Penjawat awam ini janganlah dikeji. Mereka ini cukup berjasa kepada negara Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dulu Yang Berhormat Pekan pergi berhentikan jawatan Timbalan Perdana Menteri, macam mana?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jelutong, sila duduk. Ya, silakan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Penjawat awam ini Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peguam Negara dipecat, macam mana? Yang Berhormat Pekan pecat Peguam Negara.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau, lebih baik saya bagi Yang Berhormat Jelutong berbahas semula ya.
[Ketawa] Sila duduk, sila duduk. Ya, tutup.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Sebagai penutup, saya mohonlah Yang Amat Berhormat Langkawi, Kerajaan Pakatan Harapan tolong nobatkan, martabatkan penjawat awam. Mereka ini sangat berjasa kepada negara, membina negara, menjadikan sebuah negara kita merdeka, aman damai, angkatan tentera menjaga ketenteraman...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, peraturan, peraturan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Apa pula ini?
Tuan Yang di-Pertua
Peraturan? Yang Berhormat Kuala Krau sedang menutup.
Baik saya dengar apa peraturan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Perbahasan Yang Berhormat Kuala Krau ini melanggari Peraturan 36(6), beliau mengatakan bahawa seolah-olah Kerajaan Pakatan Harapan ini mengambil tindakan-tindakan terhadap penjawat awam. Itu adalah menyalahi Peraturan 6, sangkaan jahat ke atas kerajaan. Dulu...
Tuan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sejahat-jahat...
Tuan Yang di-Pertua
Saya tolaklah, saya tolak lah ya. Oleh sebab itu merupakan suatu komen. Ya silakan, boleh jawab kemudian.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sangkaan jahat kepada ahli lain, bukan kepada kerajaan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Akan tetapi, saya hendak tanya penjelasan Tuan Yang di-Pertua. Bagaimana dengan tindakan yang Yang Berhormat Pekan memecat Peguam Negara?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Dulu Ketua Hakim Negara pun dipecat oleh Perdana Menteri Keempat.
[Tepuk]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Macam mana Timbalan Perdana Menteri dipecat oleh Yang Berhormat Pekan dulu?
Tuan Yang di-Pertua
Buka fail baru. Sila duduk Yang Berhormat Jelutong, sila duduk Yang Berhormat Arau. Ya, silakan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Last, kalau Yang Berhormat Jelutong kacau lagi, Tuan Yang di-Pertua tidak stop Yang Berhormat Jelutong, saya boleh sampai pukul 4.00. Okey.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Kamu bukan Tuan Yang di-Pertua lagi lah.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ya, Tuan Yang di- Pertua. Saya sebut begini, negara kita aman. Angkatan tentera kita bela, kita cukup hormati jasa-jasa angkatan tentera dari segi nyawa, bergadai nyawa, tinggal anak isteri, keluarga. Polis pun menjaga keamanan negara. Penjawat awam juga memikirkan bagaimana dasar dan polisi kerajaan hendak dilaksanakan.
Ini semua adalah untuk memartabatkan negara kita, untuk menaikkan ekonomi kita, untuk menyejahterakan rakyat keseluruhannya. Akan tetapi janganlah sebut apabila gaji besar diberi, adalah untuk tujuan membeli undi. Ini tidak betul Tuan Yang di-Pertua. Saya harap ini janganlah disebabkan dahulu mereka jadi KSU semasa Kerajaan Barisan Nasional. Apabila Pakatan Harapan mengambil alih, KSU itu disebut sebagai seolah-olahnya ada melakukan kesalahan besar. Ada yang ditukarkan 24 jam. Ada ketua pengarah ditukarkan ke bahagian lain. Saya sebut KSU Kementerian Multimedia, Jabatan Penerangan ini dengan Ketua Pengarah Penerangan. Apa salah mereka ini?
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Sila tutup Yang Berhormat. Tidak ada masa.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, kalau dibenarkan, saya pun hendak mencelah. Saya ada soalan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Jadi saya sarankan, janganlah ada sikap...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ini sudah melampaui masa Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya memang. Jadi sila tutup.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Kuala Krau goreng nasi basahlah.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Apa dia?
Tuan Yang di-Pertua
Tutup, tutup.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Atas isu apa? Atas isu apa?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jelutong sila duduk sebab Yang Berhormat Jelutong pun mengambil masa yang agak lama. Ya duduk. Tutup, tutup.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Jadi saya sarankan, janganlah bertindak demikian. Tolonglah jaga mereka ini kerana juga ada jasa yang besar kepada negara. Saya mohon. Janganlah tindakan-tindakan begini. Saya tahu Yang Berhormat Timbalan Menteri bersetuju dengan pandangan saya. Dia senyum, dia angguk. Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
Seorang Ahli
Bukan, bukan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Timbalan Menteri JPM. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya harap apabila Kerajaan Pakatan Harapan menang, fikir bagaimana hendak melakukan sesuatu untuk negara. Fikir, bagaimana hendak menaikkan perdagangan antarabangsa.
Last soalan saya, apabila semalam isu ECRL saya terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah buat kajian dan ingin meneruskan dan menghantar Yang Amat Berbahagia Tun Daim untuk mengetuai.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Masa sudah...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Point of order.
Seorang Ahli
Petua, petua.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Point of order, point of order.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Last, last, saya hendak, cukuplah Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak, dekat dia. Point of order dekat Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak dibenarkan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sorry.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Cuma soalan saya hendak tujukan kepada kerajaan. Kenapa Yang Berhormat Menteri Kewangan tidak dihantar?
Apa sebab Yang Berhormat Menteri Kewangan tidak dihantar?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Yang Berhormat Menteri Kewangan tidak layak.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Adakah Yang Berhormat Menteri Kewangan dihalang pergi ke negara China? Sebab perkataan-perkataan yang saya baca dalam Hansard adalah Tun Daim adalah orang yang berkelayakan, orang yang paling layak. Ada sebab-sebab tertentu untuk menang-menangkan... [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sebab dia bukan macam Yang Berhormat Pekan, penyamun.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Kenapa Yang Berhormat Menteri Kewangan tidak dihantar?
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Asal tidak hantar Yang Berhormat Pekan sudahlah.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Adakah dianggap sebagai seorang Menteri tidak layak...
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon maaf kerana mengambil masa yang panjang. Terima kasih.
Dengan ini saya menyokong.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Petua, petua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya berbalik kepada petua. Sebenarnya tidak perlu saya keluarkan petua, sebab saya sudah pun keluarkan petua sebelum ini. Perkara-perkara yang sedang dibicarakan tidak boleh ditimbulkan dalam Majlis. Jadi, kita kurangkanlah rujukan kepada apa-apa yang sedang dalam perbicaraan. Ini perkara dasar.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Perkataan unparliamentary.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Bukit Bintang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Point of order. Saya ucap tahniah sebab Tuan Yang di-Pertua bagi masa yang lebih. Bagus daripada Timbalan Yang di-Pertua semalam.
Tuan Yang di-Pertua
Itu bukan Point of order.
[Ketawa] Sila Yang Berhormat Bukit Bintang.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam membahaskan usul Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah di atas pemilihan Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI. Semoga di bawah perintah Tuanku, negara bertambah maju dan makmur di bawah Malaysia Baharu di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Saya juga percaya, semoga Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja yang lain akan memberi peluang dan sokongan kepada kerajaan yang dipilih oleh rakyat meneruskan agenda mentadbir negara dengan baik walaupun mereka berhak membuat teguran.
Tuan Yang di-Pertua, ini termasuk dengan penjawat awam yang ada 1.7 juta di negara ini. Saya bersetuju dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menegur bahawa penjawat- penjawat awam hendaklah jangan mensabotaj kerajaan, sebaliknya memberikan kerjasama yang patuh supaya agenda mentadbir negara dengan baik, mudah diteruskan.
Tuan Yang di-Pertua, Tahun Melawat Malaysia 2020 perlu banyak galakan. Titah Diraja ada menyebut aspek pelancongan Tahun Melawat Malaysia. Oleh kerana sektor pelancongan menyumbang kepada hasil pendapatan negara, saya ingin menyarankan supaya sektor pelancongan diberikan tumpuan yang utama bagi menarik ...
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Bukit Bintang, hendak tanya sedikit.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Nanti, nanti.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Tidak. Sedikit sahaja lagi. Kalau tidak nanti jalan jauh.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Nanti, nanti.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak diberi laluan.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Aiya. Sekejaplah hendak tanya. Sekejap sahaja saya hendak tanya. Tak, sekejap sahaja sebab nanti takut tertinggal.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Sebab masa tidak mengizinkan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Dia tidak bagi, dia tidak bagi.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Parit Sulong, tidak diberi. Silakan Yang Berhormat Bukit Bintang. Mic, mic, pembesar suara. Tak dengar.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Ini cara mudah untuk menambah hasil negara.
Sebagai contoh saya ingin menyebut, ketibaan pelancong asing dari negara China pada tahun 2018 seramai lebih kurang 3 juta pelancong China telah tiba di Malaysia. Sedangkan negara Thailand menerima kunjungan pelancong China seramai 10.5 juta. Apakah silap kita menerima kedatangan pelancong China yang sedikit? Apakah jalan untuk menarik mereka lebih ramai datang ke Malaysia? Jika kita dapat menarik enam juta pelancong China yang mana setiap orang berbelanja RM5,000, bererti negara kita mendapat hasil RM30 bilion.
Ini bukan angka yang kecil untuk negara kita. Oleh yang demikian, untuk menggalakkan kedatangan pelancong China ke Malaysia, kita perlu mencari jalan untuk memperbaiki perkhidmatan seperti melaksanakan visa on arrival (VOA) dengan izin. Bila segala red tape dapat dikurangkan dan perjalanan mereka menjadi mudah, saya percaya melalui promosi yang betul, ramai pelancong China akan tiba dan Malaysia akan menjadi satu destinasi mereka suka melawat.
Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa jika pelancong datang dari negara China, pertamanya mereka hendak memohon visa dari Pejabat Duta Malaysia di negara China.
Permohonan visa hendaklah melalui satu ejen Malaysia di sana. Ejen ini memperkenalkan fees yang amat mahal, lebih kurang RM300 setiap permohonan. Ini satu faktor utama pelancong kurang minat datang ke Malaysia. Saya mencadangkan bahawa permohonan visa melalui e- Aplication, e-Permohonan atau VOA. Kedua, ialah cukai pelancongan wajar diagihkan ke negeri-negeri.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Saya ingin menyentuh cukai-cukai pelancongan yang dikutip dari setiap pelancong asing yang menginap di bilik hotel-hotel negara kita setelah kerajaan menguatkuasakan kutipan dan cukai tersebut. Selama ini, saya difahamkan kutipan cukai telah dijalankan dan saya tidak pasti sama ada negeri-negeri di Malaysia telah mendapat agihan cukai yang dikutip selama ini bagi maksud membangunkan produk pelancongan di setiap negeri.
Wilayah Persekutuan merupakan satu negeri yang...
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Yang Berhormat Bukit Bintang, boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Boleh minta laluan? Boleh?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Sedikit sahaja.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Masa saja, ada banyak isu sudah habis.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Sedikit sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak diberikan laluan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Setengah minit. 30 saat.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Okey.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak silap waktu Kerajaan Barisan Nasional dahulu, kita cuba memudahkan visa dan sebagainya untuk kemasukan ramai pelancong-pelancong China ke Malaysia seperti visa on arrival dan sebagainya.
Akan tetapi, kedatangan berkurangan kini kerana sikap Kerajaan Pakatan Harapan yang berkonfrontasi, yang menunjukkan sikap konfrontasi dengan negara China. Membatalkan projek mereka dan sebagainya. Ini yang menyebabkan ada tindak balas daripada Kerajaan China untuk tidak menggalakkan pelancong China datang ke Malaysia.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Bera, ini tiada kena mengena dengan itu projek-projek. Pelancong jika mereka datang ke Malaysia, dengan mudah melalui visa on arrival, saya rasa ini satu cara dan langkah untuk menambahkan hasil pendapatan negara kita. Ini pelancong saya tahu. Oleh kerana di negeri China, mana-mana tempat pergi, walaupun macam di Thailand, Bangkok, mereka membelanjakan, setiap pelancong di Thailand lebih kurang RM7,000. Ini satu angka yang besar. Kalau 10 juta pelancong di Thailand saya rasa mendapat hasil pendapatan yang lumayan.
Tuan Yang di-Pertua, Wilayah Persekutuan merupakan negeri yang banyak bilik hotel dan menerima ketibaan pelancong asing yang agak besar. Adakah agihan kutipan cukai dilakukan kerana ia menjadikan penyumbang terbesar kutipan cukai pelancong ini? Adakah tidak adil jika kutipan cukai disalurkan ke— digunakan lain? Cukai pelancong haruslah diperuntukkan untuk membangunkan produk pelancongan ini.
Tuan Yang di-Pertua, pendapatan negara dari sektor pengimport kereta. Saya difahamkan bahawa MITI telah memberikan AP kepada 164 syarikat pengimport kereta Malaysia yang berjaya melepasi syarat baru yang dikenakan. Dari jumlah itu, 138 syarikat sedia ada dan 36 syarikat baru. Pada satu waktu, kerajaan pernah bersuara untuk mengharuskan pemberian AP kepada pengimport.
Tuan Yang di-Pertua, memandangkan melaksanakan AP untuk mengimport kenderaan pada tahun 70-an, telah lebih 40 tahun, saya rasa sudah tiba masanya kerajaan untuk mempertimbangkan bahawa haruslah mengharuskan AP ini. Saya ingin mencadangkan supaya pemberian AP dibuka kepada semua, bukan terhad kepada pemilik AP sahaja.
Jika seorang berhajat untuk mengimport kereta dari luar negeri, syaratnya dia perlu membayar cukai dan levi yang baru. Misalnya, levi RM20 ribu untuk setiap kenderaan kepada kerajaan dan juga import yang akan menambahkan hasil kerajaan. Kerajaan boleh mengutip hasil RM600 juta setahun jika 30 ribu kenderaan setahun berjaya diubah. Tetapi menurut laman web MITI pada 2018, sebanyak 72,060 AP dikeluarkan dan 43,744 AP francais. Ini bererti dengan mengeluarkan AP kepada pemohon terbuka, kerajaan akan lebih mengutip hasil berbanding dengan AP yang diberikan kepada syarikat-syarikat pengimport kenderaan ini.
Tuan Yang di-Pertua
Boleh Yang Berhormat menggulung?
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Saya akan menggulung. Menutup Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua, untuk membantu Bukit Bintang...
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Masa tidak cukup sudah. Sudah, sudah.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
...Dak, dak. Saya hendak bantu you. Untuk bantu Bukit Bintang, dia kena declare an interest apabila menyebut tentang AP tadi sebab dia terlibat dengannya untuk membantu dia. Jadi kena...
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Saya sudah 20 tahun tiada berniaga dengan syarikat pengimport kereta. Ini terpulang kepada famili saya.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Kena update sikit la.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Menutup Jalan Tuanku Abdul Rahman. Warga kota bertanya mengapa...
Seorang Ahli
[Tidak jelas] Selepas ini.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
...Perlu Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL menutup Jalan Tuanku Abdul Rahman antara Jalan Esfahan dan Jalan Melayu pada tempoh percubaan setiap Sabtu dan Ahad pada bulan April. Walaupun cadangan ini baik pada mata kasar, tetapi ia menjejaskan kedudukan para pekedai sepanjang jalan yang ditutup ini.
Hal ini kerana mereka tidak mudah untuk [Tidak jelas] dan menurun barang. Para pelanggan terpaksa berjalan jauh yang menyebabkan mereka enggan berkunjung lagi dan menyebabkan kejatuhan jualan.
Dalam tempoh percubaan ini, DBKL hendaklah mengambil kira semua pandangan dan keluhan berkaitan penutupan jalan ini. Saya difahamkan penutupan Jalan Tuanku Abdul Rahman yang sejajar dengan projek river of life bagi pejalan-pejalan kaki tetapi apabila kita perhatikan sekarang, banyak projek river of life dijalankan dengan perlahan-lahan menyebabkan berlaku kesesakan dan kesempitan jalan.
Oleh itu, saya memohon supaya penutupan Jalan Tuanku Abdul Rahman diurus dengan baik dan tidak menyebabkan mana-mana pihak menjadikan mangsa pembangunan.
Terima kasih. Saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kemaman. Silakan. Yang Berhormat Kemaman ada?
[Ketawa]
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera*.
[Berucap dalam bahasa Arab] .* Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan dalam masa kesempatan ini saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke-XVI di dalam Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-14.
Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang singkat ini, pertama, saya mengambil bahagian untuk menyampaikan hasrat dan permohonan apa yang disuarakan oleh rakyat Kemaman, iaitu saya mengharapkan pihak kerajaan supaya memberi perhatian kepada dua perkara iaitu:
(i) Mahkamah Majistret Kemaman; dan
(ii) Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman.
Seperti mana yang sedia maklum, Daerah Kemaman merupakan dan semakin bertambah dengan bilangan penduduk saban tahun. Dengan pelbagai pembangunan yang ada dan sewajarnya kedua-dua bangunan ini, pejabat ini perlu dinaiktarafkan sama ada bangunannya dan operasinya.
Tuan Yang di-Pertua, saya dimaklumkan bahawa bangunan Mahkamah Majistret Kemaman dibina dan beroperasi pada tahun 1973. Bangunan ini hampir 50 tahun yang sepatutnya dibina baru dan dinaiktarafkan bagi kesesuaian masa kini. Saya sebagai wakil masyarakat di Kemaman, mengharapkan supaya bangunan ini dapat dinaiktarafkan dan dibina baru dengan lokasi bangunan yang baru dan lokasi yang lebih selesa demi kebaikan untuk menampung dengan kes yang banyak di daerah Kemaman.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Saya juga mengharapkan pihak kerajaan supaya dapat mengekalkan Mahkamah Sesyen di Kemaman yang baru-baru ini saya difahamkan untuk dipindahkan ke Kuala Terengganu. Maka, saya mengharapkan supaya pihak kementerian supaya dapat mengekalkan Mahkamah Sesyen ini dikekalkan di Kemaman bagi memudahkan perbicaraan kes-kes mahkamah yang melibatkan Mahkamah Sesyen di kawasan Kemaman. Tuan Yang di- Pertua, yang melibatkan permohonan...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Minta izin Yang Berhormat Kemaman.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Bukit Gelugor minta laluan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Saya mencelah berkenaan dengan Mahkamah Majistret.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Ya.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Boleh saya tanya berkenaan dengan apa yang ditimbulkan oleh rakan saya Yang Berhormat Kemaman berkenaan dengan keperluan dengan adanya peningkatan, upgrade untuk Mahkamah Majistret di Kemaman. Saya difahamkan sekiranya fahaman saya adalah betul bahawa untuk majistret- majistret atau pun Mahkamah-mahkamah Majistret di luar bandar atau pun pekan-pekan kecil.
Bahawasanya majistret-majistretnya beroperasi secara circuit, bermakna mereka tidak berada di mahkamah tersebut setiap hari tetapi untuk beberapa hari tertentu dalam seminggu, mereka berbuat circuit. Mungkin beberapa hari di Kemaman, beberapa hari di Kuala Terengganu dan sebagainya.
Jadi, soalan saya adalah saya tanya soalan ini, sebab soalan ini juga terpakai untuk pekan-pekan kecil yang lain, bukan sahaja di Kemaman. Adakah Yang Berhormat Kemaman setuju bahawa memandangkan peningkatan kerja perundangan di dalam pekan-pekan kecil, adalah lebih wajar agar majistret-majistret ditetapkan secara permanent atau pun tetap di pekan-pekan kecil bagi memudahkan kerja-kerja di pekan kecil dan juga untuk menjustifikasikan kerja-kerja peningkatan dan upgrade Mahkamah-mahkamah Majistret tersebut. Apa pandangan Yang Berhormat Kemaman?
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Ya, saya setuju apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor. Oleh kerana berdasarkan dengan perkembangan pembangunan yang ada sekarang kita merasakan ia penting untuk dipertingkatkan dan dinaiktarafkan.
Kemudian, satu lagi yang saya sebut tadi Mahkamah Sesyen sebelum ini ada di Kemaman kemudian dipindahkan ke Kuala Terengganu. Saya harap sementara tetapi harapkan ianya dapat diadakan di Kemaman balik.
Seterusnya adalah pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman seperti yang pernah dicadangkan. Untuk makluman, pernah disuarakan oleh kerajaan yang sebelum ini untuk membina Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dengan lokasi yang lain bagi keselesaan pentadbiran polis dan juga anggota yang terlibat, melibatkan banyak kes yang melibatkan urusan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman.
Maka, saya mencadangkan juga apa yang pernah dicadangkan dan disuarakan, saya merasa ianya telah pun dimaklumkan oleh pihak kementerian berhubung dengan IPD Kemaman ini. Ia nya saya harapkan dapat disegerakan pembinaan bangunan baru dan juga kawasan yang baru yang melibatkan, untuk makluman semua, bahawa Kerajaan Negeri Terengganu sudah pun menyediakan tapak yang baru, tinggal lagi pembinaan bangunan yang baru yang perlu diambil tanggungjawab oleh pihak Kerajaan Persekutuan. Oleh itulah, dua perkara yang saya ingin suarakan bagi pihak warga Kemaman.
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kita disibukkan dengan isu sisa kimia iaitu adalah sisa toksik yang melibatkan di kawasan Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor. Semalam saya dimaklumkan bahawa mengikut kenyataan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim iaitu masih lagi melibatkan 46 lokasi baru berpotensi menjadi sumber pencemaran. Oleh itu, kalau kita melihatkan bahawa apa yang berlaku ini merupakan kes yang banyak. Tinggal lagi saya hendak tahu, merujuk kenyataan media ini, bukan sahaja di sini, bahkan di Bukit Teh, Bukit Mertajam, Sungai Masai Utama, Taman Rinting, Taman Tanjung Puteri Resort juga di Pasir Gudang.
Apa yang saya hendak tahu, persoalannya sejauh manakah sistem penguatkuasaan dan pemantauan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan kementerian yang terlibat bagi membendung pencemaran sisa kimia ini oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini? Kalau apa yang berlaku di Pasir Gudang mengikut laporan Aduan Rakyat dalam TV3 dua malam lepas, iaitu aduan ini pernah disuarakan pada tahun 2011 lagi. Bayangkan dalam tempoh tujuh tahun, situasi ini berlaku di Pasir Gudang sedangkan aduan telah dikemukakan pada tahun 2011. Kenapa tindakan tidak ambil apabila aduan daripada rakyat ini? Saya menyarankan supaya dapat penambahbaikan kepada sistem penguatkuasaan yang ada, yang dilakukan oleh pihak kementerian.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Saya juga ingin tahu, apakah penguatkuasaan yang ada pada hari ini mencukupi atau pun tidak? Saya bimbang penguatkuasaan ini berdasarkan apa yang dilakukan berdasarkan 10 atau pun 20 tahun yang lalu. Sedangkan industri-industri yang selama ini telah pun berkembang begitu banyak menyebabkan tenaga penguatkuasaan tidak dapat dilaksanakan.
Oleh itu, saya mohon supaya dapat memberi perhatian tentang penguatkuasaan ini.
Kedua, saya mengharapkan supaya mengkaji semula Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, di mana hukumannya tidak melebihi lima tahun dan denda tidak melebihi RM500,000 atau pun kedua-duanya sekali. Oleh itu, saya menyarankan supaya kilang haram dengan tegas tanpa kompromi supaya dapat ditutup oleh pihak kerajaan. Kerajaan perlu memantau lebih kerap kilang-kilang kimia yang beroperasi, terutama kawasan perindustrian dengan kawalan yang ketat.
Saya juga mengharapkan kerajaan perlu menyemak semula kilang-kilang kimia yang dibina berdekatan kawasan perumahan, sekolah dan pejabat-pejabat kerana kilang ini yang tidak berada di zon industri perlu ditutup segera. Kerajaan juga diharapkan supaya memastikan kilang yang beroperasi di setiap negeri memenuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, terutama pengurusan dan pelupusan sisa kimia. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebut apa yang disebut oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam titahnya iaitu kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan perlu...
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat. Yang Berhormat, sebelum tukar ke tajuk lain. Mengenai sisa kimia di Pasir Gudang ini. Saya setuju dengan apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat. Cumanya Yang Berhormat setuju ke tidak supaya syarikat atau pun company yang bertanggungjawab itu segera dibawa ke keadilan, ke mahkamah. Oleh sebab sekarang ini tidak ada apa-apa mengenai siapa yang bertanggungjawab. Walaupun Yang Berhormat Menteri ada nyatakan tetapi kemudian benda itu ditinggalkan begitu sahaja. Saya minta pendapat Yang Berhormat mengenai perkara ini.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong.
Saya bersependapat dengan Yang Berhormat Parit Sulong dan harapkan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong itu dimasukkan sebahagian ucapan saya. Tinggal lagi kenapa kita tidak mengambil tindakan yang drastik? Sama ada yang saya sebutkan, penguat kuasa tidak ada atau pun kenapa?
Apakah ada di sebalik belakang kilang-kilang ini, adanya kabel-kabel dan sebagainya yang kita harapkan supaya suatu tindakan tegas diambil kepada mereka yang mengusahakan kilang-kilang yang seumpama ini, yang tidak bertanggungjawab terhadap masyarakat awam sehinggakan hampir 4,000 orang dan melibatkan beratus sekolah yang terpaksa ditutup kerana kepentingan awam. Perlu kerajaan mengambil tindakan tegas yang saya rasakan cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Parit Sulong, saya harap dimasukkan dalam ucapan saya.
Tuan Yang di-Pertua
Sila tutup Yang Berhormat.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Tuan Yang di-Pertua, dalam penutup saya yang sedikit ini saya suka menyebut apa yang disebutkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong dalam titahnya. Berhubung dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, perlu difahami dengan sedalam-dalamnya oleh setiap warganegara tanpa mengira bangsa dan kaum.
Oleh itu, dalam kesempatan ini saya suka menyebutkan bahawa yang kita sedia maklum bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah kedudukan tertinggi di negara kita. Islam merupakan Agama Persekutuan yang perlu dihormati oleh semua pihak. Isu berkaitan penghinaan terhadap agama Islam dan terhadap Nabi Muhammad SAW dalam kalangan masyarakat bukan Islam yang tidak bertanggungjawab di laman media sosial pada hari ini, sejak kebelakangan ini perlu dipandang serius oleh pihak kementerian.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Bukan sahaja sama ada yang melibatkan tulisan, ucapan mahupun dalam karikatur yang ada yang saya harapkan supaya pihak kerajaan perlu mengambil tindakan yang tegas.
Hal ini bercanggah dengan semangat kesatuan antara kaum dan menghormati setiap agama yang sudah lama terjalin dalam masyarakat berbilang kaum di negara kita kerana agama Persekutuan adalah Islam menjadi hak kepada masyarakat. Orang Islam mempertahankan haknya apabila Nabinya, apabila Rasulullah Nabi Muhammad dihina sama ada dibuat karikatur dalam keadaan telanjang dan sebagainya, ini suatu penghinaan kepada umat Islam. Bila umat Islam dalam keadaan begini, kita bimbang satu ketegangan yang berlaku di antara agama dalam suasana masyarakat di negara kita dalam keadaan harmoni pada hari ini.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Kita tidak mahu mencetuskan sebarang provokasi yang berlaku sehingga melihatkan keselamatan negara kita tidak dijamin, kesatuan di antara kaum kita tidak terjamin. Oleh itulah realiti ini iaitu menghina Islam realiti yang ada pada hari ini sama ada menghina Nabi sudah menjadi trend di dalam masyarakat di negara sejak akhir-akhir ini. Isu ini tidak seharusnya dibiarkan menjadi trend yang akhirnya membangkitkan kemarahan semua pihak terutama umat Islam.
Oleh itu saya, yang akhir sekali saya ingin tahu kenapakah penghinaan terhadap umat Islam dan terhadap Nabi ini semakin kerap berlaku di era Kerajaan Pakatan Harapan yang ada pada hari ini. Oleh itulah Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan supaya tindakan tegas perlu diambil kepada semua pihak dan saya mengharapkan juga kepada umat Islam, jangan menghina agama yang lain kerana hak Islam bukan begitu.
Akhirnya, saya mengharapkan kalau kita melihat Tuan Yang di-Pertua, sikit lagi, 10 ribu kes yang dibuat kajian Unit Pemantau Isu Hina Nabi di bawah JAKIM yang ditubuhkan pada 6 Mac 2019 dalam tempoh beberapa minggu, 10 ribu kes aduan telah pun dibuat oleh umat Islam. Ini menggambarkan bagaimana kegelisahan yang berlaku oleh umat Islam pada hari ini. Kalau situasi ini tidak dibendung, kita bimbang takut apa yang akan berlaku di negara kita yang menyebabkan kekacauan dan sebagainya yang menimbulkan ketidakstabilan negara kita disebabkan perkataan-perkataan, karikatur-karikatur yang seumpama ini yang saya harapkan supaya semua pihak khususnya pihak kementerian, kerajaan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Minta laluan.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Sekian, terima kasih, saya menyokong ucapan.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Minta laluan, sedikit.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Menyokong ucapan Titah Diraja.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Sedikit, nak tambah sedikit.
Tuan Yang di-Pertua
Melampaui masa.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Tambah sikit Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Tak payahlah, tak payah. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Paya Besar, silakan.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
*Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya meneruskan ucapan perbahasan Titah Diraja, saya ingin mengalu-alukan selamat datang kepada 10 orang ahli National Union of Teaching Profession (NUTP), Perak ke Dewan yang mulia ini.
[Dewan tepuk]
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tuan Yang di-Pertua, saya mewakili rakyat Paya Besar dan seluruh rakyat negeri Pahang ingin merafak sembah ucapan setinggi tahniah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di atas pemasyhuran sebagai Tuan Yang di-Pertuan Agong kali ke-XVI. Saya dan seluruh rakyat Paya Besar amat berbangga dan melahirkan rasa syukur atas junjung Titah Tuanku tempoh hari.
Tuan Yang di-Pertua, negara kita mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan. Kita seharusnya bersama-sama mempertahankan institusi Raja-raja Melayu. Kita tidak boleh mempertikaikan sama sekali institusi ini dan saya amat kecewa dengan terdapat banyak kes yang menghina Yang di-Pertuan Agong terutamanya di media sosial. Ada yang di antara mereka mempertikaikan kuasa, kedudukan dan keistimewaan Yang di-Pertuan Agong. Dalam Perlembagaan Persekutuan, kedudukan Raja-raja tidak boleh dipersoalkan.
Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian atau pihak kerajaan, apakah tindakan kerajaan untuk membendung perbuatan melampau ini? Mengapakah walaupun terdapat banyak sangat laporan dibuat seolah-olahnya masih lambat tindakan yang dikenakan kepada pelaku. Saya mohon Menteri di kementerian yang berkaitan, menyatakan statistik terkini
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
semenjak Mei 2018 sehingga kini jumlah aduan, laporan yang telah diterima dan juga tindakan yang telah diambil kepada pelaku.
Saya juga ingin bertanya kepada kementerian dan kerajaan berhubung isu perlindungan Raja-raja Melayu apabila ada usaha-usaha untuk memansuhkan Akta Hasutan dan memperkenalkan Akta Keharmonian Kaum. Adakah Raja-raja kita dilindungi daripada anasir-anasir yang boleh meruntuhkan tiang seri negara kita apabila dimansuhkan kelak nanti.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga minta jaminan pihak kerajaan, adakah Raja-raja Melayu dan seluruh institusi dilindungi di bawah Akta Keharmonian Kaum.
Tuan Yang di-Pertua, saya mewakili rakyat Paya Besar ingin menyatakan dan kita juga ingin menegur kerana terdapat parti contohnya parti DAP sentiasa melabelkan UMNO sebagai parti yang rasis dan Yang Berhormat Bagan telah menyifatkan kerjasama UMNO dan PAS merupakan satu pengisytiharan perang. Ahli Dewan Undangan Mengkibol, Yang Berhormat Teluk Intan, Yang Berhormat Stampin dan saya kira kenyataan-kenyataan ini juga telah menyebabkan rakyat terutamanya rakyat di kawasan saya sendiri amat marah, keluh dan resah dengan apa yang dinyatakan oleh individu-individu yang mempunyai jawatan yang tertinggi dalam parti mereka masing-masing.
Saya yakin dan percaya, kita akui walaupun kenyataan-kenyataan ini ditarik balik, diubah dan dibuat permohonan maaf tetapi ini kenyataan yang berbaur hasutan. Ia telah mencetuskan api kemarahan rakyat. Saya nampak Tuan Yang di-Pertua seolah-olah inilah merupakan trend yang dibuat oleh Pakatan Harapan dengan sengaja membuat kenyataan- kenyataan sedemikian, kemudiannya menarik balik dan kemudiannya mengubah kenyataan selepas dua jam atau tiga jam membuat kenyataan.
Saya hendak bertanya kepada kementerian berkaitan, adakah mereka ini dipanggil, disiasat oleh pihak berkuasa kerana kalau terjadi kenyataan-kenyataan ini dibuat oleh pemimpin UMNO, sebagai contoh Razlan Rafii, pemimpin UMNO di peringkat bahagian sahaja buat kenyataan hari ini, keesokan hari dipanggil dan disiasat. Saya kira saya tidak mahu kerajaan yang sentiasa meletakkan undang-undang sebagai pedoman untuk melaksanakan amanah, melakukan double standard dalam erti kata mereka membentuk, mentadbir.
Saya juga ingin sentuh bagaimana Yang Berhormat Pengerang telah sentuh berkaitan Statut Rom. Saya harap kita merujuk kepada Artikel 115, Artikel 117 yang berada dalam Statut Rom. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah Kementerian Luar melihat apakah implikasi kewangan kerana yang terkandung dalam Artikel 115 dan 117 Statut Rom ICC ia melibatkan kos. Bagi saya Tuan Yang di-Pertua, dengan izin this is unnecessary spending.
Tuan Yang di-Pertua, saya yakin dan percaya apa yang berlaku dalam episod Statut Rom...
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Minta laluan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Setiawangsa minta laluan.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Boleh.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan Yang Berhormat Setiawangsa.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Terima kasih kerana memberi laluan. Bukankah pihak pembangkang juga bersetuju bahawa bila kita mengkritik kuasa-kuasa besar misalnya, kita sering menyebut supaya mereka tertakluk juga kepada Statut Rom dan ICC. Jadi, bukankah dwistandard sekiranya kita sebagai sebuah negara berdaulat tidak mahu menyertai statut yang sama?
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa tetapi Yang Berhormat Setiawangsa mesti melihat kita mesti mempunyai undang- undang tempatan terlebih dahulu. Ini kerana dalam Rome Statute mengatakan unable dan unwilling tetapi kalau kita sendiri tidak mempunyai akta tempatan, dah confirm Yang Berhormat Setiawangsa, kita unable dan dia akan terguna pakai Statut Rom ICC ini.
Saya hendak beralih Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya beralih saya hendak harap sangat jangan kita seolah-olahnya menyembunyikan niat yang lain. Dahulu ICERD dimaklumkan sebelum kita ratify, hari ini kita sign, baru maklum kepada rakyat tetapi tidak apa, saya akan panjangkan dalam jawapan Menteri nanti.
Saya hendak bertanya kepada kementerian berkaitan UEC. Saya rasa rakyat kembali resah apabila melihat perkembangan dua, tiga hari ini UEC mula menjadi bual bicara rakyat
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
khususnya rakyat di Paya Besar. Saya hendak tanya kepada kementerian, adakah betul seperti mana yang disebut oleh rakan-rakan pagi tadi semasa Yang Berhormat Menteri Pendidikan menjawab, betul atas keperluan ketika itu Barisan Nasional membenarkan tetapi mereka mempunyai SPM.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Mereka mesti mempunyai SPM dan hanya kepada guru bahasa Cina sahaja. Akan tetapi persoalan saya, adakah kali ini UEC dibolehkan untuk semua. Saya harap sangat perkara ini harus dilihat.
Saya hendak pergi kepada isu yang seterusnya berkaitan Telekom. Jun 2019, Telekom telah tersenarai Tuan Yang di-Pertua, dalam kaunter ketiga paling rugi di BSKL dan saya kira apakah pemulihan yang dibuat oleh kerajaan untuk menyelamatkan Telekom ini.
Saya minta sangat supaya Telekom ini juga diberi pengupayaan.
Apa-apa sahaja dasar, betul Kementerian Komunikasi mempunyai SKMM untuk mengarah dan membuat sebarang tindakan berdasarkan undang-undang MCMC. Akan tetapi tolong lah bincang dengan pemilik kepada Telekom dahulu iaitu Khazanah sebelum membuat apa-apa polisi. Kerana apa polisi yang dibuat, double the speed, half the price telah menyebabkan Telekom rugi.
Bukan saya kata, Tuan Yang di-Pertua. Ini taklimat yang diberikan oleh CEO Khazanah. Saya bertanya kepada CEO Khazanah tempoh hari dan mereka mengatakan tidak ada engagement dibuat oleh Khazanah dengan Yang Berhormat Menteri. Saya ingat ini harus dilihat dan di― kerana apa, saya tidak mahu rakyat yang bekerja di Telekom diberhentikan lagi pada masa akan datang.
Saya hendak pergi kepada Malaysia Airlines. Saya agak kecewa, Tuan Yang di- Pertua. Khazanah diwujudkan pada tahun 2005. Akan tetapi baru-baru ini, dinyatakan kerugian sebanyak 6.27 bilion dan saya minta Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk menyatakan bagaimana untuk memulihkan Khazanah ini. Ia tidak boleh buat bisnes beli dan jual, beli dan jual sahaja syarikat, Tuan Yang di-Pertua. Ia harus balik kepada asas pada tahun 2005.
Bagaimana niat dan objektif kerajaan ketika itu di bawah pimpinan pemimpin terdahulu, untuk membawa balik Khazanah untuk bersaing di peringkat global.
Saya juga hendak tanya berkaitan MAS. Bagaimana yang dibuat sehingga MAS ingin dijual. Sebab, Tuan Yang di-Pertua, pelan pemulihan MAS ini mesti ada, Tuan Yang di-Pertua.
Kerana apa, kita tidak mahu syarikat kita juga dijual. Dahulu semasa pentadbiran Yang Berhormat Pekan, apabila kita menjual Proton kepada Geely hanya 49 peratus, ramai yang menangis. Akan tetapi hari ini MAS ingin dijual. Yang ironinya Tuan Yang di-Pertua, Pakatan Harapan mendakwa jika mereka berkuasa, mereka mempunyai kaedah-kaedah tertentu untuk mengesan MH370 yang hilang. Hari ini mereka telah berkuasa, menjadi kerajaan. Apa yang saya nampak bukan sahaja MH370 masih hilang, malah mereka juga hendak menghilangkan Malaysia Airlines Berhad, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Paya Besar...
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Alamak...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Paya Besar. Yang Berhormat Pontian minta laluan boleh?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Setuju kah Yang Berhormat Paya Besar jika kita mendapat senarai segala harta-harta di bawah Perbendaharaan dan juga di bawah Khazanah dan semua agensi yang melibatkan kerajaan dan seluruh agensinya yang dijual oleh rejim PH ini. Kita juga inginkan senarai, apakah yang dibeli dan kita ingin tahu sama ada pembelian itu lebih daripada yang jual atau yang dijual lebih daripada yang dibeli. Akan tetapi setakat ini saya amat yakin yang dijual lebih daripada yang dibeli. Inilah kerja rejim PH.
Jual, jual, jual, jual. Seluruh dijual.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Pontian, Tuan Yang di-Pertua, saya kira pandangan Yang Berhormat Pontian itu amat tepat dan saya minta...
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Paya Besar, sedikit sahaja.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sekejap, tak habis lagi ni. Sikit-sikit.
Tuan Yang di-Pertua
Oh! Yang Berhormat Pendang ada? Habiskan.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya kira apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Pontian itu dimasukkan dalam ucapan saya. Ini banyak mencelah ini Tuan Yang di-Pertua, lajakkan sedikit eh. Kang Yang Berhormat Arau marah pula.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sedikit sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Pencelahan yang terakhir ya.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sebab apa MAS ini penting. Dia banyak menyumbang kepada economy cycle ataupun catalyst kepada pembangunan ekonomi.
Walaupun dia rugi, gunakan kaedah turnover balik melihat kelemahan-kelemahan yang ada.
Cuma kita perlu melihat kepada perkhidmatan yang diberi oleh MAS yang membangunkan daripada Kelantan, Johor, Perlis. Inilah menyebabkan perkembangan ekonomi dengan kewujudan MAS ini. Jadi kita jangan melihat kepada satu benda, terus kita jual. Akan tetapi kita mesti melihat daripada kecepatan masa, just in time. Disebabkan oleh MAS ini menyebabkan pembangunan ekonomi berkembang dengan cepat sektor perkhidmatan, sektor pengangkutan, sektor-sektor industri, sektor-sektor estet semua ini kerana ada sumbangan daripada MAS.
Jadi perlu fikirkan kembali pihak kerajaan sebelum membuat keputusan untuk menjualkan MAS ini. Ini pandangan saya.
Tuan Yang di-Pertua
Mungkin masa untuk menggulung.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya ada dua lagi isu. Tolong, Tuan Yang di-Pertua. Sebab isu melibatkan perkara penting. Melibatkan Tuan Yang di-Pertua juga.
Tuan Yang di-Pertua
[Tidak jelas] Dua minit.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya kira pandangan Yang Berhormat Pendang tadi berkaitan MAS tadi elok kita tanya waktu Yang Berhormat Menteri menjawab nanti. Saya tidak ada hak untuk menjawab.
Saya hendak pergi kepada rule of law, Tuan Yang di-Pertua. Saya dan anak muda Malaysia amat teruja apabila melihat Kerajaan Pakatan Harapan ingin meletakkan prinsip rule of law. Kerana apa, ia menjadi dalam prinsip Rukun Negara; keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang.
Akan tetapi apa yang saya lihat. Apa yang saya rasa, saya sangka kan panas, Tuan Yang di-Pertua sehingga ke petang, rupa-rupanya tidak sampai tengah hari lagi hujan, ribut, petir, taufan sudah berlaku. Harapkan pegar, pegar makan padi. Apa yang berlaku Tuan Yang di-Pertua, kes. Apakah justifikasi Peguam Negara yang telah membatalkan arahan untuk mendakwa Peguam Siti Kasim yang didakwa telah mengacung jari tengah sebagai isyarat lucah kepada Majlis tahun lalu. Padahal kenapa pula justifikasi dua pertuduhan kepada Wan Muhammad Azri yang didakwa mengaibkan kehormatan Syed Saddiq dan menyebabkan kecederaan soft tissue. Dalam kesibukan Pakatan Harapan hari ini, Tuan Yang di-Pertua, membuat blame game sana sini. Saya hendak bertanya mungkin kita terlupa tentang kes-kes yang telah dianggap sebagai Kerajaan Pakatan Harapan ingin mengamalkan prinsip rule of law. Kes yang pertama, insiden yang pertama, rakaman video Pegawai Khas Timbalan Menteri Dalam Negeri yang merakam video dari bawah skirt seorang wanita. Setiausaha Politik Perdana Menteri yang dikaitkan dengan 10 pertuduhan rasuah. Anak lelaki Menteri Pertahanan didakwa positif ganja.
Perkembangan kesalahan pilihan raya yang dilakukan oleh kerajaan PH semasa di Cameron Highlands dan Semenyih dan apakah tindakan sijil-sijil palsu, Tuan Yang di-Pertua.
Jadi saya merasakan, kalau ini lah yang ingin dibawa dalam prinsip rule of law, anak muda terutamanya anak muda di Paya Besar, Tuan Yang di-Pertua, tidak menganggap rule of law. Akan tetapi rule the law. Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh memandang rendah tentang perkara-perkara yang saya sebutkan tadi. Saya minta kementerian yang berkaitan, tolong maklumkan kepada kita. Kerana apa, hari ini kita hendak kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Harapan yang telah dipilih oleh rakyat. Buat lah pentadbiran elok-elok. Kalau rule of law, rule of law. Jangan kita rule the law.
Apa yang pentingnya Tuan Yang di-Pertua, adalah isu yang kedua terakhir Tuan Yang di-Pertua, yang melibatkan mySalam Tuan Yang di-pertua. Saya amat kecewa apabila...
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa masa sudah cukup. Orang lain perlu hendak bahas juga.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Kenapa?
Tuan Yang di-Pertua
Ya, saya setuju.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Awak Tuan Yang di-Pertua kah?
Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua
Gulungkan.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Point of order.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Saya tanya Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Jangan ambil masa yang lama. Sebab saya tahu sebelah sini pun sudah menunggu.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin melihat apabila kita beri kepada syarikat luar, foreign company menguruskan satu database anak-anak di bawah B40. Selepas habis time frame dua tahun Tuan Yang di-Pertua, apakah jaminan data-data yang akses kepada golongan B40 ini tidak dibawa keluar dan dijual kerana apa ini data. Ini business big data, Tuan Yang di-Pertua.
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya harap sangat dalam keghairahan kita mengejar Industrial Revolution 4.0, kita kena lihat satu elemen yang penting iaitu CyberSecurity. Saya kira beratus juta duit rakyat Malaysia telah ditipu dan saya harap sangat Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk memberitahu kepada kita apakah langkah-langkah yang telah dibuat. Kerana apa, data daripada CyberSecurity sendiri telah menunjukkan bahawasanya banyak sangat scam dan scammer ini telah menyebabkan ramai rakyat-rakyat kita yang telah tertipu.
Tuan Yang di-Pertua, akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya menghargai sangat Tuan Yang di-Pertua. Bagi saya mewakili rakyat Paya Besar kita mengharap sangat apa sahaja yang kita bangkitkan di dalam Dewan ini mesti memenuhi ucapan titah Tuanku. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong titah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuan Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tanjong Malim.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Tuan Yang di-Pertua, point of order. Seperkara.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Perkara 35(7). Tuan Yang di-Pertua atau Pengerusi boleh mengehadkan masa bagi Ahli-ahli berucap jika perlu. Tuan Yang di-Pertua, saya membuat satu pemerhatian bahawa beberapa Ahli Majlis Mesyuarat telah menggunakan masa yang agak lebih daripada apa yang telah ditetapkan. Ini telah berlaku dua kali. Ahli Parlimen Kuala Krau dan juga Yang Berhormat Paya Besar. Saya harap Tuan Yang di-Pertua boleh memberikan satu petua agar arahan Tuan Yang di-Pertua untuk menggulung itu, itu adalah perlu ditepati dan dihormati. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Kebiasaannya begitu tetapi kebiasaannya juga banyak pencelahan. Jadi saya tambah sedikit sebanyaklah.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Saya faham. Cuma tadi buka masa dah tamat tetapi buka dua isu baru. Jadi saya rasa tak sesuai kerana ramai kawan- kawan yang mengadu, mereka sepatutnya berucap tetapi kehilangan masa. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Dibenarkan hari ini sebab ruling tentang 10 minit setiap pembahas baru dibuat tengah hari tadi. Jadi, kemungkinan Ahli-ahli Yang Berhormat- sudah pun menyediakan kandungan perbahasan yang melebihi 10 minit.
[Tepuk] Tetapi selepas daripada hari ini, hari Isnin, sebab ramai lagi yang ada dalam senarai, kita mesti hadkan dengan tepat ya, 10 minit setiap seorang. Semua kena bersedialah. Hari ini tak mengapa, saya fleksibel sikit. Ya, silakan Yang Berhormat Tanjung Malim.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk saya membahaskan usul menjunjung kasih ke atas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merafak sembah setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Tuanku.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Tuan Yang di-Pertua, isu pertama yang saya ingin sentuh adalah tentang ucapan perbahasan Yang Berhormat Pekan beberapa hari yang lalu. Yang Berhormat Pekan memetik laporan Bloomberg dan seolah-olah memberi satu gambaran ekonomi yang begitu negatif ke atas negara kita. Tuan Yang di-Pertua, hari ini saya nak guna juga laporan Bloomberg sebab apa Yang Berhormat Pekan petik itu adalah secara selektif. Tuan Yang di-Pertua, pada 28 November 2018, ada satu laporan yang tajuk dia, *‘Malaysia Tops Bloomberg’s Emerging Market List’.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)* **mempengerusikan Mesyuarat****] Malaysia di ranking yang pertama antara emerging market. Antara alasan yang diberi oleh Bloomberg adalah yang pertama, current account surplus. Yang kedua, relatively stable economic growth, outlook dan valuation. Tuan Yang di-Pertua, ini bukan dinyatakan oleh agensi-agensi kerajaan tetapi dipetik daripada laporan Bloomberg yang merupakan pakar ekonomi. Selain daripada itu, mengikut kenyataan MIDA pada 14 Mac tahun ini, FDI kita iaitu pelaburan langsung asing pada tahun 2017 adalah RM54.4 bilion tetapi untuk tahun 2018, FDI kita sebanyak RM80.5 bilion iaitu satu lonjakan 48 peratus.
Tuan Yang di-Pertua, dan untuk sektor pembuatan, manufacturer dari China, tahun 2017 melabur hanya RM3.9 bilion tetapi pada tahun 2018 mereka melabur sebanyak RM19.7 bilion iaitu lonjakan sebanyak 400 peratus. Tuan Yang di-Pertua, ini sekali gus menjawab persoalan Yang Berhormat Bera tadi iaitu...
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Minta laluan. Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa dan Port Dickson, kami ke Doha di Qatar dan banyak rakyat Malaysia di sana meluahkan bahawa ketika insiden 1MDB memuncak, ramai komuniti Malaysia terpaksa mengaku mereka dari Indonesia, Singapura dan negara-negara lain. Jadi adakah rasanya dengan pentadbiran baharu yang mahu mengatasi masalah ini menarik pelabur-pelabur untuk masuk ke dalam negara kita?
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Saya rasa itu pasti membantu. Daripada angka-angka yang ditunjukkan tadi, saya anggap bahawa ini adalah satu confidence atau keyakinan yang ditunjukkan oleh negara lain terhadap negara kita. Tadi saya kata ini sekali gus boleh menjawab persoalan Yang Berhormat Bera bahawa hubungan negara kita dengan negara China masih baik dan ini juga bermakna kita berada atas landasan yang betul cuma mungkin kita akan ambil masa sikit untuk rakyat merasai buah ekonomi tetapi memang ekonomi kita di atas landasan yang betul.
Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sentuh tentang isu FELDA. Saya nak minta kerajaan memberitahu apakah status sebenar status kewangan FELDA. Hujung tahun 2018, kerajaan telah menyuntik RM77 juta ke dalam FELDA untuk mereka membayar tunggakan wang sara hidup peneroka. Tahun ini, kerajaan menyuntik lagi RM500 juta kepada FELDA untuk FELDA membayar tunggakan hutang kepada pembekal dan juga kontraktor.
Berapa lama FELDA nak beroperasi dalam keadaan ini? Dengan pinjaman kerajaan untuk membayar tunggakan hutang.
Maka saya ingin tahu, apakah status kewangan FELDA dan ramai peneroka tanya ke mana perginya duit potongan pendapatan bulanan peneroka di mana duit itu harus digunakan untuk pengurusan ladang iaitu duit itu harus digunakan untuk membayar kontraktor, untuk membayar pembekal dan juga pekerja-pekerja yang tuai dan angkut buah.
Kenapa sekarang perlu suntikan dana daripada kerajaan untuk membantu FELDA membayar balik pembekal dan kontraktor. Tuan Yang di-Pertua, di kawasan saya banyak FELDA, 10 FELDA. Apabila peneroka datang jumpa dengan saya dan mengeluh, saya selalu bagi tahu sabar, sabar. Kita bagi masa sikit. Akan tetapi sekarang saya pun malu nak sebut perkataan sabar itu sebab saya sendiri pun tak sabar dah. Tuan Yang di-Pertua, wang sara hidup, wang sara hidup untuk peneroka, tunggakan dua bulan. Saya dengar semalam ada bayar, bayar kepada peneroka. 20 Mac bayar bulan Januari punya. Tuan Yang di-Pertua, bagaimana?
Duit itu sepatutnya untuk menyara hidup peneroka. Kalau peneroka betul-betul bergantung pada duit sara hidup itu, tak jadi hiduplah. Maka saya rasa Ahli-ahli Yang Berhormat, saya rasa ini adalah satu perkara yang sangat besar dan sangat penting untuk kita selesaikan dan bukan sahaja wang sara hidup tetapi kemudahan-kemudahan. Saya bagi
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
contoh, ada satu FELDA Sungai Klah di kawasan saya. Jalan besar masuk, jalan sudah rosak dua tahun dah. Apabila saya berkempen, saya bagi tahu ini kalau kita menang, kita boleh selesaikan dalam masa enam bulan ataupun satu tahun.
Bukan nak turap jalan baru Tuan Yang di-Pertua, kita cuma nak memperbaiki jalan sahaja. Saya ingat enam bulan sudah cukup lama dah tetapi sampai hari ini tak ada pembaikan kemudahan. Apabila kita tanya, dia kata tak ada peruntukkan. Itu sahaja yang kita dapat. Ini menyebabkan para peneroka hidup dalam kesengsaraan. Maka saya nak tanya kerajaan, apakah strategi dan hala tuju untuk menyelesaikan masalah FELDA.
Tuan Yang di-Pertua, isu kedua yang saya hendak sentuh adalah tentang janji-janji reformasi institusi. Yang pertama tentang PAC Chairman. PAC Chairman, Pengerusi PAC patutnya dipengerusikan oleh pihak pembangkang dan kita sudah pun janji dalam manifesto kita. Sebelum ini memang kita sudah melaksanakan janji kita iaitu Yang Berhormat Beluran tetapi Yang Berhormat Beluran sekarang sudah tukar baju.
Maka saya menyeru kepada pihak kerajaan, kepada Dewan yang mulia ini supaya kita tukar balik Pengerusi PAC kepada pihak pembangkang. Apa salahnya kalau nak berikan kepada kakak saya dari Parit Sulong. Wanita yang berkebolehan, apa salahnya?
[Dewan riuh]
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Tak setuju?
[Ketawa] Yang kedua, yang kedua tentang SOSMA dan akta-akta, undang-undang tentang penahanan tanpa bicara. Tuan Yang di-Pertua, kita selalu diseksa sebelum ini. Diseksa oleh undang-undang penahanan tanpa bicara.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Kita sudah janji pun kita akan buat reformasi institusi termasuk kita memperkasakan mahkamah, kita memperkasakan pasukan polis, kita memperkasakan Peguam Negara. Itu semua adalah cukup untuk kita menangani masalah-masalah seperti pengganas dan lain-lain.
Maka, saya ingin menyeru ataupun saya ingin minta kepada pihak kerajaan supaya kita mansuhkan segala undang-undang yang berunsur penahanan tanpa bicara.
Ketiga, Tuan Yang di-Pertua, adalah tentang hak untuk berhimpun iaitu PAA, Peaceful Assembly Act. Tuan Yang di-Pertua, walaupun...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Satu minit lagi, Yang Berhormat. Silakan.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Tuan Yang di-Pertua, sikit saja, okey?
Tentang hak untuk berhimpun. Kebelakangan ini ada beberapa penganjur perhimpunan telah pun dipanggil untuk mengambil statement. Kalau ini berlaku pada zaman dulu, ya lah, itu masuk akal, tetapi pada saya, sekarang kita masuk era kerajaan baharu, Malaysia baharu, perkara seperti ini tidak harus berlaku lagi. Sebab, Tuan Yang di-Pertua, undang-undang seperti ini kita kena perbaiki ataupun kita mansuhkan.
Hak untuk berhimpun adalah hak asasi, berhimpun secara aman. Oleh sebab itu, saya minta supaya pihak KDN boleh mengarahkan pihak polis jangan kita panggil penganjur- penganjur untuk ambil statement seperti penganjur untuk Women’s March, seperti penganjur untuk Hari Habitat Sedunia dan lain-lain.
Tuan Yang di-Pertua, ini last. Ini tentang perkhidmatan barisan hadapan iaitu frontline services. Ini juga, saya rasa, salah satu perkara yang kita harus perbaiki sebab dalam mereformasikan institusi ini, kita harus biar rakyat merasai kebaikan kerajaan baharu. Saya selalu dapat aduan bahawa frontline services ini seperti PBT, pejabat tanah, imigresen, LHDN dan lain-lain, kalau orang pergi mengadu ataupun hendak buat urusan, kita selalu diarahkan ke sana, ke sini, lepas itu alasan-alasan seperti sistem down, orang itu tidak ada, orang yang bertanggungjawab itu tidak ada dalam pejabat.
Tuan Yang di-Pertua, kalau ini terus berlaku, ini boleh menumbangkan satu kerajaan.
Maka saya menyeru kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga kepada pihak kerajaan supaya kita memperbaiki masalah ini. Saya ambil contoh termasuk Imigresen di Second Link. Pelancong hendak masuk ke negara kita, tunggu sampai lima enam jam sebab imigresen tidak cukup anggota. Saya mintalah, ini semua adalah frontline services yang mana orang masuk saja, mereka terus dapat merasai kesukaran itu. Maka, saya ingin menyeru kepada kerajaan supaya kita memperbaiki keadaan ini.
Dengan itu, saya menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Malim. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Tanjong Manis.
Sepuluh minit, Yang Berhormat.
Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang dan ruang kepada saya untuk turut berucap bagi membahaskan Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa perasmian sidang Parlimen kali ini.
Sehubungan dengan itu, saya menjunjung kasih di atas keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Baginda Tuanku yang menyentuh pelbagai isu dan permasalahan rakyat di negara kita termasuk di Sarawak dan Sabah. Tuanku dalam titahnya membangkitkan beberapa perkara yang perlu mendapat perhatian kita semua sebagai wakil rakyat yang mewakili suara rakyat di kawasan masing-masing.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini bagi pihak semua warga penduduk di kawasan Parlimen Tanjong Manis untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas lantikan sebagai Yang di- Pertuan Agong Malaysia yang ke-XVI.
Tuan Yang di-Pertua, kita di Sarawak menyambut baik cadangan Kerajaan Pusat untuk membuat pindaan ke atas Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan dalam persidangan Parlimen pada kali ini bagi menaik taraf atau mengembalikan status wilayah kepada negeri Sarawak dan Sabah. Dengan pindaan ini, kita berharap ia akan menjadi satu titik permulaan kepada lebih banyak rundingan dan persetujuan bersama semua pihak untuk mengembalikan hak-hak dan tuntutan kepada wilayah Sarawak dan Sabah supaya kami juga dapat mengejar taraf kemajuan pembangunan seperti yang sudah dirasai oleh rakan-rakan di Semenanjung.
Bak kata pepatah, ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’.
Kita juga berharap bahawa pindaan ini tidak akan menjejaskan hak-hak lain seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia (MA63) dan juga di dalam Perlembagaan Malaysia, khususnya Perkara 112C dan 112D. Saya mohon Yang Berhormat Menteri untuk memberi pencerahan mengenai apakah faedah dan manfaatnya pindaan tersebut dan sekiranya terdapat kerugian turutan ataupun consequential loss, dengan izin, kepada mana undang-undang berkaitan negeri Sarawak dalam membuat pindaan ke atas Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, kita di Sarawak juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah bersetuju dengan tawaran Kerajaan Negeri Sarawak untuk menggunakan bayaran hutang negeri Sarawak yang berjumlah RM1 bilion secara kontra bagi membaik pulih sekolah-sekolah yang daif di Sarawak. Ini membuktikan dengan jelas bahawa kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat dapat bekerjasama dengan pintar dalam menyelesaikan sesuatu perkara demi untuk menjamin masa depan pendidikan generasi muda dan anak-anak sekolah supaya mereka dapat menimba ilmu di dalam suasana dan keadaan sekolah yang lebih baik dan selesa.
Kita berharap jawatankuasa khas yang akan dibentuk untuk tujuan ini akan memastikan kerja-kerja membaik pulih sekolah-sekolah yang daif ini akan bermula secepat mungkin dan tanpa lengah lagi dan memastikan kerja-kerja baik pulih ini mengikut standard dan spesifikasi yang telah ditetapkan.
Tuan Yang di-Pertua, Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga menyentuh berkenaan menaikkan kesejahteraan rakyat luar bandar, orang asal Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli dengan memberi pendekatan yang menyeluruh meliputi pembangunan ekonomi, modal insan dan infrastruktur.
Di samping itu, pembangunan wilayah yang lebih seimbang dan inkslusif juga akan diberi tumpuan agar dapat mengurangkan jurang pembangunan antara negeri-negeri serta kawasan bandar dan luar bandar.
Dalam konteks negeri Sarawak, apa yang ingin saya nyatakan ialah harapan dari semua rakyat Sarawak termasuklah mereka yang tinggal di kawasan luar bandar seperti di Parlimen Tanjong Manis. Projek-projek infrastruktur dan kemudahan asas amatlah diperlukan oleh rakyat di sini supaya ia dapat dipertingkatkan dan diperluaskan demi meningkatkan
Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
kesejahteraan hidup rakyat luar bandar dan dapat mengurangkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.
Mereka tidak meminta bulan dan bintang mahupun bangunan tinggi pencakar langit.
Projek-projek yang dimaksudkan ini adalah seperti jaringan jalan raya dan jambatan, bekalan air, bekalan elektrik dan liputan telekomunikasi yang harus diperluaskan lagi. Malah, penyediaan perkhidmatan pendidikan dan kesihatan yang berkualiti kepada rakyat luar bandar ini juga perlu terus diperkasakan.
Walaupun kementerian-kementerian kita di Sarawak terus berusaha untuk menyediakan kemudahan asas ini melalui dana kerajaan negeri, saya juga memohon supaya kementerian-kementerian dari Kerajaan Pusat dapat bekerjasama, berganding bahu dengan kerajaan negeri dengan memberi peruntukan dana tambahan untuk membina segala kemudahan-kemudahan asas yang masih berkurangan di kawasan Parlimen Tanjong Manis.
Berkenaan jaringan jalan raya dan jambatan, terdapat lagi kampung-kampung dan rumah panjang yang tidak dihubungkan terus dengan jaringan jalan raya atau jambatan kerana terdapat banyak sungai yang perlu dilintasi seperti di Paloh, Berangan, Kedang, Stalun, Bukit Kinyau, Mupung, Semaring, Teluk Gelam dan Muara Payang.
Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Berkenaan dengan bekalan air beberapa kawasan di Parlimen Tanjong Manis masih memerlukan bekalan air terawat termasuklah di Sare, Kerubung, Kerapak, Stalun, Mupong, Semaring, Teluk Gelam dan Muara Payang. Ada juga kawasan yang sudah terdapat bekalan air terawat namun sering kali terputus bekalan ataupun tekanan air rendah kerana kebocoran paip atau kekurangan loji seperti yang terjadi di kawasan utara Pulau Bruit dan di Selidap dan di Sungai Sian. Memang ada usaha berterusan dari kerajaan negeri dan kerajaan pusat terdahulu untuk menyediakan loji-loji bekalan air terawat dan juga menggantikan paip-paip yang lama. Namun usaha bersama ini perlu diteruskan dan dibantu oleh Kerajaan Malaysia baharu ini sejajar dengan titah ucapan Seri Paduka Baginda, ‘’demi kesejahteraan masyarakat luar bandar’’. Berkenaan dengan bekalan elektrik pula, kawasan-kawasan yang terlibat adalah seperti di Mupong, di Semaring, Teluk Gelam, Muara Payang dan Stalun kerana mereka masih bergantung lagi kepada penggunaan genset. Begitu juga dengan liputan telekomunikasi, saya memohon kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia supaya terus meningkatkan dan menstabilkan liputan telekomunikasi di kawasan Parlimen Tanjong Manis khasnya di Paloh, Kedang, Berangan dan di kawasan sebelah utara Pulau Bruit kerana sering berlaku gangguan liputan sehingga berhari- hari lamanya.
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini saya ada melawat sekolah di kawasan rumah panjang iaitu Sekolah SK Mupong dan mendapati terdapat hakisan tebing sungai yang terjadi di kawasan sekolah tersebut yang boleh mengancam kestabilan struktur bangunan jika tindakan segera tidak diambil oleh pihak kementerian. Satu blok bangunan pra sekolah di sekolah tersebut sudah tidak dapat digunakan lagi kerana sudah senget disebabkan hakisan tebing sungai. Juga perlu diambil perhatian adalah keadaan sebuah lagi sekolah iaitu sekolah SK OKMP Paloh yang terdapat keretakan pada struktur dan lantai pada salah satu blok bangunan sekolah tersebut yang boleh mengancam keselamatan murid-murid dan guru-guru sekolah jika tindakan kadar segera tidak dilakukan.
Jadi saya memohon kepada Kementerian Pendidikan dan mungkin juga kepada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli yang bertanggungjawab berkenaan hakisan tebing sungai supaya mengambil langkah-langkah segera untuk menyelesaikan masalah-masalah di sekolah yang saya sebutkan tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Satu minit lagi Yang Berhormat terima kasih.
Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Tuan Yang di-Pertua, Rumah ku syurga ku, Di sanalah aku berlindung, Di sanalah tempat tinggal ku, Di sanalah tempat berkumpul keluarga ku.
Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Untuk warga penduduk di Parlimen Tanjong Manis khasnya, ungkapan ini sangat- sangatlah bermakna kerana masih terdapat lagi rumah-rumah kampung dan rumah-rumah panjang yang dalam keadaan sangat daif kerana itu sajalah yang termampu oleh mereka.
Dengan keadaan sosioekonomi sedia ada dan jarak penempatan mereka yang jauh dari bandar mereka menghadapi kesukaran untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing. Meskipun mereka ada mengusahakan sawah, kebun dan menangkap ikan tetapi kerana tiada rangkaian jalan raya maka sukarlah bagi mereka untuk memasarkan hasil tanaman dan tangkapan mereka ke bandar-bandar.
Jadi saya memohon kepada Kementerian Kewangan supaya meluluskan peruntukan yang lebih banyak kepada Kementerian Luar Bandar untuk Program PPRT dan Program Membaik pulih Rumah Miskin di bandar terutama sekali rumah penduduk miskin di kawasan luar bandar supaya mereka ini juga dapat menikmati kesejahteraan hidup sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.
Sebagai penutup secara realitinya Sarawak adalah sebuah negeri yang begitu besar saiznya. Maka sudah tentunya keperluan yang besar dan peruntukan yang mencukupi diperlukan untuk menjana pembangunan yang mampu memberikan kesejahteraan kepada seluruh rakyat Sarawak. Oleh yang demikian, kita berharap Sarawak tidak akan dipinggirkan dan ketinggalan dalam arus pembangunan negara dan senada dengan ungkapan ini saya mohon mengharap agar apa-apa yang diketengahkan tadi mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya daripada kementerian-kementerian yang terlibat.
Sekian, suara hati dari wakil rakyat Parlimen Tanjong Manis. Akhir sekali saya mohon menyokong Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Beluran, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Tenom dan Yang Berhormat Dungun.
Sila Yang Berhormat Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hari ini merupakan kali pertama saya mengambil bahagian dalam perbahasan di atas kerusi yang baharu ini.
[Tepuk] Saya pernah berbahas di sudut sana, pernah duduk di hujung sana, berbahas di belakang sana dan hari ini berbahas di meja yang pandangannya sungguh luas [Ketawa] sama dengan pandangan 10 tahun duduk di atas sana. Dapat melihat semua sebelah sini dan sebelah sana. Sebenarnya tiada yang tidak bermaruah duduk di sebelah sini.
Saya berpendapat bahawa ungkapan yang dikatakan kami yang berahli di sini tidak bermaruah dan jijik seperti yang diungkapkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan semalam adalah merupakan satu ungkapan politik yang terjadi yang disebabkan oleh keghairahan Yang Berhormat Kinabatangan ketika berbahas. Saya yakin Yang Berhormat Kinabatangan sendiri maklum dan faham dan meneliti sejarah di Sabah bahawa Kerajaan Barisan Nasional UMNO, yang dipimpin oleh UMNO tahun 1994 adalah juga mewarisi beberapa mereka yang berahli parti daripada PBS kepada UMNO dan menyokong Barisan Nasional sehingga terbentuknya Kerajaan UMNO Barisan Nasional 1994.
Oleh sebab itu bila diungkapkan kami tidak bermaruah saya anggap itu political statement kerana Yang Berhormat Kinabatangan faham bahawa UMNO juga kalau dikatakan yang berahli parti itu tidak bermaruah, UMNO juga pernah merangkumkan mereka yang berahli parti dalam kerajaan mereka sehinggalah tahun 2018. Jadi, tidak ada yang tidak bermaruah tetapi itu merupakan political statement yang dibuat oleh Yang Berhormat Kinabatangan.
Dikatakan juga rakyat akan menghukum kami yang berahli parti ini dan akan kalah jika dicalonkan semula pada pilihan raya ke-15 akan datang. Itu juga merupakan political statement kerana saya yakin Yang Berhormat Kinabatangan tahu sejarah Sabah.
Dua ADUN daripada PBS yang beralih kepada UMNO dan bertanding di atas tiket UMNO, ADUN Kemabung dan ADUN Kelias dan bertanding beberapa kali atas tiket UMNO menang berkali-kali. Menang berkali-kali sehinggalah pilihan raya 2018 yang lalu. Jikalau dikatakan bahawa we will wipe out menjelang Pilihan Raya ke-15 ini, itu juga merupakan political statement yang dibuat oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Saya faham perasaan Yang Berhormat Kinabatangan. Antara ramai-ramai yang beralih parti daripada sebelah sana ke sebelah sini, Sabah lah yang paling ramai sekali dan hampir melumpuhkan badan perhubungan parti di negeri tersebut.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Jadi kalau Beluran beralih parti secara individu seorang mungkin boleh dilihat sebagai personal reason tapi kalau berhijrah secara berkelompok.
Datuk Abd Rahim bin Bakri - Kudat
Berjemaah.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Sahabat saya dari Kudat katakan hijrah berjemaah.
[Tepuk] Ia perlukan satu soul searching, satu penyiasatan diri terhadap apa sebenarnya punca sehingga berlakunya begitu ramai penghijrahan berjemaah yang berlaku di kalangan ahli-ahli parti di negeri Sabah. Sebab itu saya katakan kesemua ini merupakan political statement. Yang Berhormat Kinabatangan masih kekal sebagai sahabat dan di padang golf saya masih kekal memberi dia dua stroke kerana masih sahabat saya walaupun selepas statement-nya semalam.
Begitu juga Tuan Yang di-Pertua, bila dikatakan bahawa perlu ada anti hopping law yang perlu disegerakan kerana adanya penghijrahan politik yang berlaku di sana sini termasuk rakan-rakan saya yang berada di hadapan saya ini, ramai di sini. Perlu ada anti-hopping law yang itu juga saya rasa keluar kerana adanya rasa marah dan sakit hati dan sebagainya.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ini kerana saya yakin Yang Berhormat Kinabatangan juga tahu bahawa anti lompat ini sudah wujud di DUN Sabah dan juga di DUN Kelantan. Saya faham dan saya tahu Yang Berhormat Kinabatangan juga sudah meneliti kes mahkamah tahun 1992 antara Nordin Salleh melawan Kelantan State Assembly dan keputusan Mahkamah Supreme ketika itu, Federal Court sekarang ini yang mengatakan bahawa rakyat Malaysia berhak untuk memilih the right to association termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Itu merupakan keputusan yang masih belum dicabar sehingga kini, belum dicabar. Confirm Yang Berhormat Jelutong, eh, ya Yang Berhormat Bukit...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Bukit Gelugor.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Confirm, isn’t it? Ya, Bukit Gelugor, confirm masih wujud sekarang, masih terpakai keputusan Mahkamah Supreme ketika itu. Jadi mengatakan bahawa we need undang-undang anti lompat juga merupakan political statement yang dibuat untuk menyenangkan hati supaya tidak ada orang lagi yang berani melompat parti, beralih parti kerana adanya undang-undang sedemikian.
Oleh sebab itu saya katakan, Yang Berhormat Kinabatangan faham bahawa telah wujud undang-undang anti lompat di DUN Kinabatangan, di negeri Kelantan dan juga di negeri Sabah tetapi telah dibatalkan disebabkan adanya keputusan Mahkamah Persekutuan yang merujuk kepada hak dan kebebasan untuk association. Jadi saya teruskan.
Tuan Yang di-Pertua, mengatakan bahawa Sabah unik, Sabah sebagai negeri yang paling banyak mengeluarkan Ahli-ahli Yang Berhormat yang beralih parti. Walaupun unik di negeri Sabah tetapi ia bukan unik di mana-mana. Di negeri Perak jangan lupa ADUN Bota dengan ADUN Jelapang. ADUN Bota dan ADUN Jelapang juga berlaku di negeri Perak. Kalau Sabah, UMNO Sabah mendapat keuntungan politik kerana adanya penghijrahan daripada ADUN di Sabah, di negeri Perak juga adanya penghijrahan yang berlaku di kalangan dua ADUN Bota dan ADUN Jelapang yang menyebabkan beralihnya kuasa Kerajaan Negeri Perak daripada Pakatan kepada Barisan Nasional juga berlaku.
Oleh sebab itu saya katakan tiada yang jijik, tiada yang tidak bermaruah tetapi saya anggap itu sebagai political statement. Sebenarnya saya melihat masih ramai, banyak kerusi kosong di depan ini, di tepi ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Dua minit lagi Yang Berhormat, dua minit.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Saya yakin kalau diberi peluang ada lagi yang akan duduk di kerusi-kerusi kosong sebelah sini ini. Jadi tiada no lost friend dan tiada kehilangan persahabatan antara Yang Berhormat Kinabatangan dengan saya, tetapi cuma ingatkan Yang Berhormat Kinabatangan bahawa banyak perkara-perkara yang disentuh semalam itu adalah merupakan kenyataan-kenyataan politik yang dibuat atas kapasiti dia untuk bertahan sebagai ahli parti di negeri Sabah.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Beluran, minta laluan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ya.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya, terima kasih Yang Berhormat Beluran. UMNO telah membuat keputusan untuk menyaman semua ADUN dan juga MP yang dahulunya UMNO bertanding atas tiket UMNO tetapi sekarang melompat, maka kita akan meneruskan saman itu. Setiausaha Agung, Yang Berhormat Ketereh pun ada di sini, beliau boleh mengesahkan tentang perkara itu. Jadi Yang Berhormat Beluran dan teman-teman yang lain bersedialah untuk menerima saman itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Sila. Teruskan.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
It’s all right to do that. Tuan Yang di- Pertua, saya ada satu minit, exactly satu minit. Saya ingin beralih kepada tajuk yang lebih penting juga untuk Sabah iaitu pindaan terhadap Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan iaitu untuk menyamaratakan status negeri Sabah dan Sarawak setara dengan status Semenanjung.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Beluran minta laluan, sikit sahaja.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ya.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Adakah Yang Berhormat Beluran setuju dengan pandangan saya bahawa Yang Berhormat di pihak pembangkang terutamanya yang daripada Kinabatangan sedang pegang dagu dan keluar air liur kerana ingin berhijrah ke sebelah sini. Begitu juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sebelah sana di blok pembangkang juga ada yang benci tetapi rindu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Beluran, sila rumuskan.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Saya tiada maklumat Yang Berhormat Puncak Borneo. Akan tetapi saya terbaca berita bahawa dikaitkan Yang Berhormat Kinabatangan juga dikatakan dijemput untuk menyertai Warisan dan terbaca dalam akhbar parti di negeri Sabah. Pindaan terhadap Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan. Saya bersetuju, walaupun belum membaca secara detailed tentang pindaan yang akan dibuat ini, tetapi sebagai rakyat dan juga Ahli Parlimen daripada negeri Sabah, saya bersetuju apa juga tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk menyamaratakan status antara Sabah, Sarawak dengan Semenanjung merupakan satu langkah yang perlu diambil.
Bukan itu sahaja tetapi apa juga perjanjian, perjanjian yang dimeterai, yang dipersetujui antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia ketika membentuk Malaysia harus ditunai dan dilihat semula mana-mana perkara yang tercicir oleh Kerajaan Persekutuan.
Langkah ini merupakan langkah yang pertama yang harus dibuat tetapi Tuan Yang di-Pertua perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan cukai 40 peratus, kutipan cukai daripada negeri Sabah yang harus dipulangkan kepada negeri Sabah, yang ini sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, yang itu harus dilihat secara terperinci oleh Kerajaan Persekutuan.
Ini kerana ia tidak perlu perundingan dan sebagainya tetapi telah pun ada termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah perkara— perkara yang termaktub dalam Persekutuan dari segi hutang dan sebagainya itu. Dari segi kutipan cukai dan sebagainya harus lihat oleh kerajaan agar ia betul-betul dapat melambangkan status Sabah, Sarawak dan jua Semenanjung Malaysia ini. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Beluran. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Jerantut.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Waalaikumsalam.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Terima kasih sekali lagi Tuan Yang di-Pertua atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk turut bersama dalam perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ketika berangkat bagi merasmikan sidang Parlimen pada 11 Mac 2019.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Titah baginda mencakupi seluruh ruang lingkup kehidupan rakyat yang semuanya berkaitan dengan kehidupan rakyat. Ini membuktikan baginda sangat dekat dengan resah gelisah, keluh kesah, suka duka rakyat sekali gus membuktikan baginda adalah seorang raja yang berjiwa rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya membaca sebahagian daripada petikan Titah Baginda untuk ingatan kita bersama kerana sayangkan negara yang tercinta ini tidak kira sama ada di sebelah sini ataupun di sebelah sana. *[Membaca petikan Titah Baginda Yang di-Pertuan Agong] “Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memperkukuhkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini. Dalam hal ini, seruan-seruan perpaduan hendaklah tidak tinggal sebagai slogan semata-mata.
Sebaliknya, semangat perpaduan dan usaha perlu benar-benar disuburkan dengan ikhlas dan dihargai. Beta menyeru semua pihak untuk menjunjung keluhuran Perlembagaan, terutama yang menyentuh sistem demokrasi berparlimen, Raja Berperlembagaan, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai serta Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Tindakan tegas hendaklah diambil terhadap perbuatan yang boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara. Beta percaya kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan perlu difahami dengan sedalam- dalamnya oleh setiap warganegara tanpa mengira bangsa dan agama. Islam bukan sekadar sebuah agama yang eksklusif untuk kumpulan tertentu, malah ia merupakan cara hidup yang universal dan membawa rahmat buat sekalian alam”.* Tuan Yang di-Pertua semangat perpaduan antara kaum di Malaysia ini merupakan asas kepada kestabilan dan keharmonian negara kita sejak dulu. Sejak sekian lama Malaysia telah diperlihatkan sebagai sebuah negara yang istimewa di kaca mata dunia, mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Setiap masyarakat bebas untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing dalam suasana aman dan harmoni. Keistimewaan ini hanya akan dapat dinikmati sekiranya semangat perpaduan, nilai toleransi dan kerjasama yang terjalin antara kaum dapat kita kekalkan bersama.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Walau bagaimanapun, semangat perpaduan antara kaum yang terjalin selama ini dilihat semakin luntur dan membimbangkan. Kebelakangan ini pelbagai laporan polis telah dibuat berkaitan dengan penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Sehingga 5 Mac 2019, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun menyatakan PDRM sudah menerima sebanyak 929 laporan di seluruh negara berhubung kes penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW walaupun Perkara 3(1) dalam Perlembagaan Persekutuan jelas meletakkan kedudukan agama Islam.
Namun, perkara yang berlaku pada hari ini ialah agama Islam secara terang-terangan telah dipersendakan dan dijadikan bahan jenaka melalui media sosial seolah-olah ianya tidak bertanggungjawab. Pada 8 Mac 2019, seorang lelaki telah dikenakan hukuman berat serta pertuduhan paling banyak atas kesilapan menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila Mahkamah Seksyen Kuching, Sarawak memutuskan dipenjarakan 10 tahun 10 bulan.
Walau bagaimanapun, keputusan mahkamah tersebut telah dipertikai oleh Yang Berhormat Iskandar Puteri yang menyifatkan hukuman sedemikian telah terlalu berat dan keterlaluan. Realitinya, hukuman tersebut adalah terlalu ringan bagi umat Islam. Dalam Islam, hukuman sebenar bagi kesalahan tersebut adalah hukuman mati. Kerajaan Pakatan Harapan disarankan bersedia untuk menggubal undang-undang dan hukuman yang lebih berat ke atas mereka yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW. Kerajaan Pakatan Harapan perlu bertindak lebih segera ke atas individu yang melakukan penghinaan agama sebelum rakyat sendiri yang mengambil tindakan.
Tindakan Kerajaan Pakatan Harapan juga sangat perlahan sekiranya membabitkan isu penghinaan agama Islam dan Nabi Muhammad SAW. Isu ini merupakan isu penting dan perlu ditangani dengan segera kerana majoriti penduduk agama di Malaysia, penduduk Malaysia merupakan penganut agama Islam.
Isu kaum dan keagamaan terus disemarakkan dengan kenyataan beberapa lagi orang pemimpin kita. Pada 6 Mac 2019, Yang Berhormat Bagan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan walaupun telah disebutkan banyak kali oleh rakan-rakan saya tetapi saya terus hendak
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
mengingatkan kepada kita semua kerana isu ini adalah penting. Hasutan bahawa kerjasama PAS dan UMNO adalah pengisytiharan perang. Walau mungkin dia tidak beberapa faham apa makna maksud isytihar perang tetapi pengisytiharan perang antara kaum bukan Melayu dengan Melayu yang beragama Islam.
Pada 8 Mac 2019 Yang Berhormat Teluk Intan yang juga merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, yang tidak sepatutnya mengeluarkan perkataan sebegitu memberitahu wartawan media berbahasa Cina, jika kerjasama PAS dan UMNO berjaya menguasai Malaysia, negara akan mundur dan ganas seperti negara Afghanistan di bawah pengawalan Taliban. Tidak cukup dengan itu, ADUN Mengkibol turut mengeruhkan suasana yang telah pun sedia keruh. Kenyataan-kenyataan tersebut dibuat oleh pemimpin-pemimpin DAP yang juga rakan dalam kerajaan, jelas sekali tidak menambahkan, tidak mendatangkan nilai tambah kepada perpaduan antara kaum di negara ini. Malah kenyataan tersebut berbaur hasutan, agama, racist yang melampau sehingga tidak sepatutnya dikeluarkan. Para pemimpin kerajaan, pemimpin parti politik dan pemimpin masyarakat setempat dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan agar tidak menggores hati mana-mana kelompok masyarakat khusus bagi yang beragama Islam.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu pendidikan yang telah dibicarakan oleh rakan saya pada pagi tadi iaitu ditanya oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang, isu mengenai sijil UEC. Walaupun kita tahu ianya telah dilaksanakan dalam tahun 2012 dan tahun 2010 sebelumnya tetapi saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri apakah tujuan sebenarnya? Kalau dikatakan untuk mengambil guru-guru berbahasa Cina, berapa orang yang hendak diambil? Kita tidak mahu isu sijil ini terus menjadi polemik yang akhirnya akan membawa kepada jurang perpecahan kaum yang lebih luas lagi. Hal ini kerana kita mengetahui bahawa isu UEC ini tidak berasaskan kepada dasar yang telah ditetapkan iaitu dasar pendidikan negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi yang saya ingin tanya kepada kerajaan ialah sejak akhir-akhir ini FELDA telah mengalami masalah kewangan. Tambahan pula, akibat daripada FGV yang dikatakan telah menubuhkan FELDA Holdings dan tidak lagi rasa bersama atau sesuai bersama FELDA. Apa yang lebih malang apabila FGV bersikap begini, bebanan kepada peneroka seperti kata Yang Berhormat Tanjong Malim tadi, para peneroka dihimpit dengan kesempitan.
Tambahan pula, saya difahamkan FELDA atau kilang FELDA yang membeli buah daripada peneroka FELDA telah menggunakan pelbagai sekatan yang menyebabkan perahan buah yang dihantar oleh para peneroka tidak melebihi 20 peratus. Perahannya hanya sekitar berada pada 18 peratus ke 19 peratus yang menyebabkan kerugian kepada para peneroka antara RM300 ke RM800 sebulan. Ini menambahkan lagi kesempitan dan kemarahan peneroka kepada kerajaan. Saya berharap agar kerajaan mengambil tindakan segera kepada isu ini.
Seperkara lagi saya hendak ingatkan kepada kerajaan, hendak tanya Yang Berhormat Menteri kalau sekiranya....
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
30 saat lagi Yang Berhormat.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Ya, tidak mengapa Tuan Yang di- Pertua. Last sudah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Kalau sekiranya FGV hendak melarikan tanggungjawab sosial kepada FELDA maka saya minta Yang Berhormat Menteri kembalikanlah segala aset yang ada dengan FGV ini ataupun FELDA Holdings ini dikembalikan kepada FELDA terutamanya seperti kilang-kilang yang dimiliki oleh FGV pada hari ini, pulangkan balik supaya kilang FELDA ini diurus sendiri oleh FELDA.
Terakhirnya, saya juga mengharapkan agar 334 hektar tanah milik FELDA Plantation yang diuruskan oleh FGV ini juga dipulangkan kerana 334 hektar ini mempunyai nilai sebanyak RM1 bilion yang boleh membantu FELDA dalam mengatasi kemelut masalah yang ada padanya.
Terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada kerajaan. Apabila Kerajaan China membeli minyak sawit daripada Malaysia sebanyak 1.62 juta tan kalau tidak silap saya, pada pemerhatian saya dalam pembelian itu tidak melibatkan minyak sawit daripada FELDA.
Mengapa minyak sawit daripada FELDA tidak dilibatkan dalam pembelian ini? Saya akhirnya
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Tuan Yang di-Pertua, menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tenom.
Puan Noorita binti Sual - Tenom
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya ruang untuk berbahas bagi mesyuarat pertama, Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-14.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah di atas pelantikan baru Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Ke XVI. Semoga Tuanku dilimpahi kesejahteraan dan melaksanakan tanggungjawab yang cemerlang. Bermula Mei tahun ini sehingga tiga bulan pertama tahun ini, tempoh berkenaan telah memberikan saya satu kesempatan dan pengalaman yang sangat berharga dalam memberi sumbangan dan menjadi nadi denyut suara rakyat Tenom dan rakyat Sabah di Dewan Rakyat yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, dalam perkembangan mutakhir ini, banyak insiden yang kurang enak dibangkitkan terutama dalam platform media sosial yang baru. Berlakunya serangan buli siber yang berleluasa malahan kecaman warganet yang tidak bertanggungjawab dan tiada tapisan sehingga akhirnya mengakibatkan kerosakan perpaduan masyarakat dan seterusnya mengancam keamanan dan keselamatan negara. Sebagai sebuah negara demokrasi, kemerdekaan yang dicapai bukan bererti bebas melakukan sesuatu sehingga boleh menjejaskan keharmonian walaupun dalam dunia Internet. Perlembagaan Persekutuan perlu menjadi paksi kepada keharmonian masyarakat dan seharusnya kita perlu menghindarkan diri daripada melakukan sesuatu sama ada tindakan atau tutur kata yang boleh menimbulkan rasa sensitif di dalam kalangan masyarakat.
Saya berpandangan perpaduan adalah aset utama yang perlu terus dipupuk bagi mengekalkan kestabilan negara. Saya amat bersetuju dengan cadangan memberikan kuasa kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk memadam paparan atau status di media sosial yang dilihat sebagai mencetuskan isu perkauman, keagamaan dan institusi raja-raja.
Puan Noorita binti Sual - Tenom
Saya cadangkan kepada kementerian Komunikasi dan Multimedia menyegerakan langkah memberi kuasa kepada SKMM dan juga menyediakan khusus satu Rang Undang- undang Media Sosial bagi tempoh terdekat ini. Walaupun saya melihat SKMM ada melaporkan sebanyak 47 kertas siasatan dibuka sejak tahun 2017 sehingga 2018 mengenai aduan salah guna media sosial dan lima daripadanya telah di kenakan hukuman, namun ia masih belum mencukupi. Malahan, dalam laporan itu turut mencatatkan sebanyak 3,047 akaun media sosial palsu yang disalahgunakan untuk menyebar mesej bersifat ekstremis, kebencian dan fitnah serta 1,163 akaun lain telah dipadamkan dengan kerjasama platform media sosial antarabangsa. Saya boleh menganggap salah guna media sosial menanam kebencian pada hari ini sebagai musuh utama negara baharu selepas penyalahgunaan dadah.
Saya juga berharap agar semua agar semua Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, walaupun kita mempunyai hak dan keistimewaan untuk berhujah dan bercakap apa sahaja tetapi media dan rakyat di luar sana melihat setiap pertuturan dan perlakuan kita.
Sehingga kadang-kadang apa yang berlaku di dalam Dewan ini menambahkan lagi rasa masin dan pedas perbualan rakyat di media sosial. Lihat sahaja kes Kuil Sri Maha Mariamman.
Walaupun kes ini berpunca daripada isu perpindahan kuil tetapi lama-kelamaan ia berbaur politik dan perkauman. Adalah tidak tepat untuk mengatakan bahawa kerajaan sekarang tidak mengambil berat terhadap apa yang berlaku kepada kematian malang seorang anggota bomba. Oleh sebab sekarang ini inkues mahkamah untuk tentukan penyebab kematian arwah Muhammad Adib sedang berjalan dan saya percaya selepas itu akan ada pendakwaan kepada pihak yang bersalah.
Ingin saya tegaskan di sini bahawa perjuangan parti yang berasaskan hanya kepada satu bangsa dan agama tidak akan mendapat tempat di mana-mana pun, khususnya di Sabah dan Sarawak. Kami di Sabah mempunyai kelainan sedikit dari segi sejarah, budaya, bahkan cara hidup berbanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung. Jadi, saya boleh jamin mana-mana parti yang berjuang kepada satu bangsa dan agama tidak akan diterima di Sabah.
Puan Noorita binti Sual - Tenom
Kelmarin Yang Berhormat Kinabatangan iaitu bos UMNO Sabah sangat confident dengan mengatakan bahawa gabungan UMNO dan PAS di Sabah akan diterima di Sabah. Betul kah?
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Kinabatangan. Sudah dia tanya kah dia punya anak buah, saudara-saudara atau orang-orang Sabah? Mahukah orang-orang Sabah ini tidak pergi tengok wayang? Oleh kerana saya yang tua-tua macam ini pun kadang-kadang mahu pergi tengok wayang. Belum lagi kita tanya sumandak-sumandak Sabah. Mahukan sumandak-sumandak Sabah ini tidak ada Pertandingan Ratu Unduk Ngadau atau Ralak Kalimaran. Saya rasa kalau PAS masuk Sabah, kena laranglah lagu ‘Sumandak Sabah’. Lagu Sumandak Sabah; “Sumandak Sabah manakau mahu cari, unduk ngadau gelaran diberi, satu Sabah ternanti-nanti”. Maksud saya, Pertandingan Ratu Kalimaran ini.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Macam ini, Yang Berhormat Pontian pun hendak lompat.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sambunglah Yang Berhormat Tenom, tidak habis itu.
Puan Noorita binti Sual - Tenom
Ini sebenarnya adalah budaya orang-orang Sabah. Saya tidak ingin menyentuh atau menghina budaya atau agama orang lain tetapi saya hanya ingin mengatakan ini sebab Sabah ini ia berlainan cara hidup. Kami di Sabah ini sudah lama mempraktikkan kebebasan cara mengamalkan hidup kami ini. Apa yang penting, kami tahu bahawa cara hidup kami ini dijamin di bawah perlembagaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih di atas Titah Diraja yang menyentuh perihal Kerajaan Persekutuan yang akan terus berusaha meningkatkan kepentingan orang asal Sabah dengan mengambil pendekatan menyeluruh, termasuk kesejahteraan rakyat luar bandar dan pembangunan ekonomi negeri. Sejak saya mendapat mandat kerusi Parlimen Tenom, antara suara rakyat Tenom dan Sabah adalah memperjuangkan hak Sabah berteraskan Perjanjian Malaysia 1963. Saya berterima kasih kenyataan terkini di Jabatan Perdana Menteri yang mana memaklumkan kerajaan bersetuju membuat pindaan dalam Perkara 12, perlembagaan bagi mengembalikan Sabah sebagai rakan kongsi dengan Semenanjung. Dokumen Perkara 20 di Sabah sangat penting untuk menjaga hak rakyat negeri Sabah. Apatah lagi mencakupi pembahagian royalti hasil minyak dan gas, kuasa Imigresen, perkhidmatan awam, kewarganegaraan, bahasa dan wakil Persekutuan.
Saya boleh katakan mengembalikan status rakan sekutu kepada Sabah dan Sarawak adalah satu kejayaan besar bagi rakyat Sabah dan Sarawak di bawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan yang belum sampai setahun memegang tampuk pemerintahan Kerajaan Malaysia. Saya sangat berharap kepada Ahli-ahli Berhormat di dalam Dewan ini untuk tidak mensabotaj pindaan ini nanti apabila dikemukakan di dalam Dewan dan dapat menghormati hak-hak rakyat Sabah dan Sarawak seperti mana yang diingini oleh pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak yang terdahulu semasa mula-mula membentuk Kerajaan Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Dua minit lagi Yang Berhormat.
Puan Noorita binti Sual - Tenom
Tuan Yang di-Pertua, seperti rakan-rakan Berhormat yang lain dari Sabah, saya juga ingin mengulangi permohonan untuk menambahkan dana pendidikan kepada negeri Sabah. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Pendidikan, justifikasi kepada peruntukan bagi projek sekolah daif di negeri Sabah yang hanya 10 juta bagi tahun 2019, berbanding negeri Sarawak yang mendapat 100 juta. Saya difahamkan terdapat lebih kurang 587 yang dikategorikan sebagai sekolah daif yang terdapat di negeri Sabah, malahan di daerah Tenom sendiri banyak sekolah daif yang saya rasa perlu pembaikan segera.
Ini sangat mendukacitakan.
Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih di atas keprihatinan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Titah Diraja yang menyentuh soal kejatuhan komoditi memberikan kesan kepada pekebun-pekebun kecil di seluruh negara. Kawasan Parlimen Tenom juga tidak terkecuali kerana 80 peratus penduduk Tenom adalah petani dan pekebun kecil. Namun, saya percaya inisiatif dan langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan masa ini di bawah Kementerian Industri Utama antaranya menjadikan dan melaksanakan secara mandatori Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia menjelang akhir tahun ini.
Kempen habis-habisan terhadap kempen antisawit yang giat dijalankan oleh pesaing sawit dan NGO alam sekitar yang sekarang ini menular di Eropah. Sebagai Ahli Parlimen, saya rasa menjadi tugas kita juga untuk turut membantu menyampaikan kepentingan Program MSPO ini di kawasan masing-masing supaya program ini dapat mencapai targetnya menjelang penghujung tahun ini. Selain itu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di dalam Titah Baginda menyeru agar pekebun-pekebun kecil di seluruh negara di saran mempelbagaikan
Puan Noorita binti Sual - Tenom
tanaman mereka serta meneroka peluang tanaman-tanaman baharu yang dapat memberikan pulangan yang lebih baik agar kesan kejatuhan harga komoditi dapat dikurangkan.
Saranan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ini sama dengan saranan Yang Berhormat Menteri Industri Utama apabila Yang Berhormat Menteri menyuarakan untuk mempelbagaikan tanaman alternatif seperti nanas, kelapa dan buluh. Walaupun banyak suara- suara sumbang terdapat penanaman buluh, termasuk sindiran daripada Yang Berhormat Pontian yang menyebut ‘LEMBU’, merujuk kepada Lembaga Buluh, saya percaya kalau industri buluh ini diberi kajian, perhatian dan pelaksanaan yang betul...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Itu Yang Berhormat Arau yang sebut, bukan saya yang sebut.
Puan Noorita binti Sual - Tenom
Ada, Yang Berhormat Arau?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya.
Puan Noorita binti Sual - Tenom
Ia tidak akan menjadi projek si lembu yang tinggal di condo. Saya rasa Yang Berhormat Pontian pun ada sebut lembu.
Tuan Yang di-Pertua
Teruskan Yang Berhormat.
Puan Noorita binti Sual - Tenom
Saya rasa Yang Berhormat Pontian kena tanya dengan Ahmad Mazlan, Ahmad Mazlan ini siapa? Ahmad Mazlan Othman, berumur 61, pengasas Bambu Jungle Adventure, dia memulakan perniagaan ini 2010. Menurut Ahmad Mazlan, meskipun potensi ekonomi buluh sangat besar, masih ramai tidak menyedarinya termasuk di Malaysia...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ganja macam mana, ganja?
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Kantoi, kantoi.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat ada maklumat tentang ganja tidak?
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
MB Selangor dia sudah jawab, yang ini dia tidak setuju.
Puan Noorita binti Sual - Tenom
Berbanding di luar negara seperti di Indonesia, China mahupun Filipina, di mana sumber alam ini diusahakan dengan gigih sehingga menghasilkan produk hiliran bernilai tinggi. Ada yang mencecah bukan puluhan atau ratusan tetapi jutaan ringgit. Ini menurut Ahmad Mazlan Othman.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Tenom, masa telah tamat.
Puan Noorita binti Sual - Tenom
Sekejap lagi. Tuan Yang di-Pertua, selain itu saya menyeru agar kerajaan terus memberi bantuan dan perhatian kepada penanaman koko dan kopi. Malaysia merupakan pengeksport biji koko pada 1980. Namun, disebabkan beberapa faktor, terutamanya serangan penyakit, pengeluaran biji koko jatuh dan pekebun serta pengusaha koko juga turut berkurangan.
Puan Noorita binti Sual - Tenom
Namun, saya difahamkan bahawa pada masa sekarang ini hasil daripada kajian terhadap biji koko di Malaysia, terdapat beberapa jenis biji koko yang berkualiti yang mempunyai nilai pasaran yang lebih tinggi. Kita juga sudah ada hasil kajian terhadap cara untuk mengekang penyakit pokok koko. Kalau mengikut feedback daripada orang ramai, terutamanya daripada Sabah, sebenarnya ramai pekebun kecil yang sangat berminat untuk mengusahakan kembali koko dan kopi terutamanya pada masa sekarang apabila ramai pekebun kecil yang sedar risiko kebergantungan terhadap satu-satu jenis tanaman komoditi.
Jadi, saya mohon agar Menteri Pertanian, Menteri Industri Utama untuk melihat tentang kopi dan koko ini. Sebagai penutup, saya ingin berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi peruntukan dan meluluskan beberapa peruntukan di Tenom seperti Kompleks Sukan dan Jalan raya Ulu – Bakuku. Walau bagaimanapun, saya ingin membawa perhatian Menteri Kerja Raya untuk kerja pemulihan tebing Sungai Padas di Jalan Kampung Amboi, yang tinggal beberapa kaki sahaja lagi dari jalan raya utama menghubungkan Daerah Tenom dengan Daerah Kemabong. Jalan raya ini merupakan jalan raya tunggal yang menghubungkan Tenom dengan lebih 30 ribu orang penduduk yang tinggal di daerah kecil Kemabong.
Puan Noorita binti Sual - Tenom
Akhir sekali, saya juga ingin merujuk kepada berita Bloomberg, yang turut disentuh oleh Yang Berhormat Pekan semasa perbahasan beliau yang lalu. Walaupun tajuk besar yang diuar-uarkan iaitu dengan izin, “Malaysia's Stock Market Is Asia's Only Loser of 2019” tetapi di dalam artikel yang sama dinyatakan juga bahawa dengan izin, “this isn’t unique to Malaysia, as changes in government in India and Indonesia also left markets struggling for about 18 months before showing signs of recovery”. Jadi, saya berpendapat bukan mudah untuk memperbaiki ekonomi negara yang diperintah oleh kerajaan yang sama selama 60 tahun. Ia memerlukan usaha, tenaga, kerja keras, kekuatan dan masa untuk dipulihkan. Namun, saya percaya apabila pemimpin- pemimpin yang rasuah dibuang, negara berada di bawah landasan yang betul dan mempunyai harapan untuk menjadi sebuah negara yang lebih makmur dan sejahtera untuk semua bangsa, agama dan kaum di Malaysia. Dengan itu, saya mengucapkan terima kasih di atas peluang perbahasan ini dan saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Dungun kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Tebrau diikuti oleh Yang Berhormat Sembrong, jika Yang Berhormat Sembrong tidak ada diganti oleh Yang Berhormat Kota Tinggi dan seterusnya Yang Berhormat Bukit Gelugor. Silakan Yang Berhormat Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah [Membaca selawat] Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Yang Keenam Belas. Merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Keempat Belas.
Saya ingin untuk memulakan ucapan saya dengan ayat 79, Surah Al-Kahfi [Membaca sepotong ayat Al-Quran] yang bermaksud “Adapun perahu itu, ia adalah milik bagi orang-orang miskin yang mereka gunakan untuk bekerja di laut. Maka, saya – kata Khidir, ingin untuk mencacatkannya sedikit. Kerana di belakang mereka ada Raja yang mengambil tiap-tiap perahu yang baik”. Tuan Yang di-Pertua, ada tiga fokus utama daripada ayat 79, Surah Al-Kahfi ini.
Pertama, ialah orang-orang miskin yang menjadi fokus utama dan pertama. Kedua, ialah wakil- wakil yang kita sebut sebagai wakil rakyat untuk menjaga kepentingan mereka orang-orang miskin. Ketiga, ialah pihak kerajaan. Ini adalah tiga komponen utama yang disebut dari Ayat 79, Surah Al-Kahfi. Ketika parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya umum yang lalu, maka pada 9 Mei 2018, berlaku perubahan kerajaan. Kerajaan yang ada hari ini telah memilih tiga pilihan untuk menangani masalah kewangan negara.
Pertama, ialah memotong bantuan dan perbelanjaan-perbelanjaan kepada rakyat.
Kedua, ialah meminjam dan menambah hutang negara untuk terus berbelanja. Ketiga, menjual aset-aset negara yang ada untuk menampung perbelanjaan. Saya hendak fokuskan kepada perkara pertama. Walaupun banyak yang saya hendak bangkitkan, tetapi saya mohon perhatian diberikan kepada perubahan yang dibuat oleh rakyat berdasarkan kepada janji-janji manifesto. Maka, rakyat di peringkat yang paling bawah membuat perubahan. Maka, saya minta kerajaan untuk fokus kepada soal yang sangat penting iaitu menjaga kepentingan golongan bawahan yang kita kategorikan dengan T20, M40 dan juga B40. Maka, beberapa perkara yang saya ingin untuk kerajaan memberikan perhatian supaya jangan mengurangkan hak-hak golongan yang sepatutnya mendapat hak dan bahagian mereka daripada apa yang telah diberikan oleh kerajaan terdahulu supaya diberikan perhatian. Pertama, berlaku pemotongan bantuan walaupun berubah dengan nama “Bantuan Sara Hidup”.
Akan tetapi, jumlahnya dalam keadaan kos sara hidup dan harga barang-barang yang mahal sekarang ini menyebabkan sepatutnya keperluan bagi golongan bawahan yang melibatkan B40 dan M40 ini dicari sumber-sumbernya untuk diberikan perhatian supaya dapat mengeluarkan mereka daripada taraf kemiskinan, kesusahan dan kesulitan yang ada pada hari ini. Kedua, elaun sara hidup petani dan nelayan. Dahulunya sebanyak RM300 telah dikurangkan kepada RM200 mesti juga diberikan perhatian kerana ini adalah rungutan yang berlaku di peringkat bawah. Ketiga, ialah Bantuan Musim Tengkujuh. Pada tahun 2018, ada peruntukan tetapi pada tahun 2019 tiada dalam peruntukan. Untuk bajet yang akan datang, mestilah diberikan perhatian.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Kemudian yang juga penting ialah yang melibatkan pendidikan. Ini kerana daripada jumlah umur warganegara Malaysia sejak lahir sehingga meninggalkan dunia ini, mati dalam kerangka umur setiap warganegara 60 tahun sehingga 70 tahun. Satu per tiga daripadanya adalah untuk kepentingan pendidikan. Bermula daripada prasekolah, sehinggalah keluar universiti dan mungkin selepas itu menyambung lagi untuk kepentingan-kepentingan tertentu mengambil masa lebih kurang 21 tahun. Maka, bagaimana perlunya kerajaan melihat kepada pentingnya tentang bantuan pendidikan tinggi yang diberikan bantuan pendidikan yang melibatkan baucar pelajar-pelajar dan juga bagaimana dengan PTPTN.
Kemudian, yang melibatkan juga peruntukan Biasiswa Perguruan Persekutuan yang juga diberikan perhatian sebab telah dipotong sebanyak RM6.5 juta.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Biasiswa Kecil Persekutuan untuk murid-murid dipotong sebanyak RM28 juta.
Bantuan Makanan Asrama dipotong sebanyak RM100 juta, Bantuan Makanan Pra Sekolah dipotong sebanyak RM10 juta. Menyebabkan juga kepentingan apabila melibatkan peruntukan kepada Universiti Malaya dan juga Universiti Sains Malaysia yang juga dipotong. Sepatutnya diberikan perhatian kepada kepentingan pendidikan.
Oleh sebab itulah saya ingin untuk melihat bahawa ia diberikan perhatian dalam kita melihat kerangka-kerangka yang penting, bagaimana kita ingin untuk memerhatikan kepentingan rakyat menjadi keutamaan kepada kita dalam meneruskan apa yang telah diberikan tanggungjawab oleh rakyat untuk memilih kita menjadi kerajaan. Saya ingin untuk menyatakan bahawa perkara yang penting ialah kita meletakkan asas dalam semua perkara yang melibatkan kepentingan rakyat.
Apa yang penting juga yang saya hendak sebutkan dalam point kedua saya ialah melibatkan kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ada satu minit 22 saat lagi.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Ya, saya gulung. Kita melihat bagaimana kita adalah masyarakat beragama. Kita adalah masyarakat Timur. Kita adalah masyarakat Asia. Bagaimana kisah Nabi Luth di dalam Al-Quran dan daripada kisah itu juga di dalam Old Testament (Torah) dan di dalam New Testament (Bible), Sodom dan Gomorrah.
Bagaimana diceritakan tentang Luth? Bagaimana dalam agama-agama langit sama ada daripada Old Testament (Torah) atau New Testament (Bible), atau Final Testament iaitulah Al- Quran Final Revelation yang kita dapati ini semua ada cerita tentang bagaimana Nabi Luth mengikut fahaman di dalam Al-Quran, iaitu menentang tentang fahaman Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender ini. Bagaimana kita juga adalah masyarakat Asia, sedangkan lesbian, gay, biseksual dan transgender adalah daripada Barat? Bagaimana boleh menerobos masuk dalam masyarakat Timur.
Ketiga, kita adalah masyarakat Asia. Hidup dalam norma sebagai masyarakat Asia supaya kita meletakkan asas, memahami kaedah. Jikalau pada agama pun kita ambil kira, pada norma-norma masyarakat Asia pun kita ambil kira, norma-norma masyarakat Timur juga perlu diambil kira. Saya pohon supaya kita melihat, jangan kita mengundang penyakit-penyakit yang terlibat daripada apa yang kita usahakan untuk melihat bahawa masyarakat hidup dalam suasana yang sihat tetapi tiba-tiba berlaku apa yang menjadi sebahagian dari masyarakat di atas nama kebebasan. Kita pun hendak tanya adakah ia melibatkan mereka ini masyarakat beragama, mereka ini masyarakat Asia ataupun masyarakat Timur, supaya kita letakkan satu asas. Kita melihat kepentingan ini kerana bagi kita orang Islam yang kita takut, jangan mengundang bala Allah daripada langit. Jangan mengundang bala Allah daripada bumi dan lebih dahsyat ialah penyakit-penyakit yang tiada kawalan dan juga penyakit-penyakit yang tiada ubat, sebab itu penting.
Saya mohon supaya kita melihat masalah LGBT ini dengan lebih serius. Bukan ia perkara biasa yang boleh kita tangani tetapi mesti ada undang-undang yang menyekat perkembangan LGBT ini supaya tidak menerobos masuk dalam masyarakat beragama. Ini kerana kepercayaan kepada Tuhan adalah rukun negara yang pertama iaitu masyarakat beragama. Dalam mana-mana agama membenarkan LGBT ini, kalau itu kita mesti lihat dan kita letakkan asas supaya kita jangan sekali-kali membiarkan apa yang mungkin berlaku yang mengundang bala Allah, yang membawa penyakit akan menerobos masuk dalam masyarakat Asia, masyarakat Timur dan masyarakat beragama. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Dungun, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang mengizinkan saya berbahas di Dewan yang mulia ini. Dengan Titah Yang Dipertuan Agong pada 11 Mac 2019, saya berharap Kerajaan Pakatan Harapan akan berusaha untuk memastikan Malaysia terus aman dan makmur. Saya memohon kepada Jemaah Menteri untuk memberi keutamaan dan perhatian kepada beberapa perkara yang saya akan menyebut selepas ini.
Kos sara hidup yang tinggi telah memberi tekanan hebat kepada kumpulan B40 yang mana pendapatan yang diperoleh semakin berkurangan, bahkan ada yang kehilangan punca pendapatan disebabkan oleh pelbagai faktor. Pekebun kecil kelapa sawit dan getah terjejas dengan kejatuhan harga komoditi secara merudum. Golongan makan gaji tidak dapat menikmati segala kenaikan gaji yang baik disebabkan pertumbuhan ekonomi yang perlahan yang telah kita alami selama dua dekad ini. Maka, Kabinet perlu membincangkan pelan tindakan pemulihan ekonomi kita, memacu ke arah pertumbuhan dua digit.
Rakyat tidak melihat arah ekonomi yang jelas. Kami tidak memanfaatkan sepenuhnya kekuatan kita kepada pentadbiran yang stabil kerana kurang risikonya terhadap bencana alam seperti gempa bumi dan taufan. Infrastruktur yang baik dan masyarakat berbilang bangsa untuk menggalakkan pelaburan asing. Kerajaan Pakatan Harapan perlu mengukuhkan hubungan persahabatan antara Malaysia dengan China bagi memanfaatkan kepakaran mereka dalam kemajuan sains dan teknologi supaya kita dapat meningkatkan kepakaran kita sendiri dengan bekerja di syarikat-syarikat China ini. Jika mereka datang ke Malaysia dalam skala yang besar, hal ini akan membuka ruang pekerjaan yang menawarkan gaji yang tinggi dan seterusnya membolehkan negara kita mengutip cukai yang tinggi dan seterusnya mengukuhkan rizab mata wang asing negara kita.
Kadar pertukaran Ringgit Malaysia juga akan meningkat berbanding mata wang lain, hal ini mampu membawa peningkatan harga makanan dan keperluan harian serta meningkatkan pendapatan bersih rakyat yang seterusnya meningkatkan kualiti kehidupan rakyat. Oleh itu, besarlah harapan saya agar Kerajaan Pakatan Harapan dapat mengukuhkan hubungan ekonomi dengan China dengan segera. Dalam masa yang sama, mengekalkan hubungan baik kita dengan negara asing yang lain.
Bagi FELDA dan para pekebun kecil pula, kita mesti mempunyai pelan alternatif berhubung dengan gerakan anti minyak kelapa sawit di Eropah. Dengan memberikan statistik bahawa kita tidak memusnahkan habitat semula jadi fauna dan flora untuk menentang kempen anti kelapa sawit yang aktif di Eropah ini adalah tidak mencukupi. Adakah kita akan mempertimbangkan cadangan pemajakan tanah FELDA kepada pihak swasta dan juga galakan kepada pekebun kecil untuk menukar kepada pokok buah-buahan lain seperti buah nangka, nanas dan lain-lain tetapi dalam saiz yang diurus dan dikawal dengan baik.
Sekiranya langkah ini dikira langkah yang baik untuk diambil, maka subsidi penanaman semula dan khidmat nasihat teknikal harus diberikan kepada mereka. Tidak dilupakan juga Orang Asli dan nelayan. Banyak tanah Orang Asli telah diambil bagi tujuan pembangunan. Mereka hanya tahu untuk melakukan sesuatu yang telah pun menjadi kepakaran mereka iaitu memburu dan memancing. Itu adalah cara hidup mereka dan kita harus menghormati perkara ini supaya kepelbagaian budaya kita dapat dipelihara.
Oleh sebab sumber utama makanan dan pendapatan mereka semakin berkurangan, kita mesti mempunyai rancangan tindakan strategik untuk melatih beberapa ahli keluarga mereka untuk memiliki kemahiran lain yang dapat menghasilkan pendapatan tambahan. Anak- anak Orang Asli perlu dihantar ke sekolah dan dididik supaya dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat sekarang bagi tujuan mata pencarian tanpa perlu memindahkan mereka ke bandar.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Ramai keluarga B40 juga mempunyai ibu bapa yang sudah tua dan ahli keluarga yang kurang upaya untuk dijaga. Saya mendapati sekurang-kurangnya seorang dewasa bagi setiap keluarga menjadi tulang belakang untuk menjaga ibu bapa yang sudah tua dan ahli keluarga yang kurang upaya. Bantuan kebajikan sedia ada tidak mencukupi untuk membantu mereka oleh itu Jabatan Kebajikan perlu berfikir lebih inovatif memberikan bantuan tambahan lain seperti penyediaan peralatan dan juga kemahiran bagi membolehkan mereka untuk menambah pendapatan lain melaluinya.
OKU perlu dilatih untuk menjadi lebih mandiri dan berkebolehan bagi mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan kemudahan awam yang lebih baik perlu diberi kepada OKU bagi memudahkan pergerakan mereka. Lesen juga perlu diberi kepada mereka untuk
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
membolehkan mereka untuk menikmati layanan khususnya di mana-mana seperti akses mudah bagi kemudahan bank dan subsidi kerajaan.
Masih banyak halangan yang membolehkan sektor swasta menyumbang lebih baik kepada pertubuhan ekonomi. Kadar cukai korporat masih tinggi berbanding dengan negara- negara ASEAN yang lain. Proses kelulusan untuk mendapatkan pembaikan lesen untuk mendapatkan CCC untuk kilang-kilang untuk mendapatkan tenaga kerja yang komited dan kemahiran adalah halangan utama kepada pertubuhan ekonomi. Kemudian terdapat kekurangan infrastruktur yang baik di mana kawasan luar bandar seperti bekalan kuasa elektrik yang tidak mencukupi tidak ada kemudahan internet berkelajuan tinggi, kekurangan pekerja yang akhirnya meningkatkan kos operasi yang tidak membantu mereka memulakan perniagaan di luar bandar dan seterusnya membuatkan mereka lebih tertumpu kepada kawasan perindustrian bandar yang lebih maju dan lengkap.
Kerajaan mesti menyelesaikan masalah ini untuk menggalakkan pembinaan kilang- kilang kecil di kawasan luar bandar kerana ini juga akan mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mengurangkan masalah perumahan yang mampu dimiliki di kawasan bandar. Kita mesti mengalu-alukan pelaburan asing untuk membeli titik permulaan yang diperlukan untuk sektor swasta kurang pesat, kita memerlukan pelaburan asing untuk datang untuk memberi peluang yang lebih besar kepada pembekal dan pengilang tempatan serta pembekal perkhidmatan.
Oleh itu kekangan untuk menghalang mereka daripada masuk mesti dihapuskan.
Dalam memastikan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar untuk menggelakkan bencana dan kehilangan nyawa dan harta benda, Jabatan Alam Sekitar mesti menjalankan pemeriksaan ketat yang kerap ke atas kilang-kilang yang telah menjadi sisa kimia yang memastikan mereka melupuskan sisa dengan cara yang ditetapkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
1 minit setengah lagi.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Sebarang lesennya di pegang oleh kilang yang didapati tidak mengendali sisa yang tidak mengikuti syarat-syarat yang didapati oleh JAS hendaklah dibatalkan dengan serta-merta. Saya menggesa Kerajaan Pakatan Harapan untuk menghentikan aktiviti penebangan hutan untuk pembangunan dan tujuan lain yang mesti memelihara kawasan tadahan hijau yang sedia ada dengan mewartakannya bagi mengelakkan sebarang perubahan pada masa depan. Sebagai sebahagian daripada perlindungan alam sekitar saya juga menggesa pihak berkuasa tempatan untuk menghentikan pemotongan pokok dan mesti mempunyai peraturan untuk mengekalkan pokok di atas 30 tahun pada semua aspek.
Negara ini telah membina rumah kos tinggi secara berlebihan, banyak rumah yang dibiarkan tanpa penghuni bahkan ada yang ditinggalkan dalam tempoh yang lama tanpa diselenggarakan. Hal ini telah menyebabkan pemandangan yang kurang menyenangkan dan ketidakadilan kepada jiran tetangga oleh itu saya menggesa Kerajaan Pakatan Harapan untuk memperkenalkan undang-undang untuk membenarkan tindakan tegas diambil kepada pemilik rumah sekiranya mereka membiarkan harta mereka ditinggalkan tanpa pengawasan, saya juga mendapat tahu bahawa banyak rumah pangsa kos rendah yang dibina pada masa lalu tidak mempunyai peralatan memadam kebakaran sepatutnya diletakkan pada setiap tingkat. Saya menggesa langkah-langkah pencegahan diambil untuk menaik taraf rumah pangsa kos rendah ini dan seterusnya memastikan keselamatan penduduk tanpa kompromi apabila kebakaran berlaku.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Masa sudah tamat Yang Berhormat.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Bagi saya satu lagi. Dua lagi. Terdapat – yang pendek punya. Terdapat kebimbangan kewujudan anjing-anjing liar. Walaupun kita tidak mahu masalah Rabies dan kesulitan lain yang disebabkan oleh mereka, namun cara kita mengendalikan isu ini telah dilihat oleh orang ramai untuk tidak berkesan dan tidak berperikemanusiaan. Kerajaan mesti terlibat dengan ke kasi haiwan untuk mengenal pasti pendekatan praktikal dan berperikemanusiaan untuk mengekang atau menghapuskan anjing- anjing liar.
Perkara yang terakhir, kita menyeru semua pihak untuk menghormati antara satu sama lain dalam kepercayaan rohani kita. Kami akan sentiasa berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan, walau bagaimanapun saya mendapati bahawa banyak badan keagamaan bukan Islam datang kepada saya mengadukan tentang permohonan bangunan ibadat mereka atau permohonan penukaran tanah bagi kegunaan agama telah menemui masalah. Sama ada ditolak atau berstatus dalam proses bagi tempoh yang lama. Saya menggesa Kerajaan Pakatan Harapan untuk membuat garis panduan yang jelas untuk
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
memproses permohonan untuk bangunan ibadat dan penukaran tanah supaya semangat Perlembagaan Persekutuan ditegakkan. Jadi akhir kata saya menyokong sepenuhnya Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Saya tidak boleh berhenti sebelum 5.30, oleh itu saya jemput pembahas yang terakhir Yang Berhormat Kota Tinggi 10 minit.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua tidak kesahlah yang akhir pun 10 minit selepas ini saya seorang sampai habis.
[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih saya turut serta untuk mengambil bahagian untuk membahaskan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, saya ada tiga isu sahaja semua berkaitan dengan kawasan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Kita bagi dia habiskan.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Kacau tau Yang Berhormat Kangar ini. Saya harap tidak ada gangguan Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ya, teruskan.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Tuan Yang di-Pertua saya setuju dengan Yang Berhormat Tanjong Malim tadi berkaitan dengan isu-isu yang dihadapi oleh peneroka FELDA. Kalau di Tanjong Malim ada 10 orang rancangan FELDA, di Kota Tinggi ada 12 rancangan FELDA ada 5,287 orang peneroka. Jadi apa juga masalah yang dihadapi oleh Tanjong Malim sama juga dihadapi oleh peneroka dalam kawasan saya.
Saya ada beberapa isu Tuan Yang di-Pertua yang berkaitan dengan peneroka FELDA. Satu, isu pemotongan pendapatan peneroka yang menggunakan khidmat technoplant. Sekarang ini, musim lawas. Buah sawit yang dituai antara enam hingga lapan tan sebulan. Kita ambil andaianlah Tuan Yang di-Pertua, pendapatan peneroka pada enam tan sebulan kali dengan RM400 setan dapat RM2,400. Kos bulanan pada bulan dua, FELDA melalui technoplant telah pun membuat potongan sebanyak RM1,500 untuk pembayaran baja, jalan pertanian dan lain-lain. Kemudian, potong lagi untuk perbelanjaan potongan di kedai, di mart dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, kalau RM2,400 pendapatan tolak dengan expenses sebulan yang ada jumlahnya lebih kurang RM2,200 maka tinggal RM200 sahaja kepada peneroka FELDA Tuan Yang di-Pertua. Isunya, macam mana peneroka FELDA ini hendak hidup dengan RM200? Sudahlah janji Kerajaan Pakatan Harapan dahulu hendak hapuskan hutang lapuk peneroka FELDA pun tidak dapat buat, jadi RM200 ini macam mana hendak hidup?
Maka, kerana itu Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan kepada kerajaan agar potongan yang sedang dibuat ini oleh FELDA ini, tidak dibuat secara terus. Jangan potong terus jumlah RM1,500 dengan jumlah yang besar. Akan tetapi, dia sepatutnya potong secara ansuran, secara berperingkat dalam jumlah yang munasabah dan sesuai pula dengan keadaan pengeluaran hasil yang dikeluarkan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Kota Tinggi.
Zaman kita dulu, jika pendapatan itu setelah dipotong RM1,500 jika kurang daripada RM1,500 kita tidak akan potong. Akan tetapi sekarang ini tidak berlaku begitu. Teruk betul Kerajaan Pakatan Harapan ini.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Memang sudah tentulah berbeza. Dahulu Kerajaan Barisan Nasional, sekarang Kerajaan Pakatan Harapan. Cakap sahaja tetapi tidak buat. Jadi, itu perkara yang pertama, Tuan Yang di-Pertua.
Keduanya, isu untuk peneroka tanam semula. Sebelum ini peneroka terima elaun sara hidup dalam bentuk pinjaman RM1,500 untuk program tanam semula bagi 10 ekar tanah.
Akan tetapi sekarang ini, Tuan Yang di-Pertua, bantuan sara hidup jatuh kepada RM1,000 bagi 10 ekar. Soalannya, macam mana peneroka hendak hidup dengan anggaran yang tidak melebihi RM1,000 sebulan untuk kedua-dua isu yang saya bangkitkan ini tadi?
Ketiga, Tuan Yang di-Pertua, wang sara hidup untuk peneroka tanam semula.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
[Bangun]
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Tolong jangan ganggu saya ya, Ahmad Maslan, Yang Berhormat Pontian.
[Dewan ketawa]
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Tuan Yang di-Pertua, saya harap...
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Jangan nakal.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Teruskan.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Saya harap wang sara hidup untuk peneroka tanam semula ini dapat dipertimbangkan semula nilainya.
Seterusnya, skim bantuan pembaikan perumahan FELDA tanpa faedah. Saya harap ia dapat dikembalikan untuk bantu peneroka baik pulih rumah-rumah yang sudah usang.
Seterusnya, pembinaan rumah generasi kedua FELDA. Ini adalah satu perkara yang amat penting bagi generasi kedua kerana ramai di antara anak generasi kedua ini, Tuan Yang di-Pertua, duduk dengan ibu bapa iaitu peneroka asal. Jadi saya harap mudah-mudahan Skim Perumahan Generasi Kedua ini akan menjadi keutamaan kepada pihak kerajaan.
Seterusnya, isu yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, isu bekalan air. Di kawasan saya ini, Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini musim kemarau. Saya ingat semua tempat pun musim kemarau. Tidak tahulah sejak Kerajaan Pakatan Harapan ini ambil alih, kemarau sahaja memanjang. Tidak tahulah saya kenapa.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Termasuk Jerai.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Termasuk Jerai, termasuk Jerai.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Termasuk Setiu. Setiu sudah terbakar hutan.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Ya, ya, ya.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Tempat pembangkang semua.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Jangan ganggu. Ganggu, balik lambat nanti ya. Ingat.
[Dewan ketawa]
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Tuan Yang di-Pertua, bekalan air terganggu ini mengganggu urusan seharian rakyat saya terutama di kawasan rancangan FELDA di kawasan saya. Saya ada tiga FELDA dalam Gugusan Waha― Felda Simpang Waha, Felda Bukit Waha dan Felda Bukit Easter― dan di Gugusan Lok Heng ada lagi tiga rancangan FELDA― Felda Lok Heng Barat, Felda Lok Heng Timur, Felda Lok Heng Selatan― yang pada setiap kali mesti kemarau.
Jadi bekalan air bagi kedua-dua gugusan yang merangkumi enam rancangan FELDA ini, Tuan Yang di-Pertua, dia datang daripada Loji Rawatan Air Lok Heng. Masalahnya adalah sumber air mentah dari Sungai Lok Heng ini tidak mencukupi kerana sungainya tidaklah besar, tambahan pula dengan musim kemarau, ditambah pula dengan dikelilingi oleh ladang-ladang kelapa sawit yang luas.
Jadi kepada Kementerian Tanah, Air dan Sumber Asli, saya hendak mencadangkan untuk bantu rakyat menyelesaikan masalah 30,000 rakyat daripada enam rancangan FELDA yang saya nyatakan ini iaitu pemasangan sistem paip air sejauh 14 kilometer, Tuan Yang di- Pertua, daripada Simpang Sungai Emas melalui sumber air daripada Loji Sungai Lebam untuk disambungkan kepada sistem sedia ada di Loji Rawatan Air Lok Heng. Saya amat berharap sekiranya projek pemasangan― saya yakin sekiranya projek pemasangan paip air 14 kilometer ini dapat dilaksanakan, ia akan menyelesaikan isu bekalan air kepada lebih daripada 30,000 orang rakyat dalam kawasan enam rancangan FELDA ini.
Terakhir, Tuan Yang di-Pertua, isu berkaitan dengan nelayan. Kawasan saya ada 2,000 orang nelayan. Apa isu nelayan dalam kawasan saya? Sudah tentulah kerana― tambahan pula kerajaan sudah potong macam-macam skim untuk nelayan ini. Jadi saya mohon kepada kerajaan, ini pemberian sara hidup nelayan dinaikkanlah. RM200 mana cukup.
Naikkan kepada RM300 untuk nelayan-nelayan kerana mereka memerlukan bantuan itu, Tuan Yang di-Pertua. Masa zaman BN dahulu, ada macam-macam skim bantuan tetapi sekarang ini nampaknya sudah tidak ada. Kalau adapun bagi macam sekadar ‘melepaskan batok di tangga’. Jadi saya harap RM200 naik kepada RM300.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon pemberian subsidi diesel dan petrol kepada nelayan ini diteruskan. Jangan ada pemotongan kuota dan juga pengurangan kuota.
Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua― ini pun antara perkara yang paling penting. Saya mohon muara Sungai Sedili didalamkan kerana waktu ini sungai ini terlalu cetek dan menyukarkan vessels Zon C dan C2 untuk masuk ke Kompleks LKIM Sedili. Saya hendak tanya dengan kerajaan, adakah kerajaan akan menambah dana yang berkaitan bagi membolehkan supaya muara-muara sungai ini diperdalamkan untuk tingkatkan lagi ekonomi industri penangkapan ikan nelayan-nelayan saya?
Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan agar Jabatan Perikanan perbanyakanlah tukun-tukun tiruan di perairan Sedili yang ada supaya dapat tingkatkan lagi penambahan sumber baharu.
Juga, saya menyokong kepada hasrat kerajaan untuk hapuskan sistem monopoli peraih hasil tangkapan laut terhadap golongan nelayan. Saya sokong. Cadangan ini juga akan berupaya untuk memberikan impak kepada pasaran harga ikan dan sebagainya. Saya harap dengan mekanisme yang akan dirangka ini tetapi tidak tahulah bila akan dirangka― sudah cakap tetapi tidak tahu bila― ia akan berupaya untuk mempertingkatkan lagi sumber pendapatan bulanan golongan nelayan.
Saya juga hendak tahu, adakah kerajaan akan menstrukturkan...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Kota Tinggi, dahulu kita ada Skim Pendaratan Ikan untuk nelayan. Sekarang skim itu sudah tidak ada.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Ya, ya, saya sudah sebut tadi, segala yang dibuat oleh...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Teruk betul Kerajaan Pakatan Harapan.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Ya, ya, memang teruk.
Saya sudah sebut tadi, segala yang dibuat oleh BN sudah tidak ada. Selepas ini Yang Berhormat Pontian jangan bangun lagi.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Zaman BN ramai lagi susah ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, satu minit 11 saat lagi.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya dengan kerajaan, bila kerajaan hendak menstrukturkan organisasi ini iaitu menghapuskan sistem monopoli peraih ini berserta dengan sistem operasi yang dapat dinilai dan disemak? Bila agaknya hendak dibuat?
Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, sekarang rakyat Malaysia ini sudah tidak bahagia lagi, Tuan Yang di-Pertua. Rakyat Malaysia sudah tidak bahagia. Bukan saya yang cakap.
Laporan daripada World Happiness Report 2019 mengatakan bahawa indeks kebahagiaan rakyat Malaysia turun daripada ranking ke-35 zaman BN turun kepada ranking ke-80. Jatuh 45 tangga mata.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Campur tangan asing kot.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Siapa lagi ini? Jatuh 45 tangga mata.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Maaf, Yang Berhormat Kota Tinggi.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Dahulu zaman BN, indeks kebahagiaan rakyat Malaysia di ranking ke-35 tetapi sekarang sejak zaman Pakatan Harapan, turun...
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Maaf, Yang Berhormat Kota Tinggi. Itu untuk tahun 2016 hingga 2018.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Itu zaman Yang Berhormat Pekan lah.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Sudahlah, duduklah.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Bukan untuk zaman Pakatan Harapan.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Sudah, sudah, duduk. Saya quote apa yang dilaporkan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Data dia data yang dahulu. Data itu.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Saya quote apa yang dilaporkan oleh akhbar The Star. I am quoting what The Star, apa yang The Star sudah laporkan dalam surat khabar. Bacalah.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Dia terbit tahun ini tetapi data itu data lama.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Masa sudah tamat. Sila rumuskan.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Tahun 2019 juga turun, belakang daripada Singapore, Thailand dan Philippines. Kalau dahulu kita pada kedudukan kedua tetapi sekarang keempat.
Jadi persoalannya, Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mesti menjadi kerajaan yang bertanggungjawab. Tunaikan janji-janji, laksanakan tanggungjawab. Sepuluh bulan sudah berlalu sudah tetapi masih lagi hendak salahkan Kerajaan BN. Stop the blaming game. Stop it. Jangan lagi hendak ungkit-ungkit fasal lalu. Perform, tunjukkan kepada rakyat. Tunaikan, selesaikan masalah hidupan rakyat termasuklah tiga perkara yang saya bangkitkan tadi.
Bahagiakan rakyat― mampukah? Buktikanlah.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Kota Tinggi. Kita semua hendak balik kawasan hendak cari kebahagiaan. [Dewan ketawa] Ahli-ahli Yang Berhormat, Pat-pat siku lepat, Semua hendak balik cepat. Oleh itu, Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Isnin, 25 Mac 2019.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.38 petang]