Mar122019

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA
TITAH SERI PADUKA BAGINDAYANG DI-PERTUAN AGONG

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya dengan sukacitanya memaklumkan kepada Majlis ini iaitu pada hari Isnin, 11 Mac 2019, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah berkenan menyampaikan Titah Diraja dalam Parlimen. Saya telah memberi salinan Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong itu dan seterusnya sekarang saya mengarahkan supaya salinan Titah Diraja itu dibentangkan di atas meja Mesyuarat dan seterusnya dicetak dalam *Penyata Rasmi.

[Teks Titah Ucapan seperti di Lampiran]*

final • 10:00 AM
MEMPERKENANKAN AKTA-AKTA

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta yang telah diluluskan oleh Parlimen Keempat Belas dalam Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama, Parlimen Keempat Belas yang lalu seperti berikut:

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

  1. Akta Perbekalan 2019; 2. Akta Kewangan 2018; 3. Akta Cukai Pendapatan (Pindaan) 2018; 4. Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2018; 5. Akta Kastam (Pindaan) (No.2) 2018; 6. Akta Eksais (Pindaan) 2018; 7. Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2018; 8. Akta Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2018; 9. Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2019; 10. Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2019; 11. Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2019; 12. Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2019; 13. Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2019; 14. Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2019; dan 15. Akta Sewa Beli (Pindaan) 2019.

final • 10:10 AM
PERUTUSAN DARIPADA DEWAN NEGARA

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Yang di-Pertua Dewan Negara yang menyatakan persetujuan Dewan itu kepada rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam sidang Parlimen Keempat Belas, Penggal Pertama 2018 yang lalu. Saya menjemput Setiausaha membacakan perutusan itu sekarang.

[Setiausaha membacakan Perutusan]

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

“20 Disember 2018 Perutusan Daripada Dewan Negara Kepada Dewan Rakyat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dewan Negara telah meluluskan rang undang-undang yang berikut tanpa pindaan:

  1. Rang Undang-undang Perbekalan 2019; 2. Rang Undang-undang Kewangan 2018; 3. Rang Undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2018; 4. Rang Undang-undang Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan

(Pindaan) 2018; 5. Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) (No.2) 2018; 6. Rang Undang-undang Eksais (Pindaan) 2018; 7. Rang Undang-undang Cukai Jualan (Pindaan) 2018; 8. Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2018; 9. Rang Undang-undang Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2018; 10. Rang Undang-undang Kanak-kanak dan Orang Muda

(Pekerjaan) (Pindaan) 2018; 11. Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2018; 12. Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2018; 13. Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta

(Pindaan) 2018; 14. Rang Undang-undang Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib)

(Pindaan) 2018; 15. Rang Undang-undang Maktab Kerjasama (Pemerbadanan)

(Pindaan) 2018; dan 16. Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2018.

Yang ikhlas, t.t.

YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA”

final • 10:10 AM
PELANTIKAN KETUA PEMBANGKANG

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, mengikut Peraturan Mesyuarat 4A(3), saya suka hendak memaklumkan iaitu mengikut maklum balas yang saya terima, saya berpuas hati bahawa Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Ahli Parlimen Bera telah sebulat suara mendapat sokongan dari kalangan Ahli-ahli pembangkang di Parlimen untuk dilantik sebagai Ketua Pembangkang. Tahniah Yang Berhormat...

[Tepuk]

final • 10:10 AM
MENGANGKAT SUMPAH DI LUAR DEWAN

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, mengikut peruntukan Peraturan Majlis Mesyuarat 5(3), saya dengan ini memberitahu Majlis ini iaitu Ahli Yang Berhormat yang berikut telah mengangkat sumpah semasa di luar Majlis Mesyuarat Dewan mengikut Jadual Keenam dalam Perlembagaan Persekutuan pada tarikh yang dinyatakan seperti berikut:

Pada 7 Januari 2019: 1. Yang Berhormat Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa, Ahli Parlimen Sipitang.

final • 10:10 AM
JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tuan Lim Kit Siang [Iskandar Puteri] minta Perdana Menteri menyatakan, mengenai perkembangan kempen mengubah Malaysia daripada sebuah kleptokrasi sedunia menjadi sebuah negara berintegriti sedunia yang terkemuka.

final • 10:10 AM

Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, kerajaan sedang berusaha memperbaiki imej Malaysia yang sebelum ini dicemar dan digambarkan sebagai sebuah negara kleptokrasi.

Pelbagai usaha sedang diambil untuk Malaysia kembali dikenali sebagai sebuah negara yang berintegriti.

Sejak Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih, kita pastikan negara ini ditadbir secara bersih dan tidak didasari kepentingan peribadi sehingga menyebabkan kerugian kepada negara. Atas dasar ini, kerajaan telah menubuhkan Pusat Governance, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) Jabatan Perdana Menteri pada 8 Jun 2018.

Badan ini telah menubuhkan dua jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah dan Jawatankuasa Antirasuah. Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah telah ditubuhkan bagi menyelaras pelaksanaan pemantauan dan penilaian keberkesanan semua inisiatif berkaitan governance, integriti dan anti rasuah di semua sektor sama ada kerajaan mahupun swasta.

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet ini telah bersidang beberapa kali dan membuat banyak keputusan penting untuk dilaksanakan, antaranya ialah:

(i) penambahbaikan terhadap dasar pengisytiharan harta oleh anggota pentadbiran kerajaan dan Ahli Parlimen kerajaan;

(ii) penambahbaikan terhadap takrifan ahli politik yang didapati tidak sesuai dilantik sebagai pengurus ataupun ahli lembaga pengarah sesebuah syarikat ataupun GLC;

(iii) penambahbaikan terhadap mekanisme penerimaan hadiah kerajaan serta upahan oleh anggota-anggota pentadbiran dan penjawat awam;

(iv) anggota pentadbiran tidak lagi boleh mengeluarkan surat sokongan;

final • 10:10 AM

Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

(v) mengadakan Royal Commission of Inquiry (RCI) bagi menyiasat isu kewujudan pemerdagangan manusia dan Kubur Wang Kelian, Perlis; dan

(vi) pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 yang telah saya lancarkan pada 29 Januari 2019.

Bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dasar-dasar yang telah diputuskan, kerajaan juga menubuhkan jawatankuasa anti rasuah di peringkat kebangsaan, kementerian, jabatan, agensi dan peringkat kerajaan negeri. Usaha-usaha ini telah mula mendapat pengiktirafan peringkat antarabangsa.

Pada tahun 2019 ini, GIACC akan terus memantau semua inisiatif di bawah Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah dan pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional bagi memastikan pelaksanaannya membawa impak yang positif kepada negara.

GIACC juga akan terus mengadakan sesi pertemuan bersemuka dengan mana-mana agensi kerajaan bagi khidmat nasihat dan membincangkan perkara berkaitan governance, integriti dan antirasuah dari semasa ke semasa agar Malaysia dikenali kerana integritinya, bukan kerana rasuahnya. Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Lim Kit Siang - Iskandar Puteri

Ya Yang Berhormat. Memandangkan Indeks Persepsi Rasuah Transparency International yang terbaru, Malaysia adalah di tangga yang terbawah sekali, adakah kerajaan berhasrat untuk bukan sahaja memperbaiki CPI tetapi untuk boleh tandingi dengan negara yang terbaik sekali?

final • 10:20 AM

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Ya, kerajaan akan terus berusaha untuk menentukan imej negara menjadi lebih baik daripada sekarang dan di masa hadapan. Justeru itu, segala tindakan yang diambil akan berjalan dan dikuatkuasakan serta akan berjalan sepanjang masa untuk menentukan janji-janji kerajaan berkenaan dengan integrity, governance dan sebagainya akan terus terlihat oleh masyarakat dan akan terus memberi kesan serta hasil daripada penubuhan-penubuhan jawatankuasa tertentu. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin mendapat penjelasan berhubung dengan apakah hasrat kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat isu 1MDB dan hingga setakat ini apakah tindakan kerajaan untuk menarik balik ataupun mendapatkan kembali wang yang dirampas oleh DOJ. Mohon penjelasan.

final • 10:20 AM

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Sejak mengambil alih kerajaan, kita telah terus menjalankan usaha untuk mengesan segala penyelewengan yang berlaku, yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini. Kita juga akan memberi perhatian kepada pentadbiran dan pengurusan 1MDB kerana di situlah terdapat banyak wang yang hilang walaupun dikatakan dilabur di tempat-tempat tertentu tetapi hakikatnya ialah wang itu sudah hilang, tidak dapat dikesan.

Kita juga mengambil tindakan untuk menghadapkan ke mahkamah beberapa orang yang dianggap terlibat dengan pengurusan 1MDB di mana wang sebanyak RM42 bilion telah dipinjam dan hari ini kita tidak tahu di mana duduk wang yang sebegini banyak. Kita akan usaha supaya kita dapat kesan di mana wang ini berada dan akan usaha untuk mendapatkan balik wang yang telah dihilangkan semasa kerajaan yang lepas. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Tuan Yang di-Pertua, boleh satu lagi? Sebab ada masa lagi.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Pendek, 30 saat. Silakan.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, untuk berhadapan negara berintegriti sedunia ini, saya lihat Kerajaan Pakatan Harapan punyai antaranya dua masalah utama. Pertama, kontroversi sijil kelulusan ahli-ahli pentadbirannya dan yang keduanya ialah kontroversi manifesto tidak di tunai. Dua perkara ini, apakah yang akan dibuat oleh Kerajaan PH untuk mengatasi terutama penipuan sijil itu?

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tepat pada masa 30 saat ya? Silakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

final • 10:20 AM

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Tuan Yang di-Pertua, kita sedang berusaha untuk menunaikan janji-janji dalam manifesto kita tetapi perbuatan kerajaan yang lama serta juga undang-undang, tidak mempermudah usaha ini...

[Tepuk] Sepatutnya pada hari ini, kita sudah lihat mereka yang dituduh melakukan kesalahan berkenaan dengan kewangan negara, khususnya SRC dan juga 1MDB telah dikemukakan kepada mahkamah tetapi sebagai kerajaan yang patuh pada the rule of law, kita patuh kepada tangguhan yang...

[Tepuk] Dibuat oleh mahkamah. Kita hormati mahkamah walaupun rakyat bertanya-tanya, kenapakah mereka yang jelas terlibat dengan rasuah tidak dihadapkan untuk dibicarakan dalam mahkamah. Ini soalan rakyat dan kita, walaupun kita berusaha tetapi kita mestilah patuh kepada aturan peraturan dan the rule of law yang kita terima dan kita laksanakan.

Sekian, terima kasih...

[Tepuk]

final • 10:20 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Sijil tidak jawab.

final • 10:20 AM

2. Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah rasional cadangan beliau untuk mengurangkan jumlah penjawat awam dan adakah kerajaan bercadang menyemak semula tangga gaji penjawat awam seperti mana diluluskan kerajaan terdahulu dalam Bajet 2018.

final • 10:20 AM

Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Tuan Yang di-Pertua, apabila saya meletak jawatan pada tahun 2003, jumlah anggota perkhidmatan awam hanya sekadar satu juta. Sekarang sudah meningkat kepada 1.7 juta iaitu peningkatan 700,000 orang. Saiz perkhidmatan awam yang terlalu besar menjadi kebimbangan sejak sekian lama kerana ia meningkatkan perbelanjaan mengurus kerajaan, sekali gus mengecilkan peruntukan perbelanjaan pembangunan. Sekiranya tidak dikawal, kos perbelanjaan mengurus ini akan memakan sebahagian besar daripada belanjawan negara setiap tahun serta mengakibatkan pertumbuhan-pertumbuhan ekonomi yang perlahan berikutan ketidakmampuan kerajaan berbelanja untuk projek-projek pembangunan yang boleh menjana kesan berganda kepada pertumbuhan ekonomi dan sosial negara. Kerajaan berpendapat jumlah ini boleh dikurangkan tanpa menjejaskan prestasi penyampaian perkhidmatan dan punca pendapatan pegawai yang terlibat.

Selain itu, pengecilan saiz perkhidmatan awam tidak bermaksud pengurangan peluang pekerjaan. Ini terutamanya apabila berlaku penswastaan. Pada tahun 1983, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Penswastaan yang telah menyentuh peranan pihak swasta dalam pembangunan negara. Melalui dasar ini, antara lain kerajaan berjaya mengurangkan bebanan kewangannya, meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja, menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sumber secara cekap.

Ini dapat dilihat contohnya melalui kejayaan penswastaan Telekom. Kakitangan Telekom dipindahkan ke syarikat swasta dan hal ini mengurangkan pekerja dalam kerajaan dan pekerja mendapat pakej gaji yang lebih baik. Kecekapan juga dapat ditingkatkan yang secara langsung dinikmati rakyat secara keseluruhannya. Kita dapati strategi ini masih relevan bagi menangani isu jumlah anggota perkhidmatan awam yang dilihat terlalu besar dan memberikan implikasi kewangan yang membebankan.

final • 10:20 AM

Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Penumpuan harus diberikan kepada perkhidmatan produktiviti dan penggunaan sumber tenaga secara optimum. Ke arah ini, kerajaan sedar bahawa apabila kita kurangkan saiz, maka akan berlaku pula masalah tidak bekerja. Ini akan menimbulkan masalah sosial.

Oleh sebab itu kita perlu bangunkan bidang pembuatan umpamanya supaya lebih ramai yang boleh berpindah daripada bekerja dengan kerajaan kepada kerja dengan swasta.

Ini sekali gus akan meningkatkan keupayaan mereka supaya hasil kerja mereka lebih tinggi daripada menjadi pegawai biasa dalam kerajaan. Kerajaan akan memastikan mereka yang terbabit disediakan peluang pekerjaan di sektor ekonomi lain sebelum pengecilan saiz perkhidmatan dilakukan.

Kerajaan akan menyediakan pelan yang holistik bagi menjamin transisi tersebut tidak memberi kesan kepada perjalanan ataupun pengurusan negara. Sektor awam, sewajarnya memfokuskan kepada penyediaan dasar utama dan menentukan arah dan penyediaan perkhidmatan dan tidak terlibat secara aktif dalam aktiviti ekonomi dan perdagangan di Malaysia.

final • 10:30 AM

Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Dengan perkembangan teknologi terkini, kerajaan percaya perkhidmatan awam akan lebih produktif apabila duplikasi dapat dikurangkan, pembaziran dihapuskan, pengagihan sumber dilaksanakan dengan cekap dan guna tenaga diganti dengan penggunaan teknologi maklumat serta komputer.

Di samping saiz, peningkatan perbelanjaan kerajaan berlaku berikutan tindakan pimpinan kerajaan terdahulu yang cenderung menaikkan gaji pegawai awam dalam usaha untuk membeli kesetiaan mereka. Kita dapati bahawa kenaikan gaji penjawat awam semata- mata adalah antara faktor kenaikan kos sara hidup. Apabila kerajaan menaikkan gaji sektor swasta akan ikut dan kos semua benda akan naik.

Dalam pada kita mengakui kenaikan gaji disambut baik oleh semua penjawat awam, perlu diingat bahawa ia perlu selari dengan peningkatan produktiviti. Penekanan seharusnya diberi kepada peningkatan produktiviti dan bukan semata-mata untuk tunduk kepada tekanan ataupun atas dasar membeli kesetiaan untuk menaikkan gaji.

Justeru, kerajaan sedang menjalankan usaha menyeluruh ke arah peningkatan produktiviti sektor awam melalui pembaikan proses kerja, automasi dan penggunaan teknologi terkini. Gabungan strategi pengurangan saiz perkhidmatan awam dan peningkatan produktiviti dijangka mampu menjana lebih banyak pendapatan kepada negara dan pada ketika itu, kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan kenaikan gaji kepada penjawat awam, insya-Allah. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas jawapan tadi. Cuma adakah kajian telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sektor apakah dari segi penjawat awam ini akan dikurangkan? Ini kerana selepas daripada pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, ramai di kalangan daripada Menteri-menteri Kabinet telah menyuarakan bahawa terutama sekali dari segi sektor keselamatan, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera mesti ditambah, anggota Bomba dan Penyelamat, menteri juga minta ditambah. Menteri Pendidikan juga minta ditambah guru-guru dan juga sektor kesihatan juga, menteri juga minta ditambah.

Jadi apakah sektor yang akan dikurangkan? Apakah nasib mereka ini terutama sekali dalam bidang kontrak yang telah berkhidmat lebih daripada 10 tahun. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

final • 10:30 AM

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Kita dapati bahawa kerajaan yang baru hilang kuasa ini, kerajaan dahulu, menubuhkan bermacam-macam badan dan memberikan gaji yang cukup besar. Kononnya, gaji mestilah sama seperti swasta. Ada yang dapat gaji sampai puluhan ribu sebulan. Itu yang menyebabkan kos meningkat. Semua itu akan dihapuskan kerana mereka ini mendapat gaji yang terlalu tinggi dan khidmat mereka juga tidak diperlukan.

Kononnya, mereka akan memperbaiki keadaan ekonomi negara tetapi sebenarnya ekonomi negara tidak dapat apa-apa kesan baik daripada tindakan mereka.

Badan-badan ini akan kita hapuskan. Juga dalam kerajaan, ada kerja-kerja yang boleh dibuat oleh satu orang tetapi terdapat sampai tiga orang. Kita boleh buat kerja yang sama dengan bilangan pekerja yang kurang. Ini adalah satu cara management yang diamalkan juga oleh pihak swasta to have, dengan izin, a thin management team. Kalau kita hendak tambah jawatan terutama pasal hendak bagi tempat kepada ahli parti, itu bukan cara kita. Kita punya cara, apabila perlu, kita akan ambil pekerja baru dan seperti dalam polis dan lain-lain, apabila masalah memerlukan pembesaran jumlah pekerja, kita akan lakukan. Akan tetapi yang membazir, yang menyebabkan belanja kerajaan meningkat dengan tinggi dan kenaikan gaji sampai 25 peratus, ini tidak dapat diamalkan. Ini kerana kalau kita amalkan itu, maka wang untuk pembangunan akan berkurangan dan negara ini tidak dapat dibangunkan. Sekian.

final • 10:30 AM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya ialah dengan unjuran bilangan penduduk tua yang akan bertambah hampir satu kali ganda dalam tempoh 10 tahun akan datang dan juga tanggungan pencen kerajaan yang tinggi, adakah kerajaan bercadang untuk meningkatkan had usia pencen.

final • 10:30 AM

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Tuan Yang di-Pertua, dalam pengurusan kewangan negara, kita perlu bijak dan berhati-hati. Kalau kita cuma mengikut nafsu dan ingin pancing undi dan kita besarkan belanja kita, kita akan hadapi masalah. Hari ini pun belanja untuk pencen sudah meningkat. Kita telah menubuhkan KWAP bagi mereka yang tidak dapat

final • 10:30 AM

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

pencen tetapi seperti mana yang kita tahu, ada pihak yang ambil alih duit KWAP tanpa sebab dan tidak mengikut undang-undang.

[Tepuk] Ini yang menjadi masalah.

Apabila kita dapat bayar balik hutang dan kita selamatkan kewangan negara, kita boleh tambah gaji dan kita juga boleh lihat bagaimana orang yang pencen itu boleh hidup sebenar.

final • 10:30 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Soalan lagi. Tuan Yang di- Pertua, satu soalan Tuan Yang di-Pertua. Sebelah sini.

final • 10:30 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tidakkah ini satu penghinaan kepada pegawai awam apabila kita membuat tuduhan bahawasanya pegawai awam itu perlu dibeli untuk menyokong kerajaan oleh kerajaan terdahulu? Kalau itulah logiknya, agaknya kenapa sekarang dalam keadaan kerajaan dahulu tidak lagi menjadi kerajaan tetapi pegawai kerajaan dalam Pilihanraya Kecil Semenyih, baik polis, baik penjara tidak mengundi Pakatan Harapan?

final • 10:30 AM

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Kita lihat, dulu kakitangan kerajaan tidak ambil bahagian dalam politik. Akan tetapi dalam pilihan raya yang ke-14, pegawai kerajaan pakai baju biru, berkempen, pergi ke sana sini. Itulah adalah hasil...

final • 10:40 AM

[Dewan riuh]

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:40 AM

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Daripada cara...

final • 10:40 AM

Seorang Ahli

Hakim pun pencen...

final • 10:40 AM

[Dewan riuh]

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Terima kasih lah kalau sudah percaya...

[Disampuk] Itulah sebabnya yang kita kata pemberian wang, penambahan kakitangan, penubuhan badan-badan yang tidak perlu, semua ini adalah dengan tujuan memancing undi, bukan lain. Itu kita tidak akan lakukan. Akan tetapi apabila perlu kita tambah kakitangan, kenaikan gaji dan sebagainya, kita akan teliti tindakan itu supaya dia tidak menjejaskan kewangan negara. Sekarang kewangan negara terjejas tapi pihak yang bertanggungjawab sekarang ini bukan main pandai lagi konon pasal apa masalah FELDA sekarang ini begitu besar. Sebabnya kerana duit FELDA telah dicuri oleh pihak tertentu...

[Tepuk] Terima kasih...

final • 10:40 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Parit Sulong. Dipersilakan.

final • 10:40 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Parit Sulong. Ya silakan.

final • 10:40 AM

3. Dato’ Dr. Noraini Ahmad [Parit Sulong] minta Menteri Kewangan menyatakan, adakah kerajaan akan menstrukturkan semula sistem percukaian negara secara holistik bagi memastikan setiap lapisan rakyat dapat merasai konsep “shared prosperity", misalnya dengan merendahkan cukai korporat bagi menggalakkan lebih banyak pertumbuhan syarikat baru yang sekali gus dapat mencipta peluang pekerjaan untuk rakyat setelah kerajaan dilihat gagal menangani permasalahan ekonomi negara yang menyebabkan keresahan di kalangan rakyat terutamanya golongan M40 dan B40 sejak Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan.

final • 10:40 AM

Menteri Kewangan - Tuan Lim Guan Eng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga kepada Yang Berhormat Parit Sulong. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah pun menyusun semula sistem percukaian berdasarkan kepada konsep shared prosperity. Ini dapat dilihat apabila cukai SST telah pun diperkenalkan untuk menggantikan cukai GST yang regresif yang membebankan rakyat Malaysia dan apabila ia dimansuhkan, kita pun boleh lihat impak positifnya. Tambah lagi perlu diingatkan juga bahawa kerajaan juga sedang memulangkan tunggakan RM37 bilion bagi bayaran balik GST dan cukai pendapatan kepada syarikat dan individu, di mana pulangan GST ini tidak dipulangkan dalam tempoh dua minggu seperti yang ditetapkan di bawah undang-undang, tetapi telah pun ditahan lebih dua tahun.

Selain itu, insentif pelaburan juga akan diperkemas bagi memastikan pemberian insentif benar-benar memberi pulangan kepada negara dan juga seterusnya dapat

final • 10:40 AM

Menteri Kewangan - Tuan Lim Guan Eng

meningkatkan aktiviti ekonomi. Penyusunan cukai ini telah menyumbang kepada penurunan kadar inflasi untuk rakyat Malaysia. Ini terbukti apabila inflasi pada bulan Jun ke Disember 2018 iaitu semasa tempoh GST, tidak lagi dikenakan adalah berada pada kadar 0.6 peratus sahaja. Berbanding dengan kadar 1.7 peratus pada tempoh Januari hingga Mei 2018 semasa GST berkuat kuasa. Malah pada bulan Januari tahun ini, dasar kerajaan telah menyumbang kepada penurunan indeks harga pengguna yang jatuh 0.7 peratus buat kali pertama dalam tempoh masa sepuluh tahun.

Kerajaan sedang berusaha memastikan supaya penurunan harga ini dapat dinikmati oleh golongan M40 dan B40. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi SME dengan modal berbayar sebanyak RM2.5 juta ke bawah. Cukai korporat telah diturunkan daripada 18 peratus kepada 17 peratus dan tentulah sekiranya kerajaan dapat mengawal keadaan fiskal dan kita harap ini dapat dipulihkan secara keseluruhan dalam masa tiga tahun maka pihak kerajaan harap kita dapat kurangkan kadar cukai korporat pada masa itu.

Di samping itu, ada banyak skim pinjaman yang telah pun dihulurkan kepada pihak perniagaan dan semua langkah-langkah tersebut telah membolehkan keyakinan pulih di kalangan pelaburan luar negara di mana kita boleh lihat ia telah meningkat dengan ketara bagi sembilan bulan pertama pada tahun 2019. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat tadi menyatakan mengenai penggantian GST kepada SST tapi apa yang lebih menarik sebagai soalan tambahan saya adalah, Yang Berhormat baru-baru ini ada menyatakan, ada mengumumkan satu cadangan penggunaan indeks untuk mengukur secara tepat kos sara hidup rakyat Malaysia bagi membantu majikan menentukan tahap peningkatan tangga gaji yang lebih sesuai.

Jadinya, soalan saya bagaimana cadangan peningkatan tangga gaji ini boleh dilaksanakan memandangkan keadaan ekonomi sekarang ini di Malaysia memang masih lagi lembap dan dilihat tidak teratur. Dalam waktu yang sama, walaupun ada pengurangan tapi cukai masih lagi kelihatan tinggi kalau kita bandingkan dengan negara seperti Singapore dan Hong Kong. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Lim Guan Eng

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya kalau kita lihat dari segi kutipan cukai, the GDP, Malaysia adalah di antara negara yang boleh dikira rendah kerana dari segi peratusan, pernah dinasihatkan supaya kutipan hasil berbanding dengan GDP boleh ditingkatkan. Berkaitan dengan soalan COLA, apa yang kita sebut cost of living index, kerana yang kita ada ialah CPI.

CPI adalah satu ukuran yang holistik di mana kita gunakan wajaran dan juga metodologi yang sama seperti lepas. Akan tetapi ia tidak mencerminkan kos sara hidup. Oleh sebab itu untuk majikan, tentu mereka hendak gunakan CPI untuk mengukur kenaikan gaji dan pihak kerajaan rasa itu adalah tidak munasabah kerana takkan apabila kawalan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan supaya kita dapat menurunkan CPI atau IHP ini, digunakan sebagai satu peluang oleh pihak majikan untuk menurunkan ataupun mengawal kenaikan gaji.

Contohnya, kejayaan pihak Kerajaan Pakatan Harapan menyebabkan CPI turun sebanyak 0.7 peratus buat kali pertama dalam sepuluh tahun, tidak harus digunakan sebagai kesempatan untuk majikan mengurangkan gaji. Itulah sebabnya kita sebut CPI tidak harus menjadi rujukan untuk menentukan sama ada gaji naik atau turun. Sebaliknya kita harus ada satu ukuran baru iaitu cost of living index iaitu kos sara hidup di mana ia mencerminkan wajaran dan juga tentang ukuran bahan-bahan keperluan supaya apabila kita lihat ia naik, itu menunjukkan bahawa kos barangan naik.

Tidak seperti CPI, turun tapi kita tahu kos barangan masih kekal lagi. Oleh itu barulah kita boleh pastikan keadilan dan kesaksamaan kepada semua pekerja-pekerja supaya apabila kenaikan gaji adalah munasabah dan mencerminkan keadaan. Ini adalah sikap dan pendekatan kerajaan yang mesra kepada pekerja-pekerja di Malaysia. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Meneliti jawapan dan soalan daripada Yang Berhormat Parit Sulong, melihat daripada sembilan bulan, sepuluh bulan kita Pakatan Harapan memerintah dan bebanan yang ditinggalkan oleh kerajaan sebelum ini hasil daripada kebobrokan yang berlaku. Melihat daripada jawapan Yang Berhormat Menteri, saya tidak...

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

Jangan kuat sangat. Sakit telinga Yang Berhormat PD.

final • 10:40 AM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

...Kita tidak boleh menyalahkan.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Cari modal lainlah.

final • 10:40 AM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Apa yang saya hendak tanya ialah...

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Kempen. Tidak ada modal lain kah. Bankrap...

final • 10:40 AM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Apa saya hendak tanya...

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Berikan kesempatan untuk Yang Berhormat Kapar mengemukakan soalan. Silakan kemukakan soalan.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tuan Yang di- Pertua, itu bukan soalan, itu kritikan.

final • 10:50 AM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Itu soalanlah.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Soalan kena betul.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan.

final • 10:50 AM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Jangan kacaulah, duduk dululah.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Bagilah soalan.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Hendak bodek Perdana Menteri.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila duduk.

final • 10:50 AM

Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong

Duduk sajalah, sudah tidak ada sudah, soalan sudah habis sudah masa.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila duduk. Soalan akan dikemukakan, ya silakan.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Rakyat sudah tolak sudah.

final • 10:50 AM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Yang Berhormat Kapar jangan bodeklah, Yang Berhormat Kapar.

final • 10:50 AM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Soalan saya inilah soalan...

final • 10:50 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Sudah habis? Silakan kemukakan soalan.

final • 10:50 AM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Soalan saya ialah apakah langkah kerajaan untuk memberi facilities serta privilege kepada pelabur-pelabur untuk menarik minat datang ke Malaysia...

final • 10:50 AM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Tahu sudah, kerajaan lama salah, kerajaan lama salah.

final • 10:50 AM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

...Dan akan memberi kesan, pembangkang kerja membangkang saja. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Tahu sudah salah kerajaan lama.

final • 10:50 AM

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Pelabur tunggu Perdana Menteri baharu.

final • 10:50 AM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Tunggu Yang Berhormat Port Dickson, tunggu Yang Berhormat Port Dickson pula. Tunggu Yang Berhormat Port Dickson tidak salahkan kerajaan lama.

final • 10:50 AM

Tuan Lim Guan Eng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih atas soalan bernas daripada Yang Berhormat tadi tentang pentingnya bahawa kita hendak pastikan...

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tidak lulus.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya ulang kali telah berkata semua orang mempunyai hak untuk menyoal dan menjawab. Bila tiba pada peluang Yang Berhormat bolehlah bercakap, berikan peluang kepada Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, silakan.

final • 10:50 AM

Tuan Lim Guan Eng

Ya, sekali lagi saya hendak ucapkan terima kasih atas soalan bernas daripada Yang Berhormat. Berkaitan dengan pelaburan luar negeri kita boleh lihat dari segi angka-angka yang telah alir masuk ke Malaysia adalah amat menggalakkan. Saya percaya apabila angka-angka baharu diumumkan akan menunjukkan bahawa sememangnya FDI telah meningkat yang menunjukkan keyakinan pelabur asing dan juga pembiayaan dana dan juga institusi kewangan luar negeri ke atas Malaysia.

Perlu ditambah lagi juga Tuan Yang di-Pertua, bahawa baru-baru ini pada minggu lepas dalam terbitan bon Samurai, kita boleh lihat bahawa bon Samurai yang ditawarkan oleh pihak Kerajaan Malaysia telah mendapat sambutan yang begitu baik sekali, sungguhpun yang diminta ¥200 bilion tetapi yang melanggan ¥324.7 bilion iaitu lebihan 1.6 kali ganda.

There are 1.6 times oversubscribed ini adalah sesuatu terbitan yang di antaranya yang paling berjaya oleh sesebuah kerajaan asing di negara Jepun dan saya rasa ini menunjukkan keyakinan pihak dana kewangan asing di Jepun ke atas Malaysia.

Pada masa yang sama sungguhpun kadar kupon kita anggarkan 0.65 peratus tetapi dapat pun diturunkan kepada 0.63 peratus. Di sini kita boleh sebutkan bahawa kita berjaya dua kali, satu kali ialah dalam aspek langganan iaitu lebihan 1.6 kali ganda yang kedua, ialah kejayaan menurunkan kadar kupon kepada 0.63. Ini Tuan Yang di-Pertua menunjukkan bahawa usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan akan melihatkan hasilnya tapi yang penting ialah untuk memastikan bahawa rakyat boleh merasai nikmatnya. Ini akan terus diusahakan oleh pihak kerajaan sekian terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 AM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Soalan tambahan.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dengan itu tamatlah Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini, terima kasih Yang Berhormat.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat mulai Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Keempat Belas, tempoh masa untuk setiap pertanyaan dan pertanyaan tambahan serta jawapan oleh Yang Berhormat Menteri yang berhubung dalam perkara yang dibangkitkan tersebut dihadkan kepada enam minit saja bagi setiap pertanyaan. Ini bagi membolehkan sebanyak mungkin pertanyaan lisan dapat dijawab oleh pihak kementerian dalam tempoh satu jam 30 minit mengikut Peraturan Mesyuarat 24(5) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Yang Berhormat Menteri akan menjawab pertanyaan asal tersebut dalam tempoh tiga minit ini akan disusuli dengan pertanyaan tambahan yang pertama yang akan dikemukakan dalam tempoh 30 saat dan seterusnya Yang Berhormat Menteri akan menjawab dalam tempoh satu minit begitu juga untuk pertanyaan tambahan yang kedua masa yang diperuntukkan untuk Yang Berhormat mengemukakan pertanyaan adalah 30 saat disusuli Yang Berhormat Menteri akan menjawab dalam tempoh satu minit. Silakan Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih lah ada petua baharu pagi ini tetapi pada kami sebagai wakil rakyat, kalau beri 30 saat, satu minit kita membawa hal ehwal masalah rakyat di kawasan masing-masing. Kalau dihadkan sampai

final • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

30 saat kami bangun, tanya soalan satu, hendak jawab di sana, mula bertelagah tidak akan selesai.

Jadi saya rasa boleh tidak Tuan Yang di-Pertua tolong fikirkan, panjangkan sedikit.

Bolehlah hadkan tapi pohon panjangkan sedikit waktunya, 30 saat soalan tambahan itu tidak memadai dan tidak relevan, sebab kita ini wakil rakyat yang datang ke sini jauh-jauh daripada Baling untuk mengutarakan masalah rakyat.

Akan tetapi kalau dihadkan 30 saat dan satu minit bermakna kami tidak mampu menyampaikan mesej yang sebenarnya rakyat hendak sebagai kami wakil rakyat untuk mengutarakan dalam Dewan yang mulia ini, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya telah memerhatikan tadi Yang Berhormat Pontian menjawab dalam tempoh 30 saat, Yang Berhormat Parit Sulong juga menjawab dalam tempoh dalam lingkungan 30 saat. Ini sesuatu yang boleh dilakukan dan kita akan mencuba.

Tidak semestinya kalau 30 saat, saya akan tutup mic tidak, kita fleksibel sedikit kan. Akan tetapi tempoh 30 saat itu dan satu minit untuk menjawab sudah pun disimulasikan dan ia boleh dilakukan.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih tapi saya juga ingin menyampaikan niat saya dalam bila kita berbahas sudah lebih 10 bulan Kerajaan Pakatan Harapan sudah memerintah, jadi tidak perlulah ulang-ulang kata dulu curi, kerajaan dulu tidak perlulah...

final • 10:50 AM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Saya rasa itu di antara perkara.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik-baik tidak ada kena-mengena dengan....

final • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tuan Yang di- Pertua, itu di antara perkara yang memanjangkan masa.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak ada kena-mengena dengan had masa. Saya mempersilakan.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Dia orang pun curi jugalah. Serupa juga, lagi banyak curi.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Ini adalah- Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Takutlah. Kita tahulah.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bukit Bintang.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Ini di antara, tidak ini di antara sebab.

final • 10:50 AM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Yang Berhormat Pasir Salak mengaku ya.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Sekarang sudah naik 30 percent.

final • 10:50 AM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Mengaku mencuri.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Ia maknanya Tuan Yang di-Pertua bagi 20 minit pun tidak cukup.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tidak apalah Yang Berhormat Baling, dia orang pun curi juga.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Baling, kita harus bezakan di antara sesi jawapan lisan dengan sesi untuk berbahas. Bahas lebih daripada 30 saat, silakan duduk.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tidak Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bukit Bintang silakan.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Dulu sana juga minta panjangkan masa, sekarang dia orang minta pendekkan masa, double standard betul.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Eric Chia itu, lagi lagi bilion bilion, Eric Chia,

final • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Takut, takut janganlah takut. Dulu sana minta semua, di sana. Sekarang ini sudah takut, nampak sangat.

final • 10:50 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Duduklah.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila duduk Yang Berhormat.

final • 10:50 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyatakan, apakah rasional penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi (MTEN) sedangkan sebelum ini kerajaan telah menubuhkan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang membawa pembentukan Kabinet yang sedang berfungsi sekarang.

final • 10:50 AM

Menteri Hal Ehwal Ekonomi - Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menjawab pertanyaan Yang Berhormat Bukit Bintang bersama lima pertanyaan lain yang berkaitan dengan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi, dengan izin, Economic Action Council (EAC) yang turut dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tambun pada hari ini, Yang Berhormat Parit pada hari esok, Yang Berhormat Kuala Nerus pada 25 Mac, Yang Berhormat Kapit pada 26 Mac dan Yang Berhormat Ketereh pada 2 April.

Kerajaan telah memutuskan untuk menubuhkan EAC pada 11 Februari 2019 berdasarkan situasi semasa dan sebagai respons untuk menangani masalah mendesak yang melibatkan kepentingan sosioekonomi rakyat. EAC akan meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi, kewangan, serta kebajikan rakyat. EAC juga berperanan untuk mendapatkan input, pandangan dan cadangan daripada semua kelompok pemegang taruh termasuk pakar-pakar daripada pelbagai bidang di luar kerajaan.

Kombinasi input serta pandangan swasta dan kerajaan akan membolehkan satu penyelesaian yang holistik seterusnya akan memberi manfaat yang optimum kepada rakyat.

Matlamat utama EAC adalah untuk merancakkan dan merangsang pertumbuhan ekonomi yang mampan, pengagihan kekayaan yang saksama dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan rakyat.

final • 10:50 AM

Menteri Hal Ehwal Ekonomi - Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

EAC juga akan memberi tumpuan kepada isu-isu kritikal seperti mengurangkan kos sara hidup, mewujudkan peluang pekerjaan, membasmi kemiskinan dan meningkatkan pemilikan rumah. EAC adalah suatu badan yang bersifat action-oriented dalam menyelesaikan isu tersebut.

Bagi mencapai hasrat ini, keanggotaan EAC yang terdiri daripada anggota pentadbiran, wakil sektor swasta dan ahli akademik akan dapat menggabungkan pandangan dan input dalam merencana strategi untuk merancak dan merangsang pertumbuhan ekonomi negara. Di samping itu, pandangan daripada kedua-dua sektor awam dan swasta akan membantu kerajaan dalam merangka pelan strategi yang komprehensif untuk menangani isu semasa yang dihadapi oleh rakyat.

Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk menjawab persoalan Yang Berhormat Bukit Bintang, Yang Berhormat Parit dan Yang Berhormat Ketereh tentang fungsi Majlis Penasihat Kerajaan atau, dengan izin, CEP yang ditubuhkan pada 12 Mei 2018 adalah berbeza dengan EAC. Fungsi utama CEP adalah memberi nasihat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam bidang ekonomi, kewangan serta bidang lain yang perlu diberi perhatian dalam tempoh peralihan kuasa. Peranan CEP adalah hanya dalam kapasiti penasihat ataupun advisory tanpa sebarang kuasa Eksekutif. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Kepakaran ahli adalah sangat penting dalam MTEN. Setelah meneliti senarai 16 orang ahli, saya tidak mendapati adanya pakar ekonomi digital. Sedangkan negara akan hidup melalui Revolusi 4.0, di mana tenaga pakar dunia digital amat diperlukan.

Kedua ialah tiada wakil generasi muda dalam MTEN, sedangkan wakil generasi muda amat penting dalam membantu merangka masa depan negara. Soalan saya adalah, bagaimanakah kementerian Yang Berhormat mengatasi masalah ini?

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi selaku Sekretariat kepada majlis ini, akan mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya diwujudkan satu Jawatankuasa Eksekutif yang bertanggungjawab untuk membuat analisa ke atas isu-isu semasa dan kita juga akan mencadangkan supaya diwujudkan satu kumpulan kerja ataupun working group yang akan dibentuk berdasarkan isu yang dikenal pasti.

Di dalam pertemuan dan engagement ataupun temu tembung working groups ini, pelbagai pihak dan sektor akan dilibatkan termasuk golongan belia dan juga mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang IT. Ini supaya dalam pertemuan dan perbincangan tersebut beberapa saranan baharu, pandangan baharu akan dikemukakan dan akan dibawa kepada Jawatankuasa Eksekutif untuk dikemukakan dalam bentuk dasar untuk mendapatkan kelulusan daripada Majlis yang berkenaan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan MTEN ini adalah satu Jawatankuasa yang terpaksa dibentuk berikutan ketidakupayaan pihak kerajaan terutamanya Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam menguruskan ekonomi, sedangkan kita ada mantan Menteri Kewangan daripada Port Dickson yang ada pengalaman yang luas dan sebagainya. Kenapakah Yang Berhormat Port Dickson tidak dilantik ke dalam jawatankuasa ini memandangkan beliau adalah bekas Menteri Kewangan dan sudah ada pengalaman yang luas...

final • 11:00 AM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Baling sokong, Baling sokong.

final • 11:00 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Adakah ini satu perancangan untuk mengekang Yang Berhormat Port Dickson sedangkan beliau akan mewarisi kelemahan ini?

final • 11:00 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Pontian pun sokong.

final • 11:00 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Kelemahan ekonomi, pengurusan ekonomi bakal diwarisi oleh Yang Berhormat Port Dickson, mengapa Yang Berhormat Port Dickson tidak dilantik...

final • 11:00 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya kenal lama dengan Yang Berhormat Ketereh ini. Baru pagi ini hendak sokong Yang Berhormat Port Dickson. Selama 20 tahun beliaulah yang terlibat dalam menyerang Yang Berhormat Port Dickson habis-habisan...

final • 11:00 AM

[Dewan riuh]

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Mencadangkan Yang Berhormat Port Dickson bukan bermakna sokong, belum tahu sokong...

final • 11:00 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

Ini ruang saya, ini ruang saya untuk menjawab.

final • 11:00 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

...Belum tahu sokong, ini cadangan.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah, sudah. Saya melihat masa, masa.

final • 11:00 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Hendak sokong, tidak sokong apabila ada undi tidak percaya, baru kita tentukan sokong atau tidak sokong.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, sila duduk.

final • 11:00 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

[Ketawa] Apa yang kita risau Yang Berhormat Gombak tidak sokong Yang Berhormat Port Dickson, ini yang kita risau.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila duduk, sila duduk.

final • 11:00 AM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Itu confirm, itu confirm. Itu confirm Yang Berhormat Gombak tidak sokong.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sila.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

Tuan Yang di-Pertua, tidak timbul isu undi tidak percaya. Hari ini Pakatan Rakyat telah menekankan kita akan memberi sokongan yang kuat dan padu kepada kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri...

[Tepuk] Keduanya, tidak timbul masalah Yang Berhormat Menteri Kewangan gagal ataupun mana-mana Jemaah Menteri Kabinet gagal. Kita buat kerja secara kolektif, secara bersama.

Di dalam Jemaah Menteri Kabinet, kita bincang secara bersama dan muafakat, kerana muafakat itulah...

final • 11:00 AM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Tidak ada sama, kenyataan Menteri pun berbeza.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

...Yang telah membawa kejayaan. Akan tetapi majlis ini dibentuk di luar kerajaan supaya kita juga dapat pandangan daripada pakar-pakar dan tokoh-tokoh akademik. Kita mengambil sikap yang inklusif, kita mengambil sikap pandangan semua dalam membentuk satu dasar yang lebih responsif kepada masalah rakyat. Kita bukan eksklusif macam UMNO dan Barisan Nasional.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Fasal itulah kalah dekat Semenyih. Fasal mulut macam inilah kalah dekat Semenyih. Cakap takbur besar dekat Semenyih, kalah dekat Semenyih fasal mulut macam inilah.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, duduk. Yang Berhormat Bera.

final • 11:00 AM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Jawapan Yang Berhormat Menteri pun fasal ECRL pun tidak tahu apa keputusan. Yang Berhormat Menteri Kewangan cakap lain, Yang Berhormat Menteri Ekonomi cakap lain, mana ada perpaduan.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat daripada Bera ada? Silakan Yang Berhormat Bera.

final • 11:00 AM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

...Yang Berhormat Menteri pun tidak ada jawapan yang sama. Sebelah-sebelah duduk itu.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Menteri Kewangan pun tidak lulus.

final • 11:00 AM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Itu pun tidak boleh hendak jawab Tuan Yang di-Pertua...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 11:00 AM

[Dewan riuh]

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Sorry-lah. Malu, malu jadi Menteri !

final • 11:00 AM

2. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan:

(a) adakah kementerian masih bercadang untuk meneruskan insentif kepada nelayan seperti bantuan sara hidup, insentif pendaratan dan subsidi diesel; dan

(b) jika ya, berapa jumlah pemberian insentif diperuntukkan bagi setiap insentif tersebut serta apakah strategi kementerian untuk menambahkan pendapatan nelayan.

final • 11:00 AM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Haji Salahuddin bin Ayub

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya daripada Bera. Tahniah kerana telah dilantik sebagai Ketua Pembangkang. Kedudukan yang tinggi kalau di House of Commons dipanggil Her Majesty's Loyal Opposition.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan yang bersekali, 14 Mac oleh Yang Berhormat Dungun; 27 Mac 2019 oleh Yang Berhormat Kampar; 27 Mac 2019 oleh Yang Berhormat Pasir Salak; 26 Mac 2019 oleh Yang Berhormat Lenggong; 28 Mac 2019 oleh Yang Berhormat Baling; 1 April 2019 oleh Yang Berhormat Permatang Pauh; 8 April 2019 oleh Yang Berhormat Papar; dan 11 April 2019 oleh Yang Berhormat Jempol.

Tuan Yang di-Pertua, bagi sektor perikanan, sejumlah RM70 juta telah diperuntukkan bagi pemberian elaun sara hidup sebanyak RM200 sebulan kepada pemilik vessel Zon A, pekerja atas vessel Zon A, B, C dan C2. Sejumlah RM3.5 juta bagi pemberian ESH sebanyak RM200 sebulan kepada nelayan darat, RM17 juta bagi insentif hasil tangkapan ikan, sebanyak 10 sen setiap kilogram. Hasil tangkapan yang didaratkan kepada

final • 11:00 AM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Haji Salahuddin bin Ayub

nelayan Zon A, Zon B dan Zon C dan meneruskan pemberian subsidi petrol dan diesel pada kadar RM1.65 per liter berdasarkan kuota.

Tuan Yang di-Pertua, bagi sektor padi dan beras, sejumlah RM232.5 juta bagi Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan, sejumlah RM281.5 juta bagi Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP), sejumlah RM75 juta bagi Insentif Benih Padi Sah (IBPS) dan sejumlah RM568.5 juta bagi Skim Subsidi Harga Padi di mana jumlah insentif telah dinaikkan sebanyak RM60 daripada RM300 metrik tan kepada RM360 satu metrik tan. Ini di antara insentif-insentif yang kekal yang kita telah berikan kepada petani dan pesawah kita termasuk nelayan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Pertamanya, apabila kurang insentif daripada RM300 kepada RM200, tentulah nelayan akan menghadapi kesempitan hidup yang lebih daripada yang sedia ada kali ini.

Soalan saya yang pertama daripada segi jumlah nelayan yang menerima insentif tersebut selepas diadakan pemutihan.

Kedua, Yang Berhormat ada menyebutkan tentang program-program untuk menambahkan pendapatan nelayan melalui penglibatan nelayan dalam produk-produk pertanian seperti nanas dan sebagainya. Persoalan saya, nelayan merupakan golongan miskin yang tidak mempunyai tanah. Jadi, bagaimana hendak galakkan mereka menanam ataupun terlibat dalam produk pertanian untuk tambahkan pendapatan mereka, sedangkan mereka tidak ada tanah.

Kedua, nelayan golongan yang miskin, modal untuk terlibat dengan produk pertanian ini juga mungkin agak besar dan sebagainya.

Adakah kerajaan memperuntukkan modal bantuan untuk mereka terlibat di dalam produk-produk pertanian ini? Kalau ada, berapakah jumlah modal yang hendak diberikan?

final • 11:00 AM

Dato’ Haji Salahuddin bin Ayub

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sekarang, berdasarkan peruntukan yang diberikan ialah RM200 satu bulan. Sebagai Menteri, insya- Allah saya akan terus berjuang. Alhamdulillah, sekiranya ekonomi kita pulih, kita akan kembalikan pada angka RM300, insya-Allah. Itu perjuangan yang tidak pernah saya leka.

Oleh kerana saya telah turun padang, berdialog dengan mereka. Pada bajet akan datang, kementerian akan memperjuangkan supaya mereka lebih cukup. Kalau ekonomi baik, kita akan tambah lagi.

Kedua Yang Berhormat, sebagai juga bekas Menteri, tidak semua nelayan tidak ada tanah. Betul, di Seberang Takir, mungkin di Sabah ada yang tidak ada tanah. Akan tetapi ramai yang ada tanah. Satu yang membanggakan saya ialah nelayan Teluk Bahang, Pulau Pinang. Koperasinya menanam nanas MD2 dan menghasilkan pulangan yang sangat baik.

Maksud kita adalah mempelbagaikan, mixed farming ataupun tanaman yang tidak bergantung kepada satu sumber.

Jadi, banyak insentif ini yang boleh kita berikan kepada nelayan kita supaya mereka mendapat pendapatan seperti dalam bidang akuakultur, ikan hiasan dan cash crops yang boleh kita kemukakan. Jadi, tidak timbul masalah semua nelayan tidak ada tanah. Ini tidak betul sebab ada nelayan yang ada tanah. Walaupun sekangkang kera tetapi dengan teknologi yang kita akan aplikasikan, ia mampu untuk menambahkan pendapatan nelayan daripada kita hanya bergantung kepada satu sumber sahaja. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, bagi peluang kepada Bagan Serai. Berkenaan dengan pemutihan yang telah dilakukan selama ini, saya ingin tahu berapakah peratusan sebenarnya golongan sasaran?

Berapakah ketirisan ataupun penyelewengan yang dapat diselamatkan daripada hasil pemutihan yang dilakukan selama ini terhadap petani dan juga nelayan? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Haji Salahuddin bin Ayub

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai.

Untuk kita meningkatkan urus tadbir yang baik, jumlah sedia ada perlu kita membuat pemutihan senarai. Bukan putihkan nelayan, bukan putihkan petani. Senarai itu perlu kita putihkan. Jadi, untuk statistik pada 31 Januari 2019, bilangan nelayan yang layak menerima bantuan adalah seramai 32,316 orang, berbanding seramai 35,233 orang pada bulan Disember 2018. Maknanya, ada kriteria-kriteria yang kita perlu untuk putihkan supaya berlaku transparent, good governance. Itu sahaja. Siapa yang layak tetap layak. Jangan ambil hak

final • 11:10 AM

Dato’ Haji Salahuddin bin Ayub

orang lain. Mengaku nelayan, mengaku pesawah tetapi mengambil elaun. Ini tidak betul.

Jadi, pada nelayan dan pesawah yang kita telah minta pegawai membuat pemutihan, kita akan berikan.

Namun begitu, kalau mereka yang tidak terlibat itu, mereka boleh merayu dan saya serta pegawai akan melihat bagaimana mereka ini boleh dirayu semula. Sekiranya mereka menepati kriteria, kita akan bagi balik. Insya-Allah. Terima kasih.

final • 11:10 AM

3. Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk memastikan kes perceraian Muslim tidak tertunda di mahkamah dan kepatuhan dalam pemberian hak kepada pasangan serta anak ditunaikan.

final • 11:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya akan menjawab bagi soalan nombor 3 dengan mengatakan bahawa Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dan Mahkamah Syariah Negeri mengambil beberapa langkah untuk memastikan proses kes perceraian dapat diselesaikan dengan berkesan. Antaranya ialah pendekatan mengikut Arahan Amalan Mahkamah Syariah. Arahan Amalan Mahkamah Syariah ini ada beberapa arahan amalan iaitu No. 8 – Pendengaran dan Pengesahan Lafaz Cerai Pada Hari Pendaftaran; dan Arahan Amalan No. 9 Tahun 2011 – Pendengaran Perceraian Dengan Talak Pada Hari Pendaftaran. Seterusnya ialah Arahan Amalan No. 2 Tahun 2013 – Had Masa Sebutan dan Perbicaraan.

Begitu juga kes-kes perceraian melibatkan garis panduan perceraian taklik, pengesahan cerai luar mahkamah dan juga tebus talak (khuluk) sebagai panduan kepada hakim, di mana arahan amalan yang tertera ialah Arahan Amalan No. 8 Tahun 2007 – Amaran Penceraian Taklik, Arahan Amalan No. 10 Tahun 2007 – Amalan Pengesahan Di Luar dan Tanpa Kebenaran Mahkamah; dan Arahan Amalan No. 17 Tahun 2007 – Amalan Khuluk

(Tebus Talak). Selain daripada arahan amalan yang telah digariskan, pihak mahkamah syariah di negeri-negeri juga telah mempercepatkan penyelesaian melalui beberapa program inovasi. Antaranya ialah fast track yang dilaksanakan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor, sistem MySolve yang dilaksanakan di negeri Perak, sistem E-Siap yang dilaksanakan di negeri Pulau Pinang.

Selain itu, Bahagian Sokongan Keluarga juga telah diwujudkan. Begitu juga dengan sistem e-Nafkah yang telah diwujudkan. Juga, cadangan perwujudan mahkamah tinggi syariah bahagian hadhanah dan nafkah dan mahkamah rendah syariah bahagian nafkah di Wilayah Persekutuan yang sedang giat dijalankan. Akhirnya ialah cadangan pelaksanaan sekatan bank bagi suami atau bapa yang ingkar membayar nafkah kepada isteri, bekas isteri ataupun anak-anak. Sekian.

final • 11:10 AM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya bertanyakan soalan ini sebab baru-baru ini keluar statistik di negeri Perlis ini dari segi peratusan paling ramai ibu tunggal. Jadi, memang banyak sebenarnya kes yang begini berlaku di tempat saya lah.

Jadi, berdasarkan kes yang kita tengok, kebelakangan ini kita tengok banyak pengabaian, malah kezaliman, khususnya kepada anak-anak daripada mangsa penceraian.

Adakah kerajaan bercadang untuk membuat pemantauan lanjut? Jadi, tidak terhenti setakat keputusan mahkamah tetapi juga memantau perkembangan pasangan bercerai, di samping bekerjasama dengan pelbagai kementerian lain dalam aspek sistem sokongan. Ini kerana terlalu banyak kes, termasuklah pasangan yang bertukar agama dan juga pasangan yang berlainan kewarganegaraan.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menjelaskan bahawa antara inovasi yang kita akan tumpukan buat masa ini yang paling utama ialah memperkukuhkan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) dan kedua ialah mewujudkan mahkamah yang akan membicarakan soal hadhanah dan nafkah. Ini adalah merupakan satu tumpuan besar kami di sini agar ibu-ibu tunggal dan juga anak-anak yang dinafikan hak mereka dari segi nafkah kita dapat bela, khususnya kita memerlukan kuasa untuk menggunakan sekatan bank. Ini memerlukan lagi kajian yang lebih terperinci. Insya- Allah, dengan keprihatinan kami kepada isu ini, pada masa terdekat, perwujudan mahkamah bahagian hadhanah dan juga nafkah ini akan dapat dilaksanakan secepat mungkin tahun ini.

Insya-Allah.

final • 11:10 AM

Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Apakah perkembangan mekanisme khas yang akan diwujudkan oleh kerajaan untuk membantu wanita dan anak-anak yang dinafikan hak oleh bekas suami untuk mendapatkan nafkah selepas perceraian? Apakah status terkini penubuhan mahkamah tinggi dan mahkamah rendah syariah bahagian tuntutan nafkah dan hadhanah? Berapakah jumlah kes tuntutan yang masih tertunggak? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa

Terima kasih kepada soalan tambahan.

Seperti mana yang saya sebutkan, keutamaan kita sekarang ialah menubuhkan mahkamah yang dikatakan khas itu. Paper Cabinet telah pun siap di peringkat akhir. Kita akan masuk ke dalam Kabinet. Ini untuk Wilayah Persekutuan, Yang Berhormat. Oleh kerana untuk negeri-negeri, kita tidak ada kuasa melainkan yang bersama dengan kita dalam JKSM. Jadi, kita akan cuba memastikan- yang paling utama dalam kes yang diajukan ialah tentang pembelaan nafkah kepada anak-anak.

Jadi yang penting, kalau ada kuasa kita dapat sekatan bank terhadap suami yang culas untuk membayar nafkah yang telah diputuskan oleh mahkamah, saya rasa di situ akan lebih berkesan dari sudut pembelaan kepada mereka. Insya-Allah, kita akan membentangkan yang lengkap dalam Mesyuarat Kabinet dan insya-Allah, doakan kejayaan ini bagi kita membela mereka yang tertindas kerana perceraian ini. Terima kasih.

final • 11:10 AM

4. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Menteri Industri Utama menyatakan, statistik jumlah pekebun getah dan dana yang telah dikeluarkan dalam tuntutan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dari tahun 2017 hingga kini. Apakah halangan IPG untuk dapat dilaksanakan seperti yang disasarkan.

final • 11:20 AM

Menteri Industri Utama - Puan Teresa Kok Suh Sim

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Selaras dengan pewartaan pindaan Peraturan-peraturan LGM (Pelesenan dan Permit) 2014, Lembaga Getah Malaysia telah memperkenalkan Sistem Permit Autoriti Transaksi – Getah (PAT-G) di mana setiap pekebun kecil getah yang memiliki kebun getah dan mengusahakan sendiri atau mengusahakan kebun orang lain dalam satu negeri yang berjumlah keseluruhannya tidak melebihi 40.46 hektar adalah wajib untuk memiliki kad permit PAT-G.

Sehubungan dengan itu, statistik jumlah pekebun kecil getah mengikut status pemilikan permit PAT-G yang telah didaftarkan sehingga Disember 2018 adalah sebanyak 303,452 di Semenanjung manakala 158,747 di Sabah dan Sarawak. Justeru itu, jumlah keseluruhan pekebun kecil di Malaysia adalah berjumlah 462,199.

Tuan Yang di-Pertua, IPG mula dilaksanakan pada 1 September 2005 bermula dari 1 September 2015 sehingga 31 Disember 2018, dana yang dikeluarkan oleh kerajaan adalah berjumlah RM13,368,857.58 bagi 206,897,417 kilogram getah merangkumi 1,042,623 tuntutan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak menerusi agensi pelaksana IPG masing- masing iaitu LGM, ILGS dan JPS.

Halangan dan cabaran yang dihadapi oleh kerajaan dalam melaksanakan IPG adalah seperti berikut:

(i) kadar tuntutan IPG masih rendah,

(ii) tidak tahu mengenai pengaktifan IPG,

(iii) kesilapan dalam membuat tuntutan,

(iv) kesulitan dalam menghantar borang tuntutan IPG; dan,

(v) tidak mempunyai dokumen yang lengkap seperti kad PAT-G dan resit jualan getah.

Justeru itu, Kementerian Industri Utama melalui agensi Lembaga Getah Malaysia akan terus berusaha untuk menambahbaikkan sistem pelaksanaan IPG dari semasa ke semasa agar tuntutan dibuat oleh golongan pekebun kecil getah dapat ditingkatkan lagi.

Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Soalan tambahan saya, maknanya apa yang dijawab, terbukti IPG belum lagi berjaya mencapai objektif untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil lebih 600,000 penoreh getah.

Soalan saya, adakah pihak kementerian bercadang untuk mengubah mekanisme penyampaian tuntutan harga lantai IPG iaitu pihak penoreh getah dapat terus menjual harga getah dengan harga lantai pada ketika ini RM2.50 dan pihak pengilang yang bertanggungjawab membuat tuntutan ataupun claim kepada kerajaan? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim

Terima kasih Yang Berhormat. Bagi kementerian, kita akan terus memberi kesedaran kepada pekebun kecil yang memohon IPG. Kita telah mengadakan 11 sembang warung pada tahun lepas, mengadakan taklimat IPG di seluruh negara iaitu 17 taklimat diadakan di kawasan Parlimen Sik, telah diadakan taklimat berkaitan getah berkualiti PAT-G IPG dan isu-isu semasa industri getah pada 13 November pada tahun lepas tetapi Yang Berhormat Sik tidak hadir. Di Kedah kita sudah ada lima kali semua taklimat IPG.

final • 11:20 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Saya tidak dijemput Yang Berhormat Menteri.

final • 11:20 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim

Kena tahulah sebagai wakil rakyat, bila semua ini dilakukan dan kita akan buat iklan di TV RTM dan kita sudah letakkan poster-poster di kawasan strategik seperti masjid, dewan orang ramai, premis berlesen dan juga risalah ketika taklimat diedarkan.

Jadi untuk maklumat Yang Berhormat, bilangan tuntutan dari pekebun kecil Sik ialah 18,986 permohonan dan jumlah tuntutan di Sik adalah RM3,393,426.53. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan kedua.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tuan Yang di- Pertua, Baling.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bagan Serai lagi.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Baling lah pula, Baling.

final • 11:20 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, memberi peluang kepada Yang Berhormat Bagan Serai lagi. Yang Berhormat Bagan Serai ingin tahu, adakah wujud statistik tentang pencapaian tahap atau taraf ekonomi pekebun kecil? Hendak tahu berapa orang pekebun kecil jadi kaya ataupun hidup sederhana ataupun hidup melarat susah sampai sekarang. Apakah tindakan seterusnya kerajaan untuk membantu golongan yang susah ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Ini satu soalan yang mana luas lingkungannya, bukan sahaja melibatkan kementerian saya tetapi juga melibatkan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Kementerian Kewangan dan juga MITI dan sebagainya. Jadi, ini satu topik yang terlalu luas dan memang tidak dapat jawab dalam lingkungan satu minit. Jadi kita boleh sembang bincang dan rangkakan strategik untuk melihat macam mana kita dapat meningkatkan lagi pendapatan dan juga ekonomi dan jadikan pekebun kecil getah kita ini kaya-raya. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tuan Yang di- Pertua, memandangkan Baling...

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya menjemput Yang Berhormat Batu Kawan.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Kawasan getah terbesar di negara ini, kawasan yang paling miskin, Menteri Luar Bandar sudah sahkan, boleh saya tanya satu soalan berkaitan getah ini? Minta tolong soalan tambahan.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri tidak berikan.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Menteri tidak beri. Okey Yang Berhormat Menteri, orang Baling tanya pasal apa Yang Berhormat Menteri suruh tanam pokok buluh?

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Kawan.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Itu buluh mahu buat apa? Hendak minta penjelasan juga.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Masuk dalam sesi perbahasan.

final • 11:20 AM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Baling, stop bullying the Minister lah. We need some decorum and respect in the House.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Kawan, silakan.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tanya getah tidak dapat, tanya buluh lah, buluh.

final • 11:20 AM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Wakil Rakyat Baling kait.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Batu Kawan.

final • 11:20 AM

5. Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, tindakan jangka pendek dan panjang untuk mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja khususnya di tapak pembinaan, serta bilangan syarikat yang telah diambil tindakan mahkamah dari tahun 2000 sehingga 2019 mengikut pecahan tahun termasuk yang telah berlaku di Perai pada 15 Februari 2019.

final • 11:20 AM

Menteri Sumber Manusia - Tuan M. Kulasegaran

Terima kasih. Statistik sektor pembinaan tahun 2017, terdapat 4,266 orang terlibat dengan kemalangan di tapak bina dan 183 daripadanya adalah maut. Kadar kemalangan pekerjaan di sektor pembinaan ialah 3.40/1,000 pekerja manakala kadar kematian pekerja ialah 14.57/100,000 pekerja di sektor pembinaan.

Tindakan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk mengurangkan kadar kemalangan di tapak pembinaan adalah seperti berikut:

(i) Operasi Khas Cegah Jatuh, 89 pula tapak pembinaan seluruh Malaysia diperiksa. Hasilnya, sebanyak 966 tindakan punitif telah dikenakan termasuk sita tempat kerja, notis larang kerja, tindakan kompaun dan pendakwaan;

(ii) meningkatkan bilangan aktiviti penguatkuasaan iaitu sebanyak 10,917 pemeriksaan dibuat pada tahun 2018, mengambil tindakan punitif pada tahun 2018 sebanyak 113 kes pendakwaan, 740 kompaun dan 9,429 notis telah dikeluarkan;

(iii) menubuhkan Safety Patrol Unit, menggubal dan menambahbaikkan perundangan;

(iv) menerbitkan Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Industri Pembinaan (Pengurusan). Garis panduan ini menitikberatkan tanggungjawab semua pihak iaitu pemunya dan pembina atau kontraktor di awal peringkat pembinaan sehinggalah ke peringkat perobohan sama seperti dilaksanakan di UK, Singapura dan lain-lain negara yang maju;

(v) menggubal peraturan kerja bina di bawah pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk menjadikan mandatori kepada pemunya pembina dan kontraktor;

(vi) menjalankan kerjasama dengan pelbagai pemegang taruh, stakeholders yang terdiri daripada agensi kerajaan badan profesional, institusi pendidikan serta persatuan majikan dan kesatuan sekerja.

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan tadi. Mengikut statistik International Labour Organization, dianggarkan kira-kira 2.3 juta lelaki dan wanita setahun akan menjadi mangsa disebabkan kemalangan atau disebabkan penyakit di tempat kerja.

final • 11:20 AM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Berkaitan dengan apa yang telah berlaku di Auto City di Juru, Perai pada 15 Februari yang lepas, saya ingin bertanya, apakah tindakan yang telah diambil oleh kementerian terhadap pihak pemaju? Di atas jawapan yang telah kami dapat, adakah pemaju-pemaju ini akan di-blacklist seperti di Pulau Pinang dan jika ya, apakah tempoh blacklist mereka untuk mereka masukkan tender untuk apa-apa projek pembangunan? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan M. Kulasegaran

Terima kasih. Mengenai blacklist itu ya, ia akan dijalankan semestinya. Akan tetapi yang lebih mustahak adalah kita memperbaiki sistem yang sedia ada dan kemalangan yang dikatakan berlaku di Perai pada 15 Februari jam 4.30 petang, saya hendak beritahu sedikit latar belakang dan apakah tindakan yang telah diambil.

final • 11:20 AM

Tuan M. Kulasegaran

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan telah menjalankan siasatan kemalangan tersebut. Siasatan mendapati mobile aerial platform telah terlanggar bahagian beam structure steel thrust dengan boom crane yang menyebabkan berlaku runtuhan. Antara tindakan punitif yang telah dikenakan kepada majikan ialah mengeluarkan notis larangan dan notis pembaikan, menyita tempat kerja dan arahan henti kerja dan menyediakan kertas siasatan bagi tujuan pendakwaan. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya, di samping usaha menurunkan kadar kemalangan di tempat kerja dan juga ulang-alik bekerja, ada usaha yang dilakukan oleh agensi di bawah kementerian seperti PERKESO dan lain-lain untuk memulihkan pekerja yang kemalangan ini untuk bekerja semula, iaitu program di bawah program Return to Work.

Setakat ini sejak ditubuhkan 2007, program yang diadakan, berapa ramai yang telah dipulihkan oleh kerajaan melalui PERKESO dan juga agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia? Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan M. Kulasegaran

Ini soalan sudah lari sikitlah, tidak berkaitan tetapi saya akan jawab. Rehabilitation Centre yang ada di Melaka itu sangat berjaya dan di antaranya adalah di mana ramai antara pekerja yang telah pergi untuk mendapatkan macam-macam inisiatif yang baharu, yang telah dijalankan nampaknya berjaya. Ini sekali gus mengurangkan pergantungan atau pun bayaran pampasan oleh PERKESO.

Oleh kerana kejayaan ini this state-of-the-art yang dijalankan di Melaka, kemungkinan besar lagi satu Rehabilitation Centre akan dimulakan di Northern Peninsular Malaysia. Mengenai angka saya akan beri secara bertulis.

final • 11:30 AM

6. Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, terma rujukan untuk perbincangan untuk perjanjian bekalan air di antara Malaysia dan Singapura sebagai garis panduan perbincangan nanti. Adakah terma rujukan sudah disetujui kedua-dua belah pihak? Apakah indikasi awal dari Singapura?

final • 11:30 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Saifuddin Abdullah

Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Santubong. Izinkan saya menjawab bersekali dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Marang, Yang Berhormat Kota Bharu, dan Yang Berhormat Kimanis. Proses membincangkan isu perjanjian air antara kita dengan Singapura sudah lama tertangguh tetapi dimulakan kembali sejak Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih. Bermula dengan lawatan saya ke Singapura pada bulan Julai 2018 bertemu dengan Menteri Luar dan Perdana Menteri Singapura tetapi pada masa itu Singapura berkeras tidak mahu berbincang.

Berikutnya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad menzahirkan perkara ini dengan Perdana Menteri Singapura dalam lawatan beliau ke sana pada November 2018 dan Perdana Menteri Singapura bersetuju untuk perkara ini dibincangkan. Oleh yang demikian, Peguam Negara telah berjumpa dengan Peguam Negara Singapura untuk perbincangan yang pertama.

Pegawai-pegawai saya dan saya telah menyusulnya dan kita seharusnya sudah masuk ke peringkat kedua perbincangan iaitu melihat soal modality harga dan apakah tempoh masa yang modality harga itu dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya boleh dicapai. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli serta Pejabat Peguam Negara dan Kerajaan Johor bersama-sama dalam proses ini.

final • 11:30 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Saifuddin Abdullah

Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya sangat terkejut apabila baru-baru ini Menteri Luar Singapura ketika berucap di Parlimen Singapura telah mengkritik secara melulu terhadap tindakan kita untuk review atau mengkaji semula perjanjian ini. Ada tiga kritikan Menteri Luar Singapura yang pada saya adalah sangat melulu.

Pertama, menuduh Malaysia tidak menghormati perjanjian 1962 itu dengan mengatakan bahawa kita tidak lagi boleh review perjanjian itu setelah lepas tempoh 25 tahun.

Dengan izin, klausa 14 perjanjian menyatakan, “It shall be subject to review after the expiry of 25 years from the date of this present”. Bukannya at the 25 years. Jadi, saya tidak faham bahasa Inggeris mana yang digunakan oleh Menteri Luar Singapura yang membuat tafsiran yang begitu. Kita mematuhi perjanjian sebab itu kita kata kita boleh review selepas 25 tahun perjanjian itu ditandatangani.

Kedua, Menteri Luar Singapura juga membuat insinuation, dengan izin, yang menuduh seolah-olah kita ada masalah governance sedangkan itu adalah suatu tuduhan yang jahat dalam bahasa Inggeris, dengan izin hitting below the belt. Ketiga, beliau juga menyatakan bahawa kononnya Singapura lah yang jauh lebih baik daripada kita memberi subsidi itu ini dan sebagainya dalam soal air ini dan itu adalah perkara yang sebenarnya bukan melambangkan fakta yang tepat. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya sebenarnya simple sahaja tadi untuk me-reference. Dalam jawapan itu adalah juga jawapannya. Soalan saya, pada 1985, kita sepatutnya sudah mula berbincang soalan harga air ini. Kenapa tidak dibincangkan? Satu. Kedua ialah dalam penjualan air dan pembelian air daripada Singapura bernilai hampir sembilan kali ganda mahal. Jadi, adakah elemen subsidi termasuk dalam itu? Terima kasih.

final • 11:30 AM

Dato’ Saifuddin Abdullah

Terima kasih... [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Kalau hendak dikirakan subsidi yang kita beri kepada Singapura, sebenarnya perkara ini memang berlaku. Secara kasarnya boleh dianggarkan Malaysia telah memberi subsidi kepada Singapura dengan kadar minimum lebih kurang RM42 juta setahun atau lebih kurang RM2.4 bilion sehingga kini atau boleh dikira lebih kurang kira-kira RM100 ribu sehari.

Ini adalah pada kadar minimum kalau hendak diukur daripada tempoh perjanjian itu sampai sekarang dan betullah seperti Yang Berhormat sebutkan, kita menjual dengan harga yang begitu murah tetapi kita membeli dengan harga yang mahal. Memang perkara ini menimbulkan banyak persoalan dan ada technicality untuk menghormati kepentingan soalan ini juga. Oleh itu, pihak saya akan mengeluarkan kenyataan media selepas ini dengan penjelasan yang lebih terperinci. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Saya ingin tahu Yang Berhormat Menteri, sekiranya Singapura terus berkeras untuk tidak merundingkan semula dalam isu air dengan Singapura, apakah tindakan tegas kita sebagai negara sumber yang memberi air kepada mereka? Apakah tindakan tegas yang boleh diambil dari Kerajaan Malaysia supaya dalam keadaan kita bagi duit subsidi berjuta Ringgit, berbilion Ringgit pada Negara Singapura dalam keadaan rakyat kita sangat memerlukan? Jadi, apa tindakan tegas yang seharusnya diambil oleh kerajaan dalam menangani isu ini?

final • 11:30 AM

Dato’ Saifuddin Abdullah

Sebelum tindakan tegas, kita berusaha dengan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dan Kerajaan Johor untuk memastikan terutamanya yang dalam kes ini rakyat Johor mempunyai bekalan airnya sendiri. Jadi, kita mengusahakan zero dependency on water daripada Singapura, yang itu kita kena buat juga.

Tegasnya, kalau tidak hendak berunding maka kita harus bawa ke pengadilan arbitrari di peringkat antarabangsa dan sekiranya kita sampai ke tahap itu saya harap ahli- ahli Yang Berhormat akan memberikan dukungan penuh kepada langkah-langkah kita demi kepentingan rakyat Malaysia khusus di Negeri Johor. Terima kasih.

final • 11:30 AM

7. Puan Hajah Natrah binti Ismail [Sekijang] minta Menteri Pendidikan menyatakan, adakah pihak kementerian berhasrat untuk menambah guru pendidikan khas khusus bagi kanak-kanak autisme memandangkan kanak-kanak ini memerlukan perhatian, penjagaan dan latihan yang khas oleh mereka yang pakar dalam memahami jiwa kanak-kanak istimewa ini?

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Sekijang. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap isu guru termasuklah guru pendidikan khas. Berdasarkan situasi semasa, terdapat keperluan untuk menambah bilangan guru pendidikan khas bagi mengisi kekurangan 1943 orang guru pendidikan khas yang merangkumi kekurangan, 36 orang guru di sekolah pendidikan Hak dan 1907 orang guru di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Teo Nie Ching

Untuk makluman, PPKI adalah kelas khas yang diwujudkan di sekolah arus perdana untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK). Sehubungan dengan itu, KPM sedang melakukan usaha-usaha berikut:

(i) menyusun semula guru dengan opsyen Pendidikan Khas;

(ii) menyusun semula penempatan guru pra siswazah opsyen Pendidikan Khas lepasan Open University Malaysia;

(iii) melaksanakan Program Intervensi tambahan opsyen Pendidikan Khas;

(iv) meningkatkan kuota pengambilan guru terlatih bidang Pendidikan Khas di Institut Pendidikan Guru (IPG); dan

(v) menempatkan guru Pendidikan Khas secara terbuka iaitu guru Pendidikan Khas keluaran IPG dan institut pendidikan tinggi yang boleh ditempatkan sama ada di sekolah rendah atau sekolah menengah berdasarkan kekosongan.

Bagi menambah bilangan guru Pendidikan Khas khusus bagi kanak-kanak autisme, IPG menawarkan program Diploma Pasca Siswazah Pendidikan bagi bidang Pendidikan Khas Autisme yang merangkumi 45 jam kredit. Kesemua kursus dalam program ini dibangunkan khusus untuk memberi ilmu dan kemahiran berkaitan bidang Pendidikan Khas Autisme kepada pelajar IPG. Sekian jawapan saya, terima kasih.

final • 11:40 AM

Puan Hajah Natrah Ismail - Sekijang

Bagaimanakah pihak kementerian melihat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak autism di peringkat sekolah sedangkan kelas Pendidikan Khas yang sedia ada mencakupi semua kanak-kanak istimewa seperti kanak-kanak down syndrome, hyperactive dengan izin, lembam dan sebagainya.

Walhal kanak-kanak autism ini seharusnya diberikan didikan dan perhatian yang khusus daripada guru-guru. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Ahli Yang Berhormat atas soalan tambahan tersebut. Saya tidak menafikan bahawa sekarang di dalam kelas PPKI kita memang ada pelbagai murid berkeperluan khas sepertilah ADHD Autisme, kurang upaya intelektual, lembam, down syndrome dan lain-lain. Jadi di sekolah-sekolah di mana jumlah murid-murid autisme ini adalah cukup banyak seperti kalau dalam sekolah itu mereka ada lima kelas PPKI. Akan tetapi, ada tujuh orang murid-murid autisme. Jadi mereka akan ditempatkan di satu kelas supaya guru-guru Pendidikan Khas ini bolehlah lebih fokus dalam bidang Pendidikan Khas Autisme untuk menjaga bilangan ini.

Cabaran terbesar yang kita hadapi adalah sekiranya sekolah itu hanya ada jumlah murid-murid berkeperluan khas ini adalah bukan begitu besar. Contohnya hanyalah 10 orang dan hanya tiga adalah budak-budak autisme dan yang lain adalah berkeperluan khas yang lain. Jadi adalah agak susah untuk kita mengasingkan mereka dalam kelas PPKI yang berbeza. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri, apakah usaha di peringkat kementerian untuk menggalakkan ibu bapa yang ada anak autisme ini untuk dapatkan pendidikan di sekolah awam, di sekolah kebangsaan? Untuk itu, adakah kementerian telah mencipta syllabus tertentu yang khas bagi

final • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara

autisme memandangkan jenis dan tahap severity serta intervensi setiap penghidap juga berbeza?

final • 11:40 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat atas soalan tambahan tersebut. Memang kita amat menggalakkan ibu bapa untuk menghantar anak-anak berkeperluan khas ini kepada sekolah kerajaan. Oleh sebab itu, tahun ini kita melaksanakan program Zero Reject Policy ataupun Dasar Penolakan Sifar. Di mana kita menggalakkan ibu bapa untuk menghantar anak mereka pergi ke sekolah dan sekolah adalah diwajibkan untuk menerima mereka. Kita juga nampak bahawa dari segi bilangan MBK, memang ada peningkatan.

Pada Januari 2018, jumlah MBK atau Murid Berkeperluan Khas di sekolah adalah sebanyak 79,005 orang. Akan tetapi, pada Januari 2019 tahun ini kita nampak satu peningkatan sebanyak lima peratus iaitu jumlah MBK sekarang adalah 83,039 orang. Di antaranya adalah sebanyak 10,157 orang adalah daripada autisme. Jadi kita memang menggalakkan ibu bapa untuk hantar lagi, kerana janganlah kita nafikan hak mereka untuk mendapat pendidikan. Sekian sahaja, terima kasih.

final • 11:40 AM

8. Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian] minta Perdana Menteri menyatakan, berapakah jumlah pelaburan mengikut pecahan tahun yang dibuat terhadap Akaun Amanah Estate Kebankrapan di bawah Jabatan Insolvensi Malaysia bagi tahun 2015 hingga tahun 2018 dan berapakah jumlah keuntungan yang diterima daripada pelaburan tersebut.

final • 11:40 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kubang Kerian atas soalan ini. Jumlah pelaburan yang dibuat terhadap Akaun Amanah Estate Kebankrapan di Jabatan Insolvensi Malaysia bagi tahun 2015 adalah sebanyak RM650 juta. Manakala jumlah faedah daripada pelaburan tersebut adalah sebanyak RM24,007,648.77. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2016 jumlah pelaburan yang ditetapkan sebanyak RM850 juta dan faedah bagi jumlah pelaburan tersebut adalah sebanyak RM27,225,041.50.

Bagi tahun 2017, jumlah pelaburan telah meningkat kepada RM1.05 bilion dengan jumlah faedah pelaburan adalah sebanyak RM33,185,165.57. Manakala bagi tahun lalu iaitu tahun 2018 adalah sebanyak RM1.35 bilion dan jumlah keuntungan adalah sebanyak RM40,811,092.37. Sekian, terima kasih.

final • 11:40 AM

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2017 terdapat pindaan kepada Akta Insolvensi 1967 iaitu Akta 360 di mana kerajaan telah pun mewujudkan Tabung Bantuan Insolvensi. Persoalan saya ialah, apakah jumlah faedah yang diperoleh tadi dimasukkan kesemuanya di dalam Tabung Bantuan Insolvensi?

Keduanya, terdapat sebahagian pelaburan tersebut daripada duit akaun yang telah clear dan mereka telah dikeluarkan daripada kebankrapan. Persoalan ialah apakah keuntungan yang diperoleh daripada pelaburan ini dipulangkan kepada mereka? Ini kerana kerajaan menggunakan dana duit setelah mereka tidak lagi dianggap bankrap?

final • 11:40 AM

Datuk Liew Vui Keong

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian atas soalan tambahan ini. Sememangnya pada tahun 2017, satu tabung telah pun ditubuhkan yang dikenali sebagai Insolvency Assistance Fund di mana ini adalah termasuk seperti Yang Berhormat Kubang Kerian kata tadi. Profit ataupun untung daripada penubuhan pelabuhan yang telah pun dibuat di bawah seksyen 77 dan selepas itu termasuk juga semua kos dan pembayaran fees, charges ataupun hutang yang telah pun dipungut oleh pihak Director General of Insolvency di semua prosedur yang terlibat di bawah akta ini.

Dalam akta ini, boleh diguna pakai iaitu terhadap semua elaun ataupun kos yang kena dibayar pada pihak peguam dan juga kepada mereka yang terlibat dalam prosiding- prosiding tertentu. Mereka yang telah pun dilepaskan daripada kebankrapan wang yang terlebih itu akan diberikan kepada mereka sekiranya mereka masih hidup. Sekiranya tidak, akan diberikan kepada Estate Kebankrapan yang telah pun dipohon oleh mereka. Itu sahaja.

final • 11:40 AM

9. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang] minta Menteri Kesihatan menyatakan, langkah kementerian untuk menjayakan peraturan bebas asap rokok di kedai-kedai makan dan apakah tindakan yang perlu dilakukan pekerja kedai makan atau restoran untuk menangani pelanggan yang berdegil dan berkeras tidak mematuhi larangan tersebut.

final • 11:40 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Ledang.

final • 11:40 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, tembakau dan produk tembakau merupakan komoditi sah yang didagang. Namun, ia terbukti secara saintifik berpotensi membawa morbiditi dan mortaliti penggunanya. Oleh sebab ia berbahaya, penggunaan tembakau dan produk tembakau adalah dikawal di bawah konvensyen antarabangsa iaitu Framework Convention on Tobacco Control (WHO FCTC). Di mana Malaysia merupakan ahli parti kepada konvensyen ini semenjak 2005.

Pewartaan kawasan larangan merokok di bawah Peraturan 11 - Peraturan- peraturan Kawalan Hasil Tembakau PPKHT 2004 adalah bertujuan untuk melindungi golongan orang ramai, terutama golongan bukan perokok daripada terdedah kepada bahaya asap rokok. Ini adalah selaras dengan komitmen Malaysia kepada Artikel 8 WHO FCTC.

Selain daripada itu, tujuan lain adalah untuk membudayakan amalan tidak merokok di kalangan masyarakat Malaysia dengan mengehadkan kawasan yang dibenarkan merokok, terutama di kawasan tumpuan orang awam.

Tuan Yang di-Pertua, larangan merokok di tempat makan telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2019 di bawah Peraturan 11. Pelbagai reaksi telah diterima semenjak larangan tempat makan terbuka dilaksanakan. Di mana majoriti rakyat menyokong usaha kerajaan untuk menjadikan tempat-tempat awam bebas daripada bahaya racun asap rokok dan tembakau. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil pendekatan soft approach, dengan izin, dengan memulakan aktiviti penguatkuasaan pendidikan hingga Jun 2019 bagi memberi peluang segenap lapisan masyarakat mengubah tabiat merokok sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang.

Sebagai permulaan kepada pindaan pewartaan ini, semua negeri telah melaksana penguatkuasaan pendidikan yang merangkumi aktiviti pemakluman berkenaan tempat- tempat larangan merokok melalui edaran risalah, maklumat secara individu serta makluman di media masa dan media sosial.

Selain daripada edaran risalah dan makluman individu, mereka yang masih merokok di tempat larangan akan diberikan amaran secara bertulis. Aktiviti penguatkuasaan pendidikan juga merangkumi aktiviti memperingatkan tuan punya premis akan tanggungjawab mereka untuk meletakkan tanda larangan merokok dan memastikan tiada orang merokok sebagaimana Peraturan 12 - Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Sehingga kini, sebanyak 22,047 amaran bertulis telah dikeluarkan, di mana 20,351 adalah amaran kepada tuan punya premis yang gagal meletakkan tanda amaran merokok dan 1,696 amaran kepada individu yang masih merokok di tempat makan. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya menyokong komitmen kerajaan berkenaan dengan Dasar Bebas Asap Rokok dan harap berterusan, bertambah mantap supaya juga dapat menangani isu-isu kesihatan yang lebih mudarat seperti isu ganja, ketum dan juga penyakit berjangkit. Soalan saya, terdapat segelintir pelanggan yang menyatakan bahawa ruang tambahan seperti parkir yang diletakkan meja telah melebihi 3 meter dan meja yang diletakkan itu bukan dalam kawasan restoran kerana menyalahi peraturan pihak berkuasa tempatan. Bagaimana kita hendak mengatasi masalah ini?

final • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Ledang yang turut memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi atas usaha larangan merokok ini. Cuma ketika kami telah melaksanakan ini, Tuan Yang di-Pertua, kita masih lagi seperti mana yang pernah saya sebutkan, kita bukan sekadar untuk impose and enforce. Kita mendengar juga pandangan-pandangan untuk kita menambah baik pelaksanaan ini. Saya bukan Menteri Agama untuk mengharamkan rokok.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad

Akan tetapi saya mengawal kesan bahaya merokok, Tuan Yang di-Pertua. Justeru, apa yang penting adalah untuk kami berbincang dengan pihak PBT negeri yang juga akan mengambil bahagian dalam hal ini. Sementara itu, saya mendapat sokongan daripada pihak negeri dan pihak berkuasa tempatan. Insya-Allah dalam waktu terdekat kami akan menguar- uarkan bagaimana untuk kita menangani syor-syor yang dikemukakan. Juga saya mengambil peluang ini untuk menyebutkan di sini, Tuan Yang di-Pertua. Tentang KKM menganjurkan Program M-Quit untuk berhenti merokok dan ia sedang mendapat sambutan oleh perokok.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, memandangkan usaha kerajaan untuk free smoking kepada yang tidak merokok, apakah kementerian berhasrat mungkin untuk memastikan rakyat Malaysia semua sihat, mengharamkan import rokok di negara kita dan menjadikan negara kita ini free smoking dalam dunia ini. Jadi, semua rakyat kita sihat dan saya sokong.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kinabatangan. Sangat hebat. Untuk menganjurkan itu, saya Menteri Kesihatan mengawal dalam juridiksi dan ruang kerja yang saya bertanggungjawab. Perkara ini pastinya sesuatu yang boleh kita pertimbangkan. Atas semangat untuk bebas rokok ini bukan sahaja satu fenomena, ia adalah satu gagasan WHO dan semua badan-badan antarabangsa.

Jadi oleh sebab itu, dan atas cadangan itu, terima kasih. Akan tetapi kita perlu pertimbangkan segala-galanya. Saya ingat perkara ini boleh kita bincangkan di forum yang sebenarnya, di Kabinet dan sebagainya. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.

Terima kasih atas keprihatinan itu.

final • 11:50 AM

10. Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau] minta Menteri Kewangan menyatakan, apakah butiran terperinci tatacara yang termaktub di dalam Arahan Amanah Tabung Harapan Negara (Trust Deed) dan apakah keputusan kerajaan berhubung penggunaan wang kutipan Tabung Harapan Negara.

final • 11:50 AM

Menteri Kewangan - Tuan Lim Guan Eng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Rembau. Tabung Harapan Malaysia telah ditubuhkan berdasarkan peruntukan di bawah sub seksyen 9(1) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] dan terikat dengan Arahan Amanatnya yang berkuat kuasa pada 17 November 2018.

Baki akhir setakat 14 Januari 2019 iaitu tarikh akhir penerimaan sumbangan ke dalam Tabung Harapan Malaysia adalah sebanyak RM202,716,775.10. Bagi memastikan pengendalian operasi akaun amanah Tabung Harapan Malaysia dapat dilaksanakan secara teratur, telus, berintegriti dan mengikut perundangan, Tabung Harapan Malaysia adalah tertakluk kepada Arahan Amanah atau Trust Deed iaitu Surat Ikatan yang menjelaskan dengan terperinci mengenai tujuan penubuhannya, fungsi dan peranan Jawatankuasa Akaun yang mentadbir akaun tersebut, sumber kewangan dan penggunaan wang dalam akaun.

Antara tatacara pengurusan akaun amanah adalah seperti berikut:

(i) keperluan bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun dengan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan;

(ii) sumber-sumber kewangan yang dikreditkan ke dalam akaun dan penggunaan wang dalam akaun adalah untuk pembayaran hutang Kerajaan Persekutuan dan bayaran balik yang perlu dilakukan bagi tujuan Akaun Amanah ini sahaja dan adalah tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Akaun yang mentadbir; dan

(iii) pengurusan Akaun Amanah yang dikawal selia secara berkala oleh Akauntan Negara Malaysia dan Ketua Audit Negara melalui Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, sesuatu Trust Deed akaun amanah adalah untuk kegunaan Jawatankuasa Akaun dan pentadbir sahaja dan bukanlah untuk makluman umum. Kerajaan melalui siaran media Kementerian Kewangan bertarikh 7 Februari 2019 telah memaklumkan bahawa satu Jawatankuasa Akaun yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan akan memutuskan penggunaan wang Tabung Harapan

final • 11:50 AM

Menteri Kewangan - Tuan Lim Guan Eng

Malaysia ini mengikut tatacara yang termaktub di dalam Arahan Amanah iaitu akan digunakan untuk pembayaran hutang Kerajaan Persekutuan dan pembayaran balik yang perlu dilakukan bagi tujuan Akaun Amanah ini sahaja.

Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah menderma ke dalam Tabung Harapan [Tepuk] untuk membayar hutang negara yang berpunca daripada skandal 1MDB. Sekian, terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Menteri Kewangan. Dari segi pembayaran hutang, kalau dilihat kepada tahun ini berbanding dengan tahun lepas, peratusan daripada perbelanjaan mengurus pada tahun 2018, sebanyak 13 peratus daripada operating expenditure, dengan izin, adalah debt service charge. Tahun ini kurang 12.7 peratus. Debt service charge has been reduced. Dari segi hutang kerajaan, sebahagian besar adalah dari segi tempoh pelupusan lebih daripada 5 tahun. Maksudnya kadar hutang negara dalam keadaan yang terkawal. Jadi, saya hendak tanya kepada Menteri Kewangan, profil hutang yang mana yang akan digunakan untuk dibayar balik daripada Tabung Harapan tersebut?

final • 11:50 AM

Tuan Lim Guan Eng

Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Rembau bahawa kalau kita lihat daripada debt service charge, itu adalah terpulang kepada rundingan dan juga penyelesaian yang pihak kerajaan boleh capai tentang beberapa projek-projek mega. Di sini, saya rasa Yang Berhormat pun tahu. Kita sedang adakan rundingan dengan pihak negara China tentang ECRL dan juga tentang SSCR, di mana projek di Sabah yang melibatkan satu projek, di mana sungguhpun hanya 10 peratus kerja siap tetapi 88 peratus pembayaran telah dibuat iaitu kehilangan RM8.3 bilion.

final • 11:50 AM

Tuan Lim Guan Eng

Ini adalah salah satu di mana masih diadakan rundingan dan sekiranya dibawa ke Arbitrasi, tentu kita mempunyai keyakinan, dapat menjimatkan pembayaran wang faedah yang besar seperti ini. So, di sini perlulah kita lihat dari segi setiap servicing charge, di mana ia melibatkan projek-projek mega ini. Tambah lagi, Yang Berhormat pun tahu, bahawa kita telah kurangkan, kurangkan itu kos untuk projek-projek mega, dan ini pun akan membawa sedikit penjimatan. Sekian, terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan saya berkenaan dengan Tabung Harapan Negara lagi. Adakah pihak kementerian akan menjadikan Tabung Harapan Negara ini sebagai tradisi tahunan bila kerajaan tidak mencukupi kewangan.

Keduanya, Akaun Tabung Harapan ini, adakah akan di-consolidate dalam one account dan akan menjadi sebagai perolehan negara. Sekian.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Guan Eng

Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Pendang, tetapi Yang Berhormat mungkin tidak ikuti jawapan saya. Ini adalah satu Akaun Amanah. So, janganlah anggap ini sebagai perolehan. So, this is a trust deed dan trust deed saya rasa Yang Berhormat pun tahu adalah berlainan. Ia adalah tatacara yang khusus, terikat dengan udang-undang. Tidak boleh digunakan secara sesuka hati. Ini yang pertama.

Kedua, tentang adakah tabung ataupun kutipan hasil atau no, kutipan derma seperti ini daripada orang awam akan diadakan secara tahunan? Tidak. Kita tidak harap kita boleh lakukan ini setiap tahun. Ini hanya dilakukan kerana ada skandal 1MDB.

Ini kerana ada skandal 1MDB, baru bila kita lihat reaksi daripada orang ramai yang mahu menunjukkan mereka begitu muak tentang 1MDB tanpa kira...

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan

Skandal manifesto, terowong, sijil tak ada?

final • 12:00 PM

Tuan Lim Guan Eng

...Tanpa kira itu ‘Bossku’, laku tak laku, itu perkara lain.

Sekiranya tidak ada skandal 1MDB, saya rasa tidak perlunya kita adakan satu Tabung Harapan Malaysia.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Itu Terubong macam mana, Terubong, Terubong.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan

Kerajaan skandal, sijil skandal, terowong, banglo, macam-macam.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Hulu Langat, silakan.

final • 12:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Kinabatangan, jangan kurang ajar.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, duduk, sila duduk.

final • 12:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Kinabatangan...

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan

Kau yang kurang ajar.

final • 12:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jangan kurang ajar.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan

Kau yang kurang ajar...

final • 12:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Bertenang, bertenang...

[Disampuk] Dipersilakan, dua-dua Yang Berhormat duduk dan bertenang. Tarik nafas sekejap. Ini baru hari pertama. Ya silakan.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan

Kau ingat kau siapa.

final • 12:00 PM

11. Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus [Hulu Langat] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, apakah usaha kerajaan menangani masalah permohonan warga asing yang berkahwin dengan warganegara Malaysia mendapatkan taraf penduduk tetap.

final • 12:00 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Mohd Azis bin Jamman

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Langat atas soalan yang diberikan. Tuan Yang di-Pertua, soalan ini straightforward, ia menyentuh tentang warga asing. Bila menyentuh tentang warga asing, bermakna kita setuju bahawa mereka-mereka yang dikategorikan sebagai warga asing ini adalah mereka-mereka yang mempunyai dokumen pengenalan diri daripada negara asal mereka. Jika mereka ini berada di Malaysia, bermakna mereka mempunyai kebenaran masuk untuk ke negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan mempunyai garis panduan yang khusus bagi memproses permohonan warga asing yang berkahwin dengan warganegara Malaysia mengikut perundangan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, permohonan ini akan diteliti secara terperinci supaya ia tidak disalah guna.

Sebelum seseorang mendapat taraf pemastautin tetap melalui permohonan di Jabatan Pendaftaran Negara, pemohon perlu mendapat kelulusan permit masuk daripada Jabatan Imigresen Malaysia. Pemberian permit masuk kepada warga asing adalah selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 10(1) dan (2) Akta Imigresen 1959/1963, yang memperuntukkan kuasa kepada Ketua Pengarah Imigresen untuk mengeluarkan permit masuk berdasarkan syarat dan prosedur yang ditetapkan.

Pasangan kepada warganegara Malaysia layak dipertimbangkan. Pemberian permit masuk kerana termasuk dalam kategori orang yang dikecualikan daripada larangan kemasukan di bawah Perintah Imigresen (Larangan Masuk) 1963. Walau bagaimanapun, permohonan permit masuk golongan ini masih tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia seperti berikut:

(i) pemohon perlu mempunyai Pas Lawatan (Sosial) Jangka Panjang, pasangan kepada warganegara untuk tempoh melebihi lima tahun;

(ii) pemohon perlu mendaftar perkahwinan di Malaysia;

(iii) pemohon perlu melepasi tapisan keselamatan halus daripada PDRM dan bebas daripada senarai syak ataupun senarai hitam daripada Jabatan Imigresen Malaysia; dan

(iv) pemohon perlu melalui sesi temu duga dan naziran bagi memastikan perkahwinan benar-benar wujud dan teratur.

final • 12:00 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Mohd Azis bin Jamman

Selain daripada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia tersebut, salah satu langkah kawalan dan pemantauan sebelum dikeluarkan permit masuk kepada pemohon adalah dengan pertimbangan pemberian pas residen.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, tiada larangan untuk rakyat Malaysia ini berkahwin, malah rakyat Malaysia boleh berkahwin di mana-mana negara di dunia, dengan syarat, perkahwinan ini perlulah didaftarkan di pejabat- pejabat konsulat di mana pasangan ini berkahwin. Sekian, terima kasih.

final • 12:00 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Banyak aduan yang kita dapati, ramai di kalangan suami-suami yang berkahwin dengan warga asing ini mendapati urusan untuk mendaftar perkahwinan mereka mendapat laluan yang sangat sukar dan lambat. Ini telah menyebabkan anak-anak mereka yang lahir terkesan daripada tidak mendapatnya taraf yang dijanjikan kepada isteri-isteri yang sepatutnya layak mendapat itu.

Jadi apakah tindakan daripada kementerian untuk memastikan perjalanan yang lebih mudah, tersusun, tanpa menggadaikan prinsip yang sepatutnya ada. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Terima kasih dengan soalan tambahan tersebut tadi. Sebagaimana saya sebutkan dalam jawapan saya tadi, penilaian terhadap permohonan ini perlu diteliti oleh Jabatan Imigresen Malaysia, kerana perlu kita ingat banyak isu-isu yang berkaitan rapat dengan warga asing ini, ia perlu melalui tapisan-tapisan tertentu. Ada perkara- perkara yang perlu kita lihat dari segi sudut keselamatan, yang mana ini juga merupakan satu aspek yang kita tidak boleh pandang ringan. Sebab sebagaimana kita tahu, ada juga pasangan-pasangan di luar sana yang menyalahgunakan kemudahan ini, di mana mereka menggunakan proses perkahwinan ini sebagai asas untuk mereka tinggal di negara kita secara pintu belakang. Jadi ini adalah di antara perkara-perkara yang menyebabkan proses- proses ini menjadi lambat.

Namun begitu, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Dalam Negeri buat masa ini sedang memperhalus perkara-perkara yang banyak melibatkan tadbir urus, bukan hanya melibatkan permit masuk ini, malah juga isu kewarganegaraan. Sekian, terima kasih.

final • 12:00 PM

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau

Terdapat beberapa kes di Sabah, di mana orang asing berkahwin dengan orang tempatan dan menghasilkan anak dan selepas itu melarikan diri. Soalan saya, apakah tindakan kerajaan untuk menyelesaikan perkara ini, terutama sekali mereka yang mempunyai anak yang mempunyai keperluan untuk masuk ke sekolah dan sebagainya.

final • 12:00 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Terima kasih dengan soalan tambahan Yang Berhormat daripada Keningau. Berkenaan dengan isu kahwin di negeri Sabah, Yang Berhormat pun sedar dan tahu bahawa isu ini merupakan satu isu yang sering dipermainkan oleh penyokong-penyokong Ahli Yang Berhormat juga di negeri Sabah, hingga menuduh Parti Warisan ini memberi kad pengenalan kepada warga asing, PTI. Kita dituduh sebagai parti yang ingin memberi IC kepada warganegara asing. Jadi ini...

final • 12:00 PM

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau

Jawab soalan.

final • 12:00 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Saya akan jawab, sekejap. Saya akan jawab. Jadi isu ini Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya apa yang berlaku, warganegara kita berkahwin dengan bukan warganegara tetapi perkahwinan itu tidak didaftarkan. Inilah masalahnya. Jadi apa yang berlaku kalau mengikut peraturan, bilamana warganegara itu kahwin dengan bukan warganegara dan perkahwinan itu tidak didaftarkan, hasilnya apa? Hasilnya anak yang lahir itu akan dikategorikan juga sebagai bukan warganegara. Inilah kategori yang semakin banyak di negeri Sabah, sebab itulah, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah ada mencadangkan untuk membuat satu program pemutihan, di mana kita ingin mengenal pasti orang-orang ini.

final • 12:00 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman

Kalau kita ingin membantu mereka tetapi bila mana niat dan nawaitu kita untuk membantu mereka-mereka ini, kita pula dituduh dan dihentam sebagai parti menternak PTI.

Bila mana ini yang berlaku, ini yang membantutkan usaha-usaha kita untuk memutihkan orang-orang ini. Sebab, kita tahu memang benar ada masalah ini di negeri Sabah. Akan tetapi, kalau kita tidak ada political will untuk membantu kelompok ini, masalah ini tidak akan dapat diselesaikan. Sekian, terima kasih.

final • 12:10 PM

12. Tuan Che Alias bin Hamid [Kemaman] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, langkah penstrukturan baru terhadap program Podium bagi meningkatkan kualiti atlet negara berhadapan kejohanan-kejohanan antarabangsa.

final • 12:10 PM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kemaman atas soalan tersebut.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini dan juga Ahli Yang Berhormat, kementerian melalui Majlis Sukan Negara (MSN) dan juga Institut Sukan Negara (ISN) telah melakukan penstrukturan semula program latihan Podium dan Kita Juara pada November 2018.

Program yang baharu ini memberi penekanan kepada prestasi atlet berdasarkan sasaran pingat emas di temasya Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan SEA.

Prestasi atlet akan dijadikan penentu kepada imbuhan latihan atlet. Manakala bagi sukan- sukan yang tidak dipertandingkan di peringkat Olimpik pula, pihak kementerian akan memberi tumpuan ataupun perhatian kepada kejohanan-kejohanan berprestij di peringkat dunia yang akan menjadi indicator kepada prestasi atlet tersebut.

Bagi sukan-sukan yang dilihat mampu menyumbang pingat di temasya Sukan Olimpik 2020 nanti seperti berbasikal trek, akuatik terjun dan badminton, perancangan khusus yang telah disediakan oleh program Podium sebelum ini masih diteruskan dengan beberapa penambahbaikan.

MSN telah bekerjasama dengan Institut Sukan Negara (ISN) dalam menganjurkan Bengkel Performance Plan pada 12 sehingga 14 Februari 2019 bagi merangka pelan sokongan sains dan perubatan sukan bagi atlet di bawah program MSN di atas.

Dengan perancangan yang telah dirangka, diharapkan kecemerlangan atlet negara akan dapat diteruskan bukan sahaja di Sukan Olimpik malah di Sukan SEA pada tahun ini dan kejohanan-kejohanan antarabangsa yang lain. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya, adakah kerajaan akan meletakkan satu KPI dalam penstrukturan semula program Podium ini khususnya bagi menghadapi Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan datang bagi merealisasikan target program Podium ini dapat dilaksanakan? Itu saja.

final • 12:10 PM

Tuan Sim Chee Keong

Seperti yang saya telah nyatakan dalam jawapan saya tadi, insentif yang diberikan adalah berdasarkan prestasi yang dicapai oleh atlet-atlet kita dalam temasya-temasya menjelang kepada temasya besar seperti Sukan Olimpik. Sudah tentu bagi Sukan Olimpik 2020 nanti, kita menyasarkan emas terutamanya untuk tiga acara utama yang telah saya sebutkan iaitu acara berbasikal trek, akuatik terjun dan juga sukan badminton yang mana ketiga-tiga sukan ini merupakan sukan yang memberikan peluang yang cerah untuk mendapat keputusan cemerlang di peringkat antarabangsa. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan program Podium khasnya untuk negara kita mendapat pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik Tokyo nanti, itu memang satu langkah yang saya percaya pihak KBS ada perancangan yang teliti. Cuma, ada ura-ura mengatakan bahawa pihak KBS, pihak kerajaan telah mengurangkan elaun yang diberikan kepada atlet. Saya hendak mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah ia benar ataupun tidak? Terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Rasah.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, penstrukturan semula program Podium ini ada empat objektif ataupun empat tujuan iaitu: satu, tumpuan kepada temasya yang penting; kedua, kita akan mengadakan sasaran yang lebih jelas; ketiga, fleksibiliti dalam pelaksanaan program; dan keempat, pengurusan kewangan yang lebih adil dan efisien.

Memang saya tidak menafikan bahawa ada sesetengah atlet telah dikurangkan imbuhan mereka kerana, seperti yang saya sebutkan tadi, imbuhan ataupun insentif diberikan berdasarkan prestasi yang dicapai dalam kejohanan yang sebelum ini, contohnya Sukan Asia tahun lalu. Akan tetapi, saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, satu perkara yang mungkin tidak diketahui iaitu bilangan atlet yang mendapat peningkatan dari segi insentif dan imbuhan sebenarnya lebih ramai daripada bilangan atlet yang telah dikurangkan imbuhannya.

final • 12:10 PM

Tuan Sim Chee Keong

Walau bagaimanapun, satu rombakan semula, satu kajian semula sedang dilaksanakan dan akan diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri dalam masa terdekat tentang imbuhan ataupun insentif yang diberikan kepada atlet. Sekian, terima kasih.

final • 12:10 PM

13. Tuan Hassan bin Abdul Karim [Pasir Gudang] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, apakah status projek lintasan Kereta Api RTS (Rapid Transit System) antara Woodlands Singapura dengan Bukit Cagar, Johor Bahru bagi mengatasi kesesakan di Tambak Johor? Apakah projek RTS itu akan dilaksanakan?

final • 12:10 PM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang yang mengemukakan soalan.

Kesesakan di sempadan Malaysia-Singapura di kedua-dua CIQ Johor Bahru dan Link Kedua merupakan cabaran yang besar dan rumit. Lebih kurang 300,000 orang merentasi sempadan negara tiap-tiap hari melalui sama ada Tambak Johor atau Link Kedua untuk bekerja ataupun melawati Singapura.

Golongan pekerja migran yang berulang-alik dari Johor ke Singapura untuk mencari rezeki membawa balik mata wang asing dan menyumbang kepada ekonomi Malaysia.

Kerajaan amat prihatin akan cabaran golongan tersebut yang terpaksa menghadapi kesesakan berjam-jam setiap hari di Tambak Johor dan Link Kedua.

Untuk makluman Yang Berhormat, projek Rapid Transit System (RTS) Link merupakan projek yang dipersetujui untuk dibina bersama dengan Kerajaan Singapura dengan kos keseluruhan sebanyak RM10 bilion di mana RM4 bilion merupakan kos yang ditanggung oleh pihak Malaysia bagi pembinaan sehingga sempadan antarabangsa dan dijangka beroperasi sebelum 31 Disember 2024.

Sistem rel sepanjang empat kilometer ini berkapasiti membawa 10,000 penumpang sehala setiap jam di antara Bukit Chagar, Johor Bahru ke Woodlands, Singapura di mana ia bersaling hubung dengan stesen MRT Woodlands North Thomson East-Coast Line.

Perjanjian dua hala antara Kerajaan Malaysia dan Singapura berkenaan pelaksanaan projek RTS ditandatangani pada 16 Januari 2018 di bawah pentadbiran kerajaan yang terdahulu.

Selepas PRU yang ke-14, pelaksanaan beberapa projek mega infrastruktur seperti KL-Singapore High-Speed Rail dan MRT Circle Line dikaji semula atau ditangguhkan mengambil kira kedudukan kewangan kerajaan semasa. Walau bagaimanapun, kerajaan tetap komited dalam meneruskan projek RTS Link seperti mana yang diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 30 Mei 2018 dengan syarat penjimatan kos keseluruhan projek.

Oleh yang demikian, kerajaan sedang berusaha untuk mencari pendekatan yang paling cost-effective bagi memastikan projek RTS Link dapat dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan. Kerajaan masih dalam proses perbincangan dan menilai pandangan- pandangan daripada beberapa pihak termasuk Kementerian Pengangkutan berkenaan model kewangan yang sesuai dan penentuan entiti yang akan terlibat dalam pelaksanaan projek ini selaku syarikat InfraCo termasuk juga entiti yang berperanan mewakili Malaysia sebagai pemegang syer majoriti di dalam syarikat usaha sama JV OpCo.

Kerajaan Malaysia juga akan memantau dan memastikan tambang yang dikenakan oleh JV OpCo adalah berpatutan mengikut kebolehupayaan bayar pengguna walaupun kadar tambang mengikut perjanjian dua hala RTS Link boleh ditetapkan oleh JV OpCo terutamanya bagi waktu puncak pagi di mana permintaan boleh melebihi kapasiti perkhidmatan yang disediakan. Itu jawapan kepada soalan Yang Berhormat Pasir Gudang. Sekian, terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, adakah pengambilan tanah oleh Kerajaan Negeri Johor ke atas Taman Perumahan Kim Teng Park di Johor Bahru yang akan diserahkan kepada pihak pemaju swasta ada kaitan secara langsung dengan projek RTS tersebut?

final • 12:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

Untuk Yang Berhormat Pasir Gudang dan kepada penduduk-penduduk di Johor Bahru, sebenarnya projek ini belum dimuktamadkan lagi. Itu sebabnya saya tidak pasti apakah bentuk pengambilan tanah yang dilaksanakan sekarang ini. Bagi kita, tidak ada sebarang pengambilan tanah dimulakan sebab projek ini belum

final • 12:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

dimuktamadkan lagi. Jadi, sebarang pengambilan tanah berkenaan projek ini belum lagi dimulakan.

Jadi, saya meminta supaya penduduk-penduduk ini bertenang dan mungkin Yang Berhormat Pasir Gudang boleh memberikan penjelasan kepada penduduk-penduduk di sana bahawa setakat ini projek ini belum lagi dimuktamadkan dan kita masih belum menandatangani sebarang perjanjian dengan pihak Singapura berkenaan dengan InfraCo ataupun JV OpCo. Kalau kita sudah tentukan entiti mana yang akan bertanggungjawab terhadap InfraCo, baru kita akan memulakan proses pengambilan tanah. Akan tetapi pengambilan tanah itu hanya Bukit Cagar sebagai stesen dan ia tidak melibatkan taman perumahan. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan kedua.

final • 12:20 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Sini.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Pontian. Silakan.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Adakah punca projek ini belum dimuktamadkan kerana Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Pakatan ingin membina jambatan bengkok yang saya kira akan lebih tinggi kosnya? Setakat mana keputusan mengenai jambatan bengkok itu? Adakah akan dibuat ataupun bagaimana? Terima kasih.

final • 12:20 PM

Tuan Look Siew Fook

Terima kasih, Yang Berhormat. Itu andaian Yang Berhormat sahaja. Faktor, memang kita ada sedikit kelewatan dalam menandatangani perjanjian dengan pihak Singapura tetapi ia bukan disebabkan oleh apa-apa faktor yang lain. Faktor utamanya ialah kita hendak mencari satu pendekatan di mana ia akan menjurus kepada kos yang paling efektif dan salah satu opsyen yang kita lihat ialah bahawa projek ini mungkin akan diserahkan kepada pihak swasta melalui PFI iaitu pihak swasta akan melabur dalam projek ini supaya kerajaan tidak perlu menanggung kos pembinaan projek tersebut.

Kalau ia boleh diswastakan, mungkin pihak swasta boleh membiayai perbelanjaan untuk membina projek tersebut dan mereka akan melabur. Mungkin kita akan melihat kepada satu tambang yang lebih rendah daripada apa yang diunjurkan sebelum ini. Jadi ia bukan disebabkan oleh faktor-faktor lain dan harapan kita ialah supaya melihat projek ini dapat dilaksanakan dengan kos yang paling efektif dan kerajaan boleh mengurangkan beban tanggungan kewangan kita. Terima kasih.

final • 12:20 PM

14. Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [Pasir Puteh] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan, apakah status terkini pelaksanaan arahan penurunan harga perkhidmatan internet jalur lebar.

final • 12:20 PM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Tuan Eddin Syazlee Shith

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab secara bersekali pertanyaan lisan oleh Yang Berhormat Pasir Puteh bersama-sama dengan Yang Berhormat Dungun, Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli iaitu soalan pada 21 Mac 2019, Nombor 52 kerana ia menyentuh isu yang sama iaitu caj perkhidmatan jalur lebar.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah pun melaksanakan Standard-standard Mandatori Mengenai Harga Capaian iaitu, dengan izin, Mandatory Standard on Access Pricing (MSAP) bermula pada 8 Jun 2018. MSAP telah diperkenalkan dari 1 Januari 2018 dan dijalankan sepenuhnya pada 8 Jun tahun yang sama.

Dengan pelaksanaan MSAP, kerajaan menjangkakan penurunan harga perkhidmatan jalur lebar di Malaysia sekurang-kurangnya sehingga 25 peratus menjelang penghujung tahun 2018. Semakan pada akhir tahun 2018 mendapati, sasaran pengurangan harga telah berlaku sekurang-kurangnya sehingga 25 peratus dan ini telah berjaya dilakukan.

Pada 7 Oktober 2018, SKMM mengumumkan empat syarikat telekomunikasi yang utama iaitu Telekom, Maxis, TM dan Celcom telah berjaya menurunkan harga secara purata sebanyak 49 peratus. Selain daripada pengurangan harga ini, syarikat-syarikat telekomunikasi juga turut mengumumkan peningkatan kelajuan pada harga yang sama, di

final • 12:20 PM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Tuan Eddin Syazlee Shith

mana terdapat syarikat telekomunikasi yang telah menawarkan peningkatan kelajuan sehingga 10 kali ganda.

Justeru, sebarang pengurangan harga perkhidmatan jalur lebar adalah tertakluk kepada kuasa prasyarat atau secara ringkas, MSAP ini telah menjadikan satu persaingan yang sihat di antara pembekal-pembekal perkhidmatan untuk memberikan mutu perkhidmatan yang lebih baik pada kadar yang mampu milik dan lebih rendah dan persaingan itu wujud untuk menentukan pengguna menerima lebih pilihan pada kadar yang berpatutan.

final • 12:20 PM

Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya yang berkaitan berkenaan dengan sejauh mana kawalan daripada pihak kerajaan kepada syarikat-syarikat multimedia yang beroperasi dalam negara kita, khususnya check and balance di antara pengguna dan juga syarikat. Syarikat kadangkala mengenakan peraturan-peraturan yang ketat yang menyebabkan pengguna sebagai contoh, kalau syarikat ini tidak mampu memberi khidmat tetapi caj tetap dikenakan.

Jadi sejauh manakah kawalan ini berlaku? Sekian, terima kasih.

final • 12:20 PM

Tuan Eddin Syazlee Shith

Terima kasih kepada soalan tambahan Yang Berhormat Pasir Puteh. Ya, SKMM sentiasa memantau aduan-aduan yang dibuat berkaitan dengan mutu perkhidmatan dan caj-caj yang dikenakan.

Akan tetapi berkaitan dengan soalan yang asal berkenaan penurunan harga perkhidmatan ini, saya tidak melihat sebarang masalah khususnya kementerian tidak melihat sebarang masalah kerana berdasarkan semakan yang dibuat dan pemantauan yang dibuat, pada penghujung tahun 2018 telah pun berlaku penurunan sehingga ke 25 peratus dan seterusnya empat syarikat utama tadi saya sebutkan telah menurunkan sehingga 49 peratus kadar-kadar caj yang dikenakan. Ini adalah bagi saya satu tanda yang sangat positif untuk menunjukkan syarikat-syarikat pembekal perkhidmatan ini telah pun memberikan kerjasama dan mematuhi syarat-syarat dan kehendak yang ditetapkan oleh kerajaan dan SKMM, khususnya.

final • 12:20 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya adalah, saya menghargai bahawa usaha daripada kerajaan dan operator untuk menurunkan harga. Akan tetapi untuk Telekom khasnya, pakej UniFi sememangnya telah pun diturunkan harga tetapi Streamyx yang digunakan oleh ramai orang tidak diturunkan yang mana sekarang pakejnya berdiri di atas RM160 untuk 8 Mbps manakala UniFi package telah pun turun sehingga RM129 untuk 100 Mbps. Apakah penjelasan daripada pihak kementerian?

final • 12:20 PM

Tuan Eddin Syazlee Shith

Terima kasih di atas soalan tambahan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, ini adalah bersesuaian dengan matlamat ataupun kehendak pasaran yang mana lebih ramai pengguna lebih berminat untuk menggunakan perkhidmatan UniFi berbanding dengan Streamyx kerana dari segi kelajuan, UniFi boleh memberikan mutu perkhidmatan yang lebih baik berbanding dengan Streamyx. Cuma ada juga permintaan yang masih mahu kekal dengan perkhidmatan Streamyx.

Walau bagaimanapun, ini adalah satu insentif untuk menggalakkan lebih ramai ataupun lebih ramai pengguna untuk beralih kepada penggunaan UniFi. Itu adalah sasaran yang diletakkan oleh syarikat telekomunikasi yang berkenaan ataupun Telekom khususnya.

Berkenaan Streamyx ini, difahamkan Streamyx ini memerlukan kos yang agak besar kerana masih menggunakan copper sebagai alat-alat untuk menjalankan dan memberikan perkhidmatan.

final • 12:20 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya tanya sedikit Peraturan Mesyuarat atau tidak?

Saya rasa ini melanggar Peraturan Mesyuarat ini. Kita sudah lebih daripada pukul 12.00 sudah. Tuan Yang di-Pertua, can I be adviced under which Peraturan ...

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak, sebab kita kira dari saat kita bermula iaitu 12.30 kalau hadnya.

final • 12:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin

I am so sorry. I stand to be corrected lah. Bagi saya kalau hari Selasa sampai pukul 12.00, you boleh extend sampai 15 minit sahaja ataupun tidak lebih daripada itu, Tuan Yang di-Pertua. Itu yang biasanya amalan yang kita pakai. Minta maaf, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ini memang mengikut peraturannya.

final • 12:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin

I am staying as to be guided lah.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, terima kasih.

final • 12:20 PM

15. Puan Nor Azrina binti Surip [Merbok] minta Menteri Kesihatan menyatakan, apakah langkah yang telah diambil oleh kementerian berkenaan keselamatan radiasi mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh “International Commission on Radiological Protection (ICRP) dan “World Health Organization (WHO).

final • 12:20 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Merbok. International Commission on Radiological Protection (ICRP) adalah sebuah organisasi antarabangsa bukan kerajaan dan bebas yang bermatlamatkan untuk memberi syor-syor dan panduan berkaitan perlindungan dan keselamatan kepada komuniti perubatan dan orang ramai daripada sinaran mengion, dengan izin, ionizing radiation. Syor-syor dan panduan yang dikeluarkan oleh ICRP dalam pelbagai bentuk penerbitan, publication supporting guidance and annals dan ia bukan berbentuk mandatori untuk dilaksanakan oleh sesebuah negara.

final • 12:20 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad

Penggunaan dan keselamatan radiasi di Malaysia dikawal dan dipantau melalui Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 Akta 304, oleh dua agensi penguatkuasaan, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Bahagian Kawal Selia Radiasi Perubatan untuk maksud perubatan manakala Lembaga Pelesenan Tenaga Atom mengawal punca radiasi bagi tujuan bukan perubatan. Pengawalan penggunaan radiasi oleh KKM melibatkan aktiviti pelesenan, pendaftaran, pemeriksaan, penguatkuasaan dan pendakwaan.

Selain dari itu, KKM juga mengeluarkan dokumen seperti peraturan, pekeliling, garis panduan dan manual kepada institusi perubatan yang berlesen, berdaftar untuk tujuan panduan dan amalan baik atau best practice berkaitan keselamatan radiasi kepada pesakit, pekerja dan orang awam dari semasa ke semasa. Penyediaan dokumen-dokumen berkenaan mengambil kira atau menerima pakai dokumen yang dikeluarkan oleh badan- badan antarabangsa termasuklah International Commission on Radiological Protection, World Health Organization dan International Atomic Energy Agency (IAEA). Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Saya merujuk kepada keputusan laporan Jawatankuasa Eksekutif Penilaian Mengenai Operasi Lynas yang mana disebutkan bahawa WLP itu merupakan salah satu sisa pepejal yang mengandungi bahan radioaktif yang seperti Menteri sebutkan tadi. Jadi apakah langkah-langkah Kementerian Kesihatan sebab ia melibatkan public health punya concern? Sekian.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Hj Dzulkefly bin Ahmad

Tiada risiko peningkatan kes kanser di Kuantan yang sejauh yang kami pantau dan juga tiada kes kanser dan tidak dapat dipastikan punca kerana, jika ada kes kanser, maaf, tidak dapat dipastikan puncanya kerana punca kanser adalah pelbagai faktor, dengan izin, multifactorial termasuklah bahan kimia, pemakanan, tabiat dan pelbagai faktor yang lain. Justeru, untuk kita pin down, dengan izin kepada satu faktor yang diistilahkan sebagai etiologinya, puncanya adalah sukar.

Ini kita libatkan kajian 11 buah klinik kesihatan di Kuantan. Kita membuat beberapa pemantauan dan sehingga kini kita over and above baseline, kita perhatikan, tiada risiko dalam penggunaan sejauh ini. Itu kami boleh verify, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Masa dah tiba, sejam setengah lebih kurang untuk...

final • 12:30 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Soalan.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sila.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Soalan tambahan.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan?

final • 12:30 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ya, Lynas, Pendang, berkenaan dengan Lynas.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya ingat dah sampai masa sejam tiga puluh minit. Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat, hari ini kita mencapai sasaran 15 soalan yang dijawab...

[Tepuk] [Masa untuk pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 12:30 PM
USUL
JALAN-JALAN MASUK KE PARLIMEN

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Mohd Azis bin Jamman

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sukacita dimaklumkan bahawa saya ingin mengemukakan satu usul seperti berikut:

“Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang Ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan ini dan supaya jangan ada huru-hara di bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu”.

Sekian, terima kasih.

final • 12:33 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 12:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya usul oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri yang telah dibacakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 12:33 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bharu

Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan:

"Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:

"Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kedua, Parlimen Yang Ke-14."

final • 12:36 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum itu, Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menjemput Yang Berhormat Johor Bahru bagi memulakan ucapan Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, saya ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat agar menggunakan ruang masa sewaktu tempoh perbahasan ini dengan sebaik mungkin.

Saya mencadangkan agar Yang Berhormat Johor Bahru diberikan masa dua jam sebagai pencadang usul dan diikuti Yang Berhormat Hulu Langat sebagai penyokong usul diberi masa selama satu jam bagi berbahas ke atas usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Manakala bagi Ketua Pembangkang pula, saya mencadangkan agar satu setengah jam tempoh masa diberikan untuk berbahas. Selepas selesai ucapan pencadang dan penyokong usul serta Ketua Pembangkang, saya mencadangkan agar setiap Yang Berhormat diberikan tempoh selama 20 minit untuk berbahas, ia mencukupi ya. Seperti saya sebutkan awal-awal tadi, kita fleksibel ya mengikut keadaan tetapi lebih kurang dalam lingkungan 20 minit. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Johor Bahru bagi memulakan ucapan, silakan Yang Berhormat.

final • 12:36 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bharu

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera yang saya hormati Tuan Yang di-Pertua dan seluruh Ahli-ahli Dewan Rakyat. Dewan ingin mengalu- alukan kedatangan Ahli-ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Cawangan Batu Pahat seramai 40 orang, selamat datang...

final • 12:36 PM

[Dewan tepuk]

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bharu

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Marilah kita melahirkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan nikmatnya dapat kita kembali ke Parlimen ini untuk Sesi Pertama Penggal Kedua bagi Parlimen Ke-14. Alhamdulillah negara ini terus dikurniakan keamanan dan kemakmuran dalam keadaan Kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin Yang Amat Berhormat Langkawi berdepan dengan cabaran getir untuk membina semula negara Malaysia yang tercinta ini...

[Tepuk] Saya berterima kasih kepada Majlis Backbenchers ataupun BBC kerana telah memberi peluang kepada saya sebagai pencadang untuk Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja. Saya beranggapan dengan ruang yang diberikan kepada anak muda buat julung- julung kalinya akan membolehkan ucapan dan teguran yang lebih terbuka dan telus tanpa berkompromi ataupun berkepentingan politik semata-mata sebaliknya mengangkat suara rakyat kebanyakan.

Rakyat mahukan keberanian kita menyatakan kebenaran, bukan sekadar untuk mengaburi pencapaian dengan angka-angka tertentu sahaja tanpa merujuk kepada realiti ataupun keadaan sebenar. Kita jangan sesekali mengikut rentak kerajaan terdahulu yang menekan suara rakyat, yang tidak menghiraukan keluh-kesah mereka, titik bengik dan sebagainya sehinggakan mereka tiada jalan yang lain melainkan menumbangkan kerajaan Yang Berhormat Pekan dari Pilihan Raya Umum Keempat Belas.

final • 12:36 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Boleh mencelah? Boleh mencelah Yang Berhormat Johor Bahru?

final • 12:36 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bharu

Baru nak panas, nanti saya bagi.

final • 12:36 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Jam ini berjalan ke tak.

final • 12:36 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bharu

Nanti saya bagi.

final • 12:36 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Boleh jangan salahkan kerajaan terdahulu, ada idea lain tak Yang Berhormat Johor Bahru? Bagi idea baru [Ketawa]

final • 12:36 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bharu

Sekejap lagi saya akan bagi.

final • 12:36 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Siapa kata kerajaan dahulu tidak peka kepada rakyat?

final • 12:36 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bharu

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:36 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Kenyataan itu sudah salah, siapa kata...

final • 12:36 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bharu

Saya tak bagi laluan, sekejap lagi saya bagi laluan.

final • 12:36 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Siapa kata kerajaan dahulu tidak peka kepada rakyat? Baris pertama dah salah dah.

final • 12:36 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bharu

Dalam ucapan pencadang usul ini, saya akan bahagikan kepada tiga perkara asas utama iaitu pertama saya akan bangkitkan soal ekonomi. Yang kedua soal pekerjaan dan gaji dan yang ketiga soal pentadbiran dan tata kelola yang baik. Setiap bahagian ini saya akan kupas dan cerakinkan kepada beberapa perkara bagi memperkukuhkan yang mana selepas ini saya akan bagi ruang kepada Yang Berhormat Pontian untuk mencelah. Saya juga akan selitkan pandangan, suara-suara anak muda dalam isu-isu tersebut.

Saya yakin bahawa ketiga-tiga isu ini merupakan tumpuan dan kehendak sebenar rakyat. Walaupun terdapat sesetengah cubaan untuk mengalihkan perhatian kita kepada isu sentimen perkauman, sentimen agama dan sebagainya. Saya juga percaya matlamat kita akhirnya adalah supaya kita dapat memberikan keadilan kepada rakyat dalam ekonomi, pekerjaan dan gaji serta pentadbiran yang baik.

final • 12:36 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bharu

Dalam soal ekonomi, sudah menjadi tanggungjawab Pakatan Harapan untuk memastikan ekonomi negara terus berkembang dalam keadaan kerajaan berdepan dengan tanggungan hutang yang diwarisi daripada era Yang Berhormat Pekan dan ketidaktentuan ekonomi dunia. Alhamdulillah, dalam segala bentuk kekangan ekonomi negara telah berkembang sebanyak 4.7 peratus pada tahun lalu...

final • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Boleh mencelah tak?

final • 12:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

...Dan jumlah perdagangan mencatat nilai sebanyak RM1.9 bilion.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Kata nak kurangkan hutang tapi hutang tak kurang pun, malahan bertambah lagi...

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Seorang Ahli

Duduklah.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Teruskan Yang Berhormat Johor Bahru.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Tuan Yang di-Pertua, saya akan bagi ruang kepada Yang Berhormat Pontian sebentar lagi. Jadi suruh dia bersabar sekejap.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Pontian, bersabar. Teruskan Yang Berhormat Johor Bahru [Ketawa]

final • 12:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Namun kita akui terdapat...

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Belakang itu jangan jadi tukang sorak ya.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

...Mereka yang kurang pasti sejauh mana kesan positif ekonomi kepada masyarakat biasa. Jadi saya mulakan isu ekonomi ini dengan menilai hala tuju ekonomi rakyat yang akan diangkat oleh Kerajaan Harapan. Sepuluh bulan telah berlalu sejak Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Pelbagai ujian, cabaran, kritikan yang dihadapi dalam usaha untuk mengangkat agenda reformasi dan meletakkan kembali negara kepada landasan yang betul.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Ada perkara yang dilaksanakan disambut baik, sebagai contoh memansuhkan GST, bantuan sara hidup, menstabilkan harga minyak, skim-skim kebajikan untuk golongan B40 dan pelbagai lagi. Namun, ada juga keputusan yang dibuat tidak mencerminkan perubahan yang kita dambakan dan perkara ini tidak disenangi oleh rakyat. Jadi para Menteri kena ambil perhatian dan ada kalanya tak apa kerajaan kena ambil pandangan rakyat dan menilai semula beberapa keputusan yang telah dibuat.

Kita sewajarnya tidak perlu berasa angkuh kepada rakyat dan kerajaan hari ini seharusnya tidak menggunakan kepercayaan yang telah diberikan untuk melaksanakan sesuatu yang mungkin bertentangan dengan prinsip keadilan untuk rakyat. Namun, jika kita imbau keadaan dalam penggal yang lalu, negara berada dalam kekusutan pentadbiran kerajaan Yang Berhormat Pekan sebelum ini yang terpalit dengan skandal rasuah terbesar dalam sejarah dunia. Sentimen perkauman yang disemarakkan sedangkan rakyat terpaksa berhempas-pulas bergelut dengan kesengsaraan hidup. Jangan kita lupa apa yang telah dilakukan oleh pentadbiran Yang Berhormat Pekan yang menekan ekonomi rakyat.

final • 12:40 PM

Beberapa Ahli

Betul! Betul!

final • 12:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Beliaulah yang menjuarai pelan rasionalisasi subsidi atau apa yang sebenarnya berlaku adalah pelan menghapuskan subsidi rakyat yang natijahnya kini rakyat terhimpit dengan masalah kos barang yang tinggi.

final • 12:40 PM

Beberapa Ahli

Betul! Betul! Pencuri! Pencuri!

final • 12:40 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

[Rakaman kurang jelas] ...Boleh cakap.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Misalnya pada tahun 2013 dalam Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat Pekan telah mengemukakan Belanjawan 2014 untuk memansuhkan subsidi gula sebanyak 34 sen yang telah menjadi salah satu punca kenaikan harga makanan.

final • 12:40 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Boleh bagi laluan pada Lenggong?

final • 12:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Sekejap lagi saya bagi.

final • 12:40 PM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Beri semula subsidi itu.

final • 12:40 PM

Seorang Ahli

Duduklah.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Kemudian, pada tahun berikutnya Yang Berhormat Pekan telah menaikkan kadar tol sebanyak 50 sen sehingga RM2 di 15 buah lebuh raya...

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Bulan Mac 2015, Yang Berhormat Pekan telah memansuhkan subsidi minyak ataupun petrol yang menyebabkan kenaikan harga sehingga 25 sen ketika itu.

final • 12:40 PM

Seorang Ahli

Menindas rakyat.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Tanggal 1 April 2015, Yang Berhormat Pekan sekali lagi telah memperkenalkan pula cukai GST...

final • 12:40 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Minta pencelahan.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

...Sebanyak enam peratus kepada hampir semua barang dan perkhidmatan yang telah menyebabkan lonjakan inflasi harga barang sehingga...

final • 12:40 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Minta pencelahan Yang Berhormat Johor Bahru.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Sekejap, sekejap.

final • 12:40 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Johor Bahru, bagilah.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Saya habiskan hujah ini. Sehingga mencecah tiga peratus...

final • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Pontian pun nak mencelah tak dapat-dapat.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Nak kaitkan dengan isu ekonomi yang dibangkitkan...

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Boleh, bagilah.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Ada dua jam ini, bagilah pencelahan.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi ruang untuk laluan kepada Yang Berhormat Johor Bahru.

final • 12:40 PM

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:40 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Nanti terlepas isu, tak sedap kita bincang. Sekarang dah bangkit isu ekonomi, isu yang berkaitan jadi kalau dah lepas, dah tak sedap lagi kita hendak bincang.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Tak apa, sekejap lagi saya bagi.

final • 12:40 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Bagilah. Takutlah Yang Berhormat Johor Bahru.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, Johor Bahru akan bagi peluang. Bagi Yang Berhormat Johor Bahru dulu, terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kami bukan Taliban, sebab itu kita minta sekarang ini.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Apa yang dia takut nak bagi?

Sekejap bila?

final • 12:40 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Johor Bahru takutkah?

final • 12:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Tak sampai sepuluh minit lagi Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Johor Bahru akan bagi peluang, teruskan Yang Berhormat Johor Bahru.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Jadi saya ulang lagi sekali...

final • 12:40 PM

Seorang Ahli

Bagi cukup-cukup.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Tanggal 1 April 2015, Yang Berhormat Pekan telah memperkenalkan cukai GST sebanyak enam peratus kepada hampir semua barang dan perkhidmatan yang telah menyebabkan lonjakan inflasi harga barang sehingga mencecah tiga peratus pada suku ketiga 2015 berbanding hanya... peratus semasa diperkenalkan.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Minta pencelahan, isu inflasi ini.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Satu lagi, sekejap.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Duduk dulu Yang Berhormat Pendang.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Jangan kita lupa ketika pembentangan Bajet 2017, Yang Berhormat Pekan sekali lagi menekan rakyat dengan mengumumkan pemansuhan subsidi minyak masak melalui penghapusan dana RM950 juta Skim Penstabilan Harga Minyak Masak.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Habislah Rantau, kalau macam ini punya hujah Rantau tidak ada chance lah.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Saya bagi peluang kepada Yang Berhormat Pontian.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Pontian, dah dapat peluang silakan.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Terima kasih. Pertama, mengenai hutang, daripada hari itu lagi pihak rejim PH ini mengatakan hutang, hutang, hutang, RM1 trilion dan sebagainya sedangkan dalam dokumen rasmi RM686 bilion. Akan tetapi tahu kah Yang Berhormat Johor Bahru, hutang sekarang ini meningkat kepada RM741 bilion. Kata hendak turunkan hutang, RM686 naik RM741, patutnya RM686 turunlah kepada RM600 bilion ke apa tetapi bertambah. Cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Johor Bahru, sila.

final • 12:40 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Yang Berhormat Johor Bahru, minta pencelahan.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Okey, silakan.

final • 12:40 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Menjawab soal hutang, Yang Berhormat Johor Bahru, yang dikhabarkan peningkatan hutang itu atas bebanan siapa?

Siapa yang melahirkan longgokan hutang sebelum ini yang terpaksa ditanggung, hutang yang terpinggir dan hutang yang kenyataannya ditanggung oleh rakyat.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Habislah Rantau.

final • 12:40 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Jadi persoalan saya kepada Yang Berhormat Johor Bahru, adakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya bahawa...

final • 12:40 PM

Seorang Ahli

Kerajaan Taliban, kerajaan Taliban...

final • 12:40 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

...Longgokan hutang ini sebenarnya berpunca daripada kebobrokan kerajaan rejim! Ditujukan kepada Yang Berhormat Johor Bahru.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Habislah Rantau, tidak ada chance lah macam ini, confirm kalahlah.

final • 12:40 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

[Bangun]

final • 12:40 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Confirm kalahlah Rantau, kalau macam ini punya standard, confirm kalahlah Rantau.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ini macam punya standard, habislah Rantau...

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat...

final • 12:40 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Kalau begitu PM keenam warisi hutang dari PM empat kah...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terpulang Yang Berhormat Johor Bahru nak bagi pada siapa.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Rakyat dah bosan dah hujah itu.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tambah tadi.

final • 12:40 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Boleh Yang Berhormat Johor Bahru tambah tadi?

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Minta Yang Berhormat Johor Bahru, sila beri laluan kepada siapa?

final • 12:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Sekejap, saya simpulkan sedikit ucapan Yang Berhormat Kapar tadi.

final • 12:40 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Lengong, Lenggong, kata nak bagi tadi.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Bera, Bera.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Sekejap Ketua Pembangkang, tahniah pertama kali jadi Ketua Pembangkang tapi bagi saya jawab sedikit.

final • 12:40 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Takut juga.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Bukan takut sebab sekarang Yang Berhormat Pontian yang kena pertahankan Yang Berhormat Pekan.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Budak-budak bercakap macam itulah.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Dalam keadaan Dewan sekarang ini, Yang Berhormat Pontian yang telah diarahkan untuk mempertahankan kerajaan Yang Berhormat Pekan sebelum ini...

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Malu apa bosku?

final • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Ini yang hutang naik RM55 bilion, hutang naik RM55 bilion dalam masa sepuluh bulan ini apa hal?

final • 12:40 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Yang Berhormat Johor Bahru.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Sebanyak RM741 tolak RM686, RM55 bilion sepuluh bulan, gila punya!

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kalau begini punya standard ucapan, saya keluar Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tidak benarkan untuk celahan yang mengganggu. Saya minta Yang Berhormat Johor Bahru teruskan.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Saya lihat kalau dikiralah perkiraan Yang Berhormat Pontian, kalau ambil interest enam percent daripada bebanan hutang kerajaan Najib sebelum ini Yang Berhormat Pekan, itu sahaja sudah hampir mencecah RM50 bilion...

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Johor Bahru cakap tak ikut faktalah.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Johor Bahru.

final • 12:40 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Yang Berhormat Johor Bahru, saya nak masukkan fakta. Yang Berhormat Johor Bahru bagi Kangar dulu.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Pengalaman banyak mana itu Yang Berhormat Johor Bahru? Budak mentah.

final • 12:40 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru.

Saya ingat kawan-kawan kita...

final • 12:40 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Takut, takut, takut.

final • 12:40 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Saya ingat kawan-kawan kita di sebelah sana tidak faham apa Yang Berhormat Johor Bahru nak maksudkan.

final • 12:40 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Bukan tak faham, nak bagi dia faham. Dia yang tidak faham, Yang Berhormat Johor Bahru yang tak faham itu.

final • 12:40 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Setuju tak, nanti-nanti tunggu giliran. Setuju tak, tadi Yang Berhormat Pontian ada sebut tentang dokumen rasmi. Saya ingat Yang Berhormat Pontian pun tidak baca dokumen rasmi dulu-dulu. Kalau kita tengok laporan ekonomi Malaysia, setuju tak Yang Berhormat Johor Bahru, semasa Yang Berhormat Pekan baru mengambil alih ...

final • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Mana Yang Berhormat Kangar tahu saya tidak baca?

final • 12:40 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Nanti saya habis dahulu. Duduk, duduk. Saya ...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Pontian telah diberi peluang bercakap tadi. Sekarang bagi untuk Yang Berhormat Kangar.

final • 12:40 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Setuju tak dalam laporan ekonomi kalau kita tengok sejak Yang Berhormat Pekan menjadi Perdana Menteri sampai dia habis jadi Perdana Menteri, hutang negara kita meningkat daripada kurang RM400 bilion sampai RM686 bilion.

Itu baru hutang kerajaan. Kalau rujuk juga kepada dokumen rasmi, juga dicatatkan satu seksyen berkaitan dengan hutang sektor awam yang ketika Yang Berhormat Pontian sebelum habis penggal dia sudah mencecah hampir RM1 trilion.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

[Bangun]

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara

[Mencelah]

final • 12:40 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Itu juga dalam dokumen rasmi. Jadi jangan Yang Berhormat Pontian nafikan bahawa dokumen yang sama juga disediakan semasa Barisan Nasional memerintah, menunjukkan angka-angka ini. Tadi, saya hendak sambung lagi, tadi apabila Yang Berhormat Johor Bahru sebut tentang penghapusan subsidi demi subsidi, itu menunjukkan bahawa hutang yang bertambah lebih daripada RM200 bilion zaman Yang Berhormat Pekan hendak cuba ditampung dengan menyeksa rakyat dengan hapuskan subsidi.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Dia tuduh saya Tuan Yang di- Pertua. Jadi saya hendak jawab. Saya kena jawab ini.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Tidak mengapa. Sila Yang Berhormat Yang Berhormat Johor Bahru teruskan. Kita telah dengar hujah kedua-dua belah pihak. Terima kasih Yang Berhormat Pontian.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Hujah budak-budak.

final • 12:40 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong

Kalahlah Rantau kalau macam ini.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Johor Bahru, Pendang tak bagi lagi daripada tadi.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Tidak mengapa. Yang Berhormat Pendang kemudian, kita bagi.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Pendang yang kedua nanti selepas ini.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Okey terima kasih kepada Yang Berhormat Kangar. Itulah suara anak muda. Mungkin di sana dia menjerit...

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Sijil ada tak sijil?

final • 12:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

...Fakta dan sebagainya. Okey, saya Tuan Yang di-Pertua, tujuan saya menyebut dasar-dasar penindasan ekonomi rakyat oleh Yang Berhormat Pekan sebelum ini adalah sebagai peringatan kepada kita semua bahawa kita tidak boleh mengabaikan hak dan kebajikan rakyat kebanyakan. Sebaliknya, ekonomi rakyat yang lebih adil perlu menjadi teras dan tumpuan kerajaan.

Saya bukan sengaja sebut hendak menimbulkan kemarahan semata-mata. Saya sebut ini untuk ingatkan kita juga. Jika mereka kalau kita lihat, kalau kita letak ekonomi yang baik dan sebagainya, insya-Allah rakyat akan terus menyokong, memberi sokongan kepada kerajaan, mana-mana pemerintah.

Akan tetapi, jika mereka boleh menghukum sebuah kerajaan yang memerintah 60 tahun, rakyat juga boleh menukar sesiapa sahaja selepas ini. Jadi Menteri-menteri Pakatan Harapan seharusnya mengambil teladan dan menumpukan tanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir negara dengan baik demi kesejahteraan rakyat.

final • 12:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Bangun]

final • 12:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Yang Berhormat Johor Bahru, Setiu minta laluan.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Pada masa yang sama ...

final • 12:40 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Minta laluan. Sudah masuk tajuk lain.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Laluan, subsidi.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Masih lagi ekonomi.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Masih lagi ekonomi.

Sekejap ya Yang Berhormat Pendang. Pada masa yang sama, kita juga perlu berlaku adil dalam menilai prestasi Kerajaan Pakatan Harapan. Dalam keadaan kewangan negara yang terbatas, Kerajaan Pakatan Harapan mengambil keputusan yang tepat untuk memfokuskan kepada golongan susah B40 bagi mengurangkan bebanan ekonomi mereka.

Tiada gunanya kalau kita sering mengulang pembangunan dan pembangunan tetapi rakyat biasa, rakyat marhaen di bawah tidak dapat merasainya. Maka terima kasih kerana kesungguhan untuk melaksanakan skim-skim golongan B40 seperti Bantuan Sara Hidup, Skim i-SURI, Skim Kesihatan mySalam dan sebagainya. Sudah menjadi harapan dan pedoman oleh rakyat agar mana-mana kerajaan terus kekal prihatin dan ambil peduli nasib rakyat di bawah. Dipersilakan Yang Berhormat Pendang.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih sahabat Yang Berhormat Johor Bahru. Saya hendak kaitkan sebab ada kaitan dengan hutang negara. Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Johor Bahru berkenaan dengan hutang yang dikatakan RM1 trilion. Kaedah MOF, kaedah World Bank ataupun IMF ataupun Bank Negara yang digunakan bagi kita hendak classify hutang negara sama ada RM686.8 bilion ataupun yang terbaru RM741 bilion kerana kita fikir dalam masa naik ke RM741 bilion ini disebabkan yang pertama apabila penghapusan GST, kerajaan kehilangan RM23 bilion. Itu yang pertama.

Keduanya, tax holiday dalam masa tiga bulan atau empat bulan kita kehilangan hampir RM20 bilion. Di situ sahaja kita sudah kehilangan hasil negara RM40 bilion. Itu kita perlu lihat kehilangan hasil negara yang kerajaan perlu lihat bagaimana untuk menggantikan balik- replacement pendapatan negara. Itu yang kedua.

Tadi tolong jelas berkenaan dengan metodologi yang diguna oleh Kementerian Kewangan atau negara Malaysia menggunakan kaedah World Bank ataupun IMF ataupun Bank Negara yang mana hutang negara yang dikatakan RM1 trilion. Oleh sebab debtors ataupun credit dengan liability adalah satu benda yang berbeza. Ini perlu dijelaskan, apa kedah yang digunakan oleh Kerajaan Malaysia. Seterusnya saya hendak beritahu...

final • 12:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Okey, ringkaskan, ringkaskan.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

..mencatat kadar yang lebih rendah iaitu inflasi yang lebih rendah 0.3 peratus berbanding suku ketiga tahun 2018 iaitu 0.5 peratus. Ini saya hendak beri fakta. Bagi keseluruhan tahun 2018, purata inflasi berada pada kadar satu peratus iaitu paling rendah sejak tahun 2009. Penurunan inflasi banyak disumbangkan oleh pengekalan harga RON 95 dan diesel sepanjang tempoh suku keempat. Kadar pengangguran meningkat pada 3.4 peratus dalam peningkatan pertumbuhan gaji beberapa sektor kerana kita mengurangkan kos.

Jadi sektor yang paling teruk menerima inflasi ataupun pengurangan negara akibat daripada perbelanjaan yang lembab oleh kerajaan selepas tahun 2018, bulan Mei adalah sektor pertanian, sangat teruk dan kritikal. Hanya yang stabil adalah sektor perkhidmatan.

Setuju kah dengan saya pandangan-pandangan dan peratus yang saya bagi secara fakta ini.

Sila beri jawapan Yang Berhormat Johor Bahru.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Johor Bahru.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pendang. Saya rasa kementerian ataupun Menteri Kewangan ataupun

final • 12:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Menteri Kewangan telah menjelaskan berkali-kali di dalam Dewan ini dari segi kaedah dan cara pengiraan hutang negara.

Cuma saya sekali lagi walaupun saya bercakap dengan nada yang lembut, ini adalah seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Kapar tadi ini semua cerita daripada zaman dahulu yang mana kita terpaksa rangkumkan dan bawa menanggung hutang. Walaupun Yang Berhormat Pendang mungkin menyokong GST dan sebagainya, kami berpendapat itu memulangkan kembali kepada poket saku rakyat, yang mana dalam isu kos sara hidup ini saya akan rungkaikan selepas ini yang berkait rapat dengan Indeks Harga Pengguna

(Consumer Price Index) yang disebutkan tadi.

Jadi, memang kos sara hidup ini menjadi rencam bagi golongan berpendapatan rendah dan pertengahan. Sebelum saya huraikan beberapa kaedah lain, memandangkan Yang Berhormat Pendang pun ada sebut, elok saya terangkan sedikit mengenai kos ataupun Consumer Price Index ini bagi pencerahan kepada mereka di luar sana. Indeks Harga Pengguna ...

final • 12:40 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Yang Berhormat Johor Bahru, pencelahan sedikit.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Sekejap lagi Yang Berhormat Kapar. Nanti saya bagi. Indeks Harga Pengguna ataupun CPI merupakan kayu pengukur kenaikan harga barang atau pun inflasi. Ini diguna pakai di mana-mana negara yang sedikit sebanyak memberi petunjuk mengenai turun naik harga barang dalam pasaran.

Jadi inflasi ini diukur mengikut kumpulan harga tertentu seperti yang disebut sebagai bakul barangan ataupun basket of goods, dengan izin. Kumpulan harga barang semasa ini kemudian akan dibandingkan dengan harganya sebelum ini bagi menilai sebarang perubahan yang berlaku dalam tempoh tertentu.

Satu lagi bentuk yang penting dalam CPI ini, setiap kategori barangan dan perkhidmatan mempunyai pemberat atau weightage. Pemberat ini menggambarkan setiap kategori barangan dari segi corak penggunaan. Jadi dekat Malaysia ini, ada tiga barangan utama kumpulan harga utama yang mempengaruhi CPI iaitu pertama makanan dan minuman bukan alkohol. Kedua perumahan. Ini termasuk bil air, api serta gas dan yang ketiga pengangkutan. In termasuk juga dengan harga petrol. Dipersilakan Yang Berhormat Kapar.

final • 12:40 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Yang Berhormat Johor Bahru.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Johor Bahru, bersetuju kah dengan saya dengan kehilangan Kerajaan Pakatan Harapan RM23 bilion daripada GST sebenarnya memberikan ringan bebanan kepada rakyat. Kalau RM23 bilion itu kita masih kutip daripada rakyat, bayangkan kos sara hidup meningkat sebegitu drastik dan beban rakyat terpaksa tanggung dalam derita dan sengsara. Bersetuju kah dengan saya Yang Berhormat Johor Bahru? Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Setuju Yang Berhormat Kapar. Saya masukkan dalam ucapan saya.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli Yang Berhormat ada satu minit sebelum kita berhenti rehat. Saya ingin mengalu-alukan kedatangan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Cawangan Batu Pahat yang melihat perbahasan kita pada hari ini. Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Yang Berhormat Johor Bahru, Setiu.

Sedikit sahaja.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya bagi satu minit lagi sebelum kita berhenti rehat.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Jadi saya baru habis part daripada ekonomi secara hala tujunya. Kemudian tadi kos sara hidup. Insya-Allah selepas ini saya sambung sedikit berkaitan dengan kos sara hidup sebelum kita masuk kepada bahagian kedua iaitu berkaitan dengan gaji dan juga pekerjaan. Akhir sekali nanti, saya mohon kalau ada masa yang banyak ini saya hendak tumpukan kepada soal pentadbiran dan tata kelola yang lebih baik. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Johor Bahru. Ada satu jam 36 minit lagi disambung selepas ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, jam tepat pukul 1 tengah hari.

Dewan berhenti rehat.

final • 12:40 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Johor Bahru masih mempunyai satu jam, 36 saat. Silakan.

final • 2:30 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Satu jam, 36 minit.

final • 2:32 PM

Tuan Yang di-Pertua

Masa 36 minit. Maaf saya.

final • 2:32 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Masa 36 minit. Jadi tadi sebelum kita berhenti berehat, saya dalam topik kos sara hidup yang mana saya hendak sambung. Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

(KPDNHEP) telah menyatakan bahawa lebih banyak barang keperluan pengguna turun harga sejak Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diperkenalkan. Menurut beliau, daripada 470 barangan yang telah disemak harganya, sebanyak 90 peratus barangan mencatatkan penurunan harga.

Berdasarkan angka dan statistik, ini sudah semestinya satu perkembangan yang baik untuk rakyat yang memberi kesan langsung kepada perbelanjaan yang lebih berhemah.

Namun begitu, walaupun dalam persekitaran inflasi yang rendah beberapa bulan kebelakangan ini, kita masih mendengar keluhan rakyat mengenai harga barang yang masih mahal seolah-olah terdapat percanggahan antara statistik dengan keadaan sebenar yang dihadapi oleh rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, jadi apa yang diusahakan oleh kerajaan dalam menghadapi isu ini.

final • 2:32 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Boleh mencelah?

final • 2:32 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Dipersilakan Yang Berhormat Pontian.

final • 2:32 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Saya kira Tuan Yang di-Pertua, antara punca kenapa KPDNHEP memberikan angka yang mengelirukan itu ialah kerana dalam bakul makanan yang diadakan itu bukan meliputi 6,405 barangan yang kena SST.

Hanya beberapa komponen daripada barang yang kena SST yang diukur oleh CPI yang berkenaan. Jadi dia memberikan angka yang tidak betul. Saya ada bertanya tetapi belum mendapat jawapan daripada KPDNHEP. Daripada 6,405 itu yang sepatutnya diukur, bukan kepada barangan yang tidak ada SST. Kalau diukur barang tidak ada SST, maka dapat angka yang mengelirukan. Terima kasih.

final • 2:32 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pontian. Mungkin lepas ini Yang Berhormat Pontian boleh jadi penasihat kepada Yang Berhormat Menteri KPDNHEP berdasarkan pengalaman beliau dalam melaksanakan GST. Cuma, dalam isu ini bagi saya kalau kita lihat dari segi pendekatan yang dibuat oleh kerajaan, saya rasa outside of the box, dengan izin, melalui berapa kaedah yang sebenarnya tidak melibatkan sebarang kos kepada kerajaan.

Pertama, KPDNHEP telah melancarkan satu program berimpak tinggi yang dikenali sebagai program Food Bank. Konsep dia sangat mudah sebenarnya. Food Bank ini adalah satu pendekatan bagi mengumpulkan lebihan barang makanan yang masih boleh diguna pakai seperti daripada hypermarket kemudian dikumpulkan dan diagihkan kepada kumpulan sasaran melalui persatuan ataupun pertubuhan amal.

final • 2:32 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Usaha ini bukan sahaja kita dapat mengurangkan pembaziran tetapi juga memberi manfaat khususnya kepada isu rumah B40. Melalui inisiatif ini, sebanyak 945 tan metrik lebihan makanan berjaya diselamatkan setakat November tahun lalu dan disalurkan kepada 26,200 isi rumah di seluruh Malaysia. Jadi, saya pun hendak bertanyakan kepada Yang Berhormat Menteri nanti, apakah rancangan kementerian selepas ini untuk memperluaskan lagi program-program sebegini.

Kedua, kementerian KPDNHEP juga telah memperkenalkan inisiatif Kedai Ekonomi Pengguna (i-KeeP). Kedai Ekonomi Pengguna (i-KeeP) ini menawarkan barang keperluan harian pada harga yang lebih murah daripada harga pasaran sekitar tiga peratus hingga 20 peratus. Kedai Ekonomi Pengguna (i-KeeP) ini kita tahu diperkenalkan bagi menggantikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang mana bekas Timbalan Menteri Kewangan II telah mengaku bahawa KR1M itu gagal dan tidak mendapat sambutan disebabkan model perniagaan yang tidak mampan. Apa yang paling malang sekali, peruntukan wang rakyat sebanyak RM300 juta terhadap program KR1M ini turut terbazir begitu sahaja.

Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah menyarankan agar kita pertimbangkan supaya kaedah mengawal harga barang ini kita perbesarkan untuk beberapa barangan yang popular sebab kita tahu setakat ini apabila harga barang kawalan ini dikena atau diguna pakai ketika musim perayaan, harga itu kita berjaya kawal. Mereka yang melanggar, yang tidak patuh kepada syarat tersebut berdepan dengan tindakan undang-undang.

Jadi, kalau boleh kementerian pertimbangkan sekiranya kita dapat mengawal beberapa harga barangan ini dalam tempoh setahun, dalam tempoh sepanjang tahun untuk beberapa jenis bahan asas kepada rakyat seperti ikan, sayur dan sebagainya. Jadi usaha bagi saya, usaha kerajaan pada peringkat pemantauan adalah sangat baik. Akan tetapi ini tidak mencukupi kerana kita juga perlu teliti daripada peringkat pengeluaran ataupun pembekalan.

Satu faktor utama yang dikenal pasti terhadap peningkatan harga barang makanan adalah kebergantungan negara kita terhadap import makanan dan nilai import bahan makanan ke Malaysia kekal tinggi dari tahun ke tahun. Kalau kita rujuk statistik Data Perdagangan Sektor Pertanian Tahun 2005-2017, zaman pemerintahan Yang Berhormat Pekan, import bahan makanan telah menunjukkan peningkatan setiap tahun secara konsisten. Menurut Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ataupun FAMA telah menyatakan bahawa pada tahun 2010, import makanan adalah berjumlah RM30.2 bilion manakala pada tahun 2014 import makanan adalah berjumlah RM42.6 bilion. Maksudnya dalam tempoh empat tahun, peningkatannya mendadak sebanyak RM12.4 bilion.

Jadi terdapat risiko apabila kita bergantung kepada bahan makanan import kerana kenaikan harga yang kita terpaksa kita hadapi ini tidak boleh dikawal oleh kerajaan kerana ada faktor-faktor seperti nilai tukaran mata wang negara, harga minyak dunia, sekatan perdagangan ataupun tarif dan sebagainya.

final • 2:32 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Jadi, saya tidak nafikan, Yang Berhormat Pontian pun jelas mungkin perkara ini bukan sesuatu yang baru. Kita sedar Yang Berhormat Pekan dulu pun terpaksa menghadapi permasalahan ini. Cuma jalan penyelesaian yang dikemukakan jauh terpesong sama sekali.

Masakan kita boleh lupakan National Feedlot Corporation (NFC) yang ditubuhkan untuk mengurangkan kebergantungan negara kepada daging import...

[Disampuk] Akan tetapi sayangnya, usaha tersebut tidak mencapai matlamat apabila dana kerajaan RM250 juta disalahgunakan...

[Tepuk]

final • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Curi, curi, curi duit rakyat!

final • 2:40 PM

Beberapa Ahli

Di kondo, lembu di dalam kondo.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Lembu di dalam kondo, okey. Kerajaan Harapan sebab itu bagi saya, kita perlu lebih proaktif bagi mengelakkan kesilapan yang sama. Saya mencadangkan kepada kementerian untuk tengok balik, untuk timbang supaya kita ada pelan yang lebih holistik untuk mengurangkan kebergantungan import makanan. Ini tidak boleh dilakukan secara ad hoc, kita kena tengok pelan jangka masa sederhana dan panjang demi meningkatkan produktiviti pengeluaran pertanian dalam negara, sekali gus membolehkan harga barangan keluaran tempatan yang lebih kompetitif.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Selain itu, berkaitan juga dengan import makanan, kita juga hadapi satu lagi masalah iaitu adalah berkaitan dengan permit import ataupun AP. AP inilah salah satu lagi punca yang menyebabkan kenaikan harga barangan makanan. Dasar Barisan Nasional ini yang mensyaratkan pengimportan bahan barang makanan memerlukan AP sebenarnya sama seperti syarat yang dikenakan untuk AP bagi mengimport kereta.

Jadi, untuk rakyat di luar sana bagi memahami krisis ataupun permasalahan dengan harga barang makanan ini, kita juga ada lagi satu sistem yang bagi saya tidak telus dari segi pembahagian AP tersebut. Ini kerana permit import AP ini hanya diberikan kepada beberapa individu ataupun syarikat tertentu yang mereka ini boleh mengimport makanan. Akan tetapi yang lebih membahayakan, mereka akan monopoli, yang boleh mengawal harga barang makanan yang dibawa masuk.

Sebelum ini tahun lepas, saya telah bangkitkan isu monopoli. Kita sebut macam mana isu berkaitan dengan Bernas dan PUSPAKOM. Jadi, tindak balas daripada usul tersebut, kita lihat respons kerajaan baik dan positif. Jadi, saya nak syorkan kepada kerajaan untuk menyemak semula sistem permit import AP ini agar kita dapat pasti tiada ketirisan, tiada pihak yang membuat keuntungan semata-mata bagi mengelakkan rakyat akhirnya ditindas. Jadi, dalam isu kita menguruskan harga barang, daripada segi penguatkuasaan, kita ada Kementerian KPDNHP yang boleh mengawal, memantau dan juga membuat penetapan harga barang di pasaran bagi situasi tertentu. Akan tetapi pada bahagian bekalan ataupun supply, susunan dan strategi pengeluaran makanan ini, terletak di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

Oleh yang demikian, saya mohon kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mempertimbangkan dan menilai kembali susunan sesebuah kementerian itu supaya kita dapat mempertanggungjawabkan kementerian tersebut terhadap sesuatu perkara. Jadi, dalam isu makanan ini elok kalau kita ada kementerian yang bertanggungjawab terhadap keseluruhan rantaian proses tersebut. Dalam contoh daripada peringkat pengeluaran ataupun pembekalan sehinggalah kepada harga di pasaran. Supaya memudahkan pihak kerajaan dan juga membolehkan kementerian tersebut mengambil tindakan yang sewajarnya. Bagi saya, inilah langkah holistik sebab kalau kita lihat ada banyak pertindihan dan sebagainya yang menyebabkan akhirnya harga barang kekal tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, dalam soal ekonomi ini, saya juga hendak sentuh sedikit berkaitan dengan harga minyak. Semenjak Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara pada Mei tahun lepas sehinggalah awal bulan November 2018, harga minyak mentah berada di atas paras USD67 satu tong. Maksudnya, kalau kita tengok perkembangan naik turun minyak ketika dari bulan Mei sampai November, harga minyak dunia sentiasa berada lebih daripada USD67.

Harga tersebut memuncak sehingga USD84 se tong pada awal bulan Oktober 2018.

Ketika itu Kerajaan Pakatan Harapan telah mengekalkan harga RON95 pada RM2.20 dalam keadaan minyak mentah menaik dan membelanjakan tanggungan subsidi mingguan di antara RM70 juta sehingga RM220 juta seminggu. Kemudian apabila harga minyak dunia menunjukkan penurunan, Kerajaan Pakatan Harapan kembali melaksanakan sistem apungan harga petrol.

Maknanya, apa? Apabila harga minyak dunia turun, rakyat juga dapat menikmati harga minyak yang lebih rendah. Akan tetapi bila harga minyak dunia naik, kerajaan akan bantu dan hulurkan subsidi. Jadi, saya menyambut baik kaedah ataupun langkah kerajaan...

[Tepuk] Untuk menetapkan harga siling bagi menstabilkan harga minyak dalam negara. Ini dapat sekali gus mengelakkan kejutan terhadap harga barang dalam pasaran, terutamanya jika berlaku kenaikan harga minyak dunia secara mendadak pada bila-bila masa. Penetapan harga siling yang baharu ini malah lebih rendah daripada...

final • 2:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Johor Bahru.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

...Paras RM2.20 iaitu sekarang adalah pada paras RM2.08 seliter. Ini menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk mengawal kenaikan harga barang dalam pasaran. Kerajaan Pakatan Harapan komited untuk menstabilkan harga minyak seperti yang pernah kita janjikan sebelum ini...

[Tepuk]

final • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Betul, betul, betul.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Sekejap lagi saya bagi Yang Berhormat Pontian. Yang Berhormat Pontian ini setiap hujahan saya, dia hendak mencelah [Ketawa] Dia mungkin orang Johor juga kut. Nanti saya bagi ruang.

final • 2:40 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Dia 3.75.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Paras 3.85 dan ia tidak palsu [Ketawa]

final • 2:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Okey, saya teruskan.

Dalam soal harga minyak ini, saya rasa elok agar kerajaan, Kementerian Kewangan mengumumkan jumlah subsidi yang kita agihkan secara terus kepada rakyat setiap bulan apabila harga minyak mentah dunia melebihi paras siling RM2.08. Jadi, jelaslah harga petrol yang rendah ini dapat dinikmati oleh rakyat di bawah pemerintahan Pakatan Harapan yang mana tidak mungkin berlaku sekiranya Yang Berhormat Pekan masih kekal sebagai Perdana Menteri.

final • 2:40 PM

Beberapa Ahli

Betul, betul.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Saya juga memohon kepada kerajaan untuk memaklumkan perkembangan terkini mengenai cadangan yang dikemukakan sebelum ini berkaitan dengan subsidi petrol bersasar yang mana saya jangkakan akan terus membantu mereka di dalam kumpulan golongan susah, kumpulan B40.

Jadi, dalam isu ekonomi ini, saya hendak rumuskan. Saya rasa Ahli-ahli Dewan Rakyat pun telah lihat perbandingan yang saya cuba sampaikan yang mana pendekatan yang diambil oleh Pakatan Harapan dalam soal ekonomi ini dalam harga barang, dalam harga minyak adalah untuk berlaku adil kepada rakyat agar mereka juga dapat meneruskan kehidupan dalam suasana ekonomi yang agak kompetitif.

Tuan Yang di-Pertua, bagi hujahan saya yang kedua ini, saya ingin kemukakan perkara berkaitan dengan gaji dan juga peluang pekerjaan supaya ada keadilan buat golongan pekerja dan rakyat kebanyakan. Isu gaji ini ataupun isu gaji yang tidak mencukupi telah menjadi perdebatan hangat sejak akhir ini dalam kalangan masyarakat, termasuk di kalangan ahli-ahli akademik dan juga penganalisis ekonomi dalam usaha kita menangani masalah kos sara hidup.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Jikalau sebelum ini, kita hanya bercakap dari soal sudut harga barang, tetapi juga dalam kos sara hidup ini, satu pertimbangan yang perlu diberi tumpuan adalah mengenai pendapatan rakyat. Jadi, yang saya sudah sebut, kerajaan telah usahakan bermacam- macam, kita sudah hapuskan GST, kita sudah menstabilkan harga minyak, kita sudah buat penguatkuasaan dan pemantauan, keluarkan skim-skim bagi membantu golongan B40.

Akan tetapi, kesan penurunan harga barang ini hanya akan dapat dirasai dalam jangka masa terhad. Jika kuasa membeli rakyat tidak ditingkatkan melalui pemberian gaji yang setimpal ataupun upah yang lebih baik. Jadi, saya sambut baik usaha terbaru kerajaan yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk memperkenalkan indeks kos sara hidup bagi mengukuhkan kos sara hidup yang lebih holistik sebagai kaedah membantu majikan menetapkan kadar gaji yang lebih bersesuaian.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru ini juga ada menggesa agar satu kajian yang lebih mendalam diadakan mengenai upah dan gaji pekerja dengan mengambil faktor kos sara hidup. Jadi, pihak kerajaan ada kemukakan cadangan tersebut.

Pihak EPF pun ada juga cadangan yang baik. Jadi, bagi merungkai permasalahan ini, kita kena cuba teliti mengapa ataupun kita cuba faham faktor gaji rendah daripada pelbagai sudut ataupun aspek yang berbeza.

Aspek yang pertama yang saya hendak sebutkan di dalam Dewan yang mulia ini adalah pembahagian hasil ekonomi yang tidak seimbang yang menyebabkan golongan pekerja menerima gaji rendah. Walaupun kalau kita teliti dari segi kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang meningkat setiap tahun sebelum ini, pertumbuhan ekonomi yang baik itu seolah-olah tidak dinikmati oleh golongan pekerja di Malaysia.

Saya memetik satu laporan ekonomi yang telah dibuat baru-baru ini yang mana berdasarkan kadar pendapatan negara, didapati bahawa pekerja hanya mendapat sekitar 28 peratus ataupun ada kajian yang lebih konservatif mengatakan sekitar 35.2 peratus. Kerajaan

final • 2:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

pula mendapat sekitar lima peratus dalam bentuk cukai. Sementara itu, pemilik korporat mendapat bahagian terbesar iaitu 67 peratus. Maksudnya secara ringkas...

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Johor Bahru...

final • 2:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

...Daripada setiap satu ringgit yang kita peroleh, 65 sen.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Johor Bahru...

final • 2:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

...Masuk dalam kantung majikan ataupun korporat...

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

...Satu jam lagi, dia tidak bagi pencelahan pun.

final • 2:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Sebanyak 35 sen masuk ke dalam poket pekerja...

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Bagilah panas sikit Dewan...

final • 2:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Silakan Yang Berhormat Pontian.

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Daripada tadi, diberikan kepada Yang Berhormat Pontian.

Silakan Yang Berhormat Pontian.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Pada 1 Disember 2018, Yang Amat Berhormat Langkawi menyebut dan diulangi tadi bahawa kenaikan gaji punca kos sara hidup naik. Kenaikan gaji punca kos sara hidup itu naik. Apakah pandangan Yang Berhormat Johor Bahru tentang kenyataan ini? Saya kira kenyataan ini menyusahkan pakar-pakar yang hendak menaikkan gaji dan juga segala yang terlibat. Ini bererti pandangan Yang Amat Berhormat Langkawi itu adalah pandangan yang tidak sesuai dengan usaha untuk kerajaan menaikkan taraf hidup rakyat, itu yang pertama.

Kedua, tadi Yang Berhormat sebut tentang tahap harga minyak untuk distabilkan, cadangan RM2.08. Saya ingin mengesyorkan kepada Yang Berhormat supaya tahap harga minyak ini, apabila lebih daripada RM1.50, Kerajaan Pakatan Harapan kena bagi subsidi.

Apakah pandangan Yang Berhormat bukan RM2.08 tetapi RM1.50 sebab dalam ucapan- ucapan, walaupun tidak masuk dalam manifesto, ia hendak harga minyak ini RM1.50. Apa kata kalau RM1.50, lebih sahaja RM1.50 kita bagi subsidi, apa pandangan Yang Berhormat?

Satu lagi, panjang ya? Cukuplah, nanti tidak reti hendak jawab pula.

[Ketawa]

final • 2:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Itulah, saya mengharapkanlah kalau Yang Berhormat Pontian kekal sebagai Menteri mungkin harga minyak itu turun. Akan tetapi malangnya, perkara itu tidak dibuat ketika mereka masih memerintah negara...

final • 2:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Jadi sekarang ini, yang mana kita mampu, kita cuba yang terbaik, sebab akhirnya bagi saya apa-apa dasar ekonomi itu, kita perlu meletakkan rakyat sebagai terasnya yang mana soalan pertama tadi saya rasa Yang Berhormat Pontian, tanyalah kepada mereka yang berkenaan. Oleh sebab pandangan saya dalam soal kita untuk meningkatkan mutu kualiti kehidupan rakyat ini, kita kena ada political will ataupun kemahuannya.

Jadi, dalam soal gaji ini saya lihat, walaupun ada itu mungkin satu faktor tertentu, tetapi saya lihat dari segi kerangka yang lebih besar, gaji yang diterima oleh rakyat dalam negara ini adalah terlalu rendah. Saya sebut tadi, kalau daripada satu ringgit untung yang dibuat, majikan, korporat ambil 65 sen, rakyat biasa ambil 35 sen. Kalau kita bandingkan dengan negara lain, kalau jiran kita di Singapura, pekerjanya menerima lebih daripada 40 sen ataupun 40 peratus. Di Korea, 46 peratus sementara di negara Barat yang maju, kadarnya lebih daripada 50 peratus.

Oleh sebab itu dalam penghujahan saya, pembahagian gaji yang rendah kepada pekerja walaupun dalam persekitaran ekonomi yang kita lihat nampak berkembang dengan kukuh merupakan satu situasi yang tidak adil terhadap pekerja. Jadi, saya cuma bandingkan guna angka ketika Yang Berhormat Pontian masih merupakan seorang Menteri, kita ambil sebagai contoh KDNK bagi tahun 2017 memang nampak cantik dari segi pertumbuhan ada 5.9 peratus. Akan tetapi yang sebenarnya kalau kita lihat keuntungan itu diperoleh hanya

final • 2:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

kumpulan majikan malah upah masih kekal rendah yang mana bagi saya, walaupun kita umum setiap tahun, kita meningkat dan sebagainya, kita kena sedar, kita ini wakil rakyat.

Rakyat di luar sana masih berdepan dengan situasi gaji yang tidak naik-naik.

Dipersilakan Yang Berhormat Kapar.

final • 2:50 PM

Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Johor Bahru, saya melencong sedikit fasal Yang Berhormat Johor Bahru menyebut tentang pekerja. Jadi saya hendak ulas sedikit pekerja, walaupun tidak bercanggah dalam Peraturan 24 dalam undang-undang yang ada.

Saya hendak bercakap tentang hak pekerja. Saya diberitahu PERHEBAT iaitu tentera-tentera yang sudah pencen Tuan Yang di-Pertua, seramai 5,000 setahun peruntukan RM64 juta. Sebelum ini RM92 juta. Potongan-potongan inilah yang menyebabkan kenaikan gaji itu tidak dapat dilaksanakan. Mereka ini adalah berkanun, berkanun yang tidak terpalit dengan pejabat awam dan tidak terpalit dengan swasta. Jadi mereka ini merintis kerana perbelanjaan peruntukan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan itu tidak mencukupi untuk mentadbir dan juga melahirkan anggota-anggota tentera yang bersara untuk mereka menghadapi masa hadapan. Malah saya diberitahu hendak ditutup PERHEBAT ini dan di mana tentera-tentera yang bersara ini untuk di hala tujukan pengetahuan lebihan mereka.

Kedua, FELCRA. Saya diviralkan. CEO FELCRA ini Tuan Yang di-Pertua, dok maki- maki orang, pegang kepala orang, jampi sana, pegang kepala jampi sini selepas itu pula pakai tongkat dok tunjuk-tunjuk macam dia tok guru maharaja. Ini semua bukan zaman ini, saya hendak beritahu dengan FELCRA, dengan Menteri yang terlibat, ambil tindakan terhadap CEO ini, kurang ajar sangat.

Jadi, jangan kita letakkan pekerja ini hamba abdi. Ingat, mereka ada maruah, ada perasaan.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Kita sokong itu, kita sokong.

final • 2:50 PM

Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Saya tidak boleh kompromi soal biadab kepada pekerja-pekerja. Hendak tengking-tengking orang, pegang kepala hendak jampi-jampi kemudian aku janji pula. Ini tidak boleh berlaku di dalam GLC. Jadi Yang Berhormat Menteri FELCRA kena bangkit, siasat dan ambil tindakan. Pengerusi FELCRA pun jangan diamkan diri, membisu seribu bahasa, pekakkan telinga.

final • 2:50 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar

Ini Malaysia baharu, jadi macam itulah.

final • 2:50 PM

Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Ini semua apa punya ‘manchal’ lah pentadbiran begini. Jadi, hendak salahkan siapa? Kerajaan Pakatan Harapan. Ini semua kesilapan pentadbir, kita juga terpalit. Jadi saya minta Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Johor Bahru lengkapkan hujahan saya ini supaya tindakan perlu diambil.

Ketiganya, syarikat berkanun Johor Bahru. Kita ada SOCSO, EPF, Tabung Haji, BSN, LTAT kemudian PERHEBAT.

final • 2:50 PM

Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Mereka juga bukan dalam swasta. Gaji-gaji mereka ini tidak boleh dibawa di Mahkamah Tinggi, tidak boleh dibawa Mahkamah Perusahaan. Di mana mereka hendak berpaut? Jadi, saya minta kementerian yang terlibat tolonglah, tolong, tolonglah. Sudahlah puluhan tahun mereka ini CA pun tidak ada, general order pun tidak boleh. Jadi, saya minta kementerian terbabit fikirlah masa depan puluhan ribu mereka ini supaya mereka ada masa depan yang lebih baik atau pendapatan EPF contohnya yang disebut oleh Yang Berhormat Johor Bahru tadi, puluhan bilion tetapi CA tidak ada, gaji tahunan ikut suka mereka. Jadi, akhirnya ribuan pekerja ini akan merana memendam perasaan.

Perkara yang seterusnya, saya minta overtime anggota-anggota pekerja Parlimen tolong bayar. Bulan 11, bulan 12, bulan 1 dan bulan 2 tidak dibayar lagi. Jadi, AP58 saya minta, saya minta sangat Tuan Yang di-Pertua, tolong bayar overtime mereka.

Satu lagi saya minta, sebab saya sudah dapat 20 minit berucap, jadi saya tumpang Yang Berhormat Johor Bahru – Lafarge Cement Rawang, seramai 27 orang dibuang dan saya minta Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia bangkitlah, bangkitlah, Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia, tolonglah panggil MTUC, panggil kesatuan ini bincang

final • 3:00 PM

Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

cara baik untuk mengangkat martabat pekerja. Jangan duduk membisu sahaja. Saya minta Menteri datang dan memberikan resolusi untuk membantu pekerja yang sekarang ini diberitahu enam ribu pekerjanya akan dibuang pada tahun ini. Tolong buat kerangka dasar, yakinilah pekerja-pekerja rakyat ini supaya ada masa depan yang lebih baik supaya mereka ini tidak tercicir.

Satu lagi Yang Berhormat Johor Bahru, saya minta pentadbiran MRM ini, saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua. Sebagai contohnya, arwah Lo’ Lo’. Dahulu, sebelum adanya MRM ini buat collection untuk dikutip untuk hasil karya mereka, dia dapat lebih kurang dalam RM150,000 balunya, hari ini RM50,000 sejak MRM ditubuhkan. Pentadbir MRM ini rosak, rosak, sesangat rosak dan mereka ambil alih jahanamkan penggiat seni. Penggiat seni hidup merana dan sengsara. Mereka ini bila cakap sahaja untung, untung, untung tetapi penggiat seni merana.

Jadi, saya minta sebagai contohnya Allahyarham Lo’ Lo’, balunya sekarang hidup sengsara kerana MRM gagal melaksanakan tugas dan janji mereka. Saya minta supaya, termasuk Allahyarham P. Ramlee, tokoh-tokoh hebat macam Tan Sri S. M Salim dan begitu juga pelirik-pelirik, penggubah-penggubah lagu, semua ini mereka menuntut atas pencarian seni yang Allah anugerahkan kepada mereka itu, pulangkan balik janji yang ada dalam perjanjian undang-undang Akta Penerbitan.

Saya minta Yang Berhormat Johor Bahru bersetuju dengan saya supaya MRM ini, pentadbir ini, ini satu juga haprak ini. Dia ini ambil hasil untung untuk pentadbiran, dia hendak kena audit. Saya minta SPRM siasat MRM ini, audit mereka yang mengkhianati dan juga yang telah pun membenamkan hak penggiat seni. Saya pun orang seni Tuan Yang di-Pertua, kalau saya nyanyi Dewan akan terpegun, itu saya tidak mahu.

Apa yang penting, Yang Berhormat Johor Bahru setuju dengan saya bahawa MRM ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kena siasat ini, kena siasat mereka ini dan pulangkan balik hak penggiat-penggiat seni yang selama ini telah mereka cabuli, yang mereka khianati supaya penggiat seni juga mendapat hak sebagai pekerja mengilhamkan seni mereka atas anugerah Allah. Setujukah Yang Berhormat Johor Bahru dengan pandangan lebar dan luas saya ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:00 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya mohon supaya sudah kira bukan celahan tetapi itu ucapan pendek beliau sebagai sebahagian daripada ucapan saya, yang mana itu adalah realiti di luar sana.

Cuma saya akan kembali sedikit kepada asas mengenai macam mana kita hendak hadapi dalam soal gaji yang rendah yang dihadapi oleh rakyat ataupun golongan pekerja kita.

Tuan Yang di-Pertua, produktiviti buruh adalah satu lagi aspek utama yang mempengaruhi pertumbuhan gaji pekerja di Malaysia. Kalau kita tengok Laporan Produktiviti 2017 dan tahun 2018 telah menunjukkan bahawa pertumbuhan produktiviti buruh berada pada kadar yang baik melebihi tiga peratus dari tahun 2014 hingga tahun 2017.

Namun begitu, gaji pekerja tidak meningkat seiring dengan kadar pertumbuhan produktiviti buruh. Sebagai contoh dalam sektor perkilangan Malaysia. Pada dekad yang lepas, produktiviti buruh bertumbuh pada purata lima peratus setahun tetapi purata sebenar gaji perkilangan berkembang pada kadar yang jauh lebih perlahan iaitu hanya 2.4 peratus.

Jadi, kalau kita lihat bagi tempoh secara keseluruhan tahun 1998 sehingga tahun 2007, pengeluaran ataupun produktiviti bagi setiap pekerja dalam sektor perkilangan meningkat lebih kurang 180 peratus tetapi peningkatan gaji pada jangka waktu yang sama meningkat hanya sekitar 73 peratus. Kita nampak jurang perbezaan tersebut. Kita sedar untuk meningkatkan produktiviti ini kita perlu teknologi. Jadi, penerapan teknologi ini yang telah membantu meningkatkan pengeluaran dan menambahkan pendapatan.

Satu lagi sudut, sebelum saya masuk...

final • 3:00 PM

Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Yang Berhormat Johor Bahru, selitkan kilang tadi.

final • 3:00 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Okey.

final • 3:00 PM

Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya kena celah-celah banyak sebab saya ada banyak isu saya hendak bangkit 20 minit sahaja. Yang Berhormat Johor Bahru, setujukah dengan saya bahawa seramai 2.1 juta pekerja asing daripada separuh itu datangnya daripada perbuatan, kilang? Sedangkan dalam

final • 3:00 PM

Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

kadar sekarang ini, pengangguran bersekitar 511 ribu orang. Apakah Yang Berhormat Johor Bahru bersetuju dengan pandangan saya bahawa kita hadkan, kita benarkan pekerja asing itu masuk dalam perbuatan dan juga perkhidmatan untuk kita beri peluang kepada pekerja tempatan untuk bekerja dan kita akan sifarkan pengangguran dalam masa yang sama, kita hanya ambil satu per empat daripada keseluruhan pekerja asing?

Apakah Yang Berhormat Johor Bahru bersetuju peluang pekerja tempatan itu diberi lebar luaskan supaya mereka mendapat pekerjaan dan pengangguran itu kita dapat sifarkan?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:00 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Sekali lagi saya mohon masukkan dalam ucapan saya yang mana saya juga hendak tambah sedikit dari soal angka dan fakta berkaitan dengan pekerja asing ini yang mana memang terbukti nyata jelas bahawa isu gaji rendah dan juga pengangguran ini ada berkait rapat dengan pengambilan pekerja asing dalam pasaran kerja kita. Kalau kita rujuk statistik daripada Bank Negara, sebanyak 81.5 peratus ataupun empat daripada lima pekerjaan yang diwujudkan pada tahun 2016 diisi oleh pekerja asing. Statistik itu sangat menakutkan, empat daripada lima jawatan yang wujud pada tahun 2016 ini diisi oleh pekerja asing.

Jadi kita terlalu bergantung kepada pekerja asing ini yang mana memenuhi ruang ataupun pekerjaan berkemahiran rendah yang membebankan ekonomi Malaysia. Antara kesan apabila kita terlalu bergantung dengan pekerja asing ini menyebabkan kita terbantut dari segi pertumbuhan produktiviti. Kita juga terkekang dari soal kenaikan gaji dan juga kita menggalakkan kewujudan pekerjaan yang banyak dalam soal berkemahiran rendah.

Kalaulah Malaysia benar mahu mencapai hasrat negara berpendapatan tinggi, tidak akan lagi tercapai selagi syarikat dan majikan di Malaysia ini masih lagi berlumba-lumba untuk mengurangkan kos pekerja dan tidak sanggup membayar gaji yang lebih setimpal buat pekerja tempatan.

Menurut satu sumber lagi, kewujudan sekurang-kurangnya dua juta pekerja asing ini telah menyebabkan pertumbuhan gaji yang rendah pada kadar 2.4 peratus. Sedangkan kalau kita bandingkan dengan kadar kenaikan inflasi, sepatutnya kenaikan gaji itu paling kurang adalah sekitar 3.5 peratus untuk membolehkan kita mencapai sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi.

Oleh itu, kalau kita lihat dalam soal gaji dan pekerjaan ini juga, saya hendak merujuk kepada masalah pengangguran di kalangan belia ataupun anak muda. Berdasarkan Laporan Bank Negara tahun 2016 lagi, statistik menunjukkan pengangguran belia di Malaysia adalah tinggi, yang mana 23 peratus daripada jumlah keseluruhan belia yang menganggur terdiri daripada belia yang berpendidikan universiti ataupun tertiary.

final • 3:00 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Ini amat mengejutkan sebab dari segi logiknya, kalau seseorang itu mempunyai status pendidikan yang lebih baik, mempunyai ijazah ataupun diploma, individu tersebut sepatutnya mempunyai peluang ataupun lebih banyak masa depan yang lebih baik tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Mungkin akan ada suara-suara yang mengatakan anak muda masa kini terlalu memilih pekerjaan. Akan tetapi bagi saya, kerajaan harus meneliti isu ini lebih mendalam. Ini kerana kalau kita semak statistik tersebut, ini menunjukkan walaupun pendidikan tenaga kerja semakin tinggi, peluang pekerjaan yang diwujudkan dalam ekonomi Malaysia ini masih tertumpu pada pekerjaan berkemahiran rendah ataupun sederhana.

Daripada keseluruhan tahap kemahiran jawatan ataupun pekerjaan yang diwujudkan, hanya 20.2 peratus sahaja terdiri daripada kemahiran tinggi. Manakala majoriti pekerjaan masih lagi berkemahiran pertengahan pada kadar 52 peratus dan selebihnya adalah untuk kemahiran rendah. Jadi, untuk kita memastikan pasaran kerja, pasaran buruh ini dapat kita tingkatkan, kita perlu buat perbandingan dengan negara-negara yang lain seperti di UK, Australia dan sebagainya. Ini yang mana, kalau kita lihat, kalau kita teliti, dalam soal peratusan pengangguran di kalangan belia, belia yang menganggur di sana adalah belia yang tiada pendidikan dari segi diploma ataupun ijazah tetapi di Malaysia ini terbalik.

Oleh sebab itu saya cuba meyakinkan sahabat, kawan-kawan dalam kerajaan untuk menilai kembali kita punya pendirian dalam soal memperbanyakkan peluang pekerjaan dalam sektor yang lebih berkemahiran tinggi. Jadi, kita memang...

final • 3:10 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 3:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Bagi peluang kepada Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Gajah, silakan.

final • 3:10 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Terima kasih, Yang Berhormat Johor Bahru. Saya memang bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Johor Bahru berkaitan dengan pengangguran di kalangan siswazah. Akan tetapi kita juga kena lihat, adakah mungkin pengangguran siswazah ini adalah disebabkan oleh mereka telah membuat kursus-kursus tertentu yang tidak mempunyai potensi.

Mereka telah mempelajari selama tiga tahun ke empat tahun di dalam universiti tetapi kursus itu tidak mempunyai pasaran dan akhirnya mereka menjadi penganggur dan mereka tidak mempunyai pasaran di luar. Adakah itu menjadi satu sebab? Kalau itu merupakan salah satu sebab, mungkin Kementerian Pendidikan juga harus melihat semula semua kursus-kursus yang ditawarkan di universiti-universiti tempatan dan juga di universiti- universiti swasta supaya anak-anak muda kita tidak memilih kursus-kursus yang tidak mempunyai potensi pada masa hadapan. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Terima kasih, Yang Berhormat Batu Gajah. Saya bersetuju dengan pandangan beliau, yang mana antara punca- punca kenapa perkara ini berlaku kerana mismatch ataupun padanan itu tidak seperti yang diperlukan dalam industri. Ini saya akan sentuh sedikit dari segi cadangan, penyelesaian ataupun solusi yang saya akan kemukakan selepas ini.

Cuma, kalau kita lihat dari segi rekod, satu lagi soal anak muda ini mereka akan kata, bila anak muda memilih ini orang Malaysia tidak suka ambil kerja yang berat-berat.

Mereka tidak suka, tidak ingin melakukan kerja-kerja sukar, kotor ataupun berbahaya yang disebut sebagai 3D.

Menurut kajian yang dikeluarkan oleh Khazanah Research Institute baru-baru ini the School-to-Work Transition Survey, golongan belia menganggap pekerja asing sebagai pesaing dalam mendapatkan pekerjaan dalam negara. Hampir 50 peratus daripada keseluruhan golongan belia merasakan mereka inilah yang menyebabkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan itu berkurang. Jadi persoalannya, sanggupkah rakyat Malaysia untuk bekerja untuk melakukan kerja-kerja 3D ini?

Bagi saya, kalau kita ambil satu perbandingan mudah, menurut satu kajian daripada 200,000 orang pekerja Malaysia yang berulang alik ke Singapura setiap hari, didapati 40 peratus daripada mereka memiliki pekerjaan berkemahiran rendah dan sederhana. Saya orang Johor Bahru, saya dapat mengesahkan perkara ini memang berlaku. Pandangan rakyat di bawah sana, mereka sebenarnya tidak kisah dalam soal jenis apa, pekerjaan yang macam mana, tetapi yang paling penting gaji yang dibayar itu perlu setimpal.

Tuan Yang di-Pertua, mungkin yang terakhir...

final • 3:10 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Yang Berhormat Johor Bahru?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti atas kerisauan daripada Johor Bahru, saya menilai beberapa perkara yang telah berlaku sebelum ini. Sistem sebelum ini Tuan Yang di- Pertua, dia agak mengelirukan. Oleh sebab yang pertama, kita ambil TVET. TVET ini objektifnya melahirkan rakyat yang berkemahiran. Dalam ‘lembaga pesuruhjaya’ TVET, kemahiran untuk latihan ada enam kementerian. Kementerian, kementerian, kementerian ini yang mengawal selia hala tuju dan juga sektor yang terlibat. Macam Jerman, dia buat model bertaraf kedudukan lepasan universiti ke mana hala tuju pelajar-pelajar ini.

Apa yang saya tengok, kerajaan kena buat satu anjakan iaitu mengenal pasti daripada sekolah rendah itu sudah dapat ditengok kebolehannya. Apabila pergi kepada menengah, sudah tahu mana objektif masa depannya. Apabila masuk ke universiti, ia akan ada persambungan pendidikan kemahiran. Apabila dia keluar dari universiti, dia keluar dengan keadaan graduate yang berkemahiran. Maka persaingan dengan pekerja asing itu boleh dilakukan.

Jati diri itu akan memperkukuhkan sebab asah yang dibuat daripada peringkat menengah dan juga peringkat universiti di samping memantau di peringkat rendah akan membolehkan kita bersaing dengan pekerja asing yang mana Yang Berhormat Johor Bahru

final • 3:10 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

sebentar tadi menzahirkan kekhuatiran di bawah itu yang mendapati bahawa 50 peratus mengatakan pesaingnya adalah pekerja asing.

Jadi, sebagai contoh Yang Berhormat Johor Bahru, contohnya TVET. Saya dimaklumkan satu syarikat China, yang bernama Sony Construction, dia mahu tolong pelajar, hendak mengajar, hendak mengiktiraf dan ada peluang-peluang pekerjaan, dia refer kepada CIDB pada tahun lepas. Akan tetapi, apabila dia pergi kepada Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Sumber Manusia tolak, CIDB tolak, dia semua tolak, tolak, tolak, akhirnya, 650 program melibatkan ribuan pelajar-pelajar dari tahun 2012 sehingga sekarang ini tidak terlaksana.

Maka, saya cadangkan, setujukah Yang Berhormat Johor Bahru bahawa sistem yang mengelola hala tuju TVET itu perlu ada centralized. Dia tidak boleh merapu-rapu ini, pening. Menteri ini kata lain, Menteri ini kata lain, Menteri ini syok sendiri, Menteri ini syok sendiri, jadi ia akan merumitkan anak-anak yang di bawah latihan kemahiran TVET.

Setujukah dengan saya, Yang Berhormat Johor Bahru bahawa sistem ini perlu dirubah untuk menjadi anjakan dan me-reform masa depan anak-anak yang berkemahiran? Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru.

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Yang Berhormat Johor Bahru?

final • 3:10 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Johor Bahru?

final • 3:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Saya berikan ruang kepada Ketua Pembangkang, kemudian saya hendak rumuskan soal pekerjaan.

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Yang Berhormat Johor Bahru, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Johor Bahru bahawa pekerjaan 3D ini memang tidak diminati oleh pekerja tempatan. Saya juga setuju dengan Yang Berhormat Johor Bahru iaitu kalau hendak mereka bekerja, naikkan gaji.

Setuju. Akan tetapi kesannya ialah apabila berlaku kenaikan gaji, kos pengeluaran akan meningkat dan tidak ada peniaga yang akan rugi kerana kos pengeluaran ini. Akhirnya, mereka akan pass kepada consumer, kepada pengguna yang menyebabkan akhirnya pengguna terpaksa membeli barang dengan harga yang tinggi. Jadi, apakah pandangan daripada Yang Berhormat Johor Bahru?

final • 3:10 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Baru sekali Yang Berhormat Johor Bahru, baru sekali.

final • 3:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Tidak apalah.

final • 3:10 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Johor Bahru, belakang. Yang Berhormat Johor Bahru.

final • 3:10 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Ada hubung kait.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bagan Serai, dulu.

final • 3:10 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Bagan Serai, Yang Berhormat Johor Bahru.

final • 3:10 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya melihat, saya mendengar apa yang Ketua Pembangkang cakap itu, ada relevannya. Akan tetapi pagi tadi saya ada soal Menteri Kewangan, apakah ada facility dan privilege untuk diberikan kepada pelabur dan beberapa keselesaan yang membolehkan pelabur berminat untuk datang ke dalam negara.

Jadi, jawapan yang ada ialah, kita mesti ada pros and cons. Kalau itu yang melibatkan ketidakselesaan majikan atau syarikat-syarikat ini, bersetujukah Yang Berhormat Johor Bahru dengan saya bahawa ada inisiatif lain untuk pelabur ini datang dan memberikan ruang untuk pekerjaan dan membolehkan mereka untuk memberikan gaji berlebihan berpandukan kepada kaji semula percukaian korporat yang dilakukan oleh kerajaan. Apa pandangan Yang Berhormat Johor Bahru? Terima kasih Yang Berhormat Bera.

final • 3:10 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Johor Bahru, minta. Bagan Serai.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bagan Serai pun bangun. Mungkin tidak nampak dekat belakang itu.

final • 3:20 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Johor Bahru, saya betul-betul belakang Yang Berhormat Johor Bahru. Tidak nampak.

final • 3:20 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Okey. Last lah untuk saya rumuskan soal pekerjaan.

final • 3:20 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Ini yang terakhir. Jangan bagi lagi dekat Yang Berhormat Kapar [Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya juga ingin merujuk kepada kerisauan Yang Berhormat Johor Bahru tadi tentang 3D. Ini 3D ini, sebenarnya bukan 3D. Sebenarnya gaji. Kalau gaji itu tidak cukup, kalau gaji itu rendah, maka 3D ini timbullah. Kalau gaji itu banyak, 3D tidak timbul. Orang semua sanggup buat kerja. Hari ini kita lihat anak-anak muda turun buat food truck dan macam-macam kerja sebab gaji yang lebih.

Jadi, apa yang saya hendak tanya pada Yang Berhormat Johor Bahru dan hendak sarankan juga, kalau gaji RM1,100, ini telah ditetapkan oleh Lembaga Gaji, oleh kerajaan.

Kadang-kadang kita dengar rungutan ada majikan tidak boleh bagi tetapi berterus teranglah sebenarnya bahawa majikan selama ini untung. Siapa yang menguntungkan majikan?

Adalah pekerja. Pekerjalah yang menguntungkan majikan. Pekerja adalah aset yang sebenarnya. Kalau pekerja tidak buat, majikan tidak untung.

Jadi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Johor Bahru, sudikah majikan- majikan semua bersedia untuk ambil prihatin sikit, untuk kasihan sikit pada masalah orang ini yang gajinya RM1,100, ada yang dibayar RM900. Kalau kerajaan tetapkan RM1,100, apa salah majikan letakkan RM1,300 kah, RM1,400 kah? Pekerja ini tidak akan lari. Dia tidak akan pergi mana kerana dia dah dapat sedikit imbuhan yang lebih. Apakah majikan begitu rugi dengan memberikan RM1,300? Ataupun adakah majikan tipu mengatakan dia rugi?

Sebenarnya selama ini dia untung dan perah tenaga orang sampai hidup jadi susah begini.

Jadi, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru.

final • 3:20 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Terima kasih Yang Berhormat Kapar dan Yang Berhormat Bera.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tanyalah majikan.

final • 3:20 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Okey. Biar saya rumuskan yang mana saya ambil maklum kerisauan yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang. Kalau yang dulu mungkin bawa banyak pekerja asing masuk tetapi saya lihat kesungguhan dalam kita menangani isu ini secara holistik. Pertama, saya lihat kita perlu kemukakan tawaran atau pun pemikiran yang baharu kepada majikan. Sebagai contoh, mungkin betul dari segi gaji individu tersebut kita dapat rendahkan.

Akan tetapi dari segi produktiviti, kalau kerajaan menyediakan insentif dari segi meningkatkan teknologi dan juga cara pengurusan yang lebih efektif, mungkin kalau dulu gaji rendah kita perlukan lima orang pekerja, sekarang gaji lebih mahal kita hanya memerlukan seorang ataupun dua pekerja tempatan. Oleh kerana kalau kita lihat dari segi hendak bawa masuk pekerja asing ini, ia ada kos yang lain yang dipanggil sebagai levi dan sebagainya.

Jadi, dalam isu ini saya rasa kalau dua-dua pihak, daripada pihak kerajaan dan pembangkang dapat memulakan diskusi yang baharu dalam soal macam mana kita hendak tangani kebanjiran pekerja asing ini, kita perlu ada kemahuan atau pun political will hendak mengubah keadaan ini. Betul, saya sebut tadi 35 sen rakyat dapat, majikan dapat 65 sen berbanding dengan negara luar. Itu terlalu banyak kepada majikan.

Jadi, kalau kita hendak memastikan keuntungan itu lebih, majikan punya produktiviti itu perlu dipertingkatkan. Jadi, dalam soal padanan kerja tadi, saya juga hendak sebut kepada Menteri Sumber Manusia untuk teliti balik yang mana baru-baru ini keluar dalam surat khabar yang menyebut laman portal JobsMalaysia.com itu tidak mencapai standard. Sedangkan dalam tempoh dua tahun, yang telah dibelanjakan adalah sebanyak RM24.5 bilion. Hendak buat laman portal RM24.5 bilion. Maaf, million. Jadi, yang ini saya harap mereka yang terlibat, siasat balik. Kalau perlu kemukakan kepada pihak agensi SPRM atau pun sebagainya, kita kena bertindak tegas.

final • 3:20 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Dari segi pelaburan, Malaysia ini kita kena tarik lebih banyak pelaburan yang menjurus kepada pekerjaan bergaji dan berkemahiran tinggi. Saya sempat berbincang dengan beberapa pengusaha atau pun entrepreneur, usahawan muda dalam soal mendepani masalah isu gaji dan juga pekerjaan. Di kalangan mereka itu ada yang telah tersenarai dalam Forbes Asia Top 30. Mereka berpandangan bahawa selain dalam soal pekerjaan, kerajaan juga harus menjurus kepada pewujudan ekosistem pasaran pekerja yang berasaskan inovasi seperti usahawan-usahawan digital dan juga start-ups. Pelaburan-pelaburan institusi yang besar, PNB, KWSP dan sebagainya sebelum ini lebih berminat melabur di saham-saham syarikat blue chip kerana bernilai tinggi dan kebiasaannya lebih stabil dan selamat. Menurut sumber, hampir 35.9 peratus dagangan di Bursa Malaysia ini dijalankan oleh pelabur runcit tempatan. Jadi, golongan ini adalah mereka yang lebih kecil, pengurus aset, dana dan kumpulan-kumpulan individu.

Jadi, kita kena cari jalan macam mana kita hendak bagi ruang kepada start-ups, kepada usahawan-usahawan kecil ini untuk membina dari segi kapitalnya, membina juga dari segi ekosistem pelaburan, dari segi inovasi ini supaya akhirnya apabila peniaga-peniaga kecil ataupun usahawan-usahawan ini diberikan peluang yang sama rata, kita mengharapkan supaya peluang kepada anak-anak muda kita ini lebih meluas, bukan sekadar hanya memberi geran dan sebagainya. Yang Berhormat Kapar tadi ada sebut dalam soal pendidikan TVET. Memang betul, maklumat yang kita terima konsisten sepanjang tempoh selama ini, pengurusannya sangat bercelaru kerana diuruskan oleh enam kementerian.

Perkara ini telah dibangkitkan yang mana saya lihat ada kesannya di bawah.

Baru-baru ini, bila saya tanya di sebuah sekolah vokasional di dalam Parlimen saya, mereka sebut ada kelas ataupun kursus terpaksa ditutup kerana tidak memenuhi aspek ataupun piawaian yang ditetapkan oleh kementerian sebelah pula. Jadi, sebab itu proses birokrasi dan juga pertindihan ini menyebabkan kaedah ataupun pengajaran TVET itu tidak efisien. Kalau boleh saya mohon Kementerian Pelajaran bagi penjelasan, adakah benar untuk di sekolah vokasional ini, hampir 5,000 ataupun 7,000 kursus ataupun peluang untuk mereka melanjutkan pelajaran ini terpaksa ditunda, ditangguhkan kerana percanggahan dari segi standard yang ditetapkan oleh kementerian yang lain? Tuan Yang di-Pertua, saya telah ulas soal ekonomi dan juga soal pekerjaan dan gaji. Bahagian yang terakhir ini saya ingin menyentuh mengenai pentadbiran ataupun tata kelola kerajaan yang lebih baik.

Dalam kita menguruskan sebuah negara demokrasi, kita perlu berlaku adil dan pastikan dasar yang diguna pakai mengambil kira pendekatan rakyat. Kita bercakap itu mudah. Mereka yang menjadi pembangkang sekarang pun mudah bercakap. Cuma, untuk melaksanakan dan menerima teguran itu memerlukan pemimpin yang berjiwa besar. Kita tahu antara perbezaan yang paling ketara selepas Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan negara, kita dapat menikmati dari soal kebebasan bersuara.

Akan tetapi pemimpin Pakatan Harapan juga perlu peka dengan keluhan dan juga pandangan mereka supaya komentator-komentator ini kita ambil demi menjaga keharmonian dan juga kemakmuran negara. Oleh kerana yang saya risaukan, saya tidak mahu lihat apabila rakyat mungkin akan menyamakan kita dengan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dahulu. Komen-komen yang kita bagi ataupun kenyataan yang kita kemukakan biarlah mencerminkan keadaan di luar sana.

Sementara kita mempunyai tanggungjawab untuk memulihkan ekonomi negara yang memerlukan perancangan yang teliti dan rapi, kita juga boleh mengambil pendekatan yang lebih common sense atau pun pendekatan yang mudah, praktikal bagi melancarkan urusan seharian rakyat. Kita tidak perlu sekadar bercakap idea-idea yang terlalu besar tetapi cari jalan macam mana meringkaskan urusan mereka.

final • 3:20 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Jadi, tadi di awal ucapan saya, saya sudah sebut dalam soal menguruskan harga barang, kementerian mengambil pendekatan yang tertentu bagi memastikan harga barang tersebut dapat dikawal. Dalam soal pengangkutan awam, saya hendak ucapkan tahniah kepada Menteri Pengangkutan yang telah mengambil beberapa inisiatif untuk memudahkan dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

Kalau kita lihat dalam soal pas perjalanan tanpa had My100, telah merekodkan lebih daripada 100,000 pengguna dalam tempoh tidak sampai tiga bulan. Kita juga tadi, saya sudah sebut dalam soal harga minyak, kerajaan sudah buat keputusan demi kelangsungan ekonomi untuk menetapkan harga siling pada kadar RM2.08. Jadi, pendekatan-pendekatan ini yang

final • 3:30 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

kita dambakan, yang kita mengharapkan daripada kerajaan untuk memudahkan urusan rakyat di luar sana.

Tuan Yang di-Pertua, namun, dalam isu yang lain, kita juga memerlukan pendekatan-pendekatan yang lebih menyeluruh, yang mana pertimbangan itu perlu diambil daripada pelbagai sudut. Hendak tidak hendak saya terpaksa sebut dalam soal isu PTPTN misalnya. Memang benar kalau kita lihat daripada pihak pengurusan, mereka tertekan dalam soal macam mana hendak menguruskan hutang yang terus melambung tinggi. Akan tetapi, dari sudut yang lain, pihak PTPTN kena faham bahawa peminjam-peminjam di luar sana juga berdepan dengan tekanan ekonomi yang agak teruk. Sebab itu bagi saya, dalam soal menguruskan isu PTPTN ini, kita perlu lebih peka.

Kalau seolah-olah memang kita terbeban dengan hutang negara hasil peninggalan yang lepas, tetapi kita jangan dalam hendak mengurangkan hutang negara, kita mendesak anak-anak muda ini untuk mengurangkan ataupun meningkatkan potongan gaji mereka bagi melangsaikan isu PTPTN ini. Cuma saya mohon kepada mereka yang terlibat, duduk berbincang, jangan bergerak secara individu ataupun silo. Akan tetapi, kita kena cari penjelasan ataupun jalan yang lebih menyeluruh. Sebagai contoh, kalau sebelum ini kerajaan telah berjaya mendapatkan Samurai Bond untuk mengurangkan kadar bunga ataupun interest bagi soal pinjaman kepada kerajaan, mengapa tidak kita mendapat pakej- pakej sebegini untuk membantu anak-anak muda kita melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Jadi, dalam kita menguruskan golongan anak muda ini, sepatutnya Pakatan Harapan dilihat jauh lebih ke depan. Sebab berbanding dengan yang sana... [Merujuk kepada blok pembangkang], yang muda-muda sebelah sini...

[Merujuk kepada blok kerajaan] yang Yang Berhormat Pasir Salak marah sangat, memang saya muda. Jadi, dalam isu ini...

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Muda lagi awak itu, belajar dulu.

final • 3:30 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Betul.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ini apa ini?

final • 3:30 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Tua tidak semestinya berisi.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Salak, tarik balik lah begitu. This is a provoke.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Apa dia?

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tarik balik lah benda-benda begitu.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tarik balik apa?

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

“Kamu muda lagi” lah, apa ini? Ini bukan...

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Apa yang Tuan Yang di-Pertua suruh saya tarik balik? Tarik balik apa?

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ini adalah sesuatu yang mengganggu.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Mengganggu? Banyak gangguan tadi.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak mengikuti peraturan mesyuarat.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Banyak gangguan.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila duduk.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Dulu masa mereka jadi pembangkang lagi teruk.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Itu dulu. Sekarang, sekarang. Teruskan Yang Berhormat Johor Bahru.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Teruskan.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Johor Bahru. Anak muda. Ya silakan.

final • 3:30 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...

[Tepuk]

final • 3:30 PM

Seorang Ahli

Anak muda, jangan takut.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Sijil, sijil.

final • 3:30 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Jadi, dalam isu anak muda ini, kita kena lihat anak muda ini sebagai aset kepada negara dan juga kita kena sedar anak-anak muda di luar sana terdiri daripada pelbagai latar belakang yang mungkin memiliki minat yang berbeza-beza. Saya ambil maklum dalam usaha kerajaan meningkatkan kualiti di kalangan anak muda ini, banyak cadangan disebut dalam soal membina kepimpinan, pengucapan dan sebagainya. Akan tetapi, langkah kerajaan ini tidak seharusnya hanya tertumpu kepada golongan T20 ataupun Top 20. Sebab kebanyakan anak muda di kelas pertengahan ataupun rakyat biasa ini, sebenarnya mendambakan penglibatan bersama dalam usaha-usaha kerajaan.

Jadi, salah satu isu yang saya hendak sebut sebab beberapa bulan ini, saya didatangi dan juga mendampingi kumpulan anak muda yang minat dalam dunia permotoran ataupun motosikal yang sering dipandang serong oleh masyarakat. Ini bukan “Bossku” ya. Ini betul-betul punya. Ini malangnya, mereka ini dipanggil ataupun digelar sebagai mat rempit.

Bila kita sebut mat rempit, kita akan ada tanggapan negatif. Kalau kita lihat dari satu sudut, motosikal ini bermula sebagai keperluan. Akan tetapi juga ia melibatkan puluhan ribu penunggang setiap hari. Namun, menjadi masalah apabila ada yang memilih untuk berlumba atas jalan raya.

Berdasarkan satu laporan, dalam tempoh bulan Januari sehingga bulan September 2017, sebanyak 764 tangkapan dilakukan menerusi 2,795 operasi membanteras lumba haram. Daripada jumlah itu, seramai hampir 400 orang merupakan penunggang dan pembonceng motosikal yang majoritinya terdiri daripada anak muda.

Kita tidak boleh sekat minat mereka. Kalau zaman sekarang ini kita sebut soal eSports bagi golongan yang bermain games. Akan tetapi juga isu motosikal ini kita tidak boleh sekat minat mereka. Cuma, kita kena cari jalan untuk menguruskannya supaya ia tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain dan juga tidak mengorbankan masa depan mereka. Jadi, saya lihat kita kena cari jalan untuk memupuk budaya yang lebih sihat.

Dulu, waktu zaman Kerajaan Barisan Nasional, mereka telah berjanji untuk membina sebuah litar motosikal di setiap negeri, tetapi gagal dilaksanakan.

final • 3:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Betul kah? Mana pergi duit itu?

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:30 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Jadi, bagi saya, walaupun kita sekarang sebuah kerajaan, kita tidak perlu hanya cakap kosong seperti sebelum ini. Cukup hanya beberapa litar, tetapi yang paling penting, biarlah litar itu dapat diguna pakai oleh anak muda yang biasa. Kita kena pastikan akses dan fasiliti ini lebih mudah dan tidak membebankan anak-anak muda kita.

Saya yakin, bila kita dampingi mereka, kita akan bagi satu impak sosial yang lebih positif terhadap komuniti tempatan dan juga kita dapat mengurangkan masalah isu mat rempit dan lumba haram di jalan raya. Jadi, yang ini saya mohon kementerian yang berkenaan, kalau boleh, ambil isu ini dan kita laburkan sedikit demi pembangunan anak muda, permotoran.

Tuan Yang di-Pertua, dalam isu pentadbiran dan tata kelola yang baik, walaupun Pakatan Harapan mempunyai aspirasi untuk berlaku adil dan mengikut lunas undang- undang. Ada kalanya masalah itu adalah terhadap undang-undang itu sendiri, yang mana ada undang-undang mungkin berat sebelah, zalim dan sebagainya. Jadi, di sini saya hendak sebut, hendak ambil satu contoh mengenai Akta Pengambilan Tanah 1960.

Kalau siapa di dalam Dewan Rakyat pagi ini, dibangkitkan dalam soal kepada Menteri berkaitan dengan isu pengambilan tanah di Johor Bahru yang melibatkan Kim Teng Park. Akan tetapi, saya sebut di sini bukan sahaja soal isu kawasan, tetapi juga saya yakin

final • 3:30 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

perkara ini berlaku di seluruh negara, yang mana rakyat ataupun pemilik tanah kebiasaannya tidak berpeluang untuk bersuara ataupun mempertahankan haknya.

Tidak dinafikan bagi mana-mana negara yang kita hendak maju, hendak membangun, kita memerlukan tanah ataupun kawasan untuk kita wujudkan pembinaan infrastruktur dan kemudahan awam. Masalahnya timbul apabila pemilik membantah kerana rumah ataupun bagi saya yang lebih tepat lagi adalah kehidupan mereka, hendak dirampas oleh mana-mana pihak yang ini merujuk kepada kerajaan untuk tujuan pembinaan.

final • 3:30 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Memang kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk membayar pampasan. Akan tetapi, pampasan yang mencukupi itu apakah nilainya dan biasanya apabila diberikan pampasan, ada pihak-pihak yang tidak bersetuju. Jadi, saya berpandangan dalam isu akta pengambilan tanah ini, kita perlu kemas kini agar pandangan pemilik tanah diambil kira.

Sebab kalau kita rujuk kepada perlembagaan negara sekalipun, dalam soal ini ada termaktub dan juga akta ini perlu ada panduan yang jelas berkaitan dengan maksud pampasan yang mencukupi dan juga kalau tanah tersebut diambil bagi tujuan komersial, nilai pampasan itu sepatutnya lebih tinggi berbanding dengan tujuan awam ataupun kegunaan orang ramai. Jadi saya mohon kepada pihak kementerian yang berkenaan untuk mengkaji semula akta ini bagi memberi ruang yang lebih adil dan hak yang lebih baik kepada rakyat.

Saya juga dalam Dewan yang mulia ini pada tahun lepas telah kemukakan ataupun membangkitkan isu berkenaan dengan undang-undang yang zalim yang menindas ataupun tidak memberi ruang kepada rakyat untuk terlibat dalam sesuatu perkara yang mana yang menjadi isu adalah berkaitan selalunya digunakan alasan kerana kita hendak kekang sebarang bentuk ancaman keganasan. Akan tetapi terdapat rakyat kita yang sebenarnya menjadi mangsa kepada undang-undang tersebut.

Jadi, dalam isu ini saya tidak hendak ulas panjang. Cuma saya hendak mengulangi pendirian saya bahawa dan mengingatkan kerajaan mengenai komitmen kita sebelum kita memerintah untuk memansuhkan akta-akta berkenaan seperti Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Pencegahan Keganasan 2015, SOSMA, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-langkah Khas 2012 dan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Tuan Yang di-Pertua, maka tidak lengkaplah dalam usaha untuk kita mewujudkan pentadbiran dan tata kelola yang lebih baik tanpa memfokuskan kepada usaha untuk membanteras rasuah, ketirisan dan juga salah guna kuasa. Ini adalah kekuatan Pakatan Harapan. Ini jugalah yang membezakan antara kita dan juga di pihak pembangkang. Akan tetapi kita wajar memastikan pelan anti rasuah nasional ini benar-benar dapat memulihkan negara daripada budaya rasuah yang sebelum ini berleluasa di era zaman Yang Berhormat Pekan. Jadi bagi isu ini saya tidak hendak mengulangi skandal-skandal kewangan yang kita semua sudah tahu. Cukuplah bagi pihak kerajaan Pakatan Harapan mengambil iktibar dan pengajaran daripada kesilapan yang lalu.

Pengurusan wang rakyat secara jujur dan telus akan dapat memastikan segala kebajikan dan pembangunan yang dirancang ini mencapai sasaran dan dapat dinikmati kumpulan yang kita mahukan. Kita kena pastikan saluran-saluran bantuan ini terutamanya kepada orang miskin, golongan B40, dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Kita tidak mahu mengulangi budaya menggunakan orang tengah semata-mata untuk mengaut keuntungan atas angin. Perbuatan itu samalah seperti menyelewengkan duit rakyat.

Ketegasan Pakatan Harapan dalam melawan rasuah dapat dilihat apabila beberapa pengumuman yang dibuat selama ini berkaitan dengan isu rasuah dan kalau kita lihat beberapa pemimpin kerajaan terdahulu pun sedang berdepan dengan pendakwaan rasuah dan dihadapkan ke muka pengadilan. Rakyat mahukan hukuman yang setimpal diberikan kepada mereka yang telah mencuri duit rakyat secepat mungkin...

[Tepuk] Akan tetapi pada masa yang sama kita perlu memahami keperluan menghormati proses undang-undang. Kita harus meletakkan kembali badan kehakiman negara sebagai sebuah institusi yang bebas daripada campur tangan politik. Kalau tidak, apalah bezanya Pakatan Harapan berbanding Barisan Nasional.

final • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Minta laluan Yang Berhormat Menteri.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Johor Bahru, minta laluan boleh?

final • 3:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Yang Berhormat Jelutong.

final • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tertarik dengan topik yang telah dibangkitkan tadi oleh Yang Berhormat daripada Johor Bahru. Saya akan mengulas tentang perkara ini bila diberi peluang dan saya menjemput Dewan ini memberi perhatian kepada satu pendedahan yang agak mengejutkan oleh seorang hakim mahkamah rayuan yang masih lagi melaksanakan tugas sebagai seorang hakim. Berkenaan dengan campur tangan politik oleh pemimpin-pemimpin daripada Barisan Nasional dalam dua kes mega.

Satu, melibatkan Yang Berhormat Port Dickson. Satu lagi melibatkan Yang Berhormat Bukit Gelugor sebelum ini. Di mana ia difahamkan bahawa terdapat campur tangan politik yang telah memberi arahan kononnya untuk Yang Berhormat Port Dickson dalam perbicaraannya dan juga Yang Berhormat Bukit Gelugor didapati bersalah. Ini merupakan perkara-perkara yang begitu serius yang kita rasa patut dan wajar diberi perhatian oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Di sini saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada hakim ini yang cukup berani untuk mendedahkan perkara ini. Akan tetapi rakyat ingin mengetahui sama ada, ada lagi hakim-hakim yang masih lagi berkhidmat yang telah bersekongkol dengan Barisan Nasional, yang telah bersekongkol dengan pemimpin- pemimpin Barisan Nasional sehingga masuk campur tangan dengan bidang kehakiman. Ini adalah perkara-perkara yang wajar dan wajib diberi perhatian oleh kerajaan Pakatan Harapan. Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Johor Bahru, ada kaitan.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Saya mohon masukkan dalam ucapan saya apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jelutong tadi. Yang Berhormat Pontian.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Terima kasih. Satu lagi kes mega sebagaimana Yang Berhormat Jelutong sebut tadi iaitu skandal Forex. Saya difahamkan dalam jawapan dalam Dewan ini bahawa Setiausaha Suruhanjaya Diraja laporan skandal Forex telah membuat laporan polis dalam pemerintahan yang terdahulu. Akan tetapi apabila kerajaan baharu mengambil alih, laporan polis itu ditarik balik oleh Suruhanjaya Diraja tentang skandal Forex 31.5 bilion yang begitu banyak duit rakyat hilang. Itu yang pertama.

Kedua, pihak di sebelah sana selalu menyebut bahawa BR1M ini rasuah. Tadi Yang Berhormat sebut fasal rasuah. Sekarang ini pihak Pakatan Harapan memberi rasuah kepada 7 juta rakyat dengan program BSH. Apa pandangan Yang Berhormat?

final • 3:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Itu lah saya kagum dengan Yang Berhormat Pontian ini. Sebenarnya kalau isu-isu yang dibangkitkan yang berpuluh tahun, kenapa tidak selesai waktu zaman beliau merupakan menteri. Jadi perkara-perkara ini hanyalah menjadi umpan kepada saya untuk respons.

Cuma dalam soal rasuah tadi saya sudah sebut macam mana keadaannya dan kita di pihak sini pun kita pelajari, teladani apa yang telah dilakukan ketika kerajaan di zaman Yang Berhormat Pekan sebelum ini. Cuma dekat sini saya hendak timbulkan sedikit kerisauan apabila masalah yang melibatkan penyelewengan tidak hanya terhenti di kalangan pimpinan UMNO.

Saya terbaca laporan akhbar yang menyebut bahawa ada pemimpin PAS yang dibekukan akaun bank kerana mempunyai wang bernilai satu juta Ringgit. Tidak cukup setakat itu, beberapa kenderaan mewah seperti Vellfire. Porsche dan Range Rover yang keseluruhan bernilai RM2.3 juta telah pun disita. Jadi, saya hendak minta Yang Berhormat Menteri yang berkenaan untuk mengesahkan jika terdapat mana-mana pimpinan PAS yang disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram. Sebab itu dalam Dewan yang mulia ini saya hendak mengulangi pendirian saya sebelum ini dan mencabar semua Ahli Parlimen UMNO dan PAS untuk mengisytiharkan harta secara terbuka...

[Tepuk]

final • 3:40 PM

Beberapa Ahli

Berani? Berani?

final • 3:50 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Yang Berhormat Pasir Salak berani.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Percayalah...

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Sudahlah!... [Dewan riuh]

final • 3:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Percayalah, dengan langkah pengisytiharan harta adalah wajar bagi menjamin integriti, akauntabiliti dan mencerminkan ketelusan antara pemimpin dan rakyat, yang mana bagi saya kalau hendak berkahwin pun, kenalah jujur dan telus dahulu. Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:50 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Minta laluan Yang Berhormat, sikit sahaja.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Sila.

final • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih. Isu tentang pemimpin-pemimpin PAS yang telah dibangkitkan ini adalah isu yang menarik. Di kawasan saya sendiri ada orang yang bertanya sama ada isu ini adalah isu yang sebenarnya. Saya menjelaskan dan minta penjelasan daripada Yang Berhormat, adakah itu sebabnya mengapa PAS dan UMNO sekarang bekerjasama? Kerana masing-masing terlibat dalam isu skandal menerima rasuah dan sebagainya. PAS pun sudah mula tenggelam, UMNO pun sudah mula tenggelam...

final • 3:50 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Apa ini, tenggelam-tenggelam ini?

final • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kedua-dua sudah mula tenggelam. Adakah itu menjadi sebab mengapa PAS dan UMNO bekerjasama sekarang, kerana masing-masing terpalit dengan isu rasuah dan sebagainya. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Terengganu...

final • 3:50 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Tuan Yang di-Pertua, saya mahu bercakap sikit. Ini duduk bercakap tentang laporan berkait dengan akaun dalam pemimpin PAS, ada berjuta. Sampai sekarang tak ada satu nama pun disebut.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Sebab itu saya...

final • 3:50 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Kalau ada buat laporan lah.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Sebab itu saya ulang dalam dewan ini supaya Menteri berkenaan dapat respons...

final • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Pohon nyatakan, Yang Berhormat...

final • 3:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Kalau boleh Yang Berhormat, saya hendak...

final • 3:50 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Benda yang tak sahih lagi tak payah lah.

final • 3:50 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:50 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Ini daripada dulu lagi.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Maklumat mana ambil, Tuan Yang di-Pertua?

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Laluan tidak diberikan...

final • 3:50 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Kejap 90 juta lah. apa lah...

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, 16 minit sahaja.

final • 3:50 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:50 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Nyatakan maklumat mana.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Maklumat mana?

final • 3:50 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Kita minta buktikan.

final • 3:50 PM

Beberapa Ahli

Kes Banglo...

final • 3:50 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Banglo siapa?

final • 3:50 PM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Jangan bercakap sahaja!

final • 3:50 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Akaun siapa?

final • 3:50 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Kereta siapa?

final • 3:50 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Kereta siapa?

final • 3:50 PM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Sila bukti. Mana, siapa dia?

final • 3:50 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:50 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Satu nama pun tak boleh bagi.

final • 3:50 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:50 PM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Jangan jadi pemfitnah!

final • 3:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Boleh saya teruskan?

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan.

final • 3:50 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:50 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Pakatan Harapan terdesak.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Ini apa jenis politik macam ini? Main cakap ikut...

final • 3:50 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Tuan Yang di- Pertua...

final • 3:50 PM

Seorang Ahli

Kita minta...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Ada berani tak?

final • 3:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

[Ketawa]

final • 3:50 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Cakap sahaja.

final • 3:50 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Jangan terpengaruh Yang Berhormat Johor Bahru, jangan terikut-ikut. Ini semua typical politician...

final • 3:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Okey.

final • 3:50 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Johor Bahru boleh saya- bagi saya sekejap tak Yang Berhormat Johor Bahru? Jelebu, Jelebu depan ini.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Tuan Yang di- Pertua...

final • 3:50 PM

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:50 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Tak, Yang Berhormat Johor Bahru, jawab siapa.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Tuan Yang di- Pertua...

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

...Saya bagi laluan kepada Yang Berhormat Jelebu, kemudian saya hendak tutup.

final • 3:50 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Jelebu, silakan.

final • 3:50 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Itu caranya berbahas. Silakan Yang Berhormat Jelebu.

final • 3:50 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya cuma hendak menarik perhatian. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Johor Bahru supaya pemimpin muda ini mesti mempunyai pendekatan yang tersendiri, jangan terikut-ikut dengan politik dan cara pemimpin-pemimpin lama kerajaan.

Ini kerana sebelum kita hendak buat sesuatu kenyataan, kita mesti ada fakta. Saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Johor Bahru dan bersetuju atau tak Yang Berhormat Johor Bahru yang kerajaan sekarang takut sangat dengan UMNO dengan PAS kenapa? Apa masalah dia? Yang Berhormat Jelutong, nanti dahulu Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Johor Jelutong...

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya silakan Yang Berhormat Jelebu, habiskan.

final • 3:50 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Johor Bahru, boleh tak, saya sikit lagi. Yang kita takut sangat fasal apa? Kita walhal- yang kita hendak takut sangat kenapa? Kita akan mencipta kemenangan demi kemenangan apabila UMNO-PAS di dalam arena politik baharu negara. Jadi kenapa mesti kita hendak takut? Kenapa mesti kita buat fitnah? Kenapa kita mesti...

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Dalam social media semua sudah kutuklah. Pergi check tengok...

final • 3:50 PM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Minta Yang Berhormat Johor Bahru tarik balik...

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Rakaman kurang jelas] ...Kutuklah!

final • 3:50 PM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Minta Yang Berhormat Johor Bahru tarik balik.

final • 3:50 PM

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tak apalah Yang Berhormat Johor Bahru, teruskan, teruskan.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Saya minta tarik balik Yang Berhormat Johor Bahru, saya...

final • 3:50 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya belum habis lagi Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Masa tinggal 13 minit lagi.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Tuan Yang di-Pertua, saya minta tarik balik...

final • 3:50 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tuan Yang di-Pertua, saya belum habis lagi Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Belum habis lagi? Habiskan Yang Berhormat Jelebu.

final • 3:50 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Boleh habiskan?

final • 3:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jelebu belum habis lagi.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Belum habis lagi?

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan.

final • 3:50 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:50 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Jadi saya hendak minta Yang Berhormat Jelutong supaya hati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Saya minta Yang Berhormat Jelutong tarik balik. Jangan buat sesuatu fitnah yang boleh mengeruhkan keadaan. Fikir dua kali. Yang Berhormat Jelutong Ahli Dewan, bukannya Wakil Rakyat atau Ahli- saya tak tahulah kalau Yang Berhormat Jelutong menganggap bahawa sebagai Ahli Parlimen yang tidak ada kualiti. Yang tidak ada otak.

final • 3:50 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Okey, saya teruskan.

Nampak tiada hujahan tadi. Yang Berhormat Kapar, last. Last Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Johor Bahru beri laluan Kapar.

final • 3:50 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Yang Berhormat Johor Bahru. Tarik balik Yang Berhormat Johor Bahru. Tarik balik nama...

final • 3:50 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Meneliti daripada soalan Yang Berhormat Jelebu. Dengan mengagak kekhuatiran Pakatan Harapan dengan pihak pembangkang, dengan unjuran yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Johor Bahru. Beberapa isu yang dikaitkan dengan integriti...

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Kapar tak ada hak menjawab.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Jawab isu terowong lah. Terowong, terowong, terowong!

final • 3:50 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Yang Berhormat Pasir Salak...

final • 3:50 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Terowong pun ada laporan.

final • 3:50 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:50 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak buat teguran, di bawah Peraturan 37. Yang Berhormat Pasir Salak orang lama. Orang berpengalaman, tokoh hebat. Orang kampung saya, Pasir Salak. Tolong dengar hujahan saya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Meneliti daripada hujahan ini, sebenarnya Pakatan Harapan tak takut dengan sesiapa pun. Yang kami takut ialah pada perompak, penyamun, penyangak, pencuri. Yang kami takut ialah kita khianati rakyat. Itu yang kita takut.

Akan tetapi kita dalam peralihan. Apa yang dicakapkan oleh Yang Berhormat Johor Bahru itu ialah sistem kita pada hari ini, Tuan Yang di-Pertua yang pernah menjadi Yang Arif. Meneliti daripada hukuman dan juga dakwaan yang akan dibuat. Jadi proses itu memerlukan masa.

Kita biarkan penguatkuasaan melakukan siasatan mereka dan kita lihat apakah itu fitnah atau tidak.

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Menteri kah menjawab ini?

final • 3:50 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Jadi saya menanggap...

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Menteri kah dia, menjawab ni.

final • 3:50 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Yang Berhormat Pasir Salak...

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ya lah, Yang Berhormat kata saya tak pandai lah...

final • 3:50 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Yang Berhormat Pasir Salak orang lama, berpengalaman, takkan tak tahu...

final • 3:50 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Biarlah Menteri jawab.

Ini menjawab tadi.

final • 3:50 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Bertukar pandangan. Jangan menyampuk! Baca Peraturan 37, seorang berpengalaman harus peka dengan peraturan...

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya peka. Tidak ada hak. Yang Berhormat tak ada hak...

final • 3:50 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan semua duduk. Kalau belum tentu- belum tahu peraturan mesyuarat atau perlu ulang kaji, sila ulang kaji.

final • 3:50 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya tambah lagi Yang Berhormat Johor Bahru, setujukah dengan saya bahawa segala dakwaan dan juga penghakiman itu perlu mengambil masa dan kita serahkan penguasa untuk menyiasat, mengesahkan fitnah atau tidak. Setujukah dengan saya Yang Berhormat Johor Bahru? Terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Sebab itu saya bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini, supaya...

final • 3:50 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Minta laluan.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

...Ada penjelasan daripada pihak berkenaan dan mendapat jawapan yang sebenar-benarnya. Bagi saya, saya hendak bantu. Saya hendak lihat sebenarnya kita kena bersihkan pemimpin-pemimpin kita daripada tohmahan rasuah, daripada tohmahan...

final • 3:50 PM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Tuan Yang di-Pertua, kenapa buat tuduhan dulu?

final • 3:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Oleh sebab itu saya sebut, supaya ada...

final • 3:50 PM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Kenapa buat tuduhan?

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Bagan boleh kita bersih kah tidak?

final • 3:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Saya harap Yang Berhormat Pasir Salak baru ditegur tadi, biar beradab dan tahu peraturan.

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya hendak tanya sekarang ini, Yang Berhormat Bagan boleh bersih kah tidak?...

final • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Tumpat minta laluan.

final • 3:50 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Biar saya habiskan Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan.

final • 3:50 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Tumpat minta laluan.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Laluan tidak diberi. Sila duduk. Silakan.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup, saya ulangi pendirian saya mengenai kepentingan untuk kita...

final • 3:50 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Yang Berhormat Johor Bahru, sebelum penutup Yang Berhormat Johor Bahru. Boleh saya bercakap? Tuan Yang di-Pertua?

final • 3:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Last...

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Laluan diberikan.

final • 3:50 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Yang Berhormat Johor Bahru, setujukah Yang Berhormat Johor Bahru dengan saya bahawa Yang Berhormat Johor Bahru harus mendesak pihak berkuasa menyiasat sama ada belah Pakatan Harapan ataupun belah pembangkang, supaya sesiapa juga yang terlibat dalam rasuah...

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Baru betul.

final • 3:50 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

...Mesti diambil tindakan, setuju atau tidak?

final • 3:50 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Yang itu saya setuju.

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Baru betul.

final • 3:50 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setuju.

final • 3:50 PM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:50 PM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Jangan buat tuduhan.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat Sungai Petani, yang mana bagi saya dalam isu ini sebaik-baiknya semua pemimpin, semua Wakil Rakyat mengisytiharkan harta secara terbuka...

final • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tak jawab soalan, tidak jawab.

final • 3:50 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Kita setuju, lama dah.

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tak jawab soalan.

final • 3:50 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Minta laluan. Minta laluan.

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Penakut dia.

final • 3:50 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Tumpat minta laluan.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat tumpat minta laluan, hendak beri kah tidak?

final • 3:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Terakhir Tuan Yang di-Pertua. Berapa kali akhir dah, last.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terakhir, sila.

final • 3:50 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Apa yang saya hendak sebut ialah Yang Berhormat Johor Bahru tadi telah membuat tuduhan dan tuduhan itu dibuat hanya berdasarkan laporan akhbar. Kita minta supaya Yang Berhormat Johor Bahru menyedari bahawa hari ini Yang Berhormat Johor Bahru telah pun berada di pihak kerajaan, tidak sepatutnya makna mereka-reka cerita.

Sebenarnya kerajaan boleh mengambil tindakan. Kita mengharapkan supaya Yang Berhormat Johor Bahru bertanggungjawab dengan apa yang disebut tadi. Kita minta supaya dedahkan di Parlimen ini pemimpin mana yang dikatakan sebagai pemimpin PAS yang telah disita kenderaannya dan sebagainya. Kita minta. Mesti bertanggungjawab sebagai anggota Parlimen mesti berani dan bertanggungjawab dengan kenyataan itu.

final • 4:00 PM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Sila jawab, sila jawab. Sila kemukakan.

final • 4:00 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Johor Bahru, Yang Berhormat Johor Baru.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tumpat. Oleh sebab itu saya sebut tadi, saya minta di dalam Parlimen ini supaya bagi membersihkan nama mana-mana pihak, Menteri yang bertanggungjawab perlu kemukakan status siasatan terhadap pemimpin tersebut.

final • 4:00 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Johor Bahru.

final • 4:00 PM

Seorang Ahli

Dia yang tuduh, dia yang jawab...

final • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Wakil rakyat PAS juga terpalit.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tinggal 10 minit lagi. Yang Berhormat Johor baru, sila gulungkan.

final • 4:00 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Johor Baru, boleh tambah sedikit tak?

final • 4:00 PM

Beberapa Ahli

Sebut nama.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Boleh saya gulung?

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Gulung, gulung.

final • 4:00 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Lama lagi. Ada tujuh minit lagi, Yang Berhormat Johor Bahru.

final • 4:00 PM

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Kalau tidak boleh sebut nama, minta tarik balik. Tarik balik.

final • 4:00 PM

Beberapa Ahli

Tarik balik, tarik balik.

final • 4:00 PM

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tarik balik.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jelutong, sila duduk. Masa untuk menggulung.

final • 4:00 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Jelutong, tarik balik.

final • 4:00 PM

Seorang Ahli

Tarik balik, tarik balik.

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan mana?

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Jelutong, tarik balik.

final • 4:00 PM

Seorang Ahli

Kena bertanggungjawab Yang Berhormat Johor Bahru, kena bertanggungjawab. Buktikan...

final • 4:00 PM

Beberapa Ahli

Tarik balik.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Mengelirukan Dewan.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Tidak ada seorang pun pemimpin PAS kena tahan SPRM.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

SPRM sudah buat kenyataan tidak ada pemindahan masuk dalam akaun PAS.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Mana ada. Tidak ada seorang pun.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tolong tarik balik. Kalau ada, buktikan nama. Bukan PAS.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Tidak ada siapa pun yang kena sita.

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Minta isytihar sahaja.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Tidak ada, mana ada.

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Minta isytihar sahaja, apa salahnya.

final • 4:00 PM

Beberapa Ahli

Tarik balik, tarik balik.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tarik balik. Tarik, tarik, tarik.

final • 4:00 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Johor Bahru, tarik balik...

final • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim

Tuan Yang di-Pertua, tolonglah.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tarik, tarik, tarik, tuduhan tidak boleh buktikan, tarik.

final • 4:00 PM

Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim

Tuan Yang di-Pertua, kalau mereka tidak setuju, boleh buat usul tuju kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Kenapa hendak...

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila gulungkan.

final • 4:00 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Apa ada masalah, Yang Berhormat Johor Bahru? Gentleman. Apa ada masalah? Apa yang jadi masalah besar sangat? Tarik sahaja.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Saya tidak faham apa masalahnya. Jadi, saya hendak teruskan. Saya hendak gulungkan ucapan saya.

final • 4:00 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tarik sahaja Yang Berhormat Johor Bahru.

Gentleman sedikit. Jangan ikut mereka itu.

final • 4:00 PM

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Peraturan mesyuarat.

Point of order.

final • 4:00 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tengah siasat. Tunggu siasat, yang pergi sebut hari-hari pasal apa.

final • 4:00 PM

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tuan Yang di-Pertua, point of order.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya boleh duduk di sini selama sejam sehingga semua tenteram.

final • 4:00 PM

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Point of order, Tuan Yang di-Pertua. Saya pun boleh berdiri selagi dia tidak tarik balik.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terangkan apa yang hendak ditarik balik?

final • 4:00 PM

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tuduhan. Kalau tuduhan kepada seorang Ahli pun sudah kena tarik balik, ini tuduhan kepada PAS. Ada 18 orang Ahli Parlimen dekat sini. Ini sangkaan jahat- P.M 36(6).

final • 4:00 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Saya teruskan Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Minta dia tarik balik, Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sangkaan jahat mengenai apa?

final • 4:00 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Mengenai tuduhan kepada PAS.

Sangkaan jahat. Tarik balik...

final • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Padahal berita sebenar jauh daripada apa yang dia sebut. Ini mengelirukan Dewan. Tarik balik.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Johor Bahru, tarik baliklah.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tarik balik. SPRM sudah buat kenyataan, tiada pemimpin PAS yang terlibat.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tarik balik, tarik balik.

final • 4:00 PM

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tuan Yang di-Pertua, minta buat...

final • 4:00 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Siapa yang lebih tinggi daripada SPRM.

Tarik balik habis. Tarik balik tuduhan jahat, sangkaan jahat.

final • 4:00 PM

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Minta dia tarik balik, Tuan Yang di-Pertua.

Macam mana tidak maksudkan PAS sebut nama PAS. Macam mana tak maksudkan PAS, sebut nama PAS, mana boleh. You sudah sebut nama PAS...

final • 4:00 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ya, sekarang Yang Berhormat Johor Bahru...

final • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ya semua sila duduk.

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:00 PM

Seorang Ahli

Sila buat ruling, Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya minta Yang Berhormat Johor Bahru patuh kepada Tuan Yang di-Pertua supaya tarik balik.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tidak dengar sesiapapun.

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Minta mereka buat usullah.

Yang Berhormat Johor Bahru hanya minta mereka isytihar harta.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Johor Bahru, tarik balik.

final • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Tuduhan jahat.

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Johor Bahru hanya minta mereka isytihar sahaja. Isytiharlah.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tuduhan jahat.

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Apa tuduhan? Tidak perlu tarik balik.

final • 4:00 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Johor Bahru sebut dengan jelas pemimpin PAS juga...

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Banyak isu yang ditimbulkan di sini. Banyak perkara yang hendak ditarik balik. Jadi, yang disebut oleh wakil-wakil PAS sekumpulan ialah untuk menarik balik tuduhan terhadap PAS ataupun ahli-ahli PAS atas apa sangkaan jahat.

final • 4:00 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh saya rujuk balik kenyataan saya tadi. Saya hanya sebut bahawa ada satu laporan yang mengatakan ada pemimpin yang sudah dibekukan akaun bank yang mempunyai wang bernilai RM1 juta dan...

final • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli sila duduk. Yang Berhormat, sila duduk. Kalau tidak, saya terpaksa menggunakan peraturan mesyuarat. Sila duduk. Ya, Yang Berhormat Johor Bahru.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Jadi, biar saya ulang kenyataan untuk berlaku adil. Kemudian, Tuan Yang di-Pertua buat keputusan sebab saya lihat- saya ulang balik kenyataan. Saya terbaca laporan akhbar yang menyebut...

final • 4:00 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Mana boleh, mana boleh. Engkau kerajaan. Kerajaan mana boleh baca laporan akhbar.

final • 4:00 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Johor Bahru nampaknya cuba mengelirukan Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Mana boleh. Laporan MalaysiaKini lagi tidak boleh pakai.

final • 4:00 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Yang Berhormat Johor Bahru cuba mengelirukan Tuan Yang di-Pertua. Apa yang disebutkan...

final • 4:00 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tarik balik, tarik balik. Sangkaan jahat, tarik balik...

final • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Biar dia jelaskan dahulu. Dia baru hendak jelaskan.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Bagi saya ruang untuk membaca kenyataan saya kembali, kemudian...

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan beri penjelasan terlebih dahulu.

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:00 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tarik balik. Kami tidak mahu duduk.

Sangkaan jahat. Tarik balik, tarik balik, tarik balik.

final • 4:00 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Tuan Yang di-Pertua buat pengarahan supaya menarik balik...

final • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Yang di-Pertua sudah buat ruling.

Tarik balik.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Biar saya bacakan balik.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Yang di-Pertua sudah buat ruling.

Tarik balik.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Untuk menenteramkan keadaan...

final • 4:00 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Biar saya bagi ulang semula, kemudian Tuan Yang di-Pertua biar berlaku adil.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tarik balik, tarik balik.

final • 4:00 PM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Tadi sudah sebut tadi, fitnah kepada pemimpin PAS.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Oleh kerana macam sekarang ini saya hormat Yang Berhormat Pendang tetapi sewaktu saya baca tadi Yang Berhormat Pendang tidak berada dalam Dewan. Jadi, biar saya ulang.

final • 4:00 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Yang Berhormat Johor Bahru betul-betul sebut bahawa PAS juga terpalit. Bukan UMNO sahaja tetapi PAS juga terpalit. Itu disebut.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Johor Bahru tarik baliklah, tarik balik.

Kalau tidak, ini tidak berkesudahan.

final • 4:00 PM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Sila buktikan mana pemimpin PAS terlibat?

final • 4:00 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tarik balik. Kalau ada, buktikan.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Kalau saya boleh bacakan sekali lagi.

final • 4:00 PM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Tidak payah baca. Kita faham... [Dewan riuh]

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau saya tidak boleh dengar, Yang Berhormat semua pun tidak boleh dengar siapa yang bercakap apa sesama sendiri. Tarik baliklah, tarik balik.

final • 4:00 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Tuan Yang di-Pertua sudah buat kenyataan.

final • 4:00 PM

Beberapa Ahli

Tarik balik sahajalah...

final • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Tiga kali Tuan Yang di-Pertua minta tarik balik. Yang Berhormat Johor Bahru tidak faham kah?

final • 4:00 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Tuan Yang di-Pertua sudah buat ruling untuk tarik balik.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dahulu.

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sudahlah, dengar penjelasanlah. Biar Yang Berhormat Johor Bahru buat penjelasan.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bercakap serentak.

final • 4:00 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Ruling sudah dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tidak. Penjelasan perlu diberikan. Benarkan Yang Berhormat Johor Bahru buat penjelasan.

final • 4:00 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Ruling sudah dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua dan nampaknya Yang Berhormat Johor Bahru cuba mengelirukan Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tidak, tidak.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah, sudah. Saya sudah buat ruling, tarik balik.

final • 4:00 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tidak, tidak, don’t withdraw.

final • 4:00 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya buat ruling, sila duduklah. Kenapa hendak berkelahi lagi?

final • 4:00 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Ruling sudah buat, ikut sahaja.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Kalau saya boleh ulang sekali lagi...

final • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Tiga kali Tuan Yang di-Pertua cakap suruh tarik balik.

final • 4:00 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Apa pula, Tuan Yang di-Pertua sudah buat ruling. Hormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Johor Bahru, hormat Tuan Yang di- Pertua. Hormat Tuan Yang di-Pertua, tarik balik. Hormat Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Masa sudah habis.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Sebagai menghormati Tuan Yang di-Pertua, saya menarik balik kenyataan saya...

final • 4:00 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Terima kasih.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Macam itulah kawan. Tidak apa, kita boleh kawan. Minum kopi.

final • 4:00 PM

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Lain kali jangan buat lagi.

final • 4:00 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Steady Yang Berhormat Johor Bahru.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Saya mengulangi pendirian saya supaya semua pemimpin UMNO dan PAS mengisytiharkan harta secara terbuka.

final • 4:00 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Itu lain. Itu sudah masuk lain. Steady Yang Berhormat Johor Bahru.

final • 4:10 PM

Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim

Berani tidak, berani tidak...

final • 4:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sila gulungkan. Gulung, gulungkan...

final • 4:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Baik, boleh saya teruskan.

final • 4:10 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Ketua AMK kena gentleman.

Ketua Angkatan Pemuda Keadilan kena gentleman.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Betul, setuju.

final • 4:10 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Okey, terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Gulung, gulung.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Tuan Yang di- Pertua,..

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Bukan jahat macam Yang Berhormat Jelutong [Ketawa]

final • 4:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Tuan Yang di- Pertua,..

final • 4:10 PM

Beberapa Ahli

Tarik balik. Tarik balik.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Itu kena tarik balik, kena tarik balik yang itu mengatakan Yang Berhormat Jelutong jahat.

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak payah tarik menariklah. Gulung sahaja, gulung, gulung [Ketawa]

final • 4:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Okey, Tuan Yang di- Pertua sebagai penutup saya ulangi pendirian saya mengenai kepentingan mengangkat keadilan untuk rakyat terutamanya dalam soal ekonomi, gaji dan pekerjaan serta pentadbiran yang baik. Aspirasi inilah yang mengemudi Pakatan Harapan dan meyakinkan rakyat untuk memberi peluang kepada kita melaksanakan reformasi dan perubahan dalam negara ini.

Kita juga seharusnya berterima kasih kepada pegawai dan juga kakitangan kerajaan yang terus mendukung usaha ini untuk sama-sama mengangkat martabat rakyat. Walaupun dalam tempoh 10 bulan ini dalam ketika mana kita memerintah, saya yakin negara sebenarnya kembali berada di landasan yang betul.

final • 4:10 PM

Beberapa Ahli

Betul.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Segala kritikan daripada rakyat kita harus terima dengan hati yang terbuka kerana hakikatnya undi merekalah yang meletakkan kita di kedudukan sebagai kerajaan. Jadi kita semua seharusnya bagi komitmen 200 peratus untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia.

Para Menteri harus kurangkan berpolitik dan menahan diri daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang akan mengelirukan rakyat di luar sana. Sebaliknya kita terus fokus dan bekerja demi amanah yang telah diberikan. Masih banyak lagi kerja-kerja reformasi pentadbiran yang perlu dilaksanakan. Insya-Allah jikalau kita jujur dan ikhlas bekerja untuk rakyat kita akan mampu memacu Malaysia kembali menjadi Harimau Asia dan kita akan kekal sebagai sebuah kerajaan rakyat.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan

final • 4:10 PM

Mesyuarat] Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Hulu Langat untuk menyokong usul Yang Berhormat Johor Bahru. Dipersilakan.

final • 4:10 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri

final • 4:13 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

untuk menyokong usul yang dibawa oleh Ahli Yang Berhormat Johor Bahru menjunjung kasih Titah Diraja.

Mengingatkan umat Islam bahawa kita berada di bulan Rejab, bulan haram yang ditegah kita berperang dan bergaduh. Larangan ini sejak zaman sebelum Islam lagi, ia diiktiraf oleh Tuhan dan syariat Muhammad SAW, namun kita masih boleh berdebat dan berhujah demi kepentingan rakyat dan negara.

Saya mulakan dengan satu firman daripada Allah SWT... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Bermaksud, Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubah nasibnya. Walaupun Tuhan mempunyai kuasa kun-fayakun yang boleh mengubah segala-galanya tetapi Tuhan telah memberikan kuasa kepada manusia untuk memilih sama ada membiarkan diri mereka dalam kehinaan ataupun bangkit mengubah nasib mereka dengan mengambil sebab dan musabab ataupun cause and effect, dengan izin. Inilah suatu keindahan penciptaan alam di atas muka bumi ini oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Semua telah menyedari rakyat telah melakukan perubahan besar dalam negara ini.

Sudah tentu yang kalah besar dan juga yang belum menang untuk memerintah ada rasa terkilannya. Sudah tentu yang terkejut dengan kemenangan merasa rendah diri menerima dan menggalas tugas dan amanah ini. Apatah lagi apabila terbongkar banyak rahsia di luar jangkaan yang berlaku pada sebelum pilihan raya yang lepas.

final • 4:13 PM

Beberapa Ahli

Betul...

[Tepuk]

final • 4:13 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Setiap perubahan memerlukan tempoh masa yang tertentu ada jangka panjang dan jangka pendek. Kalau sesuatu itu memerlukan tempoh masa yang tertentu dan dipaksa-paksa untuk berlaku perubahan secara segera sudah tentu akan berlaku kemusnahan. Manakala sesuatu yang boleh disempurnakan dalam jangka pendek tetapi tidak dilaksanakan oleh kerajaan ia juga akan menempa kegagalan.

Saya percaya rakyat Malaysia dan khususnya Ahli-ahli Parlimen yang sangat saya kagumi memahami bahawa apabila berlaku perubahan maka proses untuk menyempurnakan perubahan itu memerlukan tempoh masa yang tertentu. Kerajaan merayu kepada rakyat seluruh negara untuk memahami tempoh-tempoh yang tertentu untuk memastikan perubahan yang dilakukan oleh rakyat itu dapat disempurnakan dengan baik. Oleh sebab itu salah satu pesanan Imam Syafie kepada murid-muridnya untuk melakukan perubahan memerlukan apa yang dikatakan, “Memerlukan tempoh masa yang tertentu yang panjang untuk memastikan sesuatu ilmu itu dapat dikecapi oleh anak-anak muridnya”.

Dalam tempoh kerajaan berusaha membawa perubahan dan memerlukan masa yang munasabah tadi, ada percubaan-percubaan nakal yang mengaibkan kerajaan ini. Akan tetapi atas asas kebebasan yang diperjuangkan selama ini kerajaan tidak melatah dengan menghukum mereka yang mempunyai pandangan berbeza dari pandangan kerajaan. Kalau kerajaan ini menyekat kebebasan orang ramai, maka perubahan besar yang ingin kita mulakan akan gagal dan tidak akan tercapai.

Di sinilah ujian besar bagi pembawa perubahan. Kami mendedahkan diri untuk memulakan kebebasan rakyat bersuara yang sebelum ini banyak larangannya. Perubahan ini sangat baik dalam sebuah negara demokrasi. Namun kami terdedah pula dengan fitnah, pembohongan, penafian, denial, dan kami terus berjuang dalam menghadapi pembulian daripada pelbagai pihak yang mengambil kesempatan sehingga rakyat yang sangat kita kasihi, orang ramai malah ahli-ahli akademik, kakitangan kerajaan dan penjawat awam, pasukan beruniform, petani dan orang kampung, mahasiswa, si kaya dan si miskin kebingungan yang tidak dapat membezakan di mana teguran baik untuk kerajaan dan di mana fitnah rekaan jahat yang dirancang oleh mereka yang sentiasa berdukacita di atas kekalahan ini.

Kita memberikan peluang kepada rakyat untuk bebas memikir dan bebas menilai apa jua yang sedang berlaku dalam negara ini tetapi dalam keadaan di mana kita akan pastikan mana-mana fitnah, mana-mana pembohongan perlu dikenakan tindakan undang- undang supaya ia tidak merosakkan negara ini akhirnya nanti. Saya percaya di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri serta Menteri- menteri Kabinet dan Yang Berhormat Port Dickson yang tenang menunggu masanya, kerajaan ini mampu melakukan perubahan...

[Tepuk]

final • 4:13 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Seawal menukar kerajaan, kita lakukannya dengan tenang, mendapat sokongan dan dukungan daripada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, Yang di-Pertuan Agong ketika itu dan Majlis Raja-Raja. Kekallah Raja- Raja Melayu bersemayam di atas takhta dengan sendirinya menafikan kerajaan baru ini akan membuang Raja-Raja Melayu sebagaimana fitnah sebelum kemenangan dan terbawa-bawa sampai selepas kemenangan.

Apabila berlaku keperluan, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Sultan Muhammad V berangkat kembali ke negeri Kelantan dengan penuh kesopanan sebagai kerajaan hamba rakyat ini. Dengan kebijaksanaan Majlis Raja-Raja Melayu, proses pertukaran Yang di-Pertuan Agong berjalan dengan tenang, licin dan sekali lagi penuh dengan kesopanan.

final • 4:13 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Di Pahang, proses pertabalan Tengku Mahkota kepada Sultan ketika Paduka Ayahanda Sultan gering berlaku dengan tenang, kasih sayang dan penuh barokah. Saya percaya dalam proses ini dan proses-proses lainnya- maksud saya, urusan-urusan negara yang lainnya, Jemaah Menteri yang terkait turun naik ke istana, merafak sembah menghadap Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan. Seorang demi seorang bertentang empat mata mendengar nasihat, melaporkan, memberi respons, berbincang dengan sultan-sultan yang kita kasihi sekalian. Ini menandakan kerajaan ini dan parti-parti komponen yang membentuk kerajaan ini, benar-benar menjalin kerjasama yang intim membuktikan kami mempertahankan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang berjalan dengan begitu baik.

Apakah perubahan yang kita laungkan bersama? Proses memantapkan demokrasi di Malaysia ini perlu melalui beberapa reformasi. Ada yang merupakan reformasi peringkat makro dan ada yang memerlukan reformasi peringkat mikro. Reformasi peringkat makro termasuklah menjadikan SPR benar-benar bebas. Kita telah buktikan satu kenikmatan di mana pembangkang boleh bersama-sama dalam persaingan pilihan raya kecil.

Ada ketikanya mereka kalah, ada ketikanya mereka menang. Ini menunjukkan bahawa beberapa sistem SPR yang sedang semakin berubah dan semakin meningkat. Kami di pihak kerajaan sentiasa menerima teguran-teguran daripada BERSIH yang sentiasa memastikan perjalanan pilihan raya berlaku dengan baik. Inilah yang kami perjuangkan sebelum dan kami tetap akan mempertahankan untuk memastikan perjalanan pilihan raya berlaku dengan baik.

Kedua, menghidupkan pelbagai select committee, dengan izin, dalam Parlimen ini.

Ini perlu dipercepatkan prosesnya. Saya percaya di beberapa negara, di United Kingdom sendiri kita dapati Ahli-ahli Parlimen mereka terlibat dalam apa yang kita katakan select committee ini dan mereka bebas membantu kerajaan sama ada mereka daripada pembangkang mahupun daripada backbenchers kerajaan, mereka duduk bergabung untuk memastikan kerajaan yang telah terbentuk ini dapat berjalan dengan baik. Inilah suatu usaha yang sedang kita lakukan dan kita sedang memastikan agar pembangkang janganlah duduk termenung, bersedih, bersugul hati meratap kekalahan mereka.

Akan tetapi kami mahukan pembangkang bersama-sama dengan anggota backbenchers, sama-sama kita mempertahankan kerajaan yang ada pada hari ini demi memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat dan negara.

Mewujudkan pemisahan kuasa yang lebih jelas antara eksekutif dan legislatif kerana kita dapati banyak aduan sebelum ini, berlaku campur aduk sehingga tidak dapat dibezakan.

Pada hari ini, Kerajaan Pakatan Harapan saya percaya cukup berhati-hati untuk memastikan tidak ada campur tangan agar benar-benar kita dapat memastikan perjalanan negara kita lebih lancar dan lebih efektif lagi. Mewujudkan kebebasan media. Daripada informasi di atas, kebebasan media seharusnya membolehkan ..

final • 4:20 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon laluan.

final • 4:20 PM

Ustaz Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Silakan Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 4:20 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Yang Berhormat, saya hendak tanya tentang pemisahan kuasa tadi. Apa pandangan Yang Berhormat Hulu Langat apabila tular video yang menunjukkan tari-menari di antara

final • 4:20 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Ketua Hakim Negara, Peguam Negara dan Menteri Jabatan Perdana Menteri beberapa ketika yang lepas? Adakah ia tidak merupakan satu gangguan terhadap pemisahan kuasa?

Terima kasih.

final • 4:20 PM

Ustaz Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Saya tidak nampak ia merupakan satu...

[Disampuk] Percampuran yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan.

Itu adalah aktiviti di luar pejabat yang saya percaya telah berlaku sejak daripada zaman bertahun-tahun yang lepas. Ya, saya rasa teguran yang diberikan itu perlu diambil dan kita akan memastikan sebarang salah faham tidak berlaku lagi dalam acara seumpama itu.

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas.

Menghidupkan apa yang saya katakan tadi reformasi yang berkenaan dengan kebebasan media. Daripada reformasi di atas, kebebasan media seharusnya membolehkan pertanggungjawaban yang lebih tinggi terhadap kerajaan. Saya ingin memberikan teguran kepada kerajaan, bahawa banyak perubahan yang sedang dilakukan oleh kerajaan di kementerian-kementerian, di jabatan-jabatan. Akan tetapi pihak penerangan, pihak media yang mewakili kerajaan gagal memberikan penerangan yang jelas. Ini konflik berlaku disebabkan kerajaan ingin mengekalkan kebebasan media tetapi pihak media dan juga pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan di atas usaha kita untuk membuka kebebasan ini.

Cuba perhatikan di dalam TV milik kerajaan sendiri, masih terdapat peluang pembangkang menggunakan media tersebut. Kerajaan dengan begitu ikhlas ingin mengekalkan kebebasan kepada semua orang tetapi malangnya ada pihak yang mengambil kesempatan di atas kebebasan itu. Bukan menyampaikan maklumat yang tepat melalui kaca TV milik kerajaan tetapi menaburkan fitnah.

Saya percaya kerajaan pada hari ini selepas peringatan yang kami berikan kepada mereka. Kita tidak mahu media yang diberi kebebasan itu disalahgunakan. Dalam kita menjaga keadaan ini, kita hendak supaya kebebasan diberikan. Saya sangat gembira apabila pembangkang diberi peluang masuk TV. Saya sangat gembira apabila Presiden PAS diberi peluang untuk berucap di UIA tetapi kita tidak sanggup melihat pemimpin pembangkang menaburkan fitnah di universiti-universiti ataupun menaburkan fitnah di kaca TV. Harap dapat bezakan kebebasan yang kerajaan ingin lakukan dengan penyalahgunaan yang berlaku pada hari ini.

Saya percaya rakyat dan orang ramai yang sangat kami kasihi pening melihat apa yang berlaku. Akan tetapi sebagai backbenchers kerajaan, kami tetap mempertahankan berikan kebebasan kepada rakyat untuk memberikan pandangan mereka tetapi kawal dan ambil tindakan kepada mereka yang menaburkan fitnah. Tidak kira sama ada yang menimbulkan fitnah itu ada title ‘ustaz‘ ataupun sebagainya tetapi ini adalah merupakan satu kesalahan yang tidak boleh dibiarkan. Daripada reformasi di atas, kebebasan media seharusnya membolehkan pertanggungjawaban yang lebih tinggi terhadap kerajaan.

Mewujudkan peluang percambahan idea, membolehkan sintesis idea baru. Idea-idea yang banyak itu perlu disalurkan sehingga ia mencipta idea yang paling sesuai yang diperlukan oleh negara. Mewujudkan semak dan imbang yang adil dalam negara.

final • 4:20 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Yang Berhormat Hulu Langat, boleh?

final • 4:20 PM

Ustaz Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Silakan Yang Berhormat Pontian.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Slow sikit Yang Berhormat Hulu Langat, saya tengok stress betul [Ketawa] Allah. Tadi Yang Berhormat Hulu Langat ada sebut yang fitnah dan sebagainya itu. Boleh Yang Berhormat Hulu Langat sebut siapa nama pemimpinnya? Bila dia bercakap dan apa dia cakap yang disebut sebagai fitnah itu? Saya pun hendak tahu juga.

final • 4:20 PM

Ustaz Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Saya tidak perlu menyebut nama dalam Dewan yang mulia ini. Sekiranya kita ingin melihat perbahasan- perbahasan yang lebih kecil seperti itu, kita boleh berbincang di luar sana. Akan tetapi sekurang-kurangnya bicara ini, saya ingin memberi amaran kepada pihak yang terlibat di dalam fitnah itu memberhentikan segera. Terima kasih. Mewujudkan peluang percambahan tadi saya kata, mewujudkan semak dan seimbang...

final • 4:20 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:20 PM

Ustaz Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

...memberikan suara kepada rakyat biasa untuk memberikan pandangan.

final • 4:20 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Tuan Yang di-Pertua, minta laluan sikit, boleh?

final • 4:20 PM

Ustaz Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Silakan.

final • 4:20 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Terima kasih Yang Berhormat. Saya seronok dengar Yang Berhormat berucap daripada tadi lagi. Bagi saya, saya menyifatkan satu ucapan yang penuh retorik. Banyak bercakap soal fitnah, macam-macam soal pengasingan kuasa. Akan tetapi saya setuju dengan Yang Berhormat Pontian, kalau tidak hendak sebut nama pun Yang Berhormat, apakah bentuk fitnah dan fitnah macam mana dan bila. Takkan benda itu pun tidak boleh beritahu. Tidak hendak beritahu nama tidak apa, terima kasih.

final • 4:20 PM

Ustaz Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Saya mohon izin untuk meneruskan apa yang ingin saya bicarakan...

final • 4:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Duduklah. Tak payah jawablah...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] .

final • 4:20 PM

Ustaz Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

...Kerana Ahli-ahli Parlimen cukup matang dalam menilai apa yang kita dengar dan apa yang kita bicarakan.

Namun, kebebasan media perlu diisi...

final • 4:20 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Yang Berhormat Jelutong, jangan too much-lah.

final • 4:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Apa too much? Apa too much?

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Saya minta Yang Berhormat teruskan.

final • 4:20 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Namun kebebasan media perlu diisi oleh reformasi peringkat mikro. Ini melibatkan anjakan, pendekatan dan peranan ahli-ahli politik. Khususnya anjakan ini melibatkan kepimpinan pemikiran daripada politik menjaja kebencian dan permusuhan kepada politik substantif yang boleh dijelma dan dipraktiskan di akhir nanti. Politik substantif ini melibatkan membina keupayaan ahli-ahli politik, merumus dan membahaskan dasar-dasar alternatif. Memerlukan anjakan daripada slogan dan sentimen bermain emosi semata-mata kepada pencetusan idea-idea bernas mengenai masa depan negara.

Kalau kita lihat dalam ucapan-ucapan ahli-ahli politik pada akhir-akhir ini, banyak yang bercakap tentang sesuatu yang memainkan emosi orang ramai tetapi gagal untuk melakukan suatu persembahan idea-idea yang membina untuk membina negara dan bangsa.

Saya ingin ambil contoh- barangkali tadi telah ditanyakan beberapa kali dan kebetulan saya sampai kepada perenggan ini. Kalau kita melihat contoh fitnah yang tersebar dalam negara ini, cuba kita lihat pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan dalam mengendalikan Tabung Haji.

Lebih empat tahun sekurang-kurangnya kebelakangan ini, Tabung Haji mengalami kerugian. Kerajaan lepas tidak mahu berterus terang kepada orang ramai tentang keadaan ini malah cuba meyakinkan, mengaburkan pendeposit dengan memberikan dividen bukan daripada hasil keuntungan perniagaan atau operasinya tetapi menggali daripada reserve dan aset, menjual ataupun seumpamanya ini dan ini menyalahi peraturan Tabung Haji itu sendiri.

Kalau dulu ia cuba disembunyikan, ia cuba dilindungi, ia cuba tidak berterus terang kepada pendeposit-pendeposit yang ada tetapi kerajaan hari ini kerajaan yang telus, kerajaan yang berani bertanggungjawab dan menceritakan keadaan sebenar itu dan penceritaan ini telah disambut oleh beberapa pihak dengan menuduh bahawa kerajaan telah berbohong bahawa selama ini Tabung Haji tidak pernah rugi dengan bahasa-bahasa yang mudah, dengan mengatakan kalau rugi, macam mana kami boleh bagi dividen? Inilah yang saya katakan terdapat kebebasan yang kita berikan tetapi maklumat-maklumat yang disebarkan maklumat-maklumat yang tidak tepat.

final • 4:30 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Kita telah buktikan bahawa Bank Negara telah memberikan peringatan, amaran beberapa tahun yang lepas. Kita telah buktikan bahawa pegawai-pegawai Tabung Haji sendiri merasa tidak selesa dengan apa yang berlaku tetapi Kerajaan Pakatan Harapan merupakan kerajaan yang bertanggungjawab dan menerangkan apa yang berlaku itu tanpa rasa...

[Tepuk]

final • 4:30 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:30 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Berbeza dengan kerajaan ini, memilih untuk menepati hukum syarak bahawa pendeposit berhak mengetahui hakikat sebenarnya malah kerajaan ini cuba memberi alternatif apakah penyelesaiannya dan bukan lari daripada masalah, takut kalah pilihan raya dan akhirnya mereka yang menyembunyikan itu kalah juga akhirnya.

Kita menyedari Perlembagaan negara, satu. Perlembagaan negara. Kedua, kuasa Raja-Raja Melayu. Itu yang kedua dan yang ketiga, Parlimen yang mulia ini akan mempertahankan hak orang Melayu dan bumiputera di samping menolak sebarang bentuk diskriminasi terhadap saudara se-Malaysia yang lain yang terdiri daripada masyarakat Tionghoa, masyarakat India dan lain-lain.

Yang Berbahagia Profesor Dr. Mansor Mohd Noor, Felo Utama Institut Kajian Etnik

(KITA) di UKM memberi satu tamsilan mudah selepas membuat beberapa kajian sepanjang hampir 30 tahun. Beliau telah membuat tamsilan bahawa orang-orang Melayu dan kemudiannya diikuti masyarakat Bumiputera Sabah dan Sarawak boleh diibaratkan sebagai pasak yang mencengkam dengan begitu kukuh.

Tanpa pasak ini, terungkailah segala-galanya dan beliau menganggap masyarakat bukan Melayu- non-bumi, yang telah diterima sebagai sebahagian keluarga besar Malaysia sebagai pelantar ataupun platform. Orang-orang Melayu bumiputera dianggap sebagai pasak dan non-Malay, dengan izin, dianggap sebagai pelantar atau platform. Di atas pelantar dan platform ini raihlah kekayaan, raihlah kebahagiaan, binalah kehidupan. Jangan dipertikaikan pasak ini dan jangan dipisahkannya daripada pelantar.

Sekiranya ada yang mengusik, mencungkil, merungkai sistem ini, hancurlah negara ini. Musnahlah tamadun Malaysia yang sama-sama dibina oleh datuk nenek moyang si pasak dan si pelantar. Mereka bagaikan isi dan kuku. Kesedaran ini telah lama terbina dan dunia di luar sana kagum bagaimana interaksinya antara kaum di Malaysia ini.

Namun pada waktu yang sama, ada suara-suara sumbang yang merasakan terlalu cemas di atas kebangkitan dan kemaraan Kerajaan Pakatan Harapan ini yang saya katakan telah memenangi hati istana dengan sebenar-benar dan sejujur-jujurnya dan kemudian telah memenangi hati masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Kebimbangan yang mereka tidak akan kembali memerintah kerajaan ini, mereka telah menggunakan isu perkauman ini untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan dan negara. Ini sangat bahaya dan kita tidak boleh benarkan.

Tegurlah kerajaan dengan kelemahan-kelemahan yang ada tetapi membiarkan kita bermain api dengan menimbulkan kebencian dan juga menimbulkan isu perkauman, ia adalah satu yang sangat bahaya kepada negara dan ummah ini. Ada suara-suara sumbang yang keterlaluan menyeru kepada istilah-istilah yang mencurigakan dan tidak membawa makna positif. Tiada makna baharu pada istilah-istilah yang mereka bawa kerana telah ada dalam Perlembagaan. Slogan ketuanan sesuatu kaum bangsa, slogan ketuanan sesuatu agama kononnya merupakan sesuatu yang begitu indah untuk menyebabkan sesuatu kaum merasa khayal, merasa seronok, merasa bangga dia adalah ketuanan tetapi ketika bercakap pasal ketuanan itu, berlaku kelompangan. Apa maknanya suatu bangsa menjadi tuan jika bangsa itu hidup tercemar dan bergelumang dengan rasuah, penyelewengan dan kleptokrasi...

[Tepuk] Ia adalah seruan-seruan kosong yang untuk mengaburi teman-teman dan orang ramai yang tidak dapat memahami apa yang berlaku. Kalau kita melihatkan Perkara 22, muka surat 10, Duli Yang Maha Mulia telah menyebutkan dengan jelas, saya quote-kan sedikit, “Beta percaya kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan perlu difahami dengan sedalam-dalamnya oleh setiap warganegara tanpa mengira bangsa dan agama. Islam bukan sekadar sebuah agama yang eksklusif untuk kumpulan tertentu, malah ia merupakan cara hidup yang universal dan membawa rahmat buat sekalian alam. Beta amat menyokong usaha kerajaan untuk mempromosikan nilai dan budaya Islam melalui pendekatan Rahmatan lil-

final • 4:30 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

alamin dan maqasid syariah berdasarkan ajaran Islam yang sebenar yang diterjemahkan melalui tingkah laku dan keperibadian unggul rakyat Malaysia”. Duli Yang Maha Mulia meminta kita supaya mempamerkan Islam yang indah, Islam yang boleh dikongsikan, Islam yang menyelesaikan masalah, Islam yang membentangkan keuntungan kepada seluruh rakyat. Ini menunjukkan kepada kita bahawa slogan-slogan yang hanya berbangga dengan istilah-istilah tertentu akan menyebabkan kita semua terpukau dan akhirnya kita tidak dapat membina negara ini.

final • 4:30 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Kita mahukan kerajaan ini...

final • 4:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 4:40 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

...Semua agensi- Silakan Yang Berhormat Pontian.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Tadi Yang Berhormat Hulu Langat tidak habis membaca titah Seri Paduka Baginda. Jadi, saya habiskan bacanya, yang bab “...keperibadian unggul rakyat Malaysia dan seterusnya menjadi model Malaysia iaitu model negara Islam berbilang kaum yang boleh dicontohi dunia luar.” Bererti Seri Paduka Baginda menyebut bahawa Malaysia ialah negara Islam berbilang kaum. Adakah DAP setuju bahawa Malaysia negara Islam? Hal ini disebabkan dalam Perlembagaan DAP menyebut Malaysia negara sekular. Apa pandangan Yang Berhormat?

final • 4:40 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Saya rasa, Yang Berhormat Pontian mengikuti perkembangan politik negara dan saya bimbang Yang Berhormat cemburu kerana dalam Perjanjian Pakatan Harapan yang telah ditandatangani oleh semua pimpinan-pimpinan Pakatan Harapan jelas mempertahankan Perlembagaan Negara. Malah kita mengatakan kuasa Raja-raja Melayu tidak boleh dipertikaikan.

Kebebasan- Islam adalah agama Persekutuan dan pada waktu yang sama kebebasan beragama. Benda ini telah disepakati dalam Pakatan Harapan, DAP, PBBM, Amanah dan Keadilan telah bersama menandatangani dan ia menjawab soalan daripada Yang Berhormat Pontian ini.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Apa yang saya sebut Malaysia negara Islam lah itu, adakah DAP setuju Malaysia negara Islam sebab dalam Perlembagaan DAP, Malaysia negara sekular.

final • 4:40 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Adakah saya izinkan Yang Berhormat Pontian untuk bangun, Tuan Yang di-Pertua?

final • 4:40 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Mohon mencelah.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Perkara khusus, perkara khusus saya tanya.

final • 4:40 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Tuan Pengerusi, adakah saya izinkan Yang Berhormat Pontian untuk bercakap?

final • 4:40 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Mohon mencelah, Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 4:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Mohon mencelah.

final • 4:40 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Saya tidak izinkan Yang Berhormat Pontian bercakap kerana saya sedang menerangkan sesuatu. Amat malu kalau seorang Ahli Parlimen seperti ini mencelah tanpa izin dan menyalahi peraturan mesyuarat kita...

final • 4:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Okey, sikit saja Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 4:40 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Silakan Yang Berhormat Kangar.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Dipersilakan.

final • 4:40 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Sikit saja hendak tambah Yang Berhormat Hulu Langat. Selain daripada dokumen yang ditandatangani bersama, kita sebagai Ahli

final • 4:40 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Parlimen juga bersumpah akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Saya just hendak tanya dengan Yang Berhormat Hulu Langat. Saya hampir tidak pernah mendengar daripada pihak sebelah sana dalam mereka bercakap tentang Melayu, Melayu dan sebagainya. Saya tidak pernah mendengar daripada pihak sebelah sana bercakap tentang Jho Low dan juga beberapa nama yang bukan Melayu yang pernah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan sebagainya...

final • 4:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Hulu Langat. Teruskan dengan perbahasan.

final • 4:40 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Saya dalam kempen di Semenyih, saya mendapati ada pimpinan Barisan Nasional menyebutkan Jho Low itu adakah tidak ada sebenarnya? Saya selaku anggota PAC, kalau hendak minta number IC dia pun saya boleh berikan. Baik. Kita mahu kerajaan ini, semua agensi kerajaan, GLC, korporat, swasta, NGO dan individu sentiasa cuba sekadar yang mampu untuk meniru, merealisasikan dalam setiap tindakan dan rancangan mereka untuk memelihara agama, memelihara jiwa, memelihara akal, memahami dan mempertahankan keturunan serta memelihara harta. Namakanlah ia apa nama tetapi sekurang-kurangnya inilah yang dibahaskan dalam ilmu Maqasid Syariah yang telah dititahkan oleh Tuanku Yang di-Pertuan Agong.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada beberapa Menteri yang telah mengambil semangat ini untuk melaksanakannya dalam kementerian mereka. Sebagai contoh, ketika hangat membahaskan tentang AES yang dilaksanakan di lebuh raya di atas kelajuan kereta.

Saya pernah bertanya kepada Menteri Pengangkutan itu sendiri, kenapa bersungguh- sungguh untuk menyambung dan menghidupkan kembali penggunaan AES ini?

Jawapannya, dia ingin memastikan nyawa pemandu kereta dan penumpang- penumpang kereta itu, nyawa pemandu kereta lain dan penumpang-penumpang dalam kereta itu, harta pemandu itu dan harta orang ramai, harta kemudahan-kemudahan yang diadakan, yang disediakan di lebuh raya itu tidak musnah. Oleh sebab itu, dia tidak mahu ada pemandu-pemandu yang memandu kereta dengan laju kerana ia boleh menyebabkan kematian dan kerosakan harta. Saya berbangga dengan semangat yang ada begitu.

final • 4:40 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 4:40 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Akan tetapi teguran yang ingin saya berikan kepada beliau bahawa santunilah orang ramai, santunilah pengguna dengan bahasa yang profesional dan dengarlah daripada mereka yang mereka tidak tahan dengan saman yang begitu tinggi. Kita minta kerajaan, dengan semangat Maqasid Syariah yang ada ini, memelihara nyawa orang ramai, memelihara harta dan sebagainya. Akan tetapi jangan pula tidak mendengar keluhan, komen daripada pengguna-pengguna itu sendiri.

Silakan, Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 4:40 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Adakah Yang Berhormat Hulu Langat mahu menyatakan bahawa perjuangan kita dalam Pakatan Rakyat dulu yang menentang AES, termasuk Yang Berhormat Timbalan Menteri Pokok Sena telah menyalahi Maqasid Syariah? Terima kasih.

final • 4:40 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Ya, memang kadang- kadang kita berbicara tentang sejarah silam. Akan tetapi hari ini saya menyeru supaya kita mengambil pandangan Carl Rogers yang mengatakan bahawa here and now, sekarang dan di sini kerana dunia ini berubah, dunia ini berkembang. Barangkali penilaian kita satu ketika, tidak sama dengan penilaian hari ini. Dulu kita tidak tahu bahawa negara ini teruk hutang dan yang diratah dengan teruk oleh Kerajaan Barisan Nasional. Akan tetapi hari ini kita ada maklumat yang jelas bahawa mereka telah merompak harta negara dengan begitu banyak.

Oleh sebab itu, kadang-kadang stance kita yang lepas berbeza dengan stance kita pada hari ini.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Merompak harta negara itu, itu tidak betul Yang Berhormat Hulu Langat, tidak betul itu.

final • 4:40 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Kesihatan yang telah cuba untuk melayan orang ramai yang tidak selesa dengan asap rokok itu. Hal ini disebabkan asap rokok itu...

[Disampuk]

final • 4:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Tuan Pengerusi, siapa yang merompak harta negara ini?

final • 4:40 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Saya belum mengizinkan lagi. Saya telah membuktikan saya mengizinkan. Saya sangat merasa berbangga...

[Disampuk]

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Siapa yang merompak?

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tidak benarkan gangguan.

Silakan Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 4:40 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Saya sangat berbangga dengan Menteri Kesihatan Malaysia yang cuba melayani dan memahami ramai di kalangan rakyat Malaysia tidak selesa dengan asap rokok itu. Kita menghormati mereka yang menghisap rokok. Akan tetapi kerajaan ini perlu lakukan sesuatu. Memang tindakan itu menyebabkan beliau tidak popular, malah tindakan itu boleh menyebabkan kerajaan ini tidak popular. Akan tetapi untuk menjaga kesihatan orang ramai, Menteri Kesihatan tidak ada pilihan kerana asap itu tetap bahaya dan ia boleh mengancam nyawa perokok-perokok dan mereka yang berada di sekeliling perokok itu.

Namakanlah ia sama ada ia bertepatan dengan Maqasid Syariah atau tidak mahu menggunakan perkataan Maqasid Syariah. Akan tetapi itulah yang sedang kita lakukan.

Namun, ia dimomok-momokkan, ia diburuk-burukkan. Saya menghormati perokok-perokok yang ingin terus merokok. Anda diberikan kebebasan sebagai rakyat Malaysia. Akan tetapi kita telah meletakkan lokasi-lokasi yang sesuai untuk perokok-perokok itu meneruskan aktiviti mereka tetapi jangan ganggu anak-anak dan keluarga mereka yang datang ke restoran- restoran, ke lokasi-lokasi tertentu untuk mencari ketenangan tanpa diganggu dengan asap rokok itu.

Kita tidak mahu ada negeri membawa slogan agama tetapi negeri itu masih mempunyai kadar penagihan dadah yang tinggi, kadar perceraian yang tinggi, kadar jangkitan HIV yang tinggi, kadar kemiskinan yang tinggi dan kadar kanak-kanak terbantut yang tinggi. Adakah ini sebahagian daripada natijah sesuatu agama? Jangan menggunakan slogan agama melebihi daripada sewajarnya. Selesaikanlah masalah-masalah itu kerana tugas kita sebagai khalifah...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Kita kena menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh manusia. Selesaikanlah isu kemiskinan. Kerajaan pada hari ini telah menepati- royalti minyak petroleum itu telah mula kita pulangkan kepada negeri- negeri sebagaimana yang kita janjikan dan ia tidak berlaku pada zaman kerajaan- pasangan yang kita mula jatuh cinta itu...

final • 4:40 PM

[Dewan ketawa]

Seorang Ahli

...Dah kahwin sudah.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Boleh tanya pasal royalti, Yang Berhormat Hulu Langat?

final • 4:40 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Siapa itu tanya?

final • 4:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Pontian lah, siapa lagi?

final • 4:40 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Kita tidak hantar minyak ke Pontian. Kita hantar Terengganu dan ke Kelantan.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Dulu janji 20 peratus daripada pengeluaran. Selepas itu, 20 peratus daripada keuntungan. Ini janji apa ini?...

final • 4:40 PM

[Dewan riuh]

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Ya, dulu langsung tidak bagi, tetapi sekurang-kurangnya saya percaya...

final • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Kita bagi Yang Berhormat, kita bagi...

final • 4:50 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Kajian...

final • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

...Kaedahnya berbeza, kita bagi.

final • 4:50 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

...Ya, wang ihsan, wang ihsan ya, buat pagar, pagar sekolah, sekolah batu.

final • 4:50 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Tumpat minta laluan. Tumpat minta laluan.

final • 4:50 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Silakan Yang Berhormat Tumpat.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila, Yang Berhormat Hulu Langat beri.

final • 4:50 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat di atas peluang untuk saya mencelah. Daripada ucapan yang bersemangat itu, apakah Yang Berhormat Hulu Langat tidak mengetahui bahawa Kelantan belum menerima wang royalti. Bunyi macam sudah bagi semua sudah tapi adakah Yang Berhormat Hulu Langat tidak...

final • 4:50 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Saya telah menyebutkan bahawa aliran itu sedang bergerak dan akan dikembalikan kepada rakyat.

final • 4:50 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Tadi Yang Berhormat sebut kita sudah bayar berbanding dengan kerajaan terdahulu.

final • 4:50 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:50 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Tidak apa, bukan hendak ini.

Maknanya...

final • 4:50 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Kalau hendak minta kami batalkan terus pun saya boleh cadangkan.

final • 4:50 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

...Kalau tersilap sebut saya harap supaya Yang Berhormat boleh tahulah bahawa belum dibayar di Kelantan dan saya minta jasa baik Yang Berhormat juga untuk di pihak kerajaan supaya menyalurkan royalti dengan segera kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

final • 4:50 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Saya percaya bahawa apa yang saya katakan tadi sedang mengalir menunjukkan bahawa kita tinggal menyelesaikan beberapa masalah-masalah teknikal. Apakah lupa bahawa Kerajaan Negeri Kelantan sedang menyaman Kerajaan Federal dan proses itu perlu diselesaikan dengan segera agar kita dapat menyempurnakan apa yang sepatutnya kita sempurnakan.

Akan tetapi rakyat Kelantan, rakyat Terengganu bersedialah bahawa Kerajaan Pakatan Harapan ini akan menepati janjinya dan akan memulangkan kepada rakyat Kelantan dan rakyat Terengganu itu agar mereka menikmati apa yang sepatut mereka nikmati. Ya, dengan pesanan jangan disalah gunakan nanti. Kepimpinan Islam bukan untuk menang bersorak dan berslogan. Ketuanannya bukanlah untuk sekadar berbangga tapi tiada pengisian.

Kepimpinan yang substantif ini mestilah mampu mengemukakan dasar-dasar yang dapat menangani masalah negara. Tiada gunanya bersorak membawa slogan tertentu sekiranya tidak mampu memikirkan bagaimana menjadikan ekonomi negara lebih terpacu dan penuh dengan inovasi. Kalau kita perhatikan bahawa maklumat yang saya terima selaku Ahli Parlimen Backbencher kerajaan, bahawa pelabur-pelabur asing daripada luar sana telah mula masuk membawa pelaburan-pelaburan yang mereka janjikan dan mereka telah mula masuk ke negara kita.

Di Melaka, kalau saya dipastikan MIDA telah meluluskan kebenaran RM1 bilion daripada pelabur asing untuk masuk ke Melaka. Ia satu petanda yang baik malah Melaka telah meletakkan sasarannya RM5 bilion untuk 2019. Kita juga melihat beberapa kerajaan- kerajaan negeri sedang berusaha dan telah ada bukti-bukti pelabur-pelabur daripada luar negara mula masuk ke negara ini. Satu petanda bahawa ekonomi di negara kita ini semakin pulih.

Ya, kita tidak mahu pelabur-pelabur itu dimonopoli oleh pelabur-pelabur tunggal seperti pelabur daripada Negara China sendiri. Kita bimbang mereka datang atas nama pelabur, jemputan mereka atas nama pelabur tetapi akhirnya mereka menjadi penjajah, mengambil tanah-tanah kita kerana salah urus yang dilakukan oleh kerajaan yang silam.

final • 4:50 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Kerajaan pada hari ini membetulkan konsep pelabur kepada Kerajaan China supaya mereka memahami negara kita ada kedaulatan, tanah-tanah kita tidak boleh kita serahkan semudah- mudahnya kepada mereka. Inilah perbezaan yang saya katakan bahawa kita sedang menuju kepada perubahan dan kita ingin melakukan perubahan itu dengan baik, teratur. Kita memerlukan masa untuk itu.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Boleh mencelah sikit.

final • 4:50 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Silakan Yang Berhormat Pasir Salak...

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 4:50 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Kakanda Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Yang Berhormat, ‘makasih’ [Ketawa] Saya hendak ingatkan Yang Berhormat setuju tidak hubungan kita dengan negara China adalah sangat penting kerana ianya merupakan apa yang dipanggil superpower, economic superpower. Jadi saya minta ucapan-ucapan yang mengatakan hendak menjajah Malaysia apa semua ini, Yang Berhormat sedar tidak, ianya sampai ke Negara China. Bagaimana perasaan Kerajaan Negara China bila mendengar tuduhan Yang Berhormat di dalam Dewan ini. Dia akan menjejaskan hubungan kita dan hubungan politik dan hubungan ekonomi. Tolong berhati-hati.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Silakan.

final • 4:50 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Untuk makluman, kami adalah sebuah kerajaan yang telus dan berterus terang. Kami berani menyatakan sikap kami kerana kami adalah sebuah negara yang merdeka. Dalam pada kita berterus terang itu kita dapati bahawa mereka telah memberi persetujuan untuk membeli minyak sawit kita dan ia merupakan suatu petanda yang begitu baik yang menarik.

Tempoh hari dalam Parlimen yang lepas telah diberitahu yang kita sedang bernegosiasi supaya China sama ada membeli minyak sawit daripada Malaysia ataupun Indonesia. Kita telah melangkah ke hadapan. Saya tidak percaya, saya tidak rasa kebimbangan Yang Berhormat Pasir Salak itu telah mengganggu proses hubungan perniagaan antara Malaysia dan Negara China. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Hulu Langat kesan dari segi pelaburan Negara China, Yang Berhormat tahu berapa kesan dia kepada FDI Negara China ke Malaysia?

final • 4:50 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Ya.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ada buat kajian?

final • 4:50 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Sudah tentu.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ada kejatuhan dari segi FDI daripada Negara China sebab perhubungan kita telah terjejas.

final • 4:50 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Dalam taklimat- taklimat...

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Begitu juga negara- negara Arab. Mohamad bin Salman, Tengku Mahkota Saudi Arabia tidak jadi datang sini, tapi dia pergi negeri lain. Dia melabur banyak negeri. Fasal apa? Fasal kita sombong dengan tuduh macam-macam Raja Arab?

final • 4:50 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Kerajaan ini adalah merupakan kerajaan yang begitu kaya dari sudut seni diplomasinya. Kita berterus terang, kita tidak setuju pembunuhan yang berlaku di Yaman. Kita terus terang kepada mereka.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Akan tetapi pada waktu yang sama, hubungan kita dengan negara teluk bukan hanya Saudi sahaja, di negara-negara yang lain kita telah menghantar pegawai-pegawai kita. Malah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, maksud saya Yang Berhormat Port Dickson telah menjelajah ke negara-negara tersebut membina hubungan yang baik. Saya percaya pelabur-pelabur daripada negara Arab tetap akan datang ke negara kita, pelabur-pelabur daripada negara China tetap akan datang ke negara kita, pelabur-pelabur daripada seluruh dunia melibat perubahan dan ketelusan Kerajaan Malaysia ini.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Hulu Langat, sedikit. Sikit sahaja.

final • 4:50 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Ya, saya ingin menyebutkan, minta maaf...

final • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Sikit sahaja. Sikit sahaja.

final • 4:50 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Ya. Saya bagi sedikit.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Saya kira apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat mengenai penjajahan Negara China ialah tentang kes MCKIP di Kuantan dan Jalan Qinzhou di Negara China. Akan tetapi Yang Berhormat difahamkan dan faktanya ialah bahawa apa yang kita peroleh di Negara China itu, kawasan perindustrian yang kita peroleh itu tiga kali ganda lebih besar daripada kawasan yang diperoleh oleh Negara China di Kuantan. Adakah itu bermaksud Malaysia menjajah Negara China Yang Berhormat?

final • 4:50 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Konsepnya tetap sebuah pelaburan dan saya menegaskan bahawa kita telah membetulkan konsep pelaburan China ke Malaysia mengikut apa yang sepatutnya dan insya-Allah beberapa kerugian-kerugian kita hadapi di atas perjanjian-perjanjian yang lepas tetapi kita telah dapat menyelamatkan beberapa perjanjian-perjanjian yang merugikan. Izinkan saya untuk meneruskan. Dalam keadaan kita memulihkan apa yang berlaku dalam negara ini, saya percaya kerajaan ini sedang menyiapkan kertas putih FELDA yang merupakan satu perkara yang sangat penting.

Kalau kita bertanya kepada kerajaan yang lepas, di mana agenda dan program untuk mengangkat warga FELDA dan generasi baharunya untuk mereka berdikari, mencipta kekayaan hasil usaha sendiri di tanah 10 ekar yang diberikan.

Kejayaan Almarhum Tun Dr. Ismail dan Tun Abdul Razak tidak wajar terhenti di satu noktah. Negara tidak wajar membiarkan peneroka kita terus bergantung dengan sistem yang lama. Sepatutnya ketika FELDA berada di kemuncak kejayaannya, negara sepatutnya memberi peluang kepada warga FELDA supaya mereka mampu berdikari sebagai mana pekebun-pekebun di luar sana yang memiliki sekurang-kurangnya 10 ekar sama dengan mereka tetapi mampu untuk berdikari dan mencipta kekayaan untuk keluarga dan anak isteri.

Akan tetapi sistem yang ada telah menyebabkan peneroka bergantung dalam keadaan yang cukup memalukan. Kita perlu memberi peluang kepada mereka. Beberapa perjanjian antara peneroka dan pengurusan FELDA yang sepatutnya tidak berlaku. Kita lihat mereka telah menyerahkan tanah mereka untuk tanam semula, tetapi apa yang berlaku.

Lewat tebang, lewat tanam, lewat baja, baja terbuang, kebun semak, tidak diracun, tikus bermaharajalela, ulat bungkus tidak diurus tentang penyelenggaraannya.

final • 4:50 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Ini menyebabkan peneroka berada dalam keadaan rugi dan hutang mereka bertambah setiap bulan. Siapakah yang bertanggungjawab menyebabkan peneroka berhutang?

Saya percaya Kerajaan Pakatan Harapan tidak memberhentikan bantuan-bantuan yang diberikan kepada peneroka secara mengejut. Perlahan-lahan, satu proses melalui kertas putih akan dilakukan untuk memastikan peneroka-peneroka kita dibantu untuk berdikari dan supaya rakyat Malaysia tidak hanya diberikan subsidi, tidak disogok dengan perkara-perkara yang akhirnya menyebabkan mereka tidak boleh berdikari di atas kaki mereka sendiri.

Inilah di antara isu-isu yang substantif yang memerlukan perhatian anggota Dewan ini. Kita gagal jika tidak mampu memikirkan penyelesaiannya. Kita lebih dilihat banyak politiking, mempertahankan atau berebut kerusi, pangkat dan kuasa serta pengaruh. Kita

final • 5:00 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

mahukan Ahli-ahli Parlimen yang telah berada di Dewan yang mulia ini memikirkan bahawa apakah lagi sumbangan kita untuk memastikan rakyat dan orang ramai berada dalam keadaan yang lebih baik, lebih baik dan lebih baik, tidak seperti mereka berada pada zaman sebelum ini.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Hulu Langat, ini FELDA ini.

final • 5:00 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Ya, silakan.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Saya tahu Yang Berhormat Hulu Langat...

final • 5:00 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Kita sama-sama berada di FELDA.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

...Pernah bekerja sebagai pegawai agama FELDA. Itu pun pihak kami juga yang memberikan jawatan kepada Yang Berhormat.

Saya hendak tanya ini. FGV, Felda Global Ventures yang kita senaraikan, tahun 2012 untung, tahun 2013 untung, tahun 2014 untung, tahun 2015 untung, tahun 2016 untung, tahun 2017 untung. Tahun 2018 apabila pihak Yang Berhormat ambil alih, rugi pula. Ada jawapan, Yang Berhormat?

final • 5:00 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Inilah satu contoh denial yang begitu jelas sekali- denial syndrome. Kita lihat kenyataan yang dikatakan ini. Mari sama- sama kita semak saham FGV yang dulunya menjanjikan sesuatu yang cukup mengagumkan orang ramai. Mereka yang terlibat dalam FELDA merayu agar tidak perlu diapungkan di bursa saham kerana kekayaan yang ada pada FELDA, kekayaan yang ada pada Koperasi KPF, kekayaan yang ada pada FGV menyebabkan mereka tidak memerlukan duit daripada luar untuk membangunkan FELDA itu sendiri tetapi Yang Berhormat Pekan telah beria-ia sangat hendak meletakkan ia di dalam bursa saham dan akhirnya kecundang dan harga pada hari ini cukup memalukan.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Masa Yang Berhormat Pekan untung, Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Saya percaya ini adalah merupakan sesuatu yang cukup memalukan kita.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Tahun 2018, masa Yang Berhormat, rugi.

final • 5:00 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Saya rasa, Yang Berhormat Pontian, saya ingin meneruskan.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Ini fakta.

final • 5:00 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Inilah yang kita katakan bahawa Ahli-ahli Parlimen sepatutnya...

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Saya menghormati Ketua Pembangkang, silakan.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Saya hendak beri statistik sikitlah.

Keuntungan FGV pada tahun 2016 sebanyak RM0.24 bilion, tahun 2017 sebanyak RM0.40 bilion. Jadi ada peningkatan dari segi keuntungan sewaktu kita memerintah dulu.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 5:00 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Kalau kita lihat dalam harga saham pada hari ini, ia adalah berharga RM1.13 sesaham.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat, boleh? Ada beza harga saham dengan keuntungan syarikat. Tahu tidak beza? Tidak faham. Tidak berniaga, itu sebabnya tidak tahu. Profit dengan harga saham yang tertakluk kepada bursa saham dua perkara yang berlainan.

final • 5:00 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Sekiranya Yang Berhormat Pekan tidak mengasak untuk dibawa ke bursa saham, keuntungan yang ada pada FGV itu boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh mereka tetapi bila berada dalam bursa saham, mereka terpaksa menghadapi pelabur-pelabur yang telah memberikan pelaburan dan akhirnya FGV menjadi kaku dan tidak mampu memberikan keuntungan yang sewajarnya.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua, ini soal saham ini, ia turun naik.

final • 5:00 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Izinkan saya untuk meneruskan.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Mungkin suatu hari ia naik balik macam mana? Ini saham. You tanyalah banyak orang yang main saham, depa simpan tunggu lama-lama, dia naik balik.

final • 5:00 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Saya percaya warga peneroka dan kita semua bukan Mat Jenin yang hanya menanti saham untuk naik tetapi keadaan semakin rapuh dan...

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Itu Khazanah ada baca?

Khazanah juga mengalami kerugian disebabkan kejatuhan harga saham mereka, Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:00 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Kita terlibat bersengketa dan bermusuhan di dalam dan di luar Dewan. Malahan, hanya mereka yang ketandusan idea mengenai isu-isu substantif yang akan sentiasa memainkan sentimen-sentimen bangsa dan kaum. Saya percaya kerajaan ini mampu berhadapan dengan golongan kecewa dan bermain seruan assobiyah jahiliah, dengan izin, apabila setiap kementerian bangkit memberikan yang terbaik dan melaporkan yang terbaik kepada rakyat melalui media-media yang ada.

Saya percaya dengan pemulihan ekonomi ini akan menyebabkan seluruh rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa sekalipun, mereka dilatih untuk terlibat dalam dunia perniagaan, mereka terlibat dalam dunia keusahawanan, dalam pertanian, dalam penternakan dan juga dalam apa sektor sekalipun. Apabila mereka terlibat dalam keadaan ekonomi yang baik ini, akhirnya mereka dapat merasakan kehadiran bangsa lain, kehadiran kaum lain yang berada di sekeliling mereka sebenarnya mampu untuk menyebabkan produk dan hasil terbitan mereka itu boleh menguntungkan mereka.

Sekarang ini kerajaan ini, kita minta untuk menumpukan pemulihan ekonomi.

Dengan pulihnya ekonomi ini akan menyebabkan mereka tidak ada masa untuk melayan kebencian kepada bangsa lain, kepada agama lain sebagaimana yang diatur oleh mereka yang gagal dan kecewa itu. Saya percaya Malaysia akan terus maju, Malaysia akan terus menjadi negara yang hebat, Malaysia akan kembali dalam trek yang betul sekiranya kita bersama-sama membangunkan negara ini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh mereka yang terlibat dalam perbahasan ini dan saya berbangga dengan anda semua walaupun ada perbezaan- perbezaan pendapat tetapi yang penting...

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Penjelasan. Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 5:00 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

...Marilah kita sama- sama membangunkan negara kita dan saya mencadangkan supaya usul Titah Ke Bawah Tuanku ini diterimakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Hulu Langat. Arau, Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Saya telah menamatkan.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik. Minta maaf Yang Berhormat Arau.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Arau tanya Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Minta maaf, Yang Berhormat Arau. Telah ditutup ucapan, Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak, saya hendak tanya apakah penyatuan UMNO-PAS ini ialah perkauman? Saya hendak tanya itu saja.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Tidak apa Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia sama-sama ahli sunah ini.

Tolong jawab juga, Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli Yang Berhormat telah pun menggulung dan menyokong. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa usul Yang Berhormat daripada Johor Bahru sekarang ini terbuka untuk dibahas.

Minta Yang Berhormat Ketua Pembangkang untuk berucap. Yang Berhormat Ketua Pembangkang diberi tempoh satu jam 30 minit untuk berucap. Dipersilakan Yang Berhormat Bera.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Segala puji bagi Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang menjadi teladan membawa rahmat ke seluruh alam.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu, saya ingin melafazkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan inayat-Nya, saya dengan penuh tanggungjawab membahaskan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Parlimen Keempat Belas tahun 2019 yang bertemakan Menghitung Nasib Rakyat. Saya menjunjung kasih di atas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menekankan kesejahteraan, kebajikan, keharmonian dan perpaduan rakyat.

final • 5:08 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Saya juga menjunjung kasih dan merafakkan sembah, setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas pelantikan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia Keenam Belas. Di dalam Dewan yang mulia ini, saya menzahirkan pendirian blok pembangkang, bahawasanya kami berikrar dan menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan.

Di kesempatan ini juga, saya mewakili rakan-rakan di blok pembangkang merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang, telah genap lima tahun semenjak 8 Mac 2014. Marilah kita bersama-sama menyedekahkan Al-Fatihah dan bertafakur kepada mangsa yang terlibat. *Al-Fatihah.

[Ahli-ahli beragama Islam membaca Al-Fatihah] [Ahli bukan beragama Islam bertafakur]* Terima kasih. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen baharu Cameron Highlands...

[Tepuk] Yang Berhormat Tuan Ramli bin Mohd Nor yang juga menjadi Ahli Parlimen pertama yang mewakili masyarakat Orang Asli di Dewan yang mulia ini. Tahniah juga kepada Yang Berhormat Zakaria Hanafi yang telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Semenyih di dalam Parlimen Hulu Langat...

[Tepuk] Terima kasih.

Saya juga ingin merekodkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh pengundi di Parlimen Cameron Highlands serta pengundi di DUN Semenyih yang telah menunaikan kewajipan mereka dengan keluar mengundi untuk memilih wakil rakyat serta parti yang benar-benar layak mewakili mereka...

[Tepuk] Juga tidak ketinggalan, saya mewakili rakan-rakan Barisan Nasional, menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh jajaran pimpinan dan ahli PAS yang telah bertungkus-lumus memberikan sokongan yang diberikan sepanjang PRK yang telah kita lalui bersama...

[Tepuk]

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Kemenangan Barisan Nasional di dalam dua PRK baru-baru ini merupakan isyarat yang jelas kepada Kerajaan Pakatan Harapan tentang kegagalan mereka di dalam menunaikan manifesto-manifesto pilihan raya dan seterusnya, kegagalan mereka di dalam menjaga kebajikan rakyat.

final • 5:10 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Penipuan, bukan kegagalan.

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Saya pinjam perkataan Yang Berhormat Tanjong Karang, “penipuan” yang dibuat terhadap rakyat.

final • 5:10 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Penipuan yang dibuat.

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:10 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua, perkataan “penipu” itu kena tarik balik. Kita tidak tipu.

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Macam mana tidak tipu kalau...

final • 5:10 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Tidak laksana, terima. Tidak tipu rakyat. Kita Pakatan Harapan tidak pernah tipu rakyat.

final • 5:10 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Okey, silakan.

final • 5:10 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Tarik balik.

final • 5:10 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, kalau...

final • 5:10 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Tarik balik!

final • 5:10 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Peraturan berapa? Kalau tidak boleh cakap “penipu”, jangan sebut “perompak”! Perompak lagi belum bukti tahu.

final • 5:10 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Kita tidak tipu, kita tidak pernah tipu rakyat.

final • 5:10 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Penipu sudah bukti. Apa? Tipu rakyat, sebab itu rakyat tolak.

final • 5:10 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Bukan macam kau Barisan Nasional. Kita tidak pernah tipu.

final • 5:10 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Sebab tipu, penipu, penipu!

final • 5:10 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Kita tidak bohong... [Pembesar suara dimatikan]

final • 5:10 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Rompak, belum terbukti salah lagi, penipu sudah terbukti.

final • 5:10 PM

Beberapa Ahli

Betul.

final • 5:10 PM

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Kalau tidak boleh sebut “penipu” jangan sebut “perompak”, boleh? Sudahlah, duduklah penipu.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya minta supaya tidak ada gangguan. Saya minta Yang Berhormat Bera untuk meneruskan.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Terima kasih Yang Berhormat Bera memberi peluang kepada saya. 10 janji 100 hari, mereka tidak laksanakan. Bererti mereka tipulah. Sepuluh janji 100 hari itu tidak boleh kembali. Seratus hari itu telah pergi buat selama-lamanya [Ketawa] Yang Berhormat Gombak, selama-lamanya 100 hari itu tidak akan datang kembali.

Jikalau buat pun selepas ini, janji dahulu 100 hari, bererti tetap tipu. Yang Berhormat Bera, ada komen?

final • 5:10 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Enam puluh tahun you tipu tidak rasa. 100 hari sudah rasa ya.

final • 5:10 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Sebut pun 60 tahun...

final • 5:10 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Bera. Teruskan Yang Berhormat Bera, teruskan. Baik, Yang Berhormat Bera teruskan.

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Terima kasih Yang Berhormat. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana membenarkan perkataan “tipu” itu digunakan di dalam Dewan ini.

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang kita dapat lihat, Kerajaan Pakatan Harapan masih lagi menggunakan pendekatan blame game yang suka mempersalahkan Kerajaan Barisan Nasional untuk menghalalkan kegagalan mereka, di mana kebajikan rakyat semakin terabai dan terpinggir. Eh! Bukan kegagalan?... [Bertanya kepada seorang Ahli Yang Berhormat] Penipuan.

Sejak PH mengambil alih kerajaan dari Barisan Nasional, permasalahan negara bertimbun tambah. Berasaskan laporan perkembangan ekonomi suku ketiga dan keempat Bank Negara Malaysia, hutang negara semakin meningkat selepas PH memerintah iaitu dari RM731.34 bilion pada suku ketiga menjadi RM741.05 bilion pada suku keempat tahun 2018.

Hutang negara kini menyaksikan pertambahan...

final • 5:10 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Teruskan Yang Berhormat Bera. Teruskan.

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Hutang negara kini menyaksikan pertambahan daripada 50.7 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2017 kepada 51.8 peratus KDNK pada penghujung tahun 2018. Jumlah rizab Bank Negara juga semakin menurun iaitu berjumlah USD102.3 bilion pada 15 Februari 2019 berbanding USD109.5 bilion pada bulan April 2018 iaitu sebelum PRU Ke-14 dan hanya boleh menampung satu kali jumlah hutang luar negara bagi jangka masa pendek.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Bera, fasal hutang. RM686 bilion naik kepada RM741 bilion itu, RM55 bilion bertambah dalam masa 10 bulan. Saya kira itu satu rekod yang amat tinggi dari segi kenaikan hutang. Sedangkan mereka sebut, hendak turunkan hutang, hendak turunkan hutang, hendak turunkan hutang, tetapi apa yang berlaku ialah hutang lagi bertambah RM55 bilion daripada RM686 bilion kepada RM741 bilion. Ini lagi satu contoh dan bukti kerajaan penipu. Yang Berhormat Bera, ada komen?

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Yang Berhormat, saya pun hairan.

Dalam waktu kerajaan berkata bahawa mereka terpaksa memotong insentif-insentif rakyat dan sebagainya untuk berjimat, hutang bertambah, rakyat kehilangan segala faedah yang mereka peroleh sewaktu Kerajaan Barisan Nasional dahulu, yang rugi adalah rakyat. Silakan.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Teruskan Yang Berhormat Bera, teruskan.

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Silakan.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Yang Berhormat, saya juga menganggap apa yang Yang Berhormat ucapkan itu sangat relevan. Ini kerana dalam keadaan ekonomi yang dikatakan tidak baik ini, tidak menentu ini, apakah komen Yang Berhormat tentang cadangan daripada kerajaan secara tiba-tiba, tidak tahu entah dari mana, dia kata kita hendak bina kereta terbang? Saya tahu, saya terbaca di dalam jurnal yang mana Tesla telah membelanjakan USD5 bilion untuk R&D dan prototaip modeling.

Akan tetapi, di Malaysia, dia kata mungkin beberapa tahun baru dia boleh buat. Di Malaysia, kita sudah ada teknologi. Tahun ini boleh buat, tidak sampai satu juta. Kata orang yang siumanlah, ini perkara yang tidak dapat dibayangkanlah. Akan tetapi saya tidak tahu macam mana kerajaan terlalu komited sampai kepada kereta terbang. Kereta yang atas darat pun tidak terurus, macam mana hendak bina satu kereta terbang dengan RM1 juta sebagai kos untuk menanggung prototaip modeling. Ini yang pertama.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Kedua, baru-baru ini di negara Cina sebuah syarikat pengeluar kereta yang juga berhajat untuk membuat satu kereta yang sophisticated dan tidak dipandu dengan cara teknologi yang terbaik tetapi perbelanjaannya RM10 bilion. Saya pun tidak tahu macam mana kalau negara China dengan Tesla membelanjakan masing-masing RM20 bilion dan RM10 bilion, di Malaysia, RM1 juta kata Menteri kita. Ini flying minister ataupun flying cars? Kalau

final • 5:20 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

kita dengar banyak cakap ini, terbanglah kita. Jadi, saya tidak tahulah sama ada selepas ini kita keluar, kita bayangkan kita ada sayap, kita boleh terbang. Kalau itulah angan-angan kita, saya tidak tahulah macam mana dan ke mana arah negara kita. Apakah komen Yang Berhormat Bera?

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Ya, saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Ayer Hitam. In fact, kita pun boleh tanya di sini, berapa bajet yang akan diperuntukkan untuk membina kereta terbang ini? Cuma rakyat di luar sana hendak dengar pengumuman kerajaan bagaimana hendak selesaikan masalah mereka yang kesempitan, hidup yang terlalu teruk pada hari ini, harga getah jatuh, harga sawit jatuh, tiba-tiba pengumumannya adalah kereta terbang.

Jadi, ini...

final • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tanam pokok buluh hendak buat ekzos paip.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Mungkinlah saya rasa- saya percaya mungkin ini hendak menyelesaikan masalah tidak boleh hendak hapuskan tol, jadi bila kereta terbang tidak payah bayar tol agaknya. Inilah mungkin alasannya.

final • 5:20 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Yang Berhormat Bera, boleh? Gerik, Gerik mahu tanya.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Sila.

final • 5:20 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Selepas pilihan raya yang lalu pada 9 Mei, apabila Kerajaan Pakatan Harapan menubuhkan kerajaan, saham jatuh, pelabur lari keluar, alih-alih dalam tempoh 100 hari pelbagai janji hendak dibuat, segala-galanya disalahkan Kerajaan Barisan Nasional. Sehingga hari ini, 10 bulan sudah memerintah, segala-galanya yang dijalankan untuk membantu rakyat semua contoh-contoh daripada Kerajaan Barisan Nasional. Apakah komen Yang Berhormat Bera bila pelabur tidak hendak masuk balik ke dalam negara dekat RM90 bilion? Saya tengok ada satu laporan yang mengatakan, minta komen Yang Berhormat Bera macam mana?

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Saya yakin...

final • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Bera, saya hendak sambung sikit untuk- terima kasih, Ketua Pembangkang. Tuan Yang di- Pertua, perkara yang sama, saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Bera berkaitan dengan Khazanah. Dulu kerajaan yang lama dipanggil kerajaan penyamun, perompak dan pencuri. Kerajaan Pakatan Harapan tahniahlah hari ini, kerajaan penyelamat, Menteri Hal Ehwal Ekonomi pun ada- kerajaan penyelamat, syabas dan tahniah! Terima kasih. Akan tetapi, kami 10 tahun untuk rekod, 10 tahun kerajaan penyamun, pencuri, perompak, telah terbukti Khazanah tidak pernah rugi. ‘Kerajaan penyelamat’ untuk 10 bulan memerintah rugi berbilion-bilion Ringgit- RM6 bilion. Boleh tidak Yang Berhormat Ketua Pembangkang yang bijaksana memberikan komen berkaitan dengan perkara ini? Terima kasih.

final • 5:20 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Bera? Sikit sahaja tambah. Terima kasih Yang Berhormat Bera.

final • 5:20 PM

Beberapa Ahli

Bera...

final • 5:20 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Bera..

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bera, Bera, bukan Bera.

final • 5:20 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya orang Kedah...

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Bukan Bera...

final • 5:20 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya Bera! Saya tetap Bera!... [Dewan ketawa] Ia kecuali kalau dipindah di Dewan Bahasa dan Pustaka kita akan standardize guna bahasa, okey. Saya Bera, Yang Berhormat Bera- hampa nak faham lain-lain, ikut suka hampa lah! Saya hendak bangkitkan Yang Berhormat Ketua Pembangkang berkenaan dengan flying car tadi.

final • 5:20 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dia mesti ada satu- tiba-tiba kerajaan umum untuk membuat flying car. Dia mesti ada feasibility study ataupun cost and effects dan unjuran ROI. Ini kerana ini melibatkan pelaburan yang sangat besar, gajah putih. Jadi, kita kena melihat kepada market. Kalaulah kemampuan rakyat untuk membeli satu flying car ini tentulah bukan harga not less than RM500,000 lah for the beginning stage tetapi kalau buat dengan buluh mungkin murahlah.

Ini kerajaan tiba-tiba buat pengumuman dalam keadaan sekarang trade war sedang berlaku, import mengatasi export dan berlaku inflation, lambakan barangan dalam pasaran. Walaupun barangan ini banyak tetapi kemampuan rakyat untuk membeli tidak ada kuasa untuk membeli ataupun purchasing power, tidak ada kemampuan.

Jadi, kalaulah ini kerajaan tidak fikir, tiba-tiba buat satu cadangan untuk hendak membina flying car yang melibatkan pelaburan yang besar tanpa ada satu kajian cost dan effects yang kita hendak lihat bagaimana kerajaan hendak membina sebuah negara yang membantu rakyat?...

final • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang! Kalau Yang Berhormat Pendang beli kereta terbang...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Baling kena dapat permission dari Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:20 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Bera, lagi satu kita akan menghadapi masalah kemalangan udara yang paling besar dalam dunia kalau kita buat flying car. Ini kerana kita belum menyelesaikan masalah kemalangan di lebuh raya di darat ini. Saya ingat minta komen daripada Yang Berhormat Bera.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Terima kasih. Terima kasih. Saya lihat Menteri Ekonomi menggelengkan kepala. Maknanya, dia pun tidak boleh terfikir tentang kereta terbang...

final • 5:20 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Oh, sorry Yang Berhormat Gombak. Jadi, saya yakin kurangnya pelaburan asing ataupun FDI dalam negara kita kerana mereka tentu sahaja tidak yakin dengan dasar yang ada pada Kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini. Saya banyak lagi figures yang akan saya sebutkan nanti, yang menunjukkan kegagalan kerajaan pada hari ini. Betul Yang Berhormat Baling, kerugian adalah sebanyak RM6.3 bilion untuk Khazanah dan saya ada tajuk khas untuk Khazanah esok.

So, saya akan bangkitkan besok dan untuk Yang Berhormat Pendang, saya hendak masukkan dalam sebahagian ucapan saya. Ini sebab dari segi feasibility study dan sebagainya yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pendang tadi, saya hendak masukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Mungkin Yang Berhormat Ayer Hitam pun termasuk dalam sebahagian daripada ucapan saya.

Saya hendak sebut tentang indeks Bursa Saham. Bursa Malaysia KLCI telah merosot sebanyak 5.7 peratus pada suku keempat tahun 2018 kepada 169.06 mata berbanding dengan 1793.2 mata pada penghujung suku ketiga tahun 2018. Indeks terkini iaitu semalam adalah 1668.07 mata, masih lagi menurun hampir setiap hari.

Mengikut laporan Bloomberg pada 12 Mac 2019, saya ambil quotation dia, “Malaysia's stock index is the only decliner in Asia this year”. Indeks negara jiran meningkat, indeks kita menurun lebih daripada satu peratus. Sedangkan, indeks di negara jiran di Singapore meningkat sebanyak empat peratus. Indeks di Indonesia meningkat kepada tiga peratus. Ini ialah perbezaan antara indeks kita dengan indeks negara lain yang saya kira menggambarkan tentang ekonomi negara kita hari ini.

Kajian kepada indeks keadaan perniagaan juga telah menunjukkan penurunan kepada 95.3 mata pada suku keempat tahun 2018 berbanding 108.8 mata pada suku ketiga tahun 2018. Menurut laporan Nikkei Malaysia Manufacturing Purchasing Managers Index ataupun indeks PMI, sektor pembuatan telah mencatatkan rekod di bawah neutral untuk tempoh empat bulan berturut-turut dari bulan Oktober 2018 sehingga Januari 2019.

Tuan Yang di-Pertua, semasa kerajaan di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional dulu, Khazanah tidak pernah rugi sebegini walaupun semasa krisis ekonomi yang telah berlaku pada tahun 2008. Khazanah mencatatkan keuntungan dan peningkatan nilai aset sebanyak berbilion-bilion ringgit semasa pentadbiran Barisan Nasional namun, sebaliknya berlaku dalam tempoh hanya 10 bulan Pakatan Harapan memerintah.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Bera, masa telah menunjukkan pukul 5.30 petang dan peraturan kita akan berhenti dan disambung esok.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 13 Mac 2019. Terima kasih.

final • 5:20 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

DR.12.3.2019 I

final • 5:30 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026