Mar182019

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

  1. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [ Lembah Pantai ] minta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan jumlah populasi Harimau Malaya di seluruh Malaysia berdasarkan dapatan terkini Survei Harimau Kebangsaan Pertama, dan langkah-langkah yang akan dilaksanakan untuk mengekal dan meningkatkan populasi Harimau Malaya.

final • 10:00 AM

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli - Dr. Xavier Jayakumar

Tuan Yang di- Pertua, untuk maklumat Yang Berhormat, jumlah populasi Harimau Malaya di seluruh Semenanjung Malaysia berdasarkan dapatan terkini Survei Harimau Kebangsaan Pertama

(First National Tiger Survey ataupun First NTS) yang telah dijalankan di 75 peratus daripada 44,000 kilometer persegi plot kajian dari tahun 2016 ke tahun 2018 adalah kurang daripada 200 ekor. Jumlah sebenar populasi Harimau Malaya akan diketahui setelah Survei Harimau Kebangsaan Pertama selesai pada tahun 2020. Data ini menunjukkan populasi Harimau Malaya berada di tahap yang membimbangkan. Sekiranya tiada tindakan yang drastik diambil bagi mengatasi masalah penurunan populasi Harimau Malaya ini, dianggarkan dalam tempoh 5 tahun ke 10 tahun, Malaysia akan kehilangan spesies ini buat selama-lamanya.

Sehubungan dengan ini, pihak Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dengan kerjasama agensi-agensi di kerajaan lain, gabungan NGO alam sekitar dan agensi-agensi lain kini mengambil langkah proaktif bagi mengekalkan dan meningkatkan populasi Harimau Malaya seperti berikut:

(i) meningkatkan rondaan penguatkuasaan dan pemantauan Harimau di kawasan-kawasan hotspot pemburuan haram di mana 200 kakitangan PERHILITAN kini sedang menjalankan rondaan secara berterusan di 20 lokasi hotspot pemburuan haram Harimau Belang;

(ii) meningkatkan perondaan penguatkuasaan di dalam dan di luar kawasan perlindungan menerusi program operasi bersepadu dengan kerjasama pelbagai agensi seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang akan dibincangkan dan dipersetujui oleh MKN dalam masa yang terdekat. Terdapat juga persetujuan pada dasarnya daripada beberapa universiti untuk mendapatkan sukarelawan mahasiswa dari Kursus Biodiversiti dan Perhutanan untuk mengadakan rondaan;

(iii) melaksanakan operasi jerat secara berkala di habitat harimau bagi mencari dan memusnahkan jerat;

final • 10:00 AM

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli - Dr. Xavier Jayakumar

(iv) melaksanakan moratorium pemburuan terhadap spesies mangsa harimau seperti Rusa Sambar dan kijang selama 5 tahun iaitu dari 1 November 2016 hingga 3 November 2021;

(v) memperbanyakkan program pembiakan (active breeding) Rusa Samba dalam kurungan untuk tujuan pelepasan di habitat asal sebagai memperbanyakkan sumber makanan kepada Harimau Belang;

(vi) merancang untuk mewujud dan mewartakan Santuari Harimau Belang di tiga landskap utama iaitu Belum-Temenggor, Perak; Taman Negara Pahang, Terengganu, Kelantan; dan Endau Rompin;

final • 10:00 AM

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli - Dr. Xavier Jayakumar

(vii) National Tiger Conservation Centre (NTCC) yang kini sedang dalam pembinaan 90 peratus siap di Lanchang, Pahang dijangka siap pada hujung tahun 2019 bagi tujuan penyelidikan;

(viii) meningkatkan program kesedaran awam seperti pameran, ceramah, dialog bersama masyarakat menerusi Jabatan PERHILITAN dan kerjasama dengan pihak NGO yang berkaitan;

(ix) menjadikan tahun 2019 sebagai Tahun Perangi Jenayah Siber Hidupan Liar (Combating Wildlife Cybercrime) sebagai kempen memerangi jenayah hidupan liar atas talian yang semakin berleluasa;

(x) mengadakan program sukarelawan yang melibatkan masyarakat awam untuk bersama-sama terlibat secara langsung, membantu kerajaan dalam usaha mencegah jenayah hidupan liar dan pemuliharaan hidupan liar; dan

(xi) mengadakan Kempen Selamatkan Harimau Malaya selama dua tahun iaitu 2019–2020 dengan tema khusus iaitu, “Save Our Malayan Tiger”. Kempen ini telah dilancarkan pada 17 Mac 2019 sempena Hari Hidupan Liar Sedunia 2019.

Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberikan saya lapel pin berbentuk Harimau Malaya, saya amat hargai. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah pihak kementerian bercadang untuk melihat kepada teknologi- teknologi yang lebih agresif untuk meningkatkan populasi Harimau Malaya ini termasuklah penggunaan teknologi seperti Induced Pluripotent Stem Cells (iPSC) yang saya difahamkan ada digunakan di beberapa zoo termasuk di Singapura untuk meningkatkan populasi Harimau Malaya? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dr. Xavier Jayakumar

Terima kasih. Memang kita telah buat kajian dan kita akan adakan program-program sebegini. Kita telah pun menghubungi dengan on Global Tiger Forum ini yang akan bantu kita untuk meningkatkan populasi harimau. Macam mana kita difahamkan di India, Tibet, Bengal telah pun berjaya dengan meningkatkan populasi harimau di dalam negara masing-masing dengan menggunakan beberapa cara moden dan juga terkini.

Akan tetapi yang pasti menjayakan program ini untuk yang kita boleh katakan untuk mengadakan boots on the ground yang akan pastikan bahawa pemburu haram ini kita akan tangkap ataupun kalaulah beri kuasa kepada saya, saya hendak shoot on first sight kepada pemburu haram ini. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, ini berkaitan dengan PERHILITAN. Apakah tindakan Yang Berhormat Menteri untuk mengimbangi bantahan-bantahan yang dibuat secara agresif oleh aktivis-aktivis konservasi hidupan liar dengan usaha membela dan melindungi tanaman- tanaman petani-petani kita yang kian tertekan, yang dimusnahkan setiap hari oleh hidupan liar seperti babi dan kera? Ini adalah keadaannya di kawasan saya, Yang Berhormat Menteri.

Saya mohon pencerahan.

final • 10:10 AM

Dr. Xavier Jayakumar

Ini bukan tentang harimau. Ini is conflict between human population dengan binatang liar di dalam kawasan yang ada babi hutan dengan juga gajah dan sebagainya. Itu di dalam forum yang lain.

Akan tetapi saya ingat kita kena bersama-sama fahamlah kalau kita majukan keadaan ataupun ladang-ladang dan masuk ke dalam kawasan-kawasan tertentu di mana ada binatang-binatang liar ini, kita akan hadapi dengan konflik tetapi kita kena buat sesuatu untuk atasi masalah ini. PERHILITAN dan juga kementerian sekarang dalam kajian juga ada beberapa tindakan yang telah kita ambil tetapi saya boleh jawab dalam bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi Tuan Speaker, berkaitan.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Tidak. Saya hanya benarkan dua soalan tambahan sahaja.

final • 10:10 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tadi tidak berkaitan. Ini berkaitan.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Tidak apa. Saya hanya benarkan dua soalan tambahan sahaja.

final • 10:10 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Bagan Serai tidak dapat pin lagi, pin harimau tidak dapat lagi.

[****Soalan No. 2** – YB. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz (Bachok) tidak hadir]

final • 10:10 AM

3. Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh [Sabak Bernam] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan adakah Kerajaan Pakatan Harapan telah merangka Dasar Pertanian Negara (DPN) sebagai persediaan untuk menjadi negara maju dan memastikan negara mengeluarkan hasil pertanian yang mencukupi dan berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan negara.

final • 10:10 AM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato' Haji Salahuddin bin Ayub

Bismillahir Rahmanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menjawab bersekali soalan daripada Yang Berhormat Batang Sadong pada 18 Mac dan juga Yang Berhormat Tapah pada hari yang sama.

Tuan Yang di-Pertua, Dasar Agromakanan Negara akan tamat tahun hadapan, 2020. Dalam suatu Kajian Separuh Penggal yang telah pun dilaksanakan, kita mendapati lima segmen yang telah mencapai kejayaan walaupun kita masih tidak berpuas hati iaitu dalam sektor padi, livestock, buah-buahan, sayur-sayuran dan florikultur. Ini telah menampakkan kemajuan dan kita harus menganjak ke hadapan dengan pelbagai inisiatif yang kita rasakan perlu.

Maka dengan itu, saya telah pun melancarkan hala tuju baharu kementerian, prioriti dan strategi 2019-2020 untuk membuat persiapan yang sewajarnya untuk kita membuat satu lagi dasar baharu pada tahun 2021. Kita telah menggariskan bahawa sektor sekuriti makanan

(food security), pembangunan ekonomi luar bandar dan pelaburan swasta dan perdagangan antarabangsa adalah merupakan teras yang kita akan capai dalam tempoh waktu tersebut.

Hala tuju ini juga akan menumpukan pemodenan amalan pertanian melalui peningkatan penerimagunaan teknologi mulai tiga insentif iaitu menyebarluaskan penggunaan teknologi pertanian, membangunkan model pertanian moden dan juga membangunkan pangkalan data agromakanan negara.

Kita akan memastikan Tuan Yang di-Pertua, bahawa in terms of economy of scale, kita berhasrat untuk meningkatkan pendapatan petani-petani kita khususnya di luar bandar dan di kampung-kampung pedalaman. Maka dengan itu, tidak akan terpisah di antara Dasar Agromakanan yang sedia ada dengan hala tuju yang akan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

final • 10:10 AM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato' Haji Salahuddin bin Ayub

Saya juga mengambil kesempatan ini supaya kementerian akan berusaha lebih gigih untuk kita pastikan dasar negara mengenai pertanian akan dilihat semula. Percukaian, insentif-insentif seperti tarif elektrik, air dan juga penurunan cukai duti terhadap bahan-bahan makanan yang diimport juga perlu direalisasikan supaya kita dapat mengimbangkan antara negara yang sedang menuju kepada kemajuan industri dan tidak meninggalkan sektor pertanian yang menjadi semakin penting. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri untuk hadir ataupun datang ke Parlimen Sabak Bernam kerana Parlimen Sabak Bernam adalah merupakan kawasan pertanian, 98 peratus secara realiti pesawah, penternak serta nelayan.

Daripada kajian yang kita buat, 3.4 peratus keluaran KDNK daripada tanaman, ternakan dan perikanan dan pertanian juga menunjukkan penurunan. Soalan saya, sejauh manakah kementerian akan memastikan kualiti sektor pertanian tidak tergugat dalam perubahan iklim, kestabilan harga input dan hasil pertanian serta penyakit pada tanaman dan ternakan? Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato' Haji Salahuddin bin Ayub

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya daripada Sabak Bernam. Saya sudah turun ke Tanjong Karang, saya sudah turun ke Sungai Besar dan insya-Allah saya akan lajak lagi ke Sabak Bernam, insya-Allah. Jangan bimbang, kerana saya akan sentiasa turun padang untuk melihat tentang keperluan-keperluan petani kita di seluruh negara.

Dalam menjawab persoalan Yang Berhormat persoalkan tadi, memang saya akui bahawa pelbagai pendekatan telah pun kita laksanakan untuk meningkatkan produktiviti.

Maka dengan itu, halangan yang paling besar yang saya hendak sebut di sini adalah tentang bagaimana kita memahamkan petani-petani kita untuk mengaplikasikan teknologi baru seperti internet of things, artificial intelligence supaya mereka dapat untuk menambah pendapatan mereka.

final • 10:10 AM

Dato' Haji Salahuddin bin Ayub

Di sini Yang Berhormat, kita harus menumpu kepada golongan muda. Maka dalam pelan jangka pendek, saya akan memberikan fokus kepada golongan muda untuk masuk menceburi bidang ini kerana rata-rata mereka yang memiliki ijazah, hatta sarjana telah masuk dalam bidang pertanian ini dan mereka telah mampu untuk meningkatkan produktiviti. Jadi ini di antara langkah-langkah yang saya rasa sedang saya fokuskan di mana sasaran orang- orang muda ini di samping membekalkan mereka dengan penggunaan IOT yang semakin diperlukan dalam sektor pertanian ini. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya sejauh manakah syor yang telah pun dikemukakan oleh Majlis Penasihat Pertanian Negara bagi meningkatkan mutu pengeluaran hasil pertanian dan agro makanan, mampu melaksanakan dan dicapai dengan kekangan kewangan pada masa kini. Adakah bentuk kajian yang telah pun dilakukan oleh MOA dan agensi yang berkaitan dengan meningkatkan penghasilan tanaman moden yang memerlukan ruang dan kos yang lebih efisien. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Dato' Haji Salahuddin bin Ayub

Terima kasih Yang Berhormat Parit, maknanya Yang Berhormat follow ya apa yang saya buat iaitu penubuhan Majlis Penasihat Pertanian Negara itu sangat efektif, memberikan pandangan-pandangan yang konstruktif. Di bandar, kita akan mula untuk mengaktifkan urban farming ataupun vertical farming. Di luar bandar kita akan mengamalkan konsep mixed farming supaya pendapatan petani kita tidak bergantung pada satu sumber sahaja. Ini memerlukan suatu penumpuan yang lebih dan saya akan terus berjuang untuk bajet tahun hadapan paling tidak pun apa yang kita dapat pada tahun 2017, sekarang kita berjimat-cermat. Untuk itu, untuk kita mendapatkan suatu keberhasilan yang optimum, saya juga akan memastikan penggunaan teknologi moden, artificial intelligence yang sudah barang pasti Bajet 2020 saya akan perjuangkan untuk memenuhi kesemua harapan ini. Terima kasih.

final • 10:20 AM

4. Dato' Haji Salim Sharif [Jempol] minta Perdana Menteri menyatakan nama-nama syarikat yang dikenali sebagai syarikat tujuan khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan berhubung perkara pemindahan aset Lembaga Tabung Haji dan adakah pemindahan aset tersebut akan menjejaskan dividen penyimpan.

final • 10:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa

Terima kasih kepada Yang Berhormat Jempol. Yang Berhormat Jempol ini pun Tuan Yang di-Pertua adalah Lembaga Pengarah Tabung Haji Travel, dia tanya sendiri syarikat dia ni.

[Ketawa] Bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Jempol, satu syarikat tujuan khas ataupun SPV yang merupakan milik penuh kerajaan telah ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia bagi membantu proses pemulihan dan penstrukturan Lembaga Tabung Haji, nama syarikat itu Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. (UJSB).

Adapun soalan yang dikaitkan dengan penubuhan syarikat ini adakah menjejaskan, itu soalan yang lebih utama ya, kepentingan dari sudut nak keluarkan dividen. Maka saya ingin tegaskan di sini bahawa dengan pemindahan aset-aset yang mengalami kejatuhan nilai dan memberi pulangan rendah kepada UJSB, kita telah membuat pemindahan aset itu kepada nilai-nilai yang rendah ini pada UJSB bagi menutup jurang di antara aset dan liabiliti yang dialami oleh Lembaga Tabung Haji.

Ini adalah untuk membolehkan pengagihan hibah atau dividen dibuat selaras dengan Akta Tabung Haji 1990. Maknanya, tidak terjejas tetapi yang kita buat ialah hendak jaga kepentingan pendeposit bagi mereka mendapat habuan ataupun pengagihan hibah bersesuaian dengan akta iaitu aset mestilah melebihi daripada tanggungan jika kita hendak mengeluarkan dividen. Sedangkan sebelum daripada ini ketika kita ambil alih, keadaannya terbalik. Aset lebih rendah daripada tanggungan tetapi pada waktu yang sama kepimpinan dahulu masih menetapkan pengagihan dividen yang menyebabkan kami mewarisi satu defisit RM4.1 bilion ketika kita mengambilnya mengikut kedudukan kewangan Disember 2017.

Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Terima kasih Menteri yang menjawab. Saya disebut tadi sebagai Lembaga Pengarah Tabung Haji Travel tapi saya tanya yang saya tak tahu, yang travel ini untung sahaja, tidak rugi.

Jadi soalan saya, Tabung Haji tidak terkecuali apabila pelabur dalam beberapa syarikat menyusut akibat kejatuhan harga saham yang membawa kepada penurunan nilai aset. Soalan saya, mengapa Tabung Haji tidak diberi peluang untuk mencari mekanisme terbaik dalam memulihkan aset-aset tersebut tanpa perlu melibatkan SPV.

Keduanya, adakah pemindahan aset Tabung Haji ini memberi kesan kepada pendeposit dan kita tahu bahawa sehingga kini belum ada makluman ataupun pernyataan oleh Menteri berapa dividen yang akan dibayar untuk tahun ini di mana tahun sebelumnya dibayar dengan kadar 6.5 peratus. Adakah ia sama ataupun pemindahan aset ini dividennya akan jatuh, bonusnya akan jatuh. Jadi pendeposit juga rasa resah, risau di atas pemindahan aset tersebut. Mohon Menteri untuk menjawab. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa

Terima kasih kepada Yang Berhormat Jempol dan terima kasih kerana menyatakan Tabung Haji Travel membuat untung, alhamdulillah. Dari sudut SPV, kenapa kita wujudkan, itu soalan yang lebih utama kita jawab di sini. Pada masa kita menerima seperti mana yang saya ulang tadi, kita punya defisit RM4.1 bilion. Kalau boleh saya catat di sini, aset pada waktu itu ialah RM70.3 bilion, tanggungan dan deposit RM74.4 bilion, so kita ada defisit RM4.1 bilion. Apa yang berlaku bila kita ambil alih, kita hendak selamatkan keadaan ini kerana jurang (gap) itu semakin membesar. Bila semakin membesar, kita melihat beberapa opsyen. Satu, kerajaan sebagai penjamin, guarantor dan kita hendak elak itu. Kedua, bagi geran pun kita hendak elak itu sebab ia akan memberi kesan kepada kedudukan kewangan negara.

Oleh kerana opsyen-opsyen itu kita tengok agak risiko, kita mengambil opsyen yang terbaik iaitu kita cut out ataupun kita keluarkan underperforming asset supaya kita jaga kebajikan para pendeposit. Dengan itu perlunya satu SPV bagi kita letakkan underperforming asset yang kalau saya boleh share dengan Yang Berhormat Jempol dan rakan-rakan di sini bahawa nilai yang kita pindahkan kepada SPV ini iaitu melibatkan 29 hartanah, satu syarikat yang tidak tersenarai dan juga 106 security asset domestic. Keseluruhan itu melibatkan RM19.9 bilion nilai pindah kepada aset yang underperforming. Ini menyebabkan dengan itu kita telah berjaya memulihkan–– yang ini kena rekod di sini ya, memulihkan kita punya balance sheet daripada yang dulu aset lebih rendah daripada tanggungan, sekarang dengan kejayaan pemulihan dan penstrukturan semula, kita pada Disember 2018 telah berjaya meletakkan aset kita RM76.5 bilion berbanding dengan

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa

tanggungan dan deposit RM75.5 bilion. Ini bermakna kita telah menutup lubang yang telah dibuka luas oleh pimpinan sebelum itu dan dengan itu kita akan insya-Allah mengeluarkan hibah yang akan kita announce bukan di sini. Insya-Allah dalam masa terdekat. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 10:20 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Adakah Menteri setuju bahawa pihak pembangkang sebenarnya mereka tidak melihat kepada isu pokok.

final • 10:20 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Isu pokok sebenarnya ialah teguran yang telah diberikan Tan Sri Dato' Sri Dr. Ungku Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz ketika beliau menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia kepada Lembaga Tabung Haji ketika itu dan telah didedahkan oleh Ahli Parlimen Yang Berhormat Pandan pada ketika itu iaitu saudara Rafizi tentang masalah rizab Tabung Haji.

Jadi itu adalah isu pokok yang menyebabkan kita terpaksa buat SPV ini.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa

Itu adalah satu kenyataan yang realistik kerana apabila kita ambil alih Tabung Haji, kita cuba untuk memastikan nombor satu, pendeposit itu diberi keutamaan.

Nombor dua, kita kembali balik kepada asal tujuan Tabung Haji seperti mana yang termaktub dalam Akta Tabung Haji 1995 bahawa yang utama ialah yang akan buat haji. So, dalam keadaan pimpinan terdahulu apabila berlaku satu pemberian hibah yang tidak terkawal dan juga satu kita panggil menyatakan kewangan yang tidak tepat, yang tidak fair, maka yang terkesan ialah para pendeposit dan mereka yang khususnya hendak melakukan ibadat haji.

Oleh kerana itulah Bank Negara telah pun menimbulkan masalah ini Yang Berhormat Setiawangsa daripada awal lagi sejak tahun 2014. Di atas kesedaran itu kami bercakap di sebelah sana dulu. Akan tetapi apakan daya kami bukan kerajaan. Hari ini bila kita jadi kerajaan, itulah keutamaan kita melalui syarikat SPV ini yang hari ini telah pun dipulihkan dengan sebaiknya.

[Tepuk] Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

5. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada isteri warga asing tidak akan dibenarkan berada di Malaysia jika suaminya tidak lagi menyokong kehadiran beliau di Malaysia.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Mohd Azis bin Jamman

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Beruas. Tuan Yang di-Pertua, warganegara asing yang merupakan isteri atau suami kepada warganegara Malaysia yang mana perkahwinan mereka tidak didaftarkan secara sah dan teratur di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia layak untuk memohon kemudahan Pas Lawatan (Sosial) jangka panjang pasangan kepada warganegara. Kemudahan ini diberikan kepada warganegara asing untuk masuk dan tinggal sementara di negara ini bersama suami atau isteri warganegara Malaysia selagi mana perkahwinan tersebut masih berlaku.

Permohonan hendaklah dikemukakan oleh suami atau isteri warganegara Malaysia selaku penaja kepada suami atau isteri warganegara asing yang hendak dibawa untuk tinggal di negara ini. Penaja akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas suami atau isteri warganegara asing tersebut bagi memastikan tiada sebarang perlanggaran atas mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa sepanjang tempoh keberadaan mereka di negara ini atas kemudahan Pas Lawatan (Sosial) jangka panjang tersebut.

Sehubungan dengan itu, bagi kes-kes yang mana penaja tidak lagi menyokong kehadiran suami atau isteri warganegara asing tersebut atas faktor-faktor tertentu contohnya perceraian, kematian, jenayah dan sebagainya permohonan pembatalan Pas Lawatan

(Sosial) jangka panjang tersebut hendaklah dimajukan ke Pejabat Imigresen Negeri untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih ke atas jawapan dan juga Yang Berhormat Menteri pernah menolong saya dalam kes yang saya tanya ini. Akan tetapi mengikut Perkara 15 Perlembagaan Persekutuan, seorang isteri rakyat Malaysia berhak didaftarkan sebagai warganegara Malaysia. Adakah kerajaan sudi melihat semula amalan sekarang di mana mereka diberikan pas lawatan tadi kata social pass ataupun pas residen

final • 10:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

atau permastautinan tahunan selama sekurang-kurangnya tiga tahun, kemudian baru boleh memohon untuk jadi kita kata permanent resident, kemudian baru boleh memohon untuk kewarganegaraan. Ini melanggar dengan jelas Perkara 15. Adakah kerajaan akan melihat kaji semula amalan yang kita dapat daripada kerajaan lepas— tidak ini melanggar Perlembagaan Malaysia.

final • 10:30 AM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Terima kasih dengan soalan tambahan yang diberikan tadi. Tuan Yang di-Pertua, permohonan kewarganegaraan ini ia perlu melalui proses-proses tertentu. Ini secara jelas sebab kita tidak mahu nanti bila mana seorang bukan warganegara berkahwin dengan warganegara, kalau kita berikan kerakyatan kepada mereka secara terus atas kerana faktor berkahwin, ia kita takut nanti akan disalah guna permohonan ini. Walau bagaimanapun, permohonan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Beruas tadi, boleh dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri dan ia akan dipertimbangkan oleh Kementerian Dalam Negeri jika ia memenuhi syarat-syarat yang telah ditentukan dalam peraturan.

Untuk makluman juga Tuan Yang di-Pertua, sebelum seseorang warga asing itu diberikan kerakyatan atau kewarganegaraan, dia perlulah setidak-tidaknya memiliki PR itu dahulu permanent resident, dengan izin. Perlu mereka memegang PR dahulu dalam tempoh sesuatu masa yang ditetapkan dan kemudian bolehlah memohon PR ini kepada kementerian dan kita akan pertimbangkan permohonan mereka ini jika syarat-syarat itu telah dipenuhi.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Kehadiran pekerja asing dan isteri mereka juga membawa masalah kepada negara dan yang paling bermasalah ialah perkahwinan pekerja asing dengan wanita tempatan. Setakat ini saya ingin tahu Yang Berhormat Menteri berapa ramai kah pekerja asing yang bekerja negara kita berkahwin dengan wanita tempatan dan banyak masalah yang dihadapi oleh mereka dan setakat ini berapa ramai pula pekerja asing ini sudah pulang ke negara mereka dan meninggalkan wanita-wanita kita yang terbiar begitu sahaja.

Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua— terima kasih dengan soalan tambahan. Sebenarnya PR kes permit lawatan kerja sementara yang diberikan kepada warga asing sebenarnya tidak membolehkan mereka berkahwin di negara ini. Akan tetapi pun begitu, bilamana golongan ini berkahwin mereka kenalah membukakan permohonan kepada pejabat imigresen untuk kelulusan tetapi apa yang berlaku ada yang berkahwin ya Tuan Yang di-Pertua tidak beritahu kita. Oleh sebab itu, bila mana kita mendapati kes-kes ini berlaku itulah disebabkan yang kita sebut tadi ada kes-kes di mana permit itu kita batalkan kerana perlanggaran terhadap kelulusan yang telah diberikan sebelum ini.

Sekali lagi saya ulang, PLKS atau permit lawatan kerja sementara tidak memberikan atau tidak membenarkan mereka-mereka ini untuk berkahwin di negara kita. Akan tetapi permohonan boleh diajukan ke kementerian untuk kelulusan dan pertimbangan. Terima kasih.

final • 10:30 AM

6. Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor [Cameron Highlands] minta Perdana Menteri menyatakan menjelaskan standard peratusan keterangan yang diperlukan sebelum seseorang individu dituduh di mahkamah yang diambil kira oleh Jabatan Peguam Negara sebelum sebarang pertuduhan di mahkamah dilakukan terhadap seseorang.

final • 10:30 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong

Terima kasih kepada Yang Berhormat Cameron Highlands atas soalan pertama di dewan yang mulia ini.

Seperti Yang Berhormat Cameron Highlands sedia maklum, apabila pihak polis telah melengkapkan siasatan terhadap sesuatu aduan ataupun sesuatu kes jenayah maka pegawai siasatan berkenaan akan menghantarkan kertas siasatan ataupun dikenali sebagai investigating paper atau IP ke pihak Timbalan Pendakwa Raya ataupun DPP (Deputy Public Prosecutor) untuk mendapatkan consent atau pun persetujuan daripada Timbalan Pendakwa Raya sama ada orang yang disyaki boleh didakwa ataupun tidak di mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua, secara umumnya terdapat empat langkah untuk pihak pendakwa raya membuat keputusan sama ada untuk membuat pendakwaan ataupun tidak.

Ini adalah secara umum. Langkah pertama ialah mengetahui apa sebenarnya yang berlaku

final • 10:30 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong

dan ini adalah tugas pasukan penyiasat untuk mengumpul maklumat. Pendakwa raya boleh meminta lebih banyak maklumat ataupun siasatan lanjut daripada pegawai penyiasat.

Langkah kedua ialah pendakwa raya perlu menentukan sama ada kesalahan jenayah telah dilakukan di bawah undang-undang sedia ada contohnya kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan ataupun Penal Code atau undang-undang yang lain.

Langkah ketiga adalah pendakwa raya perlu menentukan sama ada elemen-elemen jenayah yang telah dilakukan di bawah undang-undang yang relevan itu dapat dibuktikan di mahkamah ataupun tidak. Harus diingat pendakwa raya perlu membuktikan kesnya melepasi keraguan munasabah iaitu beyond reasonable doubt apabila kes itu dibicarakan di mahkamah. Tertuduh pula tidak perlu membuktikan dirinya tidak bersalah berdasarkan maxim, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, every person is innocent until proven guilty.

final • 10:30 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong

Maxim ini menunjukkan bahawa beban kebuktian ataupun burden of proof berada di atas pihak pendakwaan. Manakala pada peringkat pembelaan masa perbicaraan, beban kebuktian atas tertuduh ialah menimbulkan keraguan dalam kes pendakwaan untuk mendapatkan kebebasan ataupun acquittal. Di peringkat ini juga, pendakwa raya perlu membuat keputusan sama ada keterangan atau bahan bukti sudah cukup untuk dikemukakan di mahkamah termasuklah kenyataan daripada saksi-saksi yang ada. Sekiranya pendakwa raya telah menemui ketiga-tiga langkah tersebut, langkah terakhir ialah sama ada pendakwaan perlu dilakukan ataupun tidak.

Pendakwa raya perlu membuat keputusan sama ada pendakwaan di mahkamah dilakukan untuk kepentingan umum ataupun public interest. Pendakwa Raya mempunyai kuasa atau budi bicara dalam perkara ini seperti mana yang termaktub dalam Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dan di bawah seksyen 254 Akta Kanun Prosedur Jenayah di mana pendakwa raya boleh menolak daripada meneruskan pendakwaan selanjutnya di mana-mana peringkat. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Ramli bin Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Menteri, merujuk kepada Artikel 5, seseorang tidak boleh diambil nyawa ataupun di sekat kebebasannya. Manakala, Perkara Artikel 145 menetapkan Peguam Negara memiliki budi bicara sama ada meneruskan atau memberhentikan atau menarik balik apa-apa tuduhan.

Ingin saya bertanya sama ada Peguam Negara mempunyai satu standard operation procedure ataupun perintah tetap yang perlu diikuti oleh Timbalan Pendakwa Raya atau mana-mana mereka yang mewakilinya dalam menentukan satu-satu kes itu diteruskan, ditarik balik atau sebagaimana. Ini kerana ia adalah perlu supaya rakyat dapat melihat iaitu satu pertuduhan itu bukan berdasarkan selective prosecution ataupun kepentingan mana- mana individu. Pohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 10:40 AM

Datuk Liew Vui Keong

Terima kasih kepada Yang Berhormat Cameron Highlands atas soalan tambahan ini. Seperti Yang Berhormat sedia maklum sebagai seorang bekas anggota polis bahawa di bawah Artikel 145(3) Perlembagaan, di situ telah pun menyatakan dengan jelasnya bahawa pihak Peguam Negara ada budi bicaranya untuk menentukan sama ada sesuatu kes jenayah perlu diteruskan ataupun diberhentikan walaupun kes itu telah pun dijalankan di dalam persidangan mahkamah. Itu adalah kuasa Peguam Negara yang tertakluk dalam Perlembagaan kita. Jadi, budi bicara itu terpulanglah kepada pihak Peguam Negara untuk menentukan kerana pihak Peguam Negara akan melihat pada keseluruhannya kes-kes yang telah pun dibicarakan ataupun diteruskan untuk menentukan sama ada beliau mahu meneruskan ataupun tidak. That is his discretion, that is his power. Itu sahaja, terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya ialah, apakah langkah kementerian untuk memastikan kes yang ada prima facie yang ditolak oleh Peguam Negara untuk memberi hak keadilan kepada rakyat yang dizalimi yang berlaku kebelakangan sebelum ini untuk diangkat sebagai satu kes yang perlu didengar ataupun dihakimi dengan adil. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Liew Vui Keong

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kapar atas soalan tambahan ini. Tuan Yang di-Pertua, kita kena sedia faham bahawa pada masa Timbalan Pendakwa Raya untuk membuat keputusan sama ada kes itu dituduh ataupun tidak ke mahkamah, dihadapkan di mahkamah ataupun tidak adalah di atas budi bicara timbalan pendakwa raya tersebut dan kes prima facie ini walaupun pihak timbalan pendakwa raya telah pun menentukan ada kes prima facie tetapi untuk menentukan sama ada ia wujud daripada segi undang-undang adalah tertakluk kepada mahkamah. Jadi apabila tertuduh

final • 10:40 AM

Datuk Liew Vui Keong

dibawa kepada mahkamah, di situlah di mana mahkamah akan menentukan sama ada kes prima facie wujud ataupun tidak untuk meneruskan sama ada pihak tertuduh akan dipanggil untuk membela diri.

Jadi, prima facie kes ini pada tahap pendakwaan ini, ia is not muktamad, ia tidak habis. Kadangkala pihak pendakwa raya mengatakan ada kes tetapi pihak mahkamah selepas perbicaraan kata tidak ada kes. So, inilah yang berlaku dan yang penting sekali seperti yang saya katakan tadi ialah untuk kepentingan awam untuk menentukan sama ada kes-kes itu ada kes kepentingan awam untuk meneruskan. Itu sahaja, terima kasih.

final • 10:40 AM

7. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan bilangan plot tanah kerajaan yang telah diambil semula oleh DBKL secara membeli balik daripada pembeli-pembeli dan nyatakan sebab-sebab berbuat demikian serta nyatakan lokasi, saiz, tahun jualan, nilai asal jualan dan nilai pasaran terkini dan kegunaan tanah-tanah tersebut.

final • 10:40 AM

Menteri Wilayah Persekutuan - Tuan Khalid bin Abd Samad

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Cheras atas soalan yang telah dikemukakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Cheras, di bawah kepimpinan kerajaan sebelum ini, Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur telah melaksanakan 97 transaksi penjualan tanah yang dipertikaikan. Pihak Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) telah meneliti semula 97 transaksi tanah berkenaan dengan menubuhkan pasukan task force yang diketuai oleh KWP dan dianggotai bersama Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan, DBKL dan Jabatan Peguam Negara.

Daripada 90 transaksi di atas, terdapat satu transaksi di mana pihak DBKL telah membeli balik sebahagian keluasan tanah daripada pemaju iaitu Lot 52958 dan Lot 52959 di Taman Desa yang melibatkan tanah yang dianggarkan seluas 27.403 ekar, keluasan asal ialah 41.42 ekar dengan harga belian balik berjumlah RM283 juta berbanding nilainya sebanyak RM334.023 juta. Kegunaan tanah tersebut berdasarkan syarat nyata bagi Lot 52958 adalah untuk water theme park dan bagi Lot 52959, taman rekreasi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, daripada 97 transaksi tersebut, 14 transaksi telah berjaya dibatalkan secara mutual agreement antara pihak DBKL dan syarikat.

Ini melibatkan tanah seluas 53.98 ekar yang mana tanah DBKL seluas 18.87 ekar dan tanah kerajaan seluas 35.11 ekar dengan anggaran nilai tanah sebanyak RM475.2 juta. Dalam kes 14 transaksi ini, deposit sebanyak 10 peratus yang telah dibayar oleh pemaju telah dipulangkan balik dan surat tawaran dibatalkan. Secara keseluruhannya— oh tak habis ini, baru separuh. Okey, secara keseluruhannya sejumlah 82 ekar tanah yang melibatkan tanah DBKL seluas 46 ekar dan kerajaan seluas 35 ekar telah berjaya diambil semula oleh DBKL dengan nilai tanah anggaran RM809.22 juta yang melibatkan 15 transaksi tetapi yang kita bayar balik sebanyak RM310 juta.

Akhir kata Tuan Yang di-Pertua, dalam menentukan tindakan yang boleh diambil, Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL terpaksa menilai untung rugi sesuatu tindakan.

Banyak tanah kalau ikutkan atas permintaan awam, minta kita ambil alih, ambil balik, minta kita batal dan sebagainya. Ada juga yang dianggap patut dibatalkan dan diambil balik tetapi ia dijangka mendatangkan kos yang tinggi dan tidak mampu dilaksanakan. Dalam kes-kes begitu, rundingan untuk mencari penyelesaian terbaik bersama dengan pemaju dilakukan.

Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam tempoh pentadbiran ibu kota oleh kerajaan lama dahulu, pihak Dewan Bandar raya Kuala Lumpur telah berdepan dengan krisis keyakinan yang menyaksikan berlakunya banyak skandal jualan tanah yang merugikan rakyat. Saya ingin tanya, sejauh manakah siasatan dalaman oleh pihak kerajaan terhadap kes-kes yang dianggap kontroversi. Kedua ialah berapakah bilangan pegawai-pegawai DBKL yang telah disiasat oleh SPRM kerana terlibat dalam skandal. Tolong berikan nama jabatan-jabatan di mana pegawai-pegawai itu berkhidmat jua.

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Khalid bin Abd Samad

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti mana yang disebutkan tadi yang pada mulanya dan pada asalnya 97 transaksi yang telah ditimbulkan. Namun demikian, ada juga beberapa transaksi-transaksi yang lain yang kesemuanya kita kaji kembali dan apabila didapati ianya mencurigakan, di situlah yang kita terpaksa membuat keputusan sama ada kita boleh betulkan balik ataupun sebaliknya. Ini kerana kadangkala kos untuk membetulkan balik itu Tuan Yang di-Pertua terlalu tinggi ya, menelan belanja beratus-ratus juga yang mana akhirnya kita terpaksa berunding balik dengan developer untuk mencari penyelesaian yang terbaik. Itu adalah pendekatan yang pragmatik ya.

Kes-kes ini semuanya telah pun kita laporkan kepada SPRM. Sehingga hari ini sudah ada lebih daripada 10, actual angka saya tidak ingat, lebih daripada 10 pegawai- pegawai DBKL yang telah pun dipanggil oleh pihak SPRM. Semua kes dilaporkan dan SPRM telah melakukan ataupun sedang melakukan siasatan. Saya tidak boleh nyatakanlah nama- nama pegawai ataupun pejabat kerana ianya adalah dianggap sebagai tindakan yang subjudis kerana siasatan sedang dijalankan. Nasib baik Menteri undang-undang ada sebelah saya. Dia yang beri nasihat. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Menteri, daripada keseluruhan transaksi tanah yang melibatkan DBKL ini, berapakah transaksi yang dikira tidak kontroversi? Apakah yang telah dibangunkan di atas tanah itu? Setakat manakah pulangan dari segi keuntungan kepada rakyat telah dilaksanakan terutama dari segi RUMAWIP? Berapa banyak RUMAWIP yang telah dibina? Berapa banyak rakyat yang telah menerima manfaat daripada seluruh transaksi itu? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Khalid bin Abd Samad

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan ini sebenarnya dia punya mirror image atas soalan yang ditanya. Soalan yang ditanya benda yang tidak betul. Ini hendak tanya benda yang betul. Lalu dia punya jawapan, fakta-fakta dia semua tidak adalah dengan saya. Ini kerana yang senarai yang saya ada semua yang tidak betul. Lalu yang Yang Berhormat Pontian tanya semua yang betul.

Akan tetapi daripada 97 daripada ingatan saya, 48 transaksi telah dibenarkan berjalan kerana didapati tanah dijual dengan harga yang melebihi penilaian nilai tanah itu.

Akan tetapi pada masa yang sama, dalam 48 transaksi itu juga kalau kita hendak masuk dengan lebih detailed lagi kerana mungkin akan ada timbul masalah-masalah yang lain. Ini kerana kaedah penjualan dan sesuatu pembangunan diluluskan di mana penggunaan Kaedah 5 yang mana kalau Yang Berhormat Pontian mengikuti baru-baru ini kes Kaedah 5 telah dipertikaikan di mahkamah.

Mahkamah telah mendapati bahawa kaedah 5 itu tidak memberikan hak yang seperti mana yang sepatutnya dan sepenuhnya kepada penduduk yang berhampiran yang membantah sesuatu pembangunan. Ini kerana Kaedah 5 yang telah di-detailed-kan prosedurnya tidak mewajibkan diberikan TIA dan diberikan SIA dan sebagainya. Maka, mahkamah mengatakan ianya satu proses yang kurang memuaskan dan perlu dilakukan kembali.

Kalau kita hendak ambil kes itu, mungkin banyak lagilah yang boleh dipertikaikan.

Akan tetapi secara umum 48 dan memang setiap satu pembangunan mendatangkan hasil kepada DBKL daripada caj pembangunannya, cukai dan sebagainya. Terima kasih.

final • 10:50 AM

8. Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling] minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) adakah kementerian mempunyai perancangan khusus menetapkan satu peraturan atau dasar yang menyeragamkan tempoh sesi praktikal di semua Universiti Awam (UA) dan IPTS di Malaysia; dan

(b) apakah ada usaha untuk menetapkan kadar elaun minimum untuk pelajar praktikal sepanjang masa latihan praktikal dijalankan sama ada bagi sektor swasta atau sektor awam.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Baling. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, keperluan pelajar mengikuti latihan industri adalah tertakluk kepada Dasar Latihan Industri Negara yang telah diperkenalkan kementerian pada 2010. Walau bagaimanapun, dasar ini sedang disemak semula bagi tujuan penambahbaikan. Antara aspek yang berkemungkinan dibuat penambahbaikan adalah dari segi tempoh sesi praktikal di semua universiti awam supaya ianya selari dengan kehendak dan keperluan semasa.

Penyelenggaraan tempoh sesi praktikal di institusi pendidikan tinggi swasta, IPTS pula adalah mengikut standard program yang disediakan oleh Malaysian Qualifications Agency dengan izin MQA sebagaimana dipersetujui oleh badan profesional bidang tertentu.

Tujuan utama penempatan pelajar praktikal adalah untuk mempraktikkan pembelajaran teori yang dipelajari di institusi dalam situasi sebenar di tempat kerja. Oleh itu penetapan elaun ataupun pemberian elaun kepada pelajar praktikal adalah bergantung kepada peruntukan majikan masing-masing. Pelajar berhak membuat pilihan penempatan praktikal yang bersesuaian termasuklah pilihan majikan yang memberi elaun dengan pemantauan pensyarah institusi masing-masing. Walaupun sesetengah majikan tidak memberi elaun, namun terdapat majikan yang menyediakan kemudahan lain antaranya kemudahan tempat tinggal, pengangkutan dan lain-lain.

Bagi latihan praktikal di agensi-agensi kerajaan, surat edaran JPA Bilangan 10, Tahun 2011 mengenai Elaun Latihan Amali Pelajar Institusi Pengajian Tinggi di Agensi Kerajaan menyatakan bahawa pelajar yang sedang menjalani latihan praktikal dibenarkan menerima bayaran elaun sebanyak RM15 sehari untuk tempoh maksimum tiga bulan.

Sebarang cadangan bagi menetapkan kaedah elaun minimum latihan praktikal perlu dikaji dengan lebih mendalam kerana dikhuatiri akan membebankan industri terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (SME). Jika penempatan itu dilaksanakan, besar kemungkinan SME tidak lagi akan mampu untuk mengambil pelajar untuk tujuan praktikal.

Sekian jawapan saya. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, jawapan yang baik. Cuma saya hendak bertanya dalam kita menggubal dan menambahbaikkan dasar ini, ada tidak Yang Berhormat Menteri masukkan sekali sekurang-sekurangnya setiap syarikat yang ada dalam negara kita diwajibkan untuk mengambil seorang pelajar setiap tahun. Ini bagi pelajar- pelajar ini dapat penempatan, sure boleh dapat. Keduanya saya juga hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri skim insurans untuk semua IPT di negara dapat diselaraskan bagi membolehkan mahasiswa dapat menjalani latihan industri dengan lebih selamat. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Baling. Cadangan Yang Berhormat Baling untuk mewajibkan majikan untuk mengambil sekurang-kurangnya seorang mahasiswa setahun, saya rasa perlu lebih banyak kajian dibuat. Ini kerana pertama, dasar itu tidak ada kuasa undang-undang. Jadi, kalau kita hendak wajibkan majikan, kita perlulah saya rasa buat pindaan kepada undang-undang yang sedia ada. Itu pertama.

Kedua, kalau kita hendak wajibkan, kita perlu buat satu calculation yang teliti berapa bilangan syarikat di Malaysia dan sama ada semua syarikat sesuai untuk mengambil pelajar- pelajar untuk latihan praktikal kerana kita perlu faham di sini bahawa tujuan kita menghantar mahasiswa untuk buat praktikal industri ini sebenarnya keutamaan adalah diberi kepada pelajar-pelajar kita sama ada kursus mereka mewajibkan mereka dan memerlukan mereka untuk buat latihan praktikal. Akan tetapi bukan semua syarikat saya rasa perlu ada bersesuaian untuk pelajar-pelajar untuk pergi ke sana.

Oleh sebab satu minit sahaja, jadi saya henti di sini. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya pada Yang Berhormat Menteri.

Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk mewujudkan skim khas bantuan kepada pelajar yang menjalani kursus ini?

final • 10:50 AM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya hendak tanya juga soalan yang kedua, adakah kerajaan memantau bagaimanakah pelajar-pelajar ini dapat mengikuti kursus ataupun latihan praktikal yang

final • 11:00 AM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

bersesuaian dengan mereka? Bukan hanya setakat nak memenuhi syarat, setakat hendak praktikal saja. Adakah pemantauan daripada pihak latihan industri? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Ahli Parlimen Masjid Tanah. Untuk pemantauan, kita ada pemantauan dari segi pensyarah. Pensyarah-pensyarah diwajibkan untuk membuat pemantauan sama ada tempat itu adalah sesuai dan sama ada latihan yang diberikan ataupun peluang yang disediakan oleh majikan itu adalah bersesuaian. Jadi itu adalah tanggungjawab pensyarah.

Dari segi bantuan, setakat ini, kita memang dari peringkat kementerian kita tidak ada bantuan dari segi kewangan tetapi saya rasa bantuan itu di peringkat fakulti, di peringkat universiti ataupun di peringkat industri itu amat digalakkan.

Selain daripada itu, kita juga tengah buat kajian untuk bagaimana kita boleh memperluaskan practical industry ini dalam bentuk 2u2i iaitu dua tahun di universiti atau tiga tahun di universiti dan satu tahun latihan di industri. Kita percaya bahawa 2u2i ataupun 3u1i ini akan memberi lebih banyak exposure kepada pelajar kita dan dari segi allowance yang mereka akan terima juga akan lebih reasonable, munasabah. Sekian saja jawapan saya.

final • 11:00 AM

9. Tuan Jonathan bin Yasin [Ranau] minta Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyatakan apakah langkah-langkah baru yang sudah dibuat oleh Kementerian Ekonomi sejak 9 Mei 2018 untuk memastikan tahap pembangunan di Sabah dipertingkatkan untuk menyeimbangkan pembangunan yang tidak seimbang di antara Sabah dan Semenanjung.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi - Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin

Tuan Yang di-Pertua, usaha untuk mengurangkan ketidakseimbangan antara wilayah dan negeri telah diberi penekanan yang khusus dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (KSP RMKe-11) yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 18 Oktober 2018.

Tonggak III KSP RMKe-11 – menuju ke arah pembangunan wilayah yang seimbang, menumpukan kepada usaha untuk mengurangkan ketidakseimbangan melalui pengagihan manfaat sosioekonomi yang lebih baik dalam kalangan wilayah. Strategi-strategi untuk mempercepat pembangunan Sabah telah diperincikan dalam dokumen RMKe-11.

Tuan Yang di-Pertua, dalam tempoh dua tahun terakhir RMKe-11, peruntukan pembangunan kerajaan akan diagih dengan keutamaan diberi kepada enam negeri yang kurang membangun termasuk negeri Sabah. Di bawah Rolling Plan Keempat tahun 2019, negeri Sabah telah pun diperuntukkan sejumlah RM5.01 bilion atau 9.2 peratus daripada jumlah peruntukan pembangunan keseluruhan. Jumlah peruntukan ini telah meningkat 21.3 peratus iaitu sebanyak RM879 juta daripada tahun sebelumnya. Peruntukan tersebut adalah bagi melaksanakan sebanyak 119 projek baharu dan 519 projek sambungan melalui pelbagai kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, akses kepada kemudahan asas dan perkhidmatan di kawasan luar bandar Sabah adalah menjadi salah satu tumpuan utama kerajaan. Dalam hal ini, sebanyak RM654 juta telah diluluskan di bawah peruntukan RP4 tahun 2019 untuk pembangunan luar bandar Sabah. Jumlah peruntukan ini telah meningkat 35.9 peratus iaitu sebanyak RM173 juta daripada tahun sebelumnya. Peruntukan ini adalah bagi melaksanakan program atau projek seperti jalan luar bandar, bekalan air luar bandar, bekalan elektrik luar bandar dan jalan perhubungan desa melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Selain itu, bagi meningkatkan bekalan elektrik di Sabah, kerajaan melalui Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) telah meluluskan peruntukan pembangunan sebanyak RM498 juta pada tahun 2019 bagi pembinaan pencawang masuk utama, pencawang pembahagi utama dan pengukuhan sistem yang sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua, selain itu, sektor terpilih yang boleh meningkatkan potensi ekonomi akan terus dibangunkan di Sabah. Dalam hal ini, beberapa projek berimpak tinggi sedang dilaksanakan oleh kerajaan bagi pembangunan di negeri Sabah. Antaranya adalah projek kelompok industri berasaskan kelapa sawit di Sandakan dan Lahad Datu serta pembinaan blok dan kompleks 50 inkubator di Sabah Agro-Industrial Precinct di Papar.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi - Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin

Projek ini akan menjadi pemangkin kepada perkembangan industri pembuatan dan pertanian di negeri Sabah. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Jonathan Yasin - Ranau

Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Pada tahun 2018, Sabah diperuntukkan RM500 juta untuk membina penggantian bangunan sekolah daif sebanyak 120 buah sekolah seluruh Sabah. Difahamkan pada tahun 2019, hanya RM10 juta diperuntukkan dan hanya tiga buah sekolah sedangkan ada 186 buah yang telah diangkat oleh JPN Sabah. Apakah perancangan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk membaiki bangunan sekolah daif yang belum mendapat peruntukan tersebut?

Kedua, memandangkan isu kerosakan jalan-jalan persekutuan sejauh lebih kurang 1,400 kilometer di Sabah selalu di-viral di media sosial, apakah Kementerian Hal Ekonomi ada berbincang dengan KKR akan keperluan bajet sebenar untuk mengatasi isu kekurangan peruntukan menyelenggarakan federal road di Sabah? Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin

Terima kasih Yang Berhormat Ranau. Tentang kedua-dua isu tersebut, pihak kementerian akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan tentang sekolah-sekolah dan juga berkaitan dengan jalan raya, ia akan dirujuk kepada Kementerian Kerja Raya. Akan tetapi, secara keseluruhannya, seperti mana yang saya sebut tadi, perbelanjaan ataupun peruntukan untuk pembangunan yang diberikan kepada Sabah secara keseluruhannya meningkat sebanyak 35.9 peratus. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau

Terima kasih. Dua peratus...

[Ketawa] Saya ingat itu terlalu kecil untuk diberikan tumpuan. Ini bererti lebih daripada 90 peratus peruntukan pembangunan itu adalah di Semenanjung. Jadi soalan saya, bolehkah kerajaan mempertimbangkan supaya dalam 10 tahun ini tumpuan pembangunan dialihkan daripada Semenanjung kepada Sabah dan Sarawak? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin

Terima kasih di atas soalan tersebut. Seperti mana yang saya sebut tadi, Sabah diperuntukkan dalam RP4 sebanyak RM5.01 bilion atau 9.2 peratus daripada keseluruhan peruntukan pembangunan untuk tahun 2019. Juga, seperti mana yang saya sebutkan tadi juga dalam teras ketiga Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11, Sabah merupakan salah satu daripada enam negeri yang akan diberi tumpuan. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

10. Tuan Anyi Ngau [Baram] minta Menteri Pendidikan menyatakan jumlah peruntukan serta sekolah daif di Sarawak amnya dan kawasan Baram khasnya yang akan dibaik pulih dalam tahun 2019. Senaraikan sekolah yang akan dibaik pulih di kawasan Baram.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat Baram.

Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini, pelaksanaan naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di negeri Sarawak melibatkan 198 buah sekolah dengan peruntukan berjumlah RM557 juta melalui peruntukan pembangunan dan Private Finance Initiative (PFI), dengan izin.

Untuk tahun 2018 sahaja, sebanyak 116 buah sekolah daif telah dinaik taraf dengan kos sebanyak RM416.58 juta dan sehingga 28 Februari 2019, sebanyak 66 buah sekolah telah siap dan telah digunakan. Manakala baki 50 buah sekolah masih dalam peringkat pelaksanaan dan dijangka akan siap pada bulan April 2019.

Bagi pelaksanaan tahun 2019, peruntukan sebanyak RM100 juta telah diluluskan melibatkan naik taraf dan pembangunan semula 32 buah sekolah daif di Sarawak. Kesemua projek ini akan dilaksanakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) secara tender terbuka dan pelaksanaan dijangka bermula secara berperingkat pada Mei tahun ini.

Manakala khusus untuk Parlimen Baram, sebanyak lima buah sekolah yang memiliki bangunan daif telah dinaik taraf pada tahun 2018. Bagi tahun 2019, tiga buah sekolah yang mempunyai bangunan daif akan dinaik taraf iaitu Sekolah Kebangsaan Long Lapok, Sekolah Kebangsaan Long Laput dan Sekolah Kebangsaan Sungai Buri yang melibatkan peruntukan sebanyak RM16 juta. Pelaksanaan akan dilaksanakan oleh JKR sepenuhnya. Sekian, jawapan saya.

final • 11:00 AM

Tuan Anyi Ngau - Baram

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan. Mengikut maklumat yang ada dengan saya, pelaksanaan sekolah daif di negeri Sarawak kalau dibandingkan memang— yang dibuat oleh agensi Sarawak, didapati bahawa banyak daripada projek ini sudah siap. Namun dari segi yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, didapati bahawa sekolah-sekolah yang di bawah jagaan Kementerian Pendidikan Malaysia pelaksanaan dia kurang memuaskan. Saya hendak cadangkan supaya pihak kementerian dapat pertimbangkan supaya projek-projek dalam tahun ini ataupun pada masa yang akan datang dilaksanakan oleh agensi Sarawak agar projek ini dapat dilaksanakan untuk faedah golongan muda sebab kita mementingkan mereka ini untuk dibangunkan. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas soalan tambahan tersebut. Seperti apa yang saya sebut tadi, untuk tahun 2019 ini memang RM100 juta yang diperuntukkan untuk 32 projek ini, semua projek ini akan dilaksanakan oleh JKR.

Jadi, sepatutnya tiada masalah seperti yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat Baram bahawa projek yang dilaksanakan oleh JKR, kita dapati bahawa kebanyakan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Projek yang dilaksanakan oleh KPM, memang menghadapi sedikit isu. Jadi oleh sebab itu, untuk tahun 2019, RM100 juta yang melibatkan 32 projek memang semua akan dilaksanakan oleh JKR. Tender terbuka sedang dibuat dan selepas itu kita akan melaksanakan projek ini di tapak fizikal. Sekian sahaja.

final • 11:10 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi. Saya cuma ingin meminta senarai sekolah-sekolah di seluruh Sarawak yang akan dibaiki dengan jumlah RM100 juta tersebut dan juga berapa peruntukan bagi setiap sekolah dan juga RM1 bilion hutang negeri Sarawak yang telah dibayar. Projek-projek apa yang akan termasuk dalam peruntukan tersebut? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya ada senarai itu, tetapi 32 buah sekolah kalau boleh pohon kebenaran untuk memberi jawapan bertulis kepada Yang Berhormat Bandar Kuching.

Sebanyak RM1 bilion itu, senarai sekolah belum siap disediakan kerana kita telah terima senarai tersebut, tetapi kita masih buat verification. Jadi, senarai sekolah yang muktamad belum disediakan dan apabila telah disediakan, saya rasa KPM tiada masalah untuk kongsi dengan Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

11. Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai] minta Menteri Kesihatan menyatakan bilakah kementerian bercadang untuk meratifikasikan (ratification) protokol berkaitan kawalan penyeludupan tembakau di bawah Framework Convention on Tobacco Control (FCTC), sebagai langkah strategik bagi mengurangkan bilangan perokok di Malaysia.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dr. Lee Boon Chye

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ini soalan berkenaan dengan FCTC. WHO Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) telah dibangunkan sebagai respons kepada globalisasi wabak tembakau. Ia bertujuan untuk menangani beberapa punca wabak itu termasuk faktor yang kompleks dengan kesan rentas sempadan seperti liberalisasi perdagangan dan pelaburan asing langsung; pengiklanan tembakau; promosi dan penajaan di luar sempadan negara; serta perdagangan haram dalam produk tembakau.

FCTC menyediakan satu rangka kerja bagi langkah-langkah kawalan tembakau yang akan dilaksanakan di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa. Malaysia telah meratifikasikan konvensyen tersebut sejak tahun 2005. Untuk maklumat Yang Berhormat, Protocol to Eliminate Illicit Trade in Tobacco Products merupakan satu protokol yang lahir daripada Artikel 15 FCTC. Protokol ini mengandungi 47 artikel bagi menggariskan kawalan ke atas masalah penyeludupan rokok tidak sah seperti supply chain control ataupun kawalan rangkaian bekalan yang merangkumi pelesenan, tracking and tracing, free zones dan international transit dan penjualan di zon bebas cukai.

Jadi menjawab kepada soalan daripada Yang Berhormat Bagan Serai, protokol ini telah dikuatkuasakan semenjak 25 September 2018 di mana seramai 48 negara anggota kepada WHO FCTC telah menyertainya. Sehingga kini, Malaysia sedang mengambil

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dr. Lee Boon Chye

langkah-langkah untuk menyertai protokol tersebut, mengikut maklumat daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, penguatkuasaan rokok tidak sah adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Akan tetapi Kementerian Kesihatan Malaysia selaku urus setia kepada WHO FCTC telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama agensi peneraju iaitu Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta agensi-agensi berkaitan untuk meratifikasi protokol ini, dengan harapan kalau boleh mungkin tahun ini juga. Sekian.

final • 11:10 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bilakah kerajaan akan memperkenalkan undang-undang untuk memastikan semua produk tembakau yakni rokok dijual dalam bentuk bungkusan polos ataupun plain packaging? Ini sebab Australia yang pertama di dalam dunia yang dibuat pada tahun 2012, 10 buah negara sudah buat. Thailand adalah negara pertama dalam Asia pada tahun 2018 dan baru- baru ini Singapura telah meluluskan pada Februari 2019. Malaysia bila lagi?

final • 11:10 AM

Dr. Lee Boon Chye

Terima kasih atas soalan tambahan tersebut. Memang berkenaan dengan plain packaging itu dikawal di bawah Artikel 11 FCTC tersebut. Sebelum ini pada tahun 2017, pernah ada cadangan daripada pentadbiran sebelum itu dan mantan Kementerian Kesihatan. Malangnya pada masa itu apabila cadangan itu disebut, oleh sebab rintangan dan bantahan yang begitu kuat dan terpaksa ditarik balik. Memang komitmen kerajaan kepada FCTC, kita akan laksanakan segala yang termasuk dalam FCTC tersebut secara berperingkat, terpulang kepada sambutan daripada rakyat. Sekian.

final • 11:10 AM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya, adakah kerajaan masih lagi komited untuk mengenakan denda RM10,000 atau boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun selepas tamat tempoh enam bulan pertama penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan? Adakah terdapat sebarang perancangan untuk mewartakan lebih banyak kawasan larangan merokok? Minta penjelasan Menteri.

final • 11:10 AM

Dr. Lee Boon Chye

Terima kasih. Memang komitmen kerajaan di bawah Artikel 8 untuk melindungi orang awam daripada asap rokok. Jadi, sebab itu kita perluaskan kawasan larangan merokok untuk tempat makan. Jadi sekiranya rakyat boleh terima, kita akan perluaskan kawasan tersebut. Kalau kita lihat di luar negara, ada setengah-setengah negara yang mengezonkan seluruh bandar raya sebagai kawasan larangan merokok. Mereka terpaksa sediakan tempat-tempat tertentu untuk perokok untuk merokok di kawasan tersebut.

Ini adalah perkara-perkara yang kita boleh pertimbangkan.

Dari segi yang satu lagi berkenaan dengan soalan...

final • 11:10 AM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Denda. Denda RM10,000.

final • 11:20 AM

Dr. Lee Boon Chye

Okey, maaf, terlupa berkenaan dengan denda. Memang kalau kita lihat, kuasa untuk saman, kita hadkan kepada RM250. Kita akan laksanakan selepas tempoh penguatkuasaan pendidikan. Jadi, mulai pada 1 Julai, saman akan dikeluarkan dan maksimum saman adalah sebanyak RM250. Ini kuasa yang diberikan untuk pegawai yang mengeluarkan saman. Akan tetapi, mahkamah boleh memberikan denda sehingga RM10,000. Itu kuasa di bawah mahkamah, tetapi saman tetap RM250 maksimum. Sekian.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Pertanyaan yang seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pendang.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih. Saya mulakan dengan serangkap pantun.

MP Pendang namanya Awang, Ibu Nabi Isa A.S. namanya Sayidina Maryam, Hebatnya laman sesawang zaman sekarang, Menjadi popularnya sebiji telur ayam.

final • 11:20 AM

12. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang] minta Menteri Industri Utama menyatakan adakah pihak kementerian telah melaksanakan harga lantai pembelian getah (cup lump) seperti yang dijanjikan RM2.50 dan apakah kaedahnya sekiranya tidak dilaksanakan.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Industri Utama - Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin

Jauh betul pantun daripada soalan.

Arak-arak kelapa puan, Tidak puan kelapa bali, Kalau tidak kerana soalan, Tidak saya datang ke mari. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Buat masa ini, kerajaan belum lagi bercadang untuk menetapkan harga lantai bagi getah sekerap. Hal ini kerana pelaksanaan harga lantai akan memberikan kesan kewangan yang signifikan kepada kerajaan.

Pada hemat kementerian, penetapan harga lantai ini akan memerlukan sumber kewangan yang tinggi bagi menyokongnya, sekiranya harga getah asli dunia mengalami trend penurunan yang mendadak. Di samping itu, ia juga akan menyediakan ruang kepada aktiviti spekulasi harga dalam kalangan para penjual getah dengan menekan harga ke paras yang rendah dan mengharapkan kerajaan akan menampung perbezaan di antara harga pasaran dan juga harga lantai. Ketiga, menyediakan ruang kepada aktiviti penyeludupan getah dari luar negara memandangkan harga tempatan adalah lebih tinggi berbanding dengan harga antarabangsa.

Namun begitu, kerajaan tentunya amat prihatin dengan cabaran yang dihadapi oleh pekebun kecil getah terutamanya apabila berlaku kejatuhan harga pasaran getah.

Sehubungan dengan itu, kerajaan telah dan terus melaksanakan Insentif Pengeluaran Getah sebagai langkah untuk menstabilkan harga dan pengeluaran getah.

Berdasarkan harga getah yang terlalu rendah pada penghujung tahun 2018, kerajaan telah menambah baik pelaksanaan IPG pada 21 November 2018 dengan menaikkan Paras Harga Pengaktifan (PHP) daripada RM2.20 kepada RM2.50 sekilogram getah sekerap. Kadar Paras Harga Pengaktifan baru-baru ini telah pun berkuat kuasa bermula pada 1 Januari 2019. Kementerian melalui Lembaga Getah Malaysia telah pun menyalurkan IPG dengan kadar baharu ini bermula pada awal Februari 2019. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Berkenaan dengan harga lantai itu, kaedahnya, adakah kerajaan untuk menukar?

Seterusnya, imbuhan tanam semula sebanyak RM9,600 kepada penanaman semula getah.

Adakah kerajaan untuk meningkatkan kepada RM11,000 atau RM12,000? Ini kerana, dalam masa penjualan getah sebanyak satu kilo dipotong cukai ses iaitu 14 sen. 10 sen untuk penanaman semula dan 4 sen untuk LGM sebagai research, R&D dan sebagainya.

Jadi, kita minta kerajaan meningkatkan imbuhan tanam semula sebanyak RM11,000 atau RM12,000. Ini kerana kerajaan masih untung. Dalam masa 25 tahun penanaman getah yang ditoreh ini, kita kira secara kasar lebih kurang kerajaan akan mendapat RM12,800 dalam masa 25 tahun.

Jadi, kerajaan pulangkan balik kepada penanaman semula hanya sebanyak RM19,600. Adakah kerajaan bercadang untuk meningkatkan daripada RM9,600 kepada RM11,000 atau RM12,000 kepada penanaman semula getah? Sekian.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin

Terima kasih Yang Berhormat Pendang atas cadangan yang baik. Tentunya apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pendang itu adalah bertujuan untuk bersama-sama dengan ikhtiar kementerian membantu pekebun kecil. Ada pun apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pendang tadi adalah di bawah RISDA dan kita akan maklumkan dan panjangkan kepada pihak pengurusan RISDA agar cadangan-cadangan yang baik itu dapat kita teliti dan perhalusi dalam usaha bersama kita untuk membantu pekebun kecil. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Saya jemput Yang Berhormat...

final • 11:20 AM

Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:20 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:20 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

[Bangun]

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan yang kedua, 30 saat.

final • 11:20 AM

Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Soalan saya, apakah usaha atau ikhtiar pihak kementerian untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil melalui kaedah integrasi getah dengan tanaman atau ternakan dalam usaha untuk mempelbagaikan pendapatan sampingan pekebun kecil getah ini? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin

Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo di atas soalan yang begitu baik dan strategik. Saya ingin laporkan di dalam Dewan ini, bahawa kerajaan sentiasa komited dan mengamalkan tindakan yang proaktif di dalam mencari jalan yang terbaik, jalan yang efektif untuk membantu pekebun kecil terutama dalam aspek menjana pendapatan tambahan.

Misalnya, untuk pengetahuan Yang Berhormat, pada 13 Disember tahun lalu, pihak Kementerian Industri Utama telah pun mengunjungi ataupun mengadakan lawatan rasmi ke Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam usaha kita untuk mencari dan berbincang serta meminta cadangan daripada pihak MARDI yang tentunya di bawah Kementerian Industri dan Asas Tani untuk mencadangkan beberapa tanaman lain yang boleh diintegrasikan secara efektif.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Misalnya, kita tengok di Kedah, di Padang Terap, ada usaha untuk menanam cendawan Volvariella yang tentunya menambahkan pendapatan pekebun kecil. Di Lakai, Jelebu misalnya ada integrasi dengan tanaman nanas. Ini semuanya dapat kita lakukan apabila adanya kerjasama yang strategik antara Kementerian Industri Utama dengan pihak-pihak agensi yang lain di bawah kementerian yang lain. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

13. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan status dan kejayaan Pelan Induk Rangkaian Ekologi Central Forest Spine sebagai tulang belakang kepada Kawasan Alam Sekitar ataupun Environmentally Sensitive Area (ESA) di Semenanjung Malaysia untuk pemuliharaan biodiversiti dan ekosistem daripada ancaman fragmentasi hutan.

final • 11:20 AM

Menteri Wilayah Persekutuan - Tuan Khalid bin Abd Samad

Baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Selayang di atas soalan yang dikemukakan.

Untuk makluman Yang Berhormat Selayang, Kementerian Wilayah Persekutuan

(KWP) melalui PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) telah menyediakan Pelan Induk Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS) sebagai tulang belakang kepada Kawasan Alam Sekitar ataupun Environmentally Sensitive Area (ESA) di Semenanjung Malaysia untuk pemuliharaan biodiversiti dan ekosistem daripada ancaman fragmentasi hutan.

Berdasarkan pelan induk tersebut, di bawah tempoh pelaksanaan RMKe-10 dan RMKe-11, sebanyak tiga komponen utama telah dijalankan bagi pemuliharaan biodiversiti dan ekosistem daripada fragmentasi hutan iaitu:

(i) pemulihan habitat bagi pemeliharaan dan konservasi biodiversiti;

(ii) pembinaan struktur fizikal; dan,

final • 11:20 AM

Menteri Wilayah Persekutuan - Tuan Khalid bin Abd Samad

(iii) pelaksanaan program di kawasan Koridor Ekologi CFS mengikut strategi CFS.

Pelaksanaan Pelan Induk CFS melibatkan pelbagai agensi khususnya Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) di mana Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

(JPSM) adalah agensi peneraju utama ataupun the lead agency. Matlamat pelaksanaan Program CFS ini telah dapat dicapai walaupun belum sepenuhnya. Ini kerana program ini masih berjalan.

Pembinaan struktur fizikal melibatkan pembinaan Viaduct di Sungai Deka, Terengganu, Sungai Yu, Pahang dan di Gerik, Kota Bharu. Pembinaan Viaduct ini bertujuan memudahkan pergerakan haiwan tanpa mengganggu lalu lintas dan mengelakkan inbreeding. Projek-projek fizikal yang lain adalah:

(i) pemasangan tanda amaran hidupan liar melintas;

(ii) pemasangan pagar elektrik;

(iii) pembinaan artificial salt licks; dan,

(iv) pembinaan speed breaker dan lampu solar di kawasan-kawasan tumpuan dan laluan hidupan liar di sepanjang jalan raya.

final • 11:20 AM

Menteri Wilayah Persekutuan - Tuan Khalid bin Abd Samad

Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM60 juta pada RMKe-10 iaitu pada tahun 2011 hingga 2015 dan sebanyak RM50 juta bagi RMKe-11 iaitu Rolling Plan Pertama kepada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPS) bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah dikenal pasti dalam Pelan Induk Rangkaian Koridor Ekologi (CFS).

Di samping itu, pelan induk ini telah mendapat pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa iaitu yang pertama pengukuhan dan kerjasama antarabangsa dengan United Nations Development Programme Global Environmental Facility di mana KATS melalui JPSM telah menerima pembiayaan sebanyak USD10 juta selama enam tahun bermula tahun 2014 hingga 2019. Projek ini melibatkan program konservasi, biodiversiti, pengurusan hutan dan tanah secara mampan.

Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya CFS ini yang melibatkan KATS di mana KWP melalui pelan Malaysia yang menyediakan pelan tersebut telah berjaya dalam memelihara alam sekitar khususnya hutan di negara ini. Di dalam masa yang sama, kajian CFS2 iaitu kajian semula untuk memantapkan dan menambahbaikkan CFS ini akan dijalankan pada tahun ini sehingga tahun 2021. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih. Soalan tambahan saya ialah apakah pendirian Yang Berhormat Menteri kepada cadangan untuk keluarkan sebahagian kawasan hutan simpanan kekal Bukit Lagong untuk perumahan? Bukankah ini bercanggah dengan komitmen dan objektif Central Forest Spine untuk pemulihan biodiversiti dan ekosistem daripada ancaman pecahan hutan forest fragmentation dan juga menjejaskan cadangan kerajaan untuk memastikan FRIM sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO di mana Bukit Lagong berfungsi sebagai kawasan penampan kepada zon teras FRIM. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad

Komitmen kerajaan kepada konsep dan pelaksanaan Pelan Induk CFS ini adalah satu komitmen yang serius dan muktamad. Ini telah pun terbukti dalam Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro 1992 dan Konvensyen Kepelbagaian Biologi iaitu mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara sebagai kawasan berhutan yang dilitupi pokok-pokok.

Namun demikian, apa yang dipersoalkan oleh Yang Berhormat Selayang berhubung dengan tempat yang disebutkan tadi adalah satu persoalan yang melibatkan kerajaan negeri dan oleh sebab itu ia perlu diselesaikan di antara Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri berhubung perkara yang ditimbulkan. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Central Forest Spine adalah untuk mempertahankan hutan di Semenanjung Malaysia supaya kita boleh mengekalkan sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi 50 peratus daripada forest cover kita. Perjanjian ini adalah antarabangsa yang

final • 11:30 AM

Datuk Seri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong

mana diisytiharkan di Copenhagen dan juga di Paris pada tahun 2015. Itu perjanjian yang kita bound by.

Jadi dalam keadaan sedemikian, pada tahun 2017 dijangka RM2 bilion diperlukan untuk mempertahankan hutan ini oleh sebab hutan-hutan ini semua di bawah kerajaan negeri. Jadi apakah usaha supaya kawasan ini digazet di bawah jagaan Kerajaan Pusat bukan di bawah kerajaan negeri? Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan. Tidak nampak, maaf, sight kurang. Berhubung dengan persoalan Central Forest Spine ini, ia bukan sekadar berhubung dengan 50 peratus itu. Akan tetapi ia adalah penting untuk menentukan adanya continuity supaya masalah biodiversiti dan juga binatang-binatang itu dia boleh terus travel, dia tidak terpisah-pisah kepada kelompok-kelompok yang tertentu di mana tidak ada satu kesinambungan.

Berhubung dengan masalah di antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri, dalam persoalan ini ia merupakan isu Perlembagaan di mana kerajaan negeri memang mempunyai hak yang mutlak ke atas tanah-tanah di dalam kerajaan negeri. Maka, usaha untuk mendapatkan persetujuan mereka dan komitmen mereka bersama untuk menentukan bahawa Central Spine Project ini dapat dijaga dengan baik adalah amat penting ia tidak semestinya melalui pendekatan di mana kita mengambil alih kuasa ke atas hutan-hutan itu yang merupakan milik kerajaan negeri lebih mudah dan lebih baik sekiranya kita mencapai matlamat yang ingin kita capai dengan kita mendapatkan persetujuan daripada pihak kerajaan negeri dan pembiayaan mungkin sebahagian daripadanya boleh dirundingkan bersama daripada Kerajaan Persekutuan. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, saya minta soalan itu jawapannya biarlah bertegas sedikit berhubung dengan FRIM tadi oleh sebab kawasan tersebut adalah kawasan penampan, Yang Berhormat kena beri ketegasan Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri sama.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, saya mengikuti...

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Benda ini benda serius pasal hutan ini serius.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Timbulkan soalan dengan cara lain. Dengan itu tamatlah sesi soalan lisan untuk hari ini. Silakan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH P.M. 18(1)
INSIDEN SERANGAN KE ATAS MASJID AL-NOOR DAN LINWOOD DI CHRISTCHURCH, NEW ZEALAND

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bahawa Dewan ini membahaskan usul mengenai perkara tertentu berkepentingan orang ramai dan perlu disegerakan iaitu membincangkan insiden serangan di Masjid Al-Noor dan Linwood di Christchurch di New Zealand.

Pada hari Jumaat 15 Mac 2019, dunia dikejutkan dengan tragedi serangan pengganas di Masjid Al-Noor dan Linwood di Christchurch di New Zealand. Menurut kenyataan terkini polis New Zealand, seramai 50 orang telah terbunuh dan 50 orang cedera.

Mangsa-mangsa tersebut dibunuh ketika sedang mengerjakan solat Jumaat. Mereka menjadi mangsa hanya semata-mata kerana pegangan kepercayaan agama mereka.

Serangan tersebut tidak ada tujuan lain melainkan untuk menanam kebencian dan mendorong keganasan di merata dunia. Pelaku keganasan tersebut cuba mendorong orang- orang Islam untuk melakukan serangan balas. Di samping itu mereka cuba menimbulkan ketakutan dan syak wasangka buruk di kalangan penganut bukan Islam terhadap orang- orang Islam. Tragedi ini ternyata amat mengerikan lagi keji dan suatu tindakan pengecut.

final • 11:36 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Warga dunia cintakan keamanan termasuk di Malaysia harus menyatakan sikap dan mengecam keganasan tersebut. Kita tidak harus membenarkan sesiapa juga untuk merosakkan kerukunan yang telah terbina atau untuk menanam rasa takut antara satu sama lain.

Islam, begitu juga agama-agama lain amat menegaskan peri pentingnya memelihara keamanan. Islam mengajak kita meraikan perbezaan, agama Islam dan penganutnya tidak wajar dimusuhi kerana ajaran Islam mengajak menghormati antara satu dengan yang lain. Insiden di New Zealand itu menjadi pengajaran kepada kita di Malaysia untuk terus memelihara kerukunan, keharmonian dan kedamaian masyarakat majmuk dan tidak sesekali mendukung politik kebencian yang memecah belah.

[Tepuk] Tragedi ini juga menjadi peringatan kepada kita untuk mendepani cabaran-cabaran yang kita hadapi dalam dunia ini. Maka dengan ini saya mengemukakan usul ini untuk menyatakan pendirian tegas Parlimen Malaysia mengutuk dengan sekeras-kerasnya serangan yang dilakukan pengganas terhadap ahli jemaah yang bersolat di Masjid Al-Noor dan Linwood di Christchurch, New Zealand. Saya mengusulkan Parlimen Malaysia supaya menzahirkan simpati kepada mangsa dan keluarga mereka akibat keganasan tersebut.

Saya juga mengusulkan Parlimen Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan New Zealand di bawah pimpinan Perdana Menteri Jacinda Ardern atas tindakan tegas dan segera dalam merungkai tragedi keganasan ini. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 11:36 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu pemberitahu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) oleh Yang Berhormat Port Dickson pada hari Isnin 18 Mac 2019.

final • 11:36 AM

Tuan Yang di-Pertua

Teks usul seperti yang dibacakan oleh Yang Berhormat Port Dickson sebentar tadi.

Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat, saya sebagai Tuan Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu memenuhi tiga syarat. Syarat yang pertama ialah bahawa perkara itu tertentu, syarat yang kedua ialah bagi kepentingan orang ramai dan syarat yang ketiga ialah ia berkehendak disegerakan.

Saya telah meneliti perkara ini dan mendapati bahawa tertentu; perkara ini adalah perkara yang tertentu. kepentingan orang ramai; ia adalah bagi kepentingan orang ramai.

berkehendak disegerakan; perkara ini juga perlu disegerakan. Oleh yang demikian saya membenarkan usul ini untuk dibahaskan.

[Tepuk] Usul ini akan dibahaskan pada jam 4.30 petang. Saya akan membenarkan usul ini dibahas selama 60 minit seperti yang dilakukan pada hari Khamis lalu.

Bagi membolehkan usul ini dibahaskan di dalam Majlis Mesyuarat ia perlu diputuskan melalui satu usul. Dengan demikian saya minta seorang Menteri untuk mencadangkan usul dikemukakan. Sekian, terima kasih. Silakan Menteri.

final • 11:40 AM
USUL
MERENTIKAN KUAT KUASA PERATURAN MESYUARAT Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Mohamed Hanipa bin

Maidin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Menurut Peraturan Mesyuarat 90(2) dan dengan persetujuan Tuan Yang di-Pertua, saya mengemukakan usul untuk menghentikan kuat kuasa Peraturan Mesyuarat 16 iaitu bagi membolehkan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) oleh Yang Berhormat Port Dickson dibahaskan dalam Majlis Mesyuarat pada hari ini, Isnin, 18 Mac 2019, jam 4.30 petang. Mohon mengusulkan.

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Dato’ Kamarudin Jaffar

Tuan Yang di- Pertua, saya sokong.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:40 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 7.00 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Selasa, 19 Mac 2019.”

final • 11:42 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Dato’ Kamarudin Jaffar

Tuan Yang di- Pertua, saya sokong.

final • 11:42 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:42 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kedua, Parlimen Yang Keempat Belas”.

[14 Mac 2019]

final • 11:42 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya mempersilakan Yang Berhormat Port Dickson untuk berbahas.

final • 11:42 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk menyatakan bersama menjunjung kasih dan merakamkan penghargaan setingginya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Al-Sultan Abdullah yang telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan menyampaikan titah yang memperlihatkan kepekaan dan keprihatinan Baginda tentang permasalahan rakyat termasuk perpaduan, pembangunan dan penderitaan rakyat.

Pertama isu integriti kehakiman. Perkara ini sebenarnya pernah dibangkit oleh Almarhum Tuanku Azlan Shah, hampir satu dekad yang lalu mengenai kebimbangan Baginda akan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman. Maka, bila dibangkitkan semula dalam afidavit Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Dr. Hamid Sultan Abu Backer pada Februari 2019, ia tentunya mengundang perhatian rakyat dan kerajaan di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir telah bersetuju membentuk Suruhanjaya Diraja.

final • 11:43 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Dalam menyokong langkah ini, saya ingin menekankan bahawa keberkesanan RCI ini akan terletak pada pemilihan ahli panel yang cukup berwibawa dan bebas serta bidang tugas yang cukup luas. Ini kerana badan kehakiman adalah tunggak Perlembagaan dan keadilan negara ini dan di antara teras utama dalam Manifesto Pakatan Harapan adalah untuk mengembalikan keyakinan sepenuhnya kepada badan kehakiman.

Ada beberapa contoh yang sangat membimbangkan, selain daripada isu yang memang dibesarkan tetapi tuduhan bahawa hakim menerima rasuah untuk mengurangkan hukuman ke atas kes-kes umpama dalam Kanun Keseksaan 39B itu tentulah suatu tuduhan yang sungguh berat, yang menuntut tindakan segera dari pihak kerajaan dan suatu perhatian teliti oleh panel yang akan dibentuk kemudian.

Kedua Tuan Yang di-Pertua adalah apa yang disentuh oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai Pelan Antirasuah Nasional. Dalam Caucus Parliament Governance and Reform, kita telah mengundang Tan Sri Abu Kassim menyampaikan dengan lebih teliti tetapi kita juga menekankan kepada beliau bahawa yang perlu bukan sahaja membongkar a pa yang dianggap kesilapan-kesilapan yang lalu, itu perlu diteruskan. Disebut tentang 1MDB, FELDA dan lain-lain. Akan tetapi apa yang disebut dalam ucapan peluncuran oleh Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri dan juga ditegaskan dalam kaukus adalah penegasan kepada SPRM supaya turut memantau pentadbiran yang ada. Baik Menteri, Timbalan Menteri, pegawai- pegawai kerajaan, sektor swasta, Ahli Parlimen, kerana kalau tidak dilakukan dengan tegas pentadbiran ini dan kita hanya asyik melihat kepada yang lampau, maka kita bimbang masalah ini tidak akan terungkai.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh secara ringkas subjek ini dan sekarang masalah kemiskinan desa dan juga bandar. Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus juga menerima taklimat daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri pada 5 Mac yang lalu. Kita akui peruntukan yang diberikan untuk membasmi kemiskinan secara menyeluruh, RM22.269 bilion untuk Belanjawan 2019. Dalam mana-mana negara membangun, dari sudut KNK ini jumlah yang agak besar. Akan tetapi seperti mana juga yang kita lihat dan prihatinkan adalah tentang keperluan memastikan pelaksanaan itu cukup berkesan sampai kepada sasarnya. Mengelakkan kebocoran dan penyelewengan.

Akan tetapi akhirnya kita harus teliti sama ada jumlah ini mencukupi atau tidak. Saya mengusulkan supaya Menteri Kewangan teliti semula kerana ternyata jumlah dana untuk membela nasib rakyat miskin di bawah kategori B40 ini sama ada miskin bandar atau desa tidak mencukupi.

[Tepuk] Sarawak jumlah miskin, 59,000 orang. Sabah, 39,700 orang dan Kelantan, 38,600 orang. Dari jumlah 190,534 orang miskin yang bekerja sendiri, makan gaji, tiada pekerjaan 55,424 atau 29 peratus. Masalah politik...

final • 11:43 AM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Minta laluan sikit.

final • 11:43 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

...Tuan Yang di-Pertua, merentasi...

final • 11:43 AM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Port Dickson.

final • 11:43 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

...Kota, desa dan wilayah dan oleh yang demikian – malah parti politik atau kepentingan kaum atau agama. Siapa sahaja anak Malaysia yang dikategori sebagai melarat...

[Tepuk] Melayu, Iban atau Kadazan, Cina atau India adalah tanggungjawab kita dalam kerajaan untuk mengatasinya.

[Tepuk] [Disampuk]

final • 11:43 AM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Port Dickson, minta laluan?

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Kita tidak dapat nafikan bahawa majoritinya masih Melayu Bumiputera. Ini satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan.

Penyelesaiannya seperti yang ditegaskan dari awal reformasi Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan adalah memastikan setiap anak Malaysia Melayu yang majoriti, Cina, India atau Kadazan dan Iban, Murut mesti diberikan perhatian dan pembelaan. Ini yang disebut agenda berdasarkan hak, berdasarkan keperluan dan agenda based on need and ini teras of the Pakatan Harapan government dengan izin.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Saya bersetuju dengan saranan Yang Berhormat Port Dickson untuk mengintegritikan badan kehakiman. Cuma, saya hendak minta penjelasan benar atau tidak bahawa Datuk Dr. Rameli Musa ini kawan baik Yang Berhormat Port Dickson satu ketika

final • 11:50 AM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

dahulu. Dia dikatakan telah menjelaskan pembayaran kepada si polan bin si polan RM1.4 juta. Saya minta betul atau tidak apa yang dikatakan?

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Tuan Yang di-Pertua, walaupun tiada kaitan, saya boleh layan tidak ada masalah. Saudara Datuk Dr. Rameli Musa memang sahabat saya dan kemudian memilih untuk menyokong PAS terutama Presiden PAS yang ada sekarang ini.

[Tepuk] Itu kenyataannya. Akan tetapi kalau diminta saya bagi penjelasan saya bagi sebab saya tidak mahu gunakan ruang ini untuk bertegang leher dengan PAS.

Kalau diminta penjelasan saya beri tetapi saya ingat memadai setakat itu. Saya tidak nafikan siapa sahabat, orang PAS sekarang pun banyak sahabat saya. Tidak ada masalah. Baik, tetapi yang penting...

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh minta penjelasan sebentar?

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Apa yang ditekankan satu ialah kembali kepada badan kehakiman yang saya hendak tekankan di sini, kita harus bersama mendukung semua usaha memulihkan integriti badan kehakiman dan keyakinan yang disebut oleh Almarhum Tuanku Raja Azlan Shah the erosion of public confidence in judicial system.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Port Dickson. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Port Dickson iaitu mencadangkan ke arah bagaimana kerajaan baharu ini untuk memfokuskan membantu rakyat yang susah, tambah susah selama pemerintahan baharu ini. Jadi, apakah Yang Berhormat Port Dickson mungkin dengan Yang Berhormat Port Dickson yang meminta kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan mungkin Yang Berhormat Menteri Kewangan akan berlembut sedikit. Kalau kami cakap, dia tidak dengar. Mungkin supaya kerajaan menyusun strategi yang lebih drastik ke arah bagaimana membantu memulihkan kehidupan rakyat. Sebab sekarang ini harga barang naik melambung bukan andang-andang. Jadi rakyat susah, tambah susah. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Takkanlah tahun ini baru miskin, dua tahun lalu kaya.

[Ketawa] Akan tetapi tak mengapalah saya bersetuju untuk mengambil langkah-langkah tambahan. Akan tetapi apa yang kita sebut dalam soal masalah kemiskinan ini dari teori ekonomi, itu struktural. Dia ada masalah structural problem dan kroniknya kerana dana banyak hilang. Ini kenyataan. Kita boleh ada pendapatan yang meningkat, pertumbuhan yang baik tetapi kalau pengurusan dan urus tadbir itu lemah kalau kita tidak dapat jamin umpamanya kerugian besar dan penyalahgunaan kuasa dan rasuah, dia tidak akan dapat memberi pembelaan.

Jadi yang saya bangkit ini masalah struktural dan izinkan saya Tuan Yang di-Pertua untuk meneruskan tentang masalah kemiskinan ini. Ini kerana masalah kemiskinan sekarang ini dari khusus semasa Almarhum Tun Abdul Razak bicara kemiskinan luar bandar sekarang...

final • 11:50 AM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

...Sudah jadi isu kemiskinan desa dan kelompok kemiskinan bandar yang serius...

final • 11:50 AM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Yang Berhormat Port Dickson.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

...Yang pernah dibawa dan oleh— dan lapor dalam laporan UNICEF beberapa tahun yang lalu yang sangat mengejutkan.

Walaupun pada ketika itu Menteri pada masa itu menafikan tetapi kenyataan tidak boleh dimungkiri. Boleh saya sambung sebab kemiskinan then— termasuk Orang Asli.

[Ketawa]

final • 11:50 AM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Saya.

Yang Berhormat Port Dickson saya minta peluang. Yang Berhormat Port Dickson.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Terengganu minta laluan.

final • 11:50 AM

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Saya ada dalam ucapan.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Yang Berhormat Port Dickson saya rasa agak penting.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Selalu Melayu Bumiputera termasuk Orang Asli. Baik.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Yang Berhormat Port Dickson minta laluan. Kuala Terengganu, Kuala Terengganu.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Terengganu.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Saya habis sekejap, sekejap kemiskinan.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Ya, ya.

Tidak apa.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Baik. Jadi, ada beberapa langkah tambahan yang harus diambil. Yang Berhormat Menteri Kewangan bersetuju hari itu menambah peruntukan balik setelah dipotong dan dalam perbincangan dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan sekarang, Yang Berhormat Menteri Kewangan yang ada telah sekarang merangka peruntukan yang lebih besar. Belum diumumkan jadi saya tidak ada hak mengumumkan berdasarkan pandangan beliau. Akan tetapi sementara dikemukakan peruntukan besar untuk menangani masalah miskin rakyat ini, saya mencadangkan supaya beberapa langkah segera diambil.

Kita baca beberapa hari yang lalu tentang masalah yang dihadapi oleh mahasiswa yang tidak cukup makan dan ini sangat mengesankan dan memprihatinkan. Saya tidak fikir kita boleh terima kenyataan ini. Kerajaan harus mengambil langkah segera anak yang belajar tidak boleh dirundung malang kerana tidak cukup makanan.

[Tepuk] Saya— terima kasih kerana dalam perbincangan dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan semalam dia kata bukan setakat itu tetapi peruntukan yang sangat besar sedang disediakan tambahan kepada belanjawan yang disediakan untuk mengurangkan bebanan dan tekanan kepada rakyat.

Saya setuju dan gesa beliau segerakan tetapi ada beberapa langkah segera yang mesti diambil. Kalau pekebun kecil getah atau nelayan yang merana, ataupun macam sekarang ini anak-anak mahasiswa tidak boleh tangguh dua minggu, kita bukan Somalia atau beberapa kawasan Sudan. Ini Malaysia dan kalau kita dengar, maka tanggungjawab kita untuk segera melangkah universiti mesti ambil tindakan, kementerian berkenaan kena ambil tindakan untuk menyelesaikan masalah ini.

Saya ucapkan terima kasih kerana kerajaan-kerajaan negeri setelah saya merayu mengambil keputusan untuk segera meluluskan peruntukan tambahan untuk anak-anak negeri mereka. Selangor akan beri kepada anak-anak Selangor yang mengalami masalah dan ini akan diluluskan segera menurut Menteri Besar.

Negeri Sembilan, setuju untuk memberikan kelulusan segera menampung sementara ada peruntukan lain dan juga Pulau Pinang. Saya percaya negeri-negeri lain akan juga menyusul untuk beri sikit peruntukan. Kalau RM100 pun tak apa tambahan daripada apa yang mereka perolehi sekarang untuk mengurangkan beban yang dihadapi oleh pelajar- pelajar.

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab saya tidak fikir sesiapa pun di negara ini boleh terima kenyataan bila membaca masalah anak-anak mahasiswa...

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas

Yang Berhormat Port Dickson.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

...Yang hadapi masalah makanan ini dan membiarkan mereka begitu berlarutan untuk beberapa minggu.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas

Kepala Batas.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas

Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Saya cukup rasa seronok bila Yang Berhormat Port Dickson membangkitkan perkara yang membabitkan soal kehidupan pelajar-pelajar dan bukan hanya

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas

di universiti malahan juga di sekolah-sekolah yang berasrama. Terdapat potongan yang agak tinggi pada jumlah hampir RM100 juta dalam Rancangan Makanan kepada sekolah-sekolah berasrama termasuk sekolah berasrama penuh. Tentu sekalilah akan menjejaskan pelajar- pelajar kita yang dikatakan créme de la créme ini. Apakah Yang Berhormat Port Dickson juga akan mengusulkan kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk menambah peruntukan yang telah dikurangkan RM100 juta dalam belanjawan baru ini? Terima kasih.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Tuan Yang di-Pertua, tentunya yang saya sebut universiti termasuk pelajar-pelajar, sekolah dan juga di asrama penuh yang saya umumkan juga bahawa Yang Berhormat Menteri Kewangan bukan menimbangkan permohonan telah bersetuju dan sekarang merangka peruntukan yang lebih besar untuk menangani masalah ini. Cuma yang saya tekankan ialah langkah segera yang patut diputuskan hari ini dan esok kerana kita tidak mahu anak-anak kita mengalami masalah tersebut dan ini yang saya beritahu tentang keputusan tiga negeri. Saya percaya negeri- negeri lain telah buat tetapi tidak sempat saya hubungi untuk mengambil langkah segera.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Beberapa langkah lain yang harus diberikan pertimbangan dalam menangani masalah kemiskinan ini termasuklah memantau pelaksanaan dan keberkesanan Agro Bank umpamanya. Saya fikir untuk mengenakan faedah empat peratus tidak munasabah, ia patut kembali kepada wang perkhidmatan yang pernah kita perkenalkan dahulu, satu peratus hingga dua peratus hanya servis kos perkhidmatan kerana dana untuk membantu petani dan nelayan miskin tidak boleh dikenakan faedah seperti mana pengurusan – walaupun faedah itu relatif lebih rendah kerana ia membebankan peminjam.

Jadi soal ini bagi saya Tuan Yang di-Pertua, seperti mana pernah kita rungkaikan sebelumnya dan telah pun diambil tindakan-tindakan tertentu dan dengan masalah penurunan harga kelapa sawit dan getah, ia merumitkan lagi keadaan yang dihadapi oleh rakyat. Begitu juga kalau kita teliti masalah universiti dan juga miskin bandar ini dikaitkan juga tentang kos sewa, kos makanan dengan sendirinya yang lebih tinggi daripada tahun-tahun sebelumnya. Jadi hal-hal itu harus diberikan pertimbangan untuk meringankan beban mereka.

Tuan Yang di-Pertua, bulan lalu saya dengan Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia, Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo telah melancarkan DNA23 dengan maksud untuk mendapat kesedaran meluas di kalangan rakyat, keperluan kita menerima kenyataan bahawa digital ekonomi itu adalah imperatif dan tuntutan zaman yang sangat mendesak. Tuntutan ini kerana dengan artificial intelligence, big data, robotics – kalau kita tidak mengejar cepat, kita akan ketinggalan.

Saya juga sebut dalam pelancaran itu bagaimana harus universiti-universiti dalam bidang berkenaan segera memperbaiki syllabus dan tidak menunggu. Dari industri memberitahu saya bahawa kurikulum itu sebenarnya yang diperkenalkan di universiti masih tiga tahun ketinggalan berbanding dengan tuntutan industri. Ini bermakna anak-anak kita lulusan IT di universiti tempatan akan mendapat pekerjaan tetapi tidak dapat high-end terutama menjadi programmer yang berkesan. Jadi saya juga mencadangkan supaya hal ini diberikan perhatian oleh Kementerian Pendidikan.

Saya percaya kalau DNA23 ini diperkenalkan, pelaburan akan meningkat. Akan tetapi ada juga kebimbangan bagaimana tentang kesenjangan, bagaimana kumpulan B40.

Jawapan saya ialah seperti yang dilaporkan di beberapa tempat dan di beberapa negara membangun, kita harus ada program khas di bawah kementerian-kementerian berkenaan untuk memperkenalkan digital economy kepada nelayan, dia tahu harganya. Di Tanjong Karang harganya RM2, jual di Kuala Lumpur RM12. Jadi penekanan orang tengah ini agak keterlaluan. Ini bukan teori baru ekonomi, saya selalu hafal. Kalau teori Ungku Aziz tentang irregularities in the marketing infrastructure. Jadi ini kalau hendak harap FAMA sahaja tidak cukup, kalau bagi kesedaran kepada nelayan, dia tahu hak dia dan memberikan kesedaran kepada rakyat untuk boleh berkunjung ke tempat mereka dan membeli dengan harga yang lebih rendah dan pendapatan nelayan ditingkatkan. Ini maksud digital economy. Jadi yang diperkenalkan di beberapa buah negara tetapi kalau kita serahkan kepada sektor swasta dan tidak ada pemantauan seperti mana yang dilakukan oleh MDEC sekarang, saya rasa ia akan boleh membantu. Jadi start-up seumpamanya, saya terkesan kerana ada start-up di situ atas usaha mereka sendiri. Iflix memang terkenal, sudah jadi antarabangsa.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Ada TheLorry.com. Anak-anak muda Melayu dari desa yang mengambil inisiatif ini kemudian memperkenalkan supaya lori-lori berdaftar dengan mereka dan dengan ini kecekapan dan pendapatan pengusaha lori kecil meningkat walaupun masih dalam kategori B40 atau dapat mengatasi sedikit.

Saya menggesa supaya negara kita secara umumnya memberikan tumpuan yang lebih kepada bidang ini dari sudut penyelidikan, R&D dan juga memberi galakan yang lebih meluas. Digital economy, digitalization tidak boleh dikongkong oleh kelompok bandar atau kaya atau syarikat-syarikat bas besar. Digital economy dan digitalization mesti merangka satu program yang lebih menyeluruh dan melebar sehingga kelompok miskin bandar dan miskin desa.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ayer Hitam.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Saya mendengar apa Yang Berhormat hujahkan termasuk digital economy. Bagaimana sebagai seorang mantan Menteri yang berpengalaman sebagai Timbalan Perdana Menteri melihat trend yang ada sekarang dari segi pendidikan dan persediaan kita.

Kita asyik mengatakan bahawa IR4.0. Akan tetapi pada kawasan pedalaman, kita belum lagi mampu untuk kita memperluaskan lagi ilmu pendedahan terhadap aspek ini.

Pada pandangan Yang Berhormat, apakah cadangan yang konkrit yang boleh kita lakukan? Ini termasuk Yang Berhormat mengatakan dari segi syllabus, saya setuju.

Bagaimana kita hendak memperluaskan? Kalau kita sebut IR4.0, dua komponen penting iaitu artificial intelligence (AI) dan juga Internet of Things. Akan tetapi dari segi prasarana, bagaimana Yang Berhormat melihat kekurangan yang ada di kawasan pedalaman?

Bagaimana kita kata dalam bahasa Inggeris reach to gap? Saya minta pandangan Yang Berhormat dan content untuk digital economy itu, apa yang sepatutnya dijadikan keutamaan sekarang. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, untuk merumuskan saya ingin menjelaskan bahawa tatkala meluncurkan program dan agenda DNA23 ini, kita ada sebut tentang technopreneur kita ada sebut tentang rencana untuk kawasan desa terutama nelayan, petani dan peladang supaya harga barang dia diketahui dalam apps tertentu dan kita ada sebut tentang program latihan khusus miskin bandar seperti mana yang dilakukan oleh Universiti Malaya dengan Kampung Kerinchi, itu ada dilakukan.

Saya dengar universiti UIA umpamanya, ada memilih juga kampung di sekitar Selangor tetapi ini tidak cukup. Ia harus menjadi suatu gagasan yang lebih besar yang dapat dengan sendirinya merupakan inisiatif, mengurangkan masalah kemiskinan dan kesenjangan. Apa yang saya tekankan dalam digital economy ini ialah selain daripada AI, Internet of Things, big data semua itu memang terpakai tetapi ada beberapa apps yang diperlukan khusus untuk menyelesaikan sebahagian daripada masalah petani dan nelayan.

Di banyak negara, Estonia itu merupakan suatu yang agak luar biasa. malah Qatar sendiri, e-governance itu jauh lebih berkesan berbanding Malaysia. Jadi kita juga menekankan tentang e-governance secara lebih berkesan dan juga digital economy ini kerana ia harus merangka program khusus di desa dan rakyat miskin di bandar.

final • 12:00 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Boleh saya mencelah sedikit daripada Sarawak? Sibuti.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sibuti daripada Sarawak.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Sudah cukup waktu Yang Berhormat. Takut time sahaja.

final • 12:00 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Sedikit sahaja.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sibuti. Silakan.

final • 12:00 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Yang saya hormati Yang Berhormat Port Dickson. Semenjak Ketua Menteri Sarawak mengambil alih kepimpinan Sarawak, beliau memperkenalkan dasar Digital Economy IR4.0, walaupun demikian dasar tersebut mendapat kritikan yang sangat teruk kerana memandangkan Sarawak dikatakan tidak bersedia dan ketinggalan dari segi pembangunan.

final • 12:00 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Adakah apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Port Dickson berkenaan tentang kita perlu menuju ke digital economy, adakah Yang Berhormat Port Dickson dapat membantu dan juga mempromosikan dasar tersebut ke negeri Sarawak agar Sarawak dapat bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan dasar 4.0, big data dan juga IR4.0 ini.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Terima kasih. Sebenarnya kita juga teliti tentang langkah dan inisiatif diambil oleh Sarawak yang dalam beberapa bidang memang agak ke depan. Akan tetapi, ia terikat dengan kelemahan infrastruktur, jaringan yang sekarang ini diberi perhatian oleh Menteri Komunikasi. Kita boleh bicara tentang internet of things tetapi kalau tidak ada internet access, ia ada problem. Jadi, hal ini telah diberikan keutamaan.

Jadi memang, seperti yang disebut, inisiatif yang dibuat oleh Sarawak itu memenuhi beberapa aspek yang kita lakukan dan seperti mana yang saya sebut, ia merentasi wilayah dan kawasan dan politik. Oleh hal demikian, kita mahu agenda ini menjadi agenda nasional.

Tuanku Yang di-Pertuan Agong menekankan tentang masalah perpaduan dalam negara kita. Saya ingat perlu saya tekankan di sini bahawa hal ini jangan diremehkan kerana negara kita ini tegak atas pertimbangan quid pro quo kontrak yang jelas di kalangan masyarakat yang kemudian dimeterai dalam Perlembagaan negara. Soal Islam, soal bahasa, soal hak keistimewaan, kedaulatan Raja-raja.

Sementara kedua-dua pembangkang dan Kerajaan Pakatan Harapan telah menegaskan hal yang sama, maka tidak adil untuk dipertikai mana-mana pihak, termasuk sekarang Pakatan Harapan, seolah-olah tidak memuliakan perjanjian dan prinsip ini. Saya ingin menegaskan bahawa Pakatan Harapan tidak pernah memungkiri kenyataan untuk memartabatkan.

[Tepuk] Kalau pandangan saya, kedudukan bahasa Melayu ini bukan sekadar kita harus berpuas hati sekarang tetapi harus lebih dimartabatkan sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu.

[Tepuk] Akan tetapi, seperti mana yang saya sebut, ia tidak quid pro quo. Kalau kita mahu maju dalam negara kita, martabatkan bahasa Melayu, perkembangan bahasa Inggeris dan perkembangan semua bahasa lain. Bahasa Cina sekarang bukan bahasa suku kaum Cina tetapi bahasa ekonomi serantau dan kita harus berani mendepani masalah ini.

[Tepuk] Negara-negara yang maju di Eropah dan di Amerika, semuanya tidak satu bahasa.

Satu bahasa rasmi, jangan kita tolak ansur tetapi galakkan bahasa-bahasa lain dan jangan dianggap ancaman kepada keutuhan dan kedudukan mana-mana bahasa.

Begitu juga tentang masalah ekonomi. Saya tekankan tadi masalah kemiskinan desa dan bandar. Walaupun saya tahu majoriti besarnya adalah Melayu tetapi saya tidak sebut ia agenda Melayu kerana saya tahu juga ada nelayan Cina yang miskin, ada India estet yang harus kita beri pembelaan, ada orang Kadazan, Orang Asli dan lain-lain yang bukan Melayu atau etnik Melayu harus diberi pembelaan.

Maka saya tekankan agenda rakyat, agenda membasmi kemiskinan yang semestinya mengakibatkan penyelesaian kepada permasalahan kepada masyarakat Melayu yang majoritinya.

Akan tetapi kalau kita gunakan agenda kaum tetapi dibolot oleh elit kaum seperti pernah berlaku, ia tidak bermakna. Mobiliti sosial dari segi pendidikan, kita akui, itu kejayaan besar dari awal. Anak-anak Melayu dari kampung yang dibawa ke universiti. Ini disebut social mobility. Akan tetapi, dari segi penghasilan, dari segi keuntungan, kontrak, itu agihan kepada kelompok kecil itu keterlaluan. Maknanya puluhan bilion disapu oleh orang kecil Melayu tetapi ratusan ribu dan jutaan yang di bawah itu merempat. Sebab itu kita hadapi masalah kemiskinan sekarang.

[Tepuk] Jadi sebab itu pendekatan kita, jangan abaikan majoriti rakyat kita iaitu orang Melayu. Ini saya tegaskan kepada orang-orang Melayu atau orang-orang Cina di bandar atau di desa atau kelompok-kelompok korporat semua kaum bahawa negara ini tidak mungkin akan stabil kalau mana-mana kaum apatah lagi kaum majoriti itu dianggap terabai dan tersisih.

[Tepuk]

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Sebab itu kita menyokong langkah-langkah yang diambil termasuk pengumuman yang bakal diumumkan oleh Menteri Kewangan tentang langkah yang lebih besar untuk menangani masalah kemiskinan semua kaum dan semua rakyat negara kita.

Jadi saya percaya Parlimen mempunyai peranan. Saya berterima kasih kepada rakan-rakan ahli kokus dari Pakatan Harapan dan juga dari UMNO dan PAS yang hadir dalam sidang itu di mana kita cuba mencari konsensus dalam hal-hal yang kita sepakati.

Saya usulkan kepada kerajaan supaya isu kontroversial, ratification ataupun pengabsahan konvensyen antarabangsa, sebaiknya sebelum Kabinet meluluskan, bawa ke Parlimen supaya kita bina konsensus dalam Parlimen.

[Tepuk] Maka kalau kita dapat, maka kita boleh dengar pandangan-pandangan dan dengan demikian, hal-hal yang menyentuh kepentingan negara itu tidak menjadi polemik dan keresahan politik antara parti.

Akan tetapi, syaratnya mestilah dipulangkan kepada Parlimen untuk mendengar pandangan. Kalau ada konsensus segera, kita segerakan, ratify. Kalau perlu penjelasan, lebih baik kita jelaskan dulu. Apa yang dipersetujui di New York atau di Geneva tidak semestinya difahami atau bersesuaian dengan kita. Oleh demikian, wajar kita teliti semula dan kalau ada khilaf, kita berikan penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi mengulangi kenyataan penghargaan kerana Titah Diraja ini mendapat sambutan yang begitu baik daripada Ahli-ahli Parlimen dan julung kali nampak diberi penegasan yang boleh memberi kesan kepada kita dan membantu perbahasan di Parlimen ini. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Penjelasan. Minta penjelasan.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah habis.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak. Saya hendak tanya Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Port Dickson boleh bercakap dengan panjang ini, adakah dia bakal Perdana Menteri? Saya hendak tanya itu sahaja.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya ingat Yang Berhormat Arau pun tahu jawapannya.

final • 12:10 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Ketereh.

final • 12:10 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah, saya bersyukur, lebih-lebih lagi dapat berucap selepas Yang Berhormat Port Dickson. Boleh ya? Kebetulan nama pun sama. Kalau Anwar Ibrahim dapat diberikan 13 minit extra, saya berhak menuntut juga 13 minit extra selepas pada ini sebagai tanda Kerajaan Pakatan Harapan akan menjadi kerajaan yang sentiasa bersikap adil dan tidak senget sebelah.

final • 12:17 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Betul.

final • 12:17 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Tuan Yang di-Pertua, semalam, alhamdulillah, kami juga di tempat yang sama di Rantau pada jarak 200 meter. Yang Berhormat Port Dickson dalam kelompok penyokongnya dan saya dalam kelompok penyokong Barisan Nasional. Rasa terhormat. Selepas itu saya berkesempatan mendengar ucapannya di Taman Angsamas semalam, masih Anwar Ibrahim yang lama.

Pagi ini rasa terhormat kerana berkesempatan mendengar ucapan Yang Berhormat Port Dickson dan memberikan saya sedikit peluang untuk, sebelum menyentuh perkara lain, membuat ulasan tentang ucapan Yang Berhormat Port Dickson.

Mendengar ucapan Yang Berhormat Port Dickson tadi, saya merasa syukur, saya merasa bangga kerana daripada bait-bait ayat yang disampaikan oleh Yang Berhormat Port

final • 12:17 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Dickson, sewajarnya beliau adalah Perdana Menteri-in-waiting, PM-in-waiting yang cukup berkelayakan.

Akan tetapi...

[Disampuk] Senyap tidak tepuk pula sebelah itu sebab ada yang ragu.

final • 12:17 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tepuklah sebelah sana itu!

final • 12:17 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Yang saya rasa hairan adalah ucapan itu menggambarkan line of thought yang cukup jelas dan ternyata baik. Saya tidak faham kenapa di sebelah sana masih ada keraguan. Masih ada keraguan sebahagian daripada sebelah sana sekurang-kurangnya yang dikatakan cuba hendak melambat-lambatkan proses Yang Berhormat Port Dickson mengambil alih jawatan Perdana Menteri seperti yang dijanjikan.

Akan tetapi, barangkali Dewan ini boleh memahami kerana kalau diperhatikan ucapan Yang Berhormat Port Dickson tadi, ternyata terdapat perbezaan aliran pemikiran yang sangat nyata di antara Yang Berhormat Port Dickson dengan Yang Berhormat Langkawi.

final • 12:17 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Dalam keadaan Langkawi dengan kereta terbangnya...

final • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:20 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Dengan litar Sepangnya...

final • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan, peraturan.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, saya lihat.

final • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan.

final • 12:20 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Dengan penswastaannya...

final • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Duduklah Yang Berhormat Ketereh, duduk.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Apabila peraturan mesyuarat dibangkitkan, diminta berhenti bercakap.

final • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, peraturan.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, peraturan.

final • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Di bawah Peraturan 36(6), saya minta supaya Yang Berhormat Ketereh meneruskan dengan perbahasan tanpa membuat apa-apa sangkaan jahat terhadap kami, terhadap Yang Berhormat Port Dickson ataupun terhadap Yang Berhormat Langkawi. Jangan cuba melaga-lagakan kami. Terima kasih. Itu adalah kerenah UMNO dan PAS.

final • 12:20 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Apa sangkaan jahat itu?

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya buat ruling, tidak ada sangkaan jahat.

final • 12:20 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Boleh jelaskan, apa sangkaan jahat?

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan 36(6) untuk dia sebab dia buat sangkaan jahat kepada UMNO dan PAS.

final • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Ya, ya.

final • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Itu betul. Yang Berhormat Arau, itu hakikat Yang Berhormat Arau.

final • 12:20 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Arau sila duduk. Ya, silakan.

final • 12:20 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau saya hendak bagi 13 minit lebih, kita akan makan masa sudah berapa minit dah.

final • 12:20 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Tuan Yang di-Pertua, Kalau takut dilambung ombak, Jangan berumah di tepi pantai, Kalau tidak mahu kena tempelak, Berfikir biar berhemah, bertutur biar pandai. Itu pantun nombor satu tuju untuk Yang Berhormat Jelutong. Kalau bangun lagi, kena lagi nanti. Tidak tahu yang mana peraturan, hendak peraturan...

final • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau Yang Berhormat Ketereh tidak ikut peraturan perbahasan, Yang Berhormat Jelutong akan bangun.

final • 12:20 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya bagi amaran.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jelutong sila duduk.

final • 12:20 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Dalam keadaan kerajaan sekarang ini diperhatikan oleh rakyat dan rakyat membuat penilaian termasuk melalui peti-peti undi, termasuk waktu pilihan raya kecil sedang berlangsung.

Rakyat membuat penilaian. Hal ini kerana apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan pada hari ini amat berbeza dengan apa yang dituntut oleh Yang Berhormat Port Dickson. Tuntutan yang dibuat oleh Yang Berhormat Port Dickson itu kami merasa segar, kami merasa senang.

Malah kalau ada undi, terasa kami ingin memberi undi kepada Yang Berhormat Port Dickson kalau undi tidak cukup.

Kita tidak memilih berdasarkan kepada personaliti. Kita akan memilih pemimpin berdasarkan apa yang akan dilakukan untuk negara ini. Tidak ada kasih yang kekal, tidak ada benci yang kekal dalam politik. Kami cuma mendoakan agar bibit-bibit ayat yang disusun dengan teliti oleh Yang Berhormat Port Dickson tadi akan menjadi realiti dalam pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan. Kita menyeru kawan-kawan dalam Pakatan Harapan untuk bermuhasabah. Anda semua sudah terlalu jauh daripada apa yang anda janjikan. Kerajaan ini semakin hari, semakin lari daripada apa yang diharapkan oleh rakyat. Anda diberikan kepercayaan kerana anda memberikan janji, gambaran, harapan yang cukup diidam-idamkan oleh rakyat. Akan tetapi, mengakulah perkara itu tidak berlaku. Bukan saja dalam soal agenda ekonomi, malahan dalam falsafah pengurusan dan pentadbiran negara.

Perkara yang basic termasuk yang ditegur oleh ataupun yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam para yang ke-22, baginda bertitah, “Beta percaya kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan perlu difahami sedalam-dalamnya oleh setiap warganegara tanpa mengira bangsa dan agama”. Ertinya, Yang di-Pertuan Agong menuntut agar soal kedudukan Islam itu bukan hanya menjadi urusan untuk kefahaman orang Islam dalam konteks negara kita. Kedudukan Islam mesti difahami oleh semua rakyat dan warganegara yang bertanggungjawab. Alhamdulillah hari ini, Yang Berhormat Port Dickson mengulangi dengan nada yang hampir sama.

Kenapa harus ada suara-suara yang ingin menyamakan termasuk tindakan- tindakan politik daripada sebelah sini, hendak dikaitkan dengan extremism, Talibanism dan sebagainya? Apakah penyatuan dan kesatuan orang Islam itu sesuatu ancaman ataupun bersikap rasis kepada kaum lain? Itu menandakan kedudukan Islam, sejarah Islam dalam negara ini tidak difahami oleh kita semua. Dalam Islam, Islam menentang rasisme.

final • 12:20 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Ketereh, minta laluan.

final • 12:20 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

[Berucap dalam bahasa Arab]

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pendang minta laluan.

final • 12:20 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Ya,silakan.

final • 12:20 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Baca Al-Quran dulu.

final • 12:20 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Pendang.

final • 12:20 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Ketereh. Saya hendak bertanya berkenaan dengan isu pembunuhan di Masjid Al Noor, Christchurch ini dikaitkan dengan penyatuan di antara PAS dan UMNO di Malaysia ini. Apa kaitan ini? Kita bersatu atas nama Islam, bukan ada siapa menganiaya siapa-siapa sama ada parti lain, parti mana-manakah. Akan tetapi sekarang ini kita dikaitkan dengan kes yang berlaku di Masjid Al Noor, Christchurch.

Saya hendak minta pendapat Yang Berhormat Ketereh dalam isu ini. Adakah ini satu extremism yang berlaku untuk menaikkan semangat berlaku kekacauan di Malaysia?

Siapa yang bangkitkan di Malaysia isu ini? Silakan.

final • 12:20 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Apa yang berlaku di New Zealand adalah kerana ada orang yang berpenyakit. Bukan soal kaum. Bukan soal warna kulit. Bukan soal agama. Tidak ada kaum, tidak ada warna kulit, tidak ada agama yang mengajar perilaku seperti mana yang berlaku di Christchurch. Akan tetapi, orang bijak pandai pun macam Senator Fraser Anning, seorang wakil rakyat, seorang Ahli Parlimen, tetapi tetap juga merupakan orang berpenyakit. Dalam Dewan ini juga ada sebahagian yang hampir-hampir juga kelihatan berpenyakit.

[Tepuk] Fobia tidak kena pada tempatnya.

final • 12:20 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Sangka buruk kepada ahli Dewan.

final • 12:20 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Fobia yang tidak kena pada tempatnya dan ini bertepatan dengan apa yang diperingatkan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku, bahawasanya marilah kita menyahut seruan Yang Berhormat Port Dickson untuk kita sama-sama memahami soal Islam dan kedudukan Islam dalam negara kita ini.

Saya menyebut tadi, Rasulullah SAW bersabda, [Membaca sepotong hadis] yang bermaksud, “Bukan daripada golongan kami orang yang menyeru kepada perkauman”. Ini hadis. Ya, Yang Berhormat Jelutong. Belajar hadis sikit pagi ini. Bukan daripada golongan kami, orang yang berperang atas jalan assabiah. Bukan daripada golongan kami, orang yang mati atas jalan perkauman. Malah Rasulullah SAW telah menegaskan, berpesan kepada orang Islam; “Barang siapa yang menyakiti Zimmi yakni orang bukan Islam yang tidak memusuhi Islam, maka kata Rasulullah SAW, akulah musuhnya. Barang siapa menjadikan aku musuhnya, aku mengalahkannya di akhirat”. Dua pernyataan ini adalah bukti. Bukti bahawasanya Islam bukanlah sebuah agama yang menganjurkan rasisme. Saya ingin menegaskan kerana negara ini dipelopori, didiami, dipimpin oleh orang-orang yang beragama Islamlah, negara ini yang dulunya tidak majmuk, menjadi majmuk, berbagai-bagai kaum kerana orang Islam bersedia menerima kaum lain dan agama lain dalam negara ini.

Kerajaan Melayu Melaka Yang Berhormat Jelutong, sebuah kerajaan ditadbirkan oleh pemerintah Islam daripada satu peringkat ke satu peringkat, satu dekad ke satu dekad, satu abad ke satu abad. Negara ini belum menjadi sebuah negara yang majmuk, tetapi akhirnya menjadi sebuah negara yang majmuk, boleh diterima oleh penduduk asal. Kerana apa? Ini kerana mereka Islam. Hal ini kerana Islam tidak dibenarkan membenci kaum yang lain. Ini kerana Islam boleh menerima orang lain atas prinsip ‘taeayush’ ataupun coexistence.

final • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

[Bangun]

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Melaka minta laluan.

final • 12:20 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Hal ini kerana Islam juga menganjurkan wasatiyyah dan kesederhanaan.

final • 12:20 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Ini kerana Islam tidak membezakan warna kulit. Hatta Islam menghormati kebebasan beragama. Maka bisa sahaja kaum lain, agama lain berkongsi negara bernama Malaysia adalah kerana pada hemat saya, kerana kesediaan penerimaan orang Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang menolak racism. Ini fakta sejarah.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Melaka minta laluan. Berikan? Ya silakan Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 12:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih. Yang Berhormat Ketereh, saya hendak tanya, kalau Islam boleh terima semua, apakah pandangan Yang Berhormat Ketereh terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh parti PAS mengatakan bahawa yang mereka bukan Islam, tidak boleh menjadi Menteri dan mengatakan bahawa hari ini, Kerajaan Persekutuan dipengaruhi, diperintah, dikuasai oleh orang bukan Islam? Mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang cuba menegangkan hubungan antara rakyat Malaysia.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Tuan Yang di-Pertua, saya minta dinamakan pemimpin PAS yang kata parti PAS tidak boleh terima orang bukan Islam sebagai Menteri. Siapa yang kata?

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Biar Yang Berhormat Ketereh yang menjawab.

final • 12:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab ini floor saya, saya harap tidak perlu gaduh. Saya cuma ingin cadangkan dan saya sedia sponsor tiket free duduk tujuh hari di Kelantan, belajar kenal dengan PAS dahulu. Saya tanggung segala-galanya.

[Tepuk] Oleh sebab ini juga penyakit.

Ini tanda-tanda sakit. Saya tidak tahu dia kutip daripada mana. Kami yang lama bergaduh dengan PAS pun tidak pernah dengar ayat itu.

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

Sakit jiwa.

final • 12:30 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Peraturan, peraturan Tuan Yang di- Pertua...

final • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, ini sudah keterlaluan. Dari pagi tadi kita lihat Yang Berhormat Ketereh dia berbahas― Ini sudah menyindir Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 12:30 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Peraturan...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti, nanti. Seorang demi seorang ya.

final • 12:30 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Peraturan Tuan Yang di-Pertua. Peraturan 36(5), “Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa Ahli lain”. Tadi saya dengar Yang Berhormat Ketereh menyatakan penyakit― merujuk kepada seseorang Ahli Parlimen lain. Saya meminta Yang Berhormat Ketereh tarik balik.

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

Ini bukan sangkaan jahat.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya ingat – ya. Mungkin boleh gunakan satu istilah yang lebih neutral ya.

final • 12:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Okey tarik balik. No problem. Ada peluang ulang, kita boleh ulang lagi, insya-Allah

final • 12:30 PM

[Dewan ketawa]

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

. Fakta tetap fakta. Di mana tadi pula ada berburuk sangka. Saya bercakap terus terang.

final • 12:30 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Boleh saya mencelah sedikit Yang Berhormat Ketereh?

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

Ini bukan tarik balik.

final • 12:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 12:30 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Boleh saya minta penjelasan sedikit?

final • 12:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Jadi soal memahami kedudukan Islam ini menjadi perkara yang sangat penting. Yang Berhormat ...

final • 12:30 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Saya cuma hendak minta penjelasan sedikit.

final • 12:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Sila, sila.

final • 12:30 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Tadi Yang Berhormat telah bercakap tentang pada awalnya memang orang Melayu, orang Islam telah menerima pendatang yang datang ke seluruh Malaysia. Akan tetapi, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa kita semua sekarang, walaupun berbilang kaum sama ada Cina, India, semua, kita bersama- sama membina negara?

[Tepuk] Inilah satu contoh di mana kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersama-sama dan tidak mengapi-apikan soal perkauman. Sila beri penjelasan.

Terima kasih.

final • 12:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Okey Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan tahniah. Apa yang bagus saya cakap bagus. Memang kita terima, tidak ada masalah. Oleh sebab itu you all pun ada di sini semua. Kita terima, no problem. Akan tetapi jangan jadi macam ada di kalangan kita yang mengungkap soal Taliban, kaitkan UMNO dengan PAS. Jangan ada di kalangan kita seperti mana yang mengatakan ini kononnya scorched-earth policy, menyamakan kita dengan Jerman. Kata-kata yang sedemikian dalam hukum fizik kata, *“For every action, there will be equal and opposite reaction”.

[Tepuk] .*

final • 12:30 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Minta mencelah sedikit Yang Berhormat Ketereh.

final • 12:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Apa Ahli-ahli Yang Berhormat dapat itu adalah reaction. Oleh sebab itu dalam Islam, selama mana zimmi, yakni tidak memusuhi, tidak hendak menghalau, tidak hendak menyakiti, adalah haram bagi orang Islam untuk mengapa-apakan orang bukan Islam.

final • 12:30 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Ketereh minta pencerahan.

final • 12:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Akan tetapi yang menjadi permasalahan ini apabila garisan zimmi itu dilanggar, menunjukkan tanda- tanda sama ada untuk menyerang, mengkhianati dan sebagainya. Dalam sejarah Islam, Islam tidak pernah menyerang negara lain dan umat lain melainkan mempertahankan diri.

Peperangan Badar adalah Rasulullah mempertahankan Kota Madinah apabila hendak diserang oleh Quraisy.

final • 12:30 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Ketereh.

final • 12:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Peperangan Uhud adalah dalam konteks mempertahankan Kota Madinah yang merdeka. Peperangan Khandaq, membina parit melindungi diri daripada mempertahankan. Dalam sejarah dunia, daripada kerajaan zaman Rasulullah, zaman sahabat, Kerajaan Andalusia, orang bukan Islam semua aman di bawah pemerintahan orang Islam. Akan tetapi, orang Islam belum tentu aman di bawah pemerintahan-pemerintahan orang lain.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kangar minta laluan.

final • 12:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Apa terjadi dengan orang Islam di Rohingya? Apa terjadi dengan orang Islam di Uighur, China? Apa terjadi dengan orang Islam di selatan negara jiran? Apa terjadi dengan orang Islam di selatan Filipina? Apabila orang Islam adalah orang minoriti, termasuk juga di Bosnia, belum tentu lagi― sejarah belum menunjukkan orang Islam dilindungi. Akan tetapi, sejarah telah membuktikan kepada dunia termasuk negara kita, walaupun orang Islam majoriti, tetap kita beri perlindungan kepada semua kaum dan semua agama.

[Tepuk]

final • 12:30 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Ketereh minta penjelasan sedikit. Batu Kawan.

final • 12:30 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Boleh, minta?

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kangar minta laluan. Yang Berhormat Kangar silakan.

final • 12:30 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengucapkan selamat datang kepada Persatuan Kebajikan Penduduk Sena, Kangar ke Dewan hari ini.

Saya cuma hendak tanya dengan Yang Berhormat Ketereh, sebab tadi Yang Berhormat Ketereh sebut tentang hukum fizik. Saya setuju, memang tidak elok kita terutamanya yang jadi wakil rakyat menuturkan perkataan-perkataan yang menyakitkan hati pihak lawan. Akan tetapi, setuju atau tidak Yang Berhormat Ketereh bahawa mungkin sebenarnya perkataan itu dimulakan oleh daripada pihak sebelah sana [Merujuk kepada blok pembangkang] yang sering menuduh DAP sebagai Parti Komunis? Ketua Pemuda parti Ketereh sendiri pun baru-baru ini minta maaf sebab salah menuduh kepada pimpinan daripada DAP ini sebagai daripada keturunan Chin Peng.

[Tepuk]

final • 12:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Saya tidak perlu berpolemik tentang itu. Akan tetapi, sejarah parti DAP pernah disokong oleh gerakan Komunis.

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Itu sangkaan jahat, itu sangkaan jahat. Unless you can prove it.

final • 12:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Parti DAP...

Ini sejarah.

final • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

That you withdraw! Saya minta Yang Berhormat Ketereh tarik balik. Saya minta Yang Berhormat Ketereh tarik balik.

Come on Yang Berhormat Ketereh, be a gentleman. We are not communists okey. Tarik...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:30 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Sekiranya boleh membuktikan di Dewan yang mulia ini, saya minta Yang Berhormat Ketereh tarik balik.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, itu memang satu bantahan yang saya ingat wajarlah.

final • 12:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Saya sebut balik...

final • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Ketereh ada penyakit.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tarik baliklah Yang Berhormat Ketereh. Kecuali ada bukti nyata ya.

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Saya ingat tarik balik.

final • 12:30 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Kena tarik balik Yang Berhormat Ketereh.

Kena tarik balik dakwaan tadi, telah diarahkan oleh Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Sudah jadi otai dalam Dewan Rakyat ini Yang Berhormat Ketereh. Tidak akan buat statement macam itu.

final • 12:30 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Tuan Yang di-Pertua telah memberikan arahan.

final • 12:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Penjelasan yang mana satu ...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tarik balik kenyataan bahawa ada kepimpinan DAP dipengaruhi oleh Komunis atau menjadi ahli Parti Komunis.

final • 12:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Tuan Yang di-Pertua, sila baca Hansard esok. Sila baca Hansard esok sama ada, ada atau tidak saya kata pemimpin DAP dipengaruhi oleh...

final • 12:30 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Tarik balik dahulu. Hansard boleh baca esok. Tarik balik dahulu.

final • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Ketereh bukan sahaja ada penyakit...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya dengar, Yang Berhormat telah mengaitkan kepimpinan DAP dengan Parti Komunis. Itu dengan sendirinya tidak adil, tidak wajar disebut dalam Majlis yang mulia ini. Jadi, saya arah tarik balik lah.

final • 12:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Saya boleh tarik benda saya tidak kata, no problem. Hendak suruh 10 kali tarik pun boleh, tarik benda saya tidak kata. Saya hendak ulang apa yang saya kata. Apa yang saya kata dalam catatan sejarah termasuk dalam dokumen yang disimpan oleh Kementerian Dalam Negeri dan laporan punca berlakunya Peristiwa 13 Mei adalah unsur-unsur gerakan Parti Komunis memberi sokongan kepada DAP. Saya tidak kata DAP Komunis.

final • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, that is serious Tuan Yang di-Pertua. Saya minta beliau tarik balik. Tidak boleh benarkan perkara itu.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Itu lain itu.

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

Ikut sejarah.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya akan melihat keseluruhan Hansard hari ini dan kita akan putuskan esok ya. Oleh sebab saya dengar seolah-olah Yang Berhormat Ketereh mengaitkan kepimpinan DAP secara langsung dengan Parti Komunis.

final • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya minta beliau kemukakan bukti. Jangan buat tuduhan begitu. Serius, Yang Berhormat Ketereh.

final • 12:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Tuan Yang di-Pertua ...

final • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab.

final • 12:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Dalam sejarah...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya telah sebut saya akan melihat Hansard ya. Esok kita akan putuskan sama ada seharusnya ditarik balik ataupun tidak. Akan tetapi, setakat apa yang saya dengar tadi, seharusnya patut ditarik balik. Akan tetapi, tidak mengapa, saya akan melihat kepada Hansard untuk sama-sama kita putuskan.

final • 12:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ruling yang fair. Ya, saya alu-alukan. Saya mengulangi balik, soal fahaman dan Parti Komunis menyokong pihak-pihak tertentu adalah benar ada di dalam catatan sejarah negara kita dan negara Singapura.

final • 12:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Sewaktu Parti PAP ingin menguasai Singapura, ditulis dalam beberapa catatan sejarah, mereka mendapat simpati dan disokong oleh Gerakan Parti Komunis di Singapura.

Itu Singapura. Dalam negara kita juga sejarah ada membuktikan peranan Parti Komunis di negara kita dan parti itu ada memberikan sokongan-sokongan tertentu kepada pihak-pihak yang tertentu. Itu yang saya maksudkan. Saya tidak menyatakan DAP sebuah Parti Komunis ataupun pemimpin DAP dipengaruhi komunis, tidak. Itu terpulang kepada DAP sendiri, hendak membina ketahanan mereka dan yang kita tahu DAP ialah sebuah parti yang memperjuangkan dasar-dasar sosialis.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Seperti mana yang termaktub di dalam perlembagaan Parti DAP.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Ketereh boleh, Yang Berhormat Ketereh.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap

Yang Berhormat Ketereh.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pendang ke Yang Berhormat Padang Terap?

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap

Datuk..

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pendang, silakan.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Pendang, Pendang.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Siapa yang hendak diberikan laluan terlebih dahulu? Yang Berhormat Pendang atau Yang Berhormat Padang Terap? Yang Berhormat Padang Terap, silakan.

final • 12:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Ketua Whip.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap

Terima kasih Yang Berhormat Ketereh. Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Langkawi ada membuat satu kenyataan dua minggu yang lalu berkaitan dengan ada sebahagian daripada dalam kerajaan berfikiran sosialis. Yang Amat Berhormat Langkawi membuat satu ucapan di Putrajaya. Dia minta supaya sebahagian yang ada daripada dalam kerajaan yang berfikiran sosialis supaya berlapang dada, kerana yang kita hendak pergi adalah kerana kita hendak lihat kumpulan kapitalis yang menguasai perniagaan. Jadi, pandangan Yang Berhormat Ketereh berhubungan dengan statement Yang Amat Berhormat Langkawi Perdana Menteri berkaitan dengan dalam kerajaan ada pemikiran sosialis.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Ketereh, sikit lagi sambung.

final • 12:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Ketereh, tadi Pendang.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pendang boleh.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ketereh. Saya hendak sambung sedikit. Adakah benar semua negara-negara di Asia termasuk Asia Tenggara ini, sebelum mencapai kemerdekaan pada zaman koloni di mana termasuk di Indonesia, komunis mempengaruhi yang berlaku revolusi di Indonesia untuk mencapai kemerdekaan dan akhirnya mereka yang terlibat dengan komunis ini juga terbunuh dan tidak mencapai hasrat mereka untuk menguasai kerajaan di sebalik revolusi yang berlaku terutamanya di Indonesia termasuk di Filipina, Brunei, Sabah dan Sarawak, di Singapura dan juga di beberapa negara Asia yang melibatkan komunis mempengaruhi setiap pemimpin-pemimpin di negara tersebut. Minta penjelasan.

final • 12:40 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Yang Berhormat Ketereh, Kluang.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Adakah itu, saya tidak faham pencelahan.

[Ketawa] Kita bincang tentang sosialis atau komunis?

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, silakan.

final • 12:40 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Ketereh.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kluang.

final • 12:40 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Saya cuma ada satu soalan sahaja. Yang Berhormat Ketereh faham kah semua ideologi politik ini? Dalam section untuk leftist, ada beberapa yang lain. DAP adalah parti memperjuang atas prinsip sosial demokrat, bukan sosialis. Sosialis tidak sama dengan sosial demokrat. Kalau Yang Berhormat Ketereh tidak faham, baliklah buat kajian terlebih dahulu, baca ataupun mohon dengan profesor-profesor, pakar-pakar yang lebih faham pada sosial demokrat. Banyak negara yang memperjuang atas prinsip sosial demokrat seperti negara Sweden. Kalau tidak faham, minta ajarlah.

final • 12:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Terima kasih Yang Berhormat. Saya cadangkan Yang Berhormat bertemu dengan Yang Amat Berhormat Langkawi dan beri kuliah kepada Yang Amat Berhormat Langkawi, bukan kepada saya.

final • 12:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Ketereh, minta penjelasan sedikit. Batu Kawan di sini.

final • 12:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Tentang apa yang ditanya oleh...

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Kawan mohon penjelasan.

final • 12:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

...Yang Berhormat Padang Terap tadi...

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Mohon pencelahan.

final • 12:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

...tentang kenyataan Yang Amat Berhormat Langkawi, itu menandakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kerajaan. Saya tak hendak komen. Akan tetapi, rakyat melihat itu sebagai suatu perkara yang sangat serius apabila kenyataan yang sedemikian tentu tidak datang tanpa sebab. Akan tetapi, kita bagi iaitu privilege itu kepada Ketua Kerajaan dan juga Ketua Parti di sebelah sana untuk menyelesaikan masalah itu kerana...

final • 12:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Ketereh...

final • 12:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

...disebut sebagai pemimpin dalam kerajaan.

final • 12:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Ketereh.

final • 12:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Maka dia adalah masalah...

final • 12:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Ketereh, di sini Batu Kawan minta sedikit penjelasan.

final • 12:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

...kerajaan.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Kawan pohon penjelasan.

final • 12:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Dan tentang apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pendang tadi Tuan Yang di-Pertua, memang...

final • 12:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Ketereh.

final • 12:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

...semuanya ini adakah fakta tertulis dalam sejarah termasuk Indonesia...

final • 12:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Saya minta penjelasan Yang Berhormat Ketereh.

final • 12:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

...termasuk Singapura, termasuk Malaysia.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Kawan mohon penjelasan.

final • 12:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Di sini Batu Kawan.

final • 12:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Biar saya jawab dulu tiga ini.

final • 12:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Baik.

final • 12:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Kalau banyak sangat nanti saya lupa, ya.

final • 12:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Baik.

final • 12:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Duduk sat, lepas itu bangun balik ya.

final • 12:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Kalau Yang Berhormat Ketereh benarkan.

final • 12:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Saya akan beri peluang.

final • 12:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Okey, terima kasih.

final • 12:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

No problem, asalkan Tuan Yang di-Pertua bagi peluang, saya akan bagi peluang, no problem.

final • 12:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Terima kasih, thank you.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pencelahan terakhir ya sebab masa pun sudah habis saya ingat, 13 minit ya.

final • 12:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

13 minit extra Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah saya bagi sudah, sudah hendak habis sudah.

final • 12:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 12:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Jadi, itu semua adalah fakta-fakta sejarah Tuan Yang di-Pertua yang harus menjadi renungan kepada kita sekalian. Saya hendak berpindah kepada tajuk terakhir sebagai menggulung kerana kita sedang dalam membincangkan tentang Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja yang antara lain juga menyebut tentang keperluan menjaga keluhuran Perlembagaan dan juga tentang kedudukan Raja Berperlembagaan dan sebagainya. Ini juga disebut oleh Yang Berhormat Port Dickson tadi tentang keluhuran undang-undang dan menjaga, memurnikan prinsip-prinsip kehakiman. Jadi sebelum saya menggulung itu, to be fair sila...

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, beri peluang kepada Yang Berhormat Batu Kawan.

Silakan Yang Berhormat Batu Kawan.

final • 12:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Yang Berhormat Batu Kawan.

final • 12:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Terima kasih Yang Berhormat Ketereh. Saya ingin tanya, dua tahun lepas Yang Berhormat Ketereh pernah offer RM10 ribu sebagai hadiah menulis satu rencana berhubung dengan betapa rasisnya seorang pemimpin daripada DAP. Saya rasa, apa yang Yang Berhormat Ketereh buat dua tahun lepas dengan perbahasan Yang Berhormat Ketereh di Dewan yang mulia ini hari ini, bercanggah jauh berbeza. Ini sebab pada masa itu, niat dan tujuan Yang Berhormat Ketereh mengikut apa yang saya baca dan apa yang tertera dan tidak dinafikan oleh Yang Berhormat Ketereh sendiri, adalah semua carian-carian yang membuktikan seorang pemimpin terutama sekali dari DAP ini seorang rasis boleh di naik muat atas blog, media posting dan dihantar ke UMNO Online. This is what you said Yang Berhormat Ketereh, dengan izin.

Jadi apakah tujuan kalau tidak untuk memupuk semangat rasis di antara rakyat Malaysia untuk menghasut rakyat untuk mencari sekiranya benda itu tidak betul pun boleh dimuat naik atas laman posting mereka. What is your intention Yang Berhormat Ketereh?

Saya minta penjelasan. This is far from what you have been speaking today, about your party being non-racist et cetera dan ini dua tahun lepas it came from you. Saya minta penjelasan Yang Berhormat Ketereh. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Terima kasih, saya boleh beri penjelasan. Saya berbuat demikian kerana yang menuduh DAP itu rasis, anti Islam adalah datang daripada sebelah sana yang sekarang menjadi Ketua Kerajaan. Oleh itu, saya memerlukan bahan-bahan bukti.

final • 12:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Ketereh.

final • 12:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Bila saya hendak mendapatkan bahan bukti, saya telah membuka...

final • 12:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Dua tahun lepas.

final • 12:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

...Kepada orang ramai untuk mengemukakan bahawa...

final • 12:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Dua tahun lepas it came from you.

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Batu Kawan, biarkanlah ini perbahasan orang yang sakit.

final • 12:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Daripada Yang Berhormat Ketereh sendiri.

final • 12:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

...dan saya telah...

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ini menunjukkan perbahasan orang yang betul-betul sakit.

final • 12:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

...dan bukan daripada orang lain.

final • 12:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Apa yang problem nya?

final • 12:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Saya minta Yang Berhormat Ketereh jawab.

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Ketereh, you are a sick person.

final • 12:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Jangan...

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Selesai lah sudah ya. Saya telah memberi kesempatan kepada semua pihak untuk menyuarakan pandangan secara ekstrem, secara moderate dan sebagainya. Masa sudah habis Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar

Alor Setar minta laluan sedikit.

final • 12:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Tuan Yang di-Pertua, Badan berbulu namanya Lutong, Tidak berakal walau berotak, Tak malu ke bossku Jelutong, Nampak pandai, tapi tidak bijak.

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Ketereh, sudahlah. Perbahasan Yang Berhormat Ketereh yang memang sakit akan memecah belah kan Dewan kita lah.

final • 12:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Sebagai...

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sudahlah Yang Berhormat Ketereh.

final • 12:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Sebagai menggulung...

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Ketereh. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Keningau, silakan.

final • 12:40 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Ketereh, you are a sick person.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Keningau, silakan.

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Point of order. 36(6) untuk Yang Berhormat Jelutong. Dia kata sick person, dia kata kepada Yang Berhormat Ketereh.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tadi saya dengar perkataan sakit, sick semua sama. Dua- dua belah pihak menggunakan istilah yang sama. Ya, silakan Yang Berhormat Keningau.

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan saya peluang. Bagi pihak rakyat Keningau, Sabah, saya ingin mengucapkan

final • 12:49 PM

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau

tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Yang Keenam Belas, Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong baharu Malaysia. Kami gembira kerana isu-isu mengenai Sabah dan Sarawak telah disebut secara khusus di dalam Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku di antara banyak isu yang lain di dalam negara ini.

final • 12:49 PM

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, kedudukan Sabah dan Sarawak tidak berubah sejak sesi Parlimen tahun lalu. Sabah dan Sarawak kekal sebagai negeri termiskin dan yang paling mundur di Malaysia. Dari segi pendapatan median isi rumah sebulan mengikut negeri, Sabah pada tahap RM4,110 dan Sarawak pada tahap RM4,163 adalah jauh di bawah median kebangsaan sebanyak RM5,228. Kadar kemiskinan di Sabah masih lagi yang tertinggi pada kadar 4 peratus menurut Laporan Pembangunan Milenium Malaysia 2015. Malahan setiap seratus yang miskin di Malaysia, 40 datang daripada Sabah dan Labuan.

Sabah juga kekal sebagai negeri yang paling tidak selamat dengan insiden penculikan yang paling banyak dalam sejarah iaitu lebih dari 20 insiden yang melibatkan lebih daripada 70 orang mangsa diculik dan beberapa kematian mangsa termasuk pelancong luar negara dan beberapa sejak tahun 2010. Terdapat juga bahawa Sabah ini adalah negeri yang mempunyai orang asing atau pendatang tanpa izin yang tertinggi, nisbah 1.7 juta rakyat tempatan kepada 1.5 juta rakyat asing.

Sabah adalah satu-satunya negeri yang mempunyai bilangan pendatang tanpa izin yang paling banyak dan paling mudah untuk mendapatkan IC dan kewarganegaraan Malaysia dan untuk menjadi pengundi. Jangan kita lupa juga bahawa Sabah adalah merupakan negeri yang satu-satunya negeri di Malaysia yang masih dituntut sebagai wilayah negara lain yang rakyatnya kini menyeberangi Laut Sulu untuk mendapatkan Dokumen Malaysia, untuk satu hari nanti mengesahkan, to legitimize, tuntutan wilayah mereka. Orang- orang ini kini mengatakan bahawa sekarang mereka mempunyai kerajaan di Sabah dan menjerit, “Sabah ini kita punya!”. Inilah bagaimana Sabah kini dilihat oleh mereka.

Persoalannya, apakah tindakan kerajaan untuk menangani masalah keselamatan di Sabah? Tindakan pemutihan untuk pendatang tanpa izin yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Sabah tidak akan menyelesaikan masalah ini tetapi dilihat sebagai satu langkah lagi untuk mengiktiraf atau mengesahkan tuntutan Sulu dan menggalakkan lebih ramai lagi pendatang tanpa izin masuk ke Sabah.

Kerajaan Negeri Sabah seharusnya melakukan joint exercise yang komprehensif untuk menyelesaikan isu pendatang tanpa izin di Sabah ini. Tidak salah untuk kerajaan memberikan masa pengampunan untuk menggalakkan pendatang tanpa izin ini pulang ke negara mereka atau memberi masa untuk kedutaan mereka membantu rakyat mereka, supaya mendapatkan dokumen yang diperlukan.

Baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah mewujudkan satu Jawatankuasa Kabinet Khas MA 63. Ekoran daripada beberapa mesyuarat jawatankuasa khas ini, Kabinet telah bersetuju untuk meminda Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan untuk bertujuan memulihkan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi sama rata dengan Malaya.

Dengan memindahkan dan memulihkan Artikel 1(2) ini, secara umumnya dipercayai bahawa Sabah adalah sama dengan Sarawak dan sama dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Ini adalah baik dan dialu-alukan. Walau bagaimanapun, saya masih tidak yakin dan mempunyai beberapa soalan yang perlu jawapan. Satu, apakah perkataan sebenar Artikel 1(2) yang baru ini? Adakah ia semata-mata mengembalikan perkataan sebelum pindaan pada tahun 1976? Atau pindaan ini akan merangkumi pembetulan selaras dengan aspirasi Sabah dan Sarawak.

Kedua, apa sebenarnya yang dimaksudkan equal partnership? Adakah ia bermaksud semua peluang ekonomi, kuasa politik diagihkan satu pertiga. Saya perlukan jawapan. Saya mengandaikan bahawa Persekutuan Tanah Melayu sebenarnya masih wujud kerana Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan mengatakan Persekutuan yang ada sekarang adalah Persekutuan yang diwujudkan di bawah Perjanjian Malaya pada tahun 1957.

Malangnya, tafsiran Persekutuan ini tidak termasuk Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada Persekutuan kerana kewujudan adalah berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Keempat, adakah pindaan artikel ini memerlukan pindaan Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan? Perlu diingatkan bahawa kecuali Artikel 1(2) tidak

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau

ada di mana-mana dalam Perlembagaan Persekutuan yang mentafsirkan Persekutuan Malaysia kerana Artikel 160 hanya mentafsirkan Persekutuan sebagai Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 yang merupakan Persekutuan Tanah Melayu.

Malaysia atau Persekutuan yang ada sekarang ini, Persekutuan baharu yang ditubuhkan melalui MA 63 tidak pernah ditafsirkan atau dirujuk di dalam Artikel 160. Adakah ini disengajakan ataupun adakah ini satu kesilapan? Sekiranya ia disengajakan, maka dengan jelas Malaysia adalah sebuah projek pengambilalihan oleh Malaya yang telah menyesatkan atau mislead pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak untuk mempercayai bahawa Malaysia yang dicadangkan pada waktu itu adalah sebuah negara baharu, sebuah Persekutuan yang baharu yang dibentuk melalui penggabungan Malaya, Singapore, Sabah dan Sarawak.

Perlu juga diingatkan pada waktu itu iaitu tahun 1963 bahawa Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei juga pada waktu itu takut ditakluki sebagai koloni. Itulah sebabnya pemimpin-pemimpin wilayah ini mahu menuntut kemerdekaan sebelum Malaysia itu dibentuk.

Itulah sebabnya MA 63 ditandatangani sebagai international treaty tetapi MA 63 telah dikelam-kabutkan dan ditandatangani secara terburu-buru sebelum pun proses dekolonisasi melalui resolusi PBB 1514 selesai.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, masa sudah sampai pukul 1.00, jadi saya tangguhkan Mesyuarat sehingga pukul 2.30. Yang Berhormat akan terus berbahas untuk 8 minit 14 saat lagi apabila kita bersidang semula.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau

Okey, terima kasih.

final • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau

[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Selamat petang Ahli-ahli Yang Berhormat. Perbahasan Titah Diraja diteruskan, Yang Berhormat Keningau, masa ada lagi lapan minit 14 saat. Sila.

final • 2:30 PM

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perlu ditanya kenapakah MA63 ditandatangani secara kelam kabut sebelum selesainya proses penubuhan Malaysia. Sebenarnya pasukan PBB masih lagi di Sabah dan Sarawak sehingga pertengahan bulan Ogos tetapi Perjanjian Malaysia sudah ditandatangani pada 9 Julai 1963.

So, there is something wrong there, dengan izin.

Terdapat juga drama di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di mana wakil PBB Malaya iaitu Datuk Omar Ong Yoke Lin telah diminta oleh Kerajaan Persekutuan pada waktu itu untuk mengubah permohonannya daripada status Malaysia sebagai sebuah negara baharu yang dibentuk melalui penggabungan daripada Singapura, Sabah, Sarawak dan Malaya kepada hanya perubahan nama. Malaya kepada Malaysia tanpa pengetahuan dan persetujuan Singapura, North Borneo dan Sarawak. Ini bagi saya adalah kes klasik hijacking, political hijacking oleh pemimpin-pemimpin Malaya pada waktu itu yang mengakibatkan banyak persoalan tentang Malaysia pada hari ini. Jadi, di manakah sebenarnya Malaysia pada hari ini? Adakah kita ini Persekutuan Tanah Malaya ataupun Malaysia?

Tindakan untuk mengubah konsep Malaysia daripada penggabungan untuk mewujudkan Persekutuan baharu kepada pembesaran atau pengubahan nama adalah satu bagi saya, satu penyelewengan dan pengkhianatan kepada pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak. Sekiranya Malaysia bukan Malaysia yang dibentuk oleh penggabungan Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya sebagai rakan kongsi pada waktu itu, maka di manakah Malaysia? Apakah itu Malaysia?

final • 2:32 PM

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau

Artikel 1(2) mengatakan bahawa Malaysia terdiri daripada:

(i) Malaya dengan negeri-negeri;

(ii) Sabah, Borneo state; dan

(iii) Singapura.

Akan tetapi, ini bertentangan dengan Artikel 160 yang mentakrifkan Persekutuan sebagai Persekutuan yang dibentuk di bawah Perjanjian Persekutuan Malaya pada tahun 1957. Di bawah takrif ini, Malaysia tidak wujud. Malaya hanya menyamar sebagai Malaysia sebenarnya. Jika Persekutuan Malaysia tidak wujud pada tahun 1957, maknanya Sabah dan Sarawak bukan sebahagian daripada Persekutuan yang ditakrifkan ini. Jadi, apakah penyelesaiannya? Hanya satu sahaja penyelesaiannya yang logikal iaitu balik kepada konsep Malaysia yang asal iaitu Malaysia adalah satu konfederasi, a confederation yang wujud sebagai gabungan Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957, dengan Sabah dan Sarawak pada tahun 1963.

Pengiktirafan atau pengumuman atau declaration, Malaysia Declaration pada tahun 1963, 16 Jun 1963 juga mengisahkan bahawa Persekutuan Tanah Melayu telah digabungkan dengan Sabah, Sarawak dan Singapura. Inilah Malaysia sebenarnya. Sekiranya ini adalah Malaysia sebenar, maka pindaan kepada Artikel 1(2) mestilah mengandungi definisi Malaysia sebagai Persekutuan yang dibentuk oleh MA63. Anggapan ini mungkin selaras dengan aspirasi Sabah dan Sarawak dan harus diteruskan sebagai penyelesaian kepada dilema Malaysia. Tafsiran Malaysia sebagai sebuah konfederasi lima wilayah, sekarang hanya tiga adalah selari juga dengan tujuan asal penubuhan Malaysia seperti mana diutarakan dalam Hansard Parlimen United Kingdom pada 28 November 1961 dan yang tertulis, tercatat di dalam buku British Document on the End of Empire oleh A.J. Stockwell.

Tuan Yang di-Pertua, perlu diingat bahawa pindaan Artikel 1(2) pada tahun 1976 telah menggunakan Artikel 161E(1) yang menurunkan status Sabah dan Sarawak kepada sama status dengan negeri-negeri Malaya. Pindaan ini telah membawa pindaan consequential kepada pindaan Perlembagaan yang lain. Antaranya adalah pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan serta pindaan Artikel 1, Perlembagaan Sabah dan Sarawak masing-masing yang menurunkan status dan gelaran Ketua Negara (Head of State) Sabah dan Sarawak dari Yang di-Pertua Negara kepada Yang di-Pertua Negeri. Ini perlu diperbetulkan juga, serentak dengan pindaan kepada Artikel 1(2) yang dicadangkan sekarang. Implikasi untuk mentafsirkan semula Malaysia dengan betul, mesti bermakna peranan Sabah dan Sarawak juga perlu dikaji semula di dalam Persekutuan yang ada sekarang ini, supaya Sabah dan Sarawak juga boleh merasai bahawa Malaysia ini adalah kepunyaan mereka juga.

final • 2:32 PM

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau

Tuan Yang di-Pertua, tindakan kerajaan untuk memperbetulkan status Sabah dan Sarawak dalam Malaysia melalui pindaan Artikel 1(2) adalah baik sekiranya ia membawakan:

(i) keadilan kepada Sabah dan Sarawak;

(ii) Artikel 160 dipinda atau diselaraskan dengan Artikel 1(2) yang akan mengandungi peruntukan untuk menentukan apakah Malaysia sebenarnya; dan

(iii) langkah-langkah pembetulan yang juga perlu diambil untuk membina semula Malaysia yang mencerminkan Malaysia Baru.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Ya, Yang Berhormat masa sudah tamat.

final • 2:40 PM

Datuk Dr. Jeffery Kitingan - Keningau

Begitu juga Tuan Yang di-Pertua, isu-isu mengenai economic gap and political gap juga perlu diselesaikan. Saya cadangkan ini boleh dilakukan oleh kerajaan melalui membayar kewajipan Perlembagaan sebanyak 40 peratus hasil bersih kepada Sabah, mengembalikan sumber minyak kepada pengeluar minyak...

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat, sila menggulung.

final • 2:40 PM

Datuk Dr. Jeffery Kitingan - Keningau

Mengalihkan tumpuan pembangunan daripada Semenanjung kepada Sabah dan Sarawak mungkin selama 10 tahun, melatih lebih

final • 2:40 PM

Datuk Dr. Jeffery Kitingan - Keningau

ramai lagi rakyat untuk mendapatkan kemahiran dan mewujudkan institusi teknikal yang lebih banyak, mengaktifkan dan membangunkan potensi strategik Sabah dan Sarawak sebagai pemain ekonomi dan logistik di rantau ini untuk Malaysia dan mewujudkan satu mekanisme baru untuk perkongsian baru ini.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Tuan Yang Berhormat Keningau, sila menepati masa.

final • 2:40 PM

Datuk Dr. Jeffery Kitingan - Keningau

Ini peraturan...

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Masih ada lagi lebih kurang 20 Yang Berhormat yang ingin berucap. Sila menggulung. Saya bagi lagi 30 saat. Sila.

final • 2:40 PM

Datuk Dr. Jeffery Kitingan - Keningau

Ya. Mewujudkan mekanisme baru Tuan Yang di-Pertua dan juga perlu diberi perhatian tentang keselamatan yang ada sekarang ini.

Baru-baru ini, 12 penceroboh atau 13 penceroboh terror suspect telah ditangkap di Semporna dan juga di Tambunan, di mana saya constituency saya. Ini adalah satu kes yang serius yang perlu diberi perhatian oleh Kerajaan Pusat kerana antara sebab Sabah bersetuju.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Okey, Yang Berhormat Keningau.

Sekian, terima kasih. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Sandakan, sila.

final • 2:40 PM

Datuk Dr. Jeffery Kitingan - Keningau

Adalah kerana keselamatan. Ya, terima kasih.

final • 2:40 PM

Datuk Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mulai ucapan perbahasan saya. saya ingin Menjunjung Kasih ke Atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Semoga Malaysia baru ini sentiasa diberkati.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sentuh dua perkara yang serius berada di Sabah iaitu pendatang asing tanpa izin yang terdiri daripada lebih 1.2 juta orang di seluruh Sabah.

Kedua, stateless children atau kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen yang kini melebihi 200,000 orang di Sabah. Kedua-dua masalah ini telah berada di Sabah puluhan tahun dan kini adalah masa untuk kita semua selesaikan masalah tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, sedangkan kita masih mendahulukan buruh asing untuk pembangunan ekonomi kita, seluruh Malaysia dan juga Sabah banyak sektor mengalami kekurangan buruh asing yang mendesak saya melakukan sekarang. Apa yang berlaku sekarang, sememangnya banyak perubahan pekerja di Sabah adalah buruh asing yang haram. Kebanyakan daripada mereka adalah golongan PTI. Kalau macam begitu, mengapa kerajaan tidak mengambil langkah legalize golongan PTI yang sedia ada sebagai buruh asing melalui permohonan working permit? Ini membuktikan tiga kebaikan kepada kerajaan secara keseluruhannya.

Pertama, kerajaan boleh mengutip levi dan tambah pendapatan daripada golongan ini. Selama ini sudah ada orang kutip levi secara haram. Kerajaan mengalami kerugian tetapi masalah PTI ini tidak dapat diselesaikan.

Kedua, dengan legalize mereka dengan pemberian working permit, kita boleh dapat maklumat kini daripada mereka. Kita boleh memantau dengan dokumentasi yang sah. Ia seterusnya mengurangkan masalah sosial di Sabah.

Ketiga, mereka selama ini adalah buruh haram. Mereka tidak boleh hidup secara aman dan damai. Mereka terpaksa bersembunyi apabila ada tangkapan atau operasi kerana setiap kali ada tangkapan atau operasi, maka seluruh pasaran tidak dapat berfungsi. Semua pekerja ini terpaksa bersembunyi dan tidak dapat kerja. Ini sudah tentu telah membawa impak negatif kepada ekonomi Sabah. Kalau kita dapat legalize mereka, maka kita boleh memastikan kestabilan pasaran dan ekonomi.

Bagi anak-anak kepada golongan PTI atau mengenai sebagai stateless children atau kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen, kini sudah kita sedia maklum bahawa Kerajaan Persekutuan sudah tubuhkan satu task force untuk mengkaji berhubung isu stateless children. Saya hendak tahu, apakah status sekarang tentang task force tersebut.

Sedangkan Tuan Yang di-Pertua, kita boleh memberi peluang kepada golongan PTI untuk

final • 2:43 PM

Datuk Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

memohon working permit. Maka, bagi golongan anak-anak mereka yang tidak mempunyai dokumen, kita boleh mengeluarkan satu sijil khas untuk mengiktiraf status mereka sebagai anak-anak kepada buruh asing. Mereka sememangnya bukan warganegara tetapi pengiktirafan itu adalah membolehkan mereka menikmati hak pendidikan dan kesihatan supaya mereka tidak akan membawa masalah sosioekonomi dan masalah kesihatan kepada kita semua.

Tuan Yang di-Pertua , manakala bagi golongan anak-anak dan kanak-kanak tempatan yang lahir di Sabah dengan bapanya adalah warganegara, ibu bapa tidak ada sijil perkahwinan dan bagi yang melewat-lewatkan pendaftaran permohonan mereka, biasanya dikategori dalam perkara Borang 15(A), mereka sememangnya original Sabahan, golongan kanak-kanak ini harus diberi keutamaan supaya pengiktirafan status diberi kepada mereka.

Saya ingin ingatkan semua pihak bahawa isu ini sangat serius di Sabah dan perlu kita ambil tindakan selesaikan masalah ini sekarang. Saya harap kerajaan baru kita semesti ada political will untuk melaksanakan apa yang betul untuk selesaikan masalah ini. Masalah ini bertambah serius hingga keadaan hari ini begitu buruk adalah kerana kerajaan yang lalu tidak prihatin dan tidak peduli. Maka dengan itu, kini sudah tiba masa untuk kita semua di Dewan mulia ini untuk bersama-sama selesai masalah ini. Saya ingin ingatkan semua pihak dan mana-mana pihak jangan cuba mempolitikkan isu ini. Kita harus bergabung bersama- sama demi kebaikan Sabah dan Malaysia.

Dalam isu lain, saya juga ingin merayu kepada Kementerian Sumber Manusia supaya merendahkan kadar deposit buruh asing bagi agensi-agensi buruh asing di Sabah.

Sekarang katanya ialah RM290,000. Dahulu ialah RM50,000. Ia adalah amat membimbangkan agensi-agensi di Sabah. Saya ingin menjelaskan tahap antara Sabah dan Semenanjung adalah berlainan. Di Sabah sebagai contoh, seorang pembantu rumah caj dia baru RM4,500. Di Semenanjung, dia caj sekurang-kurangnya RM16,000.

final • 2:43 PM

Datuk Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Ini menunjukkan bahawa agensi buruh asing di Sabah ini tidak berupaya untuk bayar deposit yang begitu tinggi kerana caj buruh asing dia rendah dan peniaga di Sabah memang tidak berupaya untuk bayar caj yang tinggi. Memandangkan tahap masih berlainan, saya harap kementerian dapat mengurangkan deposit buruh asing ini. Bagi Sabah kembali ke kadar yang lama dan turun meringankan beban agensi-agensi di Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, selain itu, saya ada lagi isu yang bertambah serius. Satu isu yang saya ingin sentuh ialah isu masalah dadah. Mengikut statistik, sepanjang Januari sehingga awal Mac, tangkapan membabitkan kes dadah di Sabah meningkat berbanding tempoh sama tahun yang lalu. Seramai 2,819 individu ditangkap atas pelbagai kesalahan berbanding 2,462 orang bagi tempoh yang sama tahun lalu. Ertinya, 14 peratus meningkat kalau berbanding tahun yang lalu.

Di samping itu, baru-baru ini, pihak polis telah merampas syabu bernilai RM5 juta dan banyak lagi kes sebegini berlaku berkali-kali di airport dan pelabuhan. Saya ingin tahu, kenapa syabu dan dadah ini senang memasuki negara kita? Saya tahu kebanyakan dadah yang berada di Sabah adalah daripada Semenanjung Malaysia. Adakah ada kegagalan daripada segi kawalan sempadan? Bagaimana kita hendak memperbaiki kegagalan ini supaya masalah ini boleh dikawal?

Di Pusat Pemulihan, Jagaan dan Rawatan di Papar, Sabah, kapasiti sepatutnya 268 orang tetapi sekarang terpaksa masuk 406 orang. Saya berasa amat bimbang dan khuatir terhadap isu dadah ini. Saya ingin tahu, apa perancangan kerajaan untuk memerangi isu ini?

Saya pernah melawat pusat CCRC di Papar dan didapati bahawa keadaan pusat ini sudah amat uzur di mana memerlukan dana untuk baik pulih pusat ini supaya dapat membekalkan perkhidmatan yang baik dalam pemulihan dan menjaga pelanggan pusat ini.

Untuk memerangi masalah dadah yang semakin berleluasa ini, saya cadangkan kerajaan tubuhkan satu jawatankuasa khas melibatkan pelbagai agensi termasuk polis, kastam, AADK dan sebagainya untuk mengambil tindakan bagi membanteras aktiviti dadah ini secara serius dan keras dan pelaksanaan operasi berterusan khasnya dalam kawasan keselamatan sempadan. Kita mesti ambil tindakan yang serius dan keras untuk membanteras aktiviti penyeludupan dadah ini.

Tuan Yang di-Pertua, perkara seterusnya yang saya ingin sentuh ialah tentang isu hak Sabah. Saya ingin mengucapkan tahniah atas pembentangan pindaan Perlembagaan

final • 2:50 PM

Datuk Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

bagi reinstate back Sabah and Sarawak sebagai rakan kongsi dalam Persekutuan Malaysia.

Saya juga difahamkan jawatankuasa berkenaan semakan semula Perjanjian Malaysia 1963 sedang berlangsung.

Akan tetapi, saya ingin membangkitkan isu ini. Walaupun jawatankuasa berlangsung tetapi selama ini, 10 bulan setelah Pakatan Harapan mentadbir Putrajaya, kerajaan baharu masih belum ada nampak langkah-langkah yang jelas dalam menurunkan kuasa kepada Sabah. Contohnya seperti kementerian saya di Sabah, sehingga hari ini, sebarang keputusan daripada segi dasar atau pelantikan tender dalam sesebuah projek penyelenggaraan, tidak langsung minta persetujuan daripada kementerian saya. Sebagai contoh, keputusan memperluaskan zon larangan merokok yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Keputusan ini semua pun tidak ada dibincangkan dengan Kerajaan Negeri Sabah.

Tambahan pula, Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah menolak permohonan cadangan untuk membina sebuah pusat hemodialisis di Inanam atas alasan isu berhubung dengan zoning. Jelas sekali KKM tidak berapa faham, apakah keperluan pesakit di bawah dan tidak tahu keadaan yang sebenar. Sememangnya kita mempunyai keperluan yang besar. Kini pesakit terpaksa dihantar ke Papar dan Beaufort yang sekurang-kurangnya 100 kilometer dari Kota Kinabalu tetapi KKM hanya berdasarkan isu zoning dan menolak permohonan tersebut dan KKM gagal minta pandangan daripada Kementerian Kesihatan Sabah.

Pusat ini adalah sebuah pusat swasta. Kerajaan tidak perlu keluar dan tanggung kos. Juga dengan adanya lebih pusat sebegini, ia tentu akan mewujudkan persaingan supaya harga lebih kompetitif kepada rakyat.

Saya ambil senario yang telah berlaku. Saya telah menghantar dua surat kepada Yang Berhormat Menteri. Yang pertama bertarikh 10 Januari 2019 dan yang kedua bertarikh 25 Februari 2019, tetapi kedua-duanya tidak mendapat respons. Baru-baru ini saya bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, dia bilang kedua-dua surat ini tidak sampai ke tangannya.

Saya pun tidak tahu mengapa keadaan jadi begitu.

Saya ingin tegaskan di sini bahawa Sabah masih jauh ketinggalan daripada segi infrastruktur, khususnya kemudahan-kemudahan di hospital dan klinik. Jurang nisbah populasi doktor masih jauh ketinggalan. Kekurangan doktor pakar di Sabah, kita perlukan lebih prihatin dan bantuan. Kita perlu keikhlasan daripada semua pihak khasnya Kerajaan Persekutuan untuk bantu pesakit kita di Sabah.

Saya ingin katakan di sini, Kerajaan Persekutuan mestilah faham dan hormat. Kita ada Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran di Sabah. Kita harus fahami isu-isu dan situasi di Sabah. Sebarang keputusan yang dibuat untuk Sabah harus minta pandangan daripada Kabinet Sabah dan bukannya keputusan sudah dibuat dan nanti tidak diingini oleh orang Sabah. Saya fikir ini satu langkah yang dulu daripada kerajaan yang lalu. Akan tetapi sekarang kita Pakatan Harapan, kerajaan baharu, kita harap ini mestilah diubah. Dasar baharu kita, tidak tahu apa projek yang dibuat, kita tidak dimaklumkan dan perkara seperti ini tidak sepatutnya.

Selain daripada Kementerian Kesihatan, keputusan berkenaan pendidikan pun menghadapi masalah yang sama. Banyak sekolah yang dibina di Sabah pun tidak lengkap dan bersesuaian. Baru-baru ini, saya dapat tahu daripada 137 kontrak keselamatan sekolah di seluruh Sabah, hanya satu syarikat tempatan Sabah mendapat tender tersebut. Yang lain semua bukan dari Sabah. Ini saya fikir tidak patutlah. Tidak baik juga, oleh sebab Sabah ada 20 syarikat keselamatan. Mengapa 19 itu tidak dapat peluang mendapatkan kontrak ini?

Jadi ini menunjukkan bahawa keputusan yang dibuat di peringkat Persekutuan ini tidak langsung mendapat konsensus dan persetujuan daripada Kerajaan Negeri Sabah.

Saya di sini ingin menegaskan, semua projek yang dilaksanakan mestilah mendapat konsensus dan persetujuan daripada Kerajaan Negeri Sabah. Ini baru patut.

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak ada satu, what we call the new wave of the government atau mengadakan satu cara yang baharu, satu langkah atau dasar yang baharu supaya kita boleh bersama-sama membangun negara kita.

final • 2:50 PM

Datuk Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Saya ingin ini, jagaan Sabah atau di Putrajaya, kita sama-sama mentadbir kerajaan.

Saya harap ada kerjasama dan persefahaman antara Kerajaan Persekutuan dan negeri.

Sekarang kita yang kerajaan baharu, bukan lagi rejim yang lalu. Kita mahu perubahan yang benar dan saya harap Kerajaan Persekutuan dapat lakukan reformasi terhadap sistem ini supaya rakyat di bawah dimanfaat.

Di sini saya ingin puji Kementerian Pengangkutan. Beliau sudi mendengar kesulitan Sabah. Beliau selaraskan cukai jalan bagi kenderaan komersial di Sabah dan Sarawak.

Perkara ini telah dibangkit berpuluh tahun dan sudah merangkumi lima Menteri berkenaan dengan isu ini, tetapi mereka tidak peduli sampai hari ini. Kementerian Pengangkutan, kerajaan baharu ini sudi dengar kesulitan Sabah dan tengah konsultasi dengan Kerajaan Negeri Sabah supaya dasar baharu ini berjaya direalisasikan.

Selain itu, saya ucapkan terima kasih kepada Menteri Pengangkutan yang beliau langsung membeli satu konsultasi yang begitu rapat dengan kita. Contohnya, menaik taraf projek Lapangan Terbang Sandakan. Dia bukan sahaja ada konsultasi dengan kerajaan negeri, sama juga dia pun memberi konsultasi dari pandangan ini wakil rakyat di kawasan sana. Saya fikir ini barulah Menteri yang kita ingini. Jadi, ini adalah satu formula yang betul.

Kita harap kementerian lain bersama-sama boleh sebegitu, kita pun sama-sama mentadbir kerajaan kita supaya boleh dapat satu langkah, satu jalan yang baik supaya kita ada satu Malaysia dan Sabah bersama-sama maju.

Saya ingin ingatkan rakan-rakan seperjuangan ini, apa yang dijanji dalam manifesto, kita pun harap ditunaikan. Saya faham bahawa ada janji-janji melibatkan dana yang besar dan impak undang-undang perlu sedikit masa untuk lakukan, tetapi ini bukan alasan untuk memungkiri janji kita. Kita harus cuba sedaya upaya untuk merealisasikan demi rakyat.

Saya Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Ya, sila menggulung Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Saya juga berharap walaupun cabaran dan rintangan besar di hadapan, negara kita sedang menghadapi ancaman extremism, racism dan bigotry tentang kaum dan agama tetapi sebagai kerajaan yang terangkat oleh rakyat berbilang kaum dan bangsa pada 9 Mei 2018, kita harus terus laksanakan apa yang kita berjaya dan terus pelihara keharmonian negeri Sabah. Tuan Yang di-Pertua, sekian terima kasih yang memberi peluang saya.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Sandakan kerana cuba menepati masa. Ahli Yang Berhormat, demi berlaku adil, saya selalu mengikut senarai yang diberikan oleh Ketua Whip parti masing-masing. Sekarang mengikut giliran, sepatutnya Barisan Nasional. Mengikut senarai Ketua Whip, gilirannya adalah diberikan kepada Yang Berhormat Pekan. Yang Berhormat Pekan tiada dalam Dewan.

Seterusnya adalah Yang Berhormat Pengerang, tetapi saya perhatikan Yang Berhormat Pengerang pun tiada dalam Dewan. Mengikut senarai Ketua Whip Barisan Nasional, sepatutnya sekarang Yang Berhormat Tanjong Karang. Yang Berhormat Tanjong Karang pun tiada dalam Dewan. Oleh kerana itu saya sekarang ini terpaksa...

final • 3:00 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Pekan ada.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Ada? Okey, sila. Masuk pada masa yang tepat. Saya jemput Yang Berhormat Pekan. Sila. Masa 20 minit.

final • 3:00 PM

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan

Minta maaf Tuan Yang di- Pertua. Saya dimaklumkan giliran saya selepas wakil PAS berucap, tetapi tidak apalah.

Pertamanya saya ucap terima kasih di atas peluang untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja ini.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum dan pada Mei 2018, Malaysia terkenal sebagai antara negara yang mempunyai pertumbuhan ekonomi yang terbaik di dunia sehingga Bank Dunia menaikkan unjuran kadar pertumbuhan ekonomi kita bukan sekali, bukan dua kali, tetapi empat kali dalam satu tahun. Selepas 10 bulan PH mentadbir, kita digelar oleh media

final • 3:04 PM

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan

Barat seperti dalam laporan Bloomberg sebagai dengan izin, the sole loser yakni satu- satunya negara di mana bursa saham kita telah menurun di kala negara-negara lain di Asia mengalami peningkatan. Bursa saham kita menurun daripada tahap yang tertinggi dalam sejarah pada Mac 2018. Pada masa itu mata bursa saham mencecah 1,896. Tahun lepas turun dengan teruk dan tahun ini bursa saham kita turun lagi. Oleh sebab itu kita digelar the sole loser di Asia.

Berdasarkan kepada laporan Bloomberg tersebut, terdapat dua faktor yang menyumbang kepada kejatuhan ekonomi kita iaitu pertama, risiko politik yang disumbangkan oleh ketidaktentuan politik dalam perebutan kuasa dari segi peralihan kepimpinan yang disebut-sebut. Benar atau tidak, saya serah kepada Kerajaan Pakatan Harapan. Akan tetapi, ini adalah persepsi yang saya baca daripada laporan-laporan media tempatan dan Barat.

Kedua dengan izin, execution risk dalam erti kata, Kerajaan PH yang gagal melaksanakan apa yang dijanjikan oleh mereka di dalam manifesto pilihan raya dan di samping itu, implementasi di dalam perancangan pelan ekonomi mereka.

Seperti yang dikatakan oleh media Barat tersebut tentang Kerajaan Malaysia dengan izin, talk is cheap dan kini mereka mempersoalkan dari segi pelaksanaan dan delivery ataupun kemampuan kerajaan untuk deliver apa sahaja yang dirancang oleh mereka.

Mengapa saya sebut...

final • 3:04 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Yang Berhormat Pekan, boleh celah sikit?

final • 3:04 PM

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan

Minta maaf ya, masa terhad.

final • 3:04 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Saya cuma hendak minta penjelasan.

final • 3:04 PM

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan

Masa terhad.

final • 3:04 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Yang Berhormat Pekan cakap bahawa...

final • 3:04 PM

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan

Saya hendak teruskan. Saya hendak teruskan.

final • 3:04 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Saya cuma hendak tanya tentang FDI.

final • 3:04 PM

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak - Pekan

Saya hendak teruskan. Minta maaf.

final • 3:04 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Bagi sikitlah, sikit.

final • 3:04 PM

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan

Saya hendak teruskan. [Dewan riuh] Jangan bimbang, saya tidak sebut fasal terowong, tidak ada.

final • 3:04 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Ini berkenaan FDI.

final • 3:04 PM

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan

Mengapa saya sebut berkenaan ini kerana ia memberi kesan kepada ekonomi negara. Bila mana ekonomi negara menurun, maka hasil kerajaan akan menurun dan seterusnya memberi kesan ekonomi rakyat. Dalam hubungan ini, terdapat dua dimensi besar yakni satu, apa yang disebutkan sebagai the capital economy dan kedua sebagai the people economy. Apa yang menjadi kebimbangan, kegusaran rakyat hari ini, apa juga kesan dalam pengurusan ekonomi bukan saja memberi impak kepada ekonomi kapital ataupun capital economy, tetapi kini sudah pun menular sampai kepada economy people ataupun rakyat ekonomi.

Saya sehari dua ini Tuan Yang di-Pertua, banyak juga jumpa dengan rakyat teramai di peringkat akar umbi...

final • 3:04 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Minta laluan.

final • 3:04 PM

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan

Saya boleh beri contoh...

final • 3:04 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Minta laluan.

final • 3:04 PM

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan

Contoh-contoh yang sebenarnya...

final • 3:04 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Ini pemuda juga.

final • 3:04 PM

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abd Razak - Pekan

Minta maaf ya. Saya tidak ada masa. Saya boleh bagi tiga contoh realiti Tuan Yang di-Pertua yang diluahkan pada saya kerana saya hendak gambarkan apabila disebut bahawa ekonomi rakyat terjejas ataupun mendapat kesan yang buruk, maka saya perlu mengetengahkan beberapa contoh. Saya hendak bagi tiga contoh saja.

Pertama, waktu saya di Sungai Koyan, setelah saya sembahyang Jumaat, saya tanya kepada seorang Ahli Jawatankuasa Masjid Sungai Koyan, berapa pendapatan dia sebenarnya. Dia beritahu saya, bulan sudah pendapatannya hanya RM74 sebulan sahaja.

Ini adalah satu yang dinyatakan kepada saya dalam masjid. Saya percaya ini adalah satu kenyataan yang benar, sampai dia kata, “Apa benda hendak makan kalau inilah pendapatan bersih yang saya terima”. Kalau zaman Barisan Nasional dahulu Tuan Yang di-Pertua, kita tidak benarkan pendapatan para peneroka turun ke bawah paras yang tertentu.

[Tepuk] Ada pendapatan minimum yang kita tetapkan.

Kedua, saya jumpa dengan seorang wanita, di mana wanita itu mempunyai seorang anak dan anak itu sangat minat hendak jadi anggota PDRM. Kesudahannya dia berjaya dan kini dia berjawatan koperal. Sebelum dia dapat tawaran sebagai seorang koperal ataupun seorang anggota PDRM, dia mengambil satu jurusan pada peringkat diploma. Hari ini, pendapatan dia RM1,414. PTPTN memotong secara paksaan sebanyak RM400 sebulan dan anggota polis tersebut...

final • 3:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Minta laluan.

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan

Anggota polis tersebut...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat Setiawangsa minta laluan. Hendak bagi atau tidak?

final • 3:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Saya minta satu saja laluan.

final • 3:10 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan

Saya tidak bagi.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Dia tidak bagi.

final • 3:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Mantan Perdana Menteri takkan tidak boleh bagi laluan kot.

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan

Saya tidak bagi.

final • 3:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Satu laluan, satu laluan.

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan

Masa suntuk ini.

final • 3:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Satu laluan.

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan

Sedikit sangat masa.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Dia minta satu. Hendak bagi atau tidak bagi?

final • 3:10 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Dia apa, dia tidak bagi.

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan

Anggota-anggota polis ini, berkhidmat di Kuala Lumpur Tuan Yang di-Pertua. Cuba bayangkan dia terpaksa hidup dengan pendapatan bersih RM1,000. Maknanya daripada kedudukan, position sebelum pilihan raya, hendak hapuskan semua pinjaman PTPTN yang dijanjikan oleh PH kepada kedudukan yang satu lagi ekstrem iaitu memotong lebih dahsyat daripada cadangan Kerajaan Barisan Nasional.

Contoh yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, semalam saya dijemput ke Jempol. Apa yang menyayat hati saya, saya dijemput ke FELCRA Rompin B, Jempol. Saya jumpa dengan peserta FELCRA Rompin B. Mereka ini tidak menerima wang sara hidup sudah lebih lapan bulan yang sepatutnya mereka terima RM800 sebulan. Mereka tidak terima sepanjang lapan bulan.

Tuan Yang di-Pertua, beralih kepada soal hasil kerajaan. Hasil kerajaan terjejas ada beberapa faktor. Antaranya, bila GST diganti dengan SST. SST tidak telus, SST boleh dilakukan creative accounting untuk tidak membayar cukai. Ekonomi merudum, corporate earnings pun terjejas. Bila corporate earnings terjejas, hasil corporate tax pun akan

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan

mengalami penurunan. Sasaran harga minyak USD72 satu tong. Saya telah dua kali sebut dalam Dewan ini dan saya telah memberi amaran bahawa jangan gunakan tahap USD70 satu tong sebagai benchmark untuk bajet. Bila digunakan USD70 satu tong, inilah mengakibatkan defisit negara kita telah meningkat dari tiga peratus pada tahun 2017 kepada 3.7 peratus dan ini tidak mengambil kira dividen dan cukai tambahan Petronas sebanyak RM82 bilion. Jika diambil sumbangan yang dijarah dari Petronas sebanyak RM82 bilion, maka defisit kita melonjak kepada tahap 5.5 peratus.

Tuan Yang di-Pertua, kalau diikut pada prinsip korporat, kalau satu badan itu rugi, patut kah badan itu bayar dividen. Kita tahu bahawa Khazanah sudah rugi RM6.3 bilion dan asetnya telah jatuh sebanyak RM25 bilion atau 22 peratus dari nilai aset tahun 2017. Kalau ikut pada prinsip corporate governance, maka Khazanah tidak patut isytihar dividen. Kalau sudah rugi RM6.3 bilion, dijarah lagi RM1.5 bilion, menggambarkan bahawa kerajaan hari ini terlalu desperate hendak mendapatkan sumber hasil tambahan.

Tuan Yang di-Pertua, hutang negara...

final • 3:10 PM

Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim

Minta laluan Yang Berhormat Pekan.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat Tanjong Malim minta laluan.

final • 3:10 PM

Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim

Tentang Bloomberg, Bloomberg.

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan

Saya ada tujuh minit saja lagi.

[Ketawa] Tidak ada masa lagi.

final • 3:10 PM

Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim

Sikit saja tidak apa. Minta 20 saat tentang Bloomberg.

final • 3:10 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan

Saya hendak memendekkan ucapan saya.

[Ketawa] Yang Berhormat ada peluang bercakap nanti.

final • 3:10 PM

Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim

Minta laluan.

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan

Yang Berhormat ada peluang bercakap nanti.

final • 3:10 PM

Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim

Bloomberg. Bloomberg, betul.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Dia minta dengan baik, Yang Berhormat Pekan boleh jawab dengan baik.

final • 3:10 PM

Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim

Tadi Yang Berhormat Pekan petik...

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan

Nanti, nanti.

final • 3:10 PM

Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim

Boleh atau tidak?

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Boleh atau tidak?

final • 3:10 PM

Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim

Bagilah.

[Disampuk] Ini bukan... Ini floor Yang Berhormat Pekan lah.

[Ketawa]

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Okey Yang Berhormat Tanjong Malim, Yang Berhormat Pekan tidak bagi.

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan

Saya hendak teruskan ucapan saya. Berkenaan dengan hutang negara, maka bila ada defisit, maka kita perlu meminjam dan hutang kerajaan bertambah. Saya tengok data rasmi Tuan Yang di-Pertua, saya gunakan fakta berdasar pada angka-angka yang saya asaskan dari Bank Negara Malaysia. Saya tidak gunakan angka yang saya ambil daripada sumber-sumber yang tidak menentu.

Mengikut data rasmi dari Bank Negara Malaysia, hutang rasmi kerajaan telah meningkat dari RM686 bilion pada akhir tahun 2017 kepada RM741 bilion pada akhir tahun 2018, yakni di bawah Kerajaan PH. Tuan Yang di-Pertua, maka apa yang saya hendak sebutkan di sini bahawa yang pertama, angka satu trilion yang diuar-uarkan oleh Kerajaan PH sebagai hutang negara adalah termasuk kepada jaminan dari kerajaan dan lease payment. Akan tetapi kalau gunakan indikator universal, hutang negara hanya RM686 bilion saja waktu BN meninggalkan kerajaan.

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan

Tuan Yang di-Pertua, dari bulan Januari hingga hari ini, Kerajaan PH telah meminjam RM28 bilion lagi dalam pasaran bon iaitu menerbitkan bon sebanyak RM28.5 bilion dan membayar balik RM500 juta. Ini masih tidak termasuk Bon Samurai dari Jepun sebanyak RM7.3 bilion yang sebelum ini Kerajaan PH umum akan digunakan untuk bayar balik hutang yang lebih mahal tetapi kini melakukan U-turn sekali lagi dan umumkan bahawa RM7.3 bilion akan digunakan untuk projek pembangunan baharu dan bukan lagi membayar balik hutang.

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan

Ini bermaksud, hutang rasmi kerajaan sebanyak RM741 bilion pada akhir tahun 2018 telah meningkat sebanyak 13 peratus menjadikan RM776.3 bilion pada hari ini, berbanding dengan RM686 bilion pada akhir tahun 2017 di bawah Barisan Nasional. Ini adalah kenaikan hutang sebanyak RM90.3 bilion di bawah Kerajaan Pakatan Harapan dan ini tidak termasuk RM82 bilion dividen dari Petronas.

Tuan Yang di-Pertua, jika kita lihat perkara ini, hutang tambahan RM90.3 bilion dan dijarah sebanyak RM82 bilion dari Petronas, adakah hutang RM30 bilion 1MDB merupakan masalah terbesar negara?

final • 3:20 PM

Beberapa Ahli

Ya lah.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan

Ataupun kita boleh lihat seperti mana disebut oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, projek TRX bernilai RM40 bilion adalah antara aset terbaik bagi negara Malaysia kita. Ini belum termasuk lagi Bandar Malaysia, seluas lebih 500 ekar di tengah-tengah bandar raya kita. Jikalau diuruskan dan untuk menarik pulangan maksimum, maka sudah tentulah hutang 1MDB boleh dilangsaikan.

Ini juga tidak termasuk penyelesaian dengan IPIC, di mana kalau ikut pada perjanjian itu, kita boleh selesaikan hutang dengan IPIC dan ini sekali gus boleh melunaskan hutang 1MDB.

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab masa yang begitu suntuk, tinggal dua minit, tiga minit lagi, cuma saya hendak beritahu bahawa langkah menjual aset bukanlah satu strategi yang boleh menjamin ekonomi negara kita terselamat dan masa depan ekonomi kita terjamin.

Kalau kita jual aset, bererti bahawa kita dalam keadaan yang terlalu desperate dan akan mengancam kemampuan kita untuk meraih pendapatan pada masa yang akan datang.

Cuba kita lihat dalam masa beberapa bulan ini sahaja, apa yang sudah dijual oleh Kerajaan Pakatan Harapan? IHH sebanyak RM28 bilion, 16 peratus telah dijual kepada Mitsui, kita tidak lagi jadi pemilik saham terbesar. Telekomunikasi M1 telah dijual kepada Singapura, walhal Axiata berhasrat untuk menambah ekuiti mereka.

final • 3:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Minta laluan.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan

Saya tidak bagi.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Sila Yang Berhormat Setiawangsa.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan

Saham CIMB dijual...

final • 3:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Saya minta laluan.

final • 3:20 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Minta penjelasan.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan

Saham Bank...

final • 3:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Tadi Yang Berhormat Port Dickson boleh terima, tetapi kenapa Yang Berhormat Pekan tidak boleh.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan

Hotel Royale Chulan milik LTAT...

final • 3:20 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Boleh minta penjelasan...

final • 3:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang Berhormat Pekan, minta laluan, jangan syok sendirilah, bagi laluanlah...

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan

Tidak ada, saya tidak bagi.

final • 3:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Mantan Perdana Menteri.

final • 3:20 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Dalam kerajaan semasa Yang Berhormat Pekan pernah juga jual aset.

final • 3:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Takutkah?

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan

Saya tidak bagi.

final • 3:20 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Dalam kerajaan semasa Yang Berhormat Pekan pernah juga jual aset.

final • 3:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Apa malu bossku?

final • 3:20 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Banyak lagi, saya boleh bagi statistik.

final • 3:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Janganlah malu Yang Berhormat Pekan, bagi laluan.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan

Duduk, duduk.

final • 3:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Kalau percaya sangat, tidak boleh jadi Perdana Menteri.

final • 3:20 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Berilah penjelasan.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Apa ini, dia orang kacau ini. Tuan Yang di-Pertua diam sahaja.

final • 3:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang Berhormat Pekan, orang lama.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Sepatutnya biar adil lah Tuan Yang di-Pertua. Adil.

[Pembesar suara dimatikan] .

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Ahli-ahli Yang Berhormat.

Mengikut – nanti Yang Berhormat Pekan. Mengikut P.M. 37(1), ini adalah hak laluan Yang Berhormat Pekan, maka nanti Yang Berhormat berucap mempunyai hak yang sama, sama ada hendak beri laluan. Apabila Yang Berhormat Pekan tidak mahu beri laluan, ini adalah hak dia, tetapi nanti sebelah sini apabila sebelah sana berucap, sama juga. Saya bagi 30 saat tambahan untuk menggulung. Sila.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan

Hotel Royale Chulan kepunyaan LTAT dijual pada syarikat di Singapura. Walaupun ada kenyataan mula-mula saya tidak faham, kononnya saya tidak faham, tidak ada cadangan hendak jual, akhirnya dijual juga.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat Pekan, mohon menggulung.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan

Aset-aset Telekom pun hendak jual, aset-aset FELDA hendak jual, Tabung Haji pun hendak jual dan banyak lagi yang akan dijual.

final • 3:20 PM

Seorang Ahli

Malaysia pun hendak dijual.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan

Jadi saya hendak tutup Tuan Yang di-Pertua. Cuma bila dijanjikan kawalan harga, Yang Berhormat Menteri berkenaan janji hendak siasat apa sebab harga KFC dan McDonald’s naik, tetapi sampai sekarang tidak ada dengar pun apa dia kesan daripada siasatan. Saya juga hendak beritahu bahawa kalau hendak kawal harga barang-barang keperluan, tolong kawal harga telur sebab apabila Menteri umum harga telur turun dua sen dalam sebuah press conference yang besar- besaran, hari ini harga telur ‘triple A’ menghampiri 50 sen sebiji Tuan Yang di-Pertua. Jadi, kalau harga telur pun tidak boleh kawal, jangan harap hendak kawal harga lain. Saya banyak lagi poin, tetapi Tuan Yang di-Pertua setakat ini sahajalah. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Okey, terima kasih Yang Berhormat Pekan. Ahli-ahli Yang Berhormat, setiap Ahli Yang Berhormat mempunyai hak yang sama. Apabila kita dengar, kita boleh panas telinga tetapi jangan panas hati ya. [Dewan ketawa] Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Bagan Serai. Yang Berhormat Bagan Serai kurangkan volume.

final • 3:20 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

[Membaca sepotong doa] Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih

final • 3:26 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini.

Titah Tuanku, semua pihak mesti mengambil berat tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Ini selaras dengan Paris Agreement di COP 21 iaitu UNFCCC.

Malaysia janji untuk turunkan 45 peratus greenhouse gas dan juga untuk maintain hutan kita 50 peratus by 2030. Akan tetapi apa yang kita lihat pada hari ini, kita dengar berita tentang kesan-kesan daripada tidak jaga apa yang anugerah Allah SWT kepada kita pada hari ini.

Hutan ditebang sama ada untuk tanaman atau untuk pembangunan. Lereng-lereng bukit ditarah untuk membuat rumah dan sebagainya dan orang masih lagi buang sampah di merata-rata dan juga buang plastik. Penggunaan plastik dan juga tidak mempedulikan tentang konservasi terutamanya hidupan liar. Jadi natijahnya, banjir, kemarau, tanah runtuh, nyawa dan harta hilang hari ini.

Oleh sebab itu pada hari ini kita lihat, saya mendapat laporan yang terkini berkenaan dengan keadaan denggi di negara kita pada hari ini. Pada hari ini, pada masa ini, pada bulan Februari 23,914 kes berbanding pada masa yang sama sebanyak 9,072 kes. Pada hari ini, 40 orang telah mati kerana denggi, manakala pada masa yang sama hanya 20 orang yang mati kerana denggi. Saya ambil contoh di Selangor sahaja sebanyak 13,857 kes. Pada masa yang sama pada tahun lepas, hanya 4,000 lebih kes sahaja.

Jadi kita lihat, apa yang sudah jadi apabila kita tidak jaga alam sekitar kita hari ini.

Apabila manusia dengan sikap yang tamak, yang pentingkan diri sendiri, yang tidak peduli apa yang akan terjadi pada orang dan tidak ikut pada perintah Allah SWT.

final • 3:26 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Penjelasan.

final • 3:26 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Saya ingin bertanya kepada kerajaan hari ini. Antara satu sebabnya ialah bagaimana untuk meningkatkan kerjasama, apabila buat gotong-royong, orang tidak turun. Saya pernah turun buat gotong-royong.

Sebelum saya jadi wakil rakyat, tidak ada orang hendak turun, orang duduk dalam rumah.

Bagaimana hendak tingkatkan kerjasama gotong-royong? Bagaimana hendak ubah sikap tabiat jangan buang sampah. Jangan buang sampah untuk rakyat. Bagaimana pula hari ini supaya kita dapat sama-sama fikir untuk wujudkan sukarelawan COMBI umpamanya di tempat-tempat wabak.

final • 3:26 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat...

final • 3:26 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Mungkin Ahli Parlimen boleh bantu, seperkara lagi.

final • 3:26 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, penjelasan.

final • 3:26 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Saya harap kerajaan bersedia untuk membuat pindaan kepada akta, Akta Kerajaan Tempatan, memberi kuasa lebih kepada PBT. Ini kerana, ada rumah-rumah kosong menjadi rumah berhantu sudah, punya tidak jaga, penuh dengan perkara-perkara yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk Aedes.

final • 3:26 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Penjelasan Yang Berhormat.

final • 3:26 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Jadi membenarkan, memberikan mereka kuasa untuk masuk rumah-rumah kosong ini.

final • 3:26 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, penjelasan sedikit.

final • 3:26 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Silakan.

final • 3:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Ya, Yang Berhormat Arau.

final • 3:26 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tertib Tuan Yang di-Pertua, saya mengikut peraturan, bukan macam Yang Berhormat Jelutong, hentam sahaja. Yang Berhormat, apakah Yang Berhormat ingin memasukkan dalam ucapan ataupun ingin kepada kerajaan, supaya kuasa kerajaan negeri dan juga Persekutuan itu dapat dicari jalan penyelesaian.

final • 3:26 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Contohnya macam pagi tadi, Yang Berhormat Menteri jawab bahawa ada pembangunan yang akan dibuat di sebelah FRIM. Padahal kawasan hutan tersebut adalah

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

kawasan hutan penampan kepada FRIM yang merupakan hutan yang terbaik di dunia.

Apakah Yang Berhormat hendak minta kerajaan negeri...

[Disampuk]

final • 3:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Saya setuju dengan Yang Berhormat Arau, terima kasih Yang Berhormat Arau. Tragedi Sungai Kim Kim, ini adalah satu kejutan kepada Malaysia dan juga dunia umpamanya. Buang sisa toksik satu perbuatan yang bodoh, tidak bertanggungjawab, kejam dan kerja gila sebenarnya. Cuba bayangkanlah anak dia ada di sekolah pada hari itu, apa akan jadi? Cuba bayangkanlah saudaranya ada di sekolahnya itu, apa akan jadi? Menyebabkan macam-macam masalah dan nyawa mungkin terancam.

Saya hendak ucap terima kasih kepada NADMA, ATM, PDRM, Ministry of Health, Ministry of Education, Bomba, HAZMAT, JPS State dan juga Petronas yang telah bertungkus- lumus. Kebimbangan Bagan Serai bukan sahaja pada acute cases tetapi kebimbangan Bagan Serai adalah apa masalah kronik yang akan berlaku selepas hari ini. Maklumlah mereka terhidu dengan 15 jenis racun dalam asap. Apa boleh jadi pada paru-paru? Apa boleh jadi masa akan datang? Adakah kebimbangan kita masalah umpamanya kanser? Bagaimana tentang pembersihan sungai itu? Berapa kilometer sebenarnya? Berapa lama hendak dipantau? Ini adalah perkara-perkara yang telah ditimbulkan oleh perkara yang sangat bodoh yang dibuat oleh orang ini.

Tuan Yang di-Pertua, Bagan Serai ingin bertanya, adakah kerajaan bersedia untuk membuat pindaan undang-undang mengetatkan hukum, meningkatkan hukuman RM500 ribu, penjara lima tahun.

final • 3:30 PM

Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong

Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 3:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Sebentar. Adakah kerajaan akan mengetatkan SOP pengurusan sisa toksin? Berapa banyak kilang haram yang ada daripada 254 dan adakah unsur-unsur rasuah sedang berjalan menyebabkan mereka berani membuat kerja-kerja gila ini? Silakan.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Ya, Yang Berhormat Parit Sulong.

final • 3:30 PM

Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Kita setuju dengan apa yang tadi Yang Berhormat Bagan Serai katakan. Dua hari lepas pun, saya berada di Pasir Gudang melawat mangsa-mangsa di situ dan saya tengok dari segi, saya setuju juga mengenai perlunya kita identify, dengan izin lebih awal mengenai siapakah culprit behind all this, dengan izin.

Akan tetapi saya hendak tanya dengan pendapat Yang Berhormat mengenai cadangan-cadangan terutamanya cadangan daripada seorang daripada pihak Yang Berhormat yang mengatakan bahawa dalam keadaan ini jangan keluar, tutup pintu, selepas itu pun waktu itu untuk menenangkan segala masalah keluar daripada negeri, apa pendapat Yang Berhormat? Ini adalah kerana ini adalah responsibility bersama. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

Ya, Yang Berhormat Bagan Serai sekali.

final • 3:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

Kuala Krau sedikit sahaja.

final • 3:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Sikit sahaja.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

Yang Berhormat Parit Sulong dia tidak sebut, sebut sahajalah Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor yang pergi ke Batam.

final • 3:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Sangat prihatin Yang Berhormat Kuala Krau dengan Yang Berhormat Parit Sulong. Saya harap mereka berdua berada di sana juga. Terima kasih. Bercakap tentang check and balance hutan, saya dengan pemelihara hutan ini, bercakap dengan check and balance hutan hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya terpanggil untuk cerita sedikit pasal Malaysian Nature Society (MNS) Pencinta Alam Sekitar, mereka ini ibarat wira yang tidak didendangkan. Wujud

final • 3:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

sejak tahun 1940, sudah 80 tahun. Hari ini ada 14 cawangan di Malaysia dan 500 sekolah mengambil bahagian dalam MNS punya program ini. Hari ini mereka ada lima pusat yang mengendalikan kem-kem kesedaran. Cerita sudah latih guru, cerita pasal alam sekitar, cerita pasal beruang, cerita pasal Harimau Malaya, cerita pasal konservasi gajah, bakau, hutan dan sebagainya. Jadi, mereka ini mengajak anak-anak kita di sekolah hari ini supaya mereka dapat menyayangi alam sekitar, anak-anak hendak ajar orang tua-tua sudah besar-besar ini payah, kerana hendak buang sampah sahaja.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, adakah kerajaan bersedia untuk memberikan dana atau menambahkan dana tahunan, memberikan kelebihan dana supaya mereka dapat laksanakan tugas dengan lebih baik lagi? Seperkara lagi Tuan Yang di-Pertua, Malaysia adalah mega biodiversiti yang ke-12 dalam dunia. Kita sudah ada National Biodiversity Centre (NBS) di KATS dan saya ingin menyuarakan kita perkasakan kita punya NBS ini, kepimpinan yang baik, kakitangan yang baik dan juga jawatankuasa penasihat yang baik dan adakah kerajaan bersedia untuk wujudkan National History Museum ataupun Muzium Alam Semula Jadi yang menunjukkan kepada dunia hari ini bahawa Malaysia ini seimbang, bahawa Malaysia balance, Malaysia commit kepada keseimbangan dan kelestarian alam sekitar hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, Titah Tuanku lagi, kemajuan dan kesejahteraan negara berkait rapat dengan tahap kesihatan. Ini saya hendak cerita tiga perkara, yang pertama tentang penagihan dadah.

final • 3:30 PM

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Yang Berhormat Bagan Serai, mohon laluan.

final • 3:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Sejak tahun 1980 berbilion duit telah dihabiskan dan apakah natijah dan segala yang kita dapat hari ini.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Kubang Kerian mohon laluan.

final • 3:30 PM

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Minta laluan sedikit.

Sebelum...

final • 3:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Semua pencelahan seminit kurang daripada seminit.

final • 3:30 PM

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Ya kurang seminit. Saya sebelum pindah pada poin yang baharu, isu soal penebangan hutan yang diistilahkan “cuci mangkuk” di mana 95 peratus hutan ditebang keseluruhannya hingga bukit nampak tanah dan sebagainya. Saya minta cadangan daripada Yang Berhormat Bagan Serai, apakah kerajaan sepatutnya mengharamkan kaedah penebangan hutan secara begini yang jelas mengancam keselamatan hutan kita.

final • 3:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian, sebab itu saya katakan tadi janji Malaysia kepada dunia untuk maintain hutan kita 50 peratus. Jangan main-main dengan janji kerana kita telah menandatangani ratifikasi triti ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya bercerita tentang tadi kerana wujudnya apa yang dikatakan selama ini tadi zero tolerance. Zero tolerance ini saya bukan hendak explain detil- detil sangat tetapi apa yang kita buat pada hari ini kita tangkap, penagih dadah ditangkap disumbat dimasukkan di dalam pusat serenti ataupun dalam jel. Hasilnya apa? Jel penuh dengan orang yang buat kesalahan-kesalahan kecil bawa dadah umpamanya.

Akan tetapi, penjenayah-penjenayah banyak lagi terlepas dan kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk bela orang dalam jel. Dikatakan RM40.00 sehari. Kalau buat treatment dekat luar, hanya 40 sen dan juga akan menjadi masalah kepada keluarga, hilang arah. Dia dapat apa yang dikatakan sebagai serenti sindrom, orang tidak percaya, masyarakat tidak terima, keluarga tidak terima. Ini masalah yang timbul kerana kita telah buat ini lebih daripada lima dekad dan ini hasil yang kita dapat pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, drug addicts mengikut istilah yang telah ditakrifkan oleh WHO adalah chronic relaxing mental illness. So addicts are not criminals, addicts are patients. They deserve to get medical treatment dengan izin, mereka perlukan rawatan yang sebaiknya.

Terbaiknya doctors take the lead. Adakah kerajaan bersedia untuk memberikan dana yang lebih kepada Kementerian Kesihatan, kepada para doktor untuk menjalankan rawatan dengan terbaiknya supaya mereka ini dapat diselamatkan?

final • 3:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Hari ini saya menyuarakan supaya ditingkatkan medication assisted treatment

(MAT), tingkatkan training, tingkatkan R&D, tingkatkan lagi bilangan pakar, pakar addiction specialist, tingkatkan lagi harm reduction yang telah mengurangkan banyak masalah HIV di negara hari ini dan wujudkan satu law-regulated modul, maknanya pengurangan kawalan yang ketat sangat ke atas GP-GP atau general practitioner, doktor swasta yang menjalankan klinik methadone di tempat mereka sendiri.

Hari ini Tuan Yang di-Pertua, kita telah mewujudkan program-program di masjid pun. Inilah yang kita katakan approach sebagai Bio-Psycho-Social-Spiritual Approach. Saya pada tahun 2014 telah pergi ke Zurich, saya seminggu di sana untuk melihat dasar dadah di Swiss dan kita sudah dapat satu laporan berfoto berkenaan dengan dasar di sana. Apa yang mereka lakukan sehingga masalah di sana dapat diselesaikan pada hari ini? Jadi, ini yang paling penting untuk kita buat.

final • 3:30 PM

Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 3:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Adakah kerajaan bersedia untuk mengambil pendekatan decriminalisation. Jangan salah faham decriminalisation bukan bermakna kita pergi ambil sahaja dadah tepi jalan dan semua bukan tetapi mereka-mereka yang bawa dadah yang sedikit bukan disumbat ke dalam penjara tetapi dibawa kepada treatment supaya ini dapat dilaksanakan.

final • 3:30 PM

Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara

Tuan Yang di-Pertua, minta Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 3:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Banyak negara luar seperti Portugal.

final • 3:30 PM

Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara

Yang Berhormat Bagan Serai?

final • 3:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Sebentar. Zurich dan sebaginya telah menjalankan perkara ini dan mereka dapat melenyapkan masalah penagihan dadah di negara mereka ini. Kenapalah kerajaan kita tidak memberikan sedikit mata hati untuk melihat? Melihat kepada pendekatan yang ada ini supaya kita dapat menyelesaikan masalah dadah di Malaysia ini. Silakan sekejap.

final • 3:30 PM

Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara

Tuan Yang di-Pertua, saya cukup teruja beritahu Yang Berhormat Bagan Serai, kalau dadah hendak ditangani dengan methadone untuk mengalihkan mereka punya ketagihan, supply mesti cukup kerana apa saya dapati hari ini ubat darah tinggi supply ke hospital dan ke klinik kesihatan pun tidak cukup, itu saya hendak beritahu.

final • 3:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Tenggara seorang doktor, saya percaya dia tahu apa yang dia cakap terima kasih. Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:30 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Yang Berhormat, Jerai.

final • 3:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Titah Tuanku lagi.

Pendidikan ejen perubahan untuk rapatkan jurang sosioekonomi dalam masyarakat. Terlebih dahulu saya hendak ucapkan tahniah kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Kerian yang telah menjadi sekolah agama terbaik, sekolah SMK yang terbaik dalam negara Malaysia, keputusan SPM baru-baru ini. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada warga pendidik, PPD Kerian, pada ibu bapa, guru-guru, kepada pelajar-pelajar sana. Inilah Tuan Yang di-Pertua, Parlimen Bagan Serai. Tahun lepas juga pelajar terbaik STPM adalah daripada Parlimen Bagan Serai juga.

final • 3:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Walau bagaimanapun, saya bimbang tentang STEM. Hari ini dapat kita lihat, STEM ini pencapaian kita mahu 60:40. Adakah kita capai? Kita mahu pergi negara maju, kita kena ada banyak saintis. Jadi, saya dapat melihat hari ini, contohnya, data yang saya ada ini ialah lukisan engineering. Tahun lepas, 8,854 orang sekarang yang tinggal sebanyak 1,900 orang.

Pelajar-pelajar di Kejuruteraan Awam 681 orang menjadi, 679 orang pada tahun ini berbanding tahun lepas. Selain itu juga, pelajar-pelajar yang mengambil English for Science and Technology. Dahulu seramai 1,254 orang sekarang tinggal 799 orang. Percentage science students daripada 49 peratus turun kepada 44 peratus.

final • 3:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya, sejauh manakah MESTECC dan MOE respons kepada kajian Academy of Sciences Malaysia (ASM), Science Outlook Report 2017.

Apa peranan ASM hari ini? Kita dapat bila kita dengar, bila kali terakhir kita dengar ASM dan adakah kerajaan bersedia untuk melihat kepada perkara ini? Adakah kerajaan bersedia untuk memindahkan ASM daripada sekarang ini kepada JPM supaya dia dapat berikan servis kepada semua yang ada? Saya juga melihat pada kewujudan profesor-profesor pencen yang produktif, kenapa kita tidak gunakan mereka balik? Mereka masih di dalam lingkungan 60 tahun. Saya lihat, Ahli-ahli Parlimen dekat sini pun lebih daripada 60 tahun. Akan tetapi, masih ada di sini untuk jaga rakyat.

Kenapa profesor-profesor yang berwibawa, yang banyak pengalaman, yang banyak networking, kita tidak bawa balik dalam universiti awam untuk memberikan pengajian yang lebih baik lagi hari ini? Tuan Yang di-Pertua, Tuanku bimbang nasib pekebun kecil, getah dan sawit. Hari ini kita cadangkan untuk stabilkan, kita buat tanaman kontan. Saya ingat kerajaan bagi tanah sebab, tolonglah. Mereka ini miskin, tidak ada tanah. Bagi bantuan kaedah moden dan teknologi supaya dapat memberikan hasil yang lebih banyak lagi. Mereka tidak bergantung hanya kepada getah dan sawit. Jadi, ini dapat menolong mereka supaya kebergantungan itu. Perkara kedua ialah insentif nelayan dan pesawah. Teruskan, jangan potong! Kesian mereka. Mereka sudah susah, potong lagi.

Tuan Yang di-Pertua, mereka ini penting. Mereka ini jaga makanan negara. Cuba bayangkanlah kalau pesawah tidak turun sawah, main dengan selut dan nelayan tidak turun ke laut untuk menyambung nyawanya hari ini, kita tidak ada makanan hari ini. Cuba bayangkan kalau mereka stop dan buat benda lain? Ataupun cuba bayangkan kalau anak- anak muda tidak ambil bahagian dalam pertanian pada hari ini? Apa akan jadi pada jelapang padi Malaysia? Saya mahu tanya kerajaan, apa jadi kepada getah untuk jalan? Kata getah buat untuk jalan, apa yang sudah jadi, apa perkembangannya hari ini?

Tuan Yang di-Pertua, Titah Tuanku lagi. Perkukuhkan perpaduan, Islam agama Persekutuan, jangan salah guna sosial media. Hari ini kita multiracial, multi-religion, multicultural. Hari ini kita patut duduk dengan hormat. Kita rakyat Malaysia hari ini 60 tahun, sudah seronok dekat Malaysia, sudah maju. Hormat satu sama lain, bertolak ansur, ada kasih sayang. Kita kena tengoklah sesama kita dengan kasih sayang. Saya harap, kita dekat sini, contoh sahajalah, saya bagi contoh, kita tengok pada Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jelutong tidak ada sekarang ini.

Tengoklah Yang Berhormat Jelutong dengan kasih sayang. Boleh kah?

[Ketawa] Tengok dengan kasih sayang. Dia hormat. Kita jadi contoh kepada rakyat Malaysia ataupun kita tengok kepada Yang Berhormat Pendang. Mana Yang Berhormat Pendang? Yang Berhormat Pendang pun tidak ada sudah sekarang ini. Yang Berhormat Pendang tengok dengan kasih sayang.

[Disampuk]

final • 3:40 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Yang Berhormat Bagan Serai. Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 3:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Ataupun kita lihat pada Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Kuala Krau, Tuan Yang di-Pertua...

[Disampuk]

final • 3:40 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Yang Berhormat Bagan Serai? Yang Berhormat Bagan Serai, sedikit? Boleh?

final • 3:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

...adalah antara MP yang sangat baik yang saya kenal sejak saya datang ke Parlimen lagi.

[Disampuk]

final • 3:40 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Boleh? Boleh Yang Berhormat Bagan Serai? Sedikit?

final • 3:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Pandang dengan kasih sayang, ini adalah perlembagaan persatuan Persekutuan kita pada hari ini.

final • 3:40 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Yang Berhormat Bagan Serai? Sedikit?

Kapit, Kapit.

final • 3:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Sebentar, masa sudah tiada.

[Disampuk]

final • 3:40 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Tidak boleh?

final • 3:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, tragedi menghina Islam dan nabi. Tragedi menghina Islam, nabi dan tragedi Christchurch pada hari ini betul-betul menggores hari rakyat Malaysia. Saya ingin bertanya, adakah kerajaan bersedia untuk meminda undang-undang dan hukuman yang lebih berat supaya mereka diadili deterrent factor, tidak berani berbuat perkara-perkara begini.

Bagan Serai dengan ini menentang sekeras-kerasnya penghinaan ke atas Islam, penghinaan ke atas nabi dan juga serangan yang berlaku di New Zealand baru-baru ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk sedikit kepada kisah perarakan yang melibatkan LGBT pada baru-baru ini. Pada tahun 1980-an, HIV disebarkan oleh sebab cucuk dadah ini sehingga ada 60,000 ke 70,000 orang yang menghidap HIV hari ini. Akan tetapi, keadaan telah diredakan dengan harm reduction yang dilakukan MMT dan juga Needle and Syringe Exchange Programme (NSEP). Akan tetapi, pada hari ini, wujudnya HIV hari ini kebanyakan disebabkan oleh amalan-amalan LGBT hari ini ataupun yang disebutkan MSM iaitu men who have sex with men. Ini adalah satu naluri songsang, satu perbuatan jijik yang dapat kita lihat hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ibaratkan kita buat rumah. Buat rumah pintu dekat depan, pintu itu cantik, pintu itu lawa, kita cat dia, kita buat ukiran pada dia, sembur minyak wangi pada dia, kita masuk rumah ikut pintu depan. Kenapa ikut pintu belakang? Pintu belakang itu kotor! ‘Berlemoih’ kata orang Kedah dan tak elok, dah busuk! Ini kesalahan yang hari ini dikatakan naluri yang songsang. Selain itu juga, dalam Islam, ini adalah perbuatan yang haram yang telah ditunjukkan, telah diceritakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran banyak kali, di banyak tempat dalam banyak surah. Allah SWT telah menghukum memberikan hujan batu yang membakar, menterbalikkan tanah Kaum Luth yang telah mengadakan amalan songsang ini. Amalan songsang yang dikatakan LGBT hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, kalau sebut LGBT ini, kalau di Bagan Serai, orang Bagan Serai kata “kadak faham”. Orang Bagan Serai dia sebut “kadak faham” LGBT ini. Apa LGBT ini? Inilah yang dikatakan lesbian gay! Ataupun di tempat saya dipanggil “jantan kokak jantan”, ataupun “betina kokak betina”. Ini faham orang kampung punya cerita. Sebab ini amalan-amalan yang salah. Amalan yang kita katakan tidak betul hari ini.

Saya hendak tanya kerajaan, apakah tindakan kerajaan seterusnya untuk melarang, menurunkan kadar LGBT di negara ini khususnya? Sekali lagi saya hendak terangkan. Saya hendak nyatakan bahawa Bagan Serai tentang sekeras-kerasnya LGBT di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua. Akhirnya, Tuanku ingatkan kita...

[Disampuk]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Akhirnya, masa sudah tamat.

final • 3:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Jangan lupa jasa. Sedikit Tuan Yang di-Pertua, untuk gulung.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

30 saat.

final • 3:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Satu minit Tuan Yang di- Pertua? Boleh?

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Tidak. 30 saat.

final • 3:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Jangan lupa jasa perkhidmatan awam. ATM Veteran, PGB PDRM, agensi pertahanan dan keselamatan. Mereka-mereka ini tengoklah kebajikan mereka. Ada yang dah gaji tidak cukup, naikkan umpamanya. Ada yang dapat elaun. Jaga kebajikan mereka supaya kerana merekalah menjadi nadi pada perkhidmatan di negara pada hari ini Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak akhirkan dengan pantun juga Tuan Yang di- Pertua.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Ya.

final • 3:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Pantun. Saya tahu Tuan Yang di-Pertua suka pantun.

Pencemaran Kim Kim mencemaskan kita, Niat membantu semua serupa, Bagai Serai sini di akhir cerita,

final • 3:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Titah Tuanku jangan dilupa. Daulat Tuanku! Bagan Serai menyokong Titah Tuanku Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Okey, terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pasir Mas. Selepas itu, Yang Berhormat Setiawangsa. Sila.

final • 3:40 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

*Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera.

Tuan berakit di tepi muara, Puteri Raja mengail ikan, Pasir Mas bangkit memulakan bicara, Titah Diraja kita bahaskan. Saya ingin mulakan perbahasan pada kali ini dengan merakamkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut mengambil bahagian membahaskan ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong baru-baru. Saya mulakan perbahasan pada kali ini dengan isu-isu yang melibatkan kawasan saya wakili iaitu Pasir Mas. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam ucapan Baginda dalam perkara kelapan telah menyatakan komitmen kerajaan untuk membangunkan sektor agromakanan, bukan setakat untuk menjamin bekalan makanan yang mencukupi, malah untuk meningkatkan eksport negara.

Untuk makluman Dewan yang mulia, hari ini pesawah-pesawah padi di Pasir Mas bahkan juga di seluruh Kelantan berdepan dengan suasana kemarau panjang yang menyebabkan tali air dikendalikan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu iaitu KADA telah kekeringan. Ia mengakibatkan air tidak sampai dan tidak dapat mengairi sawah yang kedudukannya lebih tinggi dari dasar tali air. Kita tahu padi memerlukan air sepanjang masa.

Justeru, saya memohon kepada pihak kerajaan, khususnya Yang Berhormat Menteri Pertanian agar dapat memikirkan kaedah bagi memastikan para pesawah dibekalkan dengan enjin air yang cukup bagi mengepam air ke dalam sawah.

Kami Ahli Parlimen PAS dan UMNO di Kelantan sentiasa terbuka untuk berbincang dengan Jabatan Pertanian bagi memastikan para pesawah mendapat bantuan tanpa mengira warna politik. Ini saya mohon sangat-sangat daripada Yang Berhormat Menteri Pertanian.

Saya tidak minta Yang Berhormat Menteri supaya menangis. Saya kalau boleh Yang Berhormat Menteri hendak menangis, silalah tetapi untuk bantuan ini saya minta supaya sampai kepada rakyat. Dalam masa yang sama, saya ingin bertanya berhubung kekosongan jawatan pengerusi KADA yang tidak berjaya diisi semenjak selepas pilihan raya umum. Saya semak laman web KADA baru sebentar tadi, pada jawatan pengerusi dapat dilihat nota sedang dikemas kini. Setahun sudah berlalu. Apa yang berlaku sebenarnya? Susah sangatkan untuk melantik seorang pengerusi agar dapat memastikan perjalanan pentadbiran KADA berjalan dengan baik.

final • 3:47 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini Menteri Hal Ehwal Ekonomi telah berkunjung ke Kelantan, selaku Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi. Bagi pihak Ahli-ahli Parlimen PAS di Kelantan, kami mengalu-alukan pelantikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri dan diharapkan menjadi jambatan penghubung di antara kerajaan negeri dan Pusat. Setidak-tidaknya pelantikan Pengerusi Majlis Tindakan Negeri ini lebih baik berbanding melantik individu-individu yang tidak mempunyai kedudukan di dalam Kabinet Malaysia.

Bagaimanapun, daripada lima projek yang diumumkan oleh Menteri untuk dilaksanakan di Kelantan, tidak terdapat projek tebatan banjir di pesisir Sungai Golok.

Seboleh-bolehnya dalam terima kasih kami menyambut kehadiran lima projek ini, saya berharap agar jangan lupakan projek tebatan banjir yang mana limpahan Sungai Golok di

final • 3:50 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

musim tengkujuh sentiasa menjadi igauan kepada rakyat penduduk Malaysia di sepanjang Sungai Golok melibatkan Parlimen Rantau Panjang, Pasir Mas dan Tumpat.

Tuan Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam perkara 13 ucapan Baginda, telah menyentuh berhubung kebajikan warga emas, kanak-kanak dan OKU. Suka untuk saya mencadangkan agar sambutan-sambutan hari yang berkait rapat dengan golongan OKU ini wajar diperhebat oleh kementerian, sama ada Kementerian Kesihatan mahupun Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ia terpulang pada pihak kerajaan untuk membuat pertimbangan. Namun, masyarakat wajib ditingkatkan kesedaran mereka terhadap kehadiran golongan OKU yang juga merupakan sebahagian daripada masyarakat.

Sebagai contoh, bulan April yang dikenali sebagai bulan Autisme Sedunia dicadangkan kepada kerajaan untuk membuat sambutan bulan autisme dalam pelbagai program mudah dan ringkas sehingga ke peringkat Parlimen agar seluruh komuniti masyarakat yang merupakan pemegang taruh boleh terlibat dengan mudah. Tidak perlu memberi penumpuan kepada program-program besar di peringkat Pusat, di peringkat negeri semata-mata yang hanya bertumpu kepada lokasi-lokasi tertentu menyukarkan untuk masyarakat yang jauh daripada pusat bandar untuk turun menyertai program tersebut.

Begitu juga dengan gejala lain seperti disleksia, sindrom down, ADHD dan lain-lain.

Parents support group dengan izin, melalui penubuhan NGO perlu diperlu diperkasakan dengan bantuan daripada pihak kementerian agar ibu bapa yang terlibat ini dapat berbincang sesama mereka dan mempunyai apa yang disebut sebagai a shoulder to cry on, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang Akta SOSMA yang merupakan sebahagian daripada janji Manifesto Pakatan Harapan untuk dimansuhkan. Saya dimaklumkan pada hari ini, ada puluhan lagi tahanan SOSMA yang sekarang sedang menunggu untuk dibicarakan. Ada yang sudah dua tahun dibicarakan, bahkan ada yang ditahan reman sudah hampir empat tahun di penjara. Walaupun mereka sudah pun menang perbicaraan di Mahkamah Tinggi, kira-kira setahun, setengah tahun yang lalu tetapi mereka adalah tahanan SOSMA, mereka masih tidak dibebaskan. Selagi mana pendakwa ataupun pihak yang berkenaan yang berkuasa mahu terus membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan.

Akta SOSMA membenarkan semua mereka ini ditahan reman dan tidak dibebaskan.

Akta ini tidak membenarkan tertuduh diikat jamin walaupun telah menang di peringkat Mahkamah Tinggi. Mereka menunggu tarikh perbicaraan di Mahkamah Rayuan. Ada yang dilengah-lengahkan sehingga setahun setengah lamanya. Ini memberikan tekanan emosi serta kewangan ke atas mereka dan keluarga. Mereka ada isteri, mereka ada anak-anak kecil yang sudah empat tahun sengsara, yang sudah bertahun-tahun sengsara menunggu mereka di luar. Isteri-isteri kehilangan nafkah, anak-anak kehilangan kasih sayang daripada bapa mereka. Anak kecil kehilangan kasih sayang seorang ayah sedangkan mereka bukan penjenayah di mahkamah dan tidak ada yang boleh mengesahkan mereka sebagai pengganas.

Saya mohon belas ihsan daripada Ahli-ahli Parlimen, sama ada daripada Pakatan Harapan mahupun pembangkang. Dalam pada kita sedang berada di sini, tahanan-tahanan SOSMA sedang menderita ditahan tanpa sebarang keadilan diberikan kepada mereka. Saya merayu kepada pihak kerajaan, supaya benar-benar membuat penelitian menyeluruh terhadap akta ini dan seterusnya membuat perubahan yang sepatutnya. Tujuan murni untuk membendung keganasan itu sangat bagus tetapi jangan sampai menzalimi rakyat yang naif ini. Apabila akta ini telah berlaku zalim, ia tidak lagi membendung keganasan sebaliknya saya khuatir ia mencipta keganasan pada masa yang akan datang.

Kita tahu bahawa komitmen Pakatan Harapan khususnya akan menghapuskan ataupun setidak-tidaknya mengendurkan Akta SOSMA ini daripada dibiarkan untuk terus mencengkam mereka yang tidak dibicarakan tetapi bilakah ia akan dilaksanakan? Sehari demi sehari mereka yang terlibat dengan kesalahan-kesalahan, yang tidak dapat dibuktikan mereka ditahan di dalam SOSMA dalam keadaan keluarga mereka sedang merindui mereka sehari demi sehari.

Tuan Yang di-Pertua, dalam isu kos sara hidup turut dibangkitkan di dalam Titah Baginda. Kita telah menyaksikan pelbagai jawatankuasa telah ditubuhkan bagi menangani isu kos sara hidup, namun ia seolah-olah masih gagal menemui jawapan yang rakyat mahupun. Kita sedia maklum bahawa penyelesaian kepada kos sara hidup tidak akan dapat dicapai dalam masa yang singkat. Ia mungkin memakan masa yang lama untuk kita menuai

final • 3:50 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

hasilnya. Cuma apa yang perlu kita bahaskan sekarang apakah pendekatan yang kita ambil ini bertepatan dengan kehendak penyelesaian kos sara hidup. Kerajaan menubuhkan pelbagai Jawatankuasa Kos Sara Hidup selepas memahami tekanan kos sara hidup yang tinggi. Ironinya, polisi-polisi yang disediakan oleh kerajaan seolah-olah tidak mengambil kira langsung bebanan yang sudah ditanggung oleh rakyat.

Isu PTPTN, bantuan sara hidup khusus kepada golongan bujang, bantuan kepada pelajar IPT dan sebagainya seolah-olah dilaksanakan sekadar menutup mulut pengkritik semata-mata tanpa mengambil kira faktor kos sara hidup yang mendorong kepada keperluan tinggi bantuan tunai yang disalurkan kepada mereka.

Saya ingin menyentuh mengenai pengenalan indeks kos sara hidup. Walaupun tidak dijelaskan bagaimana formulanya, saya mengharapkan agar indeks yang dikeluarkan kelak dapat mengambil kira pelbagai aspek yang berkaitan dengan isu kos sara hidup. Hari ini kita mengguna pakai Indeks Harga Pengguna (IHP) sebagai indikator utama tetapi perlu dijelaskan bahawa IHP lebih menjurus kepada purata harga dalam kumpulan barang. Walau bagaimanapun, corak perbelanjaan berbeza mengikut kategori tertentu. Terdapat kajian yang menunjukkan kadar inflasi berbeza mengikut tahap perbandaran, kumpulan pendapatan isi rumah dan sebagainya. Contohnya di bandar, kesan inflasi lebih tinggi berbanding di pinggir bandar dan luar bandar. Begitu juga inflasi kepada golongan B40 lebih teruk terjejas berbanding dengan golongan lain.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh beberapa isu lain yang antaranya ialah saya ingin menarik perhatian kepada pihak Dewan, kepada peruntukan yang sepatutnya diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen daripada pembangkang. Saya ucap terima kasih pada tahun lepas, Ahli-ahli Parlimen daripada pembangkang diberikan peruntukan sebanyak RM100,000 tetapi adakah benar atau tidak, saya wallahualam. Akan tetapi saya dimaklumkan bahawa terdapat kecenderungan daripada pihak kerajaan ingin membekukan peruntukan kepada Ahli Parlimen Pembangkang pada tahun 2019 ini.

Justeru, saya ingin mendapat penegasan daripada pihak kerajaan, adakah di sana terdapat kecenderungan untuk membekukan peruntukan ini? Sama ada benar atau tidak?

Sampai ke hari ini kami di pihak Ahli Parlimen Pembangkang masih belum diberitahu, apakah perkembangan berikutnya. Benar atau tidak peruntukan pada kami dibekukan? Sudah tentu walaupun diberikan, ia jauh berbeza daripada Ahli-ahli Parlimen daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berada di dalam Pakatan Harapan.

final • 3:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Minta laluan. Ini sahabat lama.

final • 3:50 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Sila, Yang Berhormat Setiawangsa.

final • 3:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Terima kasih. Sahabat lama dalam Pakatan Rakyat dulu.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Ya, sila.

final • 3:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya adakah di negeri Kelantan dan Terengganu, pihak kerajaan negeri memberi peruntukan kepada wakil-wakil rakyat Barisan Nasional di sana? Adakah di negeri-negeri Barisan Nasional perintah wakil rakyat pembangkang juga terima peruntukan?

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Sila, Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 3:50 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Saya hanya boleh menjawab bagi pihak negeri Kelantan. Di Kelantan peruntukan kepada Ahli Parlimen Pembangkang tetap disalurkan.

[Disampuk] Kepada ADUN pembangkang tetap disalurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Di Terengganu saya tidak tahu dan begitu juga di negeri yang lain. Akan tetapi di Kelantan ia disalurkan kerana kita tahu bahawa ADUN-ADUN pembangkang di Kelantan sendiri tidak mempunyai saluran lain melainkan gaji yang mereka dapat secara bulanan.

Justeru untuk berlaku adil, kita mahu pada Kerajaan Pakatan Harapan supaya terus memberikan komitmen untuk menyalurkan peruntukan ini, kalau tidak boleh sikit, banyak pun tidak ada masalah.

Tuan Yang di-Pertua, yang berikutnya isu-isu agama kita mohon supaya semua pihak mengelakkan daripada menyentuh isu-isu sensitif yang boleh membangkitkan kemarahan pelbagai kaum. Beberapa hari lepas bila berlaku serangan terhadap umat Islam

final • 3:50 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

yang sedang solat Jumaat di Christchurch di New Zealand, ada ADUN daripada parti yang berada dalam kerajaan mengeluarkan pandangan bahawa pakatan PAS dan UMNO dibimbangkan boleh menyebabkan serangan seperti ini berlaku. Ini satu kenyataan yang tidak boleh diterima oleh akal. Walaupun kenyataan tersebut ditarik balik kemudiannya tetapi seolah-olah itulah dia pandangan daripada hati nuraninya.

Ini merupakan suatu perkara yang sangat mengecewakan. Kita mahu supaya parti berkenaan mengambil tindakan terhadap ADUN tersebut. Ini kerana jelas sekali dengan menangguk di air yang keruh dalam isu yang tidak ada kaitan pun dengan PAS dan UMNO seolah-olah dibuat cerminan, seolah-olah dibuat suatu kebimbangan, dicetuskan kebimbangan bahawa pakatan PAS dan UMNO boleh menyebabkan berlakunya serangan- serangan seperti ini.

final • 3:50 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Adakah itu satu provokasi, Yang Berhormat?

final • 4:00 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih. Ia lebih daripada satu provokasi. Sepatutnya pihak parti berkenaan, saya cadangkan, supaya mengambil tindakan terhadap ADUN yang jelas sekali mengeluarkan kenyataan seperti itu. Kita bimbang bahawa rangkaian-rangkaian kenyataan seperti ini ialah merupakan satu gambaran seolah-olah sangat bimbang sekiranya berlakunya kerjasama di antara PAS dan UMNO seolah-olah akan wujud satu pentadbiran yang berbentuk ala Taliban dan sebagainya.

Di Kelantan, sebagai contoh, ketika PAS telah mentadbir Kelantan beberapa lama mentadbir Kelantan, tetapi apakah di sana berlaku kelaziman kepada bukan Islam? Tidak.

Di Kelantan, kita boleh lihat di sana ada sleeping Buddha, ada sitting Buddha dan sebagainya.

Ada patung yang duduk, berdiri, tidur dan sebagainya. Tak pernah kita kacau hak-hak orang bukan Islam di Kelantan untuk melaksanakan kepercayaan mereka.

Yang Berhormat Tanjong Karang, sila.

final • 4:00 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat.

Selain daripada Yang Berhormat cakap Taliban tadi, saya teringat Ahli Parlimen Telok Intan, Timbalan Speaker, yang hari itu dia bangkit tetapi Yang Berhormat Timbalan Speaker cuba menafikan. Jadi, apakah benar Yang Berhormat Timbalan Speaker katakan campur tangan kerjasama PAS dengan UMNO ini akan mewujudkan kementerian Taliban? Kalau kata tidak betul, Yang Berhormat sebagai peguam, samanlah media sosial yang berkenaan. Hormatilah jubah Yang Berhormat pakai itu. Saya rasa malulah kalau Timbalan Speaker cuba hendak menipu Dewan pula.

final • 4:00 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya hanya menyebut secara umum sahaja iaitu kenyataan-kenyataan yang berbentuk seperti ini wajar untuk kita...

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat Pasir Mas.

Yang Berhormat Tanjong Karang, minggu lepas saya sudah jelaskan. Yang Berhormat Tanjong Karang tiada dalam Dewan. Teruskan Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 4:00 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Saya dengar Yang Berhormat buat penjelasan. Yang Berhormat kata maklumat daripada mana?

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat tiada di dalam Dewan. Saya malas hendak mengulangi lagi penjelasan. Yang Berhormat Pasir Mas boleh teruskan. Jangan bazir masa.

final • 4:00 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Daripada media massa.

Takkan itu jawapan standard Timbalan Yang di-Pertua? Yang Berhormat, peguam, ambillah tindakan undang-undang daripada media sosial. Yang Berhormat pun hendak menipu Dewan? Semalam saya dengar Yang Berhormat Timbalan Menteri KPDNKK sokong Yang Berhormat punya ucapan.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Ini bazir masa sahaja. Sila Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 4:00 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Yang Berhormat mengaku sahajalah. Yang Berhormat mengaku Yang Berhormat ada berucap kah tidak perkara itu?

final • 4:00 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Itu sahaja. Yang Berhormat kena beranilah menghadapi kenyataan. Janganlah di luar cakap lain, dalam Dewan cakap lain.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat baca Hansard.

Jangan malas.

final • 4:00 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Saya baca. Sebab itu saya bangun tanya. Saya tanya Yang Berhormat, Yang Berhormat ada bercakap kah tidak? Yang Berhormat ada bercakap kah tidak benda itu? Itu sahaja yang saya hendak tanya.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Saya sudah jelaskan. Malas saya hendak jawab.

final • 4:00 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Masa saya...

final • 4:00 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Yang Berhormat jawablah!

Yang Berhormat takut menghadapi kenyataan. Tak layak jadi Timbalan Speaker lah! Kalau Yang Berhormat cakap di luar lain, dalam lain, macam mana Yang Berhormat jadi Timbalan Speaker?

final • 4:00 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Dewan, Peraturan Dewan!

final • 4:00 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Memalukan Dewan lah Yang Berhormat. Memalukan jubah dan songkok yang Yang Berhormat pakailah! Mengakulah!

final • 4:00 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Yang Berhormat Pasir Mas, minta laluan.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Memang sikap Yang Berhormat Tanjong Karang, memang macam itu.

final • 4:00 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Saya tanya Yang Berhormat, Yang Berhormat...

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Dari dulu sampai sekarang tidak pernah berubah. Ini hendak bazir masa sahajalah.

final • 4:00 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Bukan. Yang Berhormat ada cakap kah, tidak ada cakap? Yang Berhormat ada cakap kah, tidak ada cakap? Itu sahaja!

final • 4:00 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Yang Berhormat Pasir Mas bagi laluan dekat sini.

final • 4:00 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Orang semua cakap pasal Taliban, Yang Berhormat nak menafikan. Memalukan Dewanlah Yang Berhormat!

final • 4:00 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Dewan.

final • 4:00 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Yang Berhormat tidak layak menjadi Timbalan Speaker lah kalau tak berani menghadapi kenyataan. Yang Berhormat cakap kah, tidak? Mengakulah! Mengaku!

final • 4:00 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Peraturan, peraturan.

final • 4:00 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Tidak menghormati Tuan Yang di-Pertua yang duduk di sana.

final • 4:00 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Yang Berhormat cakap kah tidak? Yang Berhormat ada cakap tak bahawa kerjasama PAS ini akan mewujudkan Taliban?

Ada cakapkah, tidak?

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Balik baca Hansard.

final • 4:00 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Tidak. Yang Berhormat ada cakap...

final • 4:00 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Peraturan Dewan.

final • 4:00 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Dalam Hansard, Yang Berhormat tidak cakap. Yang Berhormat cuba hendak pusing-pusing.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Sila duduk. Sila duduk Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 4:00 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Sila duduk.

final • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Ini memang sikap Yang Berhormat Tanjong Karang dari dulu sampai sekarang. Tidak pernah berubah. Yang Berhormat Pasir Mas, teruskan. Tak payah bazir masa dia. Ini memang dia sengaja hendak buat provokasi. Kerana tadi giliran dia, dia ponteng Dewan, sebab itu dia sekarang ini hendak cari hal.

final • 4:00 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Ini tidak adil!

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Memang tidak adil. Tadi pukul 2.30 petang giliran dia bahas, dia tak ada dalam Dewan, dia ponteng Dewan. Sekarang dia pula hendak cari hal. Sila Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 4:00 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Ini hendak tengking-tengking, teriak-teriak ini memanglah sikap dia. Tak pernah berubah pun.

final • 4:00 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming

Okey, sila Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 4:00 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih.

final • 4:00 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Yang Berhormat Pasir Mas, minta laluan.

final • 4:00 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Sikit sahaja, sikit sahaja.

final • 4:00 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Okey, terima kasih. Saya hendak dapatkan pandangan daripada Yang Berhormat Pasir Mas. Apakah pandangan Yang Berhormat Pasir Mas berkenaan dengan larangan daripada Kerajaan Negeri Kelantan ke atas persembahan tarian makyung dan seni tradisional Melayu yang lain secara terbuka di Kelantan, yang mana perkara ini telah menarik perhatian daripada UNESCO yang menggesa supaya Kerajaan Negeri Kelantan menarik balik pengharaman ini? Sila.

final • 4:00 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Timur. Kelantan mempunyai Enakmen Kawalan Hiburan 1998 yang menghalang sebarang persembahan yang tidak bertepatan dengan syariat Islam. Justeru, persembahan makyung secara terbuka ini dibimbangi boleh menyebabkan kepada pendedahan aurat dan sebagainya dan ianya tidak ada kaitan dengan hak-hak sebagai non- Muslim di negeri Kelantan.

[Tepuk] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Saya ucap terima kasih di atas concern, dengan izin, daripada Yang Berhormat Ipoh Timur. Walaupun demikian, kita mahu menyatakan bahawa di Kelantan ada perkara-perkara yang kadang-kadang walaupun tidak dibenarkan tetapi selepas ditapis, selepas dibincangkan dan mempunyai elemen-elemen yang tidak bertepatan dengan syariat, kemudian ia dibenarkan. Itulah kehendak rakyat Kelantan. Sebab itulah saya ingin menyatakan sekali lagi bahawa hak-hak non-Muslim di Kelantan tidak pernah kita abaikan.

Justeru, bila kita menyatakan bahawa kalau PAS dan UMNO diberikan peluang untuk mentadbir negara, negara akan kembali, akan mengundur kepada era Taliban, kita telah menidakkan suatu elemen demokrasi di dalam negara ini. Taliban mungkin mereka menghancurkan berhala dan sebagainya tetapi Kelantan, kita benarkan berhala untuk didirikan. Taliban mungkin tidak membenarkan wanita untuk bekerja dan sebagainya tetapi di Kelantan, bukan setakat wanita diberikan peranan untuk bekerja malah menjadi wakil rakyat, jadi ADUN, Ahli Parlimen dan sebagainya.

final • 4:00 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Ini sebahagian daripada contoh bahawa bagaimana kalau kita ingin nyatakan bahawa Pakatan PAS dan UMNO boleh membawa bahaya dalam negara ini, ini satu perkara yang sangat-sangat tidak bertepatan dengan realiti yang berlaku pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, kemudian saya ingin menyentuh berkenaan dengan perarakan LGBT yang telah disentuh oleh rakan saya daripada Rantau Panjang dan juga daripada Bagan Serai sebentar tadi. Kita mahu supaya pendakwaan terhadap mereka yang terlibat ini dapat dilaksanakan dengan segera. Tidak cukup dengan Menteri hanya menyatakan kesal, menyerahkan kepada pihak berkuasa dan sebagainya tetapi hendaklah dilaksanakan dengan segera dakwaan-dakwaan seperti ini.

Perarakan LGBT ini sebenarnya mencabar ketuanan Islam, mencabar nilai-nilai Islam yang telah dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Bagan Serai, boleh menjadi penyebab kepada membiak dan merebaknya elemen- elemen HIV dan sebagainya. Kita ingin menyebut bahawa jangan hanya sekadar kes-kes seperti ini disapu di bawah karpet dan menyebabkan akhirnya berakhir dengan tiada pendakwaan.

Tambahan pula, mereka individu yang terlibat dalam perarakan ini dilihat rapat dengan individu-individu di dalam kehakiman negara, menari bersama di atas pentas dan sebagainya. Saya ingin menyebut dalam Dewan ini, keadilan bukan hanya perlu dilaksanakan tetapi ia hendaklah dilihat sebagai adil. Justeru, apabila peguam yang mempunyai kepentingan boleh berinteraksi sosial menari di atas pentas bersama-sama dengan mereka yang mempunyai pemegang taruh di dalam institusi kehakiman negara, ia merupakan satu ancaman terhadap kehakiman negara dan ia perlu untuk dielakkan dengan seberapa segera.

Tuan Yang di-Pertua, itulah di antara perkara-perkara yang boleh saya sebutkan di dalam ucapan ringkas pada kali ini dan saya mohon menyokong ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, sorry. Sudah orang lain sudah. Tadi Yang Berhormat Tanjong Karang menuduh Timbalan Speaker agak teruk. Jadi, saya minta Timbalan Speaker kena bagi penjelasan, sama ada dia menuduh UMNO dengan PAS ini sebagai Taliban ataupun tidak. Kalau tidak, dia tak boleh berada di sana. Jadi, saya minta Speaker tolong minta Timbalan Speaker sebab tuduhan Yang Berhormat Tanjong Karang ini berat. Kalau tidak, kita kena hukum Yang Berhormat Tanjong Karang...

final • 4:00 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Yang Berhormat Arau cakap atas apa ini? Peraturan mana, Tuan Yang di-Pertua?

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tak. Saya dengan Tuan Yang di- Pertua sahaja, Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sila duduk. Ya, silakan. Yang Berhormat Setiawangsa sedang menunggu. Dipersilakan Yang Berhormat Setiawangsa. Kita kira masa daripada sekarang.

final • 4:00 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

*Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua.

Setiawangsa ingin turut serta membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah yang menyentuh isu-isu penting negara secara menyeluruh.

Pertama, Setiawangsa ingin sentuh tentang mendaulatkan pertahanan negara. Kita lihat Yang Berhormat Pekan tadi banyak bercakap tentang rekod kerajaan hari ini. Tetapi kalau kita lihat dalam sektor yang paling penting untuk sesebuah negara yang berdaulat, sektor pertahanan, kita lihat ia telah dipolitikkan oleh pentadbiran Barisan Nasional, terutamanya di bawah Yang Berhormat Pekan dahulu.

Baru-baru ini Timbalan Menteri Pertahanan mendedahkan pembinaan kem-kem pertahanan dengan satu tujuan iaitu untuk memastikan pimpinan Barisan Nasional menang di Parlimen marginal, dengan izin. Ini melibatkan land swap atau penukaran tanah bernilai RM500 juta di bawah Menteri Pertahanan sebelum ini Yang Berhormat Sembrong. Ini

final • 4:08 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

sebahagian daripada tanah Kementerian Pertahanan bernilai RM4.756 bilion yang dibongkar oleh Jawatankuasa Siasatan Khas di bawah Tan Sri Ambrin Buang.

final • 4:08 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Jawatankuasa Siasatan Khas mendapati hanya dua daripada 16 projek yang dilaksanakan di bawah land swap adalah projek di bawah Pelan Pembangunan KEMENTAH.

Selebihnya bukan projek keutamaan. Sebanyak 13 projek melibatkan keputusan langsung anggota pentadbiran, Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan ketika itu. Lebih mendukacitakan lagi, empat kem tentera dibina untuk tujuan politik, termasuk satu di Paloh yang terletak di bawah kawasan Sembrong, satu lagi di Hutan Melintang di Bagan Datuk serta di Segamat dan Bera. Timbalan Menteri menyatakan tiada keperluan strategik ketenteraan pembinaan kem-kem tersebut. Jawatankuasa Siasatan Khas menyatakan pihak SPR turut serta ketika lawatan tapak untuk merancang pembinaan Kem Bera, Kem Segamat dan Kem Hutan Melintang pada waktu itu. Jadi saya pun pelik, apa peranan SPR ini. Dia boleh detect missiles, detect cannons, saya tidak tahu tetapi mereka turun ketika merancang pembinaan kem-kem tersebut.

Saya juga difahamkan bahawa Jawatankuasa Siasatan Khas menyatakan di dalam laporan mereka, pembinaan kem tersebut, saya quote, “...berunsur kepentingan politik anggota pentadbiran khususnya strategi untuk memenangi PRU-14 bagi kawasan-kawasan yang terlibat dan bukannya strategi ketenteraan”. Apa yang menariknya pada 20 Disember 2017, ketika dibangkitkan sama ada pembinaan kem dibuat di atas kepentingan politik, Yang Berhormat Sembrong yang merupakan Menteri Pertahanan ketika itu menafikan dengan mengatakan sekiranya ada kepentingan politik, beliau akan membuat kem di kawasannya terlebih dahulu seolah-olah beliau tidak sedar bahawa satu kem sedang dibina di kawasan Paloh yang terletak di bawah Parlimen Sembrong.

Lebih menggemparkan lagi menurut Jawatankuasa Siasatan Khas, wujud memo bertarikh 27 April 2016 daripada TKSU(P) KEMENTAH kepada KSU KEMENTAH yang menjelaskan mengapa cadangan pembinaan kem dan rumah keluarga angkatan tentera di Paloh, Sembrong. Dalam Laporan Jawatankuasa, dinyatakan antara kandungannya menjelaskan cadangan ini ialah sebagai salah satu strategi bagi membolehkan kemenangan di DUN Paloh dipertingkatkan bagi PRU 2018 kerana keputusan PRU-13 adalah seperti berikut; Parlimen Sembrong menang 10,631 majoriti, DUN Kahang menang dengan 7,801 majoriti dan DUN Paloh tempat kem ini dibina hanya menang dengan majoriti seramai 103.

Laporan tersebut menyimpulkan banyak perancangan kem-kem tentera ini bersifat contractor driven dengan izin, menerusi kaedah land swap yang bersifat rundingan terus.

Begitu juga, Setiawangsa berharap ada satu audit yang menyeluruh diadakan untuk memastikan aset-aset pertahanan negara berada dalam keadaan terbaik. Perajurit-perajurit negara berhak mendapat sokongan terbaik dari kerajaan dan tidak menjadi mangsa penyelewengan perbekalan aset pertahanan yang berlaku dahulu. Ketika menjadi Perdana Menteri kali pertama, Yang Berhormat Langkawi menyasarkan kita memiliki industri pertahanan yang berdaya saing sebagai sebahagian daripada kemajuan perindustrian negara. Malangnya sehingga hari ini, secara umumnya kita menjadi pengguna teknologi dan bukan pencipta teknologi. Selain itu, angkatan tentera harus disediakan untuk senario urban warfare dan non-conventional warfare. Kita lihat apa yang berlaku di Christchurch baru-baru ini yang dijangka menjadi kelaziman pada abad ke-21. Justeru, Setiawangsa mengalu-alukan Kertas Putih pertahanan yang akan dibentangkan tahun ini agar semua isu-isu ini dapat dilihat secara menyeluruh.

Seterusnya, menyentuh tentang perajurit, Setiawangsa juga terpanggil membangkitkan soal kebajikan veteran. Timbalan Menteri Pertahanan membangkitkan mengapa kita masih bergantung kepada pekerja asing menjadi pengawal keselamatan dan tidak menggunakan veteran tentera sedangkan pekerja asing tidak menguasai Bahasa Kebangsaan dan kalau apa-apa jadi pun, sebenarnya saya rasa mereka tidak boleh buat laporan polis. Setiawangsa berharap Kementerian Pertahanan dan Kementerian Sumber Manusia menjadikan industri keselamatan antara fokus dan bukan sahaja untuk mengurangkan pekerja asing, tetapi untuk memberikan peluang pekerjaan kepada para veteran. Syarikat-syarikat keselamatan harus melabur di dalam teknologi seperti CCTV dan lain-lain kemajuan lain serta membayar gaji yang lebih tinggi untuk menarik rakyat Malaysia bekerja dalam sektor ini.

Baru-baru ini Syarikat Perundingan Hartanah Rahim & Co menyatakan rakyat Malaysia perlu mendapatkan lebih ramai anak untuk mengatasi masalah hartanah yang tidak

final • 4:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

laku dijual. Ini bagi saya adalah satu kesimpulan yang tidak masuk akal. Masalah mismatch pasaran perumahan adalah masalah pemaju dan pihak berkuasa, bukan masalah yang dicetuskan oleh rakyat yang tidak beranak dengan cukup. Sebaliknya, kita lihat syarikat- syarikat ini menggunakan syarikat pembinaan yang bersandarkan pekerja-pekerja asing yang dibayar hanya RM2,000 hingga RM3,000.

Sekiranya lebih ramai rakyat Malaysia menjadi pekerja terlatih dalam bidang pembinaan dibayar dengan gaji RM3,000-RM3,500, ia akan membantu meningkatkan kemampuan rakyat membeli perumahan negara kita. Gaji yang lebih baik akan menyumbangkan kepada kesan pekali atau multiplier effect dengan izin, di dalam ekonomi.

Hari ini consumption didorong oleh pinjaman dan bukan pendapatan dan tidak lestari.

Sebagaimana Setiawangsa membangkitkan sebelum ini, nisbah gaji daripada KDNK di Malaysia masih rendah berbanding dengan negara-negara lain. Maka, Setiawangsa berharap kerajaan dapat meneruskan komitmen untuk meningkatkan gaji minimum kepada RM1,500 sebulan dalam tempoh lima tahun dan tidak tunduk kepada syarikat-syarikat yang mahu pengecualian daripada peraturan gaji minimum. Struktur ekonomi negara harus ditukar kepada model yang relevan untuk hari ini.

Berkaitan isu ini, Setiawangsa ingin mendapatkan kepastian juga tentang masa depan agensi-agensi sokongan seperti TalentCorp dan MaGIC. TalentCorp memainkan peranan di dalam menarik dan mengembangkan bakat pekerja Malaysia. Manakala MaGIC berfungsi di dalam menggalakkan usahawan industri kreatif dan inovasi negara. Kedua-dua agensi ini diasaskan ketika pentadbiran lama, tetapi saya merasakan mereka masih relevan.

Misalnya, TalentCorp telah melaksanakan beberapa inisiatif yang berjaya.

Contohnya, Returning Expert Programme yang melibatkan Kementerian Kewangan dan KDN yang mana kepulangan lebih 5,000 bakat Malaysia berkemahiran tinggi telah diluluskan. Kedua, Structured Internship Programme, kolaborasi bersama dengan Kementerian Pendidikan yang mana seramai 70,000 pelajar telah mendapat manfaat sebagaimana diminta dan dibangkitkan oleh seorang Ahli Parlimen pembangkang pagi tadi.

Career Comeback Programme, kolaborasi bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang mana 900 bakat wanita berkemahiran tinggi kembali berkerjaya. Keempat ialah MYXpats Centre, kolaborasi bersama KDN iaitu pemprosesan dokumen berkaitan pas penggajian ekspatriat yang kini hanya mengambil masa lima hari berbanding 30 hari sebelum ini dan menyumbang kepada kejayaan Malaysia di dalam laporan Ease of Doing Business yang dikeluarkan oleh Bank Dunia.

Namun, pertanyaan timbul sama ada Kerajaan Pakatan Harapan mahu kekalkan kedua-dua agensi ini serta sekiranya dikekalkan, apakah hala tuju mereka di era Malaysia baharu? Setiawangsa menggesa kedua-dua agensi ini dipelihara dengan landasan strategik yang baharu sesuai dengan matlamat ekonomi berdaya saing dan kemakmuran bersama.

Baru-baru ini selepas kekalahan Pakatan Harapan di Cameron Highlands dan Semenyih, timbul desakan agar Pakatan Harapan mengikut rentak UMNO dan PAS untuk menjuarai isu Melayu Islam. Pakatan Harapan tidak perlu tunduk kepada desakan ini. Kita sudah pun mempunyai formula agenda ekonomi Malaysia yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Port Dickson, rancangan kemakmuran bersama yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan komitmen kita di dalam Buku Harapan. Tekad-tekad ini mempunyai kesinambungan di mana ia menjunjung muafakat perlembagaan dan menjurus kepada pendekatan progresif dan adil berasaskan keperluan. Ini membezakan kita kepada UMNO dan PAS yang mahu mengekalkan dasar berasaskan kaum yang nyata gagal menyelesaikan isu jurang pendapatan dan kemiskinan Bumiputera selepas 60 tahun UMNO berkuasa.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bangun]

final • 4:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Lebih kuat dilaungkan kemiskinan bumiputera, lebih banyak tauke bumiputera dan bukan bumiputera membolot ketika ramai golongan bumiputera kekal miskin...

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Peraturan mesyuarat.

final • 4:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Silakan. Saya lagi berani daripada Yang Berhormat Pekan.

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau minta laluan.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Di bawah 36(6), ini sangkaan jahat yang mengatakan bahawa UMNO dengan PAS itu perkauman dan juga ekstrem. Itu tidak betul Yang Berhormat. Yang Berhormat berada di dalam Dewan yang mulia ini ialah hasil perjuangan UMNO dan Barisan Nasional untuk pengetahuan Yang Berhormat...

final • 4:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Terima kasih Yang Berhormat Arau

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akan tetapi kena tarik balik perkataan itu Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Saya tidak tarik balik sebab saya jelaskan secara berhujah dan semua orang menyumbang kepada kemerdekaan negara.

AMCJA-Putera pun menyumbang kepada kemerdekaan negara sama seperti UMNO dan Perikatan.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akan tetapi...

final • 4:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Sekarang floor saya, saya sudah bagi Yang Berhormat Arau mencelah. Jadi sama macam Yang Berhormat Pekan tadi, langsung tidak bagi chance, jadi saya hendak teruskan ucapan saya.

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak sampai sangkaan jahat, komen ya. Silakan.

final • 4:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Seterusnya Setiawangsa ingin menyentuh tentang industri buku di Malaysia yang mana kita lihat mengalami sedikit kemelesetan disebabkan faktor daya beli yang lemah, polisi kerajaan yang kurang memberi galakan dan cabaran digital. Malang sekali, ini berlaku selepas Malaysia menganjurkan IFLA World Library and Information Congress pada 2018 dan akan menjadi UNESCO World Book Capital pada tahun 2020. Setiawangsa beruntung kerana memegang jawatan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Bukan atas soal jawatan atau elaun tetapi melihat bagaimana transformasi perpustakaan bertaraf dunia dilakukan di PPAS sehingga mendapat pengiktirafan di WLIC di Wroclaw, Poland dan tahun lepas di Malaysia.

Justeru, saya berharap Perpustakaan Negara Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dapat mengambil contoh daripada PPAS dalam mentransformasikan perpustakaan di ibu kota. Ini seiring dengan Kempen Dekad Membaca Kebangsaan yang dirasmikan oleh Menteri Pendidikan iaitu #MALAYSIAMEMBACA. Ini adalah inisiatif yang perlu diraikan di mana peruntukan khusus secara konsisten mestilah disalurkan kepada kempen ini.

Apakah cara untuk memastikan kempen ini berjaya? Salah satu caranya adalah dengan menubuhkan bancian pembacaan nasional ataupun national reading survey untuk mengukur data secara saintifik, sifat membaca rakyat Malaysia. Kerajaan akan dapat menggunakan data dan trend ini, untuk menambah baik polisi pendidikan agar sasaran polisi dapat digubal dan memberi keputusan yang tepat.

Galakan untuk membaca juga boleh diberikan melalui insentif pelepasan cukai dengan penambahbaikan pelepasan cukai gaya hidup yang diadakan hari ini. Buat masa ini, jumlah pelepasan cukai gaya hidup adalah RM2,500 merangkumi buku, komputer, peralatan sukan, telefon pintar, langganan internet dan yuran keahlian gimnasium. Jadi, disebabkan kos sara hidup yang tinggi, pelepasan sebanyak RM2,500 ini tidak mencukupi untuk meliputi semua kategori. Saya mencadangkan ada kategori khusus untuk bahan bacaan yang tidak digabungkan dengan kategori-kategori lain. Dengan ini membolehkan perbelanjaan untuk bahan bacaan diteruskan.

Pada masa yang sama, Setiawangsa juga ingin meminta agar kad yang diberikan kepada pihak mahasiswa, diberikan juga satu kategori khusus untuk kategori buku seperti konsep asalnya kerana hari ini ia telah digabungkan dengan beberapa peralatan yang lain dan sama kesan sebagaimana pelepasan cukai tersebut.

Seterusnya, Setiawangsa ingin menyentuh sedikit apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas. Saya bersetuju tentang apa yang beliau bangkitkan tentang isu SOSMA. Setiawangsa difahamkan pihak kerajaan sedang mempertimbangkan beberapa reformasi berkaitan SOSMA. Jika benar, Setiawangsa mengalu-alukan perkara tersebut

final • 4:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

kerana wujud banyak kelemahan dalam perundangan ataupun pelaksanaan SOSMA, sebagaimana disebut oleh Yang Berhormat Pasir Mas.

Contohnya, tahanan tidak dapat bertemu dengan peguam sebaik sahaja ditahan.

Kebanyakan daripada mereka dapat bertemu dengan peguam hanya seminggu selepas ditahan dan majoriti besar kes, mereka sudah pun mengaku bersalah dalam keadaan itu.

Begitu juga hak untuk diikat jamin harus diberikan bagi kesalahan-kesalahan di bawah tujuh tahun maksimum. Contohnya memakai T-shirt sahaja ataupun memiliki video yang hari ini diberikan hukuman ataupun layanan yang sangat berat. Setiawangsa juga berharap keterangan dan pengakuan tertuduh tidak boleh diguna pakai sebagai keterangan di mahkamah sekiranya didapati wujud elemen paksaan.

Setiawangsa di beberapa minit yang akhir ini hendak menyentuh tentang beberapa isu kawasan. Pertama ialah Bukit Dinding. Bukit Dinding ialah salah satu tempat rekreasi orang muda yang minat aktiviti lasak seperti mendaki dan downhill cycling di Parlimen Setiawangsa. Rugi Timbalan Tuan Yang di-Pertua tidak preside sebab rumah dia tidak jauh daripada Bukit Dinding. Jadi mungkin dia maklum tentang perkara ini. Bukit ini ketinggiannya 291 meter dan terletak kurang daripada 10 kilometer daripada pusat Bandar raya Kuala Lumpur dan satu-satunya kawasan downhill cycling yang membenarkan service shuttle hingga ke atas bukit di Lembah Klang. Di kawasan downhill yang lain, penggemar sukan perlu mengayuh atau membawa basikal mereka sendiri sehingga ke puncak bukit. Sebagai kawasan yang membenarkan service shuttle hingga ke atas, Bukit Dinding memberi tarikan yang tersendiri kepada penggemar sukan ini.

Baru-baru ini, sebuah projek kondominium telah bermula di kaki bukit dan ini meresahkan masyarakat setempat. Mengikut maklumat yang diterima, selepas era Barisan Nasional, hanya 38 peratus daripada kawasan Bukit Dinding masih dimiliki oleh pihak kerajaan. Bakinya dimiliki oleh individu atau syarikat seperti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Nova Pesona Sdn. Bhd., anak syarikat Tan & Tan Developments dan lain-lain lagi.

Sebagai wakil Parlimen kawasan ini, Setiawangsa hendak membawa suara rakyat setempat yang menginginkan kawasan ini dijaga dan tidak dibangunkan sepenuhnya. Kita tidak mahu Bukit Dinding mengalami kesan hakisan seperti yang dialami di Highland Towers atau Bukit Antarabangsa yang terletak tidak jauh daripada kawasan Bukit Dinding.

Selain daripada kesan kepada alam sekitar, kesan sosial juga akan dirasai oleh golongan muda. Aktiviti downhill cycling di Malaysia adalah antara sukan lasak yang terkenal di rantau ini. Akan tetapi malangnya, negara Indonesia, Vietnam dan Thailand lebih memajukan sukan downhill cycling mereka berbanding dengan Malaysia. Pada tahun lepas, acara Bukit Dinding Downhill Race 2.0 telah diadakan dan menarik penyertaan 210 orang daripada lapan buah negara termasuk dari Amerika, Perancis, Singapura dan Vietnam.

Dalam masa tiga tahun sahaja, penyertaan meningkat sebanyak dua kali ganda. Selain daripada aktiviti berbasikal, penggemar aktiviti larian juga datang ke bukit ini untuk beriadah.

Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri Wilayah pagi tadi dalam sesi pertanyaan, Mahkamah Rayuan juga baru memutuskan sebulat suara bahawa pendengaran bantahan awam yang dilaksanakan oleh DBKL untuk projek Yayasan Wilayah Persekutuan pada era Barisan Nasional dahulu di Taman Tiara, Titiwangsa, terbatal. Ini kerana DBKL tidak memberikan penduduk dokumen relevan seperti rancangan susun atur, laporan cadangan pembangunan, laporan trafik dan sosial sebelum pendengaran tersebut.

Ini ekoran semakan kehakiman yang difailkan oleh penduduk-penduduk Taman Tiara, Titiwangsa terhadap projek tersebut.

Sebelum ini di dalam draf rancangan Bandar raya Kuala Lumpur 2020, tapak tersebut dizonkan sebagai kawasan lapang dan dewan komuniti. Akan tetapi di era dahulu, Yayasan Wilayah membuat permohonan untuk memajukan tanah tersebut menjadi dua blok kondominium 51 tingkat, melibatkan 1,703 unit dan satu blok 40 tingkat dengan 460 unit RUMAWIP. Keputusan Mahkamah Rayuan ini sangat bermakna untuk seluruh warga KL dari sudut hak asasi di bawah Peraturan 5 terhadap dokumen berkaitan pembangunan yang dicadangkan yang sering kali tidak dilaksanakan sebelum ini.

Justeru, seiring dengan pewartaan Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 oleh Menteri Wilayah dan proses menyiapkan Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2040, Setiawangsa berharap kes-kes seperti Taman Tiara, seperti Taman Rimba Kiara dan sebagainya dapat diberikan perhatian yang serius dan kita menghentikan amalan memberikan tanah kononnya

final • 4:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

untuk tujuan kebajikan kepada yayasan-yayasan seperti Yayasan Wilayah. Kalau hendak kekalkan boleh tetapi mereka kena cari ruang dengan cara lain tanpa memangsakan komuniti Kuala Lumpur itu sendiri.

Jadi dengan ini, Setiawangsa menyokong Titah Ucapan Tuanku.

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Saya hendak penjelasan sedikit tentang senarai yang ada di hadapan saya. Yang Berhormat Tanjong Karang sudah berbahas kah? Belum. Sudah? Belum. Baik, selepas Yang Berhormat Setiawangsa yang baru habis tadi, saya akan panggil Yang Berhormat Sibuti mengikut senarai. Kemudian Yang Berhormat Kepong, seterusnya Yang Berhormat Lembah Pantai.

Selepas Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Tanjong Karang dan seterusnya, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Parit Sulong dan sebagainya. Sekarang hampir tepat pukul 4.30, sedikit masa lagi. Saya ingat kita boleh teruskan dengan perbahasan usul, silakan.

final • 4:20 PM
USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH P.M. 18(1)
INSIDEN SERANGAN KE ATAS MASJID AL-NOOR DAN LINWOOD DI CHRISTCHURCH, NEW ZEALAND

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang masa telah pun 4.29, hampir 4.30 petang. Menurut keputusan yang telah dibuat pada tengah hari tadi, satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) telah dibenarkan untuk dibahaskan pada petang ini. Saya sekarang memulakan perbahasan usul ini.

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pihak pencadang akan diberi 30 minit dan pihak kerajaan juga diberikan 30 minit.

Memandangkan terdapat lima orang Ahli Yang Berhormat yang akan berbahas, oleh itu saya mengehadkan masa perbahasan selama di antara lapan hingga 10 minit bagi setiap pembahas. Yang Berhormat Menteri pula akan menjawab mulai lebih kurang pukul 5.10 petang hingga 5.30 petang. Saya diberikan dua nama Timbalan Menteri yang akan berhujah, Timbalan Menteri Luar Negeri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Jadi dengan itu, saya ingin menjemput Yang Berhormat Port Dickson untuk memulakan ucapan. Silakan.

final • 4:30 PM

[Dewan tepuk]

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Saya tidak akan memilih untuk membaca semula usul kerana telah dibacakan tadi. Akan tetapi untuk menekankan bahawa trend ini bukan sekali di Christchurch dan trend ini bagi kami membimbangkan. Ini berpunca daripada sikap apa yang disebut white supremacist, ketuanan bangsa kulit putih yang ada asasnya sejak zaman penjajahan, White Man’s Burden, ungkapan Rudyard Kipling bahawa yang lain itu, the other, semua rendah martabat, rendah budaya dan rendah agama.

Oleh yang demikian, harus ada usaha di negara kita dan juga di kalangan yang prihatin tentang prinsip kemanusiaan sejagat untuk menolak dan menyangkal dengan lebih keras lagi. Kita benar mengutuk keganasan, tetapi kita harus juga tahu bahawa punca ideologi white supremacist ini sekarang kian merebak.

Trend di Eropah adalah perkembangan parti-parti berlandaskan kaum yang menentang agama Islam, menentang agama-agama yang lain dan menentang golongan imigran itu sekadar berkembang dan peningkatan dukungan di kalangan rakyat juga wujud.

Ada yang memberikan alasan kononnya atas alasan ekonomi, tetapi trend ini tidak terhenti.

Saya tekankan tadi, dengan Christchurch. Christchurch itu suatu malapetaka yang besar, tetapi ada sikap sentimen sedemikian.

Rumah Putih di bawah Presiden Trump umpamanya sejak tahun 2017, telah melarang warganegara dari tujuh negara Islam, dari memasuki Amerika Syarikat. Walaupun perkara ini kemudian diredakan sedikit, tetapi ia berpunca dari sikap prasangka buruk terhadap penganut agama Islam. Sentimen ini kemudiannya merebak. Di Amerika, pada tahun 2016 hingga 2017, kadar jenayah kebencian yang ditaja oleh white supremacists ini

final • 4:30 PM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

meningkatkan sebanyak 17 peratus. Oleh yang demikian, pada hemat saya ia terus berkembang.

Seorang sarjana Palestin Kristian, Edward Said. Selain dari karangan ‘Orientalism’, menyebut dalam menyangkal tesis Huntington, Clash of Civilizations dengan menyatakan bahawa, sebenarnya yang berlaku sentimen antiagama, anti-Islam, anti-Arab dan anti yang lain itu berpunca dari clash of ignorance. Kejahilan dan kedangkalan ilmu selain daripada sentimen anti yang keterlaluan di kalangan white supremacists.

Tuan Yang di-Pertua, bila berlakunya serangan Twin Towers di New York, Kerajaan Malaysia, rakyat Malaysia umumnya dan umat Islam, ulama-ulama mengeluarkan kenyataan yang tegas menolak keganasan dalam apa bentuk sekalipun. Akan tetapi, kita harus ingat bahawa bila berlaku malapetaka ke atas masyarakat Islam, ia tidak dihebahkan sehebat dan sekeras yang berlaku bila jenayah itu dilakukan oleh umat Islam. Inilah yang membimbangkan kita dan saya pernah sebut dalam rencana yang saya seludup dari penjara pada 2001 dengan izin...

final • 4:30 PM

Seorang Ahli

[Ketawa] Seludup?

final • 4:30 PM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Ya, kerana tidak diizinkan keluar, jadi seludup saya katakan, “Millions of Muslims who fled to North America and Europe to escape poverty and persecution at home had become the objects of hatred and are now profiled as potential terrorist”. Ini berpunca dari sikap white supremacist sebagai satu ideologi.

Perkembangan anti-imigran dan anti-Islam itu merebak, walaupun saya harus jelaskan bahawa tidak semua jenayah dilakukan itu melibatkan orang Islam ya. Umpamanya selain daripada masjid di Christchurch, Tree of Life Synagogue Yahudi juga diserang, Mother Emanuel Church sebelum itu, Sikh temple juga dan Islamic Centre, Quebec City tetapi ini tidak boleh menyangkal kenyataan bahawa kebanyakan daripada jenayah yang dilakukan itu, mangsanya adalah umat Islam. Ini yang disebut oleh sarjana sebagai Islamophobia, satu fobia terhadap Islam. Kejahilannya melampau, permusuhannya itu keterlaluan. Oleh sebab itu, kita di Malaysia umpamanya mengingatkan kedua-dua pihak bahawa untuk memberikan label kepada umat Islam atas dasar kejahilan itu tidak boleh diizinkan seperti mana kita juga tidak boleh izinkan di kalangan Islam mudah melabel orang lain yang tidak bersetuju atau memperakui pandangan kita.

Saya sebut tadi tentang Islamophobia kerana ini sudah menjadi suatu yang sangat meluas. Di Amerika Syarikat umpamanya, ada kelompok yang diketuai oleh Daniel Pipes yang memantau bukan sahaja sarjana Islam, tetapi sarjana Amerika sendiri yang tidak mendukung sikap white supremacist atau yang tidak menunjukkan sikap anti-Islam ataupun anti-Palestine. Ini menyebabkan kita di sini harus lebih waspada memantau perkembangan yang disebut perkembangan yang meningkat yang dikupas oleh majalah Guardian baru-baru ini tentang kalangan yang disebut liberal Islamophobia, meningkatnya pandangan yang kononnya liberal tetapi sikapnya itu keterlaluan menentang akidah, akhlak dan fahaman Islam.

Oleh sebab itu, kita di Malaysia mengulangi kenyataan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan kerajaan mengutuk keganasan, melahirkan simpati dan merakamkan penghargaan. Saya sebut umpamanya pagi tadi dalam usul peranan dimainkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Jacinda Ardern yang bukan sahaja tegas tetapi menzahirkan satu sikap, peribadi dan watak yang cukup prihatin terhadap derita yang dihadapi oleh masyarakat Islam di Christchurch.

Tuan Yang di-Pertua, usul ini sudah jelas dan telah menarik perhatian rakan-rakan kita dan saya percaya rakan-rakan daripada pelbagai parti boleh memberikan sokongan dengan harapan supaya clash of ignorance ini tidak berterusan. Kita dalam Islam itu menganjurkan li-taarufu, iaitu bukan sahaja tolerance, li-taarufu itu tidak bermaksud tolerance. Akan tetapi, memahami, understanding. Jadi kita akui ada perbezaan, tetapi tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh mengguris perasaan apatah lagi kenyataan yang terkeluar kerana kemarahan politik atau dendam kesumat atau apa yang disebut clash of ignorance atas dasar kejahilan.

Yang Arif, oleh yang demikian saya mengulangi apa yang disebut dalam usul iaitu...

final • 4:30 PM

[Dewan ketawa]

Beberapa Ahli

Yang Arif, Yang Arif.

final • 4:30 PM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Memang Yang Arif pun. [Dewan ketawa] Saya minta maaf Tuan Yang di-Pertua, saya lama sudah di mahkamah.

final • 4:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apa, terima kasih.

[Ketawa]

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Yang Berhormat Pekan baru belajar, saya dah lama.

[Tepuk] Jadi pertama – bergurau, gurau. Mengutuk sekeras-keras.

Kedua simpati itu harus perlu. Saya ingat, apa saja cara lain sama ada Kementerian Luar Negeri atau masyarakat dan masyarakat madani (civil society) harus lakukan untuk menunjukkan simpati kita. Ketiga, penghargaan terhadap tindakan termasuk kenyataan Ketua Polis Christchurch yang sangat mengesankan dengan menunjukkan satu sikap yang jarang berlaku dalam dunia Barat dalam mengenali masalah seperti ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Sekarang, saya menjemput [Tepuk] Yang Berhormat Kepala Batas.

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terutama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua di atas ruang yang diberi kepada saya untuk turut berbahas dan menyokong usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Port Dickson, usul yang saya anggap cukup penting dan bermakna pada petang ini.

Bagi mewakili rakyat di kepala Batas dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya, saya sependirian dengan Yang Berhormat Port Dickson tadi, mengutuk sekeras-keras dan setegas-tegasnya tindakan insiden serangan pelampau di Christchurch, Jumaat yang lalu.

Kepada saya, tragedi ini adalah satu yang terlalu menyedihkan. Terlalu merentap dan meluluh hati. Terlalu mengecewakan akal budi kita sebagai manusia.

Setakat semalam, angka korban tragedi ini dilaporkan sudah meningkat sehingga 50 orang. Maka, benarlah seperti kata Perdana Menteri New Zealand, “This is one of New Zealand's darkest days”, dengan izin. Malaysia dengan seluruh kesatuan hati dalam Dewan yang mulia ini, malahan rakyat Malaysia di luar sana berkongsi kesedihan yang cukup luar biasa ini. Apa yang membuat kita lebih kecewa dan sedih kerana sebahagian yang menjadi mangsa adalah mereka yang tidak mempunyai sebarang rasa kebencian kepada mana-mana orang ataupun bangsa di dunia.

Ada di kalangan mangsa berada di New Zealand mencari tapak dan kehidupan baharu untuk hidup mencari keredaan Allah SWT tanpa mengganggu gugat kehidupan orang lain. Nyawa anak kecil seperti:

(i) Abdullahi Dirie, 4 tahun;

(ii) Mucad Ibrahim, 3 tahun;

(iii) Sayyad Milne, 14 tahun;

(iv) Musa Patel, seorang hafiz, respected scholar dan community leader; dan

(v) Hampir 47 yang lain diragut secara kejam oleh seorang pelampau yang ganas.

Lebih menyakitkan, pelampau yang ganas ini, merakamkan tindakannya seperti mahu menceritakan tragedi kejam ini sebagai sebuah naskhah kejayaan beliau. Jiwa yang zalim ini seakan gembira mengambil nyawa-nyawa insan yang bukan saja tidak bersalah malah tidak punya upaya sama sekali untuk mempertahankan diri mereka.

Kepada penggerak neo-Nazi bernama Brenton Harrison Tarrant, kepada yang bersimpati dan menjadi penyokong senyap kepada gerakan ganas dan tidak berperikemanusiaan seperti ini, anda sebenarnya tidak ada tempat di bumi Allah SWT. Anda tidak ada tempat di Malaysia. Kumpulan seperti ini hidup bagaikan tiada pedoman, gemar mencetuskan kekacauan di atas nama perjuangan yang rosak dan cukup keji.

final • 4:31 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas

Tuan Yang di-Pertua, sependapat dengan Yang Berhormat Port Dickson, kita wajar mengucapkan tahniah kepada kepimpinan Perdana Menteri, Jacinda Ardern, seorang wanita yang diuji dengan tragedi sebegini besar dan berat. Demikian juga kesungguhan rakyat, pihak keselamatan dan lebih penting lagi rakyat New Zealand yang bangkit menolak insiden pelampau, terrorism seperti ini.

Kepada diri saya secara personal Tuan Yang di-Pertua, saya rasa cukup terkesan kerana dua anak saya memang belajar di New Zealand. Seorang sudah pulang dan seorang lagi akan berlepas bulan depan. Namun, Alhamdulillah, semangat yang ditunjukkan oleh seluruh penduduk New Zealand menggambarkan bahawa rakyat New Zealand adalah mereka yang menjadi pencinta kepada kedamaian, keamanan dan menentang sebarang bentuk pelampau.

Saya juga ingin mengambil kesempatan memuji kecekapan kerajaan khususnya Kementerian Luar Negeri yang mengambil tindakan tangkas dan cekap dalam menguruskan segala dalam suasana ketidaktentuan tempoh hari. Respons yang diberi cukup cepat malahan memberi ketenangan kepada keluarga yang ada di Malaysia. Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, dalam pada kita berada dalam keadaan kedukaan akibat insiden ini, saya tidak dapat lari untuk mengecam kenyataan yang dikeluarkan dan saya rasa kita semua turut boleh mengecam kenyataan yang dikeluarkan oleh Senator Fraser...

final • 4:31 PM

Seorang ahli

Anning.

final • 4:31 PM

Tuan Yang di-Pertua

Anning.

final • 4:31 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas

Daripada Australia, yang begitu pantas untuk menyalahkan umat Islam dan mengaitkan dengan Islam.

Saya hendak cerita di dalam Dewan yang mulia ini, soal terrorism, soal radicalization, soal extremism, sama sekali tidak boleh di identitikan dengan mana-mana agama, mahulah agama Islam sekalipun. Ini kerana agama Islam adalah agama yang sememangnya meletakkan keamanan dan kedamaian sesuai dengan namanya, al-Islam itu sendiri. Seperti mana yang kita lihat, kita tidak salahkan keganasan dan kita tidak tunjuk keganasan kepada agama-agama lain. Berlaku dehumanization yang besar-besaran di Palestin dilakukan oleh Israel, Zionis. Kita tidak salahkan bahawa ajaran agama Judaism, akan tetapi kita kritik dan kita condemn perpetrator iaitu Zionis.

Apabila berlaku pembunuhan di Northern Rakhine yang dilakukan oleh the extreme monk daripada kumpulan Mabhata. Kita tidak kata itu adalah ajaran Buddha kerana kita tahu Buddha menitikberatkan kasih dan sayang. Akan tetapi kita condemn perpetrator di kalangan Mabhata. Demikian juga, bila mana umat Islam dan ada masjid dibakar di Bahbri pada 1992 oleh golongan-golongan ekstrem di wilayah Iodiya. Kita tidak kata itu ajaran Hindu kerana kita tahu bahawa hindu melarang keganasan tetapi kita kutuk the perpetrator. Demikian jugalah Islam. Islam tidak boleh dikaitkan dengan tindakan ISIS kerana Islam itu adalah agama yang menitikberatkan keamanan dan kedamaian malahan Tuan Yang di-Pertua, waima dalam perang sekalipun Allah SWT meletakkan SOP. Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah.

[Membaca sepotong ayat al-Quran] Maknanya, “Fight when you are fought against”, dengan izin. Lawanlah, peranglah bila kamu diperangi. Peranglah mereka yang memerangi kamu. Akan tetapi Allah SWT berfirman [Membaca sepotong ayat al-Quran] , “Do not transgress”, jangan melampau.

[Membaca sepotong ayat al-Quran] , “For Allah SWT doesn’t like transgressors”. Demikian juga dari segi hina agama, dalam al-Quran pun sebut, bahawa Islam tidak boleh hina agama lain.

[Membaca sepotong ayat al-Quran] “Jangan kamu hina orang-orang yang menyembah Tuhan lain sebab kalau kamu hina”, [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Orang pun akan hina Allah SWT”. Hal ini menunjukkan bahawa itulah Islam sebenarnya.

Oleh sebab itulah atas premis yang sama juga, saya juga tidak dapat lari untuk menegur dan mengecam kenyataan yang dibuat oleh ADUN Mengkibol walaupun telah ditarik tetapi kenyataan di situ [Tepuk] sama sekali meletakkan beliau sebagai seorang yang tidak mempunyai sensitiviti. Kenyataan yang bebal, kenyataan yang bodoh dan kenyataan yang cukup biadab...

[Tepuk] dalam keadaan umat Islam mati dibunuh di Christchurch.

final • 4:31 PM

Seorang ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:31 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas

Akan tetapi saya ucapkan terima kasih kepada Timbalan Menteri, Tuan Liew Chin Tong antara yang pertama yang telah memberi amaran kepada ADUN Mengkibol.

final • 4:31 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas

Walau begitu, saya fikir bahawa ini adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian. Tuan Yang di-Pertua...

[Disampuk]

final • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Boleh sedikit ya? Yang penting Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Saya kira supaya peristiwa yang berlaku di Christchurch itu, tempat saya belajar di Wellington, New Zealand dulu yang penting ialah supaya apa yang berlaku iaitu keganasan seumpama itu tidak berlaku di Malaysia. Oleh sebab itu, saya minta pandangan Yang Berhormat Kepala Batas. Adakah ini bermakna SOSMA, POCA, POTA dan akta hasutan yang merupakan akta-akta penting untuk memastikan keganasan secara proaktif kita tangani di Malaysia patut diteruskan. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebaik-baiknya kita khusus kan perbahasan pada usul.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas

Betul, saya setuju kerana dalam soal kita hendak menangani saya yakin ia perlu di perkasa dan sememangnya saya menggesa pihak-pihak kerajaan agar memperkasakan KDN, PDRM, MinDef terutamanya dalam untuk membolehkan perolehan-perolehan aset-aset strategi seperti Anti- Drone Technology, Big data, IOT, Artificial Intelligence yang digunakan di Amerika bagi tujuan untuk mengekang kekejaman-kekejaman kerana di luar sana banyak seperti apa yang disebut sebagai lone wolf.

Saya lihat masa pun tidak panjang untuk saya. Namun, saya hendak mengajak marilah sama-sama kita mendoakan rakyat Malaysia yang terlibat dengan insiden yang masih berada di New Zealand ini dapat pulih dari trauma dan fobia daripada kejadian ini dengan izin Allah SWT, mendung kesedihan ini akan pantas berlalu digantikan dengan cerita gembira, kebangkitan keharmonian, kebangkitan rasa saling hormat-menghormati di antara agama agar Islam akan terus bangkit sebagai rahmatan lil alamin di sebalik kejadian yang menyedihkan ini. Saya pohon untuk menyokong, terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Iskandar Puteri. Silakan Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Tuan Lim Kit Siang - Iskandar Puteri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi pihak DAP, saya berhasrat untuk menyatakan sokongan penuh terhadap usul daripada Yang Berhormat Ahli Parlimen Port Dickson dalam mengecam serangan kepada dua Masjid di Christchurch yang telah mengorbankan nyawa seramai 50 orang Muslim. Serangan dan pembunuhan ini adalah merupakan satu titik hitam kepada kemanusiaan kerana tidak ada satu pun tempat untuk keganasan dalam mana-mana agama mahupun negara. Kita juga patut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pemimpin-pemimpin komuniti Muslim di New Zealand yang telah membalas kekejaman ini dengan menyampaikan mesej kasih sayang, belas kasihan dan penghargaan terhadap segala bantuan yang telah dihulurkan.

Kami di sini mendoakan kesejahteraan, keselamatan dan pemulihan kepada semua yang terkesan terutamanya rakyat Malaysia yang terkesan daripada jenayah kejam ini.

Rakyat Malaysia haruslah mengambil serius perkara pembunuhan beramai-ramai Christchurch ini dan lebih sensitif terhadap kepelbagaian agama dan budaya yang kian hari menjadi satu ciri antarabangsa di pelbagai negara. Media sosial membawa satu cabaran baru kepada rakyat Malaysia di mana perkara yang hendak dikatakan tidak lagi bersifat peribadi, tetapi boleh disebarkan dengan amatlah pantas kepada orang ramai. Rakyat Malaysia sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban mahupun Orang Asli haruslah mempunyai sikap skeptikal dan sinis terhadap berita-berita yang diterima melalui media sosial sama ada melalui Facebook, Twitter, Instagram mahupun WhatsApp yang tidak dapat dipastikan kebenarannya.

Kita haruslah bertanya diri sendiri, adakah berita ini benar dan memeriksa kesahihannya sebelum menyebarkan berita ini kepada orang ramai. Jika rakyat Malaysia tanpa mengira kaum sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban mahupun Orang Asli

final • 4:52 PM

Tuan Lim Kit Siang - Iskandar Puteri

boleh bersikap skeptikal dan mempersoalkan setiap berita yang diterima, kita tidak akan mudah terpedaya dan menjadi mangsa kepada politik toksik yang penuh dengan pembohongan, kebencian dan ketakutan dari mana-mana sekalipun. Sekian, terima kasih.

final • 4:52 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Iskandar Puteri.

[Tepuk] Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kuala Nerus pula.

final • 4:52 PM

Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah wassalatu wassalamu ala rasulillah. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Allah Ta’ala berfirman, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Allah Ta’ala berfirman maksudnya “Kalau tidak kerana Allah Ta’ala menolak hati sebahagian manusia untuk mempertahankan manusia yang lain pasti akan dirobohkan Gereja-gereja, tempat-tempat ibadah Yahudi persendirian ataupun ibadah beramai-ramai dan juga Masjid-masjid yang disebut padanya nama Allah dengan banyak”. Saya mulakan ayat ini sebagai mukadimah untuk kita bincang usul yang dibentangkan pada hari ini untuk menegaskan bahawa Allah SWT memberi jaminan di kala mana ada manusia yang mahu menghancurkan manusia lain akan bangkit manusia yang baik mempertahankan perkara itu.

Itu yang kita saksikan sekarang, bila berlaku pembunuhan di New Zealand terhadap umat Islam yang melakukan ibadat solat. Maka bukan hanya orang Islam yang mengecam perkara itu, bahkan juga orang-orang bukan Islam mempertahankan orang-orang Islam ini hingga mereka sanggup membuat rantaian manusia untuk membenarkan dan juga memberi hak kepada orang-orang Islam mengerjakan ibadat solat di New Zealand dan juga di Eropah.

Itu menunjukkan kebesaran Allah SWT. Pada masa yang sama, suka saya mewakili PAS dan juga Ahli-ahli PAS dalam Dewan yang mulia pada hari ini untuk merakamkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang telah terbunuh dan kita nyatakan bahawa mereka merupakan orang-orang yang mati syahid.

Nabi SAW bersabda, [Membaca sepotong Hadis] “Barang siapa yang terbunuh mempertahankan hartanya, dia adalah mati syahid, orang yang terbunuh pertahankan maruahnya dia adalah mati syahid dan juga orang yang terbunuh mempertahankan agamanya mereka juga adalah mati syahid”. Maka tahniah kepada mereka yang diambil nyawanya oleh Allah dengan cara sebegini, mereka diberikan pahala syahid oleh Allah SWT dan tinggal lagi kepada ahli keluarga dan umat Islam sendiri bersabar atas ujian Allah SWT.

Dalam masa yang sama, suka kita rakamkan di sini kritikan kita terhadap mereka-mereka yang mengaitkan isu ini dengan cara yang silap iaitu antara yang berlaku pada hari ini adalah ada di kalangan pimpinan politik negara kita yang mengaitkan apa yang berlaku di New Zealand dengan orang Islam di Malaysia pula. Dikaitkan pula dengan kerjasama politik, kerjasama antara PAS dan juga UMNO.

Walaupun perkara ini telah diambil perhatian dan ditarik balik, tetapi kita harap jangan berlaku lagi perkara yang seumpama ini. Di kala umat Islam sedang menangisi ataupun bersedih dengan apa yang berlaku, tiba-tiba dikaitkan dengan orang Islam di Malaysia yang majoritinya adalah orang-orang Islam yang berikan hak kepada orang bukan Islam untuk mengamalkan dengan mereka negara yang tercinta ini, Malaysia yang kita sayang.

Ketiga, saya rasa perlu untuk Dewan kita pada hari ini menegaskan dua tiga perkara.

Pertama, yang kita kena tegaskan bahawa apa yang berlaku di New Zealand adalah jenayah kemanusiaan yang menyasarkan kelompok manusia. Ia adalah satu jenayah genocide, menyasarkan kelompok kerana kebencian beragama. Kita lihat apa yang berlaku pada zaman Nabi SAW, para sahabat yang diusir keluar dari Makkah al Mukarramah semata-mata kerana mereka pertahankan agama mereka. Dengan berlaku pada hari ini, perkara yang seumpama ini di seluruh dunia. Kita kena menegaskan bahawa genocide ini perkara yang ditolak oleh seluruh agama, seluruh bangsa dan telah Malaysia negara yang awal menentang perkara yang seumpama ini.

Kita bagi amaran agar jangan berlaku perkara seumpama ini di tempat-tempat lain di seluruh dunia pada hari ini. Bahkan perkara seumpamanya perlu kita perhatikan, berlaku pada hari ini pembunuhan beramai-ramai di Myanmar sebagai contoh. Juga pembunuhan di

final • 4:54 PM

Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Palestin, ia bukan perkara baru, perkara yang lama. Akan tetapi, apa yang berlaku di New Zealand memperingatkan kita dengan orang Islam yang menjadi mangsa keganasan di seluruh dunia. Kedua, perlu ditegaskan juga bahawa bagaimana cantiknya Islam dalam menangani persoalan berkaitan dengan jenayah. Berlaku di New Zealand adalah jenayah pembunuhan.

Islam menegaskan bahawa, dalam kaedah melibatkan kematian manusia, jenayah kematian di balas dengan kematian.

[Membaca sepotong ayat al-Quran] “Nyawa dibalas dengan nyawa, mata dibalas dengan mata” dan akhirnya Allah berfirman. [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Semua kecederaan ada timbal balasnya”. Akan tetapi di New Zealand, mereka telah membatalkan hukuman mati sejak 30 tahun yang lalu. Kita di Malaysia juga ada ura-ura untuk ke arah itu, menghapuskan sepenuhnya hukuman mati, sedangkan hukuman mati mesti wujud sebagai balasan kepada orang yang membunuh.

final • 4:54 PM

Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Itulah cara Islam menangani jenayah keduniaan, jenayah kemanusiaan. Maka saya harap, jangan kita ulangi kesilapan New Zealand yang menghapuskan hukuman mati tersebut. Akan tetapi Islam dalam masa yang sama di kala diberikan peluang untuk menghukum dengan cara kematian sebagai balasan kepada kematian tetapi Islam juga menawarkan satu perkara yang namanya kemaafan.

Itulah yang dibuat oleh orang-orang Islam yang ada di New Zealand, memaparkan sudut cantik dan indahnya Islam di kala mana seorang imam di masjid yang terlibat ditanya oleh seorang wartawan, “Apa pandangan saudara terhadap lelaki yang melakukan jenayah kemanusiaan ini?” Dia kata, “Ya, telah berlaku pembunuhan tetapi saya maafkan”. Itulah besarnya jiwa seorang Muslim walaupun berhadapan dengan kematian isteri yang mati dibunuh tetapi kerana Islam menawarkan kedamaian, Islam menawarkan rahmat maka dia menyatakan, “Saya maafkan pelakunya”. Ini menunjukkan kecantikan Islam. Akan tetapi dalam masa yang sama perlu ditegaskan hukuman bunuh adalah bagi mereka yang melakukan hukuman bunuh dan bagi pihak yang mangsa, bagi pihak keluarga yang berhadapan dengan kematian tersebut berhak untuk memberikan kemaafan dan diganti dengan riyadh ataupun pampasan.

Ketiga, perlu ditegaskan juga bahawa hak beragama. Hak beragama untuk semua orang mengamalkan agamanya. Kalau kita di Malaysia, Perlembagaan kita menyatakan bahawa Islam agama Persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan juga damai. Mesej ini perlu disampaikan ke seluruh dunia bahawa orang-orang yang ada agama berhak untuk mengamalkan agamanya seperti mana Allah Taala berfirman dalam ayat yang saya bacakan di awal tadi, [Membaca sepotong ayat al-Quran] . Kata setengah ulama ayat ini menunjukkan bahawa semua agama diberikan perlindungan. Tidak ada kuil yang patut dirobohkan, tidak ada gereja yang patut dirobohkan bahkan Islam menegaskan bahawa dalam keadaan peperangan bukan hanya damai, tidak boleh sebuah masjid, tidak boleh sebuah gereja, tidak boleh sebuah kuil dirobohkan. Ini kaedah Islam dan sepatutnya kita Malaysia menyampaikan mesej di peringkat antarabangsa bahawa perlu di peringkat PBB menegaskan bahawa mana-mana pusat ibadah, mana-mana rumah ibadah mesti dijadikan sebagai tempat yang aman, tempat yang damai yang tidak boleh manusia yang berperang itu merosakkannya.

Oleh kerana itulah Nabi Muhammad SAW ketika masuk ke Kota Makkah, Baginda mengisytiharkan, [Membaca sepotong hadis] . “Sesiapa yang masuk ke dalam rumahnya dia selamat, sesiapa yang masuk ke dalam Kaabah dia selamat”. Menunjukkan bahawa Rumah Allah, rumah ibadat tempat yang paling aman. Maka Malaysia mesti menyatakan di peringkat antarabangsa bahawa pengisytiharan bahawa masjid, kuil, tempat ibadat dan gereja adalah tempat yang paling aman di dunia dan mereka yang menghancurkannya ketika perang mahupun damai, adalah penjenayah kemanusiaan yang paling besar dosanya.

Seterusnya ingin ditegaskan bahawa apa yang berlaku ialah Islamofobia, ketakutan terhadap Islam. Wajar untuk kita mengambil kesempatan untuk menegaskan bahawa Islam adalah agama damai. Perkataan Islam sendiri asalnya perkataan ‘Assalama’. Assalama dua maksud, satunya memasukkan diri dalam keselamatan dan yang kedua memberikan keselamatan kepada orang lain.

Oleh sebab itulah orang-orang bukan Islam yang berhijrah ke negara umat Islam seperti mana Malaysia sebelum tertubuhnya Malaysia, mereka diberikan keamanan dan boleh mengamalkan Islam kerana Allah SWT mengajar mereka yang beriman dengan agama

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Allah SWT ini berikan keamanan kepada orang-orang yang beza agamanya agar mereka mendapat kedamaian dan keamanan.

Maka demikianlah, kita berikan ucapan tahniah kepada New Zealand yang berikan peluang kepada pendatang daripada negara Arab, daripada negara orang Islam berhijrah ke negara mereka, diberikan kerakyatan, diberikan hak beragama, diberikan hak membina masjid dan sebagainya. Ini contoh yang sangat baik yang perlu kita nyatakan kepada mereka tahniah kepada New Zealand di mana negara yang memberikan peluang dan ruang seumpama ini kerana itulah Islam. Apabila Islam masuk ke negara mereka, seumpama ini Islam tidak membuat kekacauan. Orang Islam New Zealand memberikan keamanan kerana konsep Islam masuk ke negara orang lain kita berikan keamanan, kita berikan kedamaian.

Itulah mesej Islam yang mesti kita sampaikan tetapi malangnya dunia pada hari ini tidak adil kepada Islam. Bila mana orang Islam ditekan, dibunuh dan mereka digelar sebagai pengganas bila mereka bangkit mempertahankan agama mereka sedangkan pengganas yang sebenarnya adalah mereka yang membunuh. Manakala yang bangkit menentang dan bertindak balas adalah mujahidun. Mereka yang berjihad mempertahankan agama mereka yang disebut oleh Allah SWT, [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Allah bagi izin kepada orang yang diperangi untuk berperang kerana mereka zalim”.

Mudah-mudahan apa yang kita buat pada hari ini menjadi satu mesej yang besar untuk kita sampaikan kepada dunia dan Parlimen Malaysia pada hari ini bersedia menjadi orang ataupun negara yang pertama menegaskan perkara-perkara yang kita bincangkan tadi.

[Membaca sepotong ayat al-Quran] Saya menyokong usul ini, *[Membaca sepotong ayat al- Quran] Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Tepuk]*

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Santubong.

Silakan, Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya berdiri bagi pihak kumpulan kami daripada Sarawak, GPS untuk menyokong usul yang dibawa oleh Yang Berhormat daripada Port Dickson. Tuan Yang di- Pertua, apabila perkara ini berlaku anak saya menghantar WhatsApp kepada saya untuk dijawab dan saya jawab dalam bahasa Inggeris. Saya minta izin untuk membaca WhatsApp ini.

Jawapan saya kepada anak saya ialah, “New Zealand is a peaceful country and these Muslim migrants from various part of the world were looking for peace, safety and economic security, stability. Kalau dibandingkan dengan *their own country of origin.

Unfortunately for them, they are found dead and injuries and they assumed paradise far worse than what they ever saw in their home countries.

While we applaud the New Zealand’s freedom, peace and stability but there is an inert inherent apathy in the mind of most western people mindset that might had afflicted the government and officials of New Zealand very much like the western European counterparts about the potential danger posed by the big number of supremist group in the various parts of western European communities, and they are so obsessed with the Muslim terrorism and they seem to ignore the potential danger from their own kind which over the years have been more brutal and violent.

How could the police and the intelligence service miss this supremist terrorists among Australian, from Australia, buying guns from the counter in New Zealand. Government, police and intelligence service should be aware of it. There were Facebook postings and yet the police and intelligence service not taking countermeasures. That is serious reckless negligence by the police and intelligence service of New Zealand”.* Itu WhatsApp ringkas saya kepada anak saya.

Tuan Yang di-Pertua, jadi pada kita, kita turut bersedih kepada apa yang berlaku di New Zealand. Kita berdoa agar mereka ini mati syahid dan dijanjikan syurga oleh Allah SWT.

Dalam keadaan yang sedemikian, negara kita patut belajar daripada perkara-perkara ini kerana kita, khususnya Kementerian Dalam Negeri, perhubungan kita dengan luar negara mendapat senarai-senarai orang yang undesirable character ini untuk masuk ke negara kita ialah berlandaskan data dan maklumat yang kita terima daripada Scorpions, Scotland Yard,

final • 5:05 PM

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong

CIA dan sebagainya. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang telah saya sebutkan tadi bahawa mereka ini hanya obsess dengan nama-nama Islam bahkan terrorism ini tidak ada agama, tidak ada bangsa dan tidak ada apa. Ia boleh terjadi termasuk the ‘lone wolf’ disebut oleh Yang Berhormat tadi.

Jadi dalam keadaan sedemikian janganlah, profiling kepada orang yang bernama Islam sahaja dan kepada yang datang daripada negara Islam dan negara Arab sahaja, patut mereka juga melihat apa yang telah berlaku ini satu pengajaran kepada pihak semua dan khususnya kita sendiri. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat penyerang ini dikatakan orang yang baik, latar belakang yang baik tetapi sepatutnya dia diketahui. Banyak menunjukkan bahawa bukti-bukti menunjukkan bahawa dia ada menjurus ke arah apa yang beliau buat di New Zealand ini.

final • 5:05 PM

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong

Jadi dalam keadaan yang sedemikian, maka kita kena belajar untuk perkara yang sama tidak berlaku di negara kita ini oleh kerana kelemahan kita tidak memantau pihak-pihak yang tertentu masuk ke negara kita sama ada datang sebagai pelawat ataupun datang sebagai pekerja.

Dengan kata-kata yang sedemikian, Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa yang terhad telah diberikan dan saya pun tidak hendak bercakap panjang lebar, kita menyampaikan takziah dan salam kita kepada pihak keluarga yang syahid di New Zealand itu dan juga kita berterima kasih kepada pihak New Zealand kerana telah mengendalikan apa yang berlaku itu dengan sebaik mungkin. Begitulah juga, Tuan Yang di-Pertua, kita kena peringat kepada kita sendiri bahawa terrorism bukan agama, bukan bangsa dan tidak ada warna kulit dan sebagainya. Ia boleh berlaku di mana-mana dan oleh sesiapa sahaja.

Dengan itu, saya menyokong. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang saya menjemput Timbalan-timbalan Menteri untuk menjawab. Silakan Timbalan Menteri Luar Negeri.

final • 5:10 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato' Haji Marzuki bin Yahya

Bismillahir Rahmani Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, pada 15 Mac 2019, dunia telah dikejutkan dengan kejadian tembakan oleh pengganas di Masjid Al Noor berhampiran Hagley Park dan masjid di Linwood, Christchurch, New Zealand semasa jemaah sedang bersedia untuk menunaikan solat Jumaat. Sehingga pagi ini, dilaporkan 50 nyawa telah terkorban manakala 49 lagi cedera.

Suspek utama kejadian, Brenton Tarrant, seorang warganegara Australia berumur 28 tahun telah dipindahkan ke mahkamah pada 16 Mac 2019, manakala tiga lagi suspek termasuk seorang wanita masih dalam tahanan bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian yang memilukan ini, tiga warganegara Malaysia adalah dalam kalangan yang tercedera. Kesemua mereka sedang dirawat di hospital di Christchurch dan berada dalam keadaan stabil. Seorang lagi rakyat Malaysia, anak kepada salah seorang mangsa, masih lagi dilaporkan hilang dan usaha-usaha mendapatkan maklumat mengenai beliau sedang giat dijalankan.

Sejurus selepas kejadian tersebut, pada 15 Mac 2019, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun mengutuskan surat kepada Perdana Menteri Jacinda Ardern bagi menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta berterima kasih kepada Kerajaan New Zealand atas bantuan kecemasan yang telah dihulurkan kepada rakyat Malaysia. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan dan berharap mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.

Pada hari yang sama, Yang Berhormat Menteri Luar Negeri juga telah mengutuskan surat takziah kepada Tuan Yang Terutama Winston Peters, Timbalan Perdana Menteri dan juga merangkap Menteri Luar New Zealand berkenaan perkara ini. Pada 16 Mac 2019, Yang Berhormat Menteri Luar Negeri telah berhubung dengan Tuan Yang Terutama Peters melalui panggilan telefon secara peribadi bagi merakamkan terima kasih kepada Kerajaan New Zealand yang telah bertindak segera dalam mengawal keadaan serta memberikan bantuan perubatan kepada mangsa-mangsa khususnya rakyat Malaysia.

final • 5:11 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato' Haji Marzuki bin Yahya

Tuan Yang di-Pertua, sedang dunia meratapi pemergian insan-insan tidak berdosa ini, terdapat segelintir individu tidak bertanggungjawab yang telah mengeluarkan kenyataan yang bersifat kebencian seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kepala Batas tadi. Antaranya ialah kenyataan oleh Senator Fraser Anning dari Australia. Beliau menyalahkan agama Islam dan dasar imigrasi New Zealand yang kononnya menjadi punca dan penyebab kepada tragedi di Christchurch.

Yang Berhormat Menteri Luar Negeri telah mengeluarkan kenyataan pada 16 Mac 2019 bagi mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Senator Anning yang tidak berasas tersebut. Walaupun kenyataan beliau tidak mewakili pendirian Kerajaan Australia, namun kenyataan tersebut tidak menggambarkan realiti kejadian, di mana serangan keganasan dilakukan ke atas umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah. Tanpa sebarang provokasi dan justifikasi, kenyataan Senator Anning yang menyalahkan serangan tersebut ke atas pelampau Islam, dasar imigrasi New Zealand dan agama Islam secara amnya adalah tidak logik dan boleh membawa kepada banyak hate crimes, dengan izin, serta kemungkinan serangan keganasan dilancarkan lagi ke atas mana-mana komuniti Islam di seluruh dunia.

Dalam kenyataan Yang Berhormat Menteri Luar Negeri, beliau juga menegaskan bahawa Kerajaan Malaysia bersama-sama Perdana Menteri Jacinda Ardern dalam mengutuk sebarang bentuk keganasan dan mempelopori usaha ke arah mencapai keamanan dan keharmonian yang mampan melalui dialog...

final • 5:11 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Yang Berhormat.

final • 5:11 PM

Dato' Haji Marzuki bin Yahya

Melalui dialog yang rasional, perbincangan berasaskan intelek dan integrasi keamanan antara manusia tanpa mengira bangsa, agama atau negara.

final • 5:11 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Yang Berhormat.

final • 5:11 PM

Dato' Haji Marzuki bin Yahya

Tuan Yang di-Pertua, ya, sila.

final • 5:11 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih. Saya hendak tanya kerajaan, sama ada berhasrat untuk melarang Senator Australia Fraser Anning ini daripada memasuki Malaysia?

Kedua, saya hendak minta kerajaan mungkin boleh meminta informasi daripada ‘PULAPOL’ kah, FBI dan agensi yang sebagainya bahawa individu-individu yang ada perhubungan kuat dengan kumpulan white supremacy. Kalau dapat data ini, kita melarang individu-individu ini daripada memasuki Malaysia. Terima kasih.

final • 5:11 PM

Dato' Haji Marzuki bin Yahya

Terima kasih Yang Berhormat. Saya menyokong penuh juga saranan tersebut tetapi melalui data ini, kita harus melalui Kementerian Dalam Negeri dan saya minta supaya maklumat ini dapat disalurkan kepada Kementerian Luar.

final • 5:11 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Yang Berhormat, minta tanya.

Yang sokong ‘PULAPOL’ atau INTERPOL? Terima kasih.

final • 5:11 PM

Tuan Yang di-Pertua

INTERPOL itu.

final • 5:11 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Minta maaf. INTERPOL.

final • 5:11 PM

Dato' Haji Marzuki bin Yahya

Tuan Yang di-Pertua, dua orang pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, Setiausaha Pertama dan pembantu staf Kementerian Pertahanan telah diterbangkan ke Christchurch untuk meninjau keadaan mangsa serta memberi bantuan dan sokongan kepada ahli keluarga mereka, di samping bertindak selaku pemudah cara dalam urusan-urusan berkaitan dengan pihak-pihak berkuasa tempatan.

Kementerian Luar Negeri juga turut menghantar seorang pegawai kanan kementerian iaitu Timbalan Ketua Setiausaha (Pelbagai Hala) ke Christchurch pada 16 Mac 2019 untuk memastikan rakyat Malaysia yang lain termasuk pelajar-pelajar berada dalam keadaan terkawal dan selamat.

final • 5:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga telah menghantar Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama-sama dengan Yang Berhormat ADUN dari Teluk Bahang dan segala perbelanjaan bagi keluarga yang terlibat juga telah ditaja oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di mana ibu kepada mangsa dan juga dua, tiga orang saudara kepada

final • 5:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

mangsa juga telah diterbangkan. Mereka telah selamat sampai di New Zealand dan kami juga telah lihat gambar-gambar yang telah dihantar kepada kami tentang lawatan mereka ke hospital, untuk makluman Dewan yang mulia ini. Terima kasih.

final • 5:11 PM

Dato' Haji Marzuki bin Yahya

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

final • 5:11 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih banyak atas penjelasan tentang apa yang dilakukan oleh Kementerian Luar. Cuma, saya hendak tanya dan mungkin juga boleh dianggap sebagai syor.

Oleh kerana New Zealand ini adalah sebuah negara yang panjang dan mission kita, wakil kita berada di Wellington which is North Island dan kebanyakan pelajar kita ada di tiga tempat. Mereka ada di Auckland, ada di Wellington dan ada di Christchurch dan sekarang ada juga di Queenstown. Jadi, saya lihat tidak ada kita punya presence di South Island.

Apakah mungkin Kementerian Luar berbincang dengan barangkali Kementerian Pelajaran untuk dapat menempatkan sekurang-kurangnya education Malaysia, sekurang-kurangnya ada wakil seperti mana kita lakukan di UK? Ini kerana jumlah pelajar di Christchurch semakin hari semakin bertambah dan demikian juga rakyat Malaysia. Terima kasih.

final • 5:11 PM

Dato’ Haji Marzuki bin Yahya

Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Satu cadangan yang baik. Insya-Allah kita akan bawakan perkara ini kerana kita tahu bahawa di Christchurch itself, kita ada lebih kurang 1,000 orang yang tinggal di sana dan 208 pelajar yang dilaporkan. Kita juga kena memastikan bahawa adakah keperluan ini cukup untuk kita hendak membelanjakan dengan satu konsulat lagi di Christchurch. Ini juga kita harus bawa kepada tentang soal pembangunan dan melibatkan tentang soal kewangan. Jadi, saya syorkan pandangan itu baik dan kita akan bawa ke dalam perbincangan nanti.

Jadi, saya hendak habiskan dulu jawapan saya ini. Jadi saya rasa, Kementerian Luar Negeri juga turut menghantar seorang pegawai kanan - Saya sudah sebut tadi dan Pesuruhjaya Tinggi (High Commissioner) kita di New Zealand turut tiba di Christchurch pada 18 Mac. Di samping itu, para pegawai turut ditugaskan untuk memantau keadaan semasa termasuk memantau keadaan mangsa warganegara Malaysia yang sedang menerima rawatan di sana. Jadi, Kementerian Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington akan terus memantau dengan rapi keadaan para mangsa dan akan menghulurkan bantuan konsulat yang sewajarnya daripada semasa ke semasa. Saya juga hendak maklumkan di sini, hari ini juga keluarga Tarmizi daripada Kedah sekarang dalam perjalanan.

Tadi pesawatnya pukul 4.30 petang juga ditaja oleh Kerajaan Negeri Kedah bersama-sama dengan Ahli Parlimen Pokok Sena yang juga menaja keluarga mereka untuk menziarahi Tarmizi di Christchurch.

[Tepuk] Terima kasih.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Akhir sekali saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, sila.

final • 5:20 PM

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri - Puan Fuziah binti Salleh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Perdana Menteri bersolidariti dengan seluruh dunia di dalam mengecam keganasan serangan pengganas di Masjid Al Noor dan Linwood di Christchurch, New Zealand dan turut menegaskan bahawa segala bentuk keganasan dikecam sekeras-kerasnya.

Serangan yang dipercayai berpunca daripada kebencian terhadap golongan Islam sehingga membawa tragedi ngeri di dua buah masjid ini merupakan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan dan tidak dapat diterima oleh mana-mana agama dan ia jelas bertentangan dengan prinsip Islam yang berteraskan keamanan dan kesejahteraan. Ucapan salam yang kita ucapkan setiap masa itu bermaksud kedamaian dan masjid itu juga tempat di mana lokasi yang umat Islam sujud kepada penciptanya. Rumah ibadat buat mana-mana penganut agama pun merupakan tempat setiap penganut agama mengingati penciptanya, bertafakur dan mengingati pencipta. Maka, lokasi ini seharusnya merupakan lokasi paling selamat dan tidak harus dicemari dengan perlakuan melampau sehingga menumpahkan darah. Kita rasa bersyukur kerana umat Islam di seluruh dunia tidak mengambil langkah untuk

final • 5:22 PM

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri - Puan Fuziah binti Salleh

retaliate ataupun membalas serangan tersebut. Alhamdulillah, tidak berlaku keadaan di mana ada serangan balas ke atas keadaan yang tidak seharusnya berlaku itu. Malah, seluruh rakyat di New Zealand menunjukkan simpati dan bersama-sama mengepung tempat-tempat ibadat seperti masjid untuk membolehkan umat Islam beribadah.

Saya ingin memetik usul Yang Berhormat Port Dickson, yang menyebut insiden di New Zealand itu menjadi pengajaran kepada kita di Malaysia untuk terus memelihara kerukunan, keharmonian dan kedamaian bermasyarakat majmuk dan tidak sesekali mendukung politik kebencian dan memecah belah. Saya kira ini poin yang amat penting untuk kita mengambil sebagai iktibar tentang apa yang berlaku di Christchurch, New Zealand.

Perlembagaan Malaysia, Perlembagaan Persekutuan menjanjikan bahawa Islam ialah agama persekutuan. Di masa yang sama, Perlembagaan Persekutuan juga menjanjikan kebebasan untuk beragama untuk penganut agama yang lain. Statistik dalam negara menunjukkan bahawa umat Islam dalam negara kita Malaysia ialah lebih kurang 55 peratus dan bukan Islam ialah 45 peratus. Keadaan di Malaysia ini ialah keadaan yang berbilang kaum di mana penganut bukan Islam dan penganut Islam, kita mahu wujudkan keadaan di mana wujud harmoni, hormat-menghormati dan toleransi di antara kaum. Ini satu cabaran kepada kita dan kita tidak mahu mewujudkan keadaan di mana jurang di antara kaum dan agama itu dilebarkan.

Maka, pengajaran yang harus kita ambil daripada insiden ini ialah semua rakyat Malaysia harus lebih berhati-hati di dalam mengeluarkan kenyataan yang bersifat perkauman dan bersifat keagamaan kerana kita tidak mahu timbul retaliasi ataupun keadaan di mana satu kaum dan satu agama melihat satu agama lagi memandang rendah kepada agama lain.

Fenomena white supremacy tadi, kadang-kadang kita khuatir sekiranya fenomena itu dibawa ke Malaysia dan ia boleh juga berlaku di antara satu kaum ke atas satu kaum yang lain. Jadi inilah pengajaran bagi kita semua.

Bagi pihak Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab hal ehwal agama, kita juga telah mewujudkan satu Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Agama yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Perpaduan dan juga Menteri Hal Ehwal Agama. Kita juga bersetuju pada hari ini untuk menganjurkan satu program Solidariti Untuk Keamanan yang akan berlangsung pada 23 Mac 2019, hari Sabtu bermula 7.30 pagi di mana kita mengajak seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan cintakan kedamaian untuk sama-sama turun berkumpul di Kuala Lumpur. Kita sedang menunggu tempatnya iaitu besar kemungkinan di Dataran Merdeka untuk sama-sama menyatakan kita sayangkan kedamaian dan kita bersolidariti untuk keamanan. Solidarity for peace dan kita mengajak seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa, agama untuk turut serta di dalam event ini.

final • 5:22 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Yang Berhormat Menteri, boleh saya cadangkan jika solidariti ini juga dilakukan di seluruh negeri. Kalau kita di Sabah, di Sarawak, kalau kita hendak terbang ke KL memang susah tetapi kita hendak berdiri bersolidariti untuk keamanan juga di Sabah dan Sarawak. Terima kasih.

final • 5:22 PM

Puan Fuziah binti Salleh

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching, ada juga cadangan tadi daripada ketua-ketua agama, agama-agama lain untuk diadakan serentak untuk Sabah dan Sarawak. Serentak di Sabah dan di Sarawak dan untuk di Semenanjung kita adakan di Kuala Lumpur pada tarikh yang sama dan waktu yang sama.

Jadi, itulah yang...

final • 5:22 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Pontian.

final • 5:22 PM

Puan Fuziah binti Salleh

Yang Berhormat Pontian, sila.

final • 5:22 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat Timbalan Menteri KDN dan Yang Berhormat Menteri SKMM akan terlibat dalam perbahasan ini. Cuma cadangan saya ialah video game yang ganas ada dijual merata tempat di negara kita ini dan di antara kaedah pembunuhan itu betul-betul serupa dengan video game yang ada, yang anak-anak kita mungkin terlibat memainkannya.

final • 5:22 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Jadi apa pandangan kerajaan tentang sekatan terhadap video game yang ganas?

final • 5:30 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Kedua ialah dari segi, apakah yang dibuat oleh SKMM untuk menyekat sebaran video-video yang telah dibuat oleh pembunuh itu? Saya terpaksa melihat video itu sendiri, 6 minit 16 saat keseluruhannya supaya saya memahami lebih keadaan apa yang berlaku, lebih- lebih lagi saya telah beberapa kali berada di Masjid Al-Noor satu ketika dulu. Jadi saya dapat membayangkan keadaan di situ. Akan tetapi bagaimanakah sekatan terhadap video yang telah dibuat itu dan video-video seumpamanya? Apakah yang boleh dibuat oleh SKMM tentang perkara itu? Terima kasih.

final • 5:30 PM

Puan Fuziah binti Salleh

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Itu saya bagi KDN dan SKMM menjawablah ya.

Cuma saya hendak sambung sedikit berkenaan dengan kedamaian ini, yang kita hendak bawa ini. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kedamaian ataupun peace ini ialah satu sistem nilai. Ia bukan setakat retorik, ia tidak boleh hanya dikatakan. Ia bukan sesuatu yang kita boleh cakap sahaja tetapi ia embedded, dengan izin di dalam sistem nilai yang perlu kita terjemahkan, di dalam kata-kata, di dalam perbuatan dan di dalam segala tingkah laku kita dalam negara kita Malaysia. Jadi dalam negara kita Malaysia yang berbilang kaum ini adalah kita amat harapkan, Jabatan Perdana Menteri amat harapkan bahawa kita dapat menjunjung Perlembagaan kita dan kita terjemahkan di dalam peace ataupun kedamaian ini, di dalam segala tindak tanduk kita dan tidak kita membawa kepada pelebaran jurang di antara kaum dan agama dalam negara kita ini.

Jadi dengan itu Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Usul Yang Berhormat Port Dickson, diterima.

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Adakah Yang Berhormat Menteri-menteri yang lain ingin menjawab? Sebab tidak ada dalam senarai.

final • 5:30 PM

Menteri Komunikasi dan Multimedia - Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, satu persoalan telah pun dihalakan berkenaan dengan video-video yang terlibat di dalam kes ini. Ini adalah memang satu perkara yang dibangkitkan oleh ramai dan dibawa ke perhatian saya.

Yang Berhormat Pontian, saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat Pontian tahu tetapi apabila video ini dikeluarkan, satu kenyataan dikeluarkan oleh SKMM supaya kita tidak kongsikan video itu. Sebenarnya, video-video sebegini kalau dikongsi, ia boleh menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Dalam keadaan itu, ia juga terpakai kepada semua video seperti ini. Jadi dalam keadaan tersebut kita kena faham, dalam era media sosial sekarang, apabila berlaku perkara-perkara sebegini, saya minta semua supaya kita prihatin. Kita jangan kongsikan video-video sebegini kerana ia video-video yang amat berkesan kepada mereka yang menjadi mangsa di dalam kes-kes sedemikian.

Jadi ini adalah satu perkara yang kita perlu lihat dengan teliti. Saya akan cadangkan kepada kerajaan beberapa perubahan dan pindaan kepada undang-undang dalam masa yang akan datang. Akan tetapi buat masa kini, memang SKMM ada kuasa Tuan Yang di- Pertua untuk ambil tindakan di bawah Seksyen 233. Notis telah pun dikeluarkan sedemikian pada hari tersebut juga dan itu adalah tindakan yang telah pun diambil setakat ini. Sama ada ada ataupun tidak tindakan susulan akan diambil, itu adalah satu perkara yang boleh saya kembali dengan maklumat selepas daripada ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:32 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri. Suka?

final • 5:32 PM

Menteri Belia dan Sukan - Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Salah satu isu yang dibangkitkan berkenaan eSports atau lebih dekat dengan hati anak muda iaitu permainan PUBG.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, di Malaysia sahaja ada lebih satu juta anak muda dan juga mereka yang agak dewasa yang bermain game PUBG ini tetapi sampai hari ini, tiada yang cenderung kepada keganasan ataupun gangsterisme. Pada masa yang sama, kalau kita ikut prinsip tersebut yang diguna pakai iaitu hanya kerana ada unsur keganasan yang dilakukan oleh beberapa pihak, kita harus mengharamkan beberapa games. Ia

final • 5:33 PM

Menteri Belia dan Sukan - Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman

bermaksud bahawa kita juga harus haramkan banyak games yang lain seperti contoh game Counter Strike atau kalau kita bermain Red Alert atau Command and Conquer: Generals Zero Hour, akhirnya kita cenderung untuk melakukan perang dunia kerana dalam games tersebut juga berkait rapat dengan isu tersebut. Saya berdoa kalau saya bagus dalam games FIFA ataupun PES, pada suatu hari nanti siapa tahu saya boleh jadi World Cup player untuk Malaysia, tetapi tidak.

Cuma saya bersetuju dengan Yang Berhormat, perlu ada kalau sebagai contoh kita perlu pastikan bahawa anak muda kita tidak ketagih untuk bermain games dan pada masa yang sama, kalau ada unsur keganasan yang agak jelas seperti contoh kalau ada growth scene yang sekarang ini di bawah SKMM pun ada piawaian, if there is blood and gore, kita hanya benarkan mereka di atas umur 18 tahun untuk bermain games tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Pontian.

final • 5:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat...

final • 5:33 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Minta laluan sedikit Tuan Yang di-Pertua.

Sedikit saja.

final • 5:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Laluan yang terakhir. Silakan.

final • 5:33 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Ya, tadi dalam semua jawapan daripada pelbagai kementerian ini, saya mungkin terlepas dengar ataupun tidak disebut tentang seorang rakyat Malaysia yang dikatakan masih belum ditemui iaitu saudara Mohd Haziq bin Mohd Tarmizi. Kalau boleh minta dijelaskan sedikit.

final • 5:33 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Haji Marzuki bin Yahya

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Merujuk kepada perkara ini, kita juga masih menunggu laporan sepenuhnya daripada pihak New Zealand kerana ini dia melibatkan identiti-identiti yang mana sampai sekarang pun identiti yang terkorban juga belum didedahkan lagi. Jadi kita menunggu insya-Allah kalau mungkin esok, kita akan dapat semua nama identiti yang terkorban. Terima kasih.

final • 5:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyuarakan pendapat dan pandangan masing-masing semasa membahaskan usul tergempar yang dibawa oleh Yang Berhormat Port Dickson. Seterusnya selaku Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, saya ingin merekodkan pendirian Majlis Dewan yang mulia ini melalui usul tergempar dan rekod perbahasan hari ini untuk dipanjangkan kepada Parlimen New Zealand dan Kerajaan New Zealand dalam perkara ini.

[Tepuk] Berserta dengan sedikit pernyataan Tuan Yang di-Pertua yang akan saya bacakan sekarang ya.

“Satu tragedi yang sangat menyedihkan telah berlaku pada Jumaat, 15 Mac 2019 yang mana satu serangan pengganas di Christchurch, New Zealand yang sehingga kini telah mengorbankan 50 orang dan mencederakan 50 orang komuniti Muslim yang sedang beribadah di Masjid Al-Noor dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand. Kita amat bersedih di atas kejadian ini dan mengutuk sekeras-kerasnya akan perbuatan tersebut.

Serangan terhadap dua buah masjid oleh seorang pelampau dan pengganas merupakan satu perbuatan yang sangat ganas, jelik dan keji.

Justeru, ia harus dikecam sekeras-kerasnya oleh semua pihak. Bagi pihak Parlimen Malaysia, saya mengucapkan takziah dan simpati yang amat tinggi kepada keluarga dan mangsa yang telah terkorban dan tercedera dan difahamkan turut melibatkan tiga orang rakyat Malaysia yang turut tercedera akibat insiden ini dan seorang lagi rakyat Malaysia masih belum dapat dikesan. Parlimen juga berdiri bersama dengan Kerajaan New Zealand dan Parlimen New Zealand dalam menolak keganasan, kebencian dan kekerasan dalam segenap bentuk. Kami yakin bahawa Kerajaan New Zealand akan pastikan keadilan dapat dilaksanakan bagi mangsa-mangsa kejadian ini dan mengembalikan keamanan dan keharmonian di New Zealand seperti sedia kala. Kita mendoakan agar ahli keluarga rakyat Malaysia di mana anggota keluarga mereka yang terlibat dengan kejadian ini akan terus tabah dalam menghadapi situasi ini. Kita berdoa semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh-roh Allahyarham dan Allahyarhamah mangsa-mangsa yang terkorban. Semoga mereka semua ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman.” Oleh yang demikian, sekarang saya menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bangun. Kepada yang beragama Islam diminta menghadiahkan Al-Fatihah dan kepada yang bukan beragama Islam, diminta bertafakur selama satu minit. Al-Fatihah.

final • 5:33 PM

[Dewan bertafakur]

Tuan Yang di-Pertua

[Perbahasan atas Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di- Pertuan Agong disambung semula]

final • 5:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kita teruskan dengan sesi perbahasan. Saya menjemput Yang Berhormat Sibuti. Silakan.

final • 5:33 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan juga salam ibu pertiwi ku. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana telah diberi ruang dan peluang kepada Sibuti untuk mengambil bahagian dalam membahaskan Titah Duli Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Rakyat Sibuti mengucapkan tahniah kepada Seri Paduka Baginda atas lantikan.

Saya ingin memulakan ucapan saya berkenaan tentang isu pendidikan terutamanya sekolah daif di Sarawak. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah disertakan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri Sarawak yang telah mencapai kata sepakat untuk menerima tawaran dana RM1 bilion sebagai pembayaran baki hutang Sarawak kepada Kerajaan Persekutuan dan digunakan semula sebagai kos bagi menyelesaikan masalah sekolah-sekolah daif di Sarawak.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Ini adalah satu perkembangan positif. Kerjasama yang baik antara kerajaan negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. Walaupun demikian, dalam proses tawar menawar mengenai dana sekolah daif ini, saya rasa adalah tidak sesuai apabila Menteri Kewangan perlu mengeluarkan kenyataan media berkaitan hutang Kerajaan Negeri Sarawak. Hutang tetapi kami akan bayar. Sarawak juga tidak ingin bermain emosi. Ingin sahaja kita bangkitkan apa yang hak dan juga sumber minyak Sarawak yang diambil bagi membiayai sumber pendapatan negara selama ini. Moga Yang Berhormat Menteri lebih budiman dan juga memberi fokus untuk memulihkan ekonomi Malaysia yang akan memberi manfaat kepada rakyat dan juga rakyat di Sarawak.

Walaupun demikian, saya mengambil pendekatan berlapang dada dan juga move forward dengan izin dalam soal ini agar isu sekolah daif dapat diselesaikan dengan segera dan muktamad. Perjanjian yang dicapai pihak Kerajaan Persekutuan dan juga Sarawak akan membentuk satu jawatankuasa bagi memastikan wang RM1 bilion ini digunakan secara baik dan juga saya menyeru kesemua Ahli Parlimen terutamanya 31 Ahli Parlimen di Sarawak memberi tumpuan sepenuhnya tentang penggunaan wang ini. Menyentuh lebih lanjut mengenai sekolah daif ini, saya turut menegaskan agar kerajaan bukan sahaja memberi perhatian untuk membina semula sekolah daif tetapi perlu melihat keperluan seperti kuarters- kuarters guru yang daif serta keadaan asrama-asrama sekolah yang memerlukan perhatian yang sangat serius.

Pihak kementerian juga perlu melihat keadaan sekolah yang tidak mempunyai makmal-makmal komputer dan juga makmal sains dan juga dewan perhimpunan yang daif serta keperluan mendesak bagi pendawaian semula bagi sekolah yang menjangkau usia lebih daripada 20 tahun hingga 30 tahun. Selain daripada itu juga, saya ingin menarik perhatian kerajaan dalam isu masalah kurang murid terutamanya terdapat di Sarawak.

Menurut rekod kajian, terdapat sebanyak 190 buah sekolah mempunyai pelajar kurang daripada 50 orang. Bayangkan terdapat kes di mana guru kelas UPSR hanya mempunyai pelajar seorang atau pun dua orang sahaja di dalam kelas. Ini pasti akan memberi tekanan kepada guru tersebut untuk mencapai keputusan bagi menjaga KPI sekolah.

Saya juga merasakan suasana pembelajaran juga tidak akan mendapat suasana pembelajaran yang kondusif. Saya pernah menyuarakan pandangan ini di dalam Dewan yang mulia agar perlu dilakukan kajian semula mengenai penggabungan sekolah di Sarawak dan membina sekolah bersepadu yang dapat menyediakan ruang pelajar yang lebih kondusif.

final • 5:40 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Tumpuan sekolah yang boleh digabungkan adalah sekolah yang mempunyai jarak berdekatan antara sekolah dan juga dihubungi oleh sistem connectivity jalan raya yang berturap. Saya faham cadangan ini bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan memandangkan wujud rasa nilai emosi terhadap sekolah yang berdekatan dengan rumah panjang dan kampung tradisi. Ini pasti akan mendapat tekanan daripada ibu bapa yang merasakan sekolah tersebut tidak patut ditutup.

Dalam kajian lab Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak bersama Pejabat Pendidikan Daerah seluruh Sarawak, didapati sebanyak 263 buah sekolah yang boleh digabung menjadi 49 buah sekolah. Di sini, kita dapat melihat sekiranya kita mengikuti ataupun mengkaji semula kajian ini, kita pasti dapat penjimatan yang sangat banyak. Pihak kementerian harus meneliti kajian tersebut kerana bukan sahaja dapat mengoptimumkan tenaga pengajar malah dapat menjimatkan bajet kerajaan. Mungkin angka yang dikemukakan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak perlu dipinda mengikut kesesuaian yang baik difikirkan oleh pihak kerajaan dan juga pihak kementerian.

Saya juga berharap agar pihak kerajaan dan Kementerian Pendidikan memberikan tumpuan isu sekolah yang terdedah dengan banjir yang terletak di tebing sungai.

Memandangkan jaringan connectivity jalan raya semakin baik, Kerajaan Sarawak mencadangkan agar 216 buah sekolah yang terdedah dengan banjir dipindahkan ke kawasan yang lebih tinggi. Ini kerana sejumlah wang yang banyak diperlukan untuk membaik pulih dan juga menggantikan peralatan yang rosak dan juga sekolah-sekolah yang terdedah di tebing- tebing sungai ini turut terdedah dengan ancaman serangan buaya. Ini yang saya sangat risaukan.

Selain daripada itu juga saya ingin bertanya kepada pihak Kerajaan Persekutuan, apakah status tawaran Kerajaan Negeri Sarawak berjumlah RM50 juta untuk penyambungan grid ke 113 buah sekolah. Ini memandangkan terdapat beberapa buah sekolah di dalam Parlimen Sibuti masih menggunakan perkhidmatan genset walaupun kedudukan tiang berhampiran dalam beberapa ratus meter sahaja seperti sekolah SK Sait dan juga SK Beliau Isa di Kelulit.

Seterusnya, masih lagi berhubung dengan isu pendidikan di mana saya ingin menyatakan rasa bimbang berkenaan tentang prestasi peperiksaan Sarawak masih dalam kedudukan yang sangat tidak memuaskan. Bagi keputusan SPM yang baru diumumkan minggu lepas, kedudukan Sarawak masih kedua tercorot. Saya berharap terdapat usaha sama yang kukuh antara kementerian di Putrajaya bagi melihat bagaimana untuk meningkatkan prestasi pelajar dan mencari punca kedudukan yang tercorot sejak bertahun- tahun lamanya. Sarawak juga turut mengalami trend kemasukan pelajar ke aliran sains yang semakin berkurang. Saya merasakan perkara ini mungkin boleh diusahakan dan juga dapat mencapai kejayaan sekiranya kita Sarawak, dan juga Kerajaan Persekutuan mendapat kesepakatan.

Bagi isu-isu pembangunan pendidikan di kawasan Parlimen Sibuti, saya ingin pihak kerajaan memberi perhatian sewajarnya apa yang disuarakan oleh ibu bapa dan warga pengajar dari sekolah menengah luar bandar Miri yang ingin menjalankan waktu kelas satu sesi sahaja. Walaupun demikian, SMK luar bandar tidak mempunyai kelas yang mencukupi walaupun sekolah tersebut terletak di hadapan Jalan Miri-Bintulu laluan Pan Borneo, sekolah ini agak daif. Sekolah ini masih lagi mempunyai dua blok kayu. Saya ulang, sekolah menengah blok kayu. Dalam soalan lisan yang saya kemukakan, jawapan mengenai cadangan pembinaan tidak dalam perancangan pihak kementerian. Saya mencadangkan terdapat keperluan mendesak untuk membina sekurang-kurangnya dua blok baru tiga tingkat yang boleh menyediakan 36 buah kelas bagi membolehkan persekolahan satu sesi dijalankan dan juga menggantikan blok kelas kayu tersebut.

Selain itu juga, saya turut memohon agar perabot asrama diperbaharui seperti dipohon oleh SMK Agama Miri dan juga sekolah-sekolah seperti SMK Suai dan juga SMK Subis di dalam Parlimen Sibuti dan bagi asrama sekolah rendah pula, saya ingin menyeru agar pihak kementerian memberi tumpuan khusus kepada SK Lambir agar dapat tindakan segera dijalankan.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin membangkitkan isu-isu yang disuarakan oleh rakyat mengenai masalah judi online yang berselindung melalui premis jualan 24 jam dan terkini, saya telah menjumpai kedai jualan daging khinzir ataupun porky shop dengan izin, menjadi premis jualan top up judi online dan menyediakan perkhidmatan kedai judi. Selain itu, operator kedai 24 jam ini juga menawarkan perkhidmatan jualan nombor

final • 5:40 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

ekor haram. Kedai-kedai ini tumbuh bagaikan cendawan. Pusat khidmat saya yang terletak di kawasan Taman Tunku, Miri juga mempunyai barisan kedai-kedai yang menjual nombor haram ini. Secara tidak langsung, aktiviti haram ini mengakibatkan kerugian kepada kerajaan daripada segi kutipan cukai perjudian. Saya dimaklumkan operator ini mampu memperoleh pendapatan RM30 ribu ke RM100 ribu sebulan sekiranya banyak pengunjung ke kedai mereka. Saya berharap pihak kerajaan fikirlah sesuatu bagi menutup aktiviti black economy ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan syabas kepada Menteri Kesihatan yang telah membuat satu keputusan yang sangat signifikan dalam pentadbiran Malaysia baharu iaitu larangan menghisap rokok di tempat awam. Walaupun keputusan tersebut tidak popular, tetapi kementerian berani melaksanakan walaupun kritikan daripada pihak netizen dan juga golongan perokok bertali arus. Usaha ini saya sokong. Walaupun demikian, kerajaan perlu juga menyediakan kesedaran yang lebih meluas mengenai habit merokok ini, dengan izin.

final • 5:40 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Saya yakin keputusan kerajaan ini akan memberi kesan positif kepada kesihatan masyarakat umum dalam tahun-tahun yang akan datang. Walaupun demikian, saya juga ingin menambah pihak Kementerian Kesihatan tidaklah perlu mewujudkan infografik walaupun Sarawak agak sedikit lambat mengumumkan larangan merokok ini di negeri Sarawak.

Dalam masa yang sama, saya turut ingin membangkitkan keperluan pihak kesihatan melihat semula dan laporan perkhidmatan klinik-klinik kesihatan di luar bandar yang kini berdepan kepadatan dan juga daif. Sekolah daif satu masalah, klinik daif juga merupakan masalah utama di negeri Sarawak dan juga saya berharap agar Klinik Batu Niah dan juga Klinik Niah yang dijanjikan oleh kerajaan lepas dapat diteruskan pada kerajaan yang baharu ini.

Tuan Yang di-Pertua, ekonomi Malaysia terletak pada tangan anak-anak muda.

Pada masa kini banyak sekali anak-anak muda ingin menceburi diri dalam bidang keusahawanan dengan pelbagai bentuk perniagaan yang tidak terfikir oleh generasi-generasi sebelum ini. Mereka mendirikan start-up dan juga idea-idea yang mampu mengubah landskap ekonomi dunia. Penggunaan sosial media banyak mendapatkan pulangan yang lumayan kepada golongan belia. Ramai golongan belia menjadi influencer dan juga menjanakan pendapatan dengan mewujudkan kandungan Youtube yang menarik mampu menjana pendapatan kepada mereka. Kerajaan harus memberi ruang yang kondusif serta memikirkan cara yang terbaik bagi mengembangkan usahawan belia ini.

Saya agak kurang senang mengenai cadangan kerajaan untuk mewujudkan projek kereta nasional yang terbaharu. Saya rasa kerajaan lebih baik menumpukan perkara lain dan tidak perlu bernostalgia dengan pembangunan kereta nasional sebelum ini. Kisah pembangunan kereta terbang juga saya rasa tidak ada keperluan mendesak kepada rakyat.

Bukan untuk tidak menindak cadangan kerajaan tetapi ada banyak lagi keperluan yang utama perlu diselesaikan dan adalah lebih elok wang cadangan pembangunan kereta nasional tersebut disalurkan bagi pembangunan belia dan juga pembangunan dalam sektor ekonomi digital.

Mengenai isu belia juga, saya masih belum melihat perkembangan positif mengenai hala tuju belia negara termasuk Sabah dan juga Sarawak. Dari segi dasar masih kurang jelas, tiada pembangunan khusus ataupun program berprestasi tinggi bagi belia Sarawak yang agak jauh ketinggalan. Sekiranya ingin menikmati manfaat program belia, orang muda Sarawak masih perlu berada di bandar-bandar besar ataupun di ibu kota Kuala Lumpur.

Tiada dasar khusus bagi meninjau keadaan belia di luar bandar dan kaum minoriti di pedalaman Sarawak.

Saya juga ingin melihat program libat urus Menteri untuk datang ke Sarawak agar dapat mendengar masalah-masalah belia di Sarawak dan juga saya menawarkan agar pihak Kementerian Belia dan Sukan dapat mewujudkan litar sukan dan juga menjalankan kerjasama dengan belia Sarawak dan Kementerian Belia negeri Sarawak untuk menjayakan idea ini dan juga idea ini saya sarankan di wujudkan di Parlimen Sibuti, tapak tanah boleh kita sediakan.

Saya juga berharap Kementerian Belia dan Sukan mengkaji semula struktur Pejabat Jabatan Belia dan Sukan di Sarawak oleh kerana banyak daerah baharu diwujudkan sejak

final • 5:50 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

tiga tahun lepas, maka adalah wajar diwujudkan pejabat-pejabat baharu dan tidak bergantung sepenuhnya dengan struktur bahagian yang ada pada masa kini.

Isu struktur ini juga berkaitan dengan struktur pentadbiran Polis Diraja Malaysia di Sarawak yang saya rasa sudah perlu ada rombakan struktur di mana perlu mewujudkan Ibu Pejabat Polis Daerah di daerah baharu seperti di daerah Subis dalam Parlimen Sibuti.

Tuan Yang di-Pertua, sedikit mengenai pindaan Perlembagaan Artikel 1(2) yang sangat banyak diperkatakan oleh ahli politik dan juga rakyat di negeri Borneo, Sabah dan Sarawak. Saya menghargai usaha Kerajaan Persekutuan yang akan mengembalikan status rakan kongsi ataupun equal partner dengan izin. Walaupun demikian saya ingin menasihatkan pada diri saya sendiri, rakan-rakan MP GPS dan juga rakan-rakan MP Kerajaan Pakatan Harapan daripada Sarawak tidak terlalu ghairah untuk menjuarai isu pindaan ini.

Masing-masing mempunyai pandangan. Elakkan dalam 31 orang Ahli Parlimen Sarawak berbalah semasa sendiri hanya semata-mata ingin menyatakan siapa yang lebih benar, siapa yang lebih juara dalam isu mengembalikan status rakan kongsi dalam Malaysia.

Dalam isu hak-hak Sarawak yang terhakis selama ini, saya sekali lagi ingin menegaskan pindaan Artikel 1(2) jangan hanya pada nama sahaja tetapi perlu bersama hak-hak telah ditutup selama ini iaitu pembangunan keseimbangan ekonomi antara Sabah dan Sarawak, pemberian geran khas yang tidak pernah di bincang sejak sekian lama dan adakah Sarawak berhak menuntut tunggakan yang layak diterima oleh Kerajaan Sarawak.

Selama ini rakyat sedar bahawa pembangunan negara banyak di sumbang melalui hasil negeri Sarawak. Setelah 40 tahun melalui lima percent royalti yang diperoleh oleh Sarawak, Sarawak mampu mendapat RM33 bilion tetapi ini tidak mencukupi. Kos pentadbiran, kos pembangunan Sarawak semakin mendesak apabila berlaku jurang pembangunan yang sangat besar antara Sarawak dan juga Semenanjung Malaysia.

Maka dengan ini, Sarawak memperkenalkan lima peratus cukai jualan ke atas hasil minyak yang dikeluarkan dari Sarawak akan menjadi game changer dengan izin, dalam menambah pendapatan tahunan Kerajaan Negeri Sarawak dan juga Sarawak ke arah kerajaan yang berautonomi.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin melihat keadaan politik semasa. Saya melihat keadaan di dalam Parlimen dan juga di luar Parlimen seperti series di dalam Netflix iaitu Game of Thrones perbalahan antara parti-parti di dalam Malaysia untuk memastikan siapa yang lebih hebat dan siapa lebih baik untuk memimpin.

Dalam keadaan ekonomi yang kurang positif juga Malaysia berdepan dengan ‘Winter is coming’. Di Sarawak saya melihat belum ada kesepakatan yang jelas antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri. Walaupun kita berjaya berunding berkenaan tentang sekolah daif, saya masih merasakan lebih banyak lagi perkara-perkara yang perlu kita utamakan dan ketepikan dahulu soal politik pilihan raya negeri Sarawak. Ya, saya faham wujud perbezaan politik tetapi perlu ingat kita dalam usaha mewujudkan equal partner. Saya bimbang Menteri Kabinet dan juga Timbalan Menteri daripada Sarawak, anak Sarawak tidak mampu menonjol potensi beliau sebagai Menteri dan juga Timbalan Menteri kerana siang malam memikirkan untuk berpolitik, untuk memenangi pilihan raya sahaja.

Saya akur bahawa kami daripada Ahli Parlimen GPS akan hanya menikmati peruntukkan yang sangat minimum seperti projek di bawah KKLW, bina baharu rumah, projek lampu jalan, projek pembangunan jalan desa yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan. Akan tetapi saya berharap lakukanlah yang terbaik untuk 12 kawasan Parlimen di bawah Pakatan Harapan di negeri Sarawak. Lihat sahaja seperti masalah 47 orang anak Sarawak yang ditahan di Cambodia. Isu ini seharusnya diurus dengan baik oleh pihak Wisma Putra. Saya mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai Wisma Putra yang terlibat dengan profesional. Kepada MP Julau terima kasih mendedahkan kepada media dan juga tahniah kepada MP Santubong yang mendedahkan kisah sebenar.

Ini mungkin gerak saraf dan juga saya bimbang kita perlu move forward memastikan semua rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara perlu dibawa pulang sekiranya mereka teraniaya. Jangan hanya tertumpu kepada mangsa yang datang daripada Sarawak sahaja pada masa kini.

Selain daripada itu juga, saya ingin menyampaikan satu kerisauan dan juga pesan daripada ketua masyarakat Iban di bahagian Utara Sarawak terutamanya di bahagian Miri

final • 5:50 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

yang telah menulis surat kepada Rektor IPG Malaysia mengenai rayuan untuk meneruskan pengambilan guru bahasa Iban di IPG Kampus Miri. Sarawak memerlukan lebih kurang 2,240 guru opsyen bahasa Iban dan akan menjadi lebih kritikal guru berbahasa Iban ini akan bersara. Buat masa ini, saya telah dimaklumkan bahawa tiada pengambilan guru-guru berbahasa Iban pada Jun 2019 yang akan datang. Ini akan menyebabkan masalah guru-guru di Sarawak terutamanya dalam opsyen Iban akan berkurangan.

Selain daripada itu juga, mengenai isu pekebun kecil. Di mana-mana sahaja saya pergi ke rumah panjang, ke kampung-kampung ramai pekebun kecil complain ataupun resah berkenaan tentang harga minyak yang semakin menurun. Boleh, boleh.

final • 5:50 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Tuan Yang di-Pertua [Disampuk]

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Masa sudah mahu tamat dah.

final • 6:00 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Okey, saya habis, sikit. Boleh? Sebab ini penting. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Sibuti, sedar atau tidak baru-baru ini Yang Berhormat Menteri Perindustrian Utama mengunjungi Sarawak dan berjumpa dengan Ketua Menteri Sarawak serta Timbalan Ketua Menteri di Sarawak. Di mana, di dalam perbincangan mereka, Sarawak rela memberikan RM3 juta kepada MPOB Research Fund untuk membantu kementerian ini dalam usaha hendak menangkis peperangan. Kalau boleh dikatakan begitu ya, di Eropah. Di mana, mereka tidak akan membeli minyak sawit daripada Malaysia.

Jadi, ini adalah sumbangan negeri Sarawak sebanyak RM3 juta. Saya difahamkan sudah dibayar ataupun diberikan kepada MPOB Research Fund. Jadi, itu sumbangan dari negeri Sarawak untuk membantu pekebun-pekebun kecil. Sedar tidak, Yang Berhormat Sibuti?

final • 6:00 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Terima kasih Yang Berhormat Kapit. Masukkan sebahagian ucapan beliau ke dalam ucapan saya. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak kerana sudi dan juga prihatin berkenaan dengan isu sawit ini. Saya juga berharap agar Yang Berhormat Menteri dan juga kerajaan dapat memastikan harga sawit ini dapat memberikan pulangan yang baik kepada rakyat di seluruh Malaysia. Dengan ini, saya menyokong ucapan Titah Diraja. Sekian, terima kasih.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kepong.

final • 6:00 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya setuju dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Setiawangsa sebentar tadi iaitu Laporan Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ambrin Buang tentang kerugian RM500 juta oleh Kementerian Pertahanan dalam skandal 'land swap'. Saya hendak minta kerajaan tidak embargo laporan itu dan laporan itu boleh diumumkan kepada media demi dasar keterbukaan dan ketelusan kerajaan Malaysia baharu.

Saya juga minta kerajaan menyiasat pegawai kerajaan dan orang politik yang didapati cuai dan salah guna kuasa dalam laporan tersebut. Mereka patut diambil tindakan disiplin yang tegas dan juga diheret ke mahkamah jenayah. Selain itu, saya sarankan kerajaan mengubah dasar AP Terbuka import kereta supaya polisi AP Terbuka import kereta boleh benar-benar memanfaatkan lebih ramai Bumiputera dan bukan hanya untuk memperkayakan sekumpulan Bumiputera yang sudah kaya.

Baru-baru ini, kenyataan kerajaan mengatakan terdapat sejumlah 164 buah syarikat telah diberikan AP Terbuka import kereta iaitu sebanyak 128 bagi syarikat sedia ada dan 36 lagi merupakan syarikat baharu. Saya hendak tanya, siapakah pemilik 128 buah syarikat yang sedia ada itu? Saya difahamkan, kebanyakan mereka pemilik 128 buah syarikat itu adalah orang politik UMNO dan kroni mereka seperti pemimpin UMNO, Jamal. Adakah dia jual kereta atau jual ikan? Saya hendak tanya. Selain itu juga, saya mahu tanya, mengapakah kerajaan masih bantu mereka yang sudah kaya seperti kumpulan Syarikat Naza

final • 6:01 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

yang sudah filthy rich? Bahasa Malaysia sebut apa? Syarikat Naza yang cukup kaya.

Mengapakah kerajaan masih berikan AP tiap-tiap tahun kepada syarikat tersebut?

Jadi, saya cadangkan kerajaan memberikan sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah AP yang diberikan kepada 128 buah syarikat Bumiputera itu yang sudah kaya kepada golongan anak muda Melayu yang layak ataupun, saya cadangkan kerajaan boleh menubuhkan satu yayasan yang boleh dinamakan sebagai Yayasan AP Bumiputera Import Kereta. Semua AP Terbuka diberikan kepada yayasan itu dan tidak lagi diberi kepada syarikat. Keuntungan hasil daripada yayasan itu boleh diberikan dan dikongsi kepada golongan Melayu B14 yang belum kaya.

[Disampuk]

final • 6:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

B40.

final • 6:01 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

B40.

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, kini di Malaysia, banyak projek perumahan baharu tidak laku dijual. Pelabur tempatan atau local investor tidak mahu melabur di negara kita sendiri. Ini membawa kesan ekonomi negara yang kurang baik.

Saya menerima satu cadangan yang saya anggap boleh kita cuba untuk membaik pulih ekonomi negara. Cadangan itu adalah kerajaan boleh memberi tempoh dua atau tiga tahun amnesty dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, pengampunan bagi golongan orang kaya memindahkan wang mereka di luar negara yang belum isytihar balik ke Malaysia. Mungkin kerajaan boleh bagi mereka tax free atau tiada denda dikenakan atau insentif-insentif yang lain supaya mereka boleh membawa pulang wang mereka di luar negara yang belum di isytihar.

Apabila wang mereka berada di sini, mereka pasti akan beli harta, beli itu, beli ini dan buat projek yang baru sambil mencipta kerja yang baharu untuk golongan anak muda.

Ini pasti akan menjadikan ekonomi negara yang lebih baik. Apabila mereka membeli harta dan barang yang lain, kerajaan juga dapat menerima cukai. Maka, saya minta kerajaan mengambil cadangan ini dengan serius.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa masalah terbesar dan paling teruk di negara sekarang ini adalah terdapat pihak-pihak tertentu memainkan isu perkauman dan agama.

Mereka memainkan isu-isu ini demi kepentingan mereka sendiri atau demi political survival mereka sendiri. Baru kelmarin seorang pemimpin UMNO namanya Razlan Rafii dia berkata, “elok tembak puak-puak DAP”. Orang-orang seperti Razlan cuba menyalahkan DAP dan kaum bukan Melayu bagi semua masalah di negara Malaysia. Saya amat risau dan bimbang.

Negara kita yang berbilang kaum berkemungkinan akan berlaku huru-hara akibat daripada provokasi orang politik yang memainkan isu perkauman.

Maka, saya minta...

[Disampuk]

final • 6:01 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Boleh minta jalan?

final • 6:01 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Tidak.

final • 6:01 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Tidak, hendak tanya Roslan Hanafi itu siapa?

final • 6:01 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Tidak. Duduk. Duduk.

final • 6:01 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Roslan Hanafi itu siapa?

final • 6:01 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Duduk.

final • 6:01 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Roslan Rafii itu siapa?

final • 6:01 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Duduk. Duduk. Duduk. Nama you siapa? Rafii kah? Razlan kah?

final • 6:01 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

You sebut Razlan Rafii itu siapa?

final • 6:01 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Duduk.

final • 6:01 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Sebab kaitkan nama UMNO pasal apa?

final • 6:01 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Duduk. Duduk. Duduk.

final • 6:01 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Siapa Razlan Rafii ini?

final • 6:01 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Duduk.

final • 6:01 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Katak mengkarung rupanya hendak pecah belah kan UMNO.

final • 6:01 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Saya suruh you duduk.

final • 6:01 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Kita bukannya macam Timbalan Tuan Yang di-Pertua yang buat statement.

final • 6:01 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, sila halau dia.

final • 6:01 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Dia buat ucapan, ucapan tuduhan! Tanpa asas.

final • 6:01 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Tuan Yang di-Pertua. Sila halau dia.

final • 6:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Tidak apa Yang Berhormat...

[Disampuk]

final • 6:01 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Kamulah keluar! Bercakap tanpa asas!

final • 6:01 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Saya tidak bagi, saya tidak bagi.

final • 6:01 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Main cakap sahaja tanpa asas!

final • 6:01 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Diamlah!

final • 6:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Terima kasih.

final • 6:01 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Maka, saya minta kerajaan menggubal akta baru seperti Akta Anti-Racism dan sebagainya untuk menghentikan provokasi sentimen perkauman dan agama. Saya juga minta kerajaan mengambil tindakan yang tegas terhadap Razlan Rafii dan orang-orang sebegitu. Dengan itu, saya sokong dan menjunjung Titah Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

final • 6:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Lembah Pantai.

final • 6:01 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin memulakan ucapan saya dengan mengucapkan takziah kepada keluarga dua rakyat Malaysia yang telah kehilangan ahli keluarga mereka akibat daripada gempa bumi di Lombok. Salah seorang daripadanya merupakan eksekutif di syarikat penerbitan Sin Chew. Salam takziah buat keluarga mereka.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh salah satu perkara yang telah dibangkitkan dalam Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong iaitu sambutan Parlimen Ke-60 pada tahun ini. Seperti yang kita sedia maklum, tradisi Parlimen di Malaya dan kemudiannya di Malaysia mula bertapak sekitar tahun 1959. Maka, pada tahun ini, genaplah 60 tahun kita melaksanakan ataupun kita membudayakan demokrasi dalam negara kita. Jadi, bagi saya memang tepat untuk kita mengadakan satu sambutan yang besar untuk menyambut institusi demokrasi yang paling penting dalam negara kita iaitu Parlimen kita.

final • 6:08 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Akan tetapi pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh beberapa perkara yang saya harap dapat diberikan sedikit penitikberatan terutama oleh pasukan yang mengendali Parlimen termasuklah isu dari segi sejarah. Saya harap bila masa kita lihat banyak daripada penambahbaikan yang kita nikmati pada hari ini dalam Dewan ini yang nampaknya begitu gah.

Akan tetapi saya rasa dari segi sejarah seni bina architecture Parlimen ini, saya risau kehilangan, hilang begitu sahaja, kita tidak tahu bagaimana rupa Parlimen dahulu. Malah saya pernah membangkitkan dengan Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom berkenaan dengan satu jata yang berada di sebelah pintu masuk laluan Diraja di mana pihak Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom juga tidak mengetahui wujudnya jata Queen Elizabeth ini. Saya harap pihak

final • 6:10 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Parlimen boleh mengetengahkan sejarah bagaimana jata ini telah dilekapkan didinding bangunan Parlimen itu sendiri dan apakah selok-belok sejarahnya.

Pada masa yang sama saya harap kita dapat titik beratkan juga mereka yang telah terlibat dalam menyediakan potret-potret Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri dan juga Speaker-speaker dan presiden-presiden senat. Oleh sebab bagi saya ini adalah sebahagian daripada sejarah kita yang tidak patut kita hilang. Ini kerana mereka telah menyumbang dalam persejarahan historiography bagi institusi Parlimen kita ini.

Pada masa yang sama saya juga mengharapkan agar pihak Parlimen menitikberatkan laluan di belakang kita ini, saya lihat terdapat Tuan Yang di-Pertua sellotape yang diletakkan di belakang ini. Saya rasa mungkin boleh kita berikan sedikit peruntukan untuk pastikan – kalau kita hendak tambah baik, biarlah kita buat betul-betul. Ini kerana mungkin nampak tidak berapa sesuai untuk kita lekapkan sellotape untuk memastikan tidak ada tikar atau karpet yang melecet. Ini mungkin perkara yang remeh, tetapi sebenarnya bagi institusi demokrasi ulung di negara kita, perlu kita hormati, kita sanjung dan kita titik beratkan dari semua aspek. Saya juga harap kita dapat mewujudkan satu pusat untuk membuat kitar semula dalam kawasan Parlimen ini.

Saya ingin menyentuh isu siswa yang ikat perut Tuan Yang di-Pertua kerana ia telah dibangkitkan dalam satu surat khabar yang telah di – sebenarnya isu ini saya telah berhubung dengan mahasiswa terutama di Universiti Malaya yang berada di dalam kawasan Parlimen Lembah Pantai. Saya mendapati sebenarnya isu ini telah memang berlaku agak lama. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri KPDNHEP kerana telah mengusahakan dengan izin food bank yang telah dimulakan sekitar 6 Mac 2019 minggu yang lalu. Akan tetapi, pada masa yang sama – dan saya juga ingin mengucapkan kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan kerana telah meluluskan RM3 juta untuk membantu, membeli dan menyediakan 14 buah truck untuk mengangkut makanan ke tempat-tempat termasuklah universiti awam seperti Universiti Malaya.

Akan tetapi pada masa yang sama, saya ingin menekankan bahawa kita perlu lihat daripada aspek lain bagaimana kita boleh membantu mahasiswa kerana salah satu perkara yang dibangkitkan adalah bagaimana mahasiswa terpaksa tinggal begitu ramai dalam satu rumah di luar kampus, di luar daripada Universiti Malaya. Di dalam laporan Berita Harian itu mengatakan seramai sembilan orang tinggal dalam satu apartment yang saya pasti berada di dalam kawasan Lembah Pantai. Bagi saya ini tidak sesuai dan kita mungkin perlu titik beratkan keadaan bagaimana anak-anak murid kita, mahasiswa, mahasiswi keberadaan mereka bukan sahaja suasana yang sesuai dan selesa untuk mereka belajar dan perut mereka yang diisi tetapi suasana tempat tinggal mereka saya rasa kita perlu beri perhatian.

Saya ingin menyentuh isu bahasa ekstremis dan pelampau dan juga hubung kait dengan laporan media. Bagi saya tadi telah disentuh oleh Yang Berhormat Kepong tentang bahasa yang digunakan beberapa – mungkin boleh kita sebutkan sebagai ahli politik daripada mana-mana pihak pun saya rasa kita sebagai Ahli Parlimen dan juga sebagai pemimpin dalam negara kita, perlu memberikan satu budaya politik yang berbeza di mana dalam suasana pada hari ini kita lihat apa yang berlaku di Christchurch di New Zealand dan kita juga mengamati selok-belok perbahasan yang sering kali nadanya tinggi, tajam dan saya rasa tidak produktif, tidak kondusif untuk mewujudkan keharmonian dan perpaduan.

Jadi, saya mengharapkan di kalangan Ahli-ahli Parlimen, kita mengelakkan daripada menggunakan bahasa-bahasa, perkataan-perkataan yang ekstremis ataupun yang mungkin melampau. Pada masa yang sama saya berharap bahawa pihak media juga memainkan peranan. Saya perhatikan dari segi penggunaan bahasa ada pihak media yang menggunakan tajuk-tajuk yang agak bersifat dengan izin clickbait. Clickbait ini bermaksud mereka sengaja mensensasikan tajuk tetapi apabila kita tekan dan kita lihat isi kandungannya tidak ada kaitan langsung dengan apa yang disebut, apa yang dilaporkan.

Saya bagi satu contoh, walaupun bagi saya tajuk yang diletakkan di dalam media sosial itu agak sexist, ini adalah satu berita yang diletakkan dalam Twitter Berita Harian, tajuknya adalah “Wanita Punggung Besar Lebih Bijak, Sihat”. Bagi saya salah seorang anggota dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Hak Asasi dan Kesaksamaan Gender, saya terpaksa berkata tajuk seperti ini adalah sexist. Apabila kita lihat isi kandungan laporan tersebut ia sebenarnya menyentuh kajian sekumpulan pelajar dari Universiti Oxford, Amerika Syarikat. Jadi, saya berharap rakan-rakan media lebih memberikan perhatian, jangan hanya kerana kita menginginkan orang untuk menekan, melihat dan membaca artikel-artikel dan rencana-rencana kita, maka kita akan menggunakan apa sahaja juga ayat-ayat yang sensasi.

final • 6:10 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Saya juga ingin menegur Utusan Online di dalam Twitter dia menggunakan tajuk “ Peminjam PTPTN Mungkin Dihalang Keluar Negara”, tetapi apabila kita tekan butang itu, sebenarnya tajuk dalam rencana itu “PTPTN Masih Mampu Tawarkan Pinjaman”. Jadi di sini saya lihat, pihak media perlu memainkan peranan untuk memastikan bahawa antara isi kandungan dan juga tajuk, mereka perlu prihatin kerana boleh menimbulkan pelbagai persepsi bila orang screen capture, orang ambil gambar dan ia pergi ke seluruh pelosok di dalam Internet, maka pelbagai polemik akan timbul dan bagi saya ini tidak sihat.

Saya ingin menyentuh Tuan Yang di-Pertua tentang Minggu Sains yang akan bermula pada minggu pertama bulan April. Saya baru pulang dari Kuching beberapa hari yang lalu untuk menjadi seorang duta bagi program bawah satu social enterprise, nama social enterprise itu dengan izin ialah The Learning Curve, yang mana mereka berusaha untuk – ini bukan kereta terbang tetapi untuk melancarkan satu roket sub orbital. Roket daripada Kuching. Usaha ini mereka akan menggembleng tenaga dan kepintaran daripada universiti- universiti termasuklah Universiti Teknologi PETRONAS, Universiti Malaya dan UNIMAS.

Bagi saya usaha bagi – yang dipelopori oleh NGOs dan juga social enterprise seperti The Learning Curve ini adalah satu usaha yang baik dan sebenarnya saya berharap sempena Minggu Sains mungkin saya ingin meminta Yang Berhormat Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) untuk mengadakan dan meletakkan satu tempat untuk Ahli-ahli Parlimen melihat apakah usaha-usaha, projek-projek menarik berkait Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik yang mungkin boleh kita lihat, kita pelajari dan boleh kita laksana di kawasan-kawasan Parlimen kita sendiri untuk meningkatkan semangat berkenaan dengan STEM di kawasan Parlimen kita.

Pada masa yang sama saya ingin menyentuh Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan isu pencemaran alam sekitar. Kita faham dan kita tahu usaha yang telah di – ataupun masalah yang telah berlaku di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan juga pihak kementerian dan kerajaan di atas tindakan tegas dan pantas tetapi pada masa yang sama kita belum lagi berjaya untuk menangkap mereka yang di sebalik tindakan yang telah merosakkan alam sekitar ini.

Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian sekiranya ingin melihat kembali ataupun mengkaji semula Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, saya ingin mencadangkan agar disabit kesalahan denda maksimumnya boleh kita letakkan sebagai satu multiplayer dengan izin ataupun pekali kepada kos yang ditanggung oleh pihak kerajaan untuk membersihkan kawasan yang telah dicemari itu.

final • 6:10 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Jadi kalau kosnya― pada waktu ini, denda maksimum hanya setengah juta ringgit.

Bagi syarikat-syarikat ini, semestinya keuntungan yang mereka kaut berpuluh juta kemungkinannya. Jadi bagi saya, saya mengharapkan agar pihak kementerian meneliti dan mempertimbangkan satu nilai pekali kepada denda ini yang mungkin, sebagai contoh, tiga kali kos atau jumlah keseluruhan yang ditanggung oleh pihak kementerian, pihak kerajaan untuk membersihkan termasuk juga kos perbelanjaan perubatan bagi mangsa-mangsa dalam insiden tersebut.

final • 6:20 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Minta laluan.

final • 6:20 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Silakan.

final • 6:20 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Setujukah Yang Berhormat bagi pihak kerajaan patut kaji kilang-kilang kimia yang begitu bahaya yang dibawa ke negara ini?

Sebelum datang ke negara ini, patut buat kajian dan juga mesti diuji dan sebagainya untuk dirikan sesebuah kilang di kawasan kita. Setuju atau tidak, Yang Berhormat?

final • 6:20 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Saya setuju dan saya masukkan ucapan Yang Berhormat dalam ucapan saya.

Pada masa yang sama, saya juga mengharapkan Menteri dapat memaklumkan kepada Dewan― yang kita tahu pada waktu ini, Tuan Yang di-Pertua, adalah syarikat- syarikat yang mungkin telah didaftarkan. Tetapi pada masa yang sama, banyak syarikat- syarikat haram, kilang-kilang haram yang telah melakukan tindakan pencemaran yang

final • 6:20 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

mungkin jika mereka tidak berusaha untuk menghapuskan bukti, mungkin pencemaran di Sungai Kim Kim itu kita tak ketahui mungkin sehingga beberapa tahun yang akan datang.

Jadi sebelum perkara menjadi lebih teruk, masalah menjadi lebih membebankan kepada rakyat, saya harap pihak kementerian mengambil satu langkah yang proaktif. Saya lihat memang pihak kementerian dan kerajaan proaktif dalam isu ini tetapi saya memohon agar Dewan ini dimaklumkan berapakah anggaran syarikat-syarikat haram, kilang-kilang haram yang mengusahakan aktiviti-aktiviti yang mungkin mencemarkan alam sekitar pada tanggapan, pada penilaian pihak kementerian.

final • 6:20 PM

Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar

Yang Berhormat Lembah Pantai, mohon laluan.

final • 6:20 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Sila.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Kuala Kangsar.

final • 6:20 PM

Datin Mastura binti Mohd Yazid - Kuala Kangsar

Dua perkara, Yang Berhormat Lembah Pantai. Satu, kenapa terlalu lama untuk mendapat siapa yang bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku di Pasir Gudang? Semestinya kalau kita tengok daripada pendaftaran syarikat dan siapa CEO nya, itu sudah capable, itu sudah senang untuk mengenal pasti siapa yang salah. Itu satu.

Selepas itu nombor duanya, saya rasa kita galakkan supaya semua mangsa- mangsa yang terlibat dalam Pasir Gudang ini dibuat class action ataupun disekalikan sekali tindakan terhadap mereka yang melakukan pemusnahan ini. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Saya bersetuju dengan sahabat saya Yang Berhormat Kuala Kangsar yang juga merupakan seorang peguam. Mungkin kita boleh berbincang dengan Yang Berhormat Menteri selepas ini satu tindakan. Saya setuju, memang kalau kita lihat dari segi pendaftaran maklumat bagi pemilik― semestinya ada di situ― jadi mungkin Dewan ini boleh juga dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri mengapa belum lagi boleh kita tangkap siapakah yang terlibat kerana saya rasa kita ingin mendapatkan keadilan di dalam isu ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh apa yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Setiawangsa berkenaan dengan Kuala Lumpur yang diiktiraf sebagai Ibu Kota Buku Sedunia. Saya juga bersependapat dengan Yang Berhormat Setiawangsa, saya ingin memohon Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk mempertimbangkan mengasingkan pelepasan cukai bagi gaya hidup untuk tahun hadapan dipertimbangkan buatkan satu pelepasan cukai yang khusus untuk pembelian buku-buku memandangkan setidak-tidaknya Kuala Lumpur diiktiraf sebagai Ibu Kota Buku Sedunia. Saya percaya jika kita tetapkan satu angka yang munasabah, ia akan memacu perkembangan industri buku bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi di seluruh negara.

Saya ingin menyentuh seperkara berkenaan dengan Kampung Kerinchi. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat, sebenarnya pada waktu ini ada dua perkara yang saya ingin bangkitkan. Pertama adalah saya berharap Yang Berhormat Menteri yang berkaitan, kementerian yang berkaitan termasuklah Menteri Wilayah Persekutuan boleh mempertimbangkan bersama-sama dengan Menteri Pendidikan untuk memberikan kuasa yang lebih kepada institusi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mengetengahkan ataupun mengangkat suara mereka berkenaan dengan penamaan kawasan-kawasan supaya tidak berlaku lagi polemik dan kehilangan identiti, warisan, sejarah dan nama bagi sesuatu kawasan seperti yang kita telah lihat yang berlaku di Kampung Kerinchi.

Pada masa yang sama, saya juga melihat perkembangan yang sangat besar.

Kenapa ada pihak yang mengatakan kenapa patut kita simpan nama Kampung Kerinchi, kenapa tak diletak Puncak Kerinchi atau Bandar Kerinchi? Bagi saya, saya berpendapat dan saya berpendirian bahawa tidak perlu kita takut, kita risau, kita malu dengan nama kampung.

Malah, sebenarnya pada hari ini, Kampung Kerinchi merupakan pangkalan, merupakan kampung kepada syarikat-syarikat besar di dunia termasuklah syarikat Razer, sebuah syarikat e-sport dan juga syarikat Alibaba dan juga Touch ’n Go Digital dan juga Telekom Malaysia. Begitu banyak syarikat-syarikat, GLC-GLC yang berpangkalan di mana di sebuah kampung.

final • 6:20 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Malah mungkin kita boleh lihat Kampung Kerinchi ini telah menjadi silikon Kerinchi, sebagai satu kawasan yang mana bila Yang Berhormat Port Dickson menyebut tentang Digital Native Agenda (DNA) 23 yang beliau sebutkan di dalam perbahasan, saya percaya kawasan seperti Kampung Kerinchi boleh memainkan peranan yang sangat penting. Malah, insya-Allah, saya akan usahakan pembinaan sebuah pusat pekerjaan masa depan atau, dengan izin, a centre for the future of work memandangkan di kawasan Kampung Kerinchi kita lihat kesenjangan yang besar berlaku akibat daripada pembangunan yang cukup pesat tetapi ia tidak dapat dinikmati oleh golongan miskin bandar. Jadi saya ingin usahakan dan saya ingin cadangkan kepada Menteri Sumber Manusia, kita perlu usahakan satu suruhanjaya untuk mengenal pasti cabaran masa depan pekerjaan di negara kita. Insya- Allah, saya di Lembah Pantai akan usahakan perkara tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, dalam seminit, dua yang tinggal ini, saya ingin menyentuh satu perkara berkenaan dengan Akta Hasutan dan juga undang-undang lain yang kita anggap sebagai draconian. Saya berpendapat dan saya percaya ramai daripada rakan-rakan saya di pihak kerajaan tidak bersetuju sekiranya kita menggunakan Akta Hasutan untuk menyiasat sesiapa pada hari ini memandangkan pada hari ini, Tuan Yang di-Pertua, seharusnya kita mempunyai satu pemahaman tentang undang-undang sedia ada yang mana boleh kita gunakan untuk menyiasat. Siasatlah siapa sahaja tetapi bagi saya, kita lihat mungkin penggunaan Akta Hasutan ini kita kurangkan atau setidak-tidaknya kita limit-kan, dengan izin, kepada perkara-perkara yang teramat khusus. Bagi saya, contohnya jika ingin disiasat mereka yang telah menganjurkan perhimpunan sempena Hari Wanita yang berlaku beberapa minggu yang lalu, boleh disiasat tetapi gunakanlah mungkin siasatan lain di bawah Kanun Keseksaan dan sebagainya. Janganlah digunakan Akta Hasutan.

Akhir sekali, saya ingin menyentuh seperkara lagi yang saya lupa iaitu berkenaan dengan Jabatan Kimia. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan Jabatan Kimia terutama yang berpangkalan di Petaling Jaya yang saya difahamkan mereka seramai 500 orang. Harapan mereka yang ingin saya sampaikan kepada Yang Berhormat Menteri, kita lihat bagaimana kita boleh pertingkatkan jumlah pegawai, jumlah mereka yang boleh membantu di jabatan-jabatan kimia termasuk di yang ada di Kuching untuk memastikan bahawa back log ataupun jangka masa untuk mendapatkan keputusan bagi siasatan kimia, saringan kimia boleh dipercepatkan. Pada waktu ini, saya difahamkan mengambil masa sekurang-kurangnya 30 hari. Kalau boleh ditingkatkan kerana saringan atau siasatan yang boleh dibuat dengan lebih pantas, maka banyak kes-kes juga saya percaya boleh dipercepatkan.

Sekian dahulu. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 6:20 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertama sekali, saya hendak merafakkan sembah ucapan tahniah kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas pelantikan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Ucapan Yang di-Pertuan Agong tentang rasuah, integriti dan juga nilai-nilai murni terus dititikberatkan. Begitu juga Yang di-Pertuan Agong mengingatkan supaya masalah rakyat harus terus diberikan pembelaan serta juga mempertahankan Perlembagaan Negara.

Ucapan Yang di-Pertuan Agong ini adalah satu harapan yang cukup tinggi kepada Kerajaan Pakatan Harapan.

final • 6:29 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Apakah harapan ini hanya tinggal harapan? Kita lihat harapan ini akan dinilai oleh rakyat. Rakyat akan menilai apabila sampai pilihan raya dan kita lihat dalam beberapa pilihan raya yang lepas, contohnya pilihan raya kecil. Kita lihat di Selangor, di Pahang, di Port Dickson, di situ kita boleh membuat penilaian bagaimana rakyat menilai Kerajaan PH pada hari ini.

Saya daripada Selangor. Pertama sekali hendak mengucapkan terima kasih banyak kepada pengundi-pengundi di Semenyih yang telah pun memilih calon Barisan Nasional

final • 6:30 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

sewaktu PRK Semenyih baru-baru ini. Sebelum ini PRK di Cameron Highlands. Itu rakyat sudah mula nampak Pakatan Harapan ini janji-janjinya tidak dapat dilaksanakan dan satu penipuan kepada rakyat. Akan tetapi apabila di Cameron Highlands kita berlawan dengan DAP, menang. Akan tetapi tengok Kerajaan PH cuma mencari alasan, sebab di Cameron Highlands luar bandar. Cameron Highlands ini negeri Pahang. Negeri Pahang ini kerajaannya Kerajaan Barisan Nasional sebab itu PH kalah.

Akan tetapi di negeri Selangor Tuan Yang di-Pertua, kita lihat Selangor ini memang kubu kuat Kerajaan Pakatan Harapan ini. Tujuh orang Menteri yang ada ini datang daripada Selangor. Tujuh orang Menteri daripada Selangor. Saya tengok Menteri daripada Gombak, Kuala Selangor, Kuala Langat, Shah Alam, Puchong, Ampang dan Kota Raja termasuk Pandan, Timbalan Perdana Menteri daripada Selangor. Selangor ini ditadbirkan memang BN sudah kalah. Sudah tiga penggal kita kalah di negeri Selangor. Pilihan raya kecil mula-mula diadakan di Sungai Kandis, di Seri Setia, di Seri Kembangan, kita kalah. Ini kerana apa? Pada masa itu mungkin rakyat tidak nampak lagi pembohongan yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan.

Akan tetapi apabila sampai di Semenyih, kita lihat rakyat Selangor yang bijaksana ini sudah nampak penipuan-penipuan yang dibuat walaupun pada masa itu kita lihat, sewaktu kempen sedang berjalan kerajaan mengumumkan untuk memberikan tol percuma, untuk memberikan RM1 kepada golongan belia. Apabila rakyat lihat satu pengumuman yang cukup lucu, tol percuma bermula daripada tengah malam sampai subuh. Mereka lihat bagaimana kita di Selangor sewaktu BN memerintah, saya pada masa itu di dalam Kabinet merayu kepada Yang Berhormat Pekan sebagai Perdana Menteri supaya menghapuskan tol di Selangor. Kalau pergi lalu Shah Alam itu, Federal Highway Shah Alam dua tol. Satu di Batu Tiga dan satu lagi di Sungai Rasau. Saya kata kalau tidak boleh hapus dua, hapus satu pun cukuplah. Alhamdulillah dua-dua tol dihapuskan, Tol Batu Tiga pun dihapuskan, Tol Sungai Rasau pun dihapuskan. Pergi tengok, hapus terus. Bukannya macam Pakatan Harapan, hendak hapuskan tol ada berbagai-bagai syarat.

Kita lihat juga – saya apabila diumumkan RM100 bagi kepada golongan belia, saya pun pening kepalalah. Mana kerajaan hendak dapat duit RM100 ini sedangkan dalam bajet telah pun diberitahu peruntukan itu tidak boleh diberi kerana kerajaan tidak cukup bajet. Tiba- tiba bagi RM100. Adakah kerana memancing undi di Semenyih? Rupa-rupanya Tuan Yang di-Pertua, rompakan telah berlaku rupanya. Ini rompakan betul ini. Di manakah rompakan ini berlaku? Saya pergi balik kampung tanya nelayan, berapa elaun nelayan dapat? Dia kata RM200. Semasa saya menjadi Menteri, semasa Yang Berhormat Bera menjadi Menteri, kita lawan, minta dengan kerajaan bagi RM300. Apabila PH sudah memerintah, daripada RM300, elaun nelayan hanya tinggal RM200. Rupa-rupanya RM100 itu dirompak hendak bagi kepada golongan belia. Ini rompak yang betul. Ini cara dia. Ini yang mungkin Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menangis ini. Dia menangis duit dia kena rompak RM100. Bagaimanakah cara Kerajaan PH yang hanya janji tetapi tidak boleh dilaksanakan?

Saya sekali lagi tepis Tuan Yang di-Pertua – saya sekali lagi hendak mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas kebijaksanaan pengundi-pengundi di Semenyih dan juga kerjasama perpaduan ummah dengan rakan kita daripada PAS dengan NGO-NGO yang hendak memberikan signal, hendak memberikan atau hendak mengingatkan Kerajaan PH agar jangan terus menipu rakyat. Perkara tipu ini Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja berlaku di luar, dalam Parlimen ini pun kita pun kena tipu. Saya tengok dia punya – apabila saya buka ini, saya ada ini dia punya manifesto, saya simpan. Sebelah sana tidak tahulah, Yang Berhormat Jelutong ada simpan tidak ini? Ada simpan? Saya ada simpan. Dalam ini berkaitan dengan Parlimen, yang sudah lepas contoh. Kalau ikut dalam ini, dia kata Yang di-Pertua Dewan, Speaker hendak dilantik di kalangan Ahli-ahli Parlimen. Sepatutnya Yang Berhormat Jelutong layaklah sebab dia bercakap banyak sangat, dia jadi Speaker tetapi tidak jadi. Lantik juga macam mana BN dahulu, lantik orang luar. Itu yang pertama yang kita kena tipu sesama Dewan.

Kemudian apa lagi? Dia kata Menteri dengan Menteri pun kadang-kadang macam hendak menipu satu sama lain. Contoh projek ECRL. Menteri Hal Ehwal Ekonomi kata projek ECRL telah dibatalkan, Menteri Kewangan kata pula kata belum lagi dibatalkan. Apabila tanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dia pun tidak tahu yang mana satu betul. Habis macam mana rakyat hendak percaya kalau Menteri dengan Menteri pun sudah mula hendak menipu satu sama lain. Dia lupa kali Menteri Kewangan ini, dia ingat dia Ketua Menteri lagikah? Menteri Hal Ehwal Ekonomi ini dia ingat dia Menteri Besar lagikah? Jadi, bagaimana

final • 6:30 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

rakyat hendak boleh menilai penipuan yang dibuat? Apa lagi yang ditipu sesama kita? Menipu lagi...

final • 6:30 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 6:30 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

... Di dalam Dewan.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 6:30 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Hendak cerita fasal tipu bagi habis dahulu. Tipu dalam Dewan ini. Sijil tipu. Sijil pun tipu. Malulah.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Siapa yang tipu?

final • 6:30 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Saya dahulu dia orang kata Menteri Kewangan ini akauntan bertauliah, rupanya bukan. Banyak lagi menipu sijil. Menteri Wilayah Persekutuan kata tipu sijil tidak apa, asal amanah. Eh, hendak membela kawan biar bertempatlah Menteri Wilayah Persekutuan. Kalau sudah diri sendiri pun menipu diri sendiri, sijil itu umpama sijil tipu, macam mana hendak amanah kepada diri sendiri pun tidak ada amanah. Itu tipu lagi. Banyak. Menipu – lagi satu, saya hendak sebut lagi dalam ini juga ada.

Dia kata hendak melantik lantikan ketua-ketua GLC, dia kata tidak akan lantik daripada orang- orang politik. Saya malas sebutlah, kita boleh tengok berapa ramai ketua GLC yang dilantik daripada orang-orang politik. Ini sesama kita ini. Banyak lagi contoh.

Kita lagi menipu lagi – dia menipu lagi apa? Dia kata lagi di dalam Dewan – Yang Berhormat Bagan, ini Yang Berhormat Bagan ini. Ini saya ada. Saya bercakap ada bukti.

Saya bercakap ada bukti, ini Hansard di dalam Parlimen bertarikh 13 November 2018 yang dibangkitkan oleh bakal Perdana Menteri, Yang Berhormat Port Dickson. Apa Yang Berhormat Port Dickson cakap? Dia kata apa? Bukan sahaja di Terengganu, Kelantan, Pahang, Sabah dan Sarawak, di Port Dickson saya sering melawat empat kampung nelayan Melayu, dua kampung nelayan Cina, satu estet India dan sebagainya semasa itu.

Tiba-tiba tidak pernah berlaku dalam sejarah Parlimen, saya sudah enam penggal Tuan Yang di-Pertua. Tidak pernah lagi apabila habis sahaja Ahli Parlimen berbahas, tiba- tiba Menteri terus menjawab. Akan tetapi pada 13 November, sejarah telah berlaku. Habis Yang Berhormat Port Dickson menjawab, Menteri Kewangan terus menjawab. Sepatutnya tunggulah penggulungan. Ini kerana apa? Ini kerana dia hendak menunjuk, hendak bagi yakin kepada bakal Perdana Menteri, don’t worry, saya akan laksanakan.

Oleh sebab itu kalau kita tengok dalam Hansard ini apa? Apa yang dijawab oleh Menteri Kewangan, dia jawab ini, “Ya, kerana ini adalah ini bukan wakil rakyat biasa”. Dia sebut bukan wakil rakyat biasa. “Yang Berhormat Port Dickson dan tentu bagi pihak kementerian akan memberi jaminan bahawa untuk peladang, pekebun kecil dan nelayan yang tulen tidak akan diabaikan”. Janji dia. Akan tetapi pergi tengok on the ground...

final • 6:30 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 6:30 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Tengok peladang, tengok nelayannya, elaunnya semakin turun. Hari itu dalam surat khabar sampai nelayan pun menangis. Mana janji ini? Ini dalam Parlimen Tuan Yang di-Pertua. Jangan lagi cerita janji- janji dekat luar. Ini janji dalam Parlimen pun menipu, bagaimana rakyat hendak percaya?

final • 6:30 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Tanjong Karang, ada lagi dua penipuan sekurang-kurangnya, ada banyak sebenarnya seperti Pengerusi PAC. Mereka berjanji bahawa ia hendaklah di kalangan ahli pembangkang tetapi apabila Yang Berhormat Beluran telah masuk dalam Bersatu, Perdana Menteri masih lagi mengekalkan jawatan beliau sebagai Pengerusi PAC. Itu satu.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Satu lagi dalam janjinya ialah Peguam Negara hendaklah dilantik daripada Ahli Parlimen yang berkelayakan tetapi Tommy Thomas yang dilantik. Apa pandangan Yang Berhormat Tanjong Karang?

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Itu yang janji yang pengerusi PAC itu memang ada dalam ucapan saya tetapi janji hendak lantik Peguam Negara daripada kalangan Ahli Parlimen...

final • 6:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Ada juga.

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Ada juga di dalam ini tetapi tidak dilaksanakan tetapi mungkinlah. Oleh sebab itulah bila lantik Peguam Negara, tugas dia yang pertama memberikan kebebasan— lepaskan kes Menteri Kewangan. Itu saya akan sampai pada tajuk itu. Saya akan sampai ke tajuk itu.

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Pontian, ini adalah penipuan yang terakhir.

Betul. Di dalam janjinya, hendak bagi Pengerusi PAC kepada pembangkang. Tiba-tiba ialah sahabat kita pun sudah melompat sebelah sana. Patutnya tinggalkanlah jawatan Pengerusi PAC itu kepada kita.

Saya hendak cadanglah ini Ketua Pembangkang, kalau boleh kita jangan masuk PAC. Kalau dia hendak control, bagi dia semualah. Kalau dia sudah janji pun tidak ditepati, apa guna kita menjadi Ahli PAC hanya menjadi kuda tunggangan. Cukuplah Perdana Menteri menjadi kuda tunggangan kepada DAP. Kita tidak payah hendak menjadi kuda tungganganlah.

final • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, saya minta laluan Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Tidak, saya hendak bagi habis.

final • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Janganlah buat kenyataan macam itu. Sudah keterlaluan.

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Apa dia kenyataan? Okey, ulang. Apa kenyataan yang you tidak setuju? Beritahu.

final • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat tadi berkata bahawa Yang Amat Berhormat Langkawi menjadi kuda tunggangan kepada DAP. Janganlah buat kenyataan begitu. Kalau kita hendak berbahas, bahaslah cara beradab. Tolonglah Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong.

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Yang Berhormat, itu bukan saya cakap. Itu saya baca kenyataan daripada Perdana Menteri. So, Yang Berhormat tidak baca kah?

final • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bila?

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Yang Berhormat tidak bacalah?

final • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bila kenyataan itu dikeluarkan?

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Patutlah Yang Berhormat— kalau Yang Berhormat tidak baca...

final • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Adakah kenyataan itu dikeluarkan?

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Ada.

final • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Mana? Di mana? Saya cabar!

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Memang ada keluar. Saya baca di Terengganu.

final • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Mana kenyataan itu sekarang?

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Tidak apa saya akan bagi Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau tidak Yang Berhormat, tolonglah minta maaf.

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Saya cakap ini benda yang betul. Kalau itu Yang Berhormat saya bawa. Saya pun macam Yang Berhormat. Saya cakap ada faktalah. Saya cakap bukannya macam Yang Berhormat cakap benda tidak ada fakta.

Saya ada fakta. Kalau itu yang Yang Berhormat hendak tanya, okey. Saya akan bagi keratan akhbar kepada Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Kalau ada itu Yang Berhormat boleh terima?

final • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau kenyataan itu ada dikeluarkan, saya minta maaf.

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Memang ada.

final • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau kenyataan itu ada diterbitkan, saya minta maaf. Kalau tidak ada, saya minta Yang Berhormat minta maaf.

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Okey, saya akan bagi.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya minta Yang Berhormat Tanjong Karang teruskan dengan perbahasan yang baik.

final • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, jangan lupa UMNO menjadi kuda tunggangan PAS.

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Saya akan sampai itu nanti.

[Ketawa]

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Teruskan.

final • 6:40 PM

Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Tarik balik itu.

Bergaduh dengan UMNO sudahlah.

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Kemudian lagi, penipuan lagi...

final • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Okeylah, saya tarik baliklah.

Saya kata mungkin PAS jadi kuda tunggangan kepada UMNO.

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Tidak payahlah*.

[Pembesar suara dimatikan]*

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya tidak benarkan perbalahan.

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

PAS ini parti ada maruahlah.

Kalau PAS parti tidak ada maruah, dia akan masuk Pakatan Harapan lah. Dia sanggup keluar Pakatan Harapan kerana tidak bersetuju dengan DAP.

final • 6:40 PM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Betul, betul.

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Yang menjadi kuda tunggangan ini AMANAH. AMANAH ini menjadi kuda tunggangan. Yang Berhormat kena faham, kalau PAS tidak ada maruah, dia macam AMANAH lah ikut Pakatan Harapan. Akan tetapi dia ada maruah...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Tanjong Karang...

final • 6:40 PM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf.

Yang Berhormat Tanjong Karang, menarik balik ucapan dia bahawa AMANAH kuda tunggangan. Tarik balik!

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Sebabnya?

final • 6:40 PM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Kerana menuduh AMANAH jadi kuda tunggangan.

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Okey, baik. Satu sahaja yang saya hendak beritahu.

final • 6:40 PM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Tarik balik!

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Sebelum saya tarik, bagi saya hujah dulu.

final • 6:40 PM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Tarik balik!

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Bagi saya hujah dulu.

final • 6:40 PM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Tarik balik! Tarik balik!

final • 6:40 PM

[Dewan riuh]

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Saya hendak tanya...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, jangan garang- garang di Parlimen ini.

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Speaker, saya hendak beritahu...

final • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jangan garang-garang, jangan samseng.

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Dalam Dewan, apabila hendak sebut “Tarik”, mesti berasaskan kepada Peraturan Mesyuarat. Yang Berhormat bangun, peraturan berapa? Tolong beritahu saya. Saya akan tarik.

final • 6:40 PM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Peraturan Mesyuarat 36.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tidak benarkan perbahasan cara ini. Saya minta Yang Berhormat Tanjong Karang teruskan perbahasan yang lain.

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Yang Berhormat, saya cakap, saya ada fakta. Yang Berhormat janganlah bangun hendak jerkah macam itu.

final • 6:40 PM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Saya minta daripada Tuan Yang di- Pertua.

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Tidak ada Yang Berhormat.

Tidak apa, saya teruskan.

final • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya minta perkataan “Jerkah” dan “Tunjuk samseng” ditarik balik. Jangan tunjuk samseng di dalam Dewan ini ya.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Gunakan bahasa yang baik.

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Saya boleh tarik balik. Yang Berhormat, saya hendak ajar sebelah sana.

[Merujuk kepada blok kerajaan] Jangan hendak masuk Dewan hendak tunjuk pandai. Ikut peraturan. Peraturan berapa? Barulah saya boleh pertimbangkan.

final • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Arau, bila Jelutong tunjuk samseng?

[Pembesar suara dimatikan]

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sambungkan, terus sambungkan. Saya minta ini diteruskan.

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Saya hendak sambung. Ini penipuan lagi.

final • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Tanjong Karang, saya hendak minta penjelasan.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Jelutong.

final • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tidak, saya hendak minta penjelasan, satu sahaja. Kalau PAS adalah parti yang betul bermaruah, mengapa menyokong UMNO yang cukup-cukup kuat rasuah?

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Okey, saya hendak masuk penipuanlah ini, rasuah ini.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Teruskan perbahasan.

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Okey Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Penipuan, rasuah pun sama juga. Bila Yang di- Pertuan Agong berucap hendak membasmi rasuah, fuh! Tepuk bukan main kuat dalam Parlimen, hendak pecah Parlimen. Sebelah sanalah tepuk kuat. [Merujuk kepada blok kerajaan] Saya pun hairan, tepuk bukan main kuat tetapi bila kes Menteri Kewangan, apabila AG memohon kepada mahkamah minta untuk discharge, kemudian hakim membebaskan Menteri Kewangan— Tidak pernah berlaku, memalukan. Kes sudah berjalan sudah. Sudah berapa puluh saksi dipanggil. Tiba-tiba peguam pendakwa raya boleh minta discharge. Kalau saya jadi hakim pun, lepas daripada discharge, acquit teruslah.

Apa ini? Mana maruah ini? Tunggulah kes itu selesai. Bila kes itu selesai Mahkamah Tinggi, tunggulah Mahkamah Rayuan. Rayulah di Mahkamah Rayuan.

final • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, saya minta penjelasan.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Tanjong Karang teruskan.

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Saya hendak beritahu...

final • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Minta penjelasan.

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Cukup dulu, nanti, nanti.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Cukup sudah Yang Berhormat Jelutong.

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Saya hendak beritahu, ini penipuan juga. Bila sebut “Rasuah”, tepuk tangan. Sama juga Yang Berhormat Jelutong, “Rasuah, rasuah”. Eh! Saya lebih puji Yang Berhormat Permatang Pauh. Yang Berhormat Permatang Pauh paling tidak dia bersuara dan minta penjelasan daripada AG, mengapa Menteri Kewangan ini dibebaskan.

Semalam kita sebut fasal terowong. Hendak marah sebab apa? Kita kata, “Siasat kes terowong”. Salah kah kita cakap? Siasat, siasat betul-betul.

final • 6:40 PM

Seorang Ahli

Bagi penjelasan.

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Bagi penjelasan. Ini bila kita siasat, kita tahu bila SPRM siasat, bagi kepada AG, AG kenalah dakwa ataupun siasat.

Janganlah kes bila bagi sahaja nanti, No Further Action (NFA). Apa hendak buat?

Saya hendak minta, siasat betul-betul kes ini. Ini saya tidak yakin kalau kes yang sedang berjalan pun boleh dibatalkan, boleh dibebaskan, apakah kes yang sedang disiasat, yang akan sampai kepada AG. AG memang ada kuasa penuh.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Tanjong Karang ada dua minit lagi.

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Okey, yang terakhir. Penipuan yang terakhir ini. Ini penipuan ini. Terakhir, Timbalan Speaker, bukan Yang Berhormat, Timbalan Speaker dari Teluk Intan. Itu penipuan juga. Dia yang bercakap, disiarkan di

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

bahagian media yang katakan PAS dengan UMNO kalau bergabung, boleh jadi kerajaan Taliban. Tiba-tiba dalam Dewan, dia hendak nafikan.

final • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Tanjong Karang, kenyataan itu tidak dibuat oleh Yang Berhormat Taiping.

final • 6:40 PM

Tuan Teh Kok Lim - Taiping

Tadi Timbalan Speaker sudah jelaslah.

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Saya tidak ada dengan Yang Berhormat lah.

final • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Beliau tidak buat. Saya cabar sekali lagi. Kalau ada bukti, kemukakan di Dewan.

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Tidak payah. Saya bukan Timbalan Speaker. Kalau dia kata...

final • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Janganlah, tolong jangan sebarkan fitnahlah.

final • 6:40 PM

Tuan Teh Kok Lim - Taiping

Tadi Timbalan Speaker sudah jawab. Sudah jelas.

final • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sudahlah itu. Yang Berhormat Taiping telah memberikan penjelasan, beliau langsung tidak membuat kenyataan itu. Sorry, Yang Berhormat Teluk Intan.

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Duduklah, bukan floor Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Akan tetapi jangan tuduh beliau yang tidak berada di sini.

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Saya sudah bangun tadi.

final • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ini tuduhan liar ini.

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Saya sudah cakap depan dia tadi. Yang Berhormat tidak ada dalam Dewan.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Teruskan, seminit lagi.

Baik, terima kasih. Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Akhir sekali, saya hendak tengok Menteri ini. Saya sebagai orang Islam, kadang-kadang saya rasa terhina betul, rasa malu. Apabila menteri agama ini, dia menjadi Menteri pengiring kepada Menteri Kewangan.

Hendak bagi sekolah tahfiz, Menteri Kewangan bagi mock cheque, menteri agama sebelah.

Menteri Kewangan bagi pada menteri agama mock cheque sekolah tahfiz. Bagi bantuan sekolah tahfiz ini, tidak perlu bagi mock cheque, sudah diluluskan dalam bajet. Tiap-tiap tahun kita bagi. Apa tujuan? Apa matlamatnya?

Baru-baru ini saya tengok bagi kepada Yayasan Restu, kilang pencetak Al-Quran.

Kita sudah bagi hampir RM50 juta.

final • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Penjelasan Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Nanti dulu, saya hendak bagi habis.

final • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Apa salahnya? Apa salahnya?

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Saya ulanglah ini. Saya akan ulang apa salahnya. Tunggulah saya habis.

RM30 juta yang kita bagi, kita tidak heboh pun. RM5 juta kita bagi duit pengurusan pun kita bagi. Tiba-tiba Menteri Kewangan pergi bagi...

final • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, dulu isteri Yang Berhormat Pekan pun pernah iringi Yang Berhormat Pekan bersama-sama ke luar

final • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

negara. Apa salahnya seorang Menteri Kewangan iringi? Isteri Yang Berhormat Pekan merata dunia dia iringi Yang Berhormat Pekan. Betul atau tidak?

[Pembesar suara dimatikan]

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli Yang Berhormat Tanjong Karang, masa sudah tamat.

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Minta maaf, masa sudah tamat.

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]. Saya hendak gulung, dia kacau.

final • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bagi masa tambahan sebab dia diganggu.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Silakan. Bagi gulungkan, gulungkan. Silakan.

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Saya hendak gulung. Ini sekarang saya dengar ada isteri menteri masuk mesyuarat, lagi dahsyat. Saya tidak mahu ulas. Tidak mahu ulas yang itu.

final • 6:40 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Saya hendak beritahu, fasal itu kita― saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri ini, adakah ada Menteri Pengiring ini? Kita Menteri, mengapa hendak bagi kepada sekolah tahfiz? Adakah kerana hendak menunjukkan bahawa DAP ini memang jaga Islam? Kalau duit DAP, it is not a problem, ini duit kerajaan. Tidak perlulah...

final • 6:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Apa masalah Yang Berhormat?

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat, sudah. Yang Berhormat Tanjong Karang, sila. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Apa masalah wakil kerajaan bagi peruntukan― bagi pun salah, tidak bagi pun salah.

final • 6:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Akan tetapi, Yang Berhormat― Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tanjong Karang belum jawab soalan saya. Kalau PAS adalah parti yang bermaruah, mengapa sokong UMNO yang kuat rasuah?

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, saya tidak benarkan masa lagi. Masa telah tamat. Saya dengan ini menjemput pembahas – [Dewan riuh] Masa telah tamat. Saya dengan ini menjemput pembahas yang seterusnya Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, saya minta - Yang Berhormat minta kuatkuasakan peraturan Parlimen bila hendak minta penjelasan kena minta kebenaran Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:50 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Ya, terima kasih. Yang Berhormat Arau giliran saya. Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau bagi chance, sembilan minit lagi. Yang Berhormat Arau, ada sembilan minit lagi. Terima kasih. Terima kasih. Thank you uncle, thank you uncle. Terima kasih, saya kena terima kasih kepada Yang Berhormat Arau dahulu kerana duduk. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana telah mengizinkan saya untuk menyertai dalam perbahasan ini. Hari ini 18 hari bulan tiga, 2019...

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya hendak pergi solat sekejap.

final • 6:50 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Ya, sila. Terima kasih.

[Ketawa] Sudah genap 10 bulan kerajaan baharu Pakatan Harapan memerintah. Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lepas, rakyat telah memberikan mandate kepada kita dari sebelah sini untuk

final • 6:50 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

menggantikan pemerintahan lampau yang telah menjadikan nama negara sebagai fokus sedunia tetapi untuk alasan yang salah― sebuah negara yang kleptokrasi.

Tanggungjawab dan cabaran kerajaan ini adalah untuk mengubah Malaysia dari sebuah negara kleptokrat sedunia untuk menjadi sebuah negara berintegriti sedunia yang disegani dan terkemuka. Cabaran di hadapan kerajaan ini adalah amat besar. Rakan-rakan kita di sebelah sana sentiasa cuba untuk menuduh bahawa kerajaan ini tidak menunaikan janji-janji.

Tadi ada yang dinyatakan bahawa sama ada kerajaan ini masih ada harapan ataupun tidak. Maka pada pendapat saya Tuan Yang di-Pertua, kita dari pihak kerajaan tidak boleh membenarkan tohmahan–tohmahan yang tidak benar diteruskan. Sudah sampailah masa untuk kerajaan, dengan izin, to put things on record― what we have done, what have not been done and what are the restraints that we are facing, dengan izin.

Sebelum sesi Parlimen ini Tuan Yang di-Pertua, saya telah mengambil kesempatan untuk mengumpul beberapa polisi-polisi baharu dan pembaharuan sistem yang telah dilaksanakan oleh kerajaan ini. Biarlah kita mula, kita boleh nampak skim i-Suri yang diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah memanfaatkan lebih daripada 84 ribu warga wanita di Malaysia.

[Tepuk] Kementerian Pendidikan yang sebelum ini tidak menyelesaikan masalah kemasukan kanak-kanak tanpa dokumen― dalam masa enam bulan kita memerintah, sejumlah 2,635 orang kanak-kanak tanpa dokumen telah pun didaftarkan di sekolah kerajaan.

Pindaan kepada AUKU telah pun memberikan autonomi kepada siswazah-siswazah kita yang dibuktikan dengan Pilihan Raya Kampus Universiti Malaya yang telah pun berlangsung baru-baru ini, yang mana mahasiswa kita diberikan peluang untuk mengendalikan pemilihan kampus melalui Campus Election Committee mereka.

Kita juga nampak, empat kontrak IPP yang sebelum ini diberikan kepada kroni telah pun dibatalkan oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim demi kepentingan rakyat. Kita juga nampak polisi dan janji, double the speed, half the price, dengan izin telah pun dilaksanakan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam masa setengah tahun kita memerintah.

Kita juga nampak polisi cukai rakus, cukai GST telah pun dimansuhkan seperti yang dijanjikan dan rakyat dari situ telah pun menjimatkan sekurang-kurangnya RM20 bilion dari segi cukai. Bukan setakat itu sahaja, Kementerian Kewangan pada tahun ini telah pun mula membayar balik segala hutang pembayaran GST yang telah terhutang oleh kerajaan lampau sebanyak RM19.4 bilion ini. Kesemua ini memang dilaksanakan dan dibuat oleh kerajaan baharu ini demi kepentingan rakyat dan demi manfaat rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan ini saya percaya juga merupakan satu kepercayaan yang mendengar kepada pandangan-pandangan dan juga keluhan-keluhan daripada kesemua pihak. Tadi Yang Berhormat dari Kepong telah membangkitkan berkenaan isu AP yang telah pun terbangkit sejak satu minggu yang lepas dan saya telah membaca kenyataan daripada Yang Berhormat Menteri yang mana berkenaan dengan pembaharuan dalam sistem AP ini yang mana setiap syarikat adalah dihadkan dengan nombor AP yang akan mereka terima.

Walau bagaimanapun, saya masih ada beberapa soalan untuk diajukan kepada pihak kementerian iaitu apabila kementerian menyatakan bahawa terdapat 164 syarikat yang diluluskan untuk mendapat AP, kita tahu bahawa 36 antaranya adalah syarikat-syarikat yang baharu. Persoalannya adalah, apakah langkah yang telah pun diambil untuk mengesahkan bahawa 36 syarikat ini adalah syarikat yang memang berkebolehan untuk menjual kereta dan bukan syarikat ali baba, seperti yang berlaku sebelum ini.

Kita juga mahu bahawa Kementerian MITI boleh menyenaraikan berkenaan dengan 36 penama syarikat yang baharu mendapat AP ini. Juga persoalan yang lanjut, adakah tingkap untuk membuat permohonan baharu untuk AP masih lagi terbuka kepada mereka yang layak dan tidak lagi terhad kepada 164 syarikat yang telah pun diluluskan.

Bagaimanakah syarikat yang baharu mendapat AP ini boleh mengumpul pengalaman yang cukup dalam bidang menjual kereta jika salah satu syarat adalah mereka memerlukan pengalaman selama dua tahun dalam bidang ini sebelum ia boleh memohon untuk mendapatkan AP tersebut. Ini adalah persoalan yang kita kumpul, on the ground dengan izin dan kita berharap, kita percaya bahawa Kementerian MITI akan memberikan jawapan dalam penggulungan nanti.

final • 6:50 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Tuan Yang di-Pertua, tadi saya telah pun menyenaraikan beberapa polisi-polisi baharu dan pembaharuan yang telah pun dibuat oleh kerajaan dan ini terbukti adalah usaha- usaha kerajaan untuk ke arah memperbaiki kehidupan rakyat, membantu rakyat dan memanfaatkan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, pembaharuan Parlimen kita hendak sentuh di sini merupakan satu agenda yang amat diutamakan oleh Parlimen Keempat Belas ini. Adalah penting untuk kita kerana kita sekian maklum bahawa pemimpin, our leaders come and go, dengan izin dan kita hendak menggunakan mandate yang kita ada untuk menetapkan satu sistem yang baik untuk masa hadapan Parlimen kita.

Seperti yang kita sedia maklum, sistem jawatankuasa menjadi satu cabang yang telah pun dititikberatkan dalam agenda pembaharuan Parlimen. Namun, we have to equip these committees, dengan izin― kita kena memperkasakan commitees ini. Sebagai contohnya― sebelum ini saya pernah membangkitkan di sini bahawa untuk PAC, kita setakat ini telah pun bersidang lebih daripada 27 kali. Akan tetapi selain daripada 13 anggota kita dalam Dewan yang mulia ini, PAC hanya dibekalkan dengan seorang Ketua Sekretariat yang juga bertanggungjawab kepada Dewan Rakyat dan juga berkhidmat dalam perkara-perkara dalam Kamar Khas dan selain daripada itu, hanya dua orang pekerja kontrak sahaja yang membantu dalam segala clerical work.

PAC telah terlibat dalam penyiasatan lebih daripada lima perkara sehingga kini dan dua laporan telah pun dibentangkan pada minggu lepas dan juga minggu ini. Support staff dengan izin, yang dinyatakan di atas― seperti yang saya bangkitkan di atas sememangnya tidak mencukupi. Sebagai satu jalan untuk menyelesaikan masalah ini, saya mendesak supaya kerajaan dapat menyegerakan pembentangan satu rang undang-undang yang baharu iaitu Parliament Services Act yang telah pun dijanjikan sebelum ini, selewat-lewatnya dalam bulan Julai ini untuk membolehkan pembaharuan Parlimen dijalankan dengan lebih lancar lagi.

final • 6:50 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Sekurang-kurangnya untuk PAC, anggota-anggota untuk – akan menunjukkan bahawa kita bukan dan kita tidak akan menjadi toothless tiger, dengan izin. Pada masa yang sama, lanjutan dari hasrat Ahli-ahli PAC untuk menjalankan prosiding PAC secara terbuka kecuali untuk kes-kes yang menyentuh berkenaan dengan keselamatan negara dan selaras juga dengan amalan PAC di luar negara seperti UK dan juga Australia.

Saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya untuk membawa satu Rang Undang-undang untuk pindaan terhadap Houses of Parliament (Privileges and Powers) Act 1952, dengan izin dan memansuhkan Klausa 9m yang menjadikan satu kesalahan dalam pencetakan laporan atau keterangan-keterangan prosiding dalam sesebuah jawatankuasa pilihan. Klausa 9m menyatakan bahawa, dengan izin, “the publication of any Report of a Committee of the House or of any evidence given day in presented to such Committee or extracts from such documents, before the Committee has presented its Report to the House will become an offense under Act.” dengan izin. Pada masa yang sama, saya juga menyeru supaya Jawatankuasa Perintah Tetap Parlimen boleh berbincang untuk meminda Peraturan 85 Peraturan Tetap supaya prosiding sesebuah jawatankuasa pilihan boleh dijalankan secara terbuka selain daripada perkara yang melibatkan keselamatan negara. Apabila Persidangan Parlimen kita boleh dilintas secara langsung sepanjang persidangan, saya tidak nampak ada apa masalah ataupun apa alasan kenapa prosiding jawatankuasa ini tidak boleh diperbuat sedemikian. Timbalan Yang di- Pertua, apabila kita berbincang berkenaan dengan penunaian janji, tadi – Timbalan Yang di- Pertua, izinkan saya untuk habiskan dalam masa 8 minit.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya, silakan. Kita boleh Peraturan Mesyuarat 12(3) boleh extend sampai maksimum 15 minit. Teruskan.

final • 7:00 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Saya akan guna lebih kurang 8 minit 43 saat sahaja. Apabila kita berbincang berkenaan dengan penunaian janji, tadi saya ada menyatakan bahawa Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah melaksanakan janji kita untuk double the speed, half the price, dengan izin, untuk segala – untuk perkhidmatan jalur lebar yang disalurkan, yang diberikan kepada rakyat jelata.

Akan tetapi, memang ada sedikit masalah yang hendak diperhalusi lagi dan satu perkara yang mana kita boleh, yang saya ingin menyatakan di sini adalah apabila kita

final • 7:00 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

mengimbas kembali pada 23 Mei 2018, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengumumkan hasrat kerajaan untuk menunaikan janji double the speed, half the price, dengan izin. Untuk TM UniFi, Pakej UniFi Advance Plus dengan kelajuan 50Mbps telah ditetapkan harga pada RM249 telah ditambah kelajuannya 100 peratus ke 100Mbps dengan harga RM129. Dengan kata lain, this is a 100 percent fulfillment of the manifesto, dengan izin.

Harus diingatkan bahawa pada zaman pemerintahan kerajaan yang lama, pakej yang sama 50Mbps ini dinaikkan harga dari RM199 kepada RM249 dan Pakej 100Mbps adalah ditetapkan pada harga RM329 berbanding dengan harga yang kita nikmati pada hari ini iaitu RM129 sahaja.

Walau bagaimanapun, pencapaian ini juga telah membawa satu situasi yang pelik yang mana perkhidmatan Streamyx yang dimiliki oleh TM tidak menampakkan apa-apa perubahan atau pembaharuan. Pakej untuk 2Mbps adalah berharga RM130 pada tahun 2017 dan RM130 pada tahun 2019. Pakej 4Mbps adalah pada harga RM160 pada tahun 2019.

Apabila saya bangkitkan isu ini dalam soalan tambahan saya pada tempoh hari, saya telah dimaklumkan bahawa keadaan ini berlaku kerana pihak TM hendak menggalakkan lebih ramai pengguna bertukar dari Streamyx ke UniFi. Saya berpendapat bahawa pendirian ini tidak begitu tepat atau TM sendiri tidak atau enggan memahami masalah dan kehendak pengguna-pengguna.

Adalah keluhan daripada rakyat jelata bahawa pengguna-pengguna hendakkan perkhidmatan UniFi, akan tetapi kawasan yang mereka diami tidak tersedia dengan perkhidmatan UniFi oleh pihak TM. Apabila permohonan dibuat, alasan yang diberikan sama ada kekurangan port ataupun permintaan kawasan tidak mencapai keperluan TM dan perkara ini bukan sahaja berlaku di kawasan luar bandar termasuk di kawasan bandar, di kawasan Ipoh Timur saya. Ada banyak rumah, tempat kediaman lagi yang belum lagi diberikan perkhidmatan UniFi dan mereka terpaksa untuk meneruskan perkhidmatan mereka dengan Streamyx yang jauh lebih lambat, yang jauh lebih mahal pada hari ini. Saya telah dimaklumkan oleh pasukan lokal TM yang mana permohonan untuk lingkungan yang lebih besar adalah tertakluk kepada kelulusan ibu pejabat dan sama ada terdapat alternatif FDP kadang-kadang cadangan pula akan tersangkut dengan MCMC.

Kesemua ini merupakan birokrasi yang tidak harus timbul. Birokrasi yang menjadi benteng, yang menghalang dan menahan usaha-usaha baik daripada kerajaan untuk melaksanakan janji-janji kita. Maka, haruslah kementerian memberikan satu arahan kepada TM untuk menurunkan harga Pakej Streamyx untuk jangka masa pendek dan membekalkan perkhidmatan UniFi sebagai pendekatan jangka panjang. The government [Tidak jelas] must be implemented, dengan izin. Maka, dengan itu Timbalan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa kerajaan ini bukan merupakan satu kerajaan yang perfect, satu kerajaan yang sempurna.

Namun jelas, kerajaan sedang berusaha untuk memulihkan nama negara kita daripada sebuah negara kleptokrat ke sesuatu kerajaan berintegriti sedunia.

[Tepuk]

final • 7:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul.

final • 7:00 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Saya menyeru supaya rakan-rakan kita di sebelah sini...

final • 7:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul, betul.

final • 7:00 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Boleh terus bekerja kuat demi untuk kepentingan dan juga manfaat secara keseluruhan dan saya memohon supaya rakyat secara keseluruhan, kita sama-sama untuk membangunkan negara ini, sama-sama kita memperbaiki nama negara kita yang telah pun tercemar sebelum ini. Dengan ini, begitulah ucapan daripada saya. Sekali lagi, saya mohon menyokong dan sekali lagi saya berterima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Sekian, daripada saya.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Ahli-ahli Yang Berhormat, seramai 13 Ahli-ahli Yang Berhormat telah berbahas pada hari ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 19 Mac 2019.

final • 7:00 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.08 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026