Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
1. Tuan Haji Ahmad bin Hassan [Papar] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, susulan daripada cadangan AirAsia untuk memindahkan semula operasinya ke Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan perancangan AirAsia untuk memulakan penerbangan dari Kota Kinabalu ke India, China, Jepun, Korea dan Australia.
Apakah pendirian kerajaan dalam perkara ini.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Salam sejahtera dan selamat pagi.
Untuk makluman Yang Berhormat Papar, ada dua bahagian dalam soalan Yang Berhormat Papar iaitu pendirian kerajaan dalam cadangan AirAsia untuk memindahkan semula operasinya ke Terminal 2 dan perancangan AirAsia untuk memulakan penerbangan dari Kota Kinabalu ke beberapa destinasi negara asing.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, untuk soalan bahagian pertama, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu atau dikenali sebagai KKIA, kapasiti untuk Terminal 1 pada ketika ini ialah 9 juta. Pada tahun lepas 2017, KKIA telah mengendalikan 8,449,000 orang penumpang dan daripada jumlah itu, AirAsia merupakan syarikat penerbangan ataupun penyumbang terbesar kepada penumpang ini iaitu AirAsia telah menyumbangkan ataupun mengendalikan 4,154,000 orang penumpang.
Pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mengunjurkan bahawa kapasiti maksimum untuk lapangan terbang KKIA akan mencapai tahap maksimum pada tahun 2021.
Oleh yang demikian, Kerajaan Pakatan Harapan mengambil pendekatan bersikap terbuka dalam sebarang cadangan daripada syarikat-syarikat swasta untuk membantu merancakkan ekonomi.
Pendirian Kerajaan Pakatan Harapan ialah untuk menyokong pertumbuhan industri pelancongan di negeri Sabah. Namun begitu, untuk spesifik cadangan daripada AirAsia untuk mengembalikan operasinya ke Terminal 2, itu perlu diteliti daripada segi teknikalnya.
Pendirian dan juga pandangan daripada Kerajaan Negeri Sabah akan dipertimbangkan dengan sewajarnya.
Untuk makluman Yang Berhormat, Terminal 2 sekarang ini sedang juga dalam operasi tetapi hanya untuk general services aviation ataupun private jet sahaja. Jadi apa-apa perancangan untuk mengembalikan Terminal 2, itu akan dibincangkan bersama-sama dengan Kerajaan Negeri Sabah.
Untuk bahagian kedua, untuk makluman Yang Berhormat Papar, sebenarnya AirAsia juga telah memulakan penerbangan dari Kota Kinabalu ke beberapa destinasi asing termasuk di Negara China dan bukan sahaja AirAsia.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Di KKIA sekarang ada beberapa syarikat penerbangan asing yang menggunakan Kota Kinabalu sebagai destinasi mereka. Jadi, pendirian kerajaan sudah tentunya kita akan menyokong. Kementerian Pengangkutan menyokong penuh sebarang usaha daripada mana-mana syarikat penerbangan untuk memulakan penerbangan ke mana-mana destinasi asing dari Kota Kinabalu. Sekian, terima kasih.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua, apakah Yang Berhormat Menteri bersetuju dengan open skies policy that is to create free market environment, dengan izin, dibuka kepada syarikat penerbangan lain secara terus ke Kota Kinabalu International Airport? Kedua, adakah Yang Berhormat Menteri bercadang untuk meneruskan projek pembesaran Lapangan Terbang Sandakan yang mana ketika ini berstatus ‘hold on’, dengan izin, walaupun sudah diberi lampu hijau sebelum ini? Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Tuan Yang di-Pertua, jawapan untuk Yang Berhormat Papar ialah pertamanya open skies, memang kita menyokong. Memang sekarang pun dasar kita adalah membenarkan open skies. Itu sebabnya daripada Kota Kinabalu boleh terbang ke mana-mana destinasi di negara-negara luar.
Berkenaan dengan soalan Lapangan Terbang Sandakan, itu tidak berhubung kait dengan soalan asal. Jadi untuk soalan Lapangan Terbang Sandakan akan dijawab di dalam sesi yang lain. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya mengambil baik jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri bahawa sama ada hendak kekal AirAsia di Terminal 1 atau Terminal 2 berpindah adalah dinilai dengan teliti dari segi teknikal dan bukan dari segi nilai sentimental. Melihat kepada expansion planning yang dibuat oleh AirAsia ini tentu sekali tidak menampung KKIA 2 itu, lapangan terbang kedua itu.
Apa yang penting sekarang ini adalah Lapangan Terbang KKIA, main terminal itu ditambah baik daripada segi kemudahan, daripada segi mesin scanning dan kemudahan-kemudahan lain untuk menampung penambahan penumpang yang akan bertambah dari tahun ke tahun.
Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih mantan Timbalan Yang di-Pertua. Tidak mematuhi peraturan mesyuarat, telah melebihi masa tadi 30 saat [Ketawa] Namun begitu ya, kita mengambil baik, menerima baik cadangan daripada Yang Berhormat Beluran. Saya mengambil maklum berkenaan dengan keperluan di KKIA dan kemudahan-kemudahan itu sudah tentunya akan kita tambah baik.
Tuan Loke Siew Fook
Sudah tentunya bahawa apa-apa cadangan sama ada kita meneruskan dengan cadangan di Terminal 2 itu, ia akan dikaji dengan sebaik-baiknya daripada segi teknikalnya, kerana saya bersetuju bahawa kita tidak boleh melihat sesuatu cadangan itu daripada segi nilai sentimentalnya sahaja. Pertimbangan-pertimbangan teknikal juga adalah amat penting sama ada ia boleh dilakukan atau tidak.
Akan tetapi pada pokoknya, apa-apa cadangan itu, kita tidak membenarkan mana- mana satu syarikat penerbangan mendominasi ataupun memonopoli sesuatu lapangan terbang itu. Dasar kita ialah kita mengharapkan supaya ada persaingan yang sihat daripada syarikat-syarikat penerbangan dan kita hendak memastikan bahawa lapangan terbang itu dapat menampung kapasiti yang bertambah. Jadi kita perlu merancang lebih awal. Kita tidak mahu melihat lapangan terbang di Kota Kinabalu itu seperti di lapangan-lapangan terbang lain. Umpamanya di Pulau Pinang yang sekarang ini telah pun mencapai had maksimumnya.
Jadi perancangan yang lebih awal perlu dilakukan.
Kita bersetuju bahawa di Kota Kinabalu itu adalah satu lapangan terbang yang amat berpotensi. Negeri Sabah- kita menjangkakan bahawa pertumbuhan kedatangan penumpang adalah amat cepat kerana pada tahun lepas sahaja pertumbuhan 10 peratus berbanding tahun 2016. Kapasiti sekarang ini ialah 8 juta.
Tuan Loke Siew Fook
Jadi kita menjangkakan bahawa pertumbuhan di negeri Sabah itu akan lebih bertambah maju dan kedatangan pelancong akan bertambah dan sudah tentunya perancangan untuk meningkatkan kemudahan dan juga kapasiti lapangan terbang antarabangsa KKIA itu adalah amat penting sekali. Jadi, MOT mengambil maklum dan kita akan berusaha untuk memastikan pertumbuhan KKIA dapat dipercepatkan. Terima kasih.
2. Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan, apakah status dan perkembangan terkini pelaksanaan Digital Free Trade Zone (DFTZ) yang dilancarkan pada tahun 2017 dan apakah pendirian kerajaan dalam meneruskan usaha DFTZ mewujudkan 60,000 peluang pekerjaan khususnya kepada golongan muda yang juga akan meningkatkan nilai eksport produk perusahaan kecil sederhana (PKS) kepada RM160.95 bilion menjelang 2025.
Menteri Komunikasi dan Multimedia - Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Paya Besar.
Tuan Yang di-Pertua, soalan ini dibahagikan kepada dua bahagian. Pertamanya berkenaan dengan status perkembangan terkini pelaksanaan DFTZ ataupun apa yang dikenali sebagai Digital Free Trade Zone dan yang kedua berkenaan dengan pendirian kerajaan dalam meneruskan usaha-usaha DFTZ untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, tujuan DFTZ diperkenalkan adalah bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana tempatan untuk menggunakan apa yang dikenali sebagai platform digital untuk menembusi pasaran dunia serta menarik jenama global, dan marketplace untuk menjadikan Malaysia sebagai satu gerbang untuk pasaran ASEAN dan pasaran serantau.
Berkenaan dengan status DFTZ Yang Berhormat, sejak inisiatif DFTZ dilaksanakan, ia telah memberikan impak yang positif dalam merealisasikan matlamat ke arah meningkatkan penyertaan perusahaan kecil sederhana dalam transaksi e-dagang rentas sempadan ataupun cross border trade, Tuan Yang di-Pertua.
Sehingga kini, seramai lebih 3,300 perusahaan kecil sederhana (PKS) tempatan yang telah menyertai platform DFTZ. MDEC, Yang Berhormat, juga bekerjasama dengan MITI dengan MATRADE dan SME Corporation untuk menggalakkan lebih banyak perusahaan kecil sederhana untuk terlibat dalam DFTZ dan ia bukan sahaja setakat di Ali Baba.com tetapi juga melalui platform-platform lain seperti e-marketplace Amazon, eBay, Jocom, Romman, Lazada, JinBaoMen, TradeIndia serta e-marketplaces tempatan ya.
Tempatan pun ada. Kita ada e-marketplaces seperti DagangHalal, AladdinStreet dan juga BuyMalaysia.
Berkenaan dengan pendirian kerajaan, Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan meneruskan dengan usaha-usaha kita dan pelaksanaan-pelaksanaan inisiatif-inisiatif untuk memberikan manfaat dan faedah kepada perusahaan kecil sederhana melalui DFTZ.
Kerajaan juga akan terus memantau prestasi eksport PKS yang menyertai program ini bagi memastikan bahawa perusahaan kecil sederhana tersebut terus berdaya maju untuk tempoh jangka panjang. So, we are looking at long term objectives and not just short-term objectives, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.
Selain daripada itu, kerajaan akan memastikan bahawa usaha akan dipergiatkan bagi melibatkan lebih ramai peserta daripada perusahaan kecil sederhana untuk menembusi pasaran eksport di bawah inisiatif DFTZ. Saya habiskan. Sehingga April 2018, berdasarkan pencapaian awal dan maklumat daripada MATRADE, daripada 70 PKS yang telah menyertai platform ini, syarikat-syarikat ini telah menjana jualan sebanyak RM52.1 juta dengan nilai eksport sebanyak RM18.1 juta. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Alhamdulillah, nampaknya positif perancangan kerajaan terdahulu.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Adakah kerajaan hari ini bercadang untuk melakukan kerjasama dengan agensi yang berkait rapat dengan masyarakat di luar bandar, contohnya FELCRA, FELDA, MARA dan JAKOA, untuk mewujudkan sebuah hab ekonomi digital luar bandar? Adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu rang undang-undang bagi rakyat berasa selesa dan selamat untuk uruskan ekonomi digital? Mohon jawapan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, kerajaan memang akan mengadakan usaha ataupun membawa usaha-usaha untuk menggalakkan participation daripada semua pihak untuk menjayakan apa yang dikenali sebagai DFTZ ataupun perniagaan yang merentasi sempadan ini. Saya setuju bahawa ini adalah satu perkara yang baharu, this is a new world trade. Ini adalah satu perkara yang akan menjadi mungkin the most important trade dalam tahun-tahun yang akan datang. Jadi kerajaan memang akan menggalakkan kerjasama di antara semua pihak dan saya setuju bahawa kita juga kena lihat kepada agensi-agensi yang boleh membantu di kawasan luar bandar.
Akan tetapi, seperti mana saya sebut dua hari lalu, Yang Berhormat, untuk menjayakan projek ini, saya rasa infrastruktur kita dalam negara ini adalah sangat penting.
Kita kena pastikan bahawa seluruh negara ini adalah connected, dengan izin.
Ini penting kerana kalau kita connected, kita ada internet di seluruh dunia, maka melalui kita, ada program-program untuk membawa faedah-faedah dan manfaat perniagaan jenis ini ke bahagian luar bandar. Maka kita boleh meyakinkan rakyat negara ini supaya mereka ini perlu mengambil bahagian dalam perniagaan jenis ini kalau mereka mahu menikmati manfaat-manfaat yang dibawa melalui perniagaan ini dalam masa depan. So, ini adalah satu perkara yang kita akan beri penekanan.
Kedua, Yang Berhormat, berkenaan dengan rang undang-undang yang boleh menyelesakan rakyat bahawa ini adalah hala tuju yang betul dalam masa depan. Saya setuju.
Ini adalah satu perkara yang saya lihat apabila saya mengambil alih kementerian ini, walaupun fokus diberikan oleh kerajaan yang terdahulu kepada perlunya untuk kita menimbulkan atau mewujudkan platform-platform ini tetapi tidak ada fokus yang spesifik yang diberikan kepada undang-undang sedemikian. So, I completely agree. Apa yang kena kita lakukan? Kita kena faham bahawa perniagaan ini akan menjadi perniagaan utama di seluruh dunia dalam masa depan. Jadi dalam keadaan tersebut, kita juga kena perhatikan dan pastikan bahawa ada undang-undang untuk kita memastikan bahawa hak-hak dan kepentingan-kepentingan perusahaan-perusahaan kecil sederhana negara ini sentiasa terjamin. Terima kasih, Yang Berhormat.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Kita tahu bahawa pada masa yang lalu bahawa kerajaan yang lepas telah percaya bahawa kerjasama dengan Alibaba ataupun Jack Ma akan meningkatkan penyumbangan SME ataupun PKS kepada KDNK negara. Adakah DFTZ ini memberi lebih banyak manfaat kepada PKS atau memberi lebih banyak ruang kepada Jack Ma dalam meluaskan perniagaan beliau?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia untuk menjawab dalam masa dua minit 30 saat.
Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat daripada Ledang.
Itu soalan yang merangkumi dua perkara. Saya ingin menegaskan di sini bahawa melalui platform Alibaba, kita ada satu kerjasama di mana kita menggunakan platform untuk membolehkan PKS tempatan merentasi apa yang disebut sebagai cabaran, di mana mereka boleh merentas sempadan. Apa yang boleh dicapai adalah cross trade melalui platform itu.
Jadi apa yang berlaku adalah ada usaha sama di antara MDEC Tuan Yang di- Pertua, dan Alibaba supaya satu platform didirikan. Itu bukan satu platform saja Yang Berhormat. Kita sekarang ada mewujudkan platform-platform yang lain di mana kita sudah ada players termasuk juga local players untuk mewujudkan platform-platform tersendiri.
Tuan Gobind Singh Deo
Jadi dalam keadaan tersebut kita boleh lihat bahawa fokus kita bukan saja kepada Alibaba ataupun Jack Ma. Akan tetapi fokus kita adalah untuk memastikan bahawa kita ada platform-platform yang boleh digunakan oleh perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana kita supaya mereka boleh bersama-sama menikmati manfaat daripada apa yang dikenali sebagai sistem perniagaan yang baharu, yang merentasi dunia ini dan yang akan menjadi sistem perniagaan yang utama dalam masa depan.
Jadi jawapan saya kepada soalan itu adalah tidak, kita tidak beri fokus kepada sesiapa. Apa yang kita berikan fokus adalah untuk kita adakan platform, kita pastikan bahawa ada competition, kita pastikan bahawa ada wujudnya undang-undang untuk kita for us to protect interest dan dalam masa yang sama, fokus diberikan penumpuan itu kepada menjayakan PKS negara ini ataupun perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana negara ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
3. Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, rancangan kementerian merancakkan lagi pembinaan rumah-rumah kos rendah bagi golongan miskin di seluruh negara bagi tempoh lima tahun akan datang.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Puan Zuraida binti Kamaruddin
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah kerana amat berminat untuk melihatkan keadaan golongan miskin dalam isu perumahan mereka.
Jadi KPKT ketika ini bertanggungjawab untuk membina rumah-rumah awam untuk golongan B40 terutamanya. Jadi KPKT dalam penggubalan dasar-dasar baru, kita ingin merancakkan lagi penambahan perumahan untuk B40 ini. Walau bagaimanapun setakat ini, KPKT telah membina sebanyak 86,000 rumah PPR dan 20,000 lagi dalam pembinaan dan 11,000 lagi dalam perancangan. So, menjadikan jumlah sebanyak 118,000 dalam perancangan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai dalam KPKT yang telah berjaya mencapai target untuk KPKT yang bahawa target untuk KPKT hanya 60,789 tetapi kita telah mencapai sebanyak 118,000. Itu double daripada angka sasaran.
Untuk merancakkan lagi pembangunan rumah kos rendah di bawah Kerajaan Pakatan Harapan yang banyak kali kita menyebutkan bahawa kita amat prihatin tentang nasib mereka, beberapa perkara yang akan kita masukkan dalam polisi-polisi baru termasuk meminta kerjasama yang kuat dengan kerajaan negeri agar memberikan tanah yang secukupnya dan juga tanah-tanah ini mestilah sempurna dengan infrastruktur. Kita tidak mahu mereka memberi tanah-tanah yang terletak di tempat-tempat yang jauh-jauh, di tempat- tempat jin yang bertendang.
Keduanya juga, insya-Allah kita juga akan meminta agar compliance cost seperti utiliti TNB, air dan juga elektrik, diambil kos itu oleh agensi-agensi kerajaan. Keempatnya juga kita melihat untuk membina kos rumah rendah ini dalam satu volume yang banyak untuk mencapai target, kita akan melihat material atau bahan-bahan untuk membina rumah ini dengan bahan-bahan yang baru, yang dapat cost effective seperti IBS. Juga bank loan, kita sudah berhubung dengan Bank Negara dan bank-bank dan juga bank-bank swasta untuk memastikan bahawa pemilikan rumah akan dapat dimiliki atau urusan bank loan akan dapat dipermudahkan golongan ini agar membolehkan mereka memiliki rumah-rumah ini.
Jadi setakat ini, itu yang kita rancang dan kita harapkan dalam penggubalan dasar baru ini akan kita siapkan by September, insya-Allah, ataupun lebih awal daripada itu, tertakluk kepada kelulusan Kabinet. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Batu Gajah untuk mengemukakan soalan tambahan pertama dalam tempoh 30 saat.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberi satu jawapan yang memuaskan.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Soalan tambahan saya, adakah pembinaan rumah-rumah kos rendah ini juga melibatkan penambahan ‘stok’ PPR untuk disewa? Di samping membina rumah-rumah kos rendah atau mampu milik yang baru, Manifesto Pakatan Harapan telah berjanji untuk mengambil alih tugas penyelenggaraan flat kos rendah, demi menjamin penyelenggaraan yang berpatutan bagi penduduk-penduduk flat ini. Bilakah pengambilan tugas ini dirancang akan bermula?
Puan Zuraida binti Kamaruddin
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Inilah di antara perkara yang selalu saya perjuangkan waktu saya duduk di sana... [Merujuk kepada blok pembangkang] Jadi alhamdulillah, kali ini saya berkesempatan untuk mengambil kedudukan ini agar kita dapat melaksanakan apa yang kita harapkan ketika itu.
Jadi untuk menambahkan banyak lagi rumah PPR tadi, insya-Allah untuk dimiliki dengan polisi-polisi baru yang tadi saya sebut, lima, enam perkara tadi, insya-Allah akan mempermudah mereka untuk miliki rumah ini. Walau bagaimanapun, kita akan buat satu graduation process, graduation concept untuk pemilik-pemilik B40 ini ataupun golongan B40 ini dengan ada satu proses bahawa kita ada satu sektor iaitu transit home dan kita graduate to rent-to-own. Then selepas itu, saya kira ekonomi mereka akan bertambah baik dan mereka boleh independent untuk mencari rumah yang mereka rasa sesuai untuk diri mereka ataupun dengan pendapatan mereka.
Untuk pengurusan rumah-rumah kos rendah ini, memang itu yang telah kita pun ada ajukan dulu pada kerajaan yang dulu tetapi walau bagaimanapun, tidak diambil kira. Kita faham kerana rumah-rumah PPR ini adalah golongan daripada mereka yang berpendapatan rendah. Jadi mana mungkin kita membebankan mereka dengan hidup mereka ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ hendak menyelenggarakan dalam 1000 unit rumah ataupun 1000 penduduk yang banyak ragamnya.
Jadi oleh kerana itu, maka KPKT insya-Allah, sudah buat satu paper untuk menubuhkan satu perbadanan agar pengurusan bangunan ini boleh diambil oleh kementerian dan dalam tugas ini adalah mereka akan membantu untuk membuat program- program kesedaran awam agar golongan B40 ini akan dapat ditingkatkan martabat hidup mereka, akan tingkatkan standard of living ataupun juga keadaan kehidupan mereka, dengan memberikan program-program kesedaran awam bagaimana hendak menjaga harta mereka, bagaimana hendak menjaga kebersihan, bagaimana hendak menjaga kesejahteraan dan bagaimana untuk menjaga ataupun financial, pengurusan kewangan mereka juga dalam menguruskan bangunan mereka. Jadi kita harap ini dapat dilaksanakan, by 2019. Walau bagaimanapun, kita harap kalau dapat awal kelulusannya insya-Allah, kita akan laksanakannya seawal mungkin. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Kuala Krau untuk mengemukakan soalan tambahan yang kedua dalam tempoh masa 30 saat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan tahniah Yang Berhormat Menteri.
Soalan saya bersesuaian dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Semua masalah perumahan di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri dan saya percaya hasrat Yang Berhormat Menteri sebelum ini, isu-isu mengenai perumahan mestilah diletakkan di bawah kementerian ini. Adakah Yang Berhormat bercadang untuk skim perumahan seperti Rumah Mesra Rakyat, Rumah PPRT akan diletakkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya dapat diselaraskan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menjawab dalam tempoh masa dua minit 30 saat.
Puan Zuraida binti Kamaruddin
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Saya ingat Yang Berhormat Kuala Krau dia selalu meroyan hendak jadi Yang di-Pertua tetapi alhamdulillah soalan dia...
[Ketawa] Alhamdulillah.
Puan Zuraida binti Kamaruddin
Alhamdulillah, memang itu hasrat kami untuk menyelaraskan semua agensi perumahan yang ada sekarang di bawah satu bumbung seperti apa dalam manifesto kita adalah untuk membentuk National Affordable Housing Council. Ini kita akan laksanakan dan bila kita dapat menyelaraskan semua agensi perumahan ini dalam satu bumbung, maka memudahkan KPKT untuk monitor, untuk pantau daripada segi taburannya, daripada segi konsepnya, daripada segi skimnya, dan daripada segi pricing-nya.
Jadi inilah yang kita akan laksanakan insya-Allah. Akan tetapi proses ini belum lagi di-formalize, belum secara rasmi. Saya akan- selepas diserahkan secara rasmi kepada KPKT, maka kita akan adakan pembentangan, taklimat daripada semua agensi yang lain, dan juga kita kena conduct due diligence kerana kita lihat seperti PR1MA itu, sasaran mereka yang 500,000 patut dilaksanakan 2018, hanya 90,000 saja dapat terlaksana.
Puan Zuraida binti Kamaruddin
Jadi ini antara perkara yang kita juga tidak mahu ambil dalam keadaan kita tidak mengetahui gambaran yang sepenuhnya. Jadi untuk memastikan bahawa we are more cost effective dan kita lebih efisien dalam mengendalikan isu perumahan dalam negara ini. Terima kasih....
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih walaupun langgar peraturan mesyuarat, Peraturan Mesyuarat 36(4), 36(6) tetapi saya terima juga perkataan “meroyan” tersebut dan tahniah Kak Zuraida. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.
[Masa Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
1. Ustaz Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus [Hulu Langat] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, apakah usaha-usaha kerajaan meningkatkan keselamatan makanan negara.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tidak ada buat persiapan kah Menteri, Yang Berhormat Menteri tidak ada.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Tuan Sim Tze Tzin
Saya tunggu Tuan Yang di-Pertua jemput. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Teruskan Timbalan Menteri.
Tuan Sim Tze Tzin
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon supaya soalan ini dijawab bersekali dengan soalan Yang Berhormat Kangar bertarikh 2 Ogos; Yang Berhormat Ledang bertarikh 6 Ogos 2018; dan Yang Berhormat Tanjong Karang bertarikh 16 Ogos 2018 kerana menyentuh isu yang sama berkaitan dengan peningkatan dan tahap jaminan bekalan makanan, food security dan Dasar Agromakanan Negara 2011 hingga 2020.
Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan satu pantun.
*Kelapa diparut di kedai Pak Desa; Ke Pulau Aman dengan sampan; Bekalan makanan cukup sepanjang masa; Agenda utama Kerajaan Harapan...
[Tepuk]*
Tuan Sim Tze Tzin
Tuan Yang di-Pertua, antara usaha-usaha kerajaan yang dilaksanakan bagi meningkatkan jaminan makanan negara adalah:
(i) peningkatan bekalan makanan ruji melalui pembangunan empat kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) iaitu Pekan dan Rompin di Pahang, Batang Lupar di Sarawak dan Kota Belud di Sabah sebagai Jelapang Padi Negara yang baru;
(ii) peningkatan bekalan sumber protein melalui pembangunan Zon Industri Akuakultur dan Industri Tenusu;
(iii) pengurangan kebergantungan kepada bekalan import seperti pembangunan industri jagung bijian untuk ternakan di lokasi-lokasi terpilih;
(iv) penggunaan teknologi-teknologi seperti menggalakkan penggunaan varieti padi sah baharu seperti Siraj 297, dan MR269 yang berhasil tinggi dan rintang penyakit, terutamanya di kawasan yang mudah terdedah kepada penyakit;
(v) meremajakan sektor pertanian seperti mempergiatkan program agropreneur muda dan pembangunan usahawan asas tani bagi menggalakkan penyertaan usaha muda dalam bidang pertanian; dan
(vi) pembangunan infrastruktur pertanian seperti penyediaan prasarana, kemudahan logistik dan pengangkutan bagi membantu aktiviti pengumpulan hasil dan pemasaran seperti pasar tani dan nelayan, pusat pengumpulan dan pengedaran serta lori sejuk beku.
Di samping itu, kerajaan juga menyokong peranan pihak swasta dalam memajukan sektor agromakanan bagi menjamin sekuriti agromakanan negara melalui pemberian insentif cukai pendapatan kepada pelabur dalam sektor agromakanan. Kemudahan e-fitosanitasi secara dalam talian bagi tujuan eksport produk pertanian dan program pengembangan bagi tujuan penyaluran maklumat teknikal.
Tuan Yang di-Pertua, jaminan bekalan makanan atau food security sesebuah negara diukur melalui pencapaian empat komponen iaitu:
(i) ketersediaan atau availability;
(ii) akses atau accessibility;
(iii) keselamatan dan khasiat atau safety and nutrition; dan
(iv) kestabilan atau stability.
Dalam kajian Indeks Jaminan Bekalan Makanan Global tahun 2017, the Global Food Security Index (GFSI) yang dijalankan oleh the Economist Intelligence Unit, Malaysia berada di tangga ke-41 daripada 113 buah negara. Kajian tersebut juga mendapati Malaysia menduduki negara kedua terbaik di Asia Tenggara selepas Singapura dan lebih baik berbanding dengan negara-negara yang dikenali dengan kemajuan sektor pertanian seperti Thailand dan Vietnam.
Tuan Yang di-Pertua, kajian separuh penggal Dasar Agromakanan Negara (DAN) telah dilaksanakan pada tahun 2016. Secara keseluruhan, analisis kajian tersebut mendapati bahawa 11 daripada 15 industri khusus yang dikenal pasti di bawah DAN telah mencapai sasaran yang telah ditentukan.
Namun demikian, industri khusus seperti buah-buahan, kelapa, akuakultur, ikan hiasan, rumpai laut, herba dan cendawan perlu meningkatkan lagi prestasi pengeluaran sebagaimana yang telah ditetapkan.
Antara langkah-langkah yang diambil untuk memastikan semua objektif DAN tercapai pada tahun 2020 adalah seperti berikut:
Tuan Sim Tze Tzin
(i) mengenal pasti input alternatif yang boleh dihasilkan dalam negara dan menggalakkan pembabitan sektor swasta dalam mengkomersialkan agromakanan di peringkat domestik bagi mengurangkan kebergantungan kepada import;
(ii) mengadaptasi teknologi terkini yang boleh meningkatkan hasil pertanian, mengenal pasti amalan yang mampu mengekalkan serta meningkatkan tahap kesuburan tanah dan alternatif pengurusan tanah;
(iii) memperkukuhkan silibus pertanian sebagai subjek di pusat latihan pertanian dalam usaha berterusan untuk membentuk pekerja industri agromakanan yang celik teknologi terutamanya golongan pekerja muda; dan
(iv) memperkukuhkan peraturan sedia ada menerusi peningkatan kapasiti dan kebolehan terhadap penguatkuasaan semasa dan meningkatkan kerjasama erat di antara kerajaan, pemain industri dan agensi yang relevan bagi memastikan inisiatif kekal relevan dengan keperluan industri.
Tuan Yang di-Pertua, negara Malaysia sekarang mempunyai populasi 30 juta orang.
Ini adalah menjadi satu tanggungjawab yang sangat berat dan penting bagi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk memastikan bekalan makanan secukupnya untuk rakyat di Malaysia. Saya akhiri dengan serangkap pantun lagilah.
Kalau pergi ke Tanjung Keramat; Anak manja jangan diangkat; Bersama kita mohon rahmat; Semoga persidangan ini dapat berkat. Terima kasih.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Kuala Terengganu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya mempersilakan Yang Berhormat Rembau.
Ustaz Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Hulu Langat ingin bertanya. Soalan tambahan Hulu Langat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Oh! Maaf, saya mempersilakan Yang Berhormat Hulu Langat untuk bertanyakan soalan tambahan.
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Buruk siku kah?
Ustaz Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada pantun-pantun daripada Timbalan Menteri.
Saya merujuk kepada Majlis Penasihat Pertanian Negara, baru-baru ini Yang Berhormat Menteri pernah menyebutkan kerajaan juga berharap Majlis berkenaan dapat memberikan saranan menggandakan eksport hasil pertanian dan industri asas tani, sekali gus meningkatkan pendapatan golongan dalam sektor berkenaan.
Saya ingin bertanya, apakah status dan peranan Majlis Penasihat Pertanian Negara dalam mengembalikan imej yang baik kepada pihak kementerian, khusus dalam usaha meningkatkan keselamatan makanan negara. Terima kasih.
Tuan Sim Tze Tzin
Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Hulu Langat. Seperti yang telah saya jawab tadi bahawa kerajaan melalui beberapa inisiatif telah ingin meningkatkan food security di negara ini. Setakat ini, kita sebenarnya mempunyai self- sufficiency level yang amat baik.
Tuan Sim Tze Tzin
| Item | Self-sufficiency level (%) |
|---|---|
| Telur ayam dan itik | 119.0 |
| Daging ayam dan itik | 103.0 |
| Beras | 71.4 |
| Buah-buahan | 79.0 |
| Sayur-sayuran | 48.3 |
| Ikan | 94.7 |
| Daging lembu dan kerbau | 23.4 |
Jadi, kita akan terus mengusahakan supaya meningkatkan melalui pelbagai inisiatif yang saya jawab tadi untuk meningkatkan self-sufficiency level untuk negara kita. Ini adalah usaha kerajaan untuk menjamin food security negara kita. Terima kasih.
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, dalam kita cuba meningkatkan keselamatan makanan negara atau food security, kita perlu mengimbangi dua perkara. Pertamanya adalah kadar sara diri ataupun self-sufficiency level. Kedua adalah kos makanan itu sendiri. Kita kena ikut teori comparative advantage. Ada keperluan yang kita sendiri keluarkan, ada keperluan yang kita terpaksa beli daripada negara lain. Tidak ada negara dalam dunia yang completely self- sufficient dengan izin.
Jadi saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, memandangkan food import bill deficit kita lebih kurang RM20 bilion setahun, apakah tahap sara diri atau pun self- sufficiency level yang disasarkan untuk kita mencapai kedua-dua objektif tersebut? Satu, kita jaga kos dan satu lagi kita menjamin bekalan yang cukup. Saya bagi contoh, jelapang padi di Kota Belud mungkin tidak feasible daripada segi kos dan lebih feasible untuk kita melihat kepada bekalan import daripada negara lain. Jadi, apakah dasar kerajaan baharu dalam mengimbangi kedua-dua objektif tersebut? Terima kasih.
Tuan Sim Tze Tzin
Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Terima kasih soalan yang bagus.
Setakat ini, balance of trade kita seperti yang telah diberitahu oleh Yang Berhormat Rembau tadi adalah RM19.495 bilion. Jadi, kita mempunyai masalah bahawa balance of trade yang agak tinggi. Kita terpaksa kerana ada masalah kos makanan yang semakin tinggi, pada masa yang sama SSL kita. Kalau kita ingin mencapai SSL yang tinggi, maka investment kepada pertanian harus ditingkatkan. Mungkin akan lebih berbaloi kalau kita import seperti yang telah dinyatakan dalam isu padi tadi. Padi kalau kita invest lebih dalam membuat jelapang padi yang baru, kita perlu adakan investment yang agak besar untuk perparitan, saliran air dan juga subsidi baja, pelbagai subsidi untuk petani dan pesawah.
Jadi, ini adalah satu dilema di mana kalau kita ingin mencapai SSL yang lebih tinggi.
Kos di Malaysia ini untuk mencapai SSL itu agak besar, lebih baik kita import. Jadi isu ini adalah kita perlu mengimbangi. Kita tidak boleh kata semata-mata untuk mencapai 100 peratus self-sustainable level untuk padi, tetapi investment itu terlalu besar. Jadi gradually kita perlu ada sedikit investment yang baru. Ini kerana kita tahu bahawa populasi negara semakin meningkat. Keperluan untuk makanan semakin meningkat. Jadi, kita harus ada sedikit perancangan untuk meningkatkan SSL atau maintain SSL.
Jadi apa yang kita harus mohon adalah kerjasama daripada kerajaan-kerajaan negeri untuk memberi tanah kepada sektor pertanian. Ini kerana buat masa sekarang, kerajaan negeri mereka lebih berminat untuk menjual tanah kepada industri membuat kilang dan juga perumahan.
Tuan Sim Tze Tzin
Akan tetapi kita tahu bahawa setiap orang perlu makan, makanan itu adalah daripada sektor pertanian. Jadi haruslah kerajaan negeri memperuntukkan tanah untuk pertanian supaya kita menurunkan kos pertanian dan kita pada masa yang sama, boleh mencapai SSL yang lebih sustainable.
Jadi, saya faham tentang apa yang telah dibincangkan oleh Yang Berhormat Rembau dan kerajaan akan mengambil approach yang lebih balance. Walaupun kita boleh import tetapi pada masa yang sama, kita pun kena memastikan food security dan meningkatkan produktiviti. Tadi saya telah jawab bahawa kita menggunakan benih yang lebih berkualiti seperti rintangan terhadap penyakit supaya produktiviti meningkat dan SSL maintain atau meningkat. Sekian, terima kasih.
2. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed [Jeli] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, bilakah projek pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa akan dimulakan, dan apakah cadangan untuk menangani kesesakan di lapangan terbang tersebut sebelum projek ini siap.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Dato’ Kamarudin Jaffar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Jeli kerana membangkitkan soalan ini.
Tuan Yang di-Pertua, projek menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra telah diluluskan pada 29 Mac 2016 secara tender terhad kepada lima kontraktor. Keputusan Lembaga Perolehan, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan Malaysia pada 4 Oktober 2017.
Walau bagaimanapun, pada 27 Oktober 2017, Kementerian Kewangan Malaysia pada ketika itu telah mengarahkan agar projek ini ditender semula kepada lima kontraktor yang sama tadi.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sehingga kini, projek ini sedang dalam proses penilaian tender. Walau bagaimanapun, dasar semasa Kerajaan Pakatan Harapan adalah proses perolehan dilaksanakan secara tender terbuka bagi mendapatkan lebih nilai dan lebih telus. Proses tender terbuka ini akan dilaksanakan secepat mungkin selepas perbincangan dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pengangkutan mengambil maklum akan keperluan segera Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dinaik taraf. Reka bentuk semasa lapangan terbang ini hanya mampu menampung 1.5 juta orang penumpang setahun. Pada tahun 2016, lapangan terbang ini telah mengendalikan seramai 2.06 juta orang penumpang.
Hal ini telah mengakibatkan kesesakan penumpang di kawasan-kawasan daftar masuk, public concourse, dengan izin, pemeriksaan keselamatan, balai berlepas dan lain-lain kawasan terutamanya pada waktu puncak.
Berhubung dengan isu kesesakan di lapangan terbang ini, pihak Malaysia Airports Sendirian Berhad (MASB) telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi menangani kesesakan dan meningkatkan keselesaan ini. Inisiatif yang telah dilaksanakan oleh pihak MASB di lapangan terbang tersebut adalah seperti berikut:
(i) penambahbaikan di kawasan curbside, dengan izin:
(a) pemasangan tonggak jalan (bollard) bagi mengelakkan parkir kereta tidak sah;
(b) menaik taraf akses alternatif bagi mengurangkan kesesakan di kawasan laluan ketibaan dan akses kedua laluan keluar terminal;
(c) mewujudkan lorong pantas untuk kelancaran aliran kenderaan di sepanjang laluan masuk ke terminal; dan
(d) kawasan pick-up diwujudkan di laluan masuk ketibaan.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Dato’ Kamarudin Jaffar
(ii) penambahbaikan di kawasan pintu masuk pelepasan dan pemeriksaan keselamatan:
(a) mengubah lokasi mesin ATM;
(b) kerusi urut diubah;
(c) kios penerangan TIC atau Tourism Information Centre; dan
(d) pemasangan queue lane di laluan pintu masuk pelepasan.
(iii) dilakukan pemasangan tambahan panel flight information display system, dengan izin, di kawasan pelepasan dan ketibaan; dan
(iv) membaik pulih 120 bangku tempat duduk di kawasan pelepasan.
Terima kasih.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed - Jeli
Tuan Yang di-Pertua, walaupun Timbalan Menteri sekarang ini mewakili penduduk Bandar Tun Razak, saya kira Menteri masih lagi ulang-alik ke Kelantan. Maka beliau faham masalah ini.
Pertama, soalan saya ialah, adakah projek ini akan menjadi mangsa kepada alasan kekangan kewangan? Maknanya beberapa projek di tangguh ataupun dihentikan, di KIV kerana hutang besar, hutang tinggi. Adakah yang menjadi mangsa kepada alasan ini?
Sehubungan itu, saya hendak tahu dari segi prioriti, senarai keutamaan di Kementerian Pengangkutan, adakah projek ini merupakan prioriti tertinggi ataupun prioriti di bawah?
Kedua, berkaitan dengan kesesakan sekarang ini kerana sesuatu projek itu mengambil masa untuk disiapkan Tuan Yang di-Pertua, mungkin empat tahun. Sekarang ini 2018, kalau dimulakan dalam tempoh lima hingga enam bulan. Kata 2022, empat tahun ini masa yang lama.
Adakah kementerian bercadang untuk menyediakan peruntukan bagi membuat beberapa penambahbaikan yang radikal kerana kesesakan ini terlalu serius. Sebulan dua lagi akan dimulakan satu penerbangan antarabangsa ke Surat Thani dan ada hal-hal berkaitan keselamatan umpamanya apabila berlaku pencampuran penumpang dalam dan luar negara. Ada masalah keselamatan, ada juga masalah apabila berlaku retiming ataupun, dengan izin, flight delays, maka oleh kerana kawasan departure dan arrival itu sama sahaja maka ini menimbulkan masalah yang amat serius khususnya bila hujan.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, yang pertama, sama ada projek ini tinggi dalam senarai prioriti kementerian ataupun ia akan menjadi mangsa kepada penangguhan dengan alasan- alasan yang disebutkan tadi?
Kedua, empat tahun ialah tempoh yang lama, macam mana kementerian hendak atasi masalah kesesakan yang amat rumit khususnya apabila penerbangan antarabangsa ini dimulakan dalam tempoh sebulan dua lagi? Terima kasih.
Dato’ Kamarudin Jaffar
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Jeli.
Sebagaimana yang saya maklumkan tadi, projek ini sebenarnya telah dirangka, dirancang semenjak tahun 2016 lagi dan sepatutnya ia telah dilaksanakan sebelum dan selesai dilaksanakan sebelum pilihan raya umum yang lalu lagi...
[Tepuk] Akan tetapi oleh kerana ia tidak diselesaikan, urusan tender tidak dimuktamadkan dan oleh sebab kita kerajaan yang baru dan kita berhajat dalam masa kita hendak mewujudkan pembangunan yang pesat untuk negara kita tetapi proses, pelaksanaan sesuatu perolehan dan sebagainya adalah berlandaskan kepada proses yang telus, tidak rasuah dan seperti itu.
Oleh sebab itu, maka kita tertakluk pada prinsip-prinsip baru kerajaan baru kita ini, walau bagaimanapun kementerian janji bahawa proses ini terletak di dalam kalangan salah satu daripada prioriti, keutamaan oleh kementerian ini untuk melaksanakannya. Saya amat...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Soalan tambahan, soalan tambahan.
Dato’ Kamarudin Jaffar
Saya amat bersimpati dengan apa yang Yang Berhormat Jeli sebutkan sebab saya pun seperti beliau, adalah pengguna yang agak kerap lapangan terbang kita di Kota Bharu itu. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan, saya jemput Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terima kasih pada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Timbalan Menteri yang telah pun menjawab soalan tadi.
Soalan tambahan saya berkaitan dengan status Airport Pengkalan Chepa ini, adakah dalam perancangan semasa kerajaan untuk di-upgrade kepada airport bertaraf antarabangsa? Ini kerana kalau kita melihat kepada perbandingan kehadiran penumpang ini, dia seakan-akan menyamai Airport Antarabangsa Senai di Johor Bahru dan jauh melebihi kapasiti kehadiran penumpang di Airport Kuala Terengganu. Begitu juga dengan laluan- laluan domestik ke Malaysia timur seperti Sabah dan Sarawak. Adakah dalam perancangan kementerian untuk menjadikan ia lebih banyak dan memberi kemudahan yang baik kepada penumpang?
Dato’ Kamarudin Jaffar
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Sebenarnya dalam negara kita Malaysia ini, kita sudah pun mempunyai enam buah lapangan terbang bertaraf antarabangsa. Iaitu KLIA, Kota Kinabalu, Kuching, Pulau Pinang, Langkawi dan Johor Bahru. Status lapangan-lapangan terbang yang lain termasuk lapangan terbang kita di Kota Bharu ini ialah dipanggil sebagai lapangan terbang feeder kepada lapangan-lapangan terbang antarabangsa ini.
Walau bagaimanapun, sebagaimana Ahli Yang Berhormat maklum dan kita semua agaknya tahu, lapangan terbang Kota Bharu ini boleh mengendalikan operasi-operasi dan sedang mengendalikan beberapa operasi-operasi penerbangan antarabangsa. Tinggal lagi tarafnya dari segi perkiraan teknikal kementerian ia tidak disebut sebagai lapangan terbang antarabangsa.
Berkaitan dengan dasar kita untuk menggalakkan penerbangan-penerbangan domestik sebagaimana Yang Berhormat Menteri dalam peringkat MQT tadi maklumkan bahawa memang dasar kita bersama-sama dengan kementerian-kementerian lain yang terlibat, pelancongan dan sebagainya memang menggalakkan penerbangan-penerbangan dan penggunaan-penggunaan lapangan-lapangan terbang termasuklah kita di Kota Bharu.
Terima kasih.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya telah beri cukup soalan tambahan.
3. Tuan Mordi anak Bimol [Mas Gading] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan, tentang peruntukan yang telah disalurkan bagi membantu menyelesaikan masalah keperluan asas seperti bekalan air terawat dan sistem paip bekalan air.
Menteri Pembangunan Luar Bandar - Puan Rina binti Mohd Harun
Terima kasih Yang Berhormat Mas Gading, Tuan Yang di-Pertua.
Untuk makluman Yang Berhormat, sepanjang tempoh tahun 2011 hingga tahun 2015 sebanyak RM5.13 bilion telah diperuntukkan bagi pelaksanaan 347 projek bekalan air luar bandar di seluruh Malaysia. Sebanyak 309,392 buah rumah telah mendapat bekalan air terawat sepanjang tempoh tersebut.
Daripada jumlah itu, sebanyak RM1.99 bilion telah diperuntukkan bagi pelaksanaan 78 projek bekalan air luar bandar di negeri Sarawak yang telah memberi manfaat kepada 81,142 buah rumah.
Menteri Pembangunan Luar Bandar - Puan Rina binti Mohd Harun
Manakala bagi tempoh RMKe-11 sebanyak RM987.92 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan 77 projek bekalan air luar bandar di seluruh Malaysia.
Bermula Januari 2016 sehingga Jun 2018 sebanyak 8,929 buah rumah telah menerima manfaat daripada projek-projek ini. Sebanyak RM412.04 juta pula telah diperuntukkan bagi pelaksanaan 38 projek bekalan air luar bandar di negeri Sarawak yang telah memberi manfaat kepada 1,818 buah rumah dalam tempoh RMKe-11 ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ada soalan tambahan?
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Setiu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Mas Gading sila.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Okey. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar. Apa yang berlaku di Sarawak terutamanya di kawasan Mas Gading ini, kalau hendak cakap fasal pipelaying works itu sudah- meter paip yang sambung ke rumah-rumah pun sudah, tangki simpanan air yang besar itu pun sudah tetapi sampai sekarang masih juga tiada air...
[Dewan Ketawa]
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Banyak projek-projek bekalan air itu memang nampaklah, atas kertas memang ada, tapi apa yang berlaku di kawasan luar bandar di Sarawak, paip air itu tak ada, tetapi air tak ada. Angin pun sudah habis keluar dari paip air itu.
Jadi, dia samalah macam kes empangan hidro di Sarawak, sana sini ada empangan hidro. Akan tetapi kampung yang di sebelah empangan itu tidak ada elektrik. Jadi benda yang sama berlaku. Jadi boleh atau tidak sementara menunggu projek bekalan air ini untuk ditambah baik, boleh atau tidak peruntukan khas disalurkan kepada kawasan-kawasan di mana kita boleh lakukan tambah baik untuk projek graviti sementara menunggu bekalan air terawat ini sebab banyak kawasan di Sarawak, kampung-kampung terletak di kawasan gunung yang boleh menerima bekalan air daripada gunung-gunung melalui projek bekalan air graviti tapi memerlukan penambahbaikan untuk projek-projek ini.
Puan Rina binti Mohd Harun
Terima kasih di atas soalan tambahan tadi Yang Berhormat Mas Gading.
Kita sedia maklum memang ada beberapa perkara dan kes-kes yang sebegini terjadi. Sebenarnya daripada pihak kementerian, kita telah pun membuatkan paip agihan dan sebagainya tetapi kalau tiada air itu kita akan berbincang semula dengan kerajaan negeri, itu satu.
Kedua, bila semakin banyak rumah yang dibuat dan kita terpaksa tap daripada loji yang sedia ada, kadang-kadang melibatkan tekanan air yang rendah dan tidak cukup untuk disalurkan kepada rumah-rumah yang baru itu.
Puan Rina binti Mohd Harun
Saya menerima pandangan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat tadi. Kita perlu ada juga cadangan-cadangan alternatif kerana bagi kami walaupun ini adalah warisan daripada kerajaan yang lepas, kepentingan rakyat itu tetap akan diutamakan. Insya-Allah, kita akan berbincang dan kita juga akan melihat kes ini secara lebih terperinci supaya yang pentingnya rakyat walau di mana sahaja mereka berada, isu air ini akan dapat diatasi. Terima kasih.
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
[Bangun]
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Setiu, Setiu.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan, Jelebu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya minta dan benarkan Yang Berhormat Beaufort untuk bertanya. Sila. Yang Berhormat Beaufort, ya.
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.
Walaupun saya faham Yang Berhormat Menteri masih baru lagi tetapi saya yakin Yang Berhormat Menteri boleh menjawab soalan ini kerana telah diberi briefing oleh para pegawai.
Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua, walaupun sudah banyak program dan projek yang diturunkan oleh kerajaan sebelum ini dengan tujuan untuk menambah baik bekalan air di luar bandar, termasuklah di negeri Sabah, namun saya perhatikan bahawa masalah ini masih lagi berlarutan dan menjadi kemarahan kepada rakyat.
Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah sebenarnya kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh kementerian mahupun kerajaan bagi menangani masalah bekalan air di luar bandar, khususnya di negeri Sabah, termasuklah di kawasan saya sendiri dalam Parlimen Beaufort? Terima kasih Yang Berhormat.
Puan Rina binti Mohd Harun
Terima kasih kepada Yang Berhormat Beaufort.
Sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua, antara isu-isu yang menyebabkan tentang air ini adalah disebabkan keadaan geografi muka bumi itu. Sesuatu tempat apabila kita hendak membuat paip air dan sebagainya, yang berbukit dan jarak yang jauh daripada sumber loji rawatan air ataupun paip air utama itu juga. Selain daripada itu, kita hendak mengekalkan tekanan air tangki aras tinggi dan pam pengguna yang perlu dibina. Itu antara isu-isu selain juga daripada isu dengan kerajaan negeri.
Dalam lawatan saya ke Sabah baru-baru ini, alhamdulillah, kita telah bertemu dengan Ketua Menteri Sabah. Insya-Allah, banyak kerjasama yang akan dapat dibuat di antara Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri Sabah. Banyak yang telah dibincangkan juga termasuk juga tentang isu air. Insya-Allah, dalam usaha-usaha ini, kami akan merangka ke arah kemudahan air ini, terutamanya air, elektrik kepada rakyat Sabah terutamanya. Sekian, terima kasih.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Satu lagi, sebab nak tanya soalan dasar.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, saya hanya benarkan dua soalan tambahan sahaja.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Soalan dasar. Satu lagi.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Minta maaf.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Setiu, Tuan Yang di-Pertua, Setiu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Tidak, tidak. Saya hanya benarkan dua soalan tambahan sahaja.
Datuk Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Tuan Yang di-Pertua, ini untuk Sarawaklah.
4. Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria [Parit] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, apakah jaminan serta komitmen kementerian bahawa perumahan PR1MA akan diteruskan pembinaannya, atau adakah terdapat mekanisme baru yang akan diwujudkan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Puan Zuraida binti Kamaruddin
Terima kasih Yang Berhormat Parit di atas soalan mengenai PR1MA. Sangat berminat nak mengetahui masa depan PR1MA dalam Kerajaan Pakatan Harapan yang baharu ini. So, alhamdulillah. Walau bagaimanapun, Kerajaan Pakatan Harapan yang baharu ini amat komited untuk memastikan kita membina cukup rumah untuk rakyat Malaysia. Atas nama apa, itu perkara kedua. Perumahan PR1MA ini walaupun sudah diuar-uarkan akan diletakan di bawah satu entiti di bawah Kementerian KPKT tetapi secara formalnya, ia belum lagi diserahkan kepada KPKT.
Walau bagaimanapun, sekiranya satu proses yang telus, satu proses handover yang proper yang kita akan harapkan daripada PR1MA untuk dibentangkan kepada KPKT, daripada situ barulah kita akan membuat tindakan-tindakan yang sewajarnya. KPKT mengharapkan agar KPKT akan menjadi satu entiti perumahan untuk seluruh negara dan akan consolidate kesemua agensi ini dan kesemua resourcesnya agar kita dapat menghasilkan satu projek perumahan awam yang boleh dimanfaatkan rakyat Malaysia, khususnya di kalangan B40. Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila, Yang Berhormat Parit.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanyakan, sejauh manakah kerajaan berhasrat untuk membina dan membanyakkan rumah mampu milik khususnya di kawasan luar bandar dan menurunkan harga mengikut lokasi yang dibina? Apakah terdapat sebarang kekangan di antara Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri dalam status pengambilan tanah yang bersesuaian? Adakah kerajaan telah melaksanakan kajian bagi mengimbangi keseimbangan antara penawaran serta permintaan? Terima kasih.
Puan Zuraida binti Kamaruddin
Yang Berhormat Parit, di antara perkara-perkara yang kita pertimbangkan dalam menggubal dasar-dasar baru ini, itulah perkara-perkara yang kita akan meneliti dan menyemak dan mengkaji daripada segi big datanya agar sasaran kita untuk permintaan dan demand and supply itu tidaklah jauh sasarnya. Jadi, ini adalah satu perkara yang KPKT sedang merancang agar kita ada satu sistem yang boleh memberikan kita satu projection yang lebih tepat dalam merangka keperluan dan permintaan rumah yang akan datang.
Jadi, untuk lokasi-lokasi yang disebut tadi, tentang harga rumah di luar bandar dan di bandar, yang itu juga kita pertimbangkan daripada segi lokasinya kerana sudah tentu rumah di Kuala Lumpur nilainya lebih mahal daripada rumah di Parit, contohnya. Juga mengenai lokasi dan juga harga. Ya, dengan adanya sistem yang tadi saya sebut dalam MQT tadi, bahawa kita akan mendapatkan kerjasama dengan kerajaan negeri. Saya sudah buat satu statement, menawarkan kerajaan negeri agar memberikan tanah kepada KPKT yang sempurna dengan infrastruktur.
Setakat ini hanya negeri Selangor sahaja memberi respons kepada saya bahawa kerajaan negeri willing to work together with KPKT, bekerjasama dengan KPKT. Ini adalah satu perkara yang saya hendak mempertanggungjawabkan kepada state government, terutamanya Menteri Besar, bahawa mereka juga bertanggungjawab dalam memenuhi permintaan rumah di dalam negeri mereka dan mereka juga bertanggungjawab untuk memastikan rakyat di negeri mereka itu ada rumah. Jadi dengan itu, kerajaan negeri harus bertanggungjawab dalam memberikan tanah-tanah, identify atau mengenal pasti tanah-tanah yang boleh diberikan kepada KPKT untuk membina rumah untuk rakyat mereka.
Jadi, ini satu tanggungjawab bersama dan saya amat berharap kerajaan negeri akan dapat kerjasama yang kuat dan boleh kita merealisasikan agar B40 ini terutamanya yang menjadi fokus kita dan tumpuan kita akan dapat satu rumah yang selesa. Saya juga berharap dengan penyelarasan ini semua, kita akan dapat menurunkan harga rumah dan memberikan rumah yang lebih selesa kepada rakyat golongan B40 terutamanya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Soalan tambahan.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Soalan tambahan. Ipoh Timur.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya mempersilakan Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Ampang di atas jawapan yang begitu padat. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk bertanyakan soalan tentang projek PR1MA di Pulau Pinang. Ini kerana sebelum itu, harus dinyatakan di sini bahawa Yang Berhormat Ampang dalam masa seminggu selepas mengambil jawatan sebagai Menteri telah berjumpa dengan Yang Berhormat daripada kawasan saya, Yang Berhormat Datuk Keramat yang juga merupakan Exco Perumahan, di mana saya difahamkan perbincangan-perbincangan berhasil dan projek-projek baru perumahan akan dilaksanakan di kawasan-kawasan tertentu di Pulau Pinang.
Saya membangkitkan perkara ini kerana pertamanya, saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Ampang di atas kesudian berjumpa dengan Yang Berhormat Exco daripada Pulau Pinang. Pada masa yang sama, umum mengetahui bahawa Projek PR1MA ini kalau kita bandingkan daripada projek-projek di tempat lain...
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sabarlah dulu, Yang Berhormat. Pulau Pinang telah dianaktirikan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, ajukan soalan cepat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya. Pulau Pinang telah dianaktirikan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Semua perkara yang bermula dengan 1Malaysia, umum mengetahui telah lingkup. Tidak ada satu pun yang berjaya. Jadi, soalan saya adalah, pertamanya, adakah apa-apa hasrat untuk kita menjenamakannya semula?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kita buangkan 1Malaysia ini kerana umum mengetahui 1Malaysia ini adalah temberang belaka. Tidak boleh dilaksanakan. 1Malaysia ini adalah satu sandiwara...
[Disampuk] Kalau kita bayangkan isu perumahan- tunggulah dulu, sabar dulu. Isu perumahan rakyat di Pulau Pinang telah dianaktirikan...
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Rakyat yang memerlukan rumah di Pulau Pinang tidak diberi perhatian oleh Kerajaan Barisan Nasional...
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Mabuk, mabuk kah?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tiap kali ada pilihan raya Yang Berhormat Pekan akan datang ke Pulau Pinang mengumumkan berulang kali, berulang kali...
Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit
Lari tajuklah. Tuan Yang di-Pertua lari tajuk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Akan tetapi tidak ada sebarang...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Soalan saya, soalan saya, bilakah projek PR1MA akan dilaksanakan di Pulau Pinang? Bolehkah PR1MA ini dijenamakan semula kerana PR1MA ini adalah satu sandiwara dan temberang belaka.
Terima kasih.
Puan Zuraida binti Kamaruddin
Alhamdulillah Yang Berhormat Jelutong, terima kasih Yang Berhormat Jelutong.
Sememangnya nama-nama- dasar Kerajaan Pakatan Harapan adalah untuk memberi penjenamaan baharu kepada semua projek baharu yang dikendalikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.
Puan Zuraida binti Kamaruddin
Jadi kita juga faham perkataan “1Malaysia” itu menjadi mimpi buruk kepada rakyat Malaysia dan telah memenangkan kita, Pakatan Harapan pada pilihan raya yang lepas. Jadi insya-Allah, mimpi buruk itu kita memperbaikinya, akan ia lebih mencantikkan, menceriakan hidup rakyat Malaysia.
Walau bagaimanapun PR1MA, saya cukup ingin menyatakan di sini bahawa walaupun ketika itu Selangor dan Pulau Pinang di bawah Kerajaan Pakatan Harapan yang seolah-olah– memang dianaktirikan tetapi mereka mampu berdaya untuk meningkatkan taraf hidup rakyat mereka dan mereka mampu untuk menyediakan perumahan dan skim-skim yang lebih jauh progresif daripada Kerajaan Pusat, alhamdulillah syabas dan tahniah. Inilah model-model yang insya-Allah kita akan terapkan dalam penggubalan dasar baharu untuk Kerajaan Pakatan Harapan yang baru, insya-Allah. Sehubungan dengan itu saya juga minta kerana Yang Berhormat Jelutong sebut saya turun padang. Memang saya turun padang untuk menyelesaikan masalah developer, pembeli dan sebagainya, kelewatan projek dan sebagainya. Ini saya hendak seru semua wakil rakyat-wakil rakyat yang ada di sini agar menjadi fasilitator, turun padang berjumpa dengan pembeli, berjumpa dengan developer memberikan satu solution, memudah cara untuk mereka. Tidak kira pembangkang ataupun kami di sini, peranan Ahli Parlimen, Yang Berhormat ini amat penting kerana dihormati di bawah sana maka peranan untuk memudah cara ini saya harap akan dapat juga dilaksanakan di semua pihak, kerajaan dan juga pembangkang. Terima kasih.
5. Laksamana Muda Dato' Pahlawan Danyal Balagopal Abdullah (B) [Port Dickson] minta Menteri Tenaga Manusia menyatakan, rancangan untuk menggalakkan para majikan agar memilih untuk mengupah warganegara daripada mengupah pekerja asing, seperti menangani masalah dari segi kos pengupahan dan hak pekerja.
Menteri Tenaga Manusia - Tuan M. Kulasegaran
Tuan Yang di-Pertua pengambilan pekerja asing di dalam pasaran kerja tempatan secara khususnya bagi menampung kekosongan pekerja di dalam sektor dan industri yang berintensif tenaga buruh kurang mahir atau tidak mahir. Antara jenis pekerjaan sebut adalah seperti buruh binaan, operator kilang, pencuci, buruh ladang dan pertanian yang tidak memerlukan sebarang kelulusan atau sijil kemahiran vokasional.
Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh JobsMalaysia, pekerjaan seumpamanya ini adalah jenis pekerjaan yang mana bilangan kekosongan melebihi bilangan permohonan oleh warga tempatan. Justeru, bidang pekerjaan yang diisi oleh pekerja asing adalah tidak menjejaskan peluang mewujudkan persaingan atau mengambil alih tempat pekerja warga tempatan yang mempunyai kemahiran dan persijilan vokasional.
Pengambilan pekerja asing juga bukanlah bagi menggantikan para lulusan vokasional tempatan dalam pasaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran dan persijilan yang diiktiraf sama ada oleh kerajaan atau industri. Polisi kerajaan adalah tetap mengutamakan warga tempatan dalam pengambilan pekerja dan berusaha untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga asing kepada tidak melebihi 15 peratus daripada tenaga kerja seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas.
Kerajaan juga telah menggariskan beberapa strategi bagi mengurangkan pergantungan terhadap tenaga buruh asing dan antaranya ialah menggalakkan automasi, aktiviti berintensif buruh dan migrasi kepada aktiviti berintensif pengetahuan dalam semua sektor pertanian, pembuatan dan pembinaan yang pada masa ini menggaji lebih daripada 30 peratus tenaga buruh asing.
Berdasarkan rekod pekerja asing, kebanyakannya mengisi kekosongan dalam kategori pekerjaan tidak mahir, yang kurang diminati oleh pekerja tempatan. Semua usaha dan strategi tersebut adalah antara tindakan berterusan kerajaan bagi memastikan para pekerja warga tempatan mempunyai kemahiran dan persijilan vokasional untuk mengisi pekerjaan di dalam pelbagai sektor. Sehubungan ini pengambilan pekerja asing adalah bukan untuk menggantikan para lepasan vokasional dalam pasaran pekerjaan tempatan. Terima kasih.
Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Danyal Balagopal Abdullah (B) - Port Dickson
Soalan tambahan. Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Masalah kekurangan pekerja amat ketara di restoran-restoran dan kedai-kedai makan. Perniagaan restoran amat terjejas apabila pihak restoran tidak dapat membawa masuk pekerja-pekerja asing. Pekerja tempatan pula tidak menampakkan minat bekerja di restoran-restoran.
Beberapa minggu yang lepas, Yang Berhormat Menteri ada membuat pengumuman untuk hanya membenarkan tukang masak tempatan sahaja untuk bekerja di restoran-restoran.
Soalan saya, adakah ia akan dijadikan satu dengan izin, a blanket policy by the ministry or would it be dealt with on a case-to-case basis. Adakah kementerian akan masih membenarkan restoran-restoran untuk menggaji pekerja-pekerja asing untuk menampung kekurangan pekerja industri ini.
Tuan M. Kulasegaran
Terima kasih soalan yang tepat. Betul saya telah membuat cadangan tersebut di mana kita perlukan memberi keutamaan kepada pekerja-pekerja dalaman di negara ini. Akan tetapi kita ada banyak bantahanlah dari restoran-restoran mengatakan a new policy shift ini tidak memberi masa untuk mereka mengatasi masalah kekurangan pekerja-pekerja untuk diisi oleh pekerja-pekerja dalaman di negara ini.
Akan tetapi pada hasrat ini, kita hendak ada polisi win-win di mana ia tidak ada blanket policy kita akan memberi peluang kepada semua restoran-restoran termasuk majikan-majikan untuk membawa atau mempelawa mereka bekerja, membawa foreign guest workers untuk bekerja di negara ini. Itu nombor satu.
Polisi itu tidak berubah kerana kita kekurangan pekerja-pekerja yang minat dalam pekerjaan yang tertentu, dangerous- the 3Ds, “dangerous, difficult and dirty” but in principal.
Akan tetapi usaha dalam ini kita perlu ingat juga kita bergantungan terlampau kepada pekerja asing perlu diberhentikan. Kita perlu inisiatif yang baharu, polisi yang baharu. Maka Kabinet telah baru-baru ini menubuhkan satu jawatankuasa di antara Menteri Dalam Negeri dengan kementerian saya.
Saya dengan Yang Berhormat Pagoh untuk mencadangkan satu polisi yang baharu dalam pengambilan pekerja asing dan juga apakah rasional bekas kerajaan di mana telah pada pandangan kami terlampau memberi keutamaan kepada pekerja-pekerja asing sehingga seorang bernama Datuk Seri Amin yang telah dibenarkan membawa special case basis, lebih dari 200,000 orang tanpa pengetahuan kementerian saya.
Ini adalah kerana haphazard policy, maka ini adalah satu di antara perkara yang kita akan kaji dan buat beberapa cadangan atau bawa dasar yang baharu.
Tuan M. Kulasegaran
Akhir sekali, saya setuju bahawa buat sementara adalah case-to-case di mana restoran-restoran permintaan mereka dan juga adakah ini wajar atau tidak, keputusan itu akan dibenarkan atau tidak. Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Soalan tambahan.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Baling.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Baling, tidak pernah dapat Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Dipersilakan Yang Berhormat Baling. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang menjawab soalan.
Saya amat teruja dengan jawapan tersebut bila mana Yang Berhormat Menteri sendiri menyebutkan bahawa polisi kerajaan akan memberi ruang dan peluang kepada anak tempatan, rakyat tempatan untuk mendapatkan pekerjaan.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Namun, kalau kita lihat dalam Pakatan Harapan juga telah berjanji naikkan gaji minimum kepada RM1,500 sebagai usaha untuk mengurangkan pergantungan kepada warga asing. Walau bagaimanapun, kalau kita tengok pada angka yang telah dikeluarkan oleh data yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan sehingga akhir 2017 ada 500,000 rakyat tempatan yang masih menganggur.
Jadi, soalan saya, apakah pelan tindakan yang akan diambil oleh kerajaan bagi memastikan manifesto yang mana akan memberikan gaji sebanyak RM1,500 kepada rakyat tempatan? Juga berapa lama masa yang diperlukan selain daripada menyatakan sedang dikaji, sedang dikaji dan Yang Berhormat Timbalan Menteri beritahu hanya lima tahun RM1,500 ini akan dilaksanakan.
Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri boleh memberi penjelasan pada Dewan yang mulia ini agar kita semua ada tanggungjawab untuk membantu rakyat kita yang telah mengundi kita untuk memberikan peluang pekerjaan. Sama-samalah kita lihat kerajaan baharu ataupun Malaysia Baharu ini dapat benar-benar melunaskan janji dalam manifesto Pilihanraya Umum yang lalu. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila, Yang Berhormat Menteri.
Tuan M. Kulasegaran
Terima kasih soalan kawan saya dari Yang Berhormat Baling.
Yang Berhormat, pertama saya terima kasih kepada pengakuan bahawa Yang Berhormat telah baca manifesto Pakatan Harapan. Menunjukkan bahawa Yang Berhormat sedia faham apakah tertera yang tertentu ditulis di...
[Disampuk]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tolong jangan beri jawapan politik, Yang Berhormat Menteri. This is for the people of rakyat kita. Tolong ya. No politic. Saya tidak main politik. Saya ikhlas demi rakyat...
[Dewan riuh]
Tuan M. Kulasegaran
Yang Berhormat. Saya lebih ikhlas. Nombor satu Yang Berhormat. Saya memperakui bahawa satu...
[Disampuk]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Cakap sahaja saya cakap Tamil...
[Berucap dalam bahasa Tamil] Cakap Melayu tidak, dengan izin. Cakap Melayu tidak faham takkan saya cakap India pula atau bahasa Tamil.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Baling.
Tuan M. Kulasegaran
Yang Berhormat nombor satu, apa yang tertera dalam manifesto akan diimplementasikan oleh kerajaan baharu ini, Pakatan Harapan. There is no compromise on that matter.
Kedua, adalah kita memberi Malaysian first iaitu pekerjaan yang utama kepada hasrat kerajaan baharu adalah kita memberi peluang yang utama kepada rakyat di negara ini. We come first daripada foreigners. Itu perlu kita ingat. Ini dasar yang sangat kita pastikan itu. Selain dari itu, Tuan Yang di-Pertua. Mengenai apa yang tertulis di manifesto, terima kasih kerana angka 1,500 sahaja yang telah difahami oleh Yang Berhormat Baling tetapi itu adalah satu di antara cadangan di mana dalam 100 hari dalam 10 perkara yang kita akan selesaikan adalah meratakan gaji di antara Sabah, Sarawak dengan Peninsular Malaysia. Itu nombor satu.
Nombor dua. Dalam meningkatkan gaji ke RM1,500 itu adalah hasrat Kerajaan Pakatan Harapan kerana kita berfikir bahawa ini boleh dicapai dalam rangka masa lima tahun.
Akan tetapi, baru-baru ini technical committee tersebut National Wage Legislative Technical Committee atau wages technical committee telah membuat beberapa syor-syor dan saya akan membawa perkara itu kepada Kabinet untuk Kabinet membuat satu keputusan yang baik. Terima kasih.
6. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran] minta Menteri Pendidikan menyatakan, sejauh mana keperluan pelantikan YB Permatang Pauh sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal (TVET). Apakah peranan dan sumbangan yang dapat diberikan.
Menteri Pendidikan - Dr. Maszlee bin Malik
Terima kasih, Yang Berhormat Maran. Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim.
Terdapat tiga pertanyaan yang berhubung kait dengan hala tuju pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET). Oleh itu, izinkan saya menjawab pertanyaan pada hari ini serentak dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Pasir Mas pada 30 Julai 2018; dan juga Yang Berhormat Kelapa Batas pada 8 Ogos 2018, memandangkan isu yang dibangkitkan adalah berkaitan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jawatankuasa Pemerkasaan TVET Malaysia telah diumumkan pada 21 Jun 2018. Jawatankuasa ini berperanan untuk membangunkan bidang kemahiran TVET supaya setaraf dengan aliran lain dan bukan lagi sebagai pilihan kedua. Kerajaan juga menyasarkan suatu hari nanti bidang TVET ini mampu diangkat setaraf dengan TVET di Australia, Jerman dan lain-lain negara yang terkenal di persada dunia.
Sasaran ini juga adalah selaras dengan manifesto kerajaan bagi memastikan aliran TVET akan diperluas dengan lebih tersusun bermula dengan memperkembangkan aliran German Dual Vocational Training, dengan izin, ataupun juga dikenali dengan Work-Based Learning. Bagi tujuan tersebut, jawatankuasa berkenaan bertanggungjawab untuk menilai situasi dan isu semasa TVET di samping memperkasa TVET meliputi perkongsian sumber, tenaga pengajar, tadbir urus, penyelidikan TVET, akreditasi dan pengiktirafan serta menyediakan laporan akhir pada pihak Jemaah Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, pelantikan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Yang Berhormat Nurul Izzah Anwar- tidak datang, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan TVET merupakan inisiatif KPM untuk memecahkan stigma bahawa TVET hanya merupakan bidang yang dipelopori oleh kaum lelaki sahaja. Lantas berupaya meningkatkan minat wanita dalam bidang TVET yang lebih sinonim dengan 3D, dengan izin, dangerous, difficult and dirty. Yang Berhormat Permatang Pauh juga merupakan pengerusi yang dinamik dan berkeupayaan untuk mengetuai kumpulan pakar dalam pelbagai bidang berkaitan tentang TVET.
Sebagai orang muda, beliau juga mempunyai visi yang dinamik yang diperlukan kementerian dalam memacu hala tuju TVET negara di mana sasaran utama TVET adalah orang-orang muda.
Yang Berhormat Nurul Izzah juga adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh dari Pulau Pinang yang mana pendidikan TVET sedang berjalan dengan baik di Pulau Pinang. Di mana ia disokong padu oleh industri-industri di negeri tersebut. Maka, dengan pengalaman yang ada, KPM berharap Yang Berhormat Permatang Pauh dapat membantu perkembangan TVET.
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan isu Pendidikan Islam pula yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas. Inisiatif memperkasakan TVET turut dilaksanakan melalui pelan induk Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH). Kementerian Pendidikan Malaysia turut menambah baik kualiti sistem pendidikan pondok dan tahfiz di bawah program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat yang formal.
Bagi tujuan tersebut, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah menawarkan Diploma Pengajian Perniagaan kepada pelajar-pelajar tahfiz. Ini bermula pada sesi Jun 2017 berserta dengan Sijil Tahfiz Quran. Seramai sembilan orang pelajar telah berdaftar dan pengambilan kedua pada Jun 2018 seramai enam orang tambahan. KPM juga turut memperkenalkan Program TVET Tahfiz bertujuan mendedahkan pelajar tahfiz dengan kemahiran dan program berkaitan berkenaan menyasarkan penyertaan 2,900 pelajar tahfiz dari 108 buah pusat tahfiz mulai Julai hingga Oktober 2018.
Tuan Yang di-Pertua, apa yang pasti pengukuhan elemen pengajian agama juga diperluaskan melalui aktiviti luar kelas seperti aktiviti kerohanian yang diadakan di pusat- pusat Islam politeknik. Ia juga turut dibantu dengan program-program pelajar seperti Festival Quran di Hatiku dan pelaksanaan Program Pra Tahfiz di peringkat politeknik yang terpilih.
Apa yang pasti KPM akan sentiasa komited di dalam memastikan agenda Islam tidak akan diketepikan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila soalan tambahan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Dalam tahun 2018 bajet kerajaan dahulu telah memperuntukkan lebih kurang RM4.9 bilion untuk TVET pembangunan TVET negara kita dengan melibatkan tujuh buah kementerian yang utama yang terlibat dengan pendidikan vokasional dan teknikal ini.
Termasuk Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sumber Manusia. Kementerian Sumber Manusia jadi core ministry. Kementerian utama menggerakkan TVET ini.
Akan tetapi, sekarang ini pelantikan Yang Berhormat Permatang Pauh seolah-olah Kerajaan Pakatan Harapan tidak memberikan kepercayaan kepada Menteri-menteri yang dilantik ini. Termasuk Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia. Jadi, apa sebenarnya yang berlaku dalam kerajaan yang baharu ini?
Saya juga ingin bertanya- kita ada lebih kurang 1,300 institut latihan TVET di negara kita. Saya hendak tahu, apakah sasaran jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang dikeluarkan oleh jawatankuasa yang dibentuk ini di bawah Yang Berhormat Permatang Pauh ini dan juga kerajaan kementerian dalam mewujudkan pembaharuan bagi pelaksanaan dan pendidikan TVET di negara kita? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Silakan, Yang Berhormat jawab.
Dr. Maszlee bin Malik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan soalan pertama tadi, untuk makluman Yang Berhormat Maran, EPU sedang menyediakan Memo Jemaah Menteri berkaitan dengan isu TVET ini termasuk menjelaskan mandat dan skop Jawatankuasa Pemerkasaan TVET. Maksudnya, kesemua tujuh kementerian tersebut telah diambil kira, dan dibawa berbincang berdasarkan keputusan Kabinet.
Di peringkat kementerian pula, mandat pelantikan Yang Berhormat Puan Nurul Izzah adalah jelas. Sekiranya terdapat permasalahan yang membabitkan TVET, jawatankuasa ini turut dibantu oleh pegawai-pegawai daripada kementerian yang melaksanakan TVET dan juga pandangan pakar-pakar industri dari pelbagai kementerian yang disebutkan dan juga di luar kementerian.
Berkaitan dengan perancangan jangka masa panjang dan jangka masa pendek TVET di bawah Kerajaan Pakatan Harapan, pertamanya, seperti mana yang termaktub dalam Manifesto Kerajaan Pakatan Harapan, kita menyasarkan untuk menjadikan TVET sebagai pilihan utama pelajar lepasan sekolah dan bukan lagi sebagai pilihan kedua.
Keduanya, kita menyasarkan agar adanya laluan TVET ke peringkat TVET yang lebih tinggi dengan lebih jelas terutamanya ke universiti-universiti teknikal ataupun dikenali sebagai MTUN.
Ketiganya, Kerajaan Pakatan Harapan melalui Kementerian Pendidikan komited untuk mengarusperdanakan pendidikan TVET sekali lagi sebagai pilihan utama merentasi gender.
Bagi rancangan jangka masa pendek pula, kita akan menilai dari semasa ke semasa prestasi TVET yang berlaku dan cuba mengusahakan penambahbaikan.
Keduanya, perancangan dan pelaksanaan program TVET di semua peringkat dipantau agar sentiasa diperbaiki menurut standard German Dual Programme yang disebutkan tadi. Ketiganya, kita akan sentiasa melakukan sesi-sesi townhall meeting untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak. Terima kasih.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas
Baik terima kasih Yang Berhormat Menteri. Bagi saya, saya tidak ada halangan berkaitan dengan pelantikan Yang Berhormat Permatang Pauh untuk menjadi pengerusi. Saya juga memuji kesungguhan pihak kerajaan sekarang tentang untuk memperkasakan TVET.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas
Cuma saya berharapkan supaya tidak terlalu tergantung kepada German module.
Ini kerana ia perlu dilihat oleh segi employability skill, curriculum delivery dan yang paling penting adalah linkages to industry.
Soalan saya ialah di UK, kita ada satu benda yang dipanggil Not in Education, Employment, or Training (NEET). Ini adalah penting kerana ia adalah mereka yang akan terlibat dalam enrolment untuk TVET seandainya diadakan oleh pihak kerajaan. Apakah kerajaan atau pihak kementerian mempunyai kajian yang terperinci berkaitan dengan NEET di dalam negara kita ini? Terima kasih.
Dr. Maszlee bin Malik
Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Sebut kepala hendak terlajak benda lain pula. Pertamanya berkaitan dengan sistem German Dual Training tadi, vocational training, dia bukan hanya melihat Jerman semata- mata. Kita melihat kepada apa yang dipraktikkan di Jerman, TVET nya melibatkan 70 percent pengalaman industri dan juga 30 percent di dalam kelas dan juga dalam institusi. Akan tetapi kita juga tidak menafikan seperti mana yang saya sebutkan jawapan dalam jawapan yang pertama tadi, pengalaman Australia dan beberapa negara lain. NEET juga berada dalam radar kami. Australia dan juga baru-baru ini kita melihat kepada Austria juga.
Jadi kita akan cuba melihat kepada setiap negara-negara maju dan mengambil the best practice, dengan izin, agar dalam tempoh lima tahun, pendidikan TVET akan boleh diarusperdanakan dan berkualiti tinggi bertaraf global. Terima kasih.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
[Bangun]
Dr. Maszlee bin Malik
Ya NEET juga?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sudah cukup dua soalan tambahan.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Tuan Yang di-Pertua, saya minta laluan. Saya mohon agar Tuan Yang di-Pertua merakamkan ucapan takziah kepada Cikgu Janet Tiwi, guru yang mati dalam kebakaran di Mulu, dan semoga Tuan Yang di-Pertua membuat rakaman ucapan takziahlah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo. Saya teruskan dengan pertanyaan soalan seterusnya daripada Yang Berhormat Taiping.
Datuk Haji Shabudin Yahaya - Tasek Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat. Berkenaan dengan Peraturan 21, pertanyaan-pertanyaan daripada Ahli-ahli mesyuarat, kita membuat pertanyaan-pertanyaan soalan lisan dan juga soalan bertulis dan kita mengucapkan terima kasihlah kepada Menteri-menteri yang menjawab soalan-soalan bertulis. Akan tetapi kalau kita melihat dalam senarai soalan bertulis yang kita terima untuk setiap hari lebih kurang dalam 35 atau 40 soalan. Jadi soalan yang sempat dijawab mungkin sembilan atau 10, maka yang bakinya itu hendaklah dijawab secara bertulis kepada ahli.
Cuma persoalan saya hendak minta penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua, jawapan-jawapan yang berkenaan itu boleh atau tidak dibekalkan kepada ahli-ahli yang bertanya pada hari yang sama ataupun selewat-lewatnya sehari selepas itu? Bukannya dalam satu jangka masa yang panjang. Ini kerana jawapan-jawapan itu amat diperlukan oleh ahli-ahli yang bertanya untuk menjadi panduan semasa perbahasan.
Jadi kalau sebelum-sebelum ini, kadang-kadang kita terima selepas tamat persidangan. Kita berada di rumah, baru kita dapat jawapan-jawapan berkenaan. Jadi itu persoalan yang saya bangkitkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor kita ambil maklum perkara tersebut. Terima kasih.
7. Tuan Teh Kok Lim [Taiping] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, tarikh persiapan Lebuhraya Pinggiran Pantai Barat yang telah dijanjikan dan adakah tarikh persiapan tersebut akan tercapai serta jumlah kos yang terlibat.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi dan salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih di atas peluang yang diberikan. Saya mulakan dengan mengucapkan pantun.
Buah Cempedak di luar pagar; Ambil galah tolong jolokkan; Saya Timbalan baru belajar; Mana yang salah tolong tunjukkan. Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kerja-kerja pembinaan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat dari Taiping ke Banting (WCE) melibatkan pembinaan daripada pihak swasta yakni pemegang konsesi, yang melibatkan jajaran baru sepanjang 233 kilometer. Manakala menaik taraf Jalan Persekutuan 5 sedia ada sepanjang 81.5 kilometer dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
Bagi pakej di bawah konsesi, pembinaan melibatkan jajaran negeri Selangor sepanjang 93.8 kilometer manakala jajaran negeri Perak 139.2 kilometer dengan kos pembinaan keseluruhan ialah sebanyak RM5.044 bilion. Pada masa yang sama pihak JKR juga sedang giat menjalankan kerja-kerja menaik taraf Jalan Persekutuan 5 (FR5) bermula dari Tanjong Karang, Selangor sepanjang 50 kilometer dan berakhir di Hutan Melintang. Dari Teluk Intan, Perak hingga ke Kampung Lekir, Perak sepanjang 31.5 kilometer. Kedua-dua projek ini termasuk dalam skop jajaran keseluruhan Lebuhraya Pantai Barat dari Taiping ke Banting.
Selain itu Tuan Yang di-Pertua, pertimbangan bagi penggunaan jajaran Jalan Persekutuan 5 (FR5), isu keselamatan pengguna jalan raya dan rakyat sekitar telah dititikberatkan dan diambil kira. Sehubungan itu, reka bentuk bagi menampung jumlah trafik dengan ciri-ciri keselamatan yang diperlukan telah dilaksanakan dengan menaik taraf jajaran FR5 yang merangkumi pelebaran jalan dan dua lorong kepada empat lorong dan penyediaan pembahagi jalan.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, di bawah skop konsesi, pada masa kini kemajuan semasa projek adalah 51.01 peratus berbanding jadual 75.13 peratus, yakni mengalami kelewatan sebanyak 24.12 peratus disebabkan isu penentuan jajaran seksyen 7 antara Asam Jawa ke Tanjong Karang.
Dengan mengambil kira kelewatan pembinaan projek yang telah melebihi dua tahun, kementerian menjangkakan keseluruhan Projek Lebuhraya Pantai Barat ini akan siap secara berperingkat bermula pada tahun 2019 sehingga 2022.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya suka juga memberikan maklumat tambahan untuk kontrak konvensional yang dilaksanakan oleh JKR, kemajuan semasanya, progress-nya, pembinaan sehingga semalam- sehingga 25 Julai adalah seperti berikut.
Satu, Tanjong Karang ke Sabak Bernam, 45 Kilometer sudah siapa 57 peratus. Ikut kontrak perlu siap pada Mac 2020. Kontraknya Mangkubumi Sdn. Bhd. Harga kontrak RM807 juta.
Kedua, Sabak Bernam ke Hutan Melintang sejauh lima kilometer, 100 peratus siap.
Siap pada Jun 2018 yang lalu. Kontraktor Mangkubumi Sdn. Bhd. Harga kontrak RM166 juta.
Ketiga, di Teluk Intan ke Kampung Lekir, Setiawan, 30 kilometer di tempat jiran saya.
53 peratus siap. Ikut kontrak perlu siapa pada September 2019. Kontraktornya Menuju Asas Sdn. Berhad. Harga kontraknya RM706 juta.
Itulah yang ingin saya laporkan bagi pihak kementerian kepada Dewan yang mulia ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, ada soalan tambahan?
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
[Bangun]
Tuan Teh Kok Lim - Taiping
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila.
Tuan Teh Kok Lim - Taiping
Terima kasih, atas jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Setelah sekian lama rakyat di pesisiran pantai barat menunggu- saya diberitahu projek ini telah dijalankan pada permulaan 2003. Nampaknya ia mengambil masa lebih kurang 15 tahun dan projek ini masih dalam kelewatan.
Apakah langkah yang akan diambil pada masa depan di bawah kerajaan baharu untuk mengelakkan masalah kelewatan projek yang sering berlaku pada projek Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional yang lalu. Sila jawab.
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, memang kita bersimpati dengan rakyat sepanjang menunggu. Akan tetapi saya percaya selepas ini seperti mana yang saya sebut kita akan dapat menyiapkannya pada tahun depan 2019 hingga ke tahun 2022.
Saya percaya untuk masa depan kita akan memberikan perhatian kepada pemantauan setiap projek-projek yang berjalan dan sudah tentulah kita memerlukan kedudukan kewangan yang kuat untuk mempercepatkan semua urusan-urusan yang berjalan.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, malah pada pagi ini, petang ini nanti anggota-anggota daripada kementerian kami akan mengadakan pertemuan dengan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor untuk mempercepatkan hal-hal yang menyebabkan kelewatan di masa lalu berkaitan dengan pengambilan tanah dan sebagainya yang berkaitan dengan jajaran yang akan diputuskan. Ini menunjukkan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini tidak akan membuang masa sedikit pun untuk memastikan projek-projek seperti ini dapat berjalan dengan lebih cepat. Terima kasih.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kuala Krai.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Kemaman.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Padang Serai.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya berikan kepada Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, soalan saya ialah di laluan daripada Kuala Lumpur ke Kota Bahru dan di antara laluan yang paling sibuk adalah Gua Musang-Kuala Krai dan Kuala Krai ke Kota Bahru.
Kadang-kadang perjalanan mungkin mengambil masa dari Kuala Lumpur sehingga 20 jam. Soalan saya ialah apakah kedudukan terkini Lebuhraya Centralised Spine Road
(CSR) khususnya yang menghubungkan Kota Bharu-Kuala Krai dan Kuala Krai ke Gua Musang yang saya difahamkan antara Kota Bharu-Kuala Krai ini adalah- kalau tidak silap saya sembilan fasa dan baru satu siap iaitu fasa dua menghubungkan di antara Pasir Hor ke Kadok dan fasa tiga dan empat awal tahun 2018 baru diserahkan kepada kontraktor dan baki lagi beberapa fasa mungkin lapan ataupun sembilan fasa lagi yang belum lagi di apa-apa atau dibuat sebarang tindakan.
Jadi soalan saya, kedudukan terkini lebuh raya ini, dan apakah kesemua fasa lebuh raya ini akan dibina secara serentak ataupun secepat mungkin oleh pihak kerajaan. Terima kasih.
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, oleh kerana soalan daripada Yang Berhormat Kuala Krai ini di luar daripada soalan asal- saya ucapkan terima kasih. Walau bagaimanapun dan kita akan mengambil tanggungjawab akan menjawab secara bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih.
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Mohon soalan tambahan.
Satu, sikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sudah cukup soalan tambahan. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Batang Lupar untuk mengemukakan pertanyaan.
8. Dato' Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim [Batang Lupar] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan, apakah dasar atau program baru untuk menggalak dan meningkatkan pelancongan ke Malaysia, khususnya ke Sarawak.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Mohamaddin bin Ketapi
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada Yang Berhormat daripada Batang Lupar.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Perkembangan pesat industri pelancongan di peringkat dunia telah mendorong kerajaan untuk sentiasa mengkaji dan mengenal pasti pelaksanaan dasar dan tadbir urus yang komprehensif dan efektif bagi memacu industri pelancongan ke satu tahap yang unggul dan seterusnya menjadi pemangkin kepada sosioekonomi negara.
Sebagai sebuah negara yang kaya dengan kaya dengan keindahan alam semula jadi, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya telah merangka Pelan Ekopelancongan Kebangsaan tahun 2016 sehingga tahun 2025.
Sebagai hala tuju dalam memperkukuhkan pembangunan segmen ekopelancongan di Malaysia. Di bawah pelan ini kementerian telah merangka pelbagai strategi dan pelan tindakan bagi memastikan kelestarian produk ekopelancongan di seluruh negara.
Bagi konteks Sarawak, kementerian memfokuskan kepada produk pelancongan yang berasaskan ekopelancongan di samping menonjolkan kepelbagaian budaya dan adat warisan di negeri Sarawak.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Mohamaddin bin Ketapi
Bagi tujuan tersebut, sembilan kluster ekopelancongan yang berpotensi untuk dibangunkan di Sarawak telah dikenal pasti iaitu pertama, kluster ekopelancongan Lundu, Sematan, Telok Melano, Tanjung Datu.
Kedua, kluster ekopelancongan Bako, Santubong, Kubah, Semenggoh, Bau dan Padawan.
Yang ketiga- ini saya rasa ini termasuk di kawasan Yang Berhormat Batang Lupar iaitu kluster ekopelancongan Sri Aman, Batang Ai, Ulu Sungai Menyang dan Maludam. Saya rasa ini termasuk dalam kawasan Yang Berhormat Batang Lupar dan ini khas untuk Batang Lupar.
Keempat, kluster ekopelancongan Sibu, Kapit, Tunoh, Baleh dan Pelagus. Potensi tarikan utama adalah Sungai Pelagus dan Baleh-Kapit Raft Safari. Kelima, kluster ekopelancongan Mukah, Daro, Pulau Bruit dan Tanjong Manis.
Potensi tarikan utama adalah Pulau Bruit.
Keenam, kluster ekopelancongan Bintulu, Bakun, Belaga, Lusong Laku, Nanga Merit dan Murum.
Ketujuh, kluster ekopelancongan Miri, Sibuti, Niah dan Loagan Bunut dengan potensi pelancongan tarikan utama adalah Miri-Sibuti Coral Reefs National Park.
Kelapan, kluster ekopelancongan Limbang, Mulu dan Gunung Buda. Potensi tarikan utama adalah Gunung Mulu National Park.
Kesembilan iaitu kluster ekopelancongan Lawas, Bario, Ba’kelalan dan Baram dengan potensi tarikan utama adalah Pulung Tau National Park dan Gunung Murut National Park.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Mohamaddin bin Ketapi
Menerusi pembangunan kluster ekopelancongan ini, aktiviti ekopelancongan berasaskan komuniti atau, dengan izin, community-based tourism, diberi fokus terutamanya program homestay yang dapat diperkembangkan serta dipromosikan secara holistik. Setakat ini, terdapat sejumlah 41 kluster homestay di negeri Sarawak merangkumi sebanyak 594 bilangan pengusaha.
Daripada segi pemasaran dan promosi pula, kementerian melalui Tourism Malaysia sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak melalui agensi Sarawak Tourism Board dalam usaha mempromosi produk-produk pelancongan di Sarawak. Antara usaha kerjasama tersebut termasuklah, pertama, pembangunan pakej produk pelancongan terutamanya bagi produk-produk baharu yang dikenal pasti mempunyai potensi tinggi untuk dibangunkan dan boleh menarik minat pelancong seperti bike tourism dan ekopelancongan.
Kedua, promosi dan membuat hebahan publisiti di media sosial berkaitan acara- acara pelancongan yang dianjurkan di negeri Sarawak seperti Rainforest World Music Festival 2018 dan 11th Borneo International Yachting Challenge 2018 dan Borneo Cultural Festival.
Ketiga, penyebaran maklumat mengenai produk pelancongan negeri kepada pelancong...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Menteri, kita ada had masa. Minta pendekkan jawapan itu.
Datuk Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Panjang sangat jawapan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohamaddin bin Ketapi
Perlu saya habiskan, Tuan Yang di-Pertua, jawapan ini or, dengan izin, shall I just stop here?
Seorang Ahli
Berilah peluang orang lain pula.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Teruskan sedikit masa lagi.
Seorang Ahli
Bagilah Menteri lain hendak bercakap juga...
Tuan Mohamaddin bin Ketapi
Terima kasih.
Seorang Ahli
Bagi Timbalan Menteri jawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila teruskan Menteri.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Mohamaddin bin Ketapi
Penyebaran maklumat mengenai produk pelancongan negeri kepada pelancong melalui Pejabat Penyeliaan Pusat Penerangan Pelancong (TIC) Sarawak dan melalui laman web Tourism Malaysia.
Yang last sekali...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila.
Tuan Mohamaddin bin Ketapi
...Penerbitan risalah My Malaysian Experience yang akan memuatkan pakej-pakej pelancongan seluruh negara termasuk ke negeri Sarawak. Terima kasih banyak.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Soalan tambahan, soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya benarkan Batang Lupar untuk hanya satu soalan lisan. Masa agak terhad. Sila.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memang terpegun- terima kasih, syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat- begitu panjang lebar kluster sampai ada lapan atau sembilan. Akan tetapi, Yang Berhormat, yang saya hendak tanya di sini, bagaimana kita dapat bekerjasama untuk memastikan pelancong ini, dia melihat kepada semua kluster yang mana Yang Berhormat bersusah payah telah utarakan?
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar
Yang Berhormat, saya hendak cerita sedikit tempat saya ini, kalau nak menjual lah, Yang Berhormat. Di Batang Lupar, satu daripada kluster di situlah ada satu yang hanya dijumpai- selain daripada Sabah, ada kera belanda, Yang Berhormat. Dia yang hidung merah itu. Susah hendak dapat itu. Dia dekat dengan Kinabatangan. Jadi yang di Batang Lupar itu cousin...
Datuk Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Bujang Senang, Bujang Senang.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar
Bujang Senang lagi.
Bujang Senang, Yang Berhormat. Lepas itu benak.
Jadi ini adalah sesuatu yang sangat penting. Kami sangat teruja sebab dengan sektor pelancongan, ia boleh menambahkan pendapatan penduduk-penduduk di kawasan kami. Terima Yang Berhormat.
Jadi harapan saya supaya kita dapat fokus dan dapat bekerjasama dan supaya macam mana Yang Berhormat dapat menyatukan tadi perancangan yang begitu baik dengan membawa, betul-betul membawa pelancong dari seantero dunia masuk ke Malaysia, khususnya Sarawak. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Batang Lupar.
Tuan Mohamaddin bin Ketapi
Terima kasih Yang Berhormat daripada Batang Lupar. Soalan tentang bekerjasama, kementerian saya di dalam Kerajaan Pakatan Harapan ini Yang Berhormat, menerima cadangan kerjasama yang baik, terbuka, anytime, dengan izin.
Jadi Yang Berhormat, selain dari apa yang kita tawarkan, ekopelancongan. Saya mengalu-alukan cadangan tambahan daripada Yang Berhormat Batang Lupar untuk memberi daripada segi mana, sudut mana, what angle we are coming, untuk bekerjasama.
Okey, Yang Berhormat? Satu.
Keduanya, saya tertarik dengan kera belanda apa, hidung merah tadi? Ya, hidung ya, that’s right. Kita di Kinabatangan, di Sabah memang banyak punya ini...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Itu Yang Berhormat, probosis monkey namanya [Ketawa]
Tuan Mohamaddin bin Ketapi
Oh, ya, ya, ya. Okey [Ketawa] Itu Yang Berhormat Kinabatangan, kita banyak ini kera ini. So, Yang Berhormat daripada Batang Lupar, kita memang mengambil berat. Oleh sebab ini jenis spesies, ya yang menarik perhatian pelancong daripada luar. Saya hanya ingin tahu sejauh mana Yang Berhormat hendakkan kita ini untuk berbuat sesuatu supaya kera-kera jenis ini boleh kita tambahkan lagi daya tarikan kepada pelancong. Jadi, tulislah surat kepada Menteri Pelancongan ini, kita akan bantu. Okey, Yang Berhormat? Yang Berhormat Kinabatangan juga dialu-alukan. Terima kasih banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, soalan tambahan?
Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Soalan tambahan.
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Yang Berhormat Julau, Yang Berhormat Julau, Yang Berhormat Julau.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Soalan tambahan, Yang Berhormat Kapit, dia ada sebut Yang Berhormat Kapit tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya tidak allow soalan tambahan lagi kerana masa diperuntukkan untuk soalan-soalan lisan telah tamat.
[Masa Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:
Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; "Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Pertama, Parlimen Yang Keempat Belas." [25 Julai 2018]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta Yang Berhormat Kangar untuk berucap.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Tuan Yang di-Pertua, sebelum kita bermula sesi perbahasan, boleh saya menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua pada satu tragedi yang berlaku di Sarawak?
Tadi rakan seperjuangan saya telah bring this issue up lah tetapi kalau boleh saya ingin Tuan Yang di-Pertua untuk merakamkan satu takziah kepada keluarga Catherine Janet Tiwi yang telah terkorban dalam satu tragedi kebakaran di Sekolah Batu Bungan, di suatu kuarters guru, beliau cuba menyelamatkan dua rakan sekerjanya. Jadi, kita telah kehilangan satu wirawati dan juga seorang guru yang telah mendidik anak kita. Bolehkah kita merakamkan satu ucapan takziah kepada keluarga beliau? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Mengikut aturan, perlu Menteri untuk membawanya. Akan tetapi kita dapatkan usul daripada Menteri kemudian, ya.
Sila, saya meminta Yang Berhormat Kangar untuk berucap.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan selamat sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kali ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga Timbalan-timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang telah dipilih, juga kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat yang telah dipilih dan dilantik sejak keputusan Pilihanraya Umum Ke-14 yang telah disahkan. Alhamdulillah kelancaran Istiadat Pembukaan Parlimen Ke-14 menjadi tanda bermulanya satu lagi lembaran penting dalam sejarah demokrasi di negara kita. Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan...
Tuan Karupaiya Mutusami - Padang Serai
Masa, masa tidak on.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh mencelah sikit Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Karupaiya Mutusami - Padang Serai
Masa, masa tidak on lagi.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Timer, timer tidak ada.
Tuan Karupaiya Mutusami - Padang Serai
Time. Time.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada pengundi-pengundi di Kangar yang memberi kepercayaan kepada Pakatan Harapan dengan memilih saya untuk mewakili mereka di Dewan yang mulia ini.
Memandangkan tempoh masa perbahasan ini telah disingkatkan hanya kepada 20 minit, saya mohon tidak ada celahan daripada mana-mana Ahli Dewan, sesuai dengan Peraturan Mesyuarat 37(2).
Dari Kangar ke Dewan Rakyat, Membawa suara di hujung Utara, Bunyi hingar lidah bersilat, Moga bergema mengandung makna. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong mengenai pendekatan kerajaan dalam menegakkan ketelusan, terutamanya mendedahkan kedudukan kewangan negara yang sebenar serta mengkaji semula perbelanjaan kos projek dan pengurus kewangan secara berhemat. Sejurus selepas dilantik, Yang Berhormat Menteri Kewangan membuat satu pengumuman yang menyatakan bahawa hutang negara kini telah mencecah angka trilion.
Ini telah menimbulkan reaksi balas daripada pihak di sebelah sana yang mendakwa jumlah hutang negara tidaklah setinggi itu. Kebetulan isu hutang negara ini menjadi bahan kempen utama saya semasa pilihan raya umum yang lalu. Justeru itu, saya mahu menyentuhnya sedikit di sini.
Sebenarnya angka yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan bukanlah mengejutkan. Jika Ahli-ahli Dewan membaca Laporan Ekonomi 2018, kita akan menemukan satu seksyen yang menjelaskan aspek hutang sektor awam yang meliputi hutang Kerajaan Persekutuan, badan-badan berkanun dan syarikat awam bukan kewangan ataupun disebut SABK.
Di dalam dokumen rasmi ini jelas menyatakan pada akhir tahun 2016, hutang sektor awam mencecah RM901.2 bilion atau 73.3 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar, di mana hutang Kerajaan Persekutuan berjumlah RM648.5 bilion atau meliputi 72.5 peratus hutang sektor awam. Maka, tidak hairanlah jika angka tersebut kini telah mencecah lebih RM1 trilion.
Laporan Ekonomi 2018 ini juga mencatatkan hutang sektor awam disatukan yang komprehensif membolehkan kerajaan menilai potensi pendedahan risiko dan mengurus kewangan sektor awam secara berhemat. Jadi, pendedahan Yang Berhormat Kementerian Kewangan bukanlah satu perkara yang baru.
Pihak di sana juga perlu sedar bahawa ketika mereka tegas mendakwa negara berada dalam keadaan yang sangat baik, mereka juga sering berbangga dengan langkah- langkah konsolidasi fiskal. Apakah maksud konsolidasi fiskal ini? Secara mudahnya, ia merujuk kepada dasar-dasar yang diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskal dan juga stok hutang terkumpul. Jangan di lupa, beberapa fakta lain yang menjolok mata.
Misalnya, hutang isi rumah yang tertinggi, mencecah hampir 90 peratus KDNK negara.
Separuh daripada tenaga kerja di Malaysia berpendapatan kurang daripada RM1,703. Majoriti besar rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan dan simpanan 5.4 peratus pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berada pada tahap RM50,000 dan ke bawah. Inilah realiti yang lebih dekat dengan rakyat.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Oleh sebab itulah, bila peruntukan institusi-institusi pengajian awam (IPTA) dikurangi dan ibu bapa diminta menyumbang rim kertas A4 kepada sekolah-sekolah, ia tentulah menjadi isyarat kepada rakyat bahawa memang kerajaan memang sedang mengalami masalah kewangan yang serius.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun begitu kita tidak boleh meremehkan pandangan Bank Dunia yang menyatakan bahawa hutang Malaysia masih lagi terkawal dan Malaysia masih lagi, dengan izin, a success story atau sebuah kisah kejayaan walaupun kita mempunyai hutang yang besar. Reformasi memanglah bukan kerja mudah dan selalunya mengambil masa yang lebih lama daripada yang dihasratkan.
Dalam realiti perubahan politik dan cabaran ekonomi yang ada, kerajaan perlu berhati-hati sebelum mengumumkan sebarang perubahan besar dalam aspek dasar.
Menteri-menteri tidak lagi boleh menganggap pandangan mereka di luar Dewan ini adalah pandangan untuk perbincangan tetapi mereka harus sedar bahawa pandangan-pandangan mereka adalah pandangan yang bersifat dasar. Adalah lebih baik kita mengambil sedikit masa untuk mengambil keputusan yang betul daripada tergesa-gesa membuat keputusan yang salah.
Semalam Yang Berhormat Rembau ada mencadangkan kepada kerajaan untuk tidak menunaikan manifesto untuk memansuhkan GST. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Rembau kerana beliau mengakui bahawa sebenarnya manifesto ini bukanlah janji yang wajib ditunaikan, sebaliknya ia hanyalah satu tawaran untuk memastikan pengundi mempunyai panduan bagaimana untuk mereka mengundi. Saya tidak bercadang untuk mengulangi apa yang diperkatakan oleh beliau. Akan tetapi saya ingin menambah sedikit daripada hujah beliau untuk kerajaan mempertimbangkan semula cadangan pemansuhan ini dengan mengambil beberapa pertimbangan berikut.
Untuk makluman Yang Berhormat Menteri Kewangan secara khususnya, sebelum ini mantan Gabenor Bank Negara Malaysia telah menjelaskan bahawa faktor GST dalam kenaikan kos sara hidup telah pun diserap, meskipun ia diakui menyumbang kepada kesan inflasi pada tahun-tahun awal. Juga, kalau kita tengok dalam Laporan Ekonomi 2018 telah ditunjukkan bagaimana pergantungan kerajaan kepada sumber hasil minyak juga telah semakin berkurangan. Kalau pada tahun 2011, pergantungan kita adalah sebanyak 35.8 peratus kepada hasil minyak, kini ia berada pada kadar 14.9 peratus. Justeru itu, ia mengelakkan belanjawan negara terikat kepada ketidaktentuan harga minyak global.
Selain daripada itu juga, saya menambah pentingnya untuk kita mempertimbangkan semula untuk tidak memansuhkan GST ialah pendemokrasian tanggungjawab, di mana setiap rakyat menyumbang secara saksama kepada pembangunan negara. Jika dulu kita pernah mendengar, no taxation without representation, dengan izin, atau tidak ada cukai tanpa perwakilan. Maka, ada kemungkinan sekiranya hanya segelintir rakyat membayar cukai, maka saya bimbang berlaku situasi no representation without taxation atau tidak ada wakil yang akan bercakap bagi mereka yang tidak membayar cukai.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Suka atau tidak, kemarahan rakyat kepada GST telah berhasil menjadi satu elemen yang menyedarkan rakyat tentang tata kelola kerajaan yang baik dan beramanah. Saya sedar ada hujahan yang mengatakan ia akan membebankan golongan fakir dan miskin. Namun ini sebenarnya boleh ditangani dengan cara lain misalnya memperkenalkan kad khas pengecualian GST. Ini bukan sahaja akan membolehkan mereka berbelanja pada kadar sifat GST tetapi kerajaan juga dapat memantau perbelanjaan sebenar pemegang kad khas ini untuk memastikan sama ada mereka sebenarnya layak untuk menerima bantuan.
Kerajaan juga boleh menunjukkan manfaat GST dengan lebih jelas. Saya ingin mencadangkan dengan mengambil kira kutipan anggaran enam peratus GST lebih kurang RM42 bilion ataupun satu peratus GST lebih kurang RM6 bilion, kerajaan sudah boleh memperkenalkan yang pertama dengan hanya satu peratus GST, memperkenalkan pendidikan percuma di peringkat IPTA. Kerajaan tidak harus bimbang lagi dengan kegagalan mahasiswa yang bergraduat daripada membayar hutang kerana mereka ini pasti akan membayar balik melalui GST yang akan mereka bayar melalui penggunaan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Seterusnya satu peratus lagi boleh digunakan untuk merangsang pembangunan- pembangunan di enam buah negeri termiskin atau daerah-daerah yang masih tertinggal.
Sebanyak satu peratus lagi pula boleh digunakan untuk program kebajikan kepada OKU, warga emas serta pemerkasaan belia dan wanita. Malah bakinya tiga peratus ataupun sekitar RM18 bilion hingga RM20 bilion boleh digunakan untuk program pembangunan yang lain.
Saya percaya jika ini dilakukan rakyat akan lebih boleh menerimanya dan memahami bagaimana hasil kerajaan melalui GST digunakan untuk membantu rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, tadi saya telah menyebutkan tentang pengaruh harga minyak dalam ekonomi. Justeru itu, sektor tenaga sangat penting diberikan perhatian. Ketika negara masih mencari sumber tenaga yang cekap dan berkos rendah, kita juga kini berada dalam satu era yang menyaksikan betapa impak pemanasan global dan perubahan iklim menuntut kita semua berperanan bagi mengurangkan tera karbon atau kesan pencemaran karbon, carbon footprint, dengan izin, dalam pelbagai kegiatan seharian selaras dengan Perjanjian Paris yang disertai oleh Malaysia pada tahun 2016.
Dengan kata lain, kerajaan perlu mengimbangi keperluan rakyat, industri, pembangunan dan keperluan untuk melestarikan alam sekitar. Semua ini telah menjadi sebahagian pertimbangan di dalam Industri Bekalan Elektrik Malaysia (MESI). Oleh sebab sebelum ini sektor tenaga melibatkan pelbagai agensi iaitu Unit Perancang Ekonomi (EPU) pembuat dasar dan melaporkan terus kepada Jabatan Perdana Menteri, Suruhanjaya Tenaga, kementerian-kementerian bertanggungjawab dalam pembangunan luar bandar, hal ehwal pengguna, perdagangan dan bahkan kerajaan-kerajaan negeri, maka penyelarasan yang lebih sistematik perlu dibuat ketika rombakan terhadap EPU dan kementerian- kementerian sedang dibuat sekarang.
Jika kita merujuk kepada banyak negara maju seharusnya sektor tenaga ini diuruskan oleh sebuah badan yang bebas. Saya ingin mencadangkan agar Suruhanjaya Tenaga diberikan mandat yang lebih besar dan peruntukan undang-undang yang setimpal untuk menjalankan fungsinya sebagai pengawal atur yang lebih telus, cekap dan berkesan.
Baru-baru ini Yang Berhormat Menteri Tenaga, Teknologi Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar mengumumkan beberapa penjana tenaga bebas IPP sedang disemak dan empat daripadanya akan dibatalkan. Jelas disebut bahawa ada sejumlah IPP ini menerima kontrak secara rundingan terus. Saya bimbang amalan pemberian kontrak secara runding terus tanpa persaingan pembidaan ataupun competitive bidding, dengan izin, akan meningkatkan kos penjanaan elektrik sekali gus meningkatkan juga tarif yang ditampung melalui subsidi yang ditanggung oleh kerajaan.
Sejak tahun 2011, MyPower Corp sebuah agensi di bawah Kementerian Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) ketika itu telah diberikan mandat untuk mengatasi kekurangan di dalam industri dengan melengkapkan semula kerangka kawal selia dan mewujudkan persaingan sama rata dalam industri bekalan elektrik. Jika pentadbiran sebelum ini mahu melaksanakan transformasi besar bagi mengurangi dan seterusnya tidak lagi memberikan subsidi tahunan tenaga sebanyak hampir RM12 bilion dalam bentuk subsidi gas, saya melihat langkah pentadbiran semasa yang mahu menetapkan subsidi tertentu kepada sektor ini tentulah bertentangan dengan dasar terdahulu.
Umumnya rakyat Malaysia melihat bekalan elektrik sebagai satu keperluan sosial, dengan izin, public goods yang amat kritikal bagi pembangunan ekonomi sekali gus mengatasi kemiskinan. Oleh yang demikian, sektor pembekalan elektrik dikawal selia oleh kerajaan dan dikecualikan daripada Akta Persaingan. Ini secara tidak langsung menjadikan Industri Bekalan Elektrik Malaysia (MESI) yang saya sebutkan tadi ialah monopoli terkawal ataupun regulated monopoly, dengan izin.
Justeru itu kementerian perlu segera menentukan hala tuju sektor tenaga melalui Industri Bekalan Elektrik Malaysia (MESI) 2.0 bagi memastikan bekalan elektrik terus dinikmati oleh rakyat dengan terjamin, murah dan lestari. Saya berharap Yang Berhormat Menteri akan dapat menjelaskan bilakah Industri Bekalan Elektrik Malaysia 2.0 akan dilakukan?
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Dengan situasi tarif elektrik di Malaysia antara yang terendah di dunia bahkan lebih rendah berbanding negara-negara jiran kita, secara tidak langsung ia akan menggalakkan penggunaan tenaga yang kurang berhemah dan pembaziran yang berleluasa. Sebahagian besar daripada sumber tenaga digunakan untuk penjanaan elektrik adalah bersumberkan gas dan juga arang baru. Di mana gas meliputi 49 peratus dan juga arang batu sebanyak 46 peratus. Untuk rekod, kira-kira 75 peratus keperluan bekalan gas ini untuk penjanaan bekalan elektrik di Malaysia menerima subsidi iaitu ditetapkan oleh paras harga dalam mekanisme peraturan berasaskan insentif ataupun Incentive Based Regulation (IBR) sejak tahun 2015.
Bagi jangka masa sederhana dan panjang, kita perlu memikirkan cara-cara untuk memastikan sumber asli yang sangat berharga ini tidak menyusut dengan cepat tanpa alternatif yang cekap, mampan dan mampu dibayar. Inisiatif dan strategi perlu diubah dari mengurus bekalan kepada mengurus permintaan, dengan izin, from supply to demand site management dan diberikan insentif yang secukupnya.
Saya berpendapat subsidi yang bakal ditetapkan oleh kerajaan nanti perlu dijana semula dalam ekonomi melalui penggunaan tenaga yang mampan dan cekap. Satu daripada langkah penting yang boleh diambil oleh kerajaan ialah memperkenalkan Kontrak Prestasi Penjimatan Tenaga atau juga dikenali sebagai, dengan izin, Energy Performance Contract
(EPC) yang memberikan insentif kepada syarikat dan individu untuk bersama-sama memainkan peranan dalam penggunaan tenaga secara berhemah.
Usaha ini juga secara tidak langsung akan memberi peluang kepada usahawan- usahawan kecil dan sederhana untuk menjana ekonomi baru. Harus saya ingatkan kementerian dan badan pengawal selia iaitu Suruhanjaya Tenaga mestilah memastikan tidak berlaku monopoli dalam industri EPC ini. Kita juga boleh mencontohi negara Jepun yang membuka sektor tenaga kepada pembekal tenaga bebas secara runcitan dengan itu isu rumah dan pengguna industri boleh memilih sumber pembekal tenaga mereka. Mereka boleh beralih daripada membeli elektrik pada tarif yang dikawal oleh pembekal elektrik yang sedia ada dengan menawarkan pakej pelan harga yang berbeza. Misalnya kadar yang lebih rendah daripada luar waktu puncak ataupun off-peak yang akan mendorong penggunaan elektrik di luar waktu puncak jika mahu membayar lebih rendah.
Sebagai contoh kalau kita ambil di United Kingdom, oleh sebab penduduk mereka suka menonton tayangan drama pada waktu petang, pada waktu itulah berlakunya penggunaan elektrik pada waktu puncak di mana mereka akan menghidupkan pemanas air dan juga membuka TV serentak. Jadi dengan adanya insentif untuk mereka menggunakan elektrik di luar waktu puncak, kita dapat meredakan tekanan kepada grid kuasa semasa tempoh puncak. Ini pasti akan dapat menjadikan pasaran elektrik lebih cekap sekali gus menangguhkan keperluan segara membina stesen jana kuasa baru bagi memenuhi permintaan di waktu puncak.
Bagi menyokong pembangunan pasaran runcit pembekalan kuasa ini, kerajaan perlu terus memastikan persekitaran pasaran yang mendorong persaingan antara firma-firma besar dan juga pendatang baru industri. Cara yang boleh diambil ialah untuk memperluaskan pasaran borong elektrik di mana pembekal-pembekal kecil yang tidak memiliki kemudahan penjana kuasa boleh mendapatkan elektrik untuk bekalan runcit.
Seterusnya saya ingin menyentuh sedikit cabaran yang ada. Untuk makluman Dewan lebih daripada 90 peratus daripada campuran bahan api ataupun fuel mix, dengan izin, di Semenanjung Malaysia terdiri daripada sumber bahan api fosil. Gas yang dianggap murah kerana mendapat subsidi untuk penggunaan 1,000mmscft yang pertama.
Meskipun Malaysia merupakan antara pengeluar gas di dunia, sumber bahan api ini tidaklah selamanya akan kekal ataupun sekurang-kurangnya tidaklah akan selamanya dapat diperoleh pada kadar harga yang rendah. Tambahan pula selain itu, kita masih cukup bergantung kepada arang baru dalam penjanaan elektrik. Justeru itu, negara kita terdedah kepada naik turun harga komoditi pasaran global.
Penggunaan arang batu ini meskipun murah sudah tentu meninggalkan tera karbon yang besar. Industri Bekalan Elektrik Malaysia (MESI) 2.0 mestilah mempertimbangkan faktor kelestarian bukan sahaja dalam aspek alam sekitar tetapi juga ekonomi.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Tuan Yang di-Pertua, perkara terakhir yang ingin saya sebutkan ialah mengenai negeri Perlis. Saya ingin menarik perhatian Dewan kepada Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengenai kerjasama pelbagai pihak dalam usaha menyusun masyarakat terutama bagi memperbaiki ekonomi rakyat yang masih terpinggir.
Baginda juga turut menyentuh tentang kepentingan meneruskan pelaksanaan pelbagai program dan juga projek bagi memastikan semua rakyat dapat menikmati manfaat pembangunan selaras dengan dasar kerajaan agar kehidupan rakyat dipertingkatkan dan kekayaan negara dikongsi secara adil dan saksama.
Sebagaimana kita maklum situasi di Perlis agak unik ketika ini kerana Kerajaan Negeri Perlis masih lagi diperintah oleh Barisan Nasional. Jadi, saya selaku satu-satunya wakil Pakatan Harapan di Perlis, di kerusi Parlimen Perlis sering memaklumkan kepada orang ramai bahawa situasi di Perlis ini agak unik, kita ini menang dalam kalah, kalah dalam menang.
Jadi ia seharus menjadi peringatan penting kepada kerajaan bahawa nun jauh di utara Semenanjung, tidak jauh daripada kerusi dan juga negeri Perdana Menteri sendiri ada sebuah kerajaan negeri yang ditadbir oleh parti pembangkang dan pastinya mereka ini akan mengambil sikap kritikal terhadap kerajaan sedia ada. Namun kejayaan pertama kali merampas kerusi Kangar juga menjadi aras penting bahawa kubu-kubu lama Barisan Nasional bukanlah tidak boleh ditembusi.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Secara keseluruhannya, perbezaan undi antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan di kerusi-kerusi Parlimen di seluruh Perlis sebenarnya hanyalah berbeza sebanyak 691 undi. Maka, suka untuk saya ingatkan diri saya dan juga rakan-rakan dalam barisan kerajaan hari ini bahawa tempoh penggal ini adalah sangat kritikal bagi kita untuk membuktikan bahawa peralihan kuasa yang bersejarah pada 9 Mei 2018, bukanlah satu cek kosong yang diberikan oleh rakyat. Ia sebaliknya adalah satu pengharapan besar yang pasti akan dinilai secara berterusan. Dalam era yang jauh lebih terbuka pada hari ini, orang ramai terdedah kepada pelbagai maklumat yang diambil secara- untuk pertimbangan dalam membuat keputusan bagi kehidupan mereka.
Kerajaan mesti menjamin kebebasan maklumat, kebebasan bersuara dan memperkemas sistem maklumat dan penerangan agar lebih mudah diakses oleh orang ramai. Ini sekali gus mempertingkatkan tanggungjawab dan juga mengurangkan fitnah yang mungkin timbul. Rakyat mendambakan cara baharu dalam pentadbiran kerajaan yang tentunya menuntut kerangka pemikiran dan pendekatan baharu dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah-masalah yang sedia ada. Kerangka pemikiran dan pendekatan baharu ini tentulah bukan hanya sekadar menukar nama-nama agensi atau projek-projek yang telah dijalankan. Akan tetapi, yang lebih penting adalah roh kepada agensi dan projek- projek ini.
Tuan Yang di-Pertua, negeri Perlis meskipun kecil di mana jumlah keseluruhan pengundinya hanya lebih sedikit daripada 150,000 orang tetap dan juga penduduknya hanya lebih sedikit daripada 250,000 orang. Akan tetapi, dari segi peratusannya adalah antara penerima tertinggi yang minta bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Oleh sebab itu, peluang pekerjaan yang ada juga terhad sehinggakan penduduk di negeri Perlis ini banyak terpaksa mencari rezeki di tempat lain ataupun merantau ke negara luar. Jumlah hasil Kerajaan Negeri Perlis sehingga kini hanyalah sekitar RM100 juta.
Manakala perbelanjaan negeri pula mencecah lebih RM250 juta. Sumbangan KDNK Perlis hanya berada pada tahap 0.4 peratus KDNK negara.
Justeru itu, banyak bantuan yang sangat diperlukan oleh negeri Perlis dan saya minta agar Kerajaan Persekutuan berikan perhatian dan tidak abaikan. Saya berharap, bahawa projek-projek yang telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu, oleh pentadbiran terdahulu, terutamanya melalui Projek Koridor Utara akan dapat diteruskan. Baru-baru ini dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perlis telah disebutkan berkata projek-projek ini sedang ditangguhkan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Jadi, saya berharap kerajaan tidak akan mengambil masa yang lama untuk memastikan projek ini dapat diteruskan semula. Jika boleh, saya mahu mencadangkan satu reformasi dibuat dalam penentuan peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri.
Kita tahu jumlah hasil Kerajaan Persekutuan kini sudah mencecah lebih RM250 bilion.
Manakala, negeri yang kaya seperti Selangor pula belanjawannya hanyalah lebih sedikit daripada RM3 bilion. Ini berlaku kerana bidang kuasa yang luas yang dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan yang tentunya bersangkutan dengan pelbagai faktor sejarah dan perundangan.
Namun, jika kita masih terus berpegang kepada peruntukan per kapita kepada agihan peruntukan yang sebegini, jurang pembangunan akan berterusan. Ia akan terus mendorong masalah yang lain, misalnya kepadatan penduduk yang terpaksa berhijrah ke bandar ataupun ke Lembah Klang ini. Kita mempunyai 32 juta orang penduduk dan hari ini lebih kurang lebih daripada satu per empat berada di sekitar Lembah Klang.
Saya mahu menzahirkan rasa terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya kerana dalam laporan media baru-baru ini beliau bertekad untuk memastikan peruntukan untuk baik pulih sekolah-sekolah termasuk di negeri Perlis akan diteruskan. Jadi, saya berharap, beliau tidak menunggu lama untuk melakukan ini. Saya percaya tanpa kemudahan yang sesuai persaingan yang adil tidak mungkin berlaku yang mana pelajar- pelajar di Perlis ataupun di ceruk-ceruk kampung tidak mungkin dapat memikirkan tentang Revolusi Industri 4.0 sebagaimana yang dititahkan oleh Tuanku.
Sudahlah begitu, dengan segala kekurangan IPG di Perlis juga mahu ditutup.
Sedangkan IPG di Perlis adalah kampus utama untuk melatih guru-guru dalam perkhidmatan secara berterusan melalui program Continuous Professional Development (CPD) di zon utara. Ia juga antara dua daripada 27 buah kampus yang memiliki sekolah pengajaran ataupun teaching school, dengan izin. Ia juga merupakan IPG perintis bagi pelaksanaan program-program pendidikan awal di peringkat kanak-kanak. Saya berharap, Menteri Pendidikan akan mempertimbangkan semula untuk memastikan IPG ini tidak ditutup.
Sejak Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) lagi kerajaan terdahulu datang berkali-kali mengumumkan tentang pembinaan Hospital Besar Padang Besar. Akan tetapi, sehingga kini kita tahu bahawa janji-janji itu hanyalah satu lagi manifesto yang tidak ditunaikan oleh kerajaan terdahulu.
Saya berharap Menteri Pertanian juga akan memberikan perhatian tentang pembangunan Lembah Chuping di bawah Projek Koridor Utara, selain juga kawasan- kawasan pertanian di kawasan DUN Sena, Kayang dan juga Bintong yang mana saya berharap sekitar RM40 bilion yang sebelum ini digunakan sebagai bil import dapat diolah untuk memanfaatkan kawasan-kawasan pertanian ini. Ini sekali gus dapat meningkatkan daya rentan di negara kita dalam aspek keselamatan makanan ataupun food security. Selain itu, saya berharap kawasan Kuala Perlis dapat dibangunkan sebagai kawasan-kawasan pelancongan. Tambahan pula, ia adalah laluan utama untuk ke Langkawi.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, demikianlah ucapan sulung saya. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih atas ruang yang diberikan untuk membahaskan dan menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya berdoa agar sidang kita akan berjalan dengan lancar dan mencerminkan satu mutu sebuah Parlimen kelas pertama. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat Kangar. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pekan untuk berhujah. Berbahas...
[Dewan tepuk]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak - Pekan
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua di atas peluang untuk saya mengambil bahagian dalam Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja sekali gus secara peribadi menandakan, mencatat sejarah di mana kali pertama saya berucap sebagai anggota pembangkang...
[Dewan tepuk]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak - Pekan
Saya juga akan menggunakan peruntukan 37(1), memandangkan masa agak terbatas. Ini supaya ucapan saya dapat saya habiskan, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak - Pekan
Sebagaimana yang kita sedia maklum, pada 9 Mei yang lalu telah berlangsung peralihan kuasa secara aman dan tersusun. Sebelum itu, telah timbul tuduhan dan fitnah kononnya saya pada ketika itu sebagai Perdana Menteri bercadang untuk mencetuskan huru-hara dan memanggil ataupun mengisytiharkan darurat. Ini kerana kononnya saya takut kehilangan kuasa. Sekali gus, tuduhan tersebut adalah tidak berasas sama sekali...
[Dewan tepuk]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya minta laluan Yang Berhormat...
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak - Pekan
Ini perkara boleh, perkara ini boleh...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Jelutong minta laluan. Kalau berani, beri laluan.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak - Pekan
Jangan ganggu. Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Jelutong. Minta untuk mencelah. Duduk dulu, Yang Berhormat Jelutong. Semua orang berhak bersuara dalam Dewan yang mulia ini.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak - Pekan
Apa yang telah dituduh itu tidak berasas sama sekali dan saya boleh beritahu kepada Dewan yang mulia ini kalau rujuk kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia pada masa itu dan Ketua Polis Negara dan semua anggota MKN, tidak ada panggilan mesyuarat khas MKN pada malam 9 Mei sama sekali. Saya juga hendak mengatakan Tuan Yang di-Pertua, secara peribadi bahawa saya adalah salah seorang yang percaya pada prinsip demokrasi dan the rule of law dan akur padanya.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyorot kembali kepada situasi ekonomi negara.
Pada ketika tahun 2005, subprime crisis yang berlaku di Amerika dan pada kesudahannya sampailah ke persisiran pantai kita- ekonomi kita pada tahun 2008. Pada ketika dunia mengalami apa yang disifatkan sebagai The Great Global Recession. Saya telah mengambil alih sebagai Menteri Kewangan pada tahun 2008 dan kemudiannya sebagai Perdana Menteri pada bulan April 2009, sekali gus memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.
Dalam menangani krisis ekonomi dunia pada ketika itu, kita telah mengambil langkah untuk melancarkan dua pakej rangsangan ekonomi yang besar. Secara berani. Hal ini di mana, apabila kita melaksanakan dua pakej rangsangan yang besar itu, maka Malaysia terlepas daripada mengalami recession economy, Tuan Yang di-Pertua.
Selepas itu, alhamdulillah ekonomi negara kita terus mengalami kadar pertumbuhan yang positif. Apa yang saya hendak katakan Tuan Yang di-Pertua, walaupun hutang negara berbanding dengan KDNK pada tahun 2009 telah meningkat 10 peratus tetapi kesan kepada ekonomi, kesan kepada rakyat, kesan kepada orang-orang yang berniaga, kita dan mereka semua, tidak mengalami kesan yang buruk daripada krisis ekonomi dunia.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak - Pekan
Selepas itu, ekoran daripada pakej rangsangan dan juga Dasar Transformasi Negara yang telah kita laksanakan secara komprehensif dan direncanakan secara tersusun, Malaysia telah menikmati kadar pertumbuhan ekonomi yang sihat, Tuan Yang di-Pertua.
Antara yang tertinggi di dunia sepanjang sembilan tahun berturut-turut.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak - Pekan
Pada tahun 2015 dan 2016, kita berdepan dengan satu lagi krisis. Pada ketika itu harga minyak global menyusut 75 peratus kepada bawah USD30. Sepatutnya, sebagai sebuah negara, Malaysia sekali lagi mengalami krisis ekonomi seperti mana berlaku di negara-negara pengeluar minyak yang lain. Di Timur Tengah, di Afrika, di Amerika Selatan tetapi sekali lagi kita terlepas daripada angkara tersebut.
Ini kerana, daripada awal lagi bila kita melancarkan Dasar Transformasi Nasional, kita telah mengambil strategi mengurangkan pergantungan kepada minyak sebagai sumber utama hasil negara, daripada 44 peratus pada suatu ketika telah turun kepada 14 peratus.
Kita telah pun memperkenalkan GST pada 1 April 2015. Kedua-dua langkah ini telah menyebabkan Malaysia sekali lagi terlepas daripada kesan krisis ekonomi, Tuan Yang di- Pertua.
Oleh itu, apa yang saya hendak sebutkan di sini, ekoran dasar transformasi dan pentadbiran ekonomi yang baik mendepani krisis global itu, Malaysia tidak perlu mewujudkan dana harta, tidak perlu mewujudkan dana modal mahupun Tabung Harapan bagi menyelamatkan ekonomi negara kita...
[Tepuk] Hakikatnya, Kerajaan Barisan Nasional telah mewariskan kepada Pakatan Harapan sebuah negara di mana ekonominya kukuh dan sihat.
Ini saya tidak menyatakan tetapi Bank Dunia dan World Economic Forum, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. World Economic Forum menyatakan bahawa Malaysia merupakan negara yang ke-23 paling kompetitif di dunia dan Bank Dunia telah menyatakan bahawa dalam masa beberapa tahun akan datang ini, Malaysia kemungkinan boleh menjadi sebuah advanced economy.
Justeru, saya ingin terus membantu pengetahuan dan pengalaman saya, membantu Yang Berhormat Ketua Pembangkang Ahli Parlimen Bagan Datuk dan juga negara pada keseluruhannya. Saya juga ingin menyatakan Tuan Yang di-Pertua bahawa ekonomi negara yang kita tinggalkan adalah ekonomi yang kukuh ataupun resilient. Kadar pertumbuhan yang tinggi dan sihat sembilan tahun berturut-turut, kadar pengangguran yang rendah, Bursa Saham Tuan Yang di-Pertua pada 20 April 2018 mencecah rekod 1,895...
[Tepuk] Dan institusi-institusi kewangan, GLCs, semua kukuh- asetnya berlipat ganda.
Tuan Yang di-Pertua, satu kumpulan yang saya ingin terus memberi pembelaan dan saya bimbang tentang kedudukan mereka adalah golongan para peneroka FELDA dan juga golongan dalam rancangan-rancangan seperti RISDA dan FELCRA. Pada era terdahulu, pada ketika Yang Berhormat Langkawi menjadi Perdana Menteri, FELDA dan sektor pertanian di Malaysia bukan keutamaan kerana tumpuan diberikan kepada perindustrian dan sektor seperti membuat kereta serta keluli. Pada ketika itu FELDA berhenti menerima peneroka baharu. Satu keputusan turut dibuat untuk menghentikan pembiayaan kerajaan kepada FELDA. FELDA pada ketika itu diminta untuk mencari dana sendiri. Akibatnya, usia pokok kelapa sawit semakin tua.
Apabila saya mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri, perolehan setiap hektar atau yield, dengan izin, daripada minyak sawit menurun pertama kali dalam sejarah.
Kebajikan peneroka juga diabaikan. Ia mendesak kerajaan pada ketika itu dan FELDA untuk melaksanakan langkah penyenaraian IPO FGV bagi mendapatkan dana menampung kos penanaman semula kepala sawit dan menambah baik kebajikan dan kehidupan peneroka.
Jika kita tidak mengambil langkah-langkah berkenaan serta penyediaan dana bagi melaksanakan penanaman semula pada skala yang besar, tidak mustahil pokok yang semakin tua dan hasil semakin menyusut akan menyebabkan FELDA mungkin tidak lagi wujud pada tempoh 10 atau 20 tahun selepas itu.
Memandangkan FELDA diasaskan oleh Allahyarham ayahanda saya dan ramai penduduk di Parlimen Pekan dan di kawasan-kawasan Parlimen yang lain adalah para peneroka FELDA, maka menjaga kebajikan peneroka FELDA dan industri minyak sawit turut menjadi keutamaan saya selama ini.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak - Pekan
Pada zaman pentadbiran Barisan Nasional, mereka telah dapat begitu banyak kemudahan seperti pada tahun 2012. Dengan penyenaraian FGV, setiap peneroka menerima RM15,000 dan dividen pada setiap tahun. Pada tahun 2017, mereka telah terima bayaran khas RM5,000. Setiap tahun terima bonus dan duit raya.
Namun, sebaik sahaja kerajaan baharu mentadbir, mereka tidak diendahkan. Malah Hari Peneroka tidak disambut, bayaran lewat dan janji tidak ditunaikan. Malangnya selepas PRU14 ini dengan kerajaan baharu, golongan tidak menerima manfaat malah terkesan adalah golongan para peneroka. Bonus Hari Raya rendah dari sebelum ini. Apakah pembayaran kepada peneroka akan terus menurun pada masa akan datang? Saya ingin tanya di sini Tuan Yang di-Pertua, Manifesto Pakatan Harapan berjanji membatalkan kesemua hutang peneroka dalam tempoh 100 hari. Apa akan jadi kepada janji ini?
Tuan Yang di-Pertua, terdapat juga laporan kelewatan...
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Minta laluan.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak - Pekan
Bayaran kepada peneroka...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kubang Kerian minta laluan Yang Berhormat.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak - Pekan
...Dan sebagainya.
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Yang Berhormat Pekan minta laluan.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak - Pekan
Saya hendak- masa suntuk [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat tidak beri ya.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak - Pekan
Terdapat juga laporan mengenai kelewatan bayaran kepada peneroka. Sebelum 9 Mei, harga minyak sawit adalah lebih tinggi kerana saya berterusan mempromosikan hasil minyak sawit ke pasaran dunia seperti di China, di mana saya berbincang dengan Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri, Li Keqiang pada tahun 2016 untuk China membeli minyak sawit tambahan dari Malaysia.
Lanjutan itu, pada tahun 2017, China membeli lebih banyak minyak sawit dari Malaysia bagi menunaikan janji mereka. Akan tetapi kini, harga minyak sawit dan getah turun mendadak.
Harga minyak sawit sudah menyusut di bawah RM2,100 setiap tan dan ini adalah paling rendah dalam tempoh tiga tahun. Harga getah juga rendah dan kehidupan pekebun kecil turut terjejas.
Pada masa yang sama, eksport minyak sawit dari Indonesia ke China berterusan meningkat manakala eksport kita menyusut. Selepas janji Perdana Menteri China, Li Keqiang ke Indonesia pada Mei lalu untuk membeli minimum 500,000 tan minyak sawit dari negara itu, berikutan janji itu pada 12 Julai lalu, syarikat China membeli minyak sawit tambahan dari Indonesia sebanyak USD726 juta. Kesannya pada Malaysia Tuan Yang di-Pertua, negara ini akan terus ketinggalan dalam penguasaan pasaran kepada negara jiran, jika kita tidak mempunyai hubungan diplomatik yang baik.
Saya ingin menggesa kerajaan baharu tidak melihat peneroka sebagai rakyat kelas kedua atau ketiga dan kerajaan perlu mengumumkan apakah perancangan mereka bagi FELDA dan langkah-langkah bagi mengatasi harga komoditi yang semakin rendah ini.
Tuan Yang di-Pertua, di bawah agenda transformasi Kerajaan Barisan Nasional, tumpuan diberikan pada mengurangkan jurang perbezaan pendapatan dan menyediakan bantuan secara langsung dan tidak langsung kepada kumpulan rakyat B40, penduduk luar bandar dan di negeri yang kurang pembangunan. Pelbagai program bantuan dan inisiatif dilaksanakan bagi membantu secara langsung kumpulan ini seperti BR1M, Klinik Rakyat 1Malaysia, bantuan nelayan, bantuan petani, bantuan pekebun kecil, bantuan persekolahan, PR1MA, projek perumahan, infrastruktur, pengangkutan awam bertujuan meningkatkan pendapatan dan mengurangkan beban kewangan harian mereka.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak - Pekan
Projek-projek seperti projek Central Spine Road, Lebuhraya Pan Borneo, RAPID Pengerang, ECRL, HSR, MRT dan sebagainya bertujuan untuk mencetuskan pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi. Lebih daripada itu, ia untuk mengurangkan ataupun merapatkan jurang perbezaan pembangunan antara negeri-negeri yang kurang membangun seperti negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak. Projek-projek ini jika dilaksanakan pasti akan meningkatkan kadar pertumbuhan negeri-negeri tersebut.
Malah, GST itu sendiri memainkan peranan mengenakan cukai lebih banyak terhadap golongan kaya berbanding dengan golongan miskin. GST dilaksanakan berasaskan kepada lebih banyak seorang itu belanja, lebih banyak dia membayar. Memandangkan golongan kaya berbelanja lebih banyak, mereka membayar sebahagian besar bagi GST. Ia juga membantu mengurangkan dan mengenakan cukai terhadap ekonomi gelap ataupun the black economy, dengan izin, mengurangkan lari cukai serta pengaliran keluar dana haram atau pun illicit capital outflow, dengan izin. Oleh sebab itulah, Tuan Yang di-Pertua, GST mengutip lebih banyak berbanding SST. Lebihan GST itu kemudiannya disalurkan bagi membantu golongan B40.
Di sini saya suka beritahu, Tuan Yang di-Pertua, bahawa salah satu daripada fenomena yang tidak diketahui umum ialah soal illicit capital outflow. Ini berkait rapat dengan transfer pricing antara multinational company. Misalnya kalaulah MSC beroperasi di Malaysia, mereka lebih suka mencatat keuntungan yang lebih besar di Singapura ataupun di Hong Kong. Ini kerana mereka akan bayar cukai korporat yang lebih rendah. Akan tetapi jika ada GST, kita boleh menutup peluang untuk mereka memanipulasi harga dalam bentuk transfer pricing. Inilah antara punca besar pendapatan negara terus bertambah. Apabila ia bertambah, kita bagi kepada golongan miskin, Tuan Yang di-Pertua.
BR1M- dan jangan lupa penjawat-penjawat awam...
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak - Pekan
Saya telah umumkan 1 Julai 2018 yang lalu, satu kenaikan khas tahunan. Saya beritahu Tuan Yang di- Pertua, ramai penjawat awam mengeluh. Ramai yang mengeluh. Umpamanya kumpulan M48, dia akan dapat RM270 tambahan, pencen akan bertambah. Jikalau dia meninggal, isteri akan mendapat pencen tambahan. Ini semua terlepas. Kerana apa? Kerana langkah populis memansuhkan GST. Inilah dasar Barisan Nasional...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Pekan, boleh bagi penjelasan?
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Boleh minta laluan?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Rakyat susah dan miskin sebab Yang Berhormat Pekan simpan duit di rumah, Yang Berhormat.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Yang Berhormat Pekan, boleh minta laluan?
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak - Pekan
Duduk, duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Rakyat susah dan miskin sebab Yang Berhormat Pekan ambil RM2.6 bilion.
Tuan Yang di-Pertua
Adakah Yang Berhormat Pekan memberi laluan?
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak - Pekan
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beritahu bahawa inilah kita...
Tuan Yang di-Pertua
Tidak diberi laluan, sila duduk, sila duduk. Kita ikut peraturan mesyuarat. Duduk, duduk.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak - Pekan
Duduk, duduk. Tuan Yang di-Pertua, Peraturan 37(1). Saya ada satu minit sahaja lagi, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, teruskan.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak - Pekan
Diganggu. Saya kena minta extra time. Saya hendak beritahu, Tuan Yang di-Pertua, bahawa banyak contoh yang boleh saya berikan. Akan tetapi apabila kita lihat kepada dasar kerajaan baharu ini, sama ada kita akan kembali kepada zaman dahulu? Ini sebut sekarang ini Malaysia baharu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tidak, tidak. We have no 1MDB scandal, Yang Berhormat Pekan.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak - Pekan
Duduk, duduk.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jelutong, berapa kali saya hendak ingatkan, kita ikut peraturan mesyuarat...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan.
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Hendak berehat dekat luarlah...
[Dewan riuh]
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
.
Tuan Yang di-Pertua
Yang lain pun ikut peraturan mesyuarat ya.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak - Pekan
Apakah Malaysia baharu ini kembali kepada zaman dahulu, dasar-dasar dahulu? Dasar-dasar dahulu yang parti reformasi, parti PKR ditubuhkan, hendak menolak dasar-dasar dahulu. Dasar seperti memberi gaji lebih rendah kepada kakitangan awam. Kembali kepada dasar menambahkan kereta atas jalan raya daripada memberi tumpuan kepada pengangkutan awam. Dasar menambah subsidi dan sebagainya. Dasar balik kepada SST. Saya hendak beritahu kepada Tuan Yang di-Pertua, SST bila kita mansuhkan, harga sudah stabil. Apabila 1 September ini, akan berlaku satu lagi pusingan kenaikan harga pasti berlaku.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pekan, masa sudah habis. Sila gulung.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak - Pekan
Tuan Yang di-Pertua, masa tidak mengizinkan, saya banyak lagi hendak cakap.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Harga cincin stabil kah?
Tuan Yang di-Pertua
Sila gulung kan ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Pekan, bagi penjelasan tentang 1MDB, Yang Berhormat. Kita tunggu.
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
[Berucap dalam bahasa Tamil]
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Mabuklah.
Tuan Yang di-Pertua
Masa sudah habis. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Lanang untuk berbahas.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Lanang untuk mengambil peluang dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas titah Tuanku di Dewan ini.
Di sini saya ingin membuat cadangan iaitu jawapan the blue book yang diberi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat supaya dapat dipaparkan secara atas talian. Saya rasa kita boleh go green iaitu go paperless. Maksud saya soalan dan jawapan juga boleh disemak di laman web Parlimen seperti mana Aturan Urusan Mesyuarat dan Penyata Rasmi iaitu Hansard. Ini supaya sesiapa sahaja dapat menyemak soalan dan jawapan daripada Wakil Rakyat dalam laman web Parlimen Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan kerana memberi peruntukan kepada semua Ahli-ahli...
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Lanang, hendak tanya soalan, mencelah. Sini, sini, Parit Sulong.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Duduk dahulu. Dipersilakan duduk ya.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Alah, hendak tanya. Nanti sudah tukar topik lain.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Dipersilakan duduk.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Saya hendak tanya soalan tadi.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Tidak perlulah, tidak perlu.
Tuan Yang di-Pertua
Teruskan sahaja Yang Berhormat Lanang.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Bukan, bukan. Saya hendak bertanyakan fasal soalan, tentang jawapan-jawapan.
Tuan Yang di-Pertua
Laluan tidak diberikan, sila duduk. Teruskan Yang Berhormat Lanang.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Kerana memberikan peruntukan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat kerajaan termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat dari pembangkang. Tahniah kepada kerajaan baharu, Kerajaan Pakatan Harapan kerana telah mencipta sejarah di Parlimen Malaysia kerana telah mengagihkan peruntukan bagi semua kawasan Parlimen masing-masing walaupun dalam penggal lepas sewaktu kami di sebelah pembangkang, kami tidak terima sesen pun bagi tujuan kegunaan di kawasan Parlimen kami...
[Dewan riuh]
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Walau bagaimanapun, saya ingin membuat satu cadangan yang mungkin tidak popular iaitu mungkin...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Mana ada peruntukan, Tuan Yang di-Pertua.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Yang Berhormat Kinabatangan, ikut peraturan.
Tuan Yang di-Pertua
Di dalam peraturan mesyuarat tidak ada aturan yang berkata Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membuat bising. Silakan Yang Berhormat Lanang [Ketawa]
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Walau bagaimanapun, saya ingin membuat satu cadangan yang mungkin tidak popular iaitu mungkin kerajaan boleh memberikan peruntukan yang sama rata kepada pembangkang pada masa hadapan kerana itu juga hasrat kita semasa kita menjadi pembangkang.
Selain itu, saya rasa peruntukan yang diberikan sekarang agak kurang jika dibandingkan dengan peruntukan yang diterima oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dari Barisan Nasional pada masa dahulu. Di Sarawak, Kerajaan Negeri Sarawak pimpinan GPS baru mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak kerajaan sahaja, selain daripada peruntukan RM5 juta RTP dan RM2 juta untuk MRP.
Jadi, saya berharap peruntukan yang lebih banyak dapat diluluskan kepada Ahli-ahli Parlimen pada masa hadapan, jika status kewangan kita mengizinkan, dengan pengauditan berkala supaya budaya rasuah kerajaan sebelum ini tidak akan menjadi budaya kerajaan baharu.
Seterusnya saya ingin menyentuh isu tentang KWSP yang dijanjikan kepada suri rumah tangga di dalam manifesto Pakatan Harapan. Saya amat mengalu-alukan inisiatif ini kerana ia membolehkan suri rumah tangga boleh mempunyai sedikit tabung saving pada masa hadapan sendiri dan anak-anak mereka.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Akan tetapi saya ingin tanya tentang ibu-ibu tunggal yang tidak bekerja. Adakah ibu- ibu tunggal juga dapat menerima caruman KWSP atau RM50 ke dalam akaun KWSP? Kita sedia maklum bahawa KWSP suri rumah tangga akan mengambil dua peratus daripada pendapatan suami.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Bagaimana pula suri rumah tangga yang suami sendiri pun tidak bekerja atau tidak mempunyai pendapatan tetap? Ini adalah kerana masih ada penduduk di kawasan pendalaman, “Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. Mereka sendiri pun mungkin tidak membayar KWSP kerana tidak mempunyai pendapatan tetap.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini tentang satu aduan yang saya terima iaitu proses pemasangan Sistem Pengawasan Kebakaran Automatik (SPKA) telah giat dilakukan bagi menggantikan sistem Central Monitoring System
(CMS) pada tahun lepas. Pemasangan SPKA ini dimaklumkan hanya boleh dijalankan oleh pihak syarikat iSCADA NET Sendirian Berhad dan perlu di rekod status pelaksanaannya.
Sehubungan itu, proses pemasangan SPKA adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Penolong-penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran Bilangan 1/2017 seperti berikut:
(i) bermula 1 Januari 2018, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melaksanakan penguatkuasaan sepenuhnya penyambungan kepada SPKA sebagai syarat pengeluaran FC;
(ii) premis ditetapkan dan telah tamat subscription agreement (SA) dengan Syarikat MPSB atau ABL bagi sistem CMS pada tahun 2017 hendaklah dijalankan penguatkuasaan mengadakan penyambungan kepada SPKA sebagai syarat pengeluaran FC;
(iii) mana-mana subscription agreement (SA) bagi sistem CMS yang masih berkuat kuasa selepas tarikh 31 Disember 2017 adalah diberi kelonggaran untuk pengeluaran FC yang tamat tarikh berkuat kuasa sebelum tarikh 31 Disember 2017. Pihak kerajaan dan swasta hendaklah menghantar rekod tersebut ke Bahagian Keselamatan Kebakaran pada atau sebelum 30 hari bulan setiap bulan menggunakan format rekod pemantauan pemasangan SPKA mengikut ‘ZON’ bagi bangunan kerajaan dan swasta.
Soalannya, kenapa hanya satu syarikat yang diberi kuasa untuk pemasangan tersebut? Saya dimaklumkan kos pemasangan bagi pihak swasta adalah RM2,530 dan setiap bulan bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM150 untuk fi SPKA dan telco fee RM70 dengan jumlah RM220 sebulan. Jadi saya hendak tanya, adakah ini patut berlaku? Apakah rancangan kerajaan untuk meringankan beban swasta memandangkan ekonomi sekarang pun masih tidak baik?
Isu seterusnya ialah masalah di hospital dan poliklinik di Sibu. Hospital dan Poliklinik Oya serta Poliklinik Lanang di Sibu selama ini menghadapi masalah kekurangan tempat letak kereta. Isu ini sudah banyak kali saya bawa ke Dewan yang mulia ini. Beberapa kali sudah saya mencadangkan supaya bangunan tempat letak kereta bertingkat dibina di Hospital Sibu tetapi masih belum direalisasikan.
Saya telah berjumpa dengan Pengarah Hospital Sibu dan dimaklumkan bahawa mereka pun pernah membawa isu ini kepada Kementerian Kesihatan beberapa tahun dahulu.
Satu cadangan melalui kajian oleh pihak Hospital Sibu juga telah diberikan kepada Kementerian Kesihatan untuk membina sebuah tempat letak kereta bertingkat sebelum ini.
Jadi, saya berharap cadangan ini dapat dipertimbangkan dan pembinaan sebuah bangunan tempat letak kereta akan diluluskan untuk menjamin keselesaan kepada pelawat hospital serta rakyat Sibu dan Sarawak.
Selain itu, bilik air di Poliklinik Oya juga mengalami kebocoran dan tidak sempurna untuk digunakan dan memberi ketidakselesaan kepada para pengguna. Keadaan ini berlaku kerana paip yang bocor merupakan paip saluran najis yang menyebabkan kumbahan najis mengalir keluar melalui corong yang dibina menuju ke longkang. Bukan itu sahaja, pam di tandas juga mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat ditarik. Sistem tandas yang tidak berfungsi menyebabkan air di dalam tandas bertakung. Air paip yang menitis kadangkala terkena para pengguna juga.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Keadaan tandas yang bersih dan selesa amat penting kepada para pengguna bagi menjamin keselamatan dan kesihatan mereka terutama sekali bilik air dan tandas di hospital dan klinik kesihatan.
Tenaga pekerja yang membersihkan kawasan persekitaran hospital haruslah diberi kemudahan tempat berehat yang selesa. Namun di Poliklinik Oya, para pekerja yang membersihkan persekitaran tidak diberi tempat untuk berehat sehingga mereka sendiri telah mendirikan satu tempat untuk berehat seperti golongan gelandangan. Keadaan ini membuatkan para pekerja pembersihan tidak selesa dan ini menjejaskan kualiti kerja mereka.
Selain itu juga, kerusi-kerusi di ruang menunggu kebanyakannya sudah rosak dan longgar. Beberapa pengunjung pernah mengadu terjatuh dari kerusi berkenaan kerana skru yang longgar menyebabkan kerusi tersebut tertanggal. Oleh itu, saya ingin menyarankan agar pihak Kementerian Kesihatan dapat memberi perhatian teliti akan perkara ini dan membantu untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. Kerja-kerja menaik taraf Hospital Sibu dan Poliklinik Oya serta Poliklinik Lanang perlu disegerakan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin meminta pihak kerajaan supaya memberi penjelasan tentang 20 peratus royalti gas dan minyak yang dicatatkan dalam Manifesto Pakatan Harapan. Adalah tidak elok jika Kerajaan Pakatan Harapan tidak mempunyai satu clear message kerana itu adalah janji kita. Selain janji royalti minyak, Pakatan Harapan juga janji akan menghapuskan rasuah di negara kita. Jadi saya bersetuju dengan Yang Berhormat Bandar Kuching di mana kes-kes mantan Ketua Menteri Sarawak juga perlu dibuka semula untuk siasatan yang teliti. Ia adalah tidak adil jika rasuah di Sarawak dibiarkan begitu sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu apakah status perkembangan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo. Saya telah menerima aduan daripada rakyat bahawa pembinaan fasa ini di Sibu terlalu perlahan. Bulatan Sibu Airport telah ditutup selama satu tahun sejak bulan Jun 2017 dan sebelum ini telah dijangka akan dibuka balik pada bulan Jun 2018.
Sekarang sudah bulan Julai 2018.
Perkataan “Jun 2018” di atas papan tanda telah dipadam dan tiada tempoh masa ditetapkan. Saya berpendapat bahawa ini adalah tidak adil kepada penduduk berhampiran.
Mereka terpaksa mengambil jalan yang jauh, one big round walaupun rumah mereka hanya di seberang jalan. So near yet so far, dengan izin. Saya ingin tanya, bilakah fasa projek di Sibu dapat disiapkan? Pembinaan perlu dipercepatkan dan penyelenggaraan jalan perlu diteruskan untuk mengelak sebarang jenis kemalangan yang tidak diingini.
Tambahan pula, saya juga menerima aduan daripada penduduk rumah panjang kerana mereka masih belum menerima pampasan yang dijanjikan. Usaha untuk membina rumah panjang baharu bukanlah senang dan mengambil masa yang lama. Maka adalah tidak adil kepada mereka yang menunggu untuk menerima pampasan yang sudah lewat dibayar.
Ada juga penduduk rumah panjang yang ingin menuntut pampasan daripada kerajaan disebabkan Lebuhraya Pan Borneo dibina terlalu dekat kepada rumah panjang mereka. Jika boleh, saya minta agar Yang Berhormat Menteri meluangkan sedikit masa untuk melawat rumah panjang tersebut untuk meneliti sama ada mereka layak untuk menerima pampasan daripada kerajaan atau tidak.
Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya ialah isu kewarganegaraan. Rakyat amat khuatir kenapa permohonan kewarganegaraan Puan Sri Ragad Waleed Al Kurdi dapat diluluskan dalam masa yang begitu singkat tetapi tidak berlaku kepada pemohon-pemohon lain. Saya faham dalam Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan beberapa kategori permohonan kewarganegaraan Malaysia yang antaranya adalah khusus bagi isteri atau anak kepada warganegara. Setiap kategori tersebut mempunyai syarat permohonan seperti keperluan untuk memenuhi tempat permastautinan yang berbeza.
Saya ada satu kes di mana isteri kepada warganegara telah tinggal di Sibu selama 18 tahun tetapi permohonan ditolak setiap kali beliau membuat permohonan sehingga suami beliau sudah meninggal dunia pun permohonan belum diluluskan.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
[Bangun]
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Saya minta supaya kementerian menjelaskan beberapa jenis kategori yang ada dan tempoh permastautinan bagi setiap kategori...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Lanang.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Supaya pemohon dapat memahami sebab-sebab permohonan mereka ditolak atau dalam senarai menunggu. Saya berharap kementerian dapat mengkaji semula kes-kes yang ditolak tanpa tahu alasan yang munasabah supaya kes seperti ini dapat dikendalikan dengan betul.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Batu Kawan minta laluan.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Boleh.
Tuan Yang di-Pertua
Diberikan.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lanang. Saya ingin mendapat pandangan Yang Berhormat Lanang mengenai isu-isu wanita warga asing berkahwin dengan lelaki warganegara Malaysia dalam proses mereka memohon untuk PR atau pemastautin. Andai kata suami mereka meninggal, maka dasar KDN akan menarik, revoke, dengan izin, permohonan tersebut dan mereka akan dalam status yang nowhere, Tuan Yang di-Pertua.
So, saya harap KDN akan memberi pertimbangan untuk teruskan permohonan mereka sebab kalau mereka ada anak di sini, apabila mereka balik untuk renew visa, kemungkinan kalau mereka tidak masuk maka anak-anak mereka akan ketinggalan di sini.
Apa pandangan Yang Berhormat Lanang?
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Saya bersetuju...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, sekarang sampai pukul 1. Saya menggunakan budi bicara di bawah Peraturan Mesyuarat 12(3) untuk membenarkan Yang Berhormat terus...
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Kalau saya hendak tanya juga soalan boleh tidak Yang Berhormat Lanang? Yang Berhormat Lanang bagilah.
Seorang Ahli
Bagilah.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Sambung nanti, sekarang sudah pukul 1.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Ala, nanti boleh sambung lagi. Sudah pukul 1 kah? Bolehlah Yang Berhormat Lanang ya? Yang Berhormat Lanang bagi ke Parit Sulung ya.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Nantilah.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Boleh ya?
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Nanti.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Okey, terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Kita sambung nanti boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Bagi laluan?
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Ya. Saya mendengar tadi dengan tekun apa Yang Berhormat Lanang katakan mengenai buka semula siasatan kepada Yang Amat Berhormat CM Sarawak dahulu. Jadinya Yang Berhormat Lanang setuju tidak dengan saya, kalau sekiranya- sebab kita bercakap mengenai adil, demokrasi dan segalanya. Buka semula siasatan kepada bekas Yang Amat Berhormat CM Penang. Terima kasih.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Itu bukan saya punya kuasa. Kuasa terletak di AG. Saya setuju apa-apa yang perlu dibuka semulalah asalkan adil dan saksama...
[Dewan riuh]
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya sambung atau sambung nanti?
Tuan Yang di-Pertua
Boleh gulung, kan?
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Masih ada satu muka surat. Masih ada lima minit? Boleh saya sambung selepas ini?
Tuan Yang di-Pertua
Ya, ya. Saya telah menggunakan kuasa budi bicara di bawah Peraturan Mesyuarat 12.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Okey, boleh. Saya teruskan. Tuan Yang di-Pertua, isu stateless children adalah sangat serius di negara kita. Saya menerima banyak kes dan saya telah mengkategorikan kes-kes tersebut kepada beberapa kategori. Kategori di mana anak angkat tidak dapat diberi kewarganegaraan.
Kategori kedua, di mana anak-anak yang dilahirkan adalah anak luar nikah.
Kategori ketiga iaitu warga emas yang masih menunggu kelulusan permohonan MyKad.
Kategori keempat iaitu kelewatan pendaftaran Sijil Lahir oleh orang asli atau penduduk pendalaman dan beberapa lagi kategori yang lain. Saya memohon supaya satu jawatankuasa atau task force ditubuhkan untuk menyelesaikan kesemua isu ini supaya anak- anak ini diberi layanan yang adil dan saksama terutama mereka yang menjadi mangsa kecuaian ibu bapa mereka.
Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya ialah isu harga tiket penerbangan yang terlalu tinggi pada musim perayaan. Saya rasa isu ini sudah banyak kali saya bawa di Dewan yang mulia ini. Jadi saya harap Kementerian Pengangkutan dapat mengadakan satu dialog bersama MAVCOM dan Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak sebelum kajian harga siling dimuktamadkan. Saya juga berharap penerbangan AirAsia dari Sibu ke Kota Kinabalu dapat dipertimbangkan secepat mungkin untuk memberi pilihan kepada rakyat Sibu yang ingin pergi ke Kota Kinabalu.
Saya menerima jawapan daripada Kementerian Pengangkutan dan didapati subsidi kerajaan kepada MASwings agak tinggi setiap tahun. Sekali lagi saya ingin mencadangkan supaya harga siling bagi tiket penerbangan MASwings bagi setiap laluan boleh dipaparkan di laman web MASwings atau MAVCOM. Supaya semua rakyat Sabah dan Sarawak tahu akan harga maksimum yang perlu dibayar apabila mereka ingin membeli tiket untuk laluan RAS.
Seterusnya, saya ingin membahaskan satu lagi isu di Dewan yang mulia ini. Baru- baru ini saya banyak menerima aduan dari rakyat Sibu bahawa penghantaran Pos Laju yang tidak laju iaitu tidak menepati jangka masa penghantaran dan ini sangat mengecewakan.
Sudah beberapa kes di mana bungkusan atau surat mereka telah hilang dan tidak dapat dikesan lagi. Ada yang sudah tunggu lebih daripada sebulan. Saya berharap kementerian dapat meneliti isu ini dengan serius kerana ia melibatkan kepentingan semua rakyat.
Selain itu, saya juga menerima aduan bahawa di Sibu banyak kali talian telefon tidak berfungsi selama beberapa hari atau beberapa jam di Sibu. Streamyx atau UniFi langsung tidak dapat digunakan hampir seluruh kawasan di Sibu dan Lanang pada minggu lepas. Jadi saya harap masalah ini tidak akan timbul lagi.
Satu lagi isu yang ingin saya bangkitkan ialah tentang pengasingan, pendispensan ubat-ubatan- dispensing separation yang perlu diselesaikan demi kepentingan rakyat dalam aspek keselamatan pesakit dan keselamatan pengubatan. Saya rasa kerajaan perlu mengiktiraf ahli-ahli farmasi sebagai penjaga ubat-ubatan dengan mengiktiraf peranan ahli- ahli farmasi dalam mendispen ubat melalui pengasingan pendispensan dalam sektor rawatan utama swasta.
Jadi saya menyeru supaya kerajaan mengkaji semula sistem penjagaan kesihatan sedia ada dan berusaha ke arah perwujudan satu sistem yang mampan dari segi kewangan, adil terhadap para pesakit, pengguna dan semua ahli profesion kesihatan serta mampu untuk semua rakyat. Saya harap kerajaan dapat melibatkan rakyat dan penubuhan-penubuhan sivil dalam proses penggubalan dasar dan perundangan serta meningkatkan kapasiti mereka dalam proses membuat keputusan. Kerajaan perlu bersifat tidak memihak kepada mana- mana organisasi profesional dan mengambil kira semua pandangan secara adil dan telus.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Akhir kata saya menjunjung kasih Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Lanang.
Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Jadi kita hentikan sesi pagi ini dan bersambung pada pukul 2.30 petang.
Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Saya minta- Tuan Yang di-Pertua, sebelum tangguh saya mencadangkan supaya waktu perbahasan disingkatkan kepada 10 ataupun 15 minit. Ramai Ahli-ahli Parlimen yang baharu, yang ingin berbahas mewakili kawasan mereka dan perlu diberi peluang. Ini pernah dilakukan pada sesi yang lalu. Cadangan.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, cadangan diambil kira. Kita bersambung pada pukul 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.05 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Tuan Yang di-Pertua
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Kita teruskan dengan sesi perbahasan.
Saya menjemput Yang Berhormat Pendang untuk berbahas.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahirobbil alamin, washolatu wassalamu 'ala asrofil ambiya iwal mursalin wa'ala alihi wasohbihi aj ma'in...
[Membaca sepotong doa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kerana inilah peluang saya untuk diberi peluang untuk bercakap, untuk berbahas dalam sidang pada kali ini. Saya nak memulakan ucapan saya dengan membaca surah At-Taubah, ayat 128-129...
[Membaca potongan ayat al-Quran] Maksudnya, *“Sesungguhnya telah datang kepada kalian seorang Rasul daripada kaum kalian sendiri.
Berat rasa olehnya penderitaan kalian, sangat menginginkan keamanan dan keselamatan bagi kalian. Amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling daripada keimanan, maka katakanlah wahai Muhammad, cukuplah Allah bagi ku.
Tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung”.* Surat At-Taubah, ayat 128-129.
Alhamdulillah, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan ucapan perbahasan menjunjung kasih ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada sesi Parlimen kali ini. Titah Baginda tempoh hari seharusnya diambil iktibar oleh semua Ahli Dewan Rakyat demi memastikan kepentingan negara dan aspirasi rakyat dapat dijaga sebaiknya.
Dari firman Allah SWT yang saya baca tadi, Allah SWT telah mengutus kepada orang-orang yang beriman seorang Rasul daripada golongan mereka sendiri iaitu Nabi Muhammad SAW. Baginda Nabi Muhammad SAW sangat menginginkan seluruh umat manusia mendapat hidayah, keimanan, keamanan, keselamatan, memperoleh manfaat di dunia dan juga di akhirat.
Sebagai Ahli Dewan Rakyat, seharusnya kita mengambil tugas ini sebagai pemimpin yang telah diberi mandat oleh rakyat. Laksanakanlah tugas yang diberikan ini sebaiknya dan serahkanlah urusan kepada Allah dalam memberikan apa yang terbaik kepada hamba-hambanya.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Selain itu, sistem demokrasi di negara kita ini tidak menghalang setiap anggota masyarakat untuk menegur sikap pimpinan yang menyeleweng daripada landasan yang sebenar. Semestinya pihak kerajaan perlu mengambil sikap terbuka di dalam setiap teguran yang telah diutarakan mahupun yang akan dicadangkan. PAS sentiasa konsisten dengan pendirian parti iaitu berperanan sebagai pembangkang yang konstruktif dan bersedia bekerjasama demi kepentingan agama, negara dan rakyat amnya.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan soal isu 1MDB yang mana telah disentuh banyak pihak di dalam Dewan dan juga di luar Dewan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Menyampuk]
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.
Jangan kacau ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Aku tak bagi peluang hang hari ini.
[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua terlebih dahulu saya ingin membangkitkan isu 1MDB yang sudah lama menggegarkan negara, bahkan turut mendapat perhatian seluruh dunia. Berdasarkan jawapan Menteri kepada Yang Berhormat Kota Bharu, isu 1MDB ini statusnya masih dalam siasatan.
Persoalannya, sampai bilakah rakyat perlu terus terbeban dengan perkara ini daripada terus diputarbelitkan dan dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu? Dalam bahasa Inggeris, justice delayed is justice denied. Menurut maklum balas daripada Menteri Kewangan kepada soalan saya bertarikh 18 Julai 2018, KWSP telah melanggan bon terbitan kepada 1MDB sebanyak RM200 juta, manakala KWAP iaitu Kumpulan Wang Amanah Pencen, melanggan sebanyak RM900 juta kepada 1MDB.
Ini jawapan daripada Menteri berdasarkan soalan yang saya ajukan kepada Menteri tempoh hari melalui soalan dijawab secara bertulis. Jadi, saya ingin membuat beberapa persoalan kepada Menteri yang terlibat. Projek-projek yang dibangunkan hasil pinjaman 1MDB ini daripada agensi-agensi kerajaan dan juga mana-mana pihak yang telah diberi pinjaman kepada 1MDB wajar diperincikan supaya kita jelas hutang yang mana, ke mana pergi, projek yang mana. Ini, saya minta Yang Berhormat Menteri memperincikan. Dengan ini, Pendang mengharapkan maklumat yang berfakta dapat diberikan kepada rakyat dengan lebih telus tanpa berselindung, demi memelihara kepentingan semua pihak.
Seterusnya, hasrat rakyat mahu melihat setiap isu 1MDB ini yang timbul dapat diselesaikan sebaik mungkin dengan adil dan saksama. Kita maklum bahawa salah satu kandungan Manifesto Pakatan Harapan ialah menyiasat isu-isu yang disensasikan sebagai skandal, termasuk isu 1MDB. Jadi, hendaklah dibawa ke muka pengadilan segala tuduhan yang dibawa di muka laman portal dan juga surat khabar di dalam negeri dan juga luar negeri, mestilah dibawa ke muka pengadilan supaya keadilan dapat ditegakkan. Kita tak mahu isu ini dimainkan tanpa ada fakta sehingga menyebarkan perkara-perkara yang membina pemikiran rakyat melalui berita-berita yang menimbulkan persepsi ini. Kita hendak fakta dan data. Kita hendak mendidik rakyat supaya berdasarkan kepada realiti, bukan persepsi. Ini tujuan kita.
Jadi, kita minta pihak-pihak yang terbabit mendedahkan secara terperinci, kalau benar ada hutang-hutang, kalau benar ada pinjaman. Saya sebut, masalah KWSP dan KWAP ini adalah duit simpanan rakyat. Jadi, pihak tertentu perlu mendedahkan pinjaman ini yang diberi kepada 1MDB kerana kita hendak melihat pinjaman ini untuk apa, projek apa dan juga penjadualan balik pinjaman-pinjaman ini kepada KWSP ataupun kepada KWAP kerana ini wang rakyat.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Jadi sekarang ini kita tengok status 1MDB kita tidak tahu sama ada dibekukan ataupun boleh digerakkan aktiviti perniagaannya. Jadi kalau ada aktiviti perniagaannya, maka penjadualan pembayaran balik wang-wang rakyat yang dipinjamkan dahulu maknanya berjalan dengan lancar.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Akan tetapi kalau sekiranya tindakan diambil untuk membekukan, siapakah yang akan membayar balik hutang-hutang wang rakyat ini. Saya perlu jawapan yang terperinci daripada pihak yang terbabit termasuklah Kementerian Kewangan dan sebagainya kerana mereka ada maklumat.
Sekarang ini semua maklumat ini adalah kepada pihak kerajaan. Mereka boleh semak dan siasat. Kalau betul-betul ada salah laku, salah urus tadbir, sila dakwa. Jangan kita main, berbincang, bermacam-macam, tuduh menuduh, aib mengaibkan tanpa ada fakta dan tidak ada lagi tuduhan. Sekarang hanya ada satu tuduhan yang dibuat iaitu berkaitan RM42 juta kes SRC ke atas orang yang terlibat. Mana lagi berbilion-bilion yang diuarkan-uarkan sebelum ini, sebelum PRU Ke-14, mana ada? Kalau ada, silakan. Kita akan sokong kerana ini wang rakyat, salah urus tadbir yang menyebabkan negara kerugian, rakyat terpaksa membayar hutang-hutang ini...
Beberapa Ahli
Betul, betul, betul...
[Dewan tepuk]
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kita hendak bukti sekarang.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Pendang, minta laluan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Rasah minta laluan.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya tidak bagi.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tidak bagi?
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya tidak bagi, duduk. Bagi saya habis dulu. Saya ada 50 muka surat. Saya hendak habiskan. I have to speed up to finish it, my speech. Sorry brother, sorry. Alright, Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, tadi guna bahasa.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh juga GST dan juga raise SST. GST ini dulu dikatakan regressive tax, dengan izin. Sekarang kita hendak hapuskan regressive tax, kita hendak laksanakan balik aggressive tax. This is, dengan izin, these two taxes yang kita kenakan kepada rakyat, dia ada disparity-nya. Perbezaannya sangat jelas.
Saya hendak sebut di sini, sekiranya kita menghapuskan GST dan saya sokonglah sebab punca kenaikan harga barang baru ini, sebelum saya ke Dewan Rakyat, saya pergi ke satu kedai, saya bersembang dengan tauke. Saya ambil satu contoh saja iaitu bawang besar yang mana bawang besar ini kita semua import dari luar. Sebelum pelaksanaan GST, harganya lebih kurang RM2.50 ke RM2.85 sekilo. Sekarang, sehingga sebelum GST di zeroized-kan, dengan izin, RM8 sekilogram. Maknanya 400 peratus, empat kali ganda peningkatan berlaku. Jadi kita hendak tengok penghapusan...
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Yang Berhormat Pendang.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
...Atau zeroized, dengan izin, GST dilaksanakan SST, adakah harga akan turun...
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Yang Berhormat.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
...Ataupun SST ini juga akan turun atau akan meningkatkan lagi harga sebab saya tengok...
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Yang Berhormat.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Nanti sekejap, nanti sekejap. Saya hendak terang saya ini. Saya tidak bagi.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak bagi peluang?
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
This is my floor. Sorry, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, suruh dia duduk. Okey baik, okey. Selain daripada isu GST saya hendak sebut, saya telah langkau tadi fasal gangguan tadi. Selain daripada isu 1MDB, kita minta juga isu BMF, Perwaja, isu Memali dan sebagainya mestilah diangkat demi keadilan untuk reformasi kerajaan baharu PH.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Persoalannya- tidak tahu, diam.
Persoalannya adakah wujud usaha untuk menyiasat isu-isu tersebut selain daripada 1MDB.
Ini apa pula status terkini siasatan ke atas mereka ini. Kita sedia maklum bahawa RCI untuk siasatan kes Forex sudah selesai dibuat.
Namun apakah kesudahan kepada siasatan tersebut? Apakah tindakan telah dibuat? Kita sarankan supaya penubuhan RCI perlu disegerakan terutamanya terhadap isu Memali kerana mangsa-mangsa Memali yang terbabit mempunyai keluarga yang perlu dibela dan mereka juga sudah lama menderita daripada segi fizikal dan mental. Siapakah yang menjadi punca sebenar kepada peristiwa tersebut yang melibatkan mangsa seramai 14 orang penduduk Memali dan juga empat orang anggota keselamatan terkorban? Pihak yang bertanggungjawab terhadap isu Memali ini seharusnya dibawa ke muka keadilan.
Ini yang kita tuntut. Bukan saja 1MDB, BMF, Perwaja dan juga beberapa isu yang besar berlaku dalam negara dibawa, ditubuhkan RCI supaya rakyat dapat tahu, keadilan dapat diterjemahkan di mana inilah manifesto Pakatan Harapan untuk membentuk satu keadilan ke dalam negara kita dalam semua masyarakat tanpa mengira kaum.
Okey, baik, sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, seperti yang diketahui umum, pemansuhan GST menjadikan modal utama Pakatan Harapan ketika PRU14 dengan mahu memperkenalkan semula SST kepada rakyat. Persoalannya, mengapa kerajaan mengambil langkah ke belakang, regressive tax tadi ini iaitu dengan memperkenalkan semula SST.
Sedangkan terdapat 160 buah negara telah melaksanakan GST di negara mereka.
Pendapatan SST juga dijangka rendah, kurang lebih RM20 bilion berbanding dengan GST iaitu RM44 bilion.
Persoalan kedua, adalah mengapa kerajaan dilihat tergesa-gesa dalam melaksanakan SST ini. Mengapa tidak ada langkah-langkah penerangan seperti mana road show, jelajah yang dibuat ataupun konsultasi yang dibuat oleh pihak kastam pada ketika untuk hendak melaksanakan GST satu ketika dahulu. SST tidak ada lagi tindakan yang begini bagi menerang kepada rakyat supaya tidak dieksploitasi dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan. Sampai sekarang, bulan depan sudah hendak laksana, tidak ada lagi sesi-sesi road show, penerangan, susun atur untuk memperkemaskan SST ini supaya rakyat faham daripada atas sehingga ke peringkat di kampung-kampung faham apa itu SST.
Saya hendak sentuh sedikit kelemahan SST sekiranya compliance kita laksanakan SST. Pertamanya- ada banyak. Akan tetapi apa yang saya dapat, yang saya senaraikan hasil daripada homework yang saya buat sedikit sebanyak iaitu SST akan terdedah kepada manipulasi harga. Ini tidak boleh lari.
Kedua, dia akan berlaku tax turnover iaitu unload because, dengan izin, tidak declare jumlah pendapatan yang sebenar. Ini weaknesses the SST, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.
Kedua dia akan berlaku transfer pricing, dengan izin.
Ketiga, akan berlaku juga black economy. Ini kelemahan-kelemahan yang ada.
Seterusnya berlaku percukaian berganda kepada double taxation kepada pelaksanaan appliance with SST ini.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Batang Sadong minta laluan.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Seterusnya, secara teori harga barang mengikut jualan, mengikut cukai jualan lebih tinggi berbanding dengan pelaksanaan GST, jika perbezaan harga pengilang dan pengguna kurang daripada 66 peratus.
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong
Yang Berhormat Pendang.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ini kajian.
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong
Ada sikit.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya kena adil kepada semua pihak Kak Nancy. I’m very sorry.
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong
Akan tetapi ini penting.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tidak, tidak, di hujung kalau ada masa, sebab saya ada 50 muka surat.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Tidak bagi laluan langsung.
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong
Akan tetapi ini penting tau. Cuma sekejap saja.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey, okey, just a few minutes.
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong
Oleh sebab ini kena mengena dengan GST.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Alright, alright, okay, okay.
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong
Okey, saya difahamkan.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Batang Sadong.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kami pembangkang. Okey baik, Tuan Yang di-Pertua saya bagi sekejap.
Tuan Yang di-Pertua
Laluan diberi.
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya difahamkan apabila GST diperkenalkan, saya difahamkan bahawa semua industri itu kena membeli dia punya sistem itu, software itu dan kerajaan dulu dia compensate, dengan izin. Jadi sama ada perkara ini akan berlaku juga apabila ditukar atau diubahkan sistem itu. Terima kasih, sekejap ya.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Kak Nancy. Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Okey, soalan itu tanya kerajaan yang memerintah, saya pembangkang.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tuan Yang di-Pertua, masukkan dalam ucapan saya. Kita boleh cadangkan dan bagi pandangan. Manakala yang hendak laksanakan adalah pihak kerajaan belah sana. Okey baik.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya menerangkan berkenaan dengan GST tadi, yang kita tidak dapat elak SST ini akan berlaku manipulasi peniaga ke atas harga yang tidak melibatkan kos. Ini teori ekonomi yang kita tahu sekarang ini ekonomi boleh upside down. Hujan, kalau ikut apa yang kita belajar dulu teori ekonomi, memang bila dilaksanakan, betullah, tetapi bila mai pelaksanaan, macam hujanlah. Dia naik ke langit balik. Hujan turun ke bawah, ini naik ke langit. Itu zaman masa kita belajar ekonomi.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Akan tetapi sekarang ia tidak berlaku macam itu. kita tidak boleh nak praktis apa yang kita belajar. Baik seterusnya berkenaan dengan- saya sambung lagi, Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Mengapa kerajaan masih mahu bergantung kepada cukai kepenggunaan sedangkan lebih banyak ruang dan peluang dalam masa menerokai cukai selain daripada cukai kepenggunaan ini? Di dalam Dokumen Hijau PAS, PAS ada Dokumen Hijau yang kita panggil Wawasan Induk Negara Sejahtera yang kita sudah plan merancang sehingga tahun 2050-2060, ini dipanggil Wawasan Induk Negara (WINS).
Kita telah mencadangkan, PAS telah pun mencadangkan supaya dilaksanakan cukai simpanan korporat dan juga cukai pegangan saham yang mana kita dapati rolling transaction yang berlaku dalam pasaran saham monthly and annually 1.5 trilion, dengan izin, dan sehingga 1.8 trilion. Jadi kalau kami cukai yang ini mengikut kaedah Islam 2.5 percent, dengan izin, hanya kita akan mendapat lebih kurang 50 bilion setahun. Ini pusingan yang dimainkan oleh orang-orang kaya ini. Inilah yang kita cadangkan iaitu cukai korporat dan juga cukai di pasaran saham yang mana main saham ini bukan orang kampung ikut belah Pendang, Baling apa itu, puak itu tidak tahu apa dia saham.
Kuala Lumpur Stock Exchange- tidak apa boleh check, nanti boleh jawab balik kalau tidak betul tetapi ini yang kita dapat dan kita buat semak siasat dengan pasaran saham yang berlaku di Kuala Lumpur Stock Exchange iaitu 1.5 trilion sehingga 1.8 trilion anually. Jadi inilah yang kita boleh cukaikan mereka dengan kita kadarkan mereka 2.5 percent kita akan dapat lebih kurang 45 ke 50 bilion setahun ini. Itu berkenaan dengan cadangan yang kita bawa dan seterusnya berkenaan dengan- saya akan sentuh lagi berkenaan dengan hospital iaitu dari segi perkhidmatan dan juga rawatan kesihatan yang ditanggung oleh rakyat buat masa ini.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh aspek kesihatan ini kita menyambut baik hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia yang mahu mengurangkan masa menunggu rawatan di semua hospital di seluruh Malaysia. Purata tempoh menunggu di hospital, pesakit luar menghampiri dua jam sekali membuat rawatan. Disifatkan terlalu lama dan membebankan pesakit iaitu rakyat sendiri. Kelemahan-kelemahan ini sepatutnya sudah lama diatasi. Selain itu jumlah katil-katil di hospital kerajaan juga perlu dipertingkatkan supaya rakyat mempunyai akses yang mudah dan cepat dalam mendapatkan rawatan kesihatan. Banyak lagi saya tidak sentuh.
Tuan Yang di-Pertua
Masa sudah tidak cukup.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey saya hendak menggulung. Jadi saya hendak menyentuh berkenaan dengan Hospital Pendang. Hospital Pendang perlu disegerakan kerana hospital ini telah diluluskan peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, Rancangan Malaysia Kesepuluh dan juga dalam Bajet 2016 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri umumkan peruntukan RM200 juta lebih untuk pembinaan Hospital Pendang. Sampai sekarang hospital ini kita nak tahu progress dan status dia sama ada dibangkitkan, ataupun diteruskan atau dibekukan buat sementara waktu.
Saya bagi pihak penduduk Pendang dan juga wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat Pendang, menyarankan kepada pihak kerajaan supaya meneruskan Hospital Pendang ini kerana mempunyai kepadatan penduduk lebih kurang 150,000 walaupun pengundi hanya 75,000 tetapi keseluruhan penduduk di Pendang lebih kurang 150,000 yang mendapat rawatan perubatan di luar dari daerah Pendang.
Hanya Pendang satu-satunya daerah yang tidak mempunyai hospital dalam negeri Kedah. Lain semua daerah sudah mempunyai hospital Daerah Sik, Daerah Yan, Daerah Padang Terap, Kubang Pasu, Alor Setar, Sungai Petani dan Kulim-Bandar Baharu semua sudah ada hospital kecuali Daerah Pendang. Ini saya hendak minta kerajaan teruskan untuk manfaat semua rakyat yang ada di Pendang ini, tidak kira bangsa kerana ini melibatkan kos dan juga rakyat di kawasan Pendang ini, semuanya rakyat-rakyat yang menoreh getah dan sawah padi. Saya tidak sempat hendak sentuh berkenaan dengan padi yang banyak.
Mungkin di lain kali, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Terima kasih, Yang Berhormat Pendang.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Papar.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tidak sebut saya menyokong Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Papar.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tuan Yang di-Pertua. Belum bersedia lagi. Saya tidak tahu pula saya punya turn.
Tuan Yang di-Pertua
Saya menerima Notis hendak memberikan kesempatan bagi Yang Berhormat Papar.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Okey, saya akan teruskan juga terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Salam sejahtera dan salam Malaysia saya ucapkan kepada semua Ahli-ahli Dewan yang mulia ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang telah mengundi dan mempercayai saya hingga saya menjadi seorang wakil rakyat. Ini adalah tanggungjawab yang saya akan pikul sepenuhnya.
Saya juga berterima kasih kepada yang tidak mengundi saya dengan harapan mereka akan mengundi saya nanti berpandukan kepada prestasi saya sebagai Wakil Rakyat, insya-Allah...
[Dewan tepuk]
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Saya menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sewaktu Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-14. Terima kasih juga Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta di dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini kepada isu-isu yang besar kepada rakyat Sabah iaitu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Perjanjian Malaysia adalah satu perjanjian antarabangsa berdaftar di dalam Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu pada 21 September 1970 dengan nombor pendaftaran 10760.
Dengan itu Parlimen Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk meminda MA63 memandangkan ia merupakan perjanjian antarabangsa. Kegagalan Kerajaan Malaysia dahulu untuk menjamin pelaksanaan MA63 ini telah menyebabkan Sabah ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri lain di dalam Malaysia. Walaupun besar pengorbanan Sabah dan Sarawak untuk menjadi satu rakan yang setaraf dengan negeri-negeri lain di Malaysia.
Ini menyebabkan Sabah ketinggalan dari arus pendidikan dan pembangunan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan elektrik, bekalan air yang bersih, kemudahan telekomunikasi termasuk internet di pedalaman Sabah. Kami berharap agar Kerajaan Pakatan Harapan dapat mengembalikan status Sabah dan Sarawak berdasarkan Perjanjian 63. Ini satu janji yang ditunggu-tunggu oleh rakyat kedua buah negeri ini. Saya berharap agar kerajaan baharu dapat mengotakan janji untuk meningkatkan ekonomi Sabah untuk pembangunan negeri.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mengumumkan pemberian royalti minyak 20 peratus.
Namun, saya memohon penjelasan tentang cara-cara kerajaan menentukan pengiraan royalti ini. Rakyat Sabah dan Sarawak berasa gusar kerana cara pengiraan tidak begitu jelas. Saya berharap dengan kerajaan baharu semua perancangan dapat dilaksanakan dengan baik dan saksama. Tuan Yang di-Pertua, Sabah yang dahulunya pernah dikenali sebagai North Borneo telah mencapai kemerdekaan pada 16 Ogos 1963 daripada British dan membentuk negara Malaysia pada 16 September 1963 bersama dengan Tanah Melayu serta Sarawak.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Baru-baru ini kita dikejutkan sekali lagi oleh bekas Presiden Filipina yang beliau akan memasukkan Sabah sebagai negeri ketiga belas di dalam peralihan pemerintahan federalisme. Isu seperti ini selalu diluahkan apabila Kerajaan Filipina berada di ambang pemilihan ketua kerajaan. Dari itu saya berharap agar kerajaan akan mengambil tindakan yang serius supaya perkara ini dapat dihentikan. Dengan izin, we need to put a stop on this once and for all so that Sabahan have nothing to worry about. Tuan Yang di-Pertua, Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menangani masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah merupakan satu Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan pada 11 Ogos 2012 bagi menyiasat masalah berkaitan kerakyatan dan pendatang di Sabah berkaitan dengan Projek IC.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Setelah semuanya selesai dibuat, tiada tindakan susulan yang diambil oleh kerajaan lama sama ada pemberian kad pengenalan itu mengikut peraturan yang telah ditetapkan atau tidak. Adalah menjadi harapan saya supaya kerajaan baharu dapat meneruskan siasatan ini hingga ke muka pengadilan.
Tuan Yang di-Pertua, kos sara hidup dan taraf hidup adalah dua perkataan yang saling berkait rapat antara satu sama lain. Kos sara hidup adalah kos yang terpaksa ditanggung oleh isi rumah, bukan sahaja untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal tetapi juga keperluan-keperluan lain untuk keselesaan termasuk kos pendidikan, kos sambungan jalur lebar, kos kenderaan untuk kegunaan harian. Sekiranya pendapatan berada pada kadar yang lebih rendah berbanding dengan kos sara hidup, maka taraf hidup seseorang dikatakan merosot dan begitu juga sebaliknya. Peningkatan pendapatan yang tidak selari dengan kenaikan kos sara hidu, menghimpit masyarakat masa kini. Keadaan ini harus dikaji semula oleh kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya ingin membawa permasalahan yang membelenggu P.175 pada ketika ini. Pembalakan haram di pedalaman juga sering berlaku yang menyebabkan kerajaan kehilangan sumber pendapatan dan juga menyebabkan penduduk kampung pedalaman menderita disebabkan oleh air graviti yang kotor dan tidak baik untuk kesihatan.
Tuan Yang di-Pertua, Sabah juga sekarang ini merekodkan seramai 27,000 orang graduan yang sedang menganggur. Saya sebagai wakil rakyat menyeru supaya kerajaan baharu ini akan dapat membuat sesuatu untuk membuka peluang pekerjaan kepada graduan-graduan yang menganggur.
Pengambilan dan perlombongan pasir di sungai-sungai seperti di Sungai Sempudu, di Limbahau dan di tempat-tempat lain harus diberi perhatian sama ada ia berlesen atau tidak.
Adakah aktiviti ini mengikut peraturan-peraturan tertentu atau sebaliknya? Kerajaan harus tegas dalam melaksanakan peraturan ini kerana banyak kejadian tebing runtuh akibat perlombongan pasir yang tidak mengikut peraturan.
Tuan Yang di-Pertua, di pedalaman pula, ramai penduduk kampung yang tidak ada kad pengenalan walaupun mereka ini orang asal. Ini disebabkan kedaifan dalam kehidupan mereka dan terlalu jauh dari bandar untuk mereka datang ke bandar mendaftarkan anak- anak yang baru lahir. Saya berharap agar kementerian berkenaan mesti turun ke padang untuk menangani permasalahan ini.
Ekonomi Daerah Papar pada asasnya adalah pertanian yang merupakan sektor paling penting bagi daerah ini. Dianggarkan 60 peratus daripada penduduk di daerah ini bergantung pada sektor pertanian. Daerah Papar juga merupakan pengeluar utama getah.
Menurut data daripada Jabatan Pertanian, terdapat kawasan seluas 12,524 hektar tanah yang sesuai untuk pertanian di Papar. Padi merupakan tanaman makanan yang penting di daerah ini dengan tumpuan di beberapa kampung seperti Kampung Pengalat Besar, Limbahau, Sabandil, Ganak, Kampung Takis, Kampung Benoni, Kampung Kelenahan Tampasak, Kampung Mook, Kampung Limpotong, Kampung Timbangan, Kampung Damai dan lain-lain lagi kampung.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Walaupun P.175 mempunyai lebih 1,000 ekar tanah yang begitu sesuai untuk tanaman padi tetapi kerajaan belum lagi dapat menolong petani-petani di sini dengan sewajarnya dengan memberikan bantuan penyewaan jentera-jentera untuk membajak dan menuai dan juga penyediaan tali air yang membolehkan sawah mendapat air yang diperlukan di waktu kemarau.
Jadi saya merayu...
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Libaran. Beri laluan?
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Jadi saya merayu kepada kementerian yang berkenaan agar dapat menangani permasalahan petani di kawasan P.175 supaya mereka boleh menambah pendapatan keluarga.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Libaran minta laluan.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Boleh?
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Minta maaf. Saya ada lagi 50 isu yang harus dibaca...
[Dewan ketawa]
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
[Tepuk]
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Kita sama-sama orang Sabah.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Mahu minta laluan sedikitlah.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Berkenaan dengan aktiviti ekonomi yang penting di daerah ini, hasil tangkapan laut yang didaratkan akan selalunya dijual kepada orang awam dan juga orang tengah. Untuk menambah pendapatan nelayan ini, saya berharap agar kementerian yang berkenaan dapat memberikan bantuan peralatan kepada nelayan supaya mereka dapat merasai arus pembangunan kerajaan baharu.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sektor penternakan menjadi semakin penting di daerah ini. Namun, usaha ini dimonopoli oleh beberapa syarikat swasta.
Kebanyakan penternak swasta melabur dalam ternakan ayam daging dan ayam telur.
Sebagai pengetahuan, Daerah Papar mengeluarkan 35 peratus daripada jumlah keperluan ayam di negeri Sabah.
Terdapat juga beberapa syarikat swasta yang terlibat dalam penternakan daging khinzir untuk pasaran tempatan dan negeri. Akan tetapi, banyak masalah berbangkit telah timbul dan dihadapi oleh penduduk-penduduk sekitarnya seperti pembuangan najis ternakan yang tidak dikendalikan dengan betul menyebabkan penduduk-penduduk sekitarnya terpaksa berhadapan dengan bau busuk setiap hari. Ada juga tanah-tanah orang kampung tidak dapat diusahakan kerana najis khinzir mengalir ke tanah penduduk berkenaan. Di waktu banjir pula, najis-najis khinzir ini akan mengalir masuk ke sungai di mana ada water intake, dengan izin, bagi memproses air terawat untuk kegunaan penduduk P.175. Saya sebagai wakil P.175 memohon kementerian berkenaan menangani permasalahan penduduk ini dengan seberapa segera.
Tuan Yang di-Pertua, Daerah Papar merupakan kawasan perhutanan yang luas iaitu seluas 124,320 hektar. Daripada ini, hutan kekal meliputi 1,672 hektar, taman negara meliputi 27,000 hektar manakala selebihnya adalah kawasan hutan iaitu tanah kerajaan. Aktiviti perhutanan yang aktif pada tahun 70-an dan 80-an tetapi pada hari ini, aktiviti ini tidak berapa lagi aktif.
Walau bagaimanapun, aktiviti perhutanan masih lagi dijalankan. Misalnya, pembalakan yang dilakukan di hulu-hulu kawasan seperti di Kampung Ovai dan Kaiduan. Ini menyebabkan orang-orang kampung ini menghadapi permasalahan air untuk diminum di mana air keruh dan tidak sesuai untuk kegunaan harian mereka. Masalah di pedalaman ini harus diberi perhatian oleh kementerian yang berkenaan.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Sewaktu saya berkempen ke pelosok pedalaman di kawasan P.175, saya terkejut dan sedih melihat kedaifan kehidupan mereka. Mereka telah disisihkan dari arus pembangunan dari segi pelaksanaan infrastruktur seperti jalan raya, permasalahan perparitan, rumah-rumah, tempat berteduh, balai raya yang usang, ketiadaan mini balai raya untuk mereka berjumpa, berbincang hal ehwal kampung.
Kebanyakan balai raya yang saya lawati dibina di era PBS dan tiada mendapat biayaan penyelenggaraan menyebabkan balai-balai raya ini dalam keadaan usang dan tidak sesuai untuk digunakan. Kampung-kampung di pedalaman ini tidak kesemuanya mempunyai balai raya, padang bola, gelanggang futsal dan lain-lain lagi...
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Tuan Yang di-Pertua, boleh...
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Dari itu, saya menyeru kementerian yang berwajib dapat memberi peruntukan...
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Beri peluanglah sedikit.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Libaran.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
...Yang munasabah demi menyelesaikan permasalahan orang-orang kampung ini.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Libaran minta laluan sekali lagi.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Tuan Yang di-Pertua, sekolah-sekolah...
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Boleh bagi laluan sedikit?
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Minta maaf, ada hal lagi. Banyak betul ini.
Tinggal tidak sampai enam minit lagi.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Daripada Libaran. Kita sama- sama daripada Sabah.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Sekolah-sekolah yang ada di kampung- kampung di pedalaman ini serba kekurangan. Banyak bangunan sekolah rendah sudah lama, usang dan tidak diselenggarakan mengikut jadual. Ada yang langsung tidak diselenggarakan dan serba kekurangan dari segi fasiliti pembelajaran. Ertinya, kekurangan fasiliti pembelajaran ini menjadikan sekolah di luar bandar tidak menyerlah dari segi prestasi dan penyampaian.
Kawasan P.175 Papar merangkumi DUN Pantai Manis, Kawang dan Limbahau.
Kawasan ini mempunyai tidak kurang daripada 35 kampung di pedalaman. Mereka tidak dapat sepenuhnya perkhidmatan klinik-klinik desa yang memberi mereka kemudahan kesihatan. Ketiadaan klinik-klinik desa ini telah menyebabkan orang-orang kampung di hulu- hulu dan pedalaman susah untuk mendapat rawatan kesihatan yang sepatutnya. Ini menyebabkan ramai pesakit lewat mendapat rawatan perubatan di peringkat awal. Dari itu, saya mencadangkan supaya kerajaan membina hospital di tempat strategik di pedalaman supaya orang-orang kampung ini dapat rawatan kesihatan di peringkat awal.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Kebanyakan penduduk di kampung-kampung ini adalah kaum-kaum KDMR dan ada juga kaum-kaum lain. Mereka ini semuanya boleh menggunakan perkhidmatan hospital ini.
Ada juga kampung-kampung di pedalaman yang hanya boleh dihubungi dengan jambatan gantung tetapi kebanyakan jambatan gantung ini pun terkadang usang dan tidak selamat digunakan oleh penduduk-penduduk kampung.
Apa yang menyedihkan ialah jambatan gantung ini juga digunakan oleh budak- budak sekolah pada setiap hari untuk ke sekolah. Sebanyak 60 peratus kawasan di Sabah adalah berbukit bakau dan bergunung-ganang dan banyak penduduknya tinggal di kawasan luar bandar. Mereka tidak menikmati bekalan air, elektrik dan infrastruktur yang sempurna seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik serta perparitan yang memuaskan.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Kebanyakan rumah-rumah di hulu-hulu atau pedalaman dalam keadaan daif yang hanya berdindingkan bambu dan tidak mempunyai ciri-ciri rumah. Mereka ini harus diberi pertolongan dengan memberi mereka rumah PPRT. Penduduk yang mempunyai rumah usang harus diberi peruntukan untuk baik pulih.
Saya merayu kepada kementerian berkenaan supaya dapat menyelesaikan permasalahan ini dengan turun ke padang, ke tempat pedalaman ini. Di tempat penempatan di Kinarut misalnya, sekolah-sekolah yang dibina oleh kerajaan, akan tetapi sekolah ini tidak berkeadaan baik dan menyedihkan. Saya berpendapat, kerajaan harus memberi perhatian atas sebab perikemanusiaan supaya mereka dapat merasa arus pembangunan.
Di Daerah Papar misalnya, walaupun jalan raya sudah dibesarkan oleh kerajaan terdahulu tetapi masih lagi berlaku traffic jam, dengan izin, yang amat membimbangkan. Ini kerana jambatan yang ada sekarang tidak mampu menampung banyaknya kenderaan yang menggunakan jambatan ini. Jambatan ini terlalu sempit. Untuk menangani masalah ini, kerajaan mesti membina jambatan yang baru demi melancarkan perjalanan kenderaan yang menggunakan laluan ini. Jadi saya sebagai wakil rakyat ingin memohon kepada Kementerian Kerja Raya memberikan keutamaan untuk membina jambatan baru di Daerah Papar.
Besarlah harapan saya jika kerajaan baharu dapat menyelesaikan segala permasalahan yang diutarakan ini dengan seberapa segera. Dengan ini, saya menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Papar. Sekarang saya minta Yang Berhormat Betong untuk berbahas.
Tuan Robert Lawson Chuat - Betong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Titah Seri paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tatkala Istiadat Pembukaan Penggal Pertama, Parlimen Malaysia yang Keempat belas pada 17 Julai yang lalu.
Tuan Yang di-Pertua, memandangkan ini ucapan pertama saya di Dewan yang mulia ini, maka saya mohon agar tidak ada pencelahan. Pada kesempatan ini saya mewakili rakyat di kawasan Parlimen Betong ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Persekutuan yang baharu yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk kali yang kedua.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai permulaan, izinkan saya memetik Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tempoh hari yang menyarankan kita di Dewan ini agar mencari titik persamaan, bukan perbezaan dengan bekerjasama untuk kesejahteraan rakyat dan survival negara. Oleh demikian, saya sebagai wakil rakyat dari Sarawak menyokong Titah Yang di-Pertuan Agong yang saya yakini selari dengan pendirian kerajaan negeri melalui Gabungan Parti Sarawak atau GPS yang mengambil pendirian bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga percaya kerjasama ini penting untuk negeri Sarawak tanpa mengira parti politik yang memerintah. Maka besar harapan saya agar kerajaan yang baru ini akan melaksanakan tanggungjawabnya kepada pembangunan Sarawak selaras dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk janji-janji dalam Manifesto Pakatan Harapan, khususnya bagi mengembalikan status Sarawak berteraskan Perjanjian Malaysia atau MA63.
Tuan Yang di-Pertua, senada dengan rakan-rakan dalam GPS, saya ingin menyentuh perkara Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Apa yang berlaku sejak kebelakangan ini menggambarkan kebimbangan yang pernah disuarakan oleh one of our founding fathers, dengan izin, mendiang Tun Jugah anak Barieng, 55 tahun yang lalu. Dengan izin, “anang aja Malaysia, tu baka tebu. Manis di pun, tabar di hujung”. Maksudnya janganlah Malaysia seperti tebu, manis dipangkal, tawar di hujung.
Tuan Robert Lawson Chuat - Betong
Kata-kata itu jelas menggambarkan harapan beliau bahawa Sarawak harus menerima layanan yang seadilnya sepanjang bersama dengan Malaya dan Sabah dalam membentuk negara Malaysia.
Ini kerana dalam tahun 1963, ketika Sarawak menyertai Malaya dalam membentuk Malaysia pada masa itu, mereka percaya dengan pemahaman bahawa akan terdapat jaminan dalam Perlembagaan Persekutuan berkenaan perlindungan hak dan keistimewaan akan negeri masing-masing.
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan kerajaan akan memberi royalti 20 peratus daripada keuntungan bukan daripada perolehan kepada negeri-negeri pengeluar minyak termasuk Sarawak. Perkara ini juga telah disahkan dalam jawapan Menteri Hal Ehwal Ekonomi pada 25 Julai 2018.
Tuan Yang di-Pertua, bagi kami di Sarawak, ini dilihat sebagai satu tindakan mungkir janji oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Ini kerana janji dalam manifesto adalah 20 percent royalti minyak yang bermaksud 20 percent pendapatan daripada perolehan minyak. Akan tetapi kini definisi itu diubah kepada 20 percent daripada keuntungan. Ini hanya dilihat sebagai berkongsi keuntungan atau profit sharing. Amalan sekarang pun adalah lima peratus daripada perolehan minyak. Sudah pasti, daripada perolehan dan daripada keuntungan, jauh sekali berbeza dari segi hasilnya. Oleh sebab Sarawak tidak terlibat dalam operasi Petronas dan sudah pasti tidak dapat menentukan keuntungan yang dimaksudkan.
Keputusan ini adalah tidak adil bagi Sarawak kalau tidak mendapat royalti daripada perolehan. Ini kerana keuntungan boleh di manipulasi. Hakikatnya minyak serta gas yang digali di pelantar benua Sarawak adalah milik Sarawak dan bukan milik Petronas.
Tuan Yang di-Pertua, sememangnya kami di Sarawak akan berterusan menuntut hak-hak serta keistimewaan yang dijanjikan kepada...
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Tuan Yang di-Pertua, minta laluan kalau boleh.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Libaran minta laluan.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Libaran.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Libaran minta laluan? Boleh?
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak. Yang Berhormat, saya mengambil peluang ini mengenai dengan peruntukan untuk 20 peratus minyak kepada Sarawak juga termasuk Sabah, termasuk juga dengan negeri-negeri yang pengeluar-pengeluar minyak ini.
Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang telah dijanjikan oleh PH dalam kempen bahawa 20 peratus itu adalah untuk pendapatan keseluruhannya, bukannya keuntungan.
Soalan saya Yang Berhormat, adakah ini orang-orang Sarawak tidak perlu saya sentuhkan orang Sabah tetapi memang kurang persetujuan. Akan tetapi adakah orang-orang Sarawak bersetuju dengan pembahagian yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan yang ada sekarang ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Robert Lawson Chuat - Betong
Terima kasih. Apa yang kami tuntut adalah sesuatu yang sememangnya sudah pun dijanjikan oleh undang-undang. Sebarang usaha untuk mengabaikan perkara itu sememangnya dilihat sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab. Oleh demikian, Kerajaan Persekutuan seharusnya berpegang kepada janji dengan memberi dan mengembalikan semula hak-hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.
Selain itu Tuan Yang di-Pertua, kami rakyat Sarawak juga amat berharap agar perkara yang telah dipersetujui dalam soal berkaitan penurunan kuasa secara pentadbiran, dengan izin, devolution of power oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sarawak akan terus dihormati, ditunaikan serta dilaksanakan.
Tuan Robert Lawson Chuat - Betong
Tuan Yang di-Pertua, di sini juga saya ingin menjelaskan bahawa usaha-usaha untuk menuntut hak negeri Sarawak termasuk tuntutan meningkatkan royalti minyak telah dipelopori oleh Almarhum Tan Sri Adenan Satem sewaktu beliau menjadi Ketua Menteri Sarawak seperti yang telah dijelaskan dengan mendalam oleh Yang Berhormat Batang Sadong pada 23 Julai yang lepas.
Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Sarawak tidak pernah menuntut bayaran royalti minyak daripada keuntungan tetapi hanya daripada perolehan. Sebaliknya adalah jelas tuntutan 20 peratus daripada keuntungan seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi semalam adalah tuntutan daripada Pakatan Harapan Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, perkara berkaitan kesejahteraan rakyat memang sentiasa dibincangkan dalam Dewan yang mulia ini akan tetapi sudah kah ia tercapai atau kemungkinan kesejahteraan untuk rakyat hanya berada di dalam bandar sahaja kerana di kawasan luar bandar rakyat masih menghadapi banyak masalah. Maka dalam konteks Sarawak, aspek pembangunan infrastruktur asas luar bandar harus diberi perhatian oleh kerajaan selaras dengan kerancakan pembangunan pesat di bandar atau lebih tepat pembangunan yang berlaku di Semenanjung Malaysia. Perhatian khusus perlu diberikan agar peluang pembangunan yang sama rata dapat disediakan oleh semua rakyat Malaysia terutamanya di kawasan pedalaman Sarawak.
Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon agar pembinaan jalan raya untuk kemudahan rakyat dapat diteruskan khususnya pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo yang memang telah sekian lama ditunggu oleh rakyat Sarawak serta juga jalan-jalan pesisir bagi menghubungkan kawasan luar bandar.
Tuan Yang di-Pertua, saya yakin pembinaan lebuh raya merentasi seluruh kawasan Sarawak dan Sabah itu akan memudahkan serta usaha pelaksanaan projek bagi membangunkan kawasan Sarawak dan Sabah. Akses sebegini merupakan kunci utama untuk membangunkan kawasan luar bandar kepada skala ekonomi yang lebih besar.
Dengan itu, izinkan saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Kerja Raya sebelum ini iaitu Yang Berhormat Petra Jaya kerana telah berjaya melaksanakan pelbagai pembangunan infrastruktur terutamanya pembinaan Lebuhraya Pan Borneo. Bagi Menteri Kerja Raya yang baru yang juga orang Sarawak iaitu Yang Berhormat Selangau saya yakin beliau faham akan peri pentingnya perkara kemudahan infrastruktur luar bandar kepada seluruh rakyat Sarawak bagi menjamin kesinambungan pembangunan negeri itu.
Sektor pertanian. Tuan Yang di-Pertua, keluasan negeri Sarawak adalah mewakili 38 peratus daripada seluruh kawasan Malaysia. Dengan keluasan yang sebegini banyak kawasan tanahnya yang sesuai untuk dimajukan sebagai kawasan pertanian. Menyedari potensi itu maka Sarawak bertekad menjadi pengeksport produk makanan di Malaysia menjelang 2030 yang mana ini mampu meningkatkan , dengan izin bekalan makanan negara.
Namun Tuan Yang di-Pertua, tanah-tanah Sarawak yang luas serta subur itu perlulah diterokai serta dibangunkan bagi membolehkan potensinya dijana bagi mencapai hasrat seperti yang disebutkan tadi.
Oleh itu kita menyarankan kementerian yang berkenaan seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar untuk meneruskan usaha membantu negeri Sarawak bagi memesatkan lagi pembangunan sektor pertanian dengan mewujudkan ladang komersial yang berskala besar serta berteknologi tinggi.
Kementerian berkenaan boleh menyalurkan peruntukan dan kepakaran bagi membantu misalnya mengembangkan jaringan jalan raya seperti jalan ladang atau jalan pertanian serta mempertingkatkan sistem perparitan dan saliran di kawasan pertanian. Di samping itu perlu juga mewujudkan kemudahan telekomunikasi bagi capaian teknologi digital yang penting untuk e-Perdagangan dan juga kemudahan yang lain termasuk penyelidikan.
Tuan Robert Lawson Chuat - Betong
Tuan Yang di-Pertua, kita juga menyarankan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar meneruskan kerjasama rapat dengan Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak bagi mempergiatkan lagi program membeli hasil pertanian setempat melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) serta mengadakan pelbagai program yang baru bagi memperkasakan golongan muda menjadi usahawan tani, agropreneur.
Manakala bagi Kementerian Industri Utama pula kita minta kementerian meneruskan skim bagi membantu pekebun kecil contohnya Skim Tanaman Baru Sawit Pekebun Kecil dan juga meneruskan program berkaitan komoditi getah di Sarawak.
Disarankan juga agensi seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk menyelesaikan isu berkaitan kelewatan penghantaran keperluan seperti benih dan baja kepada pekebun-pekebun kecil di Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan kemudahan pendidikan, saya pasti sejak lebih 55 tahun lalu kerajaan telah membina banyak sekolah termasuk di kawasan saya. Kita jangan lupa kini sebahagian besar daripada sekolah-sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah daif di mana bangunannya telah uzur dan memerlukan bantuan baik pulih dari segi kemudahan serta penyelenggaraan.
Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia ini, di seluruh Sarawak terdapat 1,200 buah sekolah daif yang perlu dinaiktaraf dan daripada jumlah itu terdapat 39 buah sekolah di kawasan Parlimen Betong dan 11 buah daripadanya amat memerlukan bantuan dari segi penambahbaikan. Keadaan bangunan sekolah-sekolah yang uzur ini kurang selamat untuk pelajar serta perlu dibaiki segera. Bantuan dari segi penyelenggaraan dan baik pulih kelas dan asrama mahupun naik taraf rumah untuk guru-guru amatlah diperlukan. Sebelum ini Kerajaan Persekutuan telah menjanjikan peruntukan sebanyak RM1 bilion untuk Sarawak bagi tujuan ini dan saya berharap komitmen ini akan diteruskan.
Selain itu Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini pula timbul isu sekolah-sekolah di kawasan Betong, Limbang, Miri, Kapit, Song dan Belaga yang terputus bekalan minyak diesel untuk penjana kuasa generator set di sekolah-sekolah masing-masing. Saya menyarankan agar pihak berkuasa yang bertanggungjawab akan mengambil tindakan tertentu untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan minyak diesel ini.
Tuan Yang di-Pertua, di seluruh Sarawak terdapat 371 sekolah yang bergantung sepenuhnya kepada penjana kuasa atau generator set. Daripada jumlah itu 113 berada dalam lingkungan 10 kilometer dari grid utama bekalan elektrik. Dengan itu, ingin saya cadangkan kepada pihak bertanggungjawab agar memberikan peruntukan bagi mengatasi masalah ini dengan menyambungkan 113 sekolah berkenaan ke grid utama bekalan elektrik bagi membolehkan sekolah-sekolah itu menerima bekalan tenaga elektrik 24 jam sehari.
Tuan Yang di-Pertua, ini untuk Kementerian Kesihatan. Kawasan saya adalah kawasan luar bandar. Walaupun 16 tahun yang lalu daerah Betong telah di naik taraf kepada bahagian namun perkhidmatan rawatan yang sedia ada masih di tahap seperti di hospital daerah tanpa khidmat rawatan perubatan pakar. Jadi saya ingin meminta kerajaan menaik taraf hospital daerah di kawasan pedalaman negeri Sarawak kepada tahap kepakaran yang setanding dengan hospital di bandar termasuklah menambahkan bilangan mesin dialisis berikutan peningkatan jumlah pesakit buah pinggang yang semakin banyak setiap tahun.
Tuan Robert Lawson Chuat - Betong
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini dengan masalah projek-projek kecil yang telah dijanjikan serta telah diluluskan dan sudah mendapat surat kuasa arahan pelaksanaan sebelum pilihan raya yang lalu. Namun, projek-projek itu telah ditarik balik dan dibatalkan oleh kerajaan yang baharu.
Ini termasuk semua projek mesra rakyat Parlimen Betong bagi tahun 2018 yang berjumlah RM3 juta yang telah pun dikeluarkan surat kuasa pada bulan Mac dan April 2018 lalu, serta semua Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) berjumlah RM1 juta yang telah pun dikeluarkan surat kuasa pada bulan April 2018 lalu.
Tuan Robert Lawson Chuat - Betong
Ini adalah projek-projek kecil yang diperlukan oleh rakyat baik untuk menaik taraf jalan kampung, membaiki dewan, membaiki sistem perparitan atau membaiki jeti nelayan.
Walaupun projek-projek ini kecil dari segi kos, tetapi ia sangat diperlukan untuk kesejahteraan kehidupan seharian masyarakat luar bandar.
Tuan Yang di-Pertua, ringkasnya bagi rakyat Betong yang kebanyakannya terdiri dari golongan-golongan petani dan nelayan, maka pembangunan infrastruktur asas, pembangunan sektor pertanian serta penyediaan kemudahan pendidikan dan perkhidmatan kesihatan yang bermutu adalah penting bagi meningkatkan kualiti kehidupan mereka.
Kepada semua Ahli Yang Berhormat yang baharu mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen pada 16 Julai lalu, tahniah saya ucapkan. Kepada Kerajaan Persekutuan yang baharu, tadbirlah negara tercinta ini dengan kebijaksanaan dan bantulah rakyat dengan penuh keikhlasan. Dengan ini, saya mewakili seluruh rakyat P.204 Betong mohon menyokong usul menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Sekian, terima kasih...
[Dewan tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Betong. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Puncak Borneo.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Salam harapan baharu untuk semua Ahli Yang Berhormat dan juga semua rakyat Malaysia.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di- Pertua kerana telah dilantik untuk menerajui Dewan yang mulia ini. Tahniah juga kepada Yang Amat Berhormat Langkawi kerana telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh. Jutaan terima kasih juga kepada seluruh pengundi di Puncak Borneo kerana telah mengamanahkan saya untuk menggalas tanggungjawab membawa suara rakyat Puncak Borneo ke Dewan yang mulia ini. Saya dengan penuh rendah diri berjanji untuk melakukan yang terbaik dan tidak akan mensia-siakan undi anda semua.
Tuan Yang di-Pertua, seperti pepatah Melayu, “Tak kenal maka tak cinta”. Saya Willie anak Mongin daripada kawasan Parlimen Puncak Borneo, anak Sarawak, anak Malaysia, berbangsa Bidayuh dan bukan berbangsa lain-lain...
[Dewan tepuk]
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Tuan Yang di-Pertua, masalah pengangguran dan pembangunan anak muda berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran pada Januari 2017 adalah 3.5 peratus. Catatan ini adalah sama seperti bulan sebelumnya, namun perbandingan setahun ke setahun menunjukkan kadar peningkatan 0.1 peratus berbanding Januari 2016 iaitu sebanyak 3.4 peratus. Melihat dari segi ekonomi global, anak muda menerima kesan negatif akibat kemelesetan ekonomi. Persekitaran ekonomi yang tidak stabil menyebabkan pemulihan yang agak perlahan serta pertambahan pekerjaan yang agak rendah.
Menurut kajian Bank Negara Malaysia dalam Laporan Tahunan 2016, kadar pengangguran belia yang berlaku meningkat sebanyak daripada 11.7 peratus iaitu kadar sebelum krisis pada 2007, kepada 13.1 peratus pada 2016. Laporan Bank Negara juga menyatakan kadar pengangguran belia mencecah 10.7 peratus pada 2016 malah mencecah tiga kali ganda daripada kadar pengangguran sebanyak 3.1 peratus. Rentetan itu, krisis ekonomi banyak memberi impak terhadap pengangguran terutamanya terhadap graduan.
Mereka juga terpaksa menunggu bertahun-tahun bagi mendapat pekerjaan disebabkan peluang pekerjaan yang terhad. Oleh itu, kestabilan ekonomi memainkan peranan terhadap sumber keperluan manusia terhadap peluang pekerjaan. Sistem pendidikan juga haruslah diperkasakan, malah menyediakan tawaran kursus dalam bidang yang diperlukan pada masa kini. Saya juga menyarankan agar TVET dapat memainkan peranan untuk melatih para belia dan anak muda ini latihan teknikal untuk memperkasakan peluang mereka mendapat pekerjaan.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Untuk makluman, di P.198 Puncak Borneo, setakat ini terdapat sebanyak 715 orang graduan pelbagai bidang menganggur. Oleh itu, pihak kerajaan sepatutnya perlu mengorak langkah proaktif dalam menangani pengangguran ini supaya wawasan dan cita-cita negara mampu dicapai dengan baik dan melahirkan graduan berkualiti dan akan menjadi tunjang kepada pembangunan negara pada masa hadapan. Dalam konteks Sarawak, saya menyeru agar Jabatan Tenaga Kerja Sarawak terus merancakkan program karnival kerjaya demi untuk membantu para penganggur ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin kongsikan janji yang telah dibuat oleh Barisan Nasional untuk membina Klinik Siburan. Di Parlimen Puncak Borneo, rakyat di sini amat memerlukan klinik yang baharu untuk menggantikan klinik yang sudah usang yang dibina sejak tahun 1983. Memandangkan penduduk yang semakin meningkat di kawasan ini, maka sudah tibanya untuk daerah ini mempunyai klinik kerajaan yang besar, baik dan selesa.
Semasa pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional yang lalu, sudah dua orang Menteri Kesihatan datang ke kawasan semasa pilihan raya telah berjanji sejak tahun 2011 untuk membina klinik ini. Namun sehingga kini, belum dilaksanakan. Jadi inilah daripada perumpamaan dan definisi seseorang, saya rasa ini seorang yang munafik.
Kakitangan perubatan di sini juga terbeban dengan beban kerja yang tinggi di mana setiap hari secara purata, sebanyak 300 orang pesakit datang menerima rawatan. Masa kini hanya terdapat lapan orang pegawai perubatan dan ini bermakna setiap 12 minit, pegawai perubatan perlu merawat seorang pesakit. Keadaan ini akan menjadi lebih parah apabila ada pegawai perubatan yang cuti, yang ada gejala kecemasan, menghadiri mesyuarat dan sebagainya.
Dengan bebanan tugas yang tinggi ini, skop perkhidmatan yang besar dan jumlah pesakit yang semakin meningkat, saya mohon mencadangkan agar pihak Kementerian Kesihatan dapat menyegerakan binaan Klinik Siburan yang baru demi membela dan memberi khidmat yang lebih selesa kepada rakyat. Begitu juga saya memohon supaya Klinik Krokong Daerah Bau ditambahbaikkan untuk menangani masalah kesesakan pesakit yang melampau dan fasiliti yang usang perlu diganti dan dibaik pulih.
Tuan Yang di-Pertua, GST sifar. Dalam Dewan Yang Mulia ini juga saya ingin membawa suara hati rakyat. Walaupun pada 1 Jun 2018 Kerajaan Pakatan Harapan telah mensifarkan GST, namun masih ada dakwaan segelintir barangan yang masih dalam kedudukan harga asal seperti ketika GST. Saya berpendapat bahawa kemungkinan ada di antara peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan terhadap situasi ini dan saya memohon supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dapat merancakkan kerja-kerja penguatkuasaan dan pemantauan harga barangan di seluruh negara. Saya juga menggesa pihak kementerian melakukan survey barangan sebelum GST dan selepas GST untuk dipamerkan kepada umum demi untuk menjawab tohmahan pihak- pihak tertentu bahawa GST sifar tidak memberi apa-apa kesan kepada rakyat.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Saya ingin memetik kenyataan media Bank Negara Malaysia yang diterbitkan oleh BERNAMA bertarikh 17 Mei 2018, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. “Bank Negara Malaysia expect the prices of goods and services to drop following the Pakatan Harapan Government moved to zero rate the goods and service tax beginning June 1st. Bank Negara Governor Muhammad Ibrahim said, it was important for the relevant authorities to ensure that businesses pass the benefit to the public at large”. Ini bermakna bahawa kesannya memang ada dan dengan kenyataan ini juga disokong oleh pakar ekonomi iaitu Penganalisis Ekonomi Bank of America, Merrill Lynch.
Mohamed Faiz Nagutha menjangkakan pengembalian semula cukai SST akan memberikan hasil separuh daripada pendapatan yang diperoleh daripada GST. Dengan ini, ternyata SST akan mengurangkan bebanan rakyat dalam anggaran 50 peratus.
Saya juga memohon agar pihak kerajaan memastikan cukai SST yang akan diperkenalkan nanti benar-benar tidak membebankan rakyat dan cukai yang dikutip digunakan secara berhemah, telus dan tiada ketirisan. Tidak ada gunanya kita mengutip cukai yang banyak seperti Kerajaan Barisan Nasional yang lalu tetapi ketirisan dan kebocoran berlaku sana sini...
[Tepuk]
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin berkongsi kekangan yang dihadapi PDRM dan logistik PDRM yang usang. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PDRM, khasnya PDRM di IPD Padawan, IPD Serian dan IPD Bau yang telah menjalankan tugas dengan baik dan telah mengangkat kawasan Puncak Borneo sebagai kawasan putih. Namun, saya akur bahawa pasukan PDRM di IPD Padawan mengharungi pelbagai rintangan dan kekangan dalam menjalankan tugas dengan fleet logistic yang usang.
Acap kali juga peralatan pejabat dan alat tulis yang tidak mencukupi, minyak kereta peronda dan kereta polis dalam menjalankan tugas rasmi harian juga dicatukan. Anggota sering kadang-kadang terpaksa membeli sendiri peralatan pejabat, minyak kereta polis dan alat tulis untuk menjalankan tugas harian mereka. Perkara ini amat menyedihkan kerana ia tidak sepatutnya berlaku. Ini bukanlah cara kerajaan berdepan dengan keselamatan negara dan memastikan keamanan awam terbela. Saya memohon agar pihak Kementerian Dalam Negeri dapat memperhalusi dan menambah baik perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua, permasalahan saiz PPD Padawan yang besar dan kemelut sekolah yang sesak. Kawasan PPD Padawan mempunyai 14 buah sekolah menengah, 85 sekolah rendah, dengan ini PPD ini perlu dipecahkan kepada dua ataupun tiga demi untuk pengurusan yang efektif, pemantauan yang efektif dan juga mengurang masalah komunikasi.
Kawasan Puncak Borneo juga amat memerlukan sebuah lagi sekolah menengah dan sekolah rendah.
Pada masa ini hanya ada empat sekolah menengah di kawasan Penrissen iaitu SMK Penrissen No.1, SMK Padawan, SMK Tun Abdul Razak dan SMK Siburan. Untuk empat sekolah menengah ini, ia perlu mengambil pengambilan pelajar dari sekitar 55 buah sekolah rendah. Empat buah sekolah menengah ini juga sangat tua, usang, sesak dan jumlah pelajar yang perlu- dan juga perlu di baik pulih dan dinaiktarafkan. Oleh itu, kami di Puncak Borneo memerlukan sekolah menengah yang baru untuk keperluan penduduk di kawasan Penrissen dan juga di Puncak Borneo di pedalaman.
Selain itu, liputan rangkaian pengangkutan dan perhubungan yang kurang baik, pengangkutan awam yang kurang baik untuk pelajar dan jumlah penduduk Padawan, Penrissen semakin meningkat. Dengan ini, saya memohon dan mencadangkan supaya satu sekolah SMK Puncak Borneo, dua sekolah kebangsaan iaitu SK Serumbu dan SK Bengoh Resettlement Scheme (BRS) dibina dalam kawasan Puncak Borneo.
Tuan Yang di-Pertua, demi untuk mempertingkatkan kemajuan, kemudahan- kemudahan asas di Puncak Borneo, kawasan Puncak Borneo amat memerlukan asas seperti air terawat, bekalan elektrik serta dewan serba guna, kemudahan jalan perhubungan, kemudahan rangkaian telekomunikasi, pusat sukan dan pembangunan ekonomi masyarakat.
Tidak dinafikan bahawa sepanjang pemerintahan Barisan Nasional di Sarawak memang ada inisiatif pembangunan dijalankan tetapi pembangunan itu tidak menyeluruh dan kurang memberangsangkan.
Banyak lagi kawasan yang terpinggir dari arus pembangunan. Malang sekali, setelah 55 tahun Sarawak menjadi rakan kongsi Persekutuan Malaysia, namun Sarawak masih terpinggir jauh di arus pembangunan. Di Puncak Borneo masih banyak kawasan yang tiada jalan perhubungan dan jalan berturap seperti Kampung Sapit, Kampung Kakas, Kampung Kiding, Kampung Biak Jabir, Kampung Muk Ayun, Kampung Sting, Kampung Nyagol, Kampung Semban dan Kampung Sungai Burung. Kawasan Puncak Borneo juga dahagakan kemudahan asas seperti bekalan air bersih terawat, bekalan elektrik, kemudahan rangkaian telekomunikasi yang mampan dan konsisten.
Zaman pemerintahan Barisan Nasional terdapat inisiatif untuk merapatkan jurang digital masyarakat desa dan bandar melalui inisiatif kampung tanpa wayar. Namun, jauh panggang dari api, keadaan infrastruktur kampung tanpa wayar ibarat hidup segan mati tidak mahu kerana kerja penyelenggaraan cukup parah. Tiada liputan internet langsung, jutaan ringgit dibelanjakan, namun ia tidak membantu kumpulan sasar sama sekali.
Saya memohon agar pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia dapat memperluaskan liputan internet ke seluruh negara, termasuk kawasan luar bandar agar ramai yang dapat menggunakan internet ataupun internet bimbit di luar kawasan bandar, khasnya di kawasan Puncak Borneo.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Sebagai seorang Wakil Rakyat yang diamanahkan oleh pengundi Puncak Borneo, saya tidak akan berhenti membawa kertas-kertas cadangan pembangunan kawasan Puncak Borneo kepada pihak kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan demi memastikan kemudahan asas seperti bekalan air, bekalan elektrik, dewan serba guna, kemudahan jalan perhubungan, kemudahan rangkaian telekomunikasi, pusat sukan dan pembangunan ekonomi masyarakat dilaksanakan.
Saya memohon agar permohonan dan kertas-kertas cadangan yang sudah dan bakal diajukan nanti dapat dipertimbangkan dan diberi kelulusan yang wajar. Pada tahun 2015, mantan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak telah berjanji menaiktarafkan Jalan Padawan melibatkan kos sebanyak RM75 juta. Cadangan projek ini telah diluluskan di bawah Rolling Plan Pertama dan seharusnya dilaksanakan pada tahun 2016. Namun, janji ini telah dimungkiri oleh Kerajaan Barisan Nasional yang lalu. Saya memohon agar projek ini diteruskan dan saya yakin projek ini memberi kesan spillover effect yang cukup besar.
Ingin juga saya ingatkan pada 9 Februari 2017, mantan Perdana Menteri Yang Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM129 juta untuk membiayai penyelesaian komprehensif terhadap masalah air di kawasan Sarawak. Beliau menyebut bahawa projek itu sudah berada di peringkat reka bentuk dan projek itu akan dilaksanakan sebaik sahaja selesai.
Saya berharap Kerajaan Pakatan Harapan menghormati peruntukan yang telah dijanjikan sebanyak RM129 juta kepada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak untuk membolehkan jabatan ini melaksanakan projek itu dengan kadar segera. Selain itu, kerajaan juga harus mengkaji dan memperhalusi syarat permohonan rumah mesra rakyat supaya pemilik tanah native customary rights (NCR) di Sarawak dapat memohon skim ini. Pada ketika ini, hanya pemilik tanah bergeran sahaja yang boleh memohon dan perkara ini membantut hasrat kerajaan untuk membantu golongan sasar.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin berkongsi mengenai isu yang paling hangat ketika ini iaitu mengenai royalti minyak 20 peratus. Saya menyambut baik keputusan Kerajaan Pakatan Harapan, di mana kerajaan baharu ini akan menunaikan janji untuk memberi 20 peratus royalti minyak kepada Kerajaan Negeri Sarawak, Sabah, Kelantan, Terengganu dan termasuk negeri pengeluar minyak yang lain. Saya juga bersetuju dengan saranan Yang Amat Berhormat Langkawi supaya dana ini diguna pakai oleh negeri untuk rakyat dan bukannya untuk bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan politik.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Namun, saya mewakili suara rakyat Puncak Borneo dan rakyat Sarawak, saya tidak setuju dengan saranan bahawa bayaran 20 peratus ini dibayar berdasarkan keuntungan kerana ini bercanggah dengan janji 41 manifesto Pakatan Harapan yang menyebut Kerajaan Pakatan Harapan akan menambah jumlah royalti petroleum kepada Sabah dan Sarawak kepada 20 peratus atau nilai yang sama sebagai salah satu langkah pembahagian hasil petroleum yang lebih adil. Ini akan membolehkan Sabah dan Sarawak mengambil alih lebih banyak tanggungjawab perbelanjaan pembangunan.
Tuan Yang di-Pertua, dalam seksyen 4 Petroleum Development Act (PDA) juga tidak menyebut mengenai royalti ini. Jadi saya mohon kita boleh rujuk kepada seksyen 4. Dengan ini, saya menyambut baik saranan Yang Berhormat Gombak untuk membawa perkara ini ke meja rundingan dengan kerajaan negeri-negeri pengeluar minyak untuk mencari formula win- win situation, dengan izin. Saya memperingatkan kepada semua teman seperjuangan dalam Pakatan Harapan selepas ini supaya tidak melabelkan saya sebagai lawan tauke. Saya bukan lawan tauke tetapi biarlah perbezaan pendapat ini sebagai satu kekuatan demi membela nasib rakyat dan membina negara Malaysia yang makmur dan adil...
[Tepuk] Saya bukan macam pemimpin Barisan Nasional yang takut lawan tauke, kecut.
Saya dipilih oleh rakyat, saya berkhidmat untuk rakyat dan akan terus membawa suara rakyat ke dalam Dewan Rakyat...
[Tepuk]
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Tuan Yang di-Pertua, boleh bagi laluan?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Libaran minta laluan.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Tidak. Saya tidak bagi laluan sebab saya ada beberapa saat lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Laluan tidak diberikan kerana tempoh hampir habis.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, we the Sarawakian, Sabahan and the people of Kelantan and Terengganu not requesting the moon and the sky but we only request what is due to us. Nothing more, nothing less. Oleh yang sedemikian, saya memohon agar mekanisme pembayaran royalti ini diperhalusi dan 20 peratus yang dibayar mestilah berdasarkan hasil minyak ataupun oil revenue yang sejajar dengan janji manifesto Pakatan Harapan.
Namun, saya juga prihatin bahawa sekiranya Pakatan Harapan tidak melaksanakan bayaran 20 peratus ini, Sarawak hendaklah diberi dana fiskal tambahan yang bersamaan ataupun equivalent dengan nilai royalti 20 peratus bersama dengan kuasa penuh untuk mengendalikan projek-projek sekolah, hospital daripada belanjawan Kerajaan Pusat demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya ambil tiga minit lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Masa sudah habis.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Masa sudah habis? Okey, satu lagi, last one. Saya hendak rumus penggulungan. Status kewarganegaraan rakyat asli Sarawak.
Dalam Dewan yang mulia ini telah dinyatakan sebanyak lebih 75,000 permohonan MyKAS dan juga lebih kurang 3,000 permohonan MyPR. Kenapa proses ini terlalu lama? Kenapa di Sarawak seorang rakyat Lebanon boleh diberi kewarganegaraan dengan cepat malah diberi status Bumiputera? Bukan itu sahaja. Di Malaysia, rakyat Ponorogo, Jawa, Indonesia juga diberi kewarganegaraan. Ini tidak adil bagi masyarakat Orang Asli khasnya di Sarawak dan saya memohon supaya...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Bagan Datuk bangun.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datuk
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Saya memohon supaya...
Tuan Yang di-Pertua
Waktu masa sudah habis.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
...Kerajaan Malaysia berlaku adil terhadap negeri Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datuk
Tuan Yang di-Pertua, ini P.M. 36(6). Boleh check dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Saya lahir di Sungai Nipah Darat, Bagan Datuk, Perak...
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datuk
Bagan Datuk, Perak.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dia tak sebut Yang Berhormat pun!
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tak ada kaitan. Makan cili rasa pedas kah?
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okey. Yang Berhormat Puncak Borneo, sila membuat penggulungan.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Saya tak tahulah kenapa dia terasa.
Saya pun tak sebut nama...
[Tepuk]
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terasa apa itu, buat fitnah itu!
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Pasir Salak, duduklah Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Yang di-Pertua
Gulung, gulung, gulung ucapan.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Bukan buat fitnah di sini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Pasir Salak, duduklah.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Yang Berhormat Puncak Borneo.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Okey, saya teruskan.
Tuan Yang di-Pertua
Tak, masa sudah habis. Masa cedera pun dah habis. Sila buat penggulungan.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Ini saya mengucapkan ribuan terima kasih dan menjunjung Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih...
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pengerang untuk berbahas.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya memohon untuk turut serta dalam membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Jelas bahawa Titah Seri Paduka Baginda yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini membawa seribu makna dan mencerminkan hasrat baginda untuk memastikan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia sentiasa terpelihara.
Tuan Yang di-Pertua, saban hari kita disajikan dengan berita-berita yang melibatkan penganiayaan kanak-kanak. Baru-baru ini, negara gempar dengan berita melibatkan perkahwinan di antara seorang lelaki berumur 41 tahun dengan kanak-kanak berumur 11 tahun. Saya percaya banyak lagi kes seumpama ini berlaku di luar. Statistik yang diberikan baru-baru ini daripada tahun 2013 hingga tahun 2017, Tuan Yang di-Pertua, adalah menunjukkan terdapat lebih 5,000 kes di mana secara purata 1,000 kes setiap tahun yang mana menunjukkan sekurang-kurangnya dua kes hingga tiga kes perkahwinan kanak-kanak setiap hari secara purata.
Saya pernah menegaskan beberapa kali sebelum ini dan saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa perlunya wujud tiada kompromi dalam perkara ini. Ini kerana kalau kita lihat setakat ini, Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sebelum ini, Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini telah memandang serius di dalam isu jenayah seksual terhadap kanak-kanak dengan kewujudan Akta Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. Ia telah digubal dalam Dewan ini dan juga diwujudkan satu mahkamah khas, Tuan Yang di-Pertua, supaya kanak-kanak selain daripada dilindungi oleh undang-undang yang sedia ada seperti undang- undang Penal Code, dengan izin, terdapat juga undang-undang khas iaitu Akta Jenayah Seksual.
Kalau kita tengok daripada undang-undang ini, Tuan Yang di-Pertua, kanak-kanak didefinisikan 18 tahun ke bawah. Saya di sini ingin menanya kepada kerajaan, walaupun memang bila bercakap tentang perkahwinan kanak-kanak itu dilihat sebagai satu pembelaan bagi kesalahan statutory rape, dengan izin, di bawah Penal Code, kita lihat di bawah Akta Jenayah Seksual Kanak-kanak terdapat beberapa kesalahan offences, dengan izin, yang boleh dikenakan oleh kerajaan terhadap individu-individu yang terlibat.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Contohnya, jikalau kita tengok kepada seksyen-seksyen yang wujud seperti, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, sexually communicating with a child di bawah seksyen 11, child grooming di bawah seksyen 12, seksyen 13- meeting following child grooming, seksyen 14- physical sexually assault on the child dan juga seksyen 16- person in a relationship of trust. Walaupun saya tidak menafikan adanya enakmen keluarga Islam di peringkat negeri-negeri yang mana saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk berbincang dengan Majlis Raja-raja dan kalau boleh mendapatkan kepastian dari segi menyamakan umur perkahwinan kanak-kanak dalam undang-undang sivil dan juga undang-undang syariah, tetapi bagi kesalahan jenayah di bawah Akta Jenayah Seksual Kanak-kanak 2017, kesalahan-kesalahan ini boleh dikenakan terhadap mereka.
Jadi, saya ingin timbulkan kepada Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab dalam hal isu kanak-kanak- saya tidak tahulah sama ada Menteri yang bertanggungjawab dalam jenayah iaitu Menteri Dalam Negeri ataupun Timbalan Perdana Menteri supaya melihat dalam elemen ini. Ini kerana kalau kita tengok jenayah, Tuan Yang di-Pertua adalah sebagai mantan timbalan dekan saya semasa saya belajar undang-undang di Fakulti Undang-undang Universiti Malaya- kita tidak boleh menafikan bahawa kalau seseorang membuat laporan polis, seseorang tarik balik laporan polis, polis masih berhak untuk siasat.
Kalau seorang mencuri kereta, kemudian dia jual kereta, jenayah mencuri itu masih ada.
Jadi dalam perkara ini, saya ingin menyatakan kepada pihak kerajaan, kerajaan tidak boleh memandang mudah sebab ini secara tidak langsung- kita tahu, Tuan Yang di- Pertua, dalam falsafah undang-undang jenayah, kenapa definisi “statutory rape” diwujudkan.
Ini adalah kerana kerajaan ataupun sistem jurisprudence memahami bahawa kanak-kanak tidak mempunyai pengetahuan, kepintaran, kebijaksanaan untuk consent. Terutama sekali, dengan izin, maaf saya hendak bercakap di dalam Dewan ini, dalam hubungan seksual intercourse. Itu sebabnya statutory rape menjadi satu jenayah di semua rata-rata negara yang bertamadun kerana menerima hakikat kanak-kanak tidak boleh memberi consent.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Dalam kes baru-baru ini, yang mana sahabat saya Yang Berhormat Parit Sulong telah bercakap beberapa sahabat dari sebelah sana juga bercakap. Kita tidak boleh menafikan bahawa pelaku telah melakukan jenayah di bawah Akta Jenayah Seksual iaitu grooming, communicating dan paling dahsyat sekali di bawah sini adanya seksyen yang mengatakan kalau ibu bapa yang terlibat dalam galakan, dia boleh dikenakan. Sama ada dia mempunyai pembelaan di segi perkahwinan, Tuan Yang di-Pertua terpulang kepada hakim untuk menentukan.
Jadi, saya pun hendak bawa isu kedua di mana kepada Yang Berhormat Menteri yang terlibat sebagai de facto Menteri Undang-undang. Saya dengar bahawa Mahkamah Khas Jenayah Seksual yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Saya dengar, saya tidak pasti ya Tuan Yang di-Pertua, akan ditutup. Bererti bahawa jenayah terlibatkan kanak-kanak disamakan dengan kes-kes jenayah yang lain.
Jadi, soalan di sini Tuan Yang di-Pertua. Kita tahu bahawa falsafah kanak-kanak mesti mempunyai sistem mahkamah yang tersendiri. Kefahaman kanak-kanak itu kefahaman yang tersendiri dan juga latihan bagi pendakwa, latihan bagi hakim, latihan bagi mereka yang terlibat dalam...
[Disampuk]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datuk
Sedikit.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Bagan Datuk minta laluan.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datuk
Saya hendak tanya...
[Disampuk]
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Bagan Datuk saya tinggal 14 minit sahaja.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datuk
Sedikit sahaja. Hendak tanya dengan Yang Berhormat Pengerang. Adakah Yang Berhormat sedar banyak jawatankuasa, mahkamah atau agensi yang ditubuhkan bagi pembanterasan jenayah.
Antaranya apa yang disebut.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datuk
Adakah Yang Berhormat setuju bahawa sesuatu yang baik itu harus diberikan kesinambungan supaya masalah jenayah dapat diturunkan dan perkara-perkara yang baik dapat diteruskan? Adakah Yang Berhormat juga bersetuju bahawa sesuatu yang tidak baik itu kalau mereka mahu batalkan ataupun mahu rungkaikan, silakan. Akan tetapi, jangan semua sekali yang baik itu dianggap sebagai tidak baik. Jadi, seperti Yang Berhormat Puncak Borneo. Lain kali mahu bercakap biar rujuk. Jangan hanya semberono. Walaupun itu bahasa yang tidak difahami oleh Yang Berhormat Puncak Borneo.
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Silakan.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima kasih, Yang Berhormat Bagan Datuk. Yang Berhormat Bagan Datuk sebagai presiden parti saya tidak boleh menolak ya. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak lompat pada poin yang kedua.
[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat] Akan tetapi, saya hendak selitkan satu poin sahaja Tuan Yang di-Pertua yang diganti dengan Timbalan Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak ada Ketua Pengarah Kanak-kanak. Itu sebabnya bagi saya, saya melihat kerajaan perlu mewujudkan Suruhanjaya Kanak-kanak supaya adanya undang-undang yang khas yang akan memantau Suruhanjaya Kanak-kanak seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia supaya isu kanak-kanak ini melebihi daripada hanya kementerian yang relevan.
Akan tetapi, isu kanak-kanak melebihi kepada semua kementerian-kementerian yang menyentuh kanak-kanak dalam negara kita.
Kedua, Tuan Yang di-Pertua. Saya yang tinggal 12 minit hendak merujuk kepada ucapan daripada Yang Berhormat Sungai Petani yang menyebutkan bahawa kononnya Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab ke atas Parlimen tidak pernah berkomunikasi dengan end user khususnya kita Ahli-ahli Parlimen dalam Dewan. Saya sebenarnya Tuan Yang di-Pertua ingin menyatakan bahawa kenyataan beliau itu tidak begitu tepat. Kalau kita tengok semasa Kerajaan Barisan Nasional memimpin, Tuan Yang di-Pertua mempunyai kuasa. Menteri yang bertanggungjawab dari segi perkhidmatan Parlimen de facto Law Minister tidak pernah campur tangan dalam kerja-kerja dan keputusan yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua.
Kalau kita lihat di sini kita ada lima jawatankuasa yang mana tiga daripada jawatankuasa yang diwujudkan Tuan Yang di-Pertua yang mana dipengerusikan oleh Tuan Yang di-Pertua dan juga kehadiran Ahli-ahli Parlimen daripada pihak pembangkang.
Jawatankuasa-jawatankuasa ini ditubuhkan untuk membincangkan perkara-perkara yang boleh memberi kebaikan kepada proses dan sistem dalam Dewan ini. Saya ingin tegur di sini kalau kita tengok, saya menyatakan kepada Yang Berhormat Sungai Petani dan saya menyokong kenyataan beliau yang mana beliau juga secara tidak langsung menyokong bahawa improvisation, dengan izin, kepada Ministers’ Questions Time untuk dijadikan Prime Minister’s Questions Time. Di mana kalau kita tengok inilah sebenarnya sistem transparensi yang terbaik yang boleh diwujudkan.
Kemudian, kalau kita tengok di sini Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan senarai pembahas-pembahas kalau kita atur, saya ingin mencadangkan kebaikan kalau boleh pembahas-pembahas itu dibiarkan secara terbuka. Jadi, mereka-mereka yang hendak membahas ataupun telah membahas tidak akan meninggalkan Dewan sebab mereka tahu mereka perlu berdiri untuk dipilih oleh Tuan Yang di-Pertua kah atau Timbalan Tuan Yang di- Pertua untuk berbahas.
Secara tidak langsung bagi saya kita melihat bahawa tidak adanya persediaan dari segi senarai. Saya tahu kita mahu melakukan adil tetapi Tuan Yang di-Pertua, kalau bolehlah kalau kita tengok cara hendak cakap 20 minit dengan berapa lebih 200 lebih Ahli Parlimen saya rasa kita kena buat sampai malam ataupun sampai pagi. Masa untuk bersidang di dalam Dewan saya pernah dengar sahabat-sahabat saya belah sana dahulu bila dia belah sini, kata kenapa masa bersidang itu pendek?
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Jadi, saya hendak cabar pada kerajaan untuk menambah masa persidangan untuk menambah dan menukar apa yang telah kita lakukan walaupun Yang Berhormat Bagan Datuk kata kita kekalkan yang baik. Saya ingin tambah, kita kekalkan yang baik dan kita tambahkan yang lebih baik. Saya hendak melihat kepada ini sebagai satu pendekatan yang baharu yang disebut oleh kerajaan yang kerajaan disebut sebagai Kerajaan Malaysia Baharu.
Saya melihat ini akan secara tidak langsung dapat membantu Parlimen untuk menjadi lebih telus.
Kemudian dari segi soalan-soalan Parlimen, Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita tengok soalan-soalan Parlimen yang wujud pada hari ini, bagi saya perlu kita mewujudkan sistem yang lebih adil sebagai contohnya soalan pertama mungkin penyokong daripada pihak kerajaan, soalan kedua daripada penyokong bukan kerajaan dan seterusnya sampai habis.
Kalau kita tengok hanya empat, lima soalan sahaja kemudian dilompatkan semua kepada pembangkang bagi saya secara tidak langsung tidak memberi peluang kepada semua pihak.
Jadi, bagi harapan saya kalau boleh cara kita hendak mewujudkan soalan-soalan ini boleh memberikan kepada peluang yang banyak kepada pihak-pihak pembangkang khasnya dalam isu-isu ini.
Kemudian saya hendak juga bertanya kepada kerajaan dalam seksyen 88A kalau mereka yang masih menjadi Ahli Parlimen dahulu dan sekarang ini tahu bahawa fasal 88A dalam Law Reform Act. Di mana kita tahu bahawa kewujudan keputusan mahkamah tentang kedudukan conversion. Jadi, saya hendak bertanya sebab saya ingat sahabat saya yang menjadi Yang Berhormat Menteri hari ini Yang Berhormat Ipoh Timur- eh! Yang Berhormat Ipoh Timur. Oh! Dia tiada. Yang Berhormat Puchong dengan Yang Berhormat Ipoh Barat selalu menimbulkan isu tentang fasal 88A. Setiap kali dalam Dewan bersidang sama ada dalam Dewan, luar Dewan dia tanya bila kerajaan hendak buat? Bila kerajaan hendak buat?
Jadi, di sini Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyatakan kepada mereka kalau awak ada kuasa, sekarang buatlah. Buatlah pindaan kepada fasal tersebut sebab sering kali itu menjadi satu isu yang begitu besar yang kononnya keputusan mahkamah baru-baru ini secara tidak langsung dapat membantu interpretasi kepada fasal 88A di bawah Law Reform Act, dengan izin, dengan akta. Jadi, saya berharap dalam perkara ini kalau kita tengoklah sudah tiba masanya komitmen itu wujud daripada pihak kerajaan sebab saya percaya bahawa ini akan dapat menyelesaikan banyak salah pentafsiran. Walaupun ini isu sensitif, saya percaya kalau kerajaan merasakan mereka mendapat suara banyak daripada rakyat, inilah masa perubahan itu dibuat. Itu cabaran saya kepada kerajaan.
Akhir sekali , saya hendak sebut dalam masa tujuh minit ini berkenaan dengan rule of law. Saya sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, memerhatikan sejak kebelakangan walaupun sahabat-sahabat dalam Dewan ini juga seolah-olah adanya presumption of guilt. Maknanya kalau orang itu dituduh, maknanya you are guilty until proven innocent. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua- Tuan Yang di-Pertua sebagai Ahli Parlimen yang berpengalaman, kita tidak boleh menafikan bahawa kalau kita punya sistem mahkamah kita, sistem kehakiman kita dan kita daripada sistem kemerdekaan tahun 1957. Kita mesti tahu bahawa bukan sahaja orang politik tetapi semua orang di luar sana adalah innocent until proven guilty.
Jadi, kalau seseorang itu dituduh terutama sekali mereka itu adalah orang yang mempunyai jawatan. Kerajaan Barisan Nasional daripada salah satu daripada contoh Exco Kerajaan Negeri Johor telah letak jawatan walaupun belum lagi habis kes dan didapati bersalah sebab ini adalah kerana persepsi. Saya percaya Tuan Yang di-Pertua secara tidak langsung persepsi juga yang menyebabkan Kerajaan Barisan Nasional kalah Pilihan Raya Ke-14. Perception. Jadi, di sini kalaulah individu-individu yang memegang jawatan Menteri dan Menteri tersebut adalah jawatan yang antara Menteri yang sangat-sangat berpengaruh dan mempunyai importance yang begitu tinggi masih kekal walaupun mempunyai tuduhan di bawah sesuatu kesalahan jenayah, persepsi negatif akan berlaku pada kerajaan.
Jadi, saya percaya Tuan Yang di-Pertua sepatutnya pihak kerajaan belajar daripada kami. Kalau ada tuduhan, be a gentleman- resign. Biarlah mahkamah yang menentukan.
Lepas itu, bila didapati tidak bersalah boleh kekal jadi Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi, janganlah dalam berlaku dalam kes kita ini seolah-olah bila saya dengar persidangan Dewan selalunya seolah-olah kita ini Barisan Nasional sudah memang salah.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Kononnya kerajaan telah dihukum oleh rakyat. Itu pilihan raya. Itu hak rakyat. Akan tetapi, bagi saya Tuan Yang di-Pertua saya yakin bahawa kalau kita tengok dalam perkara ini rule of law itu mesti dihormati. Saya tengok kalau kita melihatlah kepada sistem yang ada dalam negara kita. Bila saya tadi siang tadi saya dengar Yang Berhormat Pekan bercakap tentang beliau tidak mewujudkan apa-apa pendekatan yang negatif apabila kuasa telah dipindah milik kepada kerajaan baharu.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Kita perlu dan harus berterima kasih kepada Yang Berhormat Pekan sebagai mantan Perdana Menteri sebab tidak adanya pertumpahan darah. Kita mempunyai succession plan yang begitu baik, tidak bergaduh langsung. Kecuali di dalam Dewan ini bergaduh itu memang cara kita. Agree to disagree, disagree to agree. Akan tetapi bagi saya yang lebih penting ialah kita adalah rakyat Malaysia, pada tahun 1957 kita merdeka. Entah- entah kita ini bersaudara dan sebagainya. Akan tetapi walaupun berbeza politik, undang- undang tetap undang-undang.
Saya berhadap sangatlah kerajaan pada hari ini – kesimpulan saya Tuan Yang di- Pertua, ketepikan jawatan Menteri ‘de facto Law Minister’. Biarlah Tuan Yang di-Pertua bertanggungjawab dalam semua aspek Parlimen. Biarlah kewangan Tuan Yang di-Pertua datang terus, tidak daripada Jabatan Perdana Menteri. Belajar daripada kami, supaya persepsi negatif tidak wujud kepada Tuan Yang di-Pertua. Kita tidak mahu Tuan Yang di- Pertua, dalam Malaysia baharu pada hari ini, dipersoalkan tentang keputusan. Saya yakin kalau perubahan yang kita cadangkan daripada pengalaman yang kita lalui disebabkan oleh persepsi yang wujud, saya yakin kerajaan hari ini boleh menunjukkan sistem transparency. Kesimpulan saya daripada ucapan saya Tuan Yang di-Pertua, saya berharap sangatlah kerajaan akan menunaikan janji yang diwujudkan dalam manifesto iaitu salah satu daripada Ahli Parlimen menjadi Peguam Negara. Sebab bagi saya, kita mahukan transparency dan komitmen dalam Dewan ini.
Sebab kalau dia orang luar Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua pun tahulah dia hendak jawab kepada Menteri, dia hendak menjawab bagaimana? Akan tetapi kalau daripada yang ada, saya yakin Yang Berhormat Kota Raja mungkin boleh jadi Peguam Negara yang paling hebat. Dia tidak mahu...
[Dewan ketawa]
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Boleh, tidak ada masalah.
Ramai yang boleh. Yang Berhormat Jelutong pun boleh kalau dia mahu. Tidak ada masalah.
Akan tetapi kita berbahas, bersoal dalam Dewan kerana kita mewakili suara rakyat. This is the blessed platform for transparency.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat, sejak bila Menteri Kota Raja sudah jadi peguam ?
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya Yang Berhormat Pengerang ...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang Berhormat Pengerang, terima kasih.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Tidak mengapa, saya sudah hendak habis dah. Saya menyokong Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerang. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat dari negeri Perak, Yang Berhormat Sungai Siput.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua sihat?...
[Dewan ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Dengan izin, alhamdulillah...
[Dewan ketawa]
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih. Salam sejahtera saya ucapkan kepada barisan Kabinet yang saya dapat lihat Menteri Pertahanan, Menteri Kerja Raya serta timbalan-timbalan. Tidak lupa juga di sebelah sana, barisan pembangkang yang diketuai oleh Yang Berhormat kakanda Bagan Datuk. Tuan Yang di-Pertua, saya anak watan Bagan Datuk. Saya diangkat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Hutan Melintang dua penggal lalu. Yang Berhormat Bagan Datuk, Ahli Parlimen saya pada ketika itu.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran saya kepada Tuhan di atas limpah kurnianya mengizinkan Sungai Siput mengambil bahagian dalam...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Sungai Siput, Ketua Pembangkang hendak mencelah. Tadi kata kakanda. So, kakanda hendak mencelah.
Adinda bagi ya?...
[Dewan ketawa]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datuk
Yang Berhormat, saya secara rasmi ingin mengucapkan tahniah kerana dinaikkan pangkat untuk bertanding di Sungai Siput dan meninggalkan DUN Hutan Melintang. Adakah Yang Berhormat berasa terima kasih kepada kakanda
[Dewan ketawa]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datuk
kerana semasa Yang Berhormat menjadi pembangkang pun kakanda telah memberikan layanan yang saksama dan terbaik kepada Yang Berhormat?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Petang ini istimewa. ‘Orang berbudi kita berbahasa’. Ini adalah Dewan yang mulia.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Kakanda Bagan Datuk, saya kini berhijrah ke Sungai Siput. Ini tidak bermakna walaupun Bagan Datuk jauh daripada pandangan Sungai Siput, namun dekat di hati...
[Dewan ketawa]
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Saya ucapkan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
‘Tidak kenal tidak cinta’?
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Tuan Yang di-Pertua, daripada Libaran. Boleh bagi peluang?
Seorang Ahli
Jauhnya.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Oh, jauhnya.
Seorang Ahli
Jauhnya sangat.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ini dua-dua kakanda-adinda ini hubungan apa?
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Ini kakanda juga... [Dewan ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Teruskan apa?
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Boleh? Dalam istilah kita punya bahasa orang Malaysia, kalau kakanda dan adinda ini adalah adik-beradik. Akan tetapi sekarang, adinda sekarang ini melawan kepada kakanda dan kakanda sekarang ini mengiktiraf bahawa adinda itu sebagai adinda yang betul-betul sebagai satu keluarga. Akan tetapi adinda apa pendirian yang ada sekarang ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ini keluarga anak Malaysia.
Teruskan Yang Berhormat Sungai Siput.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Anak Malaysia. Dia apa?...
[Bertanya kepada seorang Ahli Yang Berhormat] Kakanda Yang Berhormat Libaran, kita hidup di Malaysia. Walaupun wadah dan ideologi perjuangan berbeza, walaupun warna kulit berbeza, berbeza agama, berbeza bahasa, berbeza kebudayaan, tidak sepatutnya dijadikan sebagai kekangan untuk kita mewujudkan tali persaudaraan di antara rakan-rakan yang beragama Islam dan bukan Islam...
[Dewan tepuk]
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Itu yang saya belajar daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim...
[Dewan tepuk]
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan di atas limpah kurnianya mengizinkan Sungai Siput mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih Titah Yang di-Pertuan Agong sempena perasmian Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Dewan Rakyat 2018 pada tanggal 17 Julai.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai mukadimah perbicaraan...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sudah empat minit baru mukadimah...
[Dewan ketawa]
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Saya ingin bermula dengan sebuah pantun. Boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Pantun lagi?
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
*Dari Pekan ke Pulau Langkawi; Dulu Permatang Pauh kini Bagan Datuk; Kini bukan rejim BN lagi; Rakyat dah matang tak cuma angguk.
Bisanya karat resah menyakitkan; Ditusuk paku angkara jembalang; Kuasa rakyat usah diremehkan; Rejim dihukum kerajaan pun ditumbang...*
[Dewan tepuk]
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Tuan Yang di-Pertua ...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Tadi kata kakanda... [Dewan ketawa]
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Tuan Yang di-Pertua, 9 Mei 2018 tarikh keramat untuk rakyat Malaysia. Suara rakyat telah bersuara dan telah membuat keputusan. Suara rakyat adalah suara keramat, di mana akhirnya ‘sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua’. Walaupun Barisan Nasional berkuasa hampir 60 tahun, namun akhirnya, penghijrahan minda rakyat mengalihkan sokongan kepada Pakatan Harapan, merupakan satu lagi sejarah dalam sejarah Malaysia buat pertama kali, suara rakyat ditegakkan menerusi Sistem Demokrasi Raja Berperlembagaan, sistem pilihan raya di mana buat pertama kali, suara rakyat membawa perubahan kepada seluruh landskap politik Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, saya masih ingat Yang Berhormat kakanda Bagan Datuk menyebut dalam perbahasan beliau kononnya, kononnya, bagi Barisan Nasional, 9 Mei merupakan satu tragedi atau mimpi buruk. Akan tetapi, Yang Berhormat Timbalan Yang di- Pertua, bagi majoriti rakyat Malaysia jelata, ia adalah lagi satu kemerdekaan daripada pemerintahan Barisan Nasional...
[Tepuk]
Seorang Ahli
Betul.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Diraikan begitu dalam suasana yang cukup gembira.
Tuan Yang di-Pertua, saya menghormati barisan pembangkang termasuk PAS di mana mereka berlapang dada menerima keputusan rakyat berpaksikan undang-undang negara.
Tuan Yang di-Pertua, mesej rakyat jelas di mana parti yang berasaskan perkauman UMNO untuk Melayu, MIC untuk India, MCA untuk Cina telah ditolak oleh rakyat Malaysia kerana mahu parti-parti politik mewakili semua kaum di bawah payung Pakatan Harapan yang membawa harapan demi masa depan Malaysia yang lebih adil dan lebih saksama untuk semua kaum di Malaysia termasuk Iban dan Kadazan.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Tuan Yang di-Pertua, peralihan kuasa ini bukan berlaku dalam sekelip mata. Kalau kita imbas peralihan kuasa ini dicetuskan...
Datuk Seri M. Saravanan - Tapah
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Tapah minta mencelah, boleh?
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Ya, itu kekanda sedarah dengan saya...
[Dewan ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Satu lagi dibenarkan.
Datuk Seri M. Saravanan - Tapah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya begitu tertarik dengan hujah daripada Yang Berhormat Sungai Siput beliau menyatakan bahawa parti-parti mewakili kaum akan ditolak oleh atau telah ditolak oleh rakyat.
Saya ingin tahu Parti Pribumi mewakili siapa? Mewakili semua kaum atau kaum yang tertentu?
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih Yang Berhormat Tapah. Adinda jawab. Yang Berhormat Tapah bangkitkan Parti Pribumi Bersatu parti baharu dalam Pakatan Harapan. Yang Berhormat Tapah harus ingat bahawa selain daripada Bersatu, Parti Amanah mewakili semua kaum keahliannya. Parti Keadilan parti pertama dalam sejarah Malaysia membuka keahlian kepada semua kaum. Parti DAP dalam Pakatan Harapan membuka keahlian kepada semua kaum berbanding dengan Barisan Nasional. MIC, MCA dan UMNO yang parti dominan tidak memberi ruang seperti itu.
Jadi saya juga tertarik dengan Yang Berhormat Rembau dalam perdebatan jawatan Presiden, beliau menyedari masa depan Malaysia, parti-parti yang mewakili semua kaumlah yang akan mendapat tempat. Oleh sebab itulah Yang Berhormat Rembau dalam manifesto beliau membuka keahlian kepada semua kalau beliau dipilih menjadi Presiden.
Datuk Seri M. Saravanan - Tapah
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Tapah hendak mencelah lagi.
Datuk Seri M. Saravanan - Tapah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Minta maaf Yang Berhormat Tapah, saya ada 20 perkara lagi. Minta maaf sudah sembilan minit.
Datuk Seri M. Saravanan - Tapah
Setengah minit sahaja- setengah saat sahaja Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat satu saat sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Tapah, kali ini dia tidak bagi jalan.
Datuk Seri M. Saravanan - Tapah
Tidak, saya cuma hendak pastikan adakah ini bererti mereka akan tinggalkan Pribumi tidak lama lagi.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Saya tidak benarkan Yang Berhormat Tapah.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Sungai Siput teruskan.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Tuan Yang di-Pertua, perubahan ini berlaku 20 tahun lalu. Peralihan kuasa pada ini pencetusnya 20 tahun lalu, tahun 1998 di mana gelombang kebangkitan rakyat Malaysia dengan laungan reformasi, lawan tetap lawan yang dicetuskan oleh tokoh reformasi.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat bagi kuliah politik kah?
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Ini ada dia punya ini- peralihan kuasa ini ada berkaitan. Dia bukan berlaku dalam sekelip mata, dalam Pilihan raya Umum Ke-14, tidak.
Maka, gelombang ini dicetuskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim...
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Minta laluan.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
...Dan kesinambungan Pilihanraya Umum Ke-12 kita dapat saksikan buat pertama kali dalam sejarah, lima negeri jatuh ke tangan Pakatan Harapan...
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Jiran, jiran.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
...Dalam Kerusi Parlimen. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak benarkanlah sebab saya kesuntukan masa.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Dia tidak mahu diganggu. Cuma tujuh minit lagi Yang Berhormat. Teruskan Yang Berhormat Sungai Siput. Sila.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Tuan Yang di-Pertua, kemudian pilihan raya ke-13 gelombang itu, kemuncaknya, undi popular buat pertama kali rakyat Malaysia memberi kepada Pakatan Harapan. PRU14 rakyat Malaysia telah memuktamadkan riwayat Barisan Nasional. Mereka minta Barisan Nasional sudah cukup 60 tahun bersaralah- umur bersara pun 60 kan? Bersaralah.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada rakyat Sungai Siput yang memberikan amanat dan mandat untuk mewakili mereka di Dewan yang mulia ini untuk membawa pembangunan lima tahun akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, wanita pertama Malaysia yang diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri pertama. Keperitan yang dilalui oleh Timbalan Perdana Menteri selama 20 tahun tidak boleh dilupai, harganya yang dibayarnya.
Maka, pelantikan Timbalan Perdana Menteri ini merupakan satu pengiktirafan kepada semua wanita-wanita Malaysia dan memberikan inspirasi kepada wanita-wanita Malaysia melakukan terbaik, boleh mendapatkan kedudukan yang tertinggi dalam tampuk kuasa pentadbiran negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada Titah Tuanku yang mengajak kita semua Ahli-ahli Parlimen untuk menggalas tugas dan amanah yang diberikan oleh rakyat.
Masa perbalahan sudah berlalu apabila rakyat telah memutuskan keputusannya. Kini tiba masa kepada semua kita sebagai Ahli Parlimen menunaikan tanggungjawab kita membawa idea-idea di Dewan Rakyat yang mulia ini dan tugas kita sebagai penggubal undang-undang, pinda undang-undang, bicara dasar-dasar kerajaan demi memastikan pembangunan dapat dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang.
Merujuk kepada Titah Tuanku, saya teringat satu ayat Thirukkural. Thirukkural ini adalah sebuah buku yang ditulis oleh Thiruvalluvar 3,000 tahun dahulu dengan perkara 712, Knowing Assembly, dengan izin, orator who wish to do good should study the occasion with care, dalam bahasa Tamil dengan izin...
[Berucap dalam bahasa Tamil] Mengajak Ahli- ahli Parlimen supaya menjaga kata tutur setiap perkataan dalam Dewan Rakyat ini bersesuaian dengan kemuliaan Dewan Rakyat. Jangan jadikan sebagai Pasar Borong Selayang. Itu ingatan Thiruvalluvar, ayat 712 yang membawa mesej yang beliau telah ungkapkan 3,000 tahun lalu untuk panduan kepada semua.
Tuan Yang di-Pertua, dengan kesuntukan masa, saya ingin masuk beberapa isu kawasan. Pertama yang berkenaan dengan perkhidmatan electric train service (ETS) di Sungai Siput di bawah pengendalian KTM Berhad di mana saya telah dimaklumkan oleh rakyat Sungai Siput yang begitu marah apabila perkhidmatan ETS yang dibelanja besar itu pada bulan Jun yang lalu di mana perkhidmatan asal adalah lapan perjalanan dari selatan dan juga dari utara yang perhentiannya di Sungai Siput.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Selepas 5 Jun yang lalu, ia dijadikan sebagai dua perjalanan. Daripada lapan menjadi dua. Ini mengundang kemarahan pelanggan-pelanggan warga Sungai Siput yang sebelum itu begitu selesa menggunakan perkhidmatan tersebut. Kini, apabila perhentiannya telah dipendekkan daripada lapan kepada dua, maka ia mengundang pelbagai masalah kepada kehidupan harian mereka.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Maka saya merayu kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan supaya mengambil maklum dan mohon, merayu mewakili Sungai Siput mengkaji punca-punca pemberhentian tersebut supaya ia sedia kembali ke jadual asal iaitu empat dari utara, empat dari selatan.
Tuan Yang di-Pertua, isu kedua di Sungai Siput iaitu isu rumah-rumah rakyat.
Sepanjang 70 hari saya menjadi wakil rakyat hampir setiap hari saya menerima panggilan, perjumpaan-perjumpaan rakyat Sungai Siput yang kebanyakannya dikategorikan dalam B40.
Mereka mahu Kerajaan Pakatan Harapan membina rumah kos rendah yang nilainya dalam lingkungan RM50,000 kerana di negeri Perak mereka yang dikategorikan di bawah B40 isi pendapatan rumah adalah RM1,905 di mana mereka susah untuk mendapatkan pinjaman bank, susah untuk membayar sewa beli maka mereka merayu kepada Kerajaan Pakatan Harapan supaya mewujudkan satu pelan pembinaan rumah kos rendah di Parlimen Sungai Siput.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang ketiga berkenaan dengan sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Methodist di Sungai Siput. Baru-baru ini Yang di-Pertua PIBG Sekolah Kebangsaan Methodist memaklumkan kepada saya, “Yang Berhormat, tolong datang melihat bangunan sekolah yang sudah berusia begitu lama.” Saya telah membuat lawatan dan saya melihat dengan mata saya sendiri bangunan itu mengalami banyak kerosakan, silingnya runtuh dan kayu-kayunya dimakan anai-anai yang boleh mengundang bahaya kepada pelajar-pelajar sekolah berkenaan.
Maka sebab itu saya merayu kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan mengambil maklum perkara ini supaya tindakan susulan perlulah disegerakan kerana saya lihat sekolah ini mempunyai 400 orang murid yang perlu dijaga keselamatan mereka. Maka ini adalah perkara yang serius...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Masa tamat.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
...Yang perlu diberi perhatian.
Saya akhiri dengan penggulungan Tuan Yang di-Pertua, 10 janji 100 hari Pakatan Harapan.
Saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan barisan Kabinet yang telah menunaikan dua janji dan enam janji dalam proses pelaksanaan dan baki dua janji yang disebabkan oleh kekangan tertentu belum dilaksanakan.
Saya harap segala janji kita kepada rakyat 10 janji 100 hari dan juga janji untuk lima tahun akan datang dapat kita laksanakan dan buktikan kepada rakyat bahawa harapan rakyat tidak sia-sia di mana mereka akan terus menyokong Pakatan Harapan. Sekian, terima kasih.
Nandri, xie xie, dengan izin.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Kini dari Perak kita berhijrah ke negeri Kelantan. Saya menjemput Yang Berhormat Pasir Puteh.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertamanya, saya merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi keizinan kepada saya untuk membahasakan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Mudah-mudahan, insya-Allah apa yang akan saya sebut ini memberi manfaat kepada negara kita Malaysia dan apa yang akan saya sebut di dalam perbahasan ini bukan semata-mata suara daripada pembangkang tetapi insya-Allah suara daripada pembangkang ini bertujuan untuk membina negara dan suara daripada pembangkang bukan untuk membangkang semata-mata, insya-Allah. Itulah yang saya harapkan kepada semua pihak termasuk daripada pihak kerajaan.
Apabila menyebut transparen kita mengharapkan kepada semua mendengar idea- idea ataupun pengalaman-pengalaman yang telah diperoleh oleh kerajaan yang lama, begitu juga idea-idea yang bernas yang diberikan oleh pihak pembangkang daripada Bebas ataupun daripada mana-mana parti politik kerana kita berada di Dewan yang mulia ini untuk membina kekuatan negara kita dan untuk mengangkat negara kita di persada antarabangsa.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan perbahasan pada petang ini dengan membaca sepotong firman Allah SWT...
[Membaca sepotong ayat al-Quran] Maksudnya, “*Tidak sama sekali sama di antara perkara yang baik dengan perkara yang buruk dan hendaklah kamu menolak dan menangani perkara yang buruk dengan cara yang terbaik.
Nescaya perbalahan yang berlaku di kalangan kamu akan diganti oleh Allah dengan persahabatan yang karib dan Allah tidak akan anugerahkan nikmat ini kecuali kepada orang- orang yang sabar dan orang-orang yang mempunyai hati yang cekal”.* Oleh sebab itu saya ingin menyeru kepada seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini supaya mengambil apa juga perkara yang positif untuk kita membina negara kita terutamanya apabila kita membawa agenda transparent, agenda keadilan yang disokong oleh mana-mana agama yang kita semua anuti untuk kita berlaku adil, berlaku baik kepada semua pihak terutamanya untuk kita membela rakyat yang berada di dalam negara kita.
Oleh sebab itu saya menyeru kepada semua untuk kita melihat kepada apa yang kita janjikan kepada rakyat. Di dalam Dewan yang mulia ini ingin saya tegaskan bahawa apa yang dijanjikan di dalam manifesto adalah janji yang sangat berbeza dengan yang disebut petang kelmarin, yang boleh ditangguhkan, yang kalau ada halangan kita tidak apa tidak buat.
Tuan Yang di-Pertua, suka saya ingin tegaskan bahawa isu yang membabitkan nas- nas daripada kitab-kitab suci al-Quran dan hadis Nabi SAW jangan ditafsirkan mengikut selera kerana ia diberikan amaran oleh Allah SWT di dalam ayat-ayat yang banyak dan diberi amaran oleh Nabi SAW...
[Membaca sepotong hadis] Dengan izin maksudnya, “Sesiapa yang mentafsirkan al-Quran dengan akalnya semata-mata yakni tanpa berpegang kepada nas daripada hadis dan pandangan daripada ulama muktabar, sebuah neraka disediakan kepada mereka”. Oleh sebab itu isu yang membabitkan janji antara satu peribadi dengan peribadi yang kita tidak tahu halangan di hadapan tiba-tiba halangan datang, ia dimaafkan oleh Allah SWT. Akan tetapi dalam isu manifesto, ia adalah janji yang dikaji sebelum daripada kita membuat janji dengan rakyat. Maka apabila janji diutarakan di dalam manifesto, kita mesti menepati janji kerana janji kepada rakyat ini adalah janji yang sangat besar. Saya menyebut perkara ini mudah-mudahan semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada di dalam Dewan ini insya-Allah akan memberi fokus untuk kita menyempurnakan janji kepada rakyat.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Walaupun ia janji daripada pihak kerajaan semasa yang memerintah pada hari ini tetapi dengan berasaskan kepada transparensi, kalau benar-benar transparensi ini berlaku dalam negara kita, insya-Allah, manfaat akan dikecapi oleh semua pihak. Saya hendak tegaskan, mudah-mudahan selepas daripada ini, tidak ada dolak-dalik dalam isu yang membabitkan janji dalam manifesto.
Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua iaitulah isu yang menyentuh rule of law. Saya kira ini adalah satu isu yang sangat lama yang disebut oleh semua pihak, termasuk disebut oleh rakyat. Kita mesti mengikut perundangan yang ada di dalam negara kita dalam semua perkara. Saya tidak ingin memfokuskan satu per satu sebagaimana yang disebut oleh rakan- rakan kerana dia akan berulang.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Pasir Puteh, minta laluan sikit.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Ya, sekejap saja.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Pendang minta, boleh?
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Minta laluan.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Sebelum PRU Ke-14, kerajaan terdahulu telah berjanji untuk memberi imbuhan kepada semua kakitangan awam dan dimasukkan dalam Bajet 2018. Tiba-tiba bila berlaku perubahan kerajaan, hanya golongan Gred 41 ke bawah dan dikurangkan kepada RM400. Apakah ini satu janji yang melibatkan seperti mana yang dibaca oleh Yang Berhormat Pasir Puteh tadi? Sekian.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya kira Yang Berhormat Pendang boleh tanya wakil daripada kerajaan. Janji ataupun tidak, itu terpulang kepada pihak kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, satu isu yang ingin saya sebut iaitulah berkenaan dengan kes- kes penyelewengan yang berlaku sekian lama. Kes penyelewengan yang berlaku di dalam negara kita ini telah berlaku daripada zaman ke zaman. Bukan saja kes membabitkan 1MDB tetapi sebelum daripada itu terlalu banyak kes yang membabitkan penyelewengan di dalam negara kita. Kes ini telah dibangkitkan oleh anggota-anggota ataupun Ahli Parlimen yang berada di pihak kerajaan pada hari ini. Yang Berhormat Pokok Sena dan kakanda saya yang ada telah membangkitkan isu ini.
Apa yang ingin saya sebut iaitulah, dengan izin, ada kes-kes yang kita bangkitkan di dalam negara kita ini yang akan memberi kesan secara langsung ataupun tidak langsung kepada isu menarik pelabur-pelabur asing dalam negara kita. Walaupun kita berhadapan dengan isu yang seumpama ini tetapi apabila kita telah menjadi Ahli Yang Berhormat, yang berada di dalam Dewan, kita mesti lebih terbuka dan lebih efisien, lebih untuk kita membaca segala-galanya. Di dalam Dewan ini bukan tempat untuk kita melepas geram semata-mata.
Akan tetapi kita kena lihat, kalaulah isu yang kita bangkitkan itu menyebabkan terbantutnya kehadiran pelabur-pelabur asing kerana kehakisan kepercayaan kepada negara, kita akan rugi.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Minta laluan.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Setiawangsa minta laluan.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Ya, sekejap boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Okey, terima kasih Yang Berhormat. Setiawangsa ingin bertanya, bukankah sekiranya isu-isu penyelewengan atau rasuah ini tidak diselesaikan dengan wibawa, maka ia akan memberi kesan yang lebih teruk kepada pelaburan antarabangsa?
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Ya, terima kasih kepada Yang Berhormat Setiawangsa. Oleh sebab itu saya tegaskan bahawa tidak semua isu yang melanda negara ini, kita bawa dan kadang-kadang kita mengambil peluang Demokrasi Berparlimen, kebebasan bersuara tanpa kita melihat di hadapan kita ini, kita akan berhadapan dengan isu yang lebih besar.
Oleh sebab itu saya tegaskan tadi, tidak semua, bukan semua isu tidak boleh dibangkitkan. Kita perlu bangkitkan kerana ada isu yang perlu dibawa ke meja pengadilan.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Akan tetapi, kadangkala isu yang berlaku dalam negara kita tidak ada black and white tetapi kita sudah menuduh semberono menyebabkan banyak keadaan saya keluar negara bertemu dengan ahli-ahli korporat- kebetulan saya pun salah seorang daripada businessman- kadang-kadang perancangan mereka untuk datang ke negara kita, bila mereka dengar macam-macam perkara, ia boleh membantutkan pertumbuhan ekonomi di dalam negara kita dan ia boleh menjatuhkan maruah di dalam negara kita.
Oleh sebab itu, dalam isu yang seumpama ini, saya minta kepada semua supaya kita balik kepada kaedah iaitulah kita jangan menuduh sembarangan sebelum daripada kita mensabitkan satu-satu kesalahan dan perlu kita melihat lebih jauh apabila kita bercakap sesuatu supaya negara kita ini berada di tempat yang sepatutnya.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Pasir Puteh.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Apabila kita bercakap isu yang seumpama ini, perlu kita bercakap...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat Pasir Salak hendak mencelah. Boleh?
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Sila, ringkaskan.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, juga Yang Berhormat Pasir Puteh. Bercakap berkenaan dengan pelabur asing yang terjejas disebabkan oleh perkara-perkara yang Yang Berhormat sebutkan tadi, saya hendak tanya Yang Berhormat, bagaimana keadaan sekarang? Dengar cerita banyak yang pelabur asing tidak datang ini, keluar ada ramai. Kita dapati bursa saham pun jatuh merudum, ramai yang rugi berjuta-juta Ringgit ini. Bilion pun ada. Apa agaknya puncanya yang menyebabkan keadaan berlaku sekarang ini? Yang Berhormat Kota Melaka menyandar saja [Ketawa]
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Ya, terima kasih wakil daripada Pasir Salak. Itu yang saya hendak sebut di dalam ucapan saya. Walaupun begitu, masa depan negara kita belum terlambat. Kita boleh bina moral negara kita di persada antarabangsa di mana kita perlu juga muncul sebagai sebuah negara yang dilihat di peringkat antarabangsa ini, Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai autoritinya yang tersendiri, terutamanya apabila kita menangani isu-isu antarabangsa seperti isu Palestin, isu Rohingya, isu yang melanda negara Qatar yang tentunya ada agenda antarabangsa yang tidak ingin melihat bangkitnya sebuah negara yang mampu menyaingi negara-negara yang disifatkan sebagai kuasa besar. Begitu juga isu ataupun sikap yang perlu kita ambil dengan bijak berkenaan dengan hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat dalam semua keadaan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Pasir Puteh, mohon pencelahan.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Saya tidak hendak menyebut bahawa kita perlu memutuskan hubungan, tidak. Kita mesti...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sik.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat. Tidak ada ya.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Saya rasa saya tidak bagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Okey, teruskan.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Sebab sudah pendek.
Akan tetapi maknanya, kalau kita lihat negara-negara lain seperti Turki, ia ada ketegasannya sendiri apabila berhadapan dengan Amerika Syarikat walaupun ia tidak memutuskan hubungan diplomatik.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Dalam waktu yang sama, Turki dihormati di mata dunia dan ia mampu menonjolkan satu imej yang menyebabkan negara-negara lain meletakkan minat untuk melabur dan seumpamanya kepada negara Turki. Juga, banyak lagi negara yang tidak sempat saya sebut dalam perkara ini.
Oleh sebab itu, dalam...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Pasir Puteh, sekali lagi saya memohon, sedikit sahaja.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
...Malaysia baharu ini, kalau boleh Malaysia...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Saya mohon pencelahan sedikit setengah minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Tidak bagi.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Tidak, tidak. Saya sudah tinggal empat minit. Banyak benda lagi yang saya hendak ambil.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Teruskan, teruskan.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Kemudian yang ketiga yang ingin saya sebut iaitulah berkenaan dengan isu-isu yang menjadi harapan kepada rakyat. Pertama iaitulah isu yang menyentuh mahasiswa-mahasiswi di dalam negara kita.
Mereka ini adalah aset negara. Mereka adalah tokoh-tokoh yang kemungkinan satu masa mereka berada di dalam Parlimen.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Mereka menjadi ahli korporat yang besar. Mereka boleh menyumbang kepada negara, maka mereka ini aset negara. Saya mengharapkan kepada Kerajaan Pakatan Harapan ini melihat agenda menstrukturkan mahasiswa dan mahasiswi terutamanya yang menganggur yang banyak disebut oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum daripada ini jangan kita melihat mereka ini kalau kita ambil bekerja dengan kerajaan, kerajaan kena bayar gaji sekadar itu.
Sebenarnya mereka aset negara, mereka boleh memberi sesuatu yang lebih besar daripada gaji kepada negara. Oleh sebab itulah saya mengharapkan bahawa isu ini kalau boleh diseminarkan, kalau boleh diambil pandangan-pandangan yang bernas daripada bekas kerajaan, daripada para pembangkang sekiranya transparent ini benar-benar berlaku dalam Kerajaan Pakatan Harapan ini. Jadi, saya minta supaya isu yang menyentuh graduate yang ada dalam negara kita yang menganggur ini diselesaikan dengan baik dan diletakkan mereka ini di tempat yang sewajarnya di dalam negara kita.
Isu yang tidak disentuh oleh rakan-rakan yang lain iaitu isu penjara. Saya sangat dukacita sesetengah daripada tempat bukan semua, banduan-banduan yang masuk dalam penjara kadang-kadang semakin semacam mereka berkursus dalam penjara. Bila mereka keluar daripada penjara, jenayah mereka lebih dahsyat. Penagih dadah bila mereka masuk pusat pemulihan mereka keluar, mereka tahu di mana punca dadah yang lebih luas. Mereka dapat maklumat.
Jadi saya menyeru kepada Dewan yang mulia ini dan saya pohon kepada pihak harapan supaya benar-benar memberi harapan kepada rakyat supaya isu-isu yang saya sebut penjara, isu hospital, pengasingan antara lelaki dan perempuan dalam kes-kes tertentu seperti kes kelahiran anak. Saya rasa semua kaum dia tidak hendaklah isteri dia ini beranak di hadapan lelaki yang lain. Kita ada pakar-pakar wanita yang menguruskan benda-benda yang sulit yang seumpama ini dan benda ini memerlukan kepada kuasa sahaja.
Hari ini Pakatan Harapan telah berkuasa dan saya kira insya-Allah kita mengharapkan Kerajaan Pakatan Harapan ini benar-benar dapat memenuhi tuntutan harapan kerana ada beberapa benda ini just kuasa. Pakaian pramugari yang kakanda saya banyak sebut dalam ceramah sebelum daripada ini. Dia kata “Terbeliak mata dia tengok.” Kita mengharapkan- dan saya bukan- itu gurau sahaja.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Akan tetapi saya mengharapkan mudah-mudahan insya-Allah isu-isu yang seumpama ini diselesaikan kerana ini tidak perlu kepada bajet, tidak perlu kepada- perlu kepada arahan, perlu kepada kuasa sahaja.
Hari ini telah ada kuasa dan saya rasa tidak ada dolak-dalik. Saya mengharapkan pihak kerajaan kalau bercakap biarlah bercakap di alam realiti yang- kalau kita bercakap sebagai kerajaan sekadar kasut hitam, sekadar anjing bagi makan kita tidak ada suatu perancangan yang konkrit. Sepatutnya dalam tempoh 100 hari ini ada satu perancangan yang baik, yang boleh dilaksanakan dalam negara kita. Saya kira masa sudah tamat dan saya mohon untuk menyokong Titah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang mewakili semua pengundi di dalam kawasan Pasir Puteh. Sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kampar.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih atas peluang untuk turut bersama dan mempersembahkan ucapan ikhlas menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa pembukaan Penggal Pertama Parlimen Ke-14 pada 17 Julai yang lalu.
Terlebih dahulu saya ingin memulakan ucapan saya dengan sekalung tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah dipilih oleh kawasan masing-masing dalam Pilihan Raya Ke-14 dan juga syabas kepada barisan pimpinan kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan.
Kami sedar tentang amanah dan tanggungjawab yang dipikul oleh kami sebagai kerajaan baharu dan kami perlu berusaha dengan lebih gigih dan kuat untuk menyelesaikan beban dan masalah yang kami telah inherit, dengan izin, daripada kerajaan terdahulu. Saya yakin dengan prinsip dan sikap keterbukaan demokrasi, keadilan dan amalan yang baik dalam pentadbiran negara kami akan mengatasi segala masalah yang kami sedang hadapi sekarang.
Saya juga yakin bahawa kerajaan ini akan membawa negara kita ke arah pembangunan, keharmonian dan kesejahteraan yang sebenar kepada rakyat jelata. Dengan penubuhan Kerajaan Pakatan Harapan, seluruh rakyat Malaysia juga ingin melihat perubahan yang sebenar di mana negara kami akan bebas daripada rasuah, ketirisan dan penyelewengan seperti skandal yang menyebabkan kerugian besar kepada negara kita. Ini adalah merupakan persidangan Parlimen yang amat bersejarah dan bermakna kepada ramai rakyat Malaysia yang telah menyokong Pakatan Harapan dan ingin melihat perubahan yang akan membawa pendemokrasian yang sejati kepada negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, setelah Pakatan Harapan mengambil alih tampuk kepimpinan negara ini, rakyat amat terkejut dengan pendedahan kerajaan bahawa hutang negara pada masa kini mencecah kepada RM1 trilion. Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Harapan kerana berani berdepan dengan cabaran hutang negara yang amat serius ini dan mengambil langkah-langkah yang perlu mengurangkan hutang dan beban negara kita ini, dengan izin, we dare to take the bull by its horn. Ini adalah satu langkah kami puji.
Sejurus itu, Kerajaan Pakatan Harapan juga telah mengambil langkah-langkah yang bijak dan berhemah untuk membuat kajian semula dan meneliti semula projek-projek mega, membatalkan projek-projek yang merugikan yang berat sebelah. Kami dapat lihat seperti mana dalam Projek LRT3 kerajaan dapat menjimatkan wang rakyat sebanyak RM15 bilion iaitu pengurangan sebanyak 47 peratus daripada kos pembinaan. Ini adalah langkah yang berhemah dan menjimatkan wang rakyat dan patut dipuji.
Selain itu, dengan sikap accountability dan ketulusan Kerajaan Pakatan Harapan juga telah memastikan ketirisan dan rasuah tidak dibenarkan mengambil tempat dalam pentadbiran kerajaan yang baharu ini.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Mohon pencelahan.
Boleh?
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Kesemua...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Kampar...
Tuan Su Keong Siong - Kampar
...Langkah-langkah ini perlu dan telah diambil kerajaan ini demi kepentingan negara ada disambut dan diterima baik oleh rakyat jelata. Ya, Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bila kita bercakap soal penjimatan, bermakna kita jimat tetapi buat benda yang sama. Kalau kita mengurangkan bajet kerana kita downscale, memperkecilkan projek yang kita hendak buat seperti LRT yang disebutkan itu, itu bukan penjimatan namanya, itu memotong projek itu.
Sebagai contoh, daripada 40 coach dibatalkan 20, buat separuh sahaja. Itu bukan penjimatan itu adalah pengurangan bajet disebabkan oleh kita memperkecilkan projek itu.
Apa kesannya kepada pengecilan projek? Ini kena kaji. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, what is the socioeconomic impact? The opportunity cost? What is the opportunity cost we are reducing downsizing the project? You must give that analysis.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Cukup. Cukup. Okey. Tidak sempat masa.
Simple matematik, okey. Sejumlah RM30 bilion sekarang, RM14 Bilion itu adalah penjimatan.
Effective cost and production itu saya yakin Menteri akan jawab. Jangan khuatir.
Okey, berkenaan dengan hutang negara yang mencecah RM1 trilion ini, Kerajaan Pakatan Harapan juga telah melancarkan Tabung Harapan untuk rakyat yang ingin membantu dalam masalah ini dan di mana kami dapat lihat begitu banyak rakyat jelata juga badan-badan korporat yang sudi dan rela hati telah menghulur bantuan kepada- dengan menabung kepada Tabung Harapan ini. Saya amat berterima kasih kepada semua yang telah menyahut seruan menghulurkan bantuan pada saat yang amat kita perlukan ini. Derma dan bantuan yang dihulurkan ini adalah melambangkan semangat patriotisme dan kasih demi negara yang kami cintai ini.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu 1MDB merupakan skandal terbesar dalam sejarah negara kita saya amat berharap Kerajaan Pakatan Harapan akan mengambil segala langkah-langkah atau tindakan yang bersesuaian dan wajar untuk menangani skandal 1MDB yang telah membelenggu dan menghantui negara kita sejak tahun 2013. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan isu skandal 1MDB ini dibangkitkan dan di debatkan dalam Dewan yang mulia ini. Rakyat harus dan berhak untuk mengetahui keseluruhan fakta-fakta skandal 1MDB ini di mana berbilion-bilion ringgit wang rakyat yang telah dirompak daripada negara kita.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Melalui penyiasatan dan tindakan yang diambil oleh polis dalam skandal ini, baru saya tahu apa itu Bijan. Saya tahu saya bukan keseorangan dalam hal ini. Terima kasih PDRM untuk memberitahu kepada kami apa itu Bijan. Saya juga menyeru kerajaan untuk mengambil segala langkah-langkah dan usaha yang sedang diambil untuk mendapatkan kembali wang 1MDB yang telah dan sedang disita oleh Department of Justice Amerika Syarikat. Kita harus pastikan bahawa wang rakyat ini dikembalikan kepada rakyat Malaysia dan digunakan untuk manfaat dan kepentingan negara ini. Saya yakin sekiranya kerajaan dapat kembali wang berbilion-bilion Ringgit ini daripada Amerika Syarikat, banyak kemudahan-kemudahan dan infrastruktur prasarana dapat dibina oleh kerajaan demi kesejahteraan rakyat jelata.
Selain daripada itu, saya juga mengalu-alukan tindakan Peguam Negara dalam mengambil komitmen untuk mewujudkan kerjasama dan bantuan kepada Peguam Negara Switzerland mengenai penyiasatan...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Kampar? Yang Berhormat Pasir Gudang ingin mencelah. Yang Berhormat Pasir Gudang ingin mencelah.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Ringkas sahaja.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Sekejap. Just a second. Bagi saya habis dahulu.
Dengan Peguam Negara Switzerland pada 14 Ogos 2015. Saya berharap bahawa laporan tentang status penyiasatan dan kerjasama dengan Peguam Negara Switzerland tersebut dapat dikemukakan dan dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini agar rakyat dapat tahu langkah-langkah dan tindakan yang sedang diambil terhadap mana-mana pihak yang bersalah dalam skandal 1MDB ini. Ketelusan dan keterbukaan dalam pengendalian skandal 1MDB adalah penting untuk mengembalikan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap institusi Peguam Negara kami.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih, Yang Berhormat Kampar. Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan Yang Berhormat Kampar menyebut tentang isu 1MDB. Di pihak pembangkang, telah mencabar- setakat ini hanya satu kes sahaja iaitu SRC yang dibawa ke mahkamah. Selepas pembentukan kerajaan, saya difahamkan dua jawatankuasa task force untuk menyiasat 1MDB.
Jadi kita pun- bagi saya, merasakan kurang selesa juga. Siasat. Siasat. Kita hendak tanya kerajaan ada kes atau tidak? Maknanya tidak akan gantung tanpa bertali ini sudah berapa bulan? Jadi, kita minta kerajaan kalau betul-betul tentang kes 1MDB ini, ertinya mesti ada tindakan di mahkamah. Ini supaya berlaku adil dan ada conclusion tentang isu 1MDB ini.
Di Singapura, di Switzerland, di Amerika- jadi, sekarang kita sudah jadi kerajaan. Terima kasih.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Ya, memang saya setuju itu sebabnya saya kata, laporan ataupun isu-isu 1MDB ini harus dan telah pun dibenarkan untuk dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini. Seperti pepatah orang Inggeris berkata, “tell the truth and shame the devil”, ini apa yang kita patut lakukan sebagai kerajaan yang baharu.
Tuan Yang di-Pertua, saya amat bersyukur apabila kerajaan mengumumkan pembatalan sistem cukai GST pada 1 Jun 2018. Langkah ini adalah menepati janji kami untuk memansuhkan sistem cukai yang telah membimbangkan dan menyusahkan majoriti rakyat jelata. Ini di mana kos harian sara hidup telah melambung tinggi dan tidak terkawal. Saya yakin dalam masa yang terdekat, rakyat jelata akan dapat melihat perubahan kos sara hidup dan penurunan harga barangan setelah pemansuhan GST ini.
Walaupun kami masih belum 100 hari mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan ini dan pemansuhan GST baru dilakukan sejak 1 Jun 2018...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Kampar?
Boleh mencelah Yang Berhormat Kampar?
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Pihak pembangkang cuba mengambil kesempatan dan mendakwa bahawa harga barangan tidak turun. Terutamanya Ketua Pembangkang kita, Yang Berhormat Bagan Datuk yang mengambil harga tomato sebagai bandingan.
Tuan Yang di-Pertua, sekurang-kurangnya kos sara hidup sekarang adalah dalam keadaan terkawal dan pada masa ini bukan seperti dalam keadaan sebelum pemansuhan GST ini. Untuk pengetahuan Ketua Pembangkang, harga tomato sahaja tidak menggambarkan keseluruhan kos sara hidup di dalam kehidupan seharian rakyat jelata. Ada juga barangan yang lain yang mana harga telah turun. Dalam hal ini, saya menyeru pihak KPDNKK...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tidak benarkan kah, Yang Berhormat Kampar, tidak bagi?
Tuan Su Keong Siong - Kampar
...Mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan peniaga-peniaga tidak mengambil kesempatan setelah pemansuhan cukai GST ini.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Lawatan-lawatan penguatkuasaan dan pemeriksaan haruslah dipergiatkan untuk memastikan penurunan harga-harga barangan mencerminkan pemansuhan cukai GST ini.
Tuan Yang di-Pertua, langkah penstabilan harga minyak petrol yang diambil oleh pihak kerajaan juga telah membantu dalam meringankan kos sara hidup rakyat dan menepati janji Pakatan Harapan.
Tuan Yang di-Pertua, saya amat berharap Kerajaan Pakatan Harapan akan terus mengambil inisiatif membawa rang undang-undang untuk membawa pindaan kepada Akta Undang-undang Sivil 1956 yang telah lama tertangguh. Walaupun pindaan akta ini telah dibentangkan dan telah dijadualkan untuk bacaan kali kedua dan kali ketiga dalam sesi Parlimen Ke-13, akan tetapi rang undang-undang ini telah ditarik balik menurut Peraturan Mesyuarat 42, pada 4 April 2018 untuk membolehkan Jabatan Peguam Negara untuk mengkaji semula keputusan dasar berhubung dengan amaun ganti rugi kesedihan dan pentafsiran kehilangan pendapatan dan juga kehilangan pendapatan masa depan- loss of future earning, dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua, Akta Undang-undang Sivil 1956 ini adalah sebuah akta mengenai pemberian dan pengiraan ganti rugi dalam kecederaan diri dan kemalangan maut yang dituntut oleh mangsa-mangsa kemalangan dan telah digubal dan dipinda sejak tahun 1984, iaitu lebih dari 30 tahun yang lalu. Jadi, adalah tiba masanya untuk kami meneliti semula akta ini agar ia dapat dipinda demi keadilan dan kesaksamaan kepada mangsa- mangsa yang mengalami kecederaan ini.
Tuan Yang di-Pertua, dalam sesi Dewan Rakyat, Parlimen Ke-13, kami telah lihat beberapa perubahan dan pindaan kepada peraturan mesyuarat telah dilaksanakan seperti Ministers’ Questions Time (MQT) dan Kamar Khas. Saya menyambut baik perubahan atau pindaan tersebut.
Namun, saya berharap- kami akan mengambil langkah yang selanjutnya terutamanya di dalam Kamar Khas untuk menjadikan ia satu kamar di mana kita boleh menjalankan perbahasan, selain daripada hanya sekadar ucapan monolog sahaja. Kalau ada dibenarkan perbahasan, mungkin isu-isu yang terperinci akan dapat dibawa dan dilibatkan di dalam Kamar Khas juga. Ini akan terus menjadi satu penambahbaikan persidangan Parliamentary reform yang lebih menyeluruh dapat dilaksanakan. Saya juga amat berharap satu Bipartisan Parliamentary Select Committee dapat ditubuhkan agar sistem berparlimen yang lebih demokratik dapat diadakan dalam Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong dan mendukung polisi Pakatan Harapan yang akan memperkukuhkan Parlimen ini di mana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Audit Negara di antara sembilan agensi kerajaan yang akan menjadi badan bebas dan melaporkan langsung kepada Parlimen. Saya yakin dengan pelaksanaan proses pendemokrasian ini dan ketelusan ini, kita dapat memastikan bab-bab penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan duit rakyat seperti skandal 1MDB oleh pemimpin tidak akan berlaku lagi.
Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini mengenai kebebasan dan ketelusan SPR, kami dapati sebelum Pilihanraya Umum Ke-14 yang lalu, askar-askar daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah dipindahkan ke dalam kem-kem yang masih belum siap dibina di kem tersebut. Kem-kem tersebut adalah seperti berikut; Kem Segamat, Kem Hutang Melintang, Kem Paloh dan Kem Bera.
Saya memohon kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan untuk menjelaskan kepada Dewan yang mulia ini sama ada, adakah ia adalah amalan biasa untuk kementerian pertahanan memindahkan tentera darat kami ke dalam kem-kem yang masih belum siap dibina. Kami hendak tahu bagaimana mereka tidur dan di mana mereka tidur kalau kem-kem tersebut tidak disiapkan dan masih di dalam pembinaan padahal semua tentera ini telah dipindahkan ke dalam kem-kem ini.
Saya juga ingin memohon Yang Berhormat Menteri Pertahanan menjelaskan sama ada pembinaan kem-kem dan pemindahan tentera-tentera kem-kem tersebut dibuat untuk tujuan Pilihanraya Umum Ke-14 ini?
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Kita juga perlu tahu sama ada kelulusan pembinaan kem-kem ini dibuat atau dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan dan berapakah kos yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk pembinaan kem-kem tersebut. Saya rasa peruntukan ini adalah lebih baik digunakan secara berhemah untuk membaiki ataupun menaik taraf kem yang sedia ada yang lama atau usang demi kebajikan dan kesejahteraan tentera-tentera kami.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Tuan Yang di-Pertua, saya yakin sekiranya SPR adalah telus, bebas dan melaporkan langsung kepada Parlimen, perkara-perkara sebegini tidak akan berlaku kerana SPR perlu menjawab kepada Parlimen dan tidak boleh dengan sewenang-wenangnya memindahkan pengundi ke alamat ataupun kediaman yang masih belum siap dibina.
Tuan Yang di-Pertua, dalam sesi Parlimen yang ke-13, saya juga telah sering kali membangkit isu mengenai ratifikasi Rome Statute iaitu International Criminal Court ataupun lebih dikenali sebagai ICC dan juga Arms Trade Treaty di dalam Dewan yang mulia ini.
Sebelum ini, jawapan yang saya terima adalah sama setiap kali, dan kali ini dengan kerajaan baharu, saya harap terdapat perkembangan baru dan inisiatif daripada Kerajaan Pakatan Harapan agar dapat merealisasikan ratifikasi kedua-dua instrumen yang penting dalam hak asasi dan kemanusiaan.
Baru-baru ini saya amat tertarik dengan kenyataan Yang Berhormat Menteri Luar Negeri, yang telah menyatakan bahawa Malaysia berhasrat dan akan memberi fokus kepada isu hak asasi manusia. Saya mengambil kesempatan ini menyeru kerajaan untuk mengkaji langkah-langkah yang perlu diambil untuk meratifikasikan kedua-kedua instrumen Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu ini.
Tuan Yang di-Pertua, secara singkat kerajaan terdahulu telah menyatakan komitmen untuk membawa ratifikasi kepada kedua-dua instrumen ini. Akan tetapi terdapat tiga isu utama yang perlu diperhalusi sebelum Malaysia dapat mengambil langkah untuk ratifikasi kedua-dua instrumen tersebut.
Pertama, perlu adanya pelaksanaan fungsi dan kewajipan ICC selaras dengan prinsip complementarity sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Artikel 1, Perlembagaan Persekutuan.
Isu kedua, kekebalan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu di bawah Perkara 31(1), Perkara 181(2) dan Perkara 183, Perlembagaan Persekutuan. Isu yang ketiga adalah Malaysia boleh mempertimbangkan untuk membenarkan ICC melaksanakan bidang kuasanya sebagaimana diperuntukkan di dalam Artikel 12(3), Statut Rom.
Tuan Yang di-Pertua, kami berharap Kerajaan Pakatan Harapan mengambil azam, tekad dan inisiatif untuk menyelesaikan isu ratifikasi kedua-dua instrumen ini kerana kami telah sering kali menjelaskan ketiga-tiga isu yang dibangkitkan oleh kerajaan dapat diselesaikan dan bukannya alasan yang kukuh untuk tidak membawa ratifikasi kepada kedua- dua instrumen tersebut. Kami telah terlepas beberapa peluang untuk menjadi satu member states dan mengambil bahagian dalam perkembangan ICC yang sedang giat dijalankan selama ini.
Perkara yang lebih menyakitkan hati kami adalah apabila pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada Julai 2014. Pada masa tersebut, Kerajaan Malaysia telah memberi sokongan- dengan sokongan daripada semua pihak dan lapisan masyarakat telah kepada kerajaan Malaysia untuk mengambil langkah yang sewajarnya untuk membawa pihak yang bertanggungjawab ke atas tragedi MH17 itu ke muka keadilan.
Menteri Pengangkutan pada ketika itu telah mengatakan bahawa komitmen Malaysia adalah, “Malaysia is more resolute to seek justice and remains single-minded in its pursuit to prosecute those responsible in the unfortunate tragedy that brought down MH17 flight”. Akan tetapi kami tahu, keburukan sebagai seorang member states, kami tidak dapat membawa kes ini ke ICC. Dengan itu saya berharap kita tidak terlepas lagi peluang untuk membuat ratifikasi kedua-dua instrumen PBB yang amat penting ini.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Dengan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih dan saya turut menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Kampar.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Batang Lupar.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah di atas pelantikan Tuan Yang di-Pertua sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan moga Tuan Yang di-Pertua dapat menjalankan tugas dengan seadilnya, bagi melicinkan perjalanan urusan Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya bagi mewakili GPS atau PBB dari Parlimen Batang Lupar, ingin sekali lagi mengutarakan betapa pentingnya Kerajaan Persekutuan di bawah Kerajaan Pakatan Harapan meneruskan segala perjanjian khususnya di bawah Perjanjian MA63, bersama dengan perbincangan di bawah jawatankuasa khas Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak mengenai devolution of power, dengan izin, yang dimulakan oleh Allahyarham Tok Nan semenjak 2014.
Banyak kemajuan serta kesefahaman yang telah terjalin dan juga telah dilaksanakan mengenai pengembalian hak Sarawak terutama semasa Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional. Ini yang kami tuntut dan pastikan bahawa ia dilaksanakan seperti yang tertera di dalam Manifesto Pakatan Harapan. Nada kami dari GPS dan orang Sarawak, seharusnya sama di dalam memperjuangkan perkara yang sangat penting ini untuk memastikan kemajuan dan kesejahteraan rakyat Sarawak, khususnya bagi penduduk di Parlimen Batang Lupar dan tidak kira kita wakil rakyat parti politik kerajaan ataupun sebaliknya.
Oleh yang demikian, saya juga sependapatan dan menyokong perbahasan daripada Yang Berhormat Santubong, Yang Berhormat Batang Sadong dan semua rakan daripada GPS mengenai mengembalikan hak di bawah Perjanjian MA63 dan menuntut royalti 20 peratus daripada pengeluaran hasil minyak dan gas dan menunaikan janji dalam Manifesto Pakatan Harapan. Ini janji Pakatan Harapan sendiri iaitu untuk mengembalikan hak-hak Sarawak yang terhakis.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengutarakan beberapa projek pembangunan mega yang telah dirancang di Parlimen Batang Lupar yang sedang dilaksanakan. Namun, banyak dari projek-projek tersebut telah tertunda atas pelbagai alasan. Pembinaan Jambatan Batang Lupar mesti diteruskan agar memberi connectivity, dengan izin, bagi rakyat Sarawak sebab jambatan ini sangat penting untuk kelangsungan atau jaringan jalan pesisir pantai.
Ini adalah satu-satunya game changer, dengan izin, bagi penduduk Sarawak di mana flow perjalanan tidak tersekat dengan Sungai Batang Lupar yang begitu luas. Jaringan jalan pesisir pantai ini akan membawa arus pembangunan yang penting, demi pembangunan sosioekonomi negeri Sarawak. Oleh kerana melihat dan merasai betapa sukarnya perjalanan oleh penduduk Sarawak oleh sebab ketiadaan jambatan ini, maka pada 14 September 2016, sebuah memo Jemaah Menteri telah dibentangkan di Kabinet mengenai pelaksanaan projek Jambatan Batang Lupar, di mana kos pembinaan berjumlah anggaran RM1 bilion ditanggung bersama Kerajaan Persekutuan dan Sarawak secara 50/50.
Selepas ia dipersetujui, beberapa mesyuarat dijalankan antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak termasuk mengadakan engagement, dengan izin, bersama wakil rakyat dan juga penduduk tempatan dan juga memutuskan spesifikasi Jambatan Batang Lupar. Skop jambatan yang telah dipersetujui adalah seperti berikut iaitu panjang jambatan dari Sebuyau ke Triso adalah 5.1 kilometer dan akan disambung menerusi 5.7 kilometer connecting road, dengan izin.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar
Justifikasi jambatan ini, ia sebahagian daripada network jalan pesisir di Sarawak. Ia akan digunakan oleh keseluruhan penduduk di Sarawak dan juga Sabah dan jambatan ini akan menggantikan perkhidmatan feri yang mempunyai masa perkhidmatan yang terhad.
Jambatan Batang Lupar ini akan memberi, dengan izin, uninterrupted travel kepada pengguna jalan raya dan memberi connectivity yang sangat diperlukan penduduk dari luar bandar ke bandar-bandar, mengangkut hasil mahsul produk-produk dari seluruh pelosok Sarawak ke pasaran, dengan meningkatkan pendapatan petani serta nelayan.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar
Dengan jambatan ini, pelabur-pelabur boleh membuka beberapa industri hiliran dan huluan serta membuka pembangunan secara in-situ dan boleh membendung penghijrahan ke bandar-bandar. Jalan dan jambatan ini juga akan menjadi pemangkin kepada pembangunan luar bandar dan pekan kecil di pesisir pantai di mana jalan ini akan mengurangkan kos pengangkutan serta logistik bagi perdagangan hasil laut dan juga pertanian penduduk di kawasan pesisir pantai. Ini akan membantu para industri dan pengusaha di Sarawak menjadi lebih kompetitif dalam memasarkan hasil keluaran mereka, khususnya di dalam bidang pertanian dan juga pelancongan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mohon agar projek mega Jelapang Padi Batang Lupar diteruskan memandangkan ini adalah jelapang padi yang pertama di Sarawak bagi memperkukuhkan food security, dengan izin, untuk negara kita dan bagi menambah bekalan padi dan beras negara iaitu menampung self-sufficiency padi beras sebanyak 30 peratus.
Projek ini telah dilaksanakan secara berfasa semenjak tahun 2011 dan saya berharap ia diteruskan oleh kerana rakyat di dalam kawasan saya telah banyak memberi kerjasama dengan membenarkan penggunaan tanah petani dan tuan empunya tanah membenarkan tanah mereka digunakan untuk projek ini iaitu tanah berjumlah 5,100 hektar.
Petani-petani ini mengharapkan masa depan yang cerah dengan mendapat pendapatan yang tinggi melalui projek mega jelapang padi ini. Jangan hampakan harapan petani-petani ini dari Stumbin-Bijat dan juga Lingga, Banting.
Saya juga berharap agar hasrat Kerajaan Negeri Sarawak untuk membangunkan sektor pertanian seperti pengeluaran tanaman untuk dieksport menjelang tahun 2030 iaitu dengan tanaman nanas, durian, kelapa, pisang dan juga pembangunan untuk kesejahteraan nelayan dapat diteruskan dengan kerjasama daripada Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan.
Saya juga seperti rakan-rakan Parlimen di dalam Dewan yang mulia ini sangat terkilan dengan tindakan pihak kerajaan Pakatan Harapan yang telah memberhentikan projek-projek mesra rakyat seperti PIA dan PIAS yang telah diluluskan dan dalam proses pelaksanaan. Tindakan ini telah mengecewakan rakyat sebab projek-projek ini sangat diperlukan seperti pembinaan jalan kampung, dewan serba guna, gelanggang sukan, membaiki surau, gereja, membuat perparitan dan sebagainya.
Saya mohon agar projek infrastruktur rakyat diteruskan demi kesejahteraan di dalam Parlimen Batang Lupar seperti projek mengatasi hakisan kawasan pesisiran pantai yang sering merosakkan tanaman dengan kemasukan air laut, pembangunan pertanian yang komersial, pembinaan sekolah menengah dan sekolah rendah yang sangat daif, meningkatkan bekalan air dan api di luar bandar, meneruskan rangkaian jalan kampung dan lampu jalan, menaik gred klinik-klinik desa dan meneruskan Program Kolej Komuniti Batang Lupar.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Harapan kerana bersungguh-sungguh meneruskan perjuangan Kerajaan Barisan Nasional dengan memastikan kedudukan wanita di dalam pembuat dasar berada di dalam 30 peratus atau lebih. Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah memberi kepercayaan penuh kepada wanita dan melantik Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri wanita bersama dengan empat orang Menteri penuh dalam Kabinet dan tiga orang Timbalan Menteri wanita...
[Tepuk]
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar
Saya berharap Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri akan meneruskan segala program-program Tahun Memperkasakan Wanita 2018 dan melaporkan kepada Jawatankuasa CEDAW di Geneva akan kedudukan dan lonjakan jumlah wanita di dalam Kabinet serta politik Malaysia. Saya berharap Kerajaan Pakatan Harapan juga akan memastikan jumlah wanita di dalam Dewan Negara juga berjumlah 30 peratus ke atas. Saya juga ingin mengesyorkan agar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meneruskan hasrat untuk mewujudkan dua rang undang-undang penting. Masa itu saya sudah bawa, banyak yang telah buat iaitu Rang Undang-undang Kesaksamaan Gender dan Rang Undang-undang Gangguan Seksual. Oleh sebab ini adalah sesuatu yang sangat penting, yang dikehendaki oleh rakyat di Malaysia.
Saya juga menyokong saranan Yang Berhormat daripada Pengerang agar mahkamah kanak-kanak diteruskan sebab ia telah memberi layanan keadilan yang cukup baik kepada mangsa iaitu kanak-kanak. Di mana banyak kes dapat diteruskan, dapat dijalankan dengan begitu baik dengan satu keselesaan kepada kanak-kanak.
Tuan Yang di-Pertua, tinggilah harapan kami di Parlimen Batang Lupar khususnya di Sarawak amnya agar kami mendapat hak yang sepatutnya dilaksanakan dalam Perjanjian MA63 dan juga melalui devolution of power, dengan izin, dan melalui pengagihan yang adil seperti yang telah dimeterai di dalam perjanjian semasa menubuhkan Malaysia. Saya juga menaruh penuh harapan agar kepimpinan sekarang di dalam Kerajaan Pakatan Harapan akan meneruskan dasar bagi meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat di Malaysia khususnya kedudukan wanita, kanak-kanak dan keluarga sentiasa terjamin seperti slogan yang dilaungkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.
Jadi dengan kata-kata demikian, ucapan jutaan terima kasih dan tahniah. Saya mohon menyokong Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Memandangkan kita ada tiga minit sahaja dan dari pagi sampai sekarang, hari ini mengikut catatan saya terdapat 12 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan menjadikan jumlah setakat hari ini seramai 74 Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Tuanku.
Masa tinggal dua minit lagi. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin 30 Julai 2018.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.28 petang]