Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****]
1. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian] minta Menteri Kewangan menyatakan sebab-sebab mengapa pelabur asing diberitakan telah menjual RM1.05 bilion saham di Bursa Malaysia pada minggu lepas. Berapakah jumlah jualan seumpama itu sejak 10 Mei 2018. Adakah ini sesuatu yang luar biasa dan bagaimana usaha kementerian untuk mengatasinya.
Menteri Kewangan - Tuan Lim Guan Eng
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Untuk makluman Yang Berhormat, bagi minggu berakhir 13 Oktober 2018, aliran keluar modal asing bagi pasaran ekuiti adalah selaras dengan pergerakan keluar modal serentak.
Jumlah aliran keluar modal asing dianggarkan sebanyak RM1.05 bilion. Antara faktor utama yang menyebabkan aliran keluar modal asing ialah kelemahan sentimen pasaran akibat dari faktor luaran yang mendominasi tingkah laku pelabur dan pengukuhan nilai Dolar Amerika berbanding mata wang lain hasil daripada kesan berikut:
(i) kenaikan pulangan bon 10 tahun di Amerika Syarikat atau *U.S.
Treasury Yields* melebihi paras tiga peratus hasil daripada jangkaan kenaikan kadar faedah yang mengatasi ramalan awal akibat daripada pertumbuhan ekonomi yang pantas;
(ii) ketegangan dagangan antara Amerika Syarikat dan China yang kini mulai menampakkan kesan ke atas ekonomi negara China;
(iii) ketidaktentuan hala tuju pasaran di Eropah hasil daripada cadangan Bajet Itali yang melebihi had defisit fiskal yang ditetapkan oleh Kesatuan Eropah serta kebuntuan rundingan Brexit di antara United Kingdom dan Kesatuan Eropah telah menyebabkan ketegangan dan ketidaktentuan di rantau tersebut; dan
(iv) tekanan ke atas pasaran minyak mentah akibat daripada ketegangan hubungan diplomatik antara Arab Saudi dan Amerika Syarikat susulan kehilangan kolumnis Washington Post, Jamal Khashoggi.
Aliran keluar modal asing bagi minggu berakhir 13 Oktober 2018 bagaimanapun adalah antara yang terendah di pasaran serantau berbanding dengan Thailand sebanyak USD701.7 juta, Malaysia USD253 juta, Indonesia USD273.53 juta dan Filipina USD51.3 juta.
Tuan Yang di-Pertua, sejak 10 Mei 2018 hingga 13 Oktober 2018, aliran keluar modal asing di pasaran ekuiti adalah seperti berikut:
Menteri Kewangan - Tuan Lim Guan Eng
| NEGARA | ALIRAN KELUAR MODAL ASING (USD) |
|---|---|
| Thailand | 4634.2 juta |
| Malaysia | 335 juta |
| Indonesia | 441.39 juta |
| Filipina | 850 juta |
Hasil daripada aliran keluar modal asing pasaran serantau telah mendaftarkan prestasi yang agak lemah untuk tempoh daripada 1 Januari 2018 hingga 17 Oktober 2018.
(i) Malaysia, penurunan tiga peratus;
(ii) Singapura, penurunan 9.75 peratus;
(iii) Filipina, 17 peratus;
(iv) Thailand, penurunan 3.35 peratus; dan
(v) Indonesia, penurunan 7.6 peratus.
Kerajaan akan sentiasa menangani masalah fiskal yang diwarisi oleh kerajaan sebelum ini dengan menggubal dasar baru untuk meningkatkan dan memperkukuhkan daya saing, kecekapan, produktiviti dan keuntungan syarikat. Sekian, terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Menteri menjawab tentang faktor luaran. Beliau tidak menyebut tentang faktor dalaman.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Antara faktor dalaman mengikut kajian MIDF Research ialah kerana penamatan kontrak kerja terowong MMC Gamuda dan juga akan ada cukai baharu yang akan diumum susut 38.97 mata FBMKLCI pada hari yang berkaitan. Apakah buruk baik CGT soalan saya, Capital Gains Tax, cukai keuntungan modal dan adakah aliran pasaran bon juga berlaku trend yang sama sebagaimana aliran yang berlaku pada pasaran saham dan satu lagi ialah mengikut MIDF Research, aliran keluar berjumlah RM9.7 bilion berlainan dengan angka Yang Berhormat sebut. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Menteri Kewangan menjawab dalam tempoh masa 2 minit, 30 saat.
Tuan Lim Guan Eng
Berkaitan dengan mod, kalau kita lihat dari segi MGS ataupun kita pulangan untuk bon Malaysia, ia telah naik tetapi adalah di antara yang paling rendah kalau berbanding dengan negara-negara ASEAN. So di sini saya rasa ia tidak menjadi satu isu. Tentu kalau kita buat perbandingan, Malaysia masih adalah di antara negara yang mempunyai prestasi yang baik dalam keadaan pasaran yang menurun. Saya rasa sebagai seorang ahli ekonomi, Yang Berhormat boleh faham the rising tide lifts all boats but the receding tide also drags back all boats dengan izin.
Satu lagi angka yang menunjukkan prestasi kalau dibandingkan dengan negara- negara lain ialah tentang nilai ringgit. Untuk tempoh 1 Januari 2018 hingga 17 Oktober, nilai ringgit telah susut sebanyak 2.15 peratus. Akan tetapi kalau dibanding dengan Indonesia, ia agak kurang. Indonesia susut 10.44 peratus, Singapura 2.82 peratus, Peso Filipina 7.3 peratus. Ini menunjukkan bahawa kalau kita banding dengan penurunan atau nilai mata wang negara-negara tersebut, Malaysia nilai ringgitnya menyusut lebih rendah berbanding dengan negara Singapura, Indonesia dan juga Filipina.
Tentang faktor yang menyebabkan penurunan pasaran saham. Bukanlah disebabkan oleh satu, dua syarikat ataupun satu, dua projek. Ia tidak ada kesan yang begitu besar. Saya rasa sekarang bukan sahaja di Malaysia tetapi pasaran bursa di seluruh dunia dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat khususnya peperangan perdagangan di antara Amerika Syarikat dan seluruh dunia khususnya negara China.
Tentang sama ada cukai tertentu akan dinaikkan ataupun akan diperkenalkan, perkara ini hanya diketahui pada 2 November. Tentu Yang Berhormat hendak tahu tetapi saya minta sabar sikit sama ada ia ada atau tidak ada, masih belum pasti lagi. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ada soalan tambahan yang kedua. Ya, sila Yang Berhormat Jeli untuk mengemukakan soalan tambahan yang kedua dalam tempoh 30 saat.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed - Jeli
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang pertama saya hendak tahu apakah peratusan yang ideal penyertaan asing dalam pasaran ekuiti. Sekarang sekitar 20 peratus. Sama ada 25-30 yang pertama, pada pandangan kerajaan apa yang adil. Keduanya, apakah langkah-langkah untuk mempromosikan pasaran ekuiti di Malaysia untuk tingkatkan profil Malaysia di peringkat antarabangsa. Adakah langkah-langkah yang mencukupi telah diadakan untuk memastikan pasaran Malaysia terus menarik minat pelabur asing.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Menteri Kewangan. Yang Berhormat Menteri dalam tempoh masa 2 minit, 30 saat.
Tuan Lim Guan Eng
Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat daripada Jeli.
Saya percaya Yang Berhormat daripada Jeli juga tahu mungkin amat arif dalam perkara ini bahawa kalau kita lihat dari segi tarikan ataupun attractiveness Malaysia untuk sektor ekuiti, adalah bergantung kepada pelbagai faktor. Di antaranya ialah perkara fiskal dan juga kewangan, monetary. Tentu dalam aspek ini pihak kerajaan akan memastikan kita akan menangani masalah fiskal tetapi kita perlukan satu jangka masa panjang dan hari ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun akan memperkenalkan mid-term review tentang RMKe-11. Tentulah ini adalah di antara usaha yang kita akan laksanakan untuk memperbaiki perkara-perkara yang diambil minat bukan sahaja oleh rating agencies, dengan izin tetapi juga oleh syarikat-syarikat tersebut.
Di sini, saya ingin tegaskan bahawa kita harus membuat promosi kerana suka tidak suka, mahu tidak mahu, apabila kita lihat pasaran ekuiti, masalah penularan ataupun contagion effect adalah sesuatu isu yang kita harus jelaskan kepada pelabur-pelabur tersebut. Apabila masalah berlaku di negara-negara jiran, biasanya Malaysia akan dilonggokkan dalam wajaran ataupun basket yang sama. Ini menjadi satu isu dan dalam perkara ini saya bercadang untuk pergi ke semua rating agencies utama selepas pembentangan bajet supaya kita dapat memberikan penerangan yang lebih lanjut dan supaya kita dapat membolehkan pasaran Malaysia untuk menjadi lebih cair, supaya kita dapat tarik pelabur-pelabur dan dana ini ke pasaran di Malaysia. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sungai Besar untuk mengemukakan pertanyaan dalam tempoh masa 1 minit.
2. Tuan Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Kerja Raya menyatakan berkaitan West Coast Expressway (WCE) Banting ke Taiping, berapa tahun konsesi diberikan kepada WCE dan jajaran lebuh raya sepanjang 233km tersebut berapa jumlah pondok kutipan tol yang akan didirikan oleh pihak konsesi yang dipersetujui oleh Kerajaan terdahulu.
Menteri Kerja Raya - Tuan Baru Bian
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Sungai Besar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat kerja-kerja pembinaan keseluruhan projek lebuh raya WCE sepanjang 313 kilometer ini telah dibahagikan kepada dua kaedah iaitu seperti berikut:
(i) kaedah penswastaan bertol. Kerja-kerja pembinaan dilaksanakan oleh pihak konsesi WCE Sdn. Bhd. iaitu melibatkan jajaran baharu sepanjang 233 kilometer bermula dari jalan B18 Banting ke KLIA dan berakhir di persimpangan bertingkat Tanjong Karang, Selangor. Manakala di negeri Perak pula, ia bermula dari Jambatan Sungai Bernam di Hutang Melintang dan berakhir berhampiran di Plaza Tol Changkat Jering, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS);
(ii) kaedah konvensional JKR iaitu melibatkan skop menaik taraf Jalan Persekutuan 5 atau FR5 yang sedia ada sepanjang 81.6 kilometer bermula dari Tanjong Karang ke Hutan Melintang, Perak, lima kilometer dan dari Teluk Intan ke Kampung Lekir, Perak, 31.5 kilometer. Kos pembinaan keseluruhan projek Lebuhraya WCE ini
Menteri Kerja Raya - Tuan Baru Bian
ialah sebanyak RM6.542 bilion iaitu meliputi pakej penswastaan dengan nilai RM5.0 bilion dan RM1.498 bilion untuk pakej konvensional yang dilaksanakan oleh JKR.
Kaedah kutipan tol yang akan digunakan adalah sistem kutipan tol tertutup, closed system toll di mana tol dikenakan di jajaran baru yang dibina oleh WCE Sdn. Bhd. sahaja.
Manakala untuk laluan Jalan Persekutuan FR5 sedia ada yang di naik taraf oleh JKR, ia tidak akan dikenakan sebarang kutipan tol. Toll-free. Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan Ahli Yang Berhormat, ingin saya memaklumkan bahawa jumlah keseluruhan plaza tol di sepanjang lebuh raya ialah sebanyak 20 plaza tol, di mana enam plaza tol terletak di laluan utama dan 14 plaza tol lagi berada di persimpangan bertingkat. Mengenai tempoh konsesi pula, berdasarkan perjanjian konsesi yang telah ditandatangani pada 2 Januari 2013, tempoh konsesi lebuh raya ini ialah selama 50 tahun iaitu bermula dari tarikh perjanjian konsesi mula berkuat kuasa.
Menteri Kerja Raya - Tuan Baru Bian
Pada masa ini kemajuan Lebuhraya WCE telah mencapai progress keseluruhan 60 peratus dan ia akan dibuka secara berperingkat kepada pengguna mulai tahun hadapan tahun 2019. Keseluruhan projek Lebuhraya WCE ini dijangka akan disiapkan pada tahun 2022 iaitu lewat dua tahun berbanding tarikh jangka siap asal pada bulan April 2020.
Kelewatan ini disumbangkan oleh faktor proses pengambilan tanah dan juga faktor penentuan atau pemilihan jajaran bagi seksyen 7 di Tanjong Karang, Selangor. Sekian, terima kasih.
Tuan Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Tuan Yang di-Pertua, dengan konsesi selama 50 tahun dan 20 tol baru, maknanya janji keenam Buku Harapan untuk menghapuskan tol sukar untuk dilaksanakan. Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah usaha-usaha kementerian khususnya Yang Berhormat Menteri bagi memastikan tiada tol baru lagi selepas ini. Terima kasih.
Tuan Baru Bian
Terima kasih, Yang Berhormat Sungai Besar. Macam itulah dimaklumkan kerajaan sekarang ini tidak akan menghapuskan tol tetapi kita masih dalam perbincangan di mana kita hendak mencari ada alternative, dengan izin. Ini adalah seperti merendahkan tol, satu dan mungkin ada flat rate , dengan izinnya dan juga memberi off-peak 20 peratus atau ada percentage discount di masa off-peak misalnya dan mungkin tidak akan menaikkan tol dalam masa dua tahun ke tiga tahun begitu.
Ini dalam perbincangan buat masa sekarang Tuan Yang di-Pertua dan tahap ini macam mana yang telah diumumkan kepada Dewan yang mulia ini kita tidak akan bertol lebuh raya sampai kita get to that stage satu masa di mana kewangan negara ini stabil dan dipulihkan kepada satu peringkat yang sihat. Terima kasih.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya ingin merujuk kepada laman web pakatanharapan.com.my yang sehingga hari ini boleh diakses kenyataan daripada Pengerusi Pakatan Harapan. Pakatan Harapan memberikan keyakinan akan menghapuskan tol secara berperingkat berdasarkan kontrak konsesi selepas 100 hari mentadbir Putrajaya.
Manakala pada 14 Ogos 2018, kenyataan daripada Timbalan Menteri Kerja Raya menyatakan penghapusan tol dalam masa 100 hari mustahil dan mungkin akan dilakukan dalam tempoh lima tahun akan datang. Kemudian merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri di Bali beberapa minggu lepas, Perdana Menteri menyatakan bahawa adalah mustahil untuk membina lebuh raya tanpa tol. Jadi soalan saya adalah adakah rakyat Malaysia sudah perlu berhenti untuk bermimpi untuk memiliki lebuh raya tanpa tol di negara ini. Terima kasih.
Tuan Baru Bian
Saya ingin menyatakan sekali lagi dasar kerajaan ini ialah jelas dan kita tidak akan menghapuskan tol sampai keadaan kewangan negara ini dipulihkan dan sampai ke satu tahap yang sihat. Itu dasar dan keputusan kerajaan yang sekarang ini.
Mengenai soalan yang telah dibangkitkan, adakah rakyat Malaysia ini bermimpi, itu terpulang kepada rakyat tetapi dasar kerajaan sekarang ini jelas. Tidak ada menghapuskan tol sampai tahap keadaan kewangan negara ini dipulihkan. Itulah dasar dan keputusan kita keluarkan.
Terima kasih.
3. Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat] minta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan senarai kawasan hutan dara (virgin forest) mengikut negeri berdasarkan ucapan YAB. Perdana Menteri di Perhimpunan Agung PBB yang menyatakan Malaysia masih mengekalkan 48 peratus daripada keluasannya.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli - Dr. Xavier Jayakumar
Tuan Yang di- Pertua, istilah kawasan hutan dara yang disebut dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah merujuk kepada kawasan hutan dipelihara yang belum terjejas dengan aktiviti ekonomi. Kenyataan tersebut dibuat dalam konteks untuk menangkis tohmahan pihak Barat bahawa Malaysia melaksanakan penyahhutanan bagi tujuan perladangan dan juga pembangunan.
Keluasan kawasan perhutanan di seluruh negara adalah seluas 18,240,720 hektar iaitu kira-kira 55.52 peratus dari kawasan tanah Malaysia. Kementerian saya sedang mengemas kini kesemua data perhutanan di seluruh negara dan akan mengemukakan secara bertulis kemudian. Terima kasih.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Walaupun Yang Berhormat Menteri tidak memberikan statistik seperti mana yang saya minta, namun statistik terakhir yang ada setakat ini menunjukkan bahawa Kelantan adalah antara penyumbang terbesar dalam mengekalkan kawasan virgin forest yang membolehkan Perdana Menteri berbangga kepada dunia.
Soalan saya, apakah kerajaan menyedari bahawa Kerajaan Islam Kelantan sepanjang penggal ketiga belas yang lalu di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Haji Ahmad Yaakob yang mana saya adalah salah seorang daripada Exco nya tidak meluluskan sebarang kawasan baru pembalakan di negeri Kelantan walaupun kita dituduh macam-macam dan kita pula menghadapi kekangan kewangan.
Apakah kerajaan hari ini mengetahui bahawa sekiranya Kerajaan Negeri Kelantan dibayar royalti petroleum yang ter hak kepadanya melalui Akta Pembangunan Petroleum dan perjanjian dengan Petronas serta terjanji pula dalam manifesto Pakatan Harapan, Kerajaan Negeri Kelantan akan mengkaji kemungkinan tidak mengeluarkan hasil hutan demi kesejahteraan bukan sahaja rakyat Kelantan dan Malaysia bahkan sejagat. Terima kasih.
Dr. Xavier Jayakumar
Terima kasih untuk penjelasan itu dari negeri Kelantan.
Kalau boleh bagi dalam tulisan, berapa hektar, ekar dan apa yang digunakan. Soalan-soalan ini kena ditanya di dalam Dewan Undangan Negeri dan jawapan juga dari Dewan Undangan Negeri. Saya tahu bahawa Kelantan ini keluasan keseluruhan hutan simpan kekal di Kelantan sekarang ialah 613,275 hektar dan juga hutan pengeluaran selective logging yang telah pun digunakan ialah 460,714.63 hektar yang telah pun digunakan sepenuhnya oleh Kelantan.
Kalau macam itu saya mintalah kerjasama dari Kerajaan Negeri Kelantan bekerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk kita kekalkan hutan simpanan kita untuk generasi masa depan. Ini penting. Kalau kita boleh bekerja bersama-sama antara dua-dua pihak ini, lama-lama ekonomi negara kita melalui penjualan kelapa sawit kepada negara-negara luar ini boleh kita bersama-sama atasi tohmahan-tohmahan yang telah dibawa oleh mereka atas kita.
Oleh sebab itu penjualan kelapa sawit di negara Eropah dan juga Amerika Syarikat terjejas dengan komen-komen yang telah dibuat oleh mereka katakan deforestation di dalam negeri masing-masing. Ini bukan sahaja di dalam negeri Kelantan tetapi termasuk beberapa negeri-negeri di dalam negara kita. So, saya ucapkan ribuan terima kasih untuk butiran yang telah diberi dan kalau boleh kita akan bekerjasama untuk mengatasi masalah ini. Terima kasih.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Negeri Pahang adalah negeri yang paling banyak mereservedkan hutan simpan kekal untuk keperluan catchment area.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Adalah wajar bagi Kerajaan Persekutuan membayar pampasan kepada mana- mana kerajaan negeri yang memperuntukkan hutan kekal. Oleh kerana kita tidak dapat mengeluarkan hasil daripada hutan itu kerana kita terpaksa mereservedkan hutan itu. Adakah kemungkinan dan sepatutnyalah Kerajaan Persekutuan memperuntukkan satu bentuk
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
pampasan wang kepada kerajaan negeri kerana kita mengekalkan hutan simpan di negeri masing-masing ataupun paling kurang, tolak hutang air kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menjawab dalam tempoh masa dua minit, 30 saat.
Dr. Xavier Jayakumar
Terima kasih. Sekarang kita Kerajaan Pusat tidak sedia untuk bayar pampasan kepada mana-mana negeri atas kegunaan kawasan-kawasan hutan di bawah penjagaan negeri masing-masing. Itu tanggungjawab negeri untuk kekalkan hutan- hutan itu di dalam kawasan tadahan air. It is your responsibility untuk tentukan kawasan- kawasan ini diselamatkan. Negeri-negeri boleh cari dasar lain atau pun boleh adakan cara lain untuk meningkatkan peruntungan di dalam negeri masing-masing. Kalau boleh, kita boleh bersama-sama berhubung dan juga kita boleh adakan ecotourism dan sebagainya di dalam kawasan-kawasan ini. Sekarang ecotourism ini dinikmati oleh orang-orang di luar negara.
They want to pay top dollar untuk datang dan duduk di dalam hutan, tinggal di dalam hutan.
So, kalau negeri-negeri boleh majukan industri ini, dapatlah meningkatkan pendapatan negeri masing-masing. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
1. Tuan Chan Ming Kai [Alor Setar] minta Menteri Pembangunan Usahawan menyatakan apakah mekanisme untuk mewujudkan pangkalan data peminjam MARA, TEKUN dan Amanah Ikhtiar supaya tidak berulangan pinjaman kepada individu yang sama.
Menteri Pembangunan Usahawan - Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof
Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Usahawan telah mempunyai satu pangkalan data bersepadu yang terdiri daripada senarai beneficiary insentif dan bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan. Sistem yang telah dibangunkan oleh SME Corp Malaysia dinamakan SCenIc, dengan izin, iaitu SME Central Incentives System, merupakan rujukan kepada kementerian dan agensi untuk membuat keputusan yang tepat bagi pengagihan sumber insentif yang berkesan dan yang tersasar.
Pangkalan data atau SCenIc ini akan meningkatkan ketelusan dalam menyediakan bantuan kerajaan kepada PKS, membantu dalam proses pembuatan keputusan dalam menimbangkan kelulusan permohonan bantuan kerajaan, mengenal pasti jurang dan membantu kerajaan untuk mengukuhkan dasar pembangunan PKS dan mengoptimumkan penggunaan sumber. Melalui SCenIc juga kementerian dan agensi boleh berkongsi data penerima insentif dan bantuan kewangan yang seterusnya mampu mengelakkan pemberian bantuan bagi projek yang sama berulang kepada sesebuah syarikat dan juga bertindih dalam satu-satu permohonan bantuan.
Selain daripada itu, SCenIc juga memberi akses kepada maklumat mengenai penerima bantuan kerajaan dan insentif kepada kementerian dan agensi bagi membantu menilai effectiveness bantuan yang disediakan. Pada masa ini, perbincangan telah diadakan dengan semua kementerian dan agensi yang terlibat dalam pembangunan PKS, termasuk MARA, TEKUN dan Amanah Ikhtiar bagi penyertaan dalam SCenIc, terima kasih.
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita sedia maklum dan tidak menafikan bahawa hasrat untuk kita wujudkan skim-skim semua ini adalah untuk bantu kepada keusahawanan ataupun perniagaan. Akan tetapi apa yang kita nampak sekarang adalah kerana tiada wujudnya satu sistem semakan yang rapi, maka ada mereka ini dia mohon dapat TEKUN, habis pakai, tidak guna, tidak cukup duit, mohon pula Amanah Ikhtiar untuk top up untuk bayar hutang sebelum ini, termasuk juga bank yang lain.
Maka, soalan saya nak tanya, kerana apa yang jawapan Yang Berhormat Menteri tadi
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
mungkin ia hanya merangkumi di antara kementerian usahawan sendiri. Sedangkan ada banyak lagi bantuan, termasuk Amanah Ikhtiar, MARA dan juga peringkat negeri. Baitulmal ada, Bank Pertanian, semua ada. Maka, yang masalah kita hadapi adalah kita perlu wujudkan satu synchronization di antara semua data ini supaya pemohon tidak ulang kali kedua, pada waktu yang sama, pemohon lain tidak ada peluang untuk memohon.
Maka soalan saya, terdapat juga sebelum ini kita sudah wujud satu sistem big data.
Bayangkan dalam BR1M ini, kalau sesiapa milik kereta baru saja, terus boleh cut BR1M.
Maksudnya, kita ada kemampuan. Maka, sejauh mana kementerian boleh kita wujudkan, bukan setakat bawah kementerian itu saja tetapi semua kementerian, termasuk bantuan daripada peringkat negeri sama ada Baitulmal ataupun contohnya, di Selangor ada Hijrah, untuk rangkum semua supaya kita boleh pastikan mereka tidak disalah guna tetapi orang yang belum dapat permohonan ini boleh dapat peluang yang lebih untuk terima. Terima kasih.
Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof
Terima kasih. Kita baru saja melancarkan ataupun mewujudkan sistem SCenIc ini. Kita telah mendapat persetujuan daripada pelbagai agensi. The first three saya mentioned kan tadi, saya sebutkan tadi adalah MARA, TEKUN dan Amanah Ikhtiar. Kita masih lagi dalam peringkat perancangan ataupun meminta maklum balas dari pelbagai agensi lain, termasuk SME Bank dan Baitulmal. Kita telah menjemput supaya mengadakan satu big data tadi supaya kita boleh memantau dengan lebih rapi.
Baru-baru ini juga kalau kita baca di mana-mana media, kita baru saja mewujudkan Pusat Aduan Sehenti, merangkumi semua maklum balas dari segi maklumat. Contohnya, kita akan mengadakan satu ataupun menambah skop sehenti itu untuk mendapat maklum balas, untuk orang-orang yang memohon bantuan sama ada geran ataupun pinjaman ataupun insentif supaya kita boleh memantau, mengelakkan pertindihan dan juga mengelakkan berulangnya pinjaman ataupun bantuan untuk perkara yang sama. Terima kasih.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kuala Krai.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Paya Besar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya menjemput Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tadi Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa sistem SCenIc ini baru, memang betullah. Baru diwujudkan pada penghujung tahun lepas oleh Kerajaan Barisan Nasional.
Soalan saya, dalam tempoh yang hampir lapan bulan ini ataupun sembilan bulan ini, berapa ramai kah senarai peminjam-peminjam yang telah tercatat? Daripada kajian dan senarai yang sedia ada, dapat tidak kita kesan berapa ramai pula yang dapat pinjaman bertindih daripada beberapa agensi ini? Terima kasih.
Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof
Terima kasih. Dalam maklumat yang kita ada setakat ini, jumlah pinjaman atau bantuan yang telah dikeluarkan melebihi RM10 bilion dan telah memanfaatkan lebih kurang 560,000 penerima. Berapa banyak, yang kita tahu sama ada mereka mengulangi permohonan untuk pinjaman. Cuma setakat ini SCenIc cuma boleh menganalisa data itu selepas ia diluluskan. Jadi, kita dalam peringkat penambahbaikan. Di mana permohonan ini kita akan pantau melalui satu sistem yang ditambah baik melalui SCenIc supaya pangkalan data tadi dapat memastikan tidak ada permohonan yang bertindih ataupun permohonan yang berulang. Setakat ini, RM10 bilion itu kita masih nak memperhalus data itu, nak memastikan apa yang dikeluarkan itu tidak kembali ataupun tidak diulangi oleh permohonan yang sama. Terima kasih.
2. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa [Ketereh] minta Menteri Kewangan menyatakan mengapakah masih wujud kekeliruan berkenaan pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) meskipun cukai ini telah digunakan sejak zaman 70an dan mengapakah setelah diperkenalkan semula ianya semakin membebankan dan mengelirukan pengguna.
Menteri Kewangan - Tuan Lim Guan Eng
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat dari Ketereh. Kekeliruan di kalangan rakyat berkemungkinan adalah berkaitan dengan perbezaan skop kenaan GST dan juga SST, kadar cukai yang dikenakan serta kesan kedua-dua cukai ini kepada harga barangan.
Menteri Kewangan - Tuan Lim Guan Eng
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bilangan barangan yang dikenakan cukai jualan lima peratus dan 10 peratus dan cukai perkhidmatan yang dikenakan cukai perkhidmatan enam peratus adalah jauh lebih kecil berbanding dengan GST. Sekiranya ada kenaikan harga barangan berikutan pelaksanaan SST pada 1 September 2018, kesannya secara am pasti lebih kurang berbanding dengan peningkatan yang disebabkan oleh pelaksanaan GST pada 1 April 2015 kerana kutipan cukai SST adalah jauh lebih kurang berbanding dengan GST.
Ini kerana kalau kita lihat daripada kutipan hasil SST, ia adalah sekadar RM21 bilion, berbanding dengan hasil GST sebanyak RM44 bilion yang dijangka dikutip pada tahun 2019.
Ini bermaksud beban cukai ke atas pengguna adalah jauh lebih rendah kerana RM23 bilion telah dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk cukai yang lebih kecil atau lebih kurang dibebankan ke atas rakyat. So, dengan kata lain bahawa kalau sebelum ini mereka kena bayar RM44 bilion, sekarang hanya RM21 bilion sahaja. Dengan kekurangan bayaran cukai ini, tentu mereka ada lebih banyak wang untuk dibelanjakan kalau dibandingkan dengan dulu.
Mengapa cukai yang dikutip lebih kurang? Ini disebabkan oleh skop kenaikan cukai sebanyak 60 peratus daripada bakul barangan dan perkhidmatan CPI yang lebih luas untuk GST berbanding dengan hanya 38 peratus daripada bakul tersebut di bawah SST. Juga, pengecualian sebanyak 5,443 item barangan dan perkhidmatan di bawah SST yang merupakan sepuluh kali ganda lebih besar daripada 545 item barangan yang dikecualikan di bawah GST. Secara keseluruhan, hanya 6,405 barangan dikenakan cukai SST berbanding dengan 11,197 barangan yang dikenakan cukai GST.
Tuan Yang di-Pertua, sejak SST dilaksanakan pada 1 September 2018, Kementerian Kewangan dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah meneliti segala maklum balas dan rayuan daripada pihak berkepentingan sektor perdagangan serta industri dan membuat keputusan untuk mengecualikan beberapa barangan daripada dikenakan cukai SST serta menyemak semula kadar cukai jualan ke atas barangan tersebut.
Antaranya ialah kad prabayar untuk telefon bimbit yang digunakan rakyat Malaysia, kacang tanah, komponen pemasangan tempatan, sekiranya diimport, untuk pemasang kereta francais tempatan, ikan masin, ikan pekasam, ikan jeruk, ikan masam, makanan laut di dalam kategori crustaceans dan molluscs, pewter, beg plastik untuk pembungkusan beras, sewa ruang pejabat di dalam restoran serta kapal, feri dan bot yang digunakan untuk pengangkutan awam dikecualikan daripada dikenakan SST.
Kerajaan juga telah membuat penyemakan semula kadar cukai jualan daripada 10 peratus kepada lima peratus ke atas barangan kosmetik, produk kecantikan dan penjagaan kulit, aksesori, telefon bimbit, jam, tayar celup, tayar dan tiub motosikal, pneumatic tyre dan juga tiub motosikal. Proses semakan semula kadar cukai SST ini masih berterusan dan keputusan untuk barangan yang terpilih akan diumumkan selepas ia dimuktamadkan.
Jelas sekali jumlah barangan dan perkhidmatan yang akan dicukai di bawah SST adalah jauh lebih kecil daripada semasa era GST. Bila kita buat penyelarasan ini, ini adalah bertujuan untuk memastikan bahawa proses pengurusan lebih lancar dan juga lebih memudahkan perniagaan-perniagaan supaya kita dapat elakkan dikenakan cukai bertindih.
Selain itu, perubahan harga ini tidak semata-mata dipengaruhi oleh faktor SST sahaja, tetapi juga disebabkan oleh faktor lain seperti masalah permintaan dan penawaran kadar tukaran wang asing, harga pasaran minyak dunia dan margin keuntungan peniaga.
Kesemua faktor ini sedang dipantau dengan rapi oleh pihak kerajaan khususnya aktiviti anti pencatutan supaya kita dapat mengambil tindakan ke atas peniaga yang cuba ambil kesempatan ini untuk menaikkan harga dengan sewenang-wenangnya untuk meraih keuntungan yang tidak munasabah.
Dalam perkara ini, KPDNHEP telah menjalankan usaha penguatkuasaan untuk memastikan bahawa tidak ada peniaga-peniaga yang cuba mengambil kesempatan seperti yang saya sebutkan. Pihak kerajaan juga memohon kerjasama daripada pihak rakyat dan pengguna untuk memberikan maklumat kepada pihak KPDNHEP sekiranya ada kegiatan yang tidak sihat ini. Sekian, terima kasih.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seperti mana Yang Berhormat Menteri pernah membuat pengakuan di dalam Dewan ini bahawasanya sistem SST adalah lebih inferior berbanding dengan sistem GST dari segi efficiency atau pun kecekapan dalam pengurusan cukai. Walau
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
bagaimanapun, kita memahami kerajaan cuba mencapai satu tujuan untuk terutama sekali, seperti mana yang biasa disebutkan, adalah untuk mengurangkan kos sara hidup dan juga tekanan kenaikan harga barang. Sejauh manakah matlamat ini dilihat tercapai setakat ini?
Ini kerana kita mendapat laporan ratusan harga barang masih juga menunjukkan trend pertambahan dari segi harga. Adakah ini kerana kekeliruan kefahaman atau pun kerana soal pelaksanaan macam Yang Berhormat pernah katakan, ada peniaga-peniaga yang degil dan sekarang ini Yang Berhormat pun menyebut sekali lagi sebentar tadi tentang cara pelaksanaan? Jadi, apakah langkah-langkah untuk memastikan sistem yang kurang efisien yang menjadi pilihan ini dapat diminimumkan impaknya kerana ini adalah pilihan kerajaan sendiri?
Keduanya, seperti mana yang kita tahu, sebelum pelaksanaan sistem GST ini sebelum April 2015, kira-kira 70 ribu ke 80 ribu syarikat yang terlibat. Kemudian bila kita laksanakan sistem GST, syarikat yang berdaftar dan berpartisipasi dalam program ini mencecah 472 ribu syarikat. Sekarang bila kita balik semula kepada sistem SST, saya difahamkan angkanya turun lagi kepada lebih kurang 80 ribu syarikat. Jadi, apakah sebenarnya yang terjadi? Mungkin Yang Berhormat boleh memberikan kefahaman, apakah ini bermaksud banyak syarikat yang tidak terlibat dalam sistem SST yang dilaksanakan sekarang?
Tuan Lim Guan Eng
Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat dari Ketereh.
Sememangnya saya tidak menafikan bahawa GST adalah lebih efisien dalam kutipan cukai.
Ini adalah suatu perkara yang memang diakui oleh para ekonomi dan juga akauntan. Ia lebih efisien, jauh lebih efisien.
Akan tetapi pada masa yang sama, GST adalah satu sistem percukaian yang regresif kerana ia dikenakan ke atas semua. It is a consumption-based tax iaitu satu sistem kepenggunaan yang berperingkat yang mempunyai pelbagai peringkat. Bukan macam SST, hanya satu peringkat sahaja. Oleh sebab itu, ia ada kelemahan embedded yang juga tersirat iaitu sekiranya mereka membuat permohonan untuk bayar balik iaitu input tax untuk dituntut balik dan tidak dibayar, ini akan menjadi isu di mana cukai pelbagai peringkat ini akan menyebabkan kenaikan harga secara berlambak. Berlambak-lambak. Ini telah berlaku di Malaysia apabila kita lihat sebanyak RM19.4 bilion tidak dibayar balik kepada pembayar cukai yang seharusnya adalah milikan mereka. Di bawah undang-undang GST yang telah pun dimansuhkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan, diwajibkan pembayaran balik dibuat dalam dua minggu. Akan tetapi malangnya, ini tidak dilakukan.
Tuan Lim Guan Eng
Ini lagi satu kepincangan yang berlaku di mana GST ini boleh disalahgunakan, di mana wang pembayar cukai digunakan tanpa keizinan mereka, tanpa pengetahuan mereka dan mereka tidak dapat bayaran balik. Seperti Yang Berhormat pun tahu, Yang Berhormat pun terima banyak aduan termasuk daripada salah seorang Yang Berhormat daripada PAS sendiri pun mengakui bahawa mereka dihutang bayaran balik GST dan meminta bila ia dapat dibayar.
Sungguhpun wang ini digunakan oleh kerajaan lama tetapi sebagai sebuah kerajaan baharu yang bertanggungjawab, kita akan berusaha untuk membuat bayaran balik mulai tahun hadapan. Ini adalah sesuatu yang kita lakukan iaitu memperbetulkan kegagalan dan juga kesalahan yang dibuat oleh kerajaan lama. Sungguhpun wang tidak digunakan oleh pihak kami, digunakan oleh kerajaan lama dan juga sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.
Dari segi efficiency, cukai ini bukanlah sesuatu perkara yang baik Yang Berhormat kerana sesuatu itu efisien, efisien dalam aspek mana? Efisien dari aspek kutipan cukai? So, kalau kita lihat dari segi efficiency, kutip cukai bermakna semua kena dan saya telah sebut bahawa ia adalah satu sistem percukaian regresif kerana ia tidak kira anda kaya atau miskin, ia akan dikenakan secara sama rata. So, dari segi kemampuan untuk kutip balik cukai, ini membebankan rakyat. Seperti yang saya sebut tadi bahawa kalau kita lihat jumlah yang dikutip SST dengan GST, GST kutip RM23 bilion lagi banyak so yang kelebihan ini ataupun tambahan ini, ini yang menyusahkan rakyat. Itulah sebabnya sebagai sebuah kerajaan, kerajaan berusaha untuk meningkatkan atau menjamin kesejahteraan ekonomi rakyat.
Oleh sebab itu Kerajaan Pakatan Harapan rela kutip hasil yang lebih kurang supaya kita boleh berusaha untuk meringankan beban rakyat. Tentulah Yang Berhormat sebut ini tidak begitu berjaya kerana ada barangan yang tidak turun harga. Saya tidak menafikan perkara ini tetapi Yang Berhormat pun kena adillah, ada juga barangan yang turun harga
Tuan Lim Guan Eng
berbanding dengan GST, contohnya harga kereta dan sebagainya. So itulah yang kita lihat iaitu sekiranya GST masih dikekalkan, kita boleh jangka harga tidak akan turun dan sekiranya harga naik, ia akan naik jauh lebih besar berbanding dengan GST. Itu sesuatu perkara yang mungkin tidak dapat perhatian daripada pihak Yang Berhormat.
Dengan keadaan yang saya sebut, kita sudah kurang RM23 bilion, kalau kita terus kekal dengan GST yang tentu dituntut berkali-kali oleh Yang Berhormat Pekan, GST jauh lebih baik. Ditambah dengan keadaan sekarang, Yang Berhormat sendiri menyebut bahawa oleh kerana keadaan pasaran dunia ada harga yang naik. Sekiranya GST masih ada, kenaikan harga ini akan jadi lebih teruk lagi. Itulah hakikat yang tidak dapat dinafikan.
So, di sini saya ingin ulangi lagi, SST kalau banding dengan GST jauh lebih ringan ke atas rakyat dan ini adalah inisiatif ikhlas daripada Kerajaan PH nak meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat, berusaha berhabis-habisan.
[Dewan tepuk]
Tuan Lim Guan Eng
Saya rasa inilah sesuatu kalau kita banding dengan kerajaan lama yang mempopularkan GST, saya rasa apa yang kita lakukan sekurang-kurangnya tidak dapat pastikan harga naik jauh lebih banyak lagi.
Soalan tentang jumlah syarikat, mengapa kalau dulu di bawah GST, 472,000 syarikat yang didaftar, sekarang 70,000 hingga 80,000. Sebenarnya angkanya ialah 100,000, telah mencecah 100,000 tetapi semua pun 100,000 syarikat, ia jauh lebih kecil berbanding dengan di bawah GST, 472,000 syarikat dan individu didaftarkan, jauh lebih kecil. Itu sebenarnya satu perkara baik kalau kita lihat dari sudut rakyat kerana tidak perlu bayar cukai begitu tinggi kerana skop telah dikecilkan.
Saya telah sebut tadi, kita lihat jenis barangan yang dikenakan cukai. Di bawah GST, 11,197 barangan, di bawah SST hanya 6,405 barangan. Kita lihat dari segi barangan yang dikecualikan, di bawah GST hanya 545 barangan tetapi di bawah SST, 5,443 barangan dikecualikan daripada pembayaran cukai. Ini bermakna sepuluh kali ganda lebih luas. So, dari aspek, kalau kita lihat dari aspek pembayaran cukai oleh rakyat, ia jauh lebih ringan dan jauh lebih kecil. Terima kasih.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Saya tak nak mencetuskan polemik sebab saya faham Yang Berhormat sedang memberikan jawapan yang panjang lebar dan saya sangat menghargainya. Cuma saya minta Yang Berhormat buat sedikit lagi penjelasan lanjut kerana logik Yang Berhormat pakai tadi agak mengelirukan iaitu yang pertama...
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya, soalan tambahan kedua. Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya, ini adalah soalan pertanyaan lisan dalam Dewan.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
...Ini adalah sesi pertanyaan lisan, tidak pernah dibuat dalam Dewan.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri buat penjelasan. Saya minta dengan Yang Berhormat Menteri untuk hendak buat penjelasan atas apa yang disebut tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta maaf, penjelasan waktu berbahas tetapi ini adalah sesi pertanyaan-pertanyaan lisan.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Terpulang, saya cuma minta kalau Yang Berhormat bagi. Saya bersabar dengar dan saya fikir ada sedikit benda yang mungkin menimbulkan keraguan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Okey terima kasih Yang Berhormat Ketereh. Sekarang saya hendak mempersilakan Yang Berhormat Kapar untuk menanyakan soalan tambahan yang kedua. Terima kasih.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya meneliti jawapan daripada Menteri daripada soalan asal iaitu mengambil semula Cukai
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Jualan dan Perkhidmatan (SST). Dia katanya semakin membebankan dan mengelirukan pengguna. Apabila saya mendengar hujah daripada jawapan Menteri, cukai SST ini diganti dengan GST telah mengurangkan pendapatan RM23 bilion menunjukkan langkah kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat dan langkah penguatkuasaan itu pula berada di bawah Kementerian Pengguna KPDNKK.
Maka, buktikan barang yang mana naik, buat laporan dan kerana atas sifat enam peratus GST itu telah hilang, telah dihapuskan. Maka soalan saya kepada Menteri setelah menjelaskan dengan sedetail-detailnya, apakah langkah kerajaan untuk memastikan rakyat maklum dan lebih jelas dan tidak dikelirukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Dewan tepuk]
Tuan Lim Guan Eng
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Kapar. Selalu bila beliau buat pertanyaan soalan tambahan, kita rasa lebih bersemangat.
[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, memang apa yang disebut oleh Yang Berhormat dari Kapar bahawa SST telah membantu untuk kalau ada mengurangkan harga setengah barangan dan juga mengurangkan ataupun mengecilkan kesan impak kenaikan harga. Saya tidak mahu apa yang saya sebut di sini disalahtafsirkan bahawa saya nyatakan SST akan menyebabkan penurunan harga, saya tidak pernah sebut sedemikian. Akan tetapi impaknya kalau ada harga naik, jauh lebih kurang. Ini saya setuju kita harus sampaikan kepada rakyat. Seperti Yang Berhormat sebut memang betul sekiranya ada harga barang naik, kita harap pihak parti lawan sana boleh laporkan kepada KPDNKK supaya tindakan dapat diambil.
Kalau kita lihat dari segi kenaikan CPI, ini kita kena tunggu bulan September. Akan tetapi apabila kita lihat GST dimansuhkan, untuk bulan Julai kenaikan CPI adalah 0.8 peratus, bulan Ogos kenaikan hanya 0.2 peratus sahaja. So menunjukkan ada kesan tetapi ini adalah secara purata. Tentulah secara purata ia tidak sama rata untuk semua jenis barangan. So, oleh sebab itu kita harap ia akan memberikan kesan yang kita hendak lihat dan untuk menjayakan usaha ini, saya memang bersetuju dengan Yang Berhormat, kita harus jelaskan dengan lebih terancang, lebih luas kepada rakyat.
Tuan Lim Guan Eng
Mungkin kita boleh buat satu inisiatif atau satu pasukan untuk menerangkan perkara ini kepada rakyat. Yang Berhormat dari Kapar seorang yang lantang dan juga sangat fasih dalam perkara ini. Baik dalam ucapannya mungkin boleh membantu pihak kerajaan dan kementerian untuk menerangkan perkara ini kepada rakyat supaya kita tidak dikelirukan ataupun ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sekian, terima kasih.
3. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [Lembah Pantai] minta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah reformasi institusi yang akan dilaksana kerajaan, terutama berkait pengurusan dan pentadbiran masjid, surau Jumaat dan surau.
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri - Puan Fuziah binti Salleh
Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Lembah Pantai di atas soalan ini.
Langkah-langkah reformasi institusi Tuan Yang di-Pertua, merupakan keutamaan Kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini. Langkah-langkah reformasi institusi ini melibatkan kesemua agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri. Pada hari ini ada 13 buah agensi kesemuanya dan perkara yang pertama yang akan kita lakukan dalam konteks reformasi ini ialah menjadikan kesemua agensi-agensi ini bergerak dengan cara yang paling efektif dan paling efisien kerana sebelum ini ada banyak persepsi berkenaan tidak efisien dan tidak efektifnya agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri bahagian Hal Ehwal Agama ini.
Kita akan pastikan antara reformasinya adalah bahawa agensi ini tidak lagi bekerja bersendirian, tidak berlaku redundancy, overlapping dan duplication of work. Itu bagaimana memastikan ia efektif dan efisien. Kemudian antara reformasi juga akan dipastikan bahawa kita tidak lagi dipacu oleh program ataupun aktiviti. Akan tetapi harus dipacu oleh fungsi dan
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri - Puan Fuziah binti Salleh
mengukur keberhasilan. Maksudnya outcome-based rather than activity-based yang kita lakukan sebelum ini.
Jadi apabila saya mengatakan bahawa kita tidak lagi bekerja in silo, kita akan driven, dipacu oleh outcome, kita akan dipacu oleh core business. Contohnya, kita akan melihat kepada institusi zakat, institusi wakaf, institusi pengurusan ibadah haji, pengurusan industri halal, pengurusan masjid termasuk di dalamnya. Kalau sebelum ini, pengurusan zakat bertumpu kepada kutipan duit zakat dan banyak dipersoalkan bagaimana duit zakat digunakan, maka harus juga kita reform dan lihat bagaimana duit zakat ini digunakan bukan setakat kita melaksanakan, mengeluarkan duit zakat tetapi juga harus kita ukur keberhasilan hasil daripada penggunaan duit zakat.
Contoh keberhasilan yang kita hendak tengok ialah bagaimana duit zakat ini mampu untuk mengeluarkan asnaf daripada kategori asnaf. Bukan setakat beri duit zakat setiap bulan kepada penerima-penerima, asnaf yang layak menerima tetapi juga mengukur kemampuan kita mengeluarkan asnaf ini daripada kategori miskin ataupun daripada kategori asnaf. Itu antara contoh reformasi zakat.
Wakaf juga kita akan lihat kerana institusi wakaf di Malaysia ini mungkin tidak mendapat perhatian orang ramai dan orang ramai tidak berapa faham ataupun tidak berapa terkedepan di dalam menggunakan institusi wakaf. Kita mempunyai pengurusan ibadah haji antara yang terbaik di dunia dan ini juga akan kita lihat bagaimana kita hendak tambah baik lagi. Contohnya kita tahu bahawa jemaah haji kita merupakan jemaah haji yang paling berdisiplin berbanding dengan jemaah-jemaah haji di negara-negara lain. Akan tetapi kita dapati bahawa khemah-khemah kita antara yang tidak bersih.
Maka baru-baru ini sewaktu musim haji, kita mengadakan satu kempen untuk membawa aspek kebersihan dalam jemaah-jemaah haji dan alhamdulillah kita lihat ada peningkatan yang amat baik. Ini antara perkara-perkara yang kita lakukan. Kita juga lihat bahawa pengurusan industri halal kita, logo halal kita antara yang terbaik juga di dunia.
Antara brand halal yang terbaik. Akan tetapi ada aspek-aspek seperti industri halal ini, kita ada 342 agensi, Tuan Yang di-Pertua di dalam negara kita yang tidak diselaraskan. Maka penambahbaikan, reformasinya ialah membawa Akta Majlis Halal Negara. Sedang kita kaji bagaimana kita hendak buat Akta Majlis Halal Negara untuk memberi punca kuasa kepada 342 agensi. Bagaimana kita hendak uruskan kesemua agensi-agensi halal di bawah yang menguruskan industri halal ini.
Kemudian berkenaan dengan pengurusan masjid dan surau juga, tentu sekali kita melihat kepada bagaimana kita ingin membawa reformasi ke dalam aspek-aspek pengurusan masjid. Kita ada yang sedia ada – kita ada Standard Penarafan Masjid Malaysia. Akan tetapi harus juga kita tambah baik berkenaan dengan perkara ini. Saya ingin berkongsi berkenaan dengan KPI masjid yang kita hendak tengok. Antaranya ialah pengimarahan masjid, kebersihan masjid, prasarana masjid, pentadbiran masjid, bagaimana kita uruskan kewangan, tabung kutipan masjid, bagaimana kita urus aset masjid. Ini perkara-perkara yang kita akan lihat dalam reform yang kita hendak lakukan. Mungkin di masa hadapan, mampukah kita membina masjid yang mengikut aspek teknologi hijau? Green mosque building contohnya. Ini future bila kita bercakap tentang reform. Jadi Tuan Yang di-Pertua, bagaimana kita mahu ke hadapan di dalam membawa reformasi ini? Caranya ialah untuk mengadakan satu exercise benchmarking dan best practice berkenaan dengan institusi-institusi yang saya sebutkan tadi. Jadi kalau kita tengok benchmarking, bagaimana masjid-masjid di Malaysia ada yang buat yang terbaik dari segi best practice-nya dan mungkin kita tengok pula dari segi pengimarahan masjid ini, model yang mana, negara mana seperti di Singapura contohnya. Kita hendak tengok juga best practice dan benchmarking ini berjalan. Kita akan mengambil pendekatan kerangka pemikiran Maqasid al-Syariah dan akhirnya meletakkan sepuluh tahun sebagai jangka masa untuk mendapat satu model Malaysia.
Jadi model Malaysia, kalau SDG kita ada 2030 sebagai jangka masa untuk kita mencapai SDG, kita juga untuk reformasi institusi agama ini, kita meletakkan waktu sepuluh tahun, 2030 untuk kita mencapai satu model Malaysia. Maksudnya kalau ketika itu negara hendak tengok, negara-negara di dunia, negara-negara Islam di dunia hendak tengok tentang best practice zakat institutionnya, best practice wakafnya, best practice industri halalnya, best practice pengurusan hajinya, best practice masjidnya, kita harap bahawa daripada sekarang sampai tahun 2030, kita menyiapkan roadmap untuk kita sampai ke matlamat tersebut iaitu model Malaysia dalam pengurusan institusi agama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Alhamdulillah saya terima baik jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri dan bila kita lihat kepada aspek seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebelum ini berkaitan dengan pendirian kerajaan baharu, Kerajaan Pakatan Harapan, bahawa Islam itu adalah rahmatan lil alamin, rahmat kepada seluruh alam dan juga berpegang kepada prinsip Maqasid Syariah. Saya beranggapan antara usaha untuk Islah ataupun perubahan ataupun reformasi institusi ini adalah boleh diterima baik oleh segenap lapisan masyarakat.
Berkaitan dengan isu yang saya bangkitkan khusus mengenai tadbir urus pengurusan masjid, surau Jumaat dan surau yang saya dapati, Yang Berhormat Timbalan Menteri, adalah bila kita sebut kita mahu mengimarahkan masjid tetapi on the ground, realitinya dengan izin, realitinya tidak seindah apa yang kita sebut. Ini kerana saya bagi contoh di kawasan Lembah Pantai sendiri berlaku polemik bila masa pada bulan Mac tahun ini sebagai contoh, seluruh barisan kepimpinan, AJK masjid sebagai contoh telah diberikan nama dan telah diangkat dan tidak menjadi isu tetapi yang menjadi isunya adalah bagaimana AJK-AJK ini ada yang sepatutnya ada yang dipilih tetapi tidak. Nama mereka sama seperti sistem yang terdahulu.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Malah kalau dilihat di Lembah Pantai sebelum ini dan saya percaya juga di parlimen- parlimen lain di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah berlaku polemik, kalau tidak silap saya sekitar 2014 ke atas. Di mana, sebagai contoh Masjid Ar-Rahman berdekatan dengan Universiti Malaya telah berlaku perubahan AJK akibat daripada lantikan politik pada waktu itu. Ia telah mengubah persepsi penduduk terhadap institusi pengurusan masjid. Jadi saya mohon pandangan daripada Yang Berhormat Menteri sama ada pihak kerajaan ada niat, cadangan untuk membuat sebarang rombakan kepada AJK masjid dan surau Jumaat.
Memandangkan kita telah menyaksikan satu perubahan yang amat besar pada 9 Mei terutama di kawasan Kuala Lumpur.
Berkait dengan itu, kenapa saya sebutkan urus tadbir adalah kerana saya lihat dari segi pengurusan aset termasuk juga tanah kubur. Saya bagi contoh di Lembah Pantai, di Masjid Jamek Al-Khadijiah yang menjaga sebuah kubur di Jalan Kubur. Terdapat isu dua perkara, saya lihat tidak ada penyelarasan dari segi kos pengurusan jenazah. Di Lembah Pantai sahaja kita ada pengurusan jenazah yang kos dia RM700 dan di setengah masjid kosnya mencecah beribu ringgit. Jadi, it’s very expensive, dengan izin.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Lembah Pantai, berikan soalan. Panjang ya.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Itu soalan saya.
Adakah pengurusan masjid ini melibatkan juga dari segi pengurusan aset-aset di bawah masjid? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Menteri.
Puan Fuziah binti Salleh
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Tuan Yang di-Pertua, inilah yang kita maksudkan kita harus meletakkan satu KPI kepada pengurusan masjid. Apabila kita mengatakan kita hendak letak standard penarafan masjid Malaysia, kita sudah ada kerangka yang asas akan tetapi, kerangka itu perlu ditambah baikkan. Cabaran kita Yang Berhormat Lembah Pantai dan Tuan Yang di-Pertua, cabaran kita ialah budaya kerja. Cabaran kita ialah kerangka pemikiran tunnel vision. Kerangka pemikiran yang kita ini buat cara itu cara yang sama dan diulang, diulang, diulang.
Maka, apabila kita hendak laksanakan reform, memang ini adalah merupakan cabaran yang besar ya Yang Berhormat Lembah Pantai. Apabila Yang Berhormat Lembah Pantai cakap tentang aset management, ini juga termasuk di dalam perkara yang kita perlu letak sebagai salah satu daripada KPI dalam pengurusan urus tadbir masjid. Saya juga ambil baik apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai tadi, berkenaan dengan pengurusan pemilihan AJK Masjid. Perlu juga, perlu ada reform dan kita hendak tengok berkenaan dengan tanah kubur, kos pengurusan jenazah. Memang kita lihat tidak selaras dan seperti yang saya katakan tadi, meletakkan satu standard, satu benchmark, satu best practice itu langkah yang pertama.
Puan Fuziah binti Salleh
Langkah yang kedua ialah untuk memastikan mereka melaksanakannya kerana dengan cara kerja mereka selama ini. Tambah lagi satu Yang Berhormat Lembah Pantai, apabila pengurusan masjid ini dia di bawah Jabatan Agama Islam Negeri. Kita dekat Jabatan Perdana Menteri boleh meletakkan standard, boleh meletakkan piawaian. Akan tetapi, bila balik kepada Jabatan Agama Islam Negeri terpulang di bawah kuasa Jabatan Agama Islam negeri di bawah negeri.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Seperkara hendak mencelah.
Puan Fuziah binti Salleh
Boleh Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ini bukan perbahasan, ini cuma soalan saja.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Bukan, bukan. Saya faham, saya faham. Hendak minta pencelahan seperkara Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
[Bangun]
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala nerus
[Bangun]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya tidak benarkan.
Saya terus hendak menjurus kepada soalan tambahan yang kedua.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Kuala Krau.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ucap tahniah pada JAKIM dan juga pihak Menteri...
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tiga kali sudah Tuan Yang di- Pertua.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Bahawa JAKIM telah menetapkan bahawa ada satu KPI masjid di Malaysia. Ini satu langkah yang cukup baik bagi kita mengimarahkan agama Islam kita dalam negara kita. Cuma soal untuk kita mengimarahkan, hendak membangunkan institusi masjid ini tidak boleh lari daripada kewangan.
Contohnya, pembinaan-pembinaan semula masjid-masjid yang lama yang telah dibina oleh orang kampung sejak pada 50 tahun dahulu. Masih lagi kekal seperti biasa, tidak ada perubahan dan tanggungjawabnya banyak bergantung pada kutipan ahli kariah masjid dan orang ramai di dalam kawasan perkampungan tersebut.
Jadi, saya mohonlah supaya JAKIM memohon pada pihak kerajaan, pihak Menteri Kewangan pun ada di sini untuk memberikan peruntukan khusus kepada JAKIM memberi kan kuasa untuk mengeluarkan peruntukan khusus bagi membina semula atau membaik pulih masjid dan surau di dalam negara kita. Bukan sahaja untuk membina semula atau membina baru tetapi menambah baik seperti adanya pusat-pusat sumber bagi rujukan kepada anak-anak jemaah kita yang boleh menelaah pelajaran di masjid sementara menunggu antara zuhur dan asar atau maghrib dan isyak. Mereka ada tempat yang selesa untuk mengulang kaji pelajaran dan juga tentang sentiasanya bermasalah, tandas yang tersumbat, paip yang bocor, tempat wuduk yang tidak selesa.
Saya harap dapat perhatian yang khusus bagi pihak Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam menangani keadaan masjid di dalam negara kita termasuk surau. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.
Puan Fuziah binti Salleh
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya jawab Yang Berhormat Kuala Krau, kalau sekiranya
Puan Fuziah binti Salleh
Yang Berhormat Lembah Pantai ada perkara-perkara khusus boleh datang jumpa secara personal ya, insya-Allah saya cuba jawab. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau, itulah masalah yang kita sama-sama kongsi. Observation ataupun pemerhatian ini memang kita lihat sama-sama dan memang kita mahu perbaiki sama-sama. Pada ketika ini, untuk perbaiki masjid dia bukan bajet di bawah JAKIM. Tidak disalurkan melalui JAKIM, ia disalurkan melalui ICU dan disalurkan melalui Majlis Agama Islam Negeri dan sebagainya.
Akan tetapi, antara reformasi yang kita ingin bawa ialah kefahaman bahawa masjid ini kalau boleh kita pecahkan kerangka pemikiran kita bahawa masjid ini adalah tanggungjawab kerajaan semata-mata. Maksudnya, sekarang ini memang ada ahli-ahli kariah yang mengutip derma tetapi dalam kawasan yang orangnya ramai miskin, kita pun sama-sama faham lah bahawa susah untuk kita mengutip cukup dana untuk kita membaik pulih dan membina semula. Saya ingin membawa konsep wakaf kerana kita lihat di negara lain contohnya di Singapura, wujud konsep wakaf yang kuat dan duit wakaf ini digunakan untuk membina masjid.
Inilah antara reformasi yang kita ingin bawa. Reformasi di dalam minda umat Islam dalam negara kita untuk membangunkan institusi wakaf supaya dengan itu dapat kita sama- sama, orang kata menaikkan jati diri umat Islam. Bahawa kita ada kemampuan kita untuk berdikari dan untuk menambah baik pulih institusi masjid kita. Itu way forward ya, saya harap Yang Berhormat Kuala Krau boleh bantu. Akan tetapi, saya ambil kira, saya juga harap Menteri Kewangan dengar kepada apa yang dikatakan di sini dan harapnya dapatlah diumumkan nanti dalam bajet yang akan datang itu lebih peruntukan untuk kita membaik pulih masjid. But it goes together, dua-dua ya. Maksudnya, kerajaan bantu, rakyat bantu, institusi wakaf itu juga kita bangunkan. Terima kasih.
4. Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah status terkini Program MyBrain dan apakah langkah penyelesaian bagi membantu para pemohon biasiswa tersebut?
Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jerai. Tuan Yang di-Pertua, terdapat satu pertanyaan lagi yang berhubung kait dengan Program MyBrain. Oleh itu, izinkan saya menjawab pertanyaan pada hari ini serentak dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Jerai pada hari ini dan juga Yang Berhormat Bukit Gantang pada 23 Oktober tahun ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi penajaan di peringkat pasca siswazah yang terbuka kepada orang awam warganegara Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia ada menawarkan dua program penajaan iaitu MyBrain15 dan MyBrain Science.
Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Teo Nie Ching
Program MyBrain15 diwujudkan dengan matlamat meningkatkan bilangan pemegang PhD di Malaysia selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi. Terdapat tiga jenis penajaan yang dilaksanakan di bawah Program MyBrain15 iaitu MyPhD, MyMaster dan MyPhD Industry.
Bagi Program MyBrainSc pula, penajaan disediakan khusus bagi pengajian dalam bidang sains tulen iaitu fizik, kimia, biologi dan matematik di institusi pendidikan tinggi tempatan ataupun universiti terkemuka luar negara dengan objektif menghasilkan saintis muda dengan visi mencapai pengiktirafan sebagai Nobel Laureate. Penawaran baru bagi Program MyBrainSc diteruskan bagi tahun 2018 berdasarkan peruntukan yang diluluskan di bawah Belanjawan Mengurus Tahun 2018 bagi KPM.
Manakala bagi Program MyBrain15 pula, tajaan bagi pelajar sedia ada juga turut diteruskan seperti biasa. MyBrain15 ditangguhkan sejak tahun 2017 selaras dengan perubahan dan kedudukan semasa kewangan kerajaan.
Selain Program MyBrain15 juga, KPM turut menguruskan 14 program penajaan lain dengan peruntukan sebanyak RM250 juta. Bersesuaian dengan kemampuan kewangan negara pada masa ini, KPM sentiasa memastikan program penajaan yang dilaksanakan sejajar dengan aspirasi kerajaan serta bersandarkan kepada dasar dan keperluan terkini guna tenaga dan keperluan bakat. Langkah ini membolehkan program penajaan lebih
Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Teo Nie Ching
berfokus, inklusif, menitikberatkan kualiti berbanding kuantiti sekali gus menepati keperluan pemegang taruh semasa. Sekian sahaja jawapan saya. Terima kasih.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sektor pendidikan merupakan sebuah pelaburan modal insan untuk masa depan. Saya berpandangan, kerajaan tidak wajar menjadikan alasan bebanan hutang menyebabkan para pelajar menjadi mangsa keadaan. Saya mohon pihak Yang Berhormat Menteri menyatakan secara khusus berapakah peruntukan asal yang telah disediakan dan berapakah yang sudah dibelanjakan sepanjang tahun 2017 sehingga tahun 2018 berkaitan keperluan biasiswa dan pinjaman pelajaran.
Saya juga mohon jaminan Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kerajaan bersedia menambah peruntukan biasiswa kepada golongan B40 dalam belanjawan tahun 2019. Sekian.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jerai atas soalan tambahan tersebut. Saya hendak nyatakan di sini bahawa bagi Program MyBrainSc bagi tahun 2017, peruntukan atau biasiswa yang telah diguna pakai adalah sebanyak RM29,670,000 dan juga bagi tahun 2018 bilangan penerima biasiswa adalah seramai 106 orang dan jumlah peruntukan adalah sebanyak RM16,000,700.
Manakala untuk MyBrain15, seperti yang saya sebut tadi sebenarnya program ini sudah tidak ada penawaran yang baru sejak tahun 2017 dan juga untuk tahun 2018.
Oleh sebab itu saya tidak boleh bagi figure yang telah diperuntukkan di bawah MyBrain15 untuk tahun 2017 dan juga untuk tahun 2018. Walaupun satu pengumuman telah dibuat semasa pembentangan bajet tahun 2018, untuk menawarkan 10,600 tawaran untuk MyBrain15 tetapi saya rasa cukup sakit hati juga kerana peruntukan yang sewajarnya tidak pernah disalurkan kepada KPM. RM90 juta yang telah diumumkan pada masa itu sebenarnya hanya cukup untuk satu semester sahaja. Untuk setengah tahun sahaja. Akan tetapi duit itu juga langsung tidak disalurkan kepada KPM.
Oleh sebab itu, pada tahun ini, memang kita tidak ada kemampuan kewangan untuk menyambung program ini. Akan tetapi saya di sini hendak beri jaminan kepada Yang Berhormat Jerai bahawa kita rasa research ini adalah cukup penting dan kita tidak berhasrat untuk menganaktirikan mahasiswa-mahasiswi kita. Jadi kementerian selain daripada bergantung daripada RM250 juta biasiswa dan juga bantuan kewangan kepada program dari sijil sampailah kepada PhD, kita juga sekarang mencari kaedah untuk mempunyai kerjasama dengan negara-negara lain untuk membantu pelajar cemerlang kita untuk menuntut pelajaran di luar negara. Antaranya dalam lawatan kerja Yang Berhormat Menteri, Ahli Yang Berhormat Simpang Renggam semasa pergi ke China, kita telah dapat tajaan daripada syarikat-syarikat di China untuk pelajar kita di Malaysia untuk belajar TVET di China.
Selain daripada itu, kita juga dapat tajaan daripada UK, Jepun, Turki semasa kita buat lawatan kerja di sana. Kebelakangan ini, saya juga telah bertemu dengan wakil daripada Kerajaan Ukraine dan mereka juga berhasrat untuk memberi tajaan kepada kita supaya pelajar-pelajar kita boleh pergi ke sana untuk belajar aerospace ataupun maritime. Ini adalah kursus yang sangat famous, sangat popular di negara tersebut.
Jadi kita memang berhasrat untuk memberi lebih banyak tajaan kepada pelajar-pelajar cemerlang kita dan semasa kedudukan ekonomi negara kita menjadi semakin baik, saya percaya bahawa kami mampu memberi lebih banyak tajaan kepada pelajar-pelajar kita.
Terima kasih.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Soalan tambahan.
Dato’ Sivarraajh Chandran - Cameron Highlands
Cameron Highlands sini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya kalau beri peluang hendak bagi kepada Yang Berhormat Bukit Gantang tetapi Yang Berhormat Bukit Gantang tak ada. Saya benarkan Yang Berhormat Cameron Highlands.
Dato’ Sivarraajh Chandran - Cameron Highlands
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat, memandangkan keutamaan dan penekanan kerajaan dalam memperkasakan modal insan negara, saya percaya MyBrain akan memainkan peranan yang penting. Maka, daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Menteri baru-baru ini mengatakan beliau telah memohon kepada EPU untuk kelulusan untuk menyambung atau meneruskan MyBrain, saya ingin kalau boleh tahu apa statusnya.
Dato’ Sivarraajh Chandran - Cameron Highlands
Apakah potensi Program MyBrain ini diteruskan dengan modul CSR di mana kita libatkan pihak swasta dan GLC untuk menyumbang dana supaya kita boleh meneruskan program ini dengan dana yang lebih baik dan dapat memanfaatkan lebih ramai pelajar-pelajar sarjana dan PhD pada masa-masa akan datang. Thank you.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Cameron Highlands. Program ini tidak dapat membuat tawaran baru kerana kita tidak dapat kelulusan daripada EPU. Itu sebabnya, program pada tahun ini kita tidak dapat membuka tawaran yang baru. Saya rasa, cadangan daripada Yang Berhormat Cameron Highlands bahawa kita bekerjasama dengan sektor swasta, itu memang selalu menjadi polisi kepada kita.
Bukan sahaja dari segi biasiswa tetapi juga kita hendak mewujudkan lebih banyak kerjasama di antara IPT terutama UA kita dengan sektor industri supaya kita boleh melahirkan mahasiswa, mahasiswi yang lebih kebolehpasaran mereka adalah lebih tinggi dan mereka memang bolehlah memenuhi keperluan pasaran kita. Jadi, sekian jawapan saya. Terima kasih.
5. Tuan Wong Hon Wai [Bukit Bendera] minta Menteri Pertahanan menyatakan Dasar Pertahanan Negara berkenaan cabaran terbaru dari segi udara, laut, darat dan siber yang antara lainnya kelemahan dalam menangani isu pencerobohan Lahad Datu, respons yang lemah dalam nahas MH370, isu pelarian yang menyeludup masuk melalui sempadan serta cabaran baru siber.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu izinkan saya untuk menjawab soalan ini secara bersekali dengan pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beruas pada tarikh 24 Oktober 2018 kerana isu yang dibangkitkan adalah sama iaitu berkaitan dengan Dasar Pertahanan Negara dan Kertas Putih Pertahanan.
Tuan Yang di-Pertua, dalam mendukung asas-asas demokrasi, Kerajaan Pakatan Harapan percaya bahawa pendekatan yang perlu diambil adalah berpaksikan kepada prinsip keterbukaan, tadbir urus yang baik, inklusif dan progresif. Ini adalah nilai-nilai yang kita percaya.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Liew Chin Tong
Dengan ini, untuk memastikan Dasar Pertahanan Negara dapat menangani cabaran semasa dan akan datang satu Kertas Putih Pertahanan ataupun Defense White Paper akan disediakan dalam masa yang terdekat bagi menggariskan prinsip dan strategi pertahanan serta pelan pembangunan keupayaan ATM yang terkini untuk dibincangkan di Dewan pada tahun depan supaya memastikan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah terpelihara.
Di dalam menulis Kertas Putih Pertahanan ini, pendekatan yang akan diambil oleh Kementerian Pertahanan adalah bercirikan whole-of-government ataupun whole-of-society approach. Isu berkaitan dengan pertahanan dan keselamatan wajar dibincangkan secara terbuka untuk memastikan bahawa setiap lapisan masyarakat memahami kepentingan pertahanan dan keselamatan serta menggalas tanggungjawab secara bersama selaras dengan konsep pertahanan menyeluruh Hanro di bawah Dasar Pertahanan Negara. Terima kasih.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua menjawab soalan saya. Saya mengalu-alukan ada satu kertas putih yang akan dikemukakan.
Sementara kita menunggu Kertas Putih Pertahanan yang akan bakal dikemukakan kerana saya terbaca dan juga tentang keupayaan pertahanan udara kita yang merisaukan dan merunsingkan. Begitu juga dengan keupayaan pertahanan laut kita. Mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memberikan satu gambaran bagaimana kita boleh mempertingkatkan keupayaan-keupayaan pertahanan kita.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Bendera. Memang kementerian sentiasa cuba menyedia kesiap-siagaan kita dalam pelbagai sektor dan dari segi udara dan juga maritim kita anggap Malaysia sebagai satu maritime nation dan juga dalam isu selepas Lahad Datu memang kita tumpukan untuk membaiki keadaan di sebelah timur terutamanya dengan apa yang telah digariskan di bawah
Tuan Liew Chin Tong
Trilateral Cooperative Agreement (TCA) di antara Malaysia, Indonesia dan Filipina dalam beberapa tahun ini terutamanya sejak dua tahun yang lalu kita tumpukan untuk mengadakan patrol ataupun rondaan terkoordinasi dan juga pelbagai cara dan pelbagai kaedah supaya membaiki keadaan dan juga menangani cabaran yang kita hadapi.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Kuala Terengganu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan ini bersekali dengan Yang Berhormat Beruas tetapi Yang Berhormat Beruas tidak ada dalam Dewan.
Saya ingin menjemput Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Ya, ya.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, saya ucapkan tahniah atas jawapan yang telah diberi dan juga kesungguhan pihak kementerian di dalam merangka pelan jangka panjang berhubung dengan pertahanan negara dan mengalu-alukan usaha bagi menghasilkan kertas putih ini.
Soalan saya, kita ada apa yang dinamakan sebagai Malaysian Institute of Defence and Security (MIDAS) yang ditubuhkan dengan harapan untuk menggubal dasar dan merumuskan strategi pertahanan negara. Jadi soalannya, apakah usaha dan pencapaian setakat ini yang telah dilakukan oleh MIDAS di dalam menangani isu-isu baharu keselamatan negara? Bagaimana pula dengan ancaman-ancaman bentuk baharu, misalnya seperti yang pernah berlaku di dalam negara kita berhubung dengan keracunan, racun yang dibuat terhadap rakyat Korea yang melibatkan kematian di lapangan terbang kita?
Sejauh mana persediaan negara kita di dalam menangani ancaman-ancaman baharu ini yang berbentuk ancaman senjata biologi ataupun bagaimana pula berhubung dengan persediaan negara kita di dalam berhadapan dengan ancaman kemungkinan nuklear ataupun serangan jenayah siber? Terima kasih.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih soalan yang ditanya tadi. Memang kita– tujuan untuk adakan Kertas Putih Pertahanan adalah untuk supaya kita memberi maklum kepada Dewan dan juga memaklumkan kepada rakyat cabaran-cabaran yang kita hadapi bersama dan untuk memberikan– juga mendapat sokongan daripada Dewan Rakyat supaya kita boleh menangani isu-isu dan cabaran- cabaran baharu. Cabaran seperti yang dikatakan tadi siber ataupun biochemical ini adalah cabaran yang baharu yang kita mesti bersedia sebagai satu negara.
ATM bersama dengan kementerian ada Pelan Pembangunan Keupayaan Dimensi Keempat Angkatan Tentera Malaysia (4DMAF) dan juga pelan-pelan yang ada. Akan tetapi memang keadaan strategi kita, keadaan geopolitik kita berkembang cepat dan berubah cepat. So, kita perlukan satu negara kita perlukan semua memahami cabaran-cabaran yang akan datang – cabaran-cabaran yang kita hadapi supaya kita hadapi bersama dan bukan sahaja tugasan memang untuk mempertahankan negara tugasan ATM dan Kementerian Pertahanan tetapi kita perlu ada sikap dan juga idea konsep bahawa kita mesti mengambil berat – kita mesti menghadapi cabaran semua ini bersama. Terima kasih.
6. Datuk Robert Lawson Chuat [Betong] minta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan berapakah peruntukan untuk membina infrastruktur kawalan banjir akibat air pasang bagi kampung tradisi yang terletak di tebingan sungai di negeri Sarawak.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli - Dr. Xavier Jayakumar
Tuan Yang di- Pertua, bagi mengatasi isu banjir akibat air pasang di seluruh negeri Sarawak, kementerian telah memohon peruntukan di dalam RP4, 2019, RMKe-11 dengan anggaran kos RM350 juta. Permohonan ini termasuk kawasan kampung tradisi yang terletak di tebingan sungai di negeri Sarawak. Permohonan ini masih di peringkat penilaian oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
Akan tetapi yang saya tahu beberapa kawasan pun telah kita adakan beberapa peringkat kerja yang telah dilaksanakan sebab Yang Berhormat dari Betong, Sarawak Rancangan Memulihkan Koridor Sungai (RMKS) di bahagian Betong, Sarawak kita telah kos
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli - Dr. Xavier Jayakumar
keseluruhan kita telah belanja RM5 juta. Di Rumah Naing, Nanggah, Muman Teguyu, Hulu Sepat bahagian Betong, Sarawak kosnya ialah RM1.8 juta. Projek pengawalan hakisan pantai di Kampung Semarang, Pusah, Betong, Sarawak RM6.5 juta dan juga di Kuala Baram, Miri kita telah pun luluskan RM25 juta. Kerja-kerja ini akan dilangsungkan terus untuk masa depan tahun ini atau pun tahun hadapan. Sekian, terima kasih.
Datuk Robert Lawson Chuat - Betong
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Di Sarawak terdapat banyak kampung atau penempatan yang sering mengalami masalah banjir akibat fenomena air pasang dan tidak dinafikan Jabatan Pengairan dan Saliran telah melaksanakan beberapa projek membina ban atau embankment di tebing sungai. Akan tetapi ia belum dapat menyelesaikan masalah tersebut.
Soalan saya, adakah kementerian mempunyai teknologi yang baharu atau cara yang baharu untuk membina ban tebingan sungai yang lebih efektif dari segi ketahanan bagi mengatasi masalah banjir akibat fenomena air pasang? Terima kasih.
Dr. Xavier Jayakumar
Terima kasih. Di dalam RMKe-11, kita ada semua sekali 28 kawasan yang telah ditentukan untuk perbelanjaan RM350 juta.
Mengenai soalan yang kedua, kepakaran itu memang ada. Tidak ada masalah.
Saya ingat kita boleh gunakan kepakaran-kepakaran yang ada di JPS dan juga di NAHRIM untuk mengatasi masalah ini. Sekarang kita telah gunakan beberapa projek baharu di mana kepakaran ini digunakan. Di dalam kementerian kita, kepakaran kita standardnya ialah setaraf dengan apa yang kita ada di dunia luar, boleh digunakan. Terima kasih.
Beberapa Ahli
Soalan tambahan.
Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Soalan tambahan dari Sarawak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ya, ini soalan mengenai Sarawak juga. Saya jemput Yang Berhormat Tanjong Manis. Silakan.
Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, ini ada kena mengena dengan air pasang juga. Banyak struktur ban yang terletak di kawasan tepi pantai mengalami kerosakan akibat pukulan ombak dan juga akibat air pasang dan juga kedua-duanya sekali, ombak dan air pasang sekali, air pasang besar. Kawasan-kawasan dalam ban ini dimasuki air masin dan merosakkan hasil tanaman orang kampung seperti yang terjadi di Tanjong Manis dan Batang Lupar dan mungkin di kawasan-kawasan lain di Sarawak. Soalan saya, bolehkah Yang Berhormat Menteri memberitahu, adakah pihak kementerian akan membuat kajian penilaian ke atas keadaan semua struktur ban tepi pantai di seluruh negeri Sarawak disebabkan fenomena air pasang dan ombak ini? Terima kasih.
Dr. Xavier Jayakumar
Terima kasih. Memang kita akan buat kajian. Fenomena ini bukan sahaja di Sarawak tetapi di seluruh negara kita. Di Semenanjung Malaysia juga dengan pertukaran iklim, climate change yang kita nampak sekarang, ombak pun sudah besar dan air pasang pun sudah tinggi sangat. So, kita sentiasa buat kajian bagaimana kita hendak mengatasi masalah ini. Kita akan beritahu kepada Yang Berhormat Tanjong Manis keadaan di dalam kawasan ataupun Yang Berhormat boleh tulis kepada sayalah untuk beritahu apa masalahnya untuk kita bersama-sama tengok macam mana kita hendak atasi masalah ini di dalam kawasan Yang Berhormat. Terima kasih.
7. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan apakah usaha kerajaan dalam memberikan maklumat serta kesedaran kepada masyarakat tentang autisme di negara ini dan menggalakkan ibu bapa mendaftarkan anak autisme ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hannah Yeoh
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Ledang bertarikh 18 Oktober 2018 bersekali dengan pertanyaan Yang Berhormat Batang Sadong pada 15 November 2018 kerana pertanyaan ini saling berkait.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hannah Yeoh
Tuan Yang di-Pertua, kanak-kanak autisme didaftarkan sebagai orang kurang upaya di bawah kategori masalah pembelajaran (learning disability) oleh kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut seksyen 21 Akta Orang Kurang Upaya 2008.
Kementerian melalui JKM telah melaksanakan pelbagai program dalam usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang autisme dan menggalakkan ibu bapa mendaftarkan anak autisme mereka.
Antaranya adalah, pertama, kempen pendaftaran OKU dilaksanakan secara berkala pada setiap tahun mengikut negeri atau zon melalui program kerajaan, di mana JKM negeri dan daerah akan membuka booth untuk pendaftaran bagi meningkatkan kesedaran, kefahaman masyarakat, keluarga dan OKU termasuk OKU autisme. Sehingga 30 September 2018, seramai 20,339 OKU autisme telah berdaftar dengan JKM. Namun demikian, populasi autisme adalah dianggarkan seramai 1:68 kanak-kanak iaitu hampir 9,000 kanak-kanak dilahirkan dengan autisme setiap tahun di Malaysia. Ini bermaksud pemegang kad OKU autisme buat masa ini terlalu rendah.
Antara sebab kenapa ramai belum mendaftar sebagai OKU ialah, satu, autisme melibatkan spektrum yang sangat luas. Bagi golongan high-functioning spectrum, ramai ibu bapa percaya bahawa dengan adanya intervensi awal, kanak-kanak tersebut tidak perlu berdaftar sebagai OKU. Ramai juga yang tidak tahu bahawa kad OKU ini sebenarnya boleh dibatalkan atas pengesahan pegawai perubatan.
Keduanya, kekangan kekurangan liputan perlindungan insurans sekiranya anak berdaftar sebagai OKU.
Ketiga, saringan menyeluruh, screening di semua facility kerajaan yang mengambil masa hampir setahun untuk mengesahkan autisme.
Keempat, masalah stigma dalam komuniti terhadap golongan berdaftar OKU.
Kelima, kekurangan kesedaran di kalangan ibu bapa mengenai simptom autisme kerana autisme melibatkan gangguan perkembangan komunikasi, tingkah laku, kemampuan sosial dan belajar yang tidak mudah dikenal pasti tanpa saringan.
Program kedua adalah menyokong kempen Light It Up Blue sempena sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia pada setiap 2 April.
Ketiga, Pusat Permata Kurnia menyediakan program intervensi sepenuh masa untuk kanak-kanak autisme yang berusia di antara empat hingga enam tahun sebagai persediaan untuk memasuki sekolah aliran perdana. Namun demikian, pusat ini tidak dapat menampung senarai menunggu yang sangat panjang. Walaupun kapasiti sebenar Pusat Permata Kurnia adalah seramai 300 orang, namun bilangan sedia ada telah mencecah 475 orang. Saya difahamkan senarai menunggu lebih kurang 200 orang sekarang ini. Kerajaan dalam proses menambah tiga lagi Pusat Permata Kurnia di negeri Melaka, Kedah dan Putrajaya. Kami menyeru semua pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri untuk sama- sama membantu mempercepatkan proses perwujudan pusat intervensi awal seperti ini.
Keempat, penyebaran maklumat autisme melalui media massa. JKM bekerjasama dengan pihak penyiaran seperti televisyen dan radio dalam penyebaran maklumat berkaitan autisme. Sebagai contoh, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat menjadi tetamu di televisyen seperti Selamat Pagi Malaysia, Wanita Hari Ini dan tamu di radio seperti Radio Nasional dan IKIM bagi menyebarkan maklumat mengenai autisme.
Kelima, program Disability Equality Training (DET) dan Disability Related Services Training (DRST). Kedua-dua program ini merupakan antara program bulanan utama dan berkala JKM kepada golongan OKU, majikan dan orang awam dalam memberikan advokasi dan menyebarkan maklumat berkaitan konsep sebenar ketidakupayaan dan meningkatkan kefahaman masyarakat untuk menyantuni semua OKU, termasuk OKU autisme. Bilangan program yang telah dijalankan sehingga September 2018 meliputi 805 peserta menerusi 18 kursus di seluruh negara dan pelbagai agensi.
Usaha ini berterusan dan menunjukkan bukti pihak kerajaan melalui kementerian kita sentiasa prihatin dalam memberikan maklumat serta kesedaran kepada masyarakat tentang autisme di negara ini. Dengan peningkatan kesedaran ini, diharapkan lebih ramai ibu bapa ataupun penjaga serta masyarakat mendaftarkan anak atau ahli keluarga mereka dan seterusnya menikmati kemudahan yang disediakan.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hannah Yeoh
Akhirnya, langkah seterusnya, kementerian berharap lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan sokongan ibu bapa, parents support group akan tampil untuk menyediakan perkhidmatan Early Intervention Program (EIP) kepada kanak-kanak yang mengalami autisme. JKM juga sedang mempertimbangkan permintaan ramai ibu bapa untuk mewujudkan sub kategori autisme di dalam kad OKU yang membolehkan mereka mengakses perkhidmatan yang lebih spesifik.
Kesimpulannya, kesedaran autisme masih rendah di kalangan masyarakat dan tidak seharusnya dilihat sebagai beban kerana ada ramai kanak-kanak autisme yang berbakat
(gifted children) dan memiliki kemahiran luar biasa. Harapan kementerian adalah supaya akses kepada saringan awal dan saringan menyeluruh, early screening dan comprehensive screening dipermudahkan dan facility intervensi awal dapat dipertingkatkan melalui kerjasama sedia ada bersama Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan. Terima kasih.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang menyeluruh dan sangat baik. Bagi saya, in menunjukkan bahawa kerajaan sangat prihatin akan masalah yang dihadapi oleh mereka yang menghidap autisme.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Bagi saya, kita harus maklum bahawa sebenarnya autisme ini bukan satu penyakit tetapi ia merupakan gangguan perkembangan otak yang berterusan dan kekal. Ia merupakan satu masalah psikiatri. Pada masa yang sama juga, saya sedar bahawa di kalangan mereka yang autisme ini ialah mereka yang terkenal juga yang mungkin kita tidak ketahui. Contohnya seperti Albert Einstein, Bill Gates, Steve Jobs dan juga Mozart. Mereka ini juga merupakan pesakit-pesakit autisme yang menunjukkan mereka juga mampu untuk berfungsi dengan baik sekiranya diberikan peluang dan kesempatan.
Jadi, saya sambut baik apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Cumanya, saya ingin bangkitkan berkenaan dengan kes yang berlaku pada bulan September yang lalu, berkenaan dengan kes penahanan seorang pemuda autistik yang berumur 22 tahun kerana membuat gangguan seksual ke atas seorang wanita. Dalam kes tersebut, apa yang berlaku ialah pemuda tersebut tidak ditahan reman tetapi terpaksa melalui penahanan lokap. Jadi, sebagai pesakit autistik ini, dia memang mempunyai sesuatu simptom di mana dia tertarik kepada perkara-perkara yang anatomi manusia. Itu antara perkara-perkara yang telah pun kita ketahui. Jadi oleh sebab itu, ia menyebabkan satu trauma juga kepada pemuda tersebut.
Namun, saya tahu bahawa pada masa yang sama, kita tidak mahu perkara itu berlarutan dan memberikan masalah trauma kepada wanita yang terpaksa melalui gangguan tersebut dan juga kepada keluarga wanita tersebut. Jadi, ada beberapa— mungkin boleh dipertimbangkan oleh pihak kementerian iaitu cadangan kepada pihak kementerian ialah untuk kita juga mengambil kira guideline ataupun panduan yang boleh diberikan kepada pihak polis.
Saya ingin memetik satu...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, ajukan soalan Yang Berhormat.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Ya. Saya ingin memetik satu cadangan dan kemudian kepada soalan tersebut yang telah dibuat oleh Early Autism Project
(EAP) supaya disediakan satu panduan kepada pihak polis yang mana telah pun dilakukan di UK, iaitu Autism: A Guide for Police Officers and Staff yang boleh memberikan bantuan.
Jadi, soalan saya ialah apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pihak kementerian juga untuk memastikan supaya pihak berkuasa juga mengambil perhatian terhadap pesakit-pesakit autistik dan ada masa yang sama juga, memastikan ibu bapa mereka mendapat kesedaran yang sama? Terima kasih.
Puan Hannah Yeoh
Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Tuan Yang di-Pertua, saya meminta kebenaran Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab soalan ini dalam beberapa hari kemudian kerana kita sebenarnya ada soalan spesifik mengenai kes tersebut. Saya percaya dengan adanya jawapan yang lebih menyeluruh, saya boleh menjawabnya dalam beberapa hari ini. Terima kasih.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Soalan tambahan saya. Kita mengucapkan tahniah di atas usaha kerajaan untuk membantu golongan anak- anak istimewa ini. Kita yakin setiap pemberian Allah ada hikmah di sebaliknya.
Saya ingin tahu, apakah halangan ataupun kekangan utama yang dihadapi oleh kerajaan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada golongan ini? Sejauh mana sambutan ibu bapa terutama golongan bapa? Biasanya kalau kursus-kursus yang berkaitan dengan keibubapaan ini, yang biasa datang ialah kaum ibu. Jadi, sejauh mana kerajaan membuat pemantauan dalam isu ini? Saya juga ingin tahu, apakah insentif yang telah disediakan kepada NGO dan badan-badan tertentu supaya menggalakkan mereka untuk sama-sama membantu golongan ini supaya mereka dapat menikmati kehidupan yang sempurna? Minta jawapan.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya mohon mahu sambung soalan sedikit, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Setiu pun nak sambung juga soalan
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Nak sambung sedikit sahaja. Boleh ya? Saya hendak tanya tentang jawapan Timbalan Menteri tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Menteri? Tunggu jawapan daripada saya. Silakan.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang budiman. Saya hendak sambung soalan Yang Berhormat Rantau Panjang tadi. Apabila Timbalan Menteri mengatakan Permata Kurnia akan ditubuhkan di tiga buah negeri, jadi jelas di Kelantan khususnya masih belum lagi ditubuhkan. Jadi, bilakah masanya untuk ditubuhkan di setiap negeri? Terima kasih.
Puan Hannah Yeoh
Sebenarnya sebahagian besar daripada soalan tersebut saya telah jawab dalam senarai kekangan yang kita hadapi untuk pendaftaran OKU ini. Masalah kesedaran adalah satu masalah yang besar untuk kita.
Juga facility kerajaan sekarang ini kalau kita lihat— pertama, statistik. Statistik itu sangat penting untuk kami membuat perancangan. Jika kita lihat dalam statistik yang kita ada sekarang, pendaftaran kanak-kanak autisme, kita hanya mempunyai 20,339 orang memandangkan statistik anggaran untuk satu tahun lebih kurang 9,000 orang kanak-kanak dilahirkan dengan autisme di Malaysia. Jadi, kalau kita mahu mulakan, titik pertama adalah untuk membantu meningkatkan kesedaran dan mendorong mereka membuat pendaftaran.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Kedua adalah untuk facility sedia ada diperluaskan. Jadi, kita lihat Permata Kurnia ini sudah ada di tiga lokasi lagi yang telah pun dikenal pasti. Saya difahamkan yang Kementerian Pendidikan telah pun mempunyai staf yang disediakan untuk facility di Kedah dan di Melaka. Namun, lokasi tanah belum lagi diselesaikan dengan kerajaan negeri dan juga PBT di kawasan tersebut.
Jadi untuk soalan mengenai Kelantan, kalau boleh saya mahu facility ini di seluruh negeri tidak kiralah kerajaan pembangkang ataupun kerajaan negeri adalah parti kerajaan.
Akan tetapi, kalau saya lihat lebih baik kita fokuskan kepada tiga facility ini untuk menampung kapasiti tiga kali ganda daripada kapasiti sekarang untuk facility golongan autisme.
Untuk geran kepada NGO yang membantu, kita memang ada sediakan geran bukan sahaja untuk NGO autisme, tetapi untuk pelbagai NGO berdasarkan program dan impak program mereka. Senarai faedah untuk golongan OKU yang berdaftar, saya ada dan saya akan berikan sesalinan secara bertulis kepada Yang Berhormat Rantau Panjang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin memaklumkan bahawa di negeri Sabah termasuk di kawasan Libaran ini, memang ramai juga autisme atau learning disability yang mendaftar. Akan tetapi kebanyakan anak-anak ini walaupun mendaftar, tetapi mereka tidak ada tempat untuk mereka mendapatkan pendidikan yang penuh. Di kawasan Libaran umpamanya, ada terdapat
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
beberapa anak-anak OKU, tetapi tempat untuk mereka mendapatkan kemudahan- kemudahan memang tidak sepenuhnya yang mereka boleh dapat. Jadi, pertanyaan saya sekarang ialah apakah pihak kementerian boleh memberikan kemudahan-kemudahan kepada pihak OKU yang berdaftar yang memerlukan bantuan daripada pihak kerajaan pada masa ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Dengan ringkas.
Puan Hannah Yeoh
Tuan Yang di-Pertua, saya sudah jawab tadi tetapi saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Libaran tadi mengenai statistik di Sabah.
Mengikut statistik sedia ada, negeri paling tinggi yang mempunyai pendaftaran OKU autisme, pertama adalah negeri Selangor sejumlah 4,460 orang; kedua, negeri Johor sebanyak 2,157 orang; dan negeri Sabah adalah negeri ketiga yang mempunyai golongan autisme yang paling tinggi untuk yang berdaftar sahaja.
Kalau kita lihat facility sedia ada sekarang, kanak-kanak yang mempunyai kad OKU autisme ini, mereka mendapat Elaun Murid Khas RM150 sebulan di sekolah rendah dan sekolah menengah. Manakala untuk ibu bapa mereka juga, mereka mempunyai pelepasan cukai sebanyak RM6,000 kepada pembayar cukai yang mempunyai anak OKU dan pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas yang belum berkahwin dan mengikuti diploma. Ini untuk keluarga-keluarga OKU.
Puan Hannah Yeoh
Jadi, untuk fasiliti di sekolah rendah dan sekolah menengah kita mempunyai kelas pendidikan khas. Akan tetapi masalah dan cabaran kita adalah golongan autisme ini mempunyai satu spektrum yang sangat luas. They have mild dan mereka ada yang sangat serius punya. Jadi, kalau kita tidak ada seperti cadangan kita, kita hendak mencatatkan mereka adalah golongan autisme dalam kad OKU mereka untuk membolehkan fasiliti yang lebih spesifik untuk membantu yang mild. Ini kerana intervention untuk golongan mild dan yang sangat serius ini berbeza intervensinya.
Okey, jadi, sekarang ialah pendaftaran, kemudian dengan adanya pendaftaran dengan spesifik kita boleh merancang bantuan yang boleh diberikan mereka terutamanya di sekolah. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Dengan itu tamatlah sesi jawab lisan.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua. Standing Order.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Saya hendak kemukakan Standing Order 18 berhubung dengan kes. Ini hendak minta petua Tuan Yang di-Pertua bagaimana seorang Ahli Parlimen telah pun didenda kerana merokok di kawasan Parlimen dan saya ingin menjurus kepada Houses of Parliament (Privileges and Powers) Act 1952 Tuan Yang di- Pertua. Saya tengok notis yang diletakkan di tempat larangan merokok di sign oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Seperti yang Tuan Yang di-Pertua tahu ini ialah kawasan Tuan Yang di-Pertua. This House is yours. Tidak ada Menteri mana pun ada kuasa. This House is yours.
[Tepuk] Jadi, saya melihat mana mungkin Menteri pi pelekat notis-notis ikut suka dia, tidak boleh. Dia kena bincang dengan Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua akan maklumkan kepada kita. Biarlah Tuan Yang di-Pertua yang meletakkan notis dan maklumkan. Saya tidak merokok, Tuan Yang di-Pertua. Tidak. Akan tetapi, untuk berlaku adil kepada kita semua yang ada privileges di sini. Tuan Yang di-Pertua you are my boss. You are our boss. Bukan Menteri-menteri.
[Tepuk] Untuk itu, saya minta panduan...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ya Kuala Krau menyokong. Menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, sokong.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Saya minta panduan Tuan Yang di-Pertua untuk maklumkan pada kerajaan, Menteri-menteri that they have no power to stick whatever notice here. Notis mesti datang daripada Tuan Yang di-Pertua dan ini adalah your site, kawasan Tuan Yang di-Pertua dan saya minta mohon supaya notis itu ditarik balik dan letakkan atas nama Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Mohon menyokong Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Mohon menyokong dan bincang dengan SUDR juga.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terdapat juga, saya menyokong rakan saya wakil rakyat daripada Sungai Petani iaitu Tuan Yang di-Pertua— bakal Yang Berhormat Menteri Besar *insya-Allah.
[Tepuk]* Iaitu tidak ada mana-mana penguat kuasa yang boleh berlegar-legar di Dewan ini mencari kesalahan wakil rakyat melainkan kebenaran Tuan Yang di-Pertua. Ini tidak pernah berlaku dan kami memberi kuasa penuh kepada Dewan mulia ini terhadap Tuan Yang di-Pertua untuk menyelesaikan masalah ini.
Mereka harus hormati Tuan Yang di-Pertua. Jangan suka-suka.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Baik, baik. Saya akan keluarkan petua yang berpatutan setelah mengkaji segala aspek peraturan-peraturan mesyuarat dan undang- undang berkaitan. Akan tetapi, sementara itu saya telah usahakan untuk menyelesaikan masalah ini sebaik mungkin. Jadi, bersabarlah sedikit. Okey.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Terima kasih. Kita teruskan dengan usul Yang Berhormat Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri seperti yang tertera di No. 2 dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin 22 Oktober 2018.”
Tuan Yang di-Pertua
Menyokong?
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat saya diberitahu bahawa Yang Berhormat Kinabatangan berhasrat untuk memohon maaf di atas pelanggaran Peraturan Mesyuarat oleh beliau pada Selasa 7 Ogos 2018. Sila Yang Berhormat Kinabatangan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua. Saya menyedari bahawa perbuatan dan ungkapan saya adalah merupakan satu tindakan unparliamentary dan melanggar Peraturan Mesyuarat 36(4) pada hari Selasa 7 Oktober 2018. Saya amat kesal dengan ungkapan tersebut dan sesungguhnya saya dengan suci hati memohon maaf kepada Tuan Yang di- Pertua dan juga kepada Dewan yang mulia ini terutama sekali Ahli-ahli Parlimen wanita. Saya memberi jaminan perkara ini tidak akan berulang lagi di masa hadapan dan dengan rendah diri berharap permohonan maaf saya ini dapat diterima dengan suci hati terutama sekali Shah Alam.
[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Puan Zuraida binti Kamaruddin
Alhamdulillah Tuan Yang di-Pertua saya telah mendengar ucapan mohon maaf daripada Yang Berhormat Kinabatangan dan saya mendapati bahawa Yang Berhormat Kinabatangan telah berjanji untuk tidak mengulangi lagi di masa hadapan. Yang Berhormat Kinabatangan, saya percaya semua anggota Ahli Dewan yang mulia ini hendakkan Dewan ini menjadi world- class Parliament. So, saya amat berharap dan kita harus mengamalkan perbahasan- perbahasan yang berkualiti. Jadi, tidak bermanfaat dan membuang masa untuk melayan isu- isu remeh yang tidak patut berbangkit langsung.
Kerajaan baharu mengamalkan sikap yang terbuka dan toleransi yang tinggi. So, dari itu saya amat berharap kita buang tabiat yang buruk untuk memartabatkan Dewan yang mulia ini. Jadi, saya harap kita dapat mengembalikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bermaruah dan dengan itu saya menerima permohonan maaf Yang Berhormat Kinabatangan dan amat berharap Yang Berhormat Kinabatangan akan dapat mengawal emosi dan tidak mengulangi lagi perkara-perkara yang telah terjadi. Ini kerana kita hendakkan Malaysia yang baru. Malaysia yang bermaruah. Malaysia yang bermartabat yang mempunyai Dewan yang mulia yang *world-class standard.
So*, dengan itu saya menarik balik usul yang dikemukakan. Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan Yang Berhormat Kinabatangan telah memohon maaf dan diterima usul telah ditarik balik. Saya menganggap perkara ini sudah selesai dengan sebaik-baiknya dengan semangat ukhuwah. Tahniah bagi kedua belah pihak kerana meningkatkan kedudukan Dewan yang mulia ini.
[Disampuk] Sudah selesai Yang Berhormat Shah Alam dengan sebaik-baiknya. Ya. Usul.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 90(2) dan dengan persetujuan Tuan Yang di-Pertua, saya mengemukakan usul untuk memberhentikan kuat kuasa Peraturan Mesyuarat 12 iaitu bagi Majlis Mesyuarat ditangguhkan sekarang sehingga jam 4.00 petang bagi tujuan pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Isnin 22 Oktober 2018.
Tuan Yang di-Pertua
Pohon disokong.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Tuan Yang di-Pertua, saya sokong. Ini lebih baik daripada berita rokok tadi.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Itu bermakna disokong? Adakah Yang Berhormat menyokong?
[Ketawa] Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Yang di-Pertua
Dengan itu mesyuarat Dewan ditangguhkan hingga pukul 4.00 petang hari ini. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 12.10 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 4.00 petang]
Tuan Yang di-Pertua
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Tuan Yang di-Pertua, dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dengan sukacitanya saya berdiri di hadapan Dewan yang mulia ini untuk mengemukakan satu usul seperti berikut:
“Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan mencapai pertumbuhan yang mampan dengan mengambil kira perubahan trend ekonomi global, kedudukan kewangan kerajaan serta pencapaian dua tahun pertama, 2016-2017 Rancangan Malaysia Kesebelas; merestui usaha kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan untuk menambah baik dan memperkukuh agenda pembangunan negara berasaskan prinsip pertumbuhan dengan ekuiti ke arah mencapai status negara maju dan inklusif selaras dengan aspirasi Wawasan 2020;
Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas bagi tempoh 2018-2020 yang memberi keutamaan dan penekanan baharu ke atas dasar, strategi dan inisiatif sedia ada serta memperkukuh tadbir urus bagi mencapai pertumbuhan sosioekonomi yang lebih inklusif dan mampan ke arah meningkatkan kesejahteraan rakyat menurut Kertas Perintah CMD.22 Tahun 2018; dan Bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia berganding bahu untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal mampan serta pengagihan kekayaan dibuat secara telus, adil dan saksama.” Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (KSP RMKe-11 2016-2020) untuk dibahaskan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana memberikan saya peluang berdiri di Dewan yang mulia ini bagi membentangkan...
[Tepuk] Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, ia adalah dokumen reformasi yang komprehensif dalam usaha mereformasi negara.
[Tepuk] Dokumen ini memperlihatkan anjakan pemikiran berkaitan pembangunan. Kita tidak lagi melihat pembangunan mengikut ukuran pertumbuhan ekonomi atau Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) semata-mata. Kita melihat pembangunan daripada aspek peningkatan kuasa beli rakyat dan pembangunan perlu dinikmati oleh semua rakyat ataupun shared prosperity. Ini bermakna, tidak wujud jurang pendapatan yang terlalu lebar antara miskin dan kaya, antara kaum dan suku kaum, tidak harus ada golongan yang merasakan mereka terpinggir daripada arus perdana pembangunan. Pembangunan juga tidak boleh meninggalkan negeri ataupun wilayah tertentu di belakang. Pembangunan dalam erti kata sebenar perlu menyumbang kepada pembangunan bangsa Malaysia. Pertumbuhan ekonomi berterusan dan merata memerlukan persekitaran bukan ekonomi juga kukuh dan bebas daripada cengkaman politik. Pentadbiran perlu bersih daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa, [Tepuk] kekayaan negara tidak akan dirompak oleh mana-mana pihak.
[Tepuk] Rakyat menuntut perubahan. Maka pada 9 Mei 2018, rakyat membuka lembaran baharu dalam sejarah negara.
[Tepuk] Mereka memberikan mandat kepada Pakatan Harapan untuk peralihan kuasa secara aman dan tersusun. Di hari tersebut, 12.3 juta rakyat Malaysia telah menamatkan pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional pimpinan kleptokrat.
[Tepuk] Dengan mandat yang diberikan oleh rakyat, Kerajaan Pakatan Harapan dapat melaksanakan reformasi dan berusaha mengembalikan Malaysia ke landasan yang betul, ke arah negara maju untuk semua.
Akan tetapi pembinaan Malaysia Baharu tidak akan tercapai dalam masa yang singkat. Rejim kleptokrat yang lalu telah menyebabkan kerajaan hari ini menanggung beban hutang yang lebih daripada RM1 trilion. Institusi dan pentadbiran awam negara juga telah rosak. Kerajaan Pakatan Harapan bertekad mereformasi institusi awam supaya ia melaksanakan amanah rakyat.
Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
KSP RMKe-11 ini membuat anjakan dan penyesuaian ke atas dasar dan strategi jangka sederhana. Sementara itu strategi jangka pendek pembangunan negara akan dibentangkan dalam Bajet 2019 pada 2 November 2018 nanti.
Tuan Yang di-Pertua, Kajian Separuh Penggal ini juga merupakan dokumen dasar pertama Kerajaan Pakatan Harapan. Ia menggariskan keutamaan dan penekanan baharu agar falsafah dasar dan strategi pembangunan seiring dengan aspirasi rakyat dan azam kerajaan. Ia menilai pencapaian dalam tempoh 2016-2017. Kajian ini juga menyemak semula sasaran strategi dan inisiatif bagi tempoh 2018-2020 dengan mengambil kira perubahan trend ekonomi global, kedudukan kewangan kerajaan dan keutamaan semasa bagi memenuhi harapan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, dalam tempoh dua tahun pertama Rancangan - 2016-2017 KDNK negara berkembang 5.1 peratus setahun dalam suasana inflasi pada kadar purata 2.9
Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
peratus. Pertumbuhan ini didorong oleh permintaan agregat swasta yang kukuh dengan pelaburan dan penggunaan swasta sebagai pemacu.
Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita pada harga semasa pula meningkat pada kadar purata 6.7 peratus daripada RM36,119 ataupun USD9,248 pada tahun 2015 kepada RM41,093 ataupun USD9,556 pada tahun 2017. Dari segi pariti kuasa beli ataupun PPP, PNK per kapita Malaysia telah mencecah USD28,650 seperti dianggarkan oleh Bank Dunia. Pencapaian ini menempatkan Malaysia dalam kumpulan 25 percentage teratas daripada 217 negara. Berdasarkan paras minimum negara berpendapatan tinggi yang ditetapkan oleh Bank Dunia sebanyak USD12,056 bagi tahun 2017.
Terdapat jurang pendapatan 21 peratus yang perlu diatasi sebelum Malaysia berjaya melepasi status negara berpendapatan menengah tinggi. Pertumbuhan ini secara umumnya diterima antara yang terbaik di rantau ini. Namun apa yang lebih bermakna ialah KDNK daripada aspek pendapatan iaitu siapa yang menerima manfaat pertumbuhan ekonomi ini.
Sejak satu dekad yang lepas, kebanyakan manfaat pertumbuhan ini dinikmati oleh pemilik modal dan hanya sebahagian kecil iaitu sekitar satu pertiga daripada KDNK dinikmati oleh pekerja. Di samping itu, terdapat jurang pendapatan yang ketara antara pekerja berkemahiran tinggi yang mendapat upah yang lumayan berbanding dengan mereka yang kurang berkemahiran dan mendapat upah yang rendah. Oleh itu, pertumbuhan ekonomi ini kurang dirasai oleh kebanyakan rakyat.
Sesuatu yang menidakkan kesahihan angka prestasi ekonomi negara ialah amalan peruntukan “off-budget” iaitu pengasingan urusan kewangan di luar bajet. Jika hutang, perbelanjaan, kehilangan wang berbilion diambil kira maka kedudukan kewangan negara tidaklah sebaik seperti angka yang dicatat di atas.
Kerajaan Barisan Nasional telah berbelanja dengan boros dan tidak berhemat.
Sekarang kita perlu berbelanja dengan cermat. Kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan perlu dikukuhkan. Amalan kewangan yang tidak telus akan dihentikan dan ketirisan pada semua peringkat ditangani. Langkah ini termasuk mengkaji semula pelaksanaan projek yang tidak mampan dan membatalkan projek berkeutamaan rendah. Namun projek pembangunan sosioekonomi yang berimpak tinggi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat akan diteruskan.
Tuan Yang di-Pertua, prospek ekonomi 2018-2020. Langkah berjimat cermat bagi tempoh 2018-2020 boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi tetapi hanya bersifat sementara. Saya yakin dengan langkah membasmi ketirisan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Ekonomi disasarkan berkembang antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus setahun, disokong oleh permintaan dalam negeri dan luar negeri terutamanya permintaan kukuh dalam kalangan negara rantau Asia.
Permintaan swasta dijangka kekal menerajui pertumbuhan ekonomi dengan pelaburan swasta dijangka berkembang 5.7 peratus setahun. Dengan penambahbaikan tadbir urus dan peningkatan hasil kerajaan yakin kedudukan fiskal dapat dipulihkan pada akhir tahun 2020. Kerajaan menyasarkan defisit fiskal sebanyak tiga peratus kepada KDNK pada tahun 2020.
Antara langkah proaktif yang telah berjaya diambil adalah menangguhkan pelaksanaan high-speed rail (HSR). Pada masa yang sama, kerajaan juga perlu memastikan pengurangan perbelanjaan awam tidak menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Tuan Yang di-Pertua, dalam tempoh akhir Rancangan 2018-2020 usaha akan dipergiat untuk meningkatkan daya tahan asas ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.
Saya bentangkan keutamaan dan penekanan baharu berasaskan enam tonggak iaitu:
(i) mereformasi tadbir urus ke arah meningkatkan ketelusan dan kecekapan perkhidmatan awam;
(ii) memperkukuhkan pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat;
(iii) menuju ke arah wilayah yang seimbang;
(iv) memperkasakan modal insan;
Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
(v) mempertingkatkan kemapanan alam sekitar melalui pertumbuhan hijau; dan
(vi) memperkukuh pertumbuhan ekonomi; Tuan Yang di-Pertua, Tonggak Pertama. Mereformasi Tadbir Urus Ke Arah Meningkatkan Ketelusan dan Kecekapan Perkhidmatan Awam – Mandat yang diberikan oleh rakyat adalah untuk kita melakukan perubahan. Maka reformasi tadbir urus menjadi keutamaan.
Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Kita telah memulakannya dengan menukar pemimpin institusi kritikal, seperti institusi kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
Tadbir urus kerajaan perlu diperbaiki. Ketelusan akan ditingkatkan bagi mencegah rasuah dan membasmi salah guna kuasa. Keutamaan pertama menambah baik tadbir urus pada semua peringkat.
Langkah tegas dan berkesan akan dilaksana untuk mempertingkatkan mekanisme semak dan imbang pada semua peringkat. Sistem pentadbiran undang-undang juga akan dimantapkan dengan mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya supaya diurus oleh dua individu yang berlainan.
Kuasa autonomi Parlimen akan dipertingkatkan dengan memperkenalkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963.
[Tepuk] Sistem Jawatankuasa Pemilih akan diwujudkan.
Jawatankuasa ini akan memperakukan pelantikan jawatan utama di SPRM, SPR, Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman. Suruhanjaya tertentu seperti SPRM dan SPR akan juga bertanggungjawab secara langsung kepada Parlimen.
[Tepuk] Hubungan antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan akan ditambah baik dengan mengembalikan semula semangat federalisme. Kerajaan negeri akan diperkasa melalui proses pengagihan kuasa pusat bagi beberapa fungsi, termasuk pengangkutan awam, perkhidmatan sosial dan perlindungan alam sekitar.
Langkah segera untuk mereformasi sistem politik akan dilaksana. Tempoh perkhidmatan jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri akan dihadkan kepada dua penggal sahaja.
[Tepuk] Perdana Menteri juga tidak akan memegang portfolio yang lain.
Penambahbaikan sistem pilihan raya akan dilaksana dengan membersihkan daftar pemilih, menambah baik proses pengundian pos dan menyediakan akses yang adil kepada media. Had umur mengundi akan diturunkan kepada 18 tahun dan undang-undang berkaitan pembiayaan politik akan diperkenal.
[Tepuk] Keutamaan kedua, meningkatkan integriti dan akauntabiliti. Kerajaan bertekad untuk meningkatkan integriti dan akauntabiliti serta membanteras gejala rasuah secara menyeluruh yang melibatkan sektor awam dan swasta. SPRM akan ditransformasi sebagai sebuah badan bebas sepenuhnya dan Akta SPRM 2009 akan dikaji semula secara menyeluruh. Undang-undang pencegahan rasuah juga akan diperkukuh dengan mengkaji semula Akta Perlindungan Saksi 2009 dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.
Rakyat perlu ada tempat untuk mengadu. Ombudsman Malaysia akan ditubuhkan untuk menyiasat dan melaporkan secara bebas aduan terhadap agensi kerajaan. Bagi mempertingkatkan integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis akan ditubuhkan.
[Tepuk] Keutamaan ketiga, menguatkuasakan pelaksanaan pengurusan kewangan awam secara berhemah. Reformasi menyeluruh ke atas mekanisme pengurusan dana awam akan dilaksanakan. Strategi yang akan dilaksanakan adalah mempertingkatkan sistem belanjawan negara, menambah baik pengurusan perolehan serta memperkukuhkan rangka kerja pengurusan prestasi, pemantauan dan penilaian.
Pelaksanaan sistem perakaunan akruan juga akan dipercepat dan Akta Prosedur Kewangan 1957 akan dikaji semula. Prosedur perolehan kerajaan akan ditambah baik dengan memperkenalkan rangka kerja perundangan berkaitan yang lebih komprehensif dan berkesan serta menguatkuasakan perlaksanaan tender terbuka.
[Tepuk] Kerajaan juga akan mengkaji semula rangka kerja projek perkongsian awam swasta bagi mengoptimumkan sumber.
Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Keutamaan keempat, memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan awam. Usaha akan dipergiat untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam dengan mereformasi institusi sektor awam. Satu pasukan petugas khas akan ditubuh untuk menilai peranan dan fungsi pelbagai entiti, termasuk badan berkanun dan syarikat milik kerajaan.
Ke arah menghapuskan pertindihan dan mengurangkan kerenah birokrasi serta mempercepat penyampaian perkhidmatan, aspek prosedur dan proses kerja akan dikaji semua dengan memanfaatkan teknologi terkini. Jentera perkhidmatan awam akan diperkemas ke arah meningkatkan kecekapan dan produktiviti melalui adaptasi model kecemerlangan perniagaan sebagai instrumen analisis prestasi kementerian dan agensi.
Pihak berkuasa tempatan, sebagai pihak yang paling hampir dengan rakyat akan diperkasa selaras dengan keperluan rakyat dan perkembangan e-teknologi. Ini akan dilaksana melalui penarafan PBT berdasarkan tahap kecemerlangan penyampaian perkhidmatan.
Tuan Yang di-Pertua, Tonggak Kedua, Memperkukuh Pembangunan Inklusif dan Kesejahteraan Rakyat – Pendekatan pembangunan inklusif akan dilaksana melalui penekanan kepada pertumbuhan dengan ekuiti untuk mempertingkatkan kesejahteraan semua rakyat.
Keutamaan pertama, meningkatkan inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama.
Saya ingin tegaskan bahawa peningkatan pendapatan sahaja tidak mencukupi kalau tidak diiringi dengan peningkatan kuasa beli. Bagi meningkatkan pendapatan dan kuasa beli rakyat terutama isi rumah, daya keluaran produktiviti mestilah dinaikkan. Ini boleh dicapai melalui latihan kecekapan dan pengurusan yang lebih cekap dan bagi sektor pembuatan penggunaan mesin dan teknologi yang moden dan canggih termasuk robotik dan automasi akan dipergiat.
Kita juga perlu prihatin dengan rakyat yang hilang mata pencarian akibat sakit, kemalangan dan lain-lain. Maka sistem perlindungan sosial akan diperkukuh. Selain itu program bantuan kerajaan khususnya yang melibatkan jaringan keselamatan sosial akan dikaji semula supaya lebih tersasar. Reformasi agenda pemerkasaan bumiputera akan diberi penekanan.
Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Antara inisiatif yang akan diambil adalah perubahan minda yang positif dan penerapan nilai murni, pengukuhan keberkesanan institusi dan program, pemerkasaan modal insan dan pengukuhan pendidikan dan latihan bagi mendapatkan pekerjaan bergaji tinggi.
Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara (KBN) yang diadakan pada 1 September 2018 telah menghasilkan 63 resolusi yang sedang diteliti oleh kerajaan. Kerajaan akan memastikan agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera dapat membantu generasi bumiputera baharu yang berpegang teguh kepada nilai moral integriti serta sikap rajin berusaha.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai kerajaan yang prihatin ke arah mewujudkan masyarakat yang saksama, usaha akan dipertingkatkan untuk memperkasa kumpulan minoriti. Program khusus akan dilaksanakan bagi suku-suku kaum Sabah dan Sarawak dan juga Orang Asli di kawasan luar bandar dan pedalaman.
[Tepuk] Antara inisiatif yang akan dilaksanakan termasuk penawaran banyak program dan peluang pendidikan, latihan kemahiran dan keusahawanan. Bagi kumpulan tertentu dalam kalangan masyarakat India dan Cina, beberapa program khusus akan dilaksanakan bagi membangunkan potensi ekonomi mereka dan membasmi kemiskinan.
[Tepuk] Pelbagai program dan inisiatif akan dilaksanakan untuk meningkatkan kesejahteraan kanak-kanak, belia, wanita, institusi keluarga, warga kurang upaya dan warga emas. Antaranya ialah membangunkan Pelan Hala Tuju Kesejahteraan Kanak-kanak serta program dan pembangunan dan pemerkasaan belia.
Bagi mempertingkatkan penglibatan wanita dalam pasaran buruh, majikan digalakkan menyediakan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak dan aturan kerja yang fleksibel. Selain itu, program pembangunan keluarga seperti kemahiran keibubapaan, menyemak semula dasar dan perundangan yang berkaitan Orang Kurang Upaya dan menggalakkan persekitaran penuaan yang aktif bagi warga emas akan dilaksanakan.
Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Keutamaan kedua, meningkatkan kesejahteraan rakyat. Pelbagai inisiatif akan dilaksanakan bagi meningkatkan kuasa beli rakyat dan mengurang beban peningkatan kos sara hidup. Tumpuan juga akan diberi untuk membendung kenaikan harga barang melalui pelbagai langkah seperti kawalan harga, mempergiat penguatkuasaan dan mempertingkat tahap konsumerisme.
Perumahan adalah penting untuk kesejahteraan keluarga. Sebanyak 200 ribu unit rumah mampu milik disasarkan dalam tempoh 2018-2020 dengan menggalakkan pelibatan yang lebih luas oleh sektor swasta. Majlis Perumahan Mampu Milik Negara akan ditubuhkan untuk menyelaras pengurusan perumahan mampu milik awam.
Kerajaan komited untuk memperkukuh sistem penyampaian penjagaan kesihatan, antaranya mewujudkan Dasar Kesihatan Negara, meningkatkan kapasiti modal insan dan kemudahan kesihatan serta mengkaji model skim penjagaan kesihatan ke arah mewujudkan Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional. Dalam meningkatkan kapasiti kemudahan kesihatan awam, sebuah Pusat Kanser Wilayah Utara akan dibina sebagai pelengkap sebagai Institusi Kanser Negara.
[Tepuk] Kerajaan juga akan mewujudkan sebuah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Kebangsaan di Nilai, Negeri Sembilan untuk mengesan, mencegah dan mengatasi ancaman penyakit.
Pembandaran dan perindustrian yang pantas memberikan tekanan kepada kesejahteraan mental. Satu pelan tindakan akan dirangka bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kesihatan mental. Selain itu, dasar dan peraturan baharu akan digubal untuk mengawal selia produk-produk teknologi dan perkhidmatan penjagaan kesihatan dalam talian.
Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan dan kedaulatan negara. Tumpuan akan diberi untuk mengukuh keupayaan dan kapasiti agensi penguatkuasaan dan keselamatan serta mempergiat usaha pencegahan jenayah. Bagi mengekang pencerobohan sempadan, kawalan terutamanya di pintu masuk negara akan dipertingkatkan.
Perpaduan nasional dan kesepaduan sosial akan terus dipupuk untuk menjamin keharmonian negara. Untuk itu, kerajaan akan menubuhkan Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat dan mewujudkan indeks perpaduan nasional sebagai instrumen untuk memantau tahap perpaduan dan keharmonian.
Dalam perjuangan mencapai status negara maju, kita khususnya generasi muda tidak harus lupa aspek nilai dan jati diri. Sehubungan itu, peranan keluarga, sekolah dan komuniti akan diperkukuh bagi mempromosi nilai murni dan memupuk budaya kebangsaan.
Sukan akan terus menjadi platform untuk menggalakkan hidup aktif dan sihat serta menyatupadukan rakyat. Oleh itu, lebih banyak kemudahan sukan dan rekreasi akan dibangunkan dan dinaik taraf. Pendekatan baharu iaitu keseluruhan sukan akan juga dilaksanakan bagi menggalakkan kecemerlangan sukan dan gaya hidup sihat.
Tuan Yang di-Pertua, Tonggak Ketiga – Menuju Ke Arah Pembangunan Wilayah Yang Seimbang. Semua negeri perlu maju bersama. Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan membiarkan mana-mana negeri tertinggal di belakang. Oleh itu, kerajaan memperkenalkan kembali agenda pembangunan wilayah yang seimbang sebagai keutamaan. Selaras dengan ini, kerajaan akan memastikan peruntukan pembangunan yang lebih saksama kepada negeri Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis supaya mencapai pembangunan yang lebih setara.
[Tepuk] Keutamaan pertama, memperkukuh pembangunan ekonomi wilayah. Untuk memperkukuh pembangunan ekonomi wilayah, perancangan pembangunan pada peringkat nasional wilayah dan negeri perlu diperkemas. Penyelarasan antara negeri bagi penyediaan infrastruktur akan dipertingkatkan untuk mengoptimumkan penggunaan sumber serta memodenkan dan mempelbagaikan asas ekonomi bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi.
Keutamaan kedua, merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar. Kerajaan akan memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan. Untuk itu, rangkaian jalan raya akan diperluas dengan membina dan menaik taraf 1,500 kilometer lagi jalan luar bandar. Kerajaan juga memperluas akses kepada bekalan air bersih dan terawat meliputi sasaran 60,000 tambahan rumah dan meluaskan akses bekalan elektrik kepada sasaran 41,160 tambahan rumah.
Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Sementara itu, infrastruktur digital akan dipertingkatkan untuk memperluaskan liputan dan menambah baik kualiti jalur lebar melalui pembinaan 300 menara telekomunikasi baharu dan menaiktarafkan 1,000 menara sedia ada.
Aktiviti ekonomi setempat di luar bandar akan ditingkatkan untuk menjana pendapatan dan mewujudkan peluang pekerjaan serta perniagaan. Aktiviti ekonomi luar bandar yang mampan seperti industri asas tani, ekopelancongan dan agro pelancongan juga akan digalakkan. Bantuan akan diberi termasuk menyediakan premis perniagaan untuk usahawan mikro serta perusahaan kecil dan sederhana di luar bandar.
Keutamaan ketiga, mempercepat pembangunan di Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak berpotensi untuk menjana pertumbuhan ekonomi lebih tinggi dengan mengoptimumkan sumber asli yang ada. Untuk itu, kerajaan akan mengagihkan pendapatan minyak dan gas secara saksama mengikut perundangan sedia ada. Satu Jawatankuasa Khas Kabinet telah ditubuhkan untuk mengkaji semula dan memantau pelaksanaan yang wajar bagi Perjanjian Malaysia 1963.
Demi kemakmuran rakyat di Sabah dan Sarawak, infrastruktur asas seperti bekalan air dan elektrik luar bandar turut akan dipertingkatkan.
[Tepuk] Beberapa inisiatif akan dilaksanakan termasuk meningkatkan liputan jalur lebar di kawasan luar bandar meliputi pembinaan 106 menara telekomunikasi baharu dan menaik taraf 400 menara yang sedia ada.
Kerajaan juga akan menyediakan 7,000 unit rumah mampu milik serta menaik taraf 400 buah sekolah daif. Dari segi kemudahan kesihatan, tiga buah hospital akan dinaiktarafkan iaitu di Papar, Miri dan Lawas.
[Tepuk] Pembangunan tanah adat adalah penting untuk mewujudkan aktiviti ekonomi dan menjana pendapatan masyarakat setempat. Oleh itu, kerjasama antara kerajaan negeri, agensi berkaitan, pemilik tanah dan pelabur akan dipertingkatkan. Aktiviti pengukuran dan pemetaan hak tanah adat akan dilaksanakan bagi membolehkan tanah adat dibangunkan.
Tuan Yang di-Pertua, Tonggak Keempat, Memperkasa Modal Insan – Kerajaan akan terus memberi penekanan untuk membangunkan modal insan bagi memenuhi keperluan industri dan menyokong pertumbuhan ekonomi.
Keutamaan pertama, mereformasi pasaran buruh. Kerajaan akan mereformasi pasaran buruh ke arah mewujudkan pekerjaan berkemahiran yang menawarkan gaji yang tinggi dengan menggalakkan automasi dan inovasi, menerima guna teknologi baharu serta mengkomersialkan harta intelek. Pelaburan berkualiti tinggi juga akan diberi keutamaan untuk mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran.
Bagi meningkatkan gaji dan upah, semakan secara berterusan ke atas dasar gaji minimum akan dibentuk dan pembentukan Indeks Gaji Kebangsaan akan dilaksanakan.
Perbezaan kadar gaji minimum antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak telah berjaya ditangani. Mulai 1 Januari 2019, gaji minimum bulanan diseragamkan kepada RM1,050 di seluruh negara.
[Tepuk] Di samping itu, perluasan sistem upah yang dikaitkan dengan produktiviti akan dipergiatkan.
Kerajaan berazam untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing melalui penambahbaikan pengurusan pekerja asing. Antara langkah yang dicadangkan adalah mengenakan sistem levi berperingkat yang progresif berasaskan kepada jumlah pekerja asing yang digaji. Harus diingat, jika pekerja tempatan sanggup bekerja, maka pekerja asing tidak akan datang ke negara kita.
Keutamaan kedua, menambah baik kecekapan dan produktiviti buruh. Kerajaan akan mengukuhkan hak pekerja dan meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga buruh bagi menambah baik kecekapan dan produktiviti buruh. Hak pekerja akan diperkukuhkan melalui kajian semula undang-undang perburuhan dan pelaksanaan sistem insurans pekerjaan yang menyeluruh. Pekerja yang diinsuranskan akan menerima manfaat yang merangkumi elaun mencari pekerjaan, latihan, penempatan pekerjaan dan kaunseling berkerjaya.
Adalah amat penting kita menyediakan pekerja dan golongan profesional menghadapi disruption yang bakal dibawa oleh Revolusi Perindustrian Keempat. Revolusi ini akan menghapuskan banyak jenis pekerjaan seperti buruh manual dalam sektor pembuatan
Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
tetapi juga akan mencipta peluang pekerjaan baharu seperti penyelenggaraan dan kejuruteraan robotik dan automasi.
Keutamaan ketiga, meningkatkan asas kepada pendidikan dan latihan yang berkualiti. Kerajaan akan meningkatkan akses yang saksama kepada pendidikan dan latihan yang berkualiti. Bagi pendidikan asas, usaha akan ditumpukan kepada peningkatan pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik, penguasaan bahasa Inggeris dan peningkatan kemahiran berfikir aras tinggi.
Bagi menetapkan standard pendidikan yang lebih tinggi serta memupuk nilai murni dan budaya kerja yang positif seperti diamalkan di Jepun, kerajaan akan mengkaji semula kedua-dua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Sementara itu, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 akan dikaji semula dengan menggantikannya dengan perundangan baharu yang menyeluruh dan lebih baik ke arah mewujudkan kebebasan akademik bersuara dan berpersatuan.
[Tepuk] Dalam tempoh akhir rancangan, kerajaan akan melaksanakan projek pembinaan bangunan bagi pusat perkhidmatan rawatan pesakit luar dan pakar di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kompleks Fakulti Perubatan Veterinar di Universiti Malaya, Kelantan dan hospital pengajar di Universiti Malaysia Sarawak. Kerajaan juga akan meningkatkan kualiti tenaga pengajar institusi pendidikan tinggi dengan meneruskan penajaan skim latihan akademik untuk mereka melanjutkan pengajian di peringkat PhD.
Kerajaan hari ini komited untuk meningkatkan keupayaan belia dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) bagi memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi. Kerajaan akan meneruskan program latihan pra pekerjaan di bawah skim Latihan Bakal Pekerja dengan menyediakan dana bagi membantu membiayai yuran program di pusat pembangunan kemahiran negeri.
Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Keutamaan keempat, memupuk jalinan industri akademia yang lebih kukuh.
Kerjasama industri dan akademia yang lebih erat adalah penting untuk memadankan penawaran dengan permintaan. Keutamaan akan diberi untuk membangunkan kemahiran berkaitan industri dengan melaksanakan program berasaskan industri dan mengiktiraf technologist sebagai profesional. Kerajaan juga akan menggalakkan institusi TVET untuk mempelajari dan menerima guna amalan terbaik daripada Jepun khususnya, melalui penerapan pengetahuan dan kemahiran teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran.
Tuan Yang di-Pertua, Tonggak Kelima, Mempertingkat Kemampanan Alam Sekitar Melalui Pertumbuhan Hijau – Kerajaan komited untuk memastikan pembangunan sosioekonomi turut memberi penekanan kepada aspek perlindungan alam sekitar selaras dengan agenda 2030 untuk pembangunan mampan.
Keutamaan pertama, memperkukuh tadbir urus. Tadbir urus akan diperkukuh bagi memudah cara peralihan ke arah pertumbuhan hijau dan pengurusan sumber yang lebih baik.
Sehubungan ini, dasar perundangan standard dan garis panduan berkaitan alam sekitar dan sumber asli akan dikaji semula atau diwujudkan dan ditanda aras dengan amalan terbaik antarabangsa. Semua projek pembangunan perlu mematuhi standard perlindungan alam sekitar dan garis panduan pembangunan. Dalam hal ini, rangka kerja institusi akan diperkukuh manakala kapasiti dan keupayaan pemantauan serta penguatkuasaan akan ditambah baik. Pelaksanaan pematuhan kendiri terpimpin dalam kalangan industri akan diperluas, manakala masyarakat dan pihak berkepentingan akan terus digalak untuk menghargai dan melindungi alam sekitar.
Keutamaan kedua, memulihara sumber asli. Usaha untuk melindungi, memelihara dan memulihkan khazanah strategik negara adalah penting bagi memastikan kemampanan dan sumbangan berterusan kepada pembangunan. Pewartaan lebih banyak kawasan terestrial, air daratan, pesisir pantai dan marin sebagai kawasan perlindungan akan dipergiat bagi menangani konflik antara manusia dengan hidupan liar. Lebih banyak laluan untuk hidupan liar akan disediakan.
Tuan Yang di-Pertua, keutamaan ketiga, menangani perubahan iklim dan mengurangkan risiko bencana. Langkah mitigasi perubahan iklim akan dipergiat bagi memenuhi komitmen di bawah Perjanjian Paris. Dalam hal ini, Pelan Tindakan Mitigasi Nasional akan disediakan dan pelaksanaan cukai karbon akan diteliti. Sementara itu, langkah
Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
adaptasi perubahan iklim akan terus dilaksanakan dan pelan tindakan akan dirangka sebagai panduan dalam perancangan dan penyelarasan langkah adaptasi di seluruh negara.
Penerima gunaan konsep penggunaan dan pengeluaran mampan akan digalakkan melalui peluasan inisiatif perolehan hijau kerajaan dan inisiatif merubah sisa kepada kekayaan atau sisa kepada tenaga. Manakala penggunaan plastik sekali guna akan dikurangkan.
Kebergantungan kepada bahan api fosil akan dikurangkan melalui peningkatan sumbangan tenaga boleh diperbaharui ataupun renewable dalam penjanaan elektrik.
Penjanaan elektrik daripada bio jisim dan bio gas akan digalakkan, manakala daya maju teknikal dan potensi aplikasi komersial teknologi baru akan diteroka seperti grid mikro dan penyimpanan tenaga dalam bateri. Di samping itu, pengurusan permintaan tenaga akan terus diperkukuh melalui penyediaan pelan induk bagi meningkatkan kecekapan dan penjimatan tenaga. Penggunaan sistem LED akan ditingkatkan. Keupayaan pengurusan risiko bencana akan ditingkatkan melalui integrasi langkah pengurangan risiko bencana dalam rancangan dan pembangunan. Kesiapsiagaan menghadapi bencana juga akan dipertingkatkan melalui pembangunan sistem bersepadu bagi ramalan cuaca dan banjir serta amaran awal banjir.
Keupayaan tindak balas agensi berkaitan bencana dan komuniti juga akan dipertingkatkan bagi mengelakkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.
Tuan Yang di-Pertua, Tonggak Keenam, Memperkukuh Pertumbuhan Ekonomi – Momentum pertumbuhan ekonomi akan diperkukuh dengan merangsang aktiviti ekonomi dan menggalakkan pelaburan swasta. Tumpuan akan diberi kepada pengukuhan asas ekonomi berlandaskan inovasi, kreativiti dan aktiviti nilai ditambah tinggi ke arah meningkatkan produktiviti dan daya saing industri.
Keutamaan pertama, memperkukuh pertumbuhan sektor dan mereformasi struktur.
Sektor perkhidmatan akan menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara. Oleh itu, sektor perkhidmatan yang berintensif pengetahuan akan dipertingkatkan. Usaha juga akan dipergiat bagi mewujudkan ekosistem yang dinamik, menggalakkan penerima gunaan teknologi terkini dan e-dagang serta memanfaatkan platform digital untuk mempromosi produk dan perkhidmatan bagi menembusi pasaran antarabangsa.
Sehubungan itu, Malaysia akan dijenamakan semual sebagai destinasi pelancongan utama dan produk ekopelancongan tempatan dan akan dimanfaatkan untuk menarik lebih ramai pelancong. Kerajaan akan menggalakkan peralihan sektor pembuatan ke arah pengeluaran produk yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi, pelbagai dan kompleks. Sub sektor pembuatan yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi iaitu aeroangkasa dan peranti perubatan juga akan diutamakan. Pihak industri perlu meningkatkan produktiviti dengan mempercepat penggunaan robotik automasi dan inovasi, menjalankan penyelidikan dan pembangunan serta melaksanakan amalan pengeluaran mampan.
Kerajaan sedar kepentingan perusahaan kecil dan sederhana dalam ekonomi. Oleh itu, usaha untuk mewujudkan PKS yang berdaya tahan dan mampan akan terus dilaksanakan. Matlamat kerajaan adalah untuk meningkatkan sumbangan PKS kepada KDNK kepada 41 peratus pada tahun 2020. Sumbangan PKS kepada eksport juga akan ditingkatkan melalui inisiatif pengantarabangsaan dan promosi eksport. Bagi sektor pertanian, reformasi sub sektor agromakanan akan diteruskan bagi meningkatkan sumber sumbangan sub sektor ini kepada nilai ditambah pertanian kepada 42.8 peratus pada tahun 2020 serta mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan.
Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Ini termasuklah inisiatif mengurus permintaan dan penawaran makanan, membangunkan input alternatif dan sumber kekayaan baru serta memperkenalkan aktiviti pertanian nilai tambah yang tinggi. Inisiatif ini akan meningkatkan produktiviti dan pendapatan petani, nelayan dan penternak.
Tuan Yang di-Pertua, keutamaan kedua. Mempercepatkan inovasi dan penerima gunaan teknologi. Negara perlu memanfaatkan Revolusi Perindustrian Keempat. Oleh itu, rangka kerja Dasar Nasional Mengenai 4.0 IR akan dibentuk untuk menggalakkan inovasi kreativiti dan daya saing dalam menghadapi revolusi digital yang semakin berkembang pesat.
Manakala Dasar Negara Mengenai Industri 4.0 2018-2025 yang menggariskan Pelan Tindakan Penggunaan Teknologi Berkaitan Industri 4.0 akan dilancarkan untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing serta pembuatan.
Tumpuan juga akan diberi kepada beberapa bidang seperti bioteknologi, nano teknologi, teknologi digital, teknologi hijau dan teknologi neuro yang akan melonjakkan
Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
kemajuan sains, teknologi dan inovasi. Keutamaan ketiga. Menyediakan infrastruktur yang berkualiti. Kerajaan akan memastikan infrastruktur yang disediakan adalah berkualiti daripada segi integrasi, liputan dan ketersambungan serta kemampuan dan kemapanan.
Bagi memperkukuh ketersambungan merentas wilayah, pembinaan lebuh raya di luar kawasan Lembah Klang akan terus diberi keutamaan. Antaranya, meneruskan pelaksanaan Jajaran Central Spine Road dan Lebuh Raya Kota Bharu – Kuala Krai.
[Tepuk] Selain itu, pembesaran terminal, pemanjangan landasan dan penambahbaikan kemudahan bagi lapangan terbang terpilih akan dilaksana. Misalnya, menaik taraf kemudahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, [Tepuk] pertumbuhan logistik dan fasilitasi perdagangan akan dipertingkat melalui inisiatif uCustoms. Gerbang tunggal yang menyediakan proses bersepadu dan lengkap bagi pelepasan kargo yang akan dilancarkan pada awal tahun 2019. Inisiatif ini akan meningkatkan kecekapan dan produktiviti serta daya saing pemain logistik Malaysia.
Langkah untuk menambah baik infrastruktur digital akan terus dilaksana. Ke arah ini, kapasiti dan liputan jalur lebar akan terus dipertingkat menerusi National Fiberization and Connectivity Plan untuk mencapai sasaran 95 peratus liputan jalur lebar di kawasan berpenduduk.
Usaha menambah baik perkhidmatan bekalan air kepada negeri yang mempunyai rizab margin rendah seperti Kedah dan Perlis akan diberi keutamaan melalui menaik taraf loji sedia ada dan membina loji baru. Pembinaan loji rawatan kumbahan serantau dan berpusat di bandar utama seperti Alor Setar, Kuantan dan Taiping akan di laksana.
Kerajaan akan memastikan bekalan tenaga yang berdaya harap dan mampan bagi mengukuhkan jaminan tenaga dan meningkatkan kecekapan bekalan tenaga. Ini akan dicapai melalui pembinaan fasiliti terapung gas asli cecair yang kedua milik Petronas di luar pesisir pantai Sabah serta Projek Refinery and Petrochemical Integrated Development di Pengerang, Johor. Kecekapan dan daya harap bekalan elektrik di Semenanjung Malaysia akan ditingkatkan menerusi pelaksanaan fasa kedua Kawal Selia Berasaskan Insentif dari tahun 2018 hingga 2020. Pelaksanaan IBR akan diperluas ke Sabah dalam tempoh akhir rancangan. Sementara itu, pembinaan loji jana kuasa baru akan dilaksana melalui bidaan kompetitif supaya lebih telus dan wujud persaingan sihat dalam kalangan pemain industri.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia dan dunia. Semua yang saya bentangkan ini menjurus untuk memperkukuh ekonomi, institusi awam dan tadbir urus kerajaan. Apabila kita berjaya, bermakna kita telah menebus maruah negara dan bangsa Malaysia.
[Tepuk] Kita akan dihormati kembali oleh dunia. Malaysia boleh kembali menyuarakan kepentingan negara-negara kecil di forum-forum dunia.
[Tepuk] Ini yang dilakukan baru-baru ini di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Malaysia tidak dapat mengelak daripada percaturan politik dunia, khususnya antara kuasa-kuasa besar. Lebih-lebih lagi kedudukan Malaysia yang berhadapan dengan Laut China Selatan, di mana berlaku ketegangan antara Amerika Syarikat dan China.
Kita mengambil sikap berkecuali. Kita mahu rantau ini kekal aman dan bebas seperti yang termaktub dalam doktrin ZOPFAN. Sebagai sebuah negara perdagangan, kita mahu kebebasan pelayaran, freedom of navigation terjamin. Malaysia tidak boleh melakukan ini secara bersendirian. Kita perlu berpegang kepada prinsip collective security. Justeru, Malaysia perlu berperanan untuk memperkukuh ASEAN untuk menjamin agar rantau ini terus stabil dan selamat. Apa yang saya bentangkan adalah untuk rakyat. Untuk semua rakyat dari Perlis hingga ke Sabah.
[Tepuk] Untuk orang Melayu, orang Cina, orang India, orang Iban, orang Kadazan, orang Murut dan Orang Asli [Tepuk] dan etnik-etnik lain yang semua bernaung di bawah langit Malaysia.
[Tepuk] Kita mahu Malaysia yang bersatu padu, kita mahu rakyat Malaysia berjaya dan menikmati kekayaan negara. Saya mengajak semua rakyat Malaysia menggalas tanggungjawab ini. Jika semua yang terkandung dalam dokumen ini dilaksanakan, saya yakin Malaysia akan mengaum kembali sebagai Harimau Asia.
[Tepuk] Malaysia akan bertukar daripada sebuah negara kleptokrat kepada sebuah negara demokrasi tulen [Tepuk] dengan kerajaan yang bersih, luhur dan berintegriti. Rakyat Malaysia di mana-mana tempat di seluruh pelosok dunia boleh memperkenalkan dirinya dengan bangga, ‘Saya Rakyat Malaysia’.
[Dewan riuh]
Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Inilah tekad kita, inilah janji kita. Saya berdoa kepada Tuhan agar kita dapat melaksanakannya bersama seluruh bangsa Malaysia.
Akhir sekali, harapan saya adalah pada anak muda. Sebahagian besar generasi saya telah pergi. Kepada siapa akan kami tinggalkan nasib bangsa dan negara ini kalau tidak
Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
kepada generasi muda.
[Tepuk] Saya seru kepada generasi muda, belajarlah segala ilmu yang boleh menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Dapatkan segala kemahiran, perkukuhkan jati diri, berpegang teguh kepada agama dan nilai-nilai murni, tolak rasuah dengan sekeras-kerasnya.
[Tepuk] Hayati kebenaran, kejujuran, keadilan. Ayuh, marilah kita semua berganding bahu dan bersatu untuk mencipta masa depan Malaysia yang lebih gemilang.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ada sokongan?
[Dewan riuh]
Menteri Hal Ehwal Ekonomi - Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah dan syukur. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah dianugerahkan dengan nikmat kesihatan oleh Allah SWT.
[Tepuk] Alhamdulillah, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berupaya untuk berdiri tegak selama 68 minit [Tepuk] untuk membentangkan satu dokumen penting pembangunan negara yang menggariskan keutamaan ekonomi dan memberikan penekanan baru supaya Malaysia, insya-Allah muncul kembali sebagai, “Harimau Asia”.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas mengemukakan bidang keutamaan dan strategi baru yang berasaskan prinsip tadbir urus ataupun governance yang baik, institusi seperti Badan Kehakiman Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Jabatan Audit Negara yang kukuh dan integriti yang tinggi untuk mara ke hadapan sebagai sebuah negara gagah dan berwibawa.
[Dewan riuh]
Menteri Hal Ehwal Ekonomi - Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Dasar ekonomi yang digagaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebentar tadi menekankan keperluan mengimbangi objektif pertumbuhan dengan prinsip- prinsip nilai dan moral serta pembangunan modal insan yang berkemahiran untuk mendepani persaingan global. Dokumen ini menterjemahkan iltizam Kerajaan Pakatan Harapan, [Tepuk] untuk melaksanakan amanah rakyat yang menuntut reformasi total, reformasi institusi dan penyusunan semula keutamaan ekonomi agar lebih mampan dan peduli rakyat.
[Tepuk]
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ini pembentangan tambahan kah apakah ini, pembentangan tambahan kah apa?
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Dasar dan strategi baru ekonomi Pakatan Harapan akan meletakkan kembali Malaysia di atas landasan yang kukuh. Matlamat akhir hala tuju baru ini bukan sahaja menghasilkan kemakmuran ekonomi tetapi merangkumi agenda pembangunan bangsa Malaysia yang demokratik, adil dan bersatu.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Langkawi sudah sebut semua tadi itu. Sudah disebut semua sekali tadi itu. Tidak payah hendak diulang.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
[Menutup pembesar suara] Beri kesempatan untuk Menteri menyokong. Silakan.
[Dewan riuh]
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Jangan cemburu Yang Berhormat Pontian. Dengarlah dahulu. Dengarlah dahulu.
Tuan Yang di-Pertua
Sudah hendak habis sudah. Silakan, Yang Berhormat Menteri. Silakan.
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Tuan Yang di-Pertua, ini kerajaan baru.
[Dewan riuh]
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Kita bukan ikut cara lama bila minta sokong, apa Perdana Menteri lama buat pun kita sokong.
[Dewan riuh]
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
[Tepuk] Saya hendak berdiri di sini menyokong Perdana Menteri atas prinsip-prinsip yang jelas.
[Dewan riuh]
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Maka dengan prinsip-prinsip ini Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong usul yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
[Dewan riuh]
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
[Tepuk]
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Menang sudah Yang Berhormat Gombak, menang.
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
Hidup Rafizi!
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Perbahasan hari Isnin ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa perbahasan ke atas Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas ini akan bermula pada hari Isnin, 22 Oktober 2018. Oleh yang demikian, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Isnin, 22 Oktober 2018. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.15 petang]